BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, April 28, 2017

IHYA RAMADHAN DAN TAZKIRAH (JILID 2)







Persiapan pesakit kencing manis di pagi Syawal

STATISTIK berikut amat membimbangkan kita. Pada 2006, 11.6 peratus penduduk negara ini menghidap diabetes. Terdapat peningkatan sebanyak 3.6 peratus pada 2011 menjadikan peratusan pesakit diabetes 15.2 peratus dan seterusnya meningkat kepada 17.5 peratus pada 2015. 
Peratusan ini sangat tinggi berbanding dengan beberapa negara lain di Asia Timur. Sebagai contoh, walaupun China mempunyai 96 juta pesakit tetapi meliputi hanya 9.2 peratus daripada penduduknya. Begitu juga India, mempunyai 66 juta pesakit, iaitu 8.6 peratus daripada jumlah penduduknya. 
Data di atas menjadikan seramai 3.5 juta penduduk dewasa di Malaysia menghidap diabetes dan daripada jumlah tersebut, separuh (9.2 peratus) tidak mengetahui bahawa mereka menghidapi penyakit tersebut.[1] 
Faktor utama penyakit kencing manis yang tidak terkawal adalah tidak patuh arahan makan ubat dan tidak mengawal nafsu makan. Negara kita diibaratkan syurga makanan sehinggakan pesakit kencing manis sukar melakukan adaptasi kehidupan. Akhirnya berlakulah komplikasi-komplikasi yang tidak diinginkan seperti kegagalan buah pinggang, sakit jantung, angin ahmar, penyakit saraf dan sebagainya. 
Pengawalan makanan pesakit kencing manis amat sukar terutama di musim perayaan. Gian makan siang hari sewaktu sebulan Ramadhan lalu diqada pada hari raya Syawal. Doktor selalu memberi nasihat agar kedatangan Syawal ini janganlah dicemari dengan gelojoh nafsu makan. Sepatutnya sebulan berpuasa menjadi penampan nafsu kita dari terus bermaharajalela. 
Tips kesihatan berikut mungkin berguna untuk mengawal kencing manis sewaktu hari raya. 
1) Ingat betul-betul ubat kencing manis. Masa makan, dos dan berapa kekerapannya. Di pagi raya, ramai antara kita sibuk menyediakan juadah dan layan tetamu sehingga lupa untuk utamakan makan ubat kencing manis. Ahli keluarga terdekat sewajibnya memainkan peranan untuk mengingatkan pesakit kencing manis agar makan ubat ikut panduan yang ditetapkan. Ramai pesakit kencing manis akan terdampar di bilik kecemasan hospital kerana pengsan akibat gula dalam darah yang tinggi. Justeru elakkan kejadian trajis ini dalam keluarga anda dengan mengambil ubat kencing manis tanpa engkar walaupun di hari raya. 
2) Sekiranya anda merancang untuk balik kampung. Senarai pertama yang patut diletakkan dalam bagasi anda adalah ubat-ubatan kencing manis. Pesakit yang prihatin mengenai kesihatan mereka, sudah pasti ingat jenis ubat, bagaimana cara mengambil dan bila masanya. Bagi memudahkan, beli bekas kedap udara dan dilabelkan khas ubat supaya senang dicapai apabila masanya sampai. Bawa jumlah yang secukupnya mengikut jumlah hari yang anda rancang berada di kampung. Jadikan ubatan kencing manis ini sama penting dengan kad pengenalan anda. Wajib dibawa ke mana-mana sahaja. 
3) Pesakit yang menggunakan insulin, ingat betul-betul tatacara membawa ubat insulin dalam perjalanan ke kampung. Jangan jadikan alasan susah membawa insulin ini kerana teknologi terkini insulin sudah tersedia-kekal dalam pen. Bukannya lagi dalam botol-botol insulin seperti dahulu kala. 
i) Anda boleh membawa pen insulin tersebut tanpa menyimpannya di tempat sejuk. Ia boleh digunakan selama sebulan (30 hari) setelah dimasukkan dalam kelongsong pen insulin. Cuma elakkan ia terdedah secara terus dibawah terik matahari. Selagi berada dalam tas tangan anda, ia selamat digunakan. 
ii) Jika anda merasakan insulin tidak mencukupi, anda perlu membawanya lebih. Satu kelongsong insulin biasanya mempunyai 300 unit. Kira secukupnya jumlah unit dos insulin yang akan digunakan sepanjang berhari raya. Jika anda memerlukan cucuk sebanyak 15 unit, 2 kali sehari, bermakna jumlah sehari adalah 30 dos unit. Justeru satu kelongsong akan habis selama sepuluh hari. Andai sekiranya percutian anda selama 2 minggu, maka 2 kelongsong penuh insulin wajib dibawa. Cara bawanya dalam perjalanan juga perlu dengan cermat. Masukkan kelongsong insulin tadi dalam kotak ais yang suhunya sekira-kira 4-8 ⁰C. Kemudian setelah sampai destinasi, alihkan kelongsong insulin tadi ke dalam peti sejuk. Ambil setelah anda memerlukan. 
3) Kira jumlah kalori makanan anda. Walaupun ramai yang akan memperli anda kerana terlalu tegas dalam bab ini, jangan hiraukan mereka. Yang menderita adalah anda juga, jika pengambilan kalori berlebihan ini boleh menyebabkan anda menjadi koma/hiperglisemia. Anda boleh merujuk contoh pengiraan kalori ini dalam garis panduan yang diberikan oleh KKM (sila lihat pautan rujukan).[2] Jaga-jaga dalam makan berlebihan ini adalah satu sikap berhati-hati. Agar komplikasi yang tidak diingini berlaku ke atas diri. Pesakit Kencing Manis tidak digalakkan mengambil lebih dari 1600 kalori (lelaki) sehari. Manakala pesakit wanita tidak melebihi 1300 kalori sehari. Jika anda mengambil kalori yang berlebihan, ia akan disimpan dalam bentuk lemak, yang akhirnya memudaratkan diri. 
Semoga ingatan ini menjadi panduan kepada saya dan anda semua. Ajal maut, rezeki, jodoh ditentukan oleh-Nya jua. Tetapi kita sebagai manusia diberi ruang ikhtiar bagi menjadikan kaedah ajal maut itu penyakit diasbabkan kepada kecuaian kita dalam mencegah berlakunya penyakit. 
Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Fb.com/drsuhazeli
21.6.2017
Kuala Berang
Sumber HD - 22-6-2017 

Ramadan Membina Sahsiah Muslim

Alhamdulillah syukur kerana berpeluang menjadi tetamu Allah di bulan pilihan-Nya, dihidangkan dengan makanan jasad, akal dan roh. Tiga komponen ini yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, menjadikan manusia itu layak bertugas di muka bumi dan memakmurkannya dengan Syariat Allah yang Maha Pencipta Alam seluruhnya.

Allah melantik para rasul kalangan manusia dan mereka dibantu dengan kitab yang diwahyukan bersama mukjizat mengikut zaman dan kaum masing-masing. Allah menurunkan Al-Quran di bulan Ramadan, sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ ١٨٥ البقرة

“Bulan Ramadan, di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil)” (Surah al-Baqarah: 185)

Al-Quran adalah mukjizat ilmu kepada Rasul terakhir Muhammad S.A.W, bukan sahaja ilmu yang dinamakan agama oleh bahasa yang lain daripada bahasa Al-Quran (arab), bahkan termasuk juga ilmu dunia yang luas, di antaranya sains dan teknologi yang menjadi kebanggaan terkini.

Al-Quran menceritakan asas-asas ilmu yang sangat luas tanpa hujungnya di alam bumi. Luasnya dari bumi sehingga angkasa lepas, selari dengan perkataan Al-Din iaitu perkataan yang sebenar bagi Islam.

Bulan Ramadan menjadi pilihan diturunkan Al-Quran daripada Luh Mahfuz yang tinggi mengatasi langit, dibawa ke langit dunia, tempat yang disebut Baitul Izzah atau Mawaqiunnujum. Firman Allah:

۞فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ ٧٥ وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٞ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ ٧٦ إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٞ كَرِيمٞ ٧٧ فِي كِتَٰبٖ مَّكۡنُونٖ ٧٨ لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ ٧٩ تَنزِيلٞ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٨٠ الواقعة

“Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat peredaran bintang cekerawala dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran; (75) Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, (76) Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), (77) Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; (79) Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (80)” (Surah al-Waqiah: 75-80)

Al-Quran diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W. secara berdikit dalam tempoh 23 tahun di Makkah dan Madinah, menyatakan dasar dan konsep yang tetap tidak berubah berkenaan iman, syariat dan akhlak. Al-Quran membongkar perkara ghaib yang tidak diketahui dan dicapai oleh sebahagian daripada alam yang luas, peristiwa umat terdahulu dijadikan iktibar, peristiwa akan datang khususnya Hari Kiamat di mana tempat dikembalikan kepadanya seluruh manusia dengan hisab dan pengadilan daripada peranannya di alam dunia.

Al-Quran juga menyebut keadaan alam bumi dan langit dan hukum syariat dari segi dasar, konsep dan pelaksanaan mengikut keperluan semasa yang membawa penyelesaian masalah yang mendatang. Ia menjadi panduan hidup dan petunjuk yang lengkap kepada manusia mengikut fitrah (naluri) yang sesuai dengan keadaan di akhir zaman yang menjadikan dunia berada dalam satu masyarakat madani dengan mudah, yang berbeza dengan zaman dahulu.

Allah mencabar manusia dengan firman-Nya:

وَإِن كُنتُمۡ فِي رَيۡبٖ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٖ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٢٣ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ ٢٤ البقرة

“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23) Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu daripada api Neraka yang bahan-bahan bakarannya adalah: Manusia dan Batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir) (24)” (Surah al-Baqarah: 23-24)

Adalah menjadi hikmah yang nyata apabila Allah S.W.T memilih bulan Ramadan yang diturunkan Al-Quran ini dijemput orang-orang yang beriman menjadi tetamunya, dihidangkan makanan jasad, akal dan roh. Waktu siangnya diwajibkan berpuasa dengan kelebihan makanan sahur dan berbuka yang berkat. Ditambah dengan ibadah bertadarus Al-Quran, membetulkan bacaan dan kuliah ilmu yang menjadi makanan akal, ditambah lagi dengan ibadah jasad, roh dan harta yang disunatkan disamping sembahyang fardhu dan nafkah yang wajib. Sehingga kemuncaknya melahirkan sifat taqwa yang menjadi konsep jati diri terpenting kepada seseorang manusia.

Taqwa adalah sikap dalam diri seseorang yang melahirkan rasa perhambaan kepada Allah dan takut kepadanya, sehingga menggerakkan dirinya melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Ibadah puasa yang ikhlas sahaja sudah cukup bagi mentarbiyahkan diri.

Apabila ikhlas meninggalkan makan minum dan lain-lain di tempat nyata dan sembunyi yang paling mudah menipu, namun tetap berpuasa juga kerana beriman bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Mendengar dan Melihat, maka lahirlah sifat taqwa yang menjadi konsep hidup bagi seorang muslim.
Al-Quran adalah petunjuk dan arahan Allah kepada setiap manusia yang berakal dan berkemampuan. Semua orang akan dibicarakan di hadapan Allah pada Hari Kiamat nanti, menjadikan seseorang yang bertaqwa sangat berwaspada.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Setiap orang akan ditanya pada Hari Kiamat nanti. Pemimpin ditanya berkenaan rakyatnya, suami berkenaan keluarganya, isteri berkenaan rumah tangganya, anak berkenaan ibubapa dan peninggalannya, majikan berkenaan pekerjanya dan pekerja pula berkenaan tugasnya. Semua orang adalah bertanggungjawab ditempat masing-masing”

Islam yang berkonsepkan taqwa berjaya menghapuskan amalan negatif dalam kehidupan manusia, khususnya kezaliman, penipuan, rasuah, salah laku dan lain-lain dikalangan para pemimpin. Semua rakyat dalam kedudukan masing-masing menjaga akhlak diri dalam semua hubungan dan tugasnya di tempat masing-masing.

Islam telah berjaya menghapuskan perkara negatif bukan sahaja dengan undang-undang yang dikuatkuasakan, tetapi lebih daripadanya adalah jati diri seseorang dengan sifat taqwa walaupun tanpa diketahui oleh pihak yang berkuasa.

Satu contoh yang menarik apabila Khalifah Umar R.A. mengintip tingkah laku rakyatnya menemui seorang wanita penjual susu yang cuba menipu meletakkan air ke dalam susu yang dikumpulkan, tiba-tiba si anak gadisnya menegur jangan melakukan begitu. Dia menjawab: “Khalifah Umar tidak tahu menahu”. Anak gadisnya menyampuk: “Walaupun Umar tidak tahu tetapi Tuhan Umar tahu”. Lalu si ibu membatalkan tipunya. Umar terus menandakan rumah itu dan meminangkan gadis anak penjual susu menjadi menantunya, yang akhirnya melahirkan zuriat Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Konsep taqwa inilah memungkinkan Islam memerintah masyarakat majmuk sehingga beberapa abad dengan adil dan menjamin hak masing-masing dikalangan masyarakat berbagai kaum dan agama dalam negara yang luasnya dari Timur di Asia Tenggara, sebelah Barat di Afrika Barat sehingga Sepanyol, Utara di Asia tengah dan Selatannya di Afrika Tengah. Adapun kejatuhan pemerintahnya apabila meninggalkan Islam dan hilangnya jati diri Muslim.

Keadilan dalam bermasyarakat majmuk ini berkonsepkan firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ الحجرات

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat: 13)
Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَئَانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah: 8)

Adapun ideologi ciptaan manusia melaksanakan undang-undang tanpa roh keimanan, perhitungan dosa dan pahala serta tiada bermatlamat Hari Akhirat. Semuanya dapat bertahan sementara waktu yang terlalu pendek. Terdedah selepasnya di zaman kini, penganut Liberal Kapitalisma disebalik slogan demokrasinya adalah monopoli diri dan kroni, politik wang dan peluang.

Adapun Komunis dan Sosialis berslogankan demokrasi juga bersama kuasa pemimpin di atas nama masyarakat tertindas tetapi terserlah dan terbongkar selepas kejatuhannya melahirkan pemimpin yang bersifat kapitalis yang lebih bernafsu daripada kapitalis yang terbuka. Semuanya berkonsepkan sekularisma yang memisahkan agama Allah daripada urusan duniawi. Berlakunya skandal di dalam gereja dan kuil.

Islam itu pula hendaklah diamalkan secara Tafaqquh fi Al-Din. Kalau tidak, ibadahnya melampau, dakwahnya melampau, politik dan ekonominya juga melampau, jihadnya juga melampau. Semuanya bukan model Islam yang sebenar. Inilah maksud Firman Allah:

فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ ١٢٢ التوبة

“Maka hendaklah keluar sebahagian daripada tiap-tiap puak di antara mereka, supaya bertafaquh (mempelajari secara mendalam dan faham akan ilmu yang dituntut di dalam Islam ) dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang dan berbagai urusan ) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah).” (Surah at-Taubah: 122)

Apa yang disebut adalah sedikit pencerahan daripada Al-Quran yang diturunkan di bulan Ramadan dan konsep taqwa melalui amalan Ramadan sekiranya wujud dalam diri seseorang Muslim boleh menyelamatkan keadaan di mana sahaja dia berada.

“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 26 Ramadan 1438H / 21 Jun 2017M

Sumber BO - 21-6-2017





Nafas Baru Menjelang Aidil Fitri

Oleh : Dr Suhazel Abdullah

Hampir sebulan kita berpuasa ramadhan. Sesungguhnya ramadhan adalah bulan latihan bagi mendidik nafsu kita. Jika sebelum ini kita banyak melakukan dosa samada kecil atau besar, kehadiran Ramadhan sebagai penghapus dosa-dosa dengan peluang keampunan dari Rabbul Jalil. Berdoalah, beristghfarlah demi meraih taqwa.

Tarikh hari-hari bulan Ramadhan juga boleh menjadi tarikh-tarikh keramat kepada perokok. Kita boleh menahan nafsu rokok dengan tidak menghisapnya pada siang hari sudah menjadi satu kejayaan hidup. Teruskan dengan mengekalkan momentum tidak merokok ini pada malam hari, seterusnya berhenti terus dari kancah ketagihan nikotin itu. Saya ucapkan syabas kepada anda yang sudah mengambil langkah bijak ini.

Dari sudut kesihatan dan perubatan, terlalu banyak manfaatny? Berikut beberapa manfaat kesihatan yang boleh diambil perhatian bersama.

