BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, February 3, 2015

1MDB - 1 MALAYSIA DEVELOPMENT BERHAD

 

Individu kelima disabit salah dalam isu berkaitan 1MDB
Posted on Thursday, May 25 @ 06:00:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35074



Seorang lagi individu disabitkan bersalah atas pertuduhan berkaitan 1MDB di mahkamah di Singapura hari ini, menjadikan keseluruhan lima orang.

Menurut Bloomberg, bekas pegawai bank Kelvin Ang Wee Keng didenda S$9,000 kerana merasuah seorang penganalisis di Singapura untuk menyediakan laporan penilaian yang memihak padanya.

Pihak pendakwaan mendakwa Ang, bekas pegawai di Kim Eng Securities Pte, memberi rasuah S$3,000 untuk mempercepat penilaian AS$2.4 bilion untuk PetroSaudi Oil Services Ltd.

1MDB pada 2009, mengusahakan usaha sama dengan PetroSaudi Limited dan hubungan itu berterusan hingga 2011.

Laporan itu berkata Ang mendapat sekitar S$235,000 untuk yuran rujukan dalam menguruskan aset-aset PetroSaudi.

Selain Ang, tiga lagi pegawai bank BSI, dan pengurus cawangan Falcon Private Bank disabitkan bersalah atas kesalahan berkaitan skandal 1MDB.

Singapura juga menarik balik lesen kedua-dua bank itu.

Sumber TKO - 25-5-2017

Arul dedahkan semua sebelum dikambinghitamkan

PADA 25 April 2016, lebih setahun yang lalu, PAS pernah menggesa CEO 1MDB, Arul Kandasamy untuk mendedahkan segalanya sebelum beliau berundur. 
Ketika itu, beliau memberitahu akhbar The Edge bahawa “kemungkinan berlaku penipuan yang besar dan mungkin terdapat kerjasama daripada pihak sebelah kami sendiri” dalam isu kemelut 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar BVI). 
Umum mengetahui, Arul pernah menyatakan kerja beliau di 1MDB telah selesai. Bukan itu sahaja, Arul pernah menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan berkali-kali. 
Setelah “penyelesaian” IPIC-1MDB, apa yang tertinggal ialah duit pelaburan untuk Bandar Malaysia bagi melengkapkan pelan rasionalisasi hutang 1MDB. 
Malangnya perkara itu terbantut apabila terbatalnya perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia seperti diumumkan TRX City Sdn Bhd pada 3 Mei. Pada waktu yang sama, IWH-CREC bagaimanapun menafikan dakwaan mereka gagal membuat pembayaran, sekalipun sudah diberikan penangguhan sebanyak 12 kali. 
Semalam, The Financial Times mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri yang membatalkan perjanjian bernilai RM7.3 bilion itu kerana didakwa “hilang sabar” ekoran kegagalan CRER untuk mendapatkan pembiayaan.
Jika benar, PAS menggesa Perdana Menteri berhenti berdiam diri dan tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar. 
Menariknya, susulan kekecewaan tersebut, Arul tampil berjanji akan membuat satu pengumuman penting mengenai 1MDB pada 5 Mei yang lalu. 
Malangnya, belum sempat beliau berbuat demikian, timbul pula ura-ura bahawa Arul telah disingkir daripada daripada lembaga pengarah syarikat Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange kerana “konflik kepentingan”. 
Persoalannya, apakah yang bakal diumum oleh Arul? 
Apakah pengumuman Arul ini tidak direstui oleh Perdana Menteri? 
Apakah Arul cuba menyelesaikan masalah IWH-CREC di belakang takbir dengan cara tersendiri sehingga timbul konflik kepentingan? 
Apakah konflik kepentingan itu berkaitan dengan keinginan Arul untuk “menyelesaikan” kekotoran 1MDB untuk membolehkan beliau memenuhi hajatnya untuk mengundurkan diri secepat mungkin? 
PAS mengulangi gesaan agar Arul dapat mendedahkan segalanya sebelum dikambinghitamkan. Itu pembebasan sebenar daripada tanggungjawab yang beliau pikul terhadap 1MDB ini. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
9 Mei 2017 - HARAKAHDAILY 9/5/2017
Sumber HD - 9-5-2017 


Tiada Bukti PAS Terima Dana 1MDB, Rafizi Bawa Akuan!
Posted on Friday, April 14 @ 22:35:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34525



PUTRAJAYA - Lain diharap, lain pula yang berlaku. Mungkin itulah gambaran paling sesuai untuk menceritakan ‘aksi lawak' terbaharu Ahli Parlimen Pandan dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ia gara-gara kehadiran beliau di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini cuma bagi membuat laporan berhubung dua akuan berkanun berkaitan isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Kemunculan Rafizi di bangunan SPRM kira-kira pukul 12 tengah hari itu dianggap pelbagai penganalisis politik cuba untuk menutup kegagalan dirinya membawa bukti korupsi 1MDB yang hebat dicanangkannya sendiri sebelum ini.

Secara kebetulan Rafizi hadir tepat pada waktunya untuk mengalihkan perhatian daripada skandal kekayaan luar biasa Ketua AMK Ampang Jaya, Datuk Adam Rosly yang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini sebelum itu.


Justeru, Rafizi tampil di SPRM dengan hanya membawa akuan berkanun mendakwa kononnya bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana rahsia daripada SRC, syarikat berkaitan 1MBD.

Lucunya, tiada butiran ditampilkan walhal sebelum itu, Rafizi memaklumkan konon ada bukti bagi menyokong dakwaan kes tersebut. Nasharuddin menjadi pemimpin No.2 PAS sebelum 1MDB wujud dan berundur pada 2011.

Akuan kedua pula, menafikan tohmahan oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin dan Badrul Hisham Shaharin berkaitan isu PKR pernah menerima wang sulit RM26 juta daripada ahli perniagaan, Datuk John Soh Chee Wen.

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard dan dipecat secara zalim sebagai ahli seumur hidup parti mendakwa jutawan itu membiayai PKR dan ia lebih teruk daripada dakwaan Rafizi konon 1MDB ada bantu PAS.

Pengamat politik tempatan justeru melihat tindakan terdesak Rafizi membawa akuan sendiri ke pejabat SPRM itu bukan sahaja kelakar, tetapi jelas menyerlahkan beliau hanya membuat tuduhan secara rambang tanpa asas kukuh.

Minggu lalu, Rafizi jadi bahan kutukan netizen tempatan yang menyelar beliau biadab mempertikaikan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan perbahasan usul persendirian RUU 355.

Untuk rekod, Rafizi sudah banyak kali ‘kontoi’ dalam pelbagai dakwaan tertentu dan pernah menyatakan beliau sekadar bergurau apabila kalah dalam kes fitnah cincin isteri Perdana Menteri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 14-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAC enggan buka semula siasatan 1MDB, tak pernah bincang Nasharudin
Posted on Friday, April 14 @ 10:46:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34510



PETALING JAYA: Nama bekas timbalan presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa tidak pernah dibangkitkan dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kata pengerusi badan parlimen itu.

Datuk Hasan Arifin berkata pendedahan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli semalam, mendakwa Nasharudin menerima wang berkait 1MDB, tidak pernah dibincangkan dalam PAC.

“Isu ini tidak dibincangkan dalam PAC sebelum ini dan kaitan dengan pemimpin PAS juga tidak pernah dibangkitkan,” katanya kepada FMT.

Pada 2015, PAC yang dianggotai wakil rakyat Barisan Nasional dan pembangkang memulakan prosiding siasatan ke atas 1MDB, ekoran pendedahan syarikat milik Kementerian Kewangan itu dibeban hutang mencecah puluhan bilion ringgit. PAC bagaimanapun mengumumkan tugasnya selesai, walaupun dipertikaikan beberapa anggotanya termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa Nasharudin pernah menerima dana berkait 1MDB.

Dalam akuan berkanun yang ditandatanganinya, Rafizi berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai “paling kanan” dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan ke atas wang RM2.6 bilion, yang didakwa mengalir masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib sebelum ini berkata wang itu sumbangan Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya BN pada 2013.

Rafizi berkata sebahagian daripada wang itu dipindahkan “kepada peguam tertentu” sebelum ia sampai ke akaun milik Nasharudin.

Dalam reaksinya, Hasan berkata pendedahan yang dibuat Rafizi tidak akan dibincangkan kembali dalam PAC memandangkan pihaknya sudah mengeluarkan laporan lengkap berhubung siasatan 1MDB.

“Kita sudah selesaikan isu tersebut dan pendedahan Rafizi mengaitkan bekas pemimpin PAS juga kita tidak akan bincang lagi.


“Kes ini sudah tutup dan laporan siasatan telah dibuat,” katanya.

Sumber TKO - 14-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Kenyataan Rafizi fitnah, berniat jahat

"SAYA dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak ada kaitan dengan diri saya malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya serta PAS," ujar Datuk Dr Nasharudin Mat Isa. 
Bekas Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Rafizi Ramli berhubung isu penerimaan dana 1MDB, semalam. 
"Saya dengan ini menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran dan/atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam Kenyataan Bersumpah (SD) tersebut," katanya. 
Beliau menegaskan bahawa bukan sahaja yang bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahkan telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya. 
"Bahkan saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuklak memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan yang wajar dilakukan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 14/4/2017
Sumber HD - 14-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mahkamah NZ benar keluarga Jho Low pindahkan aset AS$370 juta
Posted on Friday, January 20 @ 14:45:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33248



Seorang hakim di New Zealand membenarkan ahli perniagaan kontroversi Malaysia dan anggota keluarganya mengawal harta dan saham di negara itu ketika mereka berdepan dengan penyitaan aset bernilai AS$370 juta.

Disember lalu, anggota keluarga Low Taek Jho yang dituduh terlibat dengan pengubahan wang haram, berkata akan mencabarnya di Mahkamah New Zealand bagi melindungi aset-asetnya daripada dirampas Amerika Syarikat (AS).
Empat anggota keluarga Jho Low juga memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman untuk memindahkan pegangan mereka dalam harta tanah dan aset lain kepada pemegang amanah baru.

Aset-aset yang dirampas itu sebahagian daripada siasatan skandal 1MDB, yang menurut Jabatan Kehakiman AS, sebanyak AS$US3.5 bilion telah disalah guna.

Saman sivil itu bertujuan untuk merampas AS$1.4b aset yang didakwa berpunca daripada 1MDB untuk membeli harta tanah mewah di New York, Beverly Hills and London, lukisan terkenal dan jet peribadi.

Ia juga didakwa diboroskan untuk perjudian dan mendukung filem Hollywood lakonan bintang handalan Leonardo DiCaprio, The Wolf of Wall Street.
Usaha anggota keluarga Jho Low melindungi aset-aset mereka akan didengar oleh Hakim Kit Toogood di Mahkamah Tinggi Auckland hari ini.
Dokumen mahkamah mengandungi butiran terperinci kes itu dikeluarkan terlebih dahulu.
Mereka mendakwa kira-kira AS$265 juta dalam bentuk aset – daripada jet peribadi kepada rumah besar di AS, sedang dalam pertikaian.

Anggota keluarga Jho Low mahu menganggantikan pemegang-pemegang amanah sedia ada, iaitu Rothschild yang berpangkalan di New Zealand, dengan entiti di Kepulauan Cayman, FPP.

Rothschild didakwa tidak bertindak bagi menentang arahan rampasan oleh AS.

Keempat-empat anggota keluarga itu ialah Low Hock Peng, Goh Gaik Ewe, Low May Lin, dan Low Taek Szen.

Sumber TKO - 20-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Merungkai wanita misteri penandatangan akaun Jho Low
Posted on Thursday, January 19 @ 06:36:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33225



Minggu lalu, satu pendedahan mengejutkan dibuat apabila mahkamah Singapura diberitahu bahawa ahli perniagaan Malaysia, Jho Low menggunakan nama samaran atau alias Eric Tan Kim Loong bagi tujuan membuka empat akaun bank di Falcon Private Bank di republik itu.

Keempat-empat akaun Falcon itu di bawah nama Westfield Group Services Inc, Granton Property Holding Limited, Tanore Finance Corp dan Midhurst Trading Limited - semuanya milik Tan.

Berikutan itu, Sarawak Report, yang memetik sumber mendakwa penandatangan kepada akaun di Falcon Bank yang berkaitan 1MDB di Singapura yang dibuka oleh Low adalah seorang wanita.

Laman web itu membayangkan kemungkinan bahawa wanita itu adalah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor. Ini menyebabkan peguamnya mengeluarkan penafian.

Satu kenyataan Jabatan Peguam Negara Singapura pada 10 Januari memberi petunjuk bahawa individu berkenaan adalah orang lain. Individu itu turut dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Kenyataan perbicaraan kes bekas pengurus cawangan Falcon Bank, Jens Fred Sturzenegger mendedahkan perbualannya dengan Low berhubung pelantikkan bekas eksekutif 1MDB Jasmine Loo sebagai penandatangan untuk akaun yang dibuka di bawah nama alias Eric Tan itu.
"Pada 19 Mac, 2013, tertuduh berhubungan melalui telefon dengan Jho Low.

"Sebahagian daripada perbualan menyentuh secara ringkas mengenai tajuk menambahkan Jasmine Loo sebagai penandatangan ke atas akaun Falcon," kata Pejabat Peguam Negara Singapura dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh The Edge.

Sumbangan Arab Saudi

Walau bagaimanapun, pejabat itu tidak menyatakan jika cadangan menjadikan Loo sebagai penandatangan diluluskan.

Walau bagaimanapun, DOJ dalam saman pelucuthakan berkaitan 1MDB, menyatakan bahawa “1MDB Officer 3” adalah penandatangan yang diberi kuasa ke atas akaun Tanore di Falcon Private Bank.

Akaun Tanore adalah tempat berrmulanya dana AS$681 juta didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib, yang didakwa oleh perdana menteri sebagai sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi.
DOJ mendakwa AS$835 juta dilencongkan daripada bon AS$3 bilion diterbitkan untuk pembangunan Tun Razak Exchange 1MDB kepada akaun Tanore, selepas melalui beberapa dana pelaburan di luar negara.

"Pada atau sekitar 20 Mac 2013, sehari sebelum dana (1MDB) mula dimasukkan ke dalam akaun Tanore dari Overseas Investment Fund, ‘1MDB Officer 3' diberi kuasa menandatangani akaun Tanore.

"Satu salinan pasport Malaysia yang dimiliki oleh ‘1MDB Officer 3' telah dimasukkan dalam dokumentasi itu," kata DOJ.

Walaupun DOJ tidak menamakan ‘1MDB Officer 3', adalah dipercayai ia merujuk kepada Loo.
Ini berdasarkan keterangan bahawa pegawai itu adalah bekas peguam 1MDB dan pengarah eksekutif strategi kumpulan itu, kedudukan yang dipegang oleh Loo sepanjang perkhidmatannya di firma itu.
Loo, lulusan undang-undang, dikatakan berperanan utama dalam saga 1MDB, termasuk dalam isu "derma" RM2.6 bilion.

Orang hubungan

Beliau digambarkan oleh DOJ sebagai orang hubungan utama antara 1MDB dan Goldman Sachs, apabila bank itu membantu menerbitkan tiga bon untuk firma pelaburan negara itu bekas pada tahun 2012 dan 2013.

Dana AS$3 bilion bagi Tun Razak Exchange adalah bon ketiga yang menyaksikan dana sejumlah AS$1.26 bilion yang didakwa dialihkan - AS$ 835 juta kepada Tanore dan AS$430 juta kepada Granton - kedua-duanya mempunyai akaun di Falcon Private Bank.

Adalah tidak diketahui jika Loo juga adalah antara penandatangan yang diberi kuasa untuk akaun Granton berkenaan.

"Tidak lama selepas hasil jualan bon dialihkan ke akaun Tanore pada 2013, dana AS$681 juta daripada akaun Tanore dipindahkan ke akaun bank milik 'MO1'.

"‘1MDB Officer 3' dimasukkan sebagai penandatangan bagi akaun Tanore kira-kira sehari sebelum pemindahan pertama AS$620 juta telah disalurkan daripada akaun Tanore ke dalam akaun 'MO1'," kata DOJ.

Pemindahan AS$620 juta dilakukan pada 21 Mac dan ini diikuti dengan pindahan kedua bernilai AS$61 juta 25 Mac kepada akaun MO1 ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan pernah mengesahkan bahawa "MO1" adalah Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berhujah, memandangkan dokumen DOJ tidak menamakan Najib, maka perdana menteri tidak disiasat. Najib juga menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Kedudukan Loo

Sementara itu, Loo dituduh mendapat manfaat daripada dana yang diselewengkan itu melalui dua penerbitan bon 1MDB yang dijamin oleh Goldman Sachs.

Sejumlah AS1.367 bilion daripada dua tawaran bon telah dipesongkan pada tahun 2012.

Daripada jumlah itu, kira-kira AS$5 juta berakhir di akaun bank di Zurich, Switzerland, di bawah nama “River Dee International SA” pada 6 Dis 2012.
DOJ mendakwa Loo adalah benefisiari akaun itu.

Loo meninggalkan 1MDB pada tarikh yang tidak didedahkan. The Wall Street Journal, memetik sumber melaporkan setahun selepas pemergiannya, beliau telah memindahkan "ratusan ribu” kepada Tim Leisner, bekas pegawai bank Goldman Sachs yang bertanggungjawab ke atas operasi Asia Tenggara semasa kemelut 1MDB.

Pindahan wang kepada Leisner didakwa adalah untuk menubuhkan sebuah syarikat, walaupun tidak jelas apa syarikat itu.

Kedudukan semasa Loo tidak diketahui. Bank Negara telah membuat rayuan supaya orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.




Sumber TKO - 19-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


CNA: Jho Low guna nama proksi Eric Tan
Posted on Friday, January 13 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33184



Jutawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, menggunakan nama proksi Eric Tan ketika membuka akaun bank dan entiti korporat.

Menurut Channel News Asia, ini didedahkan di Mahkamah Singapura semasa perbicaraan kes pengurus cawangan Falcon Private Bank, Jens Fred Sturzenegger.

Sturzenegger pada Rabu lalu dijatuhi hukuman penjara 28 minggu dan denda S$128,000 kerana gagal mematuhi undang-undang anti pengubahan wang haram dengan tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung transaksi yang mencurigakan serta memberi maklumat palsu.

Menurut laporan itu, mahkamah diberitahu bahawa Sturzenegger diperkenalkan kepada Eric Tan oleh ketua pegawai eksekutif kumpulan perbankannya, Eduardo Leemann melalui e-mel pada Januari 2012.

Apabila Sturzenegger berjumpa Tan pada bulan berikutnya, lelaki berkenaan memperkenalkan semula dirinya sebagai Jho Low.

Laporan itu berkata, Low menjelaskan bahawa beliau menggunakan nama Eric Tan sekali-sekala untuk "tujuan keselamatan".

Memetik Timbalan Pendakwa Raya Jacky Leong, laporan itu berkata ketika itu Sturzenegger menyedari bahawa Eric Tan, yang berhubungan dengannya selama ini sebenarnya adalah Jho Low.

Menurut laporan itu, Sturzenegger juga mula menyedari bahawa Eric Tan bukan sekadar alias tetapi adalah nama oleh orang yang ‘sebenar’.

Ini kerana beliau sendiri melihat pasport sebenar pasport Tan dan butiran peribadinya sebagai sebahagian daripada proses membuka akuan.

Menurut CNA lagi, empat akaun telah dibuka di Falcon Private Bank di bawah pelbagai entiti korporat dengan nama Eric Tan disenaraikan sebagai benefisiari.

Dua daripada akaun berkenaan, di bawah nama Tanore dan Granton, menerima deposit AS$1.265 bilion pada Mac 2012.

Sumber TKO - 13-1-2017
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa Beza 1MBD dengan Proton?
Posted on Saturday, August 20 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31414



Semalam akhbar Utusan Malaysia melaporkan ikon kegagalan Mahathir iaitu PROTON telah menerima baki dari perjanjian membantu PROTON berjumlah RM250 juta.

Wang ini adalah baki dari jumlah ‘bailout’ iaitu RM1.5 billion.


Sejak diwujudkan pada tahun 1983, sehingga artikel ini ditulis PROTON telah disuapkan dengan ‘bailout’ sebanyak RM13.9 billion.

Hanya pemberian RM1.5 billion sahaja berlaku di zaman Dato’ Seri Najib Razak, selebihnya diberi ketika Perdana Menteri, Pengerusi PROTON dan Penasihat PROTON adalah orang yang sama iaitu Tun Mahathir.

Diwaktu ‘bailout’ diberi pada zaman Tun Mahathir, ianya tidak jelas dengan “paperwork”nya dibentang dan bagaimana “figure arrive” untuk sejumlah yang dipohon.

Ada perbezaan antara bantuan zaman Najib dengan ‘bailout’ zaman Mahathir.

Tambah lagi tiada siasatan atau badan yang boleh mengesahkan wang itu diberi dan digunakan “as per request” oleh penerima.

Jika seseorang memohon bantuan kepada bank untuk perniagaannya, jumlah yang dipohon selalu di”justify” dengan sebab dan musababnya.

Kenapa jumlah itu di pohon, tetapi dalam kes PROTON di zaman Tun Mahathir ianya seolah-olah tiada “paperwork” dan tiada kajian kenapa jumlah itu diberikan.

Dalam ketika Tun Mahathir dan orang-orangnya menyerang Dato’ Seri Najib dengan isu perniagaan yang dipolitikan, mereka memberi andaian seolah-olah hutang yang dibuat oleh syarikat syarikat adalah satu jenayah.

Ini amat pelik kerana sepanjang hampir 30 tahun Tun Mahathir duduk di PROTON, memang itu sahaja kisahnya, berhutang sepanjang masa.

PROTON yang sering mendapat kerjasama semua agensi kerajaan dan macam-macam lagi untuk mengguna keretanya pun masih tidak untung lagi. Di mana silapnya?

Jika sehingga hari ini, dengan jumlah 1 juta kereta yang sudah berada di jalan raya jika dikalikan dengan harga terendah misalnya RM20,000 dikalikan dengan 1 juta sudah berapa billion hasil PROTON pada waktu itu?

Kemanakah hasil jualan kereta PROTON pergi?

Ditambah dengan ‘bailout’ RM13.9 billion tentu ada yang tidak kena dengan PROTON. “Something is not right”.

Siapakah yang sapu wang PROTON?

Bukan sahaja berkenaan wang tetapi berkenaan hala tuju, jika 5 tahun awal sudah terasa silap strategi, tentu syarikat yang bagus dan tonggak yang bagus akan mencari jalan keluar dan pembaikan.

Tetapi ini sudah 30 tahun, kenapa dalam 30 tahun pun belum tahu mana silapnya? Perodua yang lebih ke hadapan berbanding Proton.

Atau jawapan yang sering diperkatakan bukan silap PROTON tetapi Tun.

PROTON tidak senasib seperti 1MDB yang di ganggu IPOnya, disabotaj namanya, dibayar ratusan juta kepada media dunia untuk memburukannya oleh Mahathir dan proksi medianya.
PROTON dibelai, disusukan, dibuai, tetapi gagal juga.

Semenjak ditubuhkan belum pernah ada badan atau agensi menyiasat kemana pergi wang PROTON dan hasil jualan keretanya jika hendak bayar vendor setelah 30 tahun masih perlu bantuan kerajaan.

Maka dalam kempen Tun Mahathir mahu menjatuhkan Dato’ Seri Najib, puak Tun Mahathir mahu menampakkan seolah-olah hutang dalam perniagaan itu adalah satu dosa.

Dikatakan Najib berdosa sebab 1MDB berhutang banyak, walaupun 1MDB “surplus” beberapa billion asetnya. Maksudnya jika ditutup pun 1MDB ada baki lebih RM4 hingga RM5 billion.
Tidak seperti PROTON, sudah diberi berbelas billion masih lagi minta sedekah.

Mungkin ada yang menyatakan sekurang kurangnya nampak juga kereta PROTON di jalan raya, jika itu jawapannya kita pun boleh buka lagi 10 kilang kereta dengan kerugian berpuluh billion dan kata ada juga nampak banyak kereta kilang itu di jalanraya.

Persoalannya, jika Tun dan kuncu-kuncunya mendakwa hutang oleh 1MDB salah dan Najib harus dijenayahkan, maka jika perkiraan itu diambil kira, mohon Tun masuklah dulu ke dalam penjara kerana MAS, PERWAJA dan PROTON semunya berhutang dan di’bailout’ oleh tangan Tun.

Bukan senang hendak memulihkan PROTON. Moga PROTON menjadi lebih baik selepas ketiadaan Mahathir sebagai Pengerusi PROTON. Bebaskan PROTON dari “hidden hand” dan proksi.

– Beruang Biru

Sumber TKO - 20-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bekas MB bersumpah 1MDB minta cagar telaga minyak
Posted on Thursday, August 04 @ 18:14:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31243
                                                                                                                                                                                                                                                                                      Video:https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TA4hDe11wnA


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini bersumpah mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang syarikat bermasalah 1MDB pernah berhasrat mencagarkan minyak dan gas asli di perairan negeri itu.

Bekas Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said kali ini sanggup bersumpah mempertahankan dakwaannya sebelum ini yang terdapat sebuah syarikat milik 1MDB pernah cuba mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu.

Memetik laporan Free Malaysian Today, menurutnya perkara ini turut diketahui oleh Sultan Terengganu. Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud dan Tuanku sedia maklum hal berkenaan.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, Terengganu Investment Authority (TIA) mahu menjadikan hasil gas dan minyak Terengganu sebagai cagaran. Saya sedia bersumpah di mana saja bagi mempertahankan kenyataan ini,” katanya ketika berucap Persidangan UMNO Bahagian Kemaman pada Jumaat.

Ahmad menegaskan dia sanggup mendedahkan segala-galanya berkenaan TIA sebelum ditukar menjadi 1MDB apabila waktu yang sesuai.

Sebelum ini jugak di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ahmad pernah mendedahkan TIA cuba mencagarkan hasil minyak Terengganu tetapi beliau menentangnya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber TKO - 4-8-2016                                                                                                         

                                                                                                         -----------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Baliklah Jho Low, berjolilah di Malaysia - Tuan Ibrahim
Posted on Wednesday, August 03 @ 06:27:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31225

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan ahli perniagaan kelahiran negara ini, Jho Low supaya pulang jika beliau tidak dapat mencari tempat yang selamat berikutan tindankan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang mengaitkannya dengan dakwaan penyalahgunaan dana berkaitan 1MDB.

Dalam satu kenyataan media yang sarat dengan sindiran, Tuan Ibrahim berkata, memang tidak ada tempat lain yang lebih selamat untuk Low.
“Apabila Jho Low kembali ke Malaysia, yakinlah dia akan dirai. Malah akan dijemput makan bersama oleh VIP-VIP untuk membincangkan projek seterusnya,” katanya.
Tambahan pula, kata Tuan Ibrahim, ahli perniagaan itu pasti lega dan berasa lebih yakin kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudahpun berkuat kuasa.
“Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan di dalam negara.
“Malah, kerajaan boleh kutip GST lagi,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata, Malaysia Official 1 pun boleh terasa lega, kerana Low tidak akan direman di mana-mana negara.
Menurut pemimpin PAS itu, di Malaysia, 1MDB walaupun kelihatan cacat, akan tetapi ia tidak kelihatan cela dan pelbagai agensi kerajaan menyatakan tiada duit yang hilang daripada 1MDB, dan tiada siapa yang melakukan kesalahan.
“Setakat ini, isu 1MDB masih tiada kes di Malaysia meskipun ia digembar-gembur merata dunia.
“Bukan itu sahaja, malah di Malaysia, mereka yang menyoal 1MDB akan disiasat, bukan sebaliknya.
“Mereka yang meneka siapa Malaysia Official 1 akan dipanggil. Di sini, tiada kes sivil untuk menyita harta meskipun ada duit berbilion masuk ke akaun peribadi,” katanya.
Selain daripada Low, tuntutan mahkamah DOJ juga menamakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.
Antara lain, dana 1MDB didakwa digunakan untuk membeli hartanah mewah, karya seni mahal, menyelesaikan hutang judi, dan juga membeli kapal terbang dan kapal layar.                                                                                                                                                                                                  Sumber TKO - 3-8-2016                                                                                                                       --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                            

Muhyiddin akan bersama PKR jelajah isu 1MDB
Posted on Saturday, July 30 @ 15:38:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                         

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31194



Bekas Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin telah bergabung dengan PKR untuk memulakan siri jelajah seluruh negara bagi menjelaskan skandal 1MDB secara mudah kepada orang ramai.

Dalam penampilan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin berkata mereka akan menumpukan usaha di kawasan bandar dan luar bandar.
"Saya fikir jika isu 1MDB tidak dijelaskan secara meluas dalam bahasa yang mudah. Orang-orang tidak akan tahu kesan dan kesannya kepada negara," kata bekas timbalan perdana menteri itu.
Ditanya kemudian jika kerjasama ini bermakna beliau akan menyertai PKR, Muhyiddin berkata ia bukan satu isu dan beliau akan menyokong inisiatif PKR tanpa mengira parti mana yang disertainya.
Muhyiddin akhirnya dipecat daripada Umno bulan lalu selepas mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 30-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

‘1MDB Officer 3′ sudah dikenalpasti
Posted on Thursday, July 28 @ 18:48:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                                             

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31174



LONDON: Salah seorang daripada mereka yang disebutkan dalam saman penyitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dikenalpasti sebagai Jasmine Loo, bekas ketua penasihat undang-undang untuk 1MDB.

Dia juga merupakan pengantara (liaison) 1MDB ke Goldman Sachs Group Inc, bank antarabangsa yang membantu 1MDB memungut AS$6 bilion AS$6 bilion (RM24.33 bilion), menurut laporan Bloomberg.
Memetik dokumen yang disediakan DoJ, laporan itu berkata seusai salah satu daripada penjualan lumayan yang dipimpin Goldman Sach, sejumlah AS$5 juta (RM20.27 juta) daripada wang yang dipungut untuk 1MDB disalurkan melalui beberapa syarikat kosong (shell companies) dan akhirnya didakwa dimasukkan dalam akaun bank Swiss miliknya.
“Pemerintah AS merujuk kepada pegawai berkenaan sebagai ‘1MDB Officer 3′. Menurut pihak yang maklum akan hal itu, pegawai itu adalah Jasmine Loo Ai Swan – seorang rakyat Malaysia yang mengaji undang-undang di United Kingdom dan bekerja untuk satu pemaju dari Malaysia dan satu syarikat minyak sebelum menyertai 1MDB,” menurut laporan itu.
AS tidak menuduh Jasmine atau mana-mana individu melakukan jenayah dalam aduannya, yang mahu merampas aset-aset yang menurut Washington D.C “dilesapkan secara salah” daripada syarikat milik kerajaan itu.
Pada 2015, Bank Negara Malaysia memaparkan notis di laman sesawangnya menyatakan Jasmine dan seorang lagi bekas pegawai 1MDB dikehendaki untuk soal siasat.

Bloomberg berkata Jasmine tidak menjawab permohonan untuk mendapatkan ulasan yang dipohon selama beberapa bulan di Malaysia dan di pangsapuri yang dia miliki di daerah Flatiron, New York.
“Meskipun jumlahnya sederhana berbanding yang lain dalam skim itu, Pindahan AS$5 juta (RM20.27 juta) yang didakwa itu ketara. Penerimanya bukan sahaja seorang peguam dan pengantara 1MDB dengan Goldman Sachs, tetapi juga satu-satunya orang dalam 1MDB yang DoJ sebut menerima sejumlah bayaran.”
Pindahan wang itu, menurut pemerintah AS, adalah satu daripada berbelas pembayaran haram dalam skim yang dikawal Jho Low dan kesudahannya mengambil sejumlah AS$3.5 bilion (RM14.19 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad.
Laporan Bloomberg menaikkan beberapa butiran mengenai kerjaya Jasmine dan bagaimana peguam itu bekerjasama dengan Jho Low.
Ia menyebut mengenai tiga urusniaga bon yang diuruskan Goldman dan peranan yang dimainkan Jasmine dan lain-lain dan bagaimana sebahagian daripada dana yang didakwa dilencongkan ke akaun individu atau akaun syarikat syarikat kosong, termasuk orang yang disebut sebagai “Malaysian Official 1″.
Sebagai contoh, menurut laporan itu, 1MDB memungut sejumlah AS$1.56 bilion (RM6.32 bilion) daripada jualan bon pertama. Lebih daripada separuh diuntukkan bagi membeli sebuah syarikat penjana tenaga.
“Menurut pekeliling tawaran yang dikemukakan Goldman, baki AS$774 juta (RM3138 juta) ditetapkan untuk kegunaan ‘serbaguna korporat (mungkin melibatkan pemerolehan di masa akan datang)’.
“Tetapi bukan itu yang berlaku. Sejumlah AS$577 juta (RM2339 juta) disalurkan ke sebuah syarikat kosong yang dikawal oleh sekutu Jho Low, menurut pendakwaraya.”
Selepas pungutan kedua, sejumlah AS$790 juta (RM3203 juta)lagi didakwa pergi ke syarikat kosong yang dikawal rakan Jho Low. Sejumlah AS$1.26 bilion (RM5.11 bilion) didakwa disalurkan ke satu syarikat kosong baharu yang ditubuhkan oleh rakan Jho Low daripada jualan bon ketiga dan terbesar, bernilai AS$2.7 bilion (RM10.95 bilion), menurut laporan itu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber TKO - 28-7-2016         
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Perompak berkebajikan tetap perompak

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41976-perompak-berkebajikan-tetap-perompak                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  A bayar ke B, B pula bayar ke C, C bayar ke D, dan D ialah kawan-kawan karib yang ada hbungan dengan pengurus besar A.

A dengan mudahnya menegaskan tiada salah laku dan tiada duit yang hilang. Bagi A, urusannya hanya dengan B, tak kisahlah sama ada B ini syarikat kosong ataupun tidak.

Pendek kata, apa yang B buat dengan duit A, bukan masalah A, walaupun duit yang dibayar ke B akhirnya pulang ke mereka yang rapat dengan pengurus besar A melalui C dan D. Akhirnya yang berhutang hanyalah A. Pihak B, C dan D menikmati gaya hidup termewah di dunia.

Meskipun demikian, masih ada yang memuji bahawa syarikat A banyak membuat kebajikan. Namun, perompak berkebajikan tetap adalah perompak.

Tidak perlu saya menamakan siapa syarikat A, sebagaimana "Malaysia Official 1.:

Apa yang berlaku hari ini?

Kegagalan agensi-agensi berkuasa negara, ditambah dengan kongkongan kuasa politik yang menyebabkan ada sebilangan mereka yang terlibat dengan penyiasatan telah diberhentikan telah membuat rakyat terasa negara tidak berupaya membongkar kes 1MDB.

Akibatnya, apabila ada negara lain yang sudi membongkar isu 1MDB, seperti Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dan juga negara-negara lain, rakyat terus mempercayai apa yang didedahkan penyiasatan mereka.

Jangan salahkan rakyat. Rakyat tiada pilihan kerana alasan-alasan yang bukan sahaja kurang logik malah tidak konsisten yang diberikan pihak berkuasa selama ini melanggar akal mereka.

AS mahu menjaga negaranya daripada dijadikan tempat mencuci wang haram, atau wang rompakan daripada negara lain. Mereka yang dinamakan perlu menjawab di mana datangnya sumber kewangan mereka, apakah sumber itu halal dan telah dicukai?

Sekiranya jawapan ialah hadiah, maka siasatan akan dilakukan kepada si pemberi hadiah, di mana soalan yang sama akan ditanya, di mana datangnya sumber hadiah tersebut? Semua ini akan disiasat berterusan sehingga lubuk, kerana masing-masing akan mencari jalan untuk menyelamatkan diri sendiri.

Sebagai contoh, bayangkan kalau tuduhan bahawa duit 1MDB disonglap sebagai modal perjudian beberapa individu terbukti betul? Bukankah ini satu penghinaan sedangkan ramai rakyat yang sedang bergelut membayar PTPTN?

Namun begitu, ada yang was-was dengan siasatan DOJ, kerana sejarah dan sikap AS yang suka mencampuri urusan negara lain yang bermasalah dalaman. Apakah rasional pandangan ini terhadap isu 1MDB?

Walaupun begitu, jangan ada pihak yang mencemuh pihak yang was-was ini. Kebimbangan mereka terhadap sikap suka campur tangan kuasa asing khasnya AS ke atas negara umat Islam ada asasnya perlu diberi perhatian. Kerana sejarah membuktikan permasalahan dalaman negara, penindasan dan kezaliman akan membuka ruang campur tangan asing.

Kerajaan yang bertindak zalim menyebabkan rakyat mula terasa ingin memberontak secara dalaman. Akan tetapi, dengan sistem demokrasi yang ditempangkan untuk menjaga kekuasaan kerajaan yang zalim, rakyat terasa tertekan dan hilang harapan untuk menukar kerajaan.

Ketika itu, kuasa asing akan mengambil kesempatan kerana sebarang bantuan yang datang akan disambut rakyat, termasuklah bantuan daripada pihak asing.

Tuan Guru Presiden PAS di rumah Hari Raya terbuka PAS Pusat di Kedah menyebut bahawa:

"1MDB ini satu kes yang perlu disiasat dan tidak boleh dibiarkan. Jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan. Kalau pihak asing campur tangan, itu silap kita sendiri. Apa yang penting kes ini perlu disiasat dengan adil dan telus oleh kita sendiri, jangan biar sampai orang boleh campur hal kita. Itu bukan kerja PAS, itu kesilapan pihak berkenaan..."

Teguran beliau mudah. Beliau mendesak agar mereka yang berkuasa hari ini mengambil tindakan sewajarnya menyiasat 1MDB dengan sendiri supaya pihak asing tiada ruang untuk campur tangan. Kalau pihak asing dapat campur tangan kerana kegagalan pihak berkuasa bertindak, dosa di tangan mereka yang berkuasa.

Penegasan Presiden PAS dan beberapa pihak yang lain adalah peringatan penting bahawa sebarang campur tangan asing mesti dielak dalam apa jua kemelut yang berlaku dalam negara.

Saya dengan ini menyarankan agar Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersatu, dan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja yang turut dianggotai Majlis Raja-Raja bagi membuka balik segala siasatan terhadap 1MDB.

Kerajaan tidak harus berlengah lagi untuk menghidupkan Suruhanjaya Diraja ini, malah ia masih selari dengan seruan kenyataan Raja-Raja Melayu sebelum ini yang menggesa kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Kepada pihak berkuasa tempatan, jangan dibiarkan kesilapan-kesilapan kerajaan zalim di serara dunia sehingga menyebabkan negara tergadai berulang di Malaysia. Hutang negara sudahpun mencecah RM847 bilion pada 2015. Jangan biarkan keadaan ini melarat ke satu hari nanti, di mana Bank Dunia dan IMF menanti untuk menghulurkan bantuan. Ketika itu, sudah terlambat bagi negara untuk menghalang campur tangan asing.

Kepada yang bimbang dengan campur tangan asing dalam isu 1MDB, penyelesaiannya mudah - bersatulah mendesak agar Suruhanjaya Diraja terhadap 1MDB dibuka dan teruskan desakan sehingga agensi-agensi berkuasa berani berdikari dan melakukan pendakwaan kepada mereka yang terlibat dalam merompak harta negara, dan berusahalah untuk membuat pengorbanan ke arah menukar kerajaan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

26 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 26/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber HD - 26-7-2016                                                                                                                      --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























1MDB: Perlu bukti perkara sebenar berlaku

RIZAL TAHIR | .


                                                        http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41970-1mdb-perlu-bukti-perkara-sebenar-berlaku                                                                                                                                                                                                                                                                                                                KOTA BHARU: PAS mahu kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini berdepan kes saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dibuktikan perkara sebenar yang berlaku.

Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, sekiranya didapati bersalah pihak terlibat wajar dibawa ke muka pengadilan.

“Kita ingin mendapat penjelasan dan buktikan perkara sebenar berlaku. Kalau salah, buktikan salah dan begitulah sebaliknya,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis Aidilfitri Kelantan Golden Trade (KGT) dan penyampaian sumbangan kepada 60 penerima hari ini.

Pada 20 Julai lepas DOJ memfailkan saman sivil berikutan terdapat dakwaan dana 1MDB bernilai lebih AS$1 bilion digelapkan pihak tertentu di negara tersebut.

Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika mendakwa dana 1MDB dicuri atas nama pelaburan termasuk digunakan bagi membayar hutang judi di Las Vegas.

Saman itu dikemukakan bagi membolehkan pihak berkuasa negara terbabit mendapatkan kembali aset yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata siasatan wajar juga dilakukan di negara ini, bagaimanapun harap ia perlu benar-benar telus. - HARAKAHDAILY 25/7/2016                                                                                                                                                                                   Sumber HD - 25-7-2016                                                                                                                      --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























1MDB: Masalah amanah dan sistem yang tidak ikut Islam

AHMAD HAKIMI OTHMAN | .



  http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41959-1mdb-masalah-amanah-dan-sistem-yang-tidak-ikut-islam                                                                                                                                                                                                                                                                                                       MASALAH 1MDB adalah masalah amanah dan bersangkutpaut dengan sistem yang memberi amanah tersebut. Ia juga bukan satu-satunya masalah negara setakat ini.

Kalau kita melihat daripada kacamata Islam, bala yang ada ini adalah akibat jauh daripada penyelesaian menyeluruh iaitu Islam. Namun, untuk mengubah mala petaka ini kepada kebaikan memerlukan kesabaran dan meyakinkan rakyat bahawa membaiki kerosakan bukan boleh berlaku sekelip mata.

Ia bukan janji politik seperti janji mencegah banjir, tapi banjir tetap berlaku. Janji untuk rumah rakyat, tetapi perumahan baru yang tumbuh tetap sahaja tidak mampu milik, malah menjadikan kapitalis konglomerat mengaut untung berlipat ganda dengan eksploitasi ekonomi melalui instrumen kewangan seperti perbankan, insurans dan kerangka undang-undang yang membolehkan semuanya.

Penyelesaian PAS yang diajukan presidennya, adalah yakin dengan Islam. Yakin dan istiqamah bahawa hanya Islam mampu menyelesaikan semua ini. Apa pun masalah termasuk 1MDB dan masalah yang berkaitan dengannya perlu diselesaikan dengan Islam.

Apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarika (United States Department of Justice - DOJ) memunculkan masalah berkaitan pembongkaran penggubahan wang haram di negara Amerika yang dikatakan sebahagian daripada isu 1MDB, kita perlu tenang dan berfikir dengan waras untuk menyelesaikannya.

Isu money laundering, pecah amanah merupakan masalah undang-undang sivil. Apatah lagi jika melibatkan undang-undang antabangsa. Jika kesalahan dilakukan di negara lain, tanggungjawab negara tersebut yang melaksanakan proses kehakiman.

Namun sekiranya melibatkan dana negara, ia perlu dimulakan di Malaysia. Undang-undang terlibat perlu melalui silang proses yang lama. Apatah lagi jika melibatkan 3 - 4 negara. Soalnya, di mana proses penggubahan wang berlaku? Antara negara? Atau firma secondary yang terlibat?

Jika kita faham sistem dan masalah sebenar, kita akan tahu. Ia bukan sekadar masalah saman awam (sivil suit) untuk kesalahan di Amerika Syarikat, tetapi melalui lapisan yang lain. Jika melibatkan yang dikatakan wakil kerajaan, pastinya wakil kerajaan tersebut mempunyai penama dalam syarikat di sana, dan dari situ baru mahkamah boleh mendakwa. Soalnya, berlakukah begitu?

Apa yang jadi masalah dibimbangi campurtangan luar negara?

Yang dibimbangi bukan tindakan DOJ Amerika, yang dibimbangi bagaimana segala proses ini melibatkan kerajaan, tapi siapa wakil kerajaan Malaysia yang sepatutnya memberi maklumat untuk selesaikan masalah ini antara undang-undang di antara negara?

Maka, kerisauan ialah siapakah yang menjadikan kes ini batu loncatan untuk melawan Najib dengan ada dalang dari negara yang menggunakan hubungan di Amerika untuk mensensasikan isu ini dengan halatuju yang tidak menyelesaikan masalah.

Pastinya jika ada hubungan, pasti ada rundingan, jika ada rundingan pasti ada faedah bagi pihak yang terbabit. Yang dirisaukan ialah jika faedah yang dirundingkan itu melibatkan kepentingan negara pada masa hadapan. Mereka yang mungkin berjaya, akan diugut pada masa hadapan jika berjaya menjadi Pemimpin.

Perkara yang ada di hadapan kita ini tidak semudah yang kita lihat. Banyak kes yang berlaku yang menjadi contoh apabila melibatkan orang luar negara.

Tidak ingatkah kita isu rundingsn anwar-najib yang melibatkan orang ketiga dari Indonesia iaitu Jusuf Kalla? Ataupun sejarah lampau kontroversi Indonesia - Malaysia dalam zaman konfrontasi Malaysia Indonesia?

Kehebatan Ali Moertopo menggunakan isu tersebut untuk menukar Sukarno kepada Suharto?

Ataupun seperti kes yang dilaporkan di Yaman. Bagaimana orang-orang bekas presiden Ali Abdullah Saleh bekerjasama denga orang luar seperti Saudi dan Amerika untuk menjatuhkan Abdul Hadi Rabbuh, akhirnya huru-hara sampai hari ini.

Isunya mudah, mahu menjatuhkan musuh politik dalam negara, tetapi sanggup khianat guna khidmat orang luar.

Untuk isu yang berlaku ini, perlu fikir semasak-masak dan sebaik-baiknya. Jangan menang sorak, kampung tergadai. – HARAKAHDAILY 25/7/2016                                                                                                                                                                                                                                         Sumber HD - 25-7-2016                
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Kronologi pendirian PAS berhubung skandal 1MDB

IZWAN ABDUL HALIM | .
Add caption


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41966-kronologi-pendirian-pas-berhubung-skandal-1mdb                                                                                                                                                                                                                                                                             DAKWAAN kononnya PAS membisu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah propaganda, cetusan sensasi dan publisiti murahan pihak yang terdesak untuk mencalar kewibawaan PAS. Malah, difitnah pula pimpinan PAS cuba melindungi mereka yang terlibat termasuk Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan menerima imbuhan ‘dedak’ atas sikap itu.

Hakikatnya, ketika banyak pihak tergopoh-gapah, emosi dan tidak memahami isu sebenar, PAS tenang dan paling terkehadapan menanggapi isu serta permasalahan ini secara matang mengikut lunas pentadbiran, perekonomian dan undang-undang yang selaras.

PAS tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terma universal bahawa setiap tuduhan penyelewengan atau salah guna kuasa mesti disiasat secara telus. Setiap penyiasatan mesti dikemukakan bukti, seterusnya dihadapkan kes untuk diadili, di mana tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Sebaliknya, jika wujud kesilapan pengurusan pelaburan dan kewangan atau salah jangkaan pelaburan, maka penambahbaikan dan kebertanggungjawaban pihak yang berkenaan perlu diberikan perhatian, serta hak pihak tertentu atau rakyat umum dikembalikan.

Maka di sini disenaraikan sebahagian daripada banyak penegasan pimpinan PAS terhadap skandal 1MDB yang mungkin cuba dibutakan oleh sesetengah pihak untuk menghalalkan persepsi jahat mereka kepada PAS:

24 Julai 2016
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peringatan agar pihak asing tidak campur tangan dalam siasatan terhadap skandal dana 1MDB. Katanya, kes 1MDB perlu disiasat secara adil dan telus serta tidak boleh dibiarkan. Namun jangan dedah ruang kepada pihak asing untuk campur tangan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali menggesa supaya dokumen berhubung 1MDB yang ketika ini berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) agar diklasifikasikan semula. Beliau menuntut agar ia terbuka untuk siasatan.

21 Julai 2016
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menegaskan parti itu menolak sebarang usaha campur tangan asing termasuk Amerika Syarikat (AS) dalam urusan negara ini. Meskipun demikian PAS tetap memandang serius tuduhan AS kononnya wujud penyelewengan melibatkan 1MDB dan menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes.

10 Julai 2016
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap rakyat tidak terpedaya dengan laporan dikeluarkan laman sesawang Sarawak Report mengenai 1MDB. Beliau menggesa agar Laporan Ketua Audit Negara yang tulen didedahkan serta tidak tertakluk di bawah OSA, selain merujuk laporan lengkap yang telah disediakan PAC. Pendedahan itu katanya, perlu supaya dapat dibuktikan bahawa laporan oleh Sarawak Report adalah silap.

31 Mei 2016
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan bahawa komponen BN iaitu MCA dan MIC sepatutnya mengugut untuk meletakkan jawatan ketika negara berdepan isu 1MDB dan bukannya ugut hendak letak jawatan sekiranya RUU Akta 355 Mahkamah Syariah diterima.

28 April 2016
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara mampu menambah keyakinan rakyat terhadap usaha memulihkan kedudukan kewangan negara, terutama dalam menyelesaikan kemelut 1MDB serta bersikap tegas terhadap skandal itu.

25 April 2016
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Arul Kanda mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan semua maklumat berkaitan dengan penipuan yang didakwanya.

“Memandang Arul sudah berkali-kali menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan, PAS menyarankan Arul mendedahkan segalanya sebelum beliau berundur. Seeloknya Arul dapat bekerjasama dengan Gabernor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di hari-hari terakhir beliau sebelum bersara untuk merungkai misteri ini,” serunya.

8 April 2016
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak memohon maaf kepada rakyat secara terbuka kerana membiarkan 1MDB mengumpul hutang sehingga RM50 bilion.

Najib juga digesa mengamalkan kepimpinan melalui teladan iaitu mengambil tanggungjawab penuh terhadap kelemahan pentadbiran 1MDB dengan mengundurkan diri sebagai Menteri Kewangan Malaysia pada kadar segera.

13 Oktober 2015
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa Suruhanjaya DiRaja diwujudkan bagi menyiasat skandal 1MDB. Kenyataan beliau itu dibuat bersama Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

7 Oktober 2015
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong penuh saranan Raja-Raja Melayu yang mendesak supaya siasatan ke atas 1MDB diselesaikan dengan cepat. Katanya, dengan desakan itu, kerajaan seharusnya tidak melengah-lengahkan usaha untuk menghidupkan semula pasukan siasatan khas 1MDB.

Pasukan itu menurutnya, perlu terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan membenarkan mereka menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“PAS mengharapkan pasukan siasatan ini akan melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail meskipun beliau telah bersara dan juga Ketua Audit Negara yang telah menyerahkan laporan audit 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tan Sri Dr Zeti pula diberi kuasa penuh mendedahkan hasil siasatan dari semasa ke semasa seperti ketika pasukan siasatan aktif sebelum dibenamkan,” ujarnya.

3 Ogos 2015
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi menggesa isu 1MDB di bawa ke sidang khas Parlimen agar masalah mengenainya dapat terungkai dan telus ke pengetahuan rakyat.

7 Julai 2015
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar meneliti dengan cermat kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS, khususnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan dan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, berhubung kontroversi 1MDB.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin terbabit bukan bermaksud mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya dengan jelas meminta pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan terhadap Najib.

5 Julai 2015
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi menggesa Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyaman WSJ dan Sarawak Report serta membuat deklarasi harta anggota keluarganya jika benar dakwaan media tersebut adalah tuduhan.

7 Jun 2015
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menawarkan kesediaan PAS memberi ruang kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap mendedahkan isu penyelewengan 1MDB.

5 Jun 2015
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa terdapat aliran wang 1MDB bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib, sebagai tidak logik.

21 Mei 2015
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan bahawa Lembaga Pengarah 1MDB sebenarnya tidak berkuasa tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Penasihat 1MDB. Katanya, tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyalahkan Lembaga Pengarah 1MDB tanpa melibatkan Najib hanyalah jalan pintas Umno mencari kambing hitam.

“Tidak mungkin dapat mempengaruhi Kerajaan Malaysia untuk menjamin bon-bon yang dikeluarkannya tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Mungkinkah 1MDB dapat membeli tanah TRX dan lapangan terbang Sungai Besi pada harga sebegitu murah hanya dengan pengaruh yang dimiliki ahli pengarahnya sahaja? Siapa pun tak percaya.

“Tanpa kuasa dan pengaruh tertinggi di Malaysia, tidak mungkin 1MDB dapat menghimpun hutang sebanyak RM42 bilion daripada pelbagai sumber termasuklah Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” ujar beliau.

13 Mei 2015
Naib Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melontarkan persoalan siapakah sebenarnya pembeli sukuk bernilai RM579.2 juta 1MDB seperti didakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli? Beliau turut mempersoalkan di mana dana RM1.5 bilion yang dikeluarkan hasil jualan sukuk oleh 1MDB, yang mana RM920.8 juta disahkan pembeliannya oleh Lembaga Tabung Haji pada Februari 2014.

Menurut beliau, dua hari sebelumnya, Tabung Haji mengaku membeli sukuk Bandar Malaysia terbitan 1MDB sebanyak RM920.8 juta pada Februari 2014.

13 Januari 2015
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan 1MDB menebus kembali semua dana berjumlah AS$2.318 bilion (RM8.147 bilion) yang dilaburkan di Kepulauan Cayman, sedangkan sebelum ini syarikat itu mendakwa ia pelaburan yang sangat menguntungkan.

15 Disember 2014
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mendesak Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberi penjelasan dakwaan bahawa 1MDB memohon BNM melanjutkan tempoh pinjaman tidak berbayarnya (NPL). – HARAKAHDAILY 25/7/2016                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 25-7-2016                                                                                                                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Skandal 1MDB: Sampai bila akan selesai?

MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41960-skandal-1mdb-sampai-bila-akan-selesai                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            MAPIM kesal penyelesaian tertangguh isu 1MDB kini telah mengheret Malaysia kepada kedudukan yang sangat buruk pada mata dunia. Malaysia kini kehilangan kredibiliti sebagai sebuah negara yang dikatakan mengamalkan dasar membasmi rasuah dan salahtadbir kewangan negara.

Ternyata siasatan 1MDB yang dianggap sudah selesai di Malaysia, kini sedang disiasat di negara asing. Pendedahan terbaru yang diumumkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengejutkan semua.

Kerajaan tidak boleh lagi berhujah bahawa ada rancangan campurtangan dari luar kerana kes ini melibatkan salah urus dan penyelewengan yang melibatkan dana sebuah syarikat Malaysia yang dikelola oleh rakyat Malaysia sendiri.

Dengan pendedahan terbaru oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat itu, rakyat sekali lagi terpaksa menunggu dalam kekaburan. Apakah sebenarnya kedudukan pengurusan dana syarikat pelaburan Malaysia itu, padahal pihak Peguam Negara sebelum ini mengisytiharkan tidak ada salahlaku dalam pengurusan 1MDB.

Timbalan Perdana Menteri menyatakan Malaysia komited untuk bekerjasama dalam kes yang sedang difail oleh DOJ dan mereka yang didapati bersalah akan menghadapi hukuman sewajarnya.

Jika siasatan telus tidak dilakukan, Malaysia akan tercatat sebagai negara yang melindungi pesalah dan menghalalkan skandal salahguna wang awam terbesar dalam sejarah negara ini.

Akibat dana 1MDB berbilion ringgit dibenarkan bergerak dalam transaksi yang dilihat sebagai pengubahan wang haram (money laundering), imej pengurusan ekonomi Malaysia kini sangat terjejas.

Malangnya pihak berkuasa Malaysia nampaknya terus berdalih untuk mempertahankan pengurusan 1MDB yang terpalit dengan pelbagai persoalan.

Padahal pendedahan demi pendedahan terus tersiar yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap agensi yang sepatutnya menjalankan penguatkuasaan.

Kini rakyat dimaklumkan pendakwaan sivil serta rampasan aset yang berkaitan dengan dana 1MDB telah dimulakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Respon kerajaan Malaysia maseh kabur dan tidak tuntas. Sedangkan kes ini termasuk kes Pengubahan Wang Haram yang melibatkan dana dari sebuah syarikat pelaburan Malaysia yang sangat besar.

Beberapa Menteri nampaknya maseh berada dalam sindrom penafian. Belum jelas apakah yang sebenarnya patut dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Yang didengari rakyat hanya kenyataan berulang agar rakyat jangan cepat membuat rumusan dan mengesa agar rakyat memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri.

Soalnya sampai bila setiap kali pendedahan diangkat ke pengetahuan umum, pemimpin kerajaan memberi reaksi akan mendakwa mereka yang mendedahkan maklumat yang dikelasifikasi sebagai maklumat sulit. Bukan bertindak untuk menghukum mereka yang bersalah.

Kes sivil ini yang akan dibawa kemuka pengadilan di Amerika Syarikat itu adalah dibawah kesalahan mencuri khazanah negara oleh pemerintah sendiri. Mengguna peruntukan Kleptocracy Asset Recovery Initiative (Inisiatif merampas aset yang dicuri oleh pihak berkuasa dan memulangkan kembali kepada pemilik).

Jika ia benar suatu kes sivil, ia tetap satu pengkhianatan berskala terlalu besar kerana nilai wang berbilion ringgit yang dilibatkan itu adalah jumlah wang yang bakal menjadi liabiliti kepada negara yang akhirnya ditanggung oleh rakyat sendiri.

Reaksi pemimpin negara bahawa Kerajaan Malaysia memandang serius terhadap kes ini masih tidak menyakinkan rakyat Malaysia.

Perjalanan aliran dana 1MDB dikesan melalui beberapa jalur, bergerak ke beberapa syarikat dan berakhir dengan manfaat bernilai berbilion ringgit kepada beberapa kerat individu.

Sudah tentu bagi rakyat biasa, sangat sulit memahami  bagaimana modal berbilion ringgit dari 1MDB dipindah dari satu syarikat kepada satu syarikat yang melibatkan empat negara  iaitu UK, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Singapora dan Malaysia.

Oleh sebab itu isu pengubahan wang haram yang dilakukan dengan sangat licik di arena antarabangsa sering tidak diberi perhatian oleh rakyat biasa.

Apa yang mudah difahami ialah sejumlah lebih RM4 bilion ( USD1 bilion ) dari syarikat Malaysia yang berpunca dari modal rakyat Malaysia telah dipindahkan kepada poket individu.

Pihak DOJ Amerika Syarikat mendedahkan ujudnya penglibatan "Malaysian Official 1" dalam laporannya. Walaupun tidak dinamakan individu berkenaan sepatutnya ia sudah cukup untuk pihak berkuasa Malaysia segera bertindak.

Menunda sehingga ada sebutan rasmi nama individu yang dimaksudkan, akan menyebabkan persepsi rakyat semakin kukuh bahawa pihak berkuasa Malaysia mahu melindungi individu berkenaan dari didakwa.

Pendakwaan sivil itu mengaitkan pemindahan wang dari 1MDB kepada beberapa individu yang mendapat kelulusan penjawat awam nombor 1 Malaysia. Mengikut laporan DOJ, mereka mendapat habuan lumayan beratus juta USD dari dana 1MDB secara transaksi pintas yang menyalahi undang-undang Amerika Syarikat.

Jika ini dianggap perkara biasa seperti yang dikatakan oleh seorang Menteri Kabinet Malaysia, jelas integriti kerajaan di negara ini tidak dapat dipertahankan lagi.

Kami mengesa:

1.Adakan sidang khas Parlimen untuk membahaskan isu 1MDB dan Perdana Menteri dan seluruh Jamaah Menteri perlu bersedia menjawab persoalan yang dibangkitkan sehingga tidak ada hal yang berkaitan dengan isu tersebut tidak mendapat penjelasan yang tuntas.

2.PAC dan SPRM perlu segera mengadakan pertemuan secara langsung dengan DOJ dan Peguam Negara Amerika Syarikat yang mengisytiharkan siasatan mereka mempunyai cukup bukti untuk melancarkan tindakan sivil ke atas individu serta aset yang terbabit dengan pengubahan wang haram melalui 1MDB.

3.Wang dan aset daripada kekayaan yang diperoleh oleh individu berkenaan daripada pemindahan dana 1MDB yang dirampas oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat hendaklah dijamin dipulangkan kepada Malaysia.
4.Siasatan yang baru untuk meneliti laporan DOJ hendaklah dijalankan oleh sebuah Suruhanjaya Khas bagi mengenalpasti siapa, sejauhmana dana dipindahkan dan bagaimana salahlaku pengurusan syarikat pelaburan Malaysia dapat dikenalpasti. Rekomendasi yang jelas berdasarkan siasatan yang dilakukan hendaklah dibentangkan di Parlimen. – HARAKAHDAILY 25/7/2016                                                                                                                                                                    Sumber HD - 25-7-2016                                                                                                                    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------       

Pilihan Raya Dan Kuasa Baru Boleh Segerakan Siasatan 1MDB

KUALA TERENGGANU – Hanya dengan pilihan raya dan peralihan kuasa di peringkat pusat yang boleh mempercepatkan siasatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS, Datuk Wan Muttalib Embong berkata, kerajaan dan kuasa baharu yang boleh membuka semula siasatan berhubung syarikat pelaburan itu yang telah ditutup sebelum ini.
“Jalan lain adalah pilihan raya baharu, rakyat boleh tentukan. Yang ini kita kena ubah kerajaan dan hanya kerajaan baharu selain BN yang boleh buka semula kes yang ditutup oleh sebuah negara baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Dun Batu Burok, di Kuala Ibai, di sini.
Beliau berkata, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja juga amat mustahak dalam menyelesaikan isu yang berlaku ini walaupun menyifatkan penubuhan itu mungkin agak terlewat.
Bagaimanapun katanya, suruhanjaya terbabit turut tertakluk kepada pelantikan untuk memastikan ia benar-benar bebas dalam melakukan penyiasatan yang telus dan tidak menolak bahawa penubuhannya sudah tentu dibuat oleh kerajaan.
“Kena tengok peruntukkan yang asal, sejauh mana hendak beri kuasa (kepada Siasatan Diraja), ambil kuasa di Parlimen tetapi masih dikawal kerajaan yang memerintah.
“Suruhanjaya Diraja ada dua badan, yang pertama polis, yang kedua SPRM tetapi jika kedua-dua tidak menyempurnakan fungsi yang dikehendaki masyarakat, rakyat dan melintasi kuasa yang ada (pada polis dan SPRM), kita pergi ke parlimen. Di parlimen ini semua orang boleh meletakkan kaedah-kaedah penyiasatan ini. Parlimen boleh buat peraturan-peraturan dia,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai Amerika Syarikat yang memfailkan permohonan rampasan sivil bagi mendapatkan semula lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait rapat dengan syarikat 1MBD, beliau memberitahu bahawa kerajaan terbabit bertindak untuk membersihkan namanya daripada sebarang aktiviti yang menyalahi perundangan.
Tidak menafikan bahawa pendedahan tersebut mencemarkan imej negara, beliau turut mendakwa Amerika Syarikat merupakan antara negara terserlah dalam aspek ketelusan pentadbiran dan pemerintahan.
Jelasnya, tindakan diambil negara itu kerana tidak mahu masalah negara lain mencemarkan negaranya.
Dalam kes ini katanya, beliau berharap Amerika Syarikat melakukan penyiasatan telus dan tidak berniat buruk terhadap negara.
“Kita mahu penyiasatan itu menyeluruh. Biarlah pendedahan itu ikhlas dan benar-benar telus, bukan ada niat buruk tetapi kalau ia libatkan negara kita sendiri, mungkin orang yang berkuasa itu cuba sembunyikan sesuatu.
“Bagi negara lain, dia tengok ketelusan transaksi kewangan itu, bagaimana boleh melibatkan negara dia sendiri dan dia tidak mahu sistem kewangan itu tercemar disebabkan perbuatan-perbuatan (penggubahan wang haram) ini,” katanya.
                                                                                                                                                                                              Sumber BO - 24-7-2016                                                                                                                      --------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
'Malaysian Official 1' disebut 36 kali dalam kertas mahkamah AS
Posted on Sunday, July 24 @ 19:44:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31128



Walaupun pegawai undang-undang tertinggi di negara ini dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam saman sivil kerajaan Amerika Syarikat, namun perkataan individu yang dikenali sebagai 'Malaysian Official 1' telah dipetik sebanyak 36 kali dalam saman sivil tersebut.

Ia termasuk dua perenggan di mana dokumen mahkamah itu - pada halaman 75, perenggan 263- memetik sidang media yang dibuat Apandi pada Januari lalu yang turut membersihkan nama Najib.
Malah, anggota parlimen Petaling Jaya Utara yang juga Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pula mendakwa 'Malaysian Official 1'  tidak ada orang lain lagi selain Najib.
Pua dalam sidang medianya pada Khamis berkata, terdapat tiga transaksi pembayaran deposit yang dibuat kepada akaun Najib antara 2011 dan yang terakhir serta kontroversi adalah sebanyak AS$681 juta yang dibuat pada Mac 2013 sebelum pilihan raya umum ke-13 yang mana ia selepas AS$3 bilion bon 1MDB dikeluarkan.
Malaysiakini telah menyusun 36 petikan nama 'Malaysian Official 1' yang terkandung dalam dokumen setebal 136 halaman itu.
Di bawah ini adalah perenggan yang memetik nama individu misteri itu yang terkandung dalam hampir keseluruhan dokumen mahkamah berkenaan.


Para 28. 'Malaysian Official 1' merupakan pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang kedudukan yang berkuasa dalam 1MDB. Semasa waktu yang releven dengan aduan tersebut, 'Malaysian Official 1' merupakan "pegawai awam" yang mana istilah itu digunakan dalam 18 U.S.C § 1956(c)(7)(B)(iv) dan "penjawat awam" sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia.
29. Riza Shahriz Bin Abdul Aziz ("Aziz"), seorang warganegara Malaysia, mempunyai tali persaudaraan dengan 'Malaysian Official 1' dan kawan kepada Low. Beliau mengasaskan Red Granite Pictures, satu syarikat produksi filem Hollywood dan studio pengedaran pada tahun 2010.
39. Setelah pembentukannya (1MDB), 'Malaysian Official 1' mengambil alih kedudukan kuasa 1MDB. 'Malaysian Official 1' mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan dan pemindahan Lembaga Pengarah 1MDB dan Pengurusan Kanan 1MDB. Di samping itu, sebarang komitmen kewangan 1MDB termasuk pelaburan, yang berkemungkinan menjejaskan jaminan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia, memerlukan kelulusan rasmi 'Malaysian Official 1'.
50. Satu mesyuarat khas Lembaga Pengarah 1MDB telah diadakan pada 26 September 2009 yang mana ia telah dihadiri oleh Pegawai 1MDB 1 dan 2 serta ahli-ahli Lembaga Pengarah. Low (Jho Low) juga menghadiri mesyuarat ini. Hanya sebelum mesyuarat itu, Low bercakap melalui telefon dengan 'Malaysian Official 1'.
(Judul Seksyen): Dana yang disalahgunakan dari 1MDB telah dipindahkan kepada pengasas bersama PetroSaudi dan selepas itu kepada 'Malaysian Official 1'.
Selepas judul di atas, carta yang dinamakan sebagai Table 2 pada muka surat 34 dalam dokumen tersebut menunjukkan dana AS$20 juta memasuki akaun 'Malaysian Official 1' dipaparkan.
99. Seperti yang dinyatakan di atas, antara September dan Oktober 2009, $700 juta dipesongkan daripada 1MDB kepada Akaun Good Star. Tambahan sebanyak $330 juta dipesongkan daripada 1MDB kepada Akaun Good Star antara Mei dan Oktober 2011. Menurut rekod perbankan J.P Morgan Chase, antara Februari dan Jun 2011, kira-kira $24,500,000 dana ini telah dipindahkan ke akaun di Riyad Bank dengan nama seorang putera Arab Saudi yang mana ia bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi, pengasas PetroSaudi (PetroSaudi Co-Founder).
Dari dana tersebut, $20,000,000 telah dipindahkan dalam masa beberapa hari kepada akaun milik 'Malaysian Official 1'.
102. Plaintif mendakwa secara informasi dan percaya bahawa 'Malaysian Official 1' merupakan orang yang paling mendapat manfaat terhadap akaun AmPrivate Banking-MR. Akaun AmPrivate Banking-MR adalah akaun yang sama yang kemudiannya menerima bayaran tertentu berjumlah kira-kira AS$681 juta pada Mac 2013. Seperti yang dinyatakan dalam Perenggan 263 di bawah, Peguam Negara Malaysia secara terbuka menyatakan bahawa akaun yang telah dibuat pembayaran sebanyak $681 juta merupakan milik 'Malaysian Official 1'.
119. Dana yang dipindahkan ke Akaun Blackstone melalui Aabar-BVI seterusnya diagihkan kepada pegawai-pegawai IPIC, Aabar dan 1MDB. Antara kira-kira bulan Mei dan November 2012, tidak lama selepas Blackstone menerima dana daripada Akaun Swiss Aabar-BVI, Blackstone memindahkan $472,750,000 kepada akaun Luxembourg yang dimiliki oleh Qubaisi. Semasa kira-kira dalam tempoh yang sama, Blackstone memindahkan $66,600,000 kepada dua akaun berlainan yang dimiliki oleh Husseiny. Pada Oktober dan November 2012, Blackstone memindahkan $30,000,000 kepada akaun yang dimiliki oleh 'Malaysian Official 1'. Akhirnya ada Disember 2012, Blackstone memindahkan $5 juta kepada akaun Swiss yang dimiliki oleh Pegawai 1MDB 3 yang ketika itu merupakan Ketua Penasihat Perundangan dan Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB.
120. Tidak lama selepas menerima hasil kedua-dua jualan bon 2012 daripada 1MDB, Aabar-BVI juga telah memindahkan $238,000,000 ke akaun bank Singapura milik Red Granite Capital, sebuah entiti yang dimiliki oleh Riza Shahriz Bin Abdul Aziz ("Aziz"). Aziz merupakan individu yang mempunyai tali persaudaraan dengan 'Malaysian Official 1' dan kawan kepada Low. Antara lain, Aziz menggunakan wang ini untuk membeli hartanah mewah di Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk kepentingan peribadinya dan membiayai syarikat produksi filem beliau, Red Granite Pictures.
143. Sepanjang beberapa bulan, sebahagian besar daripada hasil kedua-dua jualan bon 2012- kira-kira $1.367 bilion secara keseluruhan- telah dipindahkan daripada 1MDB kepada akaun bank di Bank BSI di Switzerland yang dinamakan atas nama Aabar-BVI. Plaintif mendakwa secara informatif dan percaya bahawa dana yang dipindahkan ke dalam Akaun Swiss Aabar-BVI oleh 1MDB bukan untuk manfaat 1MDB, IPIC atau Aabar. Sebaliknya, Akaun Swiss Aabar-BVI telah digunakan untuk melakukan pemesongan yang menyalahi undang-undang hasil bon daripada Projek Magnolia dan Projek Maximus, yang mana selepas itu ia digunakan, setelah melalui pelbagai akaun untuk membuat pembayaran yang cukup banyak kepada Qubaisi, Husseiny, 'Malaysian Official 1', dan Pegawai 1MDB 3.
178. Apabila dana telah dipindahkan dari Aabar-BVI kepada Blackstone, mereka membuat pembayaran kepada Qubaisi dan Husseiny (dua pegawai rasmi Emirates Arab Bersatu), yang berkhidmat sebagai pegawai-pegawai kepada Aabar dan Aabar-BVI, kepada 'Malaysian Official 1' dan Pegawai 1MDB 3. Pengagihan dana ini daripada akaun Blackstone adalah untuk faedah peribadi pegawai yang terlibat dalam urus niaga bon yang membuktikan satu penyelewengan dana awam dan pemesongan hasil bon daripada tujuan yang dimaksudkan.                                                                                                                                                                                                    Sumber TKO - 24-7-2016                                                                                                                   ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku Suka Kalau Semua Pesalah 1MDB Kena Tangkap - Afdlin Shauki
Posted on Saturday, July 23 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31121



KUALA LUMPUR –  Pelakon dan pelawak terkenal Malaysia, Afdlin Shauki mengesa semua pesalah 1MDB ditangkap dan diadili.

