BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, June 25, 2015

SKANDAL MARA


Pertukaran Pengerusi MARA : Rakyat Wajib Tahu Hasil Siasatan

Rakyat masih lagi tertanya-tanya berhubung skandal pembeliah hartanah milik Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne, Australia yang dikatakan telah membayar RM13.7 juta lebih tinggi dari harga pasaran yang sebenar.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Ahmad Fadhli Shaari, pembelian tersebut didakwa oleh akhbar Australia, The Age melibatkan kos keseluruhan RM65 juta untuk sebuah blok apartmen di Melbourne.

Katanya, sekalipun bekas Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa mendakwa bahawa pembelian tersebut berlaku sebelum beliau dilantik sebagai pengerusi, namun ia bukannya satu jawapan terhadap tanda tanya yang sedang menjadi persoalan di kalangan rakyat.



Nyata sekali, tambah beliau, kerajaan UMNO / Barisan Nasional tidak pernah serius di dalam mengendalikan perbelanjaan wang milik rakyat sehingga menyebabkan berlakunya ketirisan yang melibatkan jutaan ringgit.

“Terbaru apabila Tan Sri Annuar Musa tidak disambung perkhidmatan sebagai Pengerusi MARA walaupun baru dua tahun memegang jawatan tersebut, rakyat semakin melihat bahawa ada sesuatu yang disembunyikan oleh kerajaan.

“Sekalipun Annuar bukanlah individu pertama yang memegang jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun namun ia agak janggal jika dibandingkan dengan dua penyandang jawatan tersebut sebelum ini,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Fadhli menjelaskan, bekas Pengerusi MARA sebelum Annuar, Dato Seri Idris Jusoh memegang jawatan tersebut selama 5 tahun bermula 2008 – 2013 manakala sebelumnya Dato Seri Abdul Hamid Zainal Abidin pula selama 4 tahun bermula 2004 – 2008.

Justeru, katanya, menamatkan khidmat Annuar Musa yang hanya diberikan kepercayaan selama dua tahun sahaja seolah-olah mengesahkan tanggapan rakyat bahawa terdapat kelemahan yang ketara di dalam pengurusan kewangan MARA dan proses jual beli hartanah sebelum ini.

“(Namun) Rakyat sedang menanti-nanti jawapan terhadap isu ini. Penjenayah sebenar wajib dihadapkan ke muka pengadilan tanpa sebarang pengecualian. Tiada maaf kepada mana-mana pihak yang memperalatkan amanah rakyat demi kepentingan poket peribadi,”katanya lagi

Sumber BO - 27-7-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pengerusi, CEO MARA Inc direhatkan

Posted on Thursday, July 02 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa mengumumkan dua pegawai kanan badan itu direhatkan buat sementara waktu bagi tujuan siasatan.

Jawatan yang disebut adalah Pengerusi MARA Inc Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MARA Inc Sdn Bhd.

Semakan menunjukkan Pengerusi Mara Inc ialah Datuk Mohammad Lan Allani  manakala CEO untuk MARA Inc ialah Dato Abd Halim A Rahim

MARA turut melantik juruaudit Pricewaterhouse Coopers (PwC) bagi mengendalikan urusan pengauditan lebih mendalam terutama membabitkan isu berkaitan dengan perolehan aset Mara Inc Sdn Bhd di luar negara.

Katanya, juruaudit tersebut mendapati ada keraguan munasabah dalam banyak perkara berkaitan urusan pembelian hartanah di Australia.  - MK

Sumber TKO - 2-7-2015                                                                                                                            ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Skandal Mara, masa depan bumiputera Melayu terancam

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Masa depan bumiputera kini kian terancam berikutan skandal membabitkan pembelian Dudley International House yang berharga RM67.2 juta.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang merujuk kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berkata tiada unsur harga dinaikan dan mengikut prosedur yang ditetapkan adalah mengelirukan.

"Beliau hanya ingin menyembunyikan perkara yang sebenar, sesuatu penipuan yang dilakukan akan dipastikan supaya dari sudut dokumen akan menunjukkan tiada kesalahan dan penipuan yang dilakukan dan tiada pelanggaran posedur.

"Apa yang perlu dijelaskan kenapa Mara perlu membayar lebih dari harga pasaran, Laporan ketua Audit Negara pernah melaporkan agensi kerajaan termasuk Mara penuh dengan penipuan apabila barang yang murah dibeli dengan harga yang tinggi," katanya.

Tambah beliau, Mara merupakan agensi milik bumiputera yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan Melayu, namun skandal ini mengugat kepercayaan yang telah diberikan.

"Mara yang dilahirkan untuk membangunkan bumiputera dalam bidang pendidikan dan ekonomi, tetapi krisis sedang melanda agensi tersebut.

"Jika ia tidak dipulihkan dan tiada pemantauan kepada pengurusan perbelanjaan serta perolehan tidak mustahil mara akan mengalami krisis yang lebih teruk dan mengugat masa depan bumiputera khususnya orang Melayu," katanya lagi.

Beliau yang menggesa agar satu Suruhanjaya Di-Raja dibentuk bagi menyiasat secara bebas demi memastikan pelindungan Perlembagaan Persekutuan kepada bumiputera Melayu terus terjamin. – HARAKAHDAILY 1/7/2015

Sumber HD - 1-7-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dewan Ulama gesa siasatan telus terhadap Mara Inc
Posted on Monday, June 29 @ 16:32:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini menggesa agar siasatan segera dijalankan dengan telus dan jujur berkaitan tuduhan rasuah terhadap syarikat subsidiari Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Incorporate Sdn Bhd (Mara Inc).

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, laporan akhbar Australia, The Age itu menunjukkan rakyat telah disembunyikan maklumat oleh kerajaan selama ini sedangkan kes itu berlaku pada 2013.


"Dewan Ulama Pas Pusat amat menyesali perkara ini sekiranya benar sebagaimana dilaporkan The Age dan ini menunjukkan rakyat disembunyikan fakta sebenar oleh kerajaan dan Mara. Rakyat sepatutnya berhak untuk mengetahui hal seumpama ini terutamanya apabila melibatkan dana awam serta kepentingan negara.


"Oleh itu, Dewan Ulama menuntut siasatan yang telus dan jujur terhadap dakwaan rasuah itu," katanya pada sidang media di hadapan bangunan Mara selepas menyerahkan memorandum kepada Mara, hari ini.


Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Majlis Mara, Suhaimi Zainuddin untuk diserahkan kepada pihak pengurusan Mara.


Dalam memorandum itu menggariskan beberapa kewajaran siasatan itu dijalankan secara telus dan jujur termasuk kerana ia melibatkan integriti pegawai-pegawai yang telah diberi amanah.


"...negara tidak sunyi dari isu penyelewengan pengurusan wang negara menyebabkan usaha Malaysia untuk menjadi negara maju mungkin hanya mimpi indah sahaja.


"Siasatan dan tindakan seterusnya amat penting untuk memastikan tindakan yang tegas oleh kerajaan bagi menghentikan salahlaku dan penyelewengan beberapa institusi kewangan gergasi yang melibatkan dana rakyat dan awam," katanya.


Beliau turut berharap agar pesalah dikenakan hukuman seadil dan sewajarnya agar ia menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi.


Namun, beliau sempat memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berdiam diri sekiranya pihak Mara dan kerajaan hanya berpeluk tubuh terhadap isu tersebut.

Sebelum ini, ahkbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne, Australia dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak RM13.8 juta bagi blok pangsapuri di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga individu itu didakwa membida lebih tinggi bagi bangunan yang dikenali 'Dudley International House' daripada A$17.8 juta kepada A$22.5d juta dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.  - Sinar Harian

Sumber TKO - 29-6-2015


Skandal Rasuah Mara: PM Perlu Bertanggungjawab - Pemuda PAS
Posted on Friday, June 26 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan rasuah berhubung pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia pada 2013.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata perdana menteri perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut ekoran urusniaga berkenaan mendapat kelulusan Majlis Ekonomi.
"Pemuda PAS juga mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal iaitu kementerian yang mengawal selia agensi Mara dan Pengerusi Mara sendiri, Tan Sri Annuar Musa untuk turut mengambil tanggungjawab atas kes skandal rasuah yang melibatkan pegawai tertinggi kerajaan ini," katanya.

Beliau mengulas mengenai dakwaan rasuah seperti didedahkan akhbar Australia, The Age yang melaporkan pegawai Malaysia yang mempunyai hubungan dengan Mara telah membayar lebih daripada harga jualan sebenar bagi sebuah apartmen lima tingkat di Melbourne.

Lebihan bayaran kepada pemaju, Dudley International House itu ialah RM13.8 juta.

Mengulas lanjut Khairil Nizam turut meragui siasatan dalaman yang dijalankan Mara berhubung dakwaan yang didedahkan akhbar harian Australia, The Age itu.

"Dewan Pemuda PAS Pusat berpandangan adalah tidak memadai jaminan audit dan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh Mara terhadap anak syarikatnya sendiri.

"Kes itu sememangnya sudah dalam pengetahuan pihak pengurusan tertinggi Mara seperti yang diakui oleh Tan Sri Annuar cuma, baru sekarang ia menjadi heboh apabila akhbar The Age membuat pendedahan eksklusif berkenaan kes ini," katanya.

Pada Rabu, Annuar menerusi sidang media khas berkata, Mara mengadakan audit dalaman dan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anak syarikatnya, Mara Incorporated Sdn Bhd, berhubung dakwaan penipuan dalam pembelian hartanah di Melbourne membabitkan pegawai kanannya.

Annuar berkata proses audit di samping siasatan SPRM, kedua-duanya yang bermula sejak beberapa minggu lepas, masih berjalan.  - Mstar
Sumber TKO - 26-6-2015

Australia Dakwa Pegawai Mara Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram

Screenshot (1442)
Isu pembelian kontroversi blok pangsapuri lima tingkat Dudley International House di Caulfield East, Australia mengundang dampak lebih besar sekiranya ia melibatkan dakwaan serius pengubahan wang haram peringkat antarabangsa.

2. Isu ini mendapat perhatian serius daripada pihak The Hon. Joe Hockey, Kementerian Kewangan (Federal Treasurer) yang mengesyaki pelbagai dana luar yang meragukan masuk ke dalam pasaran hartanah Australia.

rumah pelajar malaysia caufield

3. Isu pembelian kontroversi tersebut disokong dengan penyiasatan lapan bulan Fairfax Media yang mendedahkan bagaimana harga pembelian Dudley International House terlalu tinggi. Ia dijual dengan harga A$22.5 juta (RM 65 juta) berbanding harga asal A$17.8 juta (RM 51.5 juta).

4. Lebih serius, Fairfax Media mendakwa jualan Dudley International House (Gambar kanan) adalah sebahagian daripada proses rasuah dan beberapa pembelian hartanah lain di Australia yang bernilai kira-kira A$ 80 juta oleh beberapa pihak menggunakan syarikat-syarikat ‘tax haven’ berkemungkinan terlibat dalam proses pengubahan wang haram global.

5. PAS juga terkejut mengapa laporan portal berkenaan membuat pendedahan dakwaan yang sangat berat. “The Paris – based anti laundering agency, the Financial Action Task Force warned that Australia is seen as an attractive destination for foreign proceeds (of crime), particularly corruption – related proceeds, flowing into real estate, from Asia Pacific region. The Dudley House deal is the clearest example to date”.

6. Bagaimana peranan dua orang ahli perniagaan Malaysia berprofil rendah yang terlibat sebagai pemaju (joint venture) The Dudley International House berkomplot menjalankan transaksi bersama pegawai tertinggi Majlis Amanah Rakyat Incorporated (MARA Inc.)? Dimanakah dakwaan lebihan wang berjumlah A$ 4.75 juta (RM 13.7 juta) itu disalurkan?

Screenshot (1445)

7. Dua orang pegawai tertinggi yang dinamakan oleh portal akhbar Australian (The Age) berkenaan iaitu Pengerusi Pelaburan MARA, Dato Mohammad Lan bin Allani dan Ketua Eksekutif MARA, Dato’ Halim bin Rahman turut didakwa terlibat dalam pemilikan beberapa offshore companies di Singapura yang bertujuan untuk menjual hartanah-hartanah yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia. Adakah ini selaras dengan polisi kerajaan?

8. PAS mendesak pihak kerajaan segera mengheret mereka yang telah disyaki terlibat dalam kes kontroversi ini kerana ia melibatkan (jika benar) aktiviti pengubahan wang haram, rasuah, salah guna kuasa dan mencemarkan institusi awam di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh
9 Ramadhan 1436 | 26 Jun 2015

Sumber BO - 26-6-2015



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Dakwaan serius pengubahan wang haram di Australia

HARAKAHDAILY | .


Isu pembelian kontroversi blok pangsapuri lima tingkat Dudley International House di Caulfield East, Australia mengundang dampak lebih besar sekiranya ia melibatkan dakwaan serius pengubahan wang haram peringkat antarabangsa.

Isu ini mendapat perhatian serius daripada pihak The Hon. Joe Hockey, Kementerian Kewangan (Federal Treasurer) yang mengesyaki pelbagai dana luar yang meragukan masuk ke dalam pasaran hartanah Australia.

Isu pembelian kontroversi tersebut disokong dengan penyiasatan lapan bulan Fairfax Media yang mendedahkan bagaimana harga pembelian Dudley International House terlalu tinggi. Ia dijual dengan harga A$22.5 juta (RM65 juta) berbanding harga asal A$17.8 juta (RM51.5 juta).

Lebih serius, Fairfax Media mendakwa jualan Dudley International House adalah sebahagian daripada proses rasuah dan beberapa pembelian hartanah lain di Australia yang bernilai kira-kira A$80 juta oleh beberapa pihak menggunakan syarikat-syarikat tax haven berkemungkinan terlibat dalam proses pengubahan wang haram global.

PAS juga terkejut mengapa laporan portal berkenaan membuat pendedahan dakwaan yang sangat berat.

The Paris - based anti laundering agency, the Financial Action Task Force warned that Australia is seen as an attractive destination for foreign proceeds (of crime), particularly corruption - related proceeds, flowing into real estate, from Asia Pacific region. The Dudley House deal is the clearest example to date.

Bagaimana peranan dua orang ahli perniagaan Malaysia berprofil rendah yang terlibat sebagai pemaju (joint venture) The Dudley International House berkomplot menjalankan transaksi bersama pegawai tertinggi Majlis Amanah Rakyat Incorporated (Mara Inc.)? Di manakah dakwaan lebihan wang berjumlah A$4.75 juta (RM13.7 juta) itu disalurkan?

Dua orang pegawai tertinggi yang dinamakan oleh portal akhbar Australian (The Age) berkenaan iaitu Pengerusi Pelaburan Mara, Datuk Mohammad Lan Allani dan Ketua Eksekutif Mara, Datuk Halim Rahman turut didakwa terlibat dalam pemilikan beberapa offshore companies di Singapura yang bertujuan untuk menjual hartanah-hartanah yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia. Adakah ini selaras dengan polisi kerajaan?

PAS mendesak pihak kerajaan segera mengheret mereka yang telah disyaki terlibat dalam kes kontroversi ini kerana ia melibatkan (jika benar) aktiviti pengubahan wang haram, rasuah, salah guna kuasa dan mencemarkan institusi awam di Malaysia. - HARAKAHDAILY 26/6/2015

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh

Sumber HD - 26-6-2015



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rakyat berhak tahu di sebalik skandal hartanah Mara

HARAKAHDAILY | .


Rakyat Malaysia pada hari ini dikejutkan lagi dengan pendedahan laporan berita The Edge dari Australia yang menyebut bahawa Mara Inc yang merupakan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara) terlibat rasuah dalam pembelian hartanah di Melbourne pada tahun 2013.

Akhbar itu melaporkan bahawa sekumpulan rakyat Malaysia yang mana salah seorang daripadanya adalah pegawai tinggi Mara telah terlebih membida dalam pembelian sebuah bangunan yang dikenali 'Dudley International House", daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Tan Sri Annuar Musa selaku Pengerusi Mara mengakui perkara itu dan memaklumkan bahawa pihak Mara sedia maklum akan dakwaan ini dan sedang mengambil tindakan sewajarnya sebagaimana yang dilaporkan dalam Sinar Harian kelmarin.

Pihak Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor amat menyesali perkara ini sekiranya benar sebagaimana yang didakwakan oleh akhbar The Edge dan ini menunjukkan rakyat telah disembunyikan daripada fakta dan maklumat sebenar oleh pihak kerajaan Malaysia dan Mara khasnya sedangkan kes ini telah berlaku pada tahun 2013.

Sebagai rakyat Malaysia yang bebas dan merdeka, sepatutnya rakyat berhak untuk mengetahui hal seumpama ini terutamanya apabila melibatkan dana awam dan kepentingan negara.

Persoalannya, semakin hari semakin bermasalah dan terdedah segala kelemahan institusi dana awam dalam negara ini menunjukkan bahawa penyelewengan demi penyelewengan yang tidak berkesudahan melibatkan pegawai dan mereka yang diberikan jawatan menguruskan kewangan negara ini amat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila melibatkan integriti dan keselamatan negara.

Selepas satu persatu pendedahan demi pendedahan dakwaan salahlaku dan penyelewengan beberapa institusi kewangan gergasi yang melibatkan dana rakyat dan awam dalam negara ini seolah-olah tidak berkesudahan dengan apa yang berlaku dan tidak langsung diambil iktibar dan pengajaran.

Difahamkan juga bahawa prosedur sebarang pengambilalihan dan pembelian oleh pihak Mara INC telah ditetapkan bahawa mesti melibatkan Majlis Tertinggi Mara dan juga Kementerian Kewangan Malaysia. Sudah tentu sekiranya berlaku pembelian hartanah ini oleh Mara Inc bermakna pihak Majlis Tertinggi Mara dan juga Kementerian Kewangan dimaklumi akan inisiatif ini dan bagaimana ia boleh terlepas pandang sehingga terjadi sebagaimana yang didakwakan oleh pihak akhbar The Edge?

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor juga melihat aspek pegangan agama begitu longgar dalam perlantikan dan pemilihan seseorang untuk menjawat dan diberi sesuatu tugas penting yang melibatkan maruah dan integriti negara. Bukankah Islam amat menekankan aspek iman dan amanah berkait rapat antara satu dengan lain?
Lihatlah Al-Quran menyatakan dalam surah An Nisa': إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)..."
Begitu juga Sabda Rasulullah s.a.w: (لا إيمان لمن لا أمانة له، ولا دين لمن لا عهد له)
maksudnya: Tiada iman sesiapa yang tidak beramanah dan tiada agama sesiapa yang tidak berpegang dengan janji.

Apatah lagi isu ini sedikit sebanyak mencemarkan institusi orang Melayu dan Islam dalam negara ini dan juga kesucian bulan Ramadhan yang mulia ini.

Oleh itu, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menuntut agar dilakukan segera siasatan yang telus dan jujur oleh pihak siasatan khas seperti Suruhanjaya Diraja dan sekiranya ia terbukti ada sebarang penyelewengan dan salah laku, maka hendaklah dihukum dengan adil dan sewajarnya agar perkara seperti ini diambil pengajaran dan tidak lagi berulang.

Insya Allah Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor akan bersama dengan Dewan Ulamak PAS Pusat untuk menghantar memorandum dalam masa terdekat ini kepada pihak Mara bagi menuntut agar kes ini diambil tindakan sewajarnya. - HARAKAHDAILY 26/6/2015

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.

Sumber HD - 26-6-2015


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Skandal hartanah Mara: Pemuda buat laporan polis

IZWAN ABDUL HALIM | .


KOTA BHARU: Petang ini, 26 Jun 2015, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan bersama-sama akan membuat laporan polis berhubung isu pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne, Australia.

Ia berikutan laporan oleh akhbar Australia, The Age bahawa bangunan apartmen lima tingkat yang berharga A$17.8 juta telah dibida oleh MARA dengan harga A$22.5 juta. Lebihan sebanyak A$4.8 juta ini atau bersamaan dengan RM13.8 juta telah menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat sama ada ia merupakan satu rasuah kepada pihak-pihak tertentu yang terlibat atau merupakan satu salah kira yang juga tidak boleh dimaafkan.

Justeru, laporan polis dibuat hari ini di Balai Polis Ketereh memandangkan Pengerusi MARA iaitu Datuk Annuar Musa juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh mendesak agar siasatan rapi dijalankan oleh pihak berkuasa seterusnya menghadapkan pihak yang didapati terlibat ke muka pengadilan.

Antara pimpinan yang dijangka hadir petang ini di Balai Polis Ketereh ialah Ketua DPPNK, Ahmad Fadhli bin Shaari dan Timbalannya, Nor Azariza Mohd Alawi, Ketua AMK Kelantan Dr Mohd Hafidz Rizal Amran, Ketua Penerangan DPPNK Nazman Che Ibrahim, Exco AMK Malaysia Sukirman Mustafa yang juga Ketua AMK Cabang Ketereh, Setiausaha DPPNK Mohd Kamal Mohamad yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ketereh serta beberapa orang ahli jawatankuasa masing-masing. – HARAKAHDAILY 26/6/2015

Sumber HD - 26-6-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jelaskan Isu Sebenar Transaksi Rumah Pelajar Di Caulfield, Australia

rumah pelajar malaysia caufield
Portal berita luar negara terutama di Australia mendedahkan bahawa pembelian Rumah Pelajar Dudley House berhampiran dengan Monash University untuk pelajar pelajar Malaysia terlibat dengan skandal rasuah dan pembersihan duit haram.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasruddin Hassan Laporan video, tulisan dan graphic boleh didapati melalui http://www.theage.com.au/national/corrupt-malaysia-money-distorts-melbourne-market-20150623-ghu6a0.html .

“Berhubung dengan kes ini, PAS merasakan perlu pihak berkuasa Kerajaan Malaysia menyiasat proses ini yang melibatkan integriti dan maruah Negara. Proses urusniaga yang didakwa sumbang ini melibatkan organisasi MARA dan anak syarikat MARA yang bertanggungjawab mengurus kebajikan pelajar pelajar di sana.

“Mengikut maklumat berita tersebut, Bangunan Apartment 5 tingkat yang berharga AUD17.8 Juta Dollar Australian dijual dengan harga AUD$22.5 Juta. AUD$4.75 Juta dikatakan rasuah di antara Pegawai Malaysia dan Syarikat tempatan yang berurusan di sana,”ujarnya dalam satu kenyataan
Oleh itu, PAS mengharapkan tindakan segera perlu dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membetulkan persepsi masyarakat Dunia terhadap negara ini yang disebut sebagai sebuah Negara ISLAM yang menjadi contoh.

Sekiranya dakwaan ini benar, kata beliau, Malaysia perlu memecat dan menghukum pihak yang terbabit dan perlu memulihkan semula kepercayaan warga asing terhadap tatacara yang dilakukan oleh pegawai pegawai Malaysia.

“PAS menuntut pengerusi Mara dan Ceo Mara inc serta semua yang terlibat dengan transaksi ini diarahkan bercuti bagi memberi laluan proses penyiasatan.

“Satu panel bebas dianggotai oleh ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta NGO ditubuh untuk menyiasat perkara ini dengan kadar segera untuk memulihkan imej negara dan maruah rakyat Malaysia,”tegasnya

Sumber BO - 25-6-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Skandal MARA: Polis Australia serbu rumah, rampas komputer riba dan fail 
Post Pic
MELBOURNE: Ekoran dakwaan berlaku penyelewengan dalam urusan pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), pasukan polis persekutuan Australia melakukan serbuan di sebuah rumah di selatan Vermont, sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kes itu. 
Dilaporkan, sebuah komputer riba dan dan fail dirampas dalam serbuan berkenaan.
Akhbar harian Australian menamakan Pegawai tinggi MARA Incorporated Sdn Bhd termasuk pengerusinya, Datuk Mohammad Lan Allani atas dakwaan rasuah berhubung pembelian hartanah.
Semalam, Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa memberi tempoh tujuh hari kepada anak syarikatnya MARA Inc untuk menjawab berhubung dakwaan skandal pembelian hartanah di Melbourne, Australia seperti yang dilapor media negara itu.
Beliau juga berkata MARA akan mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti pembelian blok apartmen Dudley International House yang dijadikan asrama pelajar tajaan agensi kerajaan itu sepertimana yang dilapor akhbar The Age.
"Saya beri masa tujuh hari pada MARA Inc supaya beri jawapan bertulis terperinci tentang apa yang ditulis oleh The Age dan dalam masa 14 hari, kita akan panggil mesyuarat khas Majlis supaya meneliti secara lebih terperinci.

"MARA Inc kena kemukakan alasan bertulis dan ulasan mengenai perkara yang dibangkitkan. Dan seterusnya menentukan apa langkah yang perlu diambil," katanya lagi.

Sumber Bernama / HD / AP - 25-6-2015


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Skandal Mara, siasat juga Najib

| .


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti disiasat berhubung skandal pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara). Mara Inc.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, pihak polis harus mengambil serius pengakuan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa bahawa Najib selaku Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) meluluskan pembelian tersebut.