1. Manfaat terbaik dari berhenti merokok adalah pencegahan kedut kulit. Tentunya berhenti merokok tidak serta merta menghentikan semua keriput kerana hal ini merupakan bagian alami dari penuaan. Namun, merokok dapat mempercepat perkembangan keriput dan memperdalam keriput yang sudah ada. Hal ini terjadi karena dua faktor: Yang pertama disebabkan oleh bahan kimia dalam rokok yang mempengaruhi kekenyalan kulit Anda. Yang kedua adalah bahwa gerakan yang berulang semasa merokok menciptakan kedutan di sekitar mulut dan hidung.

2. Masalah yang paling lazim dari merokok adalah menghitamnya bibir. Panas rokok yang menempel langsung pada bibir jadi alasan utama penyebab bibir hitam para perokok. Selain itu, berkurangnya pengaliran darah pada kulit bibir juga menjadi faktor pendukung terjadinya bibir hitam. Dengan tidak merokok tentunya kesempatan untuk mendapat bibir merah secara alami akan menjadi kenyataan.

3..Bintik hitam pada wajah yang seringkali disebut sebagai “age spot” seringkali terjadi karena paparan sinar matahari langsung. Namun, kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok lebih rentan terhadap jenis kerosakan ini daripada mereka yang tidak merokok. Itu karena zat kimia dalam rokok mengubah kulit Anda, sehingga tidak sehat dan sulit memerangi masalah ini. Anda dapat menutupi bintik-bintik penuaan dengan make-up, tetapi Anda akan merasa jauh lebih sihat jika anda tidak menambah faktor penuaan awal dengan merokok.

4. Dalam memproses 1 batang rokok, tubuh manusia menggunakan 35 mg vitamin C. Vitamin C adalah vitamin tidak stabil dan mudah terurai. Vitamin ini tidak dapat diproduksi sendiri oleh tubuh, tetapi majoriti diperolehi dari pemakanan. Salah satu fungsi vitamin C adalah mempertahankan mutu dan keutuhan jalinan serat kolagen kulit. Kolagen adalah serat-serat protein kulit yang menentukan tampilan kulit mulus, kencang dan awet muda. Berkurangnya vitamin C, membuat jalinan-jalinan serat kolagen terburai sehingga membuat gambaran kerutan pra matang di beberapa tempat khas seperti di sudut mata dan di sekitar mulut.

5. Kajian menunjukkan bahawa merokok adalah risiko kepada beberapa jenis kanser. Apabila sebut kanser semua akan mengelabah takut, dan sememangya ia telah dibuktikan secara kajian saintifik. Ditambah lagi, kanser juga dapat menyebabkan kematian. Justeru, bertindak sekarang dengan berhenti merokok bermula Ramadhan. Berhenti bermakna anda sudah lepas dari risiko tersebut.

6. Anda mungkin pernah mendengar bahwa minum teh, kopi atau soda dapat menyebabkan gigi menguning. Nah, rokok juga menimbulkan risiko yang sama. Nikotin memberikan untuk gigi menguning dan juga bau nafas busuk. Untungnya, para ahli mengatakan bahawa setelah Ramadhan kali ini Anda berhenti merokok, resiko bau mulut dan gigi kusam juga akan ikut berkurang.

7. Semoga Puasa yang kita jalani ini boleh membuang segala toksid yang terdapat dalam badan kita. Terutamanya kepada perokok. Adalah satu langkah bijak jika anda terus istiqomah bebas dari asap rokok. Ini kerana, Badan anda semakin segar dan bertenaga. Bahan kimia dan racun yang masuk melalui rokok sudah sudah berkurangan apabila anda bebas dari asap rokok. Racun seperti karbon monoksida adalah penyebab utama salur darah anda tersumbat yang boleh menyebabkan strok, serangan sakit jantung dan pelbagai lagi. Jika berhenti, semua resiko ini akan hilang. Tetapkan niat dan terus istiqomah untuk bebas dari cengkaman rokok dibulan mulia ini.

7. Ingin saya kongsi tips kekal cantik pada kali ini. Tips yang paling utama adalah bebaskan diri anda dari rokok. Kepada perokok tegar, azam sekarang dan hentikan terus. Kepada individu yang hidup bersama perokok, hindarkan diri anda seboleh mungkin dari terhidu asap rokok. In kerana, Racun Korbon monoksida yang terdapat dalam asap rokok akan berpadu dengan sel darah anda sehingga menyebabkan sel kekurangan oksigen. Ini akan mengakibatkan Kulit anda akan nampak pucat, berkedut dan tidak cantik. Justeru marilah bermula nafas baru pada Ramadhan kali ini dengan berhenti merokok, supaya anda akan kelihatan semakin handsome dan ramai teruja kerana kulit semakin cantik.

8. Ramadhan yang kita sambut saban tahun ini sebenarnya menjadi satu titik azam untuk terus berhenti dari merokok. Banyak nikmatnya jika anda terus bebas dari merokok. Antaranya, Kepala anda tidak berserabut dengan uban atau resiko semakin botak. Saudara, Akibat dari saluran darah tersumbat dek bahan kimia yang disedut melalui rokok, pertumbuhan sel-sel badan kita akan terbantut. Kulit semakin kendur, bulu roma termasuk rambut kepala semakin menua dan gugur lebih awal. Inilah punca kepada rambut cepat beruban atau gugur. Justeru elakkan kesemua itu dengan berhenti merokok. Anda mampu merubahnya.

9. Mahukah anda bebas dari hodoh jerawat? Nah! Petuanya adalah berhenti merokok dari sekarang. Ini kerana, Perokok cenderung berjerawat di seluruh wajah. Puncanya, disebabkan pelbagai racun dan nikotin yang terkandung dalam rokok. Asap rokok juga merosak kekenyalan kulit muka. Akhirmya, Jerawat akan melata dan penyumbatan liang roma di celah ketiak, bawah payudara, dan leher akan muncul. Justeru, Berhentilah dari merokok tarikh Ramadhan kali ini.

10. Bermula sekarang, jika anda berhenti merokok, anda akan merasai kelainan dalam diri anda sendiri. Dalam tempoh seawall 20 minit, suhu badan. Tekanan darah dan nadi kembali kepada normal, tidak resah gelisah seperti biasa. Jika diteruskan bebas dari asap rokok melebihi 8 jam, Paras bahan kimia nikoton badan akan hilang lebih dari 90%. Amat menakjubkan sekali. Bayangkan jika ianya berterusan anda bebas dari asap rokok, pelbagai nikmat kesihatan yang akan diperolehi termasuk resiko kanser, resiko serangan jantung, resiko kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi.

Keputusan adalah ditangan anda. Ayuh bebaskan diri anda bermula Ramadhan kali ini.

Sumber BO - 20-6-2017





Nasihat kepada orang gemuk di bulan puasa

ANAK bongsu saya mengisYtiharkan bahawa dia sudah 2 kg turun berat badan sepanjang hampir 3 minggu Ramadhan kali ni. Syabas Luqman, di samping meraih taqwa dalam keberkatan bulan puasa ini, kita juga mendapat manfaat dari sudut kesihatan.. 
suhazeli2Ada orang berazam ingin turunkan berat badan. Nah, di bulan Ramadhan inilah boleh bermula. Proses mendapatkan manfaat pengawalan kalori bagi mengkuruskan berat badan perlu motivasi yang tinggi. Penjagaan makanan amat penting agar tidak berkelebihan kalori yang kita makan. Juadah semasa bersahur akan mengambil masa 2 jam untuk dihadam. 
Kemudian proses penyerapan akan berlaku dalam usus. Akhirnya dalam tempoh 6 hingga 8 jam, makanan yang diserap tadi habis digunakan bagi memberi tenaga kepada sel-sel badan. Menjadikan anggota badan kita ini akan mampu melakukan tugasan seharian dengan selesa. 
Ghalib tempoh waktu berpuasa di negara kita ini selama 14 jam. Sumber tenaga dari makanan waktu sahur itu akan habis sekitar jam 2 petang. Setelah itu badan kita secara automatik akan 'membakar' lemak yang tersimpan seperti di peha, pinggul, perut, bahu, lengan dan beberapa tempat simpanan. Fasa inilah menyebabkan kebanyakan orang berpuasa akan surut berat badan mereka. Lemak yang terurai ini ditukarkan kepada bentuk tenaga sehinggalah berbuka puasa. Penyusutan berat badan sekitar 2.8 kg adalah lumrah bagi bagi orang yang berpuasa Ramadhan.[1] Tetapi kajian mengatakan berat badan akan naik semula seawal 2 minggu lepas puasa. Mana tidaknya, raya sebulan!
Di negara miskin lain, mereka berlapar sehingga berhari-hari sehingga berbulan lamanya. Dalam keadaan ini, setelah lemak badan habis dibakar, badan akan membakar protein yang tedapat di dalam otot-otot. Inilah kebuluran namanya. Mereka kurus kering sehingga tinggal kulit dan tulang sahaja. 
Bagi orang gemuk, komitmen tinggi diperlukan bagi menurunkan berat badan mereka. Kajian dengan jelas menunjukkan penurunan berat badan antara 5% hingga 10% dari berat semasa akan memberi kesan positif yang besar. Tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah ini akan menurun.[2] Justeru amat sesuai para pesakit darah tinggi, kolesterol dan kencing manis memulai tekad dan azam mereka untuk kuruskan diri. Cumanya, motivasi tinggi diperlukan semasa bulan Syawal. Jika kita tidak mengawal nafsu makan dan mengambil kalori berlebihan, gemuk akan kembali. Paling tidak anda wajib istiqamah sehingga 6 bulan sehingga menjadikan budaya makan dengan menjaga kalori yang sedikit. 
Contohnya berat anda 90 kg. Letak target untuk turunkan berat badan sebanyak 9 kg (10%) selama 6 bulan. Target supaya penurunan 0.5 - 1.0 kg dalam seminggu. Penurunan secara sihat untuk 0.5 kg - 1.0 kg selalunya sejumlah 1500-1800 Kal per hari  jika disertakan juga dengan senaman untuk lelaki, dan 1200-1500 Kal per hari untuk wanita. 
Jangan pula terlalu nak berdiet dengan ambil terlalu sikit kalori sehari, kurang 1000 Kal sehari, akan menyebabkan "muscle wasting" bukannya pembakaran lemak. Jangan hanya fokus kepada "weight loss" sahaja tetapi yang lebih penting adalah "inch loss". 
Apa resepi makanan dan jumlah kalorinya? Cari sendiri la..Saya berpuasa.
Suhazeli Abdullah
fb.com/drsuhazeli 
Pautan:
[1] Islamic fasting and Weight Loss. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23182306
[2] Losing Weight During Ramadan. https://www.cdc.gov/healthyweight/losing_weight/
Sumber HD - 17-6-2017 








Tazkirah Ramadhan: Hanya dengan hati yang bersih

ISLAM adalah satu-satunya agama yang mempertegaskan hubungan langsung di antara Allah dan makhluk-Nya. Tiada perantaraan, bahkan perantaraan adalah syirik sepenuhnya. Syirik pula adalah kekufuran yang nyata. 
Agama-agama lain gagal mempertegaskan ini. Di antara Allah yang esa dengan makhluk-Nya (manusia) adalah orang-orang tengah atau perantaraan; tokong, berhala, api, matahari, anak tuhan dan sebagainya. Agama-agama lain mempromosikan kesyirikan yang nyata yang pastinya menjemput kemurkaan Allah yang besar.
Mengapa berlaku demikian? 
Pertama, kerana mereka menolak para nabi alaihimussalam atau enggan menerima ajaran mereka dengan sempurna, malah mempermainkan dan meminda ajaran nabi-nabi mereka dengan sengaja dan tanpa rasa takut. Allah lalu menggelapkan hati mereka dan menghukum mereka dengan azab dunia yang dahsyat iaitu laknat daripada-Nya. Laknat ialah dijauhkan daripada rahmat-Nya. Rahmat yang paling utama ialah merasa dekat dan langsung dengan Allah. 
Penganut agama selain Islam dihukum dengan perasaan jauhnya mereka daripada Allah. Justeru mereka menyembah tuhan-tuhan selain-Nya sebagai penyambung dan perantaraan antara mereka dan Allah yang esa. Kerana rasa jauh, mereka tidak takut untuk terus melakukan dosa dan maksiat. Malah mereka dihukum dengan cinta palsu terhadap tuhan-tuhan ciptaan sendiri. 
Kedua, kerana ia anugerah istimewa Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman kepada ajaran para nabi dan rasul. Hanya agama Islam dan hanya orang yang beriman sahaja yang dianugerahi rasa dekat dan langsung dengan Allah yang menciptakan mereka. 
Hubungan langsung tanpa perantaraan itu menjadikan orang-orang yang beriman begitu khusyuk dengan rasa cinta, takut dan bersyukur dengan nikmat Allah yang nyata ke atas mereka. Dengan akidah tauhid, hati mereka menjadi bersih. Dengan hati yang bersih, rasa dekat dengan Allah semakin menjadi-menjadi dan penuh kerinduan dan kesyahduan. 
Ibadah puasa menjanjikan hati yang semakin bersih dan bersinar dengan iman dan tauhid. Hasilnya adalah menakjubkan. Jiwa meronta-ronta ingin mendekati Allah.
Lihat, ketika kita membaca ayat-ayat berkaitan kefardhuan ibadah puasa (al Baqarah: 183-187), Allah mencelah dengan firman-Nya: 
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-mu (wahai Muhammad), maka (jawablah) sesungguhnya Aku amat dekat (kepada mereka), Aku menjawab seruan orang yang menyeru saat dia menyeru-Ku.." al Baqarah:186 
Beruntunglah mereka yang dibersihkan hati mereka dengan kesempurnaan ibadah puasa dan solat dengan anugerah cinta dan dekat dengan Allah.
Sumber HD - 14-6-2017 












Empat Masalah Kesihatan Dalam Bulan Ramadhan

Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah

Bagi orang yang sihat afiat boleh sahaja meneruskan puasa mereka tanpa masalah. Kelihatan penuh bertenaga walaupun perut lapar. Ini kerana tenaga masih lagi boleh diambil dari lemak yang tersimpan dalam tubuh kita.

Namun bagi sesetengah orang, puasanya agak terganggu akibat penyakit yang sedia ada seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung atau sebagainya. Gangguan ini akan mengakibatkan puasanya bertambah letih. Oleh yang demikian apabila tiba keadaan tertentu, beliau diharuskan berbuka puasa.

Masalah lain yang juga boleh mengganggu kelancaran berpuasa adalah kesan daripada berlapar itu sendiri. Terdapat empat masalah perubatan yang biasanya terjadi ke atas orang berpuasa.

1. Kekeringan air / dehidrasi.

Oleh kerana puasa itu tidak dibenarkan makan dan minum bermula subuh hingga maghrib, ada dikalangan kita yang akan mengalami tanda-tanda kekeringan air dalam badan. Bibir dan kulit kering, loya berpinar dan kedahagaan sehingga boleh membawa pengsan akibat dari kurangnya air dalam badan. Tanda-tanda ini boleh dielakkan jika kita meminum air secukupnya. Dinasihatkan di malam hari kita meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong. Baharulah badan kita dapat menjaga hidrasi seoptimanya semasa siang hari. Tiga gelas waktu berbuka, 2 gelas selepas teraweh dan 3 gelas lagi sewaktu bersahur. Pun begitu tiada tiada penetapan khusus waktu mana untuk minum air tersebut. Nak minum setiap jam segelas pun boleh juga.


2. Sembelit

Sembelit juga sering berlaku kerana berpunca dari kekurangan air yang kita minum. Ditambah pula jika kita bekerja di bawah terik matahari. Banyak peluh akan keluar. Mengambil minuman teh dan kopi juga boleh menjadi penyebab kita kencing kerap. Hidrasi badan semakin berkurangan.

Usus akan banyak menyerap air bagi menggantikan peluh tadi, akhirnya konstitusi najis akan keras. Sembelit lah jadinya. Menambah penyeksaan diri sewaktu dibilik air. Bagi pesakit buasir, cukup kesian kelaku mereka semasa istinja.

Tips untuk elakkan sembelit adalah minum air secukupnya. Elakkan kerja-kerja luar di bawah terik matahari. Terpenting, semasa berbuka dan bersahur, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Serat yang terkandung dalam sayur dan buah itu boleh melembutkan najis dalam usus.

3. Pening kepala dan stres

Pening ‘tekanan’ biasanya berpunca dari lapar, kurang waktu rehat, kurang tidur dan penat berfikir semasa kerja. Bagi sesetengah orang penyakit migrain mereka bertambah teruk sewaktu berpuasa. Mungkin tips berikut boleh membantu mengurangkan pening kepala.

i) Kurangkan mengambil makanan yang bergula, bergaram, berlemak serta berkafein.

ii) Tidur sekejap di waktu tengahari. Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri dengan tidur sekejap ini samada sebelum zuhur atau selepasnya sekitar 15 – 30 minit.

iii) Kurangkan stres atau penat bekerja dengan lakukan senaman ringkas dipejabat. Atau menggunakan teknik pernafasan rileksasi. Boleh dapatkan tatacaranya dilaman web.

