BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, December 26, 2016

DEWAN ULAMAK PAS MALAYSIA DAN YB DR KAR(JILID 3)

Menjawab polemik pendekatan ke atas LGBT



KEPINCANGAN isu yang membabitkan golongan LGBT [lesbian, gay, biseksual & transgender] semakin ketara dan dilihat sebagai satu ancaman yang merunsingkan. Tidak hanya tekanan yang dikenakan ke atas seorang doktor iaitu Nur Ilyani susulan surat terbuka beliau yang menyanggah Marina Mahathir kerana menuntut hak sama rata ke atas LGBT. Malah begitu juga dengan pendekatan Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid yang mengadakan sidang media selepas pertemuan dengan aktivis LGBT iaitu Nisha Ayub baru-baru ini. Hal ini menjadi polemik apabila wujudnya suasana keraian ke atas golongan berkenaan.
Secara dasarnya, perlu difahami bahawa kelakuan golongan LGBT ini merupakan perkara yang dilarang dalam Islam. Ini kerana ia bercanggah dengan fitrah sehinggakan ada yang sanggup mengubah ciptaan Allah. Walhal dalam Islam, dengan hanya berkelakuan seperti jantina yang berlainan dari sudut gerak geri termasuk memakai pakaian yang berlawanan jantina pun akan dilaknat oleh Allah apatah lagi jika melakukan seks songsang serta mengubah kelamin dengan pembedahan. Ancaman ke atas perkara tersebut dapat difahami menerusi kemurkaan Rasulullah SAW menerusi hadis riwayat Ibnu Abbas R.A :
لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ، وَقَالَ: «أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ»
Maksudnya:"Nabi SAW melaknat golongan pondan kalangan lelaki dan daripada golongan perempuan yang menyerupai lelaki. Baginda SAW bersabda: Usir mereka dari rumah-rumah kamu". (Riwayat al-Bukhari)
Kecelaruan kefahaman yang menyamakan antara khunsa dengan golongan transgender adalah satu kedangkalan. Ini kerana khunsa yang memiliki dua kelamin sejak lahir merupakan asal kejadian yang berlaku ke atas diri mereka. Ia berbeza dengan transgender yang mengubah fitrah asal sehingga ada yang sanggup melakukan pembedahan untuk mengubah kelamin. Malah dalam permasalahan khunsa, Islam meletakkan batasan agar mesti ditetapkan satu jantina sahaja sama ada menerusi kecenderungan fitrah perilaku atau juga berdasarkan fungsi daripada salah satu alat kelaminnya sebagaimana perbahasan oleh para ulama terdahulu.
Larangan mengubah ciptaan Allah ini ditegaskan melalui hadis riwayat Ibnu Mas'ud R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
Maksudnya: "Allah melaknat pembuat tatu, orang yang meminta supaya dibuatkan tatu kepadanya, orang yang mencukur kening, orang yang menjarangkan gigi dengan tujuan untuk kecantikan dan golongan yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat al-Bukhari)
Oleh itu, pendekatan yang dilakukan mesti diperhalusi dengan baik agar tidak terlalu longgar sebagaimana tindakan kepimpinan kerajaan persekutuan yang dilihat memberikan keuntungan dan promosi serta pengiktirafan kepada pergerakan LGBT yang lebih selesa sekarang. Secara tidak langsung, ia telah membuka pintu fitnah dengan memberi ruang kepada mereka mendapat tempat seolah-olah tindakan mereka adalah benar. Inilah kerugian ummah apabila pemimpin umat Islam sendiri secara sedar telah membawa masuk virus jahiliah dalam kelompok Islam sendiri yang akhirnya merugikan Islam. Keadaan ini sebagaimana yang telah diperingatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab R.A:
تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية
Maksudnya: "Terungkai ikatan-ikatan Islam satu persatu apabila lahir dalam kelompok Islam mereka yang tidak mengenali jahiliah".
Jika diteliti kepada perundangan di Malaysia, kelakuan golongan LGBT ini merupakan satu kesalahan jenayah Syariah yang boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah. Semua negeri di Malaysia mempunyai beberapa peruntukan khusus melibatkan transeksual. Contohnya Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah -Wilayah Persekutuan 1997 (AKJSWP 1997) yang memperuntukkan berkaitan dengan kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan (pondan) [Seksyen 28], liwat [Seksyen 25] dan musahaqah (persetubuhan antara perempuan dengan perempuan) [Seksyen 26]. Malah, umat Islam di setiap negeri terikat dengan fatwa yang dikeluarkan oleh negeri atau Majlis Fatwa Kebangsaan (sekiranya digazetkan di negeri). Dalam hal ini, pada tahun 1983 telah diputuskan bahawa pembedahan pertukaran jantina adalah haram pada pandangan syarak. Oleh yang demikian, maka dengan sendirinya jika seseorang itu cuba untuk melakukan pertukaran jantina, perbuatan tersebut adalah haram dan boleh dikenakan tindakan kerana melanggar fatwa yang telah diwartakan. [Seksyen 12 AKJSWP 1997].
Dalam hal ini, golongan LGBT boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu aktivis dan ahli biasa. Aktivis ialah mereka yang bertindak secara terang-terangan dan mempromosikan kelakuan ini di samping memperjuangkan tuntutan LGBT yang mereka mahukan. Adapun ahli biasa adalah mereka yang berada dalam dunia mereka sahaja tanpa ekstrim mempromosi aktiviti songsang mereka. Pembahagian ini sebagaimana juga diambil dari perbahasan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya جريمة الردة وعقوبتها yang membahagikan golongan murtad kepada ردة مجردة (yang melibatkan dirinya sahaja) dan ردة مغلظة (yang menjadi aktivis dalam menyebarkan agenda riddah kepada masyarakat awam).
Dalam pembahagian tersebut menunjukkan perbezaan sikap pemimpin dan masyarakat dalam berhadapan dengan mereka, iaitu sekiranya:
i. Aktivis - hendaklah tegas dengan tindakan perundangan agar membendung tindakan mereka yang boleh merosakkan masyarakat awam. ii. Non aktivis - berhemah dalam pendekatan bagi mengubati dan mendidik mereka kembali kepada fitrah asal.
Sehubungan itu, memberi ruang kepada aktivis LGBT adalah satu tindakan yang tidak tepat malah merugikan Islam. Sedangkan dalam hal ehwal agama Islam, apabila ada golongan yang mempermainkan serta memperlekehkan agama, umat Islam dilarang berada dengan kelompok mereka. Kelompok LGBT yang bergerak secara organisasi dan membuat promosi murahan di media sosial adalah bercanggah dengan Syariat Islam. Pemimpin dan umat Islam mesti bertegas dalam hal ini sebagaimana pendekatan yang diambil oleh Khalifah Umar Abdul Aziz ke atas seorang yang turut serta dalam majlis maksiat yang dihidangi arak tanpa dia melakukan apa-apa pencegahan kemungkaran, dengan mengenakan hukuman ke atasnya berhujahkan firman Allah SWT:
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Maksudnya : "Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Al-Quran, iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam." [Al-Nisa':140]
Berdasarkan kepada penghujahan di atas, Dewan Ulamak PAS Pusat berpandangan dalam polemik pendekatan ke atas golongan LGBT ialah melalui penyelesaian berikut:
i. LGBT dilihat sebagai pergerakan yang tersusun dan ianya merupakan satu ancaman ke atas masyarakat dan sosial yang mesti dicegah dan dihentikan. Semua pihak mesti bertegas dalam kesepakatan ini bahawa perbuatan mereka adalah dilarang oleh agama.
ii. Dengan perundangan yang sedia ada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, tindakan tegas wajib diambil ke atas aktivis LGBT yang terang-terangan mempromosi kelakuan songsang mereka bagi mengelakkan ianya mempengaruhi masyarakat umum.
iii. Bagi mereka yang terjebak dengan LGBT tanpa menjadi aktivis dinasihatkan untuk tampil mendapatkan khidmat kaunseling dan nasihat agama dalam menyelesaikan kekeliruan yang menyebabkan mereka mengalami masalah kecelaruan identiti. Pihak yang berwajib dan para pendakwah juga hendaklah meneruskan kerja-kerja dakwah menyeru golongan ini agar kembali kepada fitrah asal.
iv. Tidak wajar sebarang ruang diberikan kepada aktivis LGBT ini dalam semua perkara yang diperjuangkan oleh mereka. Pihak kerajaan mesti menutup ruang perjuangan mereka dan mengambil tidakan yang tegas bagi mempastikan agenda jahiliah ini tidak menular dan mendapat sambutan pihak yang berkepentingan. – HARAKAHDAILY 13/8/2018
Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.

Sumber HD - 13-8-2018

PRK Sungai Kandis: Selamat mengundi

SAMA ada BN atau PH; PAS tidak bersetuju dengan banyak dasar dan polisi mereka yang memudaratkan rakyat. 
Cumanya, PH kini berkuasa sebagai kerajaan manakala BN pula hanya sekadar sebagai pembangkang. PRK Sungai Kandis menjadi medium kebersamaan strategik bagi menyampaikan mesej menolak polisi-polisi PH sebagai Kerajaan yang memudaratkan rakyat. 
Justeru, memberikan undi kepada calon BN dalam konteks PRK Sungai Kandis adalah langkah terbaik bagi menguatkan peranan 'semak dan imbang' kepada PH yang dilihat sangat tidak mengambil berat isu Islam, Melayu dan Raja ditambah pula sering berdolak-dalik dalam menunaikan janji manifesto terhadap rakyat. 
Menolak polisi PH yang memudaratkan adalah tanggungjawab bersama. Tanggungjawab itu boleh tertunai dengan mengundi BN dalam PRK Sungai Kandis sebagaimana kaedah fiqh menyatakan: 
"Sesuatu yang tidak boleh sempurna sesuatu tanggungjawab melainkan dengannya, maka ia juga menjadi satu tanggungjawab." 
Jadikanlah juga kaedah berikut sebagai panduan untuk saudara/i membuat pilihan pada hari ini: 
إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما 
“Apabila bertembung dua kemudharatan, maka hendaklah dijaga daripada terjadi mudharat yang lebih besar dengan memilih mudharat yang lebih ringan antara keduanya.” 
DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
4 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 4/8/2018
Sumber HD - 4-8-2018 




Tidak undi PH untuk tolak mudarat lebih besar

PENSYARIATAN Islam adalah membawa mesej rahmat kepada seluruh alam. Ia dijustifikasikan dengan membawa maslahah dan menolak mudarat sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Syathibi melalui kitabnya الموافقات sebagai; 
جلب المصالح ودفع المفاسد 
“Membawa maslahah dan menolak mudarat.” 
Malah Imam Izzuddin Abdul Salam dalam kitabnya; قواعد الأحكام في مصالح الأنام menyatakan justifikasi berikut terlaksana dengan menghilangkan mudarat kerana dengannya akan mencapai maslahah. Oleh sebab itu, menolak atau menghilangkan mudarat didahulukan daripada membawa maslahah dalam konteks keadaan yang biasa. Ini kerana mudarat adalah perkara yang wajib dijauhi dan dilenyapkan sebagaimana kaedah asas dalam perbincangan displin ilmu al-Qawaid al-Fiqhiyyah iaitu: 
الضرر يزال 
“Kemudaratan (wajib) dihilangkan” 
Kefahaman yang jelas dalam berinteraksi dengan kaedah-kaedah sebegini yang berhubungkait dengan maslahah dan mudarat memerlukan kebijaksanaan serta ijtihad yang tepat. Dr. Majdi al-Hilali dalam kitabnya فقه الأولويات menyebut sekiranya berlaku pertembungan antara dua kemudharatan, maka hendaklah dipilih mudharat yang kecil bagi mengelakkan berlakunya mudharat yang besar. Antara kaedah yang terpakai dalam hal seperti ini ialah: 
إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما 
“Apabila bertembung dua kerosakan, maka hendaklah dijaga daripada terjadi mudharat yang lebih besar dengan memilih mudharat yang lebih ringan antara keduanya.” 
Dalam konteks PRK Sungai Kandis yang terdekat ini, semua maklum bahawa kerajaan baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan hari ini agak pincang dan membimbangkan rakyat dengan isu-isu yang melanda. Malah turut menjadi kegusaran apabila isu berkaitan soal pemerkasaan institusi agama, institusi raja dan bahasa kebangsaan tidak dijadikan keutamaan tambahan pula dengan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dalam melunaskan janji-janji manifesto mereka setelah membentuk Kerajaan Persekutuan. 
Perhitungan yang perlu difahami apabila PAS tidak meletakkan calon di PRK Sungai Kandis adalah kerana merujuk kepada strategi PAS untuk tidak memberi kemenangan kepada calon daripada Pakatan Harapan. Sementara BN dan PH kedua-duanya tidak dipertikaikan lagi telah membawa banyak kefasadan dalam pentadbiran. Pertembungan sesama mudharat antara calon PH dan BN ini jelas dimaklumi oleh rakyat sama ada kepincangan kerajaan lama yang diterajui oleh BN dan juga kepincangan yang sedang dilakukan oleh kerajaan baharu PH. 
Sehubungan itu, berdasarkan kefahaman di atas, pengundi di Dun Sungai Kandis wajib mengambil sikap dan pendirian untuk mencegah kemudharatan yang besar dengan memilih mudharat yang kecil. Hal ini sebagai penegasan yang telah dinyatakan oleh al-Mursyidul Am, Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan PAS Pusat. Perlu diingat bahawa setiap undi dalam kiraan sistem demokrasi adalah sangat penting. Maka, pengundi hendaklah keluar untuk mengundi kerana melalui kuasa undian, kemudharatan boleh dicegah. Hal ini juga termasuk dalam kaedah melenyapkan kebatilan serta kezaliman melalui penolakan terhadap si zalim sebagaimana sabda Rasulullah SAW: 
«انصر أخاك ظالمًا أو مظلومًا، فقال رجل: يا رسول الله، أنصره إذا كان مظلومًا، أفرأيت إذا كان ظالمًا كيف أنصره؟ قال: تحجزه أو تمنعه من الظلم فإن ذلك نصره» 
Yang bermaksud: “Bantulah saudaramu yang zalim atau yang dizalimi. Bertanya sahabat: Wahai Rasulullah, aku membantu apabila dia dizalimi, maka pada perkiraanmu bagaimana aku mahu membantu si zalim? Sabda Baginda: kamu mencegah atau menghalangnya daripada melakukan kezaliman, maka sesungguhnya demikian itulah kamu menolongnya.” [Riwayat al-Bukhari] 
Dengan kuasa yang kini dimiliki oleh PH selaku kerajaan, maka kemudharatan yang sedia ada adalah lebih besar. Ini kerana dalam tempoh yang masih baharu menjadi kerajaan, telah berlaku pelbagai isu yang sangat pincang dan mendukacitakan rakyat. Sehubungan itu, undian yang mampu mengalahkan calon PH adalah satu tindakan mengambil mudharat kecil bagi memberikan signal kepada kerajaan PH dengan mengurangkan suara mereka khususnya di DUN Sungai Kandis termasuk sebagai isyarat bahawa rakyat menolak kepincangan yang berlaku di bawah pentadbiran mereka serta muak dengan sikap mereka yang mungkir janji dalam manifesto yang ditabur sebelum ini. 
Dengan demikian, ucapan dan kenyataan pimpinan utama PAS yang menyarankan pengundi di Dun Sungai Kandis untuk mengundi calon BN tidaklah terkeluar daripada prinsip PAS yang memperjuangkan Islam. Hal ini juga berdasarkan pertimbangan kepada situasi PRK Sungai Kandis secara khusus di kala BN kini adalah sebuah parti pembangkang. Justeru, undian kepada calon BN yang dilihat mampu menandingi calon PH di PRK Sungai Kandis adalah bertujuan mengalahkan dan mengurangi kuasa PH dan bukannya kerana bersetuju dengan Umno/BN. Ia adalah wasilah yang dimaafkan pada tujuan yang dibenarkan. Sebagaimana kaedah fiqh ada menyebutkan: 
يغتفر في الوسائل ما لا يغتفر في المقاصد 
“Suatu yang dimaafkan pada perkara wasilah sementara ia tidak dimaafkan pada maqasid (tujuan-tujuan)” 
9. Melalui kaedah ini, keputusan pimpinan PAS yang berpihak kepada calon BN pada PRK Sungai Kandis tidak menjadi ukuran untuk semua PRK/PRU. Situasi khas ini hanya berlaku mengikut keadaan semasa dan keadaan setempat dengan mengambilkira soal imej Islam. Berpihak kepada calon BN ini tidak akan terpakai setelah selesai PRK Sungai Kandis. Inilah yang disebutkan dalam kaedah fiqh: 
ما أجاز لعذر بطل لزواله 
“Apa yang diizinkan kerana adanya suatu keuzuran, maka keizinan itu hilang setelah keuzurannya juga hilang” 
Inilah sandaran utama PAS dalam membuat apa juga keputusan tanpa meletakkan emosi dan strategi semata-mata. Kepimpinan PAS sentiasa merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, Ijmak dan Qiyas dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul. Seluruh ahli PAS hendaklah bersatu hati menerima apa sahaja keputusan kepimpinan dan harapan PAS kepada seluruh rakyat agar sama-sama berusaha untuk menjaga kemuliaan Islam, kedaulatan raja-raja, keharmonian antara kaum dan keamanan negara. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
“Membina Negara Sejahtera” 
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
20 Zulkaedah 1439 / 2 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 2/8/2018
Sumber HD - 2-8-2018 



Tarian gelek Tabung PH cemar maruah

TUJUAN yang baik tidak boleh sesekali dihalalkan oleh tindakan yang buruk; sementelah lagi jika ia bercanggah dengan ajaran Islam dan norma masyarakat. 
Penganjuran majlis kutipan dana Tabung Harapan Malaysia oleh Port Klang Shipping and Logistic Fraternity yang diserikan dengan tarian gelek oleh penari LGBT berpakaian separa telanjang adalah sangat memalukan dan mencemarkan maruah rakyat Malaysia yang terkenal dengan ketinggian adat dan budaya yang sopan. 
Justeru, saya menyeru masyarakat sivil sekalian agar menolak dan membantah sekeras-kerasnya majlis yang keterlaluan seumpama ini. 
Pihak berkuasa juga sepatutnya bersikap lebih proaktif bagi memastikan penganjurannya dapat dicegah dan penganjur dikenakan tindakan sewajarnya. 
Sekian. 
DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin, 30 Julai 2018 | 17 Zulkaedah 1439H - HARAKAHDAILY 30/7/2018
Sumber HD - 30-7-2018 

Jaga Islam, jangan calar kemuliaannya

ISU berkaitan hifzu al-din menjadi tular akibat kenyataan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri beberapa hari lalu. Jelas sekali melalui ucapannya bahawa beliau berpegang kepada pemikiran perlunya dijaga semua agama yang ada dan tidak hanya terhad kepada agama Islam sahaja. Kenyataan ini jauh tersasar daripada padangan jumhur ulama yang menegaskan bahawa al-din dalam maksud hifzu al-din ialah menjaga Islam. 
Perbincangan berkaitan hal ini sudah lama diutarakan dalam disiplin ilmu Maqasid Syar'iyyah yang ditulis oleh ramai ulama yang muktabar. Tujuan Allah menurunkan Islam adalah untuk menyelamatkan manusia keseluruhannya daripada malapetaka dan azab Allah. Menurut Imam Izzuddin bin Abdul Salam, tujuan agama dan hukum adalah (درء المفاسد وجلب المصالح) iaitu menghindari mafsadah dan menarik kemaslahatan. Inilah objektif utama Allah mendatangkan agama Islam demi kesejahteraan kehidupan di dunia dan dapat memelihara kepentingan manusia selepas kematian mereka. 
Ini membuktikan bahawa kedatangan Islam merupakan rahmat kepada manusia sekalian alam, sebagaimana firman Allah S.W.T: 
{وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ}
Maksudnya: “Kami tidak mengutuskan engkau (Wahai Muhammad), melainkan menjadi rahmat untuk semesta alam”. [al-Anbiyaa': 107] 
Para ulama telah membincangkan berkenaan maksud hifzu al-din iaitu ia suatu istilah yang digunakan oleh para ulama fiqh bagi menjelaskan maksud memelihara agama dalam konteks maqasid syari'yyah. Agama yang dimaksudkan ialah Islam, iaitu agama yang diredhai. Firman Allah SWT: 
{اِنَّ الدِّيۡنَ عِنۡدَ اللّٰهِ الۡاِسۡلَامُ}
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam”. [Ali-Imran: 19] 
Firman Allah SWT lagi:
{وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ وَاتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۗ وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا} 
Maksudnya: “Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan dan dia mengikuti agama Ibrahim yang lurus?”. [al-Nisaa': 125] 
Jelas di sini bahawa perkataan al-din adalah merujuk kepada agama Islam yang terkandung di dalamnya akidah, syariat dan akhlak. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT: 
{الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينً}
Maksudnya: “pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu sebagai agama bagimu”. [al-Maidah: 3] 
Justeru, dengan menjaga agama Islam bermakna umat Islam dengan sendirinya menjaga dharuriyyat al-khamsah yang menjadi kewajiban umat Islam menjaganya iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Imam al-Syathibi yang terkenal dengan bapa maqasid membahagikan urusan pemeliharaan kesucian agama Islam kepada dua aspek iaitu; memastikan ajaran Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan keduanya agama Islam wajib dilindungi daripada diseleweng dan dimusnahkan dengan memastikan penganutnya menjauhi dosa kecil, dosa besar dan sebarang perkara yang membawa kepada syirik. 
Maka, di sinilah lahirnya maksud yang sebenar hifzu al-din iaitu pemeliharaan kesucian agama Islam dengan memastikan ia didaulatkan dan diamalkan serta dilindungi daripada sebarang bentuk syirik dan pencemaran. Adapun agama selain Islam diberi kebebasan untuk diamalkan tanpa sebarang diskriminasi. Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam dan hak untuk beribadat diberi kebebasan sepenuhnya tetapi ia tidak termasuk dalam maksud hifzu al-din yang mensyaratkan suatu penjagaan rapi dengan tidak dicemari daripada sebarang kesyirikan. Oleh itu, tidak boleh disabitkan hifzu al-din dengan agama selain Islam. 
Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru para pemimpin utama kerajaan agar berhati-hati dalam membuat kenyataan berkaitan prinsip yang ada dalam agama Islam agar ianya tidak keliru dan menjadi salahfaham di kalangan masyarakat sehingga mendatangkan kebencian antara masyarakat pelbagai kaum. Islam hendaklah diberi kedudukan yang tertinggi dan penjagaan yang sempurna sehingga ianya tertegak di negara kita sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
“Membina Negara Sejahtera” 
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
2 Zulqaedah 1439 / 15 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 15/7/2018
Sumber HD - 15-7-2018 





Meninjau Pilihan raya Umum Turki 2018

HARI ini Ahad 24hb Jun 2018, Turki menyaksikan pilihanraya serentak bagi memilih ahli parlimen dan memilih Presiden Turki. Penyandang Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat keputusan untuk diadakan pilihan raya umum 17 bulan lebih awal daripada sepatutnya bagi mendapat mandat baru yang lebih kuat untuk beliau. 
Pilihan raya Turki disertai lapan buah parti yang didominasi oleh dua gabungan. Gabungan pertama iaitu Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh AK Party pimpinan Erdogan yang menjadi kerajaan sementara dan Parti Gerakan Nasionalis (MHP). 
Gabungan kedua iaitu Pakatan Ummah yang menggabungkan sebahagian parti pembangkang disertai oleh Parti Rakyat Republik (CHP), Parti Baik dan Parti Saadat. Pakatan ini disokong secara tidak rasmi oleh Parti Demokratik Rakyat (HDP), yang juga mengemukakan calon-calon dalam senarai gabungan pertama dan kedua. 
Tiga lagi parti berada di luar Pakatan Rakyat dan Pakatan Ummah iaitu Parti Demokratik Rakyat (HDP), pimpinan kaum Kurdis, Parti Watan dan Parti Dakwah Bebas. 
Kerjasama politik antara Saadat Party sebagai parti Islam dengan parti-parti lain dalam Pakatan Ummah adalah pakatan yang longgar tanpa melibatkan sebarang rundingan terhadap dasar dan kempen parti masing-masing. Ia lebih berupa persefahaman dan kerjasama strategik bagi mendapatkan jumlah besar nisbah peratusan "undi berkelompok" sebagai sebuah pakatan bagi memanfaatkan peruntukan peraturan pilihan raya Turki. Undi berkelompok yang melebihi nisbah tertentu membolehkan mereka mendapat sejumlah bilangan kerusi parlimen. Oleh kerana itu, setiap parti dalam Pakatan Ummah tetap mengemukakan calon parlimen masing-masing di semua daerah pilihan raya yang akan bertanding satu sama lain merebut undi dari rakyat. 
Enam calon bertanding merebut kerusi Presiden Turki iaitu Erdogan mewakili AK Party dan juga Pakatan Rakyat, Temil Karamollaoglu mewakili Saadat Party, Muharrem Ince dari Parti Rakyat Republik (CHP), Meral Aksener dari Parti Baik (IYI), Selahattin Demirtas, calon Parti Demokratik Rakyat (HDP) dan Dogu Perincek dari Parti Patriotik (Watan) 
Strategi Pakatan Ummah sebagai pembangkang dalam menampilkan ramai calon Presiden ialah bagi menjamin sokongan penyokong tegar masing-masing yang mempunyai latar belakang pemikiran berbeza dan saling bertentangan. Ia bakal mengurangkan sokongan terhadap Erdogan untuk pemilihan pusingan pertama. Pakatan pembangkang kemungkinan bersatu pula untuk pemilihan Presiden untuk pusingan kedua bagi memilih salah seorang daripada 2 calon Presiden. 
Saadat Party pula sekiranya tidak memenangi pusingan pertama pemilihan Presiden berkemungkinan boleh memberikan sokongan kepada Erdogan yang lebih Islamis sekiranya ditakdirkan Erdogan kekal menang untuk pusingan kedua dengan meletakkan syarat-syarat yang berasaskan prinsip dan dasar yang selaras dengan Islam dan menguntungkan rakyat. 
Kempen Erdogan lebih tertumpu pada beberapa rekod kejayaan selama tempoh 16 tahun berkuasa sejak 2002 yang memerlukan kesinambungan. Juga penekanan perlunya seorang pemimpin yang kuat bagi menghadapi keadaan sukar yang sedang dihadapi oleh Turki. 
Erdogan mempunyai keyakinan penuh bahawa sokongan terhadap beliau dan AK Party semakin meningkat berasaskan beberapa kajian tinjauan pendapat yang dilakukan oleh beberapa pihak yang profesional. 
AK Party pula menggabungkan pelbagai kecenderongan pemikiran antara Islamis, Liberalis dan Sekuler. Beliau mendapat sokongan daripada sebahagian Islamis yang melihat keterbukaan pada bebeberapa dasar liberal ekonomi, dasar luar melibatkan hubungan strategik dengan Israel dan dasar keterbukaan terhadap Eropah yang memaksa gaya hidup sosial yang bebas tanpa ikatan hukum agama boleh menjadi jalan untuk berada di kemuncak kuasa. 
Pembangkang pula khususnya Saadat Party membawa moto "Berubah" 
Saadat Party menentang keras pindaan perlembagaan pada April 2017 yang memberikan kuasa besar yang berpusat kepada Presiden sebagai ketua eksekutif kerajaan menggantikan peranan Perdana Menteri, sekali gus mengancam dan menidakkan sistem demokrasi pemisahan kuasa antara 3 cabang pemerintahan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Ia boleh menjadi ancaman pada masa akan datang sekiranya ditakdirkan Presiden Turki bukan dari kelompok yang mesra Islam. Ia juga mendedahkan Presiden kepada salah guna kuasa dan memerintah secara autokrasi dan menjadi kuku besi apabila segala kuasa berpusat pada institusi Presiden. 
Dalam masa yang sama Saadat Party juga mengkritik beberapa kegagalan pengurusan ekonomi Erdogan termasuk pertambahan hutang negara, kejatuhan mata wang Liera, isu pengangguran yang semakin meningkat, pergantungan kepada import bahan makanan asas, kenaikan harga barangan keperluan, polisi luar negara melibatkan cara menyelesaikan pergolakan Syria dan pengurusan pelarian Syria dan dasar luar mesra Israel sebagai rakan strategik. Begitu juga dasar liberal yang mendedahkan Turki pada peningkatan gaya hidup bebas, peningkatan pelacuran dan lain-lain. 
Konsep kerjasama politik matang yang boleh bekerjasama dengan kerajaan AK Party sebelum ini dalam perkara yang baik dan mengkritik dasar yang salah tetap menjadi budaya berpolitik Saadat Party. Saadat Party menjadi barisan hadapan mempertahankan kerajaan AK Party daripada ancaman kudeta yang didokong oleh tentera. Namun, pilihan raya pula menjadi medan untuk masing-masing parti mengemukakan manifesto untuk pilihan rakyat. 
Seluruh dunia teruja melihat keputusan PRU Turki petang ini. 
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ankara, Turki, Ahad 24hb Jun 2018 – HARAKAHDAILY 24/6/2018



















Sumber HD - 24-6-2018 







Kerajaan gagal kemuka calon bebas kontroversi

MASALAH pelantikan Peguam Negara sepatutnya kekal menjadi urusan antara Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Perdana Menteri sahaja. 
Ia perlu diselesaikan secara tertib mengikut peruntukan dalam perlembagaan. PM berperanan menasihati manakala YDPA tetap berkuasa menentusahkan pelantikan yang perlu dibuat. 
Amat tidak wajar sekali isu ini sengaja didedahkan menjadi polemik awam sehingga boleh mencemarkan nama YDPA dan Majlis Raja-raja yang mempunyai kedudukan dan peranan istimewa yang diiktiraf oleh perlembagaan dan sejarah. 
Lebih teruk lagi, ada pihak sengaja mengasosiasikan agama dengan sifat zalim, dengan berhujah bahawa lebih baik memilih orang kafir yang baik daripada orang Islam yang zalim seolah tiada lagi yang adil dan baik dalam kalangan muslim. 
Islam dijadikan kambing hitam semata-mata mahu merasionalkan pelantikan seseorang yang bukan Islam. Ini adalah antara bentuk serangan pemikiran tajaan kumpulan liberalisme dan pluralisme agama yang sedang mengancam umat Islam di negara ini. 
Meneliti kuasa dan tanggungjawab Peguam Negara yang digariskan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, tanpa menafikan kepakaran Tommy Thomas mengenai undang-undang dan perlembagaan, saya berpendirian bahawa beliau tidak sesuai menduduki jawatan itu kerana pemikiran sekular tegar beliau boleh menjejaskan kedudukan dan peranan Islam yang telah dijamin oleh perlembagaan Persekutuan sendiri serta bakal membantutkan usaha memartabatkan agenda Islam yang menjadi teras kedaulatan negara ini. 
Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab menyatukan masyarakat berteraskan asas-asas bernegara yang telah dipersetujui antaranya kedaulatan Islam dan kedaulatan Raja-raja dan Sultan. 
Adalah amat mengecewakan sekali apabila Kerajaan di era Malaysia Baharu hari ini gagal mengemukakan calon yang bebas kontroversi dan tidak berkepentingan untuk menjawat posisi sepenting itu. Kelihatannya sikap itu sama sahaja dengan kerajaan sebelum ini yang sering melantik individu bermasalah untuk memegang jawatan-jawatan penting. 
"Sejahtera Bersama Islam" 
DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin, 4hb Jun 2018 – HARAKAHDAILY 4/6/2018












Sumber HD - 4-6-2018







Rakyat mesti terus pantau, kawal kerajaan baru

TSUNAMI politik baru sahaja berlaku sehinggakan Kerajaan Persekutuan beralih teraju daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH). Kerajaan-kerajaan negeri juga hampir semuanya dilanda perubahan yang sama. BN hanya menguasai dua negeri sahaja iaitu Pahang dan Perlis. 
Tanpa dapat dinafikan, PAS juga sebahagian daripada tsunami itu; kerana itu PAS kekal di Kelantan dan memenangi Terengganu selain berjaya menambah jumlah kerusi DUN di seluruh negara dan meraih kemenangan di 18 kerusi Parlimen. 
Keputusan PRU14 ini menunjukkan tekad rakyat bagi menterjemahkan penolakan terhadap dasar dan polisi Kerajaan yang diterajui oleh BN selama ini yang telah membebankan kehidupan mereka. 
Sekalipun pelbagai habuan bernilai besar masih dihidangkan sehinggakan pada malam terakhir sebelum hari pengundian, rakyat tetap memilih untuk tidak lagi mengundi BN. 
Rakyat mahukan perubahan. Perubahan yang lebih baik berbanding yang sedia ada. Rakyat mahukan pemimpin yang berintegriti dan berakhlak; pengurusan ekonomi yang adil dan diberkati; kerjasama semua pihak dalam seruan dan gerakan kebaikan dan kebajikan; pencegahan salah laku dan jenayah yang berkesan serta gagasan kenegaraan jangka panjang yang lebih terarah dan menyeluruh. 
Maka selesailah sudah episod pemilihan dengan tumbangnya BN yang telah luput ciri-ciri ini setelah 60 tahun memerintah Malaysia. 
Kini, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri sedang dalam proses melengkapkan pembentukan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab terhadap negara atau negeri dan rakyat. 
Kita selaku pengundi yang telah membuat pilihan pada PRU14 baru-baru ini mesti terus menjalankan kewajipan berikutnya iaitu memantau dan mengawal kerajaan yang baru dibentuk ini. Dibimbangi, sekiranya kita terlalu selesa selepas telah tumbangnya BN, akan muncul lagi BN kedua dengan nama yang baru. 
Kita mesti memastikan dasar dan polisi yang digubal kerajaan adalah seimbang dan baik untuk rakyat dan negara serta berteraskan perlembagaan dan undang-undang. Kita mesti memastikan orang yang betul diletakkan di tempat yang betul bagi melaksanakan portfolio kementerian dan jawatankuasa yang diwujudkan. Kita mesti memastikan projek dan program yang disusun dilaksanakan secara telus, bebas rasuah dan kronisme. 
Sekiranya kelihatan tanda-tanda ke arah sebaliknya, bahkan sebelum ia berlaku pun, kita mesti melakukan amr bil ma'ruf wa nahy an al-munkar terhadap kerajaan yang memerintah, bermula dengan memberikan nasihat dan teguran disusuli dengan tindakan yang lebih tegas jika perlu. 
Pendirian dan sikap PAS terhadap Kerajaan Persekutuan tetap sama tanpa mengira DS Najib Razak atau Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, tanpa mengira BN atau PH yang menerajui kerajaan adalah sama sahaja iaitu taawun.(kerjasama) atas dasar kebajikan dan taqwa. 
PAS sedia menyokong dan menolong pada perkara yang baik. Namun, PAS juga bersedia membantah dan menghalang apa juga tindakan yang merugikan rakyat dan negara lebih-lebih lagi yang membelakangkan kedudukan dan peranan Islam dan umat Islam di negara ini yang telah dijamin oleh perlembagaan 
Justeru, saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk kita terus menjadi pengundi yang bertanggungjawab bukan sahaja dengan membuang undi pada hari pengundian, bahkan juga menjadi pemantau dan pengawal yang berkesan sepanjang tempoh mandat memerintah ini diberikan kepada parti-parti politik berkenaan. 
Semoga Allah memelihara kita semua daripada tipu daya dan bala bencana. 
YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 15hb Mei 2018 – HARAKAHDAILY 15/5/2018

Sumber HD - 15-5-2018 

















Harapan pasca PRU14

KEPUTUSAN PRU ke-14 menyaksikan perubahan besar lanskap politik negara apabila BN jatuh dan digantikan oleh PH memerintah Kerajaan Persekutuan. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan khususnya kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri baru. 
Penghapusan GST yang diumumkan semalam oleh Tun M adalah satu kemenangan buat rakyat yang hampir total menolak BN. Subsidi harga minyak dijangka akan dikembalikan. Pengalaman Tun M menghadapi krisis ekonomi 1997 diharap berjaya memulihkan situasi ekonomi negara. Rakyat mengharapkan satu perubahan besar terhadap kehidupan berekonomi mereka. 
Kemenangan PAS di dua buah negeri Kelantan dan Terengganu boleh menjadi tapak untuk memperkukuhkan lagi wawasan politik PAS sebagai sebuah parti Islam yang bercita-cita menjadikan Islam sebagai asas bernegara. Harapan PAS agar kerajaan PH tidak mewarisi sikap lama BN yang tidak menghormati konsep federalisma dan memberikan hak-hak sewajarnya bagi setiap negeri meskipun diperintah oleh parti berbeza dengan kerajaan pusat. 
BN khususnya Umno perlu mengambil peluang untuk menilai kembali parti mereka dan belajar menjadi pembangkang. Namun, dalam masa yang sama tindakan melompat parti perlu dihentikan bagi menghormati mandat rakyat. PH pula jika situasi politik terus kurang stabil boleh mengambil inisiatif berani memperkenalkan kerajaan perpaduan (unity goverment) iaitu kerajaan tanpa pembangkang yang melibatkan semua parti. 
Malaysia sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan perlu terus memperkukuhkan Islam sebagai teras bernegara. Ia menjadi tanggungjawab besar kerajaan PH khususnya ahli parlimen muslim dalam PH. 
Saya doakan agar negara dalam lima tahun ke hadapan berada di tahap jauh lebih baik daripada sebelumnya pada keadaan ekonominya, pentadbiran bersih tanpa rasuah, tiada kronisma dan nepotisma yang tiada kelayakan dan Islam terus diperkasakan. PAS selaku pembangkang di peringkat Persekutuan dan sebahagian negeri sedia berganding bahu bersama kerajaan PH dan BN membangunkan negara dengan Islam. Kita perlu bergerak ke arah kesatuan rakyat Malaysia dengan mengenepikan isu-isu picisan politik kepartian. 
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin 14hb Mei 2018 – HARAKAHDAILY 14/5/2018
Sumber HD - 14-5-2018 









Wajib tolak politik fitnah dan persepsi negatif

BUDAYA fitnah dan persepsi adalah satu budaya negatif yang mesti ditolak kerana menimbulkan ketegangan dan pertelagahan antara masyarakat. PAS dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) mendidik masyarakat berpolitik cara Islam yang terpimpin dengan akhlak Islam.
Keghairahan dalam berpolitik demi mendapatkan sebuah kemenangan sehingga sanggup menghalalkan segala cara adalah bertentangan dengan Syariat Allah SWT. Sedangkan dalam Islam telah digariskan dasar dan panduan dalam menjaga perkara yang fardhu, menjauhi perkara yang diharamkan serta tidak melampaui batasan agama.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى فَرَضَ فَرَائِضَ فَلاَ تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُودًا فَلاَ تَعْتَدُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلاَ تَنْتَهِكُوهَا
“Sesungguhnya Allah telah menfardhukan sesuatu kefardhuan maka jangan kamu tinggalkannya, Dia telah menetapkan batasan, maka jangan kamu melampauinya dan Dia telah mengharamkan sesuatu maka jangan kamu cerobohinya.”
[Riwayat Dar al-Quthni dan selainnya]
Berpolitik cara Islam adalah untuk mendatangkan maslahah dan menolak kemudharatan dalam kehidupan manusia berpandukan acuan wahyu Ilahi. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu al-Qayyim berkenaan tujuan pensyariatan agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas manusia:
فَإِنَّ الشـرِيعَةَ مَبْناها وَأَساسَها عَلَى الحِكَمِ وَمَصالِحِ العِبَادِ فِي المَعَاشِ وَالمَعَاد، وَهِيَ عَدْلٌ كُلُّها، وَرَحْمَةٌ كُلُّها، وَمَصَالِحٌ كُلُّها، وَحِكْمَةٌ كُلُّها
“Maka sesungguhnya Syariah Islam itu dasar dan asasnya terbina di atas hikmah dan kemaslahatan untuk Hamba-hamba Allah dalam kehidupan dunia dan akhirat. Syariah Islam itu bersifat adil, sebagai rahmat, menjaga maslahah dan mempunyai hikmah dalam semua perkara.”
Berbeza dengan politik cara Barat yang semata-mata bermain dengan persepsi dan fitnah bagi memburukkan pihak lawan demi meraih kemenangan. Allah S.W.T memerintahkan agar menyelidiki akan kesahihan sesuatu berita yang tersebar.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kesahihannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
[al-Hujurat: 6]
Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat mengajak kepada seluruh pengundi untuk menolak segala budaya politik yang mengandungi unsur fitnah dan persepsi negatif kerana ia jelas diharamkan oleh Islam. Maka setiap pengundi mestilah pandai menilai dan mengkaji kesahihan sesuatu maklumat yang datang daripada pihak berautoriti dan selayaknya agar pertimbangan yang betul diambil semasa undian dilakukan nanti. 
USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 6/5/2018


















Sumber HD - 8-5-2018










Dr Khairudin dekati denyut nadi pengundi


KUALA NERUS: Berikutan bebanan kos sara hidup hari ini yang amat menyakitkan, ramai dalam kalangan rakyat marhaen terpaksa mengikat perut, menangguh perbelanjaan sesuatu perkara penting termasuklah hingga urusan servis kenderaan dan mengisi minyak motosikal. 
Tidak mustahil ada rakyat yang tidak mampu mengisi minyak juga mereka tidak mampu. 
Mengambil iktibar kesusahan rakyat, maka calon PAS Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairudin Aman Razali At-Takiri meneruskan khidmat agihan minyak motosikal percuma yang sebenarnya telahpun dilaksanakan sebelum ini semasa menjawat Ahli Parlimen Kuala Nerus. 
Sebanyak empat program agihan minyak percuma di mana dua hari lepas di Shell Kampung Duyong Dun Seberang Takir. 
Kehadiran lebih 500 buah motor membawa petanda bahawa rakyat benar-benar terhimpit kos sara hidup, apatah lagi harga minyak berada pada kadar yang mahal. 
Pada 25 April pula, agihan diadakan di stesen minyak Shell Bukit Tunggal mensasarkan penduduk Dun Bukit Tunggal juga mencapai kehadiran lebih 500 motosikal. 
Sementara itu program ini diteruskan hari ini di Shell Padang Air mensasarkan penduduk Dun Tepoh dan Dun Buloh Gading. 
Program ini akan bersambung pula esok (27 April) di Petronas Jalan Lapangan Terbang mensasarkan penduduk Seberang Takir dan Dun Tepoh.  Dijangka 500 orang akan hadir. 
Menurut Dr Khairudin, program ini telah dianjurkan sejak 3 tahun lalu di mana diadakan pada bulan Ramadan. 
"Tujuan progam ini adalah untuk mendekatkan diri sebagai pimpinan dengan rakyat marhaen kerana pengguna motosikal selalunya anak-anak muda dan warga marhaen. 
"Walau kecil nilainya tetapi besar bagi mereka. Tetapi yang penting ialah keprihatinan dalam keadaan diri sebagai wakil rakyat pembangkang yang tidak diberikan peruntukan. Ini adalah  peruntukan peribadi," katanya lagi. 
"Bantuan 'one off' kepada rakyat marhaen seperti agihan minyak motor percuma adalah isyarat keprihatinan PAS di saat mempunyai kemampuan kewangan terhad tanpa peruntukan kerajaan sebagai wakil rakyat pembangkang. 
"Program ini menggunakan peruntukan peribadi hasil perniagaan sendiri,” kata beliau yang juga merupakan ahli perniagaan dalam beberapa bidang termasuk antara yang paling berjaya bidang makanan kesihatan dan kosmetik bersama isteri kedua beliau. 
"Tentulah apabila PAS menjadi kerajaan lebih banyak mampu dilakukan untuk rakyat marhaen. Janji PAS ialah membangunakan dasar ekonomi adil untuk semua lapisan masyarakat bagi membaiki kerosakan jurang ekonomi yang sangat ketara antara kaya dan miskin di Malaysia hari ini," tegasnya.
"Meningkatkan pendapatan hidup rakyat adalah tanggungjawab besar kerajaan. Ia memerlukan dasar pembangunan ekonomi bersifat jangka masa panjang yang lebih mesra rakyat marhaen bukannya mesra kapitalis semata-mata," kata beliau yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan  PAS Pusat. 
Kata beliau, PAS bersedia menggalas amanah itu untuk PRU ke-14 dengan dasar pembangunan ekonomi berasaskan Islam. 
Selain itu kata Dr Khairudin, ia juga tanda bahawa apabila PAS memerintah maka parti ini lebih bersedia dan mampu memberikan khidmat yang jauh lebih baik untuk kesejahteraan hidup rakyat marhaen. – HARAKAHDAILY 26/4/2018
Sumber HD - 26-4-2018 













Fitnah modal ahli politik tidak takut neraka

FITNAH akan menjadi modal dan senjata pilihan raya ahli politik yang tidak ada perkiraan dosa dan pahala. 
Oleh kerana itu, PAS menyokong penuh Akta Antiberita Tidak Benar di Dewan Rakyat baru-baru ini. Sebaliknya yang menentang adalah mereka yang berpotensi menjadikan fitnah senjata pilihan raya. 
Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk mendengar pelbagai lagi berita palsu dan fitnah disebarkan sepanjang tempoh PRU ke-14. 
Allah Taala mengajar kita kaedah berhadapan dengan berita fitnah: 
لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ (12)
“Alangkah baik tatkala kamu mendengar berita fitnah itu, orang-orang beriman lelaki dan perempuan bersangka baik terhadap diri mereka dan mereka menyatakan inilah fitnah rekaan yang sangat nyata.” (Surah an-Nur ayat 12)
Sumber HD - 8-4-2018 

Beban Hutang Pendidikan

Soalan saya di Dewan Rakyat hari ini ialah berkaitan dengan prosedur menyenaraihitamkan individu yang gagal membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN setelah menamatkan pengajian.

2. Pendidikan termasuk pendidikan tinggi adalah hak asasi dan keperluan rakyat khususnya bagi membina negara maju dan sejahtera. Tetapi, kerana tiga faktor iaitu ketidakmampuan keluarga, kos pengajian yang tinggi dan tiada tabung pembiayaan pendidikan peringkat nasional berkonsepkan hibah (hadiah), maka rakyat terpaksa meminjam.

3. Apabila tamat pengajian, kerana ketiadaan pekerjaan dan kos kehidupan semakin meningkat, mereka tidak mampu pula membayar hutang pendidikan. Kerajaan hanya memberi tempoh selama 12 bulan sahaja untuk memulakan pembayaran balik. Jika tidak, maka nama mereka akan disenaraihitamkan. Justeru, mereka terpaksa memulakan kehidupan selepas alam pengajian dalam keadaan terbeban, tidak mampu “berlari” laju.

4. Hari ini, hutang pendidikan merupakan salah satu komponen utama hutang isi rumah terutamanya dalam kalangan belia. Akibat ketidakmampuan atau kegagalan untuk membayar semula hutang ini, para peminjam menghadapi pula kesulitan-kesulitan lain kesan disenaraihitamkan. Sedangkan, salah satu faktor utama ketidakmampuan atau kegagalan untuk membayar semula hutang itu ialah kerana tidak mendapat pekerjaan dan tiada pendapatan.

5. Senario ini boleh dilihat menerusi Laporan Tahunan 2016 Bank Negara Malaysia yang antaranya menyatakan :

(a) Pengangguran belia mencecah 10.7% pada tahun 2015 iaitu tiga kali lebih tinggi daripada kadar pengangguran negara sebanyak 3.1%.

(b) Pengangguran belia semakin meningkat dalam tempoh kebelakangan ini kerana kadar pengambilan pekerja yang menurun sejak akhir tahun 2014 disebabkan oleh sentimen perniagaan yang berhati-hati dan prestasi ekonomi yang makin sederhana.

(c) Kadar pengangguran dalam kalangan belia yang berpendidikan tinggi adalah lebih tinggi pada 15.3%, berbanding belia yang tidak berpendidikan tertiari iaitu 9.8%.

6. Oleh itu saya berpandangan :

(i) Sudah sampai masanya Kerajaan memperbanyakkan tabung-tabung pembiayaan secara percuma untuk membiayai kos yuran dan kos kehidupan sepanjang pengajian dengan kerjasama kerajaan negeri dan korporat.

(ii) Kerajaan perlu membuat persediaan ke arah menjadikan yuran pendidikan pengajian tinggi khususnya adalah PERCUMA di universiti awam.

(iii) Melupuskan hutang PTPTN yang masih tertunggak sebagai ganti rugi ke atas pengangguran yang berlaku dan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sekian.

“Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Sumber BO - 4-4-2018















Politik PH ‘Kebudak-budakkan’!

KUALA TERENGGANU – Politik Pakatan Harapan (PH) disifatkan sebagai ‘kebudak-budakkan’ apabila mereka menjadikan tindakan PAS meyokong Usul Akta Anti Berita Tidak Benar, sebagai ‘kayu ukur’ dan menuduh PAS menyokong Barisan Nasional (BN)

”Ini politik kebudak-budakkan dan politik manipulasi fakta bagi mencipta persepsi jahat dan kebencian.

“sangat malang apabila Malaysia memiliki ahli politik yang berfikiran sebegini,” ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Khairuddin Aman Razali

Namun sebaliknya, kata beliau, apabila ‘blok’ tersebut boleh pula meyokong Akta AIIB (Bank Pelaburan Infrastruktur Asia) dan Akta 164.

”Bagaimana pula dengan Akta AIIB (Bank Pelaburan Infrastruktur Asia) dan Akta 164 yang disokong oleh PH sedang PAS menentang? I

”ia bererti PH menyokong UMNO-BN! Mereka boleh bersekongkol dengan BN jika ia selaras dengan nafsu mereka meskipun bercanggah dengan Islam,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas sikap ‘talam dua muka’ pemimpin PH.

Beliau menegaskan, PAS menolak dan menyokong sesuatu akta atau perkara adalah berasaskan prinsip Islam, yang menjadi pegangannya.

Jelanya, PAS menolak Akta AIIB kerana undang-undang tersebut memperakui sistem riba diamalkan oleh bank terbabit, yang haram hukumnya disisi Islam.

“PAS menolak pindaan Akta 164 baru-baru ini kerana ia menyentuh kedaulatan Mahkamah Syariah dan hukum hakam Islam berkaitan seorang yang baru menganut Islam.

“PAS menolak persempadanan semula kawasan pilihanraya kerana ia tidak menyediakan padang yang rata bagi setiap parti dalam pilihanraya,” kata beliau.

Justeru itu katanya, PAS menyokong Akta Anti Berita Benar kerana Islam mengharamkan penyebaran berita palsu, yang pada hari ini menjadi ‘makanan ahli politik’ terutama daripada PH.

Sumber BO -3-4-2018

















Dr Mahfodz: PAS Vying To Become ‘Kingmaker’


PAS is vying to become the “kingmaker” and form the next ruling government after the polls, said its syura council chief Datuk Dr Mahfodz Mohamed (pic).

“If we secure 40 parliamentary seats, we can be the kingmaker as Barisan Nasional and Pakatan Harapan will not have enough seats to form the government.

“They will then have to negotiate with us,” said Dr Mahfodz during a ceramah at Parit Gantong here on Friday (March 30) night.

As kingmaker, he said that PAS would be in the position to impose conditions on either Barisan or Pakatan.

“We do not want the post of prime minister, power or position but to be the ‘kingmaker’.
“The condition is that they (either Barisan or Pakatan) uphold Islam and form an Islamic government,” he stressed.

There are 222 parliament seats with 112 seats needed to form the majority government.

Dr Mahfodz said it was not too far-fetched for PAS to achieve its goal of 40 parliamentary seats as the party will field a record number of candidates in the general election.

He cited the example of Johor, where PAS intends to contest a total of 59 parliamentary and state seats.

“For the first time, PAS will contest in 40 out of the 56 state seats and 19 out of the 26 parliamentary seats,” he added.

In the last general election, PAS contested in eight parliamentary and 31 state seats.

The party however, only managed to win four state seats – Sungai Abong, Maharani, Puteri Wangsa and Parit Yaani – which is now held by Parti Amanah Negara.

On implementation of hudud, Dr Mahfodz said he was asked by party members why it has yet to be done.

He clarified that the this would be done through accepted processes once PAS comes to power- thestar

Sumber BO- 31-3-2018


Teruk Jika Calon PM Tolak Al-Quran, Hadis
Posted on Monday, March 26 @ 19:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38822



KUALA LUMPUR - Islam tidak menggalakkan seseorang melobi untuk dirinya memegang jawatan yang besar seperti Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Pemimpin PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, lebih teruk jika yang melobi itu ada rekod kurang baik berkaitan tadbir urus dan prejudis pada Islam.

“Sangat pelik apabila ada golongan yang mengaji fiqh dan hadis boleh menerima kepimpinan golongan yang tidak mahukan Islam memimpin.

“Lebih pelik pula apabila menolak untuk al-Quran dan al-Hadis digunakan dalam hujah politik sedang politik perlu digerakkan dengan panduan al-Quran dan al-Hadis,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.


Beliau dipercayai merujuk Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri sementara jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beberapa pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan namun mengakui pencalonan Mahathir bertujuan memancing undi kaum Melayu untuk pembangkang.


Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 26-3-2018


















Selamat Hari Polis Ke-211

Saya mewakili seluruh kepimpinan PAS, mengucapkan Selamat Hari Polis ke-211 kepada semua anggota polis dan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sejak penubuhannya sehingga kini, kerana tugasan pasukan inilah, dengan izin Allah keselamatan dan keamanan rakyat dan negara dalam segenap sudut sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Moga mereka beroleh pahala “murabitun” sebagaimana disebut dalam Hadis Nabi saw merujuk kepada mereka yang mewakafkan diri menjaga sempadan negara dari ancaman musuh.
Sabda Nabi saw:

رِبَاطُ يَوْمٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا

“Ribat (berkawal di sempadan) sehari di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya” (Hadis Sahih Bukhari)

Sewajarnya semua pihak memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pasukan ini dan setiap anggotanya sesuai dengan peranan dan sumbangan yang telah mereka curahkan.

Kebajikan mereka terutamanya pada aspek penyediaan rumah kediaman yang selesa dengan persekitaran yang kondusif dan pemberian gaji yang setimpal dengan tugasan mereka dan kos sara hidup semasa mestilah diberikan lebih perhatian oleh Kerajaan.

Isu penyelenggaraan berek polis dan tuntutan bayaran oleh anggota berpangkat rendah terutamanya mesti disegerakan. Peluang untuk mendapatkan kediaman selepas pencen bagi mereka yang tidak mempungai kediaman boleh menjadi sebahagian agenda kerajaan sebagai hadiah buat mereka.

Saya mendoakan semua anggota PDRM sentiasa hidup bahagia bersama ahli keluarga masing-masing, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

Sekian.

”Polis dan Masyarakat Berpiasah Tiada”
”Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Sumber BO - 25-3-2018

Hanya Golongan Zalim Takut Doa Umat Islam
Posted on Thursday, March 22 @ 23:10:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38740



"HANYA golongan zalim takut kepada doa orang soleh. Bagi mereka yang baik tidak bimbang doa keburukan oleh orang lain kerana yang memakbulkan doa hanyalah Allah," kata pemimpin PAS, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Menurut beliau, mendoakan kebaikan dan mendoakan keburukan kedua-duanya adalah sunnah kerana berdoa agar musuh mendapat hidayah adalah dituntut seperti mana doa Nabi Muhammad S.A.W agar penduduk Thaif mendapat hidayah.

Namun, kata beliau, berdoa agar musuh yang jahat dan golongan yang zalim mendapat pembalasan Tuhan juga dibolehkan, malah dituntut apabila kezaliman itu melibatkan kepentingan Islam dan umatnya.

“Asasnya adalah kerana doa adalah senjata mukmin. Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi” (Hadis Riwayat Hakim)
“Dalam Hadis Sahih Bukhari dan Muslim, Nabi berdoa ke atas Quraisy yang mengganggu dan menyakiti baginda ketika solat di Masjid Haram. Nabi juga mendoakan kehancuran tentera bersekutu pakatan Ahzab dalam peperangan Ahzab dan mendoakan kehancuran kerajaan Kisra Parsi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media pro-Pakatan Harapan (PH) pada 17 Mac lalu melaporkan PAS Selangor mengadakan solat hajat demi kemenangan parti itu di negeri berkenaan serta mendoakan kehancuran “pakatan jahat” yang dipercayai merujuk kepada PH.

Solat hajat itu juga dilaporkan menyamakan pertempuran PAS pada pilihan raya umum yang akan datang seperti Perang Ahzab.

Peperangan Ahzab atau dikenali sebagai Perang Khandak merupakan peperangan antara tentera kafir di sekitar tanah Arab yang berkumpul untuk memerangi Nabi Muhammad yang ketika itu berada di Madinah.

“Nabi bersabda dalam Hadis Bukhari dan Muslim: Takutlah kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada antara doa itu dengan Allah sebarang dinding,” kata Mohd. Khairuddin.
PAS ketika ini sedang diserang hebat oleh blok PH yang dibarisi DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pelbagai fitnah dan penghinaan dilemparkan oleh PH ke atas PAS termasuk kononnya menerima wang RM90 juta daripada UMNO malah pemimpinnya disindir bertaraf lebai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Antara strategi terbaharu PH untuk menghancurkan PAS adalah Kerajaan PKR Selangor menyekat peruntukan untuk wakil rakyat PAS di negeri itu. – MYNEWSHUB.CC



Sumber TKO - 22-3-2018

PAS Menghukumkan GST percukaian Haram dan Wajib Dimansuhkan
Posted on Monday, March 12 @ 17:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38604



1. Saya sangat pelik dengan mereka yang menuduh PAS menyokong GST. Tidakkah PAS parti yang awal mengisytiharkan GST haram dan bercanggah dengan Islam seawal 2013 lagi kerana ia adalah percukaian berasaskan perbelanjaan yang dikenakan kepada semua orang termasuk golongan miskin. Sedangkan percukaian dalam Islam hanya dikenakan kepada golongan miskin.

2. Dewan Ulamak PAS Pusat meluluskan Usul GST haram dalam Muktamar Tahunan 2013. Saya pula berucap dalam Muktamar PAS Pusat mewakili Dewan Ulamak menegaskan GST adalah percukaian yang haram. Ucapan saya di Dewan Rakyat dan dalam ceramah-ceramah penerangan serta pelbagai tulisan saya menegaskan GST adalah haram dan mesti dihapuskan.

3. Menariknya beberapa pimpinan PAS yang hari ini telah berada dalam parti lain adalah antara yang tidak bersetuju dengan hukum GST haram yang dikeluarkan oleh Dewan Ulamak. Malah pada peringkat awal isu ini berbangkit, sistem percukaian GST disokong oleh pimpinan pembangkang selain PAS kerana merasakan ia sistem yang bagus untuk mengutip cukai tetapi tidak menyokong pelaksanaannya sahaja dalam suasana ketirisan pengurusan kerajaan BN.

4. PAS pula apabila menolak GST mengemukakan alternatif menerusi Dokumen Hijau bagi percukaian GST yang zalim iaitu cukai simpanan korporat dan cukai pegangan saham yang dikenakan kepada orang kaya.

5. PAS istiqamah menegaskan cukai GST mesti dihapuskan dan ia termaktub insyallah dalam manifesto yang bakal diisytiharkan nanti.

Sekian.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Isnin 12hb Mac 2018


Sumber TKO - 12-3-2018
























Urustadbir Rabbani Perangi Rasuah : Contohi Konsep Umi Kelantan

Perbincangan politik hari ini tidak dapat lari daripada isu penyelewengan, rasuah dan korupsi yang sukar untuk dibendung. Ia ibarat barah yang menambah luka ketika permainan politik bukan lagi di atas dasar menguntungkan rakyat secara keseluruhan, tetapi demi kepentingan kantung pihak tertentu.

2. Di dalam riuh rendah hiruk pikuk masyarakat bercakap soal sebuah urustadbir kerajaan yang baik (good governance), kerajaan negeri Kelantan selepas memerintah selama 27 tahun bermula Oktober 1990, telah membuktikan bahawa melahirkan “Good Governance” (Urustadbir Baik) yang cemerlang dari sudut pengurusan serta jauh dari rasuah bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi hendaklah berasaskan “al-Hukmu al-Rabbani” iaitu “Urustadbir Rabbani” yang meletakkan asas agama dan perhambaan diri kepada Tuhan sebagai dasar rujukan.

3. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 79:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ (79)

“Tidak wajar bagi seorang manusia yang Allah SWT kurniakan kepadanya Kitab, Hukum (kebijaksanaan dan pemerintahan) dan Kenabian, kemudian dia berkata kepada orang ramai; “Jadilah kamu semua hamba-hamba kepadaku lain daripada Allah SWT”, tetapi hendaklah dia berkata; “Jadilah kamu semua Rabbaniyyin”, dengan sebab apa yang kamu ajarkan menerusi Kitab dan dengan sebab apa yang kamu pelajari”.

4. Rabbani adalah orang yang dinisbahkan kepada Rabb Tuhan. Sebagaimana ditafsirkan oleh para ulamak, ia bermaksud orang yang berilmu, faqih, ahli ibadah dan ahli taqwa, yang sentiasa menyedari pengawasan Allah SWT terhadap dirinya dan yang mengikut Rabb iaitu Tuhan. Perkataan “rabbani” juga berasal dari perkataan “rabba” bermaksud mentadbir dan memperelokkan keadaan. Justeru, Rabbani menurut Qurtubi bermaksud orang yang disamping berilmu dia juga cekap dalam urustadbir.

5. Kesimpulannya Rabbani boleh ditafsirkan sebagai orang yang ada ilmu, kuat beribadah mengabdikan diri kepada Tuhan, bertaqwa dan menyedari pengawasan Allah SWT terhadap dirinya serta cekap mentadbir dengan menjadikan Rabb Tuhan sebagai ikutan dan panduan. Konsep Rabbani inilah yang perlu diterapkan dalam urustadbir negara.

6. “Good Governance” yang dikeluarkan oleh World Conference on Governance pada tahun 1999 mendefinisikannya sebagai

“a system that is transparent, accountable, just, fair, democratic, participatory and responsive to people’s needs”. Ia menggariskan 3 asas urustadbir yang baik iaitu accountability (kebertanggungjawaban) , transparency (ketelusan) danefficiency and effectiveness (kecekapan).

7. Namun, Urustadbir Rabbani lebih jauh meletakkan semua tiga asas itu bersumberkan kesedaran bahawa manusia yang melaksanakan urustadbir negara adalah:

i. Hamba kepada Tuhan yang mesti berilmu dan terikat dengan hukum hakam dan peraturan Tuhan.
ii. Dipertanggungjawabkan menerusi konsep Hisab di Hari Akhirat

iii. Dinilai oleh Allah SWT berasaskan kualiti setiap urustadbir untuk diganjari dengan Syurga.

8. Atas kesedaran “Urustadbir Rabbani” berasaskan konsep perhambaan diri kepada Tuhan, kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan prinsip UMI merujuk kepada ‘Ubudiyyah (Perhambaan kepada Allah SWT), Mas’uliyyah’ (Kebertanggungjawaban juga berkait dengan prinsip dosa dan pahala) dan Itqan (Kesungguhan dan Kecekapan) sebagai dasar urustadbir negeri.

9. Urustadbir berasaskan prinsip UMI menjadi tunjang penting kepada pengurusan yang cekap serta jauh daripada penyelewengan.

Hasilnya, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kelantan telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bebas dan bersih daripada sebarang rasuah mahupun korupsi. Ini merupakan kejayaan terbesar bagi sesebuah kerajaan yang memerintah sebuah negeri.

10. Malah, seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016, Pejabat Menteri Besar dan SUK Kerajaan Negeri Kelantan memperolehi markah 99 peratus dalam laporan berhubung prestasi pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti jabatan/agensi pada 2016.

