BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 10, 2014

YB USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI - KETUA PENERANGAN PAS PUSAT / AP TEMERLOH


Sesi 2015 - 2017

Pengerusi : YB Nasrudin Hassan Tantawi


Timbalan : YB Dato Nasurudin Daud

Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat : Ahmad Amzad Hashim


Sumber PP - 23-6-2015

Saranan sempena pelancaran Simpanan Shariah KWSP

NASRUDIN HASSAN | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41921-saranan-sempena-pelancaran-simpanan-shariah-kwsp                                                                                                                                                                                                                                                                                                              UCAPAN tahniah kepada pihak KWSP di atas pengenalan skim Simpanan Shariah dengan dana permulaan berjumlah RM100 bilion iaitu kira-kira 15% daripada jumlah aset pelaburannya sehingga Mac lalu yang bernilai RM681.71 bilion.

Pada masa ini, pelaburan KWSP dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia pinjaman korporat, Instrumen Pasaran Wang serta pelaburan ekuiti sebahagian besarnya adalah membabitkan faedah tetap yang merupakan riba’ dan tidak patuh syariah.

Oleh itu, kesungguhan mengusahakan jalan keluar bagi menjamin pelaburan yang dibuat – khususnya daripada hasil simpanan pencarum yang beragama Islam – adalah patuh syariah ini amat wajar dipuji dan dicontohi oleh semua pihak yang menguruskan dana simpanan dan pelaburan yang melibatkan orang-orang Islam.

Saya sarankan agar perkara-perkara berikut diberikan perhatian dan dilaksanakan oleh KWSP:

i.Menukar secara automatik dan wajib skim pencarum beragama Islam kepada skim Simpanan Shariah; bukannya secara pilihan seperti yang boleh dibuat pendaftarannya bermula Ogos ini.

ii.Memberikan kepada Jawatankuasa Penasihat KWSP autoriti yang efektif dalam intervensi urusan yang berkaitan dengan maslahah pencarum yang beragama Islam; bukan hanya bertanggungjawab menasihati sahaja.

iii.Mengeluarkan zakat bagi pihak pencarum dan juga zakat perniagaan KWSP.

Wajar ditegaskan bahawa eleman patuh syariah dalam semua aspek yang membabitkan urusan umat Islam adalah perkara yang amat mustahak untuk diberikan perhatian oleh semua pihak kerana ia adalah jaminan turunnya keberkatan daripada Allah SWT. – HARAKAHDAILY 21/7/2016                                                                                                                                                                              Sumber HD - 21-7-2016                                                                                                                        -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Islam haramkan rasisme

HARAKAHDAILY | .
 

                                                                                                                                                                                                                                                    http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41777-islam-haramkan-rasisme                                                                                                                                                                                      Rasisme adalah sesuatu yg melampaui sifat kasihkan kaum sendiri. Ia membawa ciri membenci kaum yang lain, mahu menjatuh dan memusnah serta menindas kaum yang lain. Mahu merampas hak yang dimiliki kaum lain. Ia tidak mempedulikan neraca betul atau salah, dosa atau pahala, adil atau zalim. Kerana itu pesalah dari kaum sendiri dipertahankan. Mereka yang baik dari kaum lain dikeji, dipersalah dan difitnahkan.

Islam mengharamkan dan mengecam sifat rasisme ini. Ia disebut assobiyah.

Adapun kasih dan sayang kepada kaum sendiri, memperjuangkan hak dan kepentingan kaum adalah sesuatu yang merupakan fitrah semulajadi manusia untuk berbuat baik kepada mereka yang dari kaum kerabat yang dekat, seterusnya jiran tetangga dengan peraturan tertentu yang ditentukan Islam.

Kerana itu, tiada salahnya kita menyokong usaha Dewan Himpunan Penyokong PAS bersuara bagi mewakili kepentingan kaum Cina dan India serta kaum lain. Ia adalah sesuatu yang munasabah dan harus dipertimbang dengan saksama.

Begitu juga tidak salah untuk PAS bercakap tentang masalah kemunduran orang Melayu. Masalah rampasan tanah Melayu di bandar, masalah tanah rezab Melayu, ekuiti ekonomi, peluang perniagaan dan pekerjaan, isu bahasa,  dan sebagainya, masalah jurang pembangunan negeri di Pantai Barat berbanding negeri bermajoriti Melayu di Pantai Timur yang menyumbang hasil petroleum kepada negara. Masalah hak orang Melayu.

Kerana perkara yang menjadi hak adalah suatu yang perlu dijaga dan dipertahankan sepertinya hak keluarga tertentu dalam soal kunci kaabah dan soal hak penjagaan sumber air zam zam di Mekah.

AHMAD AMZAD HASHIM
Penasihat Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti)
10 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 10/7/2016

 Sumber HD - 10-7-2016                                                                                                                                                                                        Pertronas Wajib Bayar Zakat!!!

  • TUMPU KEWAJIPAN BAYARAN ZAKAT PETRONAS, TINGKAT KEYAKINAN KEPADA INSTITUSI ZAKAT
Pada tahun 2005, PAS melalui Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman telah bertanya di Parlimen tentang bayaran zakat oleh Petronas. Lalu dijawab oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu Dato’ Mustapha Mohamad bahawa Petronas tidak pernah membayar zakat. Kerajaan berjanji akan bawa kepada Jawatankuasa Fatwa untuk putuskan.

Pada tahun 2008, Fatwa Al Azhar telah dikeluarkan kepada kerajaan Mesir supaya membayar zakat bagi hasil petroleum. Di Arab Saudi, zakat petroleum berjumlah sehingga 750 billion dollar setahun.

Dalam kerajaan berbelanja boros wang petroleum, setelah 11 tahun berlalu soalan ditanya oleh PAS di parlimen, adakah Majlis Fatwa telah bersidang tentang zakat petroleum dan seterusnya kewajipan Petronas dalam sebuah negara yang Islam menjadi agama persekutuan?

Umumnya negeri negeri sangat khuatir tentang kecenderungan pembayar zakat mengagihkan terus zakat kepada asnaf. Ia hak negeri untuk menegaskan kewajipan membayar kepada institusi zakat negeri.

Bagi negeri pengeluar petroleum seperti Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, Institusi Zakat akan beroleh manfaat yang besar jika mendesak zakat petroleum dibayar oleh Petronas.

Saya pernah terbaca bahawa secara umumnya Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali adalah sepakat bahawa zakat mesti dibayar kepada tempat dimana hasil itu diperolehi melainkan ada lebihan baru disalur ke tempat lain.

Kebetulan pula uniknya di Malaysia yang jarang berlaku di negara lain, negeri-negeri pengeluar petroleum inilah yang mempunyai kadar penduduk termiskin yang paling tinggi.

Khususnya di Terengganu dan Kelantan, yang miskin dan fakir umumnya beragama Islam dan layak menerima zakat.

Jika zakat petroleum dibayar oleh Petronas seperti fatwa oleh Al Azhar dan di Arab Saudi, kita pasti Institusi Zakat kita akan amat perkasa dan tidak perlu gelisah lagi jika ada pembayar zakat yang lebih selesa mencari sendiri fakir miskin, bermesra dengan mereka dan memberi terus zakat peribadi kepada mereka.

Malaysia mungkin hilang keberkatan kerana PETRONAS yang menjadi jentera kewangan terbesar negara tidak membayar zakat. Kerana itu kita dirundung pelbagai masalah.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
23HB JUN 2016

Sumber BO - 24-6-2016







Surat Pekeliling Allah SWT

NASRUDIN HASSAN | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/ketua-penerangan/41663-surat-pekeliling-allah-swt

Taujihul Haraki 17
Min Raudhati Ramadhan

1. Ramai umat Islam menjadikan al Quran sekadar tangkal azimat, menghambat hantu jembalang, hanya dibaca pada malam khatam al Quran dan majlis perkahwinan atau baca Yassin pada hari tertentu seperti malam nisfu sya’ban, di majlis kematian dan seumpamanya.

2. Al Quranul Karim adalah surat pekeliling yang mengandungi arahan dan peraturan daripada Allah swt kepada seluruh ummat manusia. Firman Allah swt:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu mengikutnya; dan janganlah kamu ikut jalan yang lain, kerana menyelewengkan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah al Ana’am: Ayat 153)

3. Sebagai muslim kita kena tahu cara berinteraksi dengan al Quran dengan betul.

i. Al Quran dibaca dan ditadabbur (dihayati)

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu. Kitab Yang penuh berkat untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Shod Ayat 29)

ii. Al Quran dipelajari dan dilaksanakan

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah Engkau jalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan waspadalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang Yang fasik. (Surah al Maaidah Ayat 49)

4. Jangan sekali-kali kita abai dan lalai. Lupa al Quran. Jauh daripada Al Quran. Lihat bagaimana akibat berpaling dan mendustakan ayat-ayat Allah swt.

a) Mengalami kesempitan hidup

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ

قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا

قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatanku, maka baginya kehidupan Yang sempit, dan kami akan bangkitkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa engkau bangkitkan aku dalam keadaan buta, padahal dulu aku tidak boleh melihat?"

Allah berfirman: Demikianlah telah datang kepada engkau ayat-ayat kami , tetapi engkau melupakannya maka demikianlah pula hari ini engkau dilupakan.” (Surah Taaha Ayat 124-125)

b) Terhalang dari memasuki syurga Allah

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ
Sesungguhnya orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan berlagak angkuh sombong daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak boleh masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. (Surah al A’raaf Ayat 40)

c) Menerima azab neraka yang sangat pedih

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا
Sesungguhnya orang- yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan panggang mereka dalam api neraka. tiap kali kulit mereka masak hangus, kami gantikan kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi

Maha Bijaksana. (Surah an Nisa’ Ayat 56)
Nasrudin bin Hassan
Musolla Raudhah
Taman Pelindung Perdana Beserah - HARAKAHDAILY 22/6/2016

Sumber HD - 22-6-2016

Teruskan Istiqamah Dengan Akidah Perjuangan!

Oleh :Ahmad Amzad Hashim

Macam saya pernah tulis, tak ramai yang faham tentang konsep ‘fi sabilillah’ dalam perjuangan Islam yang didokong oleh PAS yang amat berkait soal dosa pahala, iman, akidah, prinsip dan dasar.
Kerana itu orang pelik mengapa orang PAS tidak pernah rasa kalah walau kalah pilihanraya. Sentiasa merasa gembira. Walau wang dan tenaga sudah banyak dikorban, mereka tahu ada kemenangan besar dihari pembalasan.

Orang merasa pelik mengapa orang PAS tak merasa rugi. Sanggup kalah pilihanraya jika terpaksa daripada kena gadaikan harga diri dan prinsip dan dasar perjuangan Islam yang benar hanya kerana nak dapat sokongan mereka yang menentang perjuangan Islam. Sanggup menunggu walau memakan masa. Sabar dan Istiqomah pada jalan yang benar.

Bukan gopoh serta gelojoh, berubah hati cenderung jalan yang salah konon nak menang cepat.
Orang PAS sentiasa merasa untung.

Saya petik terjemahan Surah Al Asr yg Imam Solat Sunat Terawikh di bulan Ramadhan ini ramai bacakan. Malah ramai yang bacakan setiap kali menutup majlis.

“Demi Masa Sesungguhnya Manusia Itu Berada Dalam Kerugian KECUALI orang yang benar Beriman dan beramal Soleh dan (mereka) berpesan pesan dengan Kebenaran dan berpesan pesan dengan sabar”.

Apabila Lim Kit Siang kononnya mahu mengugut bahawa PAS akan rugi jika tidak mahu ikut PH, dia bukan Islam, jauh lagi beriman.

Dia peduli apa jika perlu sokong fitnah 91 muka surat oleh Saifuddin Nasution kepada Tan Sri Khalid, atau memfitnah pelbagai tuduhan yang jahat kepada PAS khususnya DS TGHH kononnya mahu bergabung dengan UMNO.

Benar atau salah tak penting. Yang penting orang percaya. Kena bagi kuat persepsi tu. Semua media, semua ceramah, semua artikel, kena bagi orang percaya. PAS jahat. PAS khianat.

Itu politik persepsi. Bukan politik fakta dan realiti yg ditegaskan oleh PAS melalui Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

Benar atau salah tak penting, yang penting ‘political mileage’.

Dan dalam banyak banyak parti politik, DAP kini dilihat yang paling gopoh, gelojoh, celupar.
Tiada sifat sabar. Surah al-Asr tadi ayat terakhir menyebut kriteria sabar. Itu antara ciri orang yang tidak rugi.

Dia bukan Islam. Jadi tak timbul Rukun Iman Percaya dan Yakin kepada al-Quran.
Orang Islam wajib yakin. Kalau tak berapa nak yakin, renunglah dalam dalam hati sendiri.
Fikiran kita dengan bisikan halus iblis akan cari jalan juga untuk ‘rasional’kan percanggahan kepercayaan kita dengan tuntutan Tuhan.

Tidak apa. Simpan kamu punya kebijaksanaan dan hujah ‘Rasional dan Profesional’ kamu.
Akhirat nanti kamu tunjuklah betapa besar kamu punya ‘Rasional dan Profesional’ kepada Allah SWT.

Berbalik kepada Lim Kit Siang. Kita tahu seperti mana pemimpin DAP yang lain, mereka mula menjangkakan kerugian besar bila hilang 50% undi PAS dalam pembangkang.

Rugi kerana bakal kalah. Ukuran DAP lah. Pulau Pinang akan terlepas. Selangor. Bilangan kerusi berpeluang menang untuk DAP tiba tiba menyusut terlalu banyak.

Kerana itu DAP sangka sentimen yang sama, cemas berlaku dalam PAS. Kerana kalah itu rugi.
Peliknya, di seluruh negara, mood PAS umumnya tidak merasa kalah dan tidak merasa rugi.

Ahli PAS tahu pemimpin pemimpin PAS bukan calang-calang orang yang tidak mengerti sepak terajang politik. Orang dah celik mata banyak keputusan dan langkah PAS lebih tepat dan betul berbanding apa yang dirangka oleh semua ‘pakar strategi’ pakatan tiga parti yang diperalat Tun Mahathir itu.

Yang ‘mereng’ hingga sanggup jadikan PAS tunduk di tangga paling bawah dalam hierarki piramid Pakatan rakyat semua sudah terkeluar dari PAS ditolak oleh ahli.

Adakah patut PAS yang menyumbang 48% hingga 53% undi Pakatan Rakyat dulu, tapi diperlakukan bagai parti paling kerdil.

Bodohnya mereka yang pernah jadi pemimpin PAS yg dulu.

InsyaAllah ada rancangannya yang mengutamakan kesejahteraan rakyat yang kini berdepan kesusahan oleh kegagalan dan kejahatan kepimpinan UMNO dalam mengurus negara.

Kita merancang. Mereka merancang. Allah menetapkan rancanganNya. Perancangan Allah jua mengatasi semua.

Jika Allah sudah janjikan kemenangan, maka menanglah jadinya, 2016 berbanding 1957 yang lalu, adakah Islam semakin berundur?

Hudud yang 20 tahun dulu dianggap kuno, kini Khutbah Jumaat di Masjid Kerajaan UMNO pun memberi pencerahan kepada rakyat.

Hari ini perbankan Islam sudah mengatasi perbankan konvensional sebagai pilihan rakyat biasa.

Jururawat majoriti sudah menutup aurat. Pembaca berita TV pun sudah ada bertudung, 1970-an bertudung berjilbab ini dipandang terpengaruh kumpulan dakwah sesat. Hantu Kum Kum!

Hari ini sudah ada Jawatankuasa Bersama untuk kaji Hudud melibatkan pelbagai agensi. Pakar Perubatan, Undang undang. Ramai terlibat.

Islam terus ke hadapan.

Itulah kemenangan yang boleh datang dalam pelbagai bentuk, PRU 14. Kita lawan UMNO lagi. Kalau yang lain nak masuk. Boleh aja..

Cuma saya nak pesan satu kepada PAS, PRU14 biar ada yang berkarisma menteri kewangan, menteri pertahanan, menteri pendidikan, menteri undang-undang, menteri kesihatan, menteri luar, menteri perindustrian, menteri perdagangan antarabangsa.

Rakyat nak tengok wakil rakyat PAS yang mewarnai Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Tak cukup sikit sikit sekadar menteri yang jaga urusan agama yang nampak sesuai untuk PAS.

Kena ambil kiralah harapan rakyat. Kitapun tumpang semangat tengok calon yang selantang dan berwibawa seperti Dr Najihatul Solehah dan Dr Rani di dua PRK yang lalu. Atau seperti Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang terdiam satu Dewan bila mengupas hujahnya

Sumbe BO - 22-6-2016












Kita kalah, musuh juga kalah dan akan kalah

NASRUDIN HASSAN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41647-kita-kalah-musuh-juga-kalah-dan-akan-kalah

Ramadhan Al Mubarak mengajar kita erti payah dan sukar. Rasa lapar, dahaga, letih dan 1001 pantang larang di bulan Ramadhan ini sebenarnya mendidik jiwa menjadi kental dan sabar menghadapi kesusahan hidup sebagai seorang muslim yang taat kepada Allah swt.

Antara kepayahan dan kesukaran dalam hidup seorang muslim ialah menghadapi musuh Islam dengan segala rencana jahat dan tipu helah mereka yang licik.

Tidak mudah untuk menghalang provokasi dan propaganda mereka, apatah lagi untuk menang mengatasi kekuatan mereka.

Namun bukanlah mereka tidak boleh tewas cuma tidak mudah untuk kita menang. Ini sebetulnya adalah sunnatullah.

Contoh mudah ialah isu pembukaan Kota Konstantinopel yang dianggap sebagai kubu terkuat kerajaan Rom Timur yang berkuasa 11 abad lamanya. Telah diusahakan sejak zaman para sahabat Rhm tetapi hanya berjaya di zaman Sultan Muhammad Al Fateh (sultan ke-7 dari hiraki Khilafah Uthmaniyah) pada tanggal 20 Jamadil Awal 857 bersamaan dengan 29 Mei 1453.

Nabi SAW pernah bersabda:

لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْاَمِيرُ اَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ
Akan dibuka kota Qustantiniyah (Konstantinopel) maka sebaik-baik pemerintah ialah pemerintah yang berjaya membukanya dan sebaik-baik tentera ialah tentera yang membukanya. (Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya dan Al Hakim dalam Al Mustadrak)

Inilah sunnah orang berjuang. Payah, tewas dan sakit adalah perkara biasa. Namun pejuang tidakkan pernah luntur semangat apatah lagi kecewa. Justeru perjuangan ini suci dan benar.

Kita kalah, musuh juga pernah kalah dan akan kalah. Kita sakit, mereka juga sakit. Membezakan kita dengan mereka ialah, keredhaan Allah swt, suatu yang selalu mereka persendakan seolah-olah lekeh dan hinanya orang yang berjuang mengharapkan redha Allah swt.

Perhatikan firman Allah swt:

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan janganlah kamu rasa hina dalam mendepani musuh itu; jika sekiranya kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakit sebagaimana kamu berasa sakit, sedang kamu mengharapkan dari Allah swt apa yang mereka tidak harapkan (iaitu keredhaan Allah swt dengan balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah An Nisa': 104)

Sumber HD - 21-6-2016









Masa depan milik Islam

NASRUDIN HASSAN | .


Sunnah perjuangan Islam ini getir dan sukar. Tiada jalan mudah dan singkat untuk menang. Memerlukan nusrah daripada Allah swt, jiwa yang tabah, fizikal yang kuat dan sikap yang optimis terhadap masa depan Islam yang diperjuangkan.

وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
Berapa ramai Dari para nabi terdahulu telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-yang taat kepada Allah swt, mereka tidak rasa hina terhadap musibah yang menimpa mereka pada jalan Allah dan mereka tidak rasa lemah semangat dan tidak pula tunduk (kepada musuh). Dan Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. (Surah Aali Imran: 146)

Masa depan Islam sangat cerah dengan pertolongan Allah swt dan kemenangan yang hampir. Teruskan langkah perjuangan dengan mematuhi akhlak dan disiplin berjamaah. Usah ragu dengan hala tuju perjuangan ini dan jangan risau dengan ancaman lawan.

وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang beriman. (Surah As Saff: 13)

Sumber HD - 19-6-2016









Tertinggal kereta api

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/ketua-penerangan/41580-tertinggal-kereta-api

Taujihul Haraki. 11
Min Raudhati Ramadhan

1. Sedar atau tidak, kita telah sebelas hari berpuasa. Masa pantas berlalu. Masa yang telah lepas pergi tidak kan kembali. Imaginasi ciptaan mesin peralihan masa supaya kita boleh kembali ke masa silam atau boleh pergi ke masa depan sebelum tiba masanya adalah sebuah khayalan filem fiksyen sains yang tidak akan pernah menjadi kenyataan.

2. Kita perlu hargai masa yang sedang kita hadapi agar tidak berlalu begitu sahaja tanpa kita manfaatkan dengan aktiviti yang memulangkan pahala dan berkat dalam hidup kita. Lebih malang jika ia dihabiskan dengan aktiviti yang mengundang murka Allah swt.

3. Para pejuang Islam harus bijak mengendali schedule hidupnya agar tidak terlepas peluang keemasan yang telah disediakan oleh Allah swt khas di bulan Ramadhan al Mubarak ini. Hari ini adalah hari kesebelas kita berpuasa, berapa juzuk al Quran telah kita baca? Berapa banyak wang telah kita sedekah? Berapa kali qiamulail telah kita lakukan? Berapa orang yang telah kita sampaikan dakwah Islam kepadanya?

4. Jangan ketinggalan kereta api. Orang lain sudah 11 juzuk, tapi kita baru dua juzuk? Orang lain telah ratusan ringgit bersedekah, kita masih mengira-ngira berapa wang yang masih ada? Orang lain sudah 7 kali qiamulail, tapi kita baru sekali? Orang lain sudah sudah seminggu keluar berjuang dan berdakwah, kita masih mencongak hari?

Persoalannya ke mana masa kita terbuang? Sibuk melayani perbincangan whatsapp group yang tidak membangunkan agama dan minda kita? Asyik dengan gerak kerja yang tidak menguntungkan Islam dan perjuangannya?

5. Masih terdapat detik-detik emas yang perlu diraih oleh setiap dari kalangan kita sebelum berakhir Ramadhan edisi 1437H.

• Waktu mustajab doa menjelang berbuka puasa. Apa yang kita lakukan pada masa itu? Kenapa tidak doakan agar Islam dan perjuangannya beroleh kemenangan?

• Detik penuh keberkatan ketika sahur. Di mana kita berada pada saat itu? Kenapa sukar membebaskan diri dari selimut tebal untuk bangun menggandakan ibadah kepada Allah?

• Sepuluh malam akhir Ramadhan yang diperkaya dengan Lailatul Qadar. Bersediakah kita memburunya atau asyik keluar masuk kompleks membeli belah untuk persiapan hari raya?

Dari Ibnu Abbas Rhma telah berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

اغتنم خمساً قبلَ خمسٍ
شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ
و صِحَّتَكَ قبلَ سَقَمِكَ
و غِنَاكَ قبلَ فقرِكَ
و فراغَكَ قبلَ شُغلِك
و حياتَكَ قبلَ موتِكَ

Peliharalah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, masa mudamu sebelum datang masa tuamu, masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu, masa kayamu sebelum datang masa faqirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu, masa hidupmu sebelum datang masa matimu. (Riwayat Al Hakim)

Nasrudin Hassan
Musolla Raudhah
Taman Pelindung Perdana Beserah - HARAKAHDAILY 16/6/2016

Sumber HD - 16-6-2016















Puasa WhatsApp

NASRUDIN HASSAN | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/ketua-penerangan/41561-puasa-whatsapp


Taujihul Haraki. 10
Min Raudhati Ramadhan

1. Ramadhan tidak sekadar mewajibkan kita menahan diri dari makan dan minum. Sebaliknya Ramadhan mendidik kita menahan diri dari mencaci maki, berdusta, bertengkar, copy paste berita fitnah serta share bahan mengarut dan mencarut.

Daripada Abi Hurairah Rh berkata Rasulullah saw bersabda:

إِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ وَ لاَ يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
Apabila salah seorang dari kamu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan bertengkar. Jika seseorang mencacinya dan menyerangnya, maka hendaklah ia berkata "sesungguhnya aku sedang berpuasa". (Muttafaqun Alaihi)

2.  "Lidah panjang" atau lidah yang suka mencaci maki dan "mulut lebar" atau mulut yang banyak cakap serta suka bertekak adalah sangat tidak menepati akhlak Islami. Malah ia merosakkan peribadi pejuang dan daei (pendakwah).

3. Komunikasi buruk bersulamkan caci maki, fitnah dan bertegang leher bukan sahaja terhad pada lidah dan mulut tetapi juga keyboard, pc dan smartphone melalui laman sosial seperti whatsapp group, facebook, instagram, telegram, we chat, sms, blog dan sebagainya.

4. Selayaknya kita sebagai muslim yang memperjuangkan Islam dapat mengawal lidah  agar tidak lancang, mulut agar tidak laser, keyboard agar tidak jahat dan smartphone agar tidak ceroi supaya dakwah kita dapat memikat madu'u (sasaran dakwah). Jika tidak, pasti sahaja mereka akan bertempiaran lari menjauhkan diri daripada kita  dan perjuangan yang didukung.

Firman Allah swt:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Aali Imran: Ayat 159)

5. Sebagaimana kita bersabar dan berusaha keras untuk menahan diri daripada makan dan minum pada bulan Ramadhan ini, bersabar dan berusahalah untuk menahan whatsapp group dan facebook daripada maki hamun, dusta, mengumpat keji dan menabur  fitnah. Whatsapp dan facebook kita juga mesti dipuasakan dari perkara keji ini agar ia tidak merosakkan reputasi pejuang Islam justeru bahasa dan method penulisan pejuang Islam adalah memikat madu'u bukan meliarkan mereka. - HARAKAHDAILY 15/6/2016

Sumber HD - 15-6-2016









Apa pilihan orang Islam dan orang Melayu

AHMAD AMZAD HASHIM | .


APA pilihan orang Islam dan orang Melayu jika satu hari Umno betul-betul sudah karam?

Pada hari ini cuma yang jahat menjadi pemimpin. Yang rasuah, zalim, salahguna kuasa, boros, pilih kasih. Benar, masih ada seorang dua yang baik. Tapi mereka pun dah tidak dapat buat apa apa. Kena ikut dan patuh saja.

Hari ini kita bertuah adanya PAS yang telah mula menunjukkan kesediaannya untuk berjiwa besar dengan politik matang dan sejahtera.

Golongan yang mengajarkan aliran politik membenci dan memutuskan silaturrahim sesama Islam dan tunduk pada DAP telahpun disingkir keluar oleh majoriti besar ahli PAS yg mendapat didikan/tarbiyah PAS yang meletakkan prinsip dan dasar Islam mengatasi kepentingan dan cita-cita peribadi. Memahami cita-cita penyatuan ummah berlandaskan syariah adalah tuntutan Islam.

PAS adalah parti politik Islam dengan majoriti Melayu yang hampir setara kekuatannya dengan Umno dengan kelebihan PAS dianggotai pelbagai golongan termasuk para profesional yang terdidik dengan akhlak Islam.

Kekuatan Umno adalah kerana berkuasa menggunakan wang kerajaan, harta kerajaan, kakitangan kerajaan. Itu lebihnya Umno.

DAP melalui PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar mahu orang Melayu menerima PAN sebagai parti untuk orang Melayu Islam menggantikan PAS.

Tujuannya pertama supaya jika orang Melayu bersama PAN, maka idealisma PAN yang prosekular, liberal, tafsiran gaya orientalisme lebih mudah diresapkan pengaruhnya dalam kalangan orang Melayu kerana PAN tidak bersuara tentang perjuangan Islam melainkan DAP bersetuju melalui konsep tiada parti boleh menyatakan sesuatu melainkan dipersetujui bersama dalam Pakatan Harapan.

Sikap PAN ini akan memberi ruang yang bebas untuk doktrin Malaysian Malaysia yang menjadi cita cita DAP yang menentang keistimewaan diberi kepada agama Islam dan juga orang Melayu.

Kedua, jika melalui dua PRK ini, PAN lebih berjaya dari PAS, mereka berharap agar PAS dapat dihapuskan dan orang Melayu yang sudah hilang kepercayaan kepada Umno tiada pilihan melainkan mesti memilih PAN.

Ketiga, jika melalui dua PRK ini, PAN lebih berjaya dari PAS, mereka menjangkakan PAS akan tunduk kepada mereka dengan menyertai Pakatan Harapan. Ini memudahkan mereka menunggang jentera PAS yang besar di seluruh negara untuk manfaat mereka sedangkan PAS akan kembali menjadi mangsa tunggangan seperti ketika era Pakatan Rakyat dimana suara satu parti PAS akan sentiasa ditolak oleh pakatan tiga parti DAP, PAN dan PKR.

Orang Islam 63 peratus rakyat negara ini sebenarnya telah ada dua parti yang sama kuat yang bersaing untuk dipilih orang Islam iaitu PAS dan Umno.

Jika PAS lemah, orang Islam akan mengalami kerugian yang sangat besar dan memakan berpuluh tahun untuk kembali mempunyai dua parti yang saling cuba meyakinkan mereka lebih juara dalam perjuangan Islam dan Melayu.

PAN seperti juga PKR dan DAP membawa agenda kesamarataan yang umum sahaja. Mereka berat mulut dan malu alah kepada DAP apabila mahu bercakap soal Islam dan orang Melayu.

Oleh itu marilah sama-sama kita menyeru semua umat Islam fahami senario ini.

Yang atas pagar, ahli dan penyokong Umno yang mahu negara yang lebih baik, termasuk yang mahu beri tekanan kepada pentadbiran Najib supaya memperbaiki diri, pilihan yang betul adalah dengan mengundi PAS.

Umno tidak tercabar dengan PAN. Kerana yang banyak undi PAN nanti adalah bukan Islam yang dihasut DAP.

Umno cuma gelisah dengan cabaran PAS. Kerana yang banyak undi PAS adalah orang Islam. Dan Umno bertembung dengan PAS di kawasan majoriti Melayu di seluruh negara yang besar bilangannya. Bukannnya DAP.

Orang tanya saya apa pasal orang PAS suka sangat bertakbir?

Sebab terjemahan Allahu Akbar bermaksud Allah Maha Besar.

Ia bermaksud selain dari Allah, perkara lain adalah kecil sahaja.

Dunia kecil, Malaysia kecil, BN kecil, Umno kecil, DAP lagi kecil. Putrajaya kecil.

Disebabkan kalimah ini pejuang Islam menjadi besar jiwanya. Sentiasa merasa menang. Dan tidak tunduk dalam soal dasar dan prinsip perjuangannya. – HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016









Tarawih Charlie Chaplin

NASRUDIN HASSAN | .


Taujihul Haraki. 09
Min Raudhati Ramadhan.

1. Mutakhir ini viral di laman sosial bagaimana terdapat pihak yang mengadakan solat tarawih 20 rakaat dalam masa 7 minit. Bukan sahaja kelihatan lucu dan menghilangkan hikmah solat Tarawih malah ia seperti mempersendakan syariat dan syiar Islam itu sendiri. Entah apa yang dikejar dengan tarawih berkelajuan turbo. Sekali pandang seperti aksi pelakon jenaka Charlie Chaplin.

Tarawih Rasulullah SAW

2. Solat Tarawih adalah sunnah Rasulullah SAW yang selayaknya ditunai semampu mungkin berasaskan apa yang telah dilakukan oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW solat Tarawih sebanyak 8 rakaat ditambah witir 3 rakaat dan solatnya dengan bacaan yang panjang dan penuh khusyu'.

Diriwayatkan dari Abi Salamah bin Abdur Rahman Rh bahawa ia bertanya A'isyah Rha "Bagaimanakah solat baginda saw di bulan Ramadhan?

فَقالَتْ مَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه و سلم يَزِيْدُ فِي رَمَضَانَ وَ لاَ فِي غَيْرِ رَمَضَانَ عَلى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً ؛ يُصَلِّى أَرْبَعاً فَلاَ تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَ طُوْلِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّى أَرْبَعاً فَلاَ تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَ طُوْلِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّى ثَلاَثاً

A'isyah menjawab: Rasulullah SAW tidak menambah di bulan Ramadhan atau di bulan yang lain lebih dari 11 rakaat. Baginda solat 4 rakaat tanpa perlu ditanya lagi betapa elok dan panjangnya solat baginda SAW. Kemudian baginda solat lagi 4 rakaat jua tanpa perlu ditanya betapa elok dan panjangnya solat baginda SAW. Kemudian akhirnya baginda solat 3 rakaat (witir). (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

3. Namun ada ulama menganjurkan agar dilaksanakan Tarawih sebanyak 20 rakaat dan ditambah witir 3 rakaat. Pandangan ini berdasarkan apa yang dianjurkan oleh Saidina Umar Al Khattab Rh. Al Imam Al Baji sewaktu mensyarahkan hadis tentang bilangan rakaat solat menyatakan: "Berlaku khilaf di dalam riwayat daripada Umar Rh berhubung dengan rakaat Tarawih. Riwayat daripada as Saib bin Yazid ialah 11 rakaat. Daripada Yazid bin Ruman menyebut 23 rakaat. Riwayat Nafi' hamba Ibn Umar Rhma menyatakan sebanyak 39 rakaat termasuk solat witir 3 rakaat.

Maka dengan ini, kemungkinan Saidina Umar memulakan solat Tarawih dengan 8 rakaat dengan membaca 200 ayat quran pada setiap rakaat. Apabila melihat orang ramai tidak mampu berdiri lama, maka beliau menambah sehingga 23 rakaat termasuk witir. Kemudian ditambah lagi sehingga 39 rakaat termasuk witir atau 41 rakaat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Sirin. (Lihat Syarah al Muwattha' 1/208)

4. Apa yang dianjurkan oleh Saidina Umar Rh tidak bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW justeru Saidina Umar Rh adalah salah seorang Khulafa Ar Rasyidin dan Nabi SAW telah bersabda:

عَلَيْكُمْ بِسُنَّتَي وَ سُنَّةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ المَهْدِيِينَ مِنْ بَعْدِ وَ عَضُّوا عَلَيْها بِالنَوَاجِذِ
Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku dan genggamlah seerat eratnya dengan geraham kamu. (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Berkata Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah Rhm: "apa yang dilakukan oleh khulafa ar Rasyidin bukanlah bida'ah dari segi syara' yang ditegah daripadanya walaupun dari segi bahasa dinamakan bida'ah". (Lihat Majmuk Al Fatawa 21/318-319)

5. Maka usahlah ummat Islam berkelahi sama Ada solat Tarawih ini 8 rakaat atau 20 rakaat. Keduanya mempunyai asas nas yang kukuh. Tidak melakukan solat Tarawih itulah yang tidak ada nas. Malah lebih menepati maqasid syariah jika sewaktu rehat antara 4 rakaat itu diisi dengan tazkirah atau tafsir ayat quran yang dibaca oleh imam, memandangkan rata-rata ummat Islam hari masih lemah penguasaan ilmu Islamnya, sedang menuntut ilmu Islam itu wajib hukumnya.

Mengambil kesempatan ummat Islam berduyun-duyun mengunjungi masjid dan surau untuk menunaikan solat Tarawih di bulan Ramadhan ini, maka sebagai pejuang dan pendakwah Islam, ambillah kesempatan ini untuk mencurahkan ilmu kepada mereka selain menunaikan solat Tarawih.

Nasrudin Hassan
Musolla Raudhah
Taman Pelindung Perdana Beserah - HARAKAHDAILY 14/6/2016

Sumber HD - 14-6-2016




















Puasa Euro

NASRUDIN HASSAN | .


Taujihul Haraki 08
Min Raudhati Ramadhan

1. Temasya Piala Euro 2016 yang menyaksikan kejuaraan bola sepak antara 24 buah negara-negara Eropah sedang rancak berlangsung di Perancis bermula 11 Jun yang lalu. Kejuaraan Euro yang dijadualkan 4 tahun sekali itu kebanyakan perlawanannya bersiaran pada jam 3 pagi waktu Malaysia dan Euro edisi 2016 ini pula berlangsung di bulan Ramadhan Al Mubarak.

2. Ramadhan tahun ini turut menyaksikan kejuaraan Copa America 2016 yang bersiaran antara jam 5 hingga 10 pagi sejak 3 Jun yang lalu. Copa America 2016 akan berakhir pada 27 Jun sementara Euro 2016 akan melabuh tirai pada 11 Julai. Ini bermakna sebahagian besar jadual dua kejohanan berprestij itu berlangsung dalam bulan Ramadhan.

3. Awas, kedua-duanya mampu mengalih tumpuan kita terutama kepada peminat tegar sukan bola sepak. Saya akui, tidaklah mengapa meminati sukan ini, namun sebagai seorang muslim tambahan pula sedang menjalani pesta ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini perlu berhati-hati agar Euro 2016 tidak merosakkan Ramadhan kita.

4. Keletihan dan mengantuk kerana mengamati dan mengikuti jadual perlawanan Euro 2016 dan juga Copa America 2016 ini berpotensi besar untuk meletakkan kita gagal bertahajjud, gagal khatam Al Quran, gagal berzikir, gagal menghayati pesta ibadah Ramadhan malah masa selebihnya akan banyak dihabiskan untuk tidur di siang hari demi Eurolail (bukan qiamulail).

5. Waktu yang penuh dengan keberkatan akan berlalu begitu sahaja sedang kesempatan yang bernilai tinggi seperti detik Ramadhan ini bukanlah setiap masa kita akan temui. Jangan lalai dan jangan benarkan tumpuan teralih jauh. Anda boleh sahaja ke Bordeaux tapi segera pulang ke tikar sajadah, boleh ke Lyon tapi segera kembali ke rehal tadarrus, boleh ke Marseille tapi jangan lupa masjid surau untuk berjamaah.

Sabda Rasulullah SAW:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ في السَّحُوْرِ بَرَكَةً
Bersahurlah kerana pada sahur itu ada keberkatan. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Para alim ulamak menyebut bahawa berkat itu bukan hanya pada makanan tetapi juga pada waktunya. Justeru itu banyakkan ibadah dan munajat di saat penuh berkat ini termasuk waktu hampir berbuka puasa.

Namun, apa yang pasti tidak ada hadis Tasayyeuro Fa Inna Fiyyeuro Barakah. Justeru, berpada-padalah nak join euro pun jangan sampai abaikan keberkatan yang disediakan oleh Allah dan akhirnya puasa kita jadi Puasa Euro.

Nasrudin Hassan
Musolla Raudhah
Taman Pelindung Perdana Beserah - HARAKAHDAILY 13/6/2016

Sumber HD - 13-6-2016









Qiamulail

NASRUDIN HASSAN | .


Taujihul Haraki. 03
Min Raudhati Ramadhan

1. Memperjuangkan Islam bukanlah suatu yang mudah dan ringan. Namun ia mesti dilunaskan oleh setiap kita yang menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah swt yang layak disembah. Kita perlukan kekuatan dalaman dan luaran untuk menggalas tanggungjawab perjuangan suci ini.

2. Saban ketika, pejuang Islam akan dihadapkan halangan dan rintangan yang tidak sedikit. Ini adalah sunnatullah. Dihina, dicaci dan dimaki hamun menjadi rutin dalam diary harian seorang pejuang. Tambah pula dizaman siber ini. Dunia tanpa sempadan menjadikan ruang tekanan dan ancaman kepada pejuang semakin luas, lebar dan ganas.

3. Antara kapsul yang membekalkan kekuatan utama untuk pejuang mendepani berat beban perjuangan ini ialah qiamulail iaitu bangun menghidupkan malam dengan amal ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah swt seperti solat, zikir, baca al Quran dan lainnya. Inilah yang telah dipertegaskan oleh Allah swt kepada Nabi saw. Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ
قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
نِّصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا

Wahai orang yang sedang berselimut, Bangunlah menghidupkan malam kecuali sedikit (untuk isterehat). Iaitu separuh atau kurang sedikit dari separuh. Atau lebih sedikit daripadanya dan bacalah Al Quran dengan bacaan yang baik (tartil). Sesungguhnya kami akan turunkan ke atas mu wahyu yang mengandungi perintah yang berat. (Surah Al Muzammil: Ayat 1-5}

4. Ramadhan memiliki suasana yang paling baik untuk kita bangun malam dan menghidupkannya dengan tahajjud, munajat dan bacaan ayat-ayat suci al Quran. Insyaallah, ia menjadi sumber kekuatan yang mantap dan jitu mendepani ujian getir perjuangan Islam ini. Malah Allah swt menjanjikan kedudukan terpuji bagi mereka yang melakukannya. Firman Allah swt:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah Al Isra': Ayat 79)

Dari Abdullah bin Salam Rha bahawa Nabi saw bersabda:

أيُّها النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ وَ أَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَ النَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلوا الجَنَّةَ بِسَلاَمٍ

Wahai manusia, sebarluaskanlah ucapan salam, berilah makan dan solatlah pada waktu malam detik manusia sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat. (Riwayat Imam Tirmizi)

5. Sebagai seorang pejuang, pasti sahaja detik seperti ini juga sangat diperlukan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan munajat mengadu hal mengenai perit getir perjuangan serta mengharapkan pertolongan dari Allah swt. setelah dihimpit pelbagai tekanan dan ancaman.

Nasrudin Hassan
Musolla Ar Raudhah
Taman Pelindung Perdana Beserah - HARAKAHDAILY 8/6/2016

Sumber HD - 8-6-2016









Mesra Al-Quran

NASRUDIN HASSAN | .


1. Ramadhan juga dimasyhurkan sebagai Bulan Al-Quran. Padanya diturunkan Al Quran oleh Allah swt. sebagai petunjuk kepada ummat manusia. Firman Allah swt:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Surah Al Baqarah: 185)

2. Kesempatan ini mesti dimanafaatkan semaksimum mungkin oleh seorang muslim amnya dan para pejuang Islam khasnya. Jangan leka dan lalai melainkan para pejuang Islam mestilah sering mendampingi al Quran. Baca, faham dan hayati kandungan Al Quran.

3. Al Quran akan membekalkan kekuatan dan karamah tersendiri kepada mereka yang mesra Al Quran, justeru Al Quran adalah mukjizat Nabi SAW yang kekal sampai hari kiamat. Siapa yang memiliki mukjizat ini, pastinya ia menjadi insan yang hebat. Pejuang Islam memerlukan kehebatan ini.

4. Mesrakan diri dengan Al Quran dan mulakannya dengan istiqamah membaca dan menghayati setiap titah perintah Allah swt. Ramadhan adalah kesempatan terbaik. Sebaiknya kita praktis dengan mengambil peluang khatamkan al quran di bulan Ramadhan ini sekurang-kurangnya sekali.

Dari Abu Umamah Rha. beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اِقْرَؤُ القُرآنَ فَإنه يَأتِى يَوْمََ الْقِيَامَةِ شَفِيْعاً لَأَصْحَابِهِ
Bacalah Al Quran kerana Al Quran akan datang pada hari Qiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pemiliknya (yang istiqamah membaca Al Quran). (Riwayat Imam Muslim)

5. Tip mudah untuk melakukannya ialah:

Satu juzuk mempunyai 20 muka surat. Solat mempunyai 5 waktu sehari semalam. Maka kita boleh membaca 4 muka surat setiap kali selesai solat fardhu. Insyaallah kita akan khatam satu juzuk sehari. Ramadhan 30 hari, ertinya kita boleh khatam 30 juzuk Al Quran sejurus tamat bulan Ramadhan.

Nasrudin Hassan
Musolla Ar Raudhah
Taman Pelindung Perdana Beserah

Sumber HD - 7-6-2016









Ramadhan Kareem

NASRUDIN HASSAN | .


1. Kehadiran Ramadhan pastinya disambut girang oleh insan yang beriman. Ungkapan Ramadhan Kareem jelas membuktikan betapa riangnya para mukminin dan mukminat dengan kehadiran Ramadhan Al Mubarak.

2. Tentu sahaja orang fasik dan munafik gelisah menyambut Ramadhan. Aktiviti mereka untuk melakukan perkara mungkar terhalang dan segala niat busuk mereka terganggu. Mereka benci Ramadhan kerana membatasi pelan tindakan dan operasi mereka.

3. Namun bagi sang mujahid, bukan sahaja mereka seronok dengan hadirnya Ramadhan tetapi mereka benar-benar menantikan kehadirannya. Ramadhan menjadi satu bulan yang akan menyuntik stamina dalaman dan membekalkan energi yang maksimum kepada spiritual seorang pejuang serta menjauhkan dirinya dari api neraka Allah SWT.

Dari Abu Said Al Khudri Rha berkata. Rasulullah SAW bersabda:

ما مِنْ عَبْدٍ يَصُومُ يَوْماً فِي سَبِيلِ اللهِ إلّا بَاعَدَ اللهُ بِذَلِكَ الْيَومَ وَجْهَهُ عَنِ النّارِ سَبْعِينَ خَرِيفاً
tidaklah seseorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah swt, melainkan dengan puasa sehari itu, Allah menjauhkan wajahnya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun. (Riwayat: Muttafaqun A'laihi)

4. Ramadhan bagaikan sebuah bengkel rohani untuk melipatganda usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT seterusnya memperbaiki diri agar menjadi mujahid yang:

soleh akhlaknya
manfaaat ilmunya
yakin aqidahnya
tajam pandangannya dan
tabah jiwanya

5. Justeru Ramadhan bagi seorang mujahid tidak hanya menjadikan bulan puasa itu sebagai bulan menahan diri dari makan dan minum tetapi juga:

bulan Al Quran (hayati Al Quran)
bulan Al Jihad (berjuang)
bulan An Nasr (Kemenangan)
bulan Ibadah (pengabdian)
bulan Infaq Fi Sabilillah (derma)
bulan Maghfirah (keampunan)
bulan Nusrah (pertolongan)

Sumber HD - 6-6-2016


Siapa Saifuddin mahu beri markah pada Pas?

Posted on Monday, June 06 @ 17:26:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM - Pas menyifatkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah tidak layak menilai perjuangan parti Islam itu.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, Pas telah pun menentang Umno sekian lama, ketika Saifuddin masih mempertahankan parti kerajaan itu lagi.

"Datuk Saifuddin Abdullah bukan orangnya... yang layak untuk menilai bagaimana cara Pas berjuang.

"Semasa beliau hangit mempertahankan Umno dan BN, Pas sudah pun menentang Umno dan BN, malah saya menentangnya sewaktu beliau masa itu tegar dengan ideologi Umnonya," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, dek kerana pendirian Pas yang menjadi penasihat kepada Umno dan kenyataan pimpinannya yang semakin menjauhkan diri daripada PKR, maka kedudukannya sebagai parti pembangkang menjadi kabur malah kelihatan bersahabat pula dengan Umno.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh juga ada membangkitkan persoalan berhubung tindakan Saifuddin dengan berkata, 'baru sehari dua beliau terbuang dari Umno, beliau nak menilai dan meletak markah pada perjuangan Pas?'

Semalam, selepas proses penamaan calon bagi PRK di Parlimen Sungai Besar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bakal berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sementara untuk PRK di Kuala Kangsar pula bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, Pas, Amanah dan Bebas.

Sebelumnya, PKR yang merupakan rakan tahaluf siyasi Pas di Selangor menjadi perhatian apabila menyatakan sokongan kepada calon Amanah.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, PKR tetap menyokong calon Amanah meskipun parti rakannya itu tahu kedua-dua kerusi Parlimen tersebut milik Pas.

"Malah hari ini kita masuk pilihan raya menentang calon Umno dan BN. Amanah yang datang kacau daun dan PKR pula membuat sokongan kepada Amanah dalam keadaan mereka tahu bahawa kerusi asal yang ditandingi oleh pembangkang ialah kerusi Pas.

"Mereka nak pertahankan tindakan mereka meletak calon kacau daun, akhirnya mereka kata perjuangan Pas kabur," katanya. - SH

Sumber TKO - 6-6-2016

Mengambil Pendekatan Membina


Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Setelah hadir sama di Muktamar PAS Pusat di PUTIK, Kota Bharu, seperti juga semua yang turut mengikuti, kami beroleh semangat dan keyakinan baru.

Rasa persaudaraan sesama jamaah yang lebih intim. Kesatuan dalam pemikiran dan tindakan. Hala tuju dan visi yang sangat jelas.

Seperti ulasan Pengerusi Tetap, muktamar kali ini melimpah kehadiran yang mengikuti sepanjang muktamar hingga minit terakhir yang biasanya dihari akhir tidak seramai hari pertama.

Pengiktirafan kepada seorang anak muda, Saudara Khairul Idham Pawi yang beroleh asuhan PASTI yg berjaya menempa nama dipentas sukan permotoran antarabangsa menjadi Juara GP Argentina yang mencuit perhatian dunia dengan aksi mempertahan jati dirinya sebagai seorang Islam dengan spontan memisahkan diri dari diraikan dengan tradisi arak.

Khairul sempat menghantar mesej video kepada semua perwakilan di muktamar PAS.
Kejutan oleh DHPP dengan membawa 258 ahli baru DHPP menyerahkan borang kepada Presiden PAS. Yang hampir kesemuanya kali ini dari kaum Cina. Menafikan terus dakyah kononnya kaum Cina menolak PAS.


Yang menariknya penampilan DHPP tahun ini kelihatan sangat mantap. Ucapan perbahasan dari wakil DHPP dikagumi hadirin dan berkali kali disahut laungan takbir yang bergema diselang seli tepukan gemuruh dari lebih 6,000 hadirin yang berada di Dewan PUTIK. Kemuncaknya diakhir ucapan Dr Balachandran, Ketua Penerangan DHPP yang berucap membahaskan ucapan dasar mewakili DHPP, hadirin tidak tertahan hingga ramai yg berdiri termasuk pimpinan diatas pentas memberikan ‘standing ovation’.

Ketua DHPP Pusat En. Balasubramaniam semasa ucapan penggulungan menambah gamatnya dewan dengan semangat dan keyakinan tinggi kepada prinsip perjuangan PAS yang beri rahmat untuk semua hingga berkata, kalau tiada orang lain lagi mahu perjuangkan Islam (bersama PAS), DHPP tetap akan terus setia dengan perjuangan.

Malah beliau menyampaikan hasrat supaya ahli DHPP pun dapat mengadakan usrah juga kerana manfaat yang banyak diperolehi melalui fahaman yang betul tentang Islam dan kebaikannya kepada pembinaan negara dan masyarakat majmuk.

Secara ringkasnya, saya menyimpulkan kekuatan Muktamar kali ini amat berkait dengan gagasan yang dipertegaskan oleh DS Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang melalui tema Budaya Politik Matang dan Sejahtera BPMS.

BPMS adalah mesej PAS kepada semua peringkat dalam PAS untuk bersedia dengan kualiti yang selayaknya untuk memimpin negara.

Ia juga adalah mesej PAS kepada rakyat dan negara bahawa budaya politik cara lama yang menyemai pertentangan tidak sihat hanya menatijahkan kemusnahan kepada asas bernegara dengan menularnya kezaliman, rasuah, pilihkasih, penafian hak dan pelbagai penyelewengan sehingga menjadi medan yang subur kepada pemimpin yang jahat dan tidak amanah.

Masanya untuk mengambil pendekatan yang membina (konstruktif), lebih bertanggungjawab dalam membina negara yang sejahtera untuk semua.

Sumber BO - 4-6-2016









Umat Islam akan bangkit

NASRUDIN HASSAN | .

Pahat sejarah pasti mengukir nama YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang yang telah membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta 355 berkait bidang kuasa mahkamah syariah di Parlimen pada 26 Mei 2016 bersamaan 19 Sya'ban 1437 (Khamis) yang lalu.

Ukiran sejarah ini bukanlah semata-mata merakamkan detik pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Marang tetapi apa yang lebih penting dan menakjubkan ialah detik ini turut menyaksikan bibit-bibit kesedaran dan keberanian bersuara ummat Islam dari segenap lapisan masyarakat tanpa lagi menghirau sempadan parti politik dan bangsa.

Terutama apabila ummat Islam menyaksikan bagaimana "menggelijat"nya musuh-musuh Islam sebaik sahaja isu pindaan Akta 355 ini terpampang disemua dada akhbar dan media tanah air. Ada yang sampai tahap "menggelupur" bagai terkena "sawan tarik". Mereka disampuk histeria politik.

Terpekik terlolong tidak ketentuan hala dalam keadaan mereka sendiri tidak jelas betul duduk isu sebenar atau sengaja mereka mahu mempamerkan sikap anti Islam kepada umum.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt, atas ketentuan dan kehendakNya jua, ummat Islam mula celik mata dan mengenali satu persatu siapakah yang tebal sikap permusuhan mereka terhadap Islam, siapa pula yang mengaku muslim tapi bersekongkol dengan musuh Islam.

Manakan tidak, baru sahaja PAS mengusulkan pindaan Akta 355, ke arah memperkasakan Institusi Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan urusan ummat Islam, pula merealisasikan titah Yang di-Pertuan Agong agar Mahkamah Syariah negara ini diperkasakan, mereka tidak menunggu lama untuk terus membantah keras hasrat murni ini.

DAP, MCA, MIC dan sebahagian parti-parti lain yang menunjuk sikap anti Islam sama ada dari blok pembangkang mahupun pemerintah bersatu suara dan berpadu tenaga mahu menghalang usaha mempertingkatkan kedudukan Islam di bumi bertuah ini, sedang perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa Islam sememangnya  Agama Persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan.

Nampaknya apa yang berlaku, sementara agama lain bebas diamalkan, agama Islam pula terhalang dan cuba dihalang daripada mengambil kedudukan yang selayaknya sebagai agama yang tinggi dan tiada yang tinggi mengatasinya, sama ada di sisi perlembagaan negara apatah lagi di sisi Allah swt.

Sabda Rasulullah SAW:

الإسلامُ يَعْلُوْ و لا يُعْلَى عَلَيْهِ

Islam adalah tinggi dan tiada yang lebih tinggi mengatasinya. (Riwayat Ad Daaruquthni dan Al Baihaqi)

Umat Islam selayaknya bersatu dalam mempertahan dan memperjuangkan Islam agar ia tegak di atas tanah air tercinta dan tidak lagi boleh dipersenda oleh musuh durjana. Inilah yang diperintah oleh Allah swt:

 أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ
"Bahawa kamu berjuang menegakkan agama dan jangan sekali-kali kamu berpecah belah padanya." (Surah Asy Syura: Ayat 13)

Detik ini adalah tika dan masa yang paling sesuai dan tepat untuk umat Islam bangkit. Saat mereka bersatu dan berpadu menyerang Islam, tidak mungkin ummat Islam masih leka berpeluk tubuh. Mereka boleh bersatu untuk menghalang usaha Islam tanpa peduli sempadan parti, kenapa pula kita teragak-agak untuk bersatu hanya kerana pelbagai sempadan yang memisahkan kita, sedang kita memiliki Tuhan yang satu, Kitab Al Quran yang satu, arah kiblat yang satu dan bersaksi syahadah yang sama iaitu لا إله إلا الله محمد رسول الله

Bangkitlah wahai Ummat Islam
Kembali kepada Islam dan pertahankannya
Usah berpecah lagi! - HARAKAHDAILY 31/5/2016

Sumber HD - 31-5-2016

DAP Anti Islam ?


Kerajaan bagi laluan kepada PAS membentangkan usul pindaan Akta 355 di parlimen, apakah PAS akan bergabung dengan UMNO selepas ini ? Apakah PAS akan bentuk UG selepas ini ? Apakah PAS akan deal dengan UMNO untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagai yang dikata ?

2. Sebetulnya inilah dendangan lagu dan lirik lama yang dikumandangkan sejak bertahun tahun yang lalu dalam pelbagai genre. Sesekali didendang dengan genre rock dan sesekali dengan genre dangdut dan sesekali yang lain pula didendangkan dengan genre melayu asli bagi mengelak kebosanan masyarakat dengan lagu dan lirik yang lama dan sama.

3. Sebelum wujudnya isu Pindaan Akta 355 ini, isu PAS bergabung dengan UMNO telah didendangkan sekian lama oleh samseng-samseng politik. Tanpa pedulikan fakta dan kebenaran, mereka gembira dan puas dengan fitnah yang mereka cipta. Apabila timbul isu pindaan Akta 355 maka sekali lagi mereka tukar genre untuk didendang buat kesekian kalinya.

4. Realitinya, Inilah kematangan politik yang didambakan selama ini. Sebelum ini kita mempersoalkan sukarnya RUU Persendirian diangkat ke parlimen. Kita mahu transformasi parlimen dilakukan. Nah kini ianya berlaku, maka kenapa masih ada yang terpinga-pinga ? Kenapa fitnah PAS kononnya PAS telah bergabung dengan UMNO ?

5. Ada pula yang kehairanan, kenapa PAS boleh sambut kerjasama UMNO sedang UMNO adalah kerajaan dan PAS adalah pembangkang ? Tidak sukar memahami situasi ini bagi mereka yang berilmu dan mengamalkan politik matang dan sejahtera. Inilah bentuk _ta’awun_ (kerjasama) yang dianjurkan oleh Islam dan menjadi sebahagian dari amalan politik matang dan sejahtera. Firman Allah swt :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan hendaklah kamu berkerjasama atas urusan melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu berkerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya.
Surah Al Maaidah : Ayat 2

6. Saya lihat DAP dan PAN telah kehabisan idea untuk mendepani PAS. Mereka mula meracau tidak ketentuan hala. Isu sepenting ini pun mereka gagal untuk memahaminya semata-mata kerana ia datang dari PAS.

7. Walhal pindaan Akta 355 adalah bertujuan untuk memperkasa Mahkamah Syariah. Tentu sekali ia tidak ada kena mengena dengan pihak non muslim. Selayaknya DAP usah campur urusan ummat Islam atau mereka sememangnya sedang berusaha bagi membuktikan kepada umum bahawa mereka benar-benar anti Islam ?

8. Biarlah bagaimana halangan dan rintangan, insyaallah PAS tidak akan berhenti untuk berjuang.

Kejayaan membentang usul Pindaan Akta 355 di parlimen hanyalah satu langkah melewati garis mula. Sedang perjalanan masih berliku dan destinasi masih jauh. Perlukan kesabaran dan kesungguhan yang tidak sedikit. Sabar menerima kritikan dan maki hamun dari pihak yang memusuhi serta bersungguh-sungguh mendepani cabaran, halangan dan sabotaj.

9. Semua pihak khasnya pemimpin ummat Islam samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang mestilah mempunyai kesedaran iman dan kemahuan politik yang tinggi terhadap usaha untuk memperkasakan Institusi Syariah di Malaysia.

10. Teruskan berjuang, lipat ganda usaha dakwah kepada semua lapisan masyarakat termasuk kepada non muslim dan banyakkan munajat kepada Allah swt. Jangan dilayan sangat kemuncup di stokin. Firman Allah swt :

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ

Laksanakan apa yang Allah swt perintah dan usah pedulilah perancangan dan bantahan golongan musyrikin (berpalinglah dari mereka)

Surah Al Hijr : Ayat 94

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS

Sumber HD - 27-6-2016









Tegakkan Islam jangan berpecah

NASRUDIN HASSAN | .

1. Sejarah tercipta apabila parlimen hari ini menyaksikan YB Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah).

2. Secara kronologinya, RUU Persendirian ini dimuat naik dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) parlimen di kedudukan no 15 pada awal pagi ini. Selepas sesi rehat, pada jam 2.30 petang, YB Menteri Hal Ehwal Parlimen Datuk Azalina Othman  melalui Aturan Mesyuarat 14(2)  telah mengusulkan agar RUU Persendirian YB Marang didahulukan.

3. Sebaik sahaja Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia ingin menjemput YB Marang membentangkan RUU Persendirian Pindaan Akta 355 yang bertujuan untuk memperkasa Institusi Mahkamah Syariah, Ahli-Ahli Parlimen DAP bangun membantah dan cuba menghalang keputusan Tan Sri Speaker. Turut bangun mempersoalkan kenapa RUU Persendirian YB Marang diberi laluan hari ini ialah Ahli Parlimen PAN.

4. YB Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan dan YB Kuala Nerus, Datuk Dr Khairudin Aman Razali antara yang sempat berdiri bagi mempertahankan kewajaran RUU Persendirian ini dibentang. Akhirnya Tan Sri Pandikar Amin Mulia selaku Speaker Dewan Rakyat membenarkan YB Marang membentangkan Pindaan Akta 355.

5. Sebaik sahaja selesai membentang RUU Persendirian tersebut, YB Marang memilih untuk menangguhkan perbahasan bacaan kali pertama ke persidangan parlimen akan datang iaitu Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Keempat Parlimen pada 17 Oktober 2016 akan datang.

6. Langkah ini diambil kerana mengambil kira masa yang suntuk. Hari ini adalah hari terakhir Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Malaysia sedang RUU Persendirian ini baru dimuat naik ke AUM pada hari ini. Maka wajarlah untuk memberi masa secukupnya kepada semua ahli parlimen meneliti dan mengkajinya maka ia ditangguhkan perbahasannya ke sidang yang akan datang.

7. Pada awalnya ada pihak yang menyanggah kerana kononnya RUU Persendirian ini baru ni muat naik hari ini, ahli parlimen tidak sempat menelitinya meskipun ini adalah kali ke-3 RUU Persendirian ini dimasukkan dalam AUM di parlimen.

8. PAS mengambil langkah yang demokratik. Pula tidak gopoh dan kita membentangkannya di parlimen serta bersedia berdepan dengan pelbagai pihak. Pada masa yang sama, kita mengharapkan semua ahli parlimen memberi sokongan yang padu justeru Akta 355 ini sudah terlalu lama sejak 1965. Kedudukan bidang kuasanya lebih rendah dari mahkamah majistret.

9. Selaras pula dengan titah Yang di-Pertuan Agong pada sessi pembukaan Parlimen Penggal Keempat agar Institusi Mahkamah Syariah diperkukuhkan.

10. Marilah kita hayati firman Allah SWT:

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ
Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara ugama apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah agama, dan janganlah kamu berpecah belah padanya".
Berat bagi orang musyrikin terhadap apa yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah kepada agamaNya itu sesiapa yang kembali kepadaNya (dengan taat). (Surah Asy Syura: 13)

Tegakkan agama dan janganlah kamu berpecah belah. Ini arahan Allah swt.

Sama-samalah kita tunggu persidangan akan datang. Perjalanan kita masih jauh. Halangan masih banyak dan cabaran masih kuat. Semoga Allah swt memudahkan urusan kita dan diberikan kekuatan oleh Allah swt. kepada para pejuangNya. Ameen! - HARAKAHDAILY 26/5/2016

Sumber HD - 26-5-2016









Pindaan Akta 355: MP Marang berjaya bentang

HARAKAHDAILY | .

Alhamdulillah, hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen bagi Penggal Keempat Mesyuarat Kedua, Rang Undang-Undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 telah berjaya dibentang oleh YB Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di parlimen hari ini atas usul 412 daripada YB menteri.

Meskipun terdapat bantahan keras daripada ahli-ahli parlimen DAP yang cuba menghalang usul pindaan ini dibentang, namun keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan Ahli Parlimen Marang membentangkan usul pindaan Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

Perbahasan bagi menyempurnakan bacaan kali pertama ditangguhkan ke persidangan akan datang.

Persidangan akan datang yang terdekat bagi penggal keempat ini ialah mesyuarat ketiga yang dijangka berlangsung pada 17 Oktober 2016 akan datang.

Alhamdulillah, semoga Allah SWT mempermudahkan urusan perjuangan ini.

Allahu Akbar

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat / Ahli Parlimen Temerloh - HARAKAHDAILY 26/5/2016

Sumber HD - 26-5-2016



Pas syukur Hadi berjaya usul RUU di Dewan Rakyat

Posted on Friday, May 27 @ 07:00:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM - Pemimpin Pas hari ini, menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berjaya mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat petang tadi.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun Abdul Hadi berjaya mengusulkan Rang Undang-undang itu hari ini.

"Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir sidang Parlimen bagi Penggal Keempat Mesyuarat Kedua, Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta telah berjaya dibentang oleh  Ahli Parlimen Marang Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Parlimen hari ini atas usul 412 dari YB Menteri.

"Meskipun terdapat bantahan keras dari Ahli-ahli Parlimen DAP yang cuba menghalang usul pindaan ini dibentang, namun keputusan Tan Sri Speaker Pandikar Amin Mulia membenarkan Ahli Parlimen Marang membentangkan usul pindaan Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah...Alhamdulillah, semoga ALLAH mempermudah urusan perjuangan ini," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Katanya, perbahasan bagi menyempurnakan bacaan kali pertama ditangguhkan ke persidangan akan datang. Persidangan akan datang yang terdekat bagi penggal keempat ini ialah mesyuarat ketiga yang dijangka berlangsung pada 17 Oktober 2016 akan datang.

Hari ini, Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul itu selepas Parlimen bersidang semula pada sebelah petang.

Usul berkenaan bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Hadi kemudian mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang di bawah Peraturan Mesyuarat 15 (5).

Peraturan Mesyuarat 15 (5) memperuntukkan usul seseorang yang bukan ahli kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli kerajaan. 

Sumber TKO - 27-5-2016


Beri Laluan PAS GANTI Umno

Tiada orang Islam yg benar benar beriman dan tahu realiti yang berlaku akan mempertahankan mereka yang melakukan kesalahan, rasuah, seleweng, salahguna kuasa dan boros.

Kerana sikap begitu akan menyebabkan orang bukan Islam memandang serong kepada agama Islam. Seolah olah dikeranakan sikap orang Islam yang masih mahu mempertahankan BN yang korupsi, maka Islam dianggap mengajar tidak apa apa kalau rasuah. Zalim, boros dan menyeleweng itu bukan kesalahan.

Dilema sebenar adanya pada orang orang Melayu yang membentuk populasi terbesar umat Islam yang menjadi majoriti penduduk negara ini. Kemiskinan, ketinggalan serba serbi ekonomi, ekuiti, nisbah golongan profesional, saintis. Satu satu perkara yang orang melayu masih boleh merasa lega adalah kerana tunjang yang menjadi teras kuasa dalam negara masih lagi dikawal orang Islam.

Kita masih ada Kepercayaan kepada Tuhan dan Raja Berpelembagaan sebagai 2 Rukun tertinggi dalam RUKUN NEGARA. Kita ada Yang Di Pertuan Agong dan Sultan sultan sebagai ketua negara dan ketua negeri negeri. Kita masih ada struktur politik yang mengawal halatuju negara dipimpin oleh mereka yang masih dilihat melayu dan Islam.

Ini dilihat jaminan penting kepada orang orang Islam. Yang terlalu berharga untuk dicuba cuba bereksperimen dengan menggantikan dengan struktur baru yang berbeza dengan membawa idealisma keterbukaan, liberal, pluralisme dan sekularisme.

Orang melayu memang sedar BN ini jahat. UMNO rasuah. Jahanamkan negara.

Mereka mahu tolak UMNO. Tapi berikanlah mereka pilihan yang tidak merisikokan agama dan bangsa.

PAS selaku parti yang telah lama dalam sepak terajang politik melayu arif sangat sentimen dikalangan orang melayu ini.

Kerana itu Presiden PAS tegaskan berkali kali, mesti faham negara ini masyarakatnya bersifat majmuk, berbilang kaum. Tak cukup semata mata faham istilah majmuk. Kena faham majmuknya sifat bagaimana?

Kerana itu PAS menolak berada dlm pakatan yang memberi mesej dan persepsi berada dibawah kawalan DAP. DAP pula parti yang telah tertanam persepsi dikalangan orang melayu sebagai rasis, chauvinist, dan melampau batas dalam memasuki sempadan urusan orang Islam dan melayu.

Gelombang pengundi melayu tidak akan terbentuk melainkan ada semacam jaminan bahawa kepimpinan politik baru yang mahu menggantikan BN UMNO, boleh diharap, berprinsip dalam soal agama dan bangsa.

Ini rintangan yang perlu kita kenalpasti dan terjemahkan dalam kerangka tindakan.
Pakatan Harapan dengan strukturnya sekarang hanya menempah kegagalan.

Melainkan dengan PAS sama sama diberi sokongan bulat sebagai lawan setara yang perlu dibantu serba serbi untuk tewaskan UMNO.

Menggagalkan usaha PAS menentang UMNO adalah sebenarnya sabotaj yang besar dalam menjayakan agenda menumbangkan BN yang sudah terlalu rosak.

Bagi sebahagian orang melayu, nilai dan harga keselamatan agama dan bangsa lebih besar dan penting dari RM42 Billion wang 1MDB atau derma RM2.6 Billion yang masuk ke akaun peribadi DS Najib.

Nak tewaskan UMNO kita kena bersatu pada strategi yang betul. Pedulikan mereka yang mahu membantu UMNO dengan memecahkan undi.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
26HB MEI 2016

Sumber BO - 26-5-2016









BN wajib ditumbangkan pada PRU14

AHMAD AMZAD HASHIM | .


BN masih lagi boleh menang pada PRU13 yang lalu kerana parti Umno masih berupaya menang sebahagian besar kerusi yang majoriti pengundinya orang Melayu.

Sesuai dengan komposisi kaum dalam 29 juta rakyat Malaysia yang orang Melayu punya peratus terbesar, bilangan kerusi yang mempunyai pengundi majoriti Melayu adalah paling banyak.

Kerana itu pada PRU13, walau pembangkang buat catatan luar biasa dengan memperolehi hampir sampai had maksimum sokongan kaum bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat, masih juga tidak boleh menang kerana bilangan kerusi Melayu yg paling banyak terus dimenangi oleh Umno.

BN berkuasa dengan bilangan kerusi yang banyak dimenangi oleh Umno.

Yang boleh memberikan cabaran yang serius kepada Umno di kerusi majoriti Melayu ini hanyalah PAS. Ia perlu diakui oleh semua melainkan kita berterusan mahu membiarkan emosi kita mengawal logik akal sehingga dicengkam Sindrom Penafian (Denial Syndrome).

Gagalnya memenangi PRU13 yang lalu bukanlah kerana kita ketandusan isu. Betul isunya penyelewengan proses pilihan raya, salah guna jentera kerajaan, politik wang, rasuah. Ini sejarah yang berlaku setiap kali pilihan raya perkara yang sama.

Masalah besarnya orang Melayu melihat berbanding pelbagai isu-isu yang dibangkitkan, bila timbul perkara yang asas berkaitan keselamatan kepentingan Melayu dan kesucian Islam, isu isu lain sudah tidak besar lagi.

Pada PRU13, serampang 2 mata yang menjadi propaganda Umno di kalangan orang orang Melayu tentang  Islam dan soal kepentingan orang Melayu.

Mereka dicemaskan tentang DAP. Mereka mempamerkan Pakatan Rakyat sebagai alat agenda penguasaan DAP yang menjadi ancaman agama dan bangsa.

Silapnya PAS dan PKR adalah menbenarkan persepsi ini terus terbentuk dengan sikap pemimpin yang terlalu mengalah dengan tuntutan DAP.

Bagi tujuan menghadapi PRU14 akan datang, pembangkang sedang menawarkan Pakatan Harapan (PH) yang bukan sahaja tidak belajar dari kesilapan struktural PRU13, malah memperkukuhkan lagi pandangan serong orang orang Islam/Melayu bahawa PH menjadi alat kepada DAP dengan tiadanya PAS dalam pakatan itu dan tiadanya pemimpin yg dianggap ketua sebelum ini DS Anwar Ibrahim yang waktu itu masih berupaya mengawal pakatan. Anwar Ibrahim sekarang berada dipenjara.

Pemimpin Tertinggi PKR sekarang tidak dilihat 'menguasai' game plan Pakatan Harapan. Pengarah 'orkestra' ini nyata kelihatannya DAP.

Parti Amanah Negara (PAN) tidak langsung dapat menepis pandangan ramai bahawa mereka sekadar kelompok kecewa yang merelakan diri menjadi 'alat' DAP.

Jika beginilah rupa tawaran kepimpinan yang mahu diserahkan kepada rakyat membuat pilihan pada PRU14, sebuah pakatan yang 'boss' (ketua) sebenarnya adalah DAP, adakah penerimaan pengundi Melayu akan jadi lebih baik?

Asasnya diawal lagi kita sudah nyatakan, tiada kemenangan pakatan pembangkang selagi tidak menguasai bahagian yang besar dari kerusi majoriti Melayu.

Fokus yang dibuat oleh PAS sekarang dalam memecahkan tembok pemisah yang menghalang usaha mendekati mereka yang pernah jadi pengundi Umno nyata berjaya. Pendekatan Politik Matang dan Sejahtera PAS memikat banyak pihak.

Ketegasan dalam isu-isu yang sensitif kepada Islam dan Melayu khususnya dalam berdepan dengan DAP mendorong ramai yang mahu turut berdiri bersama memperkukuhkan PAS.

Orang Melayu punya 'vakum' (kekosongan) yang perlu diisi. Kita ketiadaan pemimpin yang sanggup 'lawan cancang' dengan sesiapa sahaja yang berani sentuh kesucian agama Islam dan kepentingan Melayu.

Umno cuba berlagak hero mengisi vakum ini dengan bermain-main dengan sentimen perkauman yang menyesatkan. Rasis. Dalam masa yang sama Umno sendiri diperhati rakyat melutut kepada MCA, tidak berani menyokong naikkan sikit taraf mahkamah syariah.

Agar jangan dibiarkan terlalu sangat rendah tarafnya, lebih rendah dari mahkamah terendah dalam kehakiman biasa. Mereka yang jual kepentingan Melayu. Tanah rezab Melayu 70% lebih sudah hilang.

PAS tegaskan Islam menentang rasisme. Tak salah kasihkan kaum sendiri dan jaga kepentingannya. Yang salah menghasut kebencian kepada kaum lain. Khianat. Rampas hak. Mempertahankan kejahatan dan kesalahan kaum sendiri. Itu tak boleh. Salah tetap salah walau dari kaum sendiri.

Ketegasan dan kadang-kadangnya 'keras bertempat' yang kena pada masanya ditunjukkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengisi kekosongan yang amat diperlukan oleh orang Islam/Melayu.

Ini antara resepi yang sedang diadun oleh PAS dalam agenda menumbangkan BN.

Selebihnya menyediakan pasukan yang cukup berwibawa, cukup sakhsiah islaminya, baik fikrah dan akhlaknya, berkelayakan, seimbang.

Supaya tidak lagi timbul wakil rakyat PAS setakat jadi menteri agama cukuplah. – HARAKAHDAILY 20/5/2016

Sumber HD - 20-5-2016









Fiqh keluarga haraki (9)

NASRUDIN HASSAN | .


Keluarga haraki asas kekuatan Gerakan Islam

71. Kekuatan sebuah gerakan Islam banyak bergantung kepada kualiti anggotanya. Samada pemimpin atau ahli biasa, mereka adalah anggota yang bertanggungjawab untuk memastikan gerakan Islam ini mempunyai energy yang tinggi mendepani ganasnya cabaran yang dihadapkan oleh musuh Islam dan bonekanya.

72. Anggota gerakan Islam juga bertanggungjawab penuh bagi mengukuhkan benteng dalamannya dari pelbagai rupa virus yang boleh melumpuhkan organ dalaman perjuangan ini. Selain daripada aneka aktiviti dalaman gerakan Islam untuk mentarbiyah dan membentuk anggotanya, keluarga haraki bagaikan kilang yang melahirkan tunas-tunas baru perjuangan. Berfungsi sebagai mata rantai perjuangan dan meneruskan kesinambungannya

Pembentukan & pentarbiyahan awal

73. Rumahtangga Haraki sangat berbeza patternnya dengan rumahtangga biasa. Lagi bertambah jauh dengan rumahtangga yang huru hara dan tunggang terbalik atau kacau bilau dengan pertelagahan, curiga mencurigai antara satu sama lain, pukul sana, maki sini, menjerit jerit saban ketika dan sebagainya.

