BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, April 20, 2015

PAS KAWASAN HULU LANGAT

PERLETAKAN JAWATAN KETUA PEMUDA DAN JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS HULU LANGAT

21 OGOS 2015

1, Saya  mewakili 10 Jawatankuasa Dewan pemuda Pas Hulu Lanagat  telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Penolong Setiausaha Pas Kawasan Hulu Langat.

2.  Ahli Jawatankuasa yang terlibat adalah seperti berikut :

a Ketua Pemuda Mohd Burhanuddin bin Othman

b Setiausaha Ahmad Mirdaus bin M Zainal Abidin

c Penolong Setiausaha 1 Muhammad Safuan bin Harun

d Penolong Setiausah 3 Afrodi bin Ali

e Ketua Penerangan Manzurul bin Safar

f Penolong Bendahari Ustaz Hafiz Othoman

g Pengerusi Lajnah Kebajikan  Dr Muhammad Omar

h Pengerusi Lajnah Pendidikan Politik Ustaz Wan Saifullah Wan Abd Ghani

i  Pengerusi Lajnah IT Abdul Halim bin Abdullah 

j Pengerusi UKJ Semenyih Hafidz Samsol

3. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menggalas amanah ini.

4. Kami juga memohon maaf sekiranya ada ada salah dan silap selama berada bersama DPPKHL dan PKHL.

5. Kami berppendirian ini adalah penyelesaian dan jalan keluar terbaik kepada konflik yang berlaku dari kempen agresif sebelum muktamar baru-baru ini.

6. Kami berdoa agar diberi kekuatan oleh allah untuk terus istiqamah dalam perjuangan islam ini tidak kira kami berada di wadah mana sekalipun.

7. Kami juga mengharapkan ukhuwwah sesama sahabat-sahabat di dalam pas berkekalan,walaupun kita berbeza pandangan dan pendekatan.

Sekian, Terima Kasih.

MOHD BURHANUDDIN BIN OTHMAN


Kenangan AGM PKHL 2015



Terimakasih di atas segala sumbangan dan kerja baik seluruh saf AJK Kawasan Hulu Langat sesi 2013-2015. Klik untuk lain-lain gambar

Sumber MTD - 24-5-2015


KEPUTUSAN PEMILIHAN PIMPINAN PAS KAWASAN HULU LANGAT BAGI SESI 2015 - 2017 ADALAH SEPERTI BERIKUT:

YANG DIPERTUA - YB DR CHE ROSLI CHE MAT (AP HULU LANGAT)

TIMBALAN YANG DIPERTUA - YB TN HJ RAZALY HASSAN (ADUN DUSUN TUA)

NAIB YANG DIPERTUA - HJ IR MAD SHAHMIOUR MD KOSIM

16 ORANG AJK YANG TERPILIH:

1.  HJ  ROSLI DARUS

2. HJ MUHAMAD FAZLI AHMAD

3. SDR ZULKEFLI AHMAD

4. USTAZ ABD WAHID ZAINOL ABIDIN

5. HJH RAWIYIAH ZAKARIA

6. HJ ABDULLAH ACHEH

7. DR HJ KAMARUZZAMAN ISMAIL

8. SDR AHMAD SULAIMAN

9. HJ WAN YUNUS WAN ABD RAHMAN

10. HJ MOHD JAN SULONG

11, SDR SULAIMAN KAYAT

12. HJ RAMLY ABD HADI MD NAWI

13. SDR ZUKRI AHMAD

14. SDR NAZAR ABD LATIFF

15. SDR JAMEL SARING

16. SDR MAHAZAN ABD MANAN

PENCALONAN PIMPINAN PAS PUSAT:

PRESIDEN - DS TG HJ ABDUL HADI HJ AWANG

TIMBALAN PRESIDEN - DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

TIGA NAIB-NAIB PRESIDEN:

1. YB USTAZ IDRIS AHMAD

2. YB DATO' MAHFUZ OMAR

3, HJ SALAHUDIN AYUB





TINTA TARBAWI DPPKHL

www.hululangat.net

Rejab telah tiba. Bulan mulia di samping bulan-bulan mulia yang lain. Ada satu doa yang popular tentang Rejab:
...
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان...أو كما قال صلى الله عليه وسلم.

Hadis ini isnadnya dhaif menurut pakar-pakar hadith seperti Syu'aib Arnaut, Ahmad Syakir dan lain-lain.

Bila tiba bulan Rejab, ramai bercakap tentang hadith maudhu'(palsu) dengan tujuan menegur kalangan yang terikut2 melakukan amalan yang tiada asas sandaran hukum.

Bagaimanapun, berpuasa di bulan Rejab sebagai latihan sebelum Ramadhan wajar diamalkan. Niatlah berpuasa untuk Allah SWT sebagai persiapan menghadapi Ramadhan.
Mudah2an beroleh keberkatan.

Unit Tarbiyyah, Pejabat Ketua Pemuda DPPKHL. 20 April 2015. Bil 19

Sumber FBDPPKHL - 20-4-2015

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN HULU LANGAT KALI KE-31/2015

Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Hulu Langat Kali Ke-31 telah diadakan pada hari Ahad bersamaam 19 April 2015 jam 8.30 pagi di Hotel Preskott, Kajang. Majlis Perasmian telah dilakukan oleh YB DS TG hj Abdul Hadi HJ Awang, Presiden Pas. Sejumlah 63 Cawangan - cawangan yang terdapat di kawasan ini telah menghanatar perwakilan seramai 5 orang bagi setiap cawangan dan dewan-dewan.


YB DS TG HJ ABDUL HADI HJ AWANG - PRESIDEN PAS BERUCAP MERASMIKAN MAT KAWASAN HULU LANGAT KALI KE-31.


YB TN HJ RAZALI HASSAN - YDP PAS KAWASAN HULU LANGAT MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN


USTAZ KHAIRUL ANUAR - QARI JEMPUTAN MEMBACAKAN AYAT-AYAT SUCI AL QURAN PADA PERMULAAN MAJLIS

Sumber FBPKHL - 20-4-2015



Wednesday, April 8, 2015

PRK ROMPIN



Selepas lima bulan janji PRK Rompin belum ditunai

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .

Nazri (kanan) beraksi dalam pertunjukan tomoi.

ROMPIN: Setelah lima bulan berlalu Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, belum dilihat tanda-tanda kerajaan BN mengotakan janji-janji yang ditaburkan.

Ketua Penerangan PAS Pahang Ustaz Nazri Ahmad berkata, antara janji semasa kempen dalam PRK berkenaan ialah menaik taraf Lebuh raya Tun Razak yang menghubungkan Kuantan ke Segamat melalui daerah Rompin.

"Kini jalan utama yang digunakan setiap hari oleh penduduk Felda Gugusan Keratong dan sekitar kekal bahaya sehingga sering berlaku kemalangan maut," katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin berkata demikian semasa program Cakna Rakyat di padang awam Keratong 4 di sini, semalam.

Nazri berkata, selain daripada itu janji Perdana Menteri semasa kempen untuk menurunkan harga rumah generasi kedua daripada RM120,000 ke RM70,000 masih belum tertunai sehingga rumah yang sudah terbina di Keratong 4 masih belum diduduki.

Program Cakna Rakyat diadakan sehari suntuk dengan pengisian sukaneka Pasti dan pertandingan memasak serta mengayam ketupat melibatkan muslimat setempat.

Pada sebelah petang diadakan sukan  rakyat seperti pertandingan silat dan tomoi, acara boling padang, memandu motosikal perlahan serta baling guli.

Pada sebelah malamnya pula diadakan kuliah maghrib dan ceramah umum. - HARAKAHDAILY 11/10/2015

Sumber HD - 11-10-2015

Rompin Catat Sejarah

20150522_222703
HULU TERENGGANU – Pilihanraya kecil parlimen Rompin yang lalu menyaksikan perubahan yang ketara kepada corak pengundian di tanah-tanah rancangan Felda.

Menurut Bekas calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad , ia adalah satu petanda positif kepada PAS untuk memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya umum yang akan datang.

“saya dimaklumkan semua pengurus Felda seluruh Pahang dikerah untuk berkampung di Rompin,
“Tetapi para peneroka Felda kini tidak lagi takut lagi dengan ugutan dan tekanan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis ceramah isu-isu semasa di kampung Teluk Menara, Manir, dekat sini, Jumaat malam 22 Mei,

Program tersebut adalah merupakan program pra-konvensyen PAS Terengganu yang diadakan di markaz tarbiah PAS Ouahajg Lembek pada Sabtu 23 Mei.

Katanya PRK Rompin mencatat sejarah dapat mengurangkan 50 peratus majoriti BN.

“Walaupun anak-anak muda tidak pulang mengundi kerana hari pengundian dibuat pada hari bekerja,
“PRK Rompin mencatat sejarah dapat mengurangkan daripada lebih 15, 000 undi majoriti BN kepada hanya 8,000 lebih sahaja undi,”jepasnya.

Oleh itu, beliau yang juga, Yang Dipertua PAS Rompin mengucapkan terima kasih kwpada semua semua petugas khususnya dari Terengganu, diamanahkan bertugas di dua peti dalam ADUN Tioman.
Beliau berkata jumlah undi PAS yang dikira pada saluran 2 dan 3 meningkat dikebanyakn peti undi meningkat.

Sumber BO - 24-5-2015

Mat Maslan toreh getah punca BN kurang undi?

Mat_Maslan_TorehTulisan Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan kempen pilihan raya di negara ini yang melucukan, malah memualkan serta lapuk dan ketinggalan zaman. Ikuti tulisan beliau…

Berkempen adalah satu perkara penting dalam setiap pilihan raya, tidak kira pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kebijaksanaan berkempen akan membezakan antara seorang calon dengan calon yang lain. Bukan itu sahaja malah keberkesanan berkempen boleh meyakinkan pengundi kepada seseorang calon.

Tetapi kempen dalam setiap pilihan raya di negara ini bukan sahaja sangat melucukan, malah ada kalanya cukup memualkan. Ini kerana strategi berkempen sudah ketinggalan zaman. Sudah lapuk. Sejak saya masih kanak-kanak hingga sekarang cara berkempen tetap sama.

Oleh kerana itu eloklah cari pendekatan baharu berkempen supaya rakyat tidak bosan. Saya tidak pasti adakah dalam setiap pilihan raya, setiap parti ada pakar strategi masing-masing untuk memenangi hati pengundi. Tetapi kalau benar ada pakar strategi, dengan cara yang ditunjukkan, pakar itu eloklah ditukar. Tidak boleh dipakai lagi.

Tidak usahlah membuat perkara-perkara klise membuat lawatan ke pasar-pasar atau ke gerai-gerai hingga sanggup menjadi ‘tukang masak’, bila melawat pengundi di ladang sanggup pula menjadi ‘penoreh getah.’

Membuat lawatan dan ‘ beramah mesra’ bukannya salah tetapi taktik itu sudah lama sangat. Rakyat tahu sebelum menjadi calon, watak mereka berbeza.Apabila menjadi calon, mereka jadi sesumpah, mahu bertukar menjadi orang lain.

Kalau saya jadi pengundi, saya tidak akan memilih calon yang “pandai” memasak kerana saya hendak mencari pemimpin bukan tukang masak. Kalau hendak tukang masak, saya cari di tempat lain.

Saya fikir cukuplah dengan tiba-tiba calon menjadi sesumpah, bertukar warna seolah-olah menjadi seorang hamba rakyat. – UM

Sumber EB / HD - 10-5-2015


Hudud: Kenyataan Chang Khim tidak berasas

Posted on Saturday, May 09 @ 14:05:21 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


SHAH ALAM - Status Facebook Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim adalah bermotifkan desakan kepada Pas agar tidak terus memperjuangkan hudud kerana ia didakwa menyebabkan kekalahan kepada calon Pas di Parlimen Rompin.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, status itu juga seolah-olah mengaitkan hudud sebagai punca kekalahan Pas di Rompin.

Menurutnya, status berkenaan tidak berasas dan Chang Khim harus sedar bahawa isu hudud tidak boleh mempengaruhi pengundi di Rompin kerana majoriti pengundi adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam.

“Hudud adalah satu kewajipan kepada umat Islam. Ia penting. Bila isu itu dimainkan, ia langsung tidak memberi kesan kepada pengundi di sana.

“Pandangan Chang Khim juga adalah berat sebelah. Sebagai wakil rakyat yang bukan beragama Islam, dia tidak harus mencampuri perkara yang berkaitan dengan agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan Adun Sungai Pinang itu memuat naik status Facebook berbunyi, ‘Iktibar Rompin: Isu hudud tidak menguntungkan Pas, Umno tewas atas GST’.

Berhubung kenyataan 'Umno tewas atas GST', Muhammad Fuad berkata, kemenangan BN di Rompin berkait rapat dengan kedudukan Rompin sebagai kubu kuat BN sejak dahulu lagi.

“Apa yang saya nampak isu GST yang dimainkan pembangkang bagi meraih kemenangan tidak berjaya mempengaruhi pengundi di sana.

“Pengundi di sana tidak terkesan dengan GST. Bagaimanapun, jika kerajaan gagal memberi penjelasan kepada rakyat, ia akan memberi kesan pada pilihan raya akan datang memandangkan GST adalah satu perkara yang dekat dengan rakyat,” katanya. - Sinar

Sumber TKO - 9-5-2015


PRK Rompin – Tahniah! PAS Menang Kerana Berjaya Meningkatkan Tahap Sokongan

Posted on Friday, May 08 @ 17:44:11 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


1. PAS dalam PRK Rompin menang dan berjaya meningkatkan sokongan pengundi di banyak UPU dalam keadaan BN berhadapan dengan kerugian dan kemerosotan sokongan yang sangat ketara.

2. Kebiasaannya BN menang besar dalam mana-mana pilihanraya kecil khususnya di tempat mereka sebagai penyandangnya. Namun, meskipun limpahan janji pembangunan dan projek segera turun di Rompin, BN masih gagal mempertahankan reputasi sokongan mereka.

3. Peratusan keluar mengundi bagi PRK Rompin adalah merosot iaitu 74% sahaja daripada 53,294 pemilih berdaftar telah keluar membuang undi pada hari semalam berbanding pada PRU13 lalu iaitu sebanyak 85.9%. 

4. Bagi mengukur secara lebih tepat tahap sokongan pengundi terhadap parti-parti yang bertanding dalam PRK Rompin, perbandingan keputusan semalam dengan keputusan PRU13 perlu dibuat secara relatif dengan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua pilihanraya.

5. Pada PRU13, jumlah keluar mengundi ialah 45,849 orang dan keputusannya ialah BN mendapat 30,040 undi dan PAS pula mendapat 14,926 undi menjadikan majoritinya ialah 15,114 undi.

6. Bagi PRK Rompin yang diadakan semalam pula, SPR telah mengumumkan keputusannya iaitu BN mendapat 23,796 undi dan PAS pula mendapat 14,901 undi menjadikan majoritinya ialah 8,895 undi. Undi rosak pula ialah 591 undi. Ini bermakna terdapat 39,288 orang yang telah keluar membuang undi pada hari semalam.

7. Dengan kemerosotan peratusan keluar mengundi semalam, bagi mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13, BN sekurang-kurangnya patut mendapat 25,741 undi dan PAS pula memadai mendapat 12,790 undi sahaja menjadikan majoritinya ialah 12,951 undi.

8. Tetapi, berdasarkan keputusan yang diumumkan semalam, undi BN menurun sebanyak 20.8% (6,244 undi) berdasarkan PRU13 lalu atau merosot 8.2% (1,945) untuk berada pada kedudukan mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13 lepas.

9. Menariknya, undi PAS pula telah melebihi 14.2% (2,111 undi) daripada kedudukan untuk mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13 lepas. Mudahnya, tahap sokongan terhadap PAS sebenarnya meningkat.

10. Ini adalah satu kejayaan besar bagi PAS di kawasan pengundi majoriti Melayu dalam keadaan sebahagian tenaga kerja pilihanraya PAS dari Perlis, Kedah, Penang dan Perak dibekalkan ke Permatang Pauh.

11. Berdasarkan analisis ini ia memberi satu petunjuk bahawa isu-isu yang dibawa oleh PAS berkaitan percukaian GST, salah urus kewangan negara, undang-undang Islam, Felda, pemilikan geran tanah yang dizalimi sejak puluhan tahun di Kuala Rompin semakin mendapat perhatian daripada pengundi Rompin. Apatah lagi berlaku peningkatan undi khususnya di kawasan Felda yang terkenal sebagai kubu UMNO.

12. Akhirnya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS. Syabas juga diucapkan kepada Ustaz Nazri Ahmad kerana bersedia memikul amanah jamaah dan di atas semua pengorbanan yang telah dilakukan. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua.
Sekian.

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ketua Penerangan DUPP
Tarikh : 6 Mei 2015 / 17 Rejab 1436H

Sumber TKO - 8-5-2015

Peningkatan Undi PAS Memberangsangkan – Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim


Keputusan pilihan raya kecil (PRK) parlimen Rompin mencatatkan, seramai 52,744 pemilih atau 73 peratus telah keluar mengundi berbanding seramau 53,596 atau 85.9 peratus pada pilihan raya umum kali ke-13 lalu.

PAS mendakwa penurunan sebanyak 12.9 peratus jumlah keluar mengundi itu adalah kerana Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memutuskan hari mengundi pada waktu hari bekerja.

Justeru itu, Naib Presiden PAS Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa SPR menimbang semula keputusan tersebut memandangkan sebahagian besar pengundi yang bekerja di luar, tidak dapat pulang untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

“dalam pemantauan keseluruhan kawasan pengundian sebagaimana yang kita maklum jumlah peratus yang keluar mengundi bawah daripada 80%.

“Dan kekurangan ini kita lihat begitu banyak berlaku di saluran muda, 3 dan 4 dan sebahagian besar dari mereka ialah pekerja tidak bercu ti dan bekerja di luar.

“kita lihat ‘mood’ pengundian ini berlaku sedikit kemerosotan………..kita minta SPR menimbang semula pada masa akan datang supaya tidak berlaku pengundian pada hari bekerja,”tegasnya.

Screenshot (1160)

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas semua 38 pusat pengundian PRK Parlimen Rompin ditutup pada pukul 5 petang Selasa 5 Mei.

Kata beliau, walaupun peraturan membenarkan SPR mengisytiharkan hari pengundian pada bila-bila masa, namun kerajaan dan SPR juga perlu meraikan hak rakyat.

“hak rakyat perlu diraikan dan (dari) pihak PAS kita harap pengundian dapat dibuat pada hari cuti, pada masa akan dating,”tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata terdapat ‘lonjakan positif’, peningkatan undi PAS dalam parlimen Rompin yang disifatkannya sebagai ‘amat meberangsangkan’.

Menurutnya, PAS mencapai sasaran apabila berjaya menurunkan majoriti Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut.

“Angka yang tidak rasmi kita terima setakat ini (ketika itu) ialah, 4 peti undi di Pulau Tioman oleh kerana pulau tioman ini peti undi ditutup awal.

“Di (pulau) Tioman kita letak sasaran (sekurang-kurangnya) kita dapat minima untuk 200 undi……..berbanding pilihanraya umum dulu kita hanya mendapat 169 (undi) dan keputusan kali ini kita dapat 224 undi,

“dan BN mendapat dalam PRU (13) dahulu 690 undi dan kali ini merosot (kepada) 482 undi.,”jelas Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang itu.

Keputusan undi di Pualau Tioman dan beberapa peti undi lain, kuhususnya di kawasan Felda, kata beliau, turut meningkat.

“Ini sebagai tanda yang positif untuk Pulau tioman itu (dan) kita juga lihat bahawa beberapa peti undi yang kita terima ialah PAS dapat peningkatan yang memberangsangkan,

“(juga) di beberapa saluran dan khususnya di (kawasan) Felda (turut meningkat) Ini peningkatan yang baik,”kata beliau.



Sumber BO - 7-5-2015








Anak harap tingkat undi wanita seiring anak muda








SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mengakui lonjakan sokongan dalam kalangan kaum wanita di Felda kurang menyerlah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin baru-baru ini.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, kebanyakan wanita di Felda melibatkan diri di dalam Gerakan Perkumpulan Wanita (GPW) yang dianggap sangat aktif sebagai mata rantai Umno BN.

"Mereka ini seolah-olah di kuarantin di balai raya. Dan apabila kita mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah golongan ini tidak ada. Sebahagian mereka berada di balai raya dengan pelbagai akiviti seperti memasak," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, penglibatan mereka ini berterusan sepanjang kempen pilihan raya menyebabkan pihak Anak menghadapi kesukaran untuk mendekati mereka.

Bagaimanapun katanya, pihak Anak berhasrat memberi tumpuan kepada mereka pada masa akan datang dengan mengadakan kerjasama bersama NGO Muslimat seperti Ameerah dan Nisa bagi mendekati golongan ini.

Bagi Mazlan, jika PAS mendapat undi daripada kaum wanita di Felda pada PRK Rompin  memberi lonjakan luar biasa apatah lagi seiring dengan sokongan anak muda yang lain.

"Saya yakin, jika kita dapat undi kaum wanita ini pada PRU akan datang kita boleh buat kejutan yang besar," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan PRK Rompin khususnya kejayaan mendapat undi di beberapa kawasan peti undi Felda iaitu Keratong 2 dan Keratong 4.

Keputusan PRK Rompin yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencatatkan BN mendapat 23,796 undi dan PAS mendapat 14,901 undi.

Pada PRU13 lalu, BN mendapat 30,040 undi. - HARAKAHDAILY 7/5/2015

Sumber HD - 7-5-2015

PRK jadikan penduduk Rompin kini ‘bernilai tinggi'








KHAIRIL ABDUL RAHIM | .


“Tidak berapa gembira”. Demikianlah reaksi petugas-petugas BN beberapa jam selepas tamatnya waktu mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.091 Rompin, kelmarin.

Jika diimbas kembali, tentu semua masih ingat bahawa Umno dan BN memasuki PRK ini dengan penuh keyakinan untuk menang lebih besar.

Ini terbukti dengan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri selaku pengarah PRK tersebut, yakin bahawa calonnya Datuk Hasan Arifin berupaya menambah undi majoriti 15,114 yang diperolehi Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Kenyataan itu dibuat ketika mula-mula Hasan diumumkan sebagai calon BN. Kemudian keyakinan itu diulang  beberapa kali seperti disiarkan media.

Tiada yang menghairankan kerana Hasan sendiri adalah ‘figure’ paling besar di Rompin. Beliau bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, juga pernah empat penggal menjadi Adun Ibam selain pemangku Ketua Bahagian Umno Rompin sedangkan calon PAS Ustaz Nazri Ahmad tidaklah dikenali ramai, selain daripada penduduk Keratong 5 dan ahli-ahli parti itu. Anak muda yang sangat merendah diri itu tiba-tiba muncul mencabar hegemoni BN.

Siapa sangka Ketua Pemuda PAS Pahang yang baru dinobatkan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin itu tiba-tiba menggoyahkan ‘keangkuhan’ parti pemerintah dengan mengurangkan hampir separuh majoriti BN.

PRK kali ini BN mendapat 23,796 undi berbanding PAS yang memperoleh 14,901 dengan majoriti  sebanyak 8,895. Pada PRU lepas BN mendapat 30,040 undi berbanding PAS sebanyak 14,926 undi. Ertinya BN kehilangan hampir separuh atau 41 peratus daripada keseluruhan undi.

Ingat, ini PRK bukan PRU. Jadi keputusan sudah tentu di luar jangkaan dan jangkauan otak mereka. Bukan itu saja, malah PAS yang sebelum ini kalah di semua 38 unit peti undi (UPU) kali ini berjaya menumpaskan BN di empat iaitu Pianggu, Muadzam Shah, Felda Keratong 4 dan Felda Keratong 2.

UPU Keratong 2 pula mempunyai cerita lain, kerana di situ merupakan tempat keluarga bekas Adun Ibam Datuk Safri Abdul Aziz. Beliau sebelum ini disebut-sebut antara calon BN dalam PRK yang baru berlalu selain Hasan.

Kita percaya di pihak BN, sudah tentu merasakan itu kemerosotan yang agak besar jika tidak masakan di media hari ini Muhyiddin berjanji akan membuat post-mortem berikutan kemerosotan dan kekalahan di tiga peti undi tersebut.

Umum sudah lama melihat dalam mana-mana PRK menyaksikan parti-parti pembangkang terpaksa berlawan menentang sebuah kerajaan. Bukan rahsia lagi ‘3M’ digunakan iaitu money, machinary dan media digunakan semahu-mahunya.

Jika di tempat lain wang BR1M diterima pada bulan depan, penduduk Rompin pula bertuah kerana demi PRK dasar kerajaan itu berubah diagihkan menjelang pemilihan. Bukan itu saja, malah basikal, cermin mata serta barang keperluan lain diedarkan dengan mudah.

Agensi-agensi kerajaan pula bergerak aktif dalam apa juga program khas untuk memenangkan calon BN. Sebagai contoh, pejabat pentadbiran Felda dibuka terus 24 jam sehari dalam tempoh kempen. Menteri-menteri juga bertumpu dan berkempen melalui portfolio masing-masing.

Televisyen dan radio yang sudah tentu dikuasai kerajaan, masih menjadi sumber rujukan terutama bagi pengundi saluran satu. Manakala sumber daripada medium internet hanya dipelopori generasi muda saja, terutama di kawasan luar bandar dan pekan kecil seperti Rompin.

Bagi PAS pula meskipun belum menang namun tetap mencatat sejarah. Bayangkan dalam mana-mana PRK yang lazimnya menyiarkan berita ahli PAS masuk Umno, PRK Rompin pula sebaliknya. Hampir 1,000 orang terutamanya golongan muda Felda menyeberang menyertai PAS.

Lebih manis lagi, lima cawangan PAS berjaya ditubuhkan dalam tempoh kempen sahaja. Ertinya jika golongan muda ini terus diprogramkan, cawangan-cawangan ditambah dengan gerak kerja serta tenaga tempatan dipertingkatkan dengan bidang masing-masing secara berfokus maka kita percaya pencapaian yang lebih baik dapat dicapai pada PRU akan datang.

Akhirnya, PRK kali ini menjadikan penduduk Rompin kini ‘bernilai tinggi’. Jika sebelum ini parlimen ini sentiasa dianggap ‘fixed deposit’ bagi BN tetapi kini tidak lagi boleh dipermudah dan dipermainkan. Kita percaya janji-janji yang dibuat akan dinilai semula. Semuanya gara-gara PRK yang memperlihatkan orang Rompin semakin cerdik berpolitik. - HARAKAHDAILY 7/5/2015

Sumber HD - 7-5-2015



PAS Pahang Ucap Terima Kasih Kepada Kelab Penyokong Bukan Islam PAS (DHPP)
Posted on Wednesday, May 06 @ 12:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tanpa mengira penat dan lelah pihak DHPP (Kelab Penyokong PAS Bukan Islam) merayu undi dan memberikan penerangan perjuangan PAS termasuk hudud.

Kredit:




Sumber TKO - 6-5-2015


PRK Rompin: PAS berjaya tingkatkan sokongan










| .


KUALA LUMPUR: PAS menang dan berjaya meningkatkan sokongan pengundi di banyak unit peti undi (UPU) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dalam keadaan BN berhadapan dengan kerugian dan kemerosotan sokongan yang sangatr ketara.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kebiasaannya BN menang besar dalam mana-mana PRK khususnya di tempat mereka sebagai penyandangnya.
Namun, meskipun limpahan janji pembangunan dan projek segera turun di Rompin, BN masih gagal mempertahankan reputasi sokongan mereka.
"Ia memberi satu petunjuk bahawa isu-isu yang dibawa oleh PAS berkaitan percukaian GST, salah urus kewangan negara, undang-undang Islam, Felda, pemilikan geran tanah yang dizalimi sejak puluhan tahun di Kuala Rompin semakin mendapat perhatian daripada pengundi Rompin.
"Apatah lagi berlaku peningkatan undi khususnya di kawasan Felda yang terkenal sebagai kubu Umno," katanya kepada Harakahdaily.
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Rompin adalah merosot iaitu 74% sahaja daripada 53,294 pemilih berdaftar telah keluar membuang undi pada hari semalam berbanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu iaitu sebanyak 85.9%.
Bagi mengukur secara lebih tepat tahap sokongan pengundi terhadap parti-parti yang bertanding dalam PRK Rompin, perbandingan keputusan semalam dengan keputusan PRU 13 perlu dibuat secara relatif dengan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua pilihanraya.

Pada PRU13, jumlah keluar mengundi ialah 45,849 orang dan keputusannya ialah BN mendapat 30,040 undi dan PAS pula mendapat 14,926 undi menjadikan majoritinya ialah 15,114 undi.

Bagi PRK Rompin yang diadakan semalam pula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan keputusannya iaitu BN mendapat 23,796 undi dan PAS pula mendapat 14,901 undi menjadikan majoritinya ialah 8,895 undi. Undi rosak pula ialah 591 undi.
Ini bermakna terdapat 39,288 orang yang telah keluar membuang undi pada hari semalam.

Dengan kemerosotan peratusan keluar mengundi semalam, bagi mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13, BN sekurang-kurangnya patut mendapat 25,741 undi dan PAS pula memadai mendapat 12,790 undi sahaja menjadikan majoritinya ialah 12,951 undi.

Tetapi, berdasarkan keputusan yang diumumkan semalam, undi BN menurun sebanyak 20.8% (6,244 undi) berdasarkan PRU13 lalu atau merosot 8.2% (1,945) untuk berada pada kedudukan mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13 lepas.

"Menariknya, undi PAS pula telah melebihi 14.2% (2,111 undi) daripada kedudukan untuk mengekalkan status quo tahap sokongan PRU13 lepas. Mudahnya, tahap sokongan terhadap PAS sebenarnya meningkat.
"Ini adalah satu kejayaan besar bagi PAS di kawasan pengundi majoriti Melayu dalam keadaan sebahagian tenaga kerja pilihan raya PAS dari Perlis, Kedah, Penang dan Perak dibekalkan ke Permatang Pauh," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS.
"Syabas juga diucapkan kepada Ustaz Nazri Ahmad kerana bersedia memikul amanah jamaah dan di atas semua pengorbanan yang telah dilakukan. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha kita semua," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. - HARAKAHDAILY 6/5/2015

Sumber HD - 6-5-2015









PRK Rompin: Petanda arus penolakan Najib

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin memberikan isyarat yang jelas kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi berkesan, demikian menurut Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Katanya, isu GST, 1MDB dan gaya pengurusan negara ala Najib adalah munasabah sebagai faktor penolakan itu.

"Faktor-faktor ini akan menjadi lebih penting menjelang PRU yang akan datang," ujar beliau kenyataan medianya.

Katanya, di PRK Rompin menyaksikan peningkatan undi yang ketara kepada PAS di beberapa peti undi sekalipun jumlah undi PAS berkurangan sebanyak 25 undi berbanding PRU lalu.

Peningkatan itu katanya sedikit sebanyak dikaitkan dengan isu semasa seperti GST dan penyenaraian FELDA.

"Pahang adalah Negeri Najib Tun Razak. Pengurangan majoriti calon BN sebanyak 6,244 undi adalah menunjukkan jumlah yang besar, pengundi tidak lagi bersedia memberikan kepercayaan mereka kepada parti yang dipimpin oleh DS Najib," tambahnya.

Husam berpandangan, pengundi yang diwakili oleh 6,244 orang itu sudah sedia berubah, namun paling tidak mereka yang pernah mengundi BN pada PRU lalu tidak lagi mengundi BN pada kali ini.

"Sungguhpun pada masa yang sama 6,244 pengundi itu tidak pula mengalihkan undi mereka kepada PAS atas sebab sebab yang mereka sendiri tahu, tetapi arus penolakan terhadap kepimpinan DS Najib adalah cukup besar untuk membuat perubahan sebaliknya," kata beliau.

Bagaimanapun beliau optimis, jika jumlah tersebut dapat diterjemahkan menjadi undi kepada pembangkang, tidak mustahil perubahan politik yang besar akan berlaku dalam negara.

Keputusan PRK Rompin semalam PAS telah berjaya mengurangkan majoriti BN kepada 8,895. Pada PRU lepas BN menang dengan majoriti sebanyak 15,114 undi. – HARAKAHDAILY 6/5/2015

Sumber HD - 6-5-2015

PRK Rompin: Anak muda Felda tolak Isa Samad

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Lonjakan sokongan anak muda Felda kepada PAS di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang berakhir semalam memberi isyarat bahawa mereka menolak individu bernama Isa Samad, demikian menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman.

Katanya, faktor kepimpinan Tan Sri Isa Samad selama empat tahun di dalam Felda menyebabkan pelbagai isu yang melanda agensi itu termasuklah kesannya kepada peneroka Felda.

"Dengan isu penyenaraian FGVH, pemecatan dua pengarah besar Felda dan beberapa dakwaan penyelewengan serta salah laku Isa Samad. Ini semua dalam tempoh 4 tahun dia di dalam Felda. Inilah kesannya," kata beliau kepada Harakahdaily.

Katanya, dengan kemenangan di dua peti undi Felda Keratong 2 dan Keratong 4 juga sebagai petanda supaya kerajaan meneliti apa yang sedang berlaku di dalam Felda sama ada selepas PRU-13 lalu pun tidak berlaku anjakan dan perubahan di seluruh negara.

Beliau tidak nafikan PAS juga berjaya mengurangkan majoriti BN di Rompin kerana penolakan terhadap pelaksanaan GST yang rata-rata mendapat bantahan hampir ke semua termasuk penyokong BN sendiri.

Bahkan katanya, untuk PAS mendapat undi di Felda bukanlah begitu mudah kerana berdasarkan PRK yang diadakan sebelum ini undi di Hulu Selangor, Kerdau dan Tenang tidak menyebelahi PAS.

"Peti undi Felda salah satu cabaran besar buat Anak dari segi gangguan dan provokasi seperti di Tenang yang ada 3 Felda kita dapat gangguan kuat dan sambutan begitu muram," katanya.

Kali ini di Rompin, katanya, suasana sangat berbeza apabila anak muda mula menunjukkan sokongan kepada PAS sebaik sahaja penamaan calon diumumkan.

"Pada program Pelancaran Selamatkan Felda di Keratong 4, seramai 200 anak muda menyertai PAS dan disusuli malam-malam berikutnya. Saya tengok bagaimana anak-anak muda daripada pelbagai latar belakang datang ke Markaz PAS untuk mengisi borang keahlian tanpa ditaja sebaliknya mereka membayar yuran ahli dengan duit mereka sendiri.

"Maknanya mereka bersedia membuat perubahan walaupun pada saat akhir BN menyogok mereka dengan beberapa janji ia tidak diendahkan," jelas Mazlan melihat usaha NGO Anak berbaloi dengan hasil yang mereka dapat.

Justeru katanya keberanian anak muda Felda satu lonjakan, yang selama ini menjadi keresahan Anak tentang bagaimana usaha mereka untuk mengajak pengundi membuat perubahan di Felda.

Peti undi di Keratong 5 PAS hanya kalah kepada 12 undi sahaja.

Suasan ini begitu berbeza ketika pada PRU-13 lalu. Daripada 115 Felda di Pahang, hanya Felda Jengka 18 memihak kepada PAS.

Pada 29 April lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yakin BN menang majoriti lebih 15,000 di PRK Rompin. Bagaimanapun keputusan PRK Rompin semalam PAS berjaya mengurangkan majoriti BN kepada 8,895. Pada PRU lepas BN menang dengan majoriti sebanyak 15,114 undi. – HARAKAHDAILY 6/5/2015

Sumber HD - 6-5-2015


















Rompin: Cabaran Pemuda PAS tingkat undi anak muda

HARAKAHDAILY | .


ROMPIN: Keputusan Pilihan raya Kecil (PRK) Rompin merupakan cabaran kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk meningkatkan undi anak dalam pilihan raya umum akan datang.

"Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat keputusan PRK Rompin adalah satu cabaran untuk meningkatkan undi anak muda bagi memastikan sokongan mereka kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang," ujar Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Justeru, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia itu, pihaknya akan buat analisis untuk menambahkan sokongan anak muda khususnya di Parlimen Rompin pada pilihan raya umum nanti.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di pusat penjumlahan undi PAS di sini, malam tadi. Turut sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas pada PRK Rompin.

"Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh jentera parti khususnya Pemuda PAS yang datang dari seluruh pelosok negara untuk membantu dan memastikan kemenangan kepada calon PAS.

Sementara itu, calon PAS pada PRK itu, Ustaz Nazri Ahmad melahirkan rasa gembira dengan keputusan yang diperolehi itu.

"Alhamdulillah telah selesai PRK Rompin yang kita sama-sama tahu keputusannya. Walaupun PAS belum memenanginya tetapi sangat menggembirakan kita," ujarnya.

Ini, katanya kerana undi anak muda dapat mengurangkan majoriti yang diperolehi BN pada PRK kali ini.

"Insya Allah undi anak muda akan lebih baik dalam pilihan raya umum. Selepas ini kita akan gerak jentera dengan sebaik mungkin untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua petugas PAS yang datang membantu, beliau berkata tunjuk ajar mereka akan membuka jalan kepada PAS kawasan untuk mengorak langkah dalam pilihan raya umum nanti.

