BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, January 29, 2018

VIRAL (JILID 2)

Tikus ‘Amuk’ Hancurkan Mesin ATM, 

Wang RM71,000

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh 
berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima 
RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/tikus-amuk-hancurkan-mesin-atm-wang.




GEMPAR… Misteri sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang masih ‘sarat’ 
dengan wang kertas tetapi sistem tidak dapat mengesan sebarang wang dalam mesin 
tersebut akhirnya terbongkar.

Sebelum itu, pihak juruteknik mengesahkan bahawa tiada kerosakan dikesan pada 
sistem mesin berkenaan manakala pihak polis tempatan di India juga tidak mendapati 
sebarang pencerobohan atau kegiatan jenayah.

Bagaimanapun ternyata, ia sebenarnya berpunca daripada perbuatan balas dendam 
oleh sekumpulan tikus yang mungkin mengamuk apabila haiwan mamalia comel itu 
gagal ‘curi’ wang tunai disimpan dalam ATM tersebut.


Hal pelik itu pada mulanya disedari oleh seorang pegawai cawangan bank berkenaan 
selepas beberapa penduduk tempatan membuat aduan bahawa mesin tersebut sebagai 
rosak dan langsung tidak mengeluarkan wang.

“Pegawai bank datang untuk periksa ATM itu dan mendapati ada bangkai tikus dan 
wang kertas yang koyak menjadi cebisan kecil,” kata Superintenden Polis Daerah 
Mugdhajyoti, Dev Mahanta kepada agensi berita asing AFP.

Menurutnya, wang tunai berjumlah lebih 12 lakh rupee (kira-kira RM71,000) dalam 
mesin berkenaan yang terletak di daerah Tinsukian, Assam itu hancur akibat digigit 
oleh tikus yang barang kali terdesak mencari makanan.

“Kami sudah periksa dan mendapati tiada penjenayah atau unsur konspirasi dalam 
insiden kerosakan ATM ini. Kemungkinan tikus berjaya bolos masuk mesin tersebut 
melalui lubang kecil bagi wayar,” tambah Mahanta.

Gambar tular menerusi media sosial tempatan menunjukkan timbunan wang dalam 
mesin seolah-olah dicarik-carik dan ia juga kes kedua di dunia selepas berlaku di 
Astana, Kazakhstan awal tahun ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


MR : Bila emosi tindakan menjadi tidak bijak, sepatutnya tikus tu ambil duit beli 
keju, entah berapa banyak keju dapat dnegan duit RM71k.... he he pimpinan PH pun 
ada bersifat macam tikus. Sebelum ini UMNO dah jadi 'tikus tanah'...

Sumbr MR - 28-6-2018

Kepak ayam bersalut emas jadi perhatian!

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|




KEPAK ayam biasanya tidak dianggap sebagai hidangan mewah, tetapi sebuah restoran telah menaikkan 'martabat' makanan jalanan itu kepada kepada status mewah dengan memperkenalkan kepak ayam bersalut emas pertama di dunia.

Dicipta oleh sebuah restoran di bandar New York, 'The Ainsworth' dengan kerjasama bintang realiti TV Jonathan Cheban, FOODGOD 24k Gold Buffalo Wings melambangkan kemewahan.

Selepas direndam dalam mentega kelapa, 'chipotle', dan adunan madu selama 24 jam, ia digoreng dalam minyak panas dan kemudian disalut dengan sos emas metalik yang membuatkan ia kelihatan berkilat seperti disalut emas.

Akhirnya sekali hidangan ini ditabur dengan habuk emas yang boleh dimakan.

Menurut The Ainsworth, kepak ayam mewah ini boleh didapati dalam tiga harga: 10 ketul kepak berharga AS$30 (RM119.56), 20 kepak untuk AS$60 (RM239.13) atau 50 kepak dan sebotol Champagne Armand de Brignac dijual pada harga AS$1,000 (RM3985.50).

Kepak ayam bersalut emas ini menjadi perhatian ramai sejak bulan lalu, selepas pereka bersama, Jonathan Cheban aka 'Foodgod' memuat naik gambar hidangan ini di Instagram.

"Kamera saya juga bergetar, ia sangat menyerlah," kata Cheban dalam klip pendek. Sukar untuk dipercaya."

"Saya tak sangka orang ramai mahu membayar untuk makan sesuatu yang kelihatan macam logam."

Kepak ayam emas FOODGOD 24k dilancarkan di Ainsworth's Chelsea dan East Village bulan lepas dan dijangka menjadi menu tetap di lokasi lain rantaian restoran itu pada masa akan datang.

Sumber MR - 16-6-22018

Jumaat, 1 Jun 2018



Jutawan Muslim Sumbang Semua Harta Meninggal


RAMAI yang tidak mengenali Ali Banat, seorang pemuda Islam yang berasal dari Sydney, Australia. Dia hidup dalam kemewahan, memakai pakaian berjenama dan memandu kereta mewah.

Tiga tahun lalu, Ali, yang merupakan seorang ahli perniagaan telah disahkan menghidap kanser dan diberikan masa selama tujuh bulan untuk hidup.

Namun Ali dipanjangkan usia oleh Allah sehingga tiga tahun selepas disahkan menghidap kanser.

Sejak itu dia menukar gaya hidup dan membelanjakan wangnya untuk tujuan kebajikan dan kemanusiaan.



Namun semalam, bintang YouTube popular, Adam Salleh telah mengumumkan berita kematian Ali menerusi akaun sosial Twitternya.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un! Ali Banat adalah inspirasi kepada saya dan untuk dunia ini! Beliau mempunyai kisah emosi untuk memberitahu dunia bagaimana beliau diberkati dengan kanser!! Beliau selalu senyum. Saya terkesan bagaimana beliau tewas dalam perjuangan dengan kanser, Tolong doakan beliau,’’ demikian tulis Adam.

Ali mula dikenali selepas videonya Gifted With Cancer atau `Diberkati Dengan Kanser’ menjadi tular.

Video itu memaparkan kehidupan Ali sebelum ini yang dilimpahi dengan kemewahan. Bilik tidurnya dipenuhi dengan kasut Louis Vuitton iaitu satu-satunya jenama yang dipakainya, gelang bernilai RM180,000 serta salah satu kereta yang dimilikinya termasuk Ferrari Spider yang berharga RM1.7 juta.

Bagaimanapun selepas Ali jatuh sakit, dia menyedari kemewahan itu tidak memberi makna kepadanya.

“Apabila anda jatuh sakit atau anda tidak mempunyai banyak masa untuk hidup, ini adalah perkara terakhir yang anda ingin kejar. Dan itulah bagaimana kita perlu menjalani kehidupan kita setiap hari,’’ katanya dalam video itu.

Ali kemudiannya menderma hartanya menerusi organisasi kebajikan iaitu Muslims Around the World (MATW) yang diasaskannya.

Dengan wang yang ada, dia membina 200 rumah untuk ibu tunggal, masjid, sekolah untuk 600 anak yatim, klinik dan perniagaan untuk penduduk setempat di Togo, Ghana dan Burkina Faso.

Selain itu, Ali juga melawat negara-negara di benua Afrika berkenaan dan bekerja keras untuk mengutip sumbangan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber MR - 1-6-2018

Demo La Ni Dok Serupa Dulu, Tak Berani Kawe No Tego
Posted on Sunday, May 06 @ 17:09:21 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39583



Demo La Ni Dok Serupa Dulu, Tak Berani Kawe No Tego. Tengok kerling hujung mato. Nyo mari angin sekak demo Amanah. Makin Lok Makin Punoh.