74. Rumahtangga haraki adalah sebuah rumah bertanggakan perjuangan Islam. Orientasinya adalah perjuangan Islam. Persekitarannya juga adalah perjuangan Islam. Justeru itu, matlamat pembentukan keluarga haraki, objektif dan hala tujunya juga adalah berpaksikan perjuangan Islam.

75. Perjuangan Islam memerlukan pejuang yang faham, ikhlas, berilmu, sanggup berkorban untuk Islam, kental mendepani cabaran, fizikal yang mampu merealisasikan  aktiviti amal Islami, aktif dan mempunyai wibawa kepimpinan yang hebat. Ertinya, keluarga haraki mesti memenuhi kriteria tersebut. - HARAKAHDAILY 15/5/2016

Sumber HD - 15-5-2016









Pengambilan pekerja asing, rakyat mesti diutamakan

HARAKAHDAILY | .


PAS masih khuatir dengan keputusan Kabinet untuk menarik balik arahan pembekuan pengambilan pekerja asing terhadap empat sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan dan pembuatan perabot seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.

Sekalipun wujud keperluan untuk mengambil 1.95 juta pekerja asing untuk sektor pembinaan menjelang 2020 seperti yang dianggarkan oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) dan lebih-lebih lagi dalam keadaan 300 hingga 400 pekerja asing pulang ke negara masing-masing setiap bulan dalam tempoh suku pertama tahun ini berikutan kejatuhan nilai Ringgit seperti yang dinyatakan oleh Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB), namun keupayaan Kerajaan untuk mengurus dan mengawal sejumlah 6.7 juta orang warga asing sedia ada di negara ini secara berkesan adalah sangat meragukan.

Sedangkan, telah diakui bahawa kemasukan dan keberadaan ramai warga asing di telah menjejaskan rakyat negara ini pada 3 aspek utama;

(i) peluang pekerjaan,
(ii) keselamatan dan
(iii) kesihatan.

Kerajaan sepatutnya melihat kepentingan rakyat ini sebagai keutamaan dalam pengambilan pekerja asing di samping keperluan terhadap golongan ini bagi memajukan industri-industri tertentu di negara ini.

Kegagalan atau ketidakberkesanan program-program pemutihan seperti Program 6P dan Program Rehiring dalam mencapai objektifnya menjadi bukti yang jelas bahawa Kerajaan tidak berupaya untuk menyelia warga asing di negara ini.

Pengambilan yang bakal dibuat nanti dikhuatiri akan lebih menjejaskan kepentingan rakyat di negara ini.

Kerajaan juga sepatutnya menetapkan nisbah antara pekerja asing dan pekerja tempatan dalam sesuatu sektor bagi mengelakkan monopoli pekerja asing di negara ini. Melalui penetapan nisbah seumpama ini akan memastikan majikan tidak hanya akan menggaji pekerja asing dan ia juga dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan gaji minimum.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 13/5/2016

Sumber HD - 13-5-2016









Fiqh keluarga haraki (8)

NASRUDIN HASSAN | .


Keizinan Suami

61. Bagi mujahidah (pejuang wanita) pula terdapat feqh perjuangan tersendiri yang mesti dipatuhi. Antaranya, seorang isteri sebelum siap turun ke medan juang sedang ia terpaksa keluar dari rumahnya, maka pada asasnya terlebih dahulu ia perlu mendapatkan izin dari suaminya. (kecuali dalam keadaan yang sangat mendesak  dimana tenaga muslimah sangat diperlukan pada waktu itu untuk kesinambungan perjuangan Islam atau suasana yang kritikal dan huru hara seperti negara sedang diserang oleh musuh).

62. Selayaknya pula, encik suami mengizinkan isterinya melibatkan diri dengan perjuangan Islam dan aktiviti amal Islami justeru telah dipertegaskan berulangkali bahawa perjuangan adalah satu kewajipan yang mesti ditunai oleh semua.

Sabda Nabi SAW:

إذَا اسْتَأْذَنَكُم نِسَاؤُكُمْ بِاللّيْلِ إلَى الْمَسْجِدِ فَأْذَنُوْا لَهُنَّ

Apabila isteri kamu meminta izin kepada kamu pada malam hari untuk pergi ke masjid, maka izinkanlah mereka. (Riwayat Imam Bukhari)

Al Hafiz Ibnu Hajar Rhm telah naqal ucapan Imam An Nawawi Rhm: "dari hadis ini, diambil dalil bahawa isteri tidak boleh keluar dari rumah suaminya kecuali dengan izin suami, kerana perintah untuk memberi izin tersebut ditujukan kepada para suami. (Rujuk Fathul Bari - 3/266)

63.  Inilah asas kenapa kita menegaskan bahawa pembentukan rumahtangga haraki mementingkan pasangan yang saling memahami dan memiliki fikrah Islam yang syumul. Ianya adalah supaya kerja Amal Islami ini tidak tergendala.

Mahram sebagai Pengiring

64. Seorang muslimah pasti mengetahui betapa tingginya nilai maruah dan kehormatan mereka sebagai seorang pejuang. Tidak mungkin Islam membiarkan para mujahidahnya turun ke medan  yang ganas dan berisiko tinggi tanpa memelihara maruah dan kemuliaan dirinya. Islam mensyariatkan mahram bagi menemani dan mengiringi mujahidah beraksi.

65. Sejurus mendapat izin dari encik suami yang memahami betapa perjuangan ini memerlukan penyertaan dan pengorbanan isterinya, maka mujahidah ini mesti merancang siapakah mahram yang perlu dibawa untuk mengiringinya ke medan. Terlebih afdhal ia diiringi oleh encik suami, namun jika encik suami berhalangan, maka penyertaan mahram yang lain diperlukan.

قال ابن عباس رضي الله عنهما : سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يخطب يقول : لا يَخْلُونَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إلاَّ وَمَعَهَا ذُوْ مَحْرَمٍ ، ولا تُسَافِر ُالْمَرْأَةُ إلاَّ مَعَ ذِيْ مَحْرَمٍ . فقام رجلٌ فقال : يا رسولَ اللهِ إنَّ امْرَأَتِي خَرَجَتْ حَاجَّة ، وأنِّي اكْتُتِبْتُ في غَزْوَةِ كذا وكذا . قال : اِنْطَلِقْ فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِك َ. رواه البخاري ومسلم واللفظ له .
_Telah berkata ibnu Abbas Rhma, aku telah mendengar Rasulullah saw berkhutbah : Janganlah berdua-duaan lelaki dan perempuan kecuali bersamanya mahram, jangan bermusafir seorang wanita kecuali ditemani mahramnya. Lalu bangun seorang lelaki lantas bertanya : Ya Rasulullah saw : sesungguhnya isteriku telah keluar untuk mengerjakan ibadah haji sedang aku telah disenaraikan di medan perang begitu dan begini. Rasulullah saw bersabda: berangkatlah kamu dan tunaikan ibadah haji bersama isterimu. (Riwayat: Muttafaqun Alaihi)

66. Andai tiada mahram dari kalangan lelaki, maka sekurang-kurangnya 2 orang muslimah diperlukan bagi menggantikan tempat mahram lelaki. Bagi muslimah yang terlibat aktif dengan gerakan Islam, tidak selayaknya menganggap ini sebagai kesukaran. Sebagaimana kita boleh mengatur jentera muslimah turun ke berdakwah dan menjalankan gerakkerja amal jamaei, kenapa sukar bagi mujahidah mencari team atau pasukan yang sedia membantunya turun ke medan.

67. Amal Nisa' , Skuad Khas Muslimah atau Briged Amal Muslimah atau apa jua nama boleh dibentuk dalam sayap perjuangan muslimah bagi mengatasi masalah mahram kepada pejuang-pejuang muslimah yang turun ke medan.

68. Sangat tidak manis, malah terdedah kepada fitnah dan bahaya yang tidak dijangka bagi muslimah yang ke hulu dan ke hilir berjuang berseorangan tanpa mahram menempuh perjalanan yang jauh dan kadangkala terpaksa meredah gelap malam. Tambahan mutaakhir ini, situasi negara kita sangat terdedah kepada jenayah dan mungkar. Perjalanannya bukan sahaja tidak selamat, bahkan dalam situasi begini, ianya tidak direstui syariat.

69. Berbeza situasi yang hanya melibatkan perjalanan yang dekat, pula diyakini selamat seperti menghadiri markaz dalam kampung yang jaraknya hanya berselang 4 atau 5 buah rumah, maka tidaklah syariat Islam mengetatkan hukum mahram ke atas mujahidah yang mahu menjalankan tanggungjawab perjuangannya.

70. Namun, izin suami tetap diperlukan kerana bimbang ketika itu, isteri diperlukan oleh suami sementelah suami baru pulang dari musafir yang jauh. Usahkan keluar dari rumah, berpuasa sahaja perlu mendapatkan izin dari suaminya.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لا يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلا بِإِذْنِهِ
Dari Abi Hurairah Rha dari Nabi SAW telah bersabda: Tidak halal bagi wanita berpuasa (puasa sunat) sedang suami ada bersamanya melainkan dengan izin suami. (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

(bersambung)

Sumber HD - 11-5-2016









NTP: Kerajaan mesti jujur nilai, selesai masalah rakyat

HARAKAHDAILY | .


YAB Perdana Menteri dalam pembentangan laporan prestasi Program Transformasi Negara (NTP) yang meliputi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP)  menyatakan daripada aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), GTP telah mencapai 99% KPI penyampaiannya manakala ETP pula 111%.

Menjelaskan pencapaian ini, beliau menyebutkan fakta angka 5 petunjuk besar kejayaan NTP iaitu keluaran dalam negara kasar (KDNK), disiplin fiskal, pendapatan negara kasar (PNK) per kapita, lebihan dagangan dan pengiktirafan atau penarafan antarabangsa.

Sekalipun secara umumnya ia menggambarkan bahawa semuanya adalah dalam keadaan baik; sebenarnya petunjuk-petunjuk itu jika dinilai menurut perspektif atau sisi lain akan memberikan gambaran bahawa sepatutnya Kerajaan perlu lebih berhati-hati dan membuat pembetulan serta penambahbaikan pada banyak aspek.

Petunjuk besar yang dibentangkan itu juga hanya setakat dapat memberitahu keadaan sosio-ekonomi negara dan tidak pada sosio-ekonomi rakyat secara terperinci dan sebenar.

Berhubung keadaan rakyat ketika ini, walaupun YAB Perdana Menteri mengkisahkan kejayaan cemerlang beberapa individu di dalam ucapan beliau, hakikatnya beliau hanya mampu memberikan 2 pesanan/peringatan kepada rakyat iaitu agar (i) berbelanja secara  berhemah dan (ii) membuat simpanan.

Beliau juga tidak mengemukakan petunjuk-petunjuk tertentu yang boleh menjelaskan masalah yang dihadapi rakyat ketika ini. Beliau hanya menyatakan beberapa kejayaan Kerajaan menyediakan kemudahan awam dan memberikan bantuan yang sememangnya menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk menunaikannya kepada rakyat.

Masalah kemiskinan, bebanan hutang, kos sara hidup, pengangguran, jurang pendapatan, kuasa beli dan lain-lain lagi yang sedang dirasai oleh rakyat dengan penuh sengsara tidakpun disebut atau dibentangkan secara tulus dan telus.

Mungkin keindahan-keindahan yang dilaporkan ini hanya bertujuan memanfaatkan kesempatan yang ada bersempena PRN Sarawak yang sedang berlangsung. Tidak hairanlah jika hampir separuh ucapan beliau semalam banyak menyentuh berkenaan Manifesto Barisan Nasional Sarawak 2016.

Saya berharap, Kerajaan bersikap lebih jujur dalam memberikan khidmat kepada negara dan rakyat.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 28/4/2016

Sumber HD - 28-4-2016









Bagaimana PAS berjuang (akhir)

NASRUDIN HASSAN | .



Aplikasi 3: Siasah

28. Politik atau siasah adalah sebahagian dari Islam sementara Islam adalah dasar perjuangan PAS. Justeru itu PAS mengambil pendekatan untuk menyertai pilihan raya bagi memanfaatkan ruang demokrasi yang ada bagi membolehkan Islam dapat didaulatkan di bumi bertuah ini.

29. Namun tiada siapa yang dapat menafikan bahawa sistem demokrasi dan pilihan raya yang berlangsung di Malaysia ini juga bukanlah diamalkan secara patuh syariat 100 peratus. Walaupun begitu, ini satu-satunya ruang untuk perolehan kuasa politik secara aman.

30. Melalui ijtihad politik para alim ulamak terdahulu, untuk memimpin kebangkitan dan gerakan perubahan rakyat secara "muwajahah silmiyah" iaitu berdepan secara aman, maka PAS mengambil keputusan menyertai pilihan raya untuk manafaatkan ruang yang masih ada guna mengembangkan risalah perjuangan Islam.

31. Tanggungjawab PAS sangat mencabar. Bukan sahaja untuk memenangkan perjuangan Islam tetapi terpaksa jua mengislahkan sistem politik negara agar bebas dari politik kotor dan jahiliyah.

Budaya Politik Matang dan Sejahtera

32. Bertolak dari noktah ini, PAS membudayakan seni politik matang dan sejahtera ke arah membina mindset baru di pentas politik Malaysia. Satu budaya politik yang bersendikan syariat dan akhlak Islami. Sekaligus memulihkan iklim politik tanahair dari jerebu politik wang, politik fitnah, politik emosi, politik dendam, politik maki hamun, politik benci, politik perkauman, politik kesat dan kasar kepada mengamalkan politik kasih sayang, politik fakta, politik realiti, politik bistari, politik harmoni, politik taqwa, politik akhlak, politik dakwah, politik kebenaran, politik matang dan sejahtera.

33. Cabaran ini tidak mudah untuk direntas oleh PAS. Selain daripada masyarakat awam dan pihak lawan politik, PAS juga mesti berdepan dengan usaha mematangkan ahli dan penyokong sendiri agar menghayati malah mempraktiskan budaya politik matang dan sejahtera bersendikan syariat dan akhlak Islami ini.

34. Matlamat jangka panjang perjuangan PAS (ghayah) ialah menggapai Mardhatillah "keredhaan Allah" swt. Ertinya politik PAS mestilah menjurus kepada redha Allah swt. Kita tidak mahu sekali-kali terjebak dalam politik mungkar yang memulangkan kemurkaan Allah swt kepada kita. Lantaran itu kita wajib menjauhkan diri dari politik maki hamun, fitnah dan sebagainya kerana ia adalah mungkar.

Menuju Kemenangan di Akhiratjaya

35. Berdiri diatas tunjang ini juga, politik PAS ditegakkan atas prinsip Islam yang kukuh. Kita sekali-kali tidak akan meninggalkan Islam semata-mata mencongak kemenangan sementara di dunia. Maksudnya PAS tidak hanya memburu kemenangan di Putrajaya teta pi juga PAS mahu menang di Akhiratjaya.

36. Matlamat jangka pendek perjuangan PAS (hadaf) ialah memenangi setiap pilihan raya yang disertai agar dapat membentuk kerajaan ataupun paling tidak, PAS boleh membawa suara Islam ke Dewan Rakyat, Dewan Negeri juga Dewan Negara.

Tahaaluf, Taawun dan Tafahum Siasi

37. PAS juga mempunyai dasar tersendiri mengenai hubungan dengan pihak non muslim dan juga pergerakkan atau pertubuhan yang tidak berteraskan Islam.

38. Tahaaluf Siasi (kerjasama politik yang diikat dengan terma syarat dan janji sepakat yang tertentu), Taawun Siasi (kerjasama politik berasaskan kesepakatan tertentu dalam hala tuju yang sama) atau Tafahum Siasi (persefahaman politik yang dijalin secara mesra saingan tanpa sebarang terma syarat) antara ijtihad politik PAS yang boleh diaplikasi mengikut kesesuaian semasa.

Hubungan NGO, Tokoh dan Blok Ketiga

39. Penglibatan PAS di pentas politik tidak menjarakkan PAS daripada enggagement dengan pelbagai pihak. Tidak sahaja parti-parti politik, PAS juga mengambil sikap mesra NGO dan tokoh-tokoh seperti ahli akademik, pejuang bahasa, aktivis sosial dan lainnya.

40. Pendekatan terbaru PAS dalam mengemudi politik tanah air ialah membentuk Blok Ketiga dan ianya menjadikan lanskap politik Malaysia kian menarik setelah meletakkan rakyat lebih selesa untuk memilih. Mereka tidak lagi terhad untuk memilih salah satu antara dua. Bahkan PAS kini menjadi bahan perhatian yang "terlajak laris" untuk diperkata dan diberi perhatian oleh semua pihak kawan dan lawan. Situasi ini meletakkan PAS lebih strategik dalam menentu iklim politik negara selepas hujan politik yang lebat kembali reda. - HARAKAHDAILY 26/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016








































PAS sokong hapus monopoli dalam industri padi, beras

HARAKAHDAILY | .



PAS menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menghapuskan monopoli terutamanya dalam memastikan pengedaran beras dilakukan secara lebih terbuka di samping memastikan persaingan yang lebih sihat dalam pengurusan padi dan beras negara.

Ini berikutan terdapat cadangan supaya pergerakan koperasi turut diberi peluang untuk menjadi medan penyaluran dan pengedaran beras negara selain dari Padiberas Nasional Berhad (Bernas).
Ketika ini, Bernas adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab sebagai sebuah badan yang mengawal rantaian pembekalan, infrastruktur, pengedaran termasuk kawalan terhadap harga padi dan beras negara.

Bernas mengambil alih peranan yang dimainkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) yang telah diswastakan pada 1996.

Walau bagaimanapun, Bernas dilihat lebih cenderung menguruskan perniagaan padi dan beras berorientasikan keuntungan semata-mata berbanding membela dan melindungi kepentingan petani dan pengguna terutamanya sejak penyenaraian Bernas dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 1997.

Ini dilihat kepada pelbagai masalah dibangkitkan petani dan pengusaha beras tempatan sejak sekian lama dan tidak mendapat perhatian yang serius daripada pihak berwajib.

Ia bukan sahaja berkait dengan masalah pengurusan bekalan padi yang telah menyebabkan lambakan padi tempatan, malah masalah infrastuktur seperti sistem saliran dan pengairan yang tidak sistematik, masalah kos input pengeluaran yang meningkat juga telah merencatkan akvititi penanaman dan sebagainya.

Maka, langkah menghapuskan monopoli adalah suatu perkara teras yang wajar mendapat perhatian kerajaan bagi menyelamatkan indusri padi dan beras negara sebelum ia menjadi semakin tenat.
PAS menggesa kerajaan agar segera memberikan perhatian yang serius dalam pelbagai isu dan cadangan yang diutarakan dan mengharapkan kemelut yang melanda industri ini dapat ditangani dengan bijaksana.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 22/4/2016

Sumber HD - 22-4-2016









































Praktis pentadbiran patuh syariat

NASRUDIN HASSAN | .


Salah laku penjawat awam memerlukan kerajaan mempraktiskan amalan pentadbiran patuh syariah

1. Isu salah laku dalam kalangan penjawat awam dilihat masih tidak berpenghujung. Terbaru adalah kes tuntutan palsu yang melibatkan nilai mencecah RM4.9 juta.

2. Jika ditelitistatistik yang dikeluarkan oleh SPRM, sehingga Februari tahun ini sahaja, 173 kes tangkapan telah dibuat dan daripada jumlah itu, 57 peratus iaitu 98 kes melibatkan penjawat awam. Malah, sepanjang tahun 2015 sahaja, 398 kes tangkapan telah dilakukan melibatkan penjawat awam daripada 841 jumlah keseluruhan kes.

3. PAS menggesa agar kerajaan termasuk agensi-agensi yang terlibat supaya meneliti aspek pencegahan dan hukuman terhadap salah laku dan jenayah rasuah yang seperti tidak dapat dibendung terutamanya melibatkan pemimpin negara dan penjawat awam.

4. Tambahan lagi, PAS juga mencadangkan agar kerajaan dan agensi-agensi yang terbabit meneliti semula serta memperkemaskan Pelan Pengurusan Risiko (PPR) dan Unit Integriti yang ditubuhkan dalam setiap kementerian dan agensi kerajaan bagi menangani salah laku. Ini kerana kedua-dua langkah strategik tersebut seharusnya memadai untuk mengurangkan risiko terhadap salah laku terutamanya dikalangan penjawat awam. Namun, jika dilihat kepada data kes, ia seolah-olah tidak memberikan impak yang diharapkan.

5. Ketiadaan suatu peraturan dan tindakan yang lebih tegas juga telah menyebabkan kes-kes salah laku tidak dapat dibanteras dengan baik. Maka, seharusnya penggubalan undang-undang berkaitan dengannya diambil perhatian secara serius oleh pihak berwajib bagi memastikan Malaysia menuju kepada sebuah negara yang berintegriti.

6. Suatu yang jauh lebih penting daripada itu ialah kerajaan mesti menunjukkan contoh pemerintahan dan pentadbiran yang baik serta patuh syariah sepenuhnya agar menjadi panduan  dan contoh yang baik pula kepada semua penjawat awam dengan mempraktiskan kepimpinan melalui tauladan.

7. Kepatuhan kepada syariat dengan memulakan pendidikan amalan pentadbiran patuh syariat adalah langkah yang mesti terlebih dahulu diambil oleh kerajaan di samping mewujudkan satu undang-undang yang berkesan. - HARAKAHDAILY 19/4/2016

Sumber HD - 19-4-2016










































Bagaimana PAS berjuang (3)

NASRUDIN HASSAN | .


Aplikasi 2: Dakwah

20. Sebagai sebuah gerakan Islam, dakwah menjadi prioriti kepada PAS. Memahamkan rakyat mengenai Islam dan memposisikan Islam pada tempat yang selayaknya adalah urusan PAS yang utama.

21. Mementaskan dakwah di arena politik bukan suatu yang mudah namun ia adalah satu kewajipan dan perjuangan yang mesti direalisasikan dengan penuh hikmah, tegas dan tabah mendepani cabaran semasa.

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat (pengajaran) yang baik, dan berbahaslah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah (petunjuk). (Surah An Nahl: 125)

22. Justeru itu, PAS tidak memisahkan orientasi politiknya daripada kerja-kerja dakwah. Malah dakwah adalah sarana dan mekanisme utama PAS dalam menggerakkan agenda penyelesaian dan perubahan yang total menepati perintah Allah swt dan RasulNya saw.

23. Prinsip dakwah adalah menggamit madu'u (sasaran dakwah) dan bimbing mereka ke jalan yang benar agar selamat dari murka Allah swt. Ia mengatasi sempadan warna kulit, bahasa lidah dan fahaman politik. Realiti ini membuatkan cabaran senantiasa sukar dan realiti senantiasa rumit buat PAS.

24. Sebagaimana dakwah kepada non muslim untuk memahamkan mereka mengenai Islam yang sebenar adalah suatu yang sukar justeru ia di luar sempadan muslim, maka begitulah dakwah rentas sempadan parti politik bagi memahamkan mereka bagaimana Islam mengemukakan solution yang betul dalam pergolakan politik tanah air, adalah sukar dan penuh cabaran.

25. Inilah perjuangan. Malah perlembagaan PAS turut menggariskan tugasan murni ini sebagai usaha yang mesti dilakukan oleh PAS. (Fasal ke 6 Perlembagaan PAS)

26. PAS mesti menemui semua orang dan berusaha menyampaikan risalah perjuangannya kepada seberapa ramai manusia yang boleh dan seberapa banyak ruang yang mampu dengan pelbagai variasi penampilan dan kaedah pendekatan.

27. Bersikap matang, berjiwa besar dan berlapang dada antara spirit yang mesti dimiliki oleh seluruh kepimpinan dan ahli PAS bagi menjayakan aplikasi dakwah di pentas politik yang mempunyai 1001 sudut ancaman dari musuh politiknya.

(bersambung)

Sumber HD - 13-4-2016











































Tanpa kuasa pun Tun M boleh betulkan isu royalti, Memali

AHMAD AMZAD HASHIM | .


ADA yang kata lupakan sahaja kesalahan Tun Mahathir kerana itu sudah lama dahulu.

Tetapi ujian sebenar sama ada Tun Mahathir benar benar ikhlas mahu berada di landasan rakyat adalah memperbetulkan kesalahannya sementara hayatnya masih ada.

Pembunuhan AsSyahid Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk Kampung Memali. Beliau masih cukup sihat untuk berkunjung dan ziarah keluarga assyuhada dan nyatakan itu adalah kesilapannya.

Memulakan penganiayaan kepada negeri negeri umat Islam Terengganu dan Kelantan dengan tiba tiba memutarbelitkan perjanjian pengeluaran Petroleum dan menafikan hak bayaran 5% royalti Petroleum yang kesannya terlalu besar menjejaskan negeri dan rakyat yang sepatutnya sudah boleh menikmati kemajuan dan pembangunan yang lebih besar.

Tun Mahathir boleh mengakui kesalahan keputusan yang sangat jelas didorong kepentingan politik parti dan peribadi. Beliau tak boleh beri alasan tidak ada kuasa sekarang kerana kenyataan beliau cukup kuat untuk beri ruang proses penilaian semula sama ada dimulakan di mahkamah atau oleh kerajaan dipimpin Umno sekarang.

Dalam seluruh episod Anwar Ibrahim, manusia seperti Umi Hafilda, Saiful Bukhari hanyalah bagai badut sahaja. Yang memulakan kezaliman adalah Tun Mahathir sendiri.

Sepatah pengakuan beliau walau tanpa kuasa sekarang, cukup untuk mengubah keadaan dan mungkin boleh membuka jalan kepada perbicaraan baru atas kewujudan keterangan dan kemungkinan bukti baru.

Tun Mahathir tidak boleh beri alasan konon dia tidak ada kuasa sekarang untuk ubah semua tu. Tanpa kuasa pun, dia sudah boleh bercakap benar sementara mulutnya masih mampu bersuara, tangannya masih mampu menulis.

Lainlah jika beberapa tahun lagi melihat usianya sekarang, jika sudah terlantar tak mampu buat apa apa lagi.

Saya simpati pada Anwar Ibrahim.

Nyata sekali seolah-olahnya mereka yang menjadi harapan beliau sebelum ini sedang dengan bangganya memberitahu rakyat,

"Kami sudah ada Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dah tak penting lagi"

Saya percaya PAS sedang menilai keikhlasan Tun Mahathir.

Terutama dalam isu royalti petroleum yang babitkan negeri negeri orang Islam Melayu teramai yang sesudah disedut hasil mahsulnya, teraniaya daripada aspek pembangunan dan peluang ekonomi.

Negeri-negeri ini rakyatnya terpaksa mencari peluang kerja dinegeri lain. Minyak dan Gas dari perut bumi Terengganu dan Kelantan. Tetapi yang jadi taikun industri minyak dan gas, anak-anak Tun Mahathir sendiri.

Nak harapkan pemimpin pemimpin Umno Terengganu?

Mereka sejak dari dulu bangga sangat jadi broker projek memakan komisyen. Yang untuk tujuan itu perlu taat dan patuh semua sekali apa sahaja yang bos mereka di Kuala Lumpur mahukan.

Sekalipun dengan mengkhianat dan menjual rakyat dan negeri sendiri! – HARAKAHDAILY 4/4/2016

Sumber HD - 4-4-2016












































Tingkat perkhidmatan teksi, kurangkan bebanan birokrasi

HARAKAHDAILY | .


Kejadian mogok sekumpulan pemandu teksi di ibu negara pagi kelmarin memberikan gambaran terhadap kemuncak tekanan yang dihadapi golongan tersebut sejak sekian lama.

Walaupun pada asasnya bantahan tersebut ditujukan kepada perkhidmatan Grab Car dan Uber yang seolah-olah mengganggu punca rezeki mereka, namun bebanan yang ditanggung pemandu teksi merupakan suatu faktor yang tidak boleh dikesampingkan.

Antaranya adalah masalah permit teksi yang diberikan kepada syarikat-syarikat teksi yang lebih suka mengait keuntungan segera dan juga pembayaran wang cagaran atau sewa beli yang tinggi.

Keadaan ini telah mendorong kepada bebanan tambahan yang gagal diuruskan dengan baik oleh pihak kerajaan.

Secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada perkhidmatan teksi. Dalam masa yang sama, pendapatan pemandu teksi merosot kira-kira 50 peratus apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD) pula memberikan peluang promosi terhadap perkhidmatan Grab Car dan Uber.

PAS menggesa kerajaan agar meningkatkan perkhidmatan teksi dengan mengurangkan bebanan birokrasi seperti pemberian permit individu bagi individu yang telah lama berkhidmat, mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat-syarikat teksi selain memperkasakan perkhidmatan kebajikan seperti caruman perkeso, KWSP dan sebagainya.

Tambahan lagi, kerajaan juga digesa mencari titik penyelesaian bagi menangani permasalahan berkenaan perkhidmatan Grab Car dan Uber. Sekurang-kurangnya mencari jalan penyelesaian dengan menyediakan “padang yang sama rata” supaya persaingan yang sihat dapat berlaku.

Sebaiknya Grab Car dan Uber ini dmansuhkan dan dalam masa yang sama perkukuhkan institusi teksi.

Malangnya, Grab Car dan Uber lebih selesa memberikan servis tanpa ada peraturan lain yang dikenakan tidak seperti perkhidmatan teksi hari ini.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 30/3/2016

Sumber HD - 30-3-2016













































PAS terajui budaya politik matang dan sejahtera (7)

NASRUDIN HASSAN | .


9 Kriteria Politik Matang dan Sejahtera

KRITERIA KELIMA: Pertentangan Dasar bukan Pertentangan Fizikal

60. Perjuangan Islam tidak memusuhi sosok tubuh dan rupa wajah. Malah nama dan latar belakang kaum, bangsa dan bahasa bukan persoalan. Itu adalah ciptaan dan anugerah Allah swt yang tiada siapa berhak mempertikaikannya.

61. Islam datang bukan merubah nama, rupa wajah, kaum, bangsa dan bahasa, tetapi sebaliknya Islam membetulkan kefahaman, meluruskan pemikiran dan memurnikan pegangan hidup agar menepati apa yang dikehendaki oleh Allah swt sebagai Tuhan yang Maha Mencipta.

62. Berdiri atas manhaj inilah Islam membimbing dan mendidik manusia biarpun sehodoh mana wajahnya kerana Allah swt tidak memandang rupa wajah, biarpun sejahat mana perilakunya kerana pintu taubat Allah swt terbuka luas buat hambaNya. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah untuk menyelamatkan manusia dari api neraka Allah swt bukan meninggalkan mereka terkapai-kapai di tepi jurang neraka jahannam.

Islam Bukan Pendendam

63. Justeru itu:

a) Allah swt menghantar Nabi Allah Musa Alaihissalam menemui Firaun Alaihi Laknatullah yang zalim dan kejam  untuk mengajak Firaun beriman kepada Allah swt menggunakan kalimah yang lunak sedang Allah Maha Mengetahui bahawa Firaun akan kekal kufur sehingga matinya.

b) Nabi kita Muhammad saw mendoakan agar Islam diperkuatkan oleh salah seorang dari dua Umar sedang kedua-dua Umar pada waktu itu tegar memusuhi Islam. Sehingga akhirnya Allah swt memilih Umar Ibnu al Khattab untuk memperkuatkan Islam sementara Umar ibnu al Hisyam (Abu Jahal) kekal kufur.

c) Hari pembukaan Kota Makkah, Nabi saw membebaskan musyrikin Makkah dari sebarang hukuman balas atau dendam kesumat. Malah dengan penuh kasih sayang Nabi saw berkata: Siapa yang berada di dalam rumahnya maka dia selamat, siapa yang masuk rumah Abu Sufian maka dia selamat dan siapa yang masuk Masjidil Haram maka dia selamat.

64. Kita sebagai pejuang Islam sewajarnya menghayati manhaj ini agar perjuangan kita tidak dipengaruhi dendam dan kebencian sehingga kita menjauhkan diri daripada madu'u (sasaran dakwah). Sebaliknya berusaha mendekati semua orang bagi memasarkan Islam yang kita perjuangkan ini.

65. Lihat bagaimana pendekatan para sahabat Rhm. Saat mereka lemah dan ditindas, mereka berhijrah menemui An Najaasyi raja yang menganut agama Nasara. Walaupun asal mereka ingin mendapatkan perlindungan di bawah pemerintahan An Najaasyi, tetapi akhirnya prinsip para sahabat Rhm yang dipimpin oleh Jaafar bin Abi Talib pada waktu itu membuatkan An Najaasyi akhirnya menerima kebenaran Islam.

66. Sejarah juga menarik untuk dikaji bagaimana Islam dengan pendekatan para alim ulamaknya berjaya menunduk dan mengislamkan bangsa yang menjajah mereka dengan kejam.

a) Siapa tidak tahu dengan Dinasti Hulagu Khan yang menghancurkan pusat peradaban Islam Baghdad pada tahun 1258 malah tentera Monggol yang dipimpinnya membunuh dan merogol penduduk Kota Baghdad dengan begitu sadis. Namun ringkasnya, bangsa Monggol yang ganas dan kejam itu kemudiannya menerima Islam agama yang mereka jajah dan menjadi pejuang Islam yang handal dalam sejarah moden.

b) Kisah perang salib yang memaparkan bagaimana tingginya akhlak Sultan Salahudin Al Ayyubi yang menghantar tabib merawat Richard The Lionheart yang cedera parah (setengah kisah meriwayat bahawa Salahudin sendiri menyamar sebagai tabib), akhir menyaksikan Richard The Lionheart terpaksa patah balik ke England seraya berkata "hari ini kita tewas bukanlah kerana kekuatan jumlah ummat Islam tetapi kerana kekuatan akhlak Salahudin Al Ayubi".

Serangan Pemikiran dan Peradaban

67. Masa dan tempat kita berjuang hari ini, tidak lagi menggunakan senjata. Bukan sahaja alim ulamak kita berijtihad untuk memperjuangkan Islam ini secara Muwaajahah Silmiyah (mendepani lawan secara aman) bahkan sememangnya musuh Islam tidak menggunakan senjata untuk menghadapi kita. Sebaliknya mereka menyerang Islam melalui pemikiran, kebudayaan, sosial dan peradaban.

68. Menghadapi serangan pemikiran ini, kita tidak perlu menghunus pedang atau menghalakan senjata api ke dada musuh, sebaliknya kita mesti menguasai hujjah dan memiliki keupayaan budi bahasa yang tinggi untuk memenangi hati mereka melalui prinsip dan akhlak Islam yang jitu agar mereka menyokong dan mengundi perjuangan Islam di bumi Malaysia ini.

Politik Dakwah

69. Politik dakwah menjadi salah satu sarana utama dalam mendepani serangan pemikiran. Malah selain dari keutuhan ilmu, kebijaksanaan tindakan dan penguasaan psikologi sangat penting dalam perjuangan Islam di era ini. Ia bukan lagi soal pertentangan fizikal tetapi dasar dan pegangan hidup yang mesti diperbetulkan. Merealisasikan pendekatan ini, kita mesti mendekati semua orang (dengan cara yang tidak bertentangan dengan syarak) bukan menjauhkan diri dan membina benteng antara kita dengan mereka.

70. Bagaimana kita boleh menjauhkan diri dari mereka? Sedang yang rosak fikiran itu mungkin ahli keluarga kita, jiran tetangga kita, ahli qaryah kita dan juga pemimpin negara kita. Tugas kita sekarang ialah selamatkan mereka dari api neraka Allah swt. Dekati mereka dan sampaikan Islam yang benar kepada mereka. Bimbing dan didik mereka dengan Islam yang benar selama mereka tidak memerangi kita dengan kekerasan dan persenjataan. (bersambung)

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 25/3/2016

Sumber HD - 25-3-2016














































Bagaimana PAS berjuang (2)

NASRUDIN HASSAN | .


PAS adalah Gerakan Islam

10. PAS tentu sahaja berbeza dengan parti-parti politik yang lain. Justeru PAS adalah sebuah badan, jamaah atau gerakan yang ditubuhkan untuk melestarikan perjuangan Islam di bumi bertuah ini.

11. Para alim ulamak PAS terdahulu lantas berijtihad dengan mengambil pendekatan atau langkah berjuang secara aman dan damai. Iaitu Muwaajahah Silmiyah (berdepan dengan pihak lawan secara aman), bukan secara perang, revolusi atau subversif.

12. Bermula dari situ, PAS akhirnya didaftarkan sebagai sebuah parti politik bagi membolehkan ia berjuang jauh ke hadapan mengambil lunas demokrasi lalu menyertai pilihan raya untuk bersaing secara aman dan sihat ke arah mendapatkan kuasa dan mandat rakyat.

Tarbiyah, Dakwah dan Siasah

13. Memahami asal usul PAS, jelas kepada kita bahawa PAS tidak terhenti orientasinya sebagai sebuah parti politik semata-mata sebagaimana parti politik yang lain. Sebaliknya PAS melunaskan kesyumulan perjuangan Islam secara seimbang dan sepadu dengan 3 aplikasi yang telah menjadi identiti PAS.

14. Anggota PAS samada pemimpin mahupun ahli biasa bertanggungjawab menggerakkan wadah perjuangan Islam ini menerusi 3 aplikasi tersebut secara seimbang dan sepadu melalui potfolio yang telah ditetapkan dalam organisasi PAS. Dasar, matlamat, objektif, halatuju dan aktiviti PAS diterjemahkan secara bijak dengan 3 aplikasi perjuangannya :

Aplikasi 1: Tarbiyah

15. Intima' atau penyertaan ahli PAS akan diisi dengan pentarbiyahan berasaskan silibus yang telah ditetapkan oleh Lajnah Tarbiyah PAS Pusat. Tarbiyah secara langsung direalisasikan melalui aktiviti seperti usrah, tamrin, liqa' fikri, mukhayyam, kuliah, ceramah, ziarah dan taklimat khas.

16. Tarbiyah PAS juga boleh dikecapi secara tidak langsung melalui ujian atau tribulasi yang dihadapkan kepada PAS tanpa henti di sepanjang tempoh perjuangannya. Bunuh, buang daerah, penjara, jauh perjalanan dan cabaran getir semasa berjuang menjadi 5 sunnah atau tabiat perjuangan yang terpaksa didepani dengan tabah dan sabar oleh semua anggota PAS.

17. Lima Tabiat Perjuangan ialah:

Penjara
Bunuh
Buang daerah
Jauh perjalanan
Cabaran yang sukar

18. Tabiat atau sunnah perjuangan yang lima ini telah ditatah oleh Allah swt di dalam wahyunya. Tiga daripadanya (penjara, bunuh dan buang daerah) termaktub di dalam firman Allah swt:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir merancang untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah swt sebaik-baik perancang.

19. Sementara dua daripada tabiat perjuangan tersebut (jauh dan sukar) terdapat di dalam firman Allah swt:

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ
Jika perjuangan ini suatu destinasi yang dekat dan satu perjalanan yang hampir, nescaya mereka akan mengikutmu (wahai Muhammad SAW) tetapi ianya jauh dan terlalu sukar dirasakan oleh mereka. (Surah At Taubah: 42)

bersambung...

Sumber HD - 25-3-2016













































Bagaimana PAS berjuang (1)

NASRUDIN HASSAN | .


1. Menjawab persoalan ini, terlebih dahulu kita kena kenali PAS melalui objektif, hala tuju, dasar dan matlamat penubuhan serta perjuangannya

Sumber HD - 23-3-2016


Macam mana kes seleweng RM100j boleh terlepas?

Posted on Tuesday, March 22 @ 15:27:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM – Pas menyifatkan jumlah ketirisan yang berlaku dalam kerajaan selama ini mampu menampung pembiayaan biasiswa yang disekat oleh kerajaan mengurangkan kadar tol dan tambang pengangkutan awam serta menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat tidak reda jika penyelewengan ini terus dilakukan dan pada masa yang lama lebih ramai rakyat yang menderita akibat tanggungan kos sara diri yang terlalu tinggi.

“Kes rasuah RM100 juta yang dibongkarkan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini telah mencemar integriti penjawat awam. Bagaimana jumlah yang terlalu besar terlepas daripada pemeriksaan pegawai audit kementerian dan Jabatan Audit Negara?

“Isu ini telah menimbulkan pelbagai persoalan terhadap keberkesanan perbelanjaan keseluruhan dana awam yang diperuntukkan kepada kerajaan setiap tahun,” katanya.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyalahgunaan dana RM100 juta adalah pegawai di bawah kementeriannya.

Menurut Nasrudin, isu tersebut kemuncak kepada ketirisan dan penyelewengan dana awam di negara ini.

“Hampir setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan salah guna dana awam sama ada perbelanjaan yang tidak relevan, ketidakpatuhan dalam prosedur perolehan dan perjalanan projek yang tidak mengikut spesifikasi. Namun, semua pembongkaran korupsi tersebut masih tidak mampu mengekang kezaliman yang berlaku.

“Adakah kita mahu ia terus berulang? Jika laporan ketua audit ini menjadi indikator terhadap parameter korupsi di sektor kerajaan, ia hanya meliputi 5 peratus daripada keseluruhan transaksi dan dibuat secara rawak.

“Oleh itu, bagaimana untuk memastikan ketirisan, penyelewengan, rasuah, korupsi dan kronisme tidak akan berlaku lagi? Rakyat menuntut agar satu reformasi dilakukan secara serius supaya kezaliman ini mesti dihentikan,” katanya.

Sumber TKO - 22-3-2016















































Rasuah cemar integriti penjawat awam

NASRUDIN HASSAN | .


KES rasuah RM100 juta yang dibongkarkan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baru-baru ini telah mencemar integriti penjawat awam.

Bagaimana jumlah yang terlalu besar terlepas daripada pemeriksaan pegawai audit kementerian dan Jabatan Audit Negara? Isu ini telah menimbulkan pelbagai persoalan terhadap keberkesanan perbelanjaan keseluruhan dana awam yang diperuntukkan kepada kerajaan setiap tahun.

Sebenarnya, isu tersebut adalah kemuncak kepada ketirisan dan penyelewengan dana awam di negara ini. Hampir setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) telah mendedahkan salah guna dana awam sama ada perbelanjaan yang tidak relevan (inflated price), ketidakpatuhan dalam prosedur perolehan dan perjalanan projek yang tidak mengikut spesifikasi.

Namun, semua pembongkaran korupsi tersebut masih tidak mampu mengekang kezaliman yang berlaku.

Sebagai contoh, dalam LKAN 2012 telah merekodkan transaksi pembelian jam dinding yang bernilai RM3,810, walhal harganya hanya RM100 di pasaran. Jumlah ketirisan secara keseluruhan yang dimaklumkan dalam LKAN 2012 berjumlah kira-kira RM 3.5 bilion.

Begitu juga LKAN 2013 yang mendedahkan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah membayar sejumlah RM11.94 juta kepada 3,786 pesara tentera yang telah meninggal dunia. Menurut Menteri Kewangan Kedua, jumlah ketirisan dianggarkan berjumlah RM1.5 bilion pada tahun 2013.

Adakah kita mahu ia terus berulang? Jika LKAN ini menjadi indikator terhadap parameter korupsi di sektor kerajaan, ia hanya meliputi 5 peratus daripada keseluruhan transaksi dan dibuat secara rawak.

Oleh itu, bagaimana untuk memastikan ketirisan, penyelewengan, rasuah, korupsi dan kronisme tidak akan berlaku lagi? Rakyat menuntut agar satu reformasi dilakukan secara serius supaya kezaliman ini mesti dihentikan.

Jumlah ketirisan ini boleh menampung pembiayaan biasiswa yang disekat oleh kerajaan, mengurangkan kadar tol dan tambang pengangkutan awam, serta menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Rakyat tidak redha jika penyelewengan ini terus dilakukan dan pada masa yang lama lebih ramai rakyat yang menderita akibat tanggungan kos sara diri yang terlalu tinggi. – HARAKAHDAILY 22/3/2016

Sumber HD - 22-3-2016
















































Jangan bimbang kami ke Himpunan 20K Huffaz

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kehadiran pemimpin PAS di dalam Majlis Himpunan 20,000 Huffaz semalam adalah untuk memberi sokongan padu kepada pembentukan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta).

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan, mereka hadir ke majlis tersebut yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan adalah atas undangan rasmi dari pihak Pinta.

"Jangan bimbang sahabat sekelian. Kami pergi ke majlis Himpunan 20K Huffaz adalah untuk memberi sokongan padu kepada pembentukan PINTA (Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan) yang di dalamnya lebih 300 buah Maahad Tahfiz bergabung bagi memperjuangkan pusat pengajian tahfiz dan juga kami hadhir atas undangan rasmi dari PINTA," ujarnya di laman Facebook beliau hari ini.

Namun katanya, mereka tidak mengelak daripada bertemu Perdana Menteri di dalam majlis itu yang juga dijemput untuk merasmikan Himpunan 20,000 Huffaz tersebut dengan maksud untuk mengaplikasikan Politik Dakwah.

"Kita akan teguh berprinsip bagi memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Kami akan perangi penyakit (ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam), kami tidak memusuhi pesakitnya.

"Sebaliknya kami akan terus berjuang untuk menegur, mengkritik dan mendidik mereka agar kembali ke jalan Allah SWT,"ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sejak semalam gambar beliau dan Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz kelihatan bermesra dengan Perdana Menteri DatuK Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di dalam majlis itu, menjadi viral dan dijadikan modal pihak tertentu untuk menyerang PAS. – HARAKAHDAILY 21/3/2016

Sumber HD - 21-3-2016

















































PAS terajui budaya politik matang dan sejahtera (6)

NASRUDIN HASSAN | .


Al Bayaanul Mubin. Siri 35

Kriteria Politik Matang dan Sejahtera

KRITERIA KEEMPAT: Fokus Penyelesaian Islam

50. Layaknya sebagai sebuah gerakan Islam, PAS memposisikan dirinya sebagai sebuah parti yang konstruktif. Setiap kelemahan, kesalahan mahupun kepincangan pihak pentadbiran kerajaan mahupun pemerintahannya tidak hanya dibantah atau dibangkang semata-mata, tetapi sebaliknya PAS bertanggungjawab mengemukakan penyelesaian.

51. Penyelesaian yang berasaskan pedoman syariat dan prinsip Islam adalah kriteria penting bukan sahaja untuk merealisasikan politik matang dan sejahtera tetapi juga menepati aspirasi politik Islam itu sendiri. Islam itu adalah penyelesaian. ( الإسلام هو الحل )
52. Islam tidak hanya menyelesaikan masalah ritual agama sebagaimana difahami oleh kebanyakan, sebaliknya penyelesaian Islam turut merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Pastinya Islam sarat dengan pelan dan jalan penyelesaian terhadap apa jua masalah yang sedang dihadapi oleh negara, pemimpin dan rakyatnya.

53. Sebagai contoh mudah, belenggu yang menjerut politik dan ekonomi negara dewasa kini telah habis forum didebatkan, habis wacana didiskusikan. Sang politikus di pentas debat mereka, para akademi di dewan kuliah mereka dan hamba rakyat di majlis rapat umum mereka, namun negara masih buntu mencari formula menangani kemelut politik dan krisis ekonomi yang kian parah.

Formula Taqwa

54. Islam sebagai petunjuk dan wahyu dari Tuhan yang Maha Mencipta telah jelas memberi pedoman dan panduan. Firman Allah swt:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari kemelut dan krisis yang melanda),

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
serta memberinya rezeki (menyuburkan ekonomi) sekira-kira ia tidak tahu dari arah mana datangnya rezeki itu. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah Allah swt baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Surah At Tholaq: 2-3)

56. Ekonomi dan Politik Taqwa perlu diperinci, dan dimodulkan secara sistematik lalu diterap-laksanakan dalam penguatkuasaan pentadbiran dan sistem pemerintahan negara. Ke arah membentuk sebuah negara yang aman dan maju namun dalam masa yang sama mendapat keampunan daripada Allah swt.

Anjakan Paradigma

57. Ia menjadi satu solusi yang boleh digarap secara lebih halus dan hikmah samada secara langsung kepada pihak pemerintah mahupun dikemukakan kepada umum sebagai proses pendidikan politik dan anjakan paradigma seraya membentuk kesediaan rakyat untuk berubah dan keluar dari serkup pemikiran lapok dan purba.

58. Bermula dari kepimpinan PAS dan seluruh anggota PAS, juga mesti melangkah dengan jiwa besar dan aqal yang hikmah untuk memimpin perubahan dan kebangkitan rakyat ke arah membina Malaysia Sejahtera.

59. Tidak hanya memburu "political millage" tetapi lebih bermaksud untuk memartabatkan perubahan total, maka PAS mengambil tanggungjawab penuh meletakkan keseimbangan dalam perjuangan yang didukung iaitu komited menentang segala kemungkaran dalam ekonomi, politik dan sosial namun dalam masa yang sama kita turut bertanggungjawab mengemukakan pelan dan formula penyelesaian.

bersambung .......

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 15/3/2016

Sumber HD - 15-3-2016


















































Kerajaan mesti serius laksana optimumkan perbelanjaan

HARAKAHDAILY | .


Pejabat Belanjawan Negara pada 1 Mac 2016 telah mengeluarkan pekeliling 'Garis Panduan Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan' bagi memastikan sasaran fiskal yang ditetapkan dapat dicapai menerusi pengurusan sumber yang cekap dan berkesan.

Walaupun garis panduan ini memperlihatkan bahawa kerajaan sedang dalam keadaan amat terdesak mengurus hasil pendapat negara ketika menghadapi ketidaktentuan ekonomi, namun secara umumnya, banyak langkah-langkah yang diumumkan dalam garis panduan tersebut adalah positif ke arah objektif yang mahu dicapai.

Meskipun begitu, Kerajaan juga mesti memberikan perhatian dan menilai semula beberapa perkara seperti bantahan yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkenaan pembekuan jawatan baru dan kawalan ketat terhadap kerja lebih masa agar ia tidak menganiaya kumpulan tertentu dan menjejaskan produktiviti kerja.

Saya juga mencadangkan kepada Kerajaan agar mengisytiharkan jumlah anggaran penjimatan daripada pelaksanaan langkah-langkah ini agar ia menjadi kayu ukur dan rakyat pula boleh menilai dan mengetahui keberkesanannya secara terus sebelum belanjawan baru diumumkan.

Kerajaan juga mesti lebih serius melaksanakan langkah-langkah ini termasuk dengan penguatkuasaan yang lebih tegas ke semua peringkat pentadbiran dan pengurusan kerajaan.

Jika tidak, dikhuatiri pekeliling yang hanya berstatus garis panduan ini menjadi sesuatu yang tidak diendahkan oleh pihak-pihak berkenaan.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
10 Mac 2016 | 1 Jamadilakhir 1437 - HARAKAHDAILY 10/3/2016

Sumber HD - 10-3-2016


















































PAS sokong penuh usaha membela rakyat Palestin

HARAKAHDAILY | .


Ucapan terima kasih kepada Indonesia kerana menganjurkan The Fifth Extraordinary Summit on Palestine and Al-Quds Al-Sharif, semalam.

Ia adalah satu usaha yang konsisten yang dimobilisasikan oleh negara-negara OIC untuk memperjuangkan nasib umat Islam dan kedaulatan negara Palestin.

Walau bagaimanapun, dengan merujuk kenyataan Menteri Luar Negeri, YB Datuk Seri Anifah Aman bertarikh 7 Mac 2016, pendekatan penyelesaian dua negara tegasnya ditolak sama sekali, justeru ianya secara langsung mengiktiraf negara haram Israel di bumi Palestin.

Penjajahan hampir 100 tahun (Deklarasi Balfour 1917) tidak boleh diakhiri dengan penyelesaian ini.

Kementerian Luar Negeri didesak untuk mengusulkan hasil Deklarasi Jakarta tersebut di Dewan Rakyat pada sesi mesyuarat kali ini.

Insya Allah, PAS akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana usaha membela rakyat Palestin, namun tidak sama sekali mengiktiraf penubuhan negara haram Israel.

Sehingga ke hari ini, kekejaman, penubuhan dan penindasan terhadap rakyat Palestin terus dilakukan oleh tentera Israel.

Sejak bulan Oktober 2015, seramai 170 rakyat Palestin terbunuh, 116 orang tahanan diseksa dengan teruk Penjara Shikma, puluhan rumah dirobohkan, dan pesawat-pesawat Israel dengan rakus menyembur toksik ke atas tanaman-tanaman rakyat.

Adakah kita mahu mendiamkan kezaliman ini?

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
28 Jamadil Awwal 1437 / 8 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 9/3/2016

Sumber HD - 9-3-2016






















































PAS terajui budaya politik matang dan sejahtera (5)

NASRUDIN HASSAN | .

Kriteria Politik Matang dan Sejahtera

KRITERIA KETIGA : Amar Makruf Nahi Mungkar

40. PAS menjadi sandaran ummah untuk menegakkan al-makruf (Asy Syari'ah) dan memerangi mungkar yang berlaku dalam negara kita, sama ada yang melibatkan segmen sosial mahupun politik dan ekonomi. 

41. Ia adalah komitmen PAS yang tidak berbelah bahagi. Justeru inilah tugas yang sewajarnya dilakukan untuk membina Malaysia Sejahtera yang selamat, aman dan harmoni serta mendapat keampunan daripada Allah swt. Bahkan inilah tugas utama sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Peranan ini termaktub dalam firman Allah SWT:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah Al Hajj: 41)

Amar Makruf

42. Al-Makruf tidak bermaksud amal kebajikan semata-mata sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan. Sebaliknya Al Makruf adalah merangkumi semua aspek Amal Islami yang diperintah perlaksanaannya oleh Allah swt. Para mufassir sebahagiannya menakrifkan Al Makruf sebagai Asy Syari'ah. 

43. Menegakkan al Makruf ataupun Asy Syari'ah dan memperjuangkannya agar ia tegak di atas tanahair kita adalah menjadi tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Ia menjadi solusi utama kepada pelbagai bentuk kegagalan sistem ciptaan manusia.

Nahi Mungkar

44. Seiringan dengan usaha gigih untuk menegakkan al makruf, kita wajib mengerahkan kegigihan yang serupa malah perlu dilipat ganda untuk menentang kemungkaran. Lantaran kemungkaran adalah virus yang merosakkan semua usaha menegakkan Amal Islami (al Makruf) di dalam diri kita, masyarakat mahupun negara.

45. Khasnya kemungkaran politik dan ekonomi (tanpa menafikan kesan buruk kemungkaran sosial) mesti dibasmi secara bersungguh-sungguh dan istiqamah serta teliti strateginya, terancang hala tujunya, cermat tindakannya dan berhemah langkahnya.

46. Politik yang digerakkan oleh PAS sekali-kali tidak akan dibenarkan merempuh sempadan syariat. Politik menghalalkan cara adalah satu contoh kemungkaran politik yang ditentang oleh PAS. Maksudnya kematangan berpolitik PAS tidak hanya memburu kemenangan tanpa peduli batas halal dan haram, sebaliknya ia menjadi prinsip utama bahawa jalur politik PAS adalah berlandaskan manhaj an Nabawi.

Gerakan Perubahan

47. Kemungkaran yang melanda negara mutakhir ini semakin parah khasnya kemungkaran politik dan ekonomi. Ummah mesti bangkit melakukan perubahan sesuai dengan arahan Rasulullah SAW:

عن أَبي سَعيدٍ الخُدريِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رِسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقولُ: (مَن رَأى مِنكُم مُنكَرَاً فَليُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَانِ)  رواه مسلم.Dari Abi Said Al Khudri Rha telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangannya, jika sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, jika sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya, sedemikian itu adalah selemah - lemah iman. (Riwayat Imam Muslim)

48. Perubahan tidak akan berlaku tanpa kebangkitan ummah melunaskan Al Amru bil Makruf wan Nahyu A'nil Mungkar seperti mana yang ditegaskan oleh Allah SWT:

 إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ 
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar Ra'du: ayat 11)

49. PAS mengambil tanggungjawab bagi menggerakkan kempen atau dakwah untuk menyedarkan ummah sekaligus memimpin dan memandu gerakan perubahan agar ianya berlangsung dengan jaya tanpa mengundang murka Allah SWT.

bersambung...

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 7/3/2016

sumber HD - 7-3-2016























































Ceritera Tun Mahathir

NASRUDIN HASSAN | .


Gelombang Tun Dr Mahathir tidak sangat menarik minat awam justeru reputasinya sangat dipertikai. Apakah ia insaf dan sedar bahawa Umno kini rosak atau sekadar beliau tidak berpuas hati dengan individu?

* 1969 beliau dipecat dari Umno kerana  menentang Tunku Abdul Rahman malah pada waktu itu beliau menggunakan pentas PAS  untuk sambung hayat politiknya. Kemudiannya beliau kembali kepada Umno apabila berakhir era Tunku.

* 2008 beliau umum keluar Umno kerana tidak berpuas hati dengan Tun Abdullah Badawi. Kemudiannya beliau kembali semula kepada Umno apabila Pak Lah berundur.

* 2016 beliau keluar lagi Umno dan kali ini kerana tidak berpuas hati dengan Datuk Seri Najib orang pilihannya sendiri sewaktu menggantikan Pak Lah.

Berasaskan rekod ini, saya boleh andaikan bahawa Tun Dr Mahathir akan kembali kepada UMNO buat kesekian kalinya jika Datuk Seri Najib berundur dan diganti dengan orang pilihannya seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin atau lainnya.

Persoalannya ialah, jika ini asas tindakan Tun Mahathir maka apakah gerakannya wajar disokong? Ya, saya lihat orang yang anti Najib mungkin akan sokong dengan harapan Najib berundur dan mereka pastinya akan kembali kepada Umno selepas Najib berundur.

Katakanlah naik Tan Sri Muhyiddin, apakah Tun Mahathir akan kekal menentang Umno? Apakah penyokong Tun Mahathir akan terus menentang Umno atau Tun Mahahtir akan kembali ke pangkuan Umno? Berapa lama pula Tun Mahathir akan menyokong Tan Sri Muhyiddin?

Saya sendiri tidak yakin Tun Mahathir akan bertahan lama untuk sokong Tan Sri Muhyiddin, sebab Tun Mahathir mempunyai rekod menentang orang pilihannya sendiri.

Itupun kalau naik Tan Sri Muhyiddin. Kalau naik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi? Bukan sahaja Tun Mahathir melopong sebaliknya semua kerja buat Tun Mahathir dan penyokong akan temui jalan buntu. Dalam masa yang sama tidak ada jaminan Datuk Seri Zahid Hamidi lebih baik dari Datuk Seri Najib.

Itupun kalau Datuk Seri Najib berundur dan akur desakan Tun Mahathir. Ia bergantung kepada berapa kuat desakan dan sokongan awam kepada perjuangan peribadi Tun Mahathir untuk menolak Datuk Seri Najib.

Namun saya sorang tidak berminat untuk menyertai perjuangan peribadi. Dia marah Datuk Seri Najib mengukuhkan peribadinya dalam Umno sedang dia sendiri jelas kelihatan berjuang untuk peribadi. Bukan menentang Umno tapi mahu mengukuhkan Umno dengan menolak individu tertentu.

Apakah anda mahu bantu Tun Mahathir berjuang jatuhkan Datuk Seri Najib supaya selepas ini Umno kembali kukuh dan Tun Mahahtir kembali ke pangkuan Umno? Terpulanglah. Itu selera politik masing-masing.

Kesempatan ini, saya nak sebut juga sikit untuk tatapan orang yang marahkan PAS kononnya PAS berbaik dengan Umno, sebab itu PAS tidak mahu menyertai perjuangan peribadi Tun Dr Mahathir.

* Mereka marah PAS kononnya PAS berbaik dengan Umno, PAS sudah lupakah Peristiwa Memali? Suka saya sebut, Tun Mahathirlah bertanggungjawab kerana waktu itu beliau adalah Perdana Menteri. Sehingga hari ini belum kedengaran beliau mohon maaf.

* Mereka marah PAS kononnya PAS berbaik dengan Umno, PAS sudah lupakah pimpinan PAS terdahulu disumbat dalam ISA, dipenjara, dibelasah oleh FRU. Suka saya nyatakan bahawa Tun Dr Mahathirlah bertanggungjawab kerana waktu itu beliau adalah Perdana Menteri.

* Mereka marah PAS kononnya PAS berbaik dengan Umno, PAS lupakah kezaliman Umno kepada rakyat marhaen selama ini? Suka saya ingatkan di sini bahawa Tun Dr Mahathirlah bertanggungjawab kerana beliau memimpin Umno selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Pemerintahan Pak Lah tak sempat mencengkam. Pemerintahan Datuk Seri Najib masih baru.

Akhirnya, suka saya sarankan kepada semua pihak, agar tidak menjadikan agenda peribadi sebagai propaganda perjuangan dan mengorbankan kepentingan awam. Jika ada sebuah keinsafan untuk berjuang, ayuh sertailah PAS untuk kita perbaiki diri, masyarakat dan negara dengan Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT.

Justeru perjuangan kita bukan hanya untuk dunia kita bahkan kita perlu merancang untuk akhirat kita yang selamat dan bebas dari murka Allah SWT.

Sekian pandangan peribadi saya. - HARAKAHDAILY 2/3/2016

Sumber HD - 2-3-2016


PAS Semakin Kukuh Menuju PRU 14
Posted on Tuesday, March 01 @ 23:21:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Program HARAP3.3 di Terengganu telah mengesahkan momentum sokongan rakyat semakin mengukuh terhadap PAS dalam menuju PRU14.

Pendekatan Politik Matang dan Sejahtera PAS semakin memberi mesej kesediaan PAS mengambil alih teraju kepimpinan negara.

PAS telah membuka kerjasama dengan pelbagai NGO yg mewakili aspirasi pelbagai kelompok rakyat. Kongres Rakyat menjadi platform yang punya keperkasaan tersendiri.

PAS telah memecahkan tembok beku dan prejudis kepartian dengan seruan persaudaraan kpd  ahli UMNO untuk menggabungkan diri dengan PAS dalam menjayakan agenda pembaikan negara demi agama, bangsa dan tanah air. Seruan PAS bahawa ahli UMNO adalah saudara seIslam kita juga yg perlu diperbaiki hubungan demi maslahah dakwah, manakala yang kita tentang dan lawan adalah parti UMNO yang membawa dasar perjuangan yang salah dan kini telah mengakarbudayakan segala macam mungkar seperti rasuah, kezaliman, pemborosan sebagai satu norms/ kebiasaan yang tidak lagi dipandang salah pada neraca UMNO.

PAS melalui kepimpinan Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberi mesej yang penting diperingkat global tentang kepentingan mengenepikan perbezaan mazhab, puak dalam rangka mempertahan dan mendaulatkan Islam. 

DS TGHH menegaskan ancaman sebenar adalah agenda didalangi zionist, negara barat yang mengkucar kacirkan umat Islam dengan mengapi apikan perbezaan. Mereka menyebar kekeliruan dikalangan umat Islam dengan penyebaran fahaman liberal, pluralism, feminism dan seumpamanyam

DS TGHH memberi isyarat solidariti dikalangan semua penggerak dakwah Islam bila menyatakan penghargaan kepada daya usaha dan sumbangan Jamaah Tabligh dalam medan dakwah.

DS TGHH berkunjung ke gereja, kuil, berbincang dan bermesra dengan pemimpin agama lain tentang soal soal kepentingan bersama dan membina hubungan kerjasama demi rakyat.

DS TGHH bertemu sendiri dengan masyarakat Cina dan India bagi menyatakan penghargaan dan kepentingan  persefahaman masyarakat majmuk dalam membina negara yang sejahtera.

Kesemua langkah matang ini akan berterusan dalam menjayakan agenda rakyat yang memerlukan jalan keluar dari kesulitan yang melanda negara dan rakyat.

PAS tetap dengan prinsip bahawa jalan yang benar adalah dengan panduan Tuhan. Bukannya dengan menyanggah suruhan Tuhan.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM

PENGARAH JABATAN PENERANGAN PAS PUSAT

Sumber TKO - 1-3-2016





















































PAS terajui budaya politik matang dan sejahtera (4)

NASRUDIN HASSAN | .


Kriteria Politik Matang dan Sejahtera

Kriteria Kedua: Politik Dakwah

30. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang berdaftar sebagai sebuah parti politik yang sah bagi membolehkan ia beroperasi di pentas demokrasi negara menepati ijtihad para alim ulama terdahulu yang meletakkan konsep perjuangan PAS berasaskan Muwaajah Silmiyah (berjuang secara aman).

31. Mula dari noktah itu, PAS berjuang dengan tiga method atau sistem gerak kerjanya secara seimbang dan sepadu iaitu:

a) gerakan Tarbiyah (bina dalaman)
b) gerakan Dakwah (bina luaran)
c) gerakan Siasah (bina sultah/kedaulatan)

Aslim Taslam

32. Memanafaatkan ruang demokrasi, PAS tampil membawa risalah Islam kepada semua masyarakat sama ada muslim mahupun mereka yang belum lagi muslim. Justeru Islam diturunkan oleh Allah SWT untuk diterima dan diamalkan oleh seluruh ummat manusia. Siapa jua yang menerima Islam, pasti sahaja ia selamat di dunia dan juga di akhirat. Aslim Taslam! (Engkau terima Islam, Engkau selamat)

33. Bagi ummat Islam mereka wajib mengamalkan Islam dan seluruh syariatnya selepas ia menerima dan mengucap dua kalimah syahadah. Sementara mereka yang belum menganut ajaran Islam, mereka tidak boleh dipaksa menganut Islam sebaliknya mereka diberi hak untuk terus menganut agama mereka. Namun mereka boleh berada di bawah sistem pemerintahan Islam sementara hak keselamatan, kebajikan dan beribadah mengikut tatacara agama mereka, menjadi urusan wajib pemerintahan Islam ke atas mereka.

Politik berorientasikan dakwah

34. Politik PAS tidak berorientasikan ketamakan kuasa. PAS tidak meletakkan kuasa itu segalanya. Tetapi apa menjadi asas perjuangan PAS ialah berdakwah dan berusaha untuk menyelamatkan manusia dari api neraka Allah SWT dengan Islam dan mengusahakan agar wujud sebuah pemerintahan dan masyarakat yang terlaksana padanya sistem, dasar dan hukum Islam yang menuju keredhaan Allah swt. sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS fasal 5 di bawah tajuk tujuan-tujuan PAS.

35. Ini bermaksud, siapa pun yang diberi mandat sebagai pemerintah dan mereka melaksanakan sistem pemerintahan Islam yang adil serta saksama, maka PAS pasti akan mendukung malah membantu pemerintahannya. Justeru perjuangan PAS hanyalah untuk meninggikan kalimah Allah SWT (mendaulatkan syariat Islam), bukan berebut untuk menduduki takhta pemerintahan.

Peranan Dakwah PAS

36. Adapun situasi berdepan dengan sebuah pemerintahan yang tidak melaksanakan sistem pemerintahan Islam, PAS akan terus berjuang, berdakwah dan berperanan untuk memastikan Islam dapat didaulatkan.

a) Peranan Dakwah Satu: memberi nasihat dan bimbingan secara berterusan, bagaimana Islam itu boleh dilaksanakan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.

b) Peranan Dakwah Dua: berjuang menegakkan syariat (amar makruf) dalam apa jua kesempatan dan ruang yang boleh dilakukan oleh PAS pada tahap keupayaan yang dimiliki.

c) Peranan Dakwah Tiga: menegur, mengkritik, membantah dan mencegah kemungkaran (nahi munkar) dan menentang kezaliman yang berlaku samada dalam aspek sosial, ekonomi mahupun politik. Sekalipun kemungkaran itu dilakukan oleh pemerintah, PAS tegas menyatakan kebenaran. Beramal dengan hadis Nabi SAW. yang dikeluarkan oleh Imam Tirmizi Rhm:

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

"Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim."

d) Peranan Dakwah Empat: menggerak agenda perubahan total (at-taghyir) ke arah mendaulatkan syariat Allah SWT. secara berterusan. Terutama apabila PAS berdepan dengan sebuah pemerintahan yang degil dan enggan melaksanakan Islam malah memusuhi Islam. PAS akan terus berdakwah bagi menyedarkan masyarakat dan memimpin kebangkitan mereka ke arah sebuah perubahan yang menepati manhaj perjuangan an-Nabawi.

PAS senantiasa bersama Islam

37. Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Kepentingan politik PAS terhenti di atas Islam yang diperjuangkan demi mencari keredhaan Allah SWT. Kaedah Matlamat Menghalalkan Cara ditolak oleh PAS. Meskipun PAS berjuang bersungguh-sungguh supaya menang, namun kalah menang dalam perjuangan ini, PAS tetap memilih untuk bersama Islam.

38. Memerintah bersama Islam, ke Putrajaya bersama Islam, malah kalah sekalipun PAS tidak akan meninggalkan Islam semata-mata untuk mencongak jalan mudah ke mercu kuasa. Prinsip  dan sikap ini dibina di atas tunjuk ajar Nabi SAW. dari Muaz Ibnu Jabal Rha: (dikeluarkan oleh Al Imam At Tabarani dalam Mu'jam Al Kabir)

أَلَا إِنَّ رَحَى الْإِسْلَامِ دَائِرَةٌ ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ ، أَلَا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ ، فَلَا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ ، أَلَا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لِأَنْفُسِهِمْ مَا لَا يَقْضُونَ لَكُمْ ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ ) .
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ ، كَيْفَ نَصْنَعُ ؟
قَالَ: ( كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ ) .

Ketahuilah bahawa roda Islam itu berputar maka senantiasalah bersama al Kitab (al Islam) sekira-kira di mana kedudukannya.

Ketahuilah sesungguhnya al Kitab (al Islam) dan pemerintah akan berpisah, maka jangan sekali-kali kamu memisahkan diri dari al-Kitab.

Ketahuilah sesungguhnya akan berlaku pemerintah yang berkuasa ke atas kamu memutuskan suatu keputusan yang berpihak kepada mereka. Suatu keputusan yang tidak memihak kepada kamu. Jika kamu ingkari mereka, mereka akan bunuh kamu. Jika kamu taati mereka, mereka akan menyesatkan kamu.

Mereka (sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, jika kami berdepan dengan pemimpin begini, apa yang patut kami lakukan?

Jawab Nabi SAW: Jadilah seperti sahabat Nabi Isa ibn Maryam a.s. Jasad mereka digergaji dan dipaku gantung pada palang kayu. Mati dalam keadaan taat kepada Allah SWT adalah jauh lebih baik dari hidup tetapi derhaka kepada Allah SWT. (At Tabarani)

39. Dakwah PAS berterusan dan mensasarkan semua pihak. Madu'u (sasaran dakwah) PAS bukan musuh PAS. PAS tidak memusuhi individu sebaliknya PAS memusuhi kepercayaan dan pegangan yang bercanggah dengan Islam. Peranan dakwah PAS secara umumnya saling tidak tumpah dengan peranan doktor yang bekerja keras untuk menyelamatkan pesakit dan membebaskan pesakit dari penyakit yang memudaratkan. Doktor tidak pernah memusuhi pesakitnya dan da'i (pendakwah) tidak pernah memusuhi madu'unya (sasaran dakwah). PAS untuk semua dan berjuang menegakkan keadilan untuk semua.

bersambung...

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 1/3/2016

Sumber HD - 1-3-2016





















































Enjin rosak, tukar pemandu?

NASRUDIN HASSAN | .


Muqaddimah

1. Kian hari pendirian PAS dalam sesuatu isu yang melanda negara terus menggamit perhatian umum. Sebahagiannya ikhlas dan mengambil sikap yang jernih untuk memahami mahupun  mencari pencerahan dari sumber yang betul. Sementara sebahagian yang lain terus mengesahkan bahawa masih wujud segelintir pengamal politik emosi yang mentah dan politik persepsi yang dangkal.

2. Satu aspek, saya melihat seperti terdapat "escape plan" yang sedang dipersembahkan oleh pihak tertentu ke pentas politik negara setelah  mereka sendiri terperangkap dalam amalan politik purba yang akhirnya mereka malu sendiri setelah menyedari bahawa era kini  telah beranjak jauh meninggalkan pencapaian dan standard perkiraan politik mereka.

Politik matang dan sejahtera

3. Suhu politik negara masih kekal tinggi apabila kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS kelmarin menegaskan bahawa PAS tidak akan menghadiri himpunan Anti Najib pada 27 Mac akan datang. Penegasan Tuan Guru Presiden tersebut telah didebatkan oleh pelbagai pihak yang pro dan kontra.

4. Sewajarnya saya nyatakan di sini bahawa pendirian yang diambil oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS adalah menepati kriteria budaya politik matang dan sejahtera yang sedang diterajui oleh PAS dewasa kini. Kriteria yang dimaksudkan itu ialah, orientasi politik berasaskan prinsip dan politik berteraskan dakwah. Sekaligus ia bermakna PAS menolak politik kebencian dan politik emosi. Sementelah PAS sejak awal memilih kaedah demokrasi untuk menaik dan menurunkan seseorang pemimpin. PAS menolak budaya anarki.

PAS bahtera penyelamat

5. Perlu disedari oleh semua, bahawa politik PAS adalah untuk menyelamatkan ummah dengan Islam yang dijulang dan syariat yang diperjuangkan. Justeru itu, PAS tidak memusuhi individu sebaliknya apa yang dimusuhi oleh PAS ialah ideologi, dasar dan sistem yang bertentangan dengan syariat Islam.

6. Kehadhiran PAS di persada politik tanah air adalah membawa agenda perubahan total. Generasi telah menyaksikan kerosakan yang parah berlaku dalam negara kita dan ia adalah bermula dengan ideologi, sistem dan dasar yang tidak patuh syariat. Sistem dan dasar ini pula melahirkan aktor yang berani dan tergamak melanggar batas syarak.

7. Namun PAS bagaikan tuan doktor yang menerima dan merawat pesakit kronik, biarpun busuk dan luka bernanah ia tetap menjadi patient kepada doktor itu. Lantaran doktor hanya memerangi penyakit bukan pesakit walau  bagaimana keadaan penyakit tersebut.

Pendekatan PAS

8. Jika akar umbinya telah rosak, tidak ada erti perubahan sekadar mematahkan rantingnya. Jika enjinnya telah rosak, tidak ada erti perubahan sekadar menggantikan pemandunya. Jika sistem dan dasarnya yang rosak, tidak ada erti perubahan sekadar menukar aktornya.

9. Tiada siapa yang menafikan bahawa negara sedang dilanda pelbagai kemelut dan polemik. Sama ada sektor politik mahupun ekonomi dan sosial. Bermula dari rasuah, riba, pecah amanah, perkauman, jenayah dan sebagainya yang semakin getir dan bakal meruntuhkan peradaban ummah, segalanya adalah manifestasi dari kegagalan ideologi, dasar dan sistem negara.

10. Destinasi masih jauh. Kenderaan alami kerosakan pada enjin. Tapi kenapa kelam kabut syarikat mahu tukar pemandunya? Telah tiga orang pemandu ditukar ganti. Kenderaan masih gagal berfungsi kerana langkah yang diambil oleh syarikat tidak betul dan membuang masa. Sebaliknya, sekadar memberi harapan baru kepada penumpang dan orang ramai kononnya kenderaan itu akan kembali berfungsi dengan baik.

Usahlah terpedaya

11. Tidak lama selepas ini, semua akan sedar bahawa pertukaran pemandu baru juga tidak membuatkan kenderaan itu pulih. Apakah selepas itu, pemandu akan ditukar lagi? Lantas sekali lagi menggamit harapan baru para penumpang dan orang ramai bahawa kenderaan akan pulih kembali?