11. UMI sebagai satu konsep Urustadbir Rabbani sepatutnya menjadi rujukan kerajaan-kerajaan negeri lain termasuk kerajaan pusat sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab pemerintahan. Misi menjadi sebuah negara yang bebas dari amalan rasuah kini sebenarnya tidak lagi mustahil dan Kerajaan Negeri Kelantan telah dahulu membuktikannya.

Sekian.

“Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
27 Februari 2018 | 11 Jamadilakhir 1439H

Sumber BO - 28-2-2018


















































PAS Terajui Dasar Buruh Berkebajikan

Panduan PAS adalah Islam; dengan merujuk kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber hukum yang tertinggi.

2. Prinsip utama dasar buruh PAS ialah bahawa manusia itu adalah makhluk yang mempunyai akal dan nafsu serta roh dan jasad yang perlu dibina dan dibajai serta digunakan sesuai dengan fitrah penciptaannya yang telah ditetapkan.

3. Manusia perlu memberikan hak kepada jasadnya untuk makan dan minum, berehat dan berhibur. Perlu memberikan hak kepada roh dan akalnya untuk mendapatkan ilmu. Perlu memberikan hak kepada ahli keluarga anak, isteri, ibu, bapa dan sanak saudara untuk bermesra dan berziarah. Perlu memberikan hak kepada jiran tetangga dan masyarakat untuk berhubung kasih dan bersosial serta melakukan kebajikan sesama manusia.

4. Manusia hidup bukan hanya untuk bekerja mencari nafkah. Tetapi dia perlu juga memakmurkan kehidupan dengan aktiviti ibadah khas beragama, aktiviti berkeluarga, aktiviti bermasyarakat dan pelbagai aktiviti yang boleh melapangkan akal, menenangkan minda dan merehatkan jasad. Bukan hanya terpenjara dalam ruang lingkup pekerjaan mencari nafkah semata-mata.

5. Perbezaan jantina makhluk bergelar manusia justeru menatijahkan hak dan tanggungjawab yang berbeza juga adalah suatu bentuk kemuliaan dan bukannya diskriminasi terhadap mana-mana jantina.

6. Berlainan dengan teori buruh yang dibangunkan berasaskan ideologi ciptaan manusia yang hanya menganggap bahawa manusia adalah semata-mata alat (machinery) bagi memacu produktiviti kebendaan dalam kehidupan; dan, lelaki dan perempuan pula adalah sama sahaja sehinggakan syariat Islam yang memperihalkan perbezaan antara lelaki dan perempuan ditentang lantang atas nama hak asasi manusia dan kesamarataan gender.

7. Bertitik tolak daripada prinsip-prinsip inilah, PAS telah memperkenalkan dasar buruh yang berkebajikan kepada para pekerja. Contoh ini dapat dilihat menerusi pelaksanaan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir atau pernah ditadbir oleh PAS di Kelantan dan Terengganu. Antaranya :

(a) DASAR KERJA LIMA (5) HARI SEMINGGU.
Bermula 1hb Januari 1996, Kerajaan Kelantan diterajui PAS menetapkan hari berkerja hanya lima (5) hari seminggu dan memperuntukkan dua (2) hari sebagai cuti rehat.

Rasionalnya ialah bagi menjadikan masyarakat lebih berilmu dengan menjadikan Jumaat sebagai hari ilmu dan menjadikan Sabtu hari bersama keluarga bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Tindakan ini dapat menggalakkan produktiviti kerja setelah mereka mendapat rehat yang cukup serta membantu sektor pelancongan domestik.

Dasar ini kemudiannya ditiru oleh Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan cuti tambahan pada Sabtu minggu pertama bermula Januari 1999 dan bermula Februari 2000 pula, Sabtu minggu pertama dan ketiga dijadikan sebagai hari cuti.

Pada Julai 2005 barulah Kerajaan Persekutuan melaksanakan sepenuhnya dasar lima (5) hari berkerja dan cuti dua hari tetapi dengan memanjangkan tempoh masa berkerja pada 5 hari tersebut.

(b) DASAR CUTI WANITA BERSALIN
Pada tahun 1991 Kerajaan PAS Kelantan memberi hak kepada pekerja wanita yang bersalin dengan diberikan cuti daripada 42 hari sebelumnya kepada 60 hari.

Ia bagi memberikan tempoh yang secukupnya untuk bersama dengan anak yang baru dilahirkan dan memastikan ibu itu pulih sepenuhnya sebelum kembali berkerja.

Ia juga satu pemberian hak terhadap anak yang baru lahir untuk dijaga dan dibelai sepenuhnya oleh ibu selepas kelahiran apatah lagi hak penyusuan susu ibu.

Pada 1hb Mei 1998 barulah polisi itu ditiru oleh Kerajaan Persekutuan menerusi pekeliling bilangan 2 tahun 1998.

Pada Mei 2010, Kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan pula dasar cuti bersalin kepada 90 hari.

Pada 15 hb Oktober 2010 Kerajaan Persekutuan mengambil langkah yang sama memberikan cuti 90 hari TETAPI dengan had maksima 300 hari dan pekerja boleh memilih untuk mengambil cuti antara 60 hingga 90 hari.

Berkuatkuasa Januari 2018 pula had maksima ini ditambah kepada 360 hari dan dalam masa yang sama, cuti 90 hari ini juga diperluaskan ke sektor swasta pula .

8. Menariknya, dasar-dasar yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh PAS ini yang kemudiaannya turut diikuti oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri yang lain dan juga sektor swasta membuktikan bahawa ia adalah dasar yang sangat baik dan bermanfaat bukan sahaja kepada pekerja, bahkan kepada aspek-aspek lain juga.
9. Ia juga mengingatkan kita dengan firman Allah

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ (73)

“Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang membimbing berdasarkan perintah Kami dan Kami ilhamkan kepada mereka perlakuan kebajikan….”

(Surah al-Anbiya ayat 73)

Sesungguhnya Allah mengilhamkan kepada para pemimpin yang memerintah berpandukan Islam pelbagai polisi kebajikan yang memberi kebaikan kepada rakyat.

10. Saya juga sebelum ini pernah mencadangkan supaya tempoh masa bekerja para wanita berkeluarga dikurangkan daripada 8 jam kepada hanya 5 atau 6 jam sehari dengan gaji yang sama seperti lelaki yang bekerja selama 8 jam sehari bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan dan sebagai penghargaan kepada wanita yang berkeluarga.

11. Apabila PAS diberikan kepercayaan untuk mentadbir lebih banyak negeri dan mentadbir negara, saya percaya pelbagai lagi dasar berkebajikan yang akan diperkenalkan dan dilaksanakan yang akan menguntungkan para pekerja di negara ini. Pelbagai ilham akan dicurahkan oleh Allah insyallah.

Sekian.

“Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber BO - 15-2-2018



























Komitmen PAS selesai isu pemilikan rumah bakal untungkan rakyat

ISU pemilikan rumah terutamanya oleh kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dilihat masih gagal untuk diselesaikan sehingga kini.
Sedangkan, punca utamanya sudah sangat jelas dan diakui pelbagai pihak; iaitu, (i) harga¹ rumah yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan, dan (ii) kekurangan bekalan² rumah mampu milik dalam pasaran. 
Ditambah pula dengan kompleksiti industri perumahan³ di negara ini sehinggakan mewujudkan peluang kepada pihak tertentu untuk mengaut keutungan atas angin di atas bebanan yang perlu ditanggung oleh pembeli. 
Isu ini sebenarnya boleh sahaja diselesaikan, dengan syarat sesebuah kerajaan itu hendaklah (i) memiliki kemahuan politik yang bersungguh, dan (ii) menggunakan kaedah Islam yang adil untuk semua.
PAS sangat komited mahu menyelesaikan isu pemilikan rumah ini bukan sahaja kerana memahami bahawa kediaman merupakan salah satu keperluan asasi manusia, bahkan kerana menyedari bahawa status pemilikan rumah juga sangat memberikan kesan ke atas pembentukan struktur sosial dan politik sesebuah masyarakat. 
Nabi s.a.w. juga bersabda: 
( مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ : الْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ) 
"Antara punca kebahagiaan seseorang ialah jiran yang baik, kenderaan yang selesa dan kediaman yang lapang". (Hadis riwayat Ahmad dan dinilai Sahih oleh Albani)
Oleh demikian, PAS telah menterjemahkan komitmen ini dalam manifesto seperti berikut untuk ditawarkan kepada rakyat dalam PRU14 akan datang: 
(a) Setiap rakyat Terengganu berumur 21 tahun ke atas yang layak berhak mendapatkan 1 lot tapak rumah kediaman atau 1 unit rumah kediaman. 
(b) Memperuntukkan RM50 juta setahun untuk Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat.
Saya juga sebelum ini ada menyuarakan⁴ beberapa kaedah bagi menyelesaikan isu ini antaranya melalui penggubalan akta tertentu bagi mengawal harga rumah, pelaksanaan pinjaman qard al-hassan dan pengenalan sukuk al-ijarah dalam proses pembiayaan perumahan serta pembukaan kampung-kampung baharu. 
Saya percaya, apabila PAS terus diberikan mandat dalam siri pilihan raya umum akan datang, lebih banyak manfaat yang akan dinikmati oleh rakyat di negara ini dan isu pemilikan rumah ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. 
”Sejahtera Bersama Islam” 
YB. DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
AJK PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala Nerus
19 Disember 2017 | 30 Rabiul Awal 1439 – HARAKAHDAILY 19/12/2017
_
¹ Harga purata rumah pada 2016 yang sudah mencecah RM387,258.00 seunit dikategorikan sebagai ‘amat tidak mampu milik’ dan hanya layak untuk dimiliki oleh kumpulan isi rumah yang berpendapatan sekurang-kurangya RM10,757.00. Sedangkan, kumpulan B40 dan M40 hanya berpendapatan purata RM2,848.00 dan RM6,502.00 sebulan. 
² Secara unjurannya, bagi tempoh 2016 hingga 2020, negara ini memerlukan 653,000 buah rumah mampu milik (RMM) atau 130,000 buah RMM setahun bagi memenuhi permintaan. Namun, bekalan RMM pada masa ini secara puratanya hanya 60,000 buah sahaja setahun. Bahkan, dari 2016 hingga suku pertama 2017, hanya 21% pelancaran baharu terdiri daripada rumah berharga di bawah RM250,000. 
³ Saya sejak 2015 lagi telah menegaskan supaya ada usaha dilaksanakan untuk menyemak dan menstrukturkan semula industri perumahan dalam negara kita melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan jabatan berkenaan serta pemaju dan persatuan berkaitan bagi mengawal kenaikan harga rumah dalam pasaran dan memastikan bekalan mencukupi permintaan. 
⁴ Sila rujuk : (i) http://drtakiri.blogspot.my/2015/11/rumah-mampu-milik-kekang-harga-semak.html (ii) http://drtakiri.blogspot.my/2016/09/tabung-qard-al-hassan-bantu-rakyat.html, dan (iii) http://drtakiri.blogspot.my/2017/10/sukuk-ijarah-agihan-lot-tanah-sebagai.html.
Sumber HD - 19-12-2017









































Kewajipan umat Islam seluruh dunia pertahan al-Quds

PERISYTIHARAN Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump awal pagi tadi waktu Malaysia bahawa Al-Quds merupakan ibu negara Israel adalah suatu jenayah rampasan hak umat Islam terbesar. Dengan perisytiharan ini, sebenarnya Amerika Syarikat sengaja ingin memporak-perandakan tanah air Palestin dan memberi kuasa lebih meluas kepada Zionis. 
Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya adalah tanah suci yang tidak boleh dibiarkan kerana ia merupakan sebahagian daripada iman umat Islam. Semasa pemerintahan Sayyidina Umar al Khattab R.A beliau telah mengisytiharkan Baitul Maqdis yang melengkari Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya adalah tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman. 
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak seluruh umat Islam untuk berdoa dan bermunajat khusus kepada kesejahteraan al-Quds daripada dinodai oleh musuh Islam. DUPP turut menyeru umat Islam untuk berhimpun secara aman dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan solidariti ummah selepas solat Jumaat esok sebagaimana surat kerahan yang telah dikeluarkan oleh PAS Pusat. 
DATUK DR MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
18 Rabiul Awal 1439 | 7 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD -7-12-2017 

Cekal dan gigihnya mereka sekeluarga

CEKAL dan gigihnya mereka sekeluarga. Ibu dan anak-anak menjaja akok di sekitar pasar raya Hock Kee Seng di Gong Badak di waktu petang.
Mereka bergerak dari kereta ke kereta menawarkan kuih mereka. Bapanya pula menjaja sekitar pasar raya Sabasun. Mereka dari Kampung Banggol Nyiur, Gemuruh, Dun Tepoh. 
Awal pagi mereka menghantar akok ke kedai-kedai kopi. Baki yang tidak terjual akan dijaja pula di waktu petang. 
Moga Allah kurniakan rezeki yang banyak dan berkat kepada mereka sekeluarga. 
(Dipetik daripada fb Ustaz Dr. Khairuddin at-Takiri)
Sumber HD - 3-12-2017 




























Perutusan Maulidur Rasul 1439 Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

SABDA Rasulullah SAW: 
كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى 
Maksudnya: "Semua umatku akan masuk Syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya; wahai Rasulullah siapakah gerangan yang enggan itu? Jawab Baginda; Sesiapa yang mentaatiku masuk Syurga dan sesiapa yang langgar seruanku, maka dialah yang enggan". [Riwayat Imam al-Bukhari] 
Rasulullah SAW merupakan qudwah hasanah kepada seluruh umatnya. Selain baginda seorang ahli ibadat yang tekun, suami yang bertanggungjawab, peniaga yang berjaya, baginda juga adalah seorang pemimpin tertinggi negara.
Rasulullah SAW telah berjaya memimpin sebuah negara Islam pertama dan digeruni serta dihormati pada ketika itu. Kebajikan rakyat dan keamanan negara semakin terjamin dengan gagasan kesejahteraan berlandaskan Syariat yang dibawa oleh baginda. 
PAS di Malaysia juga berusaha meneladani kepimpinan baginda SAW dalam semua sektor pentadbiran apabila diberi kejayaan mentadbir Kerajaan Persekutuan suatu hari nanti. Kehidupan harmoni antara masyarakat berbilang kaum juga akan diterapkan sebaik mungkin. 
Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan selamat menyambut Maulid Al-Rasul 1439H, tegakkan sunnah baginda dalam kehidupan peribadi dan bermasyarakat. Semoga kita semua dikurniakan syafaatnya di akhirat kelak dan ditempatkan bersama para Nabi, Shiddiqin dan Solehin. 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Membina Negara Sejahtera”
DATUK DR MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat
12 Rabiul Awal 1439H / 01 Disember 2017M – HARAKAHDAILY 1/12/2017
Sumber HD - 1-12-2017 

Tudung: Tahniah PBT Taiping, JTK Johor




































LANGKAH pro-aktif Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor dalam mempertahankan hak bertudung wanita Islam di negara ini adalah tindakan terpuji yang sewajarnya dicontohi oleh semua pihak berkuasa. 
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan mengenakan syarat tambahan kepada pengusaha hotel untuk tidak melarang pekerja wanitanya bertudung di tempat kerja, dalam proses meluluskan permit mereka. 
JTK Johor pula telah melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat peringatan kepada 4 hotel yang telah mengenakan larangan pemakaian tudung di bahagian perkhidmatan pelanggan kerana ia bercanggah dengan Kod Perilaku Keharmonian Perindustrian yang merupakan perjanjian bersama antara Kementerian Sumber Manusia dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
yang telah menyatakan bahawa menjadi kewajipan majikan untuk tidak mendiskriminasikan pekerja dan mewujudkan keharmonian di tempat pekerjaan. 
Tindakan pro-aktif ini selari dengan peraturan dan peruntukan undang-undang sedia ada. Perkara 8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan telah secara jelas menyatakan berkenaan larangan diskriminasi dan hak kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama. 
Malah sangat tidak wajar wanita muslim dalam sebuah negara bermajoriti muslim yang perlembagaannya pula meletakkan Islam Agama Persekutuan, tiba-tiba dihalang bertudung dengan alasan remehnya kononnya ia adalah kod berpakaian yang ditetapkan oleh majikan. Ia merupakan satu cabaran dan penghinaan terhadap kedaulatan Islam.
Saya juga menggesa agar pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara juga menggunakan kuasa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang – seperti kuasa mengeluarkan lesen – bagi memastikan kedudukan Islam dan hak umat Islam terus terpelihara. Tidak sewajarnya pihak yang tidak menghormati perlembagaan itu dibiarkan untuk terus beroperasi. 
Malah semua kerajaan negeri sepatutnya mencontohi langkah Kerajaan Kelantan sejak 1992 yang mengenakan syarat berpakaian menutup aurat bagi muslim dan muslimah di setiap premis perniagaan di Kelantan sebagai  peraturan kelulusan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT). 
Saya juga menyeru kepada para peguam Muslim agar ke hadapan dan komited memberikan pembelaan kepada pekerja-pekerja beragama Islam yang dinafikan hak mereka untuk mengamalkan ajaran Islam.
Kerajaan Persekutuan terutamanya menerusi Kementerian Pelancongan pula mestilah bersikap tegas terhadap pengusaha-pengusaha hotel termasuk membatalkan lesen mereka sekiranya didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
01 Disember 2017 | 12 Rabiul Awal 1439 H. – HARAKAHDAILY 1/12/2017
Sumber HD - 1-12-2017 



































Pantau pelaksanaan bajet dengan 'hisbah rakyat'






KERAJAAN Umno-BN digesa supaya mewujudkan konsep pemantauan kepada segala bentuk pelaksanaan bajet bagi rakyat yang dipanggil sebagai 'hisbah rakyat'.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, konsep pemantauan yang dipanggil 'hisbah rakyat' itu amat perlu ditubuhkan walaupun telah ada Laporan Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Menurutnya, jawatankuasa dan badan berkenaan tidak mencukupi kerana perlu ada satu lagi badan yang ditubuhkan melibatkan rakyat supaya ia benar-benar turun pada sasaran. 
"Sebagai contoh saya ambil, bila kerajaan mengisytiharkan bahawa RM50 juta diperuntukkan untuk pendawaian sekolah tahfiz, disalurkan menerusi Giat Mara. Bila disalurkan kepada Giat Mara sejauh manakah yang disalurkan itu betul-betul sampai kepada sekolah tahfiz. 
"Kalau bajet umpamanya mungkin sekitar RM10 ribu bagi sebuah sekolah mungkin di'markup' harganya menjadi RM12 ribu dan sebagainya, maka perlulah ada satu badan yang mana anggota-anggota pertubuhan atau persatuan yang terlibat dengan tahfiz ini dilibatkan sama untuk memantau turunnya bajet itu biar telus," katanya ketika membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.. 
Beliau menjelaskan, di dalam Islam terdapat empat bentuk hisbah dan bentuk ‘raqabah zatiyyah’, yang bermaksud seseorang yang menjadi pemimpin mempunyai perasaan takut kepada Allah untuk bertindak paling baik untuk akhiratnya. 
Selain itu katanya, ‘raqabah ilahiyah’, bermaksud pemimpin itu sedar bahawa Allah memantau segala kerja buat yang dilakukannya, di samping ‘raqabah isytimaiyyah’ yang bermaksud pemantauan masyarakat serta ‘raqabah hukumiyah’ iaitu pemantauan oleh kerajaan. 
"Bentuk yang ketiga belum dilaksanakan sebetul-betulnya kerana itulah saya mencadangkan untuk kerajaan menggerakkan hisbah rakyat ini untuk menggambarkan ketelusan dalam pengurusan bajet turun kepada rakyat," katanya. 
Dalam perbahasan tersebut, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menyentuh mengenai isu defisit dan hutang yang seringkali ditimbulkan apabila muncul pembentangan bajet. 
Katanya, amat mengecewakan apabila jawapan yang diberikan kerajaan tetap sama dengan alasan berhutang itu satu perkara biasa dan apa yang penting hutang kerajaan belum melepasi 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 
Beliau menegaskan, amat penting baginya sebagai ahli parlimen menyatakan Kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal selama 21 tahun berturut-turut daripada pembentangan bajet untuk tahun 1998 hingga terakhir sekarang tahun 2018 membentangkan bajet defisit. 
"Kita tidak menyatakan salah untuk defisit pada sesetengah keadaan tetapi kita ambil kaedah surah Yusuf sebagai contoh yang mana Allah mengajar kepada kita tujuh tahun yang segar, yang ekonominya baik, tujuh tahun yang ekonomi kemarau, ya mungkin berlaku defisit. 
"Akan tetapi kalau 2 awal tahun 1998, 1999 kerajaan menghadapi krisis ekonomi tetapi kemudian kerajaan berhadapan dengan ekonomi yang baik selepas pada itu dan sekarang baru pula menghadapi krisis ekonomi tetapi kerajaan masih gagal di kala mana ekonominya baik masih lagi membentangkan bajet defisit dan yang menyebabkan akhirnya berlakunya tunggakan hutang," katanya. 
Dr Mohd Khairudin juga menyebut, walaupun menghargai usaha kerajaan untuk meninggikan kadar pinjaman atau kadar pelaburan menggunakan sukuk atau terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia, penglibatan kerajaan dengan riba inilah punca kerosakan bagi ekonomi. 
Katanya, data yang dikemukakan oleh pelbagai pakar ekonomi termasuk ucapan menarik oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bagaimana penglibatan negara-negara dengan riba ini telah berlaku puluhan krisis kewangan dunia dalam tempoh 30 tahun. 
"Tempoh 30 tahun menunjukkan bahawa riba merosakkan ekonomi negara maka jika kerajaan tidak ada komitmen untuk membebaskan diri dari riba ini maka keberkatan tidak akan datang," tegasnya.
Sumber HD - 4-11-2017 





































Sukuk ijarah, agihan lot tanah sebagai penyelesaian kediaman rakyat




WALAUPUN pendapatan penengah isi rumah meningkat 6.6% kepada RM5,228.00, ia tetap belum sampai ke tahap mampu untuk membeli rumah pada harga purata RM387,258 yang dijual di negara ini pada tahun lalu.
Harga purata tersebut yang dikategorikan sebagai 'amat tidak mampu milik' itu hanya layak untuk dimiliki oleh isi rumah yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM10,757.00. 
Bererti, adalah mustahil sekali bagi kumpulan isi rumah B40 dan M40 dengan hanya pendapatan purata RM2,848.00 dan RM6,502.00 masing-masing untuk memiliki rumah pada masa ini dan juga pada masa hadapan berdasarkan trend harga hartanah itu yang semakin meningkat saban tahun. 
Secara unjurannya, bagi tempoh 2016 hingga 2020, negara ini memerlukan 653,000 buah rumah mampu milik (RMM) atau 130,000 buah RMM setahun bagi memenuhi permintaan. Namun, bekalan RMM pada masa ini secara puratanya hanya 60,000 buah sahaja setahun. Ia amat tidak cukup bagi menampung permintaan. 
Meneliti dua (2) masalah ini iaitu (i) harga rumah yang mahal dan (ii) bekalan RMM yang rendah, penyelesaian sebenar yang harus diberikan fokus bagi menangani isu pemilikan rumah ini adalah pada isu mendapatkan pembiayaan bank itu sendiri bagi membolehkan para pembeli membuat (i) bayaran pendahuluan dan (ii) bayaran ansuran bulanan. 
Bebanan bayaran pendahuluan ini dapat diselesaikan secara kaedah musyarakah dengan kerajaan mewujudkan suatu dana bagi memberikan pembiayaan kepada para pembeli untuk membuat bayaran pendahuluan perumahan dan pembiayaan oleh dana kerajaan ini dibayar semula selepas tempoh tertentu apabila pembeli telah menyelesaikan hutang dengan pihak bank. 
Kaedah ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembeli terbeban bagi mendapatkan wang untuk membayar pendahuluan, bahkan dapat menjadikan bayaran ansuran bulanan perumahan menjadi lebih rendah. 
Bagi menyelesaikan masalah bayaran ansuran bulanan pula, ia boleh diselesaikan secara kaedah sukuk al-ijarah iaitu para pembeli memiliki rumah itu secara berperingkat mengikut kemampuannya melalui pembelian sukuk sehinggalah selesai mendapatkan 100% pemilikan rumah itu. Sementara itu, pemilikan terhadap rumah itu dikongsi secara bersama dengan pihak lain (seperti pelabur dan bank) dan dalam tempoh itu pembeli membayar sewa kepada pihak berkenaan pada kadar sewaan pasaran mengikut peratus pemilikan masing-masing. 
Kaedah ini dapat meringankan beban bayaran ansuran bulanan oleh pembeli dan juga memberikan peluang kepada para pelabur dengan pelaburan berkos rendah. Manakala pihak bank pula mendapat manfaat pada aspek risiko pinjaman yang rendah.
PAS melalui Lajnah Ekonomi dengan ini menyatakan kesediaan untuk bersama-sama dengan pihak-pihak berkenaan yang terlibat dalam isu ini terutamanya BNM dan REHDA untuk berkongsi penyelesaian secara Islam bagi menyelesaikan masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat di negara ini di bawah Program Mampu Miliki Rumah yang terkandung dalam Dokumen Hijau. 
Namun, penyelesaian jangka panjang bagi isu perumahan ini ialah melalui pembukaan kampung-kampung baru yang disediakan prasananya termasuk akses jalanraya oleh kerajaan dengan agihan lot kediaman kepada rakyat. Ia perlu dilaksanakan sebagai program bersama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. 
"Sejahtera Bersama Islam" 
YB. DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
18 Oktober 2017 | 27 Muharram 1439 – HARAKAHDAILY 18/10/2017
Sumber HD- 18-10-017 







































Small Crowd At Rally Shows PH Lacks Hadi’s Drawing Power

PAS has claimed that it already knew Pakatan Harapan’s (PH) highly touted rally in Petaling Jaya last night would not match its Fastaqim 2.0 gathering held in a remote area in Terengganu in terms of crowd support.

It said the PH component parties did not have any leader who could attract the masses like PAS president Abdul Hadi Awang had done at the party’s event at Pantai Tok Jembal in the costal district of Kuala Nerus on Sept 30.

PAS Ulama Council President Mahfodz Mohamad said it was evident that the number of people who showed up at the “Love Malaysia, End Kleptocracy” rally at Padang Timur in Petaling Jaya was far lower than what was seen at Fastaqim 2.0.

“I expected this because they (PH) were already feeling down earlier (on the attendance). They had said they did not want to compete with Fastaqim,” he said, claiming that more than 250,000 people had attended the rally in Kuala Nerus.

Organisers of the event last night had announced that 25,000 people had attended. They had originally announced last month that 100,000 people were expected to attend.

However, Selangor police chief Mazlan Mansor had said the number was only 4,000.

Mahfodz said PAS did not need the leaders from PH like former prime minister Dr Mahathir Mohamad, who is PPBM and PH chairman, to attract large crowds.

In fact, the party did not even need PKR and PH president Dr Wan Azizah Wan Ismail and DAP secretary-general Lim Guan Eng as the presence of Hadi was enough to draw interest, he told reporters at the Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) here today.

“The high participation for the lecture today is proof enough that Hadi commands such support despite being hit with aspersions and so on,” he said, referring to Hadi’s talk to some 1,000 participants at the event.

The Fastaqim 2.0 was held at a remote area without any public transportation access in Umno-governed Terengganu.

On the other hand, the venue of the PH rally was close to the Federal Highway and an LRT station in Selangor which is ruled by the federal opposition parties led by PKR, a component of PH.- FMT

Sumber BO - 16-10-2017









































Jangkitan HIV di Malaysia: ‘A cause for alarm’


MALAYSIA merupakan 10 negara yang mencatat lebih 95 peratus bagi semua jangkitan baru HIV di kalangan negara rantau Asia Pasifik, menurut suatu laporan bertajuk "Ending AIDS: Progress Towards the 90-90 Targets". 

Lebih membimbangkan, kenyataan Ketua Penolong Pengarah Kanan (HIV/STI) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Rohaya Ramli baru-baru ini meletakkan penularan jangkitan HIV di Malaysia masih dalam keadaan tidak selamat.
Beliau menyebutkan statistik 96 peratus jangkitan HIV berpunca daripada jenis hubungan seksualiti dengan 65 peratus disebabkan homoseksual dan biseksual, manakala baki 31 peratus adalah melibatkan hubungan seksual rambang lelaki dan perempuan. Sumber: [http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangkitan-hiv-punca-salah-guna-dadah-menurun-homoseksual-dan-biseksual-kini-penyumbang-utama-157506
Secara jujurnya, kita masih meragui sasaran sifar jangkitan HIV terutamanya di Kuala Lumpur menjelang 2020. Malah, sasaran Kementerian Kesihatan penurunan 90 peratus virus tersebut menjelang 2030 juga tidak nampak keseriusan. 
Saya berpandangan kita perlu membezakan di antara "rawatan" dan "pencegahan" di peringkat awal. Kedua-dua mempunyai fokus dan modus operandi yang berbeza. Sekilas kita melihat kehidupan para remaja hari ini dengan pelbagai masalah sosial yang meruncing jelas menampakkan langkah pencegahan awal terlalu longgar.
Pergaulan bebas yang tidak terkawal, kes-kes zina termasuk kes bawah umur, berleluasanya golongan LGBT dalam komuniti hari ini semakin membimbangkan dan kesemua faktor ini tidak mustahil akan menyumbang kepada jangkitan virus berkenaan. Selain itu, najis arak, dadah dan budaya hedonisme yang melampau juga secara tidak langsung turut menyumbang kepada jangkitan HIV. 
Saya melihat pendidikan sebagai teras utama kepada langkah pencegahan yang dimaksudkan selain undang-undang yang mencegah rintang masyarakat daripada terlibat dengan perkara jenayah dan tidak bermoral. Jangan terlalu leka mengejar "angka" dan "gred" sehingga kita terlupa soal "moral" dan "akhlak". Sesungguhnya, keruntuhan sesebuah tamadun disebabkan rosaknya akhlak dalam kalangan rakyat. 
Kerajaan sepatutnya serius mengkaji secara objektif mengenai langkah pencegahan awal yang tuntas terhadap masalah sosial yang sedang melanda. Jika "pintu-pintu" ini tidak dibuka, mustahil ada (penyakit) yang akan masuk. Saya ingin menegaskan bahawa hanya agama yang dapat memandu akhlak dan moral dalam diri seseorang individu. 
"Inilah Penyelesaian Kita" 
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis, 12 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 12/10/2017
Sumber HD- 12-10-2017 











































Fastaqim: Senjata kekuatan diri untuk berkuasa di bumi

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) sejak awal penubuhannya dibangunkan diatas dasar menegakkan hukum dan tuntutan Allah. PAS telah berusaha untuk menjadikan Syariat Islam sebagai pegangan umat Islam di Malaysia. 

Dalam memperteguhkan Syariat Islam ini, PAS telah mengangkat Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber rujukan dan sehingga kini PAS tidak pernah berganjak dalam memperjuangkannya.
PAS sehingga kini telah menepati ciri-ciri yang ada pada Jama’ah Muslimin dan bertegas dengan dasar Islamnya serta bermatlamat hanya untuk memperolehi keredhaan Allah, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 5; Tujuan PAS ialah; “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.” 
Jika diamati dan difahami apa yang terkandung dalam fasal 5 tersebut, bagi mencapai matlamat tertegaknya hukum Islam di seluruh negeri dan negara tentunya melalui kuasa pemerintahan. Realiti di negara kita, kuasa pemerintahan ditegakkan melalui sistem demokrasi secara pilihanraya. Oleh itu, PAS memilih saluran ini demi untuk membuat perubahan di Malaysia dengan memertabatkan tuntutan Allah. PAS juga berkehendak kepada kuasa, namun dalam ruang-lingkup yang diredhai Allah. Tiada guna kuasa tanpa kita meraih keredhaan Allah! 
Sesungguhnya PAS telah melalui pengalaman yang sangat lama dalam kancah politik dan telah mendepani pelbagai mehnah serta tribulasi tersendiri. Sehingga hari ini, PAS tidak pernah sunyi daripada ujian termasuklah ujian perpecahan yang dilakukan oleh bekas anggota PAS sendiri. Sehingga daripada kalangan mereka sanggup mendakwa perjuangan PAS sudah terpesong daripada dasar perjuangan Islam. Ini adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda jahat terhadap PAS. 
Masyarakat menjadi keliru dengan perjuangan PAS disebabkan serangan saraf daripada pihak musuh politik dan ‘musuh dalam selimut’. Oleh yang demikian, PAS telah berkali-kali menjadikan Istiqamah sebagai tema bagi dihadamkan di seluruh peringkat, bermula pimpinan sehingga ke akar umbi. Beberapa program telah disusun termasuk taklimat, ceramah penerangan, Himpunan Fastaqim 1.0 di Kelantan dan terkini Himpunan Fastaqim 2.0 bermula hari ini bagi mengutuhkan jati diri anggota PAS. 
Jika kita menyoroti perjuangan sahabat PAS di Mesir iaitu Ikhwan Muslimin, setelah 79 tahun daripada tempoh Ikhwan Muslimin ditubuhkan iaitu pada 1928, pada tahun 2007 baharulah Ikhwan berjaya memenangi 88 kerusi Parlimen. Sementara pada tahun 2012, bermula era kejatuhan rejim Husni Mubarak dan pemerintahan di ambil alih oleh Dr Muhammad Mursi. Perjuangan PAS kita masih tidak sampai 77 tahun sebagaimana Ikhwan Muslimin, dalam pada itu Allah telah anugerahkan banyak kemenangan kepada kita. Baki lagi kita berusaha daripada sekarang untuk mengekalkan kemenangan di Negeri Kelantan dan mencapai kemenangan di negeri-negeri lain pada pilihan raya umum ke-14 nanti. Apa yang penting, agenda Fastaqim wajib meresapi ke seluruh diri anggota parti dan dipasakkan dengan utuh, insya-Allah kekuasaan di tanah air kita akan dikurniakan oleh Allah. Firman Allah SWT: 
وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ 
Maksudnya: Dan Kami ingin memberikan pertolongan kepada golongan yang ditindas diatas muka bumi. Dan Kami ingin jadikan mereka  sebagai pemimpin, serta pewaris kekuasaan dibumi.  (Al-Qashas: 5) 
Dalam ayat tersebut, Allah menjanjikan kepada golongan Mustadh’afin iaitu golongan yang ditindas, dinafikan hak serta sentiasa ditentang dengan pelbagai serangan saraf dan fitnah akan berkuasa di muka bumi. Ayat ini membuktikan kepada kita bahawa kezaliman ada ajalnya dan kebenaran akan menyinsing fajarnya. Maka, sejarah ini perlu diteliti kembali, agar unsur-unsur kelemahan yang ada dalam perjuangan kita tidak berulang. Oleh itu, bermula sekarang kita bina kesepaduan kita dan bina kekuatan Islam dalam diri kita khususnya bagi menghadapi PRU-14 nanti, nescaya Allah membina bagi kita Negara Islam di bumi Malaysia suatu masa kelak.
Persiaplah diri setiap kita untuk menghadapi jentera musuh politik semaksima mungkin dengan pelbagai persediaan yang kita ada. Dengan persediaan zahir dan batin, iaitu persediaan material dan ketinggian iman kita, insya-Allah, anugerah kekuasaan dan pemerintahan di izinkan jua. Renungilah Firman Allah SWT: 
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ 
Maksudnya: Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan memberi kekuasaan serta mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka. Dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. ( Al-Nur : 55 ) 
Ayat ini diturunkan bagi memberi perkhabaran gembira kepada umat islam bahawa mereka akan dikurniakan semula ‘khilafah’ yang telah dijatuhkan oleh musuh Islam. Khilafah dalam skala kecil ialah pemerintahan yang boleh dilaksanakan padanya agenda-agenda tuntutan Islam. Janji Allah ini pasti berlaku, cuma memerlukan kepada pra-syaratnya sahaja iaitu mestilah umat islam beriman dan beramal dengan amalan soleh. 
Sewajibnya para pejuang PAS yang mendaulatkan agama Allah mesti memenuhi pra-syarat tersebut baharulah Allah mengurniakan ‘Tamkin’ atau kekuasaan kepada mereka secara berterusan. Allah sahaja yang berkuasa menganugerahkan kerajaan serta meranapkannya. Apabila iman dan amal soleh mengatasi tindak-tanduk umat islam, maka pada ketika itu Allah akan kurniakan 'Nashrun' atau kemenangan kepada perjuangan Islam. Fastaqim Kama Umirta! – HARAKAHDAILY 29/9/2017 
(Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Setiausaha Akhbar kepada YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan)
09 Muharram 1439H │29 September 2017M
Sumber HD-29-9-2017 














































Pesta arak: Para mufti perlu keluarkan fatwa

BETTER Beer Festival 2017 (BBF17) yang akan dianjurkan pada awal Oktober depan di Kuala Lumpur yang menampilkan 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak dengan sasaran 6,000 orang pengunjung memang sewajarnya dibantah oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Pihak berkuasa mesti membatalkannya kerana ia bercanggah dengan dasar bernegara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan mengundang pelbagai gejala negatif. 
Minum arak adalah hak bagi orang bukan Islam tetapi bukan hak bagi masyarakat bukan Islam untuk menganjurkan pesta terbuka mengajak masyarakat minum arak yang haram di sisi umat Islam. Ia sangat bertentangan dengan sensitiviti masyarakat Islam yang menjadi majoriti rakyat negara ini. Menjaga sensitiviti ini adalah kewajipan bersama seluruh rakyat Malaysia kerana ia melibatkan keamanan dan keharmonian bernegara. 
Menurut fatwa Mufti Mesir Syeikh Allam Nassar (1891-1966) sebagaimana dinukilkan oleh Dandil Jabr dalam tulisan beliau bertajuk “hak-hak peribadi bukan Islam dalam masyarakat Islam”, *bukan Islam mempunyai hak kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka walaupun haram bagi orang Islam dengan syarat tidak menyentuh dan mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat. Jika ianya berlaku maka menjadi kewajipan kepada kerajaan masuk campur bagi menghalang tersebar dan berleluasanya kerosakan yang boleh menghancurkan masyarakat.* Campur tangan kerajaan ketika itu termasuk kategori “sadd zara’i'” (menutup lubang-lubang kerosakan). Sebagaimana kerajaan di zaman moden ini campur tangan untuk menghalang tersebarnya wabak kerosakan seperti dadah dan seumpamanya. (Fatawa Islam Jilid VII No 1057 – Mufti Syeikh Allam Nassar) (rujuk www.odabasham.net/show.php?sid=77421). 
Justeru, saya menyeru para Mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus terhadap acara mungkar Better Beer Festival 2017 ini sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan Malaysia. 
Malaysia sebagai negara yang meletakkan Islam Agama Persekutuan dalam perlembagaan dengan YDP Agong menjadi ketua negara yang bertanggungjawab menjaga Islam serta Raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam di negeri-negeri, amatlah tidak wajar negara ini menjadi hub pesta arak yang tidak mendatangkan kebaikan bagi rakyat malah memudharatkan. 
Pesta arak ini hanya akan mengundang lebih banyak gejala negatif kepada masyarakat di kala negara telah berhadapan dengan pelbagai kemelut sosial. 
Arak telah dianggap menjadi ancaman di peringkat global dengan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan suatu laporan bertajuk “Global Strategy to Reduce the Harmful Use of Alcohol” pada 2010. 
Saya telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 8 oktober 2014 ketika membantah penganjuran Pesta Arak Oktoberfest dengan menyebut beberapa statistik menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan iaitu; 
A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alcohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang. 
B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk. 
C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alcohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut. 
D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.
E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol. 
F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alcohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.
G. Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes. 
H. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut. 
I. Menurut satu statistik di UK, alkohol telah menyebabkan 45-46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga. 
rujuk:
http://drtakiri.blogspot.my/2014/10/penganjuran-pesta-arak-oktoberfest.html?m=1
Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya para pemimpin dan juga NGO-NGO bangkit untuk menghalang penganjuran Pesta Arak yang memudharatkan negara dan masyarakat 
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ahad 17hb September 2017/26 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 17/9/2017
Sumber HD - 17-9-2017 















































Akhlak & motivasi daripada tragedi kebakaran pusat tahfiz

TRAGEDI kebakaran pada awal pagi khamis 14 september 2017 yang mengorbankan lebih 20 orang anak-anak yang sedang berjihad menghafaz Kalam Allah tentu sahaja meruntun hati setiap insan. Namun, perginya mereka ke rahmatullah sebagai syuhada akhirat akibat kebakaran sebagaimana sabit dalam Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Dawud, yang diberikan kemuliaan oleh Allah menjadi pengubat hati kepada waris kaum keluarga yang terlibat.
Kita wajar mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas musibah ini. Kata-kata dan tindakan yang membenihkan kesabaran di hati mereka adalah sebahagian daripada skop takziah buat mereka sebagaimana pengajaran Islam. 
Tidak perlu dikesali musibah yang telah berlaku dengan pelbagai andaian berunsur "kalau" kerana ia membuka pintu bisikan jahat Syaitan yang bertujuan menambahkan kesedihan. Nabi SAW bersabda: 
ْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ 
"Dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah menyebut: ‘kalau saya sebelum ini lakukan demikian tentulah demikian demikian’, tetapi sebutlah: ‘Allah telah menentukan. Apa yang Dia mahu Dia lakukan’, kerana sesungguhnya ungkapan ‘kalau’ itu membuka tindakan Syaitan." Hadis riwayat Muslim. 
Pada masa yang sama hati dan perasaan kita juga bersama pengasas dan guru-guru pusat Tahfiz tersebut. Mereka telah berjihad dengan masa, tenaga dan harta mereka belasan tahun untuk menyediakan pusat ilmu untuk anak-anak Islam. Dalam tempoh itu mereka telah berjaya melahirkan puluhan para Huffaz yang menjadi kebanggaan masyarakat. 
Kejayaan mereka ini sewajarnya dititipkan dengan pujian dan kata semangat. Namun, dalam kerangka kejayaan itu ada ujian yang mendatang. Mereka diuji dengan musibah yang meruntun dan merungsingkan hati dan perasaan mereka. Tentu sahaja ia boleh mematahkan semangat jihad pendidikan mereka. Maka di saat inilah mereka memerlukan motivasi yang berterusan memberikan sinar harapan. Malah, jika ada sebarang kelemahan yang menjadi sebab memungkinkan berlakunya musibah ia boleh dijadikan motivasi pengajaran untuk mendatang. 
Bagi pihak berkuasa pula, musibah ini sewajarnya menjadi pemangkin untuk mereka terus melipat-gandakan usaha membantu pusat Tahfiz dan pusat-pusat pengajian Islam dengan dana pembangunan dan nasihat serta panduan keselamatan yang berterusan. Tidak wajar musibah ini diiringi dengan ugutan terhadap pengusaha-pengusaha institusi Tahfiz yang lain yang sedang berjihad di alam pendidikan dengan seribu macam kepayahan. Ia bukan premis untuk mengancam dan mengecam tetapi medan untuk saling membantu dan bekerjasama untuk kebaikan. 
Inilah juga masanya bagi masyarakat awam memperkukuhkan dokongan terhadap institusi pendidikan agama seumpama Tahfiz ini. Sangkaan baik kita terhadap mereka ialah mereka berjihad di bidang pendidikan demi Allah dan Rasul dan demi mencari syurga di alam abadi. Membuat andaian dengan sangkaan buruk terhadap guru-guru dan pengurus pusat ilmu ini bukan akhlak umat beriman. 
Membuat tuduhan melulu dengan andaian penyelewengan dana yang mungkin berlaku di kalangan guru-guru yang berjihad mengusahakan pusat ilmu ini adalah akhlak yang sangat jelek, apatah lagi jika datang dari mereka yang dianggap ilmuwan. 
Kemungkinan dan kebarangkalian baik dan jahat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada jawatan dan amanah apa sekalipun. Tragedi ini bukannya lesen untuk membenihkan persepsi negatif dan jahat meskipun secalit. 
Marilah kita bersama menjadikan tragedi ini sebagai rahmah buat ummah di sebalik musibah. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155-156: 
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
"Dan pasti Kami menguji kamu dengan sesuatu berupa kebimbangan, kelaparan dan kekurangan sebahagian harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka menyatakan: sesungguhnya kita milik Allah dan kita kepada-Nya pasti kembali." – HARAKAHDAILY 16/9/2017
Sumber HD - 16-9-2017 

















































Seruan solat hajat, qunut nazilah buat Islam Rohingya

KEKEJAMAN tentera Myanmar yang sedang melakukan penghapusan etnik dengan menyeksa serta membunuh seramai mungkin masyarakat Islam Rohingya berterusan sehingga kini. Etnik Muslim Rohingya terus dizalimi bahkan mereka telah dinafikan hak kewarganegaraan serta mereka dianggap sebagai penceroboh sedangkan mereka telah menetap di situ berabad lamanya. 
Kewajipan mempertahankan saudara-saudara kita di sana adalah wajib dan terpundak di bahu kita semua tanpa mengira jenama politik. ASEAN, OIC dan PBB mesti bertegas dan melakukan sesuatu khasnya dalam sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan berlangsung pada pertengahan September ini di New York.\ 
Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh umat Islam untuk membantu melalui apa jua saluran yang mampu. Para Khatib hendaklah mengajak umat Islam agar mendoakan saudara kita di sana pada setiap kali khutbah jumaat. Solat hajat dan qunut nazilah wajib dilaksanakan di semua peringkat dalam usaha kita menentang sebarang kekejaman yang telah dilakukan. Hal ini juga selari dengan seruan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang menyeru agar para khatib membaca khutbah khas sebagai solidariti kepada umat Islam Rohingya. 
Sesungguhnya kezaliman tidak akan berpanjangan dan akan tiba suatu masa hari kehancuran musuh umat Islam. Allah berfirman: 
وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِين 
Maksudnya: "Dan hari-hari (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah ingin memberi bukti kebenaran kepada orang beriman dan menjadikan di antara kamu sebagai syuhada’. Allah tidak menyukai orang-orang yang berlaku zalim”.(Aali-Imran:140) 
USTAZ DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
17 Zulhijjah 1438H / 8 September 2017 – HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD - 8-9-2017 




















































Penafian fitnah terhadap Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat





TERSEBAR dilaman sosial satu kenyataan yang menyebut nama Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkenaan tajaan haji oleh 1MDB. 
Ketua DUPP menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak dilakukan oleh beliau dan beliau sendiri tidak pernah berada ditempat ibadah korban di Johor yang dikaitkan itu.
Sekian, pemakluman. 
MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
5 September 2017 – HARAKAHDAILY 5/9/2017
Sumber HD -5-9-2017 





















































Riba Menghilangkan ‘Barakah’ Ekonomi

KUALA TERENGGANU – Pengurusan kewangan kerajaan yang melibatkan unsur riba telah menghilangkan keberkatan ekonomi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dato’ Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata, skandal kewangan yang berlaku di Malaysia seperti 1MDB, FOREX, PERWAJA, BMF dan seumpama dengannya adalah manifestasi kegagalan dasar pengurusan perniagaan dan ekonomi yang tidak berprinsipkan Islam.

“Amalan rasuah adalah buah (kesan) dari jiwa pemimpin yang kemaruk kemewahan dunia dan pelaksanaan GST merupakan dasar yang salah sehingga menyebabkan berlakunya inflasi dan kerosakan ekonomi negara,

“Dan PAS telah menegaskankan prinsipnya iaitu ‘menyokong dasar yang baik dan menentang dasar yang silap’. Itu prinsip PAS,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam, Isnin, 28 Ogos.

Menurutnya, PAS sedang bergerak bersama Gagasan Sejahtera membina imej negarawan dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke 14 sedang Pakatan Harapan (PH) berantakan bergaduh sesama sendiri.

“Umno dan Barisan Nasional juga sedang bergelut berusaha memulihkan imej dan pertembungan dalaman mereka,

“PAS akan kekal berpolitik berasaskan prinsip Islam dan mengemukakan penyelesaian Islam bagi masalah negara dengan membawa moto “Sejahtera Bersama Islam”,” tegas Ustaz Khairuddin.

Sumber BO - 29-8-2017

PAS perlu terus maju bawa 'Sejahtera Bersama Islam'











PAS sedang bergerak bersama Gagasan Sejahtera membina imej negarawan dalam menghadapi PRU14 sedang PH berantakan bergaduh sesama sendiri. 
"Umno BN juga sedang bergelut berusaha memulihkan imej dan pertembungan dalaman mereka," ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman facebook. 
Justeru, katanya PAS perlu kekal berpolitik berasaskan prinsip Islam dan mengemukakan penyelesaian Islam bagi masalah negara, enyokong dasar yang baik dan menentang dasar yang silap.
Menurutnya, GST adalah dasar yang salah yang menyebabkan berlakunya inflasi dan kerosakan ekonomi negara. 
Tambahnya, penglibatan dengan riba dalam pengurusan kewangan kerajaan menghilangkan barakah ekonomi. 
"Rasuah adalah buah dari jiwa pemimpin yang kemaruk kemewahan dunia. 
"Skandal kewangan 1MDB, Forex, Perwaja,  BMF dan seumpama dengannya adalah manifestasi kegagalan dasar pengurusan perniagaan dan ekonomi yang tidak berprinsipkan Islam," ujarnya. 
Justeru itu, tambah beliau PAS perlu terus maju membawa moto 'Sejahtera Bersama Islam'. - HARAKAHDAILY 28/8/2017
Sumber HD - 28-8-2017 





















Amanat TG Abdul Hadi gariskan batas iman dan kufur












1. AMANAT Tuan Guru Hj Hadi adalah sedutan ceramah beliau pada 7 April 1981 di Kg. Banggul Peradong, Parlimen Kuala Nerus. 
2. Isi kandungan Amanat tersebut selaras dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah kerana ia menggariskan batas-batas iman dan kufur, konsep Amar Makruf Nahi Mungkar dan menjelaskan kewajipan menegakkan undang-undang Islam menggantikan undang-undang Jahiliyah sebagaimana firman Allah 
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ 
"Adakah hukum perundangan Jahiliyah yang mereka cari? Dan siapakah lagi terlebih baik hukum perundangannya berbanding Allah bagi kaum yang sentiasa yakin".
Surah al-Maidah ayat 50. 
3. Imam Ibnu Kathir,  seorang tokoh Tafsir membuat contoh perundangan Jahiliyah itu ialah seperti perundangan yang digunakan oleh pemerintah Tatar yang merupakan hasil gabungan undang-undang Nasrani, Yahudi dan Islam apabila mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Abbasiyah dan menjajah Baghdad pada pertengahan kurun ke 7 hijrah. 
Kemungkaran Mengekalkan Undang-undang Jahiliyah 
4. Amanat Tuan Guru Hj Hadi menjelaskan sebab pertembungan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar iaitu PAS dan Umno pada ketika itu tahun 80 an iaitu antaranya kerana mengekalkan undang-undang Jahiliyah bercanggah dengan Islam. 
5. Ia menggerakkan pendokong PAS untuk berdakwah menjelaskan kewajipan menegakkan undang-undang Islam dalam negara. Hasil dakwah yang panjang, pada hari ini selepas 36 tahun Amanat itu, masyarakat semakin faham kewajipan mereka menegakkan undang-undang Islam dalam semua aspek kehidupan. Malah ahli dan sebahagian pimpinan parti Umno juga mula berbicara tentang perundangan Islam. 
6. Kata-kata menghina perundangan jenayah Islam yang boleh merosakkan akidah seperti "habislah tangan orang Islam dipotong sekiranya dilaksanakan Hudud" semakin menyepi dan sudah ditolak oleh masyarakat Islam hari ini. 
7. PAS menerusi kuasa yang ada telah menggubal undang-undang jenayah Islam di Kelantan pada 1993 dan di Terengganu pada 2002 bagi menegaskan kewajipan menegakkan perundangan Islam dalam aspek jenayah yang diabaikan oleh pemerintah umat Islam. 
8. Pada hari ini lahir para peguam muslim yang mengajak rakyat mentafsirkan kembali peruntukan perlembagaan "Islam Agama Persekutuan" dengan roh Islam dalam usaha menegaskan kedaulatan Islam dalam negara ini. 

9. Ia selaras dengan apa yang selalu disebut oleh Presiden PAS iaitu keperluan mentafsirkan perkataan Islam dalam perlembagaan itu sebagai "ad-Din" yang mencakupi semua keperluan hidup dan bukannya mentafsirkannya menurut tafsiran penjajah iaitu Islam sebagai agama untuk amalan ritual sahaja. 
Politik Suku Agama Suku
10. Dalam Amanat tersebut juga Tuan Guru Hj Hadi menyebut: seorang muslim tidak perlu menjadi Hindu atau Budha atau masuk Yahudi atau Nasrani tetapi boleh menjadi kufur dengan menyatakan politik suku agama suku. Ia adalah penjelasan terhadap konsep batas-batas iman dan kufur dalam Islam. 
11. Kenyataan ini sangat tepat dengan prinsip Islam kerana Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik pemerintahan. Malah Nabi (saw) dan sahabat kanan yang empat iaitu Abu Bakar, Umar,  Uthman dan Ali radiyallahu anhum menjadi pemerintah dan Khalifah Islam, berpolitik memerintah negara Islam Madinah. 
12. Pemikiran "politik suku agama suku" adalah pemikiran songsang barat hasil pertembungan antara ahli politik dengan gereja di Eropah, lalu lahirlah ungkapan terkenal "biarkan apa yang menjadi milik raja kepada raja dan apa yang menjadi milik Tuhan kepada Tuhan". 
13. Demikianlah Amanat itu telah menyumbang untuk membetulkan kefahaman masyarakat terhadap batas-batas iman dan kufur serta kewajipan menegakkan Islam sebagai asas perundangan negara. 
Amanat Punca Tragedi Memali? 
14. Ada pula pihak secara sembrono menuduh bahawa Amanat ini adalah punca kepada berlakunya tragedi berdarah di Memali pada tahun 2015. 
15. Suka saya tegaskan bahawa isu Memali berlaku bukan kerana Amanat itu tetapi kerana kerakusan penguasa pada ketika itu untuk mengekang pengaruh PAS dalam masyarakat yang dianggap sebagai ancaman kepada kuasa mereka. 
16. Suara Islam dan tiupan kesedaran beragama dan berpolitik memperjuangkan Islam di kalangan rakyat pedalaman seperti Baling khususnya Kg. Memali dianggap sebagai satu ancaman bagi penguasa yang tidak mesra dengan pendekatan Islam pada ketika itu. Lalu berlakulah tragedi berdarah yang masih misteri sebahagian perincian peristiwanya sehingga ke hari ini. Oleh kerana itu PAS menuntut supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi merungkai peristiwa ini. 
17. Saya juga menggesa kerajaan memberikan peluang kepada Presiden PAS untuk menjelaskan Amanat tersebut di media perdana kerajaan seperti RTM dan TV3 agar rakyat dapat menilai hakikat sebenar intipati Amanat tersebut. 
"Sejahtera Bersama Islam"
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Bertarikh: Khamis; 2 Zulhijjah 1438 / 24 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 24/8/2017
Sumber HD - 24-8-2017 





















Pindaan Akta 164: Ucapan MP Kuala Nerus











TERIMA kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak menyambung apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Kota Bharu sebentar tadi tentang mediasi yang kita cadangkan sebagai satu konsep penyelesaian yang patut dimasukkan ke dalam akta, bukan berada di luar akta. 
Hal ini kerana pertama sekali bila kita bincang isu berkaitan dengan perkahwinan, Islam dia ada kaedah. Kaedahnya ialah dalam bab perkahwinan dan penceraian [Berucap dalam bahasa Arab] “Jika berlaku penceraian sama ada kemudian ada ruang untuk rujuk kembali, pegang semula perempuan dengan cara yang baik atau lepas dengan cara yang baik”. Ertinya Islam mengajar kepada kita segala perkara diuruskan dengan cara yang baik. 
Maka selagi mana kita hanya berpegang kepada undang-undang semata-mata, sedangkan tidak ada satu ruang untuk diberikan ruang untuk kita berbincang dan juga berunding, maka ia tidak akan menyelesaikan masalah. Kita yakin kita adalah manusia, manusia ada jiwa dan juga perasaan yang dapat kita lunakkan dengan bicara yang cantik, lunak dan lembut, maka apa yang keras dapat kita selesaikan kerana itulah bagi kami di peringkat PAS menyatakan bahawa tribunal ini suatu yang sangat penting, tribunal mediasi. 
Kalau kita ambil kaedah al-Quran sekali pun menyebut [Membaca sepotong ayat alQuran], “Hantar seorang wakil daripada keluarga laki-laki dan satu wakil dari keluarga perempuan”, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sekiranya mereka berdua mahukan suatu yang baik, pasti Allah berikan taufik”. Ertinya ,ayat-ayat al-Quran mengajar kepada kita konsep mediasi ini. Perbincangan ini perlu menjadi satu konsep yang boleh menyelesaikan banyak masalah. Itu yang pertama. 
Kedua, kalau kita pergi lebih lanjut pada cadangan-cadangan pindaan kita ini, seperti mana kita tegaskan tadi bahawa apa yang hendak kita cadangkan ini tidak menyelesaikan permasalahan, kita ambil sebagai contoh, cadangan untuk pindaan 51A melibatkan harta – 51(3), “Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkepentingan” atau “pihak-pihak yang berkepentingan” ertinya pasangan yang menakat dan anak-anak yang menakat daripada sesuatu perkahwinan, jika ada, dan ibu bapa pasangan yang telah menukar agama yang telah meninggal dunia”. 
Isu ini melibatkan harta dan bila melibatkan harta bagi seorang yang telah mati sekiranya dia adalah Muslim, dia terikat kepada undang-undang Islam dan undang-undang itu dibicarakan di Mahkamah Syariah. Sekiranya tidak dirujuk kepada hukum syarak perkara ini, maka ia melibatkan hak orang Islam yang mesti dibahas dan diberikan hak. 
Oleh kerana itulah saya lihat bahawa cadangan akta ini tidak dapat menyelesaikan masalah. Perlu kembali kepada kita kena bincang balik dan kita lihat secara bersama beberapa lagi undang-undang yang patut kita baca secara bersama. Kalau kami ingin mencadangkan sebagai contoh di sini kita kena masuk peruntukan bahawa bukan hanya merujuk kepada pihak berkepentingan biasa yang disebutkan tadi tetapi juga pihak berkepentingan menurut hukum syarak kerana hukum syarak mesti dirujuk di kala mana melibatkan seorang Muslim kerana itulah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. 
Kemudian, perkara yang perlu kita bangkitkan juga dalam isu ini ialah isu kalau dilihat di belakang undang-undang kita ini, nombor lapan, undang-undang ini bersifat undur ke belakang memberi kesan kepada kes-kes yang sebelum ini. Bagi saya, dia akan menimbulkan banyak lagi permasalahan. Banyak benda akan dirungkai lagi perkara yang telah diputuskan dirungkai balik. 
Maka perkara-perkara inilah bagi kita agak mencelarukan maka saya sangat menyokong untuk akta ini ditarik balik dan ditangguhkan hingga kita buat suatu jawatankuasa bersama, membincang secara harmoni, lebih detil, digabungkan dengan semua undang-undang di peringkat sivil, di peringkat enakmen negeri dan sebagainya, dirujuk kepada pihak-pihak yang berkaitan, Raja-raja dan sebagainya. 
Itu adalah pandangan kami yang kami rasa sangat konsisten. Itu sahaja. 
Ucapan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semasa membahaskan Rang Undang-undang Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2017. Sumber: Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat
Sumber HD - 11-8-2

Adakan Sidang Khas Dewan Rakyat Kecam Pengisytiharan Baitul Maqdis Ibu Negara Haram Yahudi

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Malaysia mesti mengadakan satu sidang khas parlimen bagi mengecam tindakan perisytiharan Presiden Amerika untuk menjadikan Baitul Maqdis ibu negara haram Yahudi.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Malaysia, YB Dato Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pengumuman Trump itu adalah satu jenayah terhadap Islam dan umatnya.

“Ia menjadi satu lagi bukti bahawa Amerika Syarikat merupakan rakan strategik Zionis Yahudi. Tiada apa yang boleh diharapkan dari kuasa dunia itu bagi membela bumi Palestin yang dijajah sejak 1948.

“Tindakan ini sewajarnya menjadi alat penyatu dan solidariti umat Islam seluruh dunia terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Zionis Yahudi dengan bantuan Amerika dan sekutu mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media terbarunya, Khamis, 7 Disember, semalam.
Menurutnya, inilah masanya untuk rakyat menilai kesungguhan para pemimpin negara umat Islam seluruh dunia dalam memperjuangkan isu Palestin khususnya Masjid Aqsa.

“Saya menyeru seluruh umat Islam untuk memenuhi seluruh media masa dan media maya yang ada dengan solidariti buat umat Islam yang sedang berjuang di Palestin.

“Khususnya kecaman terhadap jenayah terkini oleh Amerika dan Presidennya ini. Isu Palestin perlu terus hidup dalam dada umat Islam,” tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Justeru, penjajahan Palestin oleh Zionis Yahudi bukan hanya isu orang Palestin tetapi ia adalah isu umat Islam sejagat dan isu jenayah kemanusiaan yang perlu diberi perhatian oleh seluruh manusia.

