BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, November 23, 2015

LAJNAH EKONOMI DAN PENGURUSAN HARTA PAS PUSAT

LAJNAH EKONOMI   DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PAS PUSAT (SESI 2017 - 2019)/

LAJNAH EKONOMI DAN PENGURUSAN HARTA PAS

SESI 2015 - 2017


PENGERUSI - YB DATO' DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

TIMBALAN PENGERUSI - MAZLI NOOR

Sumber PP - 23-6-2015


Madinah Memacu Sejarah Kegemilangan


Oleh : Adli Mohamad.
DUNGUN – Madinah yang dahulunya dikenali sebagai Yathrib pernan memacu zaman kegemilangan Islam.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata madinah itu adalah dari perkataan madani iaitu memberi makna tamadun atau juga Addin.
“Tamadun (membawa) maksud mengumpulkan manusia bermasyarakat,
“Dalam masa tak sampai 100 tahun, Negara Islam( Madinah) telah memerintah tiga benua termasuk India dan China,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian pembinaan Pasaraya Wakaf Pas Pusat pada Selasa 11 September, di Parlimen Dungun.
Menurutnya Madinah pernah muncul sebagai sebuah negara yang hebat dalam sektor perdagangan.
“Madinah menjadi bandar yang dikujungi kerana keamanannya telah menarik pedagang pedagang luar,
“orang Islam (pada masa itu) juga telah menguasai laut Mediterranean (sehingga) ke Lautan Hindi,” Jelasnya.
Menurutnya kejayaan umat Islam sewaktu dahulu telah memaksa musuh Islam melakukan perang salib, perang perdagangan dan juga perang ekonomi.
“Di sebalik (agenda) perdagangan, (adanya) usaha untuk meluaskan (fahaman) Kristian,” Ucapnya.
Menurutnya Islam pada masa lalu telah mendahului orang barat dalam kegiatan ekonomi.
Kemunduran umat Islam pada hari ini kerana lupa pada sejarah serta peranan sebagai Umat Islam.
Sumber BO - 13-9-2018

Pasaran terjejas teruk jika kerajaan tidak hati-hati

LAPORAN terbaharu daripada Moody’s Investors Service berkenaan kesan polisi-polisi baru kerajaan terhadap profil penarafan ekonomi Malaysia, menyatakan bahawa peralihan kuasa yang sedang berlaku kini telah menyebabkan ketidaktentuan polisi. 
Pandangan daripada hasil analisa Moody’s tersebut amat analitikal dan kritikal dan mampu menyebabkan penarafan negatif terhadap pasaran dan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya. Penarafan negatif akan menyebabkan beberapa kesan negatif dalam tempoh jangka masa pendek dan panjang. 
Penarafan negatif akan menjejaskan keyakinan pelabur asing kepada pasaran modal Malaysia dengan substantif. Ini telah terbukti dengan penarikan keluar modal oleh pelabur asing daripada pasaran Bursa Malaysia secara konsisten sejak mula terbentuknya kerajaan baru Malaysia. Data terkini daripada MIDF Amanah Investment Bank Berhad menunjukkan jumlah terkini yang telah ditarik keluar oleh pelabur asing adalah RM3.02 billion. 
Komposisi pelabur asing, walaupun bukan yang terbesar dalam jumlah pelaburan pasaran Malaysia, namun ianya adalah amat signifikan. Mengikut laporan Bursa Malaysia 2017, jumlah dana yang disumbangkan oleh pelaburan asing mewakili 22% daripada saiz dana di Bursa Malaysia. Ini adalah angka yang amat besar dan menyediakan sumber kecairan yang penting dalam pembiayaan kepada aktiviti ekonomi Malaysia. 
Dengan penarikan keluar tersebut maka jumlah kecairan dalam pasaran Malaysia akan susut dengan teruk yang seterusnya akan membantutkan perkembangan dan pembangunan sektor korporat Malaysia. Lebih daripada itu aliran keluar modal juga akan menjejaskan pasaran saham tempatan dalam sentimen yang amat negatif. 
Dalam tempoh jangka panjang, penarafan negatif juga akan menyebabkan profil risiko Malaysia juga akan merosot dengan teruk. Ini secara langsung akan mempengaruhi kadar faedah yang akan digunakan oleh pasaran Malaysia. Kadar faedah akan meningkat selaras dengan dengan kemerosotan profil risiko Malaysia. Kesan daripada itu kos untuk pembiayaan aktiviti ekonomi di Malaysia akan bertambah mahal yang akan merencat perkembangan korporat, penawaran pekerjaan dan seterusnya permintaan domestik. 
Justeru, Kerajaan disarankan lebih berhati-hati dalam menguruskan perubahan polisi-polisi kini dan mengambil kira sensitiviti pasaran bagi menjaga kepentingan pasaran dan rakyat. Dalam apa saja tindakan, kepentingan rakyat haruslah menjadi keutamaan dan bukan hanya untuk mendapat publisiti sementara. 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
03 Syawal 1439H / 17 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 17/6/2018

Sumber HD - 17-6-22018 



Perang dagang Amerika tidak akan jejas Malaysia

PAS sedang memerhati dan meneliti perkembangan terkini pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, Kanada, Mexico serta Kesatuan Eropah. Ini lanjutan tindakan terbaharu AS yang mengenakan tarif import sebanyak 25% ke atas barangan besi dan 10% ke atas barangan aluminium yang diimpot daripada negara-negara tersebut. Laporan terbaharu menyatakan bahawa negara-negara terbabit sedang merangka tindak balas bagi melindungi eksport mereka. 
Walaupun Malaysia tidak terlibat di dalam pertikaian ini, namun sebagai sebuah negara perdagangan yang bergantung kepada ekspot, akan ada kesan jangka panjang kepada ekonomi Malaysia sekiranya pertikaian ini berpanjangan. 
AS bukanlah rakan dagangan utama Malaysia. Mengikut statistik daripada MATRADE, rakan dagangan terbesar Malaysia adalah Singapura pada 13.5% diikuti oleh China yang menyumbang 12.3% dan AS sebanyak 9.3%. Manakala lima ekspot utama terbesar Malaysia pula adalah barangan elektrik dan elektronik pada 36.6%, kimia dan barangan kimia (9.5%), barangan petroleum (6.9%), minyak sawit (5.3%) dan perkakas mesin dan peralatan (4.8%). 
Melihat kepada konfigurasi perdagangan Malaysia ini, maka PAS menjangkakan pertikaian antara AS dan blok tersebut tidak akan mendatangkan kesan dalam tempoh terdekat kerana ianya hanya melibatkan besi dan aluminium. Namun apa yang dibimbangi adalah sekirannya pertikaian ini berpanjangan sudah tentu AS juga akan bertindak kepada sekutu dagangan blok tersebut bagi tujuan memberi tekanan dan ini juga berkemungkinan boleh melibatkan Malaysia juga. 
Buat masa ini, PAS berpandangan Kerajaan perlu untuk merapatkan lagi hubungan dengan blok tersebut, terutamanya China, kerana dalam situasi yang sedang berlaku sekarang, sudah tentu mereka memerlukan rakan dagangan baharu yang boleh menyumbang pasaran yang lebih terjamin. 
Di samping itu, PAS juga menyarankan kepada Kerajaan supaya memperkukuhkan lagi blok ekonomi serantau sepertimana AEC dan RCEP. Asean dengan saiz penduduk melebihi 600 juta sudah cukup untuk menyediakan pasaran kepada Malaysia dalam memastikan pertumbuhan dagangan dan ekonomi Malaysia secara progresif. Orientasi AEC dan RCEP yang lebih bersifat Asia juga akan mampu mewujudkan suasana kerjasama ekonomi yang lebih harmoni dan hormat menghormati sesama negara ahli. 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
19 Ramadhan 1439H / 4 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 4/6/2018
Sumber HD -  4-6-2018 