12. Rupa-rupanya pihak syarikat hanya sekadar memperdayakan penumpang dan orang ramai agar tidak memilih kenderaan lain, justeru itu harapan demi harapan dijanjikan terutama dengan menampilkan pemandu yang baru.

13. PAS sejak awal telah menawarkan kenderaan yang baik dan pemandu yang berhemah kepada publik untuk menuju destinasi yang masih jauh. Marilah sertai PAS dengan kenderaan dan pemandunya yang baik. Usah terpedaya dengan piket yang dianjurkan kononnya mereka memerlukan pemandu yang baru, walhal kenderaan itu mengalami kerosakan enjin yang teruk.

14. Sudah berapa ramai pemandu bertukar ganti,  kenderaan masih gagal berfungsi, apakah masih mahu tukar pemandu lagi? Enjin rosak, tukar pemandu? Jelas bahawa piket untuk menukar pemandu itu sebenarnya mempunyai agenda untuk mempertahankan kenderaan  yang rosak, persoalannya kenapa harus kita terpedaya?

15. Saya kira pendirian PAS sangat jelas. Tidak selayaknya masih ada yang keliru dan tidak yakin.  PAS konsisten tidak bersetuju dengan tindakan menjatuhkan pemimpin secara tidak demokratik. Samada melibatkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Mukhriz mahupun Datuk Seri Najib. Bahkan persoalan yang perlu diteliti juga, apakah pengganti Najib akan membawa pembaharuan dan kebaikan kepada negara, kalau beliau tetap datang dari sistem dan acuan yang sama. Bahkan Pas tidak mahu mengambil risiko menyeret negara ke arah anarki yang hanya merosakkan kestabilan politik, menjahanamkan ekonomi serta mensengsarakan rakyat yang sedia susah. - HARAKAHDAILY 29/2/2016

Sumber HD - 29-2-2016






















































Ziarah Tok Guru

NASRUDIN HASSAN | .






1. Indahnya suasana dua Tok Guru bertemu. Mereka saling menasihati dan mendoakan antara satu sama lain. Suasana diceriakan dengan ucapan yang lucu tetapi ilmiah. Menyegarkan suasana dan Tok Guru Hj Baqi kelihatan sangat ceria dan gembira dengan kehadiran Tok Guru Hj Hadi.

"Tok Guru belajar sezaman dengan ana. Ana di Madinah, Tok Guru di Makkah" kata Tok Guru Hj Hadi kepada kami semua apabila saya bertanya berapa usia sebenar Tok Guru Hj Mohd Baqi.

2. Usia Tok Guru Hj Mohd Baqi kini mencecah 75 tahun. Masih gigih ke serata daerah untuk menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat.

"Kalau tidak kerana Allah swt suruh menyampaikan ilmu Islam ini, memang rasa nak berehat banyak di rumah. Kerja dakwah ini berat dan memenatkan. Tapi ini adalah tugas kita, kita kena sampaikan Islam ini kepada masyarakat" Tok Guru Hj Baqi memula bicara seraya menasihati kami anak-anak muda yang masih perlukan bimbingan yang banyak dari alim ulamak.

3. Tok guru berehatlah! Sambung Tok Guru Hj Hadi menasihati Tok Guru Hj Baqi. Nasihat itu disambut dengan senyum oleh beliau. Saya segera mencelah " beginilah keadaan tok-tok guru kita, kalau tak sakit begini, tak reti nak berehat. Allah swt bagi sakit ni maknanya Allah nak suruh Tok Guru berehatlah seketika" usikan saya membawa rakan-rakan yang hadir turut ketawa kecil sambil membenarkan apa yang saya kata.

4. Seperti biasa, Tok Guru Hj Hadi tatkala menziarahi pesakit, beliau akan bagitahu ramuan ramuan herba untuk rawatan alternatif. Kali ini Tok Guru sebut ada sejenis ubi yang biasa orang asal menanamnya dan dikenali sebagai Ubi Sembelit (kalau tidak salah pendengaran saya tadi) yang sangat baik untuk rawatan kencing tak lawas.

5. Selain bab agama, Tok Guru Hj Hadi memang terkenal dengan pengetahuan mengenai ramuan dan rawatan herba/alternatif ini.

6. Hampir 25 minit kedua-dua Tok Guru kesayangan ummah ini berbual, Tok Guru Hj Hadi kata, ziarah orang sakit ni tak boleh lama-lama. Orang sakit nak berehat pulak. Saya nak mohon diri dulu sambil ketawa mesra.

7. Begitulah seringkali saya perhatikan akhlak Tok Guru Hj Hadi dalam bab ziarah ini. Saya sendiri acap kali juga mengiringi beliau menziarahi orang sakit sama ada di rumah mahupun di hospital.

8. Saya pernah bersama Tok Guru Hj Hadi menziarah Ustaz Ismail Mina di rumahnya yang sekian lama terlantar. Seperti biasa, Tok Guru akan mendoakan pesakit yang diziarahi dan menceritakan bahan-bahan herba untuk dijadikan rawatan alternatif sebelum mohon diri meninggalkan pesakit.

9. Kenangan saya terhenti apabila Tok Guru Hj Hadi minta izin untuk meninggalkan wad bagi meneruskan perjalanan beliau ke Terengganu. Sebelum Tok Guru Hj Hadi meninggalkan wad, Tok Guru Hj Baqi sempat meminta supaya Tok Guru Hj Hadi mendoakan beliau agar dikurniakan kesihatan untuk terus menyambung tugas dakwahnya. Allahu Akbar! Menitis air mata saya...

10. Ya Allah! Aku bangga bersama jamaah ini. Jamaah yang dipimpin oleh orang yang berilmu, warak dan memimpin jamaahnya dengan ilmu Islam. Kurniakanlah kesihatan dan keafiatan buat alim ulamak ini terus memimpin perjuangan Islam di bumi tercinta.

HosHas
Temerloh - HARAKAHDAILY 24/2/2016

Sumber HD - 24-2-2016


Perjuangan Pas bukan sekadar ambil Putrajaya

Posted on Wednesday, February 24 @ 21:26:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Perjuangan Pas lebih besar dan penting daripada sekadar mengambil Putrajaya daripada penguasaan Umno-BN.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, perjuangan Pas adalah untuk menyebarkan risalah Islam, menyelamatkan ummah daripada perangkap jahiliah dan mendaulatkan syariat Islam serta meninggikan kalimah ALLAH SWT di negara ini.

“Prinsip perjuangan Pas pasti sahaja berpaksi kepada al-Quran dan As-Sunnah. Justeru itu, apa jua keputusan Pas mestilah menepati syarak. Ini adalah prinsip yang tidak boleh bertolak ansur padanya.

“Pas menolak sebarang keputusan dan tindakan yang berasaskan matlamat menghalalkan cara.
Sebaliknya hanyalah cara yang halal akan digunakan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tindakan bertunjangkan prinsip akan menyelamatkan Pas daripada situasi ‘flip flop’ ketika membuat keputusan dan tindakan.

“Ia mesti konsisten di atas prinsip Islam yang diperjuangkan meskipun dilihat sebagai tindakan yang tidak popular di kalangan pengundi mahupun parti-parti politik.

“Pas tetap akan mempertahankan prinsip-prinsip Islam atau keputusan politik yang disepakati bersama selagi tidak melewati kerangka syarak,” katanya.

Beliau mendakwa ada pihak tertentu berkata jangan tergesa-gesa untuk memperjuangkan Islam sebaliknya memburu kemenangan penting buat masa ini walau dengan apa cara sekalipun.

“Kita mesti menang dan selepas menang barulah kita boleh bercakap mengenai perlaksanaan Islam? Kalau tidak menang, bagaimana kita mahu melaksanakan Islam?

“Hujah sebegini mampu mengelirukan sebahagian daripada kita dan akhirnya lari meninggalkan Pas kerana tidak berpuas hati dengan ‘kedegilan’ Pas untuk terus bercakap mengenai Islam secara terbuka termasuk usaha untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan,” katanya.

Malah katanya, perjuangan bertemakan Asal Bukan Umno (Abu) adalah salah sebaliknya Asalkan Islam merupakan prinsip yang benar.

“Engkau terima Islam engkau selamat. Asal bukan Umno memberi maksud nasionalis pun tidak mengapa, kapitalis pun tidak mengapa, sosialis pun tidak mengapa.

“Hayati juga peringatan Baginda Rasulullah SAW. Jangan sesekali tinggalkan Islam dalam apa jua posisi kita. Memburu kepentingan politik jangan sampai melunturkan nilai pegangan dan amalan Islam,” katanya.

Sumber TKO - 24-1-1016


























































PAS menerajui budaya politik matang dan sejahtera (3)

NASRUDIN HASSAN | .


Kriteria Politik Matang dan Sejahtera

19. Politik matang dan sejahtera yang diterajui oleh PAS sewaktu mengemudi hala tuju perjuangan Islam dewasa kini telah dikemukakan dengan 9 kriteria yang mesti difahami, dihayati serta dipraktis oleh setiap anggota parti samada pemimpin ataupun ahli biasa.

Kriteria pertama: Bertunjangkan Prinsip

20. Prinsip perjuangan PAS pasti sahaja berpaksi kepada Al Quran dan As Sunnah. Justeru itu, apa jua keputusan PAS mestilah menepati syarak. Ini adalah prinsip yang tidak boleh bertolak ansur padanya. PAS menolak sebarang keputusan dan tindakan yang berasaskan "matlamat menghalalkan cara". Sebaliknya hanyalah cara yang halal akan digunakan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam.

21. Tindakan bertunjangkan prinsip akan menyelamatkan PAS dari situasi flip flop ketika membuat keputusan dan tindakan. Malah lebih tegas, ianya mesti konsisten di atas prinsip Islam yang diperjuangkan, meskipun dilihat ianya sebagai tindakan yang tidak popular dalam kalangan pengundi mahupun parti-parti politik. PAS tetap akan mempertahankan prinsip-prinsip Islam atau keputusan politik yang disepakati bersama selagi tidak melewati frame syarak.

22. Perjuangan PAS bukan sekadar mendepani UMNO dan BN. Tidak juga sekadar berpada untuk mendapatkan Putrajaya dari tangan UMNO dan BN. Perjuangan PAS adalah jauh lebih besar dan penting dari itu. Ia adalah sebuah perjuangan untuk menyebarkan risalah Islam, menyelamatkan ummah dari perangkap jahiliyyah dan mendaulatkan syariat Islam serta meninggikan kalimah Allah swt di atas tanah air tercinta ini.

Kekeliruan

23. Ada pihak tertentu berhujjah, kita mesti menang dulu. Jangan gopoh untuk bercakap hal Islam dan jangan tergesa-gesa untuk memperjuangkan Islam. Apa yang penting buat masa ini ialah memburu kemenangan walau dengan apa cara sekalipun. Kita mesti menang dan selepas menang barulah kita boleh bercakap mengenai pelaksanaan Islam. Kalau tidak menang, bagaimana kita mahu melaksanakan Islam?

24. Hujah sebegini mampu mengelirukan sebahagian dari kita dan akhirnya lari meninggalkan PAS kerana tidak berpuas hati dengan "kedegilan" PAS untuk terus bercakap mengenai Islam secara terbuka termasuk usaha untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan.

25. Menyingkap kekeliruan ini, marilah kita meneliti Minhaj An Nabawi, bagaimana Nabi kita Muhammad SAW berjuang? Apakah Baginda SAW memburu kemenangan dengan meninggalkan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh Baginda SAW? Rasulullah SAW pernah mendapat tawaran yang hebat dari Utbah bin Rabi'ah mewakili Kerajaan Kuffar pada masa itu. Kata Utbah (Abal Walid):

يا ابن أخي ، إن كنت إنما تريد بما جئت به من هذا الأمر مالا جمعنا لك من أموالنا حتى تكون أكثرنا مالا ، وإن كنت تريد به شرفا سودناك علينا ، حتى لا نقطع أمرا دونك ، وإن كنت تريد به ملكا ملكناك علينا ؛ وإن كان هذا الذي يأتيك رئيا تراه لا تستطيع رده عن نفسك ، طلبنا لك الطب ، وبذلنا فيه  أموالنا حتى نبرئك منه .
Wahai anak saudaraku, jika engkau berjuang ini kerana mahukan harta, kami sedia kumpulkan harta-harta kami dan diserahkan kepadamu sehingga engkau menjadi orang paling kaya dalam kalangan kami.

Jika sekiranya engkau berjuang ini kerana mahu menjadi pemimpin, kami sedia lantik engkau jadi pemimpin sehingga kami tidak memutuskan sebarang keputusan melainkan mendapat persetujuanmu.

Jika sekiranya engkau berjuang ini kerana mahu menjadi raja, kami sedia menabalkan engkau menjadi raja yang memerintah kami.

Jika sekiranya engkau dirasuk suatu yang engkau sendiri tidak mampu menghadapinya, kami sedia menyediakan tabib untuk merawatmu dan kos ditanggung oleh kami sehingga engkau sembuh.

Sirah Ibnu Hisyam

26. Jika teori menang dulu itu suatu yang praktis dan rasional, pastinya Nabi SAW menerima tawaran menjadi kerajaan atau sebahagian dari kerajaan. Tetapi Nabi SAW menolak semua tawaran untuk berkuasa sebaliknya terus bersama Islam yang diperjuangkan oleh Baginda SAW.

27. Hayati jua peringatan Baginda SAW. Jangan sekali-kali tinggalkan Islam dalam apa jua posisi kita. Memburu kepentingan politik jangan sampai melunturkan nilai pegangan dan amalan Islam. Sabda Rasulullah SAW:

أَلَا إِنَّ رَحَى الْإِسْلَامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلَا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلَا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلَا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لِأَنْفُسِهِمْ مَا لَا يَقْضُونَ لَكُمْ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ» قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، كَيْفَ نَصْنَعُ؟ قَالَ: «كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ»
المعجم الطبراني الكبير

Ketahuilah sesungguhnya roda Islam itu berputar. Maka berputarlah bersama al Kitab (Islam) sekira-kira bagaimana ia berputar. Ketahuilah sesungguhnya al Kitab dan pemerintah dua perkara yang berbeza. Maka jangan memisahkan diri dari al Kitab (Islam).

Ketahuilah sesungguhnya kamu akan mendepani pemerintah yang memerintah untuk kepentingan mereka bukan untuk menjaga kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari mereka, mereka akan bunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka, mereka akan menyesatkan kamu.

Lalu sahabat berkata: Ya Rasulullah, (apabila kami bertemu dengan situasi begini) apa yang harus kami lakukan?

Nabi SAW menjawab: Jadilah sebagaimana sahabat-sahabat Nabi Isa ibnu Maryam as, jasad mereka digergaji, digantung pada kayu salib, (namun mereka tetap bersama Islam)

Mati dalam keadaan taat kepada Allah swt lebih baik dari hidup derhaka kepada Allah swt. (Riwayat At Tabarani)

28. Perjuangan PAS bertunjangkan nas dan hujjah syarak. Inilah juga prinsip yang menunjangi keputusan dan tindakan PAS. Kita tidak berjuang kerana amarah dan kebencian yang meluap terhadap satu pihak. Bahkan perjuangan kita tidak boleh meniti di atas dendam kesumat meskipun terhadap musuh.

29. Perjuangan bertemakan Asal Bukan UMNO (ABU) adalah salah justeru ia memberi maksud, asal bukan UMNO maka nasionalis pun tidak mengapa, kapitalis pun tidak mengapa, sosialis pun tidak mengapa, apa yang penting asalkan bukan UMNO. Pendirian sebegini adalah salah. Prinsip yang benar ialah asalkan Islam. ASLIM TASLAM, engkau terima Islam engkau selamat.

Hayati Hadis Nabi SAW. dari Abi Musa Al Asyaari Rha yang diriwayat oleh Imam Bukhari:

حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ رَضِي اللَّهم عَنْهم قَالَ قَالَ أَعْرَابِيٌّ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ
وفي رواية يقاتل حميةً و يقاتل شجاعةً و يقاتل غضباً
 فمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ  فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
(صحيح البخاري)

Seorang A'rabi  telah bertanya kepada Nabi SAW. Seorang tokoh berjuang kerana mahu mendapatkan habuan harta rampasan perang. Ada yang berjuang supaya dirinya disebut orang. Ada yang berjuang untuk dilihat kedudukannya.

Dalam riwayat yang lain: ada yang berjuang kerana mahu dapatkan perlindungan, ada yang berjuang kerana mahu tunjuk berani dan yang berjuang kena marah (benci)

Maka siapakah yang berjuang di jalan Allah SWT? Maka jawab Nabi saw: Sesiapa yang berjuang bagi meninggikan kalimah Allah SWT maka dialah yang berjuang di jalan Allah SWT. (Riwayat Imam Bukhari)

bersambung...

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 24/2/2016

Sumber HD - 24-2-2016

























































PAS terajui budaya politik matang dan sejahtera (2)

NASRUDIN HASSAN | .


Politik itu kotor?

10. Kita biasa dengar orang berkata politik itu kotor. Malah mereka tidak percaya kepada ahli politik. Walhal, yang kotor itu ialah sebahagian ahli politik kerana mereka gagal berpolitik berasaskan akhlak Islami, ataupun mereka mewarisi subjek politik peninggalan penjajah yang nyata terpisah dari nilai dan didikan wahyu Allah swt.

11. Tentu sahaja politik warisan penjajah adalah berteraskan politik penaklukan, permusuhan, peperangan, perebutan kuasa, bolot kekayaan yang kemudiannya menelurkan budaya politik perkauman, politik fitnah, politik emosi tanpa kawal, politik kebencian, politik retorik, politik persepsi, politik menghalalkan cara, politik syak wasangka, politik kemasyhuran, politik keras kepala, politik angkuh dan 1001 jenis politik negatif yang mempalit stigma "politik itu kotor".

Anjakan Budaya Politik Negara

12. Kini PAS sedang mengorak langkah untuk menerajui anjakan budaya politik negara, daripada politik konvensional tinggalan penjajah kepada meletakkan prinsip politik Islam berteraskan panduan Al Quran dan Hadis Nabi SAW. Langkah ini adalah membersihkan politik negara dari budaya negatif dan digantikan dengan budaya politik yang matang dan menepati syarak.

13. Negara perlu anjakan budaya politik ini demi pembinaan tamadun atau peradaban yang hebat pada masa depan. PAS mengambil tanggungjawab ini dengan penuh sedar bahawa negara tercinta ini memerlukan perubahan yang total dan optimis bahawa ia boleh dilakukan dengan baik dan berkesan di bawah sinar petunjuk wahyu Allah SWT dan sunnah nabiNya SAW.

Realiti Budaya Masyarakat Malaysia

14. Menganalisa kedudukan sosio budaya masyarakat Malaysia, kita dapati secara umumnya ia terbentuk dengan sifat lemah lembut dan sopan santun, sesuai dengan sejarah kemasukan Islam dan kemerdekaan negara.

15. Justeru itu, rata-rata rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan budaya ini mulai bosan serta jemu dengan karenah dan budaya politik yang agerasif, kasar, kesat, fitnah, adu domba dan akhirnya membawa kepada perpecahan serta benci membenci antara satu sama lain.

16. Ternyata negara sangat memerlukan anjakan budaya politik kepada yang lebih matang, sejahtera, bertanggungjawab dan harmonis. PAS sebagai sebuah parti politik Islam sangat memahami realiti ini lantas segera memposisikan diri untuk menerajui budaya politik matang dan sejahtera. Pendekatan ini adalah lebih sesuai bagi PAS sebagai sebuah gerakan tarbiyah,  dakwah dan siasah serta dalam masa yang sama, pendekatan ini lebih dekat di hati masyarakat.

Kepentingan Budaya Politik Matang dan Sejahtera

17. Terlalu banyak kepentingan yang boleh diraih melalui amalan budaya politik matang dan sejahtera. Paling menonjol ialah:

a) mengekang berlakunya ketidakadilan
b)mengelak penyalahgunaan kuasa
c) menghindari ketidak-stabilan politik
d) menghindari kemelesetan ekonomi
e) menghindari keruntuhan sosial
f) menamatkan perselisihan rakyat
g) mengurangkan pembaziran masa
h) mengelakkan campurtangan asing
i) menggalakkan budaya politik ilmu
j) menyuburkan budaya politik fakta
k) mendidik rakyat buat keputusan berasaskan maklumat yang benar.

18. Marilah kita menghayati sejenak firman Allah SWT dari Surah An Nuur ayat ke 55. Betapa politik yang berpaksi pada iman dan amal soleh akan mengutuhkan kedudukan dan mengukuhkan kuasa.

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

bersambung...

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 20/2/2016

Sumber HD - 20-2-2016




























































PAS terajui budaya politik matang dan sejahtera

NASRUDIN HASSAN | .


Muqaddimah

1. Transformasi imej yang sedang diolah oleh PAS bagi mendepani cabaran perjuangan dan persekitaran politik semasa hari ini telah mula menarik perhatian umum. Banyak maklum balas telah kami terima untuk menambah baik dan mengemaskini agenda pemerkasaan parti dan transformasi imej. PAS menyambut mesra pelbagai pandangan dan saranan, sementara itu PAS terus memacu perjuangan dengan membudayakan politik matang dan sejahtera dalam semua gerakkerja dan pendekatannya.

Definisi Budaya Politik Matang dan Sejahtera

2. Sebuah budaya berpolitik  yang berasaskan kepada kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan, berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, sesuai dengan realiti masyarakat, bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan keredhaan Allah swt.

Sikap PAS terhadap Assaabiquunal Awwalun

3. Terdapat pandangan sinis dilemparkan kepada PAS kononnya hari ini baru nak matang? apakah orang terdahulu tidak matang? apakah usaha pimpinan terdahulu tidak betul?

4. Transformasi imej ini adalah tindakan dan pendekatan semasa PAS mendepani cabaran. Ia bukan satu tindakan untuk menafikan apa yang dilakukan oleh mereka terdahulu. Sebaliknya pendekatan dan tindakan pimpinan atau generasi terdahulu adalah terbaik dan sesuai pada zaman mereka. Semoga Allah swt melimpahkan ganjaran sewajarnya atas usaha mereka memperjuang dan mempertahankan Islam bersama PAS, jua diampunkan segala kesalahan mereka terdahulu.

5. Islam mengajar kita menghiasi diri dengan akhlak terhadap generasi terdahulu. Firman Allah swt:

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu". (Surah Al Hasyr: 10)

Muwaajahah Silmiyah (Pendekatan Secara Aman)

6. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan mengambil ruang demokrasi untuk menyampaikan dakwah Islam serta mendaulatkan syariat di bumi Malaysia ini. PAS tidak memilih gerakan revolusi atau gerakan subversif sebaliknya PAS mengambil pendekatan secara aman dan damai untuk menjana kemenangan dalam pilihan raya bagi memiliki kuasa politik ke arah merealisasikan perubahan pada dasar dan sistem negara.

7. Strategi umum Muwajahah Silmiyah untuk memenangi pilihan raya ialah terhenti di atas dua noktah.

Pertama: Memenangi hati rakyat bahawa PAS parti yang terbaik

Kedua: Meyakinkan rakyat bahawa PAS mampu memerintah

8. Justeru itu, kematangan dan kesejahteraan politik yang dipersembahkan oleh PAS untuk menjayakan strategi umum Muwajahah Silmiyah tersebut adalah  dengan mempraktiskan wahyu Allah swt:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lunak terhadap mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Aali Imran: 159)

9. Hayati sifat dan sikap yang digariskan oleh Allah swt dalam ayat tersebut. (Surah Aali Imran: 159) bersambung...

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 16/2/2016

Sumber HD - 16 - 2-2016





























































Warga asing populasi kedua terbesar di Malaysia

HARAKAHDAILY | .


Segmen populasi masyarakat yang kedua terbesar selepas orang Melayu di Malaysia adalah warga asing.

Menurut data yang dikemukakan oleh Menteri Sumber Manusia pada akhir tahun 2014, jumlah keseluruhan pekerja asing berjumlah 6.7 juta orang.

Jumlah tersebut telah mengatasi populasi penduduk Cina yang berjumlah sekitar 6.52 juta berdasarkan Banci Penduduk Malaysia 2010.

Jika kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh tetap diteruskan, maka secara kasarnya jumlah warga asing di Malaysia telah melangkau 8 juta orang.

Ternyata, jumlah ini sangat besar dan ia boleh mempengaruhi sosio-budaya masyarakat di Malaysia.

Malah, keberadaan warga asing telah membentuk koloni-koloni mereka di lokasi tertentu terutamanya di Lembah Klang.

Contohnya dalam kes terbaru, jenayah tembak-menembak di Pasar Borong Selayang melibatkan warga Myanmar yang mendominasi kawasan tersebut.

Begitu juga di sekitar kawasan Chow Kit, Kampung Pandan dan Kampung Baru juga dikenali sebagai Mini Jakarta.

Adakah kerajaan mahu perkara ini terus berlaku sehingga menyebabkan rasa kurang senang penduduk tempatan?

Sebenarnya, keputusan kerajaan membenarkan kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh ke Malaysia bercanggah dengan polisi untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Hal ini juga akan terus menyumbang kepada masalah pengaliran wang keluar negara.

Pada tahun 2012, jumlah pengaliran wang keluar mencatatkan jumlah sebanyak RM21.7 bilion dan trend tersebut meningkat pada tahun 2013 dan 2014.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak kerajaan untuk tidak terlalu simplistik membenarkan kemasukan pendatang asing ke Malaysia.

Kerajaan harus meneroka inisiatif baru untuk mengurangkan pergantungan terhadap mereka dan dalam masa yang boleh terus merancakkan kelesuan ekonomi negara.

Nasrudin Hasan
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Jamadil Awwal 1437 / 15 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 15/2/2016

Sumber HD - 15-2-2016



























































Kualiti pejuang (pemimpin dan pengikut)

NASRUDIN HASSAN | .


Marilah kita bersimpuh seketika untuk meneliti firman Allah dari Surah Al-Baqarah ayat 249.

Suatu ayat yang menjelaskan kepada kita bagaimana kualiti pejuang untuk membawa pulang kemenangan.

Firman Allah swt:

فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". (Surah Al Baqarah: 249)

Ringkasan

a) Perjuangan ini akan dirintang dengan ujian yang sangat mengujakan. Dalam ayat ini, ujiannya ialah sebatang sungai yang dibentang di hadapan mereka detik mereka sangat kehausan setelah meredah perjalanan yang jauh di bawah panas terik matahari.

b) Arahan dikeluarkan oleh pemimpin dan ia mesti dipatuhi oleh pengikut meskipun arahan itu agak sukar dan dilihat tidak masuk akal. Mentaati arahan yang sukar memerlukan kesabaran yang tinggi pula.

c) Ketaatan kepada pemimpin adalah sebahagian dari syarat kemenangan. Sebagaimana sabar menghadapi ujian untuk sebuah ketaatan juga menjadi syarat kemenangan yang dijanjikan.

d) Pejuang yang memiliki kualiti kepatuhan tinggi serta sabar, meskipun jumlahnya kecil adalah jauh lebih baik berbanding jumlah yang ramai tetapi tidak berkualiti.

e) Tanggungjawab pemimpin untuk memilih pengikut yang setia sebagaimana pengikut memilih pemimpin yang baik adalah asas pembentukan sebuah gerakan yang mantap dan hebat. - HARAKAHDAILY 14/2/2016

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber HD - 14-2-2016





























































Fitnah tercela

NASRUDIN HASSAN | .


Bertalu-talu saya dihubungi oleh media hari ini untuk mendapatkan penjelasan saya mengenai satu fitnah yang berlegar di media sosial kononnya saya menonton filem lucah semasa lawatan kerja ahli parlimen ke Jerman dua tahun yang lalu (2014).

Tahun lalu (2015) saya menerima fitnah hampir serupa, kononnya saya minum arak di bilik hotel sewaktu lawatan ke Jerman. Tahun ini (2016) telah bertukar plotnya kepada menonton filem lucah.

Saya sendiri tidak tahu siapa yang menyebarkan fitnah sedemikian rupa dan apakah motif mereka mensasarkan saya. Tegasnya saya enggan melayan permainan "pihak tertentu" ini dan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah fitnah keji lagi tidak bertanggungjawab yang dilemparkan kepada saya.

Kepada Allah swt saya berdoa dan kepada Allah swt jua kembali segala urusan.

Sekian. - HARAKAHDAILY 13/2/2016

Sumber HD -14-2-2016


























































TPPA perlu referendum rakyat

HARAKAHDAILY | .


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menggerakkan jentera kempen, penganjuran kongres, menyertai persidangan, forum, memobilisasi rakyat dan berbahas di Dewan Rakyat untuk membantah tindakan Malaysia dalam menandatangani perjanjian TPP tidak lama lagi.

PAS juga tidak akan berdiam diri malah akan terus mendesak dalam segenap ruang yang masih ada untuk membantah perjanjian TPP ini. Referendum rakyat diperlukan bagi memastikan negara selamat.

PAS sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang hanya menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat untuk endorse keputusan yang telah siap.

Malah, PAS turut menjangkakan sudah wujud pra konsensus dalam kalangan BN untuk menandatangani perjanjian TPP meskipun rakyat dan banyak NGO membantah secara besar-besaran agenda ini. Ingat, perjanjian TPP bukan solusi utama dan betul untuk memulihkan ekonomi negara.

Kerajaan telah tunduk dengan cengkaman perjanjian ini. TPP bukan semata-mata untung rugi perdagangan, tetapi ia melibatkan peluasan kuasa besar terhadap kedaulatan Malaysia. Undang-undang negara boleh dipinda bagi memenuhi kehendak anggota-anggota TPP.

Tidakkah ini merupakan satu agenda imperialisma yang merombak kebebasan dan kedaulatan negara?

PAS melahirkan rasa kesal terhadap semua ahli Parlimen BN (127) yang telah meluluskan usul menandatangani perjanjian TPP di Dewan Rakyat, semalam.

Tidak semua kebenaran berpihak kepada suara majoriti. Masih ada ruang bagi mereka menyatakan bantahan sebelum Perdana Menteri menandatangani perjanjian ini yang dijangka akan dilakukan pada bulan hadapan.

Utamakanlah kepentingan negara! Selamatkan negara dan binalah negara Malaysia yang sejahtera.

NASRUDIN HASSANKetua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh
17 Rabiul Akhir 1437 / 27 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 28/1/2016

Sumber HD - 28-1-2016


























































Indeks Persepsi Rasuah 2015: Malaysia jatuh lagi

HARAKAHDAILY | .


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan kekecewaan terhadap kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2015.

Kenyataan Transparency International hari ini menunjukkan Malaysia jatuh ke kedudukan 54 berbanding 50 pada tahun 2014. Skor Malaysia juga menurun daripada 52/100 kepada hanya 50/100.

Ia sekaligus mempersoalkan keberkesanan polisi dan tindakan kerajaan dalam memerangi rasuah sepanjang tahun lalu.

Pelbagai isu besar yang dibangkitkan sepanjang tahun lalu terutama yang melibatkan 1MDB dan dana RM2.6 bilion mungkin antara faktor yang menyebabkan kejatuhan indeks CPI Malaysia. Ia sukar disangkal memandangkan negara-negara luar turut mempersoalkan isu yang sama.   

Perkara ini juga turut mempengaruhi kondisi ekonomi negara. Keyakinan pelabur, pilihan haluan perdagangan dan kestabilan ringgit turut akan terjejas sekiranya indeks CPI tidak dipulihkan secara drastik.

Pelbagai ruang pembaharuan sepertimana yang dicadangkan oleh Presiden TI-Malaysia perlu dipertimbangkan terutama yang melibatkan integriti kepimpinan dan kemahuan mereformasikan budaya berpolitik.

Pengurusan dan pentadbiran negara didesak segera mematuhi syariat sekaligus membaiki kepincangan ketara yang akhirnya menjadi lubuk bersarangnya virus rasuah.

Taqwa (tunduk dan patuh kepada Allah swt) mesti menjadi prinsip teras dalam kepimpinan negara dipelbagai peringkat. Tanpa taqwa, negara akan terus bergelumang dengan mungkar seperti rasuah. Rasuah pula akan menghancurkan negara dan tamadun.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
17 Rabiul Akhir 1437 / 27 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 27/1/2016

Sumber HD - 27-1-2016

































































Takziah buat keluarga pelajar Malaysia terkorban di Jordan

HARAKAHDAILY | .


 (Foto daripada portal Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan)
KUALA LUMPUR: "Sesungguhnya kita milik Allah dan kita semua akan kembali kepada-Nya.

"Saya menzahirkan ucapan takziah kepada semua waris pelajar yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jordan, awal pagi semalam," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily.

Katanya, insiden tersebut sangat menyayat hati dan menghibakan kita semua.

"Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh semua yang terkorban dirahmati dan ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh di sisi Allah," ujarnya lagi.

Beliau turut mengharapkan agar para waris dapat bersabar atas ujian itu dan redha dengan pemergian insan yang tersayang.

"Kita juga berdoa agar dua rakan pelajar yang sedang dirawat di hospital dipulihkan oleh Allah.

"Marilah kita terus memberikan sokongan kepada mereka semua," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Tiga pelajar Malaysia yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan pagi semalam ialah Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie.

Fatin Iqmal Idziyani berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana' dan Al Najiatun Nailah dari Kelantan.

Dua pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif yang cedera di kaki dan patah tangan serta Fatin Noor Syahirah yang cedera di muka dan rahang. - HARAKAHDAILY 24/1/2016

Sumber HD - 24-1-2016


































































Mereka saman saya, mereka mohon selesai

NASRUDIN HASSAN | .


KELIHATAN banyak situasi disiar secara tidak menepati kedudukan sebenar apa yang berlaku. Sebahagian pula bersungguh benar untuk menampakkan kononnya saya membuat fitnah dan akhirnya mengaku salah.

Saya mengajak para pembaca mengamati beberapa poin yang saya kemukakan di sini untuk melihat kedudukan sebenar apa yang berlaku.

Pertama: Saya adalah pihak yang disaman. Ertinya pihak YAB Lim Guan Eng yang saman saya dan mendakwa saya telah memfitnah beliau melalui artikel saya bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu bertajuk: Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel?

Kedua: Mereka saman saya, kemudiannya mereka yang mahu selesaikan kes ini di luar mahkamah. Beberapa kali mereka merundingi saya supaya saya keluarkan kenyataan mohon maaf dan mereka akan tarik balik saman.

Realitinya, sejak setahun yang lalu lagi, pihak peguam saya telah menerima beberapa surat tawaran dari pihak LGE supaya saya memohon maaf terbuka dan mereka bersedia untuk menarik balik saman ke atas saya. Sejak itu juga, saya tegaskan bahawa tidak ada sebab untuk memohon maaf kerana saya tidak memfitnah.

Saya telah catat dalam kenyataan awal saya kelmarin bahawa apabila saya tiba di mahkamah untuk sedia dibicarakan ekoran saman fitnah yang dikemukakan ke atas saya, sekali lagi saya diajak berunding untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah dengan saya mengemukakan permohonan maaf.

Saya tanya pandangan team peguam saya. Peguam menyerahkan keputusan kepada saya dengan mengemukakan beberapa option daripada perspektif undang-undang. Saya menimbang situasi itu lalu sekali lagi saya buat keputusan bahawa saya tidak akan mohon maaf kerana saya tidak memfitnah LGE sebagaimana yang didakwa.

Sekurang-kurangnya dua kali rundingan melalui pasukan peguam berlaku di mahkamah kelmarin. Keputusan saya tetap bahawa saya tidak akan mohon maaf. Bukan kerana degil tetapi kerana saya tidak  memfitnah LGE dalam artikel saya sebagaimana yang didakwa dalam writ saman yang dikemukakan kepada saya.

Setelah usaha untuk meminta saya memohon maaf itu tidak berjaya dan dimaklumkan kepada hakim bahawa rundingan tidak mencapai kesepakatan, lalu saya dan LGE dipanggil ke kamar hakim untuk sekali lagi melalui proses mediasi (runding cara untuk selesaikan kes-kes sivil di luar mahkamah) tanpa disertai oleh peguam dari kedua-dua pihak.

Tanpa saya perlu menceritakan secara detail proses yang berlangsung dalam kamar hakim sekitar setengah jam itu, saya nyatakan secara terus terang kepada Yang Arif Hakim bahawa saya tidak akan mengaku bersalah, tidak akan memohon maaf atas dakwaan fitnah dan berhasrat supaya perbicaraan kes ini diteruskan. Saya adalah orang yang disaman dan saya sedia pertahankan artikel dan kenyataan saya.

Akhirnya, LGE boleh bersetuju untuk selesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu saya mohon maaf, cuma apa yg berlaku adalah salah faham tentang artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang dikatakan mencetus salahfaham antara saya dan LGE, akibat daripada perbezaan penggunaan terminologi - direct nego, open tender dan Request For Proposal (RFP). RFP berdasarkan penyata saksi Plaintif sendiri (pegawai dari UPEN) bukanlah direct nego, dan bukan juga open tender.

Sementara artikel saya yang bertarikh 8 Ogos 2014 bertajuk "Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah" juga  masih kekal dan dipertahankan.

Pada akhirnya, kami bersetuju dengan cadangan penyelesaian dan dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos mahkamah RM10K ditanggung oleh defendan.

Begitulah secara ringkas saya gambarkan perjalanan kes. Maka tidak sewajarnya saya terus dibicarakan di luar mahkamah setelah kes ini selesai dengan pelbagai andaian dan spin pihak media tertentu yang jelas kelihatan  bersungguh-sungguh mahu meletakkan saya sebagai orang yang mengaku bersalah.

Kalau masih ada pihak yang mahu mempersoalkan atau membicarakan kes ini di luar mahkamah kerana masih tidak berpuas hati terhadap saya sedang saya telah sedia berpuas hati dengan apa yang dicapai, maka eloklah mereka persoalkan kenapa pihak yang menyaman saya iaitu mendakwa saya memfitnah tetapi pihak yang menyaman pula yang bersungguh-sungguh mohon kes ini diselesaikan diluar mahkamah? Sedang saya sedia untuk perbicaraan pada bila-bila masa. Ini persoalan yang patut mereka angkat ke langit terbuka.

Mereka saman saya, mereka yang mohon kes diselesaikan di luar mahkamah. Apabila dah selesai, spin pula seolah-olah saya bersalah. Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah. Selayaknya usah diusahakan  sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir. – HARAKAHDAILY 19/1/2016

Sumber HD - 19-2-2016


































































Kes diselesaikan di luar mahkamah

NASRUDIN HASSAN | .


Catatan Dari Mahkamah Tinggi Georgetown

1. Sekitar jam 9.30 am saya tiba di Mahkamah Tinggi Georgetown, saya terus dipanggil oleh pihak peguam saya untuk memaklumkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak plaintif dengan menuntut supaya saya meminta maaf kepada plaintif.

2. Beberapa masa diambil untuk saya berbincang dengan pihak peguam saya, juga mengambil kira pandangan dari kedua-dua pihak, akhirnya saya mengambil keputusan untuk solat dua rakaat bagi memohon petunjuk Allah swt.

3. Jam 10.20 am saya membuat keputusan bahawa saya tidak akan memohon maaf dan mengarahkan peguam saya agar proceed untuk melalui perbicaraan kes saman yang berkait dengan penulisan saya bertajuk Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel? pada tarikh 6 Ogos 2014.

4. Jam 10.30 am, sekali lagi saya dipanggil untuk selesaikan kes sebagai rundingan di luar mahkamah di kamar hakim secara mediasi (satu proses runding cara dengan tujuan penyelesaian di luar mahkamah bagi kes-kes sivil), namun saya tetap menegaskan bahawa saya tidak akan memohon maaf kerana penulisan saya tidak bermaksud memfitnah plaintif.

5. Rundingan diteruskan lagi dan Jam 11.05 am, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju dengan penyelesaian menerusi rundingan diluar mahkamah itu tanpa saya memohon maaf dan tidak memanjangkan kes serta menarik balik pada sebahagian point dari artikel saya yang menimbulkan salah faham seperti yang disiar dalam facebook saya pada 6 Ogos 2014.

6. Pada jam 11.30 am, Hakim memutuskan penyelesaian kes dicapai di luar mahkamah dengan memerintahkan kos mahkamah sebanyak RM10K. - HARAKAHDAILY 18/1/2016

Sumber HD - 18-1-2016




































































Cabaran zaman: Duat dan Mujahid Siber

NASRUDIN HASSAN | .




Cabaran zaman mesti didepani dengan bijak, berani dan optimis menggalas tanggungjawab perjuangan Islam.

Duat dan Mujahid Siber adalah dua skuad yang dipertanggungjawab langsung untuk membawa risalah perjuangan Islam ini ke serata pelosok alam sekaligus menangkis segala serangan siber yang dihadapkan kepada Islam dan ummatnya.

Terdapat dua kategori gerak kerja berorientasikan maklumat di dunia siber.

i - Penyampaian dan mekanisme penyampaian risalah perjuangan Islam secara hikmah serta penerimaan dan mekanisme penerimaan maklumat. Ini adalah peranan Duat Siber.

ii - Menegakkan kebenaran dan kemurnian perjuangan Islam, menjawab segala kesamaran dan menangkis pelbagai serangan dengan mujadalah (dialog/wacana) yang berhemah di medan siber. Ini adalah peranan Mujahid Siber.

Alam siber menjadi satu lagi pentas jihad kontemporari untuk para pejuangnya mencari keredhaan Allah swt dan pahala yang dijanjikan dengan tugas yang dilaksanakan:

- Pastikan Risalah Islam temui sasaran
- Benar pada fakta dan data
- Aproach yang sesuai dan bistari
- Menjawab persoalan berbangkit
- Menangkis fitnah
- Menolak kebatilan

Hayatilah firman Allah swt:

الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا

(Nabi-nabi yang terdahulu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun selain daripada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung. (Surah Al Ahzab: 39)

Usah bimbang dan resah dengan aksi dan serangan cybertrooper musuh-musuh Islam. Hadapi mereka dengan syakhsiyah dan disiplin akhlak Islami.

Beristiqamah Hingga Kemenangan - HARAKADAILY 13/12/2015

Sumber HD - 13-12-2015


PAS tegaskan kepentingan Islam dalam 

tahaluf siyasi

HARAKAHDAILY | .


BERTALU-talu pula yang bertanya gara-gara ucapan Datuk Seri Najib di Perhimpunan Agung
Umno yang katanya ajak PAS bersatu dengan Umno.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudahpun beri respon.

PAS masih ada tahaluf siyasi dgn PKR tegas Tuan Guru Abdul Hadi.

Perubahan dalam seruan Umno untuk menegakkan syariah adalah perkembangan
baru yang PAS sudah lebih 60 tahun menyeru ke arah itu.

Tuan Guru Abdul Hadi memberitahu vahawa sebarang pendirian PAS dalam hal
sebegini perlukan kepada penelitian semua pemimpin dan ahli serta pandangan
ulama dan syura.

Tuan Guru Abdul Hadi beritahu bahawa di situ ada peranan muktamar PAS.

Saya fikir respon awal Tuan Guru Abdul Hadi adalah munasabah dan seimbang. Ia ciri ulama yang
memandang jauh ke hadapan serta tidak gopoh.

Ia tidak menutup pintu terkunci rapat sehingga boleh difitnah PAS menolak ajakan menyatukan
ummah dan bersama tegak syariah.

Ia juga tidak menunjukkan kita terlalu melayan strategi terdesak Umno mencari dahan untuk berpaut
apabila Umno berhadapan kemerosotan dan kehancuran.

Selain itu, ia memberi mesej kepada DAP dan yang berkiblatkan DAP bahawa PAS mempunyai
banyak pilihan dalam memastikan cita-cita DAP melemahkan kedudukan dan kepentingan Islam dan
kaum Melayu tidak menjadi kenyataan.

DAP kena mencongak kembali formula 'menangguk di air yang keruh' yang sedang mereka rancang
melalui PAN dan penyokong-penyokong mereka dalam PKR.

PAS adalah parti yang bertunjangkan perjuangan Islam yang menjadi dasarnya. Ia bukan
pragmatisme yang tanpa batasan. Kepentingan Islam, mengatasi soal lain. –
HARAKAHDAILY 11/12/2015

AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 11-12-2015          

Paling selamat ikat hati manusia dengan 'tali Allah'

NASRUDIN HASSAN | .


Sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, PAS tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah sebagaimana yang ditegaskan oleh Al-Quranul Karim.

Kata orang tua, rambut sama hitam tapi hati tidak serupa. Begitulah manusia ini punya pelbagai watak. Nak satukan mereka tidak mudah. Tidak semudah mengungkap slogan penyatuan.

Manusia tidak boleh diikat dengan wang kerana wang akan susut nilai. Apatah lagi jika ia diikat dengan janji atau syarat lantaran janji boleh jadi palsu dan syarat boleh dilanggar.

Paling selamat dan terjamin apabila hati manusia ini diikat dengan "Tali Allah" iaitu Islam atau Al-Quran sebagai wahyu atau sumber Islam itu sendiri.

Sementara kita semua tahu dan yakin bahawa manusia adalah hasil produk Allah swt. Dialah yang Maha Mencipta. Sehingga kini tiada yang berani tampil mengaku bahawa manusia adalah hasil ciptaan mereka selain Allah Azza wa Jalla. Tentu sahaja Allah swt yang Maha Tahu bagaimana nak satukan hati manusia ini.

Allah swt telah mengisytiharkan pekeliling-Nya bahawa hati manusia hanya boleh diikat kukuh dengan tali-Nya iaitu Islam.

Firman Allah swt:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Aali Imran: 103)

Sebagai wadah gerakan ummah dan platform untuk semua, PAS tetap menghubung silaturrahim dengan semua pihak, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat, membuka ruang dialog dan wacana demi kebaikan dan masa depan ummat Islam.

Firman Allah swt:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Surah Al Maaidah: 2)

Kita tahu bahawa musuh Islam mendambakan perpecahan berterusan dalam kalangan ummat Islam. Justeru di atas perpecahan itu, mereka boleh menguasai politik dan ekonomi ummat Islam dan negara ini.

Maka tiada pilihan lain, bahawa menjadi kewajipan besar kepada seluruh ummat Islam agar mengusahakan penyatuan ummah berasaskan "Tali Allah" iaitu pedoman Al-Quranil Kareem.

Hentikan pertelingkahan yang merugikan dan elakkan pertembungan yang melemahkan ummat Islam.

Hindari kemungkaran dalam segenap aspek kehidupan termasuklah kemungkaran dalam sistem pemerintahan yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Kembalilah kepada paksi Islam yang menjanjikan keadilan, kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Aslim Taslam. (Terima dan Laksanakan Islam, Nescaya Kamu Selamat)

Beristiqamah Hingga Kemenangan - HARAKAHDAILY 11/12/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber HD - 11-12-2015


Tak Ke Mana Pun Amuk Tan Sri Muhyiddin Yassin………

KUALA LUMPUR 29 NOVEMBER 2012 - PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tersenyum melihat Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempamerkan sepanduk `Saya Sayangkan PM' semasa Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka PWTC di sini hari ini.
Gambar: MOHD NAIM AZIZ
Pemberita: TEAM UMNO UTUSAN/KOSMO!
Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafei Afdal dan lain lain buat perhimpunan 5,000 orang semalam di Padang Kelab Selangor konon berkobar kobar nak ubah UMNO yang dah terlalu rosak. Mahu Najib direhatkan.

Esok UMNO nak adakan perhimpunan Agong. Kita ringkaskan dengan panggilan PAU.
Apa itu PAU? Semua perwakilan sekali lagi akan jadi pak sanggup tukang angguk kepada paymaster mereka. Dah kena ‘PAU’ semuanya.

Saya bukan nak memperlekehkan Muhyiddin Yassin dan Shafie Afdhal. Atau Tun Mahathir serta Ahmad Said yang kuat menyokong mereka. Mereka mungkin tak lekeh. Pendekar semua tu.

Tapi rata rata perwakilan UMNO memang lekeh pun. Mereka akan jadi burung kakak tua. Retorik ke laut. Janji nak tranformasi dah sejak bila? Semakin buruk adalah jadinya hingga kita catat rekod dunia hodohnya urustadbir di Malaysia dengan skandal memalukan 1MDB dan derma ke akaun peribadi RM2.6 Billion yang pecah rekod dunia.

Hangat hangat tahi ayam.

Tengoklah esok.

Tak ada apapun yang akan berlaku.

Muhyiddin Yassin, Shafie Afdhal, Tun Mahathir, cuma akan jadi bahan ketawa sahaja di mata rakyat. Konon orang sekeliling akan setia dokong perjuangan mereka.

Kena ‘PAU’ juga esok lusa.

Orang orang seperti Ahmad Said yang konon akan gegarkan Terengganu. Nak menentang ‘kemungkaran’ UMNO Terenggganu? Tak ada pun…Sejuk macam musim hujan.

Pemimpin UMNO sampai bila bilapun takkan berjaya baiki UMNO yang Tun Mahathir sendiri dah banyak tahun kata UMNO berpenyakit buruk sudah sampai ke usus. Tak boleh diselamatkan dah. Dia doktor. Dia tahu apa dia cakap. Macam bila doktor beritahu kanser dah tahap empat…

Zahid Hamidi yang kini orang nombor dua dalam UMNO. Bukankah dia dulu bagai tulang belakang kepada Anwar Ibrahim? Kena ‘ PAU’ juga.

Ini pula generasi baru pemimpin UMNO yang jadi perwakilan. Dalam kepala sejak mula langkah berpolitik, sudah dilingkungi kawan kawan kroni yang mencongak projek mana, komisyen berapa, kereta baru, rumah besar?

Prinsip, dasar, perjuangan hanya retorik untuk membuai perasaan sahaja.

DEB sejak 1970 setiap tahun dibelanjakan ratusan billion dengan pelbagai Rancangan Malaysia (RM) Pertama, Kedua, Ketiga sampai sekarang dah RM ke sebelas. Angka angka petunjuk utama kedudukan orang melayu, jurang antara kaum, jurang antara penduduk bandar dan luar bandar, jurang antara yang miskin dengan yang kaya, tidak jauh bezanya dengan berpuluh tahun yang lalu.

Rancangan Malaysia (RM) hanyalah Ringgit Malaysia untuk UMNOPUTRA dan Alibaba yang memperkudakan status bumiputera.

Majoriti usahawan melayu yang gigih, berwibawa, pengalaman puluhan tahun, rekod cemerlang penyiapan dengan tempoh masa dan kualiti. Mereka tetap juga tersisih. Kena berpuashati dengan sekadar jadi subkontraktor kepada kontraktor utama dari kalangan kroni. Itupun dengan akurjanji macam macam kepada si fulan dan si fulan. Lagi teruk jadi sub atas sub atas sub…

Kekayaan negara berlegar dikalangan beberapa peratus elit yang rapat dengan UMNOBN.

MRT RM80Billion, Cyber City Centre RM11Billion, KLIA Aeropolis RM7Billion. Untuk 3 projek ini sahaja yg sedang berlangsung dan ada dalam belanjawan, kerajaan timbun wang ringgit negara hampir RM100 billion dilokasi yang lingkungan berdekatan yang sama. Rakyat di situ boleh merasa. Populasi bandar yang rata rata dikuasai kaum bukan melayu. Peluang niaga, jadi juruperunding, pembekal, kontraktor, penyedia perkhidmatan. Nilai hartanah yang meningkat lipat ganda. Tanah siapa? Bukan milik orang kita.

Negeri negeri lain terus terima peruntukan ala kadar. Terutama negeri pantai timur. Dhaif serba serbi. Rakyat merantau ke Lembah Kelang cari peluang kerja. Sebab wang negara kerajaan campak ke sana bertimbun timbun rangsang pelbagai peluang. Negeri sendiri tiada peluang. Buka kedai, pasaran tak seberapa.

Ooo kerana Lembah Kelang populasinya besar, cukai banyak dikutip disana. Banyak syarikat besar disana buat untung. Banyak orang kaya disana pendapatan peribadi besar besar. Mereka yang bayar cukai banyak. Kata mereka.

Cuba timbunkan belanjawan puluhan billion di Kelantan atau Terengganu. Buat projek seperti MRT, KLIA Aeropolis, Cybercity Centre, Putrajaya, Cyberjaya, KLIA Sepang, KLCC, PKFZ, Double tracking, OPV yg RM 29 Billion.

Sama sahaja. Orang akan berduyun duyun ke Kelantan dan Terengganu pula. Peniaga banyak peluang niaga. Banyak peluang kerja. Nilai hartanah lipat kali ganda. Maka cukai akan banyak datang dari Terengganu dan Kelantan pula.

Justifikasi kerajaaan boleh cari. Umpamanya tetapkan dasar agar semua urusan dasar, operasi, contracting, industri huluan dan hiliran bagi Industri Petroleum mesti di Terengganu misalnya.

Semua yang orang duk bertumpu buka pejabat di KL untuk berurusan di KLCC dengan Petronas kena ke timur pula.

Urusan Petroleum mesti di negeri yang jadi sumbernya. Itu yg dibuat diluar negara. Kita sahaja yang pelik.

Urusan bina platform cari gali, mesti di Terengganu dan Kelantan atau Sabah dan Sarawak.

Mengapa ke Johor atau Kelang atau Lumut Perak? Urusan loji penapisan petroleum, mengapa sampai ke Sungai Udang Melaka dan Port Dickson Negeri Sembilan? Urusan institusi seperti universiti petroleum, mengapa ke Perak?

Industri plastik, komposit yang berasaskan polimer, sepatutnya sekitar industri petroleum. Sebab ia berasaskan produk petroleum.

Masalah dengan UMNO, mereka bercakap nak perjuangkan nasib orang melayu, tapi negeri yang paling tinggi peratus melayunya seperti Terengganu yang 97% Melayu dan Kelantan yang 95% melayu, paling teruk didiskriminasikan pembangunan.

Lebuhraya Pantai Timurpun kena dibiayai 40% oleh wang negeri walaupun sepatutnya dibiayai pusat. Itu pun projek 10 tahun baru siap dengan pelbagai kecacatan hingga kadar kemalangan dan kematian yang menggerunkan. Ada hati nak salahkan ‘hantu’!.

Tengok sebelah pantai barat, setiap tahun belanjawan ada sahaja lebuhraya baru, flyover baru.

Sampai bila negara nak kena buli angkara pemimpin pemimpin UMNO yang mudah di ‘PAU’ ini?

Kelihatan nyata, PAS semakin jelas ketegasannya dalam prinsip dan dasar perjuangan yang tiada komprominya. Sekalipun mengambil risiko kehilangan rakan tahaluf yang syaratkan PAS gadai prinsipnya.

Jika ada pemimpin yang tergelincir, PAS memberi ruang demokratik kepada ahli melakukan perubahan. Bukan seorang, malah separuh dari saf kepimpinan pun boleh diturunkan oleh ahli sekalipun mereka tak disekat berucap atas kapasiti jawatan mereka kepada perwakikan menjelang muktamar seperti dilakukan oleh UMNO sekarang kepada pemimpin pemimpin utama mereka menjelang PAU.

Soal kedudukan dan kesucian Islam. Kepentingan orang Melayu. PAS dan ahlinya yang melalui proses tarbiyyah tidak akan berkompromi.

Sumber BO - 8-12-2015







































































Manhaj juang yang konstruktif

NASRUDIN HASSAN | .

PENGALAMAN PAS memperjuangkan Islam telah merentas pelbagai episod dan marhalah (peringkat). Ia meletakkan PAS bukan sahaja memiliki pengalaman yang luas tetapi upaya berijtihad secara kolektif dan membentuk manhaj perjuangan yang mantap berteraskan Feqh Amal Islami yang bersumberkan wahyu Allah swt dan Sunnah Rasulullah SAW.

Berlandaskan Feqh al-Isti'dad (Persiapan) yang telah diwahyukan oleh Allah SWT dalam Surah al-Anfaal ayat 60 - 62, lahirlah satu Strategi Tunjang yang telah diijtihadkan oleh para alim ulama nusantara sejak mula gerakan Islam Masyumi di Indonesia sehingga melewati penubuhan PAS selepas pengharaman Hizbul Muslimin di Malaysia.

Strategi Tunjang yang dimaksudkan itu ialah Muwaajahah Silmiyyah (pendekatan secara damai).

PAS sebagai sebuah Gerakan Islam akhirnya didaftarkan sebagai parti politik bagi membolehkan ia bergerak secara sah di pentas demokrasi dan menyertai pilihan raya.

PAS tidak memilih cara perang, gerila atau gerakan subversif (bawah tanah) untuk meneruskan perjuangan Islam, sebaliknya mengangkat manhaj dakwah secara seimbang dengan gerakan siasah selain Amal Tarbawi yang menjadi pemangkin kepada pengkaderan parti.

Strategi Tunjang ini wajib difahami oleh semua untuk mengatur langkah juang sekali gus memartabatkan nilai politik Islam yang indah, hikmah, adil dan telus. Bukan perjalanan politik yang sarat dengan bagasi dendam, benci, khianat dan angkuh.

Keutamaan strategi ini ialah "memenangi hati" manusia dan membawanya pulang bersama. Ia berbeza dengan strategi perang yang mensasarkan kepala musuh untuk dipenggal.

Strategi Muwajahah Silmiyah ini mensasarkan "kesatuan ummat Islam" agar meredakan pertelingkahan, mengelakkan perselisihan, merapatkan jurang dan bangkit menjadi ummat yang kuat dan tidak lagi diperkotak katik oleh musuh Islam dan bonekanya.

Meskipun PAS berada di blok pembangkang, melalui strategi tunjang ini maka PAS selayaknya menjadi pembangkang yang konstruktif (membina-bukan bangkang membabi buta) dan seterusnya memimpin politik yang matang, berhemah dan meletakkan kepentingan Islam dan ummah sebagai objektif utama setelah matlamat perjuangan ini ialah mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Demi kepentingan Islam yang telahpun menawarkan keadilan dan kesaksamaan kepada semua, PAS sewajarnya mencatur gerak siasi dan pelan dakwahnya untuk mengembalikan kuasa ekonomi dan politik negara ke tangan ummat Islam. Segala aktiviti, program, tindakan, kenyataan dan gerakan yang dicetuskan oleh PAS kini mestilah berorientasikan Islam, kepentingan dan kebangkitannya. – HARAKAHDAILY 16/11/2015

Sumber HD - 16-11-2015

Siapa Yang Berubah?


Oleh Ahmad Amzad Hashim

Datuk Paduka Husam bertanya saya sama ada PAS yang berubah atau dia yg berubah.

Dia masih mengungkit cerita cerita kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang langsung tak pernah dapat dibuktikan kebenarannya.

Yang sedang berulangkali meratib UG ini adalah dari kalangan kelompok mereka sendiri.

Soalan ini sebenarnya telahpun ditanya terus oleh ahli ahli PAS di seluruh negara terus kepada Presiden PAS, DS TGHH yang telah pusing satu negara melalui program program munaqashah ucapan dasar peringkat negeri negeri. Ia berlaku hampir di kesemua negeri. Kepimpinan di peringkat negeri negeri telah mengambil kesempatan meminta penjelasan isu UG ini kerana ramai yg gelisah oleh propaganda kelompok seperti Husam.

Dan dengan konsisten dijawab oleh DS TGHH dengan kenyataan tegas menolak kerjasama politik dengan UMNO.

Tiada UG!

Jawapan ini bukan di satu tempat. Tapi hampir ke semua negeri yang dikunjungi.
Rakamanpun banyak sebahagian boleh diikuti di alam maya seperti melalui you tube.
Media rasmi PAS sudah terlalu banyak kali siarkan pendirian PAS ini. Juga diperkukuhkan oleh kenyataan Timbalan Presiden Dato’ TITM.

Bukan sahaja ahli PAS, soalan ini wartawanpun sangat suka bertanya. Apa jawapan DS TGHH?
Sama saja. Tak berubah.

Versi cerita UG ini cuma dijaja oleh kumpulan yang gagal mendapat kepercayaan 80% akar umbi PAS dalam muktamar lalu dengan dibantu media yang satu kapal dengan mereka.

Sampai saat ini belum ada satu buktipun yang menyokong dakwaan Husam berbanding puluhan kenyataan rasmi PAS dan rakaman video jawapan Presiden PAS sendiri.

Bila saya kata sebelum ini Husam tidak pernah begitu sekali menyerang Kerajaan PAS Kelantan melainkan selepas tidak dilantik menjadi Menteri Besar malah direstui oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz supaya tidak jadi exco, ini bukan dakwaan tetapi menjadi perhatian ramai.

Ada laporannya di dalam media. Ada yang merakamnya. Melalui FB Husam sendiripun berterusan cuba menimbulkan keraguan kepada PAS. Ia sudah jadi pengetahuan umum yang Husam sudah berubah jadi begitu sekali.

Prinsip PAS tak berubah. Dulu Almarhum Tok Guru Nik Aziz tegas dalam isu perjuangan Islam, hudud hatta dalam menolak Husam pun.

Kini DS TGHH dan Mursyidul Am Dato Dr Harun Din membawa ketegasan yang sama.
Yang berubah adalah Husam dan bukan PAS.

Memang betul ada perubahan tertentu dalam PAS. Dulu PAS banyak beri ruang kepada suasana haru biru dalam kepimpinan sehingga melemahkan parti.

Hari ini kepimpinan PAS dilihat bersatu dan saling mendokong matlamat perjuangan, tidak caca marba dan tidak lagi dilihat diperalatkan oleh sesiapa.

Perubahan ini mendorong keyakinan ramai kepada PAS diterjemahkan dalam kajian keyakinan awam terhadap DS TGHH dan Bersih 4, sambutan terhadap program program PAS, keputusan PRK Rompin dibandingkan Permatang Pauh dan juga jumlah luar biasa permohonan keahlian PAS yang diterima sekarang.

Sumber BO - 8-11-2015


Politi ‘Cauvinis’ DAP Yang Rakus Akan Ditolak Rakyat

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Kita berharap orang orang Islam celik mata. DAP hanya mempergunakan orang Islam untuk tujuan politik mereka.

Mereka kata mahu ke Putrajaya. Benarkah?

Hakikatnya mereka cuma pentingkan bilangan kerusi yang mereka berkuasa dan membuat sasaran negeri negeri yang boleh mereka berkuasa agar menurut kehendak mereka.

Selain kerusi mereka, atau kerusi pihak yang taat pada mereka, mereka tidak kisah jika UMNO atau BN yang menang asalkan apapun pakatan politik, mereka yang paling banyak kerusi dan berkuasa.
Jika ada negeri yang berjaya tewaskan BN. Kena DAP yang berkuasa dan boleh tentukan itu ini, begitu dan begini. Parti komponen kena ikut kehendak mereka.

Chauvinisme dikalangan pemimpin tertinggi DAP ini hanya akan merosakkan perpaduan rakyat dan menimbulkan keresahan dan curiga tentang cita cita sebenar mereka.

Sudah banyak dikalangan kaum Cina yang mula berfikir kembali adakah sikap begini baik dalam jangka panjang untuk Malaysia.

Adakah politik ala kiasu ini boleh menjaga kepentingan dan kemakmuran kaum Cina dan India untuk jangkapanjang bila jurang prasangka semakin melebar? Untuk perniagaan ini tidak bagus. Hubungan seharian sesama rakyat Malaysia yang majmuk pun tidak bagus.

Apa apa pun gagasan politik alternatif untuk menggantikan Barisan Nasional perlu mendapat dokongan peratus yang besar dari kelompok pengundi melayu yang majoriti bilangannya. Barulah kerajaan yang terbentuk adalah stabil dan mampu bertahan lama.

Kerajaan yang terbentuk dengan dokongan massa. Dokongan rakyat yang padu. Bukan terbentuk hasil daripada strategi muslihat pecah perintah dengan memecahkan undi orang melayu. Kerana sebaik sahaja orang melayu bangkit dan sedar permainan ini, kuasa yang dipegang mereka akan pasti untuk sekejap sahaja.

Dalam negara ini pertarungan untuk undi orang melayu cuma antara dua parti sahaja. UMNO atau PAS.

Jika DAP terlalu bersungguh dengan dokongannya kepada PAN, orang melayu dengan segera dapat membaca bahawa dengan memecahkan undi orang Melayu, DAP sebenarnya mahu menggagalkan kemaraan PAS agar bilangan kerusi mereka yang paling besar.

Tidak boleh bilangan kerusi PAS lebih besar dari bilangan kerusi milik DAP.

Cubalah secara jujur renung dan fikir logiknya. Jika PAS tidak menang adakah PAN yang akan menang jika berlaku tiga penjuru dengan UMNO? DAP pun tahu tidak mungkin. Maknanya DAP mahu UMNO yang menang.

Yang sedang cedera dengan politik rakus, gopoh dan gelojoh DAP ini bukan sahaja PAS, tetapi PKR juga yang sejak asal penubuhannya dibantu dan digerakkan oleh PAS.

PAS yang baru beberapa bulan yang lalu (Jun 2015) bermuktamar dan membuat keputusan penting memutuskan hubungan politik dengan DAP demi masa depan perjuangan Islam untuk mensejahterakan Malaysia yang majmuk, telah berjaya memulihkan keyakinan masyarakat bila tidak lagi dilihat keterlaluan dalam memberi muka kepada DAP.

Kini PKR pula berdepan realiti ini. PAS yang masih menghargai tahaluf siyasi dengan PKR berharap pelajaran penting ini dilalui oleh PKR dengan baik demi harapan rakyat.



Mereka boleh mencongak di atas kertas. Tetapi Allah Maha Berkuasa mengatasi segala perancangan.

Seperti disebut Pengarah Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki, PAS sudah mula menggerakkan kalangan profesionalnya yang begitu ramai yang telah melalui sistem pendidikan dan tarbiyah pelbagai peringkat yang terbina begitu lama sejak 30 tahun dalam PAS untuk berperanan penting sebagai persediaan memikul tanggungjawab besar di masa akan datang setelah sebelum ini memberi laluan untuk ‘rakan’ baru mengisi kebanyakan kuota profesional ketika era reformasi.

Bukan sedikit kalangan mereka sudahpun berada pada kedudukan strategik di jawatan jawatan yang penting di dalam organisasi kerajaan mahupun swasta.

Ada pula yang cetek pemikiran terus melulu menuduh UG bila ada ahli PAS memegang jawatan penting dalam kerajaan.

Tidakkah mereka tahu berapa ramai dikalangan pegawai tinggi kerajaan kini bersama dengan PAS. Berapa banyak program yang dilaksanakan oleh kerajaan datang dari pemikiran teknokrat PAS yang berada dalam kerajaan?

***HJ. AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat


Sumber BO - 31-10-2015


Rakyat Terpaksa Tanggung Beban Kesalahan Umno-BN


OLeh :Ahmad Amzad Hashim

Wakil kerajaan puji kerajaan kerana adanya GST dapat menampung kekurangan hasil dari turunnya harga petroleum mentah dunia dari USD 100 setong ke bawah USD 50 setong.

Katanya kerajaan bijak kerana sudah jangka hasil akan berkurang kerana kejatuhan harga petroleum dunia, maka kena tampung dengan punca hasil yang baru.

Harap jangan dilupa bahawa GST mula dibawa ke Parlimen hujung tahun 2009 ketika kita tiada masalah harga minyak dunia. Malah ketika itu harga minyak dunia semakin memuncak.

Apa yang kerajaan telah buat dengan hasil yang bertambah tambah dari kenaikan harga minyak mentah dunia yang meningkatkan pendapatan negara begitu banyak ketika tempoh 2010 ke 2014 yang lalu?

Adakah kerajaan beringat dan cermat berbelanja?

Sediakan payung sebelum hujan?

Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun mendedahkan kesalahan dan pemborosan kerajaan.
Banyak isu berkait perbelanjaan berskala mega dengan angka berbillion sehingga isu projek lembu National Feedlot Centre (NFC) yg melibatkan wang rakyat lebih RM250juta pun tidak lagi dianggap besar kerana ditenggelamkan oleh terlalu banyak isu lain yang bukannya ratusan juta tetapi ribuan juta di sana sini dari projek KLIA2 yang sepatutnya boleh dibina lebih murah ditapak cadangan yang asal akhirnya mencecah sekitar RM4billion, atau isu penyelewengan PKFZ, projek infra MRT (RM42 Billion) yang ada sepatutnya pilihan yang jauh lebih murah untuk menyelesaikan isu yang sama, pembelian peralatan pertahanan pada harga yang sangat tinggi berbanding produk setara dibeli oleh negara lain, isu 1MDB RM42billion dan terlalu banyak yang lain.

Malaysia pernah dalam tempoh itu disenaraikan negara yang parah masalah pengaliran wang haram (illicit flows) dan rasuahnya.

Tabiat berbelanja boros pemimpin dan keluarganya diperkatakan sampai ke media antarabangsa.
Isteri Perdana Menteri menjadi bahan gossip mengalahkan selebriti Hollywood.

Jho Low yang digambarkan berkawan rapat dengan anak DS Najib dan mengatur banyak urusan wang 1MDB digambarkan suka berpoya poya bersama selebriti Hollywood.

Ketika Malaysia dikata punya hasil yang banyak, kerajaan menekan rakyat seolah olah harga minyak dunia meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan naik kan harga petrol dan diesel sehingga memberi kesan rantaian dalam kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yg diperlukan oleh rakyat yang semuanya pengguna akhir.

Ini sangat menyusahkan rakyat.

Bila sekarang harga minyak dunia jatuh lebih separuh pula apakah kerajaan turunkan harga petrol dan gas? Tidak.

Makin naik adalah.

Baik kerajaan pusat, mahupun kerajaan negeri telah gagal menunjukkan sifat hemah, cermat dan amanah dalam pengurusan wang rakyat.

Malah isu isu yang berbangkit dengan nilai puluhan billion sekarang seperti skandal besar 1MDB RM42 Billion, Derma ke akaun peribadi RM2.6Billion, salah urus Felda yang merugikan berbillion kepentingan jutaan peneroka felda yang majoritinya melayu, pengambilan tanah tanah strategik milik orang melayu untuk diperniagakan untuk manfaat kelompok tertentu.

Wang Terengganu yang hampir setiap tahun sejak 10 tahun dibelanjakan lebih RM2 Billion mengatasi negeri negeri lain, tapi kekal kedudukannya sebagai antara negeri yang paling miskin rakyatnya.

Ini semua bukan lagi isu kebijaksanaan, cermat, kecekapan dan hemah dalam melaksanakan amanah rakyat

Ini sudah isu pecah amanah, kemungkinan wujud elemen jenayah komersil yang menggoncang tiang seri keteguhan negara.

Ini isu Barisan Nasional telah merosakkan negara.

Bukan lagi isu yang satu lebih cekap dari yang satu lagi. Tetapi isu pilihan antara mendokong pengkhianatan dan kejahatan dengan memilih untuk mencantas segala kejahatan tersebut.

Memang jahat dan khianat bila perbuatan BN yang mengakibatkan kesusahan kepada negara, sekarang mahu rakyat pula yang membayar kerugian itu dengan menambah wang ke saku mereka melalui GST.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber BO - 27-10-2015

Mana janji kerajaan BN mahu turun tol secara berperingkat

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Kerajaan mesti menghentikan serta-merta kenaikan kadar tol yang akan berkuatkuasa pada hari Khamis ini.

"Kenaikan sehingga 80 peratus sangat zalim, menindas rakyat dan tidak wajar sama sekali," tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, kerajaan mesti menghentikan kenaikan tersebut sehingga konsesi yang telah dimeterai selama ini dikaji semula termasuk mengambil kira analisis kos faedah semasa.

"Konsesi ini tidak adil, sama ada kadar tol naik atau tidak, dana awam (rakyat) tetap terkorban," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Beliau berkata, semua konsesi mesti didedahkan butiran utamanya seperti tempoh konsesi, kadar kenaikan tahunan, pampasan yang telah diberikan, kos penyelenggaraan dan keuntungan syarikat konsesi.

Menurutnya lagi, maklumat tersebut sekurang-kurangnya boleh dinilai oleh rakyat.

Tambah beliau, rakyat telah sengsara dengan tekanan kos sara hidup harian mereka.

Tambahan pula, katanya jalan raya adalah hak bersama dan seharusnya menjadi agenda utama kerajaan.

"Di mana janji Barisan Nasional untuk menurunkan kadar tol secara berperingkat seperti mana yang dijanjikan sejak tahun 2013 yang lalu?" soal beliau. - HARAKAHDAILY 13/10/2013

Sumber HD - 13-10-2015


Nak menang bukan mudah macam goreng kacang

Posted on Monday, October 05 @ 19:53:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR - Ketika arus politik Pas dilihat sedikit goyah mutakhir ini, Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan tampil mengingatkan seluruh ahli parti itu bahawa kemenangan bukan semudah menggoreng kacang di atas kuali leper.

Sebaliknya ujar Nasrudin, kemenangan memerlukan kesungguhan bekerja, keberanian bertindak, kesepakatan dalam membuat keputusan, kebijaksanaan merangka strategi, mengurus pendekatan dan keterbukaan mendengar nasihat.

"Sementelah bagi perjuangan Islam yang digerakkan oleh Pas, kita memerlukan kemenangan dan pastinya kemenangan itu bukan hanya terhenti di gerbang Putrajaya, tetapi menjangkau ruang akhirat sebagai sebuah kemenangan yang hakiki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tanpa merujuk perkaitan dengan mana-mana parti pembangkang, Nasrudin menambah, ahli Pas perlu lebih bersedia dan bersikap lebih optimis untuk memperoleh kemenangan dalam perjuangan,

"Pamerkan kematangan berpolitik di samping pertahankan Izzah (kehebatan dan kemuliaan) perjuangan Islam yang didukung.

"Optimis menggalas risalah yang benar dan bersedia mendepani pelbagai pihak dengan hujah yang jelas," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu menasihati seluruh ahli parti supaya tidak leka dan melengahkan usaha mencari kemenangan mengikut prinsip perjuangan Islam.

"Menginsafi bahawa perjuangan Islam ini sering berdepan dengan mehnah atau tribulasi yang sukar ditempuh, maka seluruh anggota parti  dinasihatkan banyak bersabar dan tidak cepat melatah dalam membuat keputusan di saat jerebu politik yang semakin tebal.

"Bertenang dan jangan habiskan banyak masa berada diluar jemaah dalam situasi begini.. Sebaliknya disaran supaya kerapkan program usrah, liqa fikri, tamrin di samping menyemarakkan aktiviti penerangan awam," katanya lagi.

Selepas 'putus' dengan DAP, Pas kini bagaimanapun masih menjadi rakan kepada PKR.

Parti itu juga tegas dengan pendiriannya tidak akan sesekali menerima DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini membentuk Pakatan Harapan bersama PKR.  - Sinar 

Sumber TKO - 5-10-2015

PAS membina momentum kemenangan

HARAKAHDAILY | .


Kemenangan adalah suatu yang didambakan justeru itulah antara objektif sebuah perjuangan.

Sementelah bagi perjuangan Islam yang digerakkan oleh PAS. Kita memerlukan kemenangan dan pastinya kemenangan itu bukan hanya terhenti di gerbang Putrajaya tetapi menjangkau ruang akhirat sebagai sebuah kemenangan yang hakiki.

Namun sangat diinsafi bahawa kemenangan tidak semudah menggoreng kacang di atas kuali leper. Ia memerlukan kesungguhan bekerja, keberanian bertindak, kesepakatan menatang keputusan dan kebijaksanaan merangka strategi serta mengurus pendekatan dan berlapang dada mendengar nasihat.