Sumber BO - 8-12-2017













































Kewajipan umat Islam seluruh dunia pertahan al-Quds

PERISYTIHARAN Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump awal pagi tadi waktu Malaysia bahawa Al-Quds merupakan ibu negara Israel adalah suatu jenayah rampasan hak umat Islam terbesar. Dengan perisytiharan ini, sebenarnya Amerika Syarikat sengaja ingin memporak-perandakan tanah air Palestin dan memberi kuasa lebih meluas kepada Zionis. 
Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya adalah tanah suci yang tidak boleh dibiarkan kerana ia merupakan sebahagian daripada iman umat Islam. Semasa pemerintahan Sayyidina Umar al Khattab R.A beliau telah mengisytiharkan Baitul Maqdis yang melengkari Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya adalah tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman. 
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak seluruh umat Islam untuk berdoa dan bermunajat khusus kepada kesejahteraan al-Quds daripada dinodai oleh musuh Islam. DUPP turut menyeru umat Islam untuk berhimpun secara aman dihadapan Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan solidariti ummah selepas solat Jumaat esok sebagaimana surat kerahan yang telah dikeluarkan oleh PAS Pusat. 
DATUK DR MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
18 Rabiul Awal 1439 | 7 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017
Sumber HD -7-12-2017 

Cekal dan gigihnya mereka sekeluarga

CEKAL dan gigihnya mereka sekeluarga. Ibu dan anak-anak menjaja akok di sekitar pasar raya Hock Kee Seng di Gong Badak di waktu petang.
Mereka bergerak dari kereta ke kereta menawarkan kuih mereka. Bapanya pula menjaja sekitar pasar raya Sabasun. Mereka dari Kampung Banggol Nyiur, Gemuruh, Dun Tepoh. 
Awal pagi mereka menghantar akok ke kedai-kedai kopi. Baki yang tidak terjual akan dijaja pula di waktu petang. 
Moga Allah kurniakan rezeki yang banyak dan berkat kepada mereka sekeluarga. 
(Dipetik daripada fb Ustaz Dr. Khairuddin at-Takiri)
Sumber HD - 3-12-2017 




























Perutusan Maulidur Rasul 1439 Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

SABDA Rasulullah SAW: 
كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى 
Maksudnya: "Semua umatku akan masuk Syurga kecuali mereka yang enggan. Sahabat bertanya; wahai Rasulullah siapakah gerangan yang enggan itu? Jawab Baginda; Sesiapa yang mentaatiku masuk Syurga dan sesiapa yang langgar seruanku, maka dialah yang enggan". [Riwayat Imam al-Bukhari] 
Rasulullah SAW merupakan qudwah hasanah kepada seluruh umatnya. Selain baginda seorang ahli ibadat yang tekun, suami yang bertanggungjawab, peniaga yang berjaya, baginda juga adalah seorang pemimpin tertinggi negara.
Rasulullah SAW telah berjaya memimpin sebuah negara Islam pertama dan digeruni serta dihormati pada ketika itu. Kebajikan rakyat dan keamanan negara semakin terjamin dengan gagasan kesejahteraan berlandaskan Syariat yang dibawa oleh baginda. 
PAS di Malaysia juga berusaha meneladani kepimpinan baginda SAW dalam semua sektor pentadbiran apabila diberi kejayaan mentadbir Kerajaan Persekutuan suatu hari nanti. Kehidupan harmoni antara masyarakat berbilang kaum juga akan diterapkan sebaik mungkin. 
Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan selamat menyambut Maulid Al-Rasul 1439H, tegakkan sunnah baginda dalam kehidupan peribadi dan bermasyarakat. Semoga kita semua dikurniakan syafaatnya di akhirat kelak dan ditempatkan bersama para Nabi, Shiddiqin dan Solehin. 
“Sejahtera Bersama Islam”
“Membina Negara Sejahtera”
DATUK DR MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat
12 Rabiul Awal 1439H / 01 Disember 2017M – HARAKAHDAILY 1/12/2017
Sumber HD - 1-12-2017 

Tudung: Tahniah PBT Taiping, JTK Johor




































LANGKAH pro-aktif Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor dalam mempertahankan hak bertudung wanita Islam di negara ini adalah tindakan terpuji yang sewajarnya dicontohi oleh semua pihak berkuasa. 
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan mengenakan syarat tambahan kepada pengusaha hotel untuk tidak melarang pekerja wanitanya bertudung di tempat kerja, dalam proses meluluskan permit mereka. 
JTK Johor pula telah melakukan pemeriksaan dan memberi nasihat peringatan kepada 4 hotel yang telah mengenakan larangan pemakaian tudung di bahagian perkhidmatan pelanggan kerana ia bercanggah dengan Kod Perilaku Keharmonian Perindustrian yang merupakan perjanjian bersama antara Kementerian Sumber Manusia dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
yang telah menyatakan bahawa menjadi kewajipan majikan untuk tidak mendiskriminasikan pekerja dan mewujudkan keharmonian di tempat pekerjaan. 
Tindakan pro-aktif ini selari dengan peraturan dan peruntukan undang-undang sedia ada. Perkara 8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan telah secara jelas menyatakan berkenaan larangan diskriminasi dan hak kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama. 
Malah sangat tidak wajar wanita muslim dalam sebuah negara bermajoriti muslim yang perlembagaannya pula meletakkan Islam Agama Persekutuan, tiba-tiba dihalang bertudung dengan alasan remehnya kononnya ia adalah kod berpakaian yang ditetapkan oleh majikan. Ia merupakan satu cabaran dan penghinaan terhadap kedaulatan Islam.
Saya juga menggesa agar pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara juga menggunakan kuasa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang – seperti kuasa mengeluarkan lesen – bagi memastikan kedudukan Islam dan hak umat Islam terus terpelihara. Tidak sewajarnya pihak yang tidak menghormati perlembagaan itu dibiarkan untuk terus beroperasi. 
Malah semua kerajaan negeri sepatutnya mencontohi langkah Kerajaan Kelantan sejak 1992 yang mengenakan syarat berpakaian menutup aurat bagi muslim dan muslimah di setiap premis perniagaan di Kelantan sebagai  peraturan kelulusan lesen pihak berkuasa tempatan (PBT). 
Saya juga menyeru kepada para peguam Muslim agar ke hadapan dan komited memberikan pembelaan kepada pekerja-pekerja beragama Islam yang dinafikan hak mereka untuk mengamalkan ajaran Islam.
Kerajaan Persekutuan terutamanya menerusi Kementerian Pelancongan pula mestilah bersikap tegas terhadap pengusaha-pengusaha hotel termasuk membatalkan lesen mereka sekiranya didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
01 Disember 2017 | 12 Rabiul Awal 1439 H. – HARAKAHDAILY 1/12/2017
Sumber HD - 1-12-2017 























Pantau pelaksanaan bajet dengan 'hisbah rakyat'






KERAJAAN Umno-BN digesa supaya mewujudkan konsep pemantauan kepada segala bentuk pelaksanaan bajet bagi rakyat yang dipanggil sebagai 'hisbah rakyat'.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, konsep pemantauan yang dipanggil 'hisbah rakyat' itu amat perlu ditubuhkan walaupun telah ada Laporan Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Menurutnya, jawatankuasa dan badan berkenaan tidak mencukupi kerana perlu ada satu lagi badan yang ditubuhkan melibatkan rakyat supaya ia benar-benar turun pada sasaran. 
"Sebagai contoh saya ambil, bila kerajaan mengisytiharkan bahawa RM50 juta diperuntukkan untuk pendawaian sekolah tahfiz, disalurkan menerusi Giat Mara. Bila disalurkan kepada Giat Mara sejauh manakah yang disalurkan itu betul-betul sampai kepada sekolah tahfiz. 
"Kalau bajet umpamanya mungkin sekitar RM10 ribu bagi sebuah sekolah mungkin di'markup' harganya menjadi RM12 ribu dan sebagainya, maka perlulah ada satu badan yang mana anggota-anggota pertubuhan atau persatuan yang terlibat dengan tahfiz ini dilibatkan sama untuk memantau turunnya bajet itu biar telus," katanya ketika membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.. 
Beliau menjelaskan, di dalam Islam terdapat empat bentuk hisbah dan bentuk ‘raqabah zatiyyah’, yang bermaksud seseorang yang menjadi pemimpin mempunyai perasaan takut kepada Allah untuk bertindak paling baik untuk akhiratnya. 
Selain itu katanya, ‘raqabah ilahiyah’, bermaksud pemimpin itu sedar bahawa Allah memantau segala kerja buat yang dilakukannya, di samping ‘raqabah isytimaiyyah’ yang bermaksud pemantauan masyarakat serta ‘raqabah hukumiyah’ iaitu pemantauan oleh kerajaan. 
"Bentuk yang ketiga belum dilaksanakan sebetul-betulnya kerana itulah saya mencadangkan untuk kerajaan menggerakkan hisbah rakyat ini untuk menggambarkan ketelusan dalam pengurusan bajet turun kepada rakyat," katanya. 
Dalam perbahasan tersebut, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menyentuh mengenai isu defisit dan hutang yang seringkali ditimbulkan apabila muncul pembentangan bajet. 
Katanya, amat mengecewakan apabila jawapan yang diberikan kerajaan tetap sama dengan alasan berhutang itu satu perkara biasa dan apa yang penting hutang kerajaan belum melepasi 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 
Beliau menegaskan, amat penting baginya sebagai ahli parlimen menyatakan Kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal selama 21 tahun berturut-turut daripada pembentangan bajet untuk tahun 1998 hingga terakhir sekarang tahun 2018 membentangkan bajet defisit. 
"Kita tidak menyatakan salah untuk defisit pada sesetengah keadaan tetapi kita ambil kaedah surah Yusuf sebagai contoh yang mana Allah mengajar kepada kita tujuh tahun yang segar, yang ekonominya baik, tujuh tahun yang ekonomi kemarau, ya mungkin berlaku defisit. 
"Akan tetapi kalau 2 awal tahun 1998, 1999 kerajaan menghadapi krisis ekonomi tetapi kemudian kerajaan berhadapan dengan ekonomi yang baik selepas pada itu dan sekarang baru pula menghadapi krisis ekonomi tetapi kerajaan masih gagal di kala mana ekonominya baik masih lagi membentangkan bajet defisit dan yang menyebabkan akhirnya berlakunya tunggakan hutang," katanya. 
Dr Mohd Khairudin juga menyebut, walaupun menghargai usaha kerajaan untuk meninggikan kadar pinjaman atau kadar pelaburan menggunakan sukuk atau terbitan pelaburan Kerajaan Malaysia, penglibatan kerajaan dengan riba inilah punca kerosakan bagi ekonomi. 
Katanya, data yang dikemukakan oleh pelbagai pakar ekonomi termasuk ucapan menarik oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bagaimana penglibatan negara-negara dengan riba ini telah berlaku puluhan krisis kewangan dunia dalam tempoh 30 tahun. 
"Tempoh 30 tahun menunjukkan bahawa riba merosakkan ekonomi negara maka jika kerajaan tidak ada komitmen untuk membebaskan diri dari riba ini maka keberkatan tidak akan datang," tegasnya.
Sumber HD - 4-11-2017 























Sukuk ijarah, agihan lot tanah sebagai penyelesaian kediaman rakyat




WALAUPUN pendapatan penengah isi rumah meningkat 6.6% kepada RM5,228.00, ia tetap belum sampai ke tahap mampu untuk membeli rumah pada harga purata RM387,258 yang dijual di negara ini pada tahun lalu.
Harga purata tersebut yang dikategorikan sebagai 'amat tidak mampu milik' itu hanya layak untuk dimiliki oleh isi rumah yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM10,757.00. 
Bererti, adalah mustahil sekali bagi kumpulan isi rumah B40 dan M40 dengan hanya pendapatan purata RM2,848.00 dan RM6,502.00 masing-masing untuk memiliki rumah pada masa ini dan juga pada masa hadapan berdasarkan trend harga hartanah itu yang semakin meningkat saban tahun. 
Secara unjurannya, bagi tempoh 2016 hingga 2020, negara ini memerlukan 653,000 buah rumah mampu milik (RMM) atau 130,000 buah RMM setahun bagi memenuhi permintaan. Namun, bekalan RMM pada masa ini secara puratanya hanya 60,000 buah sahaja setahun. Ia amat tidak cukup bagi menampung permintaan. 
Meneliti dua (2) masalah ini iaitu (i) harga rumah yang mahal dan (ii) bekalan RMM yang rendah, penyelesaian sebenar yang harus diberikan fokus bagi menangani isu pemilikan rumah ini adalah pada isu mendapatkan pembiayaan bank itu sendiri bagi membolehkan para pembeli membuat (i) bayaran pendahuluan dan (ii) bayaran ansuran bulanan. 
Bebanan bayaran pendahuluan ini dapat diselesaikan secara kaedah musyarakah dengan kerajaan mewujudkan suatu dana bagi memberikan pembiayaan kepada para pembeli untuk membuat bayaran pendahuluan perumahan dan pembiayaan oleh dana kerajaan ini dibayar semula selepas tempoh tertentu apabila pembeli telah menyelesaikan hutang dengan pihak bank. 
Kaedah ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembeli terbeban bagi mendapatkan wang untuk membayar pendahuluan, bahkan dapat menjadikan bayaran ansuran bulanan perumahan menjadi lebih rendah. 
Bagi menyelesaikan masalah bayaran ansuran bulanan pula, ia boleh diselesaikan secara kaedah sukuk al-ijarah iaitu para pembeli memiliki rumah itu secara berperingkat mengikut kemampuannya melalui pembelian sukuk sehinggalah selesai mendapatkan 100% pemilikan rumah itu. Sementara itu, pemilikan terhadap rumah itu dikongsi secara bersama dengan pihak lain (seperti pelabur dan bank) dan dalam tempoh itu pembeli membayar sewa kepada pihak berkenaan pada kadar sewaan pasaran mengikut peratus pemilikan masing-masing. 
Kaedah ini dapat meringankan beban bayaran ansuran bulanan oleh pembeli dan juga memberikan peluang kepada para pelabur dengan pelaburan berkos rendah. Manakala pihak bank pula mendapat manfaat pada aspek risiko pinjaman yang rendah.
PAS melalui Lajnah Ekonomi dengan ini menyatakan kesediaan untuk bersama-sama dengan pihak-pihak berkenaan yang terlibat dalam isu ini terutamanya BNM dan REHDA untuk berkongsi penyelesaian secara Islam bagi menyelesaikan masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat di negara ini di bawah Program Mampu Miliki Rumah yang terkandung dalam Dokumen Hijau. 
Namun, penyelesaian jangka panjang bagi isu perumahan ini ialah melalui pembukaan kampung-kampung baru yang disediakan prasananya termasuk akses jalanraya oleh kerajaan dengan agihan lot kediaman kepada rakyat. Ia perlu dilaksanakan sebagai program bersama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. 
"Sejahtera Bersama Islam" 
YB. DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat
18 Oktober 2017 | 27 Muharram 1439 – HARAKAHDAILY 18/10/2017
Sumber HD- 18-10-017 























Small Crowd At Rally Shows PH Lacks Hadi’s Drawing Power

PAS has claimed that it already knew Pakatan Harapan’s (PH) highly touted rally in Petaling Jaya last night would not match its Fastaqim 2.0 gathering held in a remote area in Terengganu in terms of crowd support.

It said the PH component parties did not have any leader who could attract the masses like PAS president Abdul Hadi Awang had done at the party’s event at Pantai Tok Jembal in the costal district of Kuala Nerus on Sept 30.

PAS Ulama Council President Mahfodz Mohamad said it was evident that the number of people who showed up at the “Love Malaysia, End Kleptocracy” rally at Padang Timur in Petaling Jaya was far lower than what was seen at Fastaqim 2.0.

“I expected this because they (PH) were already feeling down earlier (on the attendance). They had said they did not want to compete with Fastaqim,” he said, claiming that more than 250,000 people had attended the rally in Kuala Nerus.

Organisers of the event last night had announced that 25,000 people had attended. They had originally announced last month that 100,000 people were expected to attend.

However, Selangor police chief Mazlan Mansor had said the number was only 4,000.

Mahfodz said PAS did not need the leaders from PH like former prime minister Dr Mahathir Mohamad, who is PPBM and PH chairman, to attract large crowds.

In fact, the party did not even need PKR and PH president Dr Wan Azizah Wan Ismail and DAP secretary-general Lim Guan Eng as the presence of Hadi was enough to draw interest, he told reporters at the Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZM) here today.

“The high participation for the lecture today is proof enough that Hadi commands such support despite being hit with aspersions and so on,” he said, referring to Hadi’s talk to some 1,000 participants at the event.

The Fastaqim 2.0 was held at a remote area without any public transportation access in Umno-governed Terengganu.

On the other hand, the venue of the PH rally was close to the Federal Highway and an LRT station in Selangor which is ruled by the federal opposition parties led by PKR, a component of PH.- FMT

Sumber BO - 16-10-2017























Jangkitan HIV di Malaysia: ‘A cause for alarm’


MALAYSIA merupakan 10 negara yang mencatat lebih 95 peratus bagi semua jangkitan baru HIV di kalangan negara rantau Asia Pasifik, menurut suatu laporan bertajuk "Ending AIDS: Progress Towards the 90-90 Targets". 

Lebih membimbangkan, kenyataan Ketua Penolong Pengarah Kanan (HIV/STI) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Rohaya Ramli baru-baru ini meletakkan penularan jangkitan HIV di Malaysia masih dalam keadaan tidak selamat.
Beliau menyebutkan statistik 96 peratus jangkitan HIV berpunca daripada jenis hubungan seksualiti dengan 65 peratus disebabkan homoseksual dan biseksual, manakala baki 31 peratus adalah melibatkan hubungan seksual rambang lelaki dan perempuan. Sumber: [http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jangkitan-hiv-punca-salah-guna-dadah-menurun-homoseksual-dan-biseksual-kini-penyumbang-utama-157506
Secara jujurnya, kita masih meragui sasaran sifar jangkitan HIV terutamanya di Kuala Lumpur menjelang 2020. Malah, sasaran Kementerian Kesihatan penurunan 90 peratus virus tersebut menjelang 2030 juga tidak nampak keseriusan. 
Saya berpandangan kita perlu membezakan di antara "rawatan" dan "pencegahan" di peringkat awal. Kedua-dua mempunyai fokus dan modus operandi yang berbeza. Sekilas kita melihat kehidupan para remaja hari ini dengan pelbagai masalah sosial yang meruncing jelas menampakkan langkah pencegahan awal terlalu longgar.
Pergaulan bebas yang tidak terkawal, kes-kes zina termasuk kes bawah umur, berleluasanya golongan LGBT dalam komuniti hari ini semakin membimbangkan dan kesemua faktor ini tidak mustahil akan menyumbang kepada jangkitan virus berkenaan. Selain itu, najis arak, dadah dan budaya hedonisme yang melampau juga secara tidak langsung turut menyumbang kepada jangkitan HIV. 
Saya melihat pendidikan sebagai teras utama kepada langkah pencegahan yang dimaksudkan selain undang-undang yang mencegah rintang masyarakat daripada terlibat dengan perkara jenayah dan tidak bermoral. Jangan terlalu leka mengejar "angka" dan "gred" sehingga kita terlupa soal "moral" dan "akhlak". Sesungguhnya, keruntuhan sesebuah tamadun disebabkan rosaknya akhlak dalam kalangan rakyat. 
Kerajaan sepatutnya serius mengkaji secara objektif mengenai langkah pencegahan awal yang tuntas terhadap masalah sosial yang sedang melanda. Jika "pintu-pintu" ini tidak dibuka, mustahil ada (penyakit) yang akan masuk. Saya ingin menegaskan bahawa hanya agama yang dapat memandu akhlak dan moral dalam diri seseorang individu. 
"Inilah Penyelesaian Kita" 
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis, 12 Oktober 2017 - HARAKAHDAILY 12/10/2017
Sumber HD- 12-10-2017 























Fastaqim: Senjata kekuatan diri untuk berkuasa di bumi

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) sejak awal penubuhannya dibangunkan diatas dasar menegakkan hukum dan tuntutan Allah. PAS telah berusaha untuk menjadikan Syariat Islam sebagai pegangan umat Islam di Malaysia. 

Dalam memperteguhkan Syariat Islam ini, PAS telah mengangkat Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai sumber rujukan dan sehingga kini PAS tidak pernah berganjak dalam memperjuangkannya.
PAS sehingga kini telah menepati ciri-ciri yang ada pada Jama’ah Muslimin dan bertegas dengan dasar Islamnya serta bermatlamat hanya untuk memperolehi keredhaan Allah, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 5; Tujuan PAS ialah; “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.” 
Jika diamati dan difahami apa yang terkandung dalam fasal 5 tersebut, bagi mencapai matlamat tertegaknya hukum Islam di seluruh negeri dan negara tentunya melalui kuasa pemerintahan. Realiti di negara kita, kuasa pemerintahan ditegakkan melalui sistem demokrasi secara pilihanraya. Oleh itu, PAS memilih saluran ini demi untuk membuat perubahan di Malaysia dengan memertabatkan tuntutan Allah. PAS juga berkehendak kepada kuasa, namun dalam ruang-lingkup yang diredhai Allah. Tiada guna kuasa tanpa kita meraih keredhaan Allah! 
Sesungguhnya PAS telah melalui pengalaman yang sangat lama dalam kancah politik dan telah mendepani pelbagai mehnah serta tribulasi tersendiri. Sehingga hari ini, PAS tidak pernah sunyi daripada ujian termasuklah ujian perpecahan yang dilakukan oleh bekas anggota PAS sendiri. Sehingga daripada kalangan mereka sanggup mendakwa perjuangan PAS sudah terpesong daripada dasar perjuangan Islam. Ini adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda jahat terhadap PAS. 
Masyarakat menjadi keliru dengan perjuangan PAS disebabkan serangan saraf daripada pihak musuh politik dan ‘musuh dalam selimut’. Oleh yang demikian, PAS telah berkali-kali menjadikan Istiqamah sebagai tema bagi dihadamkan di seluruh peringkat, bermula pimpinan sehingga ke akar umbi. Beberapa program telah disusun termasuk taklimat, ceramah penerangan, Himpunan Fastaqim 1.0 di Kelantan dan terkini Himpunan Fastaqim 2.0 bermula hari ini bagi mengutuhkan jati diri anggota PAS. 
Jika kita menyoroti perjuangan sahabat PAS di Mesir iaitu Ikhwan Muslimin, setelah 79 tahun daripada tempoh Ikhwan Muslimin ditubuhkan iaitu pada 1928, pada tahun 2007 baharulah Ikhwan berjaya memenangi 88 kerusi Parlimen. Sementara pada tahun 2012, bermula era kejatuhan rejim Husni Mubarak dan pemerintahan di ambil alih oleh Dr Muhammad Mursi. Perjuangan PAS kita masih tidak sampai 77 tahun sebagaimana Ikhwan Muslimin, dalam pada itu Allah telah anugerahkan banyak kemenangan kepada kita. Baki lagi kita berusaha daripada sekarang untuk mengekalkan kemenangan di Negeri Kelantan dan mencapai kemenangan di negeri-negeri lain pada pilihan raya umum ke-14 nanti. Apa yang penting, agenda Fastaqim wajib meresapi ke seluruh diri anggota parti dan dipasakkan dengan utuh, insya-Allah kekuasaan di tanah air kita akan dikurniakan oleh Allah. Firman Allah SWT: 
وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ 
Maksudnya: Dan Kami ingin memberikan pertolongan kepada golongan yang ditindas diatas muka bumi. Dan Kami ingin jadikan mereka  sebagai pemimpin, serta pewaris kekuasaan dibumi.  (Al-Qashas: 5) 
Dalam ayat tersebut, Allah menjanjikan kepada golongan Mustadh’afin iaitu golongan yang ditindas, dinafikan hak serta sentiasa ditentang dengan pelbagai serangan saraf dan fitnah akan berkuasa di muka bumi. Ayat ini membuktikan kepada kita bahawa kezaliman ada ajalnya dan kebenaran akan menyinsing fajarnya. Maka, sejarah ini perlu diteliti kembali, agar unsur-unsur kelemahan yang ada dalam perjuangan kita tidak berulang. Oleh itu, bermula sekarang kita bina kesepaduan kita dan bina kekuatan Islam dalam diri kita khususnya bagi menghadapi PRU-14 nanti, nescaya Allah membina bagi kita Negara Islam di bumi Malaysia suatu masa kelak.
Persiaplah diri setiap kita untuk menghadapi jentera musuh politik semaksima mungkin dengan pelbagai persediaan yang kita ada. Dengan persediaan zahir dan batin, iaitu persediaan material dan ketinggian iman kita, insya-Allah, anugerah kekuasaan dan pemerintahan di izinkan jua. Renungilah Firman Allah SWT: 
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ 
Maksudnya: Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan memberi kekuasaan serta mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka. Dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (daripada ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. ( Al-Nur : 55 ) 
Ayat ini diturunkan bagi memberi perkhabaran gembira kepada umat islam bahawa mereka akan dikurniakan semula ‘khilafah’ yang telah dijatuhkan oleh musuh Islam. Khilafah dalam skala kecil ialah pemerintahan yang boleh dilaksanakan padanya agenda-agenda tuntutan Islam. Janji Allah ini pasti berlaku, cuma memerlukan kepada pra-syaratnya sahaja iaitu mestilah umat islam beriman dan beramal dengan amalan soleh. 
Sewajibnya para pejuang PAS yang mendaulatkan agama Allah mesti memenuhi pra-syarat tersebut baharulah Allah mengurniakan ‘Tamkin’ atau kekuasaan kepada mereka secara berterusan. Allah sahaja yang berkuasa menganugerahkan kerajaan serta meranapkannya. Apabila iman dan amal soleh mengatasi tindak-tanduk umat islam, maka pada ketika itu Allah akan kurniakan 'Nashrun' atau kemenangan kepada perjuangan Islam. Fastaqim Kama Umirta! – HARAKAHDAILY 29/9/2017 
(Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dan Setiausaha Akhbar kepada YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan)
09 Muharram 1439H │29 September 2017M
Sumber HD-29-9-2017























Pesta arak: Para mufti perlu keluarkan fatwa

BETTER Beer Festival 2017 (BBF17) yang akan dianjurkan pada awal Oktober depan di Kuala Lumpur yang menampilkan 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak dengan sasaran 6,000 orang pengunjung memang sewajarnya dibantah oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Pihak berkuasa mesti membatalkannya kerana ia bercanggah dengan dasar bernegara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan mengundang pelbagai gejala negatif. 
Minum arak adalah hak bagi orang bukan Islam tetapi bukan hak bagi masyarakat bukan Islam untuk menganjurkan pesta terbuka mengajak masyarakat minum arak yang haram di sisi umat Islam. Ia sangat bertentangan dengan sensitiviti masyarakat Islam yang menjadi majoriti rakyat negara ini. Menjaga sensitiviti ini adalah kewajipan bersama seluruh rakyat Malaysia kerana ia melibatkan keamanan dan keharmonian bernegara. 
Menurut fatwa Mufti Mesir Syeikh Allam Nassar (1891-1966) sebagaimana dinukilkan oleh Dandil Jabr dalam tulisan beliau bertajuk “hak-hak peribadi bukan Islam dalam masyarakat Islam”, *bukan Islam mempunyai hak kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka walaupun haram bagi orang Islam dengan syarat tidak menyentuh dan mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat. Jika ianya berlaku maka menjadi kewajipan kepada kerajaan masuk campur bagi menghalang tersebar dan berleluasanya kerosakan yang boleh menghancurkan masyarakat.* Campur tangan kerajaan ketika itu termasuk kategori “sadd zara’i'” (menutup lubang-lubang kerosakan). Sebagaimana kerajaan di zaman moden ini campur tangan untuk menghalang tersebarnya wabak kerosakan seperti dadah dan seumpamanya. (Fatawa Islam Jilid VII No 1057 – Mufti Syeikh Allam Nassar) (rujuk www.odabasham.net/show.php?sid=77421). 
Justeru, saya menyeru para Mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus terhadap acara mungkar Better Beer Festival 2017 ini sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan Malaysia. 
Malaysia sebagai negara yang meletakkan Islam Agama Persekutuan dalam perlembagaan dengan YDP Agong menjadi ketua negara yang bertanggungjawab menjaga Islam serta Raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam di negeri-negeri, amatlah tidak wajar negara ini menjadi hub pesta arak yang tidak mendatangkan kebaikan bagi rakyat malah memudharatkan. 
Pesta arak ini hanya akan mengundang lebih banyak gejala negatif kepada masyarakat di kala negara telah berhadapan dengan pelbagai kemelut sosial. 
Arak telah dianggap menjadi ancaman di peringkat global dengan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan suatu laporan bertajuk “Global Strategy to Reduce the Harmful Use of Alcohol” pada 2010. 
Saya telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 8 oktober 2014 ketika membantah penganjuran Pesta Arak Oktoberfest dengan menyebut beberapa statistik menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan iaitu; 
A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alcohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang. 
B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk. 
C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alcohol tidak boleh serta merta berhenti. Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut. 
D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.
E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol. 
F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alcohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.
G. Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes. 
H. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut. 
I. Menurut satu statistik di UK, alkohol telah menyebabkan 45-46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga. 
rujuk:
http://drtakiri.blogspot.my/2014/10/penganjuran-pesta-arak-oktoberfest.html?m=1
Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya para pemimpin dan juga NGO-NGO bangkit untuk menghalang penganjuran Pesta Arak yang memudharatkan negara dan masyarakat 
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ahad 17hb September 2017/26 Zulhijjah 1438 – HARAKAHDAILY 17/9/2017
Sumber HD - 17-9-2017 























Akhlak & motivasi daripada tragedi kebakaran pusat tahfiz

TRAGEDI kebakaran pada awal pagi khamis 14 september 2017 yang mengorbankan lebih 20 orang anak-anak yang sedang berjihad menghafaz Kalam Allah tentu sahaja meruntun hati setiap insan. Namun, perginya mereka ke rahmatullah sebagai syuhada akhirat akibat kebakaran sebagaimana sabit dalam Hadis riwayat Ibnu Majah dan Abu Dawud, yang diberikan kemuliaan oleh Allah menjadi pengubat hati kepada waris kaum keluarga yang terlibat.
Kita wajar mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas musibah ini. Kata-kata dan tindakan yang membenihkan kesabaran di hati mereka adalah sebahagian daripada skop takziah buat mereka sebagaimana pengajaran Islam. 
Tidak perlu dikesali musibah yang telah berlaku dengan pelbagai andaian berunsur "kalau" kerana ia membuka pintu bisikan jahat Syaitan yang bertujuan menambahkan kesedihan. Nabi SAW bersabda: 
ْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ 
"Dan sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah maka janganlah menyebut: ‘kalau saya sebelum ini lakukan demikian tentulah demikian demikian’, tetapi sebutlah: ‘Allah telah menentukan. Apa yang Dia mahu Dia lakukan’, kerana sesungguhnya ungkapan ‘kalau’ itu membuka tindakan Syaitan." Hadis riwayat Muslim. 
Pada masa yang sama hati dan perasaan kita juga bersama pengasas dan guru-guru pusat Tahfiz tersebut. Mereka telah berjihad dengan masa, tenaga dan harta mereka belasan tahun untuk menyediakan pusat ilmu untuk anak-anak Islam. Dalam tempoh itu mereka telah berjaya melahirkan puluhan para Huffaz yang menjadi kebanggaan masyarakat. 
Kejayaan mereka ini sewajarnya dititipkan dengan pujian dan kata semangat. Namun, dalam kerangka kejayaan itu ada ujian yang mendatang. Mereka diuji dengan musibah yang meruntun dan merungsingkan hati dan perasaan mereka. Tentu sahaja ia boleh mematahkan semangat jihad pendidikan mereka. Maka di saat inilah mereka memerlukan motivasi yang berterusan memberikan sinar harapan. Malah, jika ada sebarang kelemahan yang menjadi sebab memungkinkan berlakunya musibah ia boleh dijadikan motivasi pengajaran untuk mendatang. 
Bagi pihak berkuasa pula, musibah ini sewajarnya menjadi pemangkin untuk mereka terus melipat-gandakan usaha membantu pusat Tahfiz dan pusat-pusat pengajian Islam dengan dana pembangunan dan nasihat serta panduan keselamatan yang berterusan. Tidak wajar musibah ini diiringi dengan ugutan terhadap pengusaha-pengusaha institusi Tahfiz yang lain yang sedang berjihad di alam pendidikan dengan seribu macam kepayahan. Ia bukan premis untuk mengancam dan mengecam tetapi medan untuk saling membantu dan bekerjasama untuk kebaikan. 
Inilah juga masanya bagi masyarakat awam memperkukuhkan dokongan terhadap institusi pendidikan agama seumpama Tahfiz ini. Sangkaan baik kita terhadap mereka ialah mereka berjihad di bidang pendidikan demi Allah dan Rasul dan demi mencari syurga di alam abadi. Membuat andaian dengan sangkaan buruk terhadap guru-guru dan pengurus pusat ilmu ini bukan akhlak umat beriman. 
Membuat tuduhan melulu dengan andaian penyelewengan dana yang mungkin berlaku di kalangan guru-guru yang berjihad mengusahakan pusat ilmu ini adalah akhlak yang sangat jelek, apatah lagi jika datang dari mereka yang dianggap ilmuwan. 
Kemungkinan dan kebarangkalian baik dan jahat boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, pada jawatan dan amanah apa sekalipun. Tragedi ini bukannya lesen untuk membenihkan persepsi negatif dan jahat meskipun secalit. 
Marilah kita bersama menjadikan tragedi ini sebagai rahmah buat ummah di sebalik musibah. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155-156: 
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ 
"Dan pasti Kami menguji kamu dengan sesuatu berupa kebimbangan, kelaparan dan kekurangan sebahagian harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka menyatakan: sesungguhnya kita milik Allah dan kita kepada-Nya pasti kembali." – HARAKAHDAILY 16/9/2017
Sumber HD - 16-9-2017 























Seruan solat hajat, qunut nazilah buat Islam Rohingya

KEKEJAMAN tentera Myanmar yang sedang melakukan penghapusan etnik dengan menyeksa serta membunuh seramai mungkin masyarakat Islam Rohingya berterusan sehingga kini. Etnik Muslim Rohingya terus dizalimi bahkan mereka telah dinafikan hak kewarganegaraan serta mereka dianggap sebagai penceroboh sedangkan mereka telah menetap di situ berabad lamanya. 
Kewajipan mempertahankan saudara-saudara kita di sana adalah wajib dan terpundak di bahu kita semua tanpa mengira jenama politik. ASEAN, OIC dan PBB mesti bertegas dan melakukan sesuatu khasnya dalam sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan berlangsung pada pertengahan September ini di New York.\ 
Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh umat Islam untuk membantu melalui apa jua saluran yang mampu. Para Khatib hendaklah mengajak umat Islam agar mendoakan saudara kita di sana pada setiap kali khutbah jumaat. Solat hajat dan qunut nazilah wajib dilaksanakan di semua peringkat dalam usaha kita menentang sebarang kekejaman yang telah dilakukan. Hal ini juga selari dengan seruan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang menyeru agar para khatib membaca khutbah khas sebagai solidariti kepada umat Islam Rohingya. 
Sesungguhnya kezaliman tidak akan berpanjangan dan akan tiba suatu masa hari kehancuran musuh umat Islam. Allah berfirman: 
وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِين 
Maksudnya: "Dan hari-hari (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah ingin memberi bukti kebenaran kepada orang beriman dan menjadikan di antara kamu sebagai syuhada’. Allah tidak menyukai orang-orang yang berlaku zalim”.(Aali-Imran:140) 
USTAZ DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
17 Zulhijjah 1438H / 8 September 2017 – HARAKAHDAILY 8/9/2017
Sumber HD - 8-9-2017 























Penafian fitnah terhadap Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat





TERSEBAR dilaman sosial satu kenyataan yang menyebut nama Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkenaan tajaan haji oleh 1MDB. 
Ketua DUPP menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak dilakukan oleh beliau dan beliau sendiri tidak pernah berada ditempat ibadah korban di Johor yang dikaitkan itu.
Sekian, pemakluman. 
MOHD ASRI MAT DAUD
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
5 September 2017 – HARAKAHDAILY 5/9/2017
Sumber HD -5-9-2017 























Riba Menghilangkan ‘Barakah’ Ekonomi

KUALA TERENGGANU – Pengurusan kewangan kerajaan yang melibatkan unsur riba telah menghilangkan keberkatan ekonomi.

Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dato’ Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata, skandal kewangan yang berlaku di Malaysia seperti 1MDB, FOREX, PERWAJA, BMF dan seumpama dengannya adalah manifestasi kegagalan dasar pengurusan perniagaan dan ekonomi yang tidak berprinsipkan Islam.

“Amalan rasuah adalah buah (kesan) dari jiwa pemimpin yang kemaruk kemewahan dunia dan pelaksanaan GST merupakan dasar yang salah sehingga menyebabkan berlakunya inflasi dan kerosakan ekonomi negara,

“Dan PAS telah menegaskankan prinsipnya iaitu ‘menyokong dasar yang baik dan menentang dasar yang silap’. Itu prinsip PAS,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam, Isnin, 28 Ogos.

Menurutnya, PAS sedang bergerak bersama Gagasan Sejahtera membina imej negarawan dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke 14 sedang Pakatan Harapan (PH) berantakan bergaduh sesama sendiri.

“Umno dan Barisan Nasional juga sedang bergelut berusaha memulihkan imej dan pertembungan dalaman mereka,

“PAS akan kekal berpolitik berasaskan prinsip Islam dan mengemukakan penyelesaian Islam bagi masalah negara dengan membawa moto “Sejahtera Bersama Islam”,” tegas Ustaz Khairuddin.

Sumber BO - 29-8-2017

PAS perlu terus maju bawa 'Sejahtera Bersama Islam'











PAS sedang bergerak bersama Gagasan Sejahtera membina imej negarawan dalam menghadapi PRU14 sedang PH berantakan bergaduh sesama sendiri. 
"Umno BN juga sedang bergelut berusaha memulihkan imej dan pertembungan dalaman mereka," ujar Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi laman facebook. 
Justeru, katanya PAS perlu kekal berpolitik berasaskan prinsip Islam dan mengemukakan penyelesaian Islam bagi masalah negara, enyokong dasar yang baik dan menentang dasar yang silap.
Menurutnya, GST adalah dasar yang salah yang menyebabkan berlakunya inflasi dan kerosakan ekonomi negara. 
Tambahnya, penglibatan dengan riba dalam pengurusan kewangan kerajaan menghilangkan barakah ekonomi. 
"Rasuah adalah buah dari jiwa pemimpin yang kemaruk kemewahan dunia. 
"Skandal kewangan 1MDB, Forex, Perwaja,  BMF dan seumpama dengannya adalah manifestasi kegagalan dasar pengurusan perniagaan dan ekonomi yang tidak berprinsipkan Islam," ujarnya. 
Justeru itu, tambah beliau PAS perlu terus maju membawa moto 'Sejahtera Bersama Islam'. - HARAKAHDAILY 28/8/2017
Sumber HD - 28-8-2017 

























































Amanat TG Abdul Hadi gariskan batas iman dan kufur












1. AMANAT Tuan Guru Hj Hadi adalah sedutan ceramah beliau pada 7 April 1981 di Kg. Banggul Peradong, Parlimen Kuala Nerus. 
2. Isi kandungan Amanat tersebut selaras dengan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah kerana ia menggariskan batas-batas iman dan kufur, konsep Amar Makruf Nahi Mungkar dan menjelaskan kewajipan menegakkan undang-undang Islam menggantikan undang-undang Jahiliyah sebagaimana firman Allah 
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ 
"Adakah hukum perundangan Jahiliyah yang mereka cari? Dan siapakah lagi terlebih baik hukum perundangannya berbanding Allah bagi kaum yang sentiasa yakin".
Surah al-Maidah ayat 50. 
3. Imam Ibnu Kathir,  seorang tokoh Tafsir membuat contoh perundangan Jahiliyah itu ialah seperti perundangan yang digunakan oleh pemerintah Tatar yang merupakan hasil gabungan undang-undang Nasrani, Yahudi dan Islam apabila mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Abbasiyah dan menjajah Baghdad pada pertengahan kurun ke 7 hijrah. 
Kemungkaran Mengekalkan Undang-undang Jahiliyah 
4. Amanat Tuan Guru Hj Hadi menjelaskan sebab pertembungan antara dua parti politik Melayu Islam terbesar iaitu PAS dan Umno pada ketika itu tahun 80 an iaitu antaranya kerana mengekalkan undang-undang Jahiliyah bercanggah dengan Islam. 
5. Ia menggerakkan pendokong PAS untuk berdakwah menjelaskan kewajipan menegakkan undang-undang Islam dalam negara. Hasil dakwah yang panjang, pada hari ini selepas 36 tahun Amanat itu, masyarakat semakin faham kewajipan mereka menegakkan undang-undang Islam dalam semua aspek kehidupan. Malah ahli dan sebahagian pimpinan parti Umno juga mula berbicara tentang perundangan Islam. 
6. Kata-kata menghina perundangan jenayah Islam yang boleh merosakkan akidah seperti "habislah tangan orang Islam dipotong sekiranya dilaksanakan Hudud" semakin menyepi dan sudah ditolak oleh masyarakat Islam hari ini. 
7. PAS menerusi kuasa yang ada telah menggubal undang-undang jenayah Islam di Kelantan pada 1993 dan di Terengganu pada 2002 bagi menegaskan kewajipan menegakkan perundangan Islam dalam aspek jenayah yang diabaikan oleh pemerintah umat Islam. 
8. Pada hari ini lahir para peguam muslim yang mengajak rakyat mentafsirkan kembali peruntukan perlembagaan "Islam Agama Persekutuan" dengan roh Islam dalam usaha menegaskan kedaulatan Islam dalam negara ini. 

9. Ia selaras dengan apa yang selalu disebut oleh Presiden PAS iaitu keperluan mentafsirkan perkataan Islam dalam perlembagaan itu sebagai "ad-Din" yang mencakupi semua keperluan hidup dan bukannya mentafsirkannya menurut tafsiran penjajah iaitu Islam sebagai agama untuk amalan ritual sahaja. 
Politik Suku Agama Suku
10. Dalam Amanat tersebut juga Tuan Guru Hj Hadi menyebut: seorang muslim tidak perlu menjadi Hindu atau Budha atau masuk Yahudi atau Nasrani tetapi boleh menjadi kufur dengan menyatakan politik suku agama suku. Ia adalah penjelasan terhadap konsep batas-batas iman dan kufur dalam Islam. 
11. Kenyataan ini sangat tepat dengan prinsip Islam kerana Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik pemerintahan. Malah Nabi (saw) dan sahabat kanan yang empat iaitu Abu Bakar, Umar,  Uthman dan Ali radiyallahu anhum menjadi pemerintah dan Khalifah Islam, berpolitik memerintah negara Islam Madinah. 
12. Pemikiran "politik suku agama suku" adalah pemikiran songsang barat hasil pertembungan antara ahli politik dengan gereja di Eropah, lalu lahirlah ungkapan terkenal "biarkan apa yang menjadi milik raja kepada raja dan apa yang menjadi milik Tuhan kepada Tuhan". 
13. Demikianlah Amanat itu telah menyumbang untuk membetulkan kefahaman masyarakat terhadap batas-batas iman dan kufur serta kewajipan menegakkan Islam sebagai asas perundangan negara. 
Amanat Punca Tragedi Memali? 
14. Ada pula pihak secara sembrono menuduh bahawa Amanat ini adalah punca kepada berlakunya tragedi berdarah di Memali pada tahun 2015. 
15. Suka saya tegaskan bahawa isu Memali berlaku bukan kerana Amanat itu tetapi kerana kerakusan penguasa pada ketika itu untuk mengekang pengaruh PAS dalam masyarakat yang dianggap sebagai ancaman kepada kuasa mereka. 
16. Suara Islam dan tiupan kesedaran beragama dan berpolitik memperjuangkan Islam di kalangan rakyat pedalaman seperti Baling khususnya Kg. Memali dianggap sebagai satu ancaman bagi penguasa yang tidak mesra dengan pendekatan Islam pada ketika itu. Lalu berlakulah tragedi berdarah yang masih misteri sebahagian perincian peristiwanya sehingga ke hari ini. Oleh kerana itu PAS menuntut supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi merungkai peristiwa ini. 
17. Saya juga menggesa kerajaan memberikan peluang kepada Presiden PAS untuk menjelaskan Amanat tersebut di media perdana kerajaan seperti RTM dan TV3 agar rakyat dapat menilai hakikat sebenar intipati Amanat tersebut. 
"Sejahtera Bersama Islam"
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Bertarikh: Khamis; 2 Zulhijjah 1438 / 24 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 24/8/2017
Sumber HD - 24-8-2017 
























Pindaan Akta 164: Ucapan MP Kuala Nerus











TERIMA kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak menyambung apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Kota Bharu sebentar tadi tentang mediasi yang kita cadangkan sebagai satu konsep penyelesaian yang patut dimasukkan ke dalam akta, bukan berada di luar akta. 
Hal ini kerana pertama sekali bila kita bincang isu berkaitan dengan perkahwinan, Islam dia ada kaedah. Kaedahnya ialah dalam bab perkahwinan dan penceraian [Berucap dalam bahasa Arab] “Jika berlaku penceraian sama ada kemudian ada ruang untuk rujuk kembali, pegang semula perempuan dengan cara yang baik atau lepas dengan cara yang baik”. Ertinya Islam mengajar kepada kita segala perkara diuruskan dengan cara yang baik. 
Maka selagi mana kita hanya berpegang kepada undang-undang semata-mata, sedangkan tidak ada satu ruang untuk diberikan ruang untuk kita berbincang dan juga berunding, maka ia tidak akan menyelesaikan masalah. Kita yakin kita adalah manusia, manusia ada jiwa dan juga perasaan yang dapat kita lunakkan dengan bicara yang cantik, lunak dan lembut, maka apa yang keras dapat kita selesaikan kerana itulah bagi kami di peringkat PAS menyatakan bahawa tribunal ini suatu yang sangat penting, tribunal mediasi. 
Kalau kita ambil kaedah al-Quran sekali pun menyebut [Membaca sepotong ayat alQuran], “Hantar seorang wakil daripada keluarga laki-laki dan satu wakil dari keluarga perempuan”, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sekiranya mereka berdua mahukan suatu yang baik, pasti Allah berikan taufik”. Ertinya ,ayat-ayat al-Quran mengajar kepada kita konsep mediasi ini. Perbincangan ini perlu menjadi satu konsep yang boleh menyelesaikan banyak masalah. Itu yang pertama. 
Kedua, kalau kita pergi lebih lanjut pada cadangan-cadangan pindaan kita ini, seperti mana kita tegaskan tadi bahawa apa yang hendak kita cadangkan ini tidak menyelesaikan permasalahan, kita ambil sebagai contoh, cadangan untuk pindaan 51A melibatkan harta – 51(3), “Bagi maksud seksyen ini, “pihak berkepentingan” atau “pihak-pihak yang berkepentingan” ertinya pasangan yang menakat dan anak-anak yang menakat daripada sesuatu perkahwinan, jika ada, dan ibu bapa pasangan yang telah menukar agama yang telah meninggal dunia”. 
Isu ini melibatkan harta dan bila melibatkan harta bagi seorang yang telah mati sekiranya dia adalah Muslim, dia terikat kepada undang-undang Islam dan undang-undang itu dibicarakan di Mahkamah Syariah. Sekiranya tidak dirujuk kepada hukum syarak perkara ini, maka ia melibatkan hak orang Islam yang mesti dibahas dan diberikan hak. 
Oleh kerana itulah saya lihat bahawa cadangan akta ini tidak dapat menyelesaikan masalah. Perlu kembali kepada kita kena bincang balik dan kita lihat secara bersama beberapa lagi undang-undang yang patut kita baca secara bersama. Kalau kami ingin mencadangkan sebagai contoh di sini kita kena masuk peruntukan bahawa bukan hanya merujuk kepada pihak berkepentingan biasa yang disebutkan tadi tetapi juga pihak berkepentingan menurut hukum syarak kerana hukum syarak mesti dirujuk di kala mana melibatkan seorang Muslim kerana itulah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. 
Kemudian, perkara yang perlu kita bangkitkan juga dalam isu ini ialah isu kalau dilihat di belakang undang-undang kita ini, nombor lapan, undang-undang ini bersifat undur ke belakang memberi kesan kepada kes-kes yang sebelum ini. Bagi saya, dia akan menimbulkan banyak lagi permasalahan. Banyak benda akan dirungkai lagi perkara yang telah diputuskan dirungkai balik. 
Maka perkara-perkara inilah bagi kita agak mencelarukan maka saya sangat menyokong untuk akta ini ditarik balik dan ditangguhkan hingga kita buat suatu jawatankuasa bersama, membincang secara harmoni, lebih detil, digabungkan dengan semua undang-undang di peringkat sivil, di peringkat enakmen negeri dan sebagainya, dirujuk kepada pihak-pihak yang berkaitan, Raja-raja dan sebagainya. 
Itu adalah pandangan kami yang kami rasa sangat konsisten. Itu sahaja. 
Ucapan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semasa membahaskan Rang Undang-undang Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat pada 9 Ogos 2017. Sumber: Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat
Sumber HD - 11-8-2017
























Konflik Palestin-Israel: Penyelesaian dua negara bukan 'The Last Resort'

SAYA membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negara, YB Dato' Sri Anifah Aman yang mewakili negara ke 'Open-Ended Extraordinary Meeting of the OIC Executive Committee' pada 1 Ogos 2017 yang diadakan di Istanbul, Turki. 
Mesyuarat tersebut adalah tindakan susulan terhadap sekatan tentera Zionis yang menghalang umat Islam beribadah di Masjid Al-Aqsa bermula 14 Julai yang lalu. 
Dalam kenyataan tersebut, pihak kementerian menegaskan dalam perenggan terakhir sebagai berikut: "In conclusion, Malaysia would like to reaffirm our resolute support to seek a just, comprehensive and durable solution to the realization of the two-state solution with an independent state of Palestine, based on the pre-1967 and with East Jurusalem as its capital."
Sebagai konklusinya, Malaysia menegaskan sokongan kepada penyelesaian yang adil, menyeluruh dan bersifat jangka panjang dengan menerima penyelesaian dua negara dengan negara Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka, berdasarkan kepada (sempadan) sebelum 1967 dan Jurusalem Timur sebagai ibu negara. 
Saya kira kenyataan tersebut terdapat kekeliruan. Pengiktirafan terhadap sempadan sebelum tahun 1967 - setepatnya sebelum 4 Jun 1967 - yang turut dikenali sebagai 'The Green Line', bukanlah bermakna mengiktiraf negara haram Israel atau "penyelesaian dua negara" seperti yang diwar-warkan. "Penyelesaian dua negara" 
adalah suatu kenyataan secara tidak langsung mengiktiraf negara haram Israel.
Sebaliknya, pengiktirafan terhadap sempadan sebelum tahun 1967 sepertimana yang ditegaskan juga oleh HAMAS membawa maksud menguasai semula beberapa bandar utama termasuklah Bandar Lama Timur Jurusalem, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Malah, HAMAS turut menegaskan bahawa mereka menolak untuk mengiktiraf negara haram Israel, pendirian yang turut dipertahankan oleh PAS. 
Saya ingin mengulangi gesaan supaya pihak kementerian memperbetul kenyataan tersebut serta lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan melibatkan konflik di Asia Barat terutamanya Israel-Palestin. Ini kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian sekaligus mewakili keseluruhan rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Tambahan lagi, saya berpandangan kerajaan Malaysia perlu tegas untuk mengeluarkan kenyataan tidak mengiktiraf negara haram Israel kerana itu pendirian utama umat Islam sejak sekian lama. 
Konflik panjang Israel-Palestin bukanlah konflik di atas nama agama (Islam dan Judaism), tetapi permusuhan utama adalah melibatkan gerakan Zionism yang diasaskan pada 29 Ogos 1897 di Basel oleh Theodor Herzl. Mereka meletakkan matlamat menguasai bumi umat Islam bagi menubuhkan 'The Greater Israel'. Perjuangan mereka disokong Amerika Syarikat dan kini usaha mereka tertumpu ke arah menubuhkan 'The New Middle East', suatu projek 'creative destruction' terhadap pemetaan umat Islam di Asia Barat seterusnya mengulangi ala-ala Perjanjian Sykes-Pikot pada 1916. 
"Sejahtera Bersama Islam"
YB DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
04 Ogos 2017 | 11 Zulkaedah 1438 - HARAKAHDAILY 4/8/2017
Sumber HD - 4-8-2017 
























Isu penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi

FIRMAN Allah SWT: 
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةٗ وَسَآءَ سَبِيلٗا 
Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Al-Isra’: 32) 
Perbincangan berkaitan anak tak sah taraf semakin menjadi polemik mutakhir ini apabila perbincangan berlandaskan disiplin ilmu dan ketetapan hukum yang disepakati tidak dihormati. Betapa ramai orang yang membimbangkan masa depan anak tak sah taraf apabila mereka mencapai umur remaja khasnya dalam berhadapan dengan masyarakat. 
Isu kesan psikologi dan persoalan menjaga perasaan anak tak sah taraf hebat diperbincangkan daripada satu sudut. Sementara daripada sudut lain, agak kurang dihangatkan perbincangan tentang pengajaran daripada ayat Allah yang menyatakan bahawa anak tak sah taraf akan melorongi jalan sukar hasil perbuatan jelek si bapanya. 
Hal inilah yang sewajarnya diberi peringatan tegas agar manusia menjauhi segala agenda dan aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya zina. Samentelah Islam sangat menitikberatkan soal penjagaan nasab atau keturunan selain agama, nyawa, akal dan harta. Maka pandangan Jumhur Ulamak dalam penetapan kesahtarafan anak luar nikah perlu diambil perhatian serius oleh pihak berwajib. 
Ini bermakna, anak yang dilahirkan kurang daripada 6 bulan 2 lahzah mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh) adalah tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Umum perlu sedar bahawa persoalan anak tak sah taraf adalah satu persoalan berat mengikut hukum syarak kerana ia melibatkan nasab, pusaka, wasiat, perwalian, nafkah, pergaulan dan sebagainya. 
Dalam hal ini, pihak Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) melihat keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan membenarkan anak tak sah taraf dibinkan kepada bapa biologinya boleh menyebabkan berlaku banyak kecelaruan hukum pada suatu ketika nanti. Bahkan dalam hal ini, perlu dihayati sebuah hadis Rasulullah SAW: 
الوَلدُ لِلْفِرَاش وَلِلعَاهِر الحَجَر 
Maksudnya: “Anak (luar nikah) itu adalah hak pemilik hamparan (ibunya) dan bagi penzina haknya adalah batu (hukuman pembalasan)”. (Riwayat Muslim) 
Daripada hadis ini, kita boleh mengambil pedoman bahawa anak yang dilahirkan secara luar nikah atau disebabkan oleh perzinaan, maka ia dinasabkan kepada ibunya.  Sementara bapa iaitu penzina tidak mendapat apa-apa hak. 
Panel hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan sepatutnya melihat kepada kesan dari sudut agama Islam apabila menyandarkan keputusan mereka kepada peruntukan Seksyen 13A(2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. Mereka tidak boleh samakan hak anak orang bukan Islam dengan anak orang Islam kerana Islam mempunyai perundangan khas bersabit dengan urusan perkahwinan, pewarisan pusaka dan lain-lain. 
Jika ditinjau kesan dari sudut hukum, umpamanya dalam kes harta pusaka, seseorang anak tak sah taraf tidak boleh sama sekali mewarisi harta pusaka orang yang menyebabkan kelahirannya iaitu bapanya yang tidak sah taraf kerana beliau bukan ahli waris. Begitu juga sebaliknya bapa biologi tersebut tidak berhak untuk mewarisi harta pusakanya. Begitulah juga dalam soal perwalian, lelaki yang menyetubuhi ibu kepada anak tak sah taraf sebelum akad nikah yang sah, sama ada dia berkahwin atau tidak dengan perempuan tersebut, tetap tidak sah menjadi wali kepada anak tak sah taraf. 
Kesan-kesan sebegini perlu dicermati demi menjaga nama baik dan hak keadilan kepada anak tak sah taraf. Pada dasarnya, daripada sudut agama dan undang-undang anak tak sah taraf sememangnya mendapat perlindungan sepenuhnya. Masyarakat pula hendaklah memberi pertimbangan yang adil terhadap kedudukan mereka supaya segala tekanan yang sering menghantui hidup mereka terhapus. Dengan itu, mereka mampu menjadi insan yang berguna dan dapat berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. 
Membendung keadaan yang dibimbangi tersebut, DUPP bersetuju dengan kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara melalui Ketua Pengarahnya bertarikh 28 Julai 2017. Kenyataan tersebut menyatakan bahawa pelaksanaan semasa berkaitan penasaban anak tak sah taraf orang Islam diteruskan seperti biasa selari dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan. 
MOHD ASRI BIN MAT DAUD
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 31/7/2017
Sumber HD - 31-7-2017 
























Islam dan hukum syarak tidak mengikat mahkamah sivil dalam isu Islam?

1. KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik tentang sejauh mana Islam dan Hukum Syarak menjadi panduan dan mengikat sesuatu penghakiman di mahkamah sivil yang melibatkan isu-isu Hukum Syarak. 
2. Umum mengetahui bahawa Perlembagaan Persekutuan meletakkan dalam Perkara Tiga bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Ia sepatutnya memberi maksud Islam menaungi dan menjadi rujukan utama segala tindak tanduk bernegara dan menaungi serta menjadi rujukan kepada segala peruntukan undang-undang negara. Tapi ternyata artikel itu belum diberikan hak tafsiran yang sepatutnya untuk mengikat segala penghakiman di mahkamah sivil dengan Islam. 
3. Dalam kes Mahkamah Rayuan ini, Seksyen 110 hingga 119 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang telah memperuntukkan tentang kesahtarafan anak sepatutnya dirujuk. Seksyen 110 lebih khusus memperuntukkan siapakah yang dikaitkan sebagai bapa bagi orang Islam. 
4. Peruntukan undang-undang negeri ini sepatutnya menjadi rujukan utama kepada mahkamah sivil dalam menentukan penghakiman dalam isu-isu bersabit. Namun, dalam kes penghakiman Mahkamah Rayuan, seksyen ini tidak diberi pertimbangan sewajarnya kerana mahkamah hanya membataskannya kepada pendaftaran semata-mata walaupun pendaftaran tersebut mempunyai implikasi terhadap undang-undang Islam. Justeru, saya sangat bersetuju dengan Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia yang menimbulkan persoalan adakah seksyen 13A Akta tersebut adalah berperlembagaan kerana isu sah taraf anak adalah dalam bidang kuasa negeri melalui undang-undang negeri. 
5. Malah, penghakiman Mahkamah Rayuan ini lebih malang lagi mendedahkan bahawa fatwa langsung tidak menjadi rujukan dan tidak mengikat mahkamah sivil dalam isu-isu bersabit hukum. Secara jelas penghakiman Mahkamah Rayuan mendedahkan bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan sebuah badan agama - apatah lagi fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang sememangnya tidak mempunyai kuasa perundangan - tidak mempunyai kuasa undang-undang melainkan fatwa itu diterima atau diguna pakai sebagai undang-undang persekutuan menerusi Parlimen, yang mana fatwa menjadi sebahagian undang-undang persekutuan tanpa perlu melalui proses perundangan. 
6. Untuk makluman, fatwa oleh Mufti Wilayah, Dato' Md Hashim Yahya telah dikeluarkan pada 2 Januari 2001 dan diwartakan pada 18 Januari 2001 bahawa "anak yang dilahirkan lebih daripada enam bulan Qamariah dari tarikh sesuatu pasangan itu diakadnikahkan ialah anak sah taraf". 
7. Malah, fatwa juga telah dikeluarkan pada 17 Januari 2005 oleh Mufti Selangor, Dato' Hj Mohd Tamyes Abd Wahid dan diwartakan pada 28 April 2005 bahawa anak tidak sah taraf menurut hukum syarak ialah "anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu "imkan ad Dukhul" dan bukan hasil daripada persetubuhan syubhat". 
8. Di sinilah perlunya satu akta dicadangkan di parlimen untuk memberikan kuasa undang-undang kepada fatwa-fatwa negeri bagi dijadikan rujukan yang mengikat mahkamah sivil dalam isu-isu bersabit dengan Islam. 
9. Kesimpulannya, usaha memperkasakan Islam dari sudut perundangan dan perlembagaan masih berliku. Kesatuan umat dalam isu-isu sebegini adalah sangat diperlukan. Keinginan politik yang kuat yang ditunjang oleh kehendak rakyat Muslim yang bersatu boleh menjadi pemangkin untuk usaha-usaha jihad perundangan ini. 
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Jumaat 28hb Julai 2017 / 4 Zulkaedah 1438 - HARAKAHDAILY 28/7/2017
Sumber HD - 28-7-2017 

Tingkatkan had umur perkahwinan sahaja tidak cukup, kata PAS
Posted on Thursday, July 20 @ 20:09:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35711



PETALING JAYA: Dewan Ulama PAS berkata pada dasarnya setuju dengan cadangan Wanita Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan meningkatkan had umur minimum perkahwinan kanak-kanak perempuan Islam kepada 18 tahun, menyifatkan langkah sebagai munasabah.

Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamed berkata, ini kerana pasangan yang berkahwin bawah had umur masa kini cenderung tidak memahami tentang hak dan tanggungjawab suami isteri.

Tetapi, Mahfodz juga mencadangkan had umur semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran dalam menentukan baik buruk had umur tertentu.

“Kalau dia umur lebih 18 atau 21 tahun tetapi jika tidak diajar mengenai tanggungjawab dalam keluarga dan tidak cukup kursus mengenai rumahtangga juga tidak guna.

“Naikkan had umur perkahwinan sahaja tidak cukup jika kurang penghayatan dalam hubungan kekeluargaan. Mereka mesti diberikan ilmu tentang perkahwinan sebelum berkahwin,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan Wanita PH menggesa kerajaan meningkatkan had umur minimum perkahwinan perempuan Islam kepada 18 tahun, sama seperti had umur minimum lelaki Islam.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mempersoalkan dasar sedia ada yang membenarkan perempuan semuda 16 tahun berkahwin.

“Kenapa perlu begitu?” soalnya, dan menambah had umur minimum 18 tahun akan lebih menjamin kualiti perkahwinan, didikan sempurna dan kehidupan berkualiti.

Mahfodz berkata meskipun had umur 16 dan 18 tahun itu nampak tidak jauh jauh berbeza, beliau menggesa kajian perlu lebih banyak dilakukan dalam menilai kematangan mereka yang mahu berkahwin pada usia muda, tidak kira perempuan atau lelaki.

“Kalau lelaki sebagai ketua keluarga perlu lebih matang dan bertanggungjawab, manakala wanita pula perlu tahu peranannya dalam keluarga,” katanya.

Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi ­perempuan adalah 16 tahun.

Perkahwinan mereka yang lebih muda daripada itu perlu mendapatkan kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa.

Manakala bagi bukan Islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menetapkan 18 tahun usia minimum perkahwinan, dan mereka yang berusia 16-18 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ketua menteri dan mahkamah.

Pakatan Harapan berpendirian perkahwinan bawah umur mengundang kesan negatif dari segi kesihatan mental dan fizikal di samping membataskan taraf pendidikan dan ekonomi.
Ia juga meningkatkan risiko penderaan domestik dan seksual, katanya.

Hampir 9,000 perkahwinan bawah umur berlaku dalam tempoh 5 tahun antara 2010 dan 2015.

Daripada jumlah itu, 6,268 ialah penganut Islam dan 2,775 bukan Islam.

