BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, December 18, 2015

PROFESSOR ABDULLAH HASSAN - PANDANGAN DAN PEMIKIRAN



SRP itu kelulusan apa Atuk?

PROF ABDULLAH HASSAN | .


Safiah, "SRP itu kelulusan apa Atuk Profesor?"

Atuk Prof, "Oh! Itu kelulusan pada zaman Atuk, yang menunjukkan dia sudah lulus enam tahun sekolah rendah, dan tiga tahun sekolah menengah! Kenapa cucunda Safiah bertanya?"

Safiah, "Orang begitu sudah layakkah menjadi menteri, Atuk?"

Atuk Prof, "Oh! Isu itu. Tunggu dulu. Jangan terlalu pantas menilai dan menghukum.

Mungkin orang itu terpaksa berhenti kerana tanggungjawab. Pada masa dahulu, kelulusan begitu sudah dapat diterima bekerja. Kerana tanggungjawab! Mungkin bukan kerana dia bodoh.

Penting juga kita bertanya soalan lain. Adakah dia membaca dan menambah ilmunya selepas keluar sekolah! Mungkin ada, mungkin tidak!

Adakah dia mempunyai pengalaman yang relevan.

Safiah, "Kita perlu lihat dari semua sisi ya Atuk?"

Atuk Prof, "Ya, seeloknya begitulah. Kelulusan Ph.D. itu bukanlah sebenarnya kelayakan khusus menjadi menteri.

Ada orang yang berkelulusan Ph.D. tetapi tidak semestinya berfikir seperti orang ada kelulusan "doktor falsafah!" Dia bercakap dan berhujah seperti orang tidak ada sebarang ilmu pun! Dia tidak menyebut teori, tidak menyebut prinsip, tidak menyebut statistik, dan tidak menyebut tentang kes-kes. Dia akan membuat kesimpulan seadanya! Tidak ada beza antara dia dengan orang biasa-biasa yang tidak berijazah."

Safiah, "Ooooooo, ooooo!"

Atuk Prof, "Baca buku! Baca buku ilmu, bukan buku hiburan saja. yang kita pelajari di universiti itu tidak semestinya cukup.”

Malah apabila kita mendapat ijazah di sebuah universiti di Amerika, upacara itu dipanggil "commencement", iaitu suatu permulaan. Permulaan belajar sepanjang hayat.

Di negara kita, menurut budaya Inggeris, upacara ini dipanggil Konvokesyen. Suatu "convocation" itu memberi konotasi yang pembelajaran kita tamat.

Tetapi, terpulanglah kepada pengertian yang kita mahu beri. Tidak perlu ada satu jawapan saja yang betul. – HARAKAHDAILY 5/2/2016

 * Cerita ini disunting daripada catatan Prof Abdullah Hassan dalam facebook beliau.

Sumber HD - 5-2-2016


Guru Melayu dahulu mahu keluar Umno demi bahasa

PROF. ABDULLAH HASSAN | .


PADA masa sebelum merdeka dan pada masa awal merdeka, apabila maruah dan martabat bahasa Melayu tercabar, orang Melayu akan bangkit mempertahankannya.

Selepas Malayan Union dimansuhkan, Jawatankuasa Barnes mencadangkan supaya satu sistem pendidikan dilaksanakan. Selepas pendidikan asas dalam bahasa Melayu selama tiga tahun, pendidikan selanjutnya diteruskan dalam bahasa Inggeris untuk semua kaum.

Sistem ini dilaksanakan bagi membolehkan orang Melayu mendapat pendidikan dan mengambil tempat mereka yang sewajarnya di samping kaum lain. Guru-guru Melayu dan guru-guru pelatih SITC membantah dan rancangan ini dibatalkan. Ya, istilahnya BANTAH.

Cadangan menggunakan bahasa Inggeris bagi menyampaikan pendidikan ini bukanlah baru. Itu isu lama! Namun, masih ada orang yang terpukau kembali oleh bahasa Inggeris. Dengan rasional lama.

Pada tahun 1956, apabila penubuhan sekolah menengah Melayu yang pertama iaitu STAR, SDAR dan STF tidak menggunakan bahasa Melayu, sekali lagi guru-guru Melayu bangun memberi kata dua; mereka akan meletakkan jawatan dan sekaligus keluar daripada parti Umno secara beramai-ramai.

Akibatnya, Sekolah Alam Shah ditubuhkan. Benih pendidikan melalui bahasa Melayu mula ditanam. Bahasa Melayu berkembang hinggalah menjadi bahasa pendidikan negara pada hari ini. Sekalipun, masih dicurigai, dan dilawan oleh yang mindanya masih tertawan dan terperangkap terus dalam bahasa Inggeris.

Pengorbanan dan perjuangan guru-guru Melayu terhadap bahasa Melayu berlaku lebih awal lagi. Sejak tahun 30-an lagi guru-guru Melayu memotong gaji mereka yang kecil itu untuk dimasukkan ke dalam tabung guru untuk membentuk kerusi pengajian Melayu.

Hanya lima puluh tahun kemudian jumlahnya baru mencukupi bagi membiayai sebuah Kerusi Pengajian Melayu agar bahasa Melayu diajar di tahap universiti.

Pemimpin kesatuan guru Melayu pada masa itu adalah Datuk Mohd Nor Ahmad. Beliau enggan menerima sebarang tawaran jawatan atau "balasan" untuk perjuangannya. Beliau Pulang ke Pulau Pinang, tinggal di rumah kecilnya di Taman Brown, Gelugur, Pulau Pinang hingga ke akhir hayatnya.
Demikian pengorbanan dan sumbangan seorang patriot bangsa dan bahasa Melayu dulu.

Pada hari ini kita semua dipanggil lagi bagi mempertahankan maruah dan kedaulatan bahasa Melayu. Kita akan terus berjuang di bawah Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan yang baru ditubuhkan. Majlis ini akan kekal berjuang, menegur, membantah, melawan, mengkaji, dan merancang demi bahasa dan bangsa; apa pun hasil bantahan sekarang. – HARAKAHDAILY 29/12/2015

Sumber HD -29-12-2015




Membina Bahasa Melayu itu apa tujuannya?

PROF. ABDULLAH HASSAN | .


KITA sering mendengar ungkapan "memperkasakan bahasa." Bahasa yang perkasa itu apa dia? Seperkasa Hang Tuah!

Lebih khusus, wacana kita itu merujuk kepada pembinaan dan pengembangan bahasa. Kita merujuk kepada sebuah bahasa yang matang. Marilah kita melihat ciri-ciri bahasa yang matang. Bahasa yang matang itu adalah bahasa yang sudah lengkap bagi berfungsi sebagai sebuah bahasa moden untuk penuturnya pada zaman sains, teknologi dan teknikal ini.

Bahasa yang matang itu mempunyai ciri-ciri intrinsik dan ekstrinsik.

Ciri-ciri intrinsiknya adalah ia mempunyai ciri-ciri fizikal yang sempurna sebagai sebuah bahasa modern. Ia sudah mempunyai sistem ejaan, sebutan, nahu, kamus, ensiklopedia, kepustakaan ilmu dan rujukan. Oleh sebab itu ia mampu melaksanakan fungsi tinggi, menjadi wahana pemikiran tinggi, dan mengandungi ilmu tinggi dan kompleks.

Secara ekstrinsik, ia dapat melaksanakan fungsi-fungsi tinggi. Ia digunakan dalam bidang diplomatik, perdagangan, perniagaan, kebudayaan, agama, dan lain-lain. Sebenarnya, pakar bahasa sudah lama mengatakan bahawa bahasa Melayu itu sudah lama menjadi bahasa ilmu, bahasa intelektual, bahasa sastera pada peringkat nasional, bahkan bahasa supranasional.

Bahasa Melayu yang matang itu dapat menjadi wahana mengungkapkan ilmu tinggi, seperti falsafah, sains, seni, dan sastera. Sebelum 1955, bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah rendah dan di Maktab Perguruan Sultan Idris. Kemudian, bahasa Melayu digunakan untuk pengajian menengah. Selepas itu bahasa Melayu digunakan di institusi pengajian tinggi. Pada tahun 1983, proses ini sempurna dijalankan. Pada hari ini, universiti-universiti kerajaan menjalankan pengajarannya dalam bahasa Melayu.

Sejarah menyatakan bahasa Melayu klasik pernah mengungkapkan ilmu yang canggih dan mendalam mengenai agama dan budaya memang tidak dapat dinafikan. Nama-nama seperti Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Raniri, tidak boleh diketepikan. Tetapi pada hari ini, bahasa Melayu sudah berkembang lebih maju lagi. Di dalamnya terdapat buku-buku ilmu, sains dan teknologi yang diajarkan di universiti. Bahasa Melayu sudah mengandungi ilmu.

Kita juga dapat mengamati bahawa bahasa Melayu dituturkan dan digunakan bagi mentadbirkan negara. Ia telah lama menjadi bahasa tamadun Melayu yang diiktiraf oleh jirannya.

Sekalipun bilangan penutur bahasa Melayu di Malaysia sekitar 25 juta orang, apabila dikira keseluruhan penduduk negara-negara yang menuturkan bahasa Melayu maka jumlahnya menjadi hampir 250 juta; 300 juta sekiranya diambil kira bahasa yang bekeluarga dengannya di Asia Tenggara ini.

Jumlah sebesar ini adalah gambaran bahasa yang mempunyai kedudukan penting. Ia menjadi bahasa ibunda segolongan besar penduduk wilayah Asia Tenggara. Ia mempunyai dialek-dialek tempatan yang berlainan serta dialek standard yang dimengerti di seluruh Asia Tenggara.

Ia juga menjadi bahasa kebangsaan Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Dalam membina bahasa Melayu ini kita mempunyai empat rantau di Asia Tenggara yang menggunakan bahasa-bahasa yang bersumberkan bahasa Melayu.

Rantau yang menuturkan bahasa-bahasa yang bersumber pada bahasa Melayu ini mempunyai kerangka hubungan aktif sejak 40 tahun lalu, iaitu MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia), dengan Singapura sebagai pemerhati.

MBIM ini mula dibina pada tahun 1972, kemudian menjadi MABBIM.

Kerangka ini dapat menggerakkan keempat-empat negara supaya memanfaatkan potensi bahasa Melayu itu untuk menegakkan maruah masing-masing negara dan bangsa. Potensi bahasa-bahasa yang berkongsi satu sumber yang sama ini terletak pada kemampuan penuturnya yang ramai itu. Ia telah menjadi sebuah bahasa supranasional.
Wajarlah bahasa Melayu itu mula mendokong fungsi yang lebih besar di wilayah ini, menjadi bahasa ilmu dan teknologi bagi mengongsi bakat penuturnya yang berjumlah 300 juta jiwa ini. – HARAKAHDAILY 23/12/2015

Sumber HD - 23-12-2015













Pemimpin hari ini tidak punya falsafah

PROF ABDULLAH HASSAN | .


Safiah, "Apa yang atuk profesor fikirkan pada hari ini? Atuk semacam serius saja setiap hari!"

Atuk profesor, "Ya, ada beberapa perkara!"

Safiah, "Fasal bahasa pendidikan ya atuk?"

Atuk Profesor, "Betul! Tetapi itu bukan isu terbesar dan terpenting!"

Safiah, "Pada atuk, apa yang terpenting, apa yang terserius."

Atuk Profesor, "Ya! Perkara yang melibatkan bangsa dan negara! Masa depan negara, masa depan bangsa!"

Safiah, "Apa punca perkara ini atuk?"

Atuk Profesor, "Kita sudah tidak ada pemimpin yang dapat berfikir, melahirkan konsep, dan menyatakan kaedah mencapai matalamat dalam konsep itu."

Safiah, "Apa maksud atuk?"

Atuk Profesor, "Semasa Almarhum Tun Razak menjadi pemimpin, beliau ada falsafah. falsafah beliau mencipta konsep iaitu pemikiran. daripada konsep itu lahirlah kaedahnya. Umpamanya, beliau ada falsafah, rakyat mesti diberi pendidikan supaya maju. Kaedahnya beliau menubuhkan sekolah berbahasa Melayu, diikuti dengan sekolah menengah dan universiti. Ramai orang Melayu dan rakyat lain yang mendapat pendidikan, dan menjadi doktor, jurutera, arkitek ... apa sajalah!"

Safiah, "Pemimpin sekarang tidak berfikir begitu ya atuk!"

Atuk Profesor, "Nampaknya begitulah! Mereka hanya melahirkan kata-kata yang berupa konsep, seperti ‘Satu Malaysia’, ‘Sehati dan Sejiwa’, ‘Rakyat didahulukan’, tetapi kaedah mencapai cita-cita itu bagaimana? Tidak dinyatakan dan tidak dilakukan! Mahu menjadi Satu Malaysia itu bagaimana? Mahu sehati dan sejiwa itu bagaimana? Rakyat didahulukan itu bagaimana? Pemimpin mesti memimpin!"

Safiah, "Ooooo! Itu serius. Kita mahu dibawa ke mana? Seperti kata Tun Mahathir, pandang ke timur, beliau membawa kita menuju wawasan 2020 melalui ekonomi!"

Atuk Profesor, "Ya, Tun juga ada konsep dan memberi kaedahnya. Tidak semua kita setuju, tetapi dia ada konsep dan kaedah mencapainya. Pemimpin sekarang tandus falsafah agaknya!”

Safiah, "Tandus itu apa atuk?"

Atuk Profesor, "Kering, tidak punya! Pemimpin kita tidak punya falsafah!"

Safiah, "Falsafah itu apa atuk?"

Atuk Profesor, "Falsafah itu adalah prinsip atau fikiran yang kita anuti dan dijadikan panduan tindakan kita!" – HARAKAHDAILY 17/12/2015

Sumber HD - 17-2-102015

Bagaimanakah kerajaan Islam dahulu melayan ilmuwan?

PROFABDULLAH HASSAN | .


PADA zaman kegemilangan Islam, para ilmuwan sangat dimuliakan. Mereka bukan sekadar diberi kebebasan menggunakan perpustakaan, tetapi keperluan mereka sentiasa dijaga.

Dalam sesetengah hal, makan minum, peralatan menulis, wang perbelanjaan dan penginapan disediakan untuk mereka yang datang dari jauh bagi mencari ilmu.

Ibnu Abbad di Farsi, bukan sekadar membenarkan perpustakaannya yang termasyhur pada zaman itu digunakan dengan bebas, tetapi setiap ilmuwan diberi 1,000 dirham dan pakaian lengkap bagi menggalakkan mereka mempelajari ilmu.

Perpustakaan Ibnu Hamdan di Mosul, dibuka kepada semua pelajar, dan pelajar miskin diberi kertas. Perpustakaan Adud-al-Dawlah di Basrah dibuka kepada semua rakyat. Sarjana yang membaca dan menyalin buku diberi biasiswa.

Di Isfahan, perpustakaan Khuda Bukhsh dibina oleh seorang hartawan untuk digunakan oleh pelajar. Ibnu Hibban, qadi Nishapur mewakafkan rumah dan perpustakaannya kepada majlis perbandaran kota Nishpur. Di dalam rumahnya itu disediakan tempat tinggal pelajar dari luar negara. Dia juga memberi biasiswa kepada mereka.

Yaqut al-Hamawai, seorang ahli geografi meriwayatkan dia pernah tinggal di Marv, Farsi. Semasa dia di situ dia dibenarkan menggunakan perpustakaanya secara berleluasa. Dia meminjam lebih daripada 200 buah buku pada setiap masa, tetapi tidak pernah diminta memberi cagaran walaupun nilai bukunya lebih daripada 200 dinar.

Al-Maqrizi pula menceritakan, di Akademi al-Hakim, pelajar miskin diberi kertas, dakwat, botol dakwat, pena, dan biasiswa. Malah al-Hakim menyediakan peruntukan lebih dari 200 dinar bagi menyenggara perpustakaan, termasuk membeli kertas, dakwat, dan pena untuk ilmuwan dan penyalin buku. Peruntukan juga disediakan untuk membaik pulih buku-buku lusuh.

Al-Maqrizi juga membuat catatan dalam riwayatnya bahawa wanita juga diberi peluang belajar di perpustakaan-perpustakaan itu. Kalifah al-Hakim II, pula menubuhkan perpustakaan di Kordova, dan dia membekalkan semua buku yang boleh dibeli dari seluruh dunia Islam.

Semua orang yang ingin belajar diterima menggunakan perpustakaan itu. Pelajar miskin diberi biasiswa oleh al-Hakim. Bahkan Kalifah al-Hakim sendiri adalah seorang sarjana, yang membaca semua buku di perpustakaannya.

Demikianlah mulianya para ilmuwan di mata pemimpin Islam. Setiap sarjana diberi ganjaran lumayan. Dia tidak perlu terkial-kial mencari sara hidup untuk belajar atau mengusahakan penyalinan dan penulisan buku-buku ilmiah.

Ini adalah suatu kemudahan besar pada masa itu. Perlakuan yang sangat mulia terhadap para ilmuwan itu telah membantu menyuburkan perkembangan ilmu. Sikap dan tindakan yang menyokong ini telah membantu menyuburkan pembinaan kepustakaan Islam dalam bahasa Arab.

Amalan membuka perpustakaan kepada ilmuwan sangat bertentangan dengan yang kita lakukan sekarang. Pada masa ini ilmuwan, walaupun profesor, apabila bersara diminta memulangkan semua barangan universiti termasuk kad perpustakaan. Mereka tidak lagi boleh menggunakan perpustakaan universitinya.

Dalam sehari, mereka kehilangan sumber ilmunya. Mereka tidak lagi dapat menggunakan perpustakaan untuk membaca untuk mengayakan khazanah ilmunya. Pada masa dia menjadi lebih matang sebagai ilmuwan, dia tidak lagi diberi kemuliaan sebagai ilmuwan.

Pendapatannya daripada pencen akan menurun menjadi sekitar seperempat daripada pendapatan asalnya. Amalan begini tidak lagi memuliakan ilmu dan ilmuwan, dan tidak menggalakkan lagi mereka menjadi produktif.

Ada amalan dalam tradisi Islam yang tidak kita amalkan sekarang. Kita boleh belajar dari amalan itu. Penulis buku ilmu, harus dapat hidup dengan usaha yang dijalankannya. Sekiranya ini tidak berlaku, pihak berwajib harus menampung segala kekurangan itu bagi menjamin usaha itu dijalankan.

Kita dapat melihat dua fasa penting dalam membina kepustakaan dan menjana ilmu secara kreatif yang berlaku dalam empayar Islam. Pertama, ilmu diterjemah dan diserap ke dalam bahasa Arab. Kedua, apabila mereka sudah menyerap ilmu aripada Yunanai dan Latin, maka timbullah fasa kreativiti mereka. Wujudlah ilmuwan Islam yang membina

Sumber HD - 16-12-2015

Peradaban Melayu itu sudah lama

PROF ABDULLAH HASSAN | .


ADAPUN Melayu itu adalah sebuah peradaban besar dan tua. Lebih tua daripada kebanyakan peradaban Barat. Peradaban Melayu itu mempunyai sejarah yang lama dan masih berterusan.

Peradaban Melayu itu mempunyai wilayah geografi yang luas, iaitu sebuah wilayah samudera, iaitu sebuah peradaban maritim. Peradaban Melayu itu adalah satu-satunya peadaban maritim dalam dunia.

Walaupun ada banyak pusat peradaban Melayu dalam sejarahnya yang panjang, pada hakikatnya ia adalah sebuah peradaban yang sama dalam sebuah kesinambungan, dan dialami oleh manusia yang mengongsi himpunan memori yang sama. Peradaban Melayu itu tumbuh dan maju dalam kestabilan politik yang lama dan berterusan, dan dibendung oleh perundangan, dan budaya yang kompleks.

Dalam Seminar Pendidikan Bahasa Melayu di Beijing pada 13 Jun 2010 yang lalu, Profesor Liang Liji (Gambar) dari Universiti Beijing, mengemukakan beberapa “pendapat “ yang menunjukkan bahawa Alam Melayu itu mungkin sudah wujud hampir empat millenium dahulu.

Hasil penyelidikan beliau mengenai perhubungan China dengan Alam Melayu, menunjukkan ada beberapa bukti, sekalipun agak lemah, tetapi menarik, yang dapat menceritakan bahawa ada bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa pada zaman Maharaja Yin Shang, pada abad ke-17 hingga 11 sebelum Masihi, mungkin sudah ada perhubungan antara Alam Melayu dengan China.

Ahli arkeologi China menemui catatan huruf purba China diukirkan pada cangkerang kura-kura besar, yang dipercayai berasal daripada Alam Melayu kerana di China tidak pernah ada kura-kura sebesar itu.

Begitu juga, pada makam Maharaja China itu pernah ditemui pula tulang binatang Mo Loi Mo, iaitu tenuk, yang juga berasal dari Alam Melayu. Ini menunjukann bahawa tiga hingga empat millenium lalu, sudah ada benda yang dibawa ke China dari Alam Melayu, wilayah yang dihuni oleh orang Melayu.

Seterusnya, dalam buku sejarah kuno China, terdapat sebuah catatan geografi dalam Kepustakaan Dinasti Han, Hon Shu Oi Li Zhi, menyatakan pada zaman Maharaja Han Wu Di, yang hidup pada tahun 140 hingga 87 S.M., sudah dibuka perjalanan dari China ke India, melalui Semenanjung Tanah Melayu. Maksudnya, pada abad kedua S.M. sudah wujud perhubungan China dengan Alam Melayu, iaitu sudah ada manusia yang dipanggil Melayu.

Berikutnya, bahagian selatan China pernah menjalin perhubungan dengan Tenggara Asia. Maharaja Sun Quan, 222 hingga 252 M. pernah mengirim Zhu Ying dan Kang Tai bagi menjalin muhibah dengan beberapa negeri di Alam Melayu.

Malah Zhu Ying menulis sebuah buku yang berjudul Fu Nan Yi Wu Zhi, iaitu Barang-Barang Aneh di Funan, dan Kang Tai pula menulis sebuah buku, Wu Shi Wai Guo Zhuan iaitu Hikayat Negeri-Negeri Asing pada Masa Kerajaan Wu.

Mereka membuat catatan rapi mengenai negeri-negeri di Alam Melayu. Inilah dokumentasi sejarah terawal mengenai peradaban Melayu dalam abad ke-3. Walaupun buku ini sudah musnah, tetapi ada kutipan-kutipan daripada buku ini yang dapat ditemui dalam buku sejarah berikutnya.

Dalam kebanyakan catatan sejarah, kunjungan seorang sami Buddha I-Tsing, ke Sriwijaya pada tahun 671 M, iaitu pada zaman Maharaja Tang, adalah termasyur. Apabila I-Tsing singgah di Sriwijaya dalam pelayaran ke India, beliau mendapati pengajian dalam bidang agama, budaya dan bahasa sudah mencapai tahap yang sangat manju.

Oleh sebab itu beliau tinggal di Sriwijaya dan belajar sebagai persiapan sebelum meneruskan pelayaran ke India. Oleh sebab kejayaan beliau itu, I-Tsing menasihatkan para sami Buddha dari China supaya "singgah di Sriwijaya selama satu atau dua tahun bagi mempelajari ilmu Buddha tersebut sebelum pergi ke India."

Akibatnya, ramai sami Buddha China ini singgah di Sriwijaya dan ada yang tidak mahu balik pulang ke Guangzhou semula. I-Tsing sangat menyedari kepentingan bahasa Melayu, Kunlun, dan mempengaruhi sami Buddha China yang lain supaya tinggal di Sriwijaya dan mempelajarinya.

Perhubungan erat seperti inilah yang berterusan hingga ke abad ke-15, iaitu pada zaman Empayar Sriwijaya menurun dan pusat politik dan perniagaan Melayu itu berpindah ke Empayar kesultanan Melaka.

Inilah kedudukan perhubungan China dengan Alam Melayu, yang dapat dikatakan mencapai kemuncaknya pada zaman Dinasti Ming. Pada zaman inilah Laksamana Cheng Ho datang melawat ke Samudera Barat sebanyak tujuh kali, tetapi misi Maharaja China itu adalah misi damai dan tidak pernah mana-mana wilayah Melayu itu ditakluki oleh China.

Apabila empayar Melaka ini jatuh ke tangan Portugis, pusat kerajaan Melayu terus membangun dan berkembang di Acheh, Pasai, Medan, Patani, Brunei. Satu lagi, kepulauan Riau, Lingga, Johor dan Pahang.

Dua wilayah inilah, Johor Riau yang menjadi pusat bahasa Melayu seterusnya, hinggalah sampai ke zaman penjajahan kuasa Eropah, dan kemerdekaan pada pertengahan abad ke-20. – HARAKAHDAILY 3/12/2015

Sumber HD - 3-12-2015

Tuesday, December 15, 2015

SUDUT PANDANG ORANG LUAR TENTANG PARTI POLITIK DAN ISU-ISU SEMASA (JILID 2)


Tiada Sebutir Beras Pun Diberi Di
Zaman Mahathir Untuk Rasuah?

Posted on Wednesday, July 06 @ 10:59:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=
30916



Penulis menyanjung tinggi pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk ‘Rasuah II’.
Dalam tulisannya, beliau menyifatkan pemberian bantuan seperti bantuan
kewangan, beras dan barangan elektrik sebagai ‘rasuah’.


Beliau seterusnya memberi amaran kepada pemberi dan penerima ‘rasuah’
itu, serta mengingatkan bahawa budaya sebegitu adalah ‘haram’ dari sudut
Islam dan hanya akan meruntuhkan masyarakat di negara ini.

Penulis amat bersetuju dengan kenyataan Mahathir itu. Penulis yakin,
 pemberian bantuan seperti itu ‘tidak pernah’ berlaku di zaman beliau
 menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun dulu.

Dulu di zaman Mahathir, memang ‘tiada’ langsung bantuan kewangan
 diberikan ketika pilihanraya. Beliau ‘tidak pernah’ keluarkan wang satu sen
pun ketika pilihan raya. Malah jika hendak tahu, Mahathir naik satu demi satu anak tangga hingga menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, satu sen pun ‘tidak’ digunakan.
Di zaman Mahathir, bukan saja ‘tidak ada’ politik wang, malah ‘tidak pernah’
berlaku masalah rasuah wang. Memang UMNO di zamannya ‘bersih
 sebersih-sebersihnya’. ‘Tidak’ ada seorang pun Ketua UMNO Bahagian, AJK
Bahagian mahupun Ketua Cawangan yang terima dana ketika itu.

Masa anak didiknya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertanding Timbalan Presiden
UMNO, tewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba pun ‘tidak’ gunakan wang.
Mahathir ‘larang’ Anwar buat begitu. Maksudnya, apa yang pernah Tan Sri
Sanusi Junid ceritakan pada penulis tentang satu kejadian di Sabah suatu
ketika dulu pun ‘tidak benar’ dan ‘bohong’.

Di zaman Mahathir juga, ‘tidak’ ada sebutir beras pun diberikan kepada
rakyat, terutama ketika pilihan raya. Mahathir ‘larang keras’ tindakan ‘rasuah’
seperti itu. Siapa yang beri beras kepada rakyat ketika itu akan dipecat dari
parti serta merta.

Dulu di zaman Mahathir juga ‘tidak’ pernah diberikan kain pelikat atau kain
batik kepada rakyat mahupun orang UMNO. ‘Tidak’ ada apa-apa diberikan.
Malah ketika itu, orang UMNO keluarkan ‘duit sendiri’ untuk berjuang. Ala-ala
tahun 1946 begitu…

Begitulah bila perkataan dan terma ‘bantuan’, ‘hibbah’, ‘saguhati’,
 ‘penghargaan’ dan seumpamanya ditukar pengertiannya kepada ‘rasuah’.
Apa saja yang diberi, diperuntukkan, dirancang dan memang sudah
dirancang turut dianggap sebagai ‘rasuah’.

Kini, bantuan seperti itu turut dilabel sebagai ‘dedak’. BR1M beliau anggap ‘
dedak’. Segala macam bantuan yang dihulurkan kepada rakyat yang
 memerlukan, beliau sesuka hati melabelnya sebagai ‘dedak’. Macamlah dia
 dan konco-konconya tidak pernah tabur ‘dedak’ dulu?

Agaknya bila bermula budaya ‘dedak’? Di zaman siapa agaknya? Semua itu
bermula di zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak? Atau ia bermula dan berakar
umbi di dalam parti dan kerajaan sejak di zaman beliau menjadi ‘diktator’
dulu? Hinggakan budaya ‘politik wang’ sukar dikikis dalam parti hingga kini,
angkara itu bermula dari zaman siapa?

Di zaman dia dulu, tidak pernahkah dia umumkan apa-apa projek ketika
 setiap kali berdepan dengan pilihan raya? Selama tempoh 22 tahun dulu,
 berapa kali pilihan raya yang dihadapi? PRK berapa kali? PRN berapa kali?
Tidak pernah diumum projek ketika itu? Rakyat bukan bodoh untuk
 diperbodohkan…
mahathir-pau-muka-masam
Mujurlah ketika di zamannya dulu tidak ada media sosial dan negara baru
saja diperkenalkan pada internet. Jika dulu ada ‘smartphone’, jangankan 22
tahun, mungkin tak sampai 5 tahun sudah ‘dibungkus’ Tunku Razaleigh
Hamzah.

Sempena Aidilfitri ini, bawa-bawalah bertakbir dan memuji Allah. Apatah lagi
dipanjangkan umur dapat menikmati Ramadhan sekali ini, belajar-belajarlah
mengenal sejadah dan Al-Quran. Usahlah diungkit sesuatu yang
mengingatkan pada kegagalan diri sendiri di zaman silam. Ia bukan hanya
memakan diri, malah memalukan keluarga saja.

Sumber TKO - 6-7-2016

----------------------------------------------------------------------------------------


PERKASA Sedia Bertanding PRU 14

Posted on Sunday, July 03 @ 20:38:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah











                                                                                   http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30877


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mempertimbangkan 
hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sedang
 mempertimbangkan NGO pimpinannya itu bergabung dengan
mana-mana parti atau membentuk blok ketiga pada PRU itu.

“Saya sendiri juga tidak menolak kemungkinan menyusun strategi,
 paling tidak kalau bukan di peringkat nasional, mungkin (saya
akan) bertanding di Kelantan.

“Kalau di Kelantan, kita tengok (hanya) ada dua parti (iaitu) UMNO
 dan PAS yang kedua-dua (parti itu) nampaknya rakyat sokong
kerana rakyat tiada pilihan.

“Antara UMNO dan PAS (di Kelantan) tidak ada kumpulan ketiga
yang boleh menjadi alternatif (kepada rakyat) yang kredibel,”
katanya.

Walau bagaimanapun, kata Ibrahim keputusan rasmi akan
diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi PERKASA.


Pada PRU 13, Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen
Pasir Mas, namun beliau tewas kepada calon PAS, Nik Mohamad
Abduh Nik Mat di parlimen tersebut.

Sumber TKO - 3-7-2016


-----------------------------------------------------------------------



Hudud, Kenapa Hishamuddin Rais takut
sangat?


Posted on Friday, July 01 @ 11:55:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30841



Saya tak berapa suka untuk mengulas kenyataan-kenyataan yang
dibuat oleh Hishamuddin Rais berkenaan isu Hudud. Walaupun dia
lebih berhati-hati dalam menyebut tetapi kenyataan sinikal dan
sangat biadap kepada mereka yang berusaha untuk melaksakan
peraturan agama membuatkan saya rasa dia tidak suka dengan
hudud.

Melebel dan membuat tohmohan kepada sebahagian kepimpinan
PAS yang berusaha untuk melaksankan hudud sebagai golongan
yang ghairah untuk bekerjasama dan membentuk kerajaan
perpaduan dengan UMNO suatu yang sangat dangkal.

Sepatutnya seorang yang aktivis dan penganalisis politik
Hishamuddin sepatutnya tidak emosi dalam membuat telahan
politik. Saya melihat sentimen dan emosi mempengaruhi
Hishamuddin dalam membuat kenyataan.

Kita memang boleh berbeza pendapat tetapi kalau perbezaan itu
diasaskan atas sentimen diri sendiri sepatutnya Hishamuddin
berdiam diri sebab ini adalah hukum Allah. Hudud sebenarnya
hanya salah satu daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah
Syariat Islam (II) yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri
Kelantan pada tahun 1993.

Jenayah syariah Islam perlu difahami dalam bentuknya yang lebih
jelas seperti hudud, qisas dan takzir. Seperti yang saya tulis
sebelum ini hudud mengandungi 7 elemen iaitu Syurb, Qazaf, Zina,
Sariqah, Hirabah, Riddah dan Bughah.

Orang Islam sepetutnya tidak perlu risau sebab bila hukuman Allah
dijalankan kita tidak lagi diazab oleh Allah diakhirat nanti atas
kesalahan yang telah dihukum didunia. Orang bersalah sahaja
merasa risau dan takut.

Apakah Hishamuddin Rais rasa ada membuat salah sehingga boleh
dikenakan hukuman hudud, qisas dan takzir?

Satu perkara yang diingatkan kepada Hishamuddin jika kesalahan
itu tak terdedah dan tidak ada yang tahu, bertaubat dengan Allah
adalah sebaiknya. Sebab itu hakim-hakim Islam diajar untuk
mengelak seboleh-boleh jangan menghukum dengan mencari
keraguan yang ada.

Adakah Hishamuddin rasa kalau ditangkap terus dipotong tangan
tanpa bicara? Berilah peluang kepimpinan PAS yang berusaha
untuk kearah ini buat kerja mereka., tunggu dan lihat. Kalau nak
komplen atau melabel tunggulah sehingga perkara ini selesai.
Jangan kita pula menjadi penghalang.

http://tempayanretak.blogspot.com/


Sumber TKO - 1-7-2016

-----------------------------------------------------------------------



Apabila Hishamuddin Menulis Dalam
Keadaan Mabuk

Posted on Friday, July 01 @ 08:55:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30839


Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah:
“Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat
bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”.
dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan.
Katakanlah: ” yang lebih dari keperluan.” Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, “

Firman Allah s.w.t dari surah Al Baqarah ayat 219 ini menjelaskan
bahawa arak ada baik dan buruk tetapi keburukannya lebih besar.

Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum .penurunan ayat di
atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini
mengandungi keburukkan dan kebaikan, keburukkannya lebih
banyak drp kebaikan.

Kemudian turun pula Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa’ ayat 43


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu

dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu 

ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam 

keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu 

mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang 
dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, 
Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu 
dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. 
Sesungguhnya Allah Maha Pema’af lagi Maha Pengampun.

Ini adalah peringkat kedua dalam proses pengharaman arak 
mengikut pendapat ulama. Allah mula mengharamkan arak 
di minum ketika hampir masuk waktu solat, kerana dikhuatiri solat 
yg didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah 
kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yg lain, 
melakukan penambahan  atau pengurangan rakaat dsb. 
Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh di 
minum .

Kemudian turunlah ayat pengharaman secara mutlak (peringkat 
ke-3) dengan Firman Allah s.w.t dari surah Al-Ma’idah ayat 90-91

"Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) 
khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib 
 dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah 
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan 
permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) 
 khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat 
Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan 
pekerjaan itu)."

Pengharaman arak dikatakan berperingkat-peringkat kerana 
masyarakat arab jahiliyyah sudah sebati dengan arak.

MENGAPA ALLAH SWT menurunkan ayat-ayat Al Quran kepada 
Rasul-Nya secara beransur-ansur dan tidak sekaligus? Mengapa 
didahulukan ayat-ayat Makkiyah dari ayat-ayat Madaniyah? Dan 
mengapa pula Rasulullah SAW tidak mulakan perintah "jangan 
kamu berzina” dan “jangan kamu minum arak”, sebaliknya 
didahulukan dengan menanam iman?

Umat jahiliah yang masih sedap dengan amalan zina dan meminum 
arak jika terus ditegah nescaya mereka akan menolak seruan itu. 
Kerana mereka belum beriman dan belum taat kepada ALLAH.

Begitu dengan hudud yang datang untuk membersihkan 
penjahat-penjahat dalam masyarakat yang sudah tidak dapat 
dibaiki dengan kata-kata nasihat lagi, yang bilangarmya terlalu 
minoriti. Dan hudud juga memberi peluang kepada orang-orang 
yang bersalah untuk menerima hukuman di dunia. Supaya selamat 
dari Api Neraka di Akhirat. Dengan datangnya hudud, masyarakat 
 salafussoleh tidak lagi diganggu oleh penjahat-penjahat. Lalu 
 tercetuslah sebuah masyarakat yang indah, aman, makmur dan 
mendapat keampunan ALLAH.

Hukum hudud merupakan sebahagian dari kanun jenayah Islam 
dan kanun jenayah Islam merupakan sebahagian dari syariaat Allah SWT yang wajib dijunjung, diamal, dan dipertahankan oleh setiap Muslimin dan Muslimat.

Perlaksanaan kanun jenayah Islam di zaman Rasulullah SAW telah 
dilakukan pada zaman Madinah, ketika mana Islam berjaya 
menegakkan negara Islam yang berdaulat, yang mempunyai kuasa  
untuk menegakkan undang-undang dan peraturan-peraturan. Oleh 
sebab itulah setiap masyarakat Islam di mana-mana negeri dalam 
mana-mana generasi dan zaman sekalipun, wajib mendaulatkan 
kanun jenayah Islam apabila mereka berkuasa membentuk 
kerajaan dan menggubal undang-undang negeri, kerana 
perlaksanaan kanun jenayah Islam merupakan perkembangan yang 
kemuncak bagi dakwah Islam di samping ianya merupakan 
keperluan asasi bagi mengawal kesejahteraan umat.

Hishamuddin Rais menulis artikel di Malaysiakini "Persejajaran 
semula & politik baru". Bagi saya tulisan itu sangat jijik tidak lain 
melainkan ingin melempar kata nista dan fitnah kepada PAS yang 
memang menjadi musuh kepadanya kerana prinsip perjuangan PAS 
adalah Islam.

Hishamuddin menulis.
Pada hemat saya, parti PAS pada ketika ini sedang bersedia

dan telah bekerjasama dengan United Malay National

Organisation. Jika saya Najib, maka PAS akan saya jadikan

alat yang cemerlang untuk menghuru-harakan pihak yang

menentang.
PAS tidak akan masuk ke dalam BN. Peranan PAS lebih cantik

dan indah di luar Barisan.
Katanya lagi.
Najib akan menggula-gulakan dengan kesah nabi, bidadari

dan syurga. Najib akan berwirid dan 'berhanana' dengan Haji

Hadi sambil Hadi bersurah tentang hudud dan potong tangan.

Semua ini akan memberahikan nafsu Haji Hadi Awang.
Apabila PRU14 sampai, seorang Tok Arab akan mengeluarkan

zakat kepada parti PAS atas nama Islam. Atas nama 'Sunnni

wal Rasuah'. Atas nama kesatuan ummah. Duit zakat yang

bertimbun-timbun ini akan membolehkan parti PAS bukan

sahaja membeli bendera baru, bukan sahaja membeli pejabat

baru, malah PAS akan bertanding di seluruh negara. Jika Najib

meminta Hadi bertanding di Paris atau Brixon pun Hadi dan

parti PAS akan angguk kepala bersetuju.
Saya rasa semasa Hishamuddin menulis artikel ini dia mabuk, 
samada mabuk betul seperti mana orang arab Islam dulu lupa 
bilangan rakaat dan silap bacaan kerana mabuk atau 'mabuk' 
dalam ertika peribahasa Melayu (Ini sesetengah pembaca ada yang 
tak faham. Ada pembaca mengulas pasal 'buat lari kerusi' dengan 
bertanya kerusi macam robot ke? Sebenarnya pembaca tersebut 
tidak mabuk hanya pening, pening dan celaru dalam mencari 
 kebenaran)


Hishamuddin ini banyak kali menghina Islam, termasuk hudud. 
Dulu dia kata Islam tu tiru VEDA. Sekarang
Saya pernah menambah pandangan Karl Marx. Mengikut

pandangan Karl Marx, sejarah manusia ialah sejarah

perjuangan kelas. Saya tambah sedikit, sejarah perjuangan

manusia ialah sejarah perjuangan kelas dan sejarah

pembelotan. Hakikatnya PAS bawah pimpinan Hadi telah

belot. Ini bukan tohmah. Ini bukan fitnah. Ini fakta.
Sangat kesian, apabila mereka sesat yakni benar-benar sesat 
seperti Hishamuddin dan beberapa kerat spesis seperti dia dan 
'separa sesat' seperti sesetengah kepimpinan dalam parti PAN yang 
telah mentafsir agama Islam dalam bentuk tafsiran baru yang mirip 
kepada Islam liberal (tapi bukan liberal seperti kata Mujahid Yusof 
Rawa dalam forum TV1) sehingga umat Islam keliru dengan 
agamanya sendiri dan membina perjuangan "Islam tanpa 
syariat" kononnya memberikan fokus kepada pembangunan dan 
membasmikan kemiskian dengan slogan negara berkebajikan.



Sumber TKO - 1-7-2016


----------------------------------------------------------------------

Wow, kalau dulu jebon menang 
muktamar!

Posted on Wednesday, June 29 @ 15:44:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30798

"Assalamualaikum,,,

Cuba bayangkan bagaimana agaknya PAS hari ini 

kalau dulu jebon menang pemilihan dan barisan kepimpinan PAS diisi oleh 
jebob jebon.Kalau itu berlaku, PANgang tak akan 
ujud, Mat Sabu juga tak akan jadi presiden 
PANgang tetapi Mohd Awang yang jadi presiden 
PAS sebab menang pertandingan lawan TGHH, 
sementara Mat Sabu akan terus kekal sebagai timbalan presiden 
PAS serta lain lain jebon akan isi jawatan tertinggi PAS.Agaknya 
apa akan jadi pada PAS dengan barisan jebon diletakkan di depan 
dengan merujuk kepada apa yang ada dalam PANgang sekarang?

Satu perkara yang agak pasti ialah PAS tak akan berpecah dari PR.

Sebab pemimpin jebon semuanya komited untuk mengekalkan PR 
dengan DAP di letakkan sebagai pemimpinnya.Jebon sudah 
bersedia untuk meletakkan PAS di tempat PANgang sekarang.Jadi 
kalau jebon menang pemilihan PAS akan dibawa untuk menjadi '
mokpek' atau barua DAP sepertimana PAN lakukan sekarang.Jebon 
tak kisah kalau undi tegar PAS lari asal undi DAP dari keturunan 
cina akan terus diperolehinya.

Tak dapat dibayangkan bagaimana PAS akan berfungi sebagai 

barua DAP. sebagai sebuah parti Islam. PAS hanya akan ikut 
telunjuk DAP dalam hal hal yang melibatkan ugama.Sudah tentu 
Hudud dan akta 355 tidak akan dibentang kerana DAP tak kasi, 
ekonomi akan didakwa diutamakan dari hukum tetapi nak 
tingkatkan ekonomi juga kena dengar cakap DAP.

Itulah kemungkinan yang akan berlaku sekarang  seandainya calon 

jebon berjaya mendapat undi majoriti semasa muktamar dulu.Tapi 
Alhamdullah perwakilan tidak percaya jebon boleh jaga agama 
seperti ulamak seperti TGHH jaga agama.

Jebon yang tewas teruk lari dari  parti dan tubuh PANgang sambil 

mendakwa mereka disingkir dari PAS.Tak ada siapa yang singkir 
mereka kecuali Husam yang minta dipecat.Kemudian mahfuz Omar 
pula......................."

Sumber TKO - 29-6-2016

-----------------------------------------------------------------------

Tarbiah Mereka Sebagaimana Kita
Ditarbiah


Posted on Wednesday, June 29 @ 10:18:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah






http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30794



Kerteh Sabtu 25 Jan 2016- Ketua Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan
PAS Terengganu yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz
Satiful Bahri Mamat mengingatkan para pemimpin kanan PAS
Terengganu agar mentarbiah ahli dan generasi baharu dengan
fikrah dan kefahaman perjuangan Islam yang sebenar. Apatah lagi
dalam situasi semasa yang penuh dengan cabaran.(Gambar dari
kanan: Ustaz Nik Mahadi, Ustaz Nik Muhammad Nasri, YB Ust
Satiful)

Kata beliau: ‘Sistem pengurusan jemaah kini mungkin lebih kemas 

tetapi mencari seperti ketahanan fizikal Nabi tentunya tidak sama. 

Quran mungkin disusun dengan lengkap di zaman ini tetapi 

generasi al Quran yang dibina oleh Nabi SAW tentunya tidak sama 

dengan generasi yang kita bina.’

‘Lajnah Tarbiah mengadakan program tamrin tahunan ini secara 

rutin. Kita mungkin sibuk dengan pelbagai tugasan jemaah dan 

parti, tetapi kita boleh memberi ruang masa untuk ditarbiah 

walaupun masa dan programnya singkat.’ Ujarnya.


 Tambah beliau lagi: ‘Kita mesti rapatkan saf, tingkatkan ukhuwwah, perkukuhkan gerakerja terutama kita ini pimpinan. Bawa bahtera perjuangan ini dengan 
baik. Kita mesti sediakan pelapis untuk menghadapi cabaran akan 
datang.’

‘Dar serta institusi pendidikan di bawah seliaan parti sentiasa 
bersama dengan anak-anak buah, juga termasuk dengan ibubapa 
mereka. Ini sebenarnya sebuah keluarga besar yang boleh kita 
manfaatkan.  Begitu juga melalui kuliah-kuliah agama yang 
disampaikan, cuma ia perlu diperkasakan.’
Sambung beliau lagi: ‘Hasrat Presiden PAS mahu lahirkan 12 ribu 
ahli yang benar-benar istiqamah, sebagaimana hadis yang 
menyebutkan tentang tentera yang tidak dapat dikalahkan. 
Justeru, kita di Terengganu akan usahakan 1000 ahli tersebut, terutama di kalangan nuqaba, bukan nama sahaja nuqaba, tetapi nuqaba yang ada usrah.’
‘Daurah dimulakan di peringkat negeri perlu diturunkan ke 
peringkat lebih bawah sehingga cawangan dan ahli. Modul mesti 
dihabiskan supaya ia menjadi persiapan stamina dalaman untuk 
satu gerakerja yang lebih jauh.’

Beliau juga mengulas pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai 
Besar baru-baru ini: ‘Keputusan PRK itu menunjukkan undian dan 
sokongan terhadap PAS sekitar 43-50% sebagai undi teras. Ini 
suatu kejayaan. Itu di pantai barat. Kalau di pantai timur, 
sepatutnya lonjakan politik yang lebih kuat.’

‘Kiralah tenaga murabbi yang sepatutnya dilahirkan supaya terus 
istiqamah, apatah lagi jika ditakdirkan pilihanraya berlaku di 
Terengganu’

‘Ada di kalangan ahli yang mungkin keliru. Justeru, kita sebagai 
pimpinan kena buat kerja tarbiah, termasuk ahli baru yang semakin 
ramai. Terengganu antara negeri yang punya ahli teramai, cuma 
bagaimana kita beri pengisian kepada mereka: Kenapa sokong. 
PAS, kenapa bersama PAS.’

‘Isu kalangan Tionghua pula, Dewan Himpunan Penyokong PAS 
mahukan supaya usrah dibuat untuk mereka. Mereka mahu 
kefahaman yang dibawa kepada masyarakat khususnya non 
muslim adalah kefahaman yang sebenar. Apa yang diminta oleh 
DHPP adalah sebenar, bukan hanya cakap-cakap politik. Untuk itu, 
pihak Lajnah Tarbiah melalui
ILHAM membuat modul khusus untuk DHPP. Sebagai contoh, 
ucapan wakil DHPP di dalam muktamar baru-baru ini dengan 
membaca ayat Quran datang dari diri sendiri dan keinginan sendiri 
tanpa paksaan.’

Beliau terus menyebut: ‘Mungkin kerja kita ada yang tidak glamour 
tetapi besar kerja dan pahalanya. Kita yang telah ditarbiah sebelum 
ini oleh pimpinan terdahulu, bagaimana pula kita mendidik 
generasi berikutnya untuk lahir menjadi nuqaba.

Di antara cabaran kita ialah di IPT. Mereka adalah generasi yang 
lahir untuk masa akan datang. Dari segi nisbah pelajar dengan 
mereka yang faham Islam, ia tidak memadai.
Isme lain dari Islam boleh berkembang.

Ada peminat pemikiran iberal. Di Indonesia sudah.lama, tetapi di 
Malaysia mungkin masih baharu tetapi sekarang ia sedang 
berkembang.

Anak muda yang jiwanya memberontak mungkin mudah terikut, 
termasuk bersedia berada di atas platfom perjuangan yang salah. 
Bahkan menjadi jurucakap untuk ideologi lain.’ kupas beliau lagi.
Program Tamrin Qiadi ini mengumpulkan AJK Badan Perhubungan 
PAS Negeri Terengganu BPPNT, AJK Dewan-Dewan peringkat negeri 
dan AJK Lajnah Tarbiah Negeri.
Ia dimulakan selepas Asar petang Jumaat dengan tadarus alQuran, 
berbuka, solat Maghrib, Isyak danTerawih berjemaah.

Ia kemudiannya diisi dengan pembentangan kertaskerja dengan 
fokus puasa dan Ramadhan serta kaitannya dengan taqwa dan 
pembinaan kekuatan dalaman oleh Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood, 
AJK Lajnah Tarbiah PAS Pusat.
Ia diikuti dengan Hiwar Qiadi bersama kepimpinan PAS Terengganu.

Program diteruskan dengan qiamullail, sahur, solat Subuh 
berjemaah dan diakhiri dengan taujihat dari YB Ustaz Satiful Bahri 
Mamat.

Sumber TKO - 29-6-2016


Miliki Ijazah PHD bukan tiket

Posted on Monday, June 27 @ 15:42:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30751

"Kawan FB penulis dua tiga hari lepas berkata,
ahli jawatankuasa (EXCO) pemuda Pas Malaysia 
kebanyakannya ada ijazah Dr (PHD).

Tiba tiba teringat penulis nama Dr Mujahid Yusof 

yang kalah ahli jawatankuasa pada muktamar 
agung tahunan tahun lepas (2015) lari tinggalkan 
wadah perjuangan.

Beliau dikatakan sangat komented dan istiqamah 

dengan parti Pas, akan tetapi setelah kalah teruk 
dalam muktamar tahunan tempoh hari jadi tidak 
keruan sebelum tinggalkan parti Pas.

Jadi, kita tidak boleh andaikan bahawa yang ada ijazah PHD 

merupakan ajk atau pemimpin yang boleh bertahan sabar apabila 
diuji dengan satu ujian yang kecil berbanding dengan ujian Allah 
terhadap para pemimpin Ikhwanul muslimin.


Penulis berani mengatakan PHD bukan tiket untuk mereka terus 
menersu boleh bersyukur. Apatah lagi untuk menahan sabar. Kalau 
ia tiket mengapa Dr Mujahid Yusof pergi tinggalkan parti pas satu 
satu parti Islam di Malaysia.

Apa pun iman dan takwalah sebagai tiket untuk manusia dapat 
benar benar bersyukur dan menahan sabar.Ijazah PHD (DR) bukan 
tiket untuk manusia boleh kekal istiqamat dengan perjuangan, 
hatta dalam wadah perjuangan Islam sekalipun.

Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

 “ Dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati) 
Sesungguhnya Allah berserta orang orang yang sabar” (surah al-
Anfal ayat 46)

Allah subhanahu wataala sudah nyatakan apabila Dia berserta 
dengan orang orang yang sabar, maka mereka akan beroleh 
kebaikan dan kemenangan, serta kenikmatan zahir dan batin 
didunia dan diakhirat.

Kepimpinan dalam parti politik bergantung kepada kesabaran dan 
keyakinan sepertimana firman Allah yang bermaksud:

 “ dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin yang 
membimbang kaum masing masing kepada hukum agama kami, 
selama mereka bersikap sabar (dalam menjalakan tugas itu) serta 
mereka tetap yakin akan ayat ayat keterangan kami” (surah as-
Sajadah ayat 24)

Dengan adanya jiwa sabar dan bertakwa kepada Allah subhanahu 
wataala maka segala apa yang berlaku pada dirinya termasuk tipu 
daya musuh, miskipun dia berkuasa, tidak akan mampu 
mendatangkan sebarang kemurdaratan.

Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka 
sesunggunya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang orang 
yang berbuat kebaikan” (surah Yusof ayat 90)

Allah suhbanahu wataala nyatakan lagi dengan firmannya yang 
bermaksud:

 “ Wahai orang orang yang beriman, bersabarlah kamu 
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara perkara 
kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripoada 
kesabaran musuh, dimedan perjuangan) dan bersedialah (dengan 
kekuatan pertahanan didaerah daerah sempadan) serta bertakwalah 
kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan)” 
(surah Al-Imran ayat 200)


Sumber TKO - 27-6-2016 



Model Gerakan Islam: 

Perlukah jamaah dan parti 

dipisahkan?

FATHI YUSOF | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41706-model-
gerakan-islam-perlukah-jamaah-dan-parti-dipisahkan

Ada pandangan bahawa model gerakan Islam yang bergerak atas
identiti parti politik seperti PAS adalah tidak sesuai. Mereka
berpandangan model pengasingan antara jamaah atau gerakan
Islam dan parti politik adalah lebih mantap dan praktikal. Contoh
yang diberi ialah Ikhwan dan sayap politiknya Parti Kebebasan dan
Keadilan (FJP). Alasannya, model penggabungan akan menyebabkan
berlaku pertembungan antara bahasa dakwah dan bahasa siasah, l
antas ia boleh menjejaskan
sokongan politik. Selain itu wujud pertembungan antara keperluan
untuk mempelopori kebebasan bersuara dalam jamaah melalui
konsep demokrasi dengan keperluan untuk patuh kepada parti
mengikut konsep amal jamai.

Pandangan ini mempunyai asas dan hujah yang perlu ditelitikan.
Namun persoalan pokok yang perlu dilihat ialah: Apakah model
gerakan Islam yang paling sesuai dari aspek entiti dan identity
gerakan itu? Adakah gerakan Islam perlu wujud sebagai payung
kepada organisasi-organisasi dalam bidang pelbagai seperti parti
politik, badan pendidikan, badan kebajikan dan lain-lain? Atau lebih
baik gerakan Islam itu sediri wujud sebagai satu organisasi yang
menggabungkan semua urusan di dalam satu organisasi. Dalam
konteks perbincangan ini persoalan lebih menjurus kepada entiti
gerakan Islam dan entiti politik yang dinaunginya, adalah perlu
berasingan atau bergabung.

Perlu diingat setiap model ada kebaikan dan kelemahan. Dan
sesuatu model mungkin sesuai di sesebuah negara, tetapi tidak
sesuai di nagara lain. Selain itu tidak ada model yang sesuai
sepanjang zaman. Masa dan persekitaran boleh mengubah fakta
kesesuaian model gerakan Islam dalam menerajui gerakan siasah.

Namun dalam konteks Malaysia, saya berpandangan model yang
diamalkan oleh PAS sekarang iaitu penggabungan entiti antara
gerakan Islam dan badan siasah adalah model yang paling praktikal
untuk mendepani politik semasa.

Konsep pengasingan memang satu konsep yang ideal. Nampak
cantik dan lancar. Namun ia mendatangkan masalah yang lain.
Misalnya konflik yang lebih dahsyat akan timbul dalam menentukan
tahap kawalan gerakan Islam ke atas parti itu. Jika terlalu longgar,
ia membawa risiko pemisahan mutlak. Jika terlalu ketat, ia akan
dianggap tidak demokratik. Saya percaya Ikhwan dan FJP sedang
berdepan dengan masalah ini.

Bukan itu sahaja, rakyat pun boleh mempertikaikan ketelusan parti
yang dibawah kawalan gerakan Islam itu. Jika parti terikat dengan
sebuah organisasi lain yang lebih induk, tergambar kepada rakyat
bahawa terdapat satu kuasa luar yang tidak tertakluk kepada pentas
politik yang mengawal segala-galanya. Tentunya parti ini tidak digemari.

Lebih teruk lagi jika parti itu memimpin kerajaan. Entiti yang
mengawal parti akan dianggap campur tangan dalam urusan
pemerintahan, dalam keadaan mereka tidak pernah terjun dalam
pentas politik.

Melihat kepada hipotesis ini, maka kewujudan gerakan Islam dan
parti politik secara tercantum seperti PAS adalah lebih meyakinkan
rakyat dan lebih telus dari sudut pandangan demokrasi.

Selain itu, pemisahan entiti gerakan Islam dan parti politik juga
mendatangkan risiko masalah dan konflik dalam konteks
pengurusan bakat dan kepimpinan pelapis. Gerakan Islam tentunya
diberi berperanan untuk melahirkan pelapis kepada parti politik,
namun pemimpin parti pula tentunya mempunyai kecenderungan
tersendiri dalam menentukan pelapis mereka. Keadaan akan
menjadi lebih kompleks jika ditetapkan bahawa anggota parti
dilatih dan dilahirkan melalui satu entiti yang berasingan pula.

Perlu diingat bahawa setiap entiti atau organisasi mempunyai
budaya atau sub-budaya masing-masing. Setiap peneraju dalam
entiti yang berbeza pula mempunyai kecenderungan dan penilaian
yang berbeza-beza. Hal ini akan membawa kepada konflik
berpanjangan dalam menguruskan pertalian antara gerakan Islam
selaku entiti induk dan parti politik serta badan latihan selaku entiti
khusus. Walau pun kelihatan cantik di atas kertas, namun hakikat
sebenar tidak lah seindah yang disangkakan.

Selain itu penglibatan petugas Islam dalam demokrasi merupakan
satu cabaran dunaiwi yang hebat. Orientasi demokrasi yang
kadang-kadang boleh menyebabkan petugas Islam terpesong dari
cita-cita perjuangan sebenar. Antara cabaran demokrasi yang boleh
membawa pemesongan ialah:

1. Orientasi pertembungan (adversarial) yang boleh menghakis
jatidiri petugas Islam sebagai pendakwah.

2. Orientasi mengejar kuasa yang boleh menggalakkan penyakit
hub riyasah.

3. Orientasi mengutamakan kebebasan dalam demokrasi boleh
mendorong kepada perjuangan kebebasan yang melampau
sehingga mengenepikan citra Islam dalam falsafah hak dan
kebebasan.

4. Orientasi propaganda politik yang boleh mengikis sikap mengakui
kelemahan sendiri dan menghargai kebaikan pihak lawan.

5. Orientasi mengejar populariti yang boleh menjejaskan kejernihan
hati.

Oleh yang demikian, saya tidak bayangkan jika entiti politik dalam
gerakan Islam dipisahkan dari gerakan Islam induk. Petugas Islam
yang menggerakkan politik sepatutnya tidak boleh diasingkan.
Mereka perlu berada dalam pelukan jamaah, melalui proses tarbawi
yang secukupnya dan membina peribadi muslih seutuhnya.

Oleh itu, model penggabungan seperti yang diamalkan PAS tentunya
lebih bulat, utuh dan senang untuk mencapai muafakat. Dua kelemahan
iaitu konflik antara
bahasa dakwah dan bahasa siasah, serta masalah konflik antara
demokrasi dan ketaatan, tidak dinafikan wujud. Namun kedua-dua
kelemahan ini adalah cabaran yang perlu ditangani, bukannya
penyebab untuk meninggalkan perjuangan PAS.

Secara peribadi kunci kepada penyelesaian masalah ini ialah
kejujuran. Politik Islam berasaskan kejujuran iaitu tidak bercakap
semata-mata untuk meraih sokongan, tetapi bercakap untuk
menyatakan kebenaran disamping untuk mendidik rakyat. Memang
terkadang gerak politik Islam kelihatan janggal dari kaca mata
pertimbangan politik sekular, kerana politik sekular berpusatkan
undi dan populariti. Pendirian dan kenyataan pemimpin gerakan
Islam dibuat berasaskan prinsip Islam, untuk tujuan dakwah dan
siasah jangka panjang, kadang kala mendatangkan kesan buruk
kepada undi dan populariti. Namun, inilah sebahagian dari pada
cabaran yang perlu ditangani. Hakikat ini tidak bermakna undi dan
populariti langsung tidak diambil peduli. Undi dan populariti penting
dalam penglibatan demokrasi, namun ia tidak boleh mengatasi
agenda besar perjuangan Islam untuk menyebarkan rahmat Islam
kepada seluruh manusia.

Selain itu pertembungan antara kebebasan bersuara dalam
sesebuah organisasi yang menjadi teras kepada fahaman demokrasi,
dan ketaatan kepada organisasi serta kepimpinan mengikut fahaman
amal jamaie bukanlah satu pertentangan yang serius. Asas kepada
penyelesaian pertembungan ini ialah kebijaksanaan dalam
menentukan garis ketaatan yang sesuai dengan prinsip Islam
seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Apabila gerakan Islam menerima demokrasi, ia tidak bermakna
fahaman demokrasi itu yang mengatasi prinsip berorganisasi secara
Islam. Bahkan demokrasi itu sendiri terlalu longgar untuk dianggap
satu ‘prinsip’. Garis ketaatan dan kebebasan yang ada dalam sistem
organisasi Islam sudah cukup untuk dijadikan sandaran dalam
menentukan akhlak dan tatacara ahli serta pemimpin gerakan
Islam. Tentunya kita yakin, prinsip Islam ini lebih adil, lebih tepat
dan lebih berkesan berbanding apa sahaja sistem yang diberi nama
oleh manusia.

Masalah yang wujud hari ini ialah kewujudan individu yang
cenderung kepada pendekatan melampau yang menjejaskan
keindahan sistem kepimpinan dan ketaatan dalam Islam. Masalah
sikap yang melampau ini bukan sahaja wujud dalam kelompok
Islam, bahkan juga ada di mana-mana organisasi termasuk yang
dianggap sebagai badan demokratik. Ringkasnya, masalah sebenar
bukanlah pertembungan antara pendekatan demokrasi dan prinsip
amal jamaie, tetapi ia berkaitan dengan sikap dan kelemahan
manusia yang memerlukan usaha pembetulan yang berterusan.

Kesimpulannya, kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam
sekaligus berdaftar sebagai sebuah parti politik dan terlibat secara
langsung dengan pilihan raya merupakan satu pilihan yang terbaik
dalam realiti yang ada ini. Model ini mempunyai kelemahan dan
cabaran yang tersendiri, namun ia tetap menjadi model yang paling
berkesan dan mudah untuk ditangani. Bahkan model ini lebih serasi
dengan sifat Islam yang bersifat syumul apabila kesyumulan Islam
itu diterjemahkan dalam bentuk kesyumulan tanzim. Mungkin juga
perbahasan dari sudut sirah perjuangan Rasulullah juga dapat
menyokong kebaikan model penggabungan ini. Rasulullah SAW –
begitu juga khulafa’ al-rasyidin selepasnya – adalah pemimpin
politik, dan dalam masa yang sama menjadi pemimpin utama umat
Islam. Namun demikian, penilaian berterusan, pembaharuan dan
penambahbaikan model gerakan Islam ini tetap perlu bagi
memastikan gerakan Islam sentiasa dapat bersaing mengikut
perubahan zaman dan suasana.

Sumber HD - 27-6-2016



1 Formula 4 Perkara Untuk
Pembangkang Fikirkan Bersama


Posted on Sunday, June 26 @ 15:44:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30742


Tepat  peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru terngadah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Hari ini geger pemimpin PH ajak PAS berunding demi menyusun semula langkah bagi menghadapi PRU14. Bencana menunggu jika dipertahankan ego dan degil masing-masing. Siapa yang ego siapa yang degil?

Mari kita renung balik lipatan sejarah yang masih muda. Kalaulah Langkah Kajang ciptaan ‘genius politik’ PKR, Rafizi Ramli tidak diada-ada, adakah 2 orang barua PAS yang menyanggah Presiden akan membelakangi keputusan parti? Kalaulah TS Khalid Ibrahim tidak digangguusik sebagai MB dan fitnah dokumen puluhan mukasurat tidak dirancang untuk menjatuhkannya, adakah perselisihan  yang membawa kepada perpecahan di dalam PAS menjadi begitu sengit? Bukankah dengan Langkah Kajanglah pemimpin DAP mula menyerang TGHH dan PAS? Dan bukankah susulan Langkah Kajanglah DAP menahan lukah di pergentingan dengan menyebelahi PASMA dan G18. Lantas direncanakan pembentukan parti baru yang hari ini lebih glamour dengan nama PAN?

Kenapa DS Wan Azizah, Rafizi dan PKR tidak berbicara dengan kesilapan sendiri? Bukankah semua tuduhan terhadap TS Khalid Ibrahim disahkan fitnah oleh mahkamah?  Kenapa DAP, PKR dan PAN buat-buat buta tentang hal ini? Ada DAP komen dan kondem perbuatan terkutuk PKR terhadap TS Khalid? Ada kamu cadangkan agar Rafizi dan PKR memohon maaf kepada PAS kerana kesilapannya yang telah menghuru-harakan keteguhan wala dalam PAS? Kenapa tak dibicara keterlanjuran ini agar jelas punca kecacamarbaan pada hari ini? Justeru, ego dan degil siapa dipertahankan?

Video dan dokumen yang menjelaskan bahawa DAP dan Lim Guan Eng bersetuju PAS dengan agenda Negara Berkebajikan dan perjuangan mendaulatkan syariat Islam secara bersendirian bukankah dapat ditonton oleh setiap rakyat, khususnya penyokong DAP dan PKR? Jadi siapa sebenarnya yang memungkiri janji dan melanggar persetujuan bersama? Kenapa orang yang memungkiri janji menjaja hingga ke  dalam media massa dan akhbar berbahasa Cina bahawa PAS  telah memungkiri janji? Bukankah fitnah ini amat jelas umpama terang lagi bersuluh?



Suatu waktu semasa kamu lemah, kamu pernah faham dan bersetuju dengan perjuangan PAS. Kenapa apabila kamu merasa kuat, kamu serang dan kamu memfitnah  PAS habis-habisan? Tuan Guru kami kamu hina dengan pelbagai gelaran? Dalam kes ini, sepatutnya giliran PKR pula menegur kesilapan Lim Guan Eng dan DAP kerana mencabul perjanjian. Tetapi apa yang berlaku, kamu turut sama menyerang PAS . Kenapa PAS diperlakukan begini oleh rakan-rakan sekutunya? Hari ini kamu PKR,DAP dan PAN  kata PAS ego, keras kepala dan kamu ugut dengan kekalahan? Bukankah ini pembulian yang berterusan?



Kamu, PKR, DAP dan PAN reka cerita fitnah konon PAS nak berUG dengan UMNO? Pakai baju sedondon  itu pun UG namanya? PM ziarah TGHH sakit di hospital juga UG namanya? Berbincangan untuk RUU Syariah itu UG namanya? Hingga PRU KK dan SB, kamu masih prejudis ( fitnah sebenarnya) bawa PAS nak tarik diri dan beri kemenangan percuma kepada BN? Wahai hati perut manusia yang masih berhati perut; inikah model kesatuan yang kamu mahu persembahkan kepada rakyat?



Kini kamulah juga yang mendakwa rakyat sudah bosan dengan pertelingkahan dalam kalangan pembangkang? Rakyat sepatutnya bosan dengan perangai kamu. Tetapi kerana kamu ‘genius politik’ menguasai akhbar Cina ,kamu menuduh  PAS-lah membawa kerosakan kepada kesatuan pembangkang.



Kembali kepada hari ini. Kalaulah kita boleh mengadakan terowong masa, bolehkah kita berundur ke belakang di takut lama kekuatan kita? Bolehkah kita kembalikan kerusi MB Selangor kepada TS Khalid Ibrahim?  Bolehkan  PAN dikembalikan kepada tiada? Bolehkah kembali kepada  perjanjian bersama?  



Tak perlulah kita berilusi dengan terowong masa . Kita maju sahaja ke depan dengan suatu formula empat perkara.   Pertama, memadailah PKR, DAP dan pemuka PAN memohon maaf atas kesilapan kamu bertiga. Kedua, PAN masih boleh dibubarkan dan  masuklah ke dalam PKR , DAP atau parti mana yang kamu suka. Yang jujur dan insaf kembalilah kepada PAS sebagai ahli biasa. Maka tak timbullah, siapa yang harus berkorban kerusi untuk PAN tandingi. Ketiga,  izinkan PAS terus dengan Negara Berkebajikannya. Keempat, Oktober akan tiba untuk  RUU Syariah dibahas untuk pengundian. Ayuh, sama-samalah kita menyokongnya.





Sumber TKO - 26-6-2016




MAHATHIR... dulu menghina dan kini
dihina

Posted on Sunday, June 26 @ 15:27:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30737



1. Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan Harun, Naib Ketua
Pemuda, yang mengsyor supaya Kerajaan menghentikan segala
bantuan kewangan dan harta kepada Yayasan Kepimpinan Perdana,
termasuk penggajian kakitangan.

2. Memanglah menjadi hak Kerajaan mengguna kuasa yang diberi
oleh rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah.

ULASAN : Dulu Tun rampas royalti Terengganu atas syor
UMNO Terengganu.Tun kerah PDRM serang Memali atas syor
UMNO Baling.


3. Yang saya sedih ialah cadangan ini datang dari pemuda yang
akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan.
Sebelum pun mendapat kuasa, kebengisan dan corruption of power
sudah ditunjuk.

ULASAN : Tun kena ingat,semasa Tun berkuasa 22 tahun
segala aksi kezaliman Tun disaksikan oleh Pemuda UMNO
yang diterajui PMNajib.


Apa yang sedihnya Tun? Tun yang mengkader dan tarbiah
mereka.Kini tiba masanya mereka amalkan ilmu yang
diturunkan oleh Tun.


4. Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah
bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap
pemberi. Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada
perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya
adalah rasuah.

ULASAN : Tun mudah lupa macam Melayu mudah lupa.Siapa
Tun untuk bercakap bab rasuah?

Tanyalah Lingam.Tanyalah Eric Chia.Tanyalah Rafidah Aziz.
Tanyalah Liong Sik dan penyelamatan syarikat kapal anaknya.
Dan tanyalah Anwar Ibrahim mengapa beliau dihumban
dalam penjara?


5. Negara sekarang tahu apabila Khairul Azwan dengan
konco-konconya mendapat kuasa (melalui rasuah) negara akan
melihat suapan dan rampasan oleh Kerajaan sebagai cara
mengekalkan kuasa.

6. Ini jelas kerana hari ini pemuda dan pewaris menyokong segala
perbuatan Najib yang dunia pandang jijik, yang menjatuhkan
maruah negara bangsa.

7. Tidaklah salah jika diramal bahawa ini juga akan dilakukan oleh
mereka yang menyusul.

ULASAN :
Tun kena sedar tindakan Khairul Azwan dan rakannya itu
lahir hasil didikan tarbiah PMNajib dan PMNajib pula adalah
hasil pemakanan dedak Tun.Tun ajar Najib kencing berdiri
dan Najib ajar Khairul kencing berdiri.Apa yang peliknya
Tun.


8. Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat.

ULASAN :
Memanglah Tun tidak rasai walaupun sebesar zarah.Kerana
hasil bahagi faraid harta negara hasil mausul negara Tun
selama 22 tahun untuk kroni sudah memadai untuk 7
keturunan Tun,7 keturunan Ananda,7 keturunan Eric Chia ,7
keturunan Rafidah,7 keturunan Vicent Tan dan 7 keturunan
Ling Siok Sik.


9. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan .
Hanya saya sedih memikir masa depan negara tercinta ini.

ULASAN :
Tun,biarlah kita berterus terang.Sebenarnya tarikh Anwar
(1998)diaibkan,itulah detik permulaan kemusnahan negara
kita.


10. Apakah akan jadi kepadanya setelah budaya rasuah dipandang
tinggi dan dipertahan oleh yang akan berkuasa dan memerintah.

ULASAN :
Alangkah bagusnya jika Tun bercakap begini semasa Tun
jadi PM dulu.Sekarang apa yang Tun bercakap tentang
rasuah,rakyat sekadar senyum sahaja.Biasalah standard
percakapan bagi bekas pemimpin bila tiada kuasa.Bekas
Presiden US Clinton,Jimmy Carter pun bercakap begini.


PESANAN AKHIR:
Tun,pergilah ke Mydin.Beli sejadah dan tasbih.Zikir dan doa.
Ataupun Tun pergi ke Memali.Cari waris syuhada yang masih
hidup.Minta maaf dan hulur bantuan.
"


Sumber TKO - 26-6-2016


Apakah IRC-JIM-IKRAM amalkan
taqiyyah?


Posted on Saturday, June 25 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=

article&sid=30706

Apa itu taqiyyah? Umumnya ia satu ungkapan atau janji atau 

sumpah yang berpura-pura untuk selamatkan diri atau untuk 
menjaga kepentingan kumpulan sendiri.
Taqiyyah adalah popular dalam fahaman Syi’ah. Menurut Syi’ah
bahwa Taqiyyah wajib dilakukan. Jadi taqiyah adalah salah satu
prinsip agama mereka. Taqiyyah dilakukan kepada orang selain
Syi’ah, seperti ungkapan bahwa Quran Syi’ah adalah sama dengan
Quran Ahlussunnah. Padahal ungkapan ini hanyalah kepura-puraan
mereka. Mereka juga bertaqiyyah dengan pura-pura mengakui
 pemerintahan Islam selain Syi’ah. Padahal kakikatnya orang Syi’ah
sangat membenci dan menganggap pemerintahan tersebut telah
merampas.

Petikan dari: http://www.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/
2013/02/21/65910/taqiyah-dalam-pandangan-syiah-dan-ahlus-
sunnah.html

“Ali Muhammad al-Syalabi menerangkan, dalam Syiah ada empat
unsur pokok ajaran taqiyah;

Pertama, Menampilkan hal yang berbeda dari apa yang ada dalam
hatinya. Kedua, taqiyahdigunakan dalam berinteraksi dengan
lawan-lawan Syiah. Ketiga, taqiyah berhubungan dengan perkara
agama atau keyakinan yang dianut lawan-lawan. Keempat,
 digunakan di saat berada dalam kondisi mencemaskan
(Ali Muhammad al-Syalabi, Fikr al-Khawarij wa al-Syiah fi Mizan
Ahlissunnah wal Jama’ah, hal. 311).

Posisi ajaran taqiyah dalam Syiah sangat esensial. Seperti kata
al-Kulaini, penulis al-Kafi:

لا دين لمن لا تقية له

“Tidak beragama orang yang tidak menggunakan konsep taqiyah.”
(al-Kulaini, Ushul al-Kafi, jilid II, hal. 217). Karena itu, Ibnu
 Babawaih, tokoh besar Syiah klasik, berfatwa bahwa hukum
menerapkan taqiyah itu wajib, seperti kewajiban menjalankan
shalat.

Ia mengatakan; “Keyakinan kita tentang hukum taqiyah adalah
wajib, barang siapa yang meninggalkan taqiyah sama halnya dengan
meninggalkan shalat.” (Ibnu Babawaihi, al-I’tiqadat, hal. 114).

Dalam keyakinan Syiah, taqiyah merupakan pilar-pilar utama agama.
Taqiyah diserupakan dengan Sembilan persepuluh dari agama
mereka. Sementara rukun-rukun Islam dan kewajiban dalam Islam
lainnya hanya sepadan dengan satu persepuluh. Ini artinya, taqiyah
lebih utama daripada rukun Islam. (lihat al-Kafi, juz II hal. 217,
Badzlul Majhud  juz II hal. 637).”

Manakala dalam kalangan Sunni pula, taqiyah amat  berbeza dan ia 
tidak wajib.

Petikan dari http://www.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/
2013/02/21/65910/taqiyah-dalam-pandangan-syiah-dan-ahlus-
sunnah.html

“Berbeda dengan Syiah, Islam (Ahlus Sunnah) memberlakukan
taqiyyah terhadap orang-orang kafir. Dalam paradigm Islam,
menyembunyikan keyakinan di hadapan orang kafir dibenarkan jika
dalam kondisi darurat. Hukumnya boleh, tidak wajib.

Seperti dalam firman Allah swt: “Barangsiapa yang kafir kepada Allah
sesudah dia beriman kecuali orang yang dipaksa kafir padahal 
 hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi
orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran maka kemurkaan 
Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.” (QS: Al-Nahl :
106).

Dari ayat ini jelas terlihat perbedaannya dengan konsep Syiah.
 Seperti diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal, bahwa
menyembunyikan keyakinan di hadapan orang kafir berlaku saat
awal-awal Islam, sebelum umat Islam kuat. Adapun sekarang, Allah
memberikan kemenangan kepada umat Islam. Sehingga hendaknya
mereka tidak merasa takut lagi. (Imam al-Qurtubi,Al-Jami’ li Ahkami 
al-Qur’an, jilid IV hal. 57).

Dalam Islam (Ahlus Sunnah), taqiyyah merupakan rukhshoh
 (kemudahan) ketika dalam kondisi darurat. Parameter darurat itu
seperti digambarkan oleh Ibnu Mundzir; “Para ulama sepakat bahwa
orang yang dipaksa kafir, saat keselamatan jiwanya terancam,
kemudian mengucapkan kata-kata kufur, tapi hatinya tetap teguh
keimannnya, demi menyelamatkan nyawa adalah diperbolehkan.”
(Ibn Hajar, Fathul Bari, 12 hal. 314).

Jadi, ada perbezaan mendasar antara taqiyyah dalam Ahlus Sunnah
dan Syiah. Ahlus Sunnah mensyaratkan dalam kondisi darurat.
 Darurat ini ukurannya seperti ukuran dalam fikih. Yakni nyawa
terancam. Sedangkan Syiah, tidak ada syarat seperti itu. Bahkan
merupakan kewajiban agama di tengah mayoritas golongan lain.
Taqiyyah dalam Syiah bukan dispensiasi, tapi kewajiban asasi.”

Soalan: Bolehkah kita kata ahli IRC-JIM dipercayai 
mengamalkan fahaman taqiyah ini? Mungkin ya mungkin 
tidak. Tetapi apa yang kita perhatikan tingkah laku mereka, mereka
boleh berpura-pura di hadapan orang lain yang bukan IRC-JIM.
Apabila mereka bersama PAS, mereka berpura-pura mereka sokong
PAS dan mereka bersama PAS. Tetapi mereka hanya berpura-pura.
Di belakang PAS, mereka ada agenda lain dan tersembunyi.

Shaari Sungip dan Mustafa Kadir pernah bertemu dengan TGHH dan
TG Hj Harun Taib apabila kembali dari UK setelah tamat belajar pada
 pertengahan 1980an dan menawarkan diri untuk membantu PAS.
TGHT sudah mengenali Shaari Sungib lebih awal dari pimpinan PAS
yang lain apabila TGHT berdepan dengan kumpulan IRC ini di
kampus UTM, sarang utama IRC di Malaysia. Satu debat antara
mereka berdua pernah berlaku di pentas di UTM di awal 80an dalam
menentukan samada mahasiswa tempatan harus ambil sikap
partisan atau tidak partisan. IRC tidak mahu ambil sikap 
partisan kepada Islam apatah lagi kepada PAS dalam isu-isu
semasa termasuk isu politik yang berkaitan dengan kepentingan
ummah dan Islam. Alasannya mahasiswa masih belajar dan bahaya
kalau mereka menzahirkan diri sebagai petugas Islam atau
penyokong Islam. Inilah alasan puak Ikhwan Alami yang
berpandangan identiti pejuang Islam harus disorok. Jangan zahirkan.
Maka apabila pelajar Malaysia dari UK balik Malaysia, mereka tidak
mahu bersama PAS atas alasan nanti kena tangkap oleh kerajaan
BN-UMNO. Kemudian mereka menimbulkan polemik “PAS masuk
pilihanraya, dan pilihanraya tidak syar’ie”. Apabila pimpinan PAS
bertanya balik, adakah tidak masuk pilihanraya itu syarie? Mereka
diam membatu kerana tiada hujah balas. Murabbi dari Ikhwan Alami
adalah orang-orang Ikhwan yang diburu oleh kerajaan negara asal
mereka kerana penglibatab mereka dalam Ikhwan Muslimin yang
bermula di Mesir. Psikologi orang Ikwan Alami ialah takut
menzahirkan diri. Perasaan takut dididik dalam pelajar Malaysia
dalam kumpulan IRC, lalu apabila pelajar Malaysia dari kumpulan
 IRC ini kembali ke tanahair, mereka takut bersama PAS dan takut
 menyatakan sokongan kepada isu yang ada kepentingan Islam dan
ummah.

Apa pun setelah Shaari Sungib dan Mustafa Kadir bertemu dengan
 Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor, mereka diarah berbincang dengan
TGHH dan TGHT, yang memimpin Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat. PAS
menganggap mereka sudah matang dalam berjamaah.  PAS sangka
baik. Akhirnya Shaari Sungib dan Mustafa Kadir diberi tugas untuk
menulis silibus usrah untuk LajnahTarbiah PAS Pusat. Mereka
berjanji akan menyediakan buku dengan mengumpulkan tulisan-
tulisan pimpinan PAS yang mengikut manhaj PAS, dasar dan prinsip
Islam yang diperjuang ileh PAS, dan uslub dakwah PAS dengan
mengambilkira Perlembagaan PAS. SoalanApakah mereka 
bertaqiyah ketika itu? Maka lahirlah buku Usrah Jilid 1, tulisan
Abu Urwah (nama samaran Shaari Sungib) dan TGHH menulis blurp
di kulit belakang buku hijau air itu. Buku ini mengandungi beberapa
 bab yang dkumpulkan oleh Sahaari Sungib dari tulisan-tulisan
sahabat-sahabat dari MISG USA & Canada. Malang Shaari Sungib
dakwa dia adalah penulis buku tersebut. Tulisan-tulisan pimpinan
PAS tidak ada di dalam buku tersebut. Mstafa Kadir telah masuk
UMNO selepas rahsia identitinya terbongkar. Shaari Sungib sambung
belajat dan aktif di UK selepas itu sehingalah tahun 1990 beliau
kembali dan menubuhkan JIM untuk IRC yang bawah tanah sebelum
itu.

Setelah buku ini digunakan oleh ahli-ahli PAS dalam usrah-usrah di
 seluruh negara, Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat membuat pemantauan
dan mendapati kupasan buku tersebut oleh Shaari Sungib dan
Mustafa Kadir menyeleweng, di mana mereka menafikan kedudukan
ulamak sebagai pimpinan ummah. Bagi mereka pimpinan ummah
tidak mesti ulamak sedangkan di dalam ulamak adalah waris anbiya
dan menjadi pemimpin ummah. Pemiimpin negara atau parti boleh
terdiri dari umara yang boleh jadi juga dari kalangan ulamak. a.
Tetapi pemimpin ummah mestilah terdiri dari ulamak. Akibat dari
penyelewengan ini, buku ini ditarik balik dan dibatalkan dalam
 silibus usrah PAS. Pemahaman yang menyeleweng ini telah
menyerap masuk dalam pemikiran ahli-ahli usrah PAS terutama
dalam kalangan mahasiswa. Soalan: Apakah tidak mereka 
bertaqiyah depan pimpinan PAS bersetuju untuk mengikut 
 garis panduan penyediaan buku yang disediakan oleh 
pimpinan PAS, tetapi kemudian mereka langgar janji mereka?

Pada tahun 1987 pula, berlaku satu perdebatan yang hebat di MISG
 Convention di Kentucky mengenai isu yang sama, iaitu samada
mahasiswa harus partisan atau tidak partisan pada gerakan Islam
dalam isu-isu berkaitan dengan Islam dan ummah khususnya di
Malaysia. Kumpulan IRC dalam MISG tidak mahu partisan, tapi
kumpulan pro-PAS mahu ambi sikap partisan kepada Islam. Susulan
Convention itu, pimpinan PAS dan pimpinan IRC bertemu di Terra
Haute Indiana untuk berbincang semula dan selaraskan sikap
mahasiswa. Siapa yang hadir pada masa itu? Syed Azman, Ustaz
Hassan Shukri,Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Ali Othman, Ustaz
Zawawi Ali. Mereka mula berbincang selepas waktu Isya hingga ke
waktu Subuh esok. di Masjid Terra Haute. Abu Iman atau Dzulkifli
Ahmad dari England mewakili Syura UK turut hadir. Perbincangan
amat ilmiah dan bersandarkan kepada hujah dan nas yg kukuh,
mengambilkira semua aspek iman, akhlak, sosial politik psikologi,
dan politik antarbangsa, yang mana kesimpulannya menetapkan
satu keputusan secara musyawwarah bahawa mahasiswa Malaysia
mesti ambil sikap partisan kepada Islam untuk kepentingan ummah.
Malang bila Dzulkifli Ahmad balik ke England dan bertemu dengan
Syura IRC, mereka membuat keputusan membatalkan keputusan
musyarrawah Terra Haute. Soalan: Apakah ini bukan taqiyyah, 
setuju pada awalnya, kemudian langgar janji bersama? 
Bukankah ini janji pura-pura?