Pelaburan dengan ketekunan wajar, bukan 'bail out'

LAJNAH Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat ingin memberikan komen terhadap kenyataan oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad kelmarin bahawa sebarang penurunan dalam pasaran akan sebaliknya menyediakan peluang pembelian kepada pelabur-pelabur, terutama kepada pengurus dana seperti PNB. 
Selaku syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) utama negara yang menguruskan dana berjumlah RM279 billion yang dipegang oleh rakyat Malaysia sudah semestinya PNB akan terus menilai dan melihat semua potensi dan prospek pelaburan sama ada yang ada di pasaran tempatan atau pun di luar negara. Namun dalam merebut peluang dan ruang pelaburan yang mungkin wujud kami berharap ianya dibuat atas penilaian strategik dan setelah melakukan ketekunan wajar yang sepatutnya, berasaskan potensi dan fundamental yang kukuh. Seharusnya kriteria ini perlu menjadi satu-satunya asas menilai dan memilih pelaburan, bagi memastikan daya saing dan keuntungan kepada rakyat yang melabur. 
Apa yang kami bimbangi adalah dalam usaha untuk merebut peluang-peluang yang wujud dalam suasana pasaran yang merudum sekarang, ianya dilakukan atas asas untuk melakukan “bail out” kepada syarikat-syarikat tertentu melalui pembelian saham secara besar-besaran syarikat tersebut, iaitu syarikat-syarikat yang terjejas dengan sentimen yang berlaku sekarang. Ini seharusnya tidak berlaku sama sekali. 
Kami menyedari bahawa suasana pasaran saham terutama FBM KLCI masih dalam rejim mengalami kejatuhan berterusan dengan data terbaharu ianya ditutup pada 1,719.28 pada 30 Mei 2018, iaitu jatuh 56.56 mata. Antara sebab utama ketidakstabilan ini adalah penjualan berterusan pegangan oleh pelabur-pelabur asing disebabkan oleh ketidakkeyakinan kepada pasaran Malaysia yang merosot pasca Pilihan raya Umum ke-14. Setakat laporan pada 28 Mei 2018, jumlah terkini penjualan pegangan oleh pelabur asing adalah RM852.2 million. 
Keyakinan pelabur-pelabur yang terjejas teruk ini terjetus daripada rangkaian beberapa pengumuman dan tindakan kerajaan pasca PRU14 yang bermula daripada pelaksanaan GST pada kadar 0% dan yang terbaharu pembatalan projek MRT3 dan HSR yang nilai projek berjumlah RM105 billion. Implikasi daripada ini bukan sahaja menjejaskan keyakinan pelabur asing malah menyebabkan beberapa kaunter khusus terutama syarikat-syarikat yang terlibat dengan projek MRT3 dan HSR telah mengalami kejatuhan. 
Melihat kepada semua senario ini, kami menaruh kepercayaan penuh kepada pasukan pengurusan PNB bahawa sebarang keputusan pelaburan dan pembelian yang akan diambil adalah berdasarkan penilaian strategik dan setelah melakukan ketekunan wajar yang sepatutnya dan tidak ada unsur-unsur bail out, bagi memastikan dana pelaburan utama rakyat Malaysia ini, terutama kepada bumiputera, terjamin. 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
15 Ramadhan 1439 / 31 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 31/5/2018
Sumber HD - 31-5-2018 