Sumber TKO - 20-7-2017
























Nasib malang IPG dan guru pelatih

AHLI Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendesak agar kerajaan menarik semula keputusan menghentikan elaun sara diri yang diberikan kepada para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) bermula ambilan Jun 2018. 
Apa yang mengecewakan katanya, para pelajar ini diminta untuk mendapatkan pinjaman daripada PTPTN sama seperti penuntut-penuntut di bidang dan universiti yang lain. 
Katanya, Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terlibat dengan perubahan status ini mula mengurangkan atau menamatkan pengambilan baru. 
"Baki 16 buah IPG lain pun ada yang membuat tindakan yang sama berikutan masalah kekurangan peruntukan yang dihadapi. 
"Kesan jangka panjang daripada keadaan ini ialah sektor pendidikan peringkat rendah di negara ini bakal menghadapi masalah kekurangan guru berijazah dalam bidang berkenaan dan nisbah antara guru dan murid juga semakin meningkat," katanya kepada Harakahdaily. 
IPG adalah institusi yang sangat penting bagi melatih bakal guru sekolah rendah lebih-lebih lagi pada masa ini yang mempunyai 7,772 buah sekolah rendah dan 2,685,403 murid 
Peranan penting yang dimainkan oleh IPG ini sehinggakan ia dinaiktaraf daripada  Maktab Perguruan kepada IPG yang boleh menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP). 
Malangnya, sembilan daripada 27 buah IPG ini bakal diubah statusnya kepada Kolej Vokasional dan Politeknik; dan dua lagi diubah kepada PERMATA Pintar dan Berbakat Centre. 
Apa yang membimbangkan tambah beliau, selain dibebankan dengan banyak tugasan, kini guru pelatih ini dibebankan pula dengan masalah hutang pendidikan. 
"Saya sangat yakin bahawa ia akan menjejaskan kualiti pendidikan di negara kita pada suatu hari nanti. 
"Sedangkan, kerajaan sering mendabik dada mengatakan bahawa ekonomi negara semakin kukuh; pertumbuhan diunjurkan meningkat sebanyak 0.1% hingga 0.6% pada 2017; harga minyak dan minyak sawit mentah semakin stabil; harga komoditi semakin pulih; GST berjumlah RM42 bilion; dan bermacam-macam petunjuk ekonomi lain lagi yang dijaja,"tegas beliau. 
Justeru beliau turut  menggesa kerajaan menyediakan peruntukan bagi membaik pulih dan menaik taraf prasarana dan fasiliti serta program di IPG supaya latihan perguruan yang dijalankan dapat meningkatkan lagi kualiti guru pada masa hadapan. – HARAKAHDAILY 17/7/2017
Sumber HD - 17-7-2017 
























Kos sara hidup: Kerajaan jangan jadi pelupa

ISU kos sara hidup seringkali dibangkitkan dan tidak pernah reda di negara ini. Penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup pada 2014 yang kini dipengerusikan oleh Dato' Seri Zahid Hamidi sendiri masih belum menampakkan hasil yang sepatutnya. 
Jawatankuasa Khas tersebut dibentuk khusus bagi menangani isu kos sara hidup dan bekerja 'hand-in-hand' dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Ironi sekali, selepas 3 tahun penubuhan jawatankuasa tersebut, kos sara hidup rakyat gagal dipulihkan dengan menyeluruh dan berkesan. 
Kerajaan masih teruja melaksanakan dasar konsolidasi fiskal atas nama memulihkan pengurusan fiskal, tetapi memeras rakyat terbawah yang akhirnya membebankan rakyat itu sendiri. Keadaan turut bertambah meruncing dengan perlaksanaan GST yang bermula 1 April 2015. Bukan sahaja perbelanjaan orang perseorangan dan isi rumah yang terjejas, malah syarikat persendirian turut terkena tempiasnya. 
Kajian daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) oleh Prof Madya Dr Mohamad Fazli Subri menunjukkan 59.7 peratus penduduk di ibu kota terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Gologan miskin bandar semakin bertambah dan meruncing. 
Pemotongan bajet dan pengenalan cukai GST yang dilaksana Kerajaan bukanlah memberi manfaat kepada rakyat, malah bebanan pula sebaliknya semakin bertambah dari sehari ke sehari. 
Kerajaan dalam satu kenyataan ingin mengkaji elemen yang menyumbang kepada kos sara hidup di kawasan bandar. Apakah Kerajaan tidak sedar satu tangan mereka kelihatannya ingin membantu mengurangi bebanan kos sara hidup tetapi satu tangan yang lain sedang menambah luka kepada rakyat dengan dasar-dasar dan polisi yang meningkatkan kos sara hidup rakyat? 
Saya menggesa Kerajaan agar menghapuskan GST dan menggantikannya dengan Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Keuntungan Saham seperti yang telah dicadangkan oleh PAS. 
Pelepasan cukai Duti Eksais 60% yang dikenakan ke atas kenderaan di bawah 1500 cc mesti diberikan kepada rakyat berpendapatan rendah dalam kalangan B40 bagi mengurangkan kos untuk mereka memiliki kenderaan pertama. Pelepasan ini boleh dilaksanakan dalam bentuk pemberian rebat. Saya pernah mencadangkan perkara ini sebelum ini (rujuk: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/34-pimpinan/1022-harga-kereta-ada-cara-turun-tetapi-kerajaan-tidak-mahu-tunai-janji). 
Saya juga melihat selain masalah pengurusan fiskal kerajaan yang menjadi titik fokal kepada peningkatan kos sara hidup ketika ini, Kerajaan seharusnya memanggil semua pihak termasuk dari parti-parti politik pembangkang, badan bukan kerajaan dan tokoh perseorangan yang lain bagi menyumbang idea penyelesaian yang lebih tuntas. 
”Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
11 Julai 2017 | 17 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 11/7/2017
Sumber HD - 11-7-2017 
























Berdoa ketika situasi sukar

BERDOA ketika berhadapan situasi sukar adalah suatu usaha. Ia bukan suatu tindakan negatif dan tidak sewajarnya ditafsirkan sebagai pesimis sebagaimana pemikiran setengah liberalis muslim. 
Di saat segala usaha fizikal dan teknikal telah diusahakan maka yang tinggal ialah iringan doa supaya ia dimudahkan oleh Tuhan. Setiap orang tidak boleh berputus asa mengharapkan rahmat Tuhan di saat sukar. 
Hanya pemikiran sekuler yang memisahkan antara sebab fizikal dan kuasa Tuhan dalam menyempurnakan sesuatu usaha. 
Berdoa tidak bererti menyerah untuk mati ketika berhadapan situasi sukar yang melibatkan antara hidup dan mati. 
Tindakan pilot AirAsia yang mengajak semua penumpang berdoa ketika berhadapan situasi sukar adalah tindakan terpuji dan satu motivasi serta usaha mengajak semua penumpang secara bersama memohon keselamatan daripada bencana. Pergantungan pada Tuhan menandakan seseorang itu belum berputus asa untuk terus selamat. 
Islam mengajar umatnya berdoa di kala sukar sebagaimana sabda Rasulullah saw: 
َ لَا يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلَّا الدُّعَاءُ 
"Tidak menolak ketentuan Tuhan itu melainkan doa." (Hadis riwayat Hakim)
Saya lebih merasa aman jika bersama pilot sebegini. 
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sumber HD - 27-6-2017 
























Betulkan Teras Dan Dasar Percukaian Negara


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional sepatutnya membetulkan teras percukaian negara khususnya berkaitan GST.

Ahli Parlimen Kuala Nerus , Yang Berhormat Dato Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, saiz barangan yang dikenakan cukai sepatutnya dikecilkan bukannya diperbesarkan dan diperluaskan.

“Apabila kerajaan berhasrat memperluaskan cukai GST kepada 60 jenis barangan lagi walaupun ditangguhkan kemudiannya,

“Ia menunjukkan kerajaan bermasalah dalam menentukan hala tuju dan dasar percukaian”, ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan kerajaan mengumumkan akan mengenakan cukai GST keatas 60 barangan.

“Konsep cukai barangan ialah sebagai sumber kewangan kedua negara di saat memerlukan,
“Maka sumber yang diperlukan di saat memerlukan perlu disempitkan ruang cakupannya bagi mengelakkan bebanan tambahan kepada kewangan rakyat”, ujarnya.

Justeru katanya, kerajaan perlu membetulkan aspek pengurusan perbelanjaan supaya lebih berhemah berbanding memberi fokus membesarkan saiz pendapatan menerusi cukai.

Menurutnya, PAS tetap konsistan menegaskan bahawa GST adalah cukai berdasarkan perbelanjaan yang tidak patuh Syariah kerana dikenakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan miskin.
“Masalah kerajaan BN ialah pada membelanjakan pendapatan yang boros bukannya pada menjana pendapatan yang tidak cukup,

“Anak kunci kejayaan pengurusan kewangan bukan hanya pada kejayaan membina sumber tetapi lebih kepada kejayaan mengurus perbelanjaan”, tegas beliau.

Sumber BO - 22-6-2017


PAS tak perlu Dr M dan dasar merosakkan negara
Posted on Monday, January 23 @ 21:13:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&f
ile=article&sid=33289



PETALING JAYA: PAS tidak memerlukan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dasar pemerintahan bekas perdana menteri itu yang diwarisi Umno kini adalah punca negara rosak.

“Dr Mahathir hanya nak menyelamatkan Umno daripada (Datuk Seri) Najib (Razak), tetapi PAS nak menyelamatkan negara daripada sistem diwarisi Umno yang merosakkan negara,” kata Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali kepada FMT hari ini.

Ketua penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu mengulas kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir semalam yang masa untuk parti Islam itu memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan pilihan raya bersama parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional (BN), sudah tamat.

Mengenai kenyataan Lim Kit Siang yang beliau boleh bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi, Khairuddin berkata, penasihat DAP itu tidak perlu bermadah untuk menyelamatkan Malaysia.

“Pengkhianatan DAP terhadap PAS ketika dalam Pakatan Rakyat sudah cukup sebagai isyarat DAP bukan rakan politik baik bagi menggantikan BN dan menyelamatkan Malaysia.

“Agenda anti-Islam DAP juga tidak mungkin dapat diterima PAS. Ia merosakkan kerangka bernegara Malaysia.”

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu sebaliknya menasihatkan DAP mengajak parti lain yang boleh berkompromi dengan dasar sosialis dan pragmatiknya, khasnya Amanah yang setia kepada DAP.

“Tetapi, PAS akan terus bergerak dengan agenda Islam bagi menyelamatkan negara ini daripada kegagalan BN,” katanya.

Sumber TKO - 23-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Tuan Guru kami tidak sama dengan guru kamu

Muhammad Mujahid | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43670-tuan-guru-kami-tidak-sama-dengan-guru-kamu

Ada segelintir makhluk yang cuba mereka-reka falasi, kononnya Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang (TGHH), Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengambil sikap yang sama dengan Ulamak Pro Sisi (UPS).

Berikut beberapa perbezaan yang perlu diperhalusi supaya kita tidak ditipu:

[1] UPS berpihak kepada kerajaan kudeta / sementara TGHH menyokong Ikhwan.

[2] UPS membiarkan tentera menjalankan operasi pembunuhan di Raba’ah / sementara TGHH menasihatkan ikhwan agar jangan balas dengan senjata, sabar. Biar dibunuh, jangan membunuh.

[3] UPS meniup sektarian mazhab / sementara TGHH cuba meredakan sektarian mazhab.

[4] UPS giat menjaja jurang antara mazhab / sedangkan TGHH giat mencari titik temu antara mazhab.

[5] UPS berhujah dengan sentimen mazhab / sedangkan TGHH berhujah dengan misi solidariti umat.

[6] UPS menyokong kerajaan kudeta yang disokong oleh Saudi si broker Amerika / sementara TGHH menyeru umat Islam supaya jangan dipergunakan oleh kuasa asing utk mencetuskan perang proksi.

[7] UPS menyokong kerajaan kudeta yang menumbangkan kerajaan sah pimpinan Mursi / sementara TGHH bertegas dgn pendekatan damai jangan sama sekali membabitkan senjata serta mengiktiraf kerajaan Mursi dizalimi.

[8] UPS menolak Ikhwan dan terang-terangan menuduh Ikhwan sebagai khawarij dan pelampau / sedangkan pendirian TGHH bersama Ikhwan & melihat Ikhwan ditumbangkan atas motif menyekat kebangkitan Islam di Mesir.

[9] UPS tidak membela nyawa-nyawa yg terbunuh khususnya pelajar-pelajar Azhar yg mati sepanjang peristiwa tersebut / sedangkan TGHH pergi ke Tehran utk menghentikan pertumpahan darah dari berterusan.

[10] UPS lunak dengan Kristian tetapi berkeras dengan Ikhwan / sedangkan TGHH menyeru ke arah kesatuan sesama ahli kiblat untuk fokus menentang kuasa kuffar.

[11] UPS bersama perampas kuasa yang cuba mendukung hubungan & kelangsungan Israel / sedangkan TGHH menyeru agar umat menghentikan peperangan saudara sekaligus kembali fokus terhadap ancaman Israel.

[12] UPS membiarkan nasib umat di Palestin kembali terbengkalai / sedangkan TGHH menjadikan survival Palestin sebagai ukuran untung rugi konflik Asia Barat.

[13] UPS bersama pihak yang meniup provokasi perang saudara di Mesir / sedangkan TGHH berusaha meredakan perang saudara di Mesir & Syria.

[14] UPS dikenali sejak awal sangat anti dengan gerakan Islam / sementara TGHH dikenali sejak dahulu merupakan pemimpin gerakan Islam antarabangsa.

[15] UPS bertemu dan menyokong Sisi si penzalim / sementara TGHH pergi bersemuka menyuarakan pandangan & kritikan serta mencadangkan plan solusi.

[16] UPS membiarkan darah umat tertumpah atas nama keluasan ijtihad / sedangkan TGHH mendedahkan konspirasi antarabangsa betapa murahnya harga darah umat Islam.

[17] UPS mendakwa sokongan mereka terhadap Sisi kononnya untuk kurangkan korban nyawa/sedangkan TGHH menyeru supaya bersabar & ke meja rundingan, bukan dengan senjata.

Falasi yang ditimbulkan seakan-akan sama dengan pepatah Arab;

“Dia yang pukul aku, dia yang menangis.”

Apabila Qabil mengaku Habil. Keliru antara pemangsa & mangsa.

Akhir kata, kami mengikuti Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukan kerana fanatik dungu berdalilkan mimpi & sakral keberkatan yang penuh misteri. Sebaliknya kami ikut beliau kerana hujah nas & fakta konspirasi serta bacaan geopolitik yang melatari pendiriannya. (ulamasedunia.org)

Penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali.

Sumber HD -26-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Tugas gerakan Islam selamatkan umat Islam

NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43655-tugas-gerakan-islam-selamatkan-umat-islam

SAYA menghadiri pertemuan tertutup yang dibuat oleh pihak Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan kepimpinan peringkat negeri hingga kawasan mengenai lawatan Presiden PAS ke Iran baru-baru ini, sehingga menimbulkan kekeliruan daripada kalangan mereka yang selama inipun mahu mengelirukan, apatah lagi jika ada peluang untuk menghentam orang lain walaupun tanpa dalil dan bukti yang nyata.

Ini saya lihat daripada ucapan muqaddimah oleh Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri yang membuat penjelasan mengenai lawatannya ke Iran baru-baru ini, apabila beliau memulakan ucapannya malam itu dengan ayat al-Quran:

“Dan takutlah akan fitnah yang tidak menimpa kepada orang zalim sahaja di kalangan kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha hebat siksaNya” (Al-Anfal: 25)

Ketika Allah menjemput Nabi dalam peristiwa Isra dan Mikraj, Nabi melihat manusia yang disangkut hidung dan anggotanya yang lain, hingga tembus ke belakang. Inilah kerja menyebar pembohongan hingga berita bohong itu sampai ke pelusuk dunia, terutama di zaman kecanggihan teknologi ICT sekarang.

Seperti sebelum-sebelumnya, saya biasanya mencatat ucapan tok guru dan pemimpin utama. Namun, malam itu, catatan saya sedikit terencat, bukan kerana apa, tetapi kerana kompleksnya isu yang sedang dikupas iaitu isu Syria sekarang, ditambah dengan isu-isu sampingan yang turut memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada apa yang sedang berlaku khususnya di Halab (Aleppo) sekarang. Ditambah lagi dengan nama tokoh, nama tempat, tahun di mana semua ini ialah hasil pengalaman peribadi Tok Guru dalam memimpin gerakan Islam sehingga ke peringkat antarabangsa.

Suatu perkara yang tiada dalam kitab dan buku, tetapi tersimpan ingatannya dalam diri tok guru.

Tok Guru memulakan bicara dengan mengimbau sejarah umat Islam. Bencana yang berlaku pada hari ini bertali-arus selepas peristiwa Saidina Usman bin Affan dibunuh. Apa yang berlaku ialah kelemahan umat Islam, bukan kesilapan Usman. Banyak perkara yang dibuat oleh Saidina Usman, daripada perkara besar sehinggalah isu imbuhan yang diberi kepada orang ramai di zamannya. Orang Islam sudah begitu ramai, maka Saidina Usman melantik pengurusannya dalam kalangan sanak-saudaranya. Ertinya ada hujah yang dipakai oleh Saidina Usman, tetapi sifat tidak puas hati tetap ada dalam kalangan manusia.

Saidina Ali mengambil-alih khilafah dalam keadaan ramai orang yang tidak faham, walaupun beliau seorang yang sangat faham. (Saya menambah di sini: Barangkali inilah juga yang sedang berlaku di kalangan kita. Ulama yang benar mengambil pendekatan terbaik, tetapi ramai yang tidak faham, dan sesetengahnya buat-buat tidak faham serta bebal pula)

Fitnah berlaku terhadap para Sahabat, termasuk dalam Perang Jamal, di antara Saidina Ali dan pengikutnya dengan Saidatina Aisyah serta pengikutnya. Ada ulama yang membincangkan peristiwa ini. Mereka berkata Saidina Ali yang benar.

Selepas Saidina Ali dan seterusnya, berlaku pelbagai bentuk penguasaan kerajaan. Ada yang sah, ada yang tidak sah.

Bagi meneguhkan khilafah yang tidak sah ini, antara mangsanya ialah ahlilbayt yang dipenjara atau dibunuh. Imam-imam besar mazhab dan para ulama soleh juga dipenjara kerana tidak menyokong kerajaan masing-masing.

Hadis-hadis mauduk direka oleh Sunni dan Syiah, bertujuan mengukuhkan kerajaan atau pandangan masing-masing.

Namun, dari segi periwayatan hadis, Imam Bukhari ada perawinya dari kalangan Syiah lebih dari 100 orang.

Dalam dunia moden selepas itu, ghulat (pelampau) Syiah menubuhkan kerajaan di Iran dan Yaman. Iran dan Yaman bertembung dengan kerajaan Uthmaniyah.

Tokoh mujaddid Jamaluddin al-Afghani, melahirkan anak murid seperti Muhammad Abduh di Mesir dan As-Syirazi di Iran.

Pada tahun 1978, Khomeini pernah bertemu dengan Imam Hasan al-Banna.

Kuasa barat awalnya menganggap Iran tidak kuat kerana mereka Syiah, tentu tidak diterima oleh muslim lain. Apa yang berlaku tidak begitu. Iran mempunyai banyak senjata. PAS menyokong Iran ketika Revolusi Islam Iran (bukan kerana Syiahnya tetapi sudut yang lain)

Selepas Revolusi Islam Iran, Khomeini membuat banyak perubahan kepada pengikut Syiah, seperti tidak sujud di atas batu, dan tidak jamak solat ketika pergi ke Mekah. Begitu juga hadis-hadis palsu di kalangan Syiah yang dibuang.

Pertubuhan Ikhwan Muslimin Syria sendiri pecah kepada tiga kumpulan. Bagi gerakan Islam lain di tempat lain, mengambil sikap supaya Amerika tidak campur tangan dalam urusan negara lain dan urusan umat Islam.

Tokoh-tokoh Syiah, ramai juga yang menolong Palestin.

Zionis menguasai semua negara, dalam semua aspek.

Pada tahun 1999, Najmudin Erbakan meminta Tuan Guru pergi ke Turki, menghadiri persidangan ekonomi. Erbakan berkata kepada Erdogan: ‘Kalau kita nak lawan Israel, kita kena baik dengan musuh Israel seperti Rusia, Cina dan Venezuela. Kamu juga kena majukan teknologi. Dengan teknologi, Amerika membuat senjata, kamu membuat alat pemintas senjata misalnya’

Ketika Perang di Selatan Gaza. Ia melibatkan HAMAS dan Tanzim jihad. HAMAS dan Tanzim jihad adalah pecahan dari Ikhwan Muslimin Palestin.

Munculnya Hizbullah pula ialah apabila Israel menawan selatan Lubnan.

Agen Mossad membunuh saintis Iran kerana mereka mempunyai kelebihan tertentu.

Negara Arab tidak setuju HAMAS melawan Israel.

Perjanjian Oslo dan Madrid menjadi asas perjanjian dengan Israel. Gerakan Islam juga menentang perjanjian ini.

Arab Spring yang berlaku dalam kalangan negara Arab ialah yang menolak perjanjian Madrid dan ini yang paling bergolak di negara mereka.

10 tahun lepas Al-Jazeera pernah menyiarkan artikel bahawa Amerika Syarikat mengkritik Bundar bin Sultan kerana menghantar Al-Qaeda ke Syria. Tujuannya untuk mengacau Syria, kerana Syria dianggap pengkalan untuk HAMAS dan Tanzim jihad.

Isu Sunni dan Syiah dibangkitkan.

Hafiz Asad berfahaman Alawi. Bila tegang antara Sunni dan Syiah, gerakan Islam berbincang. Erbakan menghantar rombongan ke Syria, beritahu kepada Ikhwan Muslimin Syria supaya berdamai dengan Basyar Asad.

Puak Saudi mengapi-apikan supaya lawan Basyar.

Al-Qaeda serang Hizbullah supaya Hizbullah masuk dalam Syria.

DAESH menguasai kawasan minyak di Syria dan Iraq. DAESH mendapat bantuan dari utara (NATO) dan selatan (Israel).

Amerika mahu Basyar jatuh tapi tiada calon yang boleh menggantikannya.

Amerika membantu Ukraine. Rusia pula menyokong Syria. Rusia mendapat 1 pengkalan luar di Tortust. Senjata Rusia lebih kuat dari Amerika.

Krisis Syria mungkin menjadi muqaddimah kepada perang dunia ke 3.

Di akhir kupasan yang panjang lebar itu, Tok Guru menyebut: “Gerakan Islam mesti selamatkan umat Islam, lebih penting dari menjadi alat Barat.”

Demikian serba ringkas beberapa isi penting dari penjelasan Tok Guru sendiri sekembalinya dari Teheran. Yang penting isu ini ditangani dan dibuat sesuatu oleh pemimpin gerakan Islam, untuk kebaikan umat Islam, bukan hanya berbahas sama ada tok guru mewakili itu atau ini. – HARAKAHDAILY 23/12/2016

Penulis ialah Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu.

Sumber HD - 23-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Penglibatan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan di Teheran

البيان الصحفي لرئيس الإعلام بجناح العلماء للحزب الإسلامي الماليزي

Penglibatan Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan di Teheran Mewakili PAS

مشاركة الشيخ عبد الهادي بن أوانج في المؤتمر السنوي بطهران ممثلا للحزب الإسلامي الماليزي
Penglibatan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah kali ke 30 di Teheran yang diadakan oleh Lembaga Taqrib Mazhab Antarabangsa adalah mewakili Parti Islam Semalaysia sebagai Presiden parti. Saya sendiri pada tahun lepas berpeluang mengiringi beliau mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat.

إن مشاركة الشيخ عبد الهادي أوانج في المؤتمر السنوي للوحدة الإسلامية في دورته الثلاثين بطهران والذي نظمه المجمع العالمي للتقريب بين المذاهب الإسلامية كانت ممثلا للحزب الإسلامي الماليزي بصفته رئيسا للحزب. و كنت في السنة الماضية من المرافقين للشيخ في نفس المؤتمر ممثلا لجناح العلماء بالحزب الإسلامي.

2. Sudah pasti dalam penglibatan apa sahaja forum antarabangsa, PAS mempunyai pendirian politik tersendiri terhadap sebarang krisis yang berlaku di Timur Tengah termasuk melibatkan Syria, Yaman, Irak dan Palestin. Pendirian tersebut sama sekali tidak akur atau tunduk kepada sebarang kepentingan mana-mana pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan. Malah PAS sentiasa bersuara lantang bersemuka dengan golongan yang zalim dan menindas.

و من المؤكد ان الحزب الإسلامي الماليزي في مشاركته في مثل ذلك المؤتمر له مواقف سياسية خاصة تجاه ما حدث في الشرق الأوسط من أزمات بما فيه سوريا واليمن والعراق وفلسطين. ولم يكن موقف الحزب الإسلامي تابعا أو خاضعا لصالح أي طرف معتد ظالم بل صوته عال في وجوه جائر.

3. PAS bersatu hati dengan seluruh umat Islam menentang sebarang bentuk kezaliman, pencerobohan hak asasi manusia dan pembunuhan yang menumpahkan darah golongan yang tidak berdosa di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam.

وإن الحزب الإسلامي يقف قلبا واحدا مع الأمة جمعاء ضد أي ظلم وانتهاك حقوق إنسانية وسفك دماء أبرياء من المسلمين وغيرهم.

4. PAS menegaskan bahawa apa yang berlaku di Syria adalah mangsa peperangan proksi yang bertujuan merobekkan kesatuan ummah dan penguasaan oleh kuasa asing di kawasan bergolak.

وقد أكد الحزب الإسلامي بأن ما حدث في سوريا إنما ضحايا الحروب بالوكالة تهدف إلي تمزيق الأمة وسيطرة القوى الأجنبية على المنطقة.

5. Kuasa asing tersebutlah yang berdiri di belakang tabir kumpulan pengganas yang dibiayai dengan kewangan yang besar dan senjata pemusnah, seumpama ISIS yang merosakkan nama baik Islam yang sebenar. Mereka menyalakan api persengketaan antara puak agar umat Islam terus bertelingkah dan berperang sehingga menumpahkan darah dan berkrisis tanpa henti. Akhiran ini pula berlaku serangan pengganas yang mensasarkan Turki agar terbuka satu lagi lembaran darah yang baru.

فتلك القوى هي التي تقف وراء ستار جماعات إرهابية، وتمولها بأموال طائلة، وأسلحة مدمرة أمثال داعش التي تشوه صورة الإسلام الصحيحة، وتشعل وقود الفتنة والنزعة الطائفية ليكون المسلمون على صراعات دائمة ومعارك دامية وازمات غير منتهية. وفي أيام متأخرة حدثت عمليات إرهابية تستهدف تركيا لتفتح صفحة الدماء الجديدة.

6. PAS juga menekankan kepentingan kesatuan saf umat Islam dan penyelesaian krisis menerusi rundingan bagi mengelakkan darah terus mengalir dan nyawa terus melayang, juga menolak sebarang penyelesaian tajaan asing.
كما شدد الحزب الإسلامي على ضرورة توحيد صفوف المسلمين وحل الأزمات عن طريق التفاوض للتفادي عن سيول الدماء وإزهاق الأرواح ورد أي حلول أجنبية للأزمات.
7. PAS menegaskan juga bahawa peperangan dan krisis di Timur Tengah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kepentingan kuasa asing dan rejim zionis. Sejak beberapa dekad sebelum kebangkitan pejuang Syria pada 2011, Syria menjadi tempat berlindung para pejuang Palestin sebagaimana disebut oleh wakil HAMAS di Iran, Khalid al-Qadumi. HAMAS mempunyai Pejabat Politiknya ketika itu di Damsyik. Tetapi setelah berlakunya kebangkitan di Syria, pejabat tersebut terpaksa dipindahkan ke Qatar. Siapakah yang bergembira ketika itu?

وأكد الحزب الإسلامي أيضا بأن المعارك و الأزمات في الشرق الأوسط لم تكن إلا لصالح القوى الأجنبية والكيان الصهيوني. فمنذ عقود قبل الثورة 2011 كانت سوريا ملجأ للمقاومين الفلسطينين كما أشار إليه ممثل حركة حماس في إيران خالد القدومي. ولحماس مكتبه السياسي آنذاك في دمشق. ولكن بعد انطلاق الثورة انتقل المكتب السياسي إلى قطر. فمن يفرح إذن؟

8. Kehadiran Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang di muktamar tersebut sebagai salah seorang pembentang adalah bertujuan menegaskan prinsip dan pendirian tersebut. Sebelumnya beliau mewakili PAS memainkan peranan bagi meredakan ketegangan pada awal krisis Yaman di zaman Presiden Abdullah Soleh, sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai.
Allah berfirman:

كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا

“Setiap orang bertindak (bekerja) mengikut cara dan sudutnya. Maka Rabb kamulah yang lebih mengetahui siapakah yang lebih mendapat petunjuk ke jalan (yang benar).
Surah al-Isra’, ayat 84.
Bagaimana pula dengan orang yang hanya berbicara tanpa bertindak apa-apa?

وحضور الشيخ عبد الهادي في المؤتمر كأحد المتحدثين إنما ليؤكد تلك المبادئ والمواقف. وقد سبق للشيخ عبد الهادي ممثلا للحزب الإسلامي أن أدى دوره للتخفيف من توتر الأوضاع في بداية أزمة يمنية في عهد عبد الله صالح الأمر الذي قد لا يعرفه عوام الناس. فكُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا.
فكيف بالذي همه يتكلم ولم يعمل شيئا؟


9. Sebagai makluman, muktamar tersebut diadakan secara tahunan di Teheran sejak 80 an. Penglibatan Tuan Guru Hj Hadi merupakan penyertaan tahunan sejak puluhan tahun. Ia juga disertai setiap tahun oleh wakil HAMAS dan tokoh-tokoh terkenal seperti Ustaz Oghuzan Asilturk, Ketua Majlis Syura Parti Saadat di Turki, Dr Kamal Halbawi, Presiden Pengasas Rabitah Islam di Britain, Syeikh Tajuddin Hamid Abdullah al-Hilaali, bekas Mufti Australia dan Syeikh Mustafha Cherits, Mufti Agong Bosnia Hezergovina.

علما بأن المؤتمر عقد سنويا بطهران منذ ثمانينات وتكون مشاركة الشيخ فيه هي مشاركة سنوية منذ عشرات سنوات، كما شارك في المؤتمر سنويا ممثل لحركة حماس وشخصيات إسلامية بارزة من أمثال السيد اوغصهان اصيل ترك رئيس مجلس الشورى في حزب السعادة بتركيا و الدكتور كمال الهلباوي الرئيس المؤسس للرابطة الإسلامية في بريطانيا والشيخ تاج الدين حامد عبد الله الهلالي، مفتي أستراليا سابقًا و الشيخ مصطفى سيريتش، المفتي العام في جمهورية البوسنة والهرسك.

10. Tidak sukar untuk kita mentafsirkan sebab penglibatan wakil HAMAS dalam muktamar tersebut di saat kita meninjau kenyataan Ketua Pejabat Politik HAMAS, Khalid Masy’al; “Kami berbeza pandangan dengan Iran dalam isu yang berlaku di Syria tetapi kami sangat mementingkan usaha membina hubungan yang baik dengan semua negara”.

ولم يصعب علينا تفسير سبب مشاركة ممثل حماس في نفس المؤتمر إذ اطلعنا على قول رئيس المكتب السياسي لحركة حماس، خالد مشعل: “نحن على خلاف أيضاً مع إيران بشأن ما يجري في سوريا، لكننا حريصون على إقامة علاقات طيبة مع جميع الدول”.

11. Beliau juga berkata: “tidak ada keraguan lagi bahawa kami berbeza pandangan dengan kerajaan Syria mengenai cara mereka menguruskan krisis dan tindakan mereka mengambil pilihan ketenteraan”. Meskipun begitu beliau secara terang menegaskan “bahawa Presiden Syria Basyyar Asad masih lagi mendokong gerakan HAMAS selepas mereka meninggalkan Damsyik”.

وقال “ليس هناك شك في أننا اختلفنا مع النظام السوري على طريقة إدارته للأزمة ولجوئه إلى الخيار العسكري”. ورغم ذلك صرح بأن الرئيس السوري بشار الأسد ما زال يدعم حركته بعد مغادرة حماس لدمشق.

12. Barangkali mereka yang mengecam penglibatan Tuan Guru Hj Abdul Hadi dalam muktamar terbabit tidak menyedari permainan dan fitnah media massa dan media sosial moden yang menghiasi kebatilan dengan kebenaran dan menukar kebenaran menjadi kepalsuan, yang menular dalamnya pelbagai sangkaan dan persepsi sedang “persepsi itu sedikit pun tidak boleh menggantikan kebenaran”.

فلعل من يستنكر الشيخ عبد الهادي مشاركته في المؤتمر قد لا ينتبه إلى ألاعيب وسائل الإعلام و التواصل المعاصر وفتنتها التي تزين الأكاذيب حقائق وتقلب الحقائق أكاذيب وتسود فيها الظنون، و الظن لا يغني من الحق شيئا.

13. Barangkali juga mereka leka dengan penguasaan media massa gergasi antarabangsa dalam mempengaruhi pandangan awam dunia ke arah yang mereka mahu dan mengawal pandangan umum.

وقد يغفل هيمنة وسائل الإعلام الدولية الكبرى في توجيه الرأي العام العالمي الوجهة التي تريدها والتحكم بالرأي العام.

14. Di manakah kita berbanding ucapan tokoh terkenal Abu Qilabah:
“Apabila sampai kepadamu tentang saudaramu sesuatu yang kamu tidak suka maka carilah untuknya justifikasi sedayamu. Sekiranya kamu tidak menemui sebarang justifikasi maka sebutlah pada dirimu: barangkali saudaraku mempunyai justifikasi yang tidak ku ketahui”.

فأين نحن من قول أَبِي قِلابَة، : ” إِذَا بَلَغَكَ عَنْ أَخِيكَ شَيْءٌ تَكْرَهُهُ ، فَالْتَمِسْ لَهُ الْعُذْرَ جَهْدَكَ ، فَإِنْ لَمْ تَجِدْ لَهُ عُذْرًا ، فَقُلْ فِي نَفْسِكَ : لَعَلَّ لأَخِي عُذْرًا لا أَعْلَمُهُ ”

Di manakah kita berbanding apa yang diriwayatkan daripada Umar radiyallahu anhu: “janganlah kamu berikan sangkaan jahat terhadap satu kalimah yang keluar daripada saudaramu sedangkan kamu mendapati ada ruang untuk diberikan sangkaan yang elok”

و أين نحن مما روي عن عمر رضي الله عنه أنه قال: “لا تظن بكلمة صدرت من أخيك شرا وأنت تجد لها في الخير محملا”
والله المستعان.

Sekian.

Ditulis oleh
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Rabu 21hb Disember 2016

Sumber BO - 21-12-2016


























Cara PAS urus kewangan mensejahterakan

KUALA  NERUS: Islam akan menjadi dasar pemerintahan negeri Terengganu sekiranya PAS diberi semula mandat pada PRU14 nanti, demikian dinyata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali.
Antaranya jelas beliau, PAS menawarkan pengurusan dan perbelanjaan negara dengan cara berhemah yang tidak mampu diberikan oleh Kerajaan Umno-BN sekarang.
“Kaedah Islam menyatakan bab percukaian  diambil daripada orang kaya diagih kepada orang miskin. Tetapi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di ambil daripada orang kaya dan juga orang miskin serta kedua-duanya diagihkan kepada siapa?
“Dan disitulah kita menegaskan bahawa GST bercanggah dengan kaedah Islam,” terang beliau semasa merasmikan Markaz Unit Peti Undi (UPU)  Pak Katak, kelmarin.
Menurutnya, PAS menegaskan prinsip Islam alam pengurusan kewangan bukan hanya pada cara mendapatkannya, tetapi juga kaedah perbelanjaan yang bijak.
Bentangnya, perbelanjaan berhemah antara kunci pengurusan kewangan di mana tiada negara yang berjaya jika pengurusan kewangan boros dan tiris.
“Kajian yang dibuat menunjukkan kepada kita berdasarkan Laporan Audit Negara bahawa kebocoran dan ketirisan perbelanjaan kerajaan persekutuan antara RM25 bilion hingga RM40 bilion.
“Kalau yang bocor tadi RM25 hingga RM40 bilion ditangani kebocorannya, (maka) apalagi perlu cukai GST RM44 bilion?
“Makna persoalan cukai GST yang ada sekarang RM44 bilion untuk tampung ketirisan, dan jika biarkan tidak tiris, maka tidak perlulah GST dikutip daripada rakyat,” ujar beliau.
Tambah Khairuddin lagi, PAS menawarkan kepada rakyat pengurusan kewangan yang telus, berhemah dan tidak boros serta tidak cagarkan kepada rakyat.
Terangnya, rekod PAS pada tahun 1999 hingga 2004 berjaya menguruskan negeri secara berhemah, walaupun ketika itu Kerajaan Persekutuan dipimpin Dr Mahathir Mohamad menarik pembayaran royalti petroleum daripada Kerajaan Terengganu.
“(Malah) PAS menawarkan pinjaman kepada rakyat menggunakan kaedah pinjaman tanpa faedah tanpa sebarang untung untuk rakyat bagi membina kediaman mereka.
“Kerajaan Persekutuan akan mengenakan cas sehingga 4 peratus bagi yang membuat pinjaman perumahan, tetapi PAS menggunakan kaedah Islam untuk keperluan rakyat tanpa dikenakan apa-apa caj,” kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 11/2/2018
Sumber HD- 11-2-2018 


Baiah Talak 3 di Kelantan Tidak akan diadakan dalam PAS - Ketua Ulama
Posted on Sunday, February 11 @ 00:19:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38183


Yakin dengan kekuatan dan kesetiaan ahlinya, PAS dilaporkan akan menggugurkan sumpah baiah yang melibatkan perceraian talak tiga.


Sumpah berkenaan mewajibkan semua wakil rakyat PAS di Kelantan berbaiah sebelum pilihan raya umum (PRU) yang lalu untuk memastikan mereka tidak melompat parti dan jika berbuat demikian isteri mereka tercerai dengan talak tiga.

Ketua Dewan Ulamaknya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang dipetik Berita Harian sebagai berkata, kandungan sumpah baiah itu akan diselaraskan bagi setiap negeri dan dijangka tidak lagi menyentuh perceraian.

Menurut Mahfodz, tindakan itu diambil kerana PAS tidak lagi berdepan keadaan genting seperti pernah berlaku dalam politik Kelantan.

Jelas Mahfodz, Kelantan sebelum ini pernah berdepan keadaan genting sehingga memaksa bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat memasukkan kandungan sumpah baiah yang boleh menggugurkan talak ke atas isteri mereka.

"Oleh kerana kita sudah tidak lagi berdepan suasana genting seperti di Kelantan, kita akan selaraskan di seluruh negeri dan kemungkinan tidak akan ada lagi baiah membabitkan perceraian suami isteri.

"Secara umumnya sumpah baiah bermakna kita memberi ketaatan dan walak kepada parti, sekiranya melanggar baiah itu, maka secara umumnya Allah akan melaknat orang yang berbaiah itu," katanya seperti dipetik Berita Harian.

Dalam perkembangan sama, Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Idris Ahmad dilapor berkata, perkara itu pernah dibincangkan namun tidak secara mendalam oleh Majlis Syura Ulamak.

“Kemungkinan besar kita akan gugurkan, tetapi keputusan itu nanti akan datang daripada Majlis Syura Ulamak,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Menurut Idris, sesetengah pihak melihat soal talak tiga lebih besar berbanding sumpah laknat yang dilafazkan.

“Ramai yang hebohkan perkara ini (talak tiga), sedangkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat di Kelantan sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dilaporkan berkata wakil rakyat yang melafazkan baiah PAS terutama melibatkan talak isteri, berdepan risiko kerana sumpah itu akan memakan dirinya sendiri apabila tidak lagi bergelar pemimpin parti itu.

Kenyataan Phahrolrazi itu ditanggapi Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh yang mengingatkan bahawa Rasulullah juga berbaiah dalam perjuangan menegakkan Islam.

Artikel Berkaitan :  http://hajihassanomar.blogspot.my/2018/01/semenjak-cium-tangan-mahathir-kini.html


Sumber TKO - 11-2-2018
























Pentadbiran Islam Dilaksana Jika PAS Perintah

KUALA NERUS – PAS akan melaksanakan kaedah pentadbiran Islam sekiranya diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ahli Parlimen kawasan Kuala Nerus, Datuk Dr. Ustaz mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PAS menawarkan pengurusan dan perbelanjaan negara dengan cara yang berhemah yang tidak mampu diamalkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang.

“Kaedah Islam menyatakan bab percukaian diambil daripada orang kaya diagih kepada orang miskin tetapi cukai Goods And Services Tax (GST) di ambil daripada orang kaya dan juga orang miskin serta kedua-duanya diagihkan kepada siapa,

“diagihkan kepada orang kaya dan orang miskin serta orang kaya banyak manfaat daripada hasil percukaian GST berbanding rakyat yang mendapat pulangannya,

“dan disitulah kita menegaskan bahawa GST bercanggah dengan kaedah islam.. . Ada orang bercakap kalau tiada GST kita tiada pendapatanlah…….nak tadbir negara macam mana…,” soal beliau.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam program ceramah Perasmian Markaz Unit Peti Undi (UPU) Pak Katak, Jumaat, 9 Februari, disini.

Menurutnya, prinsip Islam menjelaskan, berjaya atau gagalnya pengurusan kewangan bukan hanya bergantung kepada cara mendapatkan hasil, tetapi cara berbelanja yang bijak.

Katanya, kerajaan PAS aka memanfaatkan semaksima mungkin sumber dan menghentikan perbelanjaan kewangan yang boros dan tiris.

“Kajian yang dibuat menunjukkan kepada kita berdasarkan laporan audit negara bahawa kebocoran dan ketirisan perbelanjaan kerajaan persekutuan antara RM25 bilion hingga hingga RM40 bilion,

“Kalau yang bocor tadi ada RM25 hingga RM40 bilion kalau menangani kebocoran tadi apalagi perlu cukai GST RM44 bilion.

“Makna persoalan cukai GST yang ada sekarang RM44 bilion untuk tampung ketirisan dan jangan biarkan ketirisan serta tidak perlulah GST dikutip daripada rakyat,” ujar beliau.

Rekod pentadbiran kerajaan PAS pada tahun 1999 hingga 2004, tegasnyanya, berjaya menguruskan negeri dengan cemerlang walaupun ketika itu kerajaan persekutuan yang dipimpin Dr Mahathir telah ‘merompak’ royalti petroleum.

Sedangkan menurut beliau, ia wajib dibayar kepada negeri Terengganu berdasarkan undang-undang negara, tetapi ditukar kepada wang ehsan.

“PAS menawarkan pinjaman kepada rakyat dalam kaedah menggunakan kaedah pinjaman tanpa faedah tanpa sebarang untung untuk rakyat bagi membina kediaman mereka,

“Kerajaan persekutuan akan mengenakan caj sehingga empat peratus bagi yang membuat pinjaman perumahan tetapi PAS menggunakan kaedah Islam untuk keperluan rakyat tanpa dikenakan apa-apa cas,” kata beliau lagi.

Sumber BO - 11-2-2018






























Tanah Rizab Melayu: Kerajaan wajib pelihara amanah wasiat Raja-Raja Melayu

RAJA-Raja Melayu dalam wasiat yang disampaikan pada 1957 mahukan Tanah Simpanan Melayu berada pada nisbah sehingga 50% di tangan orang Melayu yang merupakan rakyat asal bagi negara ini. 
Namun, menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada tahun lalu, sehingga 2016, Tanah Rizab Melayu (TRM) berjumlah sekitar 4 juta hektar (2013 : 4.1 juta hektar atau 31.19%). Setelah 60 tahun negara ini merdeka pun, wasiat Raja-raja Melayu masih belum berjaya ditunaikan. 
Pendedahan oleh salah seorang ahli jawatankuasa Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Pn. Zaharah Sulaiman pada Konvensyen Kebangkitan Ummah baru-baru ini bahawa baki TRM di negara ini semakin susut dan ia berpunca antaranya kerana Kerajaan membiarkan tanah ini dijual kepada bangsa asing untuk pembangunan dan Kerajaan juga tidak memulangkan (atau menggantikan) semula tanah ini, menunjukkan TRM ini sedang diancam ‘kepupusan’Pembangunan adalah keperluan masyarakat pelbagai bangsa dalam negara ini. Namun, ia tidak wajar mengorbankan pemilikan dan hak rakyat asal negara ini yang telah diwasiatkan oleh Raja-Raja Melayu. Menunaikan hak adalah kewajipan pemerintah sebagaimana ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa' ayat 58: 
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا 
"Sesunguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah-amanah kepada yang berhak..." 
Kerajaan perlu segera bertindak membetulkan kesilapan ini. Amanah ini perlu segera disempurnakan. Kerajaan mesti mengambil tindakan segera yang lebih berkesan, komprehensif dan bersepadu bagi menangani isu penyusutan keluasan dan pembangunan TRM di negara ini. 
Saya menggesa Kerajaan agar: 
(a) Mengemaskini dan mengiklankan keluasan dan kawasan TRM pada masa ini.
(b) Mengganti semula TRM yang telah dibatalkan kerana apa-apa tujuan sekalipun.
(c) Mengenalpasti dan mengisytiharkan kawasan baru sebagai TRM bagi meningkatkan nisbah TRM. 
(d) Menubuhkan sebuah badan atau jawatankuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri yang diberikan kuasa undang-undang bagi mentadbir pengurusan dan pembangunan TRM. 
(e) Mewujudkan jaringan dan menyediakan inisiatif khas kepada para pemaju Melayu (atau koperasi Melayu, atau dewan perniagaan Melayu dsb) untuk membangunkan TRM sama ada dengan pembangunan fizikal atau bukan fizikal. 
Sejahtera Bersama Islam
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
AJK PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis, 18 Januari 2018 | 1 Jumadilawal 1439 – HARAKAHDAILY 18/1/2018
Sumber HD - 18-1-2018 































500,000 penganggur: Segera buat pembetulan, atasi masalah pengangguran belia, siswazah

MENTERI ketika menjawab soalan saya di Dewan Rakyat pada 29 November 2017 yang lalu tentang kadar pengangguran di Malaysia menjawab bahawa ia pada kadar 3.5 peratus atau seramai 504,100 orang penganggur daripada jumlah guna tenaga negara seramai 14.67 juta orang. Statistik Jabatan Imigresen Malaysia pula setakat 30 Jun lalu menunjukkan seramai 1,781,598 pekerja asing sah berada di negara ini.
Setinggi mana pun prestasi ekonomi negara, soalan penting yang tetap perlu dijawab oleh Kerajaan adalah sejauh mana telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan dan mengatasi pengangguran.
Buktinya, menerusi kajian yang dilakukan oleh Agensi Penyelidikan Pasaran Global (IPSOS) terhadap 2027 orang responden berumur 15 hingga 64 tahun di negara ini, isu penggangguran tersenarai pada kedudukan ke-3 tertinggi dalam “Apa yang Merisaukan Malaysia” pada 2017. 
Kaji Selidik yang dibuat oleh Astro AWANI juga menunjukkan isu penggangguran mendapat undi sebanyak 26% (kedudukan ke-2 tertinggi) daripada 3,638 orang responden. 
Kerisauan awam ini bukanlah suatu persepsi semata-mata. Ia mempunyai asas yang kuat. Laporan Tahunan 2016 yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia antaranya menyatakan : 
(a) Pengangguran belia mencecah 10.7% pada tahun 2015 iaitu tiga kali lebih tinggi daripada kadar pengangguran negara sebanyak 3.1%. 
(b) Pengangguran belia semakin meningkat dalam tempoh kebelakangan ini kerana kadar pengambilan pekerja yang menurun sejak akhir tahun 2014 disebabkan oleh sentimen perniagaan yang berhati-hati dan prestasi ekonomi yang makin sederhana. 
(c) Kadar pengangguran dalam kalangan belia yang berpendidikan tinggi adalah lebih tinggi pada 15.3%, berbanding belia yang tidak berpendidikan tertiari iaitu 9.8%. 
Paling menghairankan, saban tahun terutamanya semasa pembentangan Bajet, Kerajaan mengumumkan cecah puluh dan ratus ribu peluang pekerjaan baru diwujudkan. Namun, ia tetap tidak menyelesaikan isu pengangguran di negara ini, terutamanya dalam kalangan belia dan siswazah. 
Ini menunjukkan masih terdapat masalah yang lebih asas dibiarkan tanpa pembetulan sehingga menjejaskan struktur dan ekosistem ekonomi di negara ini sehingga menatijahkan isu penggangguran ini terus berlarutan sehingga kini.
Oleh itu, saya menggesa Kerajaan supaya: 
(a) Melihat kembali kewajaran lambakan pekerja asing sehingga menjangkau 1.7 juta orang sebagaimana stastistik yang saya kemukakan di atas termasuk yang berkemahiran tinggi. 
(b) Memastikan jenis pekerjaan yang diwujudkan sepadan dengan pencapaian pendidikan tenaga kerja yang dibekalkan; termasuk dengan memberikan penempatan segera kepada golongan siswazah dalam profesion keguruan dan kedoktoran yang masih ramai menganggur sehingga kini. 
(c) Menilai kembali sistem pendidikan bagi melahirkan insan berdikari dan berinovasi tinggi yang mampu "mencipta pekerjaan" selepas alam pengajian. Ia perlu menjadi sebahagian agenda pendidikan di peringkat menengah dan universiti. 
(d) Menggalakkan lagi aktiviti kreatif dan inovasi sebagai sumber pertumbuhan juga merintis peluang kepada golongan belia untuk mencipta kerjaya dan pendapatan sendiri; bukan semata-mata menekankan kecekapan kos dan pergantungan pada tenaga kerja yang murah serta makan gaji. 
(e ) Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk sektor berkemahiran tinggi di samping pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana sebagai perangsang yang lebih berkesan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju. 
(f) Memberdayakan lagi peluang kerjaya di bidang pertanian bersifat lebih kormesial dan keusahawanan dengan menyediakan kemudahan dan pasaran yang lebih kondusif. Dengan sumber bumi yang banyak dan tanah yang subur pertanian sewajarnya diberi ruang menjadi antara kerjaya pilihan siswazah dan belia. 
Apabila Allah bercerita tentang pertanian dalam surah Yaasin ayat 33 dan 34, Allah menyebut: 
لِيَأْكُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ أَفَلا يَشْكُرُونَ 
"Untuk mereka makan daripada hasilnya dan apa yang dikerjakan oleh tangan mereka, justeru, tidakkah mereka bersyukur?" 
(g) Menyelesaikan kemelut ekonomi rakyat yang boleh memberi kesan kepada peluang pekerjaan dengan menghapuskan sistem percukaian GST yang menjadi sebab kenaikan inflasi dan memperkukuhkan lagi nilai mata wang negara. 
Kerajaan juga digesa agar memberikan perhatian serius terhadap apa yang disuarakan oleh Presiden PAS mengenai perkara ini dalam artikel beliau bertajuk “Peluang Pekerjaan Atasi Pengangguran”. Antaranya: 
(a) Kewajipan manusia yang berbeza ilmu dan kemahiran untuk saling bantu-membantu mengusahakan sumber yang disediakan oleh Allah bagi mencukupkan keperluan semua dan menambah pesat kemajuan. 
(b) Pengurusan ekonomi dan pentadbiran negara berasaskan keimanan dan ketakwaan sehingga dikurniakan keberkatan yang mendatangkan faedah bagi kehidupan di dunia dan di akhirat. 
(c) Penghapusan amalan monopoli dan kronisme kerana menjadi akibat ketidakseimbangan agihan ekonomi dalam kalangan rakyat. 
“Sejahtera Bersama Islam”
DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
AJK PAS Pusat / Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 9 Januari 2018 | 21 Rabiulakhir 1439 – HARAKAHDAILY 9/1/2018
Sumber HD - 9-1-2018 
































Kafir mengkafir isu lapuk

PAS tidak pernah mengkafirkan individu orang UMNO yang muslim sebagaimana dakwaan Dr Mahathir. PAS hanya menjelaskan perkara yang boleh membatalkan Syahadah dan menjadi kufur agar umat berhati-hati. Dalam istilah fiqh ia dipanggil " التكفير بالنوع at-Takfir bin Nau' '' atau takfir secara umum. Atau juga disebut" Takfir Berdasarkan Sifat." Ia adalah perbahasan yang makruf di kalangan ulamak dalam kitab-kitab Aqidah. Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang menjelaskan konsep Takfir ini seperti firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 44 
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ 
"Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka merekalah sebenar-benar orang yang kafir" 
Ungkapan menghina hukum jenayah Islam seperti, "kalau laksanakan hukum potong tangan habislah kudung tangan orang Islam" dan "kalau laksanakan hukuman rejam habislah batu di jalanan", adalah ungkapan yang boleh menjadikan seorang muslim jatuh kufur. 
Adapun menghukumkan seseorang muslim secara individu sebagai kafir ia bukannya tugas pendakwah tetapi hakim di mahkamah setelah ditegakkan hujah. Seorang yang melafazkan kata kufur tidak semestinya terus menjadi kafir melainkan apabila cukup segala syarat-syarat yang mengesahkan dirinya terkeluar daripada Islam. 
Alhamdulillah setelah dakwah yang panjang memakan masa puluhan tahun, hari ini masyarakat Islam semakin memahami kewajipan menegakkan Syariat Allah dalam perundangan jenayah. Kata-kata penghinaan seumpama itu sudah tidak kedengaran lagi melainkan daripada segelintir yang masih lagi bebal tentang hukum Islam. 
Dr Mahathir dalam menyerang PAS, sengaja membangkitkan isu kafir mengkafir bagi menanam kebencian terhadap PAS dan menjauhkan masyarakat Islam daripada PAS. Itu adalah strategi Dr Mahathir ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri sebelum ini. Namun, masyarakat Islam boleh menilai pendekatan semasa PAS yang harmoni menjelaskan dakwah Islam sesuai dengan suasana masyarakat yang semakin dekat dengan Islam disebabkan ledakan kuliah ilmu di surau, masjid, pejabat kerajaan dan di internet. 
PAS sudah jauh menapak ke depan dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan sejak akhir 2015 bagi menyantuni masyarakat melayu muslim pelbagai peringkat sesuai dengan realiti semasa kefahaman masyarakat Islam tentang Islam. 
Dr Mahathir pula mahu undur ke belakang melihat senario dakwah hampir 40 tahun lalu. Sewajarnya juga rakyat menilai kembali gaya pemerintahan Dr Mahathir dan sikapnya terhadap dakwah Islam sepanjang dekad pemerintahan beliau. Usah diharap untuk seorang yang mempunyai rekod yang kurang baik terhadap agenda Islam seperti menghapuskan geran perkapita sekolah agama rakyat untuk kembali ke tampuk pemerintahan. Usah undur ke belakang. 
Saya harap jangan ada ilmuwan Islam termasuk Mufti yang menari mengikut tarian Dr Mahathir menyerang PAS dalam agenda yang sama. Amanat Hj Hadi dijadikan sasaran kononnya penyebab kepada perpecahan. Hakikatnya pemecah belah adalah golongan yang lari dari landasan Islam yang sebenar, bukannya pendakwah yang menyeru manusia kembali kepada Islam. Saya menyeru semua bersikap adil menilai Amanat Hj Hadi secara ilmiyah dan akademik. 
Seperti saya tegaskan sebelum ini bahawa Amanat Hj Hadi menjelaskan dasar dan prinsip Amar Makruf Nahi Mungkar dan menjelaskan perkara yang boleh membatalkan Syahadah bukannya mengkafirkan orang UMNO. Itu adalah tuduhan dan tohmahan tidak berasas. 
DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 4 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 















































PAS sokong tubuh suruhanjaya perumahan

SAYA menyokong penuh cadangan penubuhan sebuah badan atau suruhanjaya perumahan bertujuan menyelaraskan semua institusi berkaitan perumahan di bawah satu bumbung seperti yang dilontarkan oleh Ketua Kluster Kejuruteraan dan Alam Bina Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Alias Abdullah beberapa hari lalu. Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/349080/mpn-cadang-penubuhansuruhanjaya-perumahan 
Perkara ini juga telah saya suarakan pada November 2015 lagi dalam komentar saya terhadap Bajet 2016 khusus berkenaan isu perumahan. Rujuk: 
http://drtakiri.blogspot.my/2015/11/rumah-mampu-milik-kekang-harga-semak.html?m=1
Saya menegaskan bahawa usaha untuk menyemak dan menstrukturkan semula industri perumahan dalam negara kita melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan jabatan berkenaan, pemaju dan persatuan berkaitan serta aturcara dan caj guaman mesti dilakukan terutamanya bagi mengawal kenaikan harga rumah dalam pasaran dan memastikan bekalan mencukupi permintaan justeru menyelesaikan isu pemilikan rumah dalam kalangan rakyat lebih-lebih lagi oleh golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). 
Saya berharap agar cadangan ini dapat segera dilaksanakan oleh Kerajaan memandangkan harga purata rumah pada tahun lalu sudah pun mencecah RM387,258.00 seunit dan adalah dalam kategori ‘amat tidak mampu milik’. 
Harga rumah pada paras ini sudah pasti tidak mampu dimiliki oleh kumpulan isi rumah B40 dan M40 kerana pendapatan purata kumpulan isi rumah ini hanya RM2,848.00 dan RM6,502.00 masing-masing. 
Statistik juga menunjukkan dari 2012 hingga 2014, kadar kenaikan harga rumah (17.6%) lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan isi rumah (12.4%); ia sangat berbeza dengan senario pada tahun 2007 hingga 2009 yang menunjukkan kadar kenaikan pendapatan isi rumah lebih tinggi daripada kadar kenaikan harga rumah. 
Melalui penubuhan suruhanjaya ini, struktur industri perumahan di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih kemas sekaligus menutup ruang dan peluang mengaut keuntungan atas angin oleh pihak-pihak yang tertentu. Kerajaan mesti bertindak segera bagi menyelesaikan masalah dalam industri perumahan di negara ini sebelum ia menjadi bertambah rumit. 
DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
13 Nov. 2017 | 24 Safar 1439H - HARAKAHDAILY 13/11/2017
Sumber HD- 13-11-2017 
























Sistem IMAMS untuk umrah perlu dikaji semula

PENGENALAN sistem 'Integrated Manasik Monitoring System' atau lebih dikenali sebagai IMAMS bukanlah penyelesaian yang diharap kepada pihak kerajaan berdepan dengan masalah penipuan pakej-pakej umrah yang ditawarkan ketika ini.
Malah, jika diteliti dengan lebih mendalam, sistem IMAMS akan menyebabkan 'overload' dari sudut struktur dan berkemungkinan berlaku 'redundancy' dengan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) yang turut dipengerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sendiri.
MKSU adalah bentuk 'mini whole of government' merangkumi pelbagai agensi-agensi utama seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan pelbagai agensi lain. Ia ditubuhkan bertujuan mengawal kes-kes penipuan pakej umrah dengan pengenalan syarat-syarat yang ketat terhadap lesen khas atau 'sub-license' bagi syarikat yang menawarkan pakej umrah. 
Kerajaan telah memperkenalkan MKSU pada 2014 dan juga suatu mekanisma Lesen Khas Umrah yang masih diperingkat awal. Saya berpandangan kedua-duanya perlu dimobilisasi dengan strategik bagi memastikan pemantauan yang rapi terhadap permasalahan yang lambakan pakej umrah yang berleluasa di negara ini. Regulasi lesen khas umrah dibawah MKSU sudah menjawab persoalan semasa mengenai pantauan daripada kes-kes penipuan pakej umrah yang berlaku. 
Namun, sistem IMAMS yang turut baru diperkenalkan dengan harapan menjadi 'one-stop centre' kepada pengenalan lesen khas umrah disamping caj tambahan RM90.10 bagi setiap jemaah umrah menimbulkan persoalan ramai pihak khususnya oleh syarikat pengendali pakej umrah. Apakah IMAMS ini juga selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 mahupun Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan 1992? 
Saya menggesa pihak kerajaan tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini. Seharusnya, langkah strategik yang perlu diambil mestilah memudahkan pihak syarikat lain mahupun pihak jemaah yang ingin menunaikan umrah. Amat malang jika sesuatu polisi itu dilaksanakan tanpa ada hujung pangkal dan akhirnya membebankan pihak yang lain. 
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Kenyataan Media Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ahad, 22 Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 22/10/2017
Sumber HD - 22-10-2017 
























Krisis ekonomi hasil GST, sosial seumpama arak dan judi merosakkan negara


NEGARA sedang berhadapan dengan pelbagai krisis. Sejak bertahun negara berhadapan dengan krisis ekonomi yang sangat dirasai oleh rakyat marhaen hasil daripada polisi percukaian GST yang haram dan kejatuhan matawang. Susut nilai pendapatan rakyat B40 terutamanya mungkin gagal diselami keperitannya oleh golongan kaya.
Di bulan Oktober ini pula rakyat disajikan dengan kesombongan segelintir ahli politik yang menyokong dan mendukung pesta arak yang merosakkan masyarakat. Mereka tidak tahu membezakan antara hak individu bukan Islam untuk minum arak dengan hak masyarakat yang terganggu dan terancam keselamatan mereka dengan pesta memabukkan yang menghilangkan akal manusia. 
Terkini rakyat juga melihat krisis sosial melibatkan judi. Sejak merdeka najis judi yang merosakkan rakyat telah menjadi industri yang dihalalkan dengan lesen oleh pihak berkuasa. Ia diparahkan lagi dengan judi yang tidak berlesen tetapi dinaungi oleh golongan berpengaruh. 
Lebih membimbangkan apabila ada laporan bahawa terdapat di kalangan orang politik yang dinaungi dan dibiayai aktiviti politik mereka oleh pemain industri judi. Jika benar, bagaimana mungkin golongan berpengaruh ini boleh mewakili kepentingan rakyat di saat dedak judi telah mengalir ke seluruh urat saraf mereka? 
Rakyat perlu bangkit bersama beberapa NGO yang giat membenteras gejala sosial ini termasuk terkini PPIM. Dokongan penuh perlu ditunjukkan oleh pihak penguatkuasa. Tiada kebaikan untuk judi melainkan ia hanya menguntungkan pemain industrinya dengan mengkayakan golongan yang sudah kaya hasil manipulasi kebodohan golongan yang ingin berjudi nasib mahukan kekayaan segera. 
Negara ini perlu diselamatkan dengan Islam. Pemimpin dan rakyat perlu dididik untuk mempunyai perasaan takut kepada pembalasan di alam selepas kematian meskipun mereka mungkin terlepas daripada hukuman hasil perlakuan jenayah dan gejala yang merosakkan umat di dunia. Ketakutan itu menjadikan mereka pemimpin yang baik yang tidak terlibat dengan rasuah dan penyelewengan dan tidak menjadi penaung kepada penyakit sosial seperti ketagihan arak dan judi. 
"Membina Negara Sejahtera"
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sabtu 21hb Oktober 2017 – HARAKAHDAILY 21/10/2017
Sumber HD-21-10-2017 
























Isu sekarang bukan pusat tahfiz terbakar tetapi dibakar


ISU sekarang bukannya pusat tahfiz terbakar tetapi tahfiz dibakar oleh segelintir remaja yang gagal terdidik oleh persekitaran masyarakat yang soleh.
Fokus masyarakat dan pemerintah sekarang di samping isu memperkasakan sistem keselamatan pusat tahfiz hendaklah pada memperkasakan sistem pendidikan masyarakat bagi mengelakkan lahirnya anggota masyarakat yang mengancam keselamatan masyarakat. 
Pusat tahfiz menyumbang pada melahirkan manusia yang tidak mengancam keselamatan masyarakat malah memberi nilai tambah dan aset bagi negara melahirkan insan yang soleh. 
Selepas 9 hari berlalu tragedi ini pemerintah dan masyarakat belum benar-benar berbicara tentang memperkasakan sistem pendidikan masyarakat ini. Semua masih menjurus pada isu keselamatan pusat tahfiz. 
Sistem pendidikan masyarakat tidak hanya merujuk kepada pusat pendidikan rasmi tetapi merangkumi semua entiti masyarakat termasuk institusi kekeluargaan dan kejiranan serta institusi media sebagai ejen pendidik. 
Warga media perlu membantu agar perkara ini dibuat liputan meluas dan menjadi bahan bicara semua pihak. 
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
23 September 2017 – HARAKAHDAILY 23/9/2017               
Sumber HD - 23-9-2017 
























Perutusan Ma’al Hijrah 1439 Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

RASULULLAH S.A.W ada bersabda:
المهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ

Yang bermaksud: “Orang-orang yang berhijrah ialah sesiapa yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah daripada melakukannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Setiap kali kedatangan tahun baru Islam, umat Islam seluruh dunia akan memperingati peristiwa agung Hijrah Al-Rasul S.A.W sebagai suatu sejarah yang perlu dijadikan pedoman dalam kehidupan mereka. Pengambilan peristiwa hijrah sebagai peristiwa penting setiap kali memasuki awal tahun baru Islam adalah sebagai gesaan untuk umat Islam membina tekad baru dan persiapan yang lebih rapi dalam mempertahankan keizzahan Islam. 
Sesungguhnya peristiwa hijrah mempunyai pelbagai pengajaran, tindakan dan contoh tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasullulah S.A.W. dan para sahabat Baginda. Rasulullah S.A.W dan para Sahabat telah berjihad dan berkorban nyawa sehingga mereka berjaya meletakkan Islam di tempat yang paling mulia dan sepatutnya. Kini giliran kita pula untuk memberi sumbangan kepada agama yang suci ini agar ia terus berkembang mekar dan perundangannya berjaya ditegakkan. 
Semoga tahun baru 1439 Hijriyah ini lebih memberi makna kepada seluruh umat Islam dengan siri-siri kemenangan yang berpihak kepada penegak kebenaran di seluruh pelusuk dunia Islam. Kesepakatan umat Islam terutamanya pemimpin dunia Islam dalam menangani kemelut yang melanda saudara-saudara seaqidah seumpama di Rohingya dapat ditangani dengan sebaik mungkin. 
DUPP menyeru seluruh umat islam membina tekad dan semangat baru untuk mengukuhkan jalinan ukhuwwah serta mengelakkan pertelagahan yang merugikan umat islam itu sendiri. Budaya Politik Matang dan Sejahtera sangat perlu dihayati oleh semua pihak bagi membina ummah dan negara menuju keredhaan Allah S.W.T. 
“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”
“MEMBINA NEGARA SEJAHTERA”
USTAZ DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
30 Zulhijjah 1438 / 21 September 2017 - HARAKAHDAILY 21/9/2017
Sumber HD - 21-9-2017 
























Apa Kaitan Poligami Yang Halal Dan Arak Yang Haram?

