BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, October 27, 2016

NEGERI PR - KELANTAN SERAMBI MEKKAH (JILID 4)






















































































Munajat Pertahan Kelantan: Jangan lupa 

Allah

IBNU MAHMUD | .




























KOTA BHARU: Sejarah Perang Badar membuktikan bahawa dari sudut akal tentera Islam tidak
akan beroleh kemenangan kerana kekuatan fizikal tentera musuh lebih besar dan kuat.

Namun kekuatan yang ada pada tentera Islam yang dipimpin oleh Rasulullah ialah kekuatan
berdamping dan bermunajat mengadu kepada Allah.

Demikian tazkirah yang disampaikan oleh Bendahari Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri
Daud selepas sama mengikuti Munajat Pertahankan Kelantan peringkat DUN Bunut Payong yang
berlangsung di Masjid ar-Raudah dekat sini.

Munajat Pertahankan Kelantan yang dilancarkan di peringkat negeri baru-baru ini diadakan secara
bersambung dan berterusan di semua 45 Dun Kelantan.

Munajat peringkat Dun Bunut Payong dihadiri jentera Dun dan turut disertai oleh masyarakat
setempat.

"Panglima Solahuddin Al Ayubi ketika membebaskan Baitul Maqdis mengarahkan tenteranya
bermunajat malam sebelum berperang dengan cara membuat pemantauan dari khemah ke khemah
bagi memastikan tenteranya bangun bermunajat malam.

"Keesokan hari, beliau akan memastikan mana-mana tentera yang berada dalam khemah yang
tidak bangun malam, ditempatkan di belakang dalam susunan tentera yang akan berperang."
ujarnya.

Ustaz Asri yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan juga mengambil contoh sistem
pemantauan persiapan dalaman tentera Mohamad al-Fatih ketika membuka kota Konstontinaple.

“Inilah kelebihan yang ada pada parti Islam, muqarabah  berdampingan dengan Tuhan dengan
penuh pengharapan (ar-raja').

“Kita berpolitik dengan mengharap kepada Allah untuk memperoleh kemenangan Islam dan tidak
salah untuk kita bersama-sama bermunajat agar Allah mengekalkan kerajaan Islam Kelantan yang
bercita-cita untuk melaksanakan sepenuh syariat dalam pentadbiran,” ujarnya lagi –
HARAKAHDAILY 27/2/2017




Wujudkan penilai tahfiz seperti bidang 

profesional lain

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44429-wujudkan-penilai-tahfiz-seperti-bidang-profesional-lain

KOTA BHARU: Satu jawatankuasa penilai wajar ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar tahfiz.

Cadangan tersebut diutarakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang melihat kepentingan pelajar hafiz al Quran di negeri perlu diperkasakan.

Menurutnya lagi, langkah sama telah dibuat oleh badan profesional seperti jurutera, akauntan dan sebagainya bagi memberi pengiktirafan.

"Kita mencadangkan kepada Maik supaya membentuk jawatankuasa yang menilai golongan tahfiz al-Quran ini sebagaimana dilakukan oleh profesional lain.

"Ia bagi memperkasakan hafiz al-Quran dengan memberi pengiktirafan dengan menilai bacaan sebagai salah satu syarat untuk memasuki Kias," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis hafazan dan tilawah al Quran bagi tahun ini di Kompleks Balai Islam Lundang di sini malam tadi.

Majlis tersebut dipecahkan kepada dua sesi iaitu pagi untuk hafazan dan malam pula bagi tilawah al-Quran yang bermula hari ini sehingga khamis depan.

Kini kerajaan negeri sedang merangka satu program di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) yang bakal bermula tahun hadapan, 2018.

Langkah berkenaan bagi membolehkan pelajar tahfiz swasta yang tidak mempunyai sijil untuk melanjutkan pengajian keperingkat lebih tinggi.

"Kita memperkasakan pelajar tahfiz ini melalui Kias, kerana kita mahu mereka ini bukan jadi imam sahaja, tetapi mampu memimpin masyarakat dalam semua segi.

"Sebab itulah, sehingga hari ini kita masih memegang pesanan mantan Menteri Besar lalu yang mahu setiap keluarga mempunyai seorang hafiz," jelasnya.

Walaupun katanya usaha tersebut dilihat sukar dicapai, tetapi kerajaan negeri tetap berusaha agar hasrat satu keluarga seorang hafiz dapat direalisasikan. – HARAKAHDAILY 27/2/2017

Sumber HD - 27-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





1,000 buku sejarah 17 SUK Kelantan

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44420-1-000-buku-sejarah-17-suk-kelantan

KOTA BHARU: Sebanyak 1,000 naskah buku mengenai sejarah dan biodata 17 orang setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkhidmat sejak tahun 1921 hingga 2017.

Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Mejar Md Anizam Abdul Rahman berkata, langkah berkenaan merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri.

Menurutnya, setiap tahun kerajaan negeri akan menerbitkan sekurang-kurangnya senaskah buku dengan kerjasama dari Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

"Buku ini sangat penting kepada masyarakat agar mereka dapat mengambil manfaat khususnya pelajar, mahasiswa dan sebagainya untuk dijadikan rujukan.

"Selain itu, buku ini juga amat penting kepada generasi akan datang untuk mengetahui sistem dan struktur pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran buku Sejarah Setiausaha Kerajaan Negeri pagi tadi di sini.

Buku setebal 136 muka surat itu yang sarat dengan sejarah setiausaha kerajaan negeri itu dijual pada harga RM20 di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Dalam pada itu, Anizam turut mengumumkan perancangannya bagi menerbitkan lebih banyak buku serta dokumen yang bersifat sejarah yang dimiliki Kelantan.

"Semua maklumat ini perlu diterbitkan, sekiranya maklumat ini tidak dibukukan, kemungkinan ia akan terus hilang ditelan oleh kemajuan zaman," kata beliau. - HARAKAHDAILY 26/2/2017

Sumber HD - 26-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






5.8 juta pelancong lawat Kelantan tahun lalu

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44419-5-8-juta-pelancong-lawat-kelantan-tahun-lalu

KOTA BHARU: Kelantan mencatat sebanyak 96 peratus daripada enam juta pelancong dari dalam dan luar negara yang disasarkan oleh kerajaan negeri.

Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Mejar Md. Anizam Abdul Rahman berkata, daripada sasaran itu, seramai 5.8 juta dicatatkan pada tahun 2016.

Bagaimanapun menurut beliau, jumlah tersebut dilihat lebih tinggi berbanding tahun 2015 iaitu seramai 5.1 juta pelancong yang datang ke Kelantan.

"Pada tahun ini (2017) dengan tema 'Kelantan Di Hati', kita berharap dapat dikekalkan jumlah pelancong sebagaimana dengan tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran buku Sejarah Setiausaha Kerajaan Negeri di Dewan Gelanggang Seni di sini, pagi tadi.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat; timbalan exco, Hasan Mahmood ‎ dan Pengarah Perbadanan Muzium Kelantan, Mohamad Nazwan Ismail.

Anizam berkata, keunikan seni warisan selain makanan tempatan dan kebudayaan menjadikan Kelantan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Ujarnya, kerajaan negeri menerusi Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan sentiasa berusaha mempromosikan sektor berkenaan degan kerjasama kebudayaan.

Menurutnya, kemasukan lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa mampu merancakan industri berkenaan sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

"Saya harap pelancong dapat mengambil peluang melancong ketika nilai mata wang kita untuk mengunjungi negeri ini yang kaya dengan tempat pelancongan," katanya. - HARAKAHDAILY 26/2/2017

Sumber HD - 26-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Hati-hati berbasikal pada waktu malam - MB

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44418-hati-hati-berbasikal-pada-waktu-malam-mb

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak mengeluarkan larangan berbasikal pada waktu malam.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menasihati orang ramai yang terlibat supaya berhati-hati.

“Sebaik-baiknya malam adalah waktu berehat, ambillah waktu pagi atau petang untuk memulakan kayuhan dan beriadah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Sekiranya tiada ruang di siang hari, nak melakukan aktiviti itu pada waktu malam kena lebih berhati-hati,” katanya selepas merasmikan Program Riadah Berbasikal Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan 2017 di Kota Darulnaim, di sini pagi semalam.

Lebih 1,000 penjawat awam dan orang ramai menyertai kayuhan basikal sejauh 33 kilometer anjuran kerajaan negeri.

Kayuhan bermula di Kota Darulnaim itu menuju ke Perol dan berhenti di Padang Halban, sebelum kembali ke Kota Darulnaim.

Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana program itu mendapat sambutan menggalakkan.

“Kerajaan negeri menggalakkan aktiviti riadah seperti berbasikal kerana ia adalah gaya hidup sihat.

“Untuk penjawat awam, aktiviti ini boleh dilaksanakan pada hujung minggu,” katanya.

Tambahnya, amat wajar jika ianya diadakan sentiasa sebagai sebahagian cara membebaskan belenggu tekanan di tempat kerja. - HARAKAHDAILY 26/2/2017

Sumber HD 0 26-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Kekalkan Kelantan di bawah PAS – Syed Saddiq

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44404-kekalkan-kelantan-di-bawah-pas-syed-saddiq

KUBANG KERIAN: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa wujud agen dalam parti pembangkang bagi memastikan kelangsungan kemenangan Umno.

Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, ia dilakukan bagi mengagalkan formula pertembungan satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, PAS yang sudah membuktikan komitmen mereka untuk terus melawan Umno walaupun pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada parti berkenaan.

"Ia dilaksanakan ketika mereka (Umno) sedang nazak, maka agen ini akan berperanan dalam parti pembangkang bagi mengagalkan satu lawan satu.

"Ketika saya hadir majlis ini pun, ada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan tidak menyenangi menyebabkan saya marah dengan perbuatan ini," katanya.

Beliau berkata lagi, semua parti pembangkang perlu fokus untuk berusaha menumbangkan Barisan Nasional selain mengekalkan Kelantan di bawah PAS.

Syed Saddiq berkata demikian kerana ramai pimpinan PAS Kelantan bebas dari sebarang tuduhan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tambah beliau, gejala tersebut semakin berleluasa dalam pentadbiran kerajaan persekutuan bahkan ia sudah menjadi 'barah' dalam pemerintahan Umno.

"Barisan Nasional perlu ditumbangkan dan mengekalkan Kelantan dibawah PAS, bagi mewujudkan sebuah negara dan pentadbiran yang lebih baik," katanya. – HARAKAHDAILY 25/2/2017

Sumber HD - 25-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ekonomi merosot, rakyat cari kerja di negara jiran

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44403-ekonomi-merosot-rakyat-cari-kerja-di-negara-jiran

KUBANG KERIAN: Lima atau 10 tahun akan datang, tidak mustahil rakyat Malaysia berhijrah ke negara-negara jiran ekoran masalah ekonomi kebelakangan ini.

Antara faktor utama ialah nilai ringgit Malaysia terus jatuh ditambah dengan beban hutang negara yang terus meningkat kepada lebih 800 bilion tahun ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Fadhli Shaari berkata, kerajaan dilihat tidak serius untuk menangani keadaan tersebut daripada terus melarat.

Bahkan menurutnya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak mampu menangani masalah berkenaan sebaliknya ia terus memberi beban kepada rakyat.

"Bantuan ini pun faedahnya atau interest yang ditanggung oleh rakyat setiap tahun setelah pelbagai subsidi lain ditarik balik oleh kerajaan.

"Tidak mustahil, sekiranya Barisan Nasional tidak ditumbangkan, lima atau 10 tahun akan datang, kita akan ke Thailand untuk buka kedai Tomyam," katanya.

Beliau berkata demikian pada siri ketiga ceramah mega anak muda pertahan Kelantan yang diadakan di Bandar Baru Kubang Kerian di sini malam tadi.

Turut menyampaikan ucapan Exco kerajaan negeri, Mumtaz Mad Nawi; Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Shahir Sulaiman dan Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Ketua Pemuda PAS Kelantan itu menambah lagi, sokongan Melayu kepada Barisan Nasional khususnya Umno semakin suram selepas dua penggal.

Katanya, ia merupakan trend seorang Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Dr. Mahathir Mohamed yang memegang jawatan itu melebihi 20 tahun.

PAS Kelantan mempunyai kelebihan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada tahun 2004 ketika Tun Abdullah Badawi dilantik ke jawatan nombor satu itu.

Namun masuk penggal kedua pada Pilihan Raya Umum 2008, empat buah negeri diperintah oleh barisan pembangkang dikenali Pakatan Rakyat.

"Itulah situasi sekarang dibawah Perdana Menteri, Najib, ikutkan gaya sokongan rakyat semakin luntur cuma rakyat perlu fokus untuk tumbangkan BN," katanya. – HARAKAHDAILY 25/2/2017

Sumber HD - 25-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------









Ekonomi tenat, impian lihat negara maju 2020 musnah

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44386-ekonomi-tenat-impian-lihat-negara-maju-2020-musnah

KOTA BHARU: Impian rakyat untuk melihat Malaysia maju menjelang tahun 2020 musnah  apabila ekonomi negara semakin tenat.

Dalam tempoh 60 tahun pemerintahan BN, Malaysia dihimpit hutang negara yang semakin membebankan setiap tahun hingga mencecah lebih RM800 bilion.

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, rakyat belum sempat mencapai negara maju tahun 2020, Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi yang makin teruk.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan rakyat sekeliling yang mendakwa kos kehidupan semakin meningkat.

Pada masa yang sama hasil jualan peniaga semakin merosot kerana kesan kegawatan ekonomi akibat kegagalan pemerintah.

“Tanpa kita sedari berapa ribu pekerja dibuang majikan dari beberapa buah syarikat kerana masalah yang sama,” ujarnya.

Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau berkata rakyat semakin tertekan dengan suasana kini.

Tegasnya, apa yang berlaku kerana pemimpin negara bukan hanya boros berbelanja, sebaliknya juga tidak pandai mengurus negara dengan betul.

“Hutang negara terlalu besar, tanggungan kos pengurusan tinggi, pendapatan negara tidak sepadan dengan perbelanjaan negara setiap tahun,” ujarnya.

Katanya, kerajaan hanya mengisytiharkan hutang negara hanya RM635 bilion dalam Parlimen baru-baru ini.

Sambungnya, kedudukan hutang negara sebenarnya sudah melebihi 53.05 peratus daripada KDNK.

Tambahnya, hutang negara nampak kecil kerana kerajaan telah mengkorporatkan hutang pinjaman perumahan lebih 2.5 peratus daripada KDNK.

Zailah berkata, nilaian itu tidak dimasukkan sebagai tanggungan kerajaan.

Tegasnya, ianya sebagai helah kerajaan untuk memperlihatkan hutang negara masih pada kadar biasa, sedangkan hakikatnya sudah melebihi RM800 bilion.

“Rakyat perlu buat perubahan besar untuk masa depan semua lapisan masyarakat,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 23/2/2017

Sumber HD - 23-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Husam ‘penakut’ berdebat isu baiah, kata PAS
Posted on Wednesday, February 22 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33693



PETALING JAYA: PAS mendakwa Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa “penakut” apabila beberapa kali gagal memberi tarikh berdebat mengenai isu baiah.

Exconya, Datuk Nassuruddin Daud juga menuduh Husam “kaki auta” apabila sering berbohong setiap kali berucap mengenai isu baiah supaya menampakkan beliau berada di pihak yang betul.

“Majlis Debat Baiah sudah dicadang Husam pada pertengahan atau akhir Januari 2017 kepada saya. Ini tercatat dalam surat dihantar kepada saya pada 21 November 2016. Jadi, pada 23 November saya jawab agar debat dipercepat 2 minggu sebab cadangan Husam untuk dibuat pada Januari 2017 terlalu lama kerana isu ini perlu diperjelaskan segera.

“Husam tidak bersetuju dengan cadangan itu dan saya setuju dengan tarikh debat pada Januari 2017, tetapi setiap kali perbincangan Husam tidak mahu beri tarikh.

“Selepas didesak, wakil Husam memberitahu debat boleh dibuat pada Sabtu malam, jadi saya cadang Sabtu, 28 Januari 2017. Kita sudah minta stadium tetapi Husam tidak bersetuju jadi beliau menolak tarikh yang dipilih sendiri,” katanya ketika dihubungi FMT.

Nassuruddin yang juga ketua penerangan PAS Kelantan berkata, susulan itu pihaknya mengadakan ceramah “Husam Lari Dari Debat Baiah” yang berlangsung di Kota Baharu, malam tadi.

Bagaimanapun, pada program itu menyaksikan penyokong PAS dan Amanah hampir “bertumbuk” di pentas ceramah parti Islam itu.

Suasana tenang bertukar riuh apabila Husam tiba-tiba muncul di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Husam tiba jam 11 malam sewaktu Yang Dipertua PAS Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh memberi ucapannya dilihat menaiki pentas utama dan duduk bersama pemimpin lain.
Tindakan tersebut menimbulkan ketidakselesaan penonton dan pemimpin di atas pentas itu, sekali gus dilemparkan kata-kata tidak sopan beberapa penyokong.

Keadaan bertambah panas apabila penyokong Amanah didakwa memulakan provokasi sebaik sahaja Nassuruddin memulakan ucapan dengan menyerang Husam kerana gagal memenuhi janji berdebat sambil menunjukkan surat dihantar bekas pemimpin PAS itu.
Suasana tegang yang berlangsung lebih 5 minit kembali tenang apabila Husam bersama penyokongnya meninggalkan pentas yang tidak berpuas hati apabila tidak diberi ruang berucap.

Mengulas dakwaan Husam kononnya beliau tidak diberi ruang berucap, Nassuruddin berkata program tersebut sesi ceramah bukan acara debat sekali gus menyifatkan kehadiran Husam sebagai tidak beradab.
“Semalam adalah program ceramah, bukannya debat. Macam mana nak beri beliau berucap, kerana untuk berucap, beliau memerlukan permit. Ia tidak boleh dibenarkan begitu sahaja kerana salah, malah tindakan beliau itu juga tidak beradab, menganggu majlis. Tuduhan beliau tidak dibenarkan berucap juga bohong,” katanya.

Mengulas kesediaan terbaharu Husam untuk berdebat mengenai baiah, Nassuruddin berkata beliau enggan melayan kerana menganggap masa 3 bulan yang diberi sebelum ini
membuktikan bekas setiausaha politik Datuk Nik Aziz Nik Mat itu seorang pemimpin yang suka memutar belit sesuatu isu.

“Saya tunggu Husam 3 bulan, sejak November, sampai saya batalkan rancangan umrah dengan 2 anak saya pada Januari semata-mana menunggu tarikh debat daripada Husam. Cukuplah, disebabkan Husam, 3 bulan saya tidak boleh lakukan tugasan lain.

“Saya tidak akan layan orang bodoh macam beliau lagi untuk berdebat, sebab masa saya bagi untuk tetapkan tarikh sampaikan tarikh yang dicadangkannya sendiri pada Januari 2017 pun beliau tolak. Bagaimana saya nak setuju dengan orang yang langgar janji? Inilah orang yang langgar baiah. Fikiran beliau bercelaru,” katanya.

Sumber TKO - 22-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Bantuan Serambi Mekah untuk mangsa kebakaran

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44376-bantuan-serambi-mekah-untuk-mangsa-kebakaran

TUMPAT: Mangsa kebakaran, Zahuri Noh dari Kampung Pak Jah dalam Dun Kelaboran dekat sini menerima sumbangan Tabung Serambi Mekah sebanyak RM1,000.

Sumbangan itu disampaikan Penyelia Dun, Muhammad Draman di tapak kebakaran di Kampung Tujoh dalam Dun Pengkalan Kubor semalam.

Turut hadir menziarahi mangsa, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.

Muhammad ketika menemui pemilik bengkel, Zahuri, mengucapkan takziah di atas apa yang berlaku.

Pada masa yang sama beliau juga berharap Zahuri bersabar dengan ujian itu.

“Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang melimpah ruah, insya-Allah,” katanya.

Pada Isnin lalu, bengkel ekzos di Kampung Tujoh musnah setelah terbakar kira-kira jam 4.45 petang.

Pada kejadian itu, tiga pekerjanya nyaris terperangkap dalam kepulan asap tebal. Bagaimanapun, kesemua mereka selamat.

Turut hadir pada majlis itu Penghulu Mukim Kepala Batas, Wan Akbal Alimi dan Penghulu Muki Tujoh, Roshdi Ramli dan lain-lain pegawai kanan kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 22/2/2017

Sumber HD -22-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------















Saya jemput Husam dengar bukan beri ceramah
Posted on Wednesday, February 22 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33686



KOTA BHARU  – “Saya mengajak beliau (Husam) untuk hadir sebagai penonton, bukan sebagai penceramah,” demikian kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azariza Alawi menjelaskan mengenai pelawaannya kepada Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa untuk hadir ceramah di sini malam semalam.

Menurutnya, beliau kesal apabila banyak pihak cuba mengaitkan pelawaan menerusi Facebook miliknya sebagai jemputan rasmi kepada bekas Naib Presiden Pas itu untuk memberi ceramah bersama-sama pemimpin Pas yang lain.

“Saya harap semua orang faham benda ini dengan jelas, kita jemput dia bersama-sama untuk dengar apa yang kita hendak sampaikan dalam ceramah itu, bukan jemput untuk bagi ceramah sebagaimana orang lain.


“Ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda Pas negeri adalah ceramah mega terbuka dan bebas dihadiri sesiapa sahaja. Tetapi dia datang bersama pengikut-pengikutnya, kita jemput naik (pentas) sebab dia pimpinan parti walaupun dari Amanah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas dakwaan Husam yang melihat tindakan penganjur menolak permintaannya untuk berucap sebagai tidak ‘gentleman’.

Mengulas lanjut, Azariza berkata, sepatutnya Husam menghormati perjalanan ceramah tersebut dan tidak perlu menimbulkan suasana yang kurang senang sepertimana yang berlaku.

“Jika beliau tidak puas hati bila nama dia terbentang dalam kain rentang ceramah yang bertajuk ‘Husam Lari Dari Debat Bai’ah’ lebih baik dia buat ceramahnya sendiri.
“Kita tengok siapa yang akan dengar ceramah dia,” katanya.

Sumber TKO - 22-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Husam ‘Diselamatkan’ Bimbang Ditumbuk Penyokong PAS (bersama video)
Posted on Tuesday, February 21 @ 23:59:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33684



Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ‘dilarikan’ daripada berada di pentas utama dalam ceramah PAS dibimbangi akan ditumbuk oleh penyokong PAS yang sedang marah dengan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh bekas pemimpin kanan PAS Kelantan dan pusat itu.

“Kekecohan bermula apabila seorang penyokong tidak dapat menahan kemarahan dan tampil ke hadapan pentas mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu (Husam) berdebat di hadapan mereka.

“Ketika itu, Ketua Penerangan PAS negeri, Datuk Nassuruddin Daud, sedang memberi ucapan berhubung tindakan Husam yang mengkhianati bai’ah apabila menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

“Tindakan lelaki itu menyebabkan beberapa penyokong lain mula mara ke pentas untuk bersemuka dengan bekas Naib Presiden PAS itu, namun dihalang anggota unit amal PAS dan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua penyokong.

“Akibat kekecohan itu, Husam dibawa keluar bagi meredakan kemarahan penyokong. Keadaan kembali tenang apabila Husam meninggalkan majlis berkenaan,” lapor Berita Harian yang menceritakan insiden kekecohan yang berlaku dalam Ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kelantan bertajuk “Husam lari dari debat bai’ah” malam ini di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=doipxnNqSOU


Dalam rakaman yang tersebar di media sosial menunjukan insiden kekecohan berlaku sebaik sahaja Nassuruddin membaca surat jemputan debat daripada Husam yang meletakkan syarat mesti berjumpa dengan Syeikh Dr Yusof Qardawi terlebih dahulu bersetuju untuk mengadakan debat.

Husam dan penyokongnya tiba sebagai tetamu yang tidak diundang di ceramah berkenaan pada jam 11 malam ketika Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, sedang menyampaikan ucapan, dan duduk bersama pemimpin PAS di pentas utama.
“Saya tiba lebih kurang jam 11 malam.

“Nazman selaku pengerusi majlis. Saya beritahu beliau, saya mesti diberi masa untuk berucap, kerana nama saya telah ‘dijual’.

“Nazman memberitahu, Dato Nasaruddin tidak benarkan!,”kata Husam dalam Facebooknya.


pas
pas1

- AIDCNews

Sumber TKO - 21-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pasar baharu tidak dikena sewa Mac ini

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44368-pasar-baharu-tidak-dikena-sewa-mac-ini

PASIR PUTEH: Mengambil kira masalah dihadapi peniaga di Pasar Baru di Pasir Puteh Sentral, mereka tidak dikenakan sewa pada Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tawaran istimewa itu diberi bagi mengurangkan bebanan dihadapi peniaga selepas berpindah ke pasar baharu.

"Kita mahu menyediakan ruang perniagaan yang selesa kepada peniaga. Kita bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak dalam isu yang berlaku sebelum ini.

"Tetapi peniaga hendaklah memberi kerjasama, sepakat dan berlapang dada bagi mengatasi setiap masalah yang timbul,” katanya selepas menghadiri pertemuan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan peniaga semalam.

Lebih 200 peniaga Pasar Besar Lama Pasir Puteh menghadiri pertemuan itu.

Turut hadir Adun Limbongan, Ustaz Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah, Adun Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat, Adun Pasir Tumbuh Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Anis Hussein.

Sebelum ini peniaga merungut memandangkan ruang perniagan di pasar baharu agak sempit berbanding pasar yang ada sekarang.

Isu bantahan penduduk menjadi hangat apabila pemimpin PAN mengambil kesempatan bagi mengeruhkan lagi suasana. - HARAKAHDAILY 21/2/2017

Sumber HD - 21-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lantik 3,264 duta salur maklumat Pas
Posted on Tuesday, February 21 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33679



PASIR PUTEH - Seramai 3,264 anak Kelantan di perantauan dilantik sebagai duta bagi membantu menyalurkan maklumat benar mengenai Pas kepada pengundi luar.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, duta yang mewakili kesemua Unit Peti Undi di Kelantan itu akan memainkan peranan sebaik mungkin.
Katanya, usaha mewujudkan duta ini merupakan idea yang sangat baik kerana sebelum ini, banyak maklumat mengenai Kelantan tidak sampai kepada pengundi luar.

"Kita mahu pengundi luar mengetahui dengan jelas apa yang berlaku di Kelantan, banyak isu remeh menjadi masalah besar sebelum ini kerana pengundi luar tidak mendapat gambaran sebenar.

"Kebanyakan isu tular bersifat persepsi, tidak adil jika orang menilai Pas sama seperti menilai parti lain, nak nilai Pas mesti kena nilai dari perspektif Islam kerana kita parti yang memperjuangkan Islam," katanya.

Tambah beliau, sayap parti, Pemuda dan Muslimah Pas bakal mempunyai duta masing-masing dalam waktu terdekat sebagai memantapkan lagi hubungan pimpinan dengan pengundi luar.

Majlis perlantikan duta anak Kelantan di Kuala Lumpur turut dihadiri Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat dan Penyelaras Hal Ehwal Pengundi Luar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Mesra Pas, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Mohd Amar berkata, Pas dijangka menang dengan lebih bergaya dalam PRU14 akan datang serta tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan Kelantan memandangkan parti itu dalam keadaan benar-benar 'sihat' sekarang berbanding parti lain.

Menurutnya, ketika parti lain berdepan pelbagai masalah, Pas mula berasa selesa dan benar-benar bersedia untuk menghadapi PRU.

"Kalau nak banding dengan parti lain, kita lebih 'sihat', bersedia untuk berlumba lari, soal sampai ke tidak ke garisan penamat itu soal lain, yang pentingnya kita bersedia.


  "Kita bukan sahaja yakin dapat mempertahankan Kelantan malah akan menang lebih bergaya, tak kisah berapa penjuru pun dan jangan terkejut jika Pas berjaya menawan Putrajaya selepas PRU14 nanti, semua itu tidak mustahil," katanya. - SH

Sumber TKO - 21-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Penasihat PAN ‘ceroboh’ pentas Pemuda PAS

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44363-penasihat-pan-ceroboh-pentas-pemuda-pas

KOTA BHARU: Sejak November tahun lepas sehingga Januari lalu empat kali rundingan debat isu baiah di antara Adun Salor Datuk Husam Musa dan Adun Meranti Datuk Nassurudin Daud diadakan.

Sepatutnya debat itu berlangsung 28 Februari iaitu hari Sabtu malam Ahad sebagaimana dikehendaki Penasihat PAN Kelantan terbabit, namun beliau akhirnya menukar pendirian.

Dan malam tadi Husam dan penyokongnya hadir pada ceramah isu baiah di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV, biar pun tidak diundang.

Sedangkan ketika empat pertemuan antara kedua-dua wakil bagi menetapkan tarikh debat, Husam dikatakan banyak berdalih.

Kehadirannya malam tadi menyebabkan wujud suasana agak tegang, di mana seorang pengikut PAN, separuh usia dilihat mahu menyerbu ke arah pentas ketika Ustaz Nassurudin sedang berceramah.

Bagaimanapun petugas Jabatan Amal menghalang tindakan lelaki terbabit dan mengheret ke kawasan lain.

Keadaan itu menimbulkan suasana tegang dengan anggota Jabatan Amal semakin ramai berkawal di bawah dan atas pentas bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.

Ribuan anak muda yang hadir pada program tersebut bertakbir berkali-kali sehingga menenggelamkan penyokong Husam.

Adun Salor dilihat bersama beberapa pegawal peribadi dan penyokongnya datang ke program tersebut tanpa diundang.

Kehadiran Husam tidak menghalang Yang Dipertua PAS Ketereh Wan Ismail Wan Jusoh meneruskan ceramah, memperkatakan isu baiah dan mereka yang mengkhianati perjuangan.

Beliau menjemput Husam naik ke pentas selepas melihat kelibat pemimpin terbabit di hadapan orang ramai. Husam naik bersalam dengan pemimpin PAS termasuk Nassurudin.

Beliau kemudian duduk di barisan kedua. Kelihatan dari jauh merah padam mukanya dengan meletak kaca mata di atas dahi.

Hadir sama pada program itu Ketua Pemuda PAS Negeri Ahmad Fadhli Shaari, timbalannya Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi, peguam Nik Bahrum Nik Abdullah dan ketua penerangan Nazman Che Iberahim.

Nik Bahrum berkata, selepas rundingan diadakan sejak November lepas gagal memuktamadkan tarikh kerana sikap berdalih Husam menyebabkan debat tersebut tidak menjadi kenyataan. – HARAKAHDAILY 21/2/2017

Sumber HD - 21-12-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Janji adun baiki jambatan tinggal janji

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44352-janji-adun-baiki-jambatan-tinggal-janji

GUA MUSANG: Pada akhir Januari lepas Adun Nenggiri Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilapor memberitahu jambatan sementara di Pulau Setelu yang runtuh akibat rempuhan arus Sungai Nenggiri Januari lepas akan dibaiki.

Namun sehingga sekarang hampir tiga minggu berlalu, tiada tanda-tanda jambatan sementara itu akan dibaiki.

Seorang penduduk Mat Hassan Hamat berkata ekoran janji pemimpin Umno untuk membaiki jambatan sementara itu tidak dilaksana menyebabkan penduduk terpaksa berikhtiar sendiri.

Katanya, sejak kelmarin penduduk bergotong-royong membina titian kayu bagi menghubungkan dengan jambatan sementara itu.

“Penduduk terpaksa berusaha sendiri bagi membolehkan mereka menyeberangi sungai untuk ke Gua Musang.

“Wakil rakyat BN sebelum ini berjanji jambatan sementara itu akan dibaiki dan siap dalam tempoh dua bulan, namun sampai sekarang tiada sebarang kerja-kerja dilakukan,” katanya.

Menurutnya juga penduduk terpaksa menggunakan bot dan perahu untuk menyeberangi Sungai Nenggiri terpaksa menghantar anak ke sekolah.

Sebahagian jambatan sementara Pulau Setelu tercabut akibat rempuhan arus sungai Januari lepas menyebabkan penduduk terputus hubungan sehingga sekarang.

Jambatan kekal di kampung itu runtuh akibat bah besar pada akhir 2014. Sebelum ini pemimpin Umno menjanjikan projek jambatan kekal hampir RM40 juta akan dibina, namun belum nampak sebarang tanda projek itu akan dilaksanakan. – HARAKAHDAILY 20/2/2017

Sumber HD- 20-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































Pemimpin 14 wilayah Thailand kunjungi Kelantan

RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44351-pemimpin-14-wilayah-thailand-kunjungi-kelantan

KOTA BHARU: Seramai 80 orang rombongan mewakili Lembaga Pentadbiran 14 Wilayah  Thailand mengunjungi kerajaan Kelantan semalam.

Lawatan yang terdiri dari yang dipertua dan pegawai-pegawai kanan setiap wilayah itu untuk mengeratkan hubungan dua hala antara kedua belah pihak.

Sebelum rombongan diraikan dengan jamuan tengahari, 14 orang pimpinan peringkat wilayah berkenaan mengunjungi Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya.

Sementara yang lain mendengar taklimat dari Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN),  Datuk Kaya Perkasa, Datuk  Doktor Tengku Mohamed Faziharudean  Tengku Feissal.

Pada masa yang sama, rombongan turut melawat Dewan Undangan Negeri dan mendengar taklimat dari Speaker Dun, Datuk Abdullah Yakob.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang, Datuk Shahidani Ab Aziz dan lain-lain pimpinan.

Ustaz Ahmad ketika berucap pada majlis itu mengalu-alukan kedatangan rombongan berkenaan ke negeri itu.

Katanya, semoga kehadiran mereka akan mengeratkan hubungan antara kedua belah pihak.

“Kami mengalu-alukan kedatangan tetamu semua, kami berharap ia dapat memberi sedikit sebanyak ilmu berkaitan negeri ini,” katanya.

Terdahulu ketua rombongan, Kuseng Yaworhasan, ketika berucap pada majlis itu mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri kerana menerima kunjungan mereka.

Beliau yang juga Yang Dipertua Lembaga Pentadbiran itu melahirkan rasa gembira kerana hasrat mereka untuk mengunjungi Kelantan telah tercapai.

“Kami datang untuk belajar, mencari ilmu menerusi pentadbiran kerajaan negeri yang berteraskan Islam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/2/2017

Sumber HD - 20-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan negeri, peniaga berbincang untuk pindah

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44348-kerajaan-negeri-peniaga-berbincang-untuk-pindah

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan melalui Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood telah mengadakan pertemuan dengan peniaga Pasar Pasir Putih.

Tujuan pertemuan itu untuk berbincang tentang perpindahan tapak perniagaan mereka dari Bandar Pasir Putih yang lama ke lokasi baru berhampiran jalan pintas ke Kota Bharu

Datuk Abdul Fattah ketika berucap pada majlis itu memberi contoh pasar-pasar yang telah menjadi kontroversi sebelum ini akhirnya menjadi maju.

“Walaupun pada mulanya mereka enggan berpindah, akhirnya Wakaf Che Yeh dan Bazar Tok Guru antara destinasi yang menjadi tarikan pelancong di negeri itu,” kata beliau dalam majlis yang berlansung di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ustaz Abd Rahman Yunus, Ustaz Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah (ADUN Limbongan), Tuan Mazlan Tuan Mat (ADUN Gaal), Wan Hassan Wan Ibrahim (Penyelia Semerak), Penyelia Selising dan YDP Majlis Daerah Pasir Puteh. – HARAKAHDAILY 20/2/2017

Sumber HD - 20-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Kelantan lantik duta anak Kelantan di perantauan

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44342-kelantan-lantik-duta-anak-kelantan-di-perantauan

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mewakili Menteri Besar menyampaikan amanat sempena pelantikan duta anak Kelantan diperantauan.

Seramai 544 dilantik sebagai duta kecil kerajaan negeri dengan watikah pelantikan disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar itu di Hotel Putra di sini pagi tadi.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Unit Hubungan Seranta dan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut dihadiri oleh 14 pimpinan PAS Kawasan.

Ia merupakan pelantikan bagi zon pertama yang melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Wilayah Persekutuan, Selangor, Putrajaya dan bahagian Selatan Perak.

Beberapa zon lain seperti zon timur yang meliputi Terengganu dan Pahang akan dilaksanakan bagi melantik wakil yang dicadangkan oleh cawangan masing-masing.

Kemudian ia akan disusuli dengan Zon Utara, Selatan, Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan sehingga akhir bulan Mac.

Mohd Amar merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dalam ucapannya mengucapkan tahniah atas usaha mewujudkan duta bagi pengurusan pengundi diperantauan.

Selain itu katanya usaha berkenaan turut membantu menyebarkan maklumat kerajaan negeri dan juga parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau menyifatkan maklumat yang benar dan telus dari kerajaan negeri yang diibaratkan seperti penapis dari sebarang kekotoran serta bahan merosakan.

"Isunya banyak maklumat yang tidak sampai, bukan sahaja kepada penduduk Kelantan sendiri malah penduduk kita yang bermustautin di luar Kelantan.

"Kita harap ia berperanan menyalurkan maklumat tanpa perlu merujuk kepada pimpinan dalam isu-isu yang bersifat benda kecil," kata beliau.

Beliau turut mengalu-alukan pandangan dari golongan perantauan terhadap kerajaan negeri dapat disalurkan menerusi wadah berkenaan yang dipilih.

Menurutnya, PAS kini lebih baik dari parti pembangkang lain dalam gabungan Pakatan Harapan termasuk Barisan Nasional dalam perjuangan dakwah Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, satu Ikrar yang dibacakan oleh Ustaz Mohd Farhan Mohd Hassan yang melaungkan agar pemerintahan PAS Kelantan dipertahankan. – HARAKAHDAILY 19/2/2017

Sumber HD - 19-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























283 pelajar KTD terima anugerah cemerlang

SALMAH MAT HUSAIN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44306-283-pelajar-ktd-terima-anugerah-cemerlang

PENGKALAN CHEPA: Golongan muda disaran melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan seharian demi untuk mendapat keberkatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO negeri, Dr Ramli Mamat berkata, apabila hidup dinaungi  Islam, manusia akan mendapat keberkatannya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar sesi 1 2016/2017 Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Menurutnya, pengalamannya sebagai wakil rakyat yang turun ke bawah, didapati ada juga masyarakat yang miskin kehidupan mereka kerana tidak patuh syariat.

“Walaupun tidak semua, tetapi ada di kalangan mereka yang susah dan tidak solat, tidak mengamalkan kehendak Islam dengan baik,” ujarnya.

Tambahnya, kalau malas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, bagaimana Allah ingin permudahkan kehidupan mereka.

Katanya, hanya kehidupan yang mengamalkan syariat Islam akan selamat.

Tegasnya, itu janji Allah pada setiap hambanya yang tidak perlu diragui.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga penggerak KTD kerana menjadikan Islam sebagai amalan kehidupan setiap penuntutnya.

“Kerana itu, pelajar KTD semakin hari semakin berjaya dan cemerlang dalam pengajian mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengelola KTD, Dr. Abdullah Sudin  Ab Rahman, mengingatkan warga KTD mengamalkan 10 ciri utama dalam kehidupan mereka.

Katanya, antaranya Aqidah yang sejahtera, ibadah yang benar, akhlak yang mantap, mampu berdikari, luas pengetahuan, sihat tubuh badan, melawan hawa nafsu, tersusun dalam urusan, sangat menjaga masa dan bermanfaat kepada orang lain.

Sementara itu, seramai 283 orang pelajar menerima pelbagai anugerah kecemerlangan  pada majlis itu.

Antaranya Anugerah Cemerlang, Anugerah Dekan, Anugerah Bestari, Anugerah Gemilang, Anugerah Ahli Lembaga Pengelola dan Anugerah Nilam.

Sementara itu, Hanisah Shamsul Bahari, pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan mendapat Anugerah Pelajar Terbaik (Anugerah Nilam).

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Eksekutif KTD, Mohd Noor Hussin, Timbalan Ketua Eksekutif 1 KTD, Prof Madya Dr Asry Yusof. – HARAKAHDAILY 17/2/2017

Sumber HD - 17-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Mumtaz rakam takziah keluarga mangsa ragut

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44305-mumtaz-rakam-takziah-keluarga-mangsa-ragut

BACHOK: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa ragut Siti Rohani Wahab, 54, yang meninggal dunia sewaktu menjadi mangsa ragut kelmarin.

Ucapan takziah itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Mumtaz Md Nawi ketika mengunjungi keluarga mangsa semalam.

Turut mengunjungi keluarga berkenaan, Adun Perupok, Mohd Huzaimy Che Hussin dan Penghulu Mukim Telong, Ramli Awang.

Mumtaz melahirkan rasa simpati ketika menziarahi keluarga malang itu.

Anak bongsu allahyarham, Nor Farah Waheeda Che Hassan, 15 tidak mampu menahan pilu sebaik sahaja menerima kunjungan Mumtaz.

Beliau terus memeluk Adun Demit itu sambil menangis hiba.

“Saya berharap anggota keluarga redha dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kita.

“Yang penting mendoakan kesejahteraan roh arwah mangsa di alam barzakh, semoga Allah tempatkan allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang soleh,”ujarnya.

Huzaimy dan Mumtaz turut merakamkan ucapan takziah kepada suami allahyarham, Che Hassan Che Ibrahim.

Mumtaz mewakili kerajaan negeri menyampaikan sumbangan kepada Farah Waheeda.

Pada kejadian semalam, allhayarham maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum terlanggar tiang elektrik.

Allahyarham bertindak nekad selepas seorang lelaki meragut begnya di Kampung Pak Elong, Tangok dekat sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kantin Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok. 

Mangsa dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. – HARAKAHDAILY 17/2/2017

Sumber HD - 17-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------































Kehadiran PAN punca penduduk sertai PAS

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44299-kehadiran-pan-punca-penduduk-sertai-pas

PASIR MAS: Biar pun Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa berjaya mewujudkan cawangan di Dun Chetok, namun malam tadi seramai 202 lagi penduduk menyerah borang menyertai PAS.

Borang tersebut diserah Adun Chetok Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman kepada Setiausaha PAS Pasir Mas Suhaimi Daud.

Lebih menarik lagi penduduk veteran di Kampung Padang Keranji Chetok, Ahmad Musa tidak mahu parti serpihan tersebut bertapak di kampung terbabit.

Dun Chetok menjadi tempat tumpuan PAN sejak kebelakangan ini, sehingga ada calon difaham sudah dinamakan untuk bertanding di Dun berkenaan.

Menurut penduduk, calon PAN tersebut menemui orang ramai meminta memberi sokongan terhadapnya bertanding di atas tiket PAN.

Sedangkan kata penduduk, ketika ceramah pelancaran parti itu baru-baru ini kehadiran boleh dibilang dengan jari.

“Pemimpin yang berada di pentas lebih ramai berbanding penonton di halaman ceramah,” ujarnya.
Malah kehadiran Ustaz Shamsul Zaman Shukri yang lebih dikenali sebagai Ustaz Budak pada ceramah di Kampung Padang Keranji malam tadi menarik kehadiran ramai penduduk.

Ada yang terpaksa mengikuti ceramah di dalam semak kerana ruang halaman rumah tempat ceramah penuh dengan kehadiran orang ramai.

Suhaimi berkata majlis penyerahan borang akan diadakan lagi di di Dun Chetok memandangkan semakin ramai penduduk terutamanya bekas penyokong Umno berminat menyertai PAS.

Sebelum itu Ustaz Shamsul menyampaikan kuliah di Masjid Galok. Masjid itu agak muram sebelum ini selepas bekas imam di situ dikatakan menyertai PAN.

Ustaz Budak memberi komitmen menyampaikan kuliah di masjid itu sebulan sekali, bermula malam tadi.
Kehadirannya menyebabkan ruang masjid tersebut penuh dengan jemaah dalam kalangan penduduk tempatan.

Pada kuliah itu sekali lagi beliau menafikan menyertai PAN sebagaimana didakwa laman berita milik PAN baru-baru ini.

Ceramah di Kampung Pasir Keranji pula dianjurkan Pemuda PAS Pasir Mas yang menampilkan ketuanya Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim.

Hadir sama S Suria Narayanan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS dan Naib Yang Dipertua PAS Pasir Mas Zuraidin Abdullah. – HARAKAHDAILY 16/2/2017

Sumber HD- 16-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ambil upah baca doa satu eksploitasi agama
Posted on Thursday, February 16 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33625















KOTA BHARU – Perkhidmatan Valet Doa atau mengambil upah membaca doa di Masjidil Haram yang diuruskan oleh sebuah syarikat perniagaan dalam media sosial disifatkan sebagai mengeksploitasi ajaran agama.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata,ini kerana promosi menggunakan doa-doa dengan mengenakan bayaran adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Valet Doa ini tidak sesuai sebab doa ini sebenarnya masing-masing boleh buat, kalau masih tidak termakbul jangan putus asa teruskan berdoa, kerana orang yang sentiasa berdoa tandanya orang yang tidak takbur.

“Kalau doa kita belum makbul itu adalah menunjukkan kesayangan ALLAH SWT kepada orang itu, lagi banyak berdoa lagi banyak pahala kita dapat kerana doa itu adalah ibadah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas berhubung sebuah laman Facebook yang diwujudkan beberapa hari lalu bagi tujuan mengambil upah membaca kiriman-kiriman doa di depan Kaabah telah menarik perhatian ramai.

Berdasarkan status di akaun Facebook, perkhidmatan tersebut boleh didapati dengan harga sekitar RM250 sehingga RM5,000, mengikut pakej-pakej yang  ditawarkan.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, mengirimkan doa kepada saudara semasa Islam tidak menjadi masalah tetapi jangan sampai menggunakan elemen agama untuk tujuan perniagaan kerana ia tidak sesuai.

"Jika tolong berdoa bagi pihak seseorang tanpa balasan ia tidak menjadi masalah kerana tindakan itu adalah usaha yang baik.

“Dalam konteks Valet Doa apa yang dia jamin doa dia depan Kaabah termakbul, sebenarnya kalau doa kita belum makbul kita kena cari halangan-halangan yang membuatkan kita susah nak dapat apa yang dihajati.


  Beliau mendakwa , perkara sebegini juga mudah terdedah kepada unsur-unsur penipuan. - SH

Sumber TKO - 16-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































Mobilasi HRUU 355 di Kota Bharu

IBNU FAUZI | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44294-mobilasi-hruu-355-di-kota-bharu

KOTA BHARU: Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Cawangan Kelantan menyeru seluruh ahlinya turun beramai-ramai ke Himpunan RUU 355 di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 18 Februari depan dengan pelbagai acara yang dijadualkan bermula jam 3 petang.

Ahli ILMAM Kelantan yang berjumlah ribuan orang bukan sahaja berada di Kelantan, malahan ada merata-rata di seluruh negara.

Exco Dakwah ILMAM Kelantan, Ustaz Adnan Wazir menyatakan demikian sewaktu bersama menyertai Mobilasi Himpunan RUU 355 anjuran ILMAM Kelantan yang diadakan di Laman Sejahtera Taman Hijau dekat sini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Muhamad Abduh Nik Abd Aziz turut singgah memberi sokongan mobilasi itu.

"Golongan agamawan perlu berada di barisan hadapan apabila ada isu-isu yang melibatkan soal penambahbaikan dan pemerkasaan undang-undang Islam di negara ini.

"Sebalik, amat malang dan mendukacitakan apabila kalangan orang agama sendiri mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat," katanya.

Menyentuh tentang ILMAM, Ustaz Adnan menyebut bahawa ILMAM bukanlah pertubuhan baru yang dianggotai oleh lepasan mahasiswa mahasiswi yang pernah belajar di Mesir sama ada aliran agama dan selainnya.

Ia telah sekian lama wujud berpusat di Kuala Lumpur dan cawangan ILMAM wujud hampir merata di seluruh negara, mempunyai misi yang sama menghimpunkan seluruh alumni yang pernah belajar di Perlembahan Nil.

"Cuma kita berhasrat untuk lebih mengaktifkan ILMAM Cawangan Kelantan yang sebelum ini kegiatannya agak perlahan, terutama dalam menjuarai isu melibatkan agama serta umat Islam dalam negara dan antarabangsa.

"Kelompok generasi baru ILMAM mengambil inisiatif memberi nafas baru kepada ILMAM Kelantan, terutamanya bertanggungjawab menjadi benteng kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang sering menerima serangan fitnah," ujar Ustaz Adnan lagi. – HARAKAHDAILY 16/2/2017

Sumber HD - 16-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































Isu dibangkit Adun Salor hilang di tengah jalan

RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44280-isu-dibangkit-adun-salor-hilang-di-tengah-jalan

KOTA BHARU: Biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap kerajaan negeri dan PAS sejak dipecat daripada PAS, namun isu dibangkit Datuk Husam Musa mati begitu sahaja.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Iberahim berkata Adun PAN itu memulakan serangan isu durian kunyit, sekatan laluan lori balak dan Kampung Warisan di Kampung Laut.

"Kita tengok bermula tahun lepas lagi. Satu demi satu serangan dan fitnah dibuat terhadap pemimpin kerajaan negeri dan PAS.

"Namun setiap isu yang dibangkit termasuk pada persidangan Dewan Undangan Negeri gagal diketengahkan. Ini kerana ia dilakukan tanpa asas dan hujah yang kukuh," katanya di sini.

Pada persidangan Dun Kelantan tahun lepas Adun PAN Salor dilihat seolah-olah menjadi juara apabila membangkang setiap jawapan pihak kerajaan negeri.

Nazman juga menyifatkan tindakan Penasihat PAN Kelantan terbabit tidak lebih sekadar menghidupkan karier politiknya. – HARAKAHDAILY 14/2/2017

Sumber HD- 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































RM90 juta: Pemuda PAS lapor polis terhadap Adun PAN

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44273-rm90-juta-pemuda-pas-lapor-polis-terhadap-adun-pan

PASIR MAS: Pemuda PAS Kelantan di seluruh kawasan di Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Adun Salor Datuk Husam Musa yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Pemuda PAS Pasir Mas dan Rantau Panjang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata laporan polis dibuat ekoran tuduhan Penasihat Parti Amanah Kelantan (PAN) yang tidak berasas terhadap PAS.

Katanya, laporan dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan berkaitan menyebar maklumat palsu.

"Kami mohon agar siasatan itu dilakukan segera. Hari ini bukan setakat Pasir Mas dan Rantau Panjang, bahkan 12 kawasan lain turut mengambil tindakan serupa," katanya selepas membuat laporan tersebut.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Rantau Panjang, Mohamad Zailani Mohd Yunus dan anggota jawatankuasa pemuda PAS kedua-dua kawasan.

Husam sebelum ini dalam rakaman 'YouTube' mendakwa pimpinan PAS menerima dana RM90 juta melalui sebuah institusi perbankan.

Ahmad Fadhli turut mencabar Adun PAN terbabit supaya membuat pendedahan nombor akaun Affin Bank penerima wang tersebut secara jelas.

"Kalau beliau mempunyai rekod dan bukti yang jelas, sila dedahkan nama kalau tidak saya kira beliau  seorang penakut," katanya.
Sementara itu, satu lagi laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pengkalan Chepa oleh Muhammad Abdul Malik Abdul Karim kira-kira jam 10.36 pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu menyifatkan tuduhan itu adalah bertujuan untuk merosakkan nama baik PAS dan pemimpin-peminpin PAS termasuk dirinya sendiri.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa setakat pengetahuan saya PAS ataupun mana-mana pimpinan PAS tidak pernah menerima sebarang wang sebagaimana yang dituduh oleh Husam," katanya sebagaimana di dalam laporan tersebut. - HARAKAHDAILY 14/2/2017


Sumber HD - 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































'Bertani Satu Ibadah' tingkat momentum petani

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44269-bertani-satu-ibadah-tingkat-momentum-petani

KUALA KRAI: Gagasan 'Bertani Satu Ibadah' yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lepas memberi momentum bagi meningkatkan lagi sektor pertanian di Kelantan.

Pengerusi Jawankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kini semakin ramai anak-anak muda terbabit dalam sektor pertanian.

Katanya, bagi memperkembangkan lagi sektor pertanian kerajaan negeri memberi geran projek pertanian kepada lebih 100 petani di Kuala Krai membabitkan peruntukan sebanyak RM307,246.

"Ia merupakan salah satu penghargaan terhadap usaha petani, nelayan dan peladang bagi meningkatkan lagi hasil pertanian," katanya pada majlis penyampaian bantuan tersebut di Pejabat Pertanian Kuala Krai, semalam.

Turut hadir Timbalan Speaker, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman; Adun Manek Urai, Fauzi Abdullah; Adun Guchil, Roslan Puteh dan Pengarah Pertanian Kelantan, Mohd Khairi Yusof.

Che Abdullah juga berkata kerajaan negeri baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan Agro Bank bagi menyelaras bantuan kewangan kepada petani.

Pegawai Pertanian Kuala Krai, Azih Mamat berkata, peruntukan tersebut diberikan kepada lapan kategori pertanian.

Ia merangkumi pembangunan tanah terbiar RM102,400, pembangunan industri padi (RM18,000), pembangunan pelbagai komoditi (RM33,000) dan pembangunan industri sayuran (RM28,000).

Selain itu pembangunan industri buah-buahan (RM26,000), industri asas tani (RM19,000), pembangunan usahawan tani (RM30,000) dan pembangunan industri kelapa (RM45,000).

Projek tersebut melibatkan seramai 100 petani dengan keluasan 200 ekar. - HARAKAHDAILY 14/2/2017

Sumber HD - 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































Kelantan jadi mangsa dendam politik DAP

RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44265-kelantan-jadi-mangsa-dendam-politik-dap

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan menasihatkan Setiausaha Agung DAP menjaga rumah tangga parti itu, yang kini dianggap berdepan dengan krisis kepimpinan.

Tindakan empat wakil rakyat DAP di Melaka mengumumkan keluar parti semalam memulakan semula krisis dalaman parti itu.

Peguam Hilmi Abdullah dari Kuala Krai berkata, Guan Eng sebelum ini gagal dalam misi mempengaruhi PAS bagi mengikut strategi politik DAP.

“Bahkan PAS sejak dari awal penubuhan tidak pernah berubah dasar perjuangan biar pun pemimpin silih berganti.

“Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menganggap Kelantan sebuah negeri bankrap lebih bersifat dendam kerana gagal mempengaruhi PAS bersama Pakatan Harapan,” katanya.

Guan Eng dalam kenyataan media baru-baru ini mendakwa Kelantan sebagai negeri muflis dan gagal kerana ditadbir PAS.

Hilmi juga berkata, biar pun Kelantan disisih sejak 1990, namun masih mampu mengurus negeri dengan baik.

Katanya, Kelantan terus melangkah maju dan mampu berdikari sejak hampir 26 tahun lalu biarpun sering berdepan pelbagai sekatan dan kekangan kerajaan pusat.

“Bahkan banyak dasar pentadiran Islam di Kelantan menjadi ikutan negeri-negeri. Malah ia juga turut dipuji Guan Eng ketika mula-mula dilantik Ketua Menteri pada 2008,” ujarnya.

Alida Abdullah dari Pasir Puteh berkata kenyataan dikeluarkan Guan Eng mempunyai niat yang kurang baik terhadap kepimpinan ulama.

Katanya alasan diberi pemimpin DAP itu sehingga sanggup melabelkan Kelantan sebagai bankrap tidak diterima majoriti rakyat Kelantan.

“Kalau hendak disebut mundur kerana gagal menangani isu banjir tidak betul. Banjir berlaku di mana-mana termasuk juga di Pulau Pinang biarpun terkenal sebagai negeri maju,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/2/2017

Sumber HD - 13-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































Pra Himpunan 355 di Kota Bharu Rabu ini

SALMAH MAT HUSAIN | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44262-pra-himpunan-355-di-kota-bharu-rabu-ini

KOTA BHARU: Menjelang himpunan raksasa 18 Februari ini, badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan akan berhimpun pra unjuk rasa (flash mob) menyokong RUU 355 Rabu ini.

Exco Penerangan dan Mobalisasi Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Cawangan Kelantan, Zoolnazhi Naina Mohamad, berkata program itu bermula selepas solat Asar.

Katanya, orang ramai yang akan menghadiri program berkenaan disaran menunaikan solat Asar di Masjid Muhammadi.

“Selepas itu kita akan berarak ke Laman Sejahtera, Taman Hijau Kota Bharu untuk menyatakan sokongan kita terhadap RUU 355,” katanya di sini.

Pada Sabtu ini akan berlangsung perhimpunan Sokong RUU 355 di Padang Merbok Kuala Lumpur dianjurkan PAS dan NGO.

Zoolnazhi berkata tujuan pra himpunan itu diadakan bagi mengingatkan orang ramai khususnya umat Islam tentang Himpunan Sokong RUU 355 pada 18 Februari ini.

Menurutnya, ia juga bertujuan membangkitkan semangat serta mengingat orang ramai berkaitan program itu di Kuala Lumpur.

“Kami berharap orang ramai dapat hadir pada program Rabu ini untuk menyatakan sokongan terhadap RUU 355 yang akan dibahas di parlimen tidak lama lagi.

“Ia amat penting untuk umat Islam khususnya demi masa depan anak cucu kita tanpa mengira latar belakang politik,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/2/2017

Sumber HD- 13-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































Kepimpinan Guan Eng diragui wakil rakyat DAP

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44259-kepimpinan-guan-eng-diragui-wakil-rakyat-dap

TUMPAT: Ketika Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa Kelantan dipimpin parti bankrap, tiba-tiba empat wakil rakyat bertindak keluar daripada parti itu.

Hari ini Adun Bachang, Lim Jak Wong dan Adun Kesidang, Chin Choon Seong menyerah surat makluman perletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Mohamad.

Semalam empat wakil rakyat DAP mengumum keluar parti. Dua lagi Adun Duyong, Goh Leong San dan anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata tindakan empat wakil rakyat DAP di Melaka memberi pukulan hebat terhadap kepimpinan Guan Eng.

“Itu pukulan hebat terhadap Setiausaha Agung DAP ketika beliau sibuk menyerang Kelantan dengan mendakwa sebuah negeri yang bankrap,” katanya pada ceramah jelajah Akta 355 di Pantai Geting malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ketua Muslimat PAS Kelantan Siti Zailah Mohd Yusof, Penyelaras Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Selain itu Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Wan Roslan Wan Hamat, Setiausaha Wan Rosdi Wan Ibrahim, Ketua Penerangan Rafie Hassan dan Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Mohamad Deraman.

Orang ramai yang hadir tidak berganjak biar pun ceramah melewati jam 12 malam.

Pada persidangan media di Komtar baru-baru ini Guan Eng mendakwa Kelantan sebuah negeri gagal dan muflis kerana ditadbir PAS.

Menurutnya kegagalan PAS mentadbir negeri itu menyebabkan rakyat Kelantan miskin dan mundur.

Che Abdullah pula berkata biar pun Kelantan dituduh sebagai bankrap, namun tidak ada pemimpin yang didakwa di mahkamah kerana memiliki banglo.

“Baru dua penggal Pulau Pinang ditadbir DAP sudah ada skandal membabitkan pemimpinnya yang dibawa ke mahkamah. Sedangkan Kelantan 26 tahun di bawah PAS belum ada kes seperti itu,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/2/2017

Sumber HD - 13-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































Mungkin pemimpin dipecat terima dana RM90 juta

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44249-mungkin-pemimpin-dipecat-terima-dana-rm90-juta

KOTA BHARU: Bekas Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berharap parti itu mengambil tindakan menyaman Adun PAN Salor, Datuk Husam Musa.

Katanya, menyaman Penasihat PAN Kelantan berkaitan dakwaan wang RM90 juta disumbang Umno kepada PAS perlu dilakukan bagi membersihkan segala dakwaan dibuat.

“Presiden PAS sudah lama menafikan mengenai dakwaan dana itu. Sekarang apa tujuan Adun Salor menuduh PAS, selain berniat memburukkan parti itu,” katanya di sini.

Pemimpin PAN itu dalam dakwaan terbaru mendakwa mempunyai bukti kukuh PAS menerima dana RM90 juta yang disalurkan melalui akaun Affin Bank.