PAS komited terus perkasa pasaran modal Malaysia

LANJUTAN daripada komitmen PAS untuk memastikan bahawa ekonomi Malaysia akan kekal kompetitif sekiranya PAS diberikan kepercayaan mengepalai kerajaan selepas Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat berpandangan pasaran modal Malaysia adalah elemen yang amat penting untuk merealisasikan komitmen tersebut. 
Pandangan kami ini adalah berdasarkan laporan terkini Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tahun 2017, yang mana ianya menunjukkan peningkatan dan kekal sebagai salah satu sumber pembiayaan utama untuk ekonomi domestik. Antaranya ialah pembiayaan melalui pasaran modal Malaysia meningkat sebanyak 49% dalam tahun 2017 kepada RM146.6 bilion daripada RM98.5 bilion setahun lalu. Ini merangkumi RM132.11 bilion daripada pasaran utama dan RM14.5 billion pasaran sekunder iaitu pengeluaran hak dan “private placement”. Ianya juga menyaksikan pasaran utama sebanyak RM124.9 billion adalah langganan bon dan sukuk manakala RM7.2 bilion adalah penerbitan tawaran awam permulaan (IPO). 
Angka-angka yang dinyatakan tersebut telah menyumbang kepada saiz pasaran modal Malaysia iaitu pada angka RM3.2 trilion setakat akhir 2017. 
Kami amat yakin sekiranya PAS diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk membentuk kerajaan selepas PRU14 nanti, prestasi pasaran modal Malaysia akan terus kekal kompetitif dan diperkasakan ke arah membentuk eko-sistem ekonomi yang lebih dinamik. Melalui wawasan untuk meletakkan ekonomi Malaysia dalam struktur yang lebih mapan berasaskan input buruh, pasaran modal Malaysia juga akan menjadi lebih berdaya tahan dengan adanya fundamental yang lebih kukuh. 
Melalui pemerkasaan penglibatan rakyat dalam aktiviti ekonomi selaku penggerak utama, rakyat akan lebih mampu untuk terlibat dengan lebih aktif sebagai pelabur di dalam pasaran modal Malaysia. Mengikut Bursa Malaysia, pada masa kini pelabur runcit hanyalah pada sekitar 23% daripada pasaran modal Malaysia. Kami yakin melalui strategi yang betul penstrukturan semula ekonomi dan dasar percukaian, penglibatan pelabur runcit boleh ditingkatkan kepada 30% dalam tempoh tiga hingga lima tahun 
. Pada tahap 30% ini maka asas kepada pasaran modal Malaysia akan lebih kukuh kerana sumber kecairan akan datang daripada kepelbagaian portfolio pelabur yang lebih seimbang. 
Sudah tentu ini memerlukan kerja keras daripada sebuah kerajaan PAS yang telus, tabir urus cekap dan berintegriti tinggi sebagaimana yang telah PAS buktikan daripada pengalaman pentadbiran selama ini yang bebas daripada amalan rasuah. Elemen ini amat instrumental kerana ianya mempengaruhi penarafan yang akan diberikan oleh agensi-agensi terhadap pasaran Malaysia. Penarafan yang baik pula akan mempengaruhi secara positif profil risiko Malaysia yang akhirnya akan menjadikan pembiayaan daripada pasaran modal Malaysia lebih kompetitif. 
Di samping pemerkasaan pelabur runcit, kami juga berpandangan bahawa peranan pelabur asing tidak boleh dikesampingkan kerana ianya juga portfolio penting dalam pelaburan pasaran modal. Dari laporan SC saiz dagangan pelaburan asing dalam 2017 masih kekal dalam imbangan positif pada RM17.6 bilion. Namun bagi pelabur asing, apa yang penting adalah keyakinan kepada pasaran Malaysia dan penarafan pasaran. 
Kita harus belajar daripada pengalaman lalu sepertimana yang berlaku dalam bulan Oktober 2017 yang mana mengikut MIDF Amanah Investment Bank Berhad, pelabur asing telah menjual sebanyak RM967.3 juta dana dalam minggu pertama Oktober 2017. Ini merupakan penjualan dana oleh pelabur asing yang berlaku secara berterusan selama lapan hari dalam minggu tersebut, tempoh yang paling panjang semenjak bulan Disember 2016. Fenomena spike sebegini harus dielakkan bagi menstabilkan pasaran.
Sebagai negara perdagangan (trading nation), sekiranya tiada keyakinan oleh pelabur dan penarafan yang tidak kompetitif, kos untuk pembiayaan di dalam pasaran Malaysia akan menjadi lebih tinggi yang akhirnya akan menjejaskan pulangan kepada pelaburan. Jadi secara asasnya, ianya adalah isu kepercayaan dan keyakinan. 
Oleh itu kami yakin bahawa PAS akan mampu mengurus semua sentimen pasaran ini dengan lebih baik dan penuh berintegriti. Sudah tentu keutamaan adalah untuk menyelesaikan isu 1MDB yang masih tertangguh sehingga kini. Penyelesaian segera kepada isu-isu kontroversi ini akan mampu memulihkan keyakinan pasaran dan mengelakkan pengaliran keluar modal asing secara besar-besaran di samping mengukuhkan nilai Ringgit. 
Komitmen ini adalah bukti PAS komited untuk memastikan pasaran modal Malaysia akan terus utuh, Semua ini akan dapat PAS rangkumkan melalui pentadbiran berasaskan prinsip Islam, sebagaimana yang ditawarkan melalui Manifesto Malaysia Sejahtera. 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.
21 Rejab 1439 / 8 April 2018 –HARAKAHDAILY 8/4/2018

Sumber HD - 8-4-2018 






Ekonomi Malaysia Akan Lebih Kompetitif Bersama PAS



Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat menyambut baik komen positif oleh agensi penarafan Moody’s Investor Services, bahawa potensi peralihan kerajaan selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang akan memberikan risiko yang kecil kepada penarafan A3-Stable Malaysia sekarang. Moody menambah bahawa jangkaan ini adalah selagi mana tiada perubahan substantif kepada polisi-polisi jangka panjang kerajaan.

Bagi kami komen daripada Moody tersebut mengambarkan sikap profesional agensi antarabangsa itu dalam memberikan penarafan kredit kepada sesebuah negara yang berdaulat seperti Malaysia. Ianya juga bermaksud penerimaan Moody bahawa walau apa pun keputusan dan pilihan rakyat selepas PRU14 ini, ianya adalah proses biasa dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Dan sebagai sebuah parti yang mengamalkan pendekatan “muwajahah silmiyyah” dan terlibat secara langsung dalam proses demokrasi pilihanraya, kami yakin sekiranya PAS dipilih oleh rakyat sebagai kerajaan nanti, pasaran dan komuniti perniagaan akan tetap menerima PAS sebagai kerajaan yang berdaulat dipilih secara sah.

Oleh kerana itulah maka semua tawaran PAS yang telah kami hebahkan kepada umum sepertimana Dokumen Hijau (DH), Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS) dan terkini tawaran Manifesto Malaysia Sejahtera adalah kearah membina negara Malaysia yang sejahtera, malah yang lebih penting akan memperbaiki dan memulihkan daya saing Malaysia. Dan yang akhirnya akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif bagi memastikan penarafan Malaysia akan terus kukuh.

Untuk maksud itu maka PAS dalam banyak sesi penerangan dan beberapa kali pernah disebut oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, bahawa ekonomi Malaysia sebenarnya menghadapai masalah struktur yang salah yang menyebabkan ianya tidak mapan dan tidak kompetitif. Struktur ekonomi Malaysia sekarang yang terlalu bergantung kepada input modal perlu dibetulkan dan beralih kepada struktur ekonomi berinput buruh yang lebih mapan. Dengan kata lain kuasa untuk menggerakkan ekonomi harus diserahkan kepada rakyat dan meminimakan penglibatan kerajaan.

Jesteru itu tawaran PAS adalah penyelesaian melalui DH yang mengandungi dasar-dasar dan prinsip-prinsip penting berkaitan pengurusan ekonomi Islam bagi menjamin keadilan, pembangunan, kesaksamaan serta pengukuhan ekonomi negara dan rakyat berasaskan Islam. Secara teknikal DH menawarkan alternatif yang bukan sahaja mampu untuk menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang amat regresif dan opresif, malah ianya mesra pelabur dan pengguna. Melalui alternatif tiga perkara iaitu Cukai Simpanan Korporat, Cukai Pegangan Saham dan Cukai Keuntungan Saham, bukan sahaja menyediakan struktur cukai yang lebih adil berasaskan prinsip Islam, malah mampu untuk meningkatkan permintaan melalui permerkasaan kuasa beli rakyat.

Berdasarkan anggaran kami, melalui pendekatan Cukai Simpanan Korporat kerajaan akan mampu memperolehi pendapatan cukai sebanyak anggaran RM12.5 billion setahun. Manakala untuk Cukai Pegangan Saham nilai potensi yang mampu diperolehi kerajaan adalah sebanyak anggaran RM47.5 billion setahun berdasar harga saham semasa. Semua ini membayangkan bahawa potensi hasil menggunakan kaedah cukai alternatif ini lebih tinggi daripada pendapatan GST itu sendiri. Ini tidak termasuk potensi pendapatan daripada Cukai Keuntungan Saham yang juga agak substantif nilai urusniaganya.