Menurutnya, beliau berasa gembira sekira pesalah-pesalah tersebut ditangkap dan aset negara dipulangkan kembali kepada rakyat.
“Aku suka kalau semua pesalah 1MDB ken tangkap dan di bawa dan di bawa ke muka pengadilan dan i am happy yang kalau aset negara dapat dipulangkan kembali kepada rakyat.” tulisnya dalam akaun Facebook miliknya.
Tambah beliau lagi,  Pihak Amerika Syarikat tidak boleh dipercayai kerana seringkali memberikan informasi yang salah apabila mereka mahukan sesuatu dan memberi contoh insiden yang berlaku di Iraq adalah gara-gara campur tangan.
Menurutnya lagi, walaupun dia seorang penghibur, tapi beliau mempunyai latar belakang pendidikan dan mahukan yang terbaik untuk negara.
“Saya bukan penghibur yang tidak ada latar belakang pelajaran, jadi saya mahukan yang terbaik untuk negara kita semua.
“Aku pun sakit bayar GST setiap hari tapi aku dah pergi tengok dengan mata sendiri kenhancuran sebuah negara makmur jika kita bagi ruang kepada US memasuki sini.” katanya. - SuaraTV                                                                                                                                                                         Sumber TKO - 23-7-2016                                                                                                                      -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dana 1MDB turut dibelanja untuk bayar hutang judi
Posted on Saturday, July 23 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31119



BANGI, Khamis – Dana syarikat pelaburan negara yang diselubungi kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diseleweng turut dibelanjakan untuk bayaran perjudian, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam saman yang difailkan untuk menyita aset milik beberapa individu dan syarikat.

Selain itu dokumen saman yang difailkan di Los Angeles turut menyatakan dana berkenaan dibelanjakan untuk membeli aset defendan, selain membiayai gaya hidup mewah mereka yang turut berkonspirasi dalam penyelewengan itu.

Ini termasuk pembelian lukisan dan barang kemas, hartanah mewah dan membayar selebriti terkenal bagi menghadiri parti.
Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah anak kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya - Riza Shahriz Abdul Aziz -; ahli perniagaan Jho Low; Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low - pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Dokumen itu turut menyatakan aset milik defendan adalah sebahagian daripada hasil lebih AS$3.5 bilion yang diselewengkan dari 1MDB dalam tempoh beberapa tahun lalu.
Penggunaan wang yang dilencongkan daripada dana 1MDB untuk kepentingan peribadi oleh mereka yang turut berkonspirasi serta sekutu mereka adalah tidak konsisten dengan tujuan 1MDB mengumpul dana dan 1MDB mahupun kerajaan Malaysia tidak menyedari apa-apa pulangan ke atas pembelian ini dan perbelanjaannya.
Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Andrew McCabe, pada sidang media di Washington DC semalam, berkata wang yang dicuri itu adalah membabitkan pelaburan 1MDB yang didakwa digunakan untuk penerokaan minyak.
"Di atas kertas AS$1 bilion digunakan untuk kajian, sebaliknya digunakan untuk peribadi, termasuk membayar hutang perjudian di kasino di Las Vegas, kapal layar mewah, hiasan dalaman di London serta aset bernilai jutaan dolar, termasuk jet peribadi bernilai AS35 juta," katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia telah ditipu pada skala yang sangat besar.                                                                                                                                                                                                      Sumber TKO - 23-7-2016                                                                                                                  --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























PAS gesa dokumen 1MDB diklasifikasikan semula

IZWAN ABDUL HALIM | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41956-pas-gesa-dokumen-1mdb-diklasifikasikan-semula                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         KEPALA BATAS: PAS menggesa supaya dokumen berhubung 1MDB yang ketika ini berada di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) agar diklasifikasikan semula.

"Biar ia terbuka (untuk dinilai). Kalau pemimpin jujur, mereka tidak perlu takut. Malah terbaru kita minta agar diadakan Suruhanjaya Siasatan DiRaja," ujar Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, secara umum PAS percaya adanya berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung skandal 1MDB.

Namun katanya, PAS masih meneliti perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan wartawan pada Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Pulau Pinang di Pejabat PAS Negeri, Pongsu Seribu, hari ini.

Menjawab mengenai Himpunan BERSIH 5.0 yang dikatakan bakal diadakan atas desakan berkaitan, beliau berkata, PAS belum dipanggil untuk membincangkan perkara itu. – HARAKAHDAILY 24/7/2016                                                                                                                                                                                Sumber HD - 24-7-2016                                                                               --------------------------------------------------------------------------                                                                                                       1MDB: PAS Konsisten Tuntut Ketelusan Dan Akauntabiliti

Oleh : Ahmad Amzad Hashim                                                                                                                                                    
1MDB ialah sebuah syarikat yang dimiliki kerajaan Malaysia yang terlibat dalam banyak pelaburan di dalam dan luar negara Malaysia tujuan memberikan pulangan dan keuntungan berterusan dan jangka panjang kepada negara.
1 MDB diberi pelbagai insentif dan keistimewaan termasuklah perolehan aset aset hartanah strategik bernilai tinggi milik kerajaan pada harga yang sangat murah.
Sejak tahun 2011, banyak laporan telah dibuat mengenai salah urus, ketirisan dan kelesapan duit serta aset 1MDB menjadikan skandal 1MDB sebagai skandal yang besar melibatkan duit rakyat Malaysia.
Ia bukan lagi skandal kewangan yang kecil kecilan bersifat domestik lagi, tetapi menjadi perhatian masyarakat antarabangsa dan mendapat liputan media utama dunia setanding skandal besar seperti ENRON di Amerika Syarikat.                                                                                                
2. Isu 1 MDB berkait dengan pergerakan jumlah wang yang besar yang sebahagiannya dibawa ke keluar dari Malaysia masuk ke dalam pelbagai janji niaga yang dipersoalkan jaminan keselamatan dan kuasa kawalan terhadap wang berkenaan.
Seperti dijangka, Kerajaan gagal memberi penjelasan yang munasabah kehilangan jumlah yang besar dari wang berkenaan.
Duit dan aset yang “lesap” dan terseleweng itu perlu “diproses” agar pemilikannya tampak sah; proses ini dinamakan penggubahan duit atau money laundering. Ia adalah jenayah dimana-mana negara.
Di Malaysia kita ada Akta 613, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Jabatan Keadilan Amerika melalui Peguamnya telah menyiasat dan mengesan aktiviti money laundering ini dilakukan oleh 1MDB menggunakan sistem kewangan negara Amerika Syarikat. Maka mereka berhak mengambil tindakan terhadap mana mana entiti luar yang yang menggunakan sistem mereka sebagai laluan untuk aktiviti haram ini.
Jadi US bukanlah campur tangan dalam urusan Malaysia, sebaliknya mengambil tindakan terhadap entiti asing yang mengadakan money laundering menggunakan sistem kewangan mereka. Antara entiti asing lain yang pernah dikenakan tindakan seperti ini ialah Deutsche Bank dari Jerman. Saman sivil yang dikemukakan kali ini ialah untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset berkaitan 1MDB dan melucutkan dan mendapatkan kembali dana USD 1 bilion berkaitan konspirasi antarabangsa melibatkan penggubahan haram ini.
3. Terdapat percubaan sesetengah pihak cuba memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkenaan mempertahankan negara dari campurtangan asing.
Gambaran dibuat bertujuan menyokong fitnah mereka bahawa DS TGHH mahu bersama UMNO, mempertahankan UMNO.
Ini sangat menyimpang dan tidak benar.
Jabatan Penerangan PAS Pusat menerima tempias perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar poster bercetak yang memetik ucapan DS TGHH diluar konteks.
Selaku Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat saya ingin menegaskan poster berkenaan bukan terbitan Jabatan Penerangan PAS Pusat.
Perbuatan pemalsuan begini adalah keji dan wajar dikecam serta sudah tentu perbuatan mereka yang mencari cari ruang merosakkan persepsi orang ramai kepada PAS.
Adapun kenyataan TGHH yang berbunyi _”Kita benci UMNO, tapi kita tak akan panggil US untuk jatuhkan UMNO. Kita tidak akan benarkan kuasa asing masuk campur”_ adalah kenyataan beliau semasa wacana *Iran: Kawan Atau Lawan* pada Mac 2016 di Shah Alam.
Kenyataan tersebut mengulas mengenai *krisis campur tangan kuasa asing di Syria*. Tidak ada kaitan langsung dengan 1MDB !
4. Perbuatan menyebarkan keratan kata-kata TGHH tanpa melihat konteks kata-kata tersebut dikeluarkan telah secara sengaja atau pun tidak mengundang PERSEPSI bahawa seolah-olah TGHH dan PAS mempertahankan Najib Razak dan penyelewengan 1MDB. Ia juga mengundang FITNAH seolah-olah Pas jahil dalam mengetahui kedudukan perkara ini disisi undang-undang dan ekonomi. Ini adalah *TIDAK BENAR* sama sekali.
5. Walhal PAS sangat konsisten daripada dahulu lagi dalam membantah sebarang bentuk penyelewengan dan salah urus harta rakyat oleh mana-mana pihak. Kenyataan media oleh Ust Idris Ahmad pada 21 Julai 2016 menyatakan bahawa Pas tuntut supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan yang dianggotai pakar-pakar kewangan bagi menyiasat penyelewengan dan mengheret orang yg bertanggung jawab ke muka pengadilan.
6. Kenyataan media ini turut dikuatkan oleh kenyataan Timb Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebook beliau bertarikh 21 Julai 2016 yang mempersoalkan integriti dan profesionalisme Ketua Polis Negara dan Ketua Audit Negara yang gagal memperolehi bukti siasatan sebagaimana yang difailkan oleh peguam negara US. Beliau juga turut menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini.
7. Pas terus komited dalam sebarang usaha menyuburkan pentadbiran yang baik (good governance) berasaskan prinsip dan nilai Islam, serta membanteras rasuah dan penyelewengan.                                                                                                                                                                                                                
***HAJI AHMAD AMZAD HASHIM ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

Sumber BO -22 Julai 2016                                                                                                                     --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                 

Siapa sebenarnya Malaysian Official 1?
Posted on Friday, July 22 @ 20:21:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar                                                                                           

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31110





WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Rumah mewah, jet peribadi dan karya seni adalah antara 17 aset yang dimohon untuk dirampas oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam saman sivil difailkan di Los Angeles, kelmarin. 



Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat (AS), Switzerland dan United Kingdom daripada dana 1MDB.

Dana itu didakwa digunakan untuk membeli estet mewah di AS, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai produksi filem Hollywood.



Saman itu turut menamakan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Tan Kim Loong, serta pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny dalam dakwaan penyelewengan dana tersebut.



Dalam dokumen 136 halaman itu turut mendakwa sebanyak AS$731 juta disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik Malaysian Official 1. Namun, ia tidak menyatakan siapakah Malaysian Official 1 yang dimaksudkan itu.



Sebaliknya, ia hanya menyatakan Malaysian Official 1 sebagai pegawai berpangkat tinggi dalam Kerajaan Malaysia yang turut memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.



“Dalam semua masa yang relevan dengan aduan itu, Malaysian Official 1 adalah 'pegawai awam' sebagai istilah yang digunakan dalam 18 U.S.C. § 1956 (c)(7) (B)(iv) dan ‘penjawat awam’ sebagai istilah yang digunakan dalam Seksyen 21 Kanun Keseksaan Malaysia,” kata dokumen itu.



Peguam Negara AS, Loretta E Lynch berkata, Najib tidak dinamakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan DOJ 



Menurut Lynch, ini kerana aduan adalah hanya untuk merampas aset 1MDB.



“Perjanjian kami hanya untuk merangka aduan seperti yang kami lakukan dalam hal pelucutan hak sivil. (Dan) ia adalah aduan terhadap wang atau aset sebenar berbanding terhadap individu. Kami tidak mempunyai pengumuman berhubung sesiapa yang tidak dinamakan. Jadi, ini akan jadi aduan yang bertujuan untuk menyita dan merampas aset tertentu yang dinyatakan,” katanya.                                                    

Sumber TKO - 22-7-2016                                                                                                                    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























1MDB: Tubuh suruhanjaya elak campur tangan asing

ROY RASUL | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41935-1mdb-tubuh-suruhanjaya-elak-campur-tangan-asing                                                                                                                                                                                                                                                                                        KUALA LUMPUR: Negara perlu tubuhkan Siasatan Suruhanjaya Diraja bagi mengelak negara asing menyiasat isu 1Malaysia Development Sendirian Berhad (1MDB), kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Norazli Musa.

Ini kerana negara asing yang mengusai isu 1MDB menunjukkan seolah-olah negara ini tidak ada badan yang boleh adakan siasatan isu tersebut.

Katanya, apabila negara Amerika Syarikat (US) mencampuri isu  1MDB ia memperlihatkan Malaysia memberi ruang kepada negara asing mencampuri kedaulatan negara ini.

Pada hal katanya, negara ini ada badan penyiasat tersendiri antaranya, polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain.

"Disebabkan pihak berkuasa negara sudah ada maka pihak yang berwajib kena jalan siasatan dengan bersungguh isu itu agar rakyat yakin bahawa perdana menteri tidak melakukan penyelewengan 1MDB yang hangat diperkatakan ini," katanya semasa dihubungi hari ini.

Jabatan Keadilan US dilaporkan media pada 21 Julai lalu, memfailkan tindakan undang-undang untuk menyita hartanah bernilai AS1 bilion (RM4 bilion) serta dana 1MDB yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan setakat ini oleh peguam negara Amerika Syarikat berjumlah AS3.5 bilion (RM14bilion) yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dana 1MDB.

Mengulas lanjut Norazli mendakwa, isu tersebut memperlihatkan wujud kepincangan dan satu penipuan kepada rakyat.

"Mengapa US mempunyai bukti dan kenapa pula sebelum ini siasatan yang dibuat pihak berwajib negara tidak ada bukti.

"Dan ini menggambarkan ia tidak ada ketelusan," dakwanya.

Jadi katanya, apabila isu ini didedahkan US membuatkan rakyat makin hilang kepercayaan kepada integriti negara.

Oleh itu katanya, PAS mahu siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu 1MDB.

Ini kerana isu tersebut memalukan negara apabila negara luar pun campurtangan dalam isu 1MDB. – HARAKAHDAILY 22/7/2016                                                                                                                                                                      Sumber HD - 22-7-2016                                                                              --------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                            Jabatan Kehakiman AS Akan Rampas $1 bilion Aset Dikaitkan Dengan 1MDB

Jabatan Kehakiman AS telah berkata ia mahu merampas lebih daripada $ 1 bilion aset yang dikaitkan dengan dana pelaburan 1MDB Malaysia.
Jabatan itu berkata pada hari Rabu aset tersebut dikaitkan dengan konspirasi antarabangsa untuk ‘membasuh’ wang haram dari dana 1MDB yang disalahgunakan.
Dalam dokumen mahkamah yang difailkan di California, pendakwa raya persekutuan menyenaraikan beberapa 20 aset termasuk harta mewah sebenar dari Beverly Hills kepada penthouse di Time Warner Center New York.
Turut termasuk adalah karya seni oleh pelukis Monet dan Van Gogh, serta jet peribadi Bombardier Global 500.
Dalam sidang akhbar di Washington DC, Peguam Negara AS Loretta Lynch berkata pegawai menggunakan dana awam itu sebagai “akaun bank peribadi”.
Lynch berkata langkah itu adalah sebahagian daripada usaha “untuk memerangi rasuah global” dan memastikan bahawa Amerika Syarikat tidak akan menjadi “syurga selamat kepada mereka yang menggunakan dana awam secara haram untuk kepentingan peribadi”.
Dana ini dimiliki oleh kerajaan Malaysia, tetapi tiada tindakan undang-undang dikenakan keatas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang secara konsisten menafikan sebarang salah laku.
Walau bagaimanapun, seorang lelaki bernama Riza Aziz, didakwa sebagai anak tiri Najib, adalah “individu yang berkaitan” dalam kes itu.
Tindakan undang-undang juga menamakan rakan Najib, pembiaya Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low, dan pegawai kerajaan Abu Dhabi 9 Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Aduan, yang difailkan di Los Angeles, mendakwa skim pengubahan wang haram yang kompleks digunakan bertujuan untuk memperkayakan pegawai peringkat tertinggi bagi 1MDB.
Dana itu telah dicipta pada tahun 2009 oleh kerajaan Malaysia dengan matlamat untuk menggalakkan projek-projek pembangunan ekonomi di negara Asia.
Sebaliknya, pegawai-pegawai di dana mengalihkan lebih daripada $ 3.5bn dalam tempoh empat tahun melalui web syarikat shell dan akaun bank di Singapura, Switzerland, Luxembourg dan Amerika Syarikat, menurut aduan itu.
Pegawai persekutuan berkata lebih daripada $ 1 bilion yang digubah secara haram ke Amerika Syarikat untuk faedah peribadi pegawai 1MDB dan sekutu mereka.
Dana itu digunakan untuk membayar estet mewah sebenar di Amerika Syarikat dan Eropah; perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas; seorang pereka dalaman London; lebih daripada $ 200m karya seni oleh artis termasuk Van Gogh dan Monet; dan untuk pengeluaran filem, termasuk filem 2013 Oscar dicalonkan The Wolf of Wall Street.
Aduan itu berkata, antara mereka yang mendapat untung daripada skim ini adalah anak tiri Perdana Menteri Aziz, yang diasaskan bersama Red Granite, studio pengeluaran filem yang filem termasuk The Wolf of Wall Street.
Menurut aduan itu, 11 pemindahan berjumlah $ 64m digunakan untuk membiayai operasi studio, termasuk pengeluaran filem yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio. – aljazeera/ agensi                                                                                                                                                                              Sumber BO - 22-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























1MDB: Bagaimana Amerika jumpa bukti tetapi Malaysia tidak?

HARAKAHDAILY | .

                                         http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41910-1mdb-bagaimana-amerika-jumpa-bukti-tetapi-malaysia-tidak                                                                                                                                                                                                                                                                                          Jabatan Keadilan Amerika Syarikat secara rasminya mengambil tindakan memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset yang berkaitan dengan 1MDB.

Peguam Negara AS Loretta E Lynch mengumumkan tindakan ini adalah untuk melucutkan dan mendapatkan kembali dana sebanyak USD1 bilion berkaitan dengan 'konspirasi antarabangsa' mengubah dana haram yang diperolehi daripada 1MDB.

Apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan dan bapa tiri kepada Riza Aziz akan terus menyepi?

Apa yang menarik di dalam kertas saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan AS ialah siasatannya mendapati bahawa Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho dan bukannya PetroSaudi seperti yang ditegaskan Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen pada 26 Mei yang lalu.

Selain itu, kertas saman sivil itu juga menegaskan bahawa Aabar-BVI adalah satu syarikat yang tiada kena mengena dengan Aabar Investment PJS, sebuah anak syarikat IPIC, yang dimiliki Abu Dhabi.

Cuma pelik bagaimana Jabatan Keadilan AS dapat menjumpai bukti mengenai syarikat yang berpangkalan di Malaysia tetapi tidak pihak berkuasa Malaysia.

Apakah status siasatan Ketua Polis Negara terhadap 1MDB? Apakah Ketua Polis Negara akan bekerjasama dengan Jabatan Keadilan AS untuk mendapatkan bukti-bukti yang gagal diperolehi selama ini dalam penyiasatannya ke atas 1MDB?

Bagaimana pula dengan Ketua Audit Negara? Apakah beliau kini dapat melengkapkan laporan auditnya yang kini di bawah OSA dengan maklumat-maklumat baru ini?

Apa pula tindakan Peguam Negara dan SPRM selepas ini? Apakah masih tetap bahawa dengan pendirian yang ada?

Bagaimana pula dengan Gabenor Bank Negara Muhammad Ibrahim yang telah menutup kes terhadap 1MDB? Apakah dengan maklumat terkini, kes 1MDB akan dibuka semula?

Rakyat sedang melihat apakah kalian sedang bekerja untuk negara dan rakyat, atau individu tertentu?

Dan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda, fikirlah apa langkah terbaik seterusnya buat anda dan negara.

PAS menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dianggotai termasuk ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam ditubuhkan.

Siasatan harus menumpukan kepada dua aspek. Pertama, pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap, iaitu strategi dan jangkaan pelaburan yang salah. Perkara ini dalam ekonomi konvensional adalah biasa, tetapi dalam ekonomi Islam ada hukum berbeza.

Kedua, aspek penyelewengan seperti tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika yang gagal disiasat pihak berkuasa negara, melibatkan pengubahan dana haram iaitu perpindahan wang tanpa saluran yang betul dan pemilikan harta atas nama peribadi.

Kedua-dua ni perlu disiasat oleh Suruhanjaya Diraja untuk menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
21 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 21/7/2016                                                                                                                                                                                                             Sumber HD - 21-7-2016                                                                                                    -----------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                       

























1MDB: PAS tuntut tubuh Suruhanjaya Diraja siasat

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41912-1mdb-pas-tuntut-tubuh-suruhanjaya-diraja-siasat                                                                                                                                                                                                                                                                                PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius dakwaan tentang adanya penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat, melibatkan 'money laundering' iaitu pengubahan dan pemindahan wang tanpa saluran yang betul dan pemilikan harta atas nama peribadi.

Pendirian PAS sejak daripada awal kes 1MDB ini ialah siasatan telus dan menyeluruh perlu dijalankan dan disegerakan. Ini bagi memastikan jika benar ada penyelewengan dan salahguna kuasa, pihak yang bertanggungjawab dan terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Jika ia melibatkan pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap dan jangkaan pelaburan yang salah, maka penambahbaikan dan kebertanggungjawaban pihak yang berkenaan perlu diberikan perhatian.

Selaras dengan prinsip Islam dan terma universal iaitu 'innocent until proven guilty' (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah), maka PAS menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes yang semakin mendapat perhatian umum dalam dan luar negara ini.

Inilah pendirian dan pegangan PAS dalam semua kes yang berlaku tanpa ada dwi-standard.

Suruhanjaya Diraja hendaklah dianggotai oleh pakar yang berautoriti dan berkecuali termasuk 'ulama yang pakar dalam bidang perundangan, ekonomi dan kewangan Islam.

Dalam masa yang sama, PAS juga menolak campur tangan asing dalam urusan negara ini. Kita berharap Suruhanjaya ini akan dapat menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun menjadi polemik.

PAS bersama dengan seluruh Rakyat Malaysia yang prihatin berharap ada penyelesaian tuntas kepada perkara ini.

PAS komited dalam membina Malaysia Sejahtera yang menjadikan 'good governance' (pemerintahan yang telus dan cemerlang)  sebagai asas utama dan teras negara.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Bukit Gantang
21 Julai 2016 | 16 Syawal 1437H – HARAKAHDAILY 21/7/2016                                                                                                                                                                           Sumber HD - 21-7-2016                                                                                                   -------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                      AS mahu rampas aset berkaitan 1MDB, lapor WSJ
Posted on Wednesday, July 20 @ 16:49:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh ketambatu                                                                                                 

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31087



KUALA LUMPUR: Pendakwaraya persekutuan Amerika Syarikat akan memfailkan saman kerana mahu merampas aset-aset yang dikaitkan kepada 1MDB, lapor Wall Street Journal pada Rabu memetik sumber yang tidak dinamakan.                                                                                                

Pihak berkuasa dijangka memfailkan saman di Amerika Syarikat seawal pagi Rabu menurut laporan itu, dan menambah aset-aset tersebut dijangka termasuk hartanah dan aset-aset lain yang dibeli dengan wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.                                                                                                                                                                                                       Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu.                                                                                                        
Pegawai di Pejabat Perdana Menteri Malaysia berkata mereka belum membaca laporan itu. Tiada komen segera daripada 1MDB.                                                                                                            
Perampasan aset itu merupakan tindakan pertama kerajaan Amerika Syarikat berkaitan siasatan 1MDB, kata laporan itu lagi. Tetapi tidak diketahui aset apa yang akan dirampas.                                                      

1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 selepas Perdana Menteri Najib Razak diangkat menjadi perdana menteri disiasat atas dakwaan pengubahan wang di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland.                                                                                                                                                                                                                                    Sumber TKO - 20-7-2016                                                                                                                      ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Jangan biar Sarawak Report terus perdaya rakyat


Jangan biar Sarawak Report terus memperdayakan rakyat Malaysia
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41779-jangan-biar-sarawak-report-terus-perdaya-rakyat
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak telah melahirkan kebimbangan bahawa laman Sarawak Report sedang memperdayakan orang ramai dengan                  pendedahannya mengenai Laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

Dr Salleh bertegas bahawa Laporan Ketua Audit Negara merupakan salah satu komponen yang digunakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menyiapkan laporan akhir badan itu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Oleh itu, beliau berkata laporan yang lengkap ialah laporan daripada PAC, dan apa yang didedahkan Sarawak Report telah menyimpang jauh daripada kebenaran.

Bagi menyelesaikankebimbangan Dr Salleh dan juga kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak dan untuk menghalang Sarawak Report terus daripada memperdayakan rakyat, PAS mendesak agar laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang tulen mesti didedahkan segera, memandangkan sekatan akses terhadap Sarawak Report ternyata gagal membendung portal ini daripada memperdayakan rakyat Malaysia.

Dengan menggunakan laporan audit yang tulen, kerajaan melalui media-medianya boleh menunjukkan di mana silapnya laporan Sarawak Report dan bagaimana rakyat sedang diperdayakan, seperti yang dituduh oleh Dr Salleh.

Diharap kerajaan BN terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat mengambil langkah proaktif ini.

Bukankah kemenangan besar pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah memberikan keyakinan penuh kepada PM dan BN bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan lagi dengan skandal 1MDB?

Ini hanyalah satu laporan audit, seperti kata Dr Salleh, ia cuma satu komponen kecil untuk PAC menyediakan laporannya terhadap 1MDB. Bukan itu sahaja, malah semua pengkritik 1MDB dalaman seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal bukan lagi ahli Umno.

Jadi apa yang perlu dirisaukan?

Lawan fakta dengan fakta.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
10 Julai 2016 / 5 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 10/7/2016
                                                                                                         aSumber HD - 10-7-2016                                                                                        -----------------------------------------------------------------                                                                                                 Rakyat disembelih untuk bayar IPIC, soal PAS
                                                                                                                                                   Posted on Wednesday, June 15 @ 15:00:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS mahu kerajaan menjelaskan bagaimana ia bercadang membayar AS$6.5 bilion sekiranya 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF) gagal dalam kes timbang tara antarabangsa yang dikemukakan terhadap mereka oleh firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

“Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?” soal Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media.

(IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) memfailkan kes mereka terhadap di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London selepas mendakwa tidak pernah menerima AS$3.5 bilion daripada firma pelaburan negara itu sebagai bayaran untuk jaminan bon terbitannya itu.

1MDB berkata ia membuat bayaran kepada sebuah firma yang berdaftar di British Virgin Island yang mempunyai nama yang sama dengan anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS.
Menurut IPIC, firma BVI itu bukan anak syarikat miliknya.

1MDB berkata ia memindahkan dana kepada Aabar BVI selepas diberitahu oleh pengarah IPIC ketika itu, Khadem Al Qubaisi dan Pengerusi Aabar Mohamed Al Husseiny bahawa firma BVI adalah sebuah anak syarikat IPIC.
Kedua-dua Khadem dan Mohamed didakwa menubuhkan Aabar BVI pada Mac 2012, dua bulan sebelum ia menerima AS$576.94 juta dari 1MDB sebagai deposit keselamatan.

Menurut akhbar Wall Street Journal, sebahagian daripada dana berkenaan yang dipindahkan kepada Aabar BVI digunakan untuk membiayai filem blockbuster 'The Wolf of Wall Street'.

Ini adalah melalui pinjaman yang dibuat kepada syarikat produksi Hollywood Red Granite yang dimiliki oleh anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Riza Aziz.
Red Granite berkata kata sumber-sumber pembiayaannya adalah sah dan sedang bekerjasama dengan siasatan.

Sumber TKO - 15-6-2016



Singapura arah bank terbabit skandal 1MDB ditutup


Posted on Tuesday, May 24 @ 15:52:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Pihak Berkuasa Kewangan Singapura telah mengarahkan BSI Bank, yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1MDB supaya ditutup.

Menurut Reuters, bank pusat Singapura menarik semula status bank saudagar yang diberikan kepada bank Switzerland di kota itu.

Alasan-alasan yang diberikan termasuk "pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank.

Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun.

“Ini adalah kali pertama Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menarik semula kelulusan kepada bank saudagar sejak tahun 1984, apabila Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd ditutup untuk kesilapan serius dalam kerja penasihat," dipetik laporan itu.

Bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseorangan.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berkata ia juga telah merujuk enam anggota pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank kepada pendakwa raya.

Pasukan pendakwaan Singapura akan menilai sama ada mereka telah melakukan sebarang  kesalahan.

Laporan itu tidak menyatakan secara khusus sama ada jika BSI Bank diarahkan ditutup kerana  urusannya dengan 1MDB tetapi bekas ahli bank berkenaan telah didakwa sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.

Sementara itu, Channel News Asia melaporkan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura memberi jaminan bahawa ia akan memastikan bank berkenaan ditutup dengan cara yang teratur.

"Pelanggan BSI Bank diberi jaminan bahawa bank itu masih mampu bayar dan mempunyai aset melebihi liabiliti dan komitmennya.

"Ia juga mempunyai sokongan penuh daripada bank induknya, BSI SA, di Switzerland.

"Pihak Berkuasa Kewangan Singapura sedang bekerjasama rapat dengan Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma), pengawal selia BSI SA untuk menyelaras penutupan teratur BSI Bank di Singapura," petik laporan itu.


BSI Bank telah beroperasi di Singapura sejak 2005. - MK

Sumber TKO - 24-5-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Kalau nak kelentong pun biar masuk akal

A KADIR JASIN | .


KALAU nak kelentong atau nak bohong pun biarlah kena cara. Nak putar-belit pun macam itu juga. Kena ada tata cara operasi standard (SOP).

Bila ada SOP, yang bohong tak nampak berbohong dan yang kena bohong tak tahu dia dibohongi. Baru la hula lala hula hoop!

Saya tak mahu kata Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul “Azrul” Kanda Kandasamy, bohong tapi dia pandai tipu-helah, putar-belit dan guna bahasa.

Contohnya, baru-baru ini dia kata, memandangkan penafian International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengumuman Pejabat Peguam Negara Switzerland yang bayangkan kemungkinan 1MDB dah jadi mangsa tipu, ia kena teroka semua jalan yang ada.

Arul Kanda tak kata 1MDB kena tipu. Dia rujuk kepada kenyataan IPIC yang dakwa syarikat bernama Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI) tu bukan anak syarikatnya atau anak syarikat kepada anak syarikatnya, Aabar Investment PJS Limited.

Dalam bahasa yang mudah, IPIC kata Aabar BVI ini adalah syarikat klon yang curi nama syarikat asal iaitu Aabar Investment PJS Limited.

Peguam Negara Switzerland pula kata, ada bukti AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB telah disonglap melalui pemindahan dan pengubahan wang haram. Dalam bahasa yang mudah, duit 1MDB dicuri kemudian diubah jadi sijil pelaburan, unit, derma dan macam-macam supaya nampak halal.

Jadi bila orang kata dia kata 1MDB kena tipu dengan kerjasama orang dalam, Arul Kanda kata, bukan dia yang kata tapi dia hanya buat interpretasi kenyataan IPIC dan Peguam Negara Switzerland.

Dia kata tugas dia dah selesai. Dia nak berhenti. Dok tak dok hutang 1MDB yang kita sangka RM42 bilion dah jadi RM50 bilion awal tahun ini dan faedah hutang AS$50 juta (RM200 juta) pun tak mampu bayar. Selelasi haram zada ada?

Luncai Abad ke-21
Tapi ada manusia jenis Si Luncai moden yang nak bohong pun tak pandai. Tak macam Si Luncai asal yang raja pun dia boleh kelentong.

Si Luncai abad ke-21 ini buat cerita kata Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, tandatangan surat-menyurat 1MDB tapi tak ambil tahu apa kandungannya.

Si Luncai macam ini kalau nak bohong untuk selamatkan nyawa dia pun dia tak tahu apatah lagi nak lindungi Perdana Menteri.

Si Luncai ini punyalah bodoh sampai dia ingat semua orang tak cerdik macam dia. Punyalah dungu sampai tak tahu bahawa abai tanggungjawab fidusiari (fiduciary responsibility) adalah kesalahan jenayah.

Mohd Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, pengasas 1MDB dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tanggung tugas fidusiari yang jelas dan berat.

Atau Si Luncai pemakan dedak ini tahu hal urus tadbir korporat tapi dia ingat orang lain tak tahu. Dia sangka dia seorang saja cerdik dan orang lain semua bodoh. Dia tak sedar bahawa orang bodoh yang ingat diri dia cerdik adalah orang paling bodoh.

Mohd Najib tandatangani surat-menyurat yang libatkan berbilion ringgit duit dan harta negara dengan tak baca apa yang dia tandatangan?

Bukan Semua Orang Bodoh
Mak cik kampung yang buta huruf pun tahu dia tak boleh buta-buta turun cap jari atas kertas. Dia kena tahu apa tanggungjawab dia bila dia turun cap jari.

Zaman dulu, Cina buta pun tanya syarat sebelum dia setuju menikah dengan janda talak tiga atau pak sanggup sebelum dia menikah dengan anak dara bunting.

Cina buta nak tahu berapa upah dan berapa lama tidur dengan bini “sementara” dia? Tidur saja ka atau boleh buat macam laki-bini buat?

Macam tu juga bekas laki yang upah Cina buta nikahi janda dia yang dia cerai talak tiga. Masa nak cerai dia tak fikir. Bila dah bercerai dia gila talak.

Cerai talak tiga tak boleh rujuk. Jadi kena lah upah Cina buta nikahi dengan syarat lepas itu cerai. Tapi kena jaga-jaga. Si Cina tu hanya mata tak berfungsi. Anggota-anggota lain berfungsi kelas A.

Jadi bila ada Si Luncai moden kata PM tandatangan dokumen 1MDB dengan tak baca atau tak tahu apa yang dia tandatangani, sahlah Si Luncai ini bangang kelas A.

Rakyat jelata Malaysia boleh jadi tak selicik PM dan Jho Low berniaga atas angin, tapi mereka taklah baghal sampai percaya cerita macam yang Si Luncai moden buat.

Satu lagi, bila sampai masa dihumban ke dalam sungai yang deras, Si Luncai dan jenis yang sama dengan dialah yang paling awal lari lintang-pukang selamatkan diri. - http://kadirjasin.blogspot.my/



Pas harap Gabenor BNM baharu tegas isu 1MDB

Posted on Thursday, April 28 @ 19:50:05 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Tuan Ibrahim
SHAH ALAM - Pas berharap Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu dilantik, Datuk Muhammad Ibrahim bersikap tegas dalam menyelesaikan kemelut melibatkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tugas besar menanti Muhammad atas pelantikan itu selain menjadi fokus rakyat bagi melihat perjalanan 1MDB yang masih bergelut dengan pelbagai isu yang sentiasa muncul.

“Sebagai Timbalan Gabenor yang paling senior di bawah Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Pas percaya beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan berkesan dan membetulkan perjalanan kewangan negara agar menepati kehendak syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad, 56, yang kini Timbalan Gabenor dilantik mengetuai BNM selama tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei 2016.

Beliau merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010 lalu dan merupakan lulusan dari Universiti Havard, Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan sama, Tuan Ibrahim mengucapkan tahniah dan takziah kepada Zeti yang telah berkhidmat selama 16 tahun dan akan bersara pada hujung bulan ini.

“Pas juga tahu tidak mudah bagi pelantikan Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor BNM berlaku jika Tan Sri (Zeti) tidak mendesak dan mendesak kerajaan dengan pelbagai peringatan melalui media bahawa pelantikan Gabenor BNM mestilah bukan dari kalangan ahli politik.

“Selamat bersara bagi Tan Sri Zeti dan selamat bertugas bagi Muhammad Ibrahim. Semoga kalian sentiasa dalam bimbingan Ilahi,” katanya.
 
Sumber TKO - 28-4-2016

























Arul Kanda, dedahkan semua sebelum dikambinghitamkan

HARAKAHDAILY | .


Dakwaan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy di dalam wawancaranya bersama The Edge bahawa “kemungkinan berlaku penipuan yang besar dan mungkin terdapat kerjasama daripada pihak sebelah kami sendiri” dalam isu kemelut 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar BVI), yang tidak diakui IPIC sebagai anak syarikatnya perlu diberi perhatian segera.

Malah Arul mengeluh, sekiranya apa yang didakwa IPIC itu benar bahawa Aabar BVI tiada kena-mengena dengan syarikat induk itu sebenarnya 1MDB sudah ingkar (in default) dalam membayar hutang sejak Disember 2015.

Sebagai orang terbesar di 1MDB hari ini, sudah tentu Arul dapat mengesan siapa pihak dalaman yang mungkin telah bekerjasama untuk melakukan penipuan sebesar US$3.5 bilion itu. Arul wajib mendedahkan maklumat-maklumat tersebut kepada umum sebelum ada tangan ghaib cuba menutupnya menggunakan OSA.

Memandang Arul sudah berkali-kali menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan, PAS menyarankan Arul mendedahkan segalanya sebelum beliau berundur. Seeloknya Arul dapat bekerjasama dengan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di hari-hari terakhir beliau sebelum bersara untuk merungkai misteri ini.

Ini penting jika Arul ingin mengecapi ketenangan selepas meninggalkan 1MDB kerana pendedahan akan menyebabkan peluang beliau tidak dikambinghitamkan ke atas apa yang berlaku sebelum beliau diberikan amanah menguruskan hutang 1MDB dapat diminimumkan.

Sebagai seorang yang bijak, Arul sudah tentu dapat belajar daripada episod malang yang menimpa bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
18 Rejab 1437 / 25 April 2016 - HARAKAHDAILY 25/4/2016

Sumber HD - 25-4-2016


IPIC tamatkan pelan menyelamat 1MDB

Posted on Tuesday, April 19 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi berkata pelan menyelamat 1MDB yang dimeterai syarikat itu dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tahun lalu ditamatkan.

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham London hari ini, IPIC berkata ia dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan MOF telah gagal untuk membayarnya lebih AS$1 bilion seperti yang dijanjikan.

"IPIC telah melaksanakan semua obligasinya setakat ini mengikut perjanjiannya.

"1MDB dan MOF telah gagal untuk melaksanakan pembayaran tertentu dan kewajipan lain yang perlu dilaksanakan kepada kumpulan IPIC menurut perjanjian berkenaan, termasuk kewajipan untuk membayar kepada IPIC AS$1,102,725,000 ditambah dengan faedah.

"Hasilnya, 1MDB dan MOF ingkar menurut terma perjanjian itu dan obligasi IPIC dan Aabar di bawah perjanjian itu telah ditamatkan," katanya.

Pengumuman itu dibuat ketika laporan tersebar bahawa IPIC enggan membayar faedah AS$50 juta bagi pihak 1MDB yang matang esok bagi terbitan bon AS$3.5 bilion. Ini menyaksikan 1MDB menghadapi risiko gagal bayar.


Menjelang berlakunya kegagalan bayaran itu, IPIC berkata, 1MDB dan MOF perlu bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang dibuat ke atas firma milik Abu Dhabi itu.

Sumber TKO - 19-4-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Apa fungsi Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB



























HARAKAHDAILY | .


Laporan mengenai 1MDB memutuskan yang salah ialah Ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Persoalannya bagaimana kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB?

Apakah Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB yang menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada PM dalam sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan) hanyalah sia-sia?

Menurut artikel ini, Najib adalah orang yang memberi kelulusan terakhir berkait dengan pelaburan yang dibuat 1MDB.

Jikalau ada arahan Pengerusi Lembaga Penasihat, adakah ahli lembaga pengarah 1MDB mampu menolak arahan tersebut meskipun secara lisan?

Adakah beliau hanya lembaga hitam, yang tidak mempunyai peranan untuk mengetahui perjalanan 1MDB?

Selaku PM dan Menteri Kewangan, apakah beliau telah melakukan tanggungjawabnya dalam memantau dan menegur ahli Lembaga Pengarah 1MDB apabila mendapati ada perkara tidak betul?

Benarkah ahli Lembaga Pengarah 1MDB berani membuat keputusan sendiri tanpa sepatah pengetahuan Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat?

Ini bukan pelaburan yang melibatkan pinjaman RM50,000, tetapi ia melibatkan pinjaman RM50 bilion. Wang yang boleh digunakan untuk biasiswa percuma pelajar IPTA seramai 1,000,000 orang jika kos hanya RM50,000 seorang.

Walaupun laporan menyebut hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion, sedangkan aset 1MDB sebanyak RM53 bilion, akan tetapi sebahagian asetnya adalah aset kerajaan seperti tanah Bandar Malaysia, TRX yang diperolehi jauh lebih murah daripada sepatutnya.

Ini aset bukan hasil keuntungan berniaga, tapi sedekah kerajaan. Ia adalah tanah anugerah yang dijual dengan harga sebagai entiti kerajaan, di bawah harga pasaran.

Saya pernah menyebut di dalam Parlimen supaya pegawai kerajaan kena beringat jangan ambil mudah terhadap sesuatu arahan. Biarlah arahan bertulis supaya mereka tidak menerima akibat. Jangan ikut membuta-tuli nanti akibat buruk akan ditanggung oleh mereka.

Lihatlah apa yang pernah berlaku kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Aziz Mohamad kerana penyelewengan wang kementerian?

Apapun, tahniah kepada Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas CEO 1MDB bersedia memberi kerjasama untuk penyiasatan seterusnya. Kepada para pegawai kerajaan yang lain, ambillah peristiwa yang menimpa Datuk Shahrol sebagai pengajaran.

IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
8 April 2016 / 30 Jamadil Akhir 2016 - HARAKAHDAILY 8/4/2016

Sumber HD - 8-4-2016

1MDB: Najib perlu mohon maaf, undur sebagai Menteri Kewangan

HARAKAHDAILY | .


Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri dalam:

a. Sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya;

b. Sebarang perlantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk Pengarah Urusan dan Pengarah Alternatif) serta Pengurusan Tertinggi Syarikat; dan

c. Sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia. Atas tujuan ini, penentuan maksud kepentingan negara, keselamatan negara dan polisi Kerajaan Persekutuan Malaysia hendaklah dimuktamadkan oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Terdapat dua pelaburan 1MDB yang sehingga masih menjadi misteri untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu:

1. Pelaburan berjumlah USD2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) yang berusia sebulan dan tiada lesen pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.

2. Penyaluran dana sebanyak US993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukan sebarang pengesahan bahawa ianya merupakan anak syarikat kepada IPIC atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).

PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.

Meskipun, laporan PAC tidak menuding jari kepada PM dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis PM termasuk dua pelaburan yang bermasalah di atas.

Sejajar itu, PAS menuntut PM untuk:

i. Memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas isu 1MDB, yang dibiarkan sehingga berjaya ‘mengumpul’ hutang sebanyak RM50 bilion

ii. Menyokong penuh tindakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam  ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah USD$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga. Besar kemungkinan  isu yang dibangkitkan Gabenor BNM mempunyai kaitan besar terhadap dua pelaburan bermasalah 1MDB di atas.

iii. Mengambil sikap kepimpinan melalui tauladan dengan mengambil tanggungjawab penuh kelemahan pentadbiran 1MDB dengan mengundurkan diri sebagai Menteri Kewangan Malaysia pada kadar segera.

iv. Memberikan sokongan penuh selaku PM kepada PAC dan BNM untuk mengesan aliran tunai pelaburan 1MDB ke Bridge Global SPC dan Aabar Ltd dengan mengarahkan 1MDB mengemukakan penyata bank luar negara untuk disemak dan diteliti.

v. Melepaskan laporan audit 1MDB kepada awam untuk menjaga integriti laporan PAC.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
8 April 2016 - HARAKAHDAILY 8/4/2016

Sumber HD - 8-4-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Lembaga Pengarah 1MDB Tawar Peletakan Jawatan Susulan Laporan PAC

Posted on Friday, April 08 @ 03:19:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




KUALA LUMPUR: Berdasarkan hasil Laporan PAC, Lembaga Pengarah 1MDB secara kolektif hari ini memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil tetapi kami percaya bahawa ini adalah langkah yang betul dalam situasi ini, bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Berikut adalah kenyataan media penuh Lembaga Pengarah 1MDB berkaitan Laporan PAC:
Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (“Lembaga Pengarah”) mengambil maklum isi kandungan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB seperti yang dibentangkan di Parlimen pagi ini (“Laporan PAC”). Pihak Lembaga Pengarah melihat Laporan PAC ini sebagai sebuah dokumen yang menyeluruh dan muktamad, yang telah menyatakan fakta-fakta dengan jelas dan telah menyangkal pelbagai dakwaan berkenaan syarikat.

Laporan PAC tersebut telah mengenalpasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan proses membuat keputusan oleh 1MDB. Apabila ditinjau kembali, kami dapat memahami bagaimana Jabatan Audit Negara dan PAC boleh mengenalpasti kekurangan-kekurangan ini. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk difahami bahawa keputusan-keputusan yang dibuat ketika itu adalah dalam konteks transaksi yang spesifik pada masa tersebut. Tambahan pula, 1MDB merupakan sebuah syarikat yang kompleks dan mempunyai peranan yang pelbagai dalam menjalankan projek-projek strategik berskala besar, mewujudkan kerjasama dengan entiti-entiti kerajaan asing dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Pihak umum sedia maklum bahawa 1MDB hanya mempunyai ekuiti tunai sebanyak RM1 juta, yang memerlukan syarikat membuat pergantungan besar kepada pinjaman untuk membiayai pelaburannya. Meskipun berdepan cabaran ini, Lembaga Pengarah telah membuat yang terbaik untuk menguruskan syarikat dengan cara yang tidak akan mengakibatkan beban kewangan kepada Kerajaan.

Secara khususnya, sebaik sahaja ketidakpadanan aliran tunai (cash-flow mismatch) dikenalpasti pada November 2014, Lembaga Pengarah bertindak segera untuk melantik seorang pakar penstrukturan semula profesional untuk mengetuai 1MDB. Ini membawa kepada perlaksanaan kajian strategik (strategic review) yang seterusnya membawa kepada kejayaan pelan rasionalisasi yang sedang berjalan, yang telah menyelesaikan beban hutang 1MDB. Syarikat telah membayar dan akan terus membayar kesemua hutang jangka pendek dan kesemua hutang bank dengan hasil yang diperolehi daripada penjualan Edra, dan ketika ini mempunyai lebihan tunai kira-kira RM2.3 bilion yang akan diperuntukkan untuk membayar kadar faedah dan keperluan kewangan infrastruktur.

Lembaga Pengarah percaya bahawa ia telah menjalankan peranan dan tanggungjawabnya sebaik yang mungkin, termasuk pelaksanaan pelbagai langkah tadbir urus korporat seperti mewujudkan prosedur operasi standard (standard operating procedure) untuk syarikat dan menubuhkan jawatankuasa audit dan pengurusan risiko Lembaga Pengarah. Di samping itu, Lembaga Pengarah juga telah memastikan kerjasama penuh diberikan kepada semua pihak berkuasa yang sah yang menjalankan siasatan ke atas syarikat. Semua dokumen sokongan yang ada telah pun dikemukakan dengan sewajarnya.


Lebih penting lagi, dana syarikat 1MDB telah diambil kira sepenuhnya dan tidak ada kes "RM42 bilion hilang", seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Juga telah disahkan, 1MDB tidak memindahkan RM2.6 bilion kepada akaun peribadi Perdana Menteri seperti yang telah didakwa.

Lembaga Pengarah juga telah berjaya membawa 1MDB melalui suatu tempoh unik yang mencabar dan percaya bahawa Laporan PAC boleh menjadi titik pengakhiran dakwaan-dakwaan palsu ke atas syarikat. Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil Laporan PAC tersebut, Lembaga Pengarah secara kolektif pagi ini telah memutuskan untuk menawarkan perletakan jawatannya kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), yang merupakan 100% pemegang saham 1MDB.

Ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk diambil tetapi kami percaya bahawa ini adalah langkah yang betul dalam situasi ini, bagi memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC.
- AstroAwani
Sumber TKO - 8-4-2016

1MDB: Siapa lulus hutang RM42 bilion?

HARAKAHDAILY | .


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa pihak berwajib menyiasat isu yang menjadi punca awal kemelut 1MDB iaitu bagaimana 1MDB diwujudkan sebagai syarikat kerajaan yang berasaskan hutang RM42 bilion.

Berdasarkan laporan PAC, 1MDB perlu mengamalkan prinsip tadbir urus yang baik.

Adakah ini bermakna sebuah syarikat yang sedemikian besar boleh diluluskan oleh Kabinet tanpa memastikan urus tadbir yang baik diamalkan dengan profesional dan rapi?

Laporan itu sendiri telah menyatakan lembaga pengarah gagal melaksanakan tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat dan pemegang saham serta tidak mengambil tindakan sewajarnya atau proaktif dalam meneliti aktiviti pihak pengurusan dan aliran tunai hadapan syarikat.

Jelas 1MDB telah mengguna hutang berlebihan dalam struktur modalnya. Dengan tanggungan hutang yang sebegitu tinggi, tidak mungkin ia tidak dapat dinilai dengan objektif ketika syarikat tersebut dicadang untuk ditubuhkan.

Persoalannya apakah Kementerian Kewangan telah meluluskan keperluan hutang melebihi aliran tunai itu yang bakal membawa risiko kepada kerajaan sendiri.

Siapa yang telah meluluskan hutang sebesar itu untuk 1MDB?

1MDB ternyata tidak dikawal selia dengan rapi sehingga terjerat dengan hutang dan cara melunaskan hutang yang dilulus oleh kerajaan pula ialah dengan cara menjual aset hartanah yang asalnya adalah milik kerajaan sendiri.

Kami kesal isu kemelut 1MDB telah berlarutan sehingga mendedahkan bukan sahaja kegagalan dalam urus kelola korporat (corporate governence) malah urus kelola publik (public governence).

PAC menyarankan Lembaga Penasihat perlu dimansuhkan, bersama Artikel 117 dalam memorandum syarikat tersebut serta semua rujukan kepada Perdana Menteri perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan syarikat lain kepunyaan MKD.

Persoalan yang timbul ialah bukankah PM juga adalah Menteri Kewangan 1. Adalah tidak bermakna pertukaran ini dibuat jika PM sebagai penasihat dan sekali gus sebagai Menteri Kewangan.

Isu utama 1MDB ialah bagaimana pengurusan kewangannya diuruskan di bawah nasihat PM tetapi syarikat itu juga mendapat kelulusan dari PM yang berkuasa untuk menentukan pembelian dan penjualan aset sehingga menjadi beban hutang yang semakin parah.

Sebab itu kami tidak melihat penyerahan anak-anak syarikat dan aset milik kumpulan 1MDB (TRX, Bandar Malaysia, tanah Air Itam, tanah Pulau Indah) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) akan menyelesaikan masalah kemelut yang sedang ditanggung oleh kerajaan.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Mapim
8 April 2016 - HARAKAHDAILY 8/4/2016

Sumber HD - 8-4-2016


























Dana AS$1.83b: Bank Negara tunggu maklumat lanjut 1MDB

Posted on Tuesday, March 22 @ 15:29:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Bank Negara masih menunggu 1MDB mengemukakan maklumat lanjut bersama dokumen lain yang diperlukan sebelum memutuskan tindakan susulan berhubung arahannya supaya syarikat pelaburan negara itu memulangkan dana AS$1.83 bilion ke Malaysia.

Ini berikutan keputusan bank pusat itu yang menarik balik kelulusan yang diberikan kepada 1MDB untuk pelaburan di luar negara selepas Pejabat Peguam Negara mengarahkan tiada tindakan lanjut perlu diambil mengenai siasatannya.

Bagaimanapun 1MDB berkata bahawa wang berkenaan tidak dapat dihantar pulang kerana ia telah pun dibelanjakan atau telah diperuntukkan untuk pembayaran hutang.

“Setakat ini, penilaian sedang dibuat terhadap maklum balas yang diberi oleh 1MDB.

“1MDB perlu mengemukakan maklumat lanjut berserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan sebelum tindakan susulan diambil setelah proses penilaian selesai,” kata kementerian kewangan ketika menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya) semalam.

Pua dalam soalannya ingin tahu sama ada bank pusat berpuas hati dengan jawapan 1MDB berhubung perintah penghantaran pulang semula wang berkenaan.

Sementara itu kepada soalan yang berasingan daripada Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai jumlah jualan 1MDB dan hasil cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diterima firma itu, kementerian kewangan itu menjawab tidak ada.

"Sehingga ke hari ini, syarikat 1MDB tidak berdaftar untuk GST memandangkan 1MDB tidak mempunyai pendapatan yang layak sebagai pembekalan bercukai," katanya.

Bagaimanapun menurut kementerian kewangan, penjualan aset-aset jana kuasa Edra Global Energy Bhd (Edra) kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) dan plot tanah Tun Razak Exchange (TRX) kepada Tabung Haji adalah tidak tertakluk kepada GST.

Sumber TKO - 22-3-2016

Jangan klasifikasi laporan audit 1MDB di bawah OSA

HARAKAHDAILY | .


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak boleh menerima laporan akhir 1MDB yang dibuat oleh Jabatan Ketua Audit Negara diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Tindakan ini akan lebih merumitkan isu berkenaan, walhal rakyat berhak mengetahui hasil daripada laporan audit tersebut.

Tindakan Ketua Audit Negara tidak disusuli dengan alasan yang konkrit untuk mengklasifikasikannya di bawah OSA.

Selama ini, rakyat menunggu laporan penyiasatan yang dibuat oleh institusi yang berautoriti. Malangnya, hasil disiasatan dirahsiakan.

Jadi, bagaimana rakyat mahu mengetahui kedudukan isu ini yang sebenar?

Isu 1MDB adalah satu isu yang besar. Ia bukan hanya ditimbulkan di peringkat nasional, malah ia telah disensasikan di peringkat internasional.

1MDB adalah salah satu isu yang telah menghakis kredibiliti politik dan ekonomi. Contohnya, isu ini juga mungkin mempengaruhi kejatuhan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (2015) juga amat mendukacitakan.

Oleh yang demikian, PAS mendesak agar laporan audit 1MDB tidak diklasifikasikan di bawah OSA agar ianya boleh dinilai oleh seluruh rakyat. Sekurang-kurangnya ia boleh menjawab pelbagai dakwaan yang telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak sebelum ini.

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak memadai untuk menjelaskan kedudukan sebenar 1MDB.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
28 Jamadil Awwal 1437 / 8 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 8/3/2016

Sumber HD - 8-3-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Skandal dana SRC: Wajib siasat pendedahan Muhyiddin



























HARAKAHDAILY | .


Tulisan terbaru Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengulas berhubung penggantungannya daripada jawatan Timbalan Presiden Umno turut menyatakan fakta yang sangat menarik.

Dinyatakan dengan jelas bahawa dalam isu dana daripada SRC International sebanyak RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ialah merupakan perbuatan jenayah.

Menurut Muhyiddin, beliau telah ditunjukkan bukti yang sah berhubung jenayah ini oleh mantan Peguam Negara. Adalah difahami bahawa mantan Peguam Negara yang dimaksudkan itu ialah Tan Sri Gani Patail yang telah ditamatkan kontrak pada 27 Julai 2015.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat fakta jelas yang disebut oleh Muhyiddin di dalam tulisannya ini memerlukan satu siasatan yang sangat serius.

Tanpa berselindung lagi, Muhyiddin telah membuat satu kesimpulan bahawa Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah terlibat dengan jenayah skandal wang berjumlah RM42 juta.

Lebih serius lagi bahawa individu yang mendedahkan isu tersebut kepada beliau ialah mantan Peguam Negara sendiri yang bertanggungjawab untuk menjalankan pendakwaan di negara ini.

DPPM bersama rakyat Malaysia pastinya tertanya-tanya adakah penamatan kontrak Gani Patail sebelum ini benar-benar di atas faktor kesihatan seperti yang disebut-sebut ataupun mahu menyelamatkan Najib daripada didakwa di kandang mahkamah?

Secara logiknya, jika tulisan Muhyiddin ini benar, terdapat keraguan yang munasabah di sebalik sebab sebenar Ghani Patail ditamatkan kontrak.

DPPM mendesak pihak berkuasa segera menyiasat isu ini. Dakwaan Muhyiddin sangatlah serius kerana ia membabitkan nama baik seorang Perdana Menteri.

Adalah tidak munasabah pada saat seorang wanita di Sepang beberapa hari lepas telah dihadapkan ke mahkamah kerana menghina Perdana Menteri di laman sosial, tiba-tiba tulisan Muhyiddin ini  dibiarkan berlalu tanpa apa-apa tindakan.

Tindakan segera wajib diambil. Muhyiddin Yasin boleh dipanggil bila-bila masa untuk memberikan keterangan lanjut. Rakyat perlukan maklumat sebenar.

Sebarang kelewatan dan kegagalan untuk menyiasat isu ini seolah-olah akan mengesahkan bahawa negara ini sedang dipimpin oleh seorang penjenayah.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
18 Jamadilawwal 1437 | 27 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 27/2/2016

Sumber HD - 27-2-2016

Saman: Najib mohon masuk kenyataan nafi terlibat 1MDB

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memfailkan permohonan bagi memasukkan dua kenyataan yang menafikan pembabitannya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad dalam tuntutan saman yang dikemukakan terhadap Harakah dan Harakahdaily.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata kenyataan itu adalah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali yang menyatakan Najib tidak terlibat dalam kes salah guna berhubung 1MDB dan dana berjumlah RM2.6 bilion tiada kaitan dengan 1MDB.

"Kami diarahkan oleh perdana menteri untuk meminda writ saman dan pernyataan tuntutan bagi memasukkan kedua-dua kenyataan itu dan mahkamah turut mengarahkan supaya permohonan tersebut difailkan secepat mungkin bagi membolehkan mahkamah mendengar permohonan itu dan memberi perintah selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Faiz Fadzil yang mewakili Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakop, yang turut dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.

Mohd Hafarizam berkata Hakim Hue membayangkan harapan agar pihak-pihak terlibat boleh berbincang dan mencari jalan supaya kes saman itu dapat diselesaikan secara baik.

Katanya mahkamah menetapkan 9 Mac ini sebagai tarikh akhir untuk pengurusan kes tersebut.

Najib memfailkan saman itu pada 18 Mac tahun lepas dengan menamakan Dr Rosli dan ketua editor Harakahdaily Taufek Yahya sebagai defendan berhubung penerbitan artikel yang ditulis oleh Rosli pada 19 Feb tahun lepas berkaitan isu 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau menyalah guna dana 1MDB.

Najib juga mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulis Rosli sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya selain mendakwa penerbitan artikel itu menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menghalang defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan semula artikel berkenaan. - Bernama

Sumber HD - 23-2-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Pembentangan laporan akhir pengauditan 1MDB ditangguh

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan esok (24 Feb) dan 25 Feb telah ditangguhkan.
  
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata penangguhan itu dibuat kerana kebanyakan ahli PAC berada di luar negara termasuk mereka yang menunaikan umrah dan yang mempunyai komitmen penting.
  
"Adalah penting untuk semua ahli PAC hadir bagi mendengar pembentangan Laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
  
Beliau berkata tarikh baharu bagi pembentangan laporan tersebut dijangka pada minggu pertama bulan Mac.
  
Dalam laporan sebelum ini, PAC telah menegaskan bahawa ia kini memberi keutamaan untuk mendengar pembentangan Ketua Audit Negara berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dan menyiapkan Laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen secara telus dan adil.
  
PAC telah mendengar keterangan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB Tan Sri Bakke Mohd Salleh dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada 11 Feb lepas. - Bernama

Sumb HD - 23620]

--------------------------------------------------------------------------
Laporan: Menteri Saudi tak fikir RM2.6b tu sumbangan

Posted on Saturday, February 06 @ 15:51:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


 Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir dilaporkan berkata beliau tidak fikir RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan politik atau ia berasal dari kerajaan Arab Saudi.

Sebaliknya, menteri itu dilaporkan berkata, wang itu adalah daripada "pelaburan" yang tidak dinyatakan.


Dalam satu laporannya semalam, The New York Times melaporkan Al Jubeir sebagai berkata beliau percaya ia (dari) warganegara persendiran Saudi, dan dana itu pergi kepada satu pelaburan di Malaysia.

Bagaimanapun, Al-Jubeir dilaporkan berkata beliau menerima pendapat Peguam Negara Malaysia bahawa tidak ada salah laku yang dilakukan.

Laporan itu juga memetik dua sumber berasingan yang tidak mahu dinamakan yang mengesahkan bahawa wang itu bukan sumbangan.

Menurutnya, mereka mendakwa wang itu, sebenarnya, sebahagian daripada satu "urusan perniagaan".

Menurut laporan itu lagi, seorang ahli keluarga diraja dan seorang sekutu keluarga itu - yang bercakap dengan syarat tidak mahu nama disiarkan - berkata wang itu datang dari seorang putera Saudi dan mengesahkan bahawa ia bukan sumbangan.

Manakala sekutu keluarga itu mempersoalkan jumlah yang dilaporkan, tetapi berkata dana itu adalah sebahagian daripada urusan perniagaan.

Dana RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Najib didedahkan dalam satu laporan Wall Street Journal Julai tahun lepas, yang memetik kertas siasatan yang bocor.

Najib kemudian mendakwa wang itu merupakan sumbangan politik dari Timur Tengah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga bersetuju bahawa RM2.6 bilion itu adalah "sumbangan" tetapi meneruskan penyiasatan, bersama dengan deposit berasingan sebanyak RM42 juta ke dalam akaun perdana menteri dari syarikat milik negara, SRC International.

SPRM dilaporkan telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali Disember lalu.

Apandi juga telah mengarahkan SPRM menutup kes itu dengan berkata beliau "berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah telah dilakukan oleh perdana menteri". Suruhanjaya itu, bagaimanapun, memutuskan untuk merayu keputusan itu.

Ini di tengah-tengah pihak berkuasa Switzerland mendakwa bahawa siasatan entiti berkaitan dengan 1MDB mendedahkan AS$4 bilion didakwa telah disalahgunakan daripada syarikat-syarikat milik negara Malaysia.


Dalam pada itu, Singapura telah membekukan beberapa akaun bank yang dikaitkan dengan 1MDB atas dakwaan kesalahan pengubahan wang haram, manakala Hong Kong juga masih menjalankan penyiasatan.

Sumber HD - 6-2-2016

Siasatan 1MDB, Switzerland dedah AS$4 bilion disalah guna syarikat kerajaan Malaysia

Posted on Saturday, January 30 @ 17:11:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu, lapor The Wall Street Journal (WSJ), hari ini.

Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ia menemui 4 kes salah laku jenayah antara 2009 dan 2013 "menggunakan struktur kewangan yang kompleks".

"Jumlah yang disyaki disalahgunakan ialah kira-kira AS$4 bilion," kata akhbar itu memetik Pejabat Peguam Negara Switzerland sebagai berkata.

"Tujuan sebenarnya kini menjadi subjek untuk siasatan lanjut."

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata beliau bimbang dengan keputusan Malaysia untuk menghentikan siasatan terhadap pindahan wang AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerana langkah itu akan menjejaskan siasatan Switzerland terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan yang bermasalah itu.

"Kami sangat bimbang," kata Lauber dipetik WSJ.

"Kami sudah menemui bukti menunjukkan pindahan wang yang mencurigakan, berkait dengan 1MDB menerusi institusi kewangan Switzerland, dan kami percaya amat penting ia dikongsi dengan pihak berkuasa Malaysia."

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Selasa berkata "bukti tidak mencukupi" untuk mendakwa Najib kerana menerima AS$681 juta daripada keluarga diraja Saudi.

"Berdasarkan kepada fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berhubung 3 kertas siasatan," kata Apandi, selepas berbulan-bulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

"Maka dengan ini saya arah SPRM menutup kertas siasatan," katanya.

WSJ juga memetik jurucakap kepada peguam negara Switzerland sebagai berkata siasatan tidak sepatutnya ditutup kerana wujud "penipuan yang besar sedang berlaku".

"Tanpa bantuan dari Malaysia, siasatan kami di Switzerland berdepan risiko menemui jalan mati," katanya kepada akhbar itu.

Sumber TKO - 30-1-2016



WSJ: Pegawai Goldman belakang rundingan 1MDB bercuti

Posted on Thursday, January 28 @ 18:58:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pegawai bank dari A Goldman Sachs Group yang menjadi broker dalam rundingan AS$3 bilion untuk 1MDB kini mengambil “cuti peribadi” untuk kembali ke Amerika Syarikat (AS), menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang memetik sumber-sumber.

Tim Leissner, yang dilaporkan antara pekerja paling lama bank itu di Asia dan rakan kongsi bank itu sejak 2006, ialah suami kepada selebriti Kimora Lee Simmons.

Leissner dan Simmons sebelum ini hadir ke pembukaan pejabat dana kekayaan negara Khazanah Nasional Bhd di San Francisco pada September 2013 dan dirakam bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam acara itu.

Leissner, yang dipindahkan ke AS, terlibat dalam rundingan 1MDB termasuk US$3 bilion bon pada awal 2013 yang memberi keuntungan kepada bank itu hampir AS$300 juta dalam bentuk yuran, lapor harian kewangan AS itu.

Laporan itu muncul ketika Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya serta RM42 juta yang disalurkan padanya dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.


Keputusan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali menutup kes, selepas perhatian panjang terhadap 1MDB, mengisi dada akhbar di seluruh dunia.

Sumber TKO - 28-1-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























WSJ dedah 1MDB pindah AS$850 juta ke entiti pesisir luar

Posted on Friday, December 18 @ 08:11:24 MYT by Reformis

Oleh Malaysiakini

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa 1MDB menghantar sekurang-kurangnya AS$850 juta tahun lalu kepada sebuah entiti pesisir luar yang dibentuk supaya ia kelihatan sebagai dana harta negara atau 'sovereign wealth fund’ yang dimiliki oleh Abu Dhabi.

Menurut WSJ, laporan berkenaan adalah berdasarkan kepada dokumen yang diteliti dan disemak oleh penerbitan berkenaan dan mereka yang biasa dengan perkara itu.

"Satu unit 1MDB memindahkan sekurang-kurangnya AS$850 juta melalui tiga urus niaga pada tahun lalu kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Kepulauan British Virgin dengan nama yang membuatnya kelihatan seperti dikawal oleh IPIC (International Investment Petroleum Co)”, menurut dokumen pemindahan itu yang dilihat oleh WSJ dan dua orang biasa dengan perkara tersebut.

"1MDB menghantar wang kepada 'Aabar Investments PJS Ltd' yang hampir menyerupai nama anak syarikat milik penuh IPIC iaitu Aabar Investments PJS menurut dokumen itu.”



Memetik mereka yang biasa dengan perkara itu, WSJ berkata eksekutif di IPIC dan Aabar yang menyiasat pemindahan itu memutuskan bahawa tiada satu pun daripada kedua-dua dana itu dimiliki oleh Abu Dhabi atau dikawal syarikat Kepulauan British Virgin.

"Rekod di Kepulauan British Virgin tidak memberi apa-apa butiran mengenai pemilik atau pengarah syarikat.

"Rekod menunjukkan firma di Kepulauan British Virgin itu ditubuhkan pada 14 Mac, 2012 dan dibubarkan pada 23 Jun tahun ini, semasa bidasan semakin memuncak ke atas 1MDB daripada ahli politik pembangkang dan juga dari kalangan parti Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak), " katanya.

Malaysiakini telah menghantar e-mel kepada 1MDB untuk ulasan mereka.

Sumber DD - 18-12-2015


PAC-1MDB: Shahrol, Lodin, Bakke akan dipanggil beri keterangan

Posted on Friday, December 18 @ 15:11:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkenaan urus tadbir syarikat itu.

Ahli PAC, William Leong Jee Keen berkata PAC juga akan memanggil beberapa individu lain iaitu Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, juga bekas pengerusi PAC Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

"Kita telah meminta Pengerusi (Datuk Hasan Arifin) untuk memanggil lagi mereka yang bertanggungjawab pada waktu hutang-hutang itu dilakukan.

"Kita akan menyambung lagi memanggil beberapa saksi terutamanya pengurus, pengarah dan juga pengerusi pada waktu hutang itu dilakukan...kita akan panggil Shahrol lagi," kata Leong yang ditemui pihak media di hadapan pintu masuk Parlimen di sini hari ini.

Menurut Leong, dua prosiding keterangan yang dihadiri Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy lebih memfokus kepada bagaimana pelan rasionalisasi 1MDB mampu melupuskan aset sekali gus melangsaikan hutang.

"Pada hari ini, Arul telah membentangkan pelan rasionalisasi tentang bagaimana 1MDB akan melupuskan aset dan membayar hutang-hutang yang ada.

"...tetapi kami sebagai PAC, mengikut terma rujukan, kami hendak memberikan tumpuan kepada urus tadbir (1MDB), iaitu bagaimana masalah ini timbul kerana Arul telah datang (mula berkhidmat) tahun ini di mana masalah telah pun berlaku.

"Jadi dua kali prosiding bersama Arul adalah untuk mengetahui bagaimana beliau menyelesaikan hutang-hutang yang sedia ada," jelas Leong.

Perkara tersebut juga disahkan oleh salah seorang ahli PAC, Tony Pua yang menyifatkan beberapa soalan masih belum diberi penjelasan terperinci oleh Shahrol Azral.

"Bagaimanapun, Pengerusi (Hasan Arifin) masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk memanggil mereka," kata Pua.

Astro AWANI cuba mendapatkan pengesahan daripada Datuk Hasan Arifin berhubung perkara di atas, namun gagal. - Astro 
Sumber TKO - 18-12-2015

1MDB-Edra, urusniaga rugi ke untung?

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


Kerajaan dan media kerajaan dilihat giat membuat kenyataan dan laporan menggambarkan tindakan 1MDB  menjual Edra Global Energy Berhad (Edra) kepada syarikat asing, China General Nuclear Power Corporation (CGN Group) sebagai satu kejayaan.

Apakah ini satu kejayaan? Bagaimana kejayaan ini diukur?

Apakah 1MDB untung daripada transaksi ini? Mengikut maklumat yang diberikan 1MDB kepada awam pada 3 Jun 2015, 1MDB telah melabur hampir RM12 bilion untuk membeli aset-aset penjana kuasa (RM8.5 bilion Powertek,  RM2.3 bilion untuk KLPP,  RM1.2 bilion untuk Jimah),  dan ini tidak ditambah lagi dengan RM6 bilion hutang lapuk. Dan penjualan kepada CGN pada RM9.83 bilion.

Bukankah perbezaan RM2.17 bilion itu satu kerugian?

Jika ya, mengapa penjualan ini diraikan sebagai kejayaan? Ia boleh disebut sebagai kejayaan jika 1MDB dapat mengurangkan hutangnya menggunakan keuntungan yang dijana sendiri.

Ia juga boleh disebut sebagai kejayaan jika 1MDB mendapat untung daripada penjualan tersebut. Ini tidak. 1MDB mengurangkan hutangnya dengan menjual aset pada kadar merugikan.

Ini seolah-olah sama seperti tindakan seseorang menjual rumahnya dalam di bawah harga pasaran untuk melangsaikan hutang yang lain.

Soalan seterusnya, apakah aset-aset lain yang bakal dijual 1MDB untuk membayar hutangnya selain tanah-tanah yang diperolehinya dengan murah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi?

1MDB berhutang untuk apa sebenarnya? Apakah 1MDB ada membayar cukai? Apakah 1MDB sudah membuat untung? Siapa yang mendapat untung daripada 1MDB?

Apa yang diperolehi negara selama ini melalui 1MDB selain terpaksa menanggung hutangnya? 1MDB ini urusniaga untuk apa sebenarnya selain membuat hutang, dan membayar hutang dengan penjualan aset-asetnya? - HARAKAHDAILY 25/11/2015

Sumber HD - 25-11-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Hutang 1MDB: Harta negara mana lagi akan dilelong?



























HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: 1MDB semalam mengumumkan penjualan aset penjana bebas (IPP) di bawah anak syarikatnya Edra Energy kepada konsortium China-Qatar yang akan memiliki 100% aset penjanaan.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata ini adalah bertentangan dengan dasar negara selama ini bahawa aset-aset strategik seperti penjanaan dan pembekalan elektrik tidak boleh jatuh ke tangan syarikat asing dan tertakluk kepada had pegangan ekuiti asing sebanyak 49%.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan telah memfailkan dua usul di Parlimen untuk menghalang perkara ini dari berlaku.

Katanya, satu usul ialah untuk menghadkan bidaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada nilaian RM8 bilion bagi ekuiti Edra Energy untuk menghalang kerajaan dari menggunakan TNB untuk membayar hutang 1MDB.