Apabila JIM ditubuhkan pada tahun 1990 secara rasmi di Malaysia,
ahli-ahli IRC dari UK  Mesir,dan Jordan serta ahli-ahli MISG USA&
Canada masuk JIM. Kebanyakan yang masuk adalah pimpinan
mereka. Pada tahun yang sama PAS berjaya menumbangkan
BN-UMNO di Kelantan. Maka Anwar menjemput JIM bersama UMNO
dan menjajikan habuan yang baik untuk mereka jika dapat
membantu Anwar dan ABIM dalam UMNO membawa “imej Islam”
 dalam UMNO. Maka lahirlah kertas Grand Design yang ditulis oleh
Shaari Sungib dan Dzulkifli Ahmad untuk menyusun strategi kuasai
UMNO dan PAS. Apa janji mereka pada Anwar? Soalan: Apakah 
mereka tidak bertaqiyah dengan Anwar pula? Dalam kertas
Grand Design itu, mereka menyatakan mereka tidak berharap pada
ABIM dalam misi Anwar ini.

Dr Dzulkifli Ahmad dan beberapa pimpinan IRC di Shah Alam masuk
PAS pada tahun 1996. Soalan: Apakah mereka tidak bertaqiyah 
dengan PAS pula? 

Malang berlaku pada Anwar dan JIM. Mereka lupa dalam sunnatullah
 perjuangan Islam, mesti ada ujian yang mesti dihadapi dan tidak
ada kemenangan mudah dalam perjalanan dakwah ini. Bila Anwar
kena pecat dari Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden
UMNO, ahli ABIM, ahli JIM-IRC jadi ketidak-tentuan dan berselerak
di sana sini.  Ustaz Fadzil dan dua pimpinan tertinggi PAS yang lain
telah membuat keputusan untuk membenarkan Ustaz Fadzil bertemu
Anwar dalam suasana kritikal itu. Natijahnya ahli ABIM, ahli JIM dan
ahli PAS “bersatu” di bawah
satu payung untuk berdepan dengan BN-UMNO. Kemudian PKN
(Parti Keadilan Nasional) ditubuhkan pada tahun 1999.

Dalam PRU 2000, BN tumbang di Terengganu. Kesemua ahli PAS,
ABIM dan JIIM dari PAS dan PKN bantu membantu menumbangkan
BN. Ahli IRC-JIM dalam PAS menikmati segala kemudahan dalam
PAS: markas PAS, kenderaan PAS, petuhas-petugas PAS. Mereka
kata PKN baru lahir dan dhaif serta perlu bantuan dari PAS sebagai “
abang”. Lalu dengan tagline itu, mereka mula meminta kerusi PAS
di beberapa DUN dan Parlimen. Ahli-ahli IRC-JIM dalam PAS main
peranan untuk pujuk pimpinan PAS memberikan kerusi kepada
 orang-orang mereka dalam PKR dan PAS.

Setiap tahun, IRC di UK dan MISG di USA mengadakan konvension
seperti biasa. Pada tahun 2000, 2001 dan tahun-tahun berikutnya,
pimpinan PAS dari ahli IRC-JIM, dijemput ke konvension di luar
negara. PAS secara senyap memantau pertemuan dan ucapan
mereka. Dalam pertemuan tertutup mereka, apabila pelajar
bertanya tentang masa depan JIM dan PAS, mereka mengatakan
“KITA BERPOLITIK BERSAMA PAS, JAMAAH MASING-MASING”
Tagline ini bocor kepada PAS. Ahli PAS yang ditugaskan 
mengikuti gerak langkah Shaari Sungib dan Dr Dzulkifi 
Ahmad ke UK dan Amerika telah mengesahkan tagline yang
menjadi pegangan mereka: taqiya dalam PAS.  Tagline ini membawa
makna wujudnya pemikiran JAMAAH DALAM JAMAAH, api dalam
sekam, musang berbulu ayam, talam dua muka, opportunis dalam
PAS. Mereka bersama kerana ada kepentingan. Soalan: Bukankah 
ini pelanggaran janji mereka setelah menjadi ahli PAS yang 
 perlu berpegang kepada baiah menjadi PAS dalam borang 
permohonan ahli yang mereka isi dan janji mereka untuk 
berpegang kepada Perlembagaan PAS? Soalan: Inikah 
taqiyyah mereka.

Masa berlalu, mereka mendapat tempat istimewa dalam PAS, dan
dalam masa yang sama mereka hampir berjaya menguasai
kepimpinan PAS pada tahun 2011 dan selepas 2013, susulan Kajang
Move, mereka cuba menggulingkan kepimpinan ulamak dalam PAS,
tapi gagal!  Mereka keluar dari PAS dan langgar baiiah sebagai calon
ADUN dan Parlimen PAS. Soalan: Apakah mereka bertaqiyyah
semasa mengungkap bai’ah ketika bersetuju untuk jadi calon PAS?
Soalan: Kalau mereka langgar baiah untuk menyelamatkan 
diri mereka dan agenda mereka serta jamaah mereka, maka 
ia adalah halal dan baiah yang diucapkan itu terbatal dengan 
sendiri? Inkah sagu lagi taqiyyah mereka, orang IRC-JIM?

Nah, Soalan: Apakah gabungan kelompok pro-syiah yang juga 
 mengamalkan taqiyyah dengan kelompok IRC-JIM yang juga 
amalkan taqiyyah amat 
serasi? Pasti serasi? 2/3 dari ahli PAN adalah orang-orang JIM-IRC-
IKRAM. Soalan lagi: Apakah mereka sedang bertaqiyyah 
dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang? Logiknya, ucapan Aku
Janji atau sumpah setia atau baiah apa pun dengan DAP, ia hanya
satu taqiyyah yang mereka berpura-pura sahaja. Mereka boleh
langgar perjanjian mereka dengan DAP bila-bila masa. Soalan: 
Buat masa ini apakah mereka bertaqiyyah bersama DAP
 menguntungkan mereka, mereka dapat dedak, sekolah IKRAM
mereka dibiayai sebanyak RM15 juta oleh Kerajaan Pulau Pinang,
mereka dapat nikmati pelbagai kemudahan bawah kerajaan negeri
P. Pinang dan Selangor?

Soalan: Sampai bilakah mereka akan bertaqiyyah? Di manakah
sempadan taqiyyah mereka? Apakah sunnatullah perjuangan Islam
membenarkan mereka bertaqiyah sebagaimana mereka telah
lakukan selama ini? Apakah mereka bertaqiyyah untuk pelihara
nafsu atau untuk pelihara iman?  Apakah tidak mungkin taqiyyah
 mereka membawah kepada sifat munafik dan fasiq serta
merosakkan jamaah yang mereka sertai?  Kita tunggu keputusan
dari Allah SWT yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Apa yang kita maklum, mereka bertaqiyyah dengan pihak lain
daripada kelompok IRC-JIM-kerana mereka telah angkat sumpah
 taat setia atau baiah pada Amir (ketua) mereka di dalam organisasi
 (Majlis Syura Muslimin) mereka dikenali sebagai Ikhwan Alami.
Dalam kertas Grand Design yang ditulis oleh Shaari Sungib dan Dr
Dzulkifli Ahmad, terdapat nama-nama pemimpin Ikhwan Alami yang
berada di luar negara yang merupakan murabbi mereka semasa
mereka belajar di universiti di luar negara dan murobbi ini masih
lagi menjadi kiblat mereka.  Apabila mereka sudah bersumpah taat
setia, maka mereka akan pegang janji mereka. Mana-mana ahli
yang langgar baiah ini akan hadapi masalah pada masa depan.

Soalan: Bagaimana mengenali mereka?  Orang-orang IRC dari UK
yang kembali ke Malaysia di antara 1986-1991 mereka dikehendaki
 menghubungi orang lama IRC tertentu dan semasa pertemuan itu
mereka dikehendaki membawa akhbar Watan sebagai satu password
identiti. Kemudian mereka akan dimaklumkan ke manakah mereka
akan pergi dan apa yang patut mereka lakukan. Modus operandi ini
semacam gerakan bawah tanah. Seterusnya mereka akan ikuti
program dalaman IRC-JIM dan mereka mengelak menghadiri
program PAS kecuali atas arahan pimpinan IRC-JIM. Apabila mereka
berada dalam PAS, mereka betaqiyyah. Begitulah kisah mereka
sehinggalah berlaku Kajang Move, yang membuka topeng-topeng
 mereka satu persatu. Dan apabila mereka keluar PAS dan tubuh
PAN, mereka keluar beramai-ramai atas nama bai’ah mereka kepada
Amir Ikhwan Alami. Jadi kita tidak hairan, kelompok mereka yang
keluar terdiri dari bekas-bekas pelajar UK, USA, Mesri, dan Jordan.
Majoriti dalam PAN adalah orang IRC-JIM-IKRAM.  Timbalan Presiden
PAN adalah IKRAM, Calon PKR Sg Besar dan Kuala Kangsar dalah
IKRAM. Mat Sabu bukan IKRAM sejak azali lagi, maka dia tidak
boleh jadi calon PAN serta tidak dbenarkan oleh DAP.  Desus-desar
dalam kalangan ahli PAN, Mat Sabu bakal disingkirkan dan IKRAM
akan bawa masuk Husam sebagai Presiden baru PAN.

oleh Bekas Ahli IRC

Sumber TKO - 25-6-2016




30% Pengundi Cina Beralih Kepada BN
Kerana Tolak Parti PAN?


Posted on Thursday, June 23 @ 20:35:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30689



DAP mengakui kekalahan parti cawangannya (Parti PAN) di dalam
Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar disebabkan
sokongan masyarakat Cina yang kembali kepada Barisan Nasional
 (BN).

Lim Kit Siang, Tony Pua dan Nga Kor Ming selari dalam membuat
kesimpulan ini.

Timbul persoalan kenapa pengundi Cina beralih kepada BN 

sedangkan isu 1MBD, GST dan kenaikan harga barang makin 
mencerkam? Adakah mereka memaafkan BN?

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri 

Tajuddin Abdul Rahman dalam mengulas peralihan pengundi Cina 
mengatakan bahawa mereka mulai percaya kepada kepimpinan 
Najib dengan memberi contoh pembinaan Jambatan Manong.

Saya rasa gelak jika Menteri atau Timbalan Menteri UMNO buat 

ulasan. Mengalahkan budak sekolah tadika 'kelentong' mereka.

Manakala Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki 

pula berkata berdasarkan pengamatannya, pengundi Cina akan 
beralih arah untuk menyokong parti lain selepas dua penggal.

“Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan PRU 2013, mereka menyokong 

Pakatan Rakyat (PR), sekarang mereka akan kembali menyokong BN.

“Pola pengundian pengundi Cina sepanjang sejarah PRU di Malaysia 

saya perhatikan seperti itu,”

Saya setuju tapi kenapa?

Ada penganalisis luar membuat analisis perkara ini mendapati 

bahawa pengundi Cina beralih kepada BN kerana mereka kurang 
percaya dan yakin dengan parti PAN @ AMANAH.

Antara dapatan daripada kajian ringkas kumpulan ini kepada 

pengundi sasar selepas PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar 
mendapati

1. Pengundi Cina bosan dengan Pakatan Harapan yang mana 

dikatakan berebut kuasa apabila mendapatkan kuasa sama seperti 
BN.

2. Mereka tidak percaya kepada calon daripada PAN @ AMANAH 

kerana mereka berpecah daripada PAS dan sikap mereka selepas 
perpecahan itu yang melanggar janji dengan PAS dan membawa 
bersama kerusi yang dimenangi. Mereka ada keraguan mungkin 
calon ini akan kembali kepada PAS atau bertukar kepada parti lain.

3. RUU 355 dipercayai mungkin akan disokong oleh MP parti PAN @ 

AMANAH dan sebilangan kecil beranggapan mereka berpura-pura 
dalam isu ini (menyumbunyikan sikap)

4. Tekanan ekonomi dan juga beberapa sekatan oleh BN kepada 

masyarakat Cina membuatkan mereka rasa mereka perlu 
memberikan sokongan kepada BN untuk mendapatkan keselesaan 
dalam isu ini.

Jadi 30% pengundi Cina tidak lagi sokong BN bukan kerana mereka 

suka BN tetapi mereka sebenarnya tidak suka kepada PAN @ 
AMANAH.

Saya rasa dapatan ini akan membuka mata mereka (baca puak 

PAN/IKRAM) yang mendabik dada Cina sokong mereka dan menolak 
PAS.





Sumber TKO -23-6-2016



PAN Anak Kelahiran DAP?

Posted on Thursday, June 23 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30675

Atau mungkin lebih tepat soalannya sepatutnya “PAN adalah anak 

kelahiran Ronnie Liu?”

PAN atau Parti Kuali Leper ini adalah sebenar suatu parti impian DAP
dari awal lagi. Kenapa saya berkata begitu?

Sebelum Muktamar PAS tahun 2015, “makhluk yang tidak pernah
malam” a.k.a. L.K.SIANG. dan anaknya Joseph LGE tidak henti-henti
menyerang kepimpinan TG Hadi Awang dan agenda Islam PAS.

Beberapa bulan sebelum Muktamar pemimpin-pemimpin DAP
tersebut dan ramai lagi tokoh-tokoh mereka yang lancang mulut
menghentam idealisme PAS dan golongan ulama dalam PAS, sambil
mengangkat puak-puak Liberal Anwarinas dalam PAS.

Apakah sebenarnya agenda mereka untuk mengapi-apikan suasana
tersebut memandangkan PAS bakal mengadakan pemilihan AJK
partinya yang baru? Apakah tujuannya supaya menimbulkan
kebencian ahli-ahli PAS yang rata-ratanya pro-kepimpinan ulamak
dan bukan pengikut Anwarinas? Apakah matlamatnya untuk timbul
kebencian itu yang akan membawa kepada tumpasnya keseluruhan ‘
bidak-bidak’ mereka dalam PAS supaya langkah seterusnya dapat
dilaksanakan?

Cuba kita perhatikan posting Ronnie Liu dalam FBnya pada 4hb Jun
2015 (sebaik sahaja “barisan bidak-bidak DAP” tewas dalam
Muktama PAS):
Ini bukan end of the world.
saya percaya braders n sisters in pas yang pro pakatan akan 
berbincang sambil mencari jalan. Mereka tidak akan berundur 
dari politik. Mudah2an mat sabu dan rakan2 akan keluar en 
block dan jadikan pasma parti politik seperti yang dirancang.
Pkr + dap + pasma….

satu pakatan rakyat yg baru, dengan nafas yg baru.
Jelas, Ronnie Liu sudah sebut bahawa “mat sabu dan rakan2 akan 
keluar en block dan jadikan pasma parti politik seperti yang 
dirancang“. Mereka akan keluar PAS secara en block (beramai-ramai
sekali gus) dan menubuh parti baru SEPERTI YANG DIRANCANG.

Sudah rancang rupanya …
DAP lahirkan PAN
Sebaik sahaja tamat Muktamar, Mat Sabu terus ke makan malam
DAP di Kapar untuk meraikan Mat Sabu. Rai kekalahan? Atau rai
kejayaan perancangan mereka? Atau bagi mengistiharkan “NEXT
MOVE” mereka?

Ronnie Liu juga telah meramalkan bahawa beberapa lagi puak
Anwarinas yang tersangkut terpilih dalam pemilihan AJK PAS itu
akan turut keluar mengikut telunjuk DAP. Ini yang Ronnie Liu sebut
pada 12hb Jun 2015, dalam FBnya:
It seems All 3 pro pakatan liberals appointed will not take up 
as they do not want to be part of the new leadership under Hadi.

Watch closely.
Wah! Dengan penuh yakin … “watch closely”. Apakah ketiga-tiga
mereka itu akhirnya ikut telunjuk beliau? Macam mana Ronnie Liu
tahu apa yang akan mereka lakukan?


Dari awal lagi Ronnie Liu telah mencadangkan suatu Pakatan Rakyat
yang baru tanpa PAS. Dan menggantikan PAS dengan PASMA (yang
akhirnya diberi penjenamaan semula dengan PAN). Maka tidak salah
jika dikaitkan penubuhan parti baru hasil dari spesis mangga harum
manis dalam PAS (kulitnya hijau isinya warna oren) adalah sebagai
salah suatu “grand plan” DAP. Anak kelahiran DAP? Atau hasil
perancangan DAP?


.........
https://akarimomar.wordpress.com

Sumber TKO - 23-6-2016



Wajah DAP dulu dan kini

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/41658-wajah-dap-
dulu-dan-kini

Dalam sebuah deklarasi yang ditandatangani bersama oleh Lim Guan
Eng dan TGHH bersama sewaktu menjelang PRU13 tahun 2013 yang
lalu, menyatakan:

"Kami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa
kerjasama dalam Pakatan Rakyat berteraskan dasar bersama atau
manifesto yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan
perjuangan adil untuk semua oleh DAP,
PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam
secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara
Berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep
Negara Islam."

Walaupun pakatan ini telah berkubur, PAS kekal dengan prinsip
perjanjian ini sehingga ke hari ini. Malah PAS masih hormat
pendirian DAP dengan membawa perjuangan Islam melalui lunas
perlembagaan dan parlimen.

Tapi apa yang DAP buat? Setelah berjaya berada di kedudukan
paling selesa dalam PRU13, mereka mula rasakan tiada lagi
keperluan untuk bersama PAS. Keluarlah wajah mereka sebenar.
Mula mempertikaikan prinsip PAS. Mula menaja kumpulan tertentu
untuk menukar kepimpinan PAS kepada yang lebih mudah dicucuk
hidung.

Kini baru mereka tersedar, mereka belum boleh bertatih sendiri
tanpa dipimpin PAS. Tiba-tiba sahaja hilang suara yang lantang
menakutkan rakyat dengan bahaya RUU pindaan 355. Ura-ura
merujuk kembali selepas cerai mula kedengaran walaupun iddah
telah lama berlalu.

Baru mereka perasan, rupanya orang yang ditaja itu tidak berguna
sedikitpun. Pelaburan besar yang dibuat tidak membawa untung
sesen pun. Yang dikendong keciciran, yang dikejar pula tak dapat.

Agaknya, perlukah kita percaya lagi pada DAP? Politik itu dinamik.
Tiada apa yang mustahil. Tapi orang mukmin tak akan terjatuh
dalam lubang yang sama lebih dari sekali.
- HARAKAHDAILY 22/6/2016

Sumber HD - 22-6-2016


Mereka Gertak PAS Akan Kehilangan Kelantan. Ini Suara Akar
Umbi PAS


Posted on Wednesday, June 22 @ 15:10:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=

article&sid=30659

Pemuka-pemuka PAN, DAP dan PKR usah nak ugut PAS dengan 
ancaman kejatuhan Kelantan jika PAS tidak mahu berunding atau 
bersatu dengan Pakatan Harapan. Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang 
si kafir laknatullah memang tak tahu sirah dan jatidiri pejuang Islam. 
Yang Melayu PAN pernah berusrah apa ke bala? Melayu  PKR buat tak 
reti tu, apa cerita?

Mereka merancang untuk bertanding 3 penjuru di Kelantan.  DAP 
mahu PAN dan PKR bertanding semua kerusi di Kelantan pada PRU14 
nanti. Aku lebih yakin ini bukan sekadar ugutan kepada PAS agar PAS beralah dan menyembah kemahuan mereka. Perancangan  ini memang hajat  mereka  demi 
mencapai terlaksananya dendam kesumat, yang rakyat dapat tonton 
dengan terang pada hari ini.

Mereka sangka dengan perancangan itu PAS akan lemah,  pejuang 
Islam akan menggelabah. Mereka lupa dan DAP jahil perancangan 
Allah. Usah kata hilang Kelantan, hilang nyawa pun kami sanggup. 
Biar hilang Kelantan, biar hilang nyawa, hanya jangan hilang redha 
Allah. Ini bukan emosi bukan juga retorik. Ini track rekod kami.

Kami pernah menang dan kami pernah tumbang. Kami menang di 
Terengganu dan tumbang selepas itu. Kami bangkit 10 tahun 
kemudian. Ada kami hancur? Kami menang dan kemudian tumbang 
di Kedah, ada kami lebur? Pejuang kami memilih syahid di Memali 
dan Lubuk Merbau. Ada yang terkorban dalam gerakerja membantu 
PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam bulan Ramadhan.  Ada 
suami isteri yang berjauhan kerana ditukar ke sana sini, ada kami 
undur?

Maka jelaslah motif tulisanku kali ini untuk membuktikan kami bukan 
beremosi bukan juga beretorik.  Sila hamparkan medan perlawanan 
3 penjuru di seluruh negara. Syahid atau kemenangan, itu cita-cita 
kami.

 Facebook Salam [email protected]/* */

Sumber TKO - 22-6-2016



PKR lebih untung sertai blok 

PAS, ambil kerusi DAP

AHMAD AMZAD HASHIM | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41654-pkr-lebih-
untung-sertai-blok-pas-ambil-kerusi-dap

Pada pendapat saya parti DAP tidak akan lagi diterima oleh
orang-orang Islam khususnya Melayu.

Ramai pengundi Cina telah mula berkira, tanpa pengundi Melayu,
DAP akan kembali terpencil seperti dahulu. Tidak boleh menang.

Gaya angkuh, gopoh, memfitnah PAS beserta kaum ulama malah
memperlekeh hukum Islam adalah sangat sensitif dan hanya
menyebabkan orang Melayu menjadi marah pada DAP.

Yang menjadi mangsa adalah kaum Cina yang mula renggang dari
orang Melayu. Orang Melayu mula berprasangka kaum Cina sedang
bernafsu mahu mengatur langkah mengawal dan menguasai
kesemuanya di Tanah Melayu. Semua angkara politik berpenyakit
yang dipelopori DAP.

Kaum Cina mendapat tempias dari perbuatan DAP.

Ia tidak baik untuk hubungan antara kaum. Ia boleh menjejaskan
perniagaan.

Kerana itu ramai mula kembali mengundi BN seperti di PRN Sarawak
dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Itu sebelum kaum Cina menjadi jelas, bahawa dongeng kononnya
PAS sudah lemah, sudah tiada penyokong. Sekarang mereka tahu
sehingga 53.8% undi menentang BN datang dari pengundi PAS.

Jadi apa jadahnya dakyah konon PAS ini mahu UG dengan Umno?
PAS bersendiri lebih kuat undian lawan Umno berbanding gabungan
3 parti dan pengaruh Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Usah harap PAS kembali bermesra dengan DAP. Mustahil boleh
berlaku dalam setahun dua melainkan ada keajaiban. Bukan senang
memperbaiki dan menjelaskan kepada ahli dan penyokong. Kepada
rakyat lebih lebih lagi.

Saya tengok kaum bukan Melayu perlukan parti yang boleh
berhubung dengan PAS jika mahu jayakan agenda menyatukan undi
pembangkang.

Mungkin.

Saya kata mungkin satu langkah yang munasabah jika PKR putuskan
saja hubungan dengan DAP.

Sertai blok ketiga yang diterajui PAS yang memberi mesej gabungan
parti-parti yang mencabar BN masih tidak menolak struktur majmuk
rakyat Malaysia yang orang Melayu Islam menjadi terasnya.

Itu lebih mudah diterima rakyat Malaysia yang 63% beragama Islam.

Rundingkan semula kerusi-kerusi yang ditandingi DAP. PAS boleh beri
undi Melayu yang besar kepada calon PKR yang bertanding di kerusi
DAP.

Jangan lupa peruntukan sejumlah kerusi yang munasabah untuk
DHPP bertanding juga.

Kaum bukan Melayu dalam PKR seperti Tian Chua dilihat lebih
rasional dan berpijak ke bumi dalam soal hubungan antara kaum.
Saya fikir bukan Melayu yang berada dalam PKR adalah mewakili
kelompok yang beraliran sederhana. Ia boleh jadi sepertinya MCA
dan Gerakan di dalam BN.

PAS rasanya lebih mudah menerima begitu. -
HARAKAHDAILY 22/6/2016

Sumber HD - 22-6-2016



Tun Mahatahir Dedah Kononnya BN
Menang Kerana Taburan Wang Kepada
Pengundi..


Posted on Wednesday, June 22 @ 06:13:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30652



Selepas aje BN menang dalam PRK Kuala Selangor dan Sungai Besar,
Tun Mahathir mengeluarkan satu artikel di blognya dengan menunlis
"Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib
dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan
mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang
anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang
mensabotaj ekonomi kononnya, membuang peguam negara supaya
dapat diganti dengan peguam negara yang sanggup berbohong dan
berselindung di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA)."


Tun Mahathir menulis lagi

Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala
 Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang 
kepada pengundi. 




Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan
 

segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk 

mendapat kemenangan.

Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat
 

Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang 

ditunjuk oleh pemimpin.

Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri
 

sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga 

sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil 

rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.
Saya hairan facebooker, blogger dan laman-laman pro-pembangkang
yang suka menjulang Tun Mahathir sekarang ini sebagai wira
seolah-olah mereka hendak menganggatikan Anwar Ibrahim dengan
Tun Mahathir setelah Anwar merengkuk dalam penjara tidak sedar
bahawa apa yang Tun Mahathir menulis itu adalah berkenaan dirinya
sendiri semasa menjadi pimpinan UMNO 22 tahun.

Yang pelik, parti PAN yang menyokong kehadiran Tun Mahathir,
seperti kenyataan Mujahid Yusof Rawa seolah-olah mereka
menafikan kenyataan Ustaz Fadhil Noor sebelum ini yang berdoa
agar Tun Mahathir hidup panjang dan melihat keburukan apa yang
dibuat.

Parti PAN setiap kali berceramah mencanang kononnya parti mereka
adalah inspirasi daripada perjuangan Dato' Fadhil Noor dan Tuan
Guru Nik Abdul Aziz tapi malangnya mereka yang memilih kenyataan
kedua-dua pimpinan ini untuk kepentingan parti mereka.

Cara mereka berpolitik tidak ada berbeza dengan UMNO yang juga
memilih kenyataan dan kerataan al Quran dan Hadis untuk
kepentingan parti mereka.

Saya setuju dengan Presiden PAS, apabila Tun Mahathir datang
berjumpa dengannya dan meminta PAS bersama dengan Mahathir
untuk menjatuhkan Najib.

Apa jawapan PAS. Kita bukan nak jatuhkan Najib sahaja, kita nak
jatuhkan BN keseluruhannya.

Marah dengan itu Tun Mahathir mengatakan Abdul Hadi makan
dedak Najib. Tapi paling gelak apabila Presiden PAS memulang paku
buah keras bertanya Mahathir siapa yang mulakan dedak dalam
UMNO?

memang soal rasual, pemberian wang, menukar pegawai yang tidak
menyokong keburukan yang dilakukan UMNO semuanya dibuat oleh
Tun Mahathir. Rakyat tidak lupa tentang bagaimana Tun Saleh Abas
dipecat oleh Mahathir.

Saya juga setuju dengan kenyataan Nik Abdul, usia yang makin tua
ini sepatutnya Tun Mahathir bertaubat kepada Allah taala akan dosa
yang dilakukan bukan memutar belit kononnya orang lain yang buat
salah sedangkan apa yang dibuat oleh Najib semuanya hasil didikan
Tun Mahathir.




Sumber TKO - 22-6-2016



Jangan Temberang PH Lebih Baik 
Daripada BN Jika Dapat Putrajaya.

Posted on Tuesday, June 21 @ 06:45:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30630



Korang percaya PH lebih baik daripada BN jika dapat Putrajaya? 

Mengarut. Kalau korang celik politik, korang boleh lihat sendiri. Boleh 
fikir sendiri. Lebih baik daripada segi apa sebenarnya? Aku lihat lebih 
banyak buruk daripada yang baiknya. Percayalah hanya PAS ada 
jaminan track record yang baik lebih wajar membimbing rakyat 
Malaysia. Kenapa aku kata demikian?
PAS sudah ada rekod memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah. 
Tidak berlaku huru-hara dan perbalahan kaum di Kedah. Sifar rasuah 
biarpun memerintah Kelantan puluhan tahun. Kebajikan rakyat 
diutamakan dari penghapusan tol hinggalah cukai pintu di
Terengganu.

Bukankah semua yang dihajati oleh rakyat telah diutamakan oleh 
Kerajaan PAS?

Aku tak kata PAS perfect. Tetapi apabila ditimbang dan dicongak , 
rekod membuktikan PAS is the best. Justeru, parti yang tepat patut 
menguruskan rakyat dan mentadbir negara adalah PAS. PAS jauh 
lebih baik daripada BN? BN tidak mengangkat Islam agar selari 
dengan kehendak Allah. BN terkenal dengan politik wang, projek dan 
rasuah. Pembaziran dan ketirisan ekonomi. Kos sara hidup rakyat 
meningkat demi menampung ketirisan tadi. Kronisme dan nepotisme 
adalah amalan BN. Bermacam-macam kebobrokan BN termasuk 
skandal dalam kalangan pemimpin, isu 1MDB, GST, kongkongan
media, akta-akta zalim dan sebagainya. PAS-lah parti yang wajar
diberikan kepercayaan untuk menamatkan kebobrokan BN.

Pakatan Harapan? Boleh korang percaya DAP boleh  toleran pada 
Islam? Aku percaya mereka hanya bersedia merancakkan Islam
liberal bersama PAN dan PKR. Ini korang kata PH lebih baik daripada
BN?

Korang percaya pemimpin DAP, PKR dan PAN tak akan rasuah dan 
menyeleweng. Apa dakwaan Rafizi di Selangor sekarang? Apa 
kesudahan isu banglo Lim Guan Eng dan penambakan laut yang kos 
konsultansinya pun dah melambung tinggi?

Apakah apabila PH memerintah tiada tanah rezab Melayu yang akan 
tergadai? Apa yang DAP dan Nizar lakukan di Perak? Apa nasib
bahasa Melayu? Tidak mungkinkah cita-cita Malaysian Malaysia DAP 
direalisasikan? Di mana akhirnya kedudukan islam dan keistimewaan 
Melayu kalau memang sudah korang tahu sikap ego dan keras kepala 
DAP sejak berkuasa di Pulau Pinang?

Demikianlah aku berikan sedikit gambaran agar korang buang 
angan-angan palsu untuk berkongsi dengan PH ke Putrajaya. PAS 
mesti istiqamah memantapkan Blok Ketiga dan DHPP-nya. 
Bertandinglah di mana sahaja  cawangan PAS wujud.  
Sekurang-kurangnya PAS perlu bertanding 80% kerusi Parlimen. Biar 
rakyat jelas PAS nak ke Putrajaya; bukan sekadar nak jadi 
pembangkang seperti yang mereka buat cerita.

Letaklah calon DHPP di kawasan majoriti bukan Melayu. Peduli apa 
kerusi PKR atau DAP. Ada mereka kisah kerusi tradisi kita di Kuala 
kangsar dan Sungai Besar? Senang cerita sejujurnya aku kata; Kalau 
tidak PAS, biarlah BN perintah negara. Kasi ajar cukup-cukup DAP,
PAN dan PKR yang pandai main kayu tiga itu. Biar mereka tahu langit 
tinggi rendah. Biar mereka terus  meratib lagu UG. Ada kita kisah?

Kesimpulannya, tak guna runding-runding lagi kerusi mana untuk 
ditandingi di kalangan pembangkang. Yakinlah PAS tak akan bungkus 
kerana parti kita Allah jaga. Yang pasti ada parti lain yang akan 
terbungkus. Ada kerajaan yang akan bungkus di Pulau Pinang dan 
Selangor. Biar BN ambil balik Pulau Pinang dari DAP. Di Selangor, 
kalau perlu bentukkan sahaja UG dengan BN. Kasi betul ratib mereka.
Motif tulisan aku kali ini ialah aku mahu tegaskan di akar umbi ini, 
buat apa PH memerintah kalau syariat Islam ditekan dan dikekang? 
Buat apa PH memerintah andai Islam liberal, LGBT, pesta arak dan 
judi tak boleh dihalang? Janjilah seribu kebaikan, satu sen tak guna 
kalau Islamku dihalang.



Sumber TKO - 21-6-2016



Separuh kekuatan Selangor 

ada pada PAS

SALMIYAH HARUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41635-
separuh-kekuatan-selangor-ada-pada-pas

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang perlu membuang sikap
sombong mereka jika ingin terus mengekalkan kerajaan Pakatan
Rakyat khususnya di Selangor selepas PRU14 nanti, demikian
menurut Adun Sabak, Sallehen Mukhyi.

"Bagi saya semua pihak jangan sombong dengan kekuatan mereka
kerana mereka semua sudah tidak ada kekuatan, DAP pun hilang
kekuatan, PKR pun, PAN lagi tidak ada kekuatan dari sudut undi
orang," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah tengah
hari di pejabat Harakah, hari ini.

Beliau yang sangat cenderung kepada soal gabungan ketiga-tiga parti
iaitu PAS, PKR dan DAP dengan mengambil dan menukar sistem tetapi
ia tertakluk kepada sejauh mana mereka kembali kepada semangat
asal Pakatan Rakyat.

Ini bermakna, katanya, DAP perlu menyedari akan kesilapannya dan
PAS haruslah menjelaskan dengan betul kepada DAP dalam masa
yang sama PKR wajar mengakui bahawa mereka tidak ada kekuatan
tanpa PAS.

"Kalau DAP meneruskan cara layanan kepada PAS sebagaimana tidak
bersetuju dengan PAS dalam beberapa perkara sedangkan itu tidak
termasuk dalam permulaan ketika kita bina Pakatan Rakyat, tidak
perlu besar-besarkan sangat kita perlu hormati prinsip DAP sebagai
parti demokratik dan DAP pula kena kena hormat prinsip Islam yang
PAS bawa," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil
Sungai Besar yang baru sahaja selesai pada 18 Jun lalu.

Selepas PRK Sungai Besar ini, katanya, perkara paling penting adalah
fasa pengukuhan Pakatan Rakyat iaitu masing-masing perlu
menyedari bahawa mereka saling memerlukan antara satu dengan
yang lain.

"DAP sudah sedar dia tidak boleh menang, bukan sahaja DAP, Pakatan
Harapan sendiri pun tidak boleh menang sebab separuh kekuatan
Selangor ada pada PAS dan separuhnya ada pada Pakatan Harapan,"
katanya yang pernah bertanding di Sungai Besar pada tahun 2004.

Ini kerana jelas beliau, banyak kawasan yang mempunyai komposisi
pengundi seperti di Sungai Besar iaitu 30 ke 40 peratus adalah
pengundi Cina.

"Jika dilihat komposisi seperti ini, maknanya DAP nyawa-nyawa ikan,
PKR tidak boleh menang PAS pun tidak boleh menang," ujarnya.

Justeru, katanya PAS, PKR dan DAP perlu memberi fokus bagaimana
hendak membina semula Pakatan Rakyat jika mereka mahu
mengekalkan legasi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang sudah
dibina selama ini.

PRK Sungai Besar telah menyaksikan pertandingan tiga penjuru
antara PAS, PAN dan BN. PAS yang bersendirian telah mendapat
6,902 undi manakala PAN mendapat 7,609 undi dan BN mendapat
16,800 undi. - HARAKAHDAILY 20/6/2016

Sumber HD - 20-6-2016



Politik PAS realistik, politik PH 

plastik

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41634-politik-pas-
realistik-politik-ph-plastik

Kelihatan ramai yang terkejut dengan keputusan PRK lepas.
Seolah-olah tidak menjangka keputusan yang diperolehi akan
menjadi seperti ini terutama dari rakan-rakan pembangkang.

Ini boleh dilihat dari kenyataan kebanyakan pimpinan DAP, PKR dan
PAN. Rata-rata mengeluh kecewa tidak percaya. Ada yang
menyalahkan pengundi, ada yang sugul membisu, ada yang berubah
wajah serta merta dan ada juga yang terus menyalahkan PAS!

Apa yang dapat dilihat, fenomena u-turn beramai-ramai telah berlaku.
Sebelum pilihan raya, kenyataan yang dikeluarkan sangat bongkak
dan yakin. Berbangga dengan sokongan Tun M. Bermegah dengan
kehadiran ceramah yang ramai dari kalangan Tionghua. Malah ahli
akademik turut menjangka besar kelebihan buat PH dan nasib malang
buat PAS.

Tetapi apabila keluar keputusan, mereka u-turn 180 darjah. Tiba-tiba
sahaja berubah jadi baik, rendah diri dan penuh suci! Mula bercakap
soal perpaduan, seruan membuang ego, dan memujuk PAS kembali
bersama koalisi. Hilang segala bongkak dan sombong selama ini.

Di sebelah PAS pula, keadaan yang berbeza dilihat. Pimpinannya
sedikitpun tidak terkejut seolah-olah sudah menjangka keputusan ini.
Dari awal lagi Presiden PAS menunjukkn isyarat apa akan berlaku usai
PRK kali ini. Perkara ini boleh dilihat melalui kenyataan Presiden pada
Seminar Penerangan PAS Pusat 22 Mei yang lalu lagi:

“Insya Allah kita akan tunjukkan satu eksesais yang baik dalam isu
Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Eksesais bagaimana kita berpolitik,
kita boleh bercatur politik dengan pihak lain, jangan main-main
dengan pihak kita. Menang kalah perkara lain, pasang surut dalam
perjuangan itu biasa, kita yakin bahawa kita makin maju insya-Allah.

“Sebaik eksesais untuk pilihan raya yang akan datang, yang lebih
memberi peluang kepada parti kita insya-Allah untuk menunaikan
tanggung jawab menyelamatkan negara dan ummat semuanya, Islam
adalah penyelamat kepada Malaysia dan rakyat masyarakat majmuk,”
ujarnya pada Seminar Khas Penerangan di Muzium Sultan Alam Shah,
di sini semalam.

Nyata keputusan PRK ini benar-benar terjadi sebagaimana yang
disebut Presiden PAS. Orang mula menyedari kekuatan PAS. Orang
mula bercakap soal masa depan pada PRU14. Orang yang selama ini
memperlekeh mula gerun akan keberadaan PAS di arena ini.
Sememangnya keputusan ini mengikut catur strategi PAS.

Apa yang ingin diberitahu, rupa-rupanya keupayaan PH dalam
membaca politik tanah air begitu lemah sekali. Segala dakwaan
sebagai profesional, progresif, idealistik, pakar dan sebagainya hanya
sedap di telinga. Hakikatnya mereka tak mampu pun untuk
berhadapan dengan gelora politik negara yang bukanlah besar
manapun ini.

Saya masih ingat ketika ditanya berapakah anggaran kerusi yang
berjaya dimenangi dalam PRN Sarawak, PAS menjawab kami
bertanding 11 dan menjangka akan menang 1 kerusi. Tetapi bila
ditanya PAN, mereka kata bertanding 13 dan dengan yakin menjawab,
"kami yakin menang semua!". Ulas pemerhati politik, nyata PAS lebih
realistik sedangkan PAN terlalu idealistik.

Selama ini mereka hanyalah menggunakan budaya politik-pop untuk
meyakinkan orang ramai bahawa mereka hebat. Dicanang dalam
media-media kononnya mendapat sokongan hebat rakyat. Dibantu
cybertrooper yang menyebar berbagai persepsi menggambarkan
kekuatan mereka. Pendekatan populis sebegini tidak membawa
apa-apa makna apabila berhadapan real politik. Apa sebenarnya
berlegar di peringkat akar umbi rakyat, mereka tak tahu apa-apa!

Namun begitu, sikap mereka terkenal tetap tidak mahu mengaku
salah walaupun sudah terbukti silap. Seawal isu 16 September, isu
UG, keputusan PRU13, isu MB Selangor, hinggalah isu guling Najib,
tekaan politik mereka tetap tidak mampu menyaingi ijtihad politik
Majlis Syura Ulamak PAS. Tetapi mereka masih sombong tidak tahu
akur dan dengar nasihat.

Kali ini mereka ajak PAS bergabung kembali. Saya cadangkan PAS
letak prasyarat ketat dan tegas sebagai mukaddimah. Kalau benar
mahu bergabung, lantik PAS sahaja sebagai pengerusi pakatan.
Biarlah pakatan ini ada ketuanya. Biar PAS ajar mereka cara berpolitik.
Mereka ikut sahaja kalau mahu pembangkang berkuasa. Buat sahaja
apa PAS minta.

Kalau prasyarat tidak dipersetujui, ucapkan selamat tinggal sahaja
kepada pakatan itu. PAS tidak akan rugi sedikitpun kerana banyak
lagi agenda rakyat yang sedang diusahakan PAS. Gerak kerja PAS
tidak hanya menumpu kepada pilihan raya dan kuasa sahaja. Agenda
tarbiah, dakwah, memartabat syariah Islam, menjaga kebajikan tetap
berjalan walaupun PRU belum menunjukkan tanda-tanda.

Pesan kepada PH, belajarlah untuk jadi realistik lebih dari idealistik.
Rakyat sudah muak dengan taktik-taktik politik bodoh seperti 16
September, Langkah Kajang dan Blackout yang hanya menyusahkan
negara. Berpolitiklah untuk rakyat, bukan untuk jawatan dan habuan
diri sahaja. - HARAKAHDAILY 20/6/2016

Sumber HD - 20-6-2016


Sekali Lagi Tindakan Presiden PAS Betul dan Tepat

Posted on Monday, June 20 @ 18:40:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30623



Dulu ramai orang mempertikaikan keputusan Presiden PAS dan Tok Guru Nik Abdul Aziz mempertahankan TS Khalid Ibrahim. Tapi sekarang nyatakan tindakan 2 kepimpinan PAS ini betul dan tepat.


Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah 

menyelesaikan saman fitnahnya terhadap The Malaysian Insider (TMI), selepas bekas editor portal itu memohon maaf di mahkamah kerana menyiarkan dua artikel 
memburukkan beliau pada tahun 2014.
Khalid berkata, bekas ketua pegawai eksekutif dan editor Jahabar
Sadiq dan bekas editor Bahasa Melayu Amin Shah Iskandar mengaku
artikel itu berdasarkan khabar angin, dan membuat akujanji tidak
akan mengulangi tuduhan itu lagi.

"Meskipun saya melihat perbuatan defendan-defendan 
menerbitkan artikel berunsur fitnah adalah bagi melaksanakan 
satu misi jahat yang akhirnya berjaya, saya memilih untuk 
tidak memanjangkan persengketaan ini.

"Pada hemat saya permohonan maaf sudah mencukupi untuk
menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang
dilemparkan," kata Khalid dalam paparan di Facebook hari ini.

Beliau berharap perkara itu tidak lagi berlaku terhadap pemimpin lain
 dengan menggunakan fitnah untuk menjatuhkan pemimpin secara
terancang yang hanya akan merosakkan sistem demokrasi.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menggesa wartawan memastikan
 berita yang diterbitkan mengandungi fakta tepat dan benar demi
 memilihara kewibawaan dan institusi media.

"Jagalah harga diri dan elakkan terpengaruh dengan agenda politik
 jahat oleh kumpulan politikus yang tiada maruah serta hanya
mementingkan kuasa," katanya.

ADUN Pelabuhan Klang itu juga mengucapkan terima kasih kepada
mereka yang masih menyokong dan menggalakkan beliau untuk terus
berkhidmat kepada negara.

"Walaupun saya dijatuhkan dengan cara jahat, saya menerimanya
dengan lapang dada kerana saya masih mengekalkan prinsip dan
jatidiri," katanya.

Kedua-dua bekas editor itu membacakan permohonan maaf itu di
hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Nor Bee
Ariffin hari ini.

Dalam saman yang difailkan pada 11 Ogos 2014, Khalid berkata
 penerbitan artikel itu menyebabkan pembaca dan orang ramai
mendesak beliau berhenti sebagai menteri besar.

Beliau mendakwa artikel itu mencemarkan reputasi beliau sebagai
menteri besar, ADUN dan Ahli Parlimen.


Ia juga menjejaskan reputasinya sebagai seorang ahli politik, tokoh
korporat dan calon Timbalan Presiden PKR, katanya.

Sumber TKO - 20-7-2016



Pasca PRK : Realiti Undi DAP, PKR & PAN
Lawan Undi PAS

Posted on Monday, June 20 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30613





2 PRK; Tahniah! PAS Telah Menang Menyampaikan Risalah Allah berfirman:

وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ
 الْمُؤْمِنِينَ

 “Dan satu lagi yang kamu cintai iaitu bantuan daripada Allah dan
 pembukaan yang hampir dan berilah berita gembira kepada
orang-orang beriman” (Surah al-Saf ayat 13)

1. Alhamdulillah misi perjuangan PAS telah berjaya disampaikan
dalam 2 PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar. Kemenangan BN bukanlah
sesuatu yang luar biasa kerana mereka telah memenangi kerusi itu
sebelumnya.

2. Menegur kemungkaran dan salah urus tadbir BN kekal menjadi
amanah dakwah PAS kepada umat dan rakyat Malaysia. Menegaskan
pendekatan berpolitik secara matang dan sejahtera perlu
diperkasakan lagi untuk PRU ke 14. Para pejuang Islam tidak pernah
kalah dalam perjuangan mereka.

3. Ahli-ahli PAS perlu terus yakin bahawa dengan membawa prinsip
 perjuangan Islam yang tegas pengaruh PAS akan terus bertahan dan
 bertambah. Jangan bimbang! Pengaruh tidak akan hilang kerana
menegaskan prinsip Islam dalam berpolitik kerana pengaruh Islam
akan sentiasa berkembang.

3. Terima kasih kepada para pengundi di Sg Besar dan Kuala Kangsar
 yang terus bersama dengan PAS. Juga tahniah kepada semua para
petugas.

4. Ternyata menerusi keputusan 2 PRK bahawa kekuatan PAS secara
 bersendiri jauh melebihi pengaruh masing-masing DAP atau PKR
secara bersendiri.

5. Parti-parti pembangkang yang menumpang kekuatan PAS sebelum
ini dalam menghadapi BN perlu menginsafi diri bahawa mereka tidak
akan ke mana tanpa PAS.

6. Misi PH untuk menjadi pengacau kepada kerusi tradisi PAS dalam
2 PRK telah berjaya.

7. Kekuatan sebenar Pakatan Harapan boleh dinilai menerusi 2 PRK
ini. Maka usahlah terpedaya dengan fatamorgana di padang pasir.

Sekian

Dr Khairuddin Takiri
Madinah 17.35 mlm / 10.35 mlm waktu Malaysia

Sumber TKO - 20-6-2016




DAP Meroyan, Semasa PR PAS Salah PAS
Keluar PR Pun PAS Salah!


Posted on Sunday, June 19 @ 16:41:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30596



Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping
 memberikan analisis umum  berhubung kekalahan calon Pakatan
HARAPAN dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar semalam berpunca
pertandingan 3 penjuru.

Jumlah undi yang dimenangi pembangkang adalah 10,499 berbanding
BN yang mendapat 12,332, dan majoriti adalah 1,833 undi, tidak
begitu jauh berbeza dibandingkan dengan margin BN 1,082 pada
pilihan raya umum lepas katanya.

Undi peratusan pula adalah 46 peratus berbanding 54 peratus pada
 PRU lepas . Oleh itu, pertandingan tiga penjuru memberi manfaat
buat BN. Jika PAS tidak bertanding PH boleh bersaing sengit dengan
BN.

"Jika Pas tak nak kalah perlu elak pertandingan seumpama ini. Kita
sentiasa terbuka, tetapi Pas perlu ikhlas," katanya.

Yang peliknya DAP dan PAN tidak melihat dirinya yang cuba
menganggu kawasan PAS yang sudah menjadi tradisi
berpenggal-penggal.

DAP dan PAN lah yang membuatkan BN boleh memang selesa di situ.


Adakah DAP dah mula meroyan kerana selepas ini banyak lagi
kawasan DAP akan tumbang kerana sikapnya yang biadap semasa
berada dalam Pakatan Rakyat dulu berlagak macam BOSS BESAR
semua orang kena ikut DAP.



Sumber TKO - 19-6-2016



Wan Saiful Wan Jan Mengulas Secara
Emosi dan Dangkal

Posted on Sunday, June 19 @ 16:15:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=
article&sid=30595


Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah menyaksikan
PAS telah 'dimalukan' oleh parti serpihannya sendiri, Parti Amanah
Negara (AMANAH), menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut
Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Katanya PAN @ AMANAH kini wajar dilihat sebagai pencabar yang
serius buat PAS dan kesan buruk tersebut akan turut dirasai oleh parti
 pembangkang lain kerana akan menghadapi masa yang sukar pada
pilihan raya umum akan datang jika PAS terus 'memaksa'
pertandingan tiga penjuru dengan PAN.

Saya rasa Wan Saiful ini terlalu emosi kerana parti PANnya tidak
mendapat tempat pada pengundi Melayu.

Mengulas PAN mempunyai kekuatan itu suatu yang dangkal. Wan
Saiful sedar tak bahawa pilihan raya kecil banyak dibantu oleh orang
luar untuk mengerakkan parti PAN. Cuba Wan Saiful bayangkan nanti
jika PRU-14 semua akan bergerak di tempat masing-masing menjaga
kawasan masing-masing.

Adakah Wan Saiful fikir bahawa Lim Kit Siang akan mengiring calon
PAN setiap masa? Wan Saiful fikir Tony Pua akan keluar belanja untuk
belikan bendera untuk PAN?

Jangan kerana emosi akhirnya Wan Saiful membuat satu rumusan
yang dangkal dan menunjukkan dirinya seolah-olah tidak memahami
realiti politik Malaysia semasa.




Sumber TKO - 19-8-2016



PKR - Pas mungkin ‘putus cinta’ selepas
PRK

Posted on Sunday, June 19 @ 16:05:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=

article&sid=30594

SHAH ALAM - Hubungan ikatan politik antara PKR dan Pas mungkin 
bakal menemui titik akhir selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) 
Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Ini kerana menurut penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor
Abdul Azzis, PKR dilihat secara jelas lebih memihak kepada Parti
Amanah Negara (Amanah) berbanding Pas.

“Saya rasa PKR akan merasai beban atau kesan jika parti itu
benar-benar ‘berpisah’ dengan Pas.

“Ini kerana Pas memegang sokongan majoriti masyarakat Islam dan
Melayu. Kalau undi Amanah lebih banyak daripada Pas, mungkin tak
apa,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Menurutnya lagi, PKR perlu mengelakkan berlakunya perpisahan
antara parti itu dengan Pas kerana pembangkang memerlukan
kekuatan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14
akan datang.

“Bila berlaku perpecahan macam ini (pertembungan tiga penjuru di
PRK Sungai Besar, empat penjuru di PRK Kuala Kangsar), PKR terus
memilih untuk menyokong dan bersama Amanah.

“PKR kena ingat yang naiknya Azmin (Menteri Besar Selangor, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali) sebagai menteri besar pun disebabkan oleh
sokongan daripada Pas. PKR juga kena ingat bahawa Pas lebih
disokong masyarakat Melayu berbanding Amanah,” katanya lagi. - SH

Sumber TKO - 19-6-2016



Ini tahap kekuatan bersih PAS 

hari ini

TIMMY SAY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41615-ini-tahap-
kekuatan-bersih-pas-hari-ini

Hari ini, sekurang-kurangnya kita tahu takat mana kekuatan PAS
di dalam pembangkang.

Rupa-rupanya PAS ada saham 47% hingga 53% sokongan daripada
undi yang didapati oleh keseluruhan pembangkang. Ini tahap kekuatan bersih PAS hari ini setelah dipecahkan, dilanyak kiri kanan, dituduh pelbagai dan diletakkan
pelbagai persepsi oleh mereka yang tidak menyukai perjuangan PAS,
selama setahun lebih dan lebih-lebih lagi setelah RUU dibentang.

Terbukti, PAS ada kekuatannya sendiri, yang dimilikinya sendiri dan
tidak mampu diganti mana-mana parti.

Dan inilah sokongan yang dibawa PAS ke dalam Pakatan dahulu. Dan
inilah kehilangan daripada Pakatan apabila PAS tidak lagi bersama.

Bagaimana pula dengan kekuatan blok pembangkang yang satu lagi?
Yang pasti mereka tidak berada dalam lingkungan 50% kerana apa
yang didapati bukan berdasarkan kekuatan bersih mereka kerana kali
ini mereka mempunyai faktor TDM, yang tidak diketahui nilainya.

Di Sungai Besar, walaupun PAS di tempat ketiga, tapi hakikatnya PAS
hanya kurang 700 undi walaupun terpaksa menghadapi BN dan blok
pembangkang yang didukung MB Selangor (di negeri MB Selangor
sendiri) dan Dr Mahathir.

Satu lagi berita baik ialah persepsi bahawa 99% undi Cina ada di
tangan sebuah parti akhirnya hancur berderai. Ia kesedaran yang
bagus kerana tumpulnya senjata ini kononnya segala yang
dibangkitkan parti itu dipersetujui oleh orang Cina sebab realitinya
tidak sedemikian.

Sumber HD - 19-6-2016

Analisis ringkas PRK: PAS 

paling tercorot?

SYED AHMAD FADHLI | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41614-analisis-
ringkas-prk-pas-paling-tercorot

Keputusan seperti dijangka, BN berjaya kekal di dua kerusi yang
memang sudah disandang sebelum ini. Dengan pertandingan 3
penjuru, BN dapat menang dengan lebih bergaya berbanding PRU13.

Adakah PAS tercorot?

Ya dan tidak.

Di Sungai Besar, PAS berada di no 3 manakala di Kuala Kangsar pula
PAN berada di kedudukan tercorot.

Mengapa kelihatan PAS hilang begitu banyak undi berbanding PRU13?

Kerana dahulunya penyumbang utama undi PAS ialah undi dari kaum
Cina di kedua-dua Parlimen tersebut. Boleh rujuk keputusan mengikut
Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang lebih mikro sifatnya dalam
menganalisis keputusan pilihan raya.

Apabila pengundi Cina sudah beralih arah, maka PAS begitu zahir
terkesan hilang banyak undi.

Undi Cina beralih kepada siapa?

Ini bersifat 'alarm bell' kepada pembangkang kerana pengundi Cina
sudah mula kembali kepada BN, dan selebihnya mengundi PAN-PH.

Risiko besar menanti di Selangor menjelang PRU14 kerana
kelihatannya BN mampu memberi saingan untuk merampas kembali
kerajaan daripada gabungan PH-PAS.

Undi Melayu persaingan antara siapa?

Jelas, apabila melihat keputusan semalam mengikut PDM, persaingan
kekal tradisi antara Umno dan PAS di kawasan Melayu. PAN gagal
mengganti PAS untuk mendapat undi Melayu.

Bagaimana PAS boleh tercorot di Sungai Besar tetapi no.2 di Kuala
Kangsar?

Kerana di Sungai Besar adanya 33% jumlah pengundi kaum Cina
manakala di Kuala Kangsar, pengundi kaum Cina tidak seramai itu.

Di Sungai Besar, ada Dun Sekincan yang merupakan kubu kuat DAP
yang berjaya menjadi penyelamat kepada PAN di situ.

Kesimpulannya, PAS hilang begitu banyak undi dari kaum Cina
manakala PAN begitu bergantung kepada pengundi Cina, dan gagal
dapat undi Melayu.

Percaturan menjelang PRU14, pembangkang perlu bermuhasabah jika
serius untuk mengalahkan Barisan Nasional.

PAS perlu berusaha lebih gigih untuk menambahkan sokongan
daripada undi Melayu dan Cina jika mahu menang di kerusi yang
ditandingi. - HARAKAHDAILY 19/6/2016

Sumber HD - 19-6-2016



Cerah buat PAS, malap buat BN,

gelap buat PH

ALANG IBN SHUKRIMUN | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41611-cerah-buat-
pas-malap-buat-bn-gelap-buat-ph

1. CUBAAN PERTAMA TIGA PENJURU

Kedua-dua PRK kali ini adalah cubaan kali pertama di Semenanjung
untuk pola politik baru negara. Pertandingan tiga penjuru yang
benar-benar tiga penjuru. Walaupun semasa PRU13 lalu ia telah
berlaku di beberapa kerusi, namun blok politik masih dalam konsep
dwiparti.

Dari keputusan PRK, nampaknya bentuk sebegini amat positif terutama
bagi parti yang teguh berjuang atas dasar dan prinsip masing-masing.
Mereka tidak perlu berkira-kira untuk melonggarkan prinsip atau
menipu pengundi semata-mata meraikan pakatan. Jangan bimbang
soal membentuk kerajaan kerana pakatan tidak semestinya berlaku
sebelum pilihan raya sahaja!

2. KEPUTUSAN DUA PRK SEKATA

Bacaan trend pengundian dilihat sama antara kedua PRK ini. Walaupun pecahan kaum agak berbeza, tetapi dari sudut yang lain ia memberikan banyak persamaan seperti
bilangan keluar mengundi dan undi mengikut kaum.

Ini sedikit sebanyak boleh memberi gambaran umum bagaimana trend
politik semasa rakyat Malaysia. Jika diadu dengan keputusan PRN
Sarawak yang baru sahaja selesai, mudah untuk mana-mana parti
melakukan muhasabah dan mencatur gerak untuk menghadapi PRU14.

3. TIADA FAKTOR CALON

Faktor calon tidak begitu memberi kesan. Pemilih lebih melihat kepada
perjuangan parti. Perkara ini berada dalam status quo. Ini biasa
berlaku di kawasan parlimen dan juga kerusi campuran.

Keadaan ini memudahkan semua parti menjelang PRU14. Yang
berpakat boleh terus berbincang soal pembahagian kerusi tanpa
menilai wibawa setiap calon. Tetapi barang diingat, ini hanya terpakai
pada kawasan kerusi campuran.

4. BN MENANG TAPI MENURUN

Sekali pandang, BN menang besar kali ini dengan majoriti yang
tersangat tinggi. Tetapi jika dihitung campuran undi dua pembangkang
ditambah sedikit faktor pecah undi, sokongan terhadap BN boleh
dikatakan statik sahaja. Undi BN nyata menurun kira-kira 2.000 undi,
berbanding PRU13 walhal PRK biasanya adalah lauk BN.

Perpecahan pembangkang tidak memberi nilai tambah yang ketara
buat BN. Sokongan terhadap kepimpinan Najib masih tidak pulih. BN
masih tidak boleh selesa terutama jika pembangkang menjumpai
solusi untuk mengubat persepsi terhadap mereka.

5. PAS RAMPAS UNDI BN

Sebahagian undi BN adalah dari masyarakat Cina yang mula beralih
dari DAP. Dengan jumlah undi keseluruhan BN yang menurun, ini
bermakna sokongan Melayu terhadap BN telah pergi kepada PAS dan
diganti oleh Cina.

Ini boleh dilihat melalui setiap peti undi. Di kawasan Cina, 50%
dimiliki PH dan 50% lagi dimiliki BN. Kawasan Melayu pula, 50%
diperoleh BN dan 50% dimiliki PAS. Melayu sangat tidak berminat
kepada PH.

BN patut memikirkan lebih jauh terutama di kawasan majoriti Melayu
intelek yang tidak boleh digula-gulakan. Potensi PAS untuk
menguasainya adalah sangat tinggi sekiranya PRU dilambatkan seperti
sedia kala.

6. PH PARTI CINA

Angan-angan PH untuk kuasai negara boleh dilupakan. Ini kerana
mereka hanya mendapat sokongan kaum minoriti sahaja di Malaysia.
Itupun sudah menurun drastik. Sedangkan undi teras di Malaysia
adalah dari kaum Melayu.

Faktor BN boleh memerintah sehingga hari ini adalah kerana
menguasai undi Melayu walaupun pernah hilang hampir 100% undi
bukan Melayu. Malangnya hakikat ini masih sukar difahami politikus
PH.

7. PAN TUNGGUL KAYU

Nyata kemunculan PAN tidak berjaya menggantikan peranan PAS
dalam PR suatu ketika dulu. Undi Melayu masih di antara BN dan PAS
sahaja. DAP boleh lupakan PAN mulai sekarang kerana mereka tidak
memberi apa-apa nilai tambah kepada PH.

Terserah jika PAN masih mahu berusaha. Tetapi adat politik Malaysia,
parti serpihan sebegini hanya beri kesan untuk tempoh yang sebentar
sahaja, itupun sebagai tunggangan parti besar buat sementara waktu
sahaja.

8. PH TERJEJAS TERUK

PH yang bergantung penuh kepada sokongan Cina tidak lagi boleh
duduk diam. Jika dahulu mereka memiliki sokongan hampir 90%
masyarakat Tionghua, kali ini menurun hingga ke 50% sahaja.
Perkara sama berlaku di Sarawak dalam PRN baru-baru ini. Dijangka
akan terus menyusut ekoran beberapa isu urus tadbir DAP di Pinang
Pinang dan lain-lain.

Nampaknya taktik menguasai pengundi melalui sentimen
Islamophobia tidak begitu berkesan. Tionghua yang celik lebih
mengambil cakna soal kecekapan urus tadbir dan maslahah ekonomi
mereka. Mereka lebih percaya kepada persatuan-persatuan peniaga,
kebajikan dan pendidikan mereka lebih dari tipu daya politikus.

9. PH PENGACAU POLITIK

Sepatutnya kewujudan PH dalam politik Malaysia yang selama ini
hanya mengenali PAS dan Umno mampu untuk memberi impak
signifikan untuk menumbangkan BN. Malangnya mereka tidak berjaya
menyentuh sedikitpun undi Umno. Lebih malang apabila kewujudan
mereka hanya untuk berebut undi dengan PAS sahaja.

Mereka langsung tidak mahu tunduk menyokong sahaja PAS yang
sudah lama bertapak. Malah sikap PAS yang merendah diri menerima
mereka sebagai rakan akhirnya dipijak kepala. Nyatalah apa warna PH
selama ini. Sama ada gila berkuasa, tali barut BN atau semenangnya
bodoh berpolitik.

10. PH DI TAKUK LAMA

Mereka tidak boleh pergi lebih daripada trend 2008. Seolah telah mati
akal untuk mencari formula baru bagi menambah sokongan. Kononnya menganggap dengan mengekalkan status quo boleh meningkatkan sokongan sebaliknya
merudum pula.

Dengan dakwaan mewakili kelompok profesional, PH sepatutnya
mencipta idea-idea baru untuk mewarnai trend politik Malaysia, bukan
hanya muncul bercakap soal salah laku kerajaan sepanjang masa.
Profesional mereka hanya jadi pembaca berita sahaja bukan sebagai
jurutera masa depan negara. Sedangkan PAS pula walaupun dituduh
jumud dan parti Pak Lebai, sudah bercakap perkara tersebut berpuluh
tahun lalu sejak mereka masih ditipu BN lagi. Kini PAS sudah mula
meninggalkan fasa itu untuk bergerak setapak lagi sebagai penyelesai
masalah pula.

11. HUDUD BAHAN POLITIK

Sepanjang kempen PRK, PH jelas mempergunakan agama untuk
politik walaupun PAS telah nyatakan RUU 355 bukan hudud. Ia hanya
soal naiktaraf bidang kuasa mahkamah syariah. Pindaan sebegini
sudah berlaku zaman 90-an dahulu dan bukan perkara pelik dari
sudut perundangan.

Mereka bercakap di hadapan audiens bukan Islam isu ini walhal tiada
kaitan sedikitpun dengan mereka. Nyata ia menjadi alat untuk
memburukkan Islam secara halus. Dasar politik machiavelli, sanggup
mengenepikan agama demi politik.

Namun PAS tidak peduli dan tetap bawa usul RUU sehingga dibaca. Ini
menunjukkan PAS tidak sedikitpun bimbang soal sokongan kerana
yang lebih mustahak adalah soal martabat agama, bukan
semata-mata politik.

12. ISU NASIONAL TAK MAIN PERANAN

Kesilapan PH adalah banyak berceramah isu-isu nasional tanpa
menyentuh isu setempat. Mereka juga tidak ada tokoh tempatan yang
lebih dekat dengan rakyat. Semuanya mengharap tokoh luar.
Walaupun isu yang dibawa sangat besar dan merugikan kerajaan,
tetapi ia tidak mempengaruhi rakyat.

Rakyat perlukan pemimpin yang kenal mereka dan mereka kenal
pemimpin. Rakyat tidak sempat berfikir soal jet atau 1MDB. Mereka
lebih terkesan dengan isu setempat, isu harga barang, masalah JKKK,
perparitan, prasarana kampung dan sebagainya.

13. MAHATHIR TUTUP BUKU

Nampaknya tidak ada apa yang boleh dibanggakan lagi kepada
Mahathir. Menyatakan sokongan kepada PH pun tidak boleh berbuat
apa. Sedarlah orang BN tidak wala' kepada individu walau sehebat
manapun jasa dan namanya.

Bagi yang terhegeh gilakan sokongan dari Mahathir, ingatlah kembali
tegasan Presiden PAS, usaha kalian itu hanya sia-sia sahaja. Kalau
alergik dengan kebenaran dari PAS sekalipun, sekurang-kurangnya
renunglah kembali warkah dari penjara.

14. ANALISIS AWAL PAKAR POLITIK TERSASAR

Sebelum PRK, ramai menjangka PAS akan jadi parti tercorot dan
hilang pengaruh. Perkara ini disebut ramai pensyarah, pengulas,
peramal dan pakar politik.

Hakikatnya apa yang disebut sekadar bersifat omongan kosong.
Ataupun mereka memainkan peranan sebagai spekulator atau
pencipta persepsi. Mereka tidak jujur dengan profesionaliti yang ada
apabila bercakap tanpa statistik dan fakta.

Terdahulu mereka pernah buat ramalan untuk pemilihan PAS dan PAS
pasca muktamar. Nyata semua itu tersasar. Rekod-rekod ini
menunjukkan ulasan mereka ini tidak boleh lagi diterima untuk akan
datang. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan ulasan politikus BN lebih
tepat dari mereka.

15. WAJAH BARU PAS DITERIMA

Undi PAS dalam PRK ini hapir sama dengan kedudukan seperti tahun
2004, sewaktu tanpa koalisi DAP. Ini menunjukkan undi teras PAS
tidak tergugat. Satu petanda baik bagi PAS yang sedang mencuba
pendekatan baru seperti BPMS dan blok ke-3. Penyokong PAS
menerima baik perkara ini. Tuduhan bahawa PAS kini mengelirukan
awam dan tersasar dari perjuangan adalah jauh dari realiti.

Kerja bertambah mudah apabila hanya perlu memahamkan atas pagar
sahaja. BPMS dan Blok ke-3 masih di peringkat permulaan. Keputusan
PRK ini amat positif untuk PAS meneruskan strategi ini hingga ke
kemuncaknya.

16. KEKUATAN SEBENAR PAS

Walaupun PAS bersendirian, jika dibanding dengan gabungan tiga
parti dalam PH, undi yang diperoleh sekata. Ini bermakna PAS
menyumbang hampir 50% kekuatan PR selama ini. Nyata tanpa PAS,
PH tiada apa-apa. PH perlu terima hakikat yang pahit ini.

Sedikit masa lagi PAS akan jadi parti termahal nilainya di Malaysia.
Masing-masing akan berusaha merebut PAS sebagai rakan koalisi.
Waktu inilah PAS boleh jual mahal, dengan mensyaratkan koalisi
mestilah membenarkan PAS dengan cita-cita Islamnya. -
HARAKAHDAILY 19/6/2016

Sumber HD - 19-6-2016


Keputusan PRK SB dan KK: Inilah PAS.

Posted on Sunday, June 19 @ 00:27:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30589


Keputusan rasmi PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah pun diketahui. Ulasan peminat politik 


akan menyusul  dengan nada yang berbeza bergantung di kelompok mana mereka berada. Ulasan 
akan condong mengikut tendensi masing-masing. Namun tidak dinafi ,akan ada ulasan yang jujur 
khususnya dari golongan neutral.
Inilah PAS. Sejarah perjuangannya dalam dunia demokrasi banyak diwarnai oleh warna-warna 
kekalahan. Kalah menang sudah jadi asam garam kepada pejuang-pejuang Islam. Jiwa ahli PAS tak 
pernah luntur dek kekalahan. Masing-masing berakidah bahawa kemenangan itu bersama-sama 
orang yang benar perjuangannya di sisi Allah. Mereka percaya dengan janji Allah dalam al-Quran. 
Mereka mencari redha Allah.

Kemenangan namanya apabila berjaya mengalahkan golongan syaitan yang berupa jin atau 
manusia. Kemenangan namanya apabila berjaya meletakkan diri dalam perjuangan menegakkan 
hukum Allah. Kemenangan namanya apabila berjaya berlepas diri daripada hasutan dan tipudaya 
syaitan yang penuh kepalsuan.

Jadi apabila PAS tewas dan kehilangan undi-undi bukan Islam, tiada satu yang menggusarkan PAS. 
Ada suara-suara dari kelompok PAN yang jelas gusarnya. Kegusaran itu tergambar dari tingkah 
mereka yang  meminta ahli-ahli PAS menolak TGHH. Apa kena-mengena mereka dengan PAS? 
Bukankah golongan pengkhianat di dalam PAS sudah dibersihkan dan kini bersama-sama dengan 
mereka? Yang tertinggal hanyalah Mahfuz Omar yang masa perginya bila-bila masa untuk 
menjejaki Husam Musa.

Pakatan Harapan khususnya PAN tak perlu menakut-nakutkan PAS dengan menyembunyikan 
ketakutan sendiri. Kali ini PAS teruji di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Inilah perancangan Allah 
yang penuh hikmat.  Pakatan Harapan  baik PAN, DAP dan PKR jangan lupa giliran mereka akan 
menyusul.

Bolehkah kita bayangkan kerusi-kerusi yang disandang oleh mereka akan gugur secara segugus 
dalam PRU14 nanti? Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah serta geng PAN-nya; 
yakinkah mereka dapat terus menjadi MP selepas PRU14 nanti? Siapa di kalangan MP PAN yang 
yakin selamat kerusinya dalam pertandingan 3 penjuru nanti? Rafizi, Azmin dan Wan Azizah serta 
geng PKR-nya; adakah dapat berdebat di Parlimen lagi? Pemimpin-pemimpin DAP yang selama ini 
menang kerana sokongan undi Melayu ahli PAS, adakah masih bertahan lagi?

Selangor dan Pulau Pinang; masihkah nanti ditadbir oleh PKR dan DAP? Berdasarkan PRK Kembar 
ini, siapakah sebenarnya  gelisah dan ketakutan? Kalau PAS tak pernah takut dan gelisah kerana 
berpegang dengan janji dan redha Allah; maka siapakah sebenarnya yang amat cemas sehingga 
mengintai rumahtangga PAS dan mengajak PAS berdamai. Percayalah, mustahil sama sekali PAS 
akan berdamai dengan PAN yang menjadi pengkhianat dan DAP yang menjadi juara penentang 
Islam. Andaikata TGHH tiada lagi, selagi PAS dipimpin oleh kepimpanan ulama yang jujur dan i
stiqamah, PAN dan DAP jangan mimpi dapat bersama PAS. Ini adalah suatu peringatan agar PAN 
dan DAP tidak bermimpi di siang hari.

PAS bersedia bila-bila masa berhadapan pertandingan 3 atau 4 penjuru. Kenapa kamu yang gusar? 
PAS kemas keming menggengam prinsip berjuang untuk menegakkan Islam hingga syahid atau 
kemenangan. Kenapa kamu yang gundah? Ahli PAS sebulat suara berazam bertekad bersama 
dengan kepimpinan ulama berketuakan TGHH? Kenapa kamu yang gelabah? Golongan pengkhinat 
dancacarmarba sudah tersisih antah dari beras putih bersih. Kenapa kamu yang gentar?

Justeru, golongan pandir usahlah menjolok PAS dengan kekalahan ini. Jiwa kami jiwa merdeka 
bersama Islam. Sedangkan jiwa kamu adalah jiwa terjajah oleh tekanan undi bukan Islam. Kamu 
dengan amal kamu. Kami dengan amal kami. Itu pesanan Tuan Guru. Berpatah sayap bertongkat 
paruh; panji Islam tetap dijulang hingga kemenangan.

Motif tulisan aku kali ini ialah untuk menjawab provokasi musuh dan mendedahkan rasa cemas 
mereka dek ketakutan mereka yang mula bersarang. Inilah gema suara sebulat kata ahli dan akar 
umbi PAS pasca PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


Sumber TKO - 19-6-2016 



Siapa pilihan orang Sungai Besar?

Posted on Wednesday, June 15 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



BOLEH tahan juga seloroh Dr. Abdul Rani Osman ketika diperkenalkan oleh pegawai
SPR pada hari penamaan calon PRK Sungai Besar 5 Jun lalu.

Sambil tertawa, beliau menjengketkan kakinya seolah-olah mahu dilihat sama tinggi
dengan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur.

Bagi pemerhati yang nakal, gelagat Abdul Rani ditafsirkan sebagai gambaran terhadap
kemampuannya menghadapi pilihan raya ini.

Tindakan perwakilan Dewan Ulamak Pas Selangor mempertikaikan pemilihan beliau
sebagai calon PRK Sungai Besar ketika  sesi perbahasan muktamar Dewan Ulamak di
Kelantan 1 Jun lalu,  awalnya dibimbangi oleh Pas akan memberi kesan terhadap
penampilan Abdul Rani.

Apa pun, memasuki pusingan terakhir kempen yang tinggal dua hari sahaja lagi, Abdul
Rani dijangka akan ‘lebih tinggi’ berbanding Azhar dari segi pungutan undi.

Pemerhatian pada minggu terakhir kempen mendapati Pas lebih dipercayai berbanding
Amanah yang begitu  ‘all out’ sejak hari pertama.

Kempen parti itu yang diterajui DAP, dinilai oleh pemerhati sebagai strategi yang ‘makan
diri’. Amanah terlalu memberi ruang terhadap DAP hingga seperti terlupa bahawa
pengundi Cina hanya 30 peratus daripada 42, 655 pengundi Sungai Besar. Majoriti adalah
pengundi Melayu yang sebanyak 67 peratus.

Memberi ruang untuk DAP bergerak terlalu meluas ketika kempen pilihan raya boleh
menggores hati pengundi Melayu, terutama dengan provokasi melampau yang telah
mereka lakukan seperti dalam kes papan iklan provokatif di bulatan pekan Sekinchan
tempoh hari.

Strategi membawa Tun Dr. Mahathir turun berkempen juga tidak banyak membantu.

Malahan tindakan ini mungkin menyebabkan ramai orang Melayu tersinggung lantaran
menganggap seorang negarawan yang begitu dihormati, disayangi, yang  banyak berjasa
kepada negara, telah 'dirosakkan' oleh parti itu terutama tatkala mereka melihat bekas
perdana menteri itu bergandingan dengan Lim Kit Siang di pentas.

Meskipun Dr. Mahathir telah menegaskan beliau kini nonpartisan dan sekadar mahu
berkempen untuk sesiapa yang menyokong Deklarasi Rakyat, purata orang Melayu tetap
terkilan dan sedih melihat apa yang berlaku dan tidak bersetuju untuk negarawan itu
dibawa turun berkempen menyebelahi pembangkang, terutama di mana adanya Kit Siang!

Sentimen seperti ini berada dalam hati ramai pengundi atas pagar yang dianggarkan
seramai 40 peratus daripada jumlah pengundi Sungai Besar dan dipercayai akan jadi
penentu pada 18 Jun ini.

Bagaimanapun, parti itu mungkin boleh berterima kasih juga kepada DAP kerana
sekurang-kurangnya apa yang dilakukan akan membantu mereka meraih undi daripada
kaum Cina,  sekali gus tidak dimalukan dalam pilihan raya ini.

Tanda-tanda setakat ini menunjukkan calon BN kekal mendahului.

Budiman yang walaupun mempunyai peluang yang cukup cerah untuk mengekalkan
status quo bagi BN, tetap juga bekerja kuat sejak hari pertama. Meletakkan status dirinya
sebagai calon ‘underdog’, itu bukan sekadar retorik ‘YB Budi’ yang sejak awal pagi turun
berkempen dengan sasaran bertemu 3,000 pengundi setiap hari atau 40,000 pengundi
 menjelang 18 Jun ini.

Di atas kertas, Budiman tanpa kempen sekuat itu pun mempunyai peluang untuk menang.

Pada PRU13, beliau mendapat deposit sokongan 2,183 undi majoriti yang dimenanginya
di Dun Sungai Panjang, jauh lebih banyak berbanding 399 undi majoriti diperoleh
Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon untuk kerusi Parlimen Sungai Besar.

Ini sekali gus menunjukkan ramai yang mengundi Budiman untuk Dun tetapi memberi
undi kepada calon Pas untuk kerusi Parlimen. Ini mungkin berkait dengan faktor
Allahyarham Noriah sudah lama berada di situ – sejak 2004 – berbanding YB Budi yang
baru kali pertama bertanding.

Pada pilihan raya lalu, Budiman sedar beliau tidak jadi pilihan pengundi Cina. Justeru,
sebaik dinobatkan sebagai wakil rakyat, beliau secara proaktif berusaha mendekati kaum
itu dan selepas tiga tahun, usaha itu telah menunjukkan perubahan yang positif. Untuk
PRK ini, beliau dijangka akan mendapat lebih banyak undi daripada kaum Cina yang
 dahulunya memberi undi kepada pembangkang.

Bagi calon Pas, Abdul Rani, meskipun beliau agak ‘rendah’ dari segi aset sedia ada yang
dibawa ke Sungai Besar, termasuklah latar belakangnya yang bukan anak tempatan,
jentera kempen Pas yang cukup komited dari seluruh negara, ternyata amat membantu.

Dengan itu, segala kelemahan yang ada pada calon Pas itu, yang banyak berlegar sejak
sebelum penamaan calon, telah cuba diatasi sedikit demi sedikit. Kini, kedudukan Pas
difahamkan adalah semakin baik berbanding Amanah.

Isu-isu seperti ‘harumanis lawan harumanis’ yang berkumandang sebaik nama Abdul
Rani diumumkan sebagai calon hingga ditimbulkan dalam perbahasan muktamar, hampir
tidak kedengaran lagi.

Ini mungkin bersebab dengan teguran Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengingatkan
semua ahli Pas supaya wala’ (patuh) terhadap keputusan memilih calon yang dibuat oleh
Majlis Syura Ulamak parti dan taat terhadap kepimpinan yang telah menimbang sesuatu
keputusan dari pelbagai aspek.

“Kalau nak orang setuju 100 peratus dengan calon yang kita pilih, memang payahlah,”
kata Abdul Hadi pada sesi penggulungan muktamar agung Pas di Kota Bharu, 3 Jun lalu.

Benarkah Abdul Rani ‘harumanis’?

Seorang ‘orang dalam’ Pas ketika berborak dengan saya di luar dewan pada hari
muktamar di Kota Bharu memberitahu: “Dr. Rani bukan ‘harumanis’ dan dia tidak
sekali-kali akan lompat parti!”

Katanya, bekas pesuruhjaya Pas Selangor itu sememangnya orang yang baik, sangat
menjaga silaturahim dan hubungan peribadi beliau dengan pemimpin-pemimpin parti lain
dalam Pakatan Harapan tidak boleh dikaitkan dengan pegangan politiknya. Walaupun
berkawan baik dengan mereka, itu bukanlah ukuran kesetiaan Abdul Rani terhadap Pas
dan pimpinannya.

Untuk lebih meyakinkan saya, dia berkata, bukan sahaja Abdul Rani, malah keluarga
terutama bapanya cukup admire (mengagumi) Tok Guru (Abdul Hadi) “dan cukuplah
kalau saya katakan, kerana Tok Guru, dia takkan sekali-kali tinggalkan Pas.”

Tanpa buah kelapa, tanpa bubu, tanpa teropong buluh, saya meramalkan calon BN akan
menang di Sungai Besar dengan majoriti sekitar 1,200 undi!

MOHAMAD MAT YAKIM
SINAR HARIAN


Sumber TKO - 15-6-2016


DAP sanggup bertindak bodoh demi kuasa – Ahmad
Samsuri



Posted on Tuesday, June 14 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Respon

PETALING JAYA: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
 mendakwa DAP sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah tindakan yang bodoh demi
mendapatkan kuasa.

“Politik cara DAP ini adalah jelas menunjukkan DAP akan berbuat apa sahaja dakwaan
karut, kadangkala bodoh dan sasau untuk mendapatkan kuasa,” tulisnya menerusi
Facebook beliau.

Ia susulan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam kononnya Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berangan menjadi Perdana Menteri dan
angan-angan itu disemai ketika parti Islam itu masih berada dalam Pakatan Rakyat
sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.


Apabila DAP dan PKR tidak menyokong hasrat Hadi, Kit Siang menuduh Hadi
menyebelahi dan sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk menutup salah laku yang
didakwa dilakukan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Ahmad Samsuri menempelak dakwaan Kit Siang dan menyifatkan Ahli
Parlimen Gelang Patah itu sebagai pemimpin yang mengamalkan politik bohong dan
kebencian.

“Hujahan supremo DAP Lim Kit Siang dalam Facebook rasmi beliau semalam bahawa
Pakatan Rakyat musnah disebabkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi mahu menjadi
Perdana Menteri adalah satu lagi contoh politik bohong dan kebencian yang dibawa oleh
DAP,” katanya.

Minggu lalu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengakui dua papan iklan berbentuk
provokasi yang berlogokan AMANAH dan dipasang di Sekinchan dilakukan parti itu.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abu Bakar dilaporkan sebagai berkata,
tindakan DAP menaikkan papan iklan itu bertujuan “melepaskan geram” masyarakat
Tionghua terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang
didakwa pernah mengeluarkan kenyataan berunsur rasis sebelum ini.

Sumber TKO - 14-6-2016


Langkah DAP Langkah Dajjal

Posted on Tuesday, June 14 @ 15:49:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Perdaya Umat Islam Dengan Janji Kesesatan

Hubungan DAP dengan anasir Dajjal bukanlah tuduhan melulu 
tetapi banyak bukti yang menunjukkan perkara tersebut. Adalah 
amat penting bagi umat Islam untuk menyedari hal ini sebelum 
terlambat. Amat mengejutkan ramai umat Islam termakan 
janji-janji palsu yang ditaburkan oleh DAP melalui rangkaian 
media dan propaganda yang dilakukan secara tersusun. Mereka 
percaya dengan janji DAP yang dapat memberikan kemakmuran dan keadilan dengan 
syarat menolak syariat Islam.


Padahal janji Allah kemakmuran dan keadilan hanyalah dapat dicapai dengan 

mengamalkan syariat Islam sepenuhnya seperti yang dibawa oleh Rasul yang mulia Nabi 
Muhammad saw.

Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan 
keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? 
Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).

(Asy-Syuura 42:17)

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti 
yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) 
supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.
(Al-Hadid: 25)

Menaja Freemason
Pada awal tahun ini umat Islam heboh melahirkan kebimbangan keatas kerajaan DAP 
Pulau Pinang yang memberikan dana kepada pertubuhan Freemason untuk mengadakan 
persidangannya di negeri tersebut.




Grand Lodge (Loji Besar) merupakan badan bebas dan berdaulat yang mentadbir seluruh 
Freemason didunia. Freemason juga dikenali sebagai pertubuhan ‘sulit’ kerana tidak 
ramai yang mengetahui pergerakannya selain tidak mengenali individu yang terlibat secara 
langsung dengan Freemason.

Dengan sokongan Freemason kepada Israel untuk merampas tanah rakyat Palestin dan 
Masjidil Al Aqsa, rejim Zionis tidak akan tunduk kepada tekanan dunia terhadap 
keganasan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin.

Dakwaan bekas ahli DAP, Mohamad Razali mengenai kaitan DAP dan Israel ada 
kebenarannya dengan sokongan kuat DAP terhadap Freemason. Dakwaan yang menyebut 
seramai 17 orang ahli DAP menerima latihan dari Israel tidak mampu dinafikan apabila 
dikaitkan dengan kebenaran yang kerajaan DAP beri kepada Freemason untuk membuat 
perjumpaan di Pulau Pinang.


Menjanjikan Kuasa Bagi Umat Islam Yang Ikrar Setia Dengan Mereka
Jadi bukanlah asing juga bagi kumpulan yang mereka taja dari umat Islam sendiri 
apabila simbol yang mereka gunakan adalah simbol Roc yang dibuat dengan jari 
tangan membentuk segitiga piramid. Inilah perancangan halus oleh anasir Dajjal ini 
bagi menerapkan ideology mereka secara halus. Iaitu hanya dengan menolak syariat Islam 
mereka akan dapat berkuasa. Simbol piramid ini menunjukkan golongan mereka yang
terpilih akan berada diatas puncak dengan memerintah golongan ramai berada dibawah 
piramid mengikut agenda Dajjal.