PAS kini meletakkan seluruh saf kepimpinan dan ahlinya dalam gelombang kebangkitan dan momentum kemenangan. Motivasi perjuangan dan maklumat semasa telah dihantar ke segenap peringkat pimpinan parti agar Beristiqamah Hingga Kemenangan menerusi pelbagai aktiviti dan program parti.

Menginsafi bahawa perjuangan Islam ini sering berdepan mehnah atau tribulasi yang sukar ditempoh, maka seluruh anggota parti dinasihatkan banyak bersabar dan tidak cepat membuat keputusan di saat jerebu politik yang semakin tebal.

Bertenang dan jangan habiskan banyak masa berada di luar jamaah dalam situasi sebegini. Sebaliknya disaran supaya kerapkan program usrah, liqa fikri, tamrin dan sebagainya di samping menyemarakkan aktiviti penerangan awam.

Pamerkan kematangan berpolitik di samping pertahankan izzah (kehebatan dan kemuliaan) perjuangan Islam yang didukung. Optimis menggalas risalah yang benar dan bersedia mendepani pelbagai pihak dengan hujjah yang jelas.

Usah dukacita dan keluh kesah dengan ujian pergolakan dalaman yang dialami oleh jamaah sebaliknya bingkas bangun untuk memastikan kedudukan kita betul di atas paksi perjuangan dan Istiqamah dengan hala tuju yang benar dan tulen.

Tidak perlu meratapi mereka yang telah pergi justeru kita yang masih tinggal ini berkewajipan meneruskan perjuangan suci ini dengan segala tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Pacu perjuangan ini menuju kemenangan. KPI perjuangan kita ialah menang di dunia dan akhirat. Ertinya bekerjalah dengan ikhlas dan gigih tanpa kenal penat atau lelah untuk membuktikan kesungguhan dan pengorbanan kita demi Islam yang diperjuangkan. Pastikan keredhaan Allah swt kekal mengiringi usaha kental perjuangan kita.

Tiada maknanya menang dalam murka Allah SWT sebagaimana kita tidak boleh leka dan lengah menggerakkan usaha mencari kemenangan bertunjangkan prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang tulen.

Sabda Rasulullah saw:

مَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَاءَ النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ

Barangsiapa mencari redha Allah swt. sungguhpun manusia membenci, nescaya Allah swt menggenapkan segala keperluannya (di dunia ini) dan barangsiapa mencari redha manusia sementara Allah swt murka, nescaya Allah swt menyerahkannya kepada manusia. (Riwayat Imam Turmuzi)

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 4/10/2015

Sumber HD - 4-10-2015

Siapa lagi yang lebih zalim?

NASRUDIN HASSAN | .



1. Pastinya kedudukan orang yang beriman kepada Allah swt dan beramal soleh adalah di syurga Allah swt seperti yang dijanjikan. Berbeza dengan mereka yang fasiq iaitu mereka yang melakukan dosa besar dan mengekali dosa kecil akan dihumban oleh Allah swt ke dalam neraka yang panas membakar.

Sumber HD - 3-10-2015

Mahu ke Putrajaya tapi makin jauh dari rakyat

HARAKAHDAILY | .


JIKA difikirkan Rundingan Meja Bulat selama dua jam yang menggugurkan perkataan penting "Rakyat" dengan kelahiran Pakatan Harapan, rundingan ini benar-benar dilihat terlalu pramatang, eksklusif kerana memisahkan diri daripada pandangan beberapa NGO tertentu yang sudahpun hadir dan sepertinya tidak memberi perhatian kepada isu Malaysia Timur dengan tiadanya perwakilan Sabah dan Sarawak.

Yang menjadikannya lebih teruk adalah kerana ia berlangsung tanpa persetujuan dan penyertaan parti politik utama yang mendapat dokongan terbanyak rakyat yang beragama Islam iaitulah PAS. Sebuah parti yang berasaskan akar umbi (mass based party), yang mempunyai kekuatan jentera yang paling menyeluruh khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Tan Sri Abdul Kader Sheikh Fadzir, seorang tokoh politik veteran menegaskan PAS adalah parti tunjang jika mahu menubuh gabungan parti politik memimpin kerajaan yang baru menggantikan Barisan Nasional. Satu perkara yang sangat tidak disukai oleh DAP.

Ini berbeza dengan inisiatif kumpulan fokus Kongres Rakyat yang digerakkan merentasi semua isu pelbagai kelompok rakyat oleh perwakilan lebih 200 NGO, kehadiran wakil parti politik, perwakilan dari Sabah dan Sarawak yang berucap lantang di pentas utama.

Kongres Rakyat sedang bergerak maju daripada resolusi yang telah dipersetujui bagi langkah selanjutnya.

Beginilah caranya sesuatu kerjasama harus terbentuk. Perancangan dibuat awal supaya semua pihak dapat membuat persediaan. Perbincangan demi perbincangan sehingga idea benar-benar masak dan matang.

Bukan dengan cara yang tergesa gesa sehingga timbul pelbagai masalah baru pula. Gabungan PKR, DAP dan PAN dilihat tidak akan lebih berjaya daripada Pakatan Rakyat.

Gambaran sokongan rakyat kepada pakatan baru ini adalah seperti kehadiran di Bersih 4.0 yang bersungguh sungguh diusahakan, dipublisitikan, dibantu dengan pelbagai ceramah dan kempen daripada parti ini. Yang hasilnya hanyalah penyertaan lebih 90% kaum Cina dan kira kira 5% orang orang Melayu.

Yang akan lebih meragukan tentang kemampuan "Pakatan Harapan" adalah apabila tenaga penggerak utama Bersih seperti Ambiga dan Maria Chin sendiri mengecam kewujudan Pakatan Harapan sebaik keluar dari rundingan 'meja bulat' berkenaan.

Saya harap, usaha bersifat inklusif lanjutan Kongres Rakyat digerakkan segera termasuk dengan mempelawa kumpulan yang beraliran sederhana daripada komponen BN yang sedang bergolak hebat, malah rakan-rakan dari dalam PKR dan DAP sendiri yang lebih rasional pendekatannya.

Sukar dipercayai dengan cita-cita memenangi Putrajaya dengan tiadanya parti tunjang yang mewakili kelompok rakyat terbesar iaitu PAS. Ini seperti ada agenda tersembunyi di sebalik retorik besar ini. Sedangkan tujuan sebenar adalah menyelamatkan penguasaan DAP di Pulau Pinang semata-mata.

Lebih sukar dipercayai dengan langkah menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri. Kerana ia bagai membutakan diri dengan peruntukan undang-undang yang ada yang menjadikan "matlamat" itu mustahil dibuat tanpa melanggar undang-undang pula.

Rakyat tidak akan terpesona dengan pakatan yang obsesinya hanya dua, iaitulah Putrajaya dan Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama mengambil ketetapan yang semakin menjauhkan diri daripada 'kemenangan' berkenaan dengan imej yang terlalu tunduk kepada kemahuan DAP yang bagaikan mahu campurtangan dalam semua urusan kawan-kawannya.

Tindakan terbaru DAP mengecam Khutbah Jumaat oleh Majlis Agama Islam Pahang yang berada di bawah DYMM Sultan Pahang akan hanya menjauhkan hati umat Islam daripada Pakatan Harapan.

DAP mungkin boleh berhujah dengan undang-undang. Akan tetapi cabar mencabar dan perdebatan tetap akan mengundang kerugian besar sokongan rakyat beragama Islam.

Rakyat tidak lupa apa yang berlaku dalam krisis MB Selangor yang mengheret sekali institusi Sultan. Cuba mempamerkan kepintaran undang-undang yang akhirnya hanya menyerlahkan kecetekan pemahaman.

Pepatah Melayu: "Cerdik tidak boleh diikut, Bodoh tidak boleh diajar"

Sebahagian mereka terlalu obses dengan kelompok elit mereka sehingga gagal berpijak pada realiti akar umbi.

Oleh sebab itulah ramalan politik mereka sentiasa salah. September 16, Langkah Kajang, Isu Menteri Besar Selangor, ramalan keyakinan mereka menang besar di Muktamar PAS, jangkaan PAS akan lumpuh yang sebaliknya semakin kukuh, Bersih 4.0, keputusan keputusan kajian oleh Merdeka Center dan UMCEDEL. – HARAKAHDAILY 27/9/2015

AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 27-9-2015

Jangan persenda 'mencari redha Allah SWT'

NASRUDIN HASSAN | .



1. Fasal ke 5 Perlembagaan PAS di bawah tajuk Tujuan PAS dengan jelas menyebut bahawa tujuan PAS ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan agar tegak di bumi tercinta ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana padanya nilai-nilai dan hukum hakam yang menuju keredhaan Allah swt.

2. Ertinya, matlamat akhir perjuangan PAS adalah mencari redha Allah swt. Tidak ada nilai perjuangan ini tanpa redha Allah swt. Kita tampal poster kerana mencari redha Allah swt. Kita naikkan bendera kerana mengharapkan redha Allah swt. Kita menyampaikan kuliah, ceramah dan sebagainya adalah kerana mendambakan redha Allah swt. Kita berdakwah, berpolitik dan menggerakkan aktiviti tarbiyah semuanya berpaksi kepada redha Allah swt.

3. Kita berjuang untuk menegakkan Islam. Rebah bangun menghadapi segala ancaman dan tentangan. Kita mahu Islam berdaulat. Kita mahu Islam berada ditempat yang sewajarnya. Kita mahu Islam tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Namun perjuangan ini ada kaedahnya, perjuangan ini ada syarat yang perlu dipatuhi agar mendapat redha Allah swt.

4. Segalanya akan menjadi sia-sia bagai debu berterbangan tanpa sebarang manafaat jika gerak juang kita tidak diredhai oleh Allah swt. Kita mahu kemenangan dalam redha Allah swt. Kita tidak mahu kemenangan yang terpisah dari redha Allah swt. Semoga kita termasuk dalam golongan pilihan Allah swt:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

Dan di antara manusia, ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya (yang berjuang dan berkorban hanya kerana mencari redha Allah swt). (Surah Al Baqarah: 207)

5. Slogan perjuangan kita yang selayaknya tersemat utuh di dalam dada kita ialah:

الله غايتنا
الرسول قدوتنا
القرآن دستورنا
الجهاد سبيلنا
الموت في سبيل الله أسمى أمانن
ا

(Redha) Allah Matlamat akhir kita
Ar Rasul contoh tauladan kita
Al Quran perlembagaan hidup kita
Al Jihad adalah jalan kita
Mati di jalan Allah setinggi-tinggi cita-cita kita

6. Kita diajar oleh Islam agar memberi infak, menderma dan menyumbang adalah untuk mencari redha Allah swt:

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Baqarah: 265)

7. Segala amal kebaikan yang kita lakukan juga adalah selayaknya untuk mencari redha Allah swt. Hal demikian itu meletakkan kita berbakti bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.

لَّا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِّن نَّجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. (Surah An Nisa': 114)

8. Malangnya terdapat sebahagian dari kalangan umat Islam yang jahil dan naif, tanpa rasa bersalah dan segan malu mempersendakan ucapan dan pendirian kita apabila kita menegaskan bahawa perjuangan yang kita dukung ini adalah untuk "mencari redha Allah swt". Malah mereka mula panas belakang, apabila syarat yang kita letak dalam strategi, aktiviti, pendekatan dan gerak aksi kita adalah "mencari redha Allah". Mereka anggap syarat ini menyusahkan mereka dan melambatkan proses mencapai kemenangan.

9. Sebenarnya, redha Allah swt menjadi rahsia umum kenapa perjuangan ini mampu bertahan, meskipun dibelasah dan difitnah tanpa belas simpati oleh musuh Islam dan bonekanya yang tidak mahu melihat Islam berdaulat di bumi bertuah ini.

10. Inilah tunjang utama yang meletakkan kita mampu beristiqamah dengan perjuangan suci ini, biarpun tiada janji manis bersifat duniawi diberikan. Mereka yang memperkecilkan redha Allah swt pastinya mudah meninggalkan perjuangan, patah hati dan kecewa dalam perjuangan terutama apabila kemenangan yang mereka gilakan selama ini gagal dicapai sedang mereka tidak mengharapkan apa-apa dari Allah swt.

Penutup

إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا

"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Allah swt kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut". (Surah Al Insan: 10)

Sekian.

Beristiqamah Hingga Kemenangan

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 24/9/2015

Sumber HD - 24-9-2015


Pastikan Maklumat Maya Selamat Dari Perisikan Asing, Yahudi

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Isu ini pernah dibincangkan banyak kali.

Satu ketika beberapa tahun lalu pernah kecoh adanya ejen yang didakwa mempunyai latar belakang perisikan CIA turut terlibat dalam pembangunan sistem maklumat Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman. Dakwaan ini dibuat pegawai kanan polis sendiri.

Tindakan kerajaan mengupah juruperunding APCO, yang mempunyai hubungan rangkaian yahudi serta dikaitkan dengan kempen “1 Israel” oleh parti pemerintah di Israel melibatkan bayaran puluhan juta ringgit wang rakyat Malaysia.



Beberapa hari lalu Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan, di Pameran Antarabangsa Teknologi Pertahanan, ada menyebut tentang usahasama pertukaran maklumat yang melibatkan Malaysia. Antara lain katanya untuk memerangi pengganas antarabangsa.

Saya berpendapat Malaysia perlu sangat hati hati dengan semua ini. Maklumat sensitif melibatkan keselamatan negara boleh terdedah kepada intipan pihak asing.

Maklumat sulit berkait peribadi pemimpin pemimpin negara boleh dijadikan senjata peras ugut oleh rangkaian antarabangsa khususnya kuasa besar untuk menekan pemimpin di meja rundingan yang melibatkan isu isu besar seperti perjanjian perdagangan TPPA. Ia boleh sahaja disekalikan dengan tawaran rasuah yang lain.

Saya pernah dengar satu ketika dulu kita ada usaha untuk “memerdekakan” sistem maklumat kita dengan membangunkan satelit sendiri measat, malaysiasat (sayapun hampir lupa namanya). Tidak silap saya Astronautics nama syarikatnya.

Tidak tahu setakat mana kemajuannya.

Kita pernah ada JARING. Tapi saya difahamkan sudah dijual. Ramai pekerja diberhentikan.

Beberapa media di barat melaporkan secara terbuka tentang isu pengintipan dalam talian yang sebahagiannya melibatkan pemain pemain utama industri telekomunikasi di seluruh dunia di negara masing masing.

Timbulnya nama Malaysia dalam beberapa artikel antarabangsa memerlukan penelitian lanjut semua pihak.

Malaysia negara merdeka. Tapi penjajahan media dan maklumat sedang berlaku.

Jangan sampai ada yg ‘menjual’ negara di sebalik segala kompleksiti teknologi ini yang masih rata rata tidak difahami rakyat.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
19hb September 2015

Sumber BO - 19-9-2015

Tiada tahaluf siyasi dengan orang yang khianat

HARAKAHDAILY | .


DATUK Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan jawapan yang jelas apabila menyebut "tiada tahalluf siyasi dengan orang-orang yang khianat".

Lagipun kandungan lafaz baiah yg telah diikrarkan secara sukarela oleh pemimpin-pemimpin yang khianat yang telah diamanahkan mewakili PAS dalam pilihan raya adalah jelas menyebut mereka "dilaknat oleh Allah dan sekalian makhluk yang melaknat".

Mereka boleh menjadi calon PAS kerana adanya watikah pencalonan yang dikeluarkan oleh PAS. Bukannya pihak lain.

Mereka menunjukkan sifat yang sangat keji dengan mengambil mudah ke atas ikrar baiah mereka yang merupakan perjanjian besar mereka dengan Allah SWT dalam memperjuangkan Islam yang sudah diletakkan syarat selagi tidak melanggar syariat.

Tiada hujah nyata tentang mana mana pelanggaran syariat yang menyokong pelanggaran baiah.

Alasan mereka semata-mata kerana tidak bersetuju dengan pendirian Presiden dalam banyak perkara.

Ini adalah alasan semata-mata kerana kumpulan mereka kecewa tidak sampai fantasi mereka untuk menguasai PAS melalui muktamar dan keputusan pemilihan di peringkat akar umbi.

Masalahnya yang bersetuju dengan Presiden PAS sebanyak 80 peratus, mereka cuma 20 peratus.

Mereka tidak menghormati keputusan demokratik di dalam mesyuarat dan muktamar. Ini bercanggah dengan syariat.

Mereka mengambil mudah dalam soal hukum-hukum agama. Menganggap perjanjian dan baiah boleh dilanggar hanya dengan nilai kaffarah. Meremehkan institusi mahkamah syariah sebagai pihak berkuasa yang memutuskan soal talak.

Dalam banyak isu berkait prinsip dan dasar Islam, mereka jelas membelakangkan hukum dan perjuangan Islam dengan mengutamakan restu pihak yang keras permusuhannya dengan Islam.

Mereka malah mengumumkan akan mengundi menentang hudud jika itu pendirian rakan rakan mereka.

Jika mereka "dilaknat oleh Allah SWT dan semua makhluk yang melaknat", di mana wajarnya PAS bertahaluf siyasi pula dengan mereka ini?

Tidakkah tindakan ini (jika PAS bersetuju bertahaluf siyasi dengan orang orang yang khianat), seperti PAS pula mengambil mudah baiah berkenaan.

Kita tak mungkin boleh percaya kepada pengkhianat. - HARAKAHDAILY 17/9/2015

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 17-9-2015


Masalah Jerebu; Nak buat MOU lagi ?

Posted on Monday, September 14 @ 09:53:45 MYT by paktam

Oleh Nasrudin Hassan

1. Kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaffar tempoh hari bahawa Malaysia dan Indonesia akan menandatangani suatu MOU baharu bagi menangani masalah jerebu adalah ibarat mimpi lucu. Dikala rakyat terhimpit dengan tahap kualiti udara yang semakin parah, penyelesaian kerajaan adalah sebuah lagi MOU?!


2. Fenomena kering El Nino yang dijangka paling kuat yang pernah direkodkan berpotensi menjadikan jerebu tahun ini krisis alam sekitar terbesar yang pernah dialami rantau Asia Tenggara. Mengetahui pula keadaan jerebu telah menjadi rutin saban tahun, kegagalan pemerintah mencari penyelesaian konkrit jelas menyerlahkan tahap kompetensi pentadbiran yang masih lemah.

3. Tindakan yang patut diambil cukup jelas; sekiranya terdapat syarikat dan warga Malaysia yang terlibat di dalam kes pembakaran terbuka di tanah-tanah sawit di Indonesia, segera heret mereka ke muka pengadilan. Jadikan mereka contoh akan jenayah ekonomi dan kemanusiaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan dilindungi.

4. Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2002 yang telah disahkan oleh 10 negara ASEAN termasuk Indonesia sepatutnya boleh dilaksanakan. Apa perlunya MOU baharu lagi sedangkan kerangka perjanjian telah pun tersedia? Ironinya pula, perjanjian itu disidangkan di Kuala Lumpur.

5. Perjanjian tersebut jelas memaktubkan ruang kerjasama, pusat kawalan dan tindakan undang-undang serta pentadbiran yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran jerebu rentas sempadan.

6. Di sinilah kepimpinan Malaysia selaku pengerusi ASEAN dituntut. Tapi apakan daya, pemerintah terlalu sibuk menyelamatkan diri dari masalah 1MDB dari memberi tumpuan kepada masalah rakyat sebegini.

7. Sekiranya bajet adalah masalahnya, inilah masanya bagi perdana menteri menggunakan dana sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya untuk menampung perbelanjaan perlaksanaan perjanjian ini.

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber DD - 14-9-2015


Walau YB terus keliru, PAS akan terus ke hadapan

AHMAD AMZAD HASHIM | .


SAYA harap YB Datuk Mahfuz Omar membantu memperkukuhkan parti seperti pengorbanan yang dibuat oleh akar umbi PAS seluruh negara yang berusaha keras sekarang sehingga mencatat keahlian baru PAS antara 9,000 ke 10,000 setiap bulan.

Di Kongres Rakyat semalam, mantan menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, antara yang paling lama pernah berkhidmat dengan kabinet, menyebut dengan lantang dan jelas, politik di Malaysia ini tunjangnya orang-orang Islam khususnya Melayu yang menjadi majoriti rakyat. Parti lain ada pemimpin, tapi tiada dukungan massa, iaitulah akar umbi rakyat.

Yang ada kekuatan ini hanyalah Umno dan PAS. Katanya Umno telah rosak dan wajib ditolak.

Kalau nak cakap dan bincang kerjasamapun, Umno kena yakinkan rakyat dulu yang dia dah bertaubat. Ujar Tan Sri dalam ucapannya di pentas Kongres Rakyat yang dihadiri kira-kira 10,000 peserta dari seluruh Semenanjung bahkan ada perwakilan yang datang sejauh Sabah dan Sarawak.

Tan Sri Kadir melaungkan dengan jelas, sekarang, PAS tunjang politik Malaysia. Mahu bentuk kerajaan, mesti ada parti tunjang!

Saya harap ada yang dapat buat keratan video ucapan ini kerana ia banyak manfaat dan menginsafkan datang dari orang lama politik.

Kalau Tan Sri Kadir boleh berucap begini, sebagai orang lama dalam PAS yang banyak berjasa, Datuk Mahfuz selayaknya memperkukuhkan lagi dengan kenyataan positif yang membantu momentum yang sedang terbina dalam PAS sekarang.

Di Kongres Rakyat semalam, Naib Presiden PKR, Tian Chua, pun boleh hadir. Malah Mustafa Kamil, juga pimpinan tertinggi PKR, bertugas sepanjang hari sebagai Speaker Kongres Rakyat.

Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan orang kenamaan boleh hadir untuk bersama rakyat. Akar umbi kecewa kelibat Datuk Mahfuz tidak kelihatan.

Lebih terluka lagi, pada saat kita bersyukur, gelombang kemasukan ke dalam PAS sedang berlaku termasuk 6,000 orang ahli baru di Selangor dalam tempoh 3 minggu di Pihak 13.0 Banting semalam dan begitu juga dari kalangan warga Felda di Cerul dan Jerangau di Terengganu, Datuk Mahfuz pula terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan bernada keliru.

Sayang sungguh!

Akar umbi masih hormat dan sayang pada YB Datuk Mahfuz Omar. Kembalikan Singa PAS yang kami kenali dulu. Kami akan terus dukung YB. Tapi jika YB terus keliru, PAS akan terus ke hadapan, tak menoleh ke belakang lagi. - HARAKAHDAILY 13/9/2015

Penulis ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 13-9-2015


Hayati dan laksana 5 prinsip amal jamaei

Posted on Saturday, September 12 @ 07:34:27 MYT by paktam

Oleh NASRUDIN HASSAN

Sebahagian dari usaha untuk memperkasakan PAS agar Islam yang menjadi asas dan dasar perjuangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang, kita sewajarnya memastikan intima' atau penglibatan kita dengan PAS ini benar-benar dihayati bersama 5 prinsip Amal Jamaei.

5 Prinsip yang saya maksudkan itu ialah:
1. Iltizam (Komitmen)

Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan oleh PAS demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan:

Aqidah yang sahih,
Fikrah yang syumul dan
Syakhsiyyah yang soleh
Dakwah yang benar
Tanzim @ Organisasi yang mantap

Jangan abaikan setiap keputusan jamaah apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara jamaei melalui prosedur mesyuarat yang sah. Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti jamaah lumpuh atau terbiar dengan sikap yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya.

Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan jamaah yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri.

Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya.

2. Wala' (Kesetiaan)

Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan PAS sebagai platform untuk menjayakannya, lalu menggapai objektif dan matlamat.

Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan jamaah kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati-hati seperti mengakibatkan kebocoran rahsia dan lainnya.

Jangan sekali-kali bermain kayu 3 dengan jamaah yang akhirnya mencetus dilema dalam melaksanakan arahan pimpinan. Antaranya sikap menyertai 2 atau 3 jamaah sekali gus kononnya didirikan atas kefahaman bahawa yang penting ialah Islam bukan jamaah, maka boleh menyertai mana-mana jamaah yang mahukan Islam.

Tindakan ini membawa kepada pecah wala' lalu timbul pula 'fatwa' kononnya wala' tidak wajib kecuali kepada Allah dan Rasul demi menghalalkan tindakan mereka menyertai 2 atau 3 jamaah secara serentak.

Menyertai 2 atau 3 jamaah serentak sebenarnya menggangu proses pembinaan secara terancang dan mencetuskan kekeliruan fikrah serta membawa kepada dilema dalam ketaatan dan komitmen. [perbincangan panjang dan jelas telah saya tulis dalam kertas kerja saya yang bertajuk Ummah Centric: satu kekeliruan.]

3. Dengar dan Taat

Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan.

Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan jamaah selama mana ia tidak mengheret kita dan jamaah ke kancah maksiat dan mungkar. Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan bertaraf cawangan, jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah.

4. Ukhuwwah Fillah (Persaudaraan Kerana Allah)

Jalinan persaudaraan antara ahli PAS mestilah diikat dengan semangat berlapang dada, berbaik sangka, tawadhu' atau merendah diri antara satu sama lain, kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri, mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri.

Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat jamaah dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan pentarbiyahan jamaah.

Usaha dan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan. Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis.

5. Tadhiyyah [pengorbanan]

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan. Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak. Mengorbankan tenaga, harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.

Kegagalan berkorban memerangkap diri dan jamaah dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi.

Terutama kita berjuang di era menang, kedengaran akhir-akhir ini suara yang mahu titik peluh dan penat lelahnya untuk perjuangan ini dibayar dengan imbuhan dunia. Tanpa imbuhan atau perolehan lumayan maka tiada tenaga jauh sekali nyawa untuk perjuangan. Ini satu musibah!

Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama, samaada sebelum atau selepas menang. Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama.

Ringkasan ini sebagai satu nota kecil buat petugas, ahli dan pimpinan PAS yang saya dedikasikan buat semua khasnya diri saya sendiri yang masih perlu dibimbing dan dibina dengan apa yang telah saya notakan di sini.

Saya harap perbincangan lanjut dibawa ke usrah atau liqa fikri berkait 5 prinsip amal jamaei ini dan dilengkapkan dengan nas qura'ani dan dalil sunnah berasaskan manhaj perjuangan an-nabawi.

Sekian.

Sumber DD - 12-9-2015


Pembangunan mesti berteraskan Islam

Posted on Wednesday, September 09 @ 16:08:59 MYT by paktam

Oleh Nasrudin Hassan

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengalu-alukan penggubalan Indeks Syariah Malaysia (ISM) untuk mengukur urusan pentadbiran kerajaan dan lapan bidang utama pengurusan negara. Walaupun perincian ISM ini masih belum dibentangkan, namun PAS berharap agar ia dicorakkan berdasarkan epistemologi dan tasawwur Islam yang sebenar.


2. Objektif pengurusan dan pentadbiran negara mestilah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Ia boleh digapai hanya dengan memastikan bahawa segenap urusan yang berkaitan dengannya adalah dalam kerangka syari’ah. Atas keyakinan ini, ia pasti akan mengundang keberkatan, pengampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

3. Inilah tujuan penubuhan PAS yang termaktub dalam perlembagaan parti (Fasal 5) dan ia telah diimplementasikan dalam pelbagai kesempatan ruang yang telah diberikan seperti dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum ini. Malah, dasar dan manifesto penubuhan Negara Berkebajikan juga tidak terkeluar daripada cita-cita yang diperjuangan oleh PAS selama ini.

4. PAS menegaskan bahawa ISM yang akan diperkenalkan nanti mestilah diikuti secara tegas oleh kerajaan dan tidak dikhianati. Ia bukan dijadikan modal dagangan murahan untuk mengaut keuntungan politik tetapi ia mesti dijadikan prinsip pembangunan yang berteraskan Islam. Walau bagaimanapun, PAS akan menunggu draf ISM tersebut disiapkan dan akan membuat pendirian rasmi mengenainya.

5. Marilah kita bersama-sama menghayati maksud firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’, ayat 65: “Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa sulit terhadap perintah yang telah engkau tetapkan, dan mereka akur dengan sepenuhnya”. 

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Tarikh: 26 Zulkaedah 1436 / 9 September 2015

Sumber DD - 9-9-2015         


PAS gesa kerajaan bentang draf TPPA

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS menuntut agar draf Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang telah melalui rundingan terakhir pada Ogos lalu di Hawaii dibentang kepada rakyat sebelum persidangan Dewan Rakyat pada 19 Oktober nanti.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan berkata ia bertujuan agar rakyat boleh terlibat sma dalam konsultasi khas semasa proses pembentukan sesebuah dasar utama negara.

"Kita mahu Kementerian Perdagangan Antarabangsa (Miti)  membentangkan draf terkini perjanjian tersebut agar rakyat mengetahui apa kandungannya.

"PAS difahamkan draf terkini perjanjian tersebut telah lengkap dan hanya menunggu untuk ditandatangani sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, perbentangan perjanjian tersebut perlu dilakukan segera bagi mengelakkan sebarang unsur prejudis dan meningkatkan tahap ketelusan sebelum ia diputuskan oleh kerajaan.

"Rakyat masih belum mendapat kefahaman yang jelas berhubung perjanjian ini. Walhal, ia akan memberi kesan besar dalam kehidupan mereka.

"Mengapa MITI masih berselindung dan tidak mahu membentangkan draf ini secara terbuka? Terdapat pelbagai isu penting yang perlu diperincikan contohnya isu tender dan perolehan, analisis kos faedah serta persediaan sektor perusahaan kecil dan sederhana.

"Bagaimana ingin mendapatkan sokongan keyakinan rakyat sedangkan intipati perjanjian masih belum dibentangkan secara telus dan terbuka," katanya lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga tidak mahu perbahasan draf terakhir itu hanya berlaku di peringkat Parlimen sahaja dan kemungkinan ia hanya diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam tempoh sehari.

Katanya, kemungkinan input yang dibahaskan tidak matang, tergesa-gesa dan tidak mendapat sokongan majoriti besar ahli dewan apatah lagi masyarakat Malaysia sehingga memperjudikan masa depan negara. - HARAKAHDAILY 7/9/2015

Sumber HD - 7-9-2015

PAS lemah? Jangan ‘hentam keromo’ kritik lebih objektif

HARAKAHDAILY | .


Pengulas politik yang menyatakan PAS semakin lemah barang kali mengalami keracunan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Malaysiakini atau The MaIaysian Insider.

Cubalah menjadi lebih objektif sedikit. Ada berapa kawasan dalam PAS? 191 kawasan. Hanya ada berapa kawasan yang dikatakan bermasalah dengan GHB? 16 kawasan?

Cuba ‘check’ berapakah bilangan keahlian baru diterima Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang diasaskan Gangga Nayar itu? Pergi tengok dan nilaikan sendiri.

Jangan ‘hentam keromo’ dan pergi tengok sendiri berapa permohonan keahlian baru di Pejabat Agung PAS yang kini melebihi 9,000 setiap bulan.

Pergi sendiri ke program himpunan Pihak anjuran PAS di setiap negeri. Bandingkan dengan anjuran GHB.

Tengok dan cuba faham mesej dari kajian UMcedel berkaitan pemimpin tertinggi parti politik utama yang paling diterima rakyat pada Januari 2015 (itu sebelum meletup isu derma RM2.6b, 1MDB, Mara, Tabung Haji).

Atau kajian sikap terhadap Bersih 4 oleh Merdeka Centre sebelum ia berlangsung. Apa yang jadi kenyataan pada hari berkenaan dengan 90% didominasi kaum Cina?

Atau mesej dari keputusan Muktamar PAS sendiri Jun 2015. 80% mendukung kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Abdu Hadi Awang berbanding 20% yang mendukung kumpulan kecewa yang masih mencari hala tuju bebekalkan dukungan kuat oleh DAP. Perwakilan yang terdiri dari pemimpin pemimpin yg paling berpengaruh di kawasan masing masing bukan calang calang orang, bukan tidak tahu realiti politik sekeliling.

Kita sangat mengalu alukan sebarang kajian bebas yang lebih konklusif oleh mana-mana pihak termasuk para pengkaji sains politik.

Kelihatannya bagi kelompok terbesar rakyat iaitulah orang orang Islam yang lebih 90% berbangsa Melayu, fokus sebenar adalah antara Umno dengan PAS sahaja.

Pasma atau G18 atau Gerakan Harapan Baru atau Harapan Baru atau Parti Islam Progresif atau Kita atau Parti Amanah Negara atau Parti Pekerja Pekerja Malaysia, kelihatannya tidak lebih dari pemecah undi yang mempunyai kepentingan lain.

Yang menerima manfaat dari kehadiran mereka adalah DAP dan Umno.

DAP untuk pastikan terus ada orang Melayu yang didorong untuk undi mereka. Dalam masa yang sama menyekat PAS dari kemenangan dengan undi yang berpecah. DAP mahukan satu pakatan yang mereka kekal paling dominan, memenangi kerusi paling banyak. Jika PAS memenangi lebih banyak, DAP tidak lagi paling berpengaruh untuk tentukan segala-galanya dalam pakatan yang dibentuk.

Umno terus mendapat manfaat dengan undi PAS yang berpecah.

Skripnya begini. Kononnya wujudkan gelombang sokongan kepada kumpulan kecewa ini di seluruh negara. Apa bila nampak masak ranum, mereka kononnya akan tawarkan untuk berunding dengan PAS. Beri kerusi kerusi tertentu kepada mereka sebagai syarat mereka tak kacau daun letak calon di kerusi-kerusi PAS yang lain. Sebenarnya kepentingan peribadi. Yang terpinga-pinga ialah penyokong penyokong yang bakal terabai nanti.

Ini sebijik taktik kacau daun di pilihan raya kampus universiti berpuluh tahun dulu.

Moga PAS lebih berhati-hati.

AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
- HARAKAHDAILY 7/9/2015

Sumber HD - 7-9-2015



Ada hikmah yang besar di sebalik masalah dan krisis yang melanda PAS, kata Nasru
Posted on Thursday, September 03 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Di sebalik segala masalah serta krisis yang melanda  PAS, Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan menyifatkan kemelut yang berlaku itu  menjadi panduan untuk terus mara sebagai sebuah parti utama dalam negara.

Beliau juga menganggap polemik Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai satu ujian kepada PAS selain mempunyai hikmah yang besar terutamanya dari aspek pengukuhan organisasi.


"Perkara ini saya secara peribadi sudah nampak riak-riak sejak daripada awal lagi cuma saya tidak boleh meletakkkan peratusan terhadap tahap jangkaan itu.


"Tetapi apa yang berlaku ini tidak sesekali memeranjatkan sayalah kerana saya lihat rata-rata yang keluar dan meninggalkan parti secara umumnya latar belakang mereka memang sudah ada masalah dengan parti," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.


Nasrudin menambah kemelut dalaman yang berlaku bukanlah perkara yang asing kepada PAS dan ia telah menghadapi pelbagai ujian serta krisis semenjak ia ditubuhkan.


"Jadi apa yang berlaku ini sekadar mengesahkan permasalahan-permasalahan yang wujud sebelum daripada ini.


"Kemudian apa yang saya lihat perkara yang berlaku ini mempunyai hikmah yang besar kepada parti iaitu membolehkan kita menyusun semula segala gerak kerja agak kita tidak banyak berpolemik sebaliknya kita fokus kepada kerja-kerja menghadapi pilihan raya dan berdepan dengan lawan politik kita Umno dan BN," katanya.


Beliau mengulas mengenai tindakan beberapa PAS kawasan yang mengumumkan peletakan jawatan untuk bersama gerakan GHB yang kini telah mengambil alih Parti Pekerja untuk bergerak sebagai sebuah parti politik.


Pengambilalihan tersebut menyebabkan 10 wakil rakyat PAS iaitu lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berada dalam senarai kepemimpinan Parti Pekerja, terbatal keahlian secara automatik.


Semalam Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mahu bekas ahlinya yang memenangi kerusi DUN serta Parlimen perlu meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai Parti Amanah Negara.


Takiyuddin berkata, perkara itu perlu dilakukan berdasarkan bai'ah yang ditandatangani oleh bekas ahli parti itu.


Krisis yang berlaku jadikan PAS lebih kuat


Menurut Nasrudin lagi, PAS menjadi kuat kerana telah banyak menempuh ujian dan cabaran, bukan sahaja dari luar malah dalam parti itu sendiri.


"Oleh kerana apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang biasa bagi sebuah parti politik, jadi kita bersedia dan mengambil langkah proaktif untuk mengatasinya cuma kita tidak umum kepada awam langkah-langkah dalaman parti kita ambil.


"Sebagai contoh apabila jawatankuasa PAS Shah Alam dan Kota Raja mengumumkan peletakkan jawatan beramai-ramai malah mereka isytiharkan PAS Shah Alam lumpuh kerana peletakkan jawatan itu.


"Tetapi apabila mereka meletakkan jawatan itu tak sampai lima jam kita dah ambil alih balik, maknanya sudah ada ahli-ahli parti yang bersedia memangku segala jawatan tersebut," katanya.


Katanya, anggota PAS perlu lebih kuat serta menjadikan segala krisis dan ujian sebagai panduan untuk terus mara ke hadapan sejajar dengan asas perjuangan parti berkenaan.


"Ertinya kita tidak kekurangan tenaga, tinggal lagi sebelum ini oleh kerana mereka memimpih ahli yang lain bekerja satu pasukan serta mentaati pemimpin mereka.


"Tapi apabila mereka keluar maka kita sudah ada pelapis yang mengambil alih dalam tempoh yang sangat singkat dan mereka tak boleh membatalkan kawasan seperti mana diuar-uarkan di media," katanya.


Ahli Parlimen Temerloh ini berkata PAS terbukti berjaya menangani kemelut yang berlaku malah tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai tidak melumpuhkan gerak kerja di peringkat akar umbi.
Oleh Syed Mu'az Syed Putra


Sumber Link



Sumber TKO - 3-9-2015



Dakwah tidak terhenti dengan putusnya hubungan politik


Dakwah tidak terhenti dengan putusnya hubungan politik
BATU KAWAN: Berakhirnya hubungan PAS dan DAP adalah pada konteks tahaluf siyasi, namun tidak pada kesinambungan dakwah atau pendekatan politik dari masa ke semasa, demikian tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Katanya, perkiraan juga mengikut kepentingan setempat dan tidak memutuskan hubungan secara peribadi melibatkan persahabatan ataupun perkenalan dengan semua orang termasuk DAP.

“Apa yang putusnya ialah secara ‘official’ parti dengan parti, yang mana kita tidak ada lagi ikatan ataupun terma-terma yang mengikat antara PAS dan DAP. Kita tahu bahawa di peringkat negeri-negeri tertentu hubungan baik PAS dan DAP masih lagi berlangsung.

“Dalam kerjasama untuk kepentingan rakyat umpamanya, kerja-kerja kebajikan, dan juga untuk berdepan dengan kemungkinan ataupun tindak balas daripada pihak Umno dan Barisan Nasional. Jadi, hubungan dalam bentuk itu kita teruskan, tidak jadi masalah,” ujarnya menjelaskan kekeliruan itu pada sidang media di Pondok Turath, Juru di sini 30 Ogos.

Ditanya media kemungkinan PAS akan mengemukakan pendekatan dan strategi baru ekoran berakhirnya hubungan itu, Nasrudin mengakui bahawa PAS tetap bergerak dalam suasana politik berbeza dan berubah-ubah sekalipun.

Maklumnya, PAS telah menyusun tindakan yang boleh diumumkan dan ada kekal menjadi strategi dalaman parti.

“Insya-Allah sehingga kini kita lihat parti kembali berada pada paksinyalah untuk melaksanakan kerja-kerja pilihanraya. Kerja-kerja penyatuan anggota parti, walaupun suasana selepas daripada hubungan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP berakhir,” jelasnya.

Menjawab pertanyaan berhubung tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak permohonan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk menggunakan nama Islam dalam pendaftaran partinya, Ustaz Nasrudin berkata terpulang kepada GHB mengambil langkah seterusnya.

Dalam konteks demokrasi katanya, perkara itu menjadi hak GHB untuk melanjutkan permohonan dan PAS tidak ada halangan sebaliknya terus fokus kepada urusan PAS.

Sumber PP - 1-9-2015


Dunia hilang keyakinan, Malaysia perlu perubahan total

Posted on Tuesday, September 01 @ 11:16:28 MYT by paklang

Oleh ROY RASUL KUALA LUMPUR: Negara memerlukan perubahan secara total terutamanya dalam menghadapi krisis kejatuhan nilai ringgit yang begitu teruk, demikian tegas Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim.

Ujarnya, dengan kedudukan mata wang negara berada pada RM4.25 berbanding Dollar Amerika, senario ekonomi negara dilihat semakin mencemaskan.

“Jadi bagaimana kerajaan boleh sekat kejatuhan ringgit jika Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengajar kepada rakyat bahawa “Ringgit jatuh baik untuk ekonomi negara”?

“Malah, sekurang-kurangnya empat menteri kanan dalam kabinet mengulang kenyataan betapa bagusnya jika nilai matawang ringgit turun. Jadi biarlah ringgit jatuh. Lagi jatuh, lagi baik untuk negara,” sindirnya.

Ahmad Amzad mendakwa, matawang dalam sistem kewangan dunia tidak lagi bersandar kepada rezab logam emas yang menjadi simpanan negara sebagaimana sistem dahulu.

Sebaliknya ujar beliau, sejak berakhir Perang Dunia Kedua, ekonomi dunia yang dikuasai agenda Zionisme dan didokong Amerika Syarikat merubah pendekatan tersebut di mana sistem matawang dunia tidak lagi disandarkan kepada rezab emas.

Nilai matawang katanya, ditentukan oleh keyakinan dunia terhadap ekonomi sesebuah negara di mana berkait aspek fundamental melibatkan statistik kewangan atau laporan ekonomi dan juga isu subjektif yang membabitkan persepsi terhadap keadaan negara berkenaan.

“Keyakinan terhadap orang yang memerintah, urustadbir, ketelusan, perlakuan rasuah, penggubahan wang haram, tahap perlaksanaan demokrasi dan lain-lain. Berlegarnya isuisu Malaysia yang bersifat skandal dan penyelewengan di peringkat antarabangsa yang terlalu besar terutamanya hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai kira-kira RM47 bilion.

“Derma ke akaun peribadi pemimpin Umno RM2.6 bilion, isu pembelian hartanah di Melbourne oleh MARA, isu rasuah yang dilaporkan New York Post melibatkan urusan melombong bijih besi di Bukit Besi Terengganu, laporan Bloomberg tentang lapangan terbang LCCT2 bernilai lebih RM4 bilion yang mendap dan sebagainya,” ujarnya mengemukakan fakta dan menyifatkan hal tersebut merosakkan kepercayaan dunia kepada kewangan negara.

Begitu juga katanya, perubahan kosmetik nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) langsung tidak meningkatkan keyakinan orang ramai.

Hal itu menurutnya, apabila pegawai paling kanan dalam SPRM pun boleh diganggu, diarah sesuka hati atau dikenakan tekanan dan intimidasi oleh pemimpin negara sendiri.

“Keyakinan dunia kepada BN khususnya Umno sebagai parti pemerintah di Malaysia sudah musnah.

Malah dunia mahu melihat perubahan total kepimpinan negara. Dunia mahu melihat suntikan kesegaran dalam kepimpinan dan perlu disejahterakan.

“Oleh itu, PAS bekerjasama dengan semua pihak bagi menjayakan agenda ‘Membina Malaysia Sejahtera’ melalui Kongres Rakyat yang akan berlangsung 12 September ini,” ujarnya menyeru semua pihak mengemukakan sumbangsaran untuk program tersebut demi Malaysia

Sumber DD - 1-9-2015



Penubuhan GHB Tidak Jejaskan Sokongan Kepada PAS - Nasrudin
Posted on Monday, August 31 @ 11:01:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

BUKIT MERTAJAM, 30 Ogos - Penubuhan parti Gerakan Harapan Baru (GHB) sudah dalam jangkaan dan tidak akan menjejaskan sokongan terhadap PAS, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi.

Beliau berkata keputusan 18 pemimpin PAS keluar parti dan menubuhkan GHB tidak akan menjejaskan parti itu kerana sejak tahun 1980-an, PAS sudah beberapa kali berhadapan dengan perkara itu namun sehingga kini, ia kekal relevan dalam landskap politik negara.

"Saya tidak nafikan, ada dua tiga orang yang keluar itu memang memberi kesan kerana sudah lama dalam parti. Kita harus ingat yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti, jadi saya yakin PAS masih lagi malar hijau dalam landskap politik masa kini," katanya selepas majlis pertemuan dengan anggota PAS negeri di sini hari ini.

Nasrudin berkata penubuhan parti baharu itu sudah dijangka sejak awal lagi iaitu kira-kira dua bulan sebelum berlangsungnya pemilihan parti pada Jun lepas.

BERNAMA 

Sumber TKO - 31-8-2015

Mantap parti: Lantik individu fahami agenda lajnah

MOHD SABRI SAID | .




BUKIT MERTAJAM: Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata kelemahan untuk mengaktifkan lajnah yang dipertanggungjawabkan kepada individu perlu diatasi di semua peringkat organisasi.

Tambahnya, bagi mengatasi kelemahan tersebut aktivis parti sewajar mencari orang yang benar-benar memahami agenda lajnah untuk membentuk strategi agar kemantapan politik PAS terus subur.

"Memang ada kelemahan dan saya tidak nafikan namun PAS negeri, kawasan ataupun cawangan harus atasi dengan mencari individu berkelayakan dalam PAS. Isi segera mana-mana lajnah yang belum berfungsi," terangnya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Peraturan dan Arahan' pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Pondok Turath, Juru, dekat sini hari ini.

Ahli Parlimen Temerloh itu menambah, sekiranya ahli ingin melihat PAS ke hadapan dan hebat aktivis parti di semua peringkat perlu segera mengisi jawatan yang belum berfungsi bagi merealisasikan impian parti untuk menggantikan Umno memerintah negara.

Beliau mengmbil contoh, lajnah kebajikan sememangnya menjadi keperluan sekarang memandangkan PAS telah pun memperkenalkan slogan 'Negara Berkebajikan' yang menjadi manifesto pada Pilihan raya Umum (PRU13) lalu.

"Ada setengah negeri kita puji kerana pandai cari dana bangunan tetapi mesti bekerja kuat juga untuk memastikan dana lajnah seimbang supaya PAS yang menjadi medan dakwah diperlebarkan.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh turut membentangkan kertas kerja bertajuk 'Memahami Konsep Tahaluf Siayasi'. - HARAKAHDAILY 30/8/2015

Sumber HD - 30-8-2015

Pijak gambar: Waspada cuba melaga-laga

IZWAN ABDUL HALIM | .


BUKIT MERTAJAM: Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menasihati semua pihak agar berwaspada menilai setiap gambar yang tersebar dari Himpunan Bersih 4.0 di mana mungkin bertujuan menimbulkan ketidakharmonian.

“Secara umum begitu, suatu yang diviral di internet ini perlu kepada pengamatan. Saya bimbang mungkin, gambar tu diedit, ataupun tindakan itu hanya dicipta oleh cybertrooper ataupun mana-mana pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan.

“Jadi kena beri peluang kepada kami untuk dapatkan maklumat yang betullah. Kita belum dapat lagi maklumat yang betul tentang perkara itu. Ada gambar diviral telah sampai pun kepada saya, tapi saya tidak buat sebarang komenlah kepada gambar tersebut.

“Saya harap, harap sangat-sangat, mudah-mudahan benda tu tak betul, sebab kalau betul suatu yang sangat malang, suatu yang sangat malang,” ujarnya pada sidang media selepas Munaqasyah Ucapan Dasar Peringkat Negeri Pulau Pinang, di Pondok Turath, Juru di sini petang tadi.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan media berhubung gambar yang tersebar di media sosial di mana memaparkan tindakan seorang demonstran wanita Bersih 4.0 memijak gambar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. - HARAKAHDAILY 30/8/2015

Sumber HD - 30-8-2015

RM jatuh: Sedia pelan bantu pelajar di luar negara

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ekoran daripada kejatuhan teruk nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika Syarikat, para pelajar persendirian Malaysia yang menyambung pengajian di luar negara berdepan tekanan kewangan yang tinggi. Ia telah meningkatkan kos yuran pengajian termasuk sara hidup harian mereka.

"Sekiranya perkara ini berterusan, maka ramai pelajar Malaysia terpaksa menangguhkan pengajian dan pulang semula ke negara ini untuk tempoh masa tertentu," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Setakat ini, katanya Kementerian Pendidikan Tinggi belum memberikan apa-apa jaminan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi oleh mereka.

Tambahnya, PAS turut kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi beberapa hari lalu yang mengambil sikap tidak serius berhubung perkara ini jika dibandingkan dengan Menteri Besar Johor yang telah meluluskan bantuan segera berjumlah RM2.5 juta kepada para pelajarnya yang menuntut di Mesir dan Jordan.

Oleh yang demikian, tegasnya PAS menuntut agar Kementerian Pendidikan Tinggi wajar mengemukakan inisiatif pelan bantuan terhadap para pelajar Malaysia di luar negara.

"Pihak kerajaan digesa berunding dengan pihak pengurusan pendidikan di luar negara (G to G) agar masalah kewangan yang sedang dihadapi tidak menjejaskan proses pengajian mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Menurutnya, antara cadangan yang difikirkan perlu adalah mengkoordinasi bantuan kewangan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri, memberikan jaminan kewangan kepada pihak pengurusan universiti bagi pihak pelajar dan berbincang untuk melanjutkan tempoh pembayaran yuran pengajian bagi tempoh masa tertentu. - HARAKAHDAILY 28/8/2015

Sumber HD - 28-8-2015

Soalan paling 'best' yang saya terima

AHMAD AMZAD HASHIM | .


SEMALAM saya di Program Santai Isu Isu Panas di Kampung Darat Pok Chang, DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu sebagai ahli panel bersama sahabat saya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Penerangan PAS Terengganu.

Soalan paling 'best' yang saya terima semalam adalah dari seorang peserta berbunyi

"Ketika krisis nilai mata wang ringgit yang jatuh merudum pada tahun 1997, kerajaan telah menyekat kejatuhan dengan mengikat kadar tukaran ringgit kepada Dollar Amerika pada USD1:RM3.80. Hari ini sudah jatuh teruk USD1:RM4.25. Mengapa kerajaan belum ambil langkah mengikat kadar tukaran itu dengan gunakah rezab matawang negara yg didakwa banyak itu?"

Saya mulakan premis jawapan saya dengan mengingatkan kalau dulu parti PAS orang kata cuma parti orang kampungan, pak ustaz, tok lebai yang tahu urusan masjid surau sahaja. Hari ini Kongres Profesional Muslim Se Malaysia yang bersidang di Kuala Lumpur pada April 2015 yang lalu secara terbuka menyokong PAS dan kepimpinan Islam yang dipandu ulama. Parti Umno kini cuma tinggal orang pandai pandai dari jenis yang merosakkan pemikiran orang ramai dengan dakyah yang songsang yang tak bersandarkan kebenaran dan keilmuan.

Untuk soalan mengapa kerajaan tak sekat kejatuhan ringgit?

Secara berseloroh saya menjawab, macamana kerajaan nak sekat kejatuhan ringgit jika Perdana Menteri yang juga menjadi Menteri Kewangan mengajarkan kepada rakyat bahawa "Ringgit Jatuh Baik Untuk Ekonomi Negara"?

Kemudian sekurang kurangnya ada empat lagi menteri kanan dalam kabinet mengulang kenyataan betapa bagusnya jika nilai mata wang ringgit turun.

Jadi biarlah ringgit jatuh. Lagi jatuh, lagi baik untuk negara!

Kemudian disambut pula oleh pengulas yang bersifat mengampu, dengan merapu hujah bagi menyokong kenyataan perdana menteri dan menteri menteri kanan berkenaan.

Kita tidak lupa bagaimana Majlis Professor Negara hilang wibawa sehingga digelar “Professor Kangkung”.

Saya memberi faham kepada hadirin bahawa nilai mata wang dalam sistem kewangan dunia sekarang tidak lagi bersandarkan kepada rezab logam emas yang jadi simpanan negara seperti sistem dahulu yang kita tahu.

Sejak berakhir Perang Dunia Kedua, ekonomi dunia yang dikuasai agenda Zionisme yg didokong Amerika Syarikat merubah pendekatan sehingga sistem mata wang dunia tidak lagi disandarkan kepada rezab emas.

Nilai mata wang ditentukan oleh keyakinan dunia terhadap ekonomi sesebuah negara. Berkait aspek fundamental yang melibatkan statistik kewangan/laporan ekonomi dan juga isu subjektif yang membabitkan persepsi terhadap keadaan negara berkenaan, keyakinan terhadap siapa yang memerintah, urustadbir, ketelusan, perlakuan rasuah, penggubahan wang haram, tahap perlaksanaan demokrasi dan lain lain lagi.

Berlegarnya isu isu Malaysia yang bersifat skandal dan penyelewengan di peringkat antarabangsa yg terlalu besar saiznya terutamanya hutang syarikat 1MDB bernilai kini mungkin RM47Billion (sekarang USD sudah 4.25), derma ke akaun peribadi pemimpin Umno RM2.6Billion (itu yang dapat dibongkarkan), isu pembelian hartanah di Melbourne oleh MARA, isu rasuah yang dilaporkan New York Post melibatkan urusan melombong bijih besi di Buki Besi Terengganu, laporan Bloomberg tentang lapangan terbang LCCT2 bernilai lebih RM4Billion yang sedang mendap dan mungkin tak dapat digunakan kerana membahayakan, pemborosan melalui projek mega seperti MRT yang bernilai RM42Billion, pembinaan kapal kapal peronda pesisir pantai OPV dengan harga lebih dua kali ganda kapal yang setara diperolehi oleh negara negara lain (sebuah OPV RM1.2 billion, mahu bina 27 buah OPV. Sudah bina enam, sedang bina sembilan buah).

Semua inilah yang merosakkan kepercayaan dunia kepada kewangan negara.

Perubahan kosmetik seperti merubah nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tidak dipercayai orang lagi boleh merubah apa-apa bila pegawai pegawai paling kanan dalam SPRM pun boleh diganggu, diarah sesuka hati atau dikenakan tekanan dan intimidasi oleh pemimpin negara sendiri.

Keyakinan dunia kepada BN khususnya Umno sebagai parti pemerintah di Malaysia sudah musnah. 'Window dressing' tidak bawa apa apa makna lagi.

Dunia mahu melihat perubahan total kepimpinan negara. Parti pemerintah baru yang punya dasar dan prinsip yang teguh serta bersih. Dunia mahu melihat suntikan kesegaran dalam kepimpinan. Negara ini perlu disejahterakan.

PAS sedang bekerjasama dengan semua pihak bagi menjayakan agenda Membina Malaysia Sejahtera melalui Kongres Rakyat yang akan berlangsung 12hb September 2015.

Elakkan merosakkan lagi pandangan dunia terhadap Malaysia dengan perbuatan yg mengundang kekacauan dan suasana tidak stabil. Kerana ini kelak menjatuhkan lagi nilai ringgit dan pasaran saham serta keyakinan pelabur asing.

Ia tidak sesuai dengan jiwa rakyat Malaysia yg umumnya cintakan keamanan. Lebih-lebih lagi ketika dihimpit kesempitan hidup sekarang.

Sejahterakan rakyat, mereka akan sokong kita. Susahkan rakyat, mereka akan tolak kita.
Yang bersih, jangan sesekali kita jadikan kotor. – HARAKAHDAILY 28/8/2015

Penulis ialah Pengarah, Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 28-8-2015

Jangan Halakan Fitnah, Hasutan Anarki Ala Sosialis Rosakkan Politik Islam

Oleh : Ahmad Amzad Hasim

Kumpulan serpihan GHB ini sedikit pun tidak merasa bersalahkah dengan perbuatan mereka bersekongkol menjaja fitnah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim yg melibatkan sampai berjela2 fitnah yang disenaraikan sehingga 90 muka surat?

Belumpun sempat dibicarakan secara penuh di Mahkamah, sekarang PKR dan Saifuddin Nasution sudah mengaku memfitnah dengan mengaku kesemua 90 muka surat berkenaan, tidak ada satu pun yg betul. Sudah membuat ikrar bersumpah di depan Pesuruhjaya Kehakiman di dalam mahkamah bahawa beliau tidak akan lagi mengulangi dan menyebut fitnah itu lagi.

Kerana fitnah ini orang marah pada Presiden PAS, DS TGHH, para ulama dan PAS yg tidak menyokong perbuatan ini dengan membabi buta. Kerana fitnah ini Sultan Selangor dan Institusi Sultan dipertikai kuasa dan dibuat serta dibiarkan jadi bahan sendaan oleh golongan ini. Kerana fitnah bukan sahaja rakyat Selangor, malah rakyat seluruh negara terpalit najis dosa mengumpat keji TSKI, kerana percaya kepada mereka yg bersungguh menjaja cerita. Ke sana ke mari dengan roadshownya.

Demi fitnah ini, ada ADUN PAS yg mengkhianati ketetapan parti sendiri. Sekarang sudah nyata sifat mereka dgn mengisytihar keluar PAS.

Semua yg bersekongkol melakukan perbuatan fitnah inilah yg Allah SWT zahirkan supaya umat manusia senang kenal dengan mengumpulkan mereka dalam satu kumpulan yg mereka nama kan GHB. Dan ‘bisnes seperti biasa, roadshow lagi”.

Mereka ini disokong kuat oleh DAP dan hampir mustahil kita akan jumpa mereka akan sanggup keluarkan kenyataan yg bertentangan dengan kepentingan DAP hatta dalam perkara yg menjolok mata bercanggah prinsip Islam mahupun menggugat kepentingan orang melayu.

Mereka menyerang PAS yg sekarang teguh bersatu dgn lebih 80% ahli yg memilih kepimpinan sekarang dengan proses demokratik yg tak mampu dipertikaikan.

Mereka memfitnah PAS konon akan masuk UMNO. Sedangkan PAS siang malam pagi petang mengajak ahli UMNO agar meninggalkan bahtera rosak dan reput yg sedang karam, mengajak sertai PAS sebagai pilihan baru, nafas baru untuk orang2 Islam, melayu dan bukan melayu yg mahu ikut bersatu membina kebangkitan baru.

Setakat ini purata kemasukan baru ahli ahli PAS adalah sekitar 4,000 diseluruh negara dengan permohonan baru lebih 10,000. Ini sejak muktamar PAS terakhir yg lalu.

PAS menyeru rakyat supaya jatuhkan BN, tetapi mereka seru agar UMNO diberi harapan baru dengan tukar Najib dengan Muhyiddin. Apa mereka mahu buat setelah Muhyiddin pula yg jadi Perdana Menteri, pengerusi BN? Gencatan senjata 2 tahun sebab orang baru putih bersih belum buat salah?

Tun Mahathir berulangkali menyebut tujuan menyingkirkan DS Najib untuk menyelamatkan UMNO.

Islam tak tertegak dengan menjadikan tabiat memfitnah sebagai rutin dan seruan yg menghasut dan menyesatkan rakyat.

Islam hanya akan tertegak jika kita terus beristiqomah atas prinsip dan dasar Islam. Bukan dengan menggadaikannya atas apa alasan pun.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan, sebarang perubahan dan seruan kebangkitan, jangan sampai melibatkan kekacauan dan menyusahkan rakyat.

Kita mahu mensejahterakan kehidupan. Bukan mengheret rakyat ke jurang penderitaan.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
19hb Ogos 2015

Sumber HD - 19-8-2015

Dakwaan guling kerajaan propaganda murahan

HARAKAHDAILY | .


Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan usaha untuk menukar Perdana Menteri dan mewujudkan kerajaan perpaduan (unity government) melalui proses akuan bersumpah di Parlimen sebagai satu usaha untuk menggulingkan kerajaan adalah satu propaganda murahan. Lebih melucukan apabila rancangan untuk suatu pilihan raya umum lebih awal turut disifatkan beliau sebagai sebahagian usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Keabsahan pemerintah dan perdana menteri adalah di atas sokongan majoriti ahli-ahli parlimen. Sekiranya hilang majoriti, maka perdana menteri perlu ditukar dan sebaiknya pilihan raya umum diadakan bagi mendapat mandat baru rakyat. Ini bukan kudeta. Ini bukan suatu penggulingan. Ini adalah proses demokrasi matang. Ianya pernah berlaku di United Kingdom, India dan berulangkali berlaku di Jepun dan ianya boleh sahaja berlaku di Malaysia apabila pemerintah telah gagal dalam amanah dan tanggungjawabnya.

Malah jika disorot komentar oleh seorang pakar perlembagaan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood seperti yang dipetik oleh sebuah akhbar tempatan, proses di parlimen yang sedemikian rupa lebih merupakan satu pemindahan kuasa yang biasa berlaku di dalam amalan demokrasi. Ianya bukanlah satu tindakan yang menyalahi undang-undang di mana kerajaan dijatuhkan melalui kekerasan atau protes jalanan.

Maka cukup pelik mendengar dakwaan yang sebegitu dangkal dari seorang Timbalan Perdana Menteri yang bercakap seolah-olah tidak mempunyai kefahaman mengenai proses demokrasi dan undang-undang sedangkan beliau sentiasa gah menunjukkan pada dunia akan ijazah kedoktoran beliau.

Apakah beliau tidak mengira kenyataan dangkal sebegitu yang menggambarkan seolah-olah kerajaan bakal digulingkan melalui huru-hara boleh meresahkan para pelabur dan menjadikan ekonomi lebih merudum dikala nilai ringgit semakin menjunam dan hutang negara semakin meningkat? Sedangkan apa yang didakwa cumalah satu proses demokrasi di parlimen.

Malah kenyataan ini adalah sebahagian dari siri kenyataan dangkal dan cetek yang dibuat oleh ahli-ahli kabinet baru yang cuba mempertahan dan menjustifikasi salahlaku Perdana Menteri dan Umno BN dengan tujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat. Malang bagi Umno BN kerana rakyat , sama ada mereka yang berada di bandar atau pun di kampung, kini tidak lagi boleh dimomokkan sebegitu rupa.

Usahlah Umno dan BN secara berterusan menimbulkan keresahan kepada rakyat, kerana dalam masa yang sama ianya dilihat sebagai satu ugutan kepada rakyat.

Setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat, Peguam Negara ditukar serta-merta, siasatan jawatankuasa audit parlimen terjejas kerana rombakan kabinet, provokasi terhadap Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kenyataan dangkal TPM ini jelas menunjukkan pemerintah Umno BN kini sedia untuk menyasar institusi Parlimen bagi menyekat ruang rakyat untuk bersuara dan melakukan perubahan.

Maka apa pula selepas ini? Ahli-ahli parlimen bakal dijel dan didakwa dengan siasatan luar akal? Pagar dan pintu-pintu Parlimen pula dikunci? Ianya tidak menghairankan kerana Umno BN pernah melakukannya di Perak dan Kelantan dahulu. Sesungguhnya Umno BN memang sanggup memperjudikan keamanan dan kesentosaan negara untuk kekal berkuasa maka rakyat perlu bijak untuk tidak terperangkap di dalam permainan licik sebegini.

PAS komited untuk memimpin perubahan melalui pendekatan aman dan berhikmah. PM, TPM dan sesiapa sahaja di dalam kelompok Umno BN harus ingat walau apapun perancangannya untuk menghalalkan salahlaku mereka, tempoh hayat untuk kekal berkuasa semakin singkat dikala rakyat bersedia untuk menolak Umno BN menerusi peti undi di dalam pilihanraya umum yang akan datang. - HARAKAHDAILY 17/8/2015

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh

Sumber HD - 17-8-2015

Rugi Masa dan Tenaga Kita……..Layan GHB

GHB ini penyakit baru yang menghilangkan fokus semua komponen utama PR. Ia menyerap perhatian dengan segala hiruk pikuk retoriknya yang ternyata kosong tetapi malangnya mencederakan bukan sahaja PAS, tetapi juga PKR yg ahli dan penyokongnya adalah tulang belakang GHB, tukang edar poster, gantung banner GHB, sehingga ada yang begitu keliru sehingga melompat parti ke DAP dengan angka ratusan orang setakat ini.

Dokongan PKR kepada GHB hanya merosak hubungan PKR dengan PAS. Sedangkan seperti DAP sebelum ini bergantung kepada jentera PAS untuk menang peti undi melayu, PKR lebih-lebih lagi terutama bagi pemimpin PKR yg melayu.

Mungkin ramai yang lupa, PAS lah yg membantu DS Anwar Ibrahim menubuhkan PKR dengan ahli-ahli PAS diserap ke dalam PKR di peringkat awalnya. Sama macam orang-orang PKR yan jadi jentera balik tabir disebalik GHB.

DAP sendiri yang terlalu sangat fokus menjalankan kempen merosakkan persepsi awam kepada PAS, telah dgn agresif mendokong Parti baru yg jadi alat harapan DAP, sebenarnya sedang menonjolkan chauvinisme cina yg menebal dikalangan pemimpin tertinggi DAP. Ini adalah satu sikap yg amat membimbangkan masyarakat cina sendiri dalam jangka panjang kerana kerosakan perpaduan dan keharmonian oleh prejudis perkauman yang akan sukar diperbaiki.

Perhatikan rata-rata kepimpinan DAP dikalangan kaum India seperti diam dan terpinggir.

Dokongan elit kepimpinan chauvinisme cina dalam DAP kepada sekelompok pemimpin kecewa dari PAS adalah phenomenal sifatnya dan tidak akan kekal lama. Seperti jugalah caranya DAP melayan PASMA yg kini tidak lagi berbunyi apa-apa. Tokoh seperti Phahrol Razi yg pernah berada di dada akhbar sebagai bakal pengganti Anwar sudah tenggelam walau sebelum ini diberi segala dokongan oleh DAP.

DAP hanya memperalatkan GHB untuk mengekang pengaruh PAS yg dilihat paling mendapat tempat sebagai pengganti kepada UMNO. PAS yang mempunyai segala kesungguhan untuk mempertahankan agama Islam dan kepentingan orang orang melayu. PAS sangat nyata beristiqomah dengan perjuangan itu.

Jika PAS tidak dikacau, dipecahkan, orang Islam, orang melayu cuma ada pilihan nyata menggabungkan diri dengan PAS.

DAP tahu paling maksima berapa bilangan kawasan bukan melayu yg mereka boleh menang.

Itupun dengan adanya undi orang melayu mereka telah sampai ke satu tahap tepu yg tak memungkinkan DAP menang lebih dari bilangan kerusi yg mereka dapat sekarang. Sudah sampai kemuncak.

Yang mereka bimbang jika orang orang melayu bersatu, dan pilihannya cuma ada satu iaitu PAS, maka PAS punya ruang yg sangat jauh lebih besar untuk melebarkan kemenangan kerusi.

Kesemua 87 kerusi PARLIMEN kawasan melayu yang dimenangi UMNO sekarang adalah medan tradisi PAS yang jarang didengar PAS hilang wang pertaruhan. Asas kekuatan sudah ada. Jentera sudah ada.

Ini belum lagi berpuluh lagi kerusi parlimen yang PAS sudahpun sedia menang.

DAP sangat takut keadaan ini. Kerana ia akan menjejaskan kedudukan DAP sebagai ‘de facto mastermind’ yang mencorakkan halatuju pakatan politik yang mahu menggantikan BN sekarang.

Mereka punya kerusi terbanyak. Maka DAP lah boss nya. Jika PAS punya kerusi lebih banyak, pengaruh DAP akan “diluted”, cair.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pernah menyebut bahawa PAS cukup menerima hakikat negara ini masyarakatnya majmuk. Tiada parti boleh memerintah sendiri. PAS sendiri tidak pernah berkata akan menolak sebarang kerjasama dalam pemerintahan.

PAS difitnah apabila mencadangkan konsep Kerajaan Perpaduan. Satu konsep kerjasama parti2 politik yang kemudian diputar belit dgn dakyah mahu membawa PAS ke dalam UMNO.

Saya masih ingat dalam satu perbualan peribadi dengan DS TGHH di mana beliau menyebut, usahalah bersungguh sungguh agar PAS dapat minima di parlimen 40 kerusi. InsyaAllah jalan akan terbuka untuk titik keseimbangan baru dalam politik negara. BN akan terkubur dengan sendirinya.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Ajk Penerangan PAS PUSAT
10hb Ogos 2015

Sumber BO - 10-8-2015

Adakah ini cubaan diamkan siasatan skandal 1MDB?

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS memandang serius kenyataan yang dikemukakan semalam oleh Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Bahri Mohamad Zin yang mendakwa kemungkinan wujud pihak tertentu untuk mengganggu siasatan yang sedang dilakukan oleh badan tersebut.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan telah membuat satu kenyataan mengenai hasil siasatan dana sejumlah RM 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Sehubungan itu, katanya, PAS melihat tindakan agresif pihak polis menahan pegawai-pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran dokumen adalah satu tekanan kepada para penjawat awam dalam menjalankan tugas.

"Walhal, pihak SPRM telah menafikan tiada pegawai-pegawainya yang terlibat dalam konspirasi tersebut.

"Ini menunjukkan satu lagi tindakan terancang untuk mendiamkan skandal kewangan 1MDB apabila satu demi satu pihak yang terlibat secara langsung dalam pendedahan skandal ini telah “dikorbankan”.

Termasuklah, dua portal akhbar yang telah digantung, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Gani Patail, pembekuan laporan interim dan prosiding siasatan PAC.

Sebaiknya kata beliau, pihak polis pula yang bertindak agresif menahan ramai pegawai kerajaan daripada SPRM dan Pejabat Peguam Negara atas dakwaan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri.

"Banyak perkara berhubung skandal kewangan 1MDB dituntut untuk diberikan penjelasan. Apakah semua ini telah diketepikan kerana menjaga kepentingan peribadi Perdana Menteri?" soal beliau. – HARAKAHDAILY 4/8/2015

Sumber HD - 4-8-2015


Abaikan GHB, bangunkan Jemaah – Ustaz Nasrudin

Posted on Monday, August 03 @ 10:12:28 MYT by paktam

MUKTAKHIR ini heboh media melaporkan tentang kewujudakn parti atau gerakan baharu yang muncul selepas Muktamar PAS ke- 61. Kewujudan kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baharu (GHB) ini dilihat sebagai satu gerakan yang menghimpunkan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan Muktamar PAS ke-61. Berikutan itu dikatakan mereka kini sedang giat berhimpun dan berceramah seluruh negara bagi menerangkan gerakan mereka.

Mengulas perkembangan ini, Pengarang Berita Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemubual Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi pada 27 Julai lalu bagi menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan pemerhati, ahli dan media massa mutakhir ini. Ikuti wawancara ringkas bersama Ustaz Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh

WARTAWAN: Ada pihak yang menganggap PAS sedang berdepan dengan krisis dalaman. Akhirnya membawa kepada penubuhan satu gerakan yang dikenali sebagai GHB. Bagaimana ustaz melihat perkembangan ini ?

USTAZ NASRUDIN: Sebagai sebuah parti, krisis atau pergolakan adalah cabaran yang perlu didepani.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja malah ia juga adalah sunnah perjuangan. Apa yang penting ialah bagaimana parti menanganinya.

Alhamdulillah, usia PAS yang sarat dengan pengalaman menghadapi krisis dalaman ini meletakkan PAS tidaklah terjejas teruk dengan apa yang berlaku.

Sebaliknya, ia menjadi proses mendidik ahli dan mematangkan kepimpinannya dalam mengharungi liku-liku perjuangan yang pastinya kian mencabar. Justeru itu, seluruh warga PAS tidak perlu resah dan gelisah menyaksikan apa yang berlaku dewasa kini. Namun dalam masa yang sama, kita tidaklah berpeluk tubuh dan membiarkan begitu sahaja anai-anai mereputkan tiang rumah kita.

Sehingga kini GHB belum ditubuh atau didaftar sebagai parti politik. Sebaliknya ia sebagai sebuah gerakan yang digerakkan oleh bekas pimpinan PAS dan dilihat dari kenyataan dan tindakan mereka adalah menuju ke arah penubuhan sebuah parti baharu.

Segala gerakkerja dan kempen selama mereka bergelar ahli PAS, bergerak dari dalam PAS dan usaha menarik ahli-ahli PAS menyertai hasrat penubuhan parti baru itu adalah satu pengkhianatan kepada parti sendiri. Menggunakan kemudahan parti seperti premis PAS untuk tujuan itu juga satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan malah ia bukan akhlak yang mulia.

Sejauh mana gerakan ini sebenarnya berpengaruh dan apakah ahli akan terpengaruh ?

GHB ini satu gerakan yang baharu dan umumnya suatu baharu itu menggamit perhatian ramai untuk mengetahuinya dari dekat. Bukan sahaja GHB tetapi apa jua termasuk kuih di bazar Ramadhan pun, jika nama kuih itu ganjil dan pelik dari yang lain, maka ia menjadi tumpuan.

Bagaikan kuih Tepung Gomok yang seketika dulu ditukar nama sebagai kuih Suci Dalam Debu.

Ramai pelanggan mengerumuni gerai terbabit kerana teruja dengan nama kuih tersebut. Namun bila didapati kuih Suci Dalam Debu itu hanya kuih Tepung Gomok maka hari berikutnya gerai itu kembali lengang seperti biasa.

Saya yakin ahli PAS bijak menilai antara kaca dan permata. PAS bagaikan permata yang tidak perlu diperkenalkan lagi malah saya percaya jauh disudut hati mereka yang menyertai GHB masih tersimpan rasa sayang dan terkilan untuk meninggalkan PAS.

Sungguhpun begitu kita kena terima hakikat, tidak semua orang minat permata. Tidak semua orang sanggup bergolok gadai untuk mempertahankan sebutir permata pesaka.

Ada orang yang hanya berpada dengan kaca semata - mata kerana tidak mahu lagi memiliki permata. Kita tidak boleh memaksa orang meminati apa yang kita minat sebagaimana kita juga tidak boleh paksa orang lakukan apa yang kita mahu.

Adakah gerakan serpihan sebegini boleh bertahan lama?

Saya tidak boleh mendahului ilmu Allah swt. dalam menentukan masa depan dan jangka hayat mereka. Pada masa yang sama, saya tidak mahu memandang kecil potensi mereka dan juga tidak mahu memandang rendah usaha yang dilakukan oleh mereka.

Justeru sebahagian mereka dulunya secara tidak langsung adalah guru politik saya yang sangat saya hormati.

Pun begitu saya teguh berpegang pada prinsip dan kaedah yang benar.

Pemimpin boleh pergi dan datang namun prinsip perjuangan mesti kekal dan istiqamah.

Jangka hayat sesebuah bangunan banyak bergantung kepada tapak dan struktur binaannya. Jika dibina pada tanah jerlus, maka hebat bagaimana pun seni bina bangunan itu, lambat laun ia akan jerumus menyembah bumi. Sementara jangka hayat sesebuah pertubuhan atau parti banyak bergantung kepada matlamat, objektif dan hala tuju serta gerakkerjanya.

Mana-mana pertubuhan yang dibina atas dasar tidak puas hati, dendam dan semangat bersaing semata-mata maka ia bagai membina bangunan di tanah jerlus.

Namun sejarah sedikit sebanyak boleh dijadikan sandaran. Boleh Ustaz ceritakan bagaimana parti serpihan tidak boleh survive lama seperti berjasa dan hamim? Ya , sejarah ialah catatan pengalaman dan ilmu berguna buat kita orang yang terkemudian untuk mempelajarinya dan mengambil iktibar.

Faktor utama kenapa parti serpihan tidak mampu bertahan lama adalah kerana faktor “binaan di tanah jerlus” yang saya maksudkan tadi.

Mereka menubuhkan parti serpihan kerana tidak puas hati dengan beberapa kelemahan dan krisis yang berlaku. Sedang realitinya, parti serpihan itu juga tidak sunyi dari kelemahan ketara dan krisis dalaman.

