BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, July 26, 2018

PAS DAN HALEHWAL TERENGGANU DARUL IMAN (JILID 14)

 

Rakyat Wajar Memperingati Para Pejuang Kemerdekaan


Oleh : Nor Hailmey
KUALA NERUS – Rakyat sewajarnya mengetahui dan memperingati para pejuang kemerdekaan yang telah berkorban segala-galanya demi negara.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata, jasa besar mereka itu akan terus dikenang sepanjang zaman.
“Marilah kita hayati makna kemerdekaan yang sebenarnya,
“Sepatutnya kita bukan sekadar merdeka daripada penjajahan luar, tetapi merdeka dalam pengabdian diri kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Jumaat, 31 Ogos.
Katanya, hari Kebangsaan kali yang ke 61 di sambut dengan meriah.
“Usia kemerdekaan negara kita sudah mencapai usia emas,
“Titik peluh, air mata dan bahkan darah mereka demi sebuah negara yang merdeka dan bebas daripada penjajahan itu sangat kita hargai,” ujarnya.
Justeru itu, beliau menyeru agar seluruh rakyat bersama-sama bersatu padu membangunkan negera berpandukan syariat Allah SWT.
“Kita payungi kehidupan bernegara ini dengan rahmat dan berkat Allah SWT,
“dan semoga negara serta negeri yang tercinta ini terus maju, berkat dan sejahtera atas anugerah Allah SWT,” tambahnya.
Sumber BO - 1-9-2018

Perutusan Hari Kebangsaan 2018 Yang Ke-61





Alhamdulillah, negara sudah mengecapi kemerdekaan sejak tahun 1957 selama 61 tahun. Pelbagai onak dan duri telah dilalui oleh negara sepanjang tempoh tersebut yang cukup untuk mematangkan pemikiran kita sebagai seorang warganegara yang berdaya saing untuk membangunkan negara dan negeri Terengganu khususnya.
Kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan keberanian para pejuang terdahulu dalam mempertahankan maruah tanah air tercinta daripada penjajah. Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh antara tokoh ulama dari Terengganu yang terpahat dalam lipatan sejarah masih kekal segar di ingatan generasi masa kini kerana sanggup berkorban jiwa dan raga demi kebebasan negara.
Mempertahankan sebuah kemerdekaan menuntut komitmen yang padu dan jitu daripada semua lapisan masyarakat. Kerjasama utuh antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sangat penting dalam memastikan keamanan dan keharmonian pelbagai kaum sentiasa dijaga.
Namun begitu, hakikat kemerdekaan adalah lebih luas. Merdeka bukan sahaja bebas penindasan fizikal tetapi bebas cengkaman mental daripada ideologi peninggalan penjajah. Mentaliti merdeka sepatutnya adalah berasaskan acuan sendiri, bebas daripada anasir luar yang boleh merosakkan. Negara kita kaya dengan adab dan tatasusila. Tambahan pula, Islam merupakan agama rasmi. Unsur-unsur songsang seperti LGBT, pergaulan bebas, hiburan melampau di alaf dunia tanpa sempadan boleh merencatkan pembangunan insan dan negara.
Sambutan Hari Kebangsaan kali ini dengan tema “Sayangi Malaysiaku” menyeru semua rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan etnik agar negara membangun seiring kemajuan global, memangkin pertumbuhan ekonomi dan melahirkan modal insan berintegriti.
Besar harapan saya, rakyat Negeri Terengganu dapat menghayati kebebasan secara menyeluruh, mencorak identiti sendiri, mencipta kemajuan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
‘Sayangi Malaysiaku’
‘Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera’
Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
30 Ogos 2018
Sumber BO - 30-8-2018


Marilah Sayangi Malaysiaku Dengan Meletakkan Islam Sebagai Cara Hidup

Oleh : Cikgu Alias Harun
Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 61 tahun setelah kemerdekaan pertama pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan daripada British setelah British pulang ke negara mereka.
Tetapi kita mengharapkan kita merdeka dari sudut pelbagai aspek bukan saja dari segi pemikiran, malah kita mengharapkan kita dapat berada dalam keadaan merdeka terutama sekali bagi orang-orang Melayu, merdeka dari segi pemikiran, falsafah dan agama, Islam itu sendiri.
Dan kita mengharapkan dengan kemenangan PAS Negeri Terengganu ini, suatu perubahan dari segi pemerintahan akan menjelma kerana negeri Terengganu di bawah kepimpinan PAS, meletakkan Islam sebagai agama.
Dan kita mengharapkan dengan agama kita meletakkan perlembagaan Al-Quran, sunnah, ijmak dan qias ini merupakan cara hidup yang akan kita teruskan untuk memerintah negeri Terengganu ini.
Dan tema bagi kemerdekaan tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku’. Kita mengharapkan kita betul-betul sayang Malaysia supaya Malaysia ini tidak lagi dijajah dan kita mengharapkan kita tidak lagi terbelenggu dengan peninggalan-peninggalan ideologi daripada British ini.
Kemenangan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi negeri Terengganu ini akan menampakkan suatu cara hidup dan dalam semua bidang, meletakkan Islam sebagai perjuangan kita.


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Alias%20Harun.jpg
YB Cikgu Alias Harun

Kita juga mengharapkan dengan pemerintahan mengikut Islam, sebagai penduduk negeri Terengganu ini kita akan mendapat redha Allah. Moga-moga apa saja yang kita laksanakan samada dari segi sosial, ekonomi, pentadbiran dan juga perkara-perkara yang lain, kita harap kita sentiasa dibimbingi oleh Allah.
Jadi marilah kita sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 ini dan
‘Sayangi Malaysiaku’ dengan meletakkan Islam sebagai cara hidup .
*** YB. Cikgu Alias Harun ialah Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang
Sumber BO - 30-8-018



3, 903 Serta Raptai Perbarisan Hari Kebangsaan






KUALA TER5ENGGANU – Seramai 3,903 orang peserta telah menyertai raptai perbarisan sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-60, diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pagi ini.
Jumlah itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan , Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Haji Alias Bin Razak, melibatkan jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat korporat, kumpulan pengajian, kumpulan pancaragam dan badan-badan non-govermant organization (NGO).
Katanya, perbarisan sebenar pada 31 Ogos lusa, dijangka bermula pada pukul 7 sehingga 11.30 pagi dan bermula dari Stadium bersejarah itu dan berakhir di Taman Awam Batu Burok.
Katanya, ia adalah salah satu daripada penyertaan atau anjuran oleh kerajaan Terengganu bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2018.
“Dan yang menarik, majlis penyampaian hadiahnya akan disempurnakan oleh duli yang teramat mulia yang dipertuan muda Terengganu,
“Penglibatan yang melibatkan 84 pasukan kontigen dalam kategori bertanding manakala 18 kotigen yang tidak bertanding,
“Dan juga akan ada empat kategori kenderaan yang akan menyertai perarakan tersebut,”ujarnya .
Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hari Kebangsaan pada tahun ini berkata , sebanyak tujuh kategori akan dipertandingkan dalam acara perbarisan.
“antaranya ialah Jabatan kerajaan tidak beruniform , badan berkanun tidak beruniform , jabatan kerajaan, badan berkanun, IPT, swasta beruniform , swasta ‘Government Linked Companies (GLG), pancaragam sekolah, pasukan sekolah menengah beruniform dan pasukan sekolah menengah tidak beruniform,
“Kerajaan telah menyediakan hadiah wang tunai yang berjumlah RM68,500 bagi jumlah keseluruhannya,” jelas beliau.
Sumber BO - 29-8-2018




Kemerdekaan Ialah Suatu Nikmat


KUALA NERUS – Satu nikmat yang Allah kurniakan kepada rakyat Malaysia setiap tahun ialah dapat melaungkan perkataan ‘merdeka’ yang membawa makna bebas.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia membawa makna, bebas dari cengkaman penjajah.
“Pada sudut merdeka yang kita fahami biasa ialah bebas daripada penguasaan penjajah dengan menjadikan negeri ini dipimpin dan diperintah oleh anak jati penduduk setempat,
“kedaulatan dia yang tersendiri…itulah kefahaman kita dgn menjadikan negeri ini dipimpin dan diperintah oleh orang Malaysia sendiri dah kite berdaulat tidak diganggu oleh orang luar…..merdekalah kita , adakah itu makna merdeka yang sebenar,” jelasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu berkata pada program Forum Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018, di Masjid Padang Nenas , Isnin malam 27 Ogos.
Katanya, Inggeris, Belanda dan semua penjajah yang mentadbir tanah air umat Islam memberikn kemerdekaan kerana mereka tidak mampu berhadapan dengan para pejuang kemerdekaan .
“Kerana perjuang-pejuang kemerdekaan sanggup mati…..perjuang kemerdekaan yang dibina diatas ‘sabilillah’ jalan Allah ini……mereka sanggup mati syahid, mereka berjuang sungguh-sungguh dalam sejarah kemerdekaan ini,
“Musuh Islam tidak boleh bertahan ditanah air umat Islam kerana mereka mendapat tentangan dan serangan yang hebat daripada umat Islam,” tegasnya.
Namun, soal beliau, adakah kemerdekaan itu diisi, tepat dengan perspektif Islam atau sebaliknya?
“Tapi bagaiman kita nak mengisi kemerdekaan yang ada ini agar kemerdekaan ini tepat dengan perspektif Islam, bercirikan nilai-nilai Islam,
“kemerdekaan ini tempat sebagaimana yang tertulis dalam perlembagaan, Islam adalah agama rasmi ……dan inilah peranan kita,
“kita ialah kita mengisi kemenangan dan kita mengisi kemerdekaan dan kita mencorakkan kemerdekaan ini dengan kaca mata Islam,” tegasnya.
Justeru kata beliau, cukuplah kita melihat kepada sistem barat yang telah rosak dan gantikan ideologi pemikiran kita mesti menjuruskan pada kehendak Islam.
“tetapi musuh sedar umat Islam akan isi kemerdekaan ini berasaskan Islam mula cemari pemikiran umat Islam dan melihat sistem Islam ini sangat tidak sesuai,” tambah beliau
Sumber BO - 29-8-2018





100 Hari Pemerintahan PAS, Pelbagai Penambahbaikan Dilakukan







Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Setelah mencecah seratus hari negeri Terengganu yang diterajui oleh PAS, pelbagai penambahbaikan dan janji-janji manifesto dilaksankan.
Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional, Cikgu Alias Harun berkata, walaupun Dana Raya yang bukan merupakan tawaran manifesto PAS tetapi diteruskan.
“Sebabnya, ianya memberi manfaat kepada rakyat,” ujar beliau mengulas seratus hari kejayaan kerajaan PAS Terengganu ketika dihubungi pada 20 Ogos.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, sebahagian tawaran manjfesto PRU14 telah dilaksanakan dengan baik.
“Dan yang belum kita laksanakan insyaallah dalam proses untuk kita selesaikan dari sudut teknikalnya “, ujarnya.
Sebagai contoh tambah Cikgu Alias, manifesto yang pertama iaitu tanah yang dipohon semasa 1999 hingga 2004 tetapi telah ditarik balik oleh kerajaan Umno Barisan Nasional yang memerintah tahun 2004.
“Ini merupakan fokus dan sasaran kita….mencari senarai-senarai nama dan bukti-bukti yang mereka telahpun memohon, dan mereka dianaktirikan ketika itu”, ujar beliau.
Manakala, katanya lagi manifesto yang kedua iaitu, mana-mana anak muda yang sudah berumur 21 tahun ke atas dan masih belum memiliki tanah atau tapak rumah.
“Insyaallah kita akan usaha dengan Rancangan Tanah Bersepadu(RTB) yang sekarang ini masih banyak kekosongan, terutama sekali di DUN Rantau Abang”, jelas Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun itu.
Begitu juga tambah Cikgu Alias, Karnival Kahwin Kali Pertama akan kita laksanakan pada November nanti setelah diadakan dengan jayanya pada Jun lalu.
“Dan yang lain-lainnya dalam proses seperti satu DUN, satu sekolah rendah, satu kawasan, satu sekolah menengah, insyaallah kita akan laksanakan”, jelas beliau lagi.
Beliau yang merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang itu melahirkan keyakinan, Terengganu yang ditadbir di bawah kepimpinan Dr. Samsuri Mokhtar yang sentiasa mengutamakan rakyat di dalam membina Terengganu yang maju, diberkati dan sejahtera.
“Insyaallah mereka akan undi, sokongan padu kekal seperti pilihanraya yang ke-14 haritu”, katanya mengakhiri perbualan.
Sumber BO - 21-8-2018






Aidiladha; Konsep Pengorbanan Nabi Ibrahim Wajar Diteladani







KUALA TERENGGANU – Konsep pengorbanan daripada peristiwa disebalik sambutan Aaidiladha wajar diteladani oleh semua rakyat negeri ini.
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan ketaatan anakanda beliau baginda Nabi Ismail perlu sentiasa dihayati.
“Dalam konteks dunia pada hari ini, konsep pengorbanan itu sendiri mencakupi makna yang lebih luas dan mendalam.
“ Ia menuntut sebuah tanggungjawab, terutamanya dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya dalam menyumbang ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara.
“Konsep itu wajar diteladani oleh kita semua umat Islam terutamanya ketika keadaan negeri kita baru sahaja bertukar tampuk pemerintaha,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam Perutusan Sempena Aidiladha pada hari ini, sempena perayaan itu yang akan disambut oleh umat Islam Malaysia esok, 22 Ogos.
Sehubungan itu, beliau berkata, apa yang baik yang dilaukan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan, manakala setiap kelemahan yang ada kita akan perbetulkan.
“Semua ini dilakukan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk kepentingan dan kebaikan rakyat. Oleh itu, cita-cita ini tidak akan terlaksana tanpa pengorbanan daripada kita semua.
“Saya juga berharap agar semua rakyat Terengganu khususnya kepada semua penjawat awam akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi serta sanggup melakukan pengorbanan dengan penuh ikhlas,
“demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri Terengganu yang kita cintai ini agar terus maju, berkat dan sejahtera seiring dengan kemajuan negara dan dunia,” tambah beliau.
Sumber BO - 21-8-2018







Hari Arafah Simbolik Kepada Kesempurnaan Islam







Oleh : Adli Mohamad.
DUNGUN – Hari Arafah merupakan hari yang bermakna kepada umat Islam, menjadi simbolik kepada kesempurnaannya sebagai satu cara hidup.
Ketua Pemuda PAS kawasan Dungun, Ustaz Fadhli Rahmi berkata, ia juga juga dikenali hari sempurnanya agama Islam yang dinyatakan melalui Khutbah Perpisahan dari junjungan mulia Nabi Muhamad SAW.
“Ayat yang menyatakan telah sempurnanya agama islam dari surah Al-maidah merupakan ayat yang terakhir,
“diturunkan pada hari Jumaat dan bertepatan dengan hari Arafah, kerana itu ianya menjadi hari yang istimewa dan agung kepada umat Islam,” Ucapnya.
Beliau berkata pada 20 Ogos Isnin, ketika menyampaikan ceramahnya sempena penghayatan Arafah di Masjid Muhajirin Felda Jerangau.
Menurutnya melalui peristiwa itu maka umat Islam telah menyambut Hari Raya Aidiladha sebagaimana yang difahami merupakan hari raya yang kedua tersebar selepas hari raya Aidilfitri.
“Turunnya ayat ini maka agama islam telah lengkap mencakupi segala perkara,
“agama Islam, agama yang cukup sempurna berbanding agama yang lain yang datangnya dari Zat Allah,” Jelasnya.
Menurutnya ialah telah sempurna bukan hanya sekadar dibicarakan tentang ibadah, malahan mencakupi soal ekonomi, pemerintahan, akidah, dan juga menjadi sistem perlembagaan bagi kehidupan manusia.
“Semuanya telah terkandung didalam Al-Qur’an tugas kita beramal dengannya,
“orang islam wajib menunaikan segala aspek yang disuruh Allah,” tegasnya.
Menurutnya Hari Arafah yang menjadi rukun kesempurnaan ibadah haji merupakan hari untuk memohon keampunan.
“Bagi mereka yang mengerjakan Ibadah Haji sudah tentu akan dapat melakukan amal ibadah yang baik bertepatan hari Arafah,
“namun bagi yang tidak mengerjkan haji disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijah,” jelasnya
Beliau turut menambah, bahawa Hari Arafah juga mempunyai ibrah dari peristiwa Nabi Adam dan Hawa yang diturunkan di padang Arafah kerana telah terpedaya dengan bisikan Iblis.
Kuliah Maghrib penghayatan Arafah itu telah dianjurkan oleh Institutu Modal Insan Sejahtera ( I-MITS) kawasan Dungun bagi menjadikan pengisian kepada Masjid-masjid kerajaan di Sekitar DUN Bukit Besi.
Turut hadir wakil I-Mits Dun Bukit Besi, Penolong Pegawai It , Hanif Safwan Mansor, Ketua Belia I-MITS, DUN, Fikri Ibrahim, Ketua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Cawangan Tangki Air, Mohd Zali Kassim, serta Setiausaha MPKK cawangan 1, Roslan Jusoh.
Sumber BO - 21-8-2018








Pemberian RM300 Lesen Motor Untuk Belia, November Ini



KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan melaksanakan satu lagi manifesto yang ditawarkan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 yang lalu, iaitu Pemberian Lesen Motosikal Percuma RM300 untuk golongan belia di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dengan perlaksanaan tindakan itu kelak, akan menjadikan enam daripada 20 manifesto dilaksanakan kerajaan sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Terengganu .
Beliau berkata, pihaknya telah pun mengadakan mesyuarat bagi tujuan itu dengan pelbagai agensi yang terlibat untuk merealisasikan manifesto yang telah dijanjikan.
“Alhamdulilah dengan perbincangan semua agensi telah pun selesai dan perkara ini telah pun berada di peringkat akhir,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui pihak media di Wisma Darul Iman di sini semalam Ahad, 16 Ogos.
Katanya, beliau berusaha membuktikan kepada rakyat dengan melaksanakan manifesto tersebut yang dijangka, pada akhir tahun ini.
“Menteri Besar Terengganu akan mengumumkan pelaksanaan manifesto untuk lesen motosikal bagi belia dalam pembentangan Bajet 2019 pada November ini,” ujarnya.
Sumber BO - 20-8-2018









Terengganu PAS Youth Lodges Report Over Suhakam’s Statement







KUALA TERENGGANU: Terengganu PAS Youth is the latest to criticise the Human Rights Commission of Malaysia’s (Suhakam) statement over the caning of two women who pleaded guilty to having same-sex relations.
Likening Suhakam’s statement condemning the caning to insulting the Syariah High Court’s decision, state PAS Youth Chief Kamaruzaman Abdullah said the punishment meted out to the women was in accordance with God’s orders and no one had the right to question it.
“God had ‘gazetted’ LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender) practices as unnatural.
“Whoever goes against God’s teachings is lost,” he said after lodging a police report against Suhakam’s statement at the Kuala Terengganu police station on Sunday (Aug 19).
Kamaruzaman also referred to the rule of law enshrined under the Rukun Negara and said that everyone has to accept the court’s decision as final.
He said the state Youth wing was shocked by Suhakam chairman Tan Sri Razali Ismail’s statement, which was issued on Wednesday (Aug15), claiming that he had turned his back on the rule of law.
“We view this very seriously because if such a thing is allowed to carry on, it could be disastrous to the rule of law where anyone can belittle religion and criticise court decisions,” he said.
He advised Razali to be more careful when issuing such statements as it could also affect national harmony.
On Aug 12, the Syariah High Court here sentenced two women each to a RM3,300 fine and to be caned six times after they pleaded guilty to attempting to have sexual relations in a car in Dungun.
The punishment drew the ire of many human rights groups including Suhakam who called the punishment “humiliating” and “demeaning”.
Suhakam also said the punishment was “an attempt to publicly embarrass the women and their families” – thestar.
Sumber BO - 20-8-2018










Sekat LGBT, Elakkan Malapetaka





DUNGUN- Kerajaan Malaysia diseru supaya menyekat golongan ‘Lesbian, Gay, Biseksual,Transgender,(LGBT) daripada terus menyebarluas kefahaman mereka kerana dibimbangi akan mengundang malapetaka.
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun (DMPKD), Hajah Khairiah Mokhti berkata sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan (PH), seolah-olah mengiktiraf mereka dengan memberikan kelonggaran dan menyebabkan pengaruh meningkat.
“Yang membuatkan puak-puak LGBT jadi bertambah berani, bertambah kuat suara, dan secara terbuka( menuntut kononnya hak mereka)”, jelas beliau ketika ditemui selepas menyertai Lawatan Bersama Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli ke Hospital Dungun di sini pada 18 Ogos.
Khairiah turut menegaskan bahawa DMPKD bersama pimpinan PAS Malaysia dan Muslimat PAS Malaysia menegaskan bantahan terhadap LGBT.
“Kerajaan sepatutnya menyedarkan mereka, membawa mereka kepada cara hidup yang betul, bukan terus membiarkan mereka dengan cara hidup yang songsang,” tegasnya.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Kak Teh’, bersama-sama ahli jawatankuasa muslimat melawat pesakit-pesakit yang di tempatkan di wad wanita.
“Kalau haritu kita buat dalam hari raya puasa, hari raya haji pun Ustaz Wan Hassan ambil inisiatif untuk menyantuni, menghargai ataupun untuk kegembiraan mereka walaupun dengan jumlah yang tak berapa banyak”, katanya
Beliau yang amat menghargai dengan kerjasama yang diberikan oleh seluruh pengurusan hospital termasuk jururawat yang bertugas.
“Mudah-mudahan dengan lawatan ini, dapat kita merapatkan silaturrahim antara rakyat, Parlimen Dungun ni dengan Wakil Rakyat”, katanya lagi.
Sumber BO - 20-8-2018











Di sebalik tirai 100 hari Kerajaan PAS T’ganu















ALHAMDULILLAH segala puji dan syukur kepada Allah atas kurniaNya kepada rakyat Terengganu, kemenangan Parti Islam Semalaysia (PAS) mengambil alih tampuk pemerintahan negeri setelah bertungkus lumus selama 14 tahun bagi memenangi kembali hati rakyat Terengganu selepas kekalahan pada tahun 2004. Apapun, tiada gunanya kemenangan jika ianya gagal diisi dengan pengisian yang selari dengan kehendak Allah. Ianya juga menandakan bahawa rakyat Terengganu semakin cerdik berpolitik, sememangnya menginginkan manifesto-manifesto yang dijanjikan, dipenuhi, walau siapa dan dari parti manapun mereka.