Berikutan dakwaan fitnah tersebut PAS merancang mengambil tindakan mahkamah ke atas Adun  PAN terbabit.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Jumaat lepas memberitahu parti itu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Husam kerana berniat jahat memfitnah PAS menerima dana RM90 juta.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari mencabar Husam mendedah nama penerima wang tersebut.

“Menyatakan secara umum kononnya ada pemimpin PAS terima wang RM90 juta satu kenyataan 'playsafe' kerana tidak diketahui siapakah individu itu.

“Mungkin juga individu itu dipecat kerana membuat onar, atau mungkin sahaja yang telah membawa lari kerusi dimenangi,” katanya. - HARAKAHDAILY 12/2/2017

Sumber HD - 12-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































Saya kekal istiqamah bersama PAS - ‘Ustaz Budak’

ASLANI M | .

MACHANG: Parti serpihan benar-benar terdesak apabila mendakwa pendakwah terkenal Ustaz Shamsul Zaman Shukri, lebih dikenali panggilan 'Ustaz Budak' menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Menjelaskan cerita sebenar, Ustaz Shamsul berkata beliau hadir pada ceramah Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa di Kampung Buluh Melintang, Chetok Pasir Mas hanya untuk menyerah surat.

Katanya surat edaran tersebut bertujuan mengumpul derma menyiapkan Pondok Syukriah di Paloh Rawa, Machang.

“Saya hadir hanya untuk menyerahkan surat tersebut kepada Datuk Husam. Melihat kehadiran saya di majlis itu pihak menganjur menyuruh saya menyampaikan kuliah agama.

“Sudah menjadi kebiasaan saya di mana-mana saya pergi apabila ada suruh menyampaikan kuliah, saya akan bagi. Tak kiralah program Umno sekali pun,” katanya di sini.

Portal berita milik PAN baru-baru ini mendakwa Ustaz Budak menyertai PAN pada  program ceramah di kampung Buluh Melintang, Chetok, Pasir Mas.

Sehubungan itu Ustaz Budak menafikan keras berita tersebut kerana beliau tidak pernah menyerah borang menyertai PAN di majis berkenaan.

“Saya hadir di majlis itu hanya mahu menyerah surat pungutan derma pondok dan bukan menyertai PAN sebagaimana didakwa PAN.

“Insya Allah saya kekal istiqamah bersama PAS tidak pernah terfikir langsung menyertai PAN,” katanya. - HARAKAHDAILY 12/2/2017

Sumber HD - 12-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































Adun PAN tidak serik fitnah PAS

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44222-adun-pan-tidak-serik-fitnah-pas

KOTA BHARU: Adun PAN Salor tidak serik memfitnah kerajaan negeri dan PAS dengan tuduhan tidak berasas, kata Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan.

Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sudah banyak kenyataan tidak benar dibuat termasuk berbohong dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Rakyat boleh menilai semua dakwaan itu, kenapa kenyataan seperti itu beliau sanggup lakukan ketika rakyat boleh membuat penilaian mereka sendiri.

"Datuk Husam sudah banyak kali membuat tuduhan fitnah tetapi tidak ada satu pun dapat dibuktikan kebenarannya," katanya pada sidang media di sini petang semalam.

Terbaru, satu-satunya penasihat PAN di peringkat negeri di Malaysia itu, mendakwa RM90 juta yang didedahkan oleh Sarawak Report (SR) disalurkan melalui bank tempatan, Affin Bank.

Namun dakwaan SR tersebut terhenti di situ apabila PAS Pusat mengambil keputusan menyaman portal berkenaan yang menyiarkan berita palsu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengetuai kumpulan peguam sebelum ini memberitahu, PAS mengunakan khidmat 'Queen Council' berpangkalan di London.

PAS melantik Peguam Queen Council, Adam Tudor yang juga pernah mengendalikan kes saman Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke atas sebuah akhbar di England sebelum ini.

"Kita tak perlu bimbang kes ini mempunyai had enam tahun. Jadi kita perlu ada dokumen dan peguam akan meneliti serta beri notis supaya ia berjalan," katanya.

Baru-baru ini Yayasan Amanah Tok Kenali menbuat laporan polis terhadap Adun Salor yang mendakwa agensi itu membazir sehingga RM300,000 berkaitan pembinaan tugu banjir di Kuala Krai. - HARAKAHDAILY 10/2/2017

Sumber HD - 10-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































Dahulu DAP sanjung Kelantan, sekarang benci

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44218-dahulu-dap-sanjung-kelantan-sekarang-benci

KOTA BHARU: Ketika awal pemerintahan DAP di Pulau Pinang pada 2008, Lim Guan Eng berkunjung ke Kelantan bagi mempelajari pengalaman PAS mentadbir sejak 1990.

Tidak lama selepas itu dicetuskan DAP mahu menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai model.

Malah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairudin kerap berkunjung ke Kota Bharu berkongsi pengalaman dengan kerajaan PAS Kelantan.

Malangnya selepas hampir 10 tahun berlalu, tiba-tiba pemimpin yang sama pula menggambarkan Kelantan negeri yang gagal dan muflis di bawah PAS.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sebelum ini pemimpin yang sama menyanjung ulama kerana mempertahankan ketelusan pentadbiran.

“Saya bimbang rakyat hilang kepercayaan kepada seorang pemimpin yang pernah mahu menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai idolanya.

“Orang ramai boleh melihat sendiri kemampuan PAS mentadbir Kelantan sehingga sekarang memasuki tahun ke-26. Belum ada pemimpin yang didakwa di mahkamah.

“Belum juga ada pemimpin politik di sini didakwa terhadap kes beli rumah seperti pernah berlaku di negeri lain,” katanya di sini.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Kelantan sebuah negeri yang gagal dan muflis kerana ditadbir PAS. - HARAKAHDAILY 9/2/2017

Sumber HD-9-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































Pindaan Akta 355 kawal moral orang Islam

ASLANI M & IBNU MAHMUD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44214-pindaan-akta-355-kawal-moral-orang-islam

KOTA BHARU: Biarpun banyak pihak masih lagi kabur terhadap pindaan Akta 355, namun tanpa sedar pindaan yang dibuat sebelum ini turut mendapat sokongan anggota parlimen (MP) bukan Islam.

Ketika pindaan Akta 355 dibentang pada 18 Disember 1984 oleh Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang mewakili kerajaan, usul itu disokong seorang lagi menteri dari Sabah Datuk Seri James Ongkili. 

Begitu juga ketika pindaan awal Akta 355 dibentang di parlimen pada 1965, anggota parlimen bukan Islam ketika itu tidak  membantah termasuk Lee Kuan Yew mewakili Singapura.

Institut Kajian Strategik Islam Malaysia juga berhujah pindaan Akta 355 bertujuan memperkasakan mahkamah syariah untuk mengawal moral umat Islam yang berhadapan gejala sosial makin serius.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Prof Mahamad Naser Disa menyebut pindaan akta itu akan memberi autonomi lebih luas kepada negeri untuk membendung gejala maksiat dan salah laku syariah.

“Pindaan itu telah lama dicadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, namun kerana kekangan birokrasi, maka lebih mudah dibentang secara persendirian,” katanya pada satu tulisan.

Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari USM juga berhujah usaha yang dilakukan kerajaan Kelantan bagi memperkasakan perundangan Islam sudah lama dilakukan, sejak 1993.

Katanya, dalam konteks Kelantan dengan penduduk majoriti Muslim usaha itu bukan lagi perkara baru.

“Ia berbeza mengikut keadaan negeri. Misalnya ketika PAS mentadbir Kedah sebelum ini, isu hudud tidak dimainkan kerana mengambil bilangan penduduk nonMuslim agak ramai.

“Kalau dalam konteks Kelantan ia berbeza lagi pun usaha ke arah itu sudah lama dilakukan,” katanya ditemui semalam.

Pada 24 November lepas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentang kali kedua usul persendirian berkaitan RUU 355 mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Usul kali kedua itu berbeza sedikit berbanding usul yang dibentang pada persidangan parlimen sebelum itu.

Pada Mac 2015 Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)(1993).

Manakala dalam perkembangan berkaitan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan disaran menyertai Himpunan Menyokong Pindaan Akta 355, 18 Februari ini di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Datuk Dr Ramli Mamat berkata NGO yang bernaung di bawah Konfederasi NGO Kelantan hendaklah merebut peluang menghadiri program berkenaan kerana diperjuang semenjak era almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz.

"RUU 355 bukan isu politik, soal individu atau sentimen kepartian, tetapi menjadi suatu keperluan umat Islam memperkasakan undang-undang syariah,” katanya. - HARAKAHDAILY 9/2/2017

Sumber HD- 9-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melayu di Kelantan atau Pulau Pinang merempat? Soal PAS
Posted on Wednesday, February 08 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33510



SHAH ALAM: Exco PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta dan bukan menggunakan emosi.

Malah beliau turut meminta Guan Eng untuk membuat perbandingan kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang dan Kelantan, yang dakwanya hak kaum di negeri itu lebih banyak dinafikan. 
"Saya mengharapkan sebagai (seorang) ketua menteri ni menghormatilah kerajaan-kerajaan yang ada ni dan bercakap dengan fakta dan bukan bercakap dengan emosi, tuduhan-tuduhan melulu tanpa bukti dan fakta. 
"Cuba dapatkan fakta perbandingan, orang Melayu di Pulau Pinang dengan orang Melayu di Kelantan. Siapa yang merempat? Lalu orang Melayu di Pulau Pinang yang merempat tu, bukan ke dia rakyat negeri itu, jadi siapa punya kegagalan. 
"Manakala di Kelantan pula minoritinya orang bukan Melayu, Cina, Siam dan sebagainya, ada yang merempat di Kelantan?," soal beliau ketika dihubungi Antarapos.
Semalam Guan Eng berkata Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal. 
Sehubungan itu, katanya, kegagalan PAS mentadbir negeri itu menyebabkan rakyat Kelantan masih miskin dan berada dalam keadaan mundur. 
Meskipun mengakui Kelantan adalah negeri termiskin, Che Abdullah yang juga merupakan Setiausaha PAS Negeri berkata, keadaan itu berlaku disebabkan banyak peluang untuk mengkayakan negeri itu dinafikan.
"Kita tak nafikan kerajaan negeri ni miskin kerana kita dinafikan hak banyak benda seperti royalti, pelabuhan. Apabila pelabuhan ni tak ada, banyak perkara berlaku secara berganda. 
"Banyak syarikat-syarikat besar pelaburan tidak melabur di kelantan. Kita tak ada lebuhraya, lapangan terbang antarabangsa, yang semua benda ni ada di negeri-negeri lain yang diselenggara kerajaan Pusat," jelas beliau. 
Malah katanya, jika Pulau Pinang adalah negeri terkaya, kerajaan negeri berkenaan tidak akan meminta sebarang bantuan daripada kerajaan Pusat. 

  "Di Pulau Pinang pun jambatan-jambatan di sana dibuat kerajaan Pusat. Baru-baru ini kerajaan Pulau Pinang ada meminta peruntukan daripada Pusat bagi mengatasi masalah banjir. Maknanya kerajaan Pulau Pinang sendiri tak mampu atasi masalah banjir dengan kewangan dan pentadbiran mereka sendiri," ujarnya.

Sumber TKO - 8-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































Dakwa Kelantan muflis: Guan Eng mahu alih perhatian

AHMAD FADHLI SHAARI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44203-dakwa-kelantan-muflis-guan-eng-mahu-alih-perhatian

SAYA membaca kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang disiarkan oleh Berita Harian hari ini 8 Februari 2017 yang menyatakan bahawa Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal. Saya sifatkan kenyataan Guan Eng tersebut hanyalah untuk mengalih tumpuan daripada kontroversi campur tangan terhadap fatwa yang berlaku di Pulau Pinang pada hari ini.

Di dalam usaha mengalih perhatian tersebut, Guan Eng menyerang Kelantan. Barangkali pada tanggapannya, dengan menjadikan Kelantan sebagai sasaran, seluruh perhatian ke Pulau Pinang ekoran keceluparannya sendiri akan terhenti seketika. Namun, meletakkan Kelantan sebagai sasaran hanya akan menjadikan Guan Eng sebagai bahan ketawa.

Guan Eng memfintah Kelantan sebagai sebuah negeri yang muflis pada saat Negeri Kelantan berada pada kedudukan ke-3 tertinggi di Malaysia dari sudut pemilikan kediaman iaitu sebanyak 83.9%. Saya mencabar Guan Eng untuk mendatangkan statistik berapakah peratus pemilikan kediaman di Pulau Pinang bersama perbandingan di antara kekuatan ekonomi Bumiputera di negeri yang ‘sangat kaya’ itu. Saya barangkali boleh sedikit membantu Guan Eng mengingatkan beliau terhadap fakta bahawa mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2014), populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.663 juta orang iaitu Cina (42.2 peratus), Melayu (41.3 peratus), India (9.8 peratus), bangsa-bangsa lain termasuk warga asing (6.7 peratus).

Bagaimanapun dari sudut pemilikan tanah, Pejabat Tanah dan Galian pada 2010 telah mengeluarkan statistik bahawa pemilikan tanah oleh kaum Cina di Pulau Pinang mengikut bilangan hak milik adalah sebanyak 64 peratus, manakala Melayu pula hanya 28 peratus dan India sebanyak 8 peratus.

Ini bukan isu perkauman, ini adalah fakta dan timbanglah sendiri mengikut neraca yang sihat dan adil. Tepatkah peratus pemilikan tersebut jika dibandingkan peratus bilangan penduduk? Adalah lebih baik Kelantan yang diktakan muflis ini jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dari sudut menjaga hak pribumi bumiputera dan keadilan untuk rakyat.

Untuk makluman Guan Eng juga, sumber dari Khazanah Research Institute pada tahun 2016 juga menunjukkan Pulau Pinang sebagai negeri ketiga tertinggi dari sudut ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah. Sekalpun gaji bulanan (pertengahan) rakyat Pulau Pinang berada di angka RM4,702.00 namun harga rumah (pertengahan) di negeri tersebut ialah RM295,000.00 berbanding Kelantan yang walaupun gaji bulanan (pertengahan) di negeri ini ialah RM2.716.00 namun harga rumah (pertengahan) di negeri ini hanyalah sekitar RM157,740.00. Ia sekaligus meletakkan Pulau Pinang berada di tangga indeks 5.2 iaitu sangat tidak mampu dimiliki berbanding Kelantan hanya di tangga indeks 4.8. Apa yang lebihnya Pulau Pinang sehingga anda melabelkan kami sebagai negeri hampir bangkrap?

Suka untuk saya nyatakan kepada Guan Eng, Kelantan telah mencatatkan penurunan kadar kemiskinan sebanyak 1.8% daripada 2.7% pada 2012 kepada 0.9% pada tahun 2014. Pencapaian ‘negeri bangkrap’ ini juga dari sudut anggaran tahunan hasil negeri meningkat dari tahun ke setahun di mana pada tahun 2017, Kelantan mengunjurkan memperolehi hasil sebanyak RM636.98 juta yang meliputi hasil cukai sebanyak RM179.67 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM308.02 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM149.29 juta. Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM43.18 juta ataupun sebanyak 7.27% berbanding dengan anggaran hasil tahun 2016 sebanyak RM593.80 juta.

Adapun kegagalan pemimpin kami membeli rumah banglo yang dilengkapi dengan kolam renang, ia bukanlah kerana Kelantan tidak mempunyai wang dan hampir bangkrap, tetapi negeri ini sudah diasaskan di atas prinsip Membangun Bersama Islam. Prinsip ini sudah cukup menyejukkan tanpa memerlukan kolam renang untuk menurunkan suhu kepanasan. Hakikatnya, membuat perbandingan ‘apple to apple’ di antara dua buah kerajaan negeri ini adalah tidak adil kerana banyak lagi faktor perlu ditimbangkan, namun menuduh dengan bahasa kesat bahawa Kelantan ialah sebuah negeri yang bangkrap dan muflis ialah satu tuduhan yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Kelantan terus ditadbir dengan baik oleh kerajaan PAS. Projek-projek persekutuan sekalipun ada yang mengalami diskriminasi, namun sebahagiannya berjalan sekalipun pemimpin negeri tidak berpegangan tangan mesra dengan pemimpin UMNO di atas lantai kaca. Cukup hanya sekadar bergambar bersama pun sudah dilambakkan dengan tuduhan ‘UG’ oleh lidah-lidah pengikut Guan Eng.

Saya hanya memilih menjawab beberapa serangan sahaja sebelum menjawab beberapa isu lain.

Samalah seperti seperti kata Guan Eng sewaktu ditanya kenapa tidak menyaman Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, jawabnya “Kenapa perlu membuang masa..?”

Saya syorkan kepada Guan Eng, nikmatilah hari-hari terakhir sebagai seorang manusia yang bebas dengan sebaik mungkin. Bimbang nanti jika anda ‘ke dalam’ untuk kali kedua, lebih ramai yang bergembira daripada yang bersimpati dengan nasib tuan. – HARAKAHDAILY 8/2/2017

Sumber HD - 8-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































Royalti seru orang ramai sertai himpunan RUU355

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44197-royalti-seru-orang-ramai-sertai-himpunan-ruu355

KOTA BHARU:  Pertubuhan Royalti (R) Kelantan menyokong penuh usaha ke arah mengukuhkan sistem perundangan syariah di Malaysia.

Bagi merealisasikan perkara itu, R Kelantan akan menyertai Himpunan 355 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Februari ini.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, pihaknya menyokong usaha tersebut memandangkan ia merupakan salah satu langkah  ke arah menjaga kepentingan muslim.

Beliau menambah, R Kelantan, berpendirian menyokong sepenuhnya bil itu  kerana  menginsafi  pindaan undang-undang tersebut akan membawa kepada pembaikan pengamalan undang-undang Islam di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau  menyeru semua pihak tidak menjadikan RUU 355 sebagai isu politik, perkauman.

“Setelah ia diketengahkan sebagai suatu Rang Undang-Undang Persendirian, diharap perbahasan sihat berlaku dengan baik di Parlimen.

“Segala permainan politik dalam hal-hal sebegini akan membawa akibat  buruk kepada rakyat,” ujarnya.

Sambungnya, ia bertepatan dengan roh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan yang mempunyai kedudukannya tertinggi seperti yang terkandung di dalam Perkara 3.

Beliau turut menyeru orang ramai menyertai Himpunan RUU 355 ini. – HARAKAHDAILY 8/2/2017

Sumber  HD -8-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































Pemuda PAS Kota Bharu anjur program isi minyak percuma

SALMAH MAT HUSAIN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/44196-pemuda-pas-kota-bharu-anjur-program-isi-minyak-percuma

KOTA BHARU: Sebanyak 200 buah motosikal menikmati minyak secara percuma di Petronas Bunut Payong semalam.

Program berkenaan anjuran Dewan Pemuda PAS Kota Bharu dengan kerjasama Alternative Riding Club (ARC Kota Bharu).

Program itu telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi pagi tadi.

Pengarah program, Muhammad Ridzwan Hafizu bin Azhari berkata, program itu diadakan bertujuan untuk meringankan beban anak muda yang bermotosikal ke tempat kerja.

Menurutnya, berikutan kenaikan harga minyak awal awal Januari dan Februari lalu, pihaknya bersimpati terhadap nasib rakyat yang terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga bahan api itu.

“Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan bebanan pengguna motosikal yang terkesan dengan kenaikan harga minyak,”katanya lagi.

Pada program tersebut, jelasnya ARC Kota Bharu turut mengedarkan kalendar dan sticker RUU 355 kepada peserta sebagai simbolik sokongan terhadap pemerkasaan undang-undang Syariah Negeri Kelantan yang akan dibentangkan  Mac depan.

Menurutnya, ARC Kota Bharu memberi sokongan penuh pemerkasaan undang-undang tersebut.

“Sebagai tanda sokongan, ARC Kota Bharu dan ARC Negeri Kelantan akan berkonvoi dengan motosikal beramai-ramai ke Perhimpunan 355 di Kuala Lumpur pada 18 Februari depan,” ujarnya.

Sementara itu, selebriti dakwah itu (Nor Azariza) mengisi sendiri motosikal yang sebahagian besarnya milik anak muda sebelum keluar bekerja pagi tadi. – HARAKAHDAILY 8/2/2017

Sumber HD - 8-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siti Zailah jawab fitnah ditawar calon PAN

RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44192-siti-zailah-jawab-fitnah-ditawar-calon-pan

KOTA BHARU: Ketua Muslimat PAS Kelantan Siti Zailah Mohd Yusof, kesal dengan kenyataan yang dibuat menerusi laman facebook yang menggunakan Loyar Wae menawarkan beliau sebagai calon PAN Dun Gual Periok.

“Posting yang dibuat Loyar Wae dalam fbnya yang menyatakan Kak Lah sebagai salah seorang daripada calon PAN Dun Gual Periok. Ini merupakan satu fitnah.

“Kak Lah ingin menjelaskan kepada masyarakat dan pengundi bahawa Kak Lah tetap beristiqamah dengan PAS,” katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.

Pada September tahun lepas Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah dilapor mendakwa 10 wakil rakyat Kelantan akan bersama Adun Salor menyertai parti serpihan itu.

Namun sehingga kini hanya Husam sahaja yang menyertai PAN. Berikutan itu orang ramai menggambarkan Husam sebagai memiliki kuasa sepuluh. – HARAKAHDAILY 7/2/2017

Sumber HD - 7-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































Pelajar Yik perlu cipta rekod kecemerlangan

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44188-pelajar-yik-perlu-cipta-rekod-kecemerlangan

TANAH MERAH: Pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) perlu menempa kejayaan saban tahun dalam semua peperiksaan yang diadakan.

Pengarahnya, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus, berkata ia perlu demi ilmu untuk meraih kejayaan pada masa hadapan.

Menurutnya, kehidupan keluarga juga perlu diubah, seboleh mungkin agar tidak mewarisi kehidupan keluarga yang susah.

“Ia boleh diubah dengan ilmu pengetahuan yang digali bermula di bangku sekolah oleh anak-anak sendiri,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengagihan wang zakat kepada 95 orang pelajar dari empat buah sekolah di bawah Yik dalam Jajahan Tanah Merah semalam.

Katanya, pelajar perlu membawa ‘sinar baru’ dalam kehidupan keluarga.

Sumbangan kali kedua disampaikan oleh pihak Yik kepada pelajar terpilih itu mendapat kerjasama Persatuan Wanita Islam Yik (Wanis).

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarah (Kenaziran) Yik, Noriah Ismail, Penolong Pegarah (Khidmat Pengurusan), Shukeri Hussin, Pengerusi Wanis, Zuridawati Hassan.

Seramai 95 pelajar berkenaan dipilih daripada empat buah sekolah, antaranya Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Muhammadi Tanah Merah, SMU (A) Rahmaniah Paloh dan SMU (A) Ri’yatul Diniah Bukit Mas. – HARAKAHDAILY 7/2/2017

Sumber HD - 7-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































Tuduh bazir wang: YTK lapor polis terhadap Adun Salor

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44181-tuduh-bazir-wang-ytk-lapor-polis-terhadap-adun-salor

KOTA BHARU: Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) hari ini membuat laporan polis terhadap Adun Salor, Datuk Husam Musa berkaitan kenyataannya yang mendakwa agensi itu membazir wang sebanyak RM300,000.

Laporan itu dibuat Pengarah YTK Ustaz Tuan Sharifuddin Tuan Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di Pengkalan Chepa.

Beliau berkata, kenyataan fitnah Adun terbabit dianggap bertujuan memburuk imej YTK dan kerajaan negeri.

Katanya kenyataan Adun Salor yang disiar sebuah portal mendakwa kerajaan negeri melalui YTK membazirkan wang kerana kecuaian membina tugu banjir di atas tanah milik persendirian di Kuala Krai.

“Kita dapati kenyataan Adun Salor itu tidak benar. Sebagai orang yang bertanggungjawab di YTK, saya membuat laporan polis bagi  menafikan tuduhan berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan tersebut.

Portal Malaysia Dateline pada 25 Januari lalu menyiarkan kenyataan Adun Salor bertajuk ‘Tugu banjir: Kelantan bazirkan RM300,000 wang Yayasan Amanah Tok Kenali’.

Tuan Sharifuddin berkata beliau menyerah kepada pihak polis menyiasat perkara itu secara terperinci kerana YTK tidak terlibat dengan pembinaan tugu banjir. - HARAKAHDAILY 6/2/2017

Sumber HD - 6-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































Cakna Rakyat jadi ukuran sokongan rakyat

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44179-cakna-rakyat-jadi-ukuran-sokongan-rakyat

BACHOK: Program Cakna Rakyat yang diadakan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kelantan menjadi indikator penting bagi memperlihatkan sokongan rakyat.

Mengambil kira kepentingan program berkenaan, kerajaan negeri memberi anugerah kepada Dun yang berjaya.

Lima kriteria diambil kira dalam pemilihan anugerah Cakna Rakyat 2016 antaranya ialah persiapan menghadapi pilihan raya dengan dokumentasi lengkap.

Selain itu kemeriahan suasana, pengurusan program dan penyertaan Unit Peti Undi.

Mengambil kira faktor tersebut Manek Urai muncul sebagai juara dan layak menerima wang tunai sebanyak RM10,000 di samping cenderahati.

Tempat kedua dimenangi Dun Kadok dengan membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta cendera hati dan ketiga RM5,000 dimenangi Dun Temangan.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Insan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan sempena taklimat pembangunan insan dan anugerah Cakna Rakyat 2016 di sini, hari ini.

Manakala taklimat mengenai kit kesihatan dan sejahtera disampaikan anggota Exco Datuk Dr Ramli Mamat dan Penolong Pengarah Unit Pembangunan Insan, Mohd Rafie Yusof pula menyampaikan taklimat pembangunan insan.

Hadir sama pada majlis itu wakil-wakil rakyat dan Penyelia Dun serta Penyelia Parlimen.

Rafie pula berkata tahun lepas 10 Dun tidak melaksanakan program Cakna Rakyat dan Bina Ummah termasuk disebabkan faktor banjir. - HARAKAHDAILY 6/2/2017

Sumber HD - 6-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































PKINK rancang wujud perkampungan kreatif

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44178-pkink-rancang-wujud-perkampungan-kreatif

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) merancang mewujudkan perkampungan kreatif (creative village) bagi menempatkan penggiat-penggiat seni kreatif di Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif PKINK Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata perkampungan itu dicadang menempatkan pertukangan kayu, batik, perak dan wau.

“Lokasinya sudah dikenal pasti. Apabila pelancong datang dengan bas mereka boleh berhenti di “creative village” yang akan dilengkapi pelbagai kemudahan.

“Pelan sudah ada, sekarang dalam proses pembincangan mengenai tapaknya. Malah peruntukan juga sudah ada,” katanya di sini.

Antara kemudahan yang akan disediakan termasuk tempat mandi, surau dan restoran yang menyedia pelbagai jenis makanan kegemaran rakyat Kelantan.

Menurutnya juga pelancong boleh melawat bengkel pertukangan kreatif yang ada di Kelantan di satu tempat.

Kata beliau cadangan mewujudkan “creatif village” turut mendapat sokongan pengusaha bas pelancongan.

“Ini kerana sehingga sekarang belum ada lagi tempat yang sesuai untuk pelancong boleh mendapat apa sahaja di satu lokasi.

“Di situ dirancang dibina sebanyak 20 bengkel kreativiti rakyat Kelantan. Akan ditempatkan juga dua cafe yang menyediakan pelbagai jenis menu termasuk Nasi Air Dingin,” ujarnya.

Dr Wan Zawawi berkata bengkel pertukangan dan ruang pameran akan dibuat daripada kontena.

Sebelum ini kerajaan negeri merancang mewujudkan Kampung Warisan di Kampung Laut, Tumpat bagi membangun semula industri makanan tradisional yang terdapat di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun segelintir penduduk yang dipercayai didalang parti politik serpihan membantah projek berkenaan, biarpun memberi manfaat meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. – HARAKAHDAILY 6/2/2017

Sumber HD - 6-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































PRU14: Kajian DAP berbeza realiti di bawah

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44174-pru14-kajian-dap-berbeza-realiti-di-bawah

BACHOK: Biarpun DAP membuat telahan kerajaan PAS di Kelantan akan tumbang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kerana kehadiran Parti Amanah Negara (PAN), namun persepsi itu berbeza dengan realiti di bawah.

Ini kerana pemimpin yang menguasai PAN sekarang rata-rata dikenali bermasalah di peringkat akar umbi PAS, sebelum meninggalkan parti itu.

Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya PAS Kelantan, Mohd Nasir Che Daud berkata kawasan yang dimenangi PAS pada PRU lepas dengan penguasaan sekitar 55 peratus terdapat hampir 20 Dun.

Katanya di kawasan Dun yang dimenangi PAS melebihi 55 peratus perlu diperkukuhkan lagi sokongan dan meraih sokongan pengundi baharu.

“Manakala Dun yang majoriti di bawah 55 peratus pula, jentera pilihan rayanya perlu meraih sokongan pengundi baharu dan mengekalkan sokongan yang ada,” katanya pada satu program di sini hari ini.

Baru-baru ini ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong dilapor berkata, kajian pihaknya mendapati PAS kemungkinan tidak dapat mempertahankan Kelantan pada PRU14.

Menurutnya kemungkinan tersebut boleh berlaku jika PAN mampu memberikan cabaran serius kepada PAS di 10 Dun.

Mohd Nasir juga berkata PAS Kelantan mengambil langkah mendekati pengundi atas pagar melalui pelbagai program sebaik sahaja PRU13 selesai. - HARAKAHDAILY 6/2/2017

Sumber HD - 6-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































Lebih 2,000 anak muda berhimpun pertahan Kelantan

Muhammad Arif Ismail | .


KOTA BHARU: Lebih 2,000 anak muda berhimpun bagi mempertahankan kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi.

Usaha tersebut diterjemahkan pada Himpunan Jentera Pilihan raya Pemuda PAS Negeri Kelantan (Himpak) yang diadakan Pusat Tariyah Islam Kelantan (Putik) semalam.

Ia dirasmikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Program sehari itu diadakan bagi memperkemaskan jentera Pemuda PAS bagi menghadapi PRU ke-14 yang dijangka diadakan akhir tahun ini.

Program dimulakan solat sunat dhuha dan solat hajat secara berjemaah yang dipimpin oleh ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Fattah Jaafar.

Sejurus selepas itu, Kuliah Haraki oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim sebelum berehat serta bersarapan.

Pada majlis itu juga, Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti, PAS Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood melancarkan Syabab Charity sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Kemuncaknya, Forum Pemuda Himpak membariskan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Arif Abdullah. – HARAKAHDAILY 5/2/2017

Sumber HD - 5-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































Berita Misteri: Lima sekeluarga naik kereta masuk 'alam lain' 8 hari
Posted on Saturday, February 04 @ 08:03:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33453



TUMPAT: Lapan hari dilaporkan hilang, seorang daripada lima mangsa mendakwa “masuk ke alam lain” dan “ditutup hijab” ketika menjawab misteri kehilangan ganjil itu.

Ilham Kamaruddin, 35, mendakwa beliau bersama empat lagi ahli keluarganya menaiki kereta sehingga ke Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur dalam tempoh itu, lapor Harian Metro.
Mereka hanya ditemui ketika membeli roti canai di kedai makan di kampung Neting, Pengkalan Kubor dekat sini kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
“Sejurus itu, saya segera memaklumkan kepada pihak polis dan sepasukan anggota ke sana membawa kelima-limanya ke balai polis untuk diambil keterangan.
“Saya bersyukur mereka ditemui selamat dan sihat kerana sudah puas mencari mereka selama lapan hari. Malah keliru dengan cara kehilangan mereka,” kata abang mangsa Mafauzi Kamaruddin, 38.
Kelima-lima hilang pada 25 Januari lalu selepas menaiki kereta Perodua Alza dari rumah di Pengkalan Kubor untuk makan di kedai berhampiran kira-kira jam 4.30 petang.
Mafauzi berkata adiknya mula berubah, menjadi “pendiam dan seperti dipukau”, selepas mendapat rawatan tonsil dengan seorang bomoh di Terengganu.
“Saya juga tidak sangka kejadian yang menimpa Ilham itu turut berjangkit kepada mereka yang menaiki kereta bersamanya sebelum hilang,” katanya.

    Sementara itu, polis Tumpat menolak sebarang perbuatan jenayah dalam kejadian pelik itu. Kelima-lima mereka sudah memberi keterangan kepada polis.

Sumber TKO - 4-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































Tak perlu bunuh ular yang dah mati

NAZMAN CHE IBERAHIM & USTAZ RAZUAN AWANG HAMAT | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44155-tak-perlu-bunuh-ular-yang-dah-mati

Isu Kg Bukit Besi Temangan: Puak PAN Tak Perlu Nak Katok Ular Hok Mapuh Doh

MY dearest Abg Fauzi a.k.a Topeng Perak Unmasked, ini jawapan dan tindakan pantas yang telah dibuat oleh pimpinan kerajaan sejak bulan lalu lagi. Jadi tak perlulah main isu ni. Tak perlu jadi Hero Last Minit deh. Buang masa sahaja. Dan Pemuda PAS Kelantan juga sudah awal lagi turun bertanya khabar penduduk di sini sejak bulan lalu

Ada pihak yang mengambil kesempatan terus menyalahkan kerajaan negeri kerana meluluskan lesen melombong.

Bukan tidak boleh menyalahkan kerajaan negeri. Boleh, dan kita patut dan kena terima sebarang teguran yang ikhlas dan berasas.

Selepas itu tindakan susulan perlu dilakukan. Tetapi semata-mata mencari dan meletakkan kesalahan pada satu-satu pihak perlu kepada penelitian dan mesti dibuat dengan cermat.

Sebenarnya dalam proses kelulusan lesen melombong ini, bukan sahaja agensi atau jabatan kerajaan negeri sahaja terlibat malah beberapa buah jabatan kerajaan pusat juga terlibat.

Banyak pihak yang terlibat dalam membuat kajian dan memberikan pengesyoran kepada pihak berkuasa negeri sebelum kelulusan diberikan. Antaranya adalah Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Jabatan Hutan, Pejabat Tanah dan Jajahan serta Pejabat Tanah dan Galian.

Pandangan dari Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Alam Sekitar adalah amat penting. Kedua-duanya adalah jabatan di bawah kerajaan persekutuan.

Jabatan Pertanian dan Hutan adalah di bawah negeri dan persekutuan.

Kesemua jabatan ini adalah amat teliti dalam penilaian mereka. Pihak berkuasa kerajaan negeri membuat keputusan berdasarkan pengesyoran mereka.

Walau bagaimanapun kesilapan atau kecuaian tidak dinafikan boleh berlaku.

Sebagai contoh, adalah tidak adil kita menyalahkan JPJ kerana memberikan lesen memandu kepada pengguna yang cuai sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya sedangkan pengguna tersebut lulus semua ujian sewaktu memohon lesen memandu tersebut.

Dalam banyak kes, kesilapan atau kecuaian banyak berlaku di pihak pelombong yang membawa kepada bencana.

Antaranya, melanggar peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Banjir lumpur adalah disebabkan oleh lombong persendirian yang ditinggalkan pengusaha.

Ada 19 buah keluarga terlibat.  Kita dah buat keputusan untuk memindahkan kesemua mereka ke penempatan baru di tanah milik kerajaan berdekatan bandar Temangan.

YB ADUN Temangan sudah pun sembah maklum hal ini kepada Tuanku Pemangku Raja baru-baru ini untuk  mendapat perkenan bantuan kewangan MAIK bagi membina rumah2 mangsa.

Tuanku telahpun perkenan manakala pegawai daerah sudah membuat perjumpaan dengan kesemua mangsa pada bulan lepas untuk maklumkan keputusan ini kepada penduduk yang terlibat.

Alhamdulillah, semua mereka bersetuju. Insya-Allah proses tersebut sedang berjalan. Kerajaan akan menukar tanah mereka dengan tanah kerajaan dan akan mendirikan rumah untuk diberikan kepada mereka.

Salah seorang dari mangsa yang terjejas teruk, Pak Him, telahpun kita berikan rumah di pondok hidayah. Tetapi lepas itu dia pindah balik ke rumah asal.

Dia berpindah balik ke rumah asal sebab dikatakan tidak puas hati. Katanya tidak ada ruang untuk dia berkebun dan macam-macam lagi alasan tidak menasabah.

Apapan, kecaknaan kita kepada rakyat telah pun kita susuli dengan pelan tindakan. – HARAKAHDAILY 4/2/2017

Sumber HD - 4-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































Banjir di Kelantan tahun ini tidak seteruk 2014

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44150-banjir-di-kelantan-tahun-ini-tidak-seteruk-2014

KOTA BHARU: Banjir yang melanda beberapa tempat di Kelantan tahun ini tidak seteruk seperti yang pernah berlaku pada 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, kesan banjir mungkin agak besar berlaku di Pasir Puteh dan Bachok kerana sebelum ini jarang berlaku banjir di jajahan tersebut.

Katanya ia berbeza berbanding dengan penduduk yang sudah biasa dengan banjir setiap tahun antaranya Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat.

“Banjir yang berlaku Januari lepas agak terjejas di Pasir Puteh dan Bachok,” katanya selepas perasmian Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Negeri di Balai Islam semalam.

Sambutan itu dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Mumtaz juga berharap penduduk yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir bersiap sedia lebih awal.

Katanya banjir boleh melanda di mana sahaja sekiranya hujan lebat berterusan.

“Thailand misalnya berlaku banjir yang agak buruk di wilayah selatan negara itu awal tahun ini. Sedangkan sebelum ini mereka datang membantu kita,” ujarnya.

Kata beliau juga kerugian dialami akibat banjir belum dapat ditafsirkan lagi memandangkan banjir baru pulih. - HARAKAHDAILY 3/2/2017

kesan banjir mungkin agak besar berlaku di Pasir Puteh dan Bachok kerana sebelum ini jarang berlaku banjir di jajahan tersebut

Sumber HD - 3-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































Pertahan Kelantan: Munajat 60 hari jam 4.30 pagi

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44147-pertahan-kelantan-munajat-60-hari-jam-4-30-pagi

KOTA BHARU: Bermula pagi tadi sehingga awal pagi 17 Februari ini PAS Kelantan menganjurkan munajat dan solat hajat di peringkat parlimen bagi mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama.

Dan selepas itu program munajat akan diteruskan di 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood berkata, munajat dan solat hajat itu diadakan selama 60 hari berturut-turut yang bermula jam 4.30 pagi.

Katanya ada mana-mana kawasan parlimen atau Dun tidak dapat mengadakan program berkenaan ia akan diulangi sekali lagi sehingga tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14 diadakan.

“Kita sebagai pejuang perlu melakukan amalan munajat sama ada secara jamaie atau individu berterusan sebagai salah satu cara bagi mendapat pertolongan Allah Taala.

“Di samping itu gerak kerja lain seperti menggerak daftar pemilih dan mengadakan kursus pengendalian pilihan raya juga diadakan,” katanya pada pelancaran Munajat Perdana di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) awal pagi tadi.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan pimpinan PAS Negeri. Biar pun hujan agak lebat namun ia tidak menghalang kedatangan orang ramai.

Hassan yang juga Adun Tawang berkata tidak ada negeri lain di negara ini yang bersungguh-sungguh melaksanakan syariat Islam kecuali Kelantan di bawah kepimpinan ulama.

“Oleh itu kita perlu meracun serangga perosak yang cuba menganggu gugat kerajaan negeri yang ada sekarang,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/2/2017

Sumber HD -3-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Debat baiah' berlalu begitu sahaja

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44146-debat-baiah-berlalu-begitu-sahaja

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (PAN) yang dilihat beriya-iya mahu mencabar PAS di Kelantan, dianggap gagal dalam misi awalnya bagi menjayakan debat isu baiah dengan pemimpin PAS.

Surat Adun Salor Datuk Husam Musa yang bertarikh 21 November 2016 mencadangkan tarikh debat diadakan pada akhir Januari lepas, kini berlalu begitu sahaja.

Sebaliknya di pentas ceramah pemimpin PAN menganggap Adun Salor mampu mematah hujah Adun Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dengan mudah.

Namun sehingga sekarang cabaran debat isu baiah yang dikemuka Adun Salor gagal dimuktamadkan tarikhnya sehingga Januari berakhir.

Exco Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Fatah Jaafar berkata Adun Salor memberi pelbagai alasan bagi melengahkan debat isu baiah, sedangkan cabaran itu dimulakan pemimpin terbabit.

“Beliau tiba-tiba cuba melibatkan pula ulama tersohor Sheikh Dr Yusof Qardhawi, sedangkan ia tidak bersangkut paut langsung.

“Kita pun pelik di pentas ceramah PAN, penasihat parti itu di Kelantan digimik seumpama memiliki keajaiban sehingga boleh melakukan apa sahaja.

“Namun dalam isu debat baiah pun nampaknya tokoh pujaan mereka gagal tampil ke pentas yang diciptanya sendiri,” katanya.

Isu baiah timbul ekoran beberapa wakil rakyat yang menang atas tiket PAS menyertai parti lain selepas muktamar PAS pada 2015 setelah gagal mempertahankan jawatan.

Sedangkan ketika menerima pelantikan sebagai calon mereka melafazkan baiah dan sumpah untuk patuh kepada hukum Allah, Rasul-Nya dan arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebelum ini beberapa siri perjumpaan diadakan melibatkan wakil Husam dan Nassurudin merunding tarikh debat baiah, iaitu 14 Disember 2016, 27 Disember 2016 dan 10 Januari 2017.

Difahamkan pada ketiga-tiga pertemuan yang diadakan, wakil Adun Salor sentiasa mengelak apabila diminta wakil Adun Meranti untuk menentukan tarikh debat. - HARAKAHDAILY 3/2/2017

Sumber HD - 3-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pemuda Pas sokong gantung tugas Annuar Musa
Posted on Wednesday, February 01 @ 06:09:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33412&mode=thread&order=0&thold=0



KOTA BHARU - Pemuda Pas negeri menyifatkan langkah kerajaan menggantung jawatan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa yang berkuatkuasa serta merta adalah satu langkah yang tepat ke arah memastikan siasatan ke atas badan tersebut dapat berjalan dengan lancar.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, hal ini telah menunjukkan bahawa kredibiliti pemimpin Umno sudah tercalar memandangkan Annuar Musa juga merupakan Ketua Penerangan Umno.

“Ia juga menunjukkan bahawa Umno Kelantan sudah ketandusan pemimpin yang bersih untuk ditampilkan sebagai pengganti kepada kepimpinan kerajaan negeri yang ada sekarang sekiranya parti itu diberikan peluang untuk mentadbir negeri ini.


  “Pemuda Pas Kelantan menyeru seluruh rakyat negeri ini agar tetap mempertahankan kerajaan negeri daripada jatuh ke tangan Umno dan BN bagi mengelakkan kerajaan negeri ini ditadbir oleh pemimpin yang tidak mempunyai rekod yang bersih,” katanya. - Sinar Harian

Sumber TKO - 1-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































Hodohnya gambaran penolakan Akta 355

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44131-hodohnya-gambaran-penolakan-akta-355

KOTA BHARU: Isu pindaan Akta 355 boleh dijadikan contoh kecil bagaimana sukar dan hodohnya gambaran penolakan sesetengah pihak terhadap usaha umat Islam mahu memartabatkan agama mereka.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata ledakan penentangan begitu kuat gegarannya ketika ribuan lagi orang Islam mahu mengembalikan syiar Islam.

Katanya, Rang Undang-Undang (RUU) 355 dijadikan mangsa secara berterusan untuk meminggirkan Islam dan meremehkan penganutnya.

“Mereka menggunakan undang-undang dan hak asasi kononnya menyentuh hak mereka.

“Kita juga ditakut-takutkan bahawa PAS akan kalah teruk kalau tidak bersama pembangkang lain. Mereka sebenarnya lupa sejak pilihan raya umum 1959, puratanya PAS sentiasa solo.

“Kita tidak lari dari medan perjuangan. PAS berusaha supaya setiap Muslim menerima politik Islam. Demokrasi dan pilihan raya hanya alat, tetapi Allah SWT dan Rasul SAW adalah matlamat," katanya di sini.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata sejarah politik negara jelas membuktikan semua tahaluf dan pakatan longgar parti pembangkang dilanggar pihak lain.

Sedangkan katanya ketika pilihan raya, jentera PAS di segenap peringkat bekerja bermati-matian bagi memenangkan pakatan pembangkang.

Beliau juga berkata, golongan terbabit lupa mahkamah syariah milik semua orang Melayu tak mengira parti dan status mereka.

“RUU 355 adalah suatu sistem, struktur, bidang kuasa hukuman dan keadilan,” ujarnya.

Oleh itu katanya perhimpunan Menyokong Akta 355 pada 18 Februari ini bertujuan menyatu dan membina keyakinan sebuah prinsip dalam menyelusuri ruang demokrasi di negara ini. - HARAKAHDAILY 1/2/2017

Sumber HD - 1-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































PAS gabung Umno, persepsi murahan – bekas Umno

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44121-pas-gabung-umno-persepsi-murahan-bekas-umno

KUALA KRAI: Bekas Setiausaha Gerak Saraf Umno Kelantan, Kamarudin Mohd Kasim menyifatkan ada pihak terpedaya dengan persepsi yang cuba menggambarkan PAS akan bergabung dengan Umno.

Katanya beliau mempunyai banyak pengalaman bersama Umno sebelum ini, menganggap taktik tersebut dilontar bagi melemahkan PAS.

"Ini sebenarnya merupakan satu penipuan persepsi yang dibuat untuk melemahkan kerajaan negeri yang diperintah PAS. Saya tahu apa yang berlaku sekarang.

"Saya hendak nyatakan kepada seluruh rakyat Kelantan, Umno memang tidak boleh dipercayai selepas pelbagai dosa yang dilakukan terhadap rakyat,” katanya di sini.

Beliau ditemui ketika hadir pada majlis penyerahan kunci rumah bantuan banjir Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin di Kampung Telekung.

Yayasan terbabit membina 24 rumah membabitkan kos sebanyak RM1.6 juta untuk penduduk yang terlibat dengan kejadian banjir besar di Kelantan pada akhir 2014.

Setiap rumah dengan kos lebih kurang RM53,000. Di penempatan sama sebelum ini Lembaga Zakat Selangor membina 60 rumah mangsa banjir yang diduduki lebih setahun lepas.

Sebelum ini banyak pihak terutamanya Parti Amanah Negara dan DAP seringkali melemparkan tohmahan kononnya PAS akan bergabung dengan Umno bagi menghadapi PRU ke-14 tidak lama lagi.

Kamaruddin juga berkata beliau amat hairan persepsi murahan itu dilemparkan terhadap PAS ketika Umno semakin ditolak rakyat. – HARAKAHDAILY 1/2/2017

Sumber HD - 1-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































1,500 ahli baru sempena pelancaran PAS pilihanku

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44119-1500-ahli-baru-sempena-pelancaran-pas-pilihanku

DEWAN Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) telah melancarkan Kempen PAS Pilihanku peringkat dewan pemuda bertempat di Sudara Beach Resort, Telong, Bachok pada 31 Januari 2017 semalam.

Kempen ini berjaya menambah seramai 1500 keahlian baru PAS di kalangan orang muda yang melibatkan dua kawasan iaitu Kawasan Bachok dan Pasir Putih.

Mengikut Pengarah Program, Ustaz Mohd Zaki Zakaria, Kempen ini telah dilancarkan di peringkat pusat bertujuan menambah keahlian PAS diikuti pelancaran peringkat Badan Perhubungan PAS Kelantan baru-baru ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Saudara Nazman Che Iberahim, yang juga mempengerusikan Pelancaran Kempen PAS Pilihanku malam tadi, turut merasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada semua anak anak muda yang hadir. Dan ini adalah satu petanda serta amaran kepada Umno Barisan Nasional yang kononnya mahu merampas Parlimen Bachok serta Pasir Puteh daripada PAS, tetapi dengan kehadiran sedemikian, maka mereka sudah sepatutnya melupakan angan-angan kosong berkenaan.

Manakala Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS Kelantan dalam ucapannya menyebut, Pemuda PAS Negeri  akan turun keseluruh kawasan bagi menjayakan kempen ini. Siri pertama dibuat di Bachok dan insya Allah akan diteruskan dilain-lain kawasan.

Turut menyampaikan ucapan, Datuk Ustaz Hassan Mohamood selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Bachok yang menyeru kepada pemuda yang hadir agar menjadi tonggak kepada perjuangan Islam.

Majlis dirasmikan oleh Datuk Abdul Fattah Mahmood, Exco Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti meyampaikan amanat supaya anak muda Kelantan bersungguh-sungguh berusaha mempertahankan kemangan Kerajaan Islam Kelantan.

Turut hadir dalam majlis tersebut Abdul Aziz Kadir, Timbalan Yang DiPertua dan Mohd Huzaimy Che Husin, Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Bachok selain pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri, Dewan Pemuda PAS Bachok dan Dewan Pemuda PAS Pasir Putih. – HARAKAHDAILY 1/2/2017

Sumber HD - 1-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































Mangsa terus dibantu walau banjir berlalu

SALMAH MAT HUSAIN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44102-mangsa-terus-dibantu-walau-banjir-berlalu

RANTAU PANJANG: Walaupun banjir di Kelantan sudahpun berlalu namun beberapa buah kampung masih digenangi air banjir, antaranya Kampung Kelawar, Kampung Banggol Kor, Kampung Banggol Nyior dan Kampung Lancan yang terletak dalam Dun Meranti.

Ekoran daripada itu, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berperahu meredah banjir dari rumah ke rumah di kampung-kampung tersebut untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Turut serta dalam misi itu Anggota Jawatankuasa Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Yayasan Amal, Penghulu Mukim dan Briged Muslimat.

Menurutnya, hampir 200 keluarga masih menggunakan perahu untuk urusan harian kerana masalah itu.

Katanya, ia adalah fenomena yang sering berlaku setiap tahun apabila berlakunya banjir.

“Sebagai tanda simpati, sebagai tanda ingatan pada mereka, alhamdulillah kita kongsikan sumbangan ini pada mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu-jemu membantu dalam menangani masalah banjir dalam parlimen tersebut.

Katanya, sumbangan bentuk kewangan, tenaga, buah fikiran benar-benar dapat membantunya dalam menangani masaalah itu.

Pada masa yang sama Zailah memberitahu, penduduk kampung berkenaan hilang punca pendapatan apabila pokok getah yang ditoreh mereka lama terendam dalam air.

“Dianggarkan sebulan mereka tidak dapat menoreh kerana masalah hujan, banjir dan kini pokok-pokok getah masih digendangi air,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 31/1/2017

Sumber HD - 31-1-2017































































































Kampung Warisan tingkat ekonomi penduduk

Salmah Mat Husain|Foto Fattah Fatihi | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44106-kampung-warisan-tingkat-ekonomi-penduduk

TUMPAT: Usaha kerajaan negeri mewujudkan Kampung Warisan di Kampung Laut bagi meningkatkan lagi ekonomi penduduk tempatan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, industri serunding di kampung itu dapat diperkembangkan lagi melalui penyediaan prasarana yang lebih teratur.

“Kampung Laut sudah lama dikenali masyarakat luar Kelantan dengan perusahaan serunding. Jadi kerajaan negeri akan mempertingkat prasarana yang lebih baik,” katanya ketika melawat kilang memproses sambal daging di Kampung Laut, semalam.

Sebelum ini segelintir penduduk yang dipercayai didalangi parti serpihan membantah usaha kerajaan negeri membangunkan Kampung Warisan di Kampung Laut.

Tahun lepas mereka mengadakan demonstrasi membantah projek berkenaan di hadapan Kota Darulnaim.

Menteri Besar turut menyertai gotong royong membersih kesan-kesan banjir di Dataran Purnama akibat banjir baru-baru ini. - HARAKAHDAILY 31/1/2017

Sumber HD - 31-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































Banjir di Kelantan pulih, pusat pemindahan ditutup

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44086-banjir-di-kelantan-pulih-pusat-pemindahan-ditutup

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya hari ini apabila kesemua 15 pusat pemindahan banjir pada gelombang kedua ditutup petang tadi.

Laporan e-Banjir Negeri Kelantan yang dikemaskini petang ini mendapati kesemua pusat-pusat pemindahan mangsa banjir telah ditutup.

Perkembangan itu berlaku berikutan cuaca yang semakin cerah di negeri itu sejak tiga hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi, melahirkan rasa syukur kerana negeri ini telah selamat daripada banjir.

“Kita berharap tiada lagi banjir melanda negeri kita, insya Allah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir.

Katanya, badan-badan bukan kerajaan, agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta individu terbabit telah banyak membantu meringankan mangsa banjir yang melanda negeri ini.

Sementara itu, Setiausaha Skuad Gonyoh Gaya, Dr Wan Martina Wan Yusof, mengucapkan terima kasih kepada semua NGO yang bergabung di bawah skuad itu membantu mangsa-mangsa banjir.

Katanya, gerak kerja skuad dalam semua program kebajikan begitu dihargai.

“Skuad kita berakhir misinya hari ini di SRJK (C) Yuk Chai Kuala Krai petang ini. Ianya begitu menyentuh perasaan kerana ukhwah yang terjalin antara ngo-ngo dalam dan luar Kelantan,” ujarnya.

Beliau yang mewakili Pengarah skuad Ustaz Khalik Mohd Zari mengucapkan terima kasih kepada NGO Pertis Taiping yang telah datang membantu sebanyak dua kali.

Sebanyak tujuh NGO turun membantu dalam skuad berkenaan, antaranya Mesra, Pertis, Jabatan Amal Ketereh dan Kuala Krai, Kelab Muda Kuala Krai, Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK, Papisma, Kelantan Hilir Trucker.

Turut membantu, Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Nazman Che Ibrahim dan Adun Guchil, Roslam Puteh.- HARAKAHDAILY 29/1/2017

Sumber HD 29-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Husam perlu tarik fitnah kepada Yayasan Tok Kenali
Posted on Friday, January 27 @ 18:21:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33349



KOTA BHARU - Penasihat Amanah, Datuk Husam Musa digesa menarik balik dakwaan yang tidak berasas yang dilemparkan kepada Yayasan Amanah Tok Kenali dan kerajaan negeri dalam isu pembinaan tugu banjir di Kuala Krai.
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah meneliti dakwaan yang dibuat bekas pemimpin Pas itu dan mendapati perkara tersebut tidak betul dan tidak bertanggungjawab.

“Selepas meneliti beberapa dokumen dan mendengar penjelasan daripada Yayasan Amanah Tok Kenali, tanah yang dimaksudkan oleh terbabit adalah dibeli Yayasan Amanah Tok Kenali bagi tujuan menyelamatkan tanah Masjid Jauhar yang sebelum ini dibina di atas tanah milik individu.

“Manakala, Tugu Banjir yang dibina oleh badan bukan kerajaan di Kuala Krai tidak termasuk di dalam tanah yang dibeli Yayasan Tok Kenali dan tidak seperti yang didakwa beliau,”katanya.
Husam sebelum ini didakwa mengeluarkan kenyataan mempersoalkan tindakan pembinaan tugu banjir di Kuala Krai yang berjumlah RM300,000 yang disifatkan sebagai membazir.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam persidangan Dun Kelantan telah menjelaskan rasionalnya pembinaan tugu banjir tersebut, terutamanya untuk melambangkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu sepanjang musibah itu berlaku.
Beliau turut menjelaskan mengenai tanggungjawab penyelenggaraannya.

Mengulas kenyataan dibuat Husam, ia telah jauh menyimpang dan tiada asas yang kukuh, sekali gus ia perlu ditarik balik untuk mengelak sebarang kekeliruan timbul.


  Wan Roslan juga turut mengingatkan semua pemimpin politik atau individu perlulah sentiasa berhati-hati di dalam memberikan kenyataan bagi mengelak sebarang silap faham, kekeliruan dan tohmahan tidak berasas  yang boleh menimbulkan fitnah.

Sumber TKO - 27-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































































Tugu Banjir: Satu fitnah kepada Yayasan Tok Kenali

WAN ROSLAN WAN HAMAT | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44052-tugu-banjir-satu-fitnah-kepada-yayasan-tok-kenali

Saya membaca dakwaan yang dibuat oleh YB Dato' Haji Husam bin Musa yang disiarkan di dalam Sinar Harian bertarikh 26 Januari 2016, halaman 36 (Kelantan) dan akhbar digital Malaysia Dateline bertarikh 25 Januari 2017 dengan tajuk TUGU BANJIR: KELANTAN BAZIRKAN RM300,000 WANG YAYASAN TOK KENALI. Kenyataan tersebut adalah tidak betul dan sangat tidak bertanggungjawab.

Selepas meneliti beberapa dokumen dan mendengar penjelasan daripada pihak Yayasan Amanah Tok Kenali, tanah yang dimaksudkan oleh ADUN Salor terbabit adalah dibeli oleh Yayasan Amanah Tok Kenali bagi tujuan menyelamatkan tanah Masjid Jauhar yang sebelum ini dibina di atas tanah milik individu. Manakala, Tugu Banjir yang dibina oleh badan bukan kerajaan di Kuala Krai tidak termasuk di dalam tanah yang dibeli oleh Yayasan Tok Kenali dan tidak seperti yang didakwa oleh beliau.

Oleh yang demikian, kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Dato' Haji Husam bin Musa adalah menyimpang dan tiada asas serta saya menggesa pihak YB Dato' Haji Husam bin Musa menarik balik tuduhan terhadap Yayasan Amanah Tok Kenali dan juga Kerajaan Negeri Kelantan sepertimana kenyataan yang telah beliau keluarkan.

Saya juga berharap, semua pemimpin politik atau individu perlulah sentiasa berhati-hati di dalam memberikan kenyataan dan komen supaya ianya tidak mengelirukan dan menjadi fitnah kepada pihak kerajaan negeri.

Sekian, Terima Kasih.

HJ WAN ROSLAN WAN HAMAT
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan - HARAKAHDAILY 26/1/2017

Sumber HD - 26-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




































































































Muhyiddin jumpa MB Kelantan petang tadi

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44050-muhyiddin-jumpa-mb-kelantan-petang-tadi

KOTA BHARU: Petang tadi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yasin berjumpa Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Pertemuan hampir dua jam itu berlangsung di JKR 10 petang tadi.

Antara perkara yang dibincangkan termasuklah hal yang berkaitan kerjasama bagi menghadapi PRU14 nanti.

“Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lebih mencabar,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas melakukan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan.

Selain itu, Muhyiddin turut memberitahu bahawa akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi PAS Febuari nanti.

Pertemuan itu sebagai lanjutan hasil pertemuan yang pernah diadakan sebelum ini bagi membentuk kerjasama yang lebih erat.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagaimanapun enggan mengumumkan tarikh pertemuan itu walaupun telah ditetapkan kedua belah pihak.

Jelasnya lagi, pertemuan yang bakal berlangsung itu sebagai susulan untuk membincangkan draf  yang telah dikemukakan sebelum ini.

Tambahnya, secara umumnya draf ke arah kerjasama telah dipersetujui, tetapi ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

Sehubungan itu Mahyuddin berkata, beliau akan mengambil perhatian terhadap pandangan Menteri Besar itu sebaik mungkin.

Jelasnya, daripada pertemuan itu beliau dapati Timbalan Mursyidul Am itu begitu ikhlas terhadap apa yang dibincangkan.

Sempena pertemuan itu juga, Muhyiddin turut memaklumkan pihaknya akan menyerahkan 24 buah rumah kepada mangsa banjir 2014 di Kuala Krai esok.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Pengarah Pilihan Raya Negeri, Zulkifli Mamat, Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Datuk Nordin Salleh. – HARAKAHDAILY 26/1/2017

Sumber HD - 26-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































Cuaca cerah, namun mangsa banjir meningkat

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44049-cuaca-cerah-namun-mangsa-banjir-meningkat

KOTA BHARU: Biar pun cuaca hari ini cerah, namun jumlah mangsa banjir di Kelantan yang dipindahkan meningkat berbanding semalam, menurut portal rasmi banjir negeri.

Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

Jumlah penduduk yang dipindah sehingga jam 2 petang tadi seramai 333 orang daripada 76 keluarga, berbanding 259 orang semalam.