Lantas ada pula yang mengambil sikap keluar dari parti tersebut dan mereka tidak lagi mampu survive parti mereka.

Pengalaman yang saya lihat, parti serpihan agak lama bertahan apabila mereka ada dana kewangan yang banyak dan kuasa politik yang kuat seperti berjaya memenangi pilihanraya.

Apabila mereka kalah pilihanraya dan dana pula tidak mencukupi untuk operasi, maka ia akan luput dan luntur perlahan-lahan dibawa zaman.

Bagaimana status wakil rakyat dalam GHB dan yang keluar PAS sedangkan mereka sebelum ini menang atas tiket PAS?

Tentu sahaja wakil rakyat ini akan diselubungi rasa bersalah dan tidak senang hidup sepanjang masa justeru mereka melakukan perkara yang salah dan salahnya adalah besar.

Mana-mana wakil rakyat PAS yang lompat parti, ia bukan sahaja mengkhianati amanah rakyat dan jemaah tetapi juga melanggar janji setia dan ikrar baiahnya sewaktu menggalas amanah tersebut. Risikonya sangat besar dan tidak selayaknya mereka tikam jemaah dari dalam sebegitu. Nasihat Ustaz kepada ahli terhadap propaganda GHB dan apa yang harus ahli lakukan?
Terus beristiqamah dengan perjuangan Islam yang kita dokong ini.

Banyakkan bersabar dan jangan gopoh bertindak. Usah diturut rasa kecewa dan emosi yang gundah. Bertenang dan banyakkan menghayati sejarah perjuangan Islam dalam menghadapi ujian-ujian getir di sepanjang zaman. Jangan sekalikali menjauhkan diri dari program jemaah untuk mendapatkan motivasi perjuangan dan pencerahan yang benar dan tepat terhadap isu yang berbangkit. Awasi adu domba media tertentu dan spinning yang dilakukan oleh mereka.

Perkara terpenting ialah abaikan GHB dan tumpukan perhatian kepada pembinaan parti atau jemaah kita. Perkasakan organisasi, juarai isu rakyat, santuni mereka dan kukuhkan engagement dengan semua pihak.

Maksimakan gerak kerja memenangi pilihan raya secara teknikal dan taktikalnya. Rancakkan penerangan kepada rakyat mengenai isu semasa dan buktikan keupayaan parti kita bergerak merentas cabaran dan rintangan semasa.

Jangan bazirkan masa dengan asyik mencabut kemuncup di stokin sedang pintu gol ternganga luas tanpa dimanfaatkan bagi menghasilkan gol kemenangan.

HARAKAH: Ada pihak yang menganggap PAS sedang berdepan dengan krisis dalaman. Akhirnya membawa kepada penubuhan satu gerakan yang dikenali sebagai GHB. Bagaimana ustaz melihat perkembangan ini ?

USTAZ NASRUDIN: Sebagai sebuah parti, krisis atau pergolakan adalah cabaran yang perlu didepani.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja malah ia juga adalah sunnah perjuangan. Apa yang penting ialah bagaimana parti menanganinya.

Alhamdulillah, usia PAS yang sarat dengan pengalaman menghadapi krisis dalaman ini meletakkan PAS tidaklah terjejas teruk dengan apa yang berlaku.

Sebaliknya, ia menjadi proses mendidik ahli dan mematangkan kepimpinannya dalam mengharungi liku-liku perjuangan yang pastinya kian mencabar. Justeru itu, seluruh warga PAS tidak perlu resah dan gelisah menyaksikan apa yang berlaku dewasa kini. Namun dalam masa yang sama, kita tidaklah berpeluk tubuh dan membiarkan begitu sahaja anai-anai mereputkan tiang rumah kita.

Sehingga kini GHB belum ditubuh atau didaftar sebagai parti politik. Sebaliknya ia sebagai sebuah gerakan yang digerakkan oleh bekas pimpinan PAS dan dilihat dari kenyataan dan tindakan mereka adalah menuju ke arah penubuhan sebuah parti baharu.

Segala gerakkerja dan kempen selama mereka bergelar ahli PAS, bergerak dari dalam PAS dan usaha menarik ahli-ahli PAS menyertai hasrat penubuhan parti baru itu adalah satu pengkhianatan kepada parti sendiri. Menggunakan kemudahan parti seperti premis PAS untuk tujuan itu juga satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan malah ia bukan akhlak yang mulia.

Sumber DD - 3-8-2015 

Disebalik Penyertaan Aziz Bari Ke Dalam DAP



Oleh : Ahmad Amzad Hashim

“Dalam pakatan pembangkang, DAP mempunyai paling banyak kerusi parlimen dan DUN…….saya harap penglibatan saya dalam parti (DAP) akan mempercepatkan untuk pakatan ini ke Putrajaya”

Aziz Bari dipetik berkata ini mengulas keputusannya yang tidak lagi mahu bersama PKR dan menyertai DAP kelmarin. PKR masih diam dengan keadaan ini.

Adakah rakyat Malaysia boleh menerima Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh DAP?

Adakah umat Islam boleh menerima agenda memecah belahkan kesatuan Parti Islam Se Malaysia PAS yang sangat didokong semua segi oleh DAP?

Semua yg waras dan berakal mengetahui hanya PAS pencabar tunggal munasabah yg mempunyai kekuatan jentera dan akar umbi untuk mencabar UMNO didalam pilihanraya. GHB jika turut bertanding hanya akan mengelirukan rakyat dan memecah kesatuan undi yg diperlukan untuk menghadapi UMNO. Dengan ‘set up’ yg ada, yg menggantung dan memasang kain rentang dan poster propaganda mereka pun dari kalangan tertentu yg dikenalpasti aktivis PKR tegar. Mereka bukan dilihat bertujuan untuk menang. Perbuatan mereka tidak lebih bagai perbuatan khianat. Yang memberi harapan baru untuk UMNO terus menang.



Politik campurtangan DAP dalam mencorak urusan politik orang Islam dan melayu bertujuan mengekalkan mereka sebagai parti politik yang paling berkuasa dalam pakatan yg mereka jadi arkiteknya.

Cara berdepan politik begini adalah dengan menolak entiti yang ditaja untuk memecahkan kesatuan PAS. Dengan cara itu kita tidak terganggu untuk fokus kepada usaha meyakinkan penyokong UMNO untuk meninggalkan parti UMNO yg sudah bagai kapal Titanic yg melanggar bongkah glasier yang besar dan sedang karam.

Jangan nanti DAP yang byk menang, UMNO tetap kekal boleh memenangi kerusi kerana undi pembangkang telah berpecah. Akhirnya negeri-negeri tertentu yang amat diidamkan DAP berjaya mereka kuasai dengan meletak maskot mereka beberapa orang melayu sebagai MB boneka mereka.

Takkanlah kita terlalu naif dan tidak tahu kedudukan orang melayu dalam DAP adalah ehsan sebagai alat aksesori sahaja. ‘Window dressing’. Hiasan untuk umpanan dan tarikan. Lebih 90% ahli DAP adalah bukan melayu, bukan Islam. Dan yg ramainya adalah dari kaum cina. Kaum india pun malah minoriti dalam DAP. Mereka lantang ketika adanya mendiang Karpal Singh sahaja.
Hari ini, terserlah sikap chauvinis mereka. Dalam keghairahan DAP memancing kaum melayu, perhatikan kaum India dlm DAP tidak begitu teruja.

Berbalik kepada Aziz Bari tidak lagi yakin dengan masa depan PKR, isunya mudah sahaja.
Aziz Bari berada dalam kalangan elit PKR. Dia tahu apa yg berlaku. Apa sedang terjadi dan isu yg tak senang duduk di dlm PKR.Dia tahu apa masa depan PKR tanpa adanya bantuan sokongan dan jentera akar umbi PAS.

Sebaik PKR memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka lebih setia kepada DAP berbanding PAS, maka berakhirlah faedah yg mereka perolehi dari sokongan PAS.

PKR bolehlah menguji kekuatan mereka sendiri. Mungkin ada beberapa orang yg sangat yakin PKR sangat kuat, tidak lagi perlukan PAS.

Tapi nampaknya bagi Aziz Bari sendiri, dia tidak yakin. Dia lebih yakin kepada DAP dan pula merasa kuat kerana yakin pakatannya dgn PKR. DAP pun tahu mereka tiada apa apa jika bersendiri.

Saya mudahkan. DAP bergantung kepada bantuan PKR yang bergantung kepada bantuan PAS….

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM adalah Ahli Jawatankuasa Penerangan PAS Pusat
31 Julai 2015

Sumber BO - 31-7-2015


Kerajaan Umno BN semakin rakus

NASRUDIN HASSAN | .




1. Sewaktu menghadapi krisis 1MDB, rakyat umumnya mengharapkan satu penyiasatan yang telus dan adil dilakukan. PAS mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal ini hingga ke perdu dalamnya. Malang apa yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri ialah bertindak ke atas sumber yang mendedahkan penyelewengan tersebut.

2. Tidak sahaja PAS yang menasihat supaya YAB Perdana Menteri ambil cuti segera bagi memberi laluan kepada siasatan yang telus (serta membersihkan nama beliau jika benar beliau tidak bersalah), malah YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyeru supaya audit forensik dilakukan ke atas 1MDB. Maka sewajarnya YAB Perdana Menteri bercuti. Malangnya apa yang dilakukan ialah beliau memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin.


3. Rakyat mengharapkan kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri segera melakukan tindakan membersihkan imej negara dari tercalar teruk akibat skandal kewangan sebegini. Cadangan tindakan telah dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri sebelum ini agar mengambil tindakan kepada semua pemegang amanah di syarikat 1MDB serta buat rombakan dan siasatan besar-besaran. Malangnya, apa yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri ialah merombak kabinet dan memecat Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri yang lain termasuk Peguam Negara.

4. Jelasnya, tindakan YAB Perdana Menteri hari ini semakin rakus. Saya tidak mahu membela sesiapa kerana yang memecat pun UMNO dan yang kena pecat pun UMNO. Tetapi saya bersama rakyat yang mahu menyaksikan keadilan dan kebenaran serta proses mencari keadilan dan kebenaran itu ditegakkan dalam negara ini khasnya oleh kerajaan yang memerintah.

5. Jika suara orang nombor 2 negara tidak diendah malah dipecat kerana bersuara, maka saya tidak nampak langkah yang lebih baik diambil melainkan ia lebih memburukkan keadaan dan menampakkan bahawa kabinet baru yang dibentuk ini adalah tidak lebih sekadar kabinet 1MDB.

6. PAS telah mengambil kedudukan yang jelas melalui suara Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bahawa segala tuduhan dan dakwaan mesti disiasat agar kebenaran dapat ditegakkan. Justeru itu, pertuduhan dan dakwaan mesti melalui proses penyiasatan dan selayaknya YAB Perdana Menteri memberi kerjasama bagi menjayakan siasatan tersebut. Salah satu caranya ialah YAB Perdana Menteri wajar mengambil cuti agar proses siasatan lancar dan tidak terhalang.

7. Secara umumnya, rakyat melihat inilah penyakit UMNO dari dulu. Sepertinya UMNO adalah kenderaan buruk yang sukar dibaiki. Lantaran itu, langkah menukar driver atau konduktor tidak pernah mampu mengatasi masaalah jika yang rosak itu adalah kenderaannya.

8. Pembentukan kabinet baru tidak boleh menghentikan penyiasatan ke atas 1MDB. Desakan rakyat mesti diteruskan. Malah tukarlah 10 kali kabinet baru setahun, selagi mana proses penyiasatan tidak dilangsungkan secara telus, adil dan meyakinkan maka ia bagaikan membina kabinet pasir di pantai berombak. Nasihat saya kepada YAB Perdana Menteri, bahawa negara perlukan penyelesaian yang tuntas terhadap kemelut dan skandal kewangan yang melanda negara bukan sekadar pertukaran anggota kabinet. Namun trend yang ada pada hari ini, saya berpendapat bukan kabinet perlu ditukar tetapi UMNO itu sendiri wajar ditukar.

9. PAS telah menyarankan pelan penyelesaian dan ianya adalah cara yang dituntut oleh Islam.
Merupakan cara terbaik untuk semua. Kenapa payah sangat UMNO mahu mendengar dan melaksanakannya? Atau masih ada kepentingan tersembunyi yang mahu dipelihara? Semua ini mengundang curiga dibenak rakyat dan mengakibatkan rakyat akan terus bangkit menolak UMNO dan BN.

10. Tentunya PAS sebagai bahtera yang sedia belayar dengan layar Islamnya meredah gelombang kapitalis menuju arah angin kebangkitan Islam yang mula bertiup kencang. Jangan lambat untuk bersama kami kerana sauh sudah lama diangkat dan perjalanan bahtera ini semakin deras. Semoga kita semua sempat sampai ke destinasi yang mengimpikan sebuah negara Malaysia yang damai dan sejahtera. Bebas skandal kewangan yang memalukan. Selamat dari jenayah yang mengancam, damai dengan semangat rakyat yang bersatu menolak kebatilan. - HARAKAHDAILY 29/7/2015

Nasrudin Hassan

Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber HD - 29-7-2015

Gugur Muhyiddin, tukar Gani Patail bermotif 1MDB

HARAKAHDAILY | .


PENSTRUKTURAN kabinet yang mengejutkan sehingga menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai bermotifkan skandal 1MDB sahaja.

Nasib yang sama berlaku kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang telah ditamatkan perkhidmatannya semalam walaupun beliau akan bersara wajib pada 6 Oktober 2015.


1MDB yang diasaskan oleh Perdana Menteri telah bergelut dengan hutang yang berjumlah RM41.5 bilion.

Ia terpaksa mencairkan beberapa aset (assets stripping) sehingga memaksa Lembaga Tabung Haji dan Tenaga Nasional Berhad membelinya.

Sehingga sekarang, kontroversi ‘bailed out’ tersebut belum selesai. Ini tidak termasuk pelaburan kontroversi KWSP dalam bon dan anak-anak syarikat 1MDB.

Isu 1MDB mendapat perhatian masyarakat dunia apabila The Wall Street Journal pula mendedahkan hasil daripada siasatan yang dilakukan berkaitan urus niaga 1MDB, sejumlah hampir RM2.6 bilion tunai telah didepositkan ke dalam akaun yang dipercayai milik Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pergerakan transaksi antara bank, syarikat dan agensi kerajaan. Sehingga hari ini juga, Perdana Menteri masih belum mengemukakan saman terhadap WSJ.

Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara tokoh penting yang mengkritik dan menyuarakan isu ini selain Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sejak bulan Mac 2015, beliau telah meminta satu audit forensik dilakukan dan meminta Jawatankuasa Akaun Awam Negara (PAC) menyiasat segera akaun 1MDB tanpa menunggu laporan Jabatan Ketua Audit Negara.

Dua hari yang lalu, beliau turut meminta laporan interim 1MDB didedahkan kepada awam untuk dinilai dan pasukan penyiasat khas yang juga dianggotai oleh Tan Sri Gani Patail tidak diganggu.
Akhirnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Gani Patail menerima nasib politik yang sama sepertimana tindakan yang diambil terhadap The Edge dan Sarawak Report.

Datuk Seri Najib Razak telah bersikap autokratik dengan mencantas semua pihak yang mengkritik skandal 1MDB. Sebaliknya, mereka yang dilihat bersamanya telah mendapat kedudukan yang baik dalam kabinet hari ini.

Apakah ini masih belum membuktikan bahawa Najib telah mengganggu gugat proses penyiasatan yang masih berjalan serta berlaku konflik kepentingan?

Tidak ada maknanya pada negara dan rakyat malah tiada juga nilai tambah pada Umno itu sendiri jika reshuffle ini sekadar untuk melupuskan pengkritik 1MDB, andai Datuk Seri Najib masih meneruskan trend kepimpinan yang tidak telus dan adil.

Sebaiknya jadilah pemimpin negara yang baik, adil, telus, bertanggungjawab terhadap amanah kepimpinan atau akhirnya Umno mesti berdepan dengan kebangkitan rakyat yang akan menghukum sebuah pemerintahan yang korup dalam pilihan raya umum kelak. - HARAKAHDAILY 29/7/2015

NASRUDIN HASSAN

Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh

Sumber HD - 29-7-2015


TPPA: Kerajaan mesti dedah substantif perjanjian segera

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kemungkinan akan termeterai pra Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dalam kalangan negara-negara anggota menjelang hujung bulan ini di Hawaii sangat mengundang keresahan semua pihak termasuk PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, difahamkan minggu ini adalah fasa terakhir rundingan dan teks perjanjian tersebut akan dimuktamadkan sebelum 31 Julai ini.


Katanya, walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan keputusan penyertaan negara dalam TPPA akan diputuskan menerusi Parlimen, namun ia dijangka akan diputuskan secara tergesa-gesa dalam satu hari walhal rundingan di peringkat nasional telah dilakukan lebih 100 kali.

"Kita juga sangat kesal kerana kerajaan masih berahsia dengan substantif Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

"Kita bimbang terdapat 9 bab dalam perjanjian tersebut yang diklasifikasikan sebagai rumit dan ia sudah tentu sangat mustahak," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, ujarnya bukan hanya soal kepentingan ekonomi, malah ia turut melibatkan kedaulatan dan masa depan negara.

Menurutnya lagi, sembilan bab tersebut dikatakan mengenai kewangan dan pelaburan, perundangan, pemilikan harta dan perusahaan awam.

Oleh itu, tegasnya PAS mencabar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri supaya mendedahkan substantif perjanjian tersebut sebelum ia dibentangkan di Dewan Rakyat, sekurang-kurangnya kepada semua ahli-ahli parlimen.

Katanya lagi, pendedahan tersebut adalah tanggungjawab kerajaan terhadap negara juga rakyat dan diharap dapat memberi peluang kepada rakyat atau wakil mereka ke parlimen untuk menilai dengan teliti, memberi input dan terlibat dalam proses membuat keputusan penting untuk kepentingan negara.

"Kami meminta hak kebebasan untuk mendapatkan maklumat kerana ia melibatkan kepentingan rakyat," ujarnya yang jga Ahli Parlimen Temerloh. - HARAKAHDAILY 27/7/2015

Sumber HD - 27-7-2015


PAS: Bagaimana intima' yang kukuh?

NASRUDIN HASSAN | .


1. Intima' ertinya menyertai dengan satu ikatan. Berintima' dengan PAS maknanya menyertai PAS dengan satu ikatan. Namun di sana terdapat intima' yang salah dan rapuh dengan maksud mereka menyertai PAS dengan intima' yang longgar dan rapuh. Hanya terdapat satu sahaja jenis intima' yang benar, kukuh dan utuh.

2. Intima' yang rapuh, longgar dan salah ini sekurang-kurangnya ada 4 jenis.
a) Intima' Syakhsi (إنتماء شخصي)

Menyertai PAS kerana ketokohan individu tertentu. Intima' ini rapuh justeru individu atau tokoh tertentu boleh pergi dan datang. Jika tokoh yang menjadi idolanya meninggalkan PAS, maka ia akan turut meninggalkan PAS. Perjuangannya tidak mantap dan utuh. Pendiriannya tidak kukuh.

Mungkin bertahan beberapa tahun mengikut ketahanan tokoh yang menjadi sebab kenapa ia menyertai PAS. Ada sepanjang hayatnya bersama PAS tetapi penghujung usianya berakhir di luar PAS.

Situasi ini pernah ditegaskan oleh Saidina Abu Bakar Rha.

مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ

Barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Muhammad s.a.w. maka sesungguhnya Muhammad s.a.w. telah mati dan barangsiapa yang mengabdikan diri kepada Allah swt maka sesungguhnya Allah swt hidup dan tidak mati.

Lalu Saidina Abu Bakar Rha membaca ayat Allah swt:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Apakah sekiranya ia mati atau terbunuh, kamu akan berpaling tadah memusing tumit kamu? sesiapa yang berpaling memusingkan tumitnya, maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur. (Surah Aali Imran: 144)

b) Intima' Maslahi (إنتماء مصلحي)

Menyertai PAS kerana kepentingan peribadi atau kelompok dan mempunyai agenda tertentu yang ingin dicapai. Apabila gagal mencapai kepentingan yang diingini dan tidak berjaya melunaskan agenda mereka, maka mereka akan mencari tapak yang lain untuk pelan 'B' dan meninggalkan PAS. Ketahanan mereka berdasar sejauh mana atau selama mana mereka perolehi kepentingan dan memiliki peluang menjayakan agenda mereka.

c) Intima' Irtijaali (إنتماء ارتجالي)

Menyertai PAS secara spontan tanpa asas dan sebab yang kukuh. Ia sendiri tidak mengetahui kenapa ia menyertai PAS. Bakanya adalah baka PAS. Ayah dan ibunya PAS serta persekitaran ia membesar juga PAS. Justeru itu ia tidak mempunyai jawapan yang konkrit kenapa ia menyertai PAS selain dari menyedari bahawa ia telah PAS sejak awal. Pendirian mereka akan cepat goyang apabila PAS dilanda krisis dan mereka seperti ini tidak mempunyai jawapan yang mantap kenapa ia mesti terus berada dalam PAS yang sedang bergoncang dilanda gelombang. Akhirnya ia lari meninggalkan PAS kerana tidak sanggup berdepan dengan apa jua kemungkinan.

d) Intima' A'fawi (إنتماء عفوي)

Menyertai PAS berasaskan kecenderungan dan simpati terhadap apa yang diperjuangkan oleh PAS yang juga teruk dibelasah oleh musuh. Intima' jenis ini longgar serta rapuh kerana kecenderungan dan simpatinya akan berakhir terutama apabila didapati PAS tidak lagi menepati kemahuan dan kehendaknya. Tiada lagi simpati malah boleh bertukar menjadi benci. Tatkala benci menguasai diri, maka mereka akan mengangkat kaki meninggalkan PAS

3. Intima' yang benar, kukuh, utuh dan mantap hanya satu iaitu Intima' Aqidi (إنتماء عقيدي).

Menyertai PAS berdasarkan tuntutan aqidah Islamiyyah. Berdiri atas Iman kepada Allah swt dan Kitabnya yang diwahyukan kepada Nabi saw. Menunaikan perintah Allah swt dengan penuh yakin dan optimis supaya berjuang menegakkan Syariat Allah swt dengan harta dan jiwa raga. Firman Allah swt:

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu segera untuk berjuang pada jalan Allah, sama ada dengan keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Surah At Taubah: 44)

4. Intima' yang kukuh ialah apabila kita meletakkan diri berjuang hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt, menegakkan syariat dan segala syiar-Nya, mencari keredhaan Allah swt di dunia dan di akhirat.

Dari Abu Musa Al Asy'ari bahawa terdapat A'rabi datang bertanya Nabi s.a w:

الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ مَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّه

Ada tokoh yang berjuang kerana mahu memiliki harta rampasan, ada tokoh yang berjuang supaya namanya disebut-sebut, ada yang berjuang supaya dirinya berketerampilan dan terpandang. Maka siapa yang diiktiraf berjuang di jalan Allah swt?
Dalam riwayat yang lain:

الرجل يقاتل شجاعةً ويقاتل حميةً ويقاتل غضباً فمن في سبيل الله

Ada yang berjuang kerana tunjuk berani, ada yang berjuang kerana mahu mendapatkan pelindungan, ada yang berjuang kerana semata-mata benci kepada musuh, maka siapa yang benar-benar diiktiraf sebagai pejuang dijalan Allah swt.

Lalu Jawab Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah swt (mengatasi ideologi ciptaan manusia) maka ia berada pada Jalan Allah swt. (Fi Sabilillah). (Muttafaqun Alaihi)

5. Mereka yang menyertai PAS dengan intima' yang rapuh pasti sahaja tidak akan mampu bertahan bersama PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk menegakkan Kalimah (syariat) Allah swt kerana ujiannya terlalu getir khasnya ujian dalaman yang boleh membawa kekecewaan dan patah hati. Hanya mereka yang menyertai PAS kerana aqidah sanggup berjuang dan mampu bertahan hingga ke denyut nadi yang terakhir. Sama ada menang atau syahid, namun untuk memalingkan tumit meninggalkan perjuangan adalah tidak sama sekali.

"Istiqamah Hingga Kemenangan"

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
HARAKAHDAILY 22/7/2015

Sumber HD - 22-7-2015



Ancaman Terhadap Media Bukti BN Terdesak

Posted on Tuesday, July 21 @ 19:33:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menempelak tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang terus bertindak menyekat laman sesawang The Sarawak Report setelah portal tersebut banyak membongkar skandal kewangan 1MDB.

2.             Tindakan tersebut hanya mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu 1MDB dan kelewatan kerajaan mendedahkan laporan forensik kewangan kepada awam. Pelbagai isu telah dibongkarkan mengenai 1MDB, namun sehingga ke hari ini belum terdapat apa-apa laporan rasmi diterbitkan bagi menjelaskan skandal tersebut kepada rakyat.

3.             Sebaliknya, selepas penahanan Xavier Andre Justo dan pendedahan Lester Melanyi, polis pula memburu portal berita dan beberapa pimpinan parti politik. PAS turut menjangka bahawa pemburuan ini akan mengheret mereka yang akan ditahan di bawah Akta Hasutan dan bakal dikenakan hukuman yang berat.

4.             Apa yang paling penting sekarang adalah laporan forensik kewangan 1MDB mesti didedahkan kepada awam bagi menjawab segala isu yang telah dibongkarkan, bukannya mengancam pihak media dan ahli politik. Malah, PAS telah mendesak untuk wujudkan satu suruhanjaya siasatan yang bebas dan adil bagi tujuan ini, namun tidak dilayan.

5.         Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ialah terus menekan pihak-pihak tertentu supaya mereka terus menutup mulut atas pendedahan-pendedahan yang telah dilakukan. Mengapa tidak saman jika ianya palsu dan menyeleweng? Mengapa menggunakan kuasa drakonian untuk menyekat hak dan tanggungjawab media?

Sekian, terima kasih.

Nasrudin BIN Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber TKO - 21-7-2015


Pas-DAP tidak mungkin berbaik semula
Posted on Thursday, July 16 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – Cukup, cukuplah DAP! Itu isyarat diberikan Pas yang tidak mahu lagi terjatuh ke dalam lubang yang sama sampai dua kali dalam menjalin kerjasama politik dengan parti itu.

"Untuk masa terdekat ini, memang sukar untuk kita berbaik semula dengan DAP. Kita tidak mahu masuk lubang yang sama sampai dua kali," kata Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika ditanya mengenai kemungkinan dua parti pembangkang itu 'rujuk' semula setelah membatalkan tahaluf siyasi yang dijalin sejak 2008.


Ini berikutan kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang baru-baru ini membayangkan kemungkinan dua parti berkenaan bersekutu semula pada masa akan datang.


Mengulas kenyataan itu, Nasrudin berkata: "Jika DAP mahu buat 'U-Turn', kepimpinan Pas kena tengok balik kedudukannya macam mana. Setakat ini, DAP sudah dua kali keluar dari pakatan pembangkang iaitu pertama kali ketika Barisan Alternatif, dan kini PR. Apa yang saya boleh kata, buat masa ini, sukar (untuk berbaik semula)."


Nasrudin berkata demikian ketika menjawab soalan dalam sesi dialog bersama pengurusan dan wartawan kanan Sinar Harian ketika berkunjung ke pejabat akhbar ini di sini, semalam. 


Turut serta dalam kunjungan itu Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Salleh; Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan; Penolong Setiausaha Agung 2, Khairul Fahmi Mat Som; Setiausaha Politik kepada Presiden, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar dan  Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad.  


Nasrudin berkata, jika DAP serius mahu berbaik semula dengan Pas pada masa akan datang, konsep hubungan itu mungkin bukan dalam bentuk tahaluf siyasi seperti sebelum ini.


"Kena tukar. Mungkin kita boleh pakai konsep ta'awun. Ta'awun sekadar berkawan saja, tidak ada persefahaman secara konkrit. Ini tidak sama dengan tahaluf siyasi kerana tahaluf siyasi kena ada ikrar, sumpah dan akujanji," tegasnya.


Menurut Nasrudin, Majlis Syura Ulama Pas memutuskan bahawa tahaluf siyasi dengan Pas telah terbatal disebabkan telah berlaku pelanggaran syarat oleh pihak DAP ketika mereka bekerjasama sebelum ini. 


“Mengikut hukum asal, gerakan Islam seperti Pas tidak boleh bekerjasama dari segi politik atau terikat perjanjian dengan bukan Islam. Namun ulama kata boleh dengan syarat dan salah satu (daripada syarat itu) ialah pihak yang satu lagi itu tidak boleh halang usaha gerakan Islam untuk melaksanakan Islam."


Sebelum itu, katanya, kedua-dua belah pihak telah ada persefahaman untuk 'bersetuju untuk tidak bersetuju' berhubung perkara itu namun DAP kemudiannya telah bertindak menentang hasrat Pas mahu melaksanakan Islam.


“Apabila berlaku penentangan, ini boleh jadi sebab syarat yang ditetapkan itu terbatal. Apabila syarat terbatal, secara automatik tahaluf siyasi terbatal,” katanya.


Menjelaskan lebih lanjut kata-katanya, Nasrudin berkata: "Jika DAP tidak setuju kita nak buat hudud, tidak mengapa...kerana mereka bukan Islam. Namun sekarang mereka bukan saja tidak bersetuju tetapi juga turut menentang. 


"Mereka hantar soalan di Parlimen memprovokasi kerajaan untuk menunjukkan hudud bertentangan dengan Perlembagaan.


"Jadi susah kita nak buat kerja kerana kita jemaah Islam yang memperjuangkan syariat Islam,” katanya.


Dalam pada itu, katanya, Pas tidak akan mengundurkan diri daripada Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang. 


“Kedudukan Pas di Selangor tidak terjejas kerana kerjasama yang terbatal hanya melibatkan parti dengan parti. Dalam kerajaan negeri, masih ada satu lagi pihak iaitu PKR.


“Kerajaan juga ini ditubuhkan dengan mandat diberi rakyat dan Pas juga ada saham. Jadi tidak ada sebab untuk kita berundur kerana kita kena pikul mandat itu sampai pilihan raya,” katanya  - SInar Harian



Sumber TKO - 16-7-2015


G18: Tindakan menyongsang arah

HARAKAHDAILY | .


Hiruk pikuk negara dengan pengisytiharan kumpulan G18 yang mahu menubuhkan parti baharu selepas Aidilfitri nanti. Kini mereka namakan gerakan mereka sebagai Gerakan Harapan Baru atau singkatan GHB. Satu langkah nekad yang dipimpin oleh Mohamad Sabu. Salahudin Ayub pula sebagai timbalannya.

Kedua-dua mereka pernah memimpin Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum ini.


Ucapan dan nasihat yang sering mereka utarakan ialah supaya kami anak muda senantiasa istiqamah dengan perjuangan Islam di atas wadah PAS walau apa bentuk badai melanda dan kemana posisi sekali pun kita dilontar, kita menjadi biji benih yang subur untuk terus berperanan tanpa meninggalkan jamaah ini. Suatu nasihat yang masih segar dalam ingatan saya.

Namun kini, mereka mengepalai gerakan ke arah menubuhkan parti baharu. Ertinya mereka mahu melepaskan talak dan terus berpisah dari PAS. Lebih malang, mereka adakan roadshow ke seluruh negara, menggunakan premis PAS dan mengajak ahli PAS menyertai mereka untuk menyertai parti baharu itu. Jelasnya mereka mengajak ahli PAS keluar meninggalkan PAS.

Tindakan G18 sangat tidak bermaruah. Sementara mereka masih berstatus ahli PAS, mereka melakukan perkara yang merosakkan PAS dari dalam. Layaknya tindakan mereka itu adalah satu pengkhianatan kepada jamaah atau parti. Ia satu kesalahan besar dan pasti mereka akan dirujuk kepada tindakan disiplin parti berasaskan peruntukan perlembagaan PAS yang sedia ada.

Kecuali mereka bukan lagi ahli parti maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan peraturan dan arahan parti. Itulah sayugianya mereka lakukan setelah mereka hilang kesetiaan kepada PAS atas apa alasan sekalipun.

Tidak ada apa-apa nilai lagi bagi mereka berada di dalam PAS jika tindakan mereka sedemikian rupa. Melainkan mereka memang bermaksud demikian, iaitu kekal dalam PAS dan rosakkan PAS dari dalam dengan menghasut ahli keluar meninggalkan PAS menyertai parti mereka yang bakal ditubuh kelak. Tindakan sebegitu bukan sekadar pengkhianatan malah juga satu kejahatan.

Saya yakin mereka hanya mampu menarik individu yang tidak sayang kepada PAS untuk meninggalkan PAS menyertai mereka. Hanya mereka yang berkepentingan diri dan mempunyai agenda tertentu yang bersalahan dengan dasar PAS sahaja yang akan mengangkat kaki menapak mengikut arah mereka.

Justeru individu yang punya rasa sayang pada PAS tidak akan tergamak meninggalkan PAS semata-mata mereka tidak menang dalam pemilihan muktamar atau semata-mata pemimpin pilihan mereka kalah.

Sementara mereka yang sememangnya mempunyai agenda tertentu yang bersalahan dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didukung oleh PAS akan pantas menjadikan situasi pasca muktamar PAS ke 61 sebagai turning point untuk mereka meninggalkan PAS.

Saya yakin golongan ini sebenarnya sejak hari pertama mereka menyertai PAS, telah tersemat dalam diri mereka perancangan seperti ini. Ia adalah pelan 'B' mereka setelah gagal menguasai PAS dengan agenda mereka.

Mereka tidak pernah rasa ralat dan bersalah jauh sekali terasa sayang kepada PAS, kerana PAS hanyalah batu loncatan atau platform untuk capai cita-cita politik mereka. Sedang mereka mempunyai jamaah lain yang diberikan wala' atau kesetiaan.

Mereka punya rumah kekal tempat mereka memusatkan segala strategi dan perencanaan, sementara PAS adalah rumah tumpangan untuk mereka beraksi sebagai front politik semata-mata, tidak lebih dari itu.

Langkah awal mereka adalah songsang dan akhirnya mereka menyongsang arah. Malangnya mereka berjaya mengelirukan sebahagian kecil ahli PAS dengan pembawaan dan ajaran songsang mereka untuk menubuhkan satu lagi kononnya parti berteraskan Islam dalam negara ini yang kononnya untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dengan mewujudkan Pakatan Rakyat 2.0.

Mereka ahli PAS, lalu keluar menubuhkan parti baharu kemudian mengajak ahli PAS sertai parti itu untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat. Ertinya mereka hanya berlegar dalam circle atau zone pembangkang. Tidak ada sebarang nilai tambah.

Sebaliknya tindakan mereka hanya memecahkan kedudukan ummat Islam khasnya dan pembangkang amnya serta tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada kekuatan pembangkang untuk menumbangkan Umno dan BN. Kecualilah mereka bermula dengan memecahkan dalaman Umno dan BN lalu bergerak mengeluarkan ahli Umno dan BN menyertai parti baharu itu sepertimana yang pernah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa orang-orang Umno dan BN membentuk Parti Keadilan Rakyat.

Satu sudut yang lain, saya dan masyarakat umum melihat bahawa ia tidak lebih sekadar tindakan orang yang kecewa. - HARAKAHDAILY 15/7/2015

NASRUDIN HASSAN

Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 15-7-2015


Bersatu tolak sentimen perkauman

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS dengan tegas menolak sentimen perkauman yang cuba ditiupkan selepas insiden pergaduhan di Low Yat tempoh hari.

Ketua Penerangan Pusat Nasrudin Hassan berkata, sentimen perkauman tidak akan menyelesaikan masalah yang berlaku bahkan ia akan merosakkan sendi masyarakat majmuk yang telah dibina sekian lama.

"Kami mengalu-alukan tindakan pantas pihak polis meleraikan insiden pergaduhan malam kelmarin dan mendakwa suspek yang terlibat ke muka pengadilan hari ini," katanya kepada Harakahdaily.

Walau bagaimanapun, katanya, PAS berharap agar proses pendakwaan yang diambil mestilah dilihat adil supaya tidak timbul sebarang reaksi negatif selepas hukuman dijatuhkan.

Dalam masa yang sama, PAS turut menggesa pihak polis supaya menyiasat provokasi yang dilakukan terutama di media sosial berhubung isu ini.

"Difahamkan, masih ramai lagi pengguna media sosial yang memainkan isu berkenaan sehingga menyentuh sensitiviti kaum. Tindakan tegas wajar diambil sekiranya ia berlarutan dan membawa kepada sentimen yang berpanjangan.

"Kami berharap agar seluruh rakyat Malaysia tenang dan mengambil sikap rasional dalam isu ini.

Buat laporan kepada pihak polis sekiranya terdapat kecurigaan yang membawa kepada sentimen perkauman supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

"Kita tidak mahu isu ini merebak kepada hal-hal lain sehingga menghakis kepercayaan sesama kaum di Malaysia," jelasnya.

Justeru, tegasnya, kerajaan juga harus bersifat proaktif dalam proses mediasi dan membina mekanisme yang lebih kukuh terutama dalam aspek pendidikan bagi menyuburkan keharmonian kaum.

Katanya, ketika Perdana Menteri pernah mengumumkan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, pelbagai cadangan muncul antaranya menggubal Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional dan mewujudkan Blueprint Perpaduan Nasional.

"Namun, semuanya gagal direalisasikan melainkan hanya meminda Akta Hasutan 1948 dan ia telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 April lalu," katanya. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Sumber HD - 14-7-2015


Tiada tindakan ahli Pas sertai Harapan Baru

Posted on Tuesday, July 14 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR- Ahli Pas yang menyertai Gerakan Harapan Baru tidak akan diambil tindakan sehingga gerakan itu  ‎di daftarkan menjadi parti politik di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS)," kata Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan Tantawi.

Ujarnya, oleh itu setakat ini sebarang tindakan tidak boleh diambil kerana Gerakan Harapan Baru bukanlah sebuah parti.

“Gerakan Harapan Baru belum daftarkan gerakan itu sebagai sebuah parti di bawah ROS, jadi masih belum boleh diambil tindakan.

“Pas juga masih belum dapat aduan daripada ahli Pas berkenaan gerakan itu jadi jawatankuasa disiplin juga tidak boleh ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa parti itu Plaza Hotel Kuala Lumpur.

Nasruddin berkata demikian selepas ditanya adakah Pas akan mengambil tindakan terhadap kumpulan ahli Pas yang mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan  dinamakan "Gerakan Harapan Baru" hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana ahli Pas yang bertindak mempromosi pembentukan parti lain atau berusaha untuk menarik ahli Pas lain untuk keluar dari parti akan digugurkan keahliannya secara automatik.

“Peraturan kita (perlembagaan parti) tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan mana-mana parti lain sama ada mempromosikan, parti baru atau mengeratkan  satu usaha ke arah ahli Pas keluar daripada parti.

“Ini bercanggah dengan perlembagaan parti, dan bagi Pas, kita minta ahli supaya tidak terlibat, dengan sebarang gerakan untuk melemahkan parti. Kita ada jawatankuasa disiplin yang bertindak jadi dalam hal ini kita harap semua pihak akur dengan keputusan muktamar,” katanya.

Manakala ketika menyentuh mengenai pembentukan Gerakan Harapan Baru, Tuan Ibrahim berkata gerakan itu tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada muafakat pembangkang.

"Kumpulan ini tergolong dalam Pas. Jadi, tiada apa pun nilai tambah yang boleh diberi kepada pakatan pembangkang.

" Lagi pun gerakan ini berbeza dengan penubuhan PKR oleh Anwar Ibrahim dan Semangat 46 oleh Tengku Razaleigh Hamzah," Katanya - Sinar


Sumber TKO  - 14-7-2015


Jaga keselamatan diri, berhati-hati semua keadaan


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Negara kita perlu aman. Keamanan mesti dipelihara dan ia adalah untuk kebaikan semua pihak.

"Apapun bentuk pertikaian dan pertelingkahan antara kita, sewajarnya ditangani dengan tenang dan mengikut lunas undang-undang. Jangan ambil hukum di tangan," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Katanya, porak peranda akan merugikan semua pihak.

Justeru itu, beliau menggesa agar dielakkan sebarang provokasi khasnya sentimen perkauman agar tidak tercetus untuk mengekalkan keharmonian dan hubungan baik antara kaum di negara tercinta ini.

Tambahnya, sikap buruk seperti tidak bertolak ansur, menipu, menindas, mencuri, memukul, memaki hamun dan sebagainya adalah kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapapun dan pihak berkuasa mesti bijak, tangkas dan berlaku adil dalam tindakan.

Tegasnya, pesalah tetap sebagai orang yang bersalah.

Namun begitu, kata beliau ia perlu dibuktikan melalui proses pertuduhan dan perbicaraan yang betul dan pihak berkuasa mesti bertindak pantas serta profesional.

Beliau turut menasihatkan orang ramai sewajarnya bertenang di samping menjaga keselamatan diri dan berhati-hati dalam semua keadaan.

"Semoga kemuliaan Ramadhan ini akan terus terpelihara dan kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira rupa wajah dan bangsa kaum akan mendapat rahmat Allah SWT sebagai Tuhan Sekalian Alam," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. - HARAKAHDAILY 13/7/20                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 13-7-2015

Tahaluf siasi: Penegasan Majlis Syura jadi tumpuan




HARAKAHDAILY | .


Kematangan dan pengalaman PAS dalam mengharungi liku-liku perjuangan di pentas politik tanah air bukanlah suatu yang cetek dan mudah diperkecilkan.

Sejak 1951 PAS mengharungi badai perjuangan ini dengan tabah dan cekal. Melalui pelbagai episod cabaran luaran dan dalaman. Kini PAS telah melewati edisi muktamarnya yang ke-61.

Pemimpinnya pergi dan datang. Pendekatannya pula seiring zaman. Berat beban amanah perjuangan ini terus ditatang. Berdiri bangga dan yakin di atas prinsip dan manhaj Islam yang diperjuangkan.

PAS membina struktur tunjangnya melalui pengkaderan yang berterusan. Risalah dakwah yang digerakkannya merentasi sempadan geografi dan rupa bangsa. Ijtihad Politik semasa ditangani penuh cermat tanpa pernah berani melanggar batas syariat.

Biarpun berkali-kali berlaku perubahan kepimpinan namun dasar, matlamat, prinsip, visi dan misi perjuangan PAS tetap tidak berubah. Islam menjadi dasar perjuangan PAS yang muktamad sementara Al Quran dan As Sunnah menjadi sumber utama rujukan PAS.

Saya catatkan penegasan ini sebagai pengulangan terhadap suatu yang sepatutnya telah diketahui umum mengenai PAS. Sebuah gerakan Islam yang berdaftar sebagai parti politik untuk memperjuangkan risalah Islam melalui pendekatan secara aman (muwajahah silmiyah) dengan memanfaatkan ruang demokrasi.

Terbaru, negara tertumpu kepada penegasan Majlis Syura Ulamak PAS bahawa tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan DAP terbatal ekoran berlakunya pelanggaran syarat tahaluf yang diizinkan oleh syarak.

DAP kini bukan lagi tidak bersetuju PAS melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan tetapi telah bertindak mahu menghalang dan menentang hasrat PAS tersebut.

Sekadar DAP tidak bersetuju adalah tidak mengapa kerana kita sekali-kali tidak boleh memaksa non muslim menerima Islam dan amalannya. Malah satu persefahaman telahpun ditandatangani bersama dengan menggunakan konsep "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Namun situasi semasa berbeza. DAP melancarkan provokasi, bantahan terbuka mereka telah disuarakan merata tempat tanpa peduli sentimen ummat Islam, menyelar kepimpinan PAS, campurtangan dalam urusan pemilihan PAS dan sebagainya yang menunjukkan nilai kerjasama itu telah rosak dan syarat tahaluf siasi telah batal.

Perkiraan Majlis Syura Ulamak PAS ialah perkiraan hukum syarak yang telah diperhalusi. Ia badan yang memutuskan dasar dan implementasinya diserahkan kepada pihak AJK PAS Pusat.

Keputusan sebegitu bukanlah penamat bagi PAS untuk terus berperanan sebagai parti politik yang mendukung gerakan dakwah, siasah dan tarbiah. Masih terdapat 1001 cara dan ruang untuk PAS meneruskan agenda dakwah dan siasahnya sekaligus menembusi "pasaran" non muslim, agar hubungan baik PAS dengan semua pihak yang tidak menentang dasar perjuangan PAS termasuk non muslim terus utuh bersemi.

Dakwah Islam terus bersemarak. Penerangan mengenai dasar dan hala tuju perjuangan PAS menjadi agenda utama. Enggagement dengan semua pihak termasuk parti politik, NGO, individu, dan media terus dijalin erat.

Insya Allah, PAS makin bertenaga membawa hasrat perjuangan Islam dan rakyat menuju sebuah negara yang sejahtera, aman, adil dan dirahmati Allah SWT. - HARAKAHDAILY 12/7/2015

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 12-7-2015


Interaksi dengan al-Quran

NASRUDIN HASSAN | .


1. Sahabat Seperjuanganku

Al-Quran mesti dibaca dan ditadabbur (dihayati)

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran) sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatNya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (Surah Shad: 29)

2. Sahabatku
Al-Quran mesti dipelajari dan dilaksanakan peraturan dan arahannya.

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah Engkau jalankan hukum di antara mereka Dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling maka ketahuilah, Hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-yang fasik. (Surah al-Maidah: 49)

3. Sahabatku
Akibat berpaling dan mendustakan ayat-ayat Allah SWT kita akan mengalami kesempitan hidup

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصرا قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ

"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal Aku dahulu melihat?" Allah berfirman : demikianlah telah datang kepada engkau ayat-ayat Kami tetapi engkau melupakannya maka demikianlah pula hari ini engkau dilupakan.” (Surah Taaha: 124-125)

4. Sahabatku
Berpaling dan mendusta ayat Allah SWT menyebabkan kita terhalang dari memasuki syurga Allah.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh terhadapnya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta boleh masuk lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang yang melakukan kesalahan. (Surah al-A’raaf: 40)

5. Sahabat Seperjuanganku
Mendustakan ayat Allah SWT kelak kita akan menerima azab neraka yang sangat pedih.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang yang kufur ingkar kepada ayat keterangan kami, Kami akan membakar / memanggang mereka dalam api neraka. tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah an Nisa’: 56) - HARAKAHDAILY 12/7/2015

Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 12-7-2015

1MDB Krisis Terbesar Politik Negara ; Siasat Segera dan Tegakkan Keadilan

PAS telah mengambil pendirian tegas dan jelas sejak dari dahulu bahawa, penyelewengan mesti ditentang, nilai integriti mesti dipulihkan dan keadilan mesti ditegakkan.

Justeru itu, Ketua Penerangannya Ustaz Nasruddin Hassan menyeru buat kesekian kalinya, siasatan telus dan bebas mesti dilakukan.

“Pada masa yang sama , prinsip Islam dalam proses siasatan ini hendaklah ditegakkan sepenuhnya sebagai penegasan Nabi saw iaitu :

البينة على المدعي و اليمين على من أنكر

( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )

“Pendakwaan mestilah berpaksi pada bukti yang jelas dan kukuh sementara pihak yang dituduh hendaklah diberi peluang bersumpah dan membuat penafian yang meyakinkan jika tidak mengaku bersalah,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pemimpinan utama parti khasnya Tuan Guru Presiden PAS, Timbalan dan Naib – naib, telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.

Malah, kata beliau, Lajnah Penerangan PAS negeri – negeri telah membuat report polis berasaskan pendedahan The Wall Street Journal.

“Pihak WSJ telah mempertahankan dakwaannya dan mengemukakan asas pertuduhan atau dakwaan mereka. Sementara YAB Perdana Menteri masih dilihat teragak – agak untuk membuat penafian secara langsung pada subjek dakwaan yang dibuat.

“Penafian yang dibuat masih diawang – awangan dan tidak meyakinkan,”jelas beliau

Justeru itu, PAS telah menegaskan bahawa perlu satu Suruhajaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera dan mengendalikan proses siasatan secara adil dan telus.

“Kita tidak boleh berpihak pada yang salah sebagaimana kita juga tidak boleh menganiaya pihak yang tidak bersalah. Maka salah atau tidak mesti ditentukan melalui proses siasatan dan pembicaraan yang telus dan adil,

“Jangan biarkan negara tergantung tanpa tindakan segera yang berkesan kerana ia bukan sahaja merosakkan nama baik negara tetapi akan memberi kesan langsung pada kestabilan ekonomi dan politik tanahair,”katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media

Ahli Parlimen Temerloh itu juga menggesa Yang Dipertua Dewan memanggil segera satu Sidang Khas Parlimen juga perlu dipanggil segera bagi membolehkan YAB Perdana Menteri khasnya dan kerajaan amnya memberi penjelasan kepada ahli – ahli parlimen.

“dan (Najib) menjawab persoalan serta kekeliruan berbangkit oleh seluruh ahli parlimen sebagai wakil rakyat yang juga bertanggungjawab langsung bagi pihak rakyat dalam negara ini untuk mengetahui betul duduk sebenar perkara ini.

“yang didapati bersalah mesti bertanggungjawab dan diambil tindakan wajar sesuai dengan bentuk kesalahan sementara yang didapati tidak bersalah maka ia berhak menikmati kebebasan,”ujarnya lagi.

Beliau menekankan, itulah prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS dan ia terpakai pada semua yang mahukan keadilan tegak di atas tanahair kita.

Sumber BO - 7-7-2015

Jangan sampai pejuang ditempelak sebagai ketam

HARAKAHDAILY | .


Medan juang kita terlalu terdedah kepada pelbagai ruang yang merosakkan. Virus mazmumah seperti besar diri, rasa hebat, sombong, sukar dengar nasihat, ego dan lain-lain adalah virus yang mudah merebak dan berjangkit pada diri seorang pejuang. Sementelah pejuang juga manusia biasa yang tidak maksum dan kebal daripada serangan virus tersebut.

Tanggungjawab pejuang bukan sahaja mengenai orang lain tetapi juga diri sendiri. Kita tidak mahu menjadi satu golongan seperti yang disifatkan oleh Al Quran:

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Surah Al Baqarah: 44)

Kita perlu serius menilai situasi ini. Jangan sampai para pejuang ditempelak sebagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedang dia sendiri tidak betul arah jalannya. Keberkesanan dakwah kita juga banyak bergantung kepada bagaimana kita menyediakan diri yang layak dijadikan uswah atau qudwah (contoh teladan yang baik) kepada ummah.

Tidak mudah untuk menempatkan diri pada tahap itu. Namun kita mesti melakukannya demi perjuangan suci ini. Kita mesti menyucikan jiwa kita terlebih dahulu dari segala noda dan virus mazmumah yang bukan sahaja merosakkan amalan kita tetapi juga akan menjadi penebat atau penghalang kepada usaha dakwah kita.

Jiwa yang suci antara syarat kemenangan dan kejayaan dalam perjuangan. Memudahkan pertolongan dari Allah swt sementara jiwa pejuang yang kotor memungkinkan pertolongan Allah swt itu batal.

Firman Allah swt: قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا.

Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan dirinya (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorkan jiwanya dengan maksiat. (Surah Asy Syams: 9-10) - HARAKAHDAILY 7/7/2015

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat


Sumber HD - 7-7-2015

Biar sebesar mana badai melanda, kita selamat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ramadhan bagaikan sebuah kem latihan yang mengemukakan pelbagai modul menarik untuk melahirkan insan yang terbaik.

"Pastinya modul yang wajib kita ambil ialah modul pembinaan aqidah, fikrah dan akhlak," tulis Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.

Katanya, kepatuhan berpuasa sebagaimana perintah Allah swt adalah aqidah, memahami matlamat dan objektif amal padanya adalah fikrah dan sikap serta sifat yang perlu dilakukan sepanjang Ramadhan adalah akhlak.

Menurutnya, keseimbangan aqidah yang soheh (benar), fikrah yang soreh (jelas) dan akhlak yang soleh (baik) adalah komponen utama untuk membentuk sosok insan yang terbaik (khaira ummah).

Beliau berkata, modul itu mesti kekal diaplikasi sepanjang waktu dan ia adalah penyumbang utama kepada pembentukan negara dan tamadun yang dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.

"Sewajarnya keseimbangan ini dimiliki oleh pejuang. Buruk benar seorang yang hilang salah satu dari unsur keseimbangan tersebut," ujarnya lagi.

Tambahnya, aqidah mantap tetapi tiada akhlak hanya menjadi fitnah kepada pejuang.

Ini, jelasnya samalah seorang pejuang yang mempunyai akhlak dan fikrah yang baik tetapi rosak aqidah, tidak memberi sebarang nilai pada diri dan agama.

"Kita perlukan aqidah yang soheh agar kita tidak dihumban oleh Allah swt ke neraka-Nya.

"Kita mesti mempunyai fikrah dan tasawwur Islam yang jelas dan luas supaya mampu menangkis tohmahan jahat terhadap Islam dan dalam masa yang sama kita boleh menyebarluaskan risalah Islam," katanya.

Akhlak Islam pula, jelasnya adalah keindahan peribadi yang akan memikat massa kepada Islam.

"Tiga anasir seimbang itu (aqidah, fikrah, akhlak) adalah asas kekuatan kita. Biar sebesar mana pun badai melanda, andai kita memiliki tiga perkara ini, insyaallah kita selamat.

"Allah redha kepada kita lantaran aqidah kita yang benar. Masyarakat sayang kepada kita ekoran akhlak kita yang baik dan kita memiliki kemuliaan kerana berada di atas manhaj yang betul dipandu fikrah Islam yang jelas," ujarnya. - HARAKAHDAILY 6/7/2015


Sumber HD - 7-7-2015

Istiqamah: Tiada takut dan tiada resah



NASRUDIN HASSAN | .


1. Sahabat Seperjuanganku

Matlamat perjuangan kita adalah sangat jelas. Matlamat di dunia ialah mendaulatkan syariat Allah swt sementara matlamat akhir ialah Mardhatillah (keredhaan Allah swt). Usah rasa kerdil apatah lagi untuk rasa bersalah bagi meneruskan perjuangan ke arah mencapai matlamat ini. Biarpun fitnah dan tohmahan dihambur tanpa henti justeru itu adalah sunnatullah.

2. Sahabatku

Kita hebat apabila mampu istiqamah menempuh jalan yang berliku dan cabaran yang beribu. Ingat pesan Allah swt:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
Sesungguhnya orang yang berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (istiqamah), akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Surah Fussilat : 30)

3. Sahabatku

Istiqamah dengan perjuangan ini menjadikan kita selamat. Tiada apa yang perlu kita takutkan. Terus pandang ke hadapan, melangkah dengan yakin dan berani untuk memuktamadkan matlamat yang telah disepakati. Tiada apa yang perlu kita resahkan. Galas amanah dengan sabar dan tabah untuk mencari kemenangan di bawah sinar Redha Allah swt.

4. Sahabatku

Terlalu banyak tawaran yang menggamit agar kita jual perjuangan ini. Banyak juga permintaan supaya kita tinggal perjuangan ini. Tidak kurang ugutan dan gesaan supaya kita berhenti berjuang. Namun apakan daya, perjuangan Islam ini terlalu suci untuk kita tinggalkan. Istiqamah di atas manhaj perjuangan Islam ini sangat mendamaikan biarpun diuji dengan 1001 keperitan.

5. Sahabat Seperjuanganku

Kemenangan adalah suatu yang hampir. Ia dijanjikan oleh Allah swt buat mereka yang istiqamah. Lambat atau cepat kemenangan itu adalah tempoh yang mesti dinanti bersulamkan gerakkerja Amal Islami tanpa henti. Jauh atau dekat kemenangan itu adalah jarak yang mesti dilalui tanpa jemu menggalas beban tanggungjawab perjuangan. Mohonlah kemenangan dengan sabar (istiqamah) dan solat. - HARAKAHDAILY 4/7/2015

Sumber HD - 4-7-2015

Serangan terhadap pejuang Ikhwan sangat kejam

NASRUDIN HASSAN | .



(وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِنْ لَا تَشْعُرُونَ)

"Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup tetapi kamu tidak menyedarinya". (Surat Al-Baqarah: 154)

Tindakan polis di bawah kerajaan kudeta Mesir yang telah membunuh 9 orang pejuang Ikhwan Muslimin dalam satu serbuan di sebuah bangunan di Bandar Sittah Oktober, Kaherah adalah sangat kejam dan tercela.

Serangan tersebut dikatakan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Peguam Negara Mesir Hisyam Barakat. Ia sangat melampaui batas kemanusiaan. Sikap mereka tidak ubah sepertimana Zionis yang sentiasa dahagakan darah umat Islam.

Isu ni perlu dipandang serius oleh seluruh dunia Islam kerana rejim pemerintah dilihat menggunakan angkatan tentera dengan sewenang-wenangnya dalam usaha menghapuskan gerakan Islam tersebut. Melaksanakan pemerintahan kuku besi, diktator, membunuh rakyat awam, jelas melanggari hak kemanusiaan.

Biarpun ribuan pejuang Ikhwan Muslimin dibunuh oleh musuh-musuh Allah, namun mereka tidak akan sesekali mampu memadamkan api perjuangan Islam di bumi Anbiya' tersebut.


Allah menegaskan: (يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ)

"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, Tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya". (Surat As-Saff: 8)

Sehubungan itu, PAS melahirkan rasa terkilan yang teramat sangat apabila ada segelintir ulama al-Azhar yang bersekongkol dengan rejim As-Sisi dalam usaha mengharamkan Ikhwan Muslimin.

Tindakan mereka tersebut akan memburukkan imej Al-Azhar selaku institusi pengajian tertua di dunia.

Justeru itu, negara-negara Islam khususnya Malaysia digesa mengambil tindakan berkesan ke atas Mesir, sebagai salah satu usaha untuk menekan kerajaan haram ini.

Marilah kita berdoa agar pejuang Islam yang terbunuh dalam serangan tersebut, tergolong dari kalangan syuhada serta mendapat ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.

Semoga Allah kurniakan kepada kita sifat thabat dan istiqamah di atas perjuangan, sebagaimana yang telah dibuktikan oleh pejuang Ikhwan Muslimin. - HARAKAHDAILY 3/7/2015

Sumber HD - 3-7-2015

PAS gesa kerajaan batalkan kenaikan harga petrol

Posted on Thursday, July 02 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM: PAS mengkritik tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol RON95 dan RON97 dan menyifatkan langkah berkenaan sebagai tidak wajar setelah rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barangan setelah pelaksanaan cukai GST, 1 April lalu.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, kerajaan sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih bijak untuk mengurangkan beban rakyat, apatah lagi sambutan Aidilfitri akan berlangsung kira-kira dua minggu saja lagi.


"Kerajaan Malaysia didesak untuk membatalkan kenaikan harga runcit Petrol RON 95 sebanyak 10 sen seliter dan Petrol 97 sebanyak 20 sen seliter serta merta. 


"Tindakan menaikkannya adalah sangat tidak munasabah kerana berdasarkan Crude Oil Brent, harga pasaran dunia dalam relatif rendah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam tadi. Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter.


Ini menjadikan harga RON95 pada waktu kini RM 2.15 manakala RON97 adalah RM 2.55.


Nasrudin dalam pada itu juga membidas tindakan kerajaan yang memaklumkan notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak hanya akan diberikan kepada pengusaha minyak, setiap hujun bulan. 


"Kerajaan Malaysia juga dilihat cuba mengelirukan rakyat apabila mengambil sikap lepas tangan dengan tidak lagi memberikan notis awal kenaikan bahan api ini setiap hujung bulan. 


"Ini sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan tidak serius untuk membela nasib rakyat apatah lagi untuk mengambil langkah konstruktif mengurangkan beban rakyat," ujarnya.


Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, tekanan kos sara hidup dan peningkatan inflasi ini dijangka akan terus berlarutan dan ia akan terus menekan golongan berpendapatan rendah. 


"PAS mendesak sekali lagi supaya kerajaan membatalkan kenaikan ini serta merta kerana tidak terdapat justifikasi kukuh," katanya lagi. - AntaraPos



Sumber TKO - 2-7-2015


Maksiat rosakkan reputasi

NASRUDIN HASSAN | .


1. Sahabat Seperjuanganku
Makin banyak ibadah yang dilakukan secara ikhlas kepada Allah swt menjadikan kita lebih dekat dan erat dengan Allah swt. Kedudukan ini menjadikan kita sebagai pejuang mendapat tenaga tambahan. Rasa lebih tenang, yakin, berani dan semangat untuk terus berjuang menegakkan Islam.

2. Sahabatku
Sebaliknya, jika maksiat dan mungkar kita lakukan samaada terbuka atau sembunyi adalah menjauhkan diri kita daripada Allah swt. Jiwa semakin kusut, resah dan serabut dihambat dosa.

Malah maksiat inilah yang menjadi penghalang utama nusrah (pertolongan) Allah swt kepada perjuangan kita.

3. Sahabatku
Sebulan di bulan Ibadah ini mudah-mudahan dapat mendidik diri kita agar menjauhkan diri segala bentuk maksiat dan mungkar. Tidak hanya kekang diri dari makan dan minum tetapi juga mengekang diri dari sebarang elemen yang menumbuh dosa. Katakan tidak pada dosa!

4. Sahabatku
Perjuangan kita ini suci. Jangan cemarkan perjuangan ini dengan dosa kita. Awasi tangan, mata, telinga, lidah, kemaluan dan hati agar tidak terjebak. Andai terbabas, segera bertaubat kepada Allah swt dan suburkan rasa benci kepada maksiat. Tanam dan semai rasa cinta pada ibadah.

5. Sahabat Seperjuanganku
Jiwa yang diperkaya dengan pengabdian diri kepada Allah swt dan bebas maksiat akan terus sabar dan tabah menghadapi cabaran perjuangan ini. Jamaah juga sangat memerlukan sosok seperti ini untuk menyediakan thoifah yang terbaik menggalas agama Allah swt ke mercunya.

Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokongnya itu:

"Siapakah penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?"

Mereka menjawab: "Kamilah pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka segolongan dari kaum Bani Israil beriman, dan segolongan lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (Surah As-Saff: 14) - HARAKAHDAILY 2/7/2015

Sumber HD - 2-7-2015


1. Keputusan agensi penarafan antarabangsa Fitch Rating menaikkan penarafan Malaysia daripada “negatif” kepada “stabil” adalah dialu-alukan. Ia akan memberi sedikit ruang kepada suasana ekonomi Malaysia yang teruk kerana dibelenggu oleh banyak isu seperti hutang 1MDB, kejatuhan nilai ringgit dan sebagainya.

2. Keputusan terbaru Fitch Rating ini amat mengejutkan kerana sebelum ini pasaran dan para penganalisa rata-rata menjangkakan Malaysia akan diturun taraf kerana masalah 1M...DB dan imbangan dagangan yang teruk. Semua ini telah menyebabkan nilai Ringgit jatuh ke tahap yang paling rendah dalam tempoh sepuluh tahun.


3. Namun PAS amat berharap penarafan terbaru ini akan membantu memulihkan nilai Ringgit dan seterusnya naik ke nilai yang lebih kukuh. PAS juga berharap penarafan Fitch Rating ini akan menjadi penanda aras kepada agensi penarafan yang lain untuk juga memperbaiki penarafan mereka kepada Malaysia.

4. Walaupun masih banyak isu rakyat yang masih belum diselesaikan oleh kerajaan BN sepertimana yang berterusan diperjuangan oleh PAS, penarafan terbaru akan mampu membantu memperbaiki nilai Ringgit dan menguja ekonomi Malaysia. Bagi PAS ini adalah amat penting kerana akhirnya ianya akan membantu menyediakan suasana yang lebih baik kepada masyarakat perniagaan Malaysia, terutama sektor ekonomi rakyat melalui industry kecil dan sederhana (IKS).

5. Ini seterusnya akan meningkatkan lagi pendapatan isi rumah rakyat yang amat terkesan dengan beban kos hidup yang tinggi ketika ini. Ini lah yang terus diperjuangkan oleh PAS. Namun begitu, PAS memberi amaran kepada kerajaan BN agar tidak mengambil kesempatan dari perkembangan terbaru ini. Ini adalah kerana lebih banyak ancaman baru dan kesan negatif bakal diterima oleh ekonomi negara ekoran daripada masalah ekonomi Greece.

6. Analisa yang dikeluarkan oleh Namura Securities membuat jangkaan bahawa Malaysia bakal menerima kesan besar ekoran krisis Greece berdasarkan kajian mereka bahawa ekonomi Malaysia yang amat terdedah melalui pinjaman dengan bank-bank Eropah. Saiz pinjaman itu dianggarkan sebesar 17% daripada nilai KDNK Malaysia. Sudah cukup kerosakan yang telah kerajaan BN lakukan kepada ekonomi Malaysia melalui rasuah, pembaziran dan krisis 1MDB yang memalukan. Semua ini amat-amat membebankan rakyat.

7. Justeru kerajaan BN wajib berubah sikap dan mengambil peluang daripada sedikit ruang hasil daripada penarafan baru Fitch Rating ini untuk memperbaiki keadaan dan tidak lagi melakukan lebih banyak kerosakan kepada Malaysia dengan pelbagai skandal kewangan. Jika sekiranya kerajaan BN tidak mampu untuk melakukan itu, maka mereka harus bersedia untuk berundur atau dijatuhkan oleh rakyat melalui PRU 14 nanti.

Sekian.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh.
14 Ramadhan 1436 | 1 Julai 2015



Sumber FBPP - 1-7-2015

Syukur, tidak mengemis harapan pada makhluk



NASRUDIN HASSAN | .


1. Sahabat Seperjuanganku

Ramadhan bagaikan sebuah bengkel yang akan overhaul "enjin" kita bagi memastikan fungsi dan jangka hayat yang lebih baik. Tentu sahaja enjin kita ialah hati. Andai hati ini berfungsi dengan baik maka baiklah seluruh jasad kita.

أَلا وإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ وإذَا فَسَدَت فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ أَلا وَهيَ القَلْبُ
Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad terdapat seketul darah beku. Apabila baik ia, maka baiklah jasad keseluruhannya dan apabila buruk ia maka buruklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah bahawa itu adalah HATI. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

2. Sahabatku

Pemulihan yang dilakukan oleh Bengkel Ramadhan ialah menyuci jiwa untuk melahirkan sifat taqwa dan menyuburkan sifat syukur. Dua sifat tersebut menjadikan kita dekat dengan Allah swt dan ia sangat diperlukan oleh pejuang seperti kita.

3. Sahabatku

Sifat syukur menjadikan kita rasa cukup dan memadai dengan apa yang ada (qana'ah). Kita tahu menghargai kurniaan Allah swt lalu meningkatkan pengabdian diri kita kepada Allah swt. Syukur sebenarnya menjadikan kita kaya dan tidak mengharapkan makhluk.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim: 7)

4. Sahabatku

Seorang pejuang mesti miliki sifat syukur ini agar tidak mengemis harapan pada makhluk. Tidak dihambat rasa tamak dan akhirnya menjadikan jiwa kita resah tidak menentu. Hilang fokus perjuangan. Lebih malang apabila diserang virus ujub (rasa diri hebat).

5. Sahabat Seperjuanganku

Nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan Allah swt kepada kita adalah nikmat yang paling pantas disyukuri. Pertahankan Iman dan Islam serta perjuangkannya agar tegak dalam diri dan tanahair kita adalah sebaik-baik kesyukuran. Mereka yang berpeluk tubuh, banyak bermain alasan untuk tidak turun berjuang, malas dan sebagainya adalah manifestasi dari ketiadaan sifat syukur. Awas! Kegagalan bersyukur adalah berdepan dengan murka Allah swt.

"Ramadhan Kareem"

Sekian.

Sumber HD - 1-7-2015

Rakyat beban berganda menjelang hari raya

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga runcit petrol RON95 dan RON97 sebanyak 10 sen dan 20 sen seliter hari ini pasti akan memberikan kesan besar terhadap beberapa harga barang keperluan rakyat dalam tempoh terdekat, demikian menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Nasruddin Hassan.

Katanya, kenaikan ini akan menambahkan beban rakyat khususnya masyarakat Islam yang akan menyambut hari raya kira-kira 15 hari lagi.

"Kebiasaannya akan berlaku kenaikan beberapa jenis barang keperluan seperti ayam dan daging menjelang hari raya dan perkara ini sukar dikawal oleh kerajaan.

"Ini tidak termasuk kemungkinan kenaikan kadar tol pada bulan Ogos dan juga tarif elektrik pada awal tahun hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Tegasnya, tekanan kos sara hidup dan peningkatan inflasi ini dijangka akan terus berlarutan dan ia akan terus menekan golongan berpendapatan rendah (B40).

Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, sepatutnya kerajaan harus mengambil pendekatan lebih bijak untuk mengurangkan beban rakyat setelah dampak pelaksanaan GST (6%) pada 1 April disusuli dengan kenaikan harga runcit petrol dan diesel pada 1 Jun yang lalu.

Bahkan katanya, kerajaan Malaysia juga dilihat cuba mengelirukan rakyat apabila mengambil sikap lepas tangan dengan tidak lagi memberikan notis awal kenaikan bahan api ini setiap hujung bulan.

"Ini sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan tidak serius untuk membela nasib rakyat apatah lagi untuk mengambil langkah konstruktif mengurangkan beban rakyat," ujarnya.

Justeru, PAS mendesak supaya kerajaan membatalkan kenaikan ini serta merta kerana tidak terdapat justifikasi kukuh, tindakan menaikkannya adalah sangat tidak munasabah kerana berdasarkan Crude Oil Brent, harga pasaran dunia dalam relatif rendah. – HARAKAHDAILY 1/7/2015

Sumber  HD - 1-7-2015

Letakkan diri pada 'mode standby'



HARAKAHDAILY | .


Musuh Islam tidak pernah lalai. Mereka merencana saban ketika tanpa bosan dan jemu untuk menyekat kemaraan gerakan Islam. Rencana mereka licik dan sukar dikesan kecuali kita meneliti dengan tekun penuh basirah. Lebih malang, sebahagian muslim terpedaya dan menjadi agen secara tidak langsung untuk melambatkan gerakan dakwah Islam.

Allah SWT telah dedahkan di dalam Al Quran bagaimana kedudukan musuh Islam dengan semangat mereka menentang kebangkitan Islam.

Firman Allah SWT:

وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا

Dan mereka sentiasa (tanpa bosan dan jemu) memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu dari ugama kamu jika mereka mampu (melakukan yang demikian). (Surah Al-Baqarah: 217)

Jika begitu kedudukan musuh, bagaimana pula dengan kita? Apakah kita siap untuk bangkit mempertahankan Islam atau kita mengidap penyakit rematik yang melemahkan siku lutut sehingga tidak berupaya mempertahankan Islam?

Ingatlah sahabat, mereka akan menyerang dari segenap arah pada detik yang tidak dijangka. Kita mesti meletakkan diri kita pada mode standby.

Islam bukan agama belasahan. Ummatnya pula bukan kaum yang hina. Islam adalah agama agung dan ummatnya adalah yang terbaik (khairah ummah).

Justeru itu, Allah swt mengarahkan kita:

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ
Dan bersiap sedialah untuk menentang mereka dengan segala jenis kekuatan yang terdiri dari pasukan berkuda untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya. (Surah Al-Anfaal: 60)

Musuh menyedari kekuatan kita dan pastinya kekuatan kita terletak pada Islam yang kita perjuangkan. Kita lemah apabila lalai dan tidak bersedia. Mereka akan manfaat kesempatan itu sebaiknya. Maka janganlah kita leka.

Firman Allah SWT:

وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً
Orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai dari senjata dan harta benda kamu, supaya dengan kedudukan begitu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai secara serentak. (Surah An-Nisa': 120) - HARAKAHDAILY 29/6/2015


NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber HD - 29-6-2015

Perjalanan kita masih jauh

NASRUDIN HASSAN | .


Perjuangan yang sedang kita kenderai ini sedang meluncur di lebuh raya utama menuju destinasi. Semua kita mesti fokus kepada pemanduan di posisi masing-masing untuk selamat sampai ke destinasi. Ambil lorong yang betul dengan disiplin pemanduan yang berhemah. Jangan sekali-kali memandu secara merbahaya. Sama ada bahaya kepada diri sendiri, mahu pun bahaya kepada orang lain.

Gunakan kelajuan yang munasabah, tidak perlu tergopoh gapah dan kelam kabut. Memandu dengan tahap ketenangan yang tinggi, optimis untuk tiba ke destinasi dan apa yang paling penting ialah fokus ke hadapan.

Cuaca mutaakhir ini tidak menentu. Hujan lebat di beberapa lokasi dan sesekali rerenyai sepanjang petang. Permukaan jalan menjadi licin terutama di selekoh dan kawasan menurun. Kawal kenderaan kita dengan tenang dan berhati-hati. Jangan panik dan gusar, cuaca ini akan pulih dan kembali normal. Tingkatkan tumpuan pemanduan dalam iklim sedemikian rupa. Maksimumkan penggunaan fungsi kenderaan dengan disiplin yang betul dan menepati piawaian pemanduan selamat dan berhemah.

Ramai orang dan banyak pihak terutama keluarga tersayang sedang menanti kita dengan penuh harapan dan doa agar kita tiba dengan selamat. Berkali-kali mereka hubungi kita untuk bertanya khabar keadaan kita setelah menyedari betapa kita terpaksa memandu dalam cuaca yang tidak menentu. Mereka menanti dengan harapan yang menggunung dan kerinduan yang mendendam. Terdapat juga sebahagian mereka yang mendesak supaya kita pandu selajunya agar segera sampai ke pangkuan mereka.

Kita faham kerinduan mereka, tetapi ingat semua bahawa kita sedang memandu dalam cuaca yang berisiko. Kita boleh lihat sesekali kemalangan kecil berlaku di lokasi tertentu. Jangan biarkan emosi mempengaruhi pemanduan kita. Tarik nafas, hembuskan perlahan-lahan dan ingat serta tawakkal kepada Allah swt lalu mohon kepadaNya agar dikurniakan kekuatan, ketenangan dan keselamatan kepada kita. Insyaallah, kita akan tiba dengan selamat tanpa perlu tergopoh gapah dan kita akan tiba jua pada masa yang betul dan sesuai tanpa lengah dan lalai di perjalanan.

Secara teknikalnya, saya adalah ketua agensi pemanduan delegasi kita. Saya sedang memantau kedudukan kita dengan perisian GPS terkini bagi memastikan perjalanan kita tidak tergendala.

Beberapa arahan semasa akan dimaklumkan kepada semua dan aturan tindakan akan disusun sebaiknya.

Kita akan terus memandu di lebuh raya ini. Lihatlah cermin belakang sesekali untuk memastikan kedudukan kita selamat. Gunakan cermin sisi saat perlu terutama ketika memotong, kemudian fokus ke hadapan. Perjalanan kita masih jauh. Stamina perlu tinggi, emosi hendaklah dikawal sebaiknya. Saya berdoa dan harapnya semua kita berdoa agar kita berjaya mengenderai perjuangan ini dengan jayanya.

Tunggu saya di hentian berikut, kita akan retreat seketika untuk meredakan minda, menyusun strategi serta mengamati operasi terkini setelah mengambil kira beberapa cabaran dan halangan semasa hasil kajian pemetaan GPS, justeru kita mahu yang terbaik dalam perjalanan ini.

Namun ingat semua, paling pokok ialah jangan lupa doa naik dan memandu kenderaan kerana kita ada Allah swt yang memegang kuasa takdir dan pesan saya kepada semua yang menanti ketibaan kami agar turut beri semangat motivasi kepada kami serta doakan keselamatan kami.