Saya cuba memberikan gambaran ringkas kerja-kerja oleh saf kepimpinan Kerajaan Terengganu yang diketuai oleh YAB Menteri Besar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Selain itu ada juga cerita belakang tabir yang tidak diketahui rakyat yang saya akan sampaikan demi memberikan gambaran sebenar kepada rakyat tentang apa yang telah, sedang dan akan dilaksanakan demi rakyat Terengganu. Harus diingat, manifesto PAS Terengganu tidak pernah menyebut secara khusus dalam tempoh berapa lamakah ia akan dilaksanakan. Tetapi pastinya sebelum penggal ke-14 ini berakhir. Pastinya janji manifesto ini sangat realistik. Juga sebagai maklumat tambahan, akan ada beberapa portfolio yang akan duduk bersama bagi kelancaran perlaksanaan manifesto-manifesto itu. Jadi ia akan dilihat bertindih tetapi mempunyai fungsi yang berbeza. Dan apa yang mesti disematkan dalam minda semua ialah Kerajaan PAS Terengganu mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) iaitu mendahului kepentingan rakyat yang akan mengekalkan dan menambah baik apa-apa yang baik tinggal kerajaan terdahulu dan mengenepikan apa-apa yang tidak baik.

Saya mulakan dengan YAB Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mohkhtar yang memegang portfolio Perancang, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli. Manifesto yang dijanjikan iaitu mengembalikan semula tanah-tanah rakyat yang telah dirampas kerajaan terdahulu ketika peralihan kuasa tahun 2004, telah dilaksanakan dan diberi pujian kawan dan lawan. Beliau juga memberikan kelonggaran bagi pemilik tanah melewatkan bayaran cukai sehingga Oktober ini. Permohonan bagi mendapatkan tapak rumah juga telah dibuka bagi yang layak. Bonus Raya yang ditunggu-tunggu dengan penuh debar oleh kakitangan kerajaan tempohari kerana bimbang Kerajaan Negeri keputusan wang kerana ianya hampir habis digunakan oleh pentadbiran terdahulu, akhirnya diterima sebelum Aidilfitri. Isu royalti yang menjadi duri dalam daging kepada pentadbiran Kerajaan Negeri sejak dua dekad lalu juga hampir diselesaikan, selepas pertemuan dengan Perdana Menteri. Usaha bagi menjadi negeri pengeluar silika juga giat dilaksanakan sekaligus bakal membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

YB Ustaz Satiful Bahari Mamat, memegang amanah sebagai Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi. Antara janji-janji PAS dalam bidang pendidikan ialah mahu menyediakan sebuah sekolah rendah Islam di setiap Dun dan sebuah sekolah menengah Islam bagi setiap parlimen. Memandangkan sistem pendidikan memerlukan sedikit masa jika mahu dibina infrastruktur yang baharu, maka beliau memutuskan untuk menggunakan prasarana-prasarana yang telah sedia ada bagi menjimatkan kos permulaan. Tempat-tempat seperti Taman Ilmu yang terbengkalai itu juga telah dilawati beliau bagi melihat sejauh mana kebolehgunaan bangunan itu. Pelan tindakan sudah ada, insyaAllah pada tahun 2019 ini, sekolah pertama akan dirasmikan. Manakala dalam hal berkaitan dengan dakwah, beliau menumpukan kepada kefahaman rakyat kepada perlaksanaan syariah. Pastinya usaha kefahaman ini tiada penghujungnya.

Mengetuai Portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak telah melaksanakan manifesto mengecualikan cukai pintu kediaman. Dan untuk menunaikan manifesto itu, Kerajaan Negeri akan membayar jutaan ringgit kepada Majlis Bandaraya dan Majlis-Majlis Daerah yang lain. Hospital baharu turut menjadi perkara penting yang sedang diberi penekanan. Tiga buah hospital iaitu Unisza, Dungun dan juga Kemaman, dijangka akan memberikan lebih keselesaan kepada pesakit, sedang diusahakan agar segera direalisasikan setelah bertahun-tahun dijanjikan pemerintah terdahulu.

Berkaitan dengan kemasukan ke wad-3 secara percuma, insyaAllah ianya hanya menanti detik untuk penguatkuasaannya sahaja, sebaik selesai beberapa isu lagi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan anggaran belanja oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM5 juta setahun. Bagi membina kira-kira 1000 buah pertama rumah mampu milik, perancangannya dengan empat projek pertama akan dimulakan hujung tahun ini. Sasaran keseluruhan ialah 20 ribu buah sehingga tamat penggal ini. Bukan itu sahaja, 234 orang pembeli yang menghadapi masalah perumahan terbengkalai di Padang Setengga, Kuala Berang, melewati 10 tahun turut ditinjau dan beliau akan menyelesaikan mengikut lunas-lunas perundangan.

Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri pula telah memulakan usaha-usaha bagi membina insan sebagai satu aset penting negeri. Pengerusinya YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam langkah awalnya telah menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi memenuhi manifesto portfolio beliau bagi membina pusat pemulihan dadah secara holistik dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Beliau juga memperkenalkan Program Madinah Ramadhan yang mensasarkan bukan sahaja ibadat tetapi juga membantu memajukan perniagaan rakyat yang berdekatan dengan tempat program. Taman Tamadun Islam (TTI) bakal menjadi Akademi Dakwah di negeri ini dan pertemuan dengan wakil TTI sudahpun berlaku. Manakala bagi memastikan agar masjid-masjid tidak lagi ada masalah ketiadaan pengajar, beliau sudah berbincang dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi penyelesaian terbaik.

InsyaAllah akhir Ogos ini, pertemuan dengan golongan mak nyah yang ingin keluar daripada dunia gelap mereka akan berlangsung kali kedua. Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) diperkemaskan menggantikan Unit Komunikasi (UKOM) dan sedang rancak menjalankan kerja-kerja menerang pencapaian dan rancangan-rancangan baharu Kerajaan Negeri. Satu lagi nadi portfolio beliau, Institut Modal Insan Sejahtera (i-MITS) ditugaskan bagi memantapkan penyebaran dakwah dan penerangan sehingga ke peringkat paling bawah. Stesen Radio Manis F.M yang berada di bawah portfolio beliau juga akan diberikan kekuatan baharu, bukan sahaja akan dimanafaatkan oleh Terengganu, tetapi juga Kelantan insyaAllah.

Seorang Exco yang erring turun padang bersama pegawai jabatan dan agensi yang berada dibawah portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim. Tujuan beliau membawa wakil-wakil itu adalah bagi memberikan ruang seluasnya kepada rakyat agar dapat berinteraksi secara langsung, berbincang tentang peluang atau halangan yang ada dalam agenda untuk memajukan sector pertanian Negeri Terengganu, sekaligus meruntuhkan halangan birokrasi antara rakyat, pegawai dan pimpinan Kerajaan negeri. Petani-petani kampung pastinya tidak mudah melangkahkan kaki mereka ke pejabat Exco atau Jabatan Pertanian. Setakat ini sudah lima Dun dijelajah beliau bersama pasukannya iaitu Jabi, Batu Burok, Kerteh, Pengkalan Berangan dan Bukit Payong bagi memberi penerangan tentang peluang dan bantuan daripada kerajaan kepada rakyat terutama muda-mudi dengan semuanya mendapat sambutan yang hangat.

Dalam masa yang sama, beliau juga telah menjelajah ke seluruh negeri bagi mengenal pasti punca-punca kegagalan projek-projek pertanian terdahulu supaya tindakan pemulihan dapat diambil. Pengarah Jabatan berkaitan diarahkan menyediakan kertas putih pelan bagi pemulihan projek-projek gagal dengan segera. Masalah lain seperti kemudahan infrastruktur di pelabuhan dan kompleks perikanan, turut diintai beliau. Beliau juga meluluskan kos menaikkan bot karam nelayan di Pulau Duyung. Semua rancangan dan tindakan sedang berjalan, bukan sekadar sembang. Perkataan pertanian tiada ditulis secara khusus dalam Manifesto PRU 14 PAS Terengganu, tetapi seperti pemberian air percuma kepada golongan miskin, 20 ribu peluang pekerjaan dalam masa empat tahun dan mengembalikan semula tanah-tanah yang dirampas dan pemberian tanah-tanah baharu, mesti melibatkan portfolio beliau sebagai pelengkapnya.

Tokoh berpengalaman dalam urusan pentadbiran negeri, YB Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar pula ditaklifkan menjaga portfolio Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran. Untuk tugasan beliau yang melibatkan manifesto, pertama ialah pelaburan Lembah Silika di Jambu Bongkok, dijangka akan menyediakan sebanyak 7600 peluang pekerjaan. Kedua, membuka peluang pekerjaan di kawasan-kawasan industri dan usaha bagi kedua-duanya sedang berlangsung. Dalam tugasan perdagangan dan industri pula, beberapa kilang terpilih yang dahulunya rugi atau ditutup yang dilihat sangat besar potensinya seperti Perwaja Steel, bakal diambilalih oleh pelabur baharu dan Eastern Steel akan dibuka semula.

Beliau juga telah selesai membantu pengagihan dana raya telah diperluaskan kepada lebih ramai penama, perlantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlantikan penuh pertama bagi negeri-negeri yang mendapat kerajaan baharu, perlantikan kakitangan i-MITS, perlantikan kakitangan UPDI dan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah bagi anak syarikat Kerajaan Negeri. Menyiapkan semua organisasi ini sangat penting terutama bagi melancarkan perjalanan pentadbiran. Dan beliau sebagai bekas Pegawai Kewangan Negeri, sememangnya layak bagi tugasan ini.

Bagi YB Ustaz Ariffin Deraman, Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat yang diketuai beliau, telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi meluaskan lagi potensi Terengganu sebagai destinasi pelancongan. Antara perkara terawal yang dilakukan beliau ialah melihat sendiri keupayaan bas dua alam yang menjadi isu hangat sebelum PRU lalu. Ianya terpaksa disimpan kerana masalah teknikal.

Kawasan Bebas Cukai Kenyir, Zoo Kemaman dilawati beliau dan keputusannya ialah Kerajaan Negeri terpaksa menyiapkan kompleks itu kerana ia sudah hampir siap dan belanja yang sudah dikeluarkan adalah ratusan juta ringgit. Beberapa buah pulau turut ditinjau beliau dan terbaharu, Pulau Bidong dilihat sebagai berkeupayaan untuk dimajukan. Ia akan menjadi antara agenda beliau untuk diteruskan perancangan membangunkannya. Akan tetapi kesemua hal yang melibatkan pelancongan ini akan diteraskan kepada apa yang ditekankan sebagai “Mesra Muslim”. Bengkel garis panduan bagi mencapai hasrat ini telah diadakan dengan disertai ahli akademik, penggiat budaya dan sejarah. Bagi menambah daya saing Teknologi Maklumat pula, beliau menumpukan untuk mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar dengan mengkaji semula peranan EIO dan Pusat Bestari.

YB Haji Hanafiah Mat, yang bertanggungjawab dengan portfolio Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional sudah menyelesaikan dua manifestonya iaitu Perkahwinan Perdana yang sekarang akan berlangsung untuk kali kedua dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak bagi setiap agensi kerajaan. Selain itu, bagi ibu tunggal dan juga bapa tunggal yang mahu berkahwin baru-baru ini, diberikan saguhati. Malah Dana Raya yang ramai orang menganggap Kerajaan Negeri akan gagal mengagihkannya kerana faktor kewangan, berjaya diberikan dan dibuka pula kepada lebih ramai penerima yang layak yang dipinggirkan oleh kerajaan terdahulu. Pada tahun hadapan insyaAllah manifesto pencen kepada pesara yang layak sebanyak RM50 sebulan akan dilaksanakan, menurut sumber pejabat beliau.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah pula sedang bertungkus lumus menyiapkan rancangan portfolio beliau untuk memberikan bantuan sebanyak RM400 bagi belia yang mahu mengambil lesen motor. Beliau juga sedang sibuk meneliti perkembangan pasukan Sukma Terengganu yang mensasarkan juara keseluruhan September nanti. Bagi tugasan beliau yang melibatkan NGO, satu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan NGO, mewakili semua kluster bakal diwujudkan. Ia akan menjadi penasihat, mata, telinga dan juga pendukung aspirasi kepada kerajaan untuk mencapai tujuan menjadikan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.

Manifesto bagi pemberian air 20m3 pertama secara percuma kepada rakyat miskin Terengganu yang layak adalah dibawah bidang kuasa Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh YB Dr Mamad Puteh, sedang berjalan. Pemberian ini berbeza dengan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu kerana dahulu diberi percuma JIKA kurang 20m3 DAN untuk semua rakyat. Jika melebihi 20m3, ia mesti dibayar penuh, tiada lagi percuma. Ianya juga terkadang tidak mencapai matlamat membantu golongan miskin.

Tetapi skim sekarang, hanya mereka yang miskin sahaja yang layak dan jika melebihi 20m3 sekalipun, ia hanya dikira pada kiraan meter bermula (21m3) iaitu yang wajib dibayar hanyalah 1m3 dan begitulah seterusnya. Bagi 834 buah masjid dan surau yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri, kesemuanya menerima 50m3 air percuma daripada Kerajaan Negeri. Isu Pasar Kuala Berang juga mendapat perhatian dan tindakan beliau dengan menyelesaikan masalah seperti najis burung yang diadukan oleh peniaga-peniaga. Selain, beliau sekarang memberikan lebih perhatian mengkhususkan kepada projek-projek kerajaan sebelum ini agar semuanya berjalan baik.

YB Haji Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman yang diamanahkan memegang urusan Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja telah mengisytiharkan Hari Keusahawanan yang turut ada didalamnya klinik bagi usahawan baharu di setiap daerah bertujuan memberi penerangan dan maklumat apa yang terbaik kepada usahawan melalui agensi-agensi di bawah beliau. Ianya telah dimulakan di Besut dan Kuala Nerus baru-baru ini. Tidak terhenti setakat itu, beliau juga telah mengadakan kerjasama bersama Jabatan Tenaga Kerja dibawah ‘JobsMalaysia’ untuk membantu graduan-graduan yang menganggur mendapat pekerjaan. Disamping mengekal dan menambah baik skim-skim terdahulu, YB Khuzaini juga memperkenalkan skim baharu bagi usahawan-usahawan dalam bidang agro dan pelancongan yang belum diwujudkan sebelum ini. Bantuan kewangan juga dirancang untuk diagihkan kepada peniaga-peniaga yang berdaftar yang berniaga di tapak yang sah.

Inilah antara beberapa cebisan kisah di balik tabir pentadbiran Kerajaan Terengganu, bermula waktu-waktu awal mereka menduduki tampuk pemerintahan yang saya kutip dan kongsikan bagi kefahaman semua akan bidang tugas kepimpinan negeri. Ada banyak lagi, tetapi ada perancangan yang tidak boleh dimaklumkan awal kepada umum. Mereka berkerja pagi, petang dan tidak sedikit juga waktu malam dihabiskan bagi mereka memenuhi kehendak seluruh lapisan warga Terengganu. Kerja keras ini bukan hanya tertumpu kepada melunaskan janji-janji manifesto sahaja, tetapi juga merancang perkara baharu, melaksanakannya dengan wang rakyat dan memastikan hasil yang terbaik diperolehi rakyat. Kepercayaan rakyat ini tidak mereka persiakan, mereka sedang membuktikan mereka adalah lebih baik, malah terbaik dalam menyempurnakan amanah yang dipikul.

Ucapan terima kasih juga harus diberikan kepada kakitangan Kerajaan Negeri dan agensi disemua peringkat yang sentiasa membantu kepimpinan menjalankan agenda mereka dengan sikap penuh profesional. Amatlah diharapkan pula kepada penyokong atau ahli PAS agar tidak terlalu menekan pimpinan bagi mendapat hasil terbaik dengan segera. Barisan pimpinan kita sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat. Bersabarlah, biarlah orang lain yang berfikir atau bertindak diluar kebiasaan, memberi tekanan, tetapi bukan kita. Kita mesti menjadi pembantu kepada pimpinan kita dengan keupayaan yang kita miliki. Kerajaan ini, kerajaan kita.

NASIR ABDULLAH
Doha, Qatar - HARAKAHDAILY 20/8/2018

Sumber HD - 20-8-2018

Peranan Besar Muslimat Pasca Kemenangan







Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Muslimat dan Ameerah mempunyai peranan besar sebaik sahaja PAS berjaya membentuk kerajaan Terengganu selepas pilihanraya umum lalu.
Pemangku Ketua Urusan Ulamak PAS Negeri Terengganu, Ustaz Haji Ismail bin Osman berkata demikian ketika berucap di Program Rehlah Tautan Hati di Pantai Kuala Kertih, di sini, pagi tadi.
“Tugas utama apabila menang pilihanraya, kita perlu mencari seramai mungkin orang untuk menyokong kita dan menarik seramai mungkin golongan atas pagar untuk turut bersama.
“Kemenangan juga perlu dijaga sebaiknya, supaya tidak lari ke lain (terlepas), oleh kerana mehnah serta tribulasi perjuangan tetap ada dan kita masih berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran.
“Perbuatan atau perkara yang boleh melunturkan sokongan, yang boleh menyebabkan orang lari dan yang paling bahaya dan susah apabila yang lari itu adalah sahabat ketika kita belum menang perlu dielakkan,” tegas Ustaz Ismail lagi.
Beliau juga Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat juga mengingatkan bahawa sejarah juga telah mencatatkan bagaimana perjuangan Islam dilalui penuh mehnah dan tribulasi walaupun selepas era kemenangan.
Program Anjuran Muslimat dan Ameerah PAS Dun Kemasik dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiST) Dun Kemasik itu berjaya menghimpunkan seramai 150 peserta dan pelbagai aktiviti berfaedah diadakan.
Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Che Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili juga turut hadir.
Sumber BO - 19-8-2018

Masyarakat Felda Perlu Perhatian MB Terengganu































Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat Dr Bala Chandran turut melawat Naraza Muda
Oleh : Rohayati Ripin
HULU TERENGGANU – Masyarakat Felda perlukan kasih sayang dan perhatian Menteri Besar YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pengerusi Generasi Terengganu Naraza Muda berharap kerajaan dapat menjenguk kehidupan peneroka felda dalam situasi Lembaga Tanah itu yang menghadapi masalah di peringkat persekutuan.
“Di peringkat pusat felda sekarang telah ditetapkan di bawah Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang dulunya Jabatan Perdana Menteri,
“Jadi sekarang para peneroka menghadapi masalah kerana bayaran sara hidup lambat (tidak menentu),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di wad Melor Hospital Hulu Terengganu pada hari Jumaat, 17 Ogos.
Naraza yang juga Pegawai Seranta Felda Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah dimasukkan ke dalam wad pada Khamis kerana mengadu sakit dada.
Mengulas tentang kesihatannya beliau mendapat rawatan untuk pemeriksaan dalam 48 jam.
“Saya juga telah dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang Dr Mamad Puteh dan didatangi oleh pakar kesihatan keluarga Dr Suhazeli Abdullah,
“Mereka memberikan nasihat pada saya….. kebiasaannya pemeriksaan mengambil tempoh 48 jam sebelum saya dirujuk kepada pakar,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau berharap dapat diaadakan satu majlis untuk warga felda dalam suasana kerajaan menyambut 100 hari.
Antara yang menjadi keutamaan menurut beliau pemberian hak milik tanah dan menyegerakan  pembinaan rumah bagi Generasi kedua.
Sumber BO - 18-8-2018

HIV Cases On The Rise



















KUALA TERENGGANU: A total of 33 HIV cases have been reported among homosexuals and bisexuals in 2017 compared to 27 in the previous year, said Terengganu Health Department director Dr Mohammad Omar.
“This is a cause for concern and we aim to take steps to address it,” he said after flagging off 290 participants of the Kembara Sihat Tanpa AIDS 2018 adventure quest, which aims to spread awareness about the virus and the disease.
He said the department is taking efforts to engage with those practising same sex relations, especially the transgender community.
“It isn’t an easy task. We need to take a softer approach to win their confidence before advising them on the risks on HIV.
“We cannot do this alone as it is a multi-agency effort,” he said, adding that it will be working with the state religious affairs department as well as relevant NGOs.
Separately, Dr Mohammad said there has been a continuous drop in HIV transmission via intravenous drug use. From 292 cases reported in 2010, the number of cases have dropped to 44 in 2017.
Dr Mohammad said this could be due to the department’s harm reduction programme, which includes methadone treatment as well as a needles exchange programme for drug users. There are 9,816 registered HIV cases in Terengganu.
thestar.
Sumber BO - 18-8-2018
















Festival ‘Mek Dan Awang’; Kelestarian Budaya Warisan







KUALA TERENGGANU – ‘Festival Peranakan Mek Dan Awang’ diharap menjadi ‘platform’ untuk terus memastikan kelestarian seni, budaya warisan masyarakat Cina.
Menteri Besar Negeri Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau berharap agar ianya terus terpelihara dan mampu menghidupkan kembali nostalgia lama.
Oleh itu katanya, ia sekali gus mampu membantu menjadikan Kampung Cina sebagai ‘A Unique Heritage Brand In A Tourism Hub’ dalam memperkenalkan Terengganu kepada pelancong luar.
“Kampung Cina merupakan contoh terbaik keberkesanan asimilasi kaum minoriti Cina yang masih teguh berpegang kepada tradisi, warisan dan adat resam nenek moyang,
“namun berjaya menerapkan keserasian keharmonian bermasyarakat bersama dengan majoriti masyarakat Melayu,
“Malah apa yang lebih menarik terhasil daripada proses asimilasi tersebut melahirkan identiti tersendiri yang unik dari segi kehidupan, adat resam dan cara hidup bermasyarakat,” katanya.
Ucapan beliau perasmian Majlis Perasmian festival Peranakan Terengganu, dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, pada hari ini, Jumaat 17 Ogos.
Menurutnya, panggilan mesra ‘Mek dan Awang’ menggambarkan jalinan yang erat wujud melangkaui sempadan perbezaan kaum dan menggambarkan tahap kemesraan di dalam keluarga dan antara sahabat handai.
“Bagi komuniti Cina signifikan nama “Mek dan Awang” turut menggambarkan hubungan erat bukan sahaja sesama komuniti malah dengan masyarakat majoriti Melayu di sekeliling,
“Memandangkan keunikan nama ‘Mek dan Awang’ itu sendiri yang memberi pengertian identiti Negeri Terengganu,” jelasnya.
Oleh yang demikian, beliau memaklumkan, kerajaan negeri telah berbincang dengan pihak penganjur dan mencadangkan nama Festival Peranakan Terengganu dijenamakan semula sebagai ”Festival Mek Awang Terengganu” bermula tahun hadapan.
Festival Terengganu Peranakan ini akan berlangsung selama enam (6) hari bermula 17 – 22 hb Ogos 2018 dan program tersebut yang diadakan buat kali kelima ini, dilihat semakin mendapat perhatian dan sambutan oleh masyarakat di negeri ini.
Sumber BO - 18-8-2018
















FAMA bantu pemasaran hasil petani T'ganu




















MAJLIS Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara FAMA dan Usahawan Ladang Kontrak di Rhu 10 Setiu Terengganu. Hadir sama Pengarah Pertanian Negeri Terengganu dan Pengarah FAMA Negeri Terengganu. Tembikai, labu manis dan lada merah ialah tanaman yang diusahakan oleh para petani di sini.