“Perdana Menteri mengatakan bahawa ‘Melbourne Deal’ mesti disiasat. Pendedahan oleh Pengerusi Mara mengatakan bahawa yang turut meluluskan adalah Perdana Menteri, kita minta Perdana Menteri mesti bersedia untuk disiasat.

"Dan kita harap pihak polis tanpa mengira setinggi mana pangkat seseorang mesti bersedia untuk menyiasat,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi hari ini.

Akhbar Australia, The Age melaporkan, berlaku penyelewengan dalam urusan pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia oleh Mara yang dibeli melebihi RM13.8 juta daripada harga sebenar.

Hanipa juga berkata, pihak polis perlu bertindak cepat seperti polis Australia yang telah melakukan beberapa serbuan sejak isu pembelian hartanah tersebut didedahkan.

“Dilaporkan polis di sana sudah membuat serbuan. Diharap polis di sini perlu bertindak cepat. Jangan setakat kita serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja.
“Kita harap polis akan menyiasat kes ini secara keseluruhan,” katanya.

Turut bersama ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad. - HARAKAHDAILY 25/6/2015

Sumber HD - 25-6-2015


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Perompak wang simpanan rakyat

| .

APAKAH persamaan di antara Tabung Haji, Kumpulan Wang Pencen Rakyat, FELDA dan MARA? Mereka merupakan institusi yang diwujudkan khas bagi membantu rakyat yang miskin dan  yang sepatutnya diberi bantuan. Apakah persamaan yang lain? Sejak kebelakangan ini telah tersebar laporan berita bahawa individu-individu yang sangat berkuasa  dan sangat berkepentingan dalam kerajaan telah menunjukkan minat dan kecenderungan yang tidak amanah dengan bertujuan untuk mendapatkan wang simpanan yang dimiliki oleh institusi-institusi tersebut. Sangat bersesuaian dengan kata pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ dan ditambahkan lagi dengan sikap ‘tutup sebelah mata’ oleh pihak berkuasa tertinggi yang berperanan sebagai pihak yang melantik mereka. Senarainya adalah seperti berikut :-

1) Tabung Haji sebelum ini telah dilaporkan terlibat dengan pembelian sebidang tanah di Sungai Besi yang penuh dengan kontroversi yang dibeli dari 1MDB dengan harga RM 2,700 kaki persegi, di mana hakikat sebenar ianya diperolehi dari milik pihak Kerajaan dengan harga hanya RM 65 kaki persegi. Walaupun Ketua Pengarahnya menjelaskan bahawa tanah tersebut akan dijual semula bagi tujuan meraih keuntungan dalam masa 2 minggu, namun tidak kedengaran sebarang berita mengenainya walaupun setelah lebih 2 bulan selepas itu.

2) Kumpulan Wang Pencen Rakyat pernah membeli aset berharga RM 4 billion yang telah dilaburkan ke atas sebuah perlombongan arang batu di lokasi terpencil Negara Mongolia, di mana terdapat beberapa dakwaan bahawa nilai transaksi sebenar adalah hanya RM 400 juta !

3) FELDA juga pernah terlibat dalam aktiviti pembelian sebuah Hotel berprestij di London yang bernilai ratusan juta pound sterling, dan transaksi pembelian ini telah melibatkan seorang anak kepada seseorang individu yang sangat senior dan berpengaruh dalam pihak Pengurusan yang menjadi orang tengah transaksi tersebut. Berdasarkan aduan awam, pihak berkuasa gagal menemui apa-apa kesalahan, malah turut gagal mengesan sebarang kaitan terhadap konflik yang berkepentingan dikatakan wujud terhadap hubungan ayah dan anak lelaki tersebut, walaupun umum tahu ada ‘conflict of interests’.

4) Terkini, MARA membuat pembelian sebuah asset hartanah di Melbourne, Dudeley House untuk kediaman para pelajar tajaannya, namun dikesan telah melibatkan anak lelaki kepada pegawai tertinggi MARA. MARA sebenarnya sudah membayar AUD 22.5 juta dan menurut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The AGE of Australia, terdapat perbezaan amaun terlebih bayar sebanyak AUD 4.75 juta yang kemudiannya telah diarahkan untuk memasukkan jumlah tersebut ke dalam satu akaun di Singapura sebagai “penghargaan” kepada pihak tertentu dari Malaysia.

Soalan utama, sebagai seorang warga negara yang patuh membayar cukai, bahawa kami ingin mengetahui pertimbangan kriteria apakah dan bagaimana para pengerusi, ahli Lembaga pengarah dan pihak pengurusan senior untuk kesemua institusi tersebut di pilih dan di lantik ?  Adakah latar belakang professional, integriti dan rekod kecemerlangan peribadi telah dipertimbangkan sewajarnya? Atau adakah semata-mata pertimbangan politik dan melibatkan pengaruh individu yang sangat berkepentingan.

Anak seorang Dato’ pengurus tinggi MARA terlibat dalam penipuan MARA ini. Sudah tentulah dalam kesemua pengurusan jual beli utama, melibatkan kes FELDA dan MARA, seseorang yang berpangkat Datuk yang berpengaruh adalah merupakan orang yang memegang kunci utama dan sementara mereka memegang kedudukan tersebut mereka membawa masuk dan melibatkan anak-anak mereka untuk sama-sama menyertai latihan bekerja penipuan. Para belia muda seperti mereka inilah memungkinkan bakal menjadi seorang Dato’ juga pada masa akan datang dan kelak mewarisi bakat penipuan yang dimiliki oleh ayah-ayah mereka serta mempunyai pengaruh besar untuk membuat sebarang keputusan. Inilah sebenarnya bagaimana sebuah figura korporat Bumiputera dapat dicambah tunaskan sambil dibimbing oleh ayah mereka.

Sedihnya, orang kampung Melayu yang menetap di pedalaman yang bergantung sepenuhnya pada MARA, FELDA, TABUNG HAJI dan KUMPULAN WANG PENCEN adalah merupakan golongan sasar berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah yang terus setia memberi sokongan tanpa berbelah bahagi terhadap kepimpinan Kerajaan pada masa sekarang.  Sekiranya pencurian wang dalam Kementerian Kewangan masih tidak mencukupi, atau mungkin simpanan di dalamnya sudah hampir kosong, maka wang simpanan hakmilik rakyat yang miskin pula turut dirampas.  Integriti, pengurusan pentadbiran dan suara hati tidak lagi menjadi pegangan utama atau yang sepatutnya terkandung dalam fikiran para pencuri dan perampas tersebut, malah mereka tanpa ada sifat malu dan rasa bersalah sekali pun.   Mereka bukan sahaja menipu dan merampasnya dari keturunan Melayu sama seperti mereka jua,  malah mereka juga tidak ragu-ragu untuk merompak wang simpanan dalam FELDA dan MARA yang menjadi harapan besar bagi golongan Bumiputera,  sama seperti nasib Tabung Haji yang mana penyimpannya yang terdiri daripada orang kampung yang sanggup menyerahkan wang simpanan seumur hidup mereka semata-mata mahu menyempurnakan niat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah.  Berapa rendahnya nilai moral mereka!

Sementara Ahli Majlis Tertinggi Politik Negara berterusan dan bercadang mahu mengurniakan pelbagai pangkat serta darjah kebesaran ke atas pengurusan tertinggi mereka, malangnya dalam masa yang sama mereka juga berterusan merampas wang dan berhabis-habisan menggunakan harta dalam simpanan kerajaan. Sampai bilakah kita sepatutnya belajar mengambil iktibar dan sampai bilakah ia akhirnya akan berhenti ?  Kerajaan dan Negara mesti bangun dan bangkit segera, melainkan kita sendiri mahu membiarkan mimpi ngeri ini berterusan dan bermaharajalela!  Jangan menuding jari menyalahkan orang lain, salahkanlah diri sendiri ke atas segala kesuraman, malapetaka dan mimpi ngeri yang bakal ditanggung dan diwarisi oleh generasi masa akan datang iaitu anak cucu kita. Itupun seandainya negara kita masih bernafas lagi pada masa itu! - HARAKAHDAILY 25/6/2015

(Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu)

Sumber HD - 25-6-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Skandal Mara: Amanah rakyat terus dikhianati

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Skandal rasuah yang berlaku di dalam Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang melibatkan pegawai tertinggi agensi kerajaan itu boleh dikatagorikan sebagai 'rasuah berlesen' walaupun wang rakyat lebur begitu sahaja.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairil Nizam Khirudin berkata, mereka sanggup membida harga pembelian apartmen melebihi harga pasaran semasa demi mendapatkan wang lebihan untuk dimasukkan dalam poket mereka.

"RM 13.7 juta itu adalah nilai rasuah yang mereka ambil dengan menggunakan dana kerajaan iaitu wang rakyat walaupun ia diakui oleh Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa bahawa pembelian hartanah tersebut telah mematuhi tata cara perolehan yang di tetapkan mengikut garis  panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, adalah tidak memadai jaminan audit dan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh Mara terhadap anak syarikatnya sendiri sedangkan kes itu sememangnya sudah dalam pengetahuan pihak pengurusan tertinggi Mara sepertimana diakui oleh Tan Sri Annuar.

Malangnya, kata beliau, pihak kerajaan dan Umno sering mencanang kepada rakyat untuk hidup berjimat-cermat dan bersederhana sedangkan pemimpin mereka telah mengkhianati amanah yang telah diberikan dengan melakukan amalan rasuah dan penggubahan wang haram untuk memindah-masuk wang rasuah tersebut dari Australia ke Malaysia.

"Rakyat sudah tertekan dengan cukai GST yang menekan hidup mereka, ditambah derita dengan penggunaan wang Tabung Haji untuk menyelamatkan 1 MDB dan kini rakyat khususnya orang Melayu-Bumiputera terus berlinangan air mata melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh Mara  iaitu agensi kerajaan yang sepatutnya membela mereka," katanya yang juga Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. .

Justeru, Dewan Pemuda PAS mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai individu yang mempengerusikan Majlis Ekonomi, badan yang meluluskan pembelian hartanah tersebut, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal iaitu kementerian yang mengawal selia agensi Mara serta  Annuar Musa untuk turut mengambil tanggungjawab atas kes skandal rasuah yang melibatkan pegawai tertinggi kerajaan dan pemimpin politik parti pemerintah ini.

Terdahulu, Akhbar Australia, The Age mendedahkan skandal kes rasuah yang berlaku dalam anak syarikat Mara, Mara Incorporated Sdn Bhd yang telah menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, untuk membida harga blok apartmen Dudley International House daripada A$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta), dengan wang perbezaan itu didakwa dijadikan sebagai rasuah di tanah air. – HARAKAHDAILY 25/6/2015

Sumber HD - 25-6-2015                                                                                                                                                                                                                                                                                               -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat skandal Mara

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendesak suatu Suruhajaya Diraja bagi menjalankan siasatan yang menyeluruh, adil dan telus dapat dijalankan secara mendalam terhadap pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia.

Pada masa yang sama, katanya, amat wajar bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dan Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa digantung daripada menjalankan tugas mereka sementara menanti hasil siasatan yang dijalankan.

Hal ini kerana katanya, pembelian hartanah yang mendatangkan kerugian jutaan ringgit kepada sebuah agensi awam yang lahir daripada semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan turut membabitkan penglibatan Perdana Menteri di dalam proses kelulusannya.

"Selaku Ahli Parlimen, saya memandang serius laporan yang dibuat oleh akhbar Australia “The Age” yang mendakwa berlakunya penyelewengan di dalam urusan pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia oleh Mara yang telah dibeli melebih RM13.8 juta daripada harga sebenar," katanya.

Mahfuz turut mempertikaikan jika pembelian diluluskan Mara dan Majlis Ekonomi tanpa bersandarkan kepada sebarang laporan penilaian atau diluluskan dengan tidak mempedulikan laporan penilaian yang dibuat, maka jelas berlaku pelanggaran undang-undang dan juga kecuaian yang teruk (gross negligence) membabitkan kesemua mereka yang terlibat meluluskan pembelian tersebut di setiap peringkat termasuk Perdana Menteri, yang  mana kesemua mereka ini boleh dikenakan pendakwaan jenayah atau tindakan sivil di mahkamah.

"Tambah mengejutkan, laporan yang sama juga menyebut bahawa Mara telah turut membeli tiga lagi hartanah lain di Australia. Kita semua berhak untuk mengetahui apakah kesemua transaksi lain tersebut turut berlaku pada harga yang sengaja dinaikkan untuk memberi keuntungan ‘atas angin’ kepada dalang yang terlibat," tambah beliau.

Soalnya, bagaimana pembelian hartanah ini yang melalui pelbagai proses tapisan dan kelulusan termasuk di peringkat Lembaga Pengarah Mara dan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, apakah tidak langsung dibangkitkan tentang keperluan mendapatkan laporan penilaian bagi melihat kemunasabahan harga yang ditawarkan?

"Pengerusi Mara mengakui bahawa laporan penilaian hartanah yang dilakukan firma antarabangsa mengatakan nilai RM65.4 juta tersebut lebih tinggi daripada nilai sepatutnya. Justeru, persoalan yang perlu dijawab bilakah penilaian tersebut dibuat? Adakah sebelum atau selepas pembelian dilaksanakan?" tegasnya.

Namun katanya, penjelasan yang diberikan oleh Annuar Musa berhubung perkara ini pada hari ini tidak langsung membantu menjelaskan bagaimana Mara boleh membeli hartanah tersebut jauh 27% lebih tinggi dari harga sebenar.

Bahkan kenyataan yang dibuat Pengerusi Mara katanya menimbulkan persoalan yang lebih besar iaitu adakah Mara tidak langsung mendapatkan laporan dan nasihat penilai bertauliah sebelum Mara bersetuju untuk membeli hartanah tersebut pada harga RM65.4 juta padahal ia adalah amalan yang sepatutnya dilakukan di dalam mana-mana urusan pembelian hartanah. – HARAKAHDAILY 25/6/2015

Sumber HD - 25-6-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kerajaan Perlu Jelaskan Isu Sebenar Transaksi Rumah Pelajar Di Caulfield, Australia

Portal berita luar Negara terutama di Australia mendedahkan bahawa pembelian Rumah Pelajar Dudley House berhampiran dengan Monash University untuk pelajar pelajar Malaysia terlibat dengan skandal rasuah dan pembersihan duit haram. Laporan video, tulisan dan graphic boleh didapati melalui http://www.theage.com.au/national/corrupt-malaysia-money-distorts-melbourne-market-20150623-ghu6a0.html .

Berhubung dengan kes ini, PAS merasakan perlu pihak berkuasa Kerajaan Malaysia menyiasat proses ini yang melibatkan integriti dan maruah Negara. Proses urusniaga yang didakwa sumbang ini melibatkan organisasi MARA dan anak syarikat MARA yang bertanggungjawab mengurus kebajikan pelajar pelajar di sana.  Mengikut maklumat berita tersebut,  Bangunan Apartment 5 tingkat yang berharga AUD17.8 Juta Dollar Australian dijual dengan harga AUD$22.5 Juta. AUD$4.75 Juta dikatakan rasuah di antara Pegawai Malaysia dan Syarikat tempatan yang berurusan di sana.

PAS mengharapkan tindakan segera perlu dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membetulkan persepsi masyarakat Dunia terhadap negara ini yang disebut sebagai sebuah Negara ISLAM yang menjadi contoh. Sekiranya dakwaan ini benar, Malaysia perlu memecat dan menghukum pihak yang terbabit dan perlu memulihkan semula kepercayaan warga asing terhadap tatacara yang dilakukan oleh pegawai pegawai Malaysia.

PAS menuntut pengerusi Mara dan Ceo Mara inc serta semua yang terlibat dengan transaksi ini diarahkan bercuti bagi memberi laluan proses penyiasatan. Satu panel bebas dianggotai oleh ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta NGO ditubuh untuk menyiasat perkara ini dengan kadar segera untuk memulihkan imej negara dan maruah rakyat Malaysia.

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh
07 Ramadhan 1436 / 24 Jun 2015

Sumber PP - 24-6-2015

Sunday, June 21, 2015

USTAZ ZAHARUDIN MUHAMMAD - AJK PAS PUSAT

Piala Dunia: Siapa terima di sebalik RM40 juta

SAYA menyokong segala usaha kerajaan mempercumakan semua keperluan dan termasuk siaran bola percuma. Cuma saya persoalkan dari segi fakta negara hampir bankrap yang diwar-warkan oleh kerajaan PH, hutang yang melebihi RM1 trilion dan pelbagai penjimatan yang dipotong termasuk bonus kakitangan kerajaan yang asalnya untuk semua kakitangan kerajaan kemudian dihadkan kepada gred 41 ke bawah, asalnya RM500 dikurangkan kepada RM400 dan lain-lain. 
Tiba-tiba diumumkan peruntukan RM40 juta untuk RTM siar Piala Dunia percuma. Di dalam normal pengurusan fiskal kewangan, jika keperluan terdesak seperti ada hutang yang akan membankrapkan negara, unjuran yang tidak stabil, maka perbelanjaan bukan keperluan sepatutnya dikemudiankan. Tetapi apabila perbelanjaan bukan keperluan terdesak berlaku di dalam keadaan negara yang dikatakan terdesak, maka: 
1. Jika perancang ekonomi negara sekarang ini cekap sebagaimana yang digambarkan, maka dakwaan PH sebelum PRU14 adalah bohong kerana mustahil perancang ekonomi yang baik boleh meluluskan jumlah yang besar yang tidak bersifat keperluan. 
2. Jika benar ekonomi sekarang berada di ambang bankrap, tetapi perancang ekonomi negara tetap meluluskan bajet sebegitu, maka kerajaan hari ini hanya pandai megkritik kerajaan BN dahulu tetapi mereka sendiri sedang membina kerajaan BN 2.0.
Jika no. 1 adalah benar, maka kerajaan PH menang melalui penipuan yang dibuat sehingga menang PRU14. Jika no. 2 adalah benar, maka kerajaan sekarang perlu mendedahkan kepada rakyat chain of payment (rantaian pembayaran) bajet tersebut daripada RTM sehingga kepada penyedia program di peringkat penganjur asal luar negara.
Kekhuatiran ini berlaku disebab normal praktis dalam kerajaan korup mengutamakan perbelanjaan negara ke saluran yang terdapat kroni dan funder parti mereka. Normal juga kerajaan korup menutup projek rakyat disebabkan saluran bajet itu tidak melalui kroni dan funder parti mereka sekalipun projek itu dengan kos yang normal.
Bagi PAS, perkara ini insya Allah tidak akan berlaku jika memerintah Kerajaan Pusat justeru Islam tidak membenarkan berlaku penswastaan atau keterlibatan individu di tengah-tengah 'chain of payment' berdasarkan prinsip 'anti ghulul' sebagaimana yang termaktub di dalam Dokumen Hijau. 
Nota: tulisan ini perlu dibaca bukan dari aspek tak setuju bola percuma (justeru penulis sangat bersetuju), tetapi dari aspek betulkah dakwaan PH Malaysia hampir bankrap sebagaimana modal PRU mereka baru-baru ini. Jika tidak, maka mereka menang melalui penipuan pengundi. Jika tidak, maka kerajaan perlu dedahkan siapa pihak yang terbabit dengan pembelian siaran tersebut di Malaysia.HARAKAHDAILY 31/5/2018
Sumber HD - 31-5-2018 

Tol naik: Bagaimana Islam selesaikannya?

DALAM dua tulisan saya yang lampau, saya telah menulis tentang bagaimana ekonomi Islam meletakkan matlamat mengsifarkan kos perjalanan. Ia bukan sahaja ekonomi di dalam syariat nabi kita Muhammad SAW, tetapi juga syariat nabi-nabi terdahulu. Fakta ini menunjukkan bahawa ia perkara penting justeru pensyariatannya tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang. (Untuk maklumat lanjut, sila baca 2 link di bawah). 
Apa yang lebih zalim pada hari ini, tanah rakyat digunakan untuk membuat lebuh raya, wang rakyat dijadikan modal kemudian rakyat juga yang kena bayar akhirnya? 
Persoalan, siapa untung dan siapa rugi? Apa kerja kerajaan yang dilantik oleh rakyat? 
Bagaimana tanah rakyat diambil? Sama ada namanya tanah kerajaan iaitu dari perspektif Islam ia adalah milik rakyat dan kerajaan sebagai pengurus. Jika ia tanah milik orang ramai, kebanyakan yang berlaku ialah golongan negotiator (perunding) dan orang tengah yang akan makan banyak, harga yang dibayar oleh pemunya tanah lebih rendah daripada harga yang diterima daripada syarikat konsesi / pemaju-pemaju lebuhraya. 
Bagaimana wang rakyat dijadikan modal? Ia melalui wang cukai dan hasilan bumi seperti hasil petronas dan seumpamanya. PLUS sebagai contoh, sebahagian pemegang sahamnya adalah Khazanah. Sumber khazanah adalah daripada dana kerajaan, sumber cukai dan sumber petronas yang dipam dan berikan pinjam kepada pemaju lebuh raya dalam bentuk pinjaman dana (sukuk / bon). 
Siapa yang untung? Yang paling untung ialah syarikat-syarikat konsesi dan pemegang-pemegang saham serta syarikat-syarikat yang diberikan kontrak pengurusan dan penjagaan lebuh raya. 
Siapa rugi? sudah tentu rakyat, wang mereka dan tanah mereka digunakan oleh 1 peratus rakyat yang berkuasa, akhirnya mereka pula kena bayar. 
Bagaimana penyelesaian? Kembali kepada Islam. Jika islam berkuasa, maka dasar monopoli (دولة بين الأغنياء) adalah sesuatu yang sangat ditentang oleh dasar ekonomi Islam. Justeru itu, 1 golongan daripada 8 golongan pemanfaat hasilan cukai dan 1 golongan daripada 6 golongan pemanfaat hasil bumi adalah untuk sifarkan kos perjalanan. 
Maka, jika terbukti kerajaan telah mengambil hak rakyat ini, perundangan Islam akan membatalkannya dengan pembatalah 'fasakh'. Dengan kata lain, jika terbukti ia mengambil hak rakyat, maka semua tol akan dibatalkan dengan cara tidak mengzalimi dan tidak dizalimi. Maksud tidak mengzalimi ialah semua syarikat konsesi akan dibayar semula wang mereka yang actual cost tanpa mengira projection income. Maksud tidak dizalimi ialah, pembatalan itu tidak merugikan kerajaan dan rakyat. 
Penguatkuasaan pencegahan berlakunya monopoli dan pengambilan harta orang ramai termasuk di dalam kategori hukum takzir. Maka sangat malang jika orang berkata: laksanakan Islam setelah ekonomi stabil, sedangkan kita faham di atas bahawa hak rakyat dan hak orang ramai serta hak individu pemegang saham dan konsesi tidak akan dapat dibela melainkan dengan undang-undang ini. 
Jom kembali kepada Islam, "Ke Arah Rakyat Malaysia Yang Lebih Bebas". – HARAKAHDAILY 11/11/2017 
Penulis ialah Presiden Gerakan Selamatkan Ekonomi Malaysia (GESA). 
1. Kenapa Kita Menentang Kenaikan Minyak?
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=849572875073149&id=312456128784829 
2. Sifarkan kos perjalan?
https://www.facebook.com/Zaharudin-Muhammad-312456128784…/…/
Sumber HD - 11-11-2017 



RM90 juta: Dakwaan Husam bersifat ‘membuat kecoh’

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44378-rm90-juta-dakwaan-husam-bersifat-membuat-kecoh

PAS Kawasan Subang telah meneliti video YB Datuk Husam Musa berkenaan dakwaannya bahawa PAS menerima RM90 juta daripada Umno. Pihak kami memandang serius dakwaan ini justeru jika benar, maka ia dilihat bercanggah dengan garis panduan syariat berkenaan menerima hadiah dan sumbangan khususnya daripada pihak musuh di samping ianya juga bercanggah dengan integriti dan moral itu sendiri. Tetapi pihak PAS Kawasan Subang melihat dakwaan YB Datuk Husam Musa lebih bersifat ‘membuat kecoh’ justeru maklumat dalaman bank di Malaysia di tahap ‘maha rahsia’ yang dilindungi oleh akta-akta dan undang-undang.

Memandangkan asas dakwaan oleh pihak YB Datuk Husam Musa adalah maklumat yang dia ‘tahu’ berkenaan aliran wang di Affin Bank (Berhad), maka pihak PAS Kawasan Subang memandang serius dakwaan ini justeru jika benar, maka ia telah melibatkan keselamatan data pelanggan di Affin Bank Berhad yang dilindungi di bawah Islamic Financial Services Act 2013 jika ia membabitkan akaun Islamik dan Financial Services Act 2013 jika ia membabitkan akaun konvensional.

Mungkin YB Datuk Husam menipu orang ramai kerana mustahil beliau boleh mengetahui data bank yang dikategorikan sebagai maklumat maha-sulit yang dilindungi oleh FSA 2013 dan IFSA 2013. Atau mungkin Husam diberikan maklumat yang salah oleh pihak ‘orang dalam’ Affin Bank dan jika ini benar, maka kesemua penyimpan di Affin Bank adalah tidak selamat dan ‘orang dalam’ itu mesti dicari oleh pihak polis dan Affin Bank sendiri.