"Istiqamah Hingga Kemenangan"

Sumber HD - 27-6-2015

Tidak boleh biar siku lutut longlai dimamah virus takut

NASRUDIN HASSAN | .


Umat Islam sedang berdepan dengan pelbagai ancaman dan rintangan yang boleh merosakkan aqidah, akhlak dan fikrah mereka. Sebahagiannya hilang kepekaan terhadap perancangan musuh yang bermaksud untuk melemahkan Islam dan ummatnya.

Kita tidak boleh berpeluk tubuh, membiarkan siku lutut kita longlai dimamah virus takut dan malas berdepan situasi ini. Kita semua kena bangkit berjuang lantas menjulang prinsip Islam dan setiap sendi syariat serta syiarnya. Jangan sampai mereka merancang sedang kita masih mendakap tubuh.

Ramadhan tidak sewajarnya menjadikan kita letih dan lesu sehingga hilang maya upaya justeru Ramadhan adalah bulan jihad. Bulan kebangkitanng tinggi dan jitu demi membawa risalah Islam, membasmi kejahilan, memimpin dan menyelamatkan ummah dari terus menjadi mangsa amukkan jahiliyah. ummah untuk melonjak izzah (kemuliaan dan kehebatan). Bangkitlah dengan semangat jihad ya
Meninggalkan jihad menjadikan kita hina. Nabi saw pernah bersabda:

ماَ تَرَكَ قَوْمٌ الجِهَادَ إلاَّ عَمَّهُمُ اللهُ بِالْعَذَابِ

Tidaklah sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah swt menimpakan azab (kehinaan) ke atas mereka seluruhnya. (Riwayat at Tabarani fil Awsat)

Kita tidak punya banyak masa untuk madah berhelah. Leraikan segala yang membelenggu diri. Ayuh kita turun bergelanggang. Sahut semboyan juang dan usah peduli seruan yang mendorong untuk kita khianati amanah perjuangan Islam ini.
Ingat penegasan Allah swt:

لَّا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Tidaklah sama keadaan orang yang duduk bersahaja (tidak turut berjuang) dari kalangan orang yang beriman - (selain daripada orang yang berkeuzuran) - dengan orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang yang tinggal duduk bersahaja dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik dan Allah melebihkan orang yang berjuang atas orang yang duduk bersahaja dengan pahala yang amat besar. (Surah An-Nisa': 95) - HARAKAHDAILY 27/6/2015


Sumber HD - 27-6-2015

Ramadhan: Allah disiplinkan kita dengan masa

NASRUDIN HASSAN | .


1. Sahabat Seperjuanganku

Ramadhan mendisiplinkan kita. Tepat waktu berbuka dan tepat waktu bersahur. Tidak boleh berbuka sebelum masuk waktu Maghrib dan tidak boleh bersahur selepas masuk waktu subuh. Ini contoh Allah SWT mendisiplinkan kita terhadap masa.

2. Sahabatku
Masa sangat penting dalam kehidupan seorang muslim bahkan seorang pejuang. Sedikit kita abaikan masa kita, maka kesan ruginya sangat besar. Sementara musuh pantas bergerak untuk menghalang perjuangan Islam yang kita dukung. Mereka tidak pernah leka. Allah telah tegaskan perkara ini.

Firman Allah swt: وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا

dan mereka (musuh) sentiasa memerangi kamu hinggalah mereka memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka mampu (melakukan yang demikian). (Surah al Baqarah: 217)

3. Sahabatku
Jangan suka bertangguh. Sudah banyak tugas dan kerja perjuangan yang longgokkan. Bila kita nak selesaikan? Makin banyak kita tangguh makin terbebanlah kita dengan tugas yang banyak.

Sudahlah kerja Islam ini jauh lebih banyak dari masa yang ada. Kita pula berlebih kurang dengan masa. Berbual kosong di meja makan sampai berjam-jam lamanya, tidur pula mengalahkan bayi, akhirnya berapa masa untuk Islam? Berapa masa untuk ibadah? Agaknya berapa banyak masa yang kita bazirkan begitu sahaja?

4. Sahabatku
Sebahagian masyarakat kita leka diperdaya fatamorgana dunia yang penuh maksiat dan mungkar. Hanyut dibawa arus sekular dan ideologi ciptaan manusia. Apakah kita masih tega berpeluk tubuh? Bila kita nak bertindak? Bila kita nak aktif? Bila kita nak menyumbang? Bila kita nak berkorban?
Sabda Nabi s.a.w:

اغْتَنِمْ خَمْساً قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ : قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سُقْمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شُغُلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

Manfaatkanlah 5 masa sebelum datang 5 masa yang lain. Masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu. Masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu. Masa kaya kamu sebelum datang masa faqir kamu. Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu. Masa hidup kamu sebelum datang masa mati kamu. (Riwayat al Hakim dan Al Baihaqi)
5. Sahabat Seperjuanganku

Hayatilah ayat yang selalu kita baca apabila menutup majlis pertemuan kita. Ayat yang menegaskan betapa manusia dalam kerugian akibat mempersiakan masa kecuali mereka manafaatkan masa untuk beriman, beramal soleh, menegakkan yang haq dan bersabar mendepani cabaran.

Firman Allah swt: وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr: 1-3) - HARAKAHDAILY 26/6/2015

Sumber HD - 26-6-2015

Pemimpin G18, rujuk sejarahlah juang PAS sebelum bertindak - Nasrudin
Posted on Friday, June 26 @ 06:18:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS menasihatkan pemimpin progresif PAS (G18) yang mahu menubuhkan parti Islam baru supaya merujuk sejarah panjang perjuangan Islam yang dibawa PAS selama ini.

Menurut MP Temerloh itu lagi, jika mereka berbuat demikian, maka pemimpin kumpulan itu akan menemui kesempurnaan perjuangan Islam yang dibawa parti itu.

"Bagi mereka yang merasakan perlunya satu lagi parti Islam, ada baiknya mereka dengan ikhlas merujuk sejarah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang panjang.

"Ini kerana mana-mana individu yang melihat kembali sejarah dan merujuk sumber-sumber Islam dengan jujur dan ikhlas akan segera mendapati kesyumulan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

"Kita beristiqamahlah sehingga kemenangan," katanya melalui kiriman Whatapps kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan kumpulan progresif yang menyatakan keperluan mempunyai sebuah parti Islam baru kerana PAS didakwa bersikap tidak terbuka malah Majlis Syura dikatakan mengongkong kepimpinan.

Semalam MP Khalid Samad membayangkan penubuhan parti Islam yang baru yang inklusif kepada semua kaum tanpa mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan terasnya antara lain memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.

Bekas anggota jawatankuasa PAS pusat itu juga berkata hasrat itu akan menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini.

Mengulas kenyataan beberapa bekas rakan sejawat mendakwa Majlis Syura PAS mengongkong kepimpinan PAS, Nasrudin berkata semua dasar, keputusan atau polisi Majlis Syura Ulama berpaksikan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan qias yang muktabar.

'Tak timbul'

"Sekiranya kita benar-benar beramal dengan akhlak sebagai ahli gerakan Islam, tidak akan timbul isu bahawa keputusan Majlis Syura sebagai satu kongkongan.

"Sebaliknya ia merupakan satu panduan untuk ahli PAS kekal di atas aqidah perjuangan seperti yang telah ditegaskan oleh datuk tuan guru presiden PAS," katanya.

Sementara itu, Harakahdaily hari ini melaporkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim mengakui pemilihan parti pada muktamar baru-baru ini memberi "kesan yang sangat besar" berbanding pemilihan sebelum ini.

"Ada beberapa aspek yang memberi kesan kepada PAS apabila barisan kepimpinan yang didokong barisan ulama terutamanya dari sudut organisasi.

"Kita perlu duduk dan merangka strategi bagi memantapkan gabungan antara ulama, profesional dan aktivis parti," katanya seperti dilapor portal berita itu.

Laporan itu juga menyebut, Tuan Ibrahim menggesa ahli supaya memantapkan cawangan dan menambahkan jumlah keahlian, yang kini telah mencecah lebih sejuta ahli, supaya PAS mendominasi dalam gabungan pembangkang.

"Bukan sahaja kekuatan dalam Pakatan Rakyat, tetapi mampu mengambil alih Umno untuk teras kepada orang Melayu," katanya seperti dilaporkan.

Dalam laporan itu juga, Tuan Ibrahim berkata gambaran bahawa ada ahli PAS akan keluar parti tidak akan berlaku sepertimana yang digembar-gemburkan, sebaliknya PAS akan terus kuat jika berpegang teguh kepada dasar dan prinsip Islam.

"Begitu juga dalam isu rakyat kita bersikap anjal dan akan terus berjuang untuk mereka, apa yang kita perlu ingat perubahan muktamar itu merupakan isyarat untuk PAS kembali kepada perjuangan asal iaitu perjuangan Islam," katanya.


Sumber TKO - 26-6-2015


Warkah 08 Ramadhan 1436 / 26-6-2015

Demi Masa Manusia Dalam Kerugian

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

www.notaperjuangan.com

1. Sahabat Seperjuanganku ...

Ramadhan mendisiplinkan kita. Tepat waktu berbuka dan tepat waktu bersahur. Tidak boleh berbuka sebelum masuk waktu maghrib dan tidak boleh bersahur selepas masuk waktu subuh. Ini contoh Allah swt mendisiplinkan kita terhadap masa.

2. Sahabatku ...

Masa sangat penting dalam kehidupan seorang muslim bahkan seorang pejuang. Sedikit kita abaikan masa kita, maka kesan ruginya sangat besar. Sementara musuh pantas bergerak untuk menghalang perjuangan Islam yang kita dokong. Mereka tidak pernah leka. Allah telah tegaskan perkara ini . Firman Allah swt :

وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا

dan mereka (musuh) sentiasa memerangi kamu hinggalah mereka memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka mampu (melakukan yang demikian)
Surah al Baqarah : 217

3. Sahabatku ...

Jangan suka bertangguh. Sudah banyak tugas dan kerja perjuangan yang longgokkan. Bila kita nak selesaikan ? Makin banyak kita tangguh makin terbebanlah kita dengan tugas yang banyak. Sudahlah kerja Islam ini jauh lebih banyak dari masa yang ada. Kita pula berlebih kurang dengan masa. Berbual kosong di meja makan sampai berjam jam lamanya, tidur pula mengalahkan bayi, akhirnya berapa masa untuk Islam ? berapa masa untuk ibadah ? Agaknya berapa banyak masa yang kita bazirkan begitu sahaja ?

4. Sahabatku ....

Sebahagian masyarakat kita leka diperdaya fatamorgana dunia yang penuh maksiat dan mungkar. Hanyut dibawa arus sekular dan ideologi ciptaan manusia. Apakah kita masih tega berpeluk tubuh ? Bila kita nak bertindak ? Bila kita nak aktif ? Bila kita nak menyumbang ? Bila kita nak berkorban ? Sabda Nabi saw :

: اغْتَنِمْ خَمْساً قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ : قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سُقْمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شُغُلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

Manafaatkanlah 5 masa sebelum datang 5 masa yang lain. Masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu. Masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu. Masa kaya kamu sebelum datang masa faqir kamu. Masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu. Masa hidup kamu sebelum datang masa mati kamu.
Riwayat al Hakim dan Al Baihaqi

5. Sahabat Seperjuanganku ...

Hayatilah ayat yang selalu kita baca apabila menutup majlis pertemuan kita. Ayat yang menegaskan betapa manusia dalam kerugian akibat mempersiakan masa kecuali mereka manafaatkan masa untuk beriman, beramal soleh, menegakkan yang haq dan bersabar mendepani cabaran. Firman Allah swt :

وَالْعَصْرِ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Surah Al Asr : 1 - 3

Ramadhan Kareem
Sekian.


KERAJAAN PERLU JELASKAN ISU SEBENAR TRANSAKSI RUMAH PELAJAR DI CAULFIELD, AUSTRALIA  07 Ramadhan 1436 / 24 Jun 2015 Portal berita luar Negara terutama di Australia mendedahkan bahawa pembelian Rumah Pelajar...

Infaq fi sabilillah

NASRUDIN HASSAN | .


1. Sahabat Seperjuanganku
Kekuatan harta atau material antara kekuatan yang mesti dipersiapkan oleh Harakah Islamiyyah seiring dengan penyediaan kekuatan spiritual dan fizikal.

Hayati firman Allah swt: وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh) dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dan terdiri dari pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Surah Al-Anfaal: 60)

2. Sahabatku
Gerakan Islam beroperasi diatas pengorbanan anggotanya yang memiliki kesedaran dan keinsafan berjuang untuk menegakkan syariat dan syiar Islam di negara tercinta ini. Pertolongan Allah swt yang kita dambakan selama ini tidak bermakna tanpa didahulukan dengan pengorbanan.

3. Sahabatku
Setiap pejuang mesti siap dalam keadaan ringan atau berat untuk memberikan segalanya buat perjuangan Islam yang suci ini. Inilah yang terbaik buat kita.

Firman Allah swt: انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berjuang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan ataupun dalam keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Sedemikian itu amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Surah At-Taubah: 41)

4. Sahabatku
Sama ada infaq wajib mahupun infaq sunat, wajarlah kita salurkan kepada perjuangan ini. Terlalu banyak kerja Amal Islami yang akan diuruskan oleh jamaah dan ia memerlukan dana kewangan yang mencukupi. Sementelah kita berada di bulan Ramadhan ini, pastinya ganjaran berlipat ganda daripada Allah swt.

5. Sahabat Seperjuanganku
Antara sumbangan tetap para pejuang sekelian sebagai anggota jamaah ialah paling minima menginfaqkan RM4 seminggu dengan membeli 2 keluaran HARAKAH setiap minggu. Bukan sahaja kita menyumbang tetapi mampu mendapat ilmu dan maklumat serta menyebarkannya kepada yang lain.

Hayatilah firman Allah swt mengenai kelebihan mereka yang infaqkan harta buat perjuangan Islam.

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah Al-Baqarah: 261) - HARAKAHDAILY 25/6/2015

Sumber HD - 25-6-2015

Kerajaan perlu jelaskan isu Mara beli rumah di Australia

HARAKAHDAILY | .


Portal berita luar negara terutama di Australia mendedahkan bahawa pembelian rumah pelajar yang dikenali Dudley International House berhampiran dengan Monash University untuk pelajar-pelajar Malaysia terlibat dengan skandal rasuah dan pembersihan duit haram.

Laporan video, tulisan dan graphic boleh didapati melalui
http://www.theage.com.au/national/corrupt-malaysia-money-distorts-melbourne-market-20150623-ghu6a0.html .

Berhubung dengan kes ini, PAS merasakan perlu pihak berkuasa Kerajaan Malaysia menyiasat proses ini yang melibatkan integriti dan maruah negara.

Proses urusniaga yang didakwa sumbang ini melibatkan organisasi Mara dan anak syarikat Mara yang bertanggungjawab mengurus kebajikan pelajar-pelajar di sana.

Mengikut maklumat berita tersebut, bangunan apartmen lima tingkat yang berharga A$17.8 juta dijual dengan harga A$22.5 juta. A$4.75 juta dikatakan rasuah di antara pegawai Malaysia dan syarikat tempatan yang berurusan di sana.

PAS mengharapkan tindakan segera perlu dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membetulkan persepsi masyarakat dunia terhadap negara ini yang disebut sebagai sebuah Negara Islam yang menjadi contoh.

Sekiranya dakwaan ini benar, Malaysia perlu memecat dan menghukum pihak yang terbabit dan perlu memulihkan semula kepercayaan warga asing terhadap tatacara yang dilakukan oleh pegawai-pegawai negara ini.

PAS menuntut pengerusi Mara dan CEO Mara Incorporated Sdn Bhd serta semua yang terlibat dengan transaksi ini diarahkan bercuti bagi memberi laluan proses penyiasatan.

Satu panel bebas dianggotai oleh ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta NGO perlu ditubuh untuk menyiasat perkara ini dengan kadar segera untuk memulihkan imej negara dan maruah rakyat Malaysia. - HARAKAHDAILY 25/6/2015

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh

Sumber HD - 205- 6 - 2015

Pejuang yang bertaqwa

NASRUDIN HASSAN | .


1. Sahabat Seperjuanganku

Ramadhan juga dimasyhurkan sebagai Bulan Taqwa. Justeru ayat tema Ramadhan juga berobjektifkan Taqwa.

Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu menjadi insan yang bertaqwa. (Surah Al Baqarah: 183)

2. Sahabatku

Pejuang yang bertaqwa akan dikurniakan kejayaan, kebahagiaan dan kemenangan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat.

إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا

Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa beroleh kemenangan (disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.) (Surah An Naba': 31)

قُل لَّا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. (Surah Al Maaidah: 100)

3. Sahabatku

Kejayaan atau kemenangan ini adalah suatu yang amat didambakan oleh semua pejuang. Kuncinya adalah taqwa. Namun apa yang lebih penting dari itu ialah taqwa membawa kepada pengampunan dosa. Sayugianya para pejuang bebas dari hambatan dosa yang meresahkan jiwa dan menumpulkan minda.

Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. (Surah Al Anfaal: 29)

4. Sahabatku

Liku - liku perjuangan ini juga semakin sukar. Musuh tidak pernah leka untuk mengambil tindakan ke atas kita para pejuang agama Allah swt. Kita sangat memerlukan pengawasan dan pertolongan Allah swt. Maka sekali lagi taqwa akan menjadi jambatan penghubung untuk mendapatkan nusrah (pertolongan) dari Allah swt.

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

dan ketahuilah sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.(Surah At Taubah: 36)

5. Sahabat Seperjuangaku

Bertaqwalah kita kepada Allah swt. Insyaallah, kita akan tenang, bertenaga dan yakin untuk mengenderai perjuangan sukar ini. Pejuang bertaqwa akan senantiasa diberi jalan keluar oleh Allah swt dari kemelut, polemik dan krisis yang berlaku.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). (Surah At Thalaq: 2)

Ramadhan Kareem

Sekian.

Sumber HD - 24-6-2015

Jangan leka 'mencabut kemuncup di stokin



NASRUDIN HASSAN | .


Muktamar Tahunan PAS ke-61 telah melabuh tirai. 'Istiqamah Hingga Kemenangan' menjadi pelan bertindak semasa untuk meneruskan perjuangan Islam di atas tanah air tercinta. Insyaallah, ianya akan dimunaqasyahkan ke seluruh negara dalam tempoh berakhir sebelum Oktober depan.

Justeru itu, semua saf kepimpinan PAS di semua peringkat (pusat, negeri, kawasan dan cawangan) mesti proaktif. Laksanakan amanah perjuangan dan usah terpedaya dengan pelbagai gangguan yang cuba melengahkan pergerakan kita.

Tanggungjawab kita ialah meneruskan baton perjuangan ini hingga kemenangan menjadi milik kita di dunia dan di akhirat.

Kita bukanlah orang yang memulakan perjuangan tetapi kita adalah mata rantai yang menyambung tradisi cemerlang yang telah dibina oleh kepimpinan dan generasi terdahulu. Maka kita sebagai waris perjuangan ini, jangan sekali-kali hampakan pewarisnya yang telah berjuang dan berkorban menjulang Islam ke mercunya.

Namun tidaklah kita sekadar berbangga dengan kecemerlangan yang diwarisi. Cabaran perjuangan ini mesti digalas dengan penuh amanah dan rasa bertanggungjawab. Bina prestasi perjuangan dengan penuh dedikasi. Jangan asyik dan leka 'mencabut kemuncup di stokin' hingga lupa melangsungkan gerak kerja untuk mencapai matlamat perjuangan.

PAS adalah wadah perjuangan untuk membina masa depan ummah yang sejahtera dan selamat dari cengkaman sistem politik Machiavelli yang menggunakan prinsip "matlamat menghalalkan cara" dan bebas jua dari sistem ekonomi kapitalis yang memeras golongan marhaen.

Justeru itu, ia mesti didukung oleh semua pihak yang menyimpan hasrat serupa. Jangan terperangkap dengan fitnah dikotomi ulama dan profesional, sedang struktur kepimpinan dan organisasi PAS sejak awal penubuhannya adalah terdiri dari gandingan mantap para alim ulama, profesional dan aktivis yang ikhlas berjuang.

Usah berpolemik lagi. Terus mara ke hadapan dengan optimis. Pacu perjuangan ini dengan tangkas. Rapatkan saf dan cerdaskan minda untuk terus berfikir mencipta pelbagai variasi perjuangan. Teroka ruang yang masih memerlukan kehadiran PAS. Luruskan jambatan dengan non muslim. Cerahkan kekeliruan persepsi awam kepada perjuangan PAS ekoran fitnah tabur yang begitu dahsyat.

Jentera penerangan di semua peringkat wajar mengoptimumkan fungsi dan operasi. Keluar dari zon selesa dan julang panji perjuangan ini dengan yakin dan bangga. - HARAKAHDAILY 24/6/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber HD - 24-6-2015

Membina generasi Al-Quran

NASRUDIN HASSAN | .



1. Sahabat Seperjuanganku

Kita adalah pejuang. Pejuang yang memikul amanah untuk memperjuang dan mempertahankan Islam di bumi tercinta ini. Dasar dan prinsip perjuangan kita pula adalah suatu yang bersumberkan Al Quranil Kareem. Justeru itu, menjadi satu kewajipan kepada pejuang untuk membaca, memahami, menghayati dan melaksanakan seluruh kandungan Al Quranil Kareem.

2. Sahabatku

Al-Quranul Kareem adalah mukjizat Nabi saw. Memiliki Al Quran adalah memiliki Mukjizat. Inilah antara rahsia kekuatan diri dan perjuangan kita. Selama cara hidup kita berpaksi kepada Al Quranil Kareem, kita bukan sahaja mulia tetapi juga hebat dan kuat. Selamat dari "fenomena gelincir landasan" Islam dan perjuangannya.

3. Sahabatku

Dampingilah Al Quranil Kareem. Jadikan ia amalan rutin hidup kita sebagai pejuang. Membacanya satu ibadah. Memahaminya satu keindahan. Menghayatinya satu kehebatan. Sementelah Ramadhan ini juga adalah dimasyhurkan sebagai Bulan Al Quran. Padanya diturunkan Al Quranil Kareem.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Surah Al Baqarah: 185)

4. Sahabatku ....

Lebih penting kepada seorang pejuang ialah hujjah untuk mengangkat Islam dan meninggikannya mengatasi ideologi ciptaan manusia. Maka Al Quran adalah adalah wahyu Allah swt yang memuatkan hujjah untuk mereka yang beriman kepada Allah swt. Hujjah untuk mempamerkan keindahan dan kehebatan Islam juga hujjah untuk mematahkan pemikiran dan strategi jahat musuh Islam.

5. Sahabat Seperjuanganku

Jangan berjauhan dengan Al Quran. Sudahlah kita tidak sempat hidup di zaman Rasulullah s.a.w, jauh pula kita dengan Al-Quranil Kareem meletakkan kita sebagai insan yang sangat rugi. Marilah kita membina diri kita sebagai generasi Al Quran yang hidup antara helaian Al Quranil Kareem.

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Surah Al Isra': 9) - HARAKAHDAILY 23/6/2015

Sumber HD - 23-6-2015


Elak spekulasi, perkukuh keselamatan perairan negara

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ekoran terdapat pelbagai spekulasi berhubung isu kehilangan kapal tangki MT Orkim Harmony pada 11 Jun lalu, PAS menegaskan supaya semua aset dan kelengkapan keselamatan perairan negara diperkukuhkan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu rompakan dan serangan terhadap kapal-kapal komersial di kawasan perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan telah banyak berlaku sebelum ini.

"Berdasarkan data yang diperolehi pada tahun 2014, sekurang-kurangnya 3 buah kapal komersial telah dirompak sehingga mengakibatkan kerugian yang besar," ujarnya dalam satu kenyataan.

Antaranya, kata beliau sebuah kapal kargo minyak Jepun dirompak di kawasan perairan Pulau Ketam pada bulan April 2014, disusuli dengan kapal dagang MT Ai Maru di kawasan perairan Timur Laut Sedili, Johor pada bulan Jun 2014 dan juga rompakan ke atas kapal kargo minyak MT Oriental Daily di kawasan perairan Laut China Selatan sebulan selepas itu.

"Isu ini turut menimbulkan keraguan sejauhmana keberkesanan kapasiti kerajaan dan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (Searcct) menangani proliferasi kegiatan lanun yang merbahaya di rantau ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Begitu juga, ujarnya kemantapan kerjasama maritim menerusi mekanisme Tripartite Technical Expert Group on the Safety Navigation (TTEG) yang telah wujud sebelum ini.

Tambahnya, ekoran daripada kehilangan kapal tersebut sehingga kepada penangkapan beberapa suspek, terlalu banyak persoalan yang timbul dikalangan rakyat dan ia boleh menjejaskan wibawa keselamatan serta kedaulatan negara.

Oleh yang demikian, tegasnya PAS turut mendesak agar mekanisme dan operasional yang lebih kukuh perlu diwujudkan dalam kalangan negara-negara persisir pantai, negara-negara pengguna dan institusi perkapalan antarabangsa. - HARAKAHDAILY 22/6/2015

Sumber HD - 22-6-2015

Sabar, rahsia kemenangan

NASRUDIN HASSAN | .


Sahabat Seperjuanganku,

Puasa mendidik kita untuk bersabar dalam banyak situasi. Ia salah satu dari silibus wajib yang perlu diambil oleh peserta Madrasah Ramadhan. Sementara itu, kita sewajarnya merelakan diri untuk dididik dan ditarbiyah oleh Allah swt agar benar-benar menghayati sifat sabar.

Sahabatku,Sayugianya perjuangan ini perlukan tahap sabar yang tinggi. Sabar menghadapi ancaman musuh dan terpaksa sabar jua menghadapi karenah dalaman. Tanpa kesabaran membuatkan emosi terganggu dan tindakan tergopoh gapah. Lebih malang, tanpa sabar kita akan kehilangan nusrah dari Allah swt.

Sahabatku,

Perkataan sabar ini pastinya mudah disebut namun sukar dipraktiskan. Kesempatan Ramadhan ini, banyakkan membaca Al-Quran, Hadis dan Seerah Nabi saw. Jangan menjauhkan diri dari jamaah serta jangan sekali-kali bertindak ketika perasaan dalam situasi marah dan fikiran dalam keadaan buntu.

Sahabatku,Sabar juga adalah senjata berkesan untuk memastikan perjuangan Islam yang kita dukung ini berjaya lantaran ia adalah asas memohon nusrah daripada Allah swt.

Hayati Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Allah swt) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Surah Al-Baqarah: 153)

Sahabat Seperjuanganku, Tidak rugi orang yang bersabar. Meskipun umum melihat, orang yang bersabar seperti orang yang kalah dan lemah. Namun kita yakin, kesabaran kita berasas dan berdasarkan tindakan secara jamaei (kolektif).

Hayati Firman Allah swt:

وَالْعَصْرِ

Demi Masa!

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-Asr: 1-3)

Ramadhan Kareem

Sumber HD - 21-6-2015

Taqwa : Senjata Mukmin

Oleh : Nasrudin bin Hassan
AJK PAS Pusat

1. Sahabat Seperjuanganku ....

Kepongan musuh terhadap perjuangan Islam ini semakin mencengkam. Mereka melakukannya dari segenap sudut. Matlamat mereka hanya untuk padam agama Allah dan melemahkan kita para pejuang Islam. Mereka lancarkan serangan dalam aneka wajah. Mereka mahu rosakkan pemikiran, akhlak, budaya dan cara hidup ummah.

2. Sahabatku ....

Pastinya kita tidak boleh berpeluk tubuh menyaksikan perancangan mereka. Kita mesti bangkit menggerakkan seluruh pancaindera anugerah Allah swt ini untuk julang panji perjuangan Islam sekaligus menangkis segala serangan musuh durjana. Janganlah lemah siku lutut, akal budi dan jiwa raga kita tatkala berdepan dengan helah musuh Allah swt.

Firman Allah swt :

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

dan bersiap sedialah semampu mungkin untuk menentang mereka (musuh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Surah Al Anfaal : 60

3. Sahabatku ...

Senjata yang paling berkesan untuk memastikan kita berupaya mendepani segala bentuk kekuatan musuh bukan lagi harta benda, besi tajam mahu pun peluru laju. Tetapi senjata itu ialah Taqwa.

Inilah senjata yang sekian lama mendap dan hilang dari tangan ummat Islam dewasa ini. Tanpa Taqwa, bukan sahaja musuh gagal ditewaskan, kita juga menjadi lemah dan jauh dari pertolongan Allah swt.

4. Sahabatku ...

Ramadhan adalah kesempatan terbaik untuk kita para pejuang Islam memugar kembali sifat taqwa dalam jiwa. Justeru objektif utama program Ramadhan yang dianjurkan oleh Allah swt adalah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu menjadi insan yang bertaqwa.
Surah Al Baqarah : 183

5. Sahabat seperjuanganku ....

Miliki sifat taqwa ini. Ia menguatkan kita dan menjadi asas kemenangan kita. Hayati apa yang pernah diungkap oleh Saidina Umar Al Khattab Rha. kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha :

فَإِنِّي آمُرَكَ وَمَنْ مَعَكَ مِنَ الأَجْنَادِ بِتَقْوَى اللهِ عَلَى كُلَّ حَالٍ، فَإِنَّ تَقْوَى اللهِ أَفْضَلُ الْعُدَّةِ عَلَى الْعَدُوِّ، وَأَقْوَى الْمَكِيدَةِ فِي الْحَرْبِ، وَآمُرَكَ وَمَنْ مَعَكَ أَنْ تَكُونُوا أَشَدَّ احْتِرَاساً مِنَ الْمَعَاصِي مِنْكُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ؛ فَإِنَّ ذُنُوبَ الْجَيْشِ أَخْوَفُ لَهُمْ مِنْ عَدُوِّهِمْ، وَإِنَّمَا يُنْصَرُ الْمُسْلِمُونَ بِمَعْصِيَةِ عَدُوِّهِمْ لِلَّهِ، وَلَوْلَا ذَلِكَ لَمْ تَكُنْ لَنَا بِهِمْ قُوَّةٌ، لِأَنَّ عَدَدَنَا لَيْسَ كَعَدَدِهِمْ وَلَا عُدَّتُنَا كَعُدَّتِهِمْ، فَإِذَا اسْتَوَيْنَا فِي الْمَعْصِيَةِ كَانَ لَهُمُ الْفَضْلُ عَلَيْنَا فِي الْقُوَّةِ

Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan . Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik - baik persediaan dan strategi yang paling kuat di dalam peperangan .

Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar - benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu jua dari musuh - musuh kamu .

Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh - musuh mereka .

Sesungguhnya orang - orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt . Jika tidak demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka . Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki .

Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita .

Saidina Umar al Khattab .

Ramadhan Kareem .

Sekian

Sumber FBHD - 20-6-2015

Katakan aku berpuasa

NASRUDIN HASSAN | .


1. Sahabat Seperjuanganku

Perjuangan kita untuk mendaulatkan Syariat Allah SWT di atas tanahair tercinta ini terlalu mencabar. Jalannya berliku dan sangat curam. Kita sering dipersenda dan dianggap asing di bumi sendiri. Mereka bangga melihat kita berduka dan mereka seronok menyaksikan kita bersedih.

2. Sahabatku

Kita tiada pilihan. Walau apa yang terpaksa kita hadapi, perjuangan ini mesti dipangku dan digalas berat bebannya sehingga berjaya dinobatkan sebagai sebuah syariat yang memandu hala tuju hidup ummah dan menjadi manhaj yang mendasari peraturan dan undang-undang mereka.

3. Sahabatku

Tidak mudah menghadapi situasi ini. Namun kita ditakdirkan hidup sebagai pejuang. Perjuangan ini adalah pilihan wajib kita. Samaada kita setuju atau tidak, kita terpaksa berjuang bagi menjulang kalimah Allah swt ke mercunya. Namun kita faham bahawa kita mempunyai kelemahan dari pelbagai sudut khasnya kelemahan spiritual.

4. Sahabatku

Marilah kita manafaatkan Ramadhan ini untuk membina kekuatan diri sama ada kekuatan fizikal mahupun spiritual dengan menghayati Ramadhan dan menekuni segala ibadah serta elakkan diri dari terjebak dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah apatah lagi perkara mungkar dan keji. Bebaskan diri dari hambatan dosa dan bayangannya.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبه،

Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan penghayatan, nescaya diampunkan dosanya yang terdahulu. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

5. Sahabat Seperjuanganku

Hari ini kita terdedah kepada dunia tanpa sempadan. Hilang sempadan dosa pahala dan tiada lagi sempadan moral akhlak. Facebook dan whatsapp group menjadi medan untuk menatah kalimah tanpa pedoman. Kasar, kesat, maki hamun, menghina, mempersenda, lucah dan segala bagai menjadi rutin yang mencemarkan media sosial tersebut. Jika kita berdepan dengan situasi ini, jangan izinkan diri terjebak. Sabar dan tahan diri.

Ingat sabda Nabi SAW:

الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ

Puasa adalah pelindung. Maka janganlah kamu mencarut dan melakukan perkara bodoh. Sekiranya diajak bergaduh, maka katalah: ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa’ sebanyak dua kali. (Riwayat Imam Bukhari)

Sumber HD - 20-6-2015

Gerakan Amal Tarbawi

NASRUDIN HASSAN | .


1. Sebagai sebuah Gerakan Islam, Amal Tarbawi menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan. Malah Amal Tarbawi melengkapi segala zat dan galian yang diperlukan oleh Gerakan Islam bagi menguatkan otot serta memperkasakan stamina guna menggalas berat beban perjuangan mendaulatkan Syariat Allah swt.

2. Tanpa Amal Tarbawi atau perlaksanaan Amal Tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis. Besar kemungkinan bahawa segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemah dan lembabnya perlaksanaan Amal Tarbawi.

3. Amal Tarbawi sangat berkait rapat dengan pengkaderan serta pembinaan aqidah, fikrah dan syakhsiyyah. Agar setiap anggota Gerakan Islam samaada pemimpin atau ahli biasa, wakil rakyat atau staff pejabat memiliki skima pentarbiyyahan yang mantap dan lengkap.

4. Aqidah mereka aqidah yang tulen, fikrah mereka fikrah Islamiyyah dan syakhsiyah mereka pula adalah syakhsiyyah yang soleh. Inilah rahsia kekuatan Gerakan Islam sehingga ia mampu bertahan dalam menangkis dan mengelak serangan musuh yang bertubi arus dari segenap sudut.

5. Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej, kenyataan media, penampilan di tengah-tengah kemelut masyarakat, mengupas dan menjuarai isu, enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya, maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan.

6. Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah.

7. Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan ialah merosotnya nilai ukhuwwah fillah lantaran sejak lama dahulu, usrah diabaikan, tamrin ditinggalkan, qiamulail dilupakan, ziarah diketepikan. Mungkin kerana kita nak beri tumpuan kepada ceramah umum, pertemuan-pertemuan politik dengan rakan saingan politik yang lain, hubungan dengan pihak media agar menyiarkan kenyataan politik kita, mesyuarat merangka strategi untuk saling mendahului antara satu sama lain terutama menjelang musim muktamar yang ada pemilihan kepimpinan.

8. Sedang usrah memberi peluang kita mempertaut hubungan atau ukhuwwah fillah dikalangan kita melalui bertanya khabar, makan setalam, bertentang mata, bahu membahu, sama-sama mengaminkan doa rabitah dan lain-lain elemen [di samping usrah menggarap fikrah melalui tasawwur Amal Islami yang jelas] yang mungkin kita lihat ianya kecil tetapi nilainya besar dalam mengukuhkan silah dan rabitah perjuangan antara anggota Gerakan Islam.

9. Tanpa usrah, tamrin dan lain-lain aktiviti Amal Tarbawi, dapat dilihat kesannya hari ini. Bermula dengan renggang hubungan antara anggota sesama anggota mahu pun anggota dengan pimpinan, ianya mengheret kita kepada suasana yang lebih sukar iaitu mudah berburuk sangka dan mudah tercetus pergeseran sesama sendiri hanya dengan sedikit khilaf atau isu kecil yang saya percaya ianya tidak akan mencetus pergeseran apalagi pertegkaran jika ukhuwwah diantara kita tebal dan kebal.

10. Sementara itu, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ukhuwwah sangat penting bagi sebuah Gerakan Islam. Ianya menguatkan benteng atau kubu perjuangan dari asakan musuh yang mahu memcahbelahkan saf kita, semangat kerja berpasukan, melancarkan orientasi gerak kerja yang dirancang, mengelak krisis dan perpecahan dalaman dan sebagainya. -
bersambung...HARAKAHDAILY 14/6/2015

Sumber HD - 14-6-2015


Siku & Lutut Untuk Pertahankan Islam
Posted on Monday, June 08 @ 13:13:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengarah Pilihanraya DUPP


1. Tidak habis sikap suka spin kenyataan dan tidak sudah perangai suka seleweng maksud penyampaian. Pahat - pahat tumpul masih berbunyi pasca Muktamar PAS ke 61. Perkataan popular minggu ini ialah siku dan lutut. Biarpun duration ucapan saya melebihi 20 minit, tetapi yang menjadi head line sebahagian media hanyalah terhenti pada perkataan siku dan lutut.


2. Lebih keji bila perkataan itu diolah dan digambarkan sebagai percubaan untuk bertindak ganas dan melampau. Walhal jika diamati bait ucapan saya, perkataan itu diguna kan secara defensif untuk mempertahankan PAS dan Islam yang diperjuangkan dari terus diserang dan dicabar. Ungkapan siku dan lutut tidak saya lafazkan untuk membawa maksud memulakan serangan atau menyerang secara melulu dan membabi buta, sebaliknya dengan maksud, kami siap untuk mempertahan dasar dan prinsip perjuangan Islam ini jika ia terus diasak dan dicabar.

3. Islam adalah agama Rahmah. Kami menyampaikannya kepada masyarakat dengan ilmu dan hujjah. Kepada non muslim pula tiada paksaan untuk menerima Islam. Kami hadir membawa risalah yang benar untuk dinilai secara tenang dan positif. Namun dalam masa yang sama, kami bukan objek belasahan. Tidak mungkin kami membiarkan jamaah ini dipersenda dan perjuangan ini dinista melainkan kami wajib tampil mempertahankannya. Bukan sekadar siku dan lutut, malah darah dan nyawa sedia kami taruh demi mempertahankan Islam.

4. Kita diajar membawa Islam ini dengan lunak. Meskipun berdepan dengan tekanan dan ancaman, kita diajar bersabar. Namun sabar itu ada hadnya. Inilah yang saya naqal dalam ucapan saya. Betapa kami ditampar kiri dan kanan bertalu - talu sungguhpun kami telah menegur dengan lunak berulang kali. Kami diserang , jamaah kami diserang dan ketua kami diserang. Kami sabar sekian lama mendekam rasa. Akhirnya saya rayu dalam kenyataan saya di muktamar ke 61 agar jangan terus - terusan menyerang dan mencabar kesabaran kami. Meskipun kami berjubah serban, bukan bermakna kami lemah dan kamu boleh perlekeh semahunya. Kami juga mempunyai siku dan lutut yang belum digunakan sebagaimana juga apa yang ada pada mereka.

5. Hayati sabda Nabi saw :

" أَيُّهَا النَّاسُ لَا تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ، وَسَلُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ، فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا، وَاعْلَمُوا أَنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ ظِلَالِ السُّيُوفِ "، ثُمَّ قَالَ : " اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ " .

Wahai Manusia ! Janganlah kamu bercita - cita mencari musuh dan mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt. Namun ketahuilah bahawa syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang.

Kemudian Nabi saw berdoa :

Ya Allah ! Tuhan yang menurunkan al Quran, Tuhan yang menjalankan awan dan Tuhan yang menghancurkan tentera Ahzab ! Hancurkanlah mereka dan Bantulah kami menghadapi mereka.
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

💥 Mujur saya tidak sebut perkataan pedang dalam ucapan saya 😊. Jika tidak, saya tidak tahu tahap mana spin mereka kelak.

Sumber TKO - 8-6-2015

Jangan tinggalkan PAS

NASRUDIN HASSAN | .


1. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk menyertai PAS dan memberikan intima' (menggabungkan diri) yang jitu kepadanya, kita sayugianya telah bersedia mengorbankan segala kepentingan diri, masa, tenaga bahkan perasaan untuk diwakafkan kepada perjuangan Islam ini. Tiada apa yang ingin kita cari dengan PAS melainkan redha Allah swt dan kemenangan buat perjuangan Islam yang didukung.

2. Menyertai PAS adalah satu pengorbanan yang pasti, sedang kita mempunyai pilihan lain untuk tidak menyertai PAS. Menyertai PAS ertinya kita menolak segala habuan duniawi yang luas terbentang kepada kita di luar sana. Menyertai PAS adalah mendedahkan diri kepada 1001 kepayahan dan kesukaran. Kita faham dan sedar realiti ini sebelum menyertai PAS kerana PAS tiada Janji Manis yang diberikan selain redha Allah swt buat pejuang yang ikhlas dan Istiqamah.

3. Kedegilan apa yang membuatkan kita tetap menyertai PAS? Tentunya tidak berbaloi jika hanya berdegil untuk mencari kemasyhuran kerana tiada apa yang mahu dimasyhurkan dalam PAS. Malah rugi besar mencari suatu yang lain dari mardhatillah (keredhaan Allah swt) tatkala kita berjuang bersama PAS. Dunia tak dapat dan akhirat pula terlepas.

4. Pastinya kedegilan itu adalah hanya kerana kita mahu menempatkan diri dalam kelompok pejuang yang diiktiraf oleh Allah swt dan RasulNya s.a.w. sebagai pejuang Fi Sabilillah. Mari kita lihat apa kata Rasulullah s.a.w. mengenai pejuang Fisabilillah ini?

عن أَبي مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ أَعْرَابِيٌّ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ مَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ.

Dari Abi Musa Al Asy'ari Rha telah berkata: Telah bertanya A'raabi (Arab pedalaman) kepada Nabi saw: seorang tokoh berjuang untuk mendapatkan habuan dan seorang tokoh yang lain berjuang supaya namanya disebut-sebut dan seorang tokoh yang lain pula berjuang supaya dirinya dilihat berketerampilan. Siapakah (dari kalangan mereka) yang berjuang di Jalan Allah? Maka jawab Rasulullah saw: siapa yang berjuang bagi meletakkan Kalimah Allah swt itu tinggi (mengatasi segalanya termasuk ideologi yang dicipta oleh manusia) maka dia lah pejuang Fi Sabilillah (pejuang di Jalan Allah). (Riwayat Imam Bukhari)

5. Justeru itu, nasihat saya kepada diri saya sendiri dan juga kepada semua agar jangan tinggalkan PAS. Ke mana destinasi anda jika mahu meninggalkan PAS? Mahu menyendiri tanpa jamaah ? Apa yang anda mahu capai dalam hidup ini? Adakah anda mahu kembali menyertai Umno? Bukankah anda begitu marah apabila tersebar fitnah kononnya terdapat pimpinan PAS yang mahu menyertai Umno?

6. Teruslah beristiqamah. Sabarlah menanti kemenangan sebagai satu nikmat (anugerah bersama Redha Allah swt) yang dijanjikan oleh Allah swt. Jangan mendesak dan mengharapkan sebuah kemenangan yang belum masak dan matang. Kalau kita perolehi kemenangan itu, ia adalah istidraj (pemberian tanpa redha Allah swt.) yang bakal menjadi fitnah dan kebinasaan kepada diri kita. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015

Label: Antara benar dan batil



NASRUDIN HASSAN | .


Saya tidak dapat gambarkan bagaimana sengitnya perang cyber sepanjang tempoh menghampiri detik Muktamar Tahunan PAS nanti. Pelbagai pihak mula mengambil bahagian dengan aneka pendekatan yang membawa misi masing-masing. Lebih menarik, DAP yang tidak ada kena mengena dengan muktamar PAS itu pun 'galak gatal' mencampuri urusan dalaman PAS.

Media baru jadi meriah dengan pelbagai label dan ia bagaikan peluru M16 yang dilepaskan ke arah musuh masing-masing untuk memastikan kepala dan dada dirobek semahunya. Semuanya bertindak nekad tanpa peduli lagi kesan sampingan atau kesan langsung yang bakal berlaku.

Pihak ketiga yang paling ramai terlibat dan mereka adalah cybertrooper dan sharpshooter. Sama ada mewakili satu pihak secara sukarela atau mereka sememangnya dibayar khusus atau sememangnya mereka bermaksud mahu mengadu domba dan melaga-lagakan antara pihak yang berkonfrantasi.

Pertembungan sengit ini turut melibatkan pihak keempat. Satu pihak yang asalnya tidak terlibat langsung dengan perang cyber ini tetapi terseret secara tidak langsung kerana mereka juga adalah pengguna tegar media baru.

Maklumat dan jaringan sosial mereka terpaksa melalui jalur lebar media baru tersebut. Akhirnya, mahu tidak mahu mereka turut terpalit dalam menentu sikap sama ada pro dan kontra sekalipun di dalam hati mereka penuh dengan taman dan bunga.

Terlalu sedikit mereka yang benar-benar ambil sikap berkecuali melainkan kecuali mereka adalah kecuali yang berpihak jua. Jaringan gerak hidup mereka dikepong oleh whatsapp group, telegram, facebook, twitter, instagram, we chat, sms, blog dan web site. Hampir tiada jalan keluar kecuali mereka yang hanya berkurung di ceruk dapur beratap nipah.

Suka atau tidak, demikianlah situasi di pentas politik tanah air kita buat masa ini. Kalau lah label itu peluru dan bom, tentu sahaja kita bagai berada di bandar Allepo dan Hums atau di Genting Gaza yang gamat dengan bedilan senapang dan meriam. Lebih sadis, peluru tidak kenal mangsa. Ramai pula menjadi mangsa peluru "sesat" yang tidak tahu arah datangnya.

Label terdapat dua kategori sifatnya. Label yang bersifat benar dan label yang bersifat fitnah. Al-Quran juga sarat dengan label tetapi pastinya penggunaan label di dalam Al-Quran adalah benar.

Label seperti kafir, munafik, musyrik, taghut, sesat, khianat, bodoh, himar, boneka dan sebagainya memang terdapat dalam wahyu Allah swt dan ditujukan kepada sebahagian manusia.

Saya ambil satu contoh firman Allah swt:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (Surah An Nisa': 61)

Ayat ini menyaksikan bagaimana Allah swt menyebut golongan yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah swt dan RasulNya saw sebagai golongan munafik iaitu berpura-pura Islam.

Kedudukan begini kita tidak boleh menolak dan mempertikai Al-Quran kenapa melabel manusia dengan munafik, bodoh, tolol, samseng, khianat, jahil, sesat, dan lain-lain yang sangat banyak dalam Al-Quran bah kan juga sunnah Nabi saw. Label kategori ini adalah label yang bersifat benar.

Sementara label yang bukan pada sasaran yang betul dan tidak mempunyai bukti atau saksi yang benar maka ia adalah label yang bersifat fitnah. Biasanya digunakan untuk membunuh karektor dan menjatuhkan imej seseorang.

Label jenis ini dilarang dan tidak dibenarkan oleh Islam. Memanggil para alim ulama dan para pejuang Islam yang mukhlisin serta insan yang soleh dengan panggilan, gelaran atau label yang buruk adalah keji dan hina.

Justeru sebagai seorang anggota Jamaah Islam, kita patut tahu perkataan yang mahu ditulis dan istilah yang mahu diungkap atau label yang mahu ditampal agar tidak terjebak dalam melepaskan 'peluru' pada sasaran yang salah. Itu adalah fitnah yang keji. Bertaqwalah kepada Allah swt.

Kata pada yang benar itu benar dan kata pada yang batil itu batil. Jangan kata pada yang benar itu batil dan jangan kata pada yang batil itu benar pula jangan diam dari berkata benar. - HARAKAHDAILY 23/5/2015

Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber HD - 24-5-2015

Kembara seorang pejuang

NASRUDIN HASSAN | .


1. Ummat Islam di seluruh dunia sedang menyambut ulangtahun peristiwa Isra’ dan Mikraj. Isra’ dan Mikraj adalah merupakan satu mukjizat pengembaraan seorang Insan bertaraf Rasul untuk mengadap Tuhannya Qadhi Rabbul Jalil.

2. Ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan tarikh tepat berlakunya peristiwa agung ini. Al Imam An Nawawi dan Al Qurtubi mentarjihkan pandangan yang meletakkan tarikh lima tahun sebelum hijrah sebagai tahun berlakunya Isra’ dan Mikraj.

Sementara ada pandangan yang menyebut bahawa Isra’ dan Mikraj berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun kesepuluh An Nubuwwah pula ditarjih oleh Al A’llaamah Asy Syeikh Mansur Puri.
و الله أعلم بالصواب
3. Apa yang menarik  (menurut pandangan yang kedua) peristiwa Isra’ dan Mikraj ini berlaku pada tahun yang dikenali sebagai tahun dukacita . ( عام الحزن)

Tahun Dukacita ( عام الحزن )

Ada 3 peristiwa penting yang mengheret Baginda Rasul saw. ke kancah rasa dukacita yang sangat mencengkam jiwa dan perasaan.
a ) Kewafatan Saidatina Khadijah Rha.
b) Kematian Abu Talib.
c) Peningkatan kadar tekanan

Kewafatan Saidatina Khadijah Rha.

Seorang tokoh yang sangat penting dalam hidup baginda saw. Bukan sahaja sebagai seorang Isteri tetapi juga sebagai individu yang bertanggungjawab membiayai perjuangan Baginda saw.

Khadijah Rha. adalah orang yang pertama beriman kepada Allah dan RasulNya saw. di saat orang lain kufur kepadanya, yang menghulurkan seluruh hartanya disaat orang lain memboikot perjuangan Rasulullah saw. yang menenangkan perasaan baginda saw. di saat orang lain menyakitinya.

Tokoh yang disegani oleh seluruh penduduk Quraisy justeru beliau adalah seorang tokoh hartawan terkemuka di kalangan mereka. Pastinya pemergian Saidatina Khadijah Rha. sangat dirasai oleh Baginda saw.

Kematian Abu Talib

Tidak syak , sejarah sangat menyedari kehadhiran Abu Talib yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara Nabi saw. sejak kewafatan datuknya, Abdul Muttalib.

Bahkan Abu Talib selaku bapa saudaranya turut memainkan peranan penting dalam melindungi Rasulullah saw. sepanjang detik-detik cemas dan getir berhadapan dengan ancaman dan ugutan kuffar Quraisy.

Namun tokoh besar ini juga dimatikan wataknya di awal kisah perjuangan baginda Rasul saw. sementelah pula, matinya Abu Talib tanpa Iman (menurut pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah).

Tentu sahaja kehilangan watak Abu Talib yang terlalu banyak jasanya terhadap Rasulullah saw. tanpa sempat beriman sangat memilukan perasaan baginda saw.

Peningkatan Ancaman Musuh

Sering kali perancangan kuffar Quraisy untuk memerangkap dan menyakiti Rasulullah saw. tergendala ekoran kehadhiran 2 tokoh besar dan terbilang dalam hidup Baginda Rasul saw.

Sejurus kedua-dua tokoh tersebut meninggal dunia, ianya menjadi kesempatan terbaik buat kuffar Quraisy untuk melipat gandakan tekanan dan asakan mereka kearah perjuangan yang didokong oleh Rasulullah saw.

Penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah saw itu adalah penentangan yang dilakukan oleh kaum kerabat dan sanak saudara baginda saw. sendiri. Pastinya fenomena ini menghiris perasaan Baginda saw. , sedang sebelumnya masyarakat Quraisy sangat mengenali keperibadian Baginda saw. sebagai insan al Amin.

Percubaan Baginda saw. menembusi benteng daerah sendiri

Memandangkan Islam agama yang benar ditolak mentah-mentah oleh mereka yang berada di dalam “UPU” dan “DUN” baginda saw. sendiri, Baginda saw. mengambil langkah membawa Islam ini ke Taif dengan harapan penduduk Taif boleh menerima Islam jika ianya di tolak oleh penduduk Makkah.

5. Ternyata , SB Makkah lebih cepat bertindak dengan melaporkan pemergian Nabi saw. ke Taif kepada pembesar – pembesar Taif. Laporan negative dan tidak benar yang dibawa itu , membuatkan pembesar Taif “menyambut” kedatangan Nabi saw. dengan batu dan kata nista yang dilemparkan kearah baginda saw. oleh pemuda – pemuda tahan lasak yang telah diupah.

Munajat Baginda saw

6. Baginda saw. terpaksa pulang kembali ke Kota Makkah setelah mendapat bantahan sengit dari pembesar dan penduduk Taif. Kecederaan yang dialami oleh Baginda saw. menambah penderitaan dan kesengsaraan yang rasai dalam memimpin perjuangan suci ini.

7. Pertengahan jalan, Baginda Rasul saw. berhenti rehat buat seketika di sebuah kebun milik Utbah dan Syaibah bin Rabiia’h. Rasulullah saw. menadah tangan lantas bermunajat dengan hati baginda yang hiba .[1]

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي و قلة حيلتي و هواني على الناس يا أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين و أنت ربي . إلى من تكلني ؟ إلي بعيد يتجهمني ؟ أم إلى عدو ملكته أمري ؟ إن لم يكن بك علي غضب فلا أبالي و لكن عافيتك هي أوسع لي . أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت له الظلمات.

Ya Allah , kepadaMu aku mengadu betapa lemahnya kekuatanku dan betapa sedikitnya helah upayaku dan betapa hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi,
Engkaulah tuhan orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapakah Engkau serahkan diriku ini?
kepada orang jauh yang senantiasa memerangiku atau kepada musuh yang mahu menangkapku? Jika tiada kemurkaanMu terhadap diriku ini , nescaya aku tidak peduli (akan ku teruskan perjuangan ini)
Akan tetapi naungan kesejahteraanMu terlebih aku harapkan. Aku berlindung dengan cahaya keredhaanMu yang telah menerangi kegelapan.

8. Al Marhum Syeikhuna Sya’rawi al Mutawwalli pernah menyebut bahawa doa ini telah didengar dan dijawab oleh Allah swt. ketika beliau menafsirkan ayat pertama dari surah Al Isra’ :[2]
إنه هو السميع البصير
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Melihat.

9. Ada riwayat menyebut bagaimana Allah menghantar Malaikat yang menjaga bukit datang mengadap Nabi saw. untuk memohon izin bagi menghempaskan Bukit Taif ke atas seluruh penduduknya yang telah menyakitkan Rasulullah saw. Namun Nabi saw. tegas menjawab:
و الله بل أرجوا أن أخرج من أصلابهم من يعبد الله وحدة .
Demi Allah , bahkan apa yang aku harapkan ialah bakal lahir dari sulbi-sulbi mereka , generasi yang mengabdikan diri kepada Allah tuhan yang Esa.

10. Demikianlah jauhnya pandangan dakwah Nabi saw. demi masa depan agama suci ini. Ternyata kebangkitan generasi muda telah mewarnai perjuangan Islam yang telah diasaskan oleh Rasulullah saw. ini.

Perjuangan diselubungi Nusrah

Saat menanggung rasa penuh dukacita, menghadapi segala musibah yang menimpa dan karenah golongan kuffar Nabi saw. diundang oleh Allah swt. untuk naik mengadapnya guna dipamerkan kepada baginda saw. tanda-tanda keagungan Allah swt.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Surah Al Israa’ : 1)

11. Tanda-tanda keagongan Allah swt. justeru satu bukti bahawa Allah swt. adalah Tuhan yang maha Perkasa lagi Gagah . Tiada tolok bandingnya. Tiada siapa yang mampu mengalahkannya. Itulah Allah swt. yang senantiasa menaungi perjuangan Islam ini.

12. Maka tiada apa lagi yang mengembirakan Nabi saw. setelah menghadapi segala penderitaan dan kesengsaraan di pentas perjuangan melainkan baginda saw. melihat sendiri bagaimana keagongan Ilahi.

13. Ianya menjadi Nusrah (pertolongan) buat Nabi saw. dan juga kepada mereka yang menjejaki Manhaj an Nabawi ini disepanjang zaman.

14. Biarpun musuh sering menguasai keadaan dan pula senantiasa mempunyai kesempatan untuk menyakiti perasaan dan tubuh badan pejuang-pejuang Islam, Allah pasti sahaja tidak akan mensia-siakan mereka.

15. Menghayati tanda keagongan Allah swt. menjadikan pejuang Islam beroleh keyakinan bahawa perjuangan Islam ini bersandarkan satu kekuatan yang tidak mungkin dapat ditewaskan.

16. Fenomena inilah membuatkan Nabi saw. dan seluruh pejuang Islam di sepanjang zaman tidak lagi berasa gentar terhadap ancaman musuh , biar setinggi mana kuasa mereka , selebar mana pengaruh mereka dan sebanyak mana dana mereka , ternyata mereka teramat kerdil dan hina di sisi Allah swt.
Firman Allah swt:

وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لَا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Dan janganlah kamu berasa hina menghadapi golongan itu (musuh kamu) jika kamu berasa sakit, sesungguhnya mereka juga berasa sakit sebagaimana kamu berasa sakit sedang kamu mengharapkan (redha) Allah, suatu yang tidak diharapkan oleh mereka. (Surah An Nisa': 104)

[1] Rujuk Sirah An Nabawiyyah Ibnu Hisyam . Hal. 48 . Juz kedua. Cetakan DarulJiil Beirut.
[2] Saya masih ingat ketika mendengar ceramah Isra’ dan Mikraj yang disampaikan oleh Asy Syeikh Al Marhum Sya’rawi al Mutawwalli di Mesir satu ketika dahulu.

Sekian.

Nasrudin Hassan
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 16-5-2015


PKR perlu nasihatkan AMK santuni PAS, kata Nasruddin

Posted on Thursday, April 30 @ 18:09:30 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: AJK PAS Pusat, Nasruddin Hasan berkata beliau tidak melihat isu Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang membuat pusingan 'U' untuk membantu jentera pilihan raya PKR sebagai suatu yang negatif.

Sebaliknya beliau menegaskan PKR wajar menasihati AMK sekaligus mencontohi tindakan Pemuda PAS itu yang tahu bagaimana untuk bertindak demi kesejahteraan Pakatan Rakyat.
"Fokus adalah perlu diberikan kepada AMK yang masih gagal untuk memohon maaf dan menarik balik fitnah yang dilemparkan kepada Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi.
"Mungkin pimpinan utama PKR pula wajar memberi nasihat yang baik kepada AMK Penang," katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi khidmat pesanan WhatsApp kepada Antarapos.
Katanya lagi, langkah positif telah ditunjukkan oleh DPP Pulau Pinang dan selebihnya harus disantuni rakan sekutunya itu.
"Mengorbankan perasaan dan kepentingan diri untuk mencari sebuah kejernihan, maka kedegilan jenis apa yang masih menyelubungi AMK untuk memohon maaf dan menarik balik fitnah yang dilemparkan kepada Presiden PAS," tambahnya.
Pemuda PAS Pulau Pinang semalam mengubah pendiriannya dan mengumumkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. 
Ketua Pemudanya Mohd Yusni Mat Piah berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemudanya Khairil Nizam Khirudin. - ANtaraPOS

Sumber TKO - 30-4-2015

Ke Putrajaya bersama Islam

NASRUDIN HASSAN | .


KITA memperjuangkan Islam. Kita mahu Islam tegak dan berdaulat di atas tanah air kita. Justeru, kita perlu menang dalam perjuangan ini. Kita berusaha ke arah kemenangan dan kita berdoa serta mengharapkan kita menang bagi membolehkan Islam dapat dilaksanakan. Segalanya berbekalkan keyakinan kita terhadap janji Allah SWT:

وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

"dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa"

Surah Al Hajj: 40

Namun kiranya kita ditolak oleh masyarakat kerana perjuangan yang kita dokong ini, maka apa boleh buat? Kita sedar, inilah sunnatullah yang pernah dilalui oleh para anbia alaihissalam. Kita bersabar dan terus beristiqamah memacu perjuangan ini tanpa bosan, jemu dan penat memburu kemenangan. Kita memahami apa yang telah ditegaskan oleh Allah SWT :

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّاتَّبَعُوكَ وَلَٰكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) adalah sesuatu yang mudah didapati dan satu perjalanan yang dekat, nescaya mereka (munafik) akan mengikutmu; tetapi ia sangat jauh dan sukar dirasakan oleh mereka"

Surah At Taubah: 42

Kalah bukan pilihan kita. Kalah bukan penamat dan penyudah. Kalah bukan bermakna kita salah dan mengalah. Namun kalah kerana kita gigih memperjuangkan Islam adalah lebih baik berbanding menang kerana kita berjanji untuk tidak mahu melaksanakan Islam. Kita akan terus bangkit berjuang sehingga kita gapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Mengharapkan kita berhenti daripada perjuangan suci ini atau mengenepikan Islam daripada perjuangan yang didokong atau mengikat diri dengan memeterikan sebuah perjanjian untuk tidak melaksanakan Islam sekalipun menang, semata-mata kerana mahu segera berkuasa, maka ia bukan pilihan yang betul malah jelas bercanggah dengan manhaj perjuangan Nabi SAW. baginda pernah menolak peluang berkuasa di Makkah al-Mukarramah kerana apa yang Nabi SAW mahu ialah Menang Bersama Islam bukan "Asalkan Menang Dulu"

Lihat tawaran kuffar Quraisy kepada Nabi SAW suatu ketika dahulu (dan ia tidak diterima oleh Nabi SAW)

قال : يا ابنَ أخي ، إن كنتَ إنَّما تُريد بما جِئْتَ به من هذا الأمر مالاً ، جَمَعْنا لكَ من أمْوالنا حتَّى تكونَ أَكْثَرنا مالاً . وإن كنتَ إنَّما تريدُ به شَرَفًا ، سَوَّدْناكَ علينا (أي جعلْناكَ سيّدًا علينا) حتَّى لا نَقْطع أمرًا دُونَك . وإن كنتَ تُريد به مُلْكًا ، مَلَّكناكَ علينا . وإن كان هذا الذي يأتيكَ رَئِيّا تراهُ لا تستطيعُ ردَّهُ عن نفْسك (وكانُوا يُسَمُّون التَّابع من الجِنّ : رَئِيّا) ، طلَبْنا لك الطّبَّ وبذَلْنا فيه أموَالَنا حتَّى نُبْرئكَ منه ، فإنَّه ربَّما غَلَب التَّابعُ على الرَّجُل حتَّى يُداوَى منه .
Telah berkata Utbah (Abal Walid) : Wahai anak saudaraku, jika perjuangan Islam yang kau gerakkan ini adalah kerana kau mahukan harta, kami akan kumpulkan semua harta kami dan diberikan kepada engkau sehingga engkau menjadi orang yang paling banyak harta dikalangan kami.

Jika sekiranya perjuangan Islam yang engkau gerakkan ini kerana engkau mahu menjadi pemimpin, maka kami sedia melantik engkau menjadi pemimpin kami sehingga kami tidak akan memutuskan apa-apa keputusan melainkan setelah mendapat tandatangan engkau.

Jika sekiranya perjuangan Islam yang engkau gerakkan ini kerana engkau mahu menjadi raja, kami sedia menabalkan engkau menjadi raja kami.

Jika segalanya adalah kerana engkau dirasuk jin dan engkau tidak mampu merawatinya, kami sedia menyediakan tabib untuk merawat engkau dan segala kos rawatannya ditanggung oleh kami sehingga engkau bebas dari penyakit ini.

فلمَّا فرَغَ عُتبة ، ورسولُ الله صلَّى الله عليه وسلَّم يَستمعُ منه ، قالَ : أوَ قَدْ فَرغْتَ يا أبا الوَليد ؟ قالَ : نَعم ، قالَ : فاسْتَمِعْ منّي ، قالَ : أَفْعَل

Maka tatkala selesai Utbah mengemukakan tawarannya dan Rasulullah SAW mendengarnya dengan teliti, lalu Rasulullah SAW berkata: telah selesaikah wahai Abal Walid? Kata Utbah: Ya. Maka kata Rasulullah SAW: dengarkan pula suatu daripadaku: kata Utbah: silakan! Lalu Nabi SAW membacakan beberapa ayat dari surah Fussilat:

حم

Haa, Miim

تَنزِيلٌ مِّنَ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

بَشِيرًا وَنَذِيرًا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ

Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.

وَقَالُوا قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ مِّمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ وَمِن بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ فَاعْمَلْ إِنَّنَا عَامِلُونَ

Dan mereka berkata: "Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)!"

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ وَوَيْلٌ لِّلْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaan-Nya), serta pohonlah kepada-Nya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),

الَّذِينَ لَا يُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ

"Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan hartabendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat".

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus.

Surah Fussilat: 1 - 8

Akhirnya Utbah kembali kepada kaumnya tanpa berjaya mempengaruhi Rasulullah SAW. – HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD - 28-4-2015

Kesal PM tidak utarakan nasib umat Islam di ASEAN

HARAKAHDAILY | .


SAYA merujuk kepada ucapan YAB Perdana Menteri, Datuk  Seri Mohd Najib Tun Razak di Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 semalam. Dalam ucapannya, beliau langsung tidak menyentuh mengenai nasib dan harapan kesatuan umat Islam di ASEAN.

Malah, ucapan beliau hanya berlegar sekitar ancaman terorisme dan propaganda atas nama ‘Islamic State’ sahaja. Saya akui perkara itu benar, namun itu sebenarnya menjadi pentas terbaik untuk melahirkan empati terhadap nasib umat Islam seperti di Rakhine, Pattani dan Indonesia.

ASEAN adalah komuniti politik dan ekonomi. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN wajar menampilkan sekurang-kurangnya draf solusi konkrit berhubung kekuatan dan masa depan umat Islam di rantau ini. Malaysia tidak boleh apologetik untuk menyuarakan hal tersebut.

Contohnya, isu status kewarganegaraan etinik minoriti Muslim Rohingya di Myanmar. Perkara ini telah dibangkitkan dalam Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu hujung tahun lalu.

Malah, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon pada hari Jumaat yang lalu sekali lagi menggesa Kerajaan Myanmar untuk menyelesaikan segera konflik tersebut yang dianggap sebagai “seriously destabilizing”. Ramai telah terbunuh dan lebih seratus ribu kehilangan tempat tinggal sejak Jun 2012.

Saya berharap isu-isu seumpama ini tidak disisihkan dalam Kemuncak ASEAN - A People Centred ASEAN - pada kali ini. Isu ini boleh dibincangkan menerusi dokumen Langkawi Declaration on the Global Movement of Moderates atau forum-forum khas yang lain sepanjang persidangan ini.

Malah, saya turut mencadangkan agar Perdana Menteri menghimpunkan gerakan-gerakan sivil, ahli-ahli Parlimen Islam, kumpulan anak muda dan pakar akademik di rantau ASEAN bagi membincangkan secara serius perkara ini. – HARAKAHDAILY 28/4/2015

NASRUDIN HASSAN
AJK PAS Pusat

Sumber HD - 28-4-2015


PAS Yang Lebih Dinamik. Vol 2

Posted on Sunday, April 26 @ 10:05:22 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Oleh : Nasrudin bin Hassan

AJK PAS Pusat


1. Masa depan senantiasa menjanjikan cabaran sengit buat perjuangan Islam. Ini adalah sunnatullah. Justeru itu kita diajar oleh Allah swt supaya membuat persiapan dengan seluruh kekuatan yang kita miliki. Firman Allah swt :


وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan sediakanlah untuk menentang mereka dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Surah Al Anfaal : 60

2. Persiapan dan persediaan organisasi adalah antara bentuk persiapan yang penting untuk memastikan PAS senantiasa dinamis mengharungi zaman dan menongkah cabaran. Sungguhpun perjuangan yang kita dokong ini adalah suatu kebenaran, namun ia mestilah digerakkan secara munazzamah (sistematik) khasnya penyusunan organisasi yang kemas dan kepimpinan yang mantap. Kata Saidina Ali Karramallahu Wajhah :
الحق بدون النظام يغلبه الباطل بالنظام
Kebenaran (yang diperjuang) tanpa sistematik, ianya boleh dikalahkan oleh kebathilan (yang diperjuang) dengan sistematik.

3. Ahli PAS bertanggungjawab untuk memilih saf kepimpinan yang mantap guna membentuk organisasi yang kemas dan padu. Bukan pemimpin yang bercakap banyak tapi mutu kerjanya lemah. Sebaliknya parti memerlukan pemimpin yang memiliki akhlak dan disiplin berjamaah yang tinggi. Elakkan pemimpin yang :
a) bocorkan rahsia jamaah
b) lapor minit mesyuarat kepada pihak lain
c) menubuhkan jamaah dalam jamaah
d) gemar untuk kontra dengan ketua
e) membawa idea dan agenda peribadi
f) memperlekeh ketua dikhalayak
g) tikam jamaah dari belakang
h) lakukan serang saraf dan fitnah
i ) hilang keyakinan kepada jamaah sendiri
j ) sebelah kaki dalam PAS dan sebelah kaki dalam jamaah lain yang diberikan wala'.

4. Kepimpinan adalah unsur terpenting dalam membentuk kekuatan dalaman. Lemah kepimpinan maka lemahlah dalaman jamaah kita. Kuat dan kukuh kepimpinan maka hebat dan utuhlah jamaah kita. Maka kepimpinan mesti terdiri dari saff yang padu dan bersatu dengan sendi ketaatan, kesetiaan, kejujuran, ukhuwwah, thiqah dan sebagainya. Secara demokrasinya, perwakilanlah yang bertanggungjawab memilih koalasi kepimpinan dan kemudiannya yang terpilih itu pula bertanggungjawab memaknakan kepercayaan ahli kepada mereka dengan makna yang betul menepati manhaj perjuangan jamaah yang didokong.

5. Rata - rata saya lihat ahli PAS atau perwakilan menyokong kepimpinan Al Fadhil Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Awang sebagai presiden parti melalui satu sokongan yang disulam kukuh dengan kepercayaan serta keyakinan tinggi terhadap kemampuan dan keupayaan beliau memimpin. Namun satu mulaahazat (perhatian) yang perlu saya tegaskan disini bahawa sokongan itu tidak membawa impak besar kepada masa depan jamaah jika "team kerja" beliau yang bakal dipilih oleh perwakilan tidak terdiri dari kalangan mereka yang boleh bekerja sama dan gigih membantu presiden ke arah mencapai gagasan dan wawasan perjuangan.

6. Masih segar dalam ingatan saya dan jelas terngiang - ngiang ditelinga mendengar ucapan Tuan Guru Presiden di Muktamar PAS Pusat yang berlangsung di Johor tahun lepas. Lebih kurang ucapan beliau :
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua pimpinan yang berucap menyatakan sedia berdiri teguh di belakang saya, tapi apa yang saya bimbang apabila saya pandang ke belakang, tidak ada orang"
Ini sebenarnya adalah suara hati Tuan Guru Presiden dan satu ingatan jelas bahawa untuk meletakkan PAS sebagai jamaah yang dinamis, beliau mahu dan perlukan team kerja yang benar - benar menepati erti "berdiri teguh dibelakang" bagai yang diucap, bukan team yang jauh duduk dibelakang atau yang suka memintas dan menghadang di depan.

7. Banyak kritikan dilemparkan kepada PAS dan sebahagiannya dituju kepada kepimpinan beliau. Namun pada pengamatan saya, sebahagian besar pada kelemahan yang dikritik itu adalah berpunca dari kegagalan team kerja yang padu. Bermula dari arahan yang gagal ditaati sehinggalah tindakan mempertikai dan menempelak beliau dikhalayak. Lebih malang, ada yang menelan bulat - bulat fitnah yang dicipta musuh untuk memburukkan peribadi dan reputasi beliau sebagai presiden parti. Antara fitnah jahat yang popular dan turut dipercayai oleh sebahagian pimpinan PAS ialah kononnya Tuan Guru Hj Abdul Hadi mahu membawa PAS bergabung dengan UMNO dan BN.

8. Kedengaran pula mutaakhir ini, pihak yang membandingkan kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dengan kepimpinan Al Marhum Tuan Guru Hj Fadhil Noor. Kononnya di era ini bakal berlakunya perpecahan hebat, lahirnya golongan ekstrim PAS dan sebagainya. Saya teringat kisah orang bertanya kepada Saidina Ali Karramallahuwajhah, kenapa zaman kepimpinan beliau terlalu banyak perpecahan sedang tidak sedemikian di zaman Abu Bakar, Umar dan Uthman Ridhuanullah A'laihim Ajmai'n. Lalu jawab Saidina Ali Karramallahuwajhah : "kerana mereka memimpin orang seperti aku sedang aku hari ini memimpin orang seperti kamu"

9. Kisah ini secara tidak langsung menjelaskan peri pentingnya kedudukan team kerja bagi seorang ketua dalam sebuah koalasi kepimpinan. Saya masih ingat di zaman kepimpinan Al Marhum Tuan Guru Hj Fadhil Noor sebagai presiden parti, dimana Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Timbalan Presiden pada waktu itu turut mendapat pencalonan yang tinggi dari perwakilan untuk kerusi Presiden. Tetapi dengan rendah diri beliau telah menarik diri dan terus berperanan sebagai pembantu yang baik kepada Al Marhum Tuan Guru Hj Fadhil Noor.

10. Dinamika perjuangan Islam yang digalas oleh PAS mesti bermula dari noktah ini. Tanpa wujudnya satu kombinasi kepimpinan yang padu dan utuh maka siapa pun yang menjadi ketua, kelak kepimpinan itu tetap bermasaalah dan dilihat lemah. Apabila kepimpinan bermasaalah dan lemah, parti akan banyak habis masa untuk selesaikan masaalah dalaman berbanding memacu gagasan perjuangan. Justeru itu, wujudkan team kepimpinan yang padu dan mantap maka ia bagaikan dinamo yang akan meletakkan PAS sebagai sebuah perjuangan yang dinamis menggapai cita - cita Islam.

bersambung ....

Sumber TKO - 26-4-2015

PAS tidak boleh larut, hilang identiti dalam PR

HARAKAHDAILY | .


IKLIM politik dalaman PAS semakin menarik untuk dihalusi terutama menjelang Muktamar Tahunan PAS pada awal bulan Jun akan datang. Bukan sahaja dilihat kepada persaingan dan pertembungan untuk mengisi ruang kepimpinan parti tetapi juga dilihat kepada siapakah yang akan terpilih. Bermula kerusi Presiden parti, Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden dan 18 AJK Kerja PAS Pusat.

Saya percaya, muktamar adalah medan terbaik untuk ahli-ahli PAS membuat pilihan siapakah selayaknya memimpin PAS. Berdepan dengan isu-isu terkini termasuk masalah dalaman PR dan bagaimana selayaknya posisi PAS berdepan kemelut dalaman PR.

Ahli PAS semakin matang untuk memilih kabinet PAS yang kuat dan mantap ke arah mempersada PAS di pentas politik tanahair. Bukan lagi PAS yang pemimpinnya telah hilang keyakinan kepada kemampuan parti sendiri lalu 'beriman' bahawa PRlah yang menyebabkan PAS masih relevan sehingga hari ini.

PAS telah menempuh pahit maung perjuangan dan membesar dengan dasar dan prinsip yang tidak pernah berubah. Sedang PR baru wujud beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanalah ada pimpinan tertentu dalam PAS menganggap bahawa kehebatan dan kejayaan PAS adalah kerana PR. Tanpa PR, PAS tidak akan ke mana dan tidak berjaya sehingga tahap ini.

Sikap sebegini adalah sikap memandang rendah pada keupayaan parti sendiri. Pemimpin sebegini adalah pemimpin yang mengalami sindrom atau penyakit inferiority complex yang serius.