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Nerus menempelak bekas Menteri Umno Zaid Ibrahim kerana mengaitkan arak yang haram dengan poligami yang dihalalkan dalam Islam.

Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, tidak mungkin Zaid tidak tahu mana yang halal dan haram dalam agamnya sendiri.

“Arak tu haram. Berpoligami tu Halal. Kenapa nak kaitkan penentangan terhadap pesta arak dengan hak berpoligami.

“Itu kenyataan paling bodoh daripada seorang bekas menteri yang faham undang-undang,” tegasnya
Menurutnya, PAS menentang pesta arak kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat muslim yang menjadi majoriti rakyat Malaysia, bukan menentang hak bukan Islam minum arak.
“Ahli Parlimen DAP dan PKR tidak perlu pertahankan pesta arak. Sebagai pemimpin mereka bertanggungjawab melahirkan masyarakat berakhlak dan harmoni.

“Adakah pesta arak membantu membentuk akhlak yang baik. Apa jaminan 6000 orang yang berpesta minum arak sebagaimana sasaran penganjur ‘better beer festivel’ tidak mabuk,

“lalu disebabkan hilang akal mereka memandu dalam keadaan mabuk dan melakukan jenayah kepada orang lain akibat mabuk dengan pesta yang menghidangkan puluhan jenis jenama arak?.” soal Khairuddin.

Katanya, pemimpin bertanggungjawab menjaga rakyat yang tidak minum arak daripada ancaman jenayah para pemabuk akibat pesta arak.

“apa yang menyedihkan apabila pesta ini diharamkan oleh DBKL sebaliknya ada pimpinan DAP selangor pula menawarkan pesta arak di negeri Selangor,

“saya yakin rakyat Selangor tidak bersama mereka,” ujar Khairuddin

Sumber BO - 20-9-2017

Tahniah DBKL tidak luluskan pesta arak





SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan DBKL yang telah menolak permohonan penganjuran pesta arak "Better Beer Festival 2017".
DBKL telah membawa aspirasi rakyat Malaysia yang menolak penganjuran sebarang pesta tidak bermoral dan merosakkan rakyat. Diharap ia menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hub aktiviti tidak bermoral dan tidak berakhlak. 
Dalam masa yang sama, timbul persoalan bagaimana program tersebut telah diiklankan sejak Mei 2017 sedangkan kelulusan belum diperolehi. Adakah ia satu provokasi untuk melihat respons dan tindak balas rakyat Malaysia setelah program pesta arak seumpama dengannya berjaya dilaksanakan pada 2012 dan 2016. Kejayaan sebelum ini menjadi pendorong untuk mengadakan pesta yang sama pada 2017. Sekiranya tiada sebarang bantahan daripada masyarakat tentu sahaja pesta ini akan berjaya dilaksanakan. 
Kita mengharapkan pihak berkuasa di seluruh Malaysia juga mengambil perhatian terhadap sebarang pesta yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral selaras dengan usaha memelihara salah satu Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. 
"Sejahtera Bersama Islam"
"Membina Negara Sejahtera" 
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin 18hb September 2017/27 Zulhijjah 1438 - HARAKAHDAILY 18/9/2017
Sumber HD - 18-9-2017 
























Acara Pesta Minum Arak Wajar Dibantah

Para Mufti Perlu Keluarkan Fatwa

1. Better Beer Festival 2017 (BBF17) yang akan dianjurkan pada awal Oktober depan di Kuala Lumpur yang menampilkan 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak dengan sasaran 6,000 orang pengunjung memang sewajarnya dibantah oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

2. Pihak berkuasa mesti membatalkannya kerana ia bercanggah dengan dasar bernegara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dan mengundang pelbagai gejala negatif.

3. *Minum arak adalah hak bagi orang bukan Islam tetapi bukan hak bagi masyarakat bukan Islam untuk menganjurkan pesta terbuka mengajak masyarakat minum arak yang haram di sisi umat Islam*. Ia sangat bertentangan dengan sensitiviti masyarakat Islam yang menjadi majoriti rakyat negara ini. Menjaga sensitiviti ini adalah kewajipan bersama seluruh rakyat Malaysia kerana ia melibatkan keamanan dan keharmonian bernegara.

4. Menurut fatwa Mufti Mesir Syeikh Allam Nassar (1891-1966) sebagaimana dinukilkan oleh Dandil Jabr dalam tulisan beliau bertajuk “hak-hak peribadi bukan Islam dalam masyarakat Islam”, *bukan Islam mempunyai hak kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka walaupun haram bagi orang Islam dengan syarat tidak menyentuh dan mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat. Jika ianya berlaku maka menjadi kewajipan kepada kerajaan masuk campur bagi menghalang tersebar dan berleluasanya kerosakan yang boleh menghancurkan masyarakat.* Campur tangan kerajaan ketika itu termasuk kategori “sadd zara’i'” (menutup lubang-lubang kerosakan). Sebagaimana kerajaan di zaman moden ini campur tangan untuk menghalang tersebarnya wabak kerosakan seperti dadah dan seumpamanya. (Fatawa Islam Jilid VII No 1057 – Mufti Syeikh Allam Nassar) (rujuk www.odabasham.net/show.php?sid=77421).

5. *Justeru, saya menyeru para Mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus terhadap acara mungkar Better Beer Festival 2017 ini sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan Malaysia.*
 
6. Malaysia sebagai negara yang meletakkan Islam Agama Persekutuan dalam perlembagaan dengan YDP Agong menjadi ketua negara yang bertanggungjawab menjaga Islam serta Raja-raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam di negeri-negeri, amatlah tidak wajar negara ini menjadi hub pesta arak yang tidak mendatangkan kebaikan bagi rakyat malah memudharatkan.

7. Pesta Arak ini hanya akan mengundang lebih banyak gejala negatif kepada masyarakat di kala negara telah berhadapan dengan pelbagai kemelut sosial.

8. Arak telah dianggap menjadi ancaman di peringkat global dengan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan suatu laporan bertajuk “Global Strategy to Reduce the Harmful Use of Alcohol” pada 2010.

9. Saya telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 8 oktober 2014 ketika membantah penganjuran Pesta Arak Oktoberfest dengan menyebut beberapa statistik menjelaskan kesan negatif minuman beralkohol yang memabukkan iaitu;

A. Laporan Status Global mengenai Alkohol dan Kesihatan 2011 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan pengambilan alcohol menyebabkan kematian 2.5 juta orang setahun di samping menjadi punca penyakit serta kecederaan kepada lebih ramai orang.

B. Statistik daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan 24.6% mereka yang mengambil minuman beralkohol ini adalah untuk mabuk.

C. Berbeza dengan ketagih dadah, ketagihan kepada alcohol tidak boleh serta merta berhenti.

Berhenti serta merta boleh mengakibatkan sawan dan mereka juga berhadapan risiko untuk maut.
D. Antara penyakit kronik yang dikaitkan dengan pengambilan alcohol adalah penyakit cardiovascular, kanser mulut, tekak, payu dara serta penyakit hati.

E. 48% daripada kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alcohol.
F. Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menunjukkan 5.3% kes keganasan rumah tangga berpunca daripada alcohol manakala 4.5% kes penderaan kanak-kanak.

G. Insiden pergaduhan kaum akibat mabuk sepanjang 2010 ialah 71 kes, 2009 sebanyak 79 kes, 2008 dengan 131 kes.
H. Mengikut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat pada tahun 1996 sahaja, purata 2,713 kes rogol berlaku setiap hari. Kebanyakan dari perogol mabuk semasa melakukan jenayah tersebut.

I. Menurut satu statistik di UK, alcohol telah menyebabkan 45-46% kejadian jenayah, melibatkan 39% keganasan dalam rumah tangga.

rujuk:
http://drtakiri.blogspot.my/2014/10/penganjuran-pesta-arak-oktoberfest.html?m=1

10. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya para pemimpin dan juga NGO-NGO bangkit untuk menghalang penganjuran Pesta Arak yang memudharatkan negara dan masyarakat.

Sekian.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ahad 17hb September 2017/26 Zulhijjah 1438

Sumber BO - 17-9-2017
























DAP jangan berlakon sokong Islam

SAYA sangat tertarik dengan tajuk berita "DAP sokong Islam" dalam Sinar Harian dengan isi beritanya sebagaimana dilaporkan daripada Lim Kit Siang bahawa "DAP menyokong prinsip Islam dalam perlembagaan".
Kalau benar begitu, kenapa DAP menentang sekeras-kerasnya pengislaman anak bawah umur 18 tahun oleh salah seorang ibu atau bapa yang memeluk Islam yang telah ditetapkan dalam perlembagaan dan selaras dengan fatwa-fatwa peringkat kebangsaan dan fatwa negeri? 
Tidakkah ia merupakan peruntukan dalam perlembagaan yang selaras dengan Islam?
Ketika pindaan Akta 164 berlangsung di Dewan Rakyat lalu sangat ketara, yang dipertikaikan oleh ahli-ahli Parlimen DAP ialah kenapa tidak dimasukkan cadangan pindaan 88a yang membolehkan agama anak ditentukan secara bersama oleh ibu dan bapa sedangkan mereka tahu cadangan pindaan itu bercanggah dengan perlembagaan dan bercanggah dengan Islam? 
DAP tidak perlu berlakon untuk menyokong Islam. Perjuangan DAP ialah Malaysia sebagai negara sekuler. Pemikiran itu sudah tentu bercanggah dengan prinsip Islam dalam pemerintahan. 
Tindakan dan perlakuan DAP jelas menunjukkan penentangan mereka terhadap Islam. 
Sejak 2015 khususnya, DAP kembali menunjukkan penentangan terhadap usaha menegakkan undang-undang jenayah Islam di Kelantan. Usaha memperkasakan RUU 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam juga ditentang keras oleh DAP. 
Para pengundi Islam tidak perlu terpedaya dengan kata-kata manis DAP bagi memenangi PRU ke 14. Kegagalan Umno/BN menguruskan negara secara berhemah berasaskan prinsip Islam telah menjadi modal DAP untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Namun,  percayalah Islam tidak akan selamat di bawah pemerintahan DAP. 
PAS hadir bersama Gagasan Sejahtera menawarkan alternatif berkerajaan kepada rakyat Malaysia pada PRU ke-14.  "Sejahtera bersama Islam" menjadi moto PAS bagi menyelamatkan negara daripada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial. 
"Sejahtera Bersama Islam"
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu 6hb September 2017 - HARAKAHDAILY 6/9/2017
Sumber HD - 6-9-2017 
























Selamatkan negara dengan Islam












NEGARA perlu diselamatkan daripada pelbagai kerosakan ekonomi, politik dan sosial dengan Islam. Pakatan Harapan bukan wadah untuk menyelesaikan masalah negara dengan Islam. 
Sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan BN hakikatnya hanya untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu dengan menjadikan jentera pilihan raya PAS sekali lagi kuda tunggangan sepertimana yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. 
Apabila mereka berjaya memenangi kerusi sekali lagi agenda Islam akan ditendang dan diperangi. PAS akan diserang lagi dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. 
PAS terus komited mencanangkan kepada rakyat penyelesaian Islam menerusi Budaya Politik Matang Sejahtera dan dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera. 
Ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar lalu bertajuk Sejahtera Bersama Islam sedang dihayati oleh ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat bagi menghadapi PRU ke-14. 
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa, 15 Ogos 2017 - HARAKAHDAILY 15/8/2017
Sumber HD - 15-8-2017 
























Ahli, pimpinan PAS perlu banyak menerang bukan hanya menyerang











ALHAMDULILLAH. Solawat dan Salam ke atas Rasulillah, keluarga dan Sahabat baginda dan sesiapa yang mengikut dan membantu baginda sehingga ke Hari Pembalasan. 
Allah berfirman: 
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ 
"Hendaklah kamu berdakwah menyeru ke jalan Rabb kamu dengan Hikmah dan nasihat yang baik dan hendaklah kamu berbahas dengan mereka menggunakan perbahasan yang terbaik." (Surah al-Nahl ayat 125) 
1. Dakwah lebih kepada penerangan, penjelasan dan ajakan. Mengajak dan menyuruh manusia melakukan yang makruf dan mencegah manusia melakukan kemungkaran. Menjelaskan kekeliruan, merungkaikan kekusutan, meluruskan kefahaman dan membongkar kesesatan adalah sebahagian tugasan dakwah. 
2. PAS sebagai Gerakan Politik, Dakwah dan Tarbiyah tidak hanya berpolitik untuk mendapatkan kuasa semata-mata tetapi berpolitik mengajak manusia menerima penyelesaian Islam dalam kehidupan dan mengajak manusia memberikan kuasa kepada Islam supaya keadilan untuk semua dapat ditegakkan. 
3. Sangat menarik apabila Tuan Guru Presiden menegaskan dalam sesi taujihat sebelum mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tadi bahawa para Anbiya' membanyakkan penjelasan berbanding menyerang dan menjawab tuduhan. Justeru, beliau menasihatkan semua petugas parti untuk membanyakkan penjelasan bagi menarik masyarakat pelbagai peringkat bersama penyelesaian Islam. Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang telah dijadikan sebagai sebahagian pendekatan terkini PAS perlu dihayati dan diamalkan di semua peringkat dalam melaksanakan tugasan ini. 
4. Menurut Tuan Guru Presiden, apa yang utama perlu dijelaskan kepada masyarakat ialah asas Akidah, Syariat dan Akhlak Islam. Topik-topik ini tidak digemari oleh orang ramai. Mereka lebih suka mendengar isu semasa sahaja. Namun itulah tugasan pendakwah yang tidak perlu berbicara menurut tajuk yang manusia suka sahaja.
5. Isu-isu rakyat tidak hanya ditampilkan permasalahannya sahaja tanpa cadangan penyelesaian Islam. Dalam isu cukai GST sebagai sumber kewangan negara, PAS menampilkan alternatif penyelesaian Islam menerusi cukai simpanan korporat dan cukai keuntungan saham yang didokumentasikan dalam Dokumen Hijau. 
6. Kenaikan kos hidup rakyat perlu ditangani dengan sistem ekonomi Islam yang adil menolak monopoli ekonomi, menolak Riba, menolak cukai yang dikenakan berasaskan perbelanjaan rakyat, menolak cukai yang menekan pendapatan rakyat dan cukai melampau yang dikenakan ke atas barangan keperluan rakyat. 
7. Pengurusan ekonomi perlu dibina di atas asas dan kesedaran bahawa harta yang dimiliki oleh manusia adalah milik Allah yang diberi amanah untuk diguna dan diuruskan yang semuanya akan disoal di akhirat. 
8. Skandal kewangan 1MDB dan skandal-skandal kewangan seumpamanya sepanjang sejarah bernegara hanya akan dapat ditangani jika ia ditadbir oleh tangan yang amanah. 
9. Memperjuangkan kedaulatan Islam dalam perlembagaan Malaysia, memperkasakan Mahkamah Syariah dan membuka ruang pelaksanaan Syariat menerusi RUU 355, menegaskan sikap terhadap pindaan Akta 164, memperingatkan umat terhadap ancaman Evangelis, ancaman pemikiran liberal yang ingin merungkai hukum hakam Islam dan pemikiran serta amalan songsang seperti LGBT, semuanya menjadi sebahagian agenda dakwah yang mesti sentiasa meniti dibibir ahli dan pimpinan PAS. 
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Sumber HD - 13-8-2017 
























Qunut Nazilah: Doakan kebinasaan zionis-negara haram Yahudi

SEMPENA penganjuran Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia), saya menyeru kepada umat Islam untuk membaca Qunut Nazilah selama seminggu dalam solat mereka bagi mendoakan kebinasaan ke atas Zionis-Negara Haram Yahudi dan sekutunya; serta bagi mendoakan keamanan dan keselamatan bagi Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palestin. 
Penutupan dan sekatan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh Israel sejak minggu lalu yang berlanjutan sehingga sekarang adalah suatu tindakan yang jelas melanggari undang-undang antarabangsa, bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat dan mencabuli hak kebebasan yang sepatutnya dinikmati oleh setiap orang. 
Adalah menjadi hak umat Islam untuk memakmurkan Masjid Al-Aqsa sebagaimana penganut Yahudi membuat upacara keagamaan di dalam synagogue dan penganut Kristian beribadat di dalam gereja dengan aman. Tambah-tambah lagi, Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya adalah tapak suci milik umat Islam. Zionis-Negara Haram Yahudi sebenarnya adalah penjajah tanah Palestin yang patut berambus darinya. 
”Sejahtera Bersama Islam"
DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Timbalan Pengerusi II
Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat
22 Julai 2017 | 28 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 22/7/2017
Sumber HD - 22-7-2017 
























Muslims Not Encouraged Keeping Dogs As Pet To Be Hugged

KUALA TERENGGANU – Muslims are not encouraged keeping dogs as pet to be hugged, kissed, stroking and being friends all day.

Kuala Nerus MP Dr. Khairuddin Aman Razali said there was a hadith (saying) from Prophet Muhammad that deemed a dog’s lick as ‘najis’ (unclean).

“No Islamic teachings throughout the ages have encouraged it (mengharuskannya). It all states suggested based on Sahih Bukhari and Muslim Hadith except Ibn Abd al-Barr (die 463 AH),
“viewed makruh (hated by god),” he said, when contacted

In another hadith, Khairuddin who is also PAS Majlis Syura Ulama members said, prophet Muhammad was saying that, anyone who has a dog not a dog to keep livestock and not a dog to protect the land aor plant is indeed less than the reward of two qirat (measurement) daily.

“those who try to illustrate as if keeping a dog for a good friend of a kindly, is unfair act treatment in Islam an overriding a fundamental law of Islam,” he added.


Similar opinion voiced by Perlis Mufti, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, reported by Bernama.

“To avoid being licked by a dog which always has its tongue out, with the animal’s saliva regarded as unclean from the religious aspect and harmful, according to science, Islam forbids keeping dogs in the house without a valid reason,” said Mohd Asri on his Facebook page.

His statement was in reference to the viralled incident of a tudung-clad Muslim woman who kept her pet dog in the house and allowing the dog to lick her, after she posted it onto her Facebook page.

Mohd Asri said the Prophet’s hadith as narrated by renowned Islamic scholars Bukhari and Muslim mentioned reduced daily blessings for letting dogs in the house , except keeping the animal (outside the house) for hunting purposes and for guarding livestock.

He said that based on that hadith, keeping dogs for the reasons mentioned was deemed “makruh” (inappropriate but not a sin) although some ulama viewed it as haram (forbidden).

He added that many studies found that a dog’s bite, saliva and faeces could be detrimental to health and that was why Islam discouraged Muslims from keeping dogs as pets.

Sumber BO - 9-6-2017
























Ahli politik 'gagap' Bahasa Melayu

1. ISU kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu bagi pegawai perubatan kontrak mendedahkan bagaimana longgarnya para pentadbir negara dalam menegaskan prinsip asas bernegara. Ia adalah siri kelonggaran jati diri sebagaimana berlaku sebelum ini isu pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. 
2. Kesatuan rakyat Malaysia mesti berpaksikan antaranya menerusi satu bahasa rasmi perantaraan seluruh rakyat Malaysia walaupun apa keturunannya iaitu Bahasa Melayu. 
3. Namun, lebih menyedihkan lagi ialah keadaan sebahagian ahli politik yang "gagap" berbahasa Melayu meskipun lancar berbahasa Inggeris. Kita boleh perhatikan perkara ini dalam perbahasan di parlimen dan dalam interaksi seharian menerusi sidang media atau ceramah politik. 
4. Ia menimbulkan persoalan: Adakah mereka tidak bergaul dalam satu masyarakat kepelbagaian bangsa? Atau mereka merasa jelik berbahasa Melayu tetapi bangga berbahasa Inggeris? Kenapa mereka boleh mempelajari Bahasa Inggeris sedang gagal untuk menguasai Bahasa Melayu? 
5. Warga asing seperti Bangladesh dan Myanmar boleh sahaja berbahasa Melayu dengan fasih dalam tempoh enam bulan bekerja di Malaysia, kenapa pula ia tidak boleh dilakukan oleh ahli politik? Malah "Mat Dang Pulau Redang", orang berkulit putih daripada United Kingdom boleh fasih berbahasa dialek Terengganu dengan pelbagai peribahasa rakyat hanya dalam setahun bermukim di Terengganu sehingga menjadi ikon di media elektronik. 
6. Integrasi kaum di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah menyaksikan bagaimana rakyat keturunan cina dan india bertutur dalam dialek negeri sehingga tidak dapat dibezakan sama ada mereka berketurunan cina, india atau berketurunan Melayu. Bagi saya itu adalah contoh kejayaan integrasi kaum. 
7. Namun, saya bimbang jika kedapatan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar dalam Malaysia tetapi masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga pada usia dewasa. 
8. Integrasi kaum perlu diperkasakan!!! 
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu 5hb Julai 2017
Sumber HD - 5-7-2017 
























Perutusan Hari Raya Aidil Fitri Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Sesungguhnya kedatangan hari raya Aidil Fitri adalah suatu anugerah Allah kepada umatnya untuk meraikan kemenangan melaksanakan ibadah puasa selama sebulan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saidina Anas R.A ada berkata:
Maksudnya: “Ketika Nabi SAW datang ke Madinah, didapati penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka sambutnya dengan riang dan berseronok. Maka baginda bersabda “Setelah aku datang ke tempat kamu dan mendapati kamu mempunyai dua hari raya (pada masa Jahiliyah) yang kamu sambutnya dengan riang dan bermain (sesama kamu). Sesungguhnya Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha”. (Riwayat Al-Nasaie dan Ahmad) 

Sesungguhnya kedatangan hari raya Aidil Fitri adalah suatu anugerah Allah kepada umatnya untuk meraikan kemenangan melaksanakan ibadah puasa selama sebulan. Hari yang masih berbaki pada hari ini hendaklah disertakan dengan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah. Menjelangnya hari raya nanti, kita akan menyambutnya dengan laungan takbir dan ini membuktikan hakikat kesyukuran yang diraikan oleh umat Islam seluruhnya. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) diatas kurniaan hidayah kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Al-Baqarah: 185)
Hari raya turut menggambarkan kepada kita episod perjuangan umat Islam menentang kerakusan hawa nafsu dan serangan musuh Islam terhadap agama. Allah akan menguji umat Islam untuk mengetahui sejauh mana kesediaan mereka melaksanakan janji terhadap Allah dan kesanggupan mereka dalam berkorban untuk Islam. Dengan hasil usaha ini, Allah pasti akan memberi kemenangan pada suatu masa yang ditentukan.
Begitulah keadaannya ketika kita berpuasa. Pelbagai cubaan dan rintangan dihadapi untuk Allah mengurniakan pada 1 Syawal kemenangan-Nya yang hakiki. Dewan Ulamak PAS Pusat akan sentiasa berdiri teguh dalam mempertahankan tuntutan Islam dan memperjuangkan pelaksanaan syariat di Malaysia tercinta walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Saya dan seluruh kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat mengajak seluruh umat Islam untuk berganding-bahu dalam membangunkan masyarakat dan negara yang sejahtera demi memperjuangkan syariat. Sempena sambutan hari raya bagi tahun 1438 Hijriyah ini, seluruh saff kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh umat Islam dimana sahaja mereka berada, Maaf Zahir Batin.
SEJAHTERA BERSAMA ISLAM
MEMBINA NEGARA SEJAHTERA
USTAZ DATO' DR. HJ. MAHFODZ MOHAMED
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat


























Sumber HD - 25-6-2017






















































Ketepatan takrif keganasan penting dalam menjamin keselamatan negara

1. SUATU hal yang mesti juga diinsafi daripada kemelut ketengangan antara Arab Saudi, UAE dan Bahrain dengan Qatar ialah takrif keganasan itu sendiri. 
2. Negara-negara Teluk terbabit dilihat bermudah-mudahan dalam menghukum Qatar dan Al-Qardhawi sebagai menyokong dan melakukan perbuatan keganasan. 
3. Secara jelas juga, negara-negara tersebut tunduk kepada kemahuan Amerika Syarikat dalam memelihara pengaruh kuasanya dan kepentingan Israel daripada sebarang ancaman sehingga sanggup menggadaikan hak dan tanggungjawab terhadap sesama negara umat Islam. 
4. Malaysia seharusnya mengambil pengajaran daripada insiden tidak bermaruah yang dilakukan oleh negara-negara Arab ini dengan memberikan suatu takrif yang tepat menurut perspektif Islam dan nilai-nilai segajat mengenai kegaganasan. 
5. Ketepatan takrif ini adalah mustahak bagi memastikan Malaysia dapat menetapkan pendirian dan sikap berkaitan urusan dalam negeri dan dasar luar secara lebih berkesan bagi menangani isu ini. 
6. Malaysia tidak boleh terpengaruh dengan intipati keganasan dalam faham Barat iaitu ancaman ‘daripada’ agama; dengan seringkali menjadikan agama Islam sebagai mangsa. Sedangkan, mereka pula bebas memberikan ancaman ‘kepada’ agama Islam tanpa melihatnya sebagai satu bentuk ‘keganasan’. 
7. Saya tidak menafikan bahawa sudah terdapat huraian mengenai perbuatan keganasan dalam Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Keganasan. Namun, saya berpandangan bahawa takrif keganasan itu sendiri masih tidak jelas dan terdedah kepada manipulasi. 
8. Saya menggesa Kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negeri agar membuat semakan semula terhadap takrif keganasan ini dan mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) segera bermuzakarah dan membuat ketetapan terhadap takrif keganasan ini. 
”Sejahtera Bersama Islam”
YB. DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
14 Jun 2017 | 19 Ramadan 1438 - HARAKAHDAILY 14/6/2017
Sumber HD - 14-6-2017 
























Ambil tindakan tegas terhadap The Star

TINDAKAN akhbar The Star pada 27hb Mei 2017 meletakkan gambar umat Islam Solat Tarawih di bawah tajuk berita muka depan "Malaysian Terrorist Leader" benar-benar menguris perasaan umat Islam yang mengerjakan Solat Tarawih sepanjang Ramadhan ini. Ia seolah menggambarkan Solat Tarawih yang menjadi amalan tahunan umat Islam seluruh dunia adalah punca kepada keganasan. 
The Star perlu segera memohon maaf kepada umat Islam atas sikap yang tidak cermat dalam menjaga sensitiviti umat Islam. Tindakan disiplin perlu diambil terhadap Ketua Pengarang yang gagal mengambil kira sensitiviti gambar seumpama ini. 
Pihak berkuasa menerusi Kementerian Dalam Negeri juga perlu mengambil tindakan tegas sebagai pengajaran bagi media yang akhiran ini dilihat tidak sensitif dengan isu-isu agama.

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
28hb Mei 2017
Sumber HD - 28-5-2017 
























AJK Dewan Ulamak Pas Pusat Sesi 2017-19














SENARAI penuh Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat Sesi 2017-2019
Mesyuarat Kali Pertama Dewan Ulamak PAS Pusat sesi 2017-2019 telah diadakan pada 14 Syaaban 1438H bersamaan 10 Mei 2017 (Rabu) bertempat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur telah bersidang dan bersetuju melantik AJK Harian, AJK Kerja Tambahan dan pembentukan portfolio-portfolio serta penjawat-penjawatnya seperti maklumat berikut: 
A. AHLI JAWATANKUASA HARIAN:

1.Ketua: Ustaz Dato’ Dr. Haji Mahfodz bin Mohamed
2.Timbalan Ketua: Ustaz Dato’ Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
3.Naib Ketua: YB. Senator Ustaz Dato’ Dr. Haji Johari bin Mat
4.Setiausaha: Ustaz Haji Nazri bin Zin
5.Penolong Setiausaha 1: Ustaz Wan Ahmad Rasyidi bin Wan Othman
6.Penolong Setiausaha 2: Ustaz Mohd Azwan bin Baidawi
7.Penolong Setiausaha 3: Dr. Ustaz Abdul Fatah bin Yusof
8.Bendahari: YB. Ustaz Dato’ Dr. Haji Mohd Khairuddin bin Aman Razali At-Takiri
9.Ketua Penerangan: Ustaz Mohd Asri bin Daud
10.Pengarah Pilihanraya Ulamak: Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail 
B. AHLI JAWATANKUASA KERJA:
1.Prof. Dr. Ustaz Haji Badruzzaman bin Yusof
2.Ustaz Haji Muhammad Zain bin Abdul Rahman
3.Ustaz Dato’ Haji Husin bin Awang
4.Ustaz Haji Ismail bin Osman
5.Ustaz Haji Zulkifli bin Ismail
6.Ustaz Haji Nazmi bin Nik Din
7.Dr. Ustaz Haji Azahari bin Aripin
8Ustaz Haji Mohd Ismi bin Md Taib
9.Ustaz Haji Zuridan bin Mohd Daud At-Temini
10.Ustaz Haji Mohd Kamal bin Osman
11.Ustaz Haji Zaharuddin bin Mohammad
12.Brigadier Jeneral (B) Ustaz Dato' Haji Najmi bin Ahmad
13.Ustaz Zulkarnain bin Hassan
14.Ustaz Mohd Zuhaili bin Saiman
15.Dr. Ustaz Ahmad Mouhyideen bin Hasin
16.YB. Ustaz Ahmad bin Yahya
17.Ustaz Ibrahim bin Zakaria
18.Ustazah Ana Mastura binti Ismail 
C.PENJAWAT-PENJAWAT PORTFOLIO:
1.JABATAN SETIAUSAHA
i.Pengerusi: Ustaz Haji Nazri bin Zin
2.JABATAN BENDAHARI
i.Pengerusi: YB. Ustaz Dato’ Dr. Haji Mohd Khairuddin bin Aman Razali At-Takiri 
3.JABATAN PILIHANRAYA ULAMAK
i.Pengerusi: Ustaz Haji Khirul Muntanazar bin Ismail 
4.LAJNAH PENERANGAN
i.Pengerusi: Ustaz Mohd Asri bin Daud
ii.Timbalan Pengerusi: YB. Ustaz Ahmad bin Yahya 
5.LAJNAH POLITIK
i.Pengerusi: Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamed
ii.Timbalan Pengerusi 1: Ustaz Dato’ Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
iii.Timbalan Pengerusi 2: YB. Senator Ustaz Dato’ Dr. Haji Johari bin Mat 
6.LAJNAH TARBIYAH
i.Pengerusi: YB. Senator Ustaz Dato’ Dr. Haji Johari bin Mat
ii.Timbalan Pengerusi 1: Ustaz Zulkarnain bin Hassan
iii.Timbalan Pengerusi 2: Ustaz Haji Zuridan bin Mohd Daud At-Teminie 
7.LAJNAH IT DAN MEDIA BARU
i.Pengerusi: Ustaz Haji Nazmi bin Nik Din
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Haji Mohd Kamal bin Osman 
8.LAJNAH PEMBANGUNAN EKONOMI
i.Pengerusi: YB. Ustaz Dato’ Dr. Haji Mohd Khairuddin bin Aman Razali At-Takiri
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Ibrahim bin Zakaria 
9.LAJNAH HUBUNGAN LUAR DAN ANTARABANGSA
i.Pengerusi: Ustaz Haji Mohd Ismi bin Md Taib
ii.Timbalan Pengerusi: Prof. Dr. Ustaz Haji Badruzzaman bin Yusof 
10.LAJNAH PERKADERAN ULAMAK PELAPIS
i.Pengerusi: Ustaz Mohd Zuhaili bin Saiman
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Khairul Anuar bin Ismail 
11.LAJNAH DAKWAH DAN HUBUNGAN ANTARA KAUM
i.Pengerusi: Dr. Ustaz Haji Azahari bin Aripin
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Haji Zulkifli bin Ismail 
12.LAJNAH PEMBANGUNAN ALIMAT, KELUARGA & MASYARAKAT
i.Pengerusi: Ustazah Ana Mastura binti Ismail
ii.Timbalan Pengerusi: Ustazah Azalinda binti Ismail 
13.MAJLIS PENDIDIKAN PAS (MPP)
i.Pengerusi: Dato' Dr. Ustaz Haji Mahfodz bin Mohamed
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Haji Ismail bin Osman 
14.KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MUHAMMAD (KUIZM)
i.Pengerusi Lembaga Pengarah: Ustaz Dato' Dr. Haji Mahfodz bin Mohamed
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Dato' Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
iii.Rektor: Dr. Ustaz Haji Mohd Zuhdi bin Marsuki 
15.INSTITUT KAJIAN ISLAM DAN STRATEGI (iKIS)
i.Pengerusi: Ustaz Dato’ Dr. Haji Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
ii.Timbalan Pengerusi: Ustaz Haji Zaharuddin bin Mohammad
iii.Pengarah Operasi: Dr. Ustaz Ahmad Mouhyideen bin Hasin 
16.AKADEMI LATIHAN KEPIMPINAN ULAMAK (ALKU)
i.Pengerusi: Dr. Ustaz Abdul Fatah bin Yusof 
USTAZ NAZRI ZIN
Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Pusat
Sesi 2017-2019 – HARAKAHDAILY 16/5/2017
Sumber HD - 16-5-2017 
























GST: Sistem percukaian yang gagal, merosakkan

1. KERAJAAN sering mencanangkan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah berjaya apabila ia menjadi penyumbang terbesar bagi kategori hasil cukai tidak langsung Kerajaan yang berjumlah 27.2% pada 2017 (iaitu meningkat 5.7% dari tahun sebelumnya). GST menyumbang sebanyak RM38.5 bilion bagi 2016 (peningkatan 42.5% dari 2015) dan dianggarkan menyumbang sebanyak RM40 bilion pada 2017. 
2. Walaupun begitu, sebenarnya kegagalan GST ini boleh dilihat dalam banyak aspek dan kesan buruknya amat dirasai oleh masyarakat. 
3. Apa ertinya kebanggaan kerajaan sekiranya hasil negara meningkat atas penderitaan rakyat berpendapatan rendah yang menanggung akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan di semua peringkat yang tidak terkawal. 
4. Peningkatan hasil pula hanya menyumbang kepada kerajaan terus boros dalam berbelanja sebagaimana disaksikan dalam bajet defisit 2016 dan 2017. Ia dibuktikan dengan pertambahan hutang kerajaan persekutuan setiap tahun yang sehingga kini telah melebihi RM655 bilion sedang hutang kerajaan pada 2009 hanyalah RM376 bilion. 
5. Peningkatan hasil menambahkan ketirisan kerajaan dalam perbelanjaan yang sebahagiannya mengalir ke kantung orang kaya yang menjadi kroni kerajaan dan bukannya mengalir terus kepada rakyat bawahan. 
6. Sejak awal pengenalan dan pelaksanaan GST, Kerajaan berulang kali menegaskan bahawa ia adalah cukai yang sangat efisen kerana dapat membendung para peniaga daripada mengelak untuk membayarnya. 
7. Namun, realiti yang berlaku ialah kira-kira 25,000 syarikat yang berdaftar di bawah GST ini didapati masih tidak menghantar penyata pembayaran mereka kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). 
8. Bahkah, 20% daripada jumlah yang menghantar penyata pula didapati menyerahkan penyata pembayaran cukai yang meragukan. Selain itu, banyak juga syarikat berdaftar GST yang masih mengikrar jumlah yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. 
9. Keadaan ini menyebabkan JKDM mengambil tindakan memasang sebanyak 5,000 peranti kecil atau dongle di premis yang berdaftar sistem GST dan kos ini perlu ditanggung oleh Kementerian Kewangan. 
KADAR INFLASI MENINGKAT 
10. Baru-baru ini dilaporkan pula bahawa kadar inflasi pada Mac meningkat kepada 5.1% (daripada 4.5% pada Februari dan 3.1% pada Januari) menghampiri rekod lapan tahun lepas pada November 2008 (dengan kadar 5.7%). Sedangkan BNM dalam laporannya mengunjurkan kadar inflasi pada 2017 berada pada purata 3% hingga 4% sahaja. 
11. Berdasarkan Indeks Harga Pengguna (IHP), penyumbang terbesar kenaikan harga barangan adalah segmen pengangkutan iaitu sebanyak 23% selain barangan makanan dan minuman bukan alkohol. Kenaikan ini berkait rapat dengan dasar transformasi pencukaian negara dan akibat keputusan kerajaan menghentikan subsidi bahan petroleum serta mengapungkan harga bahan api ini sehingga terdedah kepada risiko turun naik harga yang sukar dikawal. 
12. Kenaikan kos pengangkutan ini telah memberikan kesan berantai kenaikan pelbagai kos terhadap industri-industri lain. Begitu juga bagi segmen barangan makanan dan minuman bukan alkohol pula, ia menunjukkan dengan jelas berkadar terus dengan GST. 
13. Jadi, terbuktilah bahawa dasar pencukaian yang dilaksanakan sejak April 2015 lalu ini menjadi penyebab langsung kepada peningkatan IHP dan kadar inflasi, ditambah pula dengan pemansuhan subsidi. 
HARGA KERETA GAGAL TURUN SEBAGAIMANA DIJANJIKAN 
14. Berkenaan janji Kerajaan untuk menurunkan harga kereta sehingga 30% menjelang 2018 juga nampaknya tidak akan berjaya. Ini kerana, bagi tempoh 2013 hingga 2015, harga kereta telah turun sebanyak 14.68% namun meningkat semula sebanyak 2.13% pada 2016 menjadikan penurunan keseluruhan harga kereta sehingga 2016 hanyalah sebanyak 12.55%. Hal ini juga amat jelas berlaku akibat pelaksanaan GST. 
15. Selain daripada kegagalan-kegagalan ini, lebih mustahak untuk diberikan perhatian ialah sistem percukaian ini adalah tidak patuh syariah terutamanya kerana dipungut daripada perbelanjaan semua orang tanpa mengira tahap pendapatan mereka. Adalah ketentuan Allah bahawa sesuatu yang tidak menepati syarak akan menatijahkan kerosakan demi kerosakan. 
16. Dua mufti telah mula bercakap tentang GST yang tidak patuh Syariah ini. Sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kembali bersidang membetulkan kesilapan fatwa sebelum ini dengan memanggil pelbagai pihak di kalangan ilmuwan Islam termasuk PAS bermuzakarah tentang hukum cukai GST. 
17. Sepatutnya Kerajaan lebih berwaspada dalam melaksanakan apa-apa sistem percukaian. Ibn Khaldun dalam bukunya Muqaddimah menyebut bahawa cukai boleh menggugat keutuhan tampuk pemerintahan. Beliau juga merakamkan rentetan sejarah kejatuhan beberapa dinasti disebabkan oleh dasar pencukaian. 
18. Oleh itu, saya mendesak Kerajaan agar segera melakukan inisiatif bagi memansuhkan sistem percukaian yang sangat membebankan rakyat ini. 
“Sejahtera Bersama Islam” 
DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa, 9 Mei 2017 | 12 Syaaban 1438 - HARAKAHDAILY 9/5/2017
Sumber HD -9-5-2017
























Peringatan Diri; Berjihad Bukan Tugas Mudah










Oleh : Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

BERJIHAD atau Berjuang di jalan Allah bagi menegakkan Kalimah Allah bukan satu tugasan yang mudah.

2. Perkataan “JIHAD” itu sendiri mempunyai dua maksud dalam bahasa Arab iaitu “usaha bersungguh-sungguh” dan “penat”. Justeru, JIHAD bermaksud usaha bersungguh-sungguh sehingga penat dan letih.

3. JIHAD memerlukan pengorbanan masa, jiwa, perasaan, jasad dan harta.

4. Masa kehidupan dihabiskan untuk Islam. Jiwa dan perasaan dikorbankan apabila terpaksa meninggalkan anak isteri dan kampung halaman demi perjuangan.

5. Jasad dikorbankan dengan pelbagai keletihan dan kepenatan. Malah nyawa akhirnya menjadi taruhan.

6. Harta juga dihabiskan kerana ia dicari bukan untuk diri sendiri.

7. Namun ganjarannya sangat besar di sisi Allah.

8. Allah berfirman:

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ ( 20 )

“Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka lebih besar darjatnya di sisi Allah dan merekalah sebenar-benar orang yang berjaya”
Surah Taubah ayat 20

9. Segala kepenatan dan kepayahan itu pasti dibayar oleh Allah dengan rahmat, keredhaan dan SyurgaNya.

يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ ( 21 ) خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ ( 22 )

“Mereka diberi khabar gembira oleh Rabb mereka dengan rahmat daripadaNya dan keredhaan, dan juga syurga-syurga bagi mereka dalamnya penuh dengan nikmat yang tetap dalam keadaan mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah di sisiNyalah ganjaran yang hebat”
Surah Taubah ayat 21-22

10. Tidak sedikit umat Islam yang sedang BERJIHAD dengan jiwa raga dan harta benda mereka demi Islam namun tinggal lagi persoalan ialah “adakah saya salah seorang daripada mereka? “

Sumber BO - 28-4-2017




Cari, kutip ulamak terpinggir yang berselerak di seluruh negara – Mahfodz
Posted on Thursday, April 27 @ 19:17:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34710



ALOR SETAR – Tema Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) tahun ini ialah Ke Arah Membina Negara Sejahtera.

Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed mengulas panjang mengenai tema itu untuk memberi kesedaran kepada perwakilan betapa seriusnya perjuangan parti mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan sedia ada.

Malaysia Gazette sempat menemuinya untuk mendapatkan kesimpulan daripada intipati ucaputamanya pada majlis perasmian muktamar DUPP kali ke-56 di Sekolah Rendah Islam, Darul Ulum, dekat sini, hari ini.

MAHFODZ: Saya tekankan tadi supaya DUPP dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Pas Pusat turun ke akar umbi mengumpul seramai mungkin ulamak yang ketika ini dalam keadaan ‘berselerak’.
Mereka ini, walaupun tinggal di kampung, di desa dan di kawasan pedalaman adalah intan permata yang harus digilap kerana ilmu dimilikinya bukan untuk kegunaan diri sendiri tetapi kepada seluruh umat di negara ini.

Sebab itu, dalam ucaptama tadi, saya mencadangkan kepada Pas Pusat agar mewujudkan Dewan Ulamak di peringkat kawasan untuk mereka ini bertindak mendekati ulamak terpinggir ini.
Kita tidak mahu ulamak ini terjerumus dalam perangkap musuh.

Kita hendak bawa mereka ini bersama kita. Berikan fikrah kepada mereka supaya mereka merasakan ada organisasi parti politik mengambil berat pada mereka.

Bagaimanapun, untuk mewujudkan entiti di peringkat kawasan ini, Pas perlu meminda perlembagaannya. Jika diluluskan, kita akan tunaikan hasrat DUPP. Kita mahu ulamak yang juga ahli Pas ini mempunyai kekuatan jati diri.

Saya juga memberikan peringatan kepada kepimpinan dan ahli DUPP mengenai pentingnya kita sama-sama memangkin perjuangan Pas menjadikan sebuah parti yang lebih berwibawa bagi mencapai kata maksud, Membina Negara Sejahtera. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 27-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hapus GST, kutip cukai dari orang kaya – Khairuddin
Posted on Thursday, April 27 @ 19:15:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34709



ALOR SETAR – Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) mencadangkan kerajaan mengambil alternatif menyelamatkan rakyat marhain daripada Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) dengan meletakkan sasaran itu kepada golongan kaya sahaja.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kerajaan boleh ‘mengambil’ kekayaan golongan terbabit dengan mengenakan cukai simpanan korporat dan cukai atas keuntungan jual beli saham.

GST, katanya, mesti dibatalkan kerana kaedah itu bercanggah dengan Islam dan hukumnya haram disebabkan dikenakan kepada semua rakyat termasuk orang miskin atas perbelanjaan mereka.

“Di saat kerajaan masih banyak melakukan pembaziran dalam perbelanjaan adalah tidak layak untuk menuntut rakyat termasuk golongan marhain menanggung perbelanjaan kerajaan melalui cukai GST,” katanya hari ini.


Menurut Mohd Khairuddin, kedua-dua cukai alternatif itu adalah kewajipan dari orang kaya untuk agihan kepada golongan miskin dan bertepatan dengan kaedah percukaian dalam Islam. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 27-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Pelihara keharmonian, elak provokasi agama

KEHARMONIAN bermasyarakat dalam sebuah masyarakat wajib dipelihara, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau berkata, ia berlaku dengan masing-masing tidak melakukan tindakan bersifat provokasi terhadap agama lain atau tokoh agama lain. 
Justeru, katanya apabila Dr Zakir sebagai tokoh pendakwah muslim diganggu dengan beberapa tindakan provokasi, maka ia tentu mengundang tindak balas daripada pihak muslim yang lain. 
Menurutnya, puisi Dr Asri mungkin salah satu tindak balas atas tindakan provokasi terhadap Dr Zakir Naik. 
"Pelbagai pihak mungkin ada sudut pandang berbeza dalam mentafsirkan suatu ungkapan bernilai sastera kerana ia membuka ruang tafsiran bersifat subjektif," ujarnya menerusi tulisan dalam laman facebook beliau. 
Namun, katanya jika satu pihak tidak memulakannya maka tiadalah tindak balas seumpamanya. 
"Maka semua pihak perlu segera menghentikan sebarang provokasi bersifat keagamaan," ujarnya lagi. 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menambah, negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan yang perlu diberikan penghormatan. 
"Agama lain juga berhak untuk diamalkan dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh perlembagaan. Ia juga perlu dihormati," katanya. - HARAKAHDAILY 24/4/2017
Sumber HD - 24-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Isu RM90 juta: Sampai Hari Ini Saya Menunggu Bukti…..











Doha, QATAR – Ahli Majlis Syura PAS Pusat, YB Dr Khairuddin Aman Razali mendedahkan bahawa beliau sememangnya ada berjumpa dengan seorang bekas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes 1MDB bagi mendapat bukti tuduhan PAS menerima wang 1MDB.

Namun kata beliau, semasa pertemuan itu, pegawai terbabit masih berkhidmat dengan SPRM dan beliau tidak mendapat apa-apa bukti yang nyata berkenaan wang 1MDB yang didakwa oleh sesetengah pihak telah diterima oleh PAS.

Beliau hanya mendapat bukti cakap dengar sahaja daripada bekas pegawai tersebut, tanpa beliau diberikan dokumen-dokumen terperinci dan yang jelas bagi mengukuhkan dakwaan itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian di program bagi mengutip dana PRU PAS Terengganu bersama warga Malaysia di Al-Bayyan Garden House di sini pada 18 April.


Turut hadir bersama beliau ialah Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang akan menjelajah di beberapa lagi negara Timur Tengah bagi program yang sama.

Menyentuh berkenaan persiapan PAS dalam PRU yang akan datang, YB Khairuddin optimis bahawa PAS akan lebih kuat jika berseorangan diatas beberapa faktor yang tertentu.

Antaranya ialah kekuatan PAS dalam merangka strategi adalah jauh lebih baik daripada semua parti-parti politik yang akan bertanding termasuk Umno.

Jelas beliau, PAS bukan hanya beretorik atau berteori sahaja tetapi sejak bertahun-tahun lamanya, PAS sudah menjalankan penyelidikan bagi menghadapi PRU nanti dan meminta ahli-ahli PAS agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada pimpinan PAS.


Berikut adalah transkrip penjelasan beliau mengenai tuduhan PAS mendapat wang 1MDB ketika sesi soal jawab dalam program itu;

“Ya saya minta jumpa bekas pegawai SPRM kalau betul orang ini, orang yang (pegawai) sama yang dikata oleh Rafizi.

Dibentang kepada saya fakta, pertama dia kata pembangkang ni bodoh duk fokus 1MDB, patut fokus SRC.

1MDB tiada bukti kukuh, SRC ada bukti, bukti yang akan disiasat, boleh dibawa pada pandangan dialah, satu.

Yang kedua dia kata ketika dia belek fail, dia ternampak sepintas lalu satu cek atas nama salah seorang bekas pimpinan PAS.

Saya tanya cek tu brapa jumlah? Oh saya tak perasanlah, sekali imbas.

Tarikh bila? Tak perasan jugak, sekali imbas.

Nama tu confirm tak? Sekali imbas jawab dia.

Masa-mula disebut namapun dah tak berapa nak betul dah, peringkat awal.

Saya kata saya nak maklumat ni, saya nak pastikan siapa, saya minta data kat cek, duduk kat saya salinan dia.

Dia kata payah skit ustaz sebab salinan ni dah ada merata-rata.

Bila kita dah bubarkan pasukan penyiasat, kita bawa lari fail sembunyi.

Masa tu dia belum lagi bersara dari jawatan dia.

Saya kata carilah macamanapun sebab saya nak salinan tu kerana itulah bukti, kerana jika dia bercakap mulut itu baru tuduhan walaupun dia seorang pegawai.

Pegawaipun dia masih lagi bertaraf tuduhan.

Sebab itulah kaedah Islam, kaedah kita di Malaysiapun setelah dibhantar satu siasatan dihantar kepada satu lagi badan untuk menilai untuk buat tuduhan.

Bukan dia semestinya terlibat, jadi datangkan bukti

Sampai hari ni saya menunggu bukti itu belum sampai kepada saya,” Ustaz Khairuddin dipetik sebagai berkata.

Sumber BO - 20-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Tuduhan Rafizi Sumber ‘Cakap-cakap’, Tiada Kredibiliti













Dalam isu tuduhan kaitan PAS dengan dana 1MDB menunjukkan betapa beliau seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak boleh dipercayai. Bagaimana beliau boleh membuat tuduhan berasaskan sangkaan dan sumber yang tidak jelas?

2. Sekiranya bekas pegawai SPRM yang dirujuk oleh beliau sebagai sumber tuduhan beliau adalah orang sama yang saya dan beberapa pimpinan PAS temui sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan berkaitan siasatan isu 1MDB, maka sangat jelas bahawa YB Rafizi agak bermasalah dalam menilai maklumat yang disampaikan kepada beliau.

3. Dalam pertemuan kami, bekas pegawai tersebut menyebut bahawa beliau *”merasakan”* pernah melihat sekeping cek dalam fail seorang peguam *”seimbas lalu”* sahaja yang *”dirasakan”* mempunyai nama seseorang yang pernah ada kaitan dengan PAS.

4. Berulang kali saya minta dibuat pengesahan nama. Beliau menyatakan hanya melihat sepintas lalu sahaja. Justeru, kami meminta beliau membuat pengesahan dan mendapatkan kembali fail tersebut. Beliau berjanji untuk mengusahakannya walaupun agak sukar kata beliau kerana fail tersebut bukan lagi berada pada tangan beliau.

5. Beliau juga tidak menyatakan jumlah wang yang terkait dan juga tidak dapat menyatakan tarikh berkaitan. Semuanya hanya bersifat maklumat lisan tanpa sebarang dokumen dan sebarang evidence.

6. Kami menganggap ianya hanya satu bentuk maklumat yang sangat longgar dan tidak sesuai utk dijadikan isu atau diambil tindakan lanjut secara lebih konkrit.

7. Sehingga kini segala dokumen yang kami perlukan belum dibekalkan oleh pegawai SPRM berkenaan (sekarang beliau adalah pesara).

8. Kenyataan YB Rafizi juga hanya bersumberkan maklumat pegawai SPRM secara lisan dan kenyataan itu juga tidak disertakan dengan sebarang bentuk maklumat terperinci mahupun sebarang dokumen pembuktian.

9. Persoalannya; bolehkah sumber maklumat yang kabur dan tidak jelas sebegini dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan? Seterusnya disebarkan pula ke seantero dunia yang boleh menyebabkan kezaliman terhadap seseorang dengan tuduhan yang tidak selayaknya?

10. Kaedah pengadilan Islam yang diterima oleh dunia pengadilan menyebut:
*”Bukti adalah kewajipan ke atas pendakwa”*
Adakah sumber maklumat yang tidak jelas sebegitu adalah “bukti”?

11. Kaedah pengadilan juga menyatakan:
*”Seseorang itu secara asasnya adalah bebas daripada sebarang tuduhan”.*

12. Mungkin kegelojohan mencipta isu untuk menarik khalayak bagi kepentingan politik sempit mendorong beliau melakukan sesuatu yang tidak beretika.

13. Kenyataan YB Rafizi yang bersifat tuduhan ini adalah dalam konteks niat jahat memalitkan isu ini kepada PAS dengan bersandarkan “cakap dengar” sahaja tanpa sebarang pembuktian.

14. Orang yang dituduh pula tiada lagi kaitan dengan PAS. Jika ada kaitan sekalipun apa bukti sebarang transaksi kewangan kepada PAS daripada individu yang dituduh itu. Semuanya hanya bersifat sangkaan untuk mencipta persepsi jahat. Betapa ramai rakyat Malaysia yang jatuh berdosa menyebarkan tuduhan kerana ia dicetuskan oleh seorang bergelar YB.

15. Rakyat telah menilai betapa gelojohnya YB Rafizi membuat tuduhan berasaskan cakap dengar hanya semata-mata kebencian kepada PAS dan juga semata-mata kerana menentang RUU 355 yang diusahakan oleh PAS.

16. Justeru, saya menyeru YB Rafizi untuk segera bertaubat kepada Allah daripada dosa merosakkan nama seseorang dengan tuduhan palsu dan tuduhan yang tidak mempunyai asas yang jelas dan kabur.
Allah berfirman

 وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

_”Dan orang-orang yang menyakitkan orang-orang beriman lelaki dan perempuan dengan sesuatu yang tidak dilakukannya maka mereka telah menanggung kejahatan tuduhan palsu (buhtaan) dan dosa yang sangat nyata”._
Surah al-Ahzab ayat 58.

17. Berkata seorang tokoh ulamak terkenal, Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid

_*”sesungguhnya sangkaan jahat dan kegopohan menuduh telah menakutkan ramai yang tidak berdosa dan menzalimi ramai manusia. Menjadi sebab orang yang soleh diketepikan tanpa sebab yang syarie. Membangkitkan permusuhan dan siri-siri kezaliman daripada golongan yang jahil yang menyebarkan berita, sangkaan penuh dosa, umpatan yang jahat dan tuduhan palsu. Sesungguhnya tuduhan kepada orang yang tidak bersalah dengan tuduhan palsu, hanya berupa sangkaan dan telahan dan tuduhan terhadap orang Islam melakukan sesuatu yang tidak dilakukan, kesudahannya sangat buruk di dunia dan di akhirat.”*_
rujuk https://almunajjid.com/8087

18. Suka juga disebut bahawa pegawai SPRM berkenaan menganggap pembangkang sebagai ” bodoh” apabila memfokuskan pada 1MDB yang tiada bukti yang kukuh (kerana tiada penyiasatan terperinci) sedangkan bukti yang boleh disiasat menurut penyiasatan mereka adalah melibatkan SRC. Itu pandangan beliau.

19. YB Rafizi juga sangat kuat berbohong apabila menuduh PAS tidak pernah berbicara tentnag 1MDB. Sedang PAS konsistan berbicara tentang isu 1MDB sejak dahulu berasaskan kepada beberapa prinsip antaranya prinsip kerajaan berniaga, perniagaan bermodalkan hutang, hutang dijamin kerajaan melibatkan dana awam dan hutang berasaskan riba. Semua prinsip ini adalah asas kepada penolakan PAS terhadap 1MDB bukan hanya fokus kepada kegagalan bisnes 1MDB.