Saya telah menyaksikan Majlis Tandatangan Perjanjian Jual Beli Hasil Tanaman antara pihak petani dan FAMA dengan jaminan hasil keluaran dari ladang ini akan dibeli dan dipasarkan oleh pihak FAMA Terengganu tanpa petani perlu bimbang akan masalah pasaran nanti.

Komitmen Kerajaan Negeri Terengganu untuk membantu para petani sama ada dari aspek khidmat nasihat teknikal, pemberian tanah pertanian dalam bentuk RTB Pertanian dan LMS, bantuan modal, kemudahan infrastruktur pengairan serta jalan ladang dan urusan pemasaran hasil tanaman.

Menjadi hasrat kita supaya rakyat mendapat ruang dan peluang yang selesa untuk mencari rezeki. Kita berbangga dengan rakyat yang hanya minta pancing, bukannya minta ikan. Kelompok masyarakat yang rajin berusaha ini layak dibantu.

Dalam kita mencari rezeki, halal dan berkat adalah matlamat kita. Tuan puan para petani melaksanakan satu tugasan yang sangat mulia. Bekerja untuk memberi makan orang lain. Bertani bukan hanya satu ibadat, tetapi ia juga usaha untuk menjamin kelangsungan bekalan makanan penduduk.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu.
15 Ogos 2018 - HARAKAHDAILY 16/8/2018














Sumber HD - 16-8-2018

Isu Harga Ikan Mahal Dijangka Selesai







KUALA TERENGGANU – Isu harga ikan yang mahal di negeri ini dapat diselesaikan sekiranya nelayan bot laut dalam dapat melabuhkan hasil tangkapan mereka di pelabuhan dan jeti-jeti dalam negeri, bukan di negeri jiran seperti berlaku sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, antara halangan untuk bot berlabuh adalah kerana masalah muara cetek dan kemudahan infrastruktur tidak lengkap.
Oleh itu, nelayan lebih selesa mendaratkan hasil laut di jeti atau pelabuhan, samada di Kuantan dan Tok Bali.
“Kita menyelesaikan masalah dengan kita melihat apa dia akar umbi punca kepada masalah. Kita kenalpasti harga ikan yang tinggi berpunca dari pendaratan ikan nelayan Terengganu,
“dilakukan di luar (negeri) dan untuk ikan ‘balik’ semula ke sini memerlukan kos pengangkutan yang menyebabkan peningkatan harga ikan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, di sini hari ini. Hadir sama Pengarah LKIM Terengganu, Tengku Mohd Anuar Tengku Mahmud.
Menurutnya, situasi ini menjadi punca kepada kemerosotan kuantiti pendaratan ikan iaitu hanya sekitar 21,000 matrik tan setahun sedangkan keperluan sebenar sumber protein bagi rakyat negeri ini adalah sekitar 40,000 matrik tan.
Kemerosotan kuantiti pendaratan ikan di pelabuhan juga menyebabkan harga ikan melambung tinggi dan beliau percaya, isu harga ikan mahal dapat diselesaikan sekiranya nelayan laut dalam kembali menurunkan hasil tangkapan mereka di jeti LKIM.
Isu muara cetek dan kekurangan kemudahan infrastruktur menjadi masalah utama nelayan dan seramai 1,800 nelayan yang berlabuh di pelabuhan LKIM Chendering sebelum ini kini semakin berkurangan kepada 500 orang.
Sehubungan itu, kerajaan negeri akan menaiktaraf pelabuhan LKIM Chendering bagi menarik kembali nelayan mendaratkan hasil tangkapan mereka di sana sekaligus ‘menghidupkan’ semula industri perikanan pelabuhan berkenaan yang kini suram.
Selain menyediakan kemudahan dan prasarana lengkap seperti bilik sejuk beku, bekalan ais, kerajaan juga akan mendalamkan muara sungai yang cetek bagi membolehkan bot-bot besar dari nelayan laut dalam berlabuh dan menurunkan hasil tangkapan mereka di sana.
Beliau berkata, kerja-kerja baik pulih melibatkan kos sebanyak RM23 juta itu adalah dari dana kerajaan pusat dan kajian mengenai perkara itu sudah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
Sumber BO - 16-8-2018


















Terengganu Declares Two State Parks At Setiu And Kenyir







Terengganu took a major step in protecting the state’s natural heritage by gazetting two new state parks in the Kenyir and Setiu areas.
Mentri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar said the move will help protect vital catchment areas and ensure a sustainable supply of water for electricity and drinking.
The areas to become state parks involve 10,386 hectares at Lawit-Cenana in Kenyir and 432 hectares at the Setiu Wetlands (another 1,088 hectares will be gazetted in phase two).
“These state parks are also identified as an important refuge for flora and fauna with several threatened species,” said Dr Ahmad.
These are the Asian Elephant, Malayan Tapir and the critically endangered Malayan Tiger at Kenyir and the Green Turtle and the critically endangered Painted Terrapin at the Setiu Wetlands.
Dr Ahmad said these parks lie in areas designated as an Important Bird Area (IBA) by Birdlife International.
“Scientists have recorded more than 291 bird species within its perimeters,” he said in a press statement on Wednesday (Aug 15).
“In fact, an incredible nine out of the 10 species of hornbills that exist in Malaysia can be found in the Lawit-Cenana State Park alone.”
Dr Ahmad Samsuri added that the move constitutes “significant progress on Terengganu’s commitments regarding the protection of the state’s natural heritage”.
The parks will be managed by a management council, he said, which will include members from respective federal and state government agencies.
“This council will be responsible to control and manage the state parks and also to ensure that all stakeholders in this eco-tourism industry will be looked after, especially the local residents,” he said.- thestar
Sumber BO - 16-8-2018




















Terengganu Tuan Rumah ‘Asian Lawn Bowl Beatiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018







Oleh : Solahuddin Al-Idrus
KUALA TERENGGANU – Negeri Terengganu terpilih menjadi tuan rumah ‘Asian Lawn Bowl Beatiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018’ yang akan berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.
Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM14,000 yang dijangka berlangsung selama empat hari bermula 25 Ogos dan berakhir pada 28 Ogos depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, seramai 118 atlet iaitu 88 atlet tempatan dan 30 atlet luar negara menyatakan minat untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.
“Pertandingan ini akan diadakan pada 25-28 ogos 2018 di komplek sukan Gong Badak…..kelebihan program kali ini merupakan sukan berkonsepkan sukan pelancongan,
“dengan penglibatan dan penyertaan terdiri daripada 11 buah negara membabitkan negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan termasuk negeri Terengganu sendiri ,” jelasnya.
Ustaz Wan Sukairi berkata, pada sidang media Kejohanan itu, d hotel Permai, di sini semalam.
Menurutnya, pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah bagi kejohanan itu merupakan satu pengiktirafan besar serta menaikkan imej Terengganu di mata dunia.
“ kita rasa satu penghormatan kerana dipilih oleh pihak persatuan . Sudah tentu penganjuran ini bakal menghimpunkan pemain-pemain professional amatur dari dalam dan luar negara khususnya dari negara asia dan menunjukkan hubungan yang baik diperingkat negeri Terengganu dan negara asia.
“ Dengan kehadiran ratusan etlit ini bakal mempromosikan negeri Terengganu negeri Terengganu sebagai salah sebuah destinasi menarik untuk dilawati In Sha Allah,” tambah beliau.
Sumber BO - 16-8-2018

Pulau Bidong: Antara Singkapan Sejarah Dan Masa Depan


























Pertama kali saya berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Bidong pada 13 Ogos lalu, mengikuti rombongan YAB Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengarah Pelancongan Negeri, Tuan Haji Tun Faizal Tun Abdul Razak, wakil-wakil agensi berkaitan dan juga wartawan yang membuat liputan.
Kami bertolak dari Jeti Merang kira-kira jam 8.40 pagi dan sampai ke Jeti Pulau Bidong lebih kurang 25 minit selepas itu. Laut agak tenang, membantu mempercepatkan bot kami membelah laut, kata pemandu bot.
Di dalam bot, saya berpeluang bersembang dengan Penolong Setiausaha Exco Pelancongan, Wan Mohd Firdaus Wan Sembak, berkenaan Pulau Bidong. Antara butir perbualan kami ialah berkenaan tindakan oleh kerajaan terdahulu terhadap Pulau Bidong. Bermula daripada Dato’ Seri Idris Jusoh, beliau telah memberikan sedikit penumpuan terhadap pembangunan pulau ini.
Namun kedua-dua pengganti Dato’ Seri Idris Jusoh, kelihatan kurang berminat untuk memberikan tumpuan kepada pulau ini. Dikhabarkan, kedua-dua bekas Menteri Besar itu, tidak pernah ke sini bagi membuat tinjauan.
Bagi yang mungkin tidak mengetahui sejarah Pulau Bidong ini, ia adalah sebuah pulau yang pernah diduduki oleh pelarian perang daripada Vietnam. Kumpulan pertama yang sampai ialah kumpulan profesional yang terdiri daripada pakar-pakar serta cendikiawan-cendikiawan yang menentang rejim negara mereka sendiri.
Mereka diburu setelah Amerika yang mereka bantu, kalah dalam perang Vietnam sekitar akhir tahun 60-an. Begitulah perangai Amerika, sentiasa menjadi pengacau kepada negara lain. Kumpulan ini tinggal di sini tidak terlalu lama kerana mereka diambil oleh negara ketiga seperti Amerika, Australia dan lain-lain bagi negara-negara ketiga itu menggunakan kepakaran mereka.
Mereka meninggalkan legasi yang sangat bermakna di sini kepada kumpulan-kumpulan seterusnya yang datang. Mereka membuka kelas-kelas seperti kelas kejuruteraan, pasar yang dikatakan sangat maju, kilang roti, empangan mini menjadikan ianya sebagai tempat yang diidamkan oleh pelarian-pelarian Vietnam yang lain yang masih berusaha keluar daripada negara mereka pada waktu itu.
Setahu saya, ada dua peristiwa kapal pecah yang membabitkan kematian yang ramai. Satu pada akhir 70-an dan satu lagi kira-kira tahun 1987. Ketika peristiwa yang pertama, cerita daripada orang-orang tua, mereka dapati emas yang banyak ada bersama mayat-mayat itu.
Menunjukkan mereka membawa bekal yang cukup sebelum melarikan diri. Pujian harus diberikan kepada Kerajaan Negeri ketika itu dimana mereka segera bertindak memisahkan orang Islam yang ada bersama yang dimaklumi minoriti daripada kumpulan pelarian itu, agar terpelihara agama mereka.
Masa berlalu, dan kumpulan-kumpulan seterusnya yang datang, bukan lagi golongan professional, tetapi orang biasa. Adalah menjadi kebiasaan, apabila golongan sebegini datang, mereka akan membawa beberapa masalah bersama.
Maka Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa mereka adalah ‘orang hanyut’ dan bukan lagi pelarian perang. Sehingga direkodkan pernah pulau ini didiami lebih 100 ribu orang pada satu masa. Apabila mereka mahu dihantar pulang, mereka sanggup memecahkan kapal-kapal mereka, menggali terowong bawah tanah, bagi mengelakkan diri daripada ditangkap.
Akhirnya pada tahun 1991, orang hanyut ini telah dikeluarkan kesemuanya daripada pulau ini. Tetapi bagaikan ada nilai sentimental, mereka pada tiap-tiap tahun akan datang kembali menziarahi ‘kampung’ mereka suatu masa dahulu, disamping menziarahi kuburan nenek moyang mereka.
Tidak sedikit daripada mereka yang telah menjadi golongan yang berjaya sehingga kepada posisi Datuk Bandar San Francisco! Bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Itulah nilai kemerdekaan mereka.
Banyak tinggalan-tinggalan mereka di pulau ini. Paling nyata ialah kuburan mereka serta tempat ibadat mereka sepeti patung-patung sembahan mereka. Kerajaan Negeri juga sangat bertuah kerana nun di bawah sana terdapat kumpulan batu karang yang sangat cantik, digilai oleh para penyelam yang cintakan keindahan hidupan laut.
Namun isu yang dibimbangkan ialah, Pulau Bidong belum lagi diisytiharkan sebagai Taman Laut. Maka sesiapa sahaja bebas menangkap ikan dan juga mengambil batu-batu karang di kawasan pulau. Saya fikir, ini mesti diutamakan.
Kerajaan Negeri terdahulu khabarnya telah memperuntukkan sebanyak kira-kira RM1.5 juta bagi perbelanjaan pulau ini. Dan YAB Menteri Besar dalam lawatan beliau baru-baru ini telah memberikan jaminan untuk membantu sebarang usaha oleh agensi pelancongan negeri ataupun pihak luar bagi memberi nafas baharu kepada Pulau Bidong. Ia juga bergantung kepada kemampuan kerajaan setelah menerima bayaran royalti daripada Kerajaan Pusat.
Antara yang dicadangkan sebagai berpotensi untuk menarik pelancong selain pantainya yang bersih ialah menjadikannya sebagai pusat pembiakan batu karang dan kawasan pulau diwartakan sebagai Taman Laut, pusat aktiviti ‘snorkeling’ dan penyelaman dimana antara sebab menjadikan kawasan sekitar pulau ini lebih menarik adalah kerana kapal-kapal yang dipecahkan oleh ‘orang hanyut’ dahulu, sekarang telah menjadi rumah kepada ikan-ikan.
Kerajaan Negeri juga boleh membina pusat akuatik seperti Taman Bawah Laut dan aktiviti lasak ‘Jungle Trekking’ yang semua ini mungkin tidak memerlukan penginapan atau apa yang dipanggil ‘daily trip’ ke pulau ini.
Dengan itu, pengusaha-pengusaha penginapan di Pulau Redang, Lang Tengah dan juga Perhentian tidak menghadapi saingan penginapan, malah membuka lebih pakej pelancongan yang lebih menarik. Begitu juga pelancong-pelancong tempatan dari tanah besar yang mungkin boleh datang tanpa belanja menginap yang besar.
Kerajaan Negeri juga boleh berkerjasama dengan pelarian-pelarian awal Vietnam yang kebanyakan mereka telah berjaya, bagi mempromosikan pulau ini, menggunakan kedudukan mereka. Mungkin akan ada sedikit penentangan daripada Kerajaan Vietnam kerana Vietnam pasti akan kekal menganggap pelarian itu sebagai pengkhianat kepada mereka. Namun saya yakin dan percaya, dengan kebijaksanaan YAB Menteri Besar, ianya boleh diselesaikan diperingkat ‘G to G’ (kerajaan kepada kerajaan)
Ia jelas adalah satu sumber ekonomi baharu bagi kerajaan melalui aktiviti pelancongan. Jika benar-benar ia diusahakan dengan cara yang betul, pastinya nama Pulau Bidong akan menjadi satu nama tersohor seantero dunia sebagai sebuah pulau ‘mesti singgah’ bagi pencinta keindahan laut dan juga bagi peminat sejarah bagi melihat sendiri tinggalan-tinggalan pelarian Vietnam.
Kami pulang setelah bersiar-siar di sebahagian kecil pulau sejauh kira-kira enam kilometer, turun naik bukit-bukit di sekitar dan diberi peluang menikmati ubi kayu benih daripada Vietnam yang sangat lembut dan enak. Saya yakin usaha ini akan berjaya.
Mohd Nasir Abdullah
Bukit Payong, Marang
15 Ogos 2018
Sumber BO - 16-8-2018

Terengganu sasar bina semula keluargaan melalui perkahwinan ibu, bapa tunggal

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
























Kerajaan negeri Terengganu akan terus memperhebatkan program perkahwinan melibatkan ibu dan bapa tunggal di seluruh negeri bagi membolehkan 43,269 orang golongan itu membina kehidupan berkeluarga yang lebih baik.

Menerusi program yang dimulakan pada tahun ini, kerajaan negeri menyediakan insentif RM1,000 untuk golongan ibu dan bapa tunggal yang ingin kembali menjalani kehidupan berumah tangga.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat berkata setakat Jun tahun ini, 35,426 ibu tunggal dan 7,843 bapa tunggal di negeri ini telah berdaftar dengan program itu.

"Jumlah ini sebenarnya tidaklah terlalu ramai jika dibandingkan nisbah penduduk Terengganu keseluruhannya. Namun kerajaan negeri akan terus menyediakan pelbagai insentif kepada mereka untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan di negeri ini.

Program insentif perkahwinan ibu tunggal dan bapa tunggal sebanyak RM1,000 seorang ini misalnya adalah satu sumbangan permulaan yang baik daripada kerajaan negeri untuk membantu mereka memulakan kehidupan baharu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan cek sagu hati perkahwinan kepada 117 ibu dan bapa tunggal di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) , Mohd Shafaruddin Mustaffa.

Ketika ini, 311 ibu dan bapa tunggal telah menerima insentif sebanyak RM1,000 seorang itu.

Hanafiah berkata kebanyakan ibu dan bapa tunggal di Terengganu adalah mereka yang kematian pasangan masing-masing dan hanya sebahagian kecil sahaja yang bercerai.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku perbuatan tidak bertanggungjawab yang memperalatkan ibu atau bapa tunggal ini semata-mata untuk mendapatkan wang insentif itu, Hanafi berkata hanya satu kes dilaporkan kepada YPKT setakat ini.

"Ia hanya kes terpencil di mana berlaku perceraian setelah pasangan mereka menerima wang ini... mungkin memang setakat itu sahaja jodoh mereka. Apa pun, kerajaan negeri akan sentiasa melaksanakan pelbagai program pasca perkahwinan kepada mereka agar perkahwinan itu kekal ke akhir hayat," katanya.

- Bernama

MR : Membina keluarga boleh memperkuatan negara....

Sumber MR - 16-8-2018
























Pengisytiharan taman-taman Negeri Terengganu


SIDANG media pada hari ini diadakan adalah untuk mengisytiharkan Taman Taman Negeri Terenganu yang melibatkan Taman Negeri Lawit-Cenana di Kenyir dan Taman Negeri Setiu Wetland.

Untuk makluman semua, keluasan tanah Taman Negeri Lawit-Cenana yang telah diwartakan adalah 10,386 hektar bagi fasa pertama daripada keluasan sebenar 15,000 hektar. Manakala bagi keluasan tanah yang telah diwartakan untuk Taman Negeri Setiu Wetland sebanyak 432.4 hektar bagi fasa pertama dan 1,088.32 hektar kawasan Tasik Berombak dalam proses untuk diwartakan bagi fasa kedua.

Asas pewartaan taman-taman negeri ini mengambil kira beberapa faktor utama seperti:

a) Kawasan tadahan air yang penting, yang menyumbang kepada pengurangan risiko kesan banjir di Terengganu. Pada masa yang sama,kita mengharapkan dengan adanya Taman Negeri ini akan membantu pemeliharaan kawasan tadahan air yang menyumbang kepada sumber eletrik dan sumber air bersih untuk rakyat.

b) Dikenal pasti sebagai kawasan utama untuk pemeliharaan pelbagai flora dan fauna termasuklah spesis haiwan terancam seperti Gajah Asia (Elephas Maximus), Tapir Malaysia (Tapirus Indicus) dan Harimau Malaya (Panthera Tigris Tigris) di Kenyir serta Tuntung Laut (Callagur borneoensis) dan Penyu Agar (Chelonia mydas) di Setiu.

c) Disasarkan untuk menjadi Kawasan Burung Penting oleh Birdlife International dengan 291 spesis burung dalam sempadannya. Malah,terdapat sembilan spesis burung enggang boleh ditemui di kawasan Taman Negeri Lawit-Cenana.