XOXO - Husam Musa ibarat duri tersemat dikaki, kian menanh, jika dibiarkan akan buruk dan berulat. Tolak Husam untuk selamatkan Kelantan...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/


Sumber TKO - 6-5-2018


Saintis Tertua Australia Kesal Hidup Sampai 104 Tahun
Posted on Thursday, May 03 @ 06:40:52 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39519



SAINTIS tertua di Australia, Dr. David Goodall, yang berusia 104 tahun, merancang ke Switzerland minggu depan bagi mengakhiri hidupnya menerusi ‘eutanasia' iaitu kaedah menamatkan hayat seseorang dengan mengambil ubat khas.

Dr. Goodall, bekas pensyarah universiti dari barat Australia, tidak mempunyai penyakit tenat namun dia mahu mati kerana menyesal hidup sehingga usia 104 tahun.

“Saya kesal kerana hidup sampai umur ini. Saya tidak gembira. Saya mahu mati. Ia bukan menyedihkan tapi apa yang menyedihkan ialah apabila seseorang itu dihalang.

“Jika seseorang itu memilih untuk membunuh diri, maka orang lain tidak patut masuk campur,” katanya.

‘Euthanasia’ sering dilakukan oleh pesakit yang mengalami penyakit yang dikatakan sukar atau tidak mungkin boleh sembuh dengan cara-cara yang sengaja (unnatural means).

Tidak semua negara membenarkan kaedah ini. Dr. Goodall yang dilahirkan di London pada 1914, merupakan pakar botani dan ekologi. Beliau berhijrah ke Australia pada 1948.

Dr. Goodall menyambut hari jadinya yang ke-104 pada awal April lalu dan memutuskan untuk melakukan eutanasia secara sukarela.

Kerajan Australian sebelum ini menolak penggunaan kaedah berkenaan ke atas Dr. Goodall kerana beliau tidak mempunyai sebarang penyakit yang tenat.

Dr. Goodall kemudiannya meminta bantuan Exit International, yang kemudian melancarkan laman web GoFundMe untuk membantu menaikkan status tiket penerbangan Dr. Goodall dari kelas ekonomi ke kelas perniagaan.

Beliau dijadual meninggalkan Perth awal bulan Mei dengan ditemani kawan lamanya, Carol O’Neil. – MYNEWSHUB.CC


Note: Cerita ini tak ada kaitan dengan kekesalan calon tertua di Malaysia dalam PRU-14 ini - TKO

Sumber TKO - 3-5-2018


Perpatah Cina Kata Kalau Kepala Ikan Busuk, Seluruh Ikan Busuk
Posted on Tuesday, May 01 @ 23:24:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39499




NAK BERITAHU BERSALAM BUKAN MAHRAM SALAH
DI SISI ISLAM PUN TAK BOLEH, BAGAIMANA NAK PERJUANG
LAIN-LAIN PERATURAN ISLAM.
MANA SLOGAN RAHMATAN LIL ALAMI??
INI YANG NIK OMAR KATA “ORANG LAIN ADA CARA
LAIN NAK BUAT ISLAM”

XOXO - Ni Bukti Yang Nik Omar Nak Capai Untuk Menghadapi Banjir Besar...


Sumber TKO - 15-5-2018



Gerakan Dalaman Untuk Anak Muda Undi PAS, Walaupun Bersama HARAPAN
Posted on Monday, April 30 @ 18:53:14 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39478



Dulu anak muda ramai bekerja di bilik gerakan BN @ UMNO, di Markaz-markah BN tetapi mereka mengundi PAKATAN RAKYAT (PR). Sekarang trend baru mereka ahli PKR, berkerja dengan PKR dan HARAPAN tapi bila mengundi mereka mengundi PAS.

Mengundi PAS untuk menyelamatkan agama Islam di bumi Malaysia. Walaupun kurang ilmu dan amalan Islam mereka sekurang-kurangnya ada azam untuk selamatkan Islam dan selamatkan bangsa Melayu daripada dijajah secara halus 10 atau 20 tahun akan datang.

Untuk selamatkan Bangsa dan Agama, PAS satu-satu pilihanya. Untuk nak dapat duit boleh bersama HARAPAN kerana HARAPAN dan BN tak ada beza besar.

XOXO - Harapan gerakan ini membantu PAS dalam PRU-14 ini, Insya Allah...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 30-4-2018


Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS)
Posted on Monday, April 30 @ 07:25:39 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39462



Politik Bijaksana.

(Ditulis pada 01.05.2017 - Ulang Tayang)
Selamat Mengundi.

1. Topik ini bukanlah topik yang digemari ramai terutama kaum wanita. Tetapi saya ingin kongsikan dua petikan termahan ayat al Quran dan satu petikan hadis yang saya baca agar menjadi renungan bersama.

Satu hadith bermaksud;

"Kebijaksanaan adalah seperti barang tercicir bagi umat Islam, lalu di mana muslim menjumpai kebijaksaan, maka mereka yang paling layak untuk mengambilnya"

Allah berfirman yang maksudnya :
“Sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul di antara kamu supaya membacakan ayat-ayat Kami, mensucikanmu dan mengajarkanmu al-kitab dan kebijaksanaan (al-hikmah) dan mengajarkanmu apa-apa yang belum kamu ketahui.” (Surah al-Baqarah; 151).

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl; 125)

Hari ini ramai orang membincangkan hal politik. Kemungkinan pilihanraya sudah dekat. Parti-parti politik sudah mula membuat persidangan tahunan. Maka kali ini saya tertarik untuk membicarakan tentang politik. Hanya sekadar fikir2 dari pemikiran saya sendiri yang diadun daripada pembacaan saya.

Ustaz Zaharuddin..

XOXO - Ingat ahli UMNO bukan musuh kita tapi "sasaran" kita untuk mengajak mereka ke jalan yang betul. Musuh kita ialah parti UMNO...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 30-4-2018


Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa
Posted on Sunday, April 29 @ 15:47:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39454



Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Jika tidak kembali pada Allah

XOXO - Dalam setandan kelapa ada yang 'komeng' dalam setandan pisang ada yang kerutu...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 29-4-2018

Tok Mum Bertanding 2 Kali Tanpa Pengurus Calon
Posted on Saturday, April 28 @ 19:05:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39435




XOXO - Harapan cakap hebat tapi buat kerja bodoh, macam mana nak lawan Najib??...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 28-4-2018


Restu Ibu - Kenapa Perlu Mengecewakan Ibu Kononnya Nak meneruskan Legasi Ayah
Posted on Saturday, April 28 @ 18:38:13 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39434&mode=thread&order=0&thold=0



Setiap perbuatan kita hendaklah mendapat restu ibu kerana keberkatan itu berada pada ibu, apatah lagi bila ayah tiada.. ibu hilang sebahagian kasih sayang... jangan perbuatan kita membelakangi mereka apatah menghilang diri... jangan sekali-kali membuatkan ibu kita sedih dan sangat buruk jika kita menghampakan mereka.. hebat mana ilmu kita, tinggi pengajian kita,  warak mana kita jika ibu menitis air mata kerana kita..

hidup kita tidak ada makna lagi. buruk & hudoh jika ada orang yang mengeruhkan
kehormanian hubungan antara ibu & anak.