Pada PRK semalam, beliau memperoleh 14,901 undi sementara calon BN, Datuk Hasan Arifin, meraih 23,796 undi. - HARAKAHDAILY 6/5/2015



Sumber HD - 6-5-2015

Ustaz Nazri ucap terima kasih kepada semua petugas

HARAKAHDAILY | .


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan semua penerus perjuangan Baginda hingga hari kiamat.

Di ruangan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga, pertamanya kepada al-Fadhil Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, seluruh saf kepimpinan PAS Pusat serta dewan-dewan, seluruh saf kepimpinan PAS Negeri Pahang serta dewan-dewan, kepimpinan dan jentera negeri-negeri serta kawasan-kawasan pembantu, tidak lupa juga kepada petugas-petugas tempatan dan semua yang terlibat membantu PAS dalam Pilihan raya Kecil (PRK) P091 Rompin.

Kejayaan mengurangkan majoriti BN dengan jumlah yang agak besar dalam pilihan raya kecil ini adalah kerana pertolongan Allah serta komitmen dan pengorbanan yang tinggi daripada jentera parti, sama ada jentera pembantu mahupun petugas tempatan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada para pengundi yang telah mengundi PAS dalam pilihan raya kecil kali ini. Terutamanya peningkatan undi dari golongan muda.

Semoga segala sumbangan yang diberikan dan pengorbanan yang dicurahkan akan dibalas oleh Allah SWT dengan sebaik-baik balasan di dunia dan di akhirat.

Salam Perjuangan,

USTAZ NAZRI AHMAD
Calon PAS PRK P091 Rompin

Sumber HD - 6-5-2015











Kemerosotan BN di Rompin hantar isyarat ke Pmtg Pauh

HARAKAHDAILY | .


ROMPIN: Kemerosotan besar undi BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin menghantar isyarat yang jelas kepada para pengundi PRK Permatang Pauh.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kekurangan undi BN sebanyak 6,244 undi berbanding Pilihan raya Umum ke-13 akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.

"Kita harap keputusan PRK Rompin ini akan membantu PKR menghadapi BN pada PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini," ujarnya pada sidang media di Pusat Penjumlahan Undi PAS PRK Rompin, di sini malam ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan calon PAS PRK Rompin, Ustaz Nazri Ahmad.

Beliau berkata, pencapaian yang diperolehi oleh PAS kali ini agak baik berbanding PRU13 lalu kerana PAS dapat meningkatkan undi popular lebih 10 peratus.

"Hampir semua peti undi ada peningkatan kepada PAS menyebabkan undi BN merosot lebih 6,000 undi dan ini boleh dibanggakan dalam PRK Rompin," ujarnya.

Menurut beliau lagi, beberapa peti undi dalam kawasan Felda yang selama ini tidak pernah mencatat kemenangan berjaya dimenangi oleh PAS kali ini.

Selain itu, katanya pencapaian PAS amat memuaskan dalam kalangan pengundi muda bagi saluran 4, 5 dan 6 yang agak ketara pada PRK Rompin.

"Jelas mereka bangkit dengan tema yang kita bawa 1 undi untuk PAS 1 undi tolak GST," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau berkata, isu anak muda di kawasan Felda seperti harga rumah untuk generasi kedua, kurangnya peluang pekerjaan dan sikap kerajaan yang kurang memberi tumpuan kepada pertanian antara faktor meningkatnya sokongan golongan itu kepada PAS.

Justeru, kata beliau pihaknya akan menumpukan usaha untuk terus mendekati anak muda di samping mengutamakan lima cawangan baru yang ditubuhkan sepanjang kempen PRK Rompin.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK P.91 Rompin itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas PAS dari seluruh negara yang berusaha bersungguh-sungguh meraih sokongan para pengundi pada PRK ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada calon BN, Datuk Hasan Ariffin yang berjaya mengekalkan kemenangan.

Hasan memperoleh 23,796 manakala Ustaz Nazri meraih 14,901 undi.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mendapat 30,040 undi sementara calon PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 5/5/2015

Sumber HD - 5-5-2015


Keputusan Rasmi Parlimen Rompin BN Memang Dengan Majoriti 8,895 undi
Posted on Tuesday, May 05 @ 22:50:49 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


BN kekal kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 8,895 undi



Calon BN, Datuk Hasan Arifin (gambar) memperolehi 23,796 undi manakala calon PAS, Ustaz

Nazri Ahmad memperoleh 14,901 undi.
ROMPIN: Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi P.091 Rompin pada pilihan 



raya kecil (PRK) Parlimen itu hari ini.



Calonnya, Datuk Hasan Arifin yang merupakan bekas timbalan menteri besar Pahang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 8,895, meraih jumlah undi sebanyak 23,796 undi.

Beliau yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin menewaskan Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad yang mendapat 14,901 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli pada Selasa sekitar jam 10.25 malam.

Sebanyak 38 pusat mengundi telah dibuka bagi proses pembuangan undi di mana jumlah keseluruhan peti undi termasuk undi pos ialah 120 dan jumlah undi ditolak ialah 591.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

Menurut SPR, sebanyak 73 peratus pengundi daripada 53,294 pengundi di kawasan itu telah keluar mengundi.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Allahyarham Jamaluddin yang memperoleh 30,040 undi menang dengan majoriti 15,114 undi menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh yang mendapat 14,926 undi.


Sumber TKO - 5-5-2015

Hampir Muktamad BN Menang dengan majoriti berkurangan 8,756 undi
Posted on Tuesday, May 05 @ 21:06:51 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



[KEMASKINI 9.45 MLM] Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi pilihan raya kecil Rompin dengan memperoleh undi majoriti lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013.

Dalam pilihan raya kecil hari ini, Bernama melaporkan calon BN Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,627 undi berbanding Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad yang menerima 14,871 undi, Kedua-dua mereka dipisahkah dengan 8,756 undi majoriti.

Berdasarkan bandingan, perolehan semasa menunjukkan PAS mengekalkan undi yang diperoleh parti itu pada 2013, manakala BN 'kehilangan' hampir separuh undi majoriti.

Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926. Majoriti untuk BN ialah 15,114 undi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.

Dalam PRU ke-13, 85.89 peratus daripada keseluruhan 53,596 pengundi berdaftar keluar mengundi, manakala hari ini ialah kira-kira 72 peratus.

Ada dua isu besar mendominasi kempen pilihan raya umum ini, iaitu hudud dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada masa sama, BN bersungguh-sungguh mahu menunjukkan prestasi terbaiknya ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berdepan kritikan pedas dan berterusan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad serta penyokongnya.


erincian JKM setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) seperti berikut:

(1) Bandar Bukit Ibam 1559 / 933 : (60%) / BN 809 / PAS 115
(2) Kg Aur: 784 / 508 (65%) / BN 442 / PAS 66
(3) Kota Bahagia: 887 / 592 (67%). / BN 521 / PAS 71
(4) Bukit Serok: 725 / 483 (67%). / BN 319 / PAS 164
(5) Felda Keratong 2: 2524 / 1670 (66%). / BN 775 / PAS 895
(6) Felda Keratong 3: 1932 / 1079 (56%). / BN 802 / PAS 277
(7) Felda Keratong 5: 2119 / 1346 (63%). / BN 768 / PAS 579
(8) Felda Keratong 7: 1693 / 1100 (65%). / BN 594 / PAS 506
(9) Felda Keratong 4: 2350 / 1489 (63%). / BN 852 / PAS 637
(10) Felda Keratong 1: 3279 / 2117 (65%). / BN 1793 / PAS 324
(11) Felda Selancar 1: 1709 / 1298 (76%). / BN 1027 / PAS 271
(12) Muadzam Shah: 3293 / 1915 (58%). / BN 724 / PAS 571
(13) Bukit Ridan: 312 / 185 (59%). / BN / PAS
(14) Felda Keratong 10: 1358 / 845 (62%). / BN / PAS
(15) Felda Keratong 9: 1874 / 1470 (78%). / BN 958 / PAS 512
(16) Felda Keratong 8: 1504 / 976 (65%). / BN / PAS
(17) Kedaik: 1117 / 667 (60%). / BN / PAS
(18) Gading: 1055 / 706 (67%). / BN 654 / PAS 52
(19) Leban Chondong: 1250 / 814 (65%). / BN 718 / PAS 96
(20) Felda Keratong 6: 1593 / 1093 (69%). / BN 769 / PAS 324
(21) Cenderawasih: 396 / 235 (59%). / BN 191 / PAS 44
(22) Felda Selancar: 2194 / 1736 (79%). / BN 1274 / PAS 446
(23) Felda Selancar 3: 1449 / 964 (67%). / BN 636 / PAS 328
(24) Sungai Puteri: 2048 / 1201 (59%). / BN 701 / PAS 500
(25) Kuala Rompin: 969 / 617 (64%). / BN 389 / PAS 228
(26) Bandar Baru Rompin: 2468 / 1299 (53%). / BN 855 / PAS 444
(27) Pontian: 1952 / 1273 (65%). / BN 1150 / PAS 63
(28) Kg Janglau: 757 / 576 (76%). / BN 428 / PAS 148
(29) Kg Jawa: 1038 / 702 (68%). / BN 511 / PAS 163
(30) Endau: 1560 / 852 (55%). / BN 659 / PAS 193
(31) Pianggu: 1522 / 792 (52%). / BN 541 / PAS 251
(32) Felda Selendang: 1906 / (%). / BN / PAS
(33) Tekek: 666 / 360 (54%). / BN / PAS
(34) Juara: 171 / 164 (96%). / BN / PAS
(35) Kampung Genting: 142 / 105 (74%). / BN / PAS
(36) Mukut: 136 / 114 (84%). / BN / PAS
(37) Sarang Tiong: 834 / 413 (50%). / BN 271 / PAS 142
(38) Denai: 170 / 151 (89%). / BN 148 / PAS 3

.....

KEPUTUSAN TIDAK RASMI


1)N.40 BUKIT IBAM
BANDAR BUKIT IBAM
BN :562
PAS :289
MAJ :273

2) KAMPUNG AUR: 150 / 784 (19.13%)
BN :387
PAS :138
MAJ :249
3) KOTA BAHAGIA
BN :485
PAS :173
MAJ :312
4) BUKIT SEROK
BN :377
PAS :113
MAJ :264
5) FELDA KERATONG 2
BN :930
PAS :940
MAJ :-10
6) FELDA KERATONG 3
BN :854
PAS :618
MAJ :236
7) FELDA KERATONG 5
BN :769
PAS :757
MAJ :12
8) FELDA KERATONG 7
BN :840
PAS :372
MAJ :468
9) FELDA KERATONG 4
BN :841
PAS :865
MAJ :-24
10) FELDA KERATONG 1
BN :1581
PAS :805
MAJ :776
11) FELDA SELANCHAR 1
BN :876
PAS :436
MAJ :440
N.41 MUADZAM SHAH
12) MUADZAM SHAH
BN :1037
PAS :1110
MAJ :-37
13) BUKIT RIDAN
BN :146
PAS :54
MAJ :92
14) FELDA KERATONG 10
BN :625
PAS :387
MAJ :238
15) FELDA KERATONG 9
BN :839
PAS :549
MAJ :290
16) FELDA KERATONG 8
BN :701
PAS :406
MAJ :295
17) KEDAIK
BN :490
PAS :161
MAJ :329
18) GADING
BN :640
PAS :159
MAJ :481
19) LEBAN CHONDONG
BN :743
PAS :240
MAJ :503
20) FELDA KERATONG 6
BN :850
PAS :333
MAJ :517
21) CHENDERAWASIH
BN :196
PAS :49
MAJ :147
22) FELDA SELANCHAR
BN :1062
PAS :568
MAJ :494
23) FELDA SELANCHAR 3
BN :668
PAS :419
MAJ :249
N.42 TIOMAN
24) SUNGAI PUTERI
BN :778
PAS :726
MAJ :52
25) KUALA ROMPIN
BN :415
PAS :259
MAJ :156
26) BDR BARU ROMPIN
BN :826
PAS :790
MAJ :36
27) PONTIAN
BN :954
PAS :514
MAJ :440
28) KAMPUNG JANGLAU
BN :380
PAS :197
MAJ :183
29) KAMPUNG JAWA
BN :444
PAS :328
MAJ :116
30) ENDAU
BN :637
PAS :386
MAJ :251
31) PIANGGU
BN :597
PAS :600
MAJ :-3
32) FELDA SELENDANG
BN :935
PAS :519
MAJ :416
33) TEKEK
BN :244
PAS :144
MAJ :100
34) JUARA
BN :82
PAS :48
MAJ :34
35) KG GENTING
BN :84
PAS :19
MAJ :65
36) MUKUT
BN :72
PAS :13
MAJ :59
37) SARANG TIONG
BN :385
PAS :264
MAJ :121
38) DENAI
BN :139
PAS :12
MAJ :127

KESELURUHAN
JUMLAH TURN OUT: 39, 320 / 52,744 (73.78%)
BN 23, 471 (59. 69%)
PAS 14, 760 (37.0 %)
MAJ 8, 711

Sumber TKO - 5-5-2015

BN Akan Hilang Undi Kerana GST


Oleh KAM
ROMPIN – Umno dan Barisan Nasional (BN) bakal ‘kehilangan’ banyak undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin kali ini, akibat pelaksanaan Sistem Percukaian dan Perkhidmatan (GST) pada awal April lalu.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Puan Zaroni Othman berkata pelaksanaan cukai GST amat memberi kesan kepada rakyat terutama di kalangan kaum wanita.

Ini kerana, katanya cukai GST itu turut meningkatkan kos sara hidup rakyat dengan kenaikkan harga barangan pengguna.

Menurutnya, kaum wanita yang ditemui melalui kempen pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rompin juga menolak GST.

“Mereka (kaum ibu) yang kami (Muslimat PAS) temui dari rumah ke rumah dalam kempen (pilihan raya ) ini. Mereka juga cukup marah dan tidak bersetuju dengan GST.

“Mereka (rakyat) terpaksa tambah kos sara hidup bulanan, sebab harga barang semuanya naik, jadi mahal dan kena tambah belanja.

“Kami (PAS) cuba terang dan jelaskan kesan dari GST kepada rakyat dan nampaknya mereka faham dan marah,” ujarnya ketika ditemui Harakah di lokasi Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri, Kuala Rompin, pagi tadi.

Namun, katanya majoriti rakyat yang tidak bersetuju itu termasuk di kalangan ahli dan penyokong Umno-BN tidak berani menyatakan bantahan secara terbuka.

kam(a)-rompin1

Seorang pengundi tempatan, Puan Ghalizah Ab. Ghani, 53, dari Kampung Sungai Puteri mengesahkan bantahan pengundi di Dun Rompin mengenai isu cukai GST.

Katanya, bantahan terhadap cukai GST cukup difahami oleh golongan muda dan pertengahan kecuali di kalangan warga emas serta orang asal.

“Saya orang tempatan dan pengundi di Dun Rompin ini, saya tahu rakyat (pengundi) amat tidak bersetuju dan bantah cukai GST ini.

“Orang muda, (orang) peringkat pertengahan…mereka cukup faham dan terasa beban dari GST yang baharu dikenakan kepada rakyat ini. Kecuali, orang warga emas (tua) dan orang asal (Asli) macam kurang faham sikit,” jelasnya.

Beliau yang ditemui Harakah selepas membuang undi di Pusat Mengundi SK Sungai Puteri itu mendakwa Umno-BN akan kehilangan undi rakyat dengan GST.

Menurutnya, kempen selama 10 hari di PRK Rompin ini mendapati reaksi rakyat akan membuat proses secara senyap.

kam(b)-rompin2

Seorang lagi warga emas dan pengundi tempatan, Encik Sulong Abdullah, 84, turut membantah GST setelah mendapat penjelasan dari kempen pilihan raya.

“Dulu (sebelum ini) Pok Long tak tahu apa-apa pun GST ini, orang (kerajaan) kata elok (baik), kita (rakyat) kata baiklah. Tapi, bila ada orang beritahu hal sebenar (GST)… Pok Long tak setuju.
“Sebab, kerana cukai (GST) itu harga barang jadi mahal. Kami (rakyat) yang susah jadi semakin susahlah,” ujarnya kepada Harakah.

Beliau yang berasal dari Terengganu telah berhijrah ke Rompin, Pahang ini sejak tahun 1945 lagi dan kini mempunyai 12 orang anak, belasan cucu dan beberapa orang cicit.

Ketika ditanya, siapakah calon pilihan Pok Long pada PRK Rompin kali ini, beliau berkata itu adalah ‘rahsia’ dan pengundi yang bijak adalah rakyat yang bebas merdeka.

Sementara itu, Ketua Penerangan Muslimat PAS Marang, Puan Wan Mariam Wan Jusoh, 56, berkata para pengundi di Unit Peti Undi (UPU) Kuala Rompin mudah didekatinya.

“Mereka (pengundi) di UPU Kuala Rompin dan lain-lain juga mudah didekati dan berfikiran terbuka tanpa mengira fahaman parti politik.

“Kerja (kempen) kami (muslimat) semua jadi lebih mudah dan tidak susah untuk menerangan kepada para pengundi di sini (Rompin). Bila (bawa) isu GST, harga barang naik dan hudud, mereka boleh terima,” ujarnya.

Menurutnya, kerja kempen muslimat PAS setiap hari membuat culaan serta melakukan ziarah dari rumah ke rumah.

Harakah dimaklumkan, kontijen PAS Terengganu diamanahkan bagi membantu gerak kerja pilihan raya di Dun Rompin sejak hari penamaan calon hingga hari mengundinya.

Sumber BO - 5-5-2015















PRK Rompin: Mengundi untuk perubahan















HARAKAHDAILY | .



Hari ini rakyat Rompin akan mengundi untuk menyumbang kepada usaha menentukan masa depan agama, negara, negeri dan parlimen Rompin.

Kepimpinan adalah amanah. Bukan hanya amanah untuk membangunkan negara dari sudut kebendaan tetapi lebih utama amanah untuk memimpin manusia untuk mendapat redha Allah dalam kehidupan seharian. Rakyat Rompin bakal memilih pemimpin yang terbaik untuk melaksanakan amanah tersebut.

Rakyat Rompin sedang berhadapan isu pembangunan yang masih belum lengkap walaupun telah merdeka 58 tahun. Lebuh raya atau jalan raya yang lapang dan luas yang boleh menjimatkan masa pergerakan antara parlimen Rompin yang luas dan menghubungkannya dengan bandar-bandar utama seperti Kuantan sepatutnya telah dinikmati oleh rakyat Rompin sekian lama. Ia tentu membantu pertumbuhan ekonomi setempat. Malangnya ia bukan milik mereka.

Isu pemberian hak milik tanah khususnya di Kuala Rompin sewajarnya menjadi pertimbangan pengundi. Islam menegaskan hak rakyat yang telah membuka tanah apatah lagi puluhan tahun untuk mendapatkan hak milik mereka yang sah. Menafikan hak mereka untuk mendapat geran adalah satu penindasan dan kezaliman. Sejak puluhan tahun janji pemberian hak milik tanah didendangkan setiap kali pilihanraya maka wajarlah kali ini rakyat Kuala Rompin menghantar satu signal protes menerusi undi.

Peneroka Felda adalah antara rakyat teramai di Rompin. Masa depan mereka dalam keadaan suram dengan pelbagai isu melengkari FGV dan Felda sendiri. Tentunya ini peluang para peneroka untuk menghantar isyarat protes kepada BN.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tentunya dirasai kesannya oleh rakyat Rompin yang masih ramai berhadapan dengan masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan. Cukai yang dikenakan kepada golongan yang tiada kemampuan meskipun dengan amaun yang kecil adalah satu penindasan yang tidak diredhai oleh Islam.

Desakan rakyat Malaysia supaya kerajaan menghapuskan GST terbeban di bahu rakyat Rompin hari ini. Kekalahan BN dalam PRK Rompin adalah isyarat jelas daripada rakyat yang menolak GST.

Untuk itu, Dewan Ulamak PAS Pusat merayu para pengundi di Rompin untuk memanfaatkan kuasa undi mereka dalam PRK kali ini. Moga ianya menjadi satu kebaktian kita untuk agama, bangsa dan negara tercinta.

Selamat Mengundi. UNDI UNTUK 1 PERUBAHAN.

Ustaz Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

5 Mei 2015

Sumber HD - 5-5-2015

Perincikan perjanjian rumah generasi kedua Felda
















DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .


1. Walaupun Naib Presiden UMNO, DS Hishamuddin telah menafikan bahawa penurunan harga sebanyak 28% iaitu dari RM125,000 kepada RM90,000 untuk setiap unit rumah generasi kedua peneroka Felda yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri beberapa hari lalu sebagai umpan politik sempena PRK Rompin, saya tetap prejudis dengan tawaran itu.

2. Jika benar sekalipun dakwaan Datuk Razali Ibrahim pula bahawa 'perbincangan' telah pun dibuat sebelum ini justeru ia bukan umpan pilihanraya, persoalannya adakah perbincangan itu telah menghasilkan kata putus? Kenapa keputusan itu diuar-uarkan pada masa pilihanraya sedang berjalan? Kenapa tidak sahaja diumum lebih awal atau selepas pilihanraya sahaja?

3. Jelas sekali! Hakikatnya ia adalah tindakan terdesak untuk memastikan sokongan kepada BN tidak merosot- memandangkan terdapat 14 Felda di parlimen Rompin. Ini kerana hanya dengan kemerosotan undi sahaja pun akan memberi signal penolakan besar-besaran rakyat keseluruhannya terhadap polisi percukaian yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan kenaikan pelbagai kos sara hidup.

4. Oleh itu, saya mendesak Kerajaan supaya:

     (a) Mendedahkan butiran lengkap berkenaan tawaran skim sewa beli rumah ini termasuklah jumlah bilangan rumah dan jumlah tanggungan kewangan Kerajaan bagi merealisasikan tawaran ini.

     (b) Menyegerakan urusan perjanjian skim sewa beli rumah ini dengan peneroka termasuklah menyatakan secara terperinci tarikh kemasukan, harga rumah dan kaedah pembayaran.

5. Jika dua desakan ini gagal ditunaikan, semakin jelaslah bahawa tawaran itu tidak lebih daripada janji kosong dan gula-gula politik sahaja.

Sekian.

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Tarikh: 5 Mei 2015 / 16 Rejab 1436H

Sumber HD - 5-5-2015

PRK Rompin: Isyarat positif daripada pengundi muda

HARAKAHDAILY | FOTO MOHD NASIR | .




ROMPIN: Para pengundi terutama anak muda memberi isyarat yang positif kepada calon PAS,
Ustaz Nazri Ahmad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ini ditambah pula dengan calon PAS, Ustaz Nazri, 40, adalah daripada anak muda berbanding calon BN.

Ini, ujarnya dapat menarik sokongan anak-anak muda termasuk dalam kalangan generasi kedua Felda.

"Ini berikan tarikan yang sangat baik untuk anak muda dan saya jangka ini juga akan memberikan saingan sengit kepada BN walaupun Rompin adalah kubu kuat BN," ujarnya ketika ditemui sewaktu mengiringi Ustaz Nazri melawat kawasan mengundi pada PRK Rompin.

Beliau berpandangan PRK Rompin akan menjadi tanda aras kepada suasana yang akan berlaku menjelang Pilihan raya Umum ke-14 nanti.

"Ini kerana pada PRU14 nanti, kita jangka isu GST telah berjaya membuka minda masyarakat khususnya pengundi muda," ujarnya lagi.

Justeru, kata beliau cabaran pada PRK ini sangat besar kepada PAS kerana berdepan dengan majoriti yang besar diperolehi BN pada PRU lalu.

"Walaupun begitu kali ini kita lihat sokongan anak muda yang membanggakan khususnya di kawasan yang padat termasuk di tanah rancangan Felda walaupun Felda dilihat sebagai kubu kuat Umno," kata beliau lagi.

Bahkan, menurut beliau adakalanya di beberapa tempat bendera PAS lebih banyak daripada BN.

"Kita lihat dalam PRK Rompin ini semuanya ada kemungkinan dan tidak mustahil akan berlaku perubahan," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 5/5/2015

Sumber HD - 5-5-2015







Ustaz Nazri, isteri mengundi di SAR Felda Keratong 5

HARAKAHDAILY | FOTO MOHD NASIR | .






ROMPIN: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Ustaz Nazri Ahmad mengundi di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Asriah Felda Keratong.

Beliau bersama isteri membuang undi di saluran 3 pusat mengundi itu sebaik sahaja dibuka pada jam 8.00 pagi kepada orang ramai.

Setelah itu, beliau yang diiringi Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi meninggalkan tempat itu untuk melawat pusat mengundi di Felda Keratong 4 dan seterusnya kawasan Parlimen Rompin.

PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mendapat 30,040 undi sementara calon PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 5/5/2015

Sumber HD - 5-5-2015



















Rompin: Undilah PAS sebagai mesej bantah GST

HARAKAHDAILY | .


Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi Parlimen Rompin hari ini dan menyeru semua pengundi yang layak mengundi menunaikan hak mereka.

Pilihlah calon PAS bagi menyuarakan mesej bahawa rakyat Rompin menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan sebagai satu teguran telus dari rakyat kepada pemimpin.

Kepada pengundi wanita khususnya, kami yakin anda sangat merasai kesan perlaksanaan GST ini memandangkan ia berkaitan langsung dengan perbelanjaan harian keluarga. Semua lapisan rakyat daripada berpendapatan tinggi dan suri rumah yang tidak berkerja juga terpalit dengan sistem cukai baru ini. Sama-sama kita buat perubahan kerana pengundi wanita sangat besar sumbangan anda.

Calon PAS Ustaz Nazri Ahmad, 40, dilihat mampu menggalas amanah sebagai pemimpin di parlimen ini berdasarkan pakej beliau anak tempatan, perwatakan, peribadi dan latar belakang agama dan pendidikan yang baik. Seorang yang mesra dan dikenali oleh rakyat tempatan kerana banyak bergaul dengan semua lapisan masyarakat menjadikan beliau cakna dengan permasalahan rakyat dan boleh menyampaikan suara rakyat Rompin di Parlimen.

DMPM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas-petugas yang telah mengerah tenaga siang dan malam bagi melancarkan gerak kerja pilihan raya kecil kali ini semoga pengorbanan ini diterima Allah sebagai amal soleh.

Kami juga memohon agar semua ahli PAS, pendukung mahupun penyokong teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah agar PAS diberi kemenangan dalam pilihan raya kali ini. - HARAKAHDAILY 5/5/2015

Siti Zailah Mohd Yusof
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
Ahli Parlimen Rantau Panjang

5 Mei 2015

Sumber HD - 5-5-2015

ROMPIN : TIME TO SEND A STRONG MESSAGE TO BN -  HD

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35228-rompin-time-to-send-a-strong-message-to-bn


Sumber HD - 5-5-2015

Nasib Rakyat Malaysia Di tangan Pengundi Rompin


Oleh : Akhr Mujahid
ROMPIN – Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin yang berlangsung esok akan menjadi penentu kepada nasib seluruh rakyat Malaysia.

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, pengundi Rompin mesti menyampaikan mesej kepada pihak kerajaan

“kita mesti menyampaikan mesej kepada pihak kerajaan bahawa perubahan perlu dilakukan melalui kotak undi esok,“ katanya ketika berucap pada satu siri kempen PAS di Pantai Hiburan dekat sini pada petang Isnin 4 Mei.

Menurutnya, kehidupan rakyat sekarang ini banyak terkesan dengan tekanan ekonomi yang dikenakan oleh kerajaan.

“pendapatan bulanan rakyat yang mereka perolehi tidak kukuh, ramai yang terpaksa mengambil kerja sambilan lain. Ada yang baru pulang daripada kerja, pergi keluar lagi untuk berniaga. Suami bekerja, isteri pun bekerja, anak-anak terabai.”tambah beliau



Akibat tekanan hidup itu, kata beliau, anak-anak tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa dan tidak mendapat pendidikan secukupnya.

Kajian yang telah dibuat di beberapa buah negeri menunjukkan, masalah ekonomi adalah sebab mengapa kes-kes penceraian berlaku.

“Suami isteri bergaduh kerana wang tidak cukup………. dan akhirnya anak-anak tertekan (menjadi mangssa) menyebabkan permasalahan sosial (meningkat),”jelasnya

Beliau mendedahkan, satu tinjauan yang dibuat oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Seluruh Malaysia (FOMCA) menyimpulkan satu kenyataan bahawa, harga barangan pengguna secara umumnya telah meningkat 20-30 peratus.

Peningkatanharga tersebut, kata beliau, adalah hasil daripada tindak balas rantaian hasil daripada GST.

“Maka kerana itulah kita menyampaikan mesej kepada kerajaan bahawa perubahan perlu dilakukan melalui kotak undi dan apa yang kita akan pangkah esok.” ujarnya mengakhiri ucapannya.

Sumber BO - 4-5-2015

Undi Calon PAS Rompin Isyarat Kepada Perubahan


Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Dalam Surah Al-Ma’un, Allah سبحانه وتعالى telah memulakan dengan satu pertanyaan kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم,
أرءيت الذي يكذب بالدين؟
(سورة الماعون : 1)


“Tahukah kamu (wahai Muhammad) siapakah yang berdusta terhadap agama?”

2. Jika soalan begitu diajukan kepada kita, secara mudah kita akan mengandaikan pendustaan yang paling ketara sebagai jawapannya. Mungkin kita berfikir mereka yang mensyirikkan Allah atau mereka yang menentang Allah dan rasulNya sebagai pendusta agama.

3. Walau bagaimanapun, Allah menyediakan jawapan kepada persoalan tersebut. FirmanNya ;

فذالك الذي يدع اليتيم، ولا يحض على طعام المسكين
(سورة الماعون : 2-3)


“Mereka ialah orang yang menindas dan berlaku zalim terhadap anak yatim dan juga orang yang tidak menggalakkan memberi makan kepada golongan miskin.”

4. Inilah jawapan Allah SWT. Ia mengubah haluan fikiran kepada persoalan yang tidak terfikirkan. Ia mengubah daripada melihat kepada persoalan ketuhanan dan kerasulan kepada persoalan hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan.

5. Ia memberi isyarat yang jelas dan begitu bermakna. Ia menjadi satu peringatan tegas kepada setiap induvidu muslim agar melihat hubungan sesama manusia adalah juga satu isu besar agama dan ibadah. Dan pastinya ia merangkumi semua pihak terutamanya kepada pihak kerajaan dan penguasa yang wajib bertanggungjawab terhadap keperluan anak-anak yatim dan orang-orang miskin.

6. Perlaksanaan cukai GST terbukti membebani semua peringkat rakyat tidak kira yang berpendapatan sederhana mahupun miskin termasuklah anak-anak yatim. Rakyat tidak dapat tidak tetap akan berbelanja dan ia menyebabkan mereka akan ‘terpaksa’ membayar cukai walaupun mereka anak yatim dan orang miskin. Bukankah itu suatu penindasan?

7. Apakah pula ‘maslahat’ yang terlalu mendesak sehingga kerajaan terpaksa memilih satu sistem dan polisi awam yang menindas rakyat seperti GST? Belum lagi menyentuh soal hak-hak orang miskin pedalaman yang masih belum tertunai sehingga ke hari ini.

8. Pengalaman berkempen di kawasan-kawasan pedalaman dalam PRK Rompin memberikan kesan yang mendalam kepada jentera parti. Masyarakat di sana hidup di ceruk pedalaman, tersepit dalam kesengsaraan. Mereka menjadi mangsa kebobrokan polisi awam dan janji manis kerajaan UMNO/BN yang memerintah.

9. Masyarakat miskin di ceruk-ceruk perkampungan tidak memiliki kehidupan yang selesa. Adakah undi mereka selama ini sekadar untuk menghantar wakil ke parlimen, kemudian tiada tanggungjawab lain yang mesti ditunaikan kepada pengundi terutamanya golongan miskin?

10. Sebab itu saya mengharapkan agar perubahan yang diharapkan pengundi diterjemahkan ke atas kertas undi dengan memilih calon PAS. Ia terletak sepenuhnya di atas pilihan pengundi dan saya yakin masanya sudah sampai untuk menolak calon UMNO/BN.

Ayuh pengundi, berubahlah demi masa depan!

Sumber BO - 4-5-2015

PRK Rompin; PAS Yakin Perubahan Besar Akan Berlaku


Oleh : Ibnu Hassan
BANDAR TUN RAZAK- Presiden ANAK, Mazlan Aliman teruja dan yakin perubahan besar akan berlaku dalam keputusan pilihan raya kecil Parlimen Rompin yang akan diadakan esok, 5 Mei.

“Ini satu pengalaman yang baru bagi saya kerana saya tak bertemu pada pilihanraya kecil sebelum ini dengan kemasukan ahli pas yang jumlahnya cukup besar dan sehingga hari ini jumlahnya mencecah 700 orang,

“Saya yakin bahawa ini merupakan satu lonjakan daripada kesedaran dikalangan pengundi muda,” Ujarnya ketika ditemui selepas majlis Ikrar Anak Muda Felda akan menyokong calon PAS yang diadakan di sini pada tengah hari, 4 Mei.



Menurut beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, apabila mereka melihat kepincangan pelbagai isu penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa maka anak-anak muda ini secara spontan menunjukkan sikap sebagai tanda protes mereka.

“Saya yakin ini adalah peluang untuk mereka gunakan protes ini dalam bentuk undi dan In Sha Allah pada hari esok saya optimis anak muda terutamanya mereka akan tunjukan bantahan,”kata beliau

Sumber BO - 4-5-2015


‘Orang Asal’ Terima PAS

Oleh: Fomuyo
BANDAR TUN RAZAK – Kempen PAS bagi PRK Parlimen Rompin memasuki fasa akhir dengan terus mendekati pengundi khususnya masyarakat orang asal selain memperkenalkan calon kepada pengundi di Rompin.

Bercakap kepada media, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, strategi PAS sterusnya adalah mendekati masyarakat orang asal yang mana sebelum ini dilihat sebagai golongan yang dianggap sukar didekati.

“Starategi kedua kita adalah satu ‘group’ kita keluar daripada zon peneroka Felda memberi fokus kepada satu golongan yang selama ini kita anggap sukar iaitu masyarakat orang asal” ujarnya.

Tambahnya , penerimaan masyarakat orang asal pada piliharaya kecil ini amat bebeza dengan piliharayakecil pada sebelum ini kerana sambutan dan penyertaan mereka dalam program PAS lebih
“Masyarakat orang asal kita terkejut kali ini ia bebeza dengan pilihanraya kecil yang lain. Sambutan mereka dan kehadiran dalam program ceramah biasanya orang asal ni kita tahu payah mungkin ‘margin’ lima belas ribu dia rasa dia(jentera pilihanraya) tidak banyak berjaya dapat(undi) .

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media terakhir sebelum hari membuang undi di Markaz Induk PAS di bandar Muadzam Shah yang turut dihadiri oleh Pengerusi Anak, saudara Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda Pas Pusat, ssaudara Suhaizan Kaiat.

Sumber BO - 4-5-2015






















Kenapa ‘Bapa GST’ tiada di PRK Rompin, Permatang Pauh?

HARAKAHDAILY | .

Ketiadaan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kerancakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh menjadi tanda tanya pelbagai pihak.

Inilah kali pertama gambar PM bukan lagi menjadi daya tarikan kepada pengundi bagi menyokong Umno BN, sedangkan sebelum ini gambar beliau, banner ‘I love PM’ lebih banyak daripada gambar calon.

Pengundi juga tertanya-tanya mana perginya PM di Rompin dan Permatang Pauh.

Apakah PM yang kini dikenali sebagai Bapa GST sudah menjadi liabiliti bagi BN khasnya Umno – seperti yang disebut-sebut Tun Dr Mahathir Mohamad?

Apakah ini isyarat awal bahawa PM tidak mempunyai banyak pilihan selain mengundurkan diri sebagai PM kerana Umno dan rakyat sudah hilang keyakinan terhadapnya ekoran serangan berterusan Tun Mahathir dan beberapa tindakan membazir isteri beliau di tengah derita rakyat?

Kegagalan Najib dilihat sama dengan gagalnya Datuk Ahmad Maslan, yang kini digelar sebagai ‘Bapa Angkat GST’, dalam meyakinkan rakyat berhubung isu GST.

Kini pemerhati politk menunggu siapakah yang akan turun dahulu antara Ahmad Maslan atau Najib Tun Razak?

Barang kali lagu rakyat injit-injit semut telah bertukar seni kata baru: "Injit-injit semut, siapa sakit turun bawah”?

Kita sedar apa juga keputusan di PRK Rompin dan Permatang Pauh bukan bermakna GST dapat dihapuskan serta-merta.

Akan tetapi kalau warga Rompin dan Permatang Pauh dapat menghantar isyarat kuat yang betul, sekurang-kurangnya ia dapat membendung kadar GST daripada dinaikkan sewenang-wenangnya pada tahun seterusnya untuk menampung keborosan pemimpin dan menutup kelalaian dan salah guna dalam mengurus kewangan negara.

Buat warga Rompin, undilah calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad untuk Tolak GST!

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
4 Mei 2015

Sumber HD - 4-5-2015

Bekalan GST diusung ke meja undi

M FAQIH | .