Pengisytiharan ini melambangkan sebahagian usaha dan komitmen kerajaan negeri dalam melindungi warisan asli dan alam semulajadi di negeri Terengganu.

Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Taman Negeri ini. Majlis tersebut akan dianggotai oleh wakil dari agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Majlis ini juga akan bertanggungjawab mengawal dan menguruskan taman negeri termasuk memastikan pihak pihak berkepentingan dalam industri eko-perlancongan dijaga dengan baik dan teratur, terutamanya penduduk sekitar.

YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu – HARAKAHDAILY 15/8/2018

Sumber HD - 15-8-2018

Kelab Ibu Tunggal Wakaf Mempelam Ditubuhkan






KUALA TERENGGANU – Kelab Ibu Tunggal Wakaf Mempelam ditubuhkan, bagi memgisi kemenangan PAS di negeri Terengganu pada pilihan raya umum lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, beberapa pertubuhan yang dahulunya di kuasai Barisan Nasional kini ‘dijenamakan’ semula.
Katanya, ia adalah untuk melahirkan wajah wajah baharu sesuai dengan dengan motto Kerajaan PAS masakini, Terengganu ‘Maju Berkat dan Sejahtera’.
“Penubuhan Kelab Ibu Tunggal Dun Wakaf Mempelam ini di harapkan dapat membantu kebajikan serta menjaga urusan dalam membina kehidupan,
“yang lebih sempurna apatah lagi dalam era hari ini,” kata beliau yang juga Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam.
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata demikian ketika merasmikan penubuhan Kelab Ibu Tunggal DUN terbabit, di Dewan Sivik Durian Burong pada Isnin 13 Ogos
Justeru itu, beliau berharap, komuniti sekelililg dapat mambantu kerajaan dalam melahirkan sebuah masyarakat yang selaras dengan keinginan pentadbiran kerajaan negeri.
Seramai 84 orang hadir untuk bersama-sama mendengar taklimat dan sedikit perkongsian peluang yang boleh mereka perolehi.
Sehubungan itu, Ketua Muslimat DUN Wan Fatimah Wan Abdullah berkata, banyak peluang kemahiran di sediakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) demi memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan.
Tambahnya, peluang iini disediakan supaya mereka tidak tercicir dari mendapat peluang yang di tawarkan oleh kerajaan negeri.
Pandangan Wan Fatimah turut di persetujui oleh seorang ibu tunggal Rahimah Musa, 52, yang mempunyai enam orang anak.
Kata beliau, apabila mendengar taklimat tersebut, beliau mendapat maklumat tentang pepuang meningkatkan kemahiran di sediakan oleh YPK dan boleh disertai oleh ibu tunggal sepertinya.
“Dengan penubuhan ini diharap dapat membantu golongan seperti kami menambah pendapatan dengan beberapa insentif lain lagi pastinya banyak perkara dapat membantu,” kata beliau yang baru dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa Kelab Ibu Tunggal.
Dalam pada itu, Kelab Ibu Tunggal telah melantik Maziah Awang seorang pesara agensi kerajaan (PMINT) sebagai Pengerusinya.
Sumber BO - 15-8-2018


























Golongan Muda Bangunkan Sektor Pertanian






SETIU – Golongan muda berpotensi untuk membangunkan bidang Pertanian terutama di DUN Jabi dibawah Program Sumber Rezeki Baru.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, kemajuan bukan hanya untuk perindustrian dan bandar baru tetapi memanfaatkan tanah yang boleh dimajukan dalam sektor pertanian.
“Pertanian adalah perniagaan. Pertanian bukan sahaja bercerita tentang ekonomi malah ia merupakan sumber makanan dan kita boleh maju dengan pertanian.,” ujarnya.
Beliau berkara demikian ketika berucap pada program Taklimat Peluang-peluang Pertanian untuk Belia dan Beliawanis, di balairaya Kampung Tok Dor, Jabi dekat sini.
Menurut ADUN Jabi itu juga berkata, ‘Program Agropreneur Muda’ contohnya, membuka peluang kepada belia dan beliawanis yang berumur 18 hingga 40 tahun menceburi bidang pertanian.
“Antara skop yang terdapat dibawah program ini adalah Pembangunan Industri Kopi, Tanaman Kluster Bunga dan Tanaman Ladang Organik serta banyak lagi,” tambah beliau.
Katanya, ‘Transformasi Graduate Programme’ akan diteruskan bagi membuka peluang untuk pelajar lepasan Universiti yang berminat dalam sektor terbabit.
Kehadiran belia yang ramai memenuhi ruang dewan balairaya tersebut, membuktikan minat anak muda dan kerajaan akan membantu untuk terus maju dalam bidang pertanian ini.
Pelbagai informasi tentang kursus dan latihan boleh dapatkan secara online melalui Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, di dedahkan dalam program tersebut.
Sumber BO - 15-8-2018



















































Premis Kerajaan Kosong, Laporan Polis Dibuat







Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Perbuatan sesetengah pihak yang mengosongkan serta memindahkan barangan dan aset di premis kerajaan dan tempat awam lain yang sewajarnya dimanfaatkan untuk rakyat sangatlah dikesali.
Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Ustaz Muhamad Asri Kadir berkata pihaknya memandang serius isu terbabit selain kesal apabila menerima aduan mengenai sikap sebahagian penduduk yang mengambil harta benda tersebut sebaik tampuk pimpinan kerajaan bertukar tangan.
“Meskipun berlaku perubahan kerajaan namun itu tidak bermakna tindakan sesuka hati boleh diambil terhadap premis awam, institusi dan badan-badan seperti balai raya, dewan orang ramai dan sebagainya,” kata Ustaz Muhamad Asri.
Beliau yang ditemui di perkarangan Balai Polis Kertih, di sini petang tadi selepas membuat suatu laporan polis mengenai kejadian berkaitan.
“Sebelah pagi tadi saya bersama Penghulu Mukim Kertih, dua anggota polis dari Balai Polis Kertih dan beberapa rakan memasuki Pejabat Atra Dun Kemasik dan mendapati semua peralatan pejabat telah kosong walaupun bangunan itu berkunci.
“Suatu laporan polis terpaksa dibuat petang ini, dan kita menaruh keyakinan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat apa yang telah berlaku sebenarnya,” kata beliau.


























Sumber BO - 15-8-2018

Majlis Penghayatan Hari Arafah Jadi Program Tahunan






Oleh : Atiyyah Sakinah Mazuki
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu akan mengadakan Majlis Menghayati Keistimewaan Hari Arafah di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man di sini pada 20 Ogos ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Terengganu agar merasai keistimewaan Hari Arafah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustas Mohd Nor Hamzah berkata, sambutan itu dijangka akan menjadi program tahunan bagi menyedarkan masyarakat betapa pentingnya Hari Arafah yang jatuh pada hari kesembilan Zulhijjah setiap tahun.
Menurut beliau, hari Arafah adalah hari penyatuan masyarakat, bangsa, kaum, keturunan dan bahasa.
“Roh penyatuan umat islam islam itu sepatutnya dihayati oleh umat islam di mana-mana sahaja, termasuk rakyat Terengganu dengan menghayati perpaduan,
”dan mengenepikan perbezaan pandangan , pendapat, bahasa, bangsa serta keturunan yang disatukan atas nama islam untuk kepentingan dunia dan akhirat,” jelasnya
Beliau berkata demikian dalam membuat satu kenyataan yang dikeluarkan, berhubung dengan sambutan berkenaan di sini pada Ahad, 12 Ogos.
Justeru, kata beliau, Hari Arafah juga diharapkan dapat mengingatkan umat islam kepada Hari Akhirat dan beliau berharap, mudah-mudahan pada 9 Zulhijah akan mengingatkan kita rakyat Terengganu kepada akhirat dan persiapan untuk menunaikan ibadah qurban.
“Oleh kerana itu , kita mohon agar Hari Arafah dihayati oleh masyarakat dan seluruh masjid negeri ini melalui pengisian solat hajat, doa , zikir dan sebagainya,” ujar beliau.
Tambah beliau, sebanyak tiga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dijemput hadir dalam program tersebut termasuk MPKK Kuala Nerus, MPKK Kuala Terengganu dan MPKK Marang.
Sumber BO - 14-8-2018 
























































Penjawat Awam Digesa Semak Laporan Ketua Audit


https://buletinonline.net/v7/index.php/penjawat-awam-digesa-semak-laporan-ketua-audit/




https://buletinonline.net/v7/index.php/penjawat-awam-digesa-semak-laporan-ketua-audit/

KUALA TERENGGANU – Semua penjawat awam digesa menyemak Laporan Ketua Audit Negara dan meneliti mana-mana kerja ataupun tugasan yang mendapat teguran dan perlu dipertingkatkan
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Dr Azman Ibrahim berkata, setiap pandangan yang diberikan oleh pihak audit mestilah diamnil tindakan dan dibuat pembetulan.
“Saya mohon kepada tuan dan puan kalau boleh laporan audit negara berkaitan dengan negeri Terengganu terutama yang menyentuh Jabatan Pertanian kita kena pakat baca,
“baca sendiri tengok apa dia teguran audit yang diberikan walau dilevel mana sekali pun kita berada kita kena baca,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dihapanan para pemimpin jabatan dan agensi pertanian begeri semasa pihak membuat Lawatan Kerja Ke Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Peradong di sini pada Isnin, 13 Ogos.
Katanya, masa selama 24 jam dalam sehari adalah sangat suntuk dalam kehidupan seseorang seorang pekerja dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu mencapai hasrat kerajaan negeri.
“Itu sebabnya dengan ruang yang ada dengan pertolongan daripada tuan dan puan sekalian insya Allah kita yakin,
“dan mampu angkat tahap serta martabat Jabatan Pertanian Negeri Terengganu ke satu tahap yang lebih tinggi ,” jelasnya.
Sumber BO - 14-8-2018





























Misi Liputan Dan Kemanusiaan KAMI Berjaya, Akan Disusuli Misi Seterusnya

https://buletinonline.net/v7/index.php/misi-liputan-dan-kemanusiaan-kami-berjaya-akan-disusuli-
misi-seterusnya/
                                                                             






























Dua warga emas yang KAMI temui, menceritakan kisah 'Lombok Berduka' apabila mereka kehilangan anak dalam gempa bumi.
KUALA TERENGGANU – Misi Liputan dan kemanusiaan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) telah berjaya dan satu misi susulan yang akan diterajui oleh PAS Relief.
Pengerusi KAMI yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, misi kali yang kedua ke Lombok, Indonesia akan diadakan pada 17 ogos 2018.
“Misi kemanusiaan Kumpulan Aktivis Media Negeri Terengganu ke kawasan gempa bumi di Lombok, Indonesia bermula pada hari khamis, 10 Ogos sehinggalah 12 Ogos,
“dan kita berjaya kumpulkan maklumat yang diperlukan untuk salurkan kepada agensi bantuan yang akan menyusuri untuk peringkat seterusnya,”ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Lawatan Kerja Beliau di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Peradong, dekat sini, pada hari ini, Isnin 13 Ogos.
Katanya, rombongan empat anggota KAMI pada khamis lalu telah selamat kembali ke tanah air semalam, Ahad.
Ketuanya Sazali Mohd Noor berkata, anatara keperluan utama yang sangat dikehendaki bagi memberikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi Lombok ialah khemah atau kanvas yang boleh didirikan sebagai khemah untuk menjadi tempat perlindungan sementara kepada mereka.
“rumah mereka hamper keseluruhannya hampr 75% daripada mangsa rumah rosak,
“walaupun diluarnya masih kelihatan kukuh tetapi banyak retakan bahagian dalam,” ujar beliau.
Oleh itu kata beliau, semua penduduk telah meninggalkan rumah mereka dan membina khemah –khemah dipadang kawasan kampung mereka.
Menurutnya sehingga kini seramai 387 ribu orang menjadi pelarian di ‘kampung sendiri’.
Selain itu, mereka yang terbabit gempa juga memerlukan rawatan pasca gempa bumi.
“bagi merawat trauma kesan gempa terutama kepada kanak-kanak dan orang tua,
“dan juga jenis-jenis penyakit pasca bencana ramai yang mengadu sakit kepala dan meenghidapi penyakit kulit serta cirit-birit,
Justeru itu beliau menyeru agar pertubuhan bukan kerajaan berkait dengan perubatan agar tampil dan memberikan khidmat kepada penduduk ‘Lombok yang berduka’.
Sumber BO - 14-8-2018

Pemuda PAS Ziarah Mangsa Rumah Terbakar






DUNGUN – Nasib malang mangsa rumah terbakar di kampung Minda, Bukit Besi, dekat sini mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS DUN tersebut.
Timbalan Ketuanya, Hanif Safwan Mansor berkata, beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan yang sebak apabila melihat buku-buku persekolahan terbakar.
“Saya sebak sebaik melihat buku anak mangsa yang terbakar di rumahnya yang telah teruk terbakar,
“saya terus terfikir akan nasib anak-anak mangsa untuk meneruskan persekolahan,” ujarnya, ketika ditemui pada Ahad, 12 Ogos.
Oleh itu, kata beliau yang juga anggota Institut Modal Insan Sejahtera (I-Mits) Bukit Besi berharap, sumbangan keperluan makanan dan juga peralatan persekolahan, dapat meringankan beban keluarga terbabit.
Sementara itu, Ketua kampung tersebut Zakaria Maadan berkata, rumah asal pemilik rumah itu, yang tebakar belum pulih, datang pulan ujian kedua kepada beliau
“Rumah asal belum lagi pulih, Rumah kedua pula terbakar,” ujar Zakaria.
Menurutnya kejadian yang berlaku pada pukul 4.45 petang, tidak melibatkan kemalangan jiwa,
“waktu asar (tuan rumah) bekerja sebagai buruh manakala isterinya pula merupakan pekerja ladang.
“Walau bagaimanapun punca kejadian masih lagi didalam siasatan…..kita berharap agar, mangsa sekeluarga sabar menerima ketentuan Allah,” tambahnya.
Difahamkan, Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) juga telah hadir dan memberi bantuan kewangan, barang makanan dan lain-lain keperluan.
Sumber BO - 13-8-2018
































Plans Underway To Conserve Pulau Bidong






SETIU: The Terengganu state government has made a commitment to conserve and protect Pulau Bidong and turn it into a destination for targeted tourism, says its Mentri Besar.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar said the state has partly approved some plans in a proposal put forward by the state museum for the island.
“There are many aspects we can work on and we will prepare enough funds for it,” he said on a visit to the site which once served as a settlement for Vietnamese boat people fleeing the war in the 1970s.
He said the island is expected to attract history enthusiasts, as well as those interested in eco-tourism and sports tourism.
He also said no other major development is planned for the island.
Dr Ahmad Samsuri said the first financial boost would come from the first round of petroleum royalty payments, which are expected to be paid by early September.
“This will help fund minimum maintenance activities on sites on the island, such as clearing undergrowth and repairing broken walkways to make it more presentable,” he said.
Over 250,000 Vietnamese refugees settled on Bidong between 1978 and 1991-.thesta
Sumber BO - 13-8-2018

































































Bantu Penoreh Getah Segera


Oleh: Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pusat mesti memikirkan langkah yang segera untuk membantu para pekebun dan penoreh getah berhubung isu harga getah yang merudum jatuh.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Terengganu tidak ada kuasa terhadap penetapan harga getah.
“Kita telah beberapa kali bersuara tentang perlunya diletakkan satu harga syiling kepada getah.
“Setiap kali kita turun berjumpa dengan masyarakat penoreh, mereka minta tak banyak, hanya sekadar RM4 sahaja.
“Apabila harga RM4 ini boleh direalisasikan sebagai harga syiling, maka sudah tentu mereka (penoreh) tidak lagi memerlukan bantuan ‘one off’ yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu harga getah ketika ditemui oleh pemberita di Pulau Duyong, semalam (13 Ogos).
Katanya, isu harga getah melibatkan agensi di bawah kerajaan pusat terutama agensi seperti Pihak  Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Menurut Dr Azman Ibrahim yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, bantuan musim tengkujuh  yang diberikan akan  habis dalam satu tempoh yang singkat.
“Kita mahukan bantuan yang boleh menjamin  kehidupan penoreh getah dan kelestarian sumber getah untuk satu tempoh yang panjang,” ujarnya.
Menurutnya, harga pasaran getah terkini iaitu RM 1.90 menurun pada tahap yang dikira sangat rendah.
“Majoriti masyarakat penoreh sebenarnya mengambil upah menoreh getah yang menjadi milik orang lain.
“Jadi RM1.90 dibahagi dua pula dengan tuan punya kebun bermakna pendapatan sekilogram untuk orang yang bekerja menoreh tidak sampai pun seringgit.
“Ini bukan lagi tahap kemiskinan tapi sudah dikira kefakiran,” jelasnya.
Sebagai sebuah kerajaan negeri, kebajikan masyarakat akan diambil cakna dan masalah rakyat akan disantuni secara dekat melalui wakil rakyat yang ada di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sumber BO - 13-8-2018

































Warga Emas Hilang Ditemui Lemas







Oleh:A.Faizol M.Yusop
KUALA NERUS: Mayat warga emas yang hilang dipercayai lemas ketika mandi di Sungai Nerus lewat petang semalam telah ditemui pada awal pagi ini.
Mangsa, Rahim@ Wahid bin Mohd, 73, dipercayai mandi di sungai itu sebelum dilaporkan hilang oleh orang ramai.
Menurut saksi yang ditemui ditempat kejadian, Zakaria Nik, 32, mangsa yang merupakan seorang pesara guru tidak pulang seperti biasa selepas mandi di sungai itu sebelum gerakan mencari dilakukan oleh pihak keluarga dan orang kampung sebelum menjumpai barang-barang milik mangsa di jeti Kampung Pengkalan Gelugur.
“Memang mangsa sering mandi disini setiap hari, tapi hari ini dia tidak balik seperti biasa, jadi selepas usaha mencari tidak berhasil, pihak keluarga mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Komander Operasi, Balai Bomba Kuala Nerus, Mohd Mazimi bin Muhammad berkata, mangsa ditemui oleh anggota pada jam 12.53 pagi.
Sejurus menerima laporan pada jam 9.52 malam, seramai sembilan anggota telah dikejarkan ke lokasi.
Setibanya di tempat kejadian, keterangan awal diambil dari orang awam seterusnya operasi gerakan mencari terus dilakukan yang turut disertai oleh anggota Polis dan orang kampung.
“Mangsa telah dijumpai dalam lingkungan lima puluh meter dari jarak tempat didapati hilang” ujarnya
“Jadi semuanya selesai dan kita serahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya”, tambahnya lagi.
Sumber BO - 12-8-2018

Tabung Darul Iman Ringankan Beban Pesakit Kronik






Oleh : Azizah Mahmood
KUALA TERENGGANU – Bantuan kewangan Tabung Darul Iman yang di wujudkan sejak pemerintahan PAS 1999-2004, meringankan beban pesakit kronik dengan sedikit sumbangan kos bagi menampung pembiayaian perubatan atau pembedahan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, menjadikan Tabung Darul Iman tempat rujukan mereka yang mengalami masalah sakit kronik .
“Penubuhan Tabung ini, bagi meringankan beban pesakit dan juga musibah lainnya amat besar maknanya,
“kita mahu rakyat Terengganu yang tahap kesihatan mereka agak teruk, terus mendapat sokongan kewangan daripada Tabung itu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menerima 19 keping cek untuk di sampaikan kepada penerima yang layak bagi DUN terbabit pada Isnin 7 Ogos, di pejabat DUN, Taman KP Perdana, di sini.
Katanya, antara mereka yang ramai menerima sumbangan Tabung itu ialah mereka yang menghidap sakit seperti masalah jantung ,buah pinggang dan barah.
Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri berharap Dana dari Tabung itu terus ‘mengalir’ bagi meningkat kesejahteraan hidup rakyat.
“Alhamdulillah, kita bersyukur sangat sangat kerana sumbangan dari Tabung Darul Iman ini amat di perlukan oleh rakyat,

“semoga Tabung ini akan terus menyalur sumbangan kepada seluruh rakyat negeri Terengganu akan dapat menafaat tabung ini bagi mereka yang layak,” jelasnya.
Sementera itu, seorang penerima warga emas, Puan Rokiah Muda, 61, begitu terharu ketika di temui di rumahnya di Kampung Gelugor Raja, dekat sini.
“alhamdulillah , saya ingat tak dapat sebab permohonan ini dah lama saya minta , saya pesakit jantung dan sudah tak larat nak buat kerja,
“duit ini boleh bantu kos perubatan saya……terima kasih kepada (kerajaan) PAS yang datang bagi cek ini,” kata beliau.
Sumbangan cek kepada Rokiah telah di sampaikan oleh Penyelia i-MITS Haji Radzali Abd Ghani dengan diiringi Penghulu Mukim, Mohd Ikram Rasyid dan beberapa orang wakil Dewan Muslimat DUN.
Sumber BO - 9-8-2018


Projek Gagal Diwarisi Kerajaan Terdahulu sedang disemak 

LightBlog 

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <






































Projek Ternakan Kambing Lembah Kaprima Kampung Chabang Kerteh, Kemaman didakwa antara projek gagal kerajaan yang terdahulu yang `terpaksa' diwarisi kerajaan negeri masa kini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, projek yang bertujuan bagi m
erealisasikan matlamat menjadikan Terengganu sebagai hab pengeluar kambing terbesar negara dalam 10 hingga 15 tahun akan datang itu, melibatkan 20 hektar tanah, lima unit kandang, rumah penternak dan pejabat serta stor baja.



"Pada September ini, perjanjian dengan syarikat yang gagal kita akan tamatkan untuk kita mulakan satu perancangan baru.

"Infrastruktur penternakan yang dibina menggunakan puluhan juta wang rakyat tidak sewajarnya terbiar dan rosak begitu sahaja,"katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam.