XOXO - Jangan jadi anak derhaka...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 28-4-2018



Doa Ustaz Fadhir Harap Mahathir Panjang Umur
Posted on Saturday, April 28 @ 07:08:34 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39431



Pada tahun 2000, Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS, pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri. Apakah kini doa Al-Marhum mantan Dato' Presiden PAS itu dimakbulkan satu demi satu?

Kebanyakan rungutan dan ketidak puashati yang Mahathir luah kini adalah berpangkal dan berpunca serta asal usulnya datang dari Mahathir sendiri. Saban hari, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran dihebahkan di dada media terutamanya media sosial dan blog untuk dihukumkan oleh masyarakat.

Kini Mahathir seolah-olah sedang dibicarakan oleh rakyat umum. Walaupun Mahathir tetap menjawab namun suara-suara yang dulu pernah dikunci beliau sudah tidak lagi menikus dengannya.

Tidak mungkin mampu Mahathir membela dirinya untuk segala tuduhan dan isu yang dilodehkan oleh mereka yang pernah berada di sekeliling beliau ketika berkuasa selama lebih 22 tahun. Mereka yang dulu mendiam diri kini bangkit berani bersuara.

Dari bersifat penikus sudah menjadi singa garang tidak gentar pada gertakkan serta ugutan nakal. Senarai salah laku Mahathir panjang dan kini bertambah setiap hari .

XOXO - Setiap Hari Mahathir akan rasai apa yang pernah dibuat kepada orang lain.. Ingat tu setiap hari....

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 28-4-2018



Rumah Mahathir Lebih Sederhana Berbanding Rumah Haji Abdul Hadi
Posted on Saturday, April 28 @ 06:59:09 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39430



Terkejut dengan satu poster daripada HARAPAN yang mengatakan Tun Mahathir lebih sederhana daripada Abdul Hadi pasal rumah Mahathir tiangnya bukan simen. Aku tergolek gelak lihat bertapa bongoknya hujkah mereka... tak percaya??

Masih nak gelak



XOXO - Mahathir kan dah suci macam  kisah yang bunuh 100 orang..


Sumber TKO - 28-4-2018



Ustaz Azhar Minta Pilih Islam
Posted on Saturday, April 28 @ 06:41:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39429



“… Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agamamu…” [al-Mâidah/5:3]

Sebagai bukti syukur seorang Muslim atas nikmat ini adalah dengan menjadikan dirinya sebagai seorang Muslim yang ridha Allâh sebagai Rabb-nya, Islam sebagai agamanya, dan Rasûlullâh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai Nabinya. Seorang Muslim harus menerima dan meyakini agama Islam dengan sepenuh hati. Artinya ia dengan penuh kesadaran dan keyakinan menerima apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengamalkan sesuai dengan apa yang diajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Jika seseorang ingin menjadi Muslim sejati, pengikut Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang setia, maka ia harus meyakini Islam sebagai satu-satunya agama yang haq (benar). Ia harus belajar agama Islam dengan sungguh-sungguh dan mengamalkan Islam dengan ikhlas karena Allâh Azza wa Jalla dengan mengikuti contoh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam .

Awasi fitnah jahat parti AMANAH/HARAPAN


Nak fitnah jangan bodoh...

XOXO - Fitnah dah jadi darah daging sedangkan dia tahu fitnah itu memakan amalannya...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 28-4-2018

Sekarang nak undi senang aje pilih antara 3
Posted on Thursday, April 26 @ 07:35:03 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39388



Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya perl pilih 3 iaitu PENCURI DUIT RAKYAT. Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak. Atau pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah. Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi.

XOXO - Islam adalah pilihan terbaik kerana disana ada keredhaan Allah..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber  TKO - 26-4-2018


Awasi DAP di sebalik Logo PKR
Posted on Thursday, April 26 @ 07:00:48 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39386


Dalam situasi PKR, PPBM dan AMANAH masih terkial-kial menempatkan calon, berebut sama sendiri. Malah ada bantahan dan boikot kerana team tersingkir, DAP bukan sahaja telah mengesahkan calon di kawasan kemahuan mereka, malah mereka sudah pun mempunyai senarai bakal-bakal Menteri Kabinet.

DAP juga sudah mendahului parti-parti sekutunya dalam banyak perkara lain kerana memanfaatkan kesempatan daripada pelbagai masalah dalaman parti-parti komponen dalam gabungan yang tidak rasmi tersebut. DAP juga sanggup mengorbankan LOGO RASMI ROKET demi tujuan mengaburi
PENGUNDI MELAYU ISLAM

XOXO - 
Demi kedaulatan Islam, Awasi perancangan musuh Islam...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/


Sumber TKO - 26-4-2018


Penyelama hampir lemas selamatkan wanita terjun Jambatan P Pinang
Posted on Thursday, April 19 @ 06:34:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39238



GEORGE TOWN: Beberapa jam selepas menyelamatkan seorang wanita yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang Ke-2, polis bantuan, Zaidi Salleh menggigil memikirkan bagaimana beliau hampir lemas dalam arus deras Selat Selatan.

Tetapi beliau tidak menyesal kerana perbuatannya menyelamatkan nyawa seorang wanita.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa. Saya penyelam terlatih dan saya melakukannya atas sebab kemanusiaan,” kata Zaidi.

Zaidi, 52, seorang sarjan tentera udara bersara, bekerja untuk pihak konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd, dan sedang bertugas apabila seorang rakan sekerja menghubunginya lebih kurang 11.00 pagi, memberitahu seorang wanita terjun dari jambatan.

Bapa kepada 3 anak itu terus menunggang motosikalnya yang terletak di pejabat pengendali jambatan di Batu Kawan dan memecut ke KM9.9 jambatan itu dan tiba 10 minit selepas wanita itu terjun.

Wanita itu boleh dilihat berpaut pada satu tiang di jambatan itu.

“Saya sangka air tenang dan saya boleh selamatkannya. Saya mengambil kabel penunda daripada kenderaan penyenggaraan lagi satu dan turun ke tiang itu,” katanya kepada FMT.

Beliau kemudian berenang ke arah wanita berusia 28 tahun itu dan kedua-dua mereka berpaut pada tiang selama 20 minit.

Apabila arus semakin deras, Zaidi dapati ianya sukar untuk kedua-dua mereka berpaut pada tiang itu atau kabel penunda itu, jadi mereka berpaut pada sesama sendiri.

Mereka kemudian dibawa arus deras ke tengah-tengah selat. Katanya, beliau hampir lemas pada waktu itu, tetapi kemudian mereka terlihat bekas ikan yang dibuang dan menggunakannya sebagai pelampung.


“Saya beritahu wanita itu untuk berpaut pada bekas itu. Saya sudah semakin lemah pada masa itu. Saya beritahu wanita itu untuk mengingati yang ia petanda dari Allah bahawa kita sentiasa ada sesuatu untuk bergantung dan hidup sangat berharga,” kata Zaidi.

Selepas 20 minit bertarung di laut dan cuba mengapungkan diri, mereka diselamatkan oleh nelayan dari jeti Pulau Aman yang diberitahu oleh pihak berkuasa.