SEJAK lapan siri pilihan raya kecil (PRK) selepas pilihan raya umum (PRU) 2013, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan kelebihan 1-0 di Teluk Intan.

BN berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan melalui calon ‘kitar semula’ Datuk Mah Siew Keong. Beliau menang tipis dengan majoriti 238 undi.

Pada PRK tersebut Dyana Sofya pendatang baru mewakili DAP memperolehi 19,919 undi, manakala Mah Siew mendapat 20,157 undi. BN melalui Presiden Gerakan menang biar pun majoriti kecil.

Sejak PRU ke-13 pada Mei 2013 sebanyak lapan PRK diadakan. Tujuh lagi PRK hanya mempertahankan status quo dengan mengekalkan parti yang menang pada PRU sebelum itu.

PRK dimulakan di Dun Kuala Besut pada 24 Julai 2013 diikuti PRK Dun Sungai Limau, (4 November 2013), Dun Kajang (23 Mac 2014).

Selain itu Dun Balingian, Sarawak (29 Mac 2014), Parlimen Bukit Gelugor, (25 Mei 2014), Dun Pengkalan Kubor (25 September 2014) dan terakhir Dun Chempaka 22 Mac 2015.

Tiada kejutan pada PRK tersebut kecuali PRK Teluk Intan yang diadakan pada 31 Mei 2014. Ia mengulangi kejayaan PAS merampas parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.

PRK Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail. Pada PRU ke-12 Razali menang dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan Bebas, Maimun Yusuf.

BN juga melakukan kejutan serupa pada PRK Dun Galas, Gua Musang pada November 2010 apabila calonnya Abdul Aziz Yusof menang dengan majoriti 1,190 undi.

Sedangkan pada PRU 2008 PAS pertama kali dalam sejarah menang di Dun tersebut melalui Chek Hashim Sulaima dengan kelebihan 646 undi.

Ini bermakna 16 PRK pasca PRU 12, BN dan Pakatan Rakyat masing-masing mendapat lapan kemenangan.

Manakala lapan PRK pasca PRU-13 BN sudah mendahului PR dengan agregat 1-0. Mungkinkah kejutan seperti di Teluk Intan boleh berulang di Rompin. Teluk Intan pada PRU 13 dimenangi DAP melalui Seah Leong Peng. Mendiang menewaskan Mah Siew Keong dan calon Bebas, Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

Di Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis mengalahkan calon PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi pada PRU-13. Allahyarham mengekalkan kerusi itu sejak enam penggal.

Esok penentu segala penat lelah kempen selama 14 hari bermula 22 April lepas. Biar pun BN menang dengan majoriti besar pada PRU-13, namun tidak mustahil situasi yang pernah berlaku di Teluk Intan boleh berulang di Rompin.

Setidak-tidaknya BN akan terpukul sekiranya gagal mengekalkan jumlah majoriti tersebut.

Ini kerana kebiasaan PRK sebelum ini memberi keuntungan berganda kepada BN. Kekuatan 3M (machinery, money, media) menyebelahi BN sejak merdeka.

Contoh yang jelas berlaku di Pengkalan Kubor, sogokan kebendaan dan bantuan jentera kerajaan persekutuan serta media harian membolehkan BN mendapat lonjatan agak besar.

Mat Razi Mat Ail mewakili BN mendapat majoriti 2,635 undi mengatasi Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Pada PRU-13 Mei 2013 BN melalui Datuk Noor Zahidi Omar mengekalkan Dun tersebut dengan majoriti 1,736 undi. Allahyarham mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas dengan majoriti 1,736 undi.

Banyak umpan segera dan pengemblingan jentera kerajaan pusat membolehkan BN mencapai kemenangan bergaya di Pengkalan Kubor.

Hampir setiap hari jentera kerajaan pusat memantau kempen BN. Difahamkan mesyuarat mengenainya diadakan di sebuah pejabat agensi pusat di Tumpat.

Pada hari mengundi ramai pemilih memunggah microwave dan peralatan elektrik. Semasa kempen nyanyian dan tarian menghairahkan dianjurkan kompenan BN di sebuah wat Siam.

Biar pun PR mempersembahan GST dalam kempen tersebut namun ia tidak membekas di jiwa pengundi. Ketika itu tujuh bulan lagi sebelum GST berkuatkuasa.

Namun apa yang berlaku di Rompin dan Permatang Pauh, GST sudah dirasai semua rakyat. Poket pengundi Rompin dan Permatang Pauh sudah kempis sejak 1 April lalu.

Biar pun BN menurunkan calon yang dianggap mesra rakyat, Datuk Hasan Arifin di Rompin namun bebanan GST tidak mampu ditepis lagi.

Malah kemelut itu turut dirasai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Ketika temubual bersama RTM minggu lepas, Adnan seperti berterus terang GST boleh mengecilkan undi BN.

Malah Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie seperti mengakui tempias GST lebih menjerat orang Melayu. Seperti dilaporkan media katanya demografi masyarakat Cina yang berpendapatan tinggi dan tidak ramai anak, bebanan GST kurang dirasai mereka.

Selain GST, isu Felda Global Ventures (FGV) juga merunsingkan peneroka Felda di Rompin. Apa pun malam esok muktamadnya bagi menyambung perjuangan cucu cicit Tok Janggut. - HARAKAHDAILY 4/5/2015

Sumber HD - 4-5-2015







Bukan parti lawan parti, BN salah guna jentera kerajaan

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .


TEMERLOH: PAS kesal dengan penggunaan secara berleluasa jentera dan premis kerajaan oleh BN dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini sekali gus menggambarkan kegagalan SPR membendung penyalahgunaan kuasa oleh parti pemerintah itu.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata rasuah pemberian secara 'one off' dan janji juga begitu menjolok mata.

"Sebagai parti pemerintah sepatutnya pertandingan dibiarkan berjalan secara parti lawan parti.

"Calon BN juga pernah menyebutkan mahu 'clean contest' pada mula-mula dahulu," katanya dalam sidang media harian di markas induk di bandar Muadzam di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Presiden Anak, Mazlan Aliman dan Adun Beserah, Andansura Rabu. - HARAKAHDAILY 4/5/2015

Sumber HD - 4-5-2015

PRK Rompin ; Serangan Akhir Kontingen PAS Terengganu


Oleh MNA
ROMPIN – Kontijen PAS Terengganu hari ini telah mengerahkan tenaga yang maksimum dalam usaha terakhir bagi membantu PAS menang dalam Pilihanraya Kecil P 91 Rompin esok.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahari Mamat sendiri telah turun hari ini bagi memberikan arahan terakhir serta kata-kata semangat kepada para pertugas setelah beberapa siri kempen yang beliau sertai sebelum ini, membayangkan kesungguhan kontijen Terengganu.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan perlunya istiqamah dalam memperjuangkan agama Allah dan bukan hanya mensasarkan kemenangan di dunia sahaja tetapi lebih dari itu ialah keredhaan Allah di akhirat.

”Kita berjuang ini samada menang dunia ataupun syahid kerana Allah walaupun kita tidak menang, tetapi amalan kita diterima Allah,” tegasnya kepada para pertugas yang hadir.

Beliau juga menekankan bahawa bidang tugas masing-masing tidaklah sama akan tetapi yang lebih utama ialah cara pertugas melaksanakannya dengan berkesan agar memberikan kesan yang maksimum kepada pengundi.

_DSC0311

Sambil menyeru agar pertugas-pertugas supaya terus fokus dengan misi berdakwah selain daripada kempen mengundi, beliau turut mengingatkan pertugas agar menjaga tata susila semasa bertemu orang ramai.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2, YB Dr Alias dan Haji Yahaya Ali serta Pengarah Pilihanraya Terengganu YB Ariffin Deraman, Bendahari Cikgu Shukrimun Shamsudin serta Adun Chukai YB Hanafiah Mat.

Turut berucap ialah Adun Chukai, Haji Hanafiah Mat yang memaklumkan gerak kerja kontijen Terengganu sehingga hari ini mendapat pengiktirafan pertama oleh PAS Pahang kerana kerja yang tersusun.

Kira-kira 100 orang pertugas dari Dewan Muslimat, Pemuda, Ulamak dan kawasan-kawasan tetap bersemangat dan bersedia menjalankan tugas-tugas kempen walaupun ada di kalangan mereka telahpun berhari-hari tinggal di sini.

Kontijen Terengganu diamanahkan untuk menjaga tiga Unit Peti Undi (UPU) di DUN Tioman iaitu Sungai Puteri, Kuala Rompin dan juga Bandar Baru Rompin dengan jumlah pengundi seramai kira-kira 4000 orang di ketiga-tiga UPU tersebut.

Sumber BO - 4-5-2015







Wan Azizah rayu pengundi Rompin sokong Ustaz Nazri

HARAKAHDAILY | .




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya menyeru rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Rompin agar memberikan sepenuh sokongan kepada calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil P.91 Rompin, Ustaz Nazri Ahmad, yang mewakili Pakatan Rakyat.

Para pengundi haruslah mengundi Ustaz Nazri, bagi mewakili seluruh rakyat di Rompin, memperjuangkan nasib mereka, yang senantiasa terhimpit dengan tekanan ekonomi, khususnya akibat pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pakatan Rakyat juga sedar bahawa di kawasan Rompin khususnya, terdapat banyak gugusan kawasan rancangan Felda, di mana mereka sering menjadi mangsa manipulasi Barisan Nasional, akibat terikat dengan perjanjian antara peneroka dengan Felda.

Sebenarnya masa depan peneroka Felda, generasi kedua peneroka dan anggota keluarga mereka terancam akibat penyenaraian FGV di Bursa Malaysia. Malah kebanyakan peneroka diikat dengan pelbagai perjanjian, termasuk perjanjian penanaman semula, yang sekali gus menjadikan peneroka terpaksa bergantung kepada mereka.

Sehubungan itu suara rakyat harus didengar, masa depan peneroka dan rakyat harus dibela. Rakyat harus memilih di antara calon yang terpaksa menurut kehendak BN dengan calon yang akan membela nasib mereka kelak.

Justeru pilihan terbaik untuk rakyat di Rompin adalah dengan mengundi calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad. Tolak BN, Tolak GST!

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
4 Mei 2015

Sumber HD - 4-5-2015


PRK Rompin; BN Cemas!


Oleh : Ibnu Hasan

ROMPIN – Kesedaran kelompok generasi muda Felda yang telah menyertai PAS secara beramai-ramai, memaksa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turun berkempen pada PRK Rompin.

Ketua Penerangan PAS Dato’ Haji Mahfuz Omar berkata, kedatangan Najib ke Rompin menunjukkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang cemas menghadapi kempen jentera PAS yang telah berjaya menyedarkan masyarakat.

IMG-20150504-WA0011

“Turunnya Perdana Menteri menunjukkan mereka cemas dalam satu kesedaran yang tinggi yang dilihat sedang berlaku pada masyarakat khususnya pada generasi muda dalam kawasan-kawasan Felda,

“pada hari ini sebenarnya ramai sudah beberapa kelompok generasi pemuda generasi kedua dan ketiga Felda menyertai PAS kerana rasa tidak puas hati dengan isu yang berkaitan dengan penempatan rumah untuk generasi kedua.

“Ini menunjukkan mereka begitu cemas!,“ujar Ahli Parlimen Pkok Sena itu, ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Bandar Baru Rompin pada Ahad malam 3 Mei.

Beliau juga menyifatkan Najib, yang juga Presiden cuba memberikan sentuhan terakhir untuk mempengaruhi para pengundi Rompin agar mengundi Barisan Nasional.

Oleh itu Mahfuz menyeru agar rakyat tidak terpedaya dengan janji-janji manis Najib.

“Tidak sewajarnya rakyat terpengaruh dengan janji yang hanya dapat memberikan sedap sementara manis seketika tetapi yang kita nak adalah rasa selesa yang berpanjangan,“tegasnya.

Menurut laporan media, sehingga kini tidak kurang dari dari 400 orang anak-anak muda telah menyerahkan borang permohonan untuk asuk PAS sejak kempen PRK Rompin bermula pada 22 April lalu.

Pilihanraya kecil P.091 Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian ahli parlimennya Datuk Jamaluddin Jarjis yang terlibat dalam kemalangan apabila helikopter yang dinaiki beliau terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4 April lalu.



Sumber BO - 4-5-2015




























Hindar 2.0 cetus kebangkitan masyarakat Rompin

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .





ROMPIN: Sekalipun program Himpunan Derita Rakyat (Hindar) 2.0 malam tadi pada awalnya dijadual diadakan Bandar Lama Muadzam Shah tetapi dipindahkan ke padang bola Desa Teratai, berhampiran Tasik Rekreasi Muadzam Shah tidak menimbulkan masalah kepada ribuan hadirin.
Himpunan itu dilihat berjaya mencetuskan semangat perubahan baru di kalangan penduduk tempatan.

Dengan kehadiran lebih 5,000 orang, program anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat itu mendapat perhatian penduduk tempatan dengan tema 'Tolak GST'.

Orang ramai yang berhimpun dengan memakai baju hijau, bermula daripada jam 7 petang yang dimulai dengan solat Maghrib, Isyak dan solat hajat berjamaah yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Ahli Majlis Syura Ulamak, Ustaz Zaharudin Muhammad menyampaikan kuliah Maghrib.

Program kemudian diisi dengan pidato oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemagku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfoz Muhamad, AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Datuk K Deepakaran, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Nuridah Salleh dan lain-lain.

Sebanyak 20 buah basikal sumbangan Dewan Ulamak dan Muslim Care diagihkan kepada anak-anak yatim.

Majlis diserikan dengan alunan nasyid oleh kumpulan Byhaq.

Sebanyak RM5,700.80 wang derma berjaya dikumpulkan.

Sebagaimana yang disebutkan, Nasrudin penyertaan program itu terbuka kepada semua warga prihatin untuk satu kesepaduan suara bagi memperjuangkan nasib derita rakyat dan menolak GST ternyata menepati sasaran

Menurut Ahli Parlimen Temerloh itu lagi, himpunan dengan tema hijau itu adalah untuk menyuarakan bantahan rakyat terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Himpunan itu menunjukkan kebangkitan masyarakat tempatan di Parlimen Rompin bagi membantah GST dengan harapan menolak BN dalam PRK kali ini selaras dengan slogan 1 Undi untuk PAS bermakna 1 undi menolak GST. - HARAKAHDAILY 4/5/2015






Sumber HD - 4-5-2015

Lonjakan moral PAS, cawangan baru di tempat calon BN

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .




ROMPIN: PAS mendapat lonjakan moral menjelang dua hari lagi tarikh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin apabila sebuah cawangan baru PAS ditubuhkan di Kampung Leban Chondong di sini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cawangan tersebut ditubuhkan sempena kemasukan 600 orang ke dalam PAS malam tadi.

Difahamkan, calon BN PRK Rompin mempunyai ramai saudara mara di Leban Chondong bahkan beliau berasal dari situ.

"Bagi PAS ini satu lonjakan yang amat menggalakkan kerana biasanya apabila menjelang pilihan raya yang kita lihat ialah orang PAS masuk Umno.

"Ini fenomena luar biasa. Sebelum ini 400 generasi kedua Felda sekitar Keratong telah menyertai PAS," katanya ketika ditemui di bilik gerakan Keratong 1.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, kesemua yang baru menyertai PAS akan diraikan dalam majlis jamuan rakyat tengah hari esok. - HARAKAHDAILY 3/5/2015

Sumber HD - 3-5-2015







Hindar 2.0 pindah ke padang bola Desa Teratai, Muadzam

HARAKAHDAILY | .


ROMPIN: Program Himpunan Derita Rakyat (Hindar 2.0) yang dijadual diadakan Bandar Lama Muadzam Shah malam ini dipindahkan ke padang bola Desa Teratai, berhampiran Tasik Rekreasi Muadzam Shah.

Pengarah Pilihan raya Dewan Ulamak PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata program itu bermula jam 7.00 petang hingga 11.30 malam.

Sehubungan itu, katanya para peserta dikehendaki membawa sejadah dan air untuk berwuduk.

"Penyertaan terbuka kepada semua warga prihatin untuk satu kesepaduan suara bagi memperjuangkan nasib derita rakyat dan menolak GST," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menambah, himpunan dengan tema hijau itu adalah untuk menyuarakan bantahan rakyat terhadap pelaksanaan GST.

Katanya lagi, himpunan itu menanti kebangkitan masyarakat tempatan di seluruh Parlimen Rompin guna membantah GST dengan menolak Umno BN dalam pilihan raya kecil kali ini. 1 Undi untuk PAS bermakna 1 undi menolak GST. - HARAKAHDAILY 3/5/2015

Sumber HD - 3-5-2015

Inap desa penuh sempena PRK Rompin, cuti panjang








R RATCHARATHAN | .


ROMPIN: Sempena cuti panjang disertai pilihan raya kecil (PRK) bagi kawasan Parlimen Rompin, tempahan inap desa di Rompin didapati sangat tinggi bukan sahaja dari pengunjung sekitar Pahang malah dari negeri lain.

Bagi menampung penginapan, terdapat pengusaha chalet yang turut menyewakan rumah mereka.

Pemilik Homestay Nur Mizan yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 42, berkata beliau dan pengusaha lain jarang menerima permintaan tinggi sebelum ini.

"Permintaan pelancong boleh dikatakan terlampau menggalakan sehingga ada rakan-rakan saya yang menyewa rumah mereka bagi memberi laluan kepada pelancong dan petugas PRK Rompin," katanya kepada Bernama.

Selain cuti sempena Hari Pekerja, Hari Wesak yang turut diberi cuti ganti esok, sementara penduduk Pahang turut bercuti sempena Hari Hol serta cuti sempena PRK Rompin.

Pemilik Rumah Rakit Rompin, Mohd Fadzil Maarof, 40, berkata tiga chalet terapungnya di Sungai Rompin di Kg Gading menerima tempahan sejak bulan lepas dan kini masih menerima tempahan walaupun sudah penuh.

Beliau berkata chalet yang disewa antara RM80 hingga RM180 bagi satu malam ditempah pengunjung termasuk dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Antara tarikan yang disediakannya ialah program memancing termasuk udang galah di Sungai Rompin, menyusuri sungai sambil melihat kunang-kunang serta melihat aktiviti bersewang masyarakat Orang Asli.

Seorang pelanggannya Atras Muhammad Zin, 40, dari Nilai, Negeri Sembilan berkata beliau dan keluarganya merancang bercuti di Rompin sejak sekian lama.

Beliau begitu teruja dapat memancing terus dari rumah rakit sambil menikmati suasana sekeliling yang tenang dan cantik.

Pengusaha inap desa di Sungai Puteri, Khasiah Abdul Rahman, 58, menyifatkan PRK Rompin membawa rezeki lebih kepadanya.

"Inap desa saya penuh disewa sepanjang PRK berbanding sambutan hanya di hujung minggu sebelum ini," katanya.

Turut dikatakan tiket bagi perkhidmatan feri dari Tanjung Gemok ke Pulau Tioman habis dijual sejak seminggu lalu.

Seorang jurucakap syarikat feri Bistari Gemilang Shipping berkata keadaan itu berikutan acara larian tahunan 'Tioman International Eco Challenge 2015' bakal diadakan di Pulau Tioman pada 9 Mei ini.

Bagi kaki pancing, Abdul Razak Mohd Deli, 45, Rompin merupakan kawasan memancing yang ideal. - Bernama

Sumber HD - 3-5-2015

PAS cabar Najib, jangan jadi PM untuk Rompin sahaja









HARAKAHDAILY | .


PAS mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memberikan harga rumah yang sama kepada semua generasi kedua dan ketiga (G2 & G3) Felda sebagaimana yang diberikan kepada warga Felda di Rompin.

Tindakan memberikan harga lebih murah dan makenisma lebih baik kepada warga generasi kedua Felda di Rompin menggambarkan sememangnya warga Felda terabai selama ini.

Kalau bukan kerana adanya Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, G2 dan G3 Felda di Rompin akan terus terabai. Ini membuktikan PAS membuat keputusan yang tepat untuk bertanding di Rompin kali ini.

Rungutan harga rumah yang mahal dan mekanisma yang tidak membantu G2 and G3 memiliki rumah merupakan agenda utama dalam setiap dialog dengan warga Felda.

Hakikatnya, harga rumah antara RM120,000 hingga RM140,000 seunit itu adalah di luar kemampuan golongan muda Felda di seluruh negara. Tapi hanya kerana bimbang dengan kebangkitan G2 dan G3 Felda dalam PRK Rompin kali ini, maka datangnya durian runtuh sedemikian daripada Najib.

Masalahnya ialah hanya mereka yang berada di parlimen Rompin boleh menikmati potongan RM32,500 untuk pembelian rumah secara jual-beli, dan tidak pada G2 dan G3 Felda di kawasan lain.

Yang amat dikesali ialah kenyataan Najib tidak mencerminkan sikap sebagai PM bagi semua warga Felda di tempat lain. Ia seolah-olah seperti kenyataan Pegawai Felda Wilayah sahaja kerana hanya nampak masalah di Rompin, sedangkan isu ini dibangkitkan oleh seluruh warga G2 dan G3 Felda seluruh negara.

Sebagai PM, PAS menyeru Najib agar bertindak sebagai PM bagi seluruh negara. Jangan hanya kerana nak selamatkan kedudukan dan undi di Rompin, lalu kita isytihar pelbagai habuan hanya bagi kawasan PRK sahaja.

Melihat sikap PM sedemikian, PAS menyeru seluruh warga G2 dan G3 Felda bangkit mendesak hak serta kemudahan dan harga yang sama diberi kepada generasi muda di Rompin turut dinikmati Felda seluruh negara.

Warga G2 dan G3 Felda di Rompin, undilah PAS untuk kesejahteraan kawasan-kawasan Felda yang lain. Atau kawasan Felda lain terpaksa menunggu nasib untuk diadakan PRK selagi kerajaan Umno-BN memerintah, barulah keperitan mereka akan dipandang dan kawasan mereka dituruni pelbagai insentif. Inilah nilai dan harga undi anda. - HARAKAHDAILY 3/5/2015

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS
3 Mei 2015

Sumber HD - 3-5-2015

Lagi 60 Orang Generasi Kedua Felda Sertai PAS


BANDAR TUN RAZAK – Seramai 60 0rang lagi generai kedua Felda menyertai PAS menjadikan keseluruhannya berjumlah 420 orang, sejak kempen pilihan raya kecil parlimen bermula pada 22 April lalu.

Penyelaras Kempen Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Naraza Muda (gambar kanan) berkata, anak-anak muda dari kawasan Felda Keratong 1 itu berumur antara 23 hingga 25 tahun.

Naraza muda

“AhamduliLlah, pada malam ini, baju ANAK menjadi saksi sekali lagi kepada keberanian anak-anak muda Felda menyatakan pendirian mereka dan menyertai PAS dengan seramai 60 orang dari Felda Keratong,

“berumur antara 23 hingga 25 tahun menyertai PAS dan in sha Allah akan menambahkan pengundi kepada calon PAS Ustaz Nazri Ahmad,”ujarnya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Pengerusi ANAK Mazlan Aliman berkata, antara isu penting yang disuarakan oleh anak-anak muda tersebut adalah jaminan kehidupan mereka berkait dengan pembinaan rumah bagi generasi kedua.
Beliau menyifatkan harga sebuah rumah sebanyak RM90,000 sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, masih mahal kepada anak-anak Felda yang majoritinya tidak berpendapatan tetap.

“ANAK bertegas penurunan harga rumah PGBF yang terpaksa diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini masih diluar kemampuan sebahagian besar Generasi Kedua Felda…….harga RM90 ribu yang diumunkan masih tinggi dan tidak munasabah.

“Kita akan terus berjuang sehingga kerajaan akur dengan harga sekitar RM60 ribu dan mekanisma kelayakan juga di kaji agar mereka yang tiada penyata gaji dan (turut) diberi peluang dan (dengan) bayaran balik sekitar RM 150 sebulan,”ujar Mazlan.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada pengumuman Kerajaan menawarkan harga RM90,000 untuk pembelian rumah secara sewa-beli kepada generasi baharu Felda di Parlimen Rompin, berbanding harga asal RM125,000 yang ditawarkan sebelum ini.

Mazlan menyifatkan, janji yang dibuat oleh Najib menjelang pilihan raya kecil Rompin menunjukkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang terdesak, sekaligus mengakui kesilapan meletakkan harga rumah itu.

Sehubungan itu, wakil anak-anak muda yang menyertai PAS pada Sabtu malam 2 Mei, Mohd Izan bin Yahya tidak bersetuju dengan harga RM90,000 itu.



Beliau berkata, kadar harga rumah yang termampu dibeli oleh generasi kedua Felda adalah RM60,000 sahaja.

“saya tidak bersetuju dengan harga RM90,000 (yang ditawarkan PM) dan berharap menurunkan lagi harga rumah kepada RM60,000 (kerana ia) yang kita fikir kita mampu,

“saya memohon jasa baik kerajaan terutamanya YAB PM supaya menurunkan harga rumah kepada RM60,000 memandangkan kemampuan anak Felda sekarang ini saya rasa itulah pada kadar yang memadai,”ujarnya.

Perdana Menteri dalam kenyataan di laman Facebook PMO Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga tersebut setelah desakan dan bantahan dibuat oleh pelbagai pihak generasi baharu Felda.

Kenyataan tersebut dibuat ekoran calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin memohon perdana menteri supaya mengkaji semula harga kira-kira 18,000 rumah generasi kedua Felda di Rompin kerana harga antara RM120,000 hingga RM140,000 seunit itu adalah di luar kemampuan golongan muda terbabit.

Sumber BO - 2-4-2015







Minta jambatan baru, dapat janji demi janji

HARAKAHDAILY | .

ROMPIN: Jambatan kayu yang menghubung Kota Bahagia ke Bandar Tun Razak ini dibina pada tahun 1969, bermakna kini telah berusia kira-kira 46 tahun.

Jambatan itu kian uzur serta tidak berpagar dan sangat merbahaya. Ia terletak di Kampung Lubuk Batu melintasi Sungai Keratong dan menjadi laluan utama penduduk setempat.

Telah banyak kemalangan berlaku melibatkan kereta dan motosikal yang terjunam jatuh ke dalam sungai.

Menurut seorang penduduk asal kampung itu, Abd Razak Abd Aziz, 58, pihak penduduk telah acap kali memohon sebuah jambatan baru yang lebih selamat daripada kerajaan tetapi malangnya permohonan mereka hanya berjawab janji demi janji.

Ini menyebabkan sehingga kini jambatan tersebut kian uzur tetapi penduduk tiada pilihan melainkan terpaksa menggunakannya.

Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan berkata, Kerajaan Umno BN selayaknya bertanggungjawab dalam keghairahan membangunkan negara, jangan hanya menumpukan pembangunan di kawasan bandar sahaja tetapi mengabaikan nasib penduduk luar bandar seperti Kampung Lubuk Batu yang terletak dalam Parlimen Rompin itu.

Ini, katanya adalah infrastruktur yang sewajibnya diselesaikan segera.

"Jangan tunggu lebih banyak nyawa melayang, barulah jambatan berisiko ini mahu dibaik pulih," ujarnya. - HARAKAHDAILY 2/5/2015

Sumber HD - 2-5-2015

Rumah: Generasi kedua Felda berputih mata

BASIRON ABDUL WAHAB | .

ROMPIN: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlin Aliman berkata, nasib generasi kedua dan ketiga Felda terus dirundung malang apabila tidak mampu membeli rumah yang dibina oleh Felda untuk mereka.

Menurutnya, generasi kedua Felda tidak mempunyai kemampunan kewangan untuk membeli rumah mampu milik yang dibina dan dijual dengan harga melebihi RM100,000 sebuah.

Beliau berkata, anak-anak peneroka hanya mampu beli rumah yang berharga RM70,000 ke bawah sahaja.

Menurutnya, pihak Felda pernah berjanji untuk membina rumah kepada generesi kedua dengan harga mampu milik.

Namun, ujar beliau apa yang menimbulkan persoalan kini ialah rumah yang dibina oleh Felda sudah mencecah harga RM120,000.

"Dengan harga sedemikian, sudah tentu ramai anak peneroka akan berputih mata," katanya dalam sidang media di Markas Induk PAS di Bandar Satelit Muadzam Shah, hari ini. Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan dan Adun Beserah, Andansura Rabu.

Justeru, kata beliau Felda tidak seharusnya menjadikan perumahan generasi kedua sebagai projek komersil  yang mementingkan keuntungan semata-mata sebaliknya menjadikannya sebagai tanggungjawab sosial. - HARAKAHDAILY 2/5/2015

Sumber HD - 2-5-2015

Pengundi Kuala Rompin beri isyarat tolak BN

HUSIN TAWANG | .

ROMPIN: Para pengundi di Rompin perlu menggunakan medan pilihan raya kecil dengan sebaik-baiknya sebagai platform untuk menunjukkan isyarat yang jelas bagi membantah tindakan zalim kerajaan BN yang menjadikan rakyat sebagai mangsa penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan amanah rakyat.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, kezaliman yang jelas ketika ini ialah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya melihat ada arus perubahan ditunjukkan oleh pelbagai peringkat terutama golongan berpendapatan rendah yang sudah tentu tertekan dengan perjalanan harian kehidupan mereka.

"Oleh itu kini mereka bersama kita dan mahu memberi isyarat yang jelas kepada kerajaan BN yang sering menipu rakyat sepertinya dan suka mengambil kesempatan diatas derita rakyat," katanya kepada Harakahdaily selepas program ziarah sentuhan kasih di peti undi Kuala Pontian, di sini hari ini.

Nik Mazian yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, sepanjang beberapa hari berada di sini untuk membantu kempen calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad, perubahan itu begitu ketara dengan kehadiran penduduk setempat dari pelbagai peringkat memberi sokongan serta kerjasama erat seperti yang ditunjukan.
Katanya, gelombang perubahan itu bukan sahaja melibatkan aktiviti yang diaturkan oleh PAS malah turut menyerahkan borang untuk menyertai parti itu.

Dalam perkembangan berkaitan seorang ketua kumpulan yang menyerah borang permohonan keahlian PAS, Muhammad Arshad Ali, 45, berkata apa yang diharapkan sesuatu yang istimewa daripada Umno BN semuanya hampa.

Katanya, sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh orang di luar sana bahawa nasib mereka di sini masih terpinggir dari arus pembangunan sedangkan orang lain walaupun berada di negeri Pakatan Rakyat hidup mewah dan mempunyai segala kemudahan.

"Semoga hasrat dan harapan kami di sini tidak diabaikan oleh calon PAS setelah terpilih sebagai wakil kami nanti, sesungguhnya kami sudah perit berada di bawah cengkaman Umno BN," katanya. - HARAKAHDAILY 2/5/2015

Sumber HD - 2-5-2015

PAS Pahang ucap tahniah kepada Tengku Abdullah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Pahang merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk kuota Asia bagi penggal 2015-2018.

"Kejayaan ini mencerminkan kewibawaan baginda di peringkat antarabangsa dan dalam arena bola sepak," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Ini, ujar beliau adalah kali pertama Malaysia mempunyai wakil dalam Fifa sejak 1990.

"Didoakan agar Tengku Abdullah dapat memimpin sukan bola sepak negara untuk terus maju dan mencapai kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Kali terakhir Malaysia memiliki wakil dalam badan induk bola sepak dunia itu ialah ketika Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah menjawat jawatan naib pre­siden pada 1982 hingga 1990. - HARAKAHDAILY 2/5/2015


Sumber HD - 2-5-2015

Rompin: Rakyat terbeban cukai tanah naik lebih 100%

BASIRON ABDUL WAHAB | .


ROMPIN: Penduduk Rompin terbeban dan terus menjadi mangsa kerajaan BN yang 'mendahulukan rakyat' apabila cukai tanah dinaikkan melebihi 100 peratus.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenaikan cukai yang begitu tinggi antara RM100 hingga RM300 begitu mengejut dan membebankan.

Beliau berkata, umpamanya penduduk Desa Teratai Muadzam Shah telah membuat bantahan pada Januari 2013 tentang kenaikan cukai tanah lot kediaman mereka yang terlibat.

Pada asalnya, ujar beliau mereka hanya membayar kepada RM20 kepada Pejabat Tanah dan Daerah Rompin.

"Akan tetapi pada 2003 mereka terkejut apabila dikenakan cukai antara RM100 hingga RM300 mengikut keluasan," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS pada sidang media, hari ini. Turut serta ialah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman dan Nasrudin Hassan.

Katanya, kenaikan melebihi 100 peratus ini tentulah tidak masuk akal dalam situasi ekonomi yang agak tidak menentu sekarang.

Beliau menambah, Adun Muadzam Shah, Maznah Mazlan berjanji akan mengkaji semula isu kenaikan itu namun berdasarkan maklumat terkini penduduk tempatan cukai itu hanya diturunkan sebanyak RM20 sahaja.

Menurutnya lagi, isu sama juga berbangkit di Felda Gugusan Keratong 6 dan 7 apabila cukai tanah kediaman naik mendadak sehingga 121 peratus dari RM38 pada 2014 kepada RM84 tahun ini.

"Difahamkan kenaikan itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat setiap Gugusan Felda dalam daerah Rompin," katanya.

Tambahnya, tanah ladang juga turut mengalami kenaikan kepada RM168 pada tahun ini berbanding RM83 tahun lepas.

Sehubungan itu, kata Tuan Ibrahim penduduk Rompin harus bangkit menghantar mesej kepada kerajaan BN melalui PRK kali ini dengan janji-janji kerajaan yang tidak pernah ditepati. - HARAKAHDAILY 2/5/2015

Sumber HD - 2-5-2015




































Pesanan Presiden PAS kepada pengundi PRK Rompin

HARAKAHDAILY | .


Firman Allah:
إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُ‌كُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً‌ا 
﴿٥٨

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya kamu menunaikan amanah, supaya kamu menyerahkan amanah itu kepada orang yang ahli dapat menunaikannya dan apabila kamu menghukum di kalangan manusia, hendaklah berlaku adil. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu dengan ajaran yang sebaik-baiknya, dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat." (Surah An-Nisak: 58)

Bersempena dengan Pilihan raya Kecil Parlimen (PRK) Rompin, saya memberi peringatan kepada pengundi-pengundi Rompin supaya ingat kepada Allah SWT, Tuhan yang menjadikan kita, Tuhan yang memberikan rezeki kepada kita, bukan sahaja memberi kehidupan kepada kita, Tuhan telah mengingatkan kita dalam perkara amanah.

Amanah yang paling besar ialah yang berkait dengan pemerintahan negara, yang melibatkan hukum-hakam, boleh dan tidak boleh. Mengundi adalah memilih wakil rakyat bagi pihak kawasan kita, yang berada di Parlimen, yang menyampaikan pandangan bagi pihak kita semua.

Maka mengundi memilih wakil rakyat ini adalah satu amanah yang sangat yang besar, yang tidak selesai untuk dalam masa musim pilihanraya saja. Perkara ini dipertanggungjawabkan sehingga kita meninggal dunia dan bertemu dengan Allah SWT.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan oleh kumpulan Islam, sejak enam puluh tahun yang lalu. Tujuannya bagi menunaikan kewajipan melaksanakan hukum Allah SWT mengikut kemampuan kita. Untuk menegakkan syariat Allah, sekurang-kurangnya, menjadi kumpulan yang menyuruh kepada baik, dan mencegah kemungkaran.
Wakil rakyat yang dipilih untuk pilihan raya ni bukan sekadar untuk menjadi wakil rakyat tetapi juga menunaikan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah kemungkaran.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mewakili kumpulan Islam meletakkan calonnya, Al-Fadhil Ustaz Nazri Ahmad yang dipilih oleh parti, diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak, mereka yang ahli dalam bidang hukum syariat untuk menunaikan amanah dan meminta rakyat memberi dan menyerahkan amanah kepadanya, menjalankan kewajipan ini dengan penuh tanggungjawab.

Kita yakin dan percaya sekiranya Ustaz Nazri ini dipilih untuk menjadi wakil rakyat, beliau mampu menunaikan kewajipan ini dengan kebolehan yang ada padanya dan sekurang-kurangnya menyampaikan suara kita mengikut apa yang diredhai oleh Allah SWT, satu perkara yang tidak boleh dinilai oleh harta benda dunia kerana setelah kita mati, meninggal dunia, segala harta dunia ini tiada nilai lagi di sisi Allah SWT.

Apa yang kita buat dalam pilihan raya ini adalah menunaikan tanggungjawab amal soleh yang paling besar bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bersimbolkan bulan penuh purnama.
Mudah-mudahan pengundi-pengundi semua diberikan hidayah oleh Allah SWT dan diberkati oleh Allah sepanjang hayat sehingga kita bertemu dengan Allah SWT.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Sumber HD - 2-5-2015

PRK Rompin; 70 Orang Lagi Belia Felda Sertai PAS

BANDAR TUN RAZAK – Seramai 70 orang lagi anak muda generasi kedua Felda menyertai PAS dari Felda Keratong 4 dekat sini, selepas 305 orang rakan mereka dari beberapa peringkat tanah rancangan yang lain menyerahkan borang keahlian sebelum ini.