Bagaimanapun jajahan Gua Musang dan Pasir Puteh tidak menunjukkan peningkatan jumlah penduduk yang berpindah.

Di Gua Musang seramai 150 penduduk di Bertam dan Chiku dipindahkan, manakala 44 mangsa banjir di Bukit Awang, Pasir Puteh.

Manakala jambatan sementara yang menghubungkan Gua Musang dan Jeli di Kampung Pulau Setelu tidak boleh lagi dilalui sejak tiga hari lepas.

Jambatan sementara yang dibina hanya beberapa kaki di atas paras air Sungai Nenggiri tenggelam sejak Selasa lalu.

Di Kuala Krai  seramai 139 mangsa dipindah ke empat lokasi iaitu Madrasah Mesek, Dewan Pejabat Veterinar Kuala Krai, Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai Lama dan Sekolah Menengah Laloh.

Peningkatan berlaku di Kuala Krai, di mana 25 mangsa di Olak Jeram dipindahkan ke Sekolah Menengah Laloh.

Di Kampung Manek Urai Lama Kuala Krai, lokasi yang terjejas teruk akibat bah besar akhir 2014, turut dilimpahi bah sejak semalam.

Seramai 57 penduduk dipindahkan pusat pemindahan di SK Manek Urai Lama ekoran rumah mereka ditenggelami banjir akibat limpahan Sungai Lebir.

Manakala 35 mangsa banjir berada di Madrasah Mesek sejak Ahad lepas. – HARAKAHDAILY 26/1/2017

Sumber HD - 26-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































Khidmat Malaysia terus bantu mangsa banjir

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44048-khidmat-malaysia-terus-bantu-mangsa-banjir

KOTA BHARU: Khidmat Malaysia Cawangan Kelantan turut turun padang mengagihkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Pengerusinya, Dr Izani Hussin berkata, sumbangan itu diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di 22 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dilanda banjir.

Katanya sebanyak 1,500 bungkusan makanan disediakan yang mengandungi beras, gula, minyak masak dan biskut diagih kepada penduduk.

Menurutnya sebanyak RM40,000 diperuntukan bagi menyedia keperluan harian terbabit.

“Bermula semalam kita mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Dun Salor dan Kelaboran untuk fasa pertama sebanyak 50 bungkusan makanan.

“Hari ini kita teruskan ke beberapa Dun di jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah. Kami menyerah sumbangan berkenaan melalui Adun atau Penyelia Dun,” katanya di sini.

Menurutnya bagi fasa dua Khidmat Malaysia akan menggerakkan operasi membersih kediaman mangsa-mangsa banjir.

Katanya, sebanyak 14 “water jet” disediakan bagi memudahkan operasi membersihkan rumah mangsa banjir.

“Jabatan Amal digembelingkan untuk bersama membersih kediaman dan halaman rumah mangsa-mangsa banjir,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/1/2017

Sumber HD- 26-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































Pemimpin PAN pertikai usaha selesai tapak masjid

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44047-pemimpin-pan-pertikai-usaha-selesai-tapak-masjid

KOTA BHARU: Tindakan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan mempertikaikan usaha kerajaan negeri menyelesaikan status tanah tapak Masjid Jauhar di Kuala Krai sebagai kehabisan modal politik.

Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat berkata tindakan Adun Salor Datuk Husam Musa yang mempertikaikan usaha tersebut kerana tidak mendapat gambaran jelas mengenai isu sebenar.

Katanya, pemimpin PAN Kuala Krai dan Penasihat PAN Kelantan sengaja menjadikan isu tugu banjir untuk memburukkan imej kerajaan negeri.

“Mereka dilihat berniat tidak baik terhadap usaha kerajaan negeri menyelesaikan status tanah Masjid Jauhar dan tapak Tugu Peringatan Banjir katanya di sini.

Laman berita milik PAN melaporkan Adun Salor menyifatkan kerajaan Kelantan melalui Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) membazir wang berjumlah RM300,000 kerana cuai membina tugu banjir atas tanah milik persendirian.

Dalam perkembangan berkaitan Pengarah YTK Tuan Sharifudin Tuan Ismail berkata pihaknya menerima surat daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai Mei lepas berkaitan cadangan mengambil balik tanah di lot 2319 dan 2397 di bandar Kuala Krai.

Katanya, Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Kuala Krai mengambil keputusan tanah tersebut perlu diambil balik bagi menyelesaikan tapak Masjid Jauhar.

“Isunya sekarang usaha kerajaan negeri bagi menyelesaikan tapak Masjid Jauhar bukan pembaziran sebagaimana didakwa pemimpin PAN,” kata Zulkifli. – HARAKAHDAILY 26/1/2017

(Pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang

Sumber, HD - 26-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

114 penduduk dapat kebenaran duduki tanah

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44046-114-penduduk-dapat-kebenaran-duduki-tanah

KOTA BHARU: Seramai 114 penduduk Kampung Jubakar Pantai beruntung apabila mereka menerima surat kebenaran permohonan milik tanah kerajaan.

Sedangkan tanah tersebut pada asalnya dirancang untuk pembinaan rumah mampu milik.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob, berkata tanah berkenaan diambil balik semula kerajaan negeri dengan kos RM1.4 juta.

Katanya langkah itu dibuat demi kepentingan rakyat untuk membolehkan mereka terus tinggal di kawasan tersebut.

“Akhirnya tanah tersebut diberikan kepada mereka. Dengan pemberian surat kebenaran sekarang, mereka dapat tinggal di situ tanpa sebarang masalah.

“Cuma mengikut Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat penduduk perlu membayar premium tanah,” katanya pada majlis berkenaan petang semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Abdullah Mat Nawi,  Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Datuk Nazman Muhamad serta Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin. – HARAKAHDAILY 26/1/2017

Sumber HD - 26-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada aktiviti pembalakan di Lojing sejak 2006
Posted on Thursday, January 26 @ 21:21:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33338



KOTA BHARU: Masih ada pihak yang mendakwa penebangan hutan bagi aktiviti pembalakan di Lojing berleluasa, sedangkan tiada lesen baharu dilulus di kawasan itu sejak 2006.

Dakwaan itu dibuat sekumpulan Orang Asal kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) hari ini.

Rombongan Orang Asal dari Lojing difahamkan dibawa ke Kuala Lumpur dengan bantuan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Timbalan Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Rosli Abdullah berkata kerajaan negeri sudah lama membeku aktiviti pembalakan di Lojing, kira-kira 10 tahun lepas.

Katanya, tiada lagi aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan kecuali kegiatan pertanian untuk sayur-sayuran.

“YTK juga membangunkan kawasan pertanian di kawasan seluas 600 ekar di Pos Jedip dengan kerjasama syarikat swasta.

“Kerajaan negeri juga merezabkan kawasan seluas 30 ekar kepada penduduk Orang Asal di kawasan itu di samping menyediakan bantuan lain,” katanya di sini.

Tok Batin Kampung Sigar, Rada Jambu hari ini dilapor mendakwa kampung mereka semakin sempit kerana pembalakan yang berleluasa.

Seperti dilapor sebuah laman berita, kata Rada kampung itu sebahagian daripada kawasan hutan simpan kekal di Lojing dan hanya tinggal sebuah kawasan kecil yang belum disentuh.

Rosli juga berkata syarikat yang terbabit dengan aktiviti pertanian sayur-sayuran di Jedip memberi bantuan menyediakan saluran paip air bagi kemudahan penduduk.

Menurutnya banyak peruntukan diberi kepada penduduk dengan membekalkan “polypipe” bagi membolehkan mereka mendapat bekalan air daripada bukit berdekatan.

Namun katanya, projek tersebut tidak dilaksanakan mereka, sedangkan peruntukan sudah diberi. - HARAKAHDAILY 


Sumber TKO - 26-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































Elak Guna Laluan Jeli-Gua Musang
Posted on Thursday, January 26 @ 18:58:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33334



GUA MUSANG: Laluan di Kilometer 47.8 dan 47.5 sempadan Gua Musang -Jeli terpaksa dibuka satu lorong berikutan kejadian runtuhan cerun hari ini.
Kejadian yang berlaku pukul 2 pagi itu susulan hujan lebat berterusan menyebabkan laluan di kawasan tersebut mengalami hakisan tanah runtuh.

Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhil Wafi Nordin berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar menggunakan jalan alternatif FT66, Jalan Sungai Sam-Dabong.


"Kita berharap pengguna yang mahu menggunakan jalan berkenaan agar berhati-hati kerana hakisan mungkin menjadi semakin teruk sekiranya hujan berterusan, " katanya di sini hari ini. - UM

Sumber TKO - 26-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































































Isu Tugu Banjir: Pemuda PAS jawab Husam

NAZMAN CHE IBERAHIM | .







http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44039-isu-tugu-banjir-pemuda-pas-jawab-husam

KAMI ucap terima kasih atas keprihatinan YB Datuk dalam isu tugu banjir ini. Ia membuktikan bahawa Kerajaan Kelantan telah bertindak bijak dalam hal ini. Namun kami kesal dengan maklumat pra matang dan seakan-akan tidak membuat "kerja rumah" dahulu sebelum meneruskan edisi-edisi serangan kepada kerajaan negeri yang disalurkan kepada Datuk hingga akhirnya ia akan memalukan bukan sahaja Datuk, akan tetapi seluruh anggota parti PAN Kelantan.

Tugu banjir bukan isu pokok. Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) lah hero sebenar dalam hal tanah ini. Datuk cuba untuk menggambarkan kononnya tanah yang sempit sekangkang kera itu, yang didirikan tugu banjir oleh NGO, sebagai satu tanah yang bernilai RM300,000.00. Sedangkan keluasan sebenar tanah tersebut adalah 1.1 ekar dan ia adalah tapak bagi Masjid al-Jauhar yang telah berada lebih puluhan tahun di sana!

Dan nilai tanah seluas itu, yang juga mempunyai deretan kedai makan berhadapan dengan Masjid Jauhar, dan adanya ruang rehat kepada para musafir yang mahu berhenti rehat untuk makan, mandi dan melepaskan lelah, di bahagian sisi masjid, termasuklah bahagian atas masjid, yang mempunyai dewan untuk kegunaan masyarakat setempat, adalah jauh lebih murah daripada harga yang Datuk dakwa semalam.

Bayangkan tuan tuan, masjid yang digunakan sekian lama oleh sebahagian penduduk Guchil, menjadi persinggahan puluhan ribu anak perantau setiap tahun, menjadi pusat sehenti program masyarakat setempat, adalah sebenarnya milik individu seorang Cina.

Maka dengan segala kebijaksanaan kerajaan negeri, tanah seluas 1.1 ekar ini, yang berada di segitiga emas Kuala Krai, yang jika dinilai secara profesional, ia mungkin akan mencecah harga pasaran sehingga RM1 juta, telah berjaya diselamatkan atas nama Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) dengan harga lebih murah daripada harga pasaran.

Nah Datuk, tidakkah sekarang ia menjawab kekeliruan Datuk yang mengatakan bahawa Almarhum Tok Guru menubuhkan YATOK ini dahulu untuk membangunkan pendidikan dan pembangunan insan?

Adakah menyelamatkan tanah Masjid Jauhar seluas 1.1 ekar bukan satu kerja mulia yang sudah berjaya dimainkan oleh YTK? Dan adakah NGO membina sebuah tugu bagi memperingati Bah Kuning 2014, Bah Merah 1927, Bah Besar 1967 dan lain-lain sejarah, dengan menggunakan wang mereka sendiri, di bucu hujung lidah tanah 1.1 ekar ini menjadi satu dosa? – HARAKAHDAILY 26/1/2017

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Sumber HD -  26-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelantan kaji semula harga pasir

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



KOTA BHARU: Kelantan menangguhkan harga pasir yang diumumkan baru-baru ini bagi melakukan kajian semula kadar berkenaan.

Harga baru yang dikuatkuasa Rabu lepas iaitu pasir kasar RM10.60 satu tan, pasir halus (RM13 satu tan), pasir kotor (RM8 satu tan) dan batu (RM8 satu tan).

Sebelum itu harga harga pasir kasar di Kelantan RM12 satu tan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kajian itu akan dibuat dalam tempoh sebulan bermula hari ini.

Katanya usaha tersebut dilakukan bagi menentukan harga pasir berpatutan serta memberi keuntungan kepada pengguna dan pengusaha.

"Kita mengambil pendekatan untuk membuat satu kajian terperinci dalam masa sebulan bagi menetapkan harga pasir.

"Dalam tempoh kajian ini pengusaha hendaklah menjual pasir pada harga pada tahun 2016 sebelum kenaikan berlaku," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kelantan mendakwa pasir yang dijual kini meningkat sekali ganda kepada RM260 bagi setiap 10 tan berbanding sebelum ini RM130.

REHDA bimbang kenaikan harga pasir boleh mendorong kepada peningkatan harga rumah.

Menteri Besar juga berkata keputusan untuk menangguh kenaikan harga pasir dibuat pada mesyuarat bersama Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) dan Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Nazran Muhammad.

Ustaz Ahmad turut melahirkan rasa dukacita terhadap segelintir pengusaha pasir yang mengambil kesempatan menaikan harga bahan binaan tersebut.

Tahun lepas harga pasir bagi muatan lori enam tayar sekitar RM50 hingga RM80, namun ada pengusaha menaikkan sehingga sehingga lebih RM100. - HARAKAHDAILY 25/1/2017

Sumber HD - 25-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































Kelantan sumbang van bantu OKU ke hospital

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44035-kelantan-sumbang-van-bantu-oku-ke-hospital

KOTA BHARU: Kelantan merupakan negeri pertama di negara ini menyumbang kenderaan khas bagi mengangkutan orang kurang upaya (OKU) untuk mendapat rawatan di hospital.

Van berkenaan bernilai RM152,000 diserahkan kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini.

Penyerahan tersebut disampaikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob kepada Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof Dr Ahmad Sukari Halim.

Ustaz Ahmad berkata, kerajaan negeri merasa terpanggil bagi membantu memudahkan OKU mendapat rawatan di hospital.

"Ketika saya menjalani rawatan di hospital sebelum ini melihat OKU berdepan masalah untuk mendapat rawatan.

“Mereka datang lewat kerana tidak ada wang. Oleh itu dengan ada kemudahan van ini memudahkan mereka mendapat rawatan di hospital," katanya selepas majlis penyerahan itu.

Dr Ahmad Sukari berkata, semua hospital amat memerlukan sebuah van bagi

mengangkut pesakit dalam kalangan OKU mendapat rawatan di hospital.

Katanya, terdapat kira-kira 6,000 pesakit OKU menerima yang mendapat rawatan di Hosipital USM dan hanya 10 orang sahaja diberi rawatan dalam tempoh sehari.

"Kita fokuskan kepada OKU kurang berkemampuan dan benar-benar memerlukan sahaja," kata beliau.

Sementara itu Menteri Besar juga berkata banjir yang berlaku akibat limpahan air hujan baru-baru ini berpunca sistem perparitan yang tidak sempurna.

Katanya juga Kelantan tidak mempunyai tempat takungan air yang sempurna bagi menampung jumlah hujan terutamanya musim tengkujuh.

"Kita akan berusaha membuat permohonan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mengatasi banjir akibat saliran tidak sempurna.

“Pembinaan kawasan takungan air melibatkan kos yang tinggi termasuk pengambilan tanah,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 25/1/2017

Sumber HD - 25-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelantan : 40,000 borang keahlian PAS dicetak
Posted on Wednesday, January 25 @ 15:18:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33314


Oleh NAZIRAH NASRUN
PAS Negeri Kelantan telah mencetak 40,000 borang keahlian berdasarkan permintaan, sekali gus menyanggah khabar angin mengatakan kubu kuat PAS itu bakal tumbang kerana kekurangan ahli.


Naib Presiden PAS Iskandar Abdul Samad berkata Ini kerana terdapat peningkatan minat terhadap PAS sejak PAS membawa budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).

Katanya, ia bukan politik berdasarkan persepsi dan sindirmenyindir tetapi jalan penyelesaian Kesan BPMS Kelantan cetak 40,000 borang ahli PAS yang dibawa.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen PAS PAS Pusat berkata, tujuan program itu untuk menambah keahlian PAS setelah melancarkan BPMS.

Katanya, banyak perkara yang telah dilaksanakan, di antaranya adalah penghasilan Dokumen Hijau yang merupakan alternatif kepada pelbagai permasalahan seperti isu kewangan, GST, bagaimana menambah pendapatan negara dan juga perumahan.

“Dengan izin Allah kita yakin akan hasilkan banyak lagi dokumen sedemikian supaya dapat ditampilkan kepada rakyat tentang apakah penyelesaian kita. Perkara inilah yang membuatkan rakyat tertarik dengan PAS,” katanya.

Di negara-negara luar khususnya yang membangun, parti-parti pembangkang di sana bukan sekadar bercakap atau retorik sahaja namun mereka menunjukkan apakah solusi kepada sesebuah permasalahan dengan lebih terperinci,” jelasnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut menyatakan kemungkinan masih ramai di kalangan masyarkat yang tidak tahu bagaimana untuk mereka menjadi ahli.

“Dengan kempen sebegini bermakna kita minta kepada kawasan dan negeri untuk turun ke bawah mencari mereka yang mahu bersama dengan PAS.

Selain itu kita juga telah melancarkan pendaftaran secara online dalam usaha untuk menambah keahlian. Ianya bertitik tolak daripada minat yang tinggi ditunjukkan oleh rakyat kepada PAS,” kata Iskandar lagi.


 PAS mensasarkan pertambahan 15 peratus keahlian di peringkat pusat dan negeri menjelang Muktamar Tahunan PAS yang dijangka berlangsung pada Mac hadapan

Sumber TKO- 25-1-20117

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































Skuad bersih terus bekerja walau cuaca tidak dijangka

SALMAH MAT HUSAIN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44017-skuad-bersih-terus-bekerja-walau-cuaca-tidak-dijangka

KOTA BHARU:  Seramai 3,008 orang mangsa dari 842 buah keluarga masih lagi menginap di 19 pusat pemindahan banjir di Kelantan.

Jumlah itu semakin berkurangan berbanding 11,583 orang ketika kemuncak banjir gelombang kedua yang ditempatkan di 66 buah pusat pemindahan di lapan buah jajahan baru-baru ini.

Kini hanya empat jajahan yang masih berhadapan situasi itu, Jajahan Pasir Putih, Pasir Mas, Kota Bharu dan Kuala Krai.

Laporan eBanjir Kelantan yang dikemaskini hampir jam 9.00 pagi tadi menyebut Jajahan Pasir Putih paling ramai mangsa banjir yang masih tinggal di 10 pusat pemindahan banjir membabitkan 2549 orang dari 698 keluarga.

Jajahan Pasir Mas tempat kedua paling ramai dengan jumlah mangsa banjir 435 orang dari 149 keluarga di tujuh buah pusat pemindahan banjir.

Sementara itu bagi Jajahan Kota Bharu seramai 157 orang dari 54 keluarga di tiga tempat pusat pemindahan.

Kuala Krai hanya 44 orang dari 10 keluarga yang masih ditempatkan di dua tempat pusat pemindahan banjir.

Sehingga kini lapan jalan masih ditutup pada orang ramai khususnya kenderaan ringan, antaranya Jalan Sekolah Cina Rantau Panjang, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung, Jalan Pengkalan Kubur-Jeram Perdah.

Bagi Jajahan Pasir Putih pula, Jalan Padang Pak Amat-Kampung Merkam, Jalan Jelor-Lubok Tualang. Jajahan Tumpat hanya sebuah jalan yang masih ditutup, Jalan Pengkalan Kubor-Kampung Jambu.

Hanya Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang dalam Jajahan Pasir Mas ditutup pada semua kenderaan.

Sementara itu, air sungai di negeri ini masing-masing telah melepasi amaran, kecuali Sungai Rantau Panjang-Golok masih diparas bahaya, 9.61meter sehingga jam 11.00 pagi tadi.

Manakala Sungai Galas-Dabong kini ditahap amaran 35.80 meter bermula pukul 5.00 pagi tadi berbanding sebelumnya 34.88 meter.

Sebahagian tempat mendapati taburan hujan khususnya di Hulu Kelantan masih tinggi.

Laporan eBanjir Kelantan bermula 12.00 malam tadi sehingga 7.00 pagi ini mendapati kawasan Gunung Gagu 1 dan Gagau 2 di Gua Musang menunjukkan taburan hujan agak tinggi.

Sementara itu, Skuad Gonyoh Gaha akan memulakan operasi mereka di Kampung Mahligai Melor, Kampung Tasik untuk mencuci kediaman mangsa banjir di kampung tersebut.

Setiausahanya, Dr Wan Martina Wan Yusof, berkata pihaknya turun ke bawah untuk membantu mangsa banjir membersih kawasan dan rumah mereka.

Katanya, memandangkan skuad yang turun tidak begitu ramai, hanya kediaman OKU, warga mas dan golongan tidak berkemampuan sahaja dipilih.

“Alhamdulillah hari ini seramai 25 orang petugas akan turun bersama,” ujarnya.

Antara Ngo yang turun bersama skuad itu hari ini Misi Kembara Dakwah, Jurugambar Prihatin, Mesra dan Jabatan Amal Kelantan. – HARAKAHDAILY 24/1/2017

Sumber HD - 24-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































Jambatan sementara jadi 'perangkap maut'

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44016-jambatan-sementara-jadi-perangkap-maut

GUA MUSANG: Jambatan sementara yang dibina kerajaan pusat di Kampung Pulau Setelu merbahaya kepada pengguna terutamanya ketika hujan.

Jambatan itu dibina dengan kos hampir RM1 juta, lantainya dipasang kepingan besi dan pagar jambatan hanya dawai kecil.

Sejak dibina pada awal 2015 banyak penduduk terjatuh daripada jambatan berkenaan. Dan semalam seorang lagi penduduk menjadi mangsa apabila terjatuh daripada jambatan tersebut.

Mangsa Adnan Che Soh, 29, yang menunggang motosikal terjatuh dan dipercayai dihanyutkan arus Sungai Nenggiri selepas berlanggar dengan penunggang lain di jambatan sementara itu.

Mangsa berasal dari Kampung Prak sedang dalam perjalanan ke Kampung Pulau Setelu dikatakan melanggar belakang motosikal yang ditunggang seorang kakitangan kerajaan.

Penyelia Dun Nenggiri Syed Azhar Syed Alwi berkata sehingga sekarang sudah ramai penduduk menjadi mangsa kerana jambatan sementara yang dibina licin ketika hujan.

“Pagi semalam seorang lagi penduduk menjadi mangsa. Jambatan sementara yang dibina oleh kerajaan pusat agak merbahaya,” katanya di sini.

Pada 8 Jun 2015, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor berkata pembinaan jambatan baharu di Pulau Setelu akan dibina melibatkan kos sebanyak RM40 juta.

Gerakan mencari mangsa dilakukan anggota Polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Amal Gua Musang.

Sehingga hari ini mangsa belum lagi ditemui dipercayai dibawa arus Sungai Nenggiri ekoran hujan lebat di kawasan hulu. Jambatan sementara itu juga tenggelam sepenuhnya kerana paras sungai meningkat.

Syed Azhar turut menziarahi keluarga mangsa di Kampung Prak, Pulau Setelu petang semalam. – HARAKAHDAILY 24/1/2017

Sumber HD - 24-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































Yik rakam takziah pada keluarga mangsa lemas

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44022-yik-rakam-takziah-pada-keluarga-mangsa-lemas

KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (Yik) mengucapkan takziah kepada dua  keluarga mangsa mati lemas  di Pantai Kampung Nipah, Bachok 21 Januari lalu.

Mangsa berkenaan, Ilham Mohd Hafiz dan rakannya Mohd Aiman Che Hashim yang merupakan pelajar Maahad Tahfiz Sain Nipah, Bachok.

Pengarahnya, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus, berkata pihaknya turut berduka di atas kejadian yang membabitkan dua pelajar kelolaan Yik  baru-baru ini.

Sehubungan itu, pihaknya mengingatkan orang ramai khususnya pelajar yang tinggal di asrama perlu mematuhi arahan sekolah tempat mereka belajar.

Katanya, arahan keluar masuk telah lama dikeluarkan dan mereka perlu mematuhinya.

“Pelajar juga perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku khususnya ketika musim banjir ini.

“Arahan ibu bapa, pentadbir sekolah perlu diambil perhatian sebaiknya di samping menjaga diri sendiri,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak mendoakan bagi memohon keselamatan keluarga, anggota masyarakat di negeri itu terpelihara.

Dua mangsa dikatakan mandi bersama lima lagi rakan mereka yang lain namun, lima daripada mereka sempat diselamatkan nelayan yang melalui kawasan tersebut.

Lima yang selamat ialah Ahmad Daniel Mohd Azizi (beralamat di Tumpat); Mohd Nafiz Irfan (dari Salor); Omar Saizam (Kasar, Pasir Mas); Taiha Mohd Hatan (dari Sungai Petani, Kedah) dan Daniel Hakim Mohd Sabri (dari Kajang, Selangor).

Jenazah adik Ilham ditemui Ahad lalu kira-kira jam 10.15 pagi di Pantai Tok Abas Nipah, manakala jenazah adik Mohd Aiman ditemui pagi semalam di persisiran Pantai Cahaya Bulan.

Antara yang turun membantu Pegawai Yik, Ustaz Harun Ismail, Mudir Maahad Tahfiz Sains Nipah, Ustaz Zulkifli Husain Ali dan lain-lain kakitangan Yik selain anggota exco kerajaan negeri dan pimpinan lainnya.

Sementara itu hanya tiga buah sekolah yang masih belum beroperasi berbanding lebih 11 buah sekolah ketika kemuncak banjir melanda Kelantan pada gelombang kedua.

Sekolah berkenaan, Sek Men Agama (A) Nurul Huda Kajang Sebidang Tumpat, Sek Men Agama (A) Diniah Kampung Bongor, Pasir Mas dan Sek Men Agama (A) Al Falah Siram, Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 24/1/2017

Sumber HD - 24-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































Jabatan Hutan, PGA kerjasama kawal hutan

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44019-jabatan-hutan-pga-kerjasama-kawal-hutan

KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Kelantan menjalinkan bekerjasama dengan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am, Pengkalan Chepa bagi menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara 1984.

Pengarahnya, Datuk Zahari Ibrahim berkata, usahasama tersebut dilaksanakan selaras konsep National Blue Ocean Strategy (NBOS) bermula 13 Januari lalu.

"Sekaligus bagi mengawal aktiviti pencerobohan Hutan Simpan Kekal dan membanteras pembalakan haram di Kelantan.

"Termasuk operasi beberapa kawasan hitam yang dikenal pasti kawasan kilang haram yang melakukan pembalakan haram," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya hasil Operasi Bersepadu selama seminggu, beberapa kejayaan awal diperolehi iaitu lima kes yang melibatkan tangkapan seramai enam orang.

Ia melibatkan empat kes pencerobohan Hutan Simpan Ulu Galas dan satu kes kilang haram yang disiasat di bawah Enakmen Perhutanan Negara 1984.

Selain itu katanya, melaksanakan penguatkuasaan membuka semula sekatan laluan lori balak (blockade) semasa Operasi Penguatkuasaan Perhutanan pada 23 Januari lalu.

“Langkah ini merupakan susulan tindakan segelintir Orang Asal enggan mematuhi arahan Jabatan Perhutanan yang dikeluarkan 29 November lalu,” ujarnya.

Menurutnya pada operasi Isnin lepas di Hutan Simpan Balah, melibatkan 133 pegawai serta kakitangan menahan lima Orang Asal yang disyaki menjadi dalang. – HARAKAHDAILY 24/1/2017

Sumber  HD - 24-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































Skuad bersih rumah teruskan kerja kebajikan

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44012-skuad-bersih-rumah-teruskan-kerja-kebajikan

KOTA BHARU: Skuad 'Gonyoh Gaha Sampai Bersih' menerusi lagi kerja kebajikan dengan membersihkan pelbagai lokasi yang terlibat dengan kejadian banjir.

Bencana gelombang kedua yang melanda Kelantan melibatkan beberapa kawasan di negeri ini seperti Kota Bharu, Ketereh, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Bachok.

Situasi tersebut mengakibatkan kemusnahan yang bukan sedikit bahkan banyak harta benda penduduk terpaksa dibuang gara-gara banjir sehingga paras dada.

Justeru, inisiatif yang dilaksanakan oleh gabungan 11 NGO itu mendapat reaksi yang baik daripada penduduk yang mengalami kehilangan harta benda serta kesusahan.

Antara NGO itu ialah Misi Kembara Dakwah, Kelab Muda Kuala Krai, Jabatan Amal Cawangan Ketereh, Jurugambar Prihatin dan Yayasan Amal Malaysia.

Selain itu, Street Dakwah Kota Bharu, PIBG Sekolah Kebangsaan Ketereh, Gasak, Sukarelawan Mesra dan Kelab Budi Penyayang turut memeriahkan aktiviti itu.

Salah seorang penduduk Kampung Sri Kulim yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Iskandar Yusoff, 50 ternyata sangat gembira dengan perhatian skuad itu.

Salah satu tangannya tidak bergerak kerana kemalangan yang dihadapi 20 tahun dan kini beliau terpaksa membuat sebarang kerja dengan tangan kiri.

Ketika skuad itu tiba di rumahnya, beliau kelihatan sedang menyodok pasir seorang diri yang bertaburan sehingga ke seberang jalan akibat dilarikan air banjir.

"Saya gembira sangat-sangat, kalau saya buat ini seorang diri, boleh jadi seminggu lagi baru sudah," katanya di kediaman Program Bantuan Rakyat.

Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu menceritakan, banjir kali ini diibaratkan seperti tsunami kecil apabila air bah masuk ke dalam rumah dalam waktu singkat.

Tragedi tersebut menyebabkan beliau sekeluarga tidak dapat menyelamatkan diri kerana arus air terlalu laju menyebabkan Iskandar membuat keputusan nekad.

Pelbagai pihak dihubungi termasuk 999 ketika saat-saat getir itu, tetapi tiada pihak berkuasa tampil untuk menyelamatkan lima beranak itu.

Akhirnya anggota polis dari Jeli yang merupakan kenalannya ketika bertugas di Melor hadir memberi bantuan menghantarnya ke pusat pemindahan di Kedai Melor.

Seramai 60 sukarelawan terlibat membersihkan lebih 20 tempat pada program yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Dr. Yusnan Yusof.

Sekolah Menengah Ugama (Arab) Khairiah Melor dan Masjid Mahmudi Mukim Melor merupakan lokasi pertama dibersihkan dengan kerjasama pelajar sekolah itu.

Dalam masa sama, skuad berkenaan turut membersihkan kediaman penduduk di Kampung Sri Kulim, Melor dan sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) al Ariff.

Kerja-kerja pembersihan bermula pada jam 10 pagi dan selesai pada jam 12 tenghari sebelum bergerak ke kediaman Ketua Muslimat Dun Melor di Taman Kala Perdana.

Di rumah Norhanan Mohd Nor, semua anggota skuad itu berbincang serta bertukar pandangan bagi tindakan seterusnya ke Limbat, Pasir Tumboh dekat sini.

Antara kriteria yang dikenal pasti ialah keluarga miskin, orang kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal termasuk kepimpinan pemuda PAS Kelantan yang terlibat.

Banjir yang bermula jumaat lalu turut mengakibatkan kediaman Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Fadhli Shaari mengalami kemusnahan teruk.

Kehadiran skuad 'gonyoh gaha' sampai bersih di kediaman di Banjai Limat itu diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia cawang Kelantan, Abu Bakar Ibrahim.

Tetapi kerja pembersihan itu terpaksa dihentikan menjelang waktu petang kerana peserta masing-masing mempunyai komitmen lain yang terpaksa dipenuhi.

Ada juga kediaman anak yatim dibersihkan oleh peserta skuad di belakang Sekolah Menengah Long Ghaffar, Pasir Tumboh dekat sini pula diketuai oleh Pengarah Program, Mohd Khalik Mat Zari.

Selepas kerja berkenaan selesai, semua peserta kembali ke Masjid Mahmudi Mukim Melor bagi berehat seterusnya pulang ke kediaman masing-masing. – HARAKAHDAILY 24/1/2017

Sumber HD - 24-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kain kapan masih elok selepas 16 tahun dikebumikan
Posted on Monday, January 23 @ 21:10:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33288



TUMPAT - Kebesaran ALLAH disebalik musibah kubur rosak apabila pasir pusara dibawa arus deras air hujan, ada tiga pusara yang masih elok kain kafannya di Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk di Kampung Dalam Rhu di sini.
Kejadian itu berlaku ketika penduduk kampung bergotong-royong menimbus kembali pusara yang berubah tempat, batu nisan tercabut dan belindan pecah sejak semalam lagi.

Imam Masjid Ismaili Tumpat, Mazlan Besar berkata, apa yang berlaku adalah kuasa Allah memperlihatkan kain kafan yang masih elok sedangkan jasad itu dikebumikan 16 tahun lalu.

"Tapi sebelum diperlihat oleh orang ramai saya tutup (kambus) cepat-cepat kain kafan itu.

"Itu semua kuasa Allah, di sini tanah perkuburan yang jenazahnya ditanam hanya tiga hingga empat kaki kerana faktor tanah," katanya.

Kelmarin dilaporkan arus deras air hujan yang bertakung memasuki Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk menyebabkan lebih 100  kubur rosak.

Sumber TKO - 23-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































Wakil rakyat, NGO bantu mangsa banjir

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43993-wakil-rakyat-ngo-bantu-mangsa-banjir

KOTA BHARU: Wakil rakyat PAS membantu penduduk yang tidak mahu berpindah kerana mahu menjaga keselamatan rumah dan barangan berharga yang lain gara-gara banjir kali kedua di Kelantan.

Walaupun sehingga kini seramai 10,626 mangsa banjir dipindah ke pusat pemindahan seluruh negeri ini tetapi masih ada lagi penduduk yang gagal mengikut arahan pihak berkuasa.

Justeru, usaha wakil rakyat bersama penghulu serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha mengenal pasti mangsa terlibat harus dipuji.

Seramai lebih kurang 93 penduduk yang tidak berpindah di Pasir Puteh mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gaal, Tuan Mazlan Tuan Ismail.

Pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil termasuk Perakan dan beberapa badan lain.

"Lebih kurang 200 orang menerima sumbangan ini, daripada jumlah ini 93 tidak mahu berpindah kerana mahu jaga rumah dan harta benda lain.

"Tetapi semua kita beri sebab kita tahu kediaman mereka ditenggelami air dan juga mereka hidup dalam kesusahan," katanya ketika dihubungi tadi.

Manakala bagi Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir, beliau mengambil masa tiga hari meninjau nasib serta menyelami keselamatan penduduk dalam kawasannya.

Antara kampung yang dilawati ialah Kampung Lubuk Kuin, Kampung Pelunggur, Alor Bakat, Kampung Mahligai, Kampung Pak Badol, Kampung Gunong dan Kampung Keting.

Disertakan sekali dalam tinjauan itu ialah bahan makan seperti beras, biskut, roti serta makanan kering lain untuk diserahkan kepada penduduk yang terlibat.

Inisiatif sama turut dilakukan oleh Adun Pasir Tumboh, Ustaz Abdul Rahman Yunus bagi membantu penduduk yang terperangkap dengan banjir terutamanya di Kampung Pasir Hor dan beberapa kawasan lain.

Lebih kurang lima buah rumah terputus hubungan selepas halaman kediaman mereka dinaiki air yang melimpah dari Sungai Lundang berhampiran Jambatan Jalan Tengku Muhammad dekat sini.

Selepas tiga hari terputus bekalan, akhirnya nasib penduduk terlibat mendapat perhatian wakil rakyat apabila mereka datang menghulurkan bantuan makanan dengan menaiki bot. - HARAKAHDAILY 22/1/2017

Sumber HD - 22-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































Konfedarasi NGO perantara kerajaan dan rakyat

IBNU MAHMUD | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43982-konfedarasi-ngo-perantara-kerajaan-dan-rakyat

JAWATANKUASA Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan satu-satunya portfolio yang tidak mempunyai agensi atau urusetia khusus yang menguruskan agenda di bawah jawatankuasa berkenaan.

Ia bergantung kuat kepada Badan-badan Bukan Kerajaan yang bergandingan menjayakan program berkaitan kesihatan, alam sekitar dan NGO sendiri.

Manakala mewujudkan hospital atau klinik bukannya tanggungjawab dan bidang kuasa Kerajaan Negeri dan negeri tiada kemampuan menyediakan prasarana seumpama itu.

Namun demikian mutakhir ini agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan yang berkaitan memberi kerjasama yang baik terutama dalam aspek penyaluran maklumat dan perbincangan melibatkan isu rakyat.

Sewaktu berucap merasmikan Makmal Sejahtera 2017, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Dato Dr Ramli menekankan penglibatan secara maksima daripada Badan-badan Bukan Kerajaan dalam merealisasikan dasar dan aspirasi Kerajaan Negeri.

"Kerajaan sentiasa berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam usaha membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat.

"Justeru NGO sebagai pihak ketiga perlu terlibat secara aktif dan menyumbang ke arah menjadikan negeri ini benar-benar negeri yang berteraskan keberkatan, kemakmuram dan kebajikan," katanya.

Kerajaan telah mengambil langkah menubuhkan suatu gabungan NGO yang dinamakan Konfederasi NGO Kelantan (KNK) yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan pada bulan Oktober 2016 lalu.

Sebarang NGO Kelantan yang bersama dengan aspirasi dan bersedia merealisasi dasar merakyatkan membangun bersama Islam Kerajaan Negeri Kelantan dialu-alukan bersama dalam konfederasi ini.

Makmal Sejahtera 2017 yang dikendalikan bersama dengan Unit Pemantauan dan Strategi Kerajaan Negeri Kelantan (SPARK) ini turut disertai oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Mohd Nazlan Mihamed Hasbullah dan wakil pelbagai NGO.

Modul mengenalpasti isu, masalah dan penambaikan agenda jawatankuasa berkenaan dikendali oleh Pengarah SPARK, Dr Nazmi Ghazali Azmi. – HARAKAHDAILY 21/1/2017

Sumber HD - 21-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































Banjir kedua: Patuhi arahan pihak berkuasa

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43981-banjir-kedua-patuhi-arahan-pihak-berkuasa

KOTA BHARU: Berikutan banjir melanda Kelantan kali kedua yang begitu luar biasa, orang ramai diingat mengikut arahan pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, tidak ada siapapun menduga banjir kali kedua melanda negeri itu dengan begitu cepat berikutan hujan yang turut tiada hentinya sejak dua hari lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihati mangsa banjir supaya bekerjasama dan bertolak ansur khususnya bila berada di pusat pemindahan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan banjir terkini yang melanda negeri itu sejak semalam.

Ekoran itu, beliau meminta ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka agar tidak bermain air.

“Apa yang penting marilah kita berdoa sentiasa di samping menjaga solat agar banjir ini berakhir.

“Simpan dokumen penting di tempat paling selamat dan jangan lupa kunci rumah,” ujarnya.

Sementara itu seramai 6,225 orang mangsa banjir telah dipindahkan di pusat-pusat pemindahan di negeri itu sejak semalam.

Mengikut laporan eBanjir Negeri Kelantan yang dikemas kini sehingga tengahari tadi, sebanyak 49 pusat pemindahan telah dibuka.

Jajahan Kota Bharu mencatat jumlah paling tinggi mangsa banjir yang dipindahkan di 18 buah pusat pemindahan seramai 2,303 orang.

Jajahan Pasir Mas menduduki tempat kedua paling ramai mangsa banjir yang dipindahkan, iaitu di 15 buah pusat pemindahan seramai 1,098 orang mangsa.

Jajahan Pasir Putih pula seramai 1,551 orang mangsa banjir dipindahkan di sembilan tempat pusat pemindahan.

Sementara itu, Harakah difahamkan ada sebahagian mangsa banjir yang tidak pernah ditenggelami air sebelum ini menggunakan tangki air sebagai alat menyelamatkan dokumen penting dan barangan berharga. – HARAKAHDAILY 21/1/2017

Sumber HD - 21-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































Naik harga pasir: Pemuda tuntut kerajaan bertegas

NAZMAN CHE IBERAHIM | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43974-naik-harga-pasir-pemuda-tuntut-kerajaan-bertegas

PEMUDA PAS Kelantan mendesak pihak kerajaan negeri agar tidak tunduk kepada tuntutan kenaikan harga pasir oleh para pengusaha di negeri ini. Perkara ini kami tegaskan agar kebajikan rakyat terbanyak tidak terjejas dengan tuntutan pra matang para pengusaha pasir ini. Di saat rakyat telahpun terbeban dengan banyak kos sara hidup, isu kenaikan harga pasir ini sepatutnya tidak menjadi masalah baru pula yang harus dipikul oleh rakyat.

Justeru, dengan mekanisma apa sekalipun, pemuda tuntut kembalikan harga pasir seperti tahun 2016 semula. Dan kami menolak sekeras kerasnya cadangan dan senarai harga baharu pasir yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pengusaha Pengusaha Pasir Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang yang mana ia jelas akan membebankan rakyat terbanyak apabila dikuatkuasakan nanti.

Harga yang diumumkan oleh kerajaan negeri yang mana penurunan harga baru jualan pasir kasar iaitu RM10.60 per tan metrik berbanding sebelumnya RM12 dan juga pasir halus RM13 per tan metrik dan pasir kotor RM8 disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat. Ia adalah satu tindakan yang selaras dengan aspirasi semasa rakyat negeri ini. Bahkan pada pandangan kami, harga asal tahun lepas iaitu RM7 bagi setiap tan metrik dan harga siling sehingga RM10.60 dengan melihat kepada jarak pengoperasian dan penghantaran yang sepatutnya, harus digunapakai.

Pemuda PAS Kelantan juga bersetuju dengan langkah kerajaan yang akan menggerakkan penguatkuasa dengan segera bagi memantau aktiviti pengusaha pasir di seluruh jajahan agar tiada kenaikan harga yang tidak munasabah boleh berlaku.

Tindakan pihak pengusaha pasir yang menyalahkan Kerajaan Negeri yang kononnya menaikkan harga pasir ini, sedangkan ia adalah tindakan mereka sendiri, merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Mereka seharusnya berterus terang dengan pengguna. Sekiranya harga pasir terpaksa dinaikkan akibat daripada peningkatan kos operasi dan ekonomi semasa yang menjadi hambatan kepada perusahaan mereka, maka ia perlu dijelaskan secara betul dan ikhlas kepada rakyat tanpa perlu menuding jari kepada pihak kerajaan.

Dan dalam apa jua kondisi, Pemuda PAS Kelantan akan menjadi benteng utama bagi mempertahankan kebajikan rakyat di negeri ini. Harga pasir WAJIB dikembalikan kepada harga asal tahun 2016. – HARAKAHDAILY 20/1/2017

Sumber HD - 20-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































STAM: Yik cipta sejarah baru

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43962-stam-yik-cipta-sejarah-baru

KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan mencipta sejarah baru apabila dua orang pelajarnya mempunyai latar belakang hidup berbeza mencapai keputusan cemerlang dalam keputusan STAM tahun lalu.

Pengarah Yik, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus berkata, Wan Nasriah Wan Nasri anak kepada pasangan suami isteri OKU pendengaran manakala Ahmad Faez Ibrahim merupakan pelajar OKU mencatat keputusan 10 mumtaz pada peperiksaan itu.

Wan Nasriah ialah pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, manakala Faez dari Maahad Ar Rahmah Kenali.

"Yik mengucapkan tahniah kerana kesungguhan mereka akhirnya mereka mendapat keputusan yang amat memberangsangkan.

"Semoga kejayaan mereka juga menjadikan pencetus motivasi kepada pelajar lain,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengisytiharkan keputusan peperiksaan itu bagi semua sekolah Yik seluruh Kelantan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman memberitahu seramai 19 orang pelajar kelolaan Yik memperoleh pangkat mumtaz.

Katanya, walaupun berlaku penurunan 6.14 peratus, jumlah yang mencapai pangkat mumtaz meningkat berbanding sebelumnya iaitu 15 orng.

Menurutnya lagi, seramai 346 orang pula mendapat pangkat jayyid jiddan (amat baik), 601 orang jayyid (baik) dan 134 maqbul (lulus).

Beliau seterusnya berkata, berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) MMP 2.28, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, 2.43 dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman 2.65.

Beliau memberitahu seramai 1,200 orang pelajar atau 61.32 peratus daripada jumlah calon 1,957 lulus dalam peperiksaan itu.

"Tiga buah sekolah terbaik mengikut peratus kelulusan kategori Maahad Kawalan, MMP 92.59 peratus, MTQ Wal Qiraat 92.50 dan Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman 83.64 peratus.

"Kategori Maahad Pilihan MM Pasir Pekan, MMP Pasir Pekan dan Maahad Muhammadi Tumpat,” ujarnya.

Kategori SMU (A), SMU (A) Maheliah Geting Tumpat, SMU (A) Tarbiah Mardhiah Panchor dan SMU (A) Taqaddum Maarif.

Sehubungan itu beliau bersama warga Yik akan membuat semakan berhubung penurunan itu.

Katanya, pada masa yang sama pihaknya akan mempertingkatkan usaha gerakerja bagi mencapai keputusan yang lebih baik. – HARAKAHDAILY 19/1/2017

Sumber HD - 19-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































Tidak boleh wujud jemaah Islam baru

ASLANI M | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43961-tidak-boleh-wujud-jemaah-islam-baru

PENGKALAN CHEPA: Sama juga dengan peraturan solat berjemaah di satu tempat, tidak boleh wujud jemaah lain selagi jemaah asal masih lagi ada.

“Seperti solat berjemaah, tidak sah buat jemaah lain sedangkan jemaah yang asal belum lagi selesai.  Begitu juga kaedah berpolitik Islam, tidak boleh wujud jemaah Islam lain kerana jemaah asal masih ada lagi.

“Tidak perlu hendak tubuh parti lain yang juga mahu memperjuangkan Islam di negara ini, sedangkan PAS masih ada dan mendapat sokongan meluas rakyat,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Johari Mat pada pelancaran Institut Latihan Pilihan Raya PAS (ILPAS) Kelantan di Putik  petang tadi.

Hadir sama Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub, Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Zulkifli Mamat, Pengerusi ILPAS, Dr Wan Nik Wan Yussof dan  Pengarah ILPAS  Nik Bahrum Nik Abdullah.

Dr Johari Mat yang juga anggota Dewan Negara berkata tidak perlu wujud banyak  jemaah dalam Islam kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

“Namun apa yang berlaku sekarang kerana masih ramai yang tidak faham tentang Islam. Jadi tugas kita sekarang beri kefahaman kepada mereka.

“Peliknya ada yang baru balik daripada mengerjakan haji namun masih lagi bersekongkol dengan perjuangan sekular yang melawan gerakan Islam,” ujarnya.

Pada program itu Pengarah Pilihan Raya setiap kawasan di Kelantan menerima tauliah dan modul ILPAS daripada Dr Johari.

Mereka juga berikrar bagi mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama. Ikrar tersebut diketua Nik Bahrum. – HARAKAHDAILY 19/1/2017

Sumber HD - 19-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































































































































Penghulu bergabung hadapi NGO Jaringan

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43960-penghulu-bergabung-hadapi-ngo-jaringan

GUA MUSANG: Seramai 50 penghulu menyatakan bantahan terhadap NGO Jaringan yang dianggap menghasut sekumpulan orang asal supaya mengadakan sekatan.

Mereka yang terdiri daripada penghulu, penghulu tanpa mukim dan penghulu lantikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bergabung di bawah satu badan.

Pengerusi Jawatankuasa Penghulu Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan, Bidi Ronggeng berkata, ia ditubuhkan pada 15 Januari lalu.

Antara lain tujuan penubuhannya bagi memberi kesedaran kepada orang asal mengenai sekatan dan tuntutan tanah adat yang memberi kerugian kepada golongan itu.

Menurutnya, tindakan yang dipelopori Jaringan Kampung Orang Asli itu gagal diterima masyarakat tempatan yang dilihat tidak memberi sebarang manfaat.

"Kami tidak bersetuju bahkan tidak menyokong kerana tindakan mereka keterlaluan dan kami nampak tidak ada perkara yang boleh dibangga dan menguntungkan.

"Kita meminta kerajaan negeri dan Malaysia agar orang asal bergerak ke depan terutamanya berkaitan pembangunan tanah yang lebih bermanfaat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan jajahan Gua Musang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusinya, Abdul Ghani Jaafar, Ajom Alang bersama 22 Ahli Jawatankuasa Penghulu dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan.

Bidi juga meminta pengamal undang-undang supaya tampil memberi penerangan mengenai Akta Orang Asli bagi mengelakkan dimanipulasi  golongan tertentu.

Katanya, apa yang didakwa Jaringan mengenai sistem perundangan di negara ini sedikit sebanyak mengelirukan.

"Agar dapat memberi penjelasan yang sewajarnya agar kita tidak keliru sepertimana yang berlaku pada hari ini yang dibawa  Jaringan.

"Saya harap ini dapat dibuat supaya orang asli tidak dipermainkan individu tertentu bagi kepentingan mereka untuk menghadapi pilihan raya kelak," jelasnya.

Selain itu, beliau menyeru semua pihak yang mahu memberi bantuan agar ikhlas dalam usahanya bagi memajukan taraf hidup orang asli bukan memburukkan lagi keadaan.

Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara menjelang 2020 tidak akan tercapai sekiranya usaha tersebut terus berlaku.

"Kalau situasi ini berlaku memang kita di Kelantan jauh ketinggalan berbanding orang asal yang tinggal di negeri-negeri lain yang lebih maju.

"Sebab itu saya rasa semua NGO terlibat ini lebih fokus kepada bagaimana hendak membantu kita maju kehadapan bukan mengajak tidak maju," katanya.

Beliau turut menyeru semua penghulu tidak kira ideologi politik dapat bersatu dan bersama-sama memajukan serta membangunkan masyarakat orang asal. – HARAKAHDAILY 19/1/2017

Sumber HD - 19-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































Kelantan turun kadar harga pasir

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43951-kelantan-turun-kadar-harga-pasir

KOTA BHARU: Biarpun diheboh dakwaan harga pasir di Kelantan dikatakan naik sekali ganda, namun tohmahan itu ternyata meleset sama sekali.

Sebaliknya hari ini kerajaan negeri mengumumkan penurunkan harga pasir antara 10 hingga 15 peratus berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco selepas mengambil kira kepentingan semua pihak.

Katanya, harga baharu yang ditetapkan iaitu pasir kasar RM10.60 setan, pasir halus (RM13 setan), pasir kotor (RM8 setan) dan batu (RM8 setan).

Sedangkan sebelum itu harga harga pasir kasar RM12 setan.

Sedangkan kata beliau harga pasir kasar di negeri lain jauh lebih tinggi termasuk Negeri Sembilan RM26 setan, Selangor (RM29 setan), Pahang (RM13 setan) dan Terengganu (RM12 setan).

Manakala pasir halus di Negeri Sembilan (RM34 setan), Selangor (RM34 setan) dan Perak (RM39 setahan.

“Penurunan itu bagi membolehkan rakyat membeli pasir pada harga yang lebih rendah berbanding sebelumnya.

“Perkara ini sudah dibincangkan bersama wakil-wakil pengusaha pasir. Jadi diharap mereka dapat mematuhi harga baru yang ditetapkan,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 18/1/2017

Sumber HD - 181-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelantan tunggu laporan penuh mahkamah

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43949-kelantan-tunggu-laporan-penuh-mahkamah

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mendapat laporan penuh keputusan Mahkamah Majistret Gua Musang yang membatal permohonan sebuah syarikat pembalakan untuk meruntuh sekatan laluan pembalakan oleh sekumpulan masyarakat Orang Asal.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan laporan sebenar berkaitan kes berkenaan.

“Memang pembalak yang bawa kes itu ke mahkamah. Kerajaan negeri ingin mengenal pasti tuntutan yang dibawa mereka,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Mahkamah Majistret Gua Musang semalam dilapor menolak Syarikat Jajaran Wawasan Enterprise bagi meroboh sekatan laluan pembalakan di Pos Balar.

Permohonan dibuat di bawah Seksyen 99 Kanun Prosedur Jenayah dengan mendakwa masyarakat sekumpulan Orang Asal di Gua Musang mendirikan sekatan bagi menghalang aktiviti pembalakan mereka.

Difahamkan isu tersebut tiada kaitan dengan syarikat milik kerajaan negeri, Kompleks Perkayuan Kelantan yang mendapat konsesi pembalakan di Hutan Simpan Balah.

Akhir September tahun lepas sekumpulan Orang Asal yang dipercayai didalangi Jaringan Kampung Orang Asli sehingga menyebabkan aktiviti pembalakan di hutan simpan Balah terhalang.

Berikutan itu pada akhir November lepas polis menahan 47 kumpulan Orang Asal yang terbabit dengan sekatan laluan pembalakan di Simpang Petei.

Bagaimanapun kumpulan Orang Asal terbabit difahamkan mendirikan semula sekatan laluan pembalakan di Simpang Petei, Pos Pasik dan Bihai seolah-olah mencabar agensi pengkuatkuasa. – HARAKAHDAILY 18/1/2017

Sumber HD - 18-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































PAS Kota Bharu tekad pertahan 3 Dun, 1 Parlimen

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43921-pas-kota-bharu-tekad-pertahan-3-dun-1-parlimen

KOTA BHARU: PAS Kawasan Kota Bharu mengadakan program 'tiga dalam satu' bagi memperkasakan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Majlis pelancaran jentera pilihan raya, perasmian serentak mesyuarat agung tahunan PAS Cawangan dan pelancaran PAS Kempen PAS Pilihanku diadakan malam tadi.

Ia dirasmikan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali. Hadir sama Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Pemangku Yang Dipertua PAS Kota Bharu Dr Rosli Alani Abdul Kadir berkata pihaknya berazam mengekalkan kejayaan di Dun Kota Lama, Bunut Payung, Tanjung Mas dan Parlimen Kota Bharu pada PRU ke-14 nanti.

Mustafa pula berkata Majlis Syura Ulamak PAS Pusat mengekalkan keputusan  melawan Umno, tidak ada hubungan dengan DAP dan PAN.

Dan sebaliknya kata beliau hubungan Bersatu masih terbuka.

"Saya harap selepas ini tidak ada lagi ahli PAS keliru, ini merupakan strategi kita ambil dengan pengalaman sebelum ini," katanya.

PAS sebagai gerakan Islam menyertai pilihan raya di Malaysia sebagai usaha mendapatkan kuasa bagi melaksanakan perundangan Islam.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut katanya, strategi PAS berubah-ubah tetapi dasar perjuangan parti tidak pernah berubah.

"Adakalanya kita bergerak sendiri, berseorangan dan adakalanya kita berkerjasama 'tahaluf siyasi' dengan parti-parti lain," katanya. – HARAKAHDAILY 16/1/2017

Sumber HD - 16-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































Kelantan nafi harga pasir meningkat sekali ganda

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43916-kelantan-nafi-harga-pasir-meningkat-sekali-ganda

KOTA BHARU: Kelantan menafikan harga pasir yang diusahakan 77 pengusaha di Kelantan dinaikan sekali ganda.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata perkara tersebut tersebar menerusi laman sosial yang mendakwa dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 atau RM250.

Beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan keputusan untuk menaikkan kadar tersebut, bahkan terus kekal pada harga RM1.80 bagi satu tan.

"Kerajaan negeri difitnah dengan tuduhan yang tidak ada asasnya sama sekali dan tidak benar kerana kita menaikan harga pasir sebanyak sekali ganda.

"Ini adalah kenyataan awal kita, seterusnya akan dibuat selepas mesyuarat Exco pada Rabu depan," katanya dalam sidang media di sini tadi.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan memanggil syarikat terbabit untuk memberi penjelasan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang menyebar fitnah.

Menurutnya, usaha berkenaan dilakukan bagi mengelakkan rakyat terus terjebak dengan kenaikan harga barangan keperluan lain kebelakangan ini.

Beliau juga berkata kadar royalti harga pasir tidak dinaikan sewenang-wenangnya bahkan kerajaan tidak teragak-agak menghapuskan tender sekiranya tidak ditepati.

"Kalau pengusaha tidak boleh terima syarat kerajaan, kita akan hentikan tender itu, ini adalah syarat yang ditetapkan," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir itu berkata, kerajaan negeri sedang berusaha mengurangkan penyelewengan dalam operasi pengeluaran pasir.

"Kita harapkan ketirisan di kalangan pengusaha pasir tidak berlaku, tidak bayar royalti, kerja hari Jumaat dan membuat kerja pada Khamis petang.

"Ketirisan ini kita kawal agar ia tidak berlaku, kalau berlaku sekali pun sebanyak sebanyak 30 peratus sahaja tetapi jangan melebihi 70 peratus," katanya.

Kerajaan negeri berharap pendapatan sepatutnya daripada hasil berkenaan meningkat berbanding RM600,000 tahun lalu.

Sebanyak enam syarikat mengambil tender untuk dipilih sebagai syarikat konsesi pengusaha pasir di Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai. - HARAKAHDAILY 15/1/2017

Sumber HD - 15-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































28 NGO Islam galakkan ahli hadir himpunan Akta 355

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43907-28-ngo-islam-galakkan-ahli-hadir-himpunan-akta-355

KOTA BHARU: Sebanyak 28 badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bernaung di bawah Pertubuhan Ayahanda Anakanda Malaysia menggalakkan ahlinya hadir Himpunan Akta 355.

Pengasas Pertubuhan Putra Malaysia, Ayahanda Zulkifli Hasan berkata, pihaknya menyokong perhimpunan mega yang bakal diadakan pada 18 Februari depan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, beliau tidak menggalakkan setiap ahli terlibat dengan perhimpunan yang tiada kaitan dengan usaha untuk memartabatkan agama Islam di negara ini.

"Kita menyekat ahli kita daripada terlibat dengan perhimpunan Bersih baru-baru ini sama ada pihak baju kuning atau baju merah.

"Kalau ahli kita hendak terlibat secara peribadi, kita tidak halang. Tetapi perhimpunan berkaitan Akta 355, kita galakkan ahli terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah tokoh-tokoh NGO Islam peringkat kebangsaan dan majlis penyampaian watikah kali kedua bagi 2017.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Tengku Iskandar Ibni Almarhum Tengku Ahmad Panglima Raja kepada 12 penerima dari seluruh negara.

Pertubuhan Putra Malaysia merupakan tuan rumah pada majlis yang diadakan di Hotel Grandriver View di sini malam tadi, turut dihadiri anggota-anggota Exco, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Ramli Mamat.

Zulkifli menambah pihaknya menyokong usaha Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika pertama kali membawa usul persendirian bagi meminda Akta 355 ke Dewan Rakyat.

Sokongan itu, katanya dilihat mampu memartabatkan institusi kehakiman syariah di negara ini dan ia tidak ada kaitan sama sekali dengan orang bukan Islam.

"Ini adalah soal agama, bukan soal politik, sesiapa yang membuat usaha untuk memperkasakan Islam, kita akan memberi sokongan sepenuhnya tanpa berbelah bagi," katanya. - HARAKAHDAILY 15/1/2017

Sumber HD - 15-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































































































































































































































Kelantan bantu mangsa banjir Thailand

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43885-kelantan-bantu-mangsa-banjir-thailand

TUMPAT: Kerajaan Kelantan menyumbang sejumlah RM50,000 kepada masyarakat Thailand, khususnya di selatan negara itu melalui tabung mangsa banjir.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu diberikan supaya mereka dapat membeli keperluan harian khususnya makanan.

Jelasnya, sumbangan itu diberikan sebagai tanda ingatan dan mengeratkan hubungan antara kedua-dua buah negara.

“Saya sendiri telah membuat temujanji dengan Gabenor Narathiwat untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Mini Darul Niswah Dun Pasir Pekan, dekat sini hari ini.

Menurutnya, sewaktu banjir besar melanda Kelantan pada 2014, pemimpin dan anggota masyarakat mereka datang membantu sewaktu dan selepas banjir.