Mereka kemudian dibawa ke jeti berhampiran di mana dia diberi perhatian segera oleh pasukan paramedik bomba dan penyelamat.

Dalam kejadian jam 11.13 pagi itu, wanita terbabit memberhentikan keretanya, Toyota Avanza di KM9.9 jambatan tersebut. Dia dilihat berdiri di belebas lalu terjun ke laut.

Difahamkan, wanita itu mengalami kemurungan akibat masalah keluarga.
Menurut pegawai Bomba Pulau Pinang, wanita itu dalam keadaan stabil dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.


Bagi Zaidi, beliau tidak menganggap dirinya seorang wira dan gembira dapat menyelamatkan nyawa wanita itu.

Sumber TKO - 19-4-2018


Mana nak letak muka puak-puak hentam Abdul Hadi pasal Pil Kuda??
Posted on Tuesday, April 17 @ 18:42:11 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39208



Kredit
Abdullah Othman 


Sumber TKO - 17-4-2018


Janda viral akui tak takut pertaruhkan jantina
Posted on Saturday, April 14 @ 18:28:17 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39124



PETALING JAYA: Meskipun teka-teki majoriti calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hanya akan diketahui 28 April ini, bahang 'raya' kali ini semakin dirasai dengan warna-warninya yang tersendiri.


Bukan sahaja koleksi jenaka menghiburkan menjadi tular di media sosial bahkan ada dalam kalangan penyokong fanatik sesebuah parti begitu ghairah 'bertaruh' untuk melakukan sesuatu perkara yang tak tercapai dek akal.

Terbaharu, seorang wanita berusia 22 tahun kembali mencetuskan kontroversi apabila memuat naik posting berani dan mengejutkan di laman Facebook (FB) miliknya mengenai PRU14.

Siti Amiza Baharuddin, yang pernah dikecam sebelum ini gara-gara aksi lucah menerusi penstriman video secara langsung di halaman media sosial itu mendakwa dia sanggup membuang jantinanya jika parti pilihannya kalah pada pilihan raya 9 Mei nanti.

Sokongan padu terhadap parti itu dibuktikan dengan pertaruhan itu, selain melukis logo parti politik berkenaan menggunakan alat solek diwajahnya.

"Saya sanggup buang jantina kalau BN kalah. Saya yakin BN menang. Jangan mimpi pembangkang dapat ganti tempat BN. Buang jantina jadi laki pun tak pa," tulisnya di laman Facebook Siti Amiza Ratu Rapat.

Bagaimanapun wanita berstatus janda dari Sungai Petani, Kedah itu ketika dihubungi mStar Online berkata, posting tersebut hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

"Memang saya akui saya tulis posting tu tapi saya hanya melawak saja. Lagipun saya amat yakin BN akan menang sebab itu saya berani (buat posting tu)," katanya yang juga penyokong tegar BN.

Susulan posting itu, Siti Amiza turut menerima kecaman hebat daripada netizen sehingga ada yang menghantar mesej berbaur ugutan kepadanya.

"Saya tengok banyak komen negatif mengenai kerajaan, jadi saya tak berapa suka sangat. Saya rasa posting tu tak patut dijadikan isu kerana kita sebagai rakyat Malaysia bebas menyokong mana-mana parti," katanya.

Jelas Siti Amiza, dia juga seperti insan lain yang menggunakan cara tersendiri untuk menyatakan 'keterujaannya' terhadap sesebuah parti.

"Ini cara saya. Depa kutuk kerajaan tak apa pula, tapi bila saya sokong BN marah pula. Tak bestlahkan... bukan saya kutuk parti lain. Saya hanya mahu buktikan saya penyokong kuat BN," katanya.

Ditanya sekiranya taruhan itu menjadi realiti, Siti Amiza berkata, ia mustahil kerana peluang kerajaan untuk kembali memerintah amat tinggi.

"Saya tak takut.. saya memang tak takut sebab amat yakin BN akan menang," katanya yang teruja untuk menunaikan tanggungjawab keluar mengundi pada 9 Mei ini.

Terdahulu, Siti Amiza turut dikecam kerana mengeluarkan kata-kata keterlaluan membabitkan saiz alat sulit lelaki sehingga menyentuh sensitiviti kaum.

Sumber TKO - 14-4-2018


RABU
Posted on Tuesday, April 10 @ 14:54:49 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39061



Sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa tarikh pengundian untuk pilihan raya umum ke-14 ditetapkan pada Rabu, 9 Mei, satu ungkapan baru menjadi tular di media sosial.

Warga maya menjadikan “Rabu” sebagai akronim - “Rakyat Akan Buang Umno”.

XOXO - Khamis...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 10-4-2018



Ayam ‘Tanpa Kepala’ Masih Boleh Hidup
Posted on Friday, March 30 @ 10:44:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38863



BANGKOK: Seekor ayam ‘tanpa kepala’ di Thailand masih hidup selepas seminggu haiwan itu ‘hilang’ anggota penting itu dan lebih menakjubkan, unggas terbabit tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan mati.

Mail Online melaporkan, ayam luar biasa ditemukan di daerah Mueang Ratchaburi di wilayah Ratchaburi di tengah Thailand dan ia kini dipelihara seorang doktor haiwan dengan menyifatkannya sebagai wira sebenar.

Gambar yang tular merakamkan ayam itu dengan hanya pangkal kepala tanpa wajah serta ber­­da­­rah masih bebas bergerak seperti unggas lain.

Haiwan malang itu kini dipelihara doktor haiwan yang dikenali sebagai Supakadee Arun Thong dan dia dilapor memberikan ayam berkenaan makan menerusi lehernya selain memberikannya antibiotik.

Kata doktor wanita itu, ayam itu agak jinak dan masih memberikan tindak balas yang baik.

“Haiwan mempunyai kehidupannya sendiri dan jika ia mahu terus hidup, kami akan memberi­nya makan,” kata Supakadee.

Bagaimanapun pencinta haiwan itu berkata, dia bimbang lidah ayam itu lambat laun akan tercabut kerana organ tersebut terus mengering.

Namun masih tidak jelas ba­gai­mana haiwan itu hilang kepalanya namun menurut penduduk tempatan unggas terbabit mungkin telah diserang haiwan lain.

Supakadee berkata, dia berharap akan ada pihak yang mahu mengambil dan menjaga haiwan itu.

“Siapa yang mahu mengambil dan menjaganya? Ayam itu perlukan penjagaan sepanjang hayat. Saya perlu akui haiwan ini adalah wira sebenar dengan jiwa yang kental,” katanya.

Untuk rekod, ayam yang terus hidup paling lama di dunia dikenali sebagai Mike. Ia bertahan selama 18 bulan setelah kehila­ngan kepalanya di Utah, Amerika Syarikat (AS) antara tahun 1945 hingga 1947.

Sumber TKO - 30-3-2018


Tak Rela Dimasak, Ketam ‘Bertarung’ Guna Pisau (bersama video)
Posted on Sunday, March 25 @ 16:16:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38786



ANTARA makanan laut yang tentunya menjadi kegemaran ramai adalah ketam. Haiwan laut itu sentiasa menjadi santapan peminat makanan laut tidak kira di Malaysia atau di luar negara.

Rasanya yang enak dan lembut membuatkan orang ramai sanggup mengotorkan tangan semata-mata untuk menikmati santapan meliurkan itu.