4. Gastrik

Sakit perut sewaktu puasa selalu dijadikan alasan kanak-kanak untuk berbuka puasa. Orang dewasa pun mempunyai masalah sama. Apabila perut kosong, asid dalam perut akan menyebabkan bertindak balas dengan dinding perut. Menyebabkan kita terasa pedih. Orang biasa dapat mengatasi masalah ini dengan senang. Tetapi bagi sesetengah orang yang sensitif, perutnya akan sakit melampau sehingga mengganggu kerja seharian. Sakitnya hilang setelah berbuka puasa.

Kaedah untuk mengatasinya adalah, lewatkan sahur hampir dengan waktu subuh. Dengan harapan makanan akan tersedia lama dalam perut. Bagi melambatkan sedikit proses penghadaman, banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan mengambil makanan terproses seperti sosej, burger dan seumpamanya. Banyakkan minum air atau susu. Elakkan juga makanan yang pedas, berkafein serta bergas.

Sumber BO - 14-6-2017












Formula Makan Ubat Darah Tinggi Di Bulan Ramadhan

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Pesakit bawah seliaan saya ramai yang tidak terkawal tekanan darah mereka. Walau pun sebelum bulan puasa, tekanan stabil sahaja. Apabila disoal lanjut, mereka mengaku tidak makan ubat yang dibekalkan secara teratur.

Mereka keliru bila saat untuk makan ubat, samada sebelum makan atau selepas makan. Di saat lapar, takkan nak berbuka puasa terus dengan segengam ubat darah tinggi. Sadis!

Nafsu makan pun ramai yang tak kawal. Mana tidak, masa beli juadah berbuka dibazar Ramadhan beli sekarung, melebihi kapasiti perut yang hanya boleh tampung 400 gram sahaja. Biasa masa bukan bulan puasa, juadah makan kita sejenis atau dua jenis lauk pauk je.


Tapi entah nafsu gajah, bila tiba bulan puasa, tak nampak bucu meja lauk pauk terhidang. Itu sebab solat teraweh malas. Nak selawat pun tak keluar suara, tersekat dengan cendol di halkum.

Sayugia di sini saya beri tips untuk penjagaan ubat-ubatan darah tinggi terutama di bulan yang penuh keberkatan ini.
Ingat formula asas ini untuk makan ubat darah tinggi:

» Ubat warna KUNING, telan SEBELUM MAKAN nasi.
» Ubat warna OREN, telan SELEPAS MAKAN nasi.
» Ubat warna PUTIH, tak kisah nak telan SEBELUM atau SELEPAS.
» Bila arahan sebut telan ubat SEBELUM, bermakna, ubat tu sesuai dimakan sewaktu perut kosong. Jarak masa 30 minit – 1 jam sebelum makan nasi (atau setaranya).
» Manakala jika arahan suruh telan ubat selepas makan, bermakna ubat tu sesuai ditelan semasa perut berisi.
» PERUT kita akan kosong ghalibnya setelah dua jam kita makan nasi.

Pesakit biasanya keliru bila nak makan ubat kuning sewaktu berbuka dan ubat oren sewaktu bersahur. Itu sebab mereka selalu terlepas telan ubat.


Justeru itu, sewaktu bulan puasa, ubat yang diarahkan telan sebelum makan, hendaklah disiplinkan diri untuk telan ikut waktunya. Disaat berbuka puasa, ubat warna kuning ditelan sebaik sahaja selepas berbuka dengan buah tamar dan air kosong. Kemudian lebih baik kita solat maghrib dahulu.
Beri peluang kepada ubat tadi hadam dan diserap sebaik mungkin. Luangkan masa 30 minit. Jika kita makan nasi terus, kemungkinan penyerapan ubat akan terganggu. Penyerapan maksimum ubat akan berkurang.

Manakala telan ubat berwarna oren sewaktu bersahur sebaiknya dilewatkan hampir azan subuh. Makan sahur paling tidak dijarakkan 30 minit sebelum azan. Beri peluang kepada nasi dihadamkan dahulu, kemudian ubat oren pula dihadamkan.

Semoga formula ringkas ini pun dibaca dan dihadamkan hingga faham. Jika keliru juga, sila mari klinik semula, doktor akan ajar satu persatu. Jangan segan silu demi penjagaan kesihatan kita.

Sumber BO - 13-6-2017
















Ramadhan: 3 ibadah daripada 3 ibadah

BULAN Ramadhan kini memasuki fasa separuh terakhir. Umat Islam yang sedang menikmati kemanisan ibadah berpuasa mula bersiap sedia untuk memulakan perlumbaan mengejar (taharri) malam Lailatul Qadr yang penuh keberkatan dan ketinggian. Kehangatan ibadah kian memuncak. 
Tetapi tidak semua akan menikmati malam-malam terakhir bulan Ramadhan. Sebahagian kita umat Islam memilih untuk menyibukkan diri dengan persediaan menyambut hari raya yang berlebihan sehingga mengganggu konsentrasi beribadah pada hujung bulan Ramadhan ini. 
Ia mengecewakan. Tetapi demikianlah Allah memilih daripada kalangan para hamba-Nya orang-orang terpilih yang dikehendaki-Nya menuju gerbang Lailatul Qadr yang gilang gemilang janji-janji-Nya. Justeru adalah sayugia untuk kita terus memperelokkan amalan ibadah kita dari sekarang agar dapatlah menarik kasih sayang Allah untuk merahmati dan memilih kita juga. 
Jika kita meneliti petunjuk nas dan amalan Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam sepanjang bulan Ramadhan, kita pasti menemukan beberapa amalan mesti yang berjaya membina bulan Ramadhan kita dengan sempurna. Akan lahir daripada satu amalan tertentu amalan-amalan lain yang lebih bertenanga dan menyemarakkan lagi suasana beramal pada bulan mulia ini. Malah kegagalan melaksanakan ibadah dengan berpetunjuk akan menyebabkan lemahnya kesan Ramadhan dalam kehidupan seseorang itu. 
Ada 3 amalan ibadah utama yang kemudiannya menghasilkan 3 amalan ibadah utama yang lain. Dengan gandingan 6 amalan utama ini, hampir-hampir bulan Ramadhan telah memberikan dan mencurahkan segala kelebihannya untuk kita. 
Amalan pertama ialah membaiki dan memperelokkan ibadah solat lima waktu. Inilah yang paling utama. Ibadah puasa dan selainnya yang tidak diperkukuhkan dengan solat lima waktu adalah sia-sia. Ia langsung gagal mencetuskan ketaqwaan. Bahkan sebahagian ulamak berpendapat bahawa tiada puasa (batal) bagi orang yang meninggalkan solat lima waktu. 
Solat lima waktu adalah pintu utama menuju Allah. Ia adalah pembuka hijab yang memisahkan alam syahadah atau nyata daripada alam ghaib yang jauh lebih agung. Dengan solat lima waktu umat Islam tidak lalai daripada mengingati Allah, seterusnya mencetus rasa takut dan syukur kepada-Nya. 
Oleh kerana ibadah solat lima waktu menuntut kekhusyukan dan hati yang tidak lalai, ia kadang-kadang gagal memberi kesan maksimum kepada pendirinya. Ramai yang mendirikannya sambil lewa dan dengan rasa malas. Justeru solat lima waktu tersebut gagal membangunkan kehidupan nurani seseorang muslim akibat binaannya yang rapuh dan rosak. 
Bulan Ramadhan hadir ibarat bengkel 'workshop' bagi memulih dan membina kembali solat lima waktu. Suasana cinta Allah yang dicetuskan oleh bulan Ramadhan mestilah digunakan sepenuhnya oleh setiap kita untuk memperelokkan kembali nilai dan mutu solat lima waktu kita. 
Disyariatkan solat tarawih dan qiamul-lail adalah bagi menambahkan lagi keseronokan beribadah melalui solat. Apabila kecintaan kepada solat terbina, maka kesungguhan untuk mendirikan dan menjaga solat lima waktu akan lebih diutamakan kerana ibadah yang fardhu adalah lebih disukai Allah daripada solat-solat sunat walaupun banyak. 
Amalan kedua adalah menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Ia bukan puasa awam yang sekadar menahan diri daripada makan minum dan hubungan seks suami isteri yang membatalkan puasa. Bahkan ibadah puasa yang disyarakkan adalah menahan seluruh anggota tubuh daripada perkara-perkara yang terlarang selain melakukan ketaatan kepada Allah. 
Ia adalah puasa perut bersama puasa mata, telinga, lidah, tangan dan seluruh anggota tubuh. Malah ia memuncak dengan puasa hati daripada mengingati selain Allah. Ertinya, ia adalah mujahadah yang besar dan berterusan. Memasuki tangga-tangga mujahadah ini adalah petunjuk nabi dan perlaksanaan beramai-ramai oleh para sahabat dan para ulamak yang datang selepas mereka. 
Adalah sayugia diingatkan dengan adab-adab berpuasa seperti bersahur sebelum subuh, bersegera dengan iftor sebaik azan maghrib, solat berjamaah di masjid dan lidah yang basah dengan zikrullah. 
Amalan ketiga adalah membaca atau tadarus al Quran pada siang dan malamnya. Adalah bagus sekali jika dapat khatam al Quran di sepanjang bulan Ramadhan samada sekali atau berkali-kali. 
Bulan Ramadhan adalah bulan al Quran. Al Quran telah diturunkan pada bulan Ramadhan. Lailatul Qadr yang menjadi sasaran utama pemburuan pada bulan penuh berkat ini adalah sempena penurunan al Quran kepada nabi Muhammad dan umatnya.
Justeru al Quran mestilah diraikan dengan sebaik-baik cara iaitu dengan berpuasa, membaca al Quran, tadarus, memahami dan mengamalkannya. Jibril turun khusus di bulan yang mulia ini bukan semata-mata untuk membawa wahyu baru, bahkan untuk bersama nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam bertadarus al Quran. 
Inilah tiga amalan ibadah besar yang menjadi perlumbaan generasi awal Islam.
Dengan tiga ini, hati mukmin menjadi bersih dan bercahaya dengan taqwa dan syukur. Hati yang bersih inilah yang akhirnya melonjakkan setiap mukmin yang berpuasa untuk terus melakukan ibadah-ibadah yang lain dengan penuh kesedaran dan keinsafan.
Ada tiga amalan ibadah besar yang terhasil dari jiwa yang bersih kesan daripada tiga amalan besar di atas; 
Pertama adalah zikrullah atau mengingati Allah. Zikrullah adalah hasil langsung daripada ibadah solat, puasa dan membaca al Quran. Ia inti kepada ketiga-tiga ibadah tadi. Dengan zikrillah, manusia akan takut kepada Allah dan mensyukuriNaya. Di situlah terciptanya ketenangan hidup. 
Pada sepanjang bulan Ramadhan, hati dan lidah orang mukmin akan sentiasa basah dengan zikrillah. Ia memuhasabah dan memuraqabah dirinya agar insaf dan bersegera dengan istighfar dan taubat. 
Kedua adalah amalan bersedekah. Ibadah puasa memberi kesedaran yang tinggi kepada setiap mukmin terhadap nikmat dan rezeki kurniaan Allah ke atasnya. Dia melihat kelebihan nikmat Allah ke atasnya berbanding manusia lain yang dirundung kesempitan. Kesedaran itu mencetuskan kekuatan untuknya memecahkan rantai kedekut dan sombong yang menyekat dirinya daripada menyumbang dan berbakti. 
Bulan puasa adalah bulan sedekah. Orang mukmin berlumba-lumba dengan sifat budiman dan pemurah untuk menderma dan memberi makanan kepada orang-orang miskin dan yang memerlukan. Amalan sedekah menarik kasih sayang dan bantu membantu sesama masyarakat. Maka bulan Ramadhan adalah juga bulan kesatuan umat. 
Ketiga adalah dakwah dan jihad fi sabiliLlah. Ia adalah kemuncak kesedaran kesan daripada ibadah solat, puasa dan tadarus. Cahaya hidayat yang memasuki jiwa seseorang muslim dan kemanisan bersama kebenaran hakiki yang dirasainya sepanjang madrasah Ramadhan telah menggoncang jiwanya untuk bangkit menyeru saudaranya yang lain agar kembali kepada Allah. 
Dia enggan lagi membiarkan ahli keluarga dan masyarakatnya terus hanyut dengan keseronokan dunia yang sementara dan penuh tipu daya. Dia terus bangkit dengan dakwah dan jihad. Bulan Ramadhan adalah bulan dakwah dan jihad fi sabilillah.
Begitulah bulan Ramadhan yang mulia berjaya membangunkan umat Islam dengan nilai-nilai murni dalam diri dan amalan-amalan besar yang membangunkan kehidupan manusia menuju kesejahteraan hidup dengan redha Allah.
Sumber HD - 11-6-2017 


















Solat Sunat Tarawih Rawat Mati Pucuk?

Oleh : Dr Suhazel Abdullah

Ustaz Yusof berterima kasih banyak kepada saya seusai ceramah kesihatan dan kaitan dengan Ramadhan di Kuala Nerus sabtu lalu. Antara fakta yang pertama kali beliau dengar seumur hidup ini adalah Solat terawih boleh menguatkan tenaga batin dan merawat MATI PUCUK. “Saya akan ingat sampai bila-bila doktor” ujarnya sambil senyum lebar. Puas sungguh beliau dengar ceramah dari saya.
Mati Pucuk menjadi satu masalah besar bagi lelaki dewasa negara kita. Pengkaji dari Universiti Malaya (2011) mendapati 69.5% lelaki Malaysia yang berumur 40 tahun ke atas mengalami mati pucuk. Sebahagian besar mereka adalah digandingkan dengan berpenyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.[1] Ianya merangkumi lebih dari 1.7 orang. Sudah ibarat mewakli jumlah penduduk Bandaraya Kuala Lumpur!


Merawat pesakit mati pucuk ini agak kekok kerana ramai yang tidak tampil membuat pengakuan. Sedangkan mereka sedang berkecamuk dan seksa menanggungnya. Ubatan untuk memulihkannya pula perlu mendapatkan penelitian pakar sebelum diberikan. Bukan senang. Oleh yang demikian ramai yang mengambil jalan mudah dengan membeli ubatan di kaki lima. Akhirnya terjebak mengalami kesan sampingan yang memparahkan lagi keadaan.

Solusi alternatifnya adalah solat. Satu kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok mendapati solat banyak manfaat kesihatan. Ini termasuk solat yang melebihi 12 rakaat, durasi 30 minit, minima 3 kali seminggu boleh memulihkan dan menguatkan tenaga batin.[2]

Menurut Dr. Fatimah, kajian yang dijalankan masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh serta kandungan kolestrol dalam badan. Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

Nah! Bila waktunya kita dapat solat melebihi 12 rakaat? Hanya diwaktu bulan Ramadhan. Solat isya 4, sunat baadiah 2, terus teraweh 8 dan akhiri witir 3. Sudah 17 rakaat, selama 30-40minit setiap malam.
Siapa yang ‘follow’ imam tarawih ‘ekspres’ 15 minit sahaja terlepas dari kelebihan khasiat ini.

Sumber BO - 9-6-2017


















Panduan Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Hari ini saya lihat ramai kes ibu hamil turun berat badan setelah seminggu berpuasa. Adakah penurunan berat badan tersebut mendatangkan kesan buruk kepada bayi? Bagaimana kaedah mengekalkan berat badan semasa puasa bagi ibu hamil?

Hukum telah digariskan oleh ulama bahawa wanita hamil tidak diwajibkan berpuasa. Begitu juga bagi wanita yang menyusu anak kecil mereka. Di haruskan berbuka puasa dengan syarat menggantikannya setelah semula dan/atau membayar fidyah.

Hukumnya jelas dibahaskan oleh ulama demi menjaga kemashlahatan kesihatan bagi ibu-ibu. Begitu indahnya Islam.[1]

Mutaakhir ini terdapat banyak kajian yang menghubung-kaitkan antara puasa Ramadhan dengan kesan kesihatan terhadap ibu hamil. Terbukti bahawa puasa Ramadhan tidak memberi kesan negatif kepada beliau dan anak dalam kandungan.

Cuma terdapat satu kajian terhadap wanita hamil Islam yang menginap di England, mendapati berpuasa pada bulan² awal hamil dikaitkan dengan daya intelektual mental yang rendah. Data tersebut menyebut 20% kanak-kanak berumur 7 tahun mempunyai daya intelektual mental yang rendah. Secara retrospektif mereka mendapati ibu-ibu mereka berpuasa Ramadhan semasa hamil.
Sememangnya 4 bulan pertama awal hamil adalah masa yang kritikal bagi tumbesaran janin.