"Saya berterima kasih kepada TNB yang bersetuju dengan pandangan saya itu bahawa nilaian bagi ekuiti aset-aset ini adalah sekitar RM8 bilion dan bidaan TNB sekitar nilaian itu akhirnya ditolak oleh kerajaan walaupun sepatutnya bidaan konsortium syarikat asing terbatal kerana melanggar had pegangan ekuiti," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga ada memfailkan satu usul tergempar untuk membincangkan keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti kepada syarikat asing semata-mata bagi membolehkan Edra Energy dijual kepada konsortium China-Qatar tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Sepanjang perkara ini dibawa, beliau kesal kerana tidak ada seorang pun wakil rakyat atau pimpinan Umno yang bangun mempertahankan hak TNB serta kepentingan strategik negara.

Katanya, kegagalan mereka bersuara mengiyakan pandangan rakyat terbanyak bahawa Umno tidak lagi peduli dengan kebajikan rakyat dan kepentingan negara kerana penjualan aset Edra ini kepada syarikat asing membawa kesan besar seperti berikut:

1. Risiko kepada kelangsungan dan kestabilan pembekalan elektrik di negara ini

2. Risiko kenaikan tariff bila konsesi-konsesi penjualan tenaga dirundingkan kembali dengan syarikat asing ini dalam tahun 2016 dan 2022

3. Risiko pekerja asing dibawa masuk yang mengganggu peluang pekerjaan rakyat Malaysia

4. Risiko lebih banyak kontrak IPP masa hadapan diberikan kepada syarikat asing

5. Risiko kesan kepada TNB di masa hadapan apabila kedudukan strategiknya dilunturkan akibat kehadiran syarikat asing gergasi ini.

Beliau telah mengulangi berkali-kali bahawa keberhutangan 1MDB akhirnya akan mengheret institusi-institusi kerajaan dan GLC untuk menutup hutangnya yang besar itu.

"Sebelum ini kita tahu aset-aset penting negara seperti tanah-tanah yang mahal telah dipindahkan kepada 1MDB.

"Kemudian kita terkejut bila dana dari institusi rakyat seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga terpalit dengan 1MDB," ujarnya.

Terkini, katanya kita terpaksa pasrah menerima keputusan songsang menggadaikan keselamatan dan kelangsungan perbekalan elektrik negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.

"Saya pasti selepas ini lebih banyak harta negara akan dijual dan dilelong kepada syarikat asing demi untuk menutup lubang hutang 1MDB," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 24/11/2015

Sumber HD - 24-11-2015

1MDB: Lokasi Jho Low, 4 individu tidak dapat dikesan

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Interpol Polis Diraja Malaysia tidak dapat mengesan dan menentukan di mana jutawan dari Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low berada ketika ini, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu berkata ia memandangkan tiada siasatan yang dibuat oleh pihak polis terhadap jutawan itu di samping tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol mengesan jutawan itu.

"Tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk minta bantuan Interpol kesan penama berkenaan," menurut jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut di Dewan Rakyat.

Selain itu, Interpol PDRM juga tidak dapat mengesan empat individu lain iaitu bekas Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia Datuk Yusof Annuar Yaacob.

Nik Faisal dan Low dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan SRC International manakala Tang dan Loo dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB. - Bernama

Sumber HD - 17-11-2015



Rafizi Ramli ganti Tony Pua, debat 1MDB diteruskan - Pakatan Harapan

Posted on Thursday, November 05 @ 12:57:45 MYT by paktam

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan menawarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai pengganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai pendebat berdepan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.


"Bagi menghormati keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat ( Tan Sri Pandikar Amin Mulia) bahawa YB Petaling Jaya Utara Tony Pua, sebagai Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), tidak sewajarnya berdebat dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, maka Pakatan Harapan dengan ini menawarkan YB Pandan, Rafizi Ramli untuk menggantikan tempat YB Tony Pua," kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke yang membacakan kenyataan media bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Kenyataan media tersebut dipersetujui oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Malah, Pakatan Harapan turut mencadangkan perdebatan tersebut dibuat menerusi siaran televisyen secara langsung, di hadapan penonton secara langsung dan dalam Bahasa Malaysia.

Dalam pada itu, Anthony yang juga Ketua Whip DAP berkata, semua Ketua Whip akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkenaan format perbahasan yang akan digunakan.

Mengulas mengapa Pakatan Harapan tidak mencalonkan Wan Azizah sebagai pengganti, jelas Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya menjadi lawan kepada Wan Azizah.

"Kalau Ketua Pembangkang, Wan Azizah menyahut cabaran tersebut, jadi ia sepatutnya Najib (menjadi lawan). Ia sepatutnya Wan Azizah menentang Najib," katanya.

Sementara itu, Tony berkata, perdebatan antara beliau dengan Arul Kanda bukan bersifat peribadi.
"Perbahasan atau sesi soal jawab dengan Arul Kanda, apa-apa format pun adalah untuk mengemukakan kebenaran mengenai skandal 1MDB yang sekarang melanda negara kita yang menjadi antara sebab kita mengalami kemelut ekonomi masa kini," jelasnya lagi.

Tambah Tony, berkaitan 10 soalan yang beliau kemukakan sebelum ini, tidak kira sama ada sesi perbahasan berlangsung ataupun tidak, Arul Kanda sepatutnya menjawab kesemua soalan tersebut.

Sumber DD - 5-11-2015        




Tiada debat 1MBD walaupun Pua diganti
Posted on Wednesday, November 04 @ 20:55:03 MYT by tokdalang

OLEH MD IZWAN Menteri komunikasi dan multimedia mengatakan tiada debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan akan diadakan walaupun Pakatan Harapan mahu mencari penganti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk berdebat dengan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tawaran awal hanya dibuat bagi Pua-Arul berdebat dan jika salah seorang daripadanya menarik diri bermakna tawaran itu terbatal serta-merta

"Tiada lagi (tawaran). Tawaran hanya untuk 2 individu, Pua dan Arul. Apabila salah seorang mereka menarik diri, tawaran siaran langsung tiada lagi," kata Salleh di Parlimen hari ini.

Beliau berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menawarkan siaran langsung walaupun Pua diganti dan Pakatan Harapan menghantar wakil ahli Parlimen lain.

"Kami bersetuju untuk beri kepada 2 individu ini sahaja. Ini bukan debat antara 2 parti, ini debat antara 2 individu yang mencabar satu sama lain," katanya.

Pua yang merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) sebelum ini mencabar Arul berdebat dengannya secara langsung mengenai isu 1MDB.

Susulan cabaran tersebut, Salleh berkata RTM sedia menyiarkan debat itu secara langsung.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya mengumumkan di Dewan Rakyat, Pua perlu melepaskan jawatankuasa Parlimen itu terlebih dulu kerana penglibatannya dalam debat itu boleh menjejaskan siasatan ke atas 1MDB.

Bertindak balas kepada pengumuman itu, Pakatan Harapan mengumumkan mereka akan mendapatkan seorang lagi ahli Parlimen pembangkang bagi menggantikan Pua, yang bukan ahli PAC supaya debat itu boleh diteruskan pada Jumaat ini dan Pua tidak perlu keluar daripada PAC.

Namun, Pandikar pula menegaskan beliau akan melepaskan jawatan sebagai yang dipertua Dewan Rakyat jika perdebatan diteruskan kerana ia hanya akan menyebabkan tiada lagi keperluan bagi PAC mengadakan siasatan mengenai isu berkenaan selepas ini.-TMI

Sumber DD - 4-11-2015


Saya sedia undur diri jika debat 1MDB Arul-Tony tidak ikut syarat - Pandikar

Posted on Tuesday, November 03 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua perlu melepaskan jawatan beliau sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jika mahu berdebat dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Perkara tersebut diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berpandangan bahawa penyiasatan PAC yang merupakan jawatankuasa di bawah Parlimen mestilah telus.

Selain itu, Pandikar berkata Arul Kanda juga perlu dilucutkan sebagai saksi dalam siasatan PAC jika ingin meneruskan debat tersebut.

Justeru katanya, jika debat itu diteruskan tanpa mematuhi syarat yang dinyatakan beliau, maka beliau sedia meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Kenapa harus terburu-buru (hendak mengadakan debat)? Adakah perbahasan itu akan dapat keputusan tuntas?

"Tidak bukan. Jadi kenapa harus terburu-buru... tetapi kalau Kerajaan mahu teruskan perdebatan, saya tidak mahu terlibat (dalam isu ini), saya sedia mengundur diri," katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Pandikar juga mengemukakan syarat kepada saksi penyiasatan 1MDB, Arul Kanda bahawa beliau tidak lagi boleh terlibat dalam mana-mana bahagian siasatan dan prosiding PAC bagi mengekalkan ketelusan siasatan seleras dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Jelas Pandikar, beliau hanya menjalankan tugas sebagai Speaker di mana menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan setiap ahli Dewan Rakyat mengikuti peraturan mesyuarat.

"Tanggungjawab Yang Berhormat adalah untuk debat isu yang penting, (berkaitan) rakyat jika dibenarkan oleh peraturan mesyuarat. Tanggungjawab badan eksekutif adalah mentadbir.

"Saya terpaksa menjalankan tugas sebagai speaker, saya tidak boleh benarkan debat isu 1MDB antara Tony dan Arul kerana PAC sedang menyiasat," katanya.

Menurut Pandikar, debat antara Pua dan Arul itu bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 85 dan 23.

Peraturan Mesyuarat 85 memperuntukkan keterangan yang diambil dihadapan sesebuah jawatankuasa pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa-siapa ahli jawatankuasa itu atau oleh siapa-siapa jua sebelum jawatankuasa itu membuat penyata itu kepada majlis.

Tambah Pandikar, apa-apa pendedahan, keterangan atau perkara yang dikemukakan kepada jawatankuasa juga adalah tertakluk kepada syarat yang diperuntukkan kepada Peraturan Mesyuarat 23 iaitu tiada ahli atau pegawai majlis dan tiada juru tringkas yang digunakan khidmat untuk mencatat minit keterangan dihadapan majlis atau mana-mana jawatankuasa boleh memberi keterangan di tempat lain.


Debat atau bual bicara secara siaran langsung di televisyen di antara Pua dan Arul Kanda juga dilihat mendapat 'lampu hijau' kerajaan apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah pun menyatakan kesediaan untuk menyiarkan debat itu secara langsung.

Terbaru, Salleh memberitahu bahawa RTM mencadangkan agar debat 1MDB Arul-Tony Pua diadakan pada jam 9 hingga 10 malam Jumaat ini, iaiatu 6 Nov 2015 di Studio 1 tanpa penonton.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan debat ini sebagai peluang untuk menyerlahkan keberanian dan kejantanan masing-masing bagi mencari kebenaran berhubung isu menyelubungi syarikat pembangunan strategik itu. - Astro Awani
Sumber TKO - 3-11-2015


Jangan guna debat 1MDB isytihar isu selesai, kata PAS kepada Najib

Posted on Tuesday, November 03 @ 13:54:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Putrajaya tidak boleh menggunakan perdebatan secara langsung antara Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan ahli Parlimen DAP Tony Pua untuk meletakkan had ke atas dakwaan skandal yang melibatkan firma pelaburan milik negara, kata PAS hari ini.

Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini meminta 6 bulan untuk menyelesaikan kontroversi 1MDB, dan hasil perdebatan itu nanti - terutamanya jika ia menyebelahi pihak kerajaan tidak boleh digunakan sebagai alasan mengisytiharkan masalah firma itu kini selesai."Apa pun, debat ini akan diikuti umum. Ada yang mengharapkan kemenangan dalam debat ini akan menghilangkan segala tuduhan tidak terjawab dan impak 1MDB di dalam negara.
"Sebagai peringatan, ada 41 hari saja lagi sebelum tempoh 6 bulan yang dijanjikan Najib untuk menyelesaikan masalah 1MDB akan tamat.

"Diharap Najib tidak menggunakan kemenangan debat ini sebagai penunaian janji masalah 1MDB kini selesai. Hakikatnya, masalah 1MDB tidak selesai dalam satu debat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini. - 3 November, 2015.

Sumber TKO - 3-11-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menteri cadang debat 1MDB Jumaat ini

Posted on Tuesday, November 03 @ 12:43:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




SERDANG :  Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mencadangkan sesi debat antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy disiarkan secara langsung pada Jumaat ini. 



Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, debat terbuka itu akan menerusi saluran RTM pada jam 9 hingga 10 malam.



“Pihak RTM akan menghubungi kedua-dua pihak mengenai syor ini dan pihak RTM akan menyediakan moderator serta kita harap kedua-dua pihak akan bersetuju termasuklah format perbahasan yang akan diadakan.



“Saya berpendapat perkara ini perlu disegerakan kerana ia telah menjadi bualan masyarakat dan debat ini perlu diadakan secara profesional, berfakta, dalam suasana kondusif dimana kita memberi peluang kepada kedua-dua pihak mengutarakan pendapat masing-masing,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-9 di Universiti Putra Malaysia pada Selasa.



Salleh berkata, debat itu akan diadakan di Studio 1 RTM dan tidak akan melibatkan sebarang penonton kerana mahu suasana lebih kondusif.



“Pada pendapat kita perbahasan tidak semestinya ‘live audiens’. Kita boleh tengok secara langsung. It’s live. Bukannya dirakam. Tidak ada edit,” jelasnya.



Beliau turut ditanya adakah sesi debat ini akan menjejaskan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB.



“Kita akan perlu satu panduan. Ada maklumat yang dibincang dalam PAC belum lagi boleh dihebahkan kepada umum kerana PAC ditubuh dibawah parlimen dan mereka kena buat laporan kepada Parlimen. Tetapi ada maklumat yang umum yang tidak salah diperbahaskan,” ujarnya.



Sumber TKO - 3-11-2016

























1MDB: Arul sedia debat dengan Pua tanpa syarat

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata beliau bersedia bersemuka dengan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua secara langsung di televisyen berhubung isu syarikat pelaburan negara itu, tanpa sebarang syarat.
Beliau berharap ia akan akan diadakan secepat mungkin.

"Saya dengan ini menarik balik syarat saya (sebelum ini). Saya akan berjumpa Tony Pua dalam debat atau bual bicara secara langsung di TV tanpa syarat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Khamis lepas, Arul Kanda dalam satu kenyataan berkata beliau bersedia berdebat dengan Pua secara langsung di televisyen dengan syarat anggota Parlimen daripada DAP itu meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Arul Kanda berkata demikian bagi menyahut cabaran Pua melalui blognya agar mereka mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara secara langsung, dengan Pua menjadi pihak yang mengemukakan soalan.

Katanya beliau sebelum ini meletakkan syarat itu kerana Pua ialah anggota PAC, dan ia bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan kerana PAC juga menyiasat isu 1MDB.

"Beliau (Pua) berpendapat soalan yang sukar atau rumit tidak ditujukan kepada 1MDB. Jadi Tony Pua telah menyatakan beliau mahu bertanyakan soalan kepada saya mengenai perkara tersebut.

"Saya telah menerima cabaran YB Tony Pua secara terbuka tetapi dengan satu syarat, YB Tony Pua adalah ahli kepada PAC. PAC sedang menjalankan penyiasatan terhadap 1MDB. Maknanya dia sebagai hakim, beliau akan menghakimi 1MDB dalam keterangan dan jawapan yang pihak kami akan berikan kepada PAC," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada RTM atas tawaran stesen televisyen itu untuk menyiarkan secara langsung debat itu.

Arul Kanda yang menerajui 1MDB sejak Januari tahun ini turut menegaskan tiada suatu pun perkara berkaitan status kewangan syarikat itu telah disembunyikan disebalik pelbagai dakwaan dilemparkan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata syarikat telah menjawab semua isu dibangkitkan menerusi temu bual dengan media tempatan dan antarabangsa serta menerusi kenyataan media dan menurutnya pada tahun ini sahaja, sebanyak 72 kenyataan media dikeluarkan syarikat untuk menjawab pengkritik.

Arul Kanda turut menyangkal dakwaan bahawa 1MDB bersikap memilih dalam memberikan jawapan dan temu bual dengan media.

"Sejak saya memegang jawatan ini, kita ada buat temu ramah TV, bukan sahaja akhbar tempatan, malah akhbar antarabangsa. Adalah tidak tepat mengatakan yang 1MDB hanya beri jawapan kepada soalan mudah dan kepada media massa (tertentu) sahaja.

"Baru-baru ini saya juga telah berjumpa dengan MCA, sebelum ini dengan UMNO (untuk memberi penerangan). MIC belum jemput saya lagi. Saya secara terbuka menjawab soalan (berkaitan 1MDB)," katanya.

Dalam sidang media kira-kira 90 minit yang dihadiri kira-kira 80 wartawan tempatan dan asing itu, Arul Kanda turut memberi penjelasan berhubung pelan rasionalisasi hutang syarikat dan perkembangan terkini langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan hutang syarikat, serta sejarah syarikat. - Bernama

Sumber HD- 31-10-2015

1MDB: Riba dan kegagalan kapitalisme


























AHMAD MOUHYIDEEN HASIN | .


KRISIS yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang sebanyak AS$11 bilion adalah bukti jelas kegagalan Kapitalisme dalam memacu kemajuan ekonomi negara. Sistem hutang negara dan dunia yang tidak boleh dipisahkan daripada sistem kapitalisme mengakibatkan ia tidak boleh lari daripada sistem riba yang diharamkan dalam Islam.

Kapitalisme adalah satu sistem ekonomi yakni pelaburan dan pemilikan yang berkaitan pengeluaran, pengedaran dan pertukaran kekayaan dibuat dan diselenggara oleh individu atau syarikat swasta (Collins English Dictionary, 2015).

Ia adalah suatu fahaman bahawa orang perseorangan menjadi pemilik tunggal kepada apa yang diusahakan olehnya. Orang lain tidak berhak ke atasnya hatta kerajaan tidak boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi. Kuasa kerajaan hanyalah untuk mengawasi suasana bebas dan mewujudkan keadaan yang memberi kebebasan kepada rakyat dalam memiliki harta dan melakukan kegiatan ekonomi (TG Haji Abdul Hadi Awang, 1999).

Matlamat kapitalisme hanyalah semata-mata untuk mencari keuntungan walaupun dengan cara yang haram termasuklah melalui sistem riba. Menurut Abul A'la al-Maududi (1985), Kapitalisme melihat bahawa perniagaan dan riba memerlukan antara satu sama lain dan tidak akan maju kecuali dengannya. Jika tidak ada sistem riba maka akan runtuhlah sistem kapitalisme.

Pemikiran ini bertitik tolak daripada kefahaman yang salah bahawa wang berfungsi sebagai barang dagangan yang boleh dijual dan dibeli. Oleh sebab itu ia boleh dipajakkan dengan harga tertentu yang mempunyai kadar faedah.

Perkara ini berlawanan dengan Islam kerana ia menyebabkan pemiutang tidak terlibat dalam risiko untung dan rugi dalam kegiatan ekonomi. Dalam Islam, tidak ada keuntungan yang baik tanpa usaha, kepayahan dan risiko. Islam menolak golongan yang hidup di atas usaha dan peluh orang lain. Semuanya mestilah menanggung risiko dalam perniagaaan  bagi memastikan keadilan terlaksana (Dr. Umar Faihan, 2001).

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al-Baqarah: 278-279).

Islam berbeza dengan Kapitalisme yang meletakkan modal sebagai kepentingan utama dalam perniagaan sehingga ke tahap perlu adanya jaminan bahawa modal akan dipulangkan semula bersama dengan faedah tanpa memandang kepada natijah kegiatan perniagaan tersebut sama ada ia akan memberi keuntungan atau pun tidak. (Dr Umar Faihan, 2001).

Kemelesetan ekonomi yang melanda pada hari ini adalah kesan negatif yang terhasil daripada sistem riba. Ia adalah salah satu punca utama berlakunya kenaikan kos dan harga barang serta ketidakadilan dalam pengagihan kekayaan negara.

Rakyat ditekan melalui cukai dan bayaran-bayaran tertentu termasuk cukai GST dan kenaikan bayaran tol untuk menampung kenaikan kos tersebut. 1MDB yang merupakan syarikat milik kerajaan telah menyumbang kepada kemelesetan ekonomi negara yang akhirnya menyebabkan rakyat terpaksa menanggung bebannya.

Pelabur mula hilang kepercayaan terhadap ketelusan kerajaan dalam menangani krisis 1MDB ini apabila ia sukar untuk membayar hutangnya yang diselaputi riba yang diharamkan.

Benarlah firman Allah SWT yang menyifatkan orang-orang yang memakan harta riba itu; "Tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.” (Al-Baqarah: 275).HARAKAHDAILY 30/10/2015

Penulis ialah Pengarah Operasi, Majlis Penyelidikan dan Tafaqquh, Dewan Ulamak PAS Pusat

Sumber HD - 30-10-2015



Siapa jadi mangsa tindakan peguam negara dalam keputusan 1MDB?

Posted on Wednesday, October 28 @ 14:32:00 MYT by paktam

Oleh Dzulkefly Ahmad

Kenyataan rasmi dikeluarkan Bank Negara Malaysia ((BNM) pada Isnin lalu, 19 Oktober membawa implikasi besar dari sisi perundangan dan termasuk persepsi terhadap tadbir urus kewangan negara. Kenyataaan ini bersabitan kontroversi dakwaan terhadap syarikat pelaburan strategik 100% milik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Kenyataan menegaskan BNM berhak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melanggari mana peruntukan di bawah undang-undang yang ditadbirnya, selaku badan tunggal yang mengelola segala urusan tadbir urus kewangan negara.

Peruntukan tindakan pentadbiran atau “administrative action” tersebut, selain “tindakan jenayah” akan diambil berpandukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Antara lainnya, mengenakan hukuman bayaran wang dan sebagainya.


Tindakan BNM ini dibaca atau difahami pelbagai pihak sebagai menegaskan sesuatu yang tidak kena dengan keputusan dibuat Jabatan Peguam Negara.

Peguam negara pada 13hb Oktober lalu  membuat keputusan melepaskan 1MDB daripada apa jua kesalahan jenayah dan tidak ada apa-apa lagi tindakan (NFA), dengan pengumuman dalam sidang akhbar Peguam Negara Tan Sri Apandi.

Terdahulu BNM  mengeluarkan arahan pada 11 Oktober kepada 1MDB menuntut dana sejumlah AS$1.83 bilion (RM7.54 bilion) sehubungan dengan urus niaga kerjasama atau “joint-venture” dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) dihantar pulang atau “repatriate”.

BNM juga mengeluarkan arahan bersurat sebanyak 3 sebelum ini supaya 1MDB mengambil tindakan “repatriation” berhubung dana tersebut sebelumnya. Untuk ingatan umum, urus niaga dengan PSI ini yang  banyak dibuat pendedahan tentang dakwaan salah laku, yang antara lain menyaksikan wang sebanyak AS$700 juta berpindah ke akaun Good Star Limited, milik Low Teik Jho atau Jho Low.

BNM mendedahkan terdapat pelbagai kesalahan sama ada maklumat tidak tepat (inaccurate) atau tidak lengkap (incomplete) ketika 1MDB membuat permohonan dan diluluskan BNM dalam penghantaran dana tersebut melalui Akta Kawangan Pertukaran 1953 (Exchange Control Act, 1953).

Meskipun Jabatan Peguam Negara tidak mahu mengambil tindakan kerana 1MDB dikatakan tidak melakukan kesalahan jenayah, tindakan gabenor untuk meneruskan “hukuman” ke atas 1MDB membawa pelbagai implikasi besar buat seluruh tadbir urus sistem kewangan negara.

Menyedari perkara ini, Persatuan Ekonomi Malaysia atau Malaysian Economic Assciation, sebuah persatuan berusia 50 tahun yang berpusat di Universiti Malaya bertujuan mempromosi kepentingan mendalami kajian bidang ekonomi di akademia dan pencerahan pengetahuan awam, mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi yang panjang dan sangat diplomatik, mengingatkan pihak kerajaan dan awam supaya kedudukan institusi BNM dipelihara kebebasan dan wibawanya dalam suasana integriti negara sangat dipertikai kini.

Sayugia dingatkan antara matlamat di dalam ucapan bajet menteri kewangan baru-baru ini seharusnya adalah untuk menyuntik kembali keyakinan pihak pelabur bagi menangani sekaligus kejatuhan nilai ringgit dan terhadap integriti sistem tadbir urus kewangan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menggunakan peluang tersebut, khasnya bagi membuat beberapa penerangan tentang kontroversi sekitar 1MDB khasnya bersabitan derma RM2.6 bilion dan hubungkaitnya dengan urus niaga 1MDB. Perkara ini terus menjejaskan persoalan “market confidence” atau keyakinan pasaran terhadap Malaysia serentak menjejaskan nilai ringgit.

Kenyataan peguam negara tentang kedudukan keputusan NFA ke atas 1MDB juga adalah satu yang sangat rumit dan menyusahkan, kerana ia pastinya menjejaskan sedikit sebanyak kewibawaan BNM dan gabenornya yang bertindak atas keperluan menjaga integriti dan kredibiliti bank pusat atau central bank negara ini.

Tegasnya, umum menganggapi tindakan untuk meneruskan “administrative action” ke atas 1MDB itu sebagai satu cabaran atau juga ditaggapi satu “coup” ke atas kuasa Jabatan Peguam Negara selaku “the sole prosecutor” dalam sistem perundangan negara. Mengikut ingatan dan semakan penulis, episod ini “unprecedented” atau tidak pernah berlaku.

Peguam negara, selepas mengisytihar verdict NFA ke atas 1MDB perlu untuk membuat penjelasan dan pencerahan yang teliti dan cermat. Ini adalah bertujuan merungkaikan segala kontroversi dan dakwa-dakwi ke atas syarikat pelaburan strategik kerajaan ini yang menjadi tumpuan negara bahkan beberapa pusat kewangan dunia yang terpalit dengan urus niaganya termasuk siasatan Federal Bureau of Investigation atau FBI.

Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan AS, mendapat bayaran sebanyak AS$500 juta dalam terbitan 3 bon untuk 1MDB.

Najib dan peguam negara, gagal melunaskan tanggungawab ini dengan baik. Hari ini, hanya BNM kekal sebagai institusi tunggal yang berani “menyemak-imbang" pihak eksekutif dan juga pihak judisiari negara. Pihak legislatif di bawah pimpinan speakernya, juga mula ditanggapi sebagai hanya “menurut” dan “tunduk” kepada pihak eksekutif yakni perdana menteri yang melantik beliau.

Siapa mangsa semua angkara ini...BNM dan rakyat Malaysia...malang!

Sumber DD - 28-10-2015


Minit bocor itu asli, kata bos 1MDB

Posted on Sunday, October 25 @ 21:32:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Minit mesyuarat lembaga 1MDB bertarikh 3 Oktober 2009, yang menunjukkan lembaga pengarahnya menuntut RM700 juta daripada PetroSaudi International (PSI) sebagai pulangan usaha sama, nampaknya asli, kata presiden syarikat itu.

Arul Kanda Kandasamy berkata demikian ketika ditemui dalam forum anjuran MCA di Kuala Lumpur hari ini.

“Kami sahkan lagi, melalui sidang media hari ini, minit itu nampaknya asli.

“Kami sudah tentu bimbang berkaitan kebocoran dokumen rahsia dan peribadi, jadi pada 12 Oktober kami buat pengumuman,” katanya.

Arul berkata, 1MDB membuat laporan polis berhubung kebocoran itu dan berharap pihak berkuasa menyiasat dan bertindak.

Diasak lagi pemberita mengesahkan sama ada minit mesyuarat itu benar atau tidak, Arul berkata “daripada aspek minit lembaga, kami sahkan bahawa ia nampaknya asli." - MK

Sumber TKO - 25-10-2015


Urus Niaga 1MDB Luar Biasa Terus Bebani Malaysia

Posted on Wednesday, October 21 @ 22:50:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

MULA-mula mohon maaf pasal lama tak siar rencana baru. Maklumlah apabila usia masuk kategori warga kanan (senior citizen) ada saja masalahnya – kalau tak besar, kecil.


KEMUDIAN saya minta izin bincang hal 1MDB dalam bahasa paling mudah sebab takut ada lagi orang yang tak faham.



1. 1MDB diasaskan pada tahun 2008 sebagai Terengganu Investment Agency (TIA) dengan tujuan melabur hasil minyak negeri itu. Pada tahun 2009 ia ditukar jadi 1MDB. Dalam pengumuman pada 22 Julai, 2009, Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, kata TIA diubah jadi 1MDB dengan tujuan perluaskan faedah kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan Terengganu saja. Dengan itu, 1MDB jadi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan di bawah kawalan lansung Perdana Menteri.


2. Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low jadi agen bebas (free agent) sejak zaman TIA lagi dan tambah berpengaruh bila TIA jadi 1MDB. Dia anak kepada jutawan Cina Pulau Pinang, (Tan Sri) Larry Low Hock Peng. Larry Low adalah antara pengasas dan peneraju syarikat Malaysia Weaving Printing Dyeing Factory Limited yang sekarang dikenali sebagai WME Holdings Berhad. Nenek Jho Low, (Datuk) Low Meng Tak lahir di Guangdong, China pada tahun 1922 dan bina kekayaan di China, Thailand dan Malaysia melalui perlombongan bijih besi, pengilangan arak dan kemudiannya hartanah.

Jho Low, agen bebas 1MDB hidup mewah


3. Pada mulanya 1MDB didakwa sebagai tabung berdaulat (sovereign fund) tapi ditukar jadi syarikat pelaburan strategik (strategic investment company) setelah dihujahkan yang kita sudah pun ada tabung berdaulat, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).



4. Dengan modal permulaan RM1 juta, 1MDB berhutang besar-besaran dari dalam dan luar Negara. Sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ertinya kalau 1MDB tak mampu bayar balik atau muflis (bankrupt), pembayar cukailah yang kena tanggung bebannya. Silap-silap anak cucu kita pun kena juga. Sudah sekali ia tak mampu bayar hutang ikut masa. Terpaksa berhutang untuk bayar hutang. Siapa yang bagi hutang sampai hari ini masih samar-samar. Ada kata Arab. Ada kata Ananda Krishman. Ada kata kerajaan sendiri.



5. Cara 1MDB berniaga sangat menakjubkan. Dengan modal yang sangat kecil, ia berhutang dengan sangat besar. Laporan kewangan 1MDB tahun 2014 menunjukkan ia berhutang RM49 bilion dengan harta sebanyak RM52 bilion. [Dengan hutang sebanyak itu, kita boleh bina lima buah KLIA asal.]

6. Cara ia berhutang pun luar biasa. Contohnya pada tahun 2012/13 ia guna khidmat bank pelaburan Amerika, Goldman Sachs untuk pinjam AS$3 bilion (kira-kira RM13 bilion pada kadar tukaran sekarang). Yang anehnya 1MDB bagi komisen sampai AS$500 juta (RM2.1 bilion) kepada Goldman. Agensi berita ekonomi Amerika, Bloomberg laporkan pada 9 Mei 2013 bahawa komisen Goldman adalah kira-kira 7.7 peratus sedangkan kadar purata komisen bagi “junk bond” (bon sampah) adalah 1.32 peratus bagi tahun 2013. Adakah ini bermakna bon 1MDB lebih teruk daripada “junk bon” maka Goldman perlu dibagi komisen yang sangat tinggi? Dalam pasaran bon, lagi tinggi risiko, lagi murah harganya dan lagi tinggi komisennya sebab susah nak jual.


7. Rasanya tak ada syarikat dalam dunia yang nisbah antara modal dan hutang begitu luas macam 1MDB. Bila skandalnya mula didedahkan selepas Pilihan Raya Umum 2013, barulah 1MDB tambah modal (equity) kepada RM900 juta. Kemudian pada tahun 2014 ditambah lagi kepada RM2.4 bilion.



8. Walaupun modal RM2.4 bilion tu nampak banyak, tapi banding dengan hutang RM49 bilion, ia adalah kecil. Maksudnya 1MDB berhutang 20.4 kali ganda daripada modalnya. Ini sangat-sangatlah tinggi pasal nisbah purata hutang-kepada-modal (debt-to-equity-ratio) syarikat-syarikat yang diniagakan di Bursa Malaysia hanya satu setengah kali ganda saja.



10. Bila saya tanya pendapat seorang kawan yang bekerja sebagai penyelidik ekonomi, dia kata, ini samalah dengan seorang penjaja yang ada modal RM2,000 tapi pergi bank minta pinjam RM40,000. Tak masuk akal dan tak ada bank yang akan bagi.


Penjaja, sukar bank nak layan



11. Kemudian 1MDB beli harta di dalam dan luar negara daripada penjual swasta dengar harga tinggi. Jauh lebih mahal daripada harga pasaran. Inilah sebabnya orang yang tahu hal ehwal perniagaan syak ada urusan belakang tirai di antara pembeli dan penjual.



12. Tapi bila 1MDB beli harta kerajaan macam tanah, ia bayar harga yang sangat murah. Ada tanah kerajaan di Kuala Lumpur dibeli dengan harga RM64 sekaki persegi yang kemudiannya dijual kepada Tabung Haji dengan harga 43 kali ganda lebih tinggi. Kerajaan rugi pendapatan, 1MDB buat duit atas angin dan Tabung Haji kena kutuk sampai terpaksa buat dusta.



13. Dari segi moral, ini sudah boleh dikira salah guna kuasa dan dari segi undang-undang pula ia boleh dianggap pakatan untuk menipu kerana negara hilang peluang untuk dapat hasil yang lebih tinggi. Dalam bahasa Inggeris, perbuatan ini disebut “conspiracy to defraud”.



14. Perdana Menteri dan para pelindung serta pembela beliau boleh bagi macam-macam alasan dan guna macam-macam muslihat untuk sembunyi kebenaran, tapi satu dunia sudah tahu. Apatah lagi ramai pembela terkini Perdana Menteri kurang kredibiliti.



15. Kalau tak ada bukti dan syak wasangka yang kuat, macam mana pihak berkuasa jenayah, kewangan dan perbankan di Singapura, Hong Kong, United Kingdom, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah membuka siasatan ke atas 1MDB dan membekukan beberapa akaun yang bersangkut-paut dengannya?



16. Kalau semua laporan media mengenai penglibatan Mohd Najib dalam skandal 1MDB fitnah dan dusta, pasal apa Mohd Najib dan peguam-peguamnya hanya gertak nak saman tapi tak saman?


Propaganda Utusan tidak tepat, PM tak saman



17. Kalau beliau berani kerana beliau berada di pihak yang benar, pasal apa guna Kanun Keseksaan (Penal Code) ke atas (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang – mengapa tidak kemukakan saman malu ke atas mereka?



18. Selain kejatuhan harga minyak mentah dan kelembapan ekonomi dunia, semua orang tahu bahawa nilai ringgit merudum kerana skandal 1MDB dan kurang keyakinan kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib.



19. Natijahnya, katalah apa nak kata berkenaan 1MDB, tapi orang yang tahu berkenaan urus niaga korporat, kewangan, perbankan dan undang-undang tak akan percaya.



20. Tak keterlaluan kalau kita ibaratkan 1MDB sebagai gajah Tok Mia yang kena penyakit EEHV (elephant endotheliotropic herpesviruses) yang keluarkan bau busuk. Simbahlah dengan minyak wangi paling mahal dari Paris atau Milan baunya tak hilang juga. Hatta minyak wangi Amouage yang diuar-uarkan sebagai minyak wangi paling mahal di dunia itu tak berkesan lagi. Lapan puluh peratus gajah yang kena penyakit ini mati.



21. Serentak itu, jentera propaganda Umno, kerajaan dan 1MDB semakin hari semakin hilang kewibawaan apabila mereka disaman, khususnya oleh pembangkang, dan kalah perbicaraan, terpaksa memohon maaf dan bayar ratusan ribu ringgit ganti rugi.


Main stream media lost repeatedly



22. Malangnya bagi Malaysia dan rakyat jelatanya, apabila Mohd Najib bentangkan Belanjawan 2016 Jumaat ini, berapa ramai akan percaya. Kalau pelabur dan pengguna tak yakin, mereka tak melabur dan tak beli-belah. Bila mereka tak labur dan tak berbelanja, tak adalah “private consumption”. Private comsumption adalah penggerak ekonomi negara. Kalau kerajaan hendak berbelanja, ia terpaksa berhutang. Tapi macam mana nak berhutang apabila hutang kerajaan sudah sampai had maksimum berbanding keluaran dalam negara kasar. 



Wallahuaklam.

Oleh A KADIR JASIN 
Sumber TKO - 21-10-2015



Peguam negara tidak sensitif gesaan Raja Melayu dalam isu 1MDB
Posted on Friday, October 16 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


PAS membidas Jabatan Peguam Negara kerana tidak sensitif dengan gesaan Majlis Raja-raja Melayu yang mendesak supaya isu membabitkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan segera.


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang masih tidak membuat pendakwaan ke atas syarikat bermasalah itu menyebabkan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih teguh.

"Ternyata hidung peguam negara tidak sesensitif hidung Majlis Raja-raja yang turut menggesa agar krisis 1MDB diselesaikan dengan cepat," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Lebih menghairankan lagi menurut Tuan Ibrahim, kesalahan cuba ditujukan kepada pihak lain walhal syarikat yang berhutang dan terlibat dalam kontroversi 1MDB seolah-olah tidak melakukan kesalahan.

"Pihak yang meminjam duit merata-rata sehingga hutangnya menggerunkan kini tidak lagi dipersalahkan. Kesalahan ini sekarang cuba diletak pada pihak lain.

"Itulah yang sedang berlaku - apabila Jabatan Peguam Negara meletakkan Bank Negara Malaysia sebagai pihak yang cuai di dalam krisis 1MDB.

"Apakah peguam negara tidak dapat menghidu yang 1MDB ini bermasalah?" katanya.

Lebih membimbangkan ialah 1MDB kini tidak perlu lagi berdepan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) kerana sudah terbubar akibat pelantikan beberapa ahlinya ke dalam Kabinet, malah Najib sendiri yang juga penaung syarikat tersebut belum disiasat oleh pihak berkuasa, kata Tuan Ibrahim.

"Yang hebatnya ialah sehingga kini 1MDB masih tidak perlu berdepan dengan PAC dan perdana menteri pula belum disoal oleh polis mahupun SPRM.

" Jikalau semua kejadian ini dijadikan kayu ukuran kepada 1MDB, ini boleh dikira sebagai krisis terbesar negara," katanya.

Pada 6 Oktober, Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Ia turut menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya kerana bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.

Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.
Sumber TKO - 16-10-2015

PAS Sokong Tindakan BNM, Bawa Pulang RM 1.83 billion 1MDB!

PAS amat menyokong keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) membatalkan 3 lesen pelaburan asing 1MDB dan mengarahkan syarikat tersebut membawa pulang dananya yang berjumlah RM1.83 billion.

Ketua Penerangannya Ustaz Nasruddin Hassan berkata ia adalah rasional setelah BNM mengusulkan agar 1MDB didakwa dengan prosiding jenayah di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang (ECA) 1953 ditolak oleh Pejabat Peguam Negara.

“Hakikatnya, keputusan Peguam Negara tersebut secara terbuka merendahkan kredibiliti BNM sebagai pengawalselia pasaran kewangan seolah-olah BNM tidak tahu membuat kerja.

“Dengan arahan ini, masyarakat dan komuniti perniagaan boleh menilai sendiri sama ada 1MDB benar-benar memiliki kecairan aset seperti yang selalu didakwa oleh PM dan kroni-kroni beliau di dalam syarikat itu atau pun segalanya merupakan suatu pembohongan bersistematik,”ujarnya dalam satu kenyataan.



Menurut Ahli Parlimen Temerloh itu, sekiranya 1MDB gagal untuk mematuhi arahan BNM, Pejabat Peguam Negara tidak boleh lagi berdalih kecuali memulakan prosiding perundangan terhadap 1MDB memandangkan syarikat itu secara terbuka menyanggah kuasa BNM sebagaimana peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013.

Katanya, Peguam Negara adalah pegawai undang-undang yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong, yang mesti mengambil kira kenyataan Majlis Raja-Raja berkait 1MDB baru-baru ini.

“Majlis Raja-raja menuntut penyiasatan telus dan adil dalam isu berkaitan 1MDB, sebarang dolak-dalik Peguam Negara mengundang risiko ‘lese majeste’ terhadap Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,”jelasnya.

Kata beliau, kerajaan UMNO-BN mungkin cuba menutup jejak jenayah mereka selepas ini dengan menukar kepimpinan Bank Negara bagi melemahkan penguatkuasaan FSA sekaligus menyelamatkan 1MDB dan memanjangkan talian hayat rejim korup pimpinan Najib.

Namun begitu, Ustaz Nasruddin memberi peringatan bahawa rakyat tetap akan menghukum Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kesemua rekod mengenai usul prosiding jenayah terhadap 1MDB, pembatalan lesen pelaburan asing dan arahan membawa pulang dana RM 1.83 billion kini telah menjadi pengetahuan umum,
“dan pastinya akan diungkitkan semula oleh rakyat dalam undian PRU14 kelak bagi menghukum kepimpinan UMNO-BN yang korup ini,”tegasnya

Sumber BO - 13-10-2015

1MDB: Siasatan dijangka selesai dalam masa 3 



























BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Jabatan Audit Negara terhadap akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dikeluarkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan lagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara R. Raja Sunthara Kannan berkata pihaknya sedang melaksanakan fasa kedua siasatan yang lebih terperinci berkaitan beberapa unsur yang belum disiasat.

"Fasa pertama siasatan telah selesai tetapi terdapat beberapa maklumat berkaitan luar negara yang perlu diselesaikan dan kita jangka akan mengeluarkan laporan siasatan dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu Seminar Kelestarian Integriti anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini, Selasa.

Turut hadir ialah bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaafar, bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan dan penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar. - Bernama

Sumber HD - 13-10-2015


1MDB lapor polis, syaki kebocoran maklumat sulit

Posted on Tuesday, October 13 @ 08:13:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



1MDB hari ini membuat laporan polis mengenai tindakan satu atau lebih banyak pihak yang disyaki membocorkan dan menjual maklumat sulit mengenai syarikat itu.

Laporan polis itu menyusul selepas dakwaan pengakuan portal beritaSarawak Report bahawa ia mendapat dokumen sulit daripada Bank Negara dan dakwaan pengakuan terbuka daripada penerbitan antarabangsa Wall Steet Journal bahawa ia juga telah meneliti dokumen berkaitan 'siasatan kerajaan' ke atas 1MDB dan mempunyai akses kepada transkrip prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan draf laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB, lapor Bernama.


"Biarpun adanya pengakuan ini, tiada tindakan telah diambil sama ada terhadap pihak yang telah menerbitkan dokumen berkenaan, juga terhadap pihak yang membocorkannya yang menyalahi undang-undang," kata syarikat itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Syarikat itu berkata buat kali kedua,Sarawak Report kendalian pihak asing yang sekarang ini disekat di sini kerana menerbitkan bahan dicuri dan dipalsukan, telah mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB yang kelihatan seperti tulen.

"Kami sangat bimbang, ini berikutan kenyataan Sarawak Report sebelum ini yang menyatakan ia telah memperoleh dokumen daripada siasatan Bank Negara," katanya .

1MDB percaya tindakan satu atau lebih banyak pihak membocorkan maklumat sulit dilakukan dengan niat jahat dan mungkin telah menyalahi undang-undang Malaysia antaranya Kanun Keseksaan, Akta Rahsia Rasmi 1972, Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

"Kami mempunyai keyakinan penuh dalam kemampuan menyiasat dan profesionalisme pihak berkuasa untuk mengambil semua tindakan yang diperlukan bagi menjunjung undang-undang di Malaysia," katanya.

- Bernama

Sumber TKO - 13-10-2015                                                                                        -------------------------------------------------------------------------------------------------------

1MDB: Najib hilang sokongan orang kanan, rakyat



























HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sidang media Tun Dr Mahathir Mohamed bersama 5 tokoh Umno BN yang lain semalam adalah bukti nyata bahawa pendirian dan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1MDB tidak mendapat sokongan.

Bahkan, Najib juga mendapat tentangan daripada orang kanan Umno sendiri khususnya apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dan DatukSeri Shafie Apdal yang masih menyandang jawatan Timbalan dan Naib Presiden Umno turut serta majlis tersebut.

"Saya bersetuju bahawa tindakan dengan menggunakan SOSMA 2012 ke atas Matthias Chang dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah suatu bentuk manipulasi terhadap peruntukan undang-undang sedia ada," ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Malangnya, kata beliau amalan mempergunakan undang-undang untuk bertahan sebagai Kerajaan di negara ini sudah menjadi budaya Umno BN sejak sekian lama sehingga sukar untuk transformasi politik berlaku secara efektif dan komprehensif.

Justeru, beliau serta seluruh rakyat Malaysia menyokong penuh kenyataan bersama 6 tokoh Umno BN itu dan mendesak agar pertuduhan ke atas Khairuddin Abu Hassan serta peguamnya, Matthias Chang digugurkan.

"Saya juga amat mengalu-alukan keberanian dan ketegasan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz untuk membongkar kebenaran di sebalik isu 1MDB ini bagi memulihkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa yang telah terjejas teruk akibat skandal yang turut dikaitkan Perdana Menteri sendiri," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat. - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Sumber HD - 13-10-2015

1MDB: PM boleh janji lepas jawatan Menteri Kewangan



























HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Selepas pemecatan mengejutkan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah diserang blog-blog misteri.

"Apakah keberanian Bank Negara Malaysia untuk bertindak membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) terhadap pelaburan di luar negeri bernilai US$1.83 bilion (RM7.52 bilion) sejurus Pejabat Peguam Negara mendapati pegawai-pegawai 1MDB yang disiasat di bawah ECA tidak membuat sebarang kenyataan palsu akan menghidupkan kembali serangan terhadap Tan Sri Zeti?" tanya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden itu berkata, tanda-tanda serangan terhadap Tan Sri Zeti sudah kelihatan seperti yang disiarkan laman pro-Umno MyKMU.net terutamanya tajuk sebuah artikel berbunyi “Perilaku Gabenor Bank Negara Berbahaya Kepada Ekonomi Negara”.

Namun, katanya serangan terhadap Tan Sri Zeti tidak setajam blog-blog misteri sebelum ini.

Ini, ujar beliau barang kali hasil daripada teguran Majlis Raja-Raja terhadap 1MDB yang menuntut agar masalah 1MDB diselesaikan secepat mungkin.

"PAS tidak menolak bahawa kemungkinan Tan Sri Zeti sudah diserang habis-habisan sekiranya tiada saranan Majlis Raja-Raja yang menggesa isu 1MDB diselesaikan secepat mungkin," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, selain memerhati gerak-geri serangan yang bakal dihadapi Tan Sri Zeti, kesunyian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap tindakan Bank Negara Malaysia dan saranan Majlis Raja-Raja terus mencetuskan tanda tanya dan memperkuatkan persepsi terhadap sikap tidak bertanggungjawab PM terhadap 1MDB.

Sebagai penghormatan, ujar beliau sepatutnya PM boleh membalas kepada Majlis Raja-Raja bahawa beliau sudah berjanji depan Umno dan rakyat pada 14 Jun 2015 bahawa masalah 1MDB akan selesai dalam 6 bulan.

"Dan jika dikira dari hari beliau berjanji, masalah 1MDB akan selesai dalam dua bulan lagi.

"PM juga boleh berjanji beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia dan memberi kuasa sepenuhnya kepada Pejabat Peguam Negara melakukan dakwaan mengikut saranan agensi siasatan yang terlibat dalam menyiasat 1MDB," ujarnya lagi.

Tuan Ibrahim menambah, sekiranya masalah 1MDB masih juga tidak selesai dalam masa dua bulan akan datang, PM boleh berjanji untuk melepaskan jawatan Menteri Kewangan atau Penasihat 1MDB umpamanya.

Itu, kata beliau sikap bertanggungjawab yang sepatutnya dilakukan PM dan bukan dengan terus bersunyi. - HARAKAHDAILY 12/10/2015

Sumber HD - 12-10-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























1MDB: Kenyataan Shafie Apdal selepas titah Raja-Raja

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Saya menjunjung tinggi titah oleh Majlis Raja-Raja untuk siasatan ke atas 1MDB dipercepatkan dengan telus dan jujur dengan harapan keyakinan rakyat dapat dikembalikan," ujar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.
Beliau dalam tulisan menerusi facebooknya, semalam turut bersetuju dengan kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai 1MDB.

Berikut tulisan penuh beliau.

Saya bersetuju dengan kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengenai 1MDB. Semasa berada di dalam kabinet (sebelum rombakan), kami telah diberi taklimat mengenai struktur modal awal syarikat 1MDB yang disuntik oleh Kementerian Kewangan selakun pemegang saham, kedudukan aset serta hutang syarikat.

2. Bagaimanapun, kebimbangan rakyat yang lebih serius mengenai butir-butir pengambilalihan tanah di Pulau Pinang dan juga di Pelabuhan Klang, yang dipersoalkan nilainya serta status kebolehgunaannya, isu status dana berbilion ringgit SRC International, yang dahulunya anak syarikat 1MDB, yang dipinjamkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan pemindahan berbilion ringgit ke dalam akaun pihak ketiga masih tidak dijawab sehingga hari ini dan perlu diberi perhatian utama.

3. Saya menjunjung tinggi titah oleh Majlis Raja-Raja untuk siasatan ke atas 1MDB dipercepatkan dengan telus dan jujur dengan harapan keyakinan rakyat dapat dikembalikan. Saya juga menyokong pendirian Bank Negara Malaysia supaya kes pemindahan wang 1MDB ke luar negara disemak semula dan syor BNM diberi pertimbangan secara bebas oleh Jabatan Peguam Negara.

4. 1MDB sering menyatakan bahawa aset-aset yang dimiliki syarikat itu melebihi hutang, dan ini bukanlah satu kebimbangan. Kenyataan seperti ini merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia kerana hutang-hutang berkenaan telah terkumpul kerana jaminan kerajaan dan kedudukan 1MDB selaku anak syarikat milik penuh kerajaan. Kegagalan 1MDB untuk membayar hutang berkenaan akan memaksa kerajaan untuk 'step in' dan menanggung hutang ini.

5. Walaupun rasionalisasi hutang 1MDB sedang berjalan, ia tidak harus menidakkan hakikat bahawa aktiviti perniagaan 1MDB telah gagal sehingga memaksa ia menjual aset kerajaan yang diperolehi dengan harga murah dan berlakunya pemindahan dana berbilion ringgit yang masih belum dijelaskan hingga hari ini. Ketiadaan ketelusan dan tadbir urus inilah yang menyebabkan berlakunya krisis keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan pada masa kini. Mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan memohon maaf kepada rakyat.

Sumber HD - 12-10-2015


PAS tuntut Najib undur jika gagal selesai isu 1MDB hujung tahun

Posted on Monday, October 12 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai menteri kewangan atau pengerusi lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya beliau gagal menyelesaikan masalah syarikat sarat hutang itu dalam masa 2 bulan lagi.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini berikutan janji Najib disuarakan pada Jun lalu menyelesaikan dalam masa 6 bulan skandal dana pelaburan itu.

"Dan sekiranya masalah 1MDB masih juga tidak selesai dalam masa dua bulan akan datang, perdana menteri boleh berjanji untuk melepaskan jawatan menteri kewangan atau penasihat 1MDB umpamanya.

"Itu sikap bertanggungjawab yang sepatutnya dilakukan perdana menteri dan bukan dengan terus bersunyi," katanya dalam satu kenyataan hari ini bertajuk "Kesunyian PM yang memekakkan".

Beliau berkata, Najib sepatutnya memberi respon terhadap tindakan Bank Negara Malaysia dan saranan Majlis Raja-raja Melayu, bukannya terus mencetuskan tanda tanya dan memperkuatkan persepsi terhadap sikap tidak bertanggungjawab beliau terhadap 1MDB.

"Sebagai penghormatan, sepatutnya perdana menteri boleh membalas kepada Majlis Raja-raja, beliau sudah berjanji depan Umno dan rakyat pada 14 Jun 2015, masalah 1MDB akan selesai dalam 6 bulan.

"Dan jika dikira dari hari beliau berjanji, masalah 1MDB akan selesai dalam 2 bulan lagi," katanya.

"Perdana menteri juga boleh berjanji beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia dan memberi kuasa sepenuhnya kepada Pejabat Peguam Negara melakukan dakwaan mengikut saranan agensi siasatan yang terlibat dalam menyiasat 1MDB," katanya.

Selasa lalu, raja-raja Melayu menggesa kerajaan segera menyelesaikan siasatan 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berkaitan.

Menurut kenyataan itu, baginda sekalian berasa bimbang jika isu itu tidak ditangani secara bijak.
Jika ia berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata, kata majlis itu, yang menambah ia berkemungkinan menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.


Sumber TKO - 12-10-2015


Malaysia’s Central Bank Defies AG, Says There’s A 1MDB Case

In a stunning development, Malaysia’s central bank has issued a statement saying it had requested a criminal investigation into the affairs of the scandal-plagued 1Malaysia Development Bhd despite the fact that Prime Minister Najib Razak’s hand-picked Attorney General Mohamad Ali, to whom it had forwarded the case , said there was no reason for prosecution.

Najib fired the previous attorney general, Abdul Gani Patail, in September and replaced him with Ali, a former federal court judge, at the last minute after Gani reportedly had drawn up criminal charges against Najib and another unnamed official over the MDB scandal. Apandi Ali is considered a United Malays National Organization loyalist. Apandi’s most significant ruling on the country’s highest bench, before he retired, was to say that Christians, particularly Catholics, would not be allowed to use the word ‘Allah” to denote god in their literature and services.

“As an investigative authority, the bank is duty bound to conduct its investigations with the highest professional care and diligence,” according to the Bank Negara statement. “The bank at all times expects full and accurate disclosure of information by applicants in considering any application under the ECA. On its part, the bank concluded that permissions required under the ECA for 1MDB’s investments abroad were obtained based on inaccurate or without complete disclosure of material information relevant to the Bank’s assessment of 1MDB’s applications.”

Zeti Akhtar Aziz, the central bank governor, had delayed announcement of the results of the banking transactions by 1MB for several weeks. Sources in Kuala Lumpur said Zeti, one of the world’s most respected central bankers, was in essence blackmailed by forces aligned with Najib into previously burying the investigation over concerns that the government might prosecute her husband, Tawfik Ayman, because of secret overseas accounts. Rosmah Mansor, the prime minister’s wife, was reportedly involved in a campaign to drive Zeti from her position.

“I think it is the endgame,” said a well-connected Malaysian political observer. “But there is no way to know how it will end.”

Bank Negara’s defiance of the attorney general’s refusal to prosecute the case adds to pressures brought by the nine-member Council of Rulers – the country’s sultans – who in an unprecedented formal statement earlier this week warned that investigations into Najib’s affairs and 1MDB must be completed as soon as possible or the country’s image would be harmed. In the same statement, they warned that racial tensions are increasing and that steps must be taken to cool them off.

Despite its importance, the statement was relegated to the back pages of the mainstream press, which is owned by the governing political parties including UMNO. Home Affairs Minister Ahmad Zahid Hamidi issued a statement saying the one by the Sultans was aimed at the opposition for raising racial tensions. The attorney general’s closing down of the Bank Negara investigation was an apparent attempt to comply with the Sultans’ demand that the investigation be completed as soon as possible.

Najib and his allies have been involved in a wide-ranging campaign to stifle dissent over allegations of massive corruption, both personal and through UMNO. The government has used the loosely-worded sedition act or the “Security Offences (Special Measures Act (SOSMA),” passed in 2012 as a substitute to the colonial-era Internal Security Act, and other laws to arrest 138 government opponents.

The latest, and perhaps most startling arrest, was that of Matthias Chang, former Prime Minister Mahathir Mohamad’s personal secretary, when on Oct. 8 Chang visited Khairuddin Hassan, a former Penang UMNO deputy division chief who was jailed last week to stop him from going to the United States to present US law enforcement officials with what he said was evidence involving 1MDB and Najib’s personal finances. Although Mahathir himself, Najib’s most implacable critic, has been threatened with arrest, Mahathir has told government officials to go ahead and arrest him.



Both Khairuddin and Chang, who immediately went on a hunger strike, are being charged under the SOSMA statute for “attempts to commit an activity detrimental to parliamentary democracy,” punishable by up to 15 years in prison.

Khairuddin had already visited the UK, France and Hong Kong to deliver the same set of documents alleging offenses on Najib’s part.

Others charged over recent weeks with sedition include Tony Pua, the Democratic Action Party’s spear carrier on the 1MD affair. Rafizi Ramli, the secretary general of Parti Keadilan Rakyat, Bersih leader Maria Chin Abdullah and other human rights activists have been charged with various offenses designed to muzzle them. The Malaysiakini cartoonist Zunar has been charged nine times with sedition – primarily for making fun of Najib and his wife, Rosmah Mansor – but has continued to lampoon him.

While there is a sense of increasing pressure on the prime minister – particularly because of the Sultans’ statement, which carries great weight among the 60 percent Malay majority – there is no indication that he is ready to go. Rumors of a deal that would grant him and Rosmah immunity from prosecution have been coming and going for weeks. They remain just that. As Asia Sentinel reported earlier this week, all three of Najib’s brothers and a flock of party elders have both publicly and privately asked him to at least step aside during the investigations. He has replied by firing investigators and charging opponents with sedition.

Use of the sedition laws got a boost this week when the Federal Court, the country’s highest, confirmed the constitutionality of the act in an appeal brought by law lecturer Azmi Sharom challenging the law. Azmi was charged this year for comments he made in 2014 regarding a political crisis in Malaysia’s Selangor state in 2009,

“The decision will have a wider chilling effect on civil society organizations, human rights defenders, academics, and others who continue to face intimidation and harassment,” according to a statement by Amnesty International. “In recent years, Malaysian authorities have made increasing use of the Sedition Act to investigate, charge and imprison opposition politicians, human rights defenders, academics, journalists, lawyers and others who have peacefully expressed opinions that are perceived by the authorities to be critical of the government or monarchy.”

That still leaves the problem of what investigators in Switzerland, the US and other countries will come up with. In the past, Najib has dismissed strong evidence of his family’s US real estate holdings and other 1MDB misdoings published by the New York Times and the Wall Street Journal as untrue. He has been embarrassed by an initial threat to sue the Wall Street Journal that he has now stalled on for several weeks.

In an effort to forestall domestic probes, he has fired his deputy prime minister, the attorney general and the head of the police special branch investigative unit and stalled or terminated investigations by the Malaysian Anti-Crime Commission, the central bank and a special parliamentary committee.

Bank Negara, however, responded with a statement contradicting the attorney general’s office and saying 1MDB had secured permits for investment abroad based on inaccurate or incomplete disclosure of information, breaching banking regulations, and added that it had revoked three permits granted to 1MDB for investments abroad totaling US$1.83 billion (RM7.53 billion) and ordered the state fund to repatriate the funds to Malaysia.- asiasentinel

Sumber BO - 11-10-2015

BNM batal kebenaran pindah RM7.5 bilion dana 1MDB

Posted on Saturday, October 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).

Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) kepada 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83 bilion ke Malaysia dan mengemukakan satu pelan baginya untuk tujuan ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Bank Negara telah menyiasat 1MDB di bawah ECA atas dakwaan dengan sengaja atau dengan melulu, membuat kenyataan palsu.

Kertas siasatan itu telah dikemukakan pada 21 Ogos.

Bagaimanapun, Timbalan Peguam Cara Negara 1 Datuk Abd Majid Hamzah memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh 1MDB dan tiada tindakan lanjut perlu diambil, kata kenyataan itu.
Kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan itu dimaklumkan kepada Bank Negara pada hari yang sama.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara membuat permintaan supaya keputusan itu disemak semula tetapi selepas menimbangkan permintaan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusannya kerana tidak ada bukti baru yang telah diberikan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata, keputusan peguam negara berkenaan dengan siasatan terhadap 1MDB berkaitan dengan syor Bank Negara untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran di bawah ECA.

Bank Negara berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara.

Sebagai pihak berkuasa penyiasatan, katanya, bank berkenaan bertanggungjawab untuk menjalankan siasatannya pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci.

Pihak bank itu, tambahnya, pada setiap masa mengkehendaki pendedahan maklumat lengkap dan tepat oleh pemohon dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA.

Di pihaknya, kata kenyataan itu lagi, bank berkenaan telah membuat kesimpulan bahawa kebenaran yang diperlukan di bawah ECA untuk pelaburan 1MDB di luar negara telah diperolehi berdasarkan maklumat yang tidak tepat atau tanpa pendedahan lengkap maklumat bahan yang relevan pada penilaian pihak bank terhadap permohonan 1MDB.

Katanya, bank pusat itu akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.  - MK 
Sumber TKO - 10-10-2015


'Apa pilihan PM: Taat atau derhaka titah raja?'

Posted on Wednesday, October 07 @ 16:44:06 MYT by paktam

Titah raja-raja Melayu yang mahu siasatan berkaitan 1MDB dipercepat dan tindakan diambil menunjukkan baginda sekalian berasa tidak boleh berdiam diri lagi.Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin berkata bukan amalan Raja-Raja Melayu bertitah mengenai pentadbiran negara.

“Tetapi apabila ia mengeluarkan titah mengenai penyiasatan 1MDB, pastilah ia sangat mendesak dan diperlukan.

“Dalam erti kata lain, raja-raja Melayu berasa tidak boleh berdiam diri lagi,” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu.Menulis di blognya, Kadir membangkitkan persoalan sama ada kerajaan, bermula dengan perdana menteri atau patuh pada titah itu.

“Kita mahu lihat sama ada kerajaan, bermula dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, akan mentaati perintah raja-raja Melayu itu atau menderhakainya,” katanya.

Sambil menyindir Najib sebagai “pahlawan Bugis”, Kadir berkata Najib pasti arif berkaitan kedaulatan raja-raja memandangkan beliau salah seorang Orang Besar Berempat Pahang.

Beliau juga membangkitkan sama ada agensi penguatkuasaan dan pendakwaan negara akan “taat kepada raja-raja Melayu atau setia dan takut kepada Mohd Najib.”-Malaysiakini.com

Sumber DD - 7-10-2015


Raja-Raja Melayu Mahu Siasatan 1MDB Diselesai Segera
Posted on Wednesday, October 07 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Dalam satu kenyataan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.

Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara pada Selasa.


Menurut kenyataan tersebut, kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, bahawa ia turut menjadi antara sebab yang telah mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus telah menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia.

"Menurut kenyataan itu, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata. Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

"Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.

"Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

Raja-raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

"Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing," menurut kenyataan itu lagi.

Baginda sekalian mengingatkan hubungan harmoni dan perpaduan antara kaum dan antara agama yang terjalin baik selama hari ini telah berperanan penting sebagai tunggak utama kepada kestabilan sebuah negara Malaysia yang merdeka, aman, maju dan makmur.

Oleh itu, hubungan harmoni dan perpaduan rakyat wajib dipelihara pada setiap masa dan tidak boleh sama sekali dikorbankan kerana matlamat politik yang cetek.

"Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu ada tanggungjawab fardu kifayah untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyatnya hidup dalam harmoni," kata kenyataan itu. - BERNAMA

Sumber TKO - 7-10-2015


PAS desak Putrajaya hidupkan semula pasukan khas siasat 1MDB

Posted on Wednesday, October 07 @ 15:50:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS menggesa Putrajaya menghidupkan semula pasukan petugas khas untuk menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menyokong penuh saranan raja-raja Melayu yang mendesak agar siasatan 1MDB diselesaikan dengan cepat.

"Dengan saranan raja-raja Melayu, diharap kerajaan jangan berlengah lagi untuk menghidupkan pasukan siasatan khas 1MDB yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Benarkan mereka untuk menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata timbalan presiden PAS itu dalam satu kenyataan hari ini, tidak berapa lama selepas raja-raja Melayu menyarankan semalam agar siasatan 1MDB diselesaikan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan malam tadi, raja-raja Melayu menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," kata Majlis Raja-raja Melayu dalam kenyataan itu.

Tuan Ibrahim (gambar, kiri) turut mempersoal bidasan 1MDB terhadap Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, sejurus beliau menyatakan nilai ringgit akan pulih jika masalah syarikat sarat hutang itu diselesaikan secepat mungkin.

Timbalan presiden PAS itu berkata, Kementerian Kewangan langsung tidak menyambut cadangan gabenor mahupun menegur 1MDB

"Seolah-olah teguran 1MDB diberi lampu hijau. Maklumlah penasihat (pengerusi lembaga penasihat) 1MDB ialah Datuk Seri Najib Razak sendiri yang bertindak sebagai perdana menteri dan juga menteri kewangan.

"Kini, raja-raja Melayu pula menyatakan kerisauan yang sama bahawa kegagalan kerajaan memberikan jawapan yang menyakinkan mengenai 1MDB.

"Apakah 1MDB akan mengeluarkan kenyataan untuk membidas pendapat raja-raja Melayu dan Kementerian Kewangan pula akan terus membisu terhadap saranan baik daripada raja-raja Melayu?," soal PAS.

Disebabkan itu, PAS mahu pasukan petugas khas 1MDB yang dihidupkan semula melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail, meskipun beliau sudah bersara sebagai peguam negara, dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

"Tan Sri Dr Zeti pula diberi kuasa penuh mendedahkan hasil siasatan dari semasa ke semasa seperti ketika pasukan siasatan aktif sebelum dibenamkan," kata Tuan Ibrahim.

Sumber TKO - 7-10-2015

Sesi Terbuka Untuk Penjelasan Oleh PM Penting

Sesi Prime Minister’s Question (PMQ) seperti yang diamalkan di United Kingdom harus dicontohi oleh Parlimen Malaysia. Ini adalah amalan praktis demokrasi terbaik yang memberikan peluang kepada Perdana Menteri untuk menjawab soalan-soalan penting yang melibatkan kepentingan awam sekitar 30 minit, sehari dalam seminggu.

2. Kita boleh merujuk contoh amalan yang dilakukan di United Kingdom menerusi laman informatif parlimennya, www.parliament.uk. Ini adalah contoh kematangan politik yang dipamerkan oleh ahli legislatif bagi menunjukkan sikap akauntabiliti dalam pentadbiran. Malah, lebih banyak lagi amalan yang boleh dicontohi dan difikirkan untuk mereformasi institusi Parlimen di Malaysia.

3. Akhir-akhir ini, terlalu banyak isu yang dipalitkan dengan kewibawaan Perdana Menteri. PAS telah menasihati Perdana Menteri untuk memberikan notis memanggil sidang khas Dewan Rakyat atau pembentangan kertas putih untuk menjawab isu-isu yang dikemukakan seperti skandal kewangan 1MDB, derma RM 2.6 bilion dan lain-lain lagi. Tetapi, ia masih tidak dilakukan.

4. Walau apa pun medium yang dicadangkan, PAS mahu Perdana Menteri memanfaatkan sesi khas di Dewan Rakyat bagi menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan selama ini dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang dilontarkan. Ia akan menjadi role model yang terbaik untuk dipraktikkan dalam sesi sidang mesyuarat selepas ini.

5. Malah Parlimen Belia Malaysia yang baru dilaksanakan telah lama dipraktikkan di United Kingdom. Di samping itu, mereka juga giat memberikan pendidikan politik kepada rakyat berhubung proses pendemokrasian di Parlimen melalui video animasi yang interaktif, program outreach dan lawatan ke sekolah-sekolah. Ia penting untuk mewujudkan rasa kebersamaan rakyat terhadap institusi Parlimen.

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Tarikh : 18 Zulhijjah 1436 / 1 Oktober 2015

Sumber BO - 2-10-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesetiaan atau 1MDB?

Posted on Monday, September 21 @ 16:03:21 MYT by paktam

Oleh Aizat Fikri Nasir Fikri 

Benarlah Melayu mudah lupa. Sentimen Melayu mudah terbakar dan meledak apabila diasak isu yang bersangkutan kepentingan mereka dan negara.Namun, diam mereka tidak bermakna isu itu terus terbelasungkawa begitu sahaja. Ia membuku di dalam hati, menunggu masa untuk masak ranum sebelum bersemarai.

Dengan permainan media massa yang seterusnya meredakan isu dengan hal-hal lainnya, lambat laun suara-suara ini akan semakin sayup.


Situasi ini sinonim dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang berada dalam kemelut belakangan ini. Kredibiliti beliau dipertikai lewat isu pemindahan wang RM2.6 biiion ke dalam akaun peribadinya.

Apabila perkara ini berlaku, rakyat naik hairan dan naik angin hingga orang-orang penting dalam parti sendiri mempersoalkan letak duduk perkara sebenar.

Muncul secara tiba-tiba seorang menteri pencen selaku jurucakap menjawab persoalan daripada seorang anak menteri besar dengan membuat perbandingan apakah salah untuk seorang menteri besar mencari dana politik dan apakah perbezaannya dengan situasi perdana menteri sekarang.

Perbuatan ini tidak salah. Persoalannya, adakah dana tersebut disalurkan ke akaun peribadi menteri besar berkenaan?

Saya ingin minta menteri pencen berkenaan untuk tampil memberi bukti sekiranya ada mana-mana menteri besar yang pernah berbuat demikian.

Menjadi kelaziman untuk wang berupa sumbangan dimasukkan ke dalam akaun khas atas nama parti.

Perkara ini diamalkan di setiap Umno Perhubungan Negeri , malah ada juga ketua bahagian yang tidak tahu akan transaksi pengaliran masuk dana ke dalam akaun parti.

Namun, harus ditegaskan yang sebarang derma dan sumbangan disalurkan terus ke dalam akaun khas parti dan tidak sesekali ke akaun peribadi pemimpin.

Persoalannya, bukankah terma untuk senario ini digelar rasuah?Jika hal ini dihalalkan sekarang, bagimana untuk kita mentakrifkan terma rasuah?

Apakah justifikasi dan implikasi perbuatan rasuah? Apakah perdana menteri sendiri tidak mengambil kira risiko yang bakal dihadapi dengan membenarkan wang sedemikian banyak dimasukkan ke dalam akaun peribadi?

Apakah wang itu akan dipindahkan terus ke akaun khas parti? Bilakah perkara itu akan dilakukan? Apakah status wang tersebut?Apakah ia bakal menjadi sebahagian pusaka sekeluarga?

Mengapa perlu menunggu parti pembangkang menamakan sumber dana yang dikumpul mereka sebelum membuat pengumuman?

Apakah perlu bermain tarik tali dalam senario sebegini tatkala amanah dan integriti sebagai peneraju negara dipertikaikan? Isu-isu inilah yang bersarang di minda rakyat.

Ramai yang melontarkan pendapat, mengkritik dan meminta pencerahan daripada perdana menteri untuk mengetahui letak duduk perkara sebenar.

Suara yang kedengaran ini majoritinya orang muda. Pelbagai persoalan bertalu-talu menyerang minda berpusar sekitar sumber wang tersebut, sebab-musabab ia dipindahkan ke akaun bank perdana menteri, untuk tujuan apakah wang itu disalurkan dan apakah ROI (return of investment) yang bakal diterima oleh pihak yang memasukkan wang berkenaan.

Apakah wujudnya perjanjian sahih hitam putih dengan pihak yang satu lagi, apakah keuntungan yang diraih dan apakah cagaran yang dijanjikan negara.

Namun, jangan pula disalah tafsir suara itu bernada serupa – semata-mata ingin menghentam akibat terpengaruh oleh dakyah parti pembangkang.

Saya mohon Datuk Seri Perdana Menteri mengkaji dan mencerakinkan suara-suara itu sama ada ia kritikan membina atau membinasakan.

Janganlah anak muda seperti saya, Syed Saddiq atau Akmal Saufi dianggap biadab dan derhaka pada parti dan Datuk Seri.

Saya berasa sungguh kecewa apabila suara dan perbuatan kami dilabel “menderhaka”

sehinggakan Datuk Seri Perdana Menteri menghantar “si kuda tua pencen” untuk mendiamkan suara-suara kami.

Bukankah Datuk Seri sendiri yang menggagaskan beliawan dan beliawanis yang analitikal, berfikiran jauh dan berwawasan?

Datuk Seri juga terang-terangan tidak menggalakkan budaya “yes man” di kalangan menteri Kabinet dan itulah peranan yang kami mainkan kini.

Kami memerhati perjalanan pentadbiran Datuk Seri – yang betul pastinya disokong penuh – yang salah pula ditegur dengan niat ikhlas agar negara kekal di landasan yang cemerlang.
Adalah penting untuk pemimpin dan rakyat bersimbiosis dalam ekosistem politik-sosial-ekonomi yang sihat.

Sejujurnya, kamilah yang sering mempertahankan Datuk Seri dan Umno ketika Datuk Seri dicaci dan dimaki.