Namun satu rakaman video menyaksikan seekor ketam memegang sebilah pisau dengan sepitnya tular di media sosial dengan tindakan haiwan itu seolah-olah bertarung dengan seorang lelaki dipercayai tukang masak di sebuah restoran.

Video - https://youtu.be/r7cO0Nl5zBQ

Lapor media luar negara seperti metro.co.uk dan The Sun, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Malaysia, namun jika dihayati tutur percakapan perakan video itu, ia bukanlah bahasa yang biasa didengari di Malaysia.'

Menerusi ruangan komen di YouTube, seorang pengguna mengatakan bahawa bahasa yang dituturkan oleh perakam tersebut merupakan bahasa dialek utara Brazil namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar video berkenaan dirakam.

Video mencuit hati berdurasi 30 saat itu menyaksikan lelaki tersebut juga memegang pisau dan seolah-olah melakonkan adegan aksi lawan pedang bersama ketam berkenaan.

Lebih menarik lagi, ketam yang berada di dalam sinki itu dilihat mengubah kedudukan pisau dari sepit kanannya ke sepit kiri sewaktu ‘pertarungan’ tersebut.

Setelah menunjukkan sifat kepahlawanannya mempertahankan diri, ketam itu kemudiannya melepaskan pisau berkenaan dan mengangkat kedua sepitnya seolah-olah menyerah diri untuk sebelum video itu tamat.

Nasib ketam itu selepas rakaman tersebut ditamatkan masih tidak diketahui sama ada haiwan laut tersebut berjaya menyelamatkan diri atau pun sudah menjadi sajian di atas meja.

Untuk makluman, rakaman video ketam menggunakan pisau sebagai senjata ini bukanlah kali pertama berlaku.'

Sekitar dua tahun lalu, tular satu rakaman video di YouTube seekor ketam mengacukan sebilah pisau kepada seorang lelaki sebelum cuba menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, video berkenaan mendapat kecaman apabila dikatakan pisau tersebut sengaja digamkan kepada sepit ketam bagi menunjukkan seolah-olah mengacah-acah pisau kepada musuhnya.

Perkara sama juga kemungkinan dilakukan ke atas ketam dalam video terbaru ini sebagai hiburan kepada umum namun kebolehan ketam itu menukar pisau ke sepit yang lain ternyata menunjukkan identiti kepahlawanan yang terdapat di dalam dirinya.


Apa-apa pun, video yang tersebar ini nyata menggelikan hati sesiapa yang melihatnya dan sekiranya tiada kemalangan berlaku, anggaplah ia sebagai satu hiburan santai di hujung minggu. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Sumber TKO - 25-3-2018


Apa Nak Jadi… Berhijab Tapi Makan Babi! -- Kalau HARAPAN & PAN Menguasai Kerajaan Perkara macam ini mungkin berluasa pasal hak kebebasan kononnya
Posted on Wednesday, March 14 @ 22:21:13 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38638



AGAMA Islam ini unik kerana mewajibkan penganutnya untuk mengikuti garis panduan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah makanan.

Antara makanan yang menjadi larangan atau haram di sisi Islam adalah daging babi.

Namun, seorang wanita Islam dengan ‘bangga’nya telah merakam videonya menikmati hidangan masakan babi dan memuat naik video berkenaan di media sosial!

Wanita lengkap bertudung dan dipercayai merupakan seorang warga Indonesia itu dilihat menyantap penuh berselera daging babi yang dimasak dengan kicap dan bahan tumisan lain.

“Hello, Assalammualaikum. Saya sedang makan ni, lapar. Saya tumis daging babi. Ini paha babi yang masih muda, jadi dagingnya empuk dan tidak keras.
“Saya masak dengan kicap. Rasanya masam, manis dan pedas. Sedap sangat! Saya makan bersama-sama roti,” katanya pada permulaan video.

Wanita itu dipercayai sedang bekerja di Hong Kong dan terpaksa makan daging babi kerana dalam keadaan ‘darurat’. Dia juga mengatakan bahawa keadaan di negara bukan Islam itu yang memaksa dirinya dan rakan-rakan lain untuk menjamah daging babi sebagai sumber protein harian mereka.

“Sebenarnya, jika sesiapa yang pernah bekerja di Hong Kong, Taiwan dan Singapura berkata dia tidak pernah makan daging babi, dia sebenarnya menipu. Mereka cuma tidak mahu mengaku.

“Mengapa perlu tipu? Mengaku sajalah! Daging babi enak. Malah, daging babi lebih enak (daripada daging lain).

“Kalau daging lembu dan kambing kan perlu diletakkan pelbagai rempah-ratus dan santan, tetapi daging babi tidak.

“Ini saya cuma campurkan halia, kicap masin, garam dan gula. Itu saja! Mudah.
“Perlu diambil kira keadaan kami di sini. Jadi jangan malu kita makan daging babi. Sama saja.

“Malah orang Cina kan umurnya panjang-panjang. Selepas bersalin, kemalangan atau sakit kan diberi makan babi dan dijadikan ubat.

“Daging babi di sini tidak seperti di Indonesia. Di sini penternakannya bersih dan babinya tidak diberi makan sembarangan, jadi ianya organik.

“Jangan diingatkan rupa babi yang buruk tu semasa makan kerana sama sahaja dengan daging lembu dan kambing. Malah, daging lembu dan kambing berbau hamis tetapi daging babi tidak,” katanya sambil melahap daging haram tersebut dengan gelojohnya.

Video itu kini sedang tular di laman sosial Indonesia yang menerima kritikan hebat daripada masyarakat negara yang mempunyai jumlah umat Islam terbesar di dunia itu.
Tak tahu lah apa nak jadi dengan wanita itu. Elok bertudung dan menutup aurat, tapi sebarkan ‘ajaran sesat’! – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 14-3-2018


Kaki Putus Jadi Bantal Pesakit Nahas Jalan Raya
Posted on Monday, March 12 @ 12:07:34 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38593



NEW DELHI - Kaki seorang lelaki yang terputus akibat kemalangan jalan raya dijadikan bantal ketika dia dimasukkan ke wad kecemasan kerana hospital di Jahnsi itu kekurangan bantal.

Susulan itu, pihak kerajaan mengarahkan supaya siasatan dilakukan terhadap kejadian pelik yang berlaku di Hospital Kolej Perubatan Maharani Laxmi Bai Jhansi kelmarin.
Menurut laporan media India, Ghanshyam, 28, yang bekerja sebagai pencuci bas sekolah dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan di Mauranipur.

Hindustan Times melaporkan, pengetua kolej itu, Dr Sadhna Kaushik berkata, jawatankuasa empat ahli ditubuhkan untuk mengenal pasti kakitangan hospital yang bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan.

“Dr Rajeev Sinha (ketua jabatan pembedahan) yang mengetuai jawatankuasa itu akan menyediakan laporan dalam tempoh 48 jam. Tindakan akan diambil berdasarkan keputusan laporan terbabit.

“Saya sudah menemui 30 orang di wad kecemasan terbabit namun, tidak seorang pun mengaku ada melihat siapa melakukannya,” katanya yang menganggap kes itu sebagai khianat.

Kolej perubatan itu juga akan melihat rakaman kamera litar tertutup untuk mengesan kakitangan yang bertanggungjawab melakukan tindakan yang disifatkan sebagai memalukan.