20. Saya rasa YB Rafizi perlu fokus pada tuduhan oleh Chegu Bard yang telah tersebar bahawa beliau dan PKR menerima wang daripada John Soh yang terlibat dengan pelbagai skandal salah laku kewangan sehingga merengkok di dalam penjara di Singapura sekarang.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Jumaat 14 hb April 2017

Sumber TKO - 14-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Kredibiliti YB Rafizi sangat meragukan dengan tuduhan bersumberkan dengar cakap

1. SIDANG media oleh YB Rafizi dalam isu tuduhan kaitan PAS dengan dana 1MDB menunjukkan betapa beliau seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak boleh dipercayai. Bagaimana beliau boleh membuat tuduhan berasaskan sangkaan dan sumber yang tidak jelas? 
2. Sekiranya bekas pegawai SPRM yang dirujuk oleh beliau sebagai sumber tuduhan beliau adalah orang sama yang saya dan beberapa pimpinan PAS temui sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan berkaitan siasatan isu 1MDB, maka sangat jelas bahawa YB Rafizi agak bermasalah dalam menilai maklumat yang disampaikan kepada beliau. 
3. Dalam pertemuan kami, bekas pegawai tersebut menyebut bahawa beliau "merasakan" pernah melihat sekeping cek dalam fail seorang peguam "seimbas lalu" sahaja yang "dirasakan" mempunyai nama seseorang yang pernah ada kaitan dengan PAS. 
4. Berulang kali saya minta dibuat pengesahan nama. Beliau menyatakan hanya melihat sepintas lalu sahaja. Justeru, kami meminta beliau membuat pengesahan dan mendapatkan kembali fail tersebut. Beliau berjanji untuk mengusahakannya walaupun agak sukar kata beliau kerana fail tersebut bukan lagi berada pada tangan beliau. 
5. Beliau juga tidak menyatakan jumlah wang yang terkait dan juga tidak dapat menyatakan tarikh berkaitan. Semuanya hanya bersifat maklumat lisan tanpa sebarang dokumen dan sebarang evidence
6. Kami menganggap ianya hanya satu bentuk maklumat yang sangat longgar dan tidak sesuai untuk dijadikan isu atau diambil tindakan lanjut secara lebih konkrit. 
7. Sehingga kini segala dokumen yang kami perlukan belum dibekalkan oleh pegawai SPRM berkenaan (sekarang beliau adalah pesara). 
8. Kenyataan YB Rafizi juga hanya bersumberkan maklumat pegawai SPRM secara lisan dan kenyataan itu juga tidak disertakan dengan sebarang bentuk maklumat terperinci mahupun sebarang dokumen pembuktian. 
9. Persoalannya; bolehkah sumber maklumat yang kabur dan tidak jelas sebegini dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan? Seterusnya disebarkan pula ke seantero dunia yang boleh menyebabkan kezaliman terhadap seseorang dengan tuduhan yang tidak selayaknya? 
10. Kaedah pengadilan Islam yang diterima oleh dunia pengadilan menyebut:
"Bukti adalah kewajipan ke atas pendakwa"
Adakah sumber maklumat yang tidak jelas sebegitu adalah "bukti"? 
11. Kaedah pengadilan juga menyatakan:
"Seseorang itu secara asasnya adalah bebas daripada sebarang tuduhan". 
12. Mungkin kegelojohan mencipta isu untuk menarik khalayak bagi kepentingan politik sempit mendorong beliau melakukan sesuatu yang tidak beretika. 
13. Kenyataan YB Rafizi yang bersifat tuduhan ini adalah dalam konteks niat jahat memalitkan isu ini kepada PAS dengan bersandarkan "cakap dengar" sahaja tanpa sebarang pembuktian. 
14. Orang yang dituduh pula tiada lagi kaitan dengan PAS. Jika ada kaitan sekalipun apa bukti sebarang transaksi kewangan kepada PAS daripada individu yang dituduh itu.  Semuanya hanya bersifat sangkaan untuk mencipta persepsi jahat. Betapa ramai rakyat Malaysia yang jatuh berdosa menyebarkan tuduhan kerana ia dicetuskan oleh seorang bergelar YB. 
15. Rakyat telah menilai betapa gelojohnya YB Rafizi membuat tuduhan berasaskan cakap dengar hanya semata-mata kebencian kepada PAS dan juga semata-mata kerana menentang RUU 355 yang diusahakan oleh PAS. 
16. Justeru, saya menyeru YB Rafizi untuk segera bertaubat kepada Allah daripada dosa merosakkan nama seseorang dengan tuduhan palsu dan tuduhan yang tidak mempunyai asas yang jelas dan kabur. 
Allah berfirman 
 وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا 
"Dan orang-orang yang menyakitkan orang-orang beriman lelaki dan perempuan dengan sesuatu yang tidak dilakukannya maka mereka telah menanggung kejahatan tuduhan palsu (buhtaan)  dan dosa yang sangat nyata". (Surah al-Ahzab ayat 58) 
17. Berkata seorang tokoh ulamak terkenal, Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid: "Sesungguhnya sangkaan jahat dan kegopohan menuduh telah menakutkan ramai yang tidak berdosa dan menzalimi ramai manusia.  Menjadi sebab orang yang soleh diketepikan tanpa sebab yang syarie. Membangkitkan permusuhan dan siri-siri kezaliman daripada golongan yang jahil yang menyebarkan berita, sangkaan penuh dosa, umpatan yang jahat dan tuduhan palsu. Sesungguhnya tuduhan kepada orang yang tidak bersalah dengan tuduhan palsu, hanya berupa sangkaan dan telahan dan tuduhan terhadap orang Islam melakukan sesuatu yang tidak dilakukan, kesudahannya sangat buruk di dunia dan di akhirat."
rujuk https://almunajjid.com/8087 
18. Suka juga disebut bahawa pegawai SPRM berkenaan menganggap pembangkang sebagai " bodoh" apabila memfokuskan pada 1MDB yang tiada bukti yang kukuh (kerana tiada penyiasatan terperinci) sedangkan bukti yang boleh disiasat menurut penyiasatan mereka adalah melibatkan SRC. Itu pandangan beliau. 
19. YB Rafizi juga sangat kuat berbohong apabila menuduh PAS tidak pernah berbicara tentnag 1MDB. Sedang PAS konsistan berbicara tentang isu 1MDB sejak dahulu berasaskan kepada beberapa prinsip antaranya prinsip kerajaan berniaga, perniagaan bermodalkan hutang, hutang dijamin kerajaan melibatkan dana awam dan hutang berasaskan riba. Semua prinsip ini adalah asas kepada penolakan PAS terhadap 1MDB bukan hanya fokus kepada kegagalan bisnes 1MDB. 
20. Saya rasa YB Rafizi perlu fokus pada tuduhan oleh Chegu Bard yang telah tersebar bahawa beliau dan PKR menerima wang daripada John Soh yang terlibat dengan pelbagai skandal salah laku kewangan sehingga meringkuk di dalam penjara di Singapura sekarang. - HARAKAHDAILY 14/4/2017
Sumber HD - 14-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
























Harga kereta: Ada cara turun tetapi kerajaan tidak mahu tunai janji

1. PADA 4 April (Selasa) lalu, saya telah menerima jawapan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terhadap soalan saya berkenaan janji Kerajaan untuk menurunkan harga kereta sehingga 30% menjelang 2018 dan kesediaan Kerajaan untuk menghapuskan duti eksais. Soalan ini berikutan janji yang telah dikemukakan oleh BN dalam manifesto mereka pada PRU13 lalu. 
2.    Jawapan tersebut menjelaskan, bagi tempoh 2013 hingga 2015, harga kereta telah turun sebanyak 14.68% namun meningkat semula sebanyak 2.13% pada 2016 menjadikan penurunan keseluruhan harga kereta sehingga 2016 hanyalah sebanyak 12.55%. Dinyatakan juga bahawa Kerajaan tiada perancangan untuk mengkaji dan mengstruktur semula cukai eksais kenderaan. 
3.    Berdasarkan jawapan yang diberikan ini menunjukkan satu lagi janji yang gagal ditunaikan oleh Kerajaan atau lebih tepat sebenarnya Kerajaan sengaja tidak mahu menunaikan janji tersebut; kerana, terdapat cara-cara bagi mengurangkan harga kereta. 
4.    Mendukacitakan juga apabila Kementerian menyatakan, “Harga kereta tidak ditetapkan oleh Kerajaan, sebaliknya dintentukan oleh syarikat-syarikat pengeluar dan pemasang kenderaan berdasarkan faktor pasaran (market forces)...”, seolah-olah mahu berlepas tangan dengan janji yang telah pun diumumkan kepada rakyat. Soalnya, jika sungguh alasan ini menjadi penghalang kepada Kerajaan untuk menurunkan harga kereta, kenapa berjanji kepada rakyat? 
5.    Sedangkan, keperluan untuk Kerajaan menurunkan harga kereta amat mustahak memandangkan 36% daripada jumlah yang diisytiharkan muflis di negara ini ialah kerana hutang kenderaan. 
6.    Namun, realiti harga kenderaan yang mahal di negara ini sudah diketahui dan diakui; sehingga Malaysia pernah disenaraikan di kedudukan 10 tertinggi tempat paling mahal untuk memiliki kereta di dunia oleh sebuah portal antarabangsa. Harga kereta di negara ini juga lebih mahal berbanding negara-negara ASEAN yang lain seperti Thailand. 
7.    Harga yang mahal ini disebabkan oleh adanya duti eksais yang dikenakan pada kadar yang sangat tinggi iaitu 65% hingga 125% bagi sesebuah kenderaan. Contohnya, kereta Proton Preve Premium 1.6 yang dijual pada harga melebihi RM72,000 jika tanpa duti eksais harganya hanya sekitar RM45,000 sahaja. 
8.    Sekalipun tempoh pinjaman kenderaan di negara ini agak panjang menjadikan seseorang berkemampuan untuk memiliki kenderaan, namun kesannya ia membawa kepada peningkatan hutang isi rumah sehingga boleh menyebabkan seseorang bankrap. 
9.    Oleh itu, sebagai penyelesaian terhadap isu ini, saya menggesa Kerajaan agar hasil cukai yang berjumlah RM7 bilion hingga RM10 bilion yang diperolehi daripada duti eksais itu dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pemberian rebat untuk pembelian kereta terutamanya kepada pembeli kereta pertama yang dikategorikan sebagai B40. 
10.    Selain itu, saya juga mencadangkan agar Kerajaan memperkenalkan pinjaman kenderaan berasaskan al-Qard Hassan menerusi institusi khas yang ditubuhkan (seperti PTPTN untuk pinjaman pendidikan). Ini sangat penting bagi mengurangkan unsur perniagaan dan keuntungan yang keterlaluan dalam perkara yang melibatkn keperluan rakyat marhaen. 
11.    Tambah pula, memiliki kenderaan adalah sesuatu yang penting bagi menjamin kebahagiaan seseorang seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. (maksudnya): "Antara kebahagian anak Adam 3 perkara dan antara kecelakaan anak Adam juga 3 perkara. Antara kebahagiannya ialah wanita yang solehah, kediaman yang baik dan kenderaan yang selesa. Dan antara kecelakaan anak Adam ialah wanita yang jahat, kediaman yang tidak baik dan kenderaan yang tidak bagus." (Hadis di nilai Sahih oleh Syeikh al-Albaani) 
“Inilah Penyelesaian Kita” 
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
12 April 2017 | 15 Rejab 1438 - HARAKAHDAILY 12/4/2017
Sumber HD - 12-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
























PAS: Memori Al-Ahzab kembali segar

FIRMAN Allah swt dalam surah al Ahzab ayat 9-10, maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. 
"Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan." 
PAS kini menjadi sasaran pelbagai sudut sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Apabila PAS memimpin gagasannya sebagai pembangkang Blok 3. 
Pendekatan terbaru PAS menerusi Budaya Politik Matang dan Sejahtera serta usaha gigihnya memartabatkan Islam melalui usaha Pindaan Rang undang-undang Akta 355 dipandang sinis. PAS terus tidak henti-henti menjadi sasaran serangan musuh yang bersifat anti Islam dan pengkhianat perjuangan Islam yang tidak senang dengan kemajuan dan kemampuan PAS dengan rangkaian rekayasa fitnah dan tohmahan bagi mendiskreditkan PAS. 
Pendirian PAS terbaru ini adalah bagi menegaskan prinsip bahawa PAS tidak akan bersama dengan mereka yang keras anti kepada islam dan juga pengkhianat perjuangan Islam. 
Serangan dan kepungan terhadap PAS ini mengembalikan nostalgia kenangan sirah yang berlaku terhadap Islam dan negara Madinah pimpinan Nabi saw sewaktu peristiwa peperangan Al ahzab. 
Asal Usul Pakatan Al-Ahzab 
Perkataan al-Ahzab membawa maksud kumpulan-kumpulan atau parti-parti yang bergabung sehingga terbentuk satu parti atau kumpulan yang bertujuan menghadapi dan menghancurkan Islam. 
Pada asalnya kewujudan al Ahzab ini daripada penggerak utamanya ialah Yahudi Bani Nadhir yang sangat berdendam dengan Islam dan mengkhianati perjanjian persefahaman dengan Nabi saw atas asas Piagam Madinah. Malah musuh ini melakukan cubaan membunuh Nabi saw. 
Dendam dan sikap permusuhan yang kuat terhadap Islamlah faktor kepada usaha menghidupkan al Ahzab. 
Siapakah anggota Al Ahzab 
Anggota Al Ahzab terdiri daripada beberapa kumpulan yang berbeza latar belakang.
Antara golongan yang anti Islam seperti Yahudi Bani Nadhir. 
Golongan yang mengkhianati Perjanjian persefahaman Piagam Madinah iaitu Yahudi Bani Quraizah. 
Golongan yang enggan menerima Islam dari kalangan sebangsa dengan Nabi saw dan para sahabat iaitu Musyrikin Mekah. 
Golongan yang mengkhianati perjuangan Islam dan menikam dari belakang iaitu Munafikin. 
Namun Yahudi Bani Nadhirlah penggerak utama, penyumbang kewangan dana kempen peperangan, pencetus idea dan perancang strategi. 
Kesemua golongan tadi tunduk kehendak kepada Yahudi Bani Nadhir dan rancangannya. Mereka terpukau dengan janji manisnya dan habuan yang bakal diterima. 
Strategi menghadapi al-Ahzab 
Nabi saw sendiri bermusyawarah dengan para sahabatnya membincangkan strategi berdepan dengan Al Ahzab. 
Idea Salman Al Farisi ra diterima oleh Nabi saw iaitu membina parit (khandak). Khandak adalah strategi asing bagi orang Arab kerana ia merupakan taktik orang Parsi. Taktik perang orang Arab hanyalah "hit and run". 
Maka taktik menghadapi kemaraan Al Ahzab adalah strategi yang asing bagi musuh yang mampu memberikan kejutan. 
PAS juga mengemukakan taktik dan strategi budaya Politik Matang dan Sejahtera sebagai satu langkah asing bagi musuh untuk berdepan dengan gabungan musuh yang memiliki kepelbagaian latarbelakang. 
Munafikin yang mengganggu perjuangan Islam 
Kerja penggalian parit sebagai taktik menghadapi Al Ahzab sering diganggu oleh Munafikin yang cuba menggagalkannya dengan cara menimbulkan pelbagai masalah. Mereka selalu mencuri tulang lari daripada tapak penggalian, ada yang secara senyap pulang ke rumah, ada juga di kalangan mereka yang sengaja tidak hadir ke tapak penggalian melaksanakan kerja menggali sepertimana para sahabat yang lain dengan memberi bermacam-macam helah dan alasan, ada juga yang lewat datang kerja menggali dan tidak melakukan kerja dengan bermundar mandir tanpa arah tujuan. 
Sebaliknya para sahabat Baginda saw gigih dan optimis dengan taktik ini dalam melaksanakan tugas penggalian. 
Sikap munafikin memperlihatkan rupa sebenar mereka bahawa mereka sememangnya berharap Islam gagal dalam pertempuran dengan Al Ahzab dan bukannya mereka ingin membantu Islam tetapi mereka membantu musuh Islam. 
Taktik baru menjanjikan kemenangan 
Sewaktu penggalian parit, berlaku peristiwa pemecahan batu yang menghalang kerja-kerja penggalian. Salman Al Farisi meriwayatkan bahawa Nabi saw memecahkan batu besar itu dengan tiga pukulan dan diselangi dengan pancaran cahaya. Setiap pancaran itu diceritakan Nabi saw bahawa yang pertama Baginda saw diperlihatkan kemenangan Islam atas Parsi, disusuli Rom dan Habshah. Rom dan Paris didoakan agar dianugerahkan kemenangan kepada Islam dan ghanimahnya sebagai hadiah kemenangan. 
Ini satu pemahaman bahawa taktik penggalian parit adalah satu strategi yang bakal membuahkan hasil kemenangan pada masa akan datang yang dijanjikan Allah swt.
Al Ahzab ditewaskan dengan pertolongan Allah 
Perjuangan Islam pasti berdepan dengan musuh yang ramai dan bersatu. Walaupun mereka berbeza latarbelakang dan pendirian. Akan tetapi tatkala berdepan dengan Islam mereka mengenepikan perbezaan dan bersatu menentang Islam. 
Fizikal daripada kesatuan mereka menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat mereka. Kemampuan dan keupayaan musuh dengan dana, kelengkapan persenjataan, bilangan anggota yang ramai, pimpinan yang ditonjolkan, semuanya memberikan kelebihan mengatasi lawannya. 
Sebaliknya di pihak Islam serba kekurangan pada fizikal, bilangan anggota yang sedikit, dana yang ala kadar, kekurangan kelengkapan dan lain-lain sudah tentu tiada kelebihan jika dibanding dengan Al Ahzab. 
Namun, pejuang Islam ada Allah. Yakin pada janji-Nya dan pertolongan-Nya. Optimis dengan masa depan Islam. Ingin keredhaan-Nya dan syurga-Nya bukan dunia yang murah dan tiada kekal. 
Pada zahirnya sesiapapun yang melihat pasti akan mengatakan bahawa Islam akan mengalami kekalahan apabila bertembung dengan Al Ahzab. 
Allah swt mengutuskan tenteranya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak mampu dihuraikan dengan lojik akal manusia yang terbatas. Angin kencang dan sejuk menjadi tentera Allah mengalahkan tentera Al Ahzab. 
Begitulah juga PAS yang kini berdepan dengan Al Ahzab moden yang pada zahirnya serba kecanggihan dan keupayaan. Seolah-olahnya PAS langsung tiada peluang untul menang. PAS dilihat oleh pelbagai pihak sebagai lemah dan tiada upaya menghadapi Al Ahzab. 
Maka pada waktu itu, yakinlah bantuan Allah yang tidak mampu dilihat dan diperjelaskan dengan akal fikiran akan didatangkan oleh Allah membela pejuang dan penegak agama-Nya. 
Al Ahzab moden juga akan ditewaskan oleh tentera Allah tanpa sedikitpun kepayahan dan kesulitan di pihak Allah swt. 
Inilah pertolongan Allah swt yang membawa kepada kemenangan yang tidak dijangka sekalipun bilangan musuh adalah 3 kali ganda berbanding kekuatan yang dimiliki Islam.
Beginilah kisah memori kenangan Perang Khandak atau Al-Ahzab yang amat rapat dengan situasi politik yang sedang dialami oleh PAS pada ketika ini. 
Ketahuilah bahawa Al Ahzab tetap wujud sepanjang zaman hingga ke hari kiamat. Hanya yang berbeza adalah orangnya saja, tetapi sikap, perangai dan tindakan mereka adalah serupa dengan apa pernah dialami oleh Islam pada zaman Nabi saw. 
Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 140: "Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid." 
Semoga Allah swt memperkukuhkan kita di atas perjuangan Islam.

Ustaz Najhan Abdul Halim
Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber HD - 12-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
























Jenayah intelek terhadap Allahyarham TG Nik Aziz















SEMALAM PAN mengadakan seminar pemikiran Tok Guru Nik Aziz. Tujuannya ialah untuk menggambarkan parti yang mereka tubuhkan daripada serpihan PAS adalah selaras dengan pemikiran dan direstui Allahyarham Tok Guru. 
Ini merupakan satu manipulasi terhadap pemikiran seorang yang telah tiada di dunia ini. Tok Guru tidak ada kena mengena dengan parti tersebut. Malah Tok Guru terus istiqamah bersama PAS sehingga ke akhir hayatnya. Tok Guru tidak pernah menyeru sesiapa untuk keluar daripada PAS.  Itu adalah fakta semasa hayat beliau. 
Setiap orang berhak mengkaji pemikiran sesiapa pun termasuk pemikiran seorang tokoh yang telah meninggal dunia. Tetapi kita tiada hak menisbahkan sesuatu kepada seorang yang tidak pernah memperkatakannya. 
Kaedah Fiqh menyatakan 
لا ينسب قول لساكت 
"tidak dinisbahkan satu ungkapan pada seorang yang diam".
Berdasarkan kaedah ini tindakan PAN adalah satu jenayah intelek terhadap nama baik Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. 
Pelbagai andaian dibuat dan direka lalu dinisbahkan kepada seorang yang telah tiada di dunia ini 
Ia adalah satu penipuan, cerita rekaan dan pembohongan yang sangat nyata dan keji.
Cerita rekaan ini disebut dalam istilah hadis Nabi sebagai "buhtan" atau cerita rekaan dan pembohongan yang jelas haram hukumnya. 
Antara isi Baiah Aqabah yang pertama antara Nabi SAW dan para Sahabat dari Yathrib 2 tahun sebelum Hijrah ialah 
وَلَا تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ 
"Dan kamu berbaiah (beraku janji) untuk tidak mendatangkan satu (buhtan) cerita rekaan yang kamu reka di kalangan kamu." (Hadis Sahih Bukhari) 
Kata tokoh Ulama Ali al-Qari (meninggal tahun 1014 H) dalam Mirqah al-Mafatih ketika menghuraikan maksud Baiah di atas: "janganlah kamu menisbahkan cerita rekaan itu kepada seseorang berasaskan sangkaan yang rosak" 
Seminar ini telah mencipta pelbagai cerita rekaan dan andaian berasaskan sangkaan yang rosak dan salah lalu dinisbahkan kepada batang tubuh Tok Guru Nik Aziz yang telah pergi ke rahmatullah dan tentu Allahyarham tidak boleh menjawap bagi menafikannya. 
DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Isnin 10 hb April 2017 – HARAKAHDAILY 10/4/2017
Sumber HD -10-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


Pemimpin pakatan harapan naik gila bila RUU 355 dibentang
Posted on Sunday, April 09 @ 16:51:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34415



Penentang RUU 355 tidak memberikan hujah rasional, sebaliknya mereka menentang kerana sentimen, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Katanya, usaha memperkasakan Islam ibarat panah dan petir yang menusuk ke telinga, lalu mereka menutupnya dengan kedua-dua belah tangan kerana ketakutan, malah ada seorang pemimpin pembangkang bagaikan orang gila ketakutan atau dirasuk syaitan apabila pembentangan usul hendak dimulakan.

Beliau berkata, rakyat mahukan kesatuan muslim dengan memperkasakan Islam bagi menyelamatkan negara daripada kebobrokan akhlak dan penyelewengan dengan alternatifnya adalah Islam, bukannya sekular atau sosialis.

Malangnya, kata beliau, apabila Akta 164 dicadangkan oleh kerajaan, mereka, termasuk Ahli Parlimen muslim pakatan harapan, menyokongnya, walaupun rang undang-undang itu bertentangan dengan Perlembagaan dan bercanggah dengan akidah muslim.

“Mereka sudah terlupa bahawa memperkasakan Islam adalah hak rakyat Muslim di negara yang meletakkan Islam Agama Persekutuan dalam peruntukan perlembagaannya. Mereka terlupa untuk menghormati hak ini.

“Mereka cuba melupakan bahawa Mahkamah Syariah adalah mahkamah asal negeri-negeri dalam negara ini. Mereka cuba melupakan bahawa Islam adalah undang-undang asal Tanah Melayu ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Mohd Khairuddin berkata, komponen Barisan Nasional (BN), seperti MIC dan MCA, kini menari mengikut tarian DAP.

“Mereka berlumba untuk menunjukkan siapakah lebih anti kepada RUU 355. Mereka mungkin terlupa dengan pengundi muslim dalam UMNO yang memenangkan mereka di kerusi Parlimen sekarang,” katanya.
Beliau berkata, RUU 355 bertujuan meningkatkan kadar hukuman kepada kesalahan syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di negeri-negeri, khusus untuk umat Islam dan hukuman yang dijatuhkan adalah satu proses pendidikan yang rasional.

“RUU 355 adalah Dakwah. Ia memberi peluang untuk rakyat lebih mengenali Islam dan undang-undang Islam, dan menyedari tanggungjawab memperkasakan Islam dan Mahkamah Syariah di negara ini.

“Ia adalah dakwah yang besar yang sedang masuk jauh ke sanubari setiap muslim di negara ini dan sedang menembusi pasaran baru ke hati-hati bukan Islam.

 Dakwah memerlukan masa dan kesabaran,” katanya.

Dr Mohd Khairuddin berkata, jika RUU 355 dikatakan permainan UMNO, maka mudah sahaja, sokonglah RUU 355 pasti berakhirlah permainan UMNO.


“Jika RUU 355 dikatakan pemecah belah pakatan pembangkang maka mudah sahaja. Sokonglah RUU 355 pasti bersatulah pembangkang. Tsunami Islam bakal menjadi penentu pada PRU ke-14,” katanya.

Sumber TKO - 9-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























RUU 355 adalah dakwah, bersabarlah

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله. 
1. RUU 355 adalah bertujuan meningkatkan kadar hukuman kepada kesalahan Syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di negeri-negeri khusus untuk umat Islam. 
2. Hukuman sebagai satu proses pendidikan adalah suatu yang rasional bagi seorang pelaku kesalahan yang tidak mampu disekat melakukan kesalahan oleh pendidikan berupa nasihat dan peraturan. 
3. PAS telah membentangkan hujah dan rasional RUU 355 di Dewan Rakyat secara rasmi pada 6hb April 2017 menerusi YB Marang dan YB Kota Bharu. Rakyat dan juga ahli parlimen mempunyai ruang masa yang luas untuk meneliti hujahan sebelum perbahasan dibuka nanti di Dewan Rakyat. Insya Allah lebih ramai yang menentang akan berubah menjadi pendukung apabila dakwah dan penjelasan diperluaskan. 
4. RUU 355 adalah Dakwah.  Ia memberi peluang untuk rakyat lebih mengenali Islam dan undang-undang Islam, dan menyedari tanggungjawab memperkasakan Islam dan Mahkamah Syariah di negara ini. Ia adalah dakwah yang besar yang sedang masuk jauh ke sanubari setiap muslim di negara ini dan sedang menembusi pasaran baru ke hati-hati bukan Islam. Dakwah memerlukan masa dan kesabaran. 
5. Namun, penentangan keras oleh ahli parlimen PH di awal usaha pembentangan sehingga lahirnya aksi yang menjengkelkan di Dewan Rakyat seterusnya kenyataan media menolak RUU 355 seusai sidang mengajak rakyat menilai apa sebenarnya rasional penentangan Pakatan Harapan? 
6. Jika RUU 355 dikatakan permainan Umno maka mudah sahaja.  Sokonglah RUU 355 pasti berakhirlah permainan Umno. 
7. Jika RUU 355 dikatakan pemecah belah pakatan pembangkang maka mudah sahaja. Sokonglah RUU 355 pasti bersatulah pembangkang. 
8. Jika dibuat alasan kononnya PH mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah yang menyeluruh bukan hanya pemerkasaan kadar hukuman maka mudah sahaja.  Bawalah usul baru memperkasakan Mahkamah Syariah dan jangan lupa, sokonglah RUU 355 sekarang. 
9. Jika RUU 355 dikatakan menimbulkan polemik di kalangan rakyat maka mudah sahaja. Hentikanlah polemik dengan PH menyokong RUU 355. 
10. Tapi adakah itu semua alasan sebenar penolakan? Tidak. Mereka tiada alasan dan hujah rasional kerana 
- RUU 355 adalah mengikut perlembagaan.
- RUU 355 adalah hak orang Islam.
- RUU 355 tidak melibatkan bukan Islam. 
Mereka tidak menentang RUU kerana hujah rasional. Mereka menentang kerana sentimen. 
11. Sebenarnya PH menari mengikut tarian DAP yang menentang sebarang usaha pemerkasaan Islam dalam negara ini.  ITULAH SEBENARNYA. 
12. Pemerkasaan Islam umpama panah dan petir yang menusuk ke telinga mereka lalu mereka menutup telinga dengan kedua belah tangan kerana ketakutan. 
13. Salah seorang pemimpin pembangkang seumpama orang gila ketakutan atau dirasuk syaitan apabila pembentangan usul mahu dimulakan oleh YB Marang. 
14. Mereka sudah terlupa bahawa memperkasakan Islam adalah hak rakyat Muslim di negara yang meletakkan "Islam Agama Persekutuan" dalam peruntukan perlembagaannya. Mereka terlupa untuk menghormati hak ini. 
15. Mereka cuba melupakan bahawa Mahkamah Syariah adalah mahkamah asal negeri-negeri dalam negara ini. 
16. Mereka cuba melupakan bahawa Islam adalah undang-undang asal Tanah Melayu ini. 
17. Namun, apabila RUU 164 dicadangkan oleh kerajaan mereka berbondong-bondong menyokongnya termasuk oleh Ahli Parlimen Muslim Pakatan harapan.  Meskipun RUU itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan jelas bercanggah dengan akidah muslim. 
18. Malangnya, komponen BN seperti MIC dan MCA juga menari mengikut tarian DAP. Mereka berlumba untuk menunjukkan siapakah lebih anti kepada RUU 355. Mereka mungkin terlupa dengan pengundi muslim dalam Umno yang memenangkan mereka di kerusi parlimen sekarang. 
19. Jika undi menjadi pertaruhan maka RUU 355 menjadi kayu ukur untuk pengundi muslim menilai Pakatan harapan. Usah diharap Islam diperkasakan menerusi Pakatan harapan. Usah berjudi nasib untung rugi Islam.  Ia adalah kemusnahan bagi Islam di negara ini. 
20. Keharmonian bernegara ialah apabila hak orang Islam dihormati oleh bukan Islam di negara yang majoriti muslim,  di negara yang meletakkan Islam Agama Persekutuan,  di negeri-negeri yang agama negerinya adalah Islam dengan Sultan adalah ketua agama. 
21. Tsunami Islam bakal menjadi penentu pada PRU ke-14. Rakyat mendambakan kesatuan muslim atas nama memperkasakan Islam bagi menyelamatkan negara ini daripada kebobrokan akhlak dan penyelewengan dengan alternatifnya adalah ISLAM bukannya sekular atau sosialis. 
Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Ahad 9hb April 2017 - HARAKAHDAILY 9/4/2017
Sumber HD - 9-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 


PAS dah biasa kalah selalu, menang sesekali
Posted on Saturday, April 01 @ 21:33:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34300


Berkemungkinan berdepan pertandingan lebih daripada dua penjuru, PAS tetap optimis menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mengakui parti itu masih cenderung mahu mengelakkan pertandingan tiga atau lebih penjuru, mereka meletakkan harapan kepada sejarah, pengalaman dan penyokong yang ramai.

Malah kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, ada kerusi yang boleh dimenangi parti itu walaupun tanpa mendapat bantuan parti pembangkang lain.

Katanya, PAS benar-benar percaya kemenangan "di tangan Allah".

"Sebab itu Pas tidak kecewa (kalau kalah). Kalah selalu, menang sekali-sekali, tapi kita tidak keluar parti," katanya dalam temu bual disiar Sinar Harian hari ini.

Menjelang PRU ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun depan, PAS bakal membuat keputusan muktamad mengenai hubungan mereka dengan PKR pada muktamar ke-63 parti itu di Alor Setar akhir bulan ini.

Setakat ini parti itu masih terikat dengan tahaluf siyasi dengan PKR walaupun beberapa kawasan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah meluluskan usul supaya hubungan dengan parti berkenaan diputuskan.

Di Selangor pula, PAS dilaporkan bercadang mahu mengambil kembali kerusi yang diberikannya kepada PKR Selangor, termasuk parlimen Gombak yang kini disandang Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

Hubungan antara kedua-dua parti itu juga kelihatan agak tegang baru-baru ini apabila Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta Azmin menggunakan media sosial untuk saling menyindir antara satu sama lain.

Belum ada kata putus

Jika PAS memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik itu, parti terbabit secara umumnya akan bersendirian menghadapi lawan mereka pada PRU ke-14 nanti.

Hubungan mereka dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang dipimpin veteran Umno dan bekas menteri, Tan Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dipercayai tidak akan memberi banyak kesan.

Pada masa sama empat parti utama pembangkang - PRK, DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) - ketika ini sudah bergabung dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Mahfodz berkata, PAS sudah berusaha untuk meneruskan hubungan baik dengan PKR dan BERSATU.

Malah, katanya, di Johor PAS masih ada hubungan dengan PKR.

"Apabila kita ada mesyuarat, dan setiap kali PAS kawasan atau negeri mengadakan ceramah, pasti ada (wakil) PKR dijemput dan terbaru di Ledang pada 22 Februari lepas, malahan PKR diwakili (naib presidennya), Tian Chua. Di Johor, kita tidak ada masalah dengan PKR," katanya.

Beliau yang kini bertugas sebagai pesuruhjaya PAS Johor berkata, jika boleh parti itu mahu meneruskan hubungan yang sedia ada.

Namun jika diputuskan PAS akan bersendirian nanti, kata Mahfodz, ia akan dihadapi sama ada suka atau tidak.

Sementara itu mengulas kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor, Mahfodz berkata, sebenarnya pemimpin parti itu di negeri berkenaan sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

"Kalau keputusan (memutuskan hubungan dengan PKR) sudah dibuat, mereka sanggup meletak jawatan.


"Memang apabila diputuskan PAS Pusat, pimpinan PAS Selangor sedia untuk meletakkan jawatan, tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa keputusan yang muktamad, jadi mereka yang jadi exco dan lain-lain menunggu sehingga ada keputusan," katanya.

Sumber TKO - 1-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Tanggungjawab PAS Bentang RUU 355











Oleh : Khairul Nizam Abdullah

KUALA NERUS – Tugas untuk membentang Pindaan Rang Undang-Undang 355 di parlimen adalah kerja kita PAS dan bukan kerja Umno.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, PAS akan melaksanakan bagi mempastikan Islam itu tertegak di muka bumi Malaysia.

“Oleh kerana itu tugasan yang kita perjuangkan ini insya Allah kita akan bawa minggu depan dalam sidang parlimen,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program ‘Street Dakwah’ anjuran Ameerah Kuala Nerus pada petang Jumaat, 31 Mac di pantai Teluk Ketapang disini.

“Sekarang ini kita kena faham PAS adalah parti yang sedang membina imej yang sangat cantik di mata masyarakat orang Islam terutamanya apabila kita bawa Rang Undang-undang 355 ke parlimen,

“Ia menggambarkan betapa kerja memperkasakan Islam ini memang kerja yang di terajui oleh Parti Islam Semalaysia PAS,” tambahnya.


Sehubungan itu,  beliau berkata, dakwah merupakan kerja yang wajib dibuat dan menjadi sebahagian sifat orang-orang yang beriman.

Bahkan jelasnya, patut ada sekelompok manusia yang mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Yang paling penting kena ada adab-adab bertemu dengan rakyat, kita mulakan dengan bagi salam…….jumpa sesiapapun sebelum bagi risalah,

“dan bertanya khabar dengan mereka kerana kita bawa bukan hanya mesej dengan risalah tapi kita bawa mesej penampilan kita bertemu dengan rakyat,” ujarnya.


Justeru itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ameerah Kuala Nerus yang sangat aktif menjalankan pelbagai program.

“Semua orang tahu pantai Teluk Ketapang adalah pantai yang paling ramai di kunjungi bukan hanya orang Seberang Takir tapi oleh rakyat Terengganu. Pengunjung yang datang pun pelbagai ragam manusia,

“Program ‘Street Dakwah’ pada hari ini adalah untuk menggerakkan kerja-kerja dakwah jadi elok sangatlah kita buat di sini,

“kita tidak mahu dilihat sebagai satu kelompok yang terasing dari masyarakat tapi kita adalah sebahagian daripada masyarakat yang hidup dengan nadi rakyat,” kata beliau.

Sumber BO - 1-4-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Transkripsi ucapan sokongan meminda Akta 355

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على
سيدنا محمد سيد الأولين والآخرين ، وعلى آله وأصحابه ومن دعا بدعوته واتبع سنته وسار على منهاجه إلى يوم الدين،

فرض على المسلمين أن يعملوا على تحكيم شريعة رب العالمين تبارك وتعالى في حياتهم السياسية و الاجتماعية و الاقتصادية و الجنائية
1. Menjadi satu kewajipan ke atas umat Islam berusaha untuk berhukum dengan Syariat Allah, Rabb (Tuhan) semesta alam dalam kehidupan berpolitik, bermasyarakat, berekonomi dan perundangan jenayah mereka.
فالله تبارك وتعالى يقول في محكم  كتابه:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا (65)
2. Allah Taala berfirman dalam Kitab-Nya bermaksud:
"Maka Demi Rabb (Tuhan) kamu! Mereka tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu sebagai hakim pengadilan dalam perkara yang menjadi pertikaian sesama mereka kemudian mereka tidak merasai dalam diri mereka sebarang rasa tidak selesa terhadap apa yang kamu putuskan dan mereka menyerah diri sepenuhnya." Surah al-Nisa' ayat 65

وأولى الجهات المطالبة بتنفيذ أحكام الله و شرع الله تبارك وتعالى مجالس النواب في الدول الإسلامية ،
3. Pihak yang paling utama dituntut untuk melaksanakan hukum-hakam Allah dan Syariat-Nya ialah Dewan-Dewan Perundangan Rakyat di negara-negara Islam.
فالنائب باعتباره عضو هيئة تشريعية واجب عليه أن يسعي إلى تطبيق شريعة الله تبارك وتعالى وأن يعمل على تنفيذ هذه الأحكام بعد تشريعها في مجتمعه
4. Justeru, Wakil Rakyat sebagai anggota badan perundangan adalah wajib ke atasnya berusaha ke arah melaksanakan Syariat Allah dan berusaha melaksanakan hukum-hakamnya selepas ianya menjadi undang-undang dalam masyarakatnya.
والله تبارك وتعالى يقول :
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ
5. Allah Taala berfirman maksudnya:
"Itulah dia batasan-batasan Allah. Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, Dia masukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir dari bawahnya sungai-sungai dalam keadaan mereka kekal di dalamnya dan itulah sebenar-benar kejayaan besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batasan-batasan-Nya, Dia masukkannya ke neraka dalam keadaan dia kekal di dalamnya dan baginya seksaan yang sangat menghina."
Surah al-Nisa ayat 13-14.
وإن شعب ماليزيا  المسلم الذي مضى عليه منذ عهد الاستعمار البريطاني ما يزيد على ستين عاما، هذا الشعب ، نعم ، حقق استقلاله  سنة ١٩٥٧ ، ولكنه يحتاج اليوم إلى خطوة جديدة لتأكيد هذا الاستقلال ، وتأكيد الاستقلال هذا يكون بالتشريع ويكون بتحكيم شرع الله تبارك وتعالى في حياته
6. Rakyat Malaysia beragama Islam yang telah melepasi zaman penjajahan Britain lebih daripada 60 tahun, rakyat Malaysia ini, ya, telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, namun pada hari ini ia memerlukan satu langkah baru untuk mengesahkan dan menegaskan kemerdekaan ini. Penegasan terhadap kemerdekaan ini berlaku menerusi perundangan dan menerusi usaha berhukum dengan Syariat Allah dalam kehidupannya.
إن هذا الشعب الماليزي المسلم الذي نراه نصيرا للمسلمين  في قضاياهم في العالم هو شعب بإذن الله تبارك و تعالى يستحق أن يحكم بشرع الله وهذا الشعب هو نصير لكل من ينادي بتطبيق شرع الله
7. Rakyat Malaysia muslim yang kita lihat menjadi penolong dan pembantu kepada umat Islam dalam pelbagai isu mereka di seluruh dunia merupakan rakyat - dengan izin Allah - yang berhak untuk diperintah dengan Syariat Allah. Rakyat ini merupakan penolong dan pembantu bagi setiap orang yang mendendangkan pelaksanaan Syariat Allah.

وإن إخواننا في الحزب الإسلامي الماليزي الذين أكرمهم الله تبارك وتعالى بحمل أعباء هذه الدعوة الإسلامية برئاسة الشيخ عبد الهادي أوانج جزاه الله خيرا هذا الحزب الذي يقود اليوم معركة في البرلمان لتغيير المادة 355 التي تقف عائقا أمام تطبيق بعض الأحكام الشريعة  الإسلامية،
8. Saudara-saudara kita dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) yang telah dimuliakan oleh Allah bagi memikul tanggungjawab dan bebanan dakwah Islam ini, di bawah kepimpinan Syeikh Abdul Hadi Awang - moga Allah ganjari beliau dengan sebaik-baiknya -, Parti ini yang hari ini memimpin satu usaha perjuangan di Parlimen bagi meminda Akta 355 yang menjadi penghalang kepada pelaksanaan sebahagian hukum-hakam Syariat Islam,

أقول إن على جميع النواب المسلمين بل وغير المسلمين أن يقفوا مع هذا الحزب لتغيير هذه المادة ولتدرج نحو تطبيق شرع الله تبارك وتعالى كي تنعم ماليزيا بدين الله وبشرع الله تبارك وتعالى
9. Saya menyatakan bahawa : menjadi kewajipan ke atas semua wakil rakyat Islam, malah juga wakil rakyat bukan Islam untuk mengambil pendirian bersama-sama parti ini meminda Akta 355 ini dan juga untuk secara beransur-ansur ke arah pelaksanaan Syariat Allah agar Malaysia menikmati agama dan Syariat Allah.
نسأل الله لهذا الشعب المسلم أن يفتح الله له أبواب الرحمات وأن يجعله الله تبارك وتعالى قدوة لبقية شعوبنا الإسلامية.
10. Kita memohon kepada Allah untuk rakyat muslim ini agar Allah bukakan untuk mereka pintu-pintu rahmat dan agar Allah jadikan mereka sebagai contoh ikutan bagi masyarakat Islam yang lain.

والحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين 
Sekian. 
SYEIKH DR HAMMAM SA'ID
Bekas Muraqib Aam, Ekhwan Muslimin Jordan,
bertarikh Sabtu 18 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 29/3/2017

Terjemahan diusahakan oleh:
DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat.
# Dr Hammam Abdul Rahman Said, menjawat jawatan tertinggi iaitu Ketua atau Muraqib Aam, Ekhwan Muslimin bagi 2 penggal sejak 2008 - 2016.
- Beliau juga bekas Ahli Parlimen Jordan 1989-1997.
- Dilahirkan pada tahun 1944.
- Diiktiraf sebagai tokoh ulamak Jordan di bidang Hadis.
- Beliau merupakan bekas Ahli Akademik yang pernah menjawat jawatan Profesor di Fakulti Syariah, University of Jordan sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen
Sumber HD - 29-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

























Hargai polis yang telah berjasa

SEMOGA semua anggota polis sentiasa dirahmati Allah atas segala pengorbanan mereka menjaga keselamatan dalam negara. 
Sangat malang di saat mereka menyambut Hari Polis ke-210, Timbalan Menteri menghadiahkan mereka dengan ancaman "Hutang Polis dipantau". 
Kenyataan ini tidak kena pada waktunya di saat mereka bergelut dengan tahap gaji sederhana. 
Anggota polis mengharapkan agar satu hadiah yang boleh melegakan mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi. 
Anggota polis mahu agar berek polis diurus selia dengan baik agar mereka tidak perlu menyewa rumah di luar. 
Mereka mengharapkan agar segala tuntutan kewangan mereka dibayar dengan segera tanpa tangguh. 
Mereka mahu agar disediakan pusat pendidikan pra sekolah agar mereka tidak perlu menghantar anak ke luar yang menambahkan bebanan kewangan mereka. 
Mereka mahukan semakan semula kenaikan gaji yang sesuai dengan pertambahan kos sara hidup dan GST yang menekan mereka. 
Mereka mengharapkan elaun seumpama BRIM yang sesuai untuk anggota polis yang berkorban masa menjaga keselamatan rakyat. 
Mereka harap agar lebihan masa kerja mereka dihargai. 
Mereka mahu agar hak mereka untuk bercuti seperti mana penjawat awam lain diberikan dan bukan dibekukan. 
Mereka bergadai nyawa untuk rakyat Malaysia maka apakah pula ganjaran kita untuk mereka? 
Selamatkan anggota polis daripada bebanan kewangan dengan menyediakan gaji, elaun, kemudahan dan kebajikan terbaik untuk mereka. 
Mereka adalah "murabitun" dan "mujahidun" para pejuang yang mewakafkan nyawa dan jasad mereka untuk kebaikan rakyat negara ini. 
SELAMAT MENYAMBUT PERINGATAN HARI POLIS KE-210 
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
25 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 25/3/2017
Sumber HD 25-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Memahami Perjuangan PAS; Kerjasama Politik, Redha Allah Dan Nasihat











Oleh : Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

1. PAS sebagai parti politik Islam mempunyai kayu ukur dan neraca tersendiri dalam menentu dan menilai matlamat dan hala tuju perjuangan.

2. Kayu ukurnya ialah ISLAM yang rujukannya adalah al-Quran dan Sunnah. Justeru, tentulah ia berbeza daripada kayu ukur dan neraca parti politik lain.

3. Oleh itu sangat silap apabila seseorang menilai PAS menerusi kaca mata matlamat dan hala tuju perjuangan parti politik yang tidak berteraskan al-Quran dan Sunnah.

4. Dan terlebih silap jika ada ahli PAS yang mahu PAS mengikut cara fikir, matlamat, hala tuju serta strategi parti seperti DAP, PKR, PAN, PBBM sementelah lagi UMNO.

5. PAS meyakini bahawa matlamat perjuangan politiknya ialah agar negara ini berjaya diperintah berdasarkan prinsip dan dasar pemerintahan Islam kerana hanya Islam yang boleh menjamin hak dan keselamatan seluruh rakyat dan agar dakwah Islam dapat disampaikan kepada seluruh umat manusia.

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ 

“Dan hendaklah kamu memerintah di kalangan manusia dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka..”

(Surah al-Ma’idah ayat 49)

6. Sebarang kerjasama politik untuk berkuasa dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan hendaklah dengan tujuan mencapai matlamat tersebut.

7. Tiada sebarang kerjasama dengan mereka yang menentang agenda perjuangan ini kerana ia adalah kerjasama atas dasar dosa dan kezaliman yang diharamkan oleh Islam.

8. Juga tiada ruang kerjasama dengan sesiapa yang bersama dengan pihak yang menentang perjuangan ini.

9. Dalilnya ialah apabila seorang lelaki syirik memohon perlindungan dan keselamatan daripada pedang Nabi saw setelah dia sendiri sebelumnya meletakkan mata pedangnya di tengkuk Nabi saw, baginda menerimanya apabila dia berjanji:

أُعَاهِدُكَ عَلَى أَنْ لَا أُقَاتِلَكَ وَلَا أَكُونَ مَعَ قَوْمٍ يُقَاتِلُونَكَ

“Saya berjanji kepada kamu agar tidak memerangi kamu dan tidak berada bersama kelompok yang sedang memerangi kamu”

(Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim)

10. Maka sesiapa yang menentang matlamat perjuangan ini maka dia berpotensi menjadi musuh walaupun dalam masa yang sama dia juga adalah sasaran dakwah PAS.

11. Atas tujuan dan matlamat menegakkan Islam, ahli-ahli PAS meyakini bahawa segala sumbangan tenaga, masa dan harta yang mereka korbankan adalah sebahagian jihad di jalan Allah yang akan diganjari dengan syurga oleh Allah.

Allah berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

“Sebenar-benar mukmin adalah mereka yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka di jalan Allah….”

(Surah al-Hujurat ayat 15)

12. Sebagai parti politik, PAS menyertai pilihanraya tanpa jemu sama ada menang atau kalah sejak 1955 sebelum merdeka sehingga pilihanraya ke 13 selepas merdeka pada 2013.

13. Sekiranya kemenangan berpilihanraya belum diperolehi maka kerja dakwah dan nasihat kepada pemerintah dan rakyat berkonsepkan Amar Makruf Nahi Mungkar diteruskan sehingga menanti pilihanraya seterusnya.

14. NASIHAT kepada pemerintah dan rakyat adalah tanggungjawab beragama sebagaimana hadis Nabi saw

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ 

“Sebenar-benar Agama itu adalah Nasihat.”

Kami (sahabat) bertanya: “untuk siapa?” Baginda menjelaskan: “untuk Allah, untuk Kitab-Nya, untuk Rasul-Nya, untuk pemerintah orang beriman dan untuk orang awam mereka”
(Hadis riwayat Muslim)

15. Nasihat juga adalah syiar dakwah para Nabi sebagaimana kata Nabi Nuh

قَالَ يَا قَوْمِ لَيْسَ بِي ضَلَالَةٌ وَلَٰكِنِّي رَسُولٌ مِّن رَّبِّ الْعَالَمِينَ أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنصَحُ لَكُمْ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

“Berkata Nuh; wahai kaumku. Tidak ada padaku sebarang kesesatan tetapi aku adalah seorang utusan daripada Rabb Tuhan semesta alam. Aku menyampaikan risalah-risalah Rabbku dan aku memberi nasihat untuk kamu dan aku tahu daripada Allah sesuatu yang kamu tidak tahu”
(Surah al-A’raf ayat 61-62)

16. Nabi Hud juga memperingatkan kaum baginda tentang kedudukan baginda sebagai PENASIHAT apabila baginda dituduh sebagai bodoh.

أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَأَنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أَمِينٌ

“Aku menyampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb Tuhanku dan aku bagi kamu semua adalah seorang PENASIHAT yang amanah”
(Surah al-A’raf ayat 68)

17. Nabi Soleh memperingatkan kaumnya yang tidak menyukai baginda sebagai penasihat:

وَقَالَ يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالَةَ رَبِّي وَنَصَحْتُ لَكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُحِبُّونَ النَّاصِحِينَ

“Dan Soleh berkata; wahai kaumku. Sememangnya aku telah menyampaikan kepada kamu risalah Rabb Tuhanku dan aku telah memberi nasihat untuk kamu tetapi kamu tidak suka para penasihat”
(Surah al-A’raf ayat 79)

18. Nabi Syuaib juga menegaskan baginda telah menasihati kaum.baginda:

وَقَالَ يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي وَنَصَحْتُ لَكُمْ ۖ فَكَيْفَ آسَىٰ عَلَىٰ قَوْمٍ كَافِرِينَ (93)

“dan Syuaib berkata: wahai kaumku. Sememangnya aku telah menyampaikan kepada kamu risalah-risalah Rabb Tuhanku dan aku telah memberi nasihat untuk kamu…. ”
(Surah al-A’raf ayat 93)

19. Peringatan bahawa PAS sebagai penasihat kepada rakyat dan pemerintah yang menyeleweng sebagaimana sunnah para nabi mungkin diketawakan oleh politikus duniawi yang tidak merujuk kepada sumber al-Quran dan Sunnah.

20. Apabila kemenangan diperolehi, menerusi jawatan sebagai wakil rakyat, ia dijadikan medium untuk menyampaikan pandangan dan nasihat serta teguran di parlimen atau dewan undangan negeri.

21. Sekiranya kemenangan berpilihanraya diperolehi sehingga berjaya memerintah negeri maka ia digunakan sepenuhnya untuk menjalankan tanggungjawab pemerintah Islam iaitu “menegakkan agama dan mentadbir negeri dengan prinsip-prinsip agama”.

22. Matlamat akhir daripada semua usaha perjuangan ini sama ada menang berkuasa atau kalah dalam pilihanraya ialah mencari REDHA Allah.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ رَءُوفٌ بِالْعِبَادِ

“dan ada di kalangan manusia orang yang menjual dirinya kerana mencari REDHA ALLAH sedang Allah itu Maha lembut lagi penyayang terhadap hamba-hamba”
(Surah al-Baqarah ayat 207)

23. Matlamat kemuncak mencapai REDHA Allah mungkin juga diketawakan oleh mereka yang berpolitik hanya untuk dunia dan berpolitik hanya untuk berkuasa semata-mata tanpa pertimbangan syurga dan neraka.

24. Atas kefahaman ini maka ahli PAS tidak pernah kecewa jika kalah dalam pilihanraya. Mereka bersabar atas kekalahan dan meneruskan perjuangan menyampaikan dakwah dan menegur serta menentang kezaliman pemerintah semasa sehinggalah menanti pilihanraya seterusnya.
25. Inilah perjuangan PAS yang tersohor.

Sumber BO - 18-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Tentang Rasuah Bukan Hanya Manifesto Pilihanraya












KUALA TERENGGANU – Menentang rasuah bukan hanya ungkapan di lidah atau kata-kata bertulis sebagai manifesto pilihan raya.

Sebaliknya kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, penentangan terhadap rasuah adalah keyakinan di hati yang dijelmakan dengan perlakuan apabila diberikan kuasa.

“27 tahun Pas memerintah Kelantan, Alhamdulillah belum ada satu kes rasuah dapat dipalitkan.

“Apa rahsianya? Rahsianya ialah keimanan pemimpinnya terhadap haramnya rasuah dan pertimbangan syurga dan pahala dalam semua tindakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi pendapat beliau, rasuah adalah penyakit mereka yang berkuasa melainkan mereka yang beriman dengan syurga dan neraka.

“Parti yang dilihat kononnya menentang rasuah juga terlibat dengan rasuah apabila berkuasa kerana tiada iman kepada syurga dan neraka,” ujarnya lagi

Sumber BO - 18-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Amanah dan Pakatan Harapan yang ‘cerca’ kami, kata PAS
Posted on Tuesday, March 14 @ 16:11:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34015


Oleh Mohamad Fadli

PETALING JAYA: PAS hari ini berkata, kritikan terhadap sesetengah individu pada ceramah bukan bersifat “cercaan”, sebaliknya mereka sekadar menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepada parti Islam itu.


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, partinya tidak pernah mencerca atau menghina seseorang individu.


“Yang jahat dibalas dengan cara sama. Mungkin ada 1 atau 2 individu di dalam PAS yang terlajak, tetapi bukan keseluruhan.

“Tak boleh ukur PAS dengan 1 orang atau 2 di dalam PAS, tetapi perlu lihat PAS secara keseluruhannya. Kalau ada cerca di dalam ceramah PAS, itu bukan polisi PAS,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas nasihat penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff semalam supaya PAS mengubah pendekatan mereka, iaitu ceramah yang sarat dengan cercaan, jika mahu terus kekal memerintah Kelantan.

Agus berkata, pendekatan PAS berbeza dengan Umno, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lebih lembut, kemas dan bersifat pujukan.

Khairuddin berkata, PAS menerima pandangan Agus dengan hati terbuka, tetapi beranggapan pensyarah kanan sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mungkin menerima maklumat salah.

“Yang kritik, hentam dan buat macam-macam angkara terhadap kerajaan PAS dan PAS Kelantan itu Amanah dan Pakatan Harapan (PH).

“Lihat PH yang saban hari cerca PAS, tuduhan pakat dengan Umno, sokong Umno, jadi tongkat Umno, sokong rasuah Umno dan panjangkan hayat Umno.

“PAS Kelantan jalan macam biasa dan kita bawa pendekatan politik matang dan sejahtera,” katanya.

Khairuddin turut menjelaskan kritikan terhadap bekas naib presiden PAS yang sudah menyertai Amanah, Datuk Husam Musa pada ceramah parti Islam itu di Kelantan, bulan lalu, disebabkan penasihat Amanah Kelantan itu menyerang kerajaan negeri Kelantan dengan pelbagai tuduhan.

“Takkan ahli PAS Kelantan dan kepimpinan PAS nak berpeluk tubuh dan diam sahaja. PAS akan jawab bila ada tuduhan jahat. Yang jahat dibalas dengan cara sama atau seumpamanya,” katanya.

PAS sebelum ini memutuskan hubungan dengan DAP yang membantah usul rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.

Pakatan Rakyat (PR) kemudiannya terkubur dan parti serpihan PAS, iaitu Amanah ditubuhkan.-FMT

Sumber TKO - 15-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Wanita dalam Islam

WANITA dalam sebuah masyarakat merupakan gandingan kepada lelaki dalam melaksanakan tanggungjawab kemasyarakatan. Dalam sebuah institusi perkahwinan wanita adalah isteri yang perlu diberikan naungan nafkah dan kasih-sayang. Dalam sebuah isntitusi kekeluargaan dia adalah ibu yang perlu diberikan keutamaan untuk didampingi oleh si anak. 
Wanita Sebagai Anggota Masyarakat 
Wanita sebagai anggota masyarakat adalah rakan gandingan bagi lelaki dalam melaksanakan tugasan kemasyarakatan seperti amar makruf nahi mungkar.
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ
"Dan orang beriman lelaki dan perempuan mereka adalah pembantu yang berganding bahu antara satu sama lain. Mereka menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Mereka menegakkan solat, menunaikan zakat dan mentaati Allah dan Rasul-Nya." (Surah al-Taubah ayat 71) 
Di zaman Nabi saw para wanita seperti Ummu 'Atiyyah dan Ummu Sulaim terlibat dalam peperangan sebagai  jururawat yang menguruskan pejuang yang luka, penyedia makanan dan juga sebagai pejuang sendiri. (Hadis Muslim) 
Wanita Bekerjaya 
Wanita juga bekerjaya membantu suami dalam pekerjaan. Asma' binti Abu Bakar menceritakan bagaimana beliau membantu suami, Zubair bin al-Awwam, yang belum berharta di awal perkahwinan dalam pekerjaan menternak binatang, menimba air minuman dan mengangkut kurma. (Hadis Bukhari dan Muslim) 
Seorang wanita bernama Raitoh isteri kepada Abdullah bin Mas'ud bekerjaya dalam kraftangan. Beliau membantu belanja suaminya dan anaknya hasil usaha tangannya. (Hadis riwayat Ahmad) 
Ibu saudara Jabir bin Abdillah mengadu kepada Baginda saw kerana beliau dihalang oleh seorang lelaki untuk keluar bekerja memungut buah kurma miliknya selepas menjanda. Baginda saw bersabda: pergilah kamu memotong buahan kamu. Barangkali kamu dapat bersedekah dan melakukan yang makruf" (Hadis riwayat Muslim) 
Isteri-isteri Nabi saw seperti Aisyah dan Ummu Salamah mengajar para wanita dan menjadi tempat rujuk dan panduan mereka dalam kehidupan. 
Wanita Sebagai Isteri 
Wanita sebagai isteri adalah teman hidup bagi lelaki. Mereka diberi hak untuk dilindungi oleh lelaki bergelar suami dengan nafkah kediaman dan makan minum. 
Demikianlah Allah berfirman:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ
"Lelaki-lelaki adalah tonggak pengemudi terhadap wanita-wanita disebabkan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada sebahagian mereka berbanding sebahagian yang lain dan disebabkan apa yang mereka belanjakan daripada harta mereka.." (Surah al-Nisa' ayat 34) 
Suami wajib memberikan nafkah makan dan minum kepada isteri atas tugasan besar antaranya melahirkan anak. Allah berfirman:
وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ
"Dan menjadi kewajipan atas suami yang dilahirkan anak untuknya menyediakan rezki kepada perempuan yang melahirkan anak dan memberi pakaian kepada mereka dengan cara yang makruf." (Surah al-Baqarah ayat 233) 
Mereka adalah pasangan berkasih dan sayang dalam sebuah institusi perkahwinan.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (21)
"Dan antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia mencipta untuk kamu daripada diri kamu pasangan-pasangan untuk kamu beroleh ketenangan dengan bersama mereka dan Dia jadikan antara kamu kasih sayang dan kasihan belas..." (Surah al-Rum ayat 21)
Mereka berhak mendapat layanan terbaik sebagai teman hidup. 
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
"Dan bergaullah dengan mereka dengan cara baik (makruf) maka sekiranya kamu membenci mereka maka barangkali kamu bencikan sesuatu sedang Allah jadikan padanya kebaikan yang banyak". (Surah al-Nisa' ayat 19) 
Jika mahu dilepaskan mereka daripada ikatan perkahwinan maka lepaskanlah mereka dengan cara yang baik
وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النَّسَاء فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ سَرِّحُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَلاَ تُمْسِكُوهُنَّ ضِرَاراً لَّتَعْتَدُواْ
"Dan apabila kamu mencerai wanita-wanita lalu sampai pada mereka tempoh mereka maka peganglah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan janganlah kamu memegang mereka kerana tujuan memudaratkan agar mereka terus beriddah.." (Surah al-Baqarah ayat 231) 
Wanita Sebagai Ibu 
Wanita sebagai ibu diberikan hak utama untuk ditemani oleh seorang anak diikuti dengan bapa. Nabi saw ditanya:
 مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk mendapatkan dampingan yang baik dariku?  
Baginda saw menegaskan: "Ibu kamu."
Dia bertanya lagi: Kemudian siapa?
Baginda menjawab: "Kemudian ibu kamu."
Dia bertanya lagi: Kemudian siapa Baginda menjawab: "Kemudian ibu kamu.
Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: "Kemudian bapa kamu." (Hadis Sahih Bukhari) 
Demikianlah Islam memelihara hak wanita dalam sebuah masyarakat.
Rabu 8hb Mac 2017 - HARAKAHDAILY 8/3/2017
Sumber HD - 8-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
























Ramai manusia disesatkan oleh syaitan

FIRMAN Allah:
ولقد أضل منكم جبلا كثيرا أفلم تكونوا تعقلون
Maksudnya: Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu, (setelah mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf. (Surah Yaasin: ayat 62) 
Syaitan bekerja keras siang dan malam memalingkan manusia dari jalan Allah dalam menegakkan Islam dan kemuncak harapan makhluk yang penuh tipu helah. 
Ia akan terus berusaha untuk mencampakkan manusia ke lembah kemaksiatan walaupun gagal mengeluarkan manusia dari agama Islam dengan pelbagai hasutan demi hasutan dari bisikan penuh keindahan dan kebaikan disebabkan ramai yang gugur hingga tidak dapat dibilang dengan jari jemari. 
Bermula dari seorang individu, masyarakat hingga kepada pemerintah, kejayaan yang penuh bergaya cuba direncanakan iblis. 
Siapa yang tidak mengenali Abu Jahal, Abu Lahab, penduduk Anthokiah, Firaun, Raja Namrud dan ramai lagi yang termakan hasutan syaitan. 
Strategi yang memperindahkan sesuatu perbuatan sebenarnya bertentangan dengan syariat Islam sehingga nampak bagus di mata dan dapat diterima oleh manusia. 
Firman Allah:
فلولا إذ جآءهم بأسناتضرعوا ولكن قست قلوبهم وزين لهم الشيطان ما كانوا يعملون
Maksudnya: Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang seksaan Kami kepada mereka,bahkan hati mereka telah menjadi  keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebaikan apa yang selalu mereka lakukan. (Surah Al-An'am: 43) 
Oleh itu, berilah sokongan yang tidak berbelah bagi RUU 355 yang di bawa oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bagi kebaikan umat Islam, memperkasakan mahkamah syariah agar institusi ini dapat memberi suatu impak yang positif kepada umat Islam. 
Kepada pihak yang keliru dan menentang kebaikan ini cukuplah kerana tidak tanduk dan perbuatan kalian akan menjadi saksi dihadapan Allah SWT  di hari pembalasan.
Bagi yang menyokong dan mengajak orang ramai untuk memberi sokongan kepada RUU 355 yakinlah dan percaya Allah akan memberi ganjaran kepada kita.
Sabda Rasulullah SAW:
 الدال على خير كفاعله
Orang yang menyuruh membuat kebaikan pahalanya seperti orang yang melakukannya. (Riwayat Bukhari) 
Disediakan oleh:
Ustaz Hasri Hamdan
AJK Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
6 Mac 2017 / 7 Jamadil Akhir 1438 - HARAKAHDAILY 6/3/2017
Sumber HD - 6-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
























Perbincangan ilmu dan mahabbah bersama Dr Asri

PERBINCANGAN antara saya dan Dr Asri semalam di Kangar pada 3 Mac 2017 berhubung pindaan Akta 355 merumuskan beberapa perkara: 
1. Cadangan peningkatan hukuman kesalahan Syariah bersifat takzir kepada 30 tahun penjara dan 100 ribu denda tidak dipersetujui oleh beliau dengan alasan dan hujah tersendiri. 
2. Adapun PAS mempunyai rasional dan hujah tersendiri dalam mencadangkan hukuman 30 tahun penjara dan 100k denda sebagaimana juga pandangan mereka yang terlibat dalam sistem perundangan Islam di Malaysia. Namun, tulisan ini bukan ruang untuk perbahasan tersebut. 
3. Beliau bersetuju bahawa Akta 355 perlu dipinda pada kadar hukuman 6 kali sebatan ke 100 kali sebatan Syarie sebagaimana tuntutan al-Quran dan Sunnah. 100 sebatan pula perlu dihadkan kepada kesalahan minum arak, Qazaf dan Zina sahaja. 
Saya mengambil positif atas persetujuan bersama bahawa Akta 355 perlu dipinda pada kadar sebatan 6 kepada 100 sebatan pada 3 kesalahan tersebut. 
Adapun perincian jenis hukuman lebih daripada itu nanti adalah melibatkan pindaan Enakmen di negeri-negeri nanti menerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing. Akta 355 hanyalah akta ibu yang akan membuka laluan kepada negeri-negeri untuk membuat sebarang perubahan dalam enakmen sedia ada, berdasarkan keperluan dan tentunya mesti mendapat perkenan daripada DYMM Sultan di negeri masing-masing. 
Semoga perbincangan ini memberi manfaat kepada umat Islam dalam memahami usaha meminda Akta 355. 
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Sabtu 4 Mac 2017 - HARAKAHDAILY 4/3/2017

Sumber HD - 4-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Saya sayang anta - Dr Mohd Khairuddin
Posted on Saturday, March 04 @ 07:22:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33827



Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menganggap isu debatnnya dengan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin tidak lagi berbangkit, selepas pertemuan empat mata di Kangar pagi tadi.

Khairuddin berkata, Asri menjelaskan bersetuju dengan cadangan pindaan PAS tetapi “mempunyai pandangan tersendiri berhubung cadangan pindaan lain”, lapor BH.

Di tengah-tengah kehangatan isu debat kedua-dua pihak, Khairuddin hari ini mengunjungi Asri di rumahnya di Kangar – pertemuan yang digambarkan penuh mesra.

Isu itu bermula apabila Khairuddin dalam ceramah di Kelantan kira-kira tiga minggu lalu mengkritik Asri sebagai “pening” kerana tidak sependapat dalam itu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Anggota parlimen Kuala Nerus juga berkata kepala mufti patut “disekeh” jika beranggapan undang-undang itu, yang juga dikenali sebagai Akta 355, tidak wajib dipinda.

Khairuddin mencabar sesiapa sahaja berdepan dengannya. Asri bagaimanapun menolak debat itu dan memilih Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berkongsi pentas dengannya.

Sementara itu, mengulas kenyataannya yang mahu “menyekeh” kepada mufti jika beranggapan pindaan akta itu tidak wajib, Khairuddin berkata perkataan itu hanyalah “bidalan” bagi orang Terengganu.

"Saya berceramah pada 12 Februari lalu di Kelantan dan sehari selepas itu, Dr Asri menghantar mesej peribadi menerusi WhatsApp kepada saya menjelaskan pendirian beliau dalam isu pindaan Akta 355...

“Saya beritahu kepada beliau `saya sayang anta (awak) kerana Allah... kemudian klip video itu mula disebarkan pada 26 Februari lalu'," beliau dipetik sebagai berkata.

Asri sebelum ini menjelaskan beliau menolak sikap kafir mengafir, memaki hamun atau melemparkan pelbagai gelaran kepada pihak yang tidak sependapat dengan cadangan pindaan PAS.

Beliau juga berkata bercakap soal keutamaan lain berbanding pindaan akta itu, seperti menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam.

Sumber TKO - 4-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Kerajaan Patut Kongsi Pendapatan Dengan Rakyat, Bukan Naikkan Harga Gula












Walaupun kenaikan harga gula pasir putih bertapis kasar pada Mac 2017 hanya 11 sen, lebih rendah berbanding kenaikan pada Januari, Julai dan Disember 2010 serta pada 2011, 2012 dan 2013 yang mencatatkan kenaikan antara 20 sen sehingga mencecah 34 sen sekilogram, namun mengambilkira nilai semasa pertukaran Ringgit berbanding US Dollar sekarang ini, ia adalah merupakan kenaikan tertinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Disebabkan berlakunya susut nilai Ringgit ditambah lagi dengan kenaikan pelbagai kos sara hidup dan pelaksanaan GST, 11 sen bukanlah suatu nilai yang kecil untuk ditanggung oleh pengguna dan peniaga-peniaga atau pengeluar produk makanan.


Keadaan ini pasti menjadikan peniaga-peniaga atau pengeluar produk makanan ini terpaksa memilih untuk menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual mereka. Sekali lagi, tambahan harga ini perlu ditanggung oleh pengguna. Lebih malang, pasti ada pihak yang akan mengambil kesempatan di atas kenaikan harga ini.

Berbeza dengan sebelum ini Kerajaan menjadikan alasan mengelak komplikasi seperti penyakit jantung, mengurangkan risiko menghidap diabetes dan rasionalisasi subsidi bagi mewajarkan kenaikan harga gula, kali ini Kerajaan memberikan alasan kenaikan harga gula mentah dunia bagi memunasabahkan kenaikan ini.

Tanpa menafikan hal tersebut, namun dalam keadaan MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) iaitu anak syarikat kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang merupakan sebuah GLC menjadi sebagai peneraju pengeluar gula bertapis terbesar di negara ini apabila mencatatkan hasil keuntungan yang kukuh dan pertumbuhan pendapatan yang mengkagumkan dalam sejarah 51 tahun syarikat seperti yang diumumkan pada 2016, Kerajaan sepatutnya berkongsi hasil lumayan ini dengan rakyat bukannya membebankan rakyat dengan kenaikan harga gula.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Jumaat 3 Mac 2017

Sumber BO - 3-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Khairuddin mahu berdepan Asri dulu, baru Rozaimi
Posted on Thursday, March 02 @ 22:56:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33811



Dalam perkembangan terbaru, Khairuddin dikatakan bersedia berhujah dengan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin terlebih dahulu bagi membahaskan perkara itu.

Bagaimanapun Asri pula cuba mengelak dan kononnya lebih berminat berdepan pemimpin tertinggi parti itu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Wakil peribadi Khairuddin, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, diskusi ilmiah dan terbuka elok diadakan antara Khairuddin dan Asri memandangkan kedua-dua mereka dilihat berbeza pandangan.
Perkara itu, kata Nurul Islam, bagi “merungkai sudut pandang bersama dan berbeza dalam isu ini untuk kefahaman bersama masyarakat Islam”.

“Diskusi ini membuka ruang untuk setiap pihak menyampaikan sudut pandang mereka secara ilmu atas semangat ukhuwah islamiah dengan tujuan yang satu iaitu agar Islam dan dakwah Islam sentiasa diperkukuhkan dalam negara ini,” katanya.