Kamilah banteng pertahanan hadapan Datuk Seri di dalam dan luar negara sedangkan pada masa yang sama Kabinet membisu seribu bahasa tatkala Datuk Seri dikecam hebat.

Menelusuri sejarah, darah perjuangan Umno mengalir panas dalam urat nadi dan tubuh saya.

Saya membesar dalam semarak api nasionalis yang melingkari susur galur titisan keturunan saya.

Saya masak benar oleh permainan politik yang banyak pancaroba dan sandiwara.

Oleh itu, saya yang juga sebahagian suara-suara anak muda ini mesti dipandang serius kerana pengaruh kami besar – kuasa mengundi berada di tangan kami – nasib pemimpin dan hitam putih negara bakal terencana oleh keputusan yang kami ambil.

Ini bukan era 70an atau 80an – orang kebanyakan tidak mempersoal polisi dan keputusan yang dibuat pemimpin kerana tidak mempunyai akses untuk menyuarakan pandangan mereka.

Namun kini, Internet memungkinkan segalanya. Tanpa penjelasan yang munahasabah dan lengkap daripada mulut Datuk Seri Perdana Menteri, laman-laman sosial media sudah mula mencanang berita itu dan ini berunsur negatif dan ia boleh dibaca di mana-mana sahaja ceruk dunia.

Yang saya musykil di sini, apakah peranan yang dimainkan oleh para penasihat Datuk Seri?
Apakah bijak-bijak pandai yang dilantik itu tidak mampu memberikan buah fikir bernas untuk menjernihkan kemelut yang melanda sekarang?

Atau mereka sendiri yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam yang perlahan-lahan cuba mensabotaj Datuk Seri atas kepentingan sendiri atau fahaman parti yang dipegang oleh mereka?

Ada antara mereka yang saya kenal secara peribadi secara tanpa berselindung mengkritik Datuk Seri dan polisi kerajaan di belakang Datuk Seri.

Mereka hanya bekerja makan gaji, namun tidak jujur menjalankan amanah yang diberikan.

Saya percaya mereka ini antikerajaan dan secara senyap cuba melemahkan pemerintahan Datuk Seri.

Parasit-parasit berbahaya inilah mesti dicantas sebelum ia membinasakan seluruh sistem.

Penyiasatan menyeluruh perlu dilaksanakan selari dengan tindakan Datuk Seri merombak Kabinet baru-baru ini.

Barangkali sudah sampai masa dan ketika penasihat-penasihat sedia ada juga perlu dirombak.

Dalam masa sekarang saya melihat sentimen rakyat sangat bergelora. Tanpa berselindung, suka saya nyatakan di sini, jika sesuatu yang tuntas tidak dilaksanakan, Umno akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang dan tidak mustahil untuk parti pembangkang melebarkan sayap kuasa.

Rakyat tidak meminta lebih. Benar, kebanyakan rakyat di luar bandar masih perlu dibantu dan langkah menganjurkan BRIM wajar dipuji, namun adalah perlu diingat “cash is not king” yang boleh membeli semua orang dan menggerakkan dunia.

Jika sikap ini berterusan, politik wang akan berleluasa dan bermaharajalela dengan sewenang-wenangnya sekali gus membawa kepada kekalahan Umno.

Generasi muda semakin goyah kepercayaan mereka terhadap kepemimpinan Datuk Seri. Integriti dipersoal dan polisi-polisi kerajaan dijadikan lelucon lewat forum di Facebook atau status di Twitter.

Mereka hilang hormat dan hal ini bertambah parah apabila mereka disogokkan dengan dakyah daripada parti pembangkang yang sememangnya menangguk di air keruh.

Datuk Seri Perdana Menteri lihatlah sendiri kedapatan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang lebih rela menghambakan diri di negara asing daripada pulang ke tanah air kerana beranggapan Malaysia negara yang korup dan tidak menjanjikan masa depan yang cerah.

Ini satu kehilangan besar buat negara yang memerlukan sokongan teknokrat-teknokrat dan cendekia-cendekia muda yang berkobar-kobar semangat serta segar ilhamnya. Usahlah angkara nila setitik, rosak susu sebelanga.

Maaf sekiranya tulisan ini mengguris hati tetapi biarlah termaktub di sini, saya dan anak muda lainnya bukan penderhaka persis Jebat tetapi kami juga bukan Tuah yang setia membabi buta. – 21 September, 2015.

* Penulis adalah timbalan presiden Umno London.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-terbuka-kepada-perdana-menteri-kesetiaan-atau-1mdb-aizat-fikri-nasir#sthash.sGvDyYIC.dpuf

Sumber DD - 21-9-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































1MDB tidak terima RM42 bilion daripada kerajaan?

HARAKAHDAILY | .


Pelik tetapi benar, itulah fakta daripada  buku '1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab'  yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menerima RM42 bilion daripada kerajaan, sebaliknya RM42 bilion dana hutang 1MDB adalah di dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk.

Persoalannya, kalau 1MDB lingkup siapa yang kena bayar. Siapa yang hendak bagi pinjam kalau tidak ada penjamin. Bukankah kerajaan yang menjadi penjamin?

Makhluk mana yang bermurah hati hendak bagi pinjam, tanpa jaminan kerajaan. Rakyat tidak marah kalau wang itu daripada Bendahari Umno dan wang peribadi Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.

Buku itu juga menjelaskan dana hutang RM42 bilion tidak lesap kerana RM18 bilion digunakan untuk pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas, RM15.4 bilion untuk dana pelaburan, RM5.8 bilion untuk kos kewangan, RM1.7 bilion untuk kos pembelian tanah dan RM900 juta dalam bentuk tunai.

Jangan pula jawapan daripada Jasa ini akan menambahkan kesan buruk kepada jatuh nilai mata wang. Memang jawapan yang dibuat oleh pihak Jasa untuk membantu jentera penerangan  Umno menjawab di peringkat akar umbi.

Mungkin jawapan ini boleh melegakan Datuk Seri Najib dan rakan-rakan yang sama waktu dengannya. Ia juga boleh meyakinkan penyokong Umno yang tegar, tetapi tidak selesa oleh mereka yang memahami selok belok perniagaan dan perakaunan.

Isu yang menjadi polimik sehingga Tun Mahathir sanggup turun ke padang untuk menyerang kredibiliti Datuk Seri Najib. Inilah sejarah masalah dalaman Umno sehingga Timbalan Presiden dibuang daripada Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Shafie Apdal dipecat daripada kabinet, walaupun beliau seorang naib presiden.

Jangan  tindakan Jasa menyebabkan sokong membawa rebah.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
- HARAKAHDAILY 5/9/2015

Sumber HD - 5-9-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























1MDB: Pena lawan kerakusan kuasa

A KADIR JASIN | .


BABAK 1. Warga emas Cina Malaysia dan seorang Eropah di sebuah restoran di Damansara Utama ketawa besar apabila saya bertanya, apakah mereka berkomplot dan berkonspirasi?

BABAK 2. Seorang muda India Malaysia di Mid Valley Megamall berkata kepada saya pena lebih hebat daripada pedang (the pen is mightier than the sword).

BABAK 3. Netizen (warga Internet) membuat jenaka mengenai kejatuhan nilai ringgit dengan mewabakkan gambar isteri Perdana Menteri bersama isteri Presiden Obama.

Natijahnya, sama ada berkomplot, berkonspirasi, berartikulasi atau berjenaka di alam siber, pena mungkin tidak lebih hebat daripada pedang dalam zaman Sang Kelembai 1MDB ini. Segala-galanya telah menjadi silap mata dan klise.

Maksud dan semantiknya sudah rosak jahanam terkena sumpahan, sentuhan dan badi Sang Kelembai. Pertimbangkan fakta berikut:

1. Orang tua misteri yang berbahas mencari kebenaran demi menyelamatkan negara dituduh mahu menggulingkan kerajaan. Tetapi tidak ada kejantanan untuk mendedahkan siapa “orang tua” itu. Meminjam bahasa kontemporari generasi muda, Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib bin Abdul Razak mungkin telah “dikencingkan” oleh “orang tua” itu. Timbalan Perdana Menteri baru (Datuk Seri) Ahmad Zahid bin Hamidi berkata “orang tua” itu akan jumpa PM, tapi tidak jumpa. Jadi orang tua misteri itu telah “kencing” PM.

2. Kerajaan sudah jadi sinonim dengan Mohd Najib dan konco-konconya. Daripada Perdana Menteri untuk semua, keterangkuman (inclusiveness) dan rakyat didahulukan dia sudah menjadi Perdana Menteri untuk yang setia, eksklusif dan kelangsungan diri diutamakan.

3. Demokrasi, mandat dan ahli parti adalah klise yang tujuannya semata-mata untuk mempertahankan Perdana Menteri dan beberapa ratus orang pembesar Umno dan Barisan Nasional serta beberapa kerat pesuruh awam.

4. Ungkapan pena lebih berkuasa daripada pedang juga sudah menjadi sebuah klise kerana pena kini bukan berlawan dengan pedang. Ia bukan pertarungan antara kebijaksanaan (pena) dan kekerasan (pedang).

5. Pena mungkin tetap pena, tetapi lawannya bukan pedang. Musuh pena dalam era Sang Kelembai 1MDB adalah wang dan kuasa!

6. Dalam keadaan di mana pena berlawan dengan wang dan kuasa, pena berkemungkinan kalah. Apatah lagi apabila ada pena yang tintanya sudah diwarnai wang dan kuasa.

7. Pena berfikir dan bertindak berdasarkan kebijaksanaan harian (conventional wisdom). Tindak-tanduk PM serta konco-konconya tidak berpaksikan kebijaksanaan konvensional separti kita fahami dan amali. Tindak-tanduk mereka berpaksikan dolak-dalik, putar-belit, pemesongan maklumat dan pendustaan.

Apa Kesudahannya?
1. Rakyat jelata terpaksa menggunakan kaedah-kaedah konvensional lain yang dibenarkan oleh perlembagaan dan demokrasi seperti berhimpun secara aman untuk menunjuk perasaan.

2. Ahli-ahli politik yang pedulikan kelangsungan negara serta kesejahteraan rakyat jelata perlu memikirkan kaedah konvensional yang digunakan oleh rakan-rakan mereka di banyak negara, iaitu menggulingkan kerajaan melalui undi tidak percaya dan menubuhkan kerajaan perpaduan nasional (national unity government).

3. Kalau tidak berlaku perubahan segera, rakyat jelata akan terus menderita sambil menunggu kedatangan pilihan raya umum (PRU) dua atau tiga tahun lagi untuk memilih perwakilan baru memerintah negara.

4. Sementara itu, kerajaan yang terdesak dan menderita defisit kepercayaan (trust deficit) yang teruk tidak lagi mampu menangani pelbagai isu ekonomi yang datang bertimpa-timpa.

5. Nilai ringgit terus menjunam setelah jatuh ke bawah paras psikologi RM4, mata wang asing Bank Negara merudum ke bawah AS$100 bilion buat pertama kali dalam masa lima tahun, pelabur asing dan tempatan membawa keluar modal, orang kaya menukar ringgit kepada mata wang asing untuk melindungi nilai (hedging), pengguna takut berbelanja dan harga barang-barang import naik kerana nilai ringgit jatuh.

Maka jadilah kita rakyat jelata seperti dalam cerita Sang Kelembai. Yang mati dihempap pokok adalah anak Sang Kelembai dan yang menjadi batu terkena sumpahan Sang Kelembai adalah gajah.

Saya akhiri dengan sebuah pantun dari buku “Bila Terkenang Zaman Dahulu- Pantun Pulau Pinang” suntingan cendekiawan Muhammad Haji Salleh:

Naik bukit mengait cempedak
Cempedak duduk di seberang sana
Muka putih berlumur bedak
Tapi perangai pula tak guna.

Wallahuaklam. - kadirjasin.blogspot.com/

Sumber HD - 25-8-2015

SKANDAL 1MDB : PERKHIDMATAN AWAM AKAN ROSAK

Kenyataan Media Penerangan. 24

Tarikh :  10 Zulkaedah 1436 / 24 Ogos 2015

1.    Setelah satu persatu anggota kanan penjawat awam lantang bersuara mempersoalkan campur tangan politik dalam skandal 1MDB, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpandangan ini akan merosakkan agensi strategik perkhidmatan awam di negara ini.


2.    Ini berpunca daripada skandal 1MDB. Beberapa agensi strategik seperti Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan terbaru Cawangan Khas Polis Di-Raja Malaysia semuanya seolah-olah dikawal oleh pihak tertentu untuk menutup skandal 1MDB.

3.    Berikut merupakan beberapa tindakan politik yang boleh dipersoalkan;

a)    Pertukaran Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) ke jawatan Timbalan Menteri sebelum prosiding 1MDB diselesaikan. Difahamkan, prosiding seterusnya akan melibatkan Presiden 1MDB dan taikun bisnes Jho Low.

b)    Laporan interim siasatan audit 1MDB oleh Ketua Audit Negara masih tidak boleh diklasifikasikan sebagai dokumen awam walaupun ia telah diserahkan kepada PAC.

c)    Pemberhentian khidmat secara tiba-tiba Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015 walaupun beliau akan bersara wajib pada 9 Oktober 2015.

d)    Penangkapan beberapa pegawai SPRM sehingga menggangu siasatan yang sedang dijalankan. Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zain bertegas akan mencari dalang disebalik arahan penangkapan tersebut.

e)    Pertukaran mengejut Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Abdul Hamid Bador ke Jabatan Perdana Menteri minggu lalu. Beliau turut mendedahkan terdapat usaha tertentu untuk menyembunyikan saksi siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

4.    Lima tindakan politik ini sangat serius ia dan boleh merosakkan fungsi perkhidmatan awam yang sebenar khususnya di bahagian penguatkuasaan. Secara tidak langsung, para penjawat awam tidak dapat mencurah khidmat setianya untuk kepentingan negara sebaliknya terpaksa mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu. Hanya mereka yang kuat akan terus berdiri.

5.    Ini tidak termasuk bagaimana tindakan beberapa syarikat berkaitan kerajaan dan institusi dana awam yang digunakan sewenang-wenangnya untuk terlibat secara langsung dalam pelan rasionalisasi hutang 1MDB. Sebagai contoh, Lembaga Tabung Haji (LTH), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Affin Bank Bhd.

6.    PAS berharap agar rakyat celik dengan perkembangan yang berlaku dan bangkit mempertahankan hak rakyat serta negara daripada dicabuli oleh pihak-pihak tertentu khususnya dalam kes skandal 1MDB yang sedang berlaku sekarang. Kita yakin ‘bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiur’

Sekian, terima kasih.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber PP - 24-8-2015                                                                                                                              -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Swiss Open Criminal Proceedings Linked To 1MDB

ZURICH – Switzerland’s Office of the Attorney General (OAG) has opened criminal proceedings relating to Malaysia’s troubled state investment fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB), a spokesman said on Friday.

1MDB, whose advisory board is chaired by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, is being examined by Malaysian authorities investigating accusations of financial mismanagement and graft.

The fund has been dogged by controversy over its RM42bil debt and alleged financial mismanagement.

“The Office of the Attorney General confirms that, on Aug 14, 2015, it opened a criminal procedure against two entities of 1MDB as well as against an unknown person,” the OAG spokesman said in an email.

The case involved “suspected corruption of public foreign officials, dishonest management of public interests and money laundering”, he said.

The criminal proceedings follow two communications from the Money Laundering Reporting Office Switzerland (MROS) the spokesman added.

News of the investigation was first reported by Swiss newspaper Le Temps.

Swiss financial regulator Finma said on Wednesday it was checking with some of the country’s banks whether they carried out business with 1MDB. – Reuters

Sumber BO - 23-8-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































Justo dihukum tiga tahun penjara
Posted on Monday, August 17 @ 19:45:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PSI) Xavier Andre Justo dihukum tiga tahun penjara oleh mahkamah Thailand kerana cubaan memeras ugut bekas majikannya PetroSaudi International.

Menurut beberapa laporan media, Justo mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.


Organisasi media antarabangsa tidak dapat memperolehi sebarang komen dari peguam Justo, yang bercakap dalam bahasa Thai.


Keseluruhan prosiding mahkamah itu dijalankan secara tertutup.


Kes Justo adalah penting dia didakwa memeras ugut PSI dengan mengugut untuk mendedahkan maklumat sulit syarikat tersebut.


Dia juga dituduh membekalkan maklumat tersebut kepada rakyat Malaysia dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report, yang kemudiannya menggunakan maklumat itu terhadap 1MDB. [Baca berita penuh/asal]


Sementara itu, Bernama melaporkan, Mahkamah Jenayah Bangkok memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa mulai 22 Jun, hari bekas eksekutif IT berusia 49 tahun itu ditahan di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand, menurut pegawai-pegawai.

Dia didakwa di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand yang membawa hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan denda antara 2,000 baht (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223).

Peguamnya, Pranot Kalanuson, memberitahu pemberita bahawa beliau akan menemui Justo "minggu ini" untuk membincangkan tindakan seterusnya, termasuk sama ada akan merayu terhadap hukuman itu.

Pranot berkata beliau akan mendapatkan butir terperinci mengenai hukuman itu dari pembantunya kerana beliau tidak tidak hadir di mahkamah hari ini.

Justo tiba di mahkamah pada jam 9.10 pagi dan memasuki ruang sidang yang ditutup kepada media.

Dia muncul dari bilik mahkamah sekitar tengah hari. Wartawan, yang kebanyakannya dari Malaysia, melontar soalan kepadanya tetapi dia tidak menjawab dan berjalan berkaki ayam dengan diapit oleh empat orang pegawai.

Justo ditangkap selepas PetroSaudi membuat aduan, dan telah dibawa ke Bangkok.

Semasa dalam tahanan, beliau mengaku cuba mengugut dengan menggunakan maklumat yang diperolehi dari PetroSaudi.

Beliau juga mengaku menyerahkan dokumen-dokumen yang dicuri kepada "ahli perniagaan terkemuka Malaysia" yang tidak pernah dibayar kepadanya wang yang dijanjikan.

Justo bagaimanapun menafikan telah meminda dokumen digital tersebut.

Polis Malaysia juga mahu menemubual Justo kerana beberapa maklumat itu berkenaan urusan PetroSaudi dengan 1Malaysia.


Development Bhd tetapi polis Thai tidak memberi mereka akses. - MK



Sumber TKO - 17-8-2015

1MDB: Kenapa lantik PAC perlu tunggu 19 Okt?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan satu isu kecil kerana membabitkan wang RM42 bilion, bukan satu jumlah yang kecil terutama ketika negara mengalami kemerosotan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup dan krisis keyakinan pelabur.

"Sehingga kini jawapan mengenai 1MDB masih tidak meyakinkan rakyat. Jika bekas Timbalan Perdana Menteri pun keliru, apatah lagi kita rakyat jembel," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Persoalannya, kata beliau kenapa pelantikan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu tunggu sehingga 19 Oktober depan.

Tambahnya, ia terlalu lama semenjak 28 Julai lalu ketika rombakan kabinet, hampir dua bulan setengah PAC tidak boleh bersidang kerana ketiadaan pengerusi dan tiga anggota yang telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Menurutnya lagi, semuanya ini mengundang spekulasi yang berbagai, akhirnya yang hancur negara dan rakyat apabila ia memberi kesan kepada pelabur untuk melabur.

Justeru, beliau mempersoalkan siapa yang rugi kerana rakyat tidak ada orang yang sudi untuk menderma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.

"Jika Datuk Seri Najib serius untuk menghentikan polemik ini beliau perlu segera memanggil sidang parlimen untuk menyelesaikan isu ini dengan segera untuk melantik anggota yang baru," ujarnya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga mempersoalkan kenapa pada mulanya pada 8 Ogos lalu Kelab Penyokong BN bersetuju meminta parlimen memanggil segera sidang, tiba-tiba pada 12 Ogos Kabinet pula mengatakan ia tidak perlu disegerakan.

"Apakah Datuk Seri Najib tidak mahu segera menyelesaikan masalah ini?" tanya beliau lagi.

Sedangkan, ujarnya masalah itu telah menghantui Najib sehingga fokus untuk pengukuhan ekonomi dan meningkatkan nilai ringgit terbantut.

Beliau menambah, rakyat masih mengharapkan PAC sebagai satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah urus tadbir, memandangkan SPRM, Bank Negara telah diganggu semasa penyiasatan ini berlaku.

"Sekurang-kurangnya PAC yang juga dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang boleh menjadi pengimbang kepada masalah ini," ujarnya. - HARAKAHDAILY 14/8/2015

Sumber HD - 14-8-201                                                                                                                              -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Kerajaan tertekan desakan rakyat, Affin beli tanah 1MDB



























HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memperjelaskan isu pembelian plot-plot tanah 1MDB di TRX oleh Affin Bank Bank, sebuah agensi kerajaan yang melibatkan dana dan kepentingan rakyat awam.

"Tindakan 'bailout' menggunakan dana awam telah mendapat kecaman ramai pihak ketika Lembaga Tabung Haji (LTH) membeli tanah tersebut pada Mei yang lalu dengan jumlah RM188.5 juta," ujar Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan mengulangi tindakan yang sama hari ini dengan menggunakan sewenang-wenangnya dana rakyat untuk kepentingan pihak tertentu.

Katanya, Affin Bank Bhd adalah milikan penuh Syarikat Affin Holdings Bhd dan sebahagian besar sahamnya dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Bousted Holdings Bhd (BHB), dua agensi kerajaan yang melibatkan dana awam. Malah ia juga melibatkan wang persaraan anggota tentera.

Tambahnya, lebih mencurigakan adalah posisi yang disandang orang nombor satu 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang juga merupakan salah seorang daripada lembaga pengarah bagi LTAT dan BHB.

Menurutnya, tindakan pembelian itu tidak lain hanyalah jalan pintas kerajaan yang dilihat begitu terdesak melakukan pelan bailout terhadap bebanan hutang yang ditanggung 1MDB.

Malah, kata beliau keyakinan yang dilontarkan PM bagi menyelesaikan hutang 1MDB hanya dengan enam bulan menambahkan kebimbangan mengenai banyak lagi dana-dana awam yang akan menjadi 'korban' pihak kerajaan.

"Apatah lagi transaksi melibatkan aset 1MDB sepatutnya dibekukan kerana siasatan terhadapnya masih berjalan dan belum selesai," ujarnya.

Ini semua, katanya membuktikan kerajaan semakin tertekan dengan segala desakan yang dilakukan rakyat.

"Malah ia juga menimbulkan tanda tanya dan persepsi negatif kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. - HARAKAHDAILY 13/8/2015

Sumber HD - 13-8-2015

Siasatan Bank Negara, SPRM atau deklarasi Najib betul?

HARAKAHDAILY | .



Kini, nampaknya ada tiga siasatan berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

1. Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap SRC International

SPRM berkata siasatan terhadap SRC International masih diteruskan. Siasatan ini dikatakan tidak berkait dengan 1MDB tapi ura-ura mengatakan ia berkait dengan pengaliran dana Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang didakwa berakhir di akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

2. Siasatan SPRM ke atas RM2.6 bilion

SPRM mengumumkan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Najib ialah derma. Tapi pada masa yang sama, SPRM ingin mendapat keterangan daripada Najib. Peliknya sebelum mendapat keterangan, Najib berkata SPRM telah membersihkannya daripada tuduhan rasuah.

Ke mana perginya RM2.6 bilion itu? Siapa pula yang menerima ‘derma’ itu daripada Najib?

3. Siasatan Bank Negara kepada 1MDB

Melihat penampilan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini melegakan rakyat. Zeti memaklumkan pihaknya sudah menyiapkan siasatan terhadap 1MDB dan langkah-langkah susulan yang dicadangkan sudah sampai di tangan Peguam Negara.

Timbul persoalan kepada siasatan-siasatan ini:

1. Apakah ketiga-tiga siasatan ini dimulakan oleh Pasukan Petugas Siasatan Khas ke atas 1MDB yang telah dibubarkan?

2. Apakah Najib dan isterinya telah dipanggil memberikan keterangan dalam ketiga-tiga siasatan ini?

3. Apakah peranan Tan Sri Abdul Gani Patail di dalam ketiga-tiga siasatan ini sebelum beliau dipecat?

4. Apakah polis sedang membantu ketiga-tiga siasatan ini atau sedang melengahkan siasatan ini?

5. Yang mana menjadi keutamaan siasatan polis, siasatan ke atas tuduhan salahlaku 1MDB dan Perdana Menteri atau siasatan ke atas kebocoran maklumat penyiasatan 1MDB?

6. Apakah maklumat yang dibocor mengenai pengaliran tunai 1MDB selama ini tulen?

7. Apakah Peguam Negara akan bertindak atau perlu menunggu arahan pihak tertinggi yang lain sebelum bertindak?

8. Peguam Negara akan bertindak mengikut laporan siapa terlebih dahulu Bank Negara, SPRM atau Polis? Atau beliau akan memberikan alasan untuk menangguhkan tindakan sehingga Jawatankuasa Kira-kira Awam yang kini lumpuh selesai bersidang mengenai 1MDB?

9. Apakah Najib yang betul bahawa beliau sudah dibersihkan SPRM?

Kegagalan Peguam Negara bertindak dengan adil dan saksama pasti akan menyemarakan kebencian rakyat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan BN. Diharap Peguam Negara dapat memihak kepada kepentingan rakyat dan negara dalam apa jua keadaan. - HARAKAHDAILY 13/8/2015

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
13 Ogos 2015

Sumber HD - 13-8-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































Affin Bank Beli Tanah Selamatkan 1MDB?
Posted on Thursday, August 13 @ 06:48:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Pas mendakwa pembelian plot tanah oleh Affin Bank Berhad di Tun Razak Exchange (TRX) adalah bagi menyelamatkan (bailed out) 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, rakyat turut terlibat dalam usaha bailed out itu kerana saham Affin Holding Berhad yang memiliki Affin Bank Berhad dimiliki oleh badan berkanun kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sebanyak 34.3 peratus saham dalam Affin Holding Berhad dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), manakala 20.69 peratus lagi dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad (BHB). LTAT ialah sebuah badan berkanun kerajaan manakala BHB merupakan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

“LTAT memiliki 56.84 peratus saham dalam BHB. Ini bermakna kedua-duanya merupakan agensi kerajaan dan rakyat mempunyai kepentingan dalam institusi-institusi tersebut,” katanya.
Menurut Nasrudin, pembelian tanah itu juga melibatkan pertembungan konflik berkepentingan dalam lembaga pengarah semua institusi yang terlibat.

“Menariknya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin adalah salah seorang lembaga pengarah bagi kedua-dua institusi tersebut dan beliau juga adalah Pengerusi 1MDB.

“Ini menunjukkan pembelian plot tanah TRX juga ‘terpaksa’ dibeli oleh rakyat bagi menyelamatkan syarikat hutang 1MDB,” katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkembangan projek TRX sama ada berjalan seperti dirancang atau telah gagal berikutan skandal kewangan 1MDB.

TRX merupakan projek hartanah milik 1MDB seluas 28 hektar dan terletak di tengah-tengah kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur. - Sinar Harian

Sumber TKO - 13-8-2015

Tujuan Affin Bank beli tanah 1MDB meragukan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengumuman oleh anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Affin Holdings Bhd, pada 10 Ogos bahawa Affin Bank telah memeterai perjanjian untuk membeli sebidang tanah daripada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan harga RM255 juta untuk membina ibu pejabat baru adalah menghairankan serta meragukan.

"PKR mempersoalkan tujuan Bank Affin membelanjakan ratusan juta ringgit sedangkan bank yang dikuasai LTAT secara tidak langsung itu sudah memiliki bangunan ibu pejabat mewah di Jalan Raja Chulan," ujar Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Katanya, Affin Holdings sebelum ini mengumumkan bahawa akibat peruntukan kerugian pinjaman perniagaan bank, keuntungannya selepas cukai bagi suku tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015 telah merosot kepada RM34.8 juta berbanding dengan RM142.7 juta bagi suku tahun kewangan yang sama pada 2014.

Menurutnya, prestasi kewangan Affin Holdings dan Affin Bank itu langsung tidak memberikan keyakinan dan rangsangan kepada mereka untuk membelanjakan ratusan juta ringgit lagi untuk sebuah pejabat baru.

Tambahan pula, ujar beliau wujud aspek percanggahan kepentingan (conflict of interest), di mana Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin merupakan pengerusi lembaga pengarah 1MDB dan timbalan pengerusi lembaga pengarah Affin Holdings Bhd.

"Amat penting untuk kita ketahui sama ada Tan Sri Lodin telah mengundi di dalam isu pembelian tanah ini?" ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya Lodin perlu memberikan penjelasan agar tidak timbul persepsi yang tidak baik mengenai isu ini.

"Saya juga meminta pimpinan LTAT mengambil tindakan segera supaya Affin Holdings dan Affin Bank mengkaji semula perjanjian jual beli tanah dengan 1MDB ini bagi mempertahankan kepentingan LTAT serta kepentingan anggota tentera," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Sumber HD - 12-8-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































Selepas Tabung Haji, Affin Bank beli tanah TRX 1MDB

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dengan menggunakan modus operandi yang sama, PAS melihat plot-plot tanah yang dimiliki oleh 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) kini dibeli pula oleh Affin Bank Bhd, sebuah subsidiari yang dimiliki penuh (100%) oleh Affin Holding Berhad.

Sebanyak 34.33% saham dalam Affin Holding Berhad dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera manakala 20.69% lagi dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad (BHB).

LTAT ialah sebuah badan berkanun kerajaan manakala Boustead Holdings Berhad merupakan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan. LTAT memiliki 56.84% saham dalam BHB.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan, ini bermakna kedua-duanya merupakan agensi kerajaan dan rakyat mempunyai kepentingan dalam institusi-institusi tersebut.

Menariknya, kata beliau Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin adalah salah seorang lembaga pengarah bagi kedua-dua institusi tersebut dan beliau juga adalah Pengerusi 1MDB.

Ini, ujarnya menunjukkan pembelian plot tanah TRX ‘terpaksa’ juga dibeli (bailed out) oleh rakyat bagi menyelamatkan syarikat hutang 1MDB.

"Ia juga melibatkan pertembungan konflik berkepentingan dalam lembaga pengarah semua institusi yang terlibat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam satu kenyataan.

Katanya, pada bulan Mei lalu, Lembaga Tabung Haji (LTH) membeli secara kontroversi 1.6 ekar tanah di TRX dengan harga RM188.5 juta.

Namun, ujar beliau selepas dilanda beberapa bantahan rakyat, kabinet memutuskan untuk menjual semula tanah tersebut yang sehingga ke hari ini, LTH gagal menjual semula tanah itu.

Justeru, tegasnya PAS juga mendesak menyatakan Perdana Menteri sejauh mana perkembangan projek Tun Razak Exchange dan adakah ia benar-benar berjalan sepertimana yang telah dirancang atau gagal berikutan skandal kewangan yang berlaku dalam 1MDB. - HARAKAHDAILY 11/8/2015

Sumber HD - 11-8-2015

PAC: Najib diminta segera adakan sidang khas parlimen



























BERNAMA | .


SEGAMAT: Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) hari ini meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera mengadakan Persidangan Khas Parlimen bagi mengisi kekosongan jawatan termasuk pengerusi baharu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
  
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kekosongan itu tidak boleh dilengahkan lagi bagi membolehkan PAC dapat berfungsi semula termasuk menyegerakan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini tertangguh.
  
"Ini adalah konsesus daripada ahli Parlimen BNBBC dan saya sudah sampaikan ini (keputusan) kepada Perdana Menteri. Beliau (Najib) bersetuju kita adakan sidang sehari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Segamat di Laman Warisan Senin Khanipah, Kampung Bukit Tunggal, Jementah di sini.
  
Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim, Ketua UMNO Bahagian Segamat, Zahari Surip dan Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Bastien Onn.
  
Mengikut peraturan, ahli PAC yang dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri perlu meletak jawatan daripada jawatankuasa itu.
  
Dalam rombakan Kabinet 28 Julai lepas, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri manakala tiga lagi anggota jawatankuasa itu turut dilantik.
  
Datuk Wilfred Madius Tangau dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai Timbalan Menteri Luar dan Datuk Mas Ermieyanti Samsudin sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.
  
Shahrir berkata bagaimanapun yang menjadi masalah adalah untuk menyelesaikan terlebih dahulu pelantikan Ketua Whip dalam Parlimen yang kini disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini merupakan timbalan perdana menteri.
  
"Selain itu perlu diselesaikan juga adalah pelantikan Ketua Pembangkang yang baharu kerana sebelum ini ketuanya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini jawatan itu diserahkan kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail," katanya.
  
Katanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Wan Azizah perlu dinamakan semula bagi membolehkan mereka disenaraikan dalam Jawatankuasa Pemilihan untuk melantik jawatankuasa PAC yang baharu nanti.
      
Justeru, Shahrir mencadangkan agar Muhyiddin, Ahmad Zahid dan Najib dapat duduk semeja untuk membincangkan penyerahan jawatan Ketua Whip yang baharu kepada Ahmad Zahid dalam suasana penuh kekeluargaan.
  
"Ini nampak lebih manis dan tersusun bagi membolehkan segala-gala perancangan itu teratur," katanya.
  
Beliau berkata jika persidangan khas itu tidak dapat diadakan, perdana menteri boleh membawa usul pelantikan anggota jawatankuasa PAC itu pada persidangan Parlimen yang akan datang pada Oktober nanti. - Bernama

Sumber HD - 8-8-2015

Skandal 1MDB: Mengapa pegawai SPRM jadi sasaran?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sangat kesal terhadap perkembangan terkini berkaitan dengan proses siasatan isu 1MDB yang terganggu dan semakin merumitkan keadaan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan pihak polis yang kini mensasar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang melaksanakan tanggungjawab menyiasat penyelewengan agensi pelaburan kerajaan 1MDB menimbulkan tandatanya masyarakat awam.

"Kami prihatin terhadap reaksi pegawai kanan SPRM yang menyatakan kekesalan terhadap pihak polis yang dilihat mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, acara solat hajat yang diadakan di pejabat SPRM kelmarin menandakan pegawai SPRM kini merasa sangat tertekan dengan arahan yang diberi kepada mereka.

Menurutnya, kenyataan Timbalan Ketua Pengarah SPRM yang menyebut ada dalang yang cuba mempengaruhi proses siasatan oleh SPRM ke atas 1MDB ada satu pernyataan yang amat serius.

Tambah beliau, ia memberi gambaran bahawa SPRM tidak bebas melaksanakan tugas mereka kerana arahan yang perlu dipatuhi.

"Kami amat kesal jika benar ada dalang yang kini sedang terdesak sehingga cuba melakukan suatu tindakan drastik untuk menutup penyelewengan yang dikesan dalam pengurusan pelaburan oleh agensi yang berkaitan," ujarnya.

Beliau berkata, perkembangan yang semakin tidak sihat berlegar dalam isu ini bakal mengundang pandangan negatif dunia terhadap pentadbiran negara.

Keadaan itu, katanya akan menambah rumit pihak kerajaan untuk memperbetulkan persepsi rakyat dan keyakinan awam terhadap kerajaan dan usaha menjernihkan keadaan akan bertambah sukar untuk dipulih kerana terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab.

"Kami mengecam pihak yang nampaknya cuba menghalang perjalanan siasatan kes berprofil tinggi ini.

"Kami menggesa supaya intergriti dan tanggungjawab SPRM untuk menyelesaikan sisatan ini hendaklah tidak diganggu," katanya.

Beliau menambah, pihak berkenaan dan yang telah dipastikan SPRM perlu disoal perlu memberi kerjasama sepenuhnya.

"Yang harus diberi perhatian ialah mereka yang ada kaitan dengan kes bukan mereka yang menjadi whistleblower," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 6/8/2015

Sumber HD - 6-8-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































Pasukan petugas khas 1MDB bubar, kata SPRM

Posted on Wednesday, August 05 @ 21:48:17 MYT by paktam

Oleh The Malaysia Insider

Pasukan Petugas Khas peringkat tinggi kerajaan yang menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dibubarkan dengan ketiga-tiga agensi utama diarah bekerja secara bersendirian, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan hari ini, agensi anti-rasuah itu cuba meredakan kebimbangan yang ia mengeluarkan kenyataan berhubung wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun perdana menteri tanpa penglibatan pihak polis dan Bank Negara Malaysia (BNM), yang merupakan komposisi asal pasukan petugas yang diketuai bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail .

"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas.


"Sebaliknya, agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," kata suruhanjaya itu.

Ia bagaimanapun tidak menamakan peguam negara yang mana satu yang dimaksudkan kerana Gani kini digantikan dengan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali minggu lepas.

Sejak penyingkiran Gani dari jawatan Peguam Negara pada 27 Julai, kedudukan pasukan petugas itu yang terdiri daripada Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan polis menjadi pertikaian dengan pengkritik mempersoalkan jika ia masih berkuat kuasa.

Dalam seminggu yang lalu, bagaimanapun, ahli pasukan petugas itu dipanggil untuk disoal siasat Bukit Aman mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin, orang keenam yang dipanggil, mengatakan beliau disoal berhubung draf surat pertuduhan terhadap Najib yang diterbitkan laman pemberi maklumat Sarawak Report minggu lalu.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy turut ditangkap bersama Tan Sri Rashpal Singh, bekas penasihat SPRM, dan Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan orang nombor dua SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull turut akan dipanggil pihak polis.

Terdahulu hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilaporkan sedang bercuti selama seminggu ketika ini.

Sumber DD - 5-8-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Siasatan terhadap skandal 1MDB semakin tercemar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap skandal 1MDB semakin tercemar dengan tindakan campur tangan pihak kerajaan terhadap kumpulan penyiasat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Beberapa tindakan kerajaan ketika ini dilihat tidak profesional dan mengganggu siasatan terhadap 1MDB daripada disempurnakan," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, rakyat mengharapkan penjelasan terhadap dakwaan skandal 1MDB dilakukan melalui suatu siasatan yang telus dan bersih.

Namun, ujarnya harapan tersebut ternyata meleset selepas satu demi satu tindakan pihak kerajaan yang mengotorkan ruang siasatan tersebut dan ini sekaligus menjadikan persoalan terhadap skandal 1MDB semakin menemui jalan buntu.

Tambahnya, rombakan kabinet dengan melantik Pengerusi PAC yang sedang mempengerusikan siasatan terhadap 1MDB menunjukkan ada campur tangan pihak kerajaan terhadap siasatan 1MDB.

Beliau berkata, ia juga disusuli pengguguran ke atas Tan Sri Gani Patail yang juga terlibat dalam ‘special task force’ bersama BNM, PDRM dan SPRM.

Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, dalam siasatan yang masih dipertengahan jalan, SPRM pula mendedahkan jumlah RM2.6 bilion yang disuntik ke akaun PM adalah dari ‘penderma’.

"Mengapa tidak menunggu laporan lengkap daripada PAC, badan yang bertanggungjawab menyiasat segala dakwaan terhadap 1MDB?" tanya beliau.

Katanya, kesemua permainan politik ini mengganggu prosiding siasatan.

Menurutnya lagi, ia tidak akan menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi negara ketika ini malah semakin menambah membarah dalam kepimpinan Umno BN hari ini.

DPPM, ujarnya tegas mendesak kerajaan agar tidak campur tangan terhadap siasatan yang dilakukan PAC sehingga laporan lengkap siasatan tersebut didedahkan kepada rakyat.

Katanya, DPPM mencadangkan agar PM mengambil cuti dalam tempoh berkenaan supaya siasatan dapat berlaku dengan lancar dan tanpa sebarang gangguan.

Selain itu, ujar beliau DPPM juga menyarankan PAC agar meneruskan siasatan skandal hutang 1MDB sehingga selesai.

"Laporan penuh siasatan pula mesti dibentangkan secepat mungkin supaya segala kekusutan yang melanda negara segera diselesaikan," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 5/8

Sumber HD - 5-8-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































1MDB:Tangguh prosiding PAC tindakan sabotaj

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan kerajaan yang menangguhkan prosiding siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke satu tarikh yang tidak pasti.

Naib Ketua DPPM, Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya tidak boleh menerima alasan penangguhan tersebut hanya kerana bekas pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri beberapa hari lalu.

Ini, ujar beliau jelas satu tindakan sabotaj yang dilakukan oleh kerajaan.

"Prosiding siasatan yang dijadualkan bermula pada hari ini dijangka akan memanggil Presiden dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, DPPM melihat tindakan YAB Perdana Menteri yang merombak kabinet baru-baru ini memberi kesan langsung kepada PAC dan tidak menolak kemungkinan untuk menyelamatkan individu-individu penting 1MDB daripada prosiding siasatan termasuk taikun Jho Low.

Sementara itu, kata beliau DPPM juga menyelar sejumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri sepertimana yang dijelaskan oleh SPRM semalam.

Menurutnya, tindakan tersebut boleh terdedah kepada aktiviti pengubahan wang haram yang berleluasa kepada parti-parti politik di Malaysia.

"Jika ianya adalah dana untuk parti Umno, maka kami mencabar pihak Umno untuk mendedahkan penyata kewangan bagi tahun berkenaan yang telah diserahkan kepada pihak ROS bagi mengesahkan dakwaan transaksi tersebut," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 5/8/2015

Sumber HD - 5-8-2015

Kianati negara, jual tanah selamatkan 1MDB

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah pengumuman Perdana Menteri bahawa tanah milik 1MDB di bandar raya ini yang strategik dan  bernilai tinggi akan dijual kepada syarikat daripada China dan Qatar yang menunjukkan minat bagi mengatasi hutang yang ditanggung oleh syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Mengulas perkara itu, Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, tindakan itu disifatkan tidak masuk akal kerana boleh memusnahkan negara apabila aset terpenting negara dijual kepada syarikat daripada negara luar.

"Dalam pengisytiharan itu, beliau meminta diberi masa enam bulan untuk membaik pulih 1MDB yang bermasalah itu , tanah yang ada dalam milik syarikat itu  bakal dijual kepada syarikat luar negara untuk mendapat keuntungan dan membayar hutang.

"Adakah ini caranya untuk mengatasi masalah hutang dengan cara menjual aset negara kepada pihak luar. Apa beza tindakan ini dengan mengkhianati negara? Apabila hutang disebabkan oleh pinjaman yang tidak sepatutnya dibuat, mahu dilunaskan dengan menjual aset negara, itu sama sahaja dengan menjual negara sekaligus kedaulatannya," katanya.

Beliau menegaskan aset negara terutama tanah tidak boleh dijadikan komoditi untuk dijual dengan mudah hanya kerana sebuah syarikat kerajaan menghadapi masalah kewangan.

Tegas beliau, masalah 1 MDB adalah masalah pengurusan dan rencana bisnes yang salah.

Malangnya, operasi perniagaan yang dikatakan 1MDB itu nampaknya hanya bersifat jual beli hartanah dan bukan pelaburan yang sebenar.

Penjualan semula tanah TRX  (Tun Razak Exchange) milik 1MDB yang dibeli oleh Tabung Haji juga katanya, membuktikan operasi 1MDB telah mengheret agensi tabungan awam yang lain untuk menyelesaikan hutangnya .

"Malangnya sehingga kini transaksi penjualan tanah TRX yang dikatakan dijual oleh Tabung Haji itu tidak jelas.

"Apakah yang bakal terjadi kepada aset hartanah negara jika cara begini dipilih untuk menyelesaikan kemelut hutang akibat dari pengurusan yang lemah," tambah beliau.

Justeru Mapim mengesa tanah strategik di bandar raya ini tidak dikorbankan kepada syarikat luar sebaliknya 1MDB perlu diambil alih bagi melakukan penstrukturan semula, manakala wang yang telah disalahguna mesti  dipulangkan semula kepada kerajaan.

"Membeli tanah kerajaan dengan harga yang murah dan kemudiaan menjualkannya untuk membuat keuntungan dan membayar hutang adalah tindakan yang tidak boleh diterima sekali. Pihak berkuasa perlu merujuk kepada Kanun Tanah Negara, sama ada ini dibenarkan atau tidak," tegas beliau. – HARAKAHDAILY 5/8/2015

Sumber HD - 5-8-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan Berkaitan RM2.6 Billion

Posted on Wednesday, August 05 @ 10:32:22 MYT by paktam

Oleh Akmal Saufi Mohamed Khaled

Saya harap semua mengambil maklum bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan saya mengelilingi isu 1MDB dan derma adalah kenyataan saya sendiri.) Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan dan sekadar bertanya perkara berikut;

Ketika Dato Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Dato Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Dato Seri?

Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?

Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?

Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?

Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Bilakah Dato Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?
Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Dato Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Dato Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?
Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?
Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?
Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Dato Seri Najib?

Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

Jika Dato Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Dato Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Akmal Saufi Mohamed Khaled
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti
Parlimen Belia Malaysia

Sumber DD - 5-8-2015

1MDB Dan Pokok Durian Sebatang

Posted on Wednesday, August 05 @ 09:40:01 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam 

Entah siapalah agaknya yang menanam pokok durian berkenaan. Arwah bapa aku tidak dapat mengingati siapa yang menanam pokok durian berkenaan. Bukan dia yang menanamnya.

Itu sah. Mungkin tumbuh secara liar agaknya. Tetapi ‘kehadiran’ poko durian berkenaan telah menimbulkan kerunsingan yang amat sangat pada arwah bapa aku kerana pokok durian itu tumbuh betul-betul di sempadan tanah antara tanah milik ibu dengan tanah milik sepupunya, Cikwa.


Bapa amat bimbang dengan keadaan pokok durian sebatang itu. Arwah bapa takut kalau-kalau anak cucunya nanti makan durian berkenaan yang belum sah tentang siapa yang empunya, walaupun Cikwa kerap kali mengatakan pokok durian itu milik ibu ku.

Maksudnya dalam kawasan tanah milik ibu. Namun bapa aku yang amat kuat pegangan agamanya masih tidak mahu ‘mengalah’. Beliau masih mahu bertegas untuk menyukat semula tanah berkenaan untuk menentukan sempadan yang jelas agar tahu tentang kedudukan sebenar pokok durian berkenaan agar anak cucunya tidak makan ‘barang haram’ (buah durian yang tidak sah siapa yang empunya).

Setelah disukat oleh tukang sukat yang bertauliah, maka sahlah yang pokok durian itu berada di kawasan tanah ibu. Dan barulah ‘puas’ hati bapa aku supaya anak cucunya nanti tidaklah makan buah durian yang berkemungkinan ‘haram’ untuk dimakan. Begitu cermat sekali tindakan bapa aku berkaitan dengan hal ‘halal-haram’.

Mengenangkan hal dan tindakan bapa itu terlintas aku dengan keadaan yang berlaku dalam masyarakat kini yang seolah-olah langsung tidak mempedulikan langsung hal halal-haram. Kegiatan rasuah bermaharajalela. Rupa-rupanya semakin terpelajar ‘manusia’ di Malaysia kini maka semakin ‘bermaharajalela’ jugalah kegiatan rasuah dikalangan pemimpin negara, pegawai tinggi kerajaan dan siapa saja yang berkesempatan untuk ‘menikmati’ apa saja yang berbentuk rasuah. Tentulah terlalu sukar untuk mengambil tindakan terhadap golongan sebegini kerana mereka lebih ‘pintar’ untuk mengelakkan diri dari dikenakan sebarang tindakan.

Kini rakyat sudah sibuk pula memperkatakan bahawa rupa-rupanya ‘rasuah’ sudah boleh ditukar dan ditafsirkan sebagai ‘hadiah’. Diperkatakan bahawa setiap pemberian kepada pihak berkuasa yang dianggap oleh rakyat sebagai ‘rasuah’ sudah boleh ditafsirkan sebagai ‘hadiah’ oleh pihak-pihak yang menerima ‘hadiah’ berkenaan. Lantas pemberian ‘Rasuah/Hadiah’ sudah semacam ‘dihalalkan’ dan tidak ada halangan dan larangan lagi bagi sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan perbuatan terkutuk itu (mengikut pandangan dan pegangan orang seperti bapa aku yang lahir pada tahun 1920an)

Mungkin tindakan bapa aku mempersoalkan tentang ‘sebatang pokok durian’ dianggap oleh para pemimpin negara kini dan juga oleh para pegawai tinggi kerajaan sebagai tindakan yang kolot dan ‘membuang masa’. Dan boleh juga disifatkan sebagai satu tindakan yang ‘ketinggalan zaman’. Mungkin tindakan yang dilakukan oleh bapa aku itu dianggap oleh golongan ‘perasuah/pehadiah) kini sebagai tindakan Pak pandir yang membayangkan tentang kebodohan orang Melayu. Walau apa pun tuduhan yang dilepmparkan terhadap golongan manusia seperti bapa aku, namun sekurang-kurangnya rezeki yang dihidangkan untuk keluarganya adalah rezeki yang halal.

Amat jauh berbeza dengan keadaan kini. Sudah agak ramai antara kita (orang Melayu yang beragama Islam) sudah tidak mementingkan lagi hal ‘ halal-haram’ yang amat dipentingkan oleh agama Islam yang dianuti. Hampir setiap tahun kelihatan berduyun-duyun para pemimpin negara dan golongan yang berharta pergi menunaikan Haji atau Umrah tetapi setelah pulang ke tanah air mereka akan terus mengamalkan perangai ‘asal’ mereka menerima ‘rasuah/hadiah’.

Dan tentunya yang amat merunsingkan lagi ialah kegiatan menerima ‘rasuah/hadiah’ ini sudah mula diamalkan oleh golongan muda. Pemimpin muda. Mereka seolah-olah sudah tidak lagi merasa segan dan silu mempamerkan hasil ‘sumbangan’ yang diterima oleh mereka itu dalam bentuk jam tangan yang berharga ratusan ribu, kereta-kereta mewah yang mencapai harga jutaan ringgit dan malah merasa begitu berbangga dengan tindakan yang mereka lakukan itu. Seolah-olah sekiranya mereka tidak melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh para pemimpin negara kini maka mereka akan ketinggalan zaman.Mungkin mereka memikirkan bahawa taraf berfikir mereka adalah sama dengan taraf berfikir yang ‘kolot’ sepertimana yang diamalkan oleh bapa aku – mempersoalkan hal sebatang pokok durian.

Namun aku tetap bangga dengan pendirian arwah bapa aku kerana aku yakin ‘darah daging’ yang mengalir ditubuh aku adalah hasil rezeki halal dari titik peluh yang redhai Tuhan.

abuhassanadam
http://abuhassanadam.blogspot.com/

Sumber DD - 5-8-2015


1MDB: PAS gesa Najib adakan sidang khas Parlimen segera
Posted on Tuesday, August 04 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: PAS hari ini menggesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan satu sidang khas Parlimen bagi merungkai pelbagai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan isu 1MDB perlu dibawa ke sidang khas kerana ia menjadi fokus rakyat sekaligus mengembalikan kepercayaan terhadap kerajaan.
"Isu skandal kewangan 1MDB memenuhi kriteria yang mengharuskan sidang khas diadakan iaitu ia adalah perkara yang mustahak dan melibatkan kepentingan orang ramai (rakyat). Ia bukan hanya melibatkan sebuah syarikat sahaja malah merangkumi kepentingan rakyat dan keyakinan terhadap kerajaan.
"Ini adalah masa yang terbaik bagi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk memanggil persidangan khas Dewan Rakyat untuk merungkai pelbagai kemelut skandal 1MDB pasca penstrukturan kabinet kerajaan", katanya dalam satu kenyataan.
Lebih meruncing apabila bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dimana prosiding siasatan terhadap 1MDB juga terpaksa ditangguhkan sehingga pengerusi baru dilantik, ujar Nasrudin.
Oleh itu menurut PAS, sidang khas itu wajar diadakan bagi menyelesaikan kemelut isu berkenaan yang selars dengan peruntukan Perkara 11 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Laporan interim skandal 1MDB telah disiapkan oleh Jabatan Audit Negara. Rakyat tidak dibenarkan untuk mendapatkan maklumat tersebut melainkan ia telah dibahaskan di peringkat Dewan Rakyat. 
Maka, sidang khas ini perlu disegerakan bagi membolehkan orang awam membuat penilaian dengan adil dan rasional," katanya lagi.
Peruntukan berkenaan memberikan kuasa khas kepada Perdana Menteri dengan hanya memaklumkan kepada Spekaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memanggil mesyuarat khas sebelum jadual rutin yang ditetapkan. 

  Mesyuarat ketiga penggal ketiga akan diadakan pada 19 Oktober 2015.

Sumber TKO - 4-8-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































1MDB: Khairy bersama Najib atau rakyat Malaysia

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin masih terus mendiamkan diri ketika negara dilanda begitu banyak isu beberapa minggu ini; termasuklah rombakan kabinet dan pemecatan Timbalan Perdana Menteri, serbuan di pejabat SPRM dan penahanan beberapa penyiasat kes 1MDB serta penangkapan rakyat Malaysia yang hanya menunaikan hak asasi mereka.

"Saya rasa begitu pelik bagaimana Khairy tidak sedikit pun bersuara sedangkan negara sedang melalui satu kemelut politik yang besar," ujar Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, Najib dan barisan kabinet yang baru telahpun menyatakan niat mereka untuk memperketatkan lagi undang-undang yang akan mengganggu hak asasi rakyat disebabkan 1MDB.

"Kita juga sedang menyaksikan dengan jelas pemusnahan lanjut institusi-insitusi yang menyemak dan mengimbangi kuasa kerajaan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, beliau menggesa Khairy Jamaluddin untuk menyatakan pendiriannya sama ada berdiri bersama Najib dalam hal 1MDB ataupun bersama rakyat Malaysia yang lain termasuk anggota Umno sendiri yang mempersoalkan skandal berbilion ringgit itu. - HARAKAHDAILY 4/8/2015

Sumber HD - 4-8-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























































































1MDB: 5 sebab perlu diadakan sidang khas parlimen

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ini adalah masa yang terbaik bagi Perdana Menteri untuk memanggil persidangan khas Dewan Rakyat untuk merungkai pelbagai kemelut skandal 1MDB pasca penstrukturan kabinet kerajaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyenarakan lima justifikasi untuk memanggil sidang khas tersebut.

- Ia adalah selaras dengan peruntukan Perkara 11 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang memberikan kuasa khas kepada Perdana Menteri dengan hanya memaklumkan kepada Tuan Yang Dipertua untuk memanggil mesyuarat khas sebelum jadual rutin yang ditetapkan. Mesyuarat ketiga penggal ketiga akan diadakan pada 19 Oktober 2015.

- Isu skandal kewangan 1MDB memenuhi kriteria yang mengharuskan sidang khas diadakan iaitu ia adalah perkara yang mustahak dan melibatkan kepentingan orang ramai (rakyat). Ini dapat dilihat apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas beliau mempertikaikan isu 1MDB ini. Ia bukan hanya melibatkan sebuah syarikat sahaja malah merangkumi kepentingan rakyat dan keyakinan terhadap kerajaan.

- Kenyataan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara selepas dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri bahawa prosiding siasatan 1MDB terpaksa ditangguhkan sehingga pengerusi baharu dilantik pada sidang Dewan Rakyat akan datang. Ia menyebabkan kes ini tergantung dan terbiar kepada spekulasi yang berpanjangan.

- Laporan interim skandal 1MDB telah disiapkan oleh Jabatan Audit Negara. Rakyat tidak dibenarkan untuk mendapatkan maklumat tersebut melainkan ia telah dibahaskan di peringkat Dewan Rakyat. Maka, sidang khas ini perlu disegerakan bagi membolehkan orang awam membuat penilaian dengan adil dan rasional.

- Tekanan persepsi awam yang negatif terhadap pasukan penyiasat khas skandal kewangan 1MDB selepas perlucutan jawatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara dan juga anggota penting pasukan penyiasat tersebut. Kini, kredibiliti Gabenor Bank Negara juga sudah mula dipertikaikan oleh pelbagai pihak sehingga pasukan penyiasat khas ini tidak lagi dilihat kompeten untuk meneruskan penyiasatan kes ini.

"Maka, PAS melihat lima justifikasi tersebut sudah cukup mewajarkan sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi menyelesaikan kemelut ini," kata Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Menurut beliau, ia hanya memerlukan political will daripada Perdana Menteri.

"Manfaatkanlah sebaik-baik ruang yang diberikan ini bagi menjawab segala dakwaan yang telah dikemukakan sama ada dari dalam Barisan Nasional atau pun dari luar sendiri," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 3/8/2015

Sumber HD - 3-7-2015

1MDB: Pasukan Petugas Khas mula diganggu

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Seperti yang dijangka daripada kenyataan saya semalam, Pasukan Petugas Khas mula diganggu dengan tuduhan-tuduhan dan khabar angin yang bakal mengganggu kelancaran penyiasatan ke atas skandal 1MDB," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, ura-ura yang sedang melanda Gabernor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar Aziz selepas kemunculan blog misteri ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail adalah buktinya.

Katanya, mereka yang menyiasat kini dilihat menjadi sasaran siasatan yang tidak tahu lagi hujung pangkal tuduhannya.

"Di sini, saya ingin mengulangi gesaan saya kepada Tan Sri Zeti agar mendedahkan semua identiti para penyiasat Pasukan Petugas Khas kepada pihak awam dengan kadar segera," ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini, kata beliau adalah langkah terbaik untuk melindungi mereka dan membolehkan mereka terus menyiasat tanpa sebarang kerisauan melalui sokongan rakyat.

Dengan pendedahan itu, ujarnya sebarang tindakan kepada mana-mana penyiasat Pasukan Petugas Khas yang sudah diketahui umum pada waktu ini akan mendatangkan kesan buruk pada kerajaan kerana ia hanya menguatkan persepsi bahawa segala tuduhan ke atas 1MDB dan juga Perdana Menteri adalah benar.

Beliau berkata, peristiwa sabotaj dengan memecat salah seorang penyiasat seperti Tan Sri Abdul Gani Patail dan memindahkan 4 ahli PAC ke kabinet tatkala siasatan sedang rancak dilakukan tidak boleh dibiarkan berulang lagi.

"Diharap Tan Sri Zeti dapat bertindak segera," katanya. - HARAKAHDAILY 30/7/2015

Sumber HD - 30-7-2015

PAS gesa Zeti dedah nama petugas khas 1MDB
Posted on Wednesday, July 29 @ 16:22:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS hari ini melahirkan kebimbangan apabila salah seorang anggota utama pasukan petugas khas kerajaan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini dikaitkan dengan dakwaan terlibat sebagai konspirator dalam plot untuk menjatuhkan kerajaan.

Justeru, timbalan presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa agar semua nama penyiasat dalam pasukan tersebut didedahkan segera kerana bimbang wujudnya gangguan dan campur tangan yang bakal menghalang siasatan.


Beliau berkata, tuduhan yang dibuat terhadap Tan Sri Zeti Akhtar Aziz melalui satu "blog misteri" itu tidak boleh dipandang ringan susulan tindakan Putrajaya memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail semalam.

"Rekod, prestasi dan integriti Zeti bertugas sebagai gabenor Bank Negara diiktiraf masyarakat antarabangsa.

"Oleh itu, sebarang usaha menjatuhkan atau mengganggu Zeti tatkala siasatan 1MDB rancak dijalankan hanya akan menambahkan persepsi umum yang memang terdapat penyelewengan di dalam 1MDB dan kebenaran dakwaan yang duit 1MDB dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim merujuk blog https://therecounter.wordpress.com/ semalam yang menyiarkan satu entri bertajuk "Ops Lalang 2015: Special Branch leads investigation into the conspirators".

Blog tersebut mendedahkan 12 nama yang dikatakan terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan termasuk Zeti.                                                                                                                        

Sumber TKO - 29-7-2015                                                                                                                        ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































Siapa anggota Pasukan Petugas Khas siasat 1MDB



























HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Selepas pemecatan mengejutkan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, PAS bimbang wujudnya gangguan dan campur tangan yang bakal menghalang Pasukan Petugas Khas ini daripada terus menyiasat isu 1MDB secara telus dan beramanah.

"Oleh itu, PAS memohon Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz selaku salah satu ketua Pasukan Petugas Khas isu 1MDB dapat bertindak mendedahkan semua anggota penyiasat di dalam pasukan tersebut dengan kadar segera," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ini, ujarnya bagi membolehkan mereka dikenali umum sambil menerima sokongan rakyat untuk meneruskan siasatan terhadap 1MDB.

Tambahnya, tindakan ini diharap dapat memberikan tekanan terhadap mereka yang berkepentingan daripada mencampuri apa-apa urusan siasatan yang dijalankan.

Kata beliau lagi, kemunculan satu blog misteri semalam sejurus selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menamakan Tan Sri Zeti Akhtar sebagai satu konspirator untuk menjatuhkan kerajaan tidak boleh dipandang ringan.

"Rekod, prestasi dan integriti Tan Sri Zeti bertugas sebagai Gabenor Bank Negara diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa," ujarnya.

Oleh itu, kata beliau sebarang usaha untuk menjatuhkan atau mengganggu Tan Sri Zeti tatkala siasatan 1MDB rancak dijalankan hanya akan menambahkan persepsi umum bahawa memang terdapat penyelewengan di dalam 1MDB dan kebenaran dakwaan bahawa duit 1MDB telah dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. - HARAKAHDAILY 29/7/2015

Sumber HD - 29-7-2015

1MDB: Tak perlu tangguh mesyuarat PAC

OOI HENG | .


Badan Pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) hari ini mempertikaikan pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam rombakan kabinet semalam, semua prosiding yang diatur pada Ogos termasuk membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan ditangguhkan sehingga ahli baharu PAC dilantik pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

KPRU ingin membawa perhatian umum kepada Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di mana dinyatakan dalam Peraturan 77(3) bahawa semasa ketiadaan Pengerusi PAC atau naib pengerusi oleh kerana keuzuran atau lain-lain sebab, PAC hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi seorang pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat PAC itu.

Hal ini bermaksud, prosiding PAC yang diatur pada Ogos membabitkan 1MDB tidak perlu ditangguhkan. Sebaliknya, Naib Pengerusi PAC boleh mempengerusikan mesyuarat PAC mengenai 1MDB akan datang.

Biarpun naib pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat, PAC hanya perlu memilik daripada kalangan ahli PAC seorang pengerusi untuk meneruskan mesyuarat PAC mengenai 1MDB.

Sementara itu, Peraturan 77(2) menyatakan bahawa PAC hendaklah mengandungi tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada dua belas orang ahli yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segeranya selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Peruntukan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bermaksud pelantikan empat ahli PAC ke dalam kabinet tidak menjejaskan prosiding 1MDB. Asalkan terdapat sekurang-kurangnya enam ahli PAC hadir dalam mesyuarat, prosiding PAC mengenai 1MDB boleh dan wajar diteruskan tanpa berlengah-lengah lagi.

Sesungguhnya, kini tiba masa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyatakan keazaman beliau untuk melakukan pembaharuan sistem dan perjalanan Parlimen mengambil tindakan sewajarnya untuk menegaskan apa yang dinyatakan oleh beliau bukan janji kosong.

Pandikar Amin telah mencadangkan bahawa bagi menghilangkan persepsi rakyat Parlimen dan Speaker bertugas atas arahan eksekutif, jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan.

KPRU menyokong cadangan pembaharuan Pandikar Amin. Dalam konteks pendengaran PAC mengenai skandal 1MDB, KPRU ingin menambah bahawa bagi menghilangkan persepsi rakyat Parlimen, Speaker dan PAC bertugas atas arahan eksekutif, kedua-dua Speaker dan ahli-ahli PAC haruslah menegaskan autonomi sistem perundangan tanpa tunduk kepada kehendak Perdana Menteri yang mewakili sistem eksekutif. - HARAKAHDAILY 29/7/2015

Pengarah Eksekutif Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Sumber HD - 29-7-2015

Kalaulah 1MDB bermaksud 1Malaysia Durian Best!

Posted on Monday, July 27 @ 15:40:37 MYT by paktam

Oleh Tan Jooi Long


Mari sebentar tenggelam dalam fikiran indah dan lupakan seketika kisah 1Malaysia Development Berhad. Mari berpura-pura yang 1MDB bermaksud 1Malaysia Durian Best.Adakah saya sebut durian? Kepada sesiapa yang mengatakan durian ialah Raja Buah, saya katakan durian ialah Raja Makanan.

Saya boleh makan durian untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, dan untuk sarapan keesokan harinya dan hari-hari berikutnya.


Kepada mana-mana nenek  yang mengatakan makan terlalu banyak durian akan membuatkan orang kepanasan, ubat saya bila saya merasakan tekak saya sakit ialah, makan lagi banyak durian yang akan menyembuhkan kesan kepanasan itu.

Tidak perlu untuk saya minum air dalam kulit durian yang baru sahaja saya makan, dengan atau tanpa garam. Atau untuk ‘menyejukkan’ durian dengan makan manggis yang ‘sejuk’.

Pastinya, durian terbaik dimakan sebagai hidangan utama atau sebagai makanan, buah, roti, pencuci mulut, atau ais krim.

Ia boleh digunakan untuk memecahkan kebuntuan, samada di parti, atau upacara gereja malah sewaktu urusan rasmi.

Ketika bekas setiausaha agung PBB Kurt Waldheim melawat Malaysia pada lewat tahun 70-an dan awal 80-an, saya ditugaskan untuk melaporkan lawatannya ke penempatan Felda.

Tiada apa yang tidak pernah dilaporkan dalam lawatan itu sehinggalah tuan rumah kami menghidangkan buah-buahan tempatan yang banyak, termasuklah...durian!

Apa yang dia fikir tentang Raja Buah Malaysia, saya tanyakan kepada Tuan Yang Terutama.

Seorang diplomat seperti Waldheim, yang kemudiannya menjadi Presiden Austria selepas tamat bertugas sebagai ketua eksekutif PBB, dia menjawab, “Saya suka.” Dia makan lebih daripada seulas yang ditawarkan kepadanya.

Bukan kali pertama, laporan saya untuk Bernama tentang kisah itu diambil oleh beberapa surat khabar utama negara yang lain.

Julai-Ogos ialah musim kemuncak durian di Malaysia.

Tuaian tahun ini ialah yang paling banyak kerana awal tahun ini dipenuhi dengan bulan-bulan yang panas dan kering sewaktu pokok-pokok durian berbunga dan berbuah.

Kini durian ada di mana-mana. Durian boleh didapati di pasar raya, pasar basah, pasar malam, kedai buah, kedai tepi jalan, kedai bergerak malah di kaki lima depan kedai ubat Cina, pusat urut, kedai runcit, kedai nombor ekor malah kedai 7-Eleven.

Boleh didapati di waktu pagi, sewaktu terik panas tengahari malah sehingga lewat malam, durian wujud dalam pelbagai nama dan harga.


Raja segala Raja Buah ini ialah Mao San Wong aka Musang King.

Ia tidak dipanggil “raja” tanpa sebab kerana isinya yang boleh menjadi pahit dan manis dalam satu buah yang sama. Rasa pahit manis ini diiringi pula dengan warna kuningnya yang menyerlah dengan rasa lemak berkrim dan melekit, menjustifikasikan harganya yang agak mahal.

Samada dipanggil dengan nama yang lain seperti Raja Kunyit, ia adalah pilihan jenis terbaik durian.

Sehinggalah kini.

Sejak tiga tahun lepas, sejenis baka baru telah menggegarkan arena durian.
Dikenali sebagai Black Thorn, ia bukan sahaja durian paling mahal tetapi juga paling mudah dikenali.

Mempunyai bentuk bulat yang hampir sempurna dengan satu duri yang berwarna coklat kehitaman di tapaknya, yang mewujudkan namanya.

Berasal dari Nibong Tebal di Pulau Pinang, Black Thorn ialah baka baru sehingga ia belum diberikan nombor siri oleh Jabatan Perhutanan.

Misalnya, Musang King ialah D197, sementara Red Prawan (Ang Heh) ialah D175.
Black Thorn begitu terkenal dan sukar didapati sehinggakan ia mengatasi harga dan populariti kedua-dua baka yang disebut di atas.

Dengan berat antara 2kg sehingga 3kg, sebiji buah boleh dijual dengan harga antara RM 80 sehingga RM 120...itupun sekiranya boleh dijumpai.

Jika Black Thorn tidak dapat ditemui, dan sekiranya Musang King dan Red Prawn juga melebihi bajet anda, masih ada sekurang-kurangnya satu dozen lagi baka yang lebih murah untuk dipilih.

Dimulakan dengan, Golden Phoenix dari Johor dan Pahang. Aka Jin Feng, ia mempunyai isi kucing keputihan, rasa yang sedikit pahit dan bau yang sangat kuat.

Kemudian ada juga XO yang berwarna kuning cair dengan tekstur yang lembut dan segar serta pahit rasanya seperti rasa alcohol. XO ditanam di Cameron Highlands, Genting Highlands dan Johor.

D24 atau Sultan, D13, D1, D101, Green Bamboo dan Black Pearl ialah antara baka lain yang digemari.

Jika semua baka ini masih  melebihi bajet anda, terdapat juga durian kampung yang boleh dibeli di pasar malam, sebaik-baiknya selepas tengah malam di mana anda boleh membeli dengan harga sekupang untuk sedozen, begitu murah.

Sekarang, bukankah kisah durian ini lebih menggiurkan berbanding rancangan penipuan berbilion ringgit dari 1Malaysia yang dikasihi?

Seperti yang dikatakan orang, durian runtuh sarong jatuh.

Tan Jooi Long meletakan jawatan sebagai editor Bernama untuk mengetuai kumpulan media Amerika beroperasi di Asia Pasifik. Dia kerap ber-tweeter.

Sumber  DD - 27-7-2015

Tumpuan antarabangsa terhadap 1MDB memberi Malaysia nama buruk

Posted on Monday, July 27 @ 15:36:02 MYT by paktam

Oleh Christopher Fernandez

Pemerhatian yang teliti bukan sahaja oleh rakyat Malaysia, tetapi juga masyarakat dunia, tertumpu kepada negara ini kerana kemelut 1MDB yang mana RM42 bilion didakwa telah lesap daripada dana berdaulat itu.


Tidak pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia terdapat begitu banyak perubahan plot berlaku dalam satu kemelut panjang yang bukan sahaja kontroversi tetapi tidak pernah terfikir akan berlaku bermain dalam fikiran rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.


Ketika kemelut 1MDB ini pertama kali didedahkan ianya hanya terhad dalam lanskap domestik dan portal berita Sarawak Report yang berpengkalan di London dan diterajui oleh editor British. Tetapi kemudian kontroversi itu mulai tersebar seperti api yang sedang marak.

Penerbitan Amerika seperti The New York Times, The Wall Street Journal dan Bloomberg News mulai mengeluarkan berita mengenai bagaimana jejak dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan perdana menteri Malaysia dan Najib Razak dan beberapa orang lain dalam kemelut 1MDB.

Surat khabar Australia seperti The Age dan The Sydney Morning Herald turut menerbitkan cerita kontroversi mengaitkan perdana menteri Malaysia dengan pengisuan nota polimer bank yang dicetak di Australia yang mana Najib didakwa bersalah melakukan salahlaku.
Kemelut 1MDB berterusan terungkap dengan penerbitan serantau seperti The Bangkok Post dan The Straits Times dari Singapura turut mengelurkan cerita berdasarkan penyiasatan mereka sendiri terhadap kemelut itu dan ini telah mencetuskan perubahan plot cerita ini untuk membawa ke satu hala tuju yang baru.

Rakyat Malaysia dibanjiri dengan berita dan pandangan mengenai 1MDB dan ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahawa pemberi maklumat asalnya, Sarawak Report, telah disekat dan portal berita itu mendakwa bahawa ianya adalah satu tindakan dengki kepada mereka kerana memdedahkan kemelut 1MDB kepada dunia.

Kemelut 1MDB semakin kuat didedahkan kepada umum, dengan pantasnya, dan jarang sekali dalam sehari tiada sebarang perkembangan terbaru dan ini telah memberi kesan teruk kepada kerajaan Malaysia kerana masyarakat antarabangsa mulai melihat Malaysia sebagai sebuah negara penyangak akibat daripada pendedahan negatif.

Semakin ramai orang dari seluruh dunia mengikuti drama 1MDB dan keyakinan pelabur di Malaysia sekarang ini rendah, justeru menyebabkan nilai ringgit jatuh menjunam dan kehilangan nilainya walaupun kemasukan pelancong semakin meningkat kerana ringgit yang lemah.

Kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan terbaru kemelut 1MDB ini kelihatan kagum kepada perdana menteri Malaysia yang boleh meneruskan tugasan beliau seperti biasa walaupun serangan dan tuduhan yang kuat oleh portal berita dan penerbitan yang dalam dan luar negara.