 “Bila tiba waktu  mereka dilanda musibah banjir, amat wajar kita pula membantu,” ujarnya.

Sejak dua hari lalu, katanya kerajaan negeri telah menghantar wakil untuk tujuan itu.

Menurutnya, semalam kerajaan negeri menghantar anggota exconya, Mumtaz Md Nawi untuk menyertai program gotong royong membersih di sana.

“Hari ini saya juga akan pergi untuk menghulurkan sumbangan pada pimpinan di sana,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 12/1/2017

Sumber HD - 12-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu debat dengan YB Datuk Husam

MOHD NASSURUDDIN DAUD | .







http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43868-isu-debat-dengan-yb-datuk-husam

PADA awalnya, saya tidak ingin mengulas berkenaan hal berkaitan dengan debat. Namun, oleh kerana Pengarah Debat bagi pihak Dato' Husam telah mengeluarkan kenyataan yang bersifat negatif, maka akan saya jelaskan di sini beberapa hal dan fakta yang berkaitan bagi memurnikan kembali situasi.

Untuk pengetahuan semua, pihak saya dan YB Dato' Husam telah melantik beberapa orang wakil sebagai orang tengah bagi memudahkan proses debat dilaksanakan. Oleh itu, beberapa siri perjumpaan telah dilakukan iaitu pada tarikh:

- 14/12/2016
- 27/12/2016
- 10/1/2017

Walau bagaimanapun, dalam ketiga-tiga pertemuan yang diadakan, wakil saya telah minta ditentukan tarikh, tetapi sentiasa dielak oleh wakil Dato' Husam dengan pelbagai alasan.

Harus diingatkan bahawa, sebelum ini surat YB Dato' Husam bertarikh 21 November 2016 mencadangkan tarikh debat sebaiknya pada akhir januari 2017. Rentetan itu, saya mencadangkan tempoh dua minggu daripada tarikh surat dihantar, namun tarikh tersebut tidak menjadi kenyataan.
Selepas itu, pihak Dato' Husam telah menghantar surat bertarikh 22 Disember 2016 untuk memohon pengesahan terjemahan isi kandungan baiah. Surat tersebut dihantar ke pejabat saya pada 28 Disember 2016. Saya sedikit pelik kerana di dalam kandungan tersebut dinyatakan bahawa teks terjemahan akan dihantar kepada ulama seluruh dunia, seterusnya menjemput saya untuk bersemuka dengan Fadilatul Sheikh Dr. Yusuf Al Qardhawi.

Maka, pada tarikh 29 Disember 2016 surat respon dihantar kepada pihak YB Dato' Husam mengingatkan kembali, bahawa beliau yang mencabar saya berdebat dalam isu Bai'ah ini, tiada kena mengena dengan pihak lain termasuk Fadilatul Shiekh Dr. Yusuf Al Qardhawi.

Sekali lagi saya ingin mohon kepada YB Dato' usah membuang masa dengan pelbagai helah dan alasan. Ayuh kita tentukan masa dan tempat dengan segera supaya hasrat Dato', saya serta masyarakat seluruhnya dapat direalisasikan.

Dilampirkan bersama surat untuk tontonan dan rujukan semua pihak. Semoga Allah kurniakan taufiq dan inayah serta memudahkan urusan ini.

USTAZ HJ MOHD NASSURUDDIN BIN HAJI DAUD
ADUN MERANTI – HARAKAHDAILY 11/1/2017

Sumber HD - 11-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































































































Adun nafi jambatan konkrit runtuh

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43862-adun-nafi-jambatan-konkrit-runtuh

TANAH MERAH: Kerajaan negeri menafikan dakwaan penduduk jambatan yang dibina di Kampung Pulau Raya runtuh akibat banjir baru-baru ini.

Sebaliknya Adun Bukit Panau Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata jalan yang menyambung ke jambatan terhakis akibat arus deras.

“Jambatan berkenaan tidak runtuh sebaliknya jalan di bahagian tebing yang dihakis arus banjir.

“Kita berharap orang ramai di sini bersabar kerana tiada siapa pun yang dapat menghalang kedatangan banjir,” katanya selepas meninjau jambatan tersebut hari ini.

Menurutnya, jambatan yang dibuat masih dalam keadaan baik, malah struktur tidak rosak akibat bah yang melanda baru-baru ini.

Sebuah akhbar semalam melaporkan jambatan konkrit yang menghubungkan Kampung Pulau Raya dan Jelatok runtuh akibat arus deras ketika banjir.

Jambatan berkenaan yang siap setahun lepas dibina kerajaan negeri dengan kos sebanyak RM490,000.

Pembinaan itu dilaksanakan selepas janji pemimpin Umno mahu jambatan di kampung berkenaan tidak menjadi kenyataan.

Abdul Fattah juga berkata kerajaan negeri akan menaiktaraf jambatan tersebut sepanjang 60 meter dan jalan sejauh 20 meter melibatkan peruntukan kira-kira RM400,000.

Menurutnya juga kerja-kerja membaiki semula di bahagian tebing sungai yang terhakis sudah dijalankan dan boleh dilalui orang ramai. – HARAKAHDAILY 10/1/2017

Sumber HD - 10-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































































































500 gotong royong bersih rumah mangsa banjir

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43860-500-gotong-royong-bersih-rumah-mangsa-banjir

TUMPAT: Hampir 500 peserta daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai program 'gonyoh dan gaha' di lokasi terlibat banjir baru-baru ini.

Mereka membersihkan rumah penduduk, institusi pendidikan, pasar, surau dan masjid.

Program itu dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob pagi tadi.

Pengarah program, Mohd Khalik Mat Zari berkata sebanyak 30 NGO dan pelbagai agensi kerajaan menjayakan aktiviti pembersihan itu.

Antaranya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Amal, Majlis Daerah Bachok, Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dan beberapa syarikat swasta.

Beliau berkata antara lokasi gotong-royong tersebut iaitu Pengkalan Kubur, Kijang Sebidang dan Bendang Pakyong.

"Kami membahagikan semua tempat kepada kumpulan yang ditetapkan dengan kerjasama penghulu dan penggawa. Ia bertujuan meringankan beban penduduk yang terlibat dengan banjir.

"Usaha ini juga bagi memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta tanpa mengira latar belakang fahaman politik masing-masing," katanya ketika ditemui.

Sebelum itu mereka berkonvoi sejauh 15 kilometer dari Masjid Ismaili di Pasir Pekan ke Kampung Bendang Pakyong.

Sementara itu seorang penduduk Kampung Kubang Sawa Mohd Farih Mohd Nawawi, 30 berkata, beliau berterima kasih kepada 40 anggota Jabatan Amal Ketereh membersihkan kediamannya.

Katanya juga semua alat elektrik di rumahnya rosak kerana ditenggelami banjir. – HARAKAHDAILY 10/1/2017




Sumber HD-10-1-207

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































































































































Kerugian akibat banjir belum diterima

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43850-kerugian-akibat-banjir-belum-diterima

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sehingga sekarang belum mendapat maklumat terperinci berkaitan kerugian yang dialami akibat banjir baru-baru ini.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, laporan kerugian belum dapat disiap memandangkan banjir di Kelantan baru pulih.

Begitu juga katanya laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian dan agensi lain belum lagi diterima.

“Kita belum lagi mengetahui setakat mana jumlah kerugiannya. Misalnya hasil pertanian dan penternakan serta harta benda yang rosak.

“Insya-Allah sedikit masa lagi kita akan menerima laporan dari Pejabat Tanah dan Jajahan serta jabatan berkaitan,” katanya selepas menghadiri majlis perjanjian persefahaman dengan syarikat Climate Protector Sdn Bhd di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri menyambut baik saranan kerajaan pusat untuk mengadakan kerjasama holistik berkaitan masalah banjir di negeri itu.

Malah katanya, sekiranya usaha itu benar-benar mahu dilaksanakan kerajaan negeri akan menghantar wakil untuk membincangkan.

“Bagaimanapun setakat ini kerajaan negeri belum menerima cadangan itu secara rasmi. Kami hanya mengetahi melalui media masa sahaja,” katanya. - HARAKAHDAILY 9/1/2017

Sumber HD -  9-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































Kelantan peneraju dagangan kredit karbon

SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43847-kelantan-peneraju-dagangan-kredit-karbon

KOTA BHARU: Kelantan muncul sebagai peneraju dagangan kredit karbon di Malaysia dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal.

Hari ini berlangsung majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan syarikat Climate Protector Sdn Bhd bagi meningkatkan stok karbon di hutan hujan yang menyumbang kepada pembangunan mapan.

Inisiatif kerajaan Kelantan untuk memulihara hutan dan alam sekitar selaras dengan deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia membabitkan kawasan seluas 978,120 ekar (396,000 hektar).

Projek tersebut akan mengambil masa 12 hingga 24 bulan untuk melakukan analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi oleh saintis bertauliah untuk mengenal pasti stok karbon di kawasan yang dikenal pasti.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata dalam tempoh 30 tahun tidak akan ada sebarang aktiviti pembalakan atau perlombongan di kawasan yang ditetapkan.

“Ia akan dipantau secara ketat supaya tidak ada pembalakan haram dan dipastikan hasrat tersebut tercapai,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman di sebuah hotel di sini.

Menurutnya matlamat jangka panjang projek tersebut untuk mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan dan perlombongan.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang, Datuk Shahidani Abdul Aziz.

Selain itu Pegawai Kewangan Negeri Datuk Nik Kazim Nik Yusof, anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Datuk Zahari Ibrahim.

Pada perjanjian itu kerajaan negeri diwakili Ustaz Ahmad manakala Climate Protector diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Too Siah. - HARAKAHDAILY 9/1/2017

Sumber HD 9-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































































































































































































































































































Umno guna parti serpihan hadapi PAS di Kelantan?

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43832-umno-guna-parti-serpihan-hadapi-pas-di-kelantan

KOTA BHARU: Mungkinkah peristiwa 1978 berulang kembali di Kelantan apabila parti serpihan bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS?

Ketika itu Berjasa, parti serpihan PAS yang diketuai Datuk Mohamad Nasir  bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan negeri.

Suasana serupa juga dilihat boleh berlaku pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 apabila serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) beriya-iya benar mahu bertanding di Kelantan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kemunculan PAN terutamanya di kawasan marginal PAS sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha bagi mempertahankan kerusi tersebut.

“PAN mungkin bekerjasama dengan Umno untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan seperti yang pernah dilakukan Berjasa pada PRU 1978.

“Kemungkinan itu tidak dapat ditolak, boleh jadi Umno taja calon daripada PAN di kawasan yang mereka anggap boleh menang,” katanya pada seminar Kekal Kelantan dan Budaya Politik Matang Sejahtera di Putik, hari ini.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan pimpinan PAS negeri.

Sempena program itu seramai 700 anak muda menyertai konvoi motosikal bermula dari Masjid As-Salam ke Putik.

Oleh itu Mohd Amar mengajak jentera PAS di semua peringkat melipatgandakan usaha bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

PAN sebuah parti serpihan ditubuh bekas-bekas pemimpin PAS selepas mereka gagal mempertahankan jawatan pada muktamar PAS di Kuala Selangor pada 2015. Difahamkan ahli parti itu sekarang kira-kira 21,000 orang di seluruh negara.

Ustaz Ahmad pula berkata pendukung PAS di Kelantan hendaklah sama-sama mempertahankan kerajaan negeri di atas satu kesatuan bertindak.

“Kita hendaklah berusaha sedaya mungkin bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang. Sekarang kelihatan muncul satu kesedaran cinta kepada perjuangan.

“Kalau kita sayangkan Kelantan hendaklah kita mempertahankan kerajaan negeri seumpama Rasulullah SAW dan para sahabat mempertahankan Kota  Madinah ketika perang Ahzab,” katanya.

Sempena program itu juga dilancar gimik keahlian PAS ke satu juta yang dimiliki Ibrahim Salleh dari Wakaf Bharu, Tumpat. - HARAKAHDAILY 7/1/2017  

Sumber HD - 7-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
















































































































































































































































































































Janji projek tebatan banjir sejak berpuluh tahun

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43831-janji-projek-tebatan-banjir-sejak-berpuluh-tahun

KOTA BHARU: Sebelum ini sudah dipersetujui antara kerajaan Malaysia dan Thailand bagi  membina projek tebatan banjir di tebing Sungai Golok, yang menjadi sempadan kedua-dua negara.

Bagaimanapun kerajaan Thailand sudah lama melaksanakan keputusan tersebut, sebaliknya Malaysia sehinga sekarang tidak melaksana apa yang diputuskan.

Janji untuk membina tebatan banjir sudah kedengaran sejak berpuluh tahun lepas, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pentadbiran negara.

Dan setiap kali banjir melanda, janji sama dilafazkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Dan terbaru janji itu diulang pula Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata persetujuan untuk membina tebatan banjir di Sungai Golok di Rantau Panjang sudah lama kedengaran.

“Sudah dipersetujui kedua-dua negara. Thailand pun sudah lama melaksanakan persetujuan tersebut dengan membina benteng di sebelah mereka.

“Namun malangnya kerajaan Malaysia tidak melaksanakan sehingga sekarang. Mungkinkah kerana Kelantan  bukan ditadbir BN.

“Sedangkan sempadan di Sungai Golok merupakan sempadan antara negara dan bukan hanya sempadan antara Thailand dan Kelantan,” katanya pada pelancaran Kempen PAS Pilihanku dan penutup Seminar Kekal Kelantan Putik hari ini.

Kelmarin ketika meninjau kawasan dilanda banjir di Rantau Panjang Timbalan Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan projek tebatan banjir di Sungai Golok yang dijangka dibina tahun ini.

Banjir yang melanda sempadan Kelantan sejak minggu lepas kini memenuhi pula Pengkalan Kubor, Tumpat disebabkan tiada benteng sungai.

Sedangkan benteng di sebelah Tak Bai, Thailand semakin ditinggikan bagi menghalang limpahan air Sungai Golok. - HARAKAHDAILY 7/1/2017  

Sumber HD - 7-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MTD Pengkalan Kubor perlukan sumbangan

SALMAH MAT HUSAIN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43819-mtd-pengkalan-kubor-perlukan-sumbangan

TUMPAT: Majlis Tindakan Dun Pengkalan Kubor, memerlukan pelbagai sumbangan dari orang ramai bagi membantu mangsa-mangsa banjir dalam dun tersebut khususnya yang terperangkap di rumah.

Barangan seperti keperluan harian, roti, biskut, sumber kewangan amat diperlukan.

Penyelianya, Muhammad Deraman berkata, walaupun mangsa banjir tidak ramai ditempatkan di pusat pemindahan, namun ramai di antara mereka ditempatkan di rumah.

“Untuk itu kami memerlukan apa sahaja bentuk sumbangan dari orang ramai termasuk sumber kewangan.

“Sumbangan boleh dihantar ke pejabat Dun Pengkalan Kubur,” ujarnya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam, 030180101385 atas nama Tabung Amal Dun (Tamadun) Pengkalan Kubur. – HARAKAHDAILY 6/1/2017

Sumber HD - 6-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































Banjir: Kelantan tambah peruntukan RM100,000 lagi

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43812-banjir-kelantan-tambah-peruntukan-rm100-ribu-lagi

KOTA BHARU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan tambahan RM100,000 lagi untuk membantu mangsa banjir di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi berkata, bantuan tersebut diberikan dalam bentuk keperluan makanan.

Katanya, antaranya beras, sardin, gula dan keperluan sampingan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada kakitangan sokongan kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim.

“Dalam mesyuarat Exco hari ini (kelmarin), kerajaan negeri telah meluluskan RM3,000 untuk setiap Dun.

“Sebarang keperluan tambahan kita akan bincangkan berdasarkan keadaan semasa,” katanya

Mumtaz juga memberitahu, kerajaan negeri sebelum ini telah menyalurkan RM300,000 untuk persediaan bekalan makanan di semua pusat pemindahan seluruh Kelantan.

“Makanan di pusat pemindahan kerajaan negeri yang bantu. Kerajaan Pusat pun sama-sama membantu untuk keperluan asas lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memberi penekanan supaya persediaan banjir di setiap kawasan yang jarang ditenggelami banjir perlu dilakukan lebih awal.

“Ada juga kawasan yang tidak banjir sebelum ini pun sekarang ini ditenggelami," katanya.

Tambahnya, contohnya di Bachok sudah buat persediaan awal dengan melihat perkembangan awal musim tengkujuh.

“Mungkin telah ada yang alami banyak kerosakan harta benda sebab mereka tidak menjangkakan kawasan mereka ditenggelami air,” katanya.

Beliau juga meminta kerjasama semua penduduk untuk berpindah lebih awal.

Sambungnya, penduduk tidak perlu menunggu arahan sekiranya berada dalam kawasan berisiko ditenggelami banjir.

“Tolonglah pindah awal. Saya terima aduan ada penduduk yang degil, tidak mahu berpindah sehinggakan pihak keselamatan perlu memujuk pada waktu lewat malam,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/1/2017

Sumber HD - 6-1-20117

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































































Bantuan banjir: Kak Lah ucap terima kasih

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43811-bantuan-banjir-kak-lah-ucap-terima-kasih

RANTAU PANJANG: Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, mengucapkan terima kasih kepada badan-badan ngo serta pihak luar yang membantunya menangani masaalah  mangsa banjir di Parlimen itu.

Katanya, tanpa sokongan semua pihak termasuk anggota keselamatan beliau tidak mampu menangani masaalah itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan konvoi misi bantuan banjir di Masjid Beijing, di sini hari ini.

Beberapa badan ngo antaranya Kelab Balkis, Jurugambar Prihatin, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Dewan Muslimat PAS Rantau Panjang dan lain-lain lagi.

“Kak Lah ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua yang bantu Kak Lah,” ujarnya.

Menurutnya, tanpa pertolongan semua ia tidak akan berjalan lancar.

Sementara itu, pakaian terpakai sumbangan badan ngo Kelab Balkis dan Jurugambar Prihatin diserbu oleh mangsa-mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau, dekat sini.

Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh anggotanya hari ini di pusat pemindahan terbabit.

Sebanyak 10 bag plastik besar pakaian yang diuruskan oleh ngo berkenaan bagi mewakili anggota parlimen itu.

Parlimen Rantau Panjang antara yang tertinggi terlibat dengan banjir.

Lebih 400 orang mangsa banjir dari beberapa buah kampung dipindahkan di sekolah tersebut.

Difahamkan, mangsa banjir di situ buat pertamakalinya menerima sumbangan pakaian terpakai.

Noriah Samad, 39, berkata sejak empat hari beliau berpindah, ini adalah kali pertama beliau dan mangsa banjir yang lain menerima sumbangan sedemikian.

“Dah empat hari kami berpindah, ini kali pertama kami menerima sumbangan ini.

“Ia sangat bermakna, bayangkanlah hanya sempat bawa pakaian sehelai dua, keluarga pula besar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/1/2017

Sumber HD - 6-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pembinaan bandar baharu jana pertumbuhan eknomi

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43810-pembinaan-bandar-baharu-jana-pertumbuhan-eknomi

PASIR MAS: Pembinaan Bandar Baru Tasek Raja yang terletak di Jalan Pasir Mas Rantau Panjang mampu menjana ekonomi penduduk sekitar.

Hal itu terbukti apabila ia dijadikan pusat bagi penduduk sekitar mendapatkan keperluan dan peniaga melakukan aktiviti harian mereka.

Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan berkata beberapa langkah perlu dilakukan bagi merancakkan lagi pembangunannya.

Antaranya menurut Ustaz Abdul Rahman Yunus ialah mewujudkan sebuah pasar raya setanding dengan premis yang sama di Kota Bharu.

"Empat jajahan yang terletak di seberang Sungai Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah tidak ada lagi sebuah pasar raya besar.

"Kalau berjaya membina pasar raya di sini, penduduk di semua jajahan ini boleh jadi akan datang ke sini," katanya ketika merasmikan projek berkenaan di sini.

Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), Mohamed Nor Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif Eastland Equity Berhad, Dato' Tan Kok Hooi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Tumboh itu berkata, pembangunan sesebuah bandar baru memberi kesan ekonomi rakyat dan negeri.

Beliau memberi contoh Bandar Satelit Pasir Tumboh kini giat membangun sehingga manfaat serta kesejahteraan dapat dinikmati penduduk.

"Bandar baru satelit Pasir Tumboh, peluang ekonomi besar dan masyarakat mendapat peluang pekerjaan serta kehidupan lebih sejahtera.

"Kita (kerajaan negeri) amat mengalu-alukan syarikat masuk ke negeri ini melabur bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat," katanya.

Dalam pada itu Pengarah Bukan Eksekutif Eastland Equity Berhad berkata, pihaknya sedang mengadakan rundingan bersama beberapa pengusaha pasar raya.

Menurut Mohamed Akwal Sultan Mohamad, langkah tersebut merupakan sebahagian perancangan dalam fasa kedua yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Ia mengandungi sebanyak 154 unit bangunan tiga tingkat kedai dan pejabat dengan satu ruangan bawah tanah 'basement'.

"Kerja-kerja fisikal akan bermula selepas musim tengkujuh dan blok pertama dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

"Selepas fasa dua, kami merancangkan untuk membangunkan fasa tiga yang terdiri daripada unit kediaman," katanya.

Fasa pertama yang mengandungi terminal teksi dan bas serta sebuah masjid telah diserahkan kepada MDPM pada Mei dan memulakan operasinya secara rasmi pada Ogos tahun lepas. – HARAKAHDAILY 6/1/2017

Sumber HD - 6-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































































































Kelantan sedia RM300,000 bantuan bencana

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .







http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43786-kelantan-sedia-rm300-000-bantuan-bencana

KOTA BHARU: Cuaca di Kota Bharu agak cerah hari ini. Bagaimanapun jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,508 orang berbanding 5,075 orang semalam.

Kawasan yang paling terjejas jajahan Pasir Mas yang meliputi parlimen Rantau Parlimen di mana seramai 6,119 penduduk dipindahkan.

Menurut laporan ebanjir.kelantan mangsa paling ramai ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang 2 iaitu seramai 1,422 orang dan SK Gual Tinggi (1,209 orang).

Begitu juga mangsa banjir di Kuala Krai juga mencatat peningkatan kepada seramai 1,491 orang berbanding 905 orang semalam. Paling ramai mangsa banjir dipindahkan di Kampung Bedal, Kampung Keroh dan Kampung Mial.

Jajahan Machang juga berlaku peningkatan mangsa banjir kepada 901 orang berbanding 424 orang semalam.

Jajahan Kota Bharu pula mulai dilanda banjir hari ini apabila penduduk di beberapa kampung termasuk Pendek, Ketereh, Peringat dan Badang dipindahkan.

Seramai 599 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan di lokasi terbabit.

Bagaimanapun di Tanah Merah berlaku sedikit peningkatan jumlah mangsa iaitu kepada 638 orang berbanding 567 orang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu mangsa banjir di jajahan-jajahan terlibat.

Katanya bantuan dalam bentuk keperluan asas diberi kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan.

“Bantuan tersebut disalur JKM melalui peruntukan yang disediakan kerajaan negeri bagi tahun ini.

“Peruntukan bantuan bencana disediakan tahun ini sebanyak RM300,000 disalur kepada 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Selain bantuan bencana alam, bantuan menyediakan keperluan asas di Pusat Pemindahan banjir juga diberi," katanya di sini. – HARAKAHDAILY 4/1/2017

Sumber HD -4-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































Penyelia Dun bersih rumah mangsa banjir

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43791-penyelia-dun-bersih-rumah-mangsa-banjir

KETEREH: Mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kok Lanas bernasib baik apabila mendapat bantuan segera Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan pejabat Penggawa.

Seramai 132 daripada 30 buah keluarga ditempatkan di Politeknik Kota Bharu ekoran rumah ditenggelami air bah.

Nik Mahadi berkata, pihaknya menyampaikan bantuan termasuk makanan, membantu pemindahan dan membersihkan kediaman penduduk terbabit.

Katanya kerja-kerja pembersihan dilaksanakan Jabatan Amal PAS Kawasan dan Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (Mesra).

"Pengalaman banjir besar pada 2014 banyak memberi pengajaran serta pengalaman sebagai kaedah untuk menghadapi banjir dan bencana lain.

"Jadi atas komitmen kita, mangsa banjir kelihatan seperti berpuas hati terhadap bantuan serta khidmat yang kita berikan," katanya ketika ditemui ketika gotong royong membersih rumah penduduk di Taman Mustafa Kok Lanas di sini petang ini.

Turut hadir Pengawa Daerah Ketereh, Zulkarnain Deraman dan Penghulu Tanpa Mukim Dun Kok Lanas Abu Bakar Ibrahim.

Katanya juga Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kok Lanas bertindak membantu dan mengurus keperluan mangsa banjir yang dikelolakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. - HARAKAHDAILY 4/1/2017

Sumber HD - 4-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































































Lebih 80 peneroka di Chalil keluar Umno

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43789-lebih-80-peneroka-di-chalil-keluar-umno

GUA MUSANG: Lebih 80 peneroka di Kesedar Chalil tidak mengendahkan pujukan pemimpin Umno bagi menentukan haluan baru perjuangan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Ada kalangan mereka yang hampir 20 tahun bersama Umno, namun bertindak nekad meninggalkan perjuangan lama yang tidak serasi lagi dengan kehidupan sekarang.

Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad berkata kumpulan peneroka terbabit sebahagian besar wanita tetap tidak menghiraukan pujukan pemimpin Umno.

Katanya kumpulan peneroka terbabit didatangi pemimpin Umno menanyakan mengapa mahu meninggalkan parti itu.

“Alhamdulillah mereka sudah mengisi borang bagi menyertai PAS beramai-ramai. Kita akan adakan majlis penyerahan borang di Chalil tidak lama lagi,” katanya di sini.

Azman berkata penyertaan beramai-ramai tersebut diketuai bekas ketua wanita Cawangan Umno di Chalil.

Katanya juga Chalil merupakan kubu Umno sejak dahulu lagi dan sukar ditembusi PAS pada pilihan raya sebelum ini. – HARAKAHDAILY 4/1/2017

Sumber HD - 4-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































Mangsa banjir di Rantau Panjang terus meningkat

SALMAH HUSAIN | .







http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43782-mangsa-banjir-di-rantau-panjang-terus-meningkat

RANTAU PANJANG: Bilangan mangsa banjir di Rantau Panjang meningkat kepada 2,473 mangsa sehingga jam 10 pagi tadi.

Semua mangsa ditempatkan di 16 pusat pemindahan banjir selain menumpang di rumah saudara terdekat.

Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata ekoran keadaan banjir di kawasan itu semakin meningkat, beliau mengingatkan mangsa mengikut nasihat pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

"Bagi yang tinggal di kawasan rendah diharapkan lebih berhati-hati.

"Kalau pihak keselamatan arah berpindah, berpindah segera," ujarnya.

Beliau berkata hujan masih belum reda khususnya dalam tempoh tiga hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Empangan Bukit Kwong, Kampung Tandak dekat sini.

Empangan berkenaan juga didapati air semakin melimpah berbanding tahun lalu.

Terdahulu Zailah menziarahi magsa banjir yang dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sek Men Agama (A) Lati, Sek Keb Kampung Baru dan beberapa tempat perpindahan lagi.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berupa makanan dan keperluan harian.

Kepada yang ingin menyumbang orang ramai boleh menyalurkan kepada akaun Bank Islam Malaysia (03027010039774) atau May Bank (553065005848) atas nama Pusat Khidmat Parlimen Rantau Panjang.

Beliau turut menaiki bot sek kebangsaan Lubok Setol Dun Gual Periok untuk meninjau perkembangan banjir di sana. – HARAKAHDAILY 3/1/2017

Sumber HD - 3-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































Kelantan garis enam strategi bagi harungi 2017

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43772-kelantan-garis-enam-strategi-bagi-harungi-2017


Ketua Pegawai Operasi Ladang Rakyat, Mohd Khairi Azmi Yusof  menerima anugerah daripada Menteri Besar Kelantan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menggariskan enam strategi bagi menjayakan tema ‘Kelantan Sejahtera Untuk Islam: Peranan Penjawat Awam’ sempena tahun baru 2017.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata antara strategi itu, ketelusan dan kecekapan urustadbir, berhemat dalam perbelanjaan.

Menurutnya, selain itu pengukuhan sumber hasil, pengembangan ekonomi rakyat, pembangunan untuk rakyat.

“Yang keenam penggiatan dakwah dan bina Insan,” ujarnya.

Katanya, semua pihak perlu berganding bahu bagi menjayakan setiap agenda kerajaan negeri.

“Yakinlah dengan kesepakatan dan saling memperbaiki antara satu sama lain akan menjadikan negeri ini sentiasa aman,” ujarnya lagi.

Beliau turut mendedahkan, menerusi pengembangan ekonomi rakyat, kepesatan pembangunan di Kelantan telah mendorong pengurangan kadar kemiskinan di negeri itu.

Katanya, dalam tempoh antara tahun 1999 hingga 2012, seramai 34,440 orang telah berjaya dikeluarkan daripada paras kemiskinan, manakala  11,480 orang berjaya dikeluarkan daripada paras kemiskinan tegar.

“Tahniah diucapkan kepada jabatan dan agensi yang telah menyumbang secara langsung atau tidak  dalam aspek ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya sempena majlis amanat khas dan perhimpunan penjawat awam negeri Kelantan.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Hadir sama, ketua-ketua jajahan, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri semua peringkat.

Sementara itu, Ahmad turut menyampaikan anugerah pencapaian pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti bagi tahun 2015.

Anugerah itu diberikan kepada 13 jabatan dan agensi.

Antaranya, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Pembangunan Negeri, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Jabatan Air Negeri Kelantan.

Turut menerima anugerah, Majlis-Majlis Daerah Pasir Putih, Machang, Kuala Krai, Tanah Merah dan beberapa lagi. – HARAKAHDAILY 3/1/2017

Sumber HD - 3-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



PAS Kelantan Tuntut PKR Buktikan Semangat Setiakawan (bersama video)
Posted on Tuesday, January 03 @ 00:57:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33070



PAS Kelantan menuntut PKR membuktikan semangat setiakawan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU 14), gesa Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan hari ini.
Memetik kenyataan Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah di hadapan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Timbalan Ketua AMK pusat, Dr Afif Bahardin baru-baru ini, komitmen PKR itu amat perlu memandangkan PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP dan PAN.

“Kita harap sesiapa yang berkawan dengan kita (PAS), jangan tikam belakang. Jujur dengan persahabatan. Jangan depan kita lain, belakang kita lain.

“Kita nak semua orang seperti YB Tian Chua. Kita hormat dia. Jelas pendirian dia dengan PAS.
“Jadi kita harap semua pimpinan PKR di Kelantan dan luar menjadi seperti Tian Chua dan bukannya seperti yang beberapa pemimpin (PKR) yang lain.

“Lidah (kenyataan) biar sama, barulah (hubungan) kita erat dalam politik. Tapi kalau kita duduk was-was (main politik dua alam), kaki duduk atas rakit sebelah dan duduk atas pangkalan sebelah, kena sambar buaya. Biar tentu pendiriannya.

“Sebab PAN isytihar, dia akan lawan PAS, jadi saya minta PKR Kelantan mesti setiakawan, ini saya bercakap terus terang,”kenyataan Mohd Amar dipetik.

Video -https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=-ld6nHAMCwM

Sumber TKO - 3-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































































MB ziarah mangsa banjir Kuala Krai

SALMAH MAT HUSAIN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43770-mb-ziarah-mangsa-banjir-kuala-krai

KUALA KRAI:  Menteri Besar, Ustaz  Datuk Ahmad Yakob, meluangkan masa melawat mangsa banjir yang semakin meningkat khususnya di jajahan ini.

Keperihatinannya itu, membuatkan beliau terpaksa menangguhkan pertemuannya dengan Pemangku Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama.

Apa lagi, sebahagian besar mereka telah melalui pengalaman pahit sewatu  banjir besar 2014 lalu.

“Saya tidak mahu emosi mangsa terus terganggu. Jadi saya turun untuk memberikan kekuatan supaya trauma mangsa tidak berulang.

“Yang penting sekarang semua harus mengikuti arahan dikeluarkan oleh pihak bertanggung jawab supaya banjir tidak membawa kesan buruk kepada mereka,” Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Veterinar di sini, semalam.

Terdahulu , beliau melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil.

Pada lawatan ini, beliau mengucapkan terima kasih pada pasukan penyelamat dan penempatan mangsa di pusat pemindahan.

“Terima kasih kepada semua, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta semua jabatan berkaitan yang awal-awal lagi turun membantu mangsa,” katanya

Pada lawatan itu juga Ahmad turut mengagihkan sumbangan kepada mangsa terlibat.

Turut bersama, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Mumtaz Md Nawi.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat. – HARAKAHDAILY 2/1/2017

Foto:  Unit Komunikasi Menteri Besar

Sumber HD - 2-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































































































63 keluarga di lima kampung dipindah

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43762-63-keluarga-di-lima-kampung-dipindah

RANTAU PANJANG: Sehingga hari ini seramai 159 mangsa banjir daripada 63 keluarga dipindahkan di lima kampung di Pasir Mas akibat banjir.

Antaranya Kampung Rahmat Hilir, Kampung Bukit Sukar, Kampung Rahmat, Kampung Lubok Stol dan Kampung Kedai Lama.

Mereka dipindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat, Madrasah Haji Daud, SK Gual Tok Deh dan SK Rantau Panjang 2.

Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, paras air Sungai Golok semakin meningkat kepada paras merbahaya akibat hujan lebat sejak kelmarin.

"Saya berharap semua penduduk siap sedia berpindah jika keadaan merbahaya, jangan berpindah pada saat akhir kerana risikonya tinggi.

"Sama-sama kita berdoa agar banjir tidak besar tahun ini seperti yang berlaku beberapa tahun lepas," katanya.

Manakala di jajahan Kuala Krai bilangan mangsa banjir yang dipindahkan seramai 438 daripada 127 keluarga.

Pagi semalam Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob bersama

Anggota Exco Mumtaz Md Nawi melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Pejabat Veterinar dan Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil.

Pada lawatan itu beliau turut menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan terbabit.

Hadir sama Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah dan Ketua Jajahan Kuala Krai Tengku Azmi Tengku Jaafar. - HARAKAHDAILY 2/1/2017

Sumber HD - 2-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































































































































































































































































































Jumlah mangsa banjir meningkat di Kuala Krai

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43748-jumlah-mangsa-banjir-meningkat-di-kuala-krai

KUALA KRAI: Cuaca di sini lebih cerah sedikit berbanding semalam, di mana hujan hanya sekali sekala lebat.

Bagaimanapun jumlah mangsa banjir meningkat kepada 877 orang berbanding 650 orang semalam.

Penyelarasan Task Force Kuala Krai Hilmi Abdullah berkata mangsa banjir terbabit terdiri daripada 240 keluarga yang ditempatkan di 10 penempatan banjir yang dibuka semalam.

Katanya juga aliran trafik  pagi ini berjalan lancar memandang jalan Kota Bharu - Kuala Krai di Sungai Tok Bok, Sg Durian telah dibuka semula kepada semua kenderaan.

"Hujan masih turun renyai-renyai sekejap-sekejap pagi ini dan dijangka berterusan sehingga ke tengahari.

"Paras air banjir umumnya sedikit surut daripada semalam. Namun paras bacaan air di Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Bandar Kuala Krai masih mencatatkan bacaan melebihi paras amaran," katanya di sini.

Manakala di Kampung Manek Urai Lama air Sungai Lebir belum lagi melimpah memasuki kawasan kampung.

Di Kota Bharu malam tadi Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakub berharap penduduk yang tinggal rendah mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya berlaku banjir.

Katanya mereka hendak berpindah segera sekiranya diarah berbuat demikian.

"Bagaimana pun kita berdoa semoga tidak lagi berlaku banjir di tahun baru," katanya ada sambutan ambang 2017 di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV. – HARAKAHDAILY 1/1/2017

Sumber HD - 1-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asma Ul Husna sambut detik 12 malam Januari 2017

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43746-asma-ul-husna-sambut-detik-12-malam-januari-2017

KOTA BHARU: Alunan nasyid Asma Ul Husna bergema di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ketika menyambut detik 12 tengah malam, malam tadi.

Berbeza berbanding tempat lain, sambutan ambang 2017 dipenuhi program ilmu dan keagamaan.

Bermula solat Maghrib diimamkan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, kuliah Maghrib, solat Isya dan solat hajat.

Kemudian diadakan persembahan nasyid dan diakhiri Bicara Ambang 2017 bersama Ustaz Azhar Idrus, Saiful Apek, Khairul Idham Pawi dan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Nassurudin Daud.

Biarpun hujan lebat sejak petang lagi namun ia tidak menghalang orang ramai memenuhi Daratan Stadium.

Paling ramai anak-anak muda termasuk dari selatan Thailand mengikuti program tersebut dari awal hingga akhir.

Ustaz Azhar yang teruja dengan program itu berkata kelainan berlaku di Kelantan di bawah kepimpinan ulama.

"Kerajaan Kelantan tidak serik-serik menganjur program seperti malam ini biarpun pada masa yang sama ada pihak mahu menjatuhkan kerajaan negeri.

"Oleh itu kita sama-sama hendaklah mempertahankan kerajaan yang ada sekarang," katanya. – HARAKAHDAILY 1/1/2017

Sumber HD - 1-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































































































































Kawasan rendah di Kuala Krai ditenggelami air

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43734-kawasan-rendah-di-kuala-krai-ditenggelami-air

KUALA KRAI: Hujan lebat sejak tengah malam tadi menyebabkan banyak tempat rendah di jajahan ini mulai ditenggelami air.

Sehingga pagi ini hujan belum reda, ditambah pula tiupan angin agak kuat. Langit kelihatan gelap di segenap arah.

Jalan ke Bandar Kuala Krai berhampiran Caltex berhadapan Masjid Jauhar dilimpahi air hujan.

Kenderaan ringan yang ingin ke Bandar Kuala Krai boleh menggunakan  jalan pintas atau alternatif di belakang Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai.

Penyelaras Task Force Kuala Krai Hilmi Abdullah berkata pengguna boleh memilih jalan pintas untuk ke bandar Kuala Krai.

Katanya kawasan tersebut ditenggelami air hujan ekoran hujan lebat sejak malam tadi.

Katanya juga jalan di  jambatan Kampung Pemberian mengalami hakisan agak teruk akibat hujan lebat.

"Begitu juga Jalan ke Kampung Mesek, Manek Urai Lama juga ditenggelami air. Laluan ke Sekolah Menengah Manek Urai juga terputus," katanya di sini.

Begitu juga jambatan di Sungai Chong, Kampung Sungai Sok turut ditenggelami air.

Paras air di Sungai Lebir juga meningkat pagi ini. Kelihatan banyak rumpun buluh dan sisa kayu hanyut.

Maklumat semasa mengenai banjir boleh diikuti di laman fb TaskForce Kuala Krai
#InfoBanjirKualaKrai.

Manakala di Kota Bharu hujan sekali-sekala lebat sejak malam tadi. Cuaca juga mendung dan tiupan angin agak kuat.

Walaupun hujan, ibu bapa sibuk menghantar anak ke asrama bagi memulakan sesi pengajian 2017. – HARAKAHDAILY 31/12/2016

Sumber HD - 31-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































































































































DHPP jadi benteng PAS di Tumpat

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43733-dhpp-jadi-benteng-pas-di-tumpat

TUMPAT: Kedudukan PAS di Parlimen Tumpat terus mantap dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang ditunjangi penduduk keturunan Siam.

Penubuhan tersebut dirasmikan Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob di sini semalam.

Usaha tersebut dilihat 'kena pada tempatnya' apabila parti politik lain termasuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bertelagah antara satu sama lain.

"Kita hari ini mengambil sikap atau pendekatan lebih  terbuka serta mesra sebagai persiapan bagi  menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

"Semua etnik di Kelantan memberi sokongan baik kepada usaha kerajaan negeri seperti mewartakan tanah di wat Siam di negeri ini," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim; Ketua DHPP Kelantan, Lim Guan Seng dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Roslan Wan Hamat.

Ustaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menjelaskan, kerajaan negeri sehingga kini telah mewartakan sembilan daripada 23 permohonan tanah di wat Siam.

Usaha tersebut dilaksanakan menerusi Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 sebagai tapak rekreasi dan kebudayaan masyarakat berkenaan. – HARAKAHDAILY 31/12/2016

Sumber HD - 31-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































Bekas penggerak Tukar mohon maaf

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43718-bekas-penggerak-tukar-mohon-maaf

KOTA BHARU: Bekas penggerak gelombang Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) ketika kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13, Kamaruddin Kassim memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negeri ini.

Beliau yang muncul di pentas ceramah Anak Muda di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi meminta maaf kerana mengepalai gerakan tersebut bagi menukar kerajaan PAS pada PRU lepas.

“Malam ini saya memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Kelantan di atas tindak tanduk saya sebelum ini.

“Sayalah yang menggerakkan gelombang tersebut ke seluruh jajahan bagi mengajak rakyat menukar kerajaan PAS pada PRU lepas,” katanya.

Ketika kempen PRU 13 Kamaruddin menjelajah ke seluruh Kelantan dengan kempen menukar kerajaan PAS. Beliau ketika itu merupakan orang kuat kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagaimanapun sekarang beliau meluahkan rasa insaf selepas melihat Umno bergelombang dengan pelbagai masalah terutamanya kemelut 1MDB.

“Kalau hendak tukar Kelantan kita kena tukar kerajaan di Putrajaya terlebih dahulu. Saya sekarang bersama dengan pemuda PAS, PKR  dan Bersatu akan mempertahankan Kelantan pada PRU ke-14 nanti.

“Usahlah Umno bermimpi hendak rampas Kelantan, parlimen yang Umno menang dengan jumlah undi yang kecil dijangka akan terlepas di tangan PAS dan pakatan pembangkang,” katanya yang juga Setiausaha Penerangan Bersatu Kelantan.

Hadir sama pada ceramah itu Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Presiden Ikatan, Datuk Seri Badri Abdul Rahman, Ketua AMK, Dr Hafiz Rizal, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shari dan bekas Naib AMK Pusat, Nazri Yunus. - HARAKAHDAILY 30/12/2016

Sumber HD- 30-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































































































































Tahfiz Sains, Maahad Perempuan terbaik SMU

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



















KOTA BHARU: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan Maahad Muhammadi Perempuan muncul sekolah terbaik peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) yang diumumkan hari ini.

Manakala sekolah bantuan kerajaan terbaik pula ialah Sekolah Menengah Agama (Arab) al Kauthar Peringat dan Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat Shah Alam.

Pada peperiksaan tersebut seramai 2,358 calon  mendapat kelulusan mumtaz daripada 6,730 pelajar yang menduduki SMU termasuk dari luar Kelantan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Mohammad Awang berkata, jumlah terbabit mencatat peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, lapan daripada 10 matapelajaran yang ditawarkan pada SMU tahun ini mencatat peningkatan dan dua lagi menurun antara 0.39 hingga 0.42 peratus,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan peperiksaan SMU, Sijil Menengah Tahfiz Quran (SMTQ) dan Sijil Tinggu Ugama Pondok (STUP) di Dewan Yayasan Islam Kelantan (Yik), Nilam Puri dekat sini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan) Yayasan Islam Kelantan, Mohd Kamarudin Omar, Timbalan Pengarah (Akademik), Mohd Zaki Deraman dan Timbalan Pengarah (Sekolah), Che Kamarudin Kamel Che Muhammad.

Mohammad Awang juga berkata, seramai 17 yang menduduki peperiksaan SMTQ tahun ini mendapat jayyid jiddan dan 97 pelajar lagi mendapat mumtaz. Seramai 114 calon menduduki peperiksaan tersebut.

Peperiksaan STUP juga mencatatkan peningkatan tahun ini sebanyak 55.13 peratus berbanding 50.67 peratus tahun 2015. - HARAKAHDAILY 29/12/2016

Sumber HD - 29-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































































































































































































































































































































Warga emas gagal dapat wang simpanannya

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43698-warga-emas-gagal-dapat-wang-simpanannya

GUA MUSANG: Impian Mat Hassan Hamat, 64 mahu menggunakan wang miliknya yang kini berada di Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut untuk membeli keperluan sekolah cucunya mungkin tidak kesampaian.

Hal ini kerana lebih tujuh tahun beliau menunggu bagi mendapat kembali wang miliknya namun masih gagal.

Beliau yang tinggal di Kampung Perak, Star berkata pelbagai usaha dilakukan bagi menuntut kembali wangnya berjumlah RM4,951 sebelum ini disimpan di Bank Bumiputera Malaysia Bhd (BBMB).

“Saya menyerah sendiri surat menuntut wang tersebut kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut, Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti Menara Maybank pada 19 Ogos 2009.

“Surat permohonan tersebut turut disertakan salinan Borang UMA-7, salinan kad pengenalan dan buku akaun simpanan.

“Saya juga membuat akuan sumpah dengan Pesuruhjaya Sumpah pada 28 Mac 2005 mengenai kehilangan wang dalam akaun di BBMB cawangan Gua Musang,” katanya di sini.

Menurutnya juga sebelum ini beliau mempunyai dua akuan di BBMB iaitu akaun simpanan dan akaun semasa.

Katanya beliau tidak dimaklumkan mengenai jumlah wang tersebut sehingga menerima surat pemberitahuan wangnya kini berada di Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Malah kata beliau CIMB Gua Musang mengesahkan mengenai wang tersebut yang dihantar melalui sepucuk surat kepada Pendaftaran Wang Tak Dituntut pada 18 Ogos 2009.

Oleh itu beliau yang lebih dikenali sebagai Ali berharap wang tersebut dapat dipulang segera kepadanya bagi membeli keperluan sekolah tiga cucunya. – HARAKAHDAILY 28/12/2016

Sumber HD - 28-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































































































































































Derma Lebuh Raya Rakyat diguna bina jambatan

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43696-derma-lebuh-raya-rakyat-diguna-bina-jambatan

KOTA BHARU: Orang ramai yang menyumbang bagi membina projek Lebuh Raya Rakyat (LRR) tidak perlu bimbang, derma mereka kini digunakan bagi menyiapkan pembinaan sebuah jambatan di laluan itu.

Sehingga sekarang sebanyak RM3 juta diderma pelbagai pihak untuk tabung projek LLR. Pembinaannya sepanjang 10 kilometer dari Bukit Tiu ke Kampung Berangan Mek Nab di Machang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata dana itu digunakan untuk membina sebuah jambatan.

Katanya, sekarang pembinaan LLR tersebut hampir 20 peratus siap.

“Projek berkenaan yang melibatkan kos kira-kira RM320 juta berjalan lancar di mana kerja-kerja berkaitan tanah sudah selesai dijalankan.

"Kini pembinaan sebuah jambatan di laluan berkenaan sedang dijalankan,” katanya di sini.

Pada peringkat awal kerajaan negeri merancang membina LLR dari Bukit Tiu, Machang sehingga Dusun Damar, Kuala Krai sejauh 30.5 kilometer.

Projek itu bakal disambung dengan projek lebuh raya Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok sejauh tujuh kilometer yang sedang dibina kerajaan Persekutuan.

Hanifa juga berkata projek berkenaan dimajukan syarikat Teguh Kualiti Sdn Bhd itu dijangka siap pada Mac 2018. – HARAKAHDAILY 28/12/2016

Sumber HD - 28-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom meriahkan Karnival Ekonomi Anak Muda 2016

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43694-jom-meriahkan-karnival-ekonomi-anak-muda-2016

PROGRAM Karnival Ekonomi Anak Muda 2016 dilancarkan secara rasmi malam tadi oleh Datuk Haji Che Abdullah Mat Nawi, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Ia dirasmikan serentak dengan acara pertama dalam karnival ini iaitu Kejohanan Muay Thai yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pemuda PAS Negeri Kelantan bersama Persatuan Muay Negeri Kelantan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Mohd Zaki Zakaria, Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga merangkap Pengarah Karnival serta Nazman Che Iberahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Manakala Persatuan Muay Negeri Kelantan diwakili Presiden mereka iaitu Datuk Dr Zulkepli Mohamad dan barisan kepimpinan utama persatuan tersebut.

Lebih 3,000 hadirin menyaksikan kejohanan tersebut yang menampilkan 5 regu hebat dari kelab kelab muay sekitar negeri Kelantan. Datuk Che Abdullah Mat Nawi juga dalam ucapan perasmiannya memuji anak anak muda yang menjadi majoriti besar kehadiran pada malam tadi atas semangat dan sokongan yang diberikan kepada program anjuran PAS melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Program ini akan berlangsung selama lima hari iaitu pada malam 28 Disember pula akan diadakan persembahan Dikir Barat AllStarz, kemudian malam selepasnya pula Ceramah Mega Anak Muda Pertahan Kelantan akan mengambil tempat di lokasi yang sama. Bual bicara dan Konsert bersama Ijam Medicine pula akan diadakan pada malam 30.

Acara kemuncak adalah pada 31 Disember iaitu Kuliah Ustaz Azhar Idrus akan mengambil tempat di perkarangan stadium ini. Acara lain yang diadakan pada sebelah petang adalah Pertandingan Mewarna, Konvoi ARC, Persembahan Silat serta Simfoni Gendang Antara Kaum. Gerai jualan dan makanan turut disediakan.sepanjang berlangsungnya program ini. – HARAKAHDAILY 28/12/2016

Sumber HD -28-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































































Janji agih geran jadi kenyataan

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43686-janji-agih-geran-jadi-kenyataan

KOTA BHARU: Sebelum ini pembangkang di negeri ini sering mempertikaikan kelewatan kerajaan negeri memberi geran hak milik tanah kepada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Isu itu sering diasak Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, Datuk Abdul Aziz Derashid (Kuala Balah) dan Datuk Ramzi Abdul Rahman (Dabong) setiap kali persidangan negeri berlangsung.

Sedangkan penyelesaian hak milik kepada Kesedar terbantut memandangkan agensi itu sebelum ini tidak melantik wakil kerajaan negeri dalam lembaga pengarahnya sebagaimana termaktub dalam Akta Kesedar.

Ekoran desakan kerajaan negeri Kesedar akhirnya melantik tiga wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Kesedar.

Wakil terbabit iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota Exco Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Datuk Nazran Muhammad.

Berikutan kerjasama itu hari ini kerajaan negeri menyampaikan geran hak milik tanah kepada Kesedar yang disampaikan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Pada majlis itu juga Kesedar menjelaskan bayaran premium tanah sebanyak RM12 juta kepada kerajaan negeri.

Che Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau berkata usaha tersebut merupakan hasil kerjasama kerajaan negeri bagi kepentingan rakyat.

"Usaha ini bagi menyelesaikan semua masalah rakyat yang berbangkit dan kebaikan juga untuk rakyat," katanya.

Manakala penyerahan 'mock cek' Kesedar dilakukan Nozula yang juga Timbalan Pengerusi agensi pembangunan terbabit.

Kesedar yang merupakan lembaga kemajuan wilayah ditubuhkan pada 2 Mac 1978 bertujuan mengimbangi komposisi penduduk antara Kelantan selatan dan utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Sehingga sekarang kawasan ladang yang dimajukan agensi itu mencecah lebih 20,000 hektar dan memberi manfaat kepada 11,000 keluarga peneroka. - HARAKAHDAILY 27/12/2016

Sumber HD - 27-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































































































































































MB solat hajat di lokasi mangsa hilang

HUSAINI RAMLY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43682-mb-solat-hajat-di-lokasi-mangsa-hilang

PASIR PUTEH: Operasi mencari dua mangsa lemas di Pantai Tok Bali dekat sini turut disertai Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob petang semalam.

Beliau bersama Timbalan Yang Dipertua PAS Pasir Puteh Yuganu Yunus turut menunaikan solat Maghrib serta solat hajat bersama penduduk tempatan di lokasi tempat kejadian.

Solat hajat diimamkan Menteri Besar juga disertai anggota-anggota penyelamat daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan sukarela.

Mangsa Ahmad Haziem Anizam 14 dari Kampung Chengal Batu dan Amir Azfar Rafa, 13 dari Selising dipercayai lemas sejak dua hari lepas ketika mandi di laut.

Manakala dua lagi rakan mereka Muhammad Firdaus Mustapha, 16, dari Kampung Taweh dan Amir Syahir Zakima, 13 dari Kampung Nering berjaya diselamatkan orang ramai ketika kejadian.

Seramai 115 anggota penyelamat menyertai operasi menyelamat tersebut.

Yuganu berkata, Menteri Besar bergegas ke tempat kejadian selepas mengetahui kejadian malang tersebut biar pun baru kembali dari luar Kelantan.

“Solat hajat yang diadakan mudah-mudahan dapat dipermudahkan Allah Taala bagi menemui mangsa yang masih hilang,” ujarnya.

Ustaz Ahmad juga menemui keluarga mangsa terbabit. - HARAKAHDAILY 27/12/2016

Sumber HD - 27-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































































































Mashanis muncul juara Ekspresi Kalam

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43680-mashanis-muncul-juara-ekspresi-kalam

KOTA BHARU: Mashanis Mohamed, pelajar Institut Perguruan Sultan Mizan Besut Terengganu melakar sejarah menjadi juara pertama program Ekspresi Kalam yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO negeri, Datuk Dr Ramli bin Mamat sewaktu berucap dalam program tersebut menekankan aspek penglibatan anak muda dalam aktiviti yang bermanfaat seperti itu.

Pentas Akhir Ekspresi Kalam 2016 berlangsung di Dataran Stadium Sultan Mohamad IV, di sini.

"Meskipun program realiti agama sering dikaitkan dengan lahirnya penceramah bersifat segera, namun ia sekurang-kurang memberi pendedahan awal yang baik kepada peserta yang bercita-cita untuk menjadi pemidato hebat masa depan.

"Ketika program realiti menjadi suatu fenomena masyarakat dunia hari ini, Kerajaan Negeri Kelantan juga tidak ketinggalan untuk bersama menganjurkan program seumpama ini untuk golongan remaja dan belia terutamanya," kata beliau.

Pemidato Muda PM Mashanis anak kelahiran Ketereh, membawa pulang hadiah dalam bentuk wang tunai bernilai RM3,000 dan beberapa hadiah lain yang disediakan pihak penganjur.

Tempat kedua disandang oleh Wan Muhammad Faizat Wan Mohd Sanusi, tempat ketiga Ahmad Hakim Baihaqi Mohd Suhaimi dan keempat Syahrul Adam Salleh Ibrahim yang masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000, RM1,000 dan RM300 serta sijil dan cenderamata.

Manakala Pemidato Muda lain yang tersingkir awal menerima wang tunai RM300 dan hadiah iringan.

Program anjuran kerajaan negeri itu adalah kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Konfederasi NGO Kelantan. - HARAKAHDAILY 26/12/2016

Sumber HD - 26-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































Bekas pelajar bantu bina asrama maahad

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43660-bekas-pelajar-bantu-bina-asrama-maahad

KOTA BHARU: Sejak Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu (Alumni MM) diwujudkan NGO tersebut berjaya menyiap pembinaan sebuah asrama di Maahad Muhammadi Lelaki hasil sumbangan bekas pelajar.

Yang Dipertua Alumni MM, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata bangunan itu berjaya disiapkan pada 2012 di atas sebidang tanah di sebelah Maahad Muhammadi Lelaki yang dibeli dengan harga RM810,000.

“Malam ini pula dilancar Tabung Pembangunan Abdul Rahman al Makki dan Tabung Kebajikan Maahad Muhammadi.

“Derma tersebut bagi menampung pembinaan mini kompleks sukan yang mengandungi garaj motorsikal, ping pong dan futsal dengan anggaran kos pembinaan RM300,000.

“Selain itu bagi membantu pelajar Maahad Muhammadi Lelaki  dan Maahad Muhammad Perempuan yang memerlukan bantuan,” katanya pada majlis makan malam alumni terbabit.

Program itu diadakan di sebuah hotel dan dirasmikan anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nassuruddin Daud. Hadir sama Timbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad yang juga bekas Pengetua MML.

Dr Nazmi berkata mini kompleks sukan itu juga akan mengandungi gelanggang skuas, sukan yang jarang diceburi pelajar agama.

Sumbangan boleh disalurkan atas nama Tabung Pembangunan Abdul Rahman Al Makki melalui CIMB Bank (8602771142). Manakala Tabung Kebajikan Maahad Muhammadi CIMB Bank (8602771178). - HARAKAHDAILY 25/12/2016

Sumber HD - 25-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































































































































































Kongres Rakyat rumus isu semasa di Kelantan

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43643-kongres-rakyat-rumus-isu-semasa-di-kelantan

KOTA BHARU: Kongres Rakyat yang menghimpunkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik akan bersidang 29 Disember ini bagi merumus pandangan untuk diketengah kepada kerajaan negeri.

Ketua Sekretariatnya Zulkifli Mamat berkata Kongres Rakyat menjadi medan untuk mendengar pandangan rakyat berkaitan isu-isu yang berlaku di Kelantan.

Katanya, rumusan Kongres Rakyat tersebut boleh menjadi panduan bertindak bagi kerajaan negeri.

“Dijangka seramai 700 perwakilan yang mewakili NGO, persatuan, kelab, badan sukarela dan parti politik menghadiri kongres tersebut,” katanya di sini.

Menurutnya pembentangan kertas kerja dan perbincangan kongres tersebut mencakupi bidang agama dan syariah, pendidikan, alam sekitar dan kesejahteraan, perumahan, sosial dan keselamatan.

Selain itu ekonomi dan kepenggunaan, kebudayaan dan pelancongan serta hak-hak rakyat.

Kongres tersebut akan diadakan di Kelantan Trend Centre (KTC) Kota Bharu bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Zulkifli yang juga Pengarah Kongres Rakyat Kelantan berkata isu-isu yang akan dibahaskan pada kongres terbabit mengikut kluster ditetapkan.

Manakala hari ini berlangsung mini Kongres Rakyat di Dewan Teratai Kota Darulnaim bagi membincangkan draf usul Kongres Rakyat yang akan berlangsung Khamis hadapan.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, wakil agensi kerajaan dan NGO. - HARAKAHDAILY 22/12/2016

Sumber HD - 22-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































































































Finalis Kalam Pemidato kunjungi MB Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43640-finalis-kalam-pemidato-kunjungi-mb-kelantan

KOTA BAHRU: Pemidato Muda mengadakan kunjungan hormat bertemu  Dato' Bentara Kanan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob

Mereka juga membuat kunjungan hormat bertemu Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Dr Ramli Mamat.

Program Ekspresi Kalam Pemidato Muda ini adalah anjuran jawatankuasa beliau bersama Konfederasi NGO Kelantan.

Empat peserta layak ke Pentas Akhir yang bakal berlangsung pada 25 Disember nanti, jam 10 pagi di Dataran Stadium Sultan Mohamed IV Kota Bharu.

Terdahulu para Pemidato Muda ini melawat Institut Pemikiran Tok Guru, Dato' Bentara Setia (IPTG) dan mendengar taklimat disampaikan oleh Dr. Fadhli Abdul Ghani, Pemangku Pengarah IPTG. – HARAKAHDAILY 22/12/2016

Sumber HD - 22-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































































































































































Sambutan ambang 2017 dimula solat Maghrib

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43633-sambutan-ambang-2017-dimula-solat-maghrib

KOTA BHARU: Sambutan tahun baru 2017 di Kelantan sekali lagi menyaksikan kelainan apabila dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.

Selepas itu kuliah Maghrib akan disampaikan pendakwah bebas Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi. Selepas Isyak pula diadakan persembahan nasyid oleh Kumpulan One Deen.

Kemudian Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob akan menyampaikan amanat tahun baru. Program itu akan diadakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV pada 31 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus juga akan memeriahkan sambutan tersebut.

"Penampilan khas kali ini di mana beliau akan bertindak sebagai moderator manakala anggota Exco Datuk Nassuruddin Daud sebagai panelis.

"Ustaz Nassuruddin akan ditanya Ustaz Azhar sebagai moderator program tersebut," katanya pada persidangan media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Program terrsebut dianjurkan Urusetia Belia dan Sukan. Selain itu artis Saiful Apek dan Juara Cub Prix, Keon turut diundang pada program berkenaan.