Dalam kenyataannya petang ini, Nurul Islam berkata, acara bersama pensyarah fikah dan usul fiqh Dr Rozaimi Ramle pula dalam isu yang sama boleh diadakan selepas itu.

Isu debat itu muncul selepas Rozaimi tampil menyahut cabaran debat Khairuddin yang mencabar mana-mana pihak yang tidak sependapat dalam isu pindaan Akta 355 untuk berbahas perkara itu.

Bercakap dalam ceramah di Kelantan lebih dua minggu lalu, Khairuddin berkata mahu “menyekeh” kepala mufti jika menyifatkan usaha PAS itu sunat, bukan wajib.

Menyebut mufti Perlis secara khusus, beliau juga menyifatkan sahabat, kawan baik itu “pening” serta menjadi modal kepada penentang RUU355.

Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini, Nurul Islam juga berkata sedang menyusun banyak lagi dialog dengan pelbagai pihak berkaitan agenda PAS itu.

“Kita akan susun semua selepas ini atau kita akan rangkumkan dalam satu program bagi menjimatkan masa,” katanya.

Sumber TKO - 2-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Wajar adakan diskusi ilmiah Dr Asri – Dr Khairuddin

SEGALA puji bagi Allah. Solawat dan salam buat Rasulillah SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda dan sesiapa yang mengikut sunnah baginda sehingga ke hari Kiamat. 
1.Pindaan Akta 355 Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965 adalah satu kewajipan beragama setiap muslim bagi membolehkan beberapa Kesalahan Syariah di Mahkamah Syariah dihukum berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Fakta ini sentiasa ditegaskan oleh Datuk Dr Khairuddin at-Takiri dalam tulisan dan ucapan beliau. 
2.Oleh sebab antara yang dilihat berbeza pandangan dalam isu ini ialah Sohibussamahah Datuk Dr Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis maka satu diskusi ilmiyah sangat elok diadakan secara terbuka antara Dr Khairuddin dan Dr Asri bagi merungkaikan sudut pandang bersama dan berbeza dalam isu ini untuk kefahaman bersama masyarakat Islam. 
3. Diskusi ini membuka ruang untuk setiap pihak menyampaikan sudut pandang mereka secara ilmu atas semangat ukhuwah islamiyah dengan tujuan yang satu iaitu agar Islam dan dakwah Islam sentiasa diperkukuhkan dalam negara ini. 
4. Diskusi ilmu bersama Dr Rozaimi dalam isu yang sama boleh diadakan selepas pada itu. 
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Wakil Peribadi
Datuk Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri - HARAKAHDAILY 2/3/2017
Sumber HD - 2-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Terus berbicara tentang pindaan Akta 355

SEBAGAIMANA saya tegaskan dalam banyak tulisan dan ucapan saya, meminda "Akta 355 Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965" adalah kewajipan bersama seluruh umat Islam. Hal ini kerana Akta 355 sekarang menghalang beberapa kesalahan Syariah di Mahkamah Syariah di negeri-negeri daripada dihukum berdasarkan kehendak al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. 
Jangan merasa pelik jika ada yang menentang usaha ini kerana kurang memahaminya atau kerana agenda peribadi atau kerana sengaja mengelirukan masyarakat tentangnya.
Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 49: 
وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ 
"Dan berhukumlah di kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut kehendak hawa nafsu mereka". 
Ayat ini mewajibkan umat Islam khususnya pemerintah memerintah dan menghukum berdasarkan apa yang Allah turunkan. Dalam masa yang sama memperingatkan seluruh umat Islam agar jangan mengikut kehendak dan keinginan mereka yang menentang usaha menegakkan hukum Allah. 
Seterusnya Allah memperingatkan pula
وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ
"Dan berwaspadalah terhadap mereka bimbang mereka melakukan "fitnah" memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah kepada kamu"
Jika mereka tidak berjaya memalingkan umat daripada keseluruhan Islam cukuplah jika berjaya pada sebahagiannya.

Teruskan penerangan tanpa jemu.
Dr Khairuddin at-Takiri
1hb Mac 2017
Sumber HD -1-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
























Wacana: Dr Khairuddin setuju Dr Asri belum lagi

DALAM laporan Malaysiakini bertarikh 28 Februari 2017 bertajuk “Debat elak Khairuddin dilabel jaguh kampong”, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik, dipetik sebagai menggesa Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, menerima pelawaan debat dengan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaimi Ramle mengenai isu pindaan Akta 355. 
Dakwa Maszlee di dalam kenyataannya, ceramah politik sehala biasanya menjadi medan para ulama PAS seperti Khairuddin dan lain-lain untuk mengutuk lawan mereka tanpa adanya akauntibiliti dan semak imbang. Dakwa beliau lagi, para ulama PAS sewenangnya menghentam, mengugut, menghina mana-mana individu yang tidak sehaluan dan tidak sealiran dengan mereka terutamanya dalam isu pindaan Akta 355.
Maszlee seterusnya menyebut, “Ruang debat, dialog atau forum lebih sesuai untuk memastikan ketepatan fakta, integriti dan profesionalisme”. Tambah beliau, “Jika Khairuddin melarikan diri daripada berdialog (mengenai isu pindaan Akta 355 dengan Rozaimi), ia hanya akan memberikan kesan buruk dan titik hitam dalam lipatan sejarah hidupnya kerana beliau akan dilihat hanya berani sebagai jaguh kampung sahaja." 
Saya telah mendengar rakaman video ucapan Khairuddin di Pantai Geting, Tumpat, pada 12 Februari 2017 dalam mana beliau menyelar Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kerana mengeluarkan kenyataan yang “menjadi modal” kepada golongan yang menentang pindaan Akta 355, khususnya kenyataannya bahawa pindaan ini “bukan hukum Tuhan” dan “nak bantah pun tak apa kalau tak setuju”. 
Khairuddin seterusnya menyebut bahawa pindaan Akta 355 ini wajib dilaksanakan dan wajib disokong kerana bila diluluskan ia, yang membolehkan hukuman 100 sebatan dilaksanakan, akan “membolehkan tiga undang-undang jenayah Islam dihukum berdasarkan al-Qur’an dan Sunnah Nabi”, iaitu hukuman syurb @ minum arak (40 sebatan), hukuman qazaf (80 sebatan) dan hukuman zina ghairu muhsan (100 sebatan).
Selanjutnya Khairuddin menyatakan kesediaan beliau untuk berhujah dengan sesiapa sahaja yang menyatakan bahawa pindaan Akta 355 ini adalah tidak wajib. Lanjutan itu, Rozaimi di dalam posting facebooknya pada 25 Februari 2017 menulis kesediaan beliau menerima tawaran Khairuddin untuk berdiskusi atau berwacana dengan Khairuddin mengenai kewajipan menyokong pindaan Akta 355 ini. 
Sebenarnya, sejak 15 Februari 2017 lagi, saya selaku Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), telah menghubungi Khairuddin dan Mohd Asri bagi menyatakan kesediaan untuk menganjurkan wacana di UUM, yang mempertemukan mereka berdua di dalam isu pindaan Akta 355 ini memandangkan pentingnya isu yang kini mendominasi diskusi politik Malaysia. 
Khairuddin terus sahaja menyatakan persetujuan beliau untuk berwacana dengan Mohd Asri di UUM tanpa meletakkan sebarang syarat kepadanya, malah turut bersetuju dengan mana-mana tarikh yang dipersetujui oleh Mohd Asri. Malangnya, Mohd Asri pula sehingga sekarang langsung tidak menjawab undangan saya ini, sama ada yang dibuat terus kepada beliau mahupun melalui pihak ketiga yang rapat dengan beliau. 
Bagi saya, adalah tidak wajar untuk Maszlee membuat innuendo seolah-olah Khairuddin mahu melarikan diri daripada berdialog mengenai isu pindaan Akta 355 ini memandangkan Khairuddin sejak awal lagi telah menyatakan kesediaan beliau untuk berwacana dengan Mohd Asri. Sebaliknya, keengganan Mohd Asri menyahut undangan menunjukkan beliaulah yang tidak bersedia untuk berwacana dengan Khairuddin. 
Walaupun Khairuddin di dalam ucapannya pada 12 Februari 2017 menyebutkan kesediaan beliau untuk berwacana dengan sesiapa sahaja yang mempersoalkan pindaan Akta 355 ini, tetapi disebabkan kenyataan Mohd Asri yang paling lantang dan paling mendapat liputan media, dan ucapan Khairuddin juga adalah mengenai kenyataan Mohd Asri, maka lebih wajar jika Mohd Asri yang berwacana dengan Khairuddin. 
Kami di MAPAN, UUM, bersedia pada bila-bila masa untuk menganjurkan wacana mengenai pindaan Akta 355 ini mahupun wacana mengenai apa-apa sahaja isu politik semasa di dalam usaha untuk membantu mewujudkan budaya berpolitik yang sihat di Negara ini. Diharapkan Mohd Asri akan sudi menerima undangan kami ini dan tidak akan melarikan diri daripada berdialog mengenai isu pindaan Akta 355 ini. 
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM). - HARAKAHDAILY 1/3/2017
Sumber HD - 1-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Yang manakah berada di jalan Allah

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/44406-yang-manakah-berada-di-jalan-allah

Ada orang berjuang di medan jihad kerana semangat. Ada yang berjuang kerana berani. Ada yang berjuang untuk menunjuk-nunjuk. Yang manakah berada di jalan Allah. Demikian soalan para sahabat kepada Baginda SAW. Baginda menegaskan:

مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ، فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

"Sesiapa yang berperang (berjuang) dengan tujuan Kalimah Allah menjadi yang tertinggi maka dialah yang berada di jalan Allah." (Hadis riwayat Muslim)

Berkata Ibnu Daqid Al-'Iid: "Hadis ini mengandungi dalil wajib ikhlas dalam berjihad". Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah.

Demikianlah mereka yang memperjuangkan pindaan Akta 355, semata-mata supaya Islam ditegak dan diperkasakan di negara ini tanpa mempedulikan mereka yang membantah atau menimbulkan keraguan, merekalah yang berada di jalan Allah. Tiada harapan mereka melainkan mendapat redha Allah.

Sumber HD-2-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























MP Kuala Nerus nafi kenyataan tentang kereta mewah

WAN NORDIN WAN YAACOB | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44395-mp-kuala-nerus-nafi-kenyataan-tentang-kereta-mewah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri menafikan laporan akhbar The Star yang menyebut kononnya beliau ada menyatakan secara angkuh bahawa beliau boleh membeli apa sahaja termasuk lori dan kapal terbang

Sedangkan kata beliau, ayat asal yang disampaikan kepada wartawan The Star itu hanyalah menyatakan secara umum sahaja.

Kata beliau lagi, pihaknya ada menghubungi wartawan The Star agar membetulkan semula berita yang disiarkan pagi tadi memandangkan masih ada kenyataan yang disalahtafsir oleh pihak berkenaan.

Beliau mengesahkan hanya membuat kenyataan umum tentang hak pemilikan kenderaan dan tidak merujuk kepada dirinya sendiri.

Beliau berkata: "Setiap orang sama ada kaya atau miskin mempunyai hak memiliki apa sahaja kenderaan yang dia mahu dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing sama ada basikal, motosikal, kereta, lori atau kapal terbang.

"Saya tidak membuat kenyataan lain daripada itu. Mana-mana media yang melaporkan sebaliknya boleh diambil tindakan undang-undang," katanya kepada Harakah hari ini menolak laporan tersebut yang baginya hanya mengundang fitnah kepada beliau.

Beliau menegaskan kenyataan itu tidak merujuk kepada dirinya sendiri.

"Itulah adalah kenyataan umum menjelaskan prinsip Islam dalam pemilikan harta. Saya tidak bercakap tentang diri saya."tegasnya.

Beliau menekankan bahawa "setiap orang boleh membeli basikal atau kereta kancil untuk kegunaan dirinya menurut kemampuan masing-masing".

Tambah beliau, hanya golongan sosialis yang mempertikaikan pemilikan harta manusia dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor, Ustaz Muhammad Najhan Abd Halim pula berkata, dalam Islam, seorang pemimpin boleh memiliki kenderaan yang baik jika dia mampu apatah lagi jika ia datang dari hasil perniagaan sendiri setelah mana dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin kepada rakyatnya dari sudut bantuan dan sebagainya.

Apatah lagi tambahnya jika kenderaan yang baik digunakan ke sana sini bersama keluarga dan anak-anak kecil yang ramai berulang alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu dan pelbagai lokasi ceramah menjangkau ribuan kilometer sebulan.

"Memiliki kenderaan yang baik adalah sunat dalam Islam sebagaimana sabit dalam hadis," ujar beliau lagi.

Isu ini menjadi panas apabila The Star membuat laporan salah mengaitkan Khairuddin sebagai berkata "saya mempunyai hak untuk membeli kereta mewah". Laporan salah itu mengundang persepsi pelbagai oleh khalayak. The Star hari ini telah membetulkan semula kenyataan salah itu. – HARAKAHDAILY 24/2/2017

Sumber HD - 24-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Akta 355: Diktator agama pula?

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44394-akta-355-diktator-agama-pula

FIRMAN Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 73;

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ

Maksudnya; "Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. "

1.Dalam kitab Manhaj Hidup Muslim karangan Sayyid Qutb dan al-Maududi menyebut bahawa kejayaan umat Islam yang mempraktikkan Islam secara sempurna sejak bermulanya kejayaan Islam pada zaman Nabi SAW sehinggalah berakhirnya Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1924.

2.Kemuncak pada zaman Islam “in Golden Age” ini walaupun bersilih ganti dengan pelbagai peristiwa dan jatuh bangun, namun semuanya kejayaan sepanjang 1000 tahun itu adalah hasil daripada sifat umat Islam kepimpinan dan masyarakatnya menterjemahkan Islam sepenuhnya secara syumul dan bukan sebaliknya.

3.Islam yang diwahyukan oleh Allah menerusi kitabnya al-Quran dalam dua bentuk iaitu Makkiyyah yakni wahyu yang diturunkan di Mekah dan Madaniyyah yakni wahyu diturunkan di Madinah. Wahyu yang diturunkan di Mekah bersifat ayat ketuhanan dan kejadian ciptaan manakala wahyu yang diturunkan di Madinah bersifat hukum hakam dan sistem kehidupan.

4.Ini membuktikan bahawa pensyariatan Islam sememangnya diturunkan oleh Allah untuk masyarakat majmuk iaitu negeri Madinah yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani,  Musyrikin dan Islam. Sebaliknya di Mekah hampir keseluruhan populasinya adalah bangsa Arab. Ini menolak tohmahan bahawa Islam tidak sesuai untuk masyarakat majmuk.

5.Kejayaan Islam ini adalah dengan menegakkan Islam secara keseluruhannya bukan Islam yang diambil separuh separuh atau suku suku. Tiada dalil al-Quran mahupun hadis Nabi SAW termasuk juga sepanjang hayat dan sirah Baginda SAW yang memberi mesej bahawa Islam dipraktikkan secara sebahagiannya sahaja dan menolak sebahagian yang lain.

6.Apabila Akta 355 diusahakan oleh majoriti umat Islam di negara ini dipertikaikan oleh sebahagian kecil penentangnya yang beranggapan dan menuduh dengan pelbagai tohmah dan tuduhan yang tidak berfakta dan melulu seperti tidak sesuai, tidak kondusif, zalim dan terbaru pula diktator agama adalah menunjukkan kecetekan pandangan mereka terhadap isu atau sengaja tidak mahu memahaminya atau sememangnya mereka membenci Islam itu sendiri. Lebih mudah kalau mereka berterus terang agar kita tahu apa masalah mereka yang sebenarnya agar kita dapat merungkaikannya jawapan kepada mereka.

7.Tidakkah mereka sedari bahawa kepincangan sosial, kroniknya masalah jenayah, kehilangan rasa selamat dan aman adalah bukan berpunca daripada Akta 355. Akan tetapi berpunca daripada kegagalan sistem perundangan yang lain yang sudah sekian lama dipraktikkan.

8.Fakta menunjukkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000 hingga 2008, seramai 257,000 kanak-kanak telah didaftarkan tidak mempunyai nama bapa. Lebih menyedihkan bagi tahun 1998 sehingga 2004 seramai 44 peratus daripada anak yang tidak mempunyai bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.

9.Statistik jenayah pada tahun 2016 juga menunjukkan sebanyak 38,877 kes jenayah indeks dicatatkan bagi tempoh Januari hingga April sahaja. Fakta ini didedahkan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dalam laporan Utusan Malaysia pada 7 Mei 2016.

10.Kenapa sistem perundangan yang telah menunjukkan kegagalan ini tidak dibangkitkan, dipertikaikan serta dibincangkan daripada mereka melontarkan pelbagai tohmahan terhadap Akta 355 yang diusahakan oleh pelbagai pihak sama ada dari kalangan bidang perundangan Islam itu sendiri mahupun ahli politik Islam yang ingin merealisasikannya.

11.Tiada bukti dan tiada fakta telah direkodkan dan dirakamkan apatahlagi untuk dibanggakan bahawa sikap dan idea menolak Islam telah membawa kebaikan dan keharmonian. Kegagalan menciptakan kehidupan yang lebih baik menerusi idea dan pemikiran menolak Islam sebagai penyelesaian inilah seharusnya disedari dan diakui dengan penuh insaf bahawa keperluan kepada Akta 355 sebagai satu alternatif malah kewajiban selaku seorang Muslim supaya dijayakannya.

12.Labelan terbaru Diktator Agama kepada pencinta agama Islam dan pejuang Akta 355 pasti akan menemui kegagalannya sebagaimana sebelumnya seperti label dan cop Pengganas, Fundamentalis dan Anti Kemodenan apabila masyarakat akan lebih mengenali dan mengkaji Islam dengan lebih mendalam sehingga membawa mereka mencintai Agama Ilahi yang bersifat rahmat ini. Terbaharu seorang artis Hollywood terkenal bernama Lindsay Lohan mula mengkaji Islam dan membaca al-Quran dalam keadaan dunia memperkenalkan serangan Islamophobia. Ciptaan Islamophobia di Malaysia juga tidak akan menguntungkan penentang Akta 355 malah akan menghujani rahmat Islam untuk semua.

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor
Pengarah Penerangan DUPP
24 Febuari 2017 | 27 J. Awwal 1438H – HARAKAHDAILY 24/2/2017

Sumber HD - 24-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Harga runcit petrol: Tetapkan harga siling sebelum Mac

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44370-harga-runcit-petrol-tetapkan-harga-siling-sebelum-mac

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II pada awal bulan ini telah menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mempertimbangkan penetapan harga siling bagi harga runcit petrol dan diesel di negara ini dan beliau sendiri mengakui bahawa ia adalah lebih adil untuk semua.

Oleh itu, saya menggesa Kerajaan agar segera menetapkan harga siling ini sebelum tiba bulan Mac ini yang dijangkakan harga runcit bahan api ini akan meningkat lebih tinggi lagi.

Pada Februari 2017, harga runcit RON95 dan RON97 naik 20 sen manakala harga runcit diesel pula naik 10 sen berbanding bulan sebelumnya menjadikan masing-masing dijual pada harga RM2.30, RM2.60 dan RM2.15 seliter.

Pada Mac tahun lalu pula, RON95, RON97 dan diesel masing-masing dijual pada harga RM1.60, RM1.95 dan RM1.35 seliter.

Ini bererti, dalam tempoh Mac 2016 hingga Februari 2017, harga runcit bahan api ini telah meningkat antara 30% hingga 60%. Ia adalah suatu peningkatan yang amat ketara bagi tempoh tersebut justeru sangat memberi kesan kepada pengguna ditambah lagi dengan peningkatan pelbagai kos sara hidup yang lain.

Selain menetapkan harga siling ini seperti yang pernah saya cadangkan sejak 2015 lagi (Rujuk: http://drtakiri.blogspot.my/2015/07/minyak-naik-jangan-sampai-rakyat-naik.html), saya juga mendesak Kerajaan agar membuat pemberitahuan perubahan harga minyak kepada pengguna dan lebih awal; bukan hanya dimaklumkan kepada pengusaha minyak sahaja.

Pemberitahuan lebih awal kepada pengguna ini adalah sangat perlu bagi pengguna merancang perbelanjaan masing-masing.

“Inilah Penyelesaian Kita”

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
22 Februari 2017 | 25 Jamadilawal 1438 - HARAKAHDAILY 22/2/2017

Sumber HD - 22-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Mahathir tidak perlu cium kaki pemimpin PAS

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44289-mahathir-tidak-perlu-cium-kaki-pemimpin-pas

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) tidak perlu mencium kaki pimpinan PAS tetapi cukuplah saling menghormati pendirian politik masing-masing jika mahu bekerjasama.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menerusi laman facebook, hari ini.

Menurutnya, antara punca kegagalan PR dahulu ialah apabila DAP dan PKR tidak belajar menghormati pendirian politik masing-masing.

"Itu adalah syarat penting dalam bekerjasama iaitu membina suasana yang harmoni. Tapi yang ketara Tun M selalu menyerang PAS sama seperti DAP," ujarnya.

Beliau menambah, PAS telah menjelaskan pendirian politik dalam bekerjasama iaitu tidak bekerjasama dengan DAP dan PAN.

"Tun M perlu hormati pendirian itu," tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu lagi.

Katanya, jika tidak bersetuju maka PBBM boleh meneruskan langkah politik mereka bersama PH dan PAS tidak menghalang. - HARAKAHDAILY 15/2/2017

Sumber HD - 15-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Siri menjelaskan kekeliruan umat yang dikelirukan (1)

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/44275-siri-menjelaskan-kekeliruan-umat-yang-dikelirukan-1

Islam itu indah. Namun keindahan Islam terpadam apabila ia dilaksanakan sebahagian dan ditinggalkan sebahagian.

Islam mesti dilaksanakan secara lengkap merangkumi semua hukum-hakamnya bermula dengan:

1. Hukum-hakam Ibadahnya seperti solat, puasa, zakat dan haji

2. Hukum-hakam Kekeluargaan melibatkan perkahwinan, perceraian dan hak-hak kekeluargaan.

3. Hukum-Hakam Kemasyarakatan melibatkan kejiranan

4. Hukum-hakam ekonomi melibatkan perniagaan, pertanian, penternakan, undang-undang kontrak seperti jual beli, sewa menyewa, upah, undang-undang perbankan dan pengurusan kewangan dengan meninggalkan riba.

5. Hukum-Hakam Pemerintahan, Politik dan Pentadbiran melibatkan tatacara pemilihan pemerintah, dasar pentadbiran kementerian dan jabatan bagi mengelakkan rasuah dan ketirisan, pengurusan pendapatan melibatkan hasil mahsul negara seperti petroleum dan kaedah perbelanjaan negara, hubungan antarabangsa dan lain-lainnya.

6. Hukum-Hakam Kehakiman melibatkan pertikaian di kalangan manusia dan hukuman jenayah kepada para penjenayah yang merosakkan 5 asas kehidupan manusia iaitu agama, jiwa, akal, maruah dan harta manusia yang tergambar menerusi hukuman terhadap jenayah bunuh, mencederakan, curi, rompak, zina, tuduhan zina, minum minuman memabukkan serta pelbagai lagi kesalahan jenayah dipanggil Takzir, seterusnya prosedur Keterangan bagi mensabitkan kesalahan.

Semua aspek inilah yang diperjuangkan oleh PAS secara tidak terpisah sejak 1951 sehingga sekarang.

Adapun RUU 355 adalah salah satu daripada perjuangan ke arah menyempurnakan Islam yang Syumul dan lengkap pada aspek kadar hukuman terhadap kesalahan jenayah Syariah.

Ia bukan satu-satunya perjuangan PAS.

Di saat umat leka terhadap kewajipan menegakkan Syariat Allah melibatkan kesalahan jenayah maka PAS hadir memperingatkan umat terhadap kelekaan ini.

Lalu ia diperkasakan menerusi cadangan pindaan kepada Akta 355 (1984) Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah yang melibatkan sebahagian besarnya Takzir dan beberapa kesalahan besar yang dipraktikkan di Mahkamah Syariah Negeri-negeri melibatkan orang Islam sahaja dengan cadangan:

1. Hukuman 3 tahun penjara ditingkatkan hingga tidak lebih 30 tahun

2. Hukuman 5 ribu ringgit denda ditingkatkan kepada tidak lebih 100 ribu ringgit denda

3. Hukuman 6 kali sebatan kepada tidak lebih 100 sebatan mengikut kaedah sebatan Syarie.

Pindaan ini membolehkan Enakmen di Negeri-negeri dipinda di DUN masing-masing untuk dipraktikkan di Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri.

Cadangan ini membolehkan kadar hukuman Takzir dipertingkatkan dan khususnya 3 kesalahan jenayah dapat dihukum selaras dengan kehendak al-Quran dan Hadis iaitu kesalahan Minum Arak, Qazaf dan Zina,

Inilah perjuangan kami.

Hanya golongan yang berkepentingan dunia sahaja menolak dan menentangnya dengan pelbagai alasan remeh yang dicipta. Itu adalah sunnah perjuangan.

Selasa 14hb Februari 2017 - HARAKAHDAILY 14/2/2017

Sumber HD - 14-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Dr Asri sangat keliru tentang RUU 355

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44251-dr-asri-sangat-keliru-tentang-ruu-355

Saya merasa sangat bertanggungjawab untuk menjelaskan kekeliruan sahabat saya Dr Asri tentang RUU 355.

Beliau dilaporkan oleh media hari ini berkata bahawa yang dia pertikaikan tentang RUU 355 ialah "syarat untuk menghukum. Apakah kita sudah mencukupi syarat untuk menghukum?".

Kenyataan ini menunjukkan betapa kelirunya Dr Asri dan betapa dia mengelirukan umat Islam.

Fahami baik-baik. RUU 355 adalah cadangan pindaan undang-undang bagi Akta 355 khususnya membolehkan tiga kesalahan jenayah Islam; Minum Arak, Qazaf dan Zina dihukum menurut al-Quran dan Sunnah iaitu masing-masing 40, 80 dan 100 rotan dan meningkatkan hukuman bagi pelbagai lagi kesalahan Takzir daripada hanya terikat kepada 3 tahun penjara, 5 ribu ringgit denda dan 6 kali sebatan kepada maksima 30 tahun penjara, 100 ribu ringgit denda dan 100 kali sebatan Syarie.

Adapun isu pelaksanaan sama ada melibatkan syarat yang membolehkan hukuman dilaksanakan, itu adalah prosedur melibatkan Akta atau Enakmen Keterangan untuk menjatuhkan hukuman.

Ia adalah apabila sesuatu kes dibawa ke Mahkamah Syariah nanti. Ia tidak berbangkit pada peringkat sekarang. Itu peringkat pelaksanaan di Mahkamah Syariah. Setiap undang-undang ada prosedur Keterangannya di mahkamah. Ia dibincangkan dalam konteks Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah di negeri-negeri.

Saya menggesa sahabat saya Dr Asri berhentilah mengelirukan umat Islam dalam isu undang-undang jenayah Islam dengan pelbagai pandangan songsang sementelah kedudukan beliau sebagai mufti. Janganlah berdiri sebaris dengan golongan berfikiran liberal yang berusaha memandulkan sebarang usaha memperkasakan agama Allah.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahad, 12hb Februari 2017 - HARAKAHDAILY 12/2/2017

Sumber HD- 12-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















DAP jangan campur tangan urusan fatwa

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44227-dap-jangan-campur-tangan-urusan-fatwa

DEWAN Ulamak PAS Pusat mendesak Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng tidak lagi campur tangan dalam urusan fatwa-fatwa negeri sebagaimana berlaku sebelum ini melibatkan fatwa penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 jelas menuntut fatwa negeri Pulau Pinang terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan bukannya kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng terlebih dahulu.

Surat rasmi yang dikeluarkan oleh Exco, YB Abdul Malek Abdul Kasim kepada Sahibus Samahah Datuk Haji Hasan Ahmad, Mufti Kerajaan Pulau Pinang yang tersebar di media sosial jelas menunjukkan campur tangan kerajaan terhadap proses pembuatan fatwa melibatkan Kalimah Allah. Exco terbabit tidak perlu berbelit menafikan dan berdolak daliK bagi mempertahankan diri dan mempertahankan tindakan salah kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Kenyataan bekas Mufti Datuk Haji Hasan dan kenyataan salah seorang jawatankuasa fatwa Datuk Md Salleh Haji Ahmad pada 8 Februari 2017 yang menyebut ada fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang tidak dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana campur tangan politik adalah sesuatu yang berat dan serius. Ia jelas melibatkan campur tangan politik kerajaan DAP dalam proses fatwa yang mungkin tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan negeri.

Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam. Campur tangan sebuah kerajaan khususnya yang diketuai oleh bukan Islam terhadap fatwa adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan.

Sekiranya dengan hanya memerintah negeri, DAP sudah terlalu berani mencampuri urusan agama Islam, alangkah bahaya sekiranya DAP menjadi sebahagian pemerintah negara (moga Allah jauhkan) sebagaimana impian Pakatan Harapan. Malang sekali, sebahagian orang Islam terpesona dengan lakonan DAP berkaitan Islam.

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Jumaat, 10 Februari 2017 - HARAKAHDAILY 10/2/2017

Sumber HD - 10-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Politik Islam vs politik mungkar

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44209-politik-islam-vs-politik-mungkar

BERPOLITIK hendaklah dengan dua tujuan iaitu untuk menegakkan Islam dan untuk negara di tadbir dengan Islam. Itulah takrifan kepada Khilafah pemerintahan dalam Islam sebagaimana dihuraikan oleh Sarjana Islam awal seperti al-Mawardi, Abu Ya'la al-Farra, Imam al-Juwaini dan lain-lainnya iaitu "menegakkan agama dan mentadbir bumi dengannya".

Politik hendaklah kerana ingin menegakkan dalam sebuah negara semua hukum-hakam Islam merangkumi hukum hakam ibadat, hukum hakam kekeluargaan, hukum hakam kemasyarakatan, hukum hakam ekonomi melibatkan cara menjana pendapatan, kontrak dan transaksi kewangan Islam, hukum hakam jenayah melibatkan jenayah agama, nyawa, maruah, harta dan akal dan hukum hakam pengurusan negara.

Politik hendaklah bertujuan menegakkan pemerintahan Islam menerusi seorang pemerintah Islam yang beriman, bertakwa lagi adil.

Politik bukan perjuangan untuk mencari makan dan rezeki atas nama ahli politik.

Politik juga bukan hanya kerana untuk menjatuhkan sesebuah parti dan digantikan dengan parti lain tetapi untuk menukar satu sistem pentadbiran agar mengikut prinsip dan dasar Islam sepenuhnya.

Politik bukan hanya kerana kebencian kepada kelompok tertentu tetapi kerana kebencian pada perlakuan maksiat bercanggah dengan agama seperti zalim, rasuah, amalan riba dan kemungkaran meninggalkan pelaksanaan hukum jenayah Islam.

Politik hendaklah kerana kasih dan sayang bagi menyelamatkan manusia daripada neraka Allah dan membimbing manusia ke syurga Allah.

Inilah intipati perjuangan politik Islam yang tidak sehaluan dan sejalan dengan politik sekuler yang memisahkan agama daripada pemerintahan.

Ia tidak sejalan dengan politik sosialis.

Ia tidak sehaluan dengan politik demokrasi yang bertuhankan manusia semara-mata.

Ia tidak sejalan dengan politik liberal yang ingin bebas daripada keterikatan dengan hukum agama.

Politik Islam adalah perjuangan kita.

Sumber HD- 9-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















DAP Ulang Skrip Lama, Gagal Mengikuti Prinsip Tapi Fitnah Presiden PAS

Oleh : Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali

Artikel saya sebelum ini menjelaskan kegagalan Lim Kit Siang (LKS) dalam memahami prinsip Konsensus, terkeliru dengan Prinsip Keputusan Majoriti, justeru membawa kepada perpecahan PR. Kemudiannya letakkan semua kesalahan kepada Presiden PAS. Akhirnya mahkamah dan istana membuktikan Presiden PAS betul, Dap dan PKR jelas bersalah sehingga terpaksa memohon maaf.

Kemudian YB Theresa Kok cuba menegakkan benang yang basah dan lusuh dengan mengatakan keputusan telah dibuat oleh wakil wakil Pas dalam mesyuarat. Presiden PAS lah yang tidak mengikut keputusan dan buat “U turn”.

Walaupun nama beliau mengingatkan saya kepada Mother Theresa yang diangkat oleh gereja Kristian setaraf santa (sainthood seumpama wali dalam Islam), rupanya Theresa Kok gagal mengikuti teladan Mother Theresa bagi penganut Kristian.

Saya hairan kerana seolah olah kepimpinan DAP terlalu naif terhadap prinsip prinsip Pengurusan yang baik. Adakah Theresa, Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng kesemuanya benar- benar jahil dalam proses membuat keputusan dalam sesebuah organisasi? Sedang mereka orang lama dalam kepimpinan parti?

Bagaimana mereka mengurus parti dan apalagi sebuah kjaan negeri, jika begitu? Sangat mengherankan.

Akal yang munasabah tidak dapat menerima kepimpinan tinggi sebuah organisasi besar seperti Dap yang begitu berpengalaman serta latar belakang pendidikan yang tinggi, gagal memahami prinsip mudah pembuatan keputusan seperti Keputusan Konsensus, Keputusan Majoriti, dan Keputusan Mesyuarat Perwakilan.

Jika mereka bukan jahil, maka hanya ada satu penjelasan kenapa mengambil sikap berkenaan iaitu sengaja mencipta alasan memburukkan dan memfitnah Presiden Pas dengan niat yang tidak baik.
Tidak sukar untuk menelah motivasi mereka bersikap demikian.


Tektik Pecah-Perintah Terhadap PAS

Politik Malaysia berteraskan kuasa Islam-Melayu. Tidak ada sesebuah parti politik yang akan dapat menguasai lanskap politik negara tanpa menguasai politik Islam-Melayu.

Dap bercita cita besar menerajui pentadbiran negara dengan bantuan kepimpinan parti -parti Melayu pembangkang. Parti-parti Melayu ini memberi mereka sebuah keabsahan (legitimasi) kpd penguasaan Dap dalam pentadbiran negara. Jawatan PM bukan masalah besar kepada Dap.

Ramai pemimpin Melayu bersedia menjadi Pak Angguk, dengan imbuhan yang setimpal. Asalkan Dap menguasai kabinet, itu sudah cukup. Di depan, Pak-Pak Angguk Melayu membuat kenyataan, di belakang Dap yang buat keputusan. Barangkali menjadi boneka.

Malangnya parti-parti Melayu tersebut tidak mendapat sokongan majoriti orang Melayu. Orang Melayu hanya pilih antara Umno atau PAS.

Oleh kerana Umno/BN adalah seteru politik Dap hari ini (mungkin tidak pada masa akan datang), maka tidak mungkin mereka bersama Umno/BN. Agenda Umno-phobia Dap dan sekutunya telah berjaya dimainkan begitu berkesan sekali khasnya dalam kalangan rakyat Bukan Islam.

Slogan Asal Bukan Umno (ABU) cukup popular dalam PRU 13. Berkerjasama dengan Umno/BN bererti menjilat ludah sendiri dan tidak akan dimaafkan penyokong mereka. Walaupun cubaan dibuat pasca PRU ke 13 dengan tawaran Konsensus Nasional dan Konsiliasi Nasional, namun, tiada sambutan oleh rakyat.

Harapan DAP untuk menguasai politik Melayu hanya tinggal dengan PAS.

Tapi PAS lain daripada Umno. PAS parti berprinsip dengan rujukan al-Quran dan al-Sunnah. PAS bukan hanya bercakap soal Melayu, tapi PAS sangat kuat memperjuangkan Islam.

Maka bagaimana Dap mahu mendekati dan menguasai PAS sedangkan Islamophobia adalah senjata utama Dap menarik sokongan bukan Islam selama ini.

Kerjasama erat dengan PAS membawa risiko ditolak oleh penyokong tegar kalangan bukan Islam. Dap sudah mencuba semasa di bawah Barisan Alternatif awal 2000. Akhirnya Dap isytihar keluar BA kerana takut undi penyokong Cina lari, lantaran rapat dengan PAS.


Maka menghancurkan PAS adalah amat penting kepada Dap.Tektik “pecah-perintah” perlu dilaksanakan terhadap PAS.

Manfaat Kehancuran PAS Bagi DAP


Dengan PAS hancur, Dap dapat dua manfaat besar:

1. Penyokong PAS akan berpindah kepada parti parti pembangkang Melayu yang telah pun berada dalam saku Dap.

2. Dap akan menarik pengundi bukan Melayu kekal bersama Dap. Lebih kuat Dap serang Pas dan Islam, lebih kuat sentimen sokongan Bukan Islam khasnya masyarakat Cina kepada Dap.

Masyarakat bukan Islam ditakut-takutkan dengan pelampau Islam, jihad Islam, Negara Islam , Hudud, Syariah dan seumpamanya.

Pindaan undang undang jenayah syariah dijaja sebagai langkah orang Melayu utk memaksa bukan Islam berada di bawah undang undang Islam. Islamophobia ini dimainkan Dap, ditambah dengan Islamophobia ciptaan Barat-Yahudi yang disebarkan sekian lama, termakan oleh sebahagian masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Maka lebih banyak Dap serang PAS dan Islam, lebih kuat mereka menarik sokongan besar Cina dan bukan Islam.

Ringkasnya, dengan menyerang dan melemahkan PAS, Dap akan dapat sokongan bukan Melayu, dan juga menguasai sokongan Melayu melalui parti-parti pembangkang Melayu yang menarik penyokong penyokong PAS.

Sebab itu menyerang PAS dan Presidennya adalah penting bagi Dap.

Inilah motivasi yang membentuk sikap mereka kepada Presiden Pas. Serangan berterusan mesti dilakukan. Biarpun di atas alasan yang paling dangkal.

Jadi bukan mereka tidak memahami prinsip prinsip pengurusan dalam proses pembuatan keputusan, tetapi mereka sengaja berniat jahat menyerang PAS dan Presidennya.

Kekeliruan mereka terhadap prinsip Konsensus dan prinsip Majoriti telah dijelaskan dalam artikel saya sebelum ini.


Kegagalan Memahami Proses Membuat Keputusan

Kali ini saya mahu menunjukkan kegagalan mereka “memahami” proses membuat keputusan secara perwakilan atau sengaja tidak mahu menerimanya.

Menjadi kebiasaan untuk mana mana organisasi menghantar wakil mereka ke mesyuarat-mesyuarat. Seringkali wakil yang dihantar bukanlah pemimpin tertinggi masing masing. Timbalan atau Setiausaha atau mana mana pimpinan yang sesuai dengan keperluan mesyuarat dihantar sebagai wakil.

Perwakilan ini sifatnya hanya lah membawa mesej dan isu tertentu untuk dibincangkan, sekaligus mendapatkan maklumbalas daripada pihak organisasi atau parti lain.

Bagi keputusan keputusan besar melibatkan dasar khasnya, wakil-wakil tidak dibenarkan membuat keputusan. Adalah sedia dimaklumi oleh semua yang berpengalaman dalam mesyuarat pelbagai pihak ini bahawa wakil- wakil akan membawa maklumbalas ke parti masing masing untuk diperhalusi dan dibuat keputusan akhir.

Bagi PAS, wakilnya akan membentangkan kepada lajnah atau biro berkenaan, yang kemudiannya akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang seterusnya membawanya ke Majlis Syura Ulamak untuk dibuat keputusan akhir jika melibatkan hukum.

Semasa kemelut Selangor dahulu bermula dengan Langkah Kajang, membawa kepada usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar, pengengkaran arahan Istana, dan konflik 3 penjuru di beberapa kerusi di Pru 13, DAP dan PKR dengan amat jelas telah tidak menghormati prinsip Konsensus, dan prinsip Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju sehingga membawa kepada pergeseran dalaman PR seterusnya perpecahan Dap daripada PR.

Bagi menutup kesalahan mereka melanggar prinsip-prinsip tersebut, mereka membuat cerita bahawa kononya Konsensus telah dicapai semasa meayuarat yang dihadiri wakil wakil Pas. Fitnah dilemparkan kepada Presiden Pas yang mengubah keputusan yang telah dipersetujui bersama itu.

Soalnya benarkah telah dipersetujui bersama secara konsensus? Bolehkah mesyuarat perwakilan itu diambil sebagai keputusan akhir parti masing masing? Adakah proses pembuatan keputusan dalam kesemua parti sama?

Jika LGE atau Anwar boleh membuat keputusan berseorangan yang sekaligus menjadi keputusan parti mereka, PAS mengambil pendekatan kolektif. Maka wakil PAS perlu membawanya kepada mesyuarat-mesyuarat PAS sebelum diputuskan, seperti dijelskan di atas. Apa tah lagi kalau mesyuarat tersebut hanya dihadir wakil di peringkat lebih rendah.

Timbalan Presiden PAS ketika itu, mahupun Pengarah Pilihanraya, atau Pengarah Penyelidikan Pas atau mana-mana AJK Pas Pusat, mereka semuanya hanyalah wakil kepada PAS ke mesyuarat berkenaan dan tidak berhak dan tidak sah membuat keputusan akhir bagi PAS.

Jika pimpinan Dap dan Pkr gagal memahami pinsip prinsip ini dan gagal menghormati proses biasa yang diambil PAS, maka memanglah PR hanya menunggu kehancuran, hanya cepat atau lambat sahaja.

Dalam mesyuarat PAS-PPBM baru-baru ini, senario serupa cuba dimainkan balik oleh LKS, LGE dan pimpinan lain Dap, dan PKR. Mereka melakonkan semula skrip lama yang membawa perpecahan PR dahulu. Cuma sekarang mungkin ada tokoh baru seperti Tun Mahathir memainkan peranan mencurah minyak kepada api fitnah ini.

Sekali lagi, Presiden PAS menjadi sasaran fitnah jahat mereka. Bukan mereka tidak faham proses membuat keputusan, tetapi mereka sengaja berniat jahat.

Mereka mengatakan keputusan sebulat suara (konsensus) dalam mesyuarat wakil-wakil parti, dan keputusan tersebut adalah muktamad tetapi Presiden PAS buat “U turn” tukar keputusan.

Sedangkan Presiden PAS hanya bertegas bahawa PAS belum membuat keputusan akhirnya berkaitan PAS-PPBM ini dan keputusan mesyuarat wakil-wakil tersebut bukan muktamad.

Skrip lama cuba diberi lakonan baru oleh watak-watak lama dan baru di bawah arahan DAP.

***Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber BO - 7-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Peringatan diri

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/44176-peringatan-diri

1. Ada yang menzalimi Fuqaha dengan membuat FITNAH mendakwa Fuqaha "mencipta Fiqh menyokong kezaliman". Kenyataan itu sangat mengelirukan.

2. Fuqaha tidak mencipta Fiqh dengan akal sendiri tetapi Fuqaha mengeluarkan hukum Fiqh daripada al-Quran dan al-Sunnah.

3. Fuqaha tidak mungkin menyokong kezaliman kerana semua bentuk kezaliman adalah HARAM dan wajib ditentang. Ia menjadi prinsip asas beragama. Tetapi Fuqaha menjelaskan panduan dan garis Islam dalam menentang kezaliman.

4. Namun yang zalim ialah mereka yang hanya bersemangat dan beremosi menentang kezaliman tetapi tidak merujuk kepada panduan al-Quran dan al-Hadis dalam menentang kezaliman seperti dihuraikan oleh para Fuqaha. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar ada Fiqhnya.

5. Antara Fiqh menentang kezaliman ialah larangan menentang pemerintah muslim secara kekerasan bersenjata tetapi wajib ditentang menggunakan kuasa dan lidah sebagaimana dipetik daripada Hadis Sahih kecuali ternyata kekufuran pemerintah muslim tersebut. Adab ini ditegaskan oleh Fuqaha seperti Imam Nawawi. Lalu ada yang zalim menuduh Fuqaha bersekongkol dengan pemerintah yang zalim kerana Fuqaha menegaskan Fiqh ini.

6. Islam menegaskan antara kaedah berhadapan dengan pemerintah yang zalim ialah "menasihati"dan "menegur" mereka secara hikmah (kebijaksanaan) sebagaimana sabit dalam al-Quran dan al-Hadis. Lalu ada yang menjadi zalim apabila mempermainkan perkataan "nasihat" yang tersebut dalam al-Quran dan al-Hadis.

7. Lebih zalim lagi mereka yang menentang kezaliman dan kemungkaran secara terpilih.

8. Ayat-ayat al-Quran jelas mengharamkan kesetiaan diberikan kepada golongan kufur yang menentang agama dan hukum hakam Allah dan haram bersekongkol dengan mereka. Ia adalah kemungkaran dan suatu kezaliman terhadap agama. Namun, kemungkaran dan kezaliman ini dibiarkan dan dianggap kecil.

9. Ayat-ayat al-Quran jelas mewajibkan umat Islam menegakkan undang-undang Syariat termasuk undang-undang jenayah. Meninggalkannya adalah satu Kemungkaran dan Kezaliman terhadap hukum Allah. Kezaliman ini tidak ditentang malah ada yang bersekongkol pula dengan golongan kufur yang menentangnya. Pelbagai dalih dibuat untuk tidak menyokong sebarang usaha menegakkan Syariat Allah.

10. Rasuah adalah haram dan zalim.
Pecah amanah pemerintahan adalah haram dan zalim
Mencuri duit negara adalah haram dan zalim.
Cukai yang dikenakan kepada orang miskin adalah haram dan zalim. Meninggalkan hukum Allah seperti undang-undang jenayah Islam tanpa diperjuangkan adalah haram dan zalim.
Membiarkan golongan kufur yang menentang Islam berkuasa adalah haram dan zalim.

Maka marilah kita melaksanakan kewajipan menentang semua kezaliman ini.

Sekian

Dr Khairuddin at-Takiri
Isnin 6hb Februari 2017

Sumber HD - 6-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Kenaikan harga minyak menaikkan suhu kemarahan rakyat

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .
















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44138-kenaikan-harga-minyak-menaikkan-suhu-kemarahan-rakyat

Kenaikan harga minyak 40 sen dalam masa dua bulan sememangnya menaikkan suhu kemarahan rakyat kepada kerajaan BN. Pada Disember 2016 RON95 pada harga RM1.90 seliter dan sekarang Februari 2016 pada harga RM2.30 seliter.

Pada Oktober 2016 harga RON95 ialah RM1.80 dan pada September 2016 pada harga RM1.70. Ia bererti kenaikan sehingga 60 sen dalam masa lima bulan. RON95 berada pada harga paling rendah pada Mac 2016 iaitu RM1.60 sen seliter. Seterusnya ia menyaksikan kenaikan sehingga RM2.30 pada hari ini iaitu kenaikan 70 sen dalam masa sebelas bulan.

Sekiranya diandaikan golongan berpendapatan rendah menggunakan 150 liter minyak sebulan, ia bererti peningkatan kos hidup bulanan disebabkan harga minyak ialah menjangkau RM105 dalam masa sebelas bulan Mac 2016 - Februari 2017.

Ia membuktikan polisi apungan terkawal harga minyak tidak releven dan tidak menguntungkan rakyat. Kenaikan harga minyak dunia yang menguntungkan kerajaan Malaysia sebaliknya mencipta kerugian dan bebanan bagi rakyat.

Kenaikan harga minyak dunia sememangnya menjadi doa rakyat Malaysia agar pendapatan negara meningkat. Sepatutnya peningkatan pendapatan itu boleh membantu harga runcit kekal pada harga rendah yang tidak membebankan rakyat. Oleh kerana itulah, saya dan rakan-rakan daripada PAS mencadangkan polisi apungan bersekali dengan subsidi.

Mengimbau kembali sejarah, pada 1 Disember 2014, kerajaan memperkenalkan polisi baru dalam penentuan harga minyak runcit iaitu melalui kaedah apungan terkawal (managed float system) berdasarkan 'Automatic Pricing Mechanism' (APM). Ini beerti, purata perubahan kos produk akan menentukan harga minyak runcit bagi bulan berikutnya. Secara tidak langsung, harga minyak mentah dunia dan nilai matawang juga akan mempengaruhi naik turun harga minyak runcit di negara ini.

Dengan jangkaan peningkatan harga minyak dunia bermula Januari 2017 di atas komitmen negara OPEC dan non-OPEC untuk mengurangkan pengeluaran 1.8 juta barel setiap hari, maka, implikasinya ke atas harga minyak runcit di Malaysia begitu membimbangkan. Malah, peningkatan harga runcit minyak ketika ini sudah memberikan signal bebanan yang lebih berat sedang menanti.

Saya telah mencadangkan sebelum ini agar penetapan harga siling dan tambahan subsidi digabung-jalinkan dengan polisi sedia ada terutamanya ketika menghadapi ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia sepertimana yang ditekankan dalam beberapa kenyataan sebelum ini.

Mekanisma "tambahan" itu penting bagi menyerap peningkatan harga minyak runcit sehingga menambahkan bebanan kos sara hidup rakyat seperti yang berlaku beberapa bulan kebelakangan ini. Malah, dengan kedudukan matawang yang tidak menentu, cadangan tersebut seharusnya dipandang serius oleh kerajaan.

Sebaliknya, polisi dalam penentuan harga minyak runcit itu seolah-olah dijadikan benteng kerajaan untuk mencipta pelbagai alasan dengan kenaikan harga minyak runcit. Ia 'menghalalkan' tindakan kerajaan memerah duit rakyat.

PAS begitu serius dan bimbang memerhatikan bebanan yang ditimpakan ke atas rakyat. Dengan kuasa membeli semakin melemah dan 'real income' yang semakin menguncup, keadaan ini cukup memeritkan kehidupan rakyat seharian. Sudah sampai masanya polisi penentuan harga minyak ini dianalisis dan ditambah baik oleh kerajaan sebelum kehidupan rakyat lebih parah dengan pelaksanaannya hari ini.

Apakah kerajaan mahu rakyat berdoa agar harga minyak dunia terus turun supaya mereka terus dapat menikmati harga minyak yang rendah sebagaimana cadangan seorang bekas menteri yang terlajak cerdik sebelum ini?

Sila rujuk beberapa kenyataan saya sebelum ini dalam isu ini:

1. (2 Julai 2015) http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/36229-minyak-naik-jangan-sampai-rakyat-naik-minyak

2. (1 Jun 2015) http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35732-minyak-naik-pulangkan-subsidi-kepada-rakyat

3. (6 Disember 2014) http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=19470

"Inilah Penyelesaian Kita"

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Khamis 2hb Februari 2017 - HARAKAHDAILY 2/2/2017

Sumber HD - 2-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Lim Kit Siang tak faham prinsip konsensus?

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/headline/44098-lim-kit-siang-tak-faham-prinsip-konsensus

Lim Kit Siang menimbulkan lagi fitnah terhadap Datuk Seri Presiden PAS kononnya tidak mengikut prinsip konsensus kerana tak bersetuju dengan pendirian Dap dan PKR.

Bagi Lim Kit Siang dan yang sama waktu dengannya, tidak bersetuju dengan majoriti maka bererti tidak konsesus.

Dia keliru antara prinsip majoriti dan prinsip konsensus.

Konsensus ialah persetujuan sebulat suara. Semua pihak perlu bersetuju, tidak ada satu pun yang tidak bersetuju, barulah dinamakan keputusan secara Konsensus.

Majoriti ialah kaedah dimana keputusan yang dipersetujui majoriti ahli diterima pakai. Minoriti pula mesti patuh sebagai keputusan kolektif. Tak timbul soal ianya bukan keputusannya. Semua kena menerima.

Pakatan Rakyat memilih kaedah Konsensus, bukan kaedah Majoriti.

Maksudnya, hanya agenda yang dipersetujui secara Konsensus yang boleh dilaksanakan sebagai agenda PR.

Jika ada mana-mana ahli tiga parti dalam PR tidak bersetuju, walaupun semua yang lain bersetuju, maka ianya tidak Konsensus. Justeru, tidak boleh menjadi agenda bersama PR.

Konsensus tidak menghalang mana-mana pihak untuk berlainan pandangan. Konsensus juga tidak memaksa mana-mana pihak mesti bersetuju dengan pandangan majoriti.

Bila Presiden PAS menentang usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid di Selangor melalui tuduhan tanpa bukti, bukan bermakna beliau menentang prinsip PR. (*Menariknya, akhirnya mahkamah membuktikan tuduhan tersebut semuanya palsu dan fitnah*).

Bila PAS tidak bersetuju dengan satu nama sahaja sebagai calon MB oleh PKR dan DAP, itu juga bukan menentang Konsensus. Itu adalah hak ahli dalam prinsip Konsensus. Tidak ada paksaan untuk mengikuti keputusan majoriti. Akhirnya DAP dan PKR terpaksa memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana mengengkari arahan Baginda untuk menghantar sekurang-kurangnya dua nama, bukan hanya satu nama.

Kedua-dua kes tersebut akhirnya membuktikan sikap Tuan Guru Presiden PAS adalah tepat. Akhirnya terbukti DAP dan PKR gopoh dan cuai dalam mengambil tindakan mereka sehingga terpaksa mengakui kesilapan dan memohon maaf.

Lim Kit Siang tak memahami perbezaan antara Konsensus dengan Majoriti, atau sengaja cuba menegakkan benang basah? Mencipta alasan karut, kerana marah beliau kepada Presiden PAS?

Lim Kit Siang juga sengaja memejam mata terhadap satu lagi prinsip PR iaitu Setuju Untuk Tidak Bersetuju yang dicanang oleh beliau dan Datuk Seri Anwar ke hulu ke hilir satu waktu dahulu.

Jelas, sudah terang lagi bersuluh, dalam PR, mana-mana parti daripada tiga parti tersebut boleh berbeza pandangan. Bila ada perbezaan pandangan, maka Konsensus tidak dicapai dan tidak boleh dijadikan agenda bersama PR.

Bila Konsensus tidak dicapai, sepatutnya DAP dan PKR tidak meneruskan agenda menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Seterusnya tidak juga mencalonkan hanya satu nama sebagai Menteri Besar Selangor.

Tapi malangnya mereka melanggar prinsip Konsensus tersebut. Mereka teruskan walaupun Konsensus tidak dicapai. Sikap tidak mematuhi perjanjian inilah sebenarnya yang membawa kepada perpecahan PR. Selamanya mereka akan melanggar perjanjian.

DAP dan PKRlah yang jelas bersalah memecah-belahkan PR. Mereka menjadikan Presiden PAS sebagai alasan menutup kesalahan mereka.

Sekarang, cerita lama tersebut diulang kembali. Dengan harapan orang ramai tidak cukup cerdik memahami permainan politik kotor mereka.

Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa, 31 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 31/1/2017

Sumber HD  - 31-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Memerintah negara dengan dasar dan prinsip Islam

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44083-memerintah-negara-dengan-dasar-dan-prinsip-islam

Pelaksanaan Islam di sebuah negara atau negeri tidak boleh bersifat tempelan. Menaikkan elaun guru Quran, memberi tanah untuk pembinaan Mahkamah Syariah, membina masjid, menyediakan peruntukan untuk agama Islam itu semua bukannya ukuran utama keislaman sesebuah kerajaan.

Keislaman sesebuah kerajaan tergambar dengan Islam dijadikan dasar dan prinsip dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran bagi kementerian dan jabatan.

Sesebuah kerajaan perlu menerima bahawa al-Quran dan al-Sunnah mesti menjadi rujukan.

Sebuah kerajaan Islam mesti diperintah oleh seorang muslim yang adil yang tidak fasik melakukan dosa-dosa besar. Seorang yang fasik melakukan maksiat berterusan tanpa taubat mana mungkin mampu menegakkan sebuah keadilan.

Tidak boleh Ketua Negara, Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menterinya seorang bukan Islam. Itu syarat utama sebuah kerajaan Islam. Kekuasaan Islam tidak akan tertegak menerusi seorang Ketua Menteri bukan Islam kerana ketiadaan akidah Islam tidak akan menjamin pelaksanaan Syariat Islam.

Islam mesti diterima pada undang-undang ibadahnya, undang-undang kekeluargaannya, undang-undang kontrak dan transaksi kewangan, undang-undang jenayah, undang-undang antarabangsa, kehakiman dan politik pemerintahan.

Riba tidak boleh menjadi paksi ekonomi dan kewangan kerana ia adalah ibu kerosakan.

Jangan terpedaya dengan momokan untuk adil seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz jika akidahnya tidak seperti Umar bin Abdul Aziz sementelah pula akhlaknya kerana keadilan itu tidak akan berlaku dan terlaksana tanpa akidah dan akhlak Islam.

Allah memperingatkan:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ
Surah al-Baqarah ayat 120.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahad, 29 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 29/1/2017

Sumber HD - 29-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Siyasah syarieyyah adalah manhaj politik PAS

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43925-siyasah-syarieyyah-adalah-manhaj-politik-pas

DIRIWAYATKAN oleh Abu Hurairah ra bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

Maksudnya, "Bermula Islam itu dalam keadaan janggal, dan akan kembali sepertimana bermulanya iaitu janggal. Maka beruntunglah buat mereka yang janggal. .."
(Hadis Muslim)

Mutakhir ini ramai pihak melihat setiap gerak geri dan keputusan yang dilakukan oleh PAS lain daripada yang lain. Mereka merasakan bahawa beberapa pendirian dan langkah yang diambil PAS ketinggalan zaman dalam arena politik dan juga beranggap bahawa PAS tidak cerdik berpolitik.

Kehairanan kumpulan politik lain kepada PAS dan juga sebahagian pemerhati politik serta kebingungan mereka bukanlah disebabkan PAS akan tetapi disebabkan mereka sendiri yang tidak mengenal erti politik Islam berdasarkan wahyu al-Quran dan Sunnah SAW.

Perlu difahami bahawa iklim dan pola corak politik Malaysia kini disuasani dan didominasi oleh politik jahiliyyah dan nafsu atau politik kebinatangan. Politik berasaskan kepada ideologi yang cenderung kepada kepentingan agenda parti politik dan fahaman bercanggah dengan Islam.

Islam mengemukakan panduan lengkap dan sempurna dalam berpolitik menerusi ilmu wahyu al Quran dan Hadis. Siyasah syarieyyah atau politik berasaskan syarak adalah method wajib dituruti dan memandu politik agar tidak menyimpang.

Mereka sudah tentu merasa pelik dan tidakketahuan melihat pendirian dan langkah politik Islam kerana politik mereka adalah politik akal dan nafsu sahaja yang melawan arus politik Ilahi dan syarie'. Politik Syarie' adalah untuk membawa kepada maslahat Ummat dan mencapai objektif Islam.

1. Pilihanraya Umum ke-14

PAS berijtihad bahawa pilihan raya adalah salah satu jalan "muwajahah silmiyyah" dalam rangka demokrasi berperlembagaan untuk mencapai kemenangan Islam dan dengannya PAS dapat menegakkan apa yang diperjuangkannya iaitu mewujudkan sebuah masyarakat dan negara dengan nilai-nilai diredhoi Allah.

Pilihan raya bukan matlamat PAS. Pilihan raya hanyalah wasilah daripada pelbagai wasilah mencapai objektif PAS menyampaikan Islam dan menegakkannya.

PAS juga berdakwah di lapangan politik. PAS menyeru manusia dengan Islam dan kepada Islam. PAS tidak boleh menyembunyikan Islam untuk mencapai kemenangan. Ini kerana agenda PAS adalah Islam. Kalau tidak sebab Islam, maka tiadalah PAS.

Pendekatan politik PAS adalah berdakwah yang tidak hanya menunggu saat parlimen dibubarkan dan kempen pilihan raya berjalan. Jarak tempoh setiap 5 tahun dijadikan PAS sebagai ruang yang luas untuk menerangkan kepada masyarakat tentang Islam dan pentingnya politik dalam Islam.

PAS tidak sekadar bergantung kepada musim pembubaran parlimen sahaja untuk bercakap tentang dakwah Islam, malah setiap masa dan keadaan, ucapan pimpinan PAS dan mesej PAS adalah dakwah dan apabila tiba masanya pembubaran parlimen dan waktu mengundi, dakwah PAS selama 5 tahun menunjukkan keberkesanannya samada sikit mahupun banyak.

PAS berhasrat memenangi pilihan raya dengan membawa kemenangan Islam bukan kemenangan PAS secara parti semata-mata. PAS ingin memastikan Islam berdaulat samada PAS sendiri membawa panji ini atau sesiapa sahaja asalnya tidak merugikan Islam. Namun PAS adalah pilihan terbaik memikul Islam dalam negara ini di samping bersedia dengan sesiapa sahaja yang menghormati prinsip panji Islam yang dipikul di bahu PAS. Pihak yang tidak menghormati prinsip jaminan memenangkan Islam ini, PAS melepaskan diri daripadanya.

2. Tabah Melaksanakan Islam

Kaedah Feqah menyebut,

".. perkara yang tidak dapat semua, janganlah ditinggalkan semua .."

PAS berada dalam politik sudah mencecah 60 tahun. Mencapai kemenangan dan memerintah Malaysia adalah cita-cita PAS sejak dari dahulu seawal penubuhannya. Usaha PAS untuk memartabatkan Islam digembleng dengan tekun dan tabah, menghormati sistem demokrasi dan perlembagaan negara ini.

Halangan sekularisme, nasionalisme pragmatis, jahil Islam menebal dalam sistem dan masyarakat di negara ini, ditempuhi PAS dengan sabar tanpa gelojoh.

Pemikiran yang bercanggah dengan Islam ini sudah meresapi sehingga daripada pucuk pimpinan sehingga rakyat bawahan. PAS menganggap samada mereka umat dakwah dan umat ijabah yang memerlukan kefahaman dan penerangan yang sebenar agar mereka kembali kepada petunjuk wahyu dan kesucian Islam.

Walaupun PAS pernah memerintah negeri Kelantan seawal lepas merdeka dan kemudiannya, PAS tidak tergesa-gesa melaksanakan Islam secara sekaligus. PAS memahami corak masyarakat dan sistem perlembagaan negara ini yang mempunyai dwi sistem iaitu negeri dan persekutuan.

Ada perkara yang perlu dihormati kedua-dua pihak menurut perlembagaan. Walaupun Islam di bawah negeri tetapi Islam yang merujuk kepada aspek yang syumul sudah tentu akan menyentuh sempadan hak persekutuan.

PAS menggunakan ruang yang ada mengupayakan Islam dan ajarannya sesuai dengan bidang kuasa terbatas.

Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang diluluskan Di Dewan Negeri Kelantan masih tidak melepasi dwi sistem negara ini iaitu Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan PAS Kelantan tidak melatah malah menggunakan pelbagai inisiatif diplomasi dan demokratik bagi merealisasikannya. Terbaru peluang melalui Akta 355 menjadi harapan PAS untuk menjadikan Syariah Islam berdaulat menerusi memperkasakan Mahkamah Syariah sebagai permulaan.

3. Rakan dan Kerjasama Politik

Politik dalam negara Malaysia memerlukan konsep gabungan dan kerjasama politik untuk mencapai kemenangan. Satu parti secara bersendirian adalah dianggap hampir mustahil bagi mana-mana pihak untuk peroleh kemenangan.

Sebagai sebuah parti politik berpengalaman, PAS amat memahami situasi ini. Sejarah tahaluf, kerjasama yang pernah dilalui PAS sepanjang tempoh 60 tahun cukup bagi PAS memiliki kelebihan pengetahuan.

Tambahan lagi, Islam tidak pernah menutup pintu dakwah kepada sesiapapun malah Islam mengharuskan menerima kerjasama dan menawarkan kerjasama kepada sesiapa sahaja selama tidak menggadaikan prinsip Islam.

Kerjasama dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan itu adalah anjuran Islam dan melarang kerjasama perkara dosa dan permusuhan.