Salah seorang daripada mereka, Mohd Zainol berkata, beliau menyertai PAS kerana menyifatkan PAS adalah parti yang terbaik baginya.

IMG-20150430-WA0103

“sebab (saya masuk PAS) saya rasa parti ini yang terbaik……..lagi baik lah (dari Umno) kira ‘perfect’ lah (bagi saya,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang yang diadakan pada Khamis malam, 30 April di sini.

Beliau mengesahkan akan mengundi calon PAS Ustaz Nazri Ahmad pada hari pengundian PRK Rompin, 5 Mei ini.

“harapan saya (kepada calon PAS Ustaz Nazri)……in sha Allah…dia akan menang (5hb Mei) ini sah akan pangkah…..in sha Allah menang,”katanya.

Kawan Zainol, Abdul Azfa Abdul Halim berkata, beliau menyertai PAS kerana minat terhadap parti itu.

“saya ikut ini (sertai PAS) sebab minat (dengan PAS)…..(saya memang sudah berhasrat) untuk masuk PAS dari dahulu lagi…..(semasa) duduk di Johor dulu,”jelasnya.

Beliau berkata, abangnya dulu juga yang tidak menyertai PAS, tetapi kini turut bersama-sama dengannya.

Turut hadir dalam Majlis yang disertai dengan program BBQ anak muda Felda itu adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Pengerusi ANAK Mazlan Aliman, ADUN Templer Selangor YB Zaidy Abdul Talib dan beberapa pemimpin pemuda PAS Pahang.

Sehubungan itu, Penyelaras Kempen Pilihan Raya Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Naraza Muda bersyukur dengan kemasukkan beramai-ramai anak-anak muda Felda ke dalam PAS.

IMG-20150430-WA0113

“Kami akui pada peringkat awal kempen sangat susah untuk kami dekati pemuda Felda ini yang rata-rata tidak ambil kisah masalah semasa berkait Felda dan FGV.

“Hasil usaha berterus sebaran risalah dan maklumat serta gerakerja berteruskan semua pihak, terutama keperitan dan kekangan kenaikan harga barang kesan pelaksanaan GST mereka mula berubah dan mesra kepada kami sebagai tempat mengadu dan protes kepada masalah semasa,”ujarnya

Menurutnya, sebelum ini agak mustahil untuk mengumpulkan sehingga jumlah 100 anak muda Felda dalam satu masa untuk program sewaktu kempen pilihan raya.

“apatah lagi nak ajak mereka daftar ahli PAS…… (tapi) sekarang perkembangan sangat mengejutkan kami,

“mereka sendiri yang tampil membawa rakan mereka,”kata Naraza yang juga Ketua Penerangan ANAK.

Menurutnya, isu FGV adalah antara isu yang menyedarkan anak-anak muda Felda selain isu GST, yang dilihat sangat berkesan kerana mereka mengalami tekanan hidup secara langsung akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Beliau yakin akan berlaku kebangkitan para belia Felda di kesemua tanah rancangan yang termasuk dalam parlimen Rompin menjelang hari pengundian nanti.

“In sha Allah…………. semua 14 tanah rancangan akan digerakan (dengan) kempen kesedaran ini dan saya yakin ianya mampu mengubah lanskap politik anak muda Felda terhadap calon PAS,”tambah beliau.



Sumber BO - 2-5-2015

Pesanan Kepada Pengundi PRK Rompin


Firman Allah “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya kamu menunaikan amanah, supaya kamu menyerahkan amanah itu kepada orang yang ahli dapat menunaikannya dan apabila kamu menghukum di kalangan manusia, hendaklah berlaku adil, Sesungguhnya Allah menyuruh kamu dengan ajaran yang sebaik-baiknya, dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat. “

Bersempena dengan Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin saya memberi peringatan kepada pengundi-pengundi Rompin supaya ingat kepada Allah S.W.T. Tuhan yang menjadikan kita, Tuhan yang memberikan rezki kepada kita, bukan sahaja memberi kehidupan kepada kita, Tuhan telah mengingatkan kita dalam perkara amanah.

Amanah yang paling besar ialah yang berkait dengan pemerintahan negara, yang melibatkan hukum-hakam, boleh dan tidak boleh. Mengundi adalah memilih wakil rakyat bagi pihak kawasan kita, yang berada di Parlimen, yang menyampaikan pandangan bagi pihak kita semua.

Maka mengundi memilih wakil rakyat ini adalah satu amanah yang sangat yang besar, yang tidak selesai untuk dalam masa musim pilihanraya saja. Perkara ini dipertanggungjawabkan sehingga kita meninggal dunia dan bertemu dengan Allah S.W.T.

Parti Islam Semalaysia PAS, ditubuhkan oleh kumpulan Islam, sejak enam puluh tahun yang lalu.

Tujuannya bagi menunaikan kewajipan melaksanakan hukum Allah S.W.T mengikut kemampuan kita. Untuk menegakkan syariat Allah, sekurang-kurangnya, menjadi kumpulan yang menyuruh kepada baik, dan mencegah kemungkaran. Wakil rakyat yang dipilih untuk pilihanraya ni bukan sekadar untuk menjadi wakil rakyat tetapi juga menunaikan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah kemungkaran.

Parti Islam Semalaysia PAS yang mewakili kumpulan Islam meletakkan calonnya, Al-Fadhil Ustaz Nazri Ahmad yang dipilih oleh Parti, diluluskan oleh Majlis Syura Ulama’, mereka yang ahli dalam bidang hukum syariat untuk menunaikan amanah dan meminta rakyat memberi dan menyerahkan amanah kepadanya menjalankan kewajipan ini dengan penuh tanggungjawab.

Kita yakin dan percaya sekiranya Ustaz ini dipilih untuk menjadi wakil rakyat, beliau mampu menunaikan kewajipan ini dengan kebolehan yang ada padanya dan sekurang-kurangnya menyampaikan suara kita mengikut apa yang diredhai oleh Allah S.W.T. satu perkara yang tidak boleh di uli, tak boleh dinilai oleh harta benda dunia kerana setelah kita mati meninggal dunia, segala harta dunia ini tiada nilai lagi di sisi Allah S.W.T.

Apa yang kita buat dalam hari ini adalah menunaikan tanggungjawab amal soleh yang paling besar bersama Parti Islam Semalaysia PAS yang bersimbiolkan bulan penuh purnama. Mudah-mudahan pengundi-pengundi semua diberikan hidayah oleh Allah S.W.T dan diberkati oleh Allah sepanjang hayat sehingga kita bertemu dengan Allah S.W.T.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
12 Rejab, 1436H/ 01 Mei, 2015



Sumber BO - 1-5-2015







1 undi tolak GST di Rompin, Permatang Pauh

HARAKAHDAILY | .

Di saat ribuan rakyat berhimpun bantah GST di ibu kota, kami petugas di Rompin dan Permatang Pauh turut bertugas merayu undi bagi memastikan kemenangan calon PAS dan PKR dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini.

Walaupun medan kita berbeza, matlamat dan hati kita adalah sama. Pastikan bantahan kita terhadap GST dan kezaliman BN berterusan dalam pelbagai medan dan segman.

Mari kita berusaha menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa GST perlu dimansuhkan dari seluruh pelosok negara.

Teruskan bantahan wahai semua pejuang yang berhimpun di ibu kota, di Rompin dan juga di Permatang Pauh! Doa kami di sini agar Allah memberi kejayaan kepada kita semua.

Satu undi untuk PAS di Rompin, satu undi tolak GST!
Satu undi untuk PKR di Permatang Pauh, satu undi tolak GST!

#TerusIstiqamah #BantahGST #1Mei

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
1 Mei 2015

Sumber HD - 1-5-2015

Peneroka di Rompin kena insaf kedudukan Felda

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .


Kita boleh andaikan bahawa kebanyakan peneroka Felda kurang arif sangat berkaitan perbandingan angka, turun naik saham ataupun terma-terma pelaburan. Tambahan pula jika agak kurang terbuka mendengar penjelasan pihak lain.

Namun kita penuh percaya generasi kedua dan ketiga Felda yang berpendidikan tinggi, berjawatan besar dan tinggal di ibu kota sesetengahnya amat memahami realiti Felda dan kedudukan agensi-agensi di bawahnya sekarang.

Justeru penjelasan daripada  bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Datuk Sarchu Sawal berhubung situasi semasa agensi pelaburan itu dalam sidang media khas di Rompin kelmarin, wajar dijadikan pedoman.

Beliau menjadi CEO selama 16 tahun tahun iaitu bermula  tahun 1996 hingga 2012 sementara kerjayanya di Felda sejak daripada tahun 1975 lagi.

Katanya, ketika beliau mulai menerajui KPF, saham koperasi induk bagi peneroka itu hanyalah bernilai RM200 juta. Namun setelah 15 tahun beliau, sahamnya melonjak RM2 bilion, iaitu meningkat 10 kali ganda.

Manakala dividen tahunan KPF bagi pencarum khususnya di kalangan peneroka memperoleh sebanyak lebih 15 peratus. Ertinya tertinggi melebihi Tabung Haji dan lain-lain. Malah ketika ekonomi meleset pada 1997, KPF tetap mampu memberi dividen sebanyak 10 peratus. Hasilnya, KPF diiktiraf sebagai koperasi terbaik di Malaysia dan tempat ke-20 di dunia.

“Namun koperasi yang memberi pulangan baik kepada peneroka, anak-anak mereka serta kakitangan Felda itu mengalami zaman gelapnya apabila saham KPF dibeli oleh Felda Global Venture (FGV). FGV disenaraikan di Bursa Malaysia dengan harga RM4.50 seunit. Sahamnya hari ini makin merudum sehingga bernilai hanya RM2.09. Dengan sendirinya ia memberi kesan kepada KPF menyebabkan peneroka sebagai pencarum utama KPF sukar untuk mendapat dividen seperti sebelum ini.”

Kata Sarchu, inilah nasib Felda di bawah pengerusinya Tan Sri Isa Samad yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan lagi menjadi rahsia umum, ketika mengumumkan penyenaraian FGV, dijanjikan habuan besar kepada peneroka kononnya penyenaraian tersebut akan mengubah kehidupan peneroka ke satu tahap yang sukar digambarkan.

Kata Najib, peneroka akan terbeliak matanya apabila merasai kejayaan penyenaraian nanti. Tetapi hakikatnya, peneroka hari ini terpaksa membayar hutang bank setiap bulan kerana harga saham FGV yang diberikan 800 unit kepada mereka telah merudum jatuh.

Lebih malang lagi, KPF yang selama ini memberi untung kepada peneroka, turut menerima kesan dan padahnya. Bahkan turut didedahkan, dalam beberapa minggu ini ramai peneroka seluruh negara kemungkinan tidak menerima gaji atau wang hasil jualan komoditi mereka seperti dijadualkan.

“Kenapa teruk sekali prestasi Felda?” soal Sarchu.

Ertinya Felda dalam keadaan tenat dan kritikal di bawah Isa Samad sekarang. Namun ketika berada di Rompin untuk kempen pilihan raya kecil (PRK), beliau memilih untuk tidak menjawap persoalan yang dibangkitkan. Malah beliau menempelak kononnya ‘pembangkang hanya pandai menabur fitnah’.

Namun begitu penjelasan Sarchu sepatutnya menjadi inspirasi baru kepada warga Felda untuk melakukan perubahan. Generasi kedua dan ketiga Felda mesti bangkit mempertahankan hak mereka di samping menyedarkan orang tua mereka menjelang hari mengundi 5 Mei ini.

Perkara ini penting dan saling berkait kerana terdapat 53,294 jumlah pemilih berdaftar dalam PRK ini dan 52 peratus daripadanya ialah warga Felda.     

Perlu disedari, mengundi calon PAS Ustaz Nazri Ahmad merupakan pilihan terdekat pada masa ini untuk menyedarkan mereka yang duduk di atas. Isyarat tersebut boleh dilihat sebagai amaran kepada mereka bahawa warga Felda juga mempunyai ‘kuasa’ dan boleh menjatuhkan pemimpin yang rakus.

Tidaklah dikata orang nanti tanah rancangan Felda hanya ‘fixed deposit’ kepada BN sehingga mudah untuk diperkotak-katikkan. - HARAKAHDAILY 1/5/2015

Sumber HD - 1-5-2015


Surat rayuan undi untuk warga Rompin

Kita dilahirkan beriman pada Allah S.W.T. Ini kurniaan terbesar Allah kepada kita berbanding dengan mereka yang menunggu hidayah dan dibuka hatinya untuk menerima Islam.

Bukan mudah untuk terus beriman pada Allah dan patuh pada segala FirmanNya. Di dalam Islam, kita diajar berdisiplin melalui solat lima waktu. Kita diajar bersabar melalui puasa 30 hari di bulan Ramadan. Kita diajar berkebajikan melalui kewajipan membayar zakat. Kita diajar mentauhidkan Allah dan menjadikan Rasulullah sebagai Rasul dan ikutan kita.

Sebagai orang Islam, kita sebenarnya mempunyai banyak kelebihan berbanding orang lain. Jika Islam diamalkan secara betul oleh pemimpin sehinggalah ke rakyat, percayalah umat Islam dan negaranya akan menjadi ummah yang paling disegani, dihormati dan menjadi ummah mithali.

Rosak dan jauhnya pemimpin daripada Islam, maka rosaklah rakyatnya meskipun majoriti beragama Islam. Apabila pemimpin dan rakyatnya sudah jauh daripada Islam, iman masyarakat akan menjadi lemah sehingga tidak lagi terasa bersalah melakukan dosa. Pada waktu inilah, negara dan rakyatnya akan bergelumang dengan pembaziran, rasuah dan penipuan dalam pentadbiran kerajaan tanpa terasa malu kerana hati mereka sudah jauh daripada Islam.

Bagi seorang mukmin, tiada perkara yang lebih dekat pada hati kita selain Allah. Sebenarnya iman kita terpanggil untuk mengikuti segala perintah Allah. Ajaran-Nya selalu mengingatkan kita bahawa perkara di dunia hanyalah bersifat sementara.

Dalam banyak ilmu Allah, perkara yang paling menyentuh dan menakutkan kita ialah kematian dan akhirat – dua subjek yang sering disebut oleh Allahyarham TG Nik Aziz ketika beliau berkuliah.
“Kita hidup di dunia ini bukan setakat nak hidup sahaja tetapi nak hidup biar sampai ke akhirat. Kita bekerja biar sampai ke akhirat, kita bertani biar sampai ke akhirat bahkan kita berpolitik biar sampai ke akhirat. Macam mana nak sampai ke akhirat, kalau semasa kita buat kerja ni tak pernah fikir tentang akhirat?” – begitulah pesanan TG ketika beliau diberi masa memimpin ummah.

Sebagai orang Islam, amatlah tidak betul jika kita menyebut tentang masa depan tetapi pada masa yang sama kita menggadaikan kepentingan akhirat. Di sini, kita berpijak atas tanah Allah, bernyawa atas udara Allah, makan makanan yang disediakan Allah, melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, mencari rezeki dengan tangan yang diberikan Allah. Apakah patut tiba-tiba kita hendakkan semua ini dengan percuma tanpa melakukan sebarang kerja untuk Allah dan memikirkan akhirat sebelum sesuatu dilakukan?

Antara saranan Allah yang utama ialah amar makruf, nahi mungkar. Sebagai orang Islam yang beriman pada Allah, kita wajib melawan kemungkaran yang diketahui kita dengan apa yang kita mampu, samada mencegahnya dengan tangan (kekuasaan), atau lisan (nasihat) atau membencinya dalam hati. Itu kewajipan kita sebagai seorang Islam. Pendek kata, kita tidak boleh berpeluk tangan membiarkan kezaliman dan penindasan berlaku di depan mata.

Warga Rompin akan mengundi sekali lagi pada 5 Mei untuk memilih seorang wakil rakyat baru di parlimen. Di sini, saya berdoa agar warga Rompin akan berfikir tentang kewajipan kita.
Di saat kita ada mempunyai kuasa (mengundi dan memilih pemimpin):

Janganlah undi mereka yang menyokong tindakan yang bercanggah dengan nilai iman seperti mengenakan cukai pada orang miskin, anak-anak yatim, golongan kurang upaya dan lainnya melalui cukai barangan dan perkhidmatan kerana itu satu kezaliman bukannya keadilan.

Janganlah memberi undi kepada mereka yang tidak berani menyuarakan bantahan malah mempertahankan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin kini seperti pembaziran dan kemewahan melampau yang ditonjol-tonjolkan pemimpin kerana itu bukan sifat yang disukai oleh Allah.

Janganlah memberi undi kepada mereka yang menyogok dengan wang ringgit kerana pada akhirnya kamu, anak-anak kamu dan cucu-cucu kamu akan terpaksa membayar balik dengan berganda-ganda kali nilai wang ringgit yang kamu terima hari ini.

Berilah peluang kepada mereka yang cuba memperjuangkan apa yang disyariatkan Allah meskipun terpaksa merintangi pelbagai cabaran dan cemuhan.

Berilah undi kepada mereka yang tidak takut menentang kezaliman dan berani menyuarakan bantahan terhadap kemungkaran mereka yang berkuasa meskipun berdepan risiko disenyapkan oleh mereka yang berkuasa menggunakan akta-akta dan undang-undang zalim. Bantulah mereka yang sedang melawan kezaliman dan kerakusan terhadap rakyat marhaen yang sedang berlaku di depan mata kita.

Setiap undi adalah penting. Gunakanlah undi sebaiknya untuk menghantar isyarat yang betul kepada mereka yang berkuasa. Jangan tersilap memberi isyarat bahawa kezaliman dan kerakusan mereka boleh diterima rakyat tanpa bantahan. Jika begitu, percayalah GST akan dinaikkan lagi kadarnya melebihi 6% pada masa terdekat untuk membayar hutang negara yang semakin bertimbun.

Saya menyeru warga Rompin - gunakanlah kesempatan ini untuk memberi undi kepada calon PAS sebagai suatu isyarat jelas penolakan kita di atas segala bebanan dan sikap tidak peduli kerajaan terhadap nasib golongan marhaen.

Ingatlah. Bila anda berada dipetak undi, Allah mengetahui dan melihat apa yang kita pilih. Selamat mengundi.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengarah JK Induk PRK Rompin
30 April 2015

Sumber FBTITM - 30-4-2015

Mohon lot tapak rumah sejak merdeka tak lulus

HUSSIN TAWANG | .


ROMPIN: Realiti kehidupan penduduk di beberapa buah kampung sekitar Kuala Rompin memang memeritkan dan jauh daripada gambaran lunak yang sering kita dengar.

Kosim Man, 56, penduduk pengkalan feri memberitahu bahawa dia bersama rakan lain tinggal di sini lebih 40 tahun, namun tidak ada apa yang istimewa yang diperoleh daripada Barisan Nasional selain hanya ketika pilihan raya menjelang setiap lima tahun sekali.

"Inilah realiti kehidupan kami sejak 30 tahun lalu, tiada kemudahan eleketrik, bekalan air bersih, jauh sekali jalan yang selesa untuk sampai ke rumah kami.

"Saban tahun kalau kami di sini mengharungi kehidupan getir tanpa ada seorang pemimpin atau pegawai yang bertanggungjawab datang bertanya khabar sama ada ketika banjir mahu pun hari-hari biasa. Malah kalau orang kampung mahu berjumpa untuk mengadu masalah memang payah untuk kami berjumpa," rintihan ini disuarakan kepada rombongan PAS dalam program ziarah Sentuhan Kasih bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad di sini semalam.

"Selepas pilihan raya tidak ada siapa yang bertanya khabar akan nasib kami yang merempat di negeri sendiri.

"Kami merempat kerana setiap permohonan untuk mendapatkan lot tapak rumah tidak pernah diluluskan walaupun anak jati Rompin, dan kami tidak mempunyai bekalan elektrik dan bekalan air bersih seperti orang lain selama tinggal di sini.

"Jadi untuk kali ini kami akan beralih kepada parti lain yang boleh memimpin kami di dunia dan akhirat.

"Saya juga menyeru kepada kawan-kawan lain supaya memberi mandat kepada pemimpin baru dan tinggalkan BN yang tidak bertanggungjawab dan jelas menghimpit kehidupan kita dan sekarang ini ditambah dengan bebanan GST," katanya

Bagi Ramli Man, 65, pula berkata dia yang menjadi ahli jawatankuasa Umno cawangan Sepayang sejak puluhan tahun lalu, namun tidak ada apa yang istimewa yang beliau dapat sebagai anak tempatan.

"Umno dia bukan nak membela kami malah terus menghimpit kehidupan kami dengan pelbagai masalah rekaan mereka sendiri.

"Hari ini saya ingin menyatakan bahawa saya tidak akan memilih calon dari Barisan Nasional dalam pilihan raya pada 5 Mei nanti sebaliknya akan memilih calon Pas.

"Cuba bayangkan, sejak merdeka permohonan tanah untuk tapak rumah saya di sini tidak di luluskan, dan saban tahun saya berusaha namun usaha itu hanya tinggal usaha sahaja. Kami dari Kampung Sepayang amat kecewa dengan Umno-BN,” Tegas Ramli

Menurut Datuk Dr Nik Mazian, Sebelum ini PAS menghadapi kesukaran untuk memasuki kawasan. Namun, pada kali ini bendera dan sepanduk dapat dipasang tanpa ada gangguan. Malah rombongan ini diterima baik oleh penduduk setempat. – HARAKAHDAILY 30/4/2015

Sumber HD - 30-4-2015











































Pengundi: Sokonglah PAS dan PKR untuk bantah GST

HARAKAHDAILY | .




Rakyat menerima GST dengan baik.

Itulah yang akan dikatakan oleh Datuk Ahmad Maslan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga media kawalan Umno-BN sekiranya Umno mendapat kemenangan di Rompin dan Permatang Pauh nanti.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad pula akan mengganggap warga peneroka tidak mengambil kisah dengan skandal-skandal yang melibatkan FGV dan menggangap segala penindasan yang dilakukan terhadap mereka tidak menjejaskan sokongan kepada Umno-BN.

Apakah itu yang ingin dilihat, wahai warga pengundi di Rompin dan Permatang Pauh?

Oleh itu, baliklah mengundi. Undilah untuk PAS dan PKR untuk membantah GST. Isyarat perlu disampaikan kepada Umno-BN bahawa rakyat menolak GST.

Jangan tersilap menghantar mesej, wahai warga pengundi di Rompin dan Permatang Pauh.

Jangan berikan Umno-BN sebarang alasan untuk meneruskan GST.

Jangan berikan peluang untuk Umno-BN menaikkan kadar GST.

Percayalah, sekiranya Umno-BN menang di Rompin dan Permatang Pauh, tidak mustahil kerajaan Umno-BN ini meningkatkan nilai GST pada tahun-tahun akan datang demi menampung keborosan hidup mereka dan juga hutang yang semakin menimbun.

Bahkan, Ahmad Maslan mungkin terasa rakyat berasa beliau lebih cerdik berbanding Tun Dr Mahathir. Apakah kita mahu Ahmad Maslan terasa bahawa rakyat lebih menerima hujahnya bahawa GST sudah berjaya menurunkan harga barangan daripada saranan Tun Dr Mahathir untuk memansuhkan GST? Sudah tentu tidak.

Bukan itu sahaja, kemenangan Umno-BN di Rompin dan Permatang Pauh juga akan diambil kesempatan untuk Najib bagi membuat deklarasi bahawa rakyat menerima skandal 1MDB tanpa masalah dan menolak segala dakwaan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hutang RM42 bilion oleh 1MDB akan dilupakan sebegitu sahaja. Pendedahan-pendedahan mengenai 1MDB tidak akan lagi diendahkan kerana Najib beranggapan rakyat tetap menyokongnya meskipun terlibat dengan skandal sedemikian.

Oleh itu, saya seru warga pengundi di Rompin dan Permatang Pauh, baliklah mengundi. Sokonglah PAS dan PKR untuk bantah GST. Sokonglah PAS dan PKR untuk menghantar isyarat jelas kepada kerajaan Umno-BN bahawa mereka perlu menghentikan kezaliman mereka kepada rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengarah JK Induk PRK Rompin
30 April 2015

Sumber HD - 30-4-2015

Pas kemuka cukai alternatif ganti GST

Posted on Wednesday, April 29 @ 09:10:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



ROMPIN - Kempen menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada PRK Rompin yang diguna Pas sebagai bahan meraih sokongan pengundi bukan kempen ‘kosong’ kerana PR mempunyai alternatif lain kepada cukai tersebut.

Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, alternatif itu melibatkan dua jenis polisi cukai yang terkandung dalam belanjawan PR yang dibentangkan pada tahun lalu dan ia lebih baik berbanding GST.

“Saya kemukakan alternatif ini kerana ada seorang pemimpin itu yang meminta supaya PR nyatakan alternatif lain jika menolak GST dan saya tegaskan di sini bahawa PR mempunyai cukai alternatif tersebut yang lebih baik berbanding GST.

“Dua cukai tersebut ialah cukai keuntungan modal bagi ekuiti (CGT) yang berperanan sebagai alternatif kepada GST dan juga Cukai Warisan Harta bagi pemindahan aset di kalangan golongan kaya. Keduanya bukan cukai pukul rata seperti GST,” katanya.

Menurutnya, sistem percukaian CGT itu memberi fokus kepada pendapatan dan gaji yang adil iaitu keuntungan bagi modal itu dikenakan cukai seperti seorang pemaju perumahan selain mempertahankan subsidi untuk rakyat.

Katanya, CGT juga diguna pakai di 127 negara berbanding GST yang dilaksanakan kira-kira 100 negara manakala dari segi pendapatan pula dijangka lebih tinggi iaitu kira-kira RM3 bilion berbanding GST, RM2.3 bilion sahaja.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Pahang itu turut menempelak seorang pemimpin yang mengatakan bahawa GST tidak membebankan orang kampung seperti yang dilaporkan oleh beberapa media. - SH


Sumber TKO - 29-4-2015













































PRK Rompin : Lebih Ramai Anak Muda Felda Sertai PAS


BANDAR TUN RAZAK – Menjelang hari mengundi pada 5 Mei depan, pilihan raya kecil (PRK) Rompin akan menyaksikan lebih banyak protes terhadap kerajaan Umno dan Barisan Nasional khususnya dikalangan anak-anak muda.

Pengangguran, peningkatan kos dan tekanan GST adalah antara pelbagai masalah yang membelenggu kehidupan kemereka yang tidak tidak didengar dan dipedulikan oleh Felda.

Selain ketrajaan dan pihak Felda didakwa tidak telus dan mungkir janji terhadap projek-projek pembangunan yang melibatkan para peneroka.

Nasaruddin

Nasaruddin Abd Aziz, 31, (Gambar kanan) dari Felda Keratong 4 berkata, 70 peratus dari kalangan anak-anak muda Felda tidak mempunyai kerja tetap dan terpaksa ‘kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang’.

Beliau yang mengambil upah mengangkat buah kelapa sawit hanya mendapat upah sebanyak RM7 sepikul.

“ramai yang tidak ada kerja………..dalam 10 orang, 7 orang budak-dudak taka da kerja (tetap) saya ambil upah angkat buah kelapa sawit dengan upah RM7 sepikul, kalau dua orang terpaksa bahagi (upah),

“tak ada kilang (industri) yang boleh tampung pekerjaan, ditambah dengan cukai GST……..saya rasa cukup tertekan,”ujarnya.

Rakannya, Roslan Saat, 36, yang menjalankan perniagaan secara keci-kecilan, terpaksa berhempas pulas untuk terus hidup.

Beliau yang masih menumpang rumah keluarganya melihat, seolah-olah tidak ada masa depan dengan keadaan yang dihadapinya.

Faiz

“tidak nampak macamana nak majukan anak-anak Felda, semua urusan susah………….janji untuk beri rumah dan tanah untuk generasi kedua Felda hanya tinggal janji,”kata beliau.

Kegelisahan mereka turut di kongsi oleh kawan-kawan sebaya mereka yang tinggal di peringkat lain kawasan Felda gugusan Keratong.

Mohd Faiz Izwan, 23, (Gambar kiri )dari Felda Keratong 10 menyifatkan pihak pengurusan Felda tidak mengambil tahu tentang belia dan keperluan riadah dan rekreasi.

“pasal padang bola (rekreasi)………..dekat pilihan raya ni baru bersihkan padang……….tak ambil peduli tentang belia……….belia taka da kerja,”ujarnya.

Beliau adalah antara ratusan anak-anak muda Felda yang menyertai PAS pada Majlis Selamatkan Felda di Keratong 4 pada 25 April dan di Feda Keratong 10 pada 27 April.

Faiz berkata, beliau masuk PAS atas kesedaran sendiri dan tidak ada apa-apa paksaan dari pihak lain.
Rakan sekampungnya, Zainuddin Zaini, 40, berkata, banyak kemudahan yang dinikmati oleh anak-anak muda di luar Felda tidak dapat diperolehi oleh belia-belia Felda.

Zainuddin

Masalah utama bagi beliau, selain GST, adalah soal komunikasi, perkhidmatan internet serta talian telefon mudah alih yang amat tidak memuaskan.

“yang paling utama GST lah, masalah utama ‘line’ telefon pun tak ada …………sekejap ada…….sekejap tak ada, (sesetengah tempat) di Keratong 8………terus taka da, talian internet jangan cakaplah………….‘comfirm’ lah tak ada,

“yang ketiga, masalah anak peneroka (ni) adalah rumah………..(kerajaan) cadang dah 30 tahun dulu dah cadang……sepatutnya (dia buatlah),

“tanah ada………..kalau dia kata taka da…….buatlah rumah (flat) lima tingkat ke…….,”tegasnya ketika ditemui.

Lot-lot tanah kosong ada banyak di kawasan berhampiran, sebagai contohnya kata beliau, di belakang dewan masih terdapat tanah kosong yang terbiar.

Zainuddin juga kesal kerana tidak ada tindakan yang berkesan pihak Felda dan kerajaan bagi membanteras masalah sosial di Felda termasuk penagihan najis dadah dan kecurian yang berleluasa.

Justeru, beliau yakin, ramai lagi anak-anak muda di seluruh gugusan Felda Keratong yang akan bersama-sama dengannya, menyertai PAS.

Sumber BO - 29-4-2015

PRK Rompin; Ameerah Terengganu Sumbang Tenaga Kearah Kemenangan



ROMPIN – Bahang PRK Rompin kian terasa dengan tempoh kurang seminggu lagi para pengundi akan menunaikan amanah mereka memilih pemimpin yang akan mewakili mereka di Parlimen Rompin.

Semua jentera PAS dari seluruh negara turun membantu gerakerja kempen di sini dan tidak ketinggalan menyumbangkan keringat mereka adalah Ameerah Terengganu.

Menurut ketuanya, Puan Zuraida Md Noor, Ameerah Terengganu ditugaskan untuk gelombang Kedua yang bermula 25hingga 30 April, 2015.

Zuraidah Mohd Noor

Untuk gelombang ini, mereka perlu menghantar 10 orang petugas tetap sepanjang tempoh gelombang tersebut. Ameerah bersedia untuk melaksanakan apa sahaja tugasan yang diarahkan oleh pimpinan demi melancarkan kempen sepanjang PRK ini.

“Kami amat beruntung kerana diberi kepercayaan turut serta menjadi pembantu untuk Kempen Calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad pada Isnin baru-baru ini di sekitar Bandar Rompin.

“Ziarah bermula di pasar dan kedai-kedai makan, di mana kami membantu calon untuk santuni golongan wanita serta mengedarkan risalah.

“Selepas itu, kami bergerak ke pejabat-pejabat kerajaan untuk bertemu para pengundi”, ujar beliau yang menambah, peluang keemasan ini digunakan sebaiknya untuk memperkenalkan calon kepada para pengundi.

Menurutnya, respon yang diterima dari ziarah tersebut amat baik sekali. Diharapkan momentum ini berterusan dan membantu untuk kemenangan calon PAS.

“Selain itu, banyak aktiviti kami bermula. waktu tengahari hingga ke petang. Antara aktiviti untuk pengundi muda adalah kami turun sendiri berjumpa pengundi muda dengan menghantar kek hari lahir mereka bagi mewakili calon PAS, iaitu Ustaz Nazri Ahmad,”

IMG-20150429-WA0015

“Petang pula aktiviti wajib kami iaitu edaran risalah dan flashmob. Edaran risalah ke tempat-tempat tumpuan orang ramai merupakan satu peluang untuk kami berjumpa sendiri dengan para pengundi di Rompin ini”, ujar beliau.

Banyak cabaran yang Ameerah hadapi untuk mengumpulkan petugas yang tetap. Pada masa yang sama, Zuraida juga kagum dengan kesungguhan dan semangat petugas Ameerah yang sanggup mengambil cuti walau sekejap untuk membantu kempen PRK ini.

Ameerah ramai yang bekerja, dan agak sukar untuk mengambil cuti panjang. Oleh kerana itu, jadual bertugas disusun mengikut syif supaya lebih ramai tenaga yang dapat turun bertugas.

Akhir sekali, Zuraida mengharapkan agar PAS diterima untuk mewakili Parlimen Rompin nanti.
Kesemua jentera dari semua peringkat yang bertugas merupakan duta mewakili calon PAS, dan mereka sentiasa bersiap siaga bekerja untuk memenangkan Islam.

Semoga bantuan tenaga mereka, terutamanya Ameerah sedikit sebanyak membantu untuk kemenangan Islam.

Sumber BO - 29-4-2015

PRK Rompin: Pahang umum 5 Mei cuti peristiwa

| .


ROMPIN: Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa untuk seluruh negeri bagi memudahkan pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada tarikh itu.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dalam satu kenyataan ringkas kepada media berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco yang diadakan di Majlis Daerah Rompin di sini, hari ini.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dengan calon PAS Nazri Ahmad.

PRK itu diadakan susulan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Jamaluddin yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat seramai 53,294 pengundi berdaftar di Parlimen Rompin termasuk 545 pengundi awal yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka esok di empat pusat pengundian awal. - Bernama

Sumber HD - 29-4-2015
















































Rayuan kepada pengundi Rompin, kuasa 1 undi

HARAKAHDAILY | .


PENDAHULUAN

Saya merasa amat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada Rompin bukan kerana ramai ahli keluarga saya seperti bapa-bapa saudara, datuk, datuk saudara, moyang saudara dan sepupu sepapat tinggal dan lahir di Kuala Rompin; tetapi kerana dapat menyumbang tenaga sebagai petugas pilihan raya. Sekurang-kurangnya dapatlah juga saya menyampaikan mesej Islam supaya manusia taat kepada Tuhan; mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang.

ISU PERCUKAIAN GST

1. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kepada warga Rompin bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah zalim membebankan rakyat dan tidak menepati syarat keharusan cukai dalam Islam. Antaranya kerana ia dikutip bukan berdasarkan pendapatan tetapi berdasarkan perbelanjaan pengguna yang tidak boleh membezakan antara yang berkemampuan dan tidak berkemampuan. Orang miskin juga terpaksa membayar cukai.

2. Juga kerana bebanan cukai yang berganda kepada orang yang berkemampuan selain mereka terpaksa membayar cukai pendapatan. Bagi orang Islam yang berkemampuan pula mereka membayar zakat dan cukai pendapatan seterusnya dikenakan pula cukai GST pada setiap perbelanjaan mereka melainkan pada barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan. Ia tidak bertepatan dengan roh cukai yang diharuskan oleh Islam.

3. Sementelah pula keperluan negara kepada hasil GST meragukan di saat negara sudah memperolehi hasil lumayan menerusi hasil minyak, cukai korporat, cukai individu, duti eksais dan lain-lain. Apa yang berlaku ialah kerajaan gagal membelanjakan hasil yang telah diperolehi selama ini secara berhemah dan berjimat cermat menurut cara Islam sehingga berlaku ketirisan dan pembaziran yang menjadikan negara dalam keadaan berhutang melebihi 600 bilion pada 2014.

4. Selama 18 tahun berturut-turut pula sejak 1998 kerajaan membentangkan belanjawan defisit di Dewan Rakyat iaitu rancangan perbelanjaan melebihi jangkaan pendapatan. Kerajaan hanya menjangkakan - sebagaimana kata Perdana Menteri di Parlimen - akan membentangkan belanjawan berimbang pada 2020 iaitu 5 tahun ke depan.

5. Pertambahan hasil negara menerusi cukai GST yang memeras orang miskin dan kaya hanya akan membuka peluang kerajaan berbelanja lebih besar dalam keadaan keperluannya sangat meragukan.

6. Sekalipun GST telah berjaya mengutip RM42 juta sehari daripada rakyat sejak 1 April 2015 sebagai pendapatan negara, objektif untuk menyediakan keperluan dan kebajikan rakyat tetap tidak dapat ditunaikan akibat kebocoran dan ketirisan tersebut. Menurut kajian Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme, kerajaan kerugian antara 23 hingga 40 bilion kerana pembaziran dan ketirisan.

7. Teori ketamadunan pun ada menyatakan bahawa sesebuah kerajaan yang mempunyai pendapatan yang lebih akan cenderung untuk berbelanja secara boros; dan itulah hakikatnya yang berlaku kepada negara kita pada hari ini.