Manakala pada malam 29 Disember pula ceramah mega Anak Muda Pertahankan Kelantan juga diadakan di Dataran Stadium.

Ceramah tersebut membariskan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Datuk Seri Mohamad Badri Ab Rahman dari Ikatan, Setiausaha Penerangan PPBM Kelantan, Kamaruddin Kassim dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari. - HARAKAHDAILY 21/12/2016

Sumber HD - 21-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































































Pembalakan di Kelantan ikut piawaian kualiti

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43632-pembalakan-di-kelantan-ikut-piawaian-kualiti

KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan menjelaskan Pensijilan MS ISO 9001:2008 berkaitan pengurusan pengeluaran kayu secara berkekalan di hutan simpan kekal di Kelantan sah sehingga 14 September 2018.

Pensijilan MS ISO 9001:2008 bermula 21 September 2016 menjelaskan aktiviti pembalakan di negeri tersebut mengikut piawaian kualiti dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Oleh itu, Jabatan Perhutanan Negeri menyangkal dakwaan sesetengah pihak pensijilan itu ditarik balik disebabkan kelemahan pengawalan dan pemantauan aktiviti pembalakan di Kelantan.

Pengarahnya, Datuk Zahari Ibrahim berkata proses penarikan pensijilan pengurusan hutan Malaysia Criteria and Indicator (MC&I) hanya disebabkan ketidakpatuhan hanya satu petunjuk dalam kriteria sahaja.

“Manakala lain-lain kriteria dan petunjuk didapati pematuhannya dilaksanakan,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Baru-baru ini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Sijil Skim Pensijilan Kayu Balak Malaysia (MTCC) di Kelantan dan Johor ditarik balik kerana melanggar beberapa syarat ditetapkan.

Antaranya pelanggaran syarat penebangan iaitu tidak mematuhi kod kawasan penebangan.

Sijil berkenaan dibuat untuk membolehkan kayu balak yang ditebang dieksport ke negara-negara Eropah dengan harga tinggi.

Sedangkan Sijil Pengurusan Hutan MC&I terdapat 9 prinsip, 47 kriteria, 96 indikator dan 307 verifier yang perlu dipatuhi.

Ia digubal sebagai standard bagi pensijilan pengurusan hutan asli di peringkat Forest Management Unit untuk memenuhi kehendak pasaran antarabangsa.

Zahari berkata penarikan Sijil Pengurusan Hutan MC&I disebabkan SIRIM QAS menemui ketidakpatuhan kepada prinsip nombor 6 dan petunjuk nombor 6.10.1.

“Pihak  SIRIM QAS menemui seluas 6,221 hektar zon ladang hutan berada di dalam kawasan FMU Kelantan yang disijilkan. Selain itu tiada maklumat lengkap mengenai kawasan lombong di kawasan yang disijilkan.

“Pewartaan keluar Hutan Simpan Kekal Limau Kasturi daripada kawasan HSK yang disijilkan,” katanya.

Beliau juga berkata, Jabatan Perhutanan akan memohon melaksanakan pra pengauditan pensijilan bermula Mac 2017 bagi memperolehi semula pensijilan pengurusan hutan MC&I. – HARAKAHDAILY 21/12/2016

Sumber HD - 21-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































































































































































Lebih 37,000 ekar diklasifikasi kawasan rayau

ASLANI M | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43631-lebih-37-000-ekar-diklasifikasi-kawasan-rayau

KOTA BHARU: Kawasan hutan simpan kekal (HSK) seluas 37,050 ekar (15,000 hektar) diklasifikasikan sebagai hutan perlindungan untuk kawasan rayau masyarakat Orang Asal di Kelantan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Zahari Ibrahim mengatakan bahawa hutan perlindungan disediakan bagi membolehkan penduduk terbabit mencari rezeki.

Oleh itu, kerajaan negeri meminta Jabatan Perhutanan menyegerakan proses pewartaan kawasan Pos Gob di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965.

“Kerajaan negeri membuat beberapa ketetapan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk Orang Asal di kawasan tertentu.

“Selain itu, Syarikat Kumpulan Perkayuan Kelantan turut diminta mengenal pasti kaedah pembinaan tandak air disalurkan kepada perkampungan Orang Asal berhampiran kawasan lesen permbalakan,” katanya di sini.

Pada 29 November lepas, polis menahan 47 Orang Asal apabila enggan merobohkan sekatan laluan lori balak yang dibina Simpang Petei dan Kampung Peralong, Pos Bihai.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81 Enakmen Perhutanan Negara 1984 kerana menduduki dan memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.

Kumpulan Orang Asal terbabit sebelum ini mendakwa aktiviti pembalakan menyebabkan kawasan mereka terjejas.

Zahari juga berkata aktiviti pembalakan akan diteruskan di kawasan terlibat dengan memperketatkan peraturan sedia ada dan mesra alam.

Kata beliau hasil kayu-kayan merupakan salah satu hasil utama kerajaan negeri yang dimanfaatkan untuk program pembangunan Kelantan.

Menurutnya juga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melaksanakan pelbagai program dan projek yang melibatkan pembangunan masyarakat Orang Asal.

Beliau juga memberitahu bahawa pihaknya mendapat maklumat segelintir Orang Asal di Hutan Simpan Balah membina semula pondok-pondok yang diroboh Jabatan Perhutanan 19 November lepas.

“Kami menegaskan pembinaan semula pondok-pondok di kawasan Hutan Simpan Balah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 32, Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) Negeri Kelantan, 1984.

“Jabatan Perhutanan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan tersebut,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/12/2016

Sumber HD - 21-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































































































































































































RM4 juta peruntukan armalah seluruh Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43617-rm4-juta-peruntukan-armalah-seluruh-kelantan

RANTAU PANJANG: Seramai 350 orang golongan armalah Dun Bukit Tuku menerima sumbangan ‘armalah’ yang membabitkan kos keseluruhan RM80,000.

Adunnya, Abdul Rasul Mohamed berkata peruntukan untuk armalah itu diberikan oleh kerajaan negeri yang membabitkan keseluruhan sebanyak RM4 juta.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan armalah peringkat Dun Bukit Tuku, di Markas Tarbiah PAS Rantau Panjang, semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Penyelaras Pembangunan Armalah Dun, Noriah Zakaria dan Penghulu Tanpa Mukim Dun berkenaan, Fauzah Mat Salleh

Jelasnya, ia diberikan setiap tahun demi untuk membantu rakyat yang memerlukan.

“10 peratus peruntukkan kerajaan negeri keseluruhannya disuntik untuk program sebegini. Tidak termasuk program kebajikan yang lain seperti Ladang Rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, pada masa yang sama kerajaan negeri tidak meminggirkan golongan minoriti di negeri itu.

Jelasnya, pelbagai bangsa anak jati negeri itu berhak mendapat sumbangan yang sama.

Katanya, sumbangan juga turut diberikan pada golongan Orang Kurang Upaya, anak yatim dan miskin.

“Mudah-mudahan sumbngan ini dapat membantu keperluan harian. Sumbangan ini akan diberikan pada mereka yang layak setelah diadili Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/12/2016

Sumber HD - 20-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































































































































































































PT3: Tahfiz Sains Tanah Merah terbaik Yik

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43625-pt3-tahfiz-sains-tanah-merah-terbaik-yik

KOTA BHARU: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah mencatatkan Gred Purata (GP) tertinggi sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) bagi peperiksaan  Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini.

Sekolah berkenaan mendapat gred 1.14 diikuti Maahad Tahfiz Sains al Muhammadi Nipah (1.24) dan Maahad Muhammadi Perempuan (1.26).

Mudir Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Ustaz Azhar Mat Yusuf berkata, jumlah pelajar yang menduduki peperiksaan PT3 di sekolah itu seramai 136 orang.

Katanya pelajar yang mendapat 11A seramai 63 orang,  manakala 10A - 29 orang dan 9A - 20 orang dengan gred purata 1.14 meningkat berbanding tahun lalu 1.20.

"Antara mata pelajaran yang mendapat kelulusan penuh A iaitu Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah dan Pendidikan Islam," kata di sini.

Menurutnya,  kejayaan peperiksaan PT3 dinilai berdasar gred purata dan  bukan dikira jumlah pelajar yang mendapat bilangan A terbanyak.

"Sebab itu tidak ada gunanya mendapat A penuh kalau ada pelajar lain yang gagal. Perkiraaan dibuat dengan mencampur semua gagal dan lulus bagi mendapat gred purata yang terbaik," katanya. - HARAKAHDAILY 20/12/2016

Sumber HD -20-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 












































































































































































































Aktiviti seni tarik pelancong ke Pasar Siti Khatijah

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43612-aktiviti-seni-tarik-pelancong-ke-pasar-siti-khatijah

KOTA BHARU: Pasar Besar Siti Khadijah bakal menyaksikan satu kelainan apabila aktiviti kesenian diadakan secara bulanan di situ.

Malah lokasi itu bakal dikenali Dataran Budaya, memberi imej baru bagi melengkapkan destinasi tarikan pelancongan ke Kelantan.

Pengerusi Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebulan sekali kita anjurkan aktiviti kesenian di Pasar Besar Siti Khatijah.

"Aktiviti itu boleh diladakan pada hari Sabtu dan Ahad," katanya ketika berucap pada program persembahan dikir barat perdana di Pasar Siti Khadijah hari ini.

Seramai 12 pendikir barat berpadu suara menjayakan karnival dikir barat perdana tersebut.

Beliau menambah, walaupun kerajaan negeri mempunyai gelanggang seni, namun sekiranya cadangan itu diterima, kesenian di Kelantan tambah meriah.

Selain itu ia boleh menggalakkan kedatangan pelancong ke Pasar Siti Khadijah sekaligus memberi keuntungan kepada peniaga. – HARAKAHDAILY 19/12/2016

Sumber HD - 19-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































































































































































PT3: 105 pelajar Maahad Perempuan dapat 11A

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43610-pt3-105-pelajar-maahad-perempuan-dapat-11a

KOTA BHARU: Maahad Muhammadi Perempuan terus mencatat keunggulan apabila seramai 105 yang menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini mendapat 11A.

Mudirnya, Mohd Mansor Daud berkata, jumlah tersebut terus meningkat sejak PT3 dilaksanakan pada tahun 2014.

Katanya, pencapaian gred purata (GP) tahun 2016 menunjukan keputusan luar jangkaan pihak pengurusan sekolah.

"Kalau dilihat tahun pertama diperkenalkan PT3 iaitu 2014 sehingga tahun ini GP bermula dengan 1.88, 1.40 dan peningkatan 1.26 tahun ini.

"Manakala bilangan pelajar yang mendapat 11A meningkat daripada 46 orang pada 2015 kepada 105 pada 2016," katanya ketika ditemui selepas mengumumkan keputusan peperiksaan itu di Maahad Muhammadi Perempuan di sini hari ini.

Seramai 318 pelajar sekolah terbabit menduduki peperiksaan PT3 tahun ini.

Mohd Mansor juga berkata kejayaan tersebut disebabkan kesungguhan pelajar dan guru yang dapat memahami format peperiksaan PT3.

Pelajar juga dapat menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) yang dikelola Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Kita harap untuk tahun hadapan, setelah melihat soalan-soalan Kbat, kita boleh membuat peningkatan dengan lebih tinggi lagi," katanya.

Sementara itu difahamkan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah juga mengungguli pencapaian PT3 tahun ini bagi sekolah kawalan Yayasan Islam Kelantan. – HARAKAHDAILY 19/11/2016

Sumber HD - 19-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































































































































































































Tiga pemidato Eksperisi Kalam ke pentas akhir

IBNU MAHMUD | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43602-tiga-pemidato-eksperisi-kalam-ke-pentas-akhir

KOTA BHARU: Pertarungan sengit pidato kontemporari Ekspresi Kalam Pemidato Muda cabaran Minggu Ketiga memihak kepada PM Hakim, PM Mashanis dan PM Adam mengenepikan empat orang rakan mereka yang lain. Pidato berlangsung di Syabab Point Kota Bharu di sini.

PM Hakim adalah mahasiswa Kolej Islam Antrabangsa Sultan Ismail Petra Kota Bharu (KIAS), PM Adam pelajar, Kolej Sains Tahfiz Kok Lanas Kelantan dan PM Mashanis, penuntut di Institut Perguruan Sultan Mizan Besut Terengganu.

Pidato mereka bagi minggu ketiga ini adalah berdasar kepada buku-buku pilihan yang telah diundi dalam Kuliah Ekspresi Ahad lalu.

Ekspresi Kalam Pemidato Muda adalah sebuah program realiti anjuran Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan dan Konfederasi NGO Kelantan.

Ia bertujuan untuk melahirkan ikon dalam kalangan anak mud,a berketerampilan dalam pidato kontemporari yang menjadi sebahagian fenomena medan dakwah pada hari ini.

Mudir Madrasah Ekspresi Kalam, Ustaz Hafiz Mahmud menjelaskan bahawa juri berdepan dengan kesukaran juga untuk menentukan siapakah yang bakal beraksi di Pentas Akhir Eksperesi yang bakal berlangsung pada 25 Disember depan, di Perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke IV Kota Bharu.

"Namun keputusan yang disepakati oleh para juri profesional tetap muktmad dan diterima oleh PM yang telah dilatih selama sebulan bagi berdepan situasi seumpama ini.

"Mereka bukan sahaja mendapat pendedahan melalui Kuliah Ekspresi yang dikendali oleh para mua'llim tersohor, mereka juga setiap minggu mengikuti aktiviti lasak dan mencabar, " katanya.

Sementara itu Farisfitiri Suhaimi, salah seorang perantara Pentas Ekspresi berkongsi rasa mengendali program ini, turut melahirkan perasaan berdebar setiap kali menunggu keputusan yang diumumkan oleh penganjur pada akhir program.

"Selama sebulan saya bersama mereka, saya hanya mampu menyembunyikan perasaan hiba apabila setiap minggu ada kalangan mereka yang tidak dapat meneruskan cabaran.

"Namun saya kagum dan menghargai sikap mereka yang terus beriltizam dengan akiriviti yang diatur oleh penganjur kepada mereka," kata Faris.

Ekspresi Kalam menampilkan tiga perantara selain Faris iaitu Ustaz Jamal Najmudddin Sulaiman dan Nik Ahmad Akif Nik Arjun yang menampilkan pengacaraan yang santai dan juga menghiburkan.

Sementara itu, salah seorang Pemidato Muda, PM Faizat menzahirkan rasa bertuah kerana dapat menyertai program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan ini.

"Meski pun saya gagal pada minggu ketiga ini, saya tetap mengatakan bahwa medan dakwah saya tidak terhenti setakat ini, saya akan terus berada di medan dakwah," ujarnya penuh semangat di atas pentas.

Pentas Ekspresi minggu ini lebih bermakna kerana ia turut dihadiri Senator Khairiah Mohamed yang turut berucap memberi kata-kata semangat kepada para Pemidato Muda. – HARAKAHDAILY 19/12/2016

Sumber HD - 19-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































































































































































Program tasawwur Islam perkasa integriti pentadbiran

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .


(Foto daripada fb Menteri Besar Kelantan)


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43597-program-tasawwur-islam-perkasa-integriti-pentadbiran

KOTA BHARU: Bagi memperkasakan amalan integriti dalam pentadbiran, Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan program tasawwur Islam kepada penjawat awam.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, usaha tersebut dilakukan kerana pegawai kerajaan negeri merupakan 'tulang belakang' dasar Membangun Bersama Islam.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri memperuntukkan dana untuk membiayai yuran pengajian serta keperluan lain sebanyak RM42,900 bagi setiap siri.

Menurutnya, pada siri pertama ia hanya ditawarkan khusus kepada pegawai tadbir kerajaan negeri sahaja dengan bayaran sebanyak RM900 seorang.

"Namun bagi siri kedua dan seterusnya, kita tawarkan kepada semua pegawai gred 41 ke atas di semua agensi kerajaan termasuk anak syarikat kerajaan negeri.

"Peserta bagi siri tiga bagi tahun 2016 telah pun menamatkan pengajian mereka. Saya difahamkan ia mendapat maklum balas positif dari peserta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti Dan Penyampaian Sijil Diploma Tasawwur Islam Siri III di Dewan Teratai di sini, hari ini.

Ustaz Ahmad menambah, kursus Lanjutan Tasawwur Islam bakal diadakan kepada pegawai yang terlibat dengan siri lalu yang bakal dianugerahkan Diploma.

Program Tasawwur Islam adalah merupakan cetusan idea beliau setelah menjawat jawatan Menteri Besar bagi membangunkan pegawai tadbir negeri dengan keilmuan Islam yang mantap.

Antara objektifnya ialah menerapkan nilai-nilai agama dalam pentadbiran, membentuk pegawai yang menghayati nilai Islam dalam perkhidmatan awam serta menjadikan mereka bersedia untuk berubah dan menjadi contoh kepada masyarakat dengan amalan integriti dalam urusan kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY 18/12/2016

Sumber HD - 18-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































































Kelantan rancang tambah bilangan hufaz

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43592-kelantan-rancang-tambah-bilangan-hufaz

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berhasrat menambah bilangan huffaz setiap tahun sebagai pembimbing masyarakat ke arah memahami tuntutan Islam sebenar.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, ia menjadi tugas semua pihak untuk menyebarluaskan pendidikan tahfiz al-Quran supaya usaha itu direalisasikan.

Menurutnya, tidak mustahil suatu hari nanti golongan berkenaan yang terdiri daripada profesional dan ulama bakal mentadbir tampuk pemerintahan negara.

"Kerajaan negeri berhasrat menambah bilangan hafiz dan hafizah setiap tahun di negeri ini termasuklah mereka yang tahu berbahasa arab.

"Kelak mereka akan membantu masyarakat supaya memahami ajaran sebenar Islam," katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz kali ke tujuh di Komplek Balai Islam Lundang pagi tadi.

Seramai 410 orang pelajar menerima anugerah masing-masing pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan.

133 dari Maahad Tahfiz Sains (MTS) Tanah Merah, 106 MTS Nurul Aman, 68 Maahad Tahfiz al Quran (MTAQ) Pulau Chondong dan 38 MTAQ al Asriah Banggol Chicha.

35 MTS Bustanul Arifin, Tumpat; 21 MTS al Muhammadi Nipah Bachok, lima dari SMU Tarbiyah Diniyah Bunut Sarang Burung dan empat SMU al Kauthar Peringat.

Beliau juga bercita-cita, huffaz dapat mewarisi perjuangan menegakan isi kandungan al-Quran bukan sahaja di Kelantan malah di Malaysia.

Beliau yakin selepas 26 tahun pemerintahan PAS di Kelantan dengan dasar 'Membangun Bersama Islam', rakyat semakin memahami serta mendekati syariat Islam.

Oleh itu katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian khusus dan mengambil berat terhadap perkembangan pendidikan al Quran dan agama.

"Malah menjadi agenda utama kerajaan negeri dalam program seperti pengukuhan kokurikulum, peningkatan pengetahuan dan sebagainya dibawah Yik," katanya.

Sehingga kini Yik melahirkan seramai 2,404 huffaz lelaki serta perempuan dan sehingga hari ini 19,654 pelajar yang masih belajar termasuk yang sudah menamatkan hafazan mereka.

Penubuhan sebuah sekolah asrama penuh di Pengkalan Chepa yang dinamakan Maahad Sains Tok Guru turut menterjemahkan komitmen kerajaan negeri dalam pendidikan. – HARAKAHDAILY 17/11/2016

Sumber HD - 17-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































































































































































300 peserta ladang rakyat terima dividen

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43590-300-peserta-ladang-rakyat-terima-dividen

KUBANG KERIAN: Seramai 300 peserta ladang rakyat menerima dividen masing-masing bagi Parlimen Kubang Kerian untuk bulan Julai Ogos dan September.

Jumlah tersebut merangkumi 100 orang bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan itu seperti Dun Demit, Dun Pasir Tumbuh dan juga Dun Salor.

Majlis penyerahan dividen tersebut disempurnakan oleh Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau di sini.

Datuk Che Abdullah Mat Nawi berharap agar setiap peserta dapat berperanan sebagai jentera pilihan raya yang komited mempertahankan pemerintahan Islam.

"Kita adalah mereka yang berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada gerakan serta jemaah Islam di Kelantan," katanya di Masjid Kompleks Darul Huda disini.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Perbadanan Ladang Rakyat berkata, usaha kerajaan negeri mempertahankan agama Islam merupakan tanggungjawab bersama.

Ia sekaligus menafikan fitnah parti serpihan PAN untuk memberi kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Sebelum ini wakil rakyat Dun Wakaf Baru itu menegaskan PAN dilahirkan untuk dijadikan tali hayat kepada DAP di Pantai Barat dan tongkat Umno di Pantai Timur. – HARAKAHDAILY 17/12/2016

Sumber HD - 17-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MB Kelantan tolak jawatan Presiden Kafa
Posted on Friday, December 16 @ 15:05:41 MYT \
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32865



















MENTERI Besar, Datuk Ahmad Yakob tidak bersedia mengambil alih jawatan Presiden Kafa walau pun banyak pihak menggesa beliau memegang jawatan itu.
Ahmad berkata, banyak perkara perlu dibuat penelitian sebelum sebarang keputusan dibuat terutamanya mengenai isu dana RM15 Juta itu.

"Kerajaan negeri serahkan kepada Exco Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO untuk membuat penelitian tersebut.

"Perlu penjelasan cukup kenapa liabiliti terlampau tinggi dan bagi saya walau pun kerajaan negeri tidak ambil alih, penjelasan itu perlu untuk penaja nanti.

"Mana-mana individu yang mahu menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan ini kita sokong," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Input Pertanian dan Perikanan Dun Pasir Pekan, di Bangunan Ibaidulrahman kampung Paloh Tumpat, petang, semalam.

Jelas Ahmad lagi, dengan penolakan jawatan Presiden Kafa itu tidak bererti kerajaan negeri tidak membantu bola sepak Kelantan.

"Sebelum ini pun kerajaan negeri potong levi, dan baru-baru ini potong lagi 10 peratus levi, kita juga tidak kenakan langsung cukai hiburan.

"Manakala pemain bola sepak Kelantan juga dirai setiap kali menang perlawanan dengan membawa menunaikan umrah dan lain-lain sumbangan," katanya.

Terdahulu, Tan Sri Annuar Musa (bekas Presiden Kafa), melepaskan jawatan berkenaan pada 9 November lalu selepas menyandang sejak 2008.

Di bawah pentadbirannya, pasukan Kelantan pernah meraih kejuaraan Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super.


  Untuk terus beraksi, Kelantan memerlukan sekurang-kurangnya RM15 bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Sumber TKO - 16-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































































































































































MB ziarah bekas penyelia Dun yang meninggal

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43584-mb-ziarah-bekas-penyelia-dun-yang-meninggal

KOTA BHARU: Bekas Penyelia Dun Tendong, Abdul Hamid Aziz, 56 telah meninggal dunia kira-kira jam 11.45 malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Kampung But, dalam Dun Kadok, di sini setelah menderita mengalami masalah jantung tiga tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Asiah Mustapha, 58 dan tujuh orang anak, iaitu lima perempuan dan dua lelaki serta tiga orang cucu.

Asiah ketika ditemui memberitahu, beliau redha dengan pemergian suaminya.

Katanya, allahyarham yang aktif dalam parti sejak berusia belasan tahun, kekal istiqamah dalam perjuangan PAS hingga akhir hayatnya.

“Sejarah allahyarham dalam perjuangan memang membanggakan Kak Yah. Kerana allahyarham aktif di Tendong, sanggup menyewa rumah di sana dan tinggalkan rumah sendiri untuk berjuang di sana.

“Anak-anak kami bertukar sekolah di Tendong untuk mengikutinya bertugas di situ bagi memastikan Tendong kekal di bawah PAS,” ujarnya.

Beliau bersyukur walaupun tidak pernah dicalon sebagai wakil rakyat namun jasanya bukan sedikit sehingga Dun Tendong masih kekal milik PAS hingga kini.

Jenazah allahyarham akan disemadikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan selepas solat Jumaat.

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Adun Tendong, Rozi Muhamad, Adun Kadok, Azami Mohd Nor serta lain-lain pimpinan pelbagai peringkat parti dan kerajaan.

Anak sulong lelaki allahyarham Mohd Ezzi, 24, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menziarahi allahyarham sama ada ketika sakit atau selepas kematiannya.

Menurutnya, beliau mewakili allahyarham memohon maaf di atas kesalahan terhadap mereka yang mengenali arwah ayahnya.

“Jika ada arwah ayah berhutang dengan sesiapa, sila memberitahu kami sekeluarga, insya-Allah kami akan membayarnya bagi pihak arwah ayah,” ujarnya.

Semasa hayatnya pernah memegang jawatan penting dalam parti peringkat kawasan dan negeri antaranya Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas dan Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri.

Allahyarham antara 20 orang pemuda PAS negeri yang diberi tugas penting untuk berjuang di peringkat akar umbi seluruh Kelantan bagi merampas kembali PAS.

Setelah PAS menang besar pada tahun 1990, allahyarham dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. – HARAKAHDAILY 16/12/2016

Sumber HD - 15-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































































































































































































Semangat rakyat Dun Salor kembali aktif

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43585-semangat-rakyat-dun-salor-kembali-aktif


KOTA BHARU: Sambutan masyarakat Dun Salor terhadap program yang dianjurkan kerajaan negeri mendapat sambutan hangat.

Penyelaras Dun Salor, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, berkata walaupun program Cakna Rakyat Dun Salor dianjurkan di peringkat cawangan, hampir 1,000 masyarakat turun memenuhi program.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis bersama pengayuh beca pada majlis yang diadakan di Gelanggang Seni, di sini semalam.

Seramai 28 orang pengayuh beca menerima sumbangan kerajaan negeri berupa keperluan harian dan wang tunai.

Jelasnya lagi, baru-baru ini program Cakna Rakyat yang diadakan di Cawangan Kampung Surau, dihadiri lebih 700 orang masyarakat pelbagai peringkat.

“Alhamdulillah, kita bersyukur kerana mereka aktif semula berbanding sebelum ini program kerajaan negeri di dun mereka telah lama sepi.

“Saya dilantik sebagai penyelaras bertujuan untuk menghidupkan peruntukan sumbangan kerajaan negeri untuk rakyat di situ.

“Memandangkan Adun Salor sudah bertukar parti, jadi menjadi tanggungjawab kerajaan negeri menangani masaalah rakyat di sini,” ujarnya.

Tambahnya, beliau akan bersama rakyat di situ buat sementara sehingga kerajaan memikirkan semula untuk melantik orang lain pula.

Anizam juga turut memberitahu, hasil tinjauan dibuat semangat rakyat sudah pulih dan kerjasama yang diberikan amat baik. – HARAKAHDAILY 16/12/2016

Sumber HD - 16-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































PAN tiada ruang di Pantai Timur

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43581-pan-tiada-ruang-di-pantai-timur

KOTA BHARU: Usaha Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai oleh DAP untuk mendapatkan sokongan Melayu terus menemui jalan buntu.

Parti Amanah Negara (PAN) dilihat gagal bagi merealisasikan hasrat DAP itu selepas menyingkirkan PAS daripada Pakatan Rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penubuhan PAN, DAP mengharapkan dapat menarik sokongan Melayu.

"Namun dua pilihan raya kecil sebelum ini menjadi bukti PAN gagal dan majoriti besar dalam kalangan ahli masih bersama PAS.

"Kecuali beberapa bekas pimpinan yang kecewa, bermasalah dan sebagainya," katanya ketika ditemui di pejabatnya pagi tadi.

Katanya, satu lagi cara untuk menguasai undi melayu ialah berusaha menarik parti serpihan Umno iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Baru itu, untuk mengekalkan atau menagih sokongan Melayu Islam, PPBM tidak mempunyai banyak pilihan melainkan bersama PAS.

"Andainya Hari ini  PPBM dilihat jelas menyokong DAP, atau menyokong bonekanya, PAN maka hari ini juga sokongan Melayu Islam terhadap PPBM mula menjauh," katanya.

Jelas beliau, pilihan terbaik PPBM adalah bersama PAS dalam kerangka untuk mengganti Umno serta memperkasakan orang Melayu.

"Penyokong-penyokong Bersatu saya yakin terdiri daripada orang yang tidak boleh menerima perjuangan yang dibawa oleh DAP dan bonekanya.

"Walaupun Bersatu mendapat simpati dan sokongan daripada mereka yang tidak berpuas hati dengan Umno dan sebagainya," katanya.

Katanya lagi, PAS sudah membuat pendirian yang tegas tidak akan bersama DAP dan PAN kerana kedua-dua parti berkenaan mengkhianati perjuangannya.

"Itu merupakan satu kenyataan cukup jelas, kalau Bersatu berminat dengan PAS dia kena pilih untuk bersama PAS.

"Walaupun saya sebut atau tidak, itulah pilihan yang ada iaitu DAP atau PAS," katanya sebagai cadangan kepada PPBM.

Bagi beliau, PAN hanyalah parti serpihan dilahirkan bagi menjadi tongkat.

Tambahnya, di Pantai Barat, PAN menjadi  tongkat kepada DAP dan di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu mereka menjadi tongkat Kepada Umno yang akan memberikan  talian hayat kepada Umno untuk memenangi kerusi kerusi di Pantai Timur. – HARAKAHDAILY 15/11/2016

Sumber HD - 15-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Royalti (R) ucap tahniah kepada Sultan Kelantan

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43578-royalti-r-ucap-tahniah-kepada-sultan-kelantan


KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti Kelantan (R) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada perlantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang telah mengangkat sumpah perlantikkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Pengerusinya, Nazri Deraman berkata perlantikkan itu besar ertinya pada rakyat Kelantan khususnya dalam mempertingkatkan ekonomi dan pembangunan negeri.

"Kami dan seluruh rakyat Kelantan mendoakan baginda sentiasa berada dalam peliharaan Allah sentiasa. 

"Patik hamba rakyat seluruhnya juga berharap Tuanku menerajui sekalian rakyat di negara ini dengan syariat Islam, insya-Allah," katanya lgi.

Beliau seterusnya berkata, R akan sentiasa bersama kerajaan negeri untuk terus berikrar dalam memperjuangkan hak tuntutan royalti petroleum negeri.

Nazri menambah, ia selari dengan titah baginda sultan pada perasmian Dun Kelantan 16 Jun 2013.

Jelas Nazri, antara lain baginda berharap penyelesaian isu tuntutan bayaran tunai royalti petroleum dapat diselesaikan mengikut perjanjian yang telah ditandatangani.

"Kami juga ingin menegaskan di sini kami akan terus beristiqamah bersama menjujung titah baginda sultan pada perasmian Dun Kelantan penggal ke-5, kali ke-12 pada 1 Mac 2012.

Menurut Nazri, sebelum ini baginda berharap gas ini dapat didaratkan di sini kerana Kelantan telah menyediakan Zon Industri Petroleum di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi.

Sambungnya, dua tuntutan utama tersebut, (tuntutan royalti & pendaratan gas) perlu sentisa diingati, ditingkankan usaha dan diperbaharui semangatnya.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan Persekutuan dan Petronas tidak seharusnya terus menafikan hak rakyat Kelantan unruk mendapatkan haknya.

"Alasan kes tersebut masih dalam perbicaraan Mahkamah adalah tidak relevan serta tidak terpakai dalam tuntutan pendaratan gas dan tuntutan-tuntutan hiliran," katanya. – HARAKAHDAILY 15/12/2016

Sumber HD -15-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































































































































































































Kreatif iringi keberangkatan sultan ke Istana Negara

SALMAH MAT HUSAIN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43574-kreatif-iringi-keberangkatan-sultan-ke-istana-negara

KOTA BHARU: PAS Kawasan Kota Bharu mempunyai kreativitinya yang tersendiri bagi menzahirkan kegembiraan mengiringi keberangkatan Yang diPertuan Agong, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V semalam.

Seramai 29 orang ahlinya memakai kemeja t berwarna kuning dengan satu tulisan berwarna hitam bagi melengkapkan perkataan ‘Islam Di Junjung, Rakyat Di Sanjung’.

Pemangku Yang Dipertuanya, Dr Rosli Alani Abdul Kader, menyifatkan pemilihan Sultan Kelantan sebagai Yang di-Pertuan Agong satu penghormatan besar pada rakyat dan negeri Kelantan.

Jelasnya, umurnya (baginda) yang muda serta dilihat keterampilan menarik amat sesuai.

“Kita berharap Malaysia lebih dihormati oleh negara luar dengan sifat baginda yang mengagungkan Islam dalam jiwanya,”ujarnya.

Rosli turut berharap, ia akan memberi pulangan yang baik untuk kemajuan negeri khususnya.

“Semoga LTSIP dapat dinaik taraf lapangan terbang antarabangsa, begitu juga Kolej Sultan Ismail Petra, (Kias) dinaikkan tarafnya sebagai universiti atau kolej universiti,” ujarnya.

Selain laluan Istana Negeri Kubang Kerian, Jalan ToK Guru-Pengkalan Chepa antara yang meriah, khususnya di Taman Uda Murni.

Persembahan kebudayaan turut diadakan antaranya, tarian Cina, dikir barat dan rebana.

Dianggarkan lebih 30,000 rakyat Kelantan seluruh jajahan mengiringi keberangkatan baginda ke Istana Negara. – HARAKAHDAILY 14/12/2016

Sumber HD - 14-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































































































































PAS Kelantan sembah tahniah pelantikan YDPA ke-15

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43565-pas-kelantan-sembah-tahniah-pelantikan-ydpa-ke-15


KUALA LUMPUR: PAS Kelantan hari ini merafak sembah tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sempena istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Seri paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

 “Semoga Allah Subhanawataala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku,” demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Harian dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Lafaz sumpah itu berlangsung dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara pagi tadi.

Dalam majlis yang sama turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Oktober lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini. – HARAKAHDAILY 13/12/2016

Sumber HD - 13-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Matang dan sejahtera dakwah yang dibawa Rasulullah ﷺ

USTAZ DATUK AHMAD YAKOB | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43544-matang-dan-sejahtera-dakwah-yang-dibawa-rasulullah

PERUTUSAN USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1438
             
بسم الله الرحمن الرحيم
قال الله تعالى: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: "Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. (Saba' :28)

Mendalami sirah Rasulullah ﷺ yang menjadi qudwah kepada seluruh manusia dengan mengamalkan segala sunnahnya adalah petanda kecintaan kita kepada Baginda. Sebelum marhalah Nubuwwah lagi, Rasulullah ﷺ telah menumpukan kehidupannya untuk bertahannus atau mendekatkan diri kepada Allah dengan mengikuti agama Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Hal ini bagi membina kekuatan jiwa dan kekentalan hati khasnya Baginda berada di zaman jahiliah yang telah merosakkan ramai masyarakat. Setelah Baginda menerima wahyu, Baginda ﷺ sudah mempunyai kekuatan dan ketabahan diri dalam menyebarkan dakwah Islam dan menegakkan perjuangan Islam. Tugas utama Baginda ﷺ ialah menyampaikan wahyu Allah kepada semua manusia tanpa mengira fahaman, sebagaimana firman Allah:

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya: "Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Dan jika kamu tidak laksanakan, kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Padahal Allah memelihara kamu dari gangguan manusia. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." (Al-Maidah:67)

Rasulullah ﷺ sangat bertabah dan menggunakan pendekatan 'nafas panjang' dalam berdakwah. Baginda ﷺ tidak pernah putus asa apatah lagi meninggalkan perjuangan menegakkan Islam walaupun menghadapi pelbagai cabaran getir. Pengkhianatan dan caci-maki musuh Islam terlalu kuat sehingga mencederakan jasad Rasulullah ﷺ yang mulia. Sehinggakan Malaikat datang meminta kepada Baginda untuk berdoa ke hadrat Allah apa sahaja dan pasti Malaikat akan menghempapkan bukit ke atas penduduk yang menyakiti Rasulullah ﷺ namun jawab Baginda:

بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلاَبِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لاَ يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
Maksudnya: "Jangan, bahkan aku berharap semoga Allah melahirkan daripada keturunan mereka orang-orang yang hanya menyembah Allah serta tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apapun.” (Riwayat Bukhari)

Begitulah matang dan sejahteranya dakwah yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ sehinggakan kejayaan demi kejayaan Allah datangkan kepada perjuangan Baginda ﷺ. Buat umat Islam, tumpukanlah tugasan masing-masing untuk memelihara kesucian agama, berprinsip dan bertegaslah dalam menjaga Islam. Jangan sekali-kali  gentar dan tunduk kepada celaan orang mencela. Jadikanlah Rasulullah ﷺ sebagai qudwah dan penyelamat perjuangan Islam yang didokong serta disokong pada hari ini.

Sesungguhnya, kemenangan kepada perjuangan ini sangat dekat, ianya sudah berada di atas kepala kita hanya menunggu seruan 'Kun Fayakun' Yang Maha Berkuasa. Istiqamahlah bersama bahtera Islam yang dibawa oleh Baginda ﷺ. Sempena memperingati Maulidur Rasul 1438H ini, perbanyakkan Selawat serta membaca sirah Baginda ﷺ agar hati kita sentiasa tertaut dan cintakan Baginda ﷺ.

USTAZ DATO' AHMAD YAKOB
(DATO' BENTARA KANAN)
Menteri Besar Kelantan
12 Rabiul Awwal 1438H/12 Disember 2016M - HARAKAHDAILY 12/12/2016

Sumber HD - 12-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































































































































































































































































Penyokong PAS sedia pertahan Dun Salor

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43536-penyokong-pas-sedia-pertahan-dun-salor

KOTA BHARU: Cakna rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor yang diadakan di Kampung Surau di sini mendapat sambutan luar jangkaan penduduk tempatan.

Situasi tersebut menggambarkan ahli dan penyokong PAS bersedia mempertahankan Dun Salor pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Pengarah Program, Mohamad Nuri Mat Yaacob berkata, lebih 600 penduduk hadir pada program yang dirasmikan Penyelaras Dun Salor Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Katanya, pelbagai aktiviti diadakan seperti kaunter aduan dan tindakan, pertunjukan silat, persembahan rebana ubi dan pertunjukan biri-biri cantik.

"Kita tidak menjangkakan sambutan program ini sehingga melebihi jangkaan, lebih 600 penduduk hadir dalam suasana sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tersebut pagi tadi yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Isteri Menteri Besar, Datin Zabidah Abdul Hamid.

Turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Dun Salor, Ibrahim Isa; Ketua Penerangan PAS Kawasan, Mohamad Daud Omar; Ahli Jawatankuasa PAS, Wan Sharafi Wan Mustaffa; Setiausaha MTD Dun Salor, Hasan Ibrahim dan penghulu-penghulu  Dun Salor.

Pada program itu seramai 40 anak yatim menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 dan beg sekolah serta lebih 80 penduduk menerima skim Takaful Kifaalah.

Pada majlis itu juga, seramai tiga pasangan diraikan dalam program az-ziwaaj dan penyerahan kunci kepada penerima dua rumah  Dhu'afa.

Dun Salor yang dimenangi atas tiket PAS pada PRU lepas kini bertukar kepada PAN selepas wakil rakyatnya Datuk Husam Musa menyertai parti serpihan terbabit. – HARAKAHDAILY 10/12/2016

Sumber HD - 10-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Orang Asli: Memahami agenda (Siri 2)

NAZMAN CHE IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43530-orang-asli-memahami-agenda-siri-2

SIAPA sangka buat pertama kalinya pelbagai kelompok musuh politik PAS di Kelantan dan di luar Kelantan sedang bergabung tenaga (secara langsung ataupun tidak langsung) melalui isu Orang Asal (OA) dan isu Pembalakan untuk sama-sama menyerang Kerajaan PAS di negeri itu.

Walaupun fungsi dan objektif mereka berbeza, kesepakatan yang berlaku mungkin terbentuk di atas satu matlamat yang sama, iaitu tidak mahu PAS memerintah lagi di negeri itu.

Kelihatan Datuk Husam bersama Orang Asal,  kelihatan pemimpin PAN lain bersama pemimpin Parti Sosialis Malaysia(PSM), kelihatan pemimpin PSM bersama NGO PEKA, serta kelibat pemimpin NGO Himpunan Hijau bersama-sama mereka dan Orang Asal yang sempat kami petik dari beberapa koleksi gambar yang kini berada dalam simpanan kami.

Bukan kita tidak tahu NGO mana lagi yang terlibat. Dari Pulau Pinang pun ada.

Kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia, WIRA PERKASA dan YAYASAN 1 MALAYSIA yang secara tiba-tiba muncul sehari dua ini juga semakin merancakkan serangan bertubi-tubi yang sudah sedia ada terhadap barisan pemimpin negeri dan parti semenjak bulan Mac lagi.

Belum diambil kira lagi kenyataan  pemimpin Pakatan Harapan khususnya dari PKR di peringkat Pusat, DAP dan PAN serta kenyataan 2 Menteri dari UMNO/BN berkenaan permit pembalakan, tanah dan wilayah adat Orang Asal di Kelantan.

Kami tertanya-tanya juga, kenapa bersungguh-sungguh benar serangan bersepadu mereka terhadap PAS dan Kerajaan Negeri?

10 kemungkinan:

1. Adakah hanya kerana PRU Ke-14 yang dijangka semakin hampir?

2. Adakah kerana peluang pampasan daripada projek tebatan banjir yang akan melibatkan kawasan hutan yang didiami?

3. Adakah kerana tuntutan lama tanah dan wilayah adat Orang Asal yang sudah sekian lama tergantung dan tidak diiktiraf di sisi Undang-undang?

4. Adakah kerana industri pembalakan yang mahu ditutup terus tanpa mengambil kisah nasib 130,000 warga kerja yang bakal kehilangan satu-satunya punca pendapatan?

5. Adakah kerana dorongan marah dari kelompok yang kecewa, yang tidak kisah kembalinya Umno/BN untuk merampas kembali negeri yang dibina Almarhum Tok Guru? Asalkan PAS tidak lagi berkuasa.

6. Adakah kerana ingin mewujudkan ketidakstabilan sosio-ekonomi (hilangnya lebih 20% hasil pendapatan negeri) agar Rakyat bangkit untuk menghukum PAS dan Kerajaan Negeri?

7. Adakah kerana ingin memburukkan barisan kepimpinan baru PAS dan Kerajaan Negeri khususnya Ustaz Datuk MB yang kononnya zalim, menindas Rakyat, mencemari alam sekitar serta sudah menyimpang dari perjuangan Almarhum Tok Guru?

8. Adakah kerana bantuan sokongan tambahan tanpa perlu Umno/BN bekerja keras lagi seperti sebelumnya?

9. Adakah kerana ancaman dari gerak kerja dakwah Islam yang dibawa PAS termasuk sikap kelompok tertentu yang mahu menyuburkan dasar liberalisma, sekularisma dan pluralisma sebagai dasar utama negara? ataupun

10. Kerana mahu gagalkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) dan RUU355? lebih mudah lagi jika PAS tidak lagi memerintah di Negeri itu.

Walau apapun, Umno/BN tidak lagi berseorangan untuk merampas Kelantan agar kembali padanya.

Ketika PAS difitnah berUG dengan Umno/BN, rupa-rupanya mereka 'berUG' juga di negeri itu.

Insya-Allah saudara Huzir Sulaiman (SU LATAS Pusat) akan kupaskan lagi berkenaan isu Orang Asal dengan lebih terperinci dalam Siri 3 Memahami Agenda, khususnya sejarah perjuangan Orang Asal, tuntutan lama mereka, Akta yang berkaitan, Peranan JAKOA, Ratifikasi ILO Convention 169,  Laporan UPR, Deklarasi Hak Orang Asal Sejagat(UNDRIP), isu perundangan dan polisi Negara, isu pembangunan, isu pendidikan, isu kemiskinan, isu agama dan lain-lain.

Dengan memahami 'projek serampang dua mata' ini, insya-Allah kita akan lebih memahami motif sebenar di sebalik tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan Negeri. – HARAKAHDAILY 9/12/2016

(Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan)

Sumber HD - 9-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MB Kelantan luang masa lawat MAHA

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43526-mb-kelantan-luang-masa-lawat-maha

SERDANG: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob meluangkan masa melawat Program Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2016 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang, Selangor pagi tadi.

Dalam lawatannya itu beliau turut melawat tapak agro bazar, lokasi demonstrasi masakan, demonstrasi teknologi inovasi pertanian.

Dalam kesempatan yang sama beliau memenuhi permintaan kumpulan dikir barat untuk turut duduk bersama mereka semasa membuat Persembahan Kebudayaan dilokasi berkenaan.

Turut bersama Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Selain itu beliau diiringi Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Sallahuddin Hassan, TKSU Dasar MOA, Dr Mohamad Roff Mohd Noor, Timb. Ketua Pengarah MARDI dan Nik Roslan Idris, Timb. Pengurus Besar Pembangunan KADA.

MAHA akan berakhir pada 11 Disember ini. – HARAKAHDAILY 9/12/2016

Sumber HD -9-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Laporan polis ke atas Siti Kasim diteruskan

HARAKAHDAILY | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43525-laporan-polis-ke-atas-siti-kasim-diteruskan

DEWAN Pemuda Negeri dan  NGO dari 14 kawasan Parlimen akan meneruskan laporan Polis terhadap Siti Kasim atau nama sebenar beliau Siti Zabedah Kasim di atas pelbagai dakwaan khususnya yang berkaitrapat dengan tindakan membuat sekatan oleh segelintir kecil Orang Asal di Negeri itu.
Semalam, Laporan Polis telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang ke atas Siti Kasim di kawasan parlimen masing-masing.

Wakil Dewan Pemuda Negeri ketika ditemui berharap pihak Polis dapat segera mengambil tindakan ke atas Siti Kasim supaya keamanan dan kestabilan negeri serta kepentingan majoriti rakyat di negeri itu terpelihara. – HARAKAHDAILY 9/12/2016

Sumber HD - 9-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Tengku Muhammad Fa-iz Pemangku Raja Kelantan

SALMAH HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43523-tengku-muhammad-faiz-pemangku-raja-kelantan

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan. Tengku Dr Muhammad Fa-iz dilantik pada majlis istiadat yang berlangsung di Istana Kota Lama di sini, petang semalam.

Tengku Dr Muhammad Faiz Petra akan menjawat jawatan tersebut sepanjang Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Sultan Kelantan akan  memulakan tugas berkenaan pada  13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan watikah pelantikan sebagai Pemangku Raja Kelantan kepada adindanya itu selepas Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob mengisytiharkan pelantikan Tengku Dr Muhammad Faiz memegang jawatan tersebut. – HARAKAHDAILY 9/12/2016

Sumber HD9-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Isu pembalakan Gua Musang: Siapakah yang Zalim?

HUZIR SULAIMAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43511-isu-pembalakan-gua-musang-siapakah-yang-zalim

SAYA berharap Majlis Peguam Malaysia dapat menasihati jawatankuasanya Siti Zabedah Kasim agar berhati-hati dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan beliau terhadap PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tafsiran saya dari tuduhan beliau semalam yang saya petik dari FMT(7/12/16):
1. Ketua Kampung Orang Asli terima "dedak" dari pemerintah. Pemerintah manipulasi Ketua Kampung.
2. PAS hancurkan hutan di Gua Musang.

Apa yang saya boleh rumuskan, tuduhan tidak berasas seperti itu bukan sahaja ditujukan kepada PAS dan Kerajaan Negeri, ia juga satu tuduhan berat terhadap agensi sokongan yang berkaitan seperti Jabatan Perhutanan Negeri dan Semenanjung, Jabatan Kemajuan Orang Asli(JAKOA), Jabatan Alam Sekitar, Majlis Tanah Negara(MTN), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar(NRE) dan lain-lain.

Tuduhan terhadap agensi-agensi yang terlibat dari aspek kelulusan operasi pembalakan, penguatkuasaan, pemantauan serta pembuat dasar di negara ini. Seolah-olah kami sengaja berpakat untuk hancurkan hutan dan Orang Asal.

Pembalakan haram serta kesalahan hutan yang lain berlaku dihampir semua negeri yang terlibat dalam pengusahasilan hutan. Ini tidak bermakna Kerajaan Negeri Kelantan, PAS serta agensi sokongan yang lain sengaja berpakat untuk hancurkan hutan dan Orang Asal.

Penguatkuasaan di antara Jabatan Perhutanan Negeri dan Semenanjung sentiasa berjalan. Pembangunan dan pemuliharaan hutan sentiasa berterusan. Syarat ketat operasi yang melibatkan hutan sentiasa dikuatkuasakan. Pembangunan sosio-ekonomi Orang Asal dan pemberian geran tanah juga tidak pernah diabaikan.

Tuduhan bahawa kami menindas, menzalimi dan berpakat untuk hancurkan hutan dan Orang Asal adalah satu tuduhan tidak berasas dan sangat berat.

Hampir 130 ribu rakyat di negara ini yang bergantung hidup dari industri perkayuan. Hasil yang diperolehi Kerajaan Negeri daripada industri pembalakan itu juga digunapakai semula untuk membantu rakyat di negeri itu. Program pembasmian kemiskinan, pendidikan, kemudahan asas, infrastruktur, pengangkutan awam,  pembangunan industri kecil dan sederhana dan lain-lain.

Kenyataan seperti itu bukan sahaja tidak adil kepada PAS dan Kerajaan Negeri, ia juga tidak adil kepada agensi sokongan yang berkaitan. Malah tidak adil terhadap majoriti rakyat yang telah menyokong pelan pembangunan ekonomi melalui industri pembalakan dan Ladang Rakyat yang sudah dilaksanakan di zaman Almarhum Tok Guru lagi.

Kepada Siti Zabedah Kasim, berlaku adillah walaupun terhadap musuh kamu. - HARAKAHDAILY 8/12/2016

Penulis adalah Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS)

Sumber HD -8-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Hasil hutan Kelantan untuk semua

USTAZ NAZMAN CHE IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43510-hasil-hutan-kelantan-untuk-semua

TERIMA kasih bang Aduka Taruna atas nasihat. Namun kami mahu lihat setiap krisis dan isu di urus dengan baik dan melalui saluran undang undang. Biar ada kebaikan untuk semua. Kita nak jaga kebajikan orang asal, jaga kebajikan rakyat kelantan yang umumnya, dan juga nak pelihara serta pulihara hutan.

Sudah acap kali kita sebut semua operasi pembalakan di Kelantan ikut SOP dan kaedah yang tertib. Hutan juga ada hutan simpan perlindungan dan ada hutan simpan pengeluaran.

Ini kena difahami dengan sebaiknya. Kalau semua hutan mahu dituntut hak oleh puak NGO Jaringan, dan didakwa semua itu milik mereka, maka apa pula hak rakyat kelantan yang lain ke atas sumber alam dan sumber hutan yang dibenarkan untuk pengusaha-hasilan ini?

Apa hak ke atas golongan armalah? Apa hak kepada pesakit kronik? Apa hak kepada anak-anak yatim? Apa hak kepada golongan dhuafat? Apa hak kepada anak anak tahfiz? Pelajar pondok? Anak sekolah YIK? Banyak lagi bang Aduka, kalau saya nak sebut di sini.

Kalau PSM mahu perjuang keadilan sejagat dan sosial, biar ia melata, dan bersifat adil kepada semua kumpulan dan kelas masyarakat. Jangan pilih segmen tertentu sahaja.

Dan, menggesa kerajaan negeri supaya menghentikan pembalakan, serta mencari sumber ekonomi yang lainnya adalah cukup tidak rasional.

Bayangkan bagaimana sejak PAS ambil alih kelantan pada tahun 1990, apabila semua jenis geran dan peruntukan daripada kerajaan pusat dilengah-lengahkan. Pembangunan juga disekat oleh Mahathir.

Tiada bantuan dan sokongan daripada pusat atas sifat federalisme. Maka jika sejak zaman Almarhum Tuan Guru Nik Aziz tidak menggunakan hasil hutan (yang dibenarkan oleh undang-undang), maka bagaimana kerajaan dan rakyat Kelantan boleh kekal sehingga kini? Kami di Kelantan mampu bertahan, atas sifat keadilan kepada semua!

Apapun, hormat saya kepada cara kerja rakan-rakan sosialis masih ada. Kalian sentiasa bergerak secara mendasar. Tahniah. Cuma biarlah pandangan kita holistik dan menyeluruh sifat adilnya itu. – HARAKAHDAILY 8/12/2016

Sumber HD - 8-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kelantan isytihar cuti peristiwa 13 Disember ini

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43506-kelantan-isytihar-cuti-peristiwa-13-disember-ini

KOTA BHARU: Kelantan mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai cuti peristiwa sempena meraikan keberangkatan Sultan Muhammad V ke Istana Negara dan istiadat pertabalan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, dijangka 10,000 rakyat Kelantan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dijangka hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada Selasa hadapan seawal jam 7.30 pagi.

“Baginda akan berlepas ke Istana Negeri jam 8 pagi. Rakyat akan berhimpun ramai-ramai untuk meraikan keberangkatan baginda,” katanya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, hari ini.

Menurutnya bagi menyatakan kegembiraan dan rasa syukur, rakyat Kelantan sewajarnya keluar keluar beramai-ramai untuk meraikan baginda.

Beliau juga berkata Pemangku Sultan Kelantan akan ditabalkan pada petang esok di Istana Adat Istiadat Kota Bharu.

“Marilah sama-sama kita memanjatkan doa kehadrat Allah, semoga  Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dilanjutkan usia serta berada dalam jagaan dan lindungan Ilahi,” ujarnya.

Menteri Besar juga berkata persiapan akhir pertabalan Agong sudah dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di Istana Negara. – HARAKAHDAILY 7/12/2016


Sumber HD - 7-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kelantan PAS Youth Wants Siti Kasim Arrested For ‘Inciting’ Orang Asli Blockade

The Youth wing of Kelantan PAS today sought for police to investigate lawyer and activist Siti Kasim for allegedly “inciting” the Orang Asli in their blockades against illegal loggers.
According to the wing’s information chief Nazman Che Ibrahim, Siti’s remarks against the Kelantan state government will purportedly cause tensions between the Orang Asli and the Malay civil servants who are involved in dismantling the blockades.

“All her writings and commentaries on Facebook I saw as a form of slander, accusations, insults, incitement and threats to the Kelantan state government in addition to belittling the civil servants with her actions on the Orang Asli blockade since September,” Nazman was quoted referring to Siti in PAS’ portal HarakahDaily.

“Her acts of incitement were obvious and this would cause more tensions between the Orang Asli race and Malay race who many of them work as civil servants along the blockade crisis.”
He earlier lodged a report against her at the Kota Baru police headquarters in Kelantan.

Nazman also accused Siti of “consistently trying to incite” Orang Asli to hate and oppose the federal and state governments, the Orang Asli Development Department (Jakoa), the Forestry Department and the police.

According to Nazman, Siti must be arrested and investigated before any bloodshed happens.
Last week, 47 Orang Asli had been detained by police for barriers erected at Simpang Petei and the entry route to Pos Bihai in an operation was conducted by the state Forestry Department.-themalaymailonline

Sumber BO - 7-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Siti Kasim

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43503-pemuda-pas-buat-laporan-polis-terhadap-siti-kasim

KOTA BAHRU: Satu laporan polis terhadap Siti Kasim dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Di Ibu Pejabat Kontinjen Kota Bharu (IPK) hari ini.

Laporan polis itu diketuai oleh Nazman Che Ibrahim, Presiden NGO PERTAHAN dan juga Ketua Penerangan DPPNK susulan isu yang ada kaitan sekatan Orang Asli di Gua Musang.

Laporan penuh seperti berikut

“Pada hari ini jam 8.00 pagi saya berada di kediaman saya seperti di dalam Kad Pengenalan dan saya membaca laman Facebook dengan akaun nama Siti Kasim dan saya percaya nama sebenar dia adalah Siti Zabedah binti Kasim. Semua tulisan dan komentarnya di dalam laman Facebook tersebut saya lihat berbentuk fitnah, tohmahan, kejian, hasutan dan ancaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah menghina serta merendah rendahkan banyak Penjawat Awam dalam tindakan tindakan beliau berkaita isu Blockade Orang Asli sejak bulan September yang lalu. Tindakan menghasutny sangat jelas dan ini akan menimbulkan lebih banyak ketegangan antara kaum orang asli dengan kaum Melayu yang banyak bertugas sebagai penjawat awam sepanjang krisis blockade ini. Saya juga melihat Siti Kasim terus konsisten cuba menghasut orang asli supaya benci dan melawan Kerajaan Pusat, JAKOA, Jabatan Perhutanan, PDRM dan Kerajaan Negeri. Justeru, saya selaku Timbalan Presiden NGO Pertahan Kelantan membuat repot ini agar pihak polis segera menangkap dan menyiasat Siti Kasim agar ketegangan kaum tidak akan berterusan sebegini malahan akan menjadi lebih parah sehingga berlakunya pertumpahan darah. Sekian laporan saya.”

Menurut Nazman lagi laporan yang sama terhadap Siti Kasim akan dilakukan oleh DPPNK di semua 14 kawasan parlimen dalam Kelantan bermula hari ini dan esok.

Pada 29 November lalu seramai 47 Orang Asal direman oleh pihak berkuasa dan mengakhiri sekatan di laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, Gua Musang. – HARAKAHDAILY 7/11/2016

Sumber HD - 7-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Tanah adat: Menteri pun keliru juga

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43498-tanah-adat-menteri-pun-keliru-juga

GUA MUSANG: Bukan sahaja orang ramai yang keliru istilah tanah wilayah adat, sebaliknya pemimpin bertaraf menteri juga kurang faham mengenainya.

Sedangkan tanah Orang Asal yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem pendaftaran mengikut undang-undang tanah Malaysia di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Penyelia Dun Galas, Ustaz Suhaimi Mat Deris berkata tanah wilayah adat bagi Orang Asal tidak ada di negeri-negeri di Semenanjung, dan ia hanya wujud di Sabah dan Sarawak.

"Berdasar kepada kefahaman saya istilah tanah wilayah adat di Kelantan tidak ada, yang ada hanya kawasan rayauan," katanya yang juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Kelmarin Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Nur Jazlan Yaakob mahu kerajaan negeri mewartakan tanah wilayah adat Orang Asal di Kelantan.

Beliau mengesa kerajaan negeri mempercepatkan pewartaan tanah berkenaan

bagi menyelesaikan masalah yang berlaku di Gua Musang.

Suhaimi juga berkata, tanah wilayah adat berbeza dengan kawasan rayauan yang telah dan sedang digazet kerajaan negeri.

Sebelum ini Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob memberitahu kerajaan negeri akan mewartakan lagi seluas 2,403 ekar untuk rizab Orang Asal.

Selain itu katanya, seluas 37,050 ekar pula akan disediakan untuk kawasan rayau penduduk Orang Asal di negeri ini. - HARAKAHDAILY 6/12/2016

Sumber HD - 6-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































PERKASA rela berkhemah dengan Orang Asli
Posted on Tuesday, December 06 @ 07:44:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32732



Sebagai langkah membela nasib malang yang membelenggu Orang Asli di Hutan Simpan Balah di Kelantan, Wira PERKASA Malaysia menyatakan kesanggupan mereka untuk berkhemah bersama kaum minoriti itu.

Janji itu dinyatakan Naib Ketua Wira PERKASA Malaysia, Mohamad Shahiran Safwan Che Mohd Asemari dalam kenyataanya hari ini.

Katanya kesediaan itu dibuat selepas mereka melihat pendirian kerajaan Kelantan yang didakwanya terus menerus menafikan hak kaum Orang Asli di negeri itu.

Mohamad Shahiran turut menggesa kerajaan Kelantan menghentikan menuduh bahawa bantahan Orang Asli itu berpunca daripada hasutan pihak luar.

“Dekatilah mereka dan selamilah rasa sayang dan cinta mereka terhadap hutan yang menjadi tempat tinggal mereka turun temurun. Pilihlah, nak lindungi orang asli atau tauke balak?

“Sekiranya mereka terus dibuli dan dihalang, kami sanggup berkhemah bersama kumpulan itu sehingga tuntutan mereka didengar oleh kerajaan Kelantan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa Orang Asli bertindak mempertahankan kawasan Hutan Simpan Balah di Gua Musang dengan mendirikan sekatan.
Bagaimanapun sebahagian daripada mereka ditahan dan direman.