Untuk rekod,  Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini menswastakan projek Lembah Kaprima kepada lapan anak jati negeri melibatkan Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu, Kampung Chabang, Kerteh (Kemaman), Segading (Hulu Besut), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Durian Mentangau (Dungun), Tanjung Gaduh (Marang) dan Mengabang Bakong (Kuala Nerus).

Projek berkenaan yang bermula sejak 2006 peringkat pelaksanaan fasa ketiga (2015) selepas melaksanakan fasa pertama dan kedua iaitu penyediaan infrastruktur berjalan lancar.

Kerajaan negeri ketika itu juga membelanjakan lebih RM13 juta untuk penyediaan infrastruktur seperti jalan dan kandang untuk ternakan kambing berkenaan. Selain itu, projek berkenaan turut diswastakan kepada pengusaha dalam bentuk sewaan kandang yang mana setiap lembah kaprima mempunyai lima kandang dan setiap kandang disewa dengan harga RM200 sebulan. 

Sumber: LINK


MR : Terengganu negeri kaya, rakyat jadi miskin kerana pimpinan kerajaan terdahulu bodoh menggunak  an wang untuk kebaikan....

SUMBER MR-8-8-2018





































Gejala Ponteng ‘Satu Penyakit’






Oleh : Hailmey Mansor
KUALA NERUS – Gejala ponteng sekolah adalah satu penyakit dan sekiranya jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan ia akan memberi kesan buruk.
Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus Ustaz Zakaria Dagang berkata, gejala tersebut akan merebak kepada perkara lain seperti merokok dan bahkan yang lebih parah lagi akan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
“’Operasi (Ops) Ponteng Sekolah’ yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri (SMKIF) semalam adalah satu usaha yang baik ke arah membendung gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar,
“dan Ops yang dijalankan ini diharapkan akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa serta diperluaskan ke semua sekolah bagi mengatasi masalah sosial pelajar sekolah,” katanya.
Beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas Ops ponteng sekolah sekitar Kuala Nerus pada Selasa, 7 Ogos.
Menurutnya, usaha untuk membendung gejala ponteng mestilah diambil peranan oleh semua pihak terutama ibu bapa dan komuniti kampung.
Dan katanya,beliau mengucapkan tahniah kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKIF yang telah mengambil inisiatif itu dengan kerjasama beberapa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan bersama Balai Polis Gong Badak serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Sehubungan dengan itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)Teluk Ketapang, Nazir Ismail berkata, Operasi ponteng sekolah dibuat secara berkala dan mengejut di beberapa premis.
Diantaranya, kedai-kedai kopi,rumah-rumah kosong, pantai Teluk Ketapang dan pusat siber di sekitar kawasan itu yang menjadi tumpuan para pelajar untuk lepak dan ponteng.
“kami menggempur kawasan yang disyaki dan dalam senarai untuk digempur dan telah membuat 17 tangkapan yang melibatkan pelajar sekolah menengah disekitar tersebut,
“dan pihak AADK telah membuat saringan ujian air kencing kepada semua pelajar yang terbabit dan didapati salah seorang daripada mereka positif dadah jenis pil kuda,” ujarnya.
Katanya, beliau memandang serius dalam hal yang membabitkan pelajar dan remaja dalam penyalahgunaan dadah kerana dadah antara punca gejala sosial seperti kecurian dan ragut.
Pegawai polis turut memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada semua pelajar dan guru dan ibu bapa pelajar terbabit di panggil untuk tujuan membawa pulang pelajar-pelajar terbabit.
Sumber BO -8-8-2018










































































PAS Lengkapi Peranan Kerajaan, Hulur Sumbangan Kepada Yang Memerlukan







BESUT – Walaupun tidak berjaya ‘menawan’ kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, namun PAS melengkapi tanggungjawab sebagai pemerintah dan membantu mereka yang memerlukan.
Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, usaha PAS berkhidmat kepada masyarakat berterusan, walaupun pilihan raya umum kali ke-14 telah berlalu.
“Walaupun PAS tidak memegang kepimpinan di DUN ini, kita tetap berusaha sedaya mungkin membantu mereka yang memerlukan,
“serta menjadi penghubung rakyat sebagai melengkapi peranan Kerajaan Negeri Terengganu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menziarahi seorang pesakit yang tidak mampu bergerak, kerana menghidapi masalah paru-paru dan saraf tunjang, pada Isnin 6 Ogos.
Selaku Penyelaras DUN, beliau telah menziarahi seorang bekas pemandu, Mohd Saddam Mokhtar, seorang pemandu, tindakan susulan ekoran komen yang tidak putus-putus ditulis pada laman sosial Menteri Besar Terenggan, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sehubungan itu, beliau merayu sumbang daripada orang ramai yang prihatin, agar dapat membantu Mohd Saddam, bagi menjalani pembedahan melibatkan kos yang agak mahal.
“rawatan pembedahan tidak dapat dijalankan kerana masalah kewangan yang diperlukan sekitar RM10 hingga RM15,000.
“beliau tak dapat buat pembedahan kerana tidak cukup duit. Bantuan JKM dan Perkeso hanya untuk barang keperluan seperti pampers dan ubat-ubatan,” jelas Ustaz Wan.
Tambahnya, Mohd Saddam yang juga tinggal bersama kakaknya, seorang ibu tunggal yang menyara enam orang anak.
Justeru, kata Usraz Wan, sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun BIMB PAS Besut, 13035010003557.
Sumber BO - 8-8-2018






































AG’s Report 2017: Loss-making Duyong Marina Resort Told To Shift Business Focus







KUALA TERENGGANU: State-owned Duyong Marina Resort reported accumulated losses of nearly RM20 million, two years ago.
More shockingly, the general manager of the resort had incurred claims to the tune of RM433,690 for accommodation at the Royal Chalet, over a 10-month period last year.
This was despite the fact that the GM had resigned from the post to take up a similar position at the newly opened PB Hotel, another state-owned project, at Paya Bunga Square in the city centre.
The resort also failed to recoup debts over the years from its clients amounting to RM494,610 up until Oct 24, last year.
This was revealed in a report released by Auditor-General Tan Sri Madinah Mohamad.
The four-star resort, wholly-owned by the Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu, incurred a pre-tax loss of RM1.35 million to RM1.75 million for 2014, 2015 and 2016.
This resulted in an increase in accumulated losses for the company from RM16.01 million in 2014 to RM19.64 million in 2016, or an increased loss of RM3.63 million (or 22.7 per cent).
The chalet-designed resort in Pulau Duyong Besar was established on March 26, 1998, with an authorised capital of RM5 million and a paid-up capital of RM2.1 million.
It has 97 rooms, with rates of between RM238 to RM2,880 a day.
It is helmed by an operations manager who resigned early last year, and employed 108 permanent and five temporary staff.
“The losses were due to inefficient management and not functioning to expectations.
“Other factors were that the resort was not properly run by the operations manager who has no executive powers. Its room, food and beverage sales targets were not achieved and no audit was carried out as well as improper board of directors,” said the report.
To improve business, the report suggested that the resort’s facilities be refurbished, and switch its focus from mere tourism to family packages, reunions, retreats and team-building activities.
“Additionally, there should be regular scrutiny on the performance of the resort’s general manager and board of directors, by taking corrective measures to ensure profits,” said the report.
Duyong Marina Resort’s main income from room, food and beverage sales was on the decline for three years – down from RM7.43 million in 2014 to RM4.33 million in 2016.
Room sales dropped RM0.77 million in 2015 and 2016, while food and beverage revenue declined by RM0.16 million (or 4.5 per cent) in 2015 to RM1.37 million(40.1 per cent) in 2016.
Maintenance of rooms, food and beverage accounted for the highest costs of between 37.6 per cent and 48.3 per cent of the total expenditure for 2014, 2015 and 2016.
The second largest was expenses for administration which included salaries, utilities, maintenance, repair, landscape and depreciation of property.
The report discovered that the resort, at the Sungai Terengganu river mouth, was built mainly on wood which was easily ‘attacked’ by the salty sea water and termites.
Sumber BO - 8-8-2018

Lagi Anak Terengganu Tempa Kejayaan di United Kingdom






Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohammad Faiz Bin Mohd Zaki atas pencapaian yang memberangsangkan, Master of Engineering with Class One Honours in Electrical Engineering, University of Sheffield, United Kingdom.
Anak kepada pasangan Encik Mohd Zaki bin Mohd Salleh dan Puan Wan Suhubbiah binti Wan Abdillah merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas turut merangkul keputusan yang cemerlang pada SPM 2011.
Setinggi penghargaan diberikan kepada Encik Mohd Zaki dan pasangan atas kejayaan yang berterusan anak lelaki mereka. Pemuda kelahiran Terengganu ini turut membanggakan ibu bapanya apabila mengikut jejak langkah ayah beliau yang merupakan seorang pesara jurutera.
Kecemerlangan anak sulung dari empat orang adik-beradik ini bukan saja menjadi contoh kepada adik-adik beliau tetapi dapat menjadi pemangkin semangat buat pelajar-pelajar di luar sana.
Diharapkan kejayaan Saudara Faiz menjadi inspirasi kepada rakyat Terengganu seluruhnya.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
7 Ogos 2018
Sumber BO - 7-8-2018









































302 Orang Masuk PAS






BESUT – Kempen ‘Sejahtera Bersama PAS’ telah berjaya menarik sokongan 302 orang yang sebahagian besarnya, terdiri daripada golongan bekas ahli Umno.
Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu Haji Muhyidin Abdul Rashid, telah menerima serahan borang permohonan keahlian PAS itu.
“Borang- borang tersebut adalah berjaya dikumpulkan selepas dua bulan (PAS Terengganu) memenangi PRU ke14.
“Sebahagian besar ahli baru (itu) adalah dari kalangan ahli-ahli Umno yang sudah tidak yakin dengan perjuangan dan kepimpinan Umno, selepas kekalahan parti itu di peringkat negeri dan pusat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, sebaik selesai Majlis Penerangan di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah pada Ahad, 5 Ogos.
Turut sama pada Majlis tersebut ialah Setiausaha PAS Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang.
Cikgu Shalahuddin yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Hulu Besut berkata, penyertaan anggota baru tersebut berjaya didaftarkan melalui cawangan-cawangan di seluruh DUN itu.
Justeru, beliau yakin, lebih ramai yang akan menuruti jejak langkah mereka, dalam masa terdekat kerana PAS istiqamah dalam memperjuangkan Islam.
“masih ramai yang ingin mendaftar sebagai ahli PAS……(kerana PAS) dilihat sebagai ‘konsisten’ dalam perjuangan menegakkan agama Islam dan membela seluruh rakyat di negeri dan negara ini.,
“InsyaAllah, MTD Hulu Besut akan mengadakan satu program besar bagi menghimpunkan ahli-ahli baru ini bersama kepimpinan tertinggi parti,” jelasnnya.
Beliau yakin, sasaran mendapatkan 1,000 orang ahli baharu pada tahun ini akan tercapai dan sekurang-kurangnya lima cawangan baharu PAS akan ditubuhkan.
Sumber BO - 6-8-2018

















































































Tindakan Segera Selesai Masalah Banjir Kilat Di Kawasan Sekolah


SETIU – Banjir kilat yang sering melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk sehingga menyebabkan kerosakkan kepada bangunan serta peralatan sekolah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi Dr Azman Ibrahim berkata, masalah laluan air yang tersumbat di bahagian belakang sekolah dikenalpasti sebagai punca utama air naik di kawasan terbabit.
Oleh itu, menurut beliau, satu lawatan telah diadakan bagi menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sekian lama
“Lawatan kerja (telah dlakukan) ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk Jabi bersama Jurutera Daerah JKR Besut, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut, Pejabat Tanah Besut dan JPS Besut,
“(setelah) saya menerima aduan berkaitan hal ini dari Jabatan Pendidikan Daerah semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah kelmarin,
“Oleh itu, pagi ini bersama Jabatan terlibat, kita mengambil tindakan segera untuk turun padang bagi membincangkan masalah ini di lokasi,” ujar beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, ketika meninjau kawasan tersebut pada Isnin 6 Julai.
Katanya, beliau memohon kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk segera menyiapkan kertas pelan tindakan bagi penyelesaian segera.
“(kita minta) penyelesaian dalam masa seminggu memandangkan musim tengkujuh akan bertandang tak lama lagi,
“Kelewatan akan menyebabkan kerosakkan dan kerugian berulang semula,” tambah belia
Sumber BO - 6-8-2018

PH Govt Says LPT’s Third Phase Still Under Review













































Phase two of the East Coast Highway (LPT) ended at Kampung Gemuruh near Kuala Terengganu
The phase three of the East Coast Highway (LPT) linking Kampung Gemuruh near Kuala Terengganu to Pengkalan Kubur in Kelantan is still under review, Pakatan Harapan’s Deputy Works Minister Mohd Anuar Mohd Tahir said today.
He said this was due to the current financial situation facing the government.
“Even though we have conducted a study on the highway and consultants have given their input, we still need to see whether or not the government has the financial capabilities to afford it and on the federal government’s decision.
“The previous Barisan Nasional (BN) government looked like they have postponed the project and focussed on other areas even though the government completed the study on the third phase of LPT in 2009.
“The new government has decided to review BN’s decision on the highway but it’s not easy. We don’t have Aladdin’s lamp and the Works Ministry cannot make decisions on its own but must obtain input at the federal level, especially the Finance Ministry,” Mohd Anuar said.
The deputy minister was replying to a question posed by Tumpat lawmaker Che Abdullah Mat Nawi (PAS) who criticised the government for delaying the project despite the needs of those living in the East Coast.
Che Abdullah pointed out that LPT phase three is a part of the 11th Malaysia Plan and the project should have been completed, to which Mohd Anuar rebutted saying that the blame should fall on the previous BN government for not completing the highway.
On a related note Kubang Kerian MP Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS) pointed out that festive season traffic congestions was due to three tolls found on the East Coast Highway and the highways leading to it.
“Does the government have any plans to discontinue the tolls which are the cause of the massive traffic jams during festive seasons? The tolls located at Bentong, Karak and
Gombak is the cause for the massive traffic jams,” said Ahmad Baihaki.
Mohd Anuar said the toll abolishment process takes time and it will be implemented when the time is right.
Sumber BO - 6-8-2018






















































































Terengganu dan Kelantan benteng pertahan Islam













































KOTA BHARU: Kerajaan PAS Negeri Kelantan dan Terengganu wajib bergading bahu mempertahankan Islam yang kini banyak isu digembar-gemburkan musuh bertujuan memberi fahaman salah terhadap agama itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Dato' Ustaz Nassuruddin Daud berkata, Kelantan dan Terengganu kini menjadi benteng kepada Islam di Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya ketika menyambut ketibaan delegasi Kerajaan Terengganu yang membuat lawatan kerja ke Kelantan di Kota Darul Naim, di sini semalam.

Lawatan kerja bertujuan meninjau, berdialog dan bertukar pandangan dalam pentadbiran agama itu, diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Sementara itu, Ustaz Mohd Nor dalam ucapan balasnya menganggap Kelantan sebagai abang untuk Terengganu belajar dari pengalaman mereka memerintah selama 28 tahun.

“Pelbagai masalah agama wujud ketika ini, bagaimana kita ingin menyelesaikan masalah ini?

"Saya berharap pertemuan ini akan memberikan manfaat kepada kita semua dalam bertukar pendapat dan meneruskannya lagi dalam pertemuan yang akan datang,” kata beliau.

Turut hadir timbalan masing-masing, iaitu Dr Md Yusnan Yusof dari Kelantan. manakala dari Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim.

Selain itu, mufti dan wakil agensi-agensi kedua-dua kerajaan dibawah portfolio yang berkaitan turut bersama dalam pertemuan pertama kali diadakan selepas PRU 14.

Rombongan kemudiannya dibawa melawat ke Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) yang ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan pemikir-pemikir agama di Kelantan yang mana Dato' Dr Johari Mat menjadi pengarahnya. -HARAKAHDAILY 6/8/2018
















Sumber HD - 6-8-20118

Ambil Wang Dana Remaja Di Pejabat Daerah







Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Anak-anak remaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang yang belum mengambil wang Dana Remaja, boleh terus berurusan dengan hadir ke Pejabat Daerah Dungun.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Cikgu Alias Harun berkata, mereka yang berkenaan diminta hadir pada 16 atau 27 Ogos ini.
“ada anak remaja kita yang pergi belajar mungkin tak sempat nak ambil…..baru-baru ni kita buat (agih pada) majlis dua minggu lepas, kita hantar maklumat kepada remaja-remaja yang menerima tetapi masih ramai lagi yang tidak menerima,
“Mungkin mereka berada di luar dan sebagainya. Jadi pada dua tarikh yang dekat ni, 16 Ogos hari Khamis jam 10 hingga 3 petang di Pejabat Daerah (atau) pada 27 Ogos hari Isnin,” ujarnya.
Kata beliau, sekiranya mereka berhalangan, boleh meminta ahli waris atau pun wakil mengambil borang dan meminta Penghulu menandatangani untuk tujuan pengesahan.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Tok Kah selepas solat jumaat di Masjid Tok Kah di sini pada 3 Ogos.
Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Rantau Abang menyeru masyarakat bersatu hati menyokong usaha kerajaan melaksanakan syariat Islam.
Katanya, orang-orang Melayu Islam adalah waris yang akan meneruskan perjuangan para nabi, meninggikan agama Allah.
“Kitalah yang mewarisi dengan agama islam ini, dan (tetapi) jangan jadi sebagai Islam waris saja….,
“Siapa lagi yang nak memperjuang kalau tidak kita orang Melayu yang beragama Islam,” tegas beliau.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun itu bimbang, kerana katanya, Islam makin hari semakin ditindas.
“terutama sekali bila berlaku perubahan pemerintahan negara sekarang ni….(rakyat jadi) takut dan cemas ni,
“Jadi sama-samalah kita tautkan silaturrahim kita supaya kita bersama-sama menegakkan syiar Allah,” tambah beliau.
Sumber BO - 5-8-2018

Penyelesaian Islam Bukan ‘Omong-Omong’ Kosong






Oleh : Rohayati Ripin
MARANG – Politik dakwah amar makruf nahi mungkar PAS bukan ‘omong-omong’ kosong kerana ia menawarkan penyelesaikan ia tidak boleh dicabar sehingga hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kepimpinan PAS tidak bertoleransi dalam perkara ini kerana mereka telah dipupuk dari akar umbi lagi dalam suasana sebuah pemerintahan Islam.
“Kita (PAS) tidak bawa amar makruf sahaja … kita tak bawa nahi mungkar sahaja tapi kita bawa kedua-dua amar makruf dan nahi mungkar…,

“kita ikut kalau orang ajak buat benda yang baik dan tidak bertentangan dengan naluri orang,
“dan kita tak pernah gentar melarang orang buat sesuatu kerana apa yang berlaku berteraskan agama serta berprinsipkan kepada Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kem Jati Diri J3K Terengganu Sejahtera 2018 daerah Dungun di Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai pada Jumaat, 3 Ogos.
Katanya, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru haji Abdul Hadi Haji Awang sangat dukacita sekiranya ada orang kritik tentang sesuatu isu tanpa penyelesaian Islam.
“Dalam Sistem Cukai Dan Perkhidmatan (GST) kita telah keluarkan satu penyelesaian sehingga hari ini tidak boleh dicabar termasuk golongan profesional ataupun golongan cendikiawan,
Sumber BO - 5-8-20118















































Lihat Masyarakat Dengan Kasih Sayang



Oleh : Abdul Aziz Hambali
MARANG – Kepimpinan PAS mestilah melihat masyarakat dengan perasaan kasih sayang, belas kasihan dan sama-sama membantu sesama ahli dalam sesebuah komuniti.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ikatan akidah yang kuat perlu ada di antara rakyat dan pemimpin serta Allah SWT.
“Golongan munafik mengambil peluang untuk menghancurkan ikatan mukmin dan sebab itulah kita sebagai umat Islam harus menjaga hubungan,
“supaya tidak mudah untuk dirungkai ikatan oleh musuh Islam dan hindari kufur kepada Tuhan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Liqa’ fikri Dewan Pemuda PAS kawasan Marang (DPPKM) di dewan Pejabat PAS Kawasan Marang pada hari Sabtu, 4 Ogos.
Katanya, bekerjalah seikhlas hati dengan mengabdikan diri kepada Allah walaupun diuji kerana ia akan meningkatkan keimanan.
“Masing masing yang dilantik menjadi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah suatu anugerah ilahi,
“ini adalah pilihan dan ketentuan Allah dalam mengalas tugas sebaik- baiknya dan mestilah berperanan mengikut tugas (dengan) sewajarnya,” katanya.
Menurutnya, bekerjalah kerana ianya adalah amalan yang soleh dan bertugas dengan baik dan amanah sertabbergerak dalam pasukan yang bercirikan saluran Rabbani.
sumber BO - 5-8-208
































































































Bersihkan imej negatif J3K yang dulu

Berita
Typography
KUALA TERENGGANU: Peranan berkesan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dapat membersihkan imej negatif yang pernah dikaitkan dengannya.
Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Marang, Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail berkata, J3K sebelum ini pernah dikaitkan dengan amalan kronisme, kaki projek dan pilih kasih.
Sehubungan itu katanya, pandangan negatif sedemikian perlu diubah dengan J3K kini tidak mengulangi perangai lama pernah dilakukan pihak dahulu.
Beliau berucap demikian pada Kem Jati Diri Terengganu Sejahtera 2018 Daerah Kemaman di The Regency Waterfront, Kuala Ibai di sini kelmarin.
Beliau menyeru J3K memainkan peranan memimpin masyarakat di akar umbi yang menuntut persiapan rohani kerana jawatan tersebut bukan bermotif keuntungan. -HARAKAHDAILY 5/8/2018

















