Melalui struktur cukai baru bagi menggantikan GST ini, konsep dicukai orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin akan terserlah dan diperkukuhkan lagi, yang mana ianya mengambil model Zakat sebagaimana yang di kehendaki oleh Islam. Walaupun begitu dalam melaksanakan struktur cukai baharu ini, PAS akan memastikan bahawa ilkim pelaburan Malaysia, terutama melalui dagangan di Bursa Malaysia, akan terus kekal kompetitif dan mesra pasaran supaya daya saing ekonomi Malaysia boleh diperkasakan. Jesteru perbincangan lanjut diperingkat kerja akan diadakan bersama Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan pihak berkepentingan pemain pasaran yang lain bagi memastikan pelaksanaan struktur cukai baharu ini berjaya.

Pelaksanaan konsep ekonomi Islam melalui tawaran DH ini diperkukuhkan lagi melakukan Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS) yang merupakan “road map” untuk Malaysia kearah Negara Sejahtera. WINS 2051 merupakan satu model baru yang dicetuskan oleh PAS sebagai panduan asas untuk mentadbir sebuah negara berdasarkan prinsip-prinsip Islam dalam realiti moden. Mengandungi sepuluh konsep asas yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa, WINS akan menyediakan Malaysia dengan asas yang kukuh ke arah Malaysia Sejahtera. Antara elemen penting WINS 2051 adalah penstrukturan sistem percukaian berdasarkan sistem ekonomi Islam. Inisiatif ini adalah strategi bagi memastikan tercapai elemen ke tiga WINS iaitu “kekayaan dan hasil tempatan adalah untuk semua lapisan rakyat”. Strategi ini amat penting bagi memastikan kuasa beli rakyat akan meningkat yang seterusnya menyokong permintaan. Sudah tentu hasil akhir adalah untuk tujuan memastikan Malaysia kekal kompetitif.
Bagi memterjemahkan tawaran-tawaran PAS ini melalui polisi-polisi pengurusan ekonomi seperti yang disebut di atas, tawaran yang lebih mikro telah dituntaskan melalui Manifesto Malaysia Sejahtera (MMS) yang baharu dilancarkan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS. Tawaran MMS yang komprehensif tersebut mendokong beberapa objektif penting untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif iaitu, yang paling utama, untuk membetulkan struktur ekonomi Malaysia. Oleh itu, daripada sembilan teras utama MMS, tiga daripadanya adalah diukir khusus bagi memperkasa rakyat sebagai penggerak utama ekonomi Malaysia. Tiga teras tersebut adalah:

Teras Kedua – Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baharu untuk rakyat.
Teras Ketiga – Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup.

Teras Keempat – Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kakayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.

Kumpulan utama sasaran teras-teras tersebut adalah rakyat kelas menengah (M40) dan kelas bawah (B40). Ini jelas daripada semua inisiatif 20 perkara tawaran MMS yang jelas bagi memperkasa M40 dan B40 yang secara langsung akan menjadikan rakyat lebih berfungsi dalam eko-sistem ekonomi Malaysia. Antara sebahagian daripada tawaran 20 perkara yang akan memberi kesan langsung kepada rakyat adalah lapan inisiatif berikut:

1. Menghapuskan Goods and Services Tax (GST) yang membebankan rakyat dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Pegangan Saham di Bursa Malaysia.

2. Melupuskan hutang peminjam-peminjam PTPTN yang sedia ada untuk meringankan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.

3. Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It’aam Kebangsaan.

4. Menawarkan bantuan sekali (one-off) sebanyak RM 2,000 sebagai modal kepada wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.

5. Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk membantu meringankan bebanan ibubapa.
6. Memberikan bantuan pembelian kereta pertama di bawah 1300 cc (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan).

7. Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM 50 ribu sehingga RM 180 ribu.

8. Menstrukturkan semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol yang melebihi 15 tahun

Semua tawaran-tawaran tersebut di atas sudah tentu akan meningkatkan lagi pendapatan boleh guna rakyat yang akhirnya akan memperkukuhkan lagi ekonomi Malaysia dengan struktur yang betul.

Sudah tentu tawaran ini akan mampu menyelesaikan banyak masalah rakyat terutamanya B40 yang rata-ratanya dihimpit oleh kemiskinan, terutamanya yang tinggal di bandar. Mengikut laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 27% rakyat yang tinggal di Kuala Lumpur mempunyai pendapatan dibawah tahap kemampuan hidup. Walaupun B40 ada mendapat kenaikan upah sekitar 6% setahun diantara tahun 2014 hingga 2016 namun ianya masih tidak mampu untuk mengekang kos sara hidup mereka. Ini adalah kerana jika diambil kira kos sara hidup yang perlu ditanggung, pendapatan sebenar bagi B40 hanya meningkat pada kadar 3.8%.

Sebagai panduan mengikut BNM pendapatan mampu hidup untuk Kuala Lumpur adalah sekitar RM2,700 untuk dewasa bujang, RM4,500 untuk pasangan dan RM6,500 untuk pasangan dengan dua anak.

Sudah tentu inisiatif untuk meningkatkan lagi upah dan pendapatan boleh guna rakyat perlu diseimbangkan dengan peningkatan produktiviti rakyat, yang penting bagi memastikan inflasi stabil. Jesteru bagi menentukan iklim ekonomi Malaysia kekal sihat, inisiatif spesifik bagi meningkatkan produktiviti rakyat akan juga diperkenalkan oleh PAS, seimbang dengan inisiatif peningkatan upah dan pendapatan boleh guna, yang akhirnya akan meningkatkan kadar keluaran kasar pekerja Malaysia, iaitu daripada 1.7% sekarang kepada 3.8%. Kadar 3.8% adalah standard yang ditentukan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi negara berpendapatan menengah atas seperti Malaysia.

Dengan semua tawaran-tawaran polisi, road-map dan inisiatif yang PAS utarakan kepada rakyat dan pasaran, kami berkeyakinan bahawa apabila PAS diberi peluang dan kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah Malaysia selepas PRU14 nanti, akan tidak berlaku apa-apa kejutan yang boleh menjejaskan ekonomi dan pasaran negara, sebagaimana ramalan daripada Moody di atas. Walaupun terdapat sedikit kegusaran yang disebut di dalam laporan Moody, terutama berkaitan kedudukan hutang luar, kami percaya Malaysia akan berada dalam landasan dan struktur ekonomi yang lebih kukuh selepas PRU14 dengan pelaksanaan polisi-polisi baharu tersebut, yang secara langsung akan meningkatkan keyakinan pasaran dan mengukuhkan lagi nilai Ringgit. Jesteru tahap hutang luar negara akan dapat diurus dalam julat yang optimum iaitu tidak melebihi 20% kadar pembayaran balik hutang (debt service ratio).

Oleh itu kami berpandangan bahawa para penganalisa dan agensi penarafan perlu mengambil kira dan yakin dengan keupayaan PAS untuk mentadbir dan mengurus ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih baik. Jesteru, dalam menilai kemampuan PAS, ianya perlulah dilakukan secara objektif, melalui penelitian tawaran-tawaran di atas, dan tidak hanya bergantung kepada sentimen pasaran. Dengan ketelusan, urus tadbir cekap dan integriti tinggi yang telah dibuktikan oleh PAS, kami yakin Malaysia akan lebih kompetitif dan lebih sejahtera bersama PAS.