Artis Barat dengan simbol Roc

Beyonce


James Lebron


Rihanna
Golongan Islam Yang Sebenar Tidak Bersama Orang Kafir Yang Menentang Islam

Firman Allah Swt.:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتابِ أَنْ إِذا سَمِعْتُمْ آياتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِها وَيُسْتَهْزَأُ بِها فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذاً مِثْلُهُمْ

Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kalian di dalam Al-Qur'an bahwa apabila kalian mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kalian duduk 
beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena 
sesungguhnya (kalau kalian berbuat demikian) tentulah kalian serupa dengan mereka.
(An-Nisa: 140)

Sesungguhnya jika kalian melakukan hal yang terlarang sesudah larangan sampai kepada
kalian, dan kalian rela duduk bersama-sama mereka di tempat yang padanya diingkari 
ayat-ayat Allah, diperolok-olokkan serta dikecam dengan pedas, lalu kalian 
menyetujui hal tersebut, berarti sesungguhnya kalian berserikat dan bersekongkol dengan 
mereka dalam hal itu.

 Karena itulah dinyatakan oleh firman-Nya: 

{إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ}
tentulah kalian serupa dengan mereka. (An-Nisa: 140)

Umat Islam Mesti Pelihara Keimanan Melebihi Perkara Lain

Mukmin sejati menyedari pentingnya memelihara iman-tauhidnya bahkan sebelum 
puncak fitnah iaitu Ad-Dajjal akan keluar ke tengah umat manusia. Bahkan ketika dunia 
diwarnai oleh aneka fitnah pra-Dajjal seorang mukmin telah bersusah-payah 
memelihara iman-tauhidnya dengan tidak terjebak oleh aneka fitnah tersebut. Bahkan 
ketika dunia modern membentuk dirinya menjadi sebuah Novus Ordo Seclorum 
(Peraturan Dunia Baru) alias Sistem Dajjal ia telah memasang sikap dan bersedia 
memelihara iman-tauhidnya.
Seorang mukmin sejati tidak bakal tertipu oleh ideologi kafir yang menyerukan 
sekularisme, pluralisme dan liberalisme dibungkus slogan palsu seperti sikap 
kesaksamaan universal, tiada diskrimasi, keadilan serta kebebasan. Seorang mukmin 
sejati tidak bakal tertipu oleh sistem hukum kafir yang memberikan kekuasaan 
kepada manusia untuk membuat undang-undang mengikut hawa nafsu mereka tanpa 
berpandukan perintah Allah dan RasulNya. Seorang mukmin yang sejati akan berjuang 
menegakkan syariat Islam yang telah ditetapkan Allah walaupun di tentang oleh orang 
kafir dan munafik.
Siapa Yang Selamat Dari Fitnah Sebelum Fitnah Dajjal, Maka Ia Selamat Dari 
Fitnah Dajjal
Nabi Muhammad saw sentiasa memperingatkan para sahabat agar memastikan diri dapat 
selamat menghadapi rangkaian fitnah sebelum keluarnya fitnah Dajjal. Sebab 
keselamatan iman-tauhid seseorang pada masa fitnah sebelum keluarnya fitnah Dajjal, 
menjamin keselamatan iman-tauhidnya ketika Dajjal keluar. Dan itu berarti sebaliknya, 
barangsiapa sebelum Dajjal keluar saja sudah terjebak ke dalam aneka fitnah 
pra-Dajjal, maka jangan harap dirinya bakal sanggup selamat menghadapi fitnah 
Dajjal, sebab ia merupakan fitnah paling dahsyat sepanjang zaman...!
Oleh itu sesiapa menjadi bersekongkol dengan musuh Allah mempersendakan 
hukum Allah, mendokong fahaman sekularisme-pluralisme-liberalisme, menentang 
hukum Allah, sesungguhnya mereka telah terpedaya dengan fitnah pra-Dajjal. Maka 
jangan harap ia bakal sanggup menghadapi fitnah Dajjal, sebab fitnah Dajjal merupakan 
puncak fitnah yang jauh lebih dahsyat daripada segenap fitnah sebelum fitnah Dajjal...!!!
Dajjal disebut-sebut di dekat Rasulullah saw lalu beliau bersabda: "Sungguh fitnah 
sebahagian dari kalian lebih aku takutkan dari fitnahnya dajjal dan tidak ada 
seorangpun dapat selamat dari fitnah-fitnah sebelum fitnah dajjal melainkan pasti 
selamat pula dari (fitnah dajjal) sesudahnya, dan tidak ada fitnah yang dibuat sejak 
adanya dunia ini –baik kecil ataupun besar- kecuali untuk fitnah Ad-Dajjal." (HR Ahmad
 - 22215) Shahih


Sumber TKO - 14-6-2016




Betulkah Pas yang kata umno Kafir
Posted on Tuesday, June 14 @ 15:46:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Sebelum penulis pergi lebih jauh, kawan penulis yang juga seorang
penulis prolific berkata macam mana pas boleh kata umno kafir,
sedangkan pas adalah sebuah pertubuhan (bukan manusia)

Betul jugak. Macam mana pas boleh berkata demikian. Lainlah jika
pas itu manusia, maka, ada lojiknya dia berkata umno itu kafir.

Soalnya, Bekan Ketua hakinm Negara, Tun Abdul Hamid
Muhammad, berkata  pas sekarang ini tidak lagi mengkafirkan
umno.maka disarankan pas dan umno bergabung untuk penyatuan
Melayu di Malaysia ini

Tun  Abdul Hamid Muhammad berkata demikian dalam rencana pendeknya bertajuk:
Segerakan usaha penyatuan Melayu (BH 12 Jun 2016)

Lihat pada bahasanya, bahawa Tun Abdul Hamid Muhammad percaya dan yakin bahawa 

sebelum ini PASlah yang mengkafirkan umno.



Betulkah pas sebelum ini mengkafirkan umno?



Rata rata bersetuju paslah yang mengkafirkan umno punca orang Melayu berpecah.Bukan 

setakat itu sahaja. malah, kata Tun Abdul Hamid Muhammad, pecah akidah.



Bermakna, orang orang Melayu pas mempunyai akidah yang berlainan berbanding dengan 

akidah orang orang Melayu umno.



Pada hemat penulis, Pas tidak pernah kata umno kafir. Boleh rujuk kata kata Haji Hadi 

Awang Ketika berceramah pada 7 April 1981 di Banggol Peradung Manir Kuala 

Terengganu yang dijenamakan sebagai Amanat Haji Hadi Awang.



 merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Haji Abdul Hadi 

Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.



Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS 

sekitar tahun itu.



Atas amanat itulah, orang umno berkata pas kata umno kafir.Tidak timbul pas kata umno 

kafir. Kerana orang umnolah yang kata pas, kata umno kafir.



Perincian dan penelitian pada rujukan asal jelas pas tidak mengkafirkan umno.Atas sebab 

itulah Datuk Seri Haji Abdul Awang presiden pas sampai sekarang ini tidak tarik balik 

kata kata yang diungkapkan dalam cermahnya itu.



Sama sama kita lihat ungkapan tersebut.



Saudara- saudara sekalian percayalah


Kita menentang umno, bukan kerana nama dia umno. Kita menantng Barisan Nasional
bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia
mengekaklkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang undang kafir, dan
mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana
itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka
Percayalah saudara-saudara sekelian,


Percayalah saudara saudara sekalian


Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. 

Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita 
mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak
perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian
 Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang , berkata, Kita menjadi kafir dengan mengamalkan 
politik suku agama suku.Itu sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Perkataan Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku ini adalah 
ganti nama semua orang Islam, termasuk dirinya sendiri jika mengamalkan politik suku agama suku, jadi kafir.

Orang pas pun tidak terkecuali.Jika orang pas amalkan politik suku agama suku,juga jadi kafir.Bukan dikhususkan kepada orang orang umno sahaja.

Oleh itu, mengatakan pas mengkafirkan umno tidak masuk akal langsung. Lebih lebih 
lagi apa yang dinyatakan Haji Hadi Awang dalam cermahnya itu merupakan displin ilmu 
yang berkaitan dengan akidah orang orang Islam.Tidak lebih daripada itu.

Sumber TKO - 14-6-2016


Adakah Mahathir Beritahu Hadi Berkenaan Skandal
Muhyiddin?


Posted on Tuesday, June 14 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel











Pemimpin (Kempen Anti-Najib) ANC dan de facto pemimpin daripada Kerjasama DAP
yang diterajui oleh kolaborasi Harapan yang turut dikenali sebagai Pakatan Harapan, Tun
Dr Mahathir Mohamad, merungut berkenaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Mahathir
berkata, beliau bertemu Hadi tiga bulan lalu secara peribadi memberitahu kepadanya
dengan terperinci kisah salah laku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Satu daripada salah laku Najib adalah dia bertindak sebagai ejen asing, negara yang
Mahathir tidak akan namakan tetapi semua orang tahu bermakna Singapura (kerana
Mahathir telah menyebutnya pada pertengahan 2013 – bahawa Najib diperas ugut oleh
 Singapura atas sebab-sebab yang orang tua itu tidak pasti).

Mahathir kecewa memandangkan selepas taklimat penuh tiga bulan lalu Hadi masih
enggan menyertai ANC dan membantu menyingkirkan Najib daripada jawatan Perdana
Menteri. Mahathir berkata, mungkin kerana Najib “membeli” Hadi (makan dedak atau
‘makan makanan ayam’, menurut Mahathir). Apa yang Mahathir tidak sedar, bahawa Hadi
enggan menyertai ANC kerana Presiden PAS tersebut tidak mempercayai orang tua itu.

Hadi sudah tahu mengenai kisah 1MDB kononnya, RM42 bilion atau mungkin juga RM50
bilon lesap dan semua kekarutan itu, yang kini telah terbukti pembohongan semata-mata.
Malah, seluruh negara telah mendengar cerita berkenaan 1.2 juta tandatangan palsu yang
dipanggil petisyen Kit Siang-Mahathir yang turut dikenali sebagai Deklarasi Rakyat’.

Hadi mahu Mahathir memberitahu dia mengenai kes perceraian yang akan dibawa ke
mahkamah pada 20 Jun 2016 – dua hari selepas pilihan raya kecil kedua-dua tempat di
Kuala Kangsar dan Sungai Besar – yang melibatkan sekutu orang tua tersebut iaitu
Muhyiddin Yassin.

Menurut Raja Petra, Muhyiddin mempunyai hubungan jangka panjang dengan Nika Gee
Siew Yee, isteri kepada …, kebanyakan peguam mungkin tahu siapa suami beliau. Bukan
sahaja isteri Muhyiddin sedar berkenaan skandal ini, malahan ramai kakitangan Muhyiddin
di Kementerian yang dia pernah ketuai juga tahu perkara ini.

Tidak berapa jelas jumlah butiran yang akan didedahkan pada 20 Jun ini – seperti
Muhyiddin telah membayar Nika RM20,000 sebulan untuk jangka masa yang lama dan
baru-baru dia membayarnya sebanyak RM5 juta di Singapura.

Muhyiddin juga membantu Nika memenangi projek Kompleks Sukan Kampong Pandan
yang dia telah melobi, sudah tentu sebagai agen syarikat yang mengemukakan dokumen –
dan Mahathir sedar akan perkara ini juga. Malah, Mahathir juga sedar bahawa hubungan
di antara Muhyiddin dan Nika telah terjalin semenjak dia masih di Kementerian Pertanian
lagi.

Mahathir berusaha untuk berbincang dengan Hadi secara Panjang-lebar mengenai dakwaan
salah laku Najib – yang dia tidak dapat membuktikan dsebenarnya, ada yang telah
dibuktikan tidak benar. Mahathir tidak menyebut apa-apa mengenai salah laku Muhyiddin,
salah satunya skandal dengan isteri orang yang akan didedahkan di mahkamah pada 20 Jun
2016.

Mahathir berani menuduh Hadi makan dedak hanya kerana Hadi enggan menyertai ANC
dan membantu menjatuhkan Najib. Adakah Mahathir benar-benar berminat dalam
kebenaran? Jika kebenaran adalah tujuan Mahathir, mengapa melindungi kebenaran
mengenai Muhyiddin? Dan apabila kita menulis dua cerita sebelum ini (Muhyiddin 
bogged down by personal scandals and Why is Muhyiddin so quiet regarding the 
allegation of an affair?) Muhyiddin atau isterinya tidak menafikan cerita tersebut.

Sebenarnya, yang jika anda benar-benar ingin mengetahui kebenarannya, Mahathir
berharap agar Najib digulingkan pada Julai tahun lepas dan jika ianya berlaku maka
Muhyiddin mengambil alih sebagai Pemangku Perdana Menteri dan melantik Mukhriz
sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Selepas hanya kira-kira setahun di pejabat, Muhyiddin perlu meletakkan jawatan kerana
skandal melibatkan hubungan sulit dengan isteri orang. Sebaik sahaja Muhyiddin
meletakkan jawatan dalam keadaan hina maka Mukhriz ‘tiada pilihan’ selain mengambil
 alih jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri sehingga 2018 dimana beliau boleh
disahkan sebagai Perdana Menteri apabila beliau menangi jawatan Presiden Umno (dan
sebagai Perdana Menteri peluang anda untuk menang presiden Umno cukup baik).
Tetapi Najib tidak digulingkan pada bulan Julai 2015 seperti yang dirancang. Muhyiddin
pula akan menghadapi skandal bulan ini pada 20 seperti yang dijangkakan. Jadi pass 20
Jun 2016 seluruh dunia akan tahu tentang skandal Muhyiddin dan tidak akan ada lubang
yang cukup besar untuk Muhyiddin merangkak ke dalam.

Dan apa dia sekali lagi? Ah, ya, sekarang saya ingat … game over!




Sumber TKO - 14-6-2016

Nizar Putar Belit Isu Gabung UMNO-PAS 2008 - Ini 

Cerita Sebenar

Posted on Monday, June 13 @ 18:10:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Mohamad Nizar ketika berceramah di hadapan 50 orang mendakwa kononnya PAS Pusat 

meminta PAS Perak bergabung dengan UMNO bagi mewujudkan sebuah kerajaan 
perpaduan di negeri ini tetapi Ustaz Ahmad tegas enggan menerimanya.

Katanya lagi PAS memang secara sulit ada perancangan bekerjasama dengan UMNO sejak 

 2008 lagi dan usaha itu bertambah ‘kuat’ selepas Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP 
pada 2015 dan digantikan oleh Pakatan Harapan.

Kata Nizar DAP ketika itu memang mahukan calon PAS sendiri menjadi Menteri Besar 

 ke-10 untuk mengambil alih jawatan berkenaan daripada Tan Sri Tajol Rosli Mohd. 
Ghazali.

Cerita bohong ini telah dimainkan banyak kali kononnya PAS dan bergabung dengan 

UMNO. Semasa Muktamar PAS 2015 kempen Nizar dan geng PAN sekarang kononnya 
kalau ulama menang dan menguasa AJK PAS Pusat akan mudah mereka bergabung dengan 
UMNO.

Tapi ahli PAS tidak bodoh maka geng PAN sekarang ini tersingkir. Sekarang dah 2016 tapi 

masih tak wujudpun gabungan seperti yang mereka sebarkan. Itu memang FITNAH yang 
jahat.

Sekarang pun isu gabungan UG dimainkan sehingga ramai orang menyangka perkara itu 

benar melainkan mereka yang ada akal berfikiran terbuka boleh memikirkan benar atau 
salah.

Nizar putar beli cerita kononya DAP rela hati nak berikan PAS Menteri Besar sedangkan 

perkara yang sebenarnya DAP yang memiliki jumlah kerusi terbanyak iaitu 18 berbanding 
PKR pula 7 dan PAS hanya 6 pada masa itu mengadap dan memujuk Sultan Perak, Sultan 
Azlan Shah ketika itu agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi 
Menteri Besar yang pertama bukan Melayu bukan Islam dan beragama Kristian.
Sultan Perak menolak cadangan tersebut yang bercanggah dengan undang-undang tubuh 
negeri Perak yang menetapkan Menteri Besar mesti juga seorang Melayu Islam bahkan 
baginda bertitah mahukan calon dengan pernah mempunyai latar belakang kerjaya sebagai 
 profesional.

DAP secara kebetulan langsung tiada ADUN Melayu manakala pelan pilihan alternatif 

kedua ialah memilih calon daripada PKR, namun semua ADUN Melayu PKR pula hanya 
berkelayakan akademik setakat tingkatan lima sahaja.

Oleh itu, Mohammad Nizar sebagai jurutera dan juga memegang jawatan tertinggi dalam 

PAS dipilih menjadi Menteri Besar bersifat bidan terjun daripada kalangan semua ADUN 
PAS kerana Ustaz Ahmad pula bukan seorang ADUN.

Siapa kenal Nizar ketika itu??

Nizar yang pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah pada 13 Mac 2008 namun, 

pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa DAP akan memboikot majlis angkat 
sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Ini kerana PAS bukan parti utama memenangi PRU 2008 peringkat DUN Perak.

Kit Siang juga menyelar PAS dan berpendapat bahawa 
ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri 
Besar, sekiranya calon DAP ditolak.

Susulan itu, pihak istana membatalkan istiadat angkat 

sumpah serta meminta DAP, PKR dan PAS bermesyuarat 
sekali lagi sebelum menghantar surat rasmi sokongan 
bersama ditandatangani kesemua 31 ADUN mereka 
 sendiri.

Oleh kerana terdesak, Nizar akhirnya atas ihsan DAP 

(istilah sekarang dedak DAP) dan PKR bersetuju MB 
dikalangan PAS.

Akhirnya Nizar berjaya mengangkat sumpah Menteri Besar secara rasmi pada 17 Mac 

2008 di hadapan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana 
 Iskandariah.

DAP memaksa Pakatan Rakyat memberikan enam jawatan Exco dalam kerajaan campuran 

Perak tersebut berbanding kuota Exco daripada PKR hanya tiga dan PAS pula seorang 
sahaja.

Bukan itu sahaja, semua keputusan Nizar mestilah mendapat keputusan DAP. Pentadbiran 

Nizar ‘dibayangi’ DAP

Nizar lebih menjaga kepentingan DAP daripada kepentingan  Melayu antaranya pemberian 

geran tanah 999 tahun. Ini juga termasuk mengadai 1000 ekar tanah untuk DAP yang 
didedahkan dalam ceramah baru-baru ini.

Keputusan ini diluar pengetahuan kepimpinan tertinggi PAS.

Paling teruk Nizar bersama Ahmad Awang telah membuat perjanjian Pangkor II yang 

membuat akur janji tidak akan melaksanakan undang-undang Islam.

Perkara ini telah didedahkan oleh Nordin Ali dalam blognya.

Apa yang Mujahid tak menulis ialah bagaimana PAS Perak di bawah Ustaz Ahmad

Awang pada masa itu telah membuat perjanjian untuk tidak melaksakan

Undang-undang Islam. Penjajian ini dikenali sebagai PENJAJIAN PANGKOR II.
'Perjanjian Pangkor II' antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008

apabila abang kepada Mohamad Nizar  iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan

perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana

menepikan Islam.
Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum

bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan

oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang

menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.
Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad

Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani 'Perjanjian

Pangkor II' bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar

menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa,

Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau

bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Nordin Ali menulis lagi;

(Gambar: Nizar cuba mengelak dari wartawan

berkaitan Pangkor II. Mengapa mengelak?)Setelah serangan daripada abangnya

sendiri. Nizar mengelak diri menjawab pertanyaan Wartawan. Sekali lagi Nizar

berdalih selepas membisu dalam isu Pangkor 2 yang dibangkitkan oleh abangnya

sendiri. Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya

mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik

pada 9 Julai 2008, tetapi Nizar enggan ditemu ramah. Nizar juga khabarnya jarang

pulang ke DUN Pasir Panjang selepas itu untuk berjumpa dengan rakyat. Dua kali

pulang tetapi rakyat diminta pergi ke stadium untuk jumpa Nizar. Pada sidang

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak (Julai 2008), Mohammad Nizar secara jelas

mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam

yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.
 Pendedahan Nordin lagi,
Oleh kerana tiada bukti secara mutlak dan hitam putih isu ini hampir mati.
Allah s.w.t. mentakdirkan dengan bukti baru tentang perjanjian yang hampir sama

dengan penjanjian Pangkor II yang menjadi titik tolak penyelewengan dakwah Islam

dalam PAS. Allah s.w.t. akan pasti membantu Jamaah Islam dan mereka yang

menyeleweng pasti akan gugur dalam misi dakwah sebagaimana tulisan Fathi

Yakan. Tak hairan penulsi wahyu Rasulullah sendiri pun muktad. Sebab hidayah itu

Allah yang punya. Jangan kita sombong dan takabur dengan Allah menepikan

hakNya.




Nizar sekali lagi dengan persetujuan Ahmad Awang dan menepikan Pesuruhjaya

PAS Perak yang baru untuk membuat penjajian tidak melaksakan hukum Hudud,

Qisas dan syariat Islam. Dengan wujudnya perjanjian bertulis ini maka apa yang

disebut oleh abang kandungnya adalah BENAR belaka!!
Sebagai hujah Mujahid Yusof Rawa, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awanglah yang

mencetuskan penolakkan hukum hudud di bumi Perak!
Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Perak jatuh. Siapa dan bagaimana kita menjawab di

hadapan Allah bahawa kita tak nak buat hudud?? Mana kita nak letak muka kita 

yang sombong dengan Allah ini di akhir nanti. Adakah anda nak bersama mereka
 untuk menjawab di sisi Allah nanti?
 
Kesimpulan pengkhianat Melayu dan agama Islam di PERAK dengan mengadai tanah dan 
agama ialah NIZAR JAMALUDDIN, USTAZ AHMAD AWANG dan geng PAN@
AMANAH yang dodokong oleh puak IKRAM. Sikap Nizar dan Ahmad Awang menyebab 
nama baik PAS sebagai gerakan Islam tercemar!!

Sumber TKO - 13-6-2016




DAP nak ajar umat Islam cara berugama yang betul

Posted on Monday, June 13 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Assalamualaikum,,

Setelah membaca apa yang Prof Redzuan Tee Abdullah tulis pasal
DAP atau ultra kaisu yang semakin biadap nak mengajar orang
Islam cara berugama sehingga turut mencetuskan kesedaran dalam
diri Prof Redzuan Tee Abdullah untuk menulis mengenainya dan
juga respon dari parti parti politik Cina yang lain seperti MCA
yang seakan akan setuju dengan ultra kaisu.

Saya sudah lama perasan perangai DAP yang mahu jadi boss
kepada semua rakyat di bawah prinsip perjuangannya Malaysia Malaysian yang kali
 pertama saya dengar dari mulut mendiang P.Patto ketika berdebat di DTC, UM sewaktu
masih bergelar mahasiswa.Peluang diperolehi oleh DAP dengan terbentuknya pakatan
pembangkang atau PR yang diilhamkan oleh TGHH dengan seruan mari kita berpakat
berdasarkan persamaan yang ada sambil perbezaan kita ketepikan dulu.Setelah merasakan
diri mereka semakin kuat, DAP sedkit demi sedikit menunjukkan belangnya dan dalam
masa yang sama berjaya mempengaruhi sejumlah pemimpin Islam dalam PAS untuk turut
 menyokong mereka.Sokongan yang tak berbelah bagi sehingga tertubuhnya sebuah parti
serpihan dari PAS yang dikenali sebagai parti amanan negara.Walaupun tahap amanah
sebenar di kalangan pemimpin mereka boleh dinilai dengan tindakan mereka tetapi
sokongan kepada DAP sudah dinyatakan dengan jelas, mewakili parti Islam yang
menyokong usaha DAP menerusi prinsip Malaysia Malaysian untuk menentukan bagaimana orang Islam mesti berugama.

Kita mendengar sebelum ini upacara makan setalam antara gadis dengan pemuda kafirun
yang ajnabi dan upacara ini disebut oleh penganjurnya, DAP adalah sunnah yang sebenar
yang mesti diamalkan oleh orang Islam.PAN sebagai penyokong mereka hanya berdiam
diri melihat sahaja malah mungkin juga mengiyakan promosi DAP kepada umat Islam ini.

Kemudian kita juga mendengar upacara memegang anjing yang mungkin DAP tidak
terlibat secara langsung tetapi tetap turut menyokong upacara ini kerana inilah umat Islam
yang nak DAP lahirkan setelah mereka menguasai Putra Jaya.

Maka tidak hairanlah mereka menentang dengan cukup kuat RUU pindaan akta 355
sehingag pada tahap LKS mewakili suara DAP boleh memberitahu umat Islam bahawa akta
ini dan enakment Hudud Kelantan adalah undang undang ciptaan manusia bukan hukum
ALLAH yang mesti ditentang kerana ianya dibawa oleh PAS.

Hakikatnya bukan PAS yang ditentang DAP tetapi Islam.Islamlah yang mahu DAP ubah
supaya Islam versi DAP akan menjadi amalan umat Islam Malaysia.Hal ini juga disedari
oleh Prof Redzuan Tee, seorang Cina yang menukar akidah kepada Islam, tapi malang
sekali ramai lagi Islam dari keturunan melayu terutama yang masih menjadi ahli DAP dan
yang berada dalam PAN yang tidak sedar atau sedar tetapi setuju mahu mengubah
carahidup Islam kepada yang dibawa oleh DAP.

Sudah banyak kali juga kita cuba mengingatkan mereka mereka yang masih mahu
menyokong DAP merealisasikan agenda mereka  tetapi tetap masih ada yang tidak bersedia
mendengar peringatan kita.Mereka lebih berminat mendengar LKS daan LGE sehingga ada
yang sanggup menghina ulamak sendiri.

Apapun bagi majoriti umat Islam di Malaysia, seruan untuk bersatu perlu disahut segera,
bersatu dengan tali ALLAH bukan bersatu dengan PAS atau UMNO.Masing masing masih
boleh bebas memilih parti yang nak dikuti tetapi apabila sampai kepada perintah Islam,
seharusnya kembali kepada Islam.Yang jadi ahli Umno umpamanya, perlakuan dan
tindakan pemimpin Umno yang tidak Islamik, perlu ditentang dan pemimpin begini wajar
diturunkan.Pemimpin yang mendekati Islam sahaja yang perlu dinaikkan.Begitu juga
dengan PAS, semuanya perlu mengikuti panduan Islam tak kira apa yang kem DAP dakwa
dan kita kena ingat DAP hanya mahu mengubah cara kita berugama, Bak kata Prof
Redzuan Tee,jangan biar Islam dipijak...........

Sumber TKO - 13-6-2016


Mengapa Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar
Wajib Undi PAS?


Posted on Monday, June 13 @ 14:55:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

MP Islam wajib mengundi untuk menyokong RUU Syariah pada Oktober nanti. Hanya
dengan simple majority saja akan menanglah tuntutan al-Quran setelah sekian lama
undang-undang yang tidak menepati kehendak Allah tertegak sejak zaman penjajah.

Sudah pasti ada hukum di sini. Hukum bagi orang menyokong dan mengundi untuknya dan 

hukum bagi orang menentang dan menolak dengan alasan yang direka-reka sebagai satu 

justifikasi yang cuba berbohong di hadapan Allah. Malah RUU Syariah melibatkan akidah 

sama ada benar atau rosaknya Iman dan Islam seseorang.



Yang pasti MP PAS akan mengundi menyokongnya. MP dari  UMNO, PKR dan PAN 

belum tentu. Mungkin parti mereka akan mengarahkan mereka menyokong. Mungkin juga 

parti memberi kebebasan mengikut suara hati. Dan mungkin juga menentang. Dan mungkin 

juga MP dari sebuah parti rahmatan lilalamin akan mengikut apa sahaja kehendak Tuan 

Besar mereka. Harap-harap semua MP muslim menyokong RUU ini.



Justeru, amat penting pengundi-pengundi Islam di Sungai Besar dan Kuala Kangsar 

mengundi PAS pada 18 Jun ini. Tinggallah buat sementara baju dacing, biru muda dan oren 

dalam almari di rumah masing-masing. Ini agar undi Melayu/Islam tidak berpecah tiga 

kepada PAS, BN dan PAN ( baca DAP). Kalau undi muslim berpecah, peluang tambahan 2 

MP PAS yang sudah pasti mengundi untuk RUU terlepas.



Kalau BN menang, mungkin nanti ada arahan daripada pemimpin mereka agar MP-nya 

mengundi untuk tidak menyokong atau berkecuali. Kalau PAN ( baca DAP) sudah pasti 

pesta arak akan diadakan untuk merayakan kemenangan menggagalkan RUU. Mereka akan 

menyindir dan ketawa. Ketika itu kita sebagai umat Islam akan tersentuh dan tercabar. Baik 

kita orang UMNO atau PAS.Tak berguna lagi.



Konklusinya, PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar amat signifikan dan besar implikasinya 

untuk Islam dan akidah umatnya. Pengundi Islam di sanalah akan menentukannya sama ada 

memenangkan tuntutan Islam atau memberi peluang kepada DAP bertepuk tangan.



Motif tulisanku ialah untuk merayu  sokongan daripada saudara seagama demi maruah dan 

martabat Islam. Tambahlah 2 lagi undi yang pasti untuk kejayaan RUU Syariah. UNDI PAS.

Sumber TKO - 13-6-2016


Apa Ditakuti Dap Pada PRK? Pas Bangkit, Kekuatan
Islam!


Posted on Monday, June 13 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SEBENARNYA Dap boleh menerima hakikat kalau kedua-dua kerusi parlimen di Sungai
Besar dan Kuala Kangsar dimenangi Umno. Ini bukan isu, kerana Kuala Kangsar dan
Sungai Besar memang secara tradisinya ialah kubu kuat BN. Malah, Umno pernah
menikmati majoriti lebih 20 ribu undi di Kuala Kangsar serta 15 ribu undi di Sungai Besar.

Malah, Dap sebenarnya bimbang kerana kemerosotan rekod BN di dua parlimen ini pada
PRU 13 yang lalu, dengan hanya memenangi majoriti 399 undi di Sungai Besar dan 1082 di
Kuala Kangsar berdepan calon-calon Pas.

Kenapa Dap bimbang?

Sudah tentu Dap takut kerana rekod majoriti tipis itu memberikan Pas peluang untuk
merampas kedua-dua kerusi. Ketika Pas sudah bukan lagi rakan sekutunya berikutan
pembubaran Pakatan Rakyat (PR), serta kembali ke landas sebagai parti teras yang mahukan
mempromosi Islam, perjuangan Pas pasti menjadi ancaman kepada agenda Malaysian
Malaysia cara Dap.

Malah, kecenderungan Pas dan Umno untuk bekerjasama demi Melayu dan Islam, walaupun
berbeza cara membuatkan fobia lama kembali mengganggu pemimpin parti majoriti Cina itu. Isu kerjasama Pas dan Umno dalam RUU 355 sangat menghantui Dap.

Dap dalam apa juga keadaan sekarang, pasti akan bermati-matian membela kumpulan
moderat serpihan Pas yang kini menjadi sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH). Malah,
bukan rahsia pun, sejak kumpulan liberal Islam ini memberontak dalam Pas untuk
menjatuhkan kepimpinan ulama, Dap memainkan peranan utama dalam memberikan
sokongan padu.

Cuma apabila puak sekular liberal moderat ini kalah, dan keluar daripada Pas lalu
menubuhkan PAN, Dap mengambil langkah proaktif dalam membela dan menjaga
kepentingan pemimpin-pemimpin PAN.

Dalam konteks PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Dap tidak berhasrat melihat
BN/Umno tumbang. Dap bekerja keras membantu PAN bagi memastikan undi kumpulan
konservatif Islam berpecah dua dan akibatnya akan menyebabkan peluang Pas untuk
menang musnah sama sekali.

Jadi tidak hairanlah sekiranya Dap nampak sangat-sangat teruja berada di kedua-dua
kawasan PRK ini. Malah, Pemasihat Dap, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim
Guan Eng sendiri turun padang dan agresif berkempen. Walaupun majoriti pengundi di
kedua-dua kawasan adalah Melayu Islam, Dap memainkan peranan berkempan melebihi
sekutu utama PH, PKR.

PKR mengetuai Kerajaan Negeri Selangor dengan konsep perkongsian kuasa yang aneh.
Dap dan Pas walaupun sudah tidak bersama dan PH, menjadi dua parti yang masing-masing
menyumbang 15 kerusi DUN dalam kerajaan campuran di negeri itu, walaupun hakikatnya
PKR hanya ada 14 kerusi.

Kempen PAN untuk bertapak di Selangor penting. Kerana Dap tahu PKR melalui Timbalan
Presidennya, Azmin Ali boleh berkompromi dengan Naib Presiden Pas, Iskandar Arshad
yang juga pemimpin utama Pas Selangor dalam pembahagian kerusi pada PRU 14 nanti.
Kompromi begini satu ancaman kepada Dap dalam usaha menghapuskan pengaruh Pas di
Selangor.

Justeru, PRK Sungai Besar penting sebagai asas untuk PAN bertapak di Selangor dan
seterusnya menentang semua calon Pas pada PRU 14. Walaupun risikonya pertandingan tiga
penjuru akan membolehkan BN menang mudah. Bagi Dap, Islam cara Pas lebih menakutkan
mereka berbanding nasionalisme Melayu pegangan Umno.

Azmin selaku orang nombor satu PKR Selangor nampaknya menyepi dari mendekati
kempen PRK Sungai Besar. Sebabnya mudah – kerana Pas menyumbang 15 kerusi dalam
Kerajaan Negeri. Azmin tidak mahu meretakkan hubungan baik dengan Pas yang dibina
sejak 2008.

Melihatkan Azmin seperti berkecuali, Dap segera menangguk di air keruh. Walaupun dilihat
sebagai orang luar, Dap nampaknya sentiasa berada di sisi dan di belakang kempen PAN.

Beginilah hebatnya ketakutan Dap. Ketakutan terhadap kebangkitan Islam serta ketakutan
sekiranya Pas menjadi semakin kuat dan mengadakan lebih banyak pakatan dengan Umno
ke arah mengukuhkan Islam serta kuasa Melayu.

Matlamat Dap mudah! Bukan untuk mengalahkan BN, tetapi memastikan Pas kalah!

Inilah politik Islamophobia Dap! – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 13-6-2016



Jangan biar Islam dipijak

Posted on Monday, June 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Apa hak ultra kiasu untuk campurtangan atau menentukan cara hidup dan hal ehwal Melayu
Islam sedangkan Melayu Islam adalah pribumi di tanah air ini, manakala mereka adalah
penghijrah?

Kita tidak pernah menyekat ultra kiasu mahu hidup mengikut cara apa? Hatta, memakai
pakaian sesingkat dan sependek-pendeknya. Kenapa bila tiba bab berkaitan kehidupan orang
Islam mesti ditentang? Atas alasan apa mereka mahu mengarahkan Melayu mesti buat itu,
mesti buat ini.

Malah jika ada orang Melayu Islam cenderung kepada Arabisasi sekali pun itu adalah hak
dia? Mengapa ultra kiasu gatal punggung?

Kenapa apabila pemimpin Melayu berpakaian Cina atau Kurta (India) atau makan bersepit,
semasa berkunjung ‘meraikan' hari raya mereka, tidak pula dikatakan proses Cinanisasi atau
Indianisasi, malah dipuji dengan kata-kata inilah 1Malaysia?

Pernahkah terlintas di hati pemimpin MCA, Gerakan dan ultra kiasu untuk untuk memakai
baju Melayu dan bersongkok ketika berhari raya di rumah kita?

Namun, bila ada orang Melayu berpakaian ala Arab, ultra kiasu berkata ini Arabisasi.
Apakah cenderung kepada budaya Arab itu satu kehinaan? Ingat! kita ada Raja-Raja
berketurunan Arab. Sebenarnya ultra kiasu mahukan Melayu jadi apa?

Justeru, sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan ultra kiasu dalam mencampuri hal ehwal
Islam mesti dibenamkan supaya mereka tidak boleh bangun lagi. Mereka ini seperti parasit.

Inilah tindakan yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam PRK Sungai Besar dan Kuala
Kangsar tidak lama lagi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada PAN dan PH kerana
ini akan menjadi mereka semakin bongkak.

Strategi ini mesti dirancang jika benar Pas dan Umno mahu mengamalkan politik matang.
Apa yang boleh dilakukan? Jika dalam tempoh berkempen ini, Umno dan Pas merasakan
bahawa kemenangan bukan milik salah satu daripada mereka, cadangan saya, korban satu.
Sama ada Pas atau Umno yang menang. Benamkan PAN buat selama-lama.

Jika resepi politik matang ini berjaya. PRU akan datang, pasti milik umat Islam. Kita mesti
bertindak untuk mengecutkan telur ultra kiasu. Jika tidak, pengaruh Pas dan Umno akan
semakin terhakis. Pertarungan dua PRK menentukan corak politik akan datang.

Ya, saya tidak nafikan, menang atau kalah, PAN dan PH pasti akan beri berbagai-bagai
alasan bagi menutup maruah mereka. Namun, jika mereka kalah, sekurang-kurang PH tidak
boleh mendabik baba atau berkokok.

Hari ini, PH amat bongkak kerana mereka terlalu yakin semua Cina yang lebih kurang 30
peratus akan mengundi mereka. Dengan sedikit tambahan undi Melayu, hasil usaha PKR dan
IKRAM, mereka yakin boleh menang.

Justeru, kepada Pas dan Umno saya merayu. Pertama, hadamkan politik matang itu apa?
Kenali siapa sebenar musuh kita? Negara ini mesti diselamatkan daripada perancangan busuk
ultra kiasu. Jika ultra kiasu merancang untuk membenam kita, apakah kita perlu berdiam diri dan terus bersangka baik?

Sepatutnya MCA lebih fokus menyerang DAP, bukan saya. Saya tidak pernah mendengar
MCA bertegang leher dengan seorang speaker wanita ultra kiasu yang berkahwin dengan
lelaki India. Saya masih ingat ketika mengisi borang pendaftaran kelahiran anaknya, beliau
menulis keturunan anaknya, anak Malaysia, ditolak oleh JPN kerana tidak ada keturunan
anak Malaysia di dunia ini.

Akhirnya dia memilih anaknya berketurunan Cina. Kenapa tidak tulis keturunan India
mengikut nasab bapa? Pada tahun 2014, beliau pernah berkata, there are no Malays, no
Indians and zero Chinese in the DAP's CEC, but 20 Malaysians. MCA masih diam? Nampak
sangat bersekongkol.

Kedua, ultra kiasu dipelopori Kristian Evengelis semakin berani. Bukan sahaja di Malaysia
malah di Indonesia. Kenyataan Basuki Thahaja Purnama atau Ahok, gabenor Jakarta
berketurunan Cina, Kristian, dikatakan bakal menjadi menjadi Presiden Indonesia,
sepatutnya membuka mata kita semua.

Ahok melarang sekolah-sekolah di Jakarta mewajibkan pelajar memakai tudung kalau
pakaian itu dilayan seperti "kain lap" di dapur. Tidak betul mewajibkan pakaian itu walau
majoriti penduduk Indonesia beragama Islam. Muhammadiah dan Nahdatul Ulama (NU),
membantah larangan Ahok, dengan menyatakan ahli politik itu tidak perlu mengajar orang
Islam tentang kefahaman agama mereka.

Ahok berkata konsep bertudung juga terdapat dalam Kristian dan Yahudi seperti kata Ahok,
persoalannya adakah mereka mengamalkannya? Tidak! Mereka suka kepada yang pendek
dan singkat.

Ketiga, umat tidak sepatutnya menentang RUU 355, meskipun berasal daripada Sarawak.
Tahu membeza antara tugas sebagai ahli parlimen dengan sebagai individu beragama Islam.
Jika tidak setuju, diam sahaja. Jangan mengeluarkan kenyataan mengarut.

Keempat, amat malang umat Islam berada dalam keadaan rugi di mana jua berada. Terlalu
berkorban sehingga terkorban. Berbanding ultra kiasu. Dalam BN makan, dalam PH (PR)
lagi kuat makan. Luar dalam makan belaka.

Bagaimana pula dengan nasib Melayu? Apa yang dibuat, semua tak kena. PAN menyindir
Pas sebagai pendekar Mustar kerana berpakaian Melayu dan bertanjak dan berkeris ketika
AGM. Ultra kiasu yang membelah peha dan dada tidak pula dikatakan apa-apa. Janganlah
jadi PANdir.

Oleh Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

Sumber TKO - 13-6-2016



Sangat Lucu, Parti Lari Kerusi Ikrar Tak Akan Lompat
Parti!



Posted on Sunday, June 12 @ 16:34:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



“Selagi Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara), Khalid Abd Samad (Pengarah
Komunikasi Amanah) dan tidak kira mana-mana pimpinan dalam masih berada dalam
Amanah, saya akan terus berada dalam parti ini”, demikian ikrar calon Amanah PRK Sungai
Besar, Azhar Ab Shukor.

“Sebelum ini saya dibisikkan jika menang adakah akan masuk Pas. Sebab ada cerita-cerita
yang kata Amanah ini serupa dengan Pas yang akhirnya nanti akan balik kepada Pas juga.

“Soal Amanah balik kepada Pas, itu cerita pimpinan. Kita serah kepada mereka,” katanya di
sini, malam kelmarin.


Sebelum ini Takiyuddin Hassan pernah mendedahkan dalam Muktamar 2016 baru-baru ini
bahawa ada dikalangan pimpinan parti PAN ingin kembali kepada PAS. Ada yang pernah
menghantar surat untuk keluar PAS meminta untuk membatalkan surat mereka.

Kata Takiyuddin ada yang dah kita proses pembuangan keahlian dan ada yang masih belum.
Jika nama dah dibuang daripada ahli PAS, mereka ini kena proses semua macam ahli baru
 biasa manakala yang belum dibuang lagi kita boleh batalkan.

Yang pelik di sini ialah parti yang pernah melompat dan larikan kerusi kini buat ikrar
calonnya supaya jangan lompat dan buat lari kerusi.

Sangat lucu, memang bijak orang tua kita buat peribahasa macam ketam suruh anaknya
berjalan betul!




Sumber TKO - 12-6-2016





Marah Islam Kacau Minum Arak, Hak Bukan Islam, Dia
Kacau Hukum Hudud Tak Apa. Puak PAN Diam Diri
Makan Dedak DAP!

Posted on Sunday, June 12 @ 16:17:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP marah betul isu dia
nak meraikan jika AMANAH@PAN boleh undi lebih daripada dengan pesta arak.

"Jadi, jika Saya (Ng Suee Lim) mahu minum arak sampai pecah perut, jangan ganggu," ujar
Ng, kerana dia bukan Islam.

Macam puak-puan PAN juga  Ng Suee Lim (baca DAP) mempergunakan kenyataan Tuan
Guru Nik Abdul Aziz untuk isu ini.

DAP dan puak PAN lupa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz pasal Hudud, malah mereka hanya
sekadar memeprgunakan Tuan Guru Nik Aziz untuk kepentingan mereka.


Ketegasan TGNA dalam isu hudud patutlah diketengahkan, jangan 'select' mana-mana yang
terpulih bagi tujuan politik kotor PAN.

Paling malang puak IKRAM yang sedang menguasai parti PAN hanya mendiam diri dalam
isu DAP menghina agama Islam terutama hukum hudud.

Dulu berusrah, tamrin dan qiamulail tapi malangnya bila berhadapan keduanian puak-puak
IKRAM/IRC menjadi buta dan tuli.




Sumber TKO - 12-6-2016





Selepas ini Puak Parti Pan Bolehlah Jemput Lim Kit
Siang Jadi Imam Tarawih

Posted on Sunday, June 12 @ 15:58:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Semalam pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengatakan bahawa Rang Undang-undang
 (RUU) anggota persendirian mengenai Akta 355 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang sebagai rang undang-undang buatan manusia yang cuba diperlihatkan seolah-olah ia
adalah daripada Allah Taala.

"RUU hudud oleh Abdul Hadi adalah dicipta oleh dirinya sendiri, ia bukan undang-undang
Tuhan. Ia adalah undang-undang buatan manusia. Itulah sebabnya ia boleh dipinda ," katanya
pada sidang akhbar.

"Malah, Kanun Jenayah Syariah Kelantan II Enakmen 2015 adalah undang-undang PAS. Jika
ia adalah undang-undang Allah, maka ia tidak boleh dipinda ," katanya.

Sambil mengakui adalah sukar untuk orang Islam menentang apa yang dipanggil hukum
Allah, beliau berkata, namun, adalah lebih mudah untuk mereka menentang RUU Abdul
Hadi itu.

3 Orang Ulama Parti PAN @ AMANAH

Nampaknya puak Pan @ Amanah tidak lagi memerlukan Ustaz Ahmad Awang dan juga
Ustaz Ghani Samsuddin untuk jadi penasihat agama, sudah cukup dengan "Tuan Guru" Lim
Kit Siang untuk mengulas agama.


Sebelum ini kepimpinan geng parti PAN, Dato' Wan Rahim telah menjemput Lim Kit Siang
memberikan kuliah pasal hudud di Kota Bahru Kelantan.

Tidak salah kalau ada yang mengatakan bawa PAN @ AMANAH pengkhianat umat Islam
dan Gerakan Islam di Malaysia.




Sumber TKO - 12-6-2016



Dulu Siapa Tak Kenal Dia Ni Kaki Bohong, Tapi Cakap
Dia Dah Jadi Benar.. Boleh Percaya Ke??



Posted on Saturday, June 11 @ 15:29:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa PAS cuba melamar Umno
kerana ia memerlukan sokongan selepas ditinggalkan keseorangan. Beliau mendakwa PAS
tidak akan mengkritik Najib kerana sebagai sebuah parti yang keseorangan tanpa ada
sokongan, ia perlu mendapatkan bantuan Najib.

"Bantuan dalam bentuk apa, saya tak tahu," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas
menyampaikan ucaptama di forum anjuran DAP di Sekinchan.

Sebelum ini Mahathir ini pernah menipu mengatakan tidak mustahil untuk Pas menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun ini jika berlaku pertandingan dua penjuru memandangkan hubungan baik
antara Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dulu setiap perkataannya tak pernah betul. Dia juga mengatakan Anwar Ibrhim liwat, ada
langgan perempuan seks dan menjual maklumat kepada luar. Tapi hanya sekandal seks aje
dibawa ke mahkamah.



Itu baru satu isu. Ada berpuluh-puluh isu,
Tun Mahathir berbohong.

Hari ini cakap Mahathir semuanya jadi
benar kerana dia serang Najib. Dia
 seolah-olah sudah suci dan ulama besar
yang semua cakapnya adalah benar dan
dipercayai.

Pakatan Harapan dah jadi dia ini HERO.

Pernahkan Tun Mahathir bertaubat
mengaku kesilapan lalu? Tapi sekarang
ramai orang dah jadi pendokong 'mahazalim' ini kerana politik sempit mencari kemenangan
bukan kebenaran. Bukan mencari keredhaan Allah.

Boleh Percaya ke??




Sumber TKO - 11-6-2016




DAP Mengesahkan Undi PAN = Undi DAP, Nak Cakap
Apa lagi?

Posted on Saturday, June 11 @ 15:12:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Sebelum ini pimpinan parti PAN @ AMANAH cukup marah dengan kenyataan jika undi
parti PAN = dengan Undi parti DAP.

Mereka menyelar kenyataan yang dibuat oleh Cikgu Pa, Pengerusi Lajnah Pilihanraya PAS.
Tapi hari ini apabila DAP mengantikan billboard barunya dengan menyeru masyarakat Cina
untuk membantu AMANAH bagi memberikan sokongan kuat kepada DAP.

DAP telah menggunakan strategi rayuan penyokong di kubu kuatnya bagi memastikan
masyarakat Cina mengundi calon parti PAN.

Habis puak PAN dan pendokong tegarnya nak cakap apa lagi?




Sumber TKO - 11-6-2016


Rafizi Sedang Bergelut Untuk Kekal Relevan – Dr Zuhdi

Posted on Saturday, June 11 @ 00:15:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kini bergelut untuk kekal relevan dalam
arena politik negara selepas berdepan beberapa pertuduhan perundangan yang boleh
menyebabkan beliau hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen, kata Ketua Penyelidik PAS
Pusat, Dr Zuhdi Marzuki.

Rafizi juga katanya sedang bercelaru dalam menzahirkan kesetiaan sama ada kepada Ketua
Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad berhubung projek Deklarasi Rakyat.

Pandangan sebegitu dilontar Zuhdi sebagai respon terhadap kenyataan Rafizi sebelum ini yang
membidas PAS sebegai ‘parti yang hanya menambah ketidaktentuan politik negara’.

Terdahulu, Rafizi dalam sebuah rakaman video berjudul “Mengapa Pakatan Harapan
bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar” memperlekehkan PAS apabila berkata PAS
mengalami kemerosotan sokongan daripada pengundi bukan Melayu yang mendadak dan
dilihat tidak mampu untuk mewakili semua rakyat Malaysia.

Rafizi menghasilkan video itu selepas PAS enggan beralah dan tetap mahu bertanding di dua
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.

“Apa yang disebut oleh Rafizi tersebut hanyalah imaginasi beliau, sebagai mewakili sebuah
parti politik yang sekarang ini tersepit antara kesetiaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
(Ketua Umum PKR) dan harapan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri)
.
“Beliau sendiri sekarang sedang terdesak berhadapan dengan beberapa tuduhan yang boleh
menyebabkan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen,” ujar Zuhdi menerusi aplikasi
WhatsApp kepada Antarapos.

Rafizi kini berdepan dengan pelbagai kes saman antaranya saman National Feedlot Corporation (NFC), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian hartanah Mara dan lain-lain.

Menerusi video itu, Rafizi juga menuduh PAS sebagai bersekongkol dengan Umno Barisan
Nasional (BN).

Ujar Rafizi lagi, jika PAS menang parti itu akan menambah mengusutkan lagi situasi politik
negara ini. Malah tuduhnya, PAS mungkin akan menjadi ‘mesra’ Umno jika parti itu menang
PRK kali ini.

Membidas kenyataan Rafizi, Zuhdi kembali menyoal Ahli Parlimen Pandan itu dengan soalan,
mengapa PAS meletakkan calon untuk melawan Umno BN pada PRK kali ini?

“Kalau PAS sokong Umno, mengapa PAS lawan Umno dalam kedua-dua PRK ini?
“PAS akan bersama blok sendiri menghadapi PRU akan datang.

“Saya menjangkakan, Rafizilah yang bakal menuruti jejak bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam
Mohd Noor, menyertai Umno satu hari kelak,” seloroh Zuhdi.

Zuhdi berkata demikian selepas Rafizi berindak membuka pekung didada PKR akan dakwaan
rasuah dan wanita membabitkan urusan kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar
Datuk Seri Azmin Ali.

Rafizi sebelum ini dihambat kontroversi apabila isi kandungan perbualan WhatsApp dalam
kumpulan tertutup ‘SOLIDARITY FOR ANWAR’ antara Rafizi dengan ahli PKR dan
penyokong Reformasi berhubung dakwaan berlaku sogokan wang dan wanita dalam kerajaan
Selangor tersebar dan menjadi viral.

Rafizi mengakui perkara itu dan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah (SRPM) selepas diminta berbuat demikian.

Azmin bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan mencabar Rafizi mengemukakan bukti.

“Tanda-tanda ke arah itu semakin ketara sekarang ini, apabila beliau ‘membuka pekong di
dada’, menyerang pentadbiran MB Selangor, (Datuk Seri) Azmin Ali, yang juga Timbalan
Presiden PKR.

“Saya berkeyakinan akan ada pihak yang menang dan pihak yang kalah dalam persaingan
PKR sekarang. Kemungkinan besar, pihak yang kalah itu ialah kumpulan Rafizi,” ujar Zuhdi
AP

Sumber TKO - 11-6-2016


Patutlah Presiden PAS Kena Saman Bekas Peguamnya
Bodoh!


Posted on Friday, June 10 @ 07:06:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Masih ingat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan mahkamah membayar
ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat
Amin, berhubung kes saman fitnah.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan, selepas Abdul Hadi gagal memasukkan
kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan terhadapnya.

Kena saman kerana tidak jawab perintah mahkamah. Peguam Presiden PAS semasa itu adalah
Asmuni Awi sekarang ini Pengerusi Parti PAN @ AMANAH Perak.

Aku tak nak tuduh si Asmuni bersubahat dengan PKR untuk jatuhkan Hadi dan geng ulama s
ebab aku tak ada bukti sekadar syak aje. Kalau tidak bersubahat boleh jadi dia bodoh tak jawab
pertuduhan yang sepatutnya boleh selesai begitu mudah. Kan pelik!!

Semasa di Asmuni keluarkan kenyataan kenapa PAS serang pembangkang dalam PRK Kuala
Selangor.

Bangang betul, habis yang engkau pergi masuk bertanding buat apa. Kalau engkau tak kena
serang lebih baik engkau pergi tidur.

Kedua aku juga pelik dia marang PAS serang parti PAN yang engkau dengan DAP buat
billboard serang PAS tak apa. Perangai engkau pun macam UMNO juga.

Betul ke?? Parti PAN ni parti golongan profesional dalam PAS? Aku rasa bodoh semacam aje!




Sumber TKO - 10-6-2016



Logik Tahap Perompak

Posted on Friday, June 10 @ 05:33:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Tergamak seorang menteri beragama Islam sinis terhadap RUU Syariah Kelantan. Katanya,
PAS Kelantan hendak sangat kepada RUU kerana di Kelantan berlaku jenayah secara
berleluasa. Orang Kelantan sudah tidak takut dengan denda RM5000.00.

Kalau begitu bolehlah dibuat analogi dan mantik bahawa  Menteri yang tak mahu 

penambahbaikan undang-undang syariah tertegak di Malaysia kerana Menteri tersebut  jenis 

perogol, perompak, peminum dan penyamun. Bukankah hanya perogol, penyamun, peminum 

dan perompak sahaja yang takut kepada undang-undang Allah? Senang ceritakan.



Gelap dan jahil sungguh hati manusia ini. Islam pada nama saja. Tak tahu apa yang terkandung 

dalam agamanya sendiri. Tak tahu apa-apa tentang isi al-Quran. Cerdik tak boleh diikut, bodoh 

tak boleh diajar. Rupa-rupanya ada lagi saki-baki anak murid Mahathir.



Tapi tak mengapalah. Asal menteri ini sokong sudahlah apabila RUU dibentang nanti. Pakailah 

hujah sinis kamu itu. Jangan nanti, apabila dibentang untuk diundi kamu buat u-turn pulak.



Motif tulisan aku kali ini ialah hendak menyatakan kehairanan bagaimana tergamak 

pengundi-pengundi Islam di kawasannya memilih untuk memenangkannya. Kalau aku, aku 

letak si dia ini ke dalam kotak undi lalu aku hanyutkan ke laut.

Sumber TKO - 10-6-2016


Apa punya agama budak ni?

Posted on Thursday, June 09 @ 20:33:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Assalamualaikum..

Saya tersentuh apabila membaca dua komen forumer TKO yang menyentuh akidah umat Islam
seluruhnya, pertamanya apabila dia menulis menggantikan tugas ALLAH yang ditujukan
kepada penyokong PAS/TGHH serta merujuk kepada penyokong PAS/TGHH sebagai
PENYEMBAH AGAMA PAS/HADI.Siapa dia ni? Tinggi mana Ilmu feqah, tauhid dan
tasaufnya, yang nampak dia seorang yang jahil 2k tak tahu mana satu yang boleh menjejaskan
akidah dan tak tahu yang mana boleh meyebabkan hinanya syariat tapi dia ni pakai bedal saja
seperti tin  kosong yang membahayakan.Dia seolah tak tahu tentang riddah yakni perbuatan dan
perkataan yang boleh menyebabkan imamnya gugur.

Dalam hal ini mendakwa penyokong PAS mahu mengambil alih tugas ALLAH jelas
menampakan kejahilan 2knya tentang agama ' tentang ALLAH itu sendiri.Dia macam nak reti
pemberitahuan tentang Tuhan Maha Esa ALLAH rabul'alamin dalam surah AL Ikhlas dan dalam
banyak lagi ayat ayat ALLAH, jelas dia jahil 2k pasal maklumat penting ini.Tetapi dia masih
nak tunjuk pandai meletakkan sesuatu perintah ALLAH kepada khalifah di muka bumi ini
sebagai tugas ALLAH dan secara jelasnya kenyataan sebegini boleh menyebabkan riddah
berlaku.

Sebenarnya apa yang sijahil 2k nak buktikan hanyalah ketidakmampuan PAS untuk
melaksanakan hudud sehingga sanggup menyebut benda benda yang melampaui batas
kehambaan kepada ALLAH dan bagi dia siapa saja yang menyokong Islam menerusi sokongan
kepada PAS itu penyembah agama PAS/TGHH.Satu kenyataan yang tidak berfakta sama seperti
kenyataan yang pernah dibuat oleh Mat Said Bekas MB Terengganu bahaw PAS parti ajaran
sesat.Apa punya perangai orang macam ni? Tidak keterlaluan kalau saya katakan inilah
perangai babi menyondol terus tanpa mengira apa apa pun, benarlah sabda Baginda bahawa
akhir zaman ramai manusia bertukar menjadi beruk dan babi, mungkin dalam kehidupan
sebenarnya juga dia seorang yang gemar berkaraoke, berjoget berkinja kinja macam beruk,
siapa tahu.Yang jelas perangai babinya melayakkan dia dipanggil babi.

Sebenarnya banyak lagi komenya yang jahil 2k seperti jangan guna nama Tuhan dalam politik
dan dakwaan kononnya ramai tak percaya dengan PAS untuk lakasanakan hudud kerana
masalah banjir dan sampahpun tak boleh selesaikan.Nah, lihalaht bagaimana budak jahil 2k ini
membandingkan masalah masalah praktikal dengan hukum yang nak dilaksanakan.kalau PAS
tidak mampu, kenapa tidak PAN atau DAP tampil untuk melaksanakan hudud?

Dia juga menyifatka TGHH sebagai bodoh kerana sudah tahu tanggungjawab siapa untuk
melaksanakan hudud tetapi sengaja mahu dipermainkan oleh pihak yang sepatutnya
bertanggungjawab.Tetapi sebenarnya dialah yang bodoh kerana tidak sedar bahawa Hudud dan
jalan untuk melaksanakanya bukannya terletak di pusat tetapi di negeri.BN yang didakwa
bertanggungjawab untuk melaksanakan hudud di peringkat pusat tidak bertanggungjawab
sebenarnya, tetapi kerajaan BN di negeri negeri dan kerajaan PKR di Selangor dan DAP di
Penang yang bertanggungjawab melaksanakan hudud.Di peringkat persekutuan, BN hanya
bertanggungjawa menggubal undang undang yang memberi laluan kepada hudud diaksanakan
di peringkat negeri.RUU pindaan akta 355 merupakan langkah permulaan dan sebenarnya BN
sudah menjalankan tanggungjawabnya apabila memberi laluan kepada pembentangan RUU ini.

Siapa yang bodoh? Budak itulah yang bodoh, itu belum masuk lagi tahap ilmu yang dimilikinya
kalau nak banding dengan TGHH yang dikatakan bodoh olehnya, yang pasti dari apa yang
ditunjukkannya dia jahil 2k.

Sumber TKO - 9-6-2016


Mengapa hairan

Posted on Thursday, June 09 @ 20:31:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"

Kebanyakan kita naik hairan apabila Datuk Mustafa Ali  ketua pengarah pilihanraya Pas dan
Datuk Seri Dr zahid Hamidi, timbalan perdana menteri makan bersama sebaik sahaja selesai
penamaan calon parlimen Kuala Kangsar, Perak baru baru ini.

Apa hendak di hairankan. Mereka boleh makan bersama. Bukan setakat itu sahaja, malah  antara
mereka ada yang berbesan satu sama lain .

Menantu pemimpin pas anak orang kuat umno. menantu pemimpin umno anak orang kuat pas.
Bermakna mereka tidak bermusuh sebenarnya.

Itulah hakikatnya, antara pemimpin pas dan pemimpin umno selama ini. Cuma mereka tidak 

boleh duduk semeja untuk bekerjasasama . Mereka amat elijik untuk berbicara mengenai politik 

pas dan umno.



Mengapa tidak. Kerana Parti Pas hala tujunya tidak sama dengan hala tuju perti umno. Inilah 

yang membuat antara mereka jadi elijik.Mereka tidaik boleh semeja membicarakan isu isu 

politik masing masing.



Pasal makan para pemimpin pas boleh sahaja asalkan makanan yang dihidangkan itu halal.



Sebab itu, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah makan bersama dengan Tan Sri Wan  

Mukhtar Ahmad dan telah dijadikan isu dan disiar di muka depan akhbar Mingguan Malaysia 

suatu ketika dahulu.



Baru baru ini Datuk Mustafa Ali dan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pula telah dijadikan isu untuk 

sahkan UG PAS dengan Umno akan belaku bila bila masa sahaja dari sekarang.



Kita sama sama tunggu dan lihat apakah ia akan menjadi reality?



Teka teki ini begitu lama, akan tetapi belum terjawap kerana pas masih dengan pendiriannya 

sebagai parti pembangkang yang berbeza sebelum ini.



Bayangkan nahkoda bahtera pas dahulu tidak sama dengan nahkoda sekarang. Mereka pasti 

berbeza satu sama lain.



Dahulu, pas merupakan parti  serangan demi serangan, tetapi sekarang ini pas walaupun sebuah 

parti pembangkang tetapi telah cuba bertindak sebagai parti nasihat sepertimana yang 

dikehendak  oleh islam agar umno berada diatas landasan 

yang betul.



Sumber TKO - 9-6-2016


Nancy Shukri tahu tak apa ugama dia ni?

Posted on Thursday, June 09 @ 20:24:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Assalamualaikum,,
Nancy Shukri pergi ke Sungai Besar dan seru pengundi termasuk pengundi Islam pilih calon BN
yang juga berugama Islam.Bila berugama Islam calon BN juga ada tanggungjawab untuk
memenangkan Islam termasuk memenangkan RUU 355 yang sedang menanti diputuskan.

Itu hak dan kewajiban setiap MP yang berugama Islam termasuk Nancy Shukri yang
penampilannya seperti seorang Islam walaupun tudungnya tidak memenuhi syarat menutup aurat.
Dengan Imej Islam Nancy Shukri, agak terkejut juga apabila dia berkata tidak akan menyokong
RUU akta 355 dan tidak akan berada dalam dewan ketika RUU itu diputuskan sesuai dengan
keputusan partinya yang tidak menyokong.Parti diutamakan atau ugama?

Nancy begitu menampakkan kesetian kepada ketuanya Adenan Satim yang kelihatan sudah
hilang identiiti Islam dengan gaya penampilannya lebih kepada seorang individu barat ala
nasrani dan yahudi.Kenapa Nancy begitu setia kepada seorang yang sudah jelas penampilkan
diri sebagai orang barat bukan orang melayu sedangkan Nancy tampil dengan imej Islam.Adenan
Satim jelas takut kehilangan sokong di Serawak apabila dia dengan jelas menyebut orang Islam
cuma 25% di Serawak tetapi kenapa Nancy boleh setia sebegitu rupa sedangkan yang nak
dilaksanakan hukum Islam itu di Kelantan.Bermakna Adenan Satim tak perlu risau dengan akta
355 ini kerana apabila diluluskan tidak bermaksud undang undang Islam akan dikuat kuasa di
Serawak sekiranya tidak diluluskan oleh DUN Serawak jadi kenapa Adenan perlu risau?

Tapi yang terlebih penting ialah persoalan di mana jati diri Nancy sebagai orang Islam kalau tak
mahu menyokong.Nancy akan tergolong di kalangan manusia yang menolak hukum Allah
dengan alasan yang terlalu rapuh hanya kerana keputusan partinya PBB menolak yang
menghilangkan jati dirinya sebagai orang Islam.

Terlebih penting Nancy minta pengundi Islam di Sungai Besar pilih calon BN, bagaimana Nancy
boleh minta pengundi Islam yang turut mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan
wakil mereka menyokong RUU ini nanti.Barangkali benar kata Khalid Samad, Nancy cuma
mahu menipu pengundi.

Apa pun diharapkan agar nancy tidak melakukan apa yang dikata sebab Adenan Satim bukanlah
ketua yang boleh ditaati apabila ianya melibatkan kepatuhan kepada ALLAH.Ingat tu Nancy........

Sumber TKO - 9-6-2016

Awal-Awal lagi PAN dan bosnya DAP dah kantoi kaw²
di KK dan Sg Besar


Posted on Thursday, June 09 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


Di KK,
• nizar buat silap bila dia mengaitkan "divine intervention" dengan peristiwa helikopter
terhempas seterusnya mengakibatkan kematian penyandang kerusi KK n Sg Besar. Benda ini
awal² dijadikan bahan BN merendahkan kredibiliti Pan.

• nizar (sekali lagi) menyatakan dgn lantang "kerajaan Pakatan Rakyat (bawah dia selaku MB)
beri 1000 ekar (awalnya tersilap disebut hektar) tanah kpd cina utk dibangunkan jd sekolah
cina dll.

Kedua² ini berpotensi mengakibatkan Pan hilang undi melayu.

Di Sg Besar pula,

• kantoi seorg ahli Dap (yg mengupah pekerja²) menaikkan banner provokasi berunsur fitnah
yg melibatkan TGHH sehingga dipaksa buka oleh polis.

• calon Pan awal² lg melakukan "unwritten bloody fool mistake" bila berjanji "akan turun
kawasan ini 2 bulan sekali".

Kedua² ini berpotensi utk menjauhkan pengundi drpd mengundi depa.

Alhamdulillah..Pas tidak terlibat dgn kebodohan² ini.

‪#‎UndilahPas‬

Sumber TKO - 9-6-2016



Untuk Kaki Fitnah

Posted on Wednesday, June 08 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Umum

PAS dalam Muktamar baru-baru ini akan membawa politik BPMS iaitu Budaya Politik
Matang dan Sejahtera.
Tinggal politik fitnah dan sebaran maklumat palsu. Politik bangkang
tanpa maklumat yang benar.

9 ciri Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS)
1. Bertunjangkan Prinsip
2. Bersifat politik dakwah
3. Amar makruf nahi mungkar
4. Fokus penyelesaian Islam
5. Pertentangan dasar bukan pertentangan fizikal
6. Utama kepentingan rakyat dari kepentingan parti
7. Politik aman dan diplomasi
8. Politik sebenar
9. Politik rasional dan profesional

Sumber TKO - 8-6-2016


Ke Mana Penerangan PAS?

Posted on Wednesday, June 08 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Usul Pindaan Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS nampaknya menerima pro dan
kontra daripada semua pihak : Parti politik, NGO, Pengamal undang-undang dan yang lebih
utama, masyarakat awam. Apa sebenarnya yang hendak dipinda? Apa implikasi pindaan ini
kepada masayarakat? Adalah pindaan ini memberi kesan kepada rakyat bukan Islam? Adakah
ini RUU Hudud? PAS perlu menjawabnya!

1. Tahniah kerana usul persendirian bagi meminda Akta 355 oleh TGHH berjaya dibentangkan
untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Seluruh ahli PAS nampaknya teruja dengan
pembentangan ini, walaupun perjuangan sebenar ialah pada Oktober nanti. Bacaan kali kedua
nanti akan menentukan sama ada usul diterima atau ditolak Dewan. Namun kini, prosesnya
mendapat perhatian umum seluruh rakyat, terutama ketika pengundian PRK yang sedang
berlangsung. Perhatian besar ini membawa maksud, seluruh mata dan telinga rakyat ditalakan
kepada PAS. Jadi PAS perlu memberikan respons yang jelas kepada segenap lapisan
masyarakat.

2. Saya tertanya-tanya : PAS membentangkan pindaan Akta 355 untuk memperkasakan
mahkamah syariah dengan ruang litup sedia ada atau untuk melaksanakan hukum hudud?

Dalam kalangan pimpinan PAS pusat sendiri, persoalan ini terawang-awang. Ada yang
mengatakan hudud, ada yang mengatakan mahkamah syariah sahaja. Penjelasan Timbalan
Presiden bahawa pindaan Akta 355 hanya melibatkan empat (4) jenayah syariah yang sedia
ada dengan penambahan berat hukuman (sekiranya diluluskan dalam enakmen jenayah
syariah negeri-negeri) adalah jelas. Namun, bagaimana dengan pemimpin lain? Masih ada
yang menyebutkan ia jalan pelaksanaan hukum hudud (keseluruhannya). Dan pemahaman
kedua inilah yang menjadi pegangan awam tentangnya.

3. Saya tertanya-tanya ke mana Lujnah Penerangan PAS?  Apa yang telah diberi setakat ini?
Sifar! Saya hanya mendengar kenyataan-kenyataan politik tanpa maklumat sahih daripada
Ketua Penerangan PAS. Bahkan banyak kenyataan Ketua Penerangan PAS bertumpu kepada
serangan kepada DAP semata-mata. Sewajarnya semua jentera penerangan PAS memberikan
penerangan yang jelas kepada dua pihak, iaitu : (1) Pimpinan PAS - supaya semuanya
bercakap isu ini dengan pemahaman yang satu; dan (2) rakyat umum. Penerangan yang
'simple' tetapi efektif perlu diberi. Penerangan dalam bentuk multimedia : video, iklan, grafik,
animasi, kartun, bertulis, soal jawab dan sebagainya perlu dipergiat oleh Penerangan PAS.

Dunia siber dengan media baharu perlu digunakan dengan sebaik-baiknya oleh PAS agar
penerangannya mudah dicapai oleh pengguna. Bahkan penerangan ringkas dan tepat dalam
media rasmi, Harakah perlu sentiasa ada (Jangan hanya bising ahli tidak beli Harakah).

Seyogianya penerangan berterusan sehingga Oktober nanti perlu dibuat secara besar-besaran,
telus, dan sistematik.

4. Sekiranya penerangan kepada rakyat itu jelas, meskipun nanti pindaan Akta 355 ini ditolak
Dewan, rakyat memahaminya. Usah diulang " ini hak orang Islam, orang bukan Islam jangan
sibuk-sibuk!" sedangkan kita berada dalam dunia yang semua orang ingin faham dan tahu.

Bahkan ia mempengaruhi undi bukan Islam kepada PAS. "Musuh yang terbesar bagi
seseorang ialah takut kepada perkara yang tidak diketahuinya!"

5. Akhir sekali, saya menuyeru Penerangan PAS dan Ketua Penerangan PAS untuk bekerja
secara efektif, bukan mengharapkan musuh memutarbelitkan kenyataan demi kenyataan.

Rakyat berhak faham!

Sumber TKO - 8-6-2016


Video Ini Untuk Memperingati Ahli DAP Juga PAN @
AMANAH


Posted on Wednesday, June 08 @ 00:18:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=TPvyYjm7aNA
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS dan Lim Guan Eng, 

Setiausaha Agung DAP telah mengeluarkan kenyataan bersama. Kenyataan tersebut 
dibacakan oleh Datuk Haji Salleh Man, calun PAS Permatang Pasir di Pulau Pinang pada 
29 April, 2013.

Bukan apa Lim Guan Eng mudah lupa, buat-buat lupa atau memang dia suka memutar belit
kenyataan bagi menunjukkan PAS salah.



Sumber TKO - 8-6-2016


Tak Ada Beza Mana Antara DAP dan PAN Semuanya Tak
anti-Islam Tapi anti-Hudud


Posted on Tuesday, June 07 @ 22:37:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Ulasan/Komentar

DAP tidak anti Islam, tapi bantah hukum hudud dilaksanakan di negara kita. Demikian 

ditegaskan oleh Setiausaha Agung, DAP, Lim Guan Eng kelmarin, lapor Sin Chew Jit Poh.

Aku rasa sama juga dengan Parti PAN @ AMANAH mereka semua memang tak anti Islam 

pasal semuanya Islam tapi bila soal hudud dan RUU Memperkasakan Undang2 Syariah Islam 
di Malaysia mereka tentang. Mereka akan reka pelbagai perkara kononnya itu dan ini. 
Kebajikan lebih penting dan sebagainya.

Mereka hanya nak undang2 Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Sivil. Boleh 

dengan hanya RM5000 dan rotan 6 sebatan.


Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN telah menyatakan mereka akan 

menolok RUU Persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS.

Perkara ini juga ditegaskan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah.

Jadi apa beza DAP dan PAN @ AMANAH??


Sumber TKO - 7-6-2016



Realiti PAS Jadi Pembangkang Dalam Kerajaan Sendiri

Posted on Monday, June 06 @ 17:35:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PKR, DAP dan Amanah)
bergabung dengan PAS membentuk kerajaan negeri Selangor nyata berat sebelah.

PAS yang memegang 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat sebagai pembangkang
dalam kerajaan sendiri berbanding PKR (13 kerusi DUN) DAP (15 kerusi DUN) dan Amanah
(2 kerusi DUN).

Sebagai sebuah kerajaan, Pakatan Harapan bersama PAS seharusnya menunjukkan keutuhan
dan perpaduan namun sebaliknya terjadi apabila kedua-dua mereka menentang antara satu
sama lain dalam merebut kerusi Parlimen Sungai Besar di dalam Pilihan Raya Kecil (RPK)
yang sudah memulakan tempoh berkempen hari ini.

Lebih malang bagi PAS, Datuk Seri Azmin Ali yang dinobatkan Menteri Besar diatas
pencalonan daripada parti berkenaan kini menyatakan sokongan penuh beliau terhadap calon
Parti Amanah Negara (Amanah),Dr Abdul Rani Osman yang mewakili Pakatan Harapan.

"Dr Abdul Rani adalah sebahagian dalam kerajaan negeri Selangor selain penyokong
(backbencher) yang aktif memberi sokongan terhadap dasar kerajaan.

"Jadi saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam PRK ini," kata Azmin.

Tidak cukup dengan itu, fasiliti yang sepatutnya digunakan bagi jentera kempen pilihan raya
PAS ditarik balik oleh Azmin dan kesemua jentera Pakatan Harapan diarahkan beliau diatas
kapasiti Menteri Besar agar turun padang membantu kempen.

Cabaran PAS kini adalah untuk membuktikan bahawa parti tersebut boleh menang sepertimana
yang didakwa mereka sendiri mengatasi Barisan Nasional (BN).

Paling tidak bagi PAS adalah untuk mengekalkan julat majoriti rendah antara parti tersebut dan
BN sekaligus menutup mulut orang Pakatan Harapan bahawa PAS mampu berdiri sendiri
tanpa 'tongkat' parti lain.
- Malaysian Digest

Sumber TKO - 6-6-2016


Benarlah kata Cikgu Pa, UNDI PAN @ AMANAH =
Undi DAP


Posted on Monday, June 06 @ 08:06:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



"AMANAH ditaja oleh DAP, sebab DAP pun kata mereka akan sokong (AMANAH), sokong 

DAP sama macam sokong AMANAH juga" kata Cikgu Pa semasa menggulung Ucapan Dasar 
pada Muktamar PAS 2016 baru-baru ini.

"Jadi kita lawan tiga parti sekarang, AMANAH, BN dan DAP,” kata pengarah pilihan rayanya 

Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan slogan menyokong calon PAN dalam dua 

Pilihan Raya Kecil (PRK) sama seperti menyokong calon DAP adalah suatu kenyataan yang 
tidak berasas.

Kenapa Bendera DAP Menguasa Kawasan Cina?

Cikgu Pa adalah Pengarah Piliharaya PAS yang agak lama bersama PAS. Pernah menjadi 

Timbalan Menteri dan berpencen dengan jawatan tersebut. Bila dia bercakap dia tak bercakap 
kosong macam puak-puak PAN @ AMANAH.

Kalau kita tinjau kawasan Cina, kenapa bendera PAN @ AMANAH tidak dipasang, Hanya 

bendera DAP yang dipasang seolah-olah macam DAP yang bertanding. Sedangkan peraturan 
SPR hanya bendera parti yang bertanding.

Ini menunjukkan DAP sedang giat berkempen agar pengundi Cina tidak mengundi PAS dengan 

wujud DHPP yang dilihat PAS menunaikan kepentingan DHPP walaupun status keahliannya 
dalam PAS hanya sekadar kelab penyokong.

DAP juga tidak mempercayai PAN, kerana orang Cina bersikap anti dikhianati. PAN pernah 

khianat PAS bagi orang Cina mereka adalah sial bukan boleh buat sahabat.

Kini DAP seolah-olah bertanding dan PAN @ AMANAH sekadar kaldai aje.


Sumber TKO - 6-6-2016

DAP Dari Kacamata Melayu/Islam

Posted on Sunday, June 05 @ 06:55:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Artikel



Apabila DAP dan Lim Guan Eng  terus-menerus mencampuri urusan orang Melayu/Islam 

berkaiatan tuntutan dan amalan agama, maka tahap kebencian dan kesabaran orang Melayu 

semakin tercabar. Apa kena-mengena amalan agama orang Melayu/Islam dengan DAP? 



Orang Melayu tak pernah mencampuri urusan agama DAP dan Lim Guan Eng. Kamu nak 

mabuk, nak bersiput babi lelaki perempuan, nak berjudi lantaklah. Kenapa hari ini secara 

biadab kamu minoriti pula cuba mengganggu-gugat amalan golongan pribumi?

Kenapa yang kami sentuh ialah DAP; tidak MCA, Gerakan dan MIC? Ada orang berkata;”

kenapa tak marah pada MCA, Gerakan dan MIC?” Ya benar, mereka juga cuba menghalang 

dan mengugut agar RUU Syariah tidak dijalankan. Namun  cara mereka tidak setuju tidaklah 

sampai ke tahap kurang ajar tahap DAP.



DAP bukan sekadar  kurang ajar menentang pelaksanaan syariah dan ulama kami; malah 

DAP-lah yang menjadi batu api yang provoke MCA, Gerakan dan MIC. DAP-lah yang 

sentiasa mencabar mereka agar bertindak.  DAP memanipulasi RUU Syariah dari maksud 

yang sebenar. Lalu diraihnya emosi dan undi bukan Melayu agar bersama mereka dan tidak 

kepada MCA, Gerakan dan MIC. Maknanya, DAP-lah yang mempolitikkan RUU Syariah 

untuk mengaut undi-undi bukan Melayu dari karung MCA, Gerakan dan MIC. Cukup dajal 

dan durjana.



Aku luahkan suara nurani orang Melayu/Islam. DAP dan Lim Guan Eng jangan gadaikan 

ketenteraman dan keharmonian yang wujud sekian lama. Jangan nanti kesabaran berantakan 

dan kemarahan melepasi tebing kewarasan, baru semua hendak menyesali  keamanan yang 

tergadai oleh sikap chauvanis DAP.



Kalau DAP dan Lim Guan Eng berterusan ‘by hook or by crook’  menghalang tuntutan 

syariah umat ini, orang Melayu/Islam bila-bila masa membujur lalu melintang patah. 



Berpatah sayap bertongkat paruh, gunung didaki, didaki jua demi agama suci ini. Aku rasa 

cukup sekadar ungkapan ini aku lahirkan dari sanubari Melayu/Islam bangsa pribumi.



Ketika hampir keseluruhan umat Melayu/Islam  dalam PAS, UMNO dan PKR mula bersatu 

dalam  titik temu akidah, sedia seiya sekata untuk memartabatkan hukum syariah, jangan 

pula orang yang tiada kena-mengena dengan agama ini cuba mencipta pelbagai justifikasi 

dangkal ke tahap konfrontasi.  Lantaklah Mahathir dan pemuka PAN hendak bersamamu.



Itulah lumrah dalam jatuh bangun Islam yang merekodkan adanya golongan murtad dan 

munafik  yang iman dan Islamnya hanya di mulut yang karut. Kami serahkan mereka kepada 

pengadilan Allah s.w.t.



Motif tulisan aku kali ini amat murni. Terlajak perahu buruk padahnya. Tersesat jalan balik 

ke pangkal jalan. INGATLAH, KITA SAMA-SAMA MENUAI APA YANG KITA TANAM 

PADA HARI INI.

Sumber TKO -5-6-2016


Pertindihan kerusi: Tiga senario menuju PRU-14 —
Kajian Politik untuk Perubahan


Posted on Friday, June 03 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) 2016 telah menyaksikan sebanyak 26 

pertandingan tiga penjuru, 12 pertandingan empat penjuru dan 5 pertandingan lima penjuru 
bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Jumlah kerusi melibatkan 
pertandingan tiga penjuru dan ke atas adalah sebanyak 43, bersamaan dengan 52.44 peratus 
daripada jumlah kerusi DUN Sarawak sebanyak 82.

Pertandingan tiga penjuru dan ke atas semasa PRN Sarawak adalah sesuatu yang lumrah buat 

orang Sarawak. Kerana itu, biarpun pertandingan tiga penjuru dan ke atas melibatkan calon 
Barisan Nasional Sarawak (BN Sarawak), calon persendirian, calon Parti Keadilan Rakyat 
(PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) di enam kawasan DUN Sarawak hangat 
dipertikaikan oleh orang Semenanjung, impak kontroversi tersebut tidak begitu besar buat 
orang Sarawak.

Walau bagaimanapun, pertindihan kerusi melibatkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti
Amanah Negara (Amanah) yang mungkin berlaku pada dua pilihan raya kecil di
Semenanjung atau pertindihan yang mungkin juga melibatkan PKR dan DAP pada Pilihan
Raya Umum Ke-14 (PRU-14), akan menjadi satu isu khususnya dalam kalangan pengundi
Semenanjung yang mahukan pertandingan satu lawan satu menjadi realiti.

Bayangkan apa yang akan berlaku apabila tiba PRU-14 nanti, wujud pertandingan tiga
penjuru sama ada melibatkan PAS dan Amanah atau PKR dan DAP? Pasti peratusan
mengundi akan jatuh merundum sehingga mempengaruhi keputusan semasa hari pengundian.

Apakah penyelesaian kepada masalah pertindihan kerusi antara parti-parti oposisi? Terdapat
tiga senario.

Senario pertama. Parti-parti oposisi teruskan dengan cara rundingan sedia ada yang
menyaksikan peristiwa seperti pengumuman unilateral mengejutkan parti oposisi yang lain.
Dalam konteks ini, prinsip satu-lawan-satu mungkin dihormati untuk sebahagian besar kerusi
tetapi sebilangan kerusi tertentu akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.

Meneliti perkembangan politik semasa pasca PRU-13 sehinggalah PRU Sarawak 2016,
kebarangkalian senario pertama berlaku semasa PRU-14 adalah yang tertinggi.

Senario kedua. Sistem pilihan raya sedia ada, yakni sistem pengundian First-Past-The-Post
 (FPTP) hanya memenangkan satu-satunya calon yang memperolehi undian tertinggi, biarpun
dengan kelebihan satu undi berbanding dua calon yang lain dalam pertandingan tiga penjuru.

Kecacatan sistem FPTP ini mendorong parti-parti oposisi supaya bersatu berdepan dengan
BN secara satu-lawan-satu agar meningkatkan peluang kemenangan. Dalam konteks ini,
peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu signifikan malah menyerlah sekali selepas beliau
dimasukkan ke penjara dan seterusnya Pakatan Rakyat berkecai.

Apa yang berlaku kemudian dan sehingga hari ini membangkitkan dua persoalan penting,
iaitu sama ada kita ubah sistem FPTP atau kita keluarkan Anwar Ibrahim daripada penjara?

Mengapa? Kerana dua persoalan ini saling berkait, satu daripadanya berkait rapat dengan
sistem dan satu lagi berkait rapat dengan aktor.

Dalam sistem yang menyediakan suasana persaingan yang lebih adil, peranan aktor dalam hal
ini tidak begitu menonjol kerana sistem memberi ruang yang lebih adil dari segi peratusan
kebarangkalian perwakilan kepada semua parti oposisi.

Tetapi dalam sistem yang cacat, peranan aktor seperti Anwar Ibrahim yang mampu
menyatukan semua parti oposisi utama dan memastikan pertandingan satu-lawan-satu semasa
pilihan raya menjadi penting sekali.

Malangnya Anwar Ibrahim berada di penjara dan kecacatan sistem sedia ada begitu menonjol.

Dalam konteks di mana pihak oposisi tidak mampu mengeluarkan Anwar Ibrahim daripada
penjara, maka sistem sedia ada harus diubah.

Jika sistem FPTP dapat diubah dan digantikan dengan sistem pengundian Proportional
Representation (PR) di mana kerusi akan diagihkan kepada parti-parti bertanding berdasarkan
peratus undian yang diperolehi, seperti yang diamalkan di Indonesia, Rusia, Itali, Belanda dan sebagainya, maka dalam keadaan di mana wujud pertandingan tiga penjuru seperti mana yang berlaku semasa PRU Sarawak 2016, PKR dan
DAP akan dapat bersaing antara satu sama lain secara lebih adil.