Sumber HD - 5-8-2018

















































Nasional



TERLALU banyak idea kenegaraan yang telah dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada rakyat Malaysia. Wajar Tuan Guru diletakkan sebagai seorang Tokoh Pemikir Kenegaraan Islam Moden.
Idea Kerajaan Teknokrat, Kerajaan Berkebajikan, Pembangunan Bandar, Peranan Kerajaan dan Rakyat dalam Ekonomi, Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta Demokrasi sebagai alat menegakkan syariat banyak dibentangkan kepada rakyat Malaysia sehingga kini.
Mengikuti ceramah dan syarahan politik Tuan Guru seolah-olah berada dalam bilik kuliah universiti. Bahkan ianya banyak membuka minda anak muda untuk melihat idea-idea yang menarik dan baharu dikemukakan oleh beliau.
Antaranya adalah, “Kerajaan tidak boleh berniaga bersaing dengan rakyat”. Idea ini agak menarik perhatian, idea kenegaraan Tuan Guru mengatakan kerajaan tidak boleh bersaing dengan rakyat. Rakyat mesti diberikan ruang untuk berniaga dan mencari pendapatan. Ini suatu perkara yang agak ‘wow’.
Rupa-rupanya, idea ini diangkat oleh Tuan Guru pada masa kini diambil dari penegasan yang dibuat oleh Ibnu Khaldun (1331-1404) dalam Al-Muqaddimah:
إن التجارة من السلطان مضرة بالرعايا ومفسدة للجباية
“Sesungguhnya kegiatan perniagaan daripada pemerintah (kerajaan) membawa mudarat kepada rakyat jelata dan merosakkan percukaian.”
Keadaan ini akan menyebabkan rakyat yang miskin dan tiada modal akan banyak bersaing dengan kerajaan yang mempunyai jentera dan kelengkapan yang serba canggih. Sudah pasti rakyat akan terkepit di celahan pertarungan tersebut.
Namun, timbul persoalan bagaimana pula kerajaan mahu membuat keuntungan jika tidak membuat syarikat dan berniaga sebagaimana rakyat berniaga. Apakah kerajaan hanya menunggu hasil bumi dan hasil cukai sahaja untuk membangunkan negeri atau negara?
Akhirnya, persoalan ini terjawab apabila melihat Ucap Negeri Terengganu yang disampaikan oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam menghuraikan Prinsip ke-6 Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030). Kerajaan bertindak sebagai pemantau dan tidak bersaing dengan rakyat, kerana rakyat tidak akan mampu bersaing dengan kerajaan.
Sebagai contoh, kerajaan tidak boleh terlibat dalam industri batik kerana ianya akan bertembung dengan perniagaan yang dilakukan oleh rakyat. Sudah pasti kerajaan yang ‘luas langkahnya’ akan meranapkan industri yang dilakukan oleh rakyat.
Apa yang patut dibuat oleh kerajaan adalah menyediakan kemudahan dan pelan untuk membangunkan lagi industri tempatan. Kerajaan juga bertindak sebagai pemantau dan juga supplier latihan dan kemudahan untuk rakyat berniaga.
Setelah itu, peranan kerajaan adalah mengangkat batik, nasi dagang dan industri tempatan ini ke pasaran luar. Bukannya berniaga ditepi jalan Kuala Terengganu, tapi membawa jenama Terengganu melalui industri tempatan ke luar negara dan luar negeri.
Contoh yang diberikan oleh Dr Sam agak menarik, katanya “Nak harapkan Pok Leh dan Mak Jah jual nasi dagang di pasaran London dan Eropah, kita akan mendera mereka (rakyat), jadi, kerajaan negerilah yang berperanan.”
Nah, setelah mendengar penjelasan ini, maka, jelaslah bagaimana idea tersebut berinteraksi dalam bingkai kenegaraan atau kenegerian sebagaimana yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Rupanya secara tidak langsung menggambarkan bahawa, Dr Sam ini diangkat sebagai Menteri Besar Terengganu sepertinya untuk melaksanakan pemikiran dan idea besar yang digagaskan oleh Tuan Guru. – HARAKAHDAILY 5/8/2018
Sumber HD - 5-8-20118

Oleh: Suhaimi Taib

Kuala Terengganu – Semua kelulusan tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Daerah Setiu sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 baru-baru ini dibekukan untuk dibuat permutihan semula.

Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata pemutihan itu perlu bagi memastikan pemohon berkelayakan sahaja diluluskan permohonan mereka tanpa mengira latarbelakang dan penglibatan mereka dengan politik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah subuh di Hotel The Regency Waterfront, Kuala Ibai di sini pada 4 Ogos.

Beliau mengisi Slot Kuliah Subuh sempena Kem Jati Diri J3K Daerah Kemaman di Hotel berkenaan di hari yang sama.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN), telah meluluskan banyak permohonan tanah RTB di daerah tersebut, sebelum PRU 14 namun ia perlu dibuat pemutihan semula kerana difahamkan berlaku pertindihan kepentingan pihak tertentu dalam permohonan tersebut.

“Permohonan itu termasuk tanah lot perumahan dan pertanian. Saya tak pasti jumlah keseluruhan permohonan tanah tersebut, ” ujarnya.

Menurut beliau, pemutihan itu juga dibuat ke atas permohonan RTB Daerah Setiu dalam tahun 1999 hingga 2004.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan Terengganu yang baharu mahu memastikan permohonan tanah diluluskan secara telus, tanpa niat membalas dendam kepada mana-mana pihak, ” jelasnya.

Katanya, semua pihak berpuashati dengan Kerajaan Negeri hari ini, kerana mentadbir penuh berhemah bagi memastikan Terengganu maju, berkat dan sejahtera.

“Rakyat Terengganu dilayan sama rata tanpa mengira parti politik dan kerajaan akan pastikan yang berhak sahaja mendapatkan tanah yang dipohon, ” ujarnya lagi.

Sumber BO - 4-8-2018



















































Nikmat Menjadi Manusia Yang Beriman

Oleh : Adli Mohamad

MARANG – Menjadi orang yang beriman dan tunduk patuh kepada perintah serta menjauhi larangan Allah adalah sebesar-besar nikmat yang membezakan diantara manusia , malaikat dan haiwan.

Pengarah Institiut Modal Insan Terengganu Sejahtera I-MITS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, akal membeza kejadian antara makhluk yang dijadikan Allah.
“Manusia adalah makhluk yang lebih baik dari malaikat,

“manusia memiliki elemen yang paling penting iaitu adanya akal,” ujarnya ketika menyampaikan Tazkirah Subuh Program Kem Jati Diri Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Akademi Bomba dan Penyelamat di Wakaf Tapai, di sini, pada Jumaat, 3 Ogos.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu berkata, keistimewaan manusia yang bertakwa adalah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan kepada insan.
“Tanda syukur adalah dengan lisan, dengan banyak berzikir,

“zikir dengan hati, menjadi intipati utusan nabi-nabi supaya orang beriman itu dekat dengan Allah” jelasnya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan tentang golongan manusia terbabit dengan gejala songsang LGBT yang dilihat semakin berleluasa.

“Ramai yang ditimpa penyakit ada sekarang, adalah disebabkan LGBT,

“perkara ini perlu pada penyelesainnya yang menyeluruh dan rakyat negeri Terengganu harus sedar,” tambahnya.

Sementara itu, orang beriman itu juga, diumpamakan sebagai batu-bata yang saling melengkapi diantara satu sama lain, sebagimana bangunan yang punyai lantai, berdinding dan mempunyai atap.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Ismail Osman menyifatkan bahawa setiap mukmin yang beriman itu saling mengukuhkan ikatan persaudaraan diantara satu sama lain.
“Masing yang dilantik tidak pernah terfikir untuk menjadi J3K (MPKK), ini adalah pilihan dan ketentuan Allah,

“dalam mengalas tugas itu masing-masing mesti berperanan mengikut tugas masing-masing,” ujarnya.

“Kita umpama satu anggota, satu anggota sakit, seluruh anggota akan turut sakit,
“kena melihat orang lain dengan perasaan sayang, kasihan belas dan menolong semua ahli masyarakat,” kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, perkara yang dijanjikan wajib dilaksana dan beliau menggesa semua Pengerusi MPKK yang dilantik, menjaga percakapan masing-masing.

“Perlu berfungsi menyampaikan segala kebaikan, perlu mendengar setiap keluhan, dan mestilah sentiasa bermanis muka,

“kena bertemu masyarakat dengan wajah yang berseri-seri,” katanya.

Justeru katanya, jawatan yang diterima adalah laluan kepada setiap ahli jawatankuasa MPKK bagi membantu masyarakat dan kerajaan mencapai hasrat membawa rakyat kepada negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera.

“Ketakwaan kepada Allah, akan memudahkan segala urusan,

“Kena jaga hubungan dengan Allah, dan juga dengan manusia. Dunia adalah jambatan ke akhirat,” jelasnya.

Kem Jati Diri MPKK berlangsung selama tiga hari, bermula pada Khamis dan akan berakhir hari Sabtu menghimpunkan semua MPKK daripada seluruh kampung-kampung dalam daerah Dungun.

Sumber BO - 4-8-2018




















































J3K ‘Konotasi’ Negatif

Oleh : Rohayati  Ripin

KUALA TERENGGANU – Konotasi  Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) sebelum ini membawa gambaran negatif  apabila ia dikaitkan dengan amalan ‘kronisme’, kaki projek dan ‘pilih kasih’.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Marang Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail berkata, apabila disebut J3K masyarakat memandang negatif kerana sebelum ini mereka didakwa ‘baham’ duit sahaja tanpa buat sesuatu perkara.

“Adakah kita nak dilabelkan dengan perkara yang sama ataupun tidak… tidak… bukan semua J3k dulu lagu ( macam)  itu  tapi biasalah ada yang buat perangai,

“Kalau selama  ini kita gambarkan  J3K sebelum ini negatif pada dari pandangan , maka  nak kena ubah persepsi diri sendiri dan juga  dikalangan masyarakat.

“dan inilah yang kita nak realisasikan pada masyarakat insya Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan pada kem Jati Diri Terengganu Sejahtera 2018 Daerah Kemaman di The Regency Waterfront Kuala Terengganu Kuala Ibai pada Jumaat, 3 Ogos.

Katanya, semua penjawatan dulu tidak menjadi masalah untuk di adaptasi sekali dalam gerak kerja.

“Kalau dulu sebelum ini gerak dalam pimpinan dalam parti  Ketua Cawangan sebagai Timbalan Setiausaha Cawangan…. Setiausaha cawangan…. Timbalan cawangan…  Ketua Pemuda cawangan …,

“maka apa yang kita buat dan urus adalah orang di bawah pentadbiran  kita,

“Kita hari ini diberi amanah memerintah Negeri Terengganu takkanlah Menteri Besar nak turun kampung …. nak buat kerja nak tanya sorang-sorang masyarakat  dengan masalah yang mereka hadapi,” jelasnya.

Menurutnya, pemimpin PAS yang dipilih dan  diberi amanah untuk memimpin masyarakat diperingkat asas akar umbi.

“Sebenarnya bila kerja yang berkait dengan kebajikan masyarakat  dan soal pengurusan kebajikan rakyat maka kita  adalah pelaksana bagi  dasar pemerintahan,

“jadi  tuan-tuan kena faham kita yang dilantik penerima amanah sebagai J3K ia satu organisasi yang bukan datang bersifat untuk mencari keuntungan sebagaimana kita buka syarikat,

“dan kita mewakili rakyat diperingkat bawahan  maka tuan-tuan dari sudut skop kerja sekarang kena berhadapan dengan masyarakt kampung,” ujarnya.

Justeru katanya, persiapan rohani perlu ada dalam diri untuk berhadapan dengan rakyat tak kira dari parti PAS, Umno, Pakatan Harapan (PH) ataupun atas pagar kerana mereka adalah dibawah pengurusan pentadbiran negeri.

Sumber BO - 4-7-2018





















































Atap Dua Buah Rumah Terbang Ditiup Angin Kencang

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Atap dua buah rumah terbang ditiup angin kencang dalam satu kejadian ribut taufan yang berlaku secara tiba-tiba telah melanda di Kampung Jerangau.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Jerangau, Arfan Tahir berkata, kejadian tersebut dimaklumkan berlaku pada pukul 8.30 malam.

“Anggaran kerugian tidak dapat dikenal pasti,

“tetapi 24 keping atap rumah sudah diterbangkan oleh ribut kencang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada selasa, 31 Julai.

Sehubungan dengan itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman berkata, kejadian bencana alam sentiasa tidak dapat dijangka.

“Bagi kes seperti ini, saya merasakan yang kita perlu bersiaga dan bersedia,

“mujurlah kita (PAS) sudah ada pengalaman dalam menangani hal seperti ini sebelum kita memerintah lagi,” ujarnya.

“Kerajaan PAS sebelum ini sentiasa cakna dan prihatin akan kejadian bencana alam yang tidak terduga ini,

“24 keping atap telah kita gantikan dan berharap agar tindakan yang cepat ini akan memberi keselesaan kepada rakyat,” jelasnya.

Menurutnya, tindakan ini bertepatan dengan hasrat kerajaan Negeri Terengganu yang mecaknai dan prihatin terhadap nasib rakyat.

Dan katanya lagi menjadikan Terengganu sebuah Negeri yang bukan hanya sekadar maju, tetapi juga beroleh keberkatan dan mesejahterakan rakyatnya.

Sumber BO - 3-8-22018

























































Tg Ibrahim gesa rujuk perjanjian asal

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Persekutuan yang kini diterajui gabungan PH diingatkan agar kembali merujuk kepada perjanjian asal mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 berkenaan pembayaran royalti Petroleum dan Gas. 
Gesaan itu, disarankan oleh Kerabat DiRaja Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasharuddin Shah yang mahukan Kerajaan PH membayar terus royalti lima peratus kepada kerajaan negeri ini. 
Malah, beliau bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri Kelantan menuntut lima peratus royalti seperti negeri-negeri pengeluar minyak lain. 
"Saya setuju dengan saranan (Kelantan) itu. Sebab apa? Kita balik kepada perjanjian asal melalui Akta Kemajuan Petroleum 1974. Perjanjian asal mengatakan bayaran sebanyak lima peratus tunai. 
"Saya harap negeri Terengganu terima dahulu lima peratus itu dengan syarat, wang royalti itu hendaklah dibayar terus kepada kerajaan negeri dua kali setahun. Jika tidak silap saya bulan April dan September setiap tahun," jelasnya. 
Beliau selaku Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) berkata demikian ketika ditemui Harakah di pejabatnya, Jalan Batas Baru, di sini semalam. 
Mengulas cadangan Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa yang mahu penubuhan Majlis Tindakan dan Pembangunan Negeri Kelantan diwujudkan bagi mengurus peruntukan Persekutuan, Tengku Ibrahim tidak bersetuju. 
Katanya, cadangan Husam itu tidak dipersetujui kerana mengikut perjanjian asal pihak Petronas diwajibkan membayar lima peratus tunai kepada negeri Terengganu. 
"Saya tidak setuju sebab, dalam perjanjian asal tidak disebut pun perkara itu dan bercanggah. 
"Kerajaan PH pula janganlah membuat pusingan (helah) sebab minyak ini kurniaan Allah Taala untuk rakyat Terengganu, bukan untuk PAS, bukan untuk Umno, bukan untuk BN. 
"Tapi, untuk rakyat negeri Terengganu. Kebetulan pula Terengganu sekarang ini diperintah oleh PAS. Saya pula bukan anti kerajaan Pakatan Harapan," tegasnya. 
Tengku Ibrahim melahirkan rasa kebimbangan itu jika, Kelantan ditubuhkan (Majlis Tindakan dan Pembangunan Ekonomi), sudah pasti Terengganu juga akan diwujudkan itu. 
"Wang (royalti) ini akan digunakan untuk pembangunan negeri Terengganu dan menaiktaraf hidup rakyat yang miskin di luar bandar. 
"Maka, tidak elok jika kerajaan PH menyekat atau menafikan hak bayaran (royalti) terus kepada negeri (Terengganu)," ujarnya dengan rasa terkilan. 
Sebaliknya, kata beliau akan terus berjuang dan bersuara bagi menuntut hak rakyat negeri ini, yang pernah dinafikan bayaran royalti ketika Umno-BN memerintah Terengganu. 
Tambahnya lagi, Kerajaan Persekutuan pimpinan PH dan Kerajaan PAS Terengganu boleh merujuk kepada dua tokoh, iaitu Tengku Razaliegh dan Tun Dr Mohd Salleh Abas, yang terlibat secara langsung merangka draf perjanjian tersebut. -HARAKAHDAILY 3/8/2018
Sumber HD - 3-8-2018
























































Muaythai SUKMA; Terengganu Sasar Dua Emas.

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Terengganu mensasarkan dua pingat emas untuk acara sukan muaythai di Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 yang akan berlangsung pada 12 hingga 22 September di negeri Perak.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Cikgu Alias Harun berkata, sesi latihan sedang giat dijalankan samada diadakan di dalam negara dan juga luar negara.

“Latihan di beberapa tempat salah satunya di Phuket, Thailand”, katanya.

Cikgu Alias yang telah dilantik sebagai bapa angkat sukan muaythai di Majlis Watikah Perlantikan Bapa Angkat Sukan-Sukan SUKMA 19 Perak 2018 bertempat di Ruang Legar Tingkat U2, Wisma Darul Iman pada Rabu, 1 Ogos.

“Dengan melantik bapa angkat supaya bapa bapa angkat ini memberi motivasi, semangat dan dorongan kepada atlet-atlet ini( yang bertanding)”, katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itumenambah, atlet-atlet yang mewakili negeri, seramai enam wanita dan sembilan lelaki yang terdiri sebahagiannya daripada pelajar.

“Mereka ini juga diberi pendedahan dengan menyertai pelbagai pertandingan di dalam dan juga luar negara”, ujarnya.

Beliau turut melahirkan harapan agar pasukan sukan muaythai berjaya memperolehi lebih daripada sasaran emas memandangkan tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih serta kesungguhan para atlet tersebut.
























































Sumber BO - 2-8-2018






















































40 Pegawai Media Akan Dilantik 15 Ogos Ini

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu melantik seramai 46 orang, termasuk 36 orang kakitangan bertaraf ‘ad-hoc’ dan 10 orang kakitangan kontrak bermula 1 Ogos lepas sehingga 31 Julai 2019.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) Haji Marzuki Endut berkata, seramai 40 orang Pegawai Media akan dilantik termasuk 32 orang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan orang di peringkat parlimen bermula 15 Ogos ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Lapor Diri dan Ikrar Perjawatan di Dewan Konvensyen di Wisma Darul Iman di sini pada 1 Ogos.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pengarah Unit Penerangan Darul Iman (UPDI) Ustaz Mohd. Soud Said dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah serta beberapa orang kakitangan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia).

Dalam majlis tersebut seramai 24 orang kakitangan dilantik untuk bertugas di UPDI manakala 22 orang yang lain berkhidmat di i-MITS.

Sementara itu Haji Marzuki berkata, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangan yang terlibat dengan kesalahan jenayah sekaligus mengambil tindakan tegas memberhentikan perkhidmatan mereka sebagai kakitangan awam.

“Mereka seharusnya memahami peraturan-peraturan sebagai pejawat awam dan terikat dengan peraturan tersebut, ” ujarnya.

Sumber BO - 2-8-2018 






















































Bantah Aktiviti Pembalakan Hutan Simpan




























































Antara kawasan hutan simpan yang ditebang sebelum ini dengan alasan membuka lombong bijih besi
Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi membantah aktiviti pembalakan Hutan Simpan Sungai Lutong, Kampung Tepus yang akan memberi kesan kepada penduduk sekitarnya.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman berkata, beliau memandang serius perkara ini kerana sebahagian penduduk masih bergantung dengan bekalan air bukit.

“Aktiviti pembalakan ini akan memusnahkan kawasan tadahan air hujan,
“dan akan merencatkan keindahan serta kecantikan Bukit Besi yang terkenal dengan flora dan fauna,” katanya.






















































‘Balak hanyut’…….kesan penebangan balak dalam DUN Bukit Besi
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Rabu, 1 Ogos.

Katanya, tindakan bantahan tersebut relevan kerana usaha kerajaan Negeri yang ingin menjadikan Bukit Besi sebagai sebuah tempat Agro Pelancongan yang terkenal.

“Kita tidak akan biarkan pembalakan ini dijalankan dengan sewenangnya,

“agar keindahan dan kecantikkannya akan kekal terpelihara dan terjaga,” ujarnya.
Menurutnya, pihak kerajaan aka mengambil tindakan secara drastik

demi menjaga manfaat penduduk setempat.

Justeru,Haji Ghazali akan menghantar surat kepada Pejabat Hutan Terengganu Selatan agar kegiatan tersebut diambil tindakan yang sewajarnya.

Sumber BO - 2-8-2018













































































































Terengganu Aiming To Bag 69 Gold Medals In 19th Sukma Games

KUALA TERENGGANU: Terengganu is aiming to bag 69 gold medals in next month’s 19th Sukma Games.

State exco for youth development, sports and non-governmental organisations Wan Sukairi Wan Abdullah said the state is aiming to gain gold medals again in three sports – cycling, judo and archery.

Terengganu got 47 gold medals in the 18th Sukma Games.

“We are making every effort to realise this goal,” he said adding that the state has invested about RM8mil to train athletes for the sporting event, which will take place in Perak from Sept 12 to 22.
Over 700 athletes from the state will be competing in the upcoming games.

When asked if athletes will be offered any incentives to do better at the Games, Wan Sukairi said the state will need to consider the athlete’s development and achievements at the Games first.
“Our focus now is to achieve our gold medal target,” Wan Sukairi said.

He said this at an event to appoint custodians who will be responsible for each sports team competing in this year’s Sukma.