8. Kenaikan harga barang yang mencengkam kehidupan seharian berlaku sebelum dan selepas pelaksanaan GST meskipun cuba dinafikan oleh kerajaan dengan pelbagai janji yang manis dan melekakan.

ISU UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

1. Peluang berkempen di Rompin ini juga saya gunakan untuk menjelaskan tentang kebaikan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah Islam. Prinsip keadilan dan hukumannya yang tegas berupaya mendidik penjenayah khususnya perompak, pencuri dan penyamun dan menakut-nakutkan bakal penjenayah. Adalah amat wajar sekali jika ia dilaksanakan dalam sebuah masyarakat yang sedang dilanda dengan jenayah dan masalah sosial yang semakin meruncing.

2. Saya yakin, anda semua juga sama seperti saya; sangat risau dengan keadaan ini dan mahukan diri serta keluarga kita selamat daripada ancaman itu. Jika berlakulah kepada diri atau keluarga kita, dengan undang-undang sedia ada hari ini, ahli keluarga penjenayah yang tidak bersalah pun terpaksa menanggung beban akibat hukuman itu. Jenayah juga tidak dapat dibanteras.

3. Jika Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan, jenayah dapat ditangani sebagaimana rekod sejarah Islam dan semua pihak akan mendapat keadilan yang sepatutnya; mangsa atau keluarga mangsa mendapat pampasan dalam kes qisas dan penjenayah masih berpeluang menunaikan kewajipan dan haknya terhadap tanggungannya. Maka, tiada orang akan teraniaya.

4. Namun, untuk saat ini, PAS hanya mengharapkan satu ruang pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah untuk negeri Kelantan dibuka menerusi pindaan Akta 355 di parlimen yang sekarang menghadkan hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah berdasarkan Syara'. Sekurang-kurangnya ia menjadi model bagi diikuti oleh negeri-negeri yang lain. Ahli-ahli Parlimen PAS bakal mengundi sebagai satu usaha meluluskan pindaan tersebut.

ISU MASA DEPAN WARGA FELDA

1. Saya dan kawan-kawan yang lain juga telah memberikan penerangan berkenaan isu-isu berkaitan dengan Felda. Antaranya ialah isu saham Felda Global Venture (FGV) yang merudum, prestasi Koperasi Permodalan Felda yang merosot dan penyelenggaraan kebun peneroka yang tidak memuaskan.

2. Tidak kurang juga saya dan rakan-rakan daripada PAS mendesak supaya penyenaraian FGV di Bursa Malaysia perlu dihentikan dan 360,000 hektar tanah Felda Plantation yang dipajakkan kepada FGV perlu dikembalikan kepada Felda. Kita juga menuntut agar program rumah perumahan generasi kedua diperbanyakkan dan ditawar pada harga mampu milik.

KUASA UNDI

1. Tetapi, saya dan kawan-kawan yang lain hanya petugas pilihan raya; hanya boleh menjelaskan tentang itu dan ini. Akhirnya tuan-tuan dan puan-puanlah sebagai pengundi Rompin yang akan menentukannya. Di tangan saudara dan saudarilah adanya kunci perubahan; perubahan untuk Rompin dan negara seluruhnya.

2. Satu undi daripada anda mampu memberi tekanan kepada kerajaan untuk membatalkan atau menangguhkan pelaksanaan percukaian GST yang sangat membebankan rakyat itu.

3. Satu undi daripada anda juga bakal menyumbang untuk usaha membebaskan masyarakat dan negara sama ada jangka pendek atau jangka panjang daripada belenggu jenayah yang mengancam keselamatan kita semua.

4. Satu undi daripada anda jugalah boleh menyumbang bagi menyelesaikan masalah peneroka dan mengembalikan kegemilangan Felda.

5. Oleh itu, demi kebaikan agama, bangsa dan negara, saya merayu dan menyeru kepada tuan/puan dan saudara/saudari sekalian pengundi P91 Rompin supaya mengundilah calon PAS iaitu Ustaz Nazri Ahmad pada 5 Mei ini. Semoga undi yang kita berikan kepada calon PAS ini merupakan sebahagian daripada amal kebajikan kita di sisi Allah s.w.t. Semoga Allah merahmati dan mengampuni kita semua.

Sekian.

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Tarikh: Rabu 29 April 2015 / 9 Rejab 1436H

Sumber HD - 29-4-2015

Saham FGV merudum: Peneroka dan KPF rugi besar

DR. ROSLI YAAKOP | .


HARGA saham FGV yang merudum menimpakan kerugian besar kepada peneroka Felda. Tetapi, ini tidaklah sebesar kerugian yang menimpa Keporasi Permodalan Felda (KPF) apabila ia menjual 51% sahamnya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGV pada bulan Disember 2013 lalu. Oleh sebab peneroka pemilik majoriti KPF, maka sebenarnya, yang rugi adalah peneroka.

Semasa artikel ini mula ditulis, harga saham FGV RM2.09 se saham. Harga ini RM2.36 atau 53% di bawah harga tawaran awam awal (IPO), iaitu, RM4.45 se saham (FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 lalu).

Peneroka yang telah membeli 800 unit saham membayar RM3,560 dan jika ia masih memegang saham itu, maka nilai pasaran saham berkenaan hanya tinggal RM1,672 sekarang, bermakna, pemegangnya  sudah rugi RM1,888.

Itu kerugian seorang peneroka. Ada 112,635 orang peneroka Felda di seluruh negara. Sekiranya setiap peneroka membeli 800 unit saham, maka jumlah saham FGV yang mereka pegang ialah 90,108,00 unit. Bermakna, kerugian yang mereka tanggung ialah RM212,654,880.

Ini kerugian yang amat besar memandangkan masih ramai peneroka berpendapatan rendah. Kalau harga sebuah rumah RM150,000, jumlah ini mampu membiayai 1,418 buah rumah untuk generasi kedua.

Bilakah harga saham FGV akan naik semula? Tiada siapa yang boleh meramalkan. Dalam masa terdekat ini kebarangkalian untuk harga pulih dengan ketara amat kecil. Ini memandangkan prestasi kewangan FGV sudah merosot. Dilaporkan dalam suku terakhir tahun 2014, keuntungan FGV mengecut sebanyak 96%.

Kejatuhan ketara harga minyak sawit di pasaran dunia, peningkatan ketara kos pengurusan, hasil tuaian yang tidak meningkat kerana lebih 50% dari pokok sawit yang ada sudah tua dan kedudukan mudah tunai syarikat yang ketat adalah penyebab-penyebab utama yang menekan harga saham FGV.

Kekurangan minat pelabur asing untuk melanggan saham FGV juga menekan harga. Setakat 27 Februari 2015, tidak sampai pun 10% daripada jumlah saham FGV yang diapung di Bursa Malaysia (3,648,151,500 unit kesemuanya) dipegang pelabur asing. Bermakna, matlamat untuk melonjakkan kehadiran pelabur asing di Bursa Malaysia melalui pengapungan saham FGV telah gagal direalisasikan.

Dalam keadaan ketidakcukupan bilangan pelabur bermain di pasaran, apatah lagi bilangan saham yang diapungkan terlalu besar, adalah dijangkakan harga saham FGV akan terus tertekan. Harus diingat, Bursa Malaysia saiznya relatif kecil dan bilangan pelabur yang bermain di pasaran terhad, tidak seperti pasaran saham London, New York dan Tokyo dan lain-lain.

Kurangnya minat pelabur-plabur dalam dan luar negara di dalam saham FGV ini telah menyebabkan sebahagian besar saham FGV yang diapungkan di Bursa Malaysia dipegang oleh pelabur-pelabur institusi khasnya badan berkanun yang kaya tunai.

Diperhatikan, dana awam seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Persaraan, Koperasi Permodalan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kerajaan Negeri Pahang, kerajaan Negeri Sabah dan National Association (Qatar) sebagai satu kumpulan memegang sekitar 37% daripada saham FGV. Sejak kebelakangan ini diperhatikan Felda Badan Berkanun dan Felda Asset Holdings Berhad telah memasuki pasaran dengan membolot hampir 44% daripada jumlah saham FGV di pasaran.

Hakikatnya,  sekitar 80% daripada jumlah saham FGV di dalam pasaran dibolot oleh pelabur-pelabur institusi.   Ini menimbulkan tanggapan bahawa sekiranya pelabur-pelabur institusi ini tidak memasuki pasaran, kebarangkaliannya amatlah tinggi bahawa harga saham FGV pastinya lebih rendah dari harga yang kita saksikan hari ini.

Juga, wujud tanggapan bahawa badan-badan kaya tunai ini berkemungkinan telah dikerah oleh pihak tertentu untuk masuk ke pasaran untuk menyokong harga. Dalam keadaan harga yang merudum, sudah pasti ada badan-badan berkenaan yang mengalami kerugian besar.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, peneroka rugi lagi apabila koperasi milik mereka, KPF, dikurangbayar (shortchanged) apabila KPF melepaskan 51% milikan sahamnya di dalam FHB kepada FGV pada Disember 2013. Felda Badan Berkanun khabarnya mendapat harga RM55.66 sesaham apabila melepaskan 49% sahamnya di dalam FHB kepada FGV sedangkan KPF hanya dibayar RM19.61 sesaham, RM36.05 atau 64.8% lebih rendah.

FGV menjadi "layak" untuk disenaraikan di Bursa Malaysia apabila harta milik Felda Badan Berkanun di dalam FHB disuntikkan ke dalam FGV. Hal ini kerana FHB sudah memiliki rekod perniagaan dan rekod untung yang panjang.

FHB, organisasi perniagaan utama bagi Felda Badan Berkanun, mempunyai modal berbayar sebanyak RM220 juta diwakili oleh 220 juta unit saham pada harga RM1.00 se saham. Dari jumlah itu, sebanyak 107, 800,000 unit atau 49% dimiliki oleh Felda Badan Berkanun sementara 112,200,000 atau 51% lagi oleh KPF.

Felda Badan Berkanun telah bersetuju "menyerahkan" 49% milikannya kepada FGV tetapi sehingga saat akhir FGV gagal mendapatkan persetujuan KFP untuk ia mengambilalih 51% milikan KPF di dalam FHB.  Akhirnya, hanya saham yang mewakili 49% harta milik Felda Badan Berkanun di dalam FHB dan saham baru mewakili harta FGV sendiri diapungkan di Bursa Malaysia. Saham mewakili 51% harta milik KPF tidak diapungkan.

Apabila 49% milikan Felda Badan Berkanun di dalam FHB diwakili oleh 107,800,000 saham diserapkan ke dalam FGV,  saham itu ditukarkan kepada 1,208,890,900 unit saham FGV. Ini ditambah dengan saham baru FGV berjumlah 1,089,445,000 menjadikan saham FGV yang diapongkan berjumlah 2,298,335,900 unit.

Milikan 51% KPF di dalam FHB diwakili 112,200,000 tidak diserapkan ke dalam FGV, bermakna, saham ini tidak diapongkan. Apabila diserapkan ke dalam FGV, 112,200,000 unit saham FHB ini bersamaan 1,349,815,600 saham FGV atau 37% dari saham FGV keseluruhan. Pada  harga tawaran awam awal sebanyak RM4.45 se saham, maka nilai pegangan saham mencecah RM6 bilion.

Agihan Saham FGV Sebelum Diapongkan

Pemilik    Jumlah Saham FHB    %    Bersamaan Saham FGV    %
Felda    107,800,000    49    1,208,890,900    33
FGV*    0    0    1,089,445,000    27
Jumlah Kecil            2,188,890,000    60
Saham "Greenshoe Option"            109,445,000    3
Jumlah Kecil    -    -    2,298,335,900    63
KPF    112,200,000    51    1,349,815,600    37
Jumlah Besar    220,000,000    100    3,648,151,500    100**

Nota:
* Pada 28 Jun 2012, jumlah saham yang diapongkan ialah 2,188,890,900 unit saham. Saham “Greenshoe option” diapongkan kemudian.
** Ini adalah jumlah saham FGV yang diapongkan selepas FGV mengambilalih 51% saham FFHB milik KPF seperti yang diumumkan pada 27 Disember 2013. Hal ini bermakna tambahan saham FGV yang diapongkan selepas 27 Disember 2013 ialah 1,349,815, 600. Saham “Greenshoe Option” telah juga diapongkan.

Sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual di atas, jumlah saham FGV yang diapongkan pada 28 Jun 2012 berjumlah 2,188,890,900 unit. Bermakna, hanya 60% daripada jumlah saham dijual kepada pelabur-pelabur. Lagi 40% tidak diapungkan terdiri daripada saham  milik KPF (37%) dan saham "Greenshoe Option” (3%).

Pada 27 Disember 2013 FGV mengumumkan bahawa ia telah membeli 112,200,000 unit saham FHB  bersamaan 51% yang masih dimiliki oleh KPF pada harga RM2,200,000,000. Dengan pembelian ini,  FHB kini dimiliki sepenuhnya (100%) oleh FGV.

Harga yang dibayar oleh FGV kepada KPF bersamaan RM19.61 sesaham. Sebagai perbandingan, Felda Badan Berkanun, apabila ia memindahkan 49% hak miliknya dalam FHB kepada FGV dikatakan telah memperolehi kira-kira RM6,000,000,000 atau RM55.66 se saham. Ini bermakna, harga yang dibayar oleh FGV kepada KPF untuk mengambilalih 51% milikan dalam FHB adalah RM36.05 lebih murah.

Ini menunjukkan bahawa KPF telah dikurangbayar khasnya apabila mengambilkira bahawa, pertama,  KPF telah melepaskan pemilikan saham dan pengawalan majoriti di dalam FBH kepada FGV. Kedua, memandangkan bahawa FHB, semasa transaksi itu berlaku, adalah sebuah syarikat yang berprestasi tinggi iaitu penyata kewangannya bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 menunjukkan ia membuat keuntungan sebanyak RM482.2 juta dengan kedudukan wang tunai bersih sebanyak RM915.4 juta.

Amatlah menghairankan kenapa pihak KPF bersetujuan dengan harga belian di atas sedangkan telah diketahui umum bahawa Felda Badan Berkanun telah mendapat bayaran kira-kira sebanyak RM6 bilion atau RM55.66 se saham apabila ia menyerahkan 49% hakmiliknya di dalam FHB kepada FGV.

Juga, pada hari perundingan penjualan saham itu kepada FGV dimuktamadkan, harga tutup saham FGV di Bursa Malaysia ialah RM4.49 sesaham dan sejak  FGV disenaraikan pada 28 Jun 2012, harga sahamnya tidak pernah jatuh di bawah RM4.00 se saham.

Pihak KPF sepatutnya dan sewajarnya menggunakan rekod harga saham FGV sebagai rujukan utama dalam menentukan harga saham FHB yang dijual kepada FGV itu. Selanjutnya, perlu diingat bahawa harga tawaran awam awal saham FGV ialah RM4.45 se saham (untuk pelabur runcit).

Memandangkan perkara di atas, adalah tidak wajar sama sekali untuk pihak KPF tidak bertegas supaya FGV sekurang-kurangnya membayar harga yang sama seperti harga yang dibayar olehnya kepada Felda Badan Berkanun. Pada harga RM55.66 se saham, KPF sepatutnya memperolehi hasil sebanyak RM6.3 bilion. Maknanya, KPF dan ahli-ahlinya telah dikurang bayar sebanyak RM4.1 bilion.

Perkara-perkara berikut mungkin telah berlaku menyebabkan KPF dibayar jauh lebih rendah berbanding yang dibayar kepada Felda Badan Berkanun apabila menyerahkan 51% hanya di dalam FHB kepada FGV:

Pertama, Lembaga Pengarah KPF telah terlepas pandang. Kedua,  KPF tidak mendapat nasihat kewangan yang betul tentang nilai asetnya di dalam FHB. Ketiga, wujud pertentangan kepentingan dalam membuat keputusan untuk menjual kepentingan itu kepada FGV. Keempat, wujud salah laku sehingga berlaku pengkhianatan kepada KPF. Kelima, mungkin ada rasuah terlibat.

Penganalisis menyeru SKM dan badan-badan lain yang berkaitan membuat penyiasatan ke atas perkara ini. Janganlah biarkan peneroka yang sudah jatuh itu ditimpa pula oleh tangga. – HARAKAHDAILY 29/4/2015

Sumber HD - 29-4-2015







Pembubaran Dara bukti BN lemah

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .


ROMPIN: Kerajaan Negeri Pahang ternyata melakukan kesilapan besar apabila tidak membantah pembubaran dua agensi pembangunan Persekutuan iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara) pada tahun 2000.

Adun Beserah Andansura Rabu berkata, hal ini kerana pembubaran kedua-duanya agensi tersebut mengakibatkan kawasan yang berada di bawahnya menjadi terabai.

Menurutnya, Dara dibubarkan pada 1 November 2000 mengikut Akta Dara (Pembubaran) 1997 (Akta 569) dan diswastakan kepada Teras Dara Konsortium Sdn. Bhd. (TDK) melalui perjanjian yang ditandatangani pada 15 Jun 1999.

“Kerajaan juga telah bersetuju supaya kerja-kerja khidmat bandaran yang dijalankan oleh TDK di kawasan bekas Dara dilanjutkan bagi tempoh lima tahun kedua mulai 1 Mac 2005 hingga 28 Februari 2010.

“Sehubungan dengan itu, Perjanjian Lanjutan Kerja Khidmat Bandaran antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang dan TDK telah ditandatangani pada 13 Februari 2006.

“Bagi tempoh 5 tahun pertama sahaja TDK diberi geran RM10 juta bagi khidmat bandaran. Kemudian bagi tempoh 5 tahun kedua, jumlah geran adalah sebanyak RM12 juta dan untuk tempoh 5 tahun ketiga, gerannya meningkat kepada RM14 juta,” Katanya dalam sidang media di markas induk PAS PRK 091 Rompin.

Turut hadir Setiausaha Perhubungan Roslan Zainal.

Andansura berkata, persoalan yang timbul kini ialah TDK tidak memainkan peranan yang sepatutnya untuk membangunkan Wilayah Pahang Tenggara.

Tambahnya, sejak pengambilalihan bekas kawasan Dara, TDK telah menjual beberapa aset seperti Ladang Lam Soon, Ladang Teh Dara, Kilang Sawit Sawira dan lain-lain lagi.

“Di samping itu semasa proses pindah milik harta Dara kepada TDK terdapat 212 lot perumahan di kawasan utama Muadzam Shah yang bernilai RM2.9 juta diberikan kepada TDK dengan bayaran RM700 ribu sahaja.

“Sekarang mereka menjual lot-lot ini dan juga hartanah lain dengan harga berlipat ganda,” jelasnya.

Katanya lagi, nyata sekali tujuan utama TDK mengambil alih bekas Dara ialah untuk mengaut keuntungan. Hasil utamanya adalah daripada geran Kerajaan Persekutuan.

Sedangkan objektif untuk membangunkan bekas kawasan Dara secara lebih efisyen terbukti telah gagal termasuk kepentingan peniaga-peniaga Melayu juga telah terhakis dengan kemunculan gedung-gedung besar asing.

“Justeru PAS Pahang menyeru pengundi Rompin perlu menghantar isyarat kepada Kerajaan Pusat dan Negeri bahawa rakyat Rompin sudah tidak boleh diperbodohkan lagi dengan janji-janji palsu dan tidak ditepati sejak sekian lama,”ujarnya.

Beliau menggesa agar kuasa undi penduduk diguna untuk menyelamatkan aset rakyat daripada terus tergadai akibat salah urus tadbir di bawah kerajaan BN. – HARAKAHDAILY 29/4/2015

Sumber HD - 29-4-2015


















































PRK Rompin, majikan wajib beri cuti

MUHAMMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS hari ini meminta agar majikan memberi pelepasan atau cuti kepada pekerja mereka yang terlibat dalam pengundian di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata PRK Rompin akan berlangsung pada hari bekerja dan menjadi tanggungjawab majikan memastikan pekerjanya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Bagi menunaikan tanggungjawab kepada negara dalam amalan kerajaan demokrasi, kerajaan mestilah memastikan semua majikan memberi perlepasan atau cuti kepada pekerjanya yang terpaksa pulang mengundi.

"Malah selayaknya majikan memudahkan urusan serta menggalakkan pekerjanya keluar mengundi bagi melunaskan tanggungjawab tersebut," kata beliau.

Tambah beliau, kerajaan selama ini telah berkempen supaya rakyat keluar mengundi justeru perkara itu suatu tanggungjawab terhadap negara.

"Maka saya ingin tegaskan supaya kerajaan bukan sahaja mengeluarkan pekeliling kepada majikan, tetapi juga mesti memastikan semua majikan memberi perlepasan atau cuti terutama kepada pengundi yang berada pada jarak yang jauh dengan tempat pembuangan undi.

"Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang gagal berbuat demikian," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu menegaskan kerana masih terdapat aduan rakyat atau pengundi di Parlimen Rompin yang berada di luar kawasan bahawa mereka tidak mendapat cuti untuk pulang mengundi.

"Ini suatu yang sangat dikesali dan ia bercanggah dengan hak seorang pengundi yang mahu menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka," sambungnya lagi. – HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD - 28-4-2015







PRK Rompin: Suspek serang bilik gerakan PAS ditahan

| .


ROMPIN: Seorang penjawat awam antara dua suspek ditahan polis berikutan kes serangan terhadap petugas Bilik Gerakan PAS di sini, awal pagi Ahad lalu.

Kedua-dua suspek itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu petang Ahad lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata suspek yang berumur 41 dan 46 tahun itu, disah positif ganja selepas saringan ujian air kencing dilakukan terhadap kedua-dua mereka.

Polis kini sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan reman mereka bagi membantu siasatan, katanya pada sidang media di sini hari ini.

"Berdasarkan maklumat yang diterima suspek telah membuat huru-hara di Bilik Gerakan PAS Bandar Rompin yang disusuli dengan pergaduhan kecil.

"Salah seorang daripada suspek merupakan seorang kakitangan awam manakala seorang lagi bekerja sendiri dan kita akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek berkenaan mulai hari ini," katanya.

Sharifuddin berkata motif kejadian dipercayai khayal dan kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut, dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata pihak polis juga telah memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai penglibatan anggotanya dalam kejadian itu.

Menyentuh mengenai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, beliau berkata pihaknya telah memberi kelonggaran dengan membenarkan parti-parti politik memohon permit ceramah dengan notis kurang 48 jam.

Justeru, polis telah memberi kelonggaran dengan meluluskan 23 permohonan ceramah malam ini iaiatu lapan permohonan oleh UMNO dan dan 15 oleh PAS, katanya.

"Sepatutnya mana-mana parti politik perlu mengemukakan permohonan 48 jam lebih awal untuk mendapatkan permit ceramah namun kita telah memberi kelonggaran bagi 23 permohonan itu yang dibuat kurang daripada tempoh sepatutnya," katanya.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 54 permit ceramah daripada kedua-dua parti politik telah mendapat kelulusan iaitu 38 permohonan oleh PAS, manakala selebihnya UMNO.

Beliau turut mengingatkan parti politik yang bertanding supaya memohon permit sebelum mengadakan program atau ceramah, kerana ceramah tanpa permit adalah menyalahi undang-undang.
Mengikut Seksyen 24b(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menjalankan ceramah tanpa permit boleh dihukum tidak lebih satu tahun penjara atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad, bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4 April lepas. - Bernama

Sumber HD - 28-4-2015

Pilihan Raya Kecil Tenaga Ustaz Yusni Mat Piah DiPerlukan Di Rompin

Posted on Tuesday, April 28 @ 08:00:00 MYT by paktam

Oleh WFAUZDIN NS 


PRK P044 Permatang Pauh kini semakin hangat dengan kempen kesemua calon dan jentera mereka, terutamanya dari PR yang diwakili oleh PKR dengan calonnya Presiden PKR, DS Wan Azizah. 

Kemelut PAS di Permatang Pauh selesai apabila perbincangan dan pertemuan tertutup telah diadakan di antara pimpinan utama PKR dan PAS.

Tiada mana-mana pihak yang memohon maaf kerana masing-masing memahami pendirian dan kekeliruan yang wujud. Parti mana yang tidak pernah buat salah? Adakah kerana itu maka harus dikorbankan prinsip menentang kezaliman yang selama ini sama-sama kita perjuangkan. 


Namun, masih berbunyi suara-suara sumbang di Permatang Pauh. Kenyataan Ketua Pemuda PAS P.Pinang memperlihatkan sikap negatif beliau yang tidak memahami apa yang diarahkan oleh pucuk pimpinan partinya sendiri bahkan direstui oleh salah seorang Ahli Majlis Syuranya.

Laporan menyebut, tindakan disiplin akan diambil terhadap Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah yang bertegas memboikot gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata perkara itu akan dijalankan dalam tempoh terdekat kerana ia bercanggah dengan pendirian jawatankuasa pusatnya untuk membantu PKR. “Siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh jawatankuasa Pusat PAS terhadap ketua pemuda PAS Pulau Pinang dalam tempoh terdekat,” kata Mohamad.

Pemuda PAS Pulau Pinang kelmarin dilapor bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah Pemuda PKR (AMK) negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa memfitnah presiden mereka.

Soalnya, tidak pernah sekali kah Presiden PAS memperlekehkan Presiden PKR atau mana-mana ahli dari PKR? Sampai bila mahu bersikap balas dendam?

Kalau semua asyik berbalas sedemikian, Umno/BN juga yang kenyang. Pada pendapat aku, tidak perlu dikenakan tindakan tatatertib ke atas Us Yusni jika mahu berlembut.

Biarkan beliau dengan juak-juaknya yang ingin membenarkan Umno/BN menang di Permatang Pauh dan tidak berkempen di Permatang Pauh.

Cuma, sarankan kepada beliau jangan banyak buang masa di Permatang Pauh jika tidak mahu membantu, elok masa yang ada itu digunakan oleh Us Yusni dan geng-gengnya ke Rompin.
Rompin amat memerlukan tenaga muda seperti Us Yusni.

Lebih banyak pahala diperolehi oleh beliau di Rompin kerana di sana calon yang bertanding adalah dari PAS.

Bagi aku, sehingga kini aku bekerja di Rompin untuk memastikan Umno/BN tersungkur. Sedikitpun aku tidak terpengaruh dengan provokasi oleh Us Yusni di Permatang Pauh.

Jika aku mahu PKR menang besar di Permatang Pauh, aku juga mahu PAS menang walaupun dengan majoriti sedikit di Rompin kerana Rompin bukan calang-calang tempat.

Namun tiada yang mustahil di Rompin. Alhamdulillah, setakat ini PKR di Rompin tidak banyak songeh kerana mereka kenal siapa musuh mereka yang sebenar. Selamat berjuang semua.http://wfauzdin.blogspot.com

Sumber DD - 28-4-2015








Masih Ada Penduduk Rompin Yang Tiada Bekalan Air – Ustaz Nazri


ROMPIN – Walaupun Parlimen Rompin sering dimenangi oleh Umno dalam pilihan raya dan menjadi kubu kuat Umno sebelum ini, namun ia masih terbiar dan ketinggalan dai segi pembangunan.

Calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Rompin Ustaz Nazri Ahmad berkata masih ramai rakyat yan tidak mempunyai rumah, bahkan ada warga Rompin yang masih tidak menikmati bekalan air bersih.

Ustaz Nazri ceramah1

“petang tadi saya ada program bersama penduduk Kampung Kurnia (DUN Tioman) sebahagian daripada penduduk ini mereka mengadu, ada yang tidak ada rumah,

“ada 25 buah rumah yang sejak 25 tahun yang lalu tidak ada bekalan air…..rupanya banyak lai di tempat kita ni yan tidak ada bekalan air,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Bandar Baryu Rompin dekat sini pada malam Isnin, 27 April.

Penduduk Rompin yang ditinggalkan arus pembangunan itu, kata beliau, terpaksa menggali perigi sendiri atau mendapat bekalan air dari parit untuk keperluan harian, mandi, mencuci pakaian serta memasak.

Katanya, penduduk terbabit mengadu, walaupun sudah ramai pemimpin Umno yang datang berjanji, namun sehingga kini penduduk Kampung terbabit masih tidak dapat bekalan air yang diperlukan.

Ustaz Nazri berkata, pemimpin Umno dan Barisan Nasional sebelum ini merasa selesa dan beranggapan sekiranya tidak berikan bantuan kepada rakyat, mereka masih boleh menang dalam pilihan raya.

Oleh itu, kata beliau, sudah tiba masnya, rakyat menunjukkan kuasa dan mengajar pemimpin Umno-BN.



“maka sudah tiba masanya rakyat menunjukkan kuasa mereka, pilihlah pemimpin yang benar-benar bertanggungjawab yang dapat menjaga kebajikan mereka,”ujarnya.

Selaku calon PAS yang bertanding pada PRK Rompin,beliau merayu kepada seluruh pengundi agar membuat pilihan yang terbaik dan memilih PAS pada hari mengundi 5 Mei akan datang.

Beliau yakin para pengundi Rompin yang bijak akan membuat perubahan dan melakar sejarah baru dalam negara ini, mengalahkan Umno dan Barisan Nasional pada PRK kali ini.

Sumber BO - 28-4-2015


100 Anak Muda Generasi Kedua Felda Sertai PAS


ROMPIN – Atas rasa sedar dan insaf bahawa dasar dan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menekan kehidupan mereka, 100 orang anak muda generasi kedua Felda lalu menyertai PAS.

Ketua Pemuda PAS Jerantut Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Bederdin yang menjadi penyelaras kepada mereka, mengucapkan rasa syukur kepada Allah dan mendoakan mereka kekal bersama PAS.

“Alhamdulillah…..sempena pilihan raya kecil parlimen Rompin ini kita berjaya menarik minat anak-anak muda untuk mendekati PAS…..ini satu benda yang sukar sebenarnya,

“namun atas kesedaran anak-anak muda (itu) sendiri kerana tekanan hidup dan kenaikan sara hidup terutama sekali yang memberi kesan kepada mereka adalah GST,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan borang penyertaan ahli PAS anak-anak muda tersebut di Felda Keratong 10 dekat sini, semalam Isnin 27 April.

Selain itu, menurut Mohd Zakhwan, anak-anak muda itu sudah hilang kepercayaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BBN) yang tidak menepati janji untuk membina rumah bagi generasi kedua Felda.

Beliau menegaskan, kemasukan anak-anak muda tersebut dalam PAS adalah kerelaan mereka sendiri.

“Pihak kami (kita) tidak pernah menjanjikan apa-apa melainkan kita menyebutkan kepada mereka, kemasukan mereka kepada PAS adalah untuk membela diri mereka sendiri bukan untuk orang lain,

“kami pemuda PAS tidak boleh menjanjikan apa-apa melainkan perubahan yang mereka buat kepada diri mereka itulah yang akan mengubah diri mereka dan nasib generasi mereka,”jelasnya.

Borang penyertaan ahli PAS serratus orang pemuda Felda itu telah diserahkan kepada ADUN Beserah Andan Sura Rabu, yang mewakili Badan Perhubungan PAS negeri Pahang.

Sumber BO - 28-4-2015

Macam betul telahan, BN bertanding pasti akan kecoh

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .




BENARLAH seperti telahan umum sebelum ini, suasana politik negara akan lebih aman sekiranya tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Umno bertanding dalam mana-mana pilihan raya terutama pilihan raya kecil (PRK).

Ini terbukti pada PRK Dun Chempaka di Kelantan pada 22 Mac lalu dan Dun Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei 2009. Di mana apabila kedua-dua PRK tersebut tidak disertai BN, tiada insiden ‘panas’ sehingga mendapat pujian daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).     

Namun dalam kempen yang sedang berlangsung di PRK Rompin kali ini dalam pertembungan satu lawan satu antara calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad dengan wakil BN Datuk Hasan Arifin, lain pula suasananya.

Dalam kejadian kira-kira jam tiga awal pagi kelmarin, dua petugas di bilik gerakan PAS Dun Tioman di Bandar Rompin telah cedera di serang dalam bangunan oleh dua orang suspek yang sudahpun ditahan.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani telah mengesahkan dua suspek yang berumur 41 dan 46 tahun itu, disah positif ganja selepas saringan ujian air kencing dilakukan terhadap kedua-dua mereka.

Polis kini sedang mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan reman mereka bagi membantu siasatan, katanya pada sidang media semalam.     

Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut, dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya kerana penyalahgunaan dadah.

PAS sudah  amat matang dan berpengalaman menghadapi suasana provokasi penyokong parti pemerintah sepanjang setengah abad yang lalu.

Kemuncaknya ialah pada PRK Padang Terap di Kedah pada tahun 1985. Tercatat dalam sejarah di Felda Lubuk Merbau seorang petugas jentera pilihan raya PAS (Allahyarham Osman Talib) telah terkorban  dan lima yang lain cedera apabila diserang dengan senjata tajam oleh penyokong parti pemerintah.

Peristiwa hitam seperti itu sudah tentulah tidak elok diulang sebut kerana boleh memberi gambaran negatif terhadap politik kepada generasi muda. Namun setelah berpuluh-puluh tahun berlalu, perubahan dan kematangan berpolitik rakyat negara ini, belum berubah.

Apakah politik seperti ini yang mahu diwariskan kepada generasi akan datang?

Itu belum lagi diambil kira bagaimana jentera kerajaan dimanipulasikan sewenang-wenangnya untuk kepentingan parti pemerintah dan sekaligus mewujudkan padang permainan yang tidak rata.

Bayangkan di Rompin, semua agensi kerajaan seperti Felda, Risda dan sebagainya yang tiba-tiba mengadakan program untuk penduduk. Jabatan Kerja Raya pula tiba-tiba bertungkus-lumus menampal jalan tar yang menurut penduduk setempat, telah bertahun-tahun terbiar rosak.

Begitu juga dengan projek-projek ‘mi segera’ yang lain. Seolah-olah janji yang sudah ditabur bertahun-tahun mahu diselesaikan dalam tempoh beberapa hari kempen ini.

Menteri-menteri yang selama ini hanya dapat ditonton di televisyen, bagaikan bermimpi dapat dilihat duduk ‘berselepot’ dalam rumah pengundi atau ‘mengeteh’ di warung kecil di kampung-kampung.

Banyak lagi perkara luar biasa yang berlaku. Cuma kita juga sudah terdengar-dengar kalimat yang tidak elok seperti ini, ‘jika mahukan pembangunan tunggulah wakil rakyatnya mati’. - HARAKAHDAILY 28/4/2015

Sumber HD -  28-4-2015







PAS Yakin Kekalkan Kemenangan Di Bandar Rompin


ROMPIN – PAS yakin mengekalkan kemenangan di kawasan daerah mengundi bandar Rompin setelah enam hari kempen pilihan raya kecil parlimen berjalan.

Timbalan Pengarah Kontigen PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat yakin pengundi bandar ini memberikan sokongan kepaa PAS kerana sambutan hangat yang diberikan pada setiap program yang dianjurkan.

“hari ini saya bersama calon PAS telah menziarahi para peniaga di bandar ini dan mengadakan lawatan ke pejabat-pejabat kerajaan yang ada di sini,

“Alhamdulillah mereka memberikan kerjasama yang sangat baik termasuk di kalangan penduduk bukan Islam,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Bandar Baru Rompin pada lewat malam, Isnin 27 April.



Dalam ceramahnya, ADUN Chukai itu yang telah berkampung sejak hari penamaan calon 22 April lalu, mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional negeri Terengganu.

Beliau berkata, ketidakcekapan dalam menguruskan hasil bumi negeri teah mengakibat rakyat rugi jutaan ringgit.

Selain memberikan projek kepada orang ‘kanan dan kiri’ Menteri Besar yang lalu, perlombongan bijih timah di satu kawasan di daerah Kemaman telah mengakibatkan kerosakan kemudahan asas dan pencemaran alam sekitar.

Sehubungan itu, Setiausaha PAS Kawasan Rompin Abdul Aziz Abdul Hamid juga yakin, PAS akan mengekalkan kemenangan di bandar Rompin sebagaimana pada pilihanraya umum yang lalu.

“kita menziarahi peniaga-peniaga Cina di bandar Rompin………..kita pergi ke pejabat-pejabat kerajaan ..…….alhamdulillah kita mendapat sambutan yang amat baik…….banyak (yang memberikan) sokongan,

“kita yakin pengundi di bandar Rompin ini boleh menilai dengan suasana (politik) yang ada pada hari hari ini dengan perlaksanaan cukai GST, kita yakin boleh manang di UPU bandar Rompin,”jelasnya ketika ditemui pada majlis BBQ bersama ibu bapa pelajar PASTI al-Ulum dekat sini.



Sementara itu, dakwaan pemimpin PAS tersebut turut diakui oleh para petugas PAS dikawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu al-Ghazali Abu Bakar berkata, warga bagi tiga Unit Peti Undi yang diletakkan dibawah seliaan PAS Terengganu, amat terbuka.

Sepanjang kempen yang dijalankan sejak 22 April yang lalu, katanya, penduduk setempat termasuk orang-orang Umno dan MCA sendiri, menerima baik kedatangan pasukan kempen PAS.

“mereka amat terbuka, tidak menolak kedatangan petugas kita, bahkan melayani dengan baik, termasuk Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan orang-orang Cina dari parti MCA,”ujarnya.