Disertai pula dengan sesetengah ibu hamil yang muntah-muntah akibat alahan. Di saat ini lah memerlukan penjagaan kesihatan yang optimum. Pemilihan makanan yang berzat dan meminum air secukupnya. Di England, purata waktu siang mereka antara 17 hingga 19 jam. Melaparkan dan mendahagakan diri kerana berpuasa agak lama. Resiko untuk kekeringan air dan tenaga juga tinggi.
Pun begitu, atas ketaatan kita sebagai muslim, ramai ibu-ibu hamil yang bernekad juga melakukan ibadah puasa. Boleh mereka meneruskan berpuasa. Bagi negera kita, purata waktu siang agak pendek, antara 11 – 12.jam, tidaklah terlalu lama berlapar dan berdahaga.

Ibu-ibu hamil dinasihatkan

i) memakan makanan berzat semasa berbuka dan sahur. Banyakkan serat seperti sayuran bagi mengelakkan rasa kenyang semasa siang hari. Ini kerana serat lambat proses pencernaannya.
ii) Minum air kosong paling minima 7 gelas.

iii) semasa bersahur dan berbuka, mulai dengan makanan gula ringkas seperti buah tamar.
iv) Kurangkan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga fizikal pada siang hari.
v) Elakkan juga melakukan aktiviti luar rumah terutama sewaktu panas terik matahari.
vi) Jangan mengambil minuman bergas dan berkafein.

vii) Ketahui tanda-tanda anda kekurangan air, atau kekurang zat gula dalam badan (hipoglisemia).
Jika mendapati berat badan bertambah atau berkurang 10% dari berat sebelumnya, dinasihatkan tidak berpuasa kerana ianya berisiko menjejaskan janin. Pertambahan atau penurunan berat badan ini perlu diperhati sebaik mungkin, kerana ia melibatkan jumlah kalori yang dimakan sepanjang tempoh berpuasa. Hal ini perlu dititik beratkan kepada ibu-ibu hamil yang sudah mempunyai masalah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi, anemia dan seumpamanya.

Sumber BO - 7-6-2017





















Ramadhan membentuk generasi perubahan

WAHAI orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Ramadhan Bulan Mulia.
Segala puji bagi Allah yang memberikan kita kesempatan untuk bertemu dan bertamu di dalam bulan Ramadhan yang mulia. 
Kesempatan berada di bulan Ramadhan wajar dihayati. Ramadhan adalah Bulan Tarbiah, menjadi medan terbaik untuk mendidik rohani dan melatih jasmani. Ia juga adalah Bulan Perjuangan, menjadi ruang terbaik untuk meningkatkan daya ketahanan menuju kemenangan. Di samping itu, Ramadhan menjadi lebih istimewa sebagai Bulan al-Quran, bersempena dengan keagungan al-Quran yang diturunkan padanya. 
Memetik perutusan Presiden PAS sempena Ramadhan Al-Mubarak 1438H, “Al-Quran yang diturunkan sudah lengkap bagi keperluan hidup manusia. Sudah cukup kepada umat di akhir zaman ini untuk berpegang teguh dengan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW. Jadikanlah Ramadhan bulan untuk kembali kepada suluhan Al-Quran”. 
Ramadhan Bulan Perubahan.
Menghayati perutusan Presiden PAS sempena Ramadhan Al-Mubarak 1438H, terdapat tiga Budaya Hidup Sejahtera yang wajar disemarakkan di kalangan umat Islam dan generasi muda, iaitu: 
1. Budaya Politik Matang – Antara hikmah utama dalam ibadat puasa ialah dapat melatih kesabaran yang tinggi. Inilah manifestasi ungkapan “Sesungguhnya aku sedang berpuasa” yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW apabila berhadapan dengan makian, pertengkaran dan permusuhan. 
Ungkapan ini juga wajar diterjemahkan dalam aspek berpolitik yang lebih matang dan sejahtera. Pendekatan BPMS ini bukan sahaja lebih berkesan terutama dalam masyarakat Malaysia yang bencikan kekerasan dan politik melampau, malah ia juga menepati ciri Muwajahah Silmiyyah dan Sirah Nubuwwah. Pendekatan berpolitik penuh kesabaran dan teguh berprinsip ini pastinya akan membuka dimensi baru penerimaan rakyat terhadap Islam, seterusnya merintis jalan kemenangan dengan kebaikan yang disebarluaskan. 
2. Budaya Ekonomi Berkat – Puasa mengajar kita untuk berbelanja dengan cermat, di samping memperbanyakkan infaq dalam bentuk sedekah dan berzakat. 
Dua amalan kewangan bijak ini adalah kunci penyelesaian krisis ekonomi negara, yang dibelenggu masalah pemborosan, rasuah dan hutang yang tinggi. Budaya bercermat dan berkongsi kekayaan akan memastikan aliran ekonomi yang lebih seimbang, merapatkan jurang pendapatan di antara kaya dan miskin, seterusnya membawa kemakmuran ekonomi kepada semua. 
3. Budaya Hidup Berkualiti – Puasa melatih diri untuk menjaga disiplin dan kualiti dalam aturan kerja seharian. Bermula daripada waktu sahur hingga berbuka, tiada sesiapa yang berani melanggar waktu yang ditetapkan, walaupun seminit. Malah dijaganya puasa daripada segala pantang-larang yang boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahala puasa. 
Di samping itu, puasa mampu membentuk amalan gaya hidup sihat, melalui proses penjagaan pemakanan dan pengurangan berat badan. Malah, inilah masa yang paling sesuai untuk para perokok meninggalkan tabiat buruk tersebut, selaras dengan kempen Kementerian Kesihatan, “Nafas Baru Bermula Ramadhan”. 
Justeru, dengan mengambil semangat daripada suluhan al-Quran, Ramadhan kali ini wajar menjadi titik permulaan ke arah mencetuskan ‘Tsunami Perubahan’ dalam kalangan generasi muda, ke arah pembentukan negara Malaysia yang lebih sejahtera. – HARAKAHDAILY 6/6/2017 
Penulis ialah Pengarah Strategi DPPM
Sumber HD - 6-6-2017 






















Minum Air Gula (OGTT) Di Bulan Ramadan

Soalan: Ibu mengandung yang mengalami penambahan berat badan yg berlebihan sewaktu hamil disuruh untuk meminum air gula bagi memastikan tidak ada penyakit kencing manis…pada bulan ramadhan, apakah hukumnya? Sekiranya ibu tidak rasa ada sebarang masalah (sakit) dan pertambahan berat adalah kerana selera makan bertambah sewaktu mengandung, adakah perlu untuk minum air gula tersebut? Ibu boleh berpuasa dengan baik dan kadar tumbesaran kandungan juga baik, jadi perlukah ibu meninggalkan puasa untuk minum air gula? Dan sekiranya perlu selepas minum air gula, haruskah ibu itu imsak? Atau boleh makan dan minum?

Jawapan: Ujian minum air gula (OGTT-Oral Glucose Tolerance Test) adalah penting sebagai saringan khusus penyakit kencing manis. Ianya dilakukan kepada beberapa kategori golongan berisiko samada hamil atau tidak. Ujian OGTT ini adalah penentu (Gold Standard) samada pesakit tersebut mengidap kencing manis atau sebaliknya.

Kaedah: Ibu diminta berpuasa sedari jam 10 malam. Dengan ini paras gula dalam darah di pagi hari (jam 8 pagi) adalah paling minima. Jika melebihi hadnya maka dikira diabetes. Namun sistem badan kita yg Allah jadikan amat hebat kerana insulin akan mengawal keseimbangan gula dalam darah. Kemudian ujian minum air gula dilakukan bagi _challenge_ tindakan insulin dalam badan. Bagi ibu yang berisiko, insulin badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Justeru bacaan nya akan melebihi paras. Ia akan di kira sebagai kencing manis semasa mengandung.

Berikut adalah faktor risiko yang mewajibkan seseorang itu menjalani ujian OGTT:*
a. Berat badan unggul BMI >27 kg/m²
b. Mempunyai sejarah berat bayi sebelum ini lebih 4 kg
c. Sejarah Kencing Manis semasa hamil sebelum ini.
d. Sejarah keluarga kencing manis (1st degree relative)
e. Sejarah kematian bayi yang tiada peyebab sahih.
f. Sejarah kecacatan bayi sebelum ini.
g. Air kencing dikesan mengandungi gula.
h. Terdapat penyakit semasa seperti Darah tinggi, polihidramnios (air ketuban banyak) dan penggunaan steroid. [1]

Kesan kencing manis semasa hamil

Kepada ibu*: akan selalu pengsan dan boleh bawa maut
Kesan pada janin:* Tumbesaran terbantut, air ketuban banyak, kerosakan tulang belakang janin, kelahiran pra matang, dan boleh membawa kematian bayi dalam kandungan.
*Ujian OGTT semasa Ramadhan*

Jumhur ulama menyatakan bahawa ibu hamil diberi keringanan untuk tidak berpuasa. Hamil itu sendiri meletihkan dan memenatkan bagi sesetengah ibu. Ia dikiaskan dengan orang sakit, di mana orang sakit dibenarkan tidak berpuasa kerana boleh mendatangkan mudarat [2]. Pun begitu ramai ibu hamil meneruskan puasa Ramadhan tanpa kesan yang mebimbangkan.

Masalah yang ditimbulkan di atas adalah ibu hamil dipaksa berbuka kerana ujian penting OGTT ini. Jika ibu hamil tersebut mempunyai risiko seperti yang dinyatakan, ia wajib menjalani ujian ini tanpa ingkar. Masa terbaik ujian OGTT dilakukan adalah semasa minggu kehamilan antara 24 hingga 28 minggu. Justeru atas budi bicara doktor yang merawat ibu hamil untuk mengarahkan ujian dilakukan semasa ramadhan atau tidak.

Bagi saya, akan mengambil langkah menjaga sensitiviti dan hasrat tinggi ibu hamil untuk terus beribadah puasa ini dengan melakukakan ujian sebaik sahaja bulan syawal nanti. Tetapi ianya pula tertakluk kepada kesegeraan ujian tersebut berdasarkan pemerhatian dan pemeriksaan sesorang doktor. Mereka lebih mengetahui pesakit mereka. Terdapat beberapa kaedah sampingan lain boleh digunakan (jika pesakit ingin terus berpuasa) untuk menentukan ibu tersebut mengalami kencing manis atau tidak. Contohnya

(i) mengadakan siri ujian paras gula darah semasa puasa (FBS) atau
(ii) beberapa siri ujian gula darah secara rambang (RBS) atau
(iii) Ujian HbA1c
(iv) Ujian OGTT sebelum sahur

Walaupun ianya bukan *Gold Standard* seperti OGTT, namun sekurang-kurangnya pihak doktor boleh mengambil langkah kawalan awal ini sebelum dilakukan ujian OGTT pada bulan syawal nanti.

Berat badan bertambah secara mendadak semasa hamil, boleh dikaitkan dengan kaedah pemakanan yang berselera atau mungkin juga akibat dari kencing manis. Tetapi ia bukan kesegeraan yang melangsungkan ujian OGTT dijalankan.

Sekian terima kasih

Ramadhan Kareem
Dr Suhazeli Abdull
Rujukan
[1] CPG Management of Type 2 Diabetes Mellitus. http://www.acadmed.org.my/index.cfm?&menuid=67
[2] Puasa bagi Pesakit. http://suhazeli.com/wp/?p=1314

Sumber BO - -6-2017























Imsak oh imsak

TERDAPAT dua hadis yang menjadi pertikaian ramai berhubung Imsak. Yang pertama bahawa Nabi menyuruh dilewatkan sahur. Kedua bahawa Nabi berhenti sahur sekira-kira bacaan 50 ayat. 
Mengikut kaedah usul, menggunapakai kedua hadis adalah lebih baik daripada mengabaikan salah satu. Hakikatnya kedua hadis ini tidak bertembung bahkan melengkapi antara satu sama lain. 
Kita jadikan asas bahawa sahur yang Sunnah itu ada waktu tertentu, iaitu pada lewat malam iaitu di akhir sebelum fajar Subuh, makin lewat makin baik tetapi bukanlah sampai sesaat sebelum masuk waktu fajar. Sebaliknya selesai sebelum tempoh kadar 50 ayat sebelum masuk waktu Subuh. 
(Kalau buat ilustrasi timeline ni lebih mudah faham.) 
Untuk memudahkan praktikal, saya kelaskan kepada tiga situasi: 
1. Bagi mereka yang dapat bangun awal, seeloknya memulakan makan sahur 45 minit atau 30 minit sebelum masuk waktu Subuh. Supaya dapat makan dengan tenang dan cukup untuk mengharungi puasa. Kemudian cuba berhenti pada waktu imsak atau sekiran-kira bacaan 50 ayat al-Quran sederhana panjang dengan tempo sederhana. Ambil tempoh itu untuk bermunajat kerana akhir malam juga waktu tuhan paling dekat dengan hambaNya. Ini situasi yang terbaik. 
2. Bagi yang bangun lewat, iaitu hampir waktu Subuh, maka bersahurlah juga walaupun sedikit dan walaupun telah masuk waktu Imsak. Sebaiknya pilihlah makanan yang boleh dihabiskan cepat tanpa perlu makan dengan gelojoh, dan juga yang berkhasiat tinggi untuk membantu puasa di siang hari. 
3. Bagi yang bersahur awal sebelum tidur, dan tidak bangun di sepertiga akhir malam, elakkan amalan sebegini kerana anda bukan sahaja tidak mengamalkan sunnah iaitu melewatkan sahur, tetapi boleh memudaratkan kesihatan juga kerana serta tidak begitu membantu puasa anda di siang hari walaupun membalun nasi sampai tiga pinggan.
Sumber HD - 3-6-2017 



























250,000 solat tarawih di Al-Aqsa awal Ramadhan

SEPANJANG sejarah pendudukan Zionis Israel di tanah Palestin, bulan suci Ramadhan menjadi momen bagi warga Muslim Palestin untuk menunjukkan kepada penjajah Yahudi dan dunia bahawa bandar al-Quds dan Masjid Al-Aqsa milik umat Islam. 
Hal ini dibuktikan oleh lebih daripada 250,000 orang yang melakukan ibadah solat tarawih pada Jumaat pertama bulan suci Ramadhan, walaupun perlu menjalani pemeriksaan ketat oleh pendudukan Zionis Israel untuk masuk ke dalam kompleks masjid. 
Syarat masuk
Pada bulan suci Ramadhan 1438 Hijriyah, pihak berkuasa pendudukan Zionis Israel membenarkan lelaki berusia empat puluh tahun ke atas untuk masuk ke kompleks masjid tanpa izin khusus, termasuk anak-anak dan kaum wanita segenap umur.
Sedangkan mereka yang berumur 12 hingga 30 tahun perlu mendapatkan kebenaran khas jika ingin melaksanakan ibadah di masjid yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam. 
Sementara untuk warga Jalur Gaza, entiti Yahudi hanya membenarkan seratus warga Palestin berusia 55 tahun ke atas untuk mencapai kota Al Quds untuk melakukan solat Jumaat, itupun setelah memperoleh izin dari kerajaan Zionis Israel. (Eramuslim)
Sumber HD - 3-6-2017 





























Iftar bersama anak yatim, guru, pelajar pondok

ADUN Chukai, Hanafiah dan PAS Chukai mengadakan majlis iftar dan sumbangan sempena Ramadan kali ini kepada 200 orang fakir miskin, 200 orang anak yatim, 60 orang-guru PASTI, guru-guru Darul Taqwa Kemaman, juga disertai 50 pelajar pondok untuk iftar. 
Majlis diadakan di Dataran Banggul Square, Chukai yang juga disertai oleh AJK PAS Chukai serta lebih 100 orang penduduk setempat. 
Majlis dimulakan dengan tazkirah oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri selaku Timbalan YDP PAS Kemaman, diikuti ucapan ringkas daripada Hanafiah yang juga Naib YDP PAS Kemaman. 
Sementara di sudut lain di Dataran Banggul Square, tazkirah Ramadan disampaikan oleh Ustaz Osmarizal Omar selaku Ketua Pemuda PAS DUN Chukai kepada kumpulan anak-anak yatim
Majlis penyampaian sumbangan beras dan duit dibuat sebelum hadirin berbuka puasa bersama-sama di Dataran Banggul Square tersebut. 
Turut hadir ialah Johan Ismail, Bendahari PAS Kemaman, Ustaz Ali Muhammad, Ketua Urusan Ulama PAS Kemaman dan Osman, SU PAS DUN Chukai. – HARAKAHDAILY 3/6/2017
Chukai 2 