The custodians were selected among Members of Parliament, Assemblymen and senior government officials in the state and will be tasked to supervise and motivate the teams towards victory – thestar

Sumber BO - 2-8-2018























































MB Mulakan Kerja Dengan Beriadah

Oleh : Saiful Mustafa

KUALA TERENGGANU – Dalam kesibukan melaksanakan tugas pentadbiran sebagai ketua kerajaan negeri, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar masih berkesempatan untuk beriadah santai bersama isteri, Tuan Faezah Abd. Rahman dengan mengayuh basikal dan berjoging sebelum ke Wisma Darul Iman, di sini.

Menteri Besar yang lebih mesra dikenali sebagai Dr. Sam, mengayuh basikal bersama isteri dari kediaman Seri Setia di Batu Burok di sini bermula jam 7.50 pagi menuju ke Pantai Batu Burok sejauh kira-kira dua kilometer dari kediaman beliau.

Di kedinginan pagi sambil menyedut udara bersih dan segar beliau dan isteri turut berjoging di persisir pantai tersebut selama 10 minit, satu amalan sihat yang perlu turut menjadi amalan seluruh warga Terengganu.
Dr. Sam ke pejabatnya di Tingkat 16, Wisma Darul Iman kira-kira jam 8 pagi dalam keadaan segar dan bersedia menyelesaikan masalah pentadbiran dan politik dengan tabah, demi menjayakan cita-cita menjadikan Negeri Terengganu maju, berkat dan sejahtera.
























































Sumber BO - 2-8- 2018























































Terengganu Wants Oil Royalty Based On Production, Not Net Profit

KUALA TERENGGANU: Terengganu is standing its ground on the oil royalty matter saying that the Government should honour agreements made with the state government and that the royalty should be paid based on gross production and not net profit.

“This follows what was agreed on before, that the state receives 5% of oil royalties based on production,” said Mentri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar on Wednesday (August 1).

He added that the Pakatan Harapan-led Federal Government can review and study the feasibility of fulfilling its manifesto promise of paying 20% royalty to petroleum-producing states, but it must also honour previous agreements.

“They can take all the time they want to study it, but we certainly feel that they have to commit to what was agreed upon before. n this case, we expect to receive 5% royalty based on gross production by September.

“The oil royalty matter is subject to the Government’s decision, so we will leave it to them.

“But at this stage, they should continue with the 5% quantum before they decide on what they mean by paying 20%,” he said, when met after an event to appoint 29 custodians overseeing athletes competing in the 19th Sukma Games in Perak in September.

Dr Ahmad Samsuri said he has met with the Sarawak and Kelantan state governments over the matter and they all concur that the Federal Government should honour previous agreements that royalty payments be made based on gross production.

He said he also received a courtesy call from Petronas president and group chief executive officer Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin two weeks ago.

Apart from the royalty issue, they also discussed further collaborations to develop the state’s petrochemical sector.- thestar

Sumber BO - 2-8-2018























































UPDI, i-MiTS Mengorak Langkah Ke Hadapan

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU – Unit Penerangan Darul Iman (UPDI) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) akan segera mengerakkan jentera masing-masing, ke hadapan.

Pengarah UPDI, Ustaz Mohd Soud Said berkata, seramai 46 orang kakitangan baharu bagi kedua-dua agensi tersebut akan membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.

Beliau berharap kakitangan baharu itu, akan melaksanakan gerak kerja penerangan dan dakwah yang telah dirancang secepat dan sebaik mungkin, sebagaimana yang diharapkan.

“Seramai 24 orang untuk UPDI, telah mengangkat sumpah menerima jawatan sebentar tadi dan baki seramai 40 orang lagi akan masuk pada 15 Ogos ini.

“Kami merancang dalam masa terdekat ini untuk mengadakan program dialog dengan MB dan Exco di semua lapan daerah bagi memberikan penerangan secara langsung kepada rakyat berkaitan dengan perancangan dan hasil yang telah kerajaan lakukan,” kata beliau.

Sehubungan itu, Pengarah i-MiTS Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, dengan pengambilan baharu ini, mereka ini akan membantu memudahkan kerja-kerja khususnya dalam menjanakan kekuatan kerajaan supaya menepati motto Maju Berkat Sejahtera.

“Saya menaruh keyakinan sepenuhnya semua yang baharu menandatangani surat tawaran jawatan itu adalah yang terbaik yang akan memberikan komitmen yang terbaik kepada Kerajaan Negeri.

“i-MiTS adalah diasaskan kepada modal insan, dan kita akan menggarapkan jiwa manusia tersebut supaya menjadi manusia yang tepat mengikut Al-Quran dan Hadis,” terang beliau mengenai peranan i-MiTS.

Kedua mereka ditemui sejurus selesai Majlis Angkat Sumpah Jawatan kakitangan kontrak baharu di Dewan Syarahan Tingkat Dua, Wisma Darul Iman hari ini, Rabu 1 Gos.

Majlis lafaz ikrar tersebut diketuai oleh Pegawai Khas Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Ukashah Hassan disempurnakan di hadapan Setiausaha Bahagian (Pengurusan Sumber Manusia) Haji Marzuki Endut.

Sebelum itu, Marzuki turut memberikan ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas berkenaan tugas sebagai seorang penjawat awam.

Beliau menekankan setiap kakitangan menjaga disiplin agar tidak mencemarkan nama baik Kerajaan Negeri dan juga mengingatkan kepada hukuman yang bakal dihadapi jika didapati bersalah melakukan jenayah.























































Sumber BO - 1-8-2018

Bertekad Bantu Laksanakan Syariat

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K) diajak bertekad membantu kerajaan PAS Terengganu dalam melaksanakan syariat Allah SWT dengan meletakkan kepentingan meninggikan agama Allah.

Timbalan Pengerusi Kebajikan, Wanita dan Perpaduan Kaum Negeri, Cikgu Alias Harun menyeru semua yang telah dilantik agar menjalankan amanah ini dengan berlandaskan al- Quran dan Hadis dalam membuat keputusan dan tindakan.

“Juga sama-sama kita berganding bahu bagi melestarikan pemerintahan yang bertemakan Terengganu Maju Berkat Sejahtera,” tegasnya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Majlis Penyampaian Surat Perlantikan kepada seluruh J3K bagi kawasan Dungun yang diadakan di Dewan Utama, Majlis Perbandaran Dungun pada Ahad lalu, 29 Julai.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun itu juga mengingatkan, supaya setiap aduan dan permintaan rakyat diselesaikan sebaik mungkin tanpa mengira fahaman politik.

“Mungkin permintaan tidak dapat dipenuhi dengan segera, mungkin memakan masa,”

“Dan setiap aduan atau permintaan perlu dibawa bermesyuarat didalam jawatankuasa mereka dan diputuskan bersama bukan keputusan seorang,” jelas ADUN Rantau Abang itu.
































































Sumber BO - 1-8-2018

































































Sembilan Tan Abu Al-Quran Dilupuskan

Oleh : MNA

KUALA TERENGGANU – Kira-kira sembilan tan abu Al-Quran dalam bentuk kiub telah berjaya dilupuskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) semenjak 2016 yang berpurata berat 10 kg setiap unit.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Ustaz Mohd Nor Hamzah, jumlah itu termasuk yang terbaharu sebanyak 3.8 tan, yang dibawa berhampiran dengan Pulau Kapas, Marang.

“Sebenarnya pelupusan bahan-bahan Al-Quran ini kita lakukan mengikut ‘Standard Operating Procedures’ (SOP) bermula dari pengumpulan, pembakaran, pembentukan kiub sehinggalah pelupusan ke laut.

“Alhamdulillah kita telah menunaikan tanggungjawab terakhir iaitulah pelupusan ke laut,
“Keseluruhannya ialah kira-kira 10 ribu naskah Al-Quran yang kita tukarkan kepada bentuk kiub dan ia bukan kerja yang mudah,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menyempurnakan pelupusan itu semalam, pada Selasa 31 Julai.

Sehubungan itu, menurut Ketua Penolong Pesuruhjaya JHEAT Bahagian Penyelidikan, Haji Mohd Noor Mohamad, perkhidmatan itu diberikan secara percuma.

Katanya, ia bermula sejak tahun 2012 lagi dan secara keseluruhannya JHEAT telah mengumpul dan melupuskan sebanyak 103 tan bahan dan teks Al-Quran dari seluruh Terengganu.

Beliau berkata, sebelum kaedah tersebut digunakan, masyarakat mengumpul dan membakar secara tidak terkawal dan tidak menepati syariat.

“Kita ambil insiatif, kita kumpul, kita bakar dan pada peringkat awal dahulu, kita terpaksa merincih sebelum membakarnya, tetapi memakan masa yang panjang.

“Jadi kita reka relau yang ada ini, tiada kerja-kerja rincih itu dan walaupun naskah itu basah, kita tetap boleh bakar.

“Yang dari Kelantan, kita terima 50 ribu kg naskah, ketika banjir besar dahulu, dalam keadaan basah kuyup sekalipun, kitab oleh bakar,” terang beliau lagi.

Tambah beliau , dari semasa ke semasa, baki bahan teks Al-Quran dan juga yang telah siap dijadikan kiub akan dilupuskan yang dianggarkan sebanyak 4.2 tan.

Katanya, kesemua bahan teks yang diterima itu samada daripada Al-Quran atau kitab agama yang buruk dan juga bahan yang tersalah cetak.

Ditanya berkenaan cadangan untuk membuka perkhidmatan pelupusan ini kepada negeri lain, Mohd Noor berkata, perkara itu boleh dibincangkan dan mungkin sedikit bayaran akan dikenakan.

Justeru kata beliau, orang ramai yang ingin melupuskan bahan teks Al-Quran di sekitar Kuala Terengganu, bolehlah menghantarnya ke pusat pengumpulan di Masjid Abidin dan bagi yang berada luar Kuala Terengganu, boleh bertanya pegawai Pejabat Agama Daerah masing-masing.

Sumber BO - 1-8-2018
































































































































Kerajaan Negeri Bantu ‘Gelandangan’


































































'Gelandangan' tidur di kawasan Hentian Bas MBKT, lokasi yang menjadi tumpuan untuk golongan tersebut 'lepak'
Oleh : Solahuddin Al-Idrus

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan membantu, memberi penempatan rumah untuk golongan gelandangan bagi menjadikan taraf hidup mereka agar tidak tersisih dan hidup dalam suasana yang tidak terancam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan tempatan, Perumahan, kesihatan dan Alam Sekitar, Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu, kami akan cuba menyelesaikan masalah ini bukan hanya pada wanita tersebut tapi juga pada gelendangan yang lain,

“Kami akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan memberi tempat perlindungan yang sewajarnya,” katanya ketika di temui semalam 30 Julai.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar itu, pihaknya akan mengadakan akan menguruskan sesi kaunseling dan kelas agama bagi golongan terbabit bagi memulihkan semangat dan meningkatkan kefahaman gama kepada mereka.
































































Ustaz Shmad Shah, ADUN Bandar
“Kita amat menitik berat masalah gelendangan dan remaja. Disamping itu kita akan adakan kaunseling dan pendedahan pada ilmu agama,” tambahnya,

Beliau yang sering membuat tinjauan ke lokasi ‘panas’ yang menjadi ‘tempat lepak’ golongan gelandadangan di bandaraya ini akan turut bergerak bersama-sama Pejabat Daerah Kuala Terengganu.

“Kami akan bersama bergerak dengan Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Pusat Khidmat Adun Bandar dan Unit Kebajikan Masyarakat untuk sama-sama selesaikan masalah ini,

“supaya mereka dapat hidup seperti manusia lain mempunyai tempat kediaman dan suasana kehidupan yang tidak mengancam keselamatan mereka,” jelas beliau.

Sumber BO - 31-7-2018

































































J3K Bidang Kuasa Negeri, Tiada Pelantikan Persekutuan

KUALA TERENGGANU – Mesyuarat bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina binti Mohd Harun, telah memutuskan perlantikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K) ialah bidang kuasa Kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, mesyuarat terbabit juga menetapkan, tidak ada perlantikan J3K Persekutuan daripada Kerajaan Pusat.

“Tak ada perlantikan JKKP (J3K) dari kerajaan pusat yang akan bertindih bidang tugas dan fungsi dengan J3K sedia ada.

“Maka J3K lantikan kerajaan (negeri) Terengganu ialah untuk rakyat. Tak ada lagi kebimbangan berlaku campur tangan Kerajaan Pusat dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan semalam, 30 Julai.

Oleh itu, beliau menyeru agar semua anggota J3K yantbtelah dilantik dan disahkan di negeri ini agar melaksana tugas dengan cemerlang.

“Sahabat-sahabat J3K perlu berfungsi dengan sebaiknya menggalas amanah rakyat. Semua penduduk kampung ialah rakyat kita.

“Kita mewakili suara dan denyut nadi rakyat,” jelas beliau.

Sumber BO - 3-7-2018

TDM struktur semula lembaga pengarah

KUALA LUMPUR: TDM Berhad telah menjalani proses penstrukturan semula ahli lembaga pengarahnya yang telah menyebabkan lima peletakan jawatan secara sukarela dan lima pelantikan baru yang berkuatkuasa serta-merta. 
Memetik laporan laman web Teganukita, TDM Berhad mengumumkan Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail meletakkan jawatan dan digantikan oleh Dato’ Raja Idris Raja Kamarudin. 
Idris, 65, berpengalaman selama 30 tahun dalam jawatan pengurusan kanan di syarikat swasta, syarikat tersenarai awam dan multinasional. Beliau adalah Pengarah Eksekutif Kumpulan TDM dari tahun 2000 hingga 2004. 
Beliau juga merupakan Pengarah Terengganu Inc Sdn Bhd iaitu syarikat pemegangan pelaburan milik negeri Terengganu yang merupakan pemegang saham utama dalam TDM. 
Sementara itu, dua Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif, Dato’ Ahmad Shukri Md Salleh dan Mohd Nasir Ali, juga meletak jawatan. Turut meninggalkan lembaga itu adalah dua Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif, iaitu Samiun Salleh dan Md Kamaru Al-Amin Ismail. 
Mereka digantikan oleh Mohd Kamaruzaman A Wahab dan Burhanuddin Hilmi Mohamed yang dilantik sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif manakala Mazli Zakuan Mohd Noor dan Dato’ A. Rahman Yahya dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif. 
Jun lalu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Moktar dilaporkan berkata kerajaan negeri akan menyusun semula semua anak syarikatnya, terutama di bawah Terengganu Inc. seperti TDM, untuk menyusun semula kepentingan mereka dengan kerajaan negeri. 
"Kami akan menyusun semula semua syarikat yang dimiliki oleh kerajaan dan menyusun semula arah perniagaan mereka," katanya. 
Terengganu Inc. kini mempunyai kira-kira 61.084 peratus kepentingan dalam TDM yang mengendalikan penanaman sawit dan penjagaan kesihatan.
Sumber HD - 31-7-2018 



































































Patriotik disemai, pahlawan dihargai

KEMERDEKAAN dan keamanan negara yang kita kecapi pada hari ini merupakan hasil dari pengorbanan para perajurit dan anggota keselamatan yang menyekat segala ancaman dari dalam dan luar negara. 
Mereka mempertahankan ibu pertiwi dengan darah dan nyawa menjadi taruhan. 
Justeru, sempena Hari Pahlawan, saya mengajak seluruh rakyat Terengganu dan Malaysia umumnya menyemai semangat patriotik dalam diri dan mempertahankan kedaulatan negara seperti semangat perwira. 
Jadikanlah ia sebagai satu iltizam dalam diri untuk menghargai para pejuang negara.
Selamat Hari Pahlawan kepada semua perajurit dan anggota keselamatan serta keluarga mereka. 
Tanpa kalian, rakyat Malaysia tidak dapat menikmati apa yang dimiliki sekarang. 
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
31 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 31/7/2018
Sumber HD - 31-7-2018 









































































































































Mereka Yang Telah Dilantik Jangan Lupa Diri!

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) dinasihatkan agar tidak lupa diri supaya usaha kerajaan menjadikan negeri Terengganu sebuah negeri yang Maju, Berkat Dan Sejahtera berjaya dicapai.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata kegagalan melaksanakan amanah memberikan kesan kepada pentadbiran Wisma Darul Iman.

“Alhamdulillah, hari ini telah diserahkan surat Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K),

“Secara tidak langsung ini telah memberi hitam dan putih kepada setiap Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa yang dilantik untuk melaksanakan setiap arahan dan tugasan yang telah diberi,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pihak Media ketika Majlis Penyampaian Surat Perlantikan di Dewan Perbandaran Dungun pada Ahad 29 Julai.

“Kita mengharapkan komitmen yang tinggi, jitu dan kesungguhan dari setiap (orang) yang dilantik,
“galas dan pikullah tanggungjawab ini dengan penuh amanah, jagalah etika, adab dan tingkahlaku yang sesuai sepanjang bersama rakyat,” tegas beliau.

Haji Ghazali juga turut memberi peringatan agar pihak J3K memudahkan urusan dan menjadi ‘jambatan’ yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan negeri,

“kita adalah agen bagi mendengar, memperjuangkan serta menjuarai isu-isu yang berlegar didalam masyarakat,

“saya berharap agar semua yang dipilih dipermudahan urusan dan beroleh keredhaan Allah,” jelas beliau.

Semua Pengerusi J3K dari setiap kampung dalam DUN Bukit Besi hadir, bagi menerima surat perlantikan sebagai pengerusi dan ahli jawatankuasa J3K bagi sesi 2018/2020

Sumber BO - 30-7-2018





































































Rempit: Pendekatan Polis dipuji

SYABAS diucapkan kepada Superintenden Mohd Said Ibrahim dan seluruh anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang terlibat dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan Daerah Kemaman pada 26 Julai yang lalu. 
Pendekatan yang terbaru diambil oleh pihak polis bahagian ini dalam menangani dan membanteras gejala rempit ini adalah pendekatan yang sangat baik dan wajar dipuji. Seramai 79 orang mat motor yang ditahan dibawa untuk Solat Subuh berjemaah, mengadakan bacaan Yasin dan juga sedikit peringatan dari imam yang bertugas. 
Dalam usaha mencegah budaya rempit ini, bukan aspek luaran sahaja perlu diambilkira tetapi pengisian rohani amat penting dalam mendidik anak muda kita yang terjebak dengan budaya yang tidak sihat ini. 
Syabas sekali lagi diucapkan. 
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu
30 Julai 2018  - HARAKAHDAILY 30/7/2018



























































































































































Sumber HD - 30-7-2018

J3K jambatan kerajaan dengan rakyat

DUNGUN: Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) turut mempunyai peranan penting menjadikan menjadikan Terengganu negeri yang maju, berkat dan sejahtera. 
Sehubungan itu anggota J3K diharap memikul tanggungjawab dengan penuh amanah serta sentiasa menjaga tingkah laku, demikian nasihat Penyelaras Dun Bukit Besi, Ghazali Sulaiman 
Beliau turut mengingatkan agar semua anggota J3K tidak mudah lupa diri dengan jawatan yang dimiliki kerana ia akan memberi kesan kepada pentadbiran Wisma Darul Iman. 
Seru beliau, J3K perlu memudahkan urusan dan menjadi 'jambatan' yang menghubungkan rakyat dengan kerajaan negeri serta menjadi agen bagi mendengar masalah rakyat. 
Beliau berkata demikian paa Majlis Penyampaian Surat Perlantikan di Dewan Perbandaran Dungun, di sini semalam, demikian lapor Buletin Online. 
“Kita mengharapkan komitmen yang tinggi, jitu dan kesungguhan dari setiap (orang) yang dilantik. Galas dan pikullah tanggungjawab ini dengan penuh amanah, jagalah etika, adab dan tingkahlaku yang sesuai sepanjang bersama rakyat," nasihatnya. -HARAKAHDAILY 30/7/2018
Sumber HD - 30-7-2018 









































































Enam Sekeluarga Nyaris Terkorban Dalam Kebakaran

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Enam sekeluarga nyaris menjadi korban dalam sebuah kebakaran apabila kediamannya hangus terbakar dijilat api di Kampung Cabang, Kertih, semalam.

Dalam kejadian pada 7.00 pagi itu, kesemua mereka berlari keluar sehelai sepinggang bertindak menyelamatkan diri apabila terdengar bunyi letupan serta api mula merebak dan membakar setiap ruang rumah.

Kejadian mula disedari pemilik rumah, Mohamad Boto, 50 yang sedang menonton televisyen sebaik sahaja selesai menunaikan solat subuh.
\
“Ianya berlaku terlalu cepat dan dengan jelas saya melihat kebakaran besar bermula dekat meter api (switch box),

“dan saya bergegas mengejutkan anak cucu yang masih tidur serta melarikan diri keluar ketika api sudah marak menjulang,” ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tan Boto.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili yang berkejar ke tempat kejadian mendapat taklimat daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kertih, Khairul Hasni Mokhtar yang mengetuai operasi memadam api kebakaran.

Pihak bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 7.10 pagi dan berjaya mengawal kebakaran dalam masa 15 minit.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,satu keluarga enam orang berada dalam rumah tersebut semasa kejadian berlaku,

“Seramai 13 anggota dengan tiga jentera digunakan, dua dari Kertih dan satu dari Kijal digunakan dalam operasi ini, punca kejadian dan jumlah kerugian belum dikenalpasti,” tambah Khairul Hasni Mokhtar yang merupakan Timbalan penguasa bomba.

Menurutnya, Kebakaran tersebut telah memusnahkan 85% rumah kayu dan dapat dikawal dalam masa lima belas minit serta segala punca dan anggaran kerugian akan dikenalpasti oleh Bahagian Forensik Kebakaran Bomba dan Penyelamat.

Turut hadir sama ke tempat kejadian ialah Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Amri Mamat.

Ssumber BO - 29-7-2018


















































































































































Greater police presence in Pulau Perhentian

BESUT: Residents and tourists in Pulau Perhentian can feel much safer as plans to increase police personnel there is underway.