Manakala Setiausaha PAS Kawasan Setiu, Aminuddin Umat, yang juga telah berkampung sejak enam hari yang lalu, sependapat dengan rakan setugasnya itu.



Sumber BO - 28-4-2015

PAS Selangor hantar petugas bantu PKR di Permatang Pauh

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS Selangor akan menghantar petugas-petugas ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bagi membantu PKR, kata pesuruhjayanya, Datuk Iskandar A Samad.

Begitupun, katanya PAS Pusat telah memutuskan negeri-negeri di utara membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh sementara negeri-negeri di selatan membantu PRK Rompin.

"Oleh yang demikian, PAS Selangor telah membantu gerak kerja di PRK Rompin sejak sebelum penamaan calon lagi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya di atas semangat setiakawan, PAS Selangor telah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS memohon agar dibenarkan menghantar petugas-petugas ke PRK Permatang Pauh.

Menurutnya, Setiausaha Agung telah bersetuju dengan permohonan itu maka PAS Selangor akan turut membantu PKR di Permatang Pauh.

Beliau menambah, bilangan petugas akan ditentukan oleh Pengarah Pilihanraya PAS negeri, Haslin Hasan.

"Walau bagaimanapun fokus PAS Selangor adalah masih kepada PRK Rompin. Semoga kemenangan akan berpihak kepada calon-calon Pakatan Rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/4/2015

Sumber HD - 27-4-2015







Isa jangan alih isu, selesai masalah peneroka

HAZAYANI ZAKARIA | .

ROMPIN: PAS terus mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menjawab isu berkaitan permasalahan peneroka, bukan cuba mengalihkan isu.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, isu saham Felda Global Ventures (FGV) yang merudum, prestasi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang semakin merosot dan kebun peneroka yang tidak diselenggara dengan baik perlu diberi keutamaan oleh Isa.

"Sepatutnya Isa jawab isu yang ditimbulkan oleh peneroka, bukan membuat tuduhan tanpa bukti kepada orang lain," kata beliau pada sidang media di Markas Induk PAS Pilihan Raya Kecil Rompin, di Bandar Satelit Muadzam Shah hari ini.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata demikian sebagai menjawab tuduhan Isa bahawa projek ladang rakyat di Kelantan gagal memberi manfaat kepada penduduk miskin negeri itu.

Isa turut mempersoal kebolehan PAS menyelamatkan Felda.

"Apa justifikasi Isa Samad mengatakan ladang rakyat gagal? Menteri Besar Kelantan beberapa kali menyatakan kejayaan ladang rakyat.

"Ini satu tuduhan dan saya cabar Isa buktikan tuduhan itu," katanya.

Justeru kata Mazlan, beliau akan meminta Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad membuat laporan polis berhubung fitnah yang dibuat Isa.

"Saya akan berbincang dengan Ustaz Azman yang arif mengenai ladang rakyat mengenai tuduhan ini.

"Isa jangan alih isu kerana bekas CEO KPF sendiri membuat pendedahan mengenai KPF yang gagal berfungsi dengan baik sekarang," katanya.

Sabtu lalu sehingga semalam, Anak menganjurkan Himpunan Perdana Selamatkan Felda di Felda Keratong 4 yang didakwa Isa sebagai membuang masa.

Himpunan tersebut mengeluarkan resolusi agar Isa disingkirkan serta-merta dari Felda kerana gagal menguruskan tanah rancangan itu dengan baik. – HARAKAHDAILY 27/4/2015

Sumber HD - 27-4-2015

PRK Rompin: Rakyat mahu BN tunai janji lama

SALMIYAH HARUN | .


ROMPIN: Dalam suasana berkempen hari ini pengundi Rompin tidak mahu lagi mendengar janji-janji manis kerajaan yang ternyata banyak janji tinggal janji.

Janji ini termasuklah janji untuk menyediakan dua buah feri baru di Tanjung Gemok selepas isu jeti di kawasan itu dibangkitkan oleh PAS Pahang.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS Rompin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebenarnya kerajaan negeri Pahang berjanji untuk menggagalkan janji.

"Janji banyak kali dah, pengusaha pelancongan di Jeti Tanjung Gemok akui keadaan di situ sangat kritikal," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PRK Rompin Bandar Satelit Muazam Shah hari ini.

Hakikatnya kata beliau, jeti Tanjung Gemok itu sendiri kurang mendapat promosi pelancongan berbanding di jeti Mersing Johor.

"Tanjung Gemok sebenarnya lokasi yang sangat menarik yang berpotensi lebih besar daripada Mersing.

"Di Mersing pelancong lebih ramai kemudahan yang cukup tetapi di Tanjung Gemok sebaliknya," kata beliau.

Bahkan katanya promosi gagal dilakukan oleh agensi pelancongan negeri termasuklah kemudahan yang 'low class' dan gagal membuatkan pelancong tertarik ke Tanjung Gemok.

"Tidak ada papan tanda untuk pelancong antarabangsa, jadual feri yang sentiasa berlaku kelewatan dan penyelenggaran yang lemah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Mohd Johari Hussein mengakui Tanjung Gemok tidak sehebat Mersing di Johor untuk menarik pelancong ke Tioman sebagaimana didakwa oleh Tuan Ibrahim.

Bagaimanapun Mohd Johari menjelaskan, kerajaan negeri dalam proses untuk menaik  taraf Tanjung Gemok untuk menjadikan sebuah bandar baru termasuklah menyediakan dua buah feri baru Mei ini. – HARAKAHDAILY 27/4/2015

Sumber HD - 27-4-2015







Umno BN melatah slogan 'Satu Undi Tolak GST'

SALMIYAH HARUN|FOTO WAN ZAHARI | .








ROMPIN: Slogan 'Satu Undi Tolak GST' yang dibawa PAS pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin membuatkan Umno BN semakin melatah.

Pengarah PRK PAS Rompin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan turut memberi respons kepada isu GST yang dibangkitkan PAS sejak memulakan kempen di Rompin.

"Sampai Ahmad Maslan tanya balik kepada Pakatan Rakyat apa alternatif kerajaan sekiranya hapuskan GST.

"Malah calon BN di Rompin pun turut memberi respons dan mengatakan slogan kita mengarut," katanya ketika ditemui.

Bercakap kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS menyifatkan pemilihan slogan itu menepati kehendak rakyat bukan sahaja di Rompin bahkan seluruh negara yang terbeban dengan pelaksanaan GST.

Malah, katanya rata-rata pengundi yang ditemui marah kerana perbelanjaan mereka semakin bertambah dari hari ke hari.

Begitu juga, katanya dengan peniaga kecil-kecilan yang terpaksa menaikkan harga kerana kos yang mereka keluarkan dikenakan GST.

"Mereka beli kena GST tetapi bila jual balik tak boleh kenakan GST. Kalau kena GST mereka akan didenda, dia rugi terpaksa naikkan harga," katanya.

Justeru katanya, isu GST membuatkan pemimpin Umno bertelagah sesama sendiri sehingga Ahmad Maslan mengatakan Tun Mahathir tidak faham dengan GST apabila bekas Perdana Menteri itu turut membantah pelaksanaan cukai tersebut. - HARAKAHDAILY 27/4/2015

Sumber HD - 27-4-2015







Alhamdulillah, pengundi boleh terima calon PAS

SALMIYAH HARUN | .




ROMPIN: Hari ini masuk hari kelima berkempen bagi  calon-calon yang bertanding di PRK P.091 Rompin.

Bagi calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad telah menjelajahi dan bertemu pengundi hampir 50 peratus kawasan dalam Parlimen Rompin.

"Untuk pusingan pertama ini calon kita sudah 50 peratus telah bertemu dengan pengundi. Calon kita akan pergi ke setiap Dun," kata Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Rompin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, sehingga hari ini penerimaan pengundi-pengundi terhadap Ustaz Nazri amat baik dan tidak ada halangan untuk beliau memasuki kawasan-kawasan kubu Umno BN ataupun orang asal.

"Alhamdulillah, pengundi boleh menerima malah mengalu-alukan kehadiran calon kita di kawasan mereka, walaupun kita tidak pernah masuk ke kawasan mereka sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Ustaz Nazri yang ditemui kelihatan sentiasa mengukir senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja walaupun di wajahnya kelihatan agak kepenatan.

Beliau yang tinggal di Felda Keratong 2 sehingga hari ini belum berkesempatan untuk tidur di rumahnya.

Faktor kawasan Parlimen Rompin yang agak luas antara ketiga-tiga Dun Bukit Ibam, Tioman dan Muadzam Shah memaksa beliau tidur merata-rata termasuk di markaz atau di rumah dalam kalangan petugas PAS.

"Saya tak sempat tidur di rumah. Hanya balik sekejap untuk ambil baju. Bawa baju banyak-banyak dalam kereta. Sebab jarak jauh dan makan masa dan tenaga," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau menggunakan kereta jenis Nissan Cefiro sebagai kenderaan rasmi untuk berkempen.

Jadualnya cukup padat bermula seawal pagi dengan solat Subuh berjemaah sehinggalah ke lewat malam. - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26-4-2015

Himpunan Selamatkan Felda 2.0 desak singkir Isa Samad

HAZAYANI ZAKARIA | .


ROMPIN: Himpunan Perdana Selamatkan Felda 2.0 yang berakhir petang ini sebulat suara memutuskan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad mesti disingkirkan serta-merta.

Para peserta himpunan anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu juga mendesak kerajaan menyiasat segera semua penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang Isa menjadi pengerusi Felda.

Himpunan di Felda Keratong 4 itu juga sebulat suara menggesa Felda menghentikan penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dalam Bursa Malaysia dan mengembalikan 360,000 hektar tanah Felda Plantation yang dipajakkan kepada FGV kepada Felda.

Himpunan juga menggesa Felda membatalkan perjanjian tanam semula dan pengurusan kebun kepada perjanjian baru yang lebih adil kepada peneroka.

Selain itu, himpunan mencapai kata sepakat menggesa Felda memperbanyak program perumahan generasi kedua dengan harga mampu milik.

Resolusi yang ditandatangani Presidn Anak, Mazlan Aliman itu turut menggesa Felda mengembalikan fungsi dan kegemilangan Koperasi Permodalan Felda.

Mazlan berkata, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Himpunan diisi dengan pembentangan isu-isu Felda oleh bekas pegawai kanan Felda, Mat Said Jonid, Penasihat Anak, Dr Rosli Yaakop yang juga pakar ekonomi serta peguam R. Sivarasa yang mengendalikan kes saman peneroka ke atas Felda berhubung kadar perahan gred.

Peserta himpunan juga berpeluang melontarkan pertanyaan dan mengutarakan permasalahan mereka termasuk isu perjanjian berat sebelah oleh Felda yang mengakibatkan mereka menanggung hutang yang banyak. - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26-4-2015







Rompin, udang galah sepit biru yang tak terlalu biru

DR AZMAN IBRAHIM | .


Mengetuai Kontinjen PAS Setiu bertugas membantu kempen PRK Rompin merupakan tugasan rasmi pertama yang saya laksanakan setelah diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Setiu dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Setiu kali ke-37 pada 18 April lepas.

Jentera PAS Setiu ini hadir ke Rompin dengan kekuatan 20 anggota terdiri dari pimpinan PAS Kawasan, Muslimat, Ameerah, petugas IT, petugas bilik gerakan serta termasuk juga petugas keselamatan.

Lokasinya di UPU Kuala Rompin, UPU Bandar Rompin dan UPU Sungai Puteri dalam Dun Tioman. Lain padang lain belalang, lain orang lain pendekatan.  Pekan Rompin yang terkenal dengan udang galah sepit biru ternyata sebenarnya ‘tak terlalu biru’ masyarakatnya. Antara buktinya, Walaupun calon PAS tewas dengan majoriti melebihi 15 ribu undi di Parlimen Rompin dalam PRU 13 yang lepas tetapi PAS masih mampu memenangi undi majoriti di UPU Bandar Rompin.

Pagi ini ketika mengadakan himpunan flash mob di simpang lampu isyarat utama di tengah-tengah Bandar Rompin dengan GST menjadi tema utama flash mob, saya memerhatikan sebahagian besar pemandu mengangkat tangan dan membunyikan hon tanda setuju. Ia sebenarnya satu isyarat sokongan secara halus yang sebenarnya  mampu diterjemahkan dalam bentuk undi pada hari mengundi  5 Mei nanti.

Begitu juga keadaannya ketika petugas mengagihkan bahan-bahan kempen kepada pengunjung dan peniaga di Pasar Tani Bandar Rompin. Kedatangan rombongan pasukan petugas kempen PAS Terengganu yang turut disertai kontingen PAS Setiu,  Hulu Terengganu, Kemaman, Besut dan Dewan Pemuda PAS Terengganu diterima dengan baik.

Ini semua memberikan isyarat bahawa masyarakat pengundi di sini sedia untuk berubah.  Tiada yang mustahil kerana politik sebenarnya adalah seni bagi segala kemungkinan.

Berkesempatan meninjau kehidupan sosio-ekonomi masyarakat setempat di sekitar Rompin sebagai satu kawasan tradisi BN, saya boleh nyatakan bahawa keadaan kehidupan mereka biasa-biasa saja.

Kalau saya bandingkan, Bandar Pasir Puteh Kelantan sebenarnya lebih besar dan lebih membangun dari Rompin. Sepatutnya sebagai sebuah kawasan pilihan raya yang telah enam penggal berturut-turut tak pernah terlepas ke tangan pembangkang, mata kita akan tersilau dengan kehebatan pembangunan di sini tetapi hakikatnya tidak.

Lantas apakah kebanggaan pemimpin dan pengundi parti dacing atas keupayaan mereka mengekalkan penguasaan dengan penuh bergaya di Rompin dengan wakil rakyat demi wakil rakyat silih berganti sehingga era millennium sekarang? Ditambah lagi dengan fakta bahawa allahyarham mantan ahli parlimen mereka adalah bekas menteri penuh kerajaan pusat.

Penduduk Parlimen Rompin dengan lebih 87% mereka adalah pengundi Melayu dengan punca pencarian utama sebagai nelayan, peneroka felda, petani, penternak, peniaga, pengusaha industri pelancongan dan pekerja kilang serta kakitangan awam sewajarnya layak menikmati lebih kemajuan dan pembangunan yang selalu menjadi slogan BN setiap kali pilihan raya.

Kita juga jangan melupakan fakta bahawa Calon BN bagi PRK Rompin ini pernah menjadi Adun Rompin ketika Rompin masih merupakan sebahagian dari Parlimen Pekan dari 1982-1990. Sejak dari tahun 1990, Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis mula memenangi kerusi Parlimen Rompin yang terus dimenanginya selama 6 penggal berturut-turut sehinggalah yang terakhirnya pada PRU13 lepas.

Saya juga melihat, BN akan menjaga bagai menantang minyak yang penuh pengundi anak emas mereka berjumlah lebih 7,000 orang dari kalangan pengundi masyarakat orang asli. Ini adalah pengundi simpanan tetap BN ditambah lagi dengan saham dari undi peneroka Felda!

Orang Melayu perlu bangun bagi menyuarakan pendirian mereka. Tak undi BN bagi Parlimen Rompin tak akan merubah kerajaan yang sedia ada. Umno/BN akan terus memerintah sekalipun mereka kalah di Rompin. Tetapi tindakan untuk tidak memangkah BN di Rompin adalah satu isyarat yang kuat dan jelas akan bantahan rakyat terhadap GST. Undi BN tanda anda sokong GST! - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26 - 4 - 2015







Rompin: Bekas CEO Koperasi Felda bantu kempen PAS

HAZAYANI ZAKARIA | .
ROMPIN: Bekas CEO Koperasi Permodalan Felda (KPF) Holding, Datuk Sarchu Sawal menyeru peneroka menyelamatkan Felda daripada terus dimusnahkan oleh BN.

Beliau berkata, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah merosakkan matlamat asal Felda untuk membantu golongan bumiputera.

Sebaliknya tegas beliau, Felda ketika ini mengalami kerugian teruk selepas Felda Global Ventures (FGV) disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

"Kita harus selamatkan Felda. Saya ialah orang pertama bersama Datuk Zulkifli Wahab yang menentang penyenaraian FGV.

"Jadah apa FGV disenaraikan dalam Bursa Malaysia? Biasanya orang menyenaraikan syarikat sebab tak ada duit. Masa itu Felda ada RM4 billion. Mana pergi RM4 billion itu sekarang?

"Semasa saya ambil alih KPF sebahagian besar pendapatan daripada Felda Holding.

"Keuntungan syarikat disalurkan kepada peneroka sebagai penghormatan kepada peneroka yang memberi sumbangan kepada syarikat.

"Namun apa dah jadi sekarang? Datang penyangak dari Negeri Sembilan habis semuanya," kata beliau dalam Himpunan Perdana Selamatkan Felda 2.0 di Felda Keratong 4, dekat sini malam tadi.

Beliau turut berjanji akan membantu kempen PAS bagi memenangkan calonnya, Ustaz Nazri Ahmad yang juga anak peneroka Felda.

"Kita kena selamatkan Felda, selamatkan KPF. Undilah calon PAS. Insya-Allah dia akan dapat bawa suara peneroka.

"Walaupun Umno BN kata kalau PAS menang tak jadi kudis bagi mereka tetapi sekurang-kurangnya kita tunjuk rasa tidak senang kita kepada kerajaan melalui undi.

"Saya dah lama masuk PAS. Saya masuk PAS bukan nak bertanding tapi saya nak betulkan keadaan.

"Saya ada tanggungjawab untuk membantu peneroka-peneroka. Felda telah dikacau-bilaukan," kata beliau yang mengakui menjadi ahli PAS ketika masih berkhidmat dalam Felda lagi.

Himpunan malam tadi dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut bersama ialah bekas Naib Presiden FGV, Ghani Mahmood yang akan turut berkempen untuk PAS. - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26-4-2015

PRK: Beri isyarat kepada kerajaan rakyat bantah GST

BASIRON ABDUL WAHAB | .


ROMPIN: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berdebat isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, jika Ahmad tidak mahu berdebat dengannya hendaklah berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang meminta supaya GST dibatalkan.

“Saya cabar Ahmad Maslan berdebat dengan saya, jika dia tidak mahu dia boleh berdebat dengan Tun Mahathir,” kata ketika berucap dalam Himpunan Selamatkan Felda 2.0 di Felda Keratong 4 malam tadi.

Katanya, Ahamd sering berkata GST hanya dikenakan kepada orang kaya, namun apa yang terjadi semua rakyat sama ada miskin atau kaya semuanya dikenakan dengan cukai itu.

"Apabila dikenakan GST bermakna kita adalah orang kaya  menurut kenyataan timbalan menteri berkenaan," ujarnya berseloroh.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut meminta Ahmad mengisytiharkan beratus jenis barang yang didakwanya tidak dikenakan GST yang sehingga kini pengguna masih tidak mengetahuinya.

Justeru, beliau bekata, Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin kali ini memberi ruang kepada rakyat menyatakan kemarahan terhadap GST dengan mengundi calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad.

"Ia adalah suatu isyarat kepada Putrajaya bahawa rakyat menentang pelaksanaan GST yang membebankan mereka akibat kenaikan harga barangan keperluan," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26-4-2015

Tanjung Gemok gagal dinaik taraf jeti utama ke Tioman

SALMIYAH HARUN | .

Calon PAS PRK Rompin, Ustaz Nazri Ahmad santuni masyarkat desa.

ROMPIN: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kerajaan negeri gagal membangun dan menaik taraf Tanjung Gemok di Kuala Rompin sebagai jeti utama pelancong ke Pulau Tioman.

Beliau berkata kerajaan negeri seolah-olah tidak berusaha untuk memulihkan jeti Tanjung Gemok supaya dapat menarik ramai pelancong ke Rompin.

"Pulau Tioman kita punya tetapi Mersing yang dapat manfaat bukannya Tanjung Gemok," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tambahnya, 30 peratus sahaja kedai beroperasi manakala 70 peratus lagi terbiar kosong tidak terurus dengan keadaan longkang yang berbau.

Bahkan katanya, perkara ini turut dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang mendapati projek tersebut gagal disiapkan lebih tiga tahun.

Tambahnya, projek pembinaan Unit Marin di sini dengan kos RM4.95 juta tetapi mendukacitakan kerana projek ini gagal berfungsi dengan baik apabila tidak ada bot Marin untuk membuat rondaan di laut.

"Tidak ada kemudahan penempatan untuk kapal-kapal peronda. Sekarang ini pusat ini beroperansi sebagai pusat penguatkuasa Kastam tanpa unit Marin," ujarnya yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

Justeru katanya, kerajaan Pahang gagal menguruskan kawasan yang berada di sempadan negeri sehingga negeri lain yang mendapat manfaat serta menarik hasil negeri tanpa disedari.

Tanjung Gemok terletak di dalam Dun Tioman yang mempunyai  seramai 16,339 pengundi.

Di Pulau Tioman pula mempunyai enam Unit Peti Undi (UPU) manakala di daratan mempunyai sembilan UPU.

Sementara itu, tinjauan Harakahdaily mendapati banyak lot kedai yang tidak berpenghuni dan dibiarkan usang dengan semak samun dikelilingi kedai terbabit.

Jeti Tanjung Gemok kelihatan agak sunyi dan lengang dan kebanyakan syarikat feri hanya menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Tioman sekali sehari.

Keadaan ini jauh berbeza di Jeti Mersing yang 40 km jauh jaraknya dari Tanjung Gemok menjadi tarikan ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk ke Pulau Tioman.

"Di sini tak ramai pelancong guna jeti ini ke Pulau Tioman mereka lebih suka ke Jeti Mersing. Kita hanya buat trip satu kali sehari ke pulau jam 11 pagi.

"Suasana sini tidak meriah, banyak kedai-kedai terbengkalai sunyi sepi," ujar salah seorang kakitangan syarikat Bistari Gemilang Shipping yang enggan dikenali.
FB PRK Rompin - HARAKAHDAILY 26/4/2015

Sumber HD - 26-4-2015

Bakar bendera, PAS gesa kempen bersih

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .
ROMPIN: Berbeza dengan saranan calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang mahukan pertandingan secara bersih, PAS menghadapi provokasi pertama apabila benderanya dibakar di Felda Selancar 2 di sini kelmarin.

Sehari selepas penamaan calon Datuk Hasan Arifin dalam sidang medianya menyeru PAS supaya bertanding secara bersih dan anak jantan (gentleman).

Namun kelmarin PAS menerima cabaran apabila mendapati benderanya dibakar oleh pihak yang bertanggungjawab yang belum dikenali.

Sehubungan itu, Pengarah Amal Pahang Sahruddin Mohamad mahu pihak polis menyiasat insiden tersebut sehingga pengkhianat itu diambil tindakan.

“Kita harapkan pilihan raya yang kita sertai kali ini kempennya bersih, aman dan mesra rakyat namun apa yang berlaku amat mengecewakan.

“Suasana kempen yang kita harapkan berlangsung secara matang dan sihat berikutan negara sedang menuju negara maju dan lebih bertamadun, tetapi berlaku sebaliknya,” katanya kesal.

Justeru beliau menyeru agar semua penyokong parti berpolitiklah dengan pintar,  bertamadun dan cuba mengelak daripada melakukan taktik kotor seperti itu.

Semalam, ahli PAS membuat dua laporan polis kes membakar bendera parti yang berlaku di dua tempat yang beasingan di tanah rancangan Felda Selancar 2 dalam Dun Ibam. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Sumber HD - 25-4-2015

PRK Rompin: Isa Samad, jawablah isu Felda

HAZAYANI ZAKARIA | .


ROMPIN: PAS mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menjawab segala isu berkaitan peneroka Felda yang masih gagal dijelaskan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin merupakan masa terbaik untuk Isa membuat penjelasan kerana sebahagian besar pengundi ialah peneroka.

Isu seperti kedudukan Felda Global Ventures Holding (FGVH) selepas disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan saham FGV yang jatuh katanya masih belum dijelaskan.

"Tan Sri Isa Samad kata beliau bersedia beri penjelasan mengenai isu-isu Felda yang dibangkitkan. Jadi inilah waktu yang sesuai.

"Apa yang dilakukan FGV dalam keadaan ekonomi tidak stabil?" katanya pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Rompin, Bandar Satelit Muadzam Shah, hari ini.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) juga membangkitkan Perjanjian Tanam Semula dan Pengurusan Kebun di antara Felda dan peneroka yang dilihat berat sebelah.

"Tidak munasabah setelah peneroka membayar hutang piutang dan memperolehi geran hak milik tanah, mereka sekali lagi dipaksa menandatangani perjanjian.

"Perjanjian untuk tanam semula ini pula menyebabkan peneroka terus membayar hutang kepada Felda, sampai tua pun tak habis," katanya.

Justeru beliau berkata, Anak menganjurkan Himpunan Perdana Selamatkan Felda di Felda Jeratong 4 bermula hari ini sehingga esok bagi membincangkan isu-isu peneroka.

"Esok ada seminar sehari yang menampilkan tokoh-tokoh yang berpengalaman dalam Felda dan bidang ekonomi.

"Peneroka boleh bertanya secara terus kepada mereka permasalah mereka," katanya.

Resolusi seminar itu katanya, akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media sama mendesak kerajaan mengkaji semula perjanjian di antara Felda dan peneroka.

"Kaji semula perjanjian supaya peneroka tidak terus terbeban," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan himpunan malam ini. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Sumber HD - 25-4-2015







Calon BN kata GST tak bebankan orang kampung

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .


ROMPIN: Kenyataan calon BN Datuk Hassan Ariffin bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak membebankan orang kampung, dianggap hanyalah kenyataan politik.

Penganalisis politik negeri Pahang Syed Ali Badarudin Osman berkata (Gambar atas), pada hakikatnya rakyat selaku pengguna tetap terbeban dengan kenaikan harga barangan akibat GST.

Katanya, memang Rompin bukan sebuah bandar besar dan mungkin benar tiada restoran besar atau pasar raya besar namun dari segi barangan tetap naik harga sama seperti tempat-tempat lain kerana daripada pengeluar yang sama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hassan yang mengatakan penduduk  Rompin tidak akan terkesan dengan GST kerana tinggal di sebuah daerah kecil.

Katanya, orang kampung hanya akan merasa kesan GST apabila ke bandar untuk berbelanja.

“GST ini tidak ada kesan sangat kepada orang kampung melainkan mereka ke bandar membeli barang dan baju, itu baru ada kesan.

“Restoran-restoran di Rompin mana ada jualannya RM500,000 setahun. Tak banyak. Di Rompin, mana ada kedai-kedai mencapai jualan begitu tinggi sebab luar bandar,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Dewan Semai Bakti Felda Keratong 10 semalam.

Ucapan beliau turut dipetik oleh beberapa media.

Syed Ali berkata, Hasan mungkin berkata demikian sebagai jalan mudah menangkis kempen PAS yang menggunakan slogan ‘satu undi PAS, tolak GST’.

“Jika kita tengok setelah pelaksanaan GST sudah tentu kos dan ‘over head’ pengeluar dan pembekal meningkat dan mereka terpaksa menaikkan harga barangan mereka.

“Jadi kesan akhirnya mesti terbeban ke atas rakyat selaku pengguna,” katanya.

Syed Ali berkata, mungkin pihak kerajaan menuduh itu salah peniaga yang tamak mengambil kesempatan bukan sebab GST namun sejarah membuktikan pihak kerajaan amat lemah dalam penguatkuasaan.

Menurutnya, sebagai contoh apabila kerajaan menurunkan harga minyak sedikit masa dulu dan menyeru supaya peniaga menurunkan harga barang. Harga tidak turun sebaliknya harga barang yang sudah sedia tinggi terus melonjak.

“Jangan ingat rakyat dikenakan GST apabila membeli barangan sahaja malah turut terkesan dengan kenaikan tambang pengangkutan awam seperti bas dan teksi,” ujarnya.

Katanya, sebab itu beliau menganggap kenyataan Hasan hanyalah bersifat politik bagi mengelakkan rakyat daripada mengundi calon PAS yang menentang GST. – HARAKAHDAILY 25/4/2015

Sumber HD - 25-4-2015


Wawancara Khas Calon PAS: Nazri Tidak Janji Bulan-Bintang, Fokus Agama Dan Masa Depan
Posted on Saturday, April 25 @ 09:31:46 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





ANAK kelahiran Felda Keratong 5 ini walaupun nama baru dalam politik tetapi boleh dianggap berupaya memberi saingan sengit kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, 5 Mei ini.
(Ubah saiz teks)

ANAK kelahiran Felda Keratong 5 ini walaupun nama baru dalam politik tetapi boleh dianggap berupaya memberi saingan sengit kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, 5 Mei ini.

Latar belakang pendidikan dan agama yang tinggi dimiliki Nazri Ahmad, 40, menjadi antara senjata taruhan PAS untuk merampas kubu kuat BN sejak sekian lama.

Di sebalik sikap lemah-lembutnya, Nazri mempunyai cita-cita besar untuk mengangkat suara generasi muda ke peringkat tertinggi bagi memperjuangkan nasib dan masa depan mereka.

Nazri yang juga bapa kepada enam anak aktif berpolitik apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Rompin pada 2005.

Pada ketika ini, beliau merupakan Ketua Pemuda PAS Pahang untuk penggal akhir dan menjadi pilihan Majlis Syura Ulama PAS juga di peringkat akar umbi parti tersebut.

Nazri yang juga bekas pensyarah sambilan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah adalah lulusan Sarjana Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Ikuti temubual eksklusif bersama calon PAS itu yang disifatkan sebagai seorang yang mesra dan mudah didekati serta mampu membawa perubahan kepada pengundi di Rompin.

mStar: Apa perasaan saudara selepas diumumkan sebagai calon PAS PRK Rompin?

Nazri: Saya berterima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat. Walaupun pada mulanya saya berat hati untuk terima beban ini kerana rasakan diri ini begitu kerdil untuk wakili satu jemaah PAS. Insya-Allah saya akan bantu sedaya upaya. Sekiranya kamu ditolong Allah maka tiada kuasa dapat mengalahkan kamu.

mStar: Berkempen sebagai calon buat pertama kalinya?

Nazri: Tidaklah satu kejutan kerana sebelum ini saya sebagai Ketua Pemuda PAS kawasan sudah padat dengan program-program turun ke daerah  di Pahang. Bukan satu perkara yang luar biasa.

mStar: Apa kekuatan yang ada pada saudara?

Nazri: Yang pertama saya mewakili suara anak muda yang rata-rata kehidupan mereka tidak terjamin lebih-lebih lagi dengan bebaban sara hidup. Maka ini satu peluang sebenarnya untuk saya beri sumbangan kepada umat Islam yang dizalimi pemimpin. Allah beri peluang kepada pengundi  Rompin untuk beri isyarat kepada BN jangan ambil mudah nasib dan penderitaan rakyat.

mStar: Bagaimana penerimaan pengundi di Rompin setakat ini?

Nazri: Semalam saya pergi ke DUN Tioman, antaranya  ke Kampung Selendang, alhamdulillah respons yang sangat baik terutama daripada anak-anak muda. Mereka nyatakan luahan tidak memiliki rumah kediaman sendiri terutamanya di kawasa Felda. Walaupun rumah generasi kedua dengan harga lebih RM100,000 hakikatnya mereka tak mampu kerana tiada pendapatan tetap.

mStar: Apa masalah membabitkan golongan remaja di Rompin yang membimbangkan saudara pada masa ini?

Nazri: Melepak antara satu fenomena membimbangkan di sini. Antara faktor itu adalah ibu bapa.

Tidak seperti di bandar yang mana ibu bapa lebih berpendidikan, mereka memberikan pendidikan terhadap anak-anak. Jadi berbeza di tanah rancangan Felda ini, kadang-kadang pendidikan tidak diberi penekanan dan menyumbang kepada gejala sosial.

mStar: Apakah isu yang akan menjadi perhatian saudara sepanjang kempen?

Nazri: Isu GST, saham FGV dan kemerosotan harga kelapa sawit... Isu pencemaran alam sekitar di Bukit Ibam, perlombongan bijih timah, kita terima aduan daripada penduduk setempat. Lori keluar masuk saya difahamkan perlombongan ini tidak terkawal, jika kita pergi ke sana dapat lihat kawah-kawah besar dekat dengan kediaman. Ia amat membimbangkan penduduk.

mStar: Memasuki hari ketiga kempen, bagaimana anda lihat program sepanjang kempen ini?

Nazri: Kempen nak kata agresif tak juga tapi sebagai Ketua Pemuda PAS kawasan kemudian YDP (Yang Dipertua kawasan) memang kita ada buat program. Saya dah ada hubungan dengan penduduk sebagai pemegang amanah parti sebelum ini.

mStar: Apa strategi untuk mendekati masyarakat Orang Asli yang juga antara pengundi setia BN?

Nazri: Sebelum ini kita dah turun ke perkampungan Islam orang asli, mereka mengadu tidak ada air bersih untuk bersuci, berwuduk... Alhamdulillah kita bantu mereka gali telaga. Tempoh kempen baru dua hari. Insya-Allah kita akan temui seramai mungkin pengundi, selain program ziarah kita guna media sosial untuk sampai kepada penggundi.

mStar: Adakah saudara yakin berpeluang untuk menang? Berapa peratus keyakinan anda?

Nazri: Kita tak boleh letakkan angka, cuma kita akan sedaya upaya kurangkan majoriti. Dengan isu yang banyak hari ini, tak mustahil (pengundi) akan beri sokongan kepada PAS.

mStar: Apa perubahan-perubahan yang saudara ingin lakukan dalam kawasan Felda?

Nazri: Saya ingin perbanyakkan program ilmiah dan keagamaan. Pusat komuniti di Felda itu ada tetapi perlu banyakkan pengisian. Sebelum ini ada biro agama di Felda tapi tidak berfungsi dengan baik, kurang memberi penekanan kepada generasi muda.

mStar: Soalan terakhir, andai ditakdirkan menang apakah yang akan saudara lakukan?

Nazri:  Antaranya fokus kepada pembelaan rakyat tempatan khususnya di DUN Tioman. Sehingga hari ini, walaupun mereka berada di situ puluhan tahun... sudah tiga generasi tetapi tidak perolehi geran tanah, ini cuba kita ketengahkan, pembelaan yang diabaikan kerajaan. Dari segi pembangunan kita akan cuba perbetulkan struktur yang ada. Penyusunan bandar, kita lihat kesan-kesannya kepada maklum balas masyarakat setempat. Kita buat penambahbaikan dengan bawa suara rakyat ke Parlimen supaya beberapa langkah dapat diambil kerajaan. Rompin ini bandar terbiar, jadi kemenangan PAS pada PRK Rompin ini penting sebagai isyarat kepada kerajaan agar cakna kepada nasib dan pembangunan rakyat di sini. Insya-Allah saya akan bela nasib rakyat Rompin yang setakat ini terbiar.

Sumber TKO - 25-4-2015







Ustaz Nazri seru pengundi buat perubahan

SALMIYAH HARUN | .


ROMPIN: Calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) P.091 Rompin Ustaz Nazri Ahmad mengajak para pengundi untuk membuat perubahan di parlimen itu yang sekian lama berada di bawah jajahan Umno-BN.

Beliau berkata, perubahan itu perlu dilakukan sebagai satu isyarat kepada kerajaan bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya untuk membuat sesuatu dasar baru yang membebankan rakyat seperti GST.

"Kerajaan tidak sensitif dengan bebanan yang ditanggung rakyat. Sudah 13 kali kita bagi peluang kepada BN.

"Sama-samalah kita buat perubahan di Rompin. Jika BN kalah 7 Mei ini, tidak mustahil BN akan kaji balik GST atau mungkin mereka akan mansuhkan GST," katanya ketika berkempen di pasar malam DUN Bukit Ibam.

Katanya, kerajaan akan tunduk kepada kemahuan rakyat sekiranya rakyat memperlihatkan kuasa dan bantahan mereka.

Ia sebagaimana berlaku sebelum ini apabila rakyat membantah undang-undang zalim ISA akhirnya kerajaan akur terpaksa mansuhkan ISA begitu juga bantahan terhadap PPSMI.

"Saya yakin pengundi Bukit Ibam pengundi yang bijak. Ya, BN kalah di Rompin kerajaan negeri tidak berubah tetapi akan ada suara ia akan membuat kerajaan tidak selesa dengan apa yang dia buat kepada rakyat," katanya.

DUN Bukit Ibam N.40 mempunyai seramai 19,561 pemilih dan merupakan DUN yang paling ramai pengundi berbanding di dua lagi DUN iaitu Muazam Shah seramai 17,394 pengundi dan Tioman 16,339 pengundi. – HARAKAHDAILY 25/4/2015

Sumber HD - 25-4-2015


GST: PAS cabar Ahmad Maslan berdebat di Rompin

Posted on Friday, April 24 @ 12:27:48 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS mencabar pemimpin Barisan Nasional untuk berdebat di Parlimen Rompin berhubung isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam kempen untuk meraih undi Parlimen itu.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dari PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau sendiri mahu mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau sendiri mahu mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Saya ingin mencabar Ahmad Maslan untuk berdebat di Rompin bagi mempertahankan kata-katanya terhadap Pakatan Rakyat dan membuktikan bahawa GST telah menyebabkan harga barangan turun," katanya ketika ditemui pada dalam sidang media, hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menggesa BN menunjukkan bukti kepada rakyat bahawa 532 barangan akan mengalami penurunan harga dan 345 jenis barang dan perkhidmatan yang hanya mengalami kenaikan kurang daripada 5.8 peratus sedangkan GST pada tahap 6 peratus.