Chukai 1
Sumber HD - 3-6-2017 































Ramadhan: Membina jalur ikhlas

MANUSIA diciptakan dengan dua unsur iaitu zahir dan batin. Kedua-duanya diciptakan pada kemuncak kesempurnaan makhluk-Nya. Binaan zahirnya amat cantik. Begitulah juga cantik batinnya. 
Dengan wajah yang cantik berseri, kita menarik orang lain untuk berkenalan dan berinteraksi dengan kita pada tahap pertama. Dengan kata-kata yang manis pula, pengenalan dan hubungan akan menjadi semakin dekat pada tahap seterusnya. Begitu juga, kita akan menolak untuk mengenali dan berurusan dengan orang lain apabila penampilan pertamanya adalah dengan wajah yang buruk, apatah kalau beriring pula dengan kata-kata yang buruk. 
Tetapi pada hujungnya, kekal berhubungan dan bersahabat bukan lagi pada wajah yang cantik atau kata-kata yang manis. Ia nanti akan ditewaskan oleh pengenalan kita terhadap batin seseorang itu. Wajah yang cantik akan tetap tewas kepada sifat dan akhlak yang buruk. 
Si lelaki atau perempuan mengahwini pasangannya adalah kerana zahirnya yang indah dan cantik. Tetapi itu hanya pengenalan awal. Lama-kelamaan, kekal atau tidaknya binaan kasih sayang akan mula diambil alih oleh sifat-sifat dalaman di antara mereka yang semakin terserlah. 
Ramai suami isteri yang cantik-cantik, kaya-kaya dan begitu tersohor berakhir dengan perbalahan dan perceraian sehingga ada yang berkata, alangkah rugi dan peliknya si dia berpisah dengan isteri atau suami yang begitu cantik dan kaya. Mereka sepadan bak pinang dibelah dua. Tetapi akhirnya, semua akur bahawa perceraian itu bukan lagi kerana rupa paras dan harta, tetapi kerana perihal batin dan dalaman yang tidak lagi cocok di antara mereka. Ruh yang tidak secocok. Lalu ketegangan tidak lagi dapat dielakkan. 
Berapa banyak pula pasangan yang perkahwinan mereka tidak diambil hirau oleh ramai. Pasangan tidak cantik, tidak kaya dan tidak berstatus apa-apa. Tetapi hidup mereka terus bahagia, malah mereka mungkin menjadi contoh kebahagiaan dan kesantunan hidup kepada masyarakat. Mereka dikenali selepas tidak pernah dikenali. Kenapa? Ya, kerana rumah tangga mereka yang dibina oleh hati budi yang cantik. 
Wajah zahir yang cantik hanyalah seperti bungkusan yang cantik. Ia diperlukan untuk pengenalan. Tetapi jika isinya adalah emas dan berlian, adakah anda akan membuangnya dek kerana ia dibungkus dengan secarik surat khabar cina? 
Kesimpulan awal ialah sifat-sifat dalaman yang baik atau buruk adalah penentu yang akan melangsungkan perhubungan sesama manusia, panjang atau pendek, kekal atau sebaliknya. Justeru manusia adalah sifat manusiawinya. Manusiawi manusia adalah kemuncak nilai penciptaan manusia. 
Sifat-sifat dalaman manusia, baik atau buruk, walaupun tidak nampak dan terzahir di wajah dan tubuh badan, tetapi ia akan terzahir jua satu persatu pada tubuhnya itu. Dia akhirnya ia akan menjadi pengenalan utama dirinya, bukan lagi wajah dan tubuhnya.
Seseorang itu akan mula dikenali dengan sifat-sifat seperti peramah, sabar, pemaaf, budiman, dermawan, lapang dada dan sebagainya apabila persahabatan awal itu menemukannya dengan tutur bahasa yang sentiasa manis, tidak lekas keluh kesah dan melenting, lapang dada, suka berbelanja untuk kawan, suka bersedekah dan sebagainya. Apabila sifat-sifat itu berterusan dan bukan dibuat-buat, maka ia melekat sebagai pengenalan buat dirinya yang sebenarnya. 
Begitulah sifat-sifat buruk seperti pemarah, pendendam, kedekut, pentingkan diri sendiri, pendusta, pengadu domba dan sebagainya, melalui pengenalan dan persahabatan, akan segera timbul dan terzahir walaupun cuba disembunyikan oleh tuannya. Akhirnya ia menjadi pengenalan kepada dirinya. Dia akan dijauhi kerana sifat-sifat buruknya itu walaupun memiliki seindah-indah wajah dan rupa paras dalam mayarakat. 
Tahukah anda, ada satu sifat dalam diri yang tersembunyinya amat dalam? Ia terlalu seni dan halus. Tetapi sifat itulah yang paling indah dan hebat. 
Ketika sifat-sifat lain timbul dan terzahir satu persatu, lalu menjadi penghubung kehidupan manusia sesama mereka, sifat istimewa ini kekal tersembunyi dan gagal dikesan. Jika pun dikesan, ia hanyalah pada tanda-tandanya sahaja yang hanya boleh diteka oleh orang-orang tertentu yang mahir dan dianugerahi. 
Sifat itu ialah ikhlas. Ikhlas itu terlalu halus dan seni. Ikhlas adalah satu jalur dalam diri yang begitu jernih dan tak tercemar oleh apa-apa. Apabila ia tercemar, ia akan hilang dan tiada lagi sifat ikhlas dalam diri, malah ia bukan lagi bernama ikhlas. Manusia yang hilang sifat ikhlas kerana gangguan pencemaran hakikatnya telah kehilangan suatu yang paling berharga dalam dirinya. 
Mengapa? Ya, kerana pada saat sifat-sifat lain terzahir lalu menjadi penghubung sesama manusia, sifat ikhlas pula merupakan penghubung di antara manusia dan tuhannya. Allah hanya menerima sifat ikhlas sebagai penghubung di antara-Nya dan hamba-Nya. Justeru sifat ikhlas amat unik sekali dalam tubuh manusia. 
Ikhlas bererti ketulusan sepenuhnya kepada sesuatu kerana sesuatu. Apabila kita mencintai seorang ibu, kita berkata ianya sebuah cinta penuh tulus kerana jasa si ibu yang tiada taranya terhadap kita. Itulah ikhlas. Tetapi jika kita dalam masa yang sama mencintai isteri kita setara dengan si ibu atau lebih lagi, maka keikhlasan cinta kepada si ibu menjadi pudar dan tercemar. Kejernihan ikhlas itu terganggu oleh wujudnya sekutu bagi si ibu. 
Mengapa ada yang mencintai isteri setara dengan ibunya sendiri? Ya, kerana boleh saja pada pandangan lelaki itu, isterinya memiliki kelebihan tertentu yang mengalahkan kelebihan ibunya, lalu cintanya berbelah bagi di antara cinta kepada ibu dan cinta kepada isteri. 
Begitulah keikhlasan yang terbina sesama manusia. Kiaskan. Soal cinta, kebergantungan, ketaatan, kesetiaan dan sebagainya di antara sesama manusia hakikatnya gagal mencipta keikhlasan yang hakiki. Manusia bersaing merebut kepercayaan dan kelebihan sesama mereka yang akhirnya mencemarkan keikhlasan. Keikhlasan yang tercemar hakikatnya bukan lagi keikhlasan. Syarat keikhlasan ialah kejernihan sepenuhnya. 
Sekarang anda tahu bahawa manusia sesama mereka adalah tanpa keikhlasan. Tetapi mereka tidak kisah dan boleh hidup seadanya dengan membina jalinan keikhlasan yang tercemar oleh persaingan, kepentingan dan kelebihan sesama sendiri. 
Bagaimana pula mereka boleh hidup tanpa nilai keikhlasan atau hakikatnya adalah sebuah kepura-puraan? Ya, seperti yang disebut di atas, kerana manusia gagal mengesan sifat ikhlas walaupun mereka mampu mengesan sifat-sifat yang lain dalam diri. Justeru mereka tidak kisah membina hubungan yang tidak ikhlas sepenuhnya. Siapa tahu? 
Masing-masing tidak tahu. Masing-masing hanya bersangkaan dan meneka-neka batin pasangannya atau rakannya dengan sifat ikhlas. 
Di mata isteri, suaminya begitu mencintainya. Lalu dia membalas cinta dengan cinta. Mana dia tahu bahawa suaminya sedang menyembunyikan cintanya kepada wanita lain?  
Hanya demi menjaga rumah tangga agar kekal bahagia, si suami hanya memendam rasa. Begitulah sebaliknya, keadaan sama boleh berlaku di pihak isteri juga. 
Manusia tidak dapat mengesan keikhlasan sesama mereka. Maka mereka boleh hidup dalam pura-pura. Asal kekal rahsia dan tiada kecurangan yang nyata yang menzahirkan kemunafikan. 
Kemudian keikhlasan sesama manusia tiada untungnya. Apa untung mencurahkan cinta hanya pada seorang saja? Yang dicinta tidak mungkin dapat memberi segala keperluan yang diperlukan oleh si pencinta. 
Si ibu atau isteri atau sahabat atau pemimpin, jika kepada mereka dicurahkan segala cinta atau setia sepenuhnya, apakah masing-masing akan memberikan segala-gala yang diperlukan? Tidak bukan? Justeru apa untungnya membina keikhlasan yang tulus dan jernih kepada yang satu yang tidak mampu memberi semua keperluan dan hajat orang yang mencintai itu? Justeru cinta sesama manusia adalah bercabang-cabang dek pergantungan yang terpecah-terpecah sesama mereka. 
Apabila anda memahami ini, maka anda akan memahami mengapa sifat ikhlas itu adalah dalam ilmu Allah dan menjadi milikNya yang tidak dikongsikan. Hanya Allah yang tahu keikhlasan manusia. Maka keikhlasanlah yang terpilih dan layak menjadi satu-satunya jalur yang menyampaikan manusia kepada Allah. Ia jalur yang tidak mungkin dapat diganggu oleh manusia atau sesiapa pun daripada kalangan makhlukNya. 
Pertama, Allah mengetahui segala. Ikhlas manusia tidak tersembunyi di sisiNya. Maka mana pun manusia yang cintanya, setianya, taatnya, kebergantungannya dan ketakutannya kepada Allah turut dikongsi bersama makhluk yang lain, ia adalah tertolak di sisi Allah. Ia ikhlas yang tercemar. Ia adalah syirik. Bukankah itu pura-pura yang telah tersingkap dan khianat yang nyata di sisiNya. Manusia tidak mampu berlakon di hadapan Allah. 
Kedua, keikhlasan manusia kepada Allah adalah berbalas dan berbaloi. Curahkanlah segala-galanya dengan penuh ketulusan dan kejernihan kepada Allah, nescaya anda akan memperolehi segala-galanya daripada Allah. Allah-lah satu-satunya yang layak diikhlaskan segala-galanya kepadaNya. Dia-lah tuhan yang memiliki segala-galanya untuk makhlukNya yang tidak memiliki segala-galanya. 
Apabila begitu nilai ikhlas kepada Allah, maka apa perlu lagi ikhlas kepada selainnya yang setara dengan ikhlas kepadaNya? 
Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah penjana sifat ikhlas dalam diri seorang hamba. Ia ibadah senyap. Tiada siapa tahu kita sedang menahan nafsu perut dan syahwat. Ia perang senyap. Tidak siapa tahu kita sedang bertarung dengan kebuasan nafsu. Ia juga zikir senyap. Tiada siapa tahu diri sedang takutkan Allah daripada melanggar perintahNya. 
Perhatikan hadis al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam, "Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya puasanya itu adalah untukKu dan Aku pasti membalasinya. Dia meninggalkan makanannya dan minumannya adalah kerana-Ku." 
Hadis ini mengangkat darjat ibadah puasa di atas ibadah yang lain dengan menonjolkan sentuhan keikhlasan yang nyata yang tercetus daripada ibadah puasa. Puasa hakikatnya melatih diri dengan kemanisan mensucikan niat yang ikhlas kepada Allah dalam segala hal. 
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah tuhan sekalian alam
Sumber HD - 3-6-2017 

Infaq Ramadan Untuk Jiwa-jiwa Yang Terpilih
Posted on Saturday, June 03 @ 08:44:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35220


Assalaamualaikum wmbth
jom kita sama2 menyumbang kpd org2 di sana..


 Link FB Klik






[ UNCANG GANDUM UNTUK SYRIA - 400 SLOT TERAKHIR ]
5 hari sebelum tim misi berangkat mencari penyumbang kepada 400 slot yang terakhir bagi Uncang Gandum untuk Syria.
Kuantiti sumbangan slot mengikut kemampuan. Sebarang pertanyaan boleh berhung terus dengan saya.
Satu Uncang/slot Gandum bernilai RM 20 / SGD 7
Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun:
1) Maybank - 164221512428 ( Dinon/Asri)
2) CIMB - 7049558728 (Asri)
3) POSB (Savings)- 228622818 (Nuramirah) :SGD
Reference: GANDUM
UMission mengamalkan polisi 100 % sumbangan.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan sukarelawan kami :
1. Asri Ismail (+60133788619)
2. Dr. Wan Mazwati ( +60146347071)
3. Afiq Razali (+60199836409)
4. Nuramirah (+60183656166)
UMission mengamalkan polisi 100% sumbangan.
Didoakan agar sumbangan Tuan Puan mendapat ganjaran berganda dan dilindungi dari azab Allah. Amin.

Sumber TKO - 3-6-2017

































‘Express’ Terawih Prayers In Kuala Terengganu

During this holy month of Ramadan, Muslims all over the world try their very best to attain God’s blessings and do as much good as they can. We try to be more patient, we pray a little more, we more good food, and the list goes on.

And in Ramadan, Muslims also perform this special prayers at night in the mosque called Terawih.

Normally, it takes a minimum of 40 minutes to complete, but it seems like the people in Kuala Terengganu must be in a rush as they manage to finish the prayer within 25 minutes!

The reporter from Harian Metro that attended Buluh Gading Mosque to perform his prayer realised that the Terawih prayer that started at 8.50pm was completed at only 9.15pm in comparison to the prayers performed in other mosques which normally finishes at 9.30pm.

And the reason as to why the prayer was very quick was due to Ustaz Mastura Mohamad, the imam for the Terawih prayer as he had only read a single sentence from surah Al-Baqarah and other surahs after the compulsory surah al-Fatihah, Harian Metro reports.

Mastura said the tradition of shortening the Terawih prayer dates since his late grandfather’s time, Yusof Salleh during the early eighties which was then continued by his father Mohamad Yusof up to 2004.

The imam of Buluh Gading Mosque further explains that people assume they had quicken the Terawih prayers but in fact, all they had done was shortened it by reading shorter verses from the Quran.

Sumber BO - 2-6-2017



































Jauhkah kita daripada neraka?