Ianya kelihatan seperti skandal 1MDB telah meletakkan Malaysia di bawah pemerhatian seluruh dunia kerana sebab yang salah dan maka dengan itu ianya tidak mengejutkan bahawa sekarang ini terdapat kekecohan dan kekeliruan oleh pemimpin politik mengenai bagaimana untuk menyelesaikan kontroversi 1MDB.

Tetapi apa saja hasilnya, ianya mestilah dinyatakan dengan tegasnya yang soal masa sebelum pemimpin negara ini yang tak berguna, korup dan tidak cekap ditunjukkan jalan keluar kerana kebanyakan rakyat Malaysia telah hilang sabar dengan prestasi lemah pemimpin-pemimpin negara ini.

Sumber DD - 27-7-2015

TPM: Jika ada PRU14, Umno akan tewas
Posted on Monday, July 27 @ 10:16:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa parti itu berdepan dengan krisis kepercayaan ekoran kontroversi firma pelaburan 1MDB.

Bercakap di Mesyuarat Agung Umno bahagian Cheras malam tadi, Muhyiddin berkata jika pilihanraya umum diadakan dalam masa yang terdekat, Umno akan tewas.

Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan ramalan beliau itu bukan satu bentuk kritikan terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya bercakap yang benar. Jika parlimen dibubarkan esok, kita tak akan menang pilihan raya umum.

"Ada kajian yang dibuat mengatakan adalah sukar untuk kita menang pilihan raya umum," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya, masih ada masa sebelum pilihan raya umum akan datang, namun sentimen (negatif) ada.

Muhyiddin berkata beliau hanya menyatakan tentang bagaimana persepsi terhadap parti itu. [Baca berita penuh/asal]

Sementara itu, Bernama melaporkan Muhyiddin menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau.

Beliau berkata, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan anggota parti dan rakyat terhadap kerajaan BN sekaligus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya (umum) akan datang.

"Mesti ada penyelesaian muktamad... kalau tak selesai jadi beban... nak selesai pun jadi beban kerana dengan keadaan ringgit kita sekarang sudah jadi berapa bilion? Kita bercakap tentang kes ribuan juta amaun," katanya.

Muhyiddin mengulangi pendiriannya bahawa penjelasan jitu perlu diberikan bagi mengelakkan rakyat dari terus tertanya-tanya.

Muhyiddin berkata isu 1MDB juga memberikan persepsi negatif kepada pelabur luar yang seterusnya boleh menjejaskan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pasukan petugas khas yang ditubuh untuk menyiasat kes 1MDB tidak perlu diganggu supaya proses penyiasatan boleh dipercepatkan.

"Sekarang pun dah ada reman, ada tindakan... saya harap diteruskan kerana lebih cepat lebih baik untuk parti dan kerajaan," katanya.

Muhyiddin juga mencadangkan agar laporan interim 1MDB dijadikan dokumen awam agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kes berkenaan.

"Kalau nak jadikan 'public document' pun tiada halangan.

"Elok juga rakyat tau apa kedudukan sebenar. Kita tak mau ia diputar belit.

"Sebagai pemimpin kita mesti memikul amanah. Kita diamanah urus negara dan tadbir segala harta kekayaan, rakyat mahu tahu bagaimana harta kita (tadbir) untuk mereka," katanya.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno menegaskan telah tiba masanya kerajaan dan parti menguruskan isu persepsi yang cukup menebal di kalangan rakyat.

Katanya, pelbagai sentimen rakyat Malaysia terutama yang diluah di media sosial perlu diteliti kerana ia telah menjadi sentimen yang nyata.

"Dalam media sosial rakyat mengeluh soal GST, soal kerajaan katanya rasuah.

"Ia mungkin benar, maka perlu diteliti mengapa jadi begitu.

"Kita tidak mahu ada sindrom bisu, sindrom penafian... kita tolak semua, kita rasa semua tak betul kerana kita telah terlalu lama berkuasa," katanya.

Justeru, katanya kerajaan dan parti perlu kembali ke pangkal jalan, turun padang mencari masalah dan penyelesaian terhadap isu dan masalah rakyat.

Ini, katanya, bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dapat dikembalikan dan mereka merasa hanya BN parti harapan negara.    - MK

Sumber TKO - 27-7-2015


Selesaikan Isu 1MDB Segera Sebelum Jadi Beban Kepada Umno - Muhyiddin

Posted on Monday, July 27 @ 10:28:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau. 

Beliau berkata, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan anggota parti dan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sekaligus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya (umum) akan datang. 

"Mesti ada penyelesaian muktamad...kalau tak selesai jadi beban...nak selesai pun jadi beban kerana dengan keadaan ringgit kita sekarang sudah jadi berapa bilion? Kita bercakap tentang kes ribuan juta amaun," katanya. 

Berucap menutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini Ahad malam ,Muhyiddin mengulangi pendiriannya bahawa penjelasan jitu perlu diberikan bagi mengelakkan rakyat dari terus tertanya-tanya. 

Muhyiddin berkata isu 1MDB juga memberikan persepsi negatif kepada pelabur luar yang seterusnya boleh menjejaskan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pasukan petugas khas yang ditubuh untuk menyiasat kes 1MDB tidak perlu diganggu supaya proses penyiasatan boleh
dipercepatkan.

"Sekarang pun dah ada reman, ada tindakan...saya harap diteruskan kerana lebih cepat lebih baik untuk parti dan kerajaan," katanya.

Muhyiddin juga mencadangkan agar laporan interim 1MDB dijadikan dokumen awam agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kes berkenaan.

"Kalau nak jadikan 'public document' pun tiada halangan.

"Elok juga rakyat tau apa kedudukan sebenar. Kita tak mau ia diputar belit.

"Sebagai pemimpin kita mesti memikul amanah. Kita diamanah urus negara dan tadbir segala harta kekayaan, rakyat mahu tahu bagaimana harta kita (tadbir)
untuk mereka," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno menegaskan telah tiba masanya kerajaan dan parti menguruskan isu persepsi yang cukup menebal di kalangan
rakyat.

Katanya, pelbagai sentimen rakyat Malaysia terutama yang diluah di media sosial perlu diteliti kerana ia telah menjadi sentimen yang nyata.

"Dalam media sosial rakyat mengeluh soal GST, soal kerajaan katanya rasuah.

"Ia mungkin benar, maka perlu diteliti mengapa jadi begitu.

"Kita tidak mahu ada sindrom bisu, sindrom penafian...kita tolak semua, kita rasa semua tak betul kerana kita telah terlalu lama berkuasa," katanya.

Justeru, katanya kerajaan dan parti perlu kembali ke pangkal jalan, turun padang mencari masalah dan penyelesaian terhadap isu dan masalah rakyat.

Ini, katanya, bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dapat dikembalikan dan mereka merasa hanya BN parti harapan negara.

Menjawab mengenai pertemuan beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai 'perbincangan sulit mengenai isu negara',

Muhyiddin berkata ia hanya merupakan pertemuan biasa.

"Tiada yang sulit...saya berkomunikasi dengan Tun, (kemudian) saya jelaskan kepada Kabinet kerana tak mahu ada salah faham.

"Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib...pasal mengenang sejarah Tun (Abdul) Razak (Hussein).

"Jadi nak sokong Najib bila timbul isu berkaitan dengan Najib.

"Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau," katanya. - Mstar


Sumber TKO - 27-7-2015


Jangan Tertekan Sampai Tak Lalu Makan

Posted on Sunday, July 26 @ 15:02:45 MYT by paktam

Oleh A Kadir Jasin

MUTAKHIR  Pelik dan hairan. Macam mana orang yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Bank Negara tiba-tiba menghilangkan diri dan PDRM belum membuat sebarang tangkapan.


Daripada laporan media massa, khususnya media arus perdana, PDRM sangat beriltizam mahu mengorek berita daripada Andre Justo yang dalam tahanan Polis Thai. Apakah Justo begitu tahu mengenai 1MDB?

Apa matlamat  Pasukan Petugas Khas – nak siasat ke mana duit 1MDB lesap atau nak dengar cerita Justo? Boleh dengar cerita Justo. Tapi duit yang lesap wajib dikesan. Itu bukan duit rakyat jelata Malaysia. Ia bukan modal Pak Arab atau duit sadakah Putera Puteri Arab.

Kita berdoa kepada Allah agar memberikan petunjuk dan kekuatan kepada pegawai-pegawai MACC, Bank Negara, Pejabat Peguam Negera  dan kepada pegawai-pegawai PRDM yang berjuang atas dasar kebenaran.

Cukuplah kita berselindung di sebalik “conspiracy theories” dan menghukum pihak-pihak yang tak sebulu dengan kita. Kalau mereka salah, kita tidak semestinya benar.

Jangan sangka rakyat jelata tidak tahu. Jangan sangka semua orang boleh dibeli atau diancam. Dan yang berkuasa juga jangan sangka mereka tidak ada musuh dalam selimut.

Wallahuaklam.



ORIGINAL POSTING
 
NAK salahkan orang kita naik angin, emosional dan jadi tak tentu arah pun tak boleh juga. Memang keadaan dalam negara kita kacau-bilau. Politik huru-hara dan ekonomi tak tentu hala.

Tapi, alhamdulillah ada lagi orang kita yang boleh buat jenaka dan gelak ketawa. Orang Utara kata, buat lawak atau kelolo.

Kelolo, bukan koro. Koro penyakit yang serang orang lelaki sampai hilang kejantanan dan segala keberanian (Baca di sini).

Semalam saya minum teh dengan seorang ahli parlimen pembangkang. Mulai 26 Jun lalu, saya boleh minum teh dengan semua orang politik tanpa rasa ragu sebab saya tidak ada afiliasi dengan mana-mana parti politik lagi. Saya sudah jadi non-partisan.

Lagi pula, mulai 1 Julai saya tidak ada kerja atau jawatan lagi. Sudah tutup kedai. Nganggur. Orang Utara kata, sepak kertas. Orang putih kata, jobless. Selama 46 tahun makan gaji – mulai 16 Jun 1969 sampai 1 Julai 2015.

Ahli parlimen bekas Pakatan Rakyat itu bagi tahu saya, bulan puasa dia menjelajah Sulawesi - negeri orang Bugis - selama dua minggu. Dia nak belajar macam mana wilayah Indonesia itu selesaikan pertumpahan darah Islam-Kristian.

Mangsa pergaduhan agama di Sulawesi
Dia kata, orang Bugis bukan lanun seperti yang sering diandaikan, tapi satu bangsa yang sangat utamakan kebenaran.

Saya kata: "Ya lah, mana ada orang Bugis di negeri Bugis nak mengaku ada orang Bugis zaman dulu kala jadi lanun."

Itu zaman dulu. Sekarang, kalau melanun orang Somalia di Afrika Timur nombor satu. Tapi lanun boleh kata ada di semua benua. Di mana ada laut, ada lah lanun. Di darat dipanggil pencuri, perompak, penyamun, perampok dan sebagainya. Sekarang ada perampok kolar putih.

Ahli parlimen itu adalah antara yang kena sekat daripada pergi ke luar negara.

Saya kata, susah juga nak fikirkan apa alasan sebenar mereka dihalang daripada meninggalkan tanah air. Fikir punya fikir, saya mendapat ilham berikut:

1. Sekarang musim durian. Kerajaan mahu mereka tinggal dalam negara dan bantu lariskan jualan durian supaya pemilik dusun, peraih dan peruncit durian boleh cari makan, menjana ekonomi dan memacu transformasi.

2. Sekarang Tahun Melawat Malaysia. Jadi kerajaan mahu seramai mungkin rakyat jelata ambil bahagian dalam Cuti-Cuti Malaysia.

3. Sekarang nilai ringgit merudum. Kalau ramai rakyat Malaysia mengembara ke luar negara, lagi teruklah kejatuhannya.

4. Rizab luar pun merosot. Khabarnya kerana mempertahankan nilai ringgit. Kalau ramai orang kita mengembara ke luar negara dan bawa keluar duit yang banyak, lagi teruklah kejatuhan rizab dan kadar tukaran duit kita.

5. Tapi saya rasa para YB itu tidaklah kaya. Jadi banyak mana sangat yang mereka nak bawa keluar. Lagi pun elaun baru mereka, khabarnya, belum lagi dibayar. Perbendaharaan tak cukup duit kot!

6. Dalam suasana ada macam-macam teori persekongkolan (conspiracy theories) boleh jadi juga pihak berkuasa takut para YB itu pergi ke luar negara untuk sertai IS.

7. Mungkin kerajaan tidak mahu mereka ke luar negara sebab mereka akan disiasat berkenaan dakwaan konspirasi nak jatuhkan Perdana Menteri.

8. Yang lawaknya, dua orang yang Pasukan Petugas 1MDB nak tangkap dah cabut lari ke luar negara. Seorang namanya Nik Faisal Ariff Kamil (peguam) dan seorang lagi Suboh Mohd Yassin, bekas pegawai tinggi kerajaan.


Nik Faisal (atas) dan Suboh
9. Atau boleh jadi juga pihak berkuasa tak mahu mereka ke luar negara pasal takut mereka dapat lagi banyak maklumat dan dokumen berkenaan 1MDB.

Wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah gundah gulana sampai makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, resah gelisah tak tentu arah. Meminjam lingo kontemporari anak-anak muda, jangan emo sangat!

Jangan risau sampai sasau. Jangan tidak ketahuan sampai kena sawan. Lagi teruk kalau kena sawan babi. Tak ada ubat. Kita emo dan susah hati pun belum tentu ada orang peduli.

Ambil iktibar daripada sejarah. Bila pembesar Perancis bagi tahu Marie Antoinette yang rakyat jelata Perancis tak ada roti nak makan, bini raja Perancis itu kata: "Biar mereka makan kek!"

Marie Antoinette amat berpengaruh
Tak lama lepas itu rakyat Perancis bangkit memberontak. Marie Antoinette dan laki dia, Raja Louis XVI kena pancung.

Dua puluh sembilan tahun lalu, Presiden Marcos lari tinggalkan negara kerana diburu rakyat jelata. Nasib baik Amerika tolong seludup. Sekarang ada muzium kasut Imelda Marcos di Manila.

Muzium Kasut Imelda Marcos di Manila
Akhir kalam, dalam kita berjenaka melegakan sesak di dada, eloklah kita fikir-fikirkan siapa yang kita mahu terajui negara di masa akan datang. Itu saja yang kita boleh buat. Kita hanya boleh berfikir dan bagi pendapat. Kuasa melantik bukan di tangan kita. Kita ada kuasa hanya waktu pilihan raya.

Kita fikirkanlah yang terbaik di kalangan yang kurang baik. Kita memilih manusia bukan malaikat. Fikirkanlah yang tahu agama dan moral, yang tidak terlalu kontroversi, tidak terlalu kaya raya dan yang anak bininya tahu tempat masing-masing.

Wallahuaklam.

Sumber DD - 26-7-2015


Penghantar surat direman 4 hari bantu siasatan kes 1MDB
Posted on Sunday, July 26 @ 19:07:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung akaun syarikat SRC International Sdn Bhd iaitu entiti yang dikatkan dengan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Suspek berusia 27 tahun tersebut ditahan di kediamannya di Bentong, Pahang kira-kira jam 6.30 petang pada Sabtu oleh sepasukan pegawai SPRM.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek yang merupakan individu kelima ditahan dalam siasatan berkenaan difahamkan mempunyai kaitan dengan pemilik syarikat perdagangan yang diberkas pada Khamis lalu.

Empat individu lain yang telah ditahan sebelum ini ialah Pengarah Eksekutif Kumpulan syarikat Putrajaya Perdana Berhad Jerome Lee, Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd Datuk Shamsul Anwar Sulaiman dan pemilik sebuh syarikat perdagangan Ariffin Ismail Shahul Hameed dan pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan Datuk Rosman Abdullah.

Shamsul dan Jerome bagaimanapun telah dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin.-astroawani

https://www.youtube.com/watch?v=4hJE2sFMW-M&feature=player_embedded


Sumber TKO - 26-7-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































TH: Manipulasi dan Mungkir Janji Peringkat Tinggi
Posted on Sunday, July 19 @ 20:36:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh A Kadir Jasin

DALAM kita beraya, ramai saudara-mara, suku-sakat dan kawan-taulan kita sedang bersiap sedia untuk ke Tanah Suci mengerjakan haji.

Kalau ikut laman web rasmi Lembaga Urusan Tahun Haji (TH), penerbangan pertama musim haji tahun ini adalah pada 16 Ogos.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1963, TH amat berjasa kepada umat Islam Malaysia. Ia bukan sahaja membolehkan mereka mengerjakan haji dengan lebih selesa malah membantu menjana ekonomi umat Islam melalui penabungan dan pelaburan.



Walaupun berlaku sekali dua penyelewengan dan salah tadbir, TH umunya diuruskan dengan baik sehinggalah terbongkar rahsia penglibatannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mei lalu.


Bakal haji: Amanah mereka di bahu Tabung Haji

Sejak itu nama TH tercemar dan ia terpaksa berdolak-dalik serta berbohong dengan umat Islam dalam percubaannya menghalalkan urus niaga dengan 1MDB itu.



Ambil contoh Pengerusinya, Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (Baling), yang berkata Mei lalu tanah Tun Razak Exchange (TRX) akan dijual dengan keuntungan dan ramai pembeli menunjukkan minat.



Tapi selepas hampir tiga bulan belum ada khabar berita yang ia sudah dijual sebaliknya timbul dolak-dalik yang tanah itu tidak perlu dijual kerana ia berupa pelaburan jangka panjang yang baik.



Masalahnya ini bukan calang-calang arahan dan bukan main-main punya janji. Arahan jual dibuat oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sendiri dan janji untung dibuat oleh Abdul Azeez.


Abdul Azeez (kanan) orang kepercayaan Mohd Najib
Setiap hari berlalu tanah itu tidak dijual, Abdul Azeez “berbohong” kepada khalayak dan ingkar kepada Perdana Menteri.



Hakikatnya, dalam keadaan sekarang dan dengan kontroversi 1MDB yang makin memuncak, tidak banyak pihak yang berani membeli tanah TH itu.



Lagipun mengapa harus beli atas tangan sedangkan masih banyak tanah TRX yang belum dijual.



TH beli tanah seluas 0.63 hektar itu dengan harga RM188.5 juta sebagai sebahagian daripada operasi rahsia untuk menyelamatkan 1MDB yang berhutang RM42 bilion dan ketandusan wang.



Selepas dipersoalkan oleh rakyat jelata yang peduli dan digerudi oleh media atas talian, TH mengaku ia bukan sekadar membeli tanah malah telah memberi “hutang” sebanyak RM920.8 juta 1MDB dengan membeli sukuk Bandar Malaysia.



Sukuk adalah surat hutang syariah dan Bandar Malaysia adalah tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi yang dijual murah kepada 1MDB.

  

TH Mangsa Manipulasi Peringkat Tinggi



Kerajaan menjual tapak TRX kepada 1MDB dengan harga sekitar RM60 sekaki persegi tetapi 1MDB menjual kepada TH pada kadar RM2,774 sekaki persegi – 46 kali ganda.



Jadi semuanya keterdedahan (exposure) TH kepada hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion itu ialah RM1,109.3 juta (diperbetulkan).


TH sebenarnya telah “kena main” dan dianaktirikan. Ia membayar RM2,774 sekaki persegi berbanding RM2,300 yang dibayar oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) di tapak yang sama.

Sentuhan Sang Kelembai 1MDB menyebabkan ramai penyimpan dan bakal penyimpan hilang keyakinan kepada TH.

Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ismee Ismail sendiri mengaku kepada akhbar Berita Harian bahawa ramai penyimpan mengeluarkan simpanan mereka apabila rahsia urus niaga TH-1MDB terbongkar.

Simpanan bulanan merosot kepada RM40 juta dalam bulan Mei berbanding purata RM71 juta bagi empat bulan pertama tahun ini. 1MDB sudah menjadi “toxic” (beracun).
 

Tambah membimbangkan ialah Ismee juga adalah ahli lembaga pengarah 1MDB. Nampak wujud percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan unsur persekongkolan.



Inilah bencana sumpahan Gedembai 1MDB ke atas TH. Badan Islam itu terpaksa berbohong dan bersembunyi-sembunyi dengan para penyimpannya dan dengan seluruh rakyat jelata.



Jadi apa yang ditakuti dan dipertikaikan oleh banyak pihak apabila Abdul Azeez dilantik menjadi Pengerusi TH pada tahun 2013 kini menjadi kenyataan.



Sumbang Mahram Korporat (Corporate Incest)



Ciri-ciri sumbang mahram korporat yang melibat Mohd Najib, Abdul Azeez dan Ismee ini terbukti merosakkan, di samping mempersenda urus tadbir korporat (corporate governance) dan kewibawaan pengurusan entiti-entiti yang terlibat.


Ismee juga ahli lembaga pengarah1MDB

Walaupun kekusutan membabitkan 1MDB dan entiti-entiti lain yang bersekedudukan dengannya boleh dirungkai melalui “corporate restructuring” (penyusunan semula korporat), tetapi nawaitu yang membawa kepada penubuhan 1MDB tidak boleh dilupakan begitu saja.



Apakah niat sebenar Mohd Najib dan para penasihatnya (termasuk Jho Low) menubuhkan 1MDB dengan modal berbayar RM1 juta tetapi berhutang hingga RM42 bilion?



Di manakah amalan urus tadbir mengenai “debt to equity ratio” (nisbah hutang kepada modal)?



Di manakah ciri-ciri kecukupan modal (capital adequacy)?



Jawapannya diberikan oleh Mohd Najib sendiri apabila beliau tidak menafikan akaun AmBank Islamic atas nama beliau yang pernah mengandungi simpanan RM2.63 bilion.



Setiap hari berlalu dan Mohd Najib membisu mengenai akaun itu, semakin ramai orang akan membuat andaian dan percaya wujudnya pertalian antara urus niaga luar biasa 1MDB dan berbilion ringgit wang 1MDB yang tidak dapat disahkan (unaccounted for).



Adalah hak dan budi bicara beliau serta jentera propaganda beliau mencetuskan pelbagai tipu-helah bagi meyakinkan audiens yang tidak tahu apa-apa mengenai ekonomi, perniagaan dan kewangan canggih.



Tetapi rakyat jelata yang celik ekonomi, perniagaan dan kewangan tidak boleh diyakinkan lagi. Mereka boleh membezakan antara kaca dan permata.



Wallahuaklam.



Sumber TKO - 19-7-2015

Khalid nafi tiga pegawai kanan Bank Negara disiasat

BERNAMA | .


NILAI: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Ahad menafikan dakwaan kononnya tiga pegawai kanan Bank Negara Malaysia (BNM) sedang disiasat pihak berkuasa kerana disyaki membocorkan maklumat sulit kepada akhbar antarabangsa Wall Street Journal (WSJ).

Beliau berkata tiga pegawai atasan berkenaan tiada kaitan dengan siasatan pihaknya buat masa ini, malah BNM dalam satu kenyataan hari ini mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menurut kenyataan bank pusat itu dakwaan itu tidak berasas dan BNM sudah membuat laporan polis mengenainya.

Khalid berkata buat masa ini, mereka (tiga pegawai kanan) tiada kaitan dengan siasatan Pasukan Petugas Khas mengenai 1MDB.

Katanya, dalam proses siasatan, ramai orang dipanggil untuk beri keterangan termasuk pegawai BNM dan bank komersial bagi membantu.

"Kita buka siasatan dan membuat perancangan. Terlebih dahulu kita pergi (siasat) kepada mereka yang bertanggungjawab ke atas rekod akaun dan seterusnya," katanya pada sidang media selepas majlis Ihya Ramadan PDRM Negeri Sembilan bersama kariah Masjid Nurul Iman Kampung Gebok, Mantin dekat sini.

Pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin menerbitkan artikel bertajuk 'The Bank Negara Scandal, Yet Again' yang mengandungi dakwaan itu.

WSJ baru-baru ini melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan pergerakan wang hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun yang dikatakan milik peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ekoran itu, satu pasukan petugas khas termasuk Khalid telah ditubuh bagi menyiasat perkara berkenaan.

Pada majlis itu Khalid dan isteri Puan Sri Imran Ibrahim turut menyampaikan sumbangan kepada 40 anak yatim, pesara polis, Orang Kurang Upaya (OKU), keluarga asnaf, warga emas, ibu tunggal dan balu.

Khalid serta para hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. - Bernama

Sumber HD - 12-7-2015


Dua orang atasan 1MDB letak jawatan
Posted on Saturday, July 11 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.

Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.

Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.

Tidak dapat dipastikan pihak mana yang mengetepikan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melakukan pindahan berkenaan serta enggan mengikut arahan supaya wang terbabit dipulangkan.


Sumber TKO - 11-7-2015
























































































































































Jangan tuduh pengkritik mahu gulingkan kamu - Musa Hitam
Posted on Saturday, July 11 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab dengan tegas satu persatu tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan bukan sekadar mendakwa ia satu komplot bagi menggulingkannya, kata Tun Musa Hitam.

Bekas timbalan presiden Umno itu berkata, adalah lumrah buat seseorang yang memegang tampuk kuasa jika ada pihak yang ingin melihatnya tumbang dan ia sebahagian daripada resam berpolitik.

"Selain menjawab soalan dan menjelaskan keraguan daripada penyokong dan seterunya, Najib tidak sepatutnya membuat tuduhan yang ia dibuat bagi menggulingkan pentadbirannya," kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara eksklusif merujuk kepada kenyataan Najib mutakhir ini yang berulang kali memberikan alasan itu bagi menepis kritikan yang terus dilemparkan kepadanya berkaitan pengurusan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 2 Julai lalu, The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib - satu tuduhan yang dinafikannya.

Pada masa sama, Najib menuduh pengkritik nombor satunya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahthir Mohamad adalah dalang di sebalik dakwaan itu.

Menurut Musa, kebanyakan bekas perdana menteri sebelum Najib mungkin boleh didakwa dengan tuduhan sama namun mereka bernasib baik kerana pada zaman mereka, ruang "demokrasi digital" belum wujud.

Beliau merujuk kepada media sosial yang membolehkan sebarang salah laku kerajaan dan ketidakcekapan kerajaan dilondehkan dengan mudah.

"Mereka (pemimpin sebelum Najib) terselamat tetapi maaflah Najib, ini (tuduhan cubaan mengguling) tidak lagi sesuai kerana zaman berubah," katanya.

Pada masa sama, Musa meletakkan beban kesalahan kepada pasukan perhubungan awam Najib.

Beliau mempertikaikan tempoh masa maklum balas Najib terhadap tuduhan-tuduhan yang dilempar padanya serta; sama ada dalam menafikan atau menjawab tuduhan-tuduhan tersebut.
Menurutnya, walaupun Najib aktif di beberapa media sosial, isu yang dilambakkan kepada beliau bagi dijawab, tidak dikendalikan dengan sempurna.

"Saya tak minat hendak menyenaraikan satu persatu (isunya) tetapi 1MDB bukanlah satu perkara baharu dan ia menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan," katanya.

Sumber TKO - 11-7-2015

1MBD: Siasatan perlu bebas, pulihkan integriti negara

























































































































































HARAKAHDAILY | .


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa persoalan 1MDB yang berlarutan hingga tercetus satu lagi kontroversi yang berkaitan dengan dakwaan Wall Street Journal wujudnya pemindahan sejumlah wang yang sangat besar ke dalam akaun yang didakwa milik peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu segera diatasi.

Lebih lama isu ini berlarutan, kedudukan negara lebih parah bukan sahaja dari sudut ekonomi namun juga dari sisi imej negara di kaca mata dunia. Kami kesal kerana berbanding jika kontroversi ini berlaku keatas pihak pembangkang, sudah pasti tindakan pantas diambil walaupun hanya berupa spekulasi.


Imej Malaysia dengan pelbagai kontroversi ekonomi dan politik yang berlaku kebelakangan ini sedang berada pada tahap yang meruncing. Kerajaan menghadapi krisis keyakinan yang serius bukan sahaja dikalangan para pelabur dan pengusaha dalam dan luar negara, malah dalam kalangan institusi kewangan, ahli profesional, rakyat akar umbi dan ahli politik.

Rakyat tidak akan lupa pelbagai skandal yang berlaku di negara ini yang berakhir dengan kerugian berbilion ringgit seperti BMF, NFC, Perwaja, PKFZ, Forex, MAS, FGV dan Tabung Haji.

Bagi kami, hanya satu cara sahaja kemelut yang semakin menjejaskan ekonomi dan politik dalam negara ini dapat diredakan iaitu siasatan terperinci dijalankan ke atas dakwaan itu oleh sebuah lembaga yang bebas dari pengaruh kuasa politik mahupun kuasa eksekutif dan seterusnya tindakan yang wajar diambil untuk mendakwa mereka yang terlibat tanpa mengambil kira kedudukan.

Oleh kerana Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri adalah ketua eksekutif kepada seluruh jentera kerajaan, maka melantik mereka yang berada dalam bidang kuasa arahannya akan menjejaskan kredibiliti pasukan penyiasat.

Mereka yang telah dilantik seperti yang dimaklumkan kepada awam jelas mempunyai kedudukan selaku pegawai kerajaan iaitu Gabenor Bank Negara, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi SPRM yang akhirnya boleh diarah oleh PM secara mutlak.

Jelas isu yang kini sedang menjadi tumpuan seluruh rakyat yang sedang diperhatikan oleh masyarakat dan media dunia, memerlukan proses dan prosidur siasatan yang bebas dan kredibel. Siasatan tersebut tidak boleh mengelakkan dari diteliti dengan dekat oleh para penganalisis bukan sahaja dari golongan ahli politik, malah juga oleh pakar ekonomi antarabangsa.

Betapapun, kini beban bukti sepatutnya dipikul oleh pihak yang menuduh, akan tetapi persoalan demi persoalan mengenai isu ini yang ditimbulkan maseh tidak terjawab dengan memuaskan menyebabkan tanggapan rakyat terhadap kerajaan dan PM semakin negatif.

Malah apabila pokok persoalan isu 1MDB iaitu ke mana pergi berbilion ringgit wang pinjaman agensi itu tidak dijawab oleh pihak kerajaan dan Najib sendiri, maka ia tidak boleh mengelakkan dari munculnya persepsi kecurigaan dan syak mayarakat dan rakyat.

Memang rakyat harus mengelakkan diri dari membuat spekulasi yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian negara.

Namun pihak kerajaan juga perlu ingat, bahawa apabila kerajaan gagal menjelaskan pelbagai isu yang muncul, apatah lagi membabitkan berbilion ringgit wang pinjaman yang disalah guna, mahu tidak mahu rakyat akan mempersoalkan ketelusan dan integriti kerajaan.
Kami kesal kerajaan lambat bertindak sejak dari awal agensi 1MDB itu ditubuhkan.

Sepatutnya segala kontroversi dari segi operasi dan pengurusan 1MDB tersebut dapat dielakkan jika rasional dan keperluan agensi itu diujudkan difikirkan semasak-masaknya.

Hanya kerana ia diletak terus di bawah PM tidak bermakna aspek urustadbir korporat terjamin berjalan dengan baik.

Dari awal penjelasan yang dibentangkan oleh Najib, jelas 1MDB nampaknya hanya berupa sebuah agensi hartanah. Ia membeli tanah kerajaan dengan harga di bawah harga pasaran melalui pinjaman dari sumber luar dan menjualkannya kepada pemaju atau pelabur yang mahu memajukannya dengan harga yang lebih mahal. Dalam erti kata mudah kegiatan spekulasi hartanah. Ia bukan diwujudkan untuk tujuan membangunkan aset.

Kami mendesak agar sebuah pasukan siasatan yang bebas yang terdiri dalam kalangan ahli profesional kewangan dan perbankan, pesara korporat dan pentadbir yang senior untuk dilantik bagi melaksanakan siasatan. Kontroversi sebesar dan serumit ini memerlukan pasukan penyiasat yang bebas untuk menghasilkan rumusan yang kredibel dan berintegriti. - HARAKAHDAILY 11/7/2015

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Mapim

Sumber HD - 11-7-2015

Tabung Haji: Dulu satu minggu, sekarang dua bulan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS mendesak Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) menjelaskan mengapa plot tanah di TRX yang dibeli dengan harga RM188.5 juta itu masih belum terjual sehingga hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata pada 9 Mei yang lalu, Pengerusi LTH mendakwa sudah terdapat tiga pihak yang telah bersedia untuk membeli tanah berkenaan dan proses jual beli tersebut akan dilaksanakan seminggu selepas itu.

"Hari ini, sudah dua bulan tanah kontroversi tersebut masih belum terjual," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Malah, katanya berdasarkan ucapan-ucapan Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat ketika sidang yang lalu, kerajaan seolah-olah belum membuat keputusan muktamad untuk menjual tanah itu.

Ini, ujar beliau menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap transaksi jualan antara LTH dan 1MDB.

"Adakah proses jual beli tanah tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya?" tanya beliau.
Ini, katanya menguatkan andaian lain bahawa pembelian tersebut hanya satu ‘bailed out’ terhadap krisis kewangan 1MDB.

Justeru, ujarnya PAS menuntut agar isu ini segera dimuktamadkan kerana dana umat Islam terbesar di Malaysia tidak harus diheret ke dalam krisis kewangan 1MDB yang berlaku sehingga ke hari ini. - HARAKAHDAILY 10/7/2015

Sumber HD - 10-7-2015



























































































































































Musa Hitam cadang Najib rehat, serah diri pada Tuhan sempena Ramadan
Posted on Friday, July 10 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai 3 pilihan dalam merencana masa depannya bagi menangkis tuduhan pemindahan wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya, kata Tun Musa Hitam.

Bekas timbalan perdana menteri yang berkhidmat dari tahun 1981-1986 itu berkata, Najib boleh kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan sedang berlangsung.

Secara peribadinya, beliau amat mengesyorkan jika Najib memilih jalan ketiga bagi "memberi ruang secara psikologi, politik dan perundangan" kepada siasatan yang sedang berlangsung ke atas dakwaan itu.

Menurutnya, Najib boleh meletakkan jawatan dan ia ibarat "sagu hati" kepada negara bagi memberi laluan kepada pelapis baharu dalam Umno.

"Namun, saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan non-partisan yang sedang berlangsung.

"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Mengenang Tun Razak

Bercakap secara eksklusif kepada The Malaysian Insider, negarawan berusia 81 tahun itu berkata sudah tiba masanya beliau bersuara berkenaan isu-isu yang menyelubungi negara.

"Situasinya kini menuntut saya agar tidak berdiam diri lagi.

"Negara ini dibina dengan indah walau bagaimana sekali pun anda melihatnya.

"Namun, perkara yang berlaku dalam negara kita sekarang pastinya menjerumuskan kita ke dasar dengan pantas - ke dalam situasi yang menjahanamkan diri kita sendiri - jika kita tidak segera bertindak," katanya bercakap sepatah demi sepatah, seperti memikirkan dengan mendalam setiap perkataan yang dituturkan agar maksudnya jelas.

Menurut Musa, beliau terpanggil membuat seruan ini dalam bulan Ramadan yang mulia apabila mengenangkan nama baik mentornya, Tun Abdul Razak.

Almarhum Tun Razak, adalah bapa Najib merangkap bekas perdana menteri Malaysia kedua.

"Saya mengenangkan nama baik mentor saya, yang melatih saya, yang membawa negara kita pada kedudukannya sekarang, seorang yang cakna pada orang miskin, seorang yang mengambil berat terhadap rakyat.

"Seorang yang begitu banyak menyumbang iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau menjaga saya dengan sangat baik. Sekarang saya rasa macam hendak menitiskan air mata...
"Maaf..saya tak pernah begini," kata Musa.

Pada masa ini, Musa berhenti bercakap selama kira-kira 10 saat, dan matanya kelihatan kemerah-merahan berkaca bergenangan air mata.

"Kini, kita ada seorang individu yang membawa namanya dan ia membuatkan saya lebih tertekan apabila memikirkannya.

"Lakukan perkara ini (berehat). Jika pun anda rasakan anda bersalah dalam beberapa perkara, serah diri kepada Tuhan.

"Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi Dia juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri.

"Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya," kata Musa meneruskan perbualan.
Umno dalam penafian

Sementara itu, mengulas situasi Umno sekarang, Musa menyifatkan parti itu kini berada dalam penafian.

Katanya, Umno perlu mengakui masalah ini dan mencari ikhtiar bagi menyelesaikannya.

"Mereka perlu cari alternatif dan ini tidak bermakna menyingkirkan presiden tetapi meneliti pilihan-pilihan yang ada.

"Ini perlu dilakukan dengan tenang, rasional dan mengambil kira kepentingan negara," katanya lagi.

Musa juga menegaskan beliau tidak percaya dengan sokongan terbuka diberikan kepada mana-mana pemimpin yang masih memegang tampuk kuasa.

"Mereka yang mengikrarkan sokongan ini adalah yang pertama akan angkat kaki apabila pemimpin mereka dilanda masalah," katanya mengimbau kembali kenangannya dalam parti.

Pada 2 Julai lalu, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan sebanyak AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank, Kuala Lumpur.

Dakwaan itu kemudian disokong dengan dokumen yang dimuat naik ke atas talian oleh WSJ.

Terkini, pasukan petugas khas menyiasat dakwaan WSJ mengesahkan Najib pernah mempunyai 2 akaun peribadi di AmBank yang sudah ditutup - sekali gus mengiakan sebahagian daripada laporan WSJ.

Najib bagaimana pun sebelumnya tanpa mengesahkan atau menidakkan laporan itu, menafikan pernah menggunakan wang yang dimaksudkan demi "kepentingan peribadi".

Sewaktu laporan ini ditulis, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor pula didakwa menerima deposit wang sebanyak RM2 juta di antara 10 Februari hingga 23 April tahun ini.

Sumber TKO - 10-7-2015

Keluarkan Khalid dari pasukan penyiasat isu 1MDB

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan ketelusan siasatan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang mengelirukan.

Tambah beliau, kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis akan menyiasat siapa dan bagaimana kebocoran maklumat yang diperolehi Wall Street Journal (WSJ) tidak membantu memulihkan imej negara.

"Kenyataan KPN memburukkan lagi imej negara dan menambahkan lagi rasa tidak percaya masyarakat antarabangsa kepada Malaysia apabila PDRM yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan negara dilihat cuba melindungi jenayah yang dilakukan oleh pemimpin negara.

"Malah ia turut mempunyai unsur sabotaj kepada ekonomi negara ini," katanya.

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS turut berpendapat sikap KPN telah menimbulkan keraguan rakyat Malaysia terhadap ketelusan Pasukan Khas Penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan WSJ.

"Apakah kesudahan lakonan dan drama yang sedang dilakonkan mereka, di mana letaknya ketelusan dalam penyiasatan.

"Bagi menjamin intergriti Pasukan Khas Penyiasat serta nama baik negara, saya mendesak agar Khalid dikeluarkan dari pasukan penyiasat dan dilucutkan jawatan beliau sebagai KPN," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 9/7/2015

Sumber HD - 9-7-2015



























































































































































Kenapa Najib ulangi jawapan syahdu sebegitu rupa?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sejak The Wall Street Journal atau WSJ menulis laporan mengenai pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 juta ke dalam peribadi Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu, apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa tiada jawapan atau penjelasan yang tepat diberikan mengenai dakwaan itu sehingga ini.

Jawapan Najib hanyalah, "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", "saya tidak akan khianati amanah rakyat", "kalau saya nak menyamun, takkanlah saya guna akaun peribadi" atau ayat lain ala-ala memikat jiwa yang seumpama dengannya.

Semalam, ketika peguam Najib menulis surat kepada penerbit WSJ, Najib sekali lagi menulis di blognya mengulangi perkataan, "saya tak pernah ambil wang 1MDB untuk diri sendiri".

"Kenapa diulang-ulang lagi jawapan syahdu sebegitu rupa?" tanya penulis Shahbudin Husin menerusi tulisan dalam blognya.

Menurutnya, pendedahan WSJ sangat mudah iaitu mengenai kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib dan jawapan yang seharusnya diberikan juga menjurus ke arah itu.

"Kenapa dijawab "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", "saya tak akan khianati amanah rakyat" dan seumpamanya?" tanya beliau lagi.

Baginya, itu bukan jawapan.

Tambahnya, kalau dalam peperiksaan, jawapan sebegitu tidak mungkin mendapat apa-apa markah pun.

Jawapan sebenarnya, ujar beliau juga sangat mudah, kalau ada wang dimasukkan jawablah "ya" dan kalau tiada pula jawablah "tidak".

Katanya, termasuk hari ini, sudah genap seminggu sejak dakwaan itu ditimbulkan oleh WSJ tetapi masih tiada jawapan yang pasti dan meyakinkan daripada Najib.

Sebab itu, ujarnya jangan marah atau melenting bila Tun Mahathir Mohamad minta Najib menunjukkan buku akaun banknya.

"Ada pula yang menyoal, masa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dulu, pernahkah beliau menunjukkan buku akaunnya?" tulisnya lagi.

Menurutnya, maksud tersirat Tun Mahathir ialah kalau susah sangat nak mengaku "ya" atau "tidak", tunjukkan saja buku akaun bank sebagaimana nombor akaun yang sudah didedahkan oleh WSJ itu.

Beliau menambah, biarlah buku bank berbicara jika mulut dan lidah sudah tidak boleh berkata apa-apa. - HARAKAHDAILY 9/7/2015

Sumber HD - 9-7-2015


Polis Rampas Sebahagian Besar Dokumen 1MDB

Posted on Thursday, July 09 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis membawa pelbagai dokumen dilihat meninggalkan Menara IMC kira-kira pukul 2 petang, lokasi di mana pegawai-pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)  menjalankan serbuan ke atas pejabat 1MDB .

Sekumpulan pegawai mula menjalankan siasatan ke atas cabang pelaburan kerajaan itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

Mereka telah mengepung pejabat 1MDB di tingkat lapan bangunan yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

Walaupun terdapat kumpulan wartawan yang membuat liputan mengenai perkembangan terkini, kakitangan kepada syarikat- syarikat yang terletak di Menara IMC menjalankan tugas mereka seperti biasa.

Menara IMC menempatkan beberapa firma antarabangsa termasuk Cathay Pacific, Credit Suisse, Advantage Austria, Green Building Index, Mitra Energy Limited dan Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ.

Kakitangan di situ telah dilihat berjalan keluar masuk bangunan tanpa mendapat sebarang petunjuk daripada penyiasatan itu.

Wartawan telah diminta untuk menunggu di luar kawasan lobi dan diarah supaya tidak mengambil gambar atau video oleh pengawal keselamatan.

Ditanya berapa lama serbuan itu akan berjalan, para pengawal enggan menjawab dan terus menegaskan kepada jurugambar untuk tidak mengambil sebarang gambar.

Penyambut tetamu didengari berkata "tak boleh" apabila seorang wartawan bertanya jika dia boleh naik ke pejabat.  - Mstar 


Sumber TKO - 9-7-2015































































































































































WSJ: Bila PDRM dan SPRM mahu siasat Najib?































































































































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu dilihat lebih berintegriti apabila mengendalikan sesuatu kes berprofil tinggi yang melibatkan Pegawai Tinggi Kerajaan dan tidak hanya bersungguh-sungguh membuat siasatan apabila ia melibatkan pihak pembangkang, demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Datuk Kamarul Bahrin.

Dalam isu pendedahan The Wall Street Journal (WSJ), beliau melihat berlaku sikap pilih kasih di dalam siasatan yang dijalankan oleh PDRM dan juga kenyataan yang dibuat apabila ia melibatkan individu tertentu yang mana di dalam kes ini adalah merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Gesaan supaya siasatan dibuat ke atas Datuk Seri Najib Razak juga pernah disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang menyifatkan beliau pernah berbohong mengenai status wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan disimpan di BSI Bank di Singapura.

"Bukti-bukti dalam bentuk dokumen yang dikemukakan oleh WSJ dan Sarawak Report perlu dipandang serius oleh SPRM dan PDRM memandangkan ia melibatkan maruah negara dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara yang seterusnya akan memberi impak besar kepada rakyat Malaysia," katanya.

Malangnya kata beliau, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar pula akan menyiasat WSJ di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 berhubung dengan dakwaan yang dibuat.

"Saya melihat kepada setiap kenyataan yang dibuat oleh KPN dan tidak menemui sebarang kenyataan yang menunjukkan bahawa beliau akan turut sama menyiasat Datuk Seri Najib Razak sebagaimana dakwaan yang dikemukakan oleh WSJ bagi memastikan kesahihannya.

"Sehingga ke hari ini tidak ada sebarang siasatan yang telah dijalankan ke atas Datuk Seri Najib Razak oleh pihak PDRM berhubung dengan dakwaan yang dikemukakan oleh WSJ tersebut," jelas beliau.

Dalam masa yang sama juga, menurut Raja Bahrin KPN turut memberi amaran tidak akan membiarkan sesiapa pun mendedahkan maklumat perbankan seseorang individu ataupun mana mana syarikat kerana ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi dan akan disiasat bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) atas kesalahan sabotaj ekonomi.

"Persoalan yang timbul di sini mengapakah KPN beria-ia memberi amaran kepada pihak yang membongkar maklumat kepada WSJ di dalam kes ini sedangkan pembongkaran tersebut adalah melibatkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

"Adakah amaran ini dibuat bagi tujuan menakut-nakutkan orang ramai supaya pada masa akan datang tidak ada lagi sebarang pembongkaran maklumat yang berkaitan salah laku orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan di dalam kerajaan?" Soal beliau.

Sebelum ini Najib Razak pernah dikaitkan dengan beberapa kes berprofil tinggi seperti kontroversi pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan Atlantuya.

Di dalam kes tersebut, Razak Baginda bekas pembantu rapat Najib Razak telah didakwa bersama-sama dengan dua orang anggota polis elit Sirul Azhar Umar dan Azila Hadri yang juga merupakan pengawal peribadi Najib Razak.

"Tetapi mengapakah Najib Razak tidak pernah dipanggil untuk memberikan keterangan ataupun disoal siasat.

"Adakah ini menunjukkan ada kekebalan tertentu yang beliau miliki? Adakah penghapusan kekebalan kepada Raja Raja Melayu semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir dahulu telah berpindah kepada Datuk Seri Najib Razak pada hari ini?" katanya.

Daripada situasi sekarang ini, beliau berpendapat kekebalan atau hak keistimewaan yang cuba dihapuskan Tun Dr Mahathir tidak pernah terhapus, tetapi cuma berpindah dari institusi Raja Raja kepada pihak eksekutif politik yang sangat berkuasa pada hari ini.

"Keadaan ini juga yang menyebabkan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Pengerusi SPRM dan Gobenor Bank Negara semuanya longlai dan membisu seribu bahasa. Di dalam hal ini, rakyat menjadi pemerhati dan masih menunggu jawapan," tambah beliau. – HARAKAHDAILY 9/7/2015

Sumber HD - 9-7-2015
































































































































































Najib perlu disiasat dengan telus dan adil

HARAKAHDAILY | .


Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai telah membuat pendedahan AS$700 juta didepositkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak diikuti pendedahan kedua pada 7 Julai dengan mengemukakan sembilan dokumen yang menjadi asas kepada pertuduhan itu dibuat.

Tuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak menjadi lebih berat apabila skandal yang sedang dihadapi beliau ini dikaitkan pula dengan kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi, pengasas Arab Malaysian Banking Group pada 29 Julai 2013.

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berpendirian bahawa kedua-dua tuduhan ke atas beliau ini adalah sangat berat menurut kaca mata Islam dan ia melibatkan kepentingan orang ramai dan negara.

Oleh itu, DUPP mendesak supaya:

(i) Datuk Seri Najib Razak menjelaskan keadaan sebenar dan mengemukakan respons konkrit kepada Ahli-ahli Parlimen dengan memanggil sidang khas parlimen sesegera mungkin.

(ii) Suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti ditubuhkan bagi menyiasat perkara ini secara adil, telus dan menyeluruh tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak berkepentingan dalam isu ini.

DUPP juga ingin menyatakan sokongan ke atas penglibatan dan kesungguhan banyak pihak dalam membongkar kebenaran dan menuntut keadilan terhadap isu yang sangat berpotensi untuk menggugat negara kita ini pada pelbagai aspek akibat sikap tidak amanah pemimpin.

Pada masa sama, DUPP juga ingin mengingatkan khususnya kepada para pimpinan dan ahli-ahli PAS agar tidak terlalu ghairah membuat andaian dan spekulasi secara tidak berasas kerana dikhuatiri akan mendapat dosa memfitnah dan bagi mengelakkan daripada terperangkap dengan isu yang tidak jelas hujung pangkalnya.

Sewajarnya dan memadai kita menuntut dan terus memberi tekanan agar wujud proses siasatan dan pengadilan yang berintegriti dan berwibawa bagi menyelesaikan isu ini. - HARAKAHDAILY 9/7/2015

DATUK DR MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Sumber HD - 9-7-2015 

Isu 1MDB: Najib tersilap langkah lagi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bercuti segera agar siasatan berhubung tuduhan penyaluran dana kepada akaun bank dikatakan milik beliau dilihat bersih.

"Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tersilap langkah lagi apabila beliau sendiri yang menerangkan skop siasatan Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana kepada akaun-akaun bank yang didakwa dimiliki beliau.

“Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.” (Kenyataan PM pada 8 Julai 2015)

Kenyataan di atas mengundang persepsi bahawa Pasukan Petugas Khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib, selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini. Ini tidak betul dan tidak baik untuk usaha Najib membersihkan namanya.

Tindakan ini lebih buruk daripada hakikat bahawa empat individu yang mengetuai pasukan siasatan ini iaitu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekerja di bawah beliau.

Oleh itu, PAS sekali lagi menegaskan Najib perlu bercuti segera agar siasatan dilihat bersih. Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar.

Najib berulang kali menegaskan beliau tidak mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.

Ada dua isu fokus yang masih belum dijawab dengan kenyataan di atas, apakah ada dana 1MDB yang disalurkan melalui akaun-akaun yang didakwa milik beliau.

Jika ya, untuk kepentingan siapa, jika Najib bercakap benar bahawa ia bukan kepentingan diri sendiri.

Oleh itu, skop siasatan Pasukan Petugas Khas bukan sahaja perlu menentukan sama ada kebenaran dakwaan samada ada dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun-akaun bank yang didakwa milik Najib , malah pasukan ini juga harus menentukan ke manakah dana itu disalurkan seterusnya daripada akaun-akaun bank tersebut.

Apakah ada cek-cek yang dikeluarkan daripada akaun-akaun tersebut, dan siapa penerimanya untuk kepentingan siapa?

Diharap siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan negara dan rakyat terus berada dalam keadaan gawat dan kebimbangan.

Atas ini, selain menyerbu pejabat 1MDB, PAS mencadangkan agar akaun 1MDB juga dapat dibekukan untuk membantu mempercepatkan siasatan. - HARAKAHDAILY 9/7/2015

Sumber HD - 9-7-2015

Bukan Dr Haron Din tapi kacamata Guan Eng yang rosak
Posted on Wednesday, July 08 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh Roslan SMS

Isu dakwaan The Wall Street Journal bahawa PM Najib Tun Razak telah mengambil dana kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB dipindahkan ke akaun peribadi beliau sedang hangat diperkatakan. Ramai terpegun dan terperanjat malah marah-marah dengan perkembangan terbaru ini.

Dalam kehangatan itu tiba-tiba timbul pula dakwaan kononnya Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din dalam kenyatannya telah mempertahankan Najib.



Maka melompatlah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan dakwaan bahawa PAS kononnya tidak berminat dalam isu 1MDB, kononnya PAS tiada berpengalaman dan lebih parah lagi kononnya PAS lebih minta untuk menubuhkan UG atau kerajaan perpaduan dengan Umno.



Dalam TMI Guan Eng dilaporkan berkata:



"Not only is PAS not interested, although they may be inexperienced, they are now seem unconcerned about the issues affecting 1MDB. "It seems that they are more interested to work with Umno to form a unity government. PAS has really changed a lot. "



Benarkkah Dato Dr Haron Din telah “MEMPERTAHANKAN” Najib dalam kenyataannya?



Berikut laporan dalam akhbar The Star:



PAS hopes that allegations that funds were channelled into Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s personal accounts are proven untrue for the sake of the country.



“Otherwise it may affect investor confidence, and further weaken our economy,” PAS spiritual adviser Datuk Dr Haron Din (pic) told The Star on Saturday.



Dalam terjemahan saya :



PAS berharap agar tuduhan bahawa dana telah dipindah masuk ke akaun peribadi PM Datuk Seri Najib Tun Razak, dibukti tidak benar demi (kestabilan) negara kita.



“Jika tidak ia akan memberi kesan terhadap keyakinan para pelabur, dan ini sudah pasti akan terus melemahkan ekonomi kita”



Dan apa kata Dr Haron Din lagi, menurut The Star:



It is unbelievable that someone transferred public funds into a personal account.



“If someone wants to cheat, they would have pumped it into a secret account,” he said, adding that it was not right to implicate someone without concrete evidence.



Mustahil seseorang boleh pindahkan dana awam ke akaun peribadinya.



“Jika seseorang mahu menipu, mereka mungkin telah memindahkan (dana tadi) ke akaun rahsia,” kata beliau menegaskan bahawa tidak patutu seseorang didakwa tanpa bukit kukuh.



Dr Haron, however, added that the matter should not be taken lightly if there was some basis to the allegations.


“But, for now, we will just wait for the authorities to conclude investigations,” he said.



Dr Haron walaubagaimanapun menambah bahawa perkara ini tidak harus dipandang ringan sekiranya terdapat asas terhadap tuduhan berkenaan.



“Namun setakat ini kita tunggu pihak berkenaan selesai menjalankan penyiasatan,” katanya.



Ada tak sesiapa yang siuman yang boleh buktikan pada saya dimana, kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan beliau mempertahankan Najib itu?



Dan dimana juga dalam  kenyataan itu menunjukkan yang Dr Haron Din seakan tidak berminat dalam isu 1MDB apalagi kononnya pula mahu berkerjasama menubuhkan UG dengan Umno?



Bagi saya kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS itu berhubung dakwaan WSJ merupakan kenyataan yang sangat layak buat seorang ulamak bertaraf Mursyidul Am PAS. Malangnya kenyataan yang terus-terang dan “simple” itu berbelit pada kacamata Gun Eng atau sengaja dibelitkan oleh beliau.



Kacamata apa yang Guan Eng guna agaknya?



PAS sekali-kali tidak berubah. Dr Haron Din sekadar menyatakan kebimbangannya jika dakwaan itu betul, beliau tidak mendakwa ianya palsu sama-sekali malah beliau menganggap isu ini jangan dipandang ringan dan penyiasatan terperinci perlu dilaksanakan. 



Guan Eng sepatutnya sebagai seorang bertaraf Ketua Menteri lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Biar mencerminkan seorang “statesman” yang sebenar, bukan gelabah. Kerja-kerja “spin” atau putar-belit kenyataan orang lain biarlah diserah kepada pakar umpama TMI, Utusan dan lain-lain.



Barangkali kacamata Guan Eng membuatkan beliau segera melompat dan gelabah. Kacamata itu mengakibatkan beliau melihat sesuatu yang orang lain tidak lihat. Beliau perlu segera menadapatkan khidmat nasihat kerana berasaskan fakta di atas ternyata kacamata beliau itu “rosak”.



Sumber TKO - 8-7-2015


Najib Mulakan Langkah Tindakan Undang-Undang Terhadap Artikel WSJ
Posted on Wednesday, July 08 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak telah menuntut penjelasan daripada The Wall Street Journal berhubung artikelnya bertarikh 3 Julai yang membabitkan diri beliau yang didakwa memindahkan dana 1Malaysia Development Bhd ke dalam akaun peribadinya.

Firma undang-undangnya, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti "fakta untuk meneruskan arahan selanjutnya" melalui pihak-pihak yang terlibat menulis, mengedar dan menerbitkan artikel tersebut.

Ini adalah untuk membolehkan "penyerahan sebarang  surat undang-undang atau dokumen mahkamah dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan ini, ia diarahkan untuk "menangani semua kemungkinan atau kemunasabahan mengikut remedi guaman di mana pelanggan kami akan diberi nasihat atas tindakan fitnah, tindakan dalam liku-liku selanjutnya dan remedi termasuk sebarang pelanggaran undang-undang oleh WSJ dan syarikat-syarikat berkaitan dan (jika ada) konspirasi."

"Ini bukan satu tindakan undang-undang langsung disebabkan oleh dakwaan-dakwaan kebangsaan dan antarabangsa. Kami telah diarahkan untuk mengenal pasti fakta dan meletakkan fakta yang lengkap, sebelum pelanggan kami, boleh meneruskan arahan selanjutnya. - Mstar

Sumber TKO - 8-7-2015



































































































































































Siasat perkara utama, bukan hukum WSJ



































































































































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas The Wall Street Journal (WSJ) di bawah Seksyen 4 Jenayah Komputer 1997 kerana mendedahkan maklumat dilihat seperti ingin mengalih perhatian daripada persoalan utama iaitu sejumlah RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir berkata, tindakan pantas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat bagaimana dokumen tersebut boleh bocor seolah-olah beliau lebih berminat untuk mencari kesalahan pemberi maklumat iaitu WSJ sedangkan siasatan terhadap 1MDB mahupun  Najib Razak sehingga kini masih menemui jalan buntu.

Tambahnya, justifikasi yang diberikan oleh Khalid bahawa pendedahan dokumen ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi negara adalah tidak masuk akal.

"Malah, rakyat sepatutnya berterima kasih kepada WSJ yang mendedahkan kepincangan 1MDB yang wajar diberi tumpuan untuk mengelakkan lebih banyak ketirisan berlaku.

"Ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa memberi tekanan terhadap pemberi maklumat tetapi intimidasi terhadap agensi antarabangsa seperti WSJ hanya merendahkan integriti polis dan memalukan negara," katanya.

Justeru, NOW ingin mengingatkan pihak berkuasa agar menumpukan siasatan kepada perkara utama dan berhenti daripada mencari jalan untuk menghukum pemberi maklumat. – HARAKAHDAILY 8/7/2015

Sumber HD - 8-7-2015

Tuduhan WSJ: PM perlu kemuka respons konkrit

HARAKAHDAILY | .


Dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) berkenaan wujudnya aliran wang sebanyak hampir US$700 juta (RM2.67 bilion) melalui agensi kerajaan, bank dan syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB ke akaun peribadi YAB Perdana Menteri adalah suatu yang serius kerana bakal memberikan implikasi yang besar terhadap persekitaran ekonomi negara dan kestabilan politik.

Terbaru dan lebih menggemparkan, lewat petang tadi WSJ sekali lagi membuat pembongkaran dengan mendedahkan sembilan dokumen yang memperincikan bagaimana RM2.67 bilion itu boleh berada di dalam akaun DS Najib Razak seperti yang didakwa portal itu pada 2 Julai lalu.

(Rujuk : http://graphics.wsj.com/documents/doc-cloud-embedder/?sidebar=1#2158723-1mdb-documents)

Tuduhan ini mestilah dileraikan segera dengan sebuah penyiasatan yang adil dan telus serta menyeluruh.

Jika disabitkan benar dakwaan itu, maka tindakan undang-undang dan hukuman mesti dikenakan kepada semua yang terlibat dalam skandal yang telah mencemarkan dan memalukan negara di peringkat antarabangsa. Jika tidak benar, tindakan tegas mesti diambil terhadap pelapor tuduhan palsu kerana ia menimbulkan kekalutan dan ketidaktentuan kepada politik dan ekonomi negara.

Dakwaan ini jika benar akan menyebabkan persekitaran ekonomi dan pasaran kewangan negara kita bertambah lebih teruk.

Nilai Ringgit kini sudah pun berada berada pada paras RM3.809 berbanding US$1 akibat terkesan dengan krisis ekonomi Greek yang sangat meruncing dan ekonomi China yang sedang melemah serta diburukkan lagi dengan ketidaktentuan politik tempatan dan masalah hutang 1MDB serta hasil minyak yang lebih rendah. Ringgit kini merupakan matawang paling rendah nilainya di Asia.

Sentimen yang wujud kesan daripada isu ini juga akan menarik keluar pelabur-pelabur dari Malaysia sekaligus menjejaskan pelbagai sektor dalam negara. Pendedahan akaun peribadi seumpama ini juga bakal merosakkan kepercayaan rakyat dan dunia serta menjejaskan sistem perbankan negara.

Oleh itu, Dewan Ulmaka PAS Pusat (DUPP) mendesak YAB Perdana Menteri supaya segera tampil mengemukakan respon yang konkrit terhadap tuduhan yang telah dibuat ke atas beliau.

DUPP juga mengingatkan jawatankuasa khas yang telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini yang terdiri daripada Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM supaya berlaku amanah dalam menguruskan kes ini kerana ia melibatkan hak rakyat dan harta negara.

DUPP menyokong desakan pelbagai pihak supaya isu ini dibawa ke parlimen dan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan ini. Sekurang-kurangnya ia melegakan sebahagian kerisauan dan keraguan rakyat terhadap kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri.

Tindakan ini penting bagi menjamin keharmonian rakyat dan kestabilan politik dalam negara dapat terus dipertahankan.

DUPP mengarahkan semua DUP Negeri-negeri (DUPN) dan Urusan Ulamak Kawasan-kawasan (UUK) agar mengadakan program munajat dan solat hajat untuk bermohon semoga Allah melindungi negara kita daripada musibah pemimpin yang tidak amanah.

DUPN dan UUK juga diminta untuk mengadakan siri-siri program penerangan secara berterusan berkenaan isu-isu semasa dan penyelesaian Islam terhadap pelbagai masalah yang melanda umat manusia hari ini. - HARAKAHDAILY 8/7/2015

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan DUPP yang juga Ahli Parlimen Kula Nerus
Tarikh: 8 Julai 2015 / 21 Ramadan 1436H

Sumber HD - 8-7-2015





































































































































































1MDB: Najib wajar bercuti serta merta

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Pendedahan dokumen oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang didakwa menunjukkan kemasukan berbilion ringgit di dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak memberi gambaran yang buruk terhadap ketelusan Najib dan juga pentadbiran serta sistem perbankan negara, demikian menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, keadaan ini ditambah dengan kenyataan panel siasatan Kamar Peguam Negara, SPRM, Polis dan Bank Negara bahawa enam akaun bank telah dibekukan selepas pendedahan WSJ.

Lebih serius lagi tegasnya, empat bulan selepas dikatakan bermulanya transaksi pertama ke akaun Najib, pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi dibunuh.

"Saya mengulangi gesaan yang telah dibuat sebelum ini supaya Perdana Menteri dan pihak yang melindungi beliau untuk memperjelaskan isu ini dan membersihkan nama beliau," kata beliau dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, katanya, pihak berkuasa mestilah jalankan siasatan yang terperinci dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak lain dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

"Keadilan haruslah ditegakkan dengan penuh ketulusan demi maruah perundangan negara. Najib juga mestilah mengambil untuk memastikan bahawa siasatan yang dijalankan adalah terperinci, telus dan diyakini.

"Najib mestilah mengambil cuti serta-merta agar siasatan yang menyeluruh, telus dan berwibawa dapat dijalankan," katanya. – HARAKAHDAILY 8/7/2015

Sumber HD - 8-7-2015






































































































































































1MDB: Krisis terbesar politik negara, siasat segera

NASRUDIN HASSAN | .


Isu transaksi RM2.6 bilion ke akaun peribadi YAB Perdana Menteri ekoran dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) tempoh hari telah mencetus suasana yang sangat buruk terhadap maruah negara dan integriti kerajaan Malaysia. Air muka rakyat Malaysia juga jatuh dimata masyarakat antarabangsa lantaran isu ini sedang hangat diperkatakan oleh media-media antarabangsa.

PAS telah mengambil pendirian tegas dan jelas sejak awal lagi bahawa penyelewengan mesti ditentang, nilai integriti mesti dipulihkan dan keadilan mesti ditegakkan. Justeru itu, berulangkali ditegaskan bahawa siasatan telus dan bebas mesti dilakukan. Pada masa yang sama , prinsip Islam dalam proses siasatan ini hendaklah ditegakkan sepenuhnya sebagai penegasan Nabi s.a.w. iaitu:

البينة على المدعي و اليمين على من أنكر

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Pendakwaan mestilah berpaksi pada bukti yang jelas dan kukuh sementara pihak yang dituduh hendaklah diberi peluang bersumpah dan membuat penafian yang meyakinkan jika tidak mengaku bersalah.

Pimpinan utama parti khasnya Tuan Guru Presiden PAS, timbalan dan naib-naib presiden telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Malah Lajnah Penerangan PAS negeri-negeri telah membuat report polis berasaskan pendedahan The Wall Street Journal.

Pihak WSJ telah mempertahankan dakwaannya dan mengemukakan asas pertuduhan atau dakwaan mereka. Sementara YAB Perdana Menteri masih dilihat teragak-agak untuk membuat penafian secara langsung pada subjek dakwaan yang dibuat. Penafian yang dibuat masih di awang-awangan dan tidak meyakinkan.

Justeru itu PAS telah menegaskan bahawa perlu satu Suruhajaya Siasatan Diraja ditubuhkan segera dan mengendalikan proses siasatan secara adil dan telus. Kita tidak boleh berpihak pada yang salah sebagaimana kita juga tidak boleh menganiaya pihak yang tidak bersalah. Maka salah atau tidak mesti ditentukan melalui proses siasatan dan pembicaraan yang telus dan adil.

Jangan biarkan negara tergantung tanpa tindakan segera yang berkesan kerana ia bukan sahaja merosakkan nama baik negara tetapi akan memberi kesan langsung pada kestabilan ekonomi dan politik tanahair.

Sidang Khas Parlimen juga perlu dipanggil segera oleh Tan Sri Yang Dipertua Dewan bagi membolehkan YAB Perdana Menteri khasnya dan kerajaan amnya memberi penjelasan kepada ahli-ahli parlimen dan menjawab persoalan serta kekeliruan berbangkit oleh seluruh ahli parlimen sebagai wakil rakyat yang juga bertanggungjawab langsung bagi pihak rakyat dalam negara ini untuk mengetahui betul duduk sebenar perkara ini.

Akhirnya, yang didapati bersalah mesti bertanggungjawab dan diambil tindakan wajar sesuai dengan bentuk kesalahan sementara yang didapati tidak bersalah maka ia berhak menikmati kebebasan. Ini prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS dan ia terpakai pada semua yang mahukan keadilan tegak di atas tanahair kita.

Sehubungan dengan itu, saya nasihati seluruh ahli PAS khasnya dan semua anggota masyarakat amnya supaya berhati-hati dan meneliti dengan cermat berita yang dilaporkan oleh media, khasnya media yang dikenal pasti mempunyai agenda tersendiri dalam method pemberitaan mereka agar tidak berlaku salah faham terhadap kenyataan pimpinan PAS justeru di sana terdapat media yang melaporkan mengikut apa yang mereka mahu bukan melaporkan apa yang kita mahu. - HARAKAHDAILY 7/7/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sumber HD - 7-7-2015








































































































































































Kenapa Najib tidak nafi akaun Ambank miliknya?

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak menafikan akaun Ambank seperti yang didakwa Wall Street Journal (WSJ) adalah miliknya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata sewajarnya Najib tampil melakukan pembelaan awal pada dirinya dengan menafikan segala tuduhan tersebut.

"Tersangat pelik bila Najib yang dituduh oleh WSJ menerima sejumlah wang dan dimasukkan ke dalam akaun Ambank tidak tampil menafikan perkara tersebut.

"RM2.6 bilion diterima dari tiga syarikat dikatakan mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu," katanya.

Tambahnya, tanpa ada penafian tetapi dengan hanya berkata jika Najib ingin mengambil duit negara beliau tidak akan menggunakan akaun di dalam negara ini.

"Persoalannya kepada beliau tidak menafikan akaun yang didedahkan WSJ dengan nombor akaun tersebut adalam akaun peribadi miliknya.

"Malah beliau juga tidak menafikan sejumlah RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun tersebut dan juga tidak menafikan tiga syarikat yang menyalurkan wang itu.

"Sebaliknya beliau hanya menyatakan yang membawa maksud itu bukan wang negara, jadi kalau bukan duit negara duit siapa, Najib juga tidak menafikan fakta dan angka di dalam laporan WSJ," katanya lagi.

Mahfuz menggesa Najib tampil menafikan setiap dakwaan dalam WSJ dan jika dakwaan itu betul  perlu menjelaskan dari mana sumber wang tersebut diperolehi. - HARAKAHDAILY 7/7/2015


Sumber HD - 7-7-2015





































































































































































Kenapa Najib tak buat laporan polis?

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan pembelaan ke atas dirinya dengan membuat laporan polis ke atas Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report, demikian tegas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, tidak cukup dengan meminta peguam memberikan nasihat kepadanya tentang apa tindakan yang sepatutnya diambil oleh Najib Tun Razak.

"Kenapa begitu lambat peguam-peguamnya memberikan nasihat dan cadangan tindakan yang perlu dilakukan oleh beliau.

"Tak kan nak buat laporan polis pun kena tunggu nasihat peguam. Kebebalan apa yang ada pada peguam-peguam PM mengambil masa begitu lama nak nasihat PM," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru Mahfuz menasihati Najib Tun Razak agar membuat laporan polis dengan segera terhadap WSJ dan SR sebelum disusuli dengan tindakan menyaman kedua-dua pihak tersebut atau sememangnya beliau tidak lagi percaya pada Polis Malaysia (PDRM).

Terdahulu, WSJ melaporkan bahawa siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mendakwa didapati berbilion ringgit dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

WSJ mendakwa dokumen itu menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke akaun peribadi perdana menteri dalam lima deposit berasingan, lapor WSJ. – HARAKAHDAILY 7/7/2015

Sumber HD - 7-7-2015





































































































































































Ayahanda saya tidak terlibat - Mukhriz

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan penglibatan ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam penyebaran maklumat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilakukan bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo.

Beliau pada majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur semalam berkata, tuduhan yang dilempar kepada Mahathir sebagai tidak adil.

"Ini pendirian peribadi saya, tak timbul langsung ayahanda Tun untuk seleweng, tukar fakta emel atau ubah suai (edit), itu hanya dakwaan dan tuduhan yang tidak adil.

"Terbaru sekali terlibat dengan Justo kata, dia (Tun M) dalang untuk tukar dokumen itu adalah dakwaan yang tidak adil dan tidak benar, saya harap dakwaan ini tidak dipanjangkan.

"Kalau kata tuduhan yang dibuat kepada pucuk pimpinan itu tidak benar dan tidak tepat, samalah tak adil dakwaan yang dibuat terhadap ayahanda saya Tun M," katanya.

Beliau yang turut mengakui tersepit diantara pertembungan dua pemimpin negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir.

"Saya tersepit antara dua tokoh besar negara, satu pemimpin negara dan bapa sendiri, bayangkanlah keadaannya.

"Saya berpendirian duduk senyap dan tidak mahu komen apa-apa takut ada yang terguris, tetapi sabar ada hadnya, berita demi berita dan tak sempat padam api ini, api lain pulak datang," katanya lagi.

Mukhriz yang menggesa agar setiap tuduhan yang dilemparkan itu dijawap dengan segera supaya pilihan yang dilakukan itu tepat.

"Sekarang kita inginkan kebenaran, adakah kita bersatu ini kerana kebenaran atau kita bersatu kerana kebatilan.

"Jika kita ingin taat mestilah dalam keadaan celik mata dan bukannya tidak tahu apa-apa atau taat buta tuli," sambung beliau lagi.

Sebelum itu, Speaker Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mempersoalkan motif Mahathir mempertahankan Justo, selepas bekas perdana menteri itu menyuarakan keraguannya berhubung tangkapan yang dibuat ke atasnya. – HARAKAHDAILY 6/7/2015

Sumber HD - 6-7-2015

PM nak saman WSJ
Posted on Monday, July 06 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Perdana Menteri dijangka mengemukakan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan pengaliran dana 1MDB Selasa ini.

Memetik sumber yang dekat dengan Datuk Seri Najib Razak, The Star melaporkan pengumuman mengenainya dijangka dibuat secara rasmi di majlis berbuka puasa di Semenyih petang ini.

"Beliau akan memfailkan saman berkenaan melalui peguamnya di Kuala Lumpur," kata sumber itu.

Bagaimanapun petang ini ramalan itu tidak menjadi kenyataan kerana Najib - yang membacakan kenyataan ringkas di depan wartawan - hanya menyatakan sudah merujuk perkara itu kepada peguamnya.