MALAYSIA SEJAHTERA
MAZLI NOOR

Timbalan Pengerusi
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
14 Rejab 1439H
1 April 2018

Sumber BO - 1-4-2018







BNM perlu bertindak bantu ringan beban pengguna

KENYATAAN terbaharu daripada Bank Negara Malaysia (BNM) melalui buletin suku tahunannya berkenaan kedudukan Rumah Mampu Milik (RMM) adalah amat bercanggah dengan tindakan dan polisi BNM sendiri. Dalam kenyataan tersebut BNM menyatakan bahawa Malaysia sekarang menghadapi kekurangan RMM dan kedudukan bekalan dan harga rumah Malaysia sekarang adalah amat tidak mampu milik. 
Antara data-data yang dikemukakan oleh BNM adalah dalam suku pertama 2017 hanya 24% daripada projek rumah baharu yang dilancar adalah pada harga RM250,000, iaitu harga yang mampu dimiliki oleh 35% isi rumah Malaysia. Data itu juga menyatakan bahawa antara tahun 2007 hingga 2016, harga rumah telah meningkat sebanyak 9.8% manakala pendapatan isi rumah Malaysia hanya meningkat 8.3%. Dalam tempoh tersebut, iaitu 2012 hingga 2014, harga rumah meningkat lebih daripada sekali ganda peningkatan pendapatan isi rumah, iaitu 26.4% berbanding 12.4%. 
Inilah yang menyebabkan wujud ketidaksetaraan antara bekalan dan permintaan RMM, sepertimana yang berlaku sekarang. Dan kemuncak fenomena ini adalah jumlah rumah yang tidak dapat dijual adalah yang paling tinggi dalam tempoh 10 tahun iaitu 146,497 unit setakat pada suku kedua 2017. 
Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (PAS) telah pun menyedari hakikat ini dan dalam banyak kenyataan kami, telah menyaran dan mendesak kerajaan, terutama BNM mengambil langkah proaktif dan mesra pengguna dalam menangani masalah ini. Oleh kerana itulah kami amat tidak bersetuju dengan tindakan BNM menaikkan Kadar Faedah Semalaman (OPR) kepada 3.25% yang lalu kerana ianya akan memburukkan lagi keherotan pasaran, termasuk pasaran rumah Malaysia. 
Kami menegaskan bahawa pengguna masih amat terbeban dengan suasana ekonomi negara sekarang, jesteru kenaikan OPR akan terus menekan pengguna. Malah dari perspektif pasaran rumah, keupayaan pengguna untuk mendapatkan pinjaman akan lebih terjejas dengan OPR yang lebih tinggi sekarang. Ini secara langsung akan menjejaskan permintaan termasuk memburukkan lagi herotan yang berlaku kepada pasaran rumah Malaysia. 
Malah tekanan yang dihadapi oleh pengguna ini bukan saja dapat dibuktikan melalui sektor perumahan yang terjejas teruk, malah melalui sektor peruncitan yang penguncup. Ini terbukti dengan kenyataan dan pemerhatian yang dinyatakan oleh Dato’ Wira Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad melalui temuramah dengan stesen radio BFM, bahawa sektor hypermarket menyaksikan penguncupan disebabkan pengguna tidak berbelanja. BNM seharusnya lebih awal peka dengan semua yang berlaku dalam pasaran kini, lantas sepatutnya lebih tuntas bertindak. 
Sekali lagi kami menegaskan bahawa dengan semua tekanan yang dihadapi oleh pengguna sekarang, BNM tidak seharusnya menaikkan OPR, malah tindakan itu adalah bercanggah dengan data suasana ekonomi negara, yang dikeluarkan sendiri oleh BNM. Walaupun tindakan menaikkan OPR itu lebih kepada untuk menormalisasikan pasaran terhadap potensi tekanan inflasi, tindakan itu adalah amat pra-matang. Seperti yang kami hujahkan bahawa keutamaan sekarang sepatutnya ialah untuk memberi lebih ruang kepada pengguna untuk menyerap tekanan seterusnya menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang amat menekan, sepertimana data-data di atas. 
Oleh itu, langkah pembetulan yang drastik harus dibuat oleh BNM sekarang bagi menyokong daya saing pengguna yang seterusnya memperkasa permintaan domestik.

MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi,
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat.
05 Jamadil Akhir 1439H
21 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 21/2/2018












Sumber HD - 21-2-2018








Peringatan kedua: Jangan naikkan kadar faedah

JAWATANKUASA Polisi Kewangan (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) akan bermesyuarat pada hari Rabu 24 Januari 2018. Antara topik hangat yang ditunggu oleh pasaran dan penganalisa adalah sama ada MPC akan menaikkan kadar faedah untuk Malaysia, bersesuaian dengan pertumbuhan ekonomi sekarang, sebagaimana yang telah dilaporkan. Sekiranya berlaku kenaikan Kadar Faedah Semalaman (OPR), ianya akan berkuatkuasa pada hari Khamis 25 Januari 2018. 
Berkaitan dengan spekulasi kenaikan OPR ini, PAS telah pun menyatakan dengan tegas pandangan dan gesaan kami bahawa berdasarkan senario pasaran dan ekonomi Malaysia sekarang, kadar faedah tidak harus dinaikkan. Melalui kenyataan Lujnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat pada 21 November 2017 lalu, antara lain kami menegaskan beberapa faktor yang perlu BNM ambil kira untuk tidak menaikkan kadar faedah iaitu data isi rumah Malaysia yang masih tidak stabil, petunjuk ekonomi Malaysia yang juga semakin merosot sebagai contohnya suasana pasaran hartanah yang makin lembab dan menuju kejatuhan, parameter bank iaitu Nisbah Pinjaman Deposit (LDR) yang tinggi melebihi 90% dan kadar simpanan rakyat Malaysia yang amat rendah. 
Walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah baik terutama untuk 4 suku tahunan yang terakhir, yang mana akan mencetuskan tekanan inflasi, namun PAS berpandangan faktor kos sara hidup adalah elemen yang amat penting yang perlu diambil kira sebelum memutuskan sebarang kenaikan OPR. Ini adalah kerana kebarangkalian tinggi bahawa sebarang tekanan inflasi yang berlaku adalah dicetuskan oleh kenaikan kos yang bersifat sementara dan akan menuju normalisasi. Oleh itu untuk mempastikan tiada tindakan pra-matang oleh BNM yang bakal merencat pasaran dan membebankan pengguna, sebagaimana kenyataan kami yang terdahulu, PAS menyarankan OPR dikekalkan sehingga sekurang-kurangnya Suku Ketiga 2018. 
Walaupun tidak dinafikan bahawa kenaikan OPR mampu menggalakkan tabungan, namun dalam suasana pasaran sebagaimana yang kami jelaskan terutama trend LDR, maka sepatutnya pengguna diberikan ruang bertenang ke arah normalisasi sebelum diketatkan dan ditekan dengan kenaikan OPR. 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
6 Jamadil Akhir 1439 / 23 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 23/1/2018
Sumber HD - 23-1-2018 