Shahiran berkata pihaknya juga sanggup menyediakan khidmat peguam untuk Orang Asli terbabit jika nasib mereka terus tidak terbela.

“Wira PERKASA mendesak kerajaan negeri Kelantan tidak lagi mengeluarkan lesen untuk kegiatan pembalakan di kawasan tanah adat Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Kelantan seharusnya bersimpati pada nasib yang menimpa Orang Asli, bukannya hanya kepada etnik Rohingya yang ditindas pihak berkuasa Myanmar.

“Jika kerajaan Kelantan fikir mereka ada hak mutlak untuk memberi lesen pembalakan, Orang Asli pula ada hak terhadap tanah adat mereka. Ingat, Orang Asli juga diiktiraf dan dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia melalui Artikel 8(5)(c),” katanya.

Difahamkan lebih 80 peratus aktiviti pembalakan dilakukan berhampiran petempatan Orang Asli.

Jaringan Orang Asal Semalaysia (JOAS) sebelum ini mendakwa pembalakan skala besar di kawasan terbabit memberi kesan kepada kira-kira 13,000 orang dan melibatkan 17 pos Orang Asli.


Bukan itu saja, masyarakat Orang Asli di Kelantan turut mengancam untuk menolak kerajaan PAS dan Barisan Nasional jika hak mereka untuk mendapatkan tanah adat dan kawasan penempatan gagal diselesaikan.

Sumber TKO -6-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Orang Asli: Memahami agenda (Siri 1)

HUZIR SULAIMAN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43486-orang-asli-memahami-agenda-siri-1


ADA 'mereka' war-warkan dakwaan pemindahan paksa dan pencerobohan ke atas tanah dan wilayah adat Orang Asli di bawah? termasuk dakwaan tangkapan akibat pencerobohan oleh Orang Asli? kenapa di Kelantan sahaja yang dimomokkan begitu meluas? sama-sama kita fikirkan:

1. Pembinaan Empangan Ulu Jelai, Cameron Highlands, Pahang melibatkan 13 kampung Orang Asli.

2. Pembinaan Empangan Ulu Telom, Kuala Lipis, Pahang yang akan dilancarkan pada tahun 2017 serta melibatkan 6 kampung Orang Asli.

3. 17 Disember 2012, dua Orang Asli dari Kampung Tanam, Rompin, Pahang telah ditangkap polis atas tuduhan mengganggu kontraktor yang sedang bekerja membersihkan tanah.

4. 14 Februari 2012, seramai enam orang Orang Asli Jakun dari Buluh Nipis, Pahang telah didakwa di Mahkamah atas tuduhan memasuki Rizab Perhilitan dan ‘mengganggu’ pokok Keruwing.
(Sumber: JKOASM)

Apa yang berlaku di Kelantan adalah projek serampang dua mata pada pandangan peribadi saya.

1. Untuk hangatkan balik tuntutan lama pihak tertentu berkenaan hak Orang Asli ke atas tanah dan wilayah adat mereka yang sudah berlarutan sekian lamanya (tuntutan yang dibuat kepada Kerajaan Negeri dan Pusat). Banyak tuntutan lain juga yang akan saya huraikan kemudian.
2. Jatuhkan PAS di Kelantan. Peluang yang diambil musuh politik PAS (semenjak zaman Almarhum TGNA lagi) sebagai isu untuk mendapatkan sokongan Rakyat agar menolak PAS dalam PRU Ke-14 nanti.

Dan isu Orang Asli ini bukanlah isu yang baru dan bukanlah hanya di Kelantan sahaja, tetapi isu dikebanyakan negeri malah isu lama yang berlegar di peringkat Kerajaan Persekutuan juga.

Kita kupaskan lagi agenda di sebalik serangan pihak tertentu terhadap PAS di Kelantan melalui isu Orang Asli ini. – HARAKAHDAILY 5/12/2016

Sumber HD - 5-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UTC Kelantan dapat sambutan ramai

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43483-utc-kelantan-dapat-sambutan-ramai

KOTA BHARU: Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan yang baharu beroperasi tiga bulan lepas mendapat sambutan menggalakkan.

Difahamkan Jabatan Imigresen berjaya memungut hasil berjumlah RM3 juta bagi tempoh tiga bulan sejak beroperasi di UTC.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata sejak beroperasi pegawai dan kakitangan UTC dari negeri-negeri lain sering melawat UTC Kelantan.

Katanya UTC Kelantan diubahsuai melibatkan kos RM36.17 juta, antara yang tercantik di negara ini.

“Peruntukan tersebut disumbang Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya pada persidangan media pengumuman pengoperasian sepenuhnya UTC di sini semalam.

Bangunan milik PKINK tersebut sebelum ini dikenali Cyber Plaza, menempatkan lot-lot kedai yang dijual kepada orang ramai.

Bagaimanapun kerajaan membayar semula lot-lot tersebut kepada pembeli untuk diwujudkan UTC. Ia terletak di kawasan strategik di belakang KB Mall, Jalan Hamzah.

Sehingga sekarang sebanyak sembilan agensi kerajaan negeri, 12 agensi kerajaan Persekutuan, enam badan berkanun negeri dan Persekutuan beroperasi di situ.

Selain itu 14 syarikat milik kerajaan termasuk Bank Islam dan Maybank.

UTC beroperasi tujuh hari seminggu bermula jam 8.30 pagi sehingga 10 malam. - HARAKAHDAILY 5/12/2016

Sumber HD - 5-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Henti sebar gambar 'bah kuning' 2014

RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43480-henti-sebar-gambar-bah-kuning-2014

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berharap pihak tertentu berhenti menyebar semula gambar-gambar 'bah kuning' yang melanda negeri ini penghujung 2014 lalu.

Katanya, tindakan itu dikhuatiri mengelirukan orang ramai yang akan mencetus rasa panik dalam kalangan mereka.

"Apa yang sepatutnya dilakukan memberi nasihat pada masyarakat agar tidak berasa takut.

“Sebar gambar banjir 2014 tidak sepatutnya berlaku kerana akan mengelirukan masyarakat," katanya.

Beliau turut berpendapat perbuatan itu buruk serta tidak baik kerana Kelantan belum dilanda banjir seperti didakwa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Festival Islam Kelantan 2016 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jhaeik) dan Jakim di Balai Islam Lundang, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Nassuruddin Daud serta Pengarah Jheaik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Menteri Besar membuat teguran itu selepas ada pihak bertindak menyebar semula gambar lama bah kuning di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Katanya, tindakan itu menyebabkan orang ramai menyangka bencana tersebut berlaku lagi tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan Pusat membuat persiapan bagi menghadapi banjir.

Katanya, persiapan itu lebih tersusun  berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Menurut beliau lagi, sekiranya banjir bebasar tetap berlaku, ia kehendak Allah.

Tambahnya, apa yang penting umat Islam perlu berdoa sentiasa pada Allah supaya Kelantan tidak berhadapan ancaman banjir besar. - HARAKAHDAILY 5/12/2016

Sumber HD - 5-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Exco, Adun lawat mangsa banjir

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43478-exco-adun-lawat-mangsa-banjir

BACHOK: Anggota Exco kerajaan negeri Mumtaz Md Nawi melawat mangsa banjir di Kampung Gajah Mati, Tawang di sini kelmarin.

Seramai 12 penduduk dipindah ke Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor sebagai penempatan sementara.

Mumtaz yang juga Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan ditemani Adun Tawang, Datuk Hassan Mohamood dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Kelantan, Mohammad Hanafi Maulud menemui mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut.

Manakala di Kampung Gunong pula seramai 8 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Menengah Jelawat. Di Bachok seramai 20 mangsa dipindahkan akibat banjir ekoran hujan turun lebat sejak Jumaat lepas.

Menurut portal rasmi banjir kerajaan negeri jumlah mangsa di Kelantan meningkat kepada 75 orang tengah hari semalam berbanding 42 orang kelmarin.

Menurut portal itu antara jajahan yang terjejas akibat banjir iaitu Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Di Kota Bharu, seramai 29 orang dari tujuh keluarga di Kampung Pendek dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tiong selepas kediaman mereka ditenggelami air.

Di jajahan Pasir Puteh pula seramai 26 mangsa banjir di Kampung Bukit Awang dipindahkan ke Sekolah Wakaf Raja. - HARAKAHDAILY 5/12/2016

Sumber HD - 5-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelantan Forestry Director Defends State Government

KOTA BARU – After much flak from social media users and orang asli sympathisers, the Kelantan Forestry Department director has come to the defence of the state government, saying that the mentri besar has approved more than 900ha of land for the indigenous people.

Zahari Ibrahim, in a lengthy press statement posted on a WhatsApp group with the Kelantan media, defended the move by his enforcement team to bring down 35 bamboo huts and three blockades built by the orang asli from the Temiar tribe in Gua Musang since late September.

He also said that Mentri Besar Datuk Ahmad Yakob had approved forest land covering 973ha at Pos Gob as an orang asli reserve and was in the process of getting it gazetted.

“Another 15,000ha of permanent forest reserve will be allocated for the orang asli to roam and hunt. All this will be discussed with the Department of Orang Asli Development (Jakoa),” he said in the statement.

Zahari also dismissed condemnation by netizens and orang asli sympathisers over the move by his enforcement team. He congratulated his team instead for their swift action.

He denied that they were cruel towards the activists, of whom 47 were arrested and released after a day in lockup.

“We have negotiated this matter with the orang asli since the first blockade in March at Pos Gob.
“Negotiations were ongoing and on June 20, the orang asli and loggers reached an agreement, and the blockade was removed.

“However, on Sept 27, another group of orang asli started to amass, camp and build barricades to stop logs from leaving the Balah permanent forest reserve,” he said.

The state government, he added, had been patient with the orang asli by ordering stop-work orders on any logging activities at the 239ha and 404ha compartments and giving them a two-week ultimatum to dismantle the illegal barricades.

Meanwhile, Jaringan Orang Asli Kelantan secretary Mustapa Along, who was one of those arrested in the Nov 29 crackdown, said the orang asli had no choice but to take such drastic action after negotiating with the Kelantan government for the past 23 years.

“I have never heard about the move to gazette the land for orang asli reserve. This is an attempt by the Forestry Department and the Kelantan government to justify their aggression against the minorities,” he said when contacted – thestaronline

Sumber BO - 5-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Pengundi luar tetap dihargai kerajaan negeri

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43474-pengundi-luar-tetap-dihargai-kerajaan-negeri

KOTA BHARU: Sumbangan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan bagi mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepemimpinan ulama sentiasa dihargai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Nassuruddin Daud berkata penubuhan Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) dapat merapatkan lagi hubungan perantau dengan kerajaan negeri.

Katanya selepas pilihan raya umum lepas kerajaan negeri kerajaan negeri menubuhkan portfolio hubungan seranta khusus bagi menjaga kebajikan anak Kelantan yang berada di perantauan.

“Peruntukan disalurkan bagi membolehkan diadakan pelbagai aktiviti biar pun tidak banyak,” katanya katanya pada sambutan 10 tahun penubuhan Perakan di sini semalam.

Program itu diadakan di Kelantan Trade Center (KTC) dihadiri ahli Perakan seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Perlis.

Hadir sama Presiden Perakan, Ir Hamdzah Abdul Rahman dan Penyelaras Pengundi Luar PAS Kelantan Wan Hassan Wan Ibrahim.

Nassuruddin juga berharap ahli Perakan dapat bergerak dalam satu pasukan bagi melakukan kerja-kerja kebajikan. - HARAKAHDAILY 4/12/2016

Sumber HD - 4-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kelantan bantah usul persempadanan SPR 2016

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43473-kelantan-bantah-usul-persempadanan-spr-2016

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membentang representasi bantahan ke atas syor-syor yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) terhadap usul persempadanan semula kawasan pilihan raya 2016.

Bantahan itu dibuat pada prosiding siasatan tempatan kali pertama Bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Antara kawasan parlimen yang terlibat dengan bantahan iaitu Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kubang Kerian dan Ketereh.

Manakala Parlimen Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah tidak termasuk dalam bantahan terhadap usul persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Wakil kerajaan negeri pada prosiding itu Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri menerima banyak  bantahan terhadap perubahan dalam syor-syor dibuat SPR daripada rakyat di seluruh negeri.

Katanya, kerajaan negeri meneliti terlebih dahulu dan hanya mengemukakan bantahan bagi kawasan yang tidak boleh tidak diperbetulkan.

“Bantahan yang dibuat kerajaan negeri hanya di beberapa kawasan yang perlu perbetulkan demi kemudahan rakyat khususnya pengundi, pegawai-pegawai kerajaan dan Majlis Daerah.

“Bahkan ia juga dapat memudahkan tugas pegawai SPR yang akan mengendalikan pilihan raya. Kita yakin SPR membuat keputusan bijaksana menerima bantahan dibuat.

“Lagi pun ia selaras dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Seksyen 2, bahagian 1, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding tersebut.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan berkata, sebagai contohnya Daerah Mengundi Kota Kubang Labu, Dun Wakaf Baru dikeluarkan SPR dari Dun Wakaf Baru.

Menurutnya syor SPR itu menyebabkan Pekan Wakaf Baru akan dipecah kepada dua kawasan Dun yang berbeza.

Sedangkan katanya Majlis Daerah Tumpat dalam Rancangan Tempatan Jajahan Tumpat 2020 yang diwartakan pada 17 Mac 2011 kawasan Kota Kubang Labu berada dalam blok perancangan pembangunan Wakaf Bharu. - HARAKAHDAILY 4/12/2016

Sumber HD-4-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isu Blockade Penahan Orang Asli Kawasan Membalak
Posted on Sunday, December 04 @ 10:33:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32700

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=-N1PKStwKls


Menonton video ini apa kita nak cakap pasal isu orang asli di Kelantan. Lihat, amati dan dalami perkara ini kita akan tahu siapa dalang sebenar dalam isu ini

Kredit
malaysiatv30


Sumber TKO - 4-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa Buat Surat Orang Asli ini?
Posted on Friday, December 02 @ 22:09:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32686



Sepucuk surat bertulisan tangan yang didakwa cetusan luahan Orang Asli di Kelantan selepas dirinya dibebaskan daripada penahanan di Gua Musang, semalam sedang disebarkan di laman sosial, khususnya di Facebook. Malaysiakini menjadikan berita kerana ini boleh memburukkan kerajaan Islam PAS Kelantan.

Dipercayai dimuat naik oleh geng budak-budak PSM yang dulunya dikenali sebagai geng 'Langgar Hadi'.

Menjadi persoalan kepada kita benar ke, surat tulisan tangan ini adalah surat orang asli. Melihat kepada tulisan tersebut macam pernah lihatnya.

Kenapa tak letak nama. Sedangkan baru keluar lokap, tentu mereka tak takut untuk letak nama. Hanya jika ada nama orang boleh siasat benarkan dia yang tulis. Itu sahaja alasanya.

Saya masih tertanya-tanya siapa sebenarnya dibelakang budak-budak PSM dan juga orang asli dalam isu tanah adat di Kelantan?

Bagi mereka yang mengamati perjalanan isu ini yang bermula dengan isu banjir besar, kemudian diikuti isu balak dan melarat kepada kepentingan orang asli sehingga kebangkitan mereka dalam memberikan tekanan untuk menjatuhkan kepimpinan MB Ustaz Ahmad Yaakob.

Pertanda paling mudah untuk melihat isu ini ialah pada perhimpunan BERSIH5 dengan penyertaan orang asli di perhimpunan tersebut.


Bersih 5 diadakah atas dasar membuat 5 tuntutan iaitu Pilihan Raya Bersih, Kerajaan Bersih, Perkukuhkan demokrasi parlimen, hak membantah dan memperkasakan Sabah serta Sarawak.

Agenda ini perlu dipatuhi dimana semua parti politik  dan NGO yang menyertai BERSIH5 diminta tidak mengunakan bendera, banner atau apa-apa perkara yang boleh membawa simbol kepeda kumpulan dan matlamat masing-masing.

Persoalan yang timbul kepada kita, kenapa orang asli yang datang ke BERSIH5 berbeza dengan Bersih sebelum ini kerana mereka membawa banner, sepanduk dan kain rentang yang membawa tujuan yang berbeza dengan apa yang BERSIH5 tuntut?

Gambar di atas adalah sebahagian daripada mereka dengan bannner, sepanduk dan kain rentang yang sudah pasti diluar kemampuan fikiran, gerak kerja dan kewangan yang mana saya percaya memakan kos yang sangat tinggi itu belum masuk belanja mereka beberapa hari di Kuala Lumpur.

Gerakerja ini telah dilakukan oleh suatu 'mastermind' yang memang mempunyai agenda untuk memberikan imej yang buruk kepada kerajaan PAS Kelantan dan PAS khususnya supaya imej PAS tercalar teruk.

Kenapa mereka sanggup membelanjakan wang yang besar dan mempergunakan orang asli? Jika anda amat-amat anda akan dapat jawapannya. Orang asli, budak-budak PSM dan pemuda PAN adalah 'bidak' sahaja. Buah-buah lain belum lagi keluar.


Sumber TKO -2-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Bersederhana dalam memperjuangkan alam sekitar

MOHD ZUHDI MARSUKI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43444-bersederhana-dalam-memperjuangkan-alam-sekitar

KELMARIN 10-15 orang ahli PSM berdemonstrasi depan pejabat PAS. Saya keluar mendengar mereka berucap. Setelah selesai berucap saya jumpa ketua mereka, bertanya, apa yang mereka nak bantah kepada PAS. Kalau ada memorandum, boleh serah kepada saya untuk saya bawa kepada kepimpinan parti.

Jika bantahan yang dikemukakan tentang Kelantan betul, kami akan meminta Kerajaan Kelantan untuk perbetulkan. Tiada kompromi terhadap kemungkaran dan kezaliman kepada mana-mana pihak dan alam sekitar. Pemuda PSM tu kata kami belum menyiapkan memorandum lagi.

Kajian PhD saya dulu, dalam bidang pengurusan ekosistem hutan menurut perspektif Islam. Jadi isu pembalakan ini begitu dekat di hati saya. Bagaimanapun kita mengambil jalan pertengahan tidak ekstrem, bukan sebagaimana pejuang alam sekitar yang ekstrim dan radikal.

Golongan ekstrem dan radikal bertindak tidak rasional. Sedekad lalu Universiti Oxford mahu membina sebuah bangunan baru untuk makmal haiwan. Usaha ini ditentang oleh golongan Animal Right yang radikal. Mereka buat blockade menghalang kontraktor bina bangunan masuk dan bakar jentera mereka.

Golongan radikal Animal Right mendakwa, tidak boleh mengeksploitasi haiwan untuk tujuan penyelidikan. Bagi pihak universiti pula bertegas, tujuan penyelidikan ini untuk kebaikan manusia di samping untuk survival spesies haiwan juga. Mereka yang radikal tetap tidak berpuas hati meneruskan usaha sabotaj mereka.

Kemudian muncul seorang remaja tempatan yang matang mengumpulkan pula orang ramai untuk menentang perbuatan radikal golongan Animal Right ini. Konflik semakin tegang sehingga kadang-kadang berlaku pertembungan fizikal antara keduanya, di samping siri-siri perdebatan yang berlarutan.

Akhir sekali, seorang Professor warga Australia kembali untuk berkhidmat di Universiti Oxford. Beliau ialah Peter Singer, pengasas kepada aliran pemikiran Animal Right. Beliau kemudian dijemput memberi pandangan. Katanya, falsafah Animal Right yang dia asaskan bukan sampai menentang makmal seperti itu.

Kesimpulannya, kita sememamgnya menyokong usaha memulihara alam sekitar, tetapi tidak sampai menjadi radikal sehingga menolak langsung sebarang pembangunan untuk manusia demi survival mereka juga. Bersederhana antara kedua titik eksterem itu yang paling baik, jangan mudah dihasut menjadi radikal. – HARAKAHDAILY 2/11/2016

Sumber HD - 2-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































































































































































7 lagi Orang Asli ditahan di Pos Pasik
Posted on Friday, December 02 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32675



Seramai tujuh lagi Orang Asli di Gua Musang, kali ini di Pos Pasik, ditahan selepas polis bertindak merobohkan sekatan yang berasingan petang ini.

Kesemua mereka ditahan di dalam trak polis untuk beberapa jam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Menurut peguam Siti Kasim, beliau menunggu di balai polis untuk membantu Orang Asli yang ditahan polis ekoran perjalanan yang jauh untuk sampai ke bandar dari kawasan pedalaman.

"Kami masih menunggu pegawai yang melakukan tangkapan menjalankan tugasnya. Orang Asli berkenaan masih dalam trak (polis)," katanya dalam catatan Facebook.

Mereka dijangka akan dibebaskan selepas kenyataannya diambil.

Tangkapan dibuat adalah susulan kepada penahanan 47 Orang Asli sebelum ini pada Selasa yang lalu.

Jabatan Perhutanan Kelantan dengan disertai kira-kira 100 anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) telah bertindak merobohkan dua sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai.

47 Orang Asli tersebut kemudiannya dibebaskan selepas direman selama dua hari.
Tiada caj dikenakan ke atas mereka.
Sumber TKO - 2-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hanya memusuhi Kelantan, bukan cinta alam sekitar pun

MUHAMMAD SANUSI MD NOR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43432-hanya-memusuhi-kelantan-bukan-cinta-alam-sekitar-pun

PEMBALAKAN bukan kerja salah lagi hina.  Ada undang-undang, prosedur dan paraturan perhutanan dalam industri pembalakan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung dan Jabatan Perhutanan Sabah & Sarawak. Kegiatan yang melanggar undang-undang dan peraturan ini barulah termasuk satu kesalahan, boleh juga menjadi satu kehinaan.

Persepsi negatif kepada sektor ini sering terkait dengan aktiviri rasuah, umpamanya mengenakan kadar premium (hasil kerajaan negeri) yang rendah, tetapi  pembalak dikenakan 'wang politik' yang dibayar kepada parti atau pemimpin.

Contohnya kadar premium di Kedah sebelum PAS membentuk kerajaan (2008) hanyalah RM500 bagi kawasan sudah kerja (KSK) dan RM1,000 bagi hutan dara. Pembalak mengaut untung yang banyak dan pemimpin politik ada ruang yang luas 'berkongsi untung' daripada pembalak.

Apabila kerajaan bertukar tangan, berasaskan kajian dipasaran dan sebagai usaha menutup ruang terjadinya rasuah,  kadar premium dinaikkan kepada RM11-13 ribu bagi KSK dan RM16-19 ribu bagi hutan dara. 100% hasil daripada pembalakan masuk kepada perbendaharaan kerajaan negeri,  diguna untuk faedah rakyat.

Tidak ada lagi ruang bagi orang yang berkuasa berkongsi untung dengan pembalak. Taukey balak hilang prestij dan janama 'kaya',  yang betul-betul berusaha saja akan berjaya. Tak ada lagi taukey balak yang hanya pandai merasuah untuk manjadi usahawan. Inilah tindakan pemulihan industri ini oleh PAS di Kedah.

Selain memelihara kepentingan industri sebagai hasil pendapatan kerajaan negeri dan negara, peraturan dikuatkuasakan bagi mengawal selia kelestarian hutan dan alam sekitar selari dengan kepentingan negara dan beberapa MoU dan protokol alam sekitar antarabangsa yang ditandatangani oleh Malaysia.

Kawasan yang dilesenkan oleh Jabatan Perhutanan berpandukan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan itu untuk diusahahasil oleh pengusaha adalah pembalakan sah/ halal.

Kawasan yang tidak dilesenkan oleh Jabatan Perhutanan tetapi diusahasilkan oleh sesiapapun adalah aktiviti pembalakan haram.

Jika ada keprihatinan awam untuk menghalang pembalakan bagi menjaga kelesterian hutan dan kehidupan orang ramai termasuk orang asal,  mereka patut melobi pindaan undang-undang supaya mengharamkan pembalakan sama sekali. Jangan ada mana-mana negeri dan pengusaha yang diizinkan mengusahakan pembalakan.

Jika keprihatinan itu hanya ditujukan kepada satu negeri sahaja iaitu Kelantan, tetapi tidak prihatin pula kepada negeri lain yang turut meluluskan pembalakan, seperti Sarawak, Sabah atau Pahang, yang jauh lebih besar dan banyak pengeluarannya, keprihatinan itu tentu mempunyai muslihat. Muslihat yang boleh disyaki dalam kategori jahat!

Jika kerajaan negeri dihalang daripada mengusahakan hutan sebagai sumber hasil, bolehkah dicadangkan sumber hasil lain kepada kerajaan negeri dan 127,757 orang pekerja yang terbabit dalam industri itu?

Setakat hari ini, ada dua cadangan daripada pencinta alam sekitar (dan orang asal) yang menentang aktiviti pembalakan  iaitu:
1. Tukar kerajaan lain.
2. Pandai-pandai lah cari duit, dah nak jadi kerajaan sangat, takkan tak reti cari sumber lain.

Musuh sebenar dalam industri ini ialah pelaku rasuah, penyelewengan dan pelanggar undang-undang, tidak kira siapapun orangnya.

Bagi orang awam, selain daripada musuh kategori itu, di depan kita ialah persepsi buruk yang salah lagi mengelirukan - bersimpang siur dibina oleh pihak-pihak yang memiliki matlamat peribadi dan kumpulan mereka yang tertentu yang bersifat politik-kuasa bukan bercirikan cinta - alam sekitar atau orang asli. Inipun musuh yang merbahaya juga.

Tahukah anda bahawa seorang pemimpin PAN dari Kelantan, yang mendalangi isu di Kelantan sekarang ini, dulu pernah ke Kedah berjumpa MB untuk meminta kawasan balak, berpakat dengan taikon kilang Plywood. Selepas menerangkan tujuan kedatangannya dan orang yang dibawa bersamanya, dia dihalau balik dengan hormat untuk menjaga maruahnya dan memelihara integriti PAS sebagai pemimpin kerajaan negeri.

Hal di Kelantan itu digerakkan oleh parti politik, berpakat dengan penentang kelulusan undang-undang Islam seperti Siti Kassim yang memusuhi kerajaan negeri Kelantan, bukan pencinta alam sekitar, jauh sekali pencinta orang asal. Pokoknya asasnya ialah PERSEPSI, MEMUSUHI BUKAN MENCINTAI. – HARAKAHDAILY 1/12/2016

Sumber HD - 1-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kias mohon kolej universiti sejak 2009

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43423-kias-mohon-kolej-universiti-sejak-2009

KOTA BHARU: Permohonan bagi menaik taraf Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) kepada kolej universiti dibuat sejak 2009 dan berterusan sehingga sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Kias sudah mematuhi syarat disyaratkan pihak terbabit.


Katanya berdasar kepada syarat ditetapkan kementerian sepatutnya dinaik taraf sebagai kolej universiti pada 2010.

“Tetapi syarat baharu ditambah pula sehingga Kias terpaksa menaikkan lagi tahap seperti yang dikehendaki mereka.

“Kerajaan negeri dan Kias tidak akan berhenti membuat permohonan biar pun sering kali ditolak.

“Usaha-usaha peningkatan dalam pelbagai aspek sering dibuat bagi membolehkan Kias mencapai tahap yang dikehendaki,” katanya di sini.

Kias merupakan kesinambungan Pusat Pengajian Tinggi Islam (PPTIK) Nilam Puri yang ditubuhkan pada 1965. Kemudian dikenali Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK).

Bagaimanapun selepas BN mentadbir Kelantan mulai 1978, akhirnya pada 1 April 1981 YPTIK diambil alih Universiti Malaya dan ditukar nama kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Dan selepas PAS kembali mentadbir Kelantan pada 1990, kerajaan negeri menubuhkan Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah pada 1994 bagi mengembalikan kegemilangan YPTIK.

Kias pada peringkat awal menawarkan pengajian Diploma Al-syariah, Diploma Usuluddin dan Diploma Al-Dakwah Wal Qiadah.

Bagaimanapun mulai sesi 2002/2003 diperkenalkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Al-Syariah dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (3+1) dengan Universiti al-Azhar, Mesir. – HARAKAHDAILY 1/12/2016

Sumber HD - 1-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Pemimpin PH boleh tanya kami – PKR Gua Musang

ALANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43421-pemimpin-ph-boleh-tanya-kami-pkr-gua-musang

GUA MUSANG: Isunya sekarang bukan lagi masalah kehidupan masyarakat Orang Asal, sebaliknya tekanan politik terhadap kerajaan Kelantan di bawah kepemimpinan ulama.

Lebih mengecewakan lagi ada pihak tanpa mendapat maklumat daripada kerajaan negeri dan pemimpin di sini, terus membuat tuduhan tidak berasas kepada Kelantan.

Penyelia Dun Nenggiri Syed Azhar Syed Alwi berkata pihak di luar tidak tahu keadaan sebenar apa berlaku di Gua Musang sehingga mudah terpengaruh dengan pihak yang berkepentingan.

Katanya, mereka tidak tahu di belakang tabir isu sekatan, ada orang politik yang mahu mengambil kesempatan dan bukan sebenarnya masalah kemusnahan hutan.

“Sepatutnya pemimpin Pakatan Harapan mendapat maklumat daripada kami di sini atau kerajaan negeri dan bukannya membuat tuduhan melulu.

“Ada pemimpin PAN Kelantan juga menghentam saya. Saya sudah menghubungi Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Abdul Aziz Abdul Kadir bagi menjelaskan keadaan sebenar.

“Ada pihak secara terang-terangan mempengaruhi Orang Asal sehingga membuat sekatan. Sehingga sekarang kerajaan negeri tidak pernah mengambil hak masyarakat Orang Asal,” katanya di sini.

Semalam pemimpin Pakatan Harapan (PH) melalui kenyataan media bersama menzahirkan rasa terkejut terhadap penangkapan 47 Orang Asal yang terbabit sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah.

Kenyataan itu dilapor ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng itu

Mereka juga berharap kerajaan Kelantan bertindak adil, tegas dan ikhlas serta membebaskan mereka yang ditangkap.

Syed Azhar yang juga pemimpin PKR Gua Musang berkata, kawasan pembalakan yang dilulus Jabatan Perhutanan di HSK Balah terletak jauh daripada penempatan penduduk Orang Asal.

“Jadi dakwaan yang mengatakan berlaku kemusnahan kawasan Orang Asli mencari makan tidak berasas kerana kedudukannya masih jauh,” katanya.

Penghulu Dun Nenggiri Jumak Abah yang juga bekas pekerja pembalakan berkata, kawasan tebangan balak dilulus Jabatan Perhutanan di HSK Balah terletak lebih 40 km daripada penempatan Orang Asal.

Menurutnya juga apa yang diperjuangkan segelintir masyarakat Orang Asal yang terpengaruh dengan pihak luar mengenai tanah adat sehingga mereka dibantu membuat peta wilayah sendiri.

Katanya ada pihak luar yang mengajar membuat lakaran wilayah berdasar Peta Google (GPS) bagi memperjuangkan tanah adat.

Beliau juga mendakwa kumpulan Orang Asal dari Perak sekarang dikatakan berkubu di Pos Pasik tempat sekatan ketiga yang belum diroboh Jabatan Perhutanan. – HARAKAHDAILY 1/12/2016

Sumber HD - 1-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Pos Orang Asal damai sebelum datang pihak luar

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43416-pos-orang-asal-damai-sebelum-datang-pihak-luar

GUA MUSANG: Pemimpin masyarakat Orang Asal di sini mendakwa tanpa penglibatan pihak luar tidak mungkin berlaku insiden menyekat laluan balak sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

Penghulu Kuala Betis, Jumak Abah berkata perkampungan Orang Asal di pedalaman Kelantan aman damai sebelum ini tanpa ada sebarang gangguan.

Namun, katanya sejak kedatangan pihak luar ke beberapa penempatan Orang Asal pada 2010 suasana aman damai mulai bertukar.

“Pernah pada 2012 berlaku sekatan laluan balak di Kampung Lambung yang juga berakhir dengan tangkapan polis.

“Sebelum itu pihak luar juga mendalangi sekatan laluan balak, namun mereka berpindah ke tempat lain selepas dilarang pemimpin Orang Asal di situ,” katanya di sini.

Semalam Jabatan Perhutanan Negeri dan kerjasama polis menahan 47 penduduk Orang Asal yang terbabit dengan sekatan laluan lori balak di Simpang Petei dan Pos Bihai.

Ketika operasi menahan kumpulan blockade tersebut pihak keselamatan turut menemui sumpit dan parang di pondok tempat sekatan.

Penduduk Orang Asal terbabit pagi tadi dibawa ke mahkamah majistret Gua Musang bagi mendapat perintah tahanan reman.

Ada dalam kalangan yang ditahan memiliki kad pengenalan luar Kelantan termasuk dari Perak.

Di perkarangan mahkamah tadi juga aktivis Parti Amanah Negara (PAN) dan PSM dilapor menasihat penduduk Orang Asal supaya tidak berputus asa dengan perjuangan mereka.

Jumak juga berkata kalangan yang ditahan tersebut ada yang dilahirkan Perak dan negeri lain kerana bapa mereka menganggotai Senoi Praap.

“Selepas bapa mereka meninggal dunia ada yang pulang semula ke Gua Musang,” katanya.

Beliau juga menolak dakwaan berlaku kemusnahan besar di Hutan Simpan Kekal Balah sehingga menjejas penduduk mencari rezeki.

Menurutnya kumpulan yang melakukan blockade sengaja mencipta isu bagi menghalalkan tindakan mereka setelah dipengaruhi pihak luar. - HARAKAHDAILY 30/11/2016

Sumber HD - 30-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis ambil tindakan pihak eksploitasi isu sekatan balak
Posted on Wednesday, November 30 @ 19:42:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32655



KOTA BAHARU: Polis Kelantan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pihak yang mengeksploitasi isu berhubung penahanan Orang Asli di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata pihaknya sedang memantau beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai memainkan peranan termasuk mengeksploitasi masyarakat Orang Asli untuk mengadakan beberapa sekatan pembalakan di kawasan hutan berkenaan.

“Kita tahu ada pihak tertentu yang menjadikan (isu itu) viral di media sosial kononnya polis menangkap Orang Asli ketika operasi merobohkan sekatan laluan balak semalam.

“Tindakan itu dilihat seolah-olah cuba mencemarkan imej polis dengan mendakwa polis bekerjasama dalam menahan Orang Asli sedangkan kita hanya membantu Jabatan Perhutanan Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Polis Narathiwat, Thailand Komander Polis Ratbovorn Bumrungros di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Semalam, selepas maklumat baharu yang dikemas kini hari ini, seramai 47 Orang Asli yang membuat sekatan di Simpang Petei dan jalan masuk ke Pos Bihai ditahan polis selepas enggan berganjak dan tidak beredar dari kawasan sekatan ketika operasi dijalankan Jabatan Perhutanan Kelantan.

Operasi merobohkan sekatan laluan keluar balak itu terpaksa dilakukan selepas rundingan antara kerajaan negeri dan Orang Asli menemui jalan buntu, dipercayai disebabkan ada campur tangan pihak luar.

Rahman berkata tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas individu yang cuba memburukkan imej polis di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) iaitu larangan terhadap pemberian kandungan jelik dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Beliau berkata kesemua Orang Asli yang ditahan semalam turut direman selama 2 dan 3 hari bagi membantu siasatan.

Katanya pihaknya turut menerima 9 laporan polis berkaitan isu itu iaitu 2 daripada polis, 3 oleh Jabatan Perhutanan Kelantan dan selebihnya daripada NGO.


Dalam pada itu, Rahman berkata pihaknya juga tidak menolak untuk mengambil tindakan terhadap kira-kira 70 peserta yang mengadakan perhimpunan haram di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang pada pukul 10 malam tadi hingga 3 pagi.

Sumber TKO - 30-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Henti manipulasi Orang Asli, kata exco Kelantan
Posted on Wednesday, November 30 @ 18:40:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32654



KOTA BHARU: Badan bukan kerajaan (NGO) diminta tidak mencari publisiti murahan dengan memanipulasi masyarakat Orang Asli terutama perkara berkaitan kegiatan pembalakan di Gua Musang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan NGO yang mengapi-apikan masyarakat itu hanya mengeruhkan lagi suasana tanpa memberi jalan penyelesaian kukuh terhadap masalah mereka.

“Kita harap NGO tidak perlu mencari publisiti murahan yang boleh menyusahkan lagi Orang Asli…sudah-sudahlah kerana apa yang penting kita kena bantu untuk selesaikan masalah ini.

“Kita tidak mahu mereka (Orang Asli) susah. NGO patut menjadi badan yang hebat dalam membantu meredakan dan menyelesaikan masalah ini dengan cara yang betul, bukan mempengaruhi atau menghasut mereka untuk kekal membuat sekatan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Semalam, seramai 41 Orang Asli yang membuat sekatan di Simpang Petei dan jalan masuk ke Pos Bihai ditahan polis selepas enggan berganjak dan tidak beredar dari kawasan sekatan ketika operasi dijalankan Jabatan Perhutanan Kelantan.

Operasi merobohkan sekatan laluan keluar balak itu terpaksa dilakukan selepas rundingan antara kerajaan negeri dan Orang Asli menemui jalan buntu, dipercayai disebabkan ada campur tangan daripada pihak luar.

Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata semua pihak mesti bersetuju dengan peraturan ditetapkan kerana hanya dengan cara itu boleh mendamaikan keadaan.

Beliau berkata segala aktiviti pembalakan di Kelantan yang dilakukan sejak 1978 mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Tidak semua orang boleh puas hati atas semua perkara tetapi kita ada peraturan dan peraturan itulah yang mesti diikuti. Sekiranya ada yang tidak setuju dan sebagainya boleh diketengahkan dengan menggunakan saluran yang betul,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Che Abdullah yang juga setiausaha PAS Kelantan berkata pimpinan setiap peringkat disarankan mengadakan solat hajat dan mengumpul dana bagi membantu etnik Rohingya yang dizalimi di Myanmar.


“Pada masa yang sama kita juga memberi maklumat kepada rakyat supaya turut bersama dalam menunjukkan simpati kepada penderitaan dan kezaliman dialami etnik Rohingya,” katanya.

Sumber TKO - 30-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Orang Asal 'blockade' dibawa ke mahkamah

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43407-orang-asal-blockade-dibawa-ke-mahkamah

GUA MUSANG: 47 Orang Asal hari ini dibawa ke Mahkamah Gua Musang bagi mendapat tahanan reman selepas didapati melanggar Akta Perhutanan 1984.

Ia dilakukan bagi disiasat di bawah akta tersebut ekoran membina sekatan dalam hutan simpan kekal serta beberapa kesalahan lain.

Beberapa individu dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik PAN dan PSM dilihat hadir di Mahkamah termasuk aktivis orang asli, Siti Kasim.

Kehadiran mereka memperlihatkan kemungkinan orang asli dipergunakan bagi kepentingan politik untuk memberi tekanan kepada kerajaan negeri.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Operasi, Radhi Chu Abdullah berkata, mereka yang terlibat akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Gua Musang.

"Mereka diambil tindakan pendakwaan mahkamah di bawah kesalahan seksyen 32 dan seksyen 47, seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.

Menurutnya jika disabit kesalahan menduduki tanpa permit, setiap individu akan didenda sebanyak RM50,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Semalam Jabatan Perhutanan serta beberapa agensi penguatkuasa lain terpaksa meruntuhkan sekatan selepas rundingan yang bermula Mac lalu gagal.

Kebuntuan tersebut dipercayai disebabkan wujud campur tangan pihak luar bagi mencari kesalahan kerajaan negeri dalam aktiviti pembalakan di Gua Musang. – HARAKAHDAILY 30/11/2016

Sumber HD - 30-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Orang Asal Pahang, Perak ditahan di sekatan balak

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43406-orang-asal-pahang-perak-ditahan-di-sekatan-balak

GUA MUSANG: Seramai 47 Orang Asal direman ekoran membina sekatan laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, di mana ia bertentangan dengan Akta Perhutanan Negara 1984.

Hampir kesemua Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari Pahang dan Perak.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah berkata, mereka yang terlibat dibawa ke Mahkamah Seksyen Gua Musang.

"Mereka diambil tindakan di bawah kesalahan Seksyen 32 dan Seksyen 47 serta Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya selepas operasi meroboh sekatan tersebut hari ini.

Operasi merobohkan blockade dan pondok dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri turut dibantu 62 anggota dan sembilan pegawai polis.

Jika disabit kesalahan mereka yang menduduki kawasan hutan simpan kekal tanpa permit boleh didenda sebanyak RM50,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Suprintendan Yap Sow Sing menganggap operasi tersebut sebagai berjaya menepati sasaran.

Menurutnya, objektif operasi berkenaan hanya bertujuan meruntuhkan blockade dan bangunan selain memberi keselamatan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan.

"Hanya beberapa orang sahaja yang bawa senjata, kalau kita mengikut SOP apabila kita beruniform menjalankan tugas kita kena dilengkapkan senjata.

"Tetapi oleh kerana kita buat penilaian yang mereka (Orang Asal) tidak melawan dan tugas kita memberi jaminan keselamatan Jabatan Perhutanan," katanya.

Radhi juga berkata bagi memastikan Orang Asal tidak lagi membina sekatan pihaknya akan membuat rondaan kerana ia membabitkan kawasan hutan simpan kekal.

Kata beliau juga aktiviti pembalakan diteruskan semula atau tidak, itu diserahkan kepada kerajaan negeri.

Menurutnya juga Orang Asal tidak boleh mengadakan sekatan dalam hutan simpan kekal kerana kawasan itu berada di bawah pegawasan Jabatan Perhutanan selaras Akta Perhutanan Negara 1984. - HARAKAHDAILY 29/11/2016

Sumber HD - 29-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Usah campur tangan siasatan polis

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43405-usah-campur-tangan-siasatan-polis

KOTA BHARU: Isu penahanan Orang Asal yang terbabit dengan sekatan laluan lori balak di pedalaman Gua Musang tidak seharusnya ada campur tangan mana-mana pihak sehingga siasatan yang dijalankan selesai.

Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri menyerah isu berkaitan insiden menghalang laluan balak di tiga lokasi kepada Jabatan Perhutanan Negeri dan polis.

Katanya, sekatan itu dilakukan kumpulan Orang Asal terbabit di Hutan Simpan  Kekal (SK) Balah, Hutan SK Perias dan Hutan SK Gunong Stong Selatan.

“Penahanan Orang Asal terbabit hari ini sewajarnya diserahkan kepada kebijaksanaan pihak polis dan Jabatan Perhutanan,” katanya pada satu kenyataan petang tadi. – HARAKAHDAILY 29/11/2016

Sumber HD - 29-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Isu ‘blockade’ jadi mainan politik

ASLANI M | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43404-isu-blockade-jadi-mainan-politik

KOTA BHARU: Selain Orang Asal termasuk dari luar Kelantan yang dikenal pasti dalang sekatan laluan lori balak, pemimpin politik juga mengambil kesempatan mahu menjuarai isu tersebut.

Begitu juga aktivis parti sosialis, Parti Amanah Negara (PAN) dan sebuah NGO alam sekitar menyebar di laman sosial mereka mendesak Orang Asal yang ditahan polis dibebaskan.

Mereka mahu orang ramai menghantar sms atau Whatsap kepada Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah kononnya sebagai tekanan kepada kerajaan Kelantan.

“Minta semua rakyat Malaysia yang mahu bantu 16 aktivis Orang Asal yang ditahan polis hari ini pakat call/mesej/whatsap kepada pemimpin Kelantan,” dipetik facebook milik aktivis PAN Kelantan.

Bagaimanapun mereka sebenarnya menyembunyikan isu sebenar, di mana Orang Asal terbabit melanggar Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).

Jabatan Perhutanan sebelum ini mengeluarkan notis mengarah sekatan laluan lori balak dibuka dalam tempoh 14 hari bermula 6 November hingga 27 November lalu.

Sekatan di Simpang Petei dilakukan sejak akhir September lepas sehingga menyebabkan aktiviti pembalakan terpaksa dihentikan.

Begitu juga agensi kerajaan yang berkaitan tidak dapat memasuki kawasan tersebut.

Ketika hari akhir persidangan parlimen minggu lepas anggota parlimen PSM mahu membawa usul berkaitan isu Orang Asal di Gua Musang, namun ditolak Speaker Dewan Rakyat.

Malah sebelum ini PSM juga difahamkan membawa sekumpulan Orang Asal di Gua Musang mengadakan demontrasi di hadapan Kota Darulnaim.

Sedangkan tindakan blockade yang didalangi pihak luar tersebut tidak disenangi majoriti ketua-ketua masyarakat terbabit di Gua Musang.

Hari ini seramai 15 Orang Asal ditahan dalam operasi meroboh sekatan yang dibina mereka di Hutan Simpan Balah.

Operasi itu disertai 210 pegawai dan anggota termasuk Jabatan Perhutanan negeri, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – HARAKAHDAILY 29/11/2016

Sumber HD - 29-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kelantan sokong himpunan bela etnik Rohingya

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43398-kelantan-sokong-himpunan-bela-etnik-rohingya

KOTA BHARU: Kelantan menyokong perhimpunan khas bagi membela nasib malang dialami etnik Rohingya ekoran keganasan tentera Myanmar.

Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata usaha itu perlu disokong kerana ia merupakan isu kemanusiaan sejagat.

“Ini adalah masalah kemanusiaan, isu penganiayaan terhadap manusia. Kerana itu saya berharap semua pihak tunjukkan solidariti kepada masyarakat Rohingya di atas apa yang berlaku,” ujarnya di sini.

Beliau ditemui selepas pelancaran buku Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu di sebuah hotel di sini semalam.

Pelancaran buku itu disempurnakan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberitahu perhimpunan besar-besaran mengutuk kekejaman terhadap Rohingya akan diadakan 4 Disember ini.

Dr Fadzli juga berkata, seluruh masyarakat seharusnya menunjukkan solidariti kepada rakyat yang ditindas.

“Kes berkenaan lebih kurang sama yang telah menimpa terhadap rakyat Bosnia sebelum ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

Beliau juga meluah rasa dukacita terhadap pemimpin Myanmar yang sebelum menerima Nobel Perdamaian, namun membiarkan kezaliman berlaku ke atas umat Islam di negara berkenaan.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat Kelantan tanpa mengira bangsa, agama dan politik hadir pada perhimpunan menyokong etnik Rohingya. – HARAKAHDAILY 29/11/2016

Sumber HD - 29-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Orang Asal sokong tahan pihak terbabit blockade

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43379-orang-asal-sokong-tahan-pihak-terbabit-blockade

GUA MUSANG: Blockade yang dilakukan segelintir pihak sejak beberapa bulan lalu turut menjejaskan kehidupan masyarakat orang asal.

Sehubungan itu, mesyuarat Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan petang tadi memutuskan supaya individu yang terlibat dalam sekatan di tiga lokasi ditangkap.

Lokasi yang terlibat dengan sekatan itu iaitu Hutan Simpan Kekal Balah, Hutan Simpan Kekal Perias dan Hutan Simpan Kekal Gunung Stong Selatan.

Jabatan Perhutanan menjelaskan operasi tersebut tidak memerlukan waran mahkamah, sebaliknya Akta Perhutanan Negara 1984 akan digunakan.

Bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini termasuk pertumpahan darah, rundingan diteruskan sejak 3 Mac dan berakhir pada 20 November lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah berkata proses tersebut masih berlangsung sehingga minggu ini.

Beliau turut mengalu-alukan individu yang menjadi 'batu api' supaya hadir ke mahkamah bagi membela beberapa individu atau ketua setiap blockade.

Namun sehingga kini ada orang asal masih termakan dakyah Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan berkeras dengan pendirian mereka.

Radhi menyifatkan orang asal yang terlibat dengan blocked itu seperti 'kacang lupakan kulit' selepas pelbagai feadah serta manfaat diberikan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memberi banyak kemudahan dan kebajikan agar golongan tersebut dapat hidup selesa.

"Namun blockade yang diadakan memperlihatkan segelintir masyarakat berkenaan memperkecilkan agensi kerajaan lain serta sumbangan wakil rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Penghulu Tanpa Mukim Orang Asli Dun Nenggiri, Juman Abak menyambut baik cadangan agar semua pihak terlibat ditangkap.

Menurutnya, orang asal berdepan pelbagai masalah sejak sekatan diadakan   kerana bekalan makanan serta perubatan terhalang.

Katanya juga penduduk yang terpengaruh beberapa NGO memandang serong terhadap peranan beliau kerana menyebelahi kerajaan negeri.

"Kami penghulu pun kena kutuk juga, makan gaji buta, terima rasuah dan fitnah kerana hadir pertemuan bersama Menteri Besar di Kota Bharu baru-baru ini.

"Biar pihak berkuasa membuat tangkapan kerana ia mengganggu ketenteraman penduduk lain," katanya yang turut hadir mesyuarat itu.

Pendapat yang sama diutarakan Penghulu Tanpa Mukim Orang Asli, Sudin Mat Nor yang menyerahkan 100 peratus kepada pihak bertanggunjawab.

Katanya, perbuatan itu bukan sahaja tidak membantu kerajaan negeri, bahkan turut melingkupkan semua jabatan yang terlibat memberi bantuan kepada orang asal.

"Perkara ini kalau tidak boleh selesaikan, ia akan terus melarat, kita pun tidak boleh buat apa-apa," jelas beliau.

Penghulu Tanpa Mukim Kampung Tuel, Halim Shariff berkata, majoriti penduduk orang asal menolak agenda yang dibawa NGO terbabit sehingga menyusahkan mereka.

Katanya juga, orang asal Kelantan menolak perhimpunan Bersih 5 baru-baru ini kerana dianggap tidak memberi manfaat.

Sebaliknya kata beliau lebih baik orang asal berusaha mencari pendapatan sendiri dan mengelakkan pergantungan bantuan kerajaan semata-mata.

Menurutnya, kerajaan negeri memberi banyak kemudahan termasuk penanaman getah bagi menjana pendapatan sendiri. - HARAKAHDAILY 27/11/2016

Sumber  HD - 27-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Annuar saran MB Kelantan terajui Kafa
Posted on Sunday, November 27 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32611



MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob adalah layak untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), kata bekas presidennya Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata menjadi kebiasaan di negeri lain, tugas presiden persatuan bola sepak digalas oleh menteri besar atau ketua menteri.

"Maka di Kelantan patut begitu juga. Ini kerana kerajaan negeri lebih mudah cari kewangan dan dana (untuk persatuan).

"Selain itu ia akan memudahkan urusan pembangunan serta pentadbiran bola sepak negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Annuar melepaskan jawatan Presiden Kafa pada 9 November lalu selepas menyandangnya sejak 2008.


  Di bawah pentadbirannya, pasukan Kelantan pernah meraih kejuaraan Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super. - Bernama

Sumber TKO -27-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































10 peserta Pemidato Muda ke cabaran seterusnya

IBNU MAHMUD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43375-10-peserta-pemidato-muda-ke-cabaran-seterusnya

BERSEMANGAT dan cukup teruja untuk ke cabaran seterusnya adalah merupakan rata-rata komen peserta ujibakat Ekspresi Kalam 2016 Pemidato Muda (PM) selepas beraksi di hadapan panel.

Ujibakat (audition) selama dua hari telah yang diadakan di Syabab Point dihadiri oleh 46 orang peserta untuk mencuba nasib ke cabaran seterusnya.

Ekspresi Kalam Pemidato Muda adalah program realiti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan dengan kerjasama Konfederasi NGO Kelantan (KNK).

Mereka akan berentap setiap Sabtu selama tiga minggu bermula 3 Disember depan dan seterusnya berada di Pentas Akhir EK pada 25 Disember.

"Pelbagai aksi dan cara dilakukn oleh peserta untuk memikat serta menarik perhatian beberapa orang juri yang diketuai oleh Jamal Najmuddin Sulaiman," kata Pengarah Ekspresi Kalam, Muhamad Hafiz Awang.

"Selepas dinilai berdasar kepada skema markah yang ditetapkan panel juri telah memutuskan lima orang peserta lelaki dan lima orang peserta perempuan untuk meneruskan cabaran empat persembahan pentas Ekspresi Kalam," katanya lagi.

PM lelaki ialah Wan Muhammad Faizat Wan Mohd Sanusi, 18  tahun; Syahrul Adam Salleh Ibrahim, 15; Mohd Fitri Adanan, 15; Nik Muhammad Lutfil Hadi Ibrahim, 15 dan Ahmad Hakim Baihaqi Mohd Suhaimi, 19.

Manakala PM wanita pula Nur Fasihah Othman, 18; Siti Nor Aisyah Che Hassan, 21; Siti Nur Aisyah Hafizah Mat Nawi, 16; Mashanis Mohamad, 21 dan Nur Syafiqah Abd Rahman, 20.

"Peserta akan melapor diri dan menghadiri sesi Kuliah Ekpresi Kalam pada 27 November, 3.30 petang di Syabab Point Kota Bharu yang akan dikendali oleh tiga orang Mu'alim.

"Mereka ini akan membuat persembahan pertama di Laman Sejahtera Taman Hijau Kota Bharu pada 3 Disember depan jam 10 pagi," ujar Hafiz lagi.

Sebelum daripada itu, sepuluh Pemidato Muda ini akan diperkenalkan pada Jumaat ini selepas kuliah pertama di Medan Ilmu Kota Bharu.

Orang ramai dijemput hadir untuk bersama setiap siri Persembahan Pentas Ekspresi yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan menarik seperti pameran dan jualan NGO-NGO serta aktiviti yang membuka peluang penonton memperolehi hadiah istimewa.

Maklumat semasa Ekspresi Kalam 2016 Pemidato Muda boleh didapati dengan melawati laman sosial facebook Agenda Kesejahteraan Rakyat. – HARAKAHDAILY 27/11/2016

Sumber HD - 27-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Rundingan akhir tangani sekatan laluan balak

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43370-rundingan-akhir-tangani-sekatan-laluan-balak

GUA MUSANG: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan hari ini meninjau dua 'blockade' yang dibina orang asal bagi menghalang aktiviti pembalakan.

Dua lokasi berkenaan merupakan laluan utama pembalakan yang merupakan 53 peratus daripada perolehan hasil kerajaan negeri.

Langkah tersebut bagi memberi makluman selepas notis perobohan sekatan berkenaan berakhir pada 20 November lalu sebelum tindakan lebih tegas dilaksanakan.

Rundingan demi rundingan dilakukan sebelum ini namun mereka masih berkeras tidak mahu membuka laluan tersebut kerana difahamkan mendapat sokongan pihak luar.

Sedangkan menjadi kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 membina 'blockade' dalam kawasan Hutan Simpan Kekal tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Individu yang terlibat boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau penjara selama lima tahun kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Akibat sekatan difahamkan didalangi Orang Asli yang berasal dari Perak dan Pahang, sebanyak 2,500 tan balak yang sudah ditebang tidak dapat dikeluarkan.

Operasi di sekatan  Kampung Peralong diketuai Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah.

Katanya, pembalakan di Kelantan masih terkawal kerana aktiviti itu dilakukan mengikut Standard of Procedure (SOP) bagi mengelakan kejadian tidak diingini.

Beliau ditemani lebih kurang 30 anggota turut menemui sebahagian penduduk yang mengakui rakyat negeri ini tetapi tidak kedengaran sebarang loghat Kelantan.

Walaupun pihak berkuasa sudah mengenali ketua mereka, tetapi penduduk orang asal yang ditemui tidak mahu memberitahu siapa ketua mendalangi sekatan tersebut.

Namun mereka kelihatan gugup apabila Jabatan Perhutanan bersama pihak berkuasa lain memberitahu akan menahan ketua setiap sekatan.

Sementara itu sekarang sedang berlangsung mesyuarat bersama sembilan agensi kerajaan antaranya Polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan sebagainya bagi melaksanakan operasi di kawasan sekatan laluan balak. - HARAKAHDAILY 27/11/2016

Sumber HD - 27-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Anak muda Kelantan bantah kekejaman Mynmar

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43346-anak-muda-kelantan-bantah-kekejaman-mynmar

KOTA BHARU: Kira-kira 500 anak muda berhimpunan bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan kerajaan Mynmar terhadap orang Islam.

Perhimpunan aman itu diadakan selepas tazkirah mingguan pagi Jumaat di Medan Ilmu Jalan Dato' Pati di sini dianjurkan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Ia dilakukan susulan tindakan zalim pemerintah berkenaan terhadap masyarakat Islam Rohingnya yang diseksa dengan kejam dan dibunuh di utara negara tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, dugaan yang menimpa penduduk Rohingnya kerana berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Menurutnya, orang bukan Islam tidak akan berdiam diri selagi orang Islam berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian mereka.

"Saya meminta semua rakyat mengemaskini status di facebook masing-masing mengenai kekejaman ini bagi menyatakan bantahan kita terhadap kekejaman kerajaan Myanmar," katanya.

Turut hadir pada perhimpunan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Dr. Md Yusnan Yusof dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan Care, Nazman Che Iberahim.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Dr. Johari Mat membaca doa memohon pertolongan daripada Allah yang merupakan senjata orang mukmin. – HARAKAHDAILY 25/11/2016

Sumber HD- 25-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kelantan tuan rumah sambutan antirasuah

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43334-kelantan-tuan-rumah-sambutan-antirasuah

KOTA BHARU: Kelantan dipilih menjadi tuan rumah sambutan antirasuah peringkat antarabangsa yang akan diadakan 10 Disember hadapan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata, sepatutnya sambutan itu diadakan 9 Disember yang disambut seluruh dunia setiap tahun.

Bagaimanapun katanya tarikh itu jatuh pada hari Jumaat yang merupakan cuti mingguan di Kelantan.

"Ini permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong usaha antirasuah dengan meminta mengadakan kempen ini.

"Di Kelantan semua pihak bersetuju diadakan bagi memberi kesedaran kepada rakyat menolak perbuatan rasuah," katanya pada majlis makan malam anjuran Yayayan Anti Rasuah Malaysia (YARM) di Kelantan Trade Center (KTC) malam tadi.

Moh Samsuddin berkata, SPRM dengan kerjasama kerajaan negeri, persekutuan dan YARM sebagai penganjur sambutan tersebut yang akan diadakan di Stadium Muhammad ke-IV.

Program makan malam itu dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi. - HARAKAHDAILY 24/11/2016

Sumber HD - 24-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Pemuda PAS lapor polis terhadap Guan Eng

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43333-pemuda-pas-lapor-polis-terhadap-guan-eng

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis berhubung artikel didakwa berbaur hasutan ditulis Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan pindaan Akta 355.

Kenyataan disiarkan semalam dalam laman blog, limguaneng.com  yang menyarankan empat parti kompenan Barisan Nasional (BN) bukan Islam agar keluar bagi menyatakan bantahan terhadap rang undang-undang berkenaan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi berkata, rencana itu dianggap bercanggah dengan cadangan Yang di-Pertuan Agong yang meminta Mahkamah Syariah diperkasakan.

"Apabila beliau (Lim Guan Eng) menulis demikian seperti menentang pemerkasaan Mahkamah Syariah

“Ini seolah-olah memberi satu gambaran penentangan terhadap hasrat baginda," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kota Bharu turut mengingatkan Lim Guan Eng, apa yang dilakukan ahli Parlimen Marang tidak bercanggah dengan prosedur Dewan Rakyat.

Beliau juga memberi peringatan kepada Setiausaha DAP supaya tidak bertindak seperti individu yang tidak mendapat pendidikan sempurna, bahkan orang kampung lebih memahami situasi sebenar.

"Orang kampung pun tahu ia adalah undang-undang yang tidak melibatkan orang bukan Islam dan tidak perlu mendapat persetujuan mereka untuk memperkasakan institusi itu.

"Jangan sampai kebencian dia kepada PAS, seolah-olah menampakkan belang sebenar, dia benci kepada Islam, ini lebih teruk," kata beliau. – HARAKAHDAILY 24/11/2016

Sumber HD - 24-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Aktivis Peka Pahang letak jawatan

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43316-aktivis-peka-pahang-letak-jawatan

KOTA BHARU: Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (Jaring) Kelantan yang melakukan sekatan laluan lori balak di Simpang Petei dilapor mengakui bahawa sebuah NGO menyalur bantuan kepada mereka.