Atau mungkin jika benar orang itu adalah pimpinan PAS, mungkin itu urusan bisnes peribadinya. Atau jika benar itu adalah duit Umno yang disalurkan melalui ‘orang Umno’ kepada ‘orang PAS’ untuk parti sebagaimana dakwaan YB Datuk Husam Musa, maka saya dan ahli PAS keseluruhannya juga ingin tahu siapakah orang itu supaya senang saya dan ahli-ahli PAS lain menendang orang itu keluar daripada parti. Yang cukup pasti ialah PAS tidak menerima apa-apa jumlah daripada Affin Bank Berhad kerana PAS tidak mempunyai akaun di bank tersebut.

Justeru itu, PAS Kawasan Subang melihat dakwaan YB Datuk Husam Musa ini lebih bersifat untuk membuat kecoh demi kepentingan politik partinya, bukan menjaga kepentingan awam. Jika benar sebagaimana dakwaannya, maka pihak kami mencabar Datuk Husam Musa bertanggungjawab mendedahkan siapakah orang yang didakwa itu supaya ia ditendang keluar daripada parti oleh ahli-ahli yang ikhlas.  Selagi mana nama itu tidak didedahkan sendiri oleh YB Datuk Husam Musa, maka kami dan seluruh rakyat Malaysia berhak untuk mendakwa YB Datuk Husam Musa sebagai berbohong demi politik murahan.

Demi kepentingan awam, maka PAS Kawasan Subang telah meluluskan sebulat suara melalui mesyuaratnya untuk kes ini disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Oleh itu, satu laporan polis dibuat pada 20 Februari 2017, jam 10:37 pagi di IPD Sungai Buloh bernombor repot SG.Pelong/000727/17.

Zaharudin Muhammad
Yang Dipertua PAS Kawasan Subang

Sumber HD - 22-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Isu Bahri: Kenapa negara perlu undang-undang Islam

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43808-isu-bahri-kenapa-negara-perlu-undang-undang-islam

ISU DATUK BAHRI LETAK JAWATAN: KENAPA NEGARA PERLU KEPADA UNDANG-UNDANG ISLAM

Isu rasuah samakin hari semakin hangat ditimbulkan. Sehingga kini, tiada cadangan penyelesaian yang tuntas dan komprehensif terhadap isu rasuah negara. Secara ringkas, saya boleh simpulkan bahawa isu rasuah perlu diselesaikan sebagaimana berikut:

1. Pembenterasan: Pencegahan dan penghukuman ke atas pelaku rasuah selepas ia berlaku.

2. Pencegahan: Membuang punca dan pendorong kepada berlakunya 'memberi dan terima rasuah' sebelum rasuah berlaku.

Pada kali ini saya ingin membicarakan tentang pembanterasan rasuah terlebih dahulu sebelum saya membicarakan tentang isu pencegahan.

Setelah saya mengikuti perkembangan isu peletakan Datuk Bahri Mohamad Zain, bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, juga berdasarkan pengalaman beberapa kenalan dalam SPRM, saya boleh menyimpulkan bahawa SPRM tidak mampu mendakwa jerung-jerung besar dan bapa jerung terutamanya mereka yang mempunyai kedudukan dalam politik apabila mereka terlibat dengan rasuah. Ini lebih parah terutamanya apabila SPRM hanya mempunyai kuasa menyiasat tetapi tidak mempunyai kuasa pendakwaan. Ditambah lagi birokrasi pembukaan fail kes dalam prosedure siasatan menjadikan SPRM sendiri sukar untuk mencegah rasuah.

Akhirnya SPRM hanya mampu melakukan tugasan dan tanggungjawab pencegahan rasuah hanya terhadap anak-anak bilis yang tiada jagaan jerung sahaja. Tetapi dari segi logiknya, anak-anak bilis yang ada jagaan jerung atau jerung itu sendiri apatah lagi bapa-bapa jerung agak sukar untuk diambil tindakan undang-undang. Paling tinggi, jerung terpaksa akan sangkut demi menjaga jerung besar manakala jerung besar pula akan sangkut demi menjaga bapa jerung. Bapa jerung hanya boleh sangkut apabila ada kaitan dengan kuasa lebih besar, terutamanya Amerika Syarikat bagi negara-negara yang berkiblatkan mereka terutamanya serangan oleh media-media yang menjadi proksi kepada mereka.

Jika pengarah SPRM dilantik atas pengaruh kuasa politik, maka portfolio itu sendiri boleh mengawal seluruh operasi SPRM. Jika seseorang pegawai tinggi yang jujur, berintegriti berada pada operasi penting siasatan jenayah rasuah yang melibatkan 'jerung besar' atau 'bapa jerung', maka apa yang menghalang bapa jerung dan jerung besar mengarahkan pengarah SPRM yang dilantik atas pengaruh kuasanya untuk menukar pegawai tinggi SPRM yang terbabit? Pasti semua tahu jawapannya ialah 'tiada halangan'.

Bahkan secara logik sekalipun, tiada jerung besar atau bapa jerung akan membiarkan pendedahan rasuah yang membabitkan dirinya, rakan politiknya, kerabatnya atau mereka yang ada jawatan dalam partinya yang sedang memerintah demi menjaga nama baik partinya dan survival sokongan pilihan raya. Oleh itu, besar ruang bagi bapa jerung dan jerung-jerung besar untuk meloloskan diri daripada sabitan rasuah.

Di dalam Islam, pendakwaan bukan kuasa eksklusif yang hanya dimiliki oleh pendakwaraya sahaja, bahkan kuasa mendakwa adalah kuasa semua orang secara individu dan berkumpulan. Jika seseorang ada bukti terhadap penyelewengan khalifah, amir atau gabenor, maka ia sendiri boleh membawa kes untuk didakwa di hadapan hakim yang dipersetujui bersama oleh kedua belah pihak.

Dalam kes ini, jika Dato Bahri mempunyai bukti yang kuat dan kukuh tentang berlakunya penyelewengan rasuah melibatkan YAB DS Najib dalam pengurusan SRC International sebagaimana dakwaan sesetengah media sosial, maka beliau tidak perlu kecewa (dalam sistem Islam) sebab atas nama individu atau atas nama SPRM, beliau mempunyai hak yang besar untuk mendakwa YAB DS Najib sendiri. Tetapi pada hari ini, jika beliau mempunyai bukti yang kukuh sekalipun, beliau tetap perlu melalui proses birokrasi SPRM dan seterusnya terpaksa menyerahkan bukti siasatan kepada pihak pendakwaan untuk membicarakan kes ini. Sebab itu beliau boleh kecewa untuk mendakwa perosak negara dalam sistem pada hari ini jika ia benar-benar berlaku.

Di dalam Islam, bukan sahaja Dato Bahri atau SPRM, bahkan seorang kerani di pejabat perdana menteri pun mempunyai kuasa untuk mendakwa bosnya jika ia mempunyai bukti yang kuat dan kukuh tentang penyelewengan rasuah yang berlaku di dalam pejabat. Tiada ketakutkan kepada semua pihak mendedahkan rahsia penyelewengan bapa jerung kerana di sana tiada istilah rahsia rasmi negara atau OSA (Akta Rahsia Rasmi) untuk sesuatu penyelewengan sebagaimana menurut Islam.

Dari sudut lain, bapa jerung dan jerung besar hanya takut kepada kuasa besar dunia terutamanya media-media mereka sahaja seterusnya membuka ruang untuk mereka dicucuk hidung oleh kuasa besar dan membebani rakyat. Manakala dalam sistem Islam, pemimpin tertinggi sehingga rakyat bawahan takut kepada semua orang kerana semua rakyat (yang melengkapi syarat syariat) mempunyai kuasa dakwa dan pemimpin yang menyeleweng akan dijatuhkan oleh rakyat sebelum kuasa besar berjaya mencucuk hidung mereka.

Kesimpulannya, rakyat perlu berani membuat perubahan kepada beberapa sistem negara yang dibawa oleh penjajah dan dimodifikasi oleh ahli-ahli politik selepas zaman kemerdekaan yang dilihat lebih menyelamatkan golongan mereka. Untuk penyelesaian secara lebih komprehensif, maka Malaysia perlu kembali kepada sistem perundangan Islam yang memberikan kuasa pendakwaan yang lebih luas berbanding perundangan konvensional. - HARAKAHDAILY 6/1/2017

Sumber HD - 6-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Percukaian Islam kurangkan jurang antara dua golongan

ZULHAFEEZ AHMAD ZAHIDI | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42897-percukaian-islam-kurangkan-jurang-antara-dua-golongan

KUALA LUMPUR: Melalui percukaian Islam, jurang dapat dikurangkan melalui cara agihan yang diwajibkan oleh Allah SWT, kata Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Ustaz Zaharuddin Mohammad.

Beliau berkata, caranya adalah 2/8 hasil cukai wajib diagihkan kepada golongan miskin dan kerajaan tidak boleh gunakan wang ini untuk perkara lain.

Jelasnya oleh kerana demikian, terkandung dalam Dokumen Hijau, PAS  mencadangkan kepada pihak kerajaan (bukan Umno), 25% atau 2/8 daripada cukai share trading dan corporate saving perlu diagihkan terus kepada golongan miskin.

Beliau menerangkan, apabila diagihkan maka wujud had minimum yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu menurut mazhab paling minimum adalah Quut as-sanah.

"Quut as-sanah dengan maksud jika seseorang berpendapatan RM1,000 sedangkan asas perbelanjaannya sebanyak RM1,500 maka kadar minimum yang wajib kerajaan agihkan ialah sebanyak RM500 X 12 (RM6,000).

"Kadar ini adalah wajib. Jika kerajaan Islam mengagihkan kurang daripada itu, maka hukumnya berdosa sebagaimana berdosanya mereka keluarkan zakat RM1,000 daripada RM1,500 yang sepatutnya (diwajibkan oleh syariat).

"Dengan dua cara dan mekanisma ini, ditambah pula 1/6 daripada hasil bumi juga mestilah diagihkan kepada golongan miskin, ditambah lagi dengan sistem wakaf dan sedekah, maka insya Allah golongan miskin dan kaya akan dapat didekatkan dari masa ke semasa.

"Inilah rahsia di zaman khalifah islam termasuk di zaman Saidina Umar Abdul Aziz sehingga tiada lagi golongan miskin dalam negara Islam," ujarnya.

Cetusan itu dinyatakan beliau dalam sesi Q &A Pra Bajet 2017: Dokumen Hijau PAS, 19 Oktober melalui aplikasi atas talian telegram. - HARAKAHDAILY 20/10/2016    

Sumber HD - 20-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------               










Undang-undang takzir upaya banteras skim cepat kaya

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42084-undang-undang-takzir-upaya-banteras-skim-cepat-kaya                                                                                                                                                                                                                                                                                    BERITA hari ini, 5 guru di tahan melibatkan kesalahan skim cepat kaya, 50,000 mangsa dan kerugian mereka mencecah RM50 juta. Manakala BNM pula menyenaraikan sebanyak 221 syariakt pelaburan tidak sah. Persoalan yang perlu dirungkaikan ialah kenapa perkara ini tiada kesudahan sekalipun sekian banyak syarikat yang disita sejak sekian lama?

Tindakan undang-undang terhadap penganjur skim cepat kaya memangsakan mangsa dan menambah pendapatan kerajaan dan menguntungkan penganjur. Dalam satu skim yang saya pernah ceritakan sebelum ini, di mana kerajaan telah menyita sebanyak RM3 juta manakala 7 juta lagi tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa menjadikan jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM10 juta.

Dalam kes seperti ini, RM3 juta yang telah dirampas menjadi milik kepada kerajaan manakala mangsa pula akan kehilangan terus wang pelaburan mereka (ditipu oleh skim cepat kaya).

Modus operandi yang saya tahu, skim penganjur cepat kaya tidak menyimpan wang tersebut di bank melainkan bahagian untuk di sita oleh pihak berkuasa bagi 'menutup' operasi seterusnya melepaskan diri daripada semua pencarum.

Ini bermaksud, skim tersebut menyimpan di bank sebanyak RM3 juta manakala baki RM7 juta lagi adalah dalam simpanan penganjur (seperti di rumah kawan atau adik beradik). Kadangkala taukeh sebenar tiada dalam rekod nama syarikat manakala yang ditangkap hanyalah CEO dan 'tukang kempen'.

Dalam konteks sekarang, kerajaan tak akan cari lagi RM7 juta yang tiada dalam bank dan mereka yang ditangkap tidak diwajibkan memulangkan semula wang tersebut kepada mangsa mereka.

Di dalam Islam pula, sebahagian hukuman takzir bersifat penyempurna kepada hukum-hakam muamalat. Apabila hukum muamalat yang melibatkan penipuan, ia dianggap muamalat yagn baatil dan kesannya adalah fasakh.

Fasakh didefinisikan sebagai transaksi yang tidak pernah wujud yang membawa kepada semua wang yang telah dibayar mestilah dikembalikan kepada empunya asal.

Dalam kes skim penipuan cepat kaya, maka si penganjur mestilah memulangkan semua wang yang telah diambil kerana muamalat itu dianggap sebagai fasakh.

Memulangkan semula ini adalah perlaksanaan wajib dalam di dalam hukuman takzir bagi kes ini dan ia adalah hukuman pertama dan utama yang tidak boleh diabaikan oleh pihak kerajaan.

Hukuman ini tidak dianggap sebagai hudud justeru ia boleh ditambah seperti sebat, denda tambahan dan lain-lain hukuman yang difikirkan perlu oleh pihak pemerintah ke atas penganjur skim penipuan.

Sebagai contoh, jika skim cepat kaya telah mengutip sebanyak RM10 juta (menurut rekod kutipan), tetapi di dalam bank hanya terdapat RM3 juta sahaja manakala RM7 juta lagi tidak dapat dikesan. maka hukumannya menurut Islam:

1. RM3 juta perlu dipulangkan semula kepada mangsa menurut hukum Islam, manakala di dalam undang-undag konvensional ia menjadi milik kerajaan.

2. RM7 juta yang tidak dapat dikesan mestilah dipulangkan oleh penganjur skim cepat kaya kepada mangsa-mangsa secara paksa oleh undang-undang seperti dipenjarakan sehingga kesemua wang tersebut dipulangkan semula dan berkekalan dipenjarakan jika gagal berbuat demikian. Manakala paksaan pemulangan ini tidak berlaku dalam konteks undang-undang konvensional.

Penjara sehingga memulangkan wang orang ramai pernah dilaksanakan di zaman Umar b Abdul Aziz. Hukumanan seperti ini menjadikan sekali penganjur skim cepat kaya ditangkap dan dihukum, bukan sahaja penganjur serik tak akan buat lagi, bahkan mereka yang lain juga tidak berani untuk melaksanakannya.

Jika anda sebagai penganjur skim cepat kaya, sekali ditangkap anda akan mendapat RM7 juta yang telah disembunyikan berbanding jika ditangkap, anda akan dipenjarakan sehingga RM7 juta dikembalikan semula kepada mangsanya.

Jika RM7 juta tersebut hanya berbaki RM5 juta, bagaiaman isteri anda atau keluarga anda akan menebus anda daripada penjara kerana tunai yang tersimpan hanya RM5 juta manakala 2 juta lagi sudah digunakan untuk membeli ferrari dan banglo mewah?

Jika dijual ferrari sekalipun maka susut nilainya menjadikan anda masih tidak mampu membayar bakinya lagi sehingga isteri dan keluarga anda bekerja keras untuk menebus anda daripada penjara.

Senario kesan hukuman di atas menjelaskan kenapa undang-undang hari ini tidak mampu membenteras penganjuran skim penipuan secara besar-besaran dan bagaimana kita semua tanpa mengira kaum memerlukan kepada undang-undang Islam bagi menjadikan mangsa dijamin mendapat pembelaan dan penipu dihukum dengan berat dan menginsafkan.

Manakala dalam Islam, mangsa akan mendapat pulangan semula apabila pesalah ditangkap dan dihukum, penganjur tidak berani lagi menipu sebab dia akan rugi dan menerima akibat yang berat (dipenjarakan seumur hidup jika tidak mampu memulangkan semula kepada mangsanya) dan kerajaan tidak rugi apa-apa sekalipun kerajaan tidak berpeluang mendapat keuntungan daripada jenayah yang berlaku.

Bagi mereka yang menyatakan 'bangunkan ekonomi dahulu bukan undang-undang Islam' sebenarnya tidak memahami realiti bagaimana undang-undang Islam menjamin keadilan dan keselamatan ekonomi itu sendiri. – HARAKAHDAILY 8/8/2016                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 8-8-2016                
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























Cermin gelap: Aksesori atau keperluan

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


Siri Penerangan Undang-Undang Islam (SPUI-1)
Syarat mengikat kerajaan bagi jaminan kebebasan rakyat
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41782-syarat-mengikat-kerajaan-bagi-jaminan-kebcermin-gelap-aksesori-atau-keperluanebasan-rakyat
Saya sangat setuju dengan pandangan bahawa cermin gelap bukan aksesori tetapi keperluan. Sebagai contoh kawan-kawan peniaga yang biasa ambik stok di Chow Kit, mereka memasang cermin gelap bagi mengelakkan 'Mat Pit' daripada mengintai barangan di dalam kereta. 'Mat Pit' sanggup memecahkan cermin kereta hanya untuk mengambil smart tag. Peniaga-peniaga ini lebih rela mengambil risiko disaman polis berbanding dipecahkan cermin kereta.
Seorang kenalan yang lain, seorang eksekutif yang memandu kereta Audi Q3. Sudah 2 kali beliau disamun di trafic light ketika lampu merah justeru mereka melihat "perempuan" memandu kereta mewah. Akhirnya beliau tekad memasang cermin gelap supaya penyamun tidak dapat melihat dengan jelas mereka yang berada dalam kereta.
Boleh atau tidak cermin gelap dikategorikan sebagai undang-undang takzir. Dengan kata lain, kerajaan berhak melarang (baca sebagai mengharamkan) sesuatu yang tiada nas. Tetapi syaratnya ialah kerajaan mesti membuktikan sejauh mana sesuatu yang diharamkan itu memberi mudharat kepadanya atau orang sekitarnya. Jika tidak, maka kerajaan tidak boleh melarang rakyat untuk bercermin gelap. Jika kerajaan melakukannya juga bermakna kerajaan telah mencampuri hak rakyat secara salah menurut syariat.
Secara ringkasnya, kerajaan terikat dengan peraturan syariat, iaitu kerajaan perlu buktikan terlebih dahulu mudharat di sebalik sesuatu (dalam kes ini cermin gelap) sebelum ianya diharamkan secara sah menurut syariat. Maka dengan itu rakyat lebih bebas dengan peraturan yang mengikat kerajaan daripada melakukan sekatan sewenang-wenangnya ke atas rakyat. - HARAKAHDAILY 10/7/2016













Sumber HD - 10-7-2016                                                             ----------------------------------------------------------                                                                 Bagaimana Amerika mahu bunuh ekonomi umat Islam?

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .




SIRI KESEDARAN EKONOMI ISLAM 1:
BAGAIMANA AMERIKA MAHU MEMBUNUH EKONOMI UMAT ISLAM DENGAN PENUBUHAN ERM?

BUKU Confessions of Economic Hitman (Pengakuan Pembunuh Upahan Ekonomi Dunia) karangan John Perkins sangat menarik untuk dibaca, terutamanya oleh ahli politik dan ahli ekonomi yang ikhlas memperjuangkan Islam.

Benar sebagaimana yang telah diberikan amaran oleh Allah SWT:

وَدَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَوۡ تَغۡفُلُونَ عَنۡ أَسۡلِحَتِكُمۡ وَأَمۡتِعَتِكُمۡ فَيَمِيلُونَ عَلَيۡڪُم مَّيۡلَةً۬ وَٲحِدَةً۬ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡڪُمۡ إِن كَانَ بِكُمۡ أَذً۬ى مِّن مَّطَرٍ أَوۡ كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَن تَضَعُوٓاْ أَسۡلِحَتَكُمۡۖ وَخُذُواْ حِذۡرَكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ أَعَدَّ لِلۡكَـٰفِرِينَ عَذَابً۬ا مُّهِينً۬ا
Maksudnya: Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.

Dua perkara yang menjadi fokus musuh-musuh Islam untuk melemahkan orang Islam ialah senjata dan ekonomi. Perlu dipastikan orang Islam tidak memiliki senjata dan ekonomi, maka mereka akan menakluki negara dan orang Islam itu sendiri dengan cara yang mudah.

Fokus saya dalam siri tulisan ini ialah bagaimana musuh mahukan supaya orang Islam lemah dan ekonomi mereka dikuasai oleh musuh?

Amerika telah menubuhkan kumpulan yang diistilahkan sebagai Economic Hit Man (Pembunuh Ekonomi). Mereka menguasai empayar global secara kolektif yang dipersetujui oleh badan-badan korporat, kerajaan dan ceo-ceo bank. Kolektif ini dikenali sebagai Corporatocracy.

John Perkins adalah salah seorang EHM yang telah dilatih oleh Claudine, seorang jurulatih yang cantik dan bijak. Claudine telah mengingatkan John Perkins bahawa: "Tugas saya (Claudine) ialah untuk membentuk kamu menjadi seorang pembunuh ekonomi. Tidak seorangpun harus tahu, walaupun isteri kamu". kemudian dengan serius beliau menambah lagi, "sekali masuk, kamu tidak boleh menarik diri. Kamu adalah EHM sepanjang hayat".

Satu perkara yang penting perlu diingatkan bahawa mereka (EHM) berada di mana-mana. Di dalam kerajaan, parti politik, syarikat-syarikat. EHM adalah first line of attack (penyerang barisan depan). Apabila mereka gagal maka second line of attack (penyerang barisan kedua) akan muncul dengan pembunuhan (nyawa atau karakter) orang-orang yang menghalang kemaraan EHM.

Jika gagal juga maka akan muncul third line of attack (penyerang barisan ketiga) yang berupa penyerangan tentera ke sesebuah negara. Beliau menyebut: "Bagi menjalankan tugasan yang dipertanggungjawab oleh sistem, orang seperti saya dibayar gaji dan imbuhan besar. Sekiranya misi kami gagal, penyangak yang lebih ganas yang kami gelar "serigala" masuk ke dalam arena. Dan sekiranya serigala juga gagal, tentera mengambil alih tugas itu."

Dalam penutup prolog beliau berkata: "jika misi kami gagal, satu kumpulan lebih kejam akan masuk selepas kami. Kami EHM menamakan mereka serigala. Serigala-serigala itu sentiasa berada di mana-mana, bersembunyi dalam kegelapan bayang-bayang. Sekiranya mereka muncul, ketua-ketua negara digulingkan ataupun terbunuh dalam 'kemalangan dahsyat'. Dan sekiranya dengan tidak sengaja misi serigala itu gagal, seperti mana mereka gagal di Afghanistan dan Iraq, cara lama digunakan. Apabila serigala gagal, generasi muda anak-anak Amerika dihantar bagi membunuh dan dibunuh."

Secara ringkas, saya melihat perkara yang diceritakan oleh John Perkins di dalam buku ini adalah persis sebagaimana yang telah saya ingatkan masyarakat kita tentang penjajahan ekonomi moden hari ini. "Bumi ini milik kita, modal mereka adalah wang kita, pembelinya juga adalah kita tetapi hasilnya milik mereka." Kesemua ini dijayakan dengan sistem ekonomi negara pada hari ini.

Apa yang diceritakan oleh John Perkins adalah mirip kepada apa yang sedang berlaku di Malaysia. Benteng kepada penjajahan ini ialah kerajaan, kerana kerajaan menguasai syarikat melalui sistem, akta dan peraturan seterusnya menguasai bumi dan hasilannya. Untuk selamatkan negara daripada "serigala" pula, rakyat perlu menyokong sistem Islam dan menentang sistem yang ada, bukan siapa atau parti mana.

Dengan kata lain, kita perlu menyokong parti yang mempejuangkan sistem Islam, bukan diterajui oleh orang Islam tanpa menjadikan Islam yang jelas sebagai perjuangan parti.

Dari sini juga saya dapati, tidak hairan jika serigala ingin memakan 'boneka' pertama kerana tidak 'perfect' di dalam menjalankan tugasnya atau bersifat 'menghalang' kerja ERM, untuk digantikan dengan boneka kedua yang dianggap lebih patuh dan perfect.

Bagi saya, bukan saya melawan Umno kerana ia Umno, tetapi untuk menegakkan sistem Islam bagi menyelamatkan negara dan dunia. Sebab itu saya sangat peduli dengan siapa yang gantikan Umno jika Umno dan BN kalah. Sebab saya peduli ialah kerana saya takut yang naik itu adalah boneka kedua selepas boneka pertama gagal. – HARAKAHDAILY 16/6/2016

Sumber HD - 16-6-2016

Adakah Teresa tak tahu atau buat-buat tak tahu?

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


SAYA tak pasti, sama ada Teresa tak tahu atau buat-buat tak tahu apa poin kes yang dibangkitkan dalam isu LGE dan Banglo.

Jika anda bagi soalan objektif kepada budak sekolah menengah, mana satukah kesalahan dalam kes ini? Adakah kerana:

1. beli banglo yang murah?
2. berkawan dengan Phang?
3. berkawan maka dapat murah sebab semata-mata kawan?
4. Banglo murah yang dijual oleh kawan yang terlibat dengan syarikat yang mendapat projek-projek di Penang?