"Peguam-peguam saya akan memberi nasihat kepada saya apakah tindakan susulan dalam bentuk undang-undang dan sebagainya yang boleh saya buat dalam negara dan luar negara.

"Saya akan buat keputusan dalam masa beberapa hari lagi akan apa tindakan selanjutnya yang akan saya ambil berhubung dengan dakwaan yang cukup jahat ini," katanya.

Ketika isu hutang 1MDB belum dirungkai sepenuhnya, WSJ menerbitkan laporan mendakwa mengesan pengaliran dana wang agensi itu terus ke akaun persendirian atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" dalam sebuah bank di Malaysia.

Najib dan 1MDB sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan berkenaan.

  - MK 

Sumber TKO - 6-7-2015









































































































































































Dakwaan TWSJ; PAS Buat Laporan Polis Agar Maruah Negara Terpelihara

KUALA TERENGGANU – Penafian yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razakterhadap dakwaan ’The Wall Street Journal (TWSJ) ’ tidak cukup untuk memelihara kredibiliti dan maruah negara.

Oleh itu, PAS membuat laporan agar pihak yang berotoriti samada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan dan mengambil tindakan selanjutnya.



“ini satu dakwaan yang agak serius, yang melibatkan Perdana Menteri dan ini akan menimbulkan (keraguan) terhadap pemimpin tertinggi negara kita, dengan keadaan yang begini rupa dan kes-kes seperti ini seperti kes MARA,

“ini melibatkan keyakinan negara luar terhadap negara kita akan mengakibatkan kesan yang besar kepada ekonomi negara yang sudah teruk sekarang,”ujar Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Terengganu Dr Alias Abdul Razak.

Katanya, apabila keyakinan pelabur asing terjejas kepada negara kita ia akan menambahkan lagi teruknya keadaan ekonomi dan menjejaskan kehidupan rakyat seluruhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu berkata demikian kepada pihak media selepas membuat laporan polis terhadap tuduhan yang dibuat oleh akhbar antarabangsa tersebut.



The Wall Street Journal dalam laporannya telah menuduh, sejumlah wang US$700 juta dari urusan berkaitan 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Turut sama adalah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Dato’Dr Khairuddin Aman Razali, Yang DiPertua PAS Ketuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ketua Penerangannya, Haji Ahmad Amzad Hashim, Pengerusi Dewan Himpunan Pengyokong PAS (DHPP) Terengganu Dr. Bala Chandran GK dan Pengerusi NGO ANAK Terengganu Naraza Muda.

Sehubungan itu, Dr Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menggesa pihak polis atau SPRM membuat siasatan segera dan Perdana Menteri mengambil tindakan membersihkan namanya segera.

“belum cukup dengan penafian mesti di buktikan dengan (badan-badan) lain lagi kerana yang disebut dengan laporan akhbar itu melibatkan nombor akaun (bank) Najib Tun Razak,

“yang penting kita nak polis dan SPRM membuat siasatan………kita tidak membuat tuduhan (tapi) kita mengaharapkan satu penyiasatan yang telus,”jelasnya.



Beliau berkata perkara tersebut telah diketahui dan dibahas bukan sahaja oleh penduduk Malaysia bahkan, seluruh dunia mengetahui dan membahaskan perkara tersebut.

Kredibiliti negara akan menyebabkan turun dan naiknya mata wang negara, dan ekoran dari ketidakyakinan itu, kata beliau, akan memberi kesan kesan kepada kehidupan seluruh rakyat di negara ini.

Sumber BO - 5-7-2015











































































































































































































































































































































Keyakinan terhadap Ringgit dan Perdana Menteri

SYAHIR SULAIMAN | .


“Yakin ertinya nyata dan terang, iatu lawan dari syak dan ragu. Tidaklah akan hilang ragu-ragu itu kalau tidak ada dalil atau balasan yang cukup. Datangnya yakin itu setelah memperoleh bukti-bukti yang terang” – Pak Hamka.
Ringgit di paras 1998

Kejatuhan nilai Ringgit ke paras ‘psikologi’ RM3.80 pada bulan Jun yang lepas, rekod terendah dalam tempoh 9 tahun, mengingatkan kembali keadaan ketika krisis kewangan 1997/98, sehingga memaksa Ringgit ditambat pada kadar RM3.80/USD selama 7 tahun sebelum diapung-semula untuk ditentukan oleh pasaran.

Situasi kejatuhan Ringgit ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan ekonomi negara, malah turut menjejaskan kuasa beli pengguna, kesan daripada inflasi yang disebabkan kenaikan kos bahan yang diimport dari luar negara, di samping turut membebankan ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang belajar di luar negara.

Walaupun penarafan terbaru oleh agensi Fitch Ratings yang menyemak naik unjuran ekonomi Malaysia daripada ‘negatif’ kepada ‘stabil’ berjaya memulihkan keyakinan pelabur dan pengukuhan Ringgit, namun impaknya hanya sementara.

Ini kerana, kadar Ringgit bukan sahaja ditentukan oleh ‘faktor ekonomi’ dalam dan luar negara di tangan pelabur, pengeksport, dan pengimport, namun turut ditentukan oleh ‘faktor bukan–ekonomi’ seperti sentimen dan persepsi di kalangan spekulator dan arbitrator.

Mengurus keyakinan

Prestasi Ringgit yang lemah ini adalah disebabkan gabungan faktor kejatuhan harga minyak dan sawit yang menjejaskan eksport negara, serta faktor prospek pelaburan yang lebih baik di Amerika yang menyebabkan aliran keluar modal jangka-pendek (hot money), seterusnya meningkatkan penawaran Ringgit di pasaran matawang yang mengakibatkan kejatuhan nilai Ringgit sejak Januari tahun ini.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila sebahagian pelabur mula mengambil langkah keluar daripada Malaysia atas risiko kebimbangan 1MDB gagal melunaskan hutang RM42 bilion, yang boleh memberi kesan kepada defisit kerajaan yang menjamin hutang tersebut, serta risiko kepada sistem perbankan negara yang memegang bon-bon yang diterbitkan oleh 1MDB.

Kedudukan Ringgit yang kini diniagakan di paras RM3.70 dijangka akan terus terdedah kepada risiko kejatuhan, dengan mengambil kira aspek kestabilan politik dan ekonomi negara dalam masa terdekat, khususnya dalam usaha kerajaan mengurangkan defisit ke paras 3% dan menampung hutang kerajaan yang mencecah 53% kepada KDNK, di samping usaha yang diambil kerajaan dalam menangani isu urustadbir korporat yang membelenggu 1MDB, Mara, Tabung Haji dan Felda.

Terkini, dengan tekanan politik yang dikenakan kepada Perdana Menteri, penarafan Ritch yang diharapkan dapat memulihkan sentimen dan keyakinan pelabur ternyata hanya sementara. Ini membuktikan bahawa kedudukan Ringgit dan kestabilan ekonomi negara bukan sahaja bergantung kepada angka rasmi KDNK, GST, subsidi dan defisit, tetapi sangat berkait rapat dengan tahap integriti, transparensi dan akauntabiliti di pihak Kerajaan, syarikat berkaitan-kerajaan, dan regulator seperti Bank Negara, Ketua Audit Negara dan Peguam Negara.

Situasi defisit-berkembar yang sedang melanda negara kini, iaitu defisit-fiskal (fiscal deficit) dan defisit-keyakinan (trust deficit) menuntut agar pihak kerajaan meningkatkan ketelusan untuk memperbaiki tahap keyakinan rakyat dan pelabur, di samping terus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dengan penuh disiplin, selain mengawal kenaikan harga barang dan kos sara hidup dalam negara.

Melihat kepada situasi semasa, penulis berkeyakinan bahawa trend kedudukan Ringgit dan Perdana Menteri dijangka akan kekal bersama (coupling-trend) di paras terendah dalam tempoh terdekat ini, namun dalam jangka masa panjang, kedua-duanya akan mengambil haluan berbeza (decoupling-trend), di mana Ringgit akan kembali kukuh manakala kedudukan Perdana Menteri adalah sebaliknya.

Benar kata Pak Hamka, “Keyakinan datang setelah menyelidiki, kadang-kadang tidak diselidiki lagi kerana dalil itu cukup terbentang di hadapan mata”. - HARAKAHDAILY 5/7/2015

Penulis adalah Pengarah Strategi Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 5-7-2015

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan WSJ

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) memandang serius dakwaan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai dan juga laporan portal Sarawak Report juga pada 2 Julai 2015 tentang aliran kemasukan wang berjumlah RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Sesungguhnya dakwaan tersebut amat berat kerana ia melibatkan bukan sahaja peribadi Perdana Menteri tetapi juga imej dan nama baik negara," kata presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan.

Katanya, laporan dari portal Sarawak Report juga menyebutkan dan melakarkan bagaimana aliran wang tersebut yang dipercayai bersumberkan dari transaksi perniagaan 1MDB yang sedang tenat dengan hutang yang menggunung berjumlah RM41.8 billion.

Sehubungan itu, ujarnya Ikram mengalu-alukan laporan yang menyebut bahawa Najib bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua pihak sambil menafikan bahawa beliau ada menerima dan menggunakan wang tersebut atas kapasiti peribadi.

Bagaimanapun, kata beliau Ikram mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Diraja yang diselia di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agung yang bersifat bebas dan adil ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan yang melibatkan Perdana Menteri tersebut.

"Dengan cara ini, Perdana Menteri dapat membersihkan namanya serta mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau sekiranya dakwaan tersebut terbukti tidak benar," ujarnya. - HARAKAHDAILY 5/7/2015

Sumber HD - 5-7-2015











































































































































































































































































































































Hadapi Media: PM perlu belajar dari TG Abdul Hadi

IRFAN ES | .


Siasatan dan persoalan yang dilontarkan terhadap syarikat 1MDB yang lembaga pengarahnya diketuai oleh Perdana Menteri semakin hari mendedahkan lebih banyak perkara yang mengejutkan.

Terbaru, Wall Street Journal telah menerbitkan berita bahawa sebanyak USD700 juta wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi dipercayai milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan ini amat menggemparkan. USD700 juta (RM2.6 bilion) merupakan jumlah cukup besar; ia meliputi kira-kira 6 peratus dari keseluruhan hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion yang mesti ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Malah jumlah sebesar itu membuatkan penyelewengan RM13.8 juta Mara dalam pembelian Dudley International House di Australia atau skandal lembu feedlot RM250 juta nampak kerdil.

Ia mencalar nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Bagaimana sebuah negara umat Islam yang dianggap sederhana, pemimpinnya boleh terpalit oleh tuduhan sedemikian rupa?

Maka sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mesti berbuat sesuatu bagi memulihkan imej diri dan negara.

Belajar daripada Tuan Guru Abdul Hadi

Pada 1 Mei 2007, akhbar Daily Mirror di United Kingdom telah menerbitkan artikel mendakwa Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin nombor tiga Al-Qaeda, mengaitkan beliau dengan rancangan keganasan di negara itu.

Sebagai tindak balas, Tuan Guru Abdul Hadi bergegas ke London bagi memfailkan saman fitnah demi menjaga maruah sebagai seorang pemimpin dan ulama. Beliau telah mendapatkan khidmat firma guaman Carter-Ruck dalam menangani kes tersebut.

Akhirnya Daily Mirror terpaksa menyiarkan kenyataan memohon maaf kepada Tuan Guru Abdul Hadi di akhbar dan laman webnya di samping membayar pampasan.

PM perlu bersihkan nama

Sepatutnya Datuk Seri Najib turut mengambil langkah yang serupa. Dengan sumber kewangan yang tidak terbatas ditambah pula adanya Peguam Negara, tidak nampak sebarang kesulitan untuk beliau memfailkan saman terhadap Wall Street Journal bagi memulihkan kredibiliti dirinya.

Namun sungguh mendukacitakan apa yang dilakukan Datuk Seri Najib kini hanyalah membuat penafian lalu mendiamkan diri, sama seperti isu-isu lain yang dibangkitkan sebelum ini seperti kes pembunuhan Altantuya dan rasuah pembelian kapal selam Scorpene USD200 juta (RM755 juta).

Sebagai pemimpin, perlu ada kesedaran bahawa masalah tidak selesai dengan hanya berdiam diri. Berani kerana benar takut kerana salah. Jika berada di pihak yang benar, buat apa hendak membisu atau berahsia?

Kecualilah, jika ada perkara yang hendak dirahsiakan. - HARAKAHDAILY 5/7/2015

Sumber HD - 5-7-2015

WSJ dapat maklumat sama dengan Peguam Negara?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengesahan daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa sememangnya wujud dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada Pasukan Petugas Khas, yang dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia lebih menggemparkan daripada laporan Wall Street Journal (WSJ), semalam.

"Persoalan timbul, apakah dokumen sulit yang sama ini menjadi asas kepada laporan WSJ?

"Apakah Peguam Negara juga akan dituduh menyiasat 1MDB berdasarkan info-info palsu yang diledakkan seorang bekas pekerja Petrosaudi seperti yang diwar-warkan?" tanya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jika ya, tanya dalam satu kenyataan, apakah Kementerian Dalam Negeri akan memberikan surat tunjuk sebab kepada Peguam Negara.

Namun apapun, ujarnya secara tidak langsung, pengesahan Abdul Gani hari ini telah memberikan kewibawaan kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) berbanding penafian Najib.

"Memandangkan Peguam Negara mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap kes ini, maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan bermaruah untuk bercuti dengan serta-merta, agar siasatan dilihat telus dan bebas," ujar beliau lagi.
Bagi beliau, ada positifnya untuk Najib bercuti.

Masa itu, tambah beliau boleh digunakan sebaiknya untuk Najib boleh merancang pendakwaan saman fitnah kepada WSJ, Tun Dr Mahathir, Peguam Negara dan lain-lain yang mengaitkannya dalam skandal 1MDB.

Ini, kata Tuan Ibrahim memandangkan Najib yakin ini adalah angkara sabotaj untuk menumbangkan karier politik beliau.

"Cuba bertanya, bagaimana seorang yang bersih telus boleh disabotaj?" tanya beliau lagi. - HARAKAHDAILY 4/7/2015

Sumber HD - 4-7-2015






















































































































































































































































































































































Najib digesa bersihkan nama daripada tuduhan WSJ

HARAKAHDAILY | .


Dakwaan yang terlalu serius terhadap Perdana Nenteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Razak dengan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) yang bukan satu institusi media yang calang-calang di dunia mendakwa sebanyak AS$700 juta wang dipindahkan daripada satu badan dana wang dikatakan bahawa ia adalah dana 1MDB ke akaun milik peribadi Najib Razak.

Setakat hari ini 1MDB masih belum dapat dijernihkan dengan beberapa isu yang dipalitkan ke atasnya malah datang pula pendedahan baru yang amat memeranjatkan dunia kewangan dan sejarah kerajaan serta jawatan Perdana Menteri Malaysia apabila Najib Razak sendiri telah didakwa mempunyai dengan dana 1MDB itu.

Pendedahan ini memburukkan lagi keadaan suasana politik dalam negara ini ditambah lagi dengan pelbagai isu yang begitu rumit dan serius melibatkan integriti dan amanah besar negara yang kini sedang berada dalam krisis meruncing yang tidak berkesudahan.

Rakyat sudah muak dan letih dengan isu sebegini yang mana di hujungnya tidak satu pun pernah diberikan jawapan yang sewajarnya bahkan disapu di bawah tikar dan katil dan terus dipendamkan begitu sahaja.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor melihat pendedahan terbaru ini sebagai satu lagi episod hitam kelabu negara yang membuktikan selama ini bahawa aspek iman dan taqwa serta agama Islam yang dikesampingkan daripada arus perdana politik negara telah meruntuhkan nilai-nilai akhlak dan kepertanggungjawaban.

Ketahuilah kepimpinan rakyat dan negara bukanlah satu kemuliaan tetapi adalah amanah yang menyebabkan penyesalan di hari akhirat nanti. Ini sebagaimana disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis:
 وإنها أمانة، وإنها يوم القيامة خزي وندامة، إلا من أخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها
".. Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah, dan sesungguhnya di hari qiamat adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambil jawatan itu dengan haknya dan melaksanakan hak yang dipikul ke atasnya..." (Riwayat Muslim)

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor juga mendesak Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Razak membuat penafian terbuka membersihkan namanya atas dakwaan yang amat berat ini.

Walaupun Pejabat Perdana Menteri telah menafikannya namun penafian sahaja tidak mencukupi malah memerlukan tindakan tegas maka PMO perlu menyaman WSJ atas tuduhannya sekiranya tidak berasas dan fitnah. Sememangnya bukanlah begitu susah untuk melakukannya sekiranya Datuk Seri Najib Razak mengambil berat dan mengutamakan negara dan rakyat daripada kepentingan dirinya sendiri.

Bertaqwalah kepada Allah SWT bahawa kita semua akan dibangkitkan di akhirat kelak dengan membawa segala amalan kita yang tidak lagi dapat kita menutupinya dan tidak dapat kita berselindung lagi. - HARAKAHDAILY 4/7/2015

USTAZ KAMALULHYSHAM SUHUT
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Selangor

Sumber H D - 4-7-2015

Najib perlu kemuka bukti dan saman WSJ

HARAKAHDAILY | .


Saya meneliti perkembangan berkaitan dengan laporan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang dengan jelas mengatakan bahawa sejumlah besar wang telah diuruskan seperti satu operasi penggubahan wang haram sebanyak RM700 juta dan akhirnya masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.

WSJ memetik dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang telah diperolehi oleh akhbar kewangan antarabangsa itu.

Dalam satu lagi laporan oleh Sarawak Report pula, pada sekitar tahun 2013, sebanyak RM2.6 billion wang telah dipindahkan ke akaun peribadi PM. Dan bukan itu sahaja, terdapat lagi beberapa transaksi yang meragukan, melibatkan jutaan ringgit.

Jumlah wang yang begitu banyak yang dikatakan dipindah ke akaun PM itu, dikatakan juga melibatkan sebahagian dari wang dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dipinjamkan bagi pengurusan 1MDB.

Dunia sedang memerhatikan Malaysia kerana isu ini tidak hanya melibatkan hal dalaman negara, malah lebih jauh dari itu, ia juga melibatkan campurtangan dari negara luar yang ada dilaporkan terbabit dalam kes ini. Jangan nanti Malaysia akan digelar Greece Asia kerana isu-isu yang boleh menjahanamkan ekonomi kita.

Saya sebagai rakyat Malaysia, yang mencintai negara ini, saya merasa sangat kecewa dengan laporan ini yang saya yakin dan percaya melibatkan maruah negara kita ini.

Oleh kerana WSJ adalah sebuah akhbar yang menjadi rujukan dalam dunia koperat antarabangsa, maka saya menggesa agar PM bersegera tampil menafikan dengan bukti tuduhan berat ini dan sekaligus membersihkan nama PM serta Malaysia di mata dunia. Atau jika gagal, anda mesti tahu akan akibatnya. - HARAKAHDAILY 4/7/2015

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu
17 Ramadhan 1436 bersamaan 4 Julai 2015

Sumber HD - 4-7-2015











































































































































































1MDB: Rakyat mahu tindakan tegas libatkan integriti PM

MOHD PRASAD HANIF | .


Merujuk kepada laporan portal The Wall Street Journal bertarikh 2 Julai 2015 yang bertajuk “Investigators Believed Money Flowed to Malaysian Leader Najib’s Account Amid 1MDB Probe”. Laporan berita ini ditulis oleh jurnalis Tom Wright dan Simon Clark.

Kedua-dua jurnalis ini mendakwa bahawa The Wall Street Journal telah menerima dokumen-dokumen siasatan ke atas 1MDB. Laporan tersebut mendedahkan bahawa terdapat beberapa aliran transaksi tunai berjumlah USD700 juta atau RM2.6 bilion telah berlaku di antara beberapa syarikat milik kerajaan yang akhirnya didepositkan ke dalam akaun AmIslamic Bank cawangan Kuala Lumpur di bawah nama Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak.

Keseluruhan rakyat Malaysia, khususnya rakyat Negeri Selangor, merasakan bahawa dakwaan tersebut amat berat dan ia telah tersebar luas dalam media atas talian. Dakwaan tersebut menyentuh penyaluran wang rakyat ke akaun peribadi. Ia bukan semata-mata mencalar integrity Perdana Menteri Malaysia tetapi juga mencemarkan reputasi Malaysia di kaca mata dunia.

Lebih-lebih lagi, WSJ telah mendakwa di dalam artikel ini dan juga artikel bertarikh 18hb Jun bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai Pilihan raya Umum ke-13 yang lepas. Ini jelas melibatkan bukan sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi juga Umno dan Barisan Nasional keseluruhan. Persoalan yang bangkit adalah berapa banyak dana tersebut dan wang rakyat yang telah digunakan untuk membiayai kempen-kempen politik Umno dan Barisan Nasional?

Sehingga kini, pihak Pejabat Perdana Menteri, mahupun pihak 1MDB hanya mengeluarkan kenyataan penafian sahaja tanpa tindakan yang konkrit. Berita dan analisis yang disiarkan oleh The Edge baru-baru ini tidak dijawab secara telus, malah diberi amaran dan pemilik The Edge, Tong Kooi Ong disiasat. Begitu juga isu Sarawak Report dan dakwaan Xavier Andre Justo yang masih tidak dijawab sehingga kini.

Rakyat telah memberikan “responsibility” dan “authority” untuk mentadbir dana negara. Kini, rakyat menuntut “accountability” bukannya menyapu isu tersebut di bawah karpet. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. ”Setiap dari kalian adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya.”

Rakyat makin gelisah kerana jumlah yang dipersoalkan bukanlah kecil. Dengan kos kehidupan yang makin meningkat, ketirisan dan kebocoran di dalam urusniaga kerajaan yang tidak dibendung akan menghancurkan ekonomi Negara dan masa depan rakyat Malaysia. Rakyat tidak mahu lagi penafian. Mereka mahu tindakan yang jelas, konkrit dan memaparkan integriti tertinggi dan bukannya kenyataan sombong dan angkuh dari pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

“Without virtue the republic is an empty shell and its strength becomes merely the power of a few citizens and the licence of all” - Montesquieu

Sehubungan itu, PAS Selangor mewakili seluruh rakyat negeri Selangor menggesa dan menuntut:

1. Pihak Perdana Menteri Malaysia mengambil tindakan konkrit untuk membersihkan nama beliau dan juga reputasi Negara dengan menyaman Wall Street Journal serta wartawan-wartawan yang terlibat. Tindakan ini akan menghantar satu signal yang jelas bahawa reputasi Malaysia tidak diperkotak-katikkan.

2. Tidak cukup sekadar itu, adalah suatu yang sangat dituntut ketika ini untuk Perdana Menteri Malaysia mengishtiharkan asetnya di dalam dan di luar negeri. Tindakan yang sama juga harus dilakukan oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansur yang terpalit dengan aktiviti boros berbelanja berbanding dengan isteri-isteri pemimpin negara sebelum ini.

3. Bank-bank yang terlibat terutamanya AmIslamic Bank mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal sekiranya apa yang didakwa itu tidak benar. Ketelusan pengurusan bank-bank yang dikaitkan oleh WSJ perlu diperjelaskan. Tanpa penerangan dan pencerahan dari pihak-pihak yang terkait ini, reputasi mereka tercalar dan rakyat akan hilang keyakinan terhadap institusi tersebut.

4. Pemimpin Umno dan Barisan Nasional agar bertanggungjawab dan amanah. Mereka digesa agar jangan bersikap khianat dalam mengendalikan tugas, tidak menipu dan menyalahgunakan jawatan. Rakyat mahukan penjelasan berkenaan dakwaan penggunaan wang rakyat untuk kempen PRU-13. Sekiranya dakwaan itu tidak benar, maka Umno dan Barisan Nasional juga harus mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

5. Pihak polis segera melakukan siasatan terhadap Perdana Menteri dengan sokongan daripada bahan-bahan bukti yang diperolehi daripada The Wall Street Journal.

Rakyat mahukan tindakan tegas ekoran daripada pelbagai pendedahan yang dibuat ke atas skandal kewangan 1MDB yang bukan sahaja melibatkan integriti Perdana Menteri tetapi wang rakyat dan reputasi Malaysia keseluruhannya. - HARAKAHDAILY 4/7/2015

Penulis ialah Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor.

Sumber HD - 4-7-2015












































































































































































Najib mesti saman WSJ jika dakwa dirinya tidak bersalah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mengaitkan perpindahan wang 1MDB berjumlah USD700 juta ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pihak 1MDB sendiri, pejabat Perdana Menteri (PMO) dan tokoh-tokoh politik Umno BN telah tampil memberi respons.

"Namun respons mereka terus menimbulkan persoalan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

Beliau membangkitkan empat persoalan berhubung perkara itu.

* Dalam satu kenyataan, pihak 1MDB menegaskan bahawa tiada wang syarikat tersebut yang digunakan untuk tujuan peribadi PM.

* Namun perlu dibezakan isu pengaliran wang ke akaun peribadi dan penggunaan wang tersebut oleh PM. Apa yang pasti 1MDB masih tidak membuat sebarang penafian khusus (categorical denial) bahawa wang tersebut benar-benar masuk ke akaun Ambank PM seperti yang didakwa.

* 1MDB juga mengingatkan bahawa banyak dokumen yang digunakan untuk memburukkan 1MDB adalah meragukan. Kenyataan ini pastilah merujuk kepada kes Xavier Justo yang ditahan pihak berkuasa Thailand kerana didakwa memalsukan dokumen berkaitan transaksi 1MDB dan Petrosaudi.

* Namun pendedahan WSJ secara khusus merujuk dokumen penyiasatan dari penyiasat Malaysia. Maknanya sumber maklumat ini bukannya dari luar negara tetapi dari dalam negara sendiri.

Tambahnya, pejabat Perdana Menteri (PMO) dan tokoh politik Umno BN seperti Datuk Abdul Rahman Dahlan segera menyifatkan pendedahan media sebagai sabotaj politik dan gutter journalism (kewartawanan longkang).

"Sekiranya itulah kesnya maka tiada cara lain untuk menjernihkan keadaan kecuali dengan segera menyaman pihak WSJ dan Sarawak Report serta bagi PM dan keluarganya membuat deklarasi harta," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. - HARAKAHDAILY 4/7/2015

Sumber HD - 4-7-2015

Dakwaan WSJ: Najib saman atau lepas jawatan

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa menyaman Wall Street Journal (WSJ) berikutan laporan yang mendakwa beliau telah mengambil wang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak USD700 juta.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, artikel tersebut telah memalukan nama baik Malaysia dan Najib harus bertindak segera untuk membersihkan namanya dan juga negara.

"Saya dengan tegas mewakili rakyat Malaysia meminta Perdana Menteri mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.

"Ini melibatkan maruah negara, jika Najib tidak mahu saman, saya gesa Najib segera melepaskan jawatan bagi membolehkan satu siasatan bebas dibuat," katanya.

Menurut beliau, Najib perlu membersihkan namanya daripada dakwaan WSJ yang menuduh beliau sebagai perompak.

"Adakah dakwaan WSJ itu benar ataupun tidak Najib perlu bertindak, laporan tersebut menggambarkan Najib terlibat secara langsung dalam kegiatan songlap wang sebanyak USD700 juta?

"Demi untuk menjaga maruah negara, saya meminta agar PDRM, SPRM dan Bank Negara segera menubuhkan satu task force bersama bagi menyiasat dakwaan tersebut.

"Dakwaan ini amat serius seolah-olah menggambar Perdana Menteri seorang penyamun, Ketua Polis Negara, Pesuruhjaya SPRM dan Gabenor Bank Negara perlu jalankan tanggungjawab demi menjaga maruah negara dan bukannya memihak kepada Perdana Menteri," katanya lagi.

Beliau turut meminta agar Speaker Dewan Rakyat segera memanggil persidangan Khas Parlimen bagi membahas perkara itu dan membawa usul kepada Yang di-Pertuan Agong agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi mengadakan siasatan. - HARAKAHDAILY 4/7/2015

Sumber HD - 4-7-2015












































































































































































Dakwaan WSJ: 1MDB nafi tak cukup, Najib wajib beri bukti














































































































































































SHAHBUDIN HUSIN | .


Umpama seorang ustaz atau lebai kampung, Najib Razak semalam mengingatkan umat Islam bahawa mereka tidak akan masuk syurga jika mengerjakan solat tetapi dalam masa yang sama terus melakukan adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan.

Beliau kemudian memetik sebuah hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturahim.

"Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga. Ini peringatan untuk kita semua," katanya lagi.

Tentunya kita rasa berbangga dan menghargai ingatan ini kerana ia menggambarkan ketinggian akal budinya sebagai pemimpin utama negara ini.

Tetapi hari ini Wall Street Journal (WSJ) dalam laporan sensasinya menerbitkan tulisan yang mengaitkan penyaluran dana 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta ke akaun peribadi milik Najib Razak.

Memetik ianya daripada dokumen siasatan kerajaan sendiri, WSJ percaya ia adalah pergerakan wang tunai di kalangan agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum ianya berakhir dalam akaun peribadi Najib.

Dalam masa yang sama, Sarawak Report juga mendakwa, sejumlah wang melalui syarikat kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB turut dipindahkan ke dalam tiga akaun peribadi milik Najib di sebuah bank tempatan.

Jumlah wang yang dipindahkan dan nombor akaun bank yang dikatakan milik Najib Razak juga didedahkan dalam laporan itu.

Sudah tentu ini merupakan pukulan terbaru kepada Najib yang mungkin mula berasa selesa dengan isu 1MDB yang mulai mengendur kesannya dan kemudian tanpa ragu-ragu pula menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan lagi.

Apakah pendedahan ini tidak betul atau fitnah?

Dalam reaksi segeranya, 1MDB menafikan laporan WSJ itu dengan mengatakan syarikat pelaburan itu tidak pernah sama sekali menyalurkan sebarang dana kepada Najib.

Melihat bagaimana dakwaan ini didedahkan, penafian daripada 1MDB saja tentunya tidak mencukupi. Sekadar membuat penafian dan mengatakan ia laporan tidak bertanggungjawab, sesiapa pun boleh melakukannya.

Oleh kerana yang dituduh dan dilibatkan secara langsung ialah Najib sendiri, maka beliau wajib tampil dengan penjelasan dan bukti-buktinya sekali.

Tanpa ada pilihan lain dan sebagai Pahlawan Bugis, beliau perlu berani tampil dengan bukti atau dokumen bahawa beliau tidak pernah menerima dana tersebut dan tunjukkanlah juga nombor akaun bank yang didedahkan itu bukan miliknya.

Kemudian, ambillah pula tindakan undang-undang terhadap WSJ dan Sarawak Report jika terbukti laporan yang mereka terbitkan itu adalah palsu, tidak benar dan fitnah.

Kiranya semua tindakan ini tidak diambil, ia adalah merbahaya kepada masa depannya kerana akan menjuruskan tanggapan umum beliau sudah terjerumus kepada perbuatan tidak amanah sebagai pemimpin.

Ia bukan saja bahaya kepada kedudukannya di dunia tetapi juga di akhirat nanti.

Untuk pengetahuan Najib, agama juga sering mengingatkan, selain fitnah, adu domba dan menghancurkan perpaduan, perbuatan pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat adalah lebih dulu dihisab dan ditolak daripada memasuki syurga. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Sumber HD - 3-7-2015

Tuduhan terbaru sabotaj berterusan kepada PM - PMO

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Tuduhan terbaharu, bersumberkan daripada beberapa penyiasat tidak dinamakan, yang dijadikan asas untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan sabotaj politik yang berterusan, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

PMO dalam satu kenyataan berkata terdapat usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi, meskipun kejayaan Najib dalam mengemudi ekonomi Malaysia mengharungi keadaan tidak menentu global sekarang.

"Dilaporkan bahawa pembocoran dokumen, pemalsuan dan pemerasan berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai," kata PMO sambil menambah menjadi kewajipan kepada anggota media yang bertanggungjawab untuk tidak menganggap dokumen-dokumen sebagai tulen melainkan disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Mengenai tuduhan itu sendiri, perlu diberi perhatian bahawa 1Malaysia Development Bhd telahpun menyatakan ia tidak pernah menyediakan dana kepada perdana menteri, kata PMO. - Bernama

Sumber HD - 3-7-2015














































































































































































1MDB: Najib, isteri perlu segera isytihar harta

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dakwaan terkini oleh media antarabangsa Wall Street Journal bahawa ada dana 1MDB bernilai berbilion ringgit telah disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memerlukan perhatian segera.

Pada tahap ini, penafian melalui kenyataan Najib, 1MDB, polis mahupun Putrajaya sudah tidak mencukupi untuk menghalang persepsi negatif daripada merebak berterusan terhadap imej Najib, dan Malaysia khususnya apabila pada masa yang sama imej kepimpinan negara turut terjejas di dalam skandal Mara.

"PAS menggesa Najib untuk mengambil langkah strategik iaitu melakukan pengisytiharan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan beliau bersama isterinya untuk membersihkan nama segera," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, bank-bank yang dinamakan perlu dijadikan saksi dalam pengisytiharan harta itu supaya ia nampak telus dan berwibawa.

"Langkah mengisytaharkan harta ini dilihat jauh lebih efektif untuk menangkis tuduhan terhadap Najib pada kali ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, Ketua Polis Negara juga tidak dapat membantu lagi dalam keadaan ini kerana imej beliau sudah terjejas apabila Mara sendiri meneruskan siasatan terhadap skandal pembelian aset oleh Mara Inc di Australia dan United Kingdom dengan merehatkan tugas dua pegawai tertinggi Mara Inc sejurus Tan Sri Khalid Abu Bakar mengisytiharkan tiada unsur pecah amanah oleh Mara.

Justeru, tambahnya PAS mencadangkan agar Putrajaya menpercepatkan sidang PAC dengan pegawai tertinggi dengan 1MDB dengan segera.

Menurutnya, jika 1MDB tiada masalah besar yang mencurigakan, sudah tentu PAC tidak akan menjumpai apa-apa masalah.

"Ini adalah medan terbaik Najib dan 1MDB membersihkan diri dan menutup para pengkritiknya," katanya.

Sehingga itu berlaku, ujar beliau Putrajaya dinasihatkan jangan memburukkan keadaaan lagi dengan tindakan-tindakan yang mencurigakan seperti menjadikan Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai laporan ekslusif dan bukannya untuk pandangan awam, menuntut penjelasan daripada The Edge daripada menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai 1MDB, cubaan membuang Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan juga perbezaan ketara tindakan agensi kerajaan bertindak terhadap tuduhan terhadap 1MDB dan juga mereka yang menuduh 1MDB. - HARAKAHDAILY 3/7/2015

Sumber HD - 3-7-2015
































































































































































































































































































































































Siasat 1MDB: Ada jawapan jika Najib diberi cuti

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kontroversi dakwaan pemalsuan emel yang melibatkan syarikat Petrosaudi tidak dapat membersihkan 1MDB sepenuhnya dan melarikan 1MDB daripada kemelut kewangan yang sedang dihadapinya.

Rakyat dinasihatkan berhati-hati dengan agenda mengalihkan perhatian mereka daripada persoalan lebih penting melibatkan 1MDB.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, konspirasi pemalsuan emel juga tidak menjawab, antaranya:

Mengapa Lembaga Tabung Haji perlu membeli tanah TRX secara bertunai?

Mengapa Lembaga Tabung Haji menghadapi masalah untuk menjual semula tanah tersebut?

Apa sebenarnya yang dilaburkan 1MDB di Kepulauan Cayman sehinggakan ‘duit’ yang sepatutnya dibawa balik kini hanya berada dalam bentuk ‘unit’ yang tidak diketahui usulnya di Singapura?

Mengapa ada bank antarabangsa yang menuntutnya membayar balik duit pinjaman lebih awal sebelum habis tempoh?

Mengapa kerajaan perlu menyediakan kredit standby sebanyak RM950 juta untuk 1MDB? Apakah duit ini telahpun dihabiskan?

Di mana duit 1MDB dan mengapa 1MDB menghadapi masalah dalam membayar hutangnya?
Katanya, kesemua soalan di atas akan menemui jawapan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberikan cuti daripada tugas sehingga siasatan selesai.

Jika Najib enggan bercuti, ujar beliau PAS menjangkakan kebarangkalian berulangnya tragedi seperti Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa yang kini mendakwa Perdana Menteri tidak meluluskan pembelian hartanah kontroversi di Australia selepas 24 jam beliau mendakwa Najib yang meluluskannya adalah sangat tinggi.

Tambahnya, Najib patut bercuti memandangkan kedudukan beliau sebagai Presiden Umno sudah selamat sehingga 2017 apabila pemilihan Umno ditangguhkan untuk 18 bulan.

"Atau Najib bimbang akan langkah seterusnya yang bakal diambil Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menyuarakan bahawa beliau tidak bersetuju bahawa Putrajaya terlibat dengan kerja menyelamatkan 1MDB, dan maka itu, beliau enggan bercuti sehingga siasatan terhadap 1MDB dan Mara selesai?" ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 27/6/2015

Sumber HD - 27-6-2015

Proses jual semula tanah TH di TRX masih diteruskan



















































































































































































BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Proses penjualan semula tanah milik Lembaga Tabung Haji (TH) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) masih diteruskan dan belum dimuktamadkan sama ada ia akan dibatalkan.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata keputusan TH sebelum ini untuk menjual semula tanah itu adalah kerana tidak mahu menimbulkan lebih banyak fitnah dan tohmahan terhadap TH, walaupun pembelian aset itu jelas berlandaskan perniagaan dan patuh syariah.
  
"Proses pembelian tanah ini dibuat dengan rapi, walaupun tawaran daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula pada Mei 2013, tapi ia hanya dibeli pada 2015.
  
"Ada sesetengah orang tak faham, kalau nilai tanah di TRX diukur oleh badan bebas antarabangsa, harganya mahal dan TH sebenarnya diberi tawaran lebih baik dan pada waktu itu (pada 2013) tanah itu belum dibangunkan.
  
"Namun setelah pandangan atau persepsi negatif lebih mengatasi daripada perniagaan, untuk tidak mahu timbulkan fitnah, TH ambil keputusan untuk menjual kembali tanah itu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah pada persidangan Dewan Negara hari ini.  
  
Muhammad Olian ingin tahu adakah keputusan menjual semula tanah seluas 0.63 hektar dalam kawasan TRX itu adalah keputusan muktamad.
  
Jamil Khir juga memberitahu bahawa berlaku perhimpunan dan demonstrasi di hadapan bangunan TH selain pihaknya turut menerima memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO), yang memperlihatkan kemarahan orang ramai disebabkan persepsi tidak tepat ke atas pembelian tanah itu.
  
Beliau berkata, rakyat khususnya yang beragama Islam seharusnya berbangga kerana umat Islam boleh memiliki satu kawasan pembangunan dalam segi tiga emas yang akan menjadi ikon pada masa akan datang.
  
"Kini 1MDB dah bangunkan tanah itu termasuk akan ada kereta api laju dari Singapura, lebuh raya... akan ada bangunan ikon seperti KLCC, malah ia lebih hebat dan perkara ini sedang giat dibangunkan infrastrukturnya, bukan hanya atas kertas.
  
"Sebenarnya kita juga ingin melihat pada satu ketika bahawa TRX terbangun bukan hanya dalam bentuk keindahan, tapi boleh bermegah dengan bangunan dimiliki TH di TRX," katanya.
  
Sementara itu, Jamil Khir berkata TH sentiasa menitik beratkan kepentingan pendepositnya dan menegaskan bahawa setiap pelaburan yang dirancang dan dilaksanakan adalah selamat dan berdaya maju serta memberikan manfaat dan keuntungan kepada pendeposit tanpa menjejaskan simpanan mereka.
  
Katanya, pendeposit hendaklah terus yakin dengan keupayaan TH sebagai sebuah institusi ikonik Islam yang terulung di negara ini.
  
Tabung Haji sebelum ini dikecam hebat kerana membeli tanah tersebut dengan harga RM188.5 juta daripada syarikat pelaburan kerajaan 1MDB.
  
Ekoran itu, pada 9 Mei lepas, TH memutuskan untuk menjual tanahnya di TRX atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit.   
  
Bagaimanapun pada persidangan Dewan Rakyat yang lepas, beberapa wakil rakyat yang menyentuh isu pembelian tanah itu, termasuk bukan Islam, berpendapat TH wajar menimbang semula cadangan untuk menjual tanah berkenaan kerana disifatkan sebagai pelaburan yang menguntungkan. - BERNAMA

Sumber HD - 25-6-2015

1MDB: Najib wajar bersikap berani kerana benar

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak wajar bersikap berani kerana benar untuk berhadapan dengan negarawan, Tun Mahathir Mohamed ataupun wakil Pakatan Rakyat berlandaskan hujah dan fakta demi memperjelaskan kepada rakyat tentang letak-duduknya situasi kewangan dan masa depan negara ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam keadaan rakyat menanti penuh harapan perdebatan mahupun pertemuan antara Najib dengan Tun Mahathir, maka amatlah memalukan apabila Perdana Menteri yang berdarah pahlawan berani memberi alasan tidak dapat hadir ke program di bangunan Umno sendiri, PWTC itu atas alasan keselamatan.

"Sekiranya PM Najib sendiri tidak berasa selamat di bangunan pejabat beliau sendiri, inikan pula sekalian rakyat jelata yang diancam isu jenayah yang kian berleluasa," katanya kepada Harakahdaily.

Tegas Mahfuz, sekiranya Najib berselindung atas alasan pentas debat tidak bersesuaian kerana sesama parti Umno maka, amatlah wajar debat terbuka dianjurkan antara PM Najib dengan parti pembangkang.

"Ini menunjukkan PM Najib sudah bersedia untuk berdebat cuma tidak dengan orang separti dengannya. Maka, marilah berdebat dengan pihak parti lain. Saya sendiri bersedia menawarkan diri untuk berdebat dengan PM Najib," tambahnya.

Justeru jelas Mahfuz, isu yang berlaku sekarang bukanlah hal peribadi antara Najib dengan Tun Mahathir tetapi isu 1 MDB ini adalah isu wang rakyat yang perlu diperjelaskan dengan berani kepada masyarakat umum.

Terdahulu, Najib Razak memberi alasan enggan berdebat dengan Tun Mahathir kerana ingin menjaga nama baik kerajaan dan parti. – HARAKAHDAILY 12/6/2015


Sumber HD - 12-6-2015

1MDB: Jho Low guna USD260 'projek utopia'?

       | .
AKHBARThe Edge 5 Jun 2015 telah mendedahkan hasil penyiasatannya mengenai skandal 1MDB di bawah tajuk “How Jho Low used USD260 million of 1MDB’s cash to buy UBG in 2010.” Berikut adalah satu analisis mengenai penemuan-penemuan penting dari penyiasatan The Edge itu.
“Projek Utopia”

Pada 1 Disember 2009, Casey Tang, Pengarah Eksekutif 1MDB telah menghantar emel kepada Patrick Mahony memperkenalkan Nik Faisal Ariff Kamil, Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB yang baru dilantik kepada beliau. Nik Faisal Ariff Kamil juga bekerja dengan UBG sebagai Pengarah Eksekutif Pelaburan. Kebetulan pula, Jho Low adalah pemegang saham penting UBG dan seorang ahli lembaga pengarahnya. Jadi, bolehlah disebut Nik Faisal ini “orang Jho Low.”

Soalan yang timbul ialah: Pertama, apakah muslihatnya beliau bekerja di dua buah syarikat dalam masa yang sama?  Kedua, apakah muslihatnya masa beliau diambil bekerja dengan 1MDB itu pula berbetulan dengan masa Petrosaudi International sedang merancang untuk mengambil alih UBG?  Ketiga, apakah muslihatnya orang yang bekerja di UBG yang pemegang saham pentingnya ialah Jho Low ditempatkan di 1MDB?Penyiasatan The Edge merungkai persoalan-persoalan ini.

Dalam emel  1 Disember 2009 itu Casey Tang memaklumkan bahawa Nik Faisal akan bekerja dan berurus terus dengan Patrick Mahony dalam perkara-perkara berkaitan bajet termasuk bajet sebanyak USD170 juta yang diperuntukkan untuk merealisasikan “Projek Utopia,” nama sulit (codename) bagi pengambilalihan UGB oleh Petrosaudi International melalui syarikat Javace Sdn. Bhd., sebuah syarikat dikawal Jho Low.

Perlantikan Nik Faisal ke 1MDB nampaknya “luar biasa” kerana beliau diberi tugas khusus, iaitu, “menolong” memuktamadkan pengambilalihan syarikat UGB oleh Petrosaudi International.  Untuk menjayakan misi ini, beliau perlu berhubung dan berurus terus dengan Patrick Mahony. Tugas Nik Faisal ialah “mencari wang” dan sasaran sumbernya ialah 1MDB dan pinjaman bank. 

Siapakah Patrick Mahony?  Dia adalah Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Petrosaudi Ltd., sebuah syarikat usahasama milik 1MDB (40%) dan Petrosaudi International (60%). 1MDB, sebuah syarikat daulat Malaysia, telah membeli 1,000,000,000 unit saham di dalam 1MDB Petrosaudi Ltd pada harga USD1.0 bilion, iaitu USD1.00 se saham dengan bayaran tunai. Syarikat Petrosaudi International pula memiliki 1,500,000,000 saham di dalam 1MDB Petrosaudi Ltd.  Modal berbayar syarikat ialah USD2.5 bilion. Tidak diketahui samada pemindahan wang sebanyak USD1.0 bilion dari Malaysia ke luar negara itu mendapat kebenaran Bank Negara Malaysia atau tidak.

Setelah diperkenalkan, Patrick Mahony terus menghubungi Nik Faisal Ariff Kamil. Pada 17 Disember 2009. Patrick Mahony menghantar emel kepada Nik Faisal Ariff  Kamil memaklumkan kepada beliau bahawa syarikat 1MDB Petrosaudi kekurangan wang sebanyak USD120 juta. 1MDB Petrosaudi Ltd memerlukan USD420 juta: USD50 juta untuk modal kerja, USD200 juta untuk membeli kapal carigali  dan USD170 juta lagi untuk membeli syarikat UBG. 

Yang ada hanya USD300 juta, iaitu, baki dari  USD1.0 bilion yang disuntik ke 1MDB Petrosaudi Ltd oleh  1MDB pada 29 September 2009.

Di atas kertas disebut 1MDB Petrosaudi Ltd memerlukan USD170 juta untuk membeli UBG. Tetapi hakikatnya, ia tidak membeli UBG. Sebaliknya, yang membeli UBG akhirnya ialah Petrosaudi International dan sebahagian dari pembiyaannya datang dari 1MDB dan bakinya dari pinjaman bank. Tiada pembiayaan dari Petrosaudi International sendiri.

UBG adalah sebuah syarikat konglomeret tersenarai (Bursa Malaysia) yang mempunyai kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuklah perbankan. Ia dikatakan dikuasai oleh keluarga Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri dan sekarang Yang Dipertua Negeri Sarawak. Umum mengetahui keluarga ini ingin menjual kepentingannya di dalam UBG dan sedang mencari pembeli berpotensi. Dilaporkan sekurang-kurangnya sudah datang tiga lamaran tetapi semuanya tidak menjadi. Dalam bulan Januari 2010 datang lamaran dari PetroSaudi International Ltd yang sanggup membeli kepentingan keluarga Taib Mahmud di dalam UBG pada harga tawaran USD130 juta. Projek pengambilalihan UBG ini dikenali dengan nama sulit “Projek Utopia.” Nampaknya dengan “bantuan” dana dari 1MDB dan pembeli dari Arab Saudi, akhirnya keluarga Taib Mahmud berjaya mencairkan pelaburannya dalam UBG.
Dana Tambahan Diperlukan


Kemanakah perginya wang USD700 juta? 1MDB Petrosaudi Ltd ada berhutang sebanyak USD700 juta dengan Petrosaudi International, pemegang saham majoritinya (60%). Sebaik sahaja perjanjian usahasama dimeterai dan 1MDB menyuntikkan tunai, 1MDB Petrosaudi Ltd telah membayar balik kesemua hutang itu kepada Petrosaudi International. Baki yang tinggal ialah USD300 juta. Walau bagaimanapun, kesemua wang USD700 juta  itu kemudiannya didapati telah dipindahkan ke dalam akaun syarikat Good Star Ltd (Seychelles), sebuah syarikat dikawal Jho Low membayangkan Petrosaudi International dan Jho Low berkait.
 Perkara-perkara lain yang disebut oleh Patrick Mahony di dalam emel beliau kepada Nik Faisal Ariff Kamil termasuklah:
  • Cadangan supaya syarikat 1MDB menambahkan lagi suntikan dana ke dalam 1MDB Petrosaudi Ltd.
  • Jho Low telah bersetuju dengan cadangan itu tetapi membangkitkan isu: sesegera manakah suntikan ini boleh dilaksanakan? Ini adalah kerana dana berkenaan diperlukan segera. 
  • Meminta Nik Faisal memberi maklumbalas kepada beliau (Mahony) mengenai: Apakah justifikasi yang boleh digunakan oleh 1MDB untuk menambah suntikan dana ke dalam 1MDB Petrosaudi Ltd itu pada kadar segera?
  • Meminta Nik Faisal membincangkan hal suntikan dana tambahan dari 1MDB kepada 1MDB Petrosaudi Saudi dengan Jho Low.
  • Mengingatkan Nik Faisal bahawa kecuali 1MDB menyuntikkan dana ke dalam syarikat 1MDB Petrosaud Ltd, kekurangan wang yang dialaminya tidak mungkin dapat diatasi.
Dengan pertukaran emel di atas maka bermulalah langkah untuk merealisasikan rancangan sulit mengambilalih UBG. Akhirnya, Petrosaudi International, melalui Javace Sdn. Bhd., sebuah syarikat dikawal Jho Low dan berbekalkan wang tunai USD260 juta milik 1MDB dan RM700 juta dari pinjaman bank, telah berjaya mengambilalih UBG. Sebelum pengambilalihan, Jho Low memang sudah pun menjadi pemegang saham penting UBG dan seorang ahli lembaga pengarahnya.

Nota Mudharabah Patuh Syariah
Apakah instrumen kewangan yang digunakan oleh 1MDB Petrosaudi Ltd untuk mendapatkan wang tunai tambahan daripada 1MDB?

Patrick Mahony, Nik Faisal dan Jho Low kelihatan telah “bersekongkol” mengatur  terbitan Nota Mudharabah Patuh Syariah oleh 1MDB Petrosaudi Ltd yang akan dipegang sepenuhnya oleh 1MDB. Mereka berurus terus dengan penasihat kewangan dan undang-undang dalam usaha mempercepatkan penerbitan surat hutang berkenaan. 

Akhirnya, “Nota Mudharabah Patuh Syariah” bernilai USD500 juta diterbitkan dan “diberikan” kepada 1MDB untuk ia pegang sebagai “tanda” bahawa 1MDB ada memberi pinjaman wang kepada 1MDB Petrosaudi Ltd.

Pada ketika urusan di atas dimuktamadkan, 1MDB sudah tidak memiliki apa-apa saham di dalam 1MDB Petrosaudi Ltd. Oleh itu, status 1MDB adalah sipemberi pinjaman kepada 1MDB Petrosaudi Ltd., bukan sebagai pelabur atau pemegang saham. Hairan, kenapa dengan begitu mudah lembaga pengarah 1MDB meluluskan pinjaman itu. Atau, lembaga pengarah 1MDB tidak tahu apa-apa mengenainya.

Bilakah dana dipindahkan? Pada 6 September 2010, 1MDB telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia untuk memindahkan wang USD500 juta  kepada 1MDB Petrosaudi Ltd bagi “pembelian” Nota Mudharabah Patuh Syariah (yang kedua?) oleh 1MDB.  Kelulusan itu dilaporkan tertakluk kepada beberapa syarat.  Akhbar The Edge melaporkan bahawa  pegawai-pegawai eksekutif syarikat 1MDB Petrosaudi Ltd dan peguam-peguamnya telah membangkitkan bahawa beberapa perkara yang terkandung di dalam surat kelulusan BNM itu tidak sama dengan terma-terma yang terkandung di dalam perjanjian mudharabah yang telah dimeterai.

Alison Weal dari firma guaman White and Case (London) telah mengutus emel kepada Timothy Buckland, ketua pegawai undang-undang 1MDB Petrosaudi Ltd dengan rungutan: “Akhirnya, apa yang kelihatan telah terjadi ialah maklumat yang dihantar kepada Bank Negara adalah tidak betul dan kelulusan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia adalah berasaskan maklumat yang tidak betul itu.” (“Ultimately, it would seem that the information to Bank Negara was flawed, and any approval will only be as good as the underlying documents.”).

Persoalannya ialah apabila maklumat yang dikemukakan oleh 1MDB kepada Bank Negara Malaysia berbeda dengan peruntukan-peruntukan di dalam perjanjian mudharabah, pegawai-pegawai eksekutif 1MDB sepatutnya menghentikan pemindahan wang berkenaan kepada 1MDB Petrosaudi Ltd sehingga perkara-perkara yang bercanggah itu dibetulkan? Tiada tanda-tanda hal ini telah dilakukan.

Pada 14 September 2010, lapan hari selepas kelulusan BNM diperolehi, 1MDB, melalui Ambank Berhad, telah mengirim USD500 juta ke akaun 1MDB Petrosaudi Ltd di JP Morgan Swisse, Switzerland. Kemudian, pada hari berikutnya (15 September 2010), wang sebanyak USD300 juta (dari jumlah USD500 juta itu), telah dipindahkan pula ke akaun peribadi Tarek Obaid (Ketua Eksekutif Petrosaudi International) di bank yang sama (JP Morgan Swisse).  Dari akaun peribadi Tarek Obaid ini, sejumlah USD260 juta telah dikirim balek ke Malaysia, ke akaun Javace Sdn Bhd., di cawangan Ambank Berhad di Menara Dion, Kuala Lumpur.  Javace Sdn Bhd., syarikat dikawal Jho Low telah digunakan sebagai “syarikat tonggangan” bagi Petrosaudi International membuat tawaran awam bagi mengambilalih UBG.

Siapakah dia Tarek Obaid ini?  Tarek Essam Ahmad Obaid ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi International Ltd., rakan usahasama 1MDB di dalam 1MDB Petrosaudi Ltd.  Beliau seorang ahli perniagaan berpengalaman luas dengan kepentingan di dalam perkhidmatan kewangan, teknologi dan hartanah. Tidak diketahui samada beliau ada hubungan kekeluargaan dengan keluarga diraja Saudi atau tidak. 


IMDB Batalkan Pelaburan

1MDB menarik balik pelaburannya di dalam syarikat usaha sama 1MDB Petrosaudi Ltd berkuatkuasa pada 31 Mac 2010. Walau bagaimanapun,  dana tunai sebanyak USD1.0 bilion yang ia telah suntikkan ke dalam syarikat usahasama itu pada 29 September 2009 tidak dipulangkan kepada 1MDB dalam bentuk tunai.  Sebaliknya, 1MDB “dibayar” dalam bentuk Nota Mudharabah Patuh Syariah bernilai USD1.2 bilion (termasuk “keuntungan” USD200 juta).

Bersama-sama dengan Nota Mudharabah Patuh Syariah (yang kedua?) bernilai USD500 juta, 1MDB telah memberi pinjaman sebanyak USD1.7 bilion (hampir RM6 bilion atau 14.3% dari jumlah hutang 1MDB)) kepada 1MDB Petrosaudi Ltd., sebuah syarikat yang tiada lagi kena mengena dengan 1MDB.  Ini menjadi salah satu sebab ia kekeringan mudah tunai.
Soalan untuk Lembaga Pengarah

Berdasarkan penemuan-penemuan daripada penyisatannya, akhbar The Edge membangkitkan dua persoalan: Pertama, sedarkah ahli-ahli lembaga pengarah dan pemegang saham 1MDB bahawa sebahagian besar dari wang berjumlah USD500 juta milik 1MDB telah digunakan untuk mengambilalih UGB? Kedua, sedarkah ahli-ahli lembaga pengarah dan pemegang saham 1MDB bahawa Nik Faisal Ariff Kamil, Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB yang baru sahaja dilantik dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Casey Tang, kelihatannya telah “bersekongkol” dengan Jho Low dan Patrick Mahony dalam mendapatkan 1MDB menyalurkan dana miliknya  ke 1MDB Petrosaudi Ltd, kemudian ke akaun peribadi Tarek Obaid dan akhirnya ke Javace Sdn. Bhd. yang kemudiannya digunakan untuk merealisasikan rancangan sulit mengambilalih UBG?

Dengan wang tunai telah tersedia di dalam akaun bank, maka pada 29 September 2010, Petrosaudi International, melalui Javace Sdn Bhd, membuat tawaran awam untuk membeli saham-saham UBG dengan harga RM1.4 bilion atau RM2.50 se saham. Bagaimanakah Javace Sdn Bhd membiayai pembelian berkenaan? Javace Sdn Bhd telah memperolehi pinjaman berjangka disindiket berjumlah RM700 juta dari dua buah bank, iaitu, AmBank Berhad dan OCBC (M) Berhad dan selebihnya, dari USD260 juta yang telah dikreditkan ke dalam akaun Javace Sdn Bhd. Pada bulan September 2010.

Wang USD260 juta itu asalnya milik 1MDB. Nampaknya, “Permuafakatan” di antara “orang-orang yang sejaringan” (termasuk pegawai eksekutif 1MDB dan “orang Jho Low” yang “ditanam” di dalam 1MDB) dengan orang yang berkepentingan dalam “Projek Utopia” telah memungkin dan memudahkan wang milik 1MDB disalurkan untuk memuktamadkan “projek Utopia” itu. Ada penganalisis menyebut “Projek Utopia” adalah satu “projek menyelamat” (bailout) dan 1MDB penyelamatnya. - HARAKAHDAILY 8/6/2015

Sumber HD - 8-6-2015

Tanggungjawab bersama itu apa dia?


Saya telah menyebut perihal ‘accountability’ dalam tulisan-tulisan saya sejak akhir-akhir ini kerana ia merupakan elemen penting dalam pentadbiran sebuah kerajaan (Kabinet) berdaulat dan mengambil pendekatan mentadbir negara secara demokrasi. Saya bukan hendak menyuluh ditempat yang terang tetapi saya terpaksa menyebutnya berkali-kali kerana masih ramai yang masih tidak mahu atau tidak tahu bagaimana pentingnya sikap ‘accountability’ atau kebertanggungjawaban  bersama seseorang ahli kepada Jemaah Kabinet negara kita itu.

‘Accountability’ itu elemen yang sangat besar dalam mentadbir sesebuah negara. Apabila kerajaan telah melakukan perkara yang tidak betul ia merupakan satu ‘accountability’ kerajaan atau kabinet yang mentadbir kerajaan negara itu. Kekurangan kesedaran tentang isu ‘accountability’ inilah yang menyebabkan rakyat dikelirukan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan insiden yang boleh memecahkan pemikiran rakyat yang akhirnya membawa porak peranda kepada negara tersebut.

Untuk merengkaskan tulisan ini biar kita terus sahaja kepada isu hangat yang melanda negara kita pada hari ini. Isu 1MDB ini wajib dipertanggungjawabkan kepada semua ahli-ahli Jemaah kabinet kerana yang mengambil keputusan tentang segala hal tentang ini adalah kabinet.  Adalah tidak lojik segala kesalahan dan tanggungjawab itu di lemparkan kepada Najib seorang.

Isu kemelut 1MDB ini sudah lama didengari oleh rakyat jelata tetapi kabinet tidak mempedulikan isu ini kerana ia beranggapan itu adalah isu Perdana Menteri. Perdana Menteri itu adalah ahli kabinet tetapi beliau adalah ‘first among equal’ dikalangan barisan kabinet itu. Melonggokan kesalahan kepada Najib seorang adalah satu tindakan untuk cuba lari dari kebersamaan atau ‘accountability’ tadi.

Jika setiap ahli Kabinet memahami apakah tanggungjawab sebagai seorang ahli kabinet itu tentunya mereka akan dapat menahan dan memberikan teguran atau bantahan terhadap Najib yang dikatakan begitu keras untuk memuaskan kehendak dan nafsu nafsinya sahaja. Tindakan Najib meneruskan usaha yang sangat menjengkelkan tadi adalah tanggungjawab setiap ahli kabinet untuk berhadapan dengan rakyat.

Najib berjaya meneruskan niat yang tidak betul itu kerana beliau tahu yang kabinet itu adalah lantikan beliau dan mereka wajar menyokong sahaja apa yang beliau hendak lakukan kerana beliau sendiri sedar atau tidak yang ahli jemaah kabinet negara kita tidak mengambil isu ‘accountability’ ini dengan serius.

Jika ahli kabinet tidak mahu atau tidak tahu tentang isu ‘accountability’ ini persoalannya, apakah fungsi mereka menganggotai Jemaah menteri itu? Bukankah menjadi ahli kabinet itu adalah tanggungjawab besar terhadap rakyat yang mewakilkan mereka berada dalam Dewan Legilatif. Ahli-ahli Kabinet itu adalah kerajaan dan jika ahli-ahli kabinet tidak mahu bertanggungjawab maka itu adalah satu kesalahan politik yang tidak bermoral yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat yang ramai.

Dalam isu 1MDB ini semua Jemaah Kabinet mesti mengambil tanggungjawab dan tidak boleh bermain politik dengan menghamparkan kesalahan itu terhadap Perdana Menteri seorang. Tidak adil mereka melambakkan semua kesalahan itu kepada Najib seorang kerana kesalahan itu adalah kesalahan bersama.

Itu sebabnya ramai yang mengerut dahi apabila ada pihak-pihak yang cuba untuk menggantikan Najib dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Bagaimana hendak mewajarkan Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan beliau adalah ahli kabinet yang bersama-sama mengambil semua keputusan dalam setiap kabinet termasuk dalam meluluskan segala isu tentang 1MDB ini. 

Mungkin Muhyiddin mempunyai sebab untuk menggantikan Najib jika dari awal lagi beliau tidak bersetuju dengan pengendalian 1MDB oleh Najib itu. Jika dari awal Muhyiddin menunjukan sikap ‘accountability’ tadi beliau sepatutnya telah meletakan jawatan  sebagai protes terhadap kedegilan Najib dalam mengendalikan isu 1MDB ini. Tetapi Muhyiddin dan Menteri-Menteri kabinet yang lain tidak bertindak demikian, malahan telah menambah parahkan imej kabinet ini dengan meluluskan ‘standby credit’ sebanyak RM950 juta untuk 1MDB dalam mesyuarat kabinet dua bulan yang lepas.

Apa ini semua? Muhyiddin sepatutnya menahan selera untuk menggantikan Najib itu kerana beliau juga adalah salah seorang yang bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dalam 1MDB itu. Bercakap dan mengkritik Najib didalam majlis tertutup sahaja tidak membolehkan beliau terlepas dari menerima tanggungjawab dan ‘accountability’ tadi.  

Sepatutnya sekarang ini setiap ahli kabinet boleh menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir dan yang lain-lain itu kerana keputusan itu adalah keputusan kabinet dan setiap ahli kabinet tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam mesyuarat kabinet itu.

Setiap Menteri Kabinet wajar berhenti dari meminta Najib  menjawabnya sendiri kerana jika Najib tidak tahu untuk memberikan jawapannya maka mana-mana ahli kabinet boleh menjawabnya dalam keadaan yang terdesak ini.

Menteri-Menteri kabinet tidak boleh melepaskan tanggungjawab ini kepada rakyat. Jika tidak mahu bertanggungjawab mereka wajar meletakan jawatan. 

Sumber AA / HD - 8-6-2015


Menteri-menteri Kabinet hadir perjumpaan tertutup
Posted on Wednesday, June 03 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





KUALA LUMPUR: Menteri-menteri Kabinet hari ini menghadiri suatu perjumpaan tertutup, dipercayai berhubung isu 1MDB, di Majestic Hotel.



Astro AWANI yang berada di lokasi tersebut, antara lain, terserempak dengan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut kelihatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

Majestic Hotel, yang juga menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk acara yang berlainan, dikawal ketat oleh pihak polis.

Perjumpaan yang diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok itu, dijangka akan mengambil masa lebih 3 jam.- Astro

Sumber TKO - 3-6-2015

1MDB: Adakah Najib berani pecat Muhyiddin?






















































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah pun memberikan kata dua kepada ahli kabinet yang tidak bersetuju dengan beliau dalam hal 1MDB dan perlu meletak jawatan.

"Jelas, ini membuktikan memang wujud menteri yang tidak bersama dengan Najib dalam mengharungi skandal 1MDB," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan ringkas.

Menurutnya, Najib pasti tahu dan kenal siapakah orang yang tidak bersetuju dengan beliau.

Katanya, sebagai pemimpin nombor satu, Najib berhak untuk membuat rombakan kabinet bahkan memecat menteri yang masih secara diam-diam yang menentangnya.

Pada pandangan Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara pemuka utama yang menentang Najib dalam isu 1MDB.

"Adakah Najib berani memecat TPM atau sebenarnya PM mahu semua anggota kabinet berdiri teguh menyokong beliau untuk menutup penyelewengan 1MDB?" tanya beliau. - HARAKAHDAILY 2/6/2015


Sumber HD - 2-6-2016

1MDB Terima Suntikan Dana USD 1 Billion, Bagai Tikus Membaiki Labu

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan suntikan dana USD 1 Billion (RM 3.66 Billion) kepada 1 MDB oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments. Ramai juga yang tertanya apakah jenis ‘suntikan’ yang diberikan untuk merawat kanser tahap kritikal yang dihidapi oleh 1 MDB. Maka, pihak 1 MDB pula tampil memperjelaskan bahawa suntikan USD 1 Billion itu adalah transaksi perniagaan dan bukan satu pinjaman, hutang atau jaminan keluar.

Namun demikian, rupanya-rupanya penjelasan 1 MDB itu telah menimbulkan persoalan baru apabila dalam kenyataan tersebut mengandungi pernyataan “Ia adalah bayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian yang lebih luas untuk mengendalikan pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB secara menyeluruh.” Bukankah ini bermakna, wujudnya perjanjian transaksi perniagaan antara 1 MDB dengan pihak syarikat dari Abu Dhabi itu., yang pastinya akan memberi keuntungan kepada pihak tersebut.

Penjelasan pihak kerajaan dan 1 MDB diperlukan untuk menjawab dakwaan bahawa IPIC dan anak syarikatnya Aabar Investment akan diberikan pegangan sehingga 49% dalam anak syarikat 1 MDB, Edra Global Energy.? Bukankah 1 MDB sendiri bercita-cita untuk menjadi penjana tenaga bebas (IPP) yang terbesar di Malaysia melalui Edra Global Energy? Pada 2012 dahulu, 1 MDB telah berjaya mengambil alih Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (kini dikenali Powertek Energy Sdn Bhd) daripada pemiliknya, Tan Sri T Ananda Krishnan melalui perjanjian bernilai RM 8.5 Billion. Kemudiannya, pada September 2012 pula 1 MDB membeli Mastika Lagenda Sdn Bhd yang dimiliki oleh Genting Sanyen dengan nilai perjanjian RM 2.3 Billion. Seterusnya, pada Julai 2013, 1 MDB membeli pula Jimah Teknik Sdn Bhd dan Jimah O&M yang dimiliki oleh Jimah Energy Ventures Sdn Bhd dengan nilai perjanjian RM 1.2 Billion.

Setelah berbelanja sehingga mencecah RM12 Billion untuk membeli IPP, kini 1 MDB dengan semudahnya pula ingin menyerahkan pegangan sebanyak 49% di dalam Edra Global Energy kepada syarikat dari Abu Dhabi itu sebagai timbal balas atas ihsan bantuan yang diberikan untuk membantu 1 MDB membayar hutangnya yang menggunung tinggi. Hakikatnya, hubungan 1 MDB dengan IPIC ini bukanlah perkara baru. IPIC ini sudah pun datang membantu pada 2012 dahulu ketika 1 MDB membeli IPP daripada Syarikat Tanjong dan Genting Berhad. Ketika itu, IPIC memberikan jaminan kertas hutang dengan yang bernilai USD 3.5 Billion (RM 11.2 Billion) untuk membantu 1 MDB menyelesaikan urusan pembelian IPP.

Kini, IPIC muncul kembali sebagai penyelamat kepada 1 MDB. Persoalannya, adalah ini langkah strategik yang bijak atau sekadar helah untuk menyelamatkan 1MDB yang kian karam dengan hutang yang tidak tertanggung lagi. Rakyat mungkin sering diperdengarkan khabar indah berkenaan 1 MDB sedangkan hakikatnya kanser yang dialami 1 MDB itu sudah pun di tahap kritikal yang tidak dapat diselamatkan lagi.

Segala tindakan dibuat hanya demi menjaga maruah PM Najib sebagai perintis dan penaung utama 1 MDB yang kini sedang diasak hebat di segenap penjuru termasuklah oleh Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang ingin menyucikan diri daripada terpalit dengan skandal 1 MDB. Setelah satu-persatu rahsia dan misteri 1 MDB didedahkan, kini rakyat sudah pun mula membuka mata, mereka melihat segala tindakan penyelamatan 1 MDB itu sebenarnya tidak ubah seperti tikus membaiki labu.

YB Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
2 Jun 2015

Sumber BO - 2-6-2015

1MDB - Tumpuan Kini Beralih Kepada Muhyiddin

Setelah berbulan-bulan Najib Razak menjadi bahan asakan mengenai 1MDB dan semua persoalan hanya ditujukan kepadanya untuk memberikan jawapan, kini nampaknya giliran Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pula harus menjawab mengenai pendiriannya.

Atas kedudukannya sebagai salah seorang anggota kabinet yang memikul konsep tanggungjawab bersama, semua persoalan yang berlaku dalam negara tidak membenarkan mereka memilih untuk berdiam diri atau memberitahu tidak tahu mengenainya.

Jika sebagai Timbalan Presiden UMNO, sebagaimana ucapannya dalam video yang sudah tersebar luas, Muhyiddin mahukan Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan disusuli dengan tindakan polis melakukan penyiasatan, begitu juga ketika menyatakan sokongan kepada Najib dalam mesyuarat MT UMNO, pendirian beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri sebenarnya lebih ditunggu-tunggu memandangkan kemelut dalam syarikat pelaburan itu telah menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat.

Ini kerana berbanding pendiriannya dalam UMNO yang hanya mewakili kepentingan 3.6 juta ahli, kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah mewakili lebih 30 juta rakyat keseluruhannya.

Dua hari lalu, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan bahawa persoalan 1MDB tidak seharusnya menjadi beban kepada Najib seorang, tetapi keseluruhan anggota kabinet mesti memikulnya bersama.

Katanya, dengan kedudukan kabinet yang memikul tanggungjawab bersama mewakili kepentingan rakyat, tidak harus ada mana-mana anggotanya mengatakan mereka tidak tahu atau tidak terlibat dalam kemelut 1MDB ini.

Sebagai anggota veteran UMNO yang pernah meletakkan jawatan dalam kabinet kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan dan beberapa dasar Tun Mahathir pada 1986, pandangan Tengku Razaleigh ternyata ada benarnya, lebih-lebih lagi beliau telah menunjukkan teladan dalam hal itu.

Pengerusi BNBBC, Shahrir Samad turut bersetuju dengan pandangan Tengku Razaleigh itu, malah menambah jika mereka tidak tahu atau tidak faham mengenai sesuatu itu, mereka patut bertanya lagi dan lagi sehingga benar-benar memahaminya.

Merujuk kepada keputusan kabinet sebelum ini yang bersetuju persoalan 1MDB diserahkan kepada Ketua Audit Negara dan PAC untuk penilaian akaun dan menentukan kecelaruannya, Shahrir menambah, menteri seharusnya meletakkan jawatan jika tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang telah dibuat.

Dalam masa yang sama, Shahrir yang dikenali sebagai penyokong Najib dan tidak sehaluan dengan Muhyiddin sejak dulu lagi, juga mahukan Timbalan Perdana Menteri menyatakan pendiriannya sebenarnya mengenai 1MDB ini.

Tidak diragui lagi, gesaan Shahrir ini adalah berkaitan dengan ucapan Muhyiddin dalam majlis tertutup UMNO di Janda Baik sebagaimana videonya telah tersebar luas dan juga kenyataannya di Milan, Italy yang menyatakan beliau menghadapi kesukaran menjawab mengenai 1MDB kerana tidak mengetahui banyak perkara mengenainya.

Apa yang terpampang selama ini lebih merupakan kenyataan Muhyiddin sebagai pemimpin UMNO berbanding kedudukannya sebagai anggota kabinet. Dan pendiriannya sebagai pemimpin UMNO itu jelas menggambarkan kebimbangan dan ketegasannya terhadap kemelut 1MDB itu.