MATLAMAT kita berpuasa untuk menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah. Ertinya kita akan berusaha sebaik mungkin menjadi manusia yang menjunjung perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya. Di bulan Ramadhan yang kita burunya ialah syurga dan jauhkan daripada neraka. Inilah yang dipesan oleh nabi SAW di dalam khutbah baginda di dalam Syaban supaya kita perbanyakkan di dalam bulan Ramadhan ialah Memohon keampunan dengan Allah SWT, Tahlil (menyebut Lailaha illa Allah, memohon kepada Allah syurga dan dijauhkan neraka. 
Kenapa kita berpuasa? Kerana menjunjung perintah Allah SWT dan memburu darjat taqwa kepada Allah SWT. Taqwa  merupakan matlamat yang hendak dicari oleh orang yang berpuasa. Mendapat darjat taqwa Insya-Allah akan menjauhkan diri daripada neraka. 
Orang yang bertaqwa sedar bahawa kematian bukan pengakhiran segala-galanya.   
Selepas mati, ada siksa kubur, persoalan kubur, buku catatan amal, timbangan, titian dan yang paling akhir tidak tahu apakah kesudahan syurga atau neraka. Oleh itu mereka amat berhati-hati di dalam tindakan mereka. 
Neraka suatu perkara yang menakutkan bagi orang beriman. Bergegar hati apabila ayat yang berkenaan neraka dibaca. Mereka tidak sanggup untuk menghadapinya. Bagi mereka yang keras hati dan biasa melakukan maksiat, persoalan neraka tidak memberi bekas kepada perlakuan mereka. Mereka anggap biasa dan berita yang berlalu begitu sahaja. 
Mereka yang bertaqwa akan merasa neraka akan menerkam mereka. Sentiasa berada di dalam perlindungan Allah. Hidup di dalam manhaj Allah SWT. Seperti mana kata seorang pemuda yang soleh bernama Ibn Abi Maisarah  selalu menangis ketika menghampiri tempat tidurnya. 
Dia berkata; “Alangkah baiknya jikalau ibu tidak melahirkannya" 
Ibunya berkata; "Wahai anakku, Allah telah berbuat baik kepadamu dan membawa dirimu kepada Islam" 
Dia berkata; “Wahai ibu, tapi Allah telah memberi tahu kita akan menghampiri neraka dan tidak tahu sama ada kita terlepas atau tidak." 
Semua orang akan menemui neraka, ada yang selamat ada yang dihumban ke dalam neraka. Waliyazubillah. 
Firman Allah SWT bermaksud;
"Dan tiada seorang pun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) ialah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Allah. Kemudian kami akan selamatkan orang yang bertaqwa, dan Kami akan biarkan orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu." (Surah Maryam 71-72) 
Kita jarang memikirkan kiamat dan api neraka, kerana kita leka dengan dunia. Kita merasakan kiamat dan neraka masih jauh. Sedangkan kiamat boleh berlaku pada bila-bila masa dengan pantas. Seperti Firman Allah SWT 
"Dan tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti  sekelip mata atau lebih cepat lagi".  (Al-Nahli 77) 
Apakah kita sedar perkara ini? 
Persoalan neraka ialah perkara sam'iyyat (yang didengar, bukan dilihat) oleh itu orang yang beriman sahaja yang merasa gerun dan menjaga batasan Allah. Sekiranya neraka boleh dilihat, nescaya tidak ada orang yang buat jahat. Semua pusat maksiat seperti kelab malam, pusat judi, pelacuran tidak laku. Pelaku rasuah tidak berani untuk mengambil rasuah dan mengambil harta awam. Tidak perlu ada polis dan penguatkuasa. Pemimpin negara tidak akan kianat amanah rakyat. Mereka akan tunaikan hak kepada mereka yang berhak. 
Orang yang bertaqwa sentiasa meminta-meminta supaya dijauhkan daripada azab neraka. Firman Allah SWT bermaksud; 
"Wahai Tuhan kami, sisihkan azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk". (Surah al Furqan 66). 
Keadaan neraka yang digambarkan oleh Al-Quran
Firman Allah SWT bermaksud; 
"Kami telah menyediakan orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya  neraka sebagai tempat bersenag-senang." (Surah al-Kahfi: 29) 
Nabi Isa AS bersabda maksudnya;
"Berapa banyak badan yang baik cantik, lisan yang fasih, wajah yang berseri kelak berada di atas api neraka sambil berteriak kesakitan". 
Nabi SAW ketika turunnya ayat yang bermaksud;
"Dan berilah peringatan kepada kerabatmu yang dekat. Maka Rasulullah SAW mengumpul kaum kerabatnya. Lalu baginda bersabda kepada mereka, Wahai semua orang Quraish, selamatkanlah diri kamu daripada api neraka. Wahai semua Bani Kaab, selamatkanlah diri kamu daripada api neraka. Wahai Bani Hashim selamatkanlah diri kamu daripada api neraka. Wahai Fatimah binti Muhammad, selamatkanlah dirimu daripada api neraka, kerana aku tidak berkuasa melindungi kamu daripada seksaan Allah SWT." 
Allahu Rabbi, bagaimana baginda peringatkan kepada keluarga terdekat supaya jauh daripada neraka. Baginda walaupun sebagai penghulu segala Nabi-nabi tidak boleh membantu kaum terdekat. Persoalannya adakah kita berpesan kepada keluarga kita mengenai azab neraka? 
Jadikanlah Ramadhan untuk membebaskan diri kita dan keluarga kita daripada api neraka 
1.Kerjakan amal soleh untuk menjadi hamba yang bertaqwa
2.Jauhkan maksiat
3.Jauhkan perkara haram.
4.Perbanyakkan amal sunat untuk tampung kecacatan amal fardu
5.Jaga hubungan dengan manusia
6.Laksanakan amar ma'ruf nahyu anil munkar.
7.Perbanyakkan zikir terutama al-Quran
8.Perbanyakan sedekah kerana sedekah boleh memadamkan api neraka. 
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
7 Ramadhan 1438/2 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 2/6/2017
Sumbr HD - 2-6-2017 





































Subhanallah, imam ini dah khatam al-Quran malam ke-3 Ramadhan

Khamis Mushait – Imam Solat Tarawih Masjid Agung daerah Khamis Mushait, Syaikh Ahmad bin Muhammad Al-Hawasyi, (29/05) atau malam ketiga Ramadhan 1438 H, mengkhatamkan Al-Quran. Setiap malam, lebih kurang 10 juz dari Al-Quran dibacanya saat menjadi imam Salat Tarawih. 
Portal Al-Mashhad Al-Yamani, menyiarkan dari akhbar Al-Mawatin, melaporkan bahawa Syaikh Hawasyi selesai membaca 30 juz Al-Quran pada Isnin dini hari. Menurut rencana, Masjid Agung Khamis Mushait akan mengkhatamkan Al-Quran 10 kali dalam Ramadhan ini. 
Syaikh Hawasyi sendiri terkenal imam yang bacaannya panjang. Di hari-hari biasa, Syaikh yang juga hafal ribuan hadits tersebut biasanya menghabiskan kurang lebih 25 minit untuk setiap solat jamaah lima waktu. 
Begitu juga ketika memasuki Ramadhan. Ia dikenal sebagai imam yang paling panjang bacaannya dalam Solat Tarawih. Di 20 hari pertama, biasanya panjang Salat Tarawih yang diimaminya tidak kurang dari lima jam. Ketika memasuki 10 hari terakhir, Tarawih yang diimaminya selesai ketika mendekati waktu sahur. Sampai-sampai, Syaikh Hawasyi makan sahur di mihrab, tempat imam. 
Meski terkenal bacaannya sangat panjang, jamaah yang bermakmum di belakangnya sangat banyak. Bahkan ketika memasuki 10 hari terakhir, jamaahnya datang dari berbagai kota.(Kiblat)
Sumber HD - 1-6-2017 



Kempen Ramadan bukan bulan membazir diteruskan
Posted on Wednesday, May 31 @ 13:32:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35181



Oleh Diyana Ibrahim

TEPAT jam lima petang, di satu sudut di bazar Ramadan Putrajaya kelihatan lima lelaki memakai plakad disangkut di leher dengan tertera mesej “jangan membazir, beli apa yang perlu saja”.

Kumpulan itu ialah aktivis Azmin Ishak, 35, dan rakan-rakannya. Bagi yang pertama kali datang ke bazar itu mungkin tindakan kumpulan membawa plakad akan membuat mereka terpinga-pinga.
Tapi bagi pengunjung tetap bazar itu, mereka sudah biasa melihat Azmin berjalan mengelilingi tapak niaga tersebut sambil membawa plakad.

Pendekatan Azmin yang unik dan berani dalam menyampaikan mesejnya sejak tahun lepas itu turut menjadi viral di media sosial.

"Kami mula berjalan dari 5 hingga 6 petang sepanjang Ramadan dan reaksi pengunjung amat baik, ramai yang menyokong dan datang mengucapkan tahniah kepada kami," katanya kepada The Malaysian Insight.

Ketika The Malaysian Insight menemu bual kumpulan Azmin di Putrajaya baru-baru ini, mereka turut disapa pengunjung, malah ada yang mahu mengambil gambar bersama.

Azmin berkata beliau memilih menyampaikan mesej di bazar Ramadan kerana melihat cara itu lebih mudah dilakukan dan berkesan.

"Peringatan secara terus ketika membeli, saya rasa lebih berkesan untuk mengingatkan orang ramai," katanya.

Katanya, berita mengenai pembaziran makanan yang berlaku pada bulan puasa mencetuskan idea itu.
"Tahun lepas saya banyak membaca mengenai pembaziran makanan masa bulan puasa iaitu 9,000 tan sehari sedangkan Islam suruh kita banyakkan amalan tapi kita pula lebih banyak membazir,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pendedahan syarikat menyelia sisa pepejal SWCorp di mana 270,000 tan makanan dibazirkan rakyat Malaysia dalam tempoh sebulan umat Islam berpuasa pada setiap tahun.

Sehubungan itu katanya, dia memilih dengan hanya menggunakan plakad sebagai salah satu cara berdakwah dan kempen itu dianggap selari dengan kempennya menolak pembaziran.

"Kaedah mesti menunjukkan tidak berlaku pembaziran, saya gunakan plakad ini dari tahun lepas dan bagi sesiapa yang mahu sertai, mereka boleh guna manila kad dan pen penanda.

"Ini menunjukkan kita tidak membazir bagi menyampaikan mesej kita,” katanya.

Ketepikan malu demi dakwah

Tidak dapat dinafikan pendekatan yang digunakan dalam menyampaikan mesej memerlukan keberanian tinggi.

Meskipun pada awalnya malu untuk berjalan menempuh bilangan pengunjung yang ramai, Azmin dan rakan-rakannya membuang jauh perasaan itu demi dakwah menyedarkan orang ramai supaya tidak membazir.

Kini mereka boleh tersenyum lebar kerana mesej yang cuba disampaikan sedikit sebanyak menyedarkan orang ramai supaya tidak membazir.

"Berdasarkan reaksi orang ramai, saya lihat ia berjaya. Kempen tahun lepas orang boleh ingat sampai sekarang.

"Tahun lepas depan saya ada seorang peniaga, dia kata kepada pelanggan beli setakat keperluan, itu yang paling kuat saya ingat, melekat dalam hati," katanya.

Kempen Azmin tahun lalu menarik perhatian Majlis Belia Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hingga mendorong mereka menjalinkan kerjasama bagi kempen tahun ini.

Azmin berkata menerusi kerjasama itu, tahun ini mereka melebarkan lagi sayap dengan menyasarkan kempen berskala besar iaitu 22 bazar Ramadan seluruh negara membabitkan 30 sukarelawan.-The Malaysian Insight

Sumber TKO - 31-5-2017








































Puasa dan hukum jenayah syariat

IBADAT puasa, seperti ibadah solat, adalah jalan utama memperolehi sifat TAQWA. Ia dinyatakan secara jelas di dalam ayat 183 surah al Baqarah. 
Ayat kefarduan puasa tersebut sebenarnya telah didahului oleh ayat-ayat terdahulu bermula daripada ayat 177 sehingga ayat 182 yang mengisyaratkan satu pernyataan yang menarik. Allah melalui ayat-ayat tersebut telah menyeru para hambaNya yang beriman kepada tiga arahan dan amalan iaitu; 
Pertama, seruan melakukan amal kebajikan (al birr). Kedua, seruan melaksanakan al qisas (hukuman kesalahan jenayah). Ketiga, seruan agar berwasiat (hukum harta pusaka). Masing-masing ayat tersebut diakhiri dengan sifat TAQWA bagi mereka yang melaksanakannya. Malah, ayat yang menyeru kepada kewajiban al qisas adalah hampir sama dengan ayat yang menyeru kepada kewajiban berpuasa. Ia berakhir dengan "semoga kamu menjadi orang-orang yang BERTAQWA." 
Jelas, sebagaimana ibadah rukun seperti solat, puasa, zakat dan haji adalah bertujuan memimpin orang yang beriman kepada sifat TAQWA, begitulah halnya hukum-hukum syariat yang lain. Perlaksanaan syariat Islam akan menyemarakkan sifat TAQWA dalam kehidupan individu dan masyarakat Islam. 
Justeru sebagaimana kita bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah solat dan puasa dengan matlamat memperolehi TAQWA, begitulah sayugia kita bersungguh-sungguh menyeru diri, masyarakat dan pemerintah agar memburu TAQWA dengan melaksanakan syariat Islam, hukum-hakam dan halal haramnya sepenuhnya. 
Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan. Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata." (al Baqarah:208) 
Islam adalah agama yang sempurna dan menyeluruh. Ia tidak boleh dijuzuk-juzukkan, diambil dan ditinggalkan sesuka hati. Ia jelas menuruti jejak langkah syaitan dan menghilangkan sifat TAQWA dalam diri dan masyarakat. Mari bersama menyeru kepada Islam yang syumul
Sumber HD - 29-5-2017 










































Ramadan 1438; Why Is It So Important For Muslims?

http://buletinonline.net/v7/index.php/ramadan-1438-important-muslims/



Ramadan is the holiest month for Muslims. Every year, Muslims around the world fast during daylight hours, but what is it really about?

What is Ramadan?

Ramadan is the ninth month in the Muslim lunar calendar. Healthy adult Muslims fast in Ramadan from dawn until dusk. This includes abstaining from drinking, eating, immoral acts and anger. Other acts of worship such as prayer, reading the Quran and charity are also encouraged during Ramadan.

Muslims also believe that the Quran was revealed in Ramadan

During the holy month, Muslims would wake up early to eat a pre-dawn meal called suhoor, and they break their fast with a meal referred to as iftar.

It is common for mosques to host large iftars, especially for the poor and needy. Nightly prayers called Tarawih are also held in mosques after iftar.

Different cultures have different traditions during Ramadan, whether it is a special food they must cook, or eating iftar with the extended family. Islamic tenets, such as generosity, inspired most of these traditions, such as sharing food and inviting guests over for iftar.


(How long is Ramadan?)

When is Ramadan?

Since Ramadan is part of a lunar calendar, its date annually changes on the Gregorian calendar. Muslims tend to wait for the new month’s moon to appear before they announce the first day of Ramadan. However, they can still estimate the day beforehand. This year, Ramadan will begin on May 27 or 28.

How long is Ramadan?

Lunar months last between 29 to 30 days depending on when the new moon is sighted. If the moon is not seen on the night of the 29th, then Ramadan lasts for the full 30 days. The Eid al-fitr celebration marks the end of the month, when Muslims celebrate a successful month of fasting and worship.
Why do Muslims fast in Ramadan?

Fasting during Ramadan is one of the five pillars of Islam. There is also a verse in the Quran that prescribes fasting for all Muslims who are mature and healthy enough to fast for the full day. So, Muslims fast as an act of worship, a chance to get closer to God and a way to become more compassionate to those in need.

Fasting is also seen as a way to learn patience and break bad habits.– Al-Jazeera

Sumber BO - 27-5-2017












































Ramadhan Mendidik Kita Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak


Kehendak manusia tak terbatas. Kita pergi Bazar Ramadhan jam 4 petang, tengok ayam pecik nampak sedap, kuih akok pun sedap, sup gear box lagi sedap, ikan keli percik tak kurang sedapnya, murtabak pun membuka selera, air soya sedap, air tebu pun terliur juga, air laichi kang lagi sedap.

Malah pada waktu ini kalau bata tanah liat dipanggang atas api lalu disiram dengan kuah percik, nescaya akan nampak sedap!

Maka ramai yang membeli berdasarkan kehendak. Kiri kanan bimbit beg plastik berisi lauk dan kuih-muih.

Kalau sebelum ini, hanya sebilangan kecil yang tunggu masuk waktu solat maghrib, maka petang ini waktu maghrib akan ditunggu dengan penuh kerinduan.

Allahu Akbar! Allahu Akbar… Bergemalah azan maghrib. Kita minum segelas air, makan 3 biji tamar, alhamdulillah… sudah terasa kenyang. Rupanya hanya sekadar ini sahaja keperluan kita.
Lauk pauk dan kuih-muih penuh meja yang kita beli adalah kehendak dan bukannya keperluan. Akhirnya akan jadi rezeki tong sampah!

Ramadhan bulan berkat akhirnya dicemari dengan pembaziran yang berdosa.

Sumber BO - 27-5-2017












































Ramadhan Yang Dirindui; Semakan Muhasabah Diri

Oleh : Hilmi Harun

Kerinduan lahir dari sebuah kecintaan. Ia dirasai bagi yang mengenali. Sebuah anugerah apabila Dia menghendaki, dan tatkala kita tulus mencari.

Sewajibnya limpahan kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah, Tuhan semesta alam. Kerana dengan limpah rahmatnya, dapat lagi kita peluang bersua dengan Ramadhan pada tahun ini.

Pada penghujung Ramadhan yang lepas, tiada siapa antara kita pada hari ini dapat berkata dengan yakin bahawa mereka sempat bertemu lagi dengan Ramadhan keseterusnya. Namun inilah ketentuan Allah SWT, Dia masih mengizinkan lagi untuk kita berada dalam kemuliaan bulan yang sarat dengan barakah dan keampunan ini. Ramadhan, pasti ia saat ditunggu-tunggu bagi mereka yang merinduinya.

Bagaimana untuk kita merinduinya sedang kita tidak mengenali. Tidak kenal maka tiadalah cinta. Apabila tiada cinta, mana mungkin kerinduan akan berputik.

Ramadhan merupakan bulan yang yang dijanjikan keampunan, kerahmatan, dan pembebasan dari siksa neraka, melebihi dari bulan selainnya. Ibadah puasa begitu tinggi nilainya hinggakan Allah SWT sendiri yang akan mengganjarinya tanpa perantaraan selain-Nya. Segala amalan di bulan Ramadhan diangkat nilainya berbanding di bulan-bulan yang lain. Kitab suci Al-Quran yang menjadi perlembagaan umat akhir zaman diturunkan Allah di bulan Ramadhan. Pada akhir Ramadhan pula disediakan khas satu malam yang dijanjikan lebih baik dari seribu bulan.

Serta seribu satu rahmat lagi yang tak mampu dibilang turun memayungi siang dan malam pada bulan Ramadhan.