Di bawah sistem pengundian PR - sekiranya tiada mana-mana parti mampu memenangi lebih
daripada 50 peratus kerusi, maka parti yang berlainan perlu berunding supaya menubuhkan
kerajaan bersatu atau coalition government.

Sekiranya sistem pengundian alternatif (alternative voting atau AV) diamalkan, seperti di
Australia, maka para pengundi bolehlah mengundi calon-calon mereka dengan meletakkan
kedudukan (ranking) bagi setiap calon.

Misalnya jika PKR dan DAP menandingi kerusi yang sama, penyokong KEADILAN
bolehlah memilih calon DAP sebagai "pilihan kedua" dan penyokong DAP bolehlah memilih
calon PKR sebagai "pilihan kedua".

Dengan sistem ini, sekiranya tiada mana-mana calon mendapat undian melebihi 50 peratus,
maka calon yang terendah dalam undian akan disingkirkan, dan undiannya akan diagihkan
semula kepada calon-calon yang lain mengikut pilihan alternatif pengundinya. Proses ini
mesti diulang selagi belum ada calon mengutip 50 peratus - sistem AV ini sememangnya
adalah untuk memastikan bahawa pemenang mampu mewakili suara majoriti kawasannya.

Ataupun sistem yang mencampurkan atau menggabungkan sistem yang berlainan, contohnya
campuran antara PR dan FPTP di Jerman dan New Zealand; atau gabungan selari (parallel
voting) antara PR dan FPTP seperti di Thailand, Taiwan, dan Korea Selatan, diamalkan
supaya setiap parti mampu menggunakan kekuatan masing-masing untuk bersaing supaya
meraikan undi dan hanya bekerjasama selepas pilihanraya untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi nampaknya ini tidak akan berlaku selagi BN masih memerintah, kerana sistem FPTP
sedia ada jelas menguntungkan mana-mana parti yang mendominasi pemerintahan
persekutuan, terutamanya mereka dapat melakukan gerrymandering (melukis sempadan
kawasan pilihanraya yang pelik supaya menguntungkan pihak sendiri) dan malapportionment
(ketidakseimbangan bilangan pengundi bagi kawasan yang berlainan).

Peningkatan 11 kerusi baharu DUN Sarawak dan keputusan kerusi-kerusi ini yang memihak
kepada parti pemerintah merupakan satu lagi bukti bagaimana sistem sedia ada
menguntungkan pihak pemerintah.

Senario ketiga. Dalam keadaan di mana sistem FTPT tidak dapat diubah dan Anwar Ibrahim
di penjara, bagi mengelakkan senario pertama yang berlaku di Sarawak daripada berulang
semasa PRU-14, rombakan semula gabungan parti-parti oposisi harus dilakukan di mana
tujuannya jelas untuk memastikan pertandingan satu-lawan-satu secara menyeluruh menjadi
realiti semasa PRU-14.

Dalam hal ini, tawaran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali kepada PAS sejurus
selepas mengetahui keputusan PRN Sarawak 2016 tepat pada masanya. Ahli Parlimen PAS
Datuk Mahfuz Omar juga menyatakan pendirian menyeru PAS supaya menyambut pelawaan
Azmin Ali dan kembali menyertai dalam satu Pakatan Pembangkang bersama PKR, DAP
dan Amanah.

PRN Sarawak ini membuktikan bahawa PKR dan DAP telah gagal bersatu menghadapi
kecacatan sistem pengundian FPTP. Begitu juga PAS dan Amanah. Setiap parti politik
oposisi mempunyai kepentingan masing-masing dan mereka saling bersaing.

Dalam konteks kecacatan sistem sedia ada, persaingan sesama mereka akan menjurus kepada
pertandingan tiga penjuru yang menghampakan rakyat yang berhasrat mengundi oposisi dan
membawa perubahan.

Justeru, tanpa meneliti tiga senario ini secara mendalam dan mengambil satu tindakan politik
yang rasional, badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan menjangkakan, PRU-14 bakal
menyaksikan kegagalan teruk pihak oposisi dalam menuju ke arah perubahan rejim
pemerintah.

Sumber TKO - 3-6-2016




Baru tahu MCA Musuh Islam?

Posted on Thursday, June 02 @ 14:48:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

"Sesungguhnya Allah subhanahu wataala telah memberitahu bahawa orang orang kafir
musuhnya, musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.

Akan tetapi ada sesetengah baru tahu bahawa orang orang kafir musuh Islam yang diajar oleh 

Rasulullah SAW.



Yang amat sedih, sesetengah ulamak moden, baru tahu dan buat fatwa, haram jual tanah 

kepada orang orang Kafir. Pada hal ulamak silam sudah lama buat fatwa haram jual tanah 

kepada orang orang kafir.
 

Akan tetapi hari ini Dr. Ridhuan Tee yang lebih 20 tahun jadi ahli MCA, baru tahu MCA itu
musuh Islam dan bertindak keluar parti.

Sebelum ini, dia mengatakan DAPlah yang menjadi musuh Islam, manakala MCA dan 

GERAKAN tidak memusuhi Islam.Jangan bangga dengan bangsa sendiri.Yang penting,kita 

kena benar, iklas, jujur dan taati Allah dan Rasul.



Pada hal selama lama MCA menentang hudud dan mempersenda sendakan agama Islam 

melalui pucuk kepimpinan secara terang terangan.sehingga ada yang sanggup letak jawatan 

jika RUU persendirian yang dibawa oleh Pas dibentang di parlimen dilulus dan iktiraf.



Allah subhanahu wataala sudah memberitahu menerusi Al Quran bahawa orang orang kafir 

benci dengan nabi Muhammad SAW.



Apa pun, mereka  semacam  tidak percaya dengan pemberitahuan Al Quran sebaliknya  tidak 

ragu ragu lantas mengadak perjanjian demi perjanjian sepertimana yang dilakukan oleh umat 

islam palestin, termasuk tergamak bertahaluf siaysi, sedangkan sudah ada ibrahnya ketika di 

Madinah diterajui Rasulullah SAW.



Di Palestin bukan sekadar buat pelbagai perjanjian damai dengan yahudi, malah mereka jual 

lot tanah kepada yahudi kerana percaya yahudi tidak jahat dan tidak memusuhi Islam.Atau 

dengan kata lain tak apalah. Yahudi tak salah. Yang salah umat Islam.



Sudah 69 tahun baru mereka tahu bahawa yahudi manusia yang tidak  berikemanusiaan 

zalim dan kejam dan sejahat jahat makhluk Ciptaan Allah dan buat fatwa, haram jual tanah 

kepada Yahudi.Masih ada lagi yang tidak boleh terima yang yahudi itu salah miskin pun 

setiap saat membunuh umat Islam palestin.



Sudah habis tanah dijual kepada orang orang kafir baru buat fatwa. Macam di Malaysia ini 

sudah 60 peratus tanah sudah ada pada tangan orang orang kafir.sangat berbangga dapat !0 

ekar tanah, kepada orang Melayu tapi 1,000 diberi kepada seroang bukan Melayu.



.Pada hal Allah sudah lama beri tahu yahudi adalah manusia yang paling degil. Beri nabi, 

nabi  di bunuh. Beri kitab, kitab ditakwil dan diubah.



Tidak lama dahulu Dr Ridhuan Tee pernah berkata yahudi tidak salah, Kristian tidak bahaya. 

Tidak dinafikan umat Islam pun buat salah dan banyak melakukan kesilapan.



Tapi yang peliknya, mengapa mereka boleh kata yahudi yang bunuh jutaan umat islam 

palestin itu tidak salah.Dan boleh berkata, Kristian yang memurtadkan hampir jutaan orang 

melayu di Malaysia ini tidak bahaya.



Hendak kata mereka tidak kenal orang orang kafir. macam mustahil. Mungkin ada agenda 

yang tersurat dan tersirat .



Sumber TKO - 2-6-2016


Kenapa bising bila Muktamar pemuda PAS tonjolkan
imej Pahlawan Melayu


Posted on Thursday, June 02 @ 05:01:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Assalamualaikum,,,

pelik bin ajaib puak puak pembenci pemimpin PAS ni? Bila parti pujaan mereka seperti DAP 

dan PAN menampilkan pakaian western tak ada siapa nak  komplain walhal pakaian ini tidak 
sedikitpun menunjukkan identiiti bangsa pemakai, tetapi bila pemimpin Pemuda PAS tampil 
dengan pakaian pahlawan melayu, ramai pulak mengelabah.
Apa hal sehingga ada yang anggap penampilan pemimpin pemimpin ini macam kartun kerana
menggayakan pakaian pahlawan melayu.Mungkin puak puak ini penyambung legasi
pengusung pengusung jenazah Tok Janggut dulu setelah arwah dibunuh oleh Inggeris.Kita
semua tahu pengusung pengusung ini terdiri dari orang melayu yang dipertahankan oleh Tok
Janggut, inllah legasi pengkianat yang disambung oleh puak puak penjilat alkafirun ini yang
ditunjukkan dalam isu terbaru pakaian pahlawan melayu yang sebenarnya tak ada isupun
tetapi dibuat juga isu.

Kenapa mereka ini sibuk sangat dengan pakaian pahlawan melayu di muktamar pemuda PAS.
Apa faedah dan apa yang cuba dibuktikan mereka? Memperlekehkan kenyataan bahawa
pakaian ini tidak bertentangan dengan syariah seolah olah ianya sebenarnya salah dan haram
tetapi peliknya saban hari puak puak dia mengenakan pakaian ala western tak pulak diperli.Ini
cuma formaliti dalam muktamar yang kebetulan pakaian pahlawan melayu diambil sebagai
imej muktamar.Di mana salahnya semuanya ini.Belum lagi pemuda PAS memutuskan untuk
mengambil pakaian pahlawan melayu sebagai pakaian harian seperti puak puak mereka
menjadikan pakaian ala western, agaknya berguling balik lah puak puak mereka
mentertawakannya.

Lepas ini, rasanya apa jua yang akan diputuskan dilakukan PAS akan ditertawakan mereka,
golongan yang tak pernah tahu nak jadi manusia yang menghormati manusia lain sama seperti
DAP yang nak tahu menghormati hak hak ugama Islam.Barangkali DAP mentor mereka yang
sentiasa melatih mereka untuk memperli PAS dalam apa jua mereka lakukan, salah atau betul
letak belakang, bila ada ruang perli, hentam saja.Itu barangkali ajarannya sebab itu ada yang
bergelak bodoh menuduh pemimpin pemuda PAS seperti kartun walhal yang kartunnya ialah
sipenuduh yang tak menghormati orang lain.


Apa apalah puak bodoh ni, masih tak mahu sedar tindakan bodoh mereka merugikan ugama

Sumber TKO - 1-6-2016



Jika kewangan Islam boleh sokong, 

mengapa tidak undang-undang Islam

HARAKAHDAILY | .


“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya,
dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh
yang nyata bagimu” (Al-Baqarah: 208)

Perkembangan Sistem Kewangan Islam

Sistem kewangan Islam di Malaysia dalam bentuknya yang terkini telah bermula sejak 30
tahun yang lalu, walaupun prinsip-prinsip asasnya telah sedia ada sejak kedatangan Islam lagi
(Akram Laldin, 2013). Keampuhannya semasa melalui tempoh krisis kewangan dunia pada
1986/87 dan 1997/98 telah membuktikan bahawa sistem ekonomi dan kewangan Islam
berupaya menjadi alternatif kepada sistem kewangan konvesional.

Menurut Tan Sri Dr Zeti Akhtar, perkembangan sistem perbankan Islam di Malaysia telah
melalui empat fasa pembangunan.

Fasa pertama melibatkan penubuhan institusi kewangan Islam, dengan tertubuhnya Lembaga
Tabung Haji pada tahun 1969 sebagai institusi kewangan Islam pertama di Malaysia.

Atas kesedaran yang semakin meningkat, bank Islam pertama iaitu Bank Islam Malaysia
Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan dikawal selia di bawah Akta Bank Islam.

Seterusnya, pengendali takaful pertama telah ditubuhkan pada tahun 1984 di bawah Akta
Takaful, bagi menyediakan skim perlindungan insuran mengikut prinsip Islam.

Dalam fasa kedua, bank konvensional dibenarkan untuk menawarkan produk dan
perkhidmatan kewangan Islam melalui operasi jendela (Islamic Window).

Fasa ketiga menyaksikan operasi jendela yang telah mencapai saiz kritikal diberi pilihan
untuk mentransformasi struktur jendela kepada subsidiari Islam (Islamic Subsidiary).

Akhir sekali, apabila kapasiti dipertingkatkan, sektor perbankan Islam telah diliberalisasikan
bagi membolehkan sistem perbankan Islam domestik berintegrasi dengan sistem perbankan
di peringkat antarabangsa (Pelan Induk Industri Kewangan Islam, 2005).

PAS dan Perkembangan Sistem Kewangan Islam

Peranan PAS dalam mengemukakan cadangan dan desakan ke arah pelaksanaan sistem
ekonomi dan kewangan Islam telah bermula sejak negara mencapai kemerdekaan, sehingga
kini diyakini oleh pengguna Islam dan bukan-Islam, yang telah menyaksikan keindahan dan
keadilannya.

Menurut Ismail Said (2011), Muktamar Agung PAS yang pertama pada 4 Januari 1953 telah
meluluskan tujuh resolusi penting, termasuklah saranan terhadap sistem ekonomi dan
percukaian dalam negara. Manakala dalam Manifesto PAS bagi menghadapi Pilihan raya
Umum pertama 1959, PAS mengemukakan lima dasar penting negara yang diperjuangkan
PAS, iaitu Siasah (Politik), Iktisad (Ekonomi), Keselamatan, Pendidikan, dan Kebajikan.

Sejarah turut merekodkan penglibatan PAS dalam Majlis Perundingan Ekonomi Negara pada
tahun 1989 dalam menggubal Dasar Pembangunan Nasional yang telah dilaksanakan di
bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua.

Selain itu, sesiapa yang mengikuti perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia akan
mengiktiraf jasa besar Menteri Besar Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS.

Sejarah menyaksikan bagaimana Al-Marhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul
Aziz Nik Mat telah mengarahkan agar dipindahkan semua akaun kewangan Kerajaan Negeri
Kelantan daripada bank konvensional (ribawi) kepada Bank Islam, walaupun mendapat
kritikan pelbagai pihak (Surtahman, 2004).

Tindakan tegas beliau pada tahun 1990 ini telah menyuburkan usaha mengembangkan
institusi kewangan Islam yang baru memasuki fasa kedua pembangunannya (1990–1999),
sehingga Malaysia kini digelar sebagai hub kewangan Islam utama di dunia.

Malah sudah menjadi suatu kemestian di dalam Ucapan Dasar Presiden PAS, YB Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang pasti akan memperuntukkan satu bab khusus untuk
membicarakan tentang dasar ekonomi Islam, sebagai penyelesaian terhadap kegagalan
ekonomi negara dan dunia.

Sistem Kewangan Islam dan Undang-Undang Islam

Berbalik kepada agenda pelaksanaan sistem kewangan Islam, usaha yang diambil telah
mengambil masa yang amat panjang.

Bermula dengan membangkitkan kesedaran awam (public awareness) seterusnya ke arah
penggubalan akta-akta yang berkaitan (legislation), ia terus berkembang dengan disokong
oleh infrastruktur yang kondusif (infrastructure), pembangunan modal insan yang kompeten
(human capital), dan inovasi produk yang berterusan (innovation), untuk bersaing dengan perkembangan sistem kewangan konvensional yang berjalan serentak di dalam negara (dual-system).

Perlu difahami bahawa usaha ke arah pelaksanaan undang-undang Islam juga akan
mengambil masa yang amat panjang, dan akan melalui fasa pelaksanaan yang sama
sebagaimana agenda pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Perjuangan yang panjang ini telah dan akan melalui fasa kesedaran awam, konsultasi pakar,
penggubalan undang-undang, pembangunan infrastruktur dan modal insan, serta inovasi
ijtihad kontemporari.

Justeru sebagaimana kita boleh bersetuju dalam agenda pelaksanaan sistem kewangan Islam
di Malaysia, mengapa tidak dapat kita bersetuju dalam agenda pelaksanaan undang-undang
Islam dalam negara.  Kedua-duanya adalah sebahagian daripada Islam yang sempurna.

SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi DPPM
30 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 30/5/2016

Sumber HD - 30-5-2016



Ada Lagi Orang Islam Tak Faham RUU Untuk
Memperkasa Mahkamah Syariah


Posted on Sunday, May 29 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



RUU yang dibentangkan oleh Presiden PAS adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syriah
ini bermakna memperkasa Islam di Negara kita, tapi malang RUU ini menyebabkan orang
kapir bersatu menetang. Ini benarlah janji Allah bahawa orang kapir akan benci pada Islam.
Tapi malangnya AMANAH @ PAN @ IKRAM pun sama-sama menentang RUU ini.  Baca
kenyataan mereka.

Amanah Kelantan menyifatkan usul pensendirian yang dibawa presiden Pas berkaitan Pindaan
Akta 355 bagi mengubah kadar hukuman di mahkamah syariah hanyalah satu perancangan
memporak perandakan parti-parti pembangkang dan sama sekali tidak berkaitan dengan
perlaksanan hudud dan qisas seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Jenayah Syariah II
negeri Kelantan (1993) 2015. "Usul persendirian Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah
(Bidangkuasa Jenayah) 1965 telah mengundang berbagai reaksi dan polemik.

"Ada pihak yg mendakwa kejayaan membentang usul ini
membuka ruang kearah pelaksanaan hukum hudud,
manakala pihak yang lain pula menafikannya. "Ada pihak
bangkit membantah kerana hukum hudud, selain ada yang
tidak bersetuju kerana bercanggah dengan perlembagaan
negara," kata Naib Pengerusi Amanah Kelantan,
Che Ibrahim Mohamed pada satus facebooknya.

Bagi beliau, Akta 355 tidak ada kaitan degan Enakmen
Jenayah Syariah II Kelantan (2015) kerana cadangan
pindaannya hanya sekadar menambah kuasa hukuman bagi
bidangkuasa jenayah yang sedia ada dalam Kanun Jenayah
Syariah Kelantan 1985, bukannya bagi membolehkan
mahkamah syariah membicarakan kesalahan-kesalahan hudud dan qisas seperti yang
diperuntukkan dalam KJS II (1993) 2015.

"Cadangan meminda Akta 355 bukanlah suatu yang pelik kerana semenjak diluluskan tahun
1965, akta ini sudah dua kali dipinda iaitu tahun 1984 dan 1988, cuma pindaan kali ini
dicadangkan oleh pihak pembangkang, memang suatu yang tidak pernah berlaku dalam
sejarah perundangan negara," katanya Gaya bahasa dan teknik pindaan yang dikemukakan
dalam draf RUU MP Marang juga katanya agak kelainan dan nampak pelik berbanding
dengan format yang lazim digunakan dalam draf pindaan undang-undang termasuk
penggunaan istilah " Undang Undang Persekutuan" kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Cadangan pindaan dengan memansuhkan Seksyen 2 dalam Akta Ibu dan menggantikannya
dengan Seksyen 2 yang baru tidak menampakkan apa-apa perubahan atau pindaan kapada
bidangkuasa asal mahkamah syariah seperti yang diperuntukkan dalam Butiran Satu, Senarai
II Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan kecuali sekadar mengubah struktur ayatnya yang asal,
seolah-olah menampakkan pindaan ini tidak ada apa-apa perubahan undang-undang. .

Beliau turut menyentuh cadangan memansuhkan Perenggan Dua dlm Seksyen 2 Akta Ibu dan
menggantikannya dengan Seksyen 2A yang baru menjadikan Akta tersebut semakin bercelaru
dan tidak jelas di segi kuasa hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah kerana
ianya hanya diperuntukkan secara umum " mengikut hukum syarak", cadangan ini tidak
mencapai matlamat pengkanunan undang-undang yang sepatutnya disebut secara jelas bentuk
dan kadar hukuman yang hendak diperuntukkan.

"Semua ini menjadikan saya beranggapan draf RUUP ini telah dibuat secara tergesa-gesa
dengan kesilapan yang disengajakan untuk memerangkap Presiden Pas dan pemimpinnya
yang lain dslsm polemik isu pelaksanaan hukum hudud yang sengaja dicipta untuk memporak
perandakan parti-parti pembangkang. -malaysiadateline

Sumber TKO - 29-5-2016



Jika Orang Cina Bantah Pindaan Akta 355 – Orang
Melayu Islam Mungkin Perlu Tuntut Tutup Sekolah Cina

Posted on Sunday, May 29 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Pindaan yang dicadangkan oleh Presiden PAS TG Hadi Awang di Parlimen beberapa hari
lepas disambut baik oleh hampir keseluruhan umat Islam di Tanah Air ini. Namun, sebaliknya
tokoh-tokoh politik Cina samada dari parti chauvinist DAP atau MCA, mereka senada
mempersoalkan tentang cadangan pindaan tersebut.

Apa isunya?

Akta 355, seperti mana yang telah saya terangkan secara ringkas (klik di sini) – jelas adalah
suatu akta yang berkaitan HANYA kepada orang-orang Islam SAHAJA. Tidak ada kaitan
langsung dengan orang bukan Islam. Ianya adalah akta berkaitan jenayah syariah – minum
arak di tempat terbuka, judi dan seumpamanya.

Habis kenapa mereka yang tidak ada kena mengena mahu menyibuk?

Jika mereka hendak menyibuk, kita mempunyai lebih hak dalam membangkitkan isu tentang
SJKC yang sepatutnya tidak ada dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana mereka
orang-orang Cina seperti itulah yang bercakap tentang kesatuan pelbagai bangsa di Tanah Air
ini. Mereka cakap tida serupa bikin.

Atau apakah ada MUSLIHAT lain di sebalik bantahan mereka?

mengapa mereka sekat banteras jenayahDi antara kesalahan yang bakal menerima kenaikan hukuman ialah minum arak. Apabila
orang Melayu minum arak mereka bakal menerima hukuman yang lebih tinggi. Ini mungkin membuat orang Melayu makin takut untuk melakukan kesalahan ini. Maka siapa yang akan
rugi perniagaan mereka?

Kedua, jika orang Islam ditangkap bersama pasangan bukan muhrimnya, contoh yang
menjadi pelacur, maka dengan hukumannya mungkin lebih tinggi akan membuat “bakal
pelacur Melayu-Islam” ini mulai takut. Maka sukarlah untuk untuk mencari pelacur-pelacur Melayu selepas ini.

Malah, ibu ayam dan bapak ayam mungkin selepas ini sukar untuk mencari makan. Umum
tahu siapa yang banyak meraih keuntungan hasil pelacuran yang diumpan dengan anak-anak
gadis Melayu. Kalau dulu setakat satu dua ribu mereka pejam mata sahaja. Sekarang jika
dendanya semain tinggi – ianya bakal merosakkan peluang “perniagaan” mereka.

Dan senarai andaian seperti ini mungkin boleh dipanjangkan lagi. Apakah ini sebenarnya
mereka risaukan tentang kutipan hasil perniagaan yang tidak lagi lumayan.

Baca juga: Eloklah MCA Keluar BN Jika Mereka Rasa Lebih Kuat

.........
https://akarimomar.wordpress.com/2016/05/28/jika-orang-cina-bantah-pindaan-akta-355-
orang-melayu-islam-mungkin-perlu-tuntut-tutup-sekolah-cina-pulak/


Sumber TKO - 29-5-2016

Kenapa PAS tak boleh bubar...........

Posted on Saturday, May 28 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Respon "Assalamualaikum,,

Ekoran pembentangan RUU pindaan akta 355 di Parlimen oleh Presiden
PAS, ada pula suara sumbang yang dilaungkan yang kononnya PAS sudah
boleh bubar kerana Umno sudah ikut Islam.Suara ini dipercayai satu
sindiran kepada apa yang pernah ATGNA sebut,kalau Umno ikut Islam,
Kami akan bubar PAS dan masuk Umno semuanya.Tetapi apakah dengan
membenarkan RUU ini dibentang dan dibahas serta diluluskan di Parlimen
Umno sudah ikut Islam? Sedangkan yang mencadangkan agar RUU ini
dipercepatkan ialah seorang MP wanita Umno yang tak tutup auratpun, jadi
macam mana kata Umno ikut Islam? Nampak benar sindiran sebegini agak premature dan
tergesa gesa.

Bermula dengan orang yang mencadangkan itu  seorang muslimah yang dedah aurat, kita tak
perlu pergi jauh untuk mengambil kesimpulan Umno masih terlalu jauh dengan Islam.Apatah
lagi kalau kita teliti lebih jauh, dari segi amalam harian, dari segi kepimpinannya dan dari segi
keilmuan orang orang yang memimpinnya, semuanya masih terlalu jauh dari Islam.

Sebab itu, mengatakan Umno sudah mengikut Islam hanya kerana sebagai kerajaan, ia
membenarkan RUU persendirian dibawa ke Parlimen adalah tergesa gesa . Orang yang cepat
mengambil kesimpulan ini pula orang orang yang mempunyai dendam kesumat kepada PAS
yang sentiasa mengambil kesempatan dari apa jua perkara yang boleh dimanupulasikan.Itu
jelas sama jelasnya dengan kumpulan manusia yang sejak dari awal memperlekehkan usaha
PAS untuk membawa peraturan hidup Islam dalam kehidupan umat.Lihat saja kepada
kumpulan yang sekarang sentiasa berusaha mencari kelemahan PAS dalam pembentangan
RUU tersebut adalah kumpulan yang sama yang menuduh PAS dengan berbagai bagai tuduhan
berkaitan ikthiar PAS ini.

Pada awalnya, kumpulan ini menyifatkan PAS tidak ada maruah kerana membiarkan diri
dipermainkan Umno kerana usul RUU ini tidak mendapat tempat di Parlimen kerana masalah
keutamaan, kemudian usul ini dikatakan ditangguhkan oleh PAS sendiri kerana sudah mahu
menangguhkan Hudud atas alasan bergabung dalam blok ketiga dan kini menangguhan
perbahasan RUU dijadikan alasan kenapa PAS mahu menggunakan Hudud untuk tujuan PRK
serta kedengaran dakwaan bahawa kalau PH yang menangguhkannya akan dicop kufar oleh
PAS.Demikain cukup mudah mereka membawa PH dalam usaha ini sedangkan semua tahu
pendirian PH dalam soal Hudud ini.

Pendek kata kumpulan manusia ini tidak akan pernah mengaku kalah atau mengaku salah
tetapi akan terus mencari apa jua bahan yang boleh dijadkan alasan untuk membuktikan PAS
hanya menggunakan ugama untuk politik dan kerana itulah antara kedengaran sekarang ialah
sindiran untuk membubarkan PAS kerana Umno sudah disimpulkan mengikut Islam.
Kesimpulan yang tergesa gesa dan kebudak budakan tapi tak apa asal boleh dijadikan peluru.

Saya menyebut dalam tajuk artikal ini, PAS tidak boleh dibubarkan kerana sebab yang sama,
kesimpulan Umno sudah ikut Islam adalah terlalu tergesa gesa.Sebagai sebuah pertubuhan atau
jemaah Umno masih terlalu jauh untuk menjadi sebuah jemaah Islamiah malah terlalu jauh
dari amalan  jemaah Islamiah yang diamalkan oleh PAS.Amalan solat sunat seperti dibuat oleh
Presiden PAS sebelum membentangkan RUU dipandang enteng oleh Umno tetapi ianya
menjadi perkara penting dalam amalan jemaah Islam.

Oleh kerana amalan jemaah Islamiah hanya boleh didapati dalam PAS dan kepimpinan Islam
sebenar hanya ada dalam PAS, maka hakikatnya PAS tidak boleh bubar.Apa yang ATGNA
sebut itu tak akan terjadi dalam masa terdekat ini tanpa perubahan yang menyeluruh dalam
Umno kepada Islam.Harap faham!

Sumber TKO - 28-5-2016


Apa masalahnya RUU pindaan akta 355 ditangguh?

Posted on Saturday, May 28 @ 06:54:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Assalamualaikum,,

Nampaknya tangguhan kepada RUU pindaan akta 355 dijadikan peluru untuk menyerang.
Seolah menangguhkan selepas dibentang dianggap gagal.Berbagai tohmahan dan komen
perlekeh yang boleh didengar mengenai menangguhan tersebut.Tetapi persoalannya apakah
masalahnya dengan penangguhan itu? Kalau diamati tidak ada apa apa masalahpun yang
timbul setelah ianya selesai dibentangkan.Sebab penangguhan juga sudah diberikan oleh
TGHH cuma semacam ada unsur sengaja terlepas pandang semata mata mahu jadikan
penangguhan itu sebagai peluru menyerang.

Ada juga komen yang menyebut penangguhan ini kerana nak beri peluang  ianya dibahaskan
di luar parlimen sedangkan tujuan pembentangan ialah untuk membolehkan wakil rakyat
membahaskannya.Tetapi sebenarnya yang dibahaskan di luar parlimen sekarang bukan
pindaan tersebut tetapi lebih kepada usaha untuk melaksanakan undang undang Islam
di Kelantan atau Hudud yang berkait dengan pembentangan tersebut.Perbahasan di Parlimen
oleh wakil wakil rakyat nanti akan meliputi keseluruhan pindaan kepada kuasa mahkamah
syariah yang dicadangkan sedangkan perbahasan yang terjadi di luar parlimen sekarang hanya
berbentuk umum berkaitan perlaksanaan Hudud di kelantan yang berkait rapat dengan RUU
tersebut.

Kenapa golongan yang mengkrtik ini tidak mahu meneliti keadaan yang terjadi ini serta tidak
mahu meneliti sebab kenapa penangguhan yang dibuat itu? Lagipun RUU ini pasti akan
dibahas bila tiba masanya nanti di Parlimen, wakil wakil rakyat boleh membahaskan sampai
tak rak, tiada masalah tetapi kenapa pengkritik ini tidak sabar? kalau rakyat nak dengar
perbahasan wakil wakil rakyat, rakyat akan boleh dengar, tapi kena sabarlah sikit.Bukan
susahpun nak bersabar, itupun kena ingatkan?

Bercakap pasal tidak sabar, sememangnya yang mengkritik ini dikesan orang orang yang sama
mengkritik kaw kaw ketika mula mula RUU ini dicadangkan dibentangkan di Parlimen.Ketika
RUU ini tidak mendapat tempat untuk dibentangkan, tampil mereka mendakwa PAS dimainkan
oleh Umno kerana tidak memberi laluan kepada RUU ini.Kemudian mereka muncul lagi
mendakwa PAS sudah menangguhkan Hudud kerana nak tubuh blok ketiga dan sekarang
apabila RUU sudah selesai dibentang dan ditangguh, mereka tetap tidak mahu bersabar kerana
terus mendakwa PAS tidak serius dengan Hudud kerana menangguhkan perbahasan yang
mereka saja nak dengar.

manusia jenis apa kah ini?

Sumber TKO - 28-5-2016

Dendam DAP kepada PAS semakin membara...

Posted on Wednesday, May 25 @ 18:32:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Keputusan PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar,
Selangor pada 18 Jun 2016 nanti adalah satu keputusan yang sangat mengusarkan DAP,
Mahathir dan BN.

Tidak hairanlah jika Lim Kit Siang cuba sedaya upaya melobi PKR dan AMANAH untuk
bertanding dikerusi berkenaan sebagai proksi DAP walaupun umum mengetahui bahawa kerusi
berkenaan sebelum ini ditandingi PAS sama ada ketika bersama Pakatan atau pun tidak.

Dendam Kit Siang kepada PAS ternyata masih kuat. Dia tahu, agak sukar untuk DAP bertanding
dikedua-dua kerusi berkenaan, tetapi masih mendesak supaya ada wakil dari Pakatan Harapan
untuk menghalang PAS.

Bagi DAP, kalau wakil mereka itu kalah pun tak apa, yang penting dapat memecahkan undi
PAS dan PAS juga kalah.

Biar BN menang, DAP cuci tangan sekali gus menunjukan kepada rakyat bahawa PAS parti
lemah. Walhal mereka sedar yang secara hakikinya, PAS boleh menang jika pertandingan satu
lawan satu antara PAS dan BN.

Cukuplah pilihanraya di Sarawak menunjukkan bagaimana pertembungan antara calon DAP
dan PKR yang begitu mudah ditewaskan oleh BN. Begitu juga percubaan nakal AMANAH
yang cuba bertanding di kerusi PAS hingga menyebabkan BN kekal menang.

Walaupun di kebanyakan kerusi AMANAH hilang wang deposit, tapi mereka “bangga” kerana
berjaya melaksanakan amanah DAP untuk memecahkan undi PAS.

Sesuatu yang rakyat kena faham pada hari ini, Pakatan Harapan sendiri masih gagal untuk
bersepakat sebagai mana pilihan raya Sarawak. DAP ternyata begitu sombong dan memandang
kecil kepada PKR, dan mereka sedikit pun enggan memberikan ruang kepada PKR untuk
bertanding satu lawan satu dengan BN.

Jika dengan rakan Pakatan Harapan sendiri DAP tergamak menikam dari belakang, inikan pula
kepada PAS yang kini menjadi musuh ketatnya. PKR kena sedar perkara ini kerana ia bukan
kali pertama berlaku.

Pendirian PAS ini juga turut mengusarkan Mahathir yang cuba mengheret nama “rakyat” bagi
menghalang PAS bertanding.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut memfitnah Presiden PAS yang dikatakan mengiktiraf
Najib melalui prinsip Cash is King. PAS juga dikatakan sebagai majoriti kecil walaupun boleh
menang di kedua-dua kerusi ini.

Mahathir sedaya upaya mahu rakyat menolak PAS yang sudah cukup bersedia bertanding di
kedua-dua kerusi berkenaan dengan melaung-laungkan supaya wakil “rakyat” yang bertanding
untuk melawan wakil Najib.

Persoalannya, siapakah wakil “rakyat” itu. Jika dikatakan dari Pakatan Harapan memang sangat
jauh sekali tersasar kerana Mahathir jelas masih mahu bersama BN tetapi bukan bersama Najib.

Maknanya Mahathir masih lagi mengharapkan pemimpin BN sendiri bertanding secara bebas
melawan BN dan menolak calon Pakatan Harapan.

Hingga ke hari ini Mahathir hanya memperkudakan Pakatan Harapan dengan gula-gula
politiknya iaitu “Deklarasi Rakyat” tapi masih enggan bersama blok Pakatan untuk
menumbangkan BN secara total.

Misinya sudah diperjelaskan iaitu, mempertahankan BN dan menolak Najib, bukan mengangkat
Pakatan Harapan atau mana-mana blok pembangkang bagi mengalahkan BN.

Ini politik apa sebenarnya?

Menggunakan parti musuh ketatnya untuk “membunuh” Najib seorang dengan harapan dia
 boleh kembali bertaut bersama BN selepas itu. Dan yang pasti, seandainya beliau berjaya
turunkan Najib dan kembali bersama BN, Mahathir akan kembali menghentam blok-blok
pembangkang seperti sebelum ini.

Hikayat Mahathir keluar masuk Umno-BN bukan baru. Zaman Tunku Abdul Rahman, Zaman
Pak Lah dan kini zaman Najib.

Jiwanya tetap bersama BN kerana legasinya di situ. Parti-parti pembangkang hanya menjadi
badut sarkis untuk memudahkan laluannya kembali kepada BN.

Mahathir pula tidak mempunyai kepentingan dalam PAS, jauh sekali untuk mengalas amanah
untuk berkempen bagi pihak Pakatan Harapan.

Lihat sahaja apa yang beliau lakukan semasa pilihan raya Sarawak. Beliau duduk dari jauh
mengutuk Najib tetapi masih mengunci mulut dari memberikan sokongan kepada calon-calon
Pakatan Harapan.

Apa sebenarnya yang Mahathir mahukan adalah supaya Najib turun. Tetapi itu adalah sesuatu
yang mustahil melainkan jika beliau sanggup mengorbankan BN untuk dikalahkan bagi
memudahkan laluan menjatuhkan Najib.

Dalam mengutuk Najib, Mahathir masih mengalas kuat tiang seri BN. Dan ini mengelirukan
rakyat sebenarnya.

Oleh itu, satu-satunya cara yang terbaik adalah dengan memilih PAS bersama blok ketiga untuk
menolak semua politik yang caca marba dari blok Pakatan Harapan, Mahathir dan Najib-BN
yang kini masing-masing cuba berpolitik demi kepentingan diri mereka sendiri sehingga
sanggup “membunuh” rakan mereka yang dikatakan berpakat dengan mereka.

Nasib rakyat tidak akan terbela dengan corak politik sebegini. Belum apa-apa lagi mereka
sudah bertengkar dan berebut kuasa sesama sendiri.

Keadaan akan menjadi lebih teruk jika mereka menang nanti kerana niat mereka bertanding
pun bukan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Pemuda PAS mencabar Mahathir dan DAP supaya mereka sendiri bertanding di kedua-dua
kerusi ini jika benar mereka mahu menunjukkan sesuatu kepada rakyat.

Tak perlu lagi mendolak-dalih menjadi tok dalang bermain wayang dengan menghantar
calon-calon yang mereka balacikan.

PAS terbuka bekerjasama dengan PKR dan berbincang jika parti itu benar-benar ingin bersama
membantu rakyat dan membela nasib rakyat. PAS tidak menganggu kerusi mereka.

Sama ada PAS menang atau kalah dalam pilihanraya kecil ini, PAS tetap menganggap PKR
sebagai rakan politik khususnya dalam Kerajaan Selangor pada masa ini.

Tidak dinafikan, dalam keadaan sekarang Najib yang sudah nyawa-nyawa ikan cukup selesa
untuk bernafas kerana blok pembangkang dan Mahathir bertubi-tubi mengasak PAS iaitu
satu-satunya parti yang jelas mampu menewaskan BN dikedua-dua kerusi ini jika pertandingan
satu lawan satu berlaku.

Najib tidak perlu berkerja keras untuk menang seandainya blok pembangkang terus menerus
menyerang PAS, apalagi dengan mengistiharkan untuk turut bertanding kerana itu sekaligus
akan memecahkan undi kepada PAS dan membuka peluang untuk BN menang lagi
sebagaimana di Sarawak.

Tiada apa yang ingin dibuktikan oleh PAS melalui pilihanraya ini melainkan demi kepentingan
rakyat dan menewaskan BN bagi mengukuhkan blok pembangkang di Parlimen.

Justeru, apa sahaja sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, Mahathir dan BN, PAS kekal
dengan misi bekerja untuk rakyat.

Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Pemuda PAS


Sumber TKO - 25-5-2016



Inilah masanya?

Posted on Wednesday, May 25 @ 18:23:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Pada penulis, parti PAN (Amanah Negara) tak boleh lepas peluang bertanding di parlimen 

Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak yang akan diadakan pada 18 Jun 2016 ini.

Inilah satu satunya peluang  untuk menguji sokongan pengundi terhadap terhadap parti serpihan 

PAS yang dikatakan punya  ahli sama banyak jumlahnya dengan PKR iaitu 500,000 orang ahli 
setakat ini.
Jadi langkah ruginya jika lepas peluang keemasan bertanding di kedua dua kerusi parlimen ini, 
 malah ini adalah merupakan medan uji  muktamad sokongan pengundi terhadap parti lama 
yang baru bergerak setahun jagung itu, sama ada boleh hidup atau sebaliknya.

Walaupun sudah Kena KO dalam PRN Sarawak baru baru ini. Akan tetapi  tidak sama apabila 
kena KO di Sarawak dengan kena KO di Semanjung dalam PRK di Parlimen Sungai Besar dan 
Kuala Kangsar nanti.


Jika parti PAN tak masuk bertanding pada PRK itu,sudah barang tentu tak tahu peratus 
sokongan pengundi terhadap parti tersebut.Jadi, macam mana hendak ukur prestasi dan potensi 
untuk menghadapi PRU 14 nanti.

Lebih lebih lagi parti PAN ini diterajui Mohammad Sabu, bekas timbalan presiden PAS yang 
didakwa lebih popular dan lebih wibawa  berbanding presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi 
Awang.

Pendek kata, 18 orang tokoh bekas Ahli Jawatankuasa pas ini adalah terdiri daripada kalangan  
professional dan bukan calang calang tokoh berbanding ahli jawatankuasa pas yang baru yang 
kebanyakannya ada lah ulamak.

Bayangkan, Ulamak  didakwa tak pandai politik yang menjadi punca Pas ketinggalan zaman 
sejak dahulu dan selama lamanya, konon.

Oleh itu, PAN mahu tidak mahu kena masuk bertanding untuk uji sokongan pengundi  sebagai 
persediaaan untuk menghadapi PRU 14 nanti.

Pas tidak harus prejudis dengan niat PAN itu, Biarkan.Biarlah PAN  kedua kedua parlimen itu 
nanti agar akan tahu langit rendah atau tinggi.


Apa pun masuk bertanding adalah hak mana mana parti untuk uji pengaruh dalam mana mana 
pilihanraya kecil (PRK) dan Pilihanraya umum(PRU). Lebih lebih lagi Negara kita adalah 
Negara demokrasi berparlimen.

Sumber HD - 25-5-2016



Lim Guan Eng Sepatutnya Membuat 

Keputusan Berdasarkan Fakta, Bukan 

Andaian

Pada 20 Januari 2016 yang lalu saya telah membuat komen terhadap penyelesaian di luar
mahkamah kes saman Encik Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Ustaz
Nasruddin Hassan, selaku Ahli Parlimen Termerloh yang juga Ketua Penerangan PAS,
berkenaan projek multi-mega terowong dasar laut Pulau Pinang.

Antara lain komen saya projek multi-mega tersebut adalah amat mencurigakan kerana antara
lainnya struktur dan model projek yang mengelirukan termasuk, pemberian projek kepada
konsortium yang diketuai oleh syarikat yang tidak mempunyai pengalaman langsung dengan
industri pembinaan. Juga saya komen sikap hipokrit Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta DAP,
yang bersetuju dengan kutipan tol selama 30 tahun kepada konsortium projek tersebut.

Kecurigaan saya terhadap semua di atas masih ada malah semakin bertambah apatah lagi
setelah mengikuti perkembangan terbaru isu tersebut. Ini merujuk kepada kenyataan terkini
Lim yang dipetik kebanyakan media utama bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang terpaksa
memilih untuk membina terowong tersebut setelah permohonan mereka untuk membina
jambatan ketiga telah ditolak oleh kerajaan persekutuan.

Namun kerajaan persekutuan telah menafikan Lim melalui kenyataan rasmi Menteri Kerja
Raya Malaysia, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof pada 22 Mei 2016, bahawa kerajaan tidak
pernah menerima apa-apa permohonan daripada Pulau Pinang berkenaaan jambatan ketiga. Dan
ini telah akui oleh Lim sendiri bahawa Pulau Pinang tidak membuat apa-apa permohonan
dengan alasan beliau sudah pun mengandaikan yang kerajaan persekutuan tidak akan
meluluskan permohonan tersebut.

Perlakuan Lim ini adalah amat prejudis selaku ketua kepada semua kerajaan, apatah lagi
melibatkan hubungan dengan kerajaan persekutuan. Tanpa prejudis dan mengambil kira
pendirian politik sesuatu pihak, Lim sepatutnya mengurus urusan kerja dan hubungan antara
kerajaan negeri dan kerajaan pusat secara profesional dan tatacara perkhidmatan. Bukan secara
membuat andaian awal yang tiada asas dan fakta.

Lebih dari itu, apa yang lebih membimbangkan apakah asas kerajaan DAP Pulau Pinang dalam
membuat keputusan melibatkan projek yang bernilai RM6.3 billion, yang melibatkan
pembinaan tiga jajaran lebuhraya dan juga terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer (The
Edge, 11 Januari 2016) kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) tersebut?

Adakah juga berdasarkan membuat andaian? Malah Lim juga telah pun memperakui sudah
 berbelanja besar secara tidak masuk akal sebanyak RM305 juta semata-mata untuk melakukan
tiga kajian kemungkinan (feasibility study) ke atas projek tersebut.

Dan keseluruhan projek dan semua perbelanjaan besar yang telah dilakukan ini, yang
menggunakan wang rakyat, adalah hasil daripada andaian yang kerajaan persekutuan tidak
akan meluluskan projek jambatan ketiga.

Ini merupakan suatu tindakan yang amat tidak profesional dan penuh prejudis, apa lagi ianya
melibatkan kos projek yang amat besar, yang telah dan akan dibelanjakan. Lim sepatutnya lebih
telus dan matang dalam menguruskan pentadbiran beliau. Apa yang diinginkan oleh semua
pihak yang berkepentingan, terutama rakyat ialah profesionalisma yang tinggi dan bukan
sekadar politiking melalui jawapan-jawapan yang sekadar melepaskan batuk di tangga.

Jesteru itu saya menyarankan bahawa suatu kajian yang komprehensif dilakukan oleh pihak
yang berkelayakan bagi mengkaji dan meneliti keseluruhan kesahihan dan kemungkinan
(validity and feasibility) projek tersebut. Ini sepatutnya merangkumi aspek-aspek kejuruteraan,
alam sekitar, impak ekonomi, sosial, beban kewangan dan sebagainya. Mungkin juga diperlukan analisa kos dan faedah (cost benefit analysis) antara terowong dan jambatan, apa lagi setelah Lim sendiri mengakui bahawa kos untuk membuat
jambatan adalah RM2 billion lebih murah.

Semua kajian dan analisa ini akan menghasilkan suatu kesimpulan yang konkrit dan selanjutnya
melahirkan keputusan yang tepat dan berfakta, yang bukan sekadar berlandaskan andaian.

MAZLI NOOR
Timbalan Presiden,
Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan)
Kota Bharu, Kelantan.
24 Mei 2016.

[truncated by WhatsApp]

Sumber BO - 24-5-2016

Dedikasi selamat hari guru buat Sykes-Picot

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


RASANYA masih belum terlambat untuk saya mencoret segugus kata sempena hari guru yang
baru sahaja berlalu. Biarlah lambat, asalkan bermanfaat.

Kata orang, guru terbaik adalah pengalaman. Jadi sempena hari guru bertarikh 16 Mei, saya kira
sambutannya adalah lebih bermakna jika tidak ditujukan kepada individu, sebaliknya
didekasikan kepada pengalaman umat Islam yang lalu, yang banyak memberi pengajaran
berguna buat kita semua.

Berkongsi tarikh hari yang sama dengan hari guru, 16 Mei tahun 1916 telah dimeterai
perjanjian Sykes-Picot antara Menteri Luar British, Mark Sykes dengan Francois Georges
Picot , Menteri Luar Perancis.

Perjanjian tersebut juga disertai oleh kerajaan Russia melalui maklumat sulit yang dipecahkan
setelah berlaku Revolusi Bolshevik 1917.

Kandungan perjanjian ini adalah sebuah pembahagian kuasa antara kuasa besar penjajah
terhadap tanah air negara-negara umat Islam apabila kerajaan Uthmaniah jatuh tidak lama
selepas itu.

Sebahagian wilayah Uthmaniah diberi kepada British manakala sebahagian lagi diserahkan
kepada Perancis. Dipercayai Rusia juga bakal mendapat laba hasil dari kejatuhan wilayah Islam
tersebut.

Setelah Perang dunia pertama berakhir tahun 1918-1919, kerajaan Turki lumpuh apabila banyak
tanah taklukannya dijajah. Ini membuka ruang kepada penjajah barat untuk menyuntik api
perkauman dan mazhab terhadap umat Islam supaya keluar dari penguasaan Uthmaniah atas
nama kemerdekaan.

Penduduk Iran bermazhab Syiah Imamiah dan penduduk Yaman bermazhab Syiah Zaidiah
diapikan untuk menentang Turki yang bermazhab Sunni. Penduduk semenanjung arab (kini
Saudi, Kuwait, Oman, Qatar, UAE) yang bermazhab salafi-wahhabi pula diapikan menentang
Turki bermazhab Asyairah dan Maturidi.

Hasil dari serangan pelbagai arah, 3 Mac 1924 menyaksikan kejatuhan Uthmaniah secara total.
Sehingga hari ini umat Islam menerima padah yang tidak berkesudahan. Umat Islam ibarat
makhluk asing yang dianaktirikan dari mendapat hak sebenar mereka sebagai penduduk dunia.

Islam digambarkan sebagai kumpulan pengganas, menolak kemajuan, tidak layak menerima
penghormatan masyarakat dunia dan harus dilenyapkan dari muka bumi. Keadilan hanya untuk
manusia lain tetapi bagi Islam, menindas mereka pula adalah satu bentuk keadilan sejagat.

Pengalaman pahit inilah guru umat Islam terbaik. Pengajaran yang ditimba dari guru ini dapat
kita simpul kepada:

1. Kesilapan Mentaati Orang Bukan Islam
Akibat daripada pemimpin-pemimpin umat Islam setempat yang mudah dihasut oleh musuh
Islam, mereka menerima padah. Hanya kerana bencikan sedikit perbezaan atau kekurangan
yang ada pada pemerintah, mereka terus percaya kepada si kuffar yang kononnya mahu
membantu, tetapi sebenarnya punya perancangan jahat menumbangkan Islam.

Amaran ini telah disebut oleh Allah SWT:

وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ وَدَعْ أَذَاهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ 
وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا

"Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan 
janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah 
(memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu)."

2. Perbalahan Sesama Sendiri
Racun yang ditanam oleh musuh secara halus adalah membesarkan perbezaan antara
kumpulan-kumpulan penganut Islam. Perbalahan antara kaum, antara mazhab dan fahaman
telah menyebabkan sebahagian pihak mengisytiharkan saudara seakidah sebagai musuh yang
halal darahnya.

Kesibukan berbalah sesama sendiri melekakan umat Islam dari musuh utama yang tidak pernah
lalai dari menjatuhkan Islam. Malah, ada kalangan umat Islam sanggup menerima pertolongan
musuh semata-mata untuk menghapuskan sesama sendiri.

Sunni bergaduh dengan Syiah. Wahabi memerangi Asyairah Maturidi. Syafie dan mazhab lain
juga bermusuh. Itu tidak lagi dikira pertembungan antara kaum arab-kurdi, turki-kurdi,
parsi-arab dan sebagainya.

Walaupun tidak dinafi memang ada antara umat Islam yang sesat, tetapi menerima pertolongan
musuh adalah satu kesilapan besar. Kenapa perlu berubah jadi percaya kepada musuh yang
telah digazetkan dalam al-Quran pula, dan menjadikan saudara seakidah sebagai musuh
sedangkan ini semua tidak diajar oleh Islam.

Tuhan telah mengingatkan:

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا
 أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-
perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah 
engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya 
terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat 
kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya)."[Al-Anaam:159]

3. Meninggalkan Ajaran Islam Sebagai Cara Hidup
Punca utama kejatuhan dan kegelapan umat Islam mutakhir ini adalah sikap umat Islam sendiri
yang meninggalkan ajaran Islam dan memilih ajaran dan petunjuk lain selainnya.

Kuasa penjajah bukan sahaja mengambil langkah politik terhadap negara umat Islam, bahkan
juga memerangi sistem pendidikan Islam dan memperkenalkan pendidikan sekular kononnya
atas alasan kemajuan. Akibatnya Islam hanya dijadikan amalan di masjid surau dan tidak lagi
menjadi panduan dalam urusan kehidupan seharian yang lain.

Inilah perkara yang diingatkan oleh Saidina Umar Al-Khattab sewaktu umat Islam mula-mula
berjaya menawan Palestin daripada kuasa besar utama dunia waktu itu, Empayar Rom. Ucap
Saidina Umar dengan tegas:

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام مهما ابتغينا العزة بغير
 ما أعزنا الله أذلنا الله

"Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam. Seandainya kita mencari kemuliaan 
selain dari Islam, nescaya Allah akan jadikan kita kembali hina."

4. Pentingnya Umat Islam Peka Terhadap Politik
Terpengaruhnya umat Islam dengan tipudaya musuh adalah kerana ketidakpedulian mereka
terhadap ilmu politik dan ketidakterlibatan mereka dalam dunia politik. Mereka jadi tidak kenal
siapa kawan dan siapa musuh. Mereka tidak tahu membaca strategi lawan. Mereka tidak sedar
sedang dipergunakan.

Gerakan Wahhabi yang membawa Islah dalam kehidupan beragama masyarakat waktu itu,
mudah dipergunakan al-Saud untuk merealisasikan tuntutan penjajah. Kumpulan-kumpulan
tarikat sufi juga banyak yang termakan dakyah musuh untuk membenci Uthmaniah kerana
masalah politik yang berlaku. Ada yang tidak mempedulikan langsung apa jua kondisi kerajaan
Islam, hanya mementingkan jemaah sufi mereka sahaja.

Semua ini akibat tiada kesedaran politik di kalangan umat Islam termasuk para agamawan dan
jemaah Islam. Sedangkan menurut Dr Abdul Fattah Solah al-Khalidi, Dr Yusof al-Qardawi dan
ramai sarjana Islam sekian lama, bahawa memisahkan dakwah dan politik adalah suatu 'bidaah
mungkar' yang mesti diperangi.

Politik adalah mesej semua Nabi-nabi dan Rasul. Disebut oleh baginda SAW:

كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي
 وإنه لا نبي بعدي وسيكون خلفاء 

"Bani Israel dahulunya diuruskan politiknya oleh para Nabi. Setiap kali pergi seorang Nabi 
maka akan digantikan oleh Nabi yang lain. Dan tiada lagi Nabi selepasku tetapi akan ada para 
pengganti."
[HR Bukhari dan Muslim] – HARAKAHDAILY 24/5/2016

Sumber HD - 24-5-2016



China Islam marah kata china bukan islam kafir?

Posted on Monday, May 23 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Artikel

Apa pendapat anda apabila membaca judul rencana penulis yang berbunyi: China Islam marah
kata china bukan Islam kafir.

Sesetengah tidak kisah, tetapi penulis tetap mengatakan ada yang tidak kena dengan jiwa
mereka yang sudah masuk Islam.

Profesor Dr Ridhuan Tee yang kata yahudi tak salah, kristian tak bahaya dan china juga yang
salah pernah nyatakan yang dia pernah menangis dengan karenah orang orang china yang
masuk islam.

Mengapa tidak? Kerana katanya, terlalu ramai yang masuk islam di Malaysia ini tidak lama
kemudian hendak balik semula dengan agama asal mereka.(murtad)

Kawan penulis seorang peguam syarie yang pernah ambil kes murtad ini menyatakan memang
ramai orang orang china yang masuk islam di Malaysia murtad dan hendak murtad.

Mungkin inilah punca orang china islam marah apabila orang kata kepada orang orang china
yang bukan Islam kafir.

Mereka kelihatan sangat sensitive dengan istilah kafir (kafirun) ini, termasuk yang penulis
dengar bahawa berkata kafir kepada orang kafir boleh membuat ia berkecil hati (marah)

Perkataan kafir bukan kita yang buat buat pandai, tetapi perkataaan kafir itu Allah yang
berikan. Demikian juga perkataan Islam agar mereka dapat bezakan yang mana satu yang ikut
perintah Allah  (Islam) dan yang mana satu yang ingkar.(kafir).

Atas sebab itu ada sesetengah pendakwah Islam cuba dengan sedayaupaya untuk tukar
perkataan kafir kepada perkataan bukan islam supaya tidak sensitive.

Soalnya, gelaran kafir yang Allah berikan itu adakah tidak baik dari segi uslub dakwah,
sedangkan Allah maha bijaksana dan Allah maha mengetahui.

Apakah Allah tidak mengetahui dengan perangai mahkluk yang diciptakanya itu.Allah maha
mengetahui dan maha bijaksana.

Kita yang serba serbi lemah ini cuba jadi orang yang lebih bijak daripada Allah dan tukar kata
kafir yang fleksibel itu dengan kata bukan Islam dengan alasan ini lebih tepat dan baik agar
orang kafir tak marah.

Sampai bila kita nak tunggu orang kafir tak marah dengan Islam, sedangkan Allah telah nyata
dan jelas bahawa orang orang kafir amat benci dengan Islam. Termasuk semua nabi dibenci
oleh kafir sehingga tergamak dibunuh hidup hidup.

Penulis berani mengatakan, mereka yang marah dan tidak puashati dengan gelaran kafir kepada
orang orang kafir itu, sah mereka tidak istiqamah dengan Islam yang mereka anuti.

Kalau benar benar istiqamah mustahil mereka boleh berasa hati dan marah dengan orang yang
mengatakan kawan kawan mereka yang belum masuk Islam sebagai kafir, sedangkan mereka
itu adalah kafir sepertimana yang Allah sebut dalam Al Quran.

Macam juga dengan Azazil yang tidak setuju dengan kehendak Allah mahu manusia (Adam as)
dijadikan Khalifah atas muka bumi.Demikian juga dengan orang kafir.Memang kafir sekali kali
tidak bersetuju dengan orang orang Islam.

Mereka sememangnya tidak bersetuju dan tak puashati dengan wahyu yang diturunkan kepada
nabi Daud as, Nabi Musa as, Nabi Isa as dan nabi Muhammad SAW.

Sebab itu, kitab kitab Allah seperti Taurat, Zabur dan Injil  ditakwil  dan ditakwil ini itu serta
diubah dan selewengkan dan dibuat kitab sendiri iaitu Talmud dan Bable.

Oleh itu, tidak hairanlah dengan mereka yang masuk Islam, tetapi marah marah dengan gelaran
kafir kepada kawan kawan mereka yang belum masuk Islam dengan alasan “Sebaik-baik
manusia adalah yang menahan lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain”. 

Siapa pun kita, sama ada yang mengkritik atau dikritik, niat perlu dibersihkan agar tidak berasa
 diri lebih baik. Kritikan sebahagiannya berasal daripada prasangka sebagaimana sabda
Rasulullah SAW: “Berhati-hatilah kamu dari berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka
itu adalah sebohong-bohong ucapan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka Rasulullah SAW memberi peringatan, “Sebaik-baik manusia adalah yang menahan lidah
dan tangannya dari menyakiti orang lain”. Sabda Nabi SAW lagi, “Berbicaralah dengan mereka
sesuai dengan kemampuan akal mereka”.


Betulkah kata kafir kepada orang kafir boleh menyakit mereka?Kalau betul mengapa Allah 

sebut dengan nyata dan jelas sejelasnya.



Sumber TKO - 232-5-2016


4 Konflik, 4 Ketegasan, 4 Kebanggaan Kam


Posted on Monday, May 23 @ 03:54:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Kami ahli dan penyokong PAS amat berbangga dengan ketegasan TGHH dan kesepakatan serta 

solidariti pemimpin-pemimpin kami. Kini kami benar-benar rasa kehebatan maruah kami, 
kejituan kesatuan kami dan kebulatan tekad kami.
Kami seia sekata dari kepimpinan tertinggi hingga ke akar umbi. Tiada lagi percanggahan 
kenyataan. TGHH kata lain, Khalid Samad ulas ikut lain. TGHH kata lain, Mat Sabu kata itu 
pandangan peribadi. Tiada lagi kebocoran rahsia parti. Tiada lagi malaun pembocor rahsia parti.

Mutakhir ini terdapat 4 konflik yang berkesudahan dengan 4 ketegasan PAS. Keempat-empatnya
adalah kebanggaan kami di akar umbi.

1. Ketegasan dalam pemecatan Husam Musa walaupun ditakut-takutkan dengan dakwaan 10 
ADUN Kelantan keluar PAS.

2. Ketegasan untuk tidak berunding dengan golongan yang menjadi pengkhianat kepada 
perjuangan PAS.

3. Ketegasan dalam menyatakan penyertaan PAS dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar 
sambil bersedia menghadapi siapa sahaja tanpa halangan.

4. Ketegasan sanggup exco-exco PAS dipecat jika itulah kemahuan dan ugutan PKR.


Motif tulisan aku kali ini ialah untuk menyatakan istiqamah dan solidariti bersama dengan 
TGHH dan para pemimpin yang kami sayangi.

Sumber TKO -23-5-2016



Pas dan Pakatan Harapan bersediakah ganti Umno-BN?

Posted on Saturday, May 21 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Dalam politik 'akhirannya' lebih penting dari 'permulaannya'.

Macam tengok program gusti di kaca TV orang yang cakap banyak dipermulaan pertandingan
belum tentu dia yang akan menang pada akhir pertandingan.


Kita kena faham pepatah orang Melayu ada menyebut 'Menang jadi arang kalah jadi abu'.

Kalau saya memutuskan siapa nak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Besar dan Kuala
Kangsar saya akan pilih parti Pas.

Pertama ini adalah Pilihanraya kecil. Pas pernah bertanding di kedua-dua kerusi Sg Besar dan
Kuala Kangsar dalam Pilihanraya Umum yang lalu dan Pas adalah parti pembangkang.

Soal dia dilihat berbaik-baik dengan Umno samalah seperti Pakatan Harapan yang dilihat
berbaik-baik dengan Tun Mahathir.

Matlamat Pakatan Harapan dan Pas sama. Nak gulingkan Umno-BN pada PRU14. Mengapa
tidak kita kekal berfikir begitu?

Mengapa di satu pihak kita boleh berbaik-baik dengan Tun Mahathir dan di satu pihak tidak
mahu sokong menyokong dengan Pas dalam Pilihanraya kecil ini?

Biasanya dalam Pilihanraya kecil 'incumbent' akan bertanding.

Incumbent di sini adalah Pas.

Hubungan Pakatan Harapan dengan Pas mesti dijaga jika kedua-duanya benar-benar mahu
berkuasa di Putrajaya.

Pertandingan tiga atau empat penjuru memberi kelebihan kepada BN.

Pilihanraya di Sarawak baru saja selesai. BN Sarawak yang tidak ada Umno, MCA, MIC,
Gerakan, PPP dan lain-lain partid ari Semenanjung dengan mudah meratah Pakatan Harapan
dan Pas. BN Sarawak ada senjata sulit dan tektikal moves mereka 'caught us by supprise'.

Antaranya mereka main isu kenegerian 'Kita orang Sarawak, mereka orang Semenanjung
memandai-mandai nak kacau kita di Sarawak' dan banyak isu lagi.

Kita sebaliknya cuma 'gah' nak tunjuk kuat. Dalam politik tunjuk 'gah' sahaja tak cukup. Kita
mesti cerdik. Bertanding tiga atau empat penjuru tak cerdik.

Boleh tak kita berlapang dada? Boleh tak kita pandang lebih jauh ke hadapan? Boleh tak kita
juga bersedia untuk PRU14 dalam pada kita memutuskan parti mana nak bertanding di Sungai
Besar dan Kuala Kangsar?

BN ketawa besar tengok kita berkecamuk dan semacam tak tentu arah sikap kita. Pada saya
permainan politik yang sedang kita tunjukkan ini tidak cerdik.

Semua suka buat kenyataan-kenyataan yang seronok ialah surat-surat khabar dapat jumlah
edaran meningkat.

Rakyat perhati. Rakyat jadi bingung bila pemimpin-pemimpin Pakatana Harapan  tidak sekata.
Masing-masing lupa lepas ini ada banyak lagi pilihan raya terutama PRU14.

Mengapa nak berebut sangat kali ini? Kali ini mereka bertanding. Lain kali kita pula. Sama-
samalah tolong menolong. Barulah kuat. Barulah berjaya.

Orang putih kata 'One step backward now in order to get two steps foward later on'.

Saya kecewa pemimpin-pemimpin buat kenyataan untuk akhirnya mereka menjemput
kekalahan mereka di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Saya rasa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk beralih sokongan kepada PH/Pas pada ketika
ini.

Umno- BN sangat mengecewakan sekarang.

Oleh itu pandai-pandailah  Pakatan Harapan dan Pas memilih jalan terbaik jika ingin nak
berkuasa di Putrajaya  pada PRU14.

Kalau tidak 'sampai tua lah lu' duduk kerusi-kerusi  pembangkang !!

Oleh
TAN SRI MUHD MUHAMMAD TAIB

Sumber TKO - 21-5-2016




Fakta Politik Yang Jarang Kita Fikir

Posted on Saturday, May 21 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tulisan ini saya tujukan kepada kengkawan semua agar membuktikan ianya tidak Benar atas 

semua penyataan saya dibawah ini :

1.  Sejak PRU1 hingga ke 11 amat sedikit orang Cina Yang menngundi PAS termasuk APU & 

BA .Ianya kerana orang Cina fokus pada isu ekonomi & merasakan BN dapat mengekalkan 
kesinambungan penguasaan ekonomi mereka ?
2. Anwar Dipecat dari jawatan TPM oleh Mahathir dalam keadaan seperti dianiayai  .Namun
keputusan PRU pada tahun 1999 .Majoriti Melayu mengundi PAS & Keadilan hanya minoriti
Cina memberi sokongan pada BA  ?

3. Selepas Pak Lah merombak permit mengimport Tepung Gula dan campurtangan lebih agresif
syarikat GLC dalam perniagaan terutama dalam barangan runcit .Piliharaya 2008 menunjukkan
pergerakan undi kaum Cina kepada pembangkang ?

4.Isu korupsi,kronisma & keadilan sosial sudah lama terjadi & diperjuaangkan oleh parti
pembangkang tetapi isu itu bukanlah Isu yang penting bagi pengundi Cina untuk menolak BN .

Namun setelah isu ekonomi tercetus dizaman Pak Lah terjadilah apa yang sedang berlaku.

Bayangkan sebelum zaman Pak Lah hak mengimport gandum hanya dimiliki oleh seorang
Taikun Cina jika dilihat data import Gandum Negara 2015 ( 1 625 000 MT ) kalau satu kg
untung 10sen berapa banyak dia untung ??? Kesimpulannya pengundi Cina Tolak BN kerana isu
ekonomi ?

5. Fakta menunjukkan sebelum 2008  hanya di kawasan Majoriti Cina mereka mengundi
opposition ( DAP ) di kawasan lain mereka memilih BN tanpa mengira calon ?

6.Dewan Perniagaan Cina kurang puasahati kepada Kerajaan Kedah Dibawah pimpinan Ustaz
Azizan bukan kerana korupsi @perkauman namun atas isu seperti sukar mendapat permit pusat
maksiat dan bimbang dengan dasar islam disamping isu tanah bumiputera  dan susah menyogok/
merasuah pihak berkuasa ?

7. Perlaksanaan Syariah Islam termasuk Hudud Bukanlah isu besar bagi majoriti Orang Cina .
Namun menggangu kepimpinan DAP mendapat support dari sekutu Asing ?

8.Perbalahan PAS/ DAP di Selangor adalah berkisar  peruntukan Islam,rumah urut ,konsert
maksiat,judi & arak disamping DAP cuba dominan dalam penentuan  dasar pemerintahan &
 agihan peluang bisnes ?

9. Isu Di Pulau Pinang adalah DAP dominan dan cuba menyisihkan PAS dalam penetuan dasar
kerajaan Negeri ?

10.DAP yakin PAS tak akan bergabung  dengan UMNO tapi perlu difitnah akan bergabung
dengan UMNO untuk menarik sebanyak mungkin undi melayu yg marah pada UMNO
menyokong PH.Memandangkan DAP sedar majoriti melayu yang tolak UMNO sokong PAS.

DAP juga sedar sekiranya PRU14 diadakan hari ini PH bukan sekadar tak mampu menawan
putrajaya tapi kemungkinan kehilangan Selangor kerana pertandingan 3 penjuru akan
menyebabkan lebih 30 kerusi PR akan kehilangan sekurangnya 20% sokongan ?

11.Pendekatan Berhemah Presiden PAS & kepimpinan PAS Kelantan dalam merundingkan isu
membabitkan kepentingan rakyat seperti menangani masalah kesan Banjir Besar .Disamping
tindakbalas positif dari pimpinan Umno terutama dalam isu Islam mengusarkan pengundi Cina
yang memungkinkan mereka akan memberi kembali kerusi terpilih kepada BN seperti terjadi di
PRN Sarawak.Atas alasan ini PAS perlu diserang habis-habisan ?

KESIMPULANNYA : Saya rasa semua Ahli politik tak kira BN,PH&PAS tahu fakta ini tetapi
ada segelintir golongan tak bertanggungjawab cuba mencari peluang mengaut kuasa,harta di
kesempatan ini.Keloponan yang ada cuba  diolah untuk mendapat apa dihajati @ tak sanggup
hilang apa yang sedang dikecapi.

Orang Cina Bukanlah musuh Orang Islam.Tetapi mereka akan memusuhi Islam apabila Umat
Islam gagal memberi dakhwah kepada mereka.Perbanyakkan usaha Dakhwah disamping
menjaga hak kita terhadap Allah terutama solat berjemaah.

Sumber TKO - 21-5-2016



Suara TG Abdul Hadi suara akar umbi

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


Kenyataan PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi merupakan perkara yang sangat dinanti-
nantikan oleh akar umbi PAS di sana. Ia disambut penuh syukur dan gembira. Memang inilah
yang dicita-citakan seluruh jentera PAS sekian lama. Di mana sahaja PAS memiliki kekuatan
akar umbi, tentu sahaja ahli sangat optimis untuk bekerja dengan parti sendiri.

Walaupun ahli PAS diajar untuk terima dan patuh semua arahan sama ada bertanding sendiri
atau membantu kawan, jauh di sudut hati ahli mahukan bendera sendiri yang dijulang. Walaupun
ahli akan tetap bekerja kalau parti lain yang perlu dimenangkan, tapi ia bukanlah kemahuan yang
diidam.

Ahli yang bekerja atas arahan parti, tidak bekerja untuk kepentingan peribadi. Ahli bekerja tidak
mengharap balasan buat diri sendiri, jauh sekali maslahah duniawi. Ahli bekerja atas dasar yakin
akan pahala yang dijanji Rabbi. Ahli bekerja demi agama yang dicintai. Ahli fikir kehidupan
selepas mati melebihi keuntungan di dunia ini.

Ahli percaya PAS memperjuangkan agenda Islam. Kewujudan PAS bukan kerana tuntutan
mana-mana individu, bukan kerana benci kepada sesiapa, tetapi kerana perintah yang Maha
Satu. Faktor pendorong untuk terus bekerja dan berkorban hanyalah pahala dan redha Ilahi.
Itulah sebab utama mereka mendaftar sebagai ahli PAS.

Kerana itu apabila diarah bekerja untuk parti yang tidak memperjuangkan Islam, ahli jadi lemah
semangat. Faktor pendorong itu dirasakan tiada. Kerja mereka dirasakan tidak menguntungkan
akhirat. Kalau menang mungkin akan dapat kuasa, tapi belum menjamin keselamatan di alam
sana. Sedangkan kalau merperjuangkan apa yang PAS perjuangkan, walau kalah di dunia tapi
tetap meraih ganjaran di sisi Pencipta.

Berada dalam pakatan, ahli menerima arahan untuk membantu parti lain. Ahli akur dengan berat
hati. Ahli difahamkan, pahala juga boleh diraih kerana keuntungan sebaliknya kembali kepada
PAS. Mustahil pimpinan berpakat kalau merugikan parti sendiri. Ahli cuba memujuk diri.

Tetapi apabila bekerja bersama, ahli PAS mula mengenali hati budi ahli parti lain. Ahli PAS
mula tersinggung dengan sikap ahli-ahli parti lain. Bekerja sesama ahli PAS yang berkongsi
matlamat sama, sangat berbeza dengan orang yang bekerja demi matlamat yang lain. Namun
ahli PAS diarah bersabar demi misi jauh di sebalik pakatan.

Selepas menang, parti lain semakin berani mendabik dada. Parti lain sudah lupa jasa siapa yang
menangkan mereka. Bila merasakan mereka sudah kuat, parti lain mula menunjukkan
penentangan terhadap agenda PAS.

Ahli makan hati. Ahli semakin keliru, apa untungnya berpakat kalau agenda kita semakin
disekat. Ahli mulai muak, tidak lagi berpandangan menolong parti lain menguntungkan
matlamat akhirat. Dalam muktamar sentiasa bergema amaran dan pertikaian, mencari identiti
yang semakin tenat.

Apabila ada wakil-wakil rakyat PAS tiba-tiba lompat ke parti yang menentang PAS bersama
kerusi yang dimenangi, ahli semakin marah. Baiah yang dilafaz dengan mudah mereka langkah.
Kepercayaan yang diberi dikhianati tanpa rasa bersalah. Lelah berkempen yang masih belum
reda senang-senang dirembat begitu sahaja. Parah.

Sudahlah kerusi dibawa lari, markas dan Pasti pun dibalas sekali. Harta kewangan yang
dipegang, dibedal atas alasan aku yang cari. Ahli semakin kecil hati. Hasil titik peluh saban hari
yang dikumpul, dibaham tanpa sedikitpun rasa simpati. Mula terasa perlu diajar dengan kaki.

Bila mereka minta kerjasama, mana mungkin ahli sanggup bekerja untuk parti sebegini. Mana
mungkin ahli boleh menjulang bendera parti yang mengkhianati mereka sebelum ini. Bukan soal
dendam atau benci, tetapi nyata mereka tidak merasa bersalah. Mereka tetap dengan keangkuhan
lama dan masih tidak memulangkan hak parti.

Walaupun matlamat pilihan raya mungkin sama; menumbangkan parti zalim dari berkuasa,
tetapi ahli PAS tidak berfikir untuk itu sahaja. Ahli siap mencongak apakah sistem yang akan
menggantikan sistem sedia ada. Apakah pertukaran ini diredhai Allah, sama sahaja atau
menambah murkaNya.

Kalau saban waktu hanya mengkritik individu, kalau cakapnya sekadar mendedah salah laku,
ahli PAS bertanya apa solusi untuk itu?

Kalau sikapnya hanya pak turut parti rakan, kalau agendanya tidak termasuk penegakan syariat
Islam, ahli PAS mana yang sanggup pertahan?

Tiada guna kalau hanya tukar individu, kumpulan atau parti tetapi dasarnya tetap  kekal begitu.
Sekadar janji di mulut mahu memerintah lebih adil, siapa sahaja boleh mengaku. Ahli mahu
dasar yang menggantikan adalah Islam yang total, Islam yang solid, Islam asli dan bermutu.

Biar Islam yang menjaga individu jua parti, bukan janji yang belum pasti. Lenin dan Stalin dulu
juga menentang korupsi, akhirnya membolot harta negara untuk diri sendiri. Hitler awalnya naik
secara demokrasi, namun memerintah secara kuku besi. DAP di Pulau Pinang juga dulu
kononnya nak jadi Umar Abdul Aziz, kini dah macam Ali Baba to be.

Kenyataan Presiden disambut baik marhaen. Itulah cara beliau memutus. Sebelum apa-apa
langkah politik diambil, suara bawahan didengar dahulu. Sebelum memutus untuk sokong TSKI
dahulu, beliau bukan sahaja mendengar taklimat dari pimpinan negeri, bahkan diarah juga unit
khas untuk memungut pendapat dari ahli dan rakyat tempatan. Laporan pimpinan mungkin
berkait juga dengan kepentingan tersendiri, tetapi bicara ahli tulus tanpa berbasi-basi.

Kini, ahli gembira Presidennya bersama aspirasi mereka. Ahli bangga pimpinan PAS kembali
tegas dengan dasar dan matlamat utama. Ahli lega PAS kini memiliki kejantanan untuk
berhadapan dengan rakan-rakan pembangkang dan blok ketiga. Kalau dulu ahli pening apa
sebenarnya dasar dan matlamat PAS, kini rasa itu sudah tiada.

Orang luar juga semakin jelas apa yang PAS bawa. Pengundi parti Islam tidak lagi keliru
mencari di mana Islamnya ia. Musuh semakin buntu, bagaimana pula untuk menuduh PAS
menyeleweng dari asolahnya. Soalan-soalan konon PAS diperkuda pihak itu atau ini, mudah
ditepis dengan realiti yang ada.

Sedar atau tidak, PAS semakin diminati dan didekati. Setiap hari dikunjungi berbagai lapisan
dan personaliti. Dari pihak istana, profesional, pimpinan kaum, pemimpin pelbagai agama,
komuniti setempat hinggalah badan tidak berparti. Politik matang dan sejahtera memulihkan
fobia rakyat yang alergi terhadap politik ala rimba.

Mereka kata rakyat tidak suka pembangkang yang tidak bersatu. Realitinya ia bukan satu
hujahan yang jitu. Bagaimana mahu bersatu, sedangkan yang mengaku berpakat pun haru-biru.
Kalau kita duduk bersekali, dengan kita sekali akan berbau. Selain PAS, tiada lagi parti lain yang
stabil seperti dahulu. Umno, DAP, PKR dan PAN, semua bergelut mencari titik arah tuju. Kalau
aku jadi pemilih, tiada satupun di atas itu yang meyakinkanku.

Hanya PAS yang jelas berpadu.

Oleh itu, tiada apa lagi ahli PAS perlu risaukan. Tiada yang perlu dipersoalkan lagi kepada
pimpinan. Kalah menang potensi PRK kali ini bukan halangan yang membantutkan semangat
juang. Medan jihad telahpun terbentang. Peluang meningkatkan saham luas terhampar di
dihadapan. Mahu atau tidak, hanya tinggal diri sendiri yang memutuskan.

Ayuh ke Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Tunjukkan PAS punya ahli yang semangat berkobar.
 Melangkah mara tanpa gerun dan gentar. Menggalas panji Islam yang sentiasa berkibar.
Buktikan kita pejuang Allah yang sebenar! - HARAKAHDAILY 20/5/2016

Sumber HD - 20-5-2016



Deklarasi Rakyat Tidak Wakili Rakyat – PSM

Posted on Thursday, May 19 @ 19:18:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) menegaskan `deklarasi rakyat’ bukan 
sebuah deklarasi yang mewakili kepentingan rakyat sebaliknya sebuah deklarasi yang 
memperjuangkan kepentingan peribadi pihak tertentu terutama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. 
Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agungnya, S.Arutchelvan berkata, rakyat tidak perlu menyokong deklarasi itu kerana
ia hanya mengemukakan sebanyak 36 rintihan-rintihan peribadi Mahathir ke atas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut memberi contoh deklarasi itu tidak mementingkan rakyat apabila anak Mahathir,
Datuk Seri Mukhriz mendakwa `deklarasi rakyat’ itu kononnya untuk menyelamatkan UMNO,
manakala Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata deklarasi itu tidak lengkap kerana
tidak memasukkan soal kebebasan suaminya.

“Kami anti `deklarasi rakyat’. Deklasari ini bukan deklarasi rakyat kerana ia cuma hasil
perbincangan sebilangan kecil pihak dengan Mahathir. Deklarasi ini tidak akan merubah
apa-apa.

“Ini adalah deklarasi bersifat peribadi, bukan berbincang dengan rakyat. Ini adalah polisi dari
atas ke bawah bukan dari bawah ke atas. Deklarasi ini cetek dan cacat,” tegasnya dalam satu
Debat Perdana:Deklarasi – Mana Pergi Rakyat? di sini baru-baru ini.

PSM merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat sebelum gabungan parti
pembangkang itu berpecah pada tahun lalu akibat perbalahan diantara PAS, DAP dan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu akidah Islam.

Arutchelvan seterusnya berkata, beliau kesal kerana Pakatan Harapan mengangkat Mahathir
sebagai pejuang rakyat sedangkan bekas Perdana Menteri itu didakwa sebagai individu yang
bertanggungjawab menghancurkan institusi negara. – mynewshub.cc

Sumber TKO - 19-5-2016

Deklarasi Rakyat: Tidaklah seindah 

namanya

SYED AHMAD FADHLI | .


RENTETAN daripada kesungguhan Pakatan Harapan bersekongkol dengan Team Tun Mahathir
demi menjatuhkan segera PM Najib, apa yang kita dapat lihat mereka pula yang berpecah-belah.
Bagaikan tidur sebantal, mimpi lain-lain. Apabila ditanya calon pengganti PM baru, ada 1001
versi jawapan yang diberikan.

Yang lebih menarik lagi apabila Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz
sendiri berkata mereka bukannya anti Umno, tetapi anti Najib, mereka hanya mahu tukar PM,
bukannya jatuhkan kerajaan Umno-BN. Adakah sekalian pemimpin PAN, DAP dan PKR tidak
sedar bahawa mereka kini menjadi alat Tun Mahathir bagi mencapai agendanya menyelamatkan
Umno?

Saya masih ingat ketika Tuan Guru Presiden PAS menyatakan pendirian PAS tidak akan terlibat
dengan Deklarasi Rakyat, tidak kurang yang memperlekeh dan memperli kononnya PAS kini
lebih sayang dan pro kepada PM Najib. Sedangkan bacaan politik Tuan Guru lebih jauh ke
hadapan, kerana beliau tidak gopoh dan kemaruk kuasa untuk menggunakan jalan pintas untuk
sampai ke mercu Putrajaya.

Kini, tersebar merata warkah daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sekalian pemimpin
PKR. Surat ini disahkan tulen oleh YB Rafizi manakala dikatakan palsu oleh YB Shamsul
Iskandar.

Namun, apa yang penting apabila kita baca bait demi bait, warkah lapan muka surat yang ditulis
dengan laras bahasa yang begitu indah tersusun, dapatlah kita fahami kekecewaan Datuk Seri
Anwar Ibrahim terhadap kesungguhan sebahagian pemimpin PKR terlibat dengan Tun Mahathir
dalam Deklarasi Rakyat.

Sekiranya, apa yang ditulis di bawah ini oleh Tuan Guru Presiden PAS, pasti berbakul
penghinaan dan cacian dilemparkan kepada beliau. Tetapi, saya kongsikan sebahagian intipati
warkah Datuk Seri Anwar ini khusus kepada penyokong PH, sekiranya mereka sudi untuk
membuka mata dan telinga mendengar teguran oleh pemimpin sanjungan mereka ini;

- "Dalam sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan pemikiran
dan penyuluhan. Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi Rakyat yang turut mengheret
pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol dengan Tun M dan Daim.

Pandangan saya mungkin bercanggah dengan pendirian majoriti pimpinan. Saya gusar kerana
mengandaikan strategi tersebut agak terlanjur dan menggugat sendi nadi dan tunggak perjuangan. Kita perlu menghindari dari bahaya terjebak dengan permainan elit penguasa dan muslihat licik mereka untuk mengekalkan sistem usang. Kendati
begitu, ramai rakan-rakan merasakan bahawa strategi baru tersebut ampuh dan terbaik."

- "Dalam beberapa warkah sebelumnya, saya terus menggesa pimpinan agar waspada dengan
politik elit penguasa dan keperluan mempertahan dasar perjuangan. Persoalan sekarang adalah
menentukan hala tuju seterusnya.

Saya lebih cenderung memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok DR, yakni dengan mula
menetapkan jarak."

- "Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait
accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian
daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi. Secara dasarnya,
ia kekal sebagai dokumen Tun M, cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi.

Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri susulan
skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d’etre atau asas perjuangan kita;
untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan
rasuah, dan keadilan untuk semua!"

- "Dan dalam keterujaan atau keterdesakan untuk mengubah tampuk kepimpinan negara, kita
berikan komitmen. Sekarang ia menjadi bahan sindiran dan memalukan, khususnya apabila Ku
Li sendiri menafikan keterlibatan beliau dan menganggap rancangan tersebut sebagai tidak
masuk akal. Beliau licik mempergunakan SD ini untuk meletakkan diri beliau sebagai calon
kompromi apabila berlaku pertembungan atau kebuntuan antara Zahid dan Hisham. Saya
bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan
agar ‘perubahan’ boleh berlaku melalui tipu muslihat."

- "Dan kini, meneruskan gerakan tersebut, yang dipimpin oleh mereka daripada kelompok
penguasa atau pemerintah, kita bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada usaha baru ini,
digambarkan seolah-olah sebagai strategi inklusif – rakyat. Hanya satu penjelasan yang boleh
diterima iaitu tindakan terdesak. Kita terdesak untuk angka sokongan – yang sebenarnya adalah
demi kepentingan dalam politik tanpa sekelumit rasa bersalah."

- "Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai. Bukan sahaja tidak
menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri beliau dengan meneruskan serangan
peribadi. Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan.
Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan
kepentingan dengan Tun M."

- "Pandangan kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan,
terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi. Kepada mereka yang taksub dengan
Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan
mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut."

- "Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana
deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi. Saya
menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka. Jangan terlalu yakin
dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini
dipandang remeh."

- "Ia seperti tidak masuk akal selepas bekerjasama dengan PH, NGO dan rakan-rakan
kepercayaan saya, beliau masih terus menghina dan menyerang saya! Perangai seperti itu
menghalang dari kemungkinan untuk pertemuan dengan ahli keluarga saya. Ada sahabat
menyebut dengan takzimnya untuk tidak mengharapkan seorang yang telah berusia 92 tahun
untuk akhirnya berubah. Ini hanya mengukuhkan keyakinan saya bahawa kumpulan elit
penguasa hanya akan berusaha menyelamatkan Umno dan memastikan kebangkitan sistem
usang."