Menurut akhbar Times of India, Sadhna berkata, ahli keluarga mangsa termasuk abang dan ibunya menemani ke hospital tersebut sambil membawa kakinya yang terputus itu.

Namun menurutnya, seorang daripada mereka tidak menyerahkan kaki itu kepada doktor atau kakitangan lain selepas selesai urusan formaliti undang-undang.

Keluarga itu membawa sebiji bantal yang digunakan pihak hospital untuk melapik paha mangsa yang berada di atas pengusung.

Ibu mangsa, Devki memberitahu pihak berkuasa, doktor meletakkan kaki yang terputus itu untuk mengalas kepala memandangkan mereka tidak cukup bantal.

Ketua perubatan, Harish Chandra Arya berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas sebaik selesai siasatan. – Agensi/myMetro Online

Sumber TKO - 12-3-2018


Babi pun pergi Masjid...
Posted on Wednesday, March 07 @ 15:24:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38532



KECOH... Jemaah Masjid Sungai Plong, di Sungai Buloh, Selangor gempar apabila dikejar seekor babi hutan yang sakit dipercayai dari hutan berhampiran pada malam Selasa.

Ia bukan sahaja mencetuskan keadaan kecoh dalam kalangan penduduk setempat, bahkan umat Islam di seluruh negara apabila berita pelik ini kemudian tular secara luas menerusi media sosial sejak malam tadi.

Suasana panik bermula apabila haiwan liar yang tercedera di leher itu dipercayai tersesat masuk ke pekarangan kawasan masjid berkenaan sebelum mengejar jemaah yang berada di luar rumah ibadat tersebut.

Haiwan najis mughallazah itu kemudiannya bertindak ganas dengan masuk ke dalam dewan solat sebelum menyondol salah seorang jemaah ketika waktu solat ba’diyah Maghrib sehingga menyebabkannya tercedera.

Imam Satu Masjid Sungai Plong, Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin berkata, ketika kejadian ada dalam kalangan jemaah berusaha menyelamatkan diri dan ada berusaha halau ia keluar dari dewan solat.

“Ia akhirnya berjaya ditembak seorang jemaah yang kebetulan memiliki senapang patah. Pihak polis turut dihubungi bagi bantu menenangkan keadaan,” katanya menerusi status di akaun Facebook masjid itu semalam.

Dalam pada itu, Ungku Ahmad Hazwan memberitahu bahawa kejadian aneh tersebut bagaimanapun telah menjejaskan kira-kira tiga perempat bahagian dalam masjid dan sekitar kawasan beranda.

“Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah hubungi Jabatan Mufti Selangor bagi bantu menyelesaikan masalah ini. Wakil mereka akan hadir bagi membuat penilaian berkaitan masalah sertu dan karpet masjid.

“Ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas. Saya memohon kepada semua terutama ahli kariah agar dapat berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin,” ujarnya.

Berikut kenyataan penuh Ungku Ahmad Hazwan:

SAYA mewakili Tuan Nazir dan Pegawai Masjid Jamek Sungai Plong mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bantu pihak masjid ketika berlaku musibah di masjid ini.

Pada hari ini, 6 Mac 2018, Selasa, ketika jamaah masjid sedang melakukan solat sunat Ba’diah maghrib, masjid kami telah ‘dikunjungi’ oleh seekor babi hutan jantan yang tersesat masuk ke dalam kawasan pagar masjid.

Ia mengejar jamaah dan kanak-kanak di luar dan seterusnya masuk ke dalam dewan solat dalam keadaan cedera di lehernya… Terdapat seorang jamaah yang cedera akibat disondol oleh binatang tersebut.

Ramai jamaah berusaha menyelamatkan diri dan ada di antara jamaah yang berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat..

Setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, binatang tersebut menumbangkan 2 buah motosikal. Akhirnya binatang tersebut berjaya ditembak oleh Cikgu Mustafa, jamaah masjid yang mempunyai senapang patah.





Pihak Balai Polis Sungai Plong juga dihubungi bagi membantu menenangkan keadaan. Lebih kurang 3/4 bahagian di dalam dan beranda masjid terjejas akibat masalah ini.
Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) bagi membantu menyelesaikan masalah ini.

Pihak JMNS akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah Sertu dan karpet masjid. Pada ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas..

Saya memohon kepada semua terutamanya ahli kariah MJSP agar dapat bersama-sama berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin..

Sesungguhnya musibah yang berlaku pada hari ini besar hikmahnya..

Sekian.

Hj Ungku Ahmad Hazwan Bin Ungku Kamarudin,
Imam 1
– MYNEWSHUB.CC

Sumber HD - 7-3-2018


Pakcik Tu Tak Raba, Saya Tak Dibayar! Itu Fitnah
Posted on Monday, March 05 @ 05:59:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38505



PETALING JAYA: Video seorang lelaki warga emas yang didakwa meraba paha seorang penumpang wanita di dalam transit aliran ringan (LRT) tular di media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan kemarahan netizen. 


Lelaki itu yang kononnya meraba paha seorang wanita yang duduk di sebelahnya dan sedang tidur, dirakamkan seorang penumpang lain yang duduk bertentangan.

Pelbagai kecaman dan hinaan ditujukan netizen kepada warga emas itu, termasuklah yang mengaitkannya dengan isu perkauman.

Namun seorang pemuda yang mendakwa dirinya turut berada di tempat kejadian tampil menafikan lelaki warga emas itu meraba wanita tersebut.


Seorang lelaki warga emas didakwa meraba paha seorang penumpang wanita.

Karl Jeffrey Ramesh, 24, berkata, ketika kejadian dia menaiki LRT dalam perjalanan dari KL Sentral ke USJ, Subang Jaya, baru-baru ini.

Dia menjelaskan berada di dalam gerabak yang sama ketika kejadian tetapi berdiri di ruang hadapan pintu, bersebelahan dengan tempat duduk perakam dan warga emas itu.
“Saya nampak dengan mata saya sendiri, pakcik tu tak meraba tapi dia hanya menarik kain jubahnya yang tertindih di bawah paha perempuan itu.

“Pakcik tu tarik secara perlahan-lahan sebab tak mahu kejutkan perempuan tu yang tengah tidur. Netizen kena tengok video tu betul-betul, jangan buat tuduhan sehingga memfitnah,” katanya kepada mStar Online.


Dakwaan yang mencetuskan kemarahan netizen.

Ramesh yang berasal dari Klang berkata, dia tampil membuat penafian kerana berang dengan kecaman netizen terhadap warga emas berkenaan, yang masih berterusan sehingga kini.

Menyifatkan lelaki tersebut sebagai ‘mangsa’, Ramesh meminta supaya netizen menghentikan fitnah dan tidak lagi menyebarkan video tersebut.

“Anda tidak berada di tempat kejadian dan anda tidak tahu hal sebenar, jangan fitnah dan tuduh macam-macam sehingga menyentuh isu perkauman.

“Bayangkan ahli keluarga atau saudara anda berada dalam situasi pakcik tu yang tak bersalah, apa yang anda rasa kalau video tu tular? Mesti sakit hati kan,” katanya.


Ramesh merupakan saksi kejadian.

Ramesh turut menafikan dakwaan dia dibayar untuk memberi sokongan kepada lelaki tersebut sambil menegaskan dirinya sebagai saksi kejadian.