Saya yakin budak sekolah menengahpun boleh jawab soalan objektif di atas, tak perlu nak ambil jurusan undang-undang.

Dari segi Islam, seseorang yang memegang jawatan tidak boleh mengambil hadiah kecuali daripada seseorang yang sudah biasa memberinya hadiah sebelum seseorang mendapat jawatan.

Keharusan menerima hadiah bukan disebabkan oleh kawan atau bukan kawan, tetapi disebabkan oleh adat pemberi hadiah; jika sudah menjadi adatnya memberi hadiah sebelumnya, maka diharuskan. Jika tidak maka ia tidak diharuskan. Ia merujuk kepada kaedah adat boleh menjadi hukum (العادة محكمة).
Kuncinya untuk mengetahui sama ada ia halal atau haram menerima sesuatu hadiah sebagaimana soalan nabi SAW: "jika kamu berada di rumah bapa kamu (tidak memegang jawatan ini), adakah dia (pemberi hadiah) akan memberikan hadiah ini kepada kamu?" Jika jawapannya tidak, maka ia dianggap sebagai rasuah (diinan دينا dan kadangkala qadhooan قضاء).

Ini dalam keadaan pemberi hadiah tidak mempunyai apa-apa kepentingan projek dan lain-lain. Tetapi apabila pemberi hadiah itu mempunyai kepentingan seperti ada projek yang dipohon atau yang telah diluluskan, maka ia boleh dianggap sebagai suapan (rasuah) bukan sahaja dari segi islam, tetapi mana-mana sistem duniapun.

Dalam satu riwayat, isteri Saidina Umar pernah menghantar hadiah kepada pembesar Rom, dan apabila pembesar Rom membalas semula hadiah tersebut, Saidina umar minta ia dibandingkan dengan nilai hadiah yang dihantar isterinya. Jika nilai balasan pembesar Rom lebih tinggi, maka ia tidak boleh diterima (diberikan kepada orang lain dan sebagainya).

Hari ini pegawai dibelanja minum air perkara biasa sekalipun dalam Islam dianggap sebagai Rasuah Diinan justeru dalam amaun yang kecil dan pegawai SPRM pun takkan buka fail.

Kalau belanja rumah maka ia akan jadi Rasuah Qadhaan dan dari segi konvensional pun boleh sangkut rasuah jika yang tukang belanja rumah ada kepentingan untuk dapatkan projek dan orang yang dibelanja rumah ada kuasa meluluskan projek.

Sahabat saya pernah membuat projekk Takaful di singapura. Pegawai (project manager) yang ramah di office, tetapi sebaliknya tidak kelihatan ramah apabila diajak minum air sewaktu jumpa di parking kereta.

Ia menjelaskan beliau menolak disebabkan etika dan bimbang dilihat 'conflict of interest' serta disyaki 'dibelanja'. Mereka lebih maju bukan kerana mereka (Singapura) adalah Cina atau mereka non-muslim, tetapi etika Islam itu mereka amalkan lebih daripada kita orang Islam.

Dalam kes Lim Guan Eng, bagi saya masih terlalu awal untuk saya dan rakyat menghukum. Biarlah SPRM yang siasat dan mahkamah yang tentukan. Cuma fokus saya dalam artikel ini, poin-poin pembelaan Teresa dalam isu banglo Lim Guan Eng ini sangat melucukan.

Saya nampak pembelaannya boleh membawa rebah, bukan pembelaan yang boleh membawa selamat. – HARAKAHDAILY 28/3/2016

Sumber HD - 28-3-2016



















Hudud dan konteks dakwah di Malaysia

































ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


Hudud serta perundangan Islam adalah salah satu hukum yang diturunkan oleh Allah swt kepada umat manusia bagi menjamin keadilan dan kestabilan hidup mereka. Sebagaimana Allah menurunkan hukum ibadat seperti solat haji, Allah juga menurunkan hukum yang lain seperti muamalat, munakahat (rumahtangga) hudud dan lain-lain.

Apabila menyebut dakwah, ramai memahami dakwah itu ialah mengajak orang solat. Segelintir pula menyempitkan dakwah itu hanya berkait dengan mengajak orang kepada iman dan ibadat sahaja. Sedangkan dakwah itu ialah mengajak manusia kepada Al-Quran dan As Sunnah dalam semua kategori, iman, ibadat, munakahat, ekonomi, perundangan dan lain-lain yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Ini sangat bersesuaian dengan maksud harfiyah dakwah itu sendiri; penyeruan (kepada Islam).

Dalam realiti di Malaysia, dakwah kepada hudud ada 3 peringkat:

1. Peringkat dakwah: memahamkan orang ramai apa itu hudud, kepentingannya di dalam menstabilkan negara dari semua segi seperti ekonomi dan keamanan.

2. Peringkat Taqnin: iaitu peringkat meletakkan undang-undang ini sebagai undang-undang tertinggi kepada negara dan penguatkuasaannya. Dalam konteks ini, ia melalui proses demokrasi seperti mendapat sokongan 2/3 majoriti ahli parlimen sama ada 2/3 itu 100% muslim atau sebahagiannya non-muslim, itu bukan isu pokok.

3. Peringkat Tatbiq atau Tanfiz: iaitu peringkat pelaksanaan apabila terdapat kes pembunuhan, maka hukuman Qisas dijatuhkan. Apabila tiada kes, maka tiada hukuman dijatuhkan.

Peringkat dakwah berbeza dengan peringkat Taqnin dan peringkat taqnin pula berbeza dengan peringkat tatbiq atau tanfiz. Peringkat dakwah, kita perlu bercakap, memperkenalkan, menceritakan kebaikan dan lain-lain. Termasuk meletakkan undang-undang ini sebagai enakmen negeri adalah salah satu uslub dakwah, supaya semua bercakap dan membuka minda tentang apa itu hudud, kebaikannya, perbandingannya dengan konvensional.

Peringkat Taqnin pula memerlukan kepada lunas-lunas demokrasi dalam konteks kita Malaysia. Dakwah perlu dilaksanakan sehingga keindahan dan keadilan islam itu dapat masuk ke minda masyarakat kita. Apabila mereka memahami keadilan itu, mereka akan menyokong PAS. Apabila PAS mendapat sokongan 2/3, maka hudud dan perundangan islam boleh dijadikan sistem negara (Taqnin). Sebagaimana sistem dan undang-undang yang lain, pengtaqninan boleh berlaku tanpa menunggu semua rakyat malaysia faham. Sebagaimana undang-undnag mat saleh masuk bukan dengan restu rakyat, sebagaimana GST sendiri pun dilaksanakan, hatta tak sampai 10% rakyat yang benar-benar mahir GST.

Peringkat tatbiq pula, ia melihat kepada kewujudan kes berlaku. Apabila ditaqninkan pada tahun 2019, maka boleh jadi pelaksanaanya pada tahun 2022 jika antara 2019-2022 tiada jenayah yang berlaku.

Bila orang kata PAS gopoh melaksanakan hudud, maka sebenarnya orang itu tidak memahami 3 step di atas. Dia berakap seolah-olah duduk di step ke 3, padahal step pertama pun masih belum disempurnakan. - HARAKAHDAILY 18/3/2016

Penulis ialah AJK PAS Pusat.

Sumber HD - 18-3-2016

Pandangan awal tentang kes Zulkifli

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


SAYA terbaca facebook selamatkan zulkifli yang menceritakan bahawa beliau telah membunuh pencuri atau perompak rumah beliau. Zulkifli ditahan semula setelah pertuduhan dibuat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326.

Menurut berita yang diviralkan, mahkamah dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 25 hari dari sekarang. Sebagaimana dikhabarkan, jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarganya tidak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?

Dari sudut pandangan Islam, pencuri yang telah sabit dengan bukti atau pengakuan, maka kerajaan Islam wajib melaksanakan hukuman memotong tangan sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah ayat 38.

Ia tidak boleh dilaksanakan oleh mana-mana individu atau kelompok kecil masyarakat tanpa kerajaan Islam yang berdaulat. Dalam kes rompak pulak, jika ia merompak dan mengambil harta tetapi tidak membunuh, maka hukumannya dipotong sebelah tangan dan sebelah kakinya.

Jika ia merompak, mengambil harta dan membunuh mangsa, maka dijatuhkan hukuman dibunuh dan disalib (gantung mayatnya). Hukuman mengerikan ini bagi memberikan kebebasan kepada seluruh rakyat. Bukan kebebasan serta keberanian kepada perompak.

Jika ditakdirkan, seseorang mampu menyekat perompak dengan melawan dan didapati tiada jalan lain melainkan dengan membunuhnya, maka membunuh perompak pada waktu itu adalah harus dari segi syariat.

Sememangnya kes seperti ini perlukan maklumat lengkap dan tepat kerana hukuman akan berbeza disebabkan berbezanya keadaan seperti situasi; (1) perompak yang telah ditangkap, diikat kemudian dibunuh oleh tuan rumah atau (1) perompak yang dibunuh ketika berlawan dengan tuan rumah (2) atau perompak yang dibunuh ketika lari dari rumah atau (3) perompak yang tersalah bunuh oleh tuan rumah seperti menembak senapang patah untuk memberi amaran, tetapi terkena tepat pada perompak (4) dan lain-lain.

Dari segi Islam, tuan rumah agak sukar hendak disabitkan kesalahan membunuh sengaja sehingga layak dibunuh balas dalam kes ini Zulkifli dijatuhkan hukuman gantung. Ini berdasarkan perbahasan ulama berkenaan status darah perompak adakah mahdar (halal) darahnya atau tidak? Jika mahdar, maka tuan rumah hanya dikenakan takzir, bukan qisas seperti dalam situati (1) di atas.

Ini berdasaran kepada hadis di bawah:

من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد.

Maksudnya: Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan keluarganya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati mempertahankan agamanya, maka ia syahid. Barangsiapa yang mati mempertahankan darahnya (dirinya) maka ia syahid. - (Hadis riwayat Imam Ahmad dan lafaz yang sama terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Muslim).

Menurut Imam Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim: hadis ini adalah bab yang menunjukkan bahawa barangsiapa yang berniat mengambil harta orang lain tanpa jalan yang benar, maka yang berniat demikian adalah mahdar darahnya.

Saya tidak cenderung mahdar diterjemah dengan makna halal kerana ia membawa faham bahawa halal dibunuh. Tetapi Mahdar di sini bermaksud, barangsiapa yang membunuhnya tetap bersalah, tetapi terlepas daripada hukum Qisas atas sebab status si pesalah adalah Mahdar darahnya.

Dari sudut yang lain, Islam memuliakan mereka yang berani melawan perompak sebagaimana maksud hadis di atas. Di dalam Tuhfah Al-Ahwazi, Syarah Sunan Tarmizi menyebut bahawa mempertahankan harta dengan maksud mempertahankan hartanya daripada diambil oleh orang lain secara zalim.

Mempertahankan keluarga pula ditafsirkan sebagai mempertahan kemaluan (al-budh'i) isteri atau kaum keluarga yang perempuan. (Sesiapa yang mendalami hadis ini, dia akan faham betapa pentingnya mempertahankan aurat isteri ketika dharurat sekalipun seperti aurat ketika bersalin di hospital dan lain-lain sebagaimana yang telah saya nyatakan di dalam buku saya sebelum ini).

Di dalam satu riwayat lain (sebagai lanjutan hadis di atas), seorang lelaki datang bertanya nabi SAW jika ada penceroboh datang merompak hartanya. Nabi menjawab, jangan kamu beri. Apa pandangan kamu jika ia ingin membunuhku? Jawab rasulullah, bunuhlah dia (lawan balik). Beliau bertanya lagi, apa pandangan kamu jika ia membunuhku? maka jawab Baginda SAW, "maka mati anda adalah syahid."

Dalam kes zulkifli ini (jika si mati adalah perompak yang sedang merompak), apa yang saya dapat pastikan ialah:

1. Tiada hukuman bunuh balas melainkan hanya dalam kemungkinan yang sangat kecil sebagaimana dinyatakan di atas.

2. Hukuman reman adalah zalim kerana perlaksanaan reman hari ini memberikan kesan kepada ekonomi keluarga serta memudaratkan keluarga itu sendiri. Dalam Islam, penjara dibenarkan dalam beberapa keadaan seperti seseorang yang mengambil harta awam (seperti kes rasuah atau audit finding hari ini), maka hukumannya ialah si pesalah dipenjarakan sehingga keluarga si pesalah membayar semua duit yang telah diambil.

Maka penjara menurut Islam di dalam kes ini bersifat paksaan supaya si pesalah dan keluarganya mengembalikan hak orang ramai bagi memastikan pihak lain tidak terbeban. Jika keluarga si pesalah yang dipenjarakan berhadapan dengan masalah kewangan akibat suami (sebagai contoh) dipenjarakan, maka menjadi tanggungjawab baitulmal (bahagian sumber al-fai' / hasil bumi dan lain-lain) untuk membantu mereka.

Tetapi hari ini, reman adalah satu prosedur rutin bagi memudahkan pihak berkuasa menyoal siasat atau dengan alasan takut si pesalah lari. Pada zaman Saidina Umar, si pesalah (yang sudah dibicarakan) kes bunuh daripada Syam bukan sahaja tidak direman, bahkan dibenarkan pulang menyelesaikan kes wasiatnya tanpa seorang pengiringpun (polis).

Kemungkinan melarikan diri pada zaman itu jauh lebih tinggi berbanding Malaysia hari ini kerana sempadan negara Islam yang sangat luas dan Syam pula sangat hampir dengan sempadan Rom yang memusuhi Islam.

Apapun saya menyatakan solidariti saya terhadap Zulkifli yang dizalimi dengan hukuman reman. Saya berdoa supaya keluarga beliau tabah menghadapi ujian ini.

Saya rujuk FB di bawah dan beberapa sumber lain.
https://www.facebook.com/selamatkanZulkifli/?fref=ts – HARAKAHDAILY 30/12/2015

Sumber HD 30-12-2015

Fahami politik matang (nasihat dan lawan)

ZAHARUDDIN MUHAMMAD | .


FAHAMI konsep nasihat. "Agama itu nasihat. Maka baginda ditanya, untuk siapa nasihat itu? Baginda menjawab (antaranya ialah, nasihat itu) untuk pemimpin."

Dengan  kata lain, ada masa nasihat justeru tiada ruang jatuhkan Umno-BN pada masa sekarang kerana tiada PRU. Kalau Umno boleh berubah Alhamdulillah. Kalau tak berubah, maka PRU nanti lawan tetap lawan kerana waktu itu adalah waktu sebaiknya mengubah kerajaan dalam konteks demokrasi.

Nasihat itu bukan untuk Umno dan BN sebagai sebuah parti sahaja, tetapi juga untuk orang Umno yang Melayu muslim.

Di sana ada nasihat kepada Umno sebagai parti memerintah. Sebagai contoh menasihati Umno supaya menghalang kemasukan atlet sukan atas nama negara Haram Israel. Jika Umno sebagai pemerintah setuju menghalang, maka kerjasama PAS dan Umno dalam perkara makruf seperti ini adalah perlu. Jadi dalam isu Israel ini PAS + Umno vs DAP dan sekutu yang bersamanya.

Tapi kalau Umno izinkan juga warga Israel masuk ke Malaysia, maka Umno juga kita akan lawan. Maka masa ini PAS vs BN + DAP dan sekutunya.

Dalam bab TPPA dan GST, PAS tetap lawan Umno sehingga ia berubah. Maka dalam isu TPPA ialah PAS vs BN dan DAP.

Dalam isu GST pula, PAS vs Umno (pelaksana GST) vs PKR (Rafizi + Saifudin = zero rated GST. PAS berpendirian hapuskan GST dan diganti dengan cukai ke atas Share Trading dan Corporate saving. Maknanya PAS bersendirian dalam isu hapuskan GST. Dalam masa yang sama cuba yakinkan pihak kerajaan (bukan Umno), bahawa kita perlu balik kepada sistem cukai Islam bagi menampung defisit sebanyak RM29 billion dalam belanjawan baru-baru ini.

Ini namanya politik rasional aka politik matang. Bukan politik spin dan politik dalam selimut. – HARAKAHDAILY 27/12/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat

Sumber HD - 27-12-2015


Husam Vs Zaharudin : I Dont Think So!

Posted on Thursday, October 29 @ 14:48:28 MYT by paktam

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya melihat serangan Ustaz Zaharuddin terhadap Dato Husam agak kasar dan melebihi apa yang sepatutnya sebagai seorang yang jauh lebih muda terhadap seorang yang lebih tua. Orang akan nampak itu budak kurang ajar.

2) Mungkin Ustaz Zaharuddin sudah nekad bahawa biar kurang ajar dengan orang tua itu daripada membiarkannya merosakkan PAS Kelantan dan pentadbiran kerajaan negerinya.

3) Dato Husam pula mengambil jalan istiqamah mengkritik kerajaan negeri yang ditadbir oleh PAS, sehingga membuatkan beberapa pemimpin PAS tidak senang. Saya tidak pasti apakah faktor yang membuatkan mereka tidak senang.

4) Serangan Ustaz Zaharuddin turut mengaitkan kejatuhan Kedah bersebab Pharorazi ke atas kerja buat Dato Husam ke atas kerajaan PAS Kelantan pada pandangan saya agak tidak kena. Mungkin Beliau ada sumber keyakinan yang berbeza dengan saya.

5) Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah bukan kerana kritikan Pahrorazi. Bagi saya Pahrorazi bukan mengkritik, tetapi membuat satu pakatan untuk menjatuhkan MB ketika itu, kerana ada projek yang dimintanya tidak dilulus oleh MB tersebut. Mereka menyerang prebiadi MB itu sebagai garang, cengei, keras kepala dan sebagainya. Jesteru itu, sukar untuk pemimpin PAS menjawab isu garang, cengei dan keras kepala itu.

6) Berbeza dengan Dato Husam, dia tidak menyerang peribadi sesiapa. Dia mengkritik kerajaan PAS dengan beberapa isu, yang sepatutnya pemimpin PAS Kelantan berupaya menjawabnya dengan baik dan telus. Kegagalan menjawab akan memburukkan persepsi terhadap kerajaan Negeri dan PAS Kelantan khususnya.

7) Oleh itu saya rasa Dato Husam Kelantan tidak sama dengan Pahrorazi Kedah yang cuba dikaitkan dengan cubaan menjatuhkan kerajaan Negeri. Be rational, Ustaz. Jangan disebab kebencian kepada seseorang, kita berusaha besarkan kesilapan kecilnya.

8 ) Manakala Dato Husam pula memberi respon mengaitkan Ustaz Zaharudin dengan kejatuhan kerajaan PAS Terengganu. Maka dengan itu terhapuslah tuduhan-tuduhan mengenai adanya pengundi hantu, ketidak adilan persempadanan semula, SPR berat sebelah sehingga kerajaan PAS Terengganu jatuh. Semuanya kerana Ustaz Zaharuddin seorang!.

9) Umno sedang memulihkan kekuatannya. Pembangkang pula asyik hentam sesama sendiri. Saya yakin PRU14 ini BN akan menang lagi, dan PAS akan menyalahkan PAN dan PH, manakala PAN dan PH akan menyalahkan PAS. Najib akan isap vape bersama Rosmah dan menghembus asap ke muka kalian semua.

Sekian.

Sumber DD - 29-10-2015


Husam! Semua Ready 21 November Ini

Posted on Thursday, October 29 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Saya telah menghubungi balik kawan-kawan di Kedah. Mereka yang terlibat secara langsung di Kedah sudah sedia. Mereka bukan orang biasa yang ambil maklumat dari bakul tapi memang orang yang terlibat secara langsung.

Untuk maklumat Husam, saya juga terlibat hampir secara langsung dengan pertahankan Kedah terutamanya isu KUIN. 

Termasuk beberapa sahabat saya di KUIN yang telah terlibat menghalang pergerakan KUIN daripada protes MB pada masa itu. Ia dapat disekat disebabkan oleh pembuktian bahawa gerakan itu dalangnya datang dari luar kedah. Sewaktu pertemuan pelajar dan pimpinan pelajar timbul isu mana bukti yang kata terdapat dalang dari luar? Saya dengar dengan teliti dialog tersebut melalui hp yang dipasang walau saya berada di KL. 

Memang panik. Tetapi tindakan berani seorang muslimat sebagai saksi bahawa orang KL yang menjadi dalang. Semua tergamam termasuk kepala2 penggerak protes sebab muslimat itu sebenarnya seorang yang menjadi tempat mereka meluah masalah. Mereka ingat muslimat itu bersama mereka. 

Tetapi mereka tidak sedar bahawa muslimat itu adalah anak buah kepada anak buah saya yg sememangnya menjalankan tugas sebagai Asma bte Abu Bakar sewaktu hijrah. Mengawasi pergerakan ini yang cuba merosakkan imej kerajaan negeri.

Sebab itu demonstrasi protes atas nama pelajar KUIN dilihat ramai orang KL berbanding orang KUIN sendiri. 

Ini contoh sangat kecil dr sumber primer yang saya akan bawa. Baki lagi besar jumpa 21 November ini. 

Jadi, Husam Musa boleh panggil sekali "Hawai Five O" atau JPPP waktu itu (hari ini sudah bersama PAN)  ) utk kita dedahkan fakta mereka dan fakta saya. Memang saya dengar sayup2 golongan  PAN waktu mereka jadi pimpinan PAS pusat bahawa punca jatuh Terengganu kerana bawa isu hudud. Saya berani cabar fakta itu.

Untuk maklumat Hussam, dalam dialog nanti saya akan dedahkan satu nama orang Kelantan (hari ini PAN) yang bawa "taukeh Cina" dari pantai barat untuk minta balak di Kedah. Orang tengah yang mereka minta tolong untuk berjumpa MB cabut, setpol cabut awal lagi sebab dah agak mesti kena perambat di MB punya. Cabut awal tu sebab tak nak tengok muka kelat kena perambat. Akhirnya memang betul kena perambat sungguh. 

Orang tu sekarang sedang all out juga bercakap tentang ketelusan kerajaan Kelantan, nampak dia macam hero konon2 nak dedahkan penyelewengan. Bercakap berdegar-degar hendak bantu rakyat Kelantan, hero membela mangsa banjir, senyap-senyap bersama keluarga makan angin di Kemboja waktu orang Kelantan dilanda musibah. Orang yang terlibat tahu siapa saya maksudkan. Mereka Insyallah ready dalam dialog dengan Hussam.  

Ini baru maklumat kecil dan klu awal saya bagi kat Husam. Jangan ingat saya tak tahu apa-apa tentang Kedah.

Atau mungkin saya akan dedah satu proposal "orang" Hussam yang minta bajet RM100,000 lebih untuk satu kuliah maghrib di Putrajaya, tetapi apabila dipotong kepada actual cost sebanyak RM30,000 lebih, akhirnya mereka tidak berminat. Mungkin sebab tiada untung "margin besar". Professional fee sahaja RM 10 ribu lebih. Saya kata tok bila boleh urus, bukan profesional high level. 

Dokumen tu masih ada pada saya. Yang ini tak boleh report SPRM sebab hanya dalam bentuk cubaan tetapi dah kena block awal2 oleh orang2 jujur macam Arwah Ustaz Azizan, Dato Mat MB Kelantan. 

Tapi ia masih valid sebagai bukti berlaku cubaan "orang" Hussam cuba melakukan Bubble Cost terhadap duit rakyat. 

Jadi, semua yang terlibat bersedia hendak jumpa Husam Musa pada 21 November ini.

Kalau Hussam nak saman, saya tunggu di mahkamah bersama lawyer dan kebenaran. Apapun jumpa di Kuizm 21 November.

- Zaharuddin Muhammad - 
29 Oktober 2015M 

Sumber TKO - 29-10-2015
























AFIQ BIN AYOB: Sila PM Saya

Posted on Tuesday, October 27 @ 21:08:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Saya terbaca sebaran laporan SPRM daripada Mohd Afiq bin Ayob tentang kenyataan media laporan rasuah berkaitan Exco kelantan.

Pertamanya, saya sendiri mencari dokumen yang ada jika benar-benar wujud. Jika ia benar-benar wujud saya mahu mendapatkannya untuk saya sendiri lawan jika ia benar berbukti dan berfakta.
Saya sendiri akan pergi buat laporan SPRM di samping membawanya ke Mesyuarat PAS Pusat jika ia benar-benar genuine dan betul. Tetapi setakat beberapa isu yang dibangkitkan, ia adalah fitnah. menyebut angka tidak semestinya fakta. Fakta ialah apabila ia dibuktikan.

Kalau sesiapa yang ada contact Mohd Afiq bin Ayob sila PM saya. Saya tidak mahu kelantan jadi seperti Kedah. Dato Pakhrol jaja penyelewengan ke hulu ke hilir, tapi masa jumpa dengan PAS pusat, satu poin pun tak dibangkitkan, apatah lagi dibuktikan. Kata ada pihak dah report penyelewengan Arwah Dato Seri Azizan, tapi hanya berita cyber trooper, realitinya tiada report SPRM pun. Tapi disebarkan konon-kononnya dibuat report supaya orang kata: "U Azizan menyeleweng, dah ada orang report sprm pun". Tujuan supaya masyarakat berhukum sebelum hasil siasatan berlaku.