PAS sedia tawar penyelesaian untuk RMM


LAJNAH Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat memandang serius dan amat bimbang dengan suasana dan masalah pemilikan rumah di Malaysia. Pada 29 September 2017 yang lalu kami telah pun menyatakan pandangan kami terhadap suasana pemilikan rumah bagi rakyat Malaysia yang mana ianya amat tidak mampu. Jesteru dalam penyataan tersebut kami mencadangkan altenatif yang disyorkan oleh PAS melalui Dokumen Hijau (DH) yang mana kaedahnya adalah melalui konsep Sukuk Al Ijarah.
Kerajaan juga harus komited untuk melakukan tindakan yang lebih tuntas dan cepat memandangkan tahap permasalahan Rumah Mampu Milik (RMM) ini adalah di laporkan semakin parah. Ini berdasarkan data-data terkini pendapatan isirumah, harga dan pasaran rumah yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Bank Negara Malaysia (BNM). 
Laporan-laporan tersebut telah merumuskan bahawa nisbah purata harga rumah terhadap pendapatan rakyat Malaysia telah meningkat kepada 5.1 kali daripada 4.4 kali dalam tahun 2014. Ini telah menyebabkan pemilikan rumah di Malaysia sekarang adalah dalam keadaan parah dan semakin tidak mampu milik. 
Apa yang lebih membimbangkan kami adalah tindakan saling menuding jari antara dua pihak berkepentingan utama dalam isu perumahan iaitu BNM dan Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda). Dalam laporan yang lebih awal Rehda menyatakan masalah RMM adalah disebabkan kegagalan rakyat untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank, sebagaimana dibuktikan melalui 70% penolakan permohonan pinjaman. 
Namun BNM dalam kenyataan terbarunya pula menegaskan bahawa suasana tersebut di atas adalah disebabkan oleh harga rumah yang terlalu tinggi, lantas menggesa pemaju perumahan menurunkan harga rumah melalui pemotongan kos rumah yang mereka bina.
Oleh kerana BNM dan Rehda adalah pihak-pihak yang penting dalam pengurusan RMM dan pasaran RMM, maka kami mencadangkan kedua-kedua pihak tersebut bersemuka bagi mencari menyelesaikan yang tuntas dan komprehensif bagi kebaikan rakyat dengan segera. PAS melalui Lajnah Ekonomi bersedia untuk turut terlibat dalam forum tersebut bagi sama-sama berkongsi pandangan kami dan alternatif konkrit yang kami boleh tawarkan melalui inisiatif DH, untuk kebaikan rakyat. 
Forum tersebut haruslah disegerakan bagi mempastikan titik penyelesaikan dapat di capai secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah RMM sebelum ianya menjadi semakin parah. 
INILAH PENYELESAIAN KITA 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
26 MUHARRAM 1439 / 17 OKTOBER 2017 – HARAKAHDAILY 17/10/2017
Sumber HD- 17-10-2017 










Kerajaan masih gagal selesaikan rumah mampu milik


LAJNAH Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU) mendapati bahawa masalah Rumah Mampu Milik (RMM) masih lagi menjadi kebimbangan umum bagi rakyat Malaysia dan menjadi sebahagian daripada tuntutan. Ini berdasarkan kajian umum yang telah dilakukan oleh LEPU bagi memahami situasi permasalahan tersebut.
Masalah Yang Tidak Berkesudahan
Hasil semakan literatur, Malaysia umumnya masih memerlukan 653,000 buah RMM di antara tahun 2016 – 2020, sebagaimana yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11). Ini bersamaaan 130,000 buah RMM perlu dibina setahun. Walau bagaimana pun bekalan RMM adalah tidak memenuhi permintaan pasaran Malaysia. Berdasarkan kajian Khazanah Research Institute (KRI), purata hanya 60,000 buah setahun RMM yang dilancarkan untuk jualan untuk lima tahun kebelakang ini. Hanya hampir 20% daripada bekalan rumah dipasaran adalah dalam kategori RMM. 
Walaupun kerajaan telah memperkenalkan inisiatif-inisiatif tertentu seperti PR1MA, PPA1M dan My Beautiful Home, ianya masih gagal menyelesaikan masalah RMM. Hasil kajian pemerhatian LEPU mendapati punca utama adalah masalah mendapatkan pembiayaan. Berdasarkan laporan Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (Rehda), 70% pembeli gagal memperolehi pembiayaan bank. Ini disokong oleh data kajian juga oleh KRI bahawa nisbah harga rumah kepada purata pendapatan isi rumah Malaysia adalah 4.4 kali, berbanding 3 kali yang ditetapkan oleh United Nations Centre for Human Settlement (UNCHS). Ini bermakna purata harga rumah di Malaysia adalah amat tidak mampu milik. 
Kerajaan perlu melakukan transformasi drastik bagi menyelesaikan permasalahan ini. Sektor perumahan adalah amat penting, bukan sahaja bagi memenuhi tuntutan sosial rakyat malah pertumbuhan sektor perumahan mampu memberi kesan pekali yang tinggi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara. 
Jesteru, LEPU merasakan satu alternatif yang tuntas perlu bagi membantu rakyat memiliki rumah. PAS telah pun mengesyorkan alternatif yang mantap bagi menyelesaikan masalah ini melalui inisiatif Dokumen Hijau (DH) yang mana antara komponen pentingnya adalah RMM. Konsep yang PAS utarakan adalah melalui pembiayaan Kaedah Sukuk Al Ijarah, yang mampu menyekesaikan isu RMM. 
Kaedah Sukuk Al-Ijarah Melalui Perkongsian
Kaedah ini adalah mampu bagi menyelesaikan masalah orang ramai dalam mendapatkan pembiayaan. Kaedah ini secara asasnya menekankan kepada skim pemilikan secara berperingkat yang boleh diuruskan oleh pihak lantikan kerajaan mahupun pihak bank komersil. Pembeli rumah pertama membeli rumah tersebut secara berperingkat mengikut kemampuannya melalui pembelian sukuk. Sementara beliau mencapai pemilikan 100%, hak milik rumah dikongsi dengan pembeli lain daripada kalangan pelabur samada secara individu ataupun organisasi. Pemilik perlu membayar sewa rumah tersebut kepada pelabur berdasarkan kadar sewaan pasaran mengikut peratus pemilikan masing-masing. Sebagai contoh, jika pemilik mampu memiliki hanya 20% daripada nilai rumah tersebut, kadar sewaan yang dibayar kepada para pelabur ialah 80% daripada kadar pasaran. Kadar pemilikan bergantung kepada nilai sukuk yang diterbitkan oleh pihak bank berkenaan. Contohnya sebuah rumah berharga RM500,000 mungkin boleh dipecahkan kepada 10 sukuk setiap satunya bernilai RM50,000. Baki 9 Sukuk lagi ditawarkan kepada mana-mana pelabur. 
Pemilik berkenaan digalakkan untuk menambah pemilikannya dengan membeli sukuk daripada mana-mana pelabur pada harga pasaran yang ditentukan pihak bank. Para pelabur hendaklah melepaskan sukuknya apabila pembeli telah bersedia untuk menambah kadar pemilikannya melalui kontrak yang patuh syariah. Melalui kaedah Sukuk Al Ijarah ini, semua pihak termasuk Pembeli, Pelabur, Bank, Pemaju dan pihak kerajaan sendiri mendapat manfaatnya. Pihak bank juga dapat jaminan bayaran kerana sebahagian besar daripada pembayaran Pihak Pembeli tidak perlu memiliki tabungan kewangan yang besar untuk membeli rumah mengikut kemampuan masing-masing. Pihak Pelabur pula mempunyai banyak peluang pelaburan dengan kos pelaburan yang rendah. Pihak bank mendapat manfaat dari segi risiko pinjaman yang rendahrumah tersebut adalah oleh para pelabur yang mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik. 
Sekiranya kerajaan bersedia untuk mengatasi masalah pemilikan rumah melalui cadangan di atas, maka beberapa akta khususnya yang berkaitan dengan bilangan pemilik di dalam Kanun Tanah Negara perlu dibuat beberapa pindaan kecil. Kaedah di atas adalah langkah penyelesaian praktikal jangka masa pendek bagi mengatasi masalah pemilikan rumah pertama oleh rakyat. 
Jesteru LEPU mencadangkan supaya kerajaan menimbang dan meneliti altrnatif DH ini bagi membantu rakyat memiliki rumah. Kepentingan rakyat adalah keutamaan yang mana secara tidak langsung juga membantu pertumbuhan ekonomi. 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU)
8 Muharram 1439H/29 September 2017 – HARAKAHDAILY 29/9/2017






