Jika benar juga beberapa dakwaan bahawa banyak persoalan mengenai 1MDB selama ini tidak dibawa atau dimaklumkan kepada kabinet, menteri seharusnya bersikap lebih sensitif dan bertanyakan kepada Perdana Menteri berkaitannya.

Dengan pandangan Ku Li dan Shahrir bahawa anggota kabinet tidak boleh lepas tangan dalam isu 1MDB ini atau bercakap dengan nada berbeza sebagai pemimpin UMNO dan anggota kabinet, yang paling utama perlu tampil menyatakan pendiriannya ialah Muhyiddin sendiri.

Ini lantaran beliau terlihat paling lantang dan berbeza pendirian dengan Najib dalam isu 1MDB ini. Pendiriannya pula membawa nada harapan kepada rakyat.

Begitu juga dengan cadangannya agar Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan polis dibenarkan masuk menjalankan siasatan, Muhyiddin juga harus bertegas apakah beliau boleh berdiam diri saja walaupun tidak ternampak tanda-tanda Najib mahu mengambil kira pandangannya itu, meskipun berkedudukan nombor dua dalam parti.

Jika benar sebagai pejuang yang hanya takut kepada Allah saja, sebenarnya tiada ruang lagi untuk Muhyiddin terus berlengah dan "bermain selamat" dalam isu 1MDB ini. Setuju atau tidak setuju mesti dinyatakan dengan jelas dan tidak seharusnya keberanian bersuara hanya dalam parti tetapi dilihat berbeza sebagai anggota kabinet.

Selepas itu, rakyat akan menilai sama ada beliau sebenarnya takutkan Allah atau sayangkan jawatannya. (SH 27/05/2015)

Sumber SH - 27-5-2015



















































































































































































1MDB: PAS tuntut penjelasan Gabenor Bank Negara

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS menuntut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberikan maklumat lanjut berhubung aduan BSI Bank Ltd Singapore yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana isu itu adalah isu besar yang melibatkan imej negara dan wang rakyat pada skala yang begitu besar.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Zeti semalam yang mengesahkan menerima laporan dari Bank Pusat Singapura berhubung aduan BSI Bank Ltd Singapore mengenai akaun yang dikaitkan dengan 1MDB.

Walau bagaimanapun, Zeti tidak memberikan maklumat lanjut tindakan yang diambil setelah menerima laporan tersebut.

"Adakah arahan pembekuan akaun 1MDB dan akaun seluruh ahli Lembaga Pengarah sudah dikeluarkan beserta pembekuan cek tandatangan mereka?" tanya Mahfuz dalam satu kenyataan.

Begitu juga, katanya adakah laporan dan tindakan selanjutnya sudah dimaklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menyekat kesemua Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi 1MDB daripada meninggalkan negara ini.

Justeru, kata beliau PAS mengingatkan Gabenor Bank Negara Malaysia agar tidak sesekali bersekongkol dalam sebarang usaha melindungi dan menyelamatkan 1MDB yang sedang dilanda kontroversi hebat sekarang.

"Apa yang diharapkan sekarang adalah penjelasan dan maklumat yang jelas dan benar dikeluarkan khususnya berkenaan dakwaan bahawa anak syarikat 1 MDB, telah mengemukakakan penyata akaun bank yang palsu kepada BSI Bank Ltd Singapore dan juga isu simpanan dana tunai dan aset 1MDB yang dibawa pulang hasil pelaburan di Cayman Island," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. - HARAKAHDAILY 27/5/2015

Sumber HD - 27-5-2015




















































































































































































Terima kasih Tan Sri Zeti






















































































































































































| .


PAS mengucapkan terima kasih kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz atas kejujurannya mengesahkan bahawa BNM telah menerima satu laporan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS).

Jawapan TS Zeti membuktikan bahawa jawapan di parlimen berkenaan wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura bukan satu kesilapan.

Jika ia satu kesilapan, sudah tentu ia sudah dibetulkan sebelum BNM menerima laporan daripada MAS.

Meskipun TS Zeti tidak menyatakan bila laporan MAS diterima, akan tetapi PAS percaya pembetulan jawapan Kementerian Kewangan mengenai duit Cayman Islands 1MDB hanya dilakukan selepas BNM menerima laporan MAS.

Perkara ini juga membuktikan bangkai 1MDB susah ditutup lagi. 1MDB perlu menghadap PAC pada kadar segera tanpa sebarang alasan lagi. Masakan ada orang yang tidak bersalah melengah-lengahkan peluang untuk membersihkan namanya?

Oleh itu, kerajaan usahlah cuba untuk menyakinkan rakyat lagi bahawa duit Lembaga Tabung Haji, KWAP, KWSP dan kredit tunggu sedia RM1 bilion 1MDB adalah pelaburan yang berisiko kecil. Akuilah semuanya kini berisiko tinggi.

PAS menggesa agensi-agensi penguatkuasaan negara memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Tan Sri Zeti dalam mempertahankan kewibawaan BNM dan sektor perbankan negara daripada dijangkiti masalah yang timbul daripada 1MDB meskipun ditekan. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
26 Mei 2015

Sumber HD - 26-5-2015

Saham TNB merudum kerana 1MDB, kata Kadir Jasin

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Sahlah darah perantau Bugisnya menjadikan beliau Perdana Menteri yang “foot loose, fancy free” walaupun negara dan rakyat jelata dilanda pelbagai musibah dan kejadian ngeri.

Demikian tulisan Tokoh Wartawan Negara Datuk Kadir Jasin dalam blog beliau hari ini.

“Adakah beliau peduli bahawa jangkitan sistemik 1MDB semakin teruk? Mohd Najib buat-buat tidak tahu manakala Gabenor Bank Negara pun diam membisu,” ujar beliau.

Berikut tulisan penuh beliau.

PERDANA Menteri yang suka melawat ke luar negara, Mohd Najib bin Abdul Razak, kini berada di Jepun.

Pelabur mula hilang keyakinan. Atas cakap-cakap Mohd Najib akan paksa Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli aset penjanaan 1MDB, harga saham TNB merudum di Bursa Malaysia.

Mengikut laporan akhbar kawalan MCA, The Star harga saham TNB jatuh RM1.06 sejak 18 Mei lalu. Ini bermakna modal pasaran TNB jatuh RM6 bilion dalam masa seminggu.

Dan apa yang sudah jadi dengan Felda Global Ventures (FGV), periuk nasi peneroka Felda, yang riuh-rendah disenaraikan pada bulan Jun, 2012 sebagai persediaan pilihan raya umum 2013?

Harga tawaran awam permulaannya (IPO) RM4.55. Yang dapat beli saham, termasuk peneroka, sangat gembira. Tapi semalam harga saham FGV di Bursa Malaysia hanya tinggal RM2.02 – tidak sampai separuh. Sesiapa yang masih pegang rugi RM2.53 sesaham. Adakah Mohd Isa Abdul Samad peduli?

Pelabur bukan sahaja tidak percaya lagi kepada Mohd Najib malah mereka mula menarik keluar modal mereka dari Bursa Malaysia.

Apa kata pak-pak menteri yang faham ekonomi dan pasaran macam Mustapa Mohamed, Ahmad Husni Hazadlah dan Abdul Wahid Omar? Diam membisu dilanda sindrom koro?

Lupakan Idris Jala kerana bagi beliau semuanya boleh dihujahkan sebagai sempurna asalkan beliau dan Pamandu dapat nama. – HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015



































































































































































































1MDB: Rompakan terdahsyat (siri 2)

DR DZULKEFLY AHMAD | .



1-MDB: Meminjam RM11.55 bilion, tetapi hanya terima RM6 bilion...Kenapa?
Setelah 6 tahun, kejayaan 1MDB adalah mengumpul sebanyak RM42 billion hutang korporatnya. Malangnya, pelbagai aset yang diperolehi yang sepatutnya ‘berimpak tinggi’, samada dalam bidang tenaga dan hartanah, gagal menjana ‘cash-flow’ atau ‘revenue’ yang boleh melunaskan pelbagai hutangnya.

Kini, aset-aset 1MDB bakal ‘difaraidkan’ untuk menyelamatkan dana pelaburan kedua negara ini. Khazanah Nasional Berhad, dana berdaulat negara yang pertama, tentunya adalah jenis ‘creature dan DNA’ yang berbeza.

Penulisan ini memfokas bagaimana 1MDB menjalankan pinjamannya dalam sektor tenaga secara lebih terperinci. Penulisan ini tidak memasukkan cerita Projek 3B yang telah pun diserahkan kembali kepada Suruhanjaya Tenaga (EC), kerana 1MDB tidak mampu meneruskannya.

Sangat pelik bagaimana sebuah dana pelaburan 100% milik Perbadanan Kementerian Kewangan (MOF Inc) terpaksa menstruktur pinjaman yang sebegitu rumit dan lebih penting, terlalu mahal kos pinjamannya. Akal yang waras pastinya penuh syak.

Penulis  sengaja dedahkan secara naratif atau pengkisahan, supaya dihujung penulisan ini, pembaca diminta membuat ‘hukuman’ mereka sendiri.

Pada 2012, 1MDB membuat dua perolehan penjana tenaga bebas (IPP) yakni Tanjung Pls (Ananda Krishna) pada harga RM8.5 bilion dan Genting Sanyen (Lim Goh Tong) dengan harga RM2.35 bilion atau berjumlah  tidak RM10.85 bilion.

Cakap-cakap dalam pasaran sedia memaklumi 1MDB telah membayar hampir RM2.5 bilion melebihi harga sepatutnya. Itu sudah sejarah dan bukti tidak langsung terdapat pada penyata tahunan 2013, ketika pihak auditor memberi pelupusan sebanyak RM2.5 sebagai ‘penurunan nilai muhibbah’ atau ‘goodwill’ bagi mengimbangi, antara asset dan liabiliti, dalam neraca kira-kira (Balance sheet).

Yang penting sekarang ialah mengapa 1MDB membuat pinjaman melebihi dari yang diperlukannya?

1MDB membuat pinjaman dari pasaran bon yang diuruskan oleh Goldman Sachs. 2 bon diterbitkan bernilai US$1.75b setiap bon atau US$3.5bilion bersamaan RM11.55 bilion. Pada waktu yang sama, 1-MDB membuat pinjaman secara ‘bridging loan’ atau ‘pinjaman dharurat’, sebanyak RM6.2 bilion dari satu konsortium bank yang diketuai oleh Malayan Bank Bhd dan RHB Berhad.

Jelasnya 1MDB meminjam RM17.55 bilion untuk membuat perolehan yang berjumlah RM10.85 bilion. Ternyata 1MDB membuat pinjaman sebanyak RM6.9 bilion melebihi dari yang diperlukan. Persoalannya, Mengapa?

Jawapannya kerana 1-MDB hanya menerima RM6 bilion dari jumlah yang dipinjam. Kenapa pulak? Sebab RM5.5 bilion adalah pelbagai bayaran ‘kos’ yang perlu dibuat 1-MDB! Apakah kos-kos tersebut?

Pertama, 1MDB membayar Goldman Sachs sebanyak US$393million atau RM1.3 bilion sebagai yuran dan komisyen untuk menstrukturkan pinjaman ‘canggihnya’ ini. Sebanyak RM4.25 pula digunakan untuk membayar satu ‘deposit sekuriti’ kepada sebuah syarikat namanya International Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi, yang berperanan menjadi ‘penjamin bersama’ atau ‘co-guarantor’ dalam terbitan bon oleh Goldman Sachs tadi. Sangat mahal deposit sekuriti yang dituntut oleh IPIC melebihi 37% dari jumlah bon. Kenapa dipersetuju Lembaga Pengarah 1MDB, adalah satu hal yang membingungkan, kalau tidak mencurigakan?

Deposit itu juga berperanan sebagai ‘sekuriti’ kepada IPIC yang ditawarkan satu ‘Put Option’ dalam masa 10 tahun (mudah terjemahan, Pilihan), oleh 1MDB untuk memilikki sebanyak, maksima, 49% saham dalam ‘entiti tenaga’ (Edra Global Energy Bhd) yang bakal disenaraikan oleh 1MDB!

Sangat ‘lumayan’ tawaran kepada IPIC yang bertindak hanya sebagai ‘Penjamin Bersama’ atau Co-Guarantor! Mengapa begini sekali yang dipersetujui 1MDB atau lebih tepat lagi Lembaga Pengarah 1MDB atau BODnya?! Ini sudah semacam menjadi pinjaman’Ah Long Korporat’ atau “ international loan shark”! IPIC kemudiannya memindahkan hak ‘Option’nya kepada subsidiarinya, Aabar Investments.

Ketika perancangan untuk pensenaraian asset tenaga itu itu gagal – Edra Global Energy Bhd – ada perkara pelik berlaku. Dalam laporan kewangan tahunan penuhnya untuk Mac 31, 2014, 1MDB mendedahkan bahawa sebanyak RM4.39 bilion (US$1.22 bilion) yang ditebus (redeemed) dari Cayman Island telah digunakan untuk melunaskan beberapa bayaran hutang, ‘working capital’ dan bayaran kepada Aabar Investment untuk ‘menamatkan’ perjanjian ‘Option’ yang diberikan kepadanya (IPIC asalnya).

Laporan Kewangan juga mendedahkan juga bahawa bahawa 1MDB pada May 2014, meminjam sebanyak US$250 juta untuk membeli kembali Option yang diberikan kepada Aabar. Juga pada 22 May 2014, 1MDB telah mendatangani perjanjian penyelesaian untuk menamatkan Option tersebut. Tidak ada detail bersabitan perjanjian itu kecuali bayaran penyelesaian akan ditentukan oleh penilaian ketika IPO.

Ternyata, ‘Option’ ini adalah sangat mahal untuk 1MDB dan mengapakah BOD 1MDB mengizinkan ‘Option’ ini diberikan kepada IPIC/Aabar ? Ini adalah sangat ganjil dan terus menjadi tanda-tanya yang tidak berjawab sehingga kini.

Dalam pada itu, pada 2 September, 1MDB mendedahkan bahawa Aabar menulis, memberitahu mereka tidak mahu meneruskan peruntukan ‘Option’nya dan 1MDB telah berjanji untuk membayar pampasan kepada Aabar mengikut perjanjian penyelesaian yang ditanda-tangani pada May 22, 2014 itu. Pelik mengapa perlu menandatangani satu perjanjian baru bagi menamatkan perjanjian, sebab lazimnya sudah tersedia klausa ‘termintaion’ dalam perjanjian asal.

Berapa jumlah yang dibayar kepada Aabar oleh 1MDB bagi menamatkan ‘Option’, sepatutnya mesti diketahui oleh Lembaga atau BOD 1MDB? Juga, apakah telah dibayar kembali kepada 1MDB sejumlah wang RM4.25 bilion yang disimpan sebagai ‘deposit sekuriti’ atas peranan penjamin bersama dan jaminan ‘Option’ yang kini telah pun ditamatkan? Tidak ada siapa tahu sehingga kini juga?

Turut membingungkan adalah semua yang faham hari ini, bahawa 1MDB, satu hari sebelum mendapat surat ari Aabar (2 Sept, 2014) yakni 1 September telah meminjam lagi sebanyak US$975 (RM3.6 bilion). Deutsche bank adalah ketua konsortium kepada 6 bank internasional yang telah bertindak untuk mendapatkan pinjaman tersebut untuk 1MDB. Pinjaman adalah untuk menamatkan ‘Option’ kepada Aabar (duluya IPIC). Paling mengejutkan, pinjaman untuk setahun ini, menggunakan asset milik Brazen Sky, sebagai cagaran. Kini pertikaian besar sedang bergolak. Aset Brazen Sky, anak syarikat 1MDB di Singapura ini adalh sangat diragukan. Kita akan menyambung perkara ini kemudian.

Sebagai nokhta akhir untuk penulisan, Arul Kanda Kandasamy ketika itu bekerja di Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) dengan salah sebuah 6 internasional bank yang memberikan pinjaman kepada 1MDB. Apa tujuan pinjaman ini dan bagaimana Arul Berjaya mendapatkan pinjaman untuk 1MDB dan apa cagaran yang digunakannya?

Arul kini adalah CEO 1MDB! Pengkisahan ‘Rompakan Terdahsyat’ akan kita disusuli… - HARAKAHDAILY 23/5/2015

Penulis ialah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Sumber HD - 23-5-2015








































































































































































































































































































































































































Ingat Muhyiddin, lembaga pengarah 1MDB tiada kuasa tanpa Najib

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Meskipun PAS mengalu-alukan keberanian Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa agar anggota lembaga pengarah 1MDB dipecat, namun PAS ingin mengingatkan beliau bahawa lembaga pengarah 1MDB sebenarnya tidak berkuasa tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai penasihat 1MDB.

"Tindakan Muhyiddin menyalahkan lembaga pengarah 1MDB tanpa melibatkan Najib hanyalah jalan pintas Umno mencari kambing hitam," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, 1MDB adalah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, apakah ahli lembaga pengarah boleh membuat keputusan perniagaan yang melibatkan kerajaan Malaysia tanpa pengetahuan Kementerian Kewangan yang diterajui Najib.

Contohnya, kata beliau ahli lembaga pengarah 1MDB tidak mungkin dapat menpengaruhi Kerajaan Malaysia untuk menjamin bon-bon yang dikeluarkannya tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

"Mungkinkah 1MDB dapat membeli tanah TRX dan lapangan terbang Sungai Besi pada harga sebegitu murah hanya dengan pengaruh yang dimiliki ahli pengarahnya sahaja?

"Siapa pun tak percaya," katanya.

Beliau berkata, video taklimat tertutup Muhyiddin juga menunjukkan bagaimana Umno menipu rakyat hidup-hidup selama ini.

Di depan rakyat, ujarnya 1MDB dikatakan berpotensi besar dan tiada masalah tetapi apabila berdepan sesama sendiri, mereka mengakui 1MDB bermasalah.

"Sehingga Muhyiddin berani menyuruh Najib untuk bertanggungjawab ke atas apa yang dilanda 1MDB, anggaplah ini sekadar sandiwara Umno mencari kambing hitam untuk kemelut 1MDB," ujarnya lagi.

Tambah beliau, tanpa kuasa dan pengaruh tertinggi di Malaysia, tidak mungkin 1MDB dapat menghimpun hutang sebanyak RM42 bilion daripada pelbagai sumber termasuklah Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Kepada ahli pengarah 1MDB, sekarang masanya untuk tampil menceritakan segalanya sebelum terlambat," katanya. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Sumber HD - 21-5-2015

Muhyiddin: Pecat, siasat CEO 1MDB
Posted on Thursday, May 21 @ 13:31:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar ketua pegawai operasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat dan disiasat bagi memulihkan imej kerajaan.

Katanya, tindakan serius itu perlu dijalankan untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat pada kerajaan.

"Saya beritahu PM, pecat kesemua sekali lembaga (pengarah) 1MDB.

“CEO ini buang, dan bukan saja buang. Panggil polis siasat. Ambil tindakan, barulah rakyat tengok... pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab ambil tindakan serius.

“Kalau tidak buat begitu, ini yang akan membebankan kita jatuh ke bawah,” katanya dalam satu perjumpaan bersama pemimpin tinggi Umno.

Ucapan itu dirakam dalam satu video yang dimuatkan di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah.

Video sepanjang kira-kira tujuh minit itu bagaimanapun hanya memuatkan sebahagian daripada ucapan Muhyiddin.

Dalam video tersebut, Muhyiddin ditunjukkan berucap kepada pemimpin tertinggi Umno, termasuk para naib presiden.

Pertemuan itu dipercayai berlangsung semasa sambutan ulangtahun Umno ke-68 pada pertengahan bulan ini.

Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ditunjukkan dalam video tersebut.

1MDB melantik Arul Kanda sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan pada 5 Januari lalu.

Najib pula mempengerusikan lembaga penasihatnya. 
Sumber TKO - 21-5-2015

Pemulihan 1MDB: Mengapa tak tunggu laporan audit?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Rakyat tidak mengetahui bahawa 1MDB di dalam proses pemulihan bagi mengurangkan hutang sehinggalah pengakuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

"Ini jelas satu pengakuan besar bahawa 1MDB sememangnya bermasalah besar sehingga kerajaan terpaksa campur tangan untuk menyelesaikannya," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, Najib berkata langkah pemulihan bertujuan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan 'inilah perkara yang sedang diusahakan kerajaan'.

Justeru, ujar beliau Najib perlu berterus-terang apakah dengan langkah pemulihan yang bakal dan telah diambil bagi mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion.

Beliau mempersoalkan apakah langkah pemulihan ini sudah dijalankan lama disamari oleh ‘pelaburan’ berbilion ringgit badan berkanun kerajaan.

Ini, ujarnya seperti Lembaga Tabung Haji melebihi RM1 bilion (sukuk dan pembelian tanah TRX),  Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) berjumlah RM1.4 bilion dalam anak-anak syarikat 1MDB, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM1.74 bilion (RM200 juta melalui pembelian bon dan RM1.52 bilion dalam dua anak syarikat 1MDB) dan lain-lain yang didedahkan parlimen hari ini.

Justeru, kata Tuan Ibrahim PAS menggesa agar Najib membawa langkah pemulihan itu untuk dibentangkan di parlimen untuk mendapat kelulusan.

"Sebelum kelulusan boleh diberi, Najib perlu menjawab di mana duit RM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB daripada merata tempat?" kata beliau.

Lebih membimbangkan, ujarnya apabila Najib menyatakan bahawa 'Kementerian Kewangan boleh sama-sama memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan'.

Beliau berkata, jika negara mempunyai Menteri Kewangan yang berlainan daripada Perdana Menteri, sudah tentu Najib boleh memberi pandangan berbeza.

"Tapi ini tidak, Najib menyarankan sebagai Perdana Menteri dan beliaulah yang membuat keputusan sebagai Menteri Kewangan.

"Jelas ini satu konflik kepentingan yang hanya boleh diselesaikan dengan peletakan jawatan Najib sebagai Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB dengan serta-merta," katanya.

Bagi beliau, Najib pandai menyarankan agar mereka yang menyerang 1MDB untuk sabar menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.

"Mengapa pula beliau tidak dapat bersabar menunggu sebelum mengarah kerajaan melaksanakan langkah pemulihan terhadap 1MDB?

"Apakah ada bunga hutang yang sedang mengetuk di pintu 1MDB sehingga langkah terdesak ini diambil tanpa mengira pandangan dan persepsi bahawa apa yang dilakukan inilah adalah terang-terangan satu salahguna kuasa yang teramat menjijikkan?" katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap ahli parlimen Pakatan Rakyat dapat terus mendesak Najib dengan isu 1MDB pada persidangan parlimen. - HARAKAHDAILY 19/5/2015

Sumber HD - 19-5-2015                                                                                                                           ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------      

























Abim desak dedah butiran penjualan lot tanah



























HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kontroversi pembelian tanah TRX oleh anak syarikat Tabung Haji masih jauh daripada penyelesaian. Masih ada perkara berbangkit yang wajar diberi penjelasan oleh Tabung Haji kepada pencarumnya.

Dalam hal ini Abim menuntut Pengerusi TH memberikan penjelasan kepada orang kepada beberapa persoalan yang ditimbulkan

“Merujuk kepada kenyataan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkaitan penjualan semula lot tanah yang di beli oleh TH daripada 1MDB.

“Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan penjualan itu akan berlaku dalam masa dua minggu. Jika dikira dari tarikh kenyataan itu dibuat, maka tempoh dua minggu itu telah berlalu,” demikian kenyataan Abim.

Kekeliruan wujud apabila Kumpulan Wang Amanah Persaraan yang dikatakan telah bersetuju membelinya selepas dua hari kenyataan itu dibuat, menafikan urusniaga berkaitan tanah itu telah dimuktamadkan.

Oleh itu pendeposit masih tertanya-tanya adakah ia telah dimuktamadkan?

Selain dari itu, Abim juga menuntut penjelasan bagi kenyataan yang menyebut KWAP membeli tanah tersebut dengan harga diskaun sebanyak 15%. Sedangkan Pengerusi TH menyatakan ia dijual dengan keuntungan sekitar RM 5juta, oleh yang demikian pihak TH perlu menyatakan berapakah harga yang sebenarnya dipersetujui?

Selain itu, kenyataan yang menyebut pihak KWAP hanya perlu membayar pendahuluan sebanyak 10% sahaja, berbanding syarat yang dikenakan oleh 1MDB kepada TH agar melunaskan semua bayaran dalam masa dua minggu jelas menjejaskan kecairan tunai TH.  – HARAKAHDAILY 19/5/2015

Sumber HD - 19-5-2015
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Pelaburan sukuk 1MDB: Selamatkah duit rakyat?

MUHAMMAD NURUDDIN BASHAH | .


KENYATAAN Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Datuk Seri Zukri Samat bahawa pelaburan anak syarikatnya, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) sebanyak RM85 juta di dalam sukuk Islamik yang diterbitkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah selamat kerana ia dijamin oleh kerajaan bukan merupakan jawapan yang melegakan kerana rakyat tidak peduli untung atau ruginya 1MDB suatu syarikat swasta yang tiada hubungan langsung dengan mereka.

Rakyat Malaysia yang kian celik ekonomi sebenarnya takut dengan kenyataan ‘dijamin kerajaan Malaysia’ kerana itulah petaka besar bahawa duit rakyat bakal dibelasah untuk menyelamatkan hutang terbitan sukuk berkenaan kepada Takaful Malaysia dan BIMB apabila 1MDB gulung tikar. Tetapi rasanya belum gulung tikar pun kerajaan akan terpaksa menyuntik wang lagi untuk syarikat ‘ntah apa-apa ini’.

Sebelum ini masyarakat yang sedia senak perut dengan isu 1MDB yang kian korup, bakal tenggelam ini dilambak pula dengan isu sukuk Islamik terbitan 1MDB yang dilanggan oleh Takaful Malaysia itu mempunyai tempoh matang selama 30 tahun sehingga 2039 dengan kadar kupon 5.25 peratus. (Utusan Malaysia 15 Mei 2015)

Ada banyak sebab mengapa rakyat perlu curiga dan marah dengan 1MDB sehingga bayang-bayang 1MDB pun menjadi perhatian rakyat.

1MDB ditubuh dengan niat atas kertas yang kelihatan suci namun peraktiknya cukup penuh dengan rahsia korup, kroni, ‘mark up’, ali baba dan kemunafikan ekonomi yang dahsyat.

Beberapa bulan lalu Tan Sri Abdul Kadir Shiekh Fadzir dalam wawancara Harakah menyatakan syarikat 1MDB gagal dari awal lagi kerana kerajaan BN Najib hanya harapkan golongan ‘wheeler dealer’ dan bukannya usahawan sejati. Mereka hanya berprinsip membujur lalu melintang patah dalam berurus niaga tanpa kredibiliti sebagai usahawan sebenar utuk mengukuh ekonomi negara. Beliau sendiri pelik bagaimana bejet berbilion dipohon diluar Parlimen dan mudah pula Kabinet meluluskan tanpa perlu berbahas di Parlimen[ Harakah 23-26 Mac 2015]

Sebelum ini 1MDB mengeluar kenyataan bahawa untuk menangani hutang-hutang besar mereka terpaksa melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada Jun atau Julai 2015 bagi mendapatkan dana yang akan digunakan menangani masalah aliran tunai syarikat[ http://www.mstar.com.my/ berita/berita-semasa/ 2015/03/14/ 1mdb-dijangka-selesai-hujung-tahun/ ].

1MDB juga katanya ingin lepaskan 80% pegangannya dalam aset tenaga 1MDB. Ramai percaya tindakan jual beli tanah kontroversi TRX antara 1MDB dan THP merupakan rentetan kenyataan 1MDB untuk mencairkan aset mereka tanpa perbincangan terbuka dan telus.

Rakyat juga tahu maksud ‘dijamin kerajaan’ menjadi isyarat bahawa kerajaan akan melakukan beberapa siri gelombang aktiviti merompak duit rakyat lagi dan ia bermula dengan ;

1. Penarikan subsidi gula, minyak
2. Perlaksanaan GST
3. Ingin menggunakan wang KWSP
4. Memperalat THP untuk menyelamat 1MDB secara sah hitam putih.

Ternyata rakyat yang menjamin hutang 1MDB!

Dalam web 1MDB ada tertera bahawa 1MDB merupakan syarikat ‘berdikari’ dan hanya bermodal RM 1 juta sahaja. Ia menjadi bahan jenaka hari ini.

Kalau benar berdikari dan untung dalam memberi pinjam 2013 kenapa perlu kabinet pada 25 Februari meluluskan suntikan dana sebanyak RM950 juta kepada 1MDB sebagai stand by credit, malah sebanyak RM60 juta telah digunakan demikian didedah melalui jawapan Datuk Seri Ahad Husni Hanadzlah Menteri Kewangan II di Parlimen pada 12 Mac 2015.

Manakala ada beberapa kali permohon 1MDB untuk kabinet meluluskan dana didedah oleh Tun Mahathir.

Hari ini 1MDB berhadapan dengan hutang RM42 bilion. Dalam mereka berhutang RM42 bilion inilah mereka sedang berhadapan tindakan daripada enam bank antarabangsa yang diketuai oleh Deutsche Bank yang meminjamkan sejumlah USD975 juta (bersamaan RM3.6 bilion) kepada 1MDB yang kini sedang usaha mengarahkan 1MDB membayar hutang itu lebih awal dari tempoh matang iaitu September 2015.

Rakyat juga layak tidak yakin atau curiga dengan sebarang urus niaga dengan 1MDB kerana punca pembayaran hutang lebih awal didesak enam bank berkenaan adalah kerana aset-aset 1MDB yang dibanggakan sangat iu sebenarnya palsu iaitu:

Aset USD1.103 bilion - Swiss Private Bank, BSI Singapura yang melibatkan anak syarikatnya Brazen Sky yang didakwa pihak Singapura bahawa CEO Brazen Sky mengeluar kenyataan palsu.

Kiranya di peringkat antarabangsa selain isu JLow, isu enam bank ini membuktikan 1MDB adalah syarikat penipu. Kisah cara jual ubat gaya Do Re Mi adalah petua kejayaan bisnes mereka sejak awal lagi.

Mari kita perhalusi intipati hutang RM 42 bilion:

RM3.6 bilion daripada enam bank antarabangsa (cross default boleh dikenakan pada perjanjian jika 1MDB gagal bayar tuntutan enam bank berkenaan iaitu 1MDB dianggap gagal bayar semua hutang dan perlu ditanggung kerajaan atau erti kata lain rakyat!) sukuk dan bon yang dibeli oleh Lembaga Tabung Haji, Takaful dll syarikat.

Pinjaman daripada bank tempatan 1MDB berhutang RM10 bilion untuk beli beberapa janakuasa. Persoalanya di mana untung perniagaan di Cayman yang kononnya tersimpan di Singapura? – HARAKAHDAILY 18/5/2015

Penulis ialah Exco Penyelidikan DPPN Kedah

Sumber HD - 18-5-2015

1MDB: Jika Allah kehendaki rezeki di tangan hilang

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa sedih atas kekejaman sikap muslim yang sanggup melihat saudara muslim mereka mati kehausan dan kelaparan.

"Setelah umat Islam Rohingya dibunuh dengan rakus dan kejam oleh sami-sami Buddha di bumi mereka, mereka berhijrah mencari perlindungan di negara-negara umat Islam seperti kita.

"Malangnya, mereka diperlakukan demikian rupa. Tanpa ada belas ehsan kemanusiaan, apatah lagi ukhuwwah keagamaan," tulis beliau menerusi facebook dengan tajuk Rohingya Yang Ditangisi.

Menurutnya, sudahlah ketika ribuan mereka yang dibunuh dan disembelih oleh pengganas Buddha di Myanmar, suara negara ini tidak begitu lantang membela.

Kali ini, ujarnya sanggup pula melihat mereka mati dan terseksa.

Katanya, jika musibah tidak menimpa mereka, tentu mereka juga tidak bergadai nyawa membelah badai.

"Namun, atas ketamakan kita, bimbang rezeki kita dikongsi orang, kita halau mereka bersabung nyawa di lautan.

"Kita lupa bahawa, jika Allah kehendaki rezeki yang di tangan pun boleh hilang. Lihat sahaja 1MDB. Ke mana rezeki itu telah pergi.

"Mayat pesawat yang terhempas di lautan yang hampir yakin mati masih kita cari, sedangkan yang masih hidup di lautan kita cuba biarkan mati. Di manakah kemanusiaan kita ini?" ujarnya lagi.

Sedangkan, ujar beliau negara-negara Eropah yang tidak muslim itu pun, cuba menyelamatkan pelarian di lautan mereka.

"Kita yang kononnya sakan 'salawat perdana' dengan ratusan ribu harga bayaran, sanggup melihat manusia mati di lautan demikian rupa kerana bimbang rezeki kita dikongsi orang. Kemudian, kita beritahu 'kita muslim terbaik'.

"Kita amat bimbang, kerakusan dan ketamakan kita ini akan mengundang bala Tuhan yang menakutkan," katanya.

Tambahnya, jika sebelum ini beberapa petanda bala demi bala datang kepada pentadbiran negara, atas sebab musabab yang hanya Tuhan Maha Ketahui apa yang telah berlaku dalaman mereka yang berkuasa.

Namun, ujar Dr Asri lagi kehilangan kemanusiaan ini dibimbangi menjemputi kemurkaan Tuhan di lautan dan di daratan.

"Pohon perlindungan Allah untuk sekalian rakyat yang tidak bersalah," ujarnya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Aceh atas sikap kemunusiaan mereka.

"Anda telah menyelamatkan maruah agama di mata dunia.

"Ketika dunia senyum; 'lihat muslim, mereka sendiri sanggup melihat sesama mereka mati', kesanggupan Aceh itu telah melindungi maruah umat ini," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 16/5/2015

Sumber HD - 16-5-2015











































































































































































































Soalan penyiasat 1MDB wajib tanya - Kadir Jasin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin mengemukakan 20 soalan yang wajib ditanya oleh para penyiasat dan penjelasan mengenai 1MDB.

"Saya minta izin nak cerita panjang sikit berkenaan 1MBD kali ini. Mungkin lebih panjang dan lebih terperinci daripada sebelum ini.

"Saya tujukan rencana ini khusus kepada para penyiasat Pejabat Ketua Juruaudit Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Parlimen (PAC) yang sedang dan akan memulakan siasatan ke atas 1MDB," tulis beliau dalam blognya.

Beliau juga memohon Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan memulakan sesi baru Isnin ini turut memberi perhatian rapi terhadap perkembangan isu 1MDB.

Beliau akan cuba bercerita dalam bahasa paling mudah dengan harapan paling ramai orang boleh faham dan akan cuba mudahkan bahasa korporat dan beri penjelasan.

Untuk mudahkan cerita, beliau mulakan dengan membuat kesimpulan berikut:

"Kalau kita tak buat sesuatu dengan segera untuk atasi masalah 1MDB ia akan muflis dan kita serta anak cucu akan tanggung beban dan bala yang dahsyat," tulisnya.

Masalahnya, ujar beliau sekarang bukan lagi sama ada 1MDB perlu di“bailout” (diselamatkan) tapi sejauh mana kita melaksanakan proses itu dan belanja yang terpaksa kita keluarkan.

Berikut adalah antara soalan yang wajib ditanya oleh para penyiasat dan penjelasan mengenainya. - HARAKAHDAILY 16/5/2015

Baca lagi

Sumber HD -16-5-2015













































































































































































































Setengah orang jadikan 1MDB mesin atm mereka!












































































































































































































sakmongkol.blogspot.com | .


MEIN Gott! Wir sind tief in der Scheiße!

Frasa German diatas bermaksud my god, we are in deep shit. Mungkin itulah sentimen Deutsche Bank pada waktu ini.

Mengikut lapuran, enam bank yang sedang runsing menuntut 1MDB membayar pinjaman RM3.6 billion 4 bulan lebih awal. Jika mereka menuntut duit mereka sekarang, ertinya, bank ini yang di pimpin oleh Deutsche Bank AG yakin bahawa 1MDB akan kaput.

Bank German, maka saya gunakan istilah kaput. Mati.

Datuk Seri Nazir Razak, anak Tun Razak yang paling sensible sekali menyatakan bahawa tindakan yang paling bertanggung jawab yang patut dilakukan oleh lembaga pengarah dan beberapa eksekutif 1MDB ialah meletak jawatan. Kemudian biarkan suatu pasukan audit bebas membedah 1MDB.

Deutsche Bank dan Nazir Razak adalah pakar dalam bidang kewangan. Eloklah kita dengar cakap mereka yang pakar. Saya hanya tahu guna kad atm dari mesin atm bank.

Setengah orang menjadikan 1MDB mesin atm mereka!

Janganlah kita memaafkan mereka hanya kerana mereka Melayu. Ramai lagi Melayu yang jujur dan baik. Buang Melayu jenis ini, ramai lagi Melayu ada. Jika semua 3.2 juta melayu Umno terjun longkang, ada 15 juta Melayu lain boleh ambil tempat mereka.

Deutsche Bank mencari pencerahan mengenai cagaran yang diberikan kepada nya oleh 1MDB. Cagaran tersebut ialah deposit sebanyak USD1.03 billion dalam bank BSI.

Apa maksud mencari klarifikasi dan pencerahan? Vatt ist der meaning zeeking un glarifikazion?

Adakah sekuriti itu tidak ada sebetulnya? Duit sebanyak itu tidak ada? Tak ada wang tunai USD1.03 billion? Sudah dibawa lari? Dicuri toyol belaan? Atau telah dikeluarkan oleh sesiapa?

Soalan yang paling popular di Malaysia sekarang ialah siapa yang mengarah duit itu dikeluarkan? Siapa yang mengarah yang mengarah itu?

Atau nilai USD1.03 billion tidak bernilai demikian? Ada berapa? USD500 million?

Jika (1) tidak ada tunai USD1.03 billion atau (2) nilai kurang USD1.03 billion, bagaimana Deutsche Bank luluskan RM3.6 bilion dan apakah bukti dari BSI yang diguna oleh 1MDB itu tulin atau palsu?

Dalam pasaran sekarang ada pula cerita bahawa pasangan pertama Malaysia  adalah kawan baik kepada pemilik dan isteri bank BSI. Jadi mereka bisik-bisik kepada pemilik BSI minta bantuan tolong dapatkan pinjaman sindiket tanpa syarat yang ketat. Syarat longgar itu bagaimana bentuk nya? Selonggar mana pula?

Tapi dalam parlimen PM sebagai Menteri Kewangan telah memberi jawapan bertulis duit sebanyak USD1.03 billion itu ada dalam BSI. Kita tidak ada sebab untuk tidak mempercayai deklarasi keturunan Bugis ini. Mesti dia bercakap benar. Dalam parlimen  pulak itu.

Tapi bagaimana Deutsche Bank AG sebagai ketua bank tidak verify sama ada dokumen yang dikemukakan itu tulin dan sempurna? Tidakkah ini bermakna terdapat kolusi antara orang dalam Deutsche Bank AG dengan orang dalam BSI?

Jika 1MDB bungkus, adakah ini akan menyebabkan cross default dengan peminjam lain yakni mengakibatkan peminjam lain pun menuntut perlupusan pinjaman oleh 1MDB?  1MDB ada cukup wang kah untuk membayar pinjaman ini?

Dengan pembelian aset2 1MDB oleh agensi kerajaan yang lain dengan kadar segera dan tersembunyi, menunjukkan bahawa 1MDB sudah habis punca nak bayar.

Penjualan aset milik 1MDB yang dibelinya semenjak 2009 sehinga sekarang, jika perlu dijual bererti pelan pelaburan yang memulakan 1MDB tidak berjaya dan tidaklah mantap. Maka semua cakap-cakap bahawa pelan pelaburan 1MDB mantap dan strategik semuanya kelentongan kerajaan.

Aset yang mendatangkan hasil hanyalah IPP yang dibeli. Tapi nyata revenue dari IPP tidak cukup. Pelaburan lain semua lambat hasil.

Sebab itu kita lihat 1MDB sekarang sedang sibuk membuat asset stripping. Jual apa yang boleh termasuklah memaksa TNB yang sekarang sedang beroperasi dengan simpanan lebihan kuasa 55% membeli IPP yang dimiliki oleh 1MDB.

Dan adakah strategi itu bagus - iaitu menjual aset yang mendatangkan keuntungan semasa untuk 1MDB? Kalau tidak ada IPP ini, apakah sumber pendapatan semasa 1MDB?

Pemajuan tanah akan ambil masa. Apakah pilihan 1MDB?

Saya tahu - kenapa tidak 1MDB beli rangkaian semua kedai nasi kandar dalam negara ini yang menjana pendapatan berjuta ringgit sebulan? 1MDB is truly a mess.

Saya bukan nak menuduh - tapi saya rasa semua laci wang GLC kita semua sudah terbuka dan dikosongkan. Now Najib and his gang of pillagers are looking for after the fact excuses to give to the public.

Semua sudah digeledah dan dipaksa membeli aset atau melanggani bon yang diterbitkan oleh 1MDB. Tigggal lagi PM yang juga menteri kewangan menanti saat bahagia untuk memberi justifikasi mengapa laci tersebut sudah dikosongkan kandungannya.

Tabung Haji, KWAP, EPF, LTAT, bahkan kerajaan negeri pun mungkin dikerah menyelamatkan skandal 1MDB. Kita tunggu dan lihat.

Dalam parlimen saya bertanya dan Menteri Kewangan menjawab bahawa dalam bank bernama BSI-sebuah bank yang kecil sahaja, 1MDB simpan USD1.03 billion.

Mengapa tidak dibawa balik ke Malaysia? PM Malaysia yang juga menteri kewangan menyatakan kalau bawak balik ke Malaysia, pengeluaran setiap RM50 juta mesti mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.

Saya tidak tahulah, sama ada ini alasan seorang menteri, PM atau alasan penyembunyi wang. Biarlah pembaca yang buat pengadilan.

Teori saya, ialah ia tidak boleh dibawa balik ke dalam Malaysia kerana ada pihak yang ada tuntutan ke atasnya. Mungkin USD1.03 billion itu dijadikan cagaran.

Mengikut laporan juga, penyata bank Brazen Sky anak syarikat 1MDB telah dikemukakan oleh Arul Kanda sebagai proof of funds. Tapi  cerita berikutnya jadi kelam kabut. BSI kata, dokumen yang ditender oleh Arul Kanda kepada konsortium bank bukan dokumen asal BSI.

Hah? Ertinya, sebuah syarikat mega seperti 1MDB melalui ejensi Arul Kanda mengemukakan dokumen palsu?

Janganlah pihak 1MDB main menyorok-nyorok dengan kita tidak mahu jujur menerangkan perkara yang sebenarnya. Jika di Singapura, pihak MAS - Monetary of Singapore mempunya kuasa besar untuk mengarah dan memerintah mana-mana institusi kewangan menjelaskan perkara yang benar, maka dalam negara kita, bank negara sepatutnya mempunyai autoriti yang besar untuk memerintah 1MDB yang membuat transaksi kewangan menjelaskan perkara yang benar.

Saya rasa, sahabat saya yang mengetuai PAC, Mr. PACman mesti berani bertemu dengan Bank Negara dan bersamanya mengarah pengurusan 1MDB menjelaskan kedudukan sebenar. - http://sakmongkol.blogspot.com/

Sumber HD - 15-5-2015

Tahniah Takaful tampil sah beli sukuk 1MDB













































































































































































































HARAKAHDAILY | .


Tahniah diucapkan kepada Syarikat Takaful Malaysia Bhd yang berani tampil untuk mengesahkan pembelian bon sukuk bernilai RM85 juta daripada 1Malaysia Development Berhad, 1MDB.

Seeloknya syarikat-syarikat yang melibatkan duit rakyat turut tampil ke depan seperti Takaful untuk mengesahkan pinjaman duit kepada 1MDB melalui pembelian sukuk.

Jangan jadi seperti Lembaga Tabung Haji yang seolah-olah cuba merahsiakan urusannya dengan 1MDB. Jika tidak ditanya dengan betul, masakan LTH akan mengesahkan ada pelaburan sukuk sebanyak RM920.8 juta di dalam 1MDB selain pembelian tanah TRX yang dijual oleh 1MDB.

Pendedahan ini perlu kerana kontroversi yang mengelilingi 1MDB sangat besar.

Pengakuan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Takaful Malaysia Bhd Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil bahawa masih belum menerima pembayaran kadar kupon daripada pembelian sukuk daripada 1MDB sejak 2009 juga amat merisaukan.

Melihat pada prestasi sukuk yang dibeli Takaful, persoalan timbul apakah 1MDB mampu membayar apa yang dijanjinya kepada TH melalui penjualan sukuk yang bernilai RM920.8 juta sekiranya ia menghadapi masalah untuk melangsaikan hutang-hutangnya daripada bank seperti Deutsche Bank?

Apakah TH dan Takaful tidak risau mengenai pelaburan membeli sukuk 1MDB?

Apakah ini kerana kerajaan adalah penjamin kepada sukuk tersebut jika 1MDB tidak mampu membayarnya? Jika benar, rakyat perlu risau. Kerana merekalah yang perlu membayar hutang ini pada penghujungnya nanti melalui pelbagai cukai yang dikenakan ke atas mereka.

Kalau ini terjadi, maka ia sangat memilukan kerana 1MDB menikmati duit yang dipinjamnya, tapi hutangnya pula dibayar rakyat. Lebih ironi ialah rakyat adalah pencarum, dan rakyat jugalah yang membayar untung kepada pelaburan TH dan Takaful dalam sukuk 1MDB apabila tiba tempoh matang nanti.

Dalam pada itu, PAS menyokong desakan Pengerusi CIMB Datuk Nazir Razak agar Lembaga Pengarah 1MDB meletak jawatan sekiranya gagal menjawab persoalan mengenai kewangannya.

Bukan itu sahaja, PAS juga menyeru Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan sebagai Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan serta-merta sebelum laporan audit mengenai 1MDB oleh Ketua Audit Negara disiapkan. Kedudukan PM sebagai penasihat 1MDB adalah satu konflik kepentingan dan halangan untuk siasatan kepada 1MBD dilakukan secara telus dan tanpa rasa takut.

Jangan biar rakyat nampak yang tertuduh sedang mengerahkan orang lain untuk menyiasat tertuduh sendiri. - HARAKAHDAILY 15/5/2015

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
15 Mei 2015

Sumber HD - 15-5-2015

Takaful beli sukuk 1MDB, pendeposit TH bimbang lagi













































































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengakuan anak syarikat Tabung Haji (TH) Takaful Malaysia Bhd membeli sukuk 1MDB bernilai RM985 juta sekali lagi membimbangkan para pendeposit TH.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abd Manan berkata, ia merupakan satu pembelian yang penuh tanda tanya kerana masalah yang membelenggui 1MDB.

"Mampukah 1MDB mengotakan janjinya memberikan pulangan berserta keuntungan kepada pembeli sukuk tersebut sedangkan riuh di pelbagai media?" tanya beliau dalam sat kenyataan.

Ini katanya kerana 1MDB sedang bergelut mencari penyelesaian terhadap aliran tunai bagi menjelaskan 'hutang mega' miliknya.

Selain itu, ujarnya pengakuan itu juga menimbulkan tanda tanya terhadap penglibatan 4 orang peneraju pengurusan TH dan peranan mereka di kedua-dua institusi itu dan apakah peranan mereka.

Tambahnya, sekali lagi penjelasan TH khususnya daripada Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Tan Sri Ismee Ismail dituntut.

"Beliau perlu sedar bahawa umat Islam di Malaysia ternanti-nanti penjelasan daripada beliau," atanya.

Persoalan selanjutnya, kata beliau adakah Pengerusi TH memejamkan mata dan menutup telinga terhadap penglibatan para pengurusan tertinggi TH di 1MDB serta urusniaga yang melibatkan keduanya.

Justeru, ujar beliau Datuk Seri Abdul Azeez, perlu sedar bahawa hubungan yang sebegini antara TH dan 1MDB boleh meragut keyakinan para pendeposit.

"Ia memusnahkan reputasi TH sebagai pemegang amanah dana rakyat umat Islam yang mahu menunaikan rukun Islam kelima.

"Jika Datuk Abdul Azeez sudah keliru dengan fungsi TH, maka itu tandanya beliau perlu mengundurkan diri sebagai Pengerusi TH," ujar beliau lagi.

Tegasnya, umat Islam tidak mahu Pengerusi TH yang tidak peka dengan perkara yang boleh menimbulkan keraguan dan salah sangka. - HARAKAHDAILY 15/5/2015

Sumber HD - 15-5-2015

Talian hayat 1MDB ada pada Najib, bubar parlimen

HARAKAHDAILY | .


PENDEDAHAN bloggers The Benchmark mengubah senario isu skandal kewangan 1MDB yang sebelum ini bersilat pencak mengelak hingga adegan saman menyaman kononnya mahu membuktikan syarikat pelaburan kontroversi itu tidak berdepan masalah.

Ia bermula dengan isu pembelian tanah di The Razak Exchange (TRX) yang bernilai RM 188.5 juta selepas diskaun walaupun bagi penilai hartanah tempatan harga itu terlalu mahal buat tanah sebesar setengah padang bola itu.

Pakatan Rakyat melihat dari dekat isu ini sejak isu 1MDB terdedah. Penglibatan Tabung Haji membeli tanah di TRX membuka pekung lebih luas bahawa syarikat 1MDB ini sebenarnya menanti rebah.

Malang sekali mereka yang mengendalikan TH ini khususnya kementerian yang menjaga Tabung Haji iaitu Jabatan Perdana Menteri di bawah menteri yang berkelulusan agama, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom.

Bukan sahaja mereka tidak menasihatkan Perdana Menteri mahupun TH agar tidak melabur dalam TRX untuk menyelamatkan syarikat  itu malah mereka khususnya Jamil Khir yang berkelulusan agama tidak pun membantah, sebaliknya menyokong terus mempertahan kesalahan jelas yang berlaku.

PAS beberapa kali mengusulkan agar siasatan bebas dibuat ke atas 1MDB khususnya bagaimana hutang RM42 billion boleh berlaku.

SPRM mesti mengambil peluang ini untuk mengembalikan wibawa dengan menyiasat kes 1MDB ini sedalam-dalamnya. Kenyataan Tan Sri Abu Kasim pada 15 April yang lalu perlu dibuktikan dengan tindakan yang tuntas demi mengembalikan wibawa SPRM tersebut.
 
Malah selepas terdedahnya transaksi pembelian TRX oleh TH untuk menyelamatkan 1MDB ini seluruh rakyat tidak kira parti menyuarakan kebimbangan dan ketidakyakinan mereka dengan urusan kewangan pendeposit TH.

Rata-rata kecewa wang mereka dikhianati oleh mereka yang menjadi teraju TH yang berkepentingan dalam 1MDB.

Perdana Menteri yang menjadi penasihat kepada 1MDB dan mempunyai akses kepada TH melalui pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sepatutnya bertanggungjawab dengan kemelut yang berlaku.

Telah banyak rekod menunjukkan sejak mula krisis skandal 1MDB ini menyebabkan kewangan negara makin bermasalah kerana penyelesaian hutang dan kerugian syarikat ini tertumpu pada dana awam yang mahu ditransitkan kepada syarikat ini.

Selepas TH akan ada lagi dana awam bakal diguna secara wewenang untuk selamatkan 1MDB. Mahu atau tidak rakyat harus terus mendesak Najib Razak membubarkan segera Parlimen agar kerajaan yang hilang integriti ini digantikan dengan rakyat menentukan semula kerajaan baharu. - HARAKAHDAILY 14/5/2015

MOHAMAD SABU
Timbalan Presiden PAS
14 Mei 2015

Sumber HD - 14-5-2015
















































































































































































































Berapa harga PHB jual TRX kepada 1MDB? 















































































































































































































| .


KUALA LUMPUR: Pengurusan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) diminta menjelaskan tentang pertukaran hak milik tanah di Tun Razak Exchange (TRX) kepada 1Malaysia Develompent Berhad (1MDB).

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PHB yang dahulu dikenali sebagai Pelaburan Hartanah Bumiputra Berhad (PHBB) merupakan pemilik asal tanah tersebut ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri dalam menjaga hak bumiputra dari sudut hartanah.

"PHB diberikan tanah tersebut untuk membangunkan ekonomi serta memelihara bumiputera, tanah itu cukup bernilai dan saya pasti harganya mencecah ribuan ringgit kaki persegi.

"Namun apabila PHB menjualnya kepada 1MDB dengan harga yang begitu rendah iaitu sekitar RM64 kaki persegi itu menimbulkan persoalan.

"Kenapa itu berlaku, di mana letaknya matlamat asal PHB dalam menjaga kepentingan bumiputera dan apa yang tersembunyi disebalik urusan penjualan tanah tersebut, siapa yang terlibat serta kenapa jual," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut menggesa individu yang bertanggungjawab menjual tanah PHB kepada 1MDB tampil menjelaskan tentang harga sebenar yang dibayar oleh 1MDB.

"Dikatakan bahawa tanah yang diperuntukkan kepada PHB ini berlaku pada era Abdullah lagi dengan tujuan untuk membangunkan tanah tersebut supaya di segi agihan kekayaan negara masih lagi dimiliki bumiputra.

"Namun sebaliknya berlaku matlamat PHB tidak dapat dilaksanakan, kenapa aset yang begitu berharga itu telah bertukar tangan," sambung beliau lagi.

Beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan perjalanan perjanjian di sebalik penjualan tanah tersebut.

Sementara itu web PHB menunjukkan Najib juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera. - HARAKAHDAILY 14/5/2015

Sumber HD - 14-5-2015

Selepas PNB nafi, siapa sebenar beli Sukuk 1MDB?
















































































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dua hari lepas, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengaku membeli sukuk Bandar Malaysia terbitan 1MDB sebanyak RM920.8 juta pada Februari 2014.

Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menafikan dakwaan ia terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM1.5 bilion.

"Jadi, siapa sebenarnya membeli sukuk 1MDB atau dalam erti kata meminjam duit kepada 1MDB? Apakah ia satu lagi badan berkanun kerajaan atau pihak asing?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun, kata beliau persoalannya mudah ialah di manakah duit RM1.5 bilion ini hasil jualan sukuk ini sekarang.

Begitu juga, ujar beliau dengan duit hutang RM3.5 bilion yang dipinjam daripada enam bank yang diketuai Deutsche Bank.

"Di manakah duit RM3.5 bilion ini sekarang?" soalnya lagi.

Beliau juga mempersoalkan apakah status suntikan oleh Putrajaya dalam bentuk 'standby credit' RM950 juta ke dalam 1MDB yang diperakui Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Mac 2015? Di manakah duit RM950 juta itu sekarang?

"Bagaimana pula dengan duit untung RM188 juta yang diperolehi daripada penjualan tanah TRX kepada TH baru-baru ini?
"Di manakah duit ini sekarang?" tanya Tuan Ibrahim.

Tambahnya, tidak dinafikan banyak perkara yang di dalam 1MDB menimbulkan seribu satu persoalan dan transaksi melibatkan 1MDB amat merumitkan.

"Tapi segalanya itu boleh dirangkum dalam satu persoalan yang mudah – di manakah duit 1MDB sebanyak RM42 bilion yang dipinjam daripada merata tempat ini sekarang kerana Bandar Malaysia dan TRX yang diwar-warkan masih jauh daripada direalisasikan?" ujarnya lagi.

Justeru, beliau berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Penasihat 1MDB boleh menjawab persoalan itu. - HARAKAHDAILY 13/5/2015

Sumber HD - 13-5-2015

Najib mesti bawa skandal 1MDB ke parlimen

















































































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara sahaja, Datuk Seri Najib Razak mesti jelaskan isu 1MDB di parlimen.

"Saya tidak nafikan bahawa ia adalah hak Umno untuk memberikan penjelasan kepada ahli-ahli Umno berkenaan isu-isu yang dikaitkan dengan Presiden Umno," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Tetapi, ujarnya harus disedari bahawa Najib ialah Perdana Menteri Malaysia dan 1MDB adalah milik Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan yang mana beliau juga adalah menterinya.

Katanya, krisis yang melanda 1MDB memberi kesan langsung kepada status kewangan negara yang mana rakyat sebagai pembayar cukai adalah antara penyumbang terbesar pendapatan negara.

"Lainlah jika Umno berpendirian bahawa harta dan wang kerajaan adalah milik Umno," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, kalaulah Najib melihat ada kewajaran memberikan penjelasan kepada etua-ketua Umno bahagian berkenaan isu-isu yang dikaitkan dengan beliau bagi memulihkan mandat Umno terhadap beliau sebagai Presiden Umno, maka bagi memulihkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri pula amat wajar sekali jika Najib menjelaskan isu itu di parlimen.

Ini, ujar beliau kerana rakyat Malaysia bukan ahli dan penyokong Umno sahaja.

"Harus diingati bahawa Barisan Nasional (BN) hanya menguasai 47.38% undi sahaja daripada seluruh rakyat Malaysia dalam PRU13 yang lepas, dan saya yakin kini ia semakin merosot," Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Tidak cukup dengan siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara sahaja, Datuk Seri Najib Razak mesti jelaskan isu 1MDB di parlimen. - HARAKAHDAILY 13/5/2015

Sumber HD - 13-5-2015

Tiada mesyuarat Majlis Fatwa tentang 1MDB - Dr Asri


















































































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

"Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

"Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini," jelasnya menerusi facebook.

Dalam laman facebook itu, beliau turut memuatkan salinan sebuah akhbar harian yang melaporkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sahkan transaksi pembelian daripada 1MDB mengikut syariah. - HARAKAHDAILY 11/5/2015

Sumber HD - 11-5-2015

Isu 1MDB Dan Tabung Haji Sudah Jadi Semakin Gila


KUALA TERENGGANU – Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO’s) negeri Terengganu menyifatkan isu yang melibatkan 1MDB dan Tabung Haji sudah menjadi semakin gila, manakala isu berkaitan dengan GST masih belum selesai.

Menurut Ketua Sekretariat NGo Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim, Tabung Haji (TH) mendakwa tanah 1MDB yang dibeli lebih murah dari harga pasaran dan menguntungkan.
Sedangkan TH telah membeli tanah seluas 1.56 ekar itu, dengan harga RM188.5juta atau RM2,773 sekaki persegi.

“Pada tahun 2010…….tak sampai 5 tahun lalu…..tanah TRX seluas 70 ekar milik kerajaan dijual pada harga kesemuanya berjumlah RM194juta. Bandingkan harga utk 1.56 ekar dengan untuk 70 ekar dilokasi yang sama.



“Salah satu atau kedua duanya telah melakukan kesalahan yang sangat besar (iaitu) Tabung Haji kerana membeli harga yang berpuluh kali lipat lebih tinggi,”jelasnya.

Atau sebaliknya, kata beliau, Kementerian Kewangan yang Menteri Kewangannya adalah Dato’ Seri Najib sendiri yang juga Pengerusi BN dan Perdana Menteri melupuskan tanah milik kerajaan kepada 1MDB pada harga berpuluh kali lipat lebih rendah.

Beliau berkata, rakyat telah kehilangan berbillion ringgit dana wang awam kerana terpaksa menanggung hutang bilionan ringgit yang dibuat oleh 1MDB dengan sebahagiannya dijamin kerajaan.

“Ambil sedikit sahaja……sekadar ‘celah gigi’, dari nilai yang dibayar oleh Tabung Haji untuk harga yang setinggi berpuluh kali lipat 1.56 ekar tanah milik 1MDB di Tun Razak Xchange,
“(ia) sudah boleh menyediakan rumah secara percuma kepada beratus-ratus mangsa banjir beragama Islam yang musnah rumah mereka ketika banjir di Kelantan dan masih ketiadaan rumah ketika ini,”kritik Amzad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau berpendapat, selaku pendeposit di Tabung Haji, beliau lebih redha wang ibadah yang diamanahkan kepada Tabung Haji itu dibelanjakan membantu sesama saudara Islamm yang masih ramai susah, dari wang susah payah mereka diperkudakan untuk membiayai ‘ketololan’ 1MDB.

“(1MDB) yg melibatkan angka sehingga RM43 Billion wang awam yg tak jelas kedudukannya serta dibayangi skandal dan (perbuatan) ‘joli katak’ Jho Low yang berbelanja sakan berhibur dengan artis Hollywood,

“Bila lagi rakyat mahu sedar dari terus lena? GST dan FELDA……… KWSP dan Tabung Amanah Wang Pencen. Tabung Haji dan (kini) 1MDB,”tegas beliau.

Sumber BO - 10-5-2015




















































































































































































































1MDB: Nasib baik Mahathir belum mati




















































































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Mulanya Tun Mahathir dianggap sebagai jahat dan khianat dalam pendedahan ketempangan 1MDB tetapi apabila disertai oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri maka beliau tidak lagi keseorangan.

Demikian ulasan bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam blognya semalam bertajuk '1MDB: Nasib Baik Mahathir Belum Mati, Najib Batalkan Pembelian TH Dalam Keadaan Panik'

Menurutnya, kebangkitan rakyat telah menegakkan kebenaran Tun Mahathir yang menyebabkan ramai bertanya, bagaimanakah jika Mahathir telah mati lama dahulu.

"Siapakah yang akan mendedahkan pekong 1MDB? Siapakah yang akan berani menjuarai isu ini?

"Ramai yang menyatakan kepada saya, nasib baik Mahathir masih hidup," tulisnya sebagaimana di bawah.

Sesiapa juga yang tidak buta akal akan dapat membaca bahawa nasihat (arahan?) Perdana Menteri Datuk Seri Najib supaya Lembaga Tabung Haji (TH) menjual semula tanah  yang dibelinya dari 1MDB dengan harga RM188.5 juta telah dibuat dalam keadaan panik.

Suatu keputusan yang dibuat dengan gopah-gapah dan terburu-buru kerana panik  tidak mencerminkan kematangan pertimbangan dan menampakkan kelemahan pimpinan.

Datuk Seri Najib tentunya mengharapkan tindak balas positif dari rakyat atas keputusannya itu tetapi hakikat sebenarnya telah menghilangkan rasa hormat rakyat dan menjatuhkan maruah kerajaan.

Alasan diberikan oleh Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez bahawa keputusan itu dibuat  kerana menghormati sensitiviti pendeposit. Ertinya Lembaga TH tidak senstif terhadap perasaan pendeposit sebelum perkara ini terdedah secara haram. Sensitif kerana telah terdedah dan bukan kerana penghayatan sebati terhadap amanah pencarum.

Penjualan kembali  dalam keadaan panik ini  jelas memperkuatkan  lagi  anggapan ramai selama ini tentang kepimpinan Datuk Seri Naib yang flip-flop dan kesilapan dalam  membuat beberapa keputusan penting mengenai rakyat  dan negara seperti penghapusan ISA dan pembatalan hasrat untuk hapuskan Akta Hasutan.

Dalam keadaan kes 1MDB masih dalam siasatan, pendedahan mengenai pembelian tanah 1MDB oleh TH menyebabkan rakyat melihat kebenaran dalam tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  mempersoalkan masalaah kecurangan dalam pengurusan kewangan  1MBD termasuk hutang berbilion yang tidak dapat dibayar walaupun mereka tidak faham.

Penafian bahawa pembelian tanah dari 1MDB itu bukan sebagai langkah penyelamatan (bailout) sukar untuk diterima oleh rakyat kerana rakyat  sekarang beranggapan bahawa pembelian itu cuba disembunyikan dari mereka.

Rakyat sekarang memperhitungkan pendedahan secara haram yang dilakukan oleh sebuah blog telah menyelamatkan wang simpanan mereka dalam Tabung Haji.

Ramai yang "termuntah" apabila  Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez mengatakan di TV3 malam ini bahawa penjualan semula  tanah yang dibeli dari 1MDB itu  adalah untuk menghentikan fitnah  dari terus berlaku. Apakah Tun Mahathir telah melakukan fitnah atau Tun Mahathir telah menjalankan perintah Allah untuk mengatakan sesuatu yang benar walaupun pahit?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib sedang menghadapi  tekanan dari rakyat  bawahan hingga ke istana, dari pemimpin pemimpin UMNO; Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, naib-naib presiden UMNO dan lain-lain lagi mengenai 1MDB yang Najib adalah penasihatnya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah membantah GST dengan menyifatkan arahan pelaksanaan cukai itu terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal.

Mulanya Tun Mahathir dianggap sebagai jahat dan khianat dalam pendedahan ketempangan 1MDB tetapi bila disertai oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri maka beliau tidak lagi keseorangan. Kebangkitan rakyat telah menegakkan kebenaran Tun Mahathir yang menyebabkan ramai bertanya: Bagaimanakah jika Mahathir telah mati lama dahulu? Siapakah yang akan mendedahkan pekong 1MDB? Siapakah yang akan berani menjuarai isu ini?

Ramai yang menyatakan kepada saya, nasib baik Mahathir masih hidup.

Marilah kita berdoa agar Allah terus memberikan kesihatan kepadanya dan memanjangkan  usianya, tidak sahaja untuk melihat Najib dalam keadaan panik tetapi sehingga dapat melihat negara ini berada di bawah pimpinan yang dapat memulihkan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam.

Rakyat sedang menunggu suatu ucapan penting Presiden UMNO Datuk Seri Najib sempena ulangtahun UMNO ke-69 Isnin ini tetapi pastinya bukan mengenai perletakan jawatan sebaliknya seruan kepada seluruh  pemimpin UMNO supaya mengekalkan perpaduan  untuk membantu  beliau menghadapi cabaran yang lebih besar.

Sumber HD - 10-5-2015

Tanya PM, bagaimana 1MDB kumpul hutang RM42 bilion?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji perlu membatalkan pembelian tanah dan bukan menjual tanah itu kepada pihak lain, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, rakyat marah kerana duit Tabung Haji disalurkan kepada 1MDB yang bermasalah apabila mereka di TH yang membuat keputusan membeli tanah daripada 1MDB juga memegang jawatan penting dalam 1MDB.

Menurutnya, menjual tanah kepada pihak lain bukanlah penyelesaian dan tidak akan dapat menutup bangkai hutang 1MDB.

"Kerana ini bukan tindakan pembetulan, ini tindakan menutup kesilapan tanpa memikirkan bagaimana perkara ini boleh dielak daripada berulang," ujarnya.

Justeru, kata beliau selaku penasihat 1MDB, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak wajar menerangkan bagaimana 1MDB mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion.

Tambahnya, cadangan PM, selaku penasihat 1MDB, untuk TH menjual balik tanah 1MDB dan bukan membatalkan pembelian tanah itu adalah sangat menjengkelkan.

"Apakah betul 1MDB amat memerlukan duit keuntungan tersebut untuk membayar bunga hutang sehingga Najib tidak berani mengarahkan pembelian tanah itu dibatalkan?" tanya beliau.

Beliau menegaskan bahawa rakyat perlu terus menekan untuk jawapan. - HARAKAHDAILY 9/5/2015

Sumber HD - 9-5-2015






















































































































































































































Selesai segera isu 1MDB, jangan jadi barah negara






















































































































































































































MOHD AZMI ABDUL HAMID | .


Majlis Perundingan Petubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendirian syarikat kerajaan 1MDB yang kini dipersoalkan menjadi barah negara yang tidak boleh dibiar berlarutan. Dengan bebanan hutang yang sedemikian besar berjumlah RM42 bilion, negara sedang menanggung bebanan kewangan yang parah bagaikan barah yang akan melumpuhkan kewangan negara jika ia tidak segera diatasi.

Walaupun Perdana Menteri sudah mengarahkan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiapkan laporan, namun keresahan rakyat terhadap soal pokok iaitu ke mana hilang wang yang dipinjam oleh 1MDB itu masih tidak terjawab.

Kini sebagai akibat dari ketidakjelasan yang berlanjutan, rakyat sudah luntur kepercayaan kepada kerajaan.

Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan sepenuhnya, kerajaan mempunya kuasa untuk membuat keputusan yang muktamad untuk menamatkan kepincangan dalam operasi syarikat tersebut.

Pada awal lagi ketika 1MDB diwujudkan, sepatutnya PM sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB itu memastikan tidak berlaku uruskelola yang salah dan menentukan  tahap daya maju syarikat tersebut serta uruskelola korporat yang baik (good corporat governance) yang mesti diamalkan.

Aliran kewangan yang tidak mengikut peraturan standard sebuah badan korporat di bawah PM sekaligus memegang jawatan Menteri Kewangan tidak sepatutnya berlaku.

Akibat tidak terdapat penjelasan yang memuaskan, kini keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan integriti kerajaan  semakin luntur.

Ternyata dengan pelbagai persoalan yang tidak terjawab mengenai 1MDB sehingga sekarang, ia kini menjadi barah yang semakin kronik dan kerajaan berhadapan dengan krisis keyakinan rakyat.

Kerajaan mesti mengambil tanggungjawab penuh terhadap krisis yang berlaku dan rakyat tidak boleh dibiar terus tertanya-tanya mengenai isu ini.

Jika aset yang dimiliki oleh 1MDB terpaksa dijual untuk melunaskan hutang, wang dari agensi awam tidak sepatutnya diguna untuk tujuan menyelamatkan syarikat tersebut.

Kami sangat kecewa kenapa pihak kerajaan tidak mengambil langkah segera merungkaikan kekusutan uruskelola korporat yang salah itu.

Isu pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji kini mencetuskan satu lagi kontroversi. Harga tanah yang dibeli oleh 1MDB dan dicatat di bawah harga pasaran dan kemudian dijual kepada Tabung Haji dengan harga yang sangat tinggi, sudah semestinya berhak dipersoalkan oleh warga penyimpan dan pencarum Tabung Haji. Sekarang konflik kepentingan antara Ahli Lembaga TH dan Ahli Lembaga 1MDB pula terdedah.

Pengurusan Lembaga Tabung Haji mungkin berhak membuat keputusan dalam urusniaga pelaburannya. Akan tetapi jika anggota Lembaga TH yang sama berada dalam 1MDB dan keputusan dibuat untuk TH membeli tanah 1MDB untuk menyelamatkan syarikat 1MDB yang bermasalah itu, maka kesangsian warga penyimpan Tabung Haji terhadap keputusan pembelian tanah itu, bukan suatu yang pelik.

Kerajaan tidak boleh membiarkan kepincangan pengurusan 1MDB terus membebankan kewangan negara dan menjadi barah yang membawa maut.

Jamaah Menteri Kabinet mesti mengadakan mesyuarat khas untuk membuat keputusan yang muktamad  mengenai isu 1MDB. Melengah-lengahkan tindakan dan membiarkan aset negara disalah urus akan membawa petaka besar kepada seluruh rakyat.

Penulis ialah Presiden Mapim.
HARAKAHDAILY 9/5/2015

Sumber HD - 9-5-2015

Tanah TRX 1MDB: Panggil sidang khas Dewan Rakyat























































































































































































































NASRUDIN HASSAN | .


SAYA telah meneliti dokumen sulit yang telah dimuatkan di sebuah blog (The Benchmark) mengenai cadangan pembelian Plot B.10.15-RT di Tun Razak Exchange daripada 1MDB Real Estate Sdn Bhd dan subsidiarinya KLIFD Sdn Bhd.

Setelah ia menjadi viral, saya turut membaca respons daripada pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji semalam bagi mendapatkan penjelasan daripada perkara yang telah berbangkit tersebut.

Berdasarkan maklumat-maklumat tersebut saya menggesa Perdana Menteri segera memaklumkan kepada Tuan Yang Dipertua untuk memanggil sidang mesyuarat khas bagi membahaskan isu 1MDB dengan lebih terperinci demi kepentingan rakyat. Ini selaras dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat.

Saya berharap agar Perdana Menteri hadir memberikan penjelasan yang konkrit termasuk pembentangan hasil forensik audit kewangan 1MDB.

Isu 1MDB ini sangat penting memandangkan ia berhadapan dengan skandal kewangan yang besar yang turut melibatkan kepentingan rakyat.

Setelah pihak Lembaga Tabung Haji mengesahkan dakwaan pembelian plot tanah TRX, ini menunjukkan bahawa pihak 1MDB terpaksa menggunakan tabungan awam untuk menyelamatkan kegagalan kewangan 1MDB.

Bagi pihak rakyat, kita tidak boleh mengizinkan perkara ini berlaku walaupun pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji berpendapat sebaliknya.

Kegagalan kewangan dan kehilangan dana 1MDB adalah berpunca daripada ketirisan dan persoalan integriti 1MDB. Perkara ini turut diakui dalam kertas penilaian risiko yang dibentangkan sepertimana yang terdapat dalam dokumen sulit tersebut.