- "Izinkan saya mengulas kepada persoalan-persoalan lain. Maaf – tetapi saya tidak dapat
mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan
Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic
accountability."

- "Akhirul kalam – saya kini diselubungi rasa sugul. Saya tidak berhasrat membebankan
saudara-saudara dengan derita kesepian mendekam di penjara. Ujian sedemikian betapa pun
sukar buat saya, Azizah dan keluarga tetapi tidak serumit dan kusut menangani perkembangan
parti mutakhir ini. Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan
mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana. Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui
adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran ke arah perubahan – islah mas ta ta’
(perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi
kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan
takrif agama kepada rahmatan lil ‘alamin."

- "Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan
jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk
berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan?
Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas
persefahaman baru DR."

- "Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan
yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis.
Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan
beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan
sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik
ketimbang teman seperjuangan."

-"Saya pohon setulusnya agar warkah ini tidak diputar dan ditafsir mengikut selera kabilah.
Warkah ini berupa wasiat dan amanah perjuangan untuk semua sahabat dalam saf kepimpinan.
Telaah dan manfaatkanlah sebaiknya. Maaf dipohon seandainya dianggap terlanjur dan
menyinggung." – HARAKAHDAILY 17/5/2016

Sumber HD - 17--5-2016



BN memujuk, PH merayu, PAS terus laku

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


SEJAK PRU13 sehingga ke hari ini, Umno masih tidak henti-henti mengajak PAS bergabung
bersama mereka. PAS pula melalui kenyataan pimpinan dan disahkan dalam ucapan dasar
Presiden berkali-kali menyatakan tidak akan bergabung dengan Umno. Kita pernah bersama
Umno dalam perikatan dan BN. Presiden PAS menyatakan, tidak pernah berulang kerjasama
yang sama dalam politik negara.

Dalam keadaan Umno masih memujuk ini, tiba-tiba Dap, Pan dan Pkr serentak mengajak PAS
bersama mereka pula. Ini berikutan kekalahan teruknya dalam PRN Sarawak baru-baru ini jika
dibanding sewaktu PRN sebelumnya ketika masih bersama PAS. Sebelum ini mereka begitu
bongkak dengan kata-kata "PAS sudah terjun dengan labu-labunya", "Pan sudah cukup untuk
mengganti peranan Pas", "PAS sudah tidak laku" dan sebagainya. Tetapi hari ini, mereka
merangkak mencari bantuan PAS.

Secara ringkas, hal ini menunjukkan betapa bernilai PAS dalam politik negara. Masing-masing
mula menggilai parti paling senior ini. Walaupun banyak fitnah dan tohmahan dilempar untuk
memburukkan imej PAS, hakikatnya mereka semua akur kelebihan tersendiri yang dimiliki PAS
tidak ada pada mana-mana pihak.

PAS pernah dituduh sesat oleh BN dan juga PH. PAS juga dituduh takfiri okeh mereka. PAS
dilabel ekstrim. PAS dicop jumud dan parti tok lebai. Si penuduh pula kebanyakan adalah
bekas-bekas ahli PAS yang melompat ke parti-parti lain, baik Umno, Pkr, Dap mahupun Pan.
Namun akhirnya si penuduh inilah yang tergila-gilakan PAS lebih dari segalanya umpama orang
gila talak. Kahak yang dahulu diludah kini dijilat penuh kecewa.

Apa yang mengjengkelkan, Dap dan Pan yang sering mengatakan PAS terperangkap tipudaya
Umno yang sedang nazak, tiba-tiba mereka pula yang menghulur tangan minta bantuan. Siapa
yang menipudaya dan siapa yang nazak sebenarnya? Mana pergi segala caci nista dahulu?
Apakah baru sekarang mereka rasa peritnya pilihanraya tanpa bantuan jentera PAS?

Tahniah PAS. Anda telah berada di posisi paling mantap sepanjang zaman. Jangan biarkan
kegemilangan ini hancur dek buaya-buaya yang hanya tahu membaham hidangan dari penat
lelah orang. Langkah yang perlu diambil haruslah bijak supaya persepsi baik terus berkekalan.

Jangan menolak mentah-mentah semua lamaran parti-parti kerana realiti politik Malaysia,
kerana tiada parti yang boleh berkuasa sendirian. Padahnya nanti kita pula akan dihukum
sombong oleh persepsi media. Jangan juga kita bersikap terlalu terbuka, kerana kita sudah
memiliki pengalaman bersama semua parti yang mengajak.

Kalau diminta cadangan saya, teruskan dengan keadaan sekarang. Teruskan status-quo politik
negara seperti hari ini hingga ke PRU14. Teruskan memperkasa blok ketiga bersama NGO-NGO
dan pertubuhan rakyat. Teruskan dengan budaya politik matang dan sejahtera. Terhadap BN
mahupun PH, berinteraksilah tapi jangan bergabung, berlawanlah tapi tetap bertegur.
Bersainglah dalam persaudaraan.

Sekiranya berlaku PRK di Sungai Besar pula, akan memberi petanda baru untuk PAS mengorak
langkah kehadapan. Jika keputusannya menunjukkan sokongan signifikan kepada PAS
(walaupun tidak menang), maka itu akan menjadi hujah yang kuat untuk PAS kekal dalam
keadaan sebegini sehingga tiba PRU. Kerusi Sungai Besar memiliki populasi sekitar 67%
melayu, 30% cina dan kurang 3% lain-lain. Ia mirip kepada populasi sebenar taburan demografi
seluruh rakyat Malaysia.

Untuk menjadi penentu halatuju negara, PAS tidak perlu bersusahpun untuk mencapai majoriti.
Cukup sekadar bilangan kerusi dan sokongan dalam kuantiti yang signifikan, mengimbangi
antara kedua penjuru. Belajarlah dari politik orang cina. Mereka bukan majoriti, tapi mereka
seringkali jadi penentu.

Pastikan langkah kita adalah untuk menjadi kingmaker, supaya mana-mana pihak yang
mendambakan bantuan kita, akur dengan aspirasi kita. Aspirasi kita adalah kemaslahatan rakyat.
Jangan biarkan ikhlas kita diperguna oleh politikus gila kuasa. Mereka nak kita, mereka ikut
kita! – HARAKAHDAILY 12/5/2016

Sumber HD - 12-5-2016



Khir Toyo, Budiman jadi pilihan calon BN PRK Sungai
Besar



Posted on Thursday, May 12 @ 23:22:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Belum pun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan secara rasmi akan diadakan Pilihan 

Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar tetapi sudah ada beberapa nama-nama pemimpin 
UMNO termasuk muda dan baharu telah dicadangkan untuk mengisi kekosongan kerusi yang 
pernah disandang Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.
Beberapa blogger pro kerajaan seperti contoh menamakan bekas Menteri Besar Selangor, Dr.
Mohamad Khir Toyo bagi membolehkannya melakukan come back dalam politik selepas
menjalani hukuman penjara atas kes mahkamah.

Ada beberapa sebab ada mereka kenapa Mohamad Khir perlu dipilih.

Bagi blogger Mohd. Faisal, Mohamad Khir merupakan penduduk tempatan Sungai Besar dan
lebih tiga penggal menjadi wakil rakyat.

"Hampir semua pengundi mengenalinya. Sahabat-sahabatnya dan ahli-ahli keluarganya pun
ramai di sana," ujar Mohd. Faisal dalam kenyataannya baru-baru ini.

Mengenai imej Mohamad Khir, beliau berkata, orang luar boleh membuat pelbagai persepsi
tetapi yang menentukannya ialah pengundi Sungai Besar dan Sungai Panjang.

"Situasi sama seperti PRK Bagan Pinang di Teluk Kemang dulu. Orang boleh cakap apa sahaja
pasal Tan Sri Mohd. Isa Sama tapi akhirnya beliau menang juga kerana pengundi kenal siapa
beliau," katanya lagi.

Mengenai hukuman penjara, ia tidak menjadi masalah kerana ramai pemimpin parti lain pernah
dipenjara dan kembali menjadi wakil rakyat seperti Lim Guan Eng yang kini sudah jadi Ketua
Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Mahfuz Omar.

Bagi seorang lagi blogger pro kerajaan, Salim Iskandar, pemilihan Mohamad Khir dapat
mengelak berlaku pertelingkahan jawatan serta lobi melobi dalam UMNO kerana jika ia berlaku
hanya akan memburukkan parti dan kerajaan.

"Kalau dia (Mohamad Khir) dipilih sebagai calon saya yakin tidak akan ada pertelingkahan atau
pergaduhan peringkat akar umbi bahagian dan di alam maya an yang paling penting, jika beliau
dipilih sebagai calon, pengundi Sungai Besar sudah pun mengenali beliau dan mereka suka
dengan beliau. Lagi pun sebagai bekas MB Selangor beliau banyak berjasa. It will be a clean
sweep victory kalau dia dipilih sebagai calon mewakili UMNO dan BN," katanya.

Sementara itu, ada juga cadangan supaya memilih Ahli Dewan Undangan Sungai Panjang
sekarang, Budiman Mohd. Zohdi kerana beranggapan ahli politik muda itu disukai kerana rajin
turun padang dan menyelami masalah rakyat selain berpendidikan tinggi.

Malah pemilihan Budiman dilihat tidak akan menyebabkan jentera parti berpecah kerana ia perlu
diambilkira memandangkan PRK berkenaan menjadi indikator kepada kejayaan BN dalam
PRU-14 khususnya di Selangor yang sudah dua penggal diperintah pembangkang.

Masalah Budiman juga seorang ADUN tidak menjadi masalah kerana banyak pemimpin parti
lain juga menjadi wakil rakyat di peringkat DUN dan Parlimen sekaligus cuma ia tidak
dipraktikkan sangat di dalam UMNO dan BN.

Lagi pun, sekiranya kalah Budiman tidak kerugian apa-apa kerana boleh meneruskan
perjuangannya di dalam DUN Selangor seperti dilakukannya sekarang.

Sebelum itu, nama Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos juga
disebut-sebut tetapi ia menimbulkan sokongan berbelah bahagi.

Apa pun di Selangor, untuk menang faktor calon tidak boleh dikompromi apatah lagi
kemenangan dahulu hanya 399 undi sahaja.-- MalaysiaGazette

Sumber TKO - 12-5-2016



Biar PAS lawan BN di Sungai Besar, Kuala Kangsar: Isma

Posted on Thursday, May 12 @ 19:07:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



BANGI, Khamis – Ketua Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Tuan Haji Aminuddin
Yahaya berkata, pihak pembangkang patut memberi laluan kepada PAS untuk bertanding pada
 Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Pihak pembangkang sepatutnya membenarkan PAS untuk bertanding dan parti lain jangan
masuk.

“Jika perlu bantulah PAS, biar PRK itu menjadi pertandingan dua penjuru sahaja memandangkan
itu adalah kawasan PAS,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Jelasnya, pihak pembangkang perlu bersikap tolak ansur bagi membuktikan sejauh mana mereka
serius untuk melihat perubahan pada pimpinan negara sekaligus mengalahkan BN.

“Jika benar pembangkang serius untuk melihat perubahan, maka tidak perlu masuk banyak
dalam PRK itu, ini untuk membuktikan mereka bersatu,” katanya.

Aminuddin yang juga Timbalan Presiden Isma berkata, pertandingan dua penjuru ini juga dapat
dijadikan ukuran untuk pilihan raya negeri Sarawak lalu yang telah memberi kemenangan besar
kepada BN.

“BN kata rakyat sudah mula mengundi mereka kembali, jadi, jika benar rakyat sudah kembali
kepada BN, parti pembangkang sepatutnya lebih bertolak ansur dan bersatu.

“Jika semua pasti pembangkang berusaha untuk bertanding, maka peluang untuk BN menang
sangat besar,” jelasnya.

Selain itu katanya, pilihan raya ini juga adalah untuk melihat sama ada pengundi Cina di
kawasan itu akan terus mengundi BN atau akan beralih kepada PAS.

“Kita juga hendak melihat tindakan kaum Cina di kawasan itu, adakah mereka akan mengundi
BN, PAS atau tidak mengundi langsung dan benarkah kaum Cina telah kembali memberi
kepercayaan kepada BN seperti di Sarawak,” ujarnya.

Justeru, katanya, untuk PRK yang akan datang, pihak pembangkang perlu bersatu untuk meraih
undi masyarakat.

“Ini ujian untuk pembangkang, jika masing-masing hendak berebut kuasa, saya tidak nampak ke
mana arah tuju parti pembangkang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) 14 akan datang.

“Jika mereka terus berebut kuasa, kemenangan pasti milik BN dan pembangkang hanya
berangan-angan,” katanya lagi.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah
Kasnon serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas
helikopter di Sarawak, Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 lalu, Parlimen Sungai Besar telah di menangi oleh Noriah
dengan jumlah undi 18,695 mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh Husin yang mengumpul
18,296 undi.

Sementara itu, Parlimen Kuala Kangsar, Mohammad Khair-il berjaya mengumpul undi sebanyak
14,218 mengalahkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah yang mendapat 13,136 undi dan
calon BEBAS, Kamilia Ibrahim dengan undi sebanyak 447.

Sumber TKO - 12-5-2016


MSO: spesis belut tanpa air!

Posted on Tuesday, May 10 @ 19:01:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Respon "Assalamualaikum,,,

MSO berbunyi lagi.macam biasa, tujuannya tak lain, nak saiko agar PAS 

menyerahkan apa yang dimahukannya untuk PH.Itu perangai belot di 
daratan atau belut tanpa air. orang putih kata "dont buy his story" kerana 
dalam  "story"nya ada diselitkan hentaman halus kepada PAS yang 
disalahkan olehnya kerana kehancuran PR.
MSO sejak dulu menyalahkan mainan politik pemimpin PAS kerana
kehancuran PR, dia sedikitpun tak mahu menyentuh  mainan politik
pemimpin DAP dan PKR dalam kes kehancuran PR.Malah dia langsung
tidak mahu meyentuh permaianan politik pemimpin pemimpin jebon yang mahu menjatuhkan
 presiden PAS dulu tetapi apabila rancangan jebon itu tidak berhasil, MSO tampil menyalahkan
mainan politik pemimpim yang bersama presiden yang padanya adalah punca kepada kehancuran
PR.Mainan pemimpin DAP yang memutuskan hubungan peribadi dengan presiden PAS, mainan
pemimpin DAP yang menolak hukum ALLAH langsung tidak menjadi kesalahan kepada MSO.
Begitu juga mainan langkah Kajang oleh pemimpin PKR bagi MSO bukan penyebab kehancuran
PR.Semuanya sebab mainan politik pemimpin PAS yang disokong oleh ahli akar umbi yang
mahukan jebon dikalahkan.Kini MSO muncul dengan taktik baru, taktik untuk saiko PAS agar
tidak bertanding dalam PRK yang pada MSO adalah cukup layak diberikan kepada PKR sebab
 PKR tidak bermusuh dengan PAS dan DAP.MSO ingat dia kaki saiko,,,,

Sejarah menunjukkan kedua dua kawasan walaupun dikatakan kawasan campuran tetapi telah
dimenangi oleh Umno sejak berzaman lagi.Dan kawasan itu menjadi kawasan pertandingan
tradisi antara PAS dan Umno.Rekod juga menunjukkan setiap kali PRU jumlah undi kepada PAS
semakin bertambah dan majoriti yang diperolehi Umno semakin merosot.Itu sudah menjadi tanda
jelas bahawa kawasan ini adalah kawasan tradisi PAS dan Umno.Kenapa pula MSO memandai
mandai menyebut PKR yang paling sesuai bertanding di sini?

Sepatutnya dalam kefahaman umum pembangkang, iini adalah kawasan pertandingan PAS, maka
untuk mematuhi peraturan umum pembangkang, PKR dan DAP serta Amanah atau PH,
sewajarnya memberi laluan kepada PAS, itupun kalau mereka mahu mematuhi ketetapan umum
pembangkang, kalau tak mahu, silakan bertanding, tak payah saiko PAS lah untuk memberi
laluan kepada PH.

Kita tetap tegas untuk menyatakan sejarah kawasan ini memberi kelebihan kepada PAS maka
kelebihan itu patut dihormati kalau mahu mengikuti ketetapan umum pembangkang, ia itu mahu
melihat hanya satu parti pembangkang mencabar BN dalam PRK itu.MSO atau sesiapa saja tidak
perlu mengambil apa apa hak untuk mengubah ketetapan  apatah lagi MSO dalam hujah
sokongannya turut menyalahkan PAS kerana kehancuran PR dan menolak sebarang dakwaan
kesilapan mainan politik DAP dan PKR serta Amanah.Semuanya salah PAS, sedangkan semua
tahu dalam kesemua perkongsian, apa jua kegagalan akan dsebabkan oleh semua pihak yang
berkongsi bukan oleh seorang saja.Jadi kalau benar salah PAS, tidak bermakna DAP dan PKR
serta Amanah yang awalnya jebon itu tidak salah.

Satu yang mudah difahami kalau seorang seperti MSO hanya menyalahkan PAS dan terus
menerus membela DAP, PKR dan Amanah.

Tak usah saikolah MSO,,,,,,,,,,,,PAS dah umum akan bertanding, jadi kalau PKR atau PH nak
bertanding, tiada keperluan untuk PAS menarik diri.................

Sumber TKO - 10-5-2016



Beri 3 Minit Untuk Berbicara Dengan Hati Kecil Kalian

Posted on Friday, May 06 @ 07:23:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Sama ada politikus atau peminat politik, isu-isu politik akan sentiasa menarik minda kita untuk
diulas. Kita akan memberi komen. Setuju atau tidak tetap bersama hujah masing-masing. Di
pihak mana kita berada? UMNO, PAS, PKR, PAN, DAP atau apa saja. Kita akan berhujah untuk
membela wadah kita. Kita akan berwacana dengan saingan kita. Apa sahaja kita akan
pertahankan.

Membelek dari laman sosial ke satu laman sosial, kita akan dapati kutukan, fitnah, komen yang 

semberono terhadap pihak lawan. Kita akan melipstik apa sahaja kata pemimpin kita. Sungguh 

celaru kalau semua mendakwa ‘aku di pihak yang benar”. UMNO kata berjuang untuk Islam, 

PAS kata berjuang untuk Islam, PAN pun mendakwa demikian. Muslim dalam PKR dan DAP 

bagaimana kalian? Atau Islam bukan isu bagi kalian?



Akhirnya, carilah hujah dan alasan masing-masing untuk dijawab di hadapan Tuhan. Andai 

kalian yakin UMNO itu selari dengan Islam, teruskan. Andai kalian yakin PAN itu untuk Islam 

didaulatkan, teruskan. Andai muslim dalam PKR dan DAP berjuang, berkorban wang ringgit, 

masa, tenaga dan kepakaran kerana yakin benar untuk dijawab di hadapan Tuhan, teruskan. Dan 

andai PAS benar mencari keredhaan Tuhan, teruskan.



Sesungguhnya, Islam selalu mengingatkan kita bahawa hidup bukan sekadar di sini. Kita akan 

dibangkitkan. Kita akan ditanya apa sahaja yang kita perjuangkan di dunia ini. Kita bersusah-

payah memberi komen, berhujah dan berpolitik adakah hendak mencari redha Allah?  Kalau 

tidak, kalian mencari redha siapa sebenarnya? Jawablah sendiri di depan Allah apabila tiba 

masanya. Bersedialah dengan seribu hujah dan alasan yang kalian rasa Allah boleh terima.



Motif tulisanku kali ini adalah untuk mengajak kalian renung sejenak perjuangan masing-masing. 

Mungkin dengan renung sejenak itu memberi impak yang cukup lumayan dalam kehidupan 

kalian. In sha Allah.



Sumber TKO - 6-5-2016


PAS Masih bekerjasama dengan kafir?

Posted on Sunday, May 01 @ 00:18:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Atas  sebab itulah ada yang  tanya penulis mengapa Pas masih bekerjasama dengan kafir, 

sedangkan fakta sejarah orang kafir amat benci dengan orang orang Islam. Lebih lebih lagi pas 
telah memutuskan kerjasama dengan DAP.

Bukan apa kebanyakan akar umbi pas nak tahu jawapan yang datang daripada penulis yang  

sering dikutuk oleh pembahas yang tidak senang hati dengan pendapat  yang patut dibangkul 
sampahkan.
Apabila ada yang nak tahu sebagai seorang penulis kena tulis jawapannya, mahu tidak mahu 
 kenalah tulis agar orang jadi tahu mengapa pas masih bekerjasama dengan kafir.

Barangkali anda bersetuju jika bersendirian sukar untuk menang dalam mana mana pilihanraya, 
hatta PRu Sarawak yang akan berlangsung pada 7 Mei depan.


Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dikatakan pernah berkata, kita yakin menang 
dalam pru Sarawak ini.

Pengarah pilihanraya Pas Terengganu, ustaz Ariffin Deraman yang juga ADUN Alor Limbat 
berkata kita ada potensi menang di DUN Beting Maro.

Untuk makluman semua penulis pernah kesana dalam Pru 9 (2006). Tengok pada gayanya 
memang ada potensi untuk menang pada pilihanraya kali ini kerana kalah dengan majoriti yang 
semakin menurun.

Pada hemat penulis, walaupun majority pilihanraya ke 10 turun dari 8 ratus kepada 3 ratus, ia 
masih belum tentu boleh menang.

Mengapa tidak? Kerana calonnya adalah seorang muslimat yang dikatakan orang yang mersa 
masyarakat, akan tetapi masih dipandang rendah oleh masyarakat setempat berbanding calon 
lelaki.

Asyik, asyik dah terlupa dengan pertanyaan mengapa pas masih bekerjasama dengan kafir 
sedangkan dah berputus arang dengan DAP.

Barangkali kafir DAP tak sama dengan kafir yang bukan ahli DAP. Macam juga kafir Qurasy 
dengan kafir Yahudi dan Nasrani.

Kafir yahudi dan Nasrani kafir Ahli kitab masih boleh buat kawaan dan tidak berbahaya. Kafir 
DAP bahaya kerana bukan kafir ahli kitab.

Mungkin  kafir yang bukan DAP juga yang Pas beri jadi calon dalam plihanraya Sarawak kali 
bukan kafir sepertimana firman Allah yang bermaksud: Ada pun orang orang kafir sebahagian 
mereka menjadi pelindung dari sebahagian yang lain. Jika kamu (wahai para muslmin) tidak 
melaksanakan apa yang telah diperintah Allah itu, nescaya akan menjadi kekacauan dimuka bumi 
dan kerosakan yang besar (surah al- Anfal ayat 73).

Kafir yang bukan ahli DAP adalah kafir yang tidak akan menjadi perlindung kepada sebahagian 
yang lain dan dia mungkin akan menjadi pelindung kepada orang  muslim. Maka Pas memberi 
harapan yang besar dengan kafir yang bukan ahli DAP. 

Atas sebab itu, Presiden pas sangat yakin boleh menang dalam pilihanraya Sarawak pada 7 Mei 
2016 Kafir ini ada persamaan dengan Abdullah bin Uraiqit yang diupah untuk tunjuk jalan kepada 
Rasulullah SAW dan Abu Bakar ke Madinah.
Seorang Kafir Qurasy ini dijadikan hujah dan dalil, Pas boleh bekerjasama dengan kafir DAP atas 
nama tahaluf Siasi punca kerajaan pakatan rakyat  di Kelantan dan Selangor jadi kacau bilau 
penuh dengan kerosakan termasuk boleh mengancam akidah umat  Islam.


Sumber T KO - 1-5-2016



PKR Tipu DAP, DAP Tipu Melayu & Penyokong
Pembangkang Yang Tertipu


Posted on Tuesday, April 26 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Membaca laporan di portal-portal pro pembangkang tentang hari penamaan calon bagi                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     calon-calon PRN Sarawak sememangnya melucukan.

Bukan laporan-laporan itu yang melucukan tetapi
komen-komen di portal2 berkenaan yang
melucukan. Jelas, ia menunjukkan betapa
kecewanya penyokong2 pembangkang khususnya
Pakatan Harapan.

Jika sebelum ini pembangkang bergaduh sesama
sendiri dalam Pakatan Rakyat yang menyaksikan
PKR dan PAS berpecah dengan teruk tetapi kali ini
di dalam PH, PKR dan DAP sekali lagi bergaduh
sesama sendiri meskipun tanpa penglibatan PAS.
Boleh jadi PAS, PKR dan DAP sememangnya tidak
serasi untuk duduk di dalam satu parti atau tidak
boleh bekerjasama di antara satu sama lain.

Di PRN Sarawak menyaksikan ;


Pembangkang VS pembangkang
= pembangang kuasa dua.

Ya. PAS bukan lagi sebahagian
daripada Pakatan Harapan tetapi
PAS masih lagi memegang posisi
sebagai pembangkang sehingga
artikel ini ditulis. Belum lagi
berubah menjadi sebahagian
daripada parti-kerjasama BN.
Tidak boleh menuduh PAS ialah
BN-FRIENDLY secara
dokumentasi hanya semata-mata
beberapa pimpinan ternama PAS
sangat suka kepada penyatuan
 PAS-UMNO. PAS juga tidak
bodoh. Mereka tahu mereka
tidak boleh bersatu dengan BN
sewenang-wenangnya kerana
pada saat mereka melakukan itu
PAS sedar bahawa kali ini bukan
dua, bukan tiga bukan juga empat sebaliknya PAS akan hancur terus jika bersatu dengan BN. Risiko yang PAS tidak akan
 berani ambil. Sebab itu laluannya sukar juga untuk PAS menjadi BN-FRIENDLY secara
dokumentasi. Mutual mungkin tetapi ia boleh berubah berdasarkan kepada emosi dan situasi ini
menjadikan validilitynya zero.

Berbalik kepada pertembungan PAS vs AMANAH. Ia adalah satu pertembungan yang tiada rugi
tiada untung.

Tiada rugi kerana PAS, AMANAH belum pernah lagi mampu menambat ahti rakyat Sarawak.
PAS sebelum wujudnya AMANAH gagal mendapatkan kepercayaan pengundi Sarawak untuk
mengundi mereka. AMANAH selepas PAS ialah parti yang masih HIJAU dan sesungguhnya
cabaran dalam pilihanraya negeri kali ini boleh dikutip sebagai menimba pengalaman. Jika ada
kerugian pun ia adalah wang semata-mata. Dan wang itu pula boleh jadi hasilnya dari kutipan
derma.

Walaupun tidak rugi bukan pula bermaksud pertarungan tersebut beroleh keuntungan. Pada
pendapat aku impak negatif akan datang di Semenanjung kelak. Pertembungan tersebut
menjarakkan hubungan PAS dan AMANAH dan akan mempengaruhi pilihanraya umum
khususnya di kawasan Semenanjung.

Bagaimana dengan PKR vs DAP pula?

DAP menyatakan ;

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kecewa dengan tindakan PKR bertanding di lima


kerusi yang telah diberikan kepada DAP.
Justeru, DAP memutuskan untuk meletakkan calon di kerusi Batu Kitang sebagai


menjawab keengganan PKR mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui secara bertulis


oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 7 April lepas.
“Kalau satu kerusi mungkin kita boleh maafkan, tetapi bagaimana untuk maafkan lima


kerusi? Kami rasa DAP telah ditipu.


“Apa yang berlaku sejak 7 April sehingga hari ini adalah persetujuan bertulis tidak


dipatuhi. Tiada kesungguhan untuk mematuhi persetujuan itu. Saya rasa tindakan itu amat


mengecewakan dan ia boleh menyebabkan penyokong keliru,” katanya kepada pemberita


selepas penamaan calon Senadin hari ini.
Malam tadi, FMT dimaklumkan bahawa DAP akan mengetengahkan pembantu khas


kepada Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa sebagai calon di Batu Kitang selepas


rundingan antara kedua parti menemui jalan buntu.
Di penamaan hari ini, sekurang-kurangnya enam kerusi, iaitu Batu Kitang, Mulu,


Murum, Mambong, Simanggong dan Ngemah menyaksikan pertembungan antara


DAP dan PKR.
(rujuk)


Parti Tindakan Demokratik (DAP) bertindak menukar calon mereka bagi kerusi


Dewan Undangan Negeri (DUN) N17 Stakan pada saat akhir pada Hari Pencalonan


Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11). Leslie Ting Xiang Zhi, 25, tiba pada jam 9.25


pagi bagi menggantikan Aziz Isa yang sebelum ini diumumkan sebagai calon DAP


di DUN tersebut. Leslie telah diiringi pencadangnya, Tony Kilin, dan penyokongnya


Edmund Damit Asong.
(rujuk)
Bagai bola Abdul Aziz Isa diperlakukan. Sekejap di sepak ke Stakan kejap di sepak ke Batu


Kitang. Kemon. Apa neh. DAP dan PKR gagal selesaikan masalah berkaitan pembahagian


kerusi kenapa perlu DAP mesti mengorbankan Abdul Aziz Isa disitu?


Kejap. Kenapa mesti letak Abdul Aziz? Kan dah diumumkan dia bertanding di Stakan?


Lebih sanggup DAP tukar calon Stakan dan gadai Abdul Aziz di Batu Kitang, kenapa?


Kalau pun PKR nak juga bertanding disitu kenapa DAP mesti cabut Abdul Aziz dari Stakan


dan pindahkan ke Batu Kitang? Tindakan tersebut membuatkan aku was-was dengan DAP.


Ya. Memang. Betul. Calon melayu dalam DAP. Ahli melayu dalam DAP. Akan berpuluh2


kali atau mungkin beribu2 kali mengulangi bahawanya DAP bukan parti racist yang


meminggirkan kaum melayu.


Tetapi, percakapan mereka tu kalau kita banding dengan tindakan DAP adalah sangat


kontradiks. Tak sehaluan pun.


Cakap pongpangpongpang benda lain.
Buatnya pongpangpongpang benda lain.


Apa daa.


Kesian aku tengok Abdul Aziz. Nampak sangat DAP nak korbankan kau. Ya, kau takan


nampak, feel macam tu pun sebab PERCINTAAN ITU BUTA, kan?


KAH KAH KAH


Apa pun aku salute la pada Azmin. Berjaya dia memperbodohkan DAP. Dan nampak


sangat Wan Azizah tu puppet dalam PKR. Nama aje presiden tapi semua gerak kerja, arahan


bahkan rasa hormat ahli berpihak kepada Azmin Ali. Dalam kenyataan terkini PKR


Sarawak pula, Baru Bian dilaporkan berkata mempertahankan tindakan PKR meletakkan


calon di beberapa buah kerusi sehingga menyaksikan pertembungan dengan DAP kerana


DAP tidak respon kepada rundingan yang dibuat oleh PKR sampai la pada saat akhir. Ini


siapa tipu siapa neh? Tak kisah la jawapan PKR tipu DAP ataupun DAP yang tipu PKR


tetapi apa yang pasti kedua2nya menipu kepada media dan public dan lebih teruk


penyokong2 tegar mereka pun turut sama tertipu. Kesiannnnnnn. Hah, sokong la lagi bagai


nak rak. HAMBIK kau!


BTW, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan kan bersama-sama Mahathir nak selamatkan


Malaysiaku ini. Betul?


So, lepas neh Mahathir turun pentas PH dan kempen undi PH ke macam mana? Ke terang2


pemimpin2 PH diperbodohkan Mahathir? Sekali lagi. Kesiannnnnnnnn!


KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

- Ameno World


Sumber TKO - 26-43-2016


Kit Siang Sangat Sedih Pasal Pertindihan Kerusi PKR-DAP

Posted on Tuesday, April 26 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Aku mendapat maklumat daripada sidang media di
Sarawak Lim Kit Siang berkata “Saya tersangat
sedih dengan apa yang berlaku ketika penamaan
hari ini. Kita berhempas-pulas sejak lapan tahun
lalu, untuk membina gerakan yang kuat yang boleh
menggantikan BN di Sarawak dan Malaysia, telah
mengalami halangan yang besar."


Katanya lagi ini peristiwa tersedih tak pernah
sesedih ini.

Sebelum ini aku dengar anaknya, Lim Guan Eng mengatakan DAP berasa telah ditipu PKR.

Kedua-dua Lim pada pendapat aku tahu "PKR tu kaki bohong dan penipu" semenjak Anwar
belum masuk penjara lagi.

Aku nak bagi contoh satu, "Langkah Kajang" misalnya. Apabila pimpinan PKR jumpa PAS kata
nak tukar MB Selangor TS Khalid, dia orang cakap DAP dah setuju. Padahal DAP tak tahu pun.

Bila PAS tak setuju, PKR cuba cari puak-puak PAS yang tak walaq (Geng PAN sekarang) untuk
bantah Presiden PAS hingga huru-hara rumah tangga PAS.

2 Lim ini apa sikap dia orang?

Dia nak sokong PAS yang betul atau nak sokong Anwar dan Rafizi dengan Langkah Kajang yang
tak betul. Tapi 2 Lim ambil sikap khianat PAS dengan menyerang Presiden dalam usaha
menjatuhkan Presiden dengan memberikan sokongan kepada satu kumpulan dalam PAS yang kini
dikenali PAN @ AMANAH. Malah sokongan kewangan juga turut diberikan.

Kenapa 2 Lim ini sanggup membelakangi kebenaran dan menyokong "Pembohongan" yang
dibuat oleh PKR sehingga semua orang menyalahkan PAS dan Presiden PAS??

Masa itu Lim Kit Siang tak tersedih, yang tersedih hanya Haji Abdul Hadi dan ulama PAS. Masa
itu juga Lim Guan Eng tak rasa tertipu yang tertipu dengan langkah Kajang ialah PAS termasuk
Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempertahan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan TS Khalid
sehingga mengeluarkan kenyataan PKR ini macam budak kecil.

2 Lim menggunakan politik kepentingan DAP lebih utama daripada "Kebenaran dan
Persahabatan"
. Akhirnya sekarang DAP dah rasa apa yang dia orang buat kepada PAS sebelum
ini. Apa nak sedih itulah perangai kamu.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.my

Sumber TKO - 26-4-2016



DAP Kini Mula Menghina & Caci Maki Kepada PKR

Posted on Tuesday, April 26 @ 09:58:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS tidak terlibat dengan apa yang berlaku antara DAP dan PKR berhubung pembahagian 

kerusi di Sarawak.
PAS sekadar berdiri di tepian kerana tidak dianggap penting.

Dalam NST hari ini Lim Kit Siang sebut pertembungan DAP dan PKR di 6 kerusi DUN dalam
PRN Sarawak sangat nendukacitakan beliau.

Katanya: " I feel very sad over what happened today".

Memang terkadang apa yang kita rancang tidak nenjadi.

Akan tetapi apabila kita naik berang dan bertindak angkuh serta biadap ianya bukan lagi
amalan berkawan tetapi bermusuh.

Ng Wei Aik ahli parlimen DAP Tanjong yang popular dengan video enggan bayar caj letak
kereta di sebuah premis di Pulau Pinang tidak lama dulu telah post kan satu kenyataan yang
sangat kurang ajar terhadap PKR.

Kata Ng "Ask PKR to go to hell" atau "Suruh PKR pergi jahanam".

Reaksi itu diberikan beliau berikutan penjelasan yang dibuat Timbalan Presiden PKR Dato
Seri Azmin Ali.

PAS walaupun tidak terlibat dalam PH namun masih kekal bertahaluf dengan PKR. Serangan
biadap dan kurang ajar seumpama itu yang dituju terhadap PKR pasti mengusik hati kami
dalam PAS kerana PKR masih kawan kami.

Terserlahlah keangkuhan dan besar kepala DAP.

Dalam tempuh kempen beberapa hari ini merela sanggup serang dan ludah muka kawan asal
mereka menang.

Semoga PKR ambil iktibar insyallah PAS tidak sekali-kali akan perlakukan kawan seperti itu.

- Roslan SMS

Sumber TKO - 26-4-2016



Sekarang Apa Kata Mereka Apabila Bertembung Sama
Sendiri?


Posted on Monday, April 25 @ 20:04:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Isu Semasa "Ketika PAS bertanding di Kota Damansara dan Sungai Acheh, ahli dan
penyokong rakan seteru PAS habis-habisan mengutuk PAS. Bukan
setakat mengutuk, mereka turut menfitnah dan menghina PAS dan
Presidennya dengan pelbagai hujah dan cacian. PAS dikatakan
mengkhianati kawan, tidak menepati janji dan sebagainya. Nah hari ini
aku menunggu apa pula sikap mereka apabila DAP dan PKR
bertembung sama sendiri di lima kerusi di PRU Sarawak.



 Apa yang dapat kita kata terhadap sikap PKR dan DAP itu? Siapa pula 

yang keras kepala dan mungkir janji. DAP akan berkata PKR mungkir 

janji kerana persetujuan telah dicapai antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali  dengan 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Setelah perjanjian ditandatangani pada 7hb April 

2016, mengapa pula sikap Azmin Ali (PKR) berubah setelah Pengerusi PKR Sarawak Baru 

Bian begitu tegas menolak perjanjian itu? Kemudian mengapa pula DAP sanggup menawarkan 

kerusi Batu Kitang kepada PKR kalau betul perjanjian itu adil dan seimbang pada awalnya? 



Jelas bahawa perjanjian awal menunjukkan kemenangan berat sebelah bagi pihak DAP. 

Memang DAP kaki pembelit dan kaki ugut.Ini disedari oleh PKR kemudiannya. Yang 

anehnya, di mana suara Presiden, Wan Azizah yang dulu ingin dijadikan MB Selangor oleh 

PKR, DAP dan pemuka-pemuka PAN?



PAN setakat ini tidak pula memberi sebarang reaksi. Aku rasa akhirnya PAN akan hentam 

PKR. Boss besarnya, DAP telah menyetujuinya bertanding di 13 kerusi yang dikehendakinya. 

DAP sedar Pakatan Harapan tiada harapan menang satu kerusi pun di tempat yang PAN gila 

nak bertanding itu. Kalau menang pun, yang pastinya bukan kerana kekuatan PAN yang 

berusia setahun jagung itu. Dijangka 85% undi yang akan diperolehi PAN adalah undi dari 

penyokong DAP dan PKR. Kejayaan bagi PAN satu saja; berjaya memecahkan undi Muslim. 

Biar BN menang. PAS jangan. Inilah PAN, konon parti Islam baru yang sebenarnya bersifat 

dajal. Congakan aku ini boleh dibuktikan apabila keputusan pilihanraya diketahui nanti.


Motif tulisan aku kali ini ialah sekali hentam mampus tiga ekor ular.          "
Sumber TKO - 25-4-2016



CEO MAXIS Merayu Supaya Rakyat Malaysia Terus
Sokong Maxis


Posted on Friday, April 22 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Isu Semasa

Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan 

 sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 
400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.

Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama 

tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran 
kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati untuk menjaga hubungan dengan pelanggan.

Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang 

 menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang 
disediakan syarikat untuk pelanggan MAXISOne baharu tetapi tidak terpakai untuk pelanggan 
lama.

Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku 

 pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, 
lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu.

Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini 

 berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi 
syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.

Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus 

dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta.

Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu perlahan untuk memberi reaksi terhadap perubahan 

pasaran.

Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala 

syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah ‘makan’ pasaran MAXIS.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan 

selesa serta menganggap pelanggan akan setiasa bersama mereka,” katan ketua sebuah firma 
sekuriti di ibu negara, lapor akhbar itu lagi.

Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan 

kemenangan besar kepada pesaingnya.

Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, DiGi Telecommunications Sdn Bhd menambah 

 seramai 450,000 pelanggan baharu sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.

Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data 

 percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan,Dushyan 

 Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang Facebook secara langsung pada 8 April 
lalu.

KUALA LUMPUR - Susulan viralnya luahan kekecewaan para pelanggan Maxis yang 

 mendakwa mereka mengalami kerugian bila melanggan pakej pelan MaxisOne, Maxis tampil 
memberikan kenyataan sebentar tadi melalui video siaran langsung di Facebook rasminya.

'Jika Saya Terus Guna Maxis Untuk 13 Bulan Lagi, Sayalah Manusia Yang Paling Bodoh'

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal menjelaskan bahawa, mereka mendengar dan 

memahami segala persoalan pelanggan Maxis, bukannya berdasarkan pada tinjauan dan 
statistik sahaja.

"Kebelakangan ini, pusat panggilan dan laman media sosial kami dipenuhi dengan 

 maklumbalas dari pelanggan Maxis yang marah, kecewa dan tidak berpuas hati. Kami akui 
situasi ini mendatangkan kerisauan pada kami.

"Perubahan pasaran semasa ke atas permintaan data yang tinggi telah mendorong Maxis untuk 

menyediakan tawaran terbaik untuk pelanggan. Namun, kami telah mengambil masa yang 
terlalu lama demi menambah lebih banyak ciri-ciri hebat selain dari kuota tambahan.

"Sementara menyempurnakan pelancaran pelan ini, pengguna-pengguna Maxis tertentu telah

 terpilih untuk menerima tawaran pelan Maxis yang dikhususkan mengikut kesesuaian mereka. 
Tindakan kami telah menimbulkan sedikit kekeliruan dikalangan pelanggan. Malah kami juga 
sedar, tindakan ini adalah kurang bersesuaian dengan komitmen syarikat dalam mengutamakan 
 keadilan dan ketelusan.

"Oleh itu, kami dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua warga Maxis 

kerana telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab segala persoalan anda," jelas 
Morten.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan mengumumkan, setiap 

pelanggan MaxisONE akan dinaik taraf dengan kuota tambahan pada harga yang sama dalam 
masa terdekat.

"Sebagai contoh, pelanggan MaxisONE yang kini hanya mendapat kuota 1GB sebulan akan 

dinaiktaraf ke 5GB sebulan. Pelanggan yang mendapat kuota 3GB sebulan akan dinaiktarafkan 
ke 8GB sebulan. Semua pelanggan akan menikmati faedah ini, bukan sahaja pelanggan baru.

"Selain peningkatan kuota, inovasi tambahan yang akan membolehkan pelanggan menerima 

lebih banyak faedah dengan data tambahan yang diperolehi melalui rangkaian kami. Pelanggan
 MaxisONE Business juga akan menikmati manfaatnya," jelas Dushyan.

Difahamkan pelan-pelan baru itu akan dilancarkan pada bulan April ini dan semua pelanggan 

MaxisONE akan menikmati 3GB kuota tambahan bermula minggu depan. 

Sumber TKO - 22-4-2016



Jenis Manusia Ekor Bergelumang Najis

Posted on Tuesday, April 19 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Artikel "

Sejarah kokok berdegar-degar sudah puluhan tahun melatari perbalahan politik di Malaysia.
Apabila berbalah tentang sesuatu isu, maka pemimpin UMNO akan mencabar untuk berdebat.
Seolah-olah begitu kukuh hujah mereka. Begitu benar dakwaan mereka. Sejak isu yang mereka
dakwa sebagai Amanat Haji Hadi hingga isu pembelian banglo oleh Ketua Menteri Pulau
Pinang dan tanah di Taman Manggis, habuk pun tiada. Bising gegar pemimpin UMNO
seantero alam. Habuk pun tak jadi. Cittt.

Kalau sudah tahu terdapat banyak halangan untuk merealisasikan perdebatan, buat apa Abdul 

Rahman Dahlan bising-bising. Buat apa cabar-mencabar Lim Guan Eng? Serah sahaja kepada 

SPRM dan PDRM. Biar mereka siasat siapa benar dan siapa salah. Abdul Rahman Dahlan tak 

perlu tunjuk hero. Sudah tahu SPRM menyelamatkan kamu. PDRM menyelamatkan kamu. 

TV3 menyelamatkan kamu. Beranilah berkokok. Sejarah pemimpin UMNO apabila terhimpit 

dan terkepit, akan ada pihak berkuasa melarang perdebatan dengan hujah begitu begini. Ciit.

Yang lebih tololnya, lambat pula SPRM dan PDRM menyelesaikan siasatan kes. Ada apa-apa 

ke? Jangan sikap kamu nanti menyebabkan rakyat membuat pelbagai spekulasi yang sudah 

mula kedengaran. Keadilan yang dilambatkan adalah kezaliman yang dipanjangkan.



Motif utama tulisan aku ialah rakyat harus sedar bahawa sifat pemimpin UMNO ialah kokok 

berdegar-degar, ekor bergelumang najis. SPRM dan PDRM mesti segerakan siasatan agar 

rakyat dapat melihat entah-entah Lim Guan Eng juga jenis najis mughalazah.

Sumber TKO - 19-4-2016



Politikus India Pelobi,Perusak Hubungan Antara Kaum

Posted on Wednesday, April 13 @ 06:37:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kadang kadang pandangan politikus India menunjukkan attitude sombong bagaikan mereka 

masih berada di 'motherland ' India . Di India politikus India menganiayai orang Islam dengan 
membakar Masjid Babri ; merusuh apabila orang Islam [ dari kaum India sendiri ] mengerjakan 
ibadat Qurban. Komen politikus India semasa penyembelihan Qurban beberapa tahun lalu 
serupa dengan attitude politikus keling di India.
Pengalaman syarikat saya di tangan  pelobi MIC menerima nasib malang
sekitar tahun 2000.  Maybank telah memanggil tawaran  dari pihak awam untuk
untuk  membeli sekeping pre approved  tanah pembangunannya di Jinjang.
Firma saya telah membuat bidaan dan satu hari saya telah menerima panggilan
di Bahagian Hartanah Maybank yang memberitahu saya  Syarikat saya telah
menjadi pembida yang paling tinggi dan menyuruh saya ke pejabat untuk mendapatkan surat
rasmi. Apqabila saya tiba di Maybank saya telah diberitahu

bahawa ada arahan dari atas supaya tawaran di panggil semulai.  Saya tanya pasal apa tindakan
sedemikian di buat.  Saya diberitahu dek ekdekutif Maybank

yang Chairman [Mendiang Richard Ho ] telah menerima  panggilan dari pelobi MIC bahawa
mereka terlepas pandang di dalam tawaran itu dan ingin memasuki tawaran untuk membida di
dalam  panggilan tawaran yang baru. Chairman telah memberitahu CEO [Mat Amirsam] dan
 arahan dari CEO untuk tawaran baru di panggil semula.

Syarikat saya juga turut di jemput semula tapi kami menolak peluang itu. Dari apa yang saya
dengar dari  sumber saya harga tawaran telah turun hampir 1 juta dan geng MIC tidak pula
memasuki tawaran semula.  Jadi pelobi MIC hanya buat ribut- rusakkan peluang perniagaan
kami aje.Inilah cerita satu peringatan untuk mat mat politikus UMNO-jangan berbangga
ketuanan Melayu bila di persada melayu di perkotak katikkan dek bangsa lain
untuk menggunakan  CEO melayu yang hanya tahu jadi Pak Turut berfilosofikan '  yes sir , yes
sir 3 bags full; one for the master ; one for me  and one for  you [pelobi]....'

Perkara ini berlaku di dalam regim Mahathir yang penuh korapsi dan songlap tanpa segan silu.

Keling Karam, Kapal Tak Karam
------------------------------------

Ada perumpamaan Melayu  yang memberi gambaran perangai orang keling di dunia melayu.
Merka suka buat ribut tanpa menyeleaikan apa apa masalah.

P Ramasamy juga telah buat ribut.  Dia telah mengeluarkan kata kata kesat
terhadap Dr Naik-seorang tokoh Islam hadari negara kita. Rama keling  telah
menggunakan Singapura sebagai satu negara yang menghalang kemasukan
Dr Naik.  Bukankah  sebagai intelligensia negara dia harus sedar yang orang
Islam telah berada di Singapura sebelum orang orang China.  orang Melayu
telah berazan di masjid berkurun kurn lamanya sebelum kedatangan China.Tetapi pemerintah
Singapura kini memerangi Islam dengan melarang laongan azan i di masjid besar di bandar
Singapura.  Walaupun perkara ini oppressive Ramasami Pundek tak nampak. Dia rela jadi barua
DAP Singapura dengan mengangkat   dasar oppressive mereka sebagai contoh.

Sebenarnya keling pariah nih tak bolih dibuat baik.

Umno mesti sedar bahawa di dalam percaturan politik inter-kaum undi dari
kaum India tak relevan,  Tiada siapa pun menteri  India di dalam BN  bolih kata- saya jadi
menteri pasal undi dari kaum India. Kalau tak pasal undi melayuu  bolihkah  Kamalanathan
jadi  MP Hulu Selangor?

Sungguh Celupar si Ramasamy pariah.  Berani dia panggil Dr Naik setan. Dia
perlu huraikan setiap baris kenyataan yang dia buat.  Kalau dia gagal saya akan anggap dia
sebagai keling pariah - fake professor bagaaikan graduan Indian studies dari UM  yang hampir
kesemuanya dapat  First Class Honours dan bila kajian dibuat semula  di dapati hampih  tidak
ada kelas langsung!

Sumber TKO - 13-4-2016



Yahudi boleh, yang tak boleh zionis?

Posted on Saturday, April 09 @ 13:12:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Datuk Dr Daniel Zainal Abidin dalam Halagah TV 9 Sabtu petang (2 April 2016) berkata,
Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan Yahudi di Madinah.

Lantas dikatanya, boleh berkawan dengan yahudi. Yang tidak boleh zionis.Macam mana boleh
berkata demikian, sedangkan yahudi itu zionis dan zionis itu yahudi

Tidak dinafikan Rasulullah SAW pernah bermuamalah dengan yahudi dan sanggup menyuap 

makanan kepada seorang Yahudi Buta.


Fakta sejarah Rasulullah SAW menghalau Yahudi dari bumi Madinah. Kalau Rasulullah SAW
tidak ada masalah dengan yahudi di Madinah mana mungkin dihalaunya yahudi keluar.

Bukan setakat itu sahaja, malah Rasulullah SAW pernah memerintah Saidina Omar RA 

menghalau Yahudi Dari bumi Madinah.



Fakta sejarah yang sedia maklum sehingga hari ini tiada seorang yahudi yang tinggal di 

Madinah. Arab Saudi  menerusi polisi dan dasarnya tidak membenar kafir memasuki bumi 

Madinah dan Mekkah.



Oleh itu, mengatakan Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan yahudi di Madinah suatu 

pembohongan terhadap Allah dan Rasulnya.



Fakta sejarah, yahudi telah mengkhianati perjanjian yang dibuat bersama Rasulullah SAW 

ketika memerintah Madinah.



Apakah mengkhianati perjanjian yang dibuat bersama  itu tidak beri masalah kepada kerajaan 

yang di terajui Rasulullah SAW.



Sehingga tergamak berkata, Rasulullah SAW tidak ada masalah dengan yahudi di madinah s

edangkan fakta sejarah banyak masalah yang dilakukan oleh yahudi disamping masalah yang 

di lakukan golongan Munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay.



Yang peliknya macam mana Dr Daniel Zainal Abidin dalam Halaqah TV 9 Sabtu petang 

(2 April 2016) boleh berkata demikian sedang ia bercanggah dengan fakta sejarah yang kita 

sedia maklum itu.



Orang orang yahudi bani Nadhir menaruh harapan dengan janji orang orang munafik bahawa 

mereka tetap bersama yahudi yang telah diberi kata putus oleh Rasulullah SAW agar keluar dari 

bumi Madinah.



Mereka melengah lengahkan perlaksanaan pengusiran kerana percaya dengan janji janji orang 

munafik dan Rasulullah SAW mengarahkan supaya membuat persiapan untuk memerangi 

mereka.



Oleh kerana terlalu takut dengan serangan yang akan dilakukan oleh Rasulullah SAW. Mereka 

bertindak dan bersetuju keluar Dari bumi Madinah.



Dengan itu, orang orang yahudi meroboh rumah rumah mereka sendiri supaya tidak diduduki 

oleh orang orang islam. Sebahagian mereka pergi kekhaibar dan sebahagian lagi pergi ke Azra’

aat, sam.



Oleh kerana sesetengah orang islam mengatakan jangan buruk sangka dengan ada orang 

yahudi, kerana ada yang memeluk Islam atas sebab Allah sahaja yang boleh memberi hidayah 

sesiapa dikehendakinya.



Kita tidak dimaklumkan berapa ramai jumlah  yahudi di kampong tersebut, Akan tetapi Fakta 

sejarahnya hanya dua orang sahaja yang masuk islam, iaitu Yasmin bin Umair dan Abu Saad 

bin Wahb.



Macam Dr Daniel boleh kata yahudi boleh buat kawan yang tak boleh zionism.sedangkan 

Zionist  dicipta pada tahun 1890 oleh Nathan Birnbaum(yahudi).definisi amnya bermaksud 

pergerakan kebangsaan untuk mengembalikan orang-orang Yahudi ke tanah air mereka untuk 

medaulatkan semula Yahudi di Land of Israel.



Penulis tidak faham mengapa boleh berkata demikian sedangkan berkata begitu seolah olah 

menunjukkan kita gemar dan cenderung menolong orang kafir (yahudi) yang jahat dan 

mengkhianati Rasulullah SAW.



Sedarkah kita bahawa gemar dan cenderung tolong orang kafir adalah sifat orang munafik yang 

telah dinyatakan oleh Allah dalam Al Quran agar kita tidak mengeluar sebarang kenyataan yang 

bercanggah dengan ajaran islam yang dibawa oleh Nabi SAW.



Sumber TKO - 9-4-2016  



Isu tanah Taman Manggis: Rahman Dahlan alu-alukan
debat bersama Guan Eng


Posted on Friday, April 08 @ 08:04:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk 


Abdul Rahman Dahlan mengalu-alukan debat awam mengenai tanah Taman Manggis.

Ini susulan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyahut cabaran untuk berdebat 

bersama beliau mengenai pembelian tanah itu.

Abdul Rahman menerusi satu kenyataan di Twitter berkata pegawai beliau akan menghubungi 

Guan Eng untuk menyelaraskan butiran debat tersebut.

Selain itu, Abdul Rahman berkata debat itu akan membolehkan rakyat Pulau Pinang mengetahui 

fakta dan kebenaran mengenai skandal Taman Manggis.

Guan Eng sebelum ini mengulas cabaran debat Abdul Rahman mengenai isu tanah Taman 

Manggis yang didakwanya sudah ditukar milik dan bukan lagi milik syarikat Kuala Lumpur 
International Dental Centre kerana dijual kepada pihak ketiga.

Guan Eng sanggup berdepan dengan Abdul Rahman sungguh pun beliau tidak mempunyai 

maklumat seperti didakwa Ahli Parlimen Kota Belud itu. 

Sumber TKO - 8-4-2016



Nampaknya Tanpa PAS, Segalanya Tempang

Posted on Thursday, April 07 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Sila beri satu contoh aktiviti Pakatan Harapan yang betul-betul berjaya dan bertenaga sejak
ketiadaan PAS? Inilah hakikat yang tetap dinafikan oleh PAN, PKR dan DAP. Rakyat dan
pencakna politik boleh lihat sendiri kegagalan dan kelesuan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh Pakatan Harapan  sejak PAS dipinggirkan. Akhirnya, apabila gagal PAS pula dipersalahkan
hatta Rafizi Ramli ditangkap pun, PAS jadi mangsa kutukan. Memalukan diri sendiri. Cerdik
tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

Berapa orang hadir dalam demontrasi anti-GST? Paling maksimum pun 5 000 orang. Gambar-

gambar sekitar demontrasi itu amat lesu berbanding dengan gambar-gambar ketika demontrasi 

Bersih dulu. Deklarasi Rakyat? Nampak Dr Mahathir sahaja yang bercakap kini. Mahathir akui 

sukar untuk mendapatkan sokongan 24 wakil BN untuk guling PM Najib. Nampak benar 

kekecewaan Dr Mahathir. Dan sampai ke mana sudah tandatangan yang sejuta itu?



Pakatan Harapan yang konon-kononnya gah kini tersumbat dengan kemelut baru yang 

melingkari Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkena sumpahan daging beracun 

ulama itu hanya menunggu hari untuk mengucapkan selamat tinggal. Beliau diserang dari segala 

penjuru, bukan sekadar musuh mereka UMNO tetapi turut disertai  oleh pemimpin partinya 

sendiri, Gerakan, MCA dan Parti Cinta Malaysia. Akhbar berbahasa Cina sendiri mendedahkan 

isu Taman Manggis dan banglo mewah beliau.



Pakatan Harapan sekali lagi terpukul dengan isu doa ustaz Badrol Amin, keberkecualian Dr Wan 

Azizah dan anaknya Nurul Izzah dalam penglibatan Dr Mahathir dalam Deklarasi Rakyat. Angin keras yang berdebu mula memisahkan keluarga Anwar dari Azmin Ali dan Rafizi Ramli. Selain keluarga Anwar dan Ustaz Badrol Amin, yang 

lainnya lebih mendambakan bisa Dr Mahathir yang sudah pun cair.



Pakatan Harapan sama ada DAP, PKR dan PAN kutiplah mana-mana tokoh sekalipun, tanpa 

PAS segalanya tidak akan menjadi. Inilah bahananya hasil dari kecerdikan Langkah Kajang 

Rafizi, kesombongan Lim Guan Eng dan keprofesionalan Khalid Samad. Gabungan bijak 

pandai inilah yang meletakkan blok pembangkang berada pada situasi kini. Entah ke mana UG 

yang diratib. Rupa-rupanya berUG pulak mereka dengan Muhyiddin Yassin dan 

sekutu-sekutunya. Lucu Mak Andeh ooiii!!!



Akhirnya, kegagalan mereka adalah kegagalan total. Andai PAS juga gagal ,PAS masih ada 

modal termahal yakni ‘Redha Allah’ yang selalu mereka persendakan. Sila persendakan.



Sumber TKO - 7-4-2016

Sungguh mendukacitakan


Posted on Wednesday, April 06 @ 06:49:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





"Sudah sekian lama panulis hendak tulis pasal ada sesetengah ilmuan islam 
yang mengatakan boleh berkawan dengan yahudi. Yang tidak boleh Zionist.

Penulis tidak rasa dukacita jika Gustav Labon, August Comte dan 
Golhzhier yang berkata seumpama itu, kerana mereka adalah orientalis.

Mereka ini tidak pernah duduk diam berusaha bertungkus lumus  
menyelewengkan fakta demi fakta untuk menghancurkan islam.

Lebih lebih lagi mereka ini adalah musuh asli Allah Subhanahuwataala.  
musuh Rasulullah SAW dan musuh islam.


Dan telah dinyatakan didalam Al Quran bahawa orang orang yahudi dan Nasrani sekali sekali 

tidak akn berstuju dan suka dengan Nabi Muhammad SAW.



Zionist tidak disebut dalam Al Quran dan hadis kerana baru ditubuhkan yang pada istilahnya 

yahudi itu zinois (kafir)  dan zionis itu Yahudi (kafir).



Yang peliknya ada ilmuan Islam kita tergamak mengatakan boleh berkawan dengan Yahudi. 

Yang tidak boleh, zionis.Atas alasan Rasulullah tidak ada masalah di Madinah.



Mengatakan Rasulullah SAW tidak masalah dengan yahudi di Madina itu adalah suatu 

pembohoingan yang nyata, kerana  Yahudi telah mengkhianati perjanjian yang dibuat dalam 

kerajaan yang diterajui Nabi SAW.



Memang Rasulullah SAW pernah bermuamalah dengan Yahudi dan pernah menyuap makanan 

kepada seorang Yahudi yang buta.



Jika Rasulullah SAW tidak masalah dengan Yahudi, mana mungkin dihalaunya Yahudi(Kafir)  

keluar Madinah.



Wajarkah jika tidak ada masalah dengan yahudi bertindak sekeras dan setegas itu.pasti ada 

masalah sepertimana fakta sejarah.



Mari kita tengok fakta sejarahnya. Istilah Zionist  dicipta pada tahun 1890 oleh Nathan 

Birnbaum.definisi amnya bermaksud pergerakan kebangsaan untuk mengembalikan orang-orang 

Yahudi ke tanah air mereka untuk medaulatkan semula Yahudi di Land of Israel.


Sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948, Zionisme telah datang untuk memasukkan 

pergerakan  pembangunan negara Israel dan perlindungan  Yahudi di Israel melalui sokongan 

bagi Angkatan Pertahanan Israel.


Dari penubuhannya, Zionisme menyokong ketara dengan matlamat rohani. Yahudi daripada 

pelbagai kepercayaan - kiri, kanan, agama dan sekular - membentuk gerakan Zionis dan bekerja 

bersama-sama ke arah matlamat menghalalkan cara membunuh umat islam palestin.


Perbezaan pendapat dalam falsafah telah membawa kepada perpecahan dalam gerakan Zionis-

tahun demi tahun beberapa kaedah yang berasingan telah muncul dan menekankan: Zionisme 

politik; Zionisme Agama; Zionisme Sosialis dan Zionisme Wataniah.



Akan tetapi ia tetap Yahudi (kafir) sepertimana Allah nyatakan dalam Al Quran.Ia zionisme 

yang melakukan kekejaman dan kezaliman terhadap umat Islam palestin (khusus) dan dunia 

(umumnya).



Sumber TKO - 5-4-2016

DAP aset BN, liabiliti pembangkang

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


SAYA dapati ada satu perkara menarik daripada petikan kenyataan Mat Said yang dipetik oleh
Sinar Harian. Saya tak mahu mengulas soal jawatan MB, mahupun masalah kepimpinan Umno.

Tetapi laporan muka depan bertajuk MB hanya menghitung hari itu memberi satu petunjuk yang
baik buat PAS sendiri.

Di akhir laporan tersebut, Mat Said berkata "Kalau bubar DUN dalam keadaan sekarang, kita
(BN) boleh kalah. Kita takut ini berlaku, takut DAP perintah. Kalau PAS, PKR tak apa lagi."

Ucapan ini disampaikan dihadapan orang Melayu yang dianggap semuanya penyokong Umno
sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia
Kemaman.

Rupa-rupanya benarlah telahan dan bancian PAS selama ini. Orang Melayu yang membentuk
majoriti di negara ini sebenarnya telah dimomokkan sekian lama dengan ketakutan terhadap
DAP. Di negeri tiada DAP seperti Terengganupun Umno boleh mainkan isu kebimbangan
terhadap penguasaan DAP, apatah lagi di negeri yang ramai DAP, apatah lagi di negeri dan
tempat yang dikuasai DAP.

Dapatan postmortem PRU13 yang lepas menunjukkan penurunan sokongan pengundi Melayu
terhadap PR terutamanya PAS yang bertanding di kawasan Melayu adalah kerana BN berjaya
memainkan isu perkauman. Antara peluru paling masyhur ialah PAS menjadi kuda tunggangan
DAP, Melayu telah dipergunakan Cina, negara bakal diambil alih Cina dan seumpamanya.

Inilah sebab BN masih mampu memerintah Malaysia walau hilang undi popular. Walaupun BN
yang Melayu itu juga tak boleh diharap dalam menjaga kepentingan Melayu, tetapi mentaliti
masyarakat Melayu masih melihat nasib mereka akan lebih terancam jika bukan kaum mereka
yang memerintah.

DAP sendiri yang membiarkan persepsi buruk mengotori imej mereka. Banyak isu yang
melibatkan keagamaan seperti penggunaan kalimah Allah, penentangan enakmen syariah Islam,
hak murtad dan sebagainya menyebabkan melayu semakin sangsi terhadap DAP.

Mereka seolah-olah tidak kisah kalau umat Islam marah terhadap mereka asalkan mereka
mencapai agenda. DAP tak perlu risau akan orang Melayu kerana sasaran kerusi mereka
hanyalah di kawasan minoriti Melayu sahaja.

Kini wajah buruk DAP bertambah dengan isu skandal rumah banglo dan kemewahan pimpinan
DAP. Tekanan kos sara hidup yang dialami rakyat makin menambah kebencian terhadap taikun
DAP. Ini semua memberikan peluru percuma kepada BN untuk mewiridkannya setiap hari
dalam media massa yang dikuasainya sehingga menenggelamkan isu-isu GST, TPPA, 1MDB
dan seumpamanya.

Apa yang disebut Mat Said, "kalau PAS dan PKR tak apa lagi," juga sebenarnya
menggambarkan mentaliti orang Umno sekarang. Mereka sebenarnya sudah bersedia menerima
PAS bagi menggantikan Umno.

Cuma yang mereka bimbang adalah penguasaan DAP terhadap PAS. Mungkin Mat Said terlepas
mengikuti perkembangan terbaru dalam blok pembangkang bahawa PAS sudah berputus
hubungan dengan DAP. Hanya PKR dan PAN yang masih bersama DAP. Itupun PKR tak
sanggup kehilangan PAS.

Kenapa tak disebut pula PAN? Sebab orang tak sedar pun kewujudann mereka!

Hakikatnya DAP adalah liabiliti sekarang. Sekiranya ahli-ahli Umno mengetahui bahawa PAS
juga sudah tidak bersama DAP, tiada apa-apa alasan lagi untuk mereka menolak PAS. Dengan
kebencian terhadap Najib dan konco-konconya semakin menebal di kalangan ahli bawahan
Umno dan penyokongnya, maka hampir pasti mereka akan memilih PAS sebagai tanda protes.

Yyang perlu dilakukan adalah menyampaikan kepada seluruh rakyat terutamanya umat Melayu,
bahawa PAS sudah tidak ada kaitan dengan DAP.

Pendekatan politik matang dan sejahtera amat kena pada masanya. Pada saat orang Umno
meluat dengan kepimpinan mereka, PAS mengajar ahlinya untuk mendekati mereka. Pakatan
dengan parti serpihan Umno iaitu Ikatan bakal menjadi jambatan untuk menghubungkan orang
melayu dalam Umno yang sudah tawar hati terhadap Umno tetapi masih sukar untuk menerima
PAS yang dilihat begitu Islamik buat mereka.

Mana-mana parti politik perlu mengakui bahawa orang Melayu adalah teras kuasa politik
Malaysia. Walaupun hampir kesemua bukan melayu menolak BN dalam pilihan raya lepas,
mereka masih memerintah kerana berjaya memperdayakan Melayu. Justeru, untuk mengubah
kepimpinan negara, sokongan Melayu perlu ditarik. Siapa dapat sokongan Melayu, merekalah
yang akan memerintah.

Hanya ada satu cara untuk menguasai Malaysia tanpa sokongan Melayu, iaitu dengan
memecahkan sokongan Melayu kepada beberapa kumpulan. Dan mungkin inilah strategi yang
sedang dirangka.

Mereka membiayai penubuhan PAN supaya dapat menambah ribut serta merebut sokongan
Melayu dari parti-parti orang Melayu yang sedia berpecah seperti Umno, PAS dan PKR.

Jangan risau keputusan Majlis Syura untuk putuskan tahaluf bersama DAP. Sebagaimana
bertahaluf dulu kena pada masanya, kini berputus tahaluf juga tepat pada masanya. Menjelang
PRU14 nanti, banyak lagi kejutan baru akan kita hadapi. Selamat datang ke dunia politik.

Dalam politik, kita tak boleh kekal statik. Itu jumud namanya. – HARAKAHDAILY 5/4/2016

Sumber HD - 5-4-2016



Apabila syariah dipisahkan daripada siasah





ALANG IBN SHUKRIMUN | .


NABI, sahabat dan para ulama terdahulu walaupun tidak mengenali parti-parti politik, tetapi
mereka tidak memisahkan unsur politik (siasah) dalam mempraktikkan syariat. Mereka
memahami bahawa politik sendiri adalah intipati syariat dan ekspresi kepada fiqh.

Syariah secara umumnya bermatlamatkan kepada menjaga 5 maslahah yang dikenali dalam ilmu
maqasid syariah sebagai doruriyat al-khams. Siasah pula adalah tindakan-tindakan
mempengaruhi manusia atas maslahah tertentu. Apabila digabungkan, maka siasah syariyyah
secara umumnya bermaksud menguruskan manusia untuk mencapai maslahah syarie.

Nabi SAW tahu bahawa Allah itu sifatnya tidak bertempat seperti makhluk. Tetapi dalam
mengenalpasti keimanan seorang budak, baginda mengiktiraf pengakuan seorang budak yang
menunjukkan ke arah langit apabila ditanyakan dimanakah Allah. Ini kerana sebagai budak yang
baru berjinak untuk mentauhidkan Allah, cukup dengan memastikan bahawa beliau tidak
mengiktiraf makhluk zahir seperti berhala sebagai tuhan.

Umar al-Khattab memahami dari sudut syariat, bahawa tidak ada larangan untuk solat di dalam
gereja. Tetapi kerana bimbang gereja itu dirobohkan umat Islam kemudian hari, maka beliau
keluar dari gereja dan mendirikan solat di luar sahaja apabila masuk waktu solat .

Imam Syafie adalah pengasas mazhab fiqh. Pendapatnya dalam bab qunut Subuh adalah sunat
ab'adh yang sangat dituntut. Tetapi ketika menziarahi pusara Imam Hanafi, beliau solat Subuh
tanpa qunut dan tidak sujud sahwi kerana hormat terhadap Imam Hanafi meraikan masyarakat
sekeliling yang mengikuti mazhabnya.

Terbaru, Imam Haramain yang dikenali bermazhab Hanbali/Salafi ketika menziarahi Indonesia,
beliau mengimamkan Solat Subuh dengan membaca qunut walaupun mazhabnya berpendapat ia
tidak disunatkan pada waktu demikian. Ini kerana, orang Indonesia adalah pengikut mazhab
Syafie.

Secara akademik, mereka telah menyalahi prinsip kepercayaan yang dipegang. Tetapi apabila
diadun dengan kesedaran siasah dan maslahah dakwah, mereka menjadikan Islam sangat indah.
Tanpa menyalahi syarak, mereka telah berjaya menguruskan manusia ke arah yang lebih
harmoni sebagaimana tuntutan utama maqasid syarak. Inilah siasah dakwah!

Justeru, memahami siasah syariah perlu kepada kemahiran yang lebih luas. Tidak hanya
menghafal teori-teori daripada kitab-kitab dan google sahaja, tetapi perlu memahami sikap
masyarakat dan sensitiviti mereka.

Malangnya ada pihak yang terlanjur menguasai siasah sehingga terpesong dari syariah. Dikira
asalkan nampak maslahah, semua jadi halal walaupun nas jelas mengharamkannya. Contohnya
riba, apabila akalnya menilai riba itu memajukan maka mereka terus menghalalkan walau
al-Quran mengharamkan.

Ada juga pihak terlampau rigid dengan fiqhnya sehingga mengabaikan faktor siasah. Kalau dia
rasa satu pendapat paling betul, terus dipegangnya tanpa peduli kesan terhadap masyarakat.
Pernah seorang ustaz PhD Hadis menyindir jemaah sebuah masjid dalam kuliahnya, apabila
kebanyakan umat Islam bermazhab Syafie di masjid tersebut mempertikaikan tindakannya
mengimami solat dengan tidak membaca Bismillah dalam fatihah.

Sangat bermasalah apabila golongan akademik tidak mahu menceburi siasah. Turut bermasalah
apabila ahli siasah tidak mempelajari syariah.

Sesiapa yang mempelajari syariah tetapi tidak mempelajari bab siasah akan mengelirukan.
Sesiapa yang mempelajari siasah tetapi tidak mempelajari syariah pula akan menyesatkan. –
HARAKAHDAILY 29/3/2016

Sumber HD - 29-3-2016

DAP bukan parti cina, tapi parti keluarga 

Lim

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


MENTALITI baru yang cuba dibentuk oleh DAP dan cybertroopernya adalah dengan
menggambarkan penentangan terhadap DAP sebagai menentang kaum Cina. Seolah-olahnya
DAP adalah parti Cina.

Pejuang-pejuang PAS dari dahulu lagi menentang keras unsur perkauman seperti ini. Ulama dan
aktivis senior kita telah lama menerangkan dasar nasionalis Umno itu bercanggah dengan
al-Quran.

Perjuangan ketuanan Melayu tidak bersumberkan nas. Sepatutnya Melayu, Cina, India,
Kadazan, Iban dan seluruh kaum perlu diajak berjuang atas satu dasar yang boleh disepakati
bersama. Hanya Islam yang boleh menjadi wadah penyatuan sejagat.

Tetapi hari ini setelah rakyat mula memahami kecacatan nasionalisme, DAP pula cuba
menggambarkan parti mereka umpama parti orang cina. Apabila TGHH menyatakan (walaupun
dipetik secara salah oleh Utusan) bahawa rakyat perlu bersatu menentang DAP, cybertrooper
mereka terus memainkan isu kononnya TGHH seorang rasis kerana memusuhi cina. Padahal
TGHH tidak pernah pun menyebut perlu menentang cina, mereka pula terasa lebih.

Cerdik pandai yang mengikuti perkembangan semakim pening. Dahulu apabila ada pihak
mendakwa DAP parti chauvinis cina, mereka menafikan keras. Untuk mengaburi mata, mereka
turut menjemput keahlian figur-figur Melayu dengan ramai sekali. Tetapi apabila TGHH
menyerang, mereka mengaku pula DAP parti cina!

Kerisauan yang ditimbulkan TGHH itu sebenarnya berasas. Pada dasarnya sendiri, DAP adalah
anak kandung PAP yang kini memerintah Singapura. Apa yang kita dapat lihat sekarang, jurang
sosiopolitik dan sosioekonomi negara terbabit sangat parah.

PAP telah mengubah Singapura menjadi sebuah negara ala Diktator, apabila mereka begitu
menekan parti-parti politik yang menentangnya sehingga tiada yang mampu hidup stabil.

Selain itu, PAP menjadikan Singapura sebagai pengkalan kuasa ketentaraan US di Asia
Tenggara. Kita boleh melihat bagaimana sikap DAP terhadap negara barat hari ini. Oleh sebab
negara kita adalah tanah air majoriti muslim, mustahil Amerika akan biarkan begitu sahaja
negara umat Islam bangkit maju tanpa apa-apa gangguan.

Abaikan soal BN. Mereka sudah dikenali korup dan tidak boleh diharap dalam apa jua perkara.
Namun adakah kita redha siapa jua menggantikan BN walau perangai mereka juga serupa BN?
Jangan terlalu naif. Dunia ini terlalu ramai pihak yang cuba mengambil peluang dari kemarahan
umat.

Cuba lihat Aun San Suu Kyi, tokoh demokrasi Myanmar yang diangkat oleh media utama
sebagai pejuang keadilan moden. Apabila rakyat terlalu lama ditekan regim, mereka tidak dapat
lagi berfikir dengan tenang. Matlamat mereka, asalkan regim jatuh, biarlah siapapun yang
mengganti. Dengan sedikit touch up terhadap Imej Suu Kyi (dipenjara, dinafikan hak, dan
lain-lain), dia terus mendapat sokongan rakyat.

Hakikatnya, beliau tidaklah menggambarkan sikap demokratik yang sebenar. Ketika
ditemuramah sebuah rancangan TV, jelas beliau tidak senang apabila soalan tentang hak orang
Islam Rohingya dipersoalkan.

Beliau bukan sahaja cuba mengelak, bahkan selepas berakhir temuramahnya, beliau dengan
sinisnya berkata "Tiada orang memaklumkan pada saya sebelum ini bahawa penemu ramah itu
adalah seorang Muslim!"

Justeru janganlah mudah percaya kepada retorik slogan 'keadilan' atau 'demokratik'. Hakikatnya
mereka serupa. Di awal kebangkitan Soviet Union dahulupun, mereka menyatakan bahawa
perjuangan komunisme adalah untuk membela nasib rakyat bawahan yang ditindas regim
monarki. Namun akhirnya setelah diberi kuasa, merekalah punca dunia huru-hara!

Kenalilah siapa DAP sebenar. Balingan telur terhadap Lim Kit Siang oleh komuniti cina yang
juga ahli DAP di Jerantut tempoh hari menggambarkan beliau bukan mewakili keseluruhan
orang Cina. Bahkan sebelum inipun di Gelang Patah, pernah diusir ketika berkempen dan
dihambat dengan penyapu oleh orang Cina di Kluang, Johor.

Bagi saya, DAP bukan parti Cina, tapi parti keluarga Lim. Parti asabiyah yang tebal
kronismenya. Isu skandal banglo Lim Guan Eng di Penang turut menambah marah orang Cina
terhadap DAP.

Kalau bukan kerana rasuah sekalipun, tentu sekali rakyat kecewa pemimpin dengan julukan
Umar Abd Aziz memiliki rumah berharga jutaan ringgit. Secara atau tidak, beliau telah meniru
perangai Joseph Stalin, si bapa komunis yang mengajak rakyat hidup secara kolektif, tetapi diri
sendiri berlagak kapitalis!

Tentu anda juga tahu kini, sudah dua parti serpihan DAP yang ditubuhkan berbagai kaum hasil
ketidakpuashatian terhadap keluarga Lim. Sedang dalam waktu yang sama, sokongan cina dan
bukan Melayu lain terhadap PAS semakin pulih, walaupun sedikit terjejas di awal pergeseran
PAS dengan DAP dahulu.

Silaplah DAP kalau menganggap mereka sudah berjaya memegang semua kepercayaan
orang-orang cina. Kalau beberapa tahun dahulu mungkin ya. Mereka telah berjaya mencapai
sokongan Cina hingga ke siling sekejap dahulu. Tetapi sekarang apabila sokongan sudah klimaks,
mereka tiada tempat lagi untuk mendaki. Justeru kebawahlah pula grafnya. Benar kata pujangga
arab.

إذا تم شيء بدا نقصه

Apabila telah sempurna sesuatu perkara, maka bermulalah kekurangannya!
HARAKAHDAILY 28/3/2016 

Sumber HD - 28-3-2016



Salah istilah

Posted on Sunday, March 27 @ 21:26:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Komen yangretibase terhadap rencana penulis tempohari adalah bagus dan berguna dan terima 
kasih.


Perkataan Penggunaan istilah mestilah menepati maksud yang diungkapkan oleh yangretibase 
terhadap rencana penulis yang bertajuk: kita tidak kenali musuh sebenarnya itu sebagai suatu 
nasihat yang sangat berguna.

Nasihat tersebut memberi modal untuk penulis menulis rencana yang berkaitan dengan salah 
Istilah yang diterimpakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tanpa rasa bersalah.
 

Bercakap pasal salah istilah, iaitu penggunaan istilah tidak menepati maksud sudah lama berlaku 

miskipun ia jelas salah dan perlu dititikberatkan.


Perkataan belanjawan, pada penulis tidak menepati maksud, kerana belanjawan bukan seseorang 
dan juga bukan bajet Negara sepertimana yang dibentang dalam parlimen oleh menteri kewangan 
setiap tahun itu.

 Mengapa tidak? Perkataan jutawan (seseorang), wartawan,(seseorang)  dermawan (seseorang)  
cendekiawan (seseorang) negarawan (seseorang) dan sasterawan (seseorang) Istilah berkenaan 
adalah menepati maknanya yang dimaksudkan.

Istilah belanjawan pada penulis (bukan seseorang dan juga bukan bajet). Kalau ia bajet mana dia 
huruf G (wang) yang dimaksudkan duit.mengapa dibuang huruf G yang tidak menepati 
maksudnya.

Akan tetapi perkataan belanjawan telah diterima pakai sebagai Istilah ( bajet Negara) pada hal ia 
tidak menepati maksudnya.Ia bukan seseorang.Ia bukan bajet walaupun perkataan belanja adalah 
bajet. Bagaimana dengan perkataan wan yang maknanya seseorang.

Pada penulis, istilah belanjawan bukan sahaja tidak menepati maksud, malah salah Istilah yang 
besar kerana tidak menepati makna sebenarnya.

Penulis tetap tidak boleh menerima istilah ini sebagai betul walaupun Dewan Bahasa Pustaka 
kata betul. Ia tetap salah dan wajar ditolak dan tidak boleh digunapakai.

Ia tidak harus berlaku dan wajib dipertikaikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan induk yang ditanggungjawabkan untuk memperkasakan tatabahasa bahasa melayu dan peristilahan.

Yang peliknya ia salah besar, tetapi diterimapakai. mengapa istilah itu masih digunapakai dan 
dianggap betul sehingga kini sedangkan ia salah besar.

Malang sekali  tiada kebanyakan pakar bahasa Melayu Negarapun  tidak berani 
mempertikaikannya. Kerana parlimen sudah menerimanya.Padahal sah ia sama sekali tidak 
betul. Salah.

Penulis pernah pertikai istilah tersebut sebagai salah dan tak betul dalam seminar bahasa di 
Universiti Sains Pulau Pinang pada tahun 1978.

Kebanyakan peserta seminar tidak puashati dengan apa penulis pertikaikan itu sehingga dewan 
seminar jadi kecuh sekiteka.ada yang marah marah.


Walaupun dimarahi, tetapi penulis rasa lega kerana waktu rehat, pembentang kertaskerja, iaitu 
Profesor Dr Farid Onn (UKM) menghampiri penulis membisikan dan berkata, istilah itu 
memang salah. Nak buat macam mana parlimen sudah 
menerimanya. 

Sumber TKO - 27-3-2016



LGE tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah – Hadi

Posted on Monday, March 21 @ 14:25:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak patut dihukum selagi
beliau tidak didapati bersalah terlibat dengan penyelewengan berhubung isu pembelian rumah
banglo berharga RM2.8 juta.

Sebaliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, orang ramai sepatutnya
menyerahkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
menjalankan siasatan.

"(Isu pembelian rumah oleh Guan Eng) itu serah kepada SPRM, terpulang kepada keputusan
siasatan, kita tidak boleh buat keputusan sekarang.

"Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan, (itu) baru pertuduhan," katanya kepada pemberita
di ruang legar Parlimen hari ini.

Sebelum ini, SPRM berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung pembelian
rumah banglo oleh Guan Eng yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran.

Pemimpin UMNO Pulau Pinang pula mengaitkan pembelian rumah banglo itu dengan skandal
Taman Manggis pada 2012.

SPRM dilaporkan akan menyiasat kes itu mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 kerana menerima suapan daripada pihak yang berkepentingan.

Isu pembelian rumah oleh Guan Eng timbul apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk
Shabudin Yahaya membuat pendedahan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Shabudin mendakwa, nilai pasaran harga rumah berkenaan dalam lingkungan RM6 juta hingga
RM6.5 juta.

Guan Eng menafikan dakwaan itu dan menegaskan harga banglo itu dpersetujui selepas
rundingan terus dengan pemiliknya.

"Saya beli rumah tersebut dengan harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, bukan dari pemaju
swasta tetapi dari individu persendirian. Saya bayar dengan mengambil pinjaman bank RM2.1
juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai yang saya peroleh selepas saya dilantik sebagai
Ketua Menteri dan wakil rakyat," kata Guan Eng.

Sumber TKO - 21-3-2016



Sistem politik dua blok tidak wujudkan pentadbiran telus –
PAS


Posted on Tuesday, March 15 @ 05:10:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Pendapat

PETALING JAYA: PAS menyifatkan sistem politik dua blok yang ada pada masa ini tidak 

menyokong sebuah pentadbiran telus dan kerajaan yang mengutamakan negara dan rakyat.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ia dapat dilihat
\apabila blok politik Barisan Nasional (BN) yang menerajui Kerajaan Persekutuan telah
menggunakan majoriti kerusi yang diperolehi di Parlimen untuk meluluskan apa sahaja
perundangan dan peruntukan walaupun ditentang oleh rakyat.

Menurutnya, blok politik DAP yang mengetuai kerajaan Pulau Pinang juga berbuat seperti itu
apabila menggunakan majoriti kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meluluskan apa
sahaja perundangan dan peraturan yang mereka mahu walaupun dibantah segelintir Ahli Dewan
 Undangan Negeri (ADUN) mereka sendiri dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Dengan perkataan lain, sistem dua blok politik akan menyebabkan mana-mana parti yang ada
lebih 50% kerusi boleh bertindak sesuka hati meluluskan perundangan dan peraturan yang
merugikan.

“Sebaliknya, dengan adanya blok politik ketiga, kemungkinan sesebuah blok politik memperolehi
lebih 50% kerusi di Parlimen atau DUN selepas PRU (Pilihan Raya Umum) menjadi lebih tipis,”
 katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Zuhdi, apabila sesebuah blok politik tidak memperolehi lebih jumlah kerusi itu, mereka
memerlukan sokongan blok politik lain bagi membentuk kerajaan dan ia menyebabkan dua blok
politik itu tidak boleh meluluskan sesuatu perundangan dan peraturan sesuka hati.

“Situasi pelbagai parti atau blok politik seperti ini semakin popular di negara-negara membangun
dan terbukti mampu menjadikan sesebuah kerajaan lebih telus dan bersih.

“Sebagai contoh di Indonesia, dengan wujudnya pelbagai parti dan blok politik yang membentuk
kerajaan, maka pentadbirannya lebih mengutamakan rakyat. Prestasi negara Indonesia dalam
memerangi rasuah dan salahguna kuasa semakin baik meskipun masih berada di belakang
Malaysia,” katanya.