Sumber HD - 29-9-2017












Pengambilalihan PLUS tidak bolehupaya



DALAM kenyataan awal Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU) yang lalu, kami menegaskan bahawa bagi menjaga kepentingan lebih 14 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), maka cadangan pengambilalihan PLUS oleh Maju Holdings Sdn. Bhd. (Maju) tidak harus dibenarkan dan semua pemegang saham perlu menolaknya.
Pertimbangan LEPU ini bukan sahaja disebabkan bagi menjamin masa depan pulangan kepada KWSP dan semua ahli, malah juga dari segi kebolehupayaan mengambilalihan tersebut. Faktor yang paling utama adalah pembiayaan dan keseluruhan model kewangan yang akan digunakan oleh Maju. Umum mengetahui bahawa PLUS adalah operator lebuh raya yang telah matang dengan umur asset yang kebanyakan telah mencecah lebih 30 tahun. 
Dengan umur aset sebegini, sebahagian besar kos pembiayaan aset tersebut sudahpun dilunaskan. 
Oleh itu kos operasi setiap kilometer PLUS adalah yang terendah yang mana dengan itu juga lah maka ia mampu memberikan caj tol yang terendah berbanding operator lain. 
Sekiranya pengambilalihan oleh Maju berlaku, dengan harga tawaran dilaporkan lebih RM30 billion, maka kos pembiayaan akan meningkat semula yang juga akan mempengaruhi kos operasi dan kadar tol. Oleh itu adalah amat mustahil Maju mampu untuk menawarkan tiada kenaikan tol untuk 20 tahun dalam situasi begini, sebagaimana yang dijanjikan dalam cadangannya. Perlu juga diingat bahawa dalam masa sama PLUS mempunyai hutang jangka panjang sebanyak RM31.27 billion dan liabiliti semasa sebanyak RM1.56 billion. 
Apa lagi Maju juga menyatakan bahawa keseluruhan lebuhraya PLUS akan dinaiktaraf termasuk memasang lampu di sepanjang lebuh raya. Dengan tiada kenaikan tol dan kos kewangan yang lebih tinggi, bagaimana Maju akan mampu untuk menampung kos untuk menaik taraf semua lebuh raya tersebut? Sekiranya ia boleh dilaksanakan, sudah tentu PLUS sudah melakukannya, malah dalam situasi optimum sekarang PLUS lebih mampu untuk melakukannya berbanding operator lain. 
Dalam temuramah pemilik Maju iaitu Tan Sri Abu Sahid Mohamed bersama The New Strait Times, beliau juga mengakui dan menyatakan bahawa Maju Expressway yang dikendalikan olehnya perlu kenaikan tol kerana ia aset baru yang berumur 8 tahun. Ini disebabkan kos pembiayaan iaitu bon yang masih tinggi. Ini mengesahkan bahawa kos utama dalam pemilikan lebuh raya adalah pembiayaan. Maka oleh itu sekiranya pengambilalihan berlaku, kos pembiayaan akan naik semula. Bagaimana Maju mampu untuk menanggung ini tanpa kenaikan tol dan apa lagi untuk menaik taraf? 
Jesteru itu LEPU berpandangan dan sekali lagi menegaskan bahawa penjualan PLUS adalah amat tidak bolehupaya dan tidak harus diteruskan, bukan sahaja bagi menjaga kepentingan ahli KWSP malah kepada semua pengguna lebuh raya. 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU)
30 Zulhijjah 1438/21 September 2017 – HARAKAHDAILY 21/9/2017
Sumber HD - 21-9-2017 
















Penilaian GDP harus dalam ringgit









'

LAJNAH Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU) ingin memberikan respon tehadap cadangan daripada Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) bahawa penilaian Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) harus dilakukan dalam matawang Amerika USD. 
Sebagaimana yang dilaporkan oleh harian The Edge pada 24 Ogos 2017, Presiden FMM Tans Sri Dr. Lim Wee Chai menyatakan bahawa sebagai negara yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, nilai GDP Malaysia dalam situasi sebenar akan menguncup sekiranya dikira dalam USD. 
Perlu ditekankan bahawa penilaian GDP adalah dalam faktor penggunaan, pelaburan, berbelanjaan kerajaan dan ekspot import. Jesteru itu, penilaian yang diamalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekarang adalah mewakili keadaan sebenar ekonomi negara. Ini adalah kerana pertimbangan-pertimbangan berikut: 
1. Formula penilaian GDP sudahpun mengambil kira nilai imbangan pembayaran ekspot dan impot. Oleh itu sekiranya berlaku pergerakan yang marginal atau substantif dalam nilai Ringgit, ianya telah pun diambil kira sebagaimana sepatutnya. Bagi menghasilkan nilai hakiki pertumbuhan 5.8 peratus untuk suku kedua (2Q) 2017, sudah pasti nilai imbangan ekspot impot adalah dalam julat positif. 
2. Antara elemen utama dalam penilaian GDP adalah penggunaan dan pelaburan, samada yang dilakukan oleh sektor swasta ataupun awam. Justeru itu bagi menghasilkan pertumbuhan positif, nilai penggunaan dan pelaburan adalah juga positif dan substantif.
Nilai penggunaan dan pelaburan yang kukuh juga mampu untuk menampung imbangan ekspot impot, walaupun jika ianya bernilai negatif bagi membolehkan pertumbuhan positif dihasilkan. Dalam kes GDP untuk 2Q, nilai penggunaan sektor swasta adalah tumbuh pada 7.1 peratus manakala pelaburan pada 7.4 peratus. 
3. Ekonomi Malaysia termasuk seluruh struktur dan infrastrukturnya adalah berada dan beredar dalam dinamika eko-sistem Ringgit. Jesteru penilaian yang lebih tepat hanya boleh diwakili dalam Ringgit. Sebarang sensitiviti yang berlaku dalam perdagangan antarabangsa telahpun diambil kira dalam proses penilaian GDP bagi menghasilkan nilai hakiki sebenar. 
Oleh itu LEPU perpandangan penilaian GDP haruslah dilakukan dalam nilai Ringgit. 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU)
06 Zulhijah 1438/28 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 28/8/2017






