Walaupun PAS bertahaluf, Tahaluf Siyasi yang diikat dengan syarat yang ketat dan tegas dalam keharusannya. Apabila syarat Tahaluf Siyasi dilanggari atau gugur, maka gugurlah hukum harus bertahaluf.

Perkara Thawabit (prinsip) wajib dipertahankan PAS dan ia boleh bertolak ansur dalam perkara Mutaghoiyirat (anjal) seperti pendekatan dan teknik. Contohnya Perjanjian Hudaibiyyah, Baginda Nabi saw bertolak ansur dalam isi kandungan perjanjian, namun keuntungan yang diperolehi Baginda saw adalah ruang dibuka seluasnya buat dakwah iaitu prinsip yang menjadi matlamat perjuangan dibawa Nabi saw.

Parti politik yang ingin bekerjasama dan berhasrat ke arah itu, mestilah mengetahui bahawa PAS sama sekali tidak bertolak ansur perkara Thawabit ini, tetapi PAS bersedia dan terbuka dalam mencapai titik pertemuan dalam perkara Mutaghoiyirat. Kerjasama yang diharapkan dan diingini PAS adalah dalam lingkungan hukum dan perkara yang dibenarkan Islam. Matlamat menghalalkan cara sama sekali ditolak PAS dengan tidak menjadi Islam sebagai mangsa semata-mata menggapaikan hasrat politik.

4. Isu Semasa dan PAS

PAS memandang isu semasa dalam dan luar negara dengan teliti dan prihatin serta mengemukakan solusi dengan berani berpandukan petunjuk Al Quran dan Sunnah dan ijtihad politik. PAS tidak mengkritik sahaja, tetapi memberikan alternatif dan cadangan solusi terbaik terhadap isu yang meruncing pelbagai pihak.

PAS menangani isu semasa dengan fakta dan tidak dipengaruhi persepsi umum dan propaganda sahaja. Walaupun persepsi umum dan propaganda menular dan membentuk minda dan pendapat umum, namun PAS tetap dan berpegang dengan kebenaran dan fakta, PAS mengikut kebenaran sekalipun tidak sehaluan dengan pendapat umum dan apatahlagi sekadar persepsi.

Firman Allah swt dalam surah al An'am ayat 57,

"..Katakanlah: "Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan..".

Atas kebenaran PAS berpihak dan menyelesaikan isu semasa menurut feqh dan kefahaman daripada al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Sebagai contoh, isu Good and Service Tax (GST) yang membebankan rakyat, PAS membantah dengan keras dan berpendapat bahawa ia bercanggah dengan Islam di samping mengemukakan solusi sebagaimana dimuatkan dalam Dokumen Hijau PAS.

Isu antarabangsa, PAS menerusi Presiden Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang memiliki lautan pengalaman berharga dengan berada di tengah konflik sebagai pemudahcara dan mencadangkan penyelesaian. Peperangan di Syria, PAS berani melawan arus corak pemikiran umum dengan memberikan sudut pandang berbeza daripada kebanyakan pihak. Akhirnya pandangan PAS terbukti lebih tepat dan cadangan solusi PAS merupakan langkah terbaik menyelesaikan kemelut tersebut oleh pihak antarabngsa.

Inilah PAS dan manhaj PAS. PAS tidak meminta semua pihak menerima manhaj PAS ini cumanya hanya PAS minta adalah memahami bahawa PAS memiliki cara yang unik dan kemampuan tersendiri berdasarkan Al Quran, Sunnah, ijtihad politik oleh Ulamak dalam menangani pelbagai rupabentuk kancah dan isu masyarakat dan negara.

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
Pengarah
Lajnah Penerangan DUPP
16 Januari 2017/17 Rabiul Akhir 1438H. – HARAKAHDAILY 16/1/2017

Sumber HD - 16-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Setiap amalan berdasarkan niat

http://ulamasedunia.org/ | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43766-setiap-amalan-berdasarkan-niat

SIRI PERKONGSIAN HADIS

HADIS PERTAMA (1)

Setiap Amalan Itu Berdasarkan Niat

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]


[A] MAKSUD HADIS

Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab RA dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.”
(Diriwayatkan hadis ini oleh dua orang Imam Hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Al-Husain, Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi di dalam dua kitab sahih, yang merupakan kitab yang paling sahih yang pernah dikarang).

[B] KEDUDUKAN HADIS

Hadis ini termasuk salah satu hadis penting dan pokok agama yang sebahagian besar hukum-hukum syarak bermula padanya.

Hal ini dijelaskan oleh para ulamak seperti, Imam Bukhari di dalam kitab Sahih Bukhari beliau sendiri, pada bahagian awal.

Imam Muslim juga meletakkan hadis ini di dalam kitab Sahih Muslim sebagai yang sahih, bernombor 1907.

Begitu juga dengan Imam Nawawi yang mendahulukan bab niat di dalam tiga kitab karangnya seperti Riyadhus Salihin, Al-Adzkar dan Al-Arba’in An-Nawawiyah.

Manfaat hal ini, adalah sebagai peringatan bagi pemburu ilmu agar sentiasa membetulkan niat bagi memperolehi redha Allah SWT ketika menuntut ilmu dan melakukan perkara kebajikan.

[C] LATAR BELAKANG HADIS

Imam At-Tabrani meriwayatkan di dalam kitabnya, Al-Mu’jam Al-Kabir dengan sanad yang perawinya adalah dipercayai, dari Ibnu Mas’ud RA, ia berkata; “Dahulu di antara kami ada seorang lelaki yang meminang wanita bernama Ummu Qais. Namun, Ummu Qais enggan menikah lelaki tersebut hingga ia hijrah. Lelaki itu pun berhijrah dan berhasil menikahi Ummu Qais. Lelaki itu pun kami gelar dengan panggilan Muhajir Ummu Qais (orang yang berhijrah kerana Ummu Qais).”

*merujuk kepada Al-Futuhat Ar-Rabbaniyah karya Ibnu ‘Allan.

[D] FIQHUL HADIS

Para ulamak bersepakat bahawa segala amal perbuatan yang dilakukan oleh orang Islam tidak akan mendapat pahala, kecuali dengan niat. Dalam ibadah wajib seperti solat, haji dan puasa, niat merupakan salah satu rukunnya sehingga ibadah tersebut tidak sah jika tanpa niat.

Menurut ulamak mazhab Syafie dan lainnya, niat juga merupakan syarat sah bagi melaksanakan ibadah wajib seperti solat, puasa, wuduk, mandi dan lain-lain ibadah yang tertentu.

[D] PENGAJARAN HADIS

Sesiapa yang berniat bagi melakukam amal soleh, tetapi tidak boleh melakukannya kerana ada keuzuran yang mendesak, baik sakit mahupun meninggal dunia, maka ia tetap mendapat pahala.

Al-Baidhawi berkata; “Segala amal perbuatan tidak sah, kecuali dengan niat, kerana niat tanpa mendapatkan pahala, sedangkan amal tanpa niat peroleh redha Allah adalah perkara sia-sia.”

Perumpamaan niat dalam amal seperti roh dalam jasad. Tidak ada kehidupan bagi jasad yang tidak memiliki roh. Begitu pun roh, tidak akan kelihatan jika tidak menyatu dengan jasad.

Hadis ini jelas membimbing kita untuk menjadi seorang yang ikhlas dalam beramal, agar mendapat pahala di akhirat serta memperolehi kesenangan di dunia dan akhirat. Setiap amal yang baik dan bermanfaat jika disertai dengan keikhlasan, niat dan hanya mengharap redha Allah, maka hal itulah dinilai sebagai ibadah.

Disediakan oleh, Mohamad Zulkifli.

SUMBER RUJUKAN:

Kitab Al-Wafi, Syarah Hadis Arba’in Imam An-Nawawi, karangan Dr Mustafa Dieb Al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.

02 Januari 2017 M
03 Rabi’ul Akhir 1438 H (ulamasedunia.org)

Sumber HD - 2-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Kembara ilmu dan penerangan di UK & Ireland

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43726-kembara-ilmu-dan-penerangan-di-uk-ireland

Minggu ini dijadualkan untuk saya bersama YB Dr Izani Husin, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berprogram dan berwacana dengan para pelajar dan rakyat Malaysia di United Kingdom dan Ireland untuk penjelasan pelbagai isu politik tanah air.

Lebih daripada 10 slot ceramah ilmu, penerangan, program wacana, diskusi dan pertemuan ramah mesra dengan individu dan komuniti berjaya disusun di London, Birmingham, Manchaster, Dublin dan Belfast, Northen Ireland.

Antaranya ialah program penjelasan RUU 355 bersama pelajar dan rakyat Malaysia di London pada 27 Disember 2016 menerusi Kelab Umno London di Malaysian Hall yang membariskan juga YB Dato' Seri Jamil Khir selaku menteri yang terlibat.

RUU 355 adalah inisiatif yang diusahakan oleh PAS menerusi Usul Persendirian Presiden PAS dengan sokongan kerajaan Persekutuan. Respons positif daripada warga yang hadir dengan pelbagai soalan dan pertanyaan menunjukkan bahawa usaha murni ini sememangnya didukung sepenuhnya oleh rakyat Malaysia di luar negara.

Antara yang turut hadir sebagai peserta ialah Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin, salah sebuah universiti di Parlimen Kuala Nerus.

Satu forum bertajuk Malaysia Baru; Merentasi Politik Negara juga akan diadakan pada 31 Disember 2016 di Dublin mensasarkan rakyat Malaysia membariskan juga Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mukhtar Suhaili, AJK Kerja PAS Pusat dan YB Dr Izani Husin, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
30 Disember 2016 - HARAKAHDAILY 30/12/2016

Sumber HD- 30-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kehadiran Presiden PAS dijadikan polemik
Posted on Tuesday, December 27 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32998



Kehadiran Presiden PAS ke program di Teheran dijadikan polemik. Ia bermula panas apabila ada seorang Arab mengecam kehadiran Presiden PAS ke program tersebut tanpa menyelidiki sebab musabbabnya.

Ia lalu disambut oleh beberapa orang yang ada nama sebagai orang ada ilmu agama di Malaysia juga mengecam. Salah seorangnya menghantar whatsap peribadi kepada saya bertanya betulkah gambar yang tersebar. Saya menjawab: ya itu program tahunan taqrib mazhab. Tak lama selepas itu keluar tulisannya mengecam Presiden PAS. Tak ada pula ditanya: kenapa Presiden PAS hadir? Apa yang dibuat? Entahlah apa niatnya!!! Saya serahkan kepada Allah menilainya.

Kemudian Arab tersebut menulis surat terbuka kepada Kesatuan Ulamak (KUIS) agar "menghalau" Presiden PAS daripada Kesatuan Ulamak kerana kehadiran tersebut.

Kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Presiden menyatakan kehadiran Presiden PAS telah "dimaklumkan" kepada Setiusaha KUIS.

Kemudian keluar pula kenyataan media KUIS dengan bahasa keras mengecam kehadiran Presiden PAS juga tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.

Isunya ialah perang di Syria. Bagaimanakah perlu diselesaikan?

Maka berteriak dan bertempiklah pelbagai pihak yang sememangnya menanti "bola tanggung" untuk menyerang Presiden PAS.

Media sosial menjadi medan mengecam dan batu api. Prasangka diperluas dan diperbesarkan. Setiap orang ingin menulis sama ada dengan ilmu atau tanpa ilmu. Tanpa sedar bahawa Malaikat mencatat setiap apa yang dititipkan. Ramai yang sedang "makan daging mayat saudaranya" sendiri. Dosa yang tidak terampun melainkan jika hanya dimohon maaf kepada empunya diri.

Presiden PAS mengambil sikap menghantar surat kepada Syeikh Qardawi menjelaskan pendirian beliau dalam isu perang di Syria. Ia adalah pendirian seorang Presiden kepada sebuah parti dan tidak semestinya mewakili pendirian KUIS.

Saya juga mengeluarkan kenyataan dalam versi Arab dan Melayu menegaskan kehadiran beliau atas kepentingan PAS dalam menyampaikan pandangan dalam apa sahaja forum.

Bagi saya isu ini tidak perlu dipolemikkan. Sikap saling menghormati pendirian mesti ada.

PAS sepertimana seluruh umat Islam bersatu hati dalam mengecam tindakan perang oleh Basyar sehingga menyebabkan pertumpahan darah rakyat. Tinggal lagi bagaimana pendekatan bagi menyelesaikan isu ini. Bagaimana kita melihat akar umbi permasalahan. Siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan? Siapa di belakang tabir? Bagaimana perlu dihentikan perang bagi menyelamatkan nyawa.

Kita berbeza pada cara menangani dan melihat sisinya tetapi bersatu dalam mengecam pembunuhan dan peperangan. Itu adalah hak setiap orang untuk berbeza sudut pandang.

Kehadiran Presiden PAS dalam KUIS tidak mengikat sebuah parti seperti PAS untuk mempunyai pendirian tersendiri dalam pelbagai isu dunia.

KUIS sebagai sebuah kesatuan peringkat internasional perlu menjadi platform tokoh-tokoh ulamak untuk bertemu dan berdiskusi mencari titik sepakat dalam pelbagai isu ummah dan menghormati lerbezaan.

KUIS berhak berbeza pandangan dengan Presiden PAS.

Namun, ada pihak dilihat sangat seronok sekiranya Presiden PAS dilihat tidak lagi bersama KUIS.

Sebagaimana barat mahu umat bertembung sesama sendiri di bumi Syria, Iraq, Palestin, Mesir, Libya maka begitulah mereka juga mahu KUIS juga dilihat bertembung sesama sendiri.

Hari ini ada pula parti yang majoriti pimpinannya tidak Islam yang sememangnya memusuhi PAS tumpang semangkuk atas isu ini dalam perutusan krismasnya. Biarkanlah...

Saya yakin tokoh-tokoh ulamak seperti Syeikh Qardawi dan Tuan Guru Haji Hadi akan sentiasa bersama menghadapi permainan pihak berkepentingan dalam memecahbelahkan umat.

Dr Khairuddin Takiri
24hb Disember 2016, Belgium.


Sumber TKO - 27-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Jangan peralat Resolusi UNSC untuk capai 'two-state solution'

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43678-jangan-peralat-resolusi-unsc-untuk-capai-two-state-solution

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyambut baik resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menuntut supaya Israel dengan segera dan sepenuhnya menghentikan semua aktiviti penempatan di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Jerusalem Timur serta mengesahkan bahawa penubuhan penempatan oleh Israel itu adalah tidak sah di sisi undang-undang dan merupakan satu pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa.

Resolusi ini sekurang-kurangnya dapat mengembalikan semula sebahagian hak milik Palestin yang telah dirampas oleh Israel serta meredakan sedikit ketegangan akibat peperangan yang sering dicetuskan oleh Israel ke atas orang-orang Islam di Palestin.

Namun, resolusi ini tidak sepatutnya dijadikan helah atau diperalatkan ke arah mencapai "two-state solution" yang kononnya adalah penyelesaian sebenar terhadap pertikaian antara Palestin dan Israel sedangkan Israel dibangunkan di atas tanah Palestin yang dirampas secara zalim dengan membunuh rakyat Palestin tanpa mengira jantina dan usia. Mustahil, setelah merampas hak milik pihak lain tiba-tiba perdamaian yang dicadangkan ialah dengan membahagikan hak itu secara bersama antara pihak yang merampas dan mangsa rampasan.

DUPP juga menyeru Wisma Putra khususnya menerusi wakil tetap Malaysia ke PBB untuk terus lantang menegaskan pendirian dan sikap umat dan ulamak Islam dalam menentang kebiadapan Israel serta menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"Inilah Penyelesaian Kita"

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
26 Disember 2016 | 26 Rabi'ul Awwal 1438 - HARAKAHDAILY 26/12/2016

Sumber HD - 26-12-2016

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38604






















Korbankan kepentingan diri demi memartabatkan Islam

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42468-korbankan-kepentingan-diri-demi-memartabatkan-islam

Perutusan Hari Raya Eidul Adha Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

بسم الله الرحمن الرحيم
الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد

Alhamdulillah dan Allah Akbar Walillahilhamd  kita panjatkan segala kesyukuran  kepada  Allah S.W.T yang telah yang telah memberikan keizinan kepada kita untuk terus mengecapi nikmat Islam dan Iman hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang agama Allah yang telah mendahului kita sebelum ini.  Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, penghulu kepada segala nabi dan rasul yang telah menyempurnakan misi dakwah kepada umat manusia.

Hari Raya Eidul Adha adalah lambang dan syiar pengorbanan umat Islam terhadap agama yang tercinta ini. Ianya menunjukkan bahawa pengorbanan adalah tonggak utama kepada kemenangan perjuangan Islam sama ada kemenangan tersebut dikurniakan di atas dunia ini ataupun secara pastinya diperolehi pada hari akhirat kelak.

Perjuangan memartabatkan ajaran Islam di Malaysia pada hari memerlukan pengorbanan yang paling tertinggi daripada umatnya untuk melayakkan mereka mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. sama ada dalam bentuk harta benda, buah fikiran, tenaga, masa dan apa sahaja yang menjadi perkara yang bernilai di sisi manusia di atas dunia ini.

Allah s.w.t berfirman:

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ

"Kamu tidak mencapai maksud sebenar al birr iaitu kebaikan kecuali kamu mengorbankan sesuatu yang kamu cintai".

Kami daripada Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar melakukan pengorbanan demi memartabatkan Islam di negara yang tercinta ini.

Khususnya ketikamana kita berada di ambang perbahasan parlimen berkenaan RUU 355 yang sangat memerlukan pengorbanan yang besar daripada seluruh pihak terutamanya daripada ahli-ahli parlimen terutamanya yang beragama Islam untuk mengorbankan segala agenda kepentingan institusi yang diwakili oleh mereka demi melihat Islam terus diperkasakan sejajar dengan peruntukan perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi negara ini.

Sebagai akhirnya kami merakamkan ucapan selamat hari raya korban kepada seluruh rakyat Malaysia semoga pengorbanan kita diterima oleh Allah s.w.t. Mudah-mudahan perjalanan pulang ke kampung halaman selamat serta diberkati Allah s.w.t.

الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر , الله اكبر ولله الحمد
Datuk Mahfodz Mohamed
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 11/9/2016

Sumber HD - 11-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadang bina kampung baharu atasi masalah rumah
Posted on Friday, September 09 @ 19:58:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31598


SHAH ALAM - Kerajaan-kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dicadang untuk membuka perkampungan baharu untuk mengatasi masalah pembeli rumah di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, perkampungan baharu ini dibuka dengan premium tanah yang rendah, mempunyai rumah asas tiga bilik dengan kos di bawah RM75,000 seunit dan menawarkan pinjaman secara pinjaman tanpa faedah.

Menurutnya, tawaran ini diberikan kepada golongan yang memerlukan dan berkelayakan menurut syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sekarang ini, bagi pemaju-pemaju perumahan, harga mencecah RM250,000 pun adalah masih dianggap tidak berdaya maju terutamanya di kawasan Lembah Klang dan kawasan-kawasan bandar yang lain.

“Tambah pula, realiti yang dihadapi oleh rakyat dengan kenaikan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang terlalu perlahan atau hampir tiada, pasti menyukarkan lagi rakyat untuk memiliki rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pinjaman perumahan menerusi sistem konvensional seperti yang ada pada hari ini menyebabkan peminjam terikat dengan kadar faedah atau riba’ yang menindas peminjam.

Jelasnya, sistem itu menjejaskan kemampuan peminjam untuk membuat pembayaran balik pinjaman justeru turut menjejaskan keupayaan dan prestasi institusi kewangan terbabit sendiri.

“Sebagai contoh, bagi rumah berharga RM250,000, dengan pinjaman sebanyak 90 peratus dan bertempoh maksimum 35 tahun serta kadar faedah 4.39 peratus bayaran balik setiap bulan adalah RM1,049.55.

“Jumlah bayaran balik selepas tamat tempoh tersebut ialah RM440,811; iaitu perbezaan sebanyak RM190,811 daripada harga asal rumah tersebut. Nilai ini sangat membebankan peminjam,” katanya lagi.

Katanya lagi, keputusan kerajaan membenarkan pemaju perumahan menawarkan pinjaman perumahan tidak menyelesaikan isu sebenar.

“Malah, ia dikatakan akan memerangkap lebih ramai lagi pembeli dengan masalah hutang dan kadar faedah yang tinggi walaupun syarat kelayakan pinjaman mungkin menjadi lebih mudah,” katanya.

Sumber TKO - 9-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Milik rumah: Negeri tubuh dana, tawar qard al-hasan

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42455-milik-rumah-negeri-tubuh-dana-tawar-qard-al-hasan

Knight Frank Asia Pasifik melalui kajiannya mendedahkan harga rumah di Malaysia meningkat sebanyak 7.2% pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu sekali gus menempatkan Malaysia pada kedudukan ke-12 tertinggi di dunia mengatasi beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat, UK, Hong Kong dan Singapura.

Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporan kajiannya pada tahun lalu menunjukkan bahawa purata harga rumah di Malaysia adalah lebih daripada empat kali pendapatan median.

Indeks Perumahan di Malaysia juga menunjukkan peningkatan daripada 5.40% pada suku ketiga 2015 kepada 5.80% pada suku keempat 2015.

Sekarang ini, bagi pemaju-pemaju perumahan, harga mencecah RM250,000 pun adalah masih dianggap tidak berdaya maju terutamanya di kawasan Lembah Klang dan kawasan-kawasan bandar yang lain.

Sedangkan, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, rumah berharga sehingga RM165,060 sahaja dianggap berpatutan kepada isi rumah median di negara ini.

Tambah pula, realiti yang dihadapi oleh rakyat di negara ini dengan kenaikan kos sara hidup dan pertumbuhan pendapatan yang terlalu perlahan atau hampir tiada, pasti menyukarkan lagi rakyat di negara ini untuk memiliki rumah. Pilihan yang ada ialah dengan berhutang; walaupun tidak sehingga 100%.

Kerana itu, 56.2% daripada hutang isi rumah negara yang mencecah sehingga 89.1% daripada KDNK pada 2015 adalah pinjaman pembelian rumah dan harta tanah.

Masalahnya, pinjaman menerusi sistem konvensional seperti yang ada pada hari ini adalah terikat dengan kadar faedah atau riba yang menindas peminjam sehingga menjejaskan kemampuan peminjam untuk membuat pembayaran balik pinjaman justeru turut menjejaskan keupayaan dan prestasi institusi kewangan terbabit sendiri.

Sebagai contoh, bagi rumah berharga RM250,000, dengan pinjaman sebanyak 90% dan bertempoh maksimum 35 tahun serta kadar faedah 4.39%, bayaran balik setiap bulan ialah RM1,049.55 dan jumlah bayaran balik selepas tamat tempoh tersebut ialah RM440,811; iaitu perbezaan sebanyak RM190,811 daripada harga asal rumah tersebut. Nilai ini sangat membebankan peminjam.

Keputusan Kerajaan yang membenarkan pemaju perumahan menawarkan pinjaman perumahan pula dilihat tidak menyelesaikan isu sebenar iaitu harga rumah yang terlalu tinggi, bahkan akan memerangkap lebih ramai lagi pembeli dengan masalah hutang dan kadar faedah yang tinggi walaupun syarat kelayakan pinjaman mungkin menjadi lebih mudah.

Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan-kerajaan negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan membuka perkampungan-perkampungan baru dengan premium tanah yang rendah dan membina rumah asas 3 bilik dengan kos di bawah RM75,000 seunit serta menawarkan pinjaman secara ‘qard al-hasan’ (pinjaman tanpa faedah) – kepada golongan yang memerlukan dan berkelayakan menurut syarat-syarat yang ditetapkan – menerusi dana khas yang ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Walaupun tidak dapat meraih keuntungan dengan pinjaman yang diberikan, kerajaan negeri tetap boleh mengenakan caj perkhidmatan pada kadar kos sebenar. Namun, apa yang lebih penting ialah melalui pinjaman berkonsepkan berkebajikan ini, Allah akan membuka pintu keberkatanNya. Beruntunglah negeri dan rakyat yang mendapat keberkatan daripada Allah.

"Inilah Penyelesaian Kita"

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
9 September 2016 | 7 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 9/9/2016

Sumber HD - 9-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Wajibkan pekerja asing lulus kursus asas Bahasa Melayu

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42436-wajibkan-pekerja-asing-lulus-kursus-asas-bahasa-melayu

Berdasarkan statistik rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU), pada 2015, terdapat 2.135 juta pekerja asing di negara ini yang berkerja di sektor pertanian, perkhidmatan, pembinaan, pembuatan dan pembantu rumah.

Selain pekerja-pekerja dari Indonesia (74.8%) yang boleh bertutur menggunakan Bahasa Melayu, pekerja-pekerja dari Bangladesh, Thailand, Filipina, Pakistan, Myanmar, Nepal dan India yang diambil bekerja di negara ini tidak boleh bertutur menggunakan bahasa rasmi negara ini.

Sekalipun jumlah perkerja asing yang tidak boleh bertutur menggunakan Bahasa Melayu ini tidak lebih 25.2%, namun keperluan dan kepentingan untuk mereka mengetahui dan mempunyai kemampuan untuk menggunakan bahasa ini adalah sangat penting bagi memudahkan dan melancarkan sebarang urusan yang berkaitan dengan mereka sekali gus dapat memperkasa dan mengembangkan penggunaan Bahasa Melayu.

Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan menerusi kementerian yang berkenaan mewajibkan pekerja-pekerja asing yang akan atau sedang bekerja di negara ini menghadiri serta lulus kursus asas Bahasa Melayu khususnya bagi yang terlibat di sektor perkhidmatan dan pembantu rumah.

Pengawal-pengawal keselamatan yang diambil bekerja dari Nepal dan dua lagi negara sumber yang akan diumumkan nanti juga merupakan golongan yang penting untuk dipastikan mereka boleh bertutur dan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik kerana golongan ini merupakan individu pertama yang akan dijumpai oleh rakyat negara ini di pejabat-pejabat atau premis-premis untuk urusan-urusan tertentu.

Jika golongan ini tidak boleh berbahasa Melayu, sedikit sebanyak ia menyusahkan rakyat negara ini dan menjejaskan imej pihak-pihak berkenaan.

"Inilah Penyelesaian Kita"

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Perlimen Kuala Nerus
7 September 2016 | 5 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 7/9/2016

Sumber HD - 7-9-20116

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Himpunan pendakwah, wehdahtul fikri dan amal

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42435-himpunan-pendakwah-wehdahtul-fikri-dan-amal

Firman Allah s.w.t. dalam surah al Fussilat ayat 33-35 bermaksud:

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."
"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat."

Perhimpunan julung-julung kali diadakan oleh Majlis Dakwah Negara dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 6 September 2016 di Bandar Baru Bangi, Selangor melakarkan sejarah baru dalam usaha dakwah di negara ini.

Persidangan ini yang berusaha menghimpunkan para pendakwah dengan kepelbagaian latar belakang dari kalangan para ulamak, guru takmir, guru agama, ustaz, penceramah, pendakwah, aktivis NGO Islam, pensyarah universiti, imam, selebriti Islam, pegawai agama, personaliti tv, penasihat agama, pembimbing haji dan umrah, penulis buku agama, graduan bidang agama dan ramai lagi adalah satu usaha yang sangat positif dalam arena dakwah.

Kejayaan menempatkan kepelbagaian latar belakang para pendakwah dalam meja bulat bagi membincangkan isu-isu dakwah dan solusinya adalah menjadi titik tolak kepada permulaan yang sangat signifikan ke arah kebangkitan Islam yang lebih cerah.

Dakwah pada hakikatnya adalah merupakan satu tanggungjawab setiap umat Islam yang menjadi mata rantai penyambung risalah Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri. Malah tanggungjawab itu berlipat kali ganda pabila dikaitkan dengan seseorang yang dikurniakan oleh Allah kefahaman dalam urusan agama.

Sejarah telah menunjukkan bahawa penyebaran Islam ke serata dunia sehingga hampir 2/3 dunia adalah daripada usaha para pendakwah yang begitu cekal dan gigih menyebarkan Islam. Islam hanya mengambil masa 80 tahun sahaja sehingga berjaya sampai ke China di timur termasuk Asia Tenggara dan Sepanyol di barat termasuk benua Afrika.

Kejayaan penyebaran Islam dengan sebegitu pantas ini adalah berpunca daripada fitrah Islam itu sendiri di samping faktor para pendakwah yang istiqamah dan komited di samping kebijaksanaan pendakwah dalam menyampaikan dakwah.

Ketibaan Islam di Tanah Melayu khasnya dan Asia Tenggara amnya seawal tahun 700 Masihi adalah melalui jalan dakwah yang dibawa menerusi kedatangan para pedagang muslim dan pendakwah sama ada daripada Arab Selatan atau dari negara China yang mengislamkan penduduk Tanah Melayu yang asalnya penganut agama Hindu dan Buddha.

Kejayaan dakwah Islam di Tanah Melayu bukan sahaja kepada masyarakat dan rakyat tetapi turut berjaya mengIslamkan raja-raja dan para pembesar Tanah Melayu sekali gus menjadikan negeri Melayu sebagai negeri Islam dan mempraktikkan kesyumulan Islam.

Siapa Pendakwah

Pendakwah sebagaimana yang disebut dalam ayat 33 di atas "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" adalah mereka yang sendiri mendapat petunjuk hidayah Islam dalam erti kata memahami Islam yang sebenar. Lantaran itu mereka menyeru manusia kepada segala kebaikan dan mencegah manusia daripada keburukan.

Justeru itu, para pendakwah adalah mereka yang memahami dan sekali gus mempraktikkan Islam dalam diri mereka dengan kesyumulan ajaran Islam dan menyebarkan kepada orang lain. Para pendakwah semestinya berupaya untuk memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu yang diperlukan dalam dakwah khasnya berkait dengan ajaran Islam itu sendiri.

Bagaimana harus tercapai matlamat dakwah apabila pendakwah itu sendiri tidak memahami Islam sebagai ad Deen atau keliru dengan Islam, malah mungkin jahil dengan agama yang diserunya? Kalau pendakwah itu sendiri bersifat sekular atau berfikiran sekularisme dan liberalisme yang sememangnya kedua-duanya adalah bercanggah dengan kesucian Islam dan keindahannya, sudah tentu mesej sebenar dakwah itu tidak tercapai.

Maka perlu ditegaskan bahawa pendakwah berkewajiban memiliki kefahaman Islam yang sebenar daripada petunjuk Allah menerusi usaha gigih pencarian ilmu malah tidak cukup sekadar ilmu tanpa amal.

Method Dakwah

Dakwah tidak sekadar mengajak dan menyeru serta melontarkan segala apa sahaja yang ada dalam pengetahuan seseorang itu. Akan tetapi dakwah juga amat berkait rapat dengan persoalan uslub dan method penyampaian Islam tanpa menggadaikan prinsip Islami.

Ayat 34 di atas Allah s.w.t. telah menyatakan dan mengajar kepada kita salah satu method atau uslub dakwah yang amat efektif iaitu dengan cara yang terbaik dalam berdakwah.

Hikmah, kebijaksanaan, pengalaman dan uslub yang pelbagai bersesuaian dengan madu'u atau sasaran dakwah adalah rukun penting berdakwah. Dakwah tidak boleh dengan cara yang statik akan tetapi ia perlu kreatif, inovatif dan berupaya mengimprovisasikan ilmu, suasana sekeliling dan pengalaman, lalu digarap bersama dan dimanfaatkan untuk menjayakan misi iaitu menyampaikan Islam.

Ini adalah kerana misi dakwah Islam ialah untuk menyelamatkan seramainya manusia berpayung di bawah rahmat dan hidayah Allah menerusi ajaran Islam dan bukannya mencari musuh dan permusuhan. Penyebaran Islam ke serata dunia adalah melalui jalan perdamaian dan bukannya peperangan.

Malah sirah Baginda Nabi s.a.w. adalah buktinya tatkala Baginda menerima Perjanjian Hudaibiyyah dengan musuh tradisinya iaitu Abu Sufyan yang setelah berbelas tahun menzahirkan permusuhan dan siri peperangan.

Kedapatan melalui perdamaian Baginda s.a.w. berjaya memikat dan menarik ramai masyarakat Arab kepada Islam melalui dakwah samada dakwah melalui keadilan pemerintahan Islam di Madinah dan juga dakwah bil hal (dakwah dengan akhlak, peribadi dan tindakan) sehingga masyarakat Arab lembut dan lunak hati tercenderung kepada Islam yang memuncakkan kepada pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah) iaitu Membuka Hati Manusia.

Maka dakwah adalah merupakan satu cara dan teknik untuk memikat hati manusia kepada Islam dna bukannya menjauhkan hati manusia daripada Islam dan membencinya. Selama dakwah itu berupaya membuatkan manusia terpikat, ingin tahu, berminat, terbuka hati kepada Islam, maka itulah dakwah.

Dakwah Tidak Gopoh

Allah menjanjikan bahawa dakwah adalah secara fitrahnya tidak dihamparkan dengan permaidani merah dan layan istimewa. Dakwah dan pendakwah pasti berhadapan dengan rintangan, ujian, tentangan yang memenatkan, menyakitkan dan menyeksakan yang memerlukan ketabahan, kesabaran, istiqamah dan tidak gopoh.

Ini adalah kerana tugas pendakwah bukan memberi hidayah, tugasnya adalah menyampaikan Islam dan menunjukkan kepada manusia jalan kepada hidayah Allah s.w.t. Hidayah adalah hak mutlak Allah azza wajalla yang tidak dimiliki oleh sesiapapun termasuk Baginda Nabi s.a.w.

Pendakwah berusaha sedaya kekuatan dan kemampuan yang ada dalam berdakwah dan menyampaikan Islam kepada manusia dan selebihnya diserah sebulat hati penggantungan kepada Allah pemberi hidayah. Pendakwah yang beranggapan bahawa manusia menerima Islam dan mengikutinya disebabkan kepandaian, kebijaksanaan, kehebatan dirinya sendiri, Allah pasti menjauhi dan melepaskan urusannya dan pertolongannya.

Lihatlah sejumlah kejayaan Islam tidak dicapai tatkala Nabi s.a.w. masih hidup, tetapi dicapai setelah kewafatannya. Contohnya, Negeri Taif, Kekalahan Rom dan Parsi, Kemenangan Byzantine, Islam di Eropah dan Asia semuanya berlaku sesudah beratus tahun kewafatannya.

Maka, dakwah amat memerlukan kesabaran, ketabahan dan istiqamah berpanjangan dan berterusan sekalipun pendakwah tidak memperoleh keberhasilan dalam dakwahnya sewaktu dia masih hidup tetapi mungkin berjaya selepas kematian pendakwah itu. Nilaian pahala di sisi Allah juga bukan atas kejayaan dakwah akan tetapi atas usaha dan jihad pendakwah dalam dakwahnya.

Semoga usaha menghimpunkan para pendakwah menerusi MDN Yadim menghasilkan natijah yang positif dan memberangsangkan dalam usaha menjadikan Islam sebagai cara hidup lengkap dan syumul memayungi rahmat kepada sekalian alam. Wallahua'alam

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
7 September 2016 / 5 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 7/9/2016

Sumber HD - 7-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















RUU 355: Mujahid tidak beradab serang mufti 

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42409-ruu-355-mujahid-tidak-beradab-serang-mufti

Saya merasa amat pelik apabila Dr Mujahid Yusof tiba-tiba secara tidak beradab menyerang Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli al-Bakri yang mengeluarkan kenyataan kewajipan menyokong pindaan Akta 355 yang membataskan kuasa Mahkamah Syariah dalam menghukum pesalah syariah. Adakah beliau terpaksa mengikut telunjuk rakan kerjasama politik yang menyerang cadangan pindaan ini daripada awal ia dibentangkan di parlimen 26 Mei 2016 yang lalu?

Sekiranya beliau tidak bersetuju dengan pandangan mufti tersebut boleh sahaja beliau berbahas memberikan pandangan dan hujah secara rasional dan bukannya dengan menyerang kedudukan dan kelayakan mufti untuk memberikan pandangan dalam perkara penting seumpama ini?

Alasan Mujahid kononnya mufti belum mengetahui perincian cadangan pindaan untuk dikeluarkan hukum sangat dangkal dan mengelirukan. Bukankah teks rang undang-undang tersebut telah dibentang di parlimen iaitu antaranya "Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain dari hukuman mati".

Jika ketiadaan perincian dan ia belum dibahas di parlimen menjadi alasan Mujahid untuk mufti tidak wajar memberikan pandangannya maka apa pula kewajaran sebahagian ahli parlimen dan orang awam di kalangan bukan Islam berkempen untuk menolak cadangan pindaan Akta 355 sekarang sebelum ada perincian dan sebelum dibahaskan?

Tidakkah sudah jelas hatta oleh orang awam bahawa Akta 355 bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah telah menyekat kuasa Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah syariah berdasarkan hukum syariat yang sebenar?

Bagi seorang muslim yang sayang agamanya tentunya memahami kewajipan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah ini secara dasarnya yang menuntut mereka berbicara dan berkempen menyokong usaha ini sementelah pula seorang mufti yang mempunyai tanggungjawab menjelaskannya dari sudut kewajipan beragama.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Selasa 6 September 2016 - HARAKAHDAILY 6/9/2016

Sumber HD - 6-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















RUU 355: Syabas atas gesaan Mufti Wilayah Persekutuan

HARAKAHDAILY | .




















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42371-ruu-355-syabas-atas-gesaan-mufti-wilayah-persekutuan

Penerangan Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dengan ucapan syabas dan tahniah khusus ditujukan khas kepada Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan bersama warga Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan atas seruan menyokong Rang Undang-Undang Akta 355 agar dilaksanakan.

Sekalung penghargaan juga buat Mufti Wilayah Persekutuan atas seruan yang berprinsip khusus yang ditujukan kepada Ahli Parlimen bagi menyatakan sokongan terhadap Rang Undang-Undang Akta 355, ini kerana ianya dibentang oleh wakil rakyat yang sudah pasti mendukungi aspirasi pengundi-pengundi Islam di Malaysia yang sudah pasti mahukan Mahkamah Syariah di Malaysia ini diperkasakan lagi.

Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan juga turut menyatakan kebersamaan bersama menyeru agar semua pihak agar menyokong pindaan ini sekaligus ianya membuktikan kita benar-benar mempertahankan prinsip kita bahawa Islam itu agama menyelamatkan negara dan masyarakat Malaysia.

Nazmi Nik Din
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.
2 September 2016 - HARAKAHDAILY 2/9/2016

Sumber HD - 2-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sokong Kurangkan Waktu Berkerja

Oleh : Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali

Cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar waktu berkerja di negara ini dipendekkan kepada 6 jam wajar disokong dan Kerajaan mesti segera mempertimbangkannya memandangkan MTUC pernah mengemukakan cadangan yang sama ini pada Oktober 2015 lalu.
Buat masa ini, undang-undang sedia ada memperuntukkan jumlah jam berkerja seminggu ialah 48 jam dengan maksimum 8 jam sehari dan 6 hari berkerja seminggu.

Jumlah masa yang lama ini jika dipendekkan boleh memberi kesan positif pada aspek-aspek berikut :
(i)Menambah produktiviti selari dengan peningkatan fokus dan keupayaan mengoptimumkan prestasi secara konsisten setiap pekerja.

(ii)Menjamin kesihatan perkerja dengan lebih baik kerana bebanan kerja dan tekanan dapat dikurangkan.

(iii) Mengurangkan kesesakan lalulintas berikutan waktu mula dan tamat kerja dapat dijadualkan secara beberapa peringkat.

Selain mengurangkan waktu berkerja, Kerajaan juga dicadangkan melaksanakan waktu kerja yang lebih pendek dan fleksibel kepada golongan wanita yang berstatus isteri dan ibu bagi membolehkan golongan ini menjalankan tanggungjawab utama mereka terhadap suami, anak-anak dan keluarga dengan lebih berkesan. Hal ini sangat penting bagi menjamin institusi sosial utama ini semakin bertambah baik selari dengan kemajuan yang mahu dicapai.

Islam sememangnya menganjurkan manusia berusaha dan berkerja bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang ditetapkan; namun ia tidaklah boleh sampai ke tahap memperhambakan diri kepada kebendaan dan sehingga masing-masing mengejar kepentingan diri sendiri justeru mengancam kehidupan orang lain. Berkerjalah sebagai ibadah kepada Allah untuk meraih redha-Nya dan memberikan kebaikan kepada makhluk lain.

***DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Sumber BO - 2-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Jerebu: Malaysia perlu tegas terhadap Indonesia

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42361-jerebu-malaysia-perlu-tegas-terhadap-indonesia

Kerajaan Malaysia mesti bertindak tegas dalam menangani isu jerebu yang kini seolah-olah menjadi musim tahunan di negara ini.

Tahun lalu, kebakaran hutan di Indonesia menyebabkan jerebu rentas sempadan yang serius melanda negara ini. Jerebu yang dibawa angin Monsun Barat Daya itu memburukkan lagi keadaan di negara ini. Masalah ini tidak sekadar mencemarkan alam sekitar bahkan menjejaskan kesihatan serta aktiviti harian rakyat di negara ini.

Setakat Sabtu lalu, 6 wilayah di Indonesia telah diisytiharkan darurat berikutan keadaan jerebu yang teruk sehingga mula menjejaskan Singapura dan selatan Malaysia. Keadaan ini dijangka akan bertambah buruk sehingga Oktober akan datang.

Rakyat tidak mahu Kerajaan sekadar menyiarkan indeks pencemaran udara dan jika teruk, disusuli dengan pengumuman penutupan sekolah atau universiti tanpa pelaksanaan langkah-langkah berkesan bagi memastikan Indonesia benar-benar menunaikan janjinya terhadap Malaysia untuk menangani pembakaran terbuka yang berlaku di negara itu sejak beberapa tahun lalu lagi.

Kerajaan mesti menilai secara telus dan menyeluruh kos kesan jerebu ke atas negara ini dan mesti memasukkan aspek ini dalam mengadakan rundingan antara negara dengan Indonesia. Pampasan juga wajar dituntut daripada negara itu di atas pencemaran yang berlaku kepada negara ini.

Kerajaan juga perlu mengisytiharkan jerebu ini sebagai suatu jenayah yang melampau terhadap kemanusiaan kerana memudaratkan kesihatan dan mengancam nyawa manusia.

Wisma Putra mesti lebih tegas terhadap Indonesia dalam masalah ini. Jika tidak, ia akan terus berulang lagi pada masa hadapan.

Diharapkan juga Jabatan Alam Sekitar di bawah kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Jawatankuasa Jerebu Kebangsaan dapat membuat tindakan segera yang lebih agresif selari dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi membendung masalah ini.

"Inilah Penyelesaian Kita"

DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
1 September 2016 | 29 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 1/9/2016

Sumber HD - 1-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Mengisi kemedekaan dengan memperkasakan Islam

HARAKAHDAILY | .

http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42349-mengisi-kemedekaan-dengan-memperkasakan-islam

Kemerdekaan menurut Kamus Dewan bermaksud bebas daripada penjajahan. Jika ia dimaksudkan sebagai bebas daripada penjajahan fizikal maka ia telah dinikmati oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu sejak 31 ogos 1957. Namun, jika ia diertikan sebagai bebas daripada penjajahan pemikiran dan undang-undang maka ia perlu diperkasakan sebagai satu agenda mengisi kemerdekaan.

Antara pemikiran tinggalan penjajah ialah memisahkan Islam daripada sebahagian undang-undangnya yang mencakupi segala aspek kehidupan individu masyarakat dan negara.

Islam telah diberi takrifan yang sempit iaitu hanya merujuk kepada persoalan ibadah dan munakahat. Manakala undang-undang muamalat, jinayat dan pentadbiran tanah serta cukai dianggap urusan keduniaan yang berada di bawah pentadbiran Inggeris.

Sejarah Perundangan Islam Sebelum Penjajahan

Kesultanan Islam Melaka sebelum dikuasai Portugis pada tahun 1511 dan 9 Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan Inggeris dalam pentadbiran dan pemerintahan bermula 1874 adalah negeri-negeri Islam yang menjadikan Islam sebagai rujukan pentadbiran dan pemerintahan.

Di Melaka, Undang-undang Qanun Melaka yang merujuk kepada undang-undang Islam berasaskan Mazhab Syafie telah digubal bermula zaman Sultan Muhammad Syah (1422-1444M) dan dilengkapkan pada zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450M). Ia meliputi bidang yang luas termasuk acara keterangan, jenayah, mu’amalat seperti jua-beli, bankrap dan pinjam meminjam, keluarga dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Selepas kejatuhan Melaka, ia dipraktikkan pula untuk menjadi rujukan Kerajaan Johor yang bangkit menggantikan kerajaan Melaka.

Di Perak, di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Shah (1577-1584) dimulakan pengenalan undang-undang 99 Perak yang secara asasnya merujuk kepada undang-undang Islam.

Pahang memperkenalkan Hukum Kanun Pahang sebagai rujukan pemerintahan Sultan Pahang ke 12, Sultan Abdul Ghafur Muhayiddin Syah (1592-1614). Ia mengandungi undang-undang jenayah seperti membunuh, mencuri, merompak, menyamun dan menceroboh, undang-undang muamalat seperti jual-beli dan sewa menyewa di samping undang-undang keluarga dan perkahwinan.

Kedah memperkenalkan undang-undang Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan yang berlandaskan Syariah dengan perintah Sultan Dhiauddin Mukarram Shah 1 (1661-1668) dan Undang-Undang Pelabuhan Kedah 1311H/1893M.

Majalah Ahkam Johor yang diambil daripada Majalah al-Ahkam al-‘Adliyyah yang digunakan oleh kerajaan Islam ‘Uthmaniyyah telah diisytiharkan terpakai pada tahun 1913 oleh kerajaan Johor. Ianya mengandungi hukum syariah Islam, sebahagiannya berkaitan dengan muamalah berkaitan dengan jual beli, sewa, kafalah, hiwalah, al-rahn, amanah, hibah, sharikah, wakalah dan sebahagian kecil berkaitan institusi kehakiman.
Terengganu menggubal Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dinamakan Itqaanul Muluk bi Ta’dilis Suluk pada 1329H bersamaan 1911M. Fasal yang kelima puluh satu (51) undang-undang berkenaan memperuntukkan mengenai agama negeri dan agama lain dengan menyebut:
Sesungguhnya telah disifatkan dan disebut dan ditetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini Kerajaan Islamiah Melayuwiah ialah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadikan atau disebut agama negeri sekalipun banyak segala bangsa dan agama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam negeri dan jajahan Terengganu.

Bagaimana Penjajahan Diterjemahkan?

Penjajahan Ingeris diterjemahkan menerusi pelbagai undang-undang Inggeris yang diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang Islam. Di antara undang-undang yang diperkenalkan ialah Kanun Jenayah(Penal Code), Enakmen Keterangan(Evidence Enactment), Enakmen Kontrak(Contract Enactment), Kanun Acara Sivil(Civil Prosedure Code), Kanun Acara Jenayah(Criminal Prosedur Code) dan Enakmen Tanah (Land Enactment). Melalui penggunaan perundangan ini, undang-undang Islam yang berkaitan dengan bidang-bidang ini telah diketepikan pemakaiannya.

Hakim-hakim Inggeris ditugaskan sebagai hakim di Tanah Melayu yang membuat penghakiman kes berdasarkan undang-undang Inggeris bagi membentuk rujukan bagi penghakiman terkemudian.

Undang-undang Inggeris menjadi rujukan utama apabila Inggeris menggubal Enakmen Undang-undang Sivil 1937, 1951 dan Ordinan Undang-undang Sivil 1956 yang menetapkan bahawa mahkamah di Tanah Melayu perlu menerima pakai peraturan ekuiti sebagaimana yang digunapakai di England dan juga Common Law di England. Dalam hal ini, seseorang hakim akan merujuk kepada Common Law di England dan peraturan ekuiti bersama statut umum yang berkuatkuasa di England pada 1 Disember 1951 untuk negeri Sabah dan pada 12 Disember 1949 di Sarawak. Penguatkuasaan itu menyebabkan segala kes sivil adalah tertakluk kepada prinsip undang-undang Inggeris.

Malah Inggeris telah mula campur tangan dalam urusan undang-undang perkahwinan orang Islam dengan memperkenalkan pada tahun 1880 Muhammedan Marriage Ordinance bagi menetapkan sejauh mana Undang-undang Islam boleh diterima dan diiktiraf oleh mahkamah

Ordinan ini menyaksikan cita-cita dan usaha British berjaya untuk memisahkan antara urusan sivil dan urusan keagamaan yang telah dirancang semenjak kedatangannya ke Tanah Melayu.

Tanggungjawab Rakyat Merdeka

Setelah 59 tahun merdeka, rakyat mempunyai tanggungjawab memperkasakan kembali hak Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan yang kabur dalam menjelaskan hak sebenar Islam perlu diberikan penjelasan seperti Perkara 3 (1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa: “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Tafsiran para hakim terhadap peruntukan tersebut menzalimi hak Islam apabila ia hanya ditafsirkan merujuk kepada Islam dengan maknanya yang sempit yang tidak merangkumi perundangan jenayah dan muamalat Islam.

Keperluan Meminta Akta 355 Yang Menzalimi Islam

Pada masa ini, bidang kuasa jenayah terikat dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan) 1984, yang menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau sebat tidak lebih enam sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman itu.

Kuasa ini tidak selaras dengan Islam dan menzalimi Mahkamah Syariah. Malah bidang kuasa ini masih rendah atau sempit jika dibandingkan dengan bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Pertama.

Akta Mahkamah Rendah 1948 memberi bidangkuasa jenayah kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama menjatuhkan hukuman sehingga sepuluh tahun penjara atau rotan 12 kali atau gabungan kedua-dua.

Bagi membolehkan Mahkamah Syariah diperkasakan dengan diberikan haknya untuk berhukum menurut Syariat Islam maka Akta tersebut perlulah dipinda.

Pada bulan mei 2016 di Dewan Rakyat, PAS menerusi YB Ahli Parlimen Marang telah mengambil inisiatif mengemukakan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta 355 dan sekaligus memperkasakan Mahkamah Syariah.

Pindaan adalah bertujuan untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum berdasarkan hukum Syariah dan tidak lagi terikat sebagaimana sekarang. Ia dijangka dibahas untuk diundi dan diluluskan dalam sidang Dewan rakyat terdekat nanti.

Pengisian erti merdeka menuntut seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam memberi sokongan penuh terhadap usaha pindaan ini bagi memberikan hak yang sebenar kepada Islam tanpa menjejaskan hak-hak rakyat bukan Islam.

Ahli-ahli Parlimen Islam khususnya perlu didesak oleh rakyat di kawasan parlimen mereka untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi demi memperkasakan Islam dan memperkasakan Mahkamah Syariah.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Rabu, 31 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 31/8/2016           

Sumber HD - 31-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUU 355: Pertahan prinsip Islami

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42308-ruu-355-pertahan-prinsip-islami

Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al Mumtahanah ayat 2 (bermaksud): "Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka)."

Usaha memartabatkan dan meninggikan ajaran Islam adalah tanggungjawab agama bagi setiap orang yang beriman.Tanggungjawab ini tidak boleh digadaikan dengan kepentingan duniawi dan juga habuannya. Ia adalah cerminan sifat jatidiri iman dalam individu Muslim.

Sokongan padu dan dokongan setiap warga Muslim dalam negara ini terhadap inisiatif meminda Rang Undang-Undang Akta 355 Mahkamah Syariah pada bulan Oktober 2016 nanti seharusnya menjadi prinsip dasar yang perlu digalakkan dan dipertahankan.

Kejayaan membawa Undang-Undang Persendirian Private Member's Bill bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah di Parlimen oleh YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang dari Marang merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan dari kaca mata nilaian Islam. Ia adalah satu kebanggaan apabila seorang daripada ahli parlimen Muslim daripada pihak pembangkang sendiri berjaya mengusulkan agar salah satu institusi penting Islam iaitu Mahkamah Syariah yang menjadi tempat umat Islam mendapatkan keadilan menurut ajaran agama mereka sendiri perlu dipertingkatkan dan dipinda sesuai dengan keperluan semasa yang mendesak.

Usul meminda Akta 355 ini seharus dan sewajibnya tidak dilihat sebagai polemik politik atau kepartian kerana ia adalah berkait langsung dengan hal ehwal umat Islam. Tambahan lagi, usaha mengusulkan pindaan ini diakui kewajarannya oleh pihak berkepentingan dari sudut perundangan seperti Peguam Syarie, Hakim Syarie dan umat Islam yang melalui proses mahkamah  bahawa keperluan bagi meminda dan meningkatkan kemampuan Mahkamah Syariah setanding dengan sistem perundangan Mahkamah Sivil, Mahkamah Majistret dan lain-lain di negara ini.

Dengan pindaan ini, Mahkamah Syariah akan bertambah kemampuannya dan keefektifannya dalam menangani isu perundangan umat Islam dan juga berupaya memberi keadilan yang sepatutnya kepada pihak yang menuntut hak mereka.

Sememangnya setiap perkara yang baik itu terdapat halangannya seperti mana Usul Pindaan RUU Akta 355 ini yang turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak khasnya dari segelintir kalangan golongan bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri.

Namun, sebagai umat Islam yang berprinsip, janganlah kita terdorong dengan mereka yang jahil dan tidak beriman. Sikap dan pendirian kita orang yang beriman hendaklah berpandukan kepada petunjuk Ilahi iaitu apabila melibatkan perkara prinsip dasar agama, maka kita mestilah berpihak kepada agama.

Adapun perkara yang tidak melibatkan dasar agama Islam seperti hubungan sesama manusia atas keprihatinan manusiawi, Islam tidak melarang dan menegah kita bekerjasama dan berkompromi. Contohnya, Islam melarang seorang anak menderhaka ibu bapanya sekalipun kedua-duanya adalah tidak beragama Islam. Tetapi apabila kedua-duanya mengajak dan menyuruh kepada kesyirikan, Islam melarang kita mentaati mereka. Islam juga membenarkan orang Islam bersahabat, bersosial, berurusniaga hatta membuat perjanjian dengan golongan bukan Islam. Namun prinsip dan pendirian Islam hendaklah dipelihara dan dipertahankan.

Pelajarilah kisah Hatib bin Abi Baltaah dalam surah al Mumtahanah apabila Allah menurunkan wahyu al-Quran bagi menegurnya dalam cubaannya menyampaikan rahsia perancangan Rasulullah s.a.w. kepada kaum keluarganya yang masih tidak beriman di Kota Mekah. Sekalipun Hatib bin Abi Baltaah menyayangi dan mengasihi terhadap kaum keluarga sendiri itu merupakan tuntutan agama Islam, tetapi tidak sampai menggadaikan prinsip Islam dan merugikan Islam itu sendiri.

Semoga Allah membuka hati mereka yang berkaitan agar dilembutkan dan dilunakkan untuk bersama menyokong usaha pindaan Akta 355 di Parlimen pada bulan Oktober 2016 nanti.

Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
29 Ogos 2016 / 27 Zulkaedah 1437 - HARAKAHDAILY 29/8/2016

Sumber HD - 29-8-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memahami Maqasid Syariah Dalam Realiti Semasa

“Pada hari ini, orang kafir telah putus asa (dari memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi ugama untuk kamu…”

Al-Ma’idah: 3

2. Syukuri nikmat Islam, bahkan Islam yang lengkap.
3. Tunggak penting Islam ada 2 prinsip dan 2 konsep. 2 prinsip ialah beriman kepada Allah dan beriman kepada Akhirat. 2 konsep ialah taqwa dan Islam sebagai addin yang sempurna.
4. Asas ini dipegang oleh generasi awal Islam sehingga berjaya tegak dan sebarkan Islam. Perkara ini tidak ada dalam agama lain. Dalam tempoh 80 tahun Islam berkembang, ia sampai ke timur dan barat.
5. Islam bersifat futuhat (pembukaan), bukan imperalis, jajah. Ini datang dari ajaran Islam itu sendiri.
6. Sumber yang menjadi asas mazhab Shafie yang juga sumber dalam Perlembagaan PAS iaitu al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.
7. Sumber lain seperti Istihsan dan lain-lain menjadi khilaf tetapi maqasid syariah tetap dihayati oleh para ulama kerana Islam itu tidak jumud.
8. Ulama semasa bernama AsShanqiti berkata walaupun ulama khilaf terima sumber lain tetapi sepakat terima maqasid.
9. Dalam mazhab Maliki, kajian maqasid agak berkembang, mungkin kerana pembukaan negara di sebelah benua Afrika Utara. Dalam mazhab Hanafi juga berkembang.




10. Dahulu tiada alat komunikasi, apabila para Sahabat ditugaskan di tempat yang jauh, mereka berijtihad dalam perkara yang tiada nas. Timbul sumber lain seperti ijtihad. Contoh Muaz bin Jabal yang di hantar ke Yaman, bantu Abu Musa Al Asyaari yang tidak lama bersama dengan Nabi. Nabi bertanya kepada Muaz dengan apa dia berhukum. Muaz jawab: Kitabullah. Nabi tanya: Jika tiada? Muaz jawab: dengan Sunnah. Nabi tanya: Jika tiada? Muaz jawab: ‘Aku berijtihad..’
Dalam Quran ada dasar umum yang boleh menjadi panduan sepanjang zaman. Nabi tepuk dada atau bahu Muaz: ‘Moga Allah beri taufik kepada utusan Rasulullah menurut perkara yang diredhai Rasulullah’
11. Perbincangan kita tentang maqasid.
Asal dari qasad-matlamt, tujuan, hikmah dari hukum syarak. Tujuan maqasid untuk selesai masalah.
Ajaran lain ada undang-undang sahaja, tapi tidak ada aspek lain. Islam adil, ada nilai dosa pahala. Aspek spiritual ini menjadikan pemimpin Islam dahulu menjayakan Islam sebagai rahmat ke seluruh alam.

Objektif maqasid-jalb manfaat (tarik kebaikan), dar’u mafsadah (tolak kejahatan).

Dalam dar’u mafsadah dan jalb maslahah ada tahsin manfaat (mengelokkan kebaikan), taqlil mafasid (kurangkan kerosakan).

12. Tiga golongan manusia terhadap maqasid:
i-tolak maqasid-mazhab Zahiri-pakai nas secara lahir sahaja. Contoh pilihanraya haram kerana tiada nas-ini melampau.
ii-tasahul (bermudah-mudah)-golongan Islam liberal-banyak lahir di zaman kita, gadai prinsip perjuangan, cari redha bukan Islam
iii-wasatiah (sederhana)-maslahah ada 3:
a-Maslahah Muktabarah (syarak sudah tetapkan seperti puasa didik jadi taqwa, hukum hudud cegah mungkar melalui potong tangan)
b-Maslahah Mulgha (diabaikan)-Contoh matlamat menghalalkan cara-merompak untuk tunaikan haji, rasuah untuk bantu orang susah
c-Maslahah Mursalah-di sini dibincang dalam Maqasid Shariyyah, termasuk perkara yang wajib, haram dan haram jadi wajib ketika darurat.

13. Tiga perkara dibincang dalam ilmu maqasid

a-Daruriyyat (keperluan)- rukun hidup. Contoh makan
b-Hajiyyat (kehendak)—tidak ada tidak mengapa, boleh hidup tetapi tidak sempurna. Contoh nasi bagi orang Melayu.
c-Tahsiniyyat-(aksesori)-menambah baik. Contoh nasi dagang.
14. Imam Ibn Khaldun kata kadang-kadang hajiyyat boleh jadi daruriyyat kerana fiqh waqi’
15. Imam Ghazali dalam Al-Mustasfa, Ibn Taimiah dalam mazhab Hanbali, As-Shaibani, Sahnun dalam mazhab Maliki mengatakan Daruriyyat ada 5-agama, nyawa, akal, keturunsan, harta.
As-Shanqiti tambah satu lagi iaitu maruah

16. Agama-didakwah. Kalau dengan beragama, harta terjejas, dahulukan agama
Jaga agama didahulukan. Para Sahabat Nabi berhijrah kerana pelihara agama
Nyawa-juga penting

17. Isu wajib mudhayyak (sempit), wajib muwassa’ (luas)- Contoh wajib masuk pilihanraya kerana nak tegakkan Islam dengan tunaikan fardhu haji. Pilihanraya sangat hampir. Suara menangkan Islam mesti ada. Fardhu haji boleh ditangguh.

18. Fiqh siasah, fiqh waqi’ berkait dengan sebab turun ayat.

Di sinilah sebab kita bentang RUU 355- bagi orang Islam sahaja berdasarkan ayat
“Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”Al-Maidah:42

Sebab turun ayat: Pertelingkahan Bani Nadir dan Bani Quraizah, menyebabkan kena diat. Mereka minta Nabi jatuhkan hukuman. Taurat kata qisas.

Riwayat lain sebut ayat di atas tentang Yahudi yang berzina. Mereka ampu ulama mereka ubah dari hudud kepada lumur arang. Mereka jumpa Nabi, buka Taurat. Turun ayat di atas.
Ulama lain kata ayat ini mansukh

Ulama lain kata ayat perang kekal hingga hari kiamat. Kita tarjihkan pendapat ia sepanjang masa.
Fiqh waqi’ kata dalam perlembagaan Malaysia tidak hukum orang kafir. Maka ia berbetulan dengan pandangan ulama juga.
19. Ada bentuk yang dinamakan Istianah (bantuan dari orang bukan Islam)- ketika Fath (pembukaan) Mekah, Nabi minta senjata dari Hakim bin Hizam. Kalau dilihat sirah, Nabi bekerjasama ketika kuat, ini bererti dari segi siasah, kerjasama ialah sampaikan mesej, bukan hanya mahu kuasa.

20. Tahsin almasalih (perelokkan kebaikan)-zaman dahulu, dakwah ikut suka, tiada peraturan sangat-guru mati, pondok mati. Universiti Alazhar tidak mati kerana ada institusi ulama, orang ada Contoh lain, wujudkan Jemaah tegakkan islam, azan 2 kali, tadbir urusan kewangan seperti khumus. Di zaman Umar alKhattab, Islam kuasai tanah. Banyak tanah. Umar guna maqasid dengan tanah yang banyak diurus oleh kerajaan. Kalau diberi kepada tentera dan lain-lain, mereka akan tinggalkan jihad, sibuk dengan tanah. Khaibar-sebahagian tanah kerajaan yang urus, sebahagian diurus peribadi.
Buku kira-kira dibuat oleh Umar, sistem ata’ (pemberian)-Golongan dapat lebih seperti ahli Badar, Aisyah (kerana kelebihan ayahnya iaitu Abu Bakar), mereka yang masuk Islam lewat dapat kurang.


21. Taqlil mafasid (kurangkan kerosakan)-contoh Tartar bunuh semua orang di Iraq, kuat minum arak, simbah arak dalam masjid. Ibn Taimiah suruh biar mereka mabuk, supaya tidak bunuh orang. Contoh lain, kerja dengan kerajaan zalim.
22. Laksana hukuman-fiqh waqi’-Sahabat mengadu sebatan 100 rotan kepada pesalah yang kurus sangat sampai tulang, ambil 100 ranting, sekali sebat sahaja.
23. Hindraf pernah lawat tok guru, bimbang orang bukan Islam ikut hukum syarak kerana keadilannya.
Pelaksanaan hukum berkait juga dengan fiqh harakah. Islam adalah ajaran ajak manusia selamat dunia akhirat. Maqasid bertujuan untuk laksana Islam, selamatkan.seramai mungkin orang lain.

***Ringkasan intipati ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pada program Liqa-ul-Fikr PAS Pusat, di KUIZM semalam,27 Ogos, 2016. Catatan dibuat oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek, Timbalan 1, Jabatan Perhubungan Awam, IT Dan Media Baharu, Dewan Ulama PAS Pusat
dan Ketua Lajnah Media Baharu Dewan Ulama PAS Terengganu


Sumber BO - 28-8-2016