Zuhdi turut yakin kewujudan blok politik ketiga yang diusahakan oleh PAS bersama parti-parti
politik lain, NGO-NGO dan tokoh-tokoh perseorangan akan mengembirakan rakyat kerana
mempunyai banyak pilihan untuk mencorakkan kerajaan yang lebih memihak kepada mereka.


“Sebaliknya, kewujudan blok politik ketiga tidak mengembirakan blok-blok politik yang sedia
ada kerana peluang mereka untuk memperolehi lebih 50% kerusi di Parlimen dan DUN, sekaligus
peluang untuk membentuk kerajaan dengan blok sendiri semakin sukar dicapai,” ujarnya.

Sumber TKO - 15-3-2016



Sejauh Mana Politik Matang Dan Sejahtera PAS Menggamit
Hati Penyokong UMNO?


Posted on Saturday, March 12 @ 07:03:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Pucuk dicita, ulam mendatang; begitulah bertuahnya UMNO kalau PAS yang mentadbir
Terengganu sekarang. Kalaulah Mat Said itu ADUN PAS, sudah pasti sudah tumbang kerajaan
PAS pada 8 Mac 2016 yang lalu. Kalau tidak pun, sudah pasti pada 9 Mac 2016,
berbondong-bondonglah ADUN-ADUN UMNO berarak ke istana sambil mengusung
wakil-wakil  rakyat PAS.

Apa yang berlaku pada 8 Mac  ialah ADUN Kijal, Datuk Ahmad Said secara solo mengejutkan 

dewan dengan usul undi tidak percaya pada MB, Datuk Ahmad Razif . Yang PAS bising hanyalah 

dari segi peraturan Dewan dan pencabulan terhadap Perlembagaan Negeri Terengganu. Mengikut 

Perlembagaan Negeri, usul undi tidak percaya terhadap MB tidak memerlukan tempoh awal 14 

hari. Dan dalam hal ini, budi bicara Speaker tidak boleh menyanggah atau mengatasi 

Undang-undang Tubuh tadi.



Pada 9 Mac iaitu hari kedua persidangan Dewan, perjalanannya kembali tenang walaupun PAS 

boleh terus menyerang Speaker atau mengusung Mat Said dan ‘awok-awok’nya menghadap 

Sultan. Media arus perdana pastinya akan menyerang PAS habis-habisan sebagai gila kuasa. 

Tetapi situasi ini tidak berlaku. PAS kekal rasional, beradab dan tenang sebijak politik matang 

dan sejahtera pimpinan TGHH.



Pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta tabiin, banyak orang memeluk dan bersama 

dengan Islam apabila melihat akhlak, keindahan dan keadilan Islam. Sejarah telah mencatatnya 

dalam era kegemilangan Islam. Walaupun akhlak politik matang dan sejahtera hanya satu juzuk 

kecil dari keindahan Islam itu, namun bagi manusia yang ada mata hati mereka tentu dapat 

melihat keunggulan dan jatidiri perjuangan PAS.



Rakyat telah lama melihat bagaimana pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah 

bebas dari rasuah dan penyelewengan. Ummah sudah menyaksikan bagaimana istiqamahnya 

PAS dengan prinsip perjuangannya meskipun dimusuhi oleh DAP dan pemimpinnya sendiri. 



Penulis percaya bahawa dalam kegawatan politik negara sekarang, sebahagian ahli dan 

penyokong UMNO serta pengundi atas pagar akan insaf untuk melihat yang mana intan yang 

perlu dipilih dan yang mana kaca yang perlu dibuang. Kita akan terus berusaha dan berdoa agar 

ummah akan kembali menyertai dan mendokong perjuangan yang suci ini.



Sumber TKO - 12-3-2016



Apabila Kit Siang dan rakan-rakan mahu BN menang

Posted on Friday, March 11 @ 17:34:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Gerakan Selamatkan Malaysia mahu Datuk Seri Najib Tun Razak turun daripada kerusi perdana 

menteri. Alasan pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, jika Najib terus duduk di atas kerusi 
itu maka akan kalahlah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang akan berlangsung 
dua tahun lagi.
Dengan semangat mahu mempertahankan kemenangan BN, maka gerakan Selamatkan Malaysia
dilancarkan. Antara jari jemari yang menurunkan tandatangan pada deklarasi yang dinamakan
Deklarasi Rakyat itu ialah Lim Kit Siang, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Marina Chin dan S.
Ambiga.

Nama-nama yang sememangnya terkenal sebagai seteru Dr. Mahathir itu kini mahu duduk di atas
platform yang sama atas nama perjuangan rakyat mahu Najib turun dari kerusi perdana menteri
seterusnya membantu BN mempertahankan kemenangan pada pilihan raya sebelum ini.

Agak pelik dan terbelit apabila memikirkan di mana sebenarnya nilai dan titik persamaan yang
mahu diperjuangkan oleh gerakan ini. Benar, mereka sepakat mahu menjatuhkan Najib, tetapi
berbuat demikian bagi membolehkan BN menang dalam pilihan raya 2018? Memang tidak masuk
akal.

Adakah Kit Siang, Azmin Ali, Mohamad Sabu, Marina Chin, Ambiga dan senarai nama yang
selama ini mahu parti mereka iaitu DAP dan Pas memerintah Malaysia mahu mengerah tenaga
menjatuhkan Najib semata-mata mahu menyelamatkan negara ini supaya terus dikuasai BN?
Malah penghulu PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail memaafkan Dr. Mahathir juga kerana
 berkongsi matlamat yang sama.

Bukan itu sahaja, Wan Azizah membawa pesanan suaminya, bahawa mereka menyokong
perjuangan Dr. Mahathir, sedangkan segala budaya reformasi, carut pemimpin, maki hamun lahir
berikutan keputusan Dr. Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu suami Azizah.

Biarpun keputusan pemecatan Anwar adalah tepat, namun sehingga hari sebelum gerakan
Selamatkan Malaysia dilancarkan, Wan Azizah anak beranak sentiasa menjaja ke sana sini
mereka adalah mangsa kezaliman Dr. Mahathir.

Gelaran apa yang tidak dilemparkan Anwar kepada Dr. Mahathir. Begitu juga Kit Siang,
pernahkah ada kata-kata baik keluar dari mulut veteran DAP itu tentang bekas perdana menteri?

Segala yang dilaksanakan oleh Dr. Mahathir bagi Kit Siang adalah zalim sehingga beliau tidak
membayar tol kerana marah Dr. Mahathir memperkenalkan pungutan tol.

Sebab itu apabila dirumuskan bahawa perjuangan Dr. Mahathir kali ini agak kabur ramai yang
bersetuju. Sememangnya diakui perdana menteri yang memerintah Malaysia selama 22 tahun itu
adalah pemikir hebat. Jasanya terhadap Malaysia terlalu banyak untuk dihitung. Malaysia gah di
mata dunia sepanjang pentadbiran Dr. Mahathir. Maklumlah beliau mempunyai tempoh 22 tahun
untuk mencorakkan Malaysia mengikut acuan serta air tangannya.

Sebagai perdana menteri paling lama menduduki kerusi pentadbiran nombor satu negara itu, nama
Malaysia dan Dr. Mahathir memang sukar dipisahkan biarpun beliau tidak lagi memegang tampuk
pemerintahan. Kalau keluar negara, sebut Malaysia, maka terpacul nama Dr. Mahathir. Kehebatan
KLCC, KLIA, Putrajaya antara air tangan Dr. Mahathir yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa
pun. Namun sebagai manusia biasa, banyak juga kesilapan, kealpaan dan keraguan dicetuskan
oleh Dr. Mahathir tetapi berjaya disembunyikan lantaran teknologi maklumat ketika itu terlalu
mundur.

Tiada tentera siber, tiada blogger, tidak ada juga perang persepsi untuk membentuk pandangan sisi
lain Dr. Mahathir. Ada pun kebocoran rahsia segera ditangani menggunakan Akta Rahsia Rasmi.
Ada gerakan melampau, tanpa soal jawab, terimalah ISA.

Sebab itu menggerakkan agenda menjatuhkan perdana menteri sedia ada bersandarkan kes
1MDD,dana RM2.6 billion dan SRC International yang dikatakan telah meletakkan negara dalam
keadaan yang sangat teruk disifatkan banyak pihak tidak mencerminkan kehebatan pemikiran Dr.
 Mahathir.

Apatah lagi apabila gerakan yang disandarkan nama rakyat dan selamatkan Malaysia itu tidak
nampak hala tuju dan apa sebenarnya percaturan yang dimahukan. Dr. Mahathir mahu Najib
dijatuhkan kerana dengan cara itu BN boleh menang pilihan raya akan datang. Memang niat itu
nampak sangat ikhlas kerana mahu menyelamatkan negara yang dirumuskan sebagai sedang
'tenat'.

Tetapi ikut hukum akal mengapa Kit Siang dan rakan-rakan mahu Najib turun dari kerusi nombor
satu itu jika Najib sangat lemah dan akan kalah dalam PRU kelak? Bukankah sepatutnya Kit
Siang berterima kasih di atas kelemahan Najib kerana dengan cara itu mereka tidak perlu bekerja
keras untuk menang, goyang kaki dan biarkan keadaan Malaysia yang tenat sehingga rakyat tidak
cukup makan, dijamin pakatan pembangkang menang mudah, sebab banyak isu yang boleh
dimainkan.

Mengapa pula Kit Siang dan rakan-rakan mesti bersatu hati menjatuhkan Najib dan jika berjaya
akan ada perdana menteri baru, seterusnya BN menang pilihan raya. Ketika itu apa pula balasan
kepada Kit Siang dan rakan-rakan?

Rasanya lebih menarik kalau Dr. Mahathir menubuhkan parti baharu untuk menjayakan
perjuangannya dalam meniti usia yang semakin senja. Menerusi parti baharu sokongan terhadap
beliau lebih mudah diukur, lebih telus dan tulus untuk menarik ahli-ahli baru terutama dari
golongan atas pagar yang dikatakan tercari-cari platform baru.


Mungkin sebagai rakyat yang biasa-biasa paras fikiran, kita tidak mampu menjangkau kehebatan
percaturan politik Dr. Mahathir. Mungkin hanya Kit Siang dan rakan-rakan bijak membuat telahan
sebab itu mereka menurunkan tandatangan. Maklumlah sepanjang hayat dibaluti sangkaan jahat
terhadap Dr Mahathir, jadi apa salahnya sesekali berbaik-baik. - MalaysiaGazette .

Sumber TKO - 11-3-2016



Deklarasi Rakyat bukan muktamad - 

Presiden PAS

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .




KUALA TERENGGANU: PAS tetap dengan pendirian mahukan perubahan yang menyeluruh
melalui proses demokrasi serta menganggap Deklarasi Rakyat bukan satu keputusan muktamad.

Justeru, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kehadiran dua wakil
pimpinan PAS pada majlis deklarasi itu sebagai pemerhati.

Ini kerana, kata beliau, dalam deklarasi rakyat tersebut ada perkara-perkara yang dipersetujui oleh
PAS, tidak bersetuju serta terdapat perkara yang perlu ditambah.

“Kehadiran Datuk Mustafa Ali ialah sebagai pemerhati untuk hadir. Kita hadir dua orang,Datuk
Mustafa Ali dan Yang Berhormat Dr Mohd KhairuddinAman Razali.

“Datuk Mustafa tandatangan, Dr Khairuddin tidak tandatangan. Dalam deklarasi itu ada perkara
yang kita (PAS) setuju perubahan, ada yang kita tidak setuju pun ada. Perkara yang perlu
ditambah pun ada.

“Itu (deklarasi) tidak boleh menjadi satu keputusan yang muktamad,” tegasnya yang juga Adun
Ru Rendang kepada media selepas selesai Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan
Undangan Negeri (Dun) ke-13 oleh Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.

Ketika menjawab soalan media apakah yang dimaksudkan bahawa PAS tidak mahu ‘dikualikan’
di sebalik deklarasi Tun M itu, beliau menjelaskan PAS mempunyai pendirian parti sendiri yang
tidak terikat dengan mana-mana pihak serta hadir ke majlis deklarasi itu bagi melihat sendiri
perkembangan semasa.

“Kita tidak ‘dikualikan’ oleh semua, ‘digoreng’ oleh semua. Kita ada pendirian kita sendiri.
Dengan sebab itu, kita tidak boleh memisahkan diri dengan perkembangan dan kita perlu hadir
dan lihat. Dalam masa yang sama kita perlu membuat pertimbangan dalam parti kita sendiri.

“Pada dasarnya ada yang kita tolak, ada yang kita terima. Contohnya, mahu perubahan dan pada
kita perubahan itu mestilah melalui proses demokrasi.

“Tunggu pilihan rayalah, tunggu pilihan raya akan datang. Adapun melalui undi kepercayaan di
parlimen. Dan kita minoriti di parlimen bukan majoriti, bergantung kepada orang Umno sendiri.
Dan oleh kerana Umno adalah tulang belakang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
majoriti, terpulang kepada mereka untuk mereka buat undi tidak percaya.

“Terpulang kepada mereka sendiri. Adapun kita tunggu dan lihat. Apa yang penting kita mahu
supaya proses perubahan itu mestilah positif  kepada negara dan rakyat,” jelasnya.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan perubahan yang hendak dilakukan mesti melalui proses
demokrasi dan mengikut perlembagaan.

“Memang kita mahu perubahan tetapi caranya mestilah melalui proses demokrasi yang betul. Di
antaranya pilihan raya lima tahun sekali menurut Perlembagaan.

“Saya mahu supaya Perdana Menteri kalau hendak tukar melalui pilihan rayalah atau pun melalui
undi kepercayaan di Parlimen. Di Parlimen, Umno 88 kerusi, PBB (10) kerusi, jadi 98 (kerusi)
orang Melayu dan baki lagi bukan Islam.

“PAS sekarang ini tinggal 14 kerusi, boleh buat apa dengan 14 kerusi. Jika mereka (Umno) sendiri
tidak buat, itu hal rumah tangga Umno. Mereka yang punya kuasa pemerintahan, itu rumah
tangga mereka. Adapun kita (PAS) tetap tunggu melalui proses demokrasi,” ujarnya. -
HARAKAHDAILY 7/3/2016

Sumber HD - 7-3-2016


Serangan Tun M kerana mahu Mukhriz jadi PM

Posted on Monday, March 07 @ 16:42:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Artikel

PUTRAJAYA - Motif serangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib 

Tun Razak adalah kerana mahukan anaknya Datuk Seri Mukhriz menjadi perdana menteri, dakwa 
ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, sebab itulah bekas perdana menteri berkenaan tidak menyebut siapa pengganti,
jika Najib meletakkan jawatan.

Menurutnya, Dr Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi perdana menteri
sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Najib dan duduk semeja dengan pemimpin veteran
DAP, Lim Kit Siang.

Mohd Puad turut mengingatkan Mukhriz bahawa tidak ada jalan pintas untuk menjadi presiden
Umno dan perdana menteri.

"Ternyata Mukhriz dan Dr Mahathir gagal faham bahawa Umno akhirnya akan tolak pemimpin
yang rakuskan takhta dan kuasa sehingga sanggup menjatuhkan Presiden Umno menggunakan
musuh orang Melayu dan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


  Jumaat lalu, Dr Mahathir, yang keluar daripada Umno untuk kali kedua pada 29 Februari lalu,
mengetuai tindakan menandatangani apa yang dinamakan mereka deklarasi rakyat, menyokong
penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri.-  Bernama

Sumber TKO - 7-3-2016



Apa selepas Deklarasi Rakyat?

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


PAS melalui gerak langkah politik terbarunya, Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)
bersedia menerima sesiapa sahaja termasuklah dari Umno atau yang keluar dari Umno untuk
bekerjasama. PAS konsisten dengan dasar yang meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.

Oleh yang demikian, PAS tidak menolak 4 tuntutan dalam deklarasi rakyat kerana itu memang
telah lama dilaungkan oleh rakyat dan PAS.

Walau bagaimanapun, PAS melihat deklarasi itu terlalu kecil berbanding harapan rakyat, kerana
beberapa perkara lain yang sepatutnya dimasukkan tidak dimasukkan.

Fokus deklarasi sepatutnya adalah menuntut campur tangan Yang di-Pertuan Agong untuk
membubarkan Parlimen bagi memberikan laluan kepada pilihan raya dibuat lebih awal.

Hanya ini jalan terbaik bagi menukar pemimpin dalam kerajaan sedia ada. Biar rakyat menjadi
hakim dalam menentukan masa depan kepimpinan negara yang baru.

Tuntutan penyingkiran Najib sebenarnya boleh dibuat melalui undian Parlimen sahaja, tetapi
untuk melaksanakan penolakkan terhadap mereka yang menyokong Najib, itu perlu melalui proses
pilihan raya.

Jika hanya menukar Najib di Parlimen, dan menaikkan pemimpin lain dari parti yang sama ianya
tidak akan mengubah apa-apa, malah mungkin lebih teruk sebagaimana menukar Pak Lah kepada
Najib.

PAS juga jelas bahawa menukar Najib kepada pemimpin lain sebelum pilihan raya diadakan akan
memanjangkan usia Umno BN sama seperti ketika Umno tukar Presiden dari Mahathir kepada Pak
Lah, dan Pak Lah kepada Najib.

Umno tetap memimpin BN membina kerajaan walaupun 51% undi popular pada Pilihan raya
Umum 2013 yang lalu memihak kepada pembangkang.

Strategi seperti ini sepatutnya sudah tidak boleh dipakai, kerana PAS yakin rakyat kini lebih
matang dan berani untuk melakukan perubahan.

Hanya dengan menewaskan Umno BN secara total dalam pilihan raya barulah akan dilihat
perbezaan dalam corak kepimpinan negara.

Dan pastinya parti baru yang memerintah nanti akan lebih berhati-hati dalam memastikan harapan
rakyat ditunaikan kerana mereka melihat bagaimana rakyat boleh menukar pemimpin melalui
amalan demokrasi yang adil.

Parti yang memerintah pasti lebih berhati-hati demi mengekalkan kuasa. Ini berbeza dengan
keadaan sekarang kerana lebih separuh abad Umno BN memerintah tanpa ditukar ganti dan
mereka merasa terlalu selesa dengan hanya menukar pucuk pimpinan untuk menarik semula
sokongan rakyat.

Soalnya, apa selepas deklarasi rakyat? Adakah Mahathir sanggup bersama Pembangkang untuk
menukar Kerajaan kepada parti selain Umno BN atau hanya ingin menukar Najib dan
penyokongnya kepada orang-orang Mahathir yang lain dalam Umno?

Segalanya perlu dibincang secara terperinci dan konsensus bersama perlu diterjemahkan dalam
tindakan susulan pasca deklarasi. - HARAKAHDAILY 7/3/2016
 
Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber HD - 7-3-2016


Mustafa, Khairudin hadir deklarasi atas izin Hadi

Posted on Saturday, March 05 @ 23:05:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM - Kehadiran Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan 

Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Khairudin Aman Razali ke sidang media deklarasi rakyat yang 
digerakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah berdasarkan keizinan 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat oleh Abdul Hadi atas
pertimbangan perhubungan politik yang dilihat wajar.

“Tindakan ini sebenarnya menelusuri peta besar dan "road map" yang telah dilakar dengan teliti
oleh PAS untuk terus menerajui gerakan perubahan total dalam negara tercinta ini.

“Berasaskan prinsip Amal Jamaei, Presiden mempunyai hak (hak Amal Jamaei dan hak
Perlembagaan parti) untuk membuat keputusan segera dalam situasi tertentu yang dirasakan perlu
untuk kepentingan parti dan mencongak strategi semasa meskipun  secara makronya dilihat
berbeza dengan keputusan awal parti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau bertegas mengulangi prinsip Pas yang tidak bersetuju menjatuhkan
pemimpin negara, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pas mahu Pilihan Raya Umum diadakan segera untuk kembali menyerahkan kepada rakyat
membuat keputusan terhadap kepimpinan negara akan datang setelah kerajaan yang ada pada hari
ini terpalit 1001 isu yang melibatkan integriti kepimpinan.


“Pas mempunyai langkah dan strategi tersendiri dalam melakar tindakan mendepani cabaran
politik semasa tanpa perlu terikat dengan gerakan mana - mana pihak,” katanya lagi.

Sumber TKO - 5-3-2016




Mahathir pun dah masuk spesis 'katak'

Posted on Saturday, March 05 @ 11:42:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Walaupun agak berbeza dengan cara Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali melompat parti, namun
mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga sudah dikira layak dipanggil pemimpin
katak kerana keluar masuk UMNO bukanlah asing lagi bagi dirinya.

Sejak meletak jawatan Perdana Menteri, Mahathir dilihat sesuka hati memperlekehkan UMNO
hanya kerana tidak puas hati dengan Perdana Menteri yang dia sendiri lantik.

Malang bagi Tun Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin yang dikenali sebagai seorang yang
bersikap lemah lembut apabila dia dibenci Mahathir selepas tidak sampai satu penggal dipilih
Mahathir untuk menggantikan dirinya sebagai Perdana Menteri, sekali gus menjadi Presiden
UMNO.

Kebetulan ketika itu, Abdullah adalah Timbalan Perdana Menteri dan Mahathir melihatnya
sebagai orang paling layak menggantikan tempatnya sehingga berlakukah peralihan kuasa dalam
suasana penuh meriah.

Tak payahlah nak diceritakan kenapa kebencian Mahathir terhadap Abdullah menjadi meluap-luap
kerana apa yang penting, Mahathir dengan rela keluar UMNO pada 19 Mei 2008 kerana sudah
hilang keyakinan terhadap Abdullah yang dia sendiri lantik.

Walaupun sudah keluar parti, tekanan terus diberikan kepada Abdullah tanpa mempedulikan
pandangan rakyat kerana matlamatnya adalah untuk melihat Abdullah berundur daripada
jawatannya sebagai pemimpin negara dan parti.

Akhirnya, Mahathir berjaya dan Abdullah melepaskan jawatannya dengan rela hati dan
menyerahkannya kepada Datuk Seri Najib Razak yang mana itulah yang dimahukan Mahathir.

Sudah terang lagi bersuluh kata pepatah lama, Mahathir sengaja keluar UMNO dengan niat akan
masuk semula jika bukan Abdullah yang memimpin parti.

Tepat sangkaan yang dilemparkan kerana sebaik sahaja Najib memegang kuasa, Mahathir kembali
menyertai UMNO semula pada 4 April 2009 kerana yakin Najib adalah pemimpin terbaik yang
boleh diharapkan berbanding Abdullah.

Malang buat Najib, dia juga menjadi kebencian Mahathir yang sudah tentu makan hati melhat
Abdullah boleh bertahan lebih satu penggal sebagai Perdana Menteri.

Serangan berbentuk kecaman dilakukan Mahathir tanpa mempedulikan maruah dirinya dan bangsa
Malaysia, namun Najib tidak mudah melatah hingga Mahathir dilihat semakin tertekan yang
akhirnya terpaksa berkongsi padang dengan pembangkang untuk menjatuhkan Najib.

Kegagalan Mahathir akhirnya membuatkan dirinya terpaksa menarik diri sekali lagi daripada
menjadi ahli UMNO pada 29 Februari 2016.

Mahathir membuat pengumuman dirinya bukan lagi ahli UMNO untuk kali keduanya sejak 2009.

Pada zaman awal kepimpinan kewujudan UMNO, Mahathir juga pernah keluar parti akibat
dipecat oleh Tunku Abdul Rahman tetapi itu tidak dinyatakan.

Dengan keluarnya Mahathir daripada UMNO, maka kini dia secara automatik menjadi rakan
seangkatan Ibrahim Ali yang bangga menggelar dirinya katak.

Malah Ibrahim satu ketika dulu amat mengalu-alukan pemimpin-pemimpin yang melompat keluar
masuk parti malah pernah membuat ucapan selamat datang kepada pemimpin yang satu spesis
katak dengannya seperti Mohamad Sabu dan beberapa orang lagi.

Kini Mahathir turut menjadi seperti Ibrahim Ali.

Walaupun bukan melompat ke parti lain namun kisahnya yang keluar masuk dalam parti UMNO
sesuka hatinya tetap umpama katak yang mungkin lebih baik sedikit daripada katak-katak lain.

– MalaysiaGazette

Sumber TKO - 5-3-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

11 soalan yang Mahathir jawab dan tidak jawap

Posted on Friday, March 04 @ 21:35:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Berita

Majlis pemeteraian Deklarasi Rakyat hari ini yang menuntut penyingkiran Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak menyaksikan pemimpin dan individu yang sebelum ini tidak boleh bertentangan
mata selama beberapa dekad mampu duduk di dewan yang sama.

Aktivis dan ahli politik yang memperjuangkan hak asasi manusia sanggup bersama Tun Dr
Mahathir Mohamad yang dituduh mereka sebagai pemimpin kuku besi ketika menjadi perdana
menteri.

Semua perbalahan, perbezaan pendapat dan ideologi sanggup diketepikan semata-mata untuk
bersatu bagi menyingkirkan Najib yang kini memperkuatkan cengkamannya terhadap kuasa.


Pejuang hak asasi manusia yang hadir pada majlis menandatangani perisytiharan itu disoal
mengenai kerjasama yang janggal ini.

Ia menjadi lebih janggal apabila soalan ini dikemukakan di hadapan Mahathir.

Ikuti kata-kata mereka:

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang

S: Adakah anda mempercayai Mahathir?

Kit Siang: Negara ini kini di persimpangan sejarah yang penting ... Apa yang kita lihat hari ini
bukan penjajaran politik kuasa-kuasa politik tetapi penjajaran kuasa rakyat untuk kepentingan negara.
Saya fikir bahawa kita mesti gesa semua 30 juta rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama,
politik dan individu, untuk datang bersama-sama menyelamatkan Malaysia daripada menjadi
sebuah negara gagal dan dikuasai oleh penyangak.

"Saya fikir bahawa ini amat penting dan kita tidak sepatutnya terkunci dalam persoalan yang tidak
berkaiatan pada masa ini.

S: Tetapi bagaimana anda boleh berdamai dan bekerja dengan Mahathir yang pernah anda
tuduh menjahanamkan negara ini?

Kit Siang: Saya fikir kami alu-alukan semua rakyat Malaysia yang bersedia pada masa ini untuk
bangkit dan meletakkan negara di atas segala-galanya.

Dan ini termasuk semua kamu dalam media. Adakah kamu bersedia? Saya cabar kamu.

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah

S: Bagaimana anda boleh bekerja dengan Mahathir?

Maria: Kami mahu singkirkan Najib kerana kami telah memberinya banyak peluang untuk
memulihkan sistem yang teruk ini tetapi dia tidak melakukannya.
Oleh itu adalah penting dan tidak boleh dirunding mengenai penyingkirannya. Tetapi pada masa
yang sama, kita juga mahu menilai sistem sekarang kerana yang ada ini tidak berfungsi.
Untuk bergerak ke depan ke arah demokrasi dan pembaharuan institusi - seperti yang Tun
(Mahathir) sebut - sangat penting.

S: Adakah anda juga mengketepikan kesilapan lalu oleh Mahathir?
Maria: Dengan membawa pembaharuan institusi kita sudah membetulkan kesilapan masa lalu.
Kita telah membuat kesilapan sepanjang jalan dan kita berada di sini hari ini, dan masa depan,
untuk memperbetulkan kesilapan.

Kita tidak mahu bercakap dalam masa 10 tahun akan datang nanti tentang rasuah, mengenai
undang-undang yang menindas. Kita ingin katakan kami berada di sini untuk masa depan yang
lebih baik.

Presiden Persatuan Hak asasi Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan

S: Bagaimana anda boleh bekerja dengan Mahathir?

Ambiga: Bagi masyarakat sivil, setakat yang saya tahu, ia bukan sahaja tentang memecat seorang
lelaki.

Ia adalah mengenai mewujudkan agenda reformasi tulen untuk mengembalikan negara kepada
demokrasi yang tulen.
Kita telah menyimpang jauh tetapi agenda pembaharuan kami adalah memperkukuh institusi
kebebasan bersuara, pilihan raya yang adil dan bebas serta menegakan kedaulatan undang-undang.

Saya hadir di sini kerana mahukan Malaysia menjadi lebih baik. Kami percaya rakyat berhak
mendapat sesuatu yang lebih baik.

Dan desakan untuk penyingkiran Perdana Menteri, ini adalah mengikut konvensyen dan prinsip
demokrasi. Ini bukan perkara peribadi. Ini adalah bagaimana demokrasi berfungsi.

Dalam mana-mana demokrasi yang tulen, seorang pemimpin dalam kedudukan seperti beliau
(Najib) akan meletak jawatan dalam keadaan yang sama.

Saya rasa membenaskan Anwar Ibrahim juga perlu menjadi agenda reformasi kami, termasuk
mereka yang dipenjarakan secara tidak sah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

S: Adakah anda mempercayai pembangkang?

Mahathir: Itu tidak mengapa. Apa yang penting ialah bahawa kita adalah rakyat Malaysia.

Sumber TKO - 4-3-2016




Teks penuh Deklarasi Rakyat bagi singkir Najib
Posted on Friday, March 04 @ 21:22:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Laporan

Berikut adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib hari ini:

1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami
terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada
negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang
paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey
Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015,
dari 50 ke 54.

4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai
Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King".

5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah
dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber
kewangan.

6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth
Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.

7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang
sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ia tidak lagi menjadi Dana Kekayaan.

Sebaliknya Dana Hutang Negara.

8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang
RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru
selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual
pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.

9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi
International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di dalam projek-projek dan aset yang tidak
wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang
tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat
 yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak
langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan
Low Taek Jho.

10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan Pinjaman
ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak
us$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke
Malaysia. sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di dalam dana di
Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan
pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan
mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus
sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi
telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS.

Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49
peratus saham di datam syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana,
syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun menyebut
tentang penerimaan pembayaran tersebut di dalam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London
Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481
juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.

12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-
Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada
Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk
 membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama
iaitu,"Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena
dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia
yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.

13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1
bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana
Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank
BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa,
ianya bukanlah di dalam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset
ini merupakan"unit"yang bermakna bahawa tanya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB
dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa
wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan
Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.

14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis
berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan
polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan
 Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam
beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang
ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1 MDB.

15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di dalam
akaun peribadinya di Ambank.

16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai
sejumlah wang yang banyak di dalam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari
seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13
kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia
kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi, dan
kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod
berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut
mungkin merupakan pelaburan. Tetapi jumlahnya kecil.

18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahkamah tetapi dia tidak
berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa
akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.

19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci
berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di dalam akaun peribadinya. Dianya
masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di
 mana WSJ diterbitkan.

20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan
petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan
 terlibat, Polis Di Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia.

21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara disingkir
 oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib
telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan
perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
 dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang
penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan
menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank
Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut
yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.

23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.


24. peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan
tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.

25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua
institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran datam bidang mereka.

26. penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti
dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai
pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.

27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang peguam Negara yang
lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal- skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan
ke atas 1MDB.

28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing.
Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi
Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat
 menjalankan soal siasat terhadap orang itu.

29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib,
Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga
mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa
yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di datam
pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam.

30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion
(sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada
bukti lain yang dikemukakan.

31. Rakyat juga semakin menderita.

32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan
kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing
menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar
pengangguran.

33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPP)
Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara
kita.

34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk
mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga
kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis
Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan
Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa
sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar
batas keadilan yang diterima.

35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan,
atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap
mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi
 perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur
salahlaku. Hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa
apa-apa makna.

36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan
menyokong

a) Penyingkiran Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran
yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya

c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jelas melanggar hak asasi yang
termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC

37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik,
kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada
Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi
demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif
dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity
institusi-institusi nasional.

Tandatangan rakyat

Sumber TKO - 4-3-2016





Senarai hadirin deklarasi anti-Najib
Posted on Friday, March 04 @ 21:19:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Laporan

Serama 58 individu hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala
Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi 'Selamatkan Malaysia'.

Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad,
bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.


Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Maria Chin Abdullah
S Ambiga
Mustapa Ali
Zaid Ibrahim
Lim Kit Siang
Ling Liong Sik
Muhyiddin Yassin
Mahathir Mohamad
Mohamed Azmin Ali
Sanusi Junid
Muhkriz Mahathir
Mohamad Sabu
Husam Musa
Mahfuz Omar
Khairuddin Aman Razali
Tamrin Ghafar
Hishammudin Rais
Salahuddin Ayub
A Kadir Jasin
Muhammad Muhammad Taib
Elizabeth Wong
Kamaruddin Jaafar
Mujahid Yusof Rawa
Teresa Kok
Tian Chua
Anthony Loke
Hasanuddin Mohd Yunus
Khairuddin Abu Hassan


Sementara itu, pengacara majlis Syed Saddiq memberitahu terdapat beberapa pemimpin yang tidak
hadir tetapi menyatakan sokongan mereka terhadap gerakan 'Selamatkan Malaysia'.

Mereka termasuk, Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Zaman Khan, Mathias
Chang dan Tony Pua.

Sumber TKO - 4-3-2016




Mustafa, Mahfuz antara pemimpin PAS yang hadir
Posted on Friday, March 04 @ 21:18:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Laporan

Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara
pemimpin parti itu yang hadir pada Deklarasi Anti-Najib yang dijadualkan bermula pada jam 3.30
petang ini.

Turut kelihatan adalah beberapa pemimpin PAS, termasuk pengarah pilihanrayanya, Datuk
Mustafa Ali, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Dewan Ulama,
Datuk Khairuddin Aman Razali.

Mustafa yang juga adalah bekas setiausaha agung PAS ketika ditemui berkata kehadirannya adalah
atas kapasiti individu dan bukannya mewakili parti Islam itu.


"Saya datang sini secara peribadi. Jemputan atas nama saya," katanya kepada Malaysiakini sambil
tersenyum.

Mustafa juga berkata beliau tidak bimbang akan dikenakan tindakan parti kerana menghadiri
perjumpaan hari ini.

"Perkara itu tidak berbangkit. Tak adalah (dipanggil).

"Saya datang sebab saya dijemput atas nama saya," katanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak akan menyertai
sebarang himpunan bagi mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan
jawatannya.



Beliau dipetik sebagai berkata beliau anti Umno tetapi bukan anti orang Umno.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan pula membela Abdul Hadi dengan berkata, tindakan itu
menepati kriteria budaya politik matang yang sedang diterajui PAS.

Selain pemimpin PAS, kelihatan beberapa pemimpin parti serpihannya, AMANAH.

Mereka termasuk Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Datuk Mujahid Yusof Rawa dan bekas
menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.



Hadir sama adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak
mereka, Datuk Seri Mukhriz.

Pemimpin utama PKR dan DAP juga hadir sama. Mereka termasuk Datuk Seri Azmin Ali,
Shamsul Iskandar, Lim Kit Siang, Anthony Loke dan Teresa Kok.

Sumber TKO - 4-3-2016



Sependapat tentang Najib, berbeza untuk Anwar
Posted on Friday, March 04 @ 21:17:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Gerakan Selamatkan Malaysia hari ini bersetuju bahawa mereka cuba mencapai matlamat untuk
menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri namun masih tidak sependapat
dalam isu membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita hanya menumpukan perhatian ke atas penyingkiran Najib," kata bekas perdana menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media Selamatkan Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan turut berjuang untuk
membebaskan Anwar.

Dalam majlis berlangsung kira-kira dua jam itu, Dr Mahathir dilihat mengelak soalan yang
berkaitan dengan penglibatannya bersama parti pembangkang bagi menandatangani deklarasi
tersebut.


Bagaimanapun dalam sidang media sama, Peguam Kanan Datuk
S Ambiga pula menggesa supaya isu pembebasan Anwar
dimasukkan dalam deklarasi rakyat oleh gerakan itu.

"Kita perlu masukkan agenda untuk bebaskan Anwar dalam
deklarasi ini kerana beliau dihukum secara tidak adil," katanya.

Sementara itu selepas sidang media, bekas timbalan perdana
menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu pokok deklarasi yang dibacakan Dr Mahathir itu
lebih penting berbanding gerakan membebaskan Anwar.

"Saya menyokong penuh kenyataan yang dibuat Tun Mahathir mengenai tujuan deklarasi ini
diadakan. Yang diterangkan Tun itu lebih utama dari kempen bebaskan Anwar," katanya.

Bagi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula agenda membebaskan Anwar
merupakan perkara utama bagi parti itu.

Katanya, Anwar merupakan simbol kezaliman serta sistem kerajaan yang rosak oleh Umno dan
BN.

"Kita akan teruskan usaha membebaskan Anwar. Beliau simbol kezaliman negara.

"Perjuangan akan diteruskan. Tuntutan kita bukan setakat pemecatan (Najib), tetapi juga PRU
yang adil, kebebasan media. Itu tuntutan yang telah termaktub dalam deklarasi ini, yang selari
dengan agenda Pakatan," katanya.

Anwar dijatuhi hukuman penjara dan kini berada di Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan
meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sumber TKO - 43-3-2016


Dr Mahathir juga Melayu yang mudah lupa?

Posted on Friday, March 04 @ 15:28:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tun Dr Mahathir Mohamad memang amat arif soal budaya berfikir dan falsafah orang Melayu. 

Sebab itu beliau berani merumuskan bahawa Melayu memang mudah lupa.
Baginya budaya dan pemikiran orang Melayu banyak dizahirkan menerusi pepatah, pantun dan 
adat resam serta ledakan emosi. Beliau memanfaatkan falsafah ini untuk membuat keputusan dan 
menyusun langkah politiknya. 
Misalnya, apabila ditanya pada 2003 mengapa mahu 
bersara, Tun Mahathir menggunakan bidalan yang 
selalu disebut bondanya: “berhentilah ketika tengah 
sedap makan”.
Kebijaksanaan bondanya memang terserlah dan ini 
banyak bersandar pada pesan Rasulullah s.a.w. 
“berhentilah makan sebelum kenyang”. 
Mahathir menukil pesan bondanya untuk 
menyampaikan pesan politik  bahawasanya beliau meninggalkan kedudukan, kuasa dan pengaruh 
ketika berada dalam keadaan cukup mampu untuk terus “makan” (baca: berkuasa).
Bagaimanapun apabila menyedari bahawa pengaruhnya mula digerhanakan oleh mereka yang “
ditauliahkan” untuk “makan” daripada legasinya, maka beliau segera bertindak – bersandarkan 
budaya pemikiran Melayu jua.
“Sayang anak-anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan” menjadi sumber tindakan 
politik Mahathir apabila mendapati penggantinya, tidak menelusuri jalan politik yang telah 
diasaskannya.
Ini jelas dalam strateginya meninggalkan Umno kerana kecewa Tun Abdullah Badawi tidak “
makan nasihatnya” dalam mentadbir negara. Beliau mempengaruhi isterinya, Tun Dr Hasmah Ali 
untuk turut keluar Umno.
Minggu ini Mahathir sekali lagi menzahirkan pepatah “sayangkan isteri tinggal-tinggalkan” dan 
mengisytiharkan keluar dari Umno bersama Tun Hasmah apabila presiden Umno, Datuk Seri Najib 
Razak juga tidak “makan nasihatnya”.
Psikologi di sebalik konsep “rajuk” sang suami supaya “tinggal-tinggalkan isteri” jika ada yang 
tidak kena dalam hubungan perkahwinan memang mempunyai konotasi romantik dalam sistem 
politik Melayu. 
Ini kerana seperti dalam kes rajuknya terhadap Tun Abdullah, matlamatnya  untuk membangkitkan 
rasa rindu bukan dalam nubari politik Tun Abdullah tetapi khalayak rakyat yang dahagakan 
penyelesaian “rajuk” yang  tuntas. 
Mahathir menagih simpati rakyat ketika itu. Beliau perlu “tinggal-tinggalkan” Umno kerana Tun Abdullah mahu memandu Umno “di jalan kehancuran” menjelang pilihanraya ke-11 pada tahun 2008 lalu. 
Mesej Mahathir ialah beliau perlu bermurafakah daripada Umno bukan tidak sayangkan parti itu 
tetapi “tidak tergamak” melihatnya hancur kerana dipimpin ke jalan yang sesat.
Tekanan daripada tindakan rajuk Mahathir itu menjadi. 
Tun Abdullah berhenti menjadi perdana menteri dan 
presiden Umno pada September 2009. 
Hasil simpati rakyat terhadap “rajuk” nya itu, Mahathir 
mendapat kesempatan untuk menunjukkan Umno dan
rakyat siapa layak mewarisi kerusi Tun Abdullah. 
Mahathir memilih Najib dan Umno pun bersetuju. 
Bagaimanapun atas nama kasihnya pada Umno, 
Mahathir nampaknya sekali lagi terpaksa “merajuk” dan “tinggal-tinggalkan” Umno apabila Najib 
pula tidak “makan” nasihatnya. 
Adakah rajuk kali ini satu lagi “pengorbanan” Mahathir untuk menyelamatkan Umno daripada 
kehancuran? Adakah ini satu lagi penzahiran “pepatah sayang isteri tinggalkan”?
Atau, bolehkah dibaca bahawa keluarnya Mahathir sekali lagi dari Umno kerana sebenarnya beliau 
puas “makan” dan mahu terus menyambung urusan makan (baca: kuasa dan pengaruh) dalam 
politik Melayu?
Persoalan ini perlu diutarakan kerana kali ini Mahathir keluar Umno bukan sekadar merajuk. Kali 
ini beliau diapit oleh pemimpin pembangkang yang menjadi musuh Umno ketika beliau membuat 
pengumum keluar Umno. 

Menurut Setiausaha Agung Umno, Tunku Adnan Mansor 
sehingga Rabu lalu, Mahathir dan isterinya masih belum 
menghantar surat peletakan jawatannya lagi. 
Adakah ini bermakna Mahathir mencongak bahawa “rajuknya” 
kali tidak lama. Nampaknya beliau yakin akan dapat “menguja” 
ahli-ahli Umno terutama di peringkat cawangan-cawangan untuk 
bangkit menuntut Najib “berhenti makan”?
Jika demikian, mengapa pengumuman penting keluar Umno itu dibuat bersama-sama pemimpin 
pembangkang termasuk bermuzakarah dengan musuh nombor satunya ketika memimpin Umno 
dahulu, Lim Kit Siang?
Adakah tekad Mahathir kali ini bukan sekadar mahu menyelamatkan Umno tetapi mahu 
menyelamatkan negara? Jika demikian, bersyukurlah betapa Mahathir sudah sedar bahawa 
pembangkang sebenarnya bukan musuh mutlak.
Jika demikian, bagaimana dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim? Bolehkah demi 
negara, Mahathir mahu bekerjasama dengan pembangkang membebaskan Anwar sebagai syarat 
menumbangkan Najib?
Jika demikian percaturannya, bolehkah dibaca agenda utama Mahathir sebenarnya ialah bukan 
sekadar menjatuhkan Najib tetapi membenamkan Umno keseluruhannya?
Justeru bolehkah disimpulkan bahawa sebenarnya kenyataan-kenyataan awal Mahathir menegur 
dan mengkritik Najib sebenarnya bukan kerana sayang dan mahu menyelamatkan Umno 
kecundang pilihanraya umum ke-14 kelak?
Atau, adakah kini Mahathir keluar 
Umno kerana dendamnya pada Najib
dan rasa meluat sangat terhadap 
yang sudah jadi parti Najib hingga 
boleh memecat  anaknya, Mukhriz 
dari kerusi Menteri Besar?
Umum tahu parti-parti 
pembangkang bukan bebal. Mereka 
dapat membaca betapa terdesaknya 
Mahathir mahu mengekalkan 
legasinya dalam Umno sehingga 
perlu bantuan pembangkang. Sebab 
itu, Mahathir tinggalkan Umno. 
Tun Abdullah berhenti “makan” 
sejak 2009 kerana “termakan” 
politik rajuk Mahathir. Selepas membasuh tangan, beliau tidak lagi berhajat untuk menyambung 
makan. Beliau akur untuk “berhenti sebelum kenyang”. 
Bagaimanapun itu berbeza dengan Najib. Beliau masih terus menyuap. Ini menjolok kemarahan 
Mahathir hingga menjadikan Umno sebagai musuh dan perlu “bantuan” pembangkang untuk 
membunuh parti itu? 
Nampaknya Najib dan Umno tiada pilihan selain mengisytiharkan Mahathir musuh Umno kerana 
beliau kini menyusun strategi mengajak musuh-musuh Umno menghancurkan parti pilihan orang 
Melayu sejak 1946.
Dr Mahathir nampaknya masih belum kenyang dan mahu terus “menyuap kuasa dan pengaruh”
politik tanpa menghiraukan pesan bondanya supaya “berhenti ketika tengah sedap makan”.

Atau, beliau terlepas pandang bahawa pada satu ketika beliau pernah merumuskan “Melayu mudah 
lupa”. Apakah beliau sudah terlupa?

Oleh AbdulRahman Malik
AntaraPOS

Sumber TKO - 4-3-2016



Kenapa kita mudah sangat ditipu

Posted on Friday, March 04 @ 14:53:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"19 February 2016 (jumaat) ustaz Hamzah Ngah ketika berkutbah di masjid 
At-Takwa Batu Enam ada bertanya kenapa kita mudah sangat ditipu.

26 February 2016 (jumaat) ustaz Ismail Mamat ketika berkutbah di masjid 
yang sama juga ada menyebut perkataan yang berbunyi: kita ditipu. 


Mudah sangat di tipu dan kita ditipu suatu isu yang sama. Memang kita 

mudah sangat ditipu dan kita ditipu, terutama sekali oleh musuh kita.


Anda pernah ditipu. Kalau anda pernah ditipu. Kenapa? Pasti ada yang tak kena dengan keputusan
yang anda buat.


Penulis pernah ditipu. Tak banyak.Ada orang kena ratusan ribu ringgit, malah ada orang kena tipu 

sampai jutaan ringgit.kesian.



Kenapa? kerana tertarik dan terpesona dengan tawaran yang dibuat dan percaya bahawa ia 

menguntungkan.Yang peliknya mereka yang kena tipu ini tak mengaku yang dia kena tipu.



Mengapa mungkin malu,takut dilabel sebagai bodoh.kerana lazimnya, orang bodoh sahaja yang 

kena tipu.manakala yang cerdik tak mudah ditipu.



Sekarang, kita sudah ada jawapannya. kenapa kita mudah sangat di tipu?kerana tidak lain dan tidak 

bukan dek salah ketika membuat keputusan.Salah diri sendiri.Tapi payah nak mengaku yang aku 

kena tipu.



Mengapa kita sering salah buat keputusan. Pertama, salah faham. Allah larang kita bertindak atas “

sangkaan”.sepertimana firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang orang beriman, jauhilah 

kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana 

sesungguhnya sebahagian dari sangka itu adalah dosa” (surah al- Hujuraat ayat 12).



Kita dilarang bersangka buruk ( buruk sangka) dan juga dilarang bersangka baik (baik sangka). Tapi 

kita fahami hanya bersangka buruk (buruk sangka) sahaja yang dilarang.manakala baik sangka 

boleh dan harus dijadikan amalan.



Sebut sahaja sangkaan ia adalah dilarang meskipun baik. Mengapa? Kerana ia adalah sangkaan 

semata mata bukan suatu yang benar.palsu.



Realiti hari ini kita dilarang bersangka buruk sahaja, manakala bersangka baik dijadikan amalan 

dengan alasan kita tidak boleh bersangka buruk dan kena bersangka baik dengan manusia.



Bolehkah kita bersangka baik dengan penjenayah, sedangkan kita sudah kenalpasti dia seorang 

penyamun.Sudah tentu sama sekali tak dibolehkan. Malah jatuh wajib kita memberitahu kepada 

umum, ini penyamun.atau ini penipu.Apatah dengan kafir taknatullah.



Kita dilarang bersangka baik dengan kafir.kerana kafir adalah musuh Allah, musuh Rasulullah 

SAW dan musuh Islam.



Malangnya masih ada orang Islam yang menganggap kafir bukan musuh dan kita kena buat baik
kerana dia juga manusia..Ingat, sifat orang munafik, mereka gemar dan cenderung menolong 

orang orang kafir.



Perkara berbaik sangka dengan kafir ini telah di praktikkan oleh umat islam Palestin menerusi 

perjanjian demi perjanjian dan akhirnya  yahudi mengkhianati perjanjian yang dibuat akibatnya 

sudah 2 juta umat islam dibunuh dengan kejam sehingga hari ini.



Pada penulis, jika bersangka baik dengan kafir pasti akan masuk perangkap dan terperangkap dan 

ditipu bulat bulat.Kini sudah 1.2 juta kanak kanak keturunan arab diculik untuk diyahudikan.



Inilah punca kita mudah sangat ditipu. Mengapa? Kerana kita bersangka baik dengan orang kafir 

yang dilarang oleh Allah. Tidak dinafikan  Allah ajar kita hendaklah berlaku adil (kerajaan) dengan 

sesiapa,(manusia) tetapi wajarkah kita percaya dengan kafir yang menjadi musuh Allah itu.



Lihat firman Allah yang bermaksud:  “Wahai orang orang yang beriman jika kamu taatkan orang 

yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu 

orang orang yang rugi. Jangan kamu taat mereka. Bahkan taatlah kepada Allah pelindung kamu 

Dan dialah sebaik baik penolong” (surah A li Imran ayat 149-150).



 Itulah punca kita mudah sangat ditipu.Kita taat dengan orang kafir dan tak taat dengan Allah dan 

Rasulullah SAW.



 Allah larang sangkaan.kita kata,Allah larang sangka buruk sahaja dan  tak larang sangka baik. 

Padahal  kedua dua itu adalah sangkaan belaka yang jelas dan nyata suatu larangan yang mesti kita 

patuhi.



 Jangan bersangka baik dengan orang orang yang kita tak kenalpasti peranginya. Dan tidak boleh 

bersangka buruk dengan orang orang yang kita  kenalpasti baik perangainya.Malah dilarang 

bersangka buruk dengan Allah dan Rasululah SAW.



Sumber TKO - 4-3-2016 



Mahathir benar, ini kalilah


Posted on Thursday, March 03 @ 06:29:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Pendapat

Saya adalah seorang pengkagum Mahathir Mohamad. Beliau seorang yang berani. Di masa-masa 
krisis seperti sekarang ini, kita sebenarnya memerlukan lebih ramai orang-orang yang berani.

Walaupun sudah berumur 90 tahun tetapi Mahathir telah menyatakan kesanggupan beliau untuk
didakwa dan dipenjara di dalam penentangan beliau terhadap rejim Najib (dan Rosmah).
Keberanian Mahathir mengalahkan kita yang muda.

Sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman, Mahathir adalah seorang yang pintar, licik dan
strategis di dalam menggunakan kedudukan dan kuasanya serta alat-alat negara untuk
 menundukkan musuh-musuh beliau khususnya ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

Tetapi pada masa yang sama beliau juga seorang pemimpin yang punya wawasan jelas untuk
negara-bangsa Malaysia yang dipimpinnya. Sama ada kita setuju atau tidak dengan wawasan dan
jalan yang dipilih oleh Mahathir untuk merealisasikannya itu satu perkara yang lain.

Namun begitu rekod ketrampilan 

Mahathir sebagai seorang pemimpin 
yang hebat dan dikagumi

dunia dirosakkan khususnya di mata 

ramai orang Melayu dengan 
tindakan beliau memecat Anwar
Ibrahim melalui tuduhan yang 

sampai sekarang diragui 
kesahihannya.

Walaupun kerosakan yang dilakukan 

oleh Mahathir khususnya dalam 
soal-soal kehakiman,

kebebasan media, hak asasi manusia dan demokrasi mendahului tindakannya memecat Anwar
Ibrahim, namun di mata ramai orang Melayu kesalahan terbesar beliau adalah kerana memecat dan
mengaibkan Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Mahathir seorang nasionalis

Apa pun satu hal yang kita perlu akui Mahathir adalah seorang nasionalis. Malahan buat saya
tindakan beliau memecat Anwar Ibrahim pada waktu itu salah satu daripada faktornya adalah
kerana dorongan sentimen nasionalisme beliau. Konteksnya adalah krisis kewangan 1997/1998
yang telah meranapkan ekonomi banyak negara-negara di Asia Tenggara.

Anwar dilihat lebih cenderung menyebelahi kapitalis global dan internasional yang diwakili oleh
IMF, World Bank dan Amerika Syarikat manakala Mahathir cenderung mengambil sikap
menyebelahi kapitalis nasional dalam krisis kewangan tersebut.

Mahathir adalah nasionalis yang mendukung sistem kapitalis dan pasar tetapi ia mestilah
menguntungkan Malaysia (baca: kapitalis nasional).

Konflik yang bermula dari dua pandangan ekonomi yang berbeda itu akhirnya berlarutan kepada
konflik politik dan kuasa yang seterusnya melahirkan Gerakan Reformasi 1998.

Mahathir adalah ikon kebencian Gerakan Reformasi. Kerana itu Mahathir dijuluki sebagai
Mahafiraun, simbol makhluk terkutuk.

Kebencian hanya dikongsi Melayu

Tapi kebencian kepada Mahathir pada waktu itu rata-ratanya hanya dikongsi oleh orang Melayu.
Orang bukan Melayu terutamanya orang Cina tidak berkongsi rasa yang sama.

Mereka (bukan Melayu) masih melihat bahawa
Gerakan Reformasi yang lahir daripada pemecatan
Anwar Ibrahim itu sebagai konflik dalaman Melayu.
 Kebencian terhadap Mahathir juga lebih tertumpu
di Semenanjung.

Di Sabah dan Sarawak kebencian terhadap Mahathir
tidaklah begitu meluas.

Dengan kata lain kebencian terhadap Mahathir tidak
menyeluruh mencakupi majoriti rakyat Malaysia
dan tidak sepenuhnya merentasi batas etnik dan tidak melangkaui hingga ke negeri-negeri Borneo.

Kerana itu pada pilihanraya 1999, walaupun Barisan Nasional kalah undi Melayu, tetapi dengan
sokongan besar undi bukan Melayu dan undi dari Sabah serta Sarawak, Barisan Nasional yang
dipimpin Mahathir masih berjaya mengekalkan dua pertiga kerusi parlimen dan menang di semua
negeri kecuali Kelantan.

Campurtangan Mahathir

Kisah seterusnya kita sudah sedia maklum. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri yang
dipegangnya pada tahun 2003 setelah beliau merasakan yang krisis ekonomi 1997/1998 yang
melanda negara sudah pun sebahagian besarnya diselesaikan dan visi negara Malaysia untuk
menjadi negara maju pada tahun 2020 kembali semula ke trek asalnya.

Namun seorang Mahathir yang nasionalis tidak mampu berdiam diri walau pun sudah melepaskan
jawatan kekuasaan yang formal. Campurtangan Mahathir di era pemerintahan Abdullah Badawi
sudah diketahui umum. Motifnya berbagai tapi salah satunya adalah kerana jiwa nasionalis
Mahathir itu sendiri.

Dan kini di era pemerintahan Najib Razak, Mahathir sekali lagi campurtangan. Dan sekali lagi juga
salah satu daripada motifnya adalah nasionalisme, iaitu keinginan untuk memastikan Malaysia
sebagai sebuah negara-bangsa tidak menuju kehancuran khususnya dari sudut perkembangan
ekonominya.

Najib dilihat oleh Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab membawa Malaysia menuju
kepada kehancuran, baik dari sudut ekonomi mahu pun maruah serta nama baik Malaysia di mata
 dunia.

Daripada tuduhan skandal korupsi
yang melibatkan kes pemindahan
wang bernilai 2.6 billion ringgit ke
dalam akaun peribadi beliau,


kegagalan dan hutang berbillion
ringgit yang ditanggung oleh 1MDB
sehinggalah kepada misteri
 pembunuhan model Mongolia,
Altantuya Sharibu yang hingga
sekarang masih menjadi tandatanya.
Skandal-skandal Najib (dan juga
isterinya Rosmah) adalah skandal
yang sudah menjadi bicara umum
dan telahpun menimbulkan
kebencian yang amat sangat di kalangan rakyat terhadap dua sosok ini.

Kebencian kepada Najib menyeluruh

Berbeda dengan kebencian yan ditunjukkan oleh rakyat kepada Mahathir di tahun-tahun Reformasi
1998 yang lebih tertumpu kepada orang Melayu, kebencian (dan juga kemarahan) rakyat terhadap
Najib kelihatannya hampir menyeluruh.

Najib (dan Rosmah) nampaknya dibenci oleh semua
orang, tidak kira orang Melayu, Cina, India,
Sabahan dan juga Sarawakian.

Mungkin yang masih menyukai Najib hanyalah
orang UMNO. Itu pun tidak semua. Sebahagian
orang UMNO yang terdiri daripada beberapa
pemimpin di peringkat cawangan sudah pun
menuntut supaya Najib berundur.

Sebuah institut kajian independen, Merdeka Centre
baru-baru ini melaporkan bahawa populariti Najib
di kalangan orang Melayu sendiri sudah pun jatuh di bawah 50 peratus.

Tahap kepuasan orang Melayu terhadap kepimpinan Najib hanyalah mencapai 31 peratus sahaja
menurut kajian tersebut. Maknanya 69 peratus orang Melayu tidak berpuas hati dengan kepimpinan
Najib.

Mahathir juga pada tahun-tahun 1998/1999 dibenci oleh ramai orang Melayu tapi beliau masih
mendapat dukungan daripada bukan Melayu khususnya pada Pilihanraya 1999. Tetapi situasi kali
ini jauh berbeza di mana Najib dibenci majoriti rakyat Malaysia.

Memandangkan kebencian (dan kemarahan) rakyat terhadap Najib hampir merangkumi seluruh
rakyat Malaysia dari pelbagai etnik dan juga merentasi negeri dari Perlis hingga ke Sabah, maka
seruan Mahathir untuk semua pihak yang menentang kepimpinan Najib (dan Rosmah) bergabung
dan bersatu dalam satu gerakan adalah yang paling munasabah, wajar dan strategis.

Cadangan Mahathir untuk membangunkan sebuah barisan bersatu rakyat Malaysia yang 
menggabungkan parti-parti pembangkang, NGO-NGO, kelompok-kelompok masyarakat dan juga
orang-orang persendirian yang berpengaruh untuk menjatuhkan Najib (dan Rosmah) adalah suatu
cadangan yang wajib disokong oleh mereka yang mahukan perubahan.

Mahathir benar! Ini kali-lah!

Peluang yang sangat besar

Krisis yang melanda Malaysia ini sebenarnya membawa satu peluang yang sangat besar. Di dalam
sejarah mana-mana bangsa, peluang yang sebegini tidak selalunya wujud. Kondisi yang terjadi
sekarang ini sangat jarang sekali tiba.

Malahan dalam sejarah Malaysia moden, peluang seperti ini tidak pernah datang. Inilah kali
pertama kondisi yang melahirkan peluang ini hadir dan menunggu masa untuk digunakan.

Kondisi di mana terdapatnya dua sosok iaitu Najib dan isterinya Rosmah yang telah pun menjadi
ikon paling dibenci oleh hampir semua rakyat Malaysia.

Mahathir sendiri tidak mencapai tahap sebegini. Dan Siti Hasmah- isteri Mahathir pula dengan
segala sifat kerendahan hati dan keibuannya gagal menjadi ikon kebencian rakyat di era-era
Reformasi 1998.

Memilih untuk menunggu dua tahun lagi bagi menjatuhkan Najib pada Pilihanraya yang ke-14
adalah pilihan yang terlambat. Dalam tempoh dua tahun berbagai perkara boleh terjadi.

Melihat kepada cara Najib (dan Rosmah) memimpin Malaysia sekarang ini, tidak mustahil untuk dikatakan bahawa sebelum dua tahun itu tiba, Malaysia sudah pun menjadi negara gagal.

Sebelum dua tahun ini, ekonomi Malaysia berkemungkinan besar akan jatuh merudum, nilai
tukaran matawangnya menjadi semakin rendah, pengangguran meningkat tinggi, kemiskinan
bertambah dan jenayah semakin berleluasa.

Dalam tempoh dua tahun yang panjang itu juga, dengan sumber kewangan yang dipunyainya kemungkinan besar UMNO akan berjaya untuk menyusun dan mengukuhkan dirinya kembali.
Siapa ganti Najib?

Justeru itu, masa untuk bergabung di bawah satu barisan adalah sekarang. Ini kalilah!

Tapi pertanyaan yang mungkin bermain di fikiran setiap orang ialah apa selepas Najib? Siapa yang
akan mengganti Najib?

Ini adalah pertanyaan yang wajar. Dengan kekuatan barisan bersatu yang merangkumi berbagai
elemen dalam masyarakat, tuntutan pertama yang perlu direalisasikan selepas Najib (dan Rosmah)
dijatuhkan ialah pembubaran Parlimen dan Pilihanraya Umum yang ke-14 diadakan untuk memilih
 kepimpinan Malaysia baru.

Tetapi sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14
ini diadakan, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
(SPRM) perlulah direformasikan secara total
dengan memastikan bahawa PRU-14 itu nanti
dijalankan dengan bebas, bersih dan adil.

Dengan pilihanraya yang bebas, bersih dan
adil, kepimpinan baru yang terpilih itu nanti
wajib dituntut untuk memansuhkan segala
 undang-undang yang tidak demokratik dan
melanggar hak asasi manusia.

Ini adalah tiga tuntutan jangka pendek yang
wajar dan munasabah untuk dilaksanakan selepas Najib (dan Rosmah) dijatuhkan. Dan tiada
kompromi terhadap tiga tuntutan yang paling mendasar ini.

Sekarang peluang sudah di depan mata. Memberi berbagai alasan adalah cara untuk
menyembunyikan kebaculan kita.

Mengajukan bermacam halangan hanya akan melambatkan perubahan untuk Malaysia yang kita
cinta. Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air. Berkayuhkah kita atau membiar lama sehingga
perahu hanyut di bawa arus dan dayung reput dimamah masa.



Sumber TKO - 3-3-2016

Kekalkan Najib atau sertai Mahathir?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


SALAH satu sikap yang boleh dilihat pada Tun M ialah, dia sayangkan Umno. Segala tindakan
yang pernah dibuat adalah untuk selamatkan Umno. Antaranya:

1. Mendaftarkan Umno baru setelah Umno asal diharamkan mahkamah. Mengambinghitamkan
Umno 11 sebagai dalang pengharaman dan menyeru ahli Umno kembali bersatu.

2. Letak jawatan Presiden Umno ketika parti sedang berkrisis dan lemah demi tidak memburukkan
lagi keadaan.

3. Keluar Umno zaman Pak Lah sebab kepimpinan Pak Lah menghancurkan Umno. Masuk
kembali untuk memperkuatkan Umno setelah Pak Lah turun.

4. Keluar Umno semalam kerana Najib sedang bawa Umno kepada kebencian rakyat dan ahli
sendiri. Menyatakan hanya akan kembali masuk Umno selepas Najib meletak jawatan.

Tapi Najib nampaknya berbeza. Dia lebih cintakan kedudukannya berbanding Umno. Dia lebih rela
melihat Umno hancur dari melepaskan jawatan. Dia tak kisah memecat semua tokoh-tokoh Umno
asalkan terus berkuasa. Dia tak peduli seorang demi seorang veteran Umno meninggalkan parti itu
asalkan jawatannya tidak tergugat.

Oleh itu, sesiapa yang menyokong tindak-tanduk Mahathir, atas alasan ingin menghancurkan Umno
amatlah buruk pandangan politiknya. Mereka hanya menjadi keldai untuk Mahathir tunggang bagi
memastikan Umno selamat.

Sesiapa yang menyokong Najib meletak jawatan, bermakna mereka menyokong Zahid Hamidi
sebagai PM baru. Inilah adatnya setiap kali mana-mana PM meletak jawatan. Mustahil sama sekali
akan berlaku PRU jika Najib turun. Yang berlaku hanyalah Umno kembali stabil.

Untuk maklumat, Zahidlah dalang yang sebelum ini beria-ia mengimport 1.5 juta warga Bangladesh
ke Malaysia. Zahidlah yang sentiasa mengugut untuk menangkap pengkritik kerajaan dalam media
sosial.

Zahid juga hingga sekarang rapat dengan Anwar Ibrahim. Boleh jadi cita-cita berkonsensus
nasional masih segar dalam rancangan juak-juak Anwariyyun dan akan bertambah mudah jika
Umno dikuasai Anwariyyun.

Walau bagaimanapun, sesiapa yang memilih untuk Najib kekal sebagai Presiden Umno adalah
amat bijak. Ini adalah pelaburan besar demi PRU14. Mengekalkan pemusnah Umno di posisi
terpenting parti itu akan meneruskan kebencian rakyat dari luar dan melanjutkan keruntuhan Umno
dari dalam.

Jatuh Najib, Umno selamat. Tapi jika jatuh Umno, insya-Allah Malaysia selamat. – 
HARAKAHDAILY 1/3/2016

Sumber HD - 1-3-2016




Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Mohd Shafie 
Sama-sama Bodoh!


Posted on Friday, February 26 @ 07:57:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz hari ini melabelkan naib presiden parti UMNO berkenaan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai "bodoh".

"Dia (Shafie) harus dengar betul-betul. Dia seorang Naib Presiden yang bodoh," kata Nazri kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Oleh itu, katanya, beliau tidak hairan Shafie telah 'ditendang' daripada Kabinet.

Kenyataan Nazri ini bermula bila Nazri kata Muhyiddin Mat Yassin seperti anjing yang menggigit kaki mengganggu pekerjaaan yang nak diteruskan.

Shafie Apdal Naib Presiden UMNO. Dia menang jawatan tersebut dengan sokongan ahli UMNO yang dikatakan 3 juta orang. Pemilihannya dibuat secara menyeluruh kata juru cakap UMNO. Pemilihan ini dikatakan adil dan saksama sehingga ada pemimpin UMNO kutuk PKR kononnya tak telus berbanding dengan UMNO.

Kalau Shafie Apdal boleh memang Naib Presiden UMNO yang diundi oleh keseluruhan ahli UMNO ini "BODOH". Yang undi Shafie Apdal rasanya lagi "BODOH" termasuk si Nazri sendiri.

Kalau ahli UMNO ini BODOH memilih pemimpin yang BODOH, habis siapalah Nazri ahli UMNO? Rasanya tidak lain melainkan Nazri ini pun adalah "BODOH" juga.

UMNO makin celaru dan menunggu masa untuk memburuk sampai ke usus.....

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/

Sumber TKO - 26-2-2016



Fathul Bari Keliru Pasal Kucing Dengan Pemerintah Zalim

Posted on Friday, February 26 @ 00:50:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu ramai di kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing adalah haram.

Menerusi rakaman video programnya, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas)  Fathul berkata, larangan itu adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

"Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini," katanya.

Katanya lagi, larangan ini adalah perintah ALLAH, jadi apa yang perlu kita lakukan adalah cuma mentaati perintahNYA.

"Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH," katanya.

Saya suka isu kucing ini diketengahkan kerana ramai orang tidak memahami malah ada yang tak tahu langsing pasal hukum ini.


حَدَّثَنِي سَلَمَةُ بْنُ شَبِيبٍ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ أَعْيَنَ حَدَّثَنَا مَعْقِلٌ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ قَالَ
سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ

Telah menceritakan kepadaku Salamah bin Syabib telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin A'yan telah menceritakan kepada kami Ma'qil dari Abu Az Zubair dia berkata; saya bertanya kepada Jabir mengenai wang hasil usaha jual beli anjing dan kucing, dia menjawab, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang perbuatan seperti itu." (Sahih Muslim 1569)
Tapi yang saya hairan Fathul Bari lupa akan hadis ini.
Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga. (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)
Fathul Bari juga lupa akan firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa` ayat 140 maksudnya:

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

Malang bagi "ulama" (?) yang berada dalam UMNO mereka hanya jadi lidah UMNO untuk isu-isu terpiliha sahaja.

Sebelum ini,  Ahmad Tajuddin Idris, ketua Biro Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU) dalam artikelnya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 Jun 2011 bahawa Ulama tidak bersama dengan UMNO tetapi memilih PAS kerana pergerakan UMNO seolah-olah tidak dipacu oleh Ulama walaupun UMNO telah melaksanakan Islam dan syiar-syiarnya adalah meleset sama sekali.

UMNO bukan 'seolah-olah' tidak dipacu oleh Ulama tetapi sememangnya ia tidak dipacu oleh golongan tersebut bahkan mereka diketepikan dalam UMNO.

Penggunaan perkataan 'seolah-olah' bagaikan ingin mengelirukan masyarakat kononnya UMNO selama ini tidak memencilkan peranan Ulama.

Ulama tidak bersama dengan UMNO kerana mereka memahami bahawa UMNO tidak pernah berhasrat untuk melaksanakan Islam di dalam negara ini secara syumul. Apa yang mereka pelajari tentang Islam sebelum ini adalah bertentangan dengan dasar dan perjuangan UMNO yang berteraskan kepada ideologi Nasionalisme dan Sekularisme.

Perlaksanaan Islam dan syiar-syiarnya hanyalah tempelan untuk mengelirukan masyarakat dan bukan menjadi dasar negara. Walaupun ada program-program Islam yang dianjurkan, program-program yang bertentangan dengannya tumbuh melata. Maka tidak peliklah jika ketua Ulama Muda UMNO ini membuat kenyataan bahawa persepsi masyarakat Melayu yang kuat agamanya menganggap UMNO sebuah parti yang tidak Islamik dan anti Ulama. Kenyataan ini adalah benar yang tidak dapat disangkal lagi walaupun beliau cuba untuk membetulkan persepsi tersebut.

Suatu perkara yang tidak dapat dinafikan, jika Ulama bersama dengan UMNO sekali pun, mereka ibarat terompah kayu yang hanya dipergunakan untuk kepentingan politik dan hawa nafsu UMNO sahaja. Selagi mana dasar dan perjuangan UMNO tidak berubah, tidak ada peranan yang boleh dimainkan oleh Ulama dalam pertubuhan tersebut.

Malang bagi Fathul Bari, jika dia tidak buat isu maka dia akan terpencil di lubang najis bersama UMNO.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
  

Sumber TKO - 26-2-2016



Ajak Muhyiddin bertumbuk tapi kamu ikat tangan dia’

Posted on Wednesday, February 24 @ 21:32:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) mencabar kepimpinan tertinggi UMNO menukar keputusan dengan mengadakan pemilihan parti tahun ini.

Naib Presiden GKCM, Rushdan Mohamed tampil membuat desakan itu bagi membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi merebut jawatan Presiden parti.

Ia sekaligus menjawab cabaran Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta Timbalan Presiden berundur atau menunggu pemilihan parti akan datang untuk mencabar Najib daripada terus membuat serangan kepada Najib secara terbuka.

Pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan tahun ini ditangguhkan sehingga 2018 untuk menguatkan parti bagi berhadapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Jangan tangguhkan lagi pemilihan dan jangan cuba nak pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin. Buka gelanggang sekarang buatlah pemilihan tahun ini jangan tunggu 2018.

“Azalina, suruh bos (Najib) kau buka gelanggang. Nak ajak ‘bertumbuk’ tapi tangan diikat ke belakang sediakan gelanggang pasti ada pencabar,” katanya kepada FMT.

Rushdan yang juga Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana berkata,  Muhyiddin dihalang dari pelbagai sudut untuk bersuara sehingga memaksa beliau membuat kritikan secara terbuka terhadap Perdana Menteri untuk menegakkan kebenaran.


Beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, termasuk Azalina senada supaya Muhyiddin melepaskan jawatan Timbalan Presiden kerana tidak lagi sehaluan dengan Presiden parti.

Sumber TKO - 24-2-2016


DAP perlu belajar demokrasi daripada PAS




ALANG IBN SHUKRIMUN | .


SANGAT memalukan apabila sebuah parti yang menggunapakai perkataan 'demokrasi' sebagai namanya, tiba-tiba mencabul hak demokrasi dengan kuasa yang ada. Pemecatan dua orang Adun PKR daripada jawatan GLC Pulau Pinang kerana tidak bersetuju dengan usul menambak tanah dalam DUN negeri itu adalah sangat mengecewakan.

Nampaknya mereka telah mula berani mendedahkan identiti sebenar yang sekian lama berselindung di balik nama demokrasi.

Walaupun yang dipecat itu adalah rakan sendiri daripada Pakatan Harapan, mereka tidak pedulikan hal itu. Ternyata juga DAP adalah raja dalam Pakatan Harapan apabila tiada parti komponen lain yang berani menegur termasuk Presiden PKR sendiri.

Mujur Timbalan Presidennya rapat dengan PAS. Dengan tempias kejantanan yang diterima, maka adalah sedikit keberanian untuk menegur. Namun sejauh mana bidasannya itu didengar, kita tidak boleh meletakkan harapan.

Inilah sebabnya mereka sangat bencikan PAS! Kerana PAS tidak pernah tunduk kemahuan mereka. Biarpun sebelum ini banyak perkara yang dipersetujui bersama, tetapi PAS tidak boleh dibonekakan mereka.

Ketegasan PAS membawa mereka sendiri yang mengisytiharkan terkuburnya Pakatan Rakyat. Ketegasan PAS sehingga sanggup hilang ahli dan pimpinan. Tegas PAS tegas berprinsip.

Tindakan PAS ternyata tepat. Lihatlah bagaimana rakus mereka sekarang. Demokrasi yang menjadi tunjang PH dan PR dahulu pun mereka sanggup langgar sedangkan itulah harapan rakyat terhadap pembangkang, membina sebuah negara yang berdemokrasi tulen.

Tanpa PAS, parti-parti dalam PH benar-benar ditunggangi DAP. Jika dulu Anwar yang mengamalkan politiking sebegini, hari ini peranannya diambil alih DAP pula.

Sebagaimana BN, mereka menetapkan setiap wakil rakyatnya supaya bersetuju dengan setiap usul yang mereka bawa. Jika tidak, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin. Inilah yang dipanggil undi blok.

Ketika pembangkang sering tewas dalam pengundian di Parlimen, rata-rata pemimpin dalam PH hari ini selalu menegaskan amalan undi blok itu adalah suatu yang tidak demokratik. Katanya amalan sebegitu memandulkan peranan Parlimen itu sendiri, yang seolah menjadi rubber stamp sahaja buat pemerintah.

Sepatutnya setiap wakil rakyat dari mana-mana parti sekalipun mesti bebas untuk memilih mana-mana perkara yang difikir sesuai untuk maslahah rakyat khususnya di parlimen yang mereka wakili itu.

Tetapi ketika DAP berperangai seperti BN, Sampai sekarang mereka diam membisu. Tak tahulah kalau selepas ini baru ada kritikan, tetapi membisu hingga sekarang adalah bukti kegerunan mereka terhadap DAP yang dianggap taiko besar dalam PH.

Kalau untuk mengamalkan demokrasi dalam PH pun penakut, jangan haraplah nak bawa Malaysia ke arah politik matang. Nampaknya tindakan menyisih istilah 'bersetuju untuk tidak bersetuju' yang diamalkan PR sebelum ini amat merugikan rakyat. Dua kali lima sahaja seperti BN.

Selain isu ini, sudah banyak DAP mencabul demokrasi dalam negara. Antaranya memaksa ahli PAS letak jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang, paksa kerajaan Selangor tidak terima PAS, dan menentang pembawaan usul pindaan akta mahkamah syariah ke parlimen.

Padahal semua tindakan PAS adalah tidak bercanggah dengan demokrasi. Namun fobia mereka terhadap PAS mengatasi segala pedoman parti.

DAP patut malu dengan istilah demokrasi yang mereka pilih, sebagaimana malunya orang Islam untuk melakukan kejahatan apabila berkopiah. Mereka patutnya ubah nama kepada Dictatoric Action Party.

Mereka bukan sahaja menghina prinsip demokrasi, bahkan begitu takut kuasa mereka tergugat dengan teguran yang kontra. Pada zaman yang mengagungkan intelektual dan kebebasan berpendapat ini, apakah DAP masih membontoti perangai BN untuk membawa Malaysia memperbodohkan masyarakat?

DAP perlu belajar dari PAS. Sewaktu berada dalam BN penghujung 70-an dahulu, apabila Parlimen mengusulkan pengisytiharan darurat di Kelantan, wakil rakyat PAS tidak bersetuju. Akibatnya, PAS ditendang keluar dari kerajaan BN.

Walaupun terlalu banyak manfaat kepada Islam ketika berada dalam kerajaan dahulu, PAS menunjukkan dirinya tidak sekali-kali boleh dikongkong. PAS sebenarnya sudah tahu rancangan BN untuk merampas Kelantan daripada pengisytiharan darurat itu.

PAS mengajar erti demokrasi sebenar, sebagai jiwa anak merdeka. Islam yang menunjangi parti itu tidak membenarkan PAS dikawal oleh apa jua undang-undang yang lebih tinggi dari itu. Biarlah terbuang, asalkan teguh berprinsip. Demi Islam dan rakyat. – HARAKAHDAILY 22/2/2016

Sumber HD - 22-2-2016

Umno sendiri adalah punca kegagalan wawasan 2020

AHMAD FADHLI SHAARI | .


SAYA tertarik dengan kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam di muka hadapan Sinar Harian hari ini 22 Februari 2016. Di dalam kenyataan tersebut, beliau menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kegagalan Wawasan 2020 kerana gagal menyediakan pemimpin pelapis di semua peringkat untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Adalah mudah untuk menyalahkan Mahathir pada saat beliau sudah tidak berkuasa sebagai Perdana Menteri lagi sebagaimana satu ketika dahulu. Ia amat berbeza berbanding pada saat Mahathir berada di puncak kuasa di mana semua lapisan pemimpin dan ahli Umno menyanjungi dan memujanya sepanjang masa.

Hari ini, pada ketika pertembungan sangat jelas di antara Mahathir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sudah tentu sebarang kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh Mahathir mudah didedah dan disebarkan. Apatah lagi selepas anaknya sendiri disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

Sebenarnya, punca kegagalan Wawasan 2020 ialah sistem Umno itu sendiri. Umno mendidik ahlinya untuk taat dan setia hanya kepada pemimpin yang berkuasa. Tiada dasar dan prinsip yang mengikat ahli Umno kecuali sikap pragmatik.

Justeru dapat disaksikan bagaimana apabila mana-mana puncuk pimpinan Umno yang melepaskan jawatan, mereka tidak akan dipandang tinggi lagi apatah lagi sekiranya berlaku perbezaan pandangan dengan pimpinan semasa.

Setiap Presiden Umno yang memegang jawatan Perdana Menteri akan datang dengan dasarnya dan wawasannya masing-masing. Wawasan 2020 hanyalah menjadi wawasan ketika zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Seluruh agensi dan jabatan kerajaan diminta menjadikan wawasan ini sebagai bahan kempen serta misi dan visi jabatan masing-masing. Sembilan cabaran Wawasan 2020 dihadam dan dikhatam sebaik mungkin oleh penjawat awam kononnya sebagai syarat untuk berkhidmat dengan baik.

Namun ia hilang daripada menjadi ‘zikir’ apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri pada tahun 2003. Sedikit demi sedikit ia tenggelam dengan moto Islam Hadhari tajaan Pak Lah.

Maka seluruh negara diminta memperkenalkan jemana baru bernama Islam Hadhari ini sebagai satu jenama yang diperkenalkan oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri.

Hari ini, tiada lagi Wawasan 2020 dan tiada lagi Islam Hadhari. Wawasan 2020 sudah tidak ada lagi dalam ucapan-ucapan penting Perdana Menteri seperti ucapan Bajet, ucapan pembentangan Rancangan Malaysia dan lain-lain ucapan rasmi.

Sepatutnya jika ia masih lagi menjadi dasar utama dan wawasan negara, ia patut disebut sentiasa agar semangatnya sentiasa diperbaharui.

Tun Musa Hitam mendakwa Tun Dr Mahathir gagal menyediakan pemimpin pelapis, saya tidak mengira ia sebagai punca utama. Perdana Menteri hari ini ialah bekas Ketua Pemuda Umno selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri hari ini juga ialah bekas Ketua Pemuda Umno pada era Reformasi 1998. Semua mereka menjawat jawatan ketika Mahathir sebagai Perdana Menteri. Mereka boleh memilih untuk terus meletakkan Wawasan 2020 sebagai wawasan yang perlu dicapai, namun mereka memilih untuk tidak berbuat demikian.

Kenapa? Kerana Umno itu sendiri demikianlah sistemnya. – HARAKAHDAILY 22/2/2016

Sumber HD - 22-2-2016


Kaya Nurul ni.... Kena rompak 25k apa ada hal.....

Posted on Friday, February 19 @ 16:36:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Apa yang menarik minat admin bukan kes rompakan di rumah anak zahid hamidi ni tapi rumah 
yang dimiliki oleh anak zahid ni. Kalau location kat Country Height Kajang dah tentu harga tak 
bawah RM5 juta sebuah. Itupun harga dulu, sekarang tak tahu lah berapa nilai rumah kat sana.


Persoalannya dari mana anak zahid ni dapat duit beli rumah nilai jutaan ringgit. Tak tahu lah kalau 
anak zahid ni pun menabung dari kecil....

Artkel tentang rompakan tu.



Anak Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad 
Zahid, berdepan detik cemas apabila kediamannya dimasuki perompak.

Nurul,36, berkata, ketika kejadian berlaku, beliau berada di rumah bersama suami, anak dan dua 
pembantu rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Mohd Adnan Abdullah berkata, polis telah 
menghantar kumpulan forensik sejurus mendapat laporan kejadian sekitar jam 10 pagi.

Image result for anak zahid hamidi

Katanya, barang yang dirompak termasuk komputer 
riba, jam tangan, cincin perkahwinan, barang kemas 
serta barang peribadi dengan anggaran kerugian 
 mencecah RM25,000.

Nurul dan suami kemudiannya membuat laporan 
polis di balai polis Kajang pada 11 pagi.

Jelas Adnan, kes disiasat mengikut Seksyen 457 
Kanun Keseksaan.

Insiden seumpama ini merupakan kejadian kedua 
berlaku di kediaman Nurul di Country Heights, Kajang


Sumber LINK


Sumber TKO - 19-2-2016


Blazer & Tie : Antara Jenaka & Kejahilan


Posted on Tuesday, February 16 @ 10:54:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Sejak Kebelakangan ini saya hairan mengapa semakin banyak sekolah mewajibkan pelajar memakai tie & para pengawas perlu mengenakan blazer.

Saya bertanyakan seorang warga pendidik beliau berkata ia untuk memupuk budaya koperat dan disiplin dikalangan pelajar sekolah.


Jawapan ini saya boleh terima sekiranya ia terbit dari guru Bahasa Ingeris kontrak dari USA.Sebenarnya di China & Korea para gelendangan dan penyapu sampah jalanan  akan mengenakan Blazer terpakai untuk bekerja kerana harga winter coat agak mahal.


Saya teringat ketika saya bekerja dengan sebuah  syarikat multinasional yang berpengkalan di Seatle Dimana CEO saya kerap ber tshirt & kemeja lengan pendek.Beliau lebih gemar berkemeja lengan pendek untuk majlis rasmi & t shirt untuk datang ke pejabat.Menurutnya cuaca Khatulistiwa adalah  panas lembab.Beliau menambah keadan rimas mengenakan long sleeve di Malaysia lebih teruk dari musim Panas Di Seatle coz disana panas kering sedangkan disini kalau mengenakan Long sleeve badan cepat berbau busuk.

Pada pandangan  saya,Inilah serangan Ghazwah Fikri yang terkena pada umat Islam.Sehingga fikir kita lebih teruk dari orang barat.Kekadang kita rasa semua yang datang dari barat semua hebat.Sedangkan orang barat sendiri tidak buat bila datang ke sini.Dipenghujung tahun 80an seolah Ghazwah fikri Barat ini seolah malap namun kini ia dihidupkan kembali.

Ramai kalangan Orang Islam berangapan pakaian Sunnah seperti yang dipakai oleh Nabi SAW tak sesuai tak kemas bahkan ada yang menganggap pakaian ini hanya sesuai untuk Naik mimbar baca khutbah.Sedangkan pakaian inilah yang mencerminkan ketinggian akhlak& ketamaddunan. Jika diteliti ketika Tamaddun Islam berada di puncak semua saintis Islam mengenakan serban dan jubah sepertimana Rasululullah SAW.Anehnya ketika ramai yang sanggup mencium bau busuk ketiak dengan memakai blazer di cuaca panas amat kurang yang sanggup memakai pakaian sunnah meskipun ia mempunyai phd dalam pengajian Islam.

Pendapat bahawa serban jubah adalah pakaian tradisi arab adalah karut sama sekali kerana Pakaian ini terbukti di pakai Imam Bukhori,Imam Muslim,Imam Qurtubi,Ibnu Sina Bahkan sahabat Nabi SAW seperti Said Ar Rummi & Salman Al Farisi bukanlah orang Arab .