Demikianlah, amat rugi bagi kita yang disempatkan Allah SWT untuk bertemu bulan seribu rahmat ini, namun melepaskan peluang memanfaatkannya dan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah melancarkan Ramadhan Bulan Tarbiyyah di Pekan Batu Enam pada 25 Mei 2017 baru-baru ini. Alhamdulillah, kami telah mengedarkan kepada semua Pemuda kawasan & dun ‘Checklist Ramadhan’, iaitu sekeping jadual muhasabah harian di bulan Ramadhan.

Untuk menjayakan usaha ini, diharapkan jadual tersebut dapat diedarkan pula dengan segera kepada pemuda-pemuda di peringkat cawangan. Masing-masing perlu mengambil tanggungjawab mengisi jadual harian tersebut sebagai panduan muhasabah diri sendiri. Moga kita dapat menjalani hari esok yang lebih baik dari hari semalam.

Akhirnya, mudah-mudahan Allah SWT menerima kita sebagai tetamu-Nya dan menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu.

Ramadhan, kenalilah ia, cintailah ia…… pasti nanti kita akan merinduinya!

***YB USTAZ HILMI BIN HARUN ialah ADUN Manir dan Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Sumber BO - 27-5-2017















































Ramadan: Aku tunggu Kau datang







شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ 
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). 
Kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain” (Al-Baqarah : 185). 
Beberapa hari lagi bulan yang paling ditunggu oleh seluruh umat Islam bakal menjenguk kita. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan, selamat datang wahai bulan Ramadan. Bersediakah kita dalam menghadapi Ramadan? Sempatkah kita bertemu bulan Ramadan tahun ini? Atau sempatkah kita menghabiskan bulan Ramadan 1438 hijrah ini? Semoga kita bersedia dan dapat berjumpa serta menghabiskan Ramadan tahun ini dan tahun-tahun akan datang. 
Pernahkah terlintas di fikiran kita persoalan-persoalan seperti; kenapa umat islam diwajibkan berpuasa? Atau, mengapa kita perlu berpuasa? Dan sebagainya. 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." [Al-Baqarah: 183]
Demikian perintah Allah kepada kita agar melaksanakan ibadah berpuasa yang terangkum dalam Rukun Islam. Dengan melaksanakan Rukun Islam ini, kita dijanjikan Allah dengan pengampunan dosa yang lalu. Hal itu jelas dalam sabda Rasulullah yang bermaksud: 
"Sesiapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih). 
Kajian sains perubatan mendapati berpuasa memainkan dua fungsi sekali gus iaitu sebagai kaedah perawatan ke atas penyakit dan sebagai langkah pencegahan. Pakar-pakar perubatan bukan Islam mengakui puasa adalah satu kaedah perubatan yang mujarab kepada sistem tubuh manusia. Antaranya Dr Mac Fadon dari Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan, puasa seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut. Boleh dikatakan semua ahli perubatan di dunia ini menyatakan berpuasa menyihatkan tubuh badan manusia, malah kesihatan mental dan kekuatan rohani akan turut berganda dengan berpuasa. 
Maka, pada saat Ramadan sudah menjengah, latihlah diri dan pimpinlah hati kita dengan jalur kehidupan yang dituntut oleh agama. Jika kita berpuasa dengan kaedah sebagaimana diperintahkan Allah, puasa itu adalah ibarat perisai daripada godaan syaitan, malah ibadah kita akan menjadi gerbang menuju ketakwaan. 
Oleh itu, jadikanlah Ramadan akan datang ini sebagai bulan memantapkan iman untuk meraih kecemerlangan dunia dan kebahagiaan di akhirat. 
Selamat datang wahai bulan umat Nabi Muhammad SAW. – HARAKAHDAILY 23/5/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 23-5-2017 


















































Jangan hanya hidupkan masjid ketika Ramadan

ISLAM yang sebenar bukan hanya duduk berzikir di masjid sehingga melepaskan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan beranggapan dunia tidak penting. Anggapan ekstrim itu tidak realistik kerana hakikatnya masyarakat seperti ini juga menggunakan kereta ke mana-mana, jika benar beranggapan akhirat itu saja penting maka gunalah unta jangan kereta. 
Bukankah dengan kemajuan hari ini menjadikan Islam lebih dipandang tinggi dan tersebar di seluruh dunia? Meletak akhirat di hati dan dunia ditangan adalah jawapan terbaik selari dengan seruan daripada Rasulullah.

Mengintai sejarah zaman rasulullah, usaha pertama baginda ketika hijrah adalah dengan membina masjid Quba’, ia dibina dari batang dan daunan pohon tamar yang dilihat ketika itu kukuhnya sesuatu pembinaaan masjid bukanlah terletak pada aspek fizikal tetapi roh yang memakmurkan masjid tersebut. Walaupun atap yang begitu besederhana, saf-saf sentiasa dipenuhi, tiupan suhu yang membahang tidak megganggu hati-hati yang terikat dan begitu cinta kepada masjid untuk sentiasa memakmurkannya. 
Merekalah antara contoh golongan yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat daripada Tuhan mereka, mereka segera bersujud, dan bertasbih memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak sesekali bersikap takbur (Mafum surah Al-Sajadah (32); ayat 15 
Apakah yang menyebabkan nabi memberi penumpuan kepada pembinaan masjid walaupun baginda dalam perjalanan ke Madinah? Setelah tibanya di Madinah pula baginda membangunkan Masjid Nabawi, tidak lain tidak bukan kerana kesedaran baginda akan kepentingan masjid untuk dijadikan bangunan pertama sebagai pusat pentadbiran. 
Berbeza dengan dunia moden sekarang masjid hidup di kala Ramadan dan diterangi dengan banyak cahaya-cahaya kenderaaan mencari parkir ketika tarawih lalu makin malap apabila syawal menjelma. 
Jangan hanya hidupkan masjid di bulan Ramadhan, ramai masyarakat sekarang menjadi terlalu matrealistik akibat tekanan dan desakan kehendak nafsu yang buas, mereka keluar pagi hingga malam, sudah memiliki kemewahan, pangkat, harta tetapi masih ingin mencari dan cari lagi  sampai satu tahap mereka tidak tahu apa yang diinginkan, kerana mencari dunia tiada puasnya. 
Hakikatnya golongan ini akan mengalami kehidupan yang sempit di dunia iaitu resah, gelisah, tidak tenteram jiwanya dan derita di akhirat. 
Masjid menjadi pusat mendekatkan manusia kepada Allah, mengeluarkan keyakinan manusia daripada yakin kepada makhluk  kepada yakin kepada Allah. Ramai yang mula sedar untuk menjengah masjid tika dijentik ujian demi ujian sehingga menyebabkan seseorang hamba itu jatuh dan hilang tempat pergantungan akhirnya dia kembali mencari Tuhan sebagai tempat bersandar . 
Namun, saat senang, manusia kadang lupa kepada-Nya, sebagaimana sindiran Allah SWT dalam al-Quran: 
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri. Tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas…” (QS. Yunus [10] : 12). 
Sebagai seorang hamba harus mengingat Allah dalam semua keadaan, baik saat susah maupun senang. Jika ketika senang kita mengingat Allah, maka Allah akan mengingat kita (menolong kita) saat dalam kesulitan. 
“Ingatlah kepada-Ku, Aku juga akan ingat kepada kalian. Dan bersyukurlah kepada-Ku, janganlah kalian kufur.” (QS. Al Baqarah [2]:152). 
“Ingatlah Allah ketika senang, maka Allah akan mengingat engkau ketika sulit.” (HR. Hakim). 
Mencari Tuhan bukan hanya pada waktu susah dan bukan pada bulan Ramadan saja tetapi jadikanlah Ramadan sebagai madrasah untuk mendidik hati agar sentiasa istiqamah dalam kebaikan. 
Manusia akan berjaya selagi mana meletakkan diri dalam beragama. Untuk mengubah dunia bermula dengan diri sendiri. Kegemilangan zaman rasululah sangat berkait rapat dengan pembentukan kekuatan rohani dan jasmani yang banyak dilakukan di masjid. Sebaliknya manusia akan binasa apabila kepatuhan hatinya lari daripada pandangan Tuhan. 
Adapun apabila ingin menyambut tetamu kita akan mempersiap diri dan rumah dengan begitu cantik, begitulah juga keadaaan untuk menyambut Ramadan, antara yang boleh dilakukan menambah pelbagai ilmu. Hanya dengan ilmu kita dapat mengubah perspektif dan mendalami sesuatu hikmah itu. Selain itu, memperbanyakkan puasa sunat untuk membiasakan diri dan memperbanyakkan membaca al-Quran bagi mendidik hati sungguh-sungguh mencari Tuhan dan bergantung harap kepada-Nya. 
Masyarakat berperanan menarik lebih ramai jemaah dengan mengubah mentaliti bahawa penempatan khas untuk kanak-kanak ketika solat adalah sesuatu yang tidak perlu. Saf kanak-kanak tidak perlu dijarak dan dijauhkan daripada orang dewasa. Selain itu,tidak memandang serong kepada ibu yang membawa anak-anak kecil. Bulan Ramadan inilah masa tepat untuk menarik remaja, kanak-kanak untuk berjinak dengan masjid agar masjid menjadi tempat yang lebih tenang dan disukai berbanding di tempat-tempat hiburan. 
Hasil didikan hati sebelum Ramadan tiba pasti lebih membuat umat Islam bersedia menghadapi Ramadan dan merebut peluang keemasan ini 
Daripada Abu Hurairah r.a., Daripada Nabi Muhamad SAW, Baginda bersabda, maksudnya; 
“Sesungguhnya bagi masjid-masjid itu ada pasak-pasaknya, para malaikat menjadi teman mereka, jika mereka tidak hadir para malaikat akan mencari mereka, jika mereka sakit, para malaikat akan menziarahi mereka, jika mereka  mempunyai sesuatu keperluan, para malaikat akan membantu mereka. Bersabda lagi rasulullah, orang yang duduk di masjid berada di atas tiga perkara; saudara yang memberikan faedah, perkataan-perkataan yang mengandungi hikmah atau rahmat yang dinani-nanti.” 
(Diriwayat oleh imam Ahmad dalam musnadnya).
  
Dunia adalah jambatan menuju akhirat, demikianlah kelebihan bagi jiwa-jiwa yang memakmurkan masjid, tempat yang suci menjadi pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam. – HARAKAHDAILY 22/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD- 22-5-2017 



















































Istimewanya melewatkan sahur

BEBERAPA hari lagi kita akan meraikan kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini. Bulan Ramadan pasti dinantikan seluruh umat Islam di dunia kerana bulan ini merupakan bulan pengampunan dosa. 
Pada bulan Ramadan juga kita berkesempatan untuk merebut pahala sebanyak mungkin, bahkan ibadah yang sempurna pada bulan yang barakah ini akan menjadikan seseorang itu seperti bayi yang baru lahir. 
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ihtisab, maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (HR. Bukhari) 
Pada bulan Ramadan umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan untuk mendidik diri agar mencapai ketaqwaan sebenar. 
Sebelum kita memulakan ibadah puasa pada siang hari, janganlah kita lupa untuk bersahur. Ada mereka yang malas dan ada mereka yang bersahur terlalu awal sedangkan waktu Subuh masih agak lama untuk masuk waktunya. Mungkin mereka mahu menyambung waktu tidur selepas bersahur. Sudah terang lagi bersuluh, ini tidak mengikut ciri-ciri amalan Nabi Muhammad SAW yang melambatkan waktu untuk bersahur. 
“Kata Zaid bin Thabit: Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh). Anas bin Malik bertanya beliau: Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut? Jawab Zaid: Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
Jadi kita boleh bersahur selagi mana benar-benar belum masuk waktu Subuh. Selagi tidak masuk waktu Subuh seseorang itu masih boleh lagi untuk bersahur. Masuknya Subuh adalah waktu imsak iaitu mula waktu berpuasa yang sebenar. 
Daripada penjelasan Nabi Muhammad SAW dalam hadis Baginda SAW.
“Kata isteri Baginda SAW, Aishah RA: Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (Subuh).” (Riwayat Bukhari & Muslim) 
Dalam hadis Muslim pula, Baginda SAW bersabda: 
“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”. 
Ini bertepatan dengan kenyataan al-Quran yang maksudnya: 
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam”. (Surah al-Baqarah: 187) 
Tiada masalah jika bersahur dengan mengambil makanan yang sedikit walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Sudah memadai dengan buah tamar dan air putih seperti yang dilakukan Rasulullah SAW. 
Kesimpulannya, melambatkan sahur mempunyai keistimewaannya tersendiri dan merupakan amalan Rasulullah SAW. Bersahur membantu kita meneruskan ibadah puasa pada siang hari dengan sempurna di bulan Ramadan. – HARAKAHDAILY 22/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 22-5-2017 





















































Golongan asnaf dibantu sempena Ramadan

MASJID Lama Gopeng dengan kerjasama PAS Cawangan Gopeng hari telah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi. 
Di atas dasar  keprihatinan serta menitikberatkan isu kebajikan asnaf kepada  penduduk tempatan penyampaian sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit persediaan menyambut Ramadan. 
Program sumbangan itu sudah menjadi rutin tahunan bagi pihak AJK Masjid Lama Gopeng beserta PAS Kawasan Gopeng sebagai salah satu jalinan silaturrahim yang memberi kesan suasana kasih sayang antara masyarakat setempat. – HARAKAHDAILY 20/5/2017
Asnaf 1 

Asnaf 2
Sumber HD - 20-5-2017 























































Ramadan: Adat atau Ibadat?

BAKI beberapa hari sahaja  lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan yang mulia, bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadan, bulan sangat-sangat dirindui oleh orang-orang mukmin kerana hadirnya Ramadan membawa seribu satu kelebihan dan kebaikan. Pada bulan Ramadan umat Islam diwajibkan berpuasa iaitu menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud; 
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang sebelum daripada kamu, supaya kamu bertakwa”. 
Amalan sunat diberikan pahala amalan wajib, dikurniakan lailatul qadar, diampunkan segala dosa yang terdahulu seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu; 
“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala akan diampunkan baginya barang yang terdahulu daripada dosanya”. 
Ini adalah antara kelebihan kepada sesiapa yang beramal di bulan yang penuh berkat ini.
Pada bulan Ramadan ini, kita akan dapat lihat dalam kalangan kita akan berlumba-lumba melakukan amal soleh pada bulan ini. Masjid atau surau di seluruh negara akan penuh sehinggakan kenderaan terpaksa di letakkan di bahu-bahu jalan, ringan untuk bersedekah, berusaha untuk khatam al-Quran sebanyak yang mungkin dan banyak lagi amal soleh dilakukan. 
Keadaan ini menunjukkan kepada kita perkara yang baik dan positif berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Namun malangnya, ia berlaku pada satu bulan di bulan Ramadan sahaja, seolah-olah bulan Ramadan ini menjadi adat atau menjadi ‘program’ tahunan bukannya untuk menjadikan bulan Ramadan ini sebagai titik perubahan atau masa untuk kita menambah baik lagi ibadat kita sebelum ini. 
Antara puncanya adalah disebabkan kerana melakukan amal tanpa tujuan yang betul. Kedua, beramal tanpa pedoman atau dengan lebih tepatnya beramal tanpa ilmu. Beramal tanpa ilmu ini akan menyebakan amal kita tidak ada roh dan tidak memberi kesan kepada seseorang. Selain itu, beramal secara ikut-ikutan juga antara sebab atau punca sebahagian dalam kalangan kita yang beramal hanya ketika bulan Ramadan sahaja. 
Solusinya adalah, pertama sekali, untuk melakukan sesuatu amal itu, hendaklah setiap daripada kita mempunyai niat yang betul dan ikhlas dalam setiap amalan yang kita hendak buat. Niat sangat penting dalam ibadah kerana setiap amalan yang kita buat akan dikira berdasarkan niat kita. Direkodkan dalam hadis yang popular iaitu Rasulullah SAW bersabda; 
“sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan”. 
Seterusnya, mempunyai ilmu yang mantap sangat perlu dalam beramal ibadat supaya amal kita diterima oleh Allah SWT. Jadinya, sebelum memasuki bulan Ramadan ini hendaklah belajar dahulu tentang rukun, perkara membatalkan, perkara sunat puasa, membetulkan bacaan bacaan al-Quran yakni mempelajari ilmu tajwid dan setiap amal yang lain mestilah kita tahu dahulu sebelum mengerjakanya. 
Terakhir, kita hendaklah menanamkan azam yang tinggi dalam diri dan mempunyai sasaran apa yang kita hendak capai daripada amal-amal kita. Dengan gabugan ketiga-tiga perkara ini iaitu niat yang ikhlas, beramal dengan ilmu yang benar, dan mempunyai azam yang tinggi akan memperoleh seperti apa yang dijanjikan oleh Allah SWT di penghujung ayat al-Quran di atas iaitu semoga kamu bertakwa. 
Kesimpulannya, marilah sama-sama kita membuat persediaan yang rapi dengan menyusun jadual ibadah kita bermula dari sekarang dan terutama sekali bersedia dengan ilmu yang cukup. Kita jadikan Ramadan pada kali ini Ramadan yang terbaik daripada Ramadan yang lepas yang kita telah lalui. Semoga, apabila kita keluar daripada bulan Ramadan nanti, kita menjadi orang yang bertakwa dan orang yang istiqamah pada jalan-Nya. – HARAKAHDAILY 19/5/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD - 19-5-2017 

























