“Saya hanya memperjuangkan nasib pakcik tu yang lemah dan ketika ini tidak bersuara untuk mempertahankan dirinya,” katanya.

Ramesh turut mempersoalkan tindakan perakam itu yang hanya merakam dan memuat naik video tersebut di laman sosial sehingga tular.

“Kenapa si perakam tidak tegur pakcik tu kalau betul dia meraba? Kenapa dibiarkan saja? Rakaman dibuat untuk dijadikan bukti dan buat laporan kejadian kepada pihak berkuasa, bukannya terus memalukan orang.

“Saya minta si perakam supaya tampil membuat kenyataan dan permohonan maaf di atas tuduhan tersebut,” katanya dengan nada kesal.

Sumber TKO - 5-3-2018


Gambar Naib Presiden PKR Potong Rumput Jadi Tular
Posted on Saturday, March 03 @ 23:31:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38491



AIDCNews -02/03/18 –Sekeping gambar yang menunjukkan Naib Presiden Presiden Shamsul Iskandar Md. Akin sedang memotong rumput di kawasan perkuburan menjadi tular di media sosial.


















Sumber TKO - 3-3-2018


Viral Video Goyang Gerudi Di Majlis Anjuran PPBM
Posted on Friday, February 23 @ 10:56:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38375



KUALA LUMPUR – Satu rakaman video aksi goyang gerudi seorang wanita yang dipercayai dirakamkan di sebuah majlis anjuran sebuah parti politik di Masai, Johor, kini menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Memetik status di laman blog THE DEVOURED SAVIOUR, aksi tersebut dikatakan berlaku di Masai, Johor sempena majlis hiburan karaoke anjuran PPBM cawangan Masai Utama.
“Semalam (18 Februari 2018), antara jam 2:30 petang sehingga 10:00 malam, bertempat di bawah Blok B, Jalan Masai Utama 2, Taman Masai Utama 2, Masai, Johor, satu program untuk meraikan para penyokong telah diadakan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

“Program Jom Karaoke Suka-Suka telah dihadiri seramai lebih kurang 40 orang pemimpin dan ahli-ahli PPBM Bahagian Pasir Gudang serta penduduk setempat,” kata penulis blog itu.

Antara yang hadir pada majlis itu termasuklah Zamrin Hamzah yang merupakan Setiausaha PPBM Bahagian Pasir Gudang merangkap Ketua PPBM Cawangan Seri Alam dan Norzri Mokhtar yang merupakan Setiausaha Kerja PPBM Bahagian Pasir Gudang.

Menurut blog itu lagi, program tersebut bertujuan merapatkan hubungan parti itu dengan penduduk setempat.

“Difahamkan, program tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan antara PPBM dengan penduduk setempat, sekaligus dapat meraih sokongan dan memberi peluang kepada PPBM untuk berkomunikasi secara terus dengan penduduk setempat,” jelasnya lagi.

Sementara itu, laman facebook TV14 secara sinis menyifatkan acara goyang gerudi itu mungkin akan diraikan di Johor jika PPBM dan pakatan berjaya menguasai negeri berkenaan.

“Goyang Gerudi Anjuran PPBM di Masai, Johor… Kalau mereka menang nanti tak mustahil ada perayaan goyang gerudi seluruh Johor nih… Apa khabar penyokong #PPBM?,” tertera status sinis tersebut.

Netizen turut memberikan pelbagai reaksi pro kontra berhubung video berkenaan.
“Comel betul bendera kat tiang tu.. bendera ape ye.. hahaha,” komen Ahmad Mustaqim Ibon merujuk kepada bendera PPBM yang terpampang di sekitar majlis tersebut. – SuaraTV

Video : https://www.facebook.com/tv14.my/videos/1302473016520836/

Sumber TKO - 23-2-2018


Lawak Mahathir, Anak Kaya Tapi Selamba Minta Derma!
Posted on Saturday, February 17 @ 08:05:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38274



KELAKAR... Musykil apakah agenda sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila rakaman video beliau muncul merayu derma orang ramai konon untuk perjuangan parti kecilnya iaitu PPBM?

Walhal semua maklum taraf kekayaan luar biasa anak-anaknya yang tidak dapat disorok sehingga menjadi bahan politik ramai pemimpin pembangkang sendiri suatu ketika sebelum Mahathir menyertai blok pakatan antikerajaan.

Adakah Mahathir yang berusia 92 tahun itu sengaja cuba alih perhatian rakyat sekali gus cuba sorok hakikat anak-anaknya hidup dalam keadaan yang serba mewah sejak beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun dahulu.

Justeru, Pengerusi Gabungan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar menyifatkan langkah Pengerusi PPBM itu sebagai propaganda murahan demi menumbangkan kerajaan pusat Barisan Nasional (BN).

“Tindakan mutakhir Mahathir ini dilihat sebagai satu usaha menarik simpati rakyat Malaysia untuk undi PPBM. Namun rakyat bijak membaca taktik ini dan tidak sesekali terpedaya dengan permainan politik murahan sebegini.

“Harus diingat penggunaan jet persendirian oleh Mahathir turut dilihat bahawa PPBM sebenarnya tidak pun susah sangat sehingga terdesak memerlukan bantuan kewangan daripada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Zulkarnain juga berkata, umum turut mengetahui melalui terbitan majalah kewangan antarabangsa ternama Forbes bagi keluaran 2017 melaporkan anak Mahathir, Mokhzani merupakan tujuh individu Melayu terkaya di Malaysia.


“Mokhzani duduki tempat ke-34 terkaya bagi seluruh rakyat Malaysia dengan nilai harta AS$420 juta atau RM1.7 bilion. Ini tidak termasuk Mirzan yang juga bekas ahli lembaga pengarah kilang arak terbesar San Miguel di Filipina.

“Persoalan yang timbul sekarang sehingga menjadi perdebatan umum bagaimana anak-anak Mahathir boleh kaya sebegini,” dedahnya yang turut hairan dengan propaganda pembangkang selama ini konon Malaysia sudah muflis.

Zulkarnain mengulas rakaman video Mahathir yang berdurasi dua minit 45 saat dimuat naik menerusi laman sosial Youtube merayu orang ramai memberikan sumbangan kepada PPBM konon bagi menjatuhkan kerajaan kleptokrasi.

Selain Mahathir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut terpampang dengan imej muka sedih sambil merayu kepada masyarakat Malaysia dalam rakaman video berkenaan.

Bagaimanapun Zulkarnain menggesa Mahathir agar lebih baik sahaja menghulurkan bantuan kewangan itu kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan pelajar miskin dengan menggunakan sumber kekayaan anak-anaknya sendiri.

“Beliau tidak sepatutnya membuat retorik politik konon meminta sumbangan derma untuk membantu PPBM bagi menumbangkan kerajaan BN sedia ada, sedangkan anak-anaknya mempunyai kekayaan luar biasa,” katanya lagi.

Untuk rekod, kroni Mahathir pernah anjur majlis hari kelahiran beliau dengan gaya mewah ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula sekadar bacaan doa selamat dengan pelajar tahfiz. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 17-2-2018



Wanita Masuk Mesin X-Ray Takut Beg Hilang
Posted on Thursday, February 15 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38260



CHINA - Seorang wanita bertindak masuk ke dalam mesin pengimbas X-ray di sebuah stesen kereta api di China kerana bimbang beg tangan miliknya hilang ketika melalui pemeriksaan keselamatan berkenaan.