Sumber HD - 28-8-2017

















Penggabungan bank perlu dilakukan segera













LAJNAH Ekonomi dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (LEPU) berpandang bahawa dalam suasana kecairan sistem kewangan negara yang amat ketat sekarang, penggabungan bank adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, malah satu keperluan. Jesteru itu pihak industri harus memikirkan dengan serius dan bertindak sekarang. 
Pihak kerajaan harus menjadi pemudah cara dengan bertindak mencetuskan perbincangan antara bank, mengesyorkan padanan perniagaan (business matching) dan seterusnya menyediakan insentif yang sepatutnya. Kawal selia juga adalah amat penting kerana dalam mana-mana integrasi dan penggabungan perniagaan pun, seliaan yang ketat adalah faktor kejayaan yang utama 
Dalam suasana kadar faedah yang rendah iaitu 3% untuk OPR sekarang, kos pinjaman kepada pengguna akan lebih murah. Namun ini telah memberikan impak teknikal yang lain terutama kepada kadar pertumbuhan deposit yang makin menurun.
Terbaru nisbah pinjaman deposit (LDR) untuk bank di Malaysia adalah lebih 90%. Akibatnya bank akan terpaksa bersaing dengan lebih sengit untuk menarik deposit yang akhirnya akan menjejaskan kadar keuntungan mereka. 
Jesteru dalam keadaan aliran tunai yang semakin ketat, langkah penggabungan adalah paling optimum demi untuk menyelamatkan industri perbankan dan seterusnya melindungi pengguna. Dengan saiz yang lebih besar bank akan mempunyai skala ekonomi yang lebih optimum untuk terus kekal berdaya saing. 
LEPU juga berpandangan langkah pembesaran ke peringkatan serantau yang telah dipelopori oleh bank-bank utama Malaysia iaitu Maybank, CIMB dan Public Bank harus dicontohi oleh bank-bank lain. Dengan operasi serantau bank akan boleh mengambil peluang pasaran dan isipadu yang lebih besar yang seterusnya mampu memulihkan aliran tunai ke tahap yang lebih baik. Pun begitu, untuk mempastikan kekuatan optimum, pembesaran ke peringkat serantau hanya mampu dibuat setelah penggabungan selesai. 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi
Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
23 Zulkaedah 1438/16 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 16/8/2017
Sumber HD - 16-8-2017 



















Atasi segera masalah kecairan negara















LUJNAH Ekonomi dan Usahawan PAS Pusat (LEU) memandang serius kemerosotan prestasi data-data kewangan semasa negara terutamanya Nisbah Pinjaman Deposit (LDR). Ini adalah berdasarkan data-data analisa yang dikeluarkan oleh penganalisa bank-bank serantau. Sehingga tempoh akhir bulan Mac 2017 LDR untuk kebanyakan bank tempatan adalah melebihi 90% berdasarkan laporan oleh CIMB Investment Bank. 
Manakala Maybank Kim Eng melaporkan bahawa dalam tahun 2016 purata LDR bank-bank Malaysia adalah 93.5%. 
Petunjuk di atas adalah indikasi kemerosotan kadar deposit dalam sistem kewangan negara, terutama untuk simpanan tetap. LEU amat bimbang sekiranya trend begini berterusan maka kos deposit bank-bank akan semakin meningkat yang akhirnya akan merencat pertumbuhan ekonomi dan permintaan. Ini harus diatasi dengan segera apa lagi dalam suasana ekonomi dunia dan serantau yang tidak menentu sekarang. 
Jesteru itu LEU mendesak kepada kerajaan agar mengambil langkah-langkah drastik dengan segera bagi memperbaiki kadar kecairan dalam sistem kewangan negara. Antara desakan kami adalah seperti berikut: 
1.     Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) perlu menilai dengan segera kadar faedah semasa. Ini adalah kearah untuk menaikkan kadar faedah pada tahap yang lebih sesuai untuk meningkatkan lagi deposit terutama bagi sektor simpanan tetap. Kali terakhir BNM telah menurunkan kadar asas semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas. 
2.     Kerajaan perlu mengkaji dan mempelbagaikan lagi sumber kecairan negara agar pertumbuhan dan permintaan boleh terus disokong dan ditingkatkan. Ini termasuklah insentif cukai yang lebih kondusif kepada rakyat dan menarik balik pelaksanaan GST. 
3.     BNM perlu melihat untuk melonggarkan dasar pemberian pinjaman oleh bank-bank ke tahap yang munasabah. Ini tidak secara langsung akan membantu merancakkan lagi pertumbuhan deposit bank-bank di Malaysia. 
MAZLI NOOR
Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan PAS
10 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 10/8/2017
Sumber HD - 10-8-2017 

Kelab Usahawan Haraki (KU-HARAKI) & Portal Usahawan Haraki

Kelab Usahawan Haraki (KU-HARAKI) & Portal Usahawan Haraki
1. Kelab Usahawan Haraki atau KU-HARAKI ditubuhkan oleh Lajnah Ekonomi PAS Pusat bertujuan menghimpunkan para usahawan yang bergiat dalam gerakan Islam PAS dengan moto Jihad Ekonomi Ummah.

2. Usahawan-usahawan PAS dijemput mendaftar sebagai Ahli KU-HARAKI dengan mendaftar di web portal www.usahawanharaki.com.

3. KU-HARAKI juga menyediakan peluang untuk para usahawan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan politik berkongsi maklumat dan promosi perniagaan mereka secara PERCUMA dengan mendaftar sebagai Ahli Portal di www.usahawanharaki.com.

4. Aplikasi Android Usahawan Haraki juga boleh dimuat turun bagi memudahkan Ahli Portal berkongsi maklumat mereka.

5. Layari segera portal kami hari ini dan jadilah Ahli Portal secara percuma.

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pusat
Ahad 22hb Nov 2015

Sumber PP - 23-11-2015