"Beliau (Ahmad Maslan) berulang kali mengatakan harga barang akan turun apabila GST dilaksanakan di Parlimen dan Twitternya. Sedangkan sejak ada GST dari segi pengangkutan sahaja rakyat sudah boleh membuktikan bahawa BN menipu.

"Mereka terpaksa menerima caj GST yang dikenakan pada insuran kereta, cukai jalan dan kenaikan harga pada penyelenggaraan kereta dan tayar. Begitu juga kos perubatan mereka terpaksa bayar GST pada harga yang telah dinaikkan," katanya.

Pada PRK Rompin ini, PAS membuka peluang kepada Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian itu untuk mempertahankan GST kepada 53,838 pengundi.

"Kerajaan terbukti gagal untuk menurunkan harga barangan ketika menurunkan harga minyak kepada RM1.70.

Adakah rakyat percaya pada kata-kata Ahmad Maslan bahawa penurunan harga barangan akan berlaku selepas GST dilaksanakan?


"Datanglah ke Rompin untuk membuktikan Pakatan Rakyat tersilap membantah GST. Marilah beri nasihat supaya pengundi di Rompin perlu kerap memasak di rumah untuk mengelak GST tatkala harga makanan asas seperti sayur, daging, dan ikan melambung walau tidak dikenakan GST," katanya.

Sumber TKO - 24-4-2015







PRK Rompin: Petugas yakin undi PAS meningkat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Jentera PAS yakin para pengundi di Unit Peti Undi (UPU) Endau akan memihak kepada PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.

Pada PRU-13 lalu UPU Endau di dalam Dun Pulau Tioman menyebelahi BN dengan mendapat majoriti undi sebanyak 200 daripada 1500 jumlah pengundi, sebaliknya PAS memperoleh undi lebih banyak pada kerusi parlimen.

Ketua UPU Endau Hamdan Mohamad optimis PAS akan memperoleh undi kali ini dengan pelbagai isu termasuk isu GST yang kini dirasai oleh segenap rakyat termasuklah pengundi di kawasan ini.

"Rata-rata pengundi yang ditemui merungut tentang kenaikan harga barang hasil daripada pelaksanaan GST. Lagipun majoriti lepas yang agak tipis bisa untuk PAS merampas UPU ini," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, PAS Kawasan Bachok yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary turut menyediakan jenteranya bagi membantu di UPU Endau.

Beliau yang mengadakan mesyuarat pertama di sana begitu teruja apabila semangat berkobar-kobar di kalangan jentera pembantu dan tempatan bekerja gigih untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS pada PRK ini.

"Keyakinan ini berasaskan kepada rekod dan keadaan semasa kerajaan pimpinan Umno barisan nasional yang terus melaksanakan dasar-dasar yang membebankan rakyat.

"Rakyat dan pengundi dah mula sedar dan tugas jentera kita hanya terang dan sampaikan maklumat kepada mereka supaya lebih mendalam kefahaman mereka terhadap isu-isu khasnya isu ekonomi negara yang terus menghimpit dan menyusahkan rakyat." ujarnya.

PAS menaruh harapan kepada calon tempatan di PRK Rompin iaitu Ustaz Nazri Ahmad yang akan membawa suara generasi muda bagi memperjuangkan nasib dan masa depan mereka.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Pahang dijangka akan mengundi di Sekolah Agama Rakyat LKTP Keratong 5, Felda Keratong 5 Bandar Tun Razak.

PRK yang akan berlangsung pada 5 Mei ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS dan calon BN iaitu pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hassan Arifin. – HARAKAHDAILY 23/4/2015

Sumber HD - 23-4-2015







PRK Rompin: isyarat positif pengundi muda

| .

ROMPIN: Kajian awal PAS mendapati golongan muda menyokong calon yang ditampilkan parti itu, Ustaz Nazri Ahmad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Nasrudin Hassan berkata, sokongan golongan muda kepada PAS meningkat berbanding sebelum ini.

"Apa yang kita lihat terdapat kelebihan kepada PAS yang mana masyarakat tempatan khususnya pengundi muda menerima calon yang kita tampilkan.

"Kita yakin dengan petanda baru ini, kita mampu memperolehi kemenangan pada pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Rompin di Bandar Satelit Muadzam Shah, hari ini.

Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh turut berkata, selain calon muda, isu membabitkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) turut mempengaruhi pengundi.

Menurut beliau, walaupun kemenangan PAS tidak akan mengubah apa-apa kedudukan dalam kerajaan tetapi pengundi merasakan suara mereka dapat dibawa ke parlimen.

"GST turut membantu kita memburu kemenangan, kita tahu kesan pelaksanaan cukai itu mempengaruhi penduduk setempat terutamanya pengundi muda.

"Golongan muda lebih terdedah kepada dunia luar dan mereka tahu apa kesan disebalik GST, apatah lagi mereka baru memulakan kehidupan tetapi terpaksa membayar lebih untuk cukai enam peratus," jelas beliau yang juga Penyelaras Dun Bukit Ibam.

Ketika ditanya mengenai peluang mendapat sokongan peneroka Felda, beliau berkata, walaupun peneroka Felda mendominasi jumlah pengundi di Parlimen Rompin, tetapi isu membabitkan peneroka terutama perumahan generasi kedua mampu mengubah pendirian mereka.

"Kita bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran atau tawaran yang diberikan Barisan Nasional (BN) kepada pengundi kali ini.

"Bagi PAS walaupun majoriti yang besar diperolehi BN sebelum ini, ia bukan suatu yang mustahil untuk kita merampas kerusi Parlimen Rompin," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 23/4/2015

Sumber HD - 23-4-2015

Rompin: Terima kasih semua, kerjasama kukuh PR

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh petugas parti dari semua peringkat yang turut sama memeriahkan penamaan calon PRK P.091 Rompin hari ini.

Kehadiran Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah Anwar beserta pimpinan PKR Pusat dan negeri dan YB Tengku Zulpuri, Pengerusi DAP Pahang mencerminkan kerjasama yang kukuh antara semua komponen parti Pakatan Rakyat di Pahang.

Kita mesti memastikan keadaan yang sama akan dapat dijelmakan di Permatang Pauh. Kesepaduan kita di Rompin dan Permatang Pauh amat menggerunkan Umno BN, dan ini langkah yang betul ke arah kemenangan kita menghentikan penindasan BN terhadap rakyat serta kezaliman mereka.

Kita yakin dengan kerjasama sebagaimana yang ditunjukkan hari ini kita berada di dalam jalan ke arah memperolehi kejayaan.

Oleh itu, ketepikanlah perbezaan yang kecil antara kita. Utamakanlah perjuangan bersama kita yang jauh lebih besar demi dan untuk masa depan rakyat Malaysia.

Kita mesti menjelmakan sokongan padu dan kebersamaan Pakatan Rakyat bagi menghadapi kemungkaran yang lebih besar iaitu menghadapi kezaliman Umno BN.

Rakyat perlu diselamatkan daripada kerakusan, kezaliman dan keborosan pemimpin negara hari ini. Lihatlah bagaimana cadangan membina hospital di Perlis dibatalkan tetapi pada masa yang sama, GST dan pembelian jet diluluskan.

Ada yang berkata PAS akan menggunakan GST untuk meraih undi, apakah mereka tidak berfikir bahawa BN sedang menggunakan GST untuk meraih wang rakyat dengan sewenang-wenangnya? Kalau tidak percaya, bacalah keluhan Ahli Parlimen Sepanggar dari BN yang mengundi untuk GST dilaksanakan.

Kepada semua petugas dari luar, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas pengorbanan semua kita semoga Allah membalasnya sebagai mujahadah kita kerana Allah.

Bagi PKR, selamat berjaya mengekalkan kerusi di Permatang Pauh.

Undi PAS di Rompin dan PKR di Permatang Pauh, Tolak GST, Tolak Umno-BN!

Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengerusi JK Induk
PRK Rompin. - HARAKAHDAILY 22/4/2015


Sumber HD - 22-4-2015

PRK Rompin: Nazri bawa suara anak muda

| .


ROMPIN: Calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin, Ustaz Nazri Ahmad bertekad akan membawa suara generasi muda ke peringkat tertinggi bagi memperjuangkan nasib dan masa depan mereka.

Ketua Pemuda PAS Pahang itu berkata, golongan tersebut tidak kira di kampung, bandar atau di tanah rancangan Felda di daerah tersebut rata-rata kini hidup dalam keadaan tidak terjamin.
“Masih ramai anak muda di luar sana yang tidak terjamin masa depan mereka dengan taraf hidup yang rendah. Jangankan untuk memiliki tanah dan kediaman selesa, kehidupan harian merekapun terus kos yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendekatannya dalam kempen PRK kali ini yang menemukan beliau satu lawan satu dengan calon veteran yang juga Pemangku Ketua Bahagian Umno, Datuk Hasan Arifin.

Nazri menambah, tidak dinafikan kebanyakan golongan muda tempatan yang berjaya tinggal di bandar-bandar seperti Kuantan, Kuala Lumpur, Johor Baru dan sebagainya.

“Namun bagi mereka yang kurang bernasib baik ataupun masih tinggal dengan ibu bapa, masa depan mereka tidak terjamin malah sesetengahnya terpalit dengan arus ganas kemiskinan.

“Mereka ini ada yang tinggal di pulau, bekerja makan gaji dengan pemilik bot, di Felda, di perkampungan Orang Asli juga di kampung-kampung tradisional,” jelasnya.

Menurut Nazri, sejak turun temurun golongan muda digula-gulakan dengan janji-janji yang remeh-remeh sehingga melupakan keperluan masa depan mereka yang sebenar.

“Inilah masanya anak-anak muda memilih untuk berubah setelah sekian lama,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin.

Dalam pada itu, Nazri berkata kesempatan yang ada akan digunakan sebaiknya oleh jentera Pakatan Rakyat bagi menyedarkan penduduk keseluruhannya yang yang teruk sejak pelaksanaan GST.

“Pelaksanaan GST sejak 1 April lalu sudah jelas memberi tekanan kepada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Bukan sahaja di Rompin, bahkan seluruh negara maka peluang ini mesti dimanfaatkan untuk menolak BN,” katanya. - HARAKAHDAILY 22/4/2015

Sumber HD - 22-4-2015







PAS mula 'berkempen' malam tadi, kurang 12 jam sebelum penamaan calon

Posted on Wednesday, April 22 @ 16:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



ROMPIN: Kurang 12 jam menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, PAS sudah mula 'berkempen' menerusi penganjuran siri ceramahnya malam tadi.

Ceramah berkenaan adalah yang kedua selepas ceramah memperkenalkan calon parti itu, malam Isnin.
Seperti yang diduga, isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mula berkuatkuasa 1 April lalu menjadi bahan kempen agar pengundi menolak Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang juga sebahagian daripada penceramah malam ini sekali lagi mengulangi hujah beliau bahawa pelaksanaan sistem cukai baharu itu bertentangan dengan hukum Islam.

"Kita jangan diperalatkan.. Jangan diperbodohkan. Beri isyarat yang jelas kepada kerajaan. Tolak GST. Bagi pukulan yang hebat (kepada BN).

"Kalau beri PAS parlimen Rompin, saya yakin GST akan dihapuskan Insyaallah," ujarnya.

Pengundi di Parlimen juga diingatkan bahawa satu undi untuk PAS mewakili satu undi tolak GST.

Ceramah itu juga menampilkan Naib Presiden, Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad dan calon yang akan bertanding, Nazri Ahmad.

Ia hanya dihadiri lebih kurang 100 penyokong parti Islam berkenaan.

Isu GST berkemungkinan akan melingkari kempen PAS selama tempoh dua minggu ini, kerana menyifatkan tindakan kerajaan mengenakan cukai itu adalah bagi menampung bebanan hutang negara.

Sumber TKO -  22-4-2015

PRK Rompin: 1 undi PAS, tolak GST

| .

ROMPIN: Penyertaan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin membuktikan PAS menghormati sistem demokrasi negara ini.

Calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad berkata, walaupun Umno pernah menyatakan harapan agar PAS tidak bertanding pada PRK kali ini, namun atas dasar tanggungjawab kepada rakyat PAS menyahut cabaran bertanding.

"Kita akan lakukan perubahan besar kepada rakyat, walaupun kita tahu Rompin merupakan kubu kuat Umno tetapi atas dasar perjuangan dan tanggungjawab kepada rakyat kita tetap turun bertanding.

"Kita berpegang kepada konsep sistem demokrasi dan PAS melihat ini peluang terbaik untuk kita sampaikan maklumat kepada rakyat," katanya.

Beliau turut melancarkan slogan '1 Undi PAS, Tolak GST' pada program ceramah Bilik Gerakan PAS Dun Tioman malam tadi.

Menurut beliau, pengundi perlu mengambil peluang yang ada ini sebagai isyarat mereka kepada kerajaan agar tidak terus menekan hidup rakyat melalui sistem cukai GST yang zalim.

"Pilihan raya merupakan medan perjuangan rakyat untuk membuat perubahan, peluang ini perlu diambil oleh semua pihak.

"Insya-Allah jika diberikan amanah, kita akan pastikan suara rakyat ini dibela sepenuhnya dan peluang yang ada memberi kebaikan untuk kita menegur kerajaan," katanya yang juga Yang Dipertua Kawasan Rompin.

Ustaz Nazri secara rasmi menjadi calon PAS selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah hari ini.

Ketua Pemuda PAS Pahang itu berdepan dengan calon BN, Datuk Hasan Arifin. - HARAKAHDAILY 22/4/2015

Sumber HD - 22-4-2015

PRK: Undi BN bererti setuju dengan GST

BASIRON ABDUL WAHAB | .

ROMPIN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Permatang Pauh memberi ruang kepada rakyat menyuarakan bantahan mereka terhadap perlaksanaan sistem percukaian baharu, GST yang didapati membebankan mereka.

Timbalan Pengarah 1 PRK Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, rakyat perlu menggunakan ruang terbuka ini bagi menghantar isyarat kepada kerajaan Umno-BN melalui undi dalam PRK berkenaan.

Beliau berkata, ada orang bertanya, kalau bagi isyarat dengan mengundi PAS dalam Pilihan Raya Kecil Rompin ini nanti adakah kerajaan akan menghapuskan GST.

Beliau menjelaskan, jika mereka mengundi BN, pastilah GST akan diteruskan.

“Undi BN pasti GST akan diteruskan, sebaliknya jika mengundi PAS, kerajaan akan tahu bahawa rakyat membantah GST yang dikuatkuasakan 1 April lalu itu, katanya.

Rakyat boleh memilih sama ada ingin membantah GST dengan mengundi PAS atau menyokong GST dengan mengundi BN yang akan terus meningkatkan kos kehidupan rakyat.

Difahamkan orang ramai pengguna sudah merasai kesan GST yang mengakibatkan mereka terpaksa berbelanja lebih daripada sebelumnya. Malah semakin banyak berbelanja semakin banyaklah pula wang dibayar kepada GST.

GST adalah sistem percukaian yang tidak mengenal siapa, sama ada golongan miskin atau kaya, semuanya akan dipaksa membayarnya.

GST direka untuk meningkatkan pendapatan kerajaan sehingga RM23 bilion setahun.

Sementara itu seorang pengkaji politik, Mohd Noor Keria, 64, berpendapat, walaupun PAS mempunyai banyak isu dalam PRK Rompin seperti GST dan sebagainya, namun ia belum cukup kuat untuk mengalahkan BN memandangkan jumlah majoriti yang dimiliki BN dalam PRU13 lalu terlalu besar iaitu lebih 15,000 undi.

Namun peluang PAS untuk mengurangkan majoriti adalah munasabah berdasarkan mood pengundi dan calon yang di bakal mewakili parti itu.

Katanya, Rompin adalah lubuk BN, dan majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang mudah diurus oleh Umno, golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti peneroka, nelayan dan penduduk tradisional biasanya mudah termakan dengan janji manis Umno BN.

Orang Asli juga ramai di Rompin iaitu sebanyak 8 peratus di mana undinya boleh dikira 100 peratus memihak kepada BN.

Bagaimanapun, menurut Mohd Nor, PAS dengan bantuan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat perlu menggunakan PRK ini untuk memperjelaskan isu GST kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat yang tidak mampu ditutup dengan pemberian BR1M sebanyak RM900 setahun.

Berbeza dengan Permatang Pauh di mana kawasan itu adalah kubu PKR, BN dijangka berjaya mengurangkan majoriti tetapi tidak akan berjaya merampas kerusi itu.

“Permatang Pauh adalah kubu KeADILan, Umno tidak akan berjaya merampasnya dengan mudah," ujarnya.

Mohd Nor berharap, penduduk Rompin mendapat manfaat dari PRK ini, kerana penduduk Rompin perlukan lebuh raya, jalan raya dan berbagai kemudahan asas untuk meningkatkan kemudahan asas di kawasan mereka.

Isu jalan raya yang buruk dan berbahaya di kawasan berkenaan gagal diberi perhatian oleh ahli parlimen dahulu, begitu juga Rompin seharusnya dibangunkan kerana ia menjadi pusat persinggahan pelancong untuk ke Pulau Tioman.

Buat masa ini pelancong lebih selesa menggunakan Mersing, Johor untuk ke Tioman berbanding Tanjung Gemok, di Rompin yang ketinggalan itu.

Menurut Mohd Nor, pilihan raya kecil biasanya memberikan durian runtuh kepada penduduk, harap Rompin tidak terkecuali. - HARAKAHDAILY 22/4/2015

Sumber HD - 22-4-2015

PRK Rompin: Keputusan dijangka diketahui 11 malam

BERNAMA | .


ROMPIN: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini, dijangka diketahui seawal jam 11 malam yang sama, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
  
Beliau berkata kelewatan itu disebabkan Parlimen Rompin merangkumi kawasan yang sangat luas, meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman, menyebabkan masa yang panjang diperlukan untuk proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
  
Beliau mengambil contoh Felda Selancar yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari bandar Rompin, dan jika proses mengira undi di situ tamat pada jam 7 malam, jumlah undi hanya tiba di pusat penjumlahan pada jam 10 malam.
  
"Apabila tiba di pusat penjumlahan, kita juga masih perlu mengambil sedikit masa untuk proses lain seperti mengumpul dan memasukkan data ke dalam komputer sebelum membuat pengumuman," katanya kepada pemberita selepas tamat proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
  
Mengulas tentang jangkaan peratusan keluar mengundi bagi PRK ini, Abdul Aziz berkata SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menurun kepada 80 peratus daripada 86 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei, 2013.

Abdul Aziz bagaimanapun menolak tanggapan bahawa pengurangan peratusan itu disebabkan hari pengundian diadakan pada hari bekerja kerana rekod SPR jelas menunjukkan bahawa faktor hari bekerja atau hari cuti tidak mempunyai kaitan dengan jumlah peratusan keluar mengundi.
  
"Tidak ada kaitan langsung. Kita pilih hari yang SPR fikirkan paling sesuai. Kita pernah pilih hari cuti, namun peratusan keluar mengundi tetap rendah seperti yang berlaku di PRK Parlimen Teluk Intan, Perak, dan DUN Chempaka, Kelantan " katanya.
  
Abdul Aziz berkata bagi PRK Rompin, SPR menubuhkan enam pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya bagi tujuan pemantauan, dengan setiap DUN ditempatkan dua pasukan.
  
"Pasukan ini akan membuat rondaan, dan jika ada kempen yang dijalankan melanggar peraturan, tindakan akan diambil. Pasukan ini terdiri daripada wakil  polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan wakil parti politik yang bertanding.
  
"SPR juga ada melantik pemerhati pilihan raya yang terdiri daripada sembilan individu daripada Majlis Belia Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Veteran Tentera," katanya. - Bernama

Sumber HD - 22-4-2015







Pertandingan 2 penjuru pada PRK Rompin

MUHAMMAD FAIZAL | .






ROMPIN: Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin menyaksikan pertandingan dua penjuru antara PAS dengan BN.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Fadzilla Salleh mengumumkan demikian di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, sebentar tadi

PAS mencalonkan Yang Dipertua Kawasan Rompin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Nazri Ahmad sementara BN pula ialah pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin.

Calon PAS menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.04 pagi, diikuti calon BN tiga minit kemudian.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mendapat 30,040 undi sementara calon PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 22/4/2015

Sumber HD - 22-4-2015

Ustaz Nazri Ahmad, Teman Sepengajian Dan Sahabat Seperjuangan



Saya mula mengenali beliau sejak tahun 1987 lagi, iaitu ketika beliau bersama-sama saya menduduki ujian temuduga Ma’ahad Darul Quran, Rusila, Terengganu. Pada tahun berikutnya 1988 sehingga 1994 kami bersama-sama belajar di sekolah yang dinaungi oleh tokoh ulama tersohor, Dato’ Seri Tuan Guru Adul Hadi Awang itu.

Sepanjang pengajian beliau, memang terkenal sebagai pelajar yang sangat cemerlang dalam pelajaran, disamping beliau juga aktif dalam persatuan pelajar yang menyerlahkan bakat kepimpinannya.

Setelah menamatkan 4 Thanawi (setaraf STAM) dari Ma’ahad itu, Ustaz Ahmad Nazri berangkat ke Syria bagi melanjutkan pelajarannya di sana. Apa yang mengagumkan saya semasa di Syria ialah, beliau seorang yang sangat menjaga waktu dengan menyusun jadual harian, rapi dan begitu padat sekali.

Di samping beliau mengikuti kelas di Universiti Ulum di sebelah petang, pada waktu pagi beliau mengikuti kelas pengajian secara mustami’ di Universiti Damsyik. Sebelah malam pula beliau berulang alik dari satu masjid, ke masjid lain, bertalaqqi kitab dengan para ulamak muktabar di sana. Di celah-celah itu juga beliau masih sempat menghafal 30 juzuk kitabullah al-Quran dalam tempoh lebih kurang 2 tahun sahaja.

IMG_20150421_024139

Tempoh hampir 4 tahun di Syria beliau sempat belajar di dua buah universiti, dan menuntut ilmu secara ‘menghadap’ dengan para ulamak seperti Syeikh Sodiq Habannakah, Syeikh Dr Mustafa Bugha, Syeikh Rushdi Qalam, Syeikh Usamah Rifaie, Dr Wahbah Zuhaili dan lain-lain. Guru beliau menghafaz al-Quran adalah Syeikh Bilal Rifaie, dan mendapat Ijazah al-Quran beserta sanad dari Syeikh Khalil Hiba.

Satu pencapaian yang mungkin kebiasaannya memerlukan puluhan tahun masa pengajian tetapi beliau mampu melakukannya dalam waktu yang singkat. Sikap beliau itulah juga memotivasikan diri saya untuk bersaing dengannya.

Ketika belajar di Mesir pula, beliau dianggap sebagai ‘tok guru’ di kalangan para mahasiswa kerana beliau sangat aktif dalam membantu para asatizah di sana dengan kelas-kelas tambahan dan menjadi tempat rujukan kebanyakan pelajar terutamanya di kampus universiti al-Azhar cawangan Damanhur.

Setelah pulang ke tanahair, beliau banyak menerima tawaran jawatan-jawatan yang penting di bidang agama dan pendidikan, tetapi beliau seringkali berbincang dengan kepimpinan dan sahabat-sahabat, kerana bimbangkan kerjayanya menjadi penghalang kepada kerja-kerja dakwah dan perjuangan.

Akhirnya beliau tekad untuk mewakafkan diri dengan perjuangan walaupun mempunyai kelayakan untuk bekerja dengan jawatan yang dibayar gaji yang lumayan.

Bagi diriku pula kini ,beliau merupakan sahabat, guru, tempat rujukan masalah-masalah agama dan perjuangan.

Kini beliau diamanahkan menjadi menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin dan kelmarin,
beliau dipilih menjadi calon PAS bagi bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Rompin.

Siiru ala barakatillah.

Coretan sahabatmu.

Khairul Azmi Ismail
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang

Sumber BO - 22-4-2015







PRK: Medan dakwah jelaskan kanun syariah, tolak GST

HARAKAHDAILY | .


PILIHAN RAYA Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh adalah peluang terbaik untuk ahli-ahli PAS menyampaikan risalah politik Islam khususnya dalam dua isu terkini negara iaitu percukaian GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang zalim dan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

Meskipun majoriti kemenangan BN sebelum ini sangat besar di Rompin iaitu lebih 15,000 namun tiada yang mustahil untuk kemenangan berpihak kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menurut logik iman. Keyakinan kita ialah sebagaimana firman Allah dalam al-Baqarah 249:

قَالَ الَذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلاقُوا اللَّهِ
كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Berkata golongan yang yakin bahawa mereka pasti bertemu Allah; betapa banyak kumpulan yang sedikit mengalahkan kumpulan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah bersama dengan orang-orang yang sabar"

Ungkapan itu adalah penegasan golongan tentera Talut yang yakin dengan janji Allah sebagai membalas kata-kata melemahkan semangat oleh sebahagian tentera Talut; "tiada kekuatan pada kita hari ini berhadapan dengan Jalut dan tenteranya"

Ahli-ahli PAS perlu gigih berjihad berkempen dengan keyakinan bahawa kemenangan adalah milik kita dengan izin Allah sebagaimana firman-Nya dalam Aali Imran 160:

إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

"Sekiranya kamu dimenangkan oleh Allah maka tiada yang boleh mengalahkan kamu. Dan sekiranya Dia mengecewakan kamu maka siapakah lagi yang boleh memenangkan kamu selepasNya? Dan kepada Allah sahaja hendaklah bertawakkal menyerah diri oleh orang-orang beriman "

Tuntutan melaksanakan kerja dakwah memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, mengajak ummah kembali kepada pemerintahan Islam, mencegah kemungkaran politik oleh Barisan Nasional adalah kewajipan bersama ahli-ahli PAS yang dididik dengan firman Allah dalam surah Taubah 71:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
"Dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka merupakan pembantu kepada sebahagian yang lain, mereka menyuruh melakukan yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Mereka menegakkan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya".

Berkempenlah dengan penuh hikmah kebijaksanaan. Santunilah para pengundi dengan wajah manis dan tutur kata yang lunak dan ungkapan yang baik.

Berdoalah agar hati mereka terbuka untuk bersama membantu perjuangan Islam. Jagalah solat berjamaah sepanjang kempen. Bangkitlah di waktu malam bermunajat kepada Allah.

Doa adalah senjata mukmin khususnya pejuang Islam.

Ingatlah firman Allah dalam al-Qasas 56:

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"Sesungguhnya kamu tidak boleh memberi hidayah kepada orang yang kamu sayang tetapi Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Dia lebih tahu orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ahli PAS pelbagai peringkat turun menjalankan tugas sepanjang tempoh berkempen khususnya di Rompin.

Sekian.

Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Rabu 22hb April 2015
5.38 pg Serting, Negeri Sembilan - HARAKAHDAILY 22/4/2015

Sumber HD = 22-4-2015







Rompin: Timbalan Presiden ketuai perarakan calon PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .





ROMPIN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengetuai perarakan calon PAS pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, pagi ini.

Perarakan bermula jam 8.15 pagi dari Bilik Gerakan PAS Dun Tioman, Kuala Rompin ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad, di sini.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan dipilih sebagai Ketua Pembangkang Dun Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji. - HARAKHDAILY 22/4/2015
(Lanjut menyusul)

Sumber HD - 22-4-2015







Tun M mahu jatuhkan Najib bukan cerita kosong

MUHAMMAD FAIZAL | .


ROMPIN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dilihat sebagai medan untuk rakyat menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapan di Bilik Gerakan Dun Pulau Tioman berkata, kekosongan kerusi Parlimen Rompin adalah peluang terbaik untuk menjelaskan kepada rakyat apa yang berlaku dalam negara.

"Kenapa kita meletakkan calon dan kenap kita menyahut untuk bertanding, ini merupakan peluang terbaik untuk perjelaskan kepada rakyat.

"Selain itu merupakan medan untuk rakyat nyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST yang mencengkam hidup mereka," ucap beliau.

Menurut beliau, isu membalas budi bagi Dun Cempaka Kelantan tidak timbul kerana PAS mempunyai tanggungjawab besar dalam membela hidup rakyat.

"Kita hormati allahyarham, kita turut berasa sedih atas kehilangan beliau tetapi kekosongan yang berlaku merupakan kesempatan untuk kita bertemu rakyat apatah lagi baru beberapa hari pelaksanaan GST.

"Boleh dikatakan penduduk di sini berpendapatan sederhana dan rendah, GST menekan hidup rakyat dan ia tidak sepatutnya dilaksanakan.

"Dalam keadaan rakyat ingin menambah pendapatan mereka, kerajaan pula mengambil duit dari poket rakyat," katanya lagi di hadapan kira-kira lima ratus orang yang hadir.

Salahuddin juga meminta penduduk turut sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Negara sekarang menyaksikan Mahathir bersama-sama pasukannya ingin menjatuhkan Najib.

"Ini bukan cerita kosong dan peluang diberikan kepada pengundi Parlimen Rompin untuk bersama-sama dalam gerakan ini," sambung beliau lagi

Beliau turut berpendapat dalam senario sekarang tidak mustahil PAS mampu memenangi PRK Rompin. - HARAKAHDAILY 22/4/2015

Sumber HD - 22-4-2015







Jangan lukakan imej PAS kalau sayang parti

HARAKAHDAILY | .


MENJELANG muktamar ini, timbul golongan dan individu tertentu mendakwa kononnya segala tindakan dan teguran terbuka mereka adalah untuk menyelamatkan parti termasuklah mereka yang menyamar di sebalik Facebook tidak dikenali siapa pemiliknya – akan tetapi, tindakan mereka sekadar untuk menaikkan nama sendiri dan golongan tertentu tanpa mempedulikan peluru hidup yang diberikan kepada musuh dan luka parah terhadap parti dan imejnya pada jangka panjang.

Kadang-kadang pemimpin atasan tidak memberi respon balas secara terbuka, bukan kerana tindakan itu tidak patut ditegur, tapi kerana yang terluka daripada semua balas-membalas kenyataan ini ialah parti. Luka sedemikian amat susah dipulihkan.

Contohnya, membuat dakwaan rambang terhadap masa depan PAS berdasarkan apa yang berlaku di PRK Permatang Pauh adalah tidak tepat. Jika begitu caranya, mengapa tidak membuat kesimpulan terhadap kerjasama yang baik di PRK Rompin terhadap masa depan PAS? Bukankah itu lebih positif? Dalam keadaan PAS menghadapi PRK Rompin, PAS sanggup membahagi separuh jentera ke Permatang Pauh. Apakah ini juga dikira sebagai ekstrem?

Tindakan melanggar keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat secara terbuka juga tidak kena. Ia melukakan imej PAS di kalangan rakyat, dan juga merosakkan konsep ‘wala (taat pada benda yang kita tidak setuju) yang menjadi teras di dalam parti. PAS Pusat telah membuat keputusan memberi sokongan penuh untuk menyokong calon PKR di Permatang Pauh, dan itu menjadi keputusan yang wajib dipatuh, dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan. Jangan buat apa yang kamu sendiri benci jika orang lain turut membuatnya.

Namun begitu, kita perlu jujur melihat punca reaksi yang diberikan PAS Kawasan Permatang Pauh dan Pemuda PAS Pulau Pinang secara keseluruhan dalam kontroversi di PRK Permatang Pauh. Kita harus ingat bahawa reaksi mereka itu ialah asap. Kita harus mencari apinya di mana? Di situlah kita harus simbah air.

Pada masa yang sama, kita juga harus bersikap adil terhadap parti sendiri sebagaimana kita ingin bersikap adil terhadap rakan-rakan pada Pakatan Rakyat. Untuk meredakan suasana, semua pihak dalam Pakatan Rakyat mesti memelihara kenyataan dan saling menghormati dasar parti masing-masing. Dengan ini, barulah Pakatan Rakyat akan selamat.

Sebagai pemimpin, kita harus mencapai langkah pendamaian dan penyelesaian, dan bukan memburukkan suasana. Jangan halakan senapang pada rakan sendiri meskipun senapang itu tiada peluru!

Kalau sayang parti, jangan lukakan PAS dan imejnya. Sepatutnya, korbankan ego dan diri untuk parti dan bukan korbankan parti untuk diri sendiri. Jagalah akhlak Islam yang membawa orang rapat dengan PAS. Ambillah iktibar daripada insiden membantah tanda salib di satu gereja di Taman Medan. Yang terluka bukan pendemo tapi nama baik Islam dan penganutnya. - HARAKAHDAILY 21/4/2015

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS
21 April 2015

Sumber HD - 21-4-2015







PRK Rompin: Anak ucap tahniah kepada Ustaz Nazri

HAZAYANI ZAKARIA | .


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merakam ucapan tahniah kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad yang diumumkan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.091 Rompin.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, PAS membuat keputusan yang tepat apabila mencalonkan Nazri, 40, yang merupakan anak peneroka Felda Keratong 5.

"Sudah tentu saya berbangga dengan penghargaan yang diberikan PAS Pusat dan PAS Pahang kepada Ustaz Nazri.

"Beliau anak peneroka Felda, dengan jawatan beliau sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin dan Ketua Pemuda PAS Pahang dan sering menyertai program Anak, saya yakin beliau dapat menggalas amanah yang diberi dengan baik," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, pengundi di Parlimen Rompin seramai 53,000 orang wajar memberi peluang kepada beliau untuk membawa suara mereka khususnya isu-isu berkaitan peneroka.

"Kami akan bekerja habis-habisan hingga ke 5 Mei ini bagi memenangkan Ustaz Nazri," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pada 5 Mei manakala tarikh bagi penamaan calon pula 22 April.

Proses penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad, Rompin.

BN telah mengumumkan Datuk Hasan Arifin sebagai calon bagi PRK Parlimen Rompin pada 18 April lalu.

Himpunan Perdana Selamatkan Felda 2.0

Sementara itu, Mazlan berkata, Anak akan mengadakan Himpunan Perdana Selamatkan Felda 2.0 di Felda Keratong 4 pada 25 dan 26 April ini.

Himpunan tersebut akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan akan turut dihadiri calon PAS.

"Himpunan ini bertujuan memberi info kepada peneroka-peneroka mengenai isu-isu yang berlegar di sekeliling mereka dan kesulitan yang dialami warga Felda.

"Lebih-lebih lagi apabila GST dilaksanakan ketika ini," katanya.

Menurut beliau juga, PRK Rompin merupakan medan yang sangat penting kepada PAS bagi menyampaikan maklumat kepada pengundi-pengundi khususnya di Felda.

"Saya menyeru kepada seluruh jentera PAS untuk bersama-sama dalam himpunan ini sebagai salah satu bentuk kempen kita," katanya. - HARAKAHDAILY 21/4/2015

Sumber HD - 21-4-2015

Ustaz Nazri Akan Membawa Suara Orang Muda



ROMPIN – Calon PAS untuk PRK Rompin Ustaz Nazri Ahmad berikrar memperjuangkan Islam dan kehidupan masyarakat seluruh warga Rompin, khususnya golongan muda di parlimen itu.

“hidup sementara di muka bumi ini untuk memberikan sedikit sumbangan untuk Islam dan juga kepada masyarakat dan rakyat,

“memperjuangkan nasib mereka di saat mereka di dera oleh kerajaan (Barisan Nasional – BN), dengan pelbagai akta yang membebankan hidup rakyat,”ujarnya ketika memberikan ucapan sulong, selepas dinamakan sebagai calon yang akan bertanding.


Menurutnya, beliau rasa berat hati untuk memikul amanah yang diberikan, bukan kerana majoriti BN melebihi 15,000 undi, tetapi kerana tanggungjawab untuk menyampaikan Islam.

Namun katanya, ia merupakan satu peluang yang besar untuk berbakti dan mengajak masyarakat kembali kepada Islam seluruhnya.

“secara peribadi saya rasa berat hati, bukan sebab majariti dia (BN) 15,000 (kerana) tidak ada sesuatu yang mustahil di sisi Allah (sebab) dalam al-Quran menyatakan berapa banyak kumpulan kecil yang dapat mengalahkan kumpulan yang besar,

“tetapi saya ras berat hati kerana terasa dri ini amat kerdil untuk mewakili PAS, sebuah jamaah Islam yang meneruskan perjuangan nabi-nabi,

IMG-20150421-WA0016

“tapi saya merasakan ia satu peluang untuk menyampaikan Islam dan mengajak masyarakat untuk kembali kepada Allah SWT,”jelasnya.

Nazri menegaskan, beliau mewakili suara orang muda akan membela masa depan mereka yang tidak terjamin.

Beliau berharap pengundi muda di kawasan parlimen itu menunjukkan perubahan sebagaimana pendirian yang mereka tunjukkan selama ini.