Hujah berjela tidak berguna tapi satu perkara yang hendak saya kongsikan adalah saya pernah mengiringi beberapa kanak-kanak warga US di Kuala Lumpur mereka pelik bila terserempak pelajar sekolah di Malaysia memakai tie dan blazer menunggu bas waktu tengahari yang sangat panas. Salah seorangselamba membuat joke  " I predict his Headmaster mental disorder ".

Sesungguhnya apa yang berlaku di Malaysia sekarang jadi bahan jenaka para pelancong warga beriklim sejuk.Sekiranya kita tak mampu memakai pakaian sunnah tak perlulah  kita menjadi bahan jenaka warga luar yang kerap berkunjung ke sini.Pada fikir saya Baju Melayu adalah antara kebijaksanaan datuk nenek kita meniru jubah ikut kesesuaian cuaca di nusantara.Tapi malangnya anak cucunya ramai yang bengap mungkin terlalu lama dijajah mental & fizikal.

Mudahan kita semua prihatin dan menggunakan media PIBG untuk menegur pihak sekolah yang membuat sekular yang kurang waras mungkin akibat tekanan kerja persekolahan yang meningkat dalam suasana pelajar yang semakin nakal dan tekanan hidup yang semakin meningkat.

Jom Mendahului Dalam membina Anjakan Paradigma Ummah.

Sumber TKO - 16-2-20 16

Bila Pas hendak join umno

Posted on Monday, February 15 @ 19:03:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

"Judul diatas ini merupakan Pertanyaan mantan Ketua Pengarah Biro Tatanegara Malaysia (BTN) Datuk Raja Ariff bin Raja Ali.

Soalan ini dilemparkan kepada penulis ketika dalam majlis walimatulurus keluarganya dan juga keluarga penulis.

Soalan itu segera disambut penulis dengan jawapan yang berbunyi: mungkin selepas pilihanraya umum ke 14 nanti.

Kata Datuk Raja Ariff, molek sekarang. Bukan selepas PRU 14. Itu sudah terlambat . Kalau mahu lebih baik sekarang ini.

Sehubungan dengan itu, beliau memberitahu penulis yang dia dah jumpa Datuk Seri Mohd Najib Razak dan bercakap mengenai pas nak join umno ini.

Perdana menteri yang penuh dengan kontroversi ini memberi jawapan yang berbunyi: kita serius untuk bekerjasama dengan pas.

Bermakna perkara ini bukan main main atau suka suka. Memang umno sangat serius untuk menerima pas semula setelah ditendang oleh Tun Husein Onn dahulu.

Atas sebab itu, timbul pula persoalan mengapa pas masih tidak mahu join umno, sedangkan umno sangat sangat serius untuk menyatukan orang Melayu yang sudah lama berpecah itu.

Umno memerlukan pas untuk memperkasakan kerajaan umno/BN,sedangkan pas seolah olah tidak memerlukan umno, sebaliknya lebih selesa kekal dengan pakatan rakyat dan sokongan orang bukan Islam sehingga pru 14 nanti.

Sudah barang tentu ada yang tersurat dan tersirat punca pas masih tidak mahu join dengan umno dan hanya mahu bekerjasama sepertimana yang penah berlaku selama ini.

Datuk Seri Mohd Najib Razak sepertimana yang diberitahu Datuk Raja Ariff bin Raja Ali sangat serius dan bukan main main.

Tengok pada gaya, tindakan kepimpinanya  sebelum ini, tak mustahil pas akan join dengan umno suatu masa nanti, kerana memang pas tak pernah serik untuk bekerjasama, hatta dengan parti kafir harbi sekalipun.

Jika pas boleh bekerjasama dengan parti kafir (DAP) dan kini masih mengharapkan orang bukan islam (China/India) memberi sokongan tak mustahil akan join dengan umno yang semakin hari semakin lemah dek kepimpinan yang redha dengan penyalahgunakuasa yang bermaharajalela."

Sumber TKO - 15-2-2016



PAS Hanya Ramai Penyokong, Bukan Pendokong

Posted on Saturday, February 13 @ 08:22:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sungguh menarik pengalamanku bersama-sama PAS secara aktif sejak dua tahun lalu. Aku cepat belajar rupanya. Aku belajar kelemahan diriku dan aku belajar kelemahan ahli yang berada di dalam gerakan ini. Rumusanku ialah PAS hanya ramai penyokong tetapi kekurangan pendokong.

PAS kini mempunyai sejuta lebih ahli. Penyokong yang bukan ahli pastinya lebih dari itu. Ada yang sokong PAS kerana benci dan marah akan UMNO. Ada yang sokong PAS kerana tak yakin dengan PKR dan parti-parti pembangkang yang lain. Selebihnya adalah mereka yang sokong PAS kerana memahami tuntutan Islam dan melihat PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang ikhlas berjuang, amanah dan bersih.



Boleh aku rumuskan bahawa mereka hanya menyokong melalui peti undi. Mereka begitu teruja untuk memenangkan PAS ketika PAS menghadapi pilihanraya. Mereka akan bersyarah dan berdebat dengan rakan taulan untuk meraih undi dan sokongan. Kalau nak bekerja dan berderma sedikit pun masa inilah pilihan mereka.Itulah kemuncak sokongan. Itulah dinamakan penyokong.

Siapakah yang mendokong PAS ketika PAS memerlukan tenaga sepanjang masa di cawangan-cawangan. Kalian di semua cawangan, bersetujukah kalau aku katakan bahawa hanya lingkungan 30% - 50% yang menghadiri mesyuarat, lingkungan 20%- 40% yang melazimi usrah dan lingkungan 30% - 40% yang bekerja untuk menjayakan program-program cawangan. 60% daripada mereka adalah orang yang sama iaitu pemimpin-pemimpin utama cawangan manakala 40% lagi adalah ahli yang ‘sekali ada sekali tak ada’. Peratus-peratus itulah yang boleh dikategorikan sebagai pendokong PAS.



Kejayaan sesuatu organisasi adalah berdasarkan ‘teamwork’, komitmen dan pengorbanan ahli. PAS cawangan berjaya kerana adanya pendokong-pendokong tadi yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Tetapi yang teruk dan penatnya ialah orang yang sama. Terpaksa pegang pelbagai tugas dan jawatan dari peringkat Kawasan hingga MTD, UPU dan cawangan serta tak lupa lajnah-lajnah. Penyokong-penyokong kepada perjuangan Islam sedarkah akan senario penat dan terbeban segelintir pendokong ini?



Kalian mungkin tidak menyedari apa-apa kepayahan mereka kerana kalian hanya memilih untuk menjadi penyokong dalam zon selesa. Zon selesa kalian ialah apabila kalian tidak mungkin ditukarkan tempat kerja, gaji dan pangkat kalian tak mungkin terjejas, wang dan harta kalian tak terluak habis berjuang, masa rehat, masa rekreasi dan masa bersama keluarga tak pernah dicuri oleh perjuangan manakala tenaga kalian kekal sihat tanpa ada penat, tak bermaya dan tak cukup tidur kerana diperah perjuangan.



Aku telah melihat senario ini. Aku telah lihat pemimpin kawasan yang terpaksa menerima amanah memegang 10 tugas dan jawatan. Aku telah lihat pemimpin menghadiri 15 kali dari 15 jenis  mesyuarat dalam tempoh sebulan. Aku telah lihat mereka hari ini ke hulu menghulur bantuan, esok ke hilir menziarahi pesakit dan mustadhafin, lusa memaku dinding rumah yang hampir tumbang. 



Aku pernah lihat rumah mereka ditenggelami banjir ketika mereka sibuk mencaknai mangsa banjir. Ketika mana kita memilih zon selesa perjuangan, kita tak sedar ada zon korban demi Islam.



Hari ini kita boleh terus menghiasi zon selesa kita dan nanti kita mendakwa di hadapan Allah kitalah pejuang. Atau hari ini kita mula menginsafinya dan mula berjinak dengan zon korban. Dari zon manakah Salahuddin al-Ayubi memilih tenteranya untuk meneruskan perjuangan dan akhirnya mereka menang? Senyumlah seperti pesanan murabbiku, Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”

                                                                                                                                Ali-Imran: 142



Sumber TKO - 13-2-2016


Anjakan Paradigma 2: Siapa Boleh Ubah Budaya Jam Melayu?
Posted on Friday, February 12 @ 20:09:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Apabila saya bercakap tentang anjakan paradigma dalam pengurusan masa , saya bukan tidak menyedari kekangan-kekangan yang menghalang Melayu menepati masa. Seperti komen seorang forumer, kita boleh pula menepati masa apabila bekerja dengan syarikat Cina. Lalu saya ingin menambah bahawa Melayu boleh pula menepati masa apabila sesi temuduga dan menunggu bas ekspres di hentian.

Sebenarnya saya sedar ada Melayu yang istiqamah menepati masa. Beberapa orang sahabat saya adalah di kalangan segelintir yang selalu berusaha menepati masa. Sekali-sekala lewat sedikit adalah lumrah yang boleh diterima. Mengapa mereka boleh lakukan dan majoritinya tidak?

Tadi saya telah menggunakan frasa ‘berusaha menepati masa’. Hidup di zaman yang kejar-mengejar ini banyak perkara yang hendak dicapai dalam tempoh 24 jam. Urusan kerja , peribadi dan rumahtangga yang kadang-kadang bertindih-tindih menyebabkan kita perlu ‘struggle’ dan bijak dalam menguruskan masa. Justeru, untuk menepati masa sebenarnya kita kena berusaha. 

Putaran waktu jarum-jarum jam dan minitnya perlu dipeka. Masa perjalanan dan tempoh sesuatu urusan yang perlu dihabiskan perlu dicongak.

Benar kita mungkin ada ketika terlambat juga lima atau sepuluh minit bergantung jarak diri dengan tempat urusan, namun itu boleh dimaafkan dan difahami kerana ada ketikanya kita tidak tahu gangguan dalam perjalanan. Manakala yang benar-benar tidak dapat hadir atau jelas terlewatnya, 
sebaiknya maklumkan melalui panggilan, sms atau whatsapp. Orang tak akan menunggu kita. Kalau mesyuarat, cukup korum boleh dimulakan. Kalau temujanji dengan individu, rakantemu boleh melakukan urusan lain.

Antara organisasi yang  mampu melakukan perubahan anjakan paradigma ini ialah PAS. 

Pemimpin PAS sebahagiannya telah menjadi model dalam menepati waktu. Jalannya telah ditunjuki oleh Tuan Guru-Tuan Guru. PAS boleh menjadikan aspek pengurusan masa dan ‘punctuality’ sebagai sebagai pembuka atau penutup mesyuarat dan usrah pada setiap peringkat sehinggalah terbinanya satu masyarakat contoh yang terkenal menepati masa. Akhirnya, bijaklah dalam menentukan masa sesuatu program agar ahli mempunyai ruang dan peluang untuk menepatinya.


Sumber TKO - 13-2-2016 


Bolehkah menipu dalam berpolitik?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


MUNGKIN ada yang berpendapat, menipu dalam berpolitik adalah dibenarkan syarak. Ia dikira tipudaya perang dengan mengqiyaskan kepada sebuah hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang disebutkan oleh Rasulullah SAW:

الحرب خدعة

"Peperangan adalah tipu daya."

Mereka menganggap jihad dalam politik sama seperti jihad dalam peperangan. Ataupun menganggap lebih dari itu; apa-apa sahaja tindakan yang dikira jihad maka dibenarkan untuk menipu. Seolah-olah maksud dari lafaz Nabi itu adalah:

الجهاد خدعة

"Jihad adalah tipu daya"

Maka pihak tersebut membenarkan penggunaan pengundi hantu untuk memenangi sebarang pemilihan, mengharuskan janji palsu kepada rakyat, melempar fitnah, menyatakan pembohongan demi untuk meraih sokongan dan berbagai lagi kelakuan.

Segala tindakan di atas dikira sebagai sebuah kebijaksanaan politik, dengan tidak melanggar syariat kerana berpegang kepada hadis yang mereka fahami di atas.

Lebih malang, kefahaman ini diajar dalam usrah-usrah dan program tarbiah sebilangan parti atau NGO yang mendakwa sebagai jemaah Islam. Maka ramailah abnaul harakah yang cetek ilmu agamanya terus menerima doktrin sebegini bulat-bulat dan mengamalkannya dalam politik kampus, hingga terbawa-bawa apabila terjun di kancah politik sebenar tanah air

Sebenarnya ini adalah salah faham terhadap nas yang amat jelas. Jika bukan salah faham, ini adalah tindakan mempergunakan nas demi matlamat politik. Beberapa perkara harus diperhatikan dalam isu ini:

1. Sebelum memahami nas secara literal, ia perlulah terlebih dahulu merujuk kepada asbab wurudnya iaitu punca hadis ini dinyatakan oleh Nabi SAW. Mengikut para muhadditsin, hadis ini disebut oleh Nabi SAW ketika mengutuskan Nuaim bin Mas'ud yang baru memeluk Islam dalam peperangan Khandaq bagi menipu kabilah quraisy dan kabilah arab lain supaya mereka berkelahi.

Hadis serupa juga dinyatakan dalam satu peristiwa Rasulullah mengutuskan Muhammad bin Maslamah untuk membunuh seorang Yahudi yang banyak melakukan keburukan terhadap orang Islam.

Berdasarkan peristiwa di atas, Rasulullah SAW hanya menggunakan hadis tersebut dalam peristiwa perang sahaja, tanpa peristiwa yang lain.

2. Merujuk kepada nas tersebut secara literal pula, Nabi SAW tidak menyebutkan perkataan jihad itu tipu daya, tetapi menggunakan perkataan harb/perang. Justeru erti harb amatlah berlainan dengan jihad.

Harb bermaksud peperangan fizikal di medan perang. Ia hanyalah salah satu mekanisme jihad yang popular pada zaman Nabi dan beberapa kurun selepasnya, sedangkan jihad pula adalah makna lebih luas daripada itu.

Maka lafaz harb yang disebut oleh Nabi adalah khusus untuk peperangan bersenjata sahaja, tidak boleh diluaskan maknanya kepada semua bentuk jihad. Jika ia bermaksud jihad, nescaya Nabi pasti akan menyebutkan perkataan jihad di situ sebagaimana banyak hadis-hadis yang lain di mana Rasulullah SAW secara jelas menyebut perkataan jihad.

3. Di dalam ayat al-Quran dan Hadis yang lain, jelas larangan kepada umat Islam daripada berbohong. Maka apabila datang suatu nas mengharuskannya seperti hadis tentang perang di atas, maka ia dikira satu pengecualian daripada hukum umum yang asal.

Mengikut kaedah usul fiqh, suatu nas yang mengecualikan hukum asal, tidak boleh diqiyas ke atasnya. Kaedah tersebut disebut sebagai:

ما ثبت على خلاف القياس لا يقاس عليه
"Perkara yang sabit bertentangan dengan qiyas, maka ia tidak diqiyaskan"

Contoh yang lain seperti air kencing. Ia diketahui sebagai sesuatu yang haram. Tetapi terdapat hadis menghalalkan air kencing unta. Maka benda lain tidak boleh diqiyaskan ke atas air kencing unta.

4. Nas hadis tersebut ditafsirkan sendiri melalui perbuatan baginda SAW. Sepanjang sirah, baginda tidak pernah sekalipun menipu dalam politik dan muwajahah silmiyyahnya. Bahkan dalam muwajahah bil quwwah, Nabi SAW tidak pernah direkodkan menipu, tetapi sekadar membenarkan para sahabatnya melakukan tipu daya atas tujuan itu.

Sebagai contoh, ketika Nabi SAW berunding dengan raja-raja sekitar semenanjung arab melalui surat. Baginda SAW menyatakan segala kebenaran tentang Islam tanpa menipu sesuatupun walaupun terpaksa menerima berbagai reaksi negatif.

Begitu juga ketika baginda bertemu satu persatu kabilah arab pada musim haji bagi memohon kerjasama untuk membela Islam, tiada satupun janji palsu yang diberikan oleh Nabi semata-mata untuk meraih sokongan.

Bahkan ketika Rasulullah SAW ditawarkan jawatan menjadi pemimpin arab supaya dia meninggalkan dakwah Islam, baginda langsung tidak menerimanya walaupun beliau mungkin berpeluang menggunakan tipu daya bersetuju dahulu dengan tawaran tersebut, kemudiannya menggunakan kuasa yang diberikan untuk melaksanakan Islam sesudahnya.

Tetapi dalam peperangan, Rasulullah mengutuskan Nuaim bin Masud, untuk menipu tentera Ahzab sehingga mereka berpecah belah. Rasulullah SAW juga mengutus Muhammad bin Maslamah bagi memperdaya saudara susuannya Kaab bin Asyraf untuk membunuhnya dalam Perang Uhud. Maka pengkhususan tipudaya hanyalah berlaku dalam perang sahaja.

5. Politik merupakan wasilah untuk menyampaikan mesej Islam dan memperoleh kuasa pemerintahan. Justeru imej yang perlu dibawa oleh politikus Islam perlulah mencerminkan sifat Islam yang sebenar. Jika kita silap mengamalkan Islam dalam politik, akibatnya akan menimbulkan fitnah terhadap Islam.

Sekiranya kita mengamalkan pembohongan dan tipu helah dalam politik, orang akan memandang kita orang Islam dengan pandangan yang jelek. Fitrah semulajadi manusia tidak kira apa bangsa dan anutan, amat membenci akan pembohongan dan pengkhianatan. Justeru dalam politik, haruslah jujur sentiasa walaupun terkadang kejujuran itu boleh membuatkan kita hilang sokongan.

Kesimpulannya, politik bukanlah peperangan menurut hadis tersebut, justeru menipu atau apa jua tindakan lain yang dibenarkan atas sebab peperangan tidaklah dibenarkan dalam medan politik.

Justeru sebagai sebuah gerakan yang mendakwa sebagai jemaah Islam, mereka harus menjadikan seluruh sirah perjuangan Rasulullah SAW sebagai panduan asas, bukan hanya mencedok mana-mana bahagian yang disukai sahaja dan meninggalkan bahagian yang tidak disukai.

Mudah-mudahan kita semua terselamat daripada mengikut jalan yang terpesong. – HARAKAHDAILY 11/2/2016

Sumber HD - 11-2-2016

Kenapa Orang Kafir Sebaik Manapun Tetap Masuk Neraka? Jawaban Kyai Ini Membuat Pemuda Liberal Terbiak!

Posted on Thursday, February 11 @ 06:48:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Kenapa Orang Kafir Sebaik Apapun Tetap Masuk Neraka? Jawaban Kyai Ini Bikin Pemuda Liberal Terbungkam!

Liberal: Ki, ada orang baik banget, 

anti korupsi, bangun masjid, rajin 
sedekah sampai hidupnya sendiri 
dikorbanin buat nolongin orang 
banyak, terus meninggal dan dia 
bukan Muslim, Dia masuk surga 
atau neraka?

Kyai: Neraka.

Liberal: Lah? Kan dia orang 

baik. Kenapa masuk neraka?

Kyai: Karena dia bukan Muslim.

Liberal: Tapi dia orang baik Ki. Banyak orang yang kebantu karena dia, bahkan umat Islam 

juga. Malah Bangun Masjid Raya segala. Jahat bener dah Tuhan kalau orang sebaik dia 
dimasukin neraka juga.

Kyai: Allah tidak jahat, hanya adil.

Liberal: Adil dari mane?

Kyai: Kamu sekolahnya sampai tingkatan apa?

Liberal: Ane mah Master Sains lulusan US Ki, kenape?

Kyai: Kenapa bisa kamu dapat titel Master Sains dari US?

Liberal: Yaa karena kemaren ane kuliah disana, diwisuda disana.

Kyai: Namamu terdaftar disana? Kamu mendaftar?

Liberal: Ya jelas dong Ki, ini ijazah juga masih basah.

Kyai: Sekiranya waktu itu kamu tidak mendaftar, tapi kamu tetap datang kesana, hadir di 

perkuliahan, diam-diam ikut ujian, bahkan kamu dapat nilai sempurna, apakah kamu tetap akan 
dapat ijazah?

Liberal: Jelas enggak Ki, itu namanya mahasiswa ilegal, sekalipun dia pintar, dia nggak 

terdaftar sebagai mahasiswa, kampus ane mah ketat soal aturan gituan.

Kyai: Berarti kampusmu jahat dong, ada orang sepintar itu tak dikasih ijazah hanya karena tidak 

mendaftar?

Liberal: *terdiam*

Kyai: Gimana?

Liberal: Ya nggak jahat sih Ki, itu kan aturan, salah si mahasiswa kenapa nggak mendaftar, 

konsekuensinya ya nggak dapat ijazah dan titel resmi dari kampus.

Kyai: Nah, kalau kampusmu saja ada aturan, apalagi dunia dan akhirat. Kalau surga diibaratkan 

ijazah, dunia adalah bangku kuliah, maka syahadat adalah pendaftaran awalnya. Tanpa pendaftaran 
awal, mustahil kita diakui dan dapat ijazah, sekalipun kita ikut kuliah dan mampu melaluinya dengan 
gemilang. Itu adalah aturan, menerapkannya bukanlah kejahatan, melainkan keadilan.

BAHASA INDON - MALAS NAK TRANSLATE


Sumber TKO - 11-2-2016



Al-kisah: Jual Rokok

Posted on Thursday, February 11 @ 06:31:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Mengikut info yang aku dapat daripada kawanku, antara barang jualan yang membawa banyak keuntungan ialah rokok. Sebab itulah hampir keseluruhan kedai runcit menjual rokok. Jarang benar kita ketemui kedai yang tidak menjual rokok. Masalahnya, halalkah pendapatan hasil jualan rokok?

Maaf cakap; aku sebenarnya belum pernah mendengar alim-ulama dan mufti menegaskan dan menfatwakan bahawa menjual rokok adalah haram yang membawa maksud haram juga pendapatan hasil jualannya. Aku percaya bahawa ramai tidak memberatinya. Kalau arak; haram minum, haram jual, haram bawa, haram hidang dan haram kerja. Segala-galanya dijelaskan di dalam al-Quran dan al-hadis.



Sepatutnya alim-ulama dan para mufti menjelaskan keseluruhan hukum berkaitan rokok macam arak tadi. Rokok; haram hisap, haram import, haram jual, haram bawa dan haram kerja. Mufti jangan sekadar berminat untuk mengeluarkan fatwa tentang keharaman menghisap rokok. Lain-lain perkara tadi mufti membisu atau takut tidak selari dengan citarasa pihak pemerintah.



Justeru, andai benarlah rokok ini haram hisap, haram import, haram jual, haram bawa dan haram kerja, maka saya menyeru alim-ulama yang berwibawa di luar sana menegaskan kepada masyarakat khususnya kepada para penjual muslim yang buat ‘don’t know’ mentang-mentang   hasil rokok banyak membantu dalam keuntungan perniagaan. Sangat elok andai NGO  ambil peranan mengadakan kempen anti-jual rokok. 



Sumber TKO - 11-2-2016

Intipati ucapan Tengku Razaleigh. Rakyat Malaysia wajib baca!

Posted on Tuesday, February 09 @ 20:16:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Di Taman Tun Dr Ismail
8hb februari 2016

1. Rakyat seharusnya dipersalahkan kerana memilih wakil rakyat yg pengecut. wakil rakyat berani
buat apa pun kerana dia tahu, nanti rakyat akan pilih mereka juga.

2. Ada yg berpandangan majlis raja2 patut berbuat sesuatu kerana wakil rakyat tak boleh diharapkan.


3. Ekonomi semakin merudum.

4. MAS telah hentikan 6000 pekerja.

5. Petronas dah beri notis untuk tamatkan 5000 pekerja.

6. Bilangan yg pergi belajar on their own expenses balik tak ada kerja.

7. Kerajaan nak bawa masuk 1.5 million dari bangladesh. Ini kerana ada ada org proposer kepada
kerajaan. Buat duit, nak beri kerja apa kepada mereka tak tahulah.

8. Polis tak beritahu peratus jenayah. Sebenarnya ramai dah bertambah kerana tak ada kerja. Kerajaan
tak put efforts to create jobs.

9. Rasuah berleluasa. Nak tukar geran tanah pun rasuah. Saya boleh hurai satu persatu.

10. PM mesti dipilih directly oleh rakyat. Apa yg ditakut sangat kerana melayu adalah 82% penduduk
Malaysia.

11. Undang2 korupsi...the enforcement must be total. Adik kita ke abg kita ke kalau salah kena
diambil tindakan.

12. Zaman ayah saya dulu pegawai2 kerajaan kena tunjuk kepadanya apa yg dibelanjakannya setiap
bulan. Itu transparensi.

13. Jumlah pendatang seperti bangladesh, indon, burma, nepal dan lain-lain. Lebih ramai daripada
cina. Dan mereka ini tak akan balik apa lagi mereka dah kahwin dengan rakyat kita. Mereka ini
sebenarnya menimbulkan masalah.

14. Problem kita ialah cash is king. Mereka ini marah kpd kita yg mengkritik mereka kerana kita
dianggap nak sekat rezeki mereka. Ini masalahnya mereka tak lihat mereka salah.

15. Cadangan saya wakil rakyat dipilih di peringkat negeri dan bukan atas nama parti. Katakan di
Kelantan diperuntukkan 20 kerusi dan ada terdapat 100 calon. Siapa yg jumlah votes nya top 20
merekalah wakil rakyat lebih ramai dari cina Malaysia.

16. Umno elders tak give up tentang ttpa ini..tapi wakil rakyat umno dipaksa ikut whip. Kjaan 
berunding secara sulit lepas itu paksa wakil rakyat. Amerika dan lain-lain, itu teritory mereka kita
tak mampu masuk/tembusi. Kita fokus di Asean cukuplah. Tengok keadaan di timur tengah mereka
got embroiled in american sphere of influence mereka dah tak boleh keluar lagi.

17. Tppa - Amerika nak buka sayap menguasai dunia. Kita terpaksa ubah perlembagaan semata2 utk
ikut amerika. Kita bukan highly industrislised country yg memungkinkan export products kita.

Obama kata rakyat amerika dpt create banyak pekerjaan dan untuk mempastikan American values
dikena kepada negara2 lain. Kenapa kita nak jadi talibarut Amerika. Kita boleh negotiate dengan
Amerika at par. Ini syarikat2 besar (yg ada di Msia sekalipun) bila tak puas hati dengan dasar2 kita
mereka boleh sue kita di luar negara bukan di Malaysia sebab mereka tak percaya kepada Malaysia
court. Saya tanya Tok Pa, dia pun ternganga tak boleh jawab.

18. Di Korea bila tak bersetuju dengan kerajaan, mereka buat mcm2. Civil disobedience dibuat oleh
Gandhi hingga British tunduk kepada rakyat india. Kerajaan Diktator Korea pun kalah kerana
rakyatnya bertindak.

19. Rakyat boleh bertindak pergi jumpa YDP Tuanku, Sultan dan Raja-Raja untuk bertindak.

20. Cuba boikot secara sistematik. Kerana negara kita terancam. Tapi buat secara professional dan
legal. Bukan nak overthrow kerajaan tetapi luahkan kekecewaan dengan teratur. Saya sanggup pikul
amanah dan akan lakukan apa yg saya boleh buat.

21. I m not sure whether petronas can survive in the long run. Lingkup rasanya tidak tapi amat
 terjejas dengan kejatuhan harga minyak. Explaination yg diberi ttg pasaran/harga minyak cukup
detail dan menarik sekali. It is not straight forward. Banyak sangat players yg terlibat. Raja saudi
sekarang nak ajar American players berhubung dengan shale oil yg dikeluarkan on big scale. Tapi
cost mengeluarkan shale oil cukup tinggi sejauh mana they can sustain apabila harga cost yg tinggi.
Saudi nak ajar company2 ini.


 Komen: Ya Allah.. masa depan ekonomi negara kita berada di dalam keadaan yang menakutkan.

Kredit
Jaafar Md Amin


Sumber TKO - 9-2-2016


Mukhriz Baru Graduate Universiti Politik

Posted on Tuesday, February 09 @ 08:05:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Anak warisan Mahathir terpaksa akur dengan tekanan parti UMNO dan istana untuk letak jawatan sebagai MB Kedah biarpun hakikatnya rakyat jelata negeri Kedah suka pada beliau.

Percaturan politik adalah mainan yang licik seperti belut di dalam selut. Kelayakan, kejujuran, keikhlasan dan jasa bukan jadi pertimbangan kelayakan untuk jadi pemimpin sebaliknya mainan kotor dan hanyir adalah pra syarat utama. Politik tidak ada sekolah yang tak sekolah pun boleh berjaya dalam politik.


Mukhriz konon apabila diangkat menjadi MB Kedah mahu main politik bersih, musuh-musuh beliau yang terang-terangan menentang beliau diangkat menjadi exco kerajaan negeri konon pendekatan menjinakkan musuh. Hakikatnya formula itu gagal.

Keputusan-keputusan beliau tergagap-gagap ingin menjaga hati musuh beliau. Pegawai-pegawai sekeliling beliau yang muda-muda langsung tak menghormati politikus tua. Setiausaha politik yang rapat dengan beliau langsung tidak dapat menghidu komplot untuk mengguling beliau kerana sibuk menjaga saku sendiri.

Hari ini Mukhriz baru tahu langit tinggi rendah. Hari ini Mukhriz baru graduate University Politik dengan ijazah PhD. Hari ini baru Mukhriz diuji untuk menghadapi peperangan politik yang lebih hebat di peringkat nasional. Mukhriz akan berdepan dengan naga-naga bernafas api yang sedang bermarajalela di Putrajaya sekarang ini. Kalau tidak bijak dan licik Mukhriz akan ditelah dan diratah mentah-mentah sebelum mengeluarkan taring.

Bersedialah wahai Mukhriz, jangan berkata kita kuat sebelum kita diuji. Kerajaan di hadapan sana sedang menunggu kejatuhan dengan penuh hina dan sengsara. Bersedialah untuk pertarungan yang lebih ganas di gelanggang sana.

Salam hormat pada Mukhriz. Ayuh! Rakyat bersama mu.

- mummyrokiah



Sumber TKO - 9-2-2016


Mukhriz salah langkah – Raja Petra


Posted on Monday, February 08 @ 09:45:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR 5 Feb. Perkara yang berlaku terhadap Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah balasan daripada tindak-tanduk beliau sepanjang kemelut jawatan Menteri Besar Kedah baru-baru ini, tidak lebih dan tidak kurang.

Menurut pengendali portal, Raja Petra Kamaruddin, bekas Menteri Besar Kedah itu tidak seharusnya cuba menggambarkan diri sebagai mangsa kerana dalam politik, jika seseorang itu dengan keras menyerang pihak lain, mereka juga kena bersedia berdepan serangan serupa.

Beliau menggunakan teori relatif Albert Einstein dan Isaac Newton untuk menggambarkan perkara yang berlaku terhadap Mukhriz iaitu `untuk setiap perbuatan akan menghasilkan tindak balas yang serupa'.

"Hakikatnya walaupun Mukhriz memperlihatkan diri sebagai mangsa yang tidak berdosa, tetapi sebenarnya beliau berdepan dengan tindak balas yang selari dengan tindak-tanduknya sebelum ini, tidak lebih dan tidak kurang.

"Ini adalah hukum karma. Jika kita menggunakan kekerasan, balasan yang kita terima juga adalah kekerasan. Hal yang sama berlaku dalam politik, tidak mungkin serangan kita tidak dibalas dengan serangan," katanya sebagaimana dipetik menerusi portal Malaysia Today hari ini.

Mukhriz yang kepemimpinannya ditolak UMNO Kedah pada mulanya bertegas enggan melepaskan jawatannya sehingga menyebabkan politik di negeri Jelapang Padi itu berada dalam keadaan tidak menentu selama dua minggu.

Walau bagaimanapun, krisis itu berakhir apabila Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu bermula semalam.

Dalam hal itu, Raja Petra menjelaskan, Mukhriz melakukan percaturan politik yang salah apabila memilih pendekatan berkonfrontasi dalam kemelut berkenaan.

Katanya, langkah Mukhriz yang bergantung harap kepada sokongan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang selepas ditolak oleh hampir keseluruhan pemimpin UMNO Kedah merupakan pendekatan silap.

"Percaturan Mukhriz bukan sahaja salah, malah beliau juga gagal membuat perkiraan politik tepat.

Mukhriz berasakan beliau mendapat sokongan 15 ADUN pembangkang dan yakin memperoleh sokongan tiga ADUN Barisan Nasional (BN) yang mungkin dua daripada MCA dalam menjayakan konfrontasi itu.

"Mukhriz mungkin menganggap musuh politik kepada Perdana Menteri merupakan kawan baginya, tetapi beliau ternyata silap, beliau sebenarnya gagal memahami realiti politik di Kedah secara keseluruhannya," katanya.

Ini kerana menurut Raja Petra, pakatan pembangkang sekarang hanya terdiri daripada tujuh ADUN sedangkan lapan lagi terdiri daripada ADUN Pas dan jika undian dibuat dalam kalangan mereka,

ADUN Pas akan membuat undian yang berbeza. Sehubungan itu, katanya, jika sekali pun Mukhriz mendapat sokongan semua ADUN pakatan pembangkang, namun beliau perlu mendapat 11 lagi undi, bukannya tiga seperti yang beliau jangkakan.

Katanya, berbanding Mukhriz yang kelihatan cukup terdesak hingga terpaksa bergantung kepada sokongan daripada ADUN pembangkang, Perdana Menteri pula sentiasa tenang dalam mencari penyelesaian terbaik bagi rakyat Kedah di sebalik krisis itu.

"Selaku Presiden, beliau perlu mendengar suara ketua-ketua bahagian UMNO yang menyatakan secara terbuka bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada Mukhriz dan Najib telah menyelesaikan krisis ini dengan cara terbaik," ujar Raja Petra.

Sumber TKO - 8-2-2016

Sunni, Syiah, Wahhabi: Ulang kembali 

perangai lama

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
SUNNI, SYIAH, WAHHABI; PERANGAI LAMA DIULANG KEMBALI

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
 أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ
 يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya, maka
Allah akan mendatangkan suatu kaum yang bersifat:

1 Allah kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Allah;
2 lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang
kafir,

3 berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah,

4 tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."
[Al-Maaidah: 54]

Allah menyatakan sifat kedua bagi pejuang agamaNya yang sebenar adalah merendah diri kepada
sesama Islam, dan tegas kepada orang-orang kafir. Ini adalah sifat para Nabi, sahabat, tabiin,
imam-imam dan para ulama pejuang Islam. Walaupun berlaku perselisihan, mereka bersikap rendah
diri dan tidak bermusuh. Tidak menjadikan masalah fiqh sebagai sebab untuk berpecah belah.

Lihat perbezaan antara Imam Syafie dengan gurunya, Imam Malik. As-Syafie mengatakan semasa
berdiri dalam solat, tangan perlu diletakkan di perut sedangkan Imam Malik menyatakan tangan perlu
dijatuhkan ke bawah. Ketika Imam Malik diberitahu tentang perbezaan pendapat as-Syafie tersebut
bertujuan supaya al-Malik menyatakan sesuatu terhadap Imam Syafie, Imam Malik sebaliknya
berkata, semua pendapat manusia boleh diterima dan ditolak, kecuali tuan kubur ini. (Sambil
menunjukkan ke arah kubur baginda SAW.)

Imam Syafie juga murid kepada murid Imam Abu Hanifah iaitu Imam Hasan as-Syaibani. Walaupun
Imam Syafie berpendapat sunat membaca qunut dalam solat Subuh, tetapi ketika melawat kubur
Imam Abu Hanifah, beliau solat Subuh tanpa qunut dan sujud sahwi kerana menghormati pandangan
Imam Hanafi.

Imam Abu Hanifah pula berguru dengan Imam Muhammad al-Baqir, salah seorang Imam Mazhab
Syiah Imamiah. Mereka juga berselisih pendapat, tetapi sesudah mereka berbincang, Imam Al-Baqir
memeluk tubuh muridnya itu tanda kasih antara mereka.

Itulah akhlak ulama dahulu. Namun orang sekarang sibuk berbalah soal-soal sebegini. Diperbesarkan
perbezaan antara orang Islam sehingga mewujudkan sengketa dan perpecahan. Berbalah soal fiqh
lebih dari Imam Syafie, Imam Hanafi pula. Mereka tidak merendah diri kepada orang beriman, tetapi
boleh pula berkompromi dengan golongan kuffar.

Dulu dah buat perangai sebegini. Ingat dahulu semasa zaman Uthmaniah, Wahabi (bermazhab
Hanbali/Salafi) dibantu oleh penjajah Inggeris menentang khilafah Uthmaniah dengan sentimen
mazhab kerana Uthmaniah adalah Asyairah, Maturidi dan Hanafi. Di Iran, Shah Iran bermazhab
Syiah Imamiah dibantu oleh penjajah atas sentimen Sunni Syiah. Begitu juga di Yaman, syiah
Zaidiah dibantu oleh penjajah menentang Uthmaniah. Di kebanyakan negara arab pula, gerakan
kebangsaan arab dibantu menentang khilafah yang berketurunan Turki itu dengan sentimen kaum.

Dengan perbezaan mazhab dan kebangsaan yang sengaja dijadikan umpan penjajah, Akhirnya umat
Islam hilang kuasa khilafah. Dalam waktu umat Islam lemah ini, penjajah pula mengambil peluang
membina kuasa mereka.

Hari ini perbalahan diteruskan sekali lagi. Syiah lawan Sunni, Sunni lawan Syiah, Sunni lawan
Sunni, Syiah lawan Syiah, wahabi, Asyairah, semuanya berperang sesama sendiri. Sebaliknya pula
musuh sebenar iaitu kuffar zionis yang sedang membunuh unat Islam di Palestin setiap hari dibiarkan
begitu sahaja, dibuat kawan pula. - HARAKAHDAILY 7/2/2016

Sumber  HD - 7-2-2016



Ultra Kiasu yang rasis?

Posted on Friday, February 05 @ 14:35:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Menurut pendapat Dr Ridhuan Tee, hanya ultra kiasu sahaja yang rasis, manakala china selain ultra kiasu tidak demikian.

China Ultra kiasulah yang bertindak menghalang guru perempuan Islam mengajar di sekolah jenis kebangsaan China di mersing Johor tempoh hari.

Bukan sahaja bertindak menghalang, malah telah meminta guru perempuan itu meletakkan jawatan dan memdesak kementerian pelajaran Malaysia tukar mengajar di sekolah lain.

Tindakan pihak sekolah jenis kebangsaan China tidak lain dan tidak bukan atas sebab china kafir di Malaysia ini benci dengan Islam sepertimana yang telah ditunjukan oleh DAP  bulat bulat  menentang  hudud yang di perjuangkan Pas itu.

Dengan kata lain, orang yang kafir tak kira dia china ahli MCA ke, china ahli Gerakan ke dan china ahli DAP  ke tetap tidak bersetuju dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW kecuali China Islam.



Penulis masih tidak boleh menerima pendapat  Dr Rihduan Tee yang mengatakan ultra kiasu sahaja yang  rasis ,manakala yang bukan ultra kiasu tidak demikian.



Pada hemat penulis, semua china kafir tetap mempunyai prinsip anti  Islam dan anti Melayu/Islam, kecuali china yang beragama Islam atau kafir zimmi.



Buktinya, telah dinyatakan oleh Allah dalam Quran ayat 120 surah Baqarah yang bermaksud: “ orang orang  Yahudi dan Nasrani tidak sekali kali akan bertuju dan suka dengan engkau wahai Muhammad”…



Mustahil china dkecualikan, kerana ayat 120 itu disebut nama kaum yahudi dan nasrani bukan atas nama bangsa china.



Ayat ini khusus atas nama orang orang kafir. Yahudi dan Nasrani bukan bangsa sepertimana china adalah satu bangsa dan ada yang beragama islam dan ada yang kafir baukan macam Yahudi dan Nasrani yang sama sekali tidak ada yang beragama Islam.



China ada yang islam dan ada yang kafir, manakala yahudi dan Nasrani tiada yang beragama Islam yang boleh kita sebut Yahud islam dan nasrani islam. Tapi China suatu  kelaziman kita sebut china Islam dan china kafir.



Oleh itu, penulis menyangkal pendapat Dr Ridhuan Tee yang mengatakan ultra kiasu sahaja yang rasis. Percayalah semua china yang tidak beragama Islam tetap berpendirian tidak akan setuju dan suka dengan Islam sehingga tergamak bertindak melarang seorang  guru perempuan Islam memakai tudung,  pakaian hak asasi umat Islam yang disyariatkan.



Penulis amat bersetuju dengan kata kata percayalah, berilah sebanyak mana pun kemudahan undi mereka (orang China) tetap kepada ultra kiasu. Jangan mengharapkan mereka mengundi BN.

Buktinya, parti GERAKAN kalah teruk di Pulau Pinang dan MCA hanya dapat mempertahan beberapa kerusi sahaja habis disampu bersih parti DAP tanda china kafir anti Islam dan Melayu/Islam.



Sumber TKO - 5-2-2016




Ahli PAS Mesti Melakukan Anjakan Paradigma
Posted on Friday, February 05 @ 06:36:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





Semasa masih menjadi kakitangan kerajaan, aku lebih banyak menulis artikel, memberi sedikit sumbangan wang dan mengikuti ceramah politik dan kuliah agama oleh ulama dan tokoh PAS. Apabila mengambil bersara awal, aku mula terlibat terus dengan organisasi PAS.

Jadi, akulah orang baru dalam kerja jamaah. Aku bangga menjadi sebahagian daripadanya. Hampir dua tahun aku bersama PAS, aku sudah boleh rumuskan sesuatu untuk pengajaran kepada semua kususnya organisasi ini. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dibaiki:-



1. PAS tak perlu teks atau buku khusus untuk usrah.Teks khusus biasanya khatam dalam dua tiga tahun kerana usrah biasanya mampu dilakukan sekali sebulan. Isu yang wajar diusrahkan ialah isu semasa dari sudut al-Quran dan al-hadis. Contohnya, apabila meletus isu tiadanya wala’ di kalangan pemimpin, teks usrah disambung berkaitan ciri-ciri Negara Islam. Inilah yang berlaku apabila usrah berdasarkan buku usrah.



2. Antara 30% hingga 70% ahli tidak hadir mesyuarat atau usrah kerana pelbagai alasan, bergantung kepada keutuhan peringkat cawangan, MTD atau Kawasan. Di samping alasan yang tidak syarie, terdapat juga kesilapan memahami feqah aulawiyat. Teguran tentang ketidakhadiran jangan selalu diulang-ulang, sesetengah  ahli PAS nanti tidak hadir terus; sama ada marah dipaksa-paksa, terguris atau merajuk kerana ditegur.



3. Purata 70% tidak menepati masa. Sebahagiannya minta izin dan boleh dimaafkan kerana baru habis kuliah dan sebagainya. Sebahagian lagi hanya datang apabila mesyuarat sedang berjalan.  Inilah selalu berlaku; yang 30% terpaksa menunggu yang 70% untuk memulakan mesyuarat. Sudah setengah jam lewat daripada masa yang dijanjikan namun mesyuarat tidak dapat dimulakan kerana tidak cukup korum.



4. Sebahagian ahli PAS culas memberi kerjasama. Sekarang zaman whatsapp. Ahli grup jamaah atau lajnah baca mesej minta nyatakan kehadiran dan sebagainya tetapi sebahagian tidak akan respon. Terpaksa pula ditelefon. Jari boleh taip ‘k’, ‘ok’, ‘hadir’, ‘x hadir’ atau ‘in sha Allah’ tetapi banyak memilih untuk tak endah. Kerja SU menjadi payah.



5. Hanya sebahagian bertungkus-lumus untuk sesuatu program atau aktiviti. Yang lain, entah ke mana dan tak ambil tahu. Teamwork cukup lemah. Ahli biasa pula sukar sungguh untuk dikerah menghadiri program. Akhirnya, sambutan yang diberikan oleh ahli tak sepadan dengan tenaga dan peruntukan yang dicurahkan.



Seperti yang dicontohkan oleh sahabatku, ahli Arqam (dulu) lebih sanggup turun ke bandar walaupun berbatu-batu hanya kerana ingin membeli sebotol sos cili keluaran Arqam. Ramai ahli Tabligh yang menetapkan 10% daripada pendapatan bulanan masing-masing untuk jamaah mereka. Dalam menepati masa tadi pula, ahli PAS tak pernah malu kepada kafir Jepun yang terkenal ‘punctual’. Jadi, ahli PAS nak malu kepada siapa sebenarnya?



Justeru, usrah bukan lagi wajar berkisar kepada silibus. Usrah patut mengajar feqah aulawiyat, 

mencetus lonjakan paradigma dalam pengurusan masa, pengorbanan dalam menjayakan aktiviti dan program parti. Adakah kita hanya nampak 7 ranting yang mengeluarkan 100 tangkai pahala dalam aspek derma harta; kita tidak nampak 7 ranting yang mengeluarkan 100 tangkai dalam aspek kehadiran mesyuarat, menepati masa, kerja teamwork dan pengorbanan tenaga dan masa?



Aku sangka aku telah hebat apabila masuk jamaah, rupanya aku baru belajar sesuatu dan rupa-rupanya aku baru masuk sekolah rendah. Sebab itulah pendapatku belum tentu benar. Hanya yang telah lama dalam jamaah boleh mengesahkan. Tidak berniat mencarikkan imej jamaah. Siasatlah kata-kataku agar aku tak terlaknat fitnah.



Sumnber TKO - 5-2-2016

Kisah Tertidur: Lim Kit Siang Terlupa Anaknya Pun Malu!

Posted on Thursday, February 04 @ 15:58:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



IBARAT paku dulang, paku serpih, mengata orang tapi dia pula yang lebih atau bidalan popular kuman di seberang laut boleh nampak, tapi gajah di depan matanya boleh pula tidak nampak.

Sebagai manusia biasa, kita boleh cukup faham setiap orang ada batas ketahanan diri masing-masing. Ada masa terlalu letih sehingga membuat kita pun mesti akan terlelap seketika tanpa disedari.
Kejadian alamiah ini pasti berlaku pada semua orang. Apa lagi orang politik yang saban masa terlari ke sana ke mari, hadir mesyuarat, acara, temujanji dan segala macam program rasmi atau pun tidak.
Memetik laporan daripada portal AgendaDaily, ia adalah perkara normal dan kalau tidak percaya cuba sembang santai serta tanya sendiri pada ramai orang politik tanah air yang berjawatan tinggi.
Ada masa memang lembik dek seharian sibuk memanjang. Kata orang kalau sudah tahu sama tahu ini bukan sesuatu luar biasa kenapa halakan senapang pada Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah seorang saja.
Kejadian beliau terlelap seketika ( gambar atas pertama) masa majlis hari keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini dijadikan viral sakan untuk memperlekehkan kewibawan Menteri Besar baru Kedah itu.
Antara yang galak sangat main isu itu ialah otai DAP, Lim Kit Siang. Wah! Bukan main lagi termasuk kata di Twitter konon Ahmad Bashah tidak layak angkat sumpah sehingga beliau jelaskan hal itu.
Saw video first time. Bashah slept soundly. All should see” katanya pada mesej pertama sebelum kata: “Saw Bashah video again. He was sleeping deeply. Bashah should not take oath as Kedah MB until he comes clean on it.
Lepas itu Kit Siang berkata lagi: “If Bashah insists he was not sleeping, when very obvious he was during Tuanku’s speech, hold an opinion poll among Kedahans on the issue!”
Ironi mungkin ramai antara kita termasuk penyokong pembangkang sendiri pernah lihat menerusi media sosial wajah pemimpin idola mereka tidur berkeruh lena tanpa gangguan sesiapa!
tidur lge
LIM GUAN ENG
tidur anwar
ANWAR IBRAHIM
tidur khalid
KHALID ABDUL SAMAD
tidur zuraida
ZURAIDA KAMARUDDIN
tidur khalid ibrahim










ABDUL KHALID IBRAHIM
Antaranya termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng. Nampak aksinya dirakamkan sedang ‘tertidur’ seketika di kerusinya dalam
sidang Dewan Rakyat.
Tidak mungkin Kit Siang tidak kenal wajah anaknya sendiri? Satu lagi gambar, rakan
karib politiknya, Anwar Ibrahim… satu ketika dulu Ahli Parlimen Permatang Pauh dan
Ketua Pembangkang.
Beliau pun macam ‘tertidur’ di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat namun mana
komen panas Kit Siang? Mustahil tokoh DAP itu tidak tahu dan terlepas pandang Guan
Eng dan Anwar!
Tidak ketinggalan ialah Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang dan juga
Ketua Wanita PKR. Asyik sungguh dibuai mimpi, juga dirakam dalam sidang Dewan
Rakyat pulak tu.
Gambar bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tertidur agak menarik
kerana beliau sedang ‘ tertidur’ semasa sidang akhbar bersama Speakar Dewan
Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.
Siapa tidak kenal Ahli Parlimen Shah Alam dari Parti Amanah Negara, Khalid Samad
yang cukup garang dalam sidang Dewan Rakyat tetapi nampak macam tewas
keletihan hingga ‘tidur’ di Parlimen.
Sebenarnya kalau hendak kumpul banyak insiden lain apabila ahli politik yang
keletihan terlelap seketika masa dalam majlis atau sidang rasmi dan pelbagai acara
lain termasuk di luar negara sendiri.
Ingat balik… gambar bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi ‘tertidur’ sejenak
dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama dulu yang tidak kurang riuh meriah
sakan dijadikan isu oleh pembangkang.
Namun kalau tidak ada apa-apa nawaitu politik jahat… semua ini boleh difahami. Kita
hanya perlu bersangka baik sahajalah, mungkin ketika itu orang politik tersebut
memang amat keletihan.

Jadi sebelum nak tembak Ahmad Bashah… Kit Siang sila pandang dulu kiri kanan.
Rasanya tak perlu nak lebih-lebih macam… takut malu, sebab ada gambar yang boleh
berbicara tentang anak sendiri .
Sumber TKO - 4-2-2016


Nak tukar MB Kedah, 'jenguklah' Pahang dulu


Posted on Wednesday, February 03 @ 08:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PUTRAJAYA - Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa,‎ pihak yang ingin menukar Menteri Besar Kedah harus melihat pimpinan di Pahang terlebih dahulu.

Khairuddin berkata, berbanding di Kedah keadaan di Pahang lebih bermasalah.
"Saya nak tanya Presiden Umno, kalau nak cakap soal pertukaran MB tengok dululah negeri beliau 

di Pahang. Pelbagai isu sedang menyelubungi Pahang, kenapa tak pertikai?

"Keadaan politik di Kedah cukup aman damai dan tenteram. Bukan sahaja  rakyat jelata, orang Pas 

juga sayangkan (Datuk Seri) Mukhriz (Tun Dr Mahathir)," katanya pada sidang medianya di Ibu 
Pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

Menggulas lanjut, Khairuddin berkata tiada sebarang alasan yang kukuh untuk 'membuang' Mukhriz 

sebagai Menteri Besar.

"Apa alasan mereka nak tukar Mukhriz? Bagi saya tidak ada alasan langsung. Kalau nak kata Kedah 

dalam dilema mungkin mereka boleh bertindak sedemikian, tapi ini tidak berlaku.

"Tapi saya bersyukur hampir dua minggu kes pertukaran MB Kedah ini berlangsung dan dengan 

kuasa ALLAH sehingga hari ini, mereka yang terlibat  masih gagal untuk berbuat demikian," 
katanya.

Sebelum ini, Mukhriz terus menerima tekanan daripada Adun dan Ahli Parlimen Umno Kedah, serta 

pemimpin kanan Umno negeri yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad 
Bashah Md Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri 

Besar dan Pengerusi Umno Kedah. - SH

Sumber TKO - 3-2-2016



Krisis Kedah : Ruang Bina Pakatan Baru


Posted on Wednesday, February 03 @ 00:47:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Semenjak terjadi Perbalahan TM & DSAI politik negara berkocak kencang.Meskipun 1990 akibat  pergeseran  Ku Li & TM menyebabkan Pas kembali dapat memerintah Negeri Kelantan .Namun krisis TM & DSAI lebih kuat gegarannya hingga melibatkan reformasi politik berlaku di seluruh negara.Walaubagaimanapun kerjasama mastermind  Pas & Dap seperti tafsiran majoriti pemerhati seolah tidur sebantal mimpi lain-lain.

Semua kita sedia maklum bahawa Pas terbentuk dari Ijtihad ulamak yg menggunakan alat demokrasi sebagai jalan perjuangan Islam spt gerakan Ikhwanul Muslimin  .Perjuangan Pas adalah Islam . Matlamatnya Negara Islam.Manakala DAP adalah serpihan PAP & sudah semestinya berusaha menjadikan Malaysia seperti Singapura.

Dipendekkan Bicara.Pas tak mungkin dapat membina Kerajaan Malaysia yang stabil sekiranya berpasangan dengan DAP.Meskipun ada gerakan untuk meneutralisasikan PAS dari cita-cita Islam saya yakin PAS tak mungkin dapat disekularkan bahkan sekiranya teraju kepimpinan diambilalih oleh golongan sekular pasti akan ada satu parti lain yang memperjuangkan cita-cita yang sama seperti PAS akan tertubuh.

Menyentuh senario politik Kedah.Saya berpendapat ia mungkin pertolongan Allah agar pendokong PAS dapat membina satu pakatan yang baru.Umumnya tak semua orang Cina menyokong DAP tapi hampir semua orang Cina sudah terlalu marah dengan BN.

Kerjasama PAS dengan Datuk Mukriz pada perkiraan saya mampu membina pakatan yang kuat.Perlu diingat semua orang Cina mahukan negara yang aman dan dapat melakukan bisnes dengan baik.Dari survey, sebahgian orang Cina yakin pada Tun Mahathir yang mempunyai Proven Record dapat memajukan Malaysia.Apa yang paling penting adalah kepimpinan PAS Kelantan perlu menjadi contoh teladan yang baik bebas dari sebarang bentuk kronisma Nepotisma disamping berusaha membangunkan Negeri Kelantan.

Saya Optimis dengan rekod bersih kerajaan Kelantan  ditambah kerjasama politik dengan Penyokong Tun Mahathir Ia merupakan modal penting meraih undi untuk PRU 14.Kita juga berharap sebahagian besar pendokong PKR juga akan berada dalam kerjasama politik baru ini.

Strategi politik senantiasa berubah .Dizaman maklumat dihujung jari sebarang salah laku dan salahgunakuasa tak mungkin dapat disembunyikan.


Daulah Islam secara teorinya pasti tertegak di Nusantara dalam kurun ke 15 hijrah .Bagaimana cara kita tunggu dan lihat .Mudahan Pas adalah penyumbang terbesar.Ingatlah Islam itu sifatnya akan menang bila pembawanya mempunyai ciri kemenangan.

Sumber TKO - 3-2-2016


Hubungan PKR-PAS masuki fasa amat genting?


Posted on Friday, January 29 @ 19:27:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Adakah PAS hanya “bertepuk sebelah tangan” sahaja dalam hubungan dengan PKR?  Jika demikian keadaannya agak sia-sialah anggapan PAS selama ini bahawa PKR adalah rakan tahaluf siyasi yang berprinsip dan budiman.

Menurut prinsip tahaluf yang dipegang PAS, selain sikap saling hormat menghormati, kedua-dua pihak harus sensitif akan keperluan dan kefahaman politik kedua-dua belah pihak dan berusaha tidak mencabar atau menjolok sensitiviti rakan.



Dengan perkataan lain, ia bukan sahaja sanggup menjaga air muka dan maruah rakan tahaluf tetapi sentiasa bersedia mengawal diri tidak “menjejaskan kepentingan” rakan apatah lagi bersekongkol dengan musuh-musuh rakannya  itu. 


Maka PAS pun sentiasa bersikap sopan dan memelihara adab tahaluf dalam hubungannya dengan PKR. Setiap kekeliruan atau isu sensitif dibawa ke pengetahuan pihak rakan dengan jujur dan terbuka termasuk ketika membantah tindak tanduk pimpinan PKR di Kelantan. 


Namun tindakan beberapa pemimpin PKR kebelakangan ini agak menggusar dan mengusik akal budi PAS. Pemimpin seperti Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul seolah-olah meremehkan kesopanan PAS.


Adalah jelas bahawa kedua-dua pemimpin PKR ini membayangkan bahawa pendirian PKR dalam hubungan dengan PAS kini adalah “terlalu longgar” kerana ia tidak diikat dengan sebarang dokumen persefahaman mahupun perjanjian. 


Justeru itu bagi Rafizi dan Johari pemimpin–pemimpin PKR dan PAS adalah bebas untuk menjalin sebarang kerjasama di mana sahaja dan dalam apa bentuk sekalipun termasuk politik dengan pihak lain tanpa perlu merujuk kepada PAS. 


Demikian pencerahan yang diberikan oleh Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul bila mengulas tindakan PAS mengutus bantahan kepada PKR yang dilihatnya bersungguh berkempen untuk mempopularkan PAN, terutamanya di Kelantan.


Walaupun PAS masih menganggap hubungannya dengan PKR adalah mematuhi rukun tahaluf siyasi seperti yang dimuktamadkan ketika bersama Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu, PKR rupanya mengambil pendirian sebaliknya. 


PKR kini jelas cenderung menyokong pendirian DAP bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur. Lantas tiada sebab pernyataan pendirian PAS berhubung tahaluf siyasinya perlu meletakkan PKR dalam keadaan terikat dengan parti itu.


"Kita ada hubungan yang tidak rasmi (dengan PAS) dan saling menghormati namun ia tidak mengikat kita. Ia berbeza dengan Pakatan Harapan sebab kita saling terikat,” kata Johari.


Beliau berkata, oleh kerana hubungan PKR dengan PAS adalah 'tidak rasmi', pemimpin PKR bebas untuk menghadiri mana-mana program yang dianjurkan oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan, terutama PAN.


Sebelum itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan pemimpin PKR yang menghadiri program PAN di Kelantan sebagai “menyanggah” kepentingan PAS.


Ujarnya, PKR adalah rakan politik (tahaluf siyasi) kepada PAS dan Kelantan adalah negeri yang diperintah PAS manakala program anjuran PAN adalah untuk menghentam PAS.



Sekaligus hujah itu Takiyuddin mengabsahkan  'larangan' kepada PKR supaya tidak menyokong aktiviti PAN yang dianggap musuh politik PAS di Kelantan. Bantahan PAS Kelantan diutus pada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli 13 Januari lalu.


Bagaimanapun Takiyuddin menegaskan bahawa peraturan dan larangan yang tercerna daripada hubungan tahaluf siyasi di antara PAS dan PKR itu hanya digunapakai di Kelantan yang diperintah oleh PAS.


Justeru itu, apabila diajukan soalan apakah perlu PAS dan PKR mewujudkan perjanjian supaya isu sebegini tidak lagi timbul, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata partinya sentiasa bersedia berbincang.


Beliau mengulangi tawaran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada PAS ketika mengadakan rundingan meja bulat pembentukan Pakatan Harapan September lalu.


"Saya setuju. Kerana itulah ketika kita mahu wujudkan Pakatan Harapan, kita ajak secara rasmi PAS supaya bincang. Mungkin mereka tidak bersetuju beberapa perkara, namun masih bersetuju dalam banyak perkara. 


“Lebih elok duduk bersama untuk berbincang. Namun mereka (PAS) tidak mahu datang dengan mengatakan tidak bersedia. Selagi tidak bersedia, maka hubungan kita masih tidak terikat. Jika bersedia, kita ikatlah," tegas Johari.


Ini membuat PAS kaget dan mendorong Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menuntut PKR menjelaskan pendirian sebenar PKR berhubung tahaluf siyasi bersama PAS.


Jika Rafizi menggunakan alasan demi menumbangkan Umno-BN beliau bersedia naik pentas kempen mana-mana pihak yang memusuhi Umno tanpa menimbangkan sensiviti PAS, sudah tentu PAS wajar mendapat penjelasan rasmi PKR.


Dr Zuhdi juga wajar membangkitkan persoalan demikian kerana Johari Abdul pula telah dengan rasmi “menurunkan” taraf hubungan PKR kepada tahap “tidak rasmi” kerana tiada perkara yang mengikat kedua-dua parti itu.  


Bagi Dr Zuhdi beliau berpegang pada prinsip hubungan PAS dengan PKR masih lagi “berkuatkuasa dan terjalin” dalam konteks Pakatan Rakyat (PR), meskipun PKR kini kerabat Pakatan Harapan bersama PAN dan DAP.


"Sehingga hari ini, saya masih berpegang bahawa Pakatan Rakyat masih wujud, iaitu gabungan PAS dan PKR, sepertimana Barisan Alternatif antara tahun 2001 sehingga tahun 2008. 


"Saya mempersoalkan semula Datuk Johari Abdul, adakah kenyataan beliau tersebut merupakan pendirian rasmi PKR bahawa Pakatan Rakyat sudah terbubar. 


"PKR dituntut untuk mengeluar pendirian rasmi mereka, adakah mereka masih bersama PAS dalam Pakatan Rakyat atau gabungan itu telah terbubar?," soalnya.


Proses dan pendekatan percaturan politik PAS dan PKR memang tidak sama. Cara PAS perlu melalui persetujuan Dewan Harian, Dewan Ulama dan Majlis Syura dan bersendikan syarak. 


Sementara sebagai sebuah parti berfahaman Liberal Demokratik, PKR lebih banyak bergantung kepada hemah dan kekuatan hujah para pemimpinnya, terutama Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukum penjara. 


Kini terpulang kepada PAS untuk mengkaji semula takrif, cara dan matlamat tahalufnya dengan PKR. Adalah lebih elok kedua-dua belah pihak bersikap jujur dan budiman dalam menjalin hubungan politik ini. 


Rakyat faham dan memerhati. Usahlah menghantar isyarat kabur dan mesej yang serong bahawa demi politik, kedua-duanya bersedia untuk “berpatah arang berkerat rotan” demi mahu berkuasa dalam politik Malaysia.

Oleh Zainal Salleh
ANTARAPOS
Sumber TKO - 29-1-20116



Air kosong pun 20 sen tau abg Jib
Posted on Friday, January 29 @ 19:10:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Kadang-kadang rasa nak mengamok pun ada dengan kedai-kedai makan yang bersepah di lembah kelang ini. Mana tak marahnya, nak dibawa air dari rumah minum di restoran dah kena marah plak dengan tuan kedai, bila nak order air kosong dah kena 20 sen secawan. Bukan secawan , kadang-kadang tak puas secawan order lagi secawan.

‘Patutnya air kosong ni bagi free jelah, buat sedekah jariah pada pelanggan lagi bagus’. Kata sahabat yang minum sekali disitu. Antara air kosong dengan air basuh tangan, mana yang lagi banyak guna? Ini kadang-kadang kedai mamak hentam sampai 50 sen secawan. Tak cukup kaya ker kalau tak caj air kosong tu.?

Itulah juga yang berlaku dalam Negara kita ini. Rakyat marhain disuruh berjimat cermat bagai nak gila , tapi GST tetap kena juga. Apa barang yang tak kena GST? Cakap pandailah menteri-menteri tu semua, pasal anda semua dibayar setiap langkah dalam hidup kalian.



Kereta yang pak menteri naik itu adalah hak rakyat, minyak diisi oleh rakyat, rumah disediakan oleh rakyat, tol lalu jer pasal dah bayar oleh rakyat dan berak pun rakyat yang ‘basuh’ punggung mereka. Masa sebelum jadi menteri dialah pahlawan rakyat, bila dah jadi menteri , pandang rakyat pun jijik jer muka dia.



‘Kenapa abg jib tu boros sangat dengan kak mah, tak macam ayah dia dulu?’



Jawapannya amat senang untuk pernyataan diatas.  Abg jib kita itu duduk dalam keluarga Perdana Menteri sejak dari kecil lagi. Oleh itu rasa susah itu mana dia pernah rasa. Mungkin ketika itu mereka berborak pun semua dalam angka ribu-ribu tak macam kita yang borak sekadar sen sen jer.



Bila dah dari kecil sudah senang, tambah sekarang dah jadi PM lagi lah duduk dikayangan terus. Pada ketika ini mereka berborak bukan pada angka ribu-ribu dah, dah main Billion dah bro! Kalau setakat untung rm100k bagi satu projek, tak lepas nak sedawa untuk mereka.



Begitulah juga terjadi pada anak-anak Tun M sekarang ini. Mereka semua membesar ketika ayah mereka menjadi PM Malaysia yang lalu. Tun M memang dibesarkan dalam keluarga susah, tapi tidak buat anak-anak mereka. Oleh itu, Tun M yang dari keluarga susah itu pun bernafsu besar dalam memerintah Negara , apakah anak-anaknya sekadar melihat sahaja?



Mukhriz yang menjawat MB kedah ketika ini pun bercita-cita besar ( ketika artikel ini ditulis), kalau dia menjadi PM , lagilah besar nafsunya berbanding ayahnya dulu.



Kerana itulah kita lihat agak sedikit anak-anak pembesar Negara  yang menjadi hebat dari kacamata agama. Berapa ramai anak-anak mereka yang terjebak dalam dunia ‘shahwat‘ berkongsi wanita sana dan sini. Menjadi penagih arak, mengaut keuntungan Negara dengan projek anugerah sana sini yang akhirnya Negara kita dikuasai oleh ‘oppurtunist2’ yang menjahanamkan anak bangsa dan agama.

Dibawah ini ada dua video yang patut menjadi renungan buat kita semua. Walaupun keilhatan lucu dan mencemaskan, jauh disudut sana kita sebenarnya perlu tukar cara Negara kita di perintah. Kita tidak lagi mampu untuk menerima pemerintah yang berkualiti rendah dari pihak UMNO yang rakus itu.



Kebanyakkan pemimpin dari puak-puak UMNO ini banyak melakukan MAGIC yang kelihatan seperti menghiburkan tapi sebenarnya banyak mengenakan kita tanpa kita sedar. Abg Jib kata GST ini lah yang membantu ekonomi Negara, (magickan GST boleh bantu Negara) tapi sebenarnya kita ini orang-orang kampong berjemaah mengeluarkan duit beri pada abg jib untuk membayar kos hidup mereka. (terkenakan magic tu)



Inilah sebenarnya disebalik Magic yang cuba digambarkan dalam video dibawah ini. Kelihatan amat magic tapi sebenarnya mengenakan orang .







 Buat saudara Ahmad Maslan yang konon mempunyai 3 kerja dalam satu masa, apakah perlu kami bekerja siang dan malam semata menyara  keluarga. Adakah perlu lepas bekerja dipejabat, bergegas pula ke KFC buat ‘partime’ disana sampai pukul 11 malam?



Pada video dibawah ini, ada insan yang sanggup menyabung nyawa hanya kerana untuk berjimat cermat dalam menyara keluarganya. Kelihatan seperti handal menunggal motorsikal, tapi jauh disebaliknya betapa insane-insan ini terpaksa mengambil jalan sebegini untuk meneruskan sisa kehidupan yang tidak pasti ini.





Apalah nasib kita yang dibawah ini yang terpaksa bergolok bergadai 'menyara' kehidupan mereka diatas sana.



YaAllah bawalah kami pulang kepada Mu.

wallahuaklam

More isu @ www.dadiydoo.com 

md daud yusri alhutan melintangi 



Sumber TKO - 20-1-2016



Ada Tangan Hitam Benarkan Projek Membotakkan Bukit Di Pulau Pinang

Posted on Friday, January 29 @ 16:57:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ada double standard dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, iaitu membenarkan projek membotakkan bukit dan mengeluarkan belanja untuk proses tebatan bukit berkenaan, kata Azizi Safar.

“Banyak soalan yang masih tidak terjawab … Mengapa dilakukan pembersihan cerun bukit ? Apakah matlamatnya, tinggi dan pembangunan seperti banglo eksklusif dan kondominium ?

“Sedikit bodoh akhirnya, menghabiskan berjuta-juta untuk kerja-kerja tebatan selepas membersihkan lereng bukit tanpa sebab … bukan?,”katanya.

Azizi Safar merujuk kepada kes Bukit Relau yang lebih dikenali sebagai Bukit Botak di Pulau Pinang yang kini dalam proses tebatan selepas pokok-pokok di kawasan bukit itu dibersihkan.
bukit botak1

bukit botak

bukit botak3
“Bukit Botak … 60% kerja-kerja penebatan dilakukan. Hanya kerja penebatan.. tiada kerja-kerja pemulihan, selepas pokok-pokok dibersihkan secara haram oleh pemilik tanah.

“Hampir RM20 juta yang dibelanjakan oleh pemilik tanah untuk kerja-kerja penebatan,” kata Azizi lagi.
Baru-baru ini, Azman Haj turut memaparkan gambar-gambar ketika melawat Bukit Botak di Gelugor.

Azman Haj berkata terdapat percanggahan jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan keadaan sebenar semasa dia melawat bukit itu.

“Rasanya Lim Guan Eng bohong kot sebab kalau nak pulihara (alam sekitar) kenapa perlu guna bahan letupan dan dibina jalan naik ke atas ni dengan cantik dan lebar dua hala?,”soalnya.

Selanjutnya sila baca “Dengar Cerita Atas Bukit Ini Lim Guan Eng Nak Buka Kasino – Azman Haj
Mengulas lanjut lawatan Azman ke Bukit Botak itu, Penang Kini menjelaskan bukit itu dimiliki oleh syarikat pemaju Boon Siew Group (BSG) Property dan General Accomplishment Sdn Bhd (GASB) syarikat pemaju milik taikun Tan Sri Tan Kok Ping.

“Ini tanah milik BSG dan Tan Kok Ping… kenapa MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang) boleh keluar duit sedia infra (tebat) setelah land clearing (pembersihan tanah secara) haram dijalankan oleh tuan tanah?

“Kompeni Tan Kok Ping didenda 50 ribu saja… kos infra (mitigation works) lebih dari jumlah denda.

“Tanah swasta dah jadi tanah gomen? Jika ia, bila pengambilan dibuat dan bagi tujuan apa? Berapa kos pengambilan?, “soalnya. - AIDCNews

Sumber TKO -29-1-2016




Mukhriz ibarat 'titi' yang akhirnya 'dibakar' - PAS Kedah

Posted on Thursday, January 28 @ 21:08:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM: Datuk Seri Muhkriz Mahathir ibarat 'titi' yang digunakan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menawan Kedah daripada pemerintahan PAS sebelum ini, namun akhirnya ia 'dibakar' selepas matlamat itu dicapai.

Demikian anologi Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi terhadap kemelut yang melanda kepimpinan menteri besar negeri itu. 


"Kalau benar ini berlaku, menjadikan Mukhriz pada mulanya sebagai titi, tapi bila sudah sampai ke seberang akhirnya titi itu dibakar. Ertinya menggunakan nama Datuk Seri Mukhriz untuk dapatkan kemenangan pada pilihan raya umum yang lalu," katanya kepada Antarapos.


Ujarnya, dengan perkembangan yang berlaku kini, PAS tidak akan mengambil mudah malah akan mempergiatkan usaha memberi penerangan kepada rakyat dalam usaha menawan kembali negeri berkenaan. 


"Oleh kerana ia datang dari acuan (parti) yang sama, jadi tak ada beza cara pembawakan.. Kita PAS akan kerja bersungguh-sungguh untuk memberikan penerangan kepada rakyat tentang mainan politik Umno.


"Kita sentiasa bersedia meyakinkan rakyat bahawa inilah masanya untuk rakyat mengembalikan mandat kepada PAS dan PAS akan bekerja bersungguh-sungguh dan tak ambil mudah walau ini krisis dalaman Umno tapi ia melibatkan rakyat negeri Kedah," katanya yang menyifatkan kemelut tersebut membuatkan rakyat Kedah terpinga-pinga berikutan kegopohan pemimpin Umno negeri itu.  


"Keadaan ini memperlihatkan kelemahan mereka (Umno) sendiri. Rakyat akan melihat bahawa mereka tiada sistem kerja berkumpulan," katanya.


Suasana politik di Kedah 'panas' sejak kebelakangan ini apabila barisan kepimpinan Umno Kedah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.


Ramai pihak termasuk sumber dari negeri itu menjangkakan kemelut tersebut dapat diselesaikan minggu ini. - AntaraPOS



Sumber TKO - 28-1-2016




Kenyataan Arab Saudi tangkis dakwaan terhadap PM
Posted on Friday, January 29 @ 07:38:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PUTRAJAYA - Pengesahan tentang sumbangan Arab Saudi berhubung dana yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah cukup untuk menangkis dakwaan terhadap perdana menteri, menurut seorang penganalisis.

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain, dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kenyataan sumber berpengaruh Arab Saudi yang mengesahkan mengenai sumbangan dana itu seharusnya menghentikan segala tuduhan tidak berasas oleh pelbagai pihak terhadap Najib sebelum ini.
Laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) memetik sumber yang tidak mahu dinamakan yang menyebut bahawa sumbangan wang itu dibuat atas arahan Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah dengan menggunakan wang peribadi dan dana negara.

Kenyataan itu antara lain mengesahkan bahawa dana berkenaan pernah dimasukkan ke dalam akaun Najib sebagai langkah membantu Najib memenangi pilihan raya umum 2013 kerana Arab Saudi bimbang dengan penularan pengaruh pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Mohd Izani berkata: "Kalau sumber kerajaan Arab Saudi mengesahkan bahawa ada memberi dana kepada perdana menteri, maka jawapan yang telah diberi perdana menteri sebelum ini juga benar, bahawa beliau ada menerima dana dari Timur Tengah.

"Dari segi tujuannya, tidak perlu dipersoalkan lagi kerana apa yang jelas ia hanya dana dan tidak mempunyai syarat timbal balik. Ini tidak perlu diragui lagi. Ada pihak sengaja nak memburukkan imej perdana menteri dengan menuduh tanpa asas," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Izani berkata bukan sesuatu yang pelik untuk sesebuah parti politik memperoleh dana asing.
"(Pemberian dana) ini juga mungkin berdasarkan hubungan baik yang dijalin Kuala Lumpur dan Riyadh," katanya.

Mengenai keputusan Najib memulangkan semula RM2.03 bilion kepada penyumbang berkenaan, Mohd Izani berkata ia terserah kepada Najib untuk berbuat demikian.

"Perdana menteri boleh untuk menerima dan menolak. Mungkin pemulangan itu, (sebab) perdana menteri merasakan tidak ada keperluan untuk menggunakannya lagi," katanya.

BBC dalam laporannya pada Rabu memetik sumber berpengaruh Arab Saudi sebagai berkata: "Tujuan sumbangan ini sangat mudah, membantu Najib memenangi pilihan raya, mendapatkan khidmat pasukan komunikasi strategik yang berpengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah tertentu terutamanya di Sarawak, selain menaja program sosial melalui kempen parti".

Pada Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu sidang akhbar bahawa tiada apa-apa kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank perdana menteri.

Mohamed Apandi berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama. - Bernama

Sumber TKO - 29-1-2016




Datuk Johari Abdul Ulas Ura-Ura Pertukaran MB Kedah - Jangan Gelak
Posted on Thursday, January 28 @ 20:32:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tindakan PKR menukar bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui "Langkah Kajang" dilakukan secara "tertib" berbanding tindakan sama yang cuba dilakukan Umno Kedah terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Datuk Johari Abdul.

Ketua Whip Parlimen PKR itu berkata, dalam keadaan hari ini, tindakan Umno Kedah untuk menukar Mukhriz adalah tidak masuk akal kerana ia melibatkan pertelingkahan di peringkat nasional, susulan pergeseran antara kepimpinan dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pada peringkat ini tidak masuk akal (untuk tukar Mukhriz) kerana memenuhi kehendak parti, kerana pertelingkahan antara Tun (Dr Mahathir) dan kepimpinan Umno.z

"Kalau pun nak berlaku mesti melalui tertib demokrasi. Nak memaksa dengan paksaan ini memberikan kecelaruan di peringkat bawahan.

"Di Selangor kami laksanakan dengan tertib. Masalahnya Umno tidak melakukannya dengan cara tertib seperti kami," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Johari, yang juga ahli Parlimen Sungai Petani berkata, proses penukaran Khalid dilakukan PKR selepas rundingan secara tertutup dilakukan dengannya, namun disebabkan keengganan untuk berundur, PKR memulakan langkah menyingkirkannya.

Sumber TKO - 28-1-2016



Ibrahim Ali bijak dan berani?

Posted on Wednesday, January 27 @ 09:29:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Penulis boleh setuju apabila ada orang Pas yang hadir perhimpunan menentang TPPA di Padang merbok Kuala Lumpur baru baru ini berkata, Ibrahim Ali bijak dan berani.
Memang Ibrahim Ali, ahli umno yang dipecat itu bijak dan berani orangnya.Kalau tak bijak macam mana dia di restui oleh PAS  bertanding  parlimen Pasir Mas atas tiket parti Islam seMalaysia tempoh hari.



Kalau tak bijak macam mana Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat redha jadi calon sedangkan masih ramai calon pas yang layak bertanding sebagai calon parlimen Pasir Mas.
 

Yang paling istimewa Ibrahim diberi direstui sepenuhnya oleh PAS sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas pada 6 Disember 2005 atas alasan pecah undi agar calon pas  menang dalam pilihan raya kecil tersebut.

Penulis tak sangka kepimpinan pas boleh terpesona dengan Ibrahim Ali, sedangkan dalam waktu yang sama dia pernah berkata, mereka (pemimpin kerajaan negeri Kelantan)  lebih menumpukan kepada diri sendiri, anak beranak daripada memperdulikan nasib rakyat, begitu juga ada yang bersih, warak namun gagal membawa perubahan dan pembangunan kepada rakyat, kerana tidak kreatif dan berwawasan tinggi.



Ibrahim Ali memang bijak. Sebab itu orang pas walaupun sudah beberapa kali diperdayanya masih boleh diberi percayaan duduk atas pentas Pas.



Penulis masih ingat, suatu masa dahulu, Ibrahim Ali  walaupun bukan ahli umno lagi (dipecat)pernah berkata,Tentu saya akan menyokong kerajaan negeri, dan tidak pula bermakna saya menentang BN.Apa yang akan saya bawa ialah suara dan naluri rakyat.



Kata kata ini menandakan beliau bukan seorang yang menentang BN, sebaliknya beliau teramat sayang dengan UMNO/BN. Maka bersama sama dengan pas hanya untuk tumpang semangkuk agar kepopularanya itu kekal gah.



Lebih lebih lagi, ketika berucap dalam perhimpunan menentang TPPA tempoh hari telah dipuji oleh orang orang Pas, Ibrahim Ali bijak dan berani.

Yang peliknya orang orang pas, terutama pucuk kepimpianannya masih terpedaya dengan cakap cakap bijaksana itu tanpa menilai hakikat siapa sebenarnya Ibrahim Ali dahulu, kini dan selama lamanya.



 Ingat, Allah larang duduk bersama orang orang yang zalim. Bagaimanapun, kena awas dengan mereka duri dalam daging, api dalam sekam dan gunting dalam lipatan.mereka ini adalah munafik.

  

Sumber TKO - 27-1-2016 




Tidak masuk akal
Posted on Tuesday, January 26 @ 13:10:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"Sangat tidak munasabah presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dikatakan mengajak orang bukan Islam (kafir)sokong undang undang Islam.
Penulis tidak tahu mengapa beliau cenderong  ajak orang bukan Islam (kafir) sokong undang undang Islam, sedangkan Allah telah nyatakan dengan sejelas jelasnya.



Mustahil beliau timbalan presiden ulamak sedunia tak faham dan tidak tahu status qua kafir yang banyak dijelaskan didalam Al Quran secara nyata dan terang terangan.


Orang orang awam boleh faham bahawa orang orang kafir tidak sekali kali akan redha dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah Saw sepertimana yang tertera dalam ayat 120 surah Baqarah yang bermaskud:

 “orang orang Yahudi dan kristian tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepada Mu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)….



Walau pun tak salah, tetapi nampak dengan jelas seolah olah tidak percaya dengan kejelasan yang telah diberikan oleh Allah dalam Al Quran yang tiada sebarang keraguan lagi.



Apabila kita ajak orang kafir sokong undang undang Islam seolah olah kita masih ragu ragu dan tak percaya dengan penjelasan Allah bahawa orang orang kafir tidak sekali kali akan bersetuju dengan Islam.



Allah nyatakan orang orang kafir tidak sekali kali akan bersetuju (redha) dengan Islam tiada kebenarannya atau dengan kata lain kita mengharapkan orang orang kafir akan menyokong dengan usaha kita mengajaknya.



Tidak dinafikan ada orang orang yang menyatakan yang mereka akan menyokong undang undang islam yang hendak didaulat oleh Pas itu. Akan tetapi kenyataan satu kumpulan (kumpulan penyokong Pas) di Kelantan itu, apakah ada kebenaranya sehingga kita boleh yakin.



Yang peliknya, presiden Pas datuk seri Abdul Hadi Awang masih tidak boleh menilai status qua orang kafir di atas muka bumi Allah ini sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa status qua orang orang menetapi apa yang telah di jelaskan Allah pada 120 surah Al Baqarah.



Apa pun redha dengan kafir maka kita jadi kafir. Inilah yang sepatutnya kita ambil kira walaupun dalil Allah memerintah Musa AS pergi dakwah Fira’un.



Dan sejarah telah membuktikan Musa AS dikepung dan lari untuk menyelamatkan diri yang akhirnya Allah menyelamatkan pengikut Nabi Musa dengan makjizat sebatang tongkat membelah laut Merah sebagai laluan perangkap maut pauk puak Fira’un.



Oleh itu, bagi penulis ajak orang orang bukan islam (kafir) sokongan undang undang Islam macam kita mengajak kanak kanak yang tidak tahu apa apa tentang politik dan agama sebaliknya ia adalah suatu usaha yang tidak masuk akal.



orang kafir ajak orang orang Islam tolok undang undang islam memang masuk akal, kerana umat Islam terbahagi kepada 73 puak. cuma satu puak sahaja yang diterima iaitu yang ikut ajaran Rasulullah SAW manakala 72 puak lagi tidak diterima keislmannya.



Ada umat Islam yang redha dengan kafir sedangkan apabila redha dengan kafir maka kafirlah kita.demikian juga orang Islam yang amal politik suku agama suku juga jadi kafir tak payah masuk kristian.



Al Quran ada menyatakan bahawa ada umat islam pagi islam petang kafir dan sebaliknya.sejarah telah membuktikan kebanyakan orang umno bukan tak suka dengan undang undang Islam malah mereka menolak dan menentang tak mahu hudud.



Bukti sejarah dah ada orang islam yang saman undang undang Islam.Ini suatu yang amat lojik dan masuk akal. Inilah yang sedang diushakan DAP termasuk membeli orang Melayu kerana orang melayu memang boleh dan mudah di beli.



Pengajaran yahudi mengkhianati perjanjian dalam kerajaan Madinah yang diterajui Rasulullah SAW dan Yahudi mengkhianati perjanjian perjanjian demi perjanjian perjnjian dengan pemimpin palestin sejak 1948.



Sumber TKO - 26-1-2016

Jangan Lakukan 15 Perkara Ini Ditahun 2016

Posted on Sunday, January 24 @ 19:10:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Semua orang tahu percaturan dalam kehidupan ekonomi di malaysia semakin hari semakin merisaukan,walau sekalipun pakar ekonomi mengatakan bahwa ekonomi negara stabil dan semakin meningkat,toh ia hanya sekedar ucapan si badut yang sembang serupa kentut.

Disini kami akan mengongsikan beberapa perkara yang di kongsikan oleh pakar seminar Azizul Azli Ahmad ,dimana 15 perkara INI akan membantu anda mengurangkan perbelanjaan tahun 2016. karena sebenarnya keadaan ekonomi di negara ini berkemungkinan akan lebih gawat dan mengerikan.

JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG


1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang 'terakhir masuk, paling awal keluar'
2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.
3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.
4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.
5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.
6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.
7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.
8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.
9. Jangan 'dating' di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.
10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.
11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.
12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.
13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.
14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.
15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada...

Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.

Sumber TKO - 24-1-2016




Kerajaan tak ada kuasa
Posted on Sunday, January 24 @ 09:39:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

"

Bercakap pasal tokoh wartawan Negara Datuk Kadir Jasin mengesa Raja Melayu, ahli politik segera selamatkan Negara teringat saya kata kata seorang JKKK Kampung menteri besar Terengganu yang berbunyi: “ kerajaan tak ada kuasa.



Tidak salah  gesaan tokoh wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin, akan tetapi ianya sangat tidak masuk akal.