PR adalah gabungan tiga parti yang berkerjasama dalam urusan politik pula tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Itulah terjemahan kepada 'Tahaaluf Siasi'. Setiap parti mempunyai dasar dan prinsip perjuangan masing-masing. Kerjasama hanya melibatkan perkara politik yang disepakati. Adapun dasar dan prinsip perjuangan kekal menjadi hak parti masing-masing.

Justeru itu satu kaedah telah dimaterikan antara ketiga-tiga parti iaitu "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju" yang pastinya terpakai pada kes-kes silang dasar dan prinsip perjuangan setiap parti.

Selama PR bergerak secara harmoni, saling menghormati hak dan dasar parti masing-masing maka ia adalah yang terbaik dan tentu sahaja ia menjadi tamparan hebat kepada Umno dan BN.

Namun apabila PR dilanda krisis dalaman yang berpunca dari sikap 'parti kami adalah boss' , 'langkah kami mesti semua parti lain kena ikut', 'memaksa supaya parti meninggalkan dasar perjuangan atas alasan demi PR' dan sebagainya, maka pemimpin PAS tidak boleh hilang keyakinan kepada parti sendiri.

PAS mesti terus kekal berpaksi kepada dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawanya. Sebagaimana PR kekal sebagai gabungan tiga parti yang terikat dengan syarat. PR bukan satu parti dan PAS tidak boleh larut dan hilang identitinya dalam PR.

PAS mesti kekal sebagai PAS yang membawa dasar dan manhaj perjuangan Islam. Ianya tidak boleh dileburkan semata-mata kerana PR. Sebaliknya PR mesti mengiktiraf dan menerima baik dasar dan manhaj perjuangan PAS termasuk membenarkan PAS memperjuangkan Islam dan mendaulatkannya di atas tanahair tercinta ini.

Jika PR menolak atau menentang perjuangan PAS, maka bukan saja PAS mesti terus kekal atas dasar perjuangannya tanpa jejas tetapi pemimpin PAS juga tidak seharusnya hilang pedoman bagai anak kehilangan ibu. Lalu berkata bukan-bukan yang tidak selayaknya kepada parti sendiri. Sepertinya PAS akan berkubur tanpa PR.

Kepimpinan Ulamak yang menerajui PAS hari ini bukan anti PR bagai yang dituduh. Sebaliknya ia adalah fitnah jahat yang dikitar semula. PR terbentuk melalui prinsip Tahaaluf Siasi. Tahaaluf Siasi diluluskan oleh para alim ulamak yang menerajui PAS.

Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara pencetus ijtihad politik ini apabila beliaulah yang menyediakan kertas kerja berjudul "PAS: Tahaaluf Siasi" sejak awal 80-an lagi dan PAS telah melalui pelbagai corak pengalaman bertahaaluf dengan parti-parti politik yang lain. Segalanya bermula dengan ijtihad tersebut.

Justeru itu menganggap ulama anti PR khasnya terhadap Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah satu tanggapan yang salah dan keterlaluan.

Apa yang berlaku ialah para alim ulama kita melalui Multaqa Ulamak I dan II mahupun Muktamar Dewan Ulamak Pusat, adalah pertegaskan bahawa dalam apa jua situasi, sama ada di dalam atau di luar Tahaaluf Siasi, PAS mesti terus beristiqamah membawa dasar dan manhaj perjuangan Islamnya.

Jika PR boleh menerima, maka itu yang selayaknya dan jika PR menolaknya maka PAS tidak boleh hilang rentak perjuangan. Para pemimpinnya tidak wajar "merintih" dan "melutut" mohon diterima sebaliknya pemimpin PAS mesti bangkit menjulang izzah (kemuliaan) perjuangan suci yang didukung.

Ingat pesan Saidina Umar al-Khattab Rha.

نحن قومٌ أعزَّنا اللهُ بالإسلام مهما ابتغينا العزةَ بغيره أذلَّنَا الله

"Kita adalah suatu golongan yang telah dikurniakan kemuliaan dan kehebatan dengan Islam. Tatkala kita mencari kehebatan selain dari Islam nescaya penghinaan Allah swt menimpa kita".

Dinamika PAS meredah cabaran zaman adalah banyak bergantung kepada ketegasan PAS memperjuangkan Islam dan berkeupayaan membentuk satu set kepimpinan yang mampu berkerja dan berjuang dalam satu manhaj. Bukan set kepimpinan yang longgar ketaatan kepada pucuk pimpinan, hambar wala' (kesetiaan) kepada jamaah dan sering mencetus masaalah dalam jamaah pula menyanggahi pucuk pimpinan secara terbuka dan tidak beradab. - HARAKAHDAILY 24/4/2015

Nasrudin bin Hassan
AJK PAS Pusat

Sumber HD - 24-4-2015

POTA: Jangan terikat definisi keganasan

Posted on Sunday, April 19 @ 13:07:30 MYT by paktam

Oleh NASRUDIN HASSAN

MEREKA adalah imperialis yang menjarah kedaulatan negara lain. Mereka mendakwa sebagai polis dunia yang telah mengganyang jiwa rakyat yang tidak berdosa. Mereka adalah pembiaya yang menyogok fraksi tertentu untuk menyubur keganasan.
Mereka adalah hipokrit yang bertopengkan syaitan yang melunak suara atas nama kebebasan serta keadilan. Siapakah “me reka”?

Jangan sesekali kita lupa beberapa catatan penting dalam Persidangan Basel, Switzerland (31 Ogos 1987), diikuti dengan Deklarasi Balfor 1917 dan seterusnya penjajahan kedaulatan Palestin pada tahun 1948.

Zionis Israel telah merampas hak rakyat Palestin dengan mendapat sokongan mandat daripada Amerika Syarikat. Mereka telah menghalau setengah juta penduduk Palestin. Malah, mereka merobek kesucian kiblat pertama umat Islam di Baitulmaqdis.

Zionis Israel telah membunuh lebih 2,500 jiwa rakyat Palestin di kem perlarian Shabra dan Shatila pada tahun 1982. Pada 27 Disember 2008, Zionis Israel telah mengirim puluhan jet pejuang F16 untuk membedil infrastruktur awam Palestin.

Hospital, sekolah, universiti, masjid, rumah dan kedai hancur musnah. Lebih 500 rakyat Palestin terkorban dalam serangan hari pertama tersebut.

Pada bulan Ramadan tahun 2014, Zionis Israel telah melancarkan 2,600 serangan udara dan mengebom 650 buah bangunan di Palestin. Sebanyak 70 peratus yang terbunuh adalah golongan wanita dan kanak-kanak. Dalam tragedi tersebut, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mengatakan bahawa semua bukti menunjukkan Israel yang bertindak ganas dan ini adalah perbuatan ganas yang paling melampau.

AS telah mempertahankan seluruh kekejaman Zionis Israel ke atas Palestin. Untuk rekod, Isreal telah mencabul 79 resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah digubal sejak tahun 1948 hingga 2009. Mereka memperkasakan tenaga nuklear dan tidak pernah meratifikasi perjanjian untuk menghentikan proliferasi tenaga tersebut.

Tidak sekadar itu, mereka mencatur bidak-bidak boneka khususnya di Timur Tengah untuk melicinkan pergerakan imperialisme dan kejahatan ke atas manusia.

Mereka mengkucar-kacirkan kesatuan umat Islam dengan pertembungan mazhab, merasuah pemimpin Arab dan menggiatkan aktiviti ekonomi antara paksi mereka.

Ini tidak termasuk isu di Af ghanistan, Iraq, Mesir (dulu dan kini), Pakistan, Alutgama dan Beruwala Sri Lanka, Rakhine Myanmar, Selatan Thai, Afrika Tengah, Libya, dan terkini di Syria.

Tragedi-tragedi hitam ini adalah sebahagian daripada siri keganasan sebenar yang dilakukan ke atas manusia di seluruh dunia dan sepanjang zaman. Disebabkan itu, saya boleh bersetuju dengan pandangan bahawa sebahagian gerakan- gerakan yang didakwa “radikal dan ganas” yang wujud adalah disebabkan oleh tekanan kezaliman yang dilakukan ke atas mereka dan negara mereka.

Maka, apabila Rang Undang- Undang Pencegahan Keganasan 2015 ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini, saya ingin meneliti tafsiran terma keganasan, perbuatan keganasan dan organisasi pengganas tersenarai. Di peringkat antarabangsa, kita tidak mempu nyai maksud sebenar dan jelas bagi istilah keganasan. Ia didefinisikan mengikut kepentingan politik dan keadaan-keadaan tertentu.
Oleh yang demikian, kumpulan mujahidin Afghanistan, Hamas, dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pernah dituduh sebagai kumpulan pengganas kerana berjuang membebaskan tanah air mereka.

Ekoran itu, apabila kita merujuk kepada Resolusi 2178 Majlis Keselamatan PBB yang diluluskan pada 24 September 2014 untuk mengutuk jaringan ekstremis dan ideologi ekstremisme dalam apa jua bentuk, Majlis hanya melabelkan kumpulan- kumpulan pengganas yang diasosiasikan dengan Islamic State in Iraq and the Levant (ISIL), al-Nusra Front (ANL) dan pecahan-pecahan kepada Kumpulan al-Qaeda. Walhal, persidangan itu dipengerusikan oleh Presiden AS, Barack Obama yang jelas menyokong dan membiayai Zionis Israel.

Ini adalah sikap double standard, hipokrasi dan menjengkelkan!

Walau bagaimanapun, dalam hal organisasi-organisasi pengganas ini, kita seiring dengan pandangan ulama-ulama sedunia. Contohnya, kenyataan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia telah menolak pengisytiharan Negara Islam ISIS pada 4 Julai 2014 dan me negaskan bahawa tindakan tersebut hanya memberi keuntungan terhadap musuh Islam.

Begitu juga dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang lalu, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan untuk tidak membenarkan ahli-ahlinya terlibat dengan mana-mana kumpulan yang bertindak ganas, melampau, bercanggah dengan Fiqh al-Jihad dan etika dalam peperangan.

Ini selaras dengan tuntutan syariah Islam. Firman Allah SWT, bermaksud: “Dan perangilah kerana agama Allah terhadap mereka yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-Baqarah: 190).

Maka, saya ingin menegaskan bahawa istilah keganasan perlu diperhalusi. Islam mengecam keganasan, dan tindakan yang melampaui batas. Dalam konteks ini, kita tidak boleh hanya memfokuskan label pengganas kepada kumpulankumpulan yang dijenamakan atas nama Islam sahaja seperti mana yang dikehendaki Barat, tetapi juga harus mengutuk tindakan pihakpihak lain seperti Zionis Israel dan sekutunya AS.

Saya juga ingin menyentuh mengenai proses tahanan dan sekatan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan.

Dalam mana-mana proses penghakiman, seseorang suspek boleh disabitkan bersalah atau tidak adalah tertakluk kepada pengakuannya, keterangan saksi yang berintegriti dan bukti-bukti yang kukuh melangkaui keraguan.

Namun begitu, pengawai penyiasat perlu mendapatkan bahanbahan bukti atau justifikasi yang kukuh sebelum menangkap manamana individu untuk siasatan kes.

Ini bagi membolehkan seseorang individu tersebut tidak ditahan lanjut sehingga 38 hari. Kita bimbang sekiranya siasatan dan pembuktian tidak kukuh ia akan terus memangsakan seseorang individu sehingga terpaksa diawasi oleh polis dengan terpaksa mengenakan peranti elektronik.

Seterusnya, saya melihat kuasa yang diberikan ke atas lembaga ini cukup besar. Ia berhak secara mutlak untuk menahan, melanjutkan tahanan, menyekat kebebasan individu, menambah mana-mana sekatan lain atau syarat yang dikenakan di bawah peruntukan RUU ini. Tambahan pula, keputusan Lembaga tidak boleh disemak semula dalam mana-mana mahkamah terhadap apa yang telah dilakukannya.

Ini dibimbangi boleh mislead keadilan dan pembelaan terhadap tertuduh.

Secara konklusinya, saya berharap agar kita tidak menyempitkan kegiatan keganasan hanya kepada ISIL/ISIS, ANL dan al-Qaeda semata-mata, tetapi ia juga merangkumi mana-mana pihak yang membuta tuli menggunakan kekuasaannya menceroboh, menindas dan menzalimi pihak lain.

Ini menuntut kepada satu penafsiran keganasan yang lebih eksplisit dan konkrit. Saya juga berharap agar proses penghakiman tertuduh mestilah berjalan dengan adil dan benar bagi mengelakkan pendakwaan terpilih, penipuan, komplot dan sebagainya.

>> Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh dan AJK PAS Pusat.

Sumber DD - 19-4-2015


PAS: Ulama, profesional dan aktivis tidak bertembung

HARAKAHDAILY | .

STATUS keahlian PAS hanyalah 'Ahli PAS'. Kad ahli Presiden PAS tertera 'Ahli PAS' sama dengan kad ahli-ahli PAS yang lain iaitu status 'Ahli PAS'.

PAS tidak membezakan ulama mahupun profesional dan aktivis jauh sekali meminggirkan sebahagian dari sebahagian yang lainnya. Sebaliknya sinergi ulama, profesional dan aktivis adalah satu asas kukuh dalam PAS sejak awal penubuhannya sehingga kini. Tidak sepatutnya berlaku pertembungan antara ulama dan profesional mahupun aktivis.

Pertembungan yang berlaku bukanlah pertembungan antara ulama dan profesional. Sebaliknya pertembungan yang wujud itu adalah dari aliran pemikiran yang bertentangan prinsip dan akar fikirnya serta bercanggah dengan keabsahan manhaj PAS yang didukung.

Wujudnya mereka yang tiada disiplin berjamaah, mengkhianati jamaah dengan membocorkan rahsia, menikam kepimpinan sendiri dari belakang, melunturkan nilai taat dan walak kepada jamaah dan sebagainya.

Pertembungan ini tidak mewakili ulama atau profesional tetapi mewakili pemikiran yang dianutnya.

Tamatkan teori dan persepsi pertembungan ulama dan profesional justeru ia bukan isu sebenar yang berlaku. Sebaliknya semua mesti bangkit pertahankan dasar, prinsip, agenda perjuangan dan pemikiran Islam yang tulen dari anasir yang mahu merosakkannya.

Jangan benarkan parti diresapi pemikiran yang asing dan bertentangan dengan manhaj perjuangan Islam yang kita dukung.

Pemikiran sedemikian bagaikan virus yang boleh melumpuhkan jamaah dan memusnahkan identiti perjuangan kita.

Kenali pembawa virus ini dengan cermat, tepat, adil dan saksama serta segera bertindak menghalangnya. Jangan izinkan mereka membuat onar, keliru dan celarukan pemikiran ahli PAS.

Namun jangan semberono dan fitnah melulu. Jangan pula salah sasar kepada mereka yang tidak berkenaan. Awasi saraf musuh yang mencetus fitnah dan adu domba.

Elakkan bertindak secara emosional dan dendam peribadi. Dapatkan maklumat yang betul dan tidak menyebarkan berita yang salah dan separuh masak. - HARAKAHDAILY 19/4/2015

NASRUDIN HASSAN
Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 19-4-2014

PAS: Salah jika takrif parti politik semata-mata

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS pada takrif yang betul adalah merupakan sebuah Gerakan Islam (Harakah Islamiyah) di mana sebahagian dari tanggungjawab dan amanah perjuangannya ialah gerak kerja politik (amal Siasah).

"Menakrifkan PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata adalah salah, justeru ia meletakkan peranan PAS terbatas pada percaturan dan kemaslahatan politik yang terhad," ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Bahkan, jelas beliau ia tidak membezakan PAS dengan parti-parti politik yang lain pada orientasi dan perkiraan politiknya.

Tambahnya, sementara PAS yang ditakrifkan sebagai sebuah Gerakan Islam akan mengangkat peranan PAS jauh lebih besar dari sekadar berpolitik pilihan raya atau berhenti di atas garis kemenangan pilihan raya.

"Sebaliknya menjadikan politik sebagai wadah untuk memenangi pilihan raya lantas mengisi kemenangan dengan mendaulatkan syariat Allah swt di atas tanah air kita," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Beliau berkata, gerak kerjanya seimbang dan sepadu antara tiga asas gerak kerja iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.

Menuutnya, Islam adalah cara hidup yang syumul (lengkap sempurna) maka gerakan Islam adalah sebuah gerakan yang berteraskan syumuliah (kesempurnaan) Islam itu sendiri. - HARAKAHDAILY 18/4/2015

Sumber HD - 18-4-2015


Katakan TIDAK !! pada Fitnah

1. Zaman ini menyaksikan fitnah makin menggila. Sukar untuk dikesan siapa pencetusnya. Apa yang pasti, kesannya sangat parah. Bukan sahaja mangsa fitnah tetapi juga membarah sampai ke urat nadi jamaah itu sendiri. Sementara usaha memulihkannya tentu sahaja mengambil masa bertahun lamanya.
...
2. Teman seperjuangan ! Marilah kita berjuang tanpa fitnah. Jangan sekali - kali memfitnah dan elakkan diri dari posisi yang mencetuskan fitnah. Tentu sahaja, kita juga perlu memohon perlindungan daripada Allah swt agar tidak menjadi mangsa fitnah. Sememangnya fitnah adalah senjata tertua di dunia untuk menentang perjuangan Islam yang di bawa oleh Para Anbiya' a.s termasuk Nabi kita Muhammad saw dan para pewarisnya dari kalangan alim ulamak mujahidin al mukhlisin di sepanjang zaman.

Firman Allah swt :

لَقَدِ ابْتَغَوُا الْفِتْنَةَ مِن قَبْلُ وَقَلَّبُوا لَكَ الْأُمُورَ حَتَّىٰ جَاءَ الْحَقُّ وَظَهَرَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَارِهُونَ

Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) ugama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya.
Surah at Taubah : 48

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat
www.perjuanganku.com


Sumber FB / HD - 16-4-2015

Derita Rakyat

majdan | .

Harap cerah sampai ke petang
Harap mudah dihari mendatang
Namun Malang berganti Malang

Marhain gelandang di bumi tersayang
Sabung nyawa bergalang kenyang
Sebutir padi diayak ke petang

Mengharap nasib ada pembela
Hidup dihambat duka nestapa
Lalu luka berganti luka

Sejuk malam diselimut sengsara
Panas siang dibahang derita
Rakyat petualang sembah derhaka

Sang penguasa menjarah harta
Sang Pemerintah beraja dimata
Lantas kuasa berganti kuasa

Mengerah keringat rakyat jelata
Tanah dicukai bergalang sita
Khidmat dicukai tanpa mengira
Barang dicukai merobek rasa
Segala dicukai saban masa

Derita rakyat derita kita
Susah rakyat susah kita
Perit rakyat perit kita

Keperluan mereka dilambung harga
Berumah kekal dinding tiada
Makan pagi malam dahaga
Cerah bekerja gelap berjaga

Tangan kanan mencari rezeki
Tangan kiri dirantai besi
Apalah erti BRiM di beri
Kemudian habis diragut GST

Kemana pergi belas simpati
Rakyat seperti dianaktiri
Berdagang dibumi sendiri
Mempertaruh maruah diri

Bangkitlah rakyat jiwa merdeka
Bebas dari belenggu derita
Benteras mungkar tercela
Bantah penindas durjana

Orang tua sudah berpesan
Orang muda leka jangan
Jangan sukar untuk berkorban
Mulia kita kerana perjuangan

NASRUDIN HASSAN
Padang Merbok


Sumber HD - 14-4-2015

Kutuk hukuman mati ke atas aktivis revolusi Mesir

NASRUDIN HASSAN | .


SELURUH pencinta keadilan dan kebenaran di Malaysia harus mengutuk keputusan kehakiman politik Mahkamah Mesir yang telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr. Mohammed Badie dan aktivis-aktivis ‘Revolusi 25 Januari 2011’ kelmarin.

Mereka semua dituduh sebagai pengganas dan perancang utama revolusi akibat daripada tindakan pihak junta menggulingkan pemerintahan sah Mohamed Morsi pada bulan Julai 2013 yang lalu. Ia dianggap satu pembalasan dendam Abdel Fattah As-Sisi setelah hampir setahun menjadi ‘Presiden Haram’ Mesir.

As-Sisi telah melafazkan ikrar bulan Jun tahun lalu untuk mengheret dan menghukum pemimpin-pemimpin revolusi kerana bertindak ganas. Malah, pertubuhan Ikhwanul Muslimin turut diharamkan dan pejabat-pejabat operasinya disita.

Sebenarnya, As-Sisi adalah dalang keganasan yang sebenar! Dia yang merancang kejatuhan Morsi dan membunuh rakyat yang berarak menuntut keadilan dan kebebasan Mesir.

Seluruh dunia telah menyaksikan kezaliman yang dilakukan oleh ketumbukan tenteranya khusus di kawasan Rabi’ah Adawiyyah dan Dataran An-Nahda.

Saya juga turut menunggu respon daripada pihak Wisma Putra yang mewakili Kerajaan Malaysia atas keputusan politik Mahkamah Mesir ini.

Apakah pendirian mereka terhadap rejim Abdel Fattah As-Sisi dan dakwaannya terhadap pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang dianggap sebagai pengganas?

Ia akan memberikan implikasi khususnya ke atas Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota 2015) yang telah diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Hal ini kerana definisi keganasan dan senarai organisasi pengganas masih tidak diperincikan secara jelas dalam RUU Pota 2015 berkenaan. – HARAKAHDAILY 13/4/2015

Sumber HD - 13-4-2015

Akta Hasutan perlu dimansuhkan

NASRUDIN BIN HASSAN | .


SIRAH Rasulullah SAW, baginda telah menggubal 47 Fasal Sahifah Madinah untuk menggariskan hak dan tanggungjawab rakyat, membentuk persefahaman bersama, melestari keamanan, meluhur perundangan serta meneguh pertahanan negara.

Peruntukan yang terdapat dalam Sahifah Madinah jelas menunjukkan perlindungan hak ke atas segenap lapisan rakyat tanpa menafikan identiti kaum dan kedudukan mereka. Manakala, seseorang itu akan dikenakan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan tanpa diberi imuniti oleh perlembagaan kerana kedudukan status sosial mereka.

Saya ingin segarkan semula semangat kita terhadap ikrar akauntabiliti Rukun Negara yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970. Ia adalah dokumen bersejarah yang menjadi sendi kepada kerukunan bermasyarakat dan menjamin ketenteraman di negara ini. Oleh itu, ia harus disemai dan dipelihara bagi menjamin kestabilan sosio-politik di Malaysia.

Kita telah bahas panjang dipelbagai ruang politik untuk menilai semula hatta memansuhkan Akta Hasutan 1948. Perkara ini juga telah diputuskan oleh Perdana Menteri untuk memansuhkan akta tersebut pada bulan Julai 2012 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Namun, apakah kesudahannya?

Bantahan utama yang kita lakukan terhadap akta ini adalah disebabkan penyalahgunaannya untuk menangkap aktivis-aktivis politik yang mengkritik dasar atau tindakan kerajaan. Malah, sebahagian besar daripada 274 kes (2008 – Mei 2014) yang disiasat di bawah akta ini adalah bermotifkan politik. Malah terdapat kemungkinan beberapa pendakwaan bersifat selektif terhadap pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan catatan maklumat yang diperoleh, kira-kira 35 kes aktivis-aktivis politik dari pembangkang ditahan oleh pihak polis sejak daripada 5 Feb hingga 27 Mac 2015. Semuanya didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan. Mengapa tangkapan-tangkapan tersebut dilakukan dan ia tidak selari dengan hasrat pindaan RUU ini?

Secara prinsipnya, kita tidak mahu sang penguasa menggunakan perisai perundangan untuk menutup kezaliman yang dilakukan dan menyekat kesedaran rakyat untuk menuntut keadilan. Ini mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pihak penjajah ketika menggubal akta ini pada tahun 1948 supaya mereka boleh mendiamkan rakyat setelah wujud gelombang besar untuk memerdekakan tanah air ini. Inilah faktor utama untuk kita menolak Akta Hasutan 1948 ini.

Sementara itu, saya juga ingin merujuk kepada Fasal 8, Fasal 9 dan Seksyen baru 10A RUU ini. Kedua-dua fasal ini secara eksplisit memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah bagi menghapuskan penerbitan elektronik atau dalam talian yang dikatakan menghasut.

Bagi saya, perkara ini melibatkan beberapa peruntukan di dalam akta-akta yang lain seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1998 dan Akta Fitnah 1957. Bukankah Kementerian Komunikasi dan Multimedia masih lagi mengkaji beberapa akta yang berkaitan dengannya terutama untuk mengawal penyalahgunaan media sosial? Tidakkah akan wujud konflik antara akta-akta yang sedia ada dengan pindaan baru ini?

Selain itu, berdasarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri dalam kertas jawapan yang diberikan kepada YB Seputeh pada 9 Jun 2014 yang lalu, beliau berkata peruntukan-peruntukan akta lain sebenarnya sudah memadai untuk mengekang salah guna media sosial ini. Oleh itu, mengapa Akta Hasutan 1948 tetap diteruskan? Mengapa hasrat untuk memansuhkan akta ini ditarik semula? Mengapa tidak mengemukakan draf akta baharu, Akta Keharmonian Nasional? – HARAKAHDAILY 10/4/2014


Sumber HD - 10-4-2015

Najib patut jawab tuduhan Tun M

NASRUDIN HASSAN | .



PERDANA Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disaran mengambil tanggungjawab penuh di atas beberapa isu yang dikaitkan dengannya sehingga selesai dan bebas daripada keraguan.

Isu-isu tersebut yang dikaitkan dengan beliau adalah seperti kes kontroversi Altantuya Shaariibu, skandal kewangan 1MDB, dakwaan kekayaan luar biasa melibatkan keluarganya dan pembelian jet peribadi mewah.

Gesaan ini dibuat selaras dengan 6 tahun pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri (3 April 2015). Ini sesuatu yang di luar daripada kebiasaan apabila pelbagai isu kritikal yang ditimbulkan hari ini menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri dan juga nama baik Malaysia.

Malah, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, tokoh politik senior Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain telah bersuara dan memberikan signal yang senada.

Kesemua isu tersebut adalah isu integriti berpolitik. Ia antara elemen utama dan mengurus tadbir negara dan memimpin rakyat. Jika integriti tercalar, maka kewibawaan kepimpinannya akan semakin hilang. Tambahan pula ia bukan hanya isu domestik.

Sebaliknya, isu-isu utama yang melingkari beliau turut melibatkan perhatian masyarakat antarabangsa. Selain daripada krisis politik, ia juga boleh menjejaskan keadaan ekonomi negara dan keyakinan masyarakat luar negara.

Sebelum krisis ini terus meruncing dan mengheret negara ke kancah lebih parah, maka adalah wajar jika Perdana Menteri mengambil tanggungjawab penuh dengan menyelesaikan krisis-krisis tersebut terlebih dahulu.

Jika perlu berundur sementara waktu, Datuk Seri Najib boleh berbuat demikian. Maka, terpulang kepada pemimpin Barisan Nasional untuk memangku jawatan tersebut.

Kita tidak nafikan terdapat banyak jasa beliau sepanjang enam tahun pentadbirannya sebagai Perdana Menteri. Namun, isu-isu yang dikaitkan kepadanya merangkumi isu-isu yang serius.

Ia bukan hanya ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat sahaja, malah ia turut dizahirkan oleh pemimpin-pemimpin utama Umno sendiri. – HARAKAHDAILY 4/4/2015


Sumber HD - 4-4-2015

DAP mahu Presiden PAS yang boleh ditundukkan?

. | .

1. Setiausaha Agung DAP telah nukilkan keputusan DAP untuk kekal dalam Pakatan Rakyat bersama PAS tetapi mahu putuskan hubungan dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS. Langkah DAP itu serentak dengan penolakan mereka terhadap:

i - Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang baru sahaja diluluskan pindaannya di Dun Kelantan pada 19 Mac 2015 yang lalu.

ii - Pendirian Tuan Guru Abdul Hadi yang mahu membentangkan Usul Persendirian (Private Members Bill) ke Parlimen bagi membolehkan pindaan ke atas bidang kuasa mahkamah syariah kearah meluruskan hasrat perlaksanaan Syariat khasnya di Kelantan.

2. Keputusan DAP kelihatan 'malu-malu kucing' untuk menyatakan hasrat sebenar mereka. Tidak masuk akal untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS (yang dipilih secara demokratik melalui Muktamar Agung PAS) tetapi masih mahu bersama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat ini. Presiden PAS bukan lahir melalui pembedahan by pass juga bukan melalui pertabalan bawah pokok. Ia adalah Presiden yang didukung penuh oleh ahlinya yang telah melebihi sejuta.

3. Putuskan hubungan dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS yang diterima penuh oleh ahlinya adalah sama seperti putuskan hubungan dengan PAS itu sendiri. Realiti inilah yang DAP malu-malu kucing untuk berterus terang.

4. Lebih mudah dibaca rentak DAP dalam isu ini ialah mereka tidak boleh menerima Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai pemimpin utama PAS, ekoran ketegasan Tuan Guru Hj Abdul Hadi mempertahankan prinsip perjuangan itu sangat sukar dilunturkan oleh mereka.

5. Bahasa mudah, mereka gagal tundukkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi untuk mengikut rentak dan kehendak mereka. Dalam masa yang sama mereka yakin ada pimpinan PAS yang boleh menari seirama dengan lagu yang dipasang oleh mereka. Justeru itu, mereka masih menaruh harapan untuk terus bersama PAS dalam Pakatan Rakyat tetapi tidak mahu Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Presidennya.

6. Bahasa yang DAP guna ini hampir sama dengan bahasa yang digunakan oleh sebahagian suara yang saya dengar jauh-jauh dari pinggir sempadan parti sendiri apabila menghampiri Muktamar musim pemilihan kepimpinan PAS ini. Saya sendiri tidak pasti milik siapa suara tersebut namun tidak jauh sangat dengan tempat berdirinya saya. Sedang saya sendiri sedang asyik memerhati arah datang suara itu dan milik siapakah ianya, tetiba DAP umumkan sikap mereka terhadap PAS dan Presidennya sedang musim pemilihan kepimpinan parti tinggal tidak berapa lama sahaja lagi dan keputusan itu tidak jauh beza nada bahasanya dengan suara sayup yang sedang saya perhatikan itu.

7. Kesimpulan yang boleh saya rumuskan ialah, DAP tidak mahu pemimpin yang sukar mengikut rentak dan kehendak mereka seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sebaliknya DAP mahu pemimpin atau Presiden PAS yang boleh mengikut kemahuan dan telunjuk mereka. Tentu sahaja hasrat DAP itu tidak boleh ditunaikan sekarang, kerana Tuan Guru Abdul Hadi masih memimpin PAS. Ertinya DAP mahukan Presiden PAS yang akan datang adalah Presiden yang boleh memenuhi citarasa DAP.

8. Tidak selayaknya DAP campuri urusan PAS dalam menentukan Presiden bagaimana yang diperlukan oleh PAS. Apabila ahli PAS memilih Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Presiden mereka ertinya itulah Presiden yang terbaik buat mereka. Apabila DAP terima PAS tapi tidak terima Presidennya, membuatkan umum melihat DAP sedang menaruh sesuatu terhadap pemilihan kepimpinan PAS akan datang dan saya rasa DAP seperti mengharapkan kepimpinan PAS akan datang dibarisi oleh pemimpin yang mesra DAP dan mudah mengikut citarasa mereka. Mungkinkah apa yang saya rasa ini silap?

9. Kini musuh Pakatan Rakyat seperti Umno dan BN serta lainnya sangat gembira dengan serangan terbaru yang dilancarkan oleh DAP terhadap Presiden PAS. Pastinya serangan itu dilihat mampu meningkatkan suhu panas dan bahang retak hubungan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Ia menjimatkan peluru musuh. Mereka hanya sedang menanti untuk mengusung mangsa. - HARAKAHDAILY 24/3/2015

Nasrudin bin Hassan
AJK PAS Pusat


Sumber HD - 24-3-2015

Enakmen Jenayah: Tidak timbul isu jerat dan perangkap

NASRUDIN HASSAN | .


Sebahagian pihak bersikap prejudis terhadap Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) yang telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac 2015 yang lalu. Sedang ia adalah satu langkah murni Kerajaan negeri Kelantan kearah melaksanakan Syariat Allah swt sebagaimana perintah Allah swt:
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (Surah Al Maaidah: 49)

Tidak kurang juga pihak yang berlapik alas bahawa mereka tidak bersetuju Private Members Bill (PMB) dikemukakan ke Parlimen bagi membolehkan Syariat Islam dapat dilaksanakan di negeri Kelantan khasnya kerana ia adalah jerat dari Umno dan apabila PAS mengambil sikap yang tegas untuk terus mengambil perjalanan bagi membolehkan Syariat Islam yang tertangguh sejak 1993 dapat dilaksanakan, mereka anggap PAS telah masuk perangkap Umno.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS telah menegaskan bahawa tanggungjawab PAS memperjuangkan Islam dan berusaha untuk memastikan Syariat Islam ini dapat dilaksanakan di bumi bertuah ini. Tugas dan tanggungjawab PAS membentangkannya di Parlimen. Sementara PMB adalah mekanismenya.

Adapun persoalan berapa ramai Ahli Parlimen yang akan menyokong dan Ahli Parlimen mana yang tidak menyokong adalah persoalan kedua. Kita mendoakan agar Allah swt memberi hidayah-Nya kepada ahli-ahli Parlimen untuk menyokong PMB yang bakal dikemukakan.

Tidak timbul isu jerat dan perangkap. Sebaliknya kita senantiasa berhati-hati kerana memahami bahawa jerat dan perangkap musuh sememangnya dipasang pada bila-bila masa malah sejak awal Islam diperjuangkan. Kita juga mohon pedoman dan pandu arah dari Allah swt agar meloloskan kita dari perangkap yang dimaksudkan.

Namun, kita tidak boleh berhenti dari berjuang dan berusaha untuk mendaulatkan Syariat Islam ini semata-mata kerana menyedari ada perangkap yang dipasang.

Jerat dan perangkap musuh ini bukan perkara baru. Ia telah dipasang di sepanjang jalan perjuangan Islam ini sejak hari pertama ia digerakkan oleh Nabi s.a.w. Kita semua tahu bahawa Nabi saw tidak pernah berhenti dari berjuang, sebaliknya terus mencari jalan agar Islam dapat didaulatkan.

Kini kita punya sedikit ruang untuk membentangkan PMB di Parlimen maka ruang itu dimanfaatkan. PAS tidak rugi apa-apa dalam isu PMB ini. Jika ianya disokong maka Alhamdulillah, hasrat PAS berjaya.

Jika ia tidak disokong, maka sekurang-kurang PAS telah menunaikan tanggungjawab membawanya ke Parlimen sebagai tempat membuat dan meluluskan undang-undang dalam negara ini dan Insyaallah PAS tidak akan berhenti di situ.

Kita telah bersedia untuk membawa PMB bagi membolehkan Akta 355 dipinda dengan sokongan simple majoriti Ahli Parlimen.

Sehubungan dengan itu, kuasa mahkamah syariah diperluaskan dan membolehkan sebahagian hukum Syariat Islam dapat dilaksana. Sama-sama kita doakan agar Allah swt buka pintu hati ahli-ahli parlimen untuk menyokong khasnya dari kalangan ahli parlimen muslim tanpa mengira dari parti mana ia wakili.

Kita tidak boleh menanti semua orang berjanji mahu menyokong, barulah kita mahu membentangnya kerana kita tidak tahu sampai bila untuk semua ahli parlimen boleh berjanji untuk menyokongnya.

Saya setuju langkah PAS untuk bentangkan terlebih dahulu PMB di Parlimen bagi sessi Mac-April ini. Sekurang-kurangnya untuk bacaan kali pertama. Insyaallah bacaan kali kedua boleh dibuat pada sidang akan datang. Ianya perlu di bawa ke Parlimen bagi membolehkan ahli-ahli Parlimen kita mengemukakan hujjah, berbahas dan menerima hujah balas lalu memberikan pencerahan yang wajar di Dewan Rakyat tempat menggubal undang-undang.

Harapan kita setelah hujjah kita didengar oleh mereka sama ada muslim atau non muslim, terbukalah pintu hati mereka untuk menerima Syariat Islam yang indah ini.

Kalau kita tidak membentangnya, ertinya tertangguh lagi hasrat pelaksanaan Syariat Allah swt di bumi Kelantan yang telah kita kuasai sejak 1990 yang lalu. Sehabis daya kita mahu menghormati dan mengambil ruang demokrasi bagi membolehkan Syariat Islam ini dapat dilaksanakan.

Kita masih menaruh harapan pada ruang demokrasi negara untuk memberi laluan kepada hasrat pelaksanaan Syariat Islam sementara ruang masih terbuka. Sungguhpun begitu, perjuangan Islam ini tidak akan berhenti di sini kiranya pintu demokrasi ditutup atau demokrasi tidak berlaku adil terhadap Islam.

Terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa tidak Umno sahaja yang membawa usul pindaan Akta 355 itu ke Parlimen jika mereka ikhlas mahu menyokong EKJS II sebagaimana ucapan wakil UMNO di Dun Kelantan baru-baru ini. Benar! Begitulah selayaknya.

Namun kita tidak boleh menunggu Umno buktikan keikhlasan mereka apatah lagi untuk kita bergantung kepada keikhlasan mereka. Wallahu a'lam, bagaimana pendirian Umno sekarang terhadap Syariat Islam setelah mendengar ucapan wakil Umno di Dun Kelantan tempoh hari, tetapi berdasarkan rekod lama mereka, PAS tidak boleh bergantung harap kepada mereka. Sementelah perlaksanaan Syariat Islam ini adalah perjuangan kita, bukan perjuangan mereka.

Insyaallah, apa yang saya mahu tegaskan dalam risalah yang agak panjang ini ialah:

a) PAS tidak rugi apa-apa jika membawa PMB ke Parlimen. Andai ia disokong, Alhamdulillah kita berjaya. Andai ia ditolak maka kita telah berusaha.

b) PAS tidak boleh lengah dan tangguh setelah sekian lama EKJS II 1993 diluluskan di Dun Kelantan, sementara dunia dan masyarakatnya sangat memerlukan Syariat Islam.

c) PAS wajar mengambil kesempatan terbaik atas ruang yang dibuka dan mengharapkan semua ahli parlimen khasnya yang beragama Islam memberi sokongan.

Adapun Pakatan Rakyat boleh terus utuh dengan rakan tahaaluf menghormati PAS untuk mengangkat dasar perjuangannya. Sekurang-kurangnya pihak yang tidak bersetuju dalam DAP atau PKR boleh mengambil kaedah "bersetuju untuk tidak bersetuju" bukan mengugut dan bertindak menyingkir. - HARAKAHDAILY 23/3/2015

Penulis ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber HD - 23-3-2015

Peribadi petugas parti yang bertakwa


Posted on Sunday, March 22 @ 15:14:46 MYT by paktam

Oleh NASRUDIN HASSAN
Tajuk ini dikemukakan untuk bahan perbincangan ke arah melahirkan petugas - petugas parti yang beriman dan bertaqwa . Lantaran taqwa adalah satu jambatan yang menghubungkan insan dengan Rabbnya. Jambatan itulah kelak akan memudahkan nusrah dan maunah disalurkan .

Tanpa hubungan erat antara amilin atau petugas parti dengan Allah swt bagaimanalah perjuangan yang didokong ini mampu beroleh kemenangan [ nusrah ] sedang kemenangan itu adalah milik dan anugerah Allah swt .



  Insyaallah perbincangan kita kelak akan menggariskan beberapa ciri - ciri atau kriteria petugas parti [ abna'ul Harakah ] yang menepati standard piawaian yang dikehendaki oleh Rasulullah saw.

  Kita tidak mahu petugas parti yang hanya mengaku dan mendakwa dirinya sebagai petugas atau pejuang sedang aqidahnya masih samar , fikrahnya masih kabur dan peribadinya masih culas .

Kita juga mahu memastikan parti atau jamaah yang kita dokong ini turut menepati sebuah Gerakan Islam yang berperanan untuk berjuang bagi mengembalikan khilafah Islam yang telah hilang malah membina kembali daulah Islamiyah yang telah runtuh .


  Bila kita bincang mengenai syakhsiyyah amilin yang bertaqwa , maka ia melibatkan semua anggota parti tanpa kecuali . Semua kita adalah amilin atau petugas parti / jamaah Islam ini . Tinggal lagi petugas - petugas ini diagih tugas mereka mengikut keupayaan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh jamaah .

  Ada yang bertugas [ amilin ] sebagai al Mursyidul Aam , dalam PAS tugas besar ini diamanahkan kepada Almarhum Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz . Ada yang bertugas sebagai Presiden dan ianya diamanahkan kepada Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi .

  Begitulah seterusnya , pelbagai jawatan dan amanah sebagai agihan tugas telah diagih dengan penuh kepercayaan oleh jamaah agar dilaksanakan dengan baik dan bertanggungjawab . Semuanya bertugas dalam bidang dan skop tanggungjawab masing - masing . Justeru itu , perbahasan mengenai amilin ini merangkumi semua anggota jamaah .

  Saya merasakan bahawa memahami amilin parti sebagai staff pejabat , suk , pegawai tugas - tugas khas dan lain - lain adalah silap , sebaliknya amilin itu ialah mereka yang beramal atau bekerja untuk membangunkan perjuangan Islam ini dengan menjadikan jamaah ini sebagai platform . Pastinya ia meratai seluruh anggota parti , bermula dengan al Mursyidul Am hinggalah pegawai am di pejabat agong parti itu semuanya adalah amilin

  Peribadi yang kita mahu bina dikalangan petugas jamaah bukan sahaja terhenti pada gaya penampilan berwibawa , aksi kehidupan berhemah dan juga fikrah Islami yang syumul tetapi juga memberi penumpuan kepada pembinaan spiritual yang mantap .

  Amilin [ petugas ] parti mestilah bertolak di atas nokhtah Ikhlas dan Tajarrud . Ikhlas dengan maksud segala amal dan tugasan yang ditaklifkan ke atas dirinya , dilaksanakan semata - mata kerana Allah swt . Justeru Ikhlas adalah rahsia Allah swt . Kita boleh menilainya melalui kesan - kesan langsung yang menunjuk kepada ikhlas .

Antara petanda ikhlas bagi seorang petugas ialah :

Nawaitu yang tepat dan jelas kerana Allah swt , bukan kerana mahu menjawat jawatan , publisiti dan lainnya sehingga melanggar disiplin amal Islami .
a} Bekerja atau bertugas walau tanpa jawatan
b} Bersedia menerima dan memberi nasihat atau teguran
c} Tidak bermain alasan untuk mengelak diri dari tugasan
d} Bersedia menerima arahan dalam apa jua keadaan
e} Perihatin terhadap keperluan parti / jamaah
f} Tolak ansur dalam mengendalikan gerakkerja jamaah
g} Menghormati generasi terdahulu merintis jalan perjuangan
h} Senantiasa muhasabah diri dan aktiviti yang telah dilaksanakan
i} Mengakui dan menginsafi kesilapan diri
j} Menjaga rahsia parti / jamaah
k} Menepati keputusan dan ketetapan parti / jamaah
l} Tidak mengklasifikasikan ketaatan kepada pimpinan
m} Aktif tidak mengira musim


Sementara Tajarrud pula bermaksud fokus . Tawajjuh kepada Allah swt tanpa campur tangan elemen - elemen luar . Dalam melaksanakan tugasan , ia fokus kepada Allah swt tanpa terlalai dengan apa jua kepentingan selain Allah swt . Tiada serampang dua mata melainkan hanya untuk Allah swt dan kepada Allah swt .

Sumber DD - 22-3-2015


Musafir ke alam baqa
Posted on Wednesday, March 11 @ 11:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Dalam tempoh tidak sampai sebulan ini, saya kehilangan 2 ayah. Bukan saja insan tersayang, 2 ayah ini sangat bermakna dalam membangunkan jiwaku agar senantiasa dekat dan taat kepada Allah swt. Pada 12 Feb 2015 yang lalu, ayah saya dan ayah kita semua Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Ziq telah kembali ke rahmatillah.


2. Ayah Ziq bagaikan ayah saya jua. Bermula dengan hubungan akrab saya dengan sahabat saya YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Saya sering menziarahinya di Pulau Melaka yang kebetulan beliau tinggal bersama ayahandanya. Kesempatan itu membuatkan saya juga sering berkesempatan bertemu dan berbual mesra serta menjalin erat hubungan antara kami selain pertemuan biasa dalam program jamaah. Malah sewaktu saya berada di luar negara, saya juga pernah menghubungi Ayah Ziq dengan surat untuk berbicara dan bertanya khabar beliau. Bagaimana Ayah Ziq mendidik saya dan kita semua tidak perlu diperkatakan lagi kerana semua "anak-anak" sudah maklum bagaimana murabbi ummah ini mendidik.

3. Masih dalam suasana sedih dan kehilangan, tanggal 7 Mac 2015 ayah kandung saya Allahyarham Hj Hassan Mohamad pula pulang ke pangkuan Penciptanya. Kebetulan saya sedang menyampaikan taujihat di Majlis Nadwah Pemerkasaan Duat (Nekad 7.0) Sarawak, saya dimaklumkan Almarhum ayah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak sekitar jam 4.00 pm sebelum ayah dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Muadzam Shah. Seusai ceramah saya berjudul "Kepentingan Dakwah Fardiyah buat Ahli Gerakan Islam", saya terus bergegas ke airport untuk mendapatkan penerbangan pulang. Ayah kembali ke rahmatillah di Hospital Muadzam Shah pada jam 8.00 malam sedang saya masih dalam penerbangan pulang dari Kuching ke KLIA.

4. Saya masih ingat antara 4 atau 5 tahun yang lalu, ayah bertanya saya "Din, boleh tak ayah nak puasa setiap hari?" Sebelumnya ayah memang terkenal sejak puluhan tahun gemar berpuasa sunat pada hari dan bulan tertentu yang disunatkan berpuasa. Tapi kali ini agak aneh pertanyaan ayah. "Ayah, puasa terbaik ialah puasa Nabi Allah Daud a.s. iaitu selang sehari" jawab saya ringkas. "Ayah tidak boleh berpuasa setiap hari kerana ayah juga kena beri hak kepada jasad." Saya menyambung sambil memberi pandangan. Sejak itu sehinggalah hari-hari akhir dalam keuzuran yang semakin ketara, ayah berpuasa selang sehari sebagai pengabdian dirinya kepada Allah swt. "Ayah buat begini kerana tanda syukur kepada Allah swt atas segala nikmat-Nya" begitulah ungkapan yang ayah sebut bila ditanya kenapa ayah banyak berpuasa.

5. Ayah sangat menjaga solat berjamaah di masjid. Ayah tidak akan keluar mudah-mudah ke mana-mana, jika hilang peluang untuk ayah solat berjamaah. Beberapa tahun kebelakangan ini pula, ayah sering menyebut tentang kematian dan pengamatan saya, ayah bagaikan sangat bersedia untuk pulang ke pangkuan Ilahi. Segalanya menjadi didikan langsung kepada kami anak cucunya. Memandang wajah ayah pada saat wajahnya dikafankan adalah sangat menenangkan jiwa saya dan saya yakin ayah sedia dan puas untuk meneruskan musafirnya ke alam baqa yang kekal abadi. Semoga ayah damai di sana dalam dakapan rahmat dan redha Allah swt. Buat kedua-dua ayah saya, insyaallah saya berjanji akan menunaikan sepenuhnya amanah dan didikan ayah buat diri ini. Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada saya dan kita semua.

Sekian.

USTAZ NASRUDIN HASSAN



Sumber TKO - 11-3-2015

Musafir ke alam baqa

NASRUDIN HASSAN | .



1. Dalam tempoh tidak sampai sebulan ini, saya kehilangan 2 ayah. Bukan saja insan tersayang, 2 ayah ini sangat bermakna dalam membangunkan jiwaku agar senantiasa dekat dan taat kepada Allah swt. Pada 12 Feb 2015 yang lalu, ayah saya dan ayah kita semua Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Ziq telah kembali ke rahmatillah.

2. Ayah Ziq bagaikan ayah saya jua. Bermula dengan hubungan akrab saya dengan sahabat saya YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Saya sering menziarahinya di Pulau Melaka yang kebetulan beliau tinggal bersama ayahandanya. Kesempatan itu membuatkan saya juga sering berkesempatan bertemu dan berbual mesra serta menjalin erat hubungan antara kami selain pertemuan biasa dalam program jamaah. Malah sewaktu saya berada di luar negara, saya juga pernah menghubungi Ayah Ziq dengan surat untuk berbicara dan bertanya khabar beliau. Bagaimana Ayah Ziq mendidik saya dan kita semua tidak perlu diperkatakan lagi kerana semua "anak-anak" sudah maklum bagaimana murabbi ummah ini mendidik.

3. Masih dalam suasana sedih dan kehilangan, tanggal 7 Mac 2015 ayah kandung saya Allahyarham Hj Hassan Mohamad pula pulang ke pangkuan Penciptanya. Kebetulan saya sedang menyampaikan taujihat di Majlis Nadwah Pemerkasaan Duat (Nekad 7.0) Sarawak, saya dimaklumkan Almarhum ayah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak sekitar jam 4.00 pm sebelum ayah dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Muadzam Shah. Seusai ceramah saya berjudul "Kepentingan Dakwah Fardiyah buat Ahli Gerakan Islam", saya terus bergegas ke airport untuk mendapatkan penerbangan pulang. Ayah kembali ke rahmatillah di Hospital Muadzam Shah pada jam 8.00 malam sedang saya masih dalam penerbangan pulang dari Kuching ke KLIA.

4. Saya masih ingat antara 4 atau 5 tahun yang lalu, ayah bertanya saya "Din, boleh tak ayah nak puasa setiap hari?" Sebelumnya ayah memang terkenal sejak puluhan tahun gemar berpuasa sunat pada hari dan bulan tertentu yang disunatkan berpuasa. Tapi kali ini agak aneh pertanyaan ayah. "Ayah, puasa terbaik ialah puasa Nabi Allah Daud a.s. iaitu selang sehari" jawab saya ringkas. "Ayah tidak boleh berpuasa setiap hari kerana ayah juga kena beri hak kepada jasad." Saya menyambung sambil memberi pandangan. Sejak itu sehinggalah hari-hari akhir dalam keuzuran yang semakin ketara, ayah berpuasa selang sehari sebagai pengabdian dirinya kepada Allah swt. "Ayah buat begini kerana tanda syukur kepada Allah swt atas segala nikmat-Nya" begitulah ungkapan yang ayah sebut bila ditanya kenapa ayah banyak berpuasa.

5. Ayah sangat menjaga solat berjamaah di masjid. Ayah tidak akan keluar mudah-mudah ke mana-mana, jika hilang peluang untuk ayah solat berjamaah. Beberapa tahun kebelakangan ini pula, ayah sering menyebut tentang kematian dan pengamatan saya, ayah bagaikan sangat bersedia untuk pulang ke pangkuan Ilahi. Segalanya menjadi didikan langsung kepada kami anak cucunya. Memandang wajah ayah pada saat wajahnya dikafankan adalah sangat menenangkan jiwa saya dan saya yakin ayah sedia dan puas untuk meneruskan musafirnya ke alam baqa yang kekal abadi. Semoga ayah damai di sana dalam dakapan rahmat dan redha Allah swt. Buat kedua-dua ayah saya, insyaallah saya berjanji akan menunaikan sepenuhnya amanah dan didikan ayah buat diri ini. Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada saya dan kita semua.

Sekian.




Sumber HD - 10-3-2015

Konon nak jaga kawan sampai lupa nak jaga Islam

NASRUDIN HASSAN | .


DUNIA Islam alami pelbagai zaman. Bermula zaman perang kabilah, perang antara negara, perang dunia, perang ekonomi, perang pemikiran, perang budaya dan kini perang siber.

Semuanya membawa satu matlamat iaitu memadam cahaya Agama Allah SWT dengan kelicikan strategi dan helah mereka seperti divide and rule, character assassination dan lainnya. Ini adalah suatu yang telah disahkan oleh Allah SWT:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Maksudnya: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (Surah As-Saff: 8)
Hari ini jelas kelihatan samseng-samseng cyber dan keyboard trouble memenuhi segenap jalur dalam jaringan jalur lebar untuk menyebar virus fitnah, racun pembunuh karektor, melagakan pimpinan gerakan Islam, menghina alim ulamak, mempersenda syariat dan merosakkan maruah serta imej perjuangan Islam. Kerancakan serangan mereka makin menjadi-jadi di era post Islamisme ini.

Pejuang Islam kena alert perkara ini. Kena sedar perancangan musuh dan sepak terajang mereka yang mahu merosakkan Islam. Kena ada tindakan positif dan efektif dari para pejuang Islam untuk protect jamaah Islam ini dari serangan virus tersebut. Kalau bukan pejuang Islam menjadi firewallnya maka siapa lagi?

Ingat pesan Saidina Umar al Khattab rha. (Athar ini disebut oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiah dalam Minhajus Sunnah.)

إنما تُنْقضُ عرى الإسلام عروةً عروةً إذا نشأ في الإسلام مَن لم يعرفِ الجاهلية

"Akan terungkai ikatan Islam itu serungkai demi serungkai dari ummat Islam apabila merata dalam Islam ini mereka yang tidak mengenali (dan memahami) sepak terajang jahiliyah (musuh)."
Justeru itu, sifat pejuang Islam ialah responsif secara positif dan efektif dengan bangkit pertahankan Islam, pertahankan alim ulama yang memperjuangkan Islam dan membawa suara Islam meskipun berdepan dengan 1001 halangan. Jangan playsafe. Sampai bila nak diam?

Saya terbaca dalam kitab yang berjudul Imam Ahmad ibn Hanbal: Baina Mehnatiddin wa 

Mehnatiddunya dimuatkan pesan Imam Ahmad ibn Hanbal rhm.


إذا سكت العالم تقية و الجاهل يجهل فمتى يظهر الحق

"Apabila diamlah orang yang mengetahui kerana taqiyah ( playsafe ) sedang orang yang tidak mengetahui terus dalam keadaan tidak mengetahui (jahil) maka bilakah kebenaran itu akan zahir?"

Lebih malang jika sikap tidak berpihak ini terbawa-bawa sampai ke peringkat "makan keliling". Bertemu dengan kita, mereka berkata kami bersama kamu, jangan bimbang!

Namun apabila mereka bersama syaitan-syaitan mereka, mereka berkata "kita serupa, di sana tadi kami hanya berolok-olok". Sifat ini adalah percikan dari sifat munafik yang tidak wajar kita biarkan.
Lihat bagaimana karektor munafiq dalam firman Allah SWT:

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ

Maksudnya: Dan apabila mereka (munafiq) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: "Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)". (Surah Al Baqarah: 14)

Jangan sampai sifat munafiK terpercik kepada kita. Hindarinya sejauh yang boleh. Sikap suka makan keliling ini adalah keji. Kononnya nak jaga kawan sampai lupa nak jaga Islam. Gejala ini berleluasa dan akhirnya menjadi fitnah kepada Islam. Lihat sahaja bagaimana aksi mereka.

Mereka serang Islam dan alim ulama bagai nak rak, tetiba kita pula masih berada dalam zon "sangka baik", zon playsafe, tidak mahu berpihak, kononnya kita mahu bersikap waraK sedang mereka tidak pernah bersimpati sebaliknya terus menyerang tanpa henti.

Cyber trooper mereka membelasah dan mengganyang Islam dan para alim ulamanya tanpa wisel pelerai. Di mana kamu wahai pejuang? Pilihlah kebenaran dan berpihaklah ke arah kebenaran. - HARAKAHDAILY 6/3/2015

Penulis ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 6-3-2015

Benchmark baru kepimpinan

| .



KEADAAN tubuh yang masih lesu, tidak banyak pergerakan yang boleh saya lakukan. Sekadar berehat dan membaca. Alhamdulillah, berkat doa sahabat handai kini saya semakin pulih. Tidak sabar rasanya untuk kembali memacu kuda hitamku ke medan juang. Terasa sunyi lama di pembaringan begini.

Semalam saya sempat menonton Belasungkawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang disiarkan Astro Oasis. Seketika membawa saya kembali mengenang Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saya mula mengenal almarhum sejak berusia 15 tahun iaitu pada tahun 1985. Minat saya kepada almarhum Tuan Guru tertumpu kepada pendekatan dan kaedah penyampaian ilmunya. Sangat unik dan segar. Kaya dengan bidalan klasik dan perumpamaan kontemporari. Kuliah ilmu dan ceramah politiknya hidup. Membangun minda dan menyegarkan jiwa. Jauh dari maki hamun dan kata - kata kesat sekalipun kepada lawan politiknya.

Saya tertarik dan sangat bersetuju dengan pandangan ringkas Datuk Hussamuddin Karangkraf yang turut dimuatkan dalam rencana Belasungkawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Astro Oasis semalam.
Kata beliau, kepimpinan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dikenali sebagai sangat rajin membaca dan tekun melazimi al-Quranil Kareem menjadi benchmark baru kepimpinan selepas ini.

Sesiapa yang mahu menjadi pemimpin, kena rajin baca al- Quran, tadabbur al-Quran 30 juzuk dan mempraktikkan ajaran al-Quran dalam kepimpinan dan hidupnya.

Satu pandangan yang sangat bermakna. Justeru pemimpin bukan sekadar terhenti pada urusan dirinya dengan orang yang dipimpin tetapi terus bersambung dengan Allah Azza wa Jalla.

Terutama pemimpin kepada gerakan Islam, terlebih wajar menjadikan penguasaan al Quran dan keupayaan mentadabburnya sepanjang masa sebagai benchmark baru kepimpinan. Manakan tidak, Al Quran adalah Nur dan kalamulLah yang membekalkan petunjuk dan berkat.

Pemimpin yang mendapat petunjuk dan diberkati Allah swt akan berjaya serta selamat di dunia dan akhirat.

Benchmark ini akan meletakkan pemimpin gerakan Islam berkualiti tinggi. Bukan hanya pada kepintaran berpolitik tetapi politiknya disuluh dengan cahaya hidayah Allah swt.

Bukan hanya kepintaran berorganisasi tetapi organisasinya dipandu oleh pedoman Al Quranil Kareem. Bukan hanya pada penampilan imej secara zahirnya tetapi imej yang bersulamkan akhlak Al Quranil Kareem.

Mendepani cabaran semasa yang semakin getir hari ini, pemimpin yang tidak mesra al Quranil Kareem sangat tidak sesuai justeru persaingan hari ini memerlukan pertolongan dari langit. Jauh sekali pemimpin yang tidak tahu membaca al Quranil Kareem dengan baik. - HARAKAHDAILY 4/3/2015


Sumber HD - 4-3-2015


PERTIMBANGAN ANTARA DUA PERKARA NEGATIF - UNH


YB USTAZ NASRUDIN HASSAN - AJK PAS PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33991-pertimbangan-antara-dua-perkara-negatif

Sumber HD - 23-2-2015


TURUN TAMBANG BAS ELAKKAN KEMALANGAN MUSIN PERAYAAN - AP TEMERLOH

 

YB USTAZ NASRUDIN HASSAN - AJK PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33911-turun-tambang-bas-elakkan-kemalangan-musim-perayaan

Sumber HD - 17-2-2015


PEMERGIAN TOK GURU JANGAN ULANGI KESILAPAN SERUPA - UNH



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33897-pemergian-tok-guru-jangan-ulangi-kesilapan-serupa

Sumber HD - 16-2-2025


INDEKS SYARIAH, KONSEP DAN PRAKTIS MESTI SEIRING - UNH


YB USTAZ NASRUDIN HASSAN - AJK PP / AP TEMERLOH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33820-indeks-syariah-konsep-dan-praktis-mesti-seiring

Sumber HD - 12-2-2015


HARGA BARANG TURUNKAN, JUGA KADAR TOL - AP TEMERLOH


YB USTAZ NASRUDIN HASSAN - AJK PP / AP TEMERLOH

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33747-harga-barang-turunkan-juga-kadar-tol

Sumber HD - 9-2-2015


PENGGUNAAN FIQH MUWAZANAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN - AMAL ISLAMI


YB USTAZ NASRUDIN HASSAN - AJK PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33648-penggunaan-fiqh-muwazanah-dalam-membuat-keputusan

Sumber HD - 4-2-2015


PRASYARAT KEMENANGAN KITA - UNH


YB USTAZ NASRUDIN HASSAN - AJK PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33563-prasyarat-kemenangan-kita

Sumber HD - 30-1-2015


MAAF, SAYA MOHON UNTUK MENYOKONG TUAN GURU PRESIDEN - NASRUDIN


YB USTAZ NASRUDIN HASSAN - AHLI PARLIMEN TEMERLOH : ISU PR PBT

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33488-maaf-saya-mohon-untuk-menyokong-tuan-guru-presiden-pas

Sumber HD - 27-1-2015


REJAMAN TIDAK SETAJAM DULU - NASRUDIN


YB USTAZ NASRUDIN HASSAN MENJADI TEKONG

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33420-rejaman-tidak-setajam-dulu-nasrudin

Sumber HD - 23-1-2015


PEMIMPIN ARTIS BERPELUK JADI CONTOH BURUK KEPADA RAKYAT - UNH


YB USTAZ NASRUDIN HASSAN - AJK PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33291-pemimpin-artis-berpeluk-jadi-contoh-buruk-kepada-rakyat


Sumber HD - 16-1-2015


BAJU KURUNG LEBIH BAIK DARIPADA SKIRT - UNH


http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33274-baju-kurung-lebih-baik-daripada-skirt

Sumber HD - 15-1-2015

Beri kebenaran berpakaian biasa ke sekolah

NASRUDIN HASSAN | .
1. Memahami kesukaran yang dihadapi oleh ibu bapa dan pelajar yang menjadi mangsa banjir tempohari, saya sarankan supaya kelonggaran yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri semalam diwartakan secara rasmi oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi membenarkan mereka memakai pakaian biasa ke sekolah sekurang-kurangnya untuk sebulan pertama persekolahan sebagai satu kelonggaran bertempoh kepada mereka.

2. Kesukaran ini ditafsirkan kerana faktor mangsa banjir yang terpaksa bertungkus lumus dan memerlukan masa untuk memulakan kehidupan baru dengan membaiki kerosakan struktur kediaman mereka, mengurus dokumen penting yang musnah dan mengumpul semula kewangan keluarga setelah segalanya rosak sewaktu banjir melanda.

3. Sementelah pula, kedai atau pasar raya yang membekalkan peralatan sekolah dan kemudahan lainnya turut tenggelam dalam banjir besar yang melanda tempohari. Saya difahamkan, pihak mereka juga perlukan masa untuk membaik pulih kedai mereka dan memulakan perniagaan seperti biasa.

4. Pihak kami dan juga para sukarelawan sedia meringankan beban dengan membantu bekalkan sebahagian peralatan sekolah kepada keluarga yang miskin dan berkeupayaan rendah, tetapi pakaian yang mempunyai saiz tersendiri ini sukar untuk dibekalkan secara umum, melainkan mereka terpaksa terlebih dahulu mengambil tempahan saiz yang sesuai bagi penerima.

5. Justeru itu saya mencadangkan supaya kelonggaran tersebut juga diberikan tempoh paling minima ialah sebulan pertama persekolahan ini kepada pelajar yang mengalami musibah banjir tersebut. Sekaligus memberi keselesaan kepada mereka untuk pulih daripada tekanan emosi dan kesulitan hidup pasca banjir. – HARAKAHDAILY 6/1/2014

Tahniah buat semua, anda wira rakyat - Nasrudin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Nasrudin Hassan mewakili seluruh warga Temerloh mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan parlimen itu.


"Sangat besar jasa anda semua untuk kami balas," ujarnya selaku Ahli Parlimen Temerloh menerusi facebook.

Katanya, tidak kira siapa sama ada kerajaan dengan seluruh agensinya seperti polis, bomba, askar dan lainnya, NGO seperti Muslim Care, Geng Ustaz, Persatuan Anak Minang, Papisma dan lain-lainnya, individu, korporat dan parti politik, hanya Allah swt layak membalas segalanya.

"Maaf saya tidak senarai satu persatu kerana terlalu banyak penyumbang. Sekadar menyebut contoh" ujarnya.

Tambah beliau lag, pihaknya dari PAS Kawasan Temerloh dan Sekretariat Parlimen Temerloh sehabis daya telah mengagihkan semua bantuan dan sumbangan yang disalurkan melalui Bilik Operasi Kami di Surau Khairiah Seberang Temerloh.

"Kami telah mengerahkan seluruh upaya tenaga dan kewangan kami yang terhad dan terbatas untuk berbakti kepada mereka yang memerlukan.

Kami juga memohon maaf atas apa jua kelemahan kami termasuk kekurangan peralatan dan kelengkapan dalam mengendalikan operasi membantu, menyelamat dan menghantar bekalan kepada mangsa banjir.

"Apa yang pasti, kami tidak akan mengabaikan siapa sahaja yang memerlukan. Tidak mampu beri banyak, kami akan berikan jua walau sedikit tanda kebersamaan kami dengan kesukaran yang dialami oleh mangsa," ujarnya.

Akhirnya, beliau berharap agar semua pihak bersabar atas ujian Allah swt ini, redha di atas ketentuan Allah swt yang pastinya menyimpan 1001 hikmah yang perlu ditekuni dan dihayati.

"Semoga kita semua beroleh rahmat dan berkat-Nya di dunia dan di akhirat kelak," ujarnya. - HARAKAHDAILY 6/1/2015

Sumber HD - 6-1-2015

Berjuang itu indah

NASRUDIN HASSAN | .


1. Mehnah (karenah) dan Ibtila' (ujian) di pentas perjuangan ini adalah merupakan sunnatullah. Sepanjang jalannya penuh dengan cabaran dan dugaan yang sengit dan perit. Fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada sang pejuang adalah asam garam perjuangan. Firman Allah SWT:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Surah Muhammad: Ayat 31)

2. Usahlah gusar dan resah. Jangan gentar dan gundah mendepani segala roma-roma perjuangan tersebut. Melainkan segalanya memulangkan keredhaan dan anugerah pahala dari Allah Azza wa Jalla. Asal saja kita sabar dan tabah serta ikhlas dan tawajjuh kepada Allah dalam memikul beban amanah perjuangan ini, maka perit jerih, suka duka dan penat lelah dalam perjuangan ini tidak sia-sia. Lihat bagaimana tawaran Allah Jalla Jalaaluh:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (Surah As Saff: Ayat 10-12)

3. Ertinya, perjuangan suci untuk menjulang kalimah Allah swt telah dijanjikan oleh Allah swt beberapa perkara, (asal saja kita beriman kepada Allah dan RasulNya serta ikhlas dan gigih berjuang di jalan Allah):

i ~ kelepasan api neraka
ii ~ keampunan dari dosa
iii ~ keanggotaan syurga

Justeru itu, jangan beralah dengan tekanan yang diterima dan jangan mengah dengan jauhnya jarak perjuangan ini. Banggalah apabila anda telah berjuang. Anda telah jadi orang-orang Allah swt meskipun mereka membenci anda!

Penulis ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 12-12-2014

Salah faham terhadap ulama haraki


NASRUDIN BIN HASSAN | .

1. Ulama yang terlibat dengan gerakan Islam dikenali sebagai Ulama Haraki. Iaitu Ulama yang aktif mengamalkan ilmunya dan menggerakkan kebangkitan ummah untuk mendaulatkan syariat Allah SWT di atas muka bumi tercinta ini.

2. Sifat haraki pula ialah pro aktif, responsif, kreatif, sensitif dan agerasif. Maka Ulama yang Haraki terdedah kepada teguran, kritikan dan nasihat terbuka dari pelbagai pihak. Sementelah berada dipentas politik terbuka di era globalisasi ini. Tanggapan ulama haraki ini tidak boleh ditegur dan dikritik lalu disamakan dengan kepimpinan mullah juga adalah fitnah berangkai yang tiada sudahnya untuk menjatuhkan reputasi dan prestasi mereka.

3. Ulamak haraki dalam PAS pula jelas kelihatan sifat keterbukaan mereka dalam menerima kritikan dalaman mahupun luaran. Mereka dihujani kritikan dan teguran yang keras dari pelbagai pihak. Bermula dari Al Mursyidul Am PAS dan ahli Majlis Syuranya sehinggalah kepada Presiden parti dan seluruh anggota Dewan Ulamak PAS Pusat juga negeri, mereka menyerap segala kritikan dan teguran itu dengan tabah dan cekal serta mengambil pengiktibaran dari sudut yang wajar.

4. Pengamatan saya, sesekali mereka tampil memberi penjelasan dan pencerahan di atas kekeliruan dan salah faham anggota parti dan masyarakat awam terhadap sesuatu isu, maka ia bukanlah bermaksud mereka tidak boleh menerima teguran dan kritikan. Sebaliknya mereka bertanggungjawab untuk mendidik dan membimbing ummah berasaskan ilmu Islam yang mereka bawa tanpa memperkecilkan teguran, nasihat dan kritikan membina yang dihantar kepada mereka.

5. Malah secara jujurnya, saya lihat perkembangan mutaakhir aksi para ulama haraki juga sebahagiannya hasil dari "ambil kira" teguran dan kritikan membina yang dihantar kepada mereka secara dalaman mahupun secara terbuka. Kepimpinan Ulama yang dipraktiskan dalam PAS sebagai sebuah Gerakan Islam unggul di Malaysia adalah sebuah kepimpinan yang sangat berkesan dan teruji khasnya apabila Negeri Kelantan mempamerkan skil dan skima pemerintahan di bawah Kepimpinan Ulama sejak 1990 yang lalu. Ia sangat dihormati dan disayangi oleh semua termasuk majoriti masyarakat. – HARAKAHDAILY 8/12/2014

Nasrudin bin Hassan ialah Timbalan Pengerusi 1, Lajnah Dakwah PAS Pusat

Jangan lupa temu janji kita di Ijtimak Tarbawi 4.0

NASRUDIN HASSAN | .

1. Ijtimak ialah Perhimpunan. Tarbawi pula ialah nisbah kepada pembinaan dan perkaderan. Ijtimak Tarbawi membawa maksud himpunan yang mengumpulkan semua anggota jamaah untuk dibina aqidah, pemikiran dan akhlak mereka, lalu dikaderkan untuk memiliki persiapan dan kesediaan turun ke medan guna memperjuangkan Islam serta menyebarkan risalah an Nabawiyah kepada ummah.


2. Pulau Mutiara menjadi destinasi Ijtimak Tarbawi edisi keempat. Ijtimak Tarbawi bermula dengan edisi pertamanya di Rusila Terengganu, sementara edisi 2.0 berlangsung di KUIZM Taman Melewar Selangor sebelum Ijtimak Tarbawi edisi 3.0 melabuhkan tirainya di Pagoh Johor. Tentunya Dewan Pemuda PAS Malaysia menjadi tunggak utama untuk meletakkan Amal Tarbawi ini terus mengungguli aktiviti pengkaderan jamaah.

3. Selepas Dewan Pemuda PAS Malaysia, individu yang selayaknya diberikan "penghargaan" sebagai orang penting di sebalik Ijtimak Tarbawi yang kini menjadi perhimpunan tarbawi tahunan negara ialah Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz bagi Ijtimak Tarbawi edisi 1.0, 2.0 dan 3.0. Kini baton itu digenggam kemas oleh Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi (di bawah kepimpinan Suhaizan Kaiat selaku Ketua DPPM) untuk melangsungkan Ijtimak Tarbawi edisi 4.0. Kedua mereka adalah Pengerusi Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Malaysia pada zaman masing-masing dan merekalah yang bertanggungjawab bagi memastikan Ijtimak Tarbawi dapat dilangsungkan dengan jayanya.

4. Setinggi-tinggi tahniah jua buat Murabbi Ummah, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) yang pasti menjadi tonggak utama Ijtimak Tarbawi. Tuan Guru akan membatalkan semua program beliau yang lain semata-mata mahu bersama-sama peserta Ijtimak Tarbawi yang rata-ratanya adalah terdiri daripada kalangan anak muda. Program teras Ijtimak Tarbawi ialah "Durus wa I'bar Min Tafseeril Quran" bimbingan Tuan Guru Presiden menjadi tumpuan anak-anak muda yang siap mahu membina aqidah, fikrah dan Syakhsiyah dengan sinar wahyu bersama Gerakan Islam ini.

5. Saya ambil kesempatan ini untuk turut mengerahkan seluruh dua't (pendakwah) PAS dari seluruh negara agar menghadhiri Ijtimak Tarbawi 4.0 di Kompleks Yayasan Nahdhah Kubang Semang Permatang Pauh Pulau Pinang Pulau Mutiara yang akan berlangsung pada 5, 6 dan 7 Dec 2014 akan datang. Justeru duat (pendakwah) juga mesti memiliki asas pentarbiyyah yang kukuh dan mantap untuk menjalankan tugas sebagai pendakwah. Temui ana di sana. - HARAKAHDAILY 2/12/2014

Nasrudin Hassan, Timbalan Pengerusi 1, Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 2-121-2014

5A di alam barzakh

NASRUDIN HASSAN | .
1. Perasaan ibubapa dan anak-anak bercampur baur. Ada yang menangis terlalu gembira dan puas hati di atas usaha gigih selama ini akhirnya berbaloi dengan pencapaian 5A UPSR. Sementara di satu sudut lain pula kedengaran esakan tangis hiba atas kegagalan meraih 5A. Namun kelihatan juga wajah-wajah selamba rock yang langsung tidak kisah dengan pencapaian diperolehi. 5A ke, 2A ke, 5C ke, semuanya tidak jadi hal kepada mereka. Begitulah ragam manusia secara keseluruhannya.

2. Sebentar tadi saya berdialog dengan sahabat saya Dr Riduan Mohd Nor dalam satu group WhatsApp. Beliau seorang sahabat yang saya nilai sebagai sangat cerdik dengan memiliki otak angka itu segera meningkah ketika kami berbicara soal kejayaan UPSR dengan mengatakan apa gunanya 5A kalau buta Al-Quran ! .... Hu Hu ... saya hanya akui kebenaran kata-kata beliau.

3. Saya teringat satu hadis Nabi s.a.w:

وَقَالَ: وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ، حِينَ يُقَالُ لَهُ: يَا هَذَا، مَنْ رَبُّكَ ؟ وَمَا دِينُكَ ؟ وَمَنْ نَبِيُّكَ ؟ قَالَ هَنَّادٌ: قَالَ: وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ، فَيُجْلِسَانِهِ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللَّهُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ قَالَ: فَيَقُولُ: هُوَ رَسُولُ اللَّهِ، فَيَقُولَانِ: وَمَا يُدْرِيكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ، فَآمَنْتُ بِهِ، وَصَدَّقْتُ)
[Abi Dawud/ 4753, sahih]

Dan dia berkata: Dan sesungguhnya dia benar-benar mendengar hentakan kasut-kasut mereka apabila mereka berpaling membelakangkan, apabila dikatakan kepadanya: Wahai ini, siapa Tuan kamu? Dan apa agama kamu? Dan siapa Nabi kamu? Berkata Hannad: Dia berkata: Dan mendatanginya dua mala’ikat, maka mereka berdua mendudukkannya, dan mereka berdua berkata kepadanya:

i ~ Siapa Tuhan engkau? Maka dia berkata: Tuhan saya Allah.

ii ~ Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apa agama engkau? Maka dia berkata: Agama saya Islam.

iii ~ Maka mereka berdua berkata kepadanya: Apakah lelaki ini yang dibangkitkan dikalangan kamu?. Dia berkata: Maka dia berkata: Dia ialah RasuluLlah.

iv ~ Maka mereka berdua berkata: Dan apa yang engkau tahu? Maka dia berkata: Saya telah membaca KitabaLlah dan saya beriman dengannya dan saya membenarkan. (Riwayat Abu Dawud)

4. Pastikan kita semua lulus soalan-soalan di atas yang telah pun 'dibocor' oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita bagi memudahkan kita membuat persiapan ilmu dan amal bagi memastikan kita mampu menjawab semua soalan tersebut lalu meraih 5A di kubur kelak. Namun ingat, ketika itu bukan lagi lidah dan bibir menjawab tetapi amalanlah yang menjadi hujjah bagi pihak kita untuk menjawab semua soalan tersebut. Jom skor 5A di alam barzakh kelak! Mulakan sekarang dengan menimba ilmu dan melaksanakan Amal Islami dalam kehidupan kita.