Cuma saya tahu, ada beberapa orang yang telah disekat daripada melakukan bubble terhadap duit rakyat. Saya ada bukti terhadap cubaan ini. Isu ini tak guna report SPRM sebab ia tak menjadi sebab dah di'block' awal.

Lepas bajet ni saya nak release beberapa poin berkaitan Hussam yang saya kenali. Fokus lawan UMNO dulu.

# Selamatkan Kelantan.
- Zaharudin Muhammad.
Sumber TKO - 27-10-2015

Harap Salahudin Ayub respons

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


TULISAN Salahudin Ayob ini sedang disebarkan seolah-olah Dr Yusof Qardhawi merestui PAN. (Rujuk berita Amanah jawab isu diharamkan Yusuf al-Qardawi yang disiarkan dalam Sinar Harian Online pada 20 Oktober 2015)

Pertamanya saya nak tanya Salahudin Ayub, kenapa tidak mendedahkan mesej Dr Yusof Qardhawi semasa beliau, Ustaz Ghani Shamsudin dan Asmuni Awi berjumpa dengan Dr Ali Qurrahdaaghi?

Apakah mesej daripada Dr Yusof Qardhawi yang disampaikan oleh Dr Ali dalam perjumpaan itu tidak diterjemahkan oleh Ustaz Ghani justeru Salahudin sendiri tidak boleh berbahasa Arab atau Salahudin sengaja sembunyikan bahagian penting dan utama dalam pertemuan tersebut kepada orang awam?

Kalau riwayat daripada Dr Mujahid yang berjumpa dengan Dr Yusof Qardhawi, memang saya meraguinya sebab daripada awal yang saya kenal beliau suka 'tidak bercakap benar' atau dalam istilah yang tepat disebut sebagai “tauriah”.

Dulu beliau menjaja bahawa seolah-olah Majlis Syura Ulamak telah meluluskan non muslim menjadi ahli penuh parti, bukan ahli bersekutu, walhal tidak pernah pun.

Pernah dalam program Pemuda beliau di tanya adakah dahulu dia adalah IRC? Beliau jawab tidak.

Memang betul dia bukan IRC, tapi dia JIM sebab era beliau era 90-an di mana IRC sudah dijelmakan dalam bentuk JIM. Walhal semua sezaman dengan beliau di Mesir kenal beliau bersama dengan kumpulan JIM yang sanggup bergabung dengan kelab Umno lawan dengan PAS.

Jawab tidak itu namanya tauriah sebab dia JIM, bukan IRC. Walaupun poinnya sama, tapi perkataannya berbeza.

Dulu saya nak bangkang secara terbuka rasa janggal, maklumlah sesama parti, kecuali ia melibatkan hukum dan dakwah Islam, maka saya akan tetap bangkang jika ia boleh menjadikan awam silap faham (seperti isu hudud oleh Dr Dzulkefly Ahmad dahulu). Tapi sekarang sikap 'suka putar alam' golongan ini perlu diketahui ramai.

Saya harap Salahudin Ayub respons komentar saya ini. – HARAKAHDAILY 22/10/2015

Sumber HD - 22-10-2015


Tol Naik: Bagaimana Islam Selesasikannya?

TOL NAIK: BAGAIMANA ISLAM SELESAIKANNYA?

Oleh: Zaharudin Muhammad.
Presiden Gerakan Selamatkan Ekonomi Malaysia (GESA).

Dalam dua tulisan saya yang lampau, saya telah menulis tentang bagaimana ekonomi Islam meletakkan target mengsifarkan kos perjalanan. Ia bukan sahaja ekonomi di dalam syariat nabi kita Muhammad saw, tetapi juga syariat nabi-nabi terdahulu. Fakta ini menunjukkan bahawa ia perkara penting justeru pensyaritannya tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang. (Untuk maklumat lanjut, sila baca 2 link di bawah).

Apa yang lebih zalim pada hari ini, tanah rakyat digunakan untuk membuat lebuhraya, wang rakyat dijadikan modal kemudian rakyat juga yang kena bayar akhirnya? Persoalan, siapa untung dan siapa rugi? Apa kerja kerajaan yagn dilantik oleh rakyat?

Bagaimana tanah rakyat diambil? Sama ada namanya tanah kerajaan di mana dari perspektif Islam ia adalah milik rakyat dan kerajaan sebagai pengurus. Jika ia tanah milik orang ramai, kebanyakan yang berlaku ialah golongan negotiator (perunding) dan orang tengah yang akan makan banyak, harga yagn dibayar oleh pemunya tanah lebih rendah daripada harga yagn diterima daripada syarikat konsesi / pemaju-pemaju lebuhraya.

Bagaimana wang rakyat dijadikan modal? Ia melalui wang cukai dan hasilan bumi seperti hasil petronas dan seumpamanya. PLUS sebagai contoh, di mana sebahagian pemegang sahamnya adalah Khazanah. Sumber khazanah adalah daripada dana kerajaan, sumber cukai dan sumber petronas yang dipam dan berikan pinjam kepada pemaju lebuhraya dalam bentuk pinjaman dana (sukuk / bon).

Siapa yang untung? Yang paling untung ialah syarikat-syarikat konsesi dan pemegang-pemegang saham serta syarikat-syarikat yang diberikan kontrak pengurusan dan mantainance lebuhraya.
Siapa rugi? sudah tentu rakyat, wang mereka tanah mereka digunakan oleh 1% rakyat yang berkuasa, akhirnya mereka pula kena bayar.

Bagaimana penyelesaian? Kembali kepada Islam. Jika islam berkuasa, maka dasar monopoli adalah sesuatu yang sangat ditentang oleh dasar ekonomi Islam. Justeru itu, 1 golongan daripada 8 golongan pemanfaat hasilan cukai dan 1 golongan daripada 6 golongan pemanfaat hasil bumi adalah untuk sifarkan kos perjalanan.

Maka, jika terbukti kerajaan telah mengambil hak rakyat ini, perundangan islam akan membatalkannya dengan pembatalah 'fasakh'. Dengan kata lain, jika terbukti ia mengambil hak rakyat, maka semua tol akan dibatalkan dengan cara tidak mengzalimi dan tidak dizalimi. Maksud tidak mengzalimi ialah semua syarikat konsesi akan dibayar semula wang mereka yang actual cost tanpa mengira projection income. Maksud tidak dizalimi ialah, pembatalan itu tidak merugikan kerajaan dan rakyat.

Penguatkuasaan pencegahan berlakunya monopoli dan pengambilan harta orang ramai termasuk di dalam kategori hukum takzir. Maka sangat malang jika orang berkata: laksanakan Islam setelah ekonomi stabil, sedangkan kita faham di atas bahawa hak rakyat dan hak orang ramai serta hak individu pemegang saham dan konsesi tidak akan dapat dibela melainkan dengan undang-undang ini.
Jom kembali kepada Islam, "Ke Arah Rakyat Malaysia Yang Lebih Bebas".

Sekian.

Sila rujuk tulisan saya yang lepas:

1. Kenapa Kita Menentang Kenaikan Minyak?

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=849572875073149&id=312456128784829

2. Sifarkan kos perjalan?

https://www.facebook.com/Zaharudin-Muhammad-312456128784829/publishing_tools/

Share & Like Jika anda ingin sokong dan sebarkan sistem Islam:

https://www.facebook.com/Zaharudin-Muhammad-312456128784829/

Sumber PP - 19-10-2015

Nilai Ringgit Sepatutnya Rm3.70 Tetapi Ditutup Semalam Dengan Rm4.10. Kenapa Kita Perlu Balik Kepada Islam?

Butiran

Nilai sebenar Ringgit Malaysia semalam sepatutnya sekitar RM3.70 tetapi diniagakan dengan kadar RM4.10 pada tukaran USD1. Sebenarnya ia sangat rendah berbanding sebelum ini sekitar RM3.30 sahaja.

Ada 3 faktor penting naik turun matawang sesebuah negara:

Kuasa matawang banyak bergantung kepada 3 faktor:

1. Jumlah aktiviti ekonomi berguna atau jumlah barangan berharga sebenar. Seperti kita mempunyai sawit, kereta, padi, minyak dan lain-lain.

2. Jumlah cetakan umum wang kertas negara. Yang ini tugas Bank Negara untuk memantau cetakan matawang.

3. Kepantasan pusingan matawang atau kepantasan perpindahan wang dari tangan ke tangan. Dalam ekonomi, ia dikenali sebagai the velocity of the money.

Tiga faktor di atas boleh dikatakan punca kepada penurunan nilai daripada RM3.30 kepada 3.70 bagi USD1. Tetapi di sana terdapat faktor tambahan iaitu apabila terdapat susutan sebanyak sekitar 10%, iaitu nilai sebenar RM3.70 tetapi diniagakan dengan nilai RM4.10. Kenapa? Ia disebabkan oleh sentimen. Sentimen termasuk spekulasi dan ketidak stabilan unjuran masa depan terutamanya apabila berlakunya isu-isu ekonomi yang melibatkan politik, seperti isu 1MDB yang membawa kepada isu politik seperti demonstrasi dan lain-lain.

Apabila ini berlaku, pelabur akan takut dan seterusnya menarik modal mereka ke negara lain, terutamanya sekarang Amerika dikatakan akan menaikkan Interest Rate dan China sudah menurunkan matawang Yuan.

Dua faktor ini adalah penarik kepada pelabur luar untuk alihkan modal mereka dari Malaysia ke sana.

Memang kita serba salah, tidak jatuhkan kerajaan maka suasana ini berterusan, jika jatuhkan kerajaan kita belum tahu siapa yang naik. JIka buat demonstrasi pelabur akan lagi, jika tak buat demonstrasi mungkin penyelesaian akan lagi perlahan. Penyelesaiannya? balik kepada Islam justeru:

1. Sesiapa sahaja boleh mendakwa Najib jika mereka perolehi bukti justeru pendakwa dalam islam hak semua orang, hatta kerani di dalam pejabat Najib boleh mendakwa jika ia mempunya bukti. Tapi sekarang, bergantung kepada siasatan SPRM, polis dan lain pendakwaraya yang ekslusif, kes tidak tahu status penyiasatannya tetapi pergerakan politik sentiasa laju di dalam 'menghukum' sesuatu yang belum diputuskan oleh siasatan.

2. Jika berlaku siasatanpun, rakyat masih sangsi juteru penyiasat, pendakwaraya dan semua yang berkenaan ada interest dengan kuasa politik khususnya dari segi prosedure perlantikan. Tetapi di dalam perundangan Islam, semua ini bebas dilakukan oleh semua yang berakal, baligh tanpa mengira agama dan bangsa.

3. Di dalam sistem ekonomi Islam, duit rakyat tidak berpusat di 'top fund' seperti 1MDB dan lain-lain. Tetapi duit rakyat berada di poket rakyat. bezanya, jika orang nak rosakkan ekonomi Malaysia, maka mereka boleh serang 'top fund' seperti 1MDB, reserve negara dan lain-lain. Dua tiga peluru boleh ranapkan ekonomi negara dan merosakkan 28 juta rakyat Malaysia. Berbeza dengan islam, sistem ekonomi 'Bottom Up', atau dengan kata lain, semua wang rakyat berada di dalam saku rakyat, jika orang nak rosakkan ekonomi kita, mereka kena sediakan 28 juta peluru kerana kekuatan kewangan di dalam poket setiap rakyat.

Sebab itu, pencegahan dan penyelesaian kemelut ini perlu balik kepada sistem Ekonomi dan Perundangan Islam. Islamlah kamu, nescaya kamu selamat, maksud hadis.

Sekian.

Zaharudin Muhammad.

Sumber PP - 21-8-2015

















Apa yang saya bimbang dan meluat


















ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


Negara kita dilanda pelbagai masalah sejak kebelakangan ini. Ekonomi semakin merudum, pesawat MH370 hilang sejak setahun dan tiba-tiba hari ini ditemui serpihannya di Pulau Reunion, pesawat MH17 ditembak di Ukraine, 1MDB hilang, Tabung Haji dan TRX, isu RM2.6 bilion wang hadiah ke dalam akaun Najib Tun Razak dan terkini, wang tukaran Malaysia jatuh merudum menjadikan kedudukan matawang kita lebih teruk daripada krisis 1998. Bila mahu semua ini mahu berakhir?

Saya mungkin mempunyai kebimbangan lebih daripada itu. Iaitu siapa di belakang yang mempertahankan DS Najib dan siapa yang berpotensi bakal menggantikan DS Najib jika ia dijatuhkan? Jawapan kepada persoalan ini sangat penting justeru ia memberikan kesan yang besar kepada rakyat Malaysia terutamanya jika yang naik itu lebih teruk daripada Najib itu sendiri.

Hari ini, wang dan media adalah kunci kuasa politik. Jika ada wang, maka kadangkala orang politik boleh dibeli. Dengan wang, kadangkala orang politik boleh u-turn. Dengan wang, media boleh dikuasai. Bagi yang menguasai media, maka ia menguasai persepsi, jika mereka menguasai persepsi, maka ia menguasai politik. Lebih parah, jika seseorang ahli politik dibantu oleh ‘kuasa luar’, maka ia bukan sahaja mendapat dana kewangan bahkan mereka mendapat support dalam bentuk ‘strategy’ dan ‘tapak pelancar roket’. Jika sesuatu roket (isu) tidak boleh dilancarkan dari dalam justeru pelancarnya (media) dikawal, maka bantuan luar (media luar) boleh menjadi pelancar (pencetus) kepada sesuatu roket (sesuatu isu). Ini kemungkinan yang saya dan anda semua tidak boleh tolak.

Amalan bubble (pembelonan) dalam sistem kewangan dan pengurusan negara pada hari ini berada pada tahap ‘biasa berlaku’. Kerajaan ada asset seperti sungai, tanah dan lain-lain. Aset itu diserahkan kepada pihak swasta untuk dibangunkan. Selepas dibangunkan, nilai aset tersebut pada harga benar (fair value) ialah RM8 bilion hingga RM11 billion. Sebagai kerajaan, sepatutnya berusaha membeli dengan harga RM8 bilion dan sebagai penjual pula, ia akan berusaha menjualnya dengan harga RM11 billion. Itu demand and supply. Tetapi dalam sesetengah keadaan, kerajaan mempunyai kuasa untuk memaksa pemilik asset menjual dengan harga RM8 bilion. Sebaliknya ‘nego politik’ boleh berlaku, di mana pihak kerajaan sebagai pembeli dan pihak pemilik asset (pemegang saham) bersetuju untuk dijual beli dengan harga RM11 bilion.

Maka resultnya ialah, RM11 bilion yang dibayar oleh wang rakyat akan masuk ke syarikat swasta sebanyak RM8 bilion, RM3 bilion pula akan masuk kepada pemegang saham (pemunya syarikat) yang dilihat secara luaran sebagai ahli korporat, bukan politik. Maka RM0.5 bilion adalah ‘hadiah’ kepada individu pemilik aset manakala RM2.5 billion lagi (daripada RM3 bilion) akan masuk ke parti politik atau pemimpin politik secara off-record sebagai hadiah kepada individu atau hadiah kepada parti politik bagi tujuan mengekalkan kuasa dan pengaruhnya.

Maka RM3 bilion itu dianggap sebagai bubble dari perspektif ekonomi Islam atau diistilahkan sebagai Ghillah (غلة) yang menjadi salah satu dosa besar, sekalipun dalam sistem ekonomi kapatalis mazhab Keynessian dianggap sebagai biasa dan ‘bagus’ selama mana ia tidak membawa kepada ‘crash’ atau ‘bursts’ (meletup).

Saya melihat, bentuk transaksi bubble seperti ini dianggap biasa dalam politik kita terutamanya politik pemerintah. Mungkin margin bubble (keuntungan belon) ini adalah ‘hadiah’ yang dikatakan masuk ke akaun DS Najib. Bubble seperti ini bukan sahaja nilainya RM2.6 billion yang telah berjaya ditransferkan, tetapi bubble-bubble yang lebih kecil seperti mark-up harga perbekalan barangan dan lain-lain.

Saya pernah diminta meneliti satu kontrak supply diesel kepada satu penjana elektrik oleh satu syarikat swasta milik calon PRU yang kalah. Saya dapati syarikat swasta tersebut mendapat bayaran sekitar RM500,000 sebulan. Hanya naik RM0.25 sahaja. Bukan 10 sen dari harga pasaran, tetapi 10 sen dari harga belian. Harga pasaran RM1.80 tetapi pihak penjana elektrik membelinya dengan harga RM1.85 seliter, alasan RM0.05 itu untuk kos pengurusan.

Realitinya, syarikat swasta tersebut tidak diperlukan justeru kerja utamanya hanya bilang lori dan jaga akaun justeru lori yang penghantar diesel bukan milik syarikat swasta tersebut, tetapi ianya milik kepada pihak pembekal diesel. Setakat kerja bilang lori, pihak penjana hanya perlu upah budak SPM, kalau beri gaji RM2,000 sebulanpun, maka kosnya dalam RM24,000 setahun, berbanding habiskan RM500,000 sebulan. Daripada RM500,000 sebulan ni, maka mungkin ada yang dijadikan hadiah untuk masuk ke parti politik.

Ini sistem ekonomi yang saya tentang dan sangat benci, kerana wang yang mereka jadikan hadiah itu adalah wang saya, wang anda dan semua rakyat Malaysia seterusnya menjadikan Malaysia menghadapi kemelut ekonomi dan kemelesetan kuasa beli.

Yang saya lagi meluat ialah, apabila heboh pasal wang RM2.6 bilion masuk ke akaun DS Najib, ada yang bising bukan kepalang. Tetapi dalam masa yang sama dia pernah buat perkara yang serupa. Siapa yang baik bukan siapa yang baik sebenarnya, tetapi siapa yang licik, siapa yang menguasai media; orang yang lemah maka akan dihebohkan margin bubblenya manakala orang yang kuat, margin bubblenya tidak terhebah. Manakala orang yang bodoh pula memasukkan duit margin bubble dalam akaun peribadinya manakala orang yang cerdik pula duit margin bubble diletakkan dalam beg yang dihantar ke rumah atau guna akaun orang lain, syarikat lain, NGO lain, yayasan lain atau sebagainya.

Memang saya meluat tengok DS Najib dengan isu 1MDB, tapi meluat saya juga tiada bezanya apabila melihat orang yang juga pernah cuba melakukan margin bubble yang sama sekalipun akhirnya gagal menjadi hero menentang DS Najib. Alasannya sama, “demi kepentingan parti”.

Meluap saya bertambah meruap-ruap apabila melihat orang yang gagal melakukan margin bubble mejadi hero mengkritik DS Najib ke hulu ke hilir. Ahli dan penyokong bawahan tak tahu, bahkan duit mereka sendiri sebenarnya menjadi mangsa pemimpin-pemimpin parti mereka sendiri.

Bagi saya, DS Najib memang wajar ditukar bukan sekarang, dah lama. Bukan setakat dah lama wajib ditukar, tetapi tak sepatutnya menangpun dalam PRU. Dalam masa yang sama, saya terfikir, orang yang pernah melakukan usaha yang sama (tetapi gagal), kalau dia atau team dia naik ganti Najib, agak-agak apa yang berlaku kepada Malaysia?

Lebih teruk daripada itu, saya bimbang orang yang melakukan amalan ‘margin bubble’ ini meminta kuasa luar selamatkan dirinya manakala orang yang ingin jatuhkannya juga meminta pertolongan kuasa luar. Ingat kuasa luar akan tolong percuma? Ingat kuasa luar atau orang luar itu ‘badan kebajikan’? Orang dalam tanjung rambutan sahaja tidak dapat berfikir dengan waras betapa bahaya situasi ini.

Apa yang paling membimbangkan saya ialah, bayaran kepada kuasa besar ialah Malaysia dijadikan front liner (barisan hadapan) kepada mereka. TPPA, ia adalah tembok pertahanan ekonomi Amerika Syarikat membendung kemaraan ekonomi China. Negara yang manandatangani perjanjian itu, sama ada sedikit atau banyak butir perjanjiannya, maka secara sedar atau tidak seolah-olah meletakkan tembok pertahanan tentera Amerika berhadapan dengan musuh mereka di Asia.

Negara yang menandatangani TPPA dalam masa yang sama adalah penghalang kepada kemaraan ekonomi China, atau tidak melampau jika saya katakan, ia adalah musuh negara China. Rom berperang dengan Parsi di Palestin, maka Palestin tetap hancur dan menerima musibah samada Rom atau Parsi yang menang. Amerika berperang dengan Jepun di Malaysia, Filipina dan negara Asia lain.

Sama ada Amerika menang atau Jepun yang menang, maka negara-negara yang menjadi Medan perang akan hancur sebelum negara kuasa besar kalah dan hancur. Ikut resam Thailand yang hanya beri laluan, bukan terlibat dalam kancah dan menjadi barisan depan kuasa besar. Cuma bezanya, pertempuran hari ini bukan dalam bentuk senjata, tetapi dalam bentuk kewangan dan ekonomi.

Lebih berbeza lagi, bukan kepentingan negara menjadi kayu ukur sama ada kita mahu atau tidak terlibat dalam kancah kuasa besar ini, tetapi negara terpaksa terlibat justeru itu adalah bayaran oleh pemimpin yang ingin selamatkan diri dan karier politiknya atau bayaran oleh pembangkang yang ingin jatuhkan pemimpin dengan isu ‘margin bubble’ ini selepas mereka menang. Sebab itu saya sangat anti dan tidak bersetuju jika ada pihak, sama ada pembangkang atau pemerintah, meminta bantuan ‘luar’ dalam kemelut negara sekarang, terutama permintaan tolong itu dibuat dalam keadaan rakyat tidak sedar.

Bukankah rakyat negara kita dan dunia amnya dihantui oleh misteri kehilangan MH370 dan setahun kemudiannya ditemui di Pulau Reunion? Kapal terbang yang menuju ke Timur (China) tiba-tiba melencong ke Barat tanpa di kesan oleh mana-mana radar? Luar biasa! Apa dan siapa di dalamnya?

MH17 ditembak di Ukraine yang menurut sebahagian berita yang kuat bukan ditembak dari darat ke udara tetapi ditembak oleh jet pejuang, apa motif mereka, siapa dan apa di dalamnya? Orang-orang Muhyiddin sudah sedari awal u-turn menyokong DS Najib sejak daripada Justo ditangkap dan dihukum oleh media sebagai pesalah? Kadangkala saya terfikir bahawa Thailand jarang mengambil berat tentang isu seperti ini dan jarang membenarkan orang luar campur tangan dalam urusan tahanannya dengan keadaan begitu mudah. Adakah Amerika atau China di belakangnya? Bukankah kita hairan, tiba-tiba tentera Amerika berada di pantai timur negara kita, untuk apa? Terakhir ini pemimpin Amerika terlalu berminat untuk melawat Malaysia sehingga Obama akan dijadualkan datang semula pada oktober atau akhir tahun ini. Semua teka teki ini diketahui oleh rakyat Malaysia.

Tuntas, penyelesaian bagi saya, hanya balik kepada sistem Islam justeru sistem Islam itu menutup semua ruang ‘margin bubble’ dan memudahkan orang yang menyeleweng di heret ke muka pengadilan, daripada serendah-rendah kerani sehingga kepada setinggi-tinggi PM sekalipun.

Cumanya, masyarakat kita masih belum terdedah tentang bagaimana sistem Islam itu menutup rapat-rapat pintu ‘margin buble’ dan pemimpin korupsi ini? Insyaallah saya akan berusaha sedaya upaya berkongsi maklumat dengan semua rakyat Malaysia berkenaan sistem Islam yang baik ini.

Sekian.

# Saya akan sertai Kongres Rakyat 5 September. - HARAKAHDAILY 13/8/2015

Sumber HD - 13-8-2015

Modus operandi HIS kedua

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .

JIKA seorang penipu menipu seorang pekedai, siapakah yang akan menggunakan perkataan 'penipu' dan siapakah yang lebih sukakan perkataan "ukhuwwah", persaudaraan dan "husnu zon"? Mestilah penipu merupakan orang yang paling benci perkataan tipu, penipu ditipu ditimbulkan sebab jika perkataan itu diulang-ulang, orang akan cari siapa penipu, maka peribadinya satu hari akan terdedah. Kalau boleh si penipu mahukan supaya perkataan 'tipu', penipu dan ditipu lenyap dari kamus dunia supaya ia selamat.

Mangsa tipu pula, mesti akan ulang bahawa dia ditipu, si penipunya adalah si fulan bin sifulan. Dia akan ulang dan ulang bagi mempertahankan haknya dan supaya orang ramai berhati-hati dengan si penipu. Dalam keadaan mangsa tipu bising tentang wujudnya penipuan dan orang yan menipu dan lain-lain, semestinya sang penipu pula akan menimbulkan 'ukhuwwah', persaudaraan Islam, jangan tuduh menuduh, kempen menerapkan sikap Husnu Zon dan lain-lain. Mestilah si penipu akan kata mangsa tipu su' zon kepada dia.