“saya mewakili suara orang muda yang pada hari ini merasa kehidupan mereka tidak terjamin lebih-lebih lagi dengan beban kehidupan hari ini,

“saya rasa ini merupakan satu peluang (kepada mereka untuk menyokon saya) bahkan kita lihat di selruh negara, pengundi muda telah menunjukkan pendirian mereka untuk melakukan perubahan,”ujarnya pada sidang media yang diadakan selepas majlis Pengisytiharan itu.

Beliau turut menyeru para penyokong PAS, sahabat handai dan sanak saudara dapat memberikan bantuan dengan segala daya upaya dan para pengundi menyokong beliau dalam pilihanraya itu.



Sumber HD - 21-4-2015


Ustaz Nazri hj Ahmad Calon PAS PRK Rompin (bersama gambar)
Posted on Tuesday, April 21 @ 00:02:07 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pengumuman telah dibuat oleh YH Hj Salahuddin Ayub sebentar tadi. Tahniah. Majlis Pengisytiharan Calon PAS Bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin di Bandar Satelit Muadzam Shah



















Kredit:
Hakimi Al-jamuani

Sumber TKO - 21-4-2015

PRK Rompin; Kontinjen PAS Terengganu Diharap Dapat Meningkatkan Undi


KUALA TERENGGANU – Kontinjen pembantu pilihan raya kecil (PRK) parlimen Rompin PAS negeri Terengganu akan mula turun ke ‘gelanggang’ kempen pada 21 April ini.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu YB Ariffin Deraman jentera PAS seluruh negara di bahagi kepada dua, di Rompin dan Permatang Pauh.

Katanya, negeri-negeri yang akan membantu PRK Rompin adalah dari Terengganu, Kelantan, Johor Selatan dan Sarawak.

Beliau berkata, pasukan Terengganu akan membawa ‘tiga gelombang’ dalam siri kempen pilihanraya yang bermula selepas penamaan calon pada 22 April, sehingga hari mengundi pada 5 Mei depan.

IMG-20150413-WA0097 (2)

“Terengganu ditugaskan untuk berkempen dalam DUN Tioman yang mempunyai 15 pusat mengundi (dan) kita pecahkan kepada 3 pasukan melalui ‘3 gelombang’.

“gelombang pertama akan bertugas dari 21 hingga 25 April, gelombang kedua bermula pada 26 sehingga 30 April (manakala) gelombang ketiga dari 1 hingga 5 Mei,”ujarnya

Sehubungan itu, ADUN Alor Limbat itu berkata, jentera kontinjen pembantu dari negeri Terengganu akan di lancarkan dalam satu majlis ‘kenduri’ selepas selesai penamaan calon pada hari Rabu.

“Pelancaran jentera sekaligus meraikan petugas akan diadakan bersama warga tempatan di bandar Kuala Rompin pada jam 12 tengah hari oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

“kita berharap agar para petugas dapat berkempen habis-habisan meningkatkan undi,”

Tambahnya, majoriti pengundi yang tinggal dalam lokaliti yang yang diamanahkan kepada PAS Terengganu adalah penduduk yang berasal dari negeri Terengganu.

Menurutnya, beliau bersama Timbalan Pengarah Haji Hanafiah Mat telah pun membuat tinjauan k ekawasan pilihan raya tersebut pada 13 April lalu.

Sumber BO - 20-4-2015







Ustaz Nazri Ahmad, calon PAS PRK Rompin

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .






ROMPIN: Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad, 40, diumumkan sebagai calon PAS bagi menggalas cabaran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.091 Rompin.

Pemilihannya diumumkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada Majlis Ceramah Pengisytiharan Calon PAS PRK Rompin di Markas Induk PAS Bandar Satelit Muadzam Shah, sebentar tadi.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Ketua Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Nazri yang juga bekas pensyarah sambilan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah adalah lulusan Sarjana Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Anak peneroka Keratong 5 ini merupakan Ketua Pemuda PAS Pahang untuk penggal akhir, menjadi pilihan Majlis Syura Ulamak PAS juga di peringkat akar umbi parti tersebut.

Lahir daripada keluarga usahawan, anak keenam daripada lapan beradik ini mempunyai seorang isteri dan enam orang cahaya mata dan kini menjadi pendakwah sepenuh masa.

Beliau mulai aktif berpolitik apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Rompin pada 2005.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pada 5 Mei manakala tarikh bagi penamaan calon pula 22 April.

Proses penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad, Rompin.

BN telah mengumumkan Datuk Hasan Arifin sebagai calon bagi PRK Parlimen Rompin pada 18 April lalu.

PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mendapat 30,040 undi sementara calon PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015

























































































PRK Rompin: AMK Pahang sokong penuh calon PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang menegaskan bahawa sokongan penuh tanpa syarat akan diberikan kepada calon yang bertanding mewakili PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Ketuanya, Wong Chun Yuan berkata, AMK Pahang mengambil pendirian bahawa segala gerak kerja dalam PRK Rompin dan Permatang Pauh harus dijalankan berdasarkan semangat Pakatan Rakyat.

"AMK Pahang akan memberi kerjasama penuh kepada jentera pilihan raya Pakatan Rakyat PRK Rompin," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, keputusan PRK kali ini bukan sahaja bergantung kepada sokongan rakyat terhadap parti komponen Pakatan Rakyat, tetapi juga akan menjadi referendum suara rakyat terhadap isu-isu semasa seperti pelaksanaan GST, pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu 1MDB dan sebagainya.

AMK Pahang juga, ujarnya mengingatkan semua pihak bahawa anak-anak muda yang mendukung perjuangan Pakatan Rakyat tidak akan memberi sokongan terhadap sebarang usaha mana-mana pihak yang bertujuan untuk mensabotaj perjuangan Pakatan Rakyat dalam mencapai kemenangan dalam kedua-dua PRK itu.

"Akhir sekali, AMK Pahang menjemput anak-anak muda supaya turun beramai-ramai bersama Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon PRK Rompin 22 April ini bagi menyatakan bantahan terhadap ketirisan dan kepincangan yang berlaku di dalam Malaysia," ujarnya lagi.

PAS akan mengumumkan calonnya yang bertanding pada PRK Rompin di Pusat Perniagaan Bandar Satelit, Muadzam Shah jam 9.00 malam ini. - HARAKAHDAILY 20/4/2015

Sumber HD - 20-4-2015

PRK Rompin ; Empat Nama Disenarai Sebagai Calon


KUALA TERENGGANU – Empat nama telah disenaraikan dikalangan pemimpin PAS sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia akan diputuskan oleh parti sebelum pengumuman calon yang akan dibuat pada sebelah malam, 20 April ini.

IMG-20150418-WA0110 (2)

Katanya, calon yang dipilih akan disokong oleh Majlis Syura terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat.

“Setakat ini ada empat pencalonan dan parti akan putuskan nanti sebab dalam Pas ini Majlis Syura akan ‘endorse’ dulu baru kita boleh umum. Selagi Majlis syura tidak putus kita tidak boleh umum,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini pada Sabtu 18 April.

Pesuruhjaya PAS Pahang dan juga Pengarah Jawatankuasa PAS bagi PRK Rompin itu memberitahu wujud perubahan sokongan di kalangan pengundi berdasarkan perkembangan semasa ketika ini.

Antaranya beliau memberitahu isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta bebanan ekonomi yang meningkat dilihat cukup memberi kesan kepada pengundi.

Beliau turut mendakwa Rompin merupakan sebuah daerah terbiar dan melihat isu itu boleh dibawa dalam kempen PRK Rompin.

IMG-20150418-WA0118 (2)

“Dibandingkan dengan Langkawi, (Pulau Tioman) jauh (ketinggalan) walaupun diisytiharkan bebas cukai tetapi penduduk tidak dapat manfaat dengan pengisian tersebut, begitu juga tiada usaha (untuk mengangkat) sebagai sebuah destinasi yang baik walaupun ia (tersenarai) 10 buah tercantik dunia,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu PKR tidak akan meletakkan calon di kerusi tersebut sambil memberitahu parti tersebut juga bersedia untuk membantu memastikan kemenangan calon Pas di kawasan kubu kuat BN itu.

PRK Rompin diadakan 5 Mei berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.



Sumber BO - 19-4-2015







Adakah gandingan Mahathir-Ku Li jadi kenyataan?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mungkinkah akhirnya gandingan 'orang lama' iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi kenyataan?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin menerusi blognya semalam.

Ini ekoran Umno menamakan Datuk Hasan Ariffin sebagai calon BN bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei depan.

Hasan yang kini pemangku Ketua Umno Rompin adalah bekas Adun Bukit Ibam selama tiga penggal pernah menjadi Timbalan Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Pahang sebelum ini.

Bagi Shahbudin pemilihan Hasan, 62, sebagai calon PRK Rompin boleh dianggap mengejutkan kerana kriterianya adalah 'kitar semula'.

"Apakah ini menggambarkan Umno sudah ketandusan calon-calon muda yang berkelayakan atau sudah lupa kepada proses peremajaannya?" tanya beliau

Baginya juga, sekali lagi timbul persoalan, apakah Umno kini sedang berada di persimpangan di mana pemimpin lama dan veteran lebih menjadi pilihan berbanding orang muda.

Menurutnya, dengan pemilihan Hasan itu seperti senada dengan kemelut politik yang sedang berlaku di peringkat Pusat sekarang yang mana Datuk Seri Najib Razak semakin ditolak daripada kerusi Perdana Menteri sementara nama tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah dilihat semakin menonjol yang layak menggantikannya.

"Setelah 'orang lama' terlilih sebagai calon untuk menjamin kemenangan di Rompin, adakah bakal pengganti Najib yang lebih diyakini untuk menyelamatkan Malaysia juga terdiri daripada kategori yang sama?" tanya Shahbudin lagi.

Dalam konteks ini, katanya Tun Mahathir yang sedang berusaha menyelamatkan negara ketika ini juga sudah berusia hampir 90 tahun tetapi peranannya tetap diterima dengan baik oleh semua lapisan rakyat, tak kira tua ataupun muda. - HARAKAHDAILY 19/4/2015

Sumber HD - 19-4-20215

Rompin: Generasi pelapis Umno sukar diberi ruang

KHAIRIL ABDUL RAHIM | .


ROMPIN: PAS sudah menjangkakan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang, Datuk Hasan Arifin dipilih menjadi calon pilihan Umno dan BN dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin kali ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini menunjukkan generasi pelapis dalam parti tersebut sukar diberi ruang.

“Memang kita dah jangka Datuk Hassan dipilih dan bagi PAS ini calon kitar semula kerana tiada perkara baru atau wawasan baru,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman Hasan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Hasan, 56, merupakan pemangku Ketua Bahagian Umno Rompin dan pernah dilantik Timbalan Menteri Besar Pahang pada tahun 1995 hingga 1999 semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam sebelum digugurkan daripada bertanding pada PRU 2004.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS berkata, parti itu menawarkan calon berwibawa dan muda kali ini bagi pilihan penduduk Rompin.

“PAS akan umum calon pada 20 haribulan ini dan kita yakin tokoh kita akan mampu bersaing dan kita akan tawar yang terbaik bagi pengundi,” katanya yang juga Pengarah PRK PAS.

Pilihan raya kecil Rompin, yang dijadualkan pada 5 Mei, diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Jamaluddin Jarjis pada 4 April dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor.

Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mendapat 30,040 undi sementara calon PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 18/4/2015

Sumber HD - 18-4-2015







Orang Asal: Tinggal di bandar nampak salah laku Umno

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Seorang pengundi di Parlimen Rompin yang berketurunan Orang Asal dari daerah itu berharap PAS dapat membongkarkan lebih banyak kelemahan pentadbiran Umno.

"Saya harap ustaz dapat bongkarkan lebih banyak kelemahan pentadbiran Umno dan nasib Orang Asal di sana," tulis Harfizi Abdullah menerusi ruangan komen facebook Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, kelmarin.

Menurutnya, banyak hak Orang Asal telah dirampas dan kehidupan mereka di sana tersepit, terseksa dan banyak tanah tergadai.

"Banyak juga hasil bumi telah diteroka..begitu hina mereka perlakukan orang Asal seperti kami," tulisnya yang sekarang menetap di ibu kota.

Tambahnya, insya Allah beliau tetap bersama kepimpinan ulama dan teringin berjumpa Ustaz Tuan Ibrahim dan menceritakan nasib Orang Asal di kampungnya.

Menurutnya lagi, beliau nampak segala salah laku Umno kerana menetap di bandar.

Beliau mengakui Orang Asal di kampungnya mudah tertipu kerana kehidupan mereka hanya di kampung dan tidak celik kepada maklumat di internet.

"Mereka hanya ditipu tv3 dan sealiran dengannya," tambahnya. - HARAKAHDAILY 17/4/2015

Sumber HD - 17-4-2015

Pelancaran jentera PAS PRK Rompin malam ini

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Pelancaran jentera PAS sempena Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin akan diadakan di Keratong 4, bermula jam 9.30 malam ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sementara pengisytiharan calon pula diadakan pada 20 April, jam 9.30 malam di tempat yang sama.

Menurutnya, petugas-petugas PAS yang datang dari jauh akan mula bertugas pada 20 April hingga 5 Mei nanti.

Dalam pada itu, PAS negeri merayu sumbangan derma untuk Dana PRK Rompin yang boleh disalurkan ke akaun Maybank 556057502013 atas nama Dana PRU PAS Pahang.

Sesungguhnya derma anda di medan jihad ini amat mahal harganya di sisi Allah SWT.

Sesungguhnya derma anda di medan jihad ini boleh menyelamatkan anda dari azab yang sangat pedih serta diampunkan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga akhirat nanti insya Allah, sebagaimana firman-Nya dalam surah As-Saf ayat 10-12. - HARAKAHDAILY 17/4/2015

Sumber HD - 17-4-2015







PRK Rompin: Inap desa cecah RM2,800 sehari

NOOR SHAMSIAH MOHAMED dan ZAFRI RAZALI | .


ROMPIN: Bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin kini mulai terasa apabila kenderaan bernombor pendaftaran luar membanjiri jalan raya sekitar bandar ini yang terkenal dengan jolokan nama 'Bandar Udang Galah'.

Beberapa jalan utama dan kedai makan di sekitar Rompin turut sesak berbanding hari-hari biasa dan di sana sini kedengaran orang sibuk mencari hotel dan inap desa, sama ada dalam kalangan jentera parti kerajaan, pembangkang mahupun agensi terlibat dengan PRK pada 5 Mei ini.

"Semuanya penuh, jangan kata nak mencari bilik hotel atau resort, inap desa yang paling dekat ada sekarang pun ialah kat Endau, Johor iaitu kira-kira 40 kilometer perjalanan dari bandar Rompin," kata Nazirul Ahmad, 41, seorang anak jati Rompin.

Katanya, rumah sewa, inap desa, serta hotel di sekitar daerah ini yang dahulunya agak 'sendu' permintaannya kini berubah secara mendadak sebaik sahaja kematian Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang juga anggota Parlimen kawasan itu dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April lepas.

Menyedari akan berlaku PRK di kawasan itu, katanya beberapa pihak dikesan bertindak sebagai 'broker' menempah inap desa di bandar ini dalam kuantiti yang banyak daripada pemilik asal.
      
Beliau berkata, mereka kemudian menyewakannya kepada orang lain dengan harga yang lebih mahal untuk mengaut keuntungan.

"Kebiasannya pemilik asal hanya sewa antara RM150 dan RM200 sehari bergantung kepada kemudahan yang disediakan, namun sekarang paling murah pun RM600 hingga RM800 sehari," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Difahamkan ada dalam kalangan pemilik rumah di bandar tersebut, sanggup untuk keluar dari rumah mereka sendiri semata-mata untuk disewakan dengan harga RM2,800 sehari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Rompin pada 5 Mei, pencalonan pada 22 April dan pengudian awal pada 30 April ini.

Sementara itu, Pengurus Jualan Rompin Beach Resort Shamsul Kamal Ismail berkata, tempahan hotel di sekitar daerah itu sudah mula penuh sejak minggu lepas.
        
"Sebelum pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita menerima banyak panggilan telefon untuk tempahan, tetapi kebanyakannya tidak mempunyai tarikh yang tetap.

"Namun sebaik sahaja pengumuman dilakukan, lebih banyak panggilan diterima menyebabkan kakitangan hotel tidak menang tangan untuk melayannya dan terpaksa menolaknya kerana bilik sudah penuh," katanya.

Beliau berkata, kesemua lebih 100 bilik di hotel berkenaan telah penuh ditempah bermula 17 April hingga 6 Mei depan.

Katanya, hampir setiap hari sehingga hari ini masih ada individu dan kumpulan yang datang bertanyakan kekosongan di resort berkenaan.

Pembantu Pengurus Bahagian Jualan Lanjut Golden Beach & Golf Resort Kuala Rompin Mohd Azrei Fathourahman berkata hampir kesemua 86 unit penginapan yang mempunyai lebih 100 buah bilik penuh bermula tarikh berkenaan.

"Kebanyakan bilik telah ditempah secara berkumpulan dan kami masih mengekalkan harga biasa tanpa kenaikan kecuali pada 1 Mei terdapat sedikit tambahan," katanya. - Bernama

Sumber HD - 16-4-2015


PRK Rompin: Nuridah Mungkin Kekal calon PAS

Posted on Tuesday, April 14 @ 11:34:09 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUANTAN: Sekurang-kurangnya tiga calon disenarai pendek PAS untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan bahawa seorang wanita dalam senarai itu dengan sekurang-kurangnya dua calon lain.

Tuan Ibrahim berkata, senarai tersebut akan dikemukakan kepada kepimpinan pusat untuk diputuskan.

"Kami sudah menyenaraikan beberapa calon yang layak," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, mesyuarat diadakan di Pejabat Agung parti itu untuk membincangkan perkara tersebut tetapi belum dapat disahkan sama ada keputusan telah dicapai.

Sumber berkata, nama calon itu disenarai pendek lebih awal sebagai pimpinan PAS yang berpotensi untuk bertanding pada PRU yang akan datang.

Menurutnya, nama-nama tersebut sudah dihantar kepada Pejabat Agung parti awal tahun ini.

"Kami sudah bersedia untuk mengaktifkan jentera parti untuk PRK ini.

"Cakap-cakap bahawa PAS memilih untuk tidak bertanding adalah spekulasi yang dicetuskan sesetengah pihak untuk menimbulkan kekeliruan," katanya.

Ahli di bahagian itu turut teruja untuk bersaing secara 'gentleman' dan berhemah, kata sumber tersebut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin menggesa PAS untuk tidak bertanding di kerusi tersebut sebagai membalas langkah Barisan Nasional (BN) yang tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Kerusi Parlimen Rompin diisytihar kosong apabila penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis maut dalam nahas helikopter di Kampong Pasir Baru, Semenyih.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 22 April ini. - Mstar


Sumber TKO - 14-4-2015 







Terima kasih di Chempaka, tetap berentap di Rompin

HARAKAHDAILY | .

MESYUARAT PAS Pusat semalam telah membuat keputusan untuk PAS bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Tiada sebab untuk PAS memberi laluan mudah kepada Umno tatkala kerajaan BN yang dipimpin Umno tidak memberikan laluan mudah kepada rakyat dengan memperkenalkan GST dan meneruskan sikap borosnya dalam menguruskan kewangan negara.

PAS tidak bersetuju dengan hujah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang cuba memujuk PAS untuk tidak bertanding di PRK Rompin atas alasan untuk menjimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti.

Jika begitu, apakah Umno akan memberikan kemenangan percuma kepada PKR di Permatang Pauh atas alasan yang sama?

Kalau ingin menjimatkan duit, lebih elok Menteri Besar Pahang menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad dalam mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan kepada isu 1MDB dan pelbagai isu rakyat yang masih tidak dijawab.

Rakyat Rompin memerlukan perhatian. PRK Rompin ini menjadi medan terbaik untuk suara dan keluhan rakyat Rompin diangkat ke media terutamanya kelemahan kerajaan negeri dan pengabaian pembangunan di Rompin khasnya bagi masyarakat orang asal.

Pendek kata, persaingan PAS-Umno di PRK Rompin akan menguntungkan rakyat Rompin.

Masa inilah, jalan-jalan dan lampu-lampu jalan mereka akan dibaiki – bantuan-bantuan kerajaan negeri dan persekutuan akan tiba untuk rakyat Rompin kerana ini adalah kubu kuat Umno.

Masa inilah jugalah satu-satunya peluang rakyat Rompin untuk melihat para pemimpin BN Umno secara dekat.

Memberi laluan percuma kepada PAS di PRK Chempaka bukanlah menandakan Umno sudah mengganggap PAS sebagai sahabat.

Jika betul menganggap PAS ialah sahabat, mengapa tidak kerajaan pusat masih enggan membayar royalti minyak kepada Kelantan?

Mengapa rakyat Kelantan terus diseksa tanpa lebuh raya selama ini?

Namun begitu, terima kasihlah kerana memberikan laluan di PRK Chempaka, tapi kami tetap akan bertanding di Rompin untuk rakyat Rompin.

Kita bertanding bukan untuk bermusuh tetapi menghidupkan sistem demokrasi. Umno tetap saingan PAS di dalam politik.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS
14 April 2015

Sumber HD - 14-4-2015

PRK Rompin : Pas Mahu "Panaskan" Isu Semasa

Posted on Tuesday, April 14 @ 03:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: PAS lebih berminat menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin sebagai platform untuk parti itu 'memanaskan' lagi isu semasa yang timbul dalam negara kebelakangan ini.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan adanya isu semasa serta kekalahan parti itu pada pilihan raya lalu, PAS berharap PRK Rompin menjadi medan untuk rakyat menyatakan sikap terhadap kepimpinan kerajaan masa kini.

“Pada pilihan raya dulu kita kalah lebih 15,000 majoriti di Rompin.

“Tapi sebab sekarang isunya banyak, kita letakkan sasaran bahawa pengundi akan jadikan PRK Rompin untuk menyatakan sikap terhadap apa yang kerajaan buat kepada rakyat sekarang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat di Pejabat Agung PAS di sini, Isnin.

Beliau yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PRK Rompin berkata, menerusi pilihan raya itu, rakyat akan mendapat beberapa manfaat serta mendapat penjelasan tentang isu-isu yang berlaku.

“Kita hadapi pilihan raya kadang-kadang bukan soal untuk menang  tapi untuk rakyat mendapatkan penjelasan tentang apa yang berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai peluang PAS di Rompin, beliau mengakui ia agak sukar, namun percaya ia bukan sesuatu yang mustahil.

“Tak ada yang mustahil, kita akan maksimakan keupayaan, kita mahu rakyat dapat manfaat dengan adanya pilihan raya contohnya jalan diturap," katanya.

Mengenai calon, beliau berkata, keputusan akan dibuat selepas cawangan menghantar senarai nama bakal calon di kalangan anak tempatan dan pengisytiharan akan dibuat pada 20 April ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Rompin, Pahang diadakan 5 Mei, manakala penamaan calon pada 22 April ini. Hari pengundian awal pada 30 April ini.

Kerusi Parlimen Rompin diisytihar kosong apabila penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis maut dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih.

Pada PRU ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
mStar 

Sumber TKO - 14-4-2015







PRK Rompin: PAS bertanding rakyat dapat manfaat

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS akan menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parimen Rompin sebagai peluang terbaik untuk rakyat secara terbuka bagi mendapatkan manfaat yang akan datang mencurah-curah ketika kempen nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banyak manfaat yang akan diperolehi rakyat daripada PRK Rompin seperti projek-projek segera yang akan dijalankan oleh kerajaan selepas ini termasuklah menurap jalan.

"Misalnya di Pulau Tioman dikenali sebagai Pusat Pelancongan Bebas Cukai langsung tidak ada bagi manfaat kepada rakyat berbanding dengan Langkawi.

"Jadi pilihan raya ini bagi kita, hendak tolong rakyat dan guna peluang demokrasi untuk rakyat mendapatkan manfaat sebaiknya," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Malah katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, daripada PRK itu rakyat perlu mendapat penjelasan isu-isu semasa yang berlaku dan waktu inilah peluang terbaik untuk rakyat mendengar secara terbuka.

"Bagi kita ruang yang ada seperti ini kita akan gunakan, rakyat perlu tahu isu dengan jelas kadang-kadang mereka dengar daripada sebelah pihak," katanya.

Beliau yang juga Pengarah PRK Rompin melihat beberapa isu yang akan dibangkitkan seperti isu alam sekitar, isu Felda, kemudahan asas di kampung-kampung tradisi dan masyarakat orang asal termasuk isu jalan raya antara Segamat dengan Kuantan merupakan jalan yang mencatat kemalangan tertinggi.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan calon PAS yang akan bertanding di Rompin pada 7 Mei nanti adalah dari kalangan penduduk tempatan.

Katanya, beberapa senarai calon yang belum rasmi sudah dikenal pasti dan akan dipertimbangkan dalam masa terdekat.

"Tapi, kita masih tunggu calon yang akan dikemukakan oleh kawasan. Kita kena raikan dulu kawasan-kawasan, ada kawasan masih belum hantar nama pilihan mereka secara rasmi kepada saya tetapi secara lisan ada dua tiga nama, kita akan senarai pendek nanti," katanya.

PAS Pahang turut memaklumkan pihaknya telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana bahkan sudah menggerakkan kerja-kerja asas di semua cawangan yang ada.

PAS akan mengumumkan calonnya pada 20 April ini di Muadzam manakala penamaan calon akan berlangsung pada 22 April. - HARAKAHDAILY 13/4/2015

Sumber HD - 13-4-2015

PRK Rompin: PAS umum calon 20 April

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS Pusat memutuskan akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan dalam masa yang sama PAS turut bersetuju membantu calon PKR di Permatang Pauh.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan hari ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, keputusan untuk bertanding di PO91 kerana calon bagi kerusi Rompin adalah daripada PAS.

Mesyuarat itu juga telah melantik Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pengarah PRK Rompin.

"Untuk di Permatang Pauh kita akan membantu calon PKR yang akan diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurut Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, PAS akan menyokong sesiapa sahaja calon PKR yang akan bertanding di Permatang Pauh pada Mei ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim memaklumkan bahawa pengisyitiharan calon PAS PRK Rompin diadakan pada 20 April ini.

PRK Rompin akan diadakan pada 5 Mei ini manakala Permatang Pauh akan berlangsung pada 7 Mei. Kedua-dua PRK ini akan berlangsung pada hari bekerja.

PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, 4 April lalu.

Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mendapat 30,040 undi sementara calon PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 13/4/2015

Sumber HD - 13-4-2015







PRK Rompin: PAS Pahang akan letak calon

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Pahang akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.

"Insya Allah, PAS akan letak calon pada Pilihan Raya Kecil Rompin," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Harakahdaily.

Dari segi jentera, jelasnya PAS Pahang telah menubuhkan jentera di peringkat kawasan dan negeri di samping akan dibantu oleh negeri-negeri lain.

Menurutnya, PAS negeri telah meninjau calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Tuan Ibrahim berkata, perkara yang berkait dengan PRK Rompin akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 13 April ini.

"Perkara dasar berhubung PRK Parlimen Rompin akan dibincangkan pada mesyuarat AJK PAS Pusat, Isnin ini," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Berhubung tarikh pengundian, beliau menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 'tidak berjumpa' hari Sabtu dan Ahad dalam menentukan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Katanya, hari pengundian PRK Rompin pada hari bekerja bukan sahaja menyusahkan para pengundi tetapi juga pihak pentadbiran termasuk sekolah yang dijadikan pusat mengundi.

Tambahnya, walaupun para pengundi di kawasan Parlimen Rompin tidak ramai bekerja di luar, namun tidak sewajarnya SPR menetapkan hari penamaan calon, mengundi awal dan pengundian pada hari bekerja kerana mengganggu banyak pihak.

SPR hari ini mengumumkan bahawa PRK Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei (Selasa), penamaan calon 22 April (Rabu) dan pengundian awal 30 April (Khamis).

PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, pada 4 April lalu.

Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mendapat 30,040 undi untuk mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu sementara calon PAS, Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 10/4/2015

Sumber HD - 10-4-2015

PRK Rompin: Mengundi 5 Mei, penamaan calon 22 April

HARAKAHDAILY | .

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei sementara penamaan calon pada 22 April ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, pengundian awal pula berlangsung pada 30 April.

PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, pada 4 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mendapat 30,040 undi untuk mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu sementara calon PAS, Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 10/4/2015

Sumber HD - 10-4-2015







PRK Permatang Pauh, Rompin medan tolak GST

MUHAMMAD YUSRI AMIN | .


KOTA BHARU: Kerajaan sepatutnya memberi tumpuan mengurangkan ketirisan dalam kewangan negara dan bukannya membebankan rakyat dengan cukai baru yang membebankan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata teguran yang dibuat Ketua Audit Negara sepatutnya diberi perhatian serius dan kerana ia berulang setiap tahun.

Katanya jika benar-benar wujud ketelusan dalam pentadbiran negara mungkin cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak perlu dilaksanakan sekarang.

“Sekarang rakyat dikenakan GST, sedangkan dalam masa yang sama teguran Ketua Audit Negara mengenai ketirisan perbelanjaan negara berterusan berlaku setiap tahun.

“Kalau difikirkan dengan lojik tadbir urus negara secara telus dan adil buat apa GST lagi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Penutup Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Nilam Puri hari ini.

Abdul Fattah berkata keutamaan kerajaan sekarang mengurangkan ketirisan dan bukan menekan rakyat dengan rejim cukai baru yang cukup membebankan.

Oleh itu menurutnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh dan Rompin boleh dijadikan medan kebangkitan rakyat untuk menolak kerajaan BN. - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Sumber HD - 9-4-2015







Cabaran di Rompin, Permatang Pauh

ABD SHUKUR HARUN | .
Dua pilihan raya kecil (PRK) parlimen, iaitu kerusi Parlimen Permatan Pauh dan Rompin, yang mungkin diadakan serentak, akan menyaksikan pertarungan sengit yang menarik.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh secara tradisinya adalah kawasan PKR/Pakatan Rakyat, sementara kerusi Rompin Pahang secara tradisinya pula adalah kawasan Umno/BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei selepas kerusi itu diisytihar kosong ekoran DS Anwar dihukum penjara selama lima tahun.

Penamaan calon pula berlangsung pada 25 April sementara pengundian awal 3 Mei.

SPR tidak menolak kemungkinan PRK Permatang Pauh dan Rompin diadakan serentak.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, semuanya bergantung kepada  keputusan yang akan diumumkan  dalam mesyuarat khas SPR yang akan diadakan pada Jumaat ini.

PKR akan melancarkan Jentera PRK P44 Permatang Pauhnya pada 14 April ini sebagai simbolik mengenang tarikh Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999.

Setiausaha Agung, Rafizi Ramli menyatakan, jentera partinya sudah bersedia berdepan PRK tersebut dan calon yang bertanding akan diputuskan melalui amalan biasa dilakukan oleh parti itu. Beberapa nama telah disebut, antaranya Nurul Nuha, anak DS Anwar Ibrahim dan juga nama DS Dr. Wan Azizah Wan Ismail, namun semuanya belum lagi ditentukan.

Menurut Rafizi, Jawatankuasa Pilihan Raya PKR bersedia lebih awal sementara Biro Politik berbincang kelmarin dengan keputusan melancarkan jentera kempennya pada malam 14 April di Permatang Pauh itu.

Rafizi berkata, PAS dan DAP telah memberikan komitmen penuh untuk membantu kempen.

PAS telah memberikan komitmen paling tegas dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda PAS Suhaizat Kaiat.

Komitmen PAS ini menghantar isyarat jelas bahawa Pakatan Rakyat akan terus kukuh, sebagai jawapan tegas kepada pihak yang cuba menimbulkan keraguan akan kerjasama PAS di Permatang Pauh, konon disebabkan krisis dalam Pakatan Rakyat.

Perpaduan Pakatan menghadapi PRK Permatang Pauh ini tentu sekali akan mengecewakan parti lawan – Umno/BN, kerana perpecahan yang diharapkannya itu tidak berlaku.

Dengan itu PRK Permatang Pauh ini dijangka akan menyaksikan sekali lagi pertarungan sengit antara calon Pakatan Rakyat dengan Umno/BN.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan menyatakan calon partinya bagi kerusi tersebut.

Menurutnya, partinya telah mengadakan mesyuarat mengenai calon PKR di Permatang Pauh  itu, tetapi akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Pada 14 April ini PKR akan mula membuka bilik gerakan pilihanrayanya di Permatang Pauh. Ini dilihat sebagai kesungguhan jentera pilihan rayanya untuk mempertahankan kerusi tradisinya sejak beberapa penggal.

Sementara itu, Pemuda PAS pimpinan Suhaizat Kaiat dijangka akan menggunakan  tenaga Pemudanya untuk menolong kempen mempastikan kerusi Permatang Pauh kekal menjadi milik PKR/Pakatan Rakyat.

Parlimen Permatang Pauh adalah sebuah kawasan parlimen yang terletak di dalam negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP/Pakatan Rakyat.

Dalam Pilihanraya Umum yang lalu, DS Anwar Ibrahim sekali lagi bertanding di kawasan itu bagi mempertahankan kedudukan PKR di situ.

Beliau mendapat 37.090 undi, calon Barisan mendapat 25,369 undi dan calon bebas 201.

Ramai yakin bahawa walaupun DS Anwar Ibrahim merengkuk di dalam penjara, namun legasi dan semangatnya tetap menyerlah dan mempunyai pengaruh di kalangan pengundi di Permatang Pauh, Belum lagi diambil kira simpati pengundi di sana terhadapnya yang diyakini semakin kuat.

Malah pemerhati menjangkakan simpati pengundi terhadap DS Anwar akan bertambah dan memberi kesan besar kepada trend pengundian kali ini.

Sementara itu, PAS Pahang telah mula membuat persiapan awal dengan menubuhkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin itu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa PAS sudahpun bermesyuarat untuk membuat persiapan menghadapi PRK tersebut.

PRK Parlimen Rompin itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada Sabtu lepas.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS Pahang juga telah membuat tinjauan awal terhadap calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Pada PRU13, Jamaluddin telah menang bagi kawasan Parlimen Rompin bagi penggal keenam setelah mengalahkan calon PAS, bekas Ketua Dewan Msulimat, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Seperti di Permatang Pauh, maka PRK Rompin akan juga menyaksikan paduan erat jentera pilihan raya tiga parti komponan Pakatan Rakyat untuk menghadapi Umno/BN.

Walaupun kawasan parlimen Rompin ini adalah kubu tradisi Umno/BN tetapi dalam PRK kali ini tidak mustahil kubu tersebut akan ditembusi oleh calon PAS/Pakatan Rakyat.

Ini memandangkan begitu banyak isu besar yang dilihat tidak memihak kepada Umno/BN, seperti isu GST yang sudah dirasakan kesannya oleh rakyat pada keseluruhannya. Demikian juga isu harga barang naik yang membebanan kehidupan rakyat biasa, terutama golongan berpendapatan rendah. Juga isu pembaziran, rasuah dan pelbagai lagi yang masih membarah.

Saya kira, jika jentera Pakatan Rakyat bergerak bersepadu dengan lancar, strategi yang tepat, calon yang terbaik, mengenengahkan isu yang menyentuh kehidupan rakyat dengan sebaik-baiknya, tidak mustahil, kedua-dua kawasan parlimen Permatang Pauh dan Rompin ini akan menjadi milik calon dari Pakatan Rakyat.

Umno/BN sudah tentu akan bertungkus lumus untuk memenangi kedua-dua kawasan parlimen ini. Oleh sebab itu pertarungan di dua kawasan ini amat sengit dan mencabar.

Bagaimanapun makna dan isyarat jelas dari dua PRK ini ialah paduan erat jentera komponan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Permatang Pauh dan menawan Rompin. Semuanya tidak mustahil.

Sudah pastilah dua PRK ini menjadi cabaran besar kepada dua belah pihak. - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Sumber HD - 9-4-2015

PRK Rompin mungkin serentak Permatang Pauh

BERNAMA | .

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin di Pahang akan diadakan serentak dengan PRK Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kemungkinan untuk menjalankan PRK di kedua-dua kawasan secara serentak adalah kerana tarikh kekosongan bagi kerusi terbabit terlalu dekat.

Perkara itu bagaimanapun akan dimuktamadkan pada mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh dan persiapan PRK Parlimen Rompin pada Jumaat ini, katanya.

"Permatang Pauh (tarikh kekosongan) 1 April, manakala Rompin mungkin kita akan isytihar kosong pada 5 April ... apapun tunggulah sehingga Jumaat ini," katanya dalam sidang media berkaitan PRK Parlimen Permatang Pauh di sini, Rabu.

Suruhanjaya itu hari ini menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April, manakala pengundian awal ditetapkan pada 3 Mei.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan PRK Rompin Jumaat ini (10 April) bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan proses pilihan raya kecil itu termasuk penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa dan menentukan daftar pemilih.

PRK Parlimen Rompin perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu.

Selain Jamaluddin, tragedi itu turut mengorbankan lima yang lain iaitu Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang helikopter Clifford William Fournier Jr, , ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan kenalan kepada juruterbang, Aidana Baizieva.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Sementara itu PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Bernama

Sumber HD - 8-4-2015