Terengganu police chief Deputy Comm Datuk Aidi Ismail said eight personnel from the Tourist Police Unit at the state police contingent will be sent each week to help curb crime on one of the state’s most popular tourist destinations.

“They will be stationed at some of the hotpots we have identified on the island and hopefully, with their presence, crime can be brought under better control,” he said at a community policing event on the island on Friday (July 27).

He added that the deployment of police personnel on Pulau Perhentian will begin from Aug 1.

DCP Aidi said although the crime rate on the island is generally low, with two robbery cases recorded last year and one rape case this year, islanders still felt the need for stronger police presence.

“Among their main concerns are outsiders coming and staying on the island, posing as tourist or workers, whom they suspect are behind crimes on the island,” he said.

DCP Aidi said plans are also in the pipeline to upgrade the small police base located at the fisherman’s village on Pulau Perhentian Besar into a proper police station.

The number of police personnel at the station will also be increased from the current six to 14 -.thestar

Sumber BO - 29-7-2018










































































CAKNE : Komitmen PAS Agih Bantuan Secara Terus

KUALA NERUS – Membantu mengumpulkan sumbangan dan mengagihkan bantuan keperluan rakyat Kuala Nerus telah menjadi objektif utama penganjuran program Cakna Kuala Nerus ( CAKNE ) yang bermula pada 27 Julai sehingga 10 Ogos 2018.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Dr Khairuddin Aman Razali berkata, ianya dapat memberi peluang kepada mana-mana pihak yang ingin berkongsi rezeki bersama untuk dinikmati bagi golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

“Program yang dibuat pada hari ini bertujuan mengajak masyarakat Kuala Nerus untuk menyumbang kerana itu adalah sifat orang-orang yang beriman,

“kita tahu orang susah berada di mana-mana dan ianya merupakan kewajipan kita untuk sama-sama mengajak  berganding bahu membantu orang susah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pada Majlis Pelancaran Program CAKNA Kuala Nerus (CAKNE) pengumpulan dan agihan keperluan asas rakyat miskin percuma di perkarangan Pasar Batu Enam pada Jumaat, 27 Julai.

Menurutnya, program berlangsung selama dua minggu bagi membuka ruang kepada masyarakat menghantar keperluan mereka ke sini dan orang miskin datang terus ambil barang.

“Keperluan asas yang disumbangkan seperti beras, gandum, sardin, minyak masak serta bantuan perbelanjaan akan terus dikumpul dan diagihkan kepada keluarga yang layak,

” Gula kita tidak digalakkan oleh kerana kita ingin menggalakkan rakyat mengamalkan cara hidup yang sihat,” katanya.

Menurutnya, seramai 30 keluarga menerima bantuan hasil sumbangan orang ramai dan sedikit wang tunai yang diagihkan oleh pihak urusetia program.

Sumber BO - 28-7-2018

Taman Tema Air Tarikan Baru Di Kemasik

Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – Taman tema air terulung di sini, yang sedang dalam pembinaan membabitkan kos lebih RM3 juta, siapnya nanti pasti menjanjikan pengalaman menyeronokkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, taman tema air itu dibangunkan oleh usahawan terkenal di Kemasik, Dato’ Haji Khaidir Khana Hamzah di atas tanah kepunyaan beliau seluas enam ekar.

“Lokasi taman tema air ini sangat strategik dan tidak jauh dari pusat membeli-belah terkenal Mesra Mall, iaitu di Kampung Baru Kiri berhampiran Kemasik,

“Difahamkan akan akan mula beroperasi dalam beberapa bulan lagi iaitu awal Januari 2019 ini,” kata Ir Saiful Azmi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melawat tapak cadangan Taman Tema itu ketika  pada pagi Jumaat, 27 Julai.

Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Pengarah Syarikat Hamzah Ibir Sdn Bhd, Dato’ Haji Khaidir Khana Hamzah berkata, idea pembinaan taman tema tersebut tercetus apabila melihat kesungguhan ADUN Kemasik berusaha keras memajukan bandar tersebut.
\
Menurut Ir Saiful bandar Kemasik yang sebelum ini diwakili oleh BN telah banyak ketinggalan dan tidak mencerminkan sebagai sebuah bandar industri gas dan minyak.

“Pihak syarikat akan menyiapkan taman tema ini secepat mungkin, ianya merangkumi dua fasa pembinaan untuk kerja-kerja bagi fasa pertama sebuah kolam untuk aktiviti sukan air dan kerja-kerja berkaitan bakal siap dalam beberapa bulan lagi.

“Selepas siap untuk fasa pertama, taman tema air ini akan mula dibuka secara berperingkat.

“Selepas semua kerja-kerja pembinaan selesai dalam masa dua tahun dari sekarang, taman tema yang dinamakan sebagai ‘Taman Rehlah DKK’ ini bakal menjadi tarikan dan pilihan ramai pengunjung,” ujar Dato’ Khaidir Khana.

Beliau juga berkata, siapnya taman tema air itu nanti, ia bakal mampu menampung 3,000 orang pada satu masa dan menawarkan peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

Sumber BO - 28-7-2018












































































Teruskan kempen Terengganu bersih

TADI saya buat tinjauan ke Lagun Kuala Ibai dan Pantai Batu Buruk. Alhamdulillah, keadaan kebersihan lebih baik sejak Kempen Terengganu Bersih digerakkan bersama rakyat walau masih ada pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan sisa makanan, gelas dan pinggan polisterin, plastik merata rata. 
Sekalung terima kasih dan tahniah serta doa kesejahteraan kepada semua yang berbudi dan berbakti. Dan tanpa putus asa serta doa berterusan agar yang masih mengamalkan budaya pengotor agar berubah sikap. 
Sekali lagi bagi pihak Parlimen Kuala Terengganu dan rakyatnya, kami pohon di semua tempat anjurkan kempen dan kesedaran kebersihan di semua peringkat masing-masing. 
Pasar-pasar, pasar malam, masjid dan surau, hentian bas dan teksi serta semua tempat awam, JKK masing-masing, tolong masukkan dalam kalendar program berkait kebersihan dan keceriaan premis bawah jagaan masing-masing. 
Agensi kerajaan dan swasta diminta turut terlibat aktif menjayakannya. Semoga ia jadi dorongan dan budaya kepada seluruh rakyat dan pengunjung, pelancong akan merasa segan untuk membuat kotor dan hormat kepada kita. 
Jadikan Kuala Terengganu bersih, ceria, selamat dan sejahtera untuk semua. 
HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
28 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 28/7/2018
























































































































































Sumber HD - 28-7-2018















































































Walimatul Urus Perdana November 2018

Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu semalam (Rabu, 25 Julai 2018) telah bersetuju untuk meneruskan program Walimatulurus Perdana pada bulan November ini.

Majlis akan diadakan pada cuti persekolahan *November* ini. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian

Borang permohonan boleh didapati dari pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) mengikut daerah masing-masing.

Tarikh tutup bagi permohonan kali ini adalah pada *1 Oktober 2018.*

Pasangan yang layak akan menerima:

1. Satu (1) set persalinan pakaian pengantin (Semasa akad nikah)
2. Wang caruman sebanyak RM1, 000.00
3. Khidmat Juru Nikah & Dokumen Nikah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
4. Pakej Set Perkahwinan (pelamin, andaman, kek, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar)
5. Jemputan jamuan khas pengantin (keluarga terdekat) seramai 100 orang.

Walimatulurus Perdana ini adalah anjuran dari Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

YB HAJI HANAFIAH MAT

Pengerusi,
Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional,
Negeri Terengganu

#terengganumajuberkatsejahtera

#walimatulurusperdana2018

Sumber BO - 27-7-2018















































































Royalties Must Be Based On Gross Revenue

Gabungan Parti Sarawak (GPS) says royalty paid to oil-producing states should be based on gross revenue.

Its parliamentary chief whip Datuk Fadillah Yusof said the payments should also increase from 5% to 20% as pledged by Pakatan Harapan in its general election manifesto.

He wanted to know if Sarawak Pakatan chief Chong Chieng Jen changed his stand on the oil royalty issue after the general election.

“If he agrees with the government’s move to distribute oil royalty based on net profit, he is betraying the people of Sarawak.

“Sarawakians want the Federal Government to fulfill the manifesto pledge and give a 20% royalty based on gross revenue,” he said.

Presently, all oil producing states get a 5% royalty from gross revenue, while the Federal Government gets 5% as well.

Following Azmin’s announcement in the Dewan Rakyat on Wednesday that the government wanted to distribute oil royalties based on nett profit, Chong was reported to have said that what the minister stated was in line with Pakatan’s election promises.

Meanwhile, PAS’ Kuala Terengganu MP Ahmad Amzad Hashim said Terengganu should be paid the 5% oil royalty as practised between 1975 and 1999.

He said the payment was stopped for political reasons when PAS formed the state government in 1999.

A year after PAS took over Terengganu in 1999, the royalties were converted to wang ehsan (goodwill payments), then channelled via the Federal Development Department.
This time, the royalties are expected to go directly into state coffers.

Sumber BO - 27-7-2018



























































































































































Larian Jambatan Sultan Mahmud 2018; Rakyat Terengganu Dapat Manfaat

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA TERENGGANU – Jika benar yang dinyatakan oleh Pengerusi Persatuan Olahraga Amator Malaysia ‘Vacay –Run’ akan menjana 50 ribu peserta pada tahun ini, ia bermakna para peniaga dan rakyat Terengganu akan mendapat manfaat daripada penganjuran itu.

Menurut Datuk Wan Hisham Wan Salleh, pada tahun lalu penganjuran Vacay–Run itu juga mendapat sambutan jumlah peserta yang sama.

Sehubungan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, acara ini merupakan tahun yang kedua Kerajaan Negeri Terengganu memberi kepercayaan kepada Persatuan Olahraga Amator Terengganu (POAT)bagi mengelolakan acara Sukan Pelancongan bertaraf antarabangsa di Terengganu.

“Ianya merupakan salah satu usaha kerajaan negeri menjayakan Visit Beautiful Terengganu,

“dan acara ini menjadi ‘platform’ untuk mempromosikan pelbagai keindahan dan keunikan yang ada di Negeri Terengganu dengan menggunakan tema ‘Vacay – Run’ iaitu mempromosikan pelancongan sukan ‘Sport Tourism’,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Pra Pelancaran Larian Antarabangsa Jambtan Sultan Mahmud 2018 di Damai Lounge, Bangunan Dewan Undangan Negeri, Wisma darul Iman pada Rabu, 25 Julai.

Katanya, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018 (LAJSM2018) menawarkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer (km), 21 km,12 km, 5 km, dan 3 km atau lebih dikenali sebagai ‘Fun Run’ serta hadiah wang tunai berjumlah RM 214,000.00.

“Antara peserta luar negara yang telah membuat pengesahan penyertaan iaitu Singapura, Thailand, Somalia, Yemen, United Kingdom, India, China dan New Zeaand,

“kita juga mengalu-alukan semua pihak samada pihak kerajaan, pihak swasta, NGO, para belia serta individu seluruh Negeri Terengganu khususnya bagi sama-sama menceriakan,

“dan memeriahkan keindahan premis masing-masing serta kemeriahan sokongan terutamanya di sepanjang laluan perlumbaan yang terlibat,” katanya.

Menurutnya, dijangka Menteri Besar Terengganu YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta pimpinan Kerajaan Negeri akan bersama-sama memeriahkan acara yang akan berlangsung nanti.














































































Sumber BO - 27-7-2018














































































Integriti Sangat Penting Dalam Melaksanakan Amanah

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA NERUS – Integriti ataupun kejujuran adalah sangat penting dalam melaksanakan amanah dalam sesebuah kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan kesihatan dan Alam Sekitar Dr Alias Razak berkata, semua pihak mestilah bertanggungjawab terhadap amanah.

“Kita daripada semua peringkat atas hingga bawah sedang menangggung amanah yang sangat besar daripada Allah dan rasul serta rakyat semua,

“Bukan sahaja di peringkat ketua kerajaan tetapi juga peringkat jentera,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pada Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa J3K peringkat Kuala Nerus, Selasa, 24 Julai.

Katanya, dalam kerajaan Negeri yang diketuai Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan dibantu oleh seluruh Exco memikul amanah dan tanggungjawab rakyat.

“Manifesto PAS yang kita janjikan itu adalah amanah yang akan diusahakan dengan melaksanakannya dengan sempurna,

“dan ada pihak yang mengatakan ianya bukan suatu perjanjian setaraf dengan Al Quran,
“memang dia tidak sama tapi ia merupakan suatu amanah Allah yang kita berpegang janji,” ujarnya.
Menurutnya, beliau telah menyahut dan memegang amanah serta melaksanakan dengan sebaiknya.

“Alhamdulillah di peringkat kerajaan kita ambil satu perjalanan yang khusus dengan menubuhkan satu jawatankuasa khusus di peringkat tinggi kerajaan untuk mengkaji dan melaksanakan 20 manifesto,

“Walaupun kita tak pernah menjanjikan tempoh 100 hari tetapi dalam tempoh sepenggal kita perintah ini kita akan laksanakan satu persatu mengikut jadual yang ditetapkan dan kaedah mengikut peraturan semasa,” jelasnya.















































































Sumber BO - 26-7-2018














































































Aktivis Media KAMI Laksana Amanah Korban di Tiga Negara

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA NERUS – Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) Terengganu akan melaksanakan ibadah korban yang diamanahkan oleh orang ramai pada Aidiladha tahun ini.

Timbalan pengerusinya Sazali Mohd Noor berkata, antara negara yang akan menjadi destinasi misi korban ialah Kemboja, Sri Lanka dan Filiphina.

Oleh itu, beliau mempelawa rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai ibadah korban tersebut, yang bernilai RM 350 satu bahagian lembu dan RM 650 untuk seekor kambing.

“Insya Allah KAMI akan meneruskan aktiviti untuk tinjauan dan laporan ke negara-negara yang terpilih bagi bersama-sama melaksanakan ibadah korban,

“dan insya Allah anggota KAMI akan berpecah kepada tiga kumpulan…..sebahagiannya akan mengikuti rombongan ke Filiphina dan yang lain akan ke Kemboja dan Sri Lanka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada hari ini, Rabu, 25 Julai.

Selain melaksanakan tuntutan ibadah, objektif KAMI kata beliau adalah, membuat liputan berkenaan keadaan umat Islam yang menjadi minoriti di negara-negara itu.

Sebagai contoh, kata beliau, keadaan sukar yang melanda selatan Filiphina baru-baru ini, menghadapi kancah peperangan diantara ISIS dan tentera pemerintah di Marawi.

“Jadi mereka memerlukan kepada sumbangan dan agihan daging korban kerana ramai diantara mereka yang tidak dapat pulang ke bandaraya Marawi,

“kerana bandaraya tersebut dirancang untuk dibangunkan semula setelah hancur dalam perbalahan selama beberapa bulan yang lalu,” jelasnya.

Menurutnya, di Sri Lanka pula, dunia dapat melihat dan mendengar perkembangan konflik ketegangan antara umat Islam dengan kaum Buddha, yang mana baru-baru ini telah mencetuskan keadaan yang darurat.

Justeru itu kata beliau, KAMI an insya Allah kami akan membawa laporan terbaru dengan mengadakan misi pada kali ini.

“Sesiapa yang mahu menyertai boleh menghubungi Ahmad Faizol Yusof 019 – 9521837 yang akan melaksanakan ibadat korban di kemboja, Sazali Mohd Noor 013 – 9869187 yang akan ke Sri Lanka dan Khairul Azlam Mohamad 018 9138857 yang akan melaksanakan di Filiphina,” tambah beliau.

Sumber BO - 26-7-2018

Pasar Kedai Buloh, MBKT Janji Baikpulih

Oleh : MNA

Peniaga-peniaga Pasar Kedai Buloh hari ini menerima berita gembira setelah mendapat janji daripada pihak Najlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), akan membaiki keadaan pasar itu yang disifatkan sebagai suram dan seolah-olah terbiar.

Sebagai menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap janji itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Tuan Haji Samiun Salleh, sendiri turun bersama wakil MBKT bagi meninjau masalah sebenar pasar itu.

Beberapa isu yang dibangkitkan antaranya ialah atap tercabut, najis burung dan longkang tersumbat yang sudah sekian lama samada tidak dibaiki atau diselenggarakan.

Menurut dakwaan peniaga di situ, ada peniaga makanan terpaksa menggunakan payung ketika berniaga kerana najis burung yang jatuh dari atap pasar.

Pegawai MBKT yang bertanggungjawab terhadap isu ini, Mohd Radzi Mohd Shah berkata masalah-masalah yang telah dikenal pasti akan diselesaikan dengan kadar segera, mengikut proses yang sepatutnya.

“Ada tiga isu besar, yang pertama sebahagian atap tu dah tercabut, dan kita akan baiki.

“Kemudian najis burung, yang itu kita akan buat ‘netting’ (jaring) dan yang ketiganya ialah longkang yang mungkin tersumbat sebab dia punya mendapan berlaku menyebabkan longkang itu lari (dari kedudukan asal) jadi kita akan buat balik alirannya,” terang beliau.

Mohd Radzi juga memberi tempoh kira-kira dua bulan bagi memproses bajet dan membuka tender sebelum kerja-kerja baikpulih dimulakan.

Turut serta dalam tinjauan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak.

Hadir sama, Wakil Rakyat Bukit Payong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah serta Pengerusi J3K Kedai Buloh, Ustaz Hassan Mat Amin.

Sementara itu seorang peniaga kuih tradisional, Akmal Abdullah 49, yang berniaga di situ semenjak pasar itu mula-mula dibuka menyatakan rasa terima kasih beliau terhadap usaha J3K yang memanjangkan masalah ini kepada MBKT.

Beliau juga memberitahu hasil jualan peniaga-peniaga di pasar itu jatuh berbanding dengan pasar lama dahulu ketika mula-mula ianya dibuka.

Namun seingga sekarang, tidak banyak berubah walaupun ada sedikit peningkatan mungkin kerana dengan masalah-masalah yang ada yang berpanjangan tidak diselesaikan semenjak dahulu.
“Pendapatan kami jauh lebih baik ketika di pasar lama dahulu.

“Walaupun sekarang ini agak baik jualan di sini berbanding permulaan dahulu, tetapi masih belum boleh dibandingkan dengan pasar lama dahulu,” kata beliau yang sudah kira-kira 20 tahun berniaga.
Pasar Kedai Buloh yang dikenali sebagai pusat jualan kuih tradisional tersohor di Terengganu itu, mungkin akan menerima nasib yang tidak menentu jika keadaan pasar ini tidak dipedulikan.

Perasaan itu dikongsi oleh Siti Sarah Mohamad 32, rakan Akmal kerana pada pendapat beliau, kedudukan lot tapak jualan kuih ini agak ke dalam, menyukarkan orang untuk masuk ke dalam.

“Macam orang luar jika datang, mereka tidak tahu yang ini adalah pasar, sebab tiada papan tanda.

Ramai juga yang datang dari pintu utama, mereka lihat atas, bawah, banyak gerai-gerai yang kosong, kemudiannya mereka keluar, sedangkan gerai kuih ini ada di belakang,” jelas beliau.

Kedua-dua mereka berharap Pasar kedai Buloh akan menjadi lebih ceria dan cantik setelah tindakan baik pulih diambil oleh MBKT.

Ketika tinjauan dibuat, hanya terdapat kira-kira 20 peniaga sahaja yang masih berniaga di sini sedangkan lot-lot kedai dan gerai yang disediakan kira-kira 150 lot kesemuanya.

Sumber BO - 26-7-2018



































































































































































Suara Kaum Hawa Akan Bawa Perubahan

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

KUALA NERUS – Suara ‘kaum hawa’ akan sampai ke dalam masyarakat dengan pelantikan golongan wanita muda sebagai Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (J3K).
Ahli Jawatankuasa J3K Telipot, Siti Noor Amani binti Mohamad, 30, yakin, suara muslimat akan membawa perubahan di peringkat kampung dalam Daerah Kuala Nerus.

“Saya rasa bangga melihat Terengganu ditadbir oleh kerajaan teknokrat Islam dan sedikit terkejut apabila dilantik menjadi AJK,

“Oleh sebab kebiasaannya…..AJK ini orang yang lebih berumur dilantik kerana lebih berpengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Majlis Taklimat dan Penyampaian Surat Perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa J3K peringkat Kuala Nerus semalam, Selasa, 24 Julai.


















































































Siti Noor Amani binti Mohamad
Namun begitu, beliau menyifatkan kepercayaan kerajaan kepada beliau, merupakan satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul oleh setiap orang yang dilantik.

Oleh itu, beliau berazam akan memberikan tenaga dan pemikiran untuk membangunkan masyarakat bagi mencapai objektif kerajaan kearah menjadikan negeri ini, Maju, Berkat Dan Sejahtera.

“dari segi ilmu, akhlak serta kebajikan penduduk diperingkat kampung supaya tidak tercicir (dari arus kemajuan),

“Kalau dulu banyak kekangan sebab kita bukan kerajaan dan kebanyakan ahli masyarakat takut nak dekat program berlabel parti,” jelasnya.

Selain beliau, seorang lagi AJK J3K yang ditemui, Hajah Fadhilah Mohamad menzahirkan terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh orang kampung.


















































































Hajah Fadhilah Mohamad
Beliau menyokong saranan ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, agar semua J3K menjadi Petugas Mukmin Profesional.

“Apabila dilantik dalam kerajaan maknanya kerja kita lebih sistematik dan tugas lebih berat bila terikat dengan adanya elaun serta syarat,

“dan kita diberi amanah tak leh (tak boleh) nak abai……kena buat sebaik mungkin,

“serta jangan menganggap ianya ringan kerana itu adalah satu amanah yang diberi pada kita,” katanya.

Menurutnya, apabila sudah menjadi kerajaan bermakna menanggung tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar.




















































































Sumber BO - 25-7-2018