Setiausaha Jaringan, Mustafa Along merakam ucapan terima kasih kepada Pertubuhan Perlindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) membantu menyalur bantuan makanan.

Pada Ahad lepas Peka mengundang petugas media, aktivis, NGO menyertai lawatan ke blockade Orang Asal di Hutan Simpan Kekal Balah.

Berdasar surat jemputan diedar di media sosial mereka melawat tapak blockade di Pos Bihai, Simpang Petei dan Pos Pasik.

Menurut Peka, lawatan itu dibuat berikutan Jabatan Perhutanan Kelantan memberi notis mengosongkan blockade di kawasan kompartmen 245 pada 20 November lepas.

Bagaimanapun ketika Peka sibuk memperjuangkan nasib Orang Asal di Gua Musang, tiba-tiba kerabat NGO itu di Pahang pula meletak jawatan beramai-ramai.

Pengerusi Peka Cawangan Pahang Mohd Khaidir Ahmad pada postingnya di laman sosial mengucap ‘Selamat Tinggal Peka’.

Katanya selepas berbincang dan memikirkan dengan semasak-masaknya beliau bersama Bendahari Peka Cawangan Pahang, Saifulnizam Sulaiman dan ahli jawatankuasa Mohamad Nasir Ishak meletak jawatan berkuatkuasa 1 Disember 2016.

“Bahawa kami dengan hati yang terbuka secara sukarela meletak jawatan masing-masing secara sukarela.

“Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada kami ketika menyandang jawatan berkenaan,” ujarnya.

Khaidir juga berkata, beliau dan rakan-rakan tetap akan meneruskan perjuangan alam sekitar dalam dimensi dan perspektif baharu berteras semangat ‘perjuangan rakyat marhaen untuk rakyat marhaen’. – HARAKAHDAILY 23/11/2016

Sumber HD -  23-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Yik longgar syarat kemasukan ke maahad kawalan

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43304-yik-longgar-syarat-kemasukan-ke-maahad-kawalan

KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (Yik) hari ini membuat pengubahsuaian baharu bagi memberi peluang pelajar yang berkelayakan melanjut pengajian di tingkatan satu sekolah agama tajaannya.

Permohonan untuk memasuki Maahad Sains Tok Guru perlu sekurang-kurangnya keputusan UPSR 3A 3C.

Manakala maahad kawalan (2A 4C), maahad tahfiz sastera (1A 5C) dan maahad pilihan (1A 5D). Mahaad Tahfiz Sastera iaitu Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Kauthar Peringat dan SMU (A) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas hari ini.

Katanya, Yik berbuat keputusan demikian setelah mengambil kira rayuan ibu bapa berdasar keputusan UPSR baru-baru ini.

“Ekoran keputusan UPSR 2016 yang tidak memberangsangkan di peringkat negeri dan kebangsaan, perbincangan diadakan bersama pengurusan Yik,” ujarnya.

Maahad kawalan pula iaitu Maahad  Muhammadi Lelaki; Maahad Muhammadi Perempuan; Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas; Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat; Maahad Tahfiz Sains Al Muhammadi, Nipah; Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong dan Maahad Tafiz Al Quraan Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas.

Dr Fadzli juga berkata maahad kawalan menawarkan pengajian agama, hafalan al-Quran dan subjek sains.

Katanya, borang permohonan perlu dihantar bersama Wang Pos RM5.00 dan salinan keputusan UPSR yang disahkan bagi kemasukan ke maahad kawalan.

Sebarang kemusykilan mengenainya boleh rujuk Unit Hal Ehwal Murid Yik. – HARAKAHDAILY 22/11/2016

Sumber HD - 22-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kelantan tumpu projek hidro, ladang suria

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43303-kelantan-tumpu-projek-hidro-ladang-suria

KOTA BHARU: Kerajaan negeri meluluskan beberapa cadangan bagi membangunkan projek tenaga boleh diperbaharui (RE) di Kelantan.

Antaranya projek hidro kuasa kecil dan ladang suria terapung.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata projek tersebut dapat memberikan sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Selain itu dapat merangsang ekonomi penduduk setempat.

Oleh itu katanya anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd diberi tanggungjawab membangun projek RE dan kecekapan tenaga (energy efficiency).

“Tenaga yang diperbaharui merupakan industri yang sedang bekembang pesat. Ia mendapat banyak promosi, sokongan dan insentif daripada kerajaan Persekutuan.

“Pada tahun 2014, jumlah kapasti RE di seluruh dunia banyak bersumber kuasa hidro,” katanya ketika merasmikan Ekspo Hijau Kelantan kali ke-3 di KB Mall, malam tadi.

Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Pengarah Urusan Might Technology Nurturing Sdn Bhd, Datuk Nik Ahmad Faizul Abdul Malek.

Mohd Amar juga berkata selain hidro tumpuan turut diberi kepada tenaga solar dan angin.

Katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan pelabur untuk mengadakan kerjasama dengan Kelantan Utilities Mubaarakan projek tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga.

Ekspo Hijau disertai 26 peserta mewakili sektor awam dan swasta yang mempamerkan produk dan perkhidmatan berkaitan penggunaan teknologi hijau. Ia akan berakhir esok.

Sempena perasmian itu juga Mohd Amar menyampaikan basikal elektrik kepada Hotel Grand River View dan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC). – HARAKAHDAILY 22/11/2016

Sumber HD - 22-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kaum minoriti di Kelantan tidak pernah disisih

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43302-kaum-minoriti-di-kelantan-tidak-pernah-disisih

KOTA BHARU: Kaum minoriti di Kelantan tidak pernah disisih, malah mereka juga diberi peluang menikmati pembangunan sama seperti masyarakat Melayu.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, begitu juga masyarakat India tetap diberi peluang serupa bagi pemilikan kediaman dan pekerjaan.

"Kita bersedia menimbangkan perkara yang dibangkitkan rakyat sekiranya mereka melakukan dengan cara yang betul,” katanya pada pertemuan dengan Persatuan Keturunan India Kelantan (Sokmo) di pejabatnya hari ini.

Rombongan Sokmo diketuai presidennya Sundra Murthi.

Pada pertemuan itu Sundra membangkitkan peluang pekerjaan, lot kediaman dan tapak bagi membina pejabat Sokmo.

Beliau juga berharap kerajaan negeri menyelesaikan masalah pemilikan tanah di Ladang Kerilla, Tanah Merah yang berlarutan sejak 30 tahun lalu. Isu berkenaan masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Ladang Kerilla sebelum ini dimiliki Taiko Plantation, dan sekarang dikenali KLK Kepong pernah memberi jaminan untuk mengagihkan 184 lot kepada pekerja Melayu dan India.

Kerajaan negeri juga sebelum ini mengagihkan lot kediaman kepada penduduk India di Telekong, Kuala Krai.

Kawasan tersebut sebelum itu dimiliki sebuah syarikat perladangan diambil semula kerajaan negeri bagi mewujudkan lot kediaman. – HARAKAHDAILY 22/11/2016

Sumber HD - 22-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Hanya longgokan sisa kayu, bukan balak

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43292-hanya-longgokan-sisa-kayu-bukan-balak

GUA MUSANG: Bukan balak sebaliknya longgokan sisa-sisa kayu hanyut yang terlekat di jambatan sementara di Kampung Setelu kelmarin ketika hujan lebat di hulu Sungai Nenggiri.

Penyelia Dun Nenggiri Syed Azhar Syed Alwi berkata jambatan sementara dibina rendah hanya beberapa kaki dari air menyebabkan mudah tenggelam apabila paras sungai meningkat.

Katanya, dengan kos pembinaan hampir RM900,000 sepatutnya jambatan sementara itu dibina lebih tinggi daripada kedudukan sekarang.

“Sebab itulah jambatan sementara yang berlantai besi dan berpagar dawai mudah tenggelam apabila paras Sungai Nenggiri meningkat.

“Tahun ini hanya sekali jambatan sementara itu tenggelam. Dan tahun lepas berlaku mendapan di tebing sebelah Kampung Star sehingga tidak boleh dilalui kenderaan,” katanya di sini.

Jambatan sementara dibina menggantikan jambatan sedia ada yang runtuh akibat bah besar pada akhir Disember 2014.

Jambatan itu menjadi laluan utama menghubungkan Gua Musang dan Jeli sebagai laluan alternatif pengguna jalan raya di musim perayaan.

Struktur jambatan itu sekarang terbenam di dasar Sungai Nenggiri.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pernah memberitahu kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi membina jambatan baharu di Setelu.

Bagaimanapun sehingga sekarang projek itu tidak menjadi kenyataan.

“Dakwaan yang mengatakan kayu balak yang terlekat di jambatan sementara tidak berasas kerana hanya sisa-sisa kayu kecil yang sudah reput ditemui.

“Sudah menjadi kelaziman apabila paras sungai meningkat kayu-kayu lama yang berada di tebing sungai akan hanyut,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/11/2016

Sumber HD - 22-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































UPSR 3A 3B boleh mohon sekolah kawalan Yik

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43284-upsr-3a-3b-boleh-mohon-sekolah-kawalan-yik

KOTA BHARU: Mengambil kira kemerosotan pencapaian pelajar dalam peperiksaan UPSR tahun ini, Yayasan Islam Kelantan (Yik) memberi kelonggaran bagi memasuki tingkatan satu sekolah kawalan.

Pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 3A 3B boleh memohon memasuki tingkatan di sekolah kawalan tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat khas dua hari lalu untuk pengambilan pelajar baharu 2017.

“Ekoran keputusan UPSR 2016 yang tidak memberangsangkan di peringkat negeri dan kebangsaan, perbincangan diadakan bersama pengurusan Yik.

“Kita bersetuju menerima permohonan pelajar baru untuk belajar di Maahad Kawalan termasuk Maahad Sains Tok Guru sekurang-kurangnya memperolehi 3A 3B dalam UPSR 2016 baru-baru ini,” katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau untuk memasuki maahad pilihan termasuk Maahad Pengajian Islam (MPI) dan Maahad Pasir Pekan terserah kepada sekolah menentukan tanda arasnya.

Dr Fadzli juga berkata Maahad Sains Tok Guru bakal beroperasi awal Januari 2017 yang dikhaskan untuk pelajar lelaki.

Borang permohonan untuk memasuki maahad kawalan untuk didownloadkan di  http://www.yik.edu.my/koleksi/Hal_Ehwal_Murid/TG1_2017/borang-permohonan-kemasukan-tg1-maahad-kawalan-2017.pdf - HARAKAHDAILY 21/11/2016

Sumber HD - 21-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Parti serpihan baharu mula dilanda masalah

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43283-parti-serpihan-baharu-mula-dilanda-masalah

KOTA BHARU: Biar pun impian Parti Amanah Negara (PAN) menggantikan PAS bagi menguasai gelanggang politik Islam, namun tidak sampai setahun penubuhannya, parti itu dikatakan dilanda masalah.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata berdasar kepada perkembangan yang berlaku sekarang, PAN dilihat tidak mempunyai keupayaan bagi menggantikan PAS.

Katanya isu utama yang mengugat kredibiliti parti itu apabila pengerusi PAN Kelantan sejak tahun lepas mendakwa 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti tersebut.

“Apabila conggakan itu tidak menjadi biarpun acap kali disebut, ia memberi imej negetif kepada sebuah parti yang baharu ditubuh,” katanya pada wacana anjuran Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) di JKR 10 malam tadi.

Difahamkan beberapa pemimpin PAN Kelantan yang dilantik ketika awal penubuhannya kini dipinggir kerana dikatakan tidak sebulu dengan pemimpin utama.

Malah lebih parah lagi parti baharu itu berhadapan masalah kewangan bagi mengurus kelangsungan parti.

Kredibitinya menjunam apabila kenyataan Pengerusi PAN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mendakwa 10 wakil rakyat PAS akan menyertai parti itu tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

Wacana itu dimoderatorkan Timbalan Pengarah IPTG Mohd Fadhli Ghani. Hadir sama wakil-wakil rakyat, Pengarah Pusat Kajian Strategik Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof dan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Zainiah Halim.

Dr Kamarul juga berkata, apa yang dilakukan pemimpin PAN di Kelantan seolah-olah dilihat mereka bekerja untuk Umno bagi menumbangkan kerajaan di bawah pimpinan ulama. – HARAKAHDAILY 21/11/2016

Sumber HD - 21-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Jelajah Ekspresi Kalam dapat sambutan pelajar

IBNU MAHMUD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43249-jelajah-ekspresi-kalam-dapat-sambutan-pelajar

KOTA BHARU: Siri jelajah Ekspresi Kalam (EK '16) bagi mencungkil pemidato muda turut mensasarkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah-sekolah sekitar Kota Bharu.

Semenjak diuar-uarkan, ia mendapat sambutan baik kalangan belia dan remaja bagi menyertai program yang dianjurkan Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan dengan kerjasama Konfederasi NGO Kelantan.

Penyelaras Promosi EK '16, Jamal Najmuddin Sulaiman berkata pihaknya hanya mensasarkan sekitar 50 orang untuk dinilai pada sesi uji bakat  25 November ini bagi peserta wanita.

Dan 26 November bagi lelaki, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, bertempat di Syabab Point Kota Bharu.

"Melalui uji bakat ini, sejumlah peserta berbakat akan dipilih bagi meneruskan siri cabaran EK '16 selama tiga minggu setiap Sabtu bermula 3 Disember di Laman Sejahtera Taman Hijau berhampiran Kota Ismail Petra di bandar Kota Bharu.

"Peserta akan berdepan dengan penyingkiran yang akan ditentukan juri profesional untuk ke peringkat cabaran pentas akhir Ekspresi yang akan berlangsung 25 Disember 2016, " katanya.

Ujar Jamal lagi, peserta akan didedahkan latihan pengucapan awam oleh tenaga pengajar berpengalaman, selain dilibatkan aktiviti santai yang menarik seperti berkuda dan memanah.

Program secara percuma tersebut menyediakan hadiah menarik berupa wang tunai dan barangan yang akan dibawa pulang setiap peserta. – HARAKAHDAILY 18/11/2016

Sumber HD - 18-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Pelajar pondok di Kelantan ditawar pengajian diploma

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43245-pelajar-pondok-di-kelantan-ditawar-pengajian-diploma

KUALA KRAI: Kerajaan Kelantan mendahului negeri lain apabila memberi pengiktirafan kepada pelajar institusi pondok tradisional dengan memperkenalkan diploma pengajian 'turath'.

Usaha itu dibuat melalui kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dijangka bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, antara masalah pengajian pondok di mana pelajar tidak mendapat pengiktirafan kerajaan selepas tamat pengajian.

"Sebahagian pelajar cerdik, ilmu banyak tetapi tidak diiktiraf, mereka hanya boleh jadi imam dan ustaz. Tetapi nak masuk dalam perkhidmatan awam, tidak boleh kerana tiada sijil.

"Sebab itu kita berbincang lebih dua tahun lepas bagi perkenalkan program pengajian turath mengunakan sukatan pengajian pondok," katanya pada majlis perasmian bangunan baru di Pondok Sungai Durian hari ini.

Hadir sama Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya'kub; Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman; Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan Musyrif Pondok Sungai Durian, Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

Bangunan baharu itu diberi nama Sakan Siti Khadijah. Pada majlis yang sama diadakan perletakan batu asas Sakan Ummu Salamah.

Bangunan setinggi empat tingkat melibatkan kos RM2 juta bakal menempatkan sebahagian pelajar pondok yang terlibat banjir besar pada penghujung 2014.

Akhbar hari melaporkan Pertubuhan Jemaah Pondok-Pondok Kedah mencadangkan pelajar tamat sekolah pondok diberi sijil pengiktirafan yang diperakui Jabatan Agama Negeri. – HARAKAHDAILY 17/11/2016

Sumber HD - 17-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Majoriti Orang Asal tolak tindakan Jaringan

SALMAH MAT HUSSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43231-majoriti-orang-asal-tolak-tindakan-jaringan

KOTA BHARU: Majoriti pemimpin masyarakat Orang Asal di Gua Musang menolak tindakan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan mengadakan sekatan laluan lori balak di Simpang Petei.

Malah kata mereka tindakan kumpulan terbabit salah di sisi undang-undang.

Pemimpin berkenaan terdiri daripada penghulu-penghulu lantikan kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) lantikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Kami ingin menegaskan dan menepis dakwaan Jaringan yang menyatakan keseluruhan masyarakat Orang Asal menyokong tindakan mereka melakukan sekatan tersebut.

“Majoriti masyarakat Orang Asal tidak menyokong tindakan mereka. Kami juga berharap pihak berkuasa menghalang kemasukan NGO dan orang perseorangan ke perkampungan masyarakat Orang Asli buat sementara waktu.

“Ini kerana kedatangan NGO tersebut bukan menyelesaikan masalah Orang Asal, malah menambahkan lagi masalah serta kekusutan sedia ada,” kata jurucakap pemimpin terbabit.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan memorandum dan resolusi kepada Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob di JKR 10 hari ini.

Seramai 59 pemimpin dan ketua masyarakat Orang Asal di Gua Musang hadir pada program tersebut.

Baru-baru ini aktivis Parti Amanah Negara dan PSM mengadakan perhimpunan di hadapan Kota Darulnaim dengan mendakwa berlaku kemusnahan hutan akibat pembalakan besar-besaran di Hutan Simpan Balah sehingga menjejaskan masyarakat Orang Asal.

Mereka juga sebelum ini dilihat berada di penempatan Orang Asal yang terbabit dengan sekatan tersebut. – HARAKAHDAILY 16/11/2016

Sumber HD - 16-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Projek terowong Palekbang masih jadi misteri

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43225-projek-terowong-palekbang-masih-jadi-misteri

TUMPAT: Tentunya ramai masih ingat digegerkan sebelum ini penemuan terowong peninggalan tentera Jepun di Palekbang yang didakwa menyimpan ‘harta karun’. Namun sekarang ia seperti dilupakan.

Empat tahun lepas heboh di laman sosial, blog dan diperkatakan di sana sini penemuan aset Perang Dunia Kedua tersebut.

Disebarkan dakwaan terowong terbabit panjang sehingga 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang.

Malah kerja-kerja membersihkan kawasan penemuannya juga dikatakan dilakukan dengan penglibatan secara langsung seorang anggota Exco kerajaan negeri.

Seorang petugas keselamatan PAS ketika itu memberitahu beliau diarah berkawal di lokasi berkenaan kerana disyaki terowong itu menyimpan harta karun.

Katanya kawasan sekitarnya dikawal siang dan malam bagi mengelakkan dicerobohi pihak lain.

Seorang bekas pegawai kanan agensi kerajaan negeri juga pernah memberitahu hampir setiap hari beliau berada di lokasi tersebut.

Difahamkan kerja-kerja meneroka terowong misteri itu juga melibatkan perbelanjaan yang tidak sedikit, namun tidak ramai mengetahui mengenainya.

Penghulu Mukim Palekbang, Muhamad Mahmod mendakwa penemuan terowong tersebut seperti agenda bekas anggota Exco terbabit memandangkan tidak ramai pemimpin lain tahu mengenainya.

Bagaimanapun katanya penemuan tersebut tidak dilakukan menggunakan saluran yang betul seperti Perbadanan Muzium Kelantan atau agensi kerajaan lain.

“Sepatutnya agensi itu bertanggungjawab kerana ia berkaitan proses pencarian artifak lama.

"Namun peliknya bekas anggota Exco terbabit dilihat lebih banyak memainkan peranan sehingga pernah dijadikan kawasan itu sebagai larangan awam,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY 16/11/2016

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Sumber HD - 16-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































PAS Kelantan turut simpati terhadap Rafizi

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43212-pas-kelantan-turut-simpati-terhadap-rafizi

KOTA BHARU: PAS Kelantan turut melahirkan rasa simpati terhadap anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen.

Beliau didapati bersalah kerana memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysian Development Berhad pada Mac lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata ekoran keputusan mahkamah tersebut menyebabkan pembangkang hilang keberanian untuk bersuara di Parlimen demi membela hak rakyat.

“Tetapi apa boleh buat itu sudah keputusan mahkamah. Kita berharap Rafizi akan dibebaskan di Mahkamah Tinggi nanti melalui rayuannya, sama-sama kita doakan,” katanya selepas menghadiri majlis meraikan persaraan, pertukaran pegawai Jabatan Pertanian Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menjatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun terhadap Rafizi atas tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB, yang diklasifikasikan sebagai sulit.

Hakim Zulqarnian Hassan menetapkan hukuman 18 bulan untuk dua pertuduhan yang dijalankan serentak. – HARAKAHDAILY 15/11/2016

Sumber HD - 15-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kapal diletup jadi tukun dan lupus abu al-Quran

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43204-kapal-diletup-jadi-tukun-dan-lupus-abu-al-quran

BACHOK: Sultan Muhammad V menyempurnakan program pelupusan abu al-Quran dan pembinaan taman tukun keputeraan di 14 batu nautika dari Pelabuhan Tok Bali di sini.

Baginda diiringi oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud.

Sebanyak 10 tan abu berkenaan diisi dalam empat buat kapal termasuk sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang berusia 52 tahun untuk dijadikan sebagai tukun.

Sebelum ditamatkan perkhidmatannya kapal peronda berkenaan yang dikenali Kapal Maritim Lang diserahkan kepada Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Selepas 10 tahun berbakti terhadap APMM, jentera tersebut sekali lagi dilepaskan kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik).

Usaha tersebut dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat berkenaan selepas mendapat perkenan Tuanku Sultan Kelantan untuk merasmikan acara itu.

Pengarah Jaheik Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata, pelupusan abu al-Quran serta pembinaan Taman Tukun Keputeraan merupakan program pertama kali diadakan

Bagi mengenalpasti lokasi sesuai serta keperluan terhadap pembinaan tukun itu, Jaheik bekerjasama dengan agensi berkaitan selaras pendekatan kerajaan.

"Ia merupakan pendekatan National Blue Ocean Strategy dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan serta agensi kerajaan yang lain.

"Ia seperti Perikanan Negeri Kelantan, Maritim Malaysia (APMM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi mengenalpasti tempat sesuai," katanya.

Mengenai pelupusan al-Quran pula katanya, merupakan kesedaran terhadap penjagaan al-Quran yang banyak terlibat dalam bencana banjir Kelantan pada tahun 2014 lalu.

Pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif berkenaan dengan mengumpulkan sebanyak 150 hingga 180 tan untuk dilupuskan.

Ia seperti Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) serta Jabatan Kerja Raya.

Selain itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Bahagian Pengawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). - HARAKAHDAILY 15/11/2016

Sumber HD - 15-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kelantan anjur Ekspresi Kalam lahirkan pemidato

IBNU MAHMUD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43196-kelantan-anjur-ekspresi-kalam-lahirkan-pemidato

KOTA BHARU: Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan bersama gabungan Konfederasi NGO Kelantan (KNK) bakal mengadakan program Ekspresi Kalam: Pemidato Muda.

Pengarah program Ekspresi Kalam, Ustaz Hafiz Awang menyatakan demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Ekspresi Kalam Pemidato Muda yang diadakan di Syabab Point di sini.

Program ini antara lain bermatlamat untuk melahirkan ikon-ikon kalangan belia. Sesuai dengan suasana semasa iaitu program berkonsepkan realiti pada hari ini bagaikan suatu fenomena di seluruh dunia, termasuklah di negara kita.

Pelbagai tema dan kreativiti program realiti dipersembahkan bagi menarik minat ramai terutama kalangan golongan muda.

"Program ini bakal bermula dengan sesi uji bakat yang akan dilangsung pada 24 dan 25 November depan antara jam 10 pagi hingga 12 tengahari di Syabab Point, berhadapan Istana Kota Lama, Kota Bharu bagi mencari sejumlah peserta bagi program ini.

"Manakala cabaran Pentas Ekspresi akan bermula pada 3 Disember hingga Pentas Akhir Ekspresi 24 Disember depan di Laman Sejahtera Taman Hijau yang terletak berhampiran gerbang rehal Kota Ismail Petra, Kota Bharu" kata Ustaz Hafiz.

Menurut beliau lagi, peserta akan didedahkan dengan teori dan latihan melalui Kuliah Ekspresi yang akan dikendalikan oleh Ustaz Mohd Asri Daud dan Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Persembahan peserta bukan sekadar berpidato, tetapi mereka juga perlu menyelitkan elemen-elemen lain dalam pengucapan mereka.

"Ekspresi Kalam menawarkan hadiah menarik kepada semua peserta berupa wang tunai, hadiah iringan dan pelbagai faedah lain.

"Proses penyikiran dilakukan setiap minggu dan peserta akan diadili oleh kalangan juri profesional dan netizen melalui laman sosial facebook Agenda Kesejahteraan Rakyat, selain ia dapat diikuti secara langsung melalui talian internet,” katanya.

Majlis perasmian pula akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Dr Ramli Mamat pada siri pertama program ini. – HARAKAHDAILY 14/11/2016

Sumber HD - 14-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Enakmen diharap cegah penipuan darjah kebesaran

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43188-enakmen-diharap-cegah-penipuan-darjah-kebesaran

KOTA BHARU:  Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V melahirkan rasa syukur kerana tahun lalu kerajaan Kelantan telah meminda Enakmen Lambang-lambang dan nama (mencegah daripada salah guna) 1977.

Menurut baginda, pindaan itu memberi kuasa kepada mahkamah untuk menentukan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan atau bersubahat
memberi serta menerima, menggunakan agelaran kebesaran tersebut.

Titah baginda, menggunakan anugerah atau gelaran kebesaran yang tidak diiktiraf oleh negeri suatu kesalahan.

“Beta berharap enekman ini dapat membendung gejala tersebut,” titah baginda lagi.

Pada masa yang sama, baginda melahirkan rasa syukur memandangkan tahun ini satu darjah kebesaran baru negeri yang dinamakan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Setia atau Al Petrawi diwujudkan.

Titah baginda, ia diwujudkan bagi memperingati zaman pemerintahan ke bawah pemeritahan ayahandanya.

Menurut baginda, adala menjadi hasrat baginda supaya darjah kebesaran itu dianugerahkan kepada anggota-anggota pasukan badan beruniform dalam perkhidmatan awam sebagai satu penghargaan kepada kesetiaan yang berkekalan kepada baginda. – HARAKAHDAILY 13/11/2016

Sumber HD - 13-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Sepakat bangunkan kelantan dalam kemelesetan ekonomi

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43187-sepakat-bangunkan-kelantan-dalam-kemelesetan-ekonomi

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad K-V menyeru semua pihak dapat mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

Titah baginda lagi, harapan berkenaan dizahirkan sempena perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke-47 di sini.

Sultan Muhammad V bertitah, pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dengan unjuran sekitar 3.4 peratus pada tahun ini telah memberi kesan ketara kepada kebanyakan ekonomi negara di dunia termasuk Malaysia.

"Ditambah pula dengan perkembangan semasa politik di Amerika Syarikat yang menyebabkan peningkatan mendadak nilai mata wang dollar,” titah baginda.

Baginda bagaimanapun yakin kerajaannya telah bersedia mengharungi cabaran dengan perancangan yang teliti dan mampan.

“Terutamanya dalam mengukuhkan sumber kewangan negeri dan menyuburkan ekonomi rakyat," titah baginda lagi.

Terdahulu baginda menyempurnakan pengurniaan kehormatan kebesaran negeri, bintang-bintang, pingat-pingat penghormatan kepada 608 penerima.

Pada masa yang sama, baginda bersyukur dengan amanah  diberikan bagi memegang jawatan Yang Dipertuan Agong ke-15.

Menurut baginda lagi, ia akan ditabalkan pada 13 Disember ini.

"Beta mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan doa berterusan dari semua pihak terutamanya rakyat Kelantan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan beta.

"Sepeninggalan beta nanti adalah menjadi harapan beta agar negeri ini terus ditadbir dan dibangun secara seimbang dan makmur,” titah baginda.

Sambung baginda lagi, ia mesti dibangunkan dengan kemajuan zaman tetapi tidak mengenepikan agama dan sosio ekonomi rakyat.

Sementara itu, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Tengku Temenggong yang mewakili kerabat DiRaja Kelantan yang melafazkan sembah ucap tahniah sempena keputeraan baginda.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pula mewakili kerajaan dan rakyat Kelantan seluruhnya.

Turut hadir pada majlis itu Tengku Mahkota Kelantan, kerabat-kerabat diraja, Timbalan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan lain-lain pembesar kerajaan negeri, Persekutuan.

sultan kelantan ketika bertitah sempena keputeraan baginda ke-47 di istana Balai Besar. – HARAKAHDAILY 13/11/2016

*Gambar: Sinar Harian

Sumber HD- 13-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nassuruddin sahut debat Husam
Posted on Saturday, November 12 @ 17:09:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32348



KOTA BHARU - ’Perang’ antara Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud dan Adun Salor, Datuk Husam Musa dijangka berpanjangan apabila kedua-duanya dijangka berada sepentas bagi membahaskan isu baiah.
Nassuruddin berkata, beliau bersedia menyahut tawaran berdebat bagi menyatakan pandangannya berkaitan isu baiah yang mengandungi sumpah setia ahli Pas, termasuk mereka yang dipecat perlu meletak jawatan sebagai Adun.

“Wajib menunaikan dan menjaga amanah, haram  bagi kita mengkhianatinya lebih-lebih lagi melibatkan jawatan, kena jaga baik-baik.

“Kita (wakil rakyat Pas) ada baiah, sumpah dan taklik, tiga ini pengikat tapi ada yang sempat lagi lompat (parti), lompat pula bawa ‘kerusi’ sekali, tak boleh nak lepas,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Terdahulu semasa sidang Dun minggu lalu, Husam yang juga Penasihat Amanah Kelantan  mahu Nasuruddin bersedia untuk berdebat berhubung isu baiah kerana ruang dalam persidangan itu terhad untuk membincangkan isu tersebut.

Ketika sesi penggulungan sidang Dun tersebut, Nassuruddin turut membaca isi kandungnya baiah yang mengandungi sumpah taat setiap calon Pas yang dibuat di hadapan bekas Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nasuruddin yang juga Adun Meranti berkata, sumpah setia itu  bukan perkara remeh sebaliknya perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan sumpah dan hukum agama.

“Ini bukan main-main, dalam debat nanti saya akan tanya dia (Husam) ambil dari nas, hadis dan al-Quran mana kata tidak menjadi masalah langgar tiga perkara itu. Jangan khianati amanah ALLAH , amanah Rasul sedangkan kita tahu perbuatan itu salah.

“Kita kalau kasih pada perjuangan Islam kena ikut cara Tok Guru, beliau jadi wakil rakyat Pas sejak tahun 1967 lagi, walaupun berlaku pergolakan dalam parti ditambah dengan masalah pimpinan keluar dari Pas bersilih ganti tetapi Tok Guru tetap istiqamah dengan Pas sehingga akhir hayatnya,” katanya.

Dalam ceramahnya itu, Nasuruddin turut menjawab isu potongan elaun yang dibangkitkan oleh Husam semasa sidang Dun tersebut.

“Ini tidak dituduhnya macam-macam seperti mempersoalkan kenapa Pas hingga ke hari ini masih potong elaun dia sebanyak 20 peratus, parti tidak boleh potong tanpa kebenaran wakil rakyat itu sendiri.

“Parti tak ada hak hantar surat kepada bahagian kewangan kerajaan kecuali wakil rakyat sendiri yang hantar surat pemotongan elaun tersebut. Sejak dulu lagi Tok Guru minta semua wakil rakyat Pas potong elaun untuk disalurkan kepada parti malah beliau potong lebih dari itu," katanya.
Katanya, mana-mana wakil rakyat yang tidak mahu meneruskan pemotongan elaun boleh melakukannya sendiri dengan menghantar surat pembatalan.


  “Sama seperti nak bercerai, takkan nak suruh orang lain ceraikan sedangkan itu perkahwinan kita. Jangan kaitkan dengan Pas, dia sendiri tak betul, yang penting kita istiqamah dengan perjuangan Islam,” katanya.

Sumber TKO -12-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































NGO R nafi terbabit serah memorandum Orang Asal

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43174-ngo-r-nafi-terbabit-serah-memorandum-orang-asal

KOTA BHARU: Pertubuhan R Kelantan (Royalti) menafikan terbabit pada perhimpunan menyerah memorandum isu Orang Asal kepada kerajaan negeri semalam.

Presidennya Nazri Deraman berkata R tidak terlibat pada perhimpunan tersebut biarpun ada peserta yang memakai baju berlogo R.

“Itu tidak boleh dikatakan mewakili R dalam perhimpunan di Kota Darulnaim tersebut. Baju R sebenarnya boleh dibeli di kedai-kedai.

“Tumpuan kami isu asas penubuhan R iaitu perjuangan menuntut royalti, hak pendaratan gas dan tuntutan agar Kelantan turut diberikan peluang untuk membangunkan industri petrokimia.

“Di samping turut memberikan perhatian dalam bidang kebajikan,” katanya di sini.

Semalam ada seorang peserta yang disebut mewakili Royalti Malaysia dilihat memakai baju berlogo R ketika perhimpunan menyerah memorandum kepada kerajaan negeri.

Peserta terbabit sekarang dikatakan aktivis Parti Amanah Negara (PAN) dan sebelum ini pernah terbabit dengan R.

Oleh itu Nazri menegaskan R tidak terlibat dan tidak dilibatkan dalam penyediaan memorandum tuntutan berkaitan masyarakat Orang Asal di pedalaman Kelantan.

“Kami tidak dijemput, tidak pernah mengadakan mesyuarat dan perbincangan mengenai perkara tersebut,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau yakin kerajaan negeri telah mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga kepentingan Orang Asal. – HARAKAHDAILY 11/11/2016

Sumber HD - 11-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Trump menang bimbangkan masyarakat dunia

SALMAH MAT HUSAIN | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43171-trump-menang-bimbangkan-masyarakat-dunia

KOTA BHARU: PAS Kelantan melahirkan kebimbangan terhadap pemikiran masyarakat Amerika Syarikat apabila sanggup memberikan kemenangan kepada Donald Trump.

Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Md Nawi, memberitahu perkembangan itu amat menggusarkan masyarakat dunia apabila rakyat Amerika Syarikat sanggup memilih calon dari parti Republikan itu.

“Walaupun pendedahan demi pendedahan dilakukan berhubung skandal yang pernah dilakukan Trump, namun tidak menjadi masaalah bagi mereka kini,” ujarnya.

Tambahnya, sedangkan sebelum ini sekiranya calon yang bertanding di negara terbabit terpalit dengan skandal, sudah tidak melayakkan calon berkenaan untuk dipilih sebagai calon Presiden Amerika.

Sebaliknya kali ini katanya yang juga anggota exco kerajaan negeri, Trump tetap dipilih sebagai  calon Presiden Amerika.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika yang baru hari ini ketika ditemui selepas majlis penyampaian peralatan input pertanian di Pejabat Pertanian Negeri, di sini hari ini.

Trump mengalahkan Clinton dengan undi electoral 276 – 218 9 November lalu.

Trump juga membuat kejutan apabila memenangi kawasan-kawasan penting di negara itu seperti Florida, North Carolina dan Ohio.

Jelasnya, sewaktu kempen baru-baru ini, pendedahan skandal khususnya yang berkaitan wanita telah didedahkan, namun ternyata ia tidak memberi kesan.

Tambahnya, kemenangan itu turut memberi gambaran sebenar masyarakat negara terbabit. – HARAKAHDAILY 11/11/2016

Sumber HD - 11-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































MB Kelantan ketuai senarai penerima darjah kebesaran

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43164-mb-kelantan-ketuai-senarai-penerima-darjah-kebesaran

KOTA BHARU: Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob bakal mengetuai senarai 608 penerima darjah gelaran kebesaran negeri Kelantan sempena hari keputeraan Sultan Muhammad ke-47 Sabtu ini.

Beliau merupakan satu-satunya penerima gelaran kebesaran yang membawa gelaran Dato' Bentara Kanan.

Majlis penganugerahan itu akan diadakan di Istana Balai Besar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata seramai 599 akan menerima gelaran kebesaran negeri, darjah kebesaran, bintang, pingat dan surat kepujian pada majlis tersebut.

Manakala 9 orang lagi dilantik sebagai Jaksa Pendamai (JP).

Katanya, daripada jumlah tersebut seramai 29 individu merupakan penerima Darjah Kebesaran Al-Petrawi bagi peringkat kedua hingga kelima.

"Ia merupakan satu darjah kebesaran baharu yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan Muhammad V bermula tahun ini.

"Yang dinamakan Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia atau Al-Petrawi yang terdiri daripada lima peringkat," katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Menurutnya peringkat pertama dan kedua membawa gelaran Dato' yang hanya dikhususkan kepada penerima dari badan beruniform perkhidmatan awam.

Turut hadir pada sidang media itu Pengelola Istana D'Raja Kelantan, Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal.

Tema sambutan hari keputeraan tahun ini “Islam Dijulang, Raja Dijunjung, Rakyat Disanjung”.

Sementara itu persiapan menyambut sambutan keputeraan bermula sejak bulan lepas. Lampu jalan yang dihiasi menarik dipasang di jalan utama di Kota Bharu dan hadapan Kota Darulnaim.

Bendera negeri Kelantan juga dipasang di sepanjang jalan, premis perniagaan serta pejabat kerajaan. – HARAKAHDAILY 10/11/2016

Sumber HD - 10-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Ada NGO tiba-tiba muncul di sebalik isu sekat laluan balak

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43167-ada-ngo-tiba-tiba-muncul-di-sebalik-isu-sekat-laluan-balak

KOTA BHARU: Isu sekatan laluan lori balak di pedalaman Gua Musang kini memasuki babak baharu apabila ada NGO secara terus terang muncul bagi menghangatkan lagi suasana.

Lebih pelik juga NGO yang difahamkan tidak berdaftar juga tampil mahu membela masyarakat Orang Asal, kononnya produk hutan dimusnahkan.

Hari ini R Malaysia turut disenaraikan bersama 28 NGO, menamakan mereka sebagai kumpulan masyarakat sivil dan NGO, menyerah memorandum setebal tiga muka kepada wakil kerajaan negeri.

Memorandum itu diserah aktivis PSM Kelantan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Wan Roslan Wan Hamat. Turut kelihatan aktivis-aktivis Parti Amanah Negara (PAN).

Mereka juga sebelum ini acap kali memaparkan gambar bersama masyarakat Orang Asal di kawasan sekatan laluan balak dan perkampungan Orang Asli di laman sosial.

Wan Roslan berkata, berdasar kepada kronologi isu sekatan laluan lori balak di Gua Musang sejak akhir September lepas seperti kelihatan ada pihak yang berada di sebalik tabir.

“Kita bukan menuduh sesiapa, namun berdasar gerak kerja dan aktiviti beberapa individu yang datang bersama menyerah memorandum hari ini, memberi peluang orang ramai membuat tanggapan sendiri.

“Masyarakat Orang Asal yang hidup tanpa sebarang gangguan di penempatan mereka sebelum ini, tiba-tiba membuat sekatan laluan lori balak.

“Ini memperlihatkan ada pihak yang berada di belakang tabir. Mungkin mereka tidak sedar usaha yang dibuat kerajaan negeri membela nasib masyarakat Orang Asal sejak dahulu lagi,” katanya.

Menurutnya sehingga sekarang sebahagian masyarakat Orang Asal di Kuala Betis dan Sendrop mendapat surat hak milik tanah lot kediaman.

Selain itu hampir 300 penduduk Orang Asal mendapat bantuan dividen Ladang Rakyat sebanyak RM200 sebulan.

Kerajaan negeri juga meluluskan kawasan seluas hampir 10,000 ekar sebagai rezab Orang Asal di Gua Musang dan Jeli.

Mungkin juga pihak terbabit juga tidak menyedari Sistem Torren yang diamalkan di Malaysia hanya memberi perakuan terhadap tanah yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Tanah sahaja.

Dan tanah Orang Asal yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem pendaftaran mengikut undang-undang tanah Malaysia di bawah Kanun Tanah Negara 1965. – HARAKAHDAILY 10/11/2016

Sumber HD - 10-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Pelatih PPWK paling ramai tamat latihan tahun ini

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43160-pelatih-ppwk-paling-ramai-tamat-latihan-tahun-ini

PENGKALAN CHEPA: Sejak diwujudkan pada tahun 2005 Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) mencatat sejarah apabila seramai 404 pelatih menamatkan latihan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi berkata, sebelum ini tidak sampai 300 pelatih menamatkan latihan setiap tahun.

Katanya, paling banyak pada tahun 2015 iaitu seramai 279 orang dan tahun 2014 pula 244 orang.

“Tahun ini paling ramai dalam sejarah sejak PPWK diwujudkan bagi memberi latihan kemahiran dalam bidang jahitan dan kraftangan lain,” katanya pada majlis graduasi PPWK 2016 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) semalam.

Perasmiannya disempurnakan isteri Menteri Besar Datin Siti Zabedah Abdul Hamid, hadir sama Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar, wakil-wakil rakyat dan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita Kelantan, Zainiah Halim.

Tahun ini sebanyak tujuh kategori anugerah diperkenal bagi menghargai PPWK dan pelatih terbaik. Anugerah tersebut iaitu Anugerah Terbaik Parlimen, Anugerah Datin Tuan Sabariah, Gunting Emas, Jarum Emas, Datin Siti Zabedah, PPWK Cemerlang dan PPWK Harapan.

Anugerah tersebut masing-masing disampaikan isteri Allahyarham Tok Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Siti Zabedah dan Adun-Adun.

Majlis graduasi tersebut terpaksa diadakan sesi pagi dan petang disebabkan bilangan pelatih yang ramai. – HARAKAHDAILY 10/11/2016

Sumber HD - 10-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































NGO Royalti lancar filem amal dan kempen tuntut royalti

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43152-ngo-royalti-lancar-filem-amal-dan-kempen-tuntut-royalti

KOTA BHARU: Royalti (R) hari ini melancarkan filem amal berdurasi 1 jam dan 30 minit bagi tujuan dana menyelesaikan isu-isu aduan rakyat dan juga kerja-kerja kempen tuntutan royalti petroleum Kelantan.

Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata kisah filem ini hanyalah rekaan. Ia mengisahkan dua beradik, yatim piatu yang dibela nenek. Si adik berusia Tiga tahun dan si abang tingkatan 5. Si adik memerlukan wang untuk pembedahan.

Kemiskinan menyebabkan salah faham masyarakat kepada si abang, sehingga dibuli. Sebagai langkah jangka pendek, ustaz sekolah menghantar si abang belajar seni bela diri Muay. Namun, keadaan si adik menyebabkan si abang terdesak dan terjerumus ke kancah judi pertarungan. Tiada lagi jalan keluar. Dari Kelantan ke Thailand,Pulau Pinang dan berakhir di Perak.

Pengarah filem, Khairul Nizam menjelaskan filem mengambil masa lima bulan untuk dibuat. Dengan pelakon-pelakon sukarelawan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk parti politik yang menyokong Royalti.

Filem ini 95% menggunakan dialek Kelantan dan 70% berlatarkan Pasir Mas. Pelancaran tayangan pada 11/11/16 Jumaat bertempat dewan tingkat atas Klinik Ziad, Chicha, Jln Kubang Kerian-Pasir Tumbuh, bermula 10 pagi - 11 malam (7 kali tayangan)

Pihak ROYALTI menyeru rakyat Kelantan menyokong filem ini sambil menderma. Percuma bagi 14 tahun ke bawah. RM15 (rebet RM10) bagi 15-20 tahun. RM15 (rebet RM5) bagi 21 tahun ke atas.

Tayangan juga diadakan di pejabat NGO ROYALTI, Bandar Baru Tunjung, hari bekerja, 10 pagi hingga 4 petang (4 kali tayangan). Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-9939058 (Khairul). – HARAKAHDAILY 9/11/2016

Sumber HD -9-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Teliti tindakan Adun Salor dedah rahsia kerajaan

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan mengenakan tindakan terhadap Adun Salor, Datuk Husam Musa ekoran pendedahannya berkaitan maklumat yang diklasifikasi sebagai rahsia kerajaan.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Fattah Mahmood berkata usaha tersebut sedang dilakukan kerajaan dan parti.

"Kita ada Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan perkara ini jelas, kita kena pastikan, tidak boleh hendak sebut sebarangan," katanya selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sebelum ini Husam yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri mendedahkan pelbagai isu berkaitan kerajaan negeri termasuk projek lebuh raya rakyat dan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).

Maklumat itu dipercayai diperolehi ketika masih berkhidmat sebagai anggota Exco.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PAS itu mendedahkan pelbagai perkara yang dikatakan sebagai rahsia rasmi kerajaan termasuk dalam persidangan Dun dan ceramah umum.

Baru-baru ini Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilapor memberitahu Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap mungkin melanggar sumpah kerahsiaan semasa berbahas di parlimen membangkit isu 1MDB.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan berkata, beliau belum mendapat maklumat rasmi perletakan jawatan Tan Sri Anuar Musa sebagai Presiden Kafa. - HARAKAHDAILY 9/11/2016

Sumber HD -9-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kg Warisan: Penduduk perlu bertindak rasional

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43146-kg-warisan-penduduk-perlu-bertindak-rasional


KOTA BHARU: Pelbagai pihak di sini meminta penduduk yang terbabit projek Kampung Warisan di Kampung Laut memikir secara rasional kepentingan program pembangunan di kawasan tersebut.

Kata mereka, penduduk yang terbabit projek berkenaan diberi lot baharu di tempat berdekatan serta dibayar pampasan tanah dan rumah yang ada sekarang.

Sedangkan dalam banyak situasi di negeri-negeri lain penduduk diarah berpindah tanpa dibayar pampasan setimpal dan tidak diberi lot gantian.

Presiden Pertuhan Royalti Kelantan (R) Nazri Deraman berkata, pihaknya menyokong pembangunan yang boleh memberi kebajikan serta manfaat kepada rakyat.

"Saya nampak projek Kampung Warisan akan memberi faedah kepada penduduk Kampung Laut juga apabila menjadi kunjungan pelancong apabila dibangunkan secara lebih tersusun," katanya.

Projek Kampung Warisan dirancang kerajaan negeri sejak Julai 2014. Program berkenaan dimasukkan perancangan program Transformasi Ekonomi Sempadan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Ia akan dibiayai sepenuhnya Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECER) dengan kos lebih RM30 juta.

Pembangunan projek itu melibatkan tanah milik penduduk seluas 2.18 ekar dan tanah kerajaan 0.3 ekar. Tanah dimiliki penduduk membabitkan tujuh lot, 13 rumah dan sebuah kandang kambing.
Sebanyak 13 penduduk yang terbabit dengan pengambilan semula akan disediakan lot baharu di sebelah jalan utama dengan keluasan 5,000 kaki persegi setiap lot.

Baru-baru ini sekumpulan penduduk mengadakan perhimpunan di hadapan Kota Darulnaim bagi membantah projek Kampung Warisan.

Nazri berkata kerajaan berhak mengambil mana-mana tanah terlibat berpandu prosedur dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.

"Kerajaan berhak mengambil tanah untuk kepentingan awam atau komersil, tetapi penduduk juga berhak menyatakan pandangan," jelas beliau.

Aktivis masyarakat Kampung Pulau Seratus, Roslan Ismail turut menyambut baik projek usahasama kerajaan negeri dan pusat itu.

Oleh itu katanya, penduduk yang kurang jelas terhadap projek berkenaan perlu datang ke Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat untuk mendapat pencerahan.

Beliau berkata, apa yang berlaku sekarang masih ada penduduk yang keliru kerana terpengaruh dengan pihak tertentu. - HARAKAHDAILY 9/11/2016

Sumber HD - 9-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Jazeera pilih 15 peserta untuk dibawa ke Qatar

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43141-jazeera-pilih-15-peserta-untuk-dibawa-ke-qatar

KOTA BHARU: Seramai 60 peserta termasuk dari Singapura dan Indonesia menyertai saringan pemilihan qari musabaqah al-Quran Antarabangsa anjuran Tijan An-Nur Jazeera Children Channel (JCC).

Peserta terdiri daripada kanak-kanak berusia sembilan hingga 13 tahun akan dipilih untuk bersaing dengan peserta dari 50 negara.

Penerbit Program Tijan An Nur Jazeera Children Channel (JCC) Sheikh Ahmad Yusof Al Maliki berkata, peserta Malaysia diharap lebih ramai dipilih berbanding sebelum ini.

“Seramai 15 peserta dari Malaysia yang terpilih akan dibawa ke Qatar.

“Di sana mereka akan melalui proses saringan dua peringkat lagi bagi melayakkan menyertai musabaqah tersebut,” katanya ketika ditemui di sini.

Turut menyertai pertandingan itu, johan Qari Jr Musim Ke-5, Ahmad Naufal Fauzi, 12 dari Kelantan.

Setiap peserta memperdengarkan bacaan di hadapan bekas Ketua Umum Qari-Qari Mesir, Sheikh Dr Ahmad Isa Al Mi’Sarawi.

Turut hadir imam tarawih Madinah Ramadan, Sheikh Hisyam Abdul Bari juga berasal dari Mesir.

Proses saringan itu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang diadakan di sebuah hotel di sini.

Sheikh Ahmad berkata program itu diadakan bertujuan mencungkil bakat kanak-kanak dalam bacaan al-Quran di seluruh dunia.

Program itu merupakan kali ke enam akan diadakan di Qatar. – HARAKAHDAILY 8/11/2016

Sumber HD -8-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Permohonan Maahad Sains Tok Guru dibuka sekarang

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43136-permohonan-maahad-sains-tok-guru-dibuka-sekarang

PENGKALAN CHEPA: Usaha Kelantan memperkasakan bidang pendidikan agama semakin terserlah apabila sebuah lagi sekolah berprestasi tinggi diwujudkan.

Maahad Sains Tok Guru (MSTG) akan beroperasi 3 Januari 2017 berkonsep sekolah berasrama penuh.

Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Azhar Salleh berkata sekolah tersebut yang dibina dua tahun lepas siap sepenuhnya 15 September lalu membabitkan kos RM12.97 juta.

Katanya seramai 120 pelajar sulung akan dipilih berdasar keputusan cemerlang Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menurutnya keutamaan diberi kepada pelajar yang mendapat kelulusan 6 A dalam peperiksaan tersebut.

“Sekolah berasrama penuh ini hanya untuk pelajar lelaki sahaja. Yik juga menyediakan peluang pelajar luar Kelantan untuk belajar.

“Sebanyak 10 peratus dibuka peluang kepada pelajar cemerlang dari luar Kelantan,” katanya di sini.

Maahad Sains Tok Guru yang terletak tidak jauh dari kampus Universiti Malaysia Kelantan di Pengkalan Chepa dilengkapi 24 bilik darjah, asrama, bilik komputer, makmal, dewan makan, kantin dan bilik guru.

Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum kebangsaan dan bu’uth Al Azhar, Mesir.

Azhar berkata, kompleks sekolah itu dilengkapi pelbagai kemudahan pembelajaran terkini dan prasarana bagi kegiatan pelajar.

“Ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini untuk memasuki tingkatan satu tahun hadapan boleh memohon borang kemasukan sekarang,” jelasnya.

Borang permohonan memasuki sekolah itu dibuka mulai 3 Oktober lalu.

Borang permohonan juga boleh dimuat turun di www.yik.edu.my. – HARAKAHDAILY 8/11/2016

Sumber HD -8-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































































































































































































































































SRITI bakal beroperasi di Kelantan Januari 2017

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43117-sriti-bakal-beroperasi-di-kelantan-januari-2017


PENGKALAN CHEPA: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), bakal beroperasi di Kelantan bermula sesi Januari 2017.

Pengarah Pasti Negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekolah rendah berkenaan bakal beroperasi di tiga kawasan, iaitu Pengkalan Chepa, Tanah Merah dan Pasir Putih.

Katanya lagi, sekolah tersebut diwujudkan sebagai memenuhi hasrat ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah sedemikan setelah tamat di peringkat Pasti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis Sukan Pasti Al-Ahmadi 2016, di perkarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Seramai 136 orang pelajar Pasti Al-Ahmadi Tebing Tinggi, 13 orang pelajar PASTI Rabbaniah Kg Sabak dan 30 orang pelajar Qiraati di Pusat Pendidikan Islam Al-Ahmadi mengambil bahagian pada program julungkali diadakan itu.

Peserta dibahagikan kepada beberapa rumah sukan iaitu Merah Jambu, Ungu, Hijau dan Kuning.

Sebanyak 22 acara sukan telah dipertandingkan dan juara keseluruhan pasukan ialah rumah pasukan hijau.

Hadir sama pada majlis itu, Anggota Dewan Negara, Khairiah Mohamed,  Pengerusi Pasti Al-Ahmadi Tebing Tinggi, Nik Bahrum Nik Abdullah.

Fadhli seterusnya berkata, sejak sekian lama ibu bapa memohon supaya Pasti menubuhkan sekolah rendahnya sendiri.

“Mereka mengadu sayangnya setelah dididik di bawah asuhan Pasti, akhirnya ke sekolah biasa yang tidak menekankan pendidikan sebagaimana di Pasti.

“Ekoran daripada itu, Pemuda PAS Pusat bermula tahun ini telah menubuhkan sekolah tersebut di seluruh negara,” ujarnya.

Tambahnya, pada mulanya penubuhan itu hanya 11 buah sahaja, akhirnya bertambah menjadi 20 buah semuanya.

Sambungnya, bermula tahun hadapan Kelantan pula akan berbuat demikian bermula sesi Januari 2017.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan ia perlu melalui beberapa mesyuarat.

Majlis penutup dirasmikan Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin. – HARAKAHDAILY 7/11/2016

Sumber HD-7-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penduduk terlibat Kg Warisan dibela kerajaan negeri

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43109-penduduk-terlibat-kg-warisan-dibela-kerajaan-negeri

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mengunakan pendekatan berhemah bagi memastikan nasib 13 penduduk di Kampung Laut yang terlibat projek Kampung Warisan terbela.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kebanyakan kediaman di kawasan terbabit tidak mempunyai status tanah yang jelas termasuk tanah pusaka.

"Bagi saya sebagai wakil rakyat bersetuju kerana pendekatan kita bayar pampasan tanah dan rumah terlibat. Kita nilai dan bayar juga," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas isu yang ditimbulkan pihak tertentu sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan penduduk terlibat.

Malah penduduk terbabit juga dipercayai didalangi pihak tertentu mengadakan demontrasi baru-baru ini bagi membantah projek Kampung Warisan.

Ustaz Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan menjelaskan, kerajaan negeri menyediakan tapak baru bagi menempatkan semula penduduk yang tidak mempunyai tanah.

"Mereka diberi tanah untuk tapak rumah mereka dan kalau tergolongan dalam  asnaf atau dhuafat, kita akan bina kediaman bagi mereka," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) sudah mengenal pasti individu berkenaan iaitu seramai lapan orang.

Timbalan Mursyidul 'Am PAS itu memberi jaminan penduduk yang terlibat dengan projek itu tidak mengalami sebarang kerugian bahkan menguntungkan mereka.

"Mereka tidak perlu risau, kita beri tapak rumah dan kita buat rumah, itu merupakan jaminan kerajaan," katanya. – HARAKAHDAILY 6/11/2016

Sumber HD - 6-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































PKINK rancang sedia 5,000 peluang pekerjaan

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43105-pkink-rancang-sedia-5-000-peluang-pekerjaan

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menawarkan 5,000 pekerjaan kepada anak Kelantan dalam pelbagai bidang kerja tempoh 10 tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, ia merupakan perancangan dalam tempoh 10 tahun dalam bidang hartanah, pertanian dan perlombongan yang  memberi hasil kepada kerajaan negeri.

"Kalau rezeki dan pendapatan kita bertambah dalam tempoh 10 tahun lagi, kita boleh menyediakan 5,000 peluang pekerjaan kepada anak kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan 50 Tahun PKINK di Kelantan Trade Center (KTC) yang dirasmikan oleh Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob hari ini.

Wan Zawawi menjelaskan dalam tempoh 10 tahun, agensi kerajaan negeri itu bakal menjadi 'pemain utama' dalam beberapa bidang khususnya di Malaysia.

Pihaknya kini sedang berbincang bagi mengusahakan tanah seluas 8,000 hektar untuk mengusaha tanaman sawit di Nigeria dengan kepakaran yang ada.

Selain itu, PKINK juga baru sahaja memulakan operasi kilang sawit yang  memberi faedah kepada pengusaha kebun kecil di negeri ini.

"Kerana kita menawarkan harga yang lebih baik hanya perbezaan 10 sen 20 sen dan ia memberi kesan kepada pengusaha.

"Semua ini merupakan kejayaan yang kita kecapi pada hari ini dengan beberapa penambahbaikan yang sentiasa dilakukan agar semua rakyat dapat rasai," katanya. – HARAKAHDAILY 5/11/2016

Sumber HD - 5-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Usah runtuh asas pentadbiran Islam dibina Tok Guru

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43100-usah-runtuh-asas-pentadbiran-islam-dibina-tok-guru

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan diminta mempertahankan kerajaan yang dibina atas landasan agama oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Usaha berkenaan kini diteruskan dan dikekalkan pengantinya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bahkan beliau menambah baik apa yang dirancang sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menyampaikan ceramah di Medan Ilmu di sini semalam mengakui setiap perancangan manusia ada kelemahan.

"Kalau ada kelemahan, kita kena tolong dan pakat-pakat baiki, kelemahan ini memang ada sebab kita manusia. Bukan pakat-pakat tolong meruntuhkan.

"Kita bukan hendak buka kemungkaran, tetapi tolong baiki biar kemungkaran bertukar kepada kebaikan dan tidaklah sampai runtuh," kata beliau.

Beliau turut menasihati rakyat Kelantan agar jangan terpengaruh dengan maklumat yang disebarkan menerusi media sosial kerana tidak mengetahui status kebenaran.

Menurutnya, zaman ledakan tenologi maklumat, ahli PAS khasnya perlu meneliti lebih mendalam sebelum menyebarkan kepada pihak lain kerana dibimbangi fitnah.

Tambahnya lagi, orang Islam mempunyai kepercayaannya sendiri iaitu kehidupan bukan hanya di dunia sahaja, bahkan segala perbuatan dibalas di akhirat.

"Buatlah apa sahaja, tetapi ingat, biarlah ia boleh menolong kita sampai di akhirat, kita berniaga ke, kita mengundi ke apa sahaja, tetapi ingat.

"Inilah yang hendak kita (PAS) bawa, tidak lain dan tidak bukan hendak tengok Islam didaulatkan bukan sahaja di Kelantan, di Malaysia juga," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, sejak belakangan ini perjuangan Islam yang dibawa PAS sering ditentang dan ditohmah dengan pelbagai tuduhan buruk.

Jelas beliau, ia merupakan petanda bahawa sokongan terhadap perjuangan Islam khususnya di Malaysia semakin kuat ketika ia ditentang di pelbagai sudut.

"Hari ini kita berada di waktu Islam mula naik contohnya apabila kita bawa perjuangan Islam, orang lawan itu tandanya Islam tengah naik untuk berjaya.

"Pergaduhan yang berlaku dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini pun merupakan satu tanda. Hak bengkok ni kita bimbang," jelasnya. – HARAKAHDAILY 5/11/2016

Sumber HD - 5-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Husam Sudah Tak ‘Original’ – Exco Kerajaan PAS Kelantan
Posted on Friday, November 04 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32233



KUALA LUMPUR - "Datuk Husam Musa hari ini bukan lagi YB Dato Husam Musa yang ‘original' yang saya pernah kenali begitu lama"

Itu pandangan jujur Exco Kerajaan PAS Kelantan, Datuk Annuar Tan Abdullah mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa sejak menyertai Parti Amanah Negara (PAN)


Kata beliau, Husam sewaktu berada dalam PAS berhujah dengan fakta yang bernas, fokus dan tidak pernah cuba ‘implicate' melibatkan orang lain yang tidak berkenaan di dalam semua isu.

Justeru, katanya, beliau terpaksa membuat penjelasan terhadap cubaan Husam menyeret bekas Menteri Besar PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menimbulkan persepsi negatif ke atas kerajaan Kelantan.

"Politik itu adalah persepsi, maka apa jua persepsi negatif yang ditimbulkan perlu dijawab dengan fakta benar bagi membolehkan rakyat jelata menilai kembali terhadap perkara tersebut," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Annuar berkata, dalam isu kelulusan Getah Klon Balak (TLC), Husam menegaskan tarikh lesen-lesen terhadap enam buah syarikat yang disenaraikan oleh beliau berkuat kuasa pada tahun 2016.

Katanya, Husam mempersoalkan adakah Nik Abdul Aziz yang telah meninggal dunia lebih setahun lalu masih ke pejabat menandatangani kelulusan itu sampai hari ini.

Beliau menjelaskan, Nik Abdul Aziz sewaktu menjadi Menteri Besar hanya mempengerusikan mesyuarat serta membuat keputusan terakhir ke atas kelulusan satu-satu permohonan TLC.

Menurutnya, semua lesen-lesen untuk melaksanakan program-program TLC yang telah diberi kelulusan dasar itu akan ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri.

"Suka saya mengingatkan Husam, tarikh lesen berkuatkuasa yang disebutkan bukanlah tarikh permohonan syarikat itu diluluskan untuk kelulusan dasarnya. Sebaliknya ia merupakan satu tarikh diberikan untuk syarikat memulakan gerak kerja mereka.

"Ini bermakna begitu banyak syarat dan prosedur yang wajib dilaksanakan dari tarikh kelulusan dasar dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Perhutanan sehingga diberikan lesen kuatkuasa gerak kerja yang memerlukan jangka masa bertahun-tahun lamanya.

"Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa di zaman pentadbiran Menteri Besar sekarang ini (2014-2016) tiada satu pun kelulusan dasar TLC yang diluluskan.

"Bermakna, kesemuanya program TLC diluluskan di zaman Almarhum Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan disusulkan dengan lesen berkuatkuasa untuk perlaksanaan pada tahun-tahun kemudiannya," katanya. - mynewshub.cc

Sumber TKO - 4-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kelantan rezab 740,000 ekar program karbon kredit

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43086-kelantan-rezab-740-000-ekar-program-karbon-kredit

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menghargai NGO dan orang perseorangan yang terlibat dalam perjuangan menjaga alam sekitar di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagagan, Perindustrian, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Datuk Anuar Tan Abdullah berkata kerajaan Kelantan juga tidak ketinggalan memperjuang hal ehwal alam sekitar.

Katanya segala kaedah dan tindakan pembangunan di negeri ini lebih berorientasikan mesra alam sekitar.

"Pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Kerajaan Negeri mengumumkan beberapa langkah untuk menyokong keputusan yang dipersetujui pada konvensyen di Copenhagen membincangkan kaedah mengawal perubahan iklim dunia.

"Kelantan merupakan negeri pertama di Malaysia yang telah membuat keputusan untuk merezabkan kawasan seluas lebih kurang 740,000 ekar sebagai karbon kredit.

 "Ia hampir separuh daripada hutan simpanan Kelantan iaitu sebahagian besar keluasannya terlibat dengan Hutan Simpan Kekal dara dan kawasan hutan lindungan demi menjayakan program Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation," katanya di sini.

Program tersebut merupakan satu mekanisma dalam rundingan “United Nations Flamework Convention on Climate Change (UNFCCC)” untuk mengurangkan kesan perubahan iklim melalui pengurangan pengeluaran gas rumah hijau atau karbon dioksida dengan meningkatkan pengurusan hutan.

Ini bertujuan dapat mengeluarkan lebih banyak oksigen dan menyerap lebih banyak karbon dioksida.

Kawasan-kawasan yang dicadangkan antaranya Gunung Chamah telah dikenal pasti akan dijadikan  kawasan yang akan menyertai program karbon kredit.

Ia tertakluk kepada beberapa kriteria dan keperluan yang di tetapkan seperti tiada sebarang aktiviti tukar guna tanah atau tiada sebarang pembalakan boleh dijalankan selama 30 tahun.

Anuar menyatakan bahawa Gunung Chamah dan hutan dara merupakan satu kawasan hutan yang dilindungi (preserved) semenjak zaman pentadbiran Almarhum Tok Guru lagi dan dijaga sebagai khazanah untuk generasi akan datang.

Katanya rakyat Kelantan cukup kagum dengan pandangan jauh dan pendirian Almarhum Tok Guru  walau pun sumber yang terhad, royalti minyak tidak dibayar kerajaan Barisan Nasional, namun kawasan itu tetap dipelihara.

"Kerajaan hari ini, di bawah Ustaz Dato Ahmad Yakob bukan sahaja menyambung dasar, polisi dan legasi Almarhum Tok Guru, malah menambahbaik dengan menyertai program karbon kredit demi menjaga generasi akan datang.

"Mengikut saintis dunia, mereka memberi amaran dan pandangan semasa dalam konvensyen di Copenhagen baru-baru ini, sekiranya suhu iklim tidak dikawal dan berlaku kenaikan suhu sebanyak 2 darjah selsius lagi.

Ia akan menyebabkan “iceberg” di kutub utara dan selatan akan cair dan paras air laut akan turut meningkat sekurang-kurangnya 2 meter.

"Sekiranya keadaan ini terjadi, ia akan mengakibatkan kebanyakan kepulauan di dunia akan tenggelam serta kawasan delta, tanah rendah untuk pertanian juga akan tenggelam," ujarnya.

Oleh itu, beliau berharap rakyat Kelantan dan pencinta alam sekitar bersama-sama berganding bahu meneruskan legasi Almarhum Tok Guru serta memberi sokongan yang penuh terhadap komitmen kerajaan negeri dalam program karbon kredit. – HARAKAHDAILY 4/11/2016

Sumber HD - 4-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Serangan kumbang merah di Kelantan terkawal

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43079-serangan-kumbang-merah-di-kelantan-terkawal

PENGKALAN CHEPA: Serangan kumbang merah palma (RPW) terhadap pokok kelapa sawit di negeri ini masih lagi terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata biar pun masih terselamat, namun usaha mengawal tetap diteruskan.

Katanya, Kelantan berusaha sedaya mungkin untuk mengawal kehadiran penyakit tersebut.

“Kumbang merah merupakan perosak tanaman palma yang sangat bahaya pada masa kini.

“Ia berasal dari Asia Tropika tetapi telah merebak ke-17 negara termasuk Afrika, Eropah, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan kini di Malaysia,” katanya ketika merasmikan kempen kawalan RPW di sini semalam.

Menurutnya RPW menjadi perosak pokok kurma di Timur Tengah.

Tanaman palma yang diserang kumbang tersebut termasuk kelapa matag, kelapa pandan, kurma, kelapa biasa, bismarckia palm dan chinese fan palm.

Che Abdullah berkata kerajaan negeri mengambil langkah awal walaupun kumbang merah belum menyerang tanaman sawit di negeri ini.

“Kumbang merah ini sudah kelihatan di Kelantan, namun setakat ini ia belum menyerang pokok sawit lagi kecuali pokok kurma dan kelapa,” katanya.

Che Abdullah juga berkata, projek perintis kurma seluas empat ekar di Pasir Puteh rosak akibat serangan kumbang itu.

Menurutnya juga kepakaran yang ada di Jabatan Pertanian atau biotek belum mampu membendungnya.

“Oleh itu usaha perlu digerakkan secara bersepadu untuk menyelamatkan pokok tersebut mengikut kaedah terbaru,” ujarnya.

Beliau juga berkata, keluasan tanaman kelapa di Semenanjung Malaysia sekarang seluas 85,799 hektar dengan nilai RM500 juta.
Bagaimanapun daripada jumlah tersebut seluas 465 hektar kelapa dan lebih 300 pokok kurma musnah diserang kumbang merah. – HARAKAHDAILY 3/11/2016

Sumber   HD- 3-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Husam Bukan Di Buli Tapi Tak Hormat Sidang DUN dan gagal jaga Adab
Posted on Thursday, November 03 @ 17:53:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32213



KOTA BHARU - Pas Kelantan menganggap Adun Salor, Datuk Husam Musa tidak pernah ‘dibuli’ sepanjang Sidang Dun Kelantan lalu, sebaliknya beliau sebenarnya tidak menghormati adab persidangan.

Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, mengemukakan soalan-soalan baru ketika sesi penggulungan dibuat pihak kerajaan itu adalah perkara yang tidak mengikut prosedur Dun.

Menyelar tindakan tersebut, Che Abdullah berkata, beliau tidak kisah dengan kritikan lantang mahupun pendedahan yang dibuat semasa persidangan, tetapi kecewa dengan sikap Husam kerana bersikap sebegitu tanpa menghantar satu soalan pun kepada pejabat Speaker.

“Pada hari akhir penggulungan mahu mengemukakan berpuluh-puluh soalan, itu tidak betul dari segi prosedur dewan.

“Datuk Husam sendiri seorang ahi politik berpengalaman dan pernah menjadi Exco dan Ahli Parlimen, serta pernah menjadi setiausaha kepada menteri besar. Dia tahu sangat peraturan-peraturan ini.

“Tidak ada satu pun soalan daripada Datuk Husam untuk dijawab secara bertulis atau lisan. Masa penggulungan baru mahu kemukakan soalan baru. Ini tidak menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjawab tuduhan seumpama itu,” katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tanggapan pihak tertentu menganggap Husam tidak diberikan peluang bersuara semasa sidang Dun Kelantan yang berakhir pada minggu lalu.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan merasmikan Kempen Kawalan Kumbang Merah Palma peringkat negeri dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Karim@Mohd Khari Yusof .

Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata, kalau ada sebarang perkara yang ingin dibangkitkan, Husam boleh kemukakan soalan mengikut prosedur dan kerajaan akan menjawabnya pada persidangan akan datang.

“Siapa kata Datuk Husam tidak diberikan peluang berucap. Selepas menteri besar membentangkan bajet, tidak ada orang lain yang berucap lebih panjang daripada Datuk Husam.

“Saya yakin tidak ada dewan di Malaysia ini, baik di parlimen dan sebagainya yang memberi ruang kepada pembangkang untuk bercakap panjang, tetapi berlaku di Dun Kelantan, Datuk Husam berucap hampir satu jam dan tidak diganggu.

“Cuma masa dekat-dekat penghabisan saya ganggu sebab saya rasa terlalu melampau yang mana ucapan tidak berdasarkan fakta dan maklumat tidak betul.

“Saya cuma perbetulkan sedikit apabila dia menyebut mengenai Kompleks Perkayuan Kelantan tidak pernah memberi tender dan sebagainya. Saya tahu sebab saya bekas pengurus di situ dan saya memastikan tender berjalan dengan betul,” katanya.


  Sidang Dun baru-baru ini agak luar biasa dan panas apabila Husam terus berani mengkritik kerajaan menyebabkan ia berlarutan sehingga lewat petang, bahkan turut menguji kebijaksanaan speaker Dun.

Sumber TKO- 3-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Usah pilih beberapa kelemahan kritik polisi TGNA

DATUK ANUAR TAN ABDULLAH | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43071-usah-pilih-beberapa-kelemahan-kritik-polisi-tgna

SELEPAS membaca artikel yang ditulis Mohd Sayuti Omar (MSO) yang bertajuk ‘Husam Si Harimau Luka Yang Perlu di Rawat, Bukannya Terus Diusik’  ia telah memberikan ‘food for thought’ untuk saya menangani episod ini dengan perspektif dan dimensi yang lebih harmoni.

Seperti yang kita semua maklum, Mohd Sayuti merupakan seorang penulis yang dihormati Almarhum Tok Guru, apatah lagi saya yang kerdil ini untuk tidak mengambil pandangan dan nasihat beliau sebagai panduan dalam episod ini.

Pandangan Mohd Sayuti adalah amat tepat sesudah saya meneliti tindak-tanduk Datuk Husam Musa di dalam Dewan Undangan Negeri sesi ini, ucapan-ucapan beliau selepas sesi dewan serta dalam tulisan beliau akhir-akhir ini.

Saya berpandangan bahawa 'YB Dato Husam Musa hari ini bukan lagi YB Dato Husam Musa yang original’  yang saya kenali begitu lama.

Imbas kembali semasa beliau masih dalam kerajaan dan pucuk pimpinan parti, hujah beliau berfakta, bernas, fokus dan tidak pernah cuba ‘implicate’/ melibatkan orang lain yang tidak berkenaan dalam semua isu.

Bagi menghormati pandangan dan nasihat Mohd Sayuti, saya mohon untuk bagi kali terakhir untuk menjawab perkara-perkara dan isu-isu yang ditimbulkan oleh Datuk Husam dalam kenyataan balas beliau.

Saya terpaksa untuk membuat penjelasan sedemikian kerana politik itu adalah persepsi, maka apa jua persepsi negatif yang ditimbulkan perlu dijawab dengan fakta yang benar bagi membolehkan rakyat jelata menilai kembali terhadap perkara tersebut.

Isu Pertama: TLC (Ladang Getah Klon Balak)

Datuk Husam memberi maklumat melalui kenyataan balas beliau bahawa lesen-lesen terhadap 6 syarikat yang disenaraikan oleh beliau, di mana tarikh lesen berkuat kuasa di tahun 2016.

Selepas itu, Datuk Husam menggunakan hujah seperti di bawah ini untuk menyokong pendirian beliau, ‘Adakah Tok Guru yang telah meninggal dunia setahun lebih yang lalu masih ke pejabat menandatangani kelulusan itu sampai hari ini? Mustahil.

Tentu ada orang lain yang sedang meluluskannya tetapi nama Tok Guru hendak diseret. Malulah pada Tok Guru untuk YB Datuk bertindak begitu.’

1. Untuk pengetahuan semua, Almarhum Tok Guru merupakan ketua sebuah kerajaan negeri, Almarhum Tok Guru hanya mempengerusikan mesyuarat serta membuat keputusan yang terakhir ke atas kelulusan satu-satu permohonan TLC.

2. Semua lesen untuk melaksanakan program TLC yang telah diberi kelulusan dasar itu akan ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri.

3. Suka saya mengingatkan Datuk Husam, tarikh lesen berkuatkuasa yang disebutkan oleh Datuk bukanlah tarikh permohonan syarikat itu diluluskan untuk kelulusan dasarnya. Sebaliknya ia merupakan satu tarikh diberikan untuk syarikat memulakan gerak kerja mereka.

4. Contohnya selepas satu-satu kelulusan dasar diberi kepada mana-mana syarikat, syarikat tersebut perlu memenuhi syarat-syarat seperti di bawah ini sebelum lesen dikeluarkan:

a. Syarikat perlu mengecam kawasan pilihan mereka di zon TLC yang telah dikhaskan.
b. Syarikat perlu memaklumkan kawasan yang mereka pilih itu kepada Jabatan Perhutanan Negeri.
c. Syarikat perlu mengemukakan plan/peta bagi kawasan yang dipilih.
d. Syarikat perlu menyediakan plan yang tepat dan disediakan oleh juruukur yang profesional kepada Jabatan Perhutanan.
e. Syarikat perlu menjelaskan bayaran kadar premium dan pampasan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP).
f. Jika terdapat apa-apa rayuan terhadap kadar pampasan yang telah ditetapkan, syarikat masih diberi peluang untuk merayu dan pihak JKKP akan bermesyuarat untuk menimbangkan permohonan tersebut.
g. Pihak syarikat perlu menyediakan semua dokumen, perjanjian dan syarat-syarat kepada Jabatan Perhutanan Negeri.
h. Selepas semua bahan telah dilengkapkan oleh pihak pemohon, Jabatan Perhutanan Negeri akan membuat proses pralesen.
i. Selepas kesemuanya berjaya, baru pihak Jabatan Perhutanan Negeri akan mengeluarkan lesen kepada syarikat dan lesen itu ditandatangani Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri.

Ini bermakna begitu banyak syarat dan prosedur yang wajib dilaksanakan dari tarikh kelulusan dasar dibuat Jawatankuasa Kecil Perhutanan sehingga diberikan lesen.

Gerak kerja untuk memenuhi semua syarat dan prosedur memerlukan jangka masa yang bertahun-tahun lamanya.

Maka saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa pada zaman pentadbiran Ustaz Datuk Menteri Besar sekarang ini (2014-2016) tiada satu pun kelulusan dasar TLC yang diluluskan.

Bermakna, kesemuanya program TLC diluluskan pada zaman Almarhum Tok Guru dan disusulkan dengan lesen berkuatkuasa untuk perlaksanaan pada tahun-tahun kemudiannya.

Isu KPK (Kompleks Perkayuan Kelantan)

Dalam kes ini, ia sudah dijawab oleh Ustaz Datuk Menteri Besar semasa sesi penggulungan bahawa laporan audit yang tersebut masih belum lagi muktamad.

Sepertimana dalam kenyataan Datuk Husam sendiri di dalam kenyataan balas beliau, ‘Berdasarkan finding Laporan Audit Dalam SUK ke atas KPK itu’. Ini bermakna Datuk Husam juga tahu apa jua yang disebut di dalam kenyataan balas Datuk adalah satu ‘finding’ sahaja.

Kepada sesiapa yang mempunyai ilmu dalam pentadbiran kerajaan, ‘finding’ itu bermaksud ‘penemuan awal’ terhadap hasil kajian awal daripada audit kepada KPK dan seterusnya KPK mempunyai peluang untuk memberi penjelasan dan membela diri ke atas ‘finding’ tersebut. Inilah keadilan yang diberi kepada mana-mana agensi oleh bahagian audit.

Sebagai analogi mudah, contohnya apabila seseorang di kampung kita dituduh mencuri ayam, selepas ‘finding’nya atau pun laporan awalnya disiapkan oleh pegawai penyiasat, ia perlu diangkat ke pejabat pendakwaraya dan seterusnya ke mahkamah untuk dibicarakan.

Walau bagaimanapun, tertuduh juga diberi keadilan untuk memberi peluang bagi membela diri melalui peguamnya. Selagi kesnya belum diputuskan oleh hakim, maka tertuduh itu masih tidak bersalah.

Maka sepertimana kes KPK ini, ia masih di peringkat ‘finding’, akan sampai masanya diberi peluang untuk memberi penjelasan dan pembelaan diri.

Hanya selepas ketua audit membuat pengesahan dan menurunkan tandatangan ke atas laporan audit tersebut, ‘finding’ atau penemuan awal itu tidak boleh dijadikan satu tuduhan ke atas KPK.

Isu Ladang Rakyat

Sepertimana kenyataan Datuk Husam semalam melalui laporan audit pada tahun 2011 antara lain telah menyebabkan 5 kelemahan pengurusan Perbadanan Ladang Rakyat menyebabkan Datuk Husam mengaku sendiri beliau tidak lagi menghadirkan diri ke mesyuarat selepas itu.

Sepertimana kita sedia maklum, semua ahli lembaga termasuk Datuk Husam yang dilantik Almarhum Tok Guru merupakan anggota-anggota yang berwibawa, berilmiah dan mempunyai kepakaran masing-masing serta mempunyai visi dan misi untuk membawa kejayaan, kemajuan dan pembangunan kepada mana-mana entiti GLC (syarikat milik kerajaan) dalam kerajaan Negeri Kelantan termasuk Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.

Bagi setiap GLC seperti Perbadanan Ladang Rakyat, kerajaan negeri memberi penghormatan dan keyakinan kepada anggota-anggota ahli lembaga yang terdiri daripada pelbagai disiplin ilmu bagi membantu membangunkan GLC. Saya yakin Datuk Husam masih ingat bahawa dalam tempoh beliau menjadi Exco, jarang sekali kerajaan negeri mencampurtangan dalam hal ehwal urus tadbir serta hal pentadbiran GLC melainkan timbulnya masalah yang cukup besar dan memerlukan keputusan di peringkat mesyuarat Exco.

Jika keadaan sebegini berlaku, satu kertas Exco dengan maklumat yang terperinci akan disiapkan untuk memaklumkan masalah tersebut di dalam mesyuarat Exco bagi mendapatkan jalan penyelesaiannya.

Selama empat penggal saya sebagai ahli Exco, jarang sekali masalah-masalah besar yang memerlukan campurtangan Exco (mesyuarat Exco) termasuklah terhadap lima perkara dan isu ladang rakyat yang disebut oleh Datuk Husam.

Lima perkara tersebut tidak pernah disediakan kertas Exco dan dibincangkan untuk menyelesaikannya.

Tidak dinafikan di mana-mana organisasi, GLC, kerajaan-kerajaan negeri bahkan negara-negara di dunia ini pasti akan timbul pelbagai masalah dan kelemahan.

Kesemua faktor ini bukanlah kelemahan dasar atau polisi, tetapi mungkin didorong kelemahan semasa proses pelaksanaan tersebut kerana ia melibatkan begitu ramai pegawai dan kakitangan bagi mengendalikan pentadbiran dan pengurusannya.

Maka tidak dinafikan akan terdapat kelemahan-kelemahan semasa pelaksanaan dan perkara tersebut perlu dibaiki dan boleh baiki sekiranya dimaklum secara berhemah.

Selama 22 tahun Almarhum Tok Guru memimpin kerajaan Negeri Kelantan, Almarhum Tok Guru telah mengilhamkan dan melaksanakan beratus bahkan beribu dasar, polisi dan program dengan jayanya untuk membangunkan Negeri Kelantan.

Pelbagai pengiktirafan telah diberikan kepada kerajaan Kelantan seperti lawatan bekas Ketua Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew ke Kelantan bersua muka dengan Almarhum Tok Guru pada tahun 2012.

Ketika pertemuan itu, mendiang Kuan Yew dengan ikhlasnya memuji Almarhum Tok Guru kerana Kelantan walaupun dengan sumber yang terhad tetapi tetap berjaya membangunkan negeri dalam aspek kerohanian dan pembangunan fizikal. Beliau menyebut begitu kagum dengan ‘the success story of Kelantan’.

Jadi saya berharap sesiapa pun janganlah memilih beberapa kelemahan untuk menjadi alasan bagi mengkritik polisi, dasar dan program Almarhum Tok Guru berbanding dengan beribu kejayaan yang telah dicapai semasa Almarhum menjadi ketua kerajaan Kelantan.

Kita semua maklum tentang kehebatan Almarhum Tok Guru yang dihormati dan disayangi masyarakat berbilang kaum dan pelbagai budaya di seluruh Malaysia.

Saya masih ingat pada hari pengebumian Almarhum Tok Guru,  boleh dikatakan seluruh rakyat telah hadir termasuklah Perdana Menteri Malaysia dan menterinya bagi memberikan penghormatan yang terakhir kepada Almarhum Tok Guru.

Sepanjang hidup saya, tidak pernah saya melihat begitu ramai yang hadir ke sesuatu majlis pengebumian.

Harapan saya, agar Datuk Husam dapat menerima jawapan saya ini dengan hati yang terbuka kerana saya juga seperti orang ramai, kita semua menghormati Almarhum Tok Guru dan demi mempertahankan legasi Almarhum.

Kerajaan Negeri Kelantan mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam sebagai corak pembangunan negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 3/11/2016

Penulis ialah Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan

Sumber HD - 3-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kelantan dahului negeri lain bantu Orang Asal

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43074-kelantan-dahului-negeri-lain-bantu-orang-asal

KOTA BHARU: Sehingga sekarang pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri bagi membantu masyarakat Orang Asal di pedalaman Kelantan.

Malah Kelantan dianggap mendahului negeri-negeri lain apabila memberi geran hak milik tanah kepada penduduk terbabit.

Tahun lepas seramai 60 penduduk di Kuala Betis mendapat geran lot kediaman. Pada 2010 penduduk Pos Sendrop juga mendapat surat hak milik tanah secara berkelompok.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri melakukan pelbagai usaha bagi membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Begitu juga katanya masyarakat Orang Asal yang tinggal di pedalaman Kelantan tetap dibantu.

“Sehingga sekarang sudah banyak kelulusan tapak rumah yang kita beri kepada mereka. Dan program pembangunan kerajaan negeri juga kita libatkan mereka.

“Misalnya Pembangunan Ladang Rakyat kita juga turut melibatkan mereka sebagai peserta seramai 300 orang. Mereka diberi dividen sebanyak RM200 sebulan,” katanya di sini.

Kelmarin Sahabat Alam Malaysia dan wakil penduduk Orang Asal menghantar memorandum cadangan pembaikan kawasan hutan kepada kerajaan negeri.

Sebelum ini sekumpulan penduduk Orang Asal mengadakan sekatan laluan lori balak di Simpang Petei, berhampiran Pos Gob sehingga menyebabkan aktiviti pembalakan terpaksa dihentikan.

Ustaz Ahmad juga berkata Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) pula dipertanggungjawab membangunkan masyarakat Orang Asal di Pos Jedip dengan menyediakan lot penempatan dan bengkel kemahiran.

Selain itu katanya, kerajaan negeri turut menyediakan kawasan seluas lebih 2,200 ekar di Pos Gob sebagai kawasan rayuan dan tempat mereka mencari rezeki.

“Jabatan Perhutanan Negeri akan menyediakan kawasan tersebut yang dikhaskan untuk masyarakat Orang Asal,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 3/11/2016

Sumber HD - 3-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Cabaran memperkasa RUU 355 adalah pahala

MOHD NASRUDDIN MUHAIDIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43070-cabaran-memperkasa-ruu-355-adalah-pahala

KOTA BHARU: Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat menyatakan bahawa rakyat negeri Kelantan mendapat pahala besar kerana menjadi pelopor kepada sokongan pemerkasaan syariah dan cara hidup yang benar-benar mengikut kehendak agama.

Menurut beliau, penghijrahan paling penting ialah hijrah kita daripada mengabdikan dunia, mengabdikan diri pada manusia kepada keabdian semata kepada Allah, Tuhan yang Esa.

Penegasan itu disampaikan semasa ucapan sempena Ceramah Hijratur Rasul Peringkat DUN Bunut Payong yang diadakan di Masjid Maulana Khurasan, Kg Sireh Kota Bharu.

"Allah Taala mentakdirkan kita melalui ujian dan mehnah untuk pembentangan Pindaan Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang, ini adalah untuk menambah pahala kepada kita," ujarnya.

Sebelum itu Adun Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman dalam ucapannya pula menyatakan sewaktu Rasulullah berhasrat untuk hijrah ke Madinah, pelbagai usaha dilakukan oleh kafir Quraisy untuk menghalang perkembangan agama Islam.

Apa yang dilakukan oleh Kelantan adalah usaha untuk memarbatkan Islam di negara ini dan Kerajaan Negeri bersedia untuk memperkasa undang-undang syariah di Kelantan dengan setiap tahun menyediakan sejumlah peruntukan besar untuk tujuan itu.

"Ia sepertilah cabaran Rasullah yang berhijrah ke Madinah kerana ingin mendaulatkan syariah sebagai cara hidup manusia.

"Selain dari kita bersama berusaha untuk memastikan kejayaan pindaan Akta 355 Memperkasakan Mahkamah Syariah, kita juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah," ucapnya lagi.

Manakala Pengarah Yayasan Tok Kenali, Ustaz Tuan Syarifuddin Ismail menyatakan kekesalannya dengan kenyataan orang cerdik pandai yang bertaraf PhD mempertikaikan usaha untuk memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.

"Undang-undang sivil ada kuasa menghukum seseorang yang merosakkan hidupan liar di hutan sehingga RM50 ribu, tetapi hakim Mahkamah Syariah hanya boleh menghukum orang mengkhianati (zina) wanita hanya RM3 ribu saja,"

"Ia menggambarkan bahawa kedudukan Mahkamah Syariah terlalu rendah dan tidak sepadan dengan hakim yang bertaraf Yang Arif," katanya.

Majlis ceramah yang dianjurkan bersama Yayasan Tok Kenali tersebut juga diadakan majlis solat hajat bagi memudahkan usaha-usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah di negara ini. – HARAKAHDAILY 3/11/2016

Sumber HD - 3-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelantan ikut Pas pusat walau pahit
Posted on Thursday, November 03 @ 10:08:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32211



KOTA BHARU - Parti lain berhak membuat pelbagai spekulasi mahupun desakan dalam soal strategi satu lawan satu yang dibayangkan Pas bagi menentang BN pada PRU14 nanti.

Namun, bagi Pas Kelantan, mereka akan menerima dan akur dengan keputusan ditetapkan di peringkat pusat meskipun pahit untuk ditelan.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pendirian Kelantan mudah, apa sahaja keputusan dibuat oleh kepimpinan di peringkat pusat akan diikuti.

“Cuma kita akan bagi pandangan kita apabila sudah ada keputusan di peringkat pusat dan kita akan berlawan mengikut keputusan yang dibuat. Kita bukan ikut pakatan tetapi akan ikut keputusan pimpinan Pas,” katanya, semalam.

Terdahulu beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan merasmikan Kempen Kawalan Kumbang Merah Palma peringkat negeri dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Karim@Mohd Khari Yusof.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dilaporkan berkata, parti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti diharapkan rakan pembangkang yang lain.

Bagaimanapun kata Hashim, kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama dan juga terpulang kepada budi bicara pakatan itu bagi menumbangkan BN pada PRU14.

Begitu juga dalam soal cabaran Amanah Perak yang mahu Pas menyertai perhimpunan Bersih 5, jika serius mahu mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU 14 nanti, Che Abdullah berkata, segalanya terletak di bahu Pas pusat.


  “Tidak ada masalah dia cabar. Keputusan dibuat di peringkat pusat. Kalau Pas Pusat kata OK, Pas Kelantan akan mengerahkan seramai mungkin untuk sertai. Kalau (Pas) pusat kata tidak, kita tidak akan pergi,” katanya.

Sumber TKO - 3-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Tidak ikut peraturan punca sidang Dun kecoh

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43068-tidak-ikut-peraturan-punca-sidang-dun-kecoh

KOTA BHARU: Tindakan Adun PAN Salor Datuk Husam Musa tidak mengikut peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri (Dun) menyebabkan berlaku kekecohan pada persidangan Dun Khamis lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, persidangan Dun ada peraturannya sendiri.

“Hendak menyoal pelbagai soalan apa sekali pun kerajaan boleh terima. Tetapi soalan mesti sampai ke pejabat Speaker dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

“Tetapi malangnya tidak ada satu soalan pun dari Adun Salor sama ada ingin jawapan bertulis atau jawapan mulut sampai di pejabat Speaker.

“Datang pada hari akhir Dewan tiba-tiba beliau kemukakan 30 soalan serentak, ini tidak betul dari segi prosedur dewan,” katanya selepas majlis perasmian kempen kawalan kumbang merah di PCB Resort, di sini hari ini.

Pada persidangan Dun Khamis lepas berlaku ketegangan apabila Adun Salor kerap kali mencelah ketika pihak kerajaan menggulung perbahasan bajet.

Malah pada perbahasan ucapan bajet 2017 beliau banyak menyalahkan kerajaan sehingga dianggap mengambil peranan Adun Umno.

Che Abdullah juga berkata sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman Adun PAN terbabit perlu lebih bersikap terbuka terhadap setiap penjelasan diberi.

“Beliau pernah menjadi Exco, anggota Parlimen, Setiausaha Akhbar Menteri Besar dan Setiausaha Politik.

“Namun apa yang menjadi tanda tanya kenapa beliau tidak kemukakan soalan lebih awal sebagaimana dibuat Adun lain,” ujarnya.

Menurutnya juga Husam diberi peluang berucap melebihi penyokong kerajaan dan pembangkang lain. – HARAKAHDAILY 2/11/2016

Sumber HD - 2-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































































































































































































































































Bila mahu besarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra?

AHMAD FADHLI SHAARI | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/43058-bila-mahu-besarkan-lapangan-terbang-sultan-ismail-petra

LAPANGAN Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu Sepatutnya Sudah Lama Diperbesarkan

Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan mempunyai kepanjangan landasan 2,804 meter dan mencatat penumpang pada 2015 seramai 292,109 orang.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu mempunyai landasan sepanjang 3,480m dan mencatat jumlah penumpang pada 2015 seramai 857,239 orang.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah mempunyai landasan sepanjang 2,745 meter dan mencatat jumlah penumpang sepanjang 2015 seramai 719,029 orang.

Bagaimana dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu? Panjang landasannya hanyalah 2,400 meter. Pada tahun 2015, jumlah kesemua penumpang yang menggunakan lapangan terbang ini adalah seramai 2,063,747 orang!

Di dalam Bajet 2016, sebanyak 42 juta ringgit disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu. Berlakukah usaha pembesaran ini semua pihak boleh saksikan. Manakala di dalam Bajet 2017, tidak disebut lagi tentang pembesasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Kaedah terbaik untuk membesarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu ialah dengan menukar kerajaan di Putrajaya. – HARAKAHDAILY 2/11/2016

Sumber HD- 2-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Pihak luar peralat masyarakat Orang Asal

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43053-pihak-luar-peralat-masyarakat-orang-asal

KOTA BHARU: Kerajaan negeri yakin ada pihak mengambil kesempatan menggunakan masyarakat Orang Asal di pedalaman Kelantan sehingga bertindak di luar batasan undang-undang.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kerajaan negeri ada maklumat mengenai perkara itu.

“Kita ada maklumat perkara itu berlaku, kalau nafi pun kita ada maklumat.

“Kalau benar pihak luar datang kerana ingin menolong masyarakat tersebut, kita tiada masalah, tetapi bukan mengambil kesempatan seperti yang berlaku sekarang,” katanya selepas majlis Malam Penghargaan NGO Kelantan dan majlis pelancaran dasar dan Konfederasi NGO di sini semalam.

Baru-baru ini Harakah mendedahkan ada dalang yang mempengaruhi masyarakat Orang Asal sehingga membuat sekatan laluan lori balak tidak jauh dari Pos Gob.

Sekatan yang dilakukan tersebut tidak disenangi sebahagian besar masyarakat Orang Asal kerana menyusahkan mereka.

Bagaimanapun ada pemimpin sebuah parti politik menyinap masuk ke kawasan tersebut tanpa mendapat permit Jabatan Perhutanan memasuki kawasan hutan simpan.

Pada 29 Oktober lalu media melaporkan sekumpulan Orang Asal dari enam kampung turut membuat sekatan laluan lori balak di Pos Bihai.

Mohd Amar turut menasihatkan masyarakat Orang Asal menghormati undang-undang kerana sekatan yang dilakukan tidak sepatutnya berlaku.

“Walaupun mereka tinggal di kawasan pedalaman namun undang-undang dan peraturan tetap sama. Mereka tidak boleh lari jika melakukan kesalahan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/11/2016

Sumber HD - 1-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jabatan Hutan Kelantan dianugerah ISO

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43051-jabatan-hutan-kelantan-dianugerah-iso

KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Kelantan dianugerah sijil MS ISO 9001: 2008 di atas kejayaan pengurusan pengeluaran kayu secara berkekalan di hutan simpan kekal.

Sijil anugerah itu dikeluarkan Jabatan Standard Malaysia bagi tempoh 21 September lalu sehingga 14 September 2018.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Datuk Anuar Tan Abdullah berkata, sijil pengiktirafan itu merupakan penghargaan terhadap Jabatan Perhutanan Kelantan.

“Ini secara tidak langsung menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan negeri gagal menguruskan sumber berkenaan,” katanya di sini.

Sebelum ini Adun Salor, Datuk Husam Musa membangkit isu tebang habis di hutan simpan Balah, dibimbanginya menyebabkan sumber hutan pupus dan menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asal.

Anuar berkata sijil pengiktirafan berkenaan membuktikan Jabatan Perhutanan Kelantan mempunyai sistem yang konsisten. – HARAKAHDAILY 1/11/2016

Sumber HD - 1-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kampung Warisan: Ada pihak pengaruhi penduduk

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43048-kampung-warisan-ada-pihak-pengaruhi-penduduk

TUMPAT: Penghulu Kampung Laut Razali Harun mendakwa ada pihak cuba menghalang penduduk yang terbabit projek Kampung Warisan mendapat maklumat sebenar.

Ini dibuktikan perbincangan bersama penduduk terlibat pada 18 Julai lepas tidak dihadiri ramai penduduk disebabkan terpengaruh pihak tertentu.

Razali berkata, sepatutnya perjumpaan diadakan di Pejabat Penggawa Kampung Laut namun ada pihak yang cuba menghalang.

“Ekoran itu perjumpaan diadakan pula di Dataran Purnama sebagai memenuhi kehendak sebahagian penduduk dan badan bertindak yang ditubuh.

“Bagaimanapun penduduk terlibat akhirnya akur juga datang semula ke Pejabat Penggawa bagi mendapat taklimat lebih jelas mengenai projek Kampung Warisan,” katanya di sini.

Cadangan kerajaan negeri membangunkan Kampung Warisan di Kampung Laut menjadi isu apabila ada pihak dikatakan bertindak menghasut penduduk.

Beberapa pertemuan pemimpin parti serpihan terbabit diadakan dengan sebahagian penduduk yang terlibat dengan projek berkenaan.

Khamis lepas sekumpulan penduduk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim bagi membantah cadangan projek berkenaan.

Projek Kampung Warisan dirancang kerajaan negeri sejak Julai 2014. Program berkenaan dimasukkan perancangan program Transformasi Ekonomi Sempadan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Ia akan dibiayai sepenuhnya Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECER) dengan kos lebih RM30 juta.

Pembangunan projek itu melibatkan tanah milik penduduk seluas 2.18 ekar dan tanah kerajaan 0.3 ekar. Tanah dimiliki penduduk membabitkan tujuh lot, 13 rumah dan sebuah kandang kambing.

Razali juga berkata, sebanyak 13 penduduk yang terbabit dengan pengambilan semula akan disediakan lot baharu di sebelah jalan utama dengan keluasan 5,000 kaki persegi setiap lot.

“Penduduk yang terbabit juga ditawar pampasan harga tanah dan rumah yang mereka duduki sekarang.

“Lapan keluarga yang dikenal pasti miskin yang terbabit dengan projek Kampung Warisan akan dibina rumah dhuafat bernilai lebih RM40,000,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 1/11/2016

(Ikuti pendedahan lanjut dalam akhbar Harakah

Sumber HD  - 1-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Jawapan Datuk Anuar Tan Abdullah kepada Husam

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43046-jawapan-datuk-anuar-tan-abdullah-kepada-husam

SEPERTI janji saya di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas semasa sesi penggulungan, bahawa saya akan menjawab semua persoalan mengelirukan yang diungkitkan oleh YB Dato' Husam Musa. Saya ingin membuat teguran dan memberi peringatan kepada YB Dato’ Husam Musa  bahawa tidak wajar beliau mengungkit dasar, polisi dan semua perkara yang telah diluluskan di zaman Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana Almarhum telah meninggalkan kita, telah berada di alam yang lain dan tidak berpeluang untuk membela diri lagi.

Saya cukup sedih kerana saya baru menegur beliau di dalam Sidang DUN (27 Oktober 2016 pada hari Khamis), namun pada keesokan harinya, beliau di dalam ucapannya (boleh rujuk pada video pautan di laman facebook Hashim Omar bertarikh 29 Oktober 2016 dan 30 Oktober 2016) sekali lagi mengkritik program ladang rakyat yang dilaksanakan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk membantu rakyat miskin.

YB Dato' Husam membuat perbandingan di mana beliau menyatakan lebih baik menanam sayur kangkung kerana hasilnya lebih lumayan berbanding daripada Almarhum memberi tanah yang luas kepada pelabur untuk menanam kelapa sawit yang menghasilkan pendapatan yang begitu sedikit.

Pada saya, ini merupakan satu kenyataan penghinaan yang tidak wajar ke atas program Almarhum di samping beliau meludah ke atas muka sendiri kerana ia merupakan satu program yang dipersetujui oleh semua Exco secara konsensus (sebulat suara dan ijma'), termasuklah YB Dato' Husam sendiri bersetuju.

Untuk makluman semua, konsep mesyuarat yang diamalkan di zaman Almarhum ialah secara konsensus. Setiap ahli boleh memberi pandangan masing-masing ke atas satu-satu isu, namun selepas Almarhum membuat keputusan, semua ahli wajib memberi sokongan penuh ke atas perkara itu secara collective responsibility di mana semua ahli perlu akur dan sokong ke atas keputusan yang dicapai.

Sama juga di dalam program TLC yang telah ditimbulkan di dalam Sidang DUN baru-baru ini, apa jua pandangan yang diutarakan di dalam mesyuarat itu, semua ahli mesyuarat wajib menyokong dan mendokong keputusan tersebut secara sebulat suara dan bertanggungjawab secara bersama selepas keputusan telah dibuat oleh Almarhum. Itulah prinsip syura yang diamalkan sejak zaman Almarhum sehingga ke hari ini.

Saya telah meminta pegawai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk menyemak penyata rasmi bagi ucapan rasmi semasa YB Dato' Husam menjadi Exco (2004-2013) mengenai apa pendiriannya tentang kedua-dua program penting ini kerana ia pernah ditimbulkan di dalam dewan semasa itu.

Adakah YB Dato' Husam bantah, menyokong atau berdiam diri di dalam isu ini semasa ia ditimbulkan dan dibahaskan di dalam dewan semasa tempoh YB Dato' Husam menjadi Exco Kerajaan Negeri?

Jadi, saya ingin memohon kepada semua ahli PAS, penyokong PAS dan rakyat yang cintakan kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya bersabar dan nantikan keputusan semakan ke atas penyata rasmi untuk mengetahui ucapan rasmi YB Dato' Husam tentang isu TLC dan Ladang Rakyat ketika beliau menjadi Exco Kerajaan.

DATUK ANUAR TAN ABDULLAH
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan.
31 Oktober 2016M/30 Muharram 1438H – HARAKAHDAILY 31/10/2016

Sumber HD - 31-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Istiqamah perjuang Islam jika sayang Almarhum Tok Guru

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43038-istiqamah-perjuang-islam-jika-sayang-almarhum-tok-guru

KOTA BHARU: Tuan Sabariah Tuan Ishak, mengingatkan anggota parti supaya sentiasa beristiqamah dalam perjuangan Islam sekiranya sayangkan Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, lafaz sayang tidak ada erti sekiranya tidak istiqamah pada perjuangan Islam yang didokongi PAS.

“Sayang saja tak jadi, kalau tidak ikut apa yang Almarhum perjuangkan dan nasihatkan selama ini.

“Banyak perjuangan Islam yang diperjuangkan pelbagai pihak, tetapi setakat ini hanya perjuangan PAS yang betul,”ujarnya.

Katanya, ini kerana ada pilihan raya untuk menentukan hala tuju pentadbiran negara di samping dasarnya berteraskan al-Quran dan sunnah.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum majlis menyantuni pesakit kronik dalam kawasan Dewan Udangan Negeri (Dun) Salor semalam.

Untuk itu, katanya istiqamah adalah jalan yang terbaik sehingga kemenangan.

Seramai 19 orang anggota Isteri wakil rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) menyantuni 22 orang pesakit dalam Dun Salor.

Turut hadir pada program ziarah itu, Pengerusi Purnama, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid dan timbalannya Datin Asmahani Hussin, setiausaha, Datin Nor Ashikin  Ahmad serta anggota-anggota jawatankuasanya.

Dalam lawatan ke Dun berkenaan, Purnama menziarahi pesakit-pesakit kronik seperti pesakit angin ahmar dan pesakit yang jadi OKU akibat kemalangan jalan raya. – HARAKAHDAILY 31/10/2016

Sumber HD- 31-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Ada media tidak hirau fakta halal atau haram

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43031-ada-media-tidak-hirau-fakta-halal-atau-haram

KOTA BHARU: Siri penerangan PAS Kelantan terus diperkasakan apabila satu kaedah penyampaian bagi pengurusan isu semasa yang berlaku sejak kebelakangan ini diselaraskan.

Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad berkata, Islam ada caranya tersendiri dalam penyebaran serta penyampaian maklumat agar tidak berlaku fitnah.

Menurut beliau, jentera media PAS di peringkat kawasan dan Dun tidak boleh terikut dengan gaya pendedahan parti lain yang memusuhi gerakan Islam di Malaysia.

"Mereka ini tidak menghiraukan fakta itu halal atau haram, dosa atau pahala. Kita tidak boleh mengikut gaya mereka kerana kita ada Islam, ada kaedahnya," katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan bengkel media dan grafik di pejabat PAS Kelantan di sini hari ini.

Antara pengisian kursus media tersebut ialah penyampaian cara pemberitaan ringkas disampaikan Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mencadangkan program yang sama dapat diadakan secara mingguan bagi memperkasakan usaha berkenaan.

Katanya, ia bertujuan bagi melahirkan pengamal media yang mahir dengan kaedah pemberitaan baik serta mampu menjawab komen membina di alam maya. – HARAKAHDAILY 30/10/2016

Sumber HD- 30-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Sultan Kelantan berjalan malam bersama rakyat
Posted on Friday, October 28 @ 23:35:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32157


KOTA BHARU - Sejarah terus terlakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan berjalan sambil beramah mesra dengan lebih 21,000 rakyat jelata sempena Walkaton D' Raja Kelantan 2016, Let' Go With Me di sini malam ini.
Baginda bersama rakyat jelata memulakan perjalanan sejauh tujuh kilometer bermula dari perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV sehingga ke Jambatan Sultan Yahya Petra dan kembali semula ke stadium.

Baginda berjalan beramai-ramai bersama rakyat bermula jam 10 malam yang tutrut disertai ditemani adindanya, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Turut sama berjalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan kepimpinan kerajaan negeri yang lain.
Acara yang pertama kali diadakan pada sebelah malam itu juga ‘bermandi cahaya’  dan terdapat kelainannya dengan kemeriahan tembakan bunga api serta persembahan kebudayaan di setiap 'check point'.

Walaupun hujan lebat pada awalnya namun rakyat jelata tidak berganjak dan terus setia bersama-sama baginda untuk menjayakan program malam ini.

Baginda tiba di perkarangan stadium pada jam 9.40 malam. ‎


  Program yang memasuki edisi kelima sebelum ini dikenali sebagai Walk With Me itu merupakan cetusan idea daripada baginda sendiri untuk bersama dengan rakyat jelata dan ia turut dicatat di dalam Malaysia Book of Records.

Sumber TKO - 28-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Maahad Sains Tok Guru dibuka sesi 2017

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43013-maahad-sains-tok-guru-dibuka-sesi-2017

KOTA BHARU: Maahad Sains Tok Guru di Pengkalan Chepa bakal beroperasi Januari 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata sekolah itu bakal menjadi sekolah unggul dan berprestasi tinggi.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada sidang Dun Kelantan yang berakhir semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan Dr Yusnan Yusof (PAS-Melor) yang mencadangkan supaya bahasa pengantar sekolah berkenaan diperluaskan di sekolah-sekolah Yik.

Menurutnya lagi, sekolah berkenaan akan menjadikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa komunikasi.

Pada masa yang sama, Dr Fadzli turut memberitahu, seramai 2,041 orang guru telah mengikuti kursus di Institut Latihan Perguruan Kelantan sepanjang tahun 2014 dan 2015.

Menurutnya, kursus berkenaan diadakan bagi melengkapkan tenaga pengajar ke arah profesional dengan kemahiran perguruan berteraskan Islam.

“Selain itu, ILPK juga turut menjalankan projek perintis pembinaan guru bersepadu dan Islamisasi ilmu.

“Ia membabitkan 30 guru terpilih yang dikendalikan tenaga pakar dari institusi pendidikan ternama dalam negara,” ujarnya.

Pada masa yang sama, tambahnya ILPK bakal menerbitkan teks-teks produk Islamisasi ilmu untuk diguna pakai oleh guru Yik sebagai teks tambahan. – HARAKAHDAILY 28/10/2016

Sumber HD - 28-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiah antara sebab kerajaan PAS Kelantan selamat

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43012-baiah-antara-sebab-kerajaan-pas-kelantan-selamat

KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata baiah merupakan salah satu usaha untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan negeri yang ada sekarang.

Ia merupakan salah satu cara selain sumpah dan takliq, bagi mengelak perbuatan melompat wakil rakyat PAS.

Menurutnya, setiap pemimpin tidak boleh melanggar usaha tersebut yang dirintis Mantan Menteri Besar, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana melibatkan laknat Allah.

Kata beliau, antara agenda baiah yang dicatatkan oleh Imam Ahmad dari riwayat Jabir Abdullah RA ialah berinfaq semasa susah dan juga senang.

"Yang ini diajar dalam PAS untuk berinfaq atau derma, walaupun perbuatan ini diperlekehkan segelintir pihak, tapi apa yang kita buat untuk kita juga.

"Sepertimana hari ini kita sedang berusaha merasmikan jentera pilihan raya di peringkat kawasan, antara usahanya ialah kutip derma kalangan ahli," katanya.

Ustaz Ahmad menambah beliau hanya meneruskan pesanan mantan Menteri Besar yang menggalakkan rakyat Kelantan agar gemar berinfaq kepada jemaah Islam.

Hadir sama pada ceramah di Bandar Satelit Pasir Tumbuh malam tadi anggota anggota Exco Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Datuk Fadzli Hassan dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabbar.

Ustaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan turut mengimbau peristiwa baiah dibuat 73 individu termasuk dua wanita di Bukit Aqabah, Makkah.

Dua wanita itu katanya bernama Nusaibah Kaab atau dikenali Ummu 'Ammarah dan Asma' Amru digelar dengan nama Ummu Mani' dari kabilah Bani Salamah.

Peristiwa tersebut menjadi wadah ke arah terbinanya sebuah negara Islam di Madinah dengan berteraskan kepada agenda seperti diriwayatkan Jabir.

Selain berinfaq katanya, mendengar serta mematuhi arahan pimpinan dan menyuruh perkara maaruf, mencegah perkara mungkar juga sebahagian daripada agenda berkenaan.

Namun apa yang lebih penting jelas beliau, dalam hadis berkenaan ialah berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan kecaman serta kemarahan manusia. – HARAKAHDAILY 28/10/2016

Sumber HD - 28-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------































































































































































































































































































































































































































































Kampung Warisan tidak pinggir penduduk tempatan

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43011-kampung-warisan-tidak-pinggir-penduduk-tempatan

KOTA BHARU:  Projek Kampung Warisan yang akan dibangun di Kampung Laut, Tumpat, tidak meminggirkan penduduk tempatan.

Malah, penduduk yang terlibat juga akan dibina rumah dhuafat oleh kerajaan Persekutuan menggantikan kediaman mereka yang terbabit dengan Kampung Warisan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata lapan asnaf yang tinggal di kawasan bakal dijadikan Kampung Warisan akan dibayar pampasan rumah.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan bajet 2017 pada persidangan Dun petang semalam.

Ustaz Ahmad berkata demikian sebagai menjawab persolan yang dibangkitkan oleh Adun Salor, Datuk Husam Musa.

Beliau seterusnya berkata, projek itu akan dilaksanakan kerajaan Persekutuan di bawah program Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

“Adun Salor nampak isu berbeza, sedangkan Adun tempatan (Pasir Pekan) pula dalam konteks yang berlainan.

“Adun Salor berkata, kebanyakan tanah di situ tanah pusaka, jika projek ini berjalan ia sebenarnya akan menyelesaikan masalah tanah,” ujarnya.

Tambahnya projek itu juga diperuntukan bajet oleh kerajaan Persekutuan 100 peratus melalui tiga sektor.

Menurutnya juga hanya 2.32 hektar tanah sahaja yang bakal terlibat projek terbabit.

“Ramai penduduk yang tinggal di situ tidak bertanah dan mereka hanya membuat rumah di atas kebenaran tuan tanah,” katanya.

Jelasnya, mereka yang terlibat tidak perlu bimbang kerana mereka akan tinggal di atas tanah rizab Jabatan Parit dan  Saliran.

Beliau juga berkata, Kampung Warisan antaranya bakal dibangun laman seni, laman galeri dan laman warisan.

Katanya, ia akan memasarkan produk penduduk setempat seperti perak, kraftangan, batik, sambal daging, keropok dan lain-lain lagi.

“Kita nak susun semula kawasan di situ agar lebih cantik dan tersusun.

“Tidak ada sebab kenapa Kelantan tidak membela mereka, tanggapan itu silap,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 28/10/2016

Sumber HD - 28-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Adun PAN dinasihat jangan ikut perangai Umno

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43006-adun-pan-dinasihat-jangan-ikut-perangai-umno

KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud menasihatkan Adun Salor Datuk Husam Musa tidak mengulangi kesilapan pernah dilakukan wakil rakyat Umno.

Katanya apa yang disebut Adun Salor hari ini mengulangi isu pernah disebut bekas Adun Pengkalan Pasir, Datuk Hanafi Mamat.

"Dahulu saya pernah berdepan dengan wakil rakyat Umno yang bercakap macam Yang Berhormat sekarang, hendak jadi Umno ke macam mana...," katanya pada persidangan Dun hari ini.

Husam sebelum itu menyifatkan ucapan penggulungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata seperti menyampaikan khutbah Jumaat.

"Saya hendak tahu ini pengulungan atau khutbah di masjid," katanya ketika mencelah semasa sesi penggulungan.

Malah isu serupa pernah dibangkit Adun Salor pada persidangan Dun lepas dengan menganggap Nassurudin berkhutbah ketika menghuraikan isu berkaitan agama.

Oleh itu Nassuruddin menasihati Adun PAN terbabit supaya tidak memperlekehkan keupayaan orang lain dan menganggap dirinya sahaja hebat.

Bagaimanapun pertelingkahan Exco dan Adun pembangkang terbabit diredakan Speaker Datuk Abdullah Ya'kub. – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Akui dapat rumah percuma, namun enggan pindah

SALMAH MAT HUSAIN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43005-akui-dapat-rumah-percuma-namun-enggan-pindah

KOTA BHARU: Minggu ini dua kumpulan NGO mengadakan demontrasi di hadapan Kota Darulnaim, mengambil peluang ketika berlangsung persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

Petang Isnin lepas Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi) yang diketuai Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani juga mengadakan demontrasi di hadapan Kota Darulnaim.

Biar pun sepanduk ditampal di merata tempat namun tidak ramai aktivis NGO Umno terbabit datang.

Dan pagi tadi pula kira-kira 30 penduduk Kampung Laut, Tumpat turut berhimpun di hadapan Kota Darulnaim.

Mereka membantah projek Perkampungan Warisan yang dirancang kerajaan negeri di Kampung Laut, di mana sebahagiannya melibatkan tanah kerajaan.

Wakil penduduk Nik Mohd Ghazi Nik Abdullah, 50 berkata mereka tidak akan berpindah kerana tanah yang diduduki milik sendiri.

“Kerajaan negeri boleh guna tanah milik KTM seluas 30 ekar bagi tujuan itu,” katanya ketika ditemui.

Beliau bagaimanapun mengakui Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob pernah menemui penduduk di kawasan terbabit pada program dialog yang diadakan.

“Kami dapati kerajaan negeri akan sediakan tanah lain sebagai ganti, di samping itu pula diberi rumah dhuafat. Masalahnya maklumat yang diperolehi tidak sama,” ujarnya.

Sebelum ini antara pihak yang lantang menentang projek Kampung Warisan termasuk bekas anggota jawatankuasa PAS Tumpat, Mohd Nordin Adam.

Kerajaan negeri dengan kerjasama Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) merancang mewujudkan Kampung Warisan di Kampung Laut yang melibatkan kawasan lebih dua ekar.

Kerajaan negeri juga menyediakan lot seluas tiga ekar bagi menempatkan semula 13 keluarga dan membina sebuah surau. Manakala tujuh lot lagi yang terlibat dinaik taraf jalan sedia ada.

Datuk Husam Musa juga kelihatan datang bersalam dengan penduduk terbabit. – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Maksiat: Ada pihak cuba jejaskan imej Kelantan

ASLANI M | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43004-maksiat-ada-pihak-cuba-jejaskan-imej-kelantan

KOTA BHARU: Adun Guchil Mohd Ruslan Puteh berharap agensi kerajaan negeri dan pusat mengambil tindakan berterusan membendung gejala sosial yang dikesan berlaku secara haram di negeri ini.

Beliau berkata pendedahannya mengenai isu tersebut pada persidangan Dun semalam bagi membolehkan agensi penguatkuasa membanteras gejala tersebut tanpa mengira masa.

“Kita tidak nafikan Kelantan sudah jauh berubah sejak 1990 di bawah kepemimpinan ulama. Tidak lagi ditemui aktiviti maksiat dan hiburan secara berlesen di sini.

“Namun masih ada pihak yang mengambil kesempatan melakukan perkara yang menyalahi peraturan kerajaan negeri dan Islam,” katanya di sini.

Menjelas lanjut beliau yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan berkata masih ada wanita warga emas mengambil berkeliaran pada awal pagi melakukan maksiat.

Sedangkan katanya pencegahan sering dilakukan agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan polis.

“Saya berharap gerakan membanteras gejala itu terutamanya di sekitar Jalan Hamzah perlu dilakukan secara berterusan kerana ia boleh menjejaskan imej Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/10/2016

Sumber HD - 27-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Kadar kemiskinan di Kelantan menurun

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .


KOTA BHARU: Kadar kemiskinan Kelantan terus menunjukkan penurunan setiap tahun hasil kejayaan program kebajikan yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Kadar pengurangan tersebut sebanyak 1.8 peratus iaitu daripada 2.7 peratus pada tahun 2012 kepada 0.9 peratus pada 2014.

Menteri Besar Ustaz Dato' Ahmad Yakob berkata, hal tersebut menunjukkan prestasi ekonomi Kelantan berdasar kuasa beli rakyat.

"Saya merakamkan terima kasih kepada kakitangan kerajaan yang berkerjasama dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Jabatan dan agensi kerajaan di bawah kerajaan negeri juga kekal bersih daripada sebarang pendakwaan pihak SPRM," katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2017 pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya, Kelantan mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri seperti pertumbuhan pesat pasar raya besar di negeri itu sejak kebelakangan ini.

Beliau juga berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM21.1 juta bagi memperluaskan sistem rangkaian jalan negeri ini.

Katanya peruntukan itu dikhaskan untuk projek menaik taraf Jalan Pasir Hor Kubang Kerian ke Pasir Jelatang Pasir Tumbuh.

Pembinaan yang dijangka dilaksanakan pada awal 2017 merupakan laluan pintas dari Kota Bharu ke Pasir Tumboh dan Bachok.

"Pembangunan infrastruktur asas akan tetap menjadi keutamaan kerajaan negeri kerana ianya pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi rakyat," katanya.

Beliau juga berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai peneraju pembangunan kerjaraya dan infrastruktur turut menerima RM36.71 juta bagi perbelanjaan mengurus.

Katanya projek di bawah jabatan berkenaan yang dirancang iaitu pembinaan jambatan baharu di Pasir Tumboh, projek naiktaraf jalan Kubur Maras dan projek meninggi aras jalan di bandar Kota Bharu.

"Semua projek ini bagi memberi keselesaan kepada rakyat dan dianggarkan menelan kos sebanyak RM9.5 juta melalui peruntukan kerajaan persekutuan," katanya. – HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber HD - 25-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































































































































































































Belanjawan Kelantan 2017: Sejahtera untuk Islam


MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

KOTA BHARU: Kelantan hari ini membentang Belanjawan 2017 bertema Kelantan Sejahtera Untuk Islam dengan meneruskan agenda memartabatkan agama Islam.

Menteri Besar Ustaz Dato' Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM96 juta kepada Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Katanya, berbanding RM78 juta pada 2016, bajet tahun hadapan ditambah lagi bertujuan meneruskan agenda kecemerlangan akademik dan syahsiah pelajar.

Manakala RM4 juta diperuntukan untuk projek pembangunan baru, menaik taraf serta penyelenggaraan bangunan lebih 90 sekolah Yik.

“Selain itu peningkatan peruntukan program pendidikan dan pembelajaran sebanyak RM7.26 juta berbanding tahun ini sebanyak RM6 juta,” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2017 pada persidangan Dun.

Kerajaan negeri menganggarkan pungutan hasil sebanyak RM636.98 juta tahun hadapan di mana sebanyak RM179.67 hasil cukai dan RM308 juta hasil bukan cukai.

Ini bermakna berlaku peningkatan hasil sebanyak RM43.2 juta berbanding anggaran hasil tahun ini. – HARAKAHDAILY 25/10/2016

Sumber HD - 25-10-2016