Petugas keselamatan di stesen kereta api di Dongguan, selatan China terkejut apabila melihat imej wanita berkenaan pada skrin mesin pengimbas X-ray itu.

Menurut laporan Pear Video, kejadian luar biasa itu berlaku pada Ahad lalu ketika jutaan penduduk China pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina yang disambut esok.

Media di China turut menyiarkan imej X-ray yang menunjukkan wanita itu yang masih memakai kasut tumit tinggi berlutut ketika masuk ke dalam mesin pengimbas berkenaan bersama barangan miliknya.

Satu rakaman video turut menunjukkan wanita itu keluar dari mesin pengimbasan dan seorang petugas kelihatan terkejut dan ketawa melihat gelagatnya.

Wanita itu kemudian memeriksa beg tangan dan bagasinya seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelum meninggalkan pusat pemeriksaan berkenaan.

Penumpang wanita itu dilaporkan bertegas untuk masuk ke dalam mesin pengimbas X-ray berkenaan kerana bimbang beg tangan miliknya dicuri atau hilang.

Cuti Tahun Baru Cina bermula pada 1 Februari lalu di China dan dianggap penghijrahan tahunan manusia terbesar di dunia.

Di China saja, kira-kira 390 juta penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan kereta api dalam tempoh 40 hari.

China Central Television Station melaporkan, sejumlah 2.98 bilion perjalanan pula dilakukan oleh 1.4 bilion penduduk China menggunakan kereta api, bas dan pesawat sepanjang tempoh perayaan itu. – Agensi/myMetro Online

Video - https://youtu.be/LckBeju8_KE

Sumber TKO - 15-2-2018


Dron Selamatkan Budak Dari Dibaham Jerung
Posted on Wednesday, February 14 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38226



SETIAP kali bermandi-manda di laut, perkara yang paling terakhir yang dimahukan oleh orang ramai tentunya adalah kehadiran ikan jerung!

Kebanyakan perenang profesional serta pelayar sedia maklum tentang ancaman yang dibawa jerung menjadikan mereka sentiasa berhati-hati ketika berada di lautan.

Sebelum ini, sudah terlalu banyak kisah serta video yang menunjukkan manusia dibaham jerung ketika berenang atau bersantai di tengah lautan.

Satu rakaman tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berenang di perairan tenang di Bahamas sebelum dikelilingi sekumpulan jerung tersebar.

Video berdurasi 32 saat itu dirakamkan menggunakan sebuah dron, menyaksikan kanak-kanak lelaki itu berlari ke dalam permukaan air cetek pantai tersebut untuk berenang.

Sejurus masuk ke dalam air, empat ekor ikan jerung mula menghampiri kanak-kanak tersebut dan seekor daripada jerung tersebut hanya berada beberapa meter sahaja daripadanya.

Kanak-kanak tersebut, yang tidak menyedari akan perkara itu, dilihat berlari naik ke pantai, selepas operator dron tersebut, Artem Tkachenko menjerit dan mengarahkannya untuk keluar daripada air itu.

Tkachenko, yang sedang melancarkan dron miliknya bagi mendapat pemandangan menakjubkan kawasan laut Bahamas daripada udara nyata terkejut apabila merakam sekumpulan jerung mendekati kanak-kanak tersebut.

“Mujurlah dia mendengar jeritan saya,’’ kata Artem.

Jerung-jerung tersebut tidak dapat dilihat kanak-kanak itu dari pantai oleh kerana mereka berada dekat dengan dasar laut.

Kejadian mengerikan jerung membaham manusia bukanlah pertama kali berlaku apabila baru-baru ini seorang wanita telah diserang jerung ketika sedang terapung selepas melakukan aktiviti menyelam.

Kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana kebetulan Tkachenko sedang melancarkan dronnya di kawasan sama.

Jikalau operator dron tersebut itu tidak berada di situ, kanak-kanak itu pasti menjadi ‘santapan’ sekumpulan jerung tersebut.

Saksikan video rakaman dron tersebut yang dikongsi Tkachenko sendiri di Youtube. MYNEWSHUB.CC/EZ

Sumber TKO -14-2-2018




Bukan Salah Aku....
Posted on Friday, February 02 @ 15:39:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38061



Tun on line siapa yang berkelayakan. Tak payah lah janji janji manis. Tapi sebenar nya untuk menampung kekayaan keluarga.

Nanti Ada yang jadi mangsa seperti Dsai dan kes sauk Almaunah. Rakyat rakyat Malaysia dan faham. Membantah sumbat dalam penjara bila lakukan kesalahan tuduh orang yang paling rapat dgn tun.inilah fakta sebenar.

Kredit
Abd Raahib Kadir


Sumber TKO -2-2-2018


Beza PAS dan DAP dalam isu siasatan SPRM
Posted on Friday, February 02 @ 00:05:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38049



Kredit
Hanisya Abdul Hamid 


Sumber TKO -2-2-2018

UMNO dan HARAPAN sama-sama jual negara
Posted on Thursday, February 01 @ 21:18:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38037



Orang Pakatan Harapan tentu jelas mengenai perkara ni

Kredit
Gahar


Sumber TKO - 1-2-2018


Mahathir tak lupa, tapi Melayu Mat Sabu Lupa
Posted on Thursday, February 01 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38026



Selama 22 tahun Mahathir Kutty mentadbir negara semuanya dah masuk kubur dan pada kali ini didalam PRU yang akan datang, Sekali lagi si anak Kutty ini mahu mencuba untuk mendapatkan kuasa. Kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, apakah anda mahu bagi anak Kutty ini bawa lagi khazanah negara kedalam kubur lagi bersamanya dimasa akan datang.

"BUKA MINDA GUNAKAN AKAL DAN FIKIR2KAN"

DUA-DUA PEROMPAK JADI PILIHLAH PAS



Kredit
Mohd Noor

Sumber TKO - 1-2-2018


Matlamat DAP yang dihadam oleh puak HARAPAN
Posted on Thursday, February 01 @ 07:14:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38022



Memperjuang hak agama sama rata ini bercanggah dengan pelembangan negara tak apa. Dalam masa sama menghalang Islam daripada mengikut peraturan agamanya.

Kredit
Shabri Sharus 


Sumber TKO - 1-2-2018


Kesiannnn Midin ditipu madey
Posted on Thursday, February 01 @ 07:06:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38021



Perjuangan madey utk jadikan Boboi PM. Dlm hal ini penyokong dan macai Bunga diantara penyokong dan macai paling bodoh, bangang dan bahalul itu kata Madey kita jadikan macai kita kuda, anjing, barua utk tujuan kita.


Kesiannnnn ahli Bungaraya

Kredit
Ramli Osman


Sumber TKO - 1-2-2018


So you're an Art Director?
Posted on Monday, January 29 @ 23:03:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37980



So you're an Art Director? Approve this bradah & sistah! Let’s roll! #pembaris

Sementara itu, pereka grafik Nadzrin Zariff dengan nada sarkastik menghuraikan
setiap kesalahan pada logo tersebut dari sisi pandang falsafah reka letak.

Misalnya, beliau menunjukkan beberapa saiz huruf yang tidak konsisten, dan
membangkitkan soal orang utan berkacamata di logo tersebut.


Kredit
Nadzrin Zariff 


Sumber TKO- 29-1-2018