Penulis ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.


Sumber HD - 27-11-2014

1BestariNet bakal gagal?

NASRUDIN HASSAN | .

1. Pada 26 Mac 2003, Kementerian Pendidikan pada waktu itu, YB Datuk Seri Musa Mohammad telah bersetuju dengan pelaksanaan SchoolNet di semua sekolah seluruh negara. Namun, pada bulan Disember 2012, di bawah kepimpinan Menteri Pelajaran yang baru, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, projek SchoolNet ini telah diberhentikan.

2. Setelah 7 tahun pelaksanaannya, satu kajian keberkesanan telah dijalankan terhadap projek SchoolNet oleh Unit Perancang Ekonomi dan sebuah badan perunding bisnes antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat, iaitu Boston Consulting Group.

3. Saya tidak pasti mengapa pihak kementerian sangat berminat untuk mengupah perunding-perunding antarabangsa untuk projek-projek khas di bawah Kementerian Pendidikan. Sebelum ini, RM20.56 juta dibelanjakan kepada McKinsey and Co untuk penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara.

4. Menurut laporan kajian tersebut, skor projek ini hanya mencapai tahap 40% baik sahaja dan pelbagai kepincangan masalah telah berlaku antaranya ialah capaian internet yang kritikal dan masalah aksesibiliti terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, 22 inisiatif baru telah dikemukakan untuk dilaksanakan.

5. Setelah kegagalan projek SchoolNet, kerajaan memperkenalkan pula projek 1BestariNet. Ia dikatakan mempunyai 8 karakteristik terbaik bagi meningkatkan capaian ICT di sekolah, membekalkan perkakasan ICT serta membangunkan perisian pendidikan yang lebih interaktif dan efektif.

6. Hakikatnya, sehingga 12 Jun 2014, sebanyak 8,886 buah sekolah sahaja telah mendapat capaian internet menerusi 1BestariNet. Berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 11 November 2014, Kementerian mendakwa pihak berkuasa tempatan di negeri Sarawak, Pulau Pinang dan Kelantan tidak memberikan kerjasama untuk membuat projek pembinaan menara telekomunikasi oleh pihak YTL Communications Sdn Bhd. Saya ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini.

7. Selain itu, saya juga sangat tidak berpuas hati, walaupun 1BestariNet dikatakan mampu memberikan capaian internet sehingga 50 megabytes sesaat, namun penggunaan komponen Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) hanya berada dalam lingkungan 5 peratus sahaja penggunaannya setelah 3 tahun diperkenalkan.

8. Antara faktor kelemahan yang telah dikenalpasti pada projek 1 Bestari Net ini ialah:

a) masalah prestasi capaian internet,

b) kekurangan kelengkapan perkakasan ICT untuk pelaksanaan e-pembelajaran,

c) masalah penyelenggaraan, dan

d) kurang kemahiran dalam pengendalian program ini.

Ini menunjukkan secara tidak langsung, kelemahan-kelemahan yang diidentifikasi ini telah mengulangi semula masalah yang berlaku dalam projek SchoolNet tempoh hari.

Sabda Nabi s.a.w:

ان الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنة

Sesungguhnya Allah swt suka apabila melaksanakan sesuatu tugas (amal) oleh seseorang kamu, bahawa ia melunaskannya dengan tekun dan teliti.

9. Oleh yang demikian, saya meminta pihak kementerian bertanggungjawab untuk menjelaskan di dewan ini segala pemasalahan yang berlaku dalam proses integrasi ICT dan pendidikan yang telah saya bangkitkan termasuk memberi penjelasan terhadap pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang menonjolkan kelemahan serta kerugian yang ditanggung kerajaan dalam kontrak yang dimetrai bersama pihak YTL Communications Sdn Bhd.

Ucapan Nasrudin selaku Ahli Parlimen Temerloh semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Pendidikan Bekalan B63/P63 Program 050200: Teknologi Maklumat di Dewan Rakyat, semalam.

Sumber HD - 26-11-2014

Jangan berpeluk tubuh

NASRUDIN HASSAN | .


1. Sering kali alasan dikemukakan untuk tidak turun bergelanggang bagi menyampai risalah dan memperjuangkan Islam. Alasan itu akhirnya melemahkan umat Islam justeru alasan boleh dicipta dan direka tanpa ada penyudahnya. Ingatlah Firman Allah swt:

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ

Sesungguhnya orang yang akan meminta izin (dengan mengemukakan pelbagai alasan) kepadamu (untuk tidak disenaraikan sebagai delegasi yang turung berjuang) hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. (Surah at Taubah: 45)

2. Kita tiada pilihan! Saksikan bagaimana keadaan ummah di luar sana. Mereka keliru tanpa bimbingan, mereka hanyut tanpa dahan berpaut, mereka alpa tanpa isyarat yang menyedarkan, mereka sesat tanpa cahaya yang memandu. Apakah kita masih rela dan tega untuk berpeluk tubuh? dengan 1001 alasan yang kita ungkapkan? Allah swt telah tegaskan:

وَلَوْ أَرَادُوا الْخُرُوجَ لَأَعَدُّوا لَهُ عُدَّةً وَلَٰكِن كَرِهَ اللَّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ
Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berjuang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal". (Surah at-Taubah: 46)

3. Semoga kita tidak tinggal bersama orang yang qaai'din (duduk berpeluk tubuh) tanpa melibatkan diri bersama gerakan Islam melunas amanah perjuangan demi mengembalikan izzah (kemuliaan dan kehebatan) ummah serta menegakkan syariat Allah swt. di atas tanah air tercinta ini. Bangkitlah wahai para duat (pendakwah)!

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 21-11-2014

Berdakwah umpama hendak jual produk

NASRUDIN HASSAN | .

Seseorang tidak akan berubah melainkan setelah ada maklumat. Kita tidak akan membeli satu barang melainkan setelah kita mengetahui khasiat dan kebaikannya.

Ini menggambarkan betapa pentingnya penerangan dalam suatu hal untuk meyakinkan seseorang bagi mendapat sesuatu.

Menyampaikan ceramah, kuliah atau apa jua bentuk penerangan, ia umpama hendak menjual sesuatu produk kepada orang lain, produk yang baik dan berkualiti sekalipun, kalau tidak diterangkan dengan teknik dan strategi yang berkesan pasti tidak ada pembelinya, malahan produk yang tidak berkualiti pula, kalau disampaikan, dipromosi dan dikempen dengan hebat dan baik pasti akan menarik orang ramai untuk membelinya.

Orang yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk ialah jurujual itu sendiri.

Bagi menarik orang ramai membeli produk tersebut, jurujual akan menggunakan kepetahan bercakap, penampilan dirinya yang kemas, bahasa yang cukup menawan dan berbagai-bagai aksi lagi, disertai pula dengan demonstrasi barangan.

Sudah pasti cara ini akan menarik minat orang ramai membelinya. Begitulah para pendakwah, produk yang kita hendak pasarkan ialah Islam dan PAS sebagai wadah atau platform perjuangan.

Produk yang akan kita pasarkan ini memerlukan teknik, taktik dan strategi yang sesuai dengan suasana setempat, situasi semasa, budaya dan sebagainya. Inilah hikmah atau kebijaksanaan dalam dakwah.

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah An Nahl: 125)

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 18-11-2014

Berat 66

NASRUDIN HASSAN | .
1. Sememang Islam menghormati agama lain dengan tidak mengganggu hak mereka beragama. Islam tidak memaksa pihak lain menerima Aqidah dan Syariatnya justeru Islam bukan agama paksaan sebaliknya agama yang berasaskan rela dan patuh kepada Allah SWT dan RasulNya s.a.w. Namun dalam masa yang sama seorang muslim tidak boleh mengatakan anutan aqidah selain Islam itu sebagai benar dan boleh diterima. Kalau masih ada dari kalangan umat Islam menerima aqidah anutan selain Islam, memang berat 66.

2. Terdapat pihak mendakwa "We are All Allah's Children" atau "Kita semua adalah anak-anak Allah". Dakwaan ini adalah salah dan bercanggah dengan aqidah Islam. Sekalipun ada pihak cuba menafsirkan "Allah's children" atau "anak-anak Allah" itu sebagai makhluk ciptaan Allah bukan anak Allah sebagaimana yang difahami secara literal. Tafsiran sedemikian juga salah dan bertentangan dengan syarak. Kerana soal aqidah sebegini tiada "majaz" padanya. (soal aqidah tidak boleh digunakan perkataan pinjaman, samaran, gurauan atau berlapik sekalipun.)

3. Perkataan yang mahu dipilih dalam perkara yang berkait dengan aqidah mestilah jelas. Kalau mahu dimaksudkan sebagai makhluk yang dicipta oleh Allah maka guna perkataan makhluk, jangan guna perkataan anak Allah atau Allah's Children atau Abna' Allah.'

Lihat bagaimana teguran Al-Quran dalam hal ini.

وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَىٰ نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم بَلْ أَنتُم بَشَرٌ مِّمَّنْ خَلَقَ يَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ وَلِله مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali". (Surah Al Maaidah: ayat 18)

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

Sumber HD - 14-11-2014

Tolak jamaah dhirar

NASRUDIN HASSAN | .

 



1. Kebenaran sesebuah perjuangan bukan dinilai pada ramainya penyokong kerana musuh kebenaran iaitu Syaithan A'laihi Laknatullah juga tidak terbilang pengikut dan penyokongnya. Sebaliknya mi'yar (neraca) penentu benar atau salah ialah berasaskan matlamat dan manhaj yang diguna, sejauh mana ianya patuh syariah. Firman Allah swt:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut  jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. Surah Al Ana'am: Ayat 153

2. Hanya Islam dan perjuangannya yang diakui benar oleh Allah SWT. Ia berlandaskan prinsip dan objektif yang jelas, iaitu tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Bukan perjuangan yang dibina atas dasar tidak puas hati dan kebencian kepada pihak tertentu. Sementelah tindakan mengasaskan sebuah jamaah untuk memecahbelahkan kesatuan ummah, maka sifatnya tidak ubah seperti penubuhan Masjid Dhirar yang wajib dibubarkan.

3. Meskipun zahirnya Masjid Dhirar itu adalah sebuah masjid, sebagai tempat beribadah kepada Allah SWT. tetapi Nabi s.a.w. mengarahkan supaya masjid itu diruntuhkan kerana ia tidak dibina atas dasar taqwa iaitu tunduk dan patuh kepada Allah SWT, sebaliknya diasaskan untuk memberi saingan kepada masjid yang terlebih dahulu dibina oleh Rasulullah s.a.w.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 11-11-2014

Tersangkar: Islam jadi asing kepada rakyat umum

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Terlalu lama negara kita tersangkar dalam sebuah kehidupan yang mengenepikan Islam sebagai cara hidup, kata Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Akhirnya, kata beliau Islam menjadi asing kepada rakyat umum kecuali hanya dalam perkara ibadah rutin seperti solat, puasa, zakat dan haji.

"Soal undang-undang Islam sangat jauh dari pemerhatian dan pengetahuan kebanyakan masyarakat kita hari ini," tulisnya yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat menerusi facebook.

Malah, ujar beliau terdapat sebahagian umat Islam yang bersikap prejudis terhadap syariat dan undang-undang Islam.

Katanya, kalaupun mereka mahukan Islam, Islam yang mereka mahu hanyalah Islam tanpa syariat.

Menurutnya, mereka mendakwa bahawa syariat Islam tidak akan dapat memberi keadilan kepada rakyat khasnya non muslim, sedang undang-undang Islam ini tidak pernah diberi peluang untuk berdaulat dan dikuatkuasakan dalam pemerintahan moden negara kita sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Pencipta Allah swt.

Tambahnya, mereka bimbang tiada keupayaan dan kemampuan melaksanakan undang-undang Islam lalu mendatangkan fitnah kepada Islam.

Persoalannya, ujar beliau negara kita telah merdeka lebih 50 tahun dan telah berjaya melahirkan ramai tenaga pakar dalam pelbagai bidang sama ada menerusi universiti dalam negara mahupun yang dididik di luar negara.

"Jika isu kepakaran tenaga menjadi halangan untuk perlaksanaan undang-undang, bukankah universiti dalam negara kita mempunyai fakulti undang-undang Islam?" tanya beliau.

Justeru, beliau menggesa supaya dimanfaatkan pensyarah dan 'best student'nya untuk membantu perlaksanaan syariat atau undang-undang Islam.

Firman Allah swt:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. - HARAKAHDAILY 9/11/2014

Sumber HD - 9-11-2014

Tidak maksum, kenapa tidak boleh ditegur?

NASRUDIN HASSAN | .

"Ulama tidak maksum! Kenapa tidak boleh ditegur? Kenapa tidak boleh dikritik? Mereka bukan maksum!"

Demikianlah berlegar di satu sudut laman sosial facebook dan lainnya secara berulang ketika melampirkan hujah dalam mempersoal dan mempertikai beberapa keputusan dan tindakan pimpinan.

Saya lihat hujah sebegini hanyalah memaparkan sikap skeptikal yang berterusan terhadap para alim ulamak kita, justeru:-

Pertama: semua orang tahu bahawa tidak ada manusia yang maksum di muka bumi ini kecuali para Anbiya' Alaihimus Solaatuwas Salam.

Kedua: tidak ada siapa, khasnya dari alim ulama kita yang mengeluarkan kenyataan bahawa ulama tidak boleh ditegur dan dikritik.

Umum menyedari bahawa sejak sekian lama, alim ulamalah yang sering menjadi tumpuan. Pelbagai teguran dan kritikan dihamburkan kepada mereka. Saya perhatikan segalanya diterima dengan lapang dada. Meskipun terdapat kritikan liar dan kesat. Ianya diserap dengan penuh sabar. Insyaallah, ulama haraki selayaknya peka dengan pelbagai teguran dan kritikan.

Namun bukan bermakna mereka tidak boleh menjawab segala kritikan yang dirembas kepada mereka. Memberi pencerahan, membetulkan fakta dan menjelaskan betul duduk sesuatu perkara adalah suatu yang wajar dilakukan di samping teguran dan kritikan membina diterima dengan baik dan dialu-alukan para alim ulama kita. Semua pihak mesti mengamalkan kaedah "sebagaimana kita sedia mengkritik, maka kita juga mestilah bersedia untuk dikritik".

Isunya bukan maksum atau tidak kerana sememangnya tiada yang maksum di kalangan kita. Persoalan berbangkit ialah adab mengkritik. Sebagaimana kita mahu para alim ulama kita menerima kritikan, maka kita juga sayugianya mengemukakan kritikan yang membina bukan menghina.

Saya lihat ramai yang gagal membezakan antara teguran dengan cemuhan, nasihat dengan cercaan, kritikan dengan herdikan, bantahan dengan tohmahan. Akhirnya ia merosakkan adaabul ikhtilaf (adab perbezaan pendapat) dan mengusutkan tali ukhuwwah (persaudaraan).

Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. (Surah Al Hujurat: 12)

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

Sumber HD - 5-11-2014

Ku nanti Ku Nan - Nasrudin

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR:
"Insya Allah, pegawai saya akan menyerahkan surat rasmi untuk mengajak Ku Nan berdebat atas tajuk 'Siapa Sesat?'," ujar Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Ini ekoran tidak semena-mena, timbul lagi isu PAS yang dituduh sebagai membawa ajaran sesat.


"Kali ini, saya difahamkan bahawa ia adalah dakwaan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) sedang beliau adalah Setiausaha Agung Umno dan juga Menteri Wilayah Persekutuan," tulisnya menerusi facebook.

Katanya, dakwaan itu berat dan sangat mengelirukan masyarakat, justeru ajaran sesat adalah sebuah ajaran yang merosakkan aqidah dan mengheret ummah ke neraka Allah swt.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat berharap Ku Nan mempunyai bukti terhadap dakwaan beliau.

Jika tidak, tegasnya, pastinya Ku Nan mesti memohon maaf atas keceluparan tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Justeru, beliau sendiri bersedia untuk mengambil peruntukan mujaadalah (debate) yang diizinkan oleh syarak bagi mempertahankan PAS sebagai wadah (platform) yang memperjuangkan Islam di negara ini dan ianya sebahagian dari uslub dakwah.

"Insya Allah, pegawai saya akan menyerahkan surat rasmi untuk mengajak Ku Nan berdebat atas tajuk 'Siapa Sesat?'. Insya Allah ku nanti Ku Nan demi mencari kebenaran.

Beliau menegaskan beramal dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah swt:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. (Surah An Nahl: ayat 125) - HARAKAHDAILY 4/11/2014

Sumber HD - 4-11-2014

Bola sepak terkenal dengan permainan berjamaah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Semua perhatian tertumpu ke final Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil antara Skuad Tok Gajah vs JDT.

"Kalau sebelum ini saya menyebut fitnah adalah antara senjata tertua di dunia yang masih aktif berfungsi, maka bola sepak pula adalah antara sukan tertua di dunia yang masih kekal sebagai sukan yang paling disukai ramai," tulis Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi facebook.

Ini, ujarnya terutama persaingan EPL dan LA Liga yang mendapat tempat di kalangan peminat bola sepak tempatan selain Liga Super dan Piala Malaysia.

Sementara Bundesliga, Serie A dan Liga Brazil juga besar reputasinya namun kurang mendapat liputan melalui media di negara kita, tulisnya lagi.

Menurutnya, permainan bola sepak terkenal dengan corak permainan secara 'berjamaah' dan sekali-kali tiada permainan bola sepak dilakukan secara individu.

Tambah beliau, tanpa menafikan skil individu itu juga penting dan menyumbang kepada kemenangan pasukan seperti nama-nama besar dalam sukan ini, Pele, Maradona, Ronaldo Brazil, Zidane, Messi, Ronaldo Portugal dan lain-lain, kehebatan sesebuah pasukan sebenarnya banyak bergantung kepada kekuatan atau kekentalan formasi yang dipersembahkan dan pastinya secara kolektif.

Bukti mudah, ulasnya Ronaldo dianggap mesin gol bagi Real Madrid tetapi tidak mencapai reputasi serupa sewaktu mewakili pasukan negaranya Portugal.

"Pahang biasanya menggunakan formasi 4-4-2 bagi mencipta kemenangan bergaya. Namun pasukan JDT juga mempunyai formasi tersendiri bagi memburu kejayaan yang mereka idamkan. Masing-masing telah buat persiapan rapi.

"Hanya kesilapan dan kegagalan bertindak secara jamaei (kolektif) membuat mereka kecundang. Kita boleh saksikan malam ini," tambah Ahli Parlimen Temerloh itu.

Katanya, kelalaian dan kealpaan berperanan di posisi masing-masing akan membawa padah kepada pasukan.

Beliau menambah, hilang fokus pada amanah yang disandang juga faktor kepincangan yang menghancurkan harapan pasukan dan penyokong mereka.

"Begitulah perjuangan kita dengan jamaah ini. Jangan leka dan jangan hilang fokus. Tunai amanah sebaik mungkin. Jangan tinggal posisi yang diamanah," tulis beliau selanjutnya.

Ingat pesan Allah swt:

وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً
Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan barangan amanah kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak (dan kamu tewas tergadah). (Surah An Nisa': 102) - HARAKAHDAILY 1/11/2014

Sumber HD - 1-11-2014


Mazhab Facebook

NASRUDIN HASSAN | .
1. Ilmu adalah tunjang yang mengakar kekuatan seorang pendakwah dan pejuang. Bagaimana dakwah Islam dapat disampaikan dan bagaimana pula Islam boleh diperjuangkan tanpa ilmu? Ilmu kepada pejuang, bagaikan modal kepada peniaga. Firman Allah swt:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Dan tidaklah wajar orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah sebahagian mereka mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kelak ke pangkuan kaumnya; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (Surah At Taubah: 122)

2. Namun Ilmu Islam ini mempunyai disiplin tersendiri yang perlu ditekuni untuk memilikinya. Bermula dari kaedah pengajian, subjek dan methodologinya, ilmu juga mesti dipelajari secara istimrar (berterusan). Malang jika ilmu hanya dikutip secebis tanpa talaqqi (berguru) dengan guru yang mursyid. Mutaakhir ini, ramai yang menjadikan facebook sebagai medium memuktamad ilmunya. Facebooklah tempat mereka "menuntut ilmu" dan di facebook juga mereka "lulus" dan akhirnya di facebook juga mereka "berfatwa". Google Search pula adalah "mursyid" mereka.

3. Facebook adalah laman sosial dan tidak salah untuk dijadikan sebagai lapangan mencari maklumat dan berbincang pelbagai topik. Namun ia bukan method yang betul untuk memuktamadkan ilmu. Justeru facebook tiada kewibawaan untuk mengesahkan keabsahan sesuatu maklumat, ilmu atau "status" yang di"post" atau di"share" kepada talian jalur lebar perlu terlebih dahulu ditashih (dibenarkan) dengan disiplin ilmu yang betul dan berwibawa. Rujuk laman yang diyakini kewibawaan ilmunya dan teliti status yang di"post"kan dengan manhaj dan disiplin ilmu yang betul. Ingat! Facebook sangat terdedah kepada pencemaran ilmu serta penyelewengan fakta dan figure.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 1-11-2014

Fitnah tiket Piala Malaysia, Nasrudin buat laporan polis

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .




TEMERLOH: Setelah dua kali membuat fitnah menerusi media sosial terhadap Ahli Parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan sekretariat parlimennya hari ini membuat laporan polis terhadap pemegang akaun facebook yang dipercayai menggunakan nama samaran Azamuddin Azim.

Laporan dibuat oleh timbalan pengerusi sekretariat, Hassanuddin Salim yang turut dilibatkan dalam fitnah tersebut iaitu kononnya Nasrudin akan memberikan tiket percuma dan menyediakan pengangkutan ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Pahang dengan JDT, Sabtu ini.

Antara lain Hassanuddin menyebutkan, pemilik akaun berkenaan pada 29 Oktober telah meletakkan iklan fitnah berkenaan melalui facebook dalam satu grup (Temerloh) dan turut dipaparkan ialah nombor telefon bimbit peribadinya untuk dihubungi.

“Akibatnya, sejak semalam saya dihujani panggilan telefon, mesej dan WhatsApp yang tidak putus-putus dari sekitar daerah ini dan luar yang bertanya dan mahukan tiket percuma berkenaan.

“Fitnah ini bukanlah kali pertama disiarkan individu berkenaan. Pada 25 Jun lalu juga pemilik akaun tersebut telah menggunakan kaedah yang sama mengiklankan kononnya Ahli Parlimen Temerloh akan mengagihkan benih ikan sangkar dan turut memaparkan nombor telefon saya.

“Tetapi hari ini saya dapati pemilik akaun Azamuddin Azim itu telah menukar namanya kepada Khaiz Hafiz dan saya percaya pertukaran itu dibuat apabila kami turut menyiarkan akan membuat laporan polis petang ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan ibu pejabat polis daerah di sini.

Tambahnya, demi melindungi diri dan kepentingan beliau meminta bahagian jenayah komersial polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Sementara itu Nasruddin yang turut hadir menyokong penuh laporan polis tersebut kerana tidak mahu fitnah terhadap beliau dan PAS berleluasa berdasarkan posting-posting individu berkenaan sebelum ini.

“Kalau perkara ini benar kita akan maklumkan. Masalahnya kita tidak ada kuota tiket perlawanan antara Pahang menentang JDT itu. Dalam kes ini saya percaya individu berkenaan berniat jahat serta bertujuan untuk menjatuhkan reputasi saya sebagai ahli parlimen.

“Benda yang tiada diada-adakan. Bila orang hubungi Hassanuddin tiket itu tidak ada, apabila tak dapat jadi orang akan marah (kerana menipu). Jadi saya kira itu satu strategi yang sangat jahat,” tegasnya.

Katanya, selepas ini akan dibuat laporan SKMM dan apabila sudah dikenal pasti nanti, jika pemfitnah itu tidak tampil memohon maaf, pihaknya akan mengambil tindakan saman. - HARAKAHDAILY 30/10/2014

Sumber HD - 30-10-2014

Arah perjuangan Islam ialah Islam

 | .

1. Islam adalah ad-deen yang diwahyukan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan sekalian makhluk. Justeru itu Islam dibina atas prinsip dan ketetapan yang telah dimuktamadkan melalui wahyu dan sunnah NabiNya s.a.w. Ilmu Islam pula telah dilangsungkan secara terkawal disiplin dan manhajnya oleh para ilmuan Islam secara riwayah dan dirayah di sepanjang zaman.

2. Lantaran itu, Jamaah kita meletakkan sumber rujuk tertinggi ialah Al Quran, As Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias yang Muktabar. Kembalilah kepada 4 sumber ini dalam melestari perjuangan suci ini. Jangan biarkan kita terhuyung hayang dalam mencari arah tuju dan terkinja-kinja dalam mencari pedoman gerak kerja amal Islami di bumi tercinta.

3. Apabila Erdogan menang di Turki, maka semua mahu meniru cara Erdogan, apabila PKS menang di Indonesia, maka mereka mahu PAS jadi PKS, apabila Ghonnusi menang di Tunisia, maka mereka tukar haluan ke arah Ghonnusi pula dan apabila Jokowi menang di Indonesia maka mereka cepat beralih untuk memakai feqh Jokowi pula. Ini bukan cara Islam tapi ini cara gerakan pragmatisme.

Ingat bagaimana petunjuk Rabbul Izzati:
فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوا وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan kekal dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami mengabdikan diri". (Surah Al Baqarah: ayat 137 - 138)

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

Sumber HD - 25-10-2014

Jangan harap kami berhenti

NASRUDIN HASSAN | .




1. Mutakhir ini ada pihak yang tidak semena-mena "tak senang duduk". Tetiba sahaja mereka melenting tidak menentu arah. 1001 prasangka dilemparkan kepada Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan kepada rakan-rakan saya dalam Lajnah Dakwah PAS Pusat.

2. Saya menyedari serangan ini sejak sekian lama dan terus bertali arus dengan gandaan yang cukup keterlaluan secara tiba-tiba selepas NEKAD 2.0 mendapat sambutan yang sangat baik. Mereka mempertikai dan melemparkan pelbagai tuduhan dan tohmahan kepada Lajnah Dakwah dan program-program yang dianjurkan seperti WPA dan NEKAD.

3. Lajnah Dakwah PAS Pusat telah meletakkan matlamat dan objektif sangat jelas terhadap aktiviti yang dianjurkan. WPA adalah Wacana Pengukuhan Aqidah untuk memastikan anggota Gerakan Islam ini murni aqidahnya dan selamat dari serangan ideologi yang merosakkan aqidah termasuklah yang datang dari fahaman Syiah, Islam tanpa Syariat, Islam Liberal dan seluruh jaringan mereka.

4. Sementara NEKAD pula adalah Nadwah Pemerkasaan Duat bagi melahirkan petugas-petugas dakwah PAS yang siap dan sedia tampil memikul amanah dakwah Islam di bumi tercinta dengan ilmu dan kemahiran berdakwah. Mendepani serangan pemikiran dan sebarang usaha merosakkan fikrah serta akhlak (peribadi) anggota jamaah.

5. Lajnah Dakwah PAS Pusat menyiarkannya secara lansung menerusi penyiar rasmi Hijau FM dan kertas kerjanya pula boleh dimuat turun dari laman web www.perjuanganku.com melibatkan NEKAD 1.0 dan NEKAD 2.0 demikian juga WPA. Tidak ada apa yang mahu kita sembunyikan. Namun apa yang jelas ialah kami serius untuk memurnikan pemikiran ahli yang cuba dilalaikan oleh pemikiran "Islam Tanpa Syariat" dan kekeliruan yang dihasilkan oleh arus "Post Islamisme".

6. Insyaallah, kami memberi komitmen yang tinggi dan kesungguhan yang ketara untuk meneruskan agenda dakwah dan menyemarak aktiviti Amal Islami. Tanpa penat dan jemu, kami akan memberikan khidmat terbaik kepada perjuangan Islam ini meskipun terpaksa berdepan dengan fitnah dan tohmahan serta ancaman dan tempelakan yang tidak sedikit dari pelbagai pihak yang tidak senang melihat usaha dakwah ini. Kami hanya melakukan apa yang termampu oleh tulang empat kerat yang kami miliki demi Islam dan perjuangannya.

7. Street Dakwah juga diaktifkan semaksimanya. Dua street dakwah berskala besar telah digerakkan oleh Lajnah Dakwah dengan tema Jom Solat dan Tak Nak Judi pada tahun ini. Malah kami juga meluaskan coverage dakwah untuk menangani dilema kaum asal yang memerlukan bimbingan ilmu dan spiritual sehinggalah kami juga berlayar ke bumi Borneo membawa keindahan Islam tanpa melupakan non muslim untuk pencerahan kepada pelbagai isu yang fundamental mengenai Islam seperti hudud dan lainnya.

8. Lajnah Dakwah PAS Pusat mempunyai 4 Timbalan Pengerusi. Saya bertanggungjawab pada potfolio Dakwah Muslim, Ustazah Nuridah menyelia Dakwah Non Muslim, sementara Ustaz Zulfikar mengurus Dakwah Sabah dan Sarawak. Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor pula melebarkan signal perjuangan melalui Dakwah Penerbitan. Kami turut perkayakan fungsi dan peranan Lajnah Dakwah PAS dengan menubuhkan NGO Tautan Rahmat yang diketuai oleh Ustaz Syed Abdul Kader Al-Jofree bagi melunaskan usaha kebajikan dan bimbingan berterusan kepada saudara baru dalam Islam.

Penulis ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sumber HD - 21-10-2014

Kempen jangan zalimi anjing, itu betul

NASRUDIN HASSAN | .

1. Alangkah murni kalau dianjurkan kempen kucup pipi ibu bapa, kempen usap kepala anak yatim atau kempen sayangi pasangan suami isteri, justeru itu adalah kempen melakukan perkara yang menepati suruhan dan galakan Nabi s.a.w.

2. Kempen menyentuh anjing tiadalah munasabahnya di kalangan ummat Islam. Kalau kempen jangan zalimi binatang termasuk anjing, maka itu adalah betul. Lantaran Islam bukanlah agama yang berat dan kejam. Boleh sentuh atau pegang anjing jika ada keperluan seperti tujuan menyelamat atau merawat dan sebagainya.

3. Boleh juga menyentuh jika anggota kita dan anjing itu sama-sama kering kerana tiada berlaku najis di situ. Tetapi jika salah satunya basah (antara kita dan anjing) seperti kerana peluh atau kesan jilat anjing, maka ia menjadi najis mughallazoh (najis berat) dan wajib basuh dengan 7 kali air bersih dan salah satunya air bercampur tanah (samak) pada mana-mana anggota atau pakaian kita yang bersentuhan dengan najis mughallazoh.

4. Sementara hukum menajiskan atau mengotorkan diri dengan sengaja (tanpa sebab) adalah haram. Justeru Islam adalah agama yang bersih. Seperti kita bertemu tahi (najis mutawassitoh - sederhana), lalu tanpa sebab dan keperluan kita menyetuh dan mengotorkan diri dengan najis itu maka perbuatan itu hukumnya haram dan wajib segera membasuh dan membersihkan diri. Sementelah lah mengotorkan diri dengan najis yang berat (mughallazoh). Namun dalam kes menyentuh anjing ini, jika sama-sama kering (antara kita dan anjing), hukumnya tidak najis. Apabila tidak najis maka tidaklah berlaku perpindahan najis kepada diri kita dan hukumnya tidak haram.

5. Islam membenarkan ummatnya pelihara anjing untuk tujuan berburu, jaga tanaman, rumah dan seumpamanya. Adapun selain dari tujuan sedemikian maka ianya sangat tidak digalakkan oleh Islam bahkan haram jika kita dengan sengaja (tanpa sebab) memindahkan najis mughallazoh (berat) itu kepada diri, pakaian, tempat kediaman, apatah lagi tempat ibadah kita.

Sumber HD - 20-10-2014

'Salah, jika anggap hanya kita yang berjuang'

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Perjuangan kita berteraskan Islam. Justeru itu, asasnya berkait wahyu Allah Jalla Jalaaluh dan sunnah An-Nabawiyyah," kata Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

MenUrutnya, ia bukan sebuah pertarungan melampias 1001 kemahuan, sebaliknya satu tindakan penuh disiplin atas manhaj dan prinsip jihad untuk meninggikan kalimah Allah swt.

"Kita wajib berjuang dengan segala upaya yang kita miliki. Menjadi satu larangan Allah kepada mereka yang berpeluk tubuh dan enggan berjuang," tulis beliau menerusi facebook.

Justeru, tambah beliau ambillah apa jua posisi selaras kemampuan dan kekuatan yang dipersiap tanpa menafikan peranan mereka yang berjuang dalam batas upaya mereka.

"Salah, jika kita menganggap hanya kita yang berjuang sebagaimana salahnya kita apabila kita rasa bahawa kita sahaja yang hebat dan betul," ujarnya lagi.

Namun, jelasnya nilai perjuangan bukan terhenti dengan demo, gas pemedih mata dan lokap semata-mata, sebaliknya nilai sebuah perjuangan itu berasaskan kebenaran yang diperjuang serta keikhlasan dalam memperjuangkannya. - HARAKAHDAILY 20/10/2014

Sumber HD - 20-10-2014

Kerajaan mesti cegah mungkar ini

NASRUDIN HASSAN | .


1. October Fest Carlsberg Malaysia (Pesta Arak) yang dipromosikan secara meluas bermula 24 Sept dan kemudiannya berlanjutan pada 25, 26, 27 Sept seterusnya bersambung 1, 2, 3, 4, 10 dan berakhir 12 Okt akan datang mesti dicegah segera oleh pihak berkuasa. Bermula daripada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.

2. Saya tidak nafi hak arak bolehkan diminum oleh mereka yang agamanya membenarkan mereka minum arak. Tetapi dalam sebuah negara yang Islam menjadi Agama Persekutuan seperti negara kita Malaysia, hak itu mestilah ditunai secara tertutup dan tidak dipromosi apa lagi dipestakan secara besar-besaran begini.

3. Pesta arak yang dipromosi besar-besaran ini telah menjadi mungkar terbuka meskipun ia dilakukan dalam ruang bangunan tertutup. Sekaligus ia mencabar sensitiviti ummat Islam. Samalah seperti aktiviti hubungan seks luar nikah (pelacuran) yang dipromosi kepada umum, ia menjadi maksiat terbuka yang wajib ke atas pihak berkuasa dan seluruh Islam bangkit mencegahnya.

4. Jangan biarkan negara membangun dengan budaya mungkar dan maksiat. Kelak binasa tamadun dan maruah pula hilang keberkatan justeru dimurkai Allah swt.

"إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء"، فقيل: وما هن يا رسول الله؟ قال: "إذا كان المَغْنَمُ دُولًا، والأمانة مغنمًا، والزكاة مغرمًا، وأطاع الرجلُ زوجته، وعقَّ أمه، وبرَّ صديقه، وجفا أباه، وارتفعت الأصوات في المساجد، وكان زعيمُ القوم أرذلَهم، وأُكرم الرجل مخافة شره، وشُربت الخمور، ولُبس الحرير، واتخذت القَيْنات والمعازف، ولعن آخرُ هذه الأمة أولها، فليرتقبوا عند ذلك ريحًا حمراء، أو خسفًا، ومسخًا".
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, lalu ditanya apakah 15 perkara itu Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw:

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
(Ulasan – nak dapat zakat susah. Penerima zakat tergolong daripada kroni atau orang tertentu.)
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
(Ulasan – masjid dijadikan medan/tempat berkelahi. Sumpah di masjid untuk kepentingan sendiri.)
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
(Ulasan – Orang yang paling hina - yang tiada ilmu agama dan tiada akhlak.)
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
(Ulasan – Contohnya, takut kepada pihak berkuasa kerana dibimbangi ia berlaku zalim terhadap diri kita.)
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu) - mempersenda sahabat-sahabat Rasulullah.
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

5. Saya juga menyeru pihak berkuasa agama seperti jabatan dan majlis agama Islam di semua peringkat tidak memandang sepi fenomena ini. Ambillah tindakan wajar. Jangan hanya memberi alasan kononnya perkara ini berada di luar bidang kuasa sedang akibatnya kelak akan melanda ummat tanpa mengenal di mana kuasa dan kedudukan mereka. Bangkitlah sebelum terlewat.

Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber HD - 7-10-2014

Fadhilat dan hikmah korban

NASRUDIN HASSAN | .

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu. (Riwayat at- Tirmidzi)

Huraian Hadith:

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah (maksudnya): "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Sumber HD - 5-10-2014

Rasionalisasi subsidi & GST, kerajaan lebih galak boros

NASRUDIN HASSAN | .

1. Pelaksanaan GST bermula April 2015 dikatakan akan menambah pendapatan negara sebanyak RM23 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama dan boleh mencecah sehingga RM32 bilion dalam tempoh setahun berikutnya. Menurut Datuk Seri Idris Jala pula, mekanisme percukaian baharu itu boleh menjamin tambahan pendapatan negara antara RM20 bilion sehingga RM27 bilion apabila matang.

2. Pada 29 September 2014, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa sistem rasionalisasi subsidi dengan mekanisme yang baharu bagi diesel (melibatkan 780,000 buah kenderaan) yang akan dilaksanakan bermula Januari 2015 dan bagi petrol (melibatkan 18 juta buah kenderaan) yang akan dilaksanakan bermula April 2015 dikatakan memberikan penjimatan sebanyak RM6 bilion hingga RM7 bilion.

3. Pelbagai kebaikan (advantages) telah dikemukakan oleh Kerajaan kepada rakyat bagi menjelaskan tentang keperluan melakukan rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) yang kesemuanya akan berkuatkuasa pada tahun hadapan, 2015. Antara alasan yang dibentangkan itu ialah – mendidik rakyat supaya tidak bergantung kepada bantuan Kerajaan; mengawal kedudukan fiskal negara dengan lebih berkesan; bantu tangani masalah defisit fiskal yang dialami sejal lebih satu dekad; pengstrukturan cukai menjadi lebih berkesan; dan menambahkan pendapatan negara bagi membolehkan Kerajaan memberikan khidmat yang lebih baik kepada rakyat.

4. Lebih mengejutkan, petang semalam (1 Oktober 2014) pula, tiba-tiba KPDNKK membuat pengumuman bahawa “subsidi untuk petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter”, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014. Walaupun bahasa yang digunakan ialah rasionalisasi, penyelarasan dan pengurangan subsidi, tetapi hakikatnya sebenarnya ialah harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen seliter.

5. Olahan alasan yang diperlihatkan positif ini tidak lebih daripada untuk mengkaburi dan menutup mata rakyat dan menampakkan secara jelas sindrom penafian oleh Kerajaan terhadap permasalahan yang lebih akar berkenaan isu pengurusan ekonomi negara ini iaitu perbelanjaan Kerajaan dan perbelanjaan mengurus yang meningkat berkali ganda serta isu-isu kebocoran dan ketirisan dalam membelanjakan wang negara.

6. Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan Kerajaan meningkat daripada RM113.5 bilion pada tahun 2003 kepada RM196 bilion pada tahun 2008. Perbelanjaan mengurus pula meningkat lebih dua kali ganda kepada RM15.1 bilion pada tahun 2008 daripada RM75.2 bilion pada tahun 2003. Malah, ia meningkat lagi sebanyak RM15.8 bilion daripada RM201.9 bilion pada tahun 2013 kepada RM217.7 bilion pada tahun 2014. Saban tahun pula, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan pelbagai ketirisan yang berlaku dalam pengurusan perbelanjaan wang negara.

7. Secara teori, kerajaan dengan pendapatan yang lebih banyak akan cenderung untuk berbelanja dengan jumlah yang lebih besar. Dalam keadaan sikap dan kualiti urus tadbir Kerajaan yang ada pada hari ini yang boleh dipertikaikan, saya yakin bahawa akan berlaku lebih banyak pemborosan dan pembaziran duit rakyat pada tahun hadapan. Sebanyak mana pun jumlah yang berjaya dipungut atau “dijimatkan” dengan pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi diesel dan petrol, jika Kerajaan tidak berintegriti dan tidak beramanah dalam menguruskannya, jumlah itu tidak bernilai lagi dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat serta kebaikan kepada rakyat.

8. Jangan kerana keangkuhan dan kesombongan untuk tidak mahu berubah bagi memperbetulkan kesilapan, serta tidak bersyukur dengan hasil bumi yang telah Allah kurniakan kepada negara kita, akhirnya Allah mendatangkan musibah seperti yang ditimpakan ke atas Kerajaan Saba’ sehingga meruntuhkan empangan akibat banjir besar yang melanda. Hilang sumber air dan terjejas sektor pertanian mereka. Kebun-kebun yang mengeluarkan buah yang berkualti tinggi sebelumnya menjadi hutan yang ditumbuhi pokok liar dan kasar (rujuk surah Saba’, ayat 16):

فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ

"Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sidikit pohon-pohon bidara."

Kita harus belajar dan mengambil pengajaran daripadanya.

Sekian.

Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber HD - 2-10-2014

Taat vs ampu

NASRUDIN HASSAN | .


1. Ketaatan dan wala' pada jamaah dan pimpinan bukan pengampu. Justeru ia adalah didikan Nabi kita Muhammad saw. Apabila Nabi saw bersabda:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (( اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنْ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ كَأَنَّ رَأْسَهُ زَبِيبَةٌ
رواه البخاري 7142

Maksudnya: Dengar dan taatlah olehmu sekalipun pemimpin yang dilantik ke atas kamu hanya seorang hamba abdi Habasyi dan rambutnya kerinting (hitam dan tidak smart).

2. Mengampu ialah tindakan mengipas atau mengangkat pimpinan untuk mencapai kepentingan tertentu dari pimpinan tersebut. Sementara taat dan wala' yang diberikan kepada pimpinan adalah untuk memastikan perjalanan sebuah organisasi berjalan lancar dan setiap agenda serta gerakkerja jamaah dapat diurus dengan jaya dan terancang.

3. Perbuatan mengampu memang satu perbuatan yang keji kerana ia sekadar memuji dan memuja pimpinan sebagai batu loncatan bagi mengapai kepentingan tertentu. Sedang ia tidak membantu gerakkerja jamaah dan melunaskan amanah perjuangan.

4. Dengar, taat dan wala' terhadap jamaah dan pimpinan adalah sikap terpuji. Ia sebahagian dari sistem Islam dalam pengurusan organisasi. Tiada kepentingan selain Islam yang diperjuangkan. Selama mana pimpinan tidak menyuruh perkara mungkar maka dengar, taat dan wala' adalah tuntutan syara' ke atas setiap anggota jamaah.

5. Ketaatan dan kesetiaan (wala') yang diberikan kepada jamaah dan pimpinannya tidak menghalang untuk anggota menegur atau mengkritik kelemahan dan kesilapan pimpinan. Malah Islam menyediakan kaedah tertentu untuk melaksanakan tanggungjawab nasihat dan teguran kepada pimpinan tanpa meluntur prinsip atau nilai taat dan wala'.

Sumber HD - 2-10-2014

Nasrudin kesal kes pukul bekas qari kebangsaan

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .




Nasrudin meneliti dokumen yang mengesahkan ladang tersebut milik Shafii.

TEMERLOH: Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hassan melahirkan rasa kesal di atas tindakan kekerasan terhadap imam masjid Ustaz Shafii Lebai Hanafiah yang dipukul beramai-ramai di ladangnya di sini.

Katanya, tidak sepatutnya pihak terbabit menyelesaikan masalah dengan bertindak melulu menggunakan kekerasan apa lagi imam berkenaan mengambil hasil tanaman di atas tanahnya yang sah.

Serentak dengan itu beliau mencadangkan supaya Shafii mengambil tindakan mahkamah sebagai pengajaran supaya perkara yang sama tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Setelah saya melihat kepada semua dokumen dan fail-fail yang ditunjukkan, saya yakin kes ini berpihak kepada kepada tuan imam kerana tidak melakukan kesalahan, jadi kenapa dihalang dan dipukul? Jadi saya cadang dibawa kes ini ke mahkamah supaya lepas ini tidak timbul masalah lagi.

“Jika tidak, akan datang akan timbul lagi isu-isu lain pula. Jadi kes kekasaran ke atas tuan imam ini mestilah dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika melawat Shafii di rumahnya.

Shafii ialah qari kebangsaan pada tahun 2006 pada Majlis Tilawah al-Quran dan mendapat tempat ketiga peringkat antarabangsa pada tahun yang sama.

Beliau yang juga guru al-Quran, pernah mewakili negeri Pahang sebanyak 8 kali di majlis tilwah tersebut.

Dalam kejadian Khamis minggu lalu, Shafii mendakwa beliau telah dipukul beramai-ramai di ladangnya di lot 8053 Felda Lakum, Lanchang.

Menceritakan kejadian tersebut, beliau berkata mula masuk ke ladang jam 8 pagi melihat pekerja memotong buah sawit di tanahnya yang dibelinya dari arwah Yusof, peneroka di Felda yang sama. Kemudiannya pukul 10 sawit tersebut dimasukkan ke dalam lori untuk dipunggah ke kilang.

Kira-kira pukul 10.30 pagi penyelia ladang datang dan kejadian pertengkaran dan kekasaran berlaku jam 11 pagi apabila pengurus dipanggil datang.

“Pada mulanya penyelia itu kata tak boleh ambil buah sawit di ladang yang saya beli itu. Saya kata saya dah tanya hakim mahkamah, tanah ini saya dah bayar habis, dah sah milik saya jadi saya boleh ambil hasillah di tanah saya.

“Tak lama kemudian pengurus technoplant tiba. Bila dia sampai saya pun hidupkan motosikal untuk beredar balik. Ketika itu dia menjerit ke arah saya bertanya mana geran.

“Saya jawap geran ada di rumah, takkan nak bawa ke ladang. Setelah seketika bertengkar saya diterkam. Kemudian lima buah motosikal lagi datang mengugut saya dan menghalang tak bagi balik. Saya pecut motor nak lari balik dan merempuh sehingga sama-sama jatuh,” ceritanya.

Shafii berkata, selepas itu beliau menerima rawatan bengkak-bengkak di klinik akibat jatuh dan dipijak-pijak dan turut membuat laporan polis.

Shafii berkata, beliau membeli tanah berkenaan pada tahun 2003 dan telah diselesaikan bayaran mengikut undang-undang, jadi tidak sebab Felda mengaku tanah tersebut milik mereka. - HARAKAHDAILY 1/10/2014

Sumber HD - 1-10-2014

Bajet 2015: Kerajaan diberi amanah, jauhi sifat Qarun

NASRUDIN HASSAN | .

1. Detik 10 Oktober ini pastinya perhatian seluruh rakyat Malaysia akan tertumpu kepada pembentangan Bajet 2015 yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia adalah belanjawan negara yang terakhir bagi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang telah dibentangkan pada hari Khamis, 10 Jun 2012.

2. Berikutan kemerosotan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada tahun lalu, Bajet 2015 mesti memiliki keistimewaan tertentu bagi memastikan ia berupaya untuk mengukuhkan kembali sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional. "Berita baik" dengan pemberian “ole-ole” kepada rakyat oleh Kerajaan dalam Bajet 2015 pasti akan diuar-uarkan dan dihebahkan secara luar biasa seperti biasa terjadi pada tahun-tahun lalu.

3. Keraguan terhadap jawapan munasabah yang boleh diberikan oleh kerajaan melalui pembentangan Bajet 2015 bagi persoalan adakah cukai pendapatan akan dikurangkan, adakah rebat cukai jalan akan dipanjangkan, adakah subsidi akan diteruskan, dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain di minda rakyat hari ini akan berjaya dijawab oleh Kerajaan hanya dengan pemberian “ole-ole” dan pemberian ‘one-off’ yang “wow” sehingga kesemua persoalan tadi - bagi sebilangan besar orang – sudah tidak penting lagi.

4. Hakikatnya, lebih ringgit yang diberikan secara “percuma” kepada rakyat bermakna lebih ringgit yang dipungut oleh kerajaan dari poket rakyat melalui kutipan cukai serta kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Ia dipanggil bajet kerana kerajaan memiliki suatu jumlah wang yang terhad dan tetap untuk dibelanjakan pada setiap tahun. Bajet yang dibentangkan adalah sekadar berkisar pilihan kerajaan untuk menambah atau mengurangkan nilaian ‘RM’ dalam apa-apa sektor.

5. Bajet yang dibentangkan mestilah mengutamakan golongan marhaen, bukannya melebihkan golongan bangsawan. Kerajaan selaku yang diberi amanah oleh Allah untuk mengurus hasil bumi mesti menjahuhi sifat Qarun yang merasakan bahawa kemewahan dan kemegahan yang dimiliki itu berpunca dari kebijaksanaan dan kepandaiannya. Allah merakamkan kata-kata Qarun di dalam al-Quran:

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي

maksudnya, “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku.” (Surah Al-Qashah: 78)

Kemewahan dan kemegahan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya itu menyebabkan dia kemabukan dan kesombongan menggunakan sewenang-wenangnya harta yang dimilikinya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘orang kaya baru’.

6. Selain itu, agar apa yang Allah sebutkan dalam firman-Nya

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ

Maksudnya “...supaya harta-harta itu tidak beredar di antara orang-orang kaya dalam kalangan kamu...”, (Surah Al Hasyr: 7)

dapat dicapai melalui pelaksanaan Bajet 2015, ia mesti diagih secara adil dan saksama kepada orang yang berhajat (sangat memerlukan) kepada harta itu serta menjauhi apa yang dilarang oleh Allah dan Rasulullah termasuklah rasuah, riba dan monopoli. Apa yang disuruh oleh Allah dan Rasulullah seperti perintah memungut zakat, galakan infaq, menderma dan wakaf juga mesti diurus sesuai dengan tujuan pensyariatannya.

7. Unsur-unsur ini amatlah penting bagi memastikan keberkatan harta dan jaminan rezeki yang melimpah ruah bagi menampung kesemua keperluan. Harta adalah amanah Allah.

Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber HD - 29-9-2014

IPU politik negara

NASRUDIN HASSAN | .

1. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tuhan yang Maha Mencipta dan Memberi Rezeki. Pagi ini terasa damai dan tenang meskipun iklim politik tanahair masih berjerebu. Indek IPU politik tanah air masih belum benar-benar pulih khasnya Selangor. Sekarang dah berjangkit ke Sarawak pula.

2. Ada penganalisa menyebut bahawa IPU politik Selangor sudah pulih. Kalau benar begitu Alhamdulillah. Tapi pengamatan saya, melihat kepada bawaan angin politik semasa luar dan dalam, saya anggar bahawa ini adalah fenomena seketika. Jerebu ini akan kembali melanda.

3. Anggaran saya buat sepintas lalu. Memang secara pandangan kasarnya jerebu telah mula beransur pulih. Tapi cuaca masih kering dan panas. Pembakaran terbuka masih berlaku, akibat panas terik maka hutan terbakar boleh berlaku bila-bila masa. Semua ini menghasilkan jerebu atau meningkatkan indeks IPU politik tanahair.

4. Ada pihak berikhtiar melakukan pembenihan hujan. Alhamdulillah. Walau sukar dan kosnya tinggi, paling tidak ia berusaha. Saya doakan usaha itu berjaya kerana jantung dan paru-paru sudah mula terasa kesannya akibat jerebu yang berpanjangan.

5. Ap pun, jangan lupa bergantung kepada Allah swt dan munajat minta hujan. Bila hujan turun, bumi jadi sejuk, tumbuhan hijau akan segar dan jerebu akan lenyap. Amin, mudah-mudahan begitu. Namun pastinya kita kena ingat bahawa doa dan munajat yang mustajab itu adalah dari tahajjud dan kesabaran insan yang soleh serta taqarrub (dekat) dengan Allah swt. Justeru itu, insan politiklah yang paling afdhal dan wajar mendekatkan diri kepada Allah swt nescaya satu negara akan menerima kesan baiknya Insyaallah.

Sumber HD - 28-9-2014

Nasruddin diberi penghormatan lancar Proton Iriz

HARAKAHDAILY | .



TEMERLOH: Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan hari ini diberi penghormatan melancarkan produk terbaru keluaran Proton iaitu Proton Iriz di cawangan Proton Temerloh pagi ini.
Nasruddin dengan berjubah dan serban membuat pelancaran model kereta jenis kompak itu kira-kira jam 11.45 pagi ini dengan turut membacakan doa selamat.

Produk baru Proton yang berkonsepkan hatchback itu dilancar serentak seluruh negara hari ini.

Ia didatangkan dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, dalam tujuh warna.

Model Iriz itu berharga antara RM42,438 dan RM62,888.



- HARAKAHDAILY 25/9/2014

Sumber HD - 25-9-2014

Kemasukan terpilih ke IPTA undang banyak keciciran

NASRUDIN HASSAN | .

1. Saya membaca jawapan balas Datuk Prof. Dr. Asma binti Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang dilaporkan pada 17 September 2014 lalu berkenaan isu penurunan sebanyak 8.4% (4106) bilangan pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2014/2015 berbanding pada sesi 2013/2014.

2. Menurut beliau, penurunan itu berikutan kekangan fizikal iaitu kekurangan penawaran tempat di IPTA untuk menampung keseluruhan permohonan yang berkelayakan. Jelas beliau lagi, oleh sebab itulah pihak Jabatan Pendidikan Tinggi melakukan kemasukan terpilih bagi mendapat tempat di IPTA menyebabkan bilangan mendapat tawaran di IPTA bagi sesi 2014/2015 berkurang kepada 36,467 berbanding pada sesi 2013/2014 iaitu 41,573.

3. Bagi saya, jawapan yang diberikan adalah bersifat berlepas tangan terhadap tanggungjawab dan kegagalan dalam menyediakan akses pengajian tinggi terbaik kepada para pelajar yang memohon dan melepasi syarat am universiti serta syarat khas program pengajian.

4. Hujah saya:

(a) Berdasarkan bilangan semasa pelajar STPM, matrikulasi dan pusat asasi, sepatutnya unjuran bilangan permohonan kemasukan ke IPTA boleh dan perlu dibuat bagi membolehkan tempat yang cukup untuk menampung keseluruhan permohonan yang berkelayakan dapat disediakan.

(b) Kejayaan calon untuk mendapat tempat yang bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian sepatutnya tidak terhalang oleh kekurangan tempat yang ditawarkan.

(c) Tanggungjawab untuk mencapai sasaran 200,000 pelajar asing belajar di universiti tempatan menjelang 2020 sepatutnya diberikan lebih banyak atau sepenuhnya kepada operator Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sekaligus dengan mengurangkan kuota pelajar asing di IPTA bagi membolehkan lebih ramai pelajar tempatan mendapat tawaran tempat di IPTA.

(d) Kerajaan juga sepatutnya menyediakan dan meluaskan skim bantuan bagi meringankan beban pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat di IPTA dan terpaksa memilih IPTS yang lebih mahal yurannya untuk melanjutkan pengajian.

5. Kerajaan perlu lebih bersungguh menyelesaikan isu ini jika serius untuk mencapai hasrat menjadi pusat kecemerlangan pengajian tinggi peringkat antarabangsa menjelang 2020. Jika tidak, gejala keciciran akan bertambah meruncing dan memberi kesan tidak baik kepada pembangunan serta kemajuan negara pada masa hadapan. – HARAKAHDAILY 22/9/2014

Sumber HD - 22-9-2014

Malaysia negara ke-15 catat harga rumah tertinggi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Isu kenaikan harga rumah semakin mendapat perhatian masyarakat di negara ini, kata Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Kataya, peningkatan harga rumah pada suku pertama tahun ini kepada RM276,000 seunit membuktikan kebimbangan tersebut.

Menurut beliau lagi, meskipun lonjakan kenaikan tersebut secara relatifnya lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya, namun paras harga itu melebihi paras kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Tambahan pula, katanya laporan Indeks Harga Rumah daripada firma penyelidikan Global Knight Frank yang dibentangkan pada Jun 2014 yang lalu menunjukkan Malaysia berada pada tempat ke-15 dalam senarai negara yang mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi sepanjang suku pertama tahun ini dengan kenaikan sebanyak 8 peratus.

Laporan tersebut, tambah beliau menunjukkan Malaysia berada di bawah China, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan beberapa negara yang lain.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, UAE, China dan Estonia pula berada pada senarai tiga tertinggi iaitu masing-masing dengan kenaikan 27.7 peratus, 17.5 peratus dan 16.2 peratus.

"Apa yang membimbangkan saya adalah sikap kerajaan yang tidak memandang serius bagi menangani masalah kenaikan harga rumah yang berlaku saban tahun," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, penggelembungan dalam pasaran harga rumah atau kediaman tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan.

Beliau berkata, apabila permintaan terhadap rumah tidak seiring dengan pembangunan perumahan, ia boleh mengakibatkan harga rumah meningkat secara mendadak.

Justeru, kata Nasrudin kerajaan seharusnya peka dengan permintaan domestik yang mahukan kawalan harga rumah yang lebih konsisten termasuk penambahbaikan dalam pengangkutan awam.

Menurutnya, perlaksanaan sistem cukai GST pada April 2015 juga dibimbangi akan terus memberikan impak negatif kepada pasaran hartanah di negara ini.

"Sudah pasti kenaikan pada harga rumah akan berlaku dengan perlaksanaan GST kelak.

"Akhirnya, golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah akan merasai keperitan ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/9/2014

Sumber HD - 13-9-2014

Kajian pendapatan meningkat canggah realiti sebenar rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Peningkatan pendapatan isi rumah kepada RM5,900 sebulan hasil Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014, bukan terjemahan sebenar taraf hidup rakyat di negara ini.

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan berkata, biarpun pada angka ianya dilihat meningkat berbanding RM5,000 pada 2012, namun realitinya rakyat kebanyakan masih tertekan dengan peningkatan kos hidup semasa.

"Tanpa menafikan peningkatan angka itu menunjukkan suatu kemajuan, namun ukuran pendapatan isi rumah yang menggabungkan semua jenis pendapatan individu berusia 15 tahun dan ke atas dalam sesebuah rumah atau tempat tinggal itu tidak berupaya menjelaskan realiti dan hakikat sebenar keadaan taraf hidup semasa rakyat Malaysia.

"Tambahan pula, dalam keadaan harga barang kegunaan harian meningkat terutamanya selepas kenaikan harga petrol, peningkatan purata pendapatan isi rumah itu tidak memberikan nilai yang besar kerana kuasa beli (purchasing power) yang dimiliki rakyat tetap berada dalam keadaan yang masih lemah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, memaklumkan hasil Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 menunjukkan purata bulanan pendapatan isi rumah pada tahun 2014 meningkat lagi kepada RM5,900.

Kata beliau, ia adalah bukti bahawa Malaysia berjaya dalam merangsang ekonominya dengan pertumbuhan GDP sebbanyak 6.3% pada separuh tahun ini.

Bagaimanapun menurut Nasruddin, Bank Dunia melalui Gini Coefficient Index mendedahkan bahawa ketidaksamaan pendapatan (income inequality) atau jurang pendapatan (income gap) di Malaysia adalah kekal tinggi berbanding negara-negara lain seperti Jepun, Korea Utara, India, Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipinan, Singapura dan China.

"Bagi saya, keadaan begini tidak pelik jika ia menyumbang kepada peningkatan purata bulanan pendapatan isi rumah," tambah beliau lagi.

Situasi ini juga kata Nasruddin menunjukkan berlakunya kesan monopoli berpunca daripada sistem ekonomi berasaskan kapitalisme.

Monopoli ini ujarnya bertentangan dengan persaingan ideal yang memberikan hak kepada pembeli untuk sentiasa mempunyai alternatif terhadap sesuatu produk yang ingin dibeli apabila syarikat-syarikat yang menawarkan produk yang sama perlu bersaing untuk menarik pelanggan masing-masing termasuklah dengan menawarkan harga yang munasabah.

"Malangnya, monopoli telah mengenakan bayaran yang lebih kepada pelanggan kerana tidak wujudnya persaingan," katanya.

- HARAKAHDAILY 9/9/2014

Sumber HD - 9-9-2014

Pensyarah didakwa, kegagalan transformasi politik PM?

NASRUDIN HASSAN | .



1. Ketika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri meraikan para akademik di Majlis Anugerah Akademik Negara 2013 semalam, seorang pensyarah undang-undang Universiti Malaya didakwa di bawah Akta Hasutan 1948. Autonomi kesarjanaan para ahli akademik di negara ini tidak seimbang dan mungkin berlaku kongkongan secara halus.

2. Peranan ahli akademik di negara ini seharusnya dibugar untuk mencambahkan kematangan rakyat menerusi perspektif ilmiah secara adil. Malah, kajian-kajian mereka bukan hanya disukat dalam parameter KPI universiti untuk kenaikan pangkat semata-mata dan memenuhi keperluan personal, sebaliknya ia harus menjadi platform yang subur untuk membina ketamadunan negara.

3. Sebagai contoh, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) berkata pada 18 Ogos yang lalu, universiti di negara ini lebih menumpukan kajian akademik untuk kepentingan pengajian berbanding penyelidikan mengenai dasar-dasar ekonomi yang memberi impak kepada negara. Ketidakseimbangan ini mungkin akan membawa negara atas justifikasi perhitungan politik yang populis berbanding policies based research.

4. Apatah lagi jika ahli akademik menyuarakan sesuatu isu yang tidak selari dengan kehendak kerajaan. Bersediakah kerajaan untuk membuka peluang lebih luas kepada ahli akademik untuk mengkritik secara konstruktif hal ehwal politik yang berlaku di negara ini? Setakat ini, seramai tiga orang ahli akademik dikenakan tindakan yang dipercayai berlaku campur tangan politik dalam pentadbiran universiti.

5. Oleh yang demikian, saya melihat pakej transformasi politik yang diusulkan Perdana Menteri sejak tahun 2009 hanya menjadi satu hikayat dongeng semata-mata. Akta Hasutan 1948 masih dikekalkan untuk mengekang kebebasan akademik dan kebebasan bersuara. Akhirnya, para akademik hanya disibukkan di dalam dunia menara kaca yang terbina di dunianya yang tersendiri. - HARAKAHDAILY 3/9/2014

Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh yang juga AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 3-9-2014

Amalan sedekah menyubur keimanan

NASRUDIN HASSAN | .


Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anggota manusia dkehendaki memberi sedekah selagi matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang bertelingkah itu) merupakan sedekah, menolong orang yang hendak menaiki kenderaan adalah sedekah atau mengangkat barangan ke atas kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah perjalanan untuk sembahyang adalah sedekah dan membuang benda yang berbahaya dari jalan adalah sedekah”. (Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:
Setiap kebaikan yang dilakukan oleh anggota manusia adalah sedekah dan ia akan diberi balasan pahala oleh Allah SWT.

Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada manusia dengan memberi pertolongan, menyumbang bantuan tenaga dan menghindarkan sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada manusia.

Semua amalan baik yang dilakukan oleh seseorang dengan tulus ikhlas adalah merupakan ibadat dan ia akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Kita wajib bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan, antara nikmatnya ialah anggota badan kita sangat besar manfatnya kepada kita, kerana itu kita wajib menggunakan anggota kita untuk melaksanakan perintah Allah atau apa yang harus dilakukan, atau sekurang-kurangnya tidak melakukan keburukan dan kejahatan.

Oleh itu syukur terbahagi kepada: 1. Syukur wajib, iaitu dengan melakukan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang. 2. Syukur sunat iaitu melakukan amalan-amalan sunat seperti zikrullah dan membantu manusia.

Sedekah bukan hanya dengan mengeluarkan harta dan wang ringgit malah makna sedekah lebih luas daripada itu seperti yang ditunjukkan oleh hadis ini iaitu bersedekah dengan tenaga dan bersedekah dengan kata-kata.


Sumber HD - 1-9-2014

MH17: Keadilan mesti ditegakkan

NASRUDIN HASSAN | .
1. Tarikh 22 Ogos 2014 telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Negara bagi memperingati nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang telah ditembak jatuh pada 17 Ogos yang lalu di wilayah berdekatan sempadan Ukraine-Russia. Jenazah mangsa nahas MH17 itu dibawa pulang menggunakan pesawat khas MAS MH6129 dari Schipol dan selamat tiba di tanah air.

2. Saya menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati kepada kesemua keluarga mangsa nahas MH17. Bagi mereka yang beragama Islam, inilah salah satu ujian daripada Allah SWT. Daripada Dia kita datang dan kepada-Nya jualah kita pasti akan kembali kelak.

3. Seluruh negara bersolidariti, menagih rasa simpati yang sama terhadap keluarga mangsa nahas. Namun, pastinya menegakkan keadilan terhadap kesemua mangsa MH17 tidak hanya terhenti di sini. Perkara yang paling penting ketika ini adalah bagaimana membawa si pesalah ke muka pengadilan.

4. Itulah persoalan yang sering kali bermain di minda setiap dari rakyat Malaysia. Malah, ia juga meresapi kepada negara-negara yang menjadi mangsa kepada nahas tersebut. Kita semua sedar keadaan tidak tenang yang melanda wilayah tersebut sejak bekas presiden Ukraine, Viktor Yanukovych digulingkan pada 2013 yang membawa kepada ketidakstabilan berterusan di negara Eropah Timur tersebut.

5. Pertembungan dua sisi negara yang bersempadan, Ukraine-Russia juga pertembungan dua kuasa besar, US-Russia (US dipercayai bekerjasama menggulingkan Yanukovych dan menaikkan presiden yang pro-US) telah menjadikan kawasan wilayah sempadan Ukraine-Russia termasuk Crimea yang merentasi Laut Hitam tidak pernah suram dengan pergolakan.

6. Walaubagaimana sulit sekalipun, keadilan kepada mangsa MH17 harus ditegakkan. Kita mesti membawa si pesalah ke Mahkamah Antarabangsa atau International Criminal Court dan memberikan hukuman yang setimpal dengan jenayah berat yang dilakukan. Proses siasatan yang dilakukan mestilah terperinci tanpa memihak kepada mana-mana supaya suatu keputusan dan hukuman yang tepat dapat dikeluarkan.

7. Inilah cabaran besar yang sedang kita lalui dan pastinya sebuah keadilan dan pembelaan kepada mangsa nahas MH17 menjadi keutamaan negara ketika ini. Walaupun sedar ia tidaklah semudah yang disangka, namun, begitulah besarnya cabaran yang perlu ditempuhi.

Penulis ialah AJK PAS Pusat.

Sumber HD -26-8-2014

Kualiti pendidikan negara perlu diperkasa

NASRUDIN HASSAN | .


1. Kedudukan IPTA Malaysia tidak tersenarai dalam Times Higher Education (THE) 2014 untuk benua Asia menunjukkan kerajaan masih lagi perlu bekerja keras bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Times Higher Education (THE) 2014 telah mengeluarkan senarai terkini 100 universiti awam terbaik Asia 2014, yang menunjukkan Malaysia tidak langsung tersenarai di dalamnya.

2. Lima universiti yang tersenarai dalam 10 universiti terbaik Asia adalah universiti negara Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China. Singapura menunjukkan prestasi membanggakan apabila National University of Singapore (NUS) berada kedudukan di tangga kedua dan Nanyang Technological University (NTU) di tempat ke 11. Negara jiran, Thailand turut tersenarai dalam kedudukan 100 universiti terbaik Asia melalui King Mongkut’s University of Technology dan Universiti Mahidol. Universiti di Malaysia gagal bagi kali kedua untuk masuk dalam senarai setelah kali terakhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menempati tangga ke-98 pada tahun 2012.

3. Meskipun ada dalam kalangan tokoh akademik yang berpendapat senarai kedudukan universiti berkenaan tidak mencerminkan mutu sebenar universiti tempatan atau boleh dijadikan penanda aras kerana ada percanggahan pendapat bagaimana metodologi kajian itu dilakukan, namun kegagalan universiti negara kita ini harus dijadikan sempadan memandangkan beberapa universiti Asia semakin kukuh dalam senarai itu. Antara kegagalan IPTA ini didapati berpunca dari masalah pengurusan pentadbiran, kurangnya hasil produk R&D di dalam dunia akademik.

4. Bagi mempertingkatkan kedudukan universiti ini di mata dunia, beberapa langkah boleh dilaksanakan. Antaranya, pemberian kuasa autonomi kepada pentadbiran IPTA diperluaskan kepada lebih banyak IPTA berbanding 7 buah IPTA sahaja. Pemberian autonomi memberi peluang kepada pentadbiran universiti berdaya saing dan berinovasi tinggi dalam melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif dan graduan yang berkualiti.

5. Malah, ia dapat memberi peluang kepada pihak pentadbiran dalam membentuk visi universiti tanpa terikat dengan pantauan ketat dari Kementerian Pengajian Tinggi. Setakat ini, pemberian autonomi itu hanya diberikan dalam empat bidang iaitu tadbir urus institusi, kewangan dan penjanaan kekayaan; pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik serta kemasukan pelajar. Ini bagi membolehkan universiti terbabit membuat perancangan sendiri dalam usaha menjadi institusi bertaraf antarabangsa.

6. Selain itu, proses perlantikan Naib Canselor atau Rektor dan timbalannya sebagai pegawai tertinggi dalam universiti juga perlu diserahkan kepada pengurusan universiti itu sendiri bagi memastikan calon yang dipilih mempunyai sokongan sepenuh dari kalangan pensyarah dan kakitangan universiti bagi memimpin universiti ke arah mencapai misi universiti itu. Perlantikan terus dari Kementerian Pengajian Tinggi dikhuatiri menyulitkan calon dan kakitangan universiti untuk membina tahap komunikasi yang baik seperti sedia ada apatah lagi jika calon tersebut adalah orang luar yang dibawa masuk ke dalam universiti ini.

7. Seterusnya, pihak universiti boleh melakukan proses penanda aras sebagai satu proses peningkatan kualiti. Antara tindakan awal dalam peningkatan kualiti universiti tersebut adalah universiti di Malaysia dapat melakukan proses tanda aras terutamanya dengan melawat universiti serantau bagi membolehkan peningkatan kualiti dibuat dengan lebih sistematik dengan melakukan perkongsian pengalaman. Mulakan dahulu dengan universiti terkemuka serantau terlebih dahulu sebelum bercanang-canang untuk menanda aras universiti utama dunia. Hal demikian kerana keperluan di negara ini hampir sama dengan universiti serantau.

8. Pihak kerajaan juga disarankan terus-menerus memberi peruntukan yang secukupnya untuk projek R&D universiti-universiti bagi memudahkan universiti tersebut membuahkan produk yang berkualiti. Produk dari R&D sangat penting dalam meningkatkan imej dan kredit universiti di mata dunia akademik. Malah, hasil produk yang boleh dijadikan pendapatan inovasi kepada universiti juga mampu memberi kelebihan kepada universiti itu untuk dinaiktaraf kerana ia memberi petanda produk tersebut adalah berkualiti dan mampu diterima oleh industri di dalam negara.

9. Hakikatnya, IPTA kita mampu menyaingi universiti antarabangsa kerana kita sudah mempunyai fasiliti dan tenaga manusia yang secukupnya untuk menjadi universiti yang terbaik. Hanya tinggal penambahbaikan yang berterusan serta keazaman yang kuat bagi memastikan IPTA kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan universiti antarabangsa yang lain.

Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber HD - 22-8-2016                                                                                                                                                                      

Berbuka yang diharuskan

NASRUDIN HASSAN | .


Hadis:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha'kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu. (Riwayat: Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Pengajaran Hadis:

i) Ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan atau menjadi semakin parah jika terus berpuasa, atau akan semakin lambat sembuhnya sesuatu penyakit. Di sisi syarak peranan ahli perubatan (doktor) adalah sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak.

ii) Kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada orang yang terlalu tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang yang sedang bermusafir, wanita yang mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudharat kepada diri atau pun anaknya dan beberapa jenis keadaan sakit yang lain. Manakala sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa. Walhal meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak merupakan satu dosa besar sebagaimana yang pernah tersebut di dalam hadis.
iii) Wanita yang haid dan wanita yang keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqadakan semula puasanya di bulan yang lain.

iv) Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan kerana terlupa, maka tidak wajib qadha dan tidak wajib kifarat kerana terdapat sebuah hadis rasulullah s.a.w menyebutkan yang maksudnya: Apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah-lah yang telah memberi makan dan minum kepadanya". (Bukhari dan Muslim)
v) Puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh tetapi hendaklah dididik dan dibiasakan semenjak kecil untuk berpuasa.

Sumber HD - 17-7-2014

Tidak sangka Brazil kalah seteruk itu

NASRUDIN HASSAN | .














1. Tewas 7-1 kepada Jerman memanglah suatu yang sangat derita buat team dan penyokong skuad Brazil. Namun itulah realiti yang terpaksa didepani dalam kejohanan bolasepak Piala Dunia edisi ini. Saya sendiri menjangkakan kekalahan ini berikutan Brazil kehilangan beberapa ayam tambatan mereka seperti Neymar dan Silva. Namun saya tidak sangka kekalahan seteruk ini. Awalnya saya jangka Brazil bakal tewas 2-0.

2. Saya meminati sukan bola sepak sejak kecil seusia 12 tahun dan sejak itu menjadi penyokong tegar Brazil. Saya pernah gembira besar kerana kejayaan Brazil merangkul Piala Dunia dan saya pernah sedih dengan kekalahannya sebagaimana apa yang dialami Brazil awal pagi tadi.

3. Saya ucap tahniah kepada team Jerman dan penyokong mereka atas kejayaan gemilang tersebut. Khasnya buat sahabat saya Al-Fadhil Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.

4. Pasukan pilihan kedua saya ialah Belanda. Saya harap Belanda tidak alami nasib serupa dengan pasukan Brazil apabila berdepan dengan team Argentina awal pagi esok.

5. Namun begitu pesan saya pada sahabat dan peminat bola sepak bahawa ini adalah sukan. Janganlah sampai kita abaikan kewajipan kita khasnya solat subuh. Apatah lagi peluang untuk qiamulail di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Jika meninggalkan kewajipan ini, maka sukan itu telah menjadi mungkar yang melalaikan kita dari mengingati Allah SWT. lalu menjerumuskan kita dalam perangkap dosa dan murka Allah SWT.

6. Sedih dan gembira atas kekalahan dan kemenangan dalam sukan ini perkara normal. Jangan terbawa-bawa sehingga hilang mood berjuang dan merosakkan persahabatan. Tugasan dan tanggungjawab kita masih terlalu banyak. Perlu kesungguhan dan semangat yang waja. Jangan banyak tidur dan rehat.

7. Apa yang boleh kita ambil sedikit pengajaran bahawa realiti hidup ini ada putaran rodanya. Terkadang kita mampu capai yang kita mahu sementara di masa lain pula, kita mungkin gagal memiliki apa yang kita mahu. Situasi ini, bagi orang beriman dididik dengan spiritual yang positif supaya redha atas ketentuan Allah SWT dan akhlak yang mulia supaya jangan sombong serta angkuh sementara berada di puncak.

Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber HD - 10-7-2014

No comments:

Post a Comment