Itulah gambaran tentang Modus Operandi HIS kedua, apabila gerakan mereka dihidu, maka cara modal pertahanan mereka yang paling utuh ialah ukhuwwah, persaudaraan dan husnu zon. Kertas Grand Design HIS menyatakan bahawa, strategi mereka tidak akan mengnonjolkan jemaah HIS tetapi menekankan penghayatan Islam, pembentukan syakhsiyyah, sikap yang baik dan lain-lain sikap yang mulia di sisi Islam.

Matlamat ini mulia, memang mulia sebagaimana mulianya Bani Israel bersama Talut berjuang untuk menentang kezaliman Jalut, tetapi cara HIS ini salah apabila bermatlamatkan penguasaan dari dalam dan penerimaan arahan daripada Jemaah mereka, bukan PAS dan bukan ABIM yang mereka anggap sebagai wadah (platform) sahaja.

Kalau niat sahaja betul seterusnya membetulkan semua tindakan HIS, maka sesungguhnya Bani Israel bersama Talut adalah betul terlebih awal daripada HIS justeru niat mereka jihad menetang kezaliman Jalut. Jika matlamat mengharuskan semua tindakan yang salah, nescaya kisah pengikut Talut yang terkandas di sungai tidak dicatatkan oleh Al-Quran sebagai contoh buruk dalam sejarah perjuangan Islam Bani Israel bersama Talut dan nabi Syamu'n.

Sebab itu bagi melindungi dan menurangkan kesan kerosakan, Modus Operandi HIS menekankan ukhuwwah dan kempen husnu zon akan dilaksanakan apabila gerakan mereka dihidu; bangkitkan biah solehah, hidupkan ukhuwwah, jangan tuduh menuduh dan lain-lain sifat mulia sesama Islam. Modus operandi ini, apabila termakan oleh sasaran mereka (dalam konteks kita ahli-ahli PAS), maka mereka akan keliru antara su' zon yang dilarang dan su' zon yang bersifat hazar sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Quran bahawa sebahagian zon adalah salah manakala sebahagian su' zon adalah harus (Al-Hujurat: 12).

Imam Qurtubi ketika menafsirkan maksud surah al-Hujurat ayat 12 menyebut: "Yang membezakan antara sangkaan (buruk) yang wajib di jauhi berbanding selainnya (sangka buruk yang harus); bahawa setiap perkara yang tiada tanda yang betul dan sebab yang jelas untuk disyaki (disangka buruk), maka zonn (sangkaan) itu adalah haram dan wajib dijauhi."

Pemecatan Mustafa Kadir dan Ustaz Alias Othman setelah terbukti mengkhianati PAS, kewujudan u-turn dalam kalangan HIS selepas grand design, pendedahan kertas Grand Design HIS dan lain-lain adalah alamat yang sangat jelas dan hakikat yang terbukti yang mewajarkan kita oleh syariat untuk berhazar (berhati-hati) terhadap Saari Sungib, Dr Rahim Ghouse, pecahan-pecahannya serta anggota-anggota HIS di dalam semua parti politik di Malaysia.

Pada waktu ini, status waspada dikenali sebagai hazar, bukan lagi su' zon (buruk sangka yang dilarang oleh Islam). Tetapi mereka terus berkempen untuk mengalih waspada kepada su' zonn (sangka buruk) yang dilarang oleh Islam.

Tetapi apabila ahli-ahli PAS termakan dengan racun modus operandi HIS kedua ini, maka kita akan hilang pertahanan badan (PAS) seterusnya penembusan virus ini akan bermaharajalela menguasai parti daripada dalam.

Dengan modus operandi ini, bahagian "su' zon harus" yang diisitilahkan dengan perkataan lain sebagai Hazar (berjaga-jaga) akan lenyap dari kamus wadah (platform) yang disusupi oleh HIS sehingga mereka alpa dan lupa, seterusnya bahtera mereka boleh dikuasai oleh HIS dengan mudah.

Jika termakan dengan racun modus operandi ini, mereka akan lupa bahawa gelaran munafik dalam al-Quran ditujukan kepada orang yang zahirnya Islam, sentiasa bersumpah dengan nama Allah, sentiasa solat di belakang nabi, bahkan sentiasa keluar berperang bersama-sama dengan nabi SAW tetapi menyimpan agenda lain di dalam hati mereka.

Mereka terkeliru antara gelaran yang boleh merosakkan ukhuwwah dan gelaran yang menjadikan munafik tidak berani menunjukkan sifat nifaq (hipokrit mereka). Oleh sebab itu dalam al-Quran, pada awal-awal surah al-Baqarah Allah menyebut sifat-sifat munafik lebih panjang lebar berbanding sifat orang beriman dan kufur. Justeru sifat beriman dan sifat kufur sangat jelas, maka dipanjang lebarkan sifat munafik.

Jika termakan virus modus operandi keduan ini, mereka lupa bahawa Saidina Umar telah memanggil Hatib b Abi Baltaah sebagai 'munafik' sekalipun ahli badar. Mereka lupa bahawa para sahabat seperti Saidina umar menyebut 'wahai munafik', bukan hendak menghukum, tetapi hikmahnya golongan munafik bagaimana jahat sekalipun, mereka tidak berani angkat kepala dan melestarikan serta merealisasikan kenifaqan mereka di dalam masyarakat orang Islam. Selama mana mereka sembunyikan nifaq didalam diri mereka dan tidak menzahirkan dengan lidah dan kata-kata serta tindakan, maka selama itu ia tidak memberi kesan kepada umat Islam.

Dengan kata lain, jika modus operandi HIS ini dimakanhadamkan oleh ahli-ahli jemaah PAS, maka pertahanan yang dikenali sebagai hazar akan hilang, pengkhianatan mereka terus dilihat sebelah mata, lebih bahaya mereka akan terus bermaharaja lela dengan pelbagai taktik pecah dan perintah.

Modus operandi HIS kedua ini jelas disebutkan di dalam kertas Grand Design HIS ketika mereka berhadapan dengan krisis kepercayaan di dalam ABIM: "Bertahan, melancarkan cubaan terakhir; di samping meneruskan usaha mentarbiah dan penyebaran fikrah bagi melahirkan anasir yang akan membawa perubahan, mewujudkan biah yang menggalakkan ukhuwwah, memastikan ABIM berada di atas landasan Quran dan Sunnah, menjaga ABIM daripada dimanfaatkan oleh musuh."

Di muka surat 27 juga menyebut modus operandi yang sama: "Mahu tidak mahu isu jemaah (HIS) akan timbul juga tetapi fikrah islamiyyahlah yang mesti dikedepankan. Mad'u (dalam konteks kita, mad'u ialah ahli-ahli PAS) ditambat dengan kefahaman dan diikat dengan iman bukan dipaut dengan jenama Jemaah (HIS, JIM atau IRC)."

Dalam keadaan tidak diikat dengan jenama jemaah, mereka memastikan bahawa matlamat asal mereka tercapai, iaitu menyerapkan fikrah mereka. Tulisan tersebut menyebut lagi: "Pun begitu, kehadhiran Jama'ah perlu dirasai melalui fikrah, amal dan keperibadian (syakhsiyyah) afrad jemaah." Dengan maksud, figure-figure mereka mesti dikedepankan.

Bagi mengekalkan momentum ini, tindakan mereka di dalam PAS bukan mengikut arahan PAS, tetapi mengikut arahan pusat HIS. Jelas di dalam muka surat ini menyebut: "Pengarahan: Terus kepada Jama'ah bukan melalui wadah (PAS)." – HARAKAHDAILY 24/7/2015

Nota: Mungkin anda masih ingat kempen "Ruhama" dilancarkan ketika pendedahan rancangan Hawai Five O dan 5 kawasan haram di Johor. Ruhama bererti berkasih sayang sesama mukmin tetapi mereka tutup satu part lagi iaitu Asyidda' dengan maksud tegas. kedua-dua istilah ini datang daripada Al-Quran.

Sumber HD - 24-7-2015

















Kes Low Yat: Fahami senario dan undang-undang Islam

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


APABILA saya membaca berita pergaduhan di Plaza Low Yat, saya teringat dua kes yang saya dan seorang kenalan saya alami. Dalam kes saya sekitar enam tujuh tahun lepas, saya pernah membeli housing handphone atau tab yang harga pasaran bagi original RM200.

Kalau yang AP harganya sekitar RM120. Tiba-tiba satu kedai menawarkan yang original hanya dengan harga RM180. Oleh sebab murah RM20 berbanding kedai lain, saya terus beli. Sewaktu keluar, saya jumpa dengan seorang kenalan yang agak mahir berkenaan perkakasan handphone. Dia beritahu yang saya beli bukan original, tapi AP. Dia tunjukkan tanda-tanda AP dan saya pergi ke kedai lain untuk mengenal pasti tanda-tanda original dan AP.

Selepas dapat informasi tentang tanda-tanda original dan AP, saya patah balik ke kedai asal untuk protes penipuan dia. Saya tak kisah yang RM60, tetapi saya geram sebab kena tipu. Masa saya pergi balik jumpa penjual yang juga tauke kedai, dia berkeras menyatakan yang dia bagi itu memang AP dan dia dah cakap dari awal.

Saya kata, kalau yang AP kenapa harga sampai RM180, sepatutnya RM120. Dia cakap, itu awak punya pasal lah, sebab awak dah setuju. Padahal tadi dia kata sah original dan saya pastikan dua tiga kali masa saya nak beli.

Selepas agak kecoh, tauke kedai tu akhirnya panggil guard untuk hindarkan saya dari kedai. Memang samseng betul tauke tu. Kalau ikutkan hati, tengok dia tipu kita dan berlagak samseng dengan halau kita dari kedai dia dengan suara tinggi, rasa mahu pecahkan saja kedai itu atau bertumbuk sahaja dengan tuannya.

Tapi ingat nanti jadi kes gaduh, tak mustahil kita pula yang salah dituduh menyerang dalam keadaan saksi sekeliling mungkin kawan-kawan dia. Pelanggan kedai lain rasanya mustahil nak tampil jadi saksi bagi pihak kita. Kawan yang saya jumpa tadi pun dah entah ke mana.

Apabila fikir panjang; kalau bertumbuk, polis akan datang, semua kena pergi balai bagi keterangan.

Kalau saya bagi keterangan bahawa saya kena tipu, nanti polis kata: ‘encik jangan bertindak sendiri, buat laporan dulu, serahkan kepada polis, ini kerja polis dan bla bla bla....” Macam biasalah, semua kena serah ke polis menurut pemikiran idealnya.

Kalau buat laporan polis, kena tipu RM60 (RM180-RM120) agak-agak polis nak layan tak? Jangan bohong lah, kawan saya kena tipu RM120,000 polis tak layan, setakat ambil laporan sahaja. Inikan RM60. Jadi, apabila fikirkan undang-undang mahupun suasana tidak menyebelahi saya, pendam sahajalah perasaan geram tu.

Lagi satu kes ialah melibatkan seorang kenalan saya, warga Saudi tinggal di Malaysia. Beliau telah membeli laptop dari satu kedai di satu Plaza di kawasan Gombak. Kes yang sama, tuan kedai tipu spesifikasi laptop tersebut. Beliau hanya menyedari bahawa beliau ditipu selepas pulang ke kondo miliknya.

Keesokan hari beliau kembali ke kedai tersebut dan protes atas penipuan spesifikasi tersebut dan penjual menafikannya. Sebagaimana budaya orang arab, mereka payah mengalah dan akhirnya berlaku pergaduhan.

Dalam pergaduhan itu, beliau telah diwar-warkan oleh penjual bahawa pergaduhan itu sebab pak arab tu mencuri di kedai dia. Kenalan Arab ini pula langsung tidak boleh bertutur melayu dan hanya bahasa Inggeris yang sangat broken (lemah). Oleh sebab masalah komunikasi tersebut, dia tidak mampu menerangkan kepada orang ramai apa isu sebenar.

Akibatnya, beliau dipukul teruk sehingga lari lintang pukang selamatkan diri. Beliau dipukul dari kedai di tingkat 1 sehingga ke pintu keluar mall. Sehingga akhirpun, beliau tidak mendapat apa-apa pembelaan melainkan lapor di kedutaan dan buat laporan polis. Tapi laptopnya yang dah pecah dan wangnya langsung tiada pembelaan.

Kes di Low Yat dua hari lepas mengingatkan saya tentang dua kes di atas. Sama ada pergaduhan dua hari lepas adalah disebabkan oleh pelanggan mencuri sebagai dakwaan sesetengah media atau sememangnya dia adalah mangsa tipu atau dia adalah mangsa tipu tetapi difitnah oleh tuan kedai bahawa beliau mencuri, itu hanya Allah yang tahu dan bukan isu yang saya nak timbulkan dalam tulisan ini. Apapun realiti, saya yakin polis tidak akan mengumumkan apa sebab sebenar dengan alasan nak elakkan sentimen dan sebagainya.

Berbalik kepada poin asal, kenapa kes ini timbul dan bagaimana Islam selesaikan?

Kes seperti ini timbul, sebagaimana pengalaman saya sendiri, disebabkan kita sebagai mangsa tipu tiada tempat untuk mengadu. Nak pergi mengadu di balai polis, sah-sah polis hanya terima laporan dan tiada tindakan dibuat, kecuali kalau polis tu abang kita, sepupu kita atau ayah kita. Kawan saya yang kena tipu RM120,000 pun tak ada apa-apa tindakan polis sekalipun laporan dah dibuat. Jadi, abaikan sahaja laporan polis.

Ada seorang sahabat sarankan supaya saya pergi buat aduan online ke E-Aduan Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau Biro Pengaduan Awam (BPA).

Ada juga sarankan supaya pergi adu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan macam-macamlah idea-idea khayal yang tidak realistik. Tidak realistik kerana kita hanya nak tuntut RM60, tapi nak kena turun naik dan ke hulu ke hilir selepas itu, confirm tak berbaloi dengan RM60 yang kita protes.

Dengan kata lain, antara pilihan yang anda ada:
1. Sama ada anda jadi samseng dan bertumbuk dengan tuan kedai,
2. Atau anda perlu ambil cuti untuk turun naik pejabat-pejabat yang dinyatakan justeru kejadian ini pada waktu petang selepas waktu pejabat. Pasti selepas itu anda dinasihatkan oleh pegawai aduan awam untuk buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Satu hal pula anda kena bergegas ke balai polis untuk melihat pegawai polis taip dengan 1 jari untuk report anda,
3. Atau lupakan sahaja dan banyakkan bersabar serta ingat akan dapat balik pada hari akhirat.

Saya telah ambil pilihan ketiga justeru saya bukan jenis samseng untuk buat pilihan pertama dan saya tiada masa yang banyak untuk habiskan waktu-waktu saya turun ke hulu ke hilir untuk RM60.

Apa penyelesaian dari segi Islam? Anda biasa dengar Hudud, Qisas dan Takzir, tetapi anda mungkin jarang dengar apa itu Hisbah. Kes penipuan kecil ini bukan kategori Hudud, bukan Qisas dan bukan Takzir. Kes seperti ini dikenali sebagai kes Hisbah, iaitu undang-undang dan peraturan yang melibatkan jumlah wang yang kecil (biasanya di bawah nisab mencuri) dan juga penipuan di pasar-pasar.

Pegawai yang bertugas dikenali sebagai Muhtasib dan orang yang pertama yang bertugas sebagai Muhtasib adalah Nabi SAW sendiri sewaktu permulaan pentadbiran di Madinah. Nabi SAW ronda pasar Madinah, melihat penjual kurma yang letakkan kurma yang elok di atas dan yang buruk di bawah.

Nabi bukan sahaja menegur bahkan menegah transaksi seperti ini berlaku di pasar. Pada zaman selepas itu, pegawai-pegawai Muhtasib di letakkan di pasar-pasar atau lokasi-lokasi perniagaan bagi memantau supaya tiada berlaku penipuan dan supaya mangsa-mangsa tipu mendapat balik hak mereka serta mendapat pembelaan.

Dalam konteks Malaysia, jika kita sebuah negara Islam dan kerajaan Islam, sememangnya menjadi tanggungjawab wajib sebagaimana wajibnya mereka melaksanakan Hudud, Qisas dan Takzir. Dalam konteks perlaksanaan moden, pejabat Hisbah ini sepatutnya wujud di semua lokasi perniagaan seperti di Bukit Bintang atau di premis perniagaan besar seperti Low Yat jika dirasakan perlu.

Gambaran jawatankuasa Hisbah ini sama seperti pegawai-pegawai penguatkuasa DBKL yang kita sentiasa terserempak di kawasan-kawasan KL. Cuma hari ini kerajaan pasang pegawai-pegawai penguatkuasa untuk pastikan rakyat bayar duit kerajaan; peniaga bayar cukai dan lesen, pelanggan bayar parkir dan lain hak kerajaan ke atas rakyat, tetapi bukan untuk membela rakyat awam dan mangsa.

Undang-undang hari ini kebanyakan lebih untuk membela dan melindungi syarikat-syarikat besar sahaja tetapi golongan marhaen terus dan terus tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Kalau saya dan PAS diizinkan Allah dapat memerintah Malaysia, penubuhan pejabat Hisbah di semua lokasi perniagaan utama adalah menjadi kewajipan kepada kami. Membela mangsa di dalam Islam bukan sahaja dalam kes-kes besar seperti kes pembunuhan, kes rompakan dan sebagainya, tetapi Islam membela dan memantau sehingga sekecil-kecil kes sehingga penipuan sepuluh dua puluh ringgit juga dibela dengan jawatankuasa Hisbah.

Hisbah ini berbeza dengan Hudud, Qisas dan Takzir terutamanya dari segi pembuktian dan cara keputusan dibuat. Hisbah bersifat segera yang secara terus berbanding dengan kes-kes besar yang memerlukan kepada perbicaraan dan sebagainya.

Dalam kes saya kena tipu di Low Yat sebagai contoh, jika ada Muhtasib di sekitar Bukit bintang atau dibanggunan Low Yat itu sendiri, saya boleh pergi mengadu dan tunjukkan resit dan barang. Pihak Muhtasib pula dengan jelas dapat melihat barang AP dijual dengan harga RM180, harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran yang dikenali sebagai Ghubnun Faahish.

Oleh sebab kerja Hisbah ini adalah pelengkap kepada hukum muamalat Islam, maka Ghubnun Faahish (harga melampau) secara tidak jujur (tadlis dan taghrir) dianggap fasakh. Ini bermakna, pegawai Muhtasib berkuasa memutuskan terus keputusan bersalah atau tidak berdasarkan resit dan harga pasaran sekalipun tanpa dua orang saksi dan perbicaraan sebagaimana kes-kes besar.

Sememangnya terdapat perbahasan di dalam Fiqh Islam, adakah pegawai Hisbah ini berkuasa mengarahkan pekedai yang menipu supaya tutup kedai dan premis perniagaan sebagai hukuman tambahan.

Tetapi khilaf ini pada saya bukan khilaf hukum tetapi khilaf dari segi realiti perlaksanaan dan keperluan. Dalam konteks sekarang, jika dirasakan perlu justeru penipuan yang banyak, maka mungkin pegawai Muhtasib mempunyai kuasa untuk menutup sementara kedai yang terlibat dengan penipuan. Jika sudah berkurangan selepas itu, mungkin dikurangkan kuasa Muhtasib.

Apapun ia melihat kepada keperluan dan ini konteks yang disebutkan ‘tindakan pemimpin adalah bergantung kepada maslahah’.

Saya yakin, jika undang-undang dan penguatkuasaan Hisbah ini berlaku, nescaya kes rusuhan di Low Yat tidak akan berlaku apabila semua mangsa tipu mendapat pembelaan sewajarnya.

Ringkasnya, undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hisbah ini adalah pelengkap kepada undang-undang Hudud, Qisas dan Takzir. Hisbah tidak akan berjaya tanpa Hudud, Qisas dan Takzir justeru pucuk tidak akan datang melainkan mesti daripada akar dan batang yang kuat.

Dengan kata lain, Hudud dan Qisas seumpama akar dan batang kepada perundangan Islam, manakala Takzir pula seumpama dahan dan ranting. Kesuburan ini dilengkapi dengan Hisbah yang seumpama pucuk dan bunga kepada pokok tersebut. Maka buahnya ialah keamanaan, keselamatan dan pembelaan kepada semua pihak. Ini negara yang kita impikan yang saya sentiasa sebut ‘ke arah rakyat Malaysia yang lebih bebas’.

Selepas memahami realiti ini, orang yang menyatakan “PAS sepatutnya tumpu kepada pemerkasaan ekonomi negara terlebih dahulu, kemudian baru bercakap tentang undang-undang Islam” sebenarnya mereka berfikir terbalik seumpama berpesan jangan makan ubat melainkan selepas sembuh. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Sumber HD - 14-7-2015


















Pendirian Terhadap Jemaah Islam Yang Lain? Kenapa IRC/HIS Dianggap Perosak
Posted on Sunday, July 12 @ 04:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Oleh: Zaharudin Muhammad.

Ramai yang menganggap seolah-olah hanya ada dua pendapat sahaja tentang berbilang-bilang Jemaah Islam, samada haram mutlak atau harus mutlak. Justeru itu, apabila saya membuat kritikan terhadap ulasan Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza), saya dapati ramai yang paste terjemahan tulisan ulama dulu dan kini serta pendapat pelbagai individu tentang maksud sebenar Jemaah Islam melalui hadis Huzaifah. Seolah-olah Dr Maza bersetuju 'harus mutlak' berbilang-bilang jemaah manakala saya pula tidak bersetuju mutlak serta mengkritik pendapat Dr Maza.


Sedangkan dalam artikel itu, saya secara jelas telah menyatakan bahawa kritikan saya memfokuskan kepada 2 point yang yang dikemukakan oleh Dr Maza, yang dilihat cuba menyempitkan maksud Jemaah hanya kepada (1) zaman sahabat dan Khalifah sahaja serta (2) menafsirkan Jemaah Muslimin di dalam hadis dengan maksud bilangan. Dengan jelas saya telah menyatakan dalam artikel tersebut: Kesimpulannya, saya bukan bermaksud orang Islam hanya perlu ada satu jemaah sahaja atau bukan juga bermaksud orang Islam harus ada banyak jemaah sesuka hati. Di sana ada tempat yang wajib ada satu jemaah sahaja dan ada tempat yang harus ada banyak jemaah. Tetapi kalau nak lawan kezaliman tak boleh banyak jemaah, nanti akan berpecah dan lemah”.

Sebenarnya, mereka yang menukilkan pendapat kepelbagaian Jemaah Islam daripada pelbagai ulama seperti Dr Yusof Al-Qardhawi, Imam Syatibi dan lain-lain tanpa mereka menyedari sebenarnya mereka telah menyokong 2 point kritikan saya terhadap penjelasan Dr Maza yang membawa kepada fahaman sempit tentang Jemaah Islam, justeru ulama-ulama silam menukilkan dengan jelas maksud Jemaah Islam yang luas dan bukan terhad sebagaimana ulasan Dr Maza.

Jemaah Islam dalam erti kata yang dinyatakan di atas, berbilang-bilang itu bukan bersifat harus mutlak dan bukan bersifat haram mutlak justeru tiada nas yang jelas ke arah itu. Tetapi kedapatan nas yang menunjukkan bahawa nabi lebih cenderung untuk umat ini mempunyai seorang ketua dan dilihat sebagai tersusun dan tidak berpecah sebagaimana hadis yang menyebut: “adalah para sahabat R.A apabila mereka melalui sesuatu tempat (ketika musafir), mereka berpecah (apabila melalui) lorong-lorong bukit dan lembah. Rasulullah bersabda (menegur mereka): Sesungguhnya berpecahnya kalian di lorong-lorong dan lembah-lembah seperti ini sebenarnya sebahagian perbuatan syaitan. Selepas itu mereka tidak lagi melalui sesuatu tempat melainkan mereka akan bergabung antara satu sama lain sehingga (digambarkan) jika dihamparkan satu helai kain nescaya kain itu boleh memuati mereka.- (Abu Daud – Sanad Hassan).

Kalau bermusafir sekalipun mereka diperintahkan supaya bersatu dan bergabung, apatah lagi bergerak menentang kezaliman dan menegakkan syariat yang jelas nas yang menggesa supaya dilakukan dalam saf yang tersusun.

Jika kita mencari Illah, kita akan dapati di sana terdapat beberapa Illah yang melibatkan hukum; ikhtilaf, tanazu’, Iftiraq dan sof tersusun. Formulanya adalah seperti berikut:

A: Ikhtilaf: Ia bermaksud kepelbagaian yang tidak sama seperti A pakai baju hijau B pakai baju kuning tetapi A dan B tidak menafikan antara satu sama lain. Kepelbagaian ini adalah masyiatillah (kehendak Allah) yang manusia tidak mampu melawan kewujudannya sebagaimana firman Allah swt di dalam surah Hud ayat 118-119. Perhatikan ayat Al-Quran dengan lafaz Ikhtilaf (اختلاف) pada firman Allah SWT bermaksud: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan (اختلاف). Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. – (Hud: 118-119).

Ikhtilaf ini asalnya harus kerana ia masyiatillah (kehendak Allah) kecuali apabila ikhtilaf itu antara pandangan manusia dengan Al-Quran seperti Al-Quran kata hudud itu wajib tiba-tiba ada yang kata tak perlu. Itu maksud “tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah).”