1MDB sedang berdepan dengan siasatan daripada pihak Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Skandal kewangan 1MDB yang teruk boleh menjejaskan projek mega TRX dan ia akan turut mengheret LTH ke kancah risiko yang lebih besar. Tambahan pula, pelabur-pelabur asing turut mempertimbangkan semula pelaburan mereka di TRX.

Maka, saya melihat pelaburan LTH di TRX adalah sesuatu yang tidak wajar memandangkan 1MDB terpalit dengan skandal kewangan yang besar.

Saya turut mendesak sekali lagi agar Perdana Menteri memanggil satu mesyuarat khas dalam masa terdekat untuk membentang perkembangan terkini dan menjawab segala keraguan berasas yang melibatkan kewangan 1MDB dan kepentingan rakyat ini.

Sekian, terima kasih. - HARAKAHDAILY 8/5/2015

Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh yang juga AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 8-5-2015

Maklumat bocor: Pengurusan TH patut letak jawatan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Tindakan Tabung Haji membuat laporan polis ekoran kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian hartanah milik 1MDB adalah memalukan, demikian menurut Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, langkah yang lebih mulia ialah pihak bertanggungjawab wajar menawarkan perletakan jawatan mereka termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan sendiri.

Bahkan katanya, Tabung Haji sepatutnya mengambil langkah lebih mulia iaitu membatalkan pembelian itu.

Semalam,  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi terhadap blog The Benchmark, yang mendedahkan dokumen pembelian tanah 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).

Ekoran itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan pihaknya akan siasat kebocoran dokumen Lembaga Tabung Haji berkaitan pembelian tanah milik 1MDB mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Khalid berkata pihaknya akan turut memanggil mereka yang terlibat dengan kes itu, termasuk pegawai tinggi Tabung Haji.

Syarikat 1MDB sedang menghadapi masalah kewangan yang kritikal sehingga menanggung hutang yang kini mencecah RM42 Billion. – HARAKAHDAILY 8/5/2015

Sumber HD - 8-5-2015
























































































































































































































Pengurusan TH orang berkepentingan dalam 1MDB?
























































































































































































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Beberapa individu di dalam Pengurusan Tabung Haji juga mempunyai jawatan penting dalam Syarikat 1MDB dan secara tidak langsung menzahirkan kewujudan elemen konflik kepentingan.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS Syed Ahmad Fadhli berkata, amat mengejutkan apabila merujuk sebuah akhbar The Edge serta menyemak beberapa nama individu tersebut secara tidak langsung merupakan orang penting di dalam 1MDB.

"Pusing sana-pusing sini rupa-rupanya pihak pengurusan tertinggi Tabung Haji adalah orang besar juga dalam 1 MDB,"tulis beliau di laman Facebooknya.

Tegasnya, isu ini begitu besar kerana Tabung Haji merupakan institusi simpanan milik umat Islam hasil daripada titik-peluh mereka untuk menunaikan Haji.

"Maka amatlah zalim jika Tabung Haji dipergunakan oleh orang politik untuk menyelamatkan 1MDB yang sedang mengalami masalah kritikal apabila hutangnya kini sudah pun mencecah RM42 Billion.

"Bukankah Tabung Haji dan 1MDB adalah institusi dan syarikat yang sama di bawah seliaan kerajaan pusat? Hebat perniagaan mereka ini. Tanah dulu dibeli oleh 1MDB hanya RM60/kaki kemudian sekarang dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM2860/kaki," ujarnya.

Tambahnya, umat Islam tidak boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah.

"Kesemua yang bersekongkol dengan projek menyelamatkan 1MDB yang hampir karam ini perlu diingatkan, mereka bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi perlu menjawab juga di Mahkamah Allah kelak. Amanah rakyat usahlah dipermainkan sebegitu sahaja," kata beliau.

Skandal ini menjadi perhatian umum apabila satu dokumen sulit tentang penglibatan Tabung Haji sebagai tabung penyelamat kepada syarikat 1MDB mula tersebar di laman sosial dua hari lepas.

Semalam Ketua Pegawai Eksekutif  Lembaga Tabung Haji Datuk Johan Abdullah mengesahkan kumpulan itu membeli sebidang tanah di projek Tun Razak Exchange. – HARAKAHDAILY 8/5/2015

Sumber HD - 8-5-2015

Dr Asri risau masa depan negara isu 1MDB, Tabung Haji

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara berhubung isu 1MDB dan Tabung Haji.

“Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini,” tulis beliau menerusi facebook yang bertajuk ‘Saya Risau’ sebagaimana di bawah.

Ini bukan politik kepartian. .ini hak seorang rakyat ingin tahu tentang masa depannya..

Sebagai rakyat, saya berkongsi kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara saya seperti orang lain juga. Banyak soalan yang tidak diberikan jawapan yang jelas. Isu 1MDB yang dibangkit oleh Ybg. Tun Mahathir yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri. Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu 'kebal dan utuh'? Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu? Rakyat pula terbeban dengan kenaikan harga barang. Sekarang Tabung Haji pula dilaporkan akan membeli dari 1MDB dengan satu pembelian luar biasa. Saya lihat pihak ABIM telah menuntut penjelasan kerajaan. Saya pun telah tanya rakan-rakan yang berada di pihak kerajaan. Tiada jawapan yang jelas dan memuaskan.

Saya risau. Ini bukan isu politik kepartian. Saya bukan penyokong pembangkang. Tapi ia isu masa depan saya dan negara saya. Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini. Kasihanilah kami. – HARAKAHDAILY 7/5/2015

Sumber HD - 7-5-2015


























































































































































































































1MDB, TH: Apa dibimbangi Muhyiddin sudah berlaku

| .


INSTITUSI kerajaan mana pula yang akan berurusan dengan 1MDB selepas ini? Dengan lubang RM42 bilion, 1MDB kini cuba mencairkan aset-aset yang diperolehinya untuk mendapatkan keuntungan. Dengan imej 1MDB yang sebegitu teruk sehingga gagalnya rancangan untuk IPO, siapakah lagi yang sanggup berurusan dengan mereka?

Tapi malangnya, penjual aset kepada 1MDB ialah kerajaan dan pembelinya pula ialah rakyat sepertimana yang berlaku di Lembaga Tabung Haji (TH).

Berlindung di sebalik perkataan “pelaburan”, TH telah mengaku berurusan dengan 1MDB dalam pembelian tanah projek Tun Razak Exchange (TRX), iaitu salah satu projek pembangunan utama oleh 1MDB.

Yang menyedihkan ialah gelagat Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Rahim yang menafikan dakwaan awal apabila berita itu terledak.

Apakah wajar TH berurusan dengan 1MDB yang sudah terkenal dengan masalah hutangnya?

Ini masalahnya apabila jawatan Pengerusi TH merupakan lantikan politik, dan lantaran itu, mereka hilang sikap berdikari dan terpaksa akur dengan bos politik mereka.

Secara kebetulan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah penasihat 1MDB. Di dalam kerjaan BN-Umno, Najib pula ialah bos kepada Abdul Azeez. Ini menyebabkan rakyat berpandangan serong terhadap urusan TH dengan 1MDB ini meskipun ia mungkin satu transaksi perniagaan yang bersih.

Cuma perkara yang paling busuk dalam isu ini ialah, yang menjual tanah TRX kepada 1MDB pada harga yang paling rendah ialah kerajaan. Yang membeli semula tanah ini pada harga yang sangat tinggi daripada 1MDB ialah rakyat melalui caruman di Tabung Haji.

Ini model perniagaan mudah untuk 1MDB – bapa jual pada anak pada harga murah, lepas itu memaksa menantu beli pada harga tinggi. Ke mana duit untung ini akan berakhir di 1MDB?

Untuk membayar hutangnya, 1MDB perlu mencairkan lagi lebih banyak aset-asetnya. Ini menyebabkan situasi di masa depan lebih mengerunkan. Siapakah selepas ini yang bakal berurusan dengan 1MDB? Apakah Lembaga Zakat, KWSP, Felda ataupun Khazanah akan digunakan untuk membeli aset yang dijual oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga murah pada harga yang lebih tinggi?

Di sini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengotakan janjinya yang lalu untuk memastikan Putrajaya tidak patut terlibat untuk menyelamatkan 1MDB.

"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat." – begitulah kata-kata Muhyiddin pada 6 Mac yang lalu.

Apakah Muhyiddin sedar apa yang dibimbanginya sekarang sudahpun berlaku di depan mata melalui TH? Apakah beliau akan bertindak memihak kepada rakyat atau terus membisu seperti Najib?

Begitulah nasib wang rakyat jika terus dijaga kerajaan BN-Umno. Diharap rakyat terus sedar bagaimana wang mereka terus dimakan dengan pelbagai cara manakala kerajaan terus dengan sikap borosnya sebagaimana yang ditunjukkan rakyat di Rompin yang telah mula bangkit menolak BN.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
7 Mei 2015

Sumber HD - 7-5-2015

Viral 1MDB: Tabung Haji diminta beri penjelasan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Tabung Haji diminta memberi penjelasan berhubung satu dokumen penglibatannya sebagai tabung penyelamat kepada syarikat 1MDB yang kini tersebar di media sosial.

Berdasarkan dokumen itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, inti pati dokumen itu dapat difahami bagi menyelamatkan 1MDB dengan membeli dua plot tanah di Tun Razak Exchange pada harga RM772 juta menggunakan dana pendeposit.

"Satu amalan yang ganjil. Mengapa Tabung Haji perlu membayar purata antara 50 hingga 65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah Kerajaan dengan wang pendeposit Tabung Haji?," soalnya dalam satu kenyataan.

Pada awalnya, kata beliau 1MDB hanya mendapat Plot 1 dengan harga RM4 juta daripada Kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.

Tambahnya, untuk Plot 2, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.

"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri? Apakah pendeposit Tabung Haji bakal menjadi mangsa 1MDB dalam pelaburan berisko tinggi ini," katanya.

Justeru, katanya Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga 1MDB dan Lembaga Tabung Haji wajib tampil menjelaskan perkara ini.

Sebagaimana yang saya cadangkan sebelum ini, ini masa yang sesuai untuk ditubuhkan 'Ombudsman' bagi mengelak hal seperti ini berulang pada sebarang masa.

Dokumen penglibatan Tabung Haji seolah-seolah sebagai tabung penyelamat 1MDB telah beredar di media sosial.

Dokumen juga memaparkan Tabung Haji perlu membayar RM2,860 per kaki persegi (RM194 juta) bagi plot tanah pertama iaitu kelulusan Menteri dalam masa kurang dua minggu dan wang pembelian harus di bayar kepada 1MDB secara penuh pada masa perjanjian dijual beli dimeterai. – HARAKAHDAILY 7/5/2015

Sumber HD - 7-5-2015


1MDB: Harakah, Harakahdaily Diperintah Fail Pembelaan (bersama video)
Posted on Monday, April 20 @ 15:16:44 MYT

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi pada Isnin memerintahkan Harakah dan Harakahdaily memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu dana 1MDB.

Penolong Kanan Pendaftar V. Vanita menetapkan sebelum 24 April ini untuk kedua-dua defendan memfailkan pernyataan pembelaan itu ketika kes berkenaan disebut di dalam kamarnya hari ini.
Prosiding hari ini dihadiri peguam Nor Emilia Iszeham mewakili Najib selaku plaintif dan peguam Azhana Mohd Khairuddin mewakili defendan iaitu Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya.

Ketika ditemui pemberita, Nor Emilia berkata Vanita juga menetapkan 8 Mei depan untuk Najib membalas pernyataan pembelaan itu dan 28 Mei pula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.


Pada 18 Mac lepas, Najib memfailkan saman itu selepas mendakwa artikel yang ditulis Rosli pada 19 Feb lalu bertajuk ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?(Bhg 2)’ mengandungi perkataan fitnah yang merujuk kepadanya dengan niat jahat bahawa beliau telah menyalah guna dana milik 1MDB.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasinya telah terjejas dan dikecam dalam media sosial serta media massa dengan pelbagai tuduhan yang menghina dan mengaibkan.

Najib turut mendakwa Taufek telah gagal mengamalkan prinsip ‘responsible journalism’

(kewartawanan bertanggungjawab) untuk mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulis dan gagal mengambil langkah mendapatkan sebarang penjelasan sebelum menerbitkan perkataan itu.

Perdana menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda defendan sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti isu yang dibangkitkan.

Najib juga mendakwa bahawa pada 26 Feb lalu peguam yang mewakilinya telah menghantar notis tuntutan supaya defendan berhenti membuat kenyataan berkenaan artikel fitnah itu dan membuat permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis serta menarik balik kenyataan berkenaan.


Dalam saman itu, Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta satu injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka menerbitkan semula artikel berkenaan. – BERNAMA

Sumber TKO - 20-4-2015

Terbebankah Negara Dengan Hutang 1MDB?

Posted on Saturday, April 18 @ 10:06:22 MYT by paktam

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Bercakap di di program 'Perkembangan Ekonomi Semasa' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1MDB membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut.

Beliau juga menyatakan 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal untuk membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga menyebabkan hutangnya meningkat kepada RM42 bilion setakat Mac 2014. Aset ini adalah pelaburan kerajaan jangka panjuang menyebabkan 1MDB gagal menjana aliran tunai yang menjadikannya tidak mampan.


Membaca berita ini, maka saya tertanya: Apa salahnya apabila Tun Dr. Mahathir bertanyakan kerajaan mengapa hutang 1MDB tinggi dan di manakah wang dari Cayman Island yang dibawa keluar itu disimpan?

Saya fikir kerajaan tidak perlu gelabah dengan pertanyaan Tun Mahathir ini. Jawab sahaja dengan jujur, maka Insha Allah keyakinan rakyat dapat diraih. Yang menjadi masalahnya ialah apabila sekali kerajaan menjawab hutang 1MDB tidak ada masalah, dan hari ini Menterinya mengakui hutang 1MDB membebankan.

Di akhir analisisnya, saya fikir sudah sampai masanya pemimpin kerajaan lebih telus dalam memberi reaksi kepada keluhan dan teguran rakyat supaya masalah negara, jika ada, dapat diselesaikan sebelum ia menjadi lebih parah. Terbukalah.

Sumber DD - 18-4-2015

Isu 1MDB panaskan bicara masa depan ekonomi Malaysia

Posted on Saturday, March 28 @ 10:20:43 MYT by paktam

Oleh Shahbudin Husin
Malam semalam berlangsung forum "Bicara masa depan ekonomi Malaysia" anjuran sebuah NGO, Pertubuhan Anak Muda Prihatin Darul Ehsan di Dewan MBSA, Bukit Naga, Shah Alam.

Forum disertai dua ahli panel iaitu naib presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin. Moderatornya pula ialah bekas ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.


Menariknya ketiga-tiga mereka datang daripada parti yang berbeza iaitu Husam daripada PAS, A Kadir Jasin seorang ahli Umno manakala Yusmadi daripada PKR.


       Walaupun tajuk yang dipilih berkaitan ekonomi Malaysia, tetapi tumpuan perbincangan lebih mengkhusus kepada isu 1MDB yang sejak beberapa bulan lalu semakin menjadi perbualan ramai.
Husam dalam ucapannya menekankan, 1MDB adalah isu penting yang harus diambil perhatian seluruh anggota masyarakat kerana ia sudah menjadi beban yang memberi kesan kepada semua rakyat.

Katanya, beban 1MDB adalah hutang yang bukan saja ditanggung generasi sekarang, tetapi juga bakal berlarutan sehingga generasi yang seterusnya.

Beliau juga menimbulkan persoalan, apakah isu yang melanda 1MDB bakal menyerupai seperti skandal PKFZ di mana semua yang pernah didakwa akhirnya terlepas, namun wang berbilion ringgit yang dipersoalkan lesap begitu saja.

Husam turut membangkitkan soal pencanggahan kepentingan melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang menjadi perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dalam waktu yang sama, manakala wang yang banyak dipinjam pula adalah daripada KWSP, KWAP dan sebagainya yang terletak di bawah Kementerian Kewangan.

Ketika menjawab pertanyaan peserta pula, Husam menyatakan kesediaan untuk turun bersama-sama dengan rakyat untuk menuntut penyiasatan yang telus dan menyeluruh berkaitan isu demi isu melibatkan 1MDB ini, termasuk juga menghantar petisyen kepada Senat AS agar syarikat yang didaftarkan di negara itu yang didakwa terlibat dalam urusniaganya hendaklah juga diaudit sama.
Kadir Jasin pula menyatakan, walaupun 1MDB dikatakan sebagai syarikat pelaburan strategik kerajaan tetapi bidang pelaburan yang diceburinya seperti janakuasa bukanlah suatu bidang perniagaan yang baru.

Lebih malang, tegasnya, pelaburan dalam pembekal janakuasa bebas atau IPP itu tidak saja dibuat dengan harga lebih tinggi daripada pasaran, bahkan juga ketika kontraknya dengan TNB sudah hampir tamat tempohnya.

Sehubungan itu, katanya, pelaburan dan hutang 1MDB yang tinggi dan sebahagiannya dijamin kerajaan bukan isu yang boleh dipandang ringan rakyat.

Perjuangan menuntut penyiasatan yang bebas dan menyeluruh berkaitan 1MDB ini seharusnya juga melepasi sempadan parti dan melibatkan semua pihak yang sayangkan negara ini, tambah beliau yang juga merupakan bekas ketua pengarang NSTP.

Dengan tegas, Kadir Jasin menyatakan mereka yang bertanggungjawab dalam pelaburan meragukan dan hutang yang tinggi dalam 1MDB seharusnya diambil tindakan yang sewajarnya.
Berkenaan konflik kepentingan, Kadir Jasin menyatakan beliau berulangkali menyatakan kedudukan perdana menteri memegang jawatan menteri kewangan secara serentak lebih mendedahkan kepada berlakunya amalan itu.

Secara umumnya peserta yang hadir amat berpuas hati dengan forum ini dan berharap ia sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi memberi lebih pendedahan kepada rakyat berkaitan isu-isu ekonomi negara. – shahbudindotcom.blogspot.com,

* Shahbudin Husin merupakan seorang wartawan dan penulis dua buah buku politik semasa di Malaysia.

Sumber DD - 26-3-2015




























































































































































































































Tun Razak Exchange: Mengapa guna kepakaran luar?

| .

KUALA LUMPUR: PAS mempersoal tindakan kerajaan memilih syarikat hartanah daripada Australia sebagai rakan kongsi utama 1MDB dalam projek Pembangunan Tun Razak Exchange.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, Syarikat Lend Lease, sebuah syarikat hartanah dan infrastruktur antarabangsa berpangkalan di Australia dianugerahkan projek yang bernilai RM8 bilion.

"Keputusan ini sangat menghairankan, sepatutnya diusahakan sendiri oleh syarikat tempatan yang tidak kurang hebat dan berkemampuan.

"Mengapa pula Malaysia ingin bergantung lagi kepada kepakaran luar untuk membangunkan hartanah sedangkan pihak kerajaan sibuk mencanang negara kita sudah berada di landasan yang tepat menuju Wawasan 2020,"soalnya dalam sidang media hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok sena juga berkata, banyak projek mega sebelum ini diberi kepada syarikat tempatan misalnya, pusat pentadbiran Putrajaya dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad, KL Sentral dibina oleh MRCB bahkan UDA pula telah berjaya membangunkan pelbagai jenis hartanah semenjak tahun 1970an lagi.

Jelasnya, projek-projek itu sekali gus membuktikan pada hakikatnya Malaysia sudah ada kemampuan sendiri untuk membangunkan hartanah.

Justeru, Mahfuz menggesa Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia membantah tindakan Perdana Menteri dan 1MDB yang memilih Lend Lease Australia sebagai rakan kongsi 60% dalam membangunkan Projek Tun Razak Exchange.

"Sudah tiba masanya, kita berdiri atas kaki kita sendiri tanpa terus bergantung kepada pihak luar,"katanya. - HARAKAHDAILY 23/3/2015

Sumber HD - 23-3-2015

1MDB: Polis tetap siasat tanpa perlu tunggu laporan audit

BERNAMA | .


PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tetap menjalankan siasatan terhadap isu dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika Jabatan Audit Negara melakukan audit terhadap syarikat itu.

Beliau berkata walaupun polis sebelum ini menetapkan hanya akan menjalankan siasatan jika audit terhadap 1MDB mengesan sebarang percanggahan, pasukan petugas khas bagi kes itu yang bermesyuarat pada Jumaat lalu memutuskan segala maklumat atau laporan yang diterima berhubung kes itu perlu disiasat.

"Berikutan polis menerima maklumat dan laporan berkaitan kes (1MDB), pasukan petugas khas ini berpendapat kami perlu menjalankan siasatan yang sepatutnya ke atas apa juga maklumat yang diterima tanpa perlu menunggu laporan penuh Jabatan Audit Negara selesai," katanya.

Selain Bahagian Jenayah Komersial, pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat laporan polis berhubung 1MDB berkaitan dakwaan salah urus dana syarikat itu turut disertai Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melepaskan peserta Kayuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.

1MDB, syarikat pelaburan strategik berkaitan kerajaan yang ditubuhkan pada 2009, menjadi fokus utama media dan masyarakat berikutan dakwaan penyelewengan pengurusan kewangannya..

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Mac lepas, telah mengarahkan agar Ketua Audit Negara untuk meneliti dan mengesahkan secara bebas akaun syarikat itu.

"Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Perdana Menteri.

Berhubung isu stesen radio BFM yang memuat naik klip video menyindir pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, Ketua Polis Negara berkata ini kali kedua stesen radio perniagaan berbahasa Inggeris itu terbabit mempersendakan agama Islam.

Katanya pada akhir tahun lepas, stesen radio BFM didenda RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung satu wawancara yang dibuatnya bersama sarjana agama dari Amerika Syarikat, Reza Aslan berhubung kalimah Allah pada 21 Okt 2013.

"Saya ingin ingatkan stesen-stesen radio, khususnya BFM supaya lebih berhati-hati kerana sebelum ini mereka pernah dikenakan tindakan berhubung isu kalimah Allah.

"Kini, sekali lagi dia cuba mainkan isu yang sensitif kerana apa yang diucapkan oleh (wartawan BFM) Aisyah (Tajuddin) sebenarnya boleh dianggap mempersendakan agama Islam yang tentunya melukai perasaan ramai orang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Khalid berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menentukan tindakan lebih tegas boleh diambil terhadap stesen radio BFM serta mencari kaedah terbaik mengawal penyiaran isu-isu sensitif yang membangkitkan kemarahan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau berkata polis akan memanggil Aisyah, penulis skrip dan pihak yang membuat ugutan terhadap penyampai BFM itu bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkenaan kesalahan menimbulkan suasana tidak harmoni dan perpecahan di kalangan masyarakat.

Katanya sehingga kini polis menerima lima laporan berhubung penyiaran video kontroversi itu. - Bernama

Sumber HD - 22-3-2015



1MDB MASALAHNYA BERMULA DARI TIA LAGI - RAJA KAMARUL



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34374-1mdb-masalahnya-bermula-dari-tia-lagi

Sumber HD - 16-3-2015


1MDB : IKHLASKAH KRITIKAN MAHATHIR - TIMBALAN KETUA PENERANGAN DPPNK



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34363-1mdb-ikhlaskah-kritikan-mahathir

Sumber HD - 16-3-2015






































































































































































































































Saksi lain 1MDB bermula dengan Najib, kata sumber

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Saksi-saksi lain, kata sumber-sumber itu bermula dengan Mohd Najib sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB diikuti oleh semua ahli lembaga penasihat, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan sama ada mereka masih berkhidmat atau telah meletakkan jawatan.

"Sumber-sumber itu berkata lagi, ramai anggota pengurusan kanan 1MDB telah meletak jawatan atau diberhentikan. Tentu ada sebab mereka meletak jawatan atau diberhentikan," tulis Datuk A Kadir Jasin dalam blognya.

Berikut ialah tulisan penuh beliau yang bertajuk '1MDB: Ketua Juruaudit Negara Wajib Cepat'.

JIKA Ketua Juruaudit Negara (KJN), (Tan Sri) Ambrin Buang benar-benar berkuasa dan mempunyai kebebasan untuk menyiasat akaun 1MDB, beliau hendaklah dengan segera memecahkan ruyung sebelum maklumat dan bukti kering atau dirosakkan.

Inilah pendapat beberapa orang pakar undang-undang, kehakiman dan ekonomi veteran yang saya temui sejak tersiar berita mengatakan KJN telah diberi mandat “mengesahkan” akaun syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Mereka berkata, KJN dan pihak-pihak lain yang terbabit seperti Polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen (PAC) perlu menyelidik akaun dan urus niaga syarikat itu mulai tarikh penubuhannya sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) pada 2008.

Ini, kata mereka adalah kerana dari awal lagi TIA/1MDB telah mewujudkan pembiayaan melalui hutang (debt financing) dengan meminjam dari dalam dan luar negara dengan menggunakan khidmat orang tengah.

Mengikut sumber yang mengetahui dan mengenali rapat pengasas-pengasas TIA/1MDB, pinjaman permulaan syarikat itu sebanyak RM5 bilion dikatakan merosot sebanyak RM500 juta secara “misteri” dalam masa tidak sampai setahun.

Sumber-sumber itu percaya “orang misteri” Jho Low muncul dalam urus niaga TIA/1MDB sejak awal lagi dan menjadi “pemudah” perhubungan di antara pengasas-pengasas TIA/1MDB dengan pelabur, khususnya dari negara-negara Teluk.

Apabila (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak naik menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau mengubah TIA daripada syarikat kerajaan negeri menjadi syarikat pelaburan strategik negara dengan nama 1Malaysia Development Berhad.

Sejak itu peranan pihak-pihak yang mewakili negeri Terengganu dikatakan berakhir. Maka jadilah 1MDB syarikat milik negara di bawah Kementerian Kewangan.

Sumber-sumber itu menekankan bahawa Jho Low adalah “saksi utama” (prime witness) kalau pun bukan yang disyaki utama (prime suspect) dalam usaha menjejaki pengaliran wang (money trail) 1MDB.

PM Saksi Penting

Saksi-saksi lain, kata sumber-sumber itu bermula dengan Mohd Najib sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB diikuti oleh semua ahli lembaga penasihat, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan sama ada mereka masih berkhidmat atau telah meletakkan jawatan.

Sumber-sumber itu berkata lagi, ramai anggota pengurusan kanan 1MDB telah meletak jawatan atau diberhentikan. Tentu ada sebab mereka meletak jawatan atau diberhentikan.

Juruaudit luar 1MDB yang ada sekarang (Deloitte) dan juruaudit yang ditamatkan khidmat (KPMG) juga berupa sakti penting. Mengapa khidmat KPMG ditamatkan masih menjadi misteri.

Sumber-sumber itu menambah, adalah mustahil bagi sebuah syarikat besar dan berstruktur seperti 1MDB tidak meminitkan setiap keputusan dan tindakannya yang melibatkan jumlah wang begitu besar.

Kata mereka, adalah mustahil minit mesyuarat lembaga penasihat, lembaga pengarah dan exco 1MDB hilang atau tidak boleh dikesan kerana setiap orang yang terbabit dalam hierarki 1MDB menyimpan salinan masing-masing. Begitu juga dengan institusi-institusi kewangan yang memberi pinjaman kepada 1MDB.

Sumber-sumber itu mengatakan bahawa menang wujud pertalian istimewa di antara Perdana Menteri dan isi rumahnya dengan beberapa pembesar Arab dan Teluk seperti yang pernah didakwa oleh isterinya, (Datin Paduka Seri) Rosmah Mansor. Jho Low dipercayai berperanan mengasaskan perhubungan itu melalui rakan-rakan kongsi beliau di negara-negara Arab dan Teluk.

Laman Web rasmi 1MDB mempamerkan dua orang kenamaan Teluk sebagai ahli Lembaga Penasihatnya iaitu Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, bekas Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar dan Khaldoon Khalifa Al Mubarak, Pengerusi Pihak Berkuasa Hal-Ehwal Eksekutif (Abu Dhabi Executive Affairs Authority) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, Mubadala Development Company.

Turut dipamerkan sebagai anggota Lembaga Penasihat 1MDB ialah warganegara Perancis Bernard Arnault, Pengerusi Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif syarikat fesyen dan arak antarabangsa, LVMH Moet Hennessy Louis Vuitton. (Lihat di sini)

Sumber-sumber itu berkata pihak penyiasat juga perlu membuat pencerahan mengenai peranan T Ananda Krishnan “membiayai” 1MDB sebanyak RM2 bilion dan dakwaan mengenai kaitan antara 1MDB dengan sebuah syarikat bernama SRC International Sdn Bhd.

Baru-baru ini tercetus dakwaan bahawa Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah “dipaksa” memberi pinjaman RM4 bilion kepada syarikat Kementerian Kewangan itu. Khabarnya, SRC International Sdn Bhd pada asalnya dimiliki oleh 1MDB.

Kemudian pada 12 Mac, tersiar berita mengatakan sebuah lagi syarikat milik Kementerian Kewangan berhutang besar dengan KWSP. Ini bukan dongengan seorang blogger tetapi pengakuan terbuka

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, (Tan Sri) Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Belau dilaporkan oleh akhbar The Sun sebagai berkata, Pembinaan PFI Sdn yang dimiliki 99.9% oleh Kementerian Kewangan terhutang RM19.48 bilion kepada KWSP sehingga bulan Ogos 2014.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 ia mencatat keuntungan bersih RM31.18 juta daripada pendapatan sebanyak RM1.11 bilion dengan harta bernilai RM26.66 bilion dan tanggungan RM26.6 bilion.

Soalnya, kalau syarikat ini adalah syarikat PFI (private financing initiative/inisiatif pembiayaan peribadi) mengapakah ia dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan dibiayai oleh KWSP? Mohon maaf kalau soalan saya bangang (meminjam istilah Perdana Menteri).

Cerita Penglipur Lara

Pada 11 Mac, (Datuk Seri) Syed Ali Alhabshee, Ketua Umno Bahagian Cheras, menangkis dakwaan pembangkang bahawa kerajaan akan meminjamkan RM900 juta lagi kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Beliau menafikan dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak akan menambah bantuan kepada 1MDB.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dilaporkan mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa hal itu telah dinyatakan oleh Mohd Najib sewaktu pertemuan dengan 160 Ketua Bahagian Umno Ahad lalu.

Rafizi mendakwa beliau mendengar daripada salah seorang Ketua Bahagian yang hadir pertemuan tertutup itu.

Syed Ali yang berupa salah seorang penganjur perhimpunan perpaduan baju merah itu menyifatkan dakwaan Rafizi sebagai "satu lagi cerita dongeng pembangkang."

Portal berita Malaysiakini memetik Syed Ali sebagai berkata: "Saya mencabarnya menamakan ketua bahagian Umno itu. Saya menafikan ini berlaku."

Maksudnya, sepanjang apa yang Syed Ali ketahui dan dengar di perhimpunan itu, Mohd Najib tidak memberitahu atau membayangkan yang kerajaan akan menyediakan bantuan kewangan tambahan RM900 juta kepada 1MDB.

Tak Sebut atau Tak Dengar?

Perdana Menteri tak sebut atau Syed Ali tak dengar? Mungkin Perdana Menteri sebut tetapi Syed Ali tak dengar atau tak perasan.

Yang kita orang luar dengar, semua 160 Ketua Bahagian yang hadir sangat puas hati dengan penjelasan Presiden dan beliau tidak melayan pertanyaan dari bawah.

Sehari selepas Syed Ali melabelkan kenyataan Rafizi sebagai “satu lagi cerita dongeng pembangkang" kebenaran menjelma. Syed Ali silap, Rafizi betul.

Menteri Kewangan II, (Datuk Seri) Ahmad Husni Hazadlah dalam kenyataan di Parlimen pada 12 Mac mengesahkan yang kerajaan telah menyediakan kredit tunggu sedia (stand-by credit) RM950 juta untuk bantu 1MDB.

Beliau dilaporkan berkat, buat permulaan hanya RM60 juta akan digunakan bagi menampung aliran tunai (cashflow) syarikat kerajaan itu.

Saya tidaklah mahu mengatakan yang Syed Ali sudah kena kelentong atau tidak menyatakan kebenaran. Tetapi kekangan macam inilah yang menyebabkan maklumat kerajaan semakin hari semakin tidak diyakini.

Kepada Ahmad Husni saya ucapkan syabas dan terima kasih kerana akhir mengakui secara terbuka bahawa nisbah hutang (gearing ratio) 1MDB tidak lestari (unsustainable).

Cabaran Kepada Menteri Celik Ekonomi

Saya cabar dan gesa anggota kabinet yang celik ekonomi supaya bercakap benar. Saya tahu ramai anggota kabinet yang lebih tahu mengenai ekonomi, kewangan dan perniagaan berbanding Perdana Menteri.

Saya harap menteri celik ekonomi dan tahu hal perniagaan, termasuklah Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, tidak terus membisu dan menjadi menteri tunggul.
Khusus mengenai Muhyiddin, beliau akan hilang kewibawaan dan akan mengecewakan ramai penyokongnya kalau beliau tidak terus tegas mengenai 1MDB, khasnya berkenaan penyelamatan (bail-out) syarikat itu.

Saya setuju dengan pandangan Ahmad Husni bahawa penyenaraian aset penjanaan elektrik 1MDB akan menyelesaikan sebahagian hutangnya. Tetapi saya kurang yakin dengan sambutan pelabur terhadap cadangan tawaran umum permulaan (IPO) 1MDB itu memandangkan kontroversi dan siasatan yang sedang dilakukan ke atasnya.

Saya sangat bimbang syarikat-syarikat dan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC) seperti Khazanah, PNB, Tabung Haji, LTAT, KWSP dan KWAP akan dipaksa membeli saham 1MDB.

Kita sudah pun melihat bagaimana sukarnya 1MBD membayar balik RM2 bilion pinjaman kepada bank-bank tempatan, termasuk yang dimiliki PNB dan Kumpulan Wang KWSP.

1MDB Bukan Ibu Duit

Sebagai syarikat pelaburan strategik milik negara, 1MDB adalah berdaulat dan suci. Ia milik rakyat jelata. Kalau boleh, Insya-Allah, kita hendak jadikan ia sebagai legasi kejayaan.

1MDB tidak boleh dijadikan operasi gelap, operasi sembunyi-sembunyi atau operasi “fly-by-night” bagi membolehkan pihak-pihak tertentu, di dalam dan luar negara, membuat duit segara (fast bucks).
Hasil yang dijanakannya bukan untuk membiayai kerjaya politik atau menampung gaya hidup keluarga dan kawan rakan sesiapa. Ia adalah untuk rakyat jelata.

Kalau 1MDB adalah angsa yang bertelur emas, seperti kata Setiausaha Agong Umno, Tengku (dulu Teuku) Adnan Mansor, telur emas itu adalah untuk rakyat jelata. Cuma itik angsa Tengku Adnan itu berhutang besar dan tahun lalu rugi RM665.4 juta. Atau beliau terlepas cakap mengenai sesuatu yang sepatutnya rahsia mengenai 1MDB?

Kesimpulannya, apa yang Syed Ali Alhabshee tidak tahu dan Mohd Najib tidak beritahu, tidak semestinya Rafizi tidak tahu. Bila Rafizi tahu, ramai rakyat akan tahu.

Adalah amat berbahaya dan merugikan kalau orang Umno sendiri tidak tahu atau tidak berminat ambil tahu kerana percaya bulat-bulat kepada ketua nombor satu.

Jadi orang Umno, termasuk yang makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah kerana rindu berahi kepada Presiden, perlu juga ambil tahu kalau mereka mahu parti mereka terus memegang teraju.

Wallahuaklam.


Sumber HD - 14-3-2015








































































































































































































































SARAWAK'S REPORT CLARE REWCASTLE TO JOIN FORUM - TONY PUA

http://www.harakahdaily.net/index.php/article/34336-sarawak-report-s-clare-rewcastle-to-join-forum


Sumber HD - 14-3-2015

1MDB: Tulisan Mahathir yang tak boleh diakses dari blognya

HARAKAHDAILY | .



BERIKUT ialah tulisan penuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai 1MDB yang dilaporkan tidak boleh lagi diakses menerusi blognya sejak jam 4.30 petang tadi.

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya. - HARAKAHDAILY 13/3/2015

Sumber HD - 13-3-2015










































































































































































































































Korban politik 1MDB melalui rombakan kabinet?

HUSAM MUSA | .




KENYATAAN tegas terbuka Ketua Polis Negara bahawa polis telah menubuhkan satu task force utk menyiasat 1MDB secara menyeluruh tidak membimbangkan Najib?

Kenyataan itu serius? Lampu hijau telah diperolehi dari Menteri Dalam Negeri? Jika ya, adakah Najib akan membiarkannya?

Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri kerana di lantik oleh Najib. Portfolionya boleh berubah melalui rombakan kabinet oleh Najib pada bila bila masa jika Najib menjejaki Zahid bergerak tidak sejalan dgn kepentingan Najib.

Jika rombakan kabinet berlaku dan Zahid dipindahkan dan Najib sendiri beralih dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Dalam Negeri, siasatan akan terbantut.

Siapa akan menggantikan Najib di Kementerian Kewangan? Jika Najib meletakkan sepupunya Hishamudin di situ, bermakna peluang melihat pendedahan apa sebenarnya berlaku di 1MDB akan menjadi lebih buntu.

Ditambah, kedudukan ekonomi negara tidak akan mendapat kepakaran dan keyakinan yang meningkat di kala negara berdepan dengan pelbagai isu ekonomi kini.

Jika benar Najib akan merombak kabinetnya sekarang, saya fikir adiknya Nazir Tun Razak lebih baik bagi negara sebagai Menteri Kewangan dari Hishamudin.

Apa pula nasib TPM? Kenyataannya tentang 1MDB selepas kenyataan Pejabat Perdana Menteri jelas berlainan arah. Bah kan dengan tegas beliau menolak bail out 1MDB oleh kerajaan atau apa jua langkah yg membawa kesan dengan maksud itu.

Namun, Kementerian kewangan seperti dilaporkan oleh Berita Harian Singapura, telah meluluskan apa yang dipanggil bantuan modal sebanyak RM 1 b lagi kepada 1MDB beberapa hari selepas kabinet menolak apa jua tambahan suntikan wang.

Ini tamparan pada Muhyidin. Adakah Muhyidin boleh bertahan atau perlu berundur? Jika ia tidak berundur, mampukah Najib mengundurkan beliau?

1MDB mungkin akan memakan korban politik selepas ia menelan wang negara! – HARAKAHDAILY 12/3/2015

Sumber HD - 12-3-2015

1 MDB, 1 Malaysia Mudarat Besar Menanti

Butiran
1. Isu 1 MDB semakin hari kian parah dan menjerut kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak. Penjelasan demi penjelasan, perjumpaan demi perjumpaan dibuat untuk meyakinkan kepimpinan UMNO sendiri mengenai ‘hebatnya’ 1 MDB milik kerajaan ini. Jikalau isu ini sekadar picisan dan tidak berasas, mana mungkin sampai perlunya kesemua Ketua Bahagian UMNO berkumpul untuk mendengar sendiri penjelasan oleh Presiden UMNO berkenaan 1 MDB..? Bukti kukuh kerisauan UMNO lagi jelas terzahir apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan media khusus mengenai 1 MDB yang mana beliau berkata “Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.” Kelihatannya PM dan TPM sendiri tidak sebulu di dalam hal ini.
2. Dalam keadaan ekonomi negara menuju krisis yang amat kritikal sehingga memerlukan pengstrukturan semula Bajet 2015, skandal kewangan 1 MDB ini “bagai mencurah garam ke atas luka”. Bebanan hutang yang begitu melampau itu akan memberikan impak besar kepada negara khususnya rakyat jelata.

3. Dengan nilai hutang RM 42 Billion itu secara perbandingan mudah,pihak kerajaan boleh menaikkan lagi kadar BR1M sehingga RM6176 kepada 6.8 Juta penerima, atau RM 900 kepada 46 Juta orang penerima, atau membina 1.2 Juta unit rumah kos rendah yang bernilai RM35,000, atau 168 Projek NFC yang bernilai RM250 Juta, atau 14 Juta ekor lembu yang bernilai RM3000 seekor . Tetapi, kelihatannya kerajaan Barisan Nasional lebih rela berhutang berbilion Ringgit daripada berbelanja untuk kepentingan rakyat-jelata.

4.Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengaudit 1 MDB tetapi saya masih ingat pada penghujung 2014 yang lalu, Tan Sri Ambrin Buang sendiri pernah berkata tidak ada keperluan untuk mengaudit 1 MDB ini kerana ia telah diaudit oleh empat syarikat pengauditan dunia. Jadi,adakah arahan pengauditan ini dibuat  benar-benar telus atau ingin memberi ‘cap halal’ kepada segala salahlaku dan penipuan yang berlaku di dalam 1 MDB.?

5. PAS berharap agar PM bertindak dengan berani dan telus dalam isu skandal kewangan ini. Usahlah dengan semudahnya ingin berlepas diri dengan berkata PM tidak terlibat dengan operasi harian 1 MDB tetapi hakikatnya PM tetap Pengerusi Lembaga Penasihat 1 MDB yang tahu akan dasar dan strategi pelaburan yang dilakukan oleh 1 MDB.

6. Saya tetap konsisten dalam isu ini agar suatu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat segala hal yang berkait dengan 1 MDB. Peringatan yang diberikan ini agar kita tidak lagi terlambat dalam bertindak sepertimana kerajaan telah gagal membaca jangkaan kesan kejatuhan harga minyak dunia seperti yang berlaku sekarang ini.

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

Sumber PP - 11-3-2015












































































































































































































































Arul Kandasamy diundang jadi panel forum awam 1MDB

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: DAP mengundang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy untuk menjadi salah seorang panelis forum awam berkait skandal RM42 bilion hutang syarikat itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, forum tersebut dicadangkan sebagai respons terhadap kenyataan Arul sebelum ini yang mahu bekerjasama dalam memajukan 1MDB.

“Arul kata mahu bekerjasama. Ia satu usaha yang baik. Ini adalah peluang kepadanya untuk laksanakan apa yang dikatakannya ketika mengalu-alukan ‘penelitian awam’.

“(Jika benar) beliau tidak ada apa-apa yang mahu disembunyikan, ini peluang beliau. Dalam forum itu, Arul akan diberi sebanyak mana masa yang dia mahu, untuk jelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam pengurusan 1MDB,” katanya dipetik Roketkini.

Katanya, forum '1MDB: Berakhirnya Sebuah Kejatuhan' akan diadakan di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya, itu akan dihadiri Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan beliau sendiri.

Menurutnya, ia dianjurkan khusus untuk membincangkan skandal dan konspirasi terbesar syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Setiausaha Publisiti DAP itu menambah, forum yang dijadualkan 15 Mac itu nanti akan memberikan ruang besar kepada Arul.

Selain Arul, Tony juga secara terbuka mengajak bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Sharol Halimi untuk turut serta dalam forum tersebut.

Sumber HD - 11-3-2015













































































































































































































































1MDB: Doakan Muhyiddin tak hampakan harapan rakyat

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .


RAKYAT mengharapkan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan sekadar berhenti setakat mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB.

Amaran dan saranannya perlu disusuli dengan tindakan untuk tidak mengecewakan rakyat yang mulai bimbang dan memahami isu 1MDB.

Berikut ialah beberapa cadangan yang rakyat ingin melihat diambil oleh TPM:

1. Mendapatkan sokongan kabinet bagi membolehkannya menggantikan PM sebagai Menteri Kewangan buat sementara waktu. Langkah ini boleh memastikan tiada dana awam digunakan untuk menyelamatkan 1MDB seperti yang disarankan beliau.

2. TPM juga perlu memberi nasihat kepada PM agar tidak memberi sebarang arahan kepada 1MDB, selaku Pengerusi Penasihat 1MDB sehingga siasatan selesai. Sebolehnya beliau sendiri menjadi Pengerusi Penasihat 1MDB untuk memastikan kerjasama sepenuhnya diberikan 1MDB kepada Ketua Audit Negara dan mengelakkan 1MDB daripada melakukan apa-apa transaksi kontroversi yang boleh memburukkan lagi hutangnya. Ini membantu untuk memastikan siasatan boleh dijalankan tanpa sekatan.

3. Mencadangkan kepada kabinet agar mengeluarkan arahan kepada badan-badan seperti KWSP, Tabung Haji, Petronas dan Khazanah agar tidak melabur di dalam 1MDB atau membeli aset 1MDB yang dijual untuk membayar hutang sehingga siasatan selesai.

4. Mencadangkan kabinet agar mengarah SPRM dan polis untuk memulakan tugas menyiasat pendedahan Sarawak Report tanpa perlu menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara. Audit KAN dan siasatan SPRM dan polis sepatutnya dilakukan serentak untuk mendapatkan hasil siasatan yang konklusif dan jitu di samping menjimatkan masa.

5. Mencadangkan agar kabinet mendedahkan perjanjian penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia kepada 1MDB, yang dikatanya pada harga yang rendah dan memastikan langkah-langkah diambil untuk menghalang 1MDB daripada menjual kedua-dua aset ini untuk menutup hutang, atau menjualnya balik kepada kerajaan dan orang asing pada harga pasaran untuk mendapat untung atas angin.

6. Memastikan kabinet tidak teragak-agak untuk memastikan mereka yang terlibat didakwa, meskipun ia melibatkan orang-orang ternama di Malaysia.

Didoakan TPM tidak menghampakan harapan rakyat untuk memastikan 1MDB disiasat secara telus. - HARAKAHDAILY 10/3/2015

Naib Presiden PAS
10 Mac 2015

Sumber HD - 10-3-2015

Indeks saham M'sia terburuk jika tak dedah skandal 1MDB

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) 2015 akan kekal sebagai pasaran saham paling teruk di rantau Asia Pasifik jika kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak serius menyelesaikan skandal 1MDB.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, 1MDB bakal mengulangi apa yang berlaku terhadap saham Bumiputera bernilai RM52 bilion dan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM13.5 bilion.

Katanya, kejatuhan nilai di bursa Asia Pasifik tidak mengejutkan berikutan pengukuhan nilai dolar Amerika dan pengurangan kadar pengangguran Amerika, memungkinkan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve Amerika dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Bagaimanapun Malaysia akan menanggung akibat yang tak setara kerana lemahnya pasaran modal dan saham, walaupun negara mencatat pertumbuhan ekonomi di antara 5.7 peratus dan 6 peratus tahun lalu,” katanya dipetik Roketkini.

KLCI Malaysia pada 2014 jatuh 5.7 peratus, kejatuhan paling besar di bursa Asia Pasifik, sedangkan Thailand yang mencatat pertumbuhan ekonomi 1 hingga 2 peratus pada 2014 berjaya meningkatkan indeks pasaran saham kepada 15.3 peratus, manakala Filipina menjadi contoh terbaik di rantau ini dengan peningkatan 22 peratus pada 2014.

Kata Guan Eng, prospek masa depan KCLI adalah negatif kerana banyak persoalan timbul tentang skandal 1MDB yang menambah kesangsian bukan sahaja terhadap ketelusan dan kemampuan pasaran modal negara, juga berhubung penarafan kredit (credit rating) Malaysia terjejas.

Tegasnya, amat penting bagi 1MDB dan Kementerian Kewangan mendedahkan secara terbuka tentang skandal tersebut supaya semua orang tahu kos sebenar jika apa yang paling ditakuti benar-benar berlaku.

Sumber HD - 10-3-2015

Jabatan Audit Negara mula proses audit 1MDB

BERNAMA | .



PUTRAJAYA: Jabatan Audit Negara telah memulakan proses pengauditan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebaik menerima arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata jabatan itu akan memberi keutamaan dalam melaksanakan pengauditan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu secara bebas dan profesional.

"Tentunya jabatan akan beri keutamaan dalam hal ini dan kami harap kami boleh melakukannya dalam suasana aman dan sejahtera," katanya dalam sidang media mengenai pengauditan 1MDB di sini hari ini.

Ambrin berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy baru-baru ini yang telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama penuh dengan jabatan itu dalam proses pengauditan. - Bernama

Sumber HD - 10-3-2015

1MDB WILL THE PREMIER NOW RESIGN?



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34252-1-mdb-will-the-premier-now-resign

Sumber HD - 9-3-2015



1MDB cemaskan Najib : Siapa yang akan dimangsakan?

Posted on Monday, March 09 @ 23:18:58 MYT by paktam

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
SKANDAL kewangan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad 1MDB pada peringkat awal pendedahan nya kurang mendapat perhatian umum.

Isu isu sebegini khasnya membabitkan ekonomi amat sukar difahami masyarakat khasnya kaum Melayu yang lebih berminat dengan isu berteraskan sentimen samada sentimen kaum mahupun agama atau lebih parah lagi mereka yang hanya minat kepada propaganda hiburan yang tidak berkesudahan.


Namun selepas beberapa tahun skandal 1MDB ini dimainkan di dada akhbar akhirnya umum mula melihat bertapa negara sedang berdepan satu lagi episod Malang andainya dana awam terpaksa digunakan untuk menanggung beban hutang syarikat berkepentingan kerajaan ini.
Tidak mustahil kes 1MDB akan sekali lagi mengulangi kisah skandal PKFZ dan beberapa skandal kewangan terdahulu.

Ketika isu ini hangat didedahkan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak hanya mendiamkan diri meski diasak untuk menjawab setiap perkara yang dibangkitkan.

Hinggalah pada awal tahun ini apabila ada pihak yang mengaitkan skandal ini dengan beberapa pihak yang dekat dengan beliau lantas beliau mengambil langkah untuk memberi a maran bersurat menyatakan hasrat mengambil tindakan undang-undang.

Harakahdaily menjadi perhatian apabila adanya artikel yang ditulis pengarah urusannya Dr Rosli Yaakob berhubung beberapa perkara yang dilihat mencemaskan Najib.

Selang beberapa minggu Najib tampil pada 5 Mac dengan satu kenyataan meminta 1MDB diaudit walaupun Pejabat Perdana Menteri menegaskan tiada masalah berlaku dengan pengurusan kewangan syarikat pelaburan itu.

Nampak seakan cemas dan apabila dikaitkan dengan keputusan kabinet pada Februari lalu menolak pinjaman RM3 bilion syarikat itu ia memberi gambaran semacam ada masalah dalam pengurusan kewangan termasuk hutang kepada beberapa bank tempatan seperti AmBank RHB dan Maybank berjumlah RM2.1 bilion tidak berbayar.

Najib dikatakan mengambil pusingan U (U-Turn) dalam mendepani isu ini berikutan asakan khasnya oleh Jawatankuasa Khas Kira Kira Wang Awam di Parlimen (PAC) melalui Dato’ Nurjazlan Mohammed.

Malah sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohammed juga telah mengulangi amaran berhubung skandal 1MDB ini akan menjadi timing bomb yang boleh memusnahkan hayat politik Najib.

Biarpun mungkin tiada kaitan dengan beliau namun selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pastinya Najib harus melihat perjalanan pengurusan kewangan syarikat ini agar tidak gagal.

Selepas kenyataan yang bernada agak cemas pada 5 Mac umum pastinya melihat bahawa pastinya akan ada kambing hitam yang akan disembelih sekiranya episod skandal ini ber akhir dengan kegagalan.

Sumber DD - 9-3-2015














































































































































































































































1MDB: PAS desak polis siasat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan terhadap jenayah pecah amanah dalam skandal 1MDB berdasarkan laporan akhbar The Edge keluaran 9 hingga 15 Mac.

Ekoran itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini telah membuat laporan polis berhubung skandal 1MDB di Balai Polis Dang Wangi.

Tindakannya itu kerana atas dasar prinsip tanggungjawab kolektif warga Malaysia bagi menghindar perbuatan pecah amanah yang akan merugikan negara dan rakyat negara ini.

Dalam keluaran terkini The Edge pada muka surat 62, 63, 64 dan 65 melaporkan mengenai perjalanan pelaburan 1MDB.

Husam membuat laporan ini untuk polis melakukan siasatan di bawah Seksyen 405 kesalahan Jenayah Pecah Amanah di bawah Akta Kesalahan Jenayah 574 meliputi pembayaran sebanyak USD 700 juta oleh 1MDB kepada Good Star Limited Seychelles.

Katanya, siasatan perlu dilakukan ke atas Penasihat 1MDB, Menteri kewangan serta Ahli Lembaga dan Pengursan 1MDB pada tahun 2009 dan 2010 mengenai pembayaran oleh 1MDB sebanyak USD 1 bilion (bersamaan RM3.48 bilion) kepada syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited bernama 1MDB PetroSaudi Ltd tanpa mempunyai profile syarikat rakan usaha sama, tanpa semakan aset yang diisytiharkan yang kemudiannya didapati tidak wujud dan tanpa telebih dahulu mendapat persetujuan Lembaga 1MDB.

Sehubungan itu, Husam menyeru agar Perdana Menteri mengosongkan kedudukan beliau sebagai Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan sehingga siasatan selesai bagi membolehkan siasatan berjalan tanpa sebarang kerumitan.

"Pada tempoh itu, Timbalan Perdana Menteri hendaklah dilantik pemegang kedua-dua jawatan itu,” katanya ditemui selepas membuat laporan polis.

Tegasnya, jika apa yang dilaporkan oleh The Edge adalah benar, maka Menteri Kewangan pada waktu transaksi itu berlaku tidak berkeupayaan menjaga kepentingan kewangan negara dan mesti bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Jelas Husam, secara kolektif kabinet mesti bertanggungjawab terhadap 1MDB dan seharusnya satu kertas kabinet telah disediakan untuk meluluskan pembentukan 1MDB dan seterusnya menerima laporan dari masa ke semasa.

"Kegagalan itu, jika berlaku bermakna kegagalan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab secara khusus.

"Saya juga menyokong pendirian Timbalan Perdana Menteri supaya laporan audit forensik dilakukan ke atas 1MDB dan semua anak syarikat atau usaha samanya dilakukan seberapa segera dan satu kertas putih hendaklah dibentangkan di Parlimen," katanya.

Dalam pada itu, menurut Husam pihak akhbar The Edge bersedia memberi bantuan untuk menyiasat skandal 1MDB kerana akhbar berkenaan telah lama membuat siasatan berhubung skandal ini.

"Harap polis dapat hubungi The Edge bagi mendapatkan bukti-bukti tentang skandal ini," katanya yang turut memberitahu ada seorang lagi rakyat Malaysia juga membuat laporan polis berhubung 1MDB di balai berkenaan. – HARAKAHDAILY 9/3/2015

Sumber HD - 9-3-2015

1MDB bom jangka buat Najib, kata Husam

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: "Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong tindakan berani Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin," tulis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam facebooknya, semalam.

Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia juga, beliau tidak hanya ingin mendengar laporan audit kosmetik dengan spesifikasi tugas yang sangat terhad untuk memberikan gambaran yang salah terhadap kedudukan sebenar 1MDB.
Berikut tulisan penuh beliau.

Sebulan dua yang lalu, saya telah menjangkakan bahawa isu 1MDB ini akan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari takhta kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Perkara ini menjadi semakin serius setelah timbalannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka mengeluarkan kenyataan seolah-olah menampar Perdana Menteri buat kali pertama mengenai isu 1MDB.

Kenyataan terbuka ini, jelas telah melontarkan batu ke dada politik Datuk Seri Najib. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin dibuat setelah Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan pada Rabu lalu bahawa kabinet sebulat suara berpendapat penjelasan 1MDB adalah perlu dan elok serta satu perhimpunan khas Umno akan dibuat pada hari Ahad ini untuk menyokong Datuk Seri Najib.

Setelah menilai dua kenyataan yang bercanggah itu, saya melihat jelas dan nyata bahawa kabinet tidak sebulat suara menyokong isu ini seperti yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan Tan Sri Muhyiddin kita boleh fahami bahawa pengauditan ke atas 1MDB yang dibuat oleh firma Audit, Deloitte hanya untuk tahun 2013 di mana wang pelaburan yang dipersoalkan telah pun dipulangkan atau diganti dengan wang lain untuk menunjukkan segala-galanya adalah teratur. Bagaimana pelaburan itu diuruskan sebelum itu gagal disentuh oleh Deloitte kerana tugas spesifik yang terhad yang diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kita telah melihat bahawa Tan Sri Muhyiddin telah melangkah setapak ke hadapan dengan meminta supaya proses audit 1MDB lebih meluas dilakukan oleh Jabatan Audit dan Jawatankuasa Pemeriksa kira-kira supaya semakan menjadi lebih telus. Perkara ini jelas telah memuka ruang untuk membuka “pekung”. Apanila dibongkarkan ini merupakan satu tekanan yang kuat yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin ke atas bosnya sendiri.

Perkara ini sangat pelik bagi seorang Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berasingan secara rasmi yang bertentangan dengan kenyataan Pejabat Perdana Menteri sendiri.

Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong tindakan berani Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai rakyat Malaysia juga, saya tidak hanya ingin mendengar laporan audit kosmetik dengan spesifikasi tugas yang sangat terhad untuk memberikan gambaran yang salah terhadap kedudukan sebenar 1MDB.

Harus diingat isu 1MDB tidak hanya jadi bom jangka buat Datuk Sri Najib Tun Razak, ia juga akan memberikan impak yang sangat buruk kepada negara yang akhirnya rakyat terbeban sama. - HARAKAHDAILY 9/3/2015

Sumber HD - 8-3-2015























































































































































































































































1MDB : 'ROMPAKAN' PALING DAHSYAT KURUN INI - DR DZUL


Sumber HD - 8-3-2015

1MDB: Najib wajar letak jawatan Menteri Kewangan

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: DAP menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan bagi membolehkan siasatan yang telus dan bebas dibuat terhadap syarikat milik kerajaan Malaysia tersebut.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata ini selaras dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai 1MDB.

Beliau telah berkali-kali meminta kerajaan Malaysia melantik seorang Menteri Kewangan sepenuh masa untuk menangani ekonomi negara, khususnya sewaktu krisis dan kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi.

Katanya, kenyataan Muhyiddin adalah tepat dengan masanya untuk mendesak Najib mengundur diri daripada memegang jawatan Menteri Kewangan.

Beliau berkata, Muhyiddin dalam kenyataan baru-baru ini telah menuntut supaya:

Ketua Audit Negara memeriksa kira-kira 1MDB secara bebas dan tanpa gangguan mana-mana pihak, dan menyusur akaun sehingga ke tahun 2009 apabila 1MDB ditubuhkan, dan bukan setakat akaun tahun 2013.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) boleh mula menyiasat 1MDB tanpa perlu menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara.

Kerajaan dilarang daripada menyelamatkan (bail out) 1MDB, dan Muhyiddin mempersoalkan cadangan penstrukturan semula 1MDB yang melibatkan penjualan tanah Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia yang dibeli dengan harga murah yang boleh menyebabkan kerajaan menanggung rugi.

Chin Tong menambah, kenyataan itu adalah petanda paling jelas Muhyiddin telah mencabar kepimpinan Najib.

“Walaupun Najib masih boleh bergayut dengan kuasa Perdana Menteri buat sementara waktu, adalah menjadi tanggungjawab Kabinet untuk mendesak Najib supaya meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan bagi membolehkan siasatan penuh dan bebas dilaksanakan terhadap 1MDB,” katanya dipetik Roketkini.

Sumber HD - 8-3-2015


AUDIT FORENSIK 1MDB : TERIMA KASIH MUHYIDDIN - KADIR


YAB TAN SRI MUHYIDDIN YAASIN - TIMBALAN PERDANA MENTERI / MENTERI PELAJARAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34211-audit-forensik-1mdb-terima-kasih-muhyiddin

Sumber HD - 7-3-2015


1MDB-SAMAN : APA MOTIF NAJIB? - SHAHBUDIN


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34207-1mdb-saman-apa-motif-najib

Sumber HD - 7-3-2015


1MDB : GILIRAN TONY PUA PULA DISAMAN NAJIB - PEGUAM


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34192-1mdb-giliran-tony-pua-pula-disaman-najib

Sumber HD - 6-3-2015


1MDB KANSER TAHAP EMPAT KABINET PULA BERSEKONGKOL - MAHFUZ


YB DATO' MAHFUZ OMAR - KETUA PENERANGAN PAS / KETUA WHIP AP-AP PAS


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline
/34189-1mdb-kanser-tahap-empat-kabinet-pula-bersekongkol

Sumber HD - 6-3-2015


1MDB : NAJIB  'U-TURN' SELEPAS DIDESAK? - RAFIZI


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34177-1mdb-najib-u-turn-selepas-didesak

Sumber HD - 5-3-2015































































































































































































































































TASK FORCE NEEDED TO INVESTIGATE 1MDB SAGA - TI-M

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34149-task-force-needed-to-investigate-1mdb-saga


Sumber HD - 4-3-2015

PAC perlu panggil segera 1MDB, pengaudit untuk siasat

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memandang serius dakwaan yang dikeluarkan oleh Sarawak Report yang mendakwa telah mendapat salinan dokumen-dokumen yang membuktikan terdapat urusaniaga yang mencurigakan dalam Projek Usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International di mana sekurang-kurangnya USD700 juta telah diselewengkan kepada syarikat berkaitan dengan Jho Low.

"Kami menyokong sebulat suara kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),

Datuk Nur Jazlan Mohamed agar memanggil 1MDB dan para auditornya bagi menyiasat semua perkara berkaitan 1MDB," ujar Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Dr Tan Seng Giaw, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Datuk Kamarudin Jaffar, William Leong Jee Keen dan Tony Pua Kiam Wee dalam kenyataan akhbar.

Menurut mereka, PAC seharusnya memanggil segera Shahrol Halmi, bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, Presiden 1MDB yang baru dilantik, syarikat audit 1MDB - KPMG dan Deloitte Malaysia dan pegawai Kementerian Kewangan untuk suatu pendengaran.

"Segala dokumen dan email berkaitan perlu dibawa dalam pendengaran awam berkenaan. Ini perlu dilakukan segera sebelum semua bahan bukti dimusnahkan," ujar mereka lagi. - HARAKAHDAILY 3/3/2015

Sumber HD - 3-3-2015


1MDB : KABINET TOLAK NAJIB CADANG SUNTIK RM3 BILION - DR DZUL


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34080-imdb-kabinet-tolak-najib-cadang-suntik-rm3-bilion

Sumber HD - 27-2-2015


PM mahu saman Harakah isu 1MDB, anak tiri
Posted on Thursday, February 26 @ 18:00:00 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengancam untuk mengemukakan saman ke atas lidah rasmi PAS berhubung tulisan yang mengaitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan anak tirinya.

Surat tuntutan Najib diserah kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakub jam 3 petang tadi, lapor Utusan Online.

Laporan sama menyebut surat tuntutan itu dibuat Najib atas kapasiti peribadinya berhubung artikel 'Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?'.

Artikel bertarikh 12 Februari lalu yang ditulis Rosli mengaitkan syarikat pelaburan nasional itu dengan filem anak isterinya Rosmah Mansor. 


Sumber TKO - 26-2-2015


1MDB BAYAR HUTANG RM2 BILION DARI SUMBER MANA - DMO


YB DATO' MAHFUZ OMAR - KPPP / AP POKOK SENA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33927-1mdb-bayar-hutang-rm2-bilion-dari-sumber-mana

Sumber HD - 18-2-2015


DANA 1MDB BIAYAI SYARIKAT FILEM MILIK RIZA AZIZ - DR ROSLY


RIZA AZIZ (KIRI) & LOW TAEK JHO (KANAN)

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/33809-dana-1mdb-biayai-syarikat-filem-milik-riza-aziz

Sumber HD - 12-2-2015


1MDB SIASAT DANA DARI PULAU CAYMAN TIDAK DIBAWA BALIK - RAFIZI RAMLI



ARULKANDA KANDASAMY - CEO 1MDB

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33711-1mdb-siasat-dana-dari-pulau-cayman-tidak-dibawa-balik

Sumber HD - 7-2-2015


AUDIT BEBAS BOLEH RUNGKAI MASALAH KEWANGAN 1MDB - DR DZUL


DR DZULKIFLI AHMAD - AJK PAS PUSAT

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33703-audit-bebas-boleh-rungkai-masalah-kewangan-1mdb

Sumber HD - 6-2-2015

Kenyataan Media - Isu sekitar 1-Malaysia Development Berhad (1-MDB)


Beberapa Isu sekitar 1-Malaysia Development Berhad (1-MDB).

1. Isu tentang pemilik The Edge, Datok Tong Kooi Ong yang dituduh menyerang ringgit (RM) untuk menjatuhkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi keuntungan peribadi tetiba menjadi kemelut hangat dalam pasaran Foreign Exchange (FX Market) sejak dilaporkan oleh sebuah blog (anonymous) Exposing The Truth of Malaysians (malaysianexpose.wordpress.com) dengan tajuk How Tong Kooi Ong is attempting to break Bank Negara and crash the Ringgit (Jan 28).

2. Datok Tong telah membuat penafian (dengan kenyataan akhbar) atas tuduhan tersebut (shorting the ringgit) sebanyak dua kali sementara Tun Mahathir telah menyuarakan pandangan beliau bahawa Tong diserang kerana telah banyak membuat pendedahan dan mengkritik tentang tadbir-urus 1-MDB dalam medianya The Edge. Tun juga dikatakan telah digunakan oleh Tong bagi melancarkan serangan terhadap 1-MDB.

3. Saya tidak mahu membuat apa-apa komentar tentang dakwa-dakwi pihak yang tertuduh dan kini pihak PM Najib yang juga mahukan kes yang dianggap sebagai ‘economic saboteur’ atau ‘penyangak ekonomi’ di bawa kemuka pengadilan.

4. Meskipun banyak pihak yang telah membuat komentar bahawa keupayaan Tong dengan USD1bilion tidak boleh menggugat keutuhan BNM Malaysia yang mempunya RM400 bilion sementara seluruh (total transaction) Pasaran FX adalah sebanyak USD1trillion adalah tidakmenasabah, isu ini masih namapaknya mahu dimainkan oleh pihak kerajaan Najib Razak.

5. Persoalan saya untuk pihak Menteri Kewangan Najib dan BNM, yang berkebetulan adalah dipimpin oleh seorang tokoh Governor Central Bank yang dikitiraf dunia adalah seperti berikut:

6. Apakah langkah ‘supervisory dan regulatory’ yang telah dikemaskinikan oleh BNM sejak negara didakwa diserang oleh George Soros dalam krisis Kewangan Asia 1997 dahulu?

7. Mengapakah Datok Tong didakwa melepasi kesemua ‘surveillance and supervision’ peraturan ‘oversight’ yang sepatutnya telah dikuatkuasakan oleh BNM?

8. Mengapakah BNM negara, dalam kes Datok Tong ini, tidak memanggil beliau atas tuduhan bahawa beliau telah dikesan melakukan spekulasi matawang ringgit ini untuk beberapa buan sejak Ogos 2014?

9. Kesemua ini mesti di jawab oleh PM Najib yang kini telah dilihat termakan atau mungkinkah ada juga yang mendakwa menjadi dalang dalam mencetuskan ‘fiasco’ ini kerana expose yang dibuat oleh The Edge?

10. Aspek kedua yang saya ingin rakamkan dalam sidang akhbar ini adalah bersabitan hutang 1-MDB yang kini telah memasukki ‘zone bahaya’ sekaligus boleh menjejaskan ‘penarafan berdaulat’ atau ‘sovereign rating’ negara kerana jelasnya telah gagal membayar hutangnya sebanyak dua kali berjumlah RM5.5bilion pada buan June ini.

11. Mengikut laporan kewangan mutahir 31 Mac 2014, asset 1-MDB ialh sebanyak RM51.4b dan hutang sebanyak RM49.97b dan kerugian sebanyak RM665.4 juta. NTA adalah sebnayak RM1.43b. Hutang 1-MDB adlah 4% dari KDNK dan lebih banyak dari seluruh GLCs (tak termasuk Bank-Bank).

12. Seandainya gagal melunaskan hutang ini, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh menjadi punca kepada ancaman sistemik (systemic risk) sekaligus menjejaskan penarafan berdaulat negara. Pinjaman yang telah diberikan oleh Tan Sri Ananda Krishnan lebih menambahkan kegusaran pasaran tentang keupayaan kewangan 1-MDB.

Dr Dzulkefly Ahmad

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS
5 Februari 2015

Sumber PP - 5-2-2015

Adakah Ananda Krishnan akan menjadi penyelamat 1MDB?

Posted on Tuesday, February 03 @ 15:29:45 MYT by paktam

Oleh Ng Kee Seng 
Ad
akah "taikun" Malaysia Tan Sri Ananda Krishnan (AK) akan menjadi "kesatria putih" dan menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad?

AK dilaporkan telah mengukuhkan persetujuan untuk memberi pinjaman kepada 1MDB dengan jumlah sehingga RM2 bilion untuk membantu badan pelaburan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  itu untuk membayar hutang kepada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Berhad yang mencapai tarikh akhirnya hujung bulan ini.


Jika laporan The Edge yang memetik sumber itu benar, ia menunjukkan kerajaan Malaysia, terutama Kementerian Kewangan, kini dalam krisis kewangan. 

Implikasi pinjaman seumpama itu, iaitu daripada individu kepada kerajaan - 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan - adalah memalukan.


Fikirkan:

- Malaysia yang merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber asli perlu meminjam RM2 bilion daripada seorang individu?

- Adakah Malaysia dalam krisis kewangan yang teruk, akibat hutang persekutuan sejumlah RM800 bilion yang juga menghakis keyakinan terhadap ringgit.


Mengapa AK ingin mengorek duit untuk 1MDB? Untuk menunjukkan dirinya sebagai penyelamat dan berkhidmat kepada negara?


Laporan Reuters 31 Januari menyatakan AK - individu kedua terkaya di Malaysia - akan meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang kepada dua bank tempatan.


Laporan itu menyatakan dua individu yang arif tentang perkara itu mendedahkan AK kini sedang berunding berhubung terma pinjaman dengan 1MDB.


Awal bulan ini. Reuters juga melaporkan yang AK dalam perbincangan untuk menjadi pelabur dalam penyenaraian aset jana kuasa oleh yang sudah lama tertangguh. Ia berkemungkinan akan dibuat pada enam bulan pertama tahun ini.


"Pada masa ini, ia hanyalah satu pinjaman. Kita tidak tahu sama ada ia akan diterjemah melalui saham ekuiti," kata salah seorang sumber itu.


Pegawai 1MDB enggan memberi komen. Pegawai di badan pelaburan AK, Usaha Tegas juga tidak dapat memberikan kenyataan.


Apa kata-kata menteri lain?


Bahawa hutang menggunung 1MDB tidak mendatangkan kesan kepada ekonomi dan kewangan? 


Benarkah apa yang kita dengar ini?- bm.theantdaily.com/


Simber DD - 3-2-2015


KECELAKAAN 1MDB DITANGGUNG NEGARA, RAKYAT JELATA - KADIR JASIN

ABDUL KADIR JASIN - WARTAWAN

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33635-kecelakaan-1mdb-ditanggung-negara-rakyat-jelata

Sumber HD - 3-2-2015

2 comments:

  1. Hello, semua orang, sila, saya cepat ingin menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi pinjaman kredit yang benar-benar mengubah hidup saya kemiskinan dengan seorang wanita kaya dan kini saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kewangan kesukaran,

     Selepas berbulan-bulan cuba untuk mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu sebanyak 400 juta saya menjadi begitu terdesak dalam mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian adalah legit dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kita bercakap mengenainya dan kesimpulan kami memberitahukan kepadanya tentang seorang wanita yang bernama Puan Theresa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Theresa Loan.Company

     Saya memohon untuk jumlah pinjaman (800 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, jadi pinjaman yang diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dibuat pada pindahan kredit, disebabkan oleh hakikat bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen daripada mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang daripada dua jam wang pinjaman itu telah didepositkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah jenaka sehingga saya menerima panggilan daripada bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 800 juta. Saya amat gembira kerana akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan pesanan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberikan keinginan hati saya.

    Terima kasih kepada Puan Theresa untuk membuat adil hidup saya, jadi saya cadangkan sesiapa yang berminat dalam mendapatkan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui e-mel Theresaloancompany@gmail.com untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi terima kasih banyak untuk masa yang anda luangkan untuk membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam kehidupan anda.
    Saya menamakan martini, anda boleh hubungi saya untuk lebih banyak rujukan melalui e-mel saya: martinimarais1986@gmail.com atau fatma melalui feyzilfatma@gmail.com. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : 1Mdb - 1 Malaysia Development Berhad >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : 1Mdb - 1 Malaysia Development Berhad >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : 1Mdb - 1 Malaysia Development Berhad >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete