“Dia sepatutnya hormati kerajaan negeri, berani dia datang ke Kelantan walaupun dia tolak hudud
dan ia sudah jelas (penolakan) itu sejak dahulu.

“Tidak patut bertindak sedemikian, dahulu dia (Kit Siang) bersuara dari luar (penolakan) sekarang
dalam rumah kita (di Kelantan),” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan
di sini, semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, agak ‘tidak
manis’ menjemput Kit Siang yang lantang mengkritik perlaksanaan hudud untuk berceramah di
Kelantan.

“Tidak sesuai bila jemput (Kit Siang) ke Kelantan dan bercakap dalam nada berbeza dengan Pas
negeri, memang dahulu dia sering datang ketika zaman  Tok Guru ( Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)
tetapi kini isunya berbeza.

“Pandangan beliau bercanggah dengan pendirian kerajaan negeri mengenai isu hudud, kita tunggu
jawapan daripada penganjur apa tujuan mereka bawa Kit Siang dan menganjurkan ceramah tersebut,”
katanya.

Kit Siang juga dikritik hebat oleh beberapa pemimpin Pas kerana dikatakan cuba ‘mengajar’ Pas
Kelantan mengenai hudud dalam ucapan ceramah umum ‘Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan’
yang turut dihadiri, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi
Ramli.

Dalam pada itu, Mohd Amar turut mempersoalkan tindakan Kit Siang yang menjadikan Mesir dan
Jordan yang majoritinya Islam tetapi tidak melaksanakan hukum hudud.

“Contohnya tidak kena, memang dua negara itu majoriti Islam tetapi tidak guna dasar Islam. Isu
(hudud) dan penolakan Kit Siang  bukan benda baharu kerana sudah banyak hujah serta pandangan
dilontarkan,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata,
pihaknya bersedia untuk berjumpa pada bila-bila masa namun setakat ini belum menerima sebarang
arahan.

“Belum terima apa-apa, tapi kalau Pas negeri nak jumpa kita sedia jumpa bila-bila masa,” katanya
ketika dihubungi Sinar Harian.

Sumber TKO -m14-5-2015