Dari sini menunjukkan bahawa ada perbezaan pendapat yang wajib bertolak ansur seperti uslub pelbagai, kecenderungan pelbagai. Tetapi di sana ada yang wajib kita tidak bertolak ansur seperti berhadapan dengan kezaliman dan kesesatan serta kebenaran akidah dan tauhid. Di sana juga ada tempat yang boleh kita sembunyikan pertembungan tetapi di sana wajib kita zahirkan pertembungan terbuka khususnya apabila melibatkan kebatilan terbuka yang boleh menyesatkan atau kesalah anggapan orag ramai terhadap yang kebenaran.

B: Tanazu’: Ia bermaksud kepelbagaian yang disertai dengan nafi-menafikan dan salah menyalahkan antara satu sama lain. Contohnya, A menafikan kesesuaian warna baju B dan B pula mempertikaikan warna baju A, maka itu dinamakan Tanazu’. Ia masih belum dianggap tercela sehingga perselisihan ini dibawa dan dirujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jika pebezaan itu dibenarkan oleh Al-Quran dan sunnah, maka pihak yang memaksa orang lain mengikut pandangannya adalah salah dan semua perlu bertoleransi. Tetapi jika di dapati A bertepatan dengan nas dan sebaliknya B adalah bersalahan dengan nas, maka B perlu mengikut A. Ini termasuk di dalam firmannya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. – (An-Nisa: 59).

Apabila Tanazu’ ini berlaku antara haq dan batil, maka pada masa itu haram bertoleransi. Firman Allah swt bermaksud: “Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini”.

(Al-Baqarah: 251). Dengan kata lain, kalau Allah tidak mewajibkan pihak yang benar melawan pihak yang salah bumi ini akan rosak binasa. Iaitu apabila pihak yang hak berdiam diri terhadap kebatilan kerana takut bergaduh dan berpecah, pihak yang batil pula terus melebar luaskan kebatilan tanpa mempedulikan kerosakan dan perpecahan, maka kesannya yang batil itu akan berkembang. Oleh itu, Allah wajibkan pihak yang hak lawan pihak yang batil bagi memastikan yang batil itu tidak meluas. Dengan kata lain, hak dan batil tidak boleh bertoleransi dengan alasan takut berpecah.

Sekalipun tanazu’ itu belum membawa kepada pengharaman sehinggalah ia dirujuk kepada al-Quran dan Hadis, tetapi di sana kita semua digesa untuk tidak memperbanyakkan tanazu’ dan berbantah-bantahan. Firman Allah swt: “dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. – (Al-Anfal: 46).

C: Iftiraq: Ia bermaksud berpecah. Antara sebab tanazu’ itu wajib dielakkan justeru kebimbangan ianya membawa kepada perpecahan (iftiraq). Firman Allah swt: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai (berpecah / iftiraq)”. - (Aal-Imran: 103). Di sana terlalu banyak hadis yang melarang daripada berpecah dan hukuman berat bagi mereka yang memecah belahkan kesatuan umat Islam.

Daripada 3 istilah di atas, kita dapat simpulkan bahawa, seseorang muslim terlebih dahulu perlu mengetahui status perselisihan sama ada ia boleh ditoleransi atau tidak. Di sini akhirnya membentuk saf yang tersusun apabila ahli-ahlinya faham manakah tempat yang perlu bertoleransi dengan pemimpin dan jemaah lain dan mana tempat yang wajib dipertegaskan. Di sini pentingnya sesebuah organisasi Islam dan individu Islam dipimpin oleh orang mahir hukum (alim) bagi mengenal pasti tepat toleransi dan tempat bertegas menurut syariat, buka menurut akal.

D: Sof Tersusun: Perkara ini dinaskan di dalam surah Sof ayat 4 dan ianya menjadi salah satu illah yang perlu diambil kira di dalam penyusunan organisasi Islam. Berjuang menentang kezaliman dan berjihad menegakkan keadilan Islam perlukan kepada saf yang tersusun yang boleh dikatakan mustahil “saf tersusun” dapat di capai dengan adanya 2 kepimpinan atau lebih dalam satu-satu masa di satu-satu tempat. Firman Allah swt: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”. (Sof: 4). Dan saidina ali pernah berkata: “kebenaran tanpa organisasi tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai organisasi tersusun”.

Untuk memastikan sof ini terus tersusun, kedapatan hadis yang meminta supaya umatnya bersabar terhadap pemimpin yang mereka tidak sukai dalam perkara teknikal, pendekatan dan lain-lain yang bukan bersifat usul Islam. Juseru, apabila ada yang tidak berpuas hati dengan pemimpin, maka ditubuhkan jemaah baru, ada ahli jemaah baru pula tak puas hati dengan pemimpin baru, maka ditubuhkan pula jemaah baru, seterusnya umat islam berpecah. Ini hikmahnya nabi memerintahkan umatnya bersabar dan patuh kepada pemimpin sekalipun dalam perkara yang ia tidak sukai.

Ketika berjihad, lawan kebatilan; perkara yang harus pada hari dan waktu-waktu biasa akan berubah menjadi wajib. Hukum asal pergi ke Mekah melalui mana-mana laluan adalah harus. Tetapi ketika pembukaan Kota Mekah (perjalanan perang) di zaman nabi SAW, masing-masing wajib mengikut arahan ketua masing-masing dan jalan yang ditetapkan oleh komander masing-masing, bukan pilih jalan ikut suka masing-masing. Tiada lagi hujah “hukum asal jalan mana-manapun menuju ke Mekah adalah harus” ketika menentang kebatilan. Inilah yang dimaksudkan oleh surah As-Sof ayat 4. Inilah antara konteks wajib taat kepada pemimpin sekalipun bagi pandangan kita ianya lemah dan kita tidak menyukainya.

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda maksudnya: “Barangsiapa yang melihat pemimpinnya sesuatu yang ia benci (seperti pemimpinnya lemah, buat keputusan lembab dll), maka hendaklah ia bersabar, maka tiada seorangpun yagn meninggalkan jemaah walaupun sejengkal, melainkan matinya adalah mati jahiliah”. Kontek hadis ini ialah sabar terhadap kepimpinan yang memimpin jemaah Islam dalam perkara-perkara bukan usul. Adapun perlawanan kita dengan UMNO dan pemimpin negara ialah berkaitan isu usul, iaitu perlaksanaan serta penerimaan Syariat dalam konteks negara.

Arahan nabi supaya bersabar ini dilihat dengan jelas bertujuan untuk tidak memecahkan saf yang tersusun kerana perpecahan itu adalah tindakan yang lebih lemah daripada pemimpin yang lemah itu sendiri.

Dengan mengambil kira syarat-syarat dan garis panduan syariat berkaitan ikhtilaf, tanazu’, iftiraq dan sof tersusun, saya menyimpulkan bahawa kepelbagaian yang tidak membawa perpecahan perlu ditoleransi dalam konteks kewujudan pelbagai jemaah Islam di Malaysia hari ini. PAS, ABIM, Tabligh, PUM, ISMA, IKRAM dan lain-lain perlu bantu membantu antara satu sama lain, bukan bertanzu’ (berbantah-bantah) dalam perkara furu’ dengan syarat yang jelas, kepelbagaian yang tidak membawa kepada perpecahan dan kelemahan seluruh Islam dan umatnya di Malaysia. Ini yang menjadi kunci kepada slogan: “kita bekerjasama pada tempat yang kita sepakati”.

Dari satu sudut yang lain jika saya melihat dari sudut positif: bukankah lagi banyak Jemaah Islam yang menjalankan dakwah, menghidupkan masjid, membina hospital-hospital Islam dan sebagainya adalah lebih baik? Bukankah lagi banyak NGO yang mengfokuskan pembangunan mahasiswa supaya cintakan Islam, maka ia lagi baik?

Yang tidak baiknya apabila kepelbagaian membawa kepada perpecahan dan kelemahan seperti infiltration IRC dalam jemaah ABIM dan PAS bagi tujuan menguasai justeru mereka tidak dilihat sebagai jemaah Islam yang perfect. Modus operandi mereka ialah menguasai dari dalam dan sehingga tahap menyingkirkan kepimpanan Jemaah islam yang mereka susupi. (Rujuk Lampiran berkenaan Perkara ini). Ini yang saya kata tidak sihat. Kepelbagaian jenis ini yagn sentiasa ditentang oleh senior-senior di dalam PAS.

Saya yakin anda semua tahu apabila melihat fakta sejarah PAS, toleransi PAS dengan jemaah lain bukan sahaja berlaku sekarang, bahkan sewaktu awal-awal dahulu PAS pernah menyerahkan tarbiah perkaderan pelajar kepada IRC. Saya berpegang dengan prinsip yang sama; menghormati ABIM, Tabligh, ISMA, IKRAM dan sebagainya dan saya boleh berlapang dada dan gembira untuk bekerjasama antara satu sama lain. Tuan Guru Presiden PAS sendiri pernah menziarahi dan membuat kunjungan hormat dan pertemuan mahabbah dengan barisan Majlis Syura Jemaah Tabligh dalam kunjungannya ke Masjid Jamek,Bandar Baru,Sri Petaling pada 21 Februari 2013 (sebagaimana gambar).

Ada ahli jemaah PAS sewaktu saya belajar dahulu adalah merupakan ahli Tabligh yang masih aktif. Usrah, sokongan politik, program-program pengisian ilmiah PAS beliau ikuti dengan komitmen yang tinggi. Dalam masa yang sama beliau keluar bersama-sama dengan rombongan tabligh merantau ke masjid-masjid. Bukan setakat beliau tidak dipandang seorang oleh saya dan kawan-kawan jemaah yang lain, bahkan beliau juga adalah pemegang jawatan kepimpinan. Ini sikap keterbukaan PAS yang saya alami dan saksikan.

Ini realit dan sejarah toleransi PAS dengan Jemaah Islam lain di Malaysia. Tetapi akhirnya ianya telah dikhianati apabila kader-kader PAS ditarbiah mengikut acuan sempit mereka. PAS pernah mengalami peristiwa pengkhianatan seperti tahun 1980an dalam peristiwa yang dikenali kes pemecatan Mustafa Kadeer.

Pada zaman itu, Mustafa Kader adalah Exco Pemuda Selangor dan juga Ustaz Alias Othman sebagai murabbi besar IRC terbukti melakukan pengkhianatan melalui dokumen penting penglibatan IRC dalam strategi PAS yang dikemukakan oleh PAS Shah Alam pada waktu itu. Mereka akhirnya diambil tindakan tegas dibuang daripada ahli. Sikap mereka ini menyebabkan berlaku perpecahan dalaman parti justeru berlaku tanazu’ dalaman dalam perkara bukan usul serta berlakunya ahli yang tidak taat kepada arahan kepimpinan tertinggi parti yang mereka susupi, justeru mereka lebih taat kepada jemaah mereka dan kepimpinan, iaitu IRC atau HIS. Di sini punca perpecahan.

Jadi, bukan PAS tidak toleransi, tetapi sejarah mengajar saya supaya berhati-berhati khususnya dengan orang yang pernah khianati kita. Sebab itu, masalah yang sebenar bukan PAS tidak terbuka untuk jemaah Islam lain, tetapi realiti IRC serta sejarah dan orang-orangnya perlu dihati-hati. ABIM, Tabligh dan lain-lain jemaah selain IRC kita cukup terbuka dengan mereka. Tiada pandangan serong, sentiasa berlapang dada dan bekerjasama pada tempat-tempat tertentu.

Dalam isu zaman setahun dua ini, isu Kajang Move untuk jatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Rahim Ghouse yang antara Master Mind projek ini adalah seorang IRC. Langkah dua Adun PAS; Saari Sugihb dan YB Hasnul Baharuddin selari dengan rancangan Rahim Ghouse daripada dalam PKR sehingga kedua-dua Adun ini engkar arahan kepimpinan tertinggi PAS. Dan semua tahu yang YB Saari Sughib adalah kepimpinan IRC dan dianggap murabbi penting yang menggunakan nama Abu Urwah. Saya secara peribadi tidak menganggap game ini adalah game PKR justeru YB Azmin dilihat dipinggirkan daripada arus perbincangan Kajang Move ini. Sikap IRC yang menyelinap dalam semua parti ini tidak menghormati keputusan kepimpinan tertinggi parti yang mereka sertai adalah antara punca besar kepada kekalutan dan perpecahan yang berlaku. Cuma saya tak pasti sejauh mana mereka telah masuk dalam DAP, justeru ada ahli PAS yang telah isytihar keluar PAS dan masuk DAP adalah daripada gerakan ini yang susur galur pentarbiahan dan murabbinya sampai kepada insan yang dikenali sebagai Alias Othman, murabbi agong IRC yang juga ahli PAS yang telah dipecat tahun 1980an. Juga seorang master mind kertas rancangan penyusupan dalam UMNO 1990 yang telah saya kongsikan dalam tulisan lepas.

Ditambah lagi apabila mereka mempunyai modus operandi ‘keluarkan ahli mereka beramai-ramai” apabila mereka gagal menguasai menguasai sesuatu entiti, satu modus operandi IRC yang terbocor dalam kertas ‘grand design’ yang dikenali Harakah Islamiah Syamilah (HIS).

Hari ini, rancangan pembentukan parti baru sebahagian besar pelopornya adalah ahli IRC, maka adakah anda jangka parti baru ia akan mengambil kerusi PKR, DAP, UMNO, MCA atau MIC dalam PRU akan datang? Jika mereka bertanding di tempat di mana PAS bertanding, maka semua tahu jawapannya, undi siapakah yang pecah dan siapa yang berpotensi untuk menang dan siapakah yang paling untung antara PKR, DAP, MCA, MIC dan UMNO?

Dengan kata lain, jika G18 ingin menubuhkan parti baru dengan nama Islam juga, adakah ia menambahkan undi menentang BN atau memecahkan undi menentang BN? Adakah matlamatnya memperkukuhkan Islam atau menjadikan jemaahnya sebagai jemaah unggul yang bersifat ekslusif?

Apa yang bagi saya tidak sihat ialah apabila ada kumpulan yang bersifat hanya jemaah aku sahaja yang betul dan terbaik dan berlaku pula penyusupan serta saraf untuk jatuh menjatuhkan, maka ini tidak sihat. Ini yang saya tegaskan ‘salah laku pada IRC’ di dalam rancangan HIS mereka. Tetapi ada pihak yang spin seolah-olah PAS tidak mengiktiraf jemaah-jemaah yang lain seperti ABIM, JIM, IKRAM, ISMA dan lain-lain.

Sebagai tambahan, IRC adalah golongan asal yang mempunyai agenda politik yang bersifat ananiyyah (keakuan – aku sahaja yang betul). Adapun JIM, IKRAM dan ISMA adalah evolusi daripada IRC yang bagi saya pendokong-pendokong jemaah ini adalah orang yang ikhlas sukakan kebenaran dan aktiviti-aktiviti Islam dan bukan sahaja tidak terlibat, tetapi mungkin langsung tidak mengetahui gerakan IRC / HIS ini. Dari segi yang lain, semua yang terlibat dengan ahli IRC pada tahun 1970 dan awal 1980an juga bukan semua tahu tentang rancanga HIS ini. Sebab itu, tulisan saya ini bukan bundle semua sekali, tetapi hanya IRC yang terlibat dengan HIS sahaja.

Sekian.

Lampiran-lampiran:
1. Bawah 1.1.3, penyusupan (infiltration) adalah salah satu strategi asas HIS.
2. Bawah 3.1.1.3 dengan jelas semua pertubuhan dakwah adalah wajihah (frot kepada HIS).
3. Sebelum 3.1.2, gambarajah HIS menguasai PAS dan ABIM yang dianggap sebagai front.
4. Di bawah 3.2.2.5 menyebut tentang usaha hasrat menyingkirkan kepimpinan ABIM.
5. Di bawah 3.1.2.3 dan 3.1.3 dengan jelas, antara 3 pilihan, IRC memilih untuk mengambil pendekatan menyusup masuk ke dalam PAS ABIM dll.
6. Dengan jelas, 3.2.2.6 menunjukkan IRC akan merosakkan dan melemahkan jemaah yang mereka susupi apabila mereka gagal menguasainya dengan mengeluarkan seramai mungkin ahli-ahli asal.
7. Gambar Presiden sewaktu pertemuan dengan pemimpin dan syura Tabligh.

Sumber - 11-7-2015

Kekeliruan ketika hurai hadis jemaah Islam

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


SAYA perhati penuh teliti huraian Dr Asri terhadap soalan audien berkenaan maksud Jemah Islam (جماعة المسلمين) sebagaimana riwayat daripada Huzaifah R.A. Video ini saya lihat mempengaruhi minda pembaca yang tidak mempunyai asas memahami fiqh hadis dan hukum yang berkaitan. Sekalipun ada banyak komen yang saya rasa boleh dibuat, tetapi bagi menjimatkan pena supaya pembaca tidak jemu, saya nak fokuskan kepada dua poin sahaja.

POIN PERTAMA: Dalam ulasan Dr Asri, saya melihat kecelaruan tafsiran maksud perkataan (جماعة المسلمين) sehingga dilihat seolah-olah menidakfungsikan (Ihmal/dysfunctional) hadis tersebut apabila menafsirkannya dengan mengnekankan maksud jemaah itu merujuk kepada jemaah sahabat di zaman nabi SAW. Pendapat ini adalah pendapat yang tidak masyhur justeru ia dinukilkan oleh Imam Syatibi tanpa menyebut nama yang jelas siapakah yang berpendapat begitu.

Imam Tabari, Imam Syatibi dan lain-lain menukilkan ada pendapat yang menyatakan bahawa Jemaah itu bermaksud ‘hanya zaman sahabat dan bukan selainnya, tetapi itu bukan pendapat terpilih atau pendapat yang kuat justeru ia menukilkan dalam bentuk “ada kumpulan yang berkata”.

Imam Tabari selepas menukilkan pendapat yang pelbagai kemudiannya membuat kesimpulan:

“والصواب أن المراد من الخبر لزوم الجماعة الذين في طاعة من اجتمعوا على تأميره ، فمن نكث بيعته خرج عن الجماعة"
Maksudnya: Dan yang benar dikehendaki daripada maksud hadis ialah beriltizam dengan jemaah yang ditaati oleh kesepakatan ramai untuk mematuhi arahannya. Barangsiapa yang enggan memberikan baiahnya (sokongannya) maka ia telah terkeluar daripada jemaah. (Rujuk Al-Fathul Baari: 13/37).

Tarjih menggunakan perkataan الصواب (dan yang benar) menunjukkan pendapat yang dinukilkan oleh Dr Asri itu adalah pendapat yang lemah (atau boleh dikatakan salah). Berbeza dengan sesetengah khilaf yang mana pendapat yang pelbagai semuanya betul seperti isu had sapu rambut adakah sebahagian rambut atau keseluruhan rambut.

Maka khilaf ini digambarkan dengan والراجح (yang lebih kuat) bagi menggambarkan kedua-dua pendapat itu adalah betul. Tetapi dalam bab ini, pendapat yang ditarjihkan dengan والصواب (sebetulnya) menunjukkan pendapat itu salah dari perspektif Imam yang mentarjihkan.

Begitu juga Imam Syatibi di dalam kitab Al-Iktisam (2: 260-265) membuat kesimpulan setelah menukilkan pelbagai pendapat berkenaan tafsiran Jemaah Islam dengan menyebut:

وحاصله أن الجماعة راجعة إلى الاجتماع على الإمام الموافق لكتاب الله والسنة ، وذلك ظاهر في أن الاجتماع على غير سنة خارج عن الجماعة المذكورة في الأحاديث المذكورة
Maksudnya: “Kesimpulannya, maksud jemaah merujuk kepada kesatuan (orang ramai untuk mentaati) pemimpin yang selari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Yang demikian itu jelas bahawa kesepakatan berdasarkan selain sunnah adalah terkeluar daripada jemaah yang disebut di dalam hadis tersebut.”

Apabila Dr Asri menukilkan dan mengulas pendapat yang tidak masyhur dari kaca mata ulama muktabar berkenaan maksud sebenar Jemaah Islam tanpa menyebut dan mengulas pendapat yang muktabar seperti Imam Syatibi, Imam Tabari, Imam Ibn Hajar dan lain-lain, maka sikap ini amat mengelirukan orang ramai. Ia boleh mendorong kepada menidak fungsikan hadis tersebut di kalangan pembaca yang tiada asas ijtihad dan pemahaman syariat.

Untuk mengetahui sesuatu hukum berkaitan dengan jemaah tidak boleh hanya merujuk kepada satu hadis dan syarah lafaz sahaja. Untuk mengetahui hakikat hukum dan tuntutan syariat berkenaan dengan berjemaah mestilah dirujuk kepada nas-nas yang lain di dalam al-Quran dan Sunnah secara menyeluruh, justeru nas-naslah yang membentuk rukun-rukun jemaah seperti siapakah pemimpin dan syarat-syaratnya, siapakah pengikut dan syarat-syaratnya serta apakah agenda Islam yang hendak di bawa dan ditegakkan.

Ia seumpama wudhu, sebagaimana resam al-Quran dalam banyak perkara, ia tidak menyebut istilah Wudhu tetapi hanya menyebut rukun-rukun kepada wudhu’ di dalam firmannya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.”

Setiap rukun ini pula dinyatakan had dan sebagainya di dalam hadis yang pelbagai. Ayat ini tidak menyebut dengan jelas kita wajib berwuduk, tetapi datang arahan supaya kita basuh muka, tangan, sapu kepala dan basuh kaki.

Maka himpunan kewajipan basuhan dan sapuan ini membentuk rukun wuduk menurut syariat. Sebab itu, apabila kita bercakap tentang hukum wuduk, kita tidak boleh mengulas apa yang perlu kita buat berdasarkan pemahaman bahasa arab yang wuduk boleh bermaksud sapu dada sahaja.

Maka untuk memahami apa tanggungjawab kita sebagai seorang muslim bukan hanya menafsirkan lafaz جماعة الم سلمين, bahkan kita perlu merujuk kepada ayat-ayat Quran dan Hadis yang mewajibkan kita taat kepada pemimpin, ciri-ciri pemimpin yang wajib kita taat, bila kita boleh gulingkan dan sebagainya.

Dari situ datangnya penafsiran Jemaah Islam dari perspektif fiqh dan syarak, iaitu dengan merujuk rukun-rukun jemaah seperti ketua (imam), pengikut (jundi) dan agenda kepada serta cara pergerakannya yang dikenali sebagai siasah syariyyah seperti tahaluf siasi, penegasan dakwah dan seumpamanya.

Setiap rukun ada perbahasan Fiqh seperti bilakah boleh bantah ketua, bila kena sabar sekalipun tidak bersetuju, bila wajib gulingkan ketua dan sebagainya. Hukum jemaah yang terdiri daripada rukun-rukunnya bukan ilmu yang sempit, bahkan apabila kita pergi kepada isu siasah syariyyah menurut sunnah nabawiyyah maka perbahasannya jauh lebih luas berbanding hukum berkaitan puasa atau wudhuk. Kalau hukum puasa kita perlu merujuk ulama, bagaimana pula dengan hukum hakam siasah dan jemaah yang lebih luas daripada hukum puasa itu sendiri.

Dr Asri juga dilihat menyempitkan penafsiran jemaah (dengan merujuk di zaman sahabat dan khalifah) hanya berhujah dengan dua alasan; iaitu (1) kewujudan banyak kumpulan yang mendakwa Islam sebagaimana pada minit 1:18 sehingga minit 2:10 dan (2) takut diheret hadis-hadis ancaman pada minit 2:11 sehingga minit 2:23. Saya tak pasti imam mana dan mazhab usul mana yang mengguna pakai dua hujah ini sebagai pentarjihan atau penafsiran sesuatu hadis.

Yang saya tahu, maksud hadis dirujuk kepada nas al-Quran dan as-Sunnah yang lain sebagai penafsir, bukan realiti sekarang dan bukan akal. Realiti dilihat untuk perlaksanaan bagi mengetahui syarat-syaratnya sudah cukup atau belum, tetapi ia bukan penafsir kepada nas Quran mahupun Hadis.

Jika ada hadis ancaman, maka para fukaha akan lebih halusi kerana dibimbangi terkena ancaman oleh hadis. Tambahan pula menyebut hadis tentang keluar jemaah boleh dibunuh pada minit 2:23 adalah terjemahan hadis yang sangat ekstrim justeru hadis-hadis yang berkaitan tidak memaksudkan demikian pada hakikatnya.

POIN KEDUA: Apabila beliau menafsirkan Jemaah Islam dengan menyebut bilangan mufrad (singular / tunggal) apabila berkata pada minit ke 3:49: “Jamaatul Muslimin dia singular, satu jemaah sahaja, jemaah kaum muslimin”.

Dalam kaedah bahasa arab, Idhofah (perkataan sandaran) dalam keadaan kata namanya bukan Isim Alam, maka mufradnya tidak menunjukkan bilangan. Maka perkataan جماعة المسلمين tidak menunjukkan bilangan satu jemaah atau banyak, juga tidak menunjukkan Jemaah Daripada Kaum Muslim justeru perkataan من yang dihazafkan (dibuang) pada Mudhof bukan huruf jar dengan maksud sebahagian (من للتبعيض) tetapi mustatir (kata sendi tersembunyi) pada Idhofah Bayaniyyah.

Dengan maksud, Idhofah perkataan “Jemaah” kepada “muslimin” menunjukkan jemaah itu adalah jemaah Islam menurut syariat, justeru jemaah juga boleh diberikan kepada kumpulan musafir, kumpulan bola, kumpulan nasyid semuanya boleh dipanggil Jemaah dari segi bahasanya.

Jadi, Idhofah (sandar perkataan Jemaah kepada Muslimin) ini memberikan maksud jemaah khusus kerana Muslimin itu menerangkan maksud dan sifat jemaah. Jadi penafsirannya, perlu kepada hujah Al-Quran dan Hadis, bukan akal dan realiti.

Sebagai contoh mudah difahami dalam bahasa melayu kita, apabila seseorang berkata: “kereta orang Malaysia kebanyakannya bercermin gelap.” Idhofah (sandaran) lafaz “Kereta” kepada “orang Malaysia” sekalipun dengan lafaz mufrad (bukan kereta-kereta), ia tidak memaksudkan satu atau banyak kereta.

Tetapi Idhofah itu lebih menggambarkan dan fokus kepada poin kereta yang dipunyai oleh orang Malaysia, bukan fokus kepada bilangan kereta. Ini seni bahasa arab dalam memahami maksud Idhofah.

Habis? Kata-kata Imam Hassan Al-Banna dan pandangan Ikhwan salah ke?

Jawapan saya adalah TIDAK. Apa yang dinukilkan oleh Dr Asri daripada Imam Hassan Al Banna dan Ikhwanul Muslimin (IM) perlu dihalusi. Ketika pemimpin-pemimpin IM menyatakan demikian, konteksnya bukan menyatakan maksud hadis.

Konteks Ikhwan Al-Muslimun (Imam Hassan Al-Banna) sebagaimana yang saya faham daripada penglibatan saya di dalam Ikhwan sewaktu belajar, bahawa kami merupakan salah satu jemaah daripada jemaah-jemaah Islam dalam konteks dunia kerana di Pakistan ada Jamaat Al-Islamiah, di Indonesia ada mahsyumi, di Turki ada gerakan Islam yang ditinggalkan oleh Badiuzzaman Said An-Nursi dan sebagainya.

Konteks ini memaksudkan bahawa hubungan gerakan Islam adalah rapat dan baik antara satu sama lain menyebabkan gerakan-gerakan ini sentiasa mengadakan pertemuan dan perbincangan tahunan sampai ke hari ini.

Ia juga bermaksud dari segi konteks kepelbagaian fokus seperti jemaah-jemaah yang bersifat NGO seperti tabligh, gerakan salafiyyah yang tidak ekstrem, tarikat-tarikat yang benar dan lain-lain jemaah di Mesir. Ia bersifat ikhtilaf tanawwu’ bukan ‘ikhtilaf tanazu’. Yang ini saya akan coretkan dalam tulisan saya selepas ini, Insya-Allah.

Kesimpulannya, saya bukan bermaksud orang Islam hanya ada perlu ada satu jemaah sahaja atau bukan juga bermaksud orang Islam harus ada banyak jemaah sesuka hati. Di sana ada tempat yang wajib ada satu jemaah sahaja dan di sana juga harus ada banyak jemaah. Tetapi kalau nak lawan zalim tak boleh banyak jemaah, nanti akan berpecah dan lemah. Yang ini saya akan coretkan dalam tulisan saya selepas ini, Insya-Alah.

Jika diizin Allah, saya akan coretkan apa pendirian saya terhadap jemaah pelbagai di Malaysia. Cuma saya nak bagi mukadimah awal bahawa kewujudan jemaah seperti IRC yang bersifat ekslusif (semua orang lain salah) dan mengambil pendekatan menyusup daripada dalam, adalah sesuatu yang tidak wajar dan memecah belahkan kesatuan gerakan Islam melawan kezaliman.

Sebagai intro awal kepada tulisan yang akan datang, IRC adalah golongan asal yang mempunyai agenda jemaah politik yang bersifat ananiyyah (keakuan – aku sahaja yang betul). Adapun JIM, IKRAM dan ISMA adalah evolusi daripada IRC yang bagi saya pendokong-pendokong jemaah ini adalah orang yang ikhlas sukakan kebenaran dan aktiviti-aktiviti Islam dan bukan sahaja tidak terlibat, tetapi mungkin langsung tidak mengetahui gerakan IRC / HIS ini.

Lebih terperinci, esok lusa saya akan coretkan apakah pandangan saya tentang kepelbagaian jemaah di Malaysia dan pendirian saya terhadap ABIM, JIM, ISMA, Tabligh dan lain-lain jemaah Islam.

Tulisan kali ini hanya sekadar menjawab beberapa penafsiran hadis Jemaah Islam oleh Dr Asri sahaja. Untuk pendirian saya terhadap kepelbagaian jemaah, ia memerlukan kepada tulisan kedua. – HARAKAHDAILY 2/7/2015

Sumber HD - 2-7-2015

















Golongan al-Maadiyyah vs al-Ghaibiyyah



















ZAHARUDIN MUHAMMAD | .

PADA awal-awal surah al-Quran, disebutkan sifat orang yang beriman ialah mereka percaya kepada perkara Ghaib, iaitu perkara yang diceritakan, dijanjikan dan ancaman oleh al-Quran sekalipun ia tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

Lawannya ialah golongan yang percaya kepada al-Maadiyyah, iaitu golongan yang hanya percaya kepada perkara-perkara yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera; dapat dilihat dengan mata, dilihat dengan akal, dihitung dengan logik, dirasa dengan anggota badan, didengar dengan telinga dan deria-deria lain.

Dengan kata lain, golongan beriman kadang kala mereka menerima bulat-bulat apa yang diceritakan, diberitahu dan dijanjikan al-Quran dan as-Sunnah. Syurga, neraka, dosa, pahala dan lain-lain sekalipun mereka tidak melihatnya.

Tetapi golongan yang al-Maadiyyah ini mereka hanya percaya kepada sesuatu yang hanya dapat dirasai dan dilihat oleh pancaindera. Sebab itu Bani Israel pernah meletakkan syarat untuk beriman hanya apabila melihat Allah di hadapan mata (An-Nisa': 153). Ada di kalangan mereka yang mahu beriman hanya apabila mereka dapat melihat kitab itu turun daripada langit.

Begitulah pertembungan antara dan iman di mana orang yang beriman mereka menggunakan akal untuk memahami nas dan arahan ilahi, seterusnya meyakininya sekalipun pemberitahuan nas itu tidak masuk akal.

Tetapi golongan al-Maadiyyah, sekalipun nasnya jelas, tetapi mereka akan menggunakan akalnya itu bukan untuk memahami nas, tetapi untuk melihat nas itu dari segi kacamata Maadiyyah, jika dilihat selari dengan data, fakta, akal dan logik, maka mereka akan menerimanya. Dari segi lain, ini dinamakan sebagai Baik Buruk Diukur dengan Akal yang dipegang oleh Muktazilah.

Itu contoh yang asas apabila kita mempelajari syariat berkenaan sifat-sifat kita mukmin terhadap perkara ghaib. Tetapi di sini suka untuk saya dua bentuk contoh, contoh ekonomi, perundangan dan haraki.

Contoh ekonomi, pada zaman Umar Abdul Aziz naik menjadi Khalifah, dasar penghapusan cukai yang tiada nas telah ditentang oleh Gabenor Mesir. Beliau memberikan alasan, jika cukai itu dihapuskan, duit negara akan susut dan bagaimana mereka boleh mentadbir dalam keadaan begitu.

Gabenor tersebut bercakap berdasarkan fakta dan angka justeru itulah rekod kewangan negara sejak daripada zaman Hajjaj Yusof as-Saqafi. Saidina Umar membalas surat gabenor tersebut bukan dengan fakta, data dan angka, tetapi ia membalas dengan hujah iman.

Beliau menulis: sesungguhnya Nabi Muhammad diutuskan untuk berdakwah, bukan untuk mengutip cukai. Berlaku adillah kamu (dengan menghapuskan semua cukai-cukai itu atau (jika tidak) aku akan pecat kamu. Natijah realitinya selepas penghapusan cukai itu, harta negara melimpah tidak sampai setahun selepas perlaksanaannya.

Contoh perundangan, dalam hukuman Qisas Allah menjanjikan pelaksanaannya akan menjamin kehidupan. (Al-Baqarah: 179). Logiknya, jika dilaksanakan hukuman ini maka bertambah orang yang mati justeru pesalah dijatuhkan hukuman bunuh. Statistik pembunuhan yang tinggi dan pesalah yang ramai sepatutnya akan lebih ramai yang mati apabila hukuman itu dilaksanakan.

Tetapi realitinya, apabila dilaksanakan, kematian berkurangan disebabkan penjahat tidak berani membunuh musuh atau mangsa mereka. Sebab itu sejarah Islam mencatatkan, selepas dilaksanakan hukuman Islam, statistik jenayah turun mengejut bahkan jenayah yagn berlaku boleh dibilang dan dihitung dengan jari.

Dari segi politik, Bani Israel di dalam kisah peperangan antara Jalut dan Talut, ujian dengan air sungai menyebabkan tentera Talut seramai 80 ribu hanya berbaki seramai enam ribu sahaja akibat ujian tersebut. Logiknya, bagaimana baki enam ribu boleh berhadapan dengan tentera Jalut yang berlipat kali ganda bilangan tentera dan senjata mereka?

Akalnya mustahil mereka boleh menang. Tetapi yang sedikit ini tidak berundur sebab mereka yakin dan mengulang-ulang janji Allah, maksudnya;
"Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar," - (Al-Baqarah: 249). Realiti akhir, mereka yang sedikit ini dapat kalahkan Jalut yang besar, kuat dan ramai.

Di sana terlalu banyak contoh pertembungan antara golongan Al-Maadiyyah dan Al-Ghaibiyyah.

Dalam kehidupan hari ini, kita kadang-kadang terlalu ghairah dengan data dan fakta sehingga kita lupa beberapa perkara asas dan penting yang berupa pesanan al-Quran. Data dah fakta penting, tetapi kedudukan selepas Al-Quran dan As-Sunnah.

Sekalipun data dan fakta serta culaan menunjukkan kita akan kalah dengan pendekatan politik Islam serta dakwah, pun begitu kita tetap akan meneruskan pendekatan politik dakwah ini (politik adalah alat dakwah) hatta sekalipun data, statistik, survey dan lain-lain menunjukkan kita akan kalah atau hancur lebur.

Kerana kita yakin Allah yang menjaga agama dan kumpulannya yang mempertahankan agama. Memang mungkin al-Maadiyyah (data dan fakta) tidak menyokong, tetapi kita adalah kumpulan yang percaya kepada perkara ghaib yang dijanjikan oleh nabi SAW:

لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خذلهم حتى يأتي أمر الله وهم كذلك
Maksudnya: Sentiasa ada di kalangan umatku satu kumpulan yang menzahirkan (mempertahankan) kebenaran. Golongan yang menentang tidak memberikan kemudaratan kepada mereka sehingga datangnya kemenangan daripada Allah dan mereka dalam keadaan demikian (mempertahankan kebenaran).

Janji nabi ini kita pegang sekalipun bercanggah dengan data, fakta, statistik dan segala bentuk al-Maadiyyah yang lain. Mereka yang menentang biarkan mereka terus menentang kerana inilah realiti dunia dan kita sekarang bukan berada di dalam syurga.

Janji dariapda nas bahawa kumpulan yang terus memperkatakan kebenaran ini akan kekal dan hidup (tidak mati) sehingga sampai masa ia akan menang. Memang kita semaksimum mungkin ingin meramaikan orang bersama kita. Tetapi ada ingatan daripada nas yang menyatakan bahawa, maksudnya;
“Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. - (Al-Maidah: 48).

Maka kita yang percaya kepada al-Ghaibiyyah ini yakin dan percaya sepenuhnya bahawa kapal kita tidak akan karam atau lenyap selama mana kita pertahanan dan julang kebenaran Islam.

Itu perkara ghaib yang dijanjikan oleh nas sekalipun data, fakta dan statistik al-Maadiyyah menunjukkan sebaliknya. Yang kita bimbang ialah kita dan sahabat-sahabat kita lenyap daripada persada selepas kita berubah daripada beriman kepada al-Ghaibiyyah kepada beriman kepada Al-Maadiyyah.

Ingatan ini untuk diri saya dan semua teman-teman seperjuangan. – HARAKAHDAILY 24/6/2015

Sumber HD - 24-6-2015

Bolehkah direalisasi MP wakil intelektual, universiti?

ZAHARUDIN MUHAMMAD | .


Saya terfikir bagaimana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek boleh tidak mengetahui berkenaan faktor kenaikan dan penurunan harga barang. Datuk Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri Kewangan tidak memahami tentang GST.

Saya fikir bagaimana menteri tidak memahami secara mendalam berkenaan portfolio masing-masing.

Paling kurang, orang yang menjadi menteri di bidang tertentu, mestilah mari daripada pengajian atau keterlibatan dengan bidang tersebut.

Mungkinkah perlu Ahli Parlimen (MP) akan datang mari daripada wakil intelek dari pelbagai bidang atau daripada universiti berdasarkan bidang masing-masing? Mereka adalah intelek yang mengkaji dan rakyat perlu dipimpin oleh pemimpin yang intelek dan mempunyai akal serta ilmu yang tinggi.

Hari ini, ada MP datang daripada latar belakang pendidikan yang rendah dan tiada pengalaman yang penting. Bila jadi menteri, dia bercakap dan buat polisi serta undang-undang yang tidak memahami akar umbi dan ilmu yang berkaitan.

Ini disebabkan mereka dipilih atas dasar pengaruh di kawasan Parlimen masing-masing. Pengaruh itu berlaku antara faktor besar ialah kewangan dan latar belakang keluarga. Sekalipun mereka tidak berilmu, tidak berpengalaman dalam bidang kehidupan, tetapi jika mereka berduit dan mempunyai keluarga yang 'bangsawan', maka mereka akan menang. Inilah namanya pemimpin Al-Mala'. Lebih membimbangkan ialah, kawasan-kawasan yang miskin dan tidak berpendidikan, faktor duit memainkan peranan yang besar untuk memenangkan pemimpin Al-Malak.

Realiti ini membuka ruang yang besar untuk musuh luar khususnya kuasa besar menaja calon-calon mereka melalui dana-dana yang disalurkan secara tidak langusng dan 'bawah tanah'. Termasuk juga korporat-korporat yang mempunyai kepentingan aset negara akan terus menaja pempimpin negara dengan bantuan ketika kempen pilihan raya di kawasan-kawasan. Bila orang yang ditaja itu menang dan jadi menteri, maka polisi negara lebih cenderung memenangkan korporat-korporat ini berbanding rakyat.

Wakil universiti ini dipilih atas keintelektualan mereka sebagaimana dipilih doktor pakar di hospital-hospital. Kriteria ini bukan boleh dicipta dengan duit. Mereka juga bukan daripada parti mana-mana supaya mereka lebih independent dan berkecuali.

Hari ini, apa-apa keputusan mesti terikat dengan parti. Jika pensyarah ingin terlibat dengan politik, maka perlu letak jawatan dan dipandang serong.

Sepatutnya setiap universiti atau bidang mempunyai kerusi di Parlimen, mendapat cuti daripada univeristi selama penggal menjadi Ahli Parlimen dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik untuk bertanding.

Mungkin bukan sahaja universiti, bahkan mungkin juga Ahli Parlimen juga perlu diwakili oleh salah seoarang Board Director atau Penasihat Syariah Bank supaya polisi-polisi berkaitan dapat dibahaskan oleh mereka yang berkelayakan. Yang penting dalam poin yang ingin saya ketengahkan ialah bagaimana untuk maksimumkan golongan intelek pelbagai bidang dalam Parlimen untuk memacu negara supaya lebih maju dan terkehadapan.

Pandangan ini semoga dapat memaksimumkan golongan cerdik pandai dalam parlimen seterusnya bagi mengelakkan Parlimen menjadi kedai kopi yang masanya habis dengan sindir menyindir dan lebih teruk maki memaki. Yang hero dalam parlimen ialah bukan siapa yang dapat mematikan hujah tetapi dapat mematikan cakap lawan dengan pelbagai teknik seperti kacau minta laluan. Apabila laluan diberikan maka ianya diisi dengan merapu supaya masa Ahli Parlimen yang sedang bercakap habis dengan 'kacau'.

Di dalam Islam, kelayakan utama menjadi pemimpin ialah orang yang berilmu sama ada ilmu itu mari daripada pengajian atau pengalaman. Dalam surah Al-Baqarah akhir juzuk kedua memberikan pengajaran bahawa Bani Israel berlaku perubahan positif apabila mereka mula dipimpin oleh Talut, seorang yang berilmu setelah mereka mundur dan dijajah selama 40 tahun ketika dipimpin oleh golongan Al-Malak (dipilih berasaskan pengaruh).

Insya Allah, umat kita Malaysia akan berubah apabila kita mula dipimpin oleh mereka yang berilmu dan bukan lagi dipimpin oleh Al-Malak.

Sekarang masanya untuk Malaysia berubah ke arah kecemerlangan! - HARAKAHDAILY 21/6/2015

Penulis ialah AJK PAS Pusat.


Sumber HD - 21-6-2015

















Operasi saman trafik dan pemenjaraan

ZAHARUDDIN MUHAMMAD | .



OPERASI SAMAN TRAFIK DAN PEMENJARAAN: SAYA PROTES DAN MENYERU RAKYAT KE ARAH NEGARA YANG LEBIH BEBAS DENGAN UNDANG-UNDANG ISLAM

3 meringkuk dalam penjara akibat tidak mampu membayar denda yang dikenakan mahkamah Majistret Trafik kerana pelbagai kesalahan trafik. Muhammad Muhaimin Zubir, 19 tahun, dijatuhi hukuman penjara 28 hari selepas gagal membayar denda RM5,150 bagi 14 pertuduhan.

Antara kesalahan utama mereka yang dijatuhkan hukuman, ialah tiada lesen memandu, cukai jalan, nombor pendaftaran dan lain-lain.

Anda mungkin masih ingat kes K.Kanagavali telah mencagarkan anaknya kepada Norhidayu Badrol untuk pinjaman RM3,500 bagi melangsaikan 15 saman trafik.

Apa yang saya pertikaikan dalam isu ini bukan saman terhadap pesalah yang melakukan kesalahan yang boleh membahayakan seperti kesalahan memandu secara bahaya, berlumba di jalan raya dan lain-lain.

Apa yang saya seru ialah, kesalahan-kesalahan trafik yang langsung tidak melibatkan bahaya bahkan lebih dilihat untuk tujuan keuntungan kerajaan seperti lesen memandu tamat tempoh selepas setahun, pasang lampu di siang hari, cermin gelap dan seumpamanya.

Kesalahan ini dilihat lebih untuk kerajaan menjadikannya istrumen pengsbtabilan fiskal kewangan negara apabila kerajaan terdesak akibat cukai dan hasil negara yang tidak mencukupi akibat keborosan dan kebocoran serta untuk mengisi kantung korporat yang semakin membesar. Apa tidaknya jika sekali operasi kerajaan dapat mengutip RM2 juta satu hari? Apa bisnes yang lebih lumayan daripada ini.

Jika rakyat mematuhi peraturan, saman semakin kurang, bermakna pendapatan negara juga mungkin akan menurun. Maka tidak hairan jika kerajaan akan cipta satu lagi undang-undang yang menjerat dan menjerumuskan rakyat dalam kesalahan trafik bagi tujuan kerajaan mengutip 'wang lebih'. Mungkin anda masih ingat undang-undang memasang lampu di siang hari pada satu masa dahulu. Apa bahayanya tidak pasang lampu di siang hari?

Cuba anda jawab, apa bahayanya jika lesen anda mati selepas setahun? Adakah anda akan terbabas akibat lesen mati? Cuba anda jawab apa bahayanya jika kereta anda bercermin gelap sekadar ketelusan cahaya 35%? Apa bahayanya jika anda hanya memiliki lesen B2 memandu motor berkuasa 250cc ke atas? Tak ada bahaya. Habis kenapa undang-undang ini dibuat?

Semua undang-undang ini menyusahkan rakyat. Mahu ambil lesen kos yang sangat tinggi. Bagaimana golongan susah di bandar seperti Muhammad Amin nak bayar kos ambil lesen? Kalau di Amerika, anda tak perlu masuk mana-mana driving school dan belajar berbulan-bulan. Cukup seorang introducer yang ada lesen mengakui bahawa dia telah mengajar si calon pemandu, masuk ujian dan bila lulus bayar USD30 (lebih kurang RM105). Di Jepun, lulus sahaja ujian memandu, anda akan mendapat lesen yang tidak akan mati seumur hidup.

Persoalannya, apa yang saya seru? Saya seru anda kepada undang-undang Islam di mana, setiap undang-undang sama ada yagn diketegorikan Takzir atau Hisbah bukan sewenang-wenangnya boleh dibuat oleh kerajaan mentang-mentang mereka ada kuasa. Tetapi setiap undang-undang baru yang tiada kaitan dengan nas Al-Quran dan Sunnah (bukan hudud dan qisas serta kesalahan-kesalahan muamalat), maka kerajaan perlu mengemukakan bukti bahawa kesalahan itu bagi mengelakkan bahaya atau dengan istilah syarak bagi mengelakkan mudharat.

Asas kepada kaedah ini ialah, asal hak seseorang adalah bebas dan kerajaan tidak berhak mencampuri dan menyekat kebebasan rakyat kecuali bagi tujuan mengelakkan mudharat. Justeru itu, apabila kerajaan ingin mengenakan sesuatu undang-undang, maka kerajaan perlu mengemukakan bukti mudharat akibat tiada undang-undang. Dalam konteks hari ini, kerajaan perlu kemukakan kepada hakim negara bukti bahaya dan mudharat. Jika kerajaan tidak mampu buktikan, maka satu kesalahan bagi kerajaan membuat undang-undang yagn dianggap menyekat kebebasan rakyat.

Sebagai contoh, asalnya seseorang bebas untuk terus memandu di simpang-simpang tanpa berhenti. Tetapi jika tiada lampu trafik dan peraturan lampu merah wajib berhenti, maka akan meningkat kemalangan di simpang-simpang jalan. Maka hukuman bagi mereka yang melanggar lampu merah perlu dikuatkuasakan bagi mengelakkan mudharat kemalangan.

Asalnya seseorang bebas untuk memandu di jalan raya umum kerana haknya untuk memandu kereta. Tetapi apabila seseorang yang baru pertama kali bawa kereta, tidak pernah bawa kereta sebelum ini, maka terbukti ia boleh membahayakan orang lain apabila tidak tahu bagaimana nak brek, nak perlahan, nak pecut dan sebagainya. Maka undang-undnag memastikan setiap pemandu ada lesen adalah wajar tetapi dengan kos yang paling minimum. (isu kos adalah isu kewangan berkaitan apa hukum kerajaan mengenakan bayaran yang bukan kos sebenar atau kos yang diada-adakan).

Asalnya, apabila seseorang tidak boleh dipaksa untuk membayar dan menyambung lesen kerana itu adalah hak kebebasan masing-masing. Apabila kerajaan ingin melaksanakan undag-undang bahawa setiap lesen akan mati dan perlu disambung setiap tahun, kerajaan perlu buktikan kepada hakim negara apakah bahaya disebalik lesen yagn tidak disambung tiap-tiap tahun? Jika kerajaan gagal, maka hakim tidak boleh meluluskannya.

Setiap rakyat bebas ingin pakai cermin gelap, warna hitam ke, warna god ke kerana itu hak mereka, kebebasan cita rasa mereka. Apabila kerajaan ingin membuat undang-undang larangan bercermin gelap, maka kerajaan perlu buktikan apakah bahayanya, berapakah kemalangan akibat cermin gelap? Jika gagal bahkan terbukti sebaliknya iaitu cermin gelap menjadi pemandu lebih selesa memandu di panas terik, menjadikan kereta lebih selamat daripada dipecah cerminnya oleh pencuri apabila terdapat barangan berharga di dalamnya, maka menjadi satu kesalahan bagi kerajaan meletakkan cermin gelap sebagai satu kesalahan.

Tapi undang-undang konvensional hari ini kerajaan yang membuat undang-undang tidak boleh dikategorikan salah sebeb mereka adalah pembuat undnag-undang. Tetapi di dalam Islam, pembuat undang-undang bukan kerajaan, bukan ulama tetapi undang-undang Islam dan garis panduan penggubalan undang-undang adalah dibuat dan dicipta oleh Allah, tuhan pencipta alam dan manusia keseluruhannya. Undang-undnag serta garis panduan pembuatan undang-undangNya telah wujud sebelum wujudnya manusia itu sendiri (Qadim), jadi bagaimana manusia boleh pengaruhi undang-undang?

Jom kita sokong undang-undang Islam ke arah kebebasan.

Sekian.

Sumber HD - 27-5-2015