Ramadan: Medan terbaik berhenti merokok

TAHUN silih berganti dan kini bulan mulia yang dinanti oleh semua umat Islam, bulan Ramadan bakal menjelma. Seperti yang diketahui, pada bulan ini umat Islam akan menahan lapar, dahaga dan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa sehingga mereka berbuka. Contoh perkara yang membatalkan puasa dan popular di negara Malaysia adalah merokok. 
Merokok telah difatwakan sebagai haram di negara kita atas alasan membawa kebinasaan kepada diri sendiri. Fatwa tersebut sepakat dipersetujui atas dalil Surah Al-Baqarah, ayat 195 yang membawa maksud larangan pada perbuatan yang membinasakan diri sendiri. Keputusan untuk mengharamkan gejala merokok juga dipersetujui atas dalil ayat 26 hingga 27 Surah Al-Isra’ yang menyatakan larangan perlakuan yang membazir. 
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Dr S. Subramaniam menyatakan bahawa hampir 20,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit yang disebabkan oleh rokok seperti sakit jantung dan barah paru-paru. Beliau juga menyatakan bahawa kos perubatan bagi penyakit yang disebabkan oleh rokok mencecah sehingga RM3.8 bilion dan merokok merupakan penyebab kematian terbesar bagi rakyat Malaysia dalam tempoh 30 tahun. 
Bagi mereka yang merokok dan ingin berhenti daripada gejala yang tidak sihat tersebut, bulan Ramadan kali ini merupakan satu medan yang sesuai untuk berhenti daripada terus merokok dan merosakkan diri sendiri. Namun begitu, bukanlah mudah untuk berhenti merokok dengan hanya berpuasa kerana rokok mempunyai nikotin yakni sejenis dadah membuatkan penghisap rokok ketagih dan sentiasa akan kembali menghisap rokok. 
Jadi, antara cara untuk berhenti merokok pada bulan Ramadan ini yang pertama adalah dengan sentiasa mengingati Allah SWT. Apabila perokok ingat akan larangan Allah terhadap perbuatan yang merosakkan diri sendiri pasti mereka berasa takut untuk melakukannya. 
Kemudian, mereka yang betul-betul ingin berhenti merokok haruslah cuba untuk menjauhi daripada golongan yang merokok. Bukan mudah sebagai perokok untuk menjauhkan diri daripada perokok lain tambahan pula apabila perokok lain itu merupakan sahabat sendiri. Jadi, dalam keadaan ini individu tersebut haruslah kuat menahan diri dari terus terjebak. Katakan yang anda sudah berhenti merokok dan cuba untuk tidak mengulanginya. 
Seterusnya, berhentilah merokok kerana ahli keluarga. Kos rawatan bagi penyakit yang dihidapi oleh pesakit akibat merokok ini tidak lain tidak bukan akan ditanggung oleh ahli keluarga pesakit juga. Jadi, tetapkan dalam minda bahawa merokok hanya akan membawa kesengsaraan pada ahli keluarga anda yang lain. Tambahan lagi, merokok diibaratkan seperti membakar wang dan membazir. Pada era inflasi ini, 
amatlah tidak wajar kita menambahkan lagi bebanan hidup dengan pembaziran.
Kesimpulannya, jadikanlah Ramadan kali ini sebagai satu peluang untuk kita menjadi umat Islam yang lebih baik dan bebas daripada rokok. Amalkanlah gaya hidup sihat dengan bersenam dan menjaga pemakanan agar kebahagiaan dapat disemai dalam kehidupan bersama ahli keluarga yang tercinta. – HARAKAHDAILY 13/5/2017 
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD - 13-5-2017 


























































Tip kekal sihat dan cantik semasa Ramadhan

KESIHATAN dan kecantikan merupakan salah satu nikmat dan rahmat Allah yang sangat besar diberikan kepada umat manusia. Setiap orang ingin kelihatan sihat dan cantik tidak kira dalaman dan juga luaran terutamanya pada bulan Ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi. Antara tip yang patut diamalkan bagi setiap insan ialah mandi sebelum subuh. Tip ini sangat mudah diamalkan dan juga banyak kebaikannya jika diamalkan setiap hari 
Menurut  kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita. Jika kita mandi sebelum subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan kecantikan untuk tubuh badan kita. Terdapat  enam kebaikan dan manfaat mandi sebelum subuh yang kita patut tahu dan harus mengamalkannya. 
Kebaikan yang pertama ialah  jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi di waktu pagi dan menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat dan tidak mudah rosak. Kulit kita juga akan kelihatan lebih lembut dan halus. 
Melalui mandi sebelum subuh, ia dapat melancarkan peredaran darah. Jika peredaran darah kita lancar, tubuh badan kita akan lebih sihat, cergas, dan bertenaga. Dengan memiliki badan yang cergas dan bertenaga kita dapat melakukan aktiviti harian dan juga ibadah wajib kepada Allah dengan bersemangat tanpa rasa letih walapun berada pada bulan Ramadhan. 
Kebaikan yang ketiga, mandi sebelum subuh dapat meningkatkan kesuburan dan kesihatan hormon terhadap lelaki dan wanita. Pada waktu awal pagi, kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif malah meningkatkan hormone testosteron bagi lelaki manakala hormon estrogen untuk wanita. 
Risiko darah tinggi juga dikatakan dapat dikurangkan bagi yang memiliki penyakit darah tinggi apabila mengamalkan mandi sebelum subuh setiap hari. Insya-Allah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, mungkin kesihatan kita lebih baik dan terhindar dari segala penyakit tidak kira risiko darah tinggi  dan juga penyakit-penyakit lain. 
Mandi sebelum subuh juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan serta kita akan berasa tenang. Air yang sejuk pada waktu pagi sebelum subuh akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Bagi yang mengalami depresi atau dengan kata lain tekanan yang mungkin disebabkan bebanan masalah, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. 
Kebaikan yang keenam mandi sebelum subuh terhadap tubuh badan kita ialah dapat meningkatkan sel darah putih. Mandi dengan air sejuk dapat meningkatkan sel darah putih yang berfungsi sebagai daya tahan penyakit serta tubuh badan kita boleh melawan virus. 
Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal penganutnya. Rasulullah SAW  ada bersabda;   
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu”. (Hadis Riwayat Muslim) 
Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan kita dengan mengamalkan tip yang bermanfaat seperti mandi sebelum subuh setiap hari supaya menjadi mukmin yang kuat dan cergas dari segi fizikal, mental, emosi, dan rohani. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, kita berupaya untuk mencapai matlamat kehidupan berpandukan agama yang diredhai Allah dengan sempurna. Rasulullah  SAW ada bersabda yang bermaksud; 
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada keduanya ada kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim).HARAKAHDAILY 12/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 12-5-2017 





























































Persiapan menyambut ‘tetamu’ yang dirindui

Sedar atau tidak, kita sedang menjalani kehidupan seharian di bulan Sya’ban. Sebentar lagi kita akan didatangi oleh ‘tetamu’ yang dirindui iaitu bulan Ramadhan. Setelah sekian lama berpisah, kini Ramadhan akan kembali hadir di tengah-tengah kita. 
Bagi seorang muslim, sudah pasti kedatangan bulan Ramadhan akan disambut dengan rasa gembira dan penuh syukur kerana bulan Ramadhan merupakan bulan maghfirah, rahmat dan ‘ladang’ menuai pahala amal kebajikan untuk bekalan di dunia akhirat kelak.
Oleh kerana itu, sepatutnya kita sudah mula melakukan persiapan diri untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan agar dapat memiliki nilai yang tinggi dan amalan seperti orang yang bertaqwa. 
Jadi, bagaimana sebenarnya cara kita menyambut Ramadhan? Apa yang mesti kita persiapkan dalam hal ini? Tentu saja persiapan diri yang dimaksud di sini bukanlah perancangan menu sahur dan berbuka, bukan juga perancangan program menarik di televisyen tempatan. 
Sebagai seorang Muslim, banyak hal yang perlu dilakukan dalam rangka persiapan menyambut kedatangan Ramadhan, antaranya: 
Pertama, berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang disarankan oleh para ulama agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan sejak enam bulan sebelumnya dan enam bulan berikutnya, juga berdoa agar Allah SWT menerima amalan puasa yang dilakukan kerana berjumpa dengan bulan ini merupakan nikmat yang besar bagi orang-orang yang terpilih menerima taufik daripada Allah SWT. 
Di antara doa yang disarankan:”Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan”.
  
Kedua, bersegera menggantikan puasa Ramadhan yang lalu sebelum datang Ramadhan berikutnya. Namun sekiranya seseorang mempunyai kesibukan atau halangan tertentu untuk menggantikannya seperti seorang ibu yang sibuk menyusukan anaknya, maka hendaklah dia melunaskan hutang puasa tahun lalu pada bulan Sya’ban. Sebagaimana Aisyah r.a tidak bisa menggantikan puasanya kecuali pada bulan Sya’ban. 
Melambatkan puasa ganti (qadha) dengan sengaja tanpa ada uzur syarie sampai masuk Ramadhan berikutnya adalah dosa, maka kewajipannya adalah tetap menggantinya dan ditambah kewajipan membayar fidyah menurut sebahagian ulama. 
Ketiga, memahami ilmu fiqh puasa. Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah berkata, ”Orang yang berilmu mengetahui tingkat-tingkat ibadah, perosak-perosak amal, dan hal-hal yang menyempurnakannya dan hal yang menguranginya”. 
Maka dalam hal ini, hanya dengan ilmu kita dapat mengetahui cara berpuasa dengan betul dan sesuai mengikut amalan Rasulullah SAW. Begitu juga ilmu sangat diperlukan dalam melaksanakan ibadah lain seperti wudhu, solat tarawih, iktikaf, membaca al-Quran dan sebagainya. 
Keempat, mempersiapkan jiwa dan spiritual untuk melaksanakan ibadah puasa dan amalan sunat yang lain di bulan Ramadhan dengan sebaik-sebaiknya. 
Memperbanyak puasa pada bulan Sya’ban merupakan sunnah Rasulullah SAW. Aisyah RA berkata (maksudnya), “Aku belum pernah melihat Nabi SAW berpuasa sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan, dan aku belum pernah melihat Nabi SAW berpuasa sebanyak yang Baginda lakukan di bulan Sya’ban.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Kelima, menjaga kesihatan agar tetap bertenaga dan kuat di bulan Ramadhan yang mendatang. Kesihatan merupakan modal utama dalam beribadah, orang sihat dapat melakukan ibadah dengan baik, namun apabila seseorang sakit, maka ibadahnya terganggu. 
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya), “Pergunakanlah kesempatan yang lima sebelum datang yang lima; masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibukmu, dan masa hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Al-Hakim) 
Menjelang ketibaan bulan Ramadhan, Rasulullah SAW memberikan penjelasan mengenai puasa kepada para sahabat. Baginda juga memberi khabar gembira akan kedatangan bulan Ramadhan dengan menjelaskan pelbagai keistimewaannya. 
Abu Hurairah RA berkata (maksudnya), “menjelang kedatangan bulan Ramadhan, Rasulullah SAW bersabda, “Telah datang kepada kamu bulan mubarak (bulan yang diberkati). Diwajibkan kamu berpuasa padanya. Pada bulan tersebut pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Padanya juga terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang terhalang kebaikan pada malam itu, maka ia telah terhalang dari kebaikan tersebut.” (HR. Ahmad, An-Nasa’i dan Al-Baihaqi) 
Akhir kata, persiapkanlah diri untuk beribadah dengan penuh rendah diri. Semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan dan dapat meraih berbagai kelebihan. - HARAKAHDAILY 7/5/2017

Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD - 7-5-2017 






























































Ramadan yang dinantikan

KEDATANGAN Bulan Ramadhan mampu mendekatkan diri dengan “Sang Pencipta lebih erat”. Berbekalkan sebulan lebih hari sahaja lagi, Umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadhan yang mulia. 
Ucapan yang seringkali kita dengar apabila datangnya bulan Ramadhan ialah “Ramadhan Kareem”, manakala jawapan yang dibalasnya pula “Allahhuakram”. Tahiyat atau ucapan ini merupakan simboliknya dengan kedatangan Ramadhan yakni bulan penuh barokah ini. 
Pelbagai aktiviti yang menarik dapat dilakukan apabila tibanya bulan mulia ini. Di samping berpuasa yakni dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, umat Islam juga turut digalakkan melakukan aktiviti yang bermanafaat serta dapat mendidik jiwa menjadi lebih murni. 
Qiamullail atau bangun sepertiga malam 

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 pagi hingga terbitnya fajar.  Waktu ini amat sesuai bagi umat Islam bagi melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT kerana merupakan waktu yang terbaik untuk beribadat di malam hari setelah penat seharian mencari rezeki di kala petang dan merupakan salah satu turunnya rahmat Allah ke bumi bagi hambanya. 
Sabda Rasulullah SAW:
“Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi) 
Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa-dosa mereka. 
Tadabbur aI-Quran 

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang suci penuh dengan kalam Allah. Ia mengandungi mutiara-mutiara yang sangat bermanfaat bagi kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Sebagai umat Islam, kita perlulah menghayati atau memahami ayat-ayat suci ini dengan lebih mendalam iaitu dengan bertadabur dan bertalaqi dengan guru yang mahir di dalam bidang tersebut bagi memahami makna balaghah yang terkandung dalam kalamulallah bukan dengan sekadar membuka dan membacanya sahaja. 
Tadabbur juga dapat diertikan proses berfikir secara mendalam dan menyeluruh dengan menggunakan ketajaman mata hati supaya dapat memahami maksud Al-Quran dan dapat mencapai makna yang jauh. Hal ini kerana, dengan bertadabbur itulah umat Islam akan lebih memahami seterusnya dapat mengaplikasi dalam kehidupan seharian disamping ianya merupakan cara berinteraksi dengan al-Qur`an yang diinginkan oleh al-Qur`an sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. 
Berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak nafsu  
Apabila menyebut bulan Ramadhan, pastinya umat Islam di Malaysia khususnya gembira kerana banyak gerai atau bazaar akan dibuka. Kemeriahan Ramadhan dapat dirasai apabila pelbagai jenis makanan akan dijual. Ia juga boleh dikenali sebagai “Syurga Makanan” kepada pengunjung yang hadir. 
Namun, disebalik kemeriahan ini, pastinya akan berlaku pembaziran kepada pembeli atau penjual jika ia tidak dibendung awal. Sebagai Umat Islam kita perlulah bersederhana dalam melakukan perkara. 
Pada takrif umum, membazir adalah berlebih-lebihan daripada kadar sepatutnya. Pembaziran dapat dielakkan dengan berbelanja secara berhemat. Berbelanjalah mengikut keperluan bukan dengan hanya mementingkan nafsu semata-mata. 
Pembaziran ini juga merupakan salah satu cara iblis yang terkutuk dalam memujuk kita, dan telah menunjukkan kita tewas dengan godaan nafsu dek kerana sifat tamak yang menguasai diri kita.  Allah SWT juga telah berfirman dalam kitab sucinya; 
 إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورً 
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan dan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”. (Al-Israk: 27) 
Oleh itu, kita akan dapati pembaziran itu akan membawa kesan yang buruk terhadap rohani dan jasmani seseorang. Sesungguhnya Allah SWT amat murka ke atas individu yang tidak pernah bersyukur di atas nikmatnya dan mereka ini akan menerima balasan buruk daripada Allah SWT disebabkan kelalaian menjaga amanat harta kurniaan Allah. Kita harus ingat bahawa harta yang kita miliki bukan hak mutlak kita bahkan sebenarnya adalah hak Allah SWT. 
Kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini juga turut dirasai kemeriahan berpuasa apabila umat Islam dapat melakukan solat Sunat Tarawih bersama-sama serta dapat menambahkan amal soleh dalam mengejar pahala di sisi Allah SWT. 
Justeru, kedatangan bulan Ramadhan yang barokah ini kerap ditunggu oleh Umat Islam setiap tahun apabila pahala dibulan Ramadhan ini ditambah berkali ganda dari bulan Islam sebelumnya disebabkan tutupnya pintu neraka serapatnya, dan di buka pintu syurga seluasnya bagi mereka yang beribadah kepada Allah SWT serta turunnya kitab suci Al-Quran kepada umat Islam sebagai panduan hidup di dunia dan di akhirat. – HARAKAHDAILY 28/4/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM
Sumber HD - 28-4-2017