Mengapa tidak? Kerana raja raja Melayu  tak ada kuasa berbanding kuasa gaib dan ajaib yang telah membuat Negara Malaysia yang seolah olah sudah berada ditangn orang lain dek karenah perdana menteri, timbalan menteri dan menteri menteri kabinet melayu yang diberi amanah memerintah negara. 

Apatah lagi berharap dengan ahli-ahli politik Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak ada apa apa jawatan dalam kabinet Datuk Seri Mohd Najib Razak .

Yang ada jawatan dalam kebinet pun kebanyakan jadi yes men belaka miskipun status qua Negara jadi tak keruan dek dipengaruhi kuasa gaib dan ajaib yang telah sedia maklum dikenalpasti paling berkuasa berbanding perdana menteri jumaah menteri.
Mengharapkan raja-raja Melayu bertindak segera untuk memastikan negara dan ekonominya tidak merosot suatu yang omong omong kosong sahaja.
Mengapa, kerana Bab 2, perlembagaan Negara fasal majlis raja raja(2) majlis raja raja hendak menjalankan tugas tugasnya bagi- (b) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa perbuatan , amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan
(c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa apa undang undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa apa pelantikan yang, menurut perlembagaan ini, memerlukan persetujuan majlis raja raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan majlis raja raja.
(d) melantik anggota anggota mahkamah khas dibawah fasal (12) perkara 42. Dan boleh menimbangkan soal soal mengenai dasar Negara(misalnya perubahan perubahan tentang dasar imigesen) dan apa apa jua perkara lain yang difikirkan patut.
(3) Apabila majlis raja raja menimbangkan perkara perkara mengenai dasar Negara Yang Di Pertuan Agung hendaklah disertai oleh perdana menteri dan raja raja yang lain dan gabenor gabenor di sertai oleh menteri menteri besar atau ketua ketua menteri mereka . dan pertimbangan pertimbangan itu adalah antara tugas tugas yang dijalankan oleh Yang Di Pertuan Agung mengikut nasihat jumaah menteri dan oleh raja raja yang lain dan gabenor gabenor mengikut nasihat majlis mesyuarat kerajaan mereka.
Bermakna raja raja melayu memang tidak ada kuasa dan tindakan raja raja melayu kena mengikut nasihat jumaah menteri diperingkat persekutuan dan mengikut nasihat masjlis mesyuarat kerajaan masing masing negeri.
Lihat bab 3, perlembagaan persekutuan fasal 39, kuasa pemerintahan persekutuan yang mana kuasa pemerintahan bagi persekutuan adalah terletak pada Yang Di Pertuan Agung, dan tertaktuk kepada peruntukan mana mana undang undang persekutuan dan peruntukan jadual kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh jumaah menteri atau oleh mana mana menteri yang diberikuasa oleh jumaah menteri, tetapi parlimen boleh dengan undang undang memberi tugas tugas memerintah kepada orang lain.
Mari kita lihat fasal 40, Yang Di Pertuan Agung hendaklah bertindak mengikut nasihat (1) pada menjalankan tugas tugasnya di bawah perlembagaan ini atau dibawah undang undang persekutuan, Yang di Pertuan Agung hendaklah bertindak mengikut nasihat jumaah menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak dibawah kuasa Am jumaah menteri, kecuali sebagaimana di peruntukan selainnya oleh perlembagaan ini: tetapi Yang Di Pertuan Agung adalah berhak atas permintaannya mendapat apa apa maklumat mengenai pemerintahan persekutuan yang boleh didapati oleh jumaah menteri.
Manakala(1A) pada menjalankan fungsi fungsinya dibawah perlembagaan atau undang undang persekutuan, jika Yang Di Pertuan Agung dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang Di Pertuan Agung hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
Kesimpulannya sah raja raja melayu dan gabenor gabenor tidak ada sebarang kuasa, kecuali mengikut nasihat menteri menteri besar dan ketua menteri negeri masing masing. Demikian juga Yang Di Pertuan Agung yang mahu tidak mahu kena dengar nasihat perdana menteri.

Macam mana kita boleh mengharapkan mereka menyelamatkan Negara ini sedangkan raja raja Melayu dan Yang Di Pertuan Agung tidak ada kuasa dalam pemerintahan negeri dan Negara, kecuali atas nasihat yang diberikan oleh menteri menteri besar , ketua ketua menteri,  menteri menteri kebinet dan perdana menteri.
Sumber TKO - 23-1-2016



Antara Najib Razak dan Mukhriz siapa yang jatuh

Posted on Saturday, January 23 @ 11:32:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Pelbagai kaedah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohammad untuk jatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Akan tetapi hingga ke saat ini Najib belum jatuh malah masih teguh dan payah hendak dijatuhkan miskipun sudah banyak rahsia kemungkaran perdana menteri ke enam didedahkan.

Saya pernah kata dalam satu tulisan Mohd Najib Razak tak boleh dijatuhkan, kerana Tun Mahathir banyak juga melakukan kemungkaran sewaktu jadi perdana menteri selama lebih 20 tahun itu.
Orang umno sudah kenalpasti siapakah sebenarnya Tun Mahathir semasa jadi perdana menteri selama lebih 20 tahun itu.
Kini Najib Razak yang licik mahu tidak mahu akan bertindak sebaliknya, termasuk menjatuhkan Datok Seri Mukhriz Mahathir dari jawatan menteri besar Kedah.



Najib menggunakan Badan perhubungan umno Kedah untuk jatuhkan Mukhriz yang barangkali akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.



Saya berani mengatakan Mukhriz Mahathir akan dilucutkan jawatan menteri besar miskipun ada pihak mengadakan perhimpunan  untuk mempertahankan agar menteri besar yang diselari dengan Najib kekal.



Mohd Najib boleh lucutkan jawatan Ddatuk Seri Ahmad Said  menteri besar Terengganu dengan begitu mudah tanpa ada sebarang protes.



Kaedah yang sama  tak mustahil akan dilakukan terhadap Muhkriz dalam seminggu dua ini, jika Tun Mahahtir masih ada agenda untuk menjatuhkan Najib. Percayalah.



Sehubungan dengan itu, Tun Mahahir Jika dia benar benar mahu jatuhkan Najib kena cepat cepat bertindak untuk datang ke Terengganu jumpa Datuk Seri Ahmad Said untuk jatuhkan kerajaan Umno/BN negeri kaya rakyat miskin ini.



Saya nampak jumpa Ahmad Said dan salah seorang yang rapat meminta dia keluar parti dan inilah senjata yang paling berkesan untuk jatuhkan Najib.



Apabila kerajaan negeri kaya rakyat ini bertukat tangan kepada PAS pasti beri kesan buruk dan pukulan hebat dengan kerajaan satu Malaysia yang diterajui Najib.



Lebih lebih inilah suatu tindakan proaktif dan  amat mudah untuk Najib berundur dan mukhriz boleh selamat dan kekal sebagai menteri besar Kedah.



Jika Tun Mahahtir tidak berupaya berbuat demikian jangan diharap najib akan berundur dan mukhriz akan tetap dijatuhkan, kerana kedudukan menteri besar Kedah itu seolah oleh macam telor diujung tanduk.



Sumber TKO - 23-1-2016




UMNO Kedah letak diri setaraf PKR
Posted on Saturday, January 23 @ 10:00:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh BudakJalanan


Oleh Aimi Johari Tirai politik 2016 dibuka dengan desakan peletakan jawatan YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir oleh 14 wakil daripada UMNO bahagian negeri Kedah, diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Belum reda daripada kehangatan isu penukaran Timbalan Perdana Menteri, medan politik dan demokrasi sekali lagi diduga dengan desakan pengunduran Mukhriz yang tidak dijangka ini.

Alasan Ahmad Bashah dan 13 lagi wakil bahagian, mudah; Mukhriz tidak cekap mengendalikan hal ehwal politik negeri Kedah dan pucuk pimpinan parti hilang kepercayaan terhadap beliau, disertai bukti-bukti yang kedengaran enteng seperti kegagalan menggerakkan parti ke arah PRU 14, ketidakhadiran beliau di majlis rasmi peringkat negeri sehingga kepada alasan mesyuarat dijalankan beliau di Kuala Lumpur.

Kemelut pengunduran Menteri Besar bukanlah perkara baru dalam arena ini. Ia seolah-olah drama biasa, babak yang sama namun ditukar pelakon dan wataknya. Seperti “Kajang Move”, sistem demokrasi kita seolah-olah dimomok dan dilacurkan untuk kepentingan kuasa individu tertentu. Paling menarik, undi tidak percaya kali ini dilakukan oleh cabang UMNO melalui bahagian dan sayap parti yang tidak memiliki kuasa eksekutif dalam tadbir urus negeri berbanding melalui suara ADUN mahupun EXCO negeri yang lebih berhak dan layak untuk melakukan desakan pengunduran.

UMNO umpama tidak belajar mesej moral yang berlaku melalui “Kajang Move” yang direncana oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kepercayaan rakyat Selangor dipermainkan akibat ketamakan parti anak-beranak. UMNO Kedah seakan meletakkan diri setaraf dengan PKR yang menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim demi membawa agenda peribadi parti ini. UMNO mungkin lupa begaimana PKR membodohkan rakyat gara-gara kepercayaan dangkal, Kajang boleh membuka jalan ke Putrajaya. Sudahnya, PKR terus bergelut dengan isu dalaman parti dan jalan ke Putrajaya kian kabur. Kesanggupan pimpinan Kedah bersetuju dengan agenda ini tanpa alasan konkrit seolah membenarkan politik kotor sebegini bermaharajalela dalam parti.


Ahmad Bashah turut mengaitkan ketidakcekapan Mukhriz dalam mengendalikan ekonomi negeri sedangkan beliau mungkin lupa ekonomi global secara keseluruhannya mengalami kemerosotan dan turut menjejaskan ekonomi negera di peringkat Pusat. Soalan yang perlu dijawab oleh Ahmad Bashah, bagaimana pengunduran Mukhriz mampu menyelesaikan situasi ekonomi yang dasarnya di luar kawalan kita? Alasan politik mahupun ekonomi yang diberikan oleh UMNO Kedah terlalu remeh dan sukar dihadam oleh rakyat yang mendambakan kepimpinan yang lebih kukuh daripada UMNO selepas krisis politik yang tidak berkesudahan sejak PRU 13.

Andaikata Ahmad Bashah masih ingin meneruskan niat murni demi “kepentingan parti dan rakyat” dan alasan bahawa tiada lagi sokongan majoriti untuk Mukhriz, beliau masih perlu menghormati sistem demokrasi negara ini. Amalan demokrasi masih subur di dalam UMNO dan kita percaya pemimpin yang dipilih adalah berlandaskan undi yang diberi oleh rakyat. Penafian terhadap hak rakyat ini bertentang dengan prinsip dan rukun yang diamalkan UMNO sejak sekian lama. Beliau boleh melalui saluran yang lebih ideal seperti membentangkan usul tidak percaya di persidangan DUN mahupun melalui surat pengisytiharan tidak percaya oleh ADUN seperti yang berlaku di negeri Perak dan Selangor. Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Mukhriz tidak boleh sewenang-wenangnya dilucut atas desakan wakil bahagian UMNO melalui sidang media.
Rakyat sudah penat dengan permainan politik. Tindakan Ahmad Bashah seolah-olah menghalalkan “Kajang Move” yang awalnya disuarakan sebagai tidak demokratik oleh UMNO. Pelan menentang Mukhriz ini tidak akan membantu persepsi rakyat terhadap UMNO. Kurang 36 bulan daripada PRU 14, saya menyeru agar pucuk pimpinan UMNO menghentikan segala bentuk agenda peribadi atas alasan perjuangan parti jika ingin terus kekal memegang pentadbiran. Rakyat berkehendakan sebuah kepimpinan yang bertindak mendahulukan rakyat dalam segenap aspek, berbanding hanya meletakkan prinsip ini atas sekadar slogan. Dengan senario ekonomi yang tidak menentu, kepimpinan yang lebih tegas dan kuat diperlukan untuk mendepani situasi ini. Kerajaan perlu lebih serius dalam menangani kesengsaraan yang semakin menyesakkan rakyat; kos hidup tinggi, gaji tidak setimpal, barang naik harga, kemiskinan semakin melata, dan segala macam masalah rakyat yang tidak dikendali dengan baik oleh kepimpinan yang diberi kuasa. Sudah tiba masanya, fokus dan keutamaan diletakkan kepada kebajikan rakyat berbanding usaha merampas kuasa, kerana rakyat sudah jelak dengan mainan politik yang seolah-olah sengaja diadakan.

Mencatur nasib rakyat untuk kepentingan peribadi, bukanlah cara kita. UMNO bukan parti perjuangan keluarga mahupun agenda peribadi seperti Pakatan Harapan. Jadi UMNO, kembali lah berjuang demi rakyat.

ARTIKEL TERKINI



Sumber TKO - 23 -1-2016



Ucapan Presiden PAS Yang Tak Akan Disiarkan Oleh Malaysiakini atau Malaysian Insider

Posted on Wednesday, January 20 @ 09:09:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
https://www.youtube.com/watch?v=TKJth9eS4hA&feature=player_embedded

Dalam ucapan ini Presiden PAS menyebut bagaiman kerjasama dengan UMNO membolehkan beliau menyelesaikan isu Yaman. Jangan harap Malaysiakini atau Malaysian Insider akan menyiarkan melainkan jika ada yang boleh memburukkan PAS dan Presdin PAS. MK dan TMI kalau boleh spin lagi dia orang akan spin supaya anda semua mendapat maklumat yang salah dan anda akan berada dalam keadaan buruk sangka sepanjang masa. - PWM

Sumber TKO - 20-1-2016



PAS gagal dominasi PR atau PAN didominasi DAP?

Posted on Wednesday, January 20 @ 08:47:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Nampaknya PAS kini menjadi "budak belasahan" dalam arena politik Malaysia hari ini dan pembulinya adalah dari kalangan bekas kerabat politiknya, DAP dan kumpulan yang lahir dari didikannya sendiri iaitu PAN.

Bagaimanapun mujur PAS tidak terikut-ikut beremosi dan tidak cepat melatah untuk bertikam lidah dengan dua entiti politik yang tidak pernah lelah memburukkan citra perjuangannya.

DAP memulakan kempen serang PAS ini kerana amat kecewa tidak mendapat konsensus atau kata sepakat PAS menyokong strategi politik "matlamat menghalalkan cara" rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Misalnya, PAS bersikap agak dingin dengan strategi maut yang diutarakan oleh PKR dalam projek Langkah Kajangnya dua tahun lalu. Sejak itu, baik PKR mahupun DAP, mulai kurang senang pendirian PAS.

Lantas apabila kontroversi menurunkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan usaha meletakkan presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pengganti gagal, PKR dan DAP mulai menganggap PAS sebagai sudah susut jiwa Pakatan Rakyatnya.

PKR naungan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bijak. Ia tidak menzahirkan kejengkelannya terhadap PAS secara terbuka, tetapi sebaliknya, "tidak menahan atau menasihatkan" DAP supaya tidak keterlaluan mengkritik PAS.

Maka PKR sengaja membiarkan DAP mengguna-pakai strategi menyerang PAS. Langkah pertama, DAP menegaskan pendirian tidak akan mahu mengizinkan PAS melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Keduanya, DAP terus "menyerang" peribadi presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. 


Beliau dituduh kurang menghormati adab politik Pakatan Rakyat dan rekod sering tidak hadir mesyuarat majlis presiden diungkit-ungkit.

Walhal umum tahu bahawa keadaan kesihatan pemimpin PAS itu memang kurang baik sehingga pernah terlantar mendapatkan rawatan di Turki ketika menghadiri majlis di negara itu.

PKR bersikap kelu apabila Hadi dan PAS dikeroyok DAP. Apabila DAP memutuskan hubungan dengan presiden PAS itu, PKR hanya bersikap dingin.

Anwar memang sudah masak soal politik harakah islamiah bersama PAS ini Ilmu itu dipungutnya sejak memimpin ABIM lagi. Beliau insaf dalam pelan menumbangkan Umno-BN, PAS mempunyai jentera pilihanrauya terbaik.

Jentera politik PAS sukar dimamah virus ego, angkuh dan rasuah. Mereka bekerja kerana sayangkan Islam dan yakin Allah jualah yang menentukan siapa yang akan dianugerahkanNya kuasa. PAS tidak takut Umno, BN, DAP mahupun PKR.

Namun apabila Anwar terkeluar dari sirkit politik Malaysia Februari tahun lalu, DAP mula membuat percaturan sendiri. Ketiadaan Anwar yang lazim menjadi pendamai hubungan PAS-DAP "memaksa" kedua-dua parti mengambil pendirian jelas.

Jika diselusuri sisi politik ini, adalah jelas bagi PAS, Anwar ialah paksi kewarasan politik. Namun kerjaya politik beliau "dikasikan" dari meneraju perjuangan Pakatan Rakyat, maka PAS harus bertindak sendiri berpandukan syarak.

Maka Dewan Ulama PASpun memfatwakan wajar untuk memutuskan tahaluf siayasi setelah mengambil kira sikap agresif DAP yang nyata fobia terhadap sebarang usaha untuk mendaulatkan syariat Allah sepenuhnya.

Sedihnya dalam keadaan yang kalut selepas pertengahan tahun lalu itu, ada pemimpin PAS yang kurang jatidiri dan keyakinan pada perjuangan pada parti sendiri.

Golongan ini meninggalkan PAS dan menubuhkan parti baru - Parti Amanah Negara (PAN) dan mengemukakan pelbagai alasan untuk mengabsahkan tindakan mereka yang secara langsung memecahbelah perpaduan ummah.

Mutakhir sekali, Pengarah Komunikasi PAN, Abdul Khalid Samad mendakwa sikap PAS yang mengkesampingkan doktrin konsensus kerana mahu menjadi dominan dalam Pakatan Rakyat menjadi punca perpecahan dalam PAS.

Walhal apa yang mahu diperjuangkan PAS ialah syariat Allah dilaksanakan. Sebelum ini PAS makan pujukan Anwar, PKR dan DAP bahawa soal hudud tidak dimasukkan dalam persefahaman bersama kerana ia akan dimuktamadkan apabila tiba masanya kelak.

Bagaimanapun tanpa Anwar Ibrahim yang pandai memujuk sentimen PAS, dan pulangnya ke rahmatullah Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, janji PAS sejak 25 tahun berhubung pelaksanaan dasar perundangan di Kelantan mula dirasakan terlalu lama tertangguh.

Justeru PAS mahu menggerakan usaha meluaskan sedikit kuasa mahkamah syariah sebelum hudud dapat benar-benar dilaksanakan sepenuhnya. PAS yakin ia bertanggungjawab hanya pada Allah dan perintahNya tidak boleh dipendam begitu lama hanya atas alasan strategi politik.

Sikap bengis, agresif dan kurang hormat pemimpin-pemimpin DAP amat menjengkelkan. Lucunya, apabila PAS menjatuhkan "talak politik" terhadap DAP parti dominasi Cina itu langsung tidak terkesan.

Sebaliknya "bidak politik" DAP - PAN -- yang menjadi galang ganti parti Machiavelli itu yang begitu galak "mengutuk" pendirian tegas PAS itu dengan melabelkannya tidak inklusif dan rasis.

Maka PAS pun dituduh pelbagai sisi dan cara. Kononnya PAS kini mudah diresapi fahaman ekstremisme dan bertindak anti-DAP kini kerana gagal menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Khalid Samad berkata, Pas terpaksa mencari kaedah lain dan Umno adalah rakan politik terbaik kerana parti Islam itu sendiri mahu menjadi dominan seperti Umno dalam BN.

"Bila Pas dapati itu tidak mungkin berlaku kerana kita bercakap soal kepimpinan melalui konsensus, kepimpinan kolektif, atas prinsip keadilan, pembelaan untuk semua dan sebagainya, Pas mencari kaedah lain untuk mengekalkan dominasi 


Melayu Islam dalam kerangka BN dan mungkin itu antara caranya dengan berdamping dengan Umno menjadi penasihat atau rakan," katanya.

Soalnya, bebal sangatkah kepimpinan PAS yang ingin menjadi parti dominan dengan berbaik-baik dengan Umno? Atau, hujah sekadar untuk mencemuh kepimpinanan PAS sahaja?

Dalam jalur logik yang sama adakah Khalid dan kawan-kawannya meninggalkan PAS kerana kecewa suara dan pendapat mereka tidak berhasil meletakkan diri mereka dalam keadaan dominan dalam PAS?

Jika Khalid dan rakan-rakannya bukan berhasrat menjadi satu pola pemikiran yang dominan dalam PAS, mengapakah mereka bertanding untuk terus menjadi pemimpin dalam PAS tetapi apabila kalah mereka menubuhkan parti baru?

Tidakkah Khalid terfikir bahawa tidak mungkin bila ada dua pola dominan seperti dalam satu kerjasama politik PAS-Umno akan mencetuskan gempa politik yang kuat?

Tidak terlintaskah bagi Khalid dan kawan-kawannya juga bahawa kerjasama memelihara yang makruf, kebajikan dan maruah umat Islam di antara PAS dan Umno bakal menjamin kesejahteraan umat yang lebih utuh dan saksama?

Kenyataan Khalid hanya menyambung strategi DAP untuk mencalit kecurigaan terhadap PAS dengan fitnah bahawa ia mahu menjadi parti dominan.

Ini sebenarnya cuma mengesahkan bahawa Khalid dan PAN hanya dan tawadhu' pada dominasi DAP dalam Pakatan Harapan setelah gagal menerapkan dominasi pemikiran politiknya dalam PAS.


Oleh Zainal Salleh
ANTARAPOS

Sumber TKO - 20-1-2016




Ahli Yang Keliru Atau Mahfuz Yang Keliru Pasal Kerjasama Dengan UMNO?

Posted on Thursday, December 24 @ 08:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Datuk Mahfuz Omar hari ini mempersoalkan tujuan kenyataan Idris Ahmad semalam yang menegaskan mana-mana individu dalam parti Islam itu yang mahu bergabung dengan Umno supaya meninggalkan PAS.

Sebenarnya Mahfuz memang tak faham apa yang diperkatakan oleh Naib Presiden PAS, pasal Mahfuz sudah jauh lari daripada apa di bawa oleh PAS dalam konsep dakwah dan perjuangan.

Mahfuz berkata "Saya sendiri dihubungi ahli-ahli PAS meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam PAS tentang isu kerjasama PAS-Umno."

Maacam mana Mahfuz nak ada maklumat Mahfuz hanya lebih banyak mendengar sebelah pihak parti PAS daripada PAS sendiri.

Saya hairan macam mana ada ahli PAS rujuk Mahfuz dalam hal ini, sedangkan banyak perkara telah dimaklumkan dalam program parti seperti usrah, liqa dll. Adakah kenyataan tersebut direka oleh Mahfuz untuk menguatkan hujahnya kononnya ada ahli PAS rujuk kepada dia?

Falamlah perjuangan PAS sebenarnya.

Sumber TKO - 24-12-2015 



Pusat Pemulihan Penagih Judi

Posted on Wednesday, December 23 @ 21:28:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

"

Ini kes kedua mereka yang saya tidak kenali sebelum ini menghubungi saya minta bantuan bagaimana untuk menghilangkan ketagihan judi. Mereka ini memang ingin bebas dari judi, tapi tiada tempat untuk mengadu.

Kes kedua yang paling kritikal. Setelah berwhatsapp panjang dia buat pilihan sendiri untuk tinggalkan dunia dia, dan mengaji pondok sepenuh masa.

Saya sedang mencari penaja untuk anak muda ini mengaji pondok, kerana orang lain sisihkan dia.

Kepada mereka yang ingin mengambil anak muda ini sebagai anak angkat atau adik angkat untuk ditempatkan di pondok sila hubungi 0122267406, Hj Rozmal bin Malakan - Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS N.Sembilan. "

Sumber TKO - 23-12-2015




Nak Undi Dari Melayu, Tapi Haram Dekati Melayu
Posted on Wednesday, December 23 @ 13:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tagline mereka ialah 'rahmatan lil alamin'.

Tapi pelik bila PAS cuba dekati Alumni Azhar serantau, dan PM dijemput sekali aras kapasiti tuan rumah, mereka melatah tak tentu arah. Seperti yang dijangka, cybertrooper upahan mereka segera viralkan gambar TGHH sepentas dengan Najib. Akibat tiada point boleh dijadikan isu dalam ucapan TGHH kerana beliau tidak langsung menyebut UMNO atau PAS, maka baju sedondon dijadikan isu.

Hadirin rata-ratanya merupakan golongan atas pagar yang tidak berparti. Kebanyakannya pula adalah kakitangan kerajaan terutama di sektor keagamaan. Turut hadir adalah peserta dari Indonesia, Brunei, Singapore dan Thailand. Malah wakil Azhar juga datang.

Dari sudut politik, bukankah satu langkah yang bijak apabila berjaya menembusi ruang baru yang bukan ahli PAS dan pembangkang semata-mata? Bagaimana nak bertambah undi kalau berceramah depan penyokong sahaja. Kalau hanya harapkan undi pembangkang sahaja seperti PRU13, 30 tahun akan datangpun kita masih tak boleh menang. Hampir semua peserta adalah melayu. Bukankah pembangkang kalah di banyak kerusi majoriti melayu?

Dari sudut dakwah, bukankah pentas itu sangat signifikan untuk menyampaikan mesej 'agama itu nasihat kepada ulil amri' kerana dihadiri oleh ketua kerajaan? TGHH juga punya idea berhubung geopolitik dunia. Bukankah keterlibatan semua pihak berpengaruh dari negara serantau amat sesuai untuk disampaikan ideanya? Bergolak teruk kini adalah sekitar tanah arab. Pentadbir Al-Azhar antara yang terlibat. Bila lagi masa yang sesuai untuk mengkritik tindakan mereka?

Lagi pelik bila PAS memenuhi undangan Perkasa, sebuah NGO gergasi di Malaysia malah diberi penghormatan berucap, juga dijadikan isu murahan untuk menyokong tuduhan-tuduhan lama yang sudah letih dinafikan. UG UG UG!

Tahukah mereka. Keahlian Perkasa sudah melebihi 700, 000 orang. Ramai di antaranya adalah pegawai tinggi kerajaan berpangkat Dato', Tan Sri dan sebagainya. Bukan semuanya penyokong Umno. Cuma yang pasti, mereka kuat melayu.

Kerana mereka berada di sektor kerajaan, mereka sendiri tahu kebobrokan pemimpin Umno. Mereka tahu perangai orang politik yang memimpin mereka. Dan mungkin kebenciannya sudah meluap-luap terhadap Umno. Cuma kerana jiwa mereka jiwa melayu, mereka sukar untuk memilih pembangkang kerana adanya DAP yang bersifat cauvinis dan gemar menguasai melayu.

Kalau kita tidak mendekati mereka. Sampai bila kita nak harap mereka berubah? Kalau mereka tak berubah, bagaimana kita nak menang pilihanraya?

Umumnya, pengundi Umno takut, kalau tiada Umno, siapa lagi akan bela melayu? Bolehkah Malaysia tenteram tanpa Umno? Lalu kehadiran PAS bakal memberi keyakinan kepada mereka bahawa walaupun tanpa Umno, PAS masih ada untuk perjuangkan nasib melayu dan Islam.

Tapi, akal pendek mereka tidak mampu untuk memikirkan lebih dari itu. Yang mereka tahu, Umno adalah musuh. Dan seluruh pengundi musuh haram didekati. Mereka tidak boleh membezakan antara medan politik dengan medan perang barbarian. Politik mereka masih di tahap 70an.

Rahmatan lil Alamin mereka tidak sama dengan apa yang dibawa oleh Nabi. Baginda dulu sentiasa melawati para pembesar Quraisy supaya mereka berubah. Rahmatan lil Alamin mereka bercanggah dengan perintah tuhan kepada Nabi Musa dan Harun. Baginda dahulu diperintah menghadap Firaun, Raja paling zalim sepanjang zaman. Tetapi diperintah agar menggunakan bahasa yang lembut.

Dengan tagline rahmatan lil alamin itu, dah berapa ramai ahli Umno masuk parti mereka?

Namun fantasi mereka telah menutup sinar realiti. Kata mereka, jangan bimbang. PRU14 kita pasti menang. Jangan cari pasal berbalah dengan DAP. Ikut sahaja kemahuan DAP kalau nak menang. Kita dah cukup kuat sekarang dengan sokongan 90% bukan melayu.

Teringat pula kata MB Perak kepada YB Nizar. Mereka bukan rahmatan lil alamin. Tapi Rahmatan lil DAP.

Sedarkah mereka, hakikatnya bilangan keseluruhan bukan melayu hanya 30% sahaja di Malaysia?

Nak kata bodoh, marah. Nak kata bijak, tak nampak. Kita doakan sajalah supaya akal mereka sembuh sebelum malaikat maut tiba.

(Alang Ibn Shukrimun) 


Sumber TKO - 23-12-2015



PAS mula "makan" sokongan Umno

Posted on Tuesday, December 22 @ 14:38:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Pertarungan parti politik ini akhirnya akan berbalik kepada perebutan kerusi di pilihanraya kerana inilah syarat utama dalam permainan demokrasi yang dicipta manusia.


Siapa yang memenangi jumlah kerusi tertinggi akan menjadi juara yang bakal membentuk kerajaan.Rakyat adalah pengundi, manakala kerja parti politik dan para ahli politik adalah untuk meracun minda rakyat sehingga menyokong mereka.

Di Malaysia, cara kempen parti politik agak sehala dan tidak berubah dari zaman tidak berinternet ke internet.

Mereka membunuh lawan dengan memburukkan lawan seteruk-teruknya samada sesama parti mahupun berdepan dengan parti lawan.

Rakyat dan ahli parti, kebanyakan masa, yang menjadi pembunuhnya di pilihanraya parti atau umum nanti.

Namun apa yang berlaku di dalam Umno hari ini cukup menarik.

Umno berhenti mengambil langkah memburukkan PAS sebaliknya Umno secara terang-terangan cuba memikat PAS dengan jemputan rasmi terbuka yang dilakukan presidennya 2 kali berturut-turut.
Sebenarnya tidak susah nak baca apa yang sedang cuba dilakukan Umno.

Umno tahu rakyat marah, termasuklah rata-rata rakyat berbangsa Melayu dan kakitangan kerajaan dengan pelbagai jenis pengumuman kenaikan harga barangan yang mencekik leher.

Pada masa yang sama, Umno menjadikan DAP dan parti lain yang kelihatan tunduk kepada DAP sebagai boogeyman bagi orang Melayu sebagaimana DAP menjadikan Umno dan PAS sebagai boogeyman bagi orang bukan Melayu.

Umno tahu serangannya terhadap DAP amat berkesan, sebagaimana serangan DAP terhadap Umno.
Namun DAP bukan apa yang dirisaukan Umno.

Di Semenanjung Malaysia, Umno bertembung dengan PAS di 63 kerusi Parlimen, dan PKR di 43 Parlimen manakala DAP di 1 kerusi Parlimen.

Umno tidak risau bertembung dengan PKR, kerana tanpa PAS di gabungan pembangkang, PKR yang dilabel Umno sebagai kuda DAP sebagai modal kempen yang terbukti sangat berkesan.

Umno hanya risau sokongan orang Melayu terhadapnya akan beralih ke PAS, dan perkara ini sudah mula nyata.

PAS dan Umno sudah kehilangan sokongan bukan Melayu.

Jika tidak percaya, boleh merujuk kepada mereka yang membuat kajian semasa.

Hakikatnya, Umno kini tiada lagi apa yang dapat diserang terhadap PAS semenjak senjata Umno paling berkesan terhadap PAS iaitu "PAS kuda DAP" hilang sengat apabila 2 parti itu bercerai.
Untuk menghentikan pengaliran sokongan orang Melayu kepada PAS, Umno kini cuba berbaik-baik dengan PAS.

PAS cukup berhati-hati dalam isu jemputan ini. PAS, melalui presiden, timbalan presiden dan juga setiausaha agungnya - meletakkan syarat yang nyata untuk menerima jemputan ini iaitu Umno perlu mengubah dasar kepada Islam, dalam erti kata lain, Umno perlu bertaubat.
Jika ada orang yang sudi bertaubat, kita perlu sedia memaafkan.

Dalam usaha terdesak Umno memujuk PAS, di setiap ruang yang diberikan Umno kepada PAS untuk mendekati para pengundi Umno tegar yang tidak dapat didekati PAS selama ini - akan diambil kesempatan sepenuhnya PAS untuk berdakwah agar mereka dapat diberi keyakinan yang PAS adalah wadah yang lebih sesuai bagi orang Melayu.

Multaqa Al-Azhar adalah contoh pertama dan Perhimpunan Agung Perkasa adalah contoh ke-2.

Dan perubahan sikap Perkasa yang mula condong kepada PAS berbanding Umno adalah bukti jelas PAS sedang makan sokongan Umno sedikit demi sedikit dengan politik dakwah dan Islamnya.
Namun begitu, untuk menilai samada kerjasama antara parti politik samada akan menjadi kenyataan atau tidak, ia hanya perlu dilihat dari sudut pembahagian kerusi.

Hari ini, yang mempunyai kerusi yang banyak ialah Umno, yang mempunyai kerusi yang sedikit ialah PAS. itu, tidak timbul persoalan PAS akan melepaskan kerusi kepada Umno.

Seperti yang selalu disoal Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - berapa banyakkah kerusi dan negeri yang Umno sanggup lepaskan kepada PAS jika Umno betul inginkan bekerjasama dengan PAS?

Jawapannya ialah kosong, malah keinginan Umno merampas Kelantan tidak pernah terhenti selama ini. Ketajaman politik Tuan Ibrahim menilai muslihat Umno antara sebab beliau diserang media pro-Umno seperti MYKMU.net dan juga BNBCC kebelakangan ini.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna PAS perlu berhenti berpolitik dan berdakwah.

Dengan jemputan Umno, walaupun umum mengetahui jemputan ini mempunyai agendanya tersendiri, PAS kini dalam kedudukan yang baik untuk memberitahu penyokong Umno yang takut dengan kehilangan Umno selama ini - "Tak apa biar Umno tumbang, masih ada PAS."

Dengan jemputan terbuka kepada PAS, Umno membuka pintu besar mereka yang tertutup selama ini kepada PAS untuk meluaskan dakwahnya ke atas para pengundi Umno yang menewaskan PAS selama ini di kerusi majoriti Melayu.

Jika keadaan Umno terus lemah, jemputan ini akan terus terbuka dan tidak dapat ditarik balik - ini bermakna PAS dapat terus meneruskan dakwah mereka kepada para penyokong Umno.
Ini sekadar pandangan syok sendiri penulis.

Oleh Timmy Say

Sumber TKO 22-12-2015




Nak undi dari Melayu, tapi haram dekati Melayu

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


TAGLINE mereka ialah 'rahmatan lil alamin'.

Tapi pelik apabila PAS cuba dekati Alumni Azhar serantau, dan PM dijemput sekali atas kapasiti tuan rumah, mereka melatah tidak tentu arah. Seperti yang dijangka, cybertrooper upahan mereka segera viralkan gambar Tuan Guru Haji Hadi sepentas dengan Najib. Akibat tiada poin boleh dijadikan isu dalam ucapan TGHH kerana beliau tidak langsung menyebut Umno atau PAS, maka baju sedondon dijadikan isu.

Hadirin rata-ratanya merupakan golongan atas pagar yang tidak berparti. Kebanyakannya pula adalah kakitangan kerajaan terutama di sektor keagamaan. Turut hadir adalah peserta dari Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand. Malah wakil Azhar juga datang.

Dari sudut politik, bukankah satu langkah yang bijak apabila berjaya menembusi ruang baru yang bukan ahli PAS dan pembangkang semata-mata? Bagaimana nak bertambah undi kalau berceramah depan penyokong sahaja. Kalau hanya harapkan undi pembangkang sahaja seperti PRU13, 30 tahun akan datangpun kita masih tidak boleh menang. Hampir semua peserta adalah Melayu. Bukankah pembangkang kalah di banyak kerusi majoriti Melayu?

Dari sudut dakwah, bukankah pentas itu sangat signifikan untuk menyampaikan mesej 'agama itu nasihat kepada ulil amri' kerana dihadiri oleh ketua kerajaan? TGHH juga punya idea berhubung geopolitik dunia. Bukankah keterlibatan semua pihak berpengaruh dari negara serantau amat sesuai untuk disampaikan ideanya? Bergolak teruk kini adalah sekitar tanah arab. Pentadbir Al-Azhar antara yang terlibat. Bila lagi masa yang sesuai untuk mengkritik tindakan mereka?

Lagi pelik apabila PAS memenuhi undangan Perkasa, sebuah NGO gergasi di Malaysia malah diberi penghormatan berucap, juga dijadikan isu murahan untuk menyokong tuduhan-tuduhan lama yang sudah letih dinafikan. UG UG UG!

Tahukah mereka. Keahlian Perkasa sudah melebihi 700,000 orang. Ramai diantaranya adalah pegawai tinggi kerajaan berpangkat Datuk, Tan Sri dan sebagainya. Bukan semuanya penyokong Umno. Cuma yang pasti, mereka kuat Melayu.

Kerana mereka berada di sektor kerajaan, mereka sendiri tahu kebobrokan pemimpin Umno. Mereka tahu perangai orang politik yang memimpin mereka. Dan mungkin kebenciannya sudah meluap-luap terhadap Umno. Cuma kerana jiwa mereka jiwa Melayu, mereka sukar untuk memilih pembangkang kerana adanya DAP yang bersifat cauvinis dan gemar menguasai Melayu.

Kalau kita tidak mendekati mereka. Sampai bila kita nak harap mereka berubah? Kalau mereka tak berubah, bagaimana kita nak menang pilihan raya?

Umumnya, pengundi Umno takut, kalau tiada Umno, siapa lagi akan bela Melayu? Bolehkah Malaysia tenteram tanpa Umno? Lalu kehadiran PAS bakal memberi keyakinan kepada mereka bahawa walaupun tanpa Umno, PAS masih ada untuk perjuangkan nasib Melayu dan Islam.

Tapi, akal pendek mereka tidak mampu untuk memikirkan lebih dari itu. Yang mereka tahu, Umno adalah musuh. Dan seluruh pengundi musuh haram didekati. Mereka tidak boleh membezakan antara medan politik dengan medan perang barbarian. Politik mereka masih di tahap 70-an.

Rahmatan lil Alamin mereka tidak sama dengan apa yang dibawa oleh Nabi. Baginda dulu sentiasa melawati para pembesar Quraisy supaya mereka berubah. Rahmatan lil Alamin mereka bercanggah dengan perintah tuhan kepada Nabi Musa dan Harun.

Baginda dahulu diperintah menghadap Firaun, Raja paling zalim sepanjang zaman. Tetapi diperintah agar menggunakan bahasa yang lembut.

Dengan tagline rahmatan lil alamin itu, dah berapa ramai ahli Umno masuk parti mereka?

Namun fantasi mereka telah menutup sinar realiti. Kata mereka, jangan bimbang. PRU14 kita pasti menang. Jangan cari pasal berbalah dengan DAP. Ikut sahaja kemahuan DAP kalau nak menang. Kita dah cukup kuat sekarang dengan sokongan 90% bukan Melayu.

Teringat pula kata MB Perak kepada YB Nizar. Mereka bukan rahmatan lil alamin. Tapi Rahmatan lil DAP.
Sedarkah mereka, hakikatnya bilangan keseluruhan bukan melayu hanya 30% sahaja di Malaysia?

Nak kata bodoh, marah. Nak kata bijak, tak nampak. Kita doakan sajalah supaya akal mereka sembuh sebelum malaikat maut tiba. – HARAKAHDAILY 21/12/2015

Sumber HD - 21-12-2015





Apakah pertandingan 1 lawan 1 akan untungkan PAS?

Posted on Monday, December 21 @ 15:13:35 MYT by paktam

Oleh Wong Chin Huat 

Sama ada pertandingan 3 penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (khasnya Amanah dan DAP) dan PAS dalam Pilihanraya ke-14 (PRU14) boleh dielakkan, tidak bergantung kepada kehendak subjektif Pakatan Harapan atau PKR, tetapi perhitungan PAS.

Ahad lalu, Malaysiakini memaparkan wawancara Rafizi Ramli, setiausaha agung PKR bersama beberapa orang pemimpin parti itu. Rafizi menyeru para pengundi bukan Melayu supaya faham dan hargai usaha gigih parti itu cuba mewujudkan sebuah persepakatan pilihanraya (electoral pact) yang merangkumi Pakatan Harapan dan juga PAS.


Secara ringkasnya, alasan yang dikemukakan  Rafizi termasuklah:

1) Pengundi atas pagar Melayu prihatin terhadap isu ekonomi seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan bukan perkembangan politik.

2) Akan, imej PAS yang “Islamik, suci (innocent) dan sangat kuat bersama Melayu (very strong with the Malays)” menarik hati pengundi atas pagar Melayu. Kalau mereka tolak Umno, mereka akan mengundi PAS.

3) Parti Amanah Negara tidak cukup kuat untuk menggantikan PAS malah tidak dikenali  sesetengah pengundi Melayu.

Jika berlaku pertandingan 3 penjuru, maka Pakatan tidak akan menang, malah, Amanah akan dihapuskan.

Apakah perhitungan dan ikthiar “murni” PKR ini berhasil?

Jawapannya terpulang kepada PAS – apakah bersepakat dengan Pakatan Harapan itu menguntungkan PAS sendiri? Sudah tentu PAS tidak akan ingin merugikan diri untuk menguntungkan PKR, apatah lagi Amanah dan DAP?

PAS mempunyai 4 pilihan:

a) Bersepakat dengan Pakatan Harapan (pakat Harapan, lawan Umno)
b)Bersaing dengan BN dan Pakatan Harapan (tiga penjuru, lawan Umno dan Harapan serentak)
c) Bersaing dengan BN dan Pakatan Harapan pada permukaannya tetapi dengan persefahaman sulit dengan Umno (3 penjuru, lawan Harapan, pakat sulit dengan Umno)
d)Berpakat dengan Umno secara terus terang (pakat Umno, lawan Harapan)

Secara rasionalnya, pilihan PAS kebarangkalian besar akan ditentukan melalui 3 sebab:

1) Pencapaian matlamat ideologinya
2) Peluang kemenangan kerusi perundangan
3) Peluang berkongsi kuasa dalam pemerintah Persekutuan dan Negeri

Apakah matlamat ideologinya? Dalam sejarah 3 dekad ini, PAS cuba mencapai 1 keseimbangan di antara (a) pembinaan negara Islam atau Daulah Islamiyah (pewujudan undang-undang jenayah syariah yang meluas rangkumannya termasuk hukuman Hudud dan Qisas boleh dilihat sebagai 1 versi yang sudah dicairkan) dan (b) penrealisasian “Islam untuk semua”/”negara berkebajikan” yang mengajak pengundi bukan Muslim untuk turut jatuhkan pemerintahan  Umno/BN.

Selepas kekalahan sepenuhnya golongan pragmatis dan kemudian tertubuhnya Amanah, pilihan PAS menjadi jelas sekali ialah kembali ke arah negara Islam dengan tekanannya kepada perlaksanaan hukuman Hudud.

Kalau tidak teguh berjuangkan hukuman Hudud, mengapa Datuk Seri Hadi Awang harus biar PAS berpecah? Ini sudah menjadi legasi peribadi Hadi.

Sekalipun PAS kecundang dalam PRU14 sepertimana PAS Terengganu pimpinannya dalam PRU11 (2004), sekurang-kurangnya Hadi boleh belakan kegagalannya sebagai pengorbanan untuk agama.

Berbanding dengan Pakatan Harapan yang lebih mementingkan inti (Maqasid Syariah) daripada bentuk (hukuman Hudud), Umno yang sudahpun mengkaji bersama dengan PAS tentang perlaksanaan kanun Kelantan itu sekurang-kurangnya memberikan harapan.

Ingat Amanat Hadi yang sudahpun menolak “Perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan-peraturan jahiliyah” seawal 1981?

Daripada segi ideologi, pilihan paling rasional untuk PAS ialah D (pakat Umno, lawan Harapan) manakala pilihan paling tidak rasional ialah A (pakat Harapan, lawan Umno).

Daripada segi perkongsian kuasa eksekutif, berpakat dengan Umno akan memberikan PAS serta-merta dana pembangunan di Kelantan dan jawatan lumayan bukan sahaja di kabinet persekutuan tetapi juga di badan berkanun, syarikat berkaitan pemerintah (GLC) dan yayasan/NGO tajaan pemerintah terutamanya yang berkaitan dengan Islam.

Ini jauh lebih baik daripada jawatan peringkat negeri, pihak berkuasa tempatan dan kampung di Selangor dan Pulau Pinang.

Sebaliknya, PAS tidak mungkin dapat apa-apa selepas PRU14 jika Pakatan Harapan sangat berjaya.
Peluang PAS untuk menyertai pemerintah campuran akan wujud jika Pakatan Harapan dan BN tidak mempunyai majoriti yang kukuh.

Maka, daripada segi kuasa eksekutif, pilihan paling rasional untuk PAS juga adalah D (pakat Umno, lawan Harapan) manakala pilihan paling tidak rasional tetap A (pakat Harapan, lawan Umno).
Akan tetapi, “rezeki” daripada aspek ideologi dan kuasa eksekutif tidak mencukupi untuk PAS berpakat dengan Umno. PAS mesti mengambilkira “kos”nya daripada segi kemenangan kerusi parlimen/DUN.

Kalau pakatan rasmi Umno-PAS ditolak dan dihukum pengundi, maka segala yang boleh dicapai  PAS dalam pakatan ini mungkin hilang selepas PRU14.

Dalam perhitungan kemenangan kerusi perundangan, parti biasanya bukan sahaja ingin memaksimakan kemenangannya. Jika terwujud lebih daripada pesaing, parti juga mungkin berminat memaksimakan kekalahan pesaing terdekatnya dengan tujuan untuk mengurangkan pesaing.

Satu contoh yang baik ialah pilihan raya kecil Batu Sapi, Sabah pada tahun 2010. PKR enggan berkompromi dengan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk mencapai persetujuan 1 lawan 1 terhadap BN.

Sungguhpun perpecahan pembangkang memberikan calon BN marjin majoriti yang cukup besar, 6,359 atau 42% daripada jumlah undi sah, calon PKR  mendahului calon SAPP (bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee) dan menolak dakwaan SAPP yang  rakyat Sabah menolak parti kebangsaan (namanya “parti Malaya”).

Daripada segi kepentingan PKR, kemenangan BN adalah lebih baik daripada kemenangan SAPP sungguhpun SAPP itu pembangkang.

Bagi PAS, siapakah musuh yang lebih merbahaya – Umno atau Amanah? Sesiapa yang berminda politik sudah tentu akan memilih Amanah.

Sudah lebih 6 dekad, Umno gagal menghapuskan PAS. Kemenangan Umno sekali lagi dalam PRU14 tetap tidak akan berjaya menghapuskan PAS.

Sebaliknya, Amanah parti serpihan PAS dan nyata sekali bersaing dengan PAS untuk pengundi Islamis. Parti serpihan PAS yang lepas seperti Berjasa dan Hamim semuanya gagal.

Kalau PAS tidak mengekalkan rekod penghapusan parti serpihan ini, ini sudah tentu bermakna Amanah ini sesuatu parti yang berlainan.

Apakah ia tidak akan menghapuskan PAS sehari nanti?

Daripada segi PAS, sungguhpun pemimpin Amanah elak mengkritik PAS, patutkah PAS memberi peluang untuk Amanah bertumbuh dan menjadi kuat supaya sehari nanti boleh menggantikan PAS?
Kalau hujah Rafizi itu benar, yang Amanah akan tewas jika berlaku pertandingan 3 penjuru, bukankah lebih untung untuk PAS biarkannya berlaku?

Dalam PRU13, di antara 65 buah kawasan parlimen di Semenanjung yang ditandingi, PAS menang 21 daripadanya dan memperolehi undi lebih daripada 40% di 31 kawasan yang lain, seperti yang tertera dalam jadual.

Dalam sebarang perundingan persepakatan pilihanraya, 54 kawasan pilihanraya ini akan menjadi rebutan PAS, Amanah malah PKR (yang disertai  Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaffar).

Sekalipun Amanah menuntut daripada 54 kawasan ini yang mempunyai sekurang-kurangnya 30% pengundi bukan Melayu, PAS sudah akan hilang 6 daripada 7 kerusi di Selangor, 3 daripada 6 di Perak, 1 daripada 4 di Pahang dan kesemua 3 di Johor, 2 di Negeri Sembilan dan 1 di Kuala Lumpur, iaitu 16 jumlahnya

Sekalipun PAS diagihkan 35 kawasan (tidak termasuk Tumpat), ini semua terhad di Timur dan Utara (Kelantan 9, Kedah 8, Terengganu 7, Pahang 3, Perak 3, Perlis 2, Pulau Pinang 2 dan Selangor 1).
Mungkinkah kompromi ini dapat diterima Pesuruhjaya PAS di negeri-negeri ke selatan Kedah yang setia bersama PAS sungguhpun munculnya Amanah?

Daripada segi perhitungan kerusi, A (pakat Harapan, lawan Umno) adalah pilihan yang paling tidak rasional untuk PAS.

Akan tetapi, D (pakat Umno, lawan Harapan) tidak menjadi pilihan yang paling rasional kerana masih ada ahli lama yang mengingati bagaimana PAS digertak dan dirugikan ketika berpakat dengan Umno pada 1974-1977.

Pilihan yang lebih rasional untuk PAS adalah B (3 penjuru, lawan Umno dan Harapan serentak) dan C (3 penjuru, lawan Harapan tetapi pakat sulit dengan Umno).

Apabila diambil kira ketiga-tiga pilihan ini, nyata sekali A (pakat Harapan, lawan Umno) yang diharap-harapkan PKR itu sebenarnya adalah pilihan paling tidak rasional untuk PAS.

D (Pakat Umno, lawan Harapan) sungguhpun boleh membawa kuasa eksekutif dan membawa perlaksanaan hukuman Hudud, ini mungkin memecahkan PAS sendiri. Umno mungkin juga khuathir ketidaksenangan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak jika pakatan Umno-PAS berlaku secara rasmi.

B (3 penjuru, lawan Umno dan Harapan serentak) mempunyai daya tarikan untuk pengundi yang marah dengan kerakusan Najib dan kenaikan kos hidup. Akan tetapi, PAS tidak akan mendapat sokongan Umno untuk memajukan agenda Hududnya.

Maka, pilihan yang paling rasional untuk PAS secara keseluruhannya ialah C (3 penjuru, lawan Harapan, pakat sulit dengan Umno).

Kerjasama Umno-PAS boleh nampak lebih “berprinsip” dan “suci” jika dihadkan kepada agenda Hudud sebelum PRU14 dan “persaingan persahabatan” dalam PRU14.

Tidak salah setiap parti mengutamakan kepentingan dirinya daripada parti lain.

Maka, ini mungkin hakikat yang perlu Rafizi dan PKR ambil perhatian sungguhpun niat mereka “murni” sekali untuk elakkan persaingan 3 penjuru

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Sumber DD - 21-12-2015        




Umno dan PAS, siapa dapat apa?

Posted on Monday, December 21 @ 15:01:01 MYT by paktam

Oleh Mohsin Abdullah

Apa definisi “kerjasama”  yang ditawar presiden Umno kepada PAS tempoh hari ? Walaupun ramai dalam Umno dan PAS bercakap mengenai tawaran itu tetapi tiada siapa yang bercakap mengenai bentuk “kerjasama” itu sendiri.

Adakah “kerjasama” itu membabitkan PAS bergabung dengan Umno ? Maka, akan dikenali sebagai  PASNO atau UMPAS? Atau PAS kekal dalam bentuk sekarang tetapi menjadi komponen BN ?



Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerjasama kini di peringkat “persefahaman” tetapi  mengakui “ belum menjurus kepada pendekatan politik dengan ikatan organisasi ”.

Satu kenyataan yang membuka ruang kepada pelbagai intepretasi.

Namun hakikatnya ialah perkiraan mengenai keuntungan politik yang boleh diraih daripada tawaran Datuk Seri Najib Razak kepada PAS yang dibuat penghujung Perhimpunan Agung Umno 12 Disember lalu.

Untung untuk Najib ialah beliau “membuktikan” khusus kepada ahli partinya yang beliau pemimpin “Islamik berjiwa besar” yang “rendah hati  menghulur tangan untuk menjalin silatulrahim kepada musuh politik demi perpaduan ummah”.

Berdasar reaksi ahli Umno, jelas langkah Najib bukan sahaja diterima malah dipuji ketika beliau ditekan beberapa pihak dalaman berhubung pelbagai isu yang semua sudah maklum.

Tanpa mempersoal atau mempertikaikan “keikhlasan” beliau, pelawaan itu juga dilihat boleh “memerangkap” PAS.

Sebarang penolakan PAS akan mengakibatkan parti Islam itu dituduh “sombong, angkuh dan tidak berminat memupuk perpaduan umat Islam dan orang Melayu”.

Sebagai orang politik berpengalaman, pemimpin PAS rasanya nampak itu semua.

Lantas mengambil “sedikit” masa sebelum memberi tindak balas terhadap pelawaan Najib. Itu pun 1 response yang berlapik walaupun positif.

Persoalannya ialah selain Najib, Umno sendiri dapat apa jika terjalinnya kerjasama dengan PAS ?
Umno akan dilihat sebagai “benar-benar ikhlas memperjuang Islam” .

Sekali gus  memperkukuhkan kedudukan di kalangan pengundi Melayu pada pilihan raya  umum akan datang. Khususnya kekuatannya di luar bandar.

Apa pula PAS dapat?

PAS  juga akan mengukuh kedudukan sebagi parti yang mendapat sokongan pengundi Melayu. Kekuatannya di Kelantan dan Terengganu tidak boleh digugat. Parti itu akan bertambah selesa di Kedah dan Perlis.

Namun masalahnya Umno dan PAS kedua-duanya menyarankan kumpulan sokongan yang sama.
Kedua-dua “target” orang Melayu. Maka timbul masalah pembahagian kerusi pilihan raya.

Semua kawasan yang PAS tanding,  ditandingi juga Umno. Amalan ini mesti dihentikan jika kerjasama Umno – PAS  benar benar membawa erti “bekerjasama”.

Jadi persolannya siapa akan bertanding dan di mana?

Mungkin di kerusi Umno atau PAS pasti menang bolehlah ada kompromi. Contohnya Pekan atau Marang.

Tetapi bagaimana pula kawasan lain?

Siapa yang akan beralah? Calon siapa akan dipilih? Siapa yang gugur? Perlu diingat ini membabitkan “nama besar”.

Kawasan 50-50, di mana Umno dan PAS sama kuat apa ceritanya ?

Dan berapa jumlah kerusi Umno tanding dan berapa pula untuk PAS?

Parti mana yang dominan?

Itu hanya 1 aspek yang tentunya memeningkan kepala pemimpin kedua-dua pihak.
Beralih pula kepada soal hudud.

PAS sudah berikrar (atau bersumpah? ) tidak akan bertolak ansur mengenai hudud. Dengan terjalin kerjasama dengan Umno, undang-undang itu akan diketengah untuk dilaksanakan dengan sokongan Umno.

Umno mesti menyokong. Tidak sokong bermakna mereka “main wayang”.

Namun sokongan Umno terhadap hudud tidak akan disenangi rakan bukan Muslimnya dalam BN.

BN akan hilang “fixed deposit” di Sabah dan Sarawak. Sesuatu yang Najib tidak ingin berlaku.

Di semenanjug orang yang tidak undi BN dahulu akan tetap tidak undi BN pada PRU 14.

PAS akan dilihat sebagai membebankan BN tetapi tidak boleh melangkah kebelakang.

Menarik balik atau melembutkan agenda hudud akan menyaksikan parti itu hilang kepercayaan penyokongnya.

Cukuplah setakat di situ walapun banyak lagi isu berhubung soal kerjasama Umno–PAS.
Realitinya, tawaran yang dibuat Najib boleh menyenang dan menyusah Umno dan PAS.
Boleh menyengat, boleh juga disengat.

Sumber DD - 21-12-2015         



PAS mula makan sokongan Umno

Posted on Monday, December 21 @ 14:57:24 MYT by paktam

Oleh Timmy Say

Pertarungan parti politik ini akhirnya akan berbalik kepada perebutan kerusi di pilihanraya kerana inilah syarat utama dalam permainan demokrasi yang dicipta manusia.Siapa yang memenangi jumlah kerusi tertinggi akan menjadi juara yang bakal membentuk kerajaan.

Rakyat adalah pengundi, manakala kerja parti politik dan para ahli politik adalah untuk meracun minda rakyat sehingga menyokong mereka.


Di Malaysia, cara kempen parti politik agak sehala dan tidak berubah dari zaman tidak berinternet ke internet.

Mereka membunuh lawan dengan memburukkan lawan seteruk-teruknya samada sesama parti mahupun berdepan dengan parti lawan.

Rakyat dan ahli parti, kebanyakan masa, yang menjadi pembunuhnya di pilihanraya parti atau umum nanti.

Namun apa yang berlaku di dalam Umno hari ini cukup menarik.

Umno berhenti mengambil langkah memburukkan PAS sebaliknya Umno secara terang-terangan cuba memikat PAS dengan jemputan rasmi terbuka yang dilakukan presidennya 2 kali berturut-turut.
Sebenarnya tidak susah nak baca apa yang sedang cuba dilakukan Umno.

Umno tahu rakyat marah, termasuklah rata-rata rakyat berbangsa Melayu dan kakitangan kerajaan dengan pelbagai jenis pengumuman kenaikan harga barangan yang mencekik leher.

Pada masa yang sama, Umno menjadikan DAP dan parti lain yang kelihatan tunduk kepada DAP sebagai boogeyman bagi orang Melayu sebagaimana DAP menjadikan Umno dan PAS sebagai boogeyman bagi orang bukan Melayu.

Umno tahu serangannya terhadap DAP amat berkesan, sebagaimana serangan DAP terhadap Umno.
Namun DAP bukan apa yang dirisaukan Umno.

Di Semenanjung Malaysia, Umno bertembung dengan PAS di 63 kerusi Parlimen, dan PKR di 43 Parlimen manakala DAP di 1 kerusi Parlimen.

Umno tidak risau bertembung dengan PKR, kerana tanpa PAS di gabungan pembangkang, PKR yang dilabel Umno sebagai kuda DAP sebagai modal kempen yang terbukti sangat berkesan.

Umno hanya risau sokongan orang Melayu terhadapnya akan beralih ke PAS, dan perkara ini sudah mula nyata.

PAS dan Umno sudah kehilangan sokongan bukan Melayu.

Jika tidak percaya, boleh merujuk kepada mereka yang membuat kajian semasa.

Hakikatnya, Umno kini tiada lagi apa yang dapat diserang terhadap PAS semenjak senjata Umno paling berkesan terhadap PAS iaitu “PAS kuda DAP” hilang sengat apabila 2 parti itu bercerai.

Untuk menghentikan pengaliran sokongan orang Melayu kepada PAS, Umno kini cuba berbaik-baik dengan PAS.

PAS cukup berhati-hati dalam isu jemputan ini. PAS, melalui presiden, timbalan presiden dan juga setiausaha agungnya - meletakkan syarat yang nyata untuk menerima jemputan ini iaitu Umno perlu mengubah dasar kepada Islam, dalam erti kata lain, Umno perlu bertaubat.

Jika ada orang yang sudi bertaubat, kita perlu sedia memaafkan.

Dalam usaha terdesak Umno memujuk PAS, di setiap ruang yang diberikan Umno kepada PAS untuk mendekati para pengundi Umno tegar yang tidak dapat didekati PAS selama ini – akan diambil kesempatan sepenuhnya PAS untuk berdakwah agar mereka dapat diberi keyakinan yang PAS adalah wadah yang lebih sesuai bagi orang Melayu.

Multaqa Al-Azhar adalah contoh pertama dan Perhimpunan Agung Perkasa adalah contoh ke-2.
Dan perubahan sikap Perkasa yang mula condong kepada PAS berbanding Umno adalah bukti jelas PAS sedang makan sokongan Umno sedikit demi sedikit dengan politik dakwah dan Islamnya.

Namun begitu, untuk menilai samada kerjasama antara parti politik samada akan menjadi kenyataan atau tidak, ia hanya perlu dilihat dari sudut pembahagian kerusi.

Hari ini, yang mempunyai kerusi yang banyak ialah Umno, yang mempunyai kerusi yang sedikit ialah PAS.  itu, tidak timbul persoalan PAS akan melepaskan kerusi kepada Umno.

Seperti yang selalu disoal Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - berapa banyakkah kerusi dan negeri yang Umno sanggup lepaskan kepada PAS jika Umno betul inginkan bekerjasama dengan PAS?

Jawapannya ialah kosong, malah keinginan Umno merampas Kelantan tidak pernah terhenti selama ini. Ketajaman politik Tuan Ibrahim menilai muslihat Umno antara sebab beliau diserang  media pro-Umno seperti MYKMU.net dan juga BNBCC kebelakangan ini.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna PAS perlu berhenti berpolitik dan berdakwah.

Dengan jemputan Umno, walaupun umum mengetahui jemputan ini mempunyai agendanya tersendiri, PAS kini dalam kedudukan yang baik untuk memberitahu penyokong Umno yang takut dengan kehilangan Umno selama ini – “Tak apa biar Umno tumbang, masih ada PAS.”

Dengan jemputan terbuka kepada PAS, Umno  membuka pintu besar mereka yang tertutup selama ini kepada PAS untuk meluaskan dakwahnya ke atas para pengundi Umno yang menewaskan PAS selama ini di kerusi majoriti Melayu.

Jika keadaan Umno terus lemah, jemputan ini akan terus terbuka dan tidak dapat ditarik balik – ini bermakna PAS dapat terus meneruskan dakwah mereka kepada para penyokong Umno.
Ini sekadar pandangan syok sendiri penulis.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/timmy-say/article/pas-mula-makan-sokongan-umno#sthash.3vBr6Pj0.dpuf
Sumber DD - 21-12-2015        



Riuh Rendah Kerjasama PAS - Umno,Siapa Rugi Siapa Untung

Posted on Monday, December 21 @ 14:27:19 MYT by paktam

Oleh abuamar

" Pemimpin PAS kata: PAS sedia bekerjasama dg UMNO demi kepentingan Islam dan Melayu tapi bukan bergabung. Hj Hadi Awang pula berkatakata: PAS bersedia menjadi penasehat kepada kerajaan. PM yg juga presiden UMNO - Najib Razak pula segera menghulurkan “TALI ALLAH” kpd PAS demi kononnya perpaduan Melayu dan Perpaduan Islam.
Dalam hiruk-pikuk dan riuh-rendah kerjasama UMNO – PAS itu, siapakah yg meraih laba politik paling besar?

Apakah PAS? Tidak mungkin, kerana sebenarnya PAS lah pehak yg paling malang dan paling rugi. PAS dan presidennya mula di curigai oleh rakan tahalufsiasinya – PKR. Mereka mula berbisik2 mempersoalkan apakah PAS jujur dan ikhlas dalam tahalufsiasi itu? PAS nak bertahalufsiasi dg PKR, tapi dalam masa yg sama asik bermain mata dg UMNO; sementelahan pula, jika di ibaratkan seumpama seorang lelaki, UMNO adalah seorang lelaki yg walaupun tua dan uzur, tapi kaya raya, banyak hartanya, banyak sawah-ladangnya, banyak sahamnya dan berbagai lagi yg boleh menggiurkan seorang wanita mata duitan. PKR pula hanya seorang lalaki muda yg penuh idealisma.

Para penyokong PAS, terutama dari kalangan Cina dan India pun dah mula sangsi kpd PAS. Jika benar2 terjalin perpaduan Melayu, apa akan jadi kpd mereka?

Ahli2 dan para pemimpin PAS bawahan dan pertengahan pun berbelah –bagi mengenai perkara tersebut.Yang tegar menyokong hanyalah mereka yang dah nampak faedah duniawi yang akan mereka perolehi hasil drp kerjasama tersebut.Dan yg turut menyokong sepenuh hati tentunya para ahli yang telah disuntik dengan “DADAH WALAK” oleh pemimpin2 bertitle “ustaz”. Mereka ini telah rosot daya fikirnya, telah hilang ketajaman mindanya,telah tumpul daya sesitiviti dan daya kritisnya. Malang…mereka hanya pandai angguk2..kononnya demi utk syurga…Oleh itu, jika kerjasama itu sungguh2 terjalin,maka PAS di jangka akan mengalami konplik dalaman sekali lagi.

Jadi siapa yg paling untung? Orang yang paling beruntung tentulah NAJIB RAZAK. Dia dengan bantuan para penasihatnya yg ramai itu, samaada UPCO atau bukan UPCO dan tentunya termasuk juga bekas pemimpin kanan PAS yg kini dah jadi “AYAM DENAK UMNO”, telah berjaya mencpta suatu strategi ampuh utk memerangkap beberapa  lebai PAS yg telah terjangkit ‘PENYAKIT ALWAHN”.

Najib Razak yg sedang kelemasan akibat pelbagai isu dan skandal yg diciptanya sendiri,seperti isu RM2.6bilion, 1MDB, isu Al-Tantuya, hutang negara, YaPEIM, kegagalan mengekang kenaikan kos sara hidup, kegagalan mencapai ekuiti bumiputera 30 peratus, isu kelemahan nilai ringgit, merosotnya sokongan drp akar umbi UMNO dan krisis yg berlarutan dg beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk dg bekas PM yg masih berpengaruh itu, masalah isteri yg menjadi beban,dan macam2 lagi, maka dia amat memerlukan bantuan oksigen dan bantuan pernafasan mulut ke mulut.

Tiba2, tanpa di sangka2, PAS bersedia menghulurkan talian hayat untuk dia berpaut dan ketika para pemimpin BN sendiri nampaknya macam geli-geleman nak buat pernafasan mulut ke mulut kpd Najib – mungkin kerana mulut tu dah berbau sgt busuk; tiba2 datang pemimpin PAS yg bersedia untuk bebuat demikian. Bukan saja membuat bantuan pernafasan mulut ke mulut, bahkan mereka juga bersedia “MEMBASUH BERAK NAJIB”.

Alangkah bahagianya Najib ketika ini. Dia munkin bukan saja berjaya menyelamatkan dirinya drp lemas,tapi dia juga berjaya memusnahkan para musuh politiknya.

SESUNGGUHNYA PEMIMPIN PAS TELAH BERJASA BESAR KPD NAJIB RAZAK. Dia akan membals budi? Rasanya Pas akan menjadi seperti “Tudung saji buruk” yang akan di buang bia ia sudah hilang mafaat nya nanti.

Wallahu a`lam.

Sumber DD - 21-12-2015





Betul ke musuh sayang kita?

Posted on Sunday, December 20 @ 20:00:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

"Penulis bertemu dengan kata kata yang berbunyi: musuh sayangi kita. Mungkin kata kata itu terbit dek umno dah hulur tali untuk bekerjasama. maka umno bukan lagi musuh tradisi PAS .

Lebih lebih lagi dalam perhimpunan agung umno lepas pas tidak diserang sebaliknya DAP pula yang jadi mangsa serangan berkala umno.

Bagaimana pun sesetengah pemimpin pas tetap mengatakan umno adalah musuh pas sampai kiamat. Sampai begitu sekali fahaman pas terhadap umno.

Mengapa tidak? Kerana umno setakat hari ini masih enggan menerima ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang difahami pucuk kepimpinan Pas.

Pucuk kepimpinan umno pula menganggap umno telah mengamalkan islam sebenar dengan konsepsi wasatiyyah yang dicanang sedemikian rupa oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak

Persoalan kini umno adalah musuh tradisi pas mula sayang dengan kita (pas) betul ke umno sudah sayangi pas. Amat tidak munasabah musuh sayangkan musuh. Pelik.

Sesetengah mengatakan mustahil musuh boleh sayangi musuhnya. tetapi kita kena ingat tidak mustahil musuh boleh sayang musuhnya.

Mengapa tidak? Kerana Allah menegaskan dalam Al Quran orang orang kafir sayang orang Islam yang lali. Demikian penjelasan Allah kepada manusia akan sikap Kafir terhadap orang Islam yang lalai.

Jangan salah faham pula, kerana ayat Allah diatas itu tidak bercanggah dengan ayat Allah yang bermaksud: orang orang kafir tidak sekali sekali akan setuju dan suka dengan kamu (wahai Mohammad).

 Mengapa musuh Allah (kafir) boleh benci dengan orang orang Islam? Kerana mereka yang dibenci itu tak ikut agama kafir. Manakala kafir suka dan sayang dengan musuhnya kerana mereka lalai dan ikut cara hidupnya. (kafir).

 Kafir sayang dan suka dengan orang orang islam yang lalai. oleh itu, tidak mustahil pucuk kepimpinan umno sayangi pas, kerana pas kelihatan sudah duduk dalam keadaan sedikit lalai.

sebelum ini Pas boleh bertahaluf siasi dengan DAP (kafir Harbi). Tak kan tak boleh bertalahuf siasi dengan umno pulak.

Dan kini Pas masih bertahaluf siasi dengan PKR parti yang juga enggan menerima hudud yang diperjuangan oleh PAS selama ini.

Lebih lebih lagi ketua umum parti itu adalah seorang yang jelas berfahaman Islam liberal yang sangat berbahaya terhadap perkembangan pergerakan islam di malaysia ini.

Jadi jika PAS boleh bertahaluf siasi dengan parti seumpama itu maka tidak mustahil Pas boleh bekerjasama dengan umno/BN yang cuba berjinak jinak dengan ajaran islam syumul."

Sumber TKO - 20-12-2015

Sekali lagi Umno cuba merisik PAS

M FAQIH | .


BETUL ke PAS hendak bergabung dengan Umno...” Inilah pertanyaan yang paling menjadi sebutan ramai sekarang. Nampaknya semua orang tertarik dengan istilah kerjasama, gabungan dan tahaluf siyasi.

Sebenarnya perkataan kerjasama kerap dijaja sejak Jun lepas. Namun sehari dua ini boleh
disenarai berita paling menarik minggu ini.

Beleklah akhbar harian Melayu mana sekali pun ditemui banyak analisis dan ulasan berkisar penyatuan umat Melayu.

Ada juga lakaran kartun yang pergi jauh lagi, idealisme ke arah menyatukan PAS dan Umno. Digambar bendera bulan purnama dan keris bersimpul di hujungnya.

Kartunis lain pula melakarkan kopiah putih berlambang PAS dan songkok hitam berlogo Umno diletak sebaris di atas meja. Ia memperlihatkan seolah-olah satu agenda yang disengajakan.

Sebuah akhbar pula menyiarkan tajuk hadapan “Kerjasama Umno-PAS”  Sabtu lepas. Agenda itu mendapat respon segera seorang mufti. Katanya bersatu semula demi perpaduan Melayu.

Malah Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia yang bermula Khamis lepas juga mencetus resolusi kerjasama Umno-PAS dilulus sebulat suara.

Apa pun niat dan impian mereka membawa mesej mahu mempertautkan semula Umno dan PAS seperti 1973. Mengapa Umno dilihat seperti mengidam, seumpama perempuan sedang mengandung.

Adat berpolitik setiap sesuatu yang berlaku tidak boleh dibaca selapis. Kata orang dahulu, mungkinkah ada udang di sebalik batu.

Mengapa tiba-tiba penyatuan Melayu dilaung di seluruh tanah Melayu. Inilah isu yang menyentap seketika pemikiran orang Melayu.

Baru-baru ini penulis ungkit semula rakaman sejarah lama yang berlaku sekitar 1973-1978. Sengaja ditulis tajuk “Najib ulangi jerat Tun Razak 1973” (Harakah Bil 2104).

Namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki menolak sejarah lama ditayang semula. Beliau seperti mahukan semua pihak lupakan sejarah 1973-1978.

Apakah agenda 1978 dibiarkan berlalu begitu sahaja. Penguatkuasaan Akta Darurat (Mageran) di Kelantan pada 1977 diketahui umum tersembunyi niat sulit untuk merampas Kelantan pada Mac 1978.

Umno berjaya memecahkan PAS sehingga lahirnya Berjasa. Sebelum itu Menteri Besar kerajaan campuran PAS-Perikatan, Datuk Mohamed Nasir menunjuk sikap berkiblat kepada Umno.

Berjasa berganding bahu dengan Umno pada pilihan raya negeri pada 1978 bagi menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan. Mohamad Nasir diberi hadiah jawatan Menteri Tak Berporfolio.

Bagaimanapun Umno bermati-matian menafikan sepanjang usia kerajaan campuran mereka mempengaruhi Mohamad Nasir.

Lalu dicatat tindakan Datuk Hussein Onn mengisytiharkan darurat di Kelantan pada 1977 kerana bimbang berulang peristiwa 13 Mei 1969.

Sedangkan Mohd Asri dan wakil rakyat PAS menentang keras penggunaan akta tersebut memandangkan pertembungan penyokong Mohamad Nasir dan PAS jauh berbeza berbanding tragedi 1969.

Tiada korban nyawa yang menghalalkan Mageran digunakan. “Mohamad Nasir menjadi alat kepada Umno dan Tun Razak, biar pun dia orang PAS. Dia pecahkan PAS dengan tubuh Berjasa,” ujar seorang veteran Umno.

Bekas wakil rakyat Umno itu berkata jasa Mohamad Nasir memecahkan PAS dan membawa Mageran ke Kelantan.

“Tiada lagi sejarah hanya peristiwa 13 Mei 1969 sahaja boleh berlaku Mageran di Malaysia,” katanya.

Tanpa berselindung beliau memberitahu Hussien Onn datang ke Kota Bharu dan mengumumkan PAS dipecat daripada BN di majlis perasmian bangunan Tabung Haji di Jalan Datuk Pati.

Pada ucapannya beliau menyebut Umno pecat PAS bukan kerana politik. Sedangkan kata veteran Umno terbabit ketika Mohd Asri menjadi Menteri Tanah beliau berjaya membuka cawangan PAS
di Sri Gading, Johor.

Kemarahan Hussien Onn dikatakan berakar di situ. – HARAKAHDAILY 21/12/2015

Sumber HD - 21-12-2015

Sepentas PAS-Umno: Siapa beroleh manfaat

Posted on Saturday, December 19 @ 15:35:21 MYT by paktam

Oleh Dr. HARISAH MANTIK

Antara rakyat, Umno dan PAS siapa yang mendapat manfar hasil penampilan sepentas Umno-PAS?

Bagi menjawab soalan ini, mari kita uji penyataan berikut:

1. Apakah PAS dapat manfaat?

Umum mengetahui PAS ingin menegakkan Islam dan hudud di Malaysia. Dalam mengharapkan Umno membuka pintu untuk pembentangan Akta 355 di parlimen, PAS cuba berlunak dengan Umno dan sanggup menyingkirkan sahabat dalaman.

Soalnya, apakah Umno sanggup membuka pintu itu? Akhirnya 3 sidang parlimen berlaku dan Umno tidak mengotakan pun janji itu.

Agak mustahil untuk Umno mengotakan janji itu. Ini kerana kita tahu siapa pencuri duit terbesar dalam negara yang bernilai RM2.6 bilion. Maka tidakkah ia bakal memakan diri si pencuri?

Selain isu hudud, ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menunjukkan PAS risaukan kestabilan serantau.

Intipati ucapan Tuan Guru Abdul Hadi menyeru agar pintu kestabilan Malaysia tidak dibuka kepada orang asing yang mahu merosakkan Islam.

Namun PAS perlu menyedari hakikat, harapannya kepada Umno itu boleh disampaikan di luar pentas berkenaan.Bahkan pintu keselamatan dan kestabilan negara ini telah pun dibuka.

Apakah pintu keselamatan negara yang dibuka oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN)?

PAS perlu sedar kerajaan BN terlibat dalam perang di Yaman dan tentera kita telahpun berada di sana.

PAS perlu sedar, Umno-BN kekal dalam kedegilannya membuka pintu TPPA (Perjanjian Kerjasama Asia Trans Pasifik) yang mengancam kestabilan ekonomi negara.

Bahkan PAS telah menasihati Umno dalam hal ini dan jawapan kepada nasihat terabai itu pun umum ketahui.

PAS perlu sedar setiap tahun tentera Amerika Syarikat dan tentera Australia datang ke Malaysia untuk latihan bersama. Latihan bersama ini dibuat dalam suasana ruang muka bumi Malaysia dan saling mengenali aset sesama gedombokan itu. Inilah hasil kerja tangan Umno-BN
PAS juga perlu sedar, apabila terdesak, kestabilan dan keselamatan negara hanya memerlukan pengiktirafan Rang Undang-undang Majlis Tindakan Ekonomi (RUU MKN) 2015.

Umno telah pun mengambil langkah menjamin kestabilan negara yang hakikatnya kestabilan Umno itu sendiri. PAS jika perlu bakal dikorbankan Umno apabila cita-citanya tercapai menggunakan RUU MKN ini seperti yang terjadi kepada Ustaz Ibrahim Libya dan Ops Lalang.

Maka manfaat menasihati Umno-BN yang cuba disampaikan PAS bakal hanya menjadi ucapan yang dibanggakan.

2. Apakah Umno mendapat manfaat?

Sudah terang dan pasti jawabannya Ya.

Sokongan Melayu sentiasa menjadi deposit tetap Umno di dalam pilihan raya.

Apabila prograam sepentas Umno-PAS menjadi realiti, maka ia menguatkan persepsi Umno pembela terkuat Melayu sungguupun ia belum pasti serius membela Islam.

Bukti ia serius membela Islam ialah kesanggupan mengotakan janji kepada PAS bagi membentangkan Akta 335. Setakat ini ia kekal menjadi helah Umno-BN.

Dalam kelemasan diasak dengan isu RM2.6bilion, 1MDB, isu Al-Tantuya, hutang negara, YaPEIM, kegagalan mengekang kenaikan kos sara hidup, kegagalan mencapai ekuiti bumiputera 30 peratus, isu kelemahan nilai ringgit dan sebagainya, huluran tangan PAS pasti amat melegakan.

Maka kita lihat bagaimana perjuangan PAS akhirnya dibentangkan dengan karpet merah dan liputan utama dalam Utusan Melayu hari ini. Umno kini meredhai PAS.

3. Apakah rakyat mendapat manfaat?

Rakyat mengharapkan tindakan dan jawapan kepada isu-isu yang masih lagi tidak diperjelaskan kepada rakyat.Jika kerjasama ini memberikan jalan perubahan positif terhadap isu berkenaan maka ia bermanfaat.

Jika tidak, ia hanya langkah sumbang PAS memberikan nafas lega kepada Umno bagi meneruskan agenda menghimpit rakyat dan menguntungkan diri sendiri.

Kesimpulannya

Umno yang bakal mendapat manfaat hasil pementasan Umno-PAS dan rakyat akan terus terhimpit kerana sokongan PAS ini.~http://www.malaysiadateline.com/

Sumber DD - 19-12-2015


Kekalkan Status Quo Jika Umno - PAS Bekerjasama

Posted on Saturday, December 19 @ 13:54:18 MYT by paktam

Oleh Zabidi Hj Said

Cubaan menimbulkan kembali sejarah perselisihan faham antara PAS dan UMNO hanya akan menjejaskan agenda perpaduan ketika ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.ebaliknya, kata beliau, kedua-dua parti itu perlu mula memandang ke arah permuafakatan supaya ia dapat menjamin kepentingan umat Islam di negara ini.


"Kenapa perlu gali dan selongkar segala isu-isu lama, yang hakikatnya generasi sekarang tak pernah ada dalam zaman itu, bahkan majoriti pemimpin sekarang tak ada dalam 'baggage' itu, sejarah itu.

"Kalau kita nak cakap soal perpaduan, permuafakatan itu yang paling penting. Kedua-dua pihak harus berlaku jujur dan ikhlas dan tak perlu lagi membicara soal kelemahan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menutup Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai sikap sesetengah pihak yang seolah-olah tidak senang dengan agenda perpaduan antara dua parti politik itu, dan sengaja menimbulkan kembali perkara-perkara yang menjadi titik tolak pertelagahan antara PAS dan UMNO.

Timbalan menteri itu berpendapat UMNO dan PAS masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri, dan adalah lebih baik kiranya kedua-dua parti politik itu menumpukan usaha untuk bergerak ke arah perpaduan seperti yang dituntut dalam syariat Islam.

Bagi saya, jika Umno dan PAS mahu bekerjasama dalam politik pada PRU akan datang, maka kekalkanlah status quo. Jika Umno menang 17 kerusi DUN dan PAS menang 15 kerusi DUN di Terengganu maka pembahagian kerusi tetap 17, 15. Maknanya PAS tidak boleh bertanding di 17 kerusi Umno sebaliknya biar Umno lawan Amanah atau PKR. Begitu juga Umno tidak boleh bertanding di kerusi PAs, biar PAS lawan Amanah atau PKR.

Bagi ahli Umno yang mahu jadi YB sudah tentu tak suka dengan gabungan ini jika kerusi itu diperuntukkan kepada PAS.Begitu juga ahli PAs yang mahu jadi YB jika DUN itu diperuntukkan untuk Umno.

Ada yang berpendapat bahawa lebih baik bergabung selepas PRU, dan lihat keputusan PRU akan datang. Jika bergabung selepas PRU sudah tidak bermakna lagi kerana jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara Umno, PAS dan Amanah, silap silap Amanah yang menang.

Oleh itu kerjasama Umno dengan PAS hendaklah diadakan sebelum PRU akan datang. Sudah tentu jika berlaku gabungan ramai pemimpin Umno yang kehilangan kerusi menteri dan Exco. Jangan fikir tentang kedudukan tetapi fikirlah bergabung itu untuk survival umat Islam sama ada BN yang pro Islam memerintah negara atau Pakatan Harapan yang diremote control DAP memerintah negara.
http://catatanzabidi.blogspot.my

Sumber DD - 19-12-2015

Pergolakan PAS, perpecahan pakatan, isu dalaman UMNO tarik perhatian

Posted on Saturday, December 19 @ 12:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KALENDAR politik negara bagi tahun 2015 dibuka dengan detik suram selepas kehilangan seorang tokoh politik yang disegani kawan dan lawan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, 84, yang kembali ke rahmatullah pada 12 Februari akibat kanser prostat.

Mursyidul Am PAS ini adalah Menteri Besar Kelantan paling lama, bermula 1990 hingga 2013 dan juga seorang ahli politik paling kontroversi.

Kekosongan itu membawa kepada pilihan raya kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kota Bharu, Kelantan, pada 22 Mac 2015 yang menyaksikan calon PAS, Ahmad Fathan Mahmood menang besar selepas memperoleh 10,899 undi dengan majoriti 10,092 undi.

Barisan Nasional (BN) tidak bertanding di kubu kuat PAS itu dan empat calon bebas hilang wang pertaruhan apabila Sharif Mahmood hanya meraih 807 undi, Fadzillah Hussin (89), Izat Bukhary Ismail Bukhary (51) dan Aslah Mamat (27). Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 2013, Nik Aziz menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Pada bulan berikutnya, seorang lagi tokoh politik, Tan Sri Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin) juga kembali ke rahmatullah selepas terbabit dalam nahas helikopter pada 4 April di kawasan kebun getah di Semenyih, Selangor.

Nahas helikopter itu turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, juruterbang helikopter Clifford Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang

Kekosongan Parlimen Rompin diisi dengan PRK kedua pada 5 Mei 2015 yang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad. Hasan yang memangku jawatan Ketua Bahagian UMNO Rompin mendapat 23,796 undi, manakala pencabarnya, Nazri mendapat 14,901 undi.

Dua hari selepas itu, satu lagi PRK diadakan di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, selepas penyandang jawatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan atas sabitan kali kedua bersabit kes liwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Sekali lagi Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding di Permatang Pauh pada 7 Mei 2015. Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Selangor memenangi kerusi Parlimen itu buat kali keempat.

Anwar kembali berpolitik

Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua pembangkang menggantikan suaminya, Anwar selepas kali pertama dilantik ketika Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada Mac 2008, tetapi meletak jawatan pada Ogos tahun sama untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke arena politik sebaik saja dibebaskan daripada hukuman penjara kerana kesalahan liwat pada tahun 1998.

Selepas pemergian Nik Aziz, PAS dilanda badai besar ketika pemilihan pucuk kepemimpinan tertinggi parti pada Muktamar PAS yang diadakan di Kuala Selangor, Selangor pada 4 Jun 2015.

Pemilihan kali ini menyaksikan pertembungan team proulama diketuai Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan team pro-Anwarinas yang dilihat sebagai proksi DAP terutama calon Presiden, Ahmad Awang dan Mohamad Sabu (Mat Sabu) bagi kerusi Timbalan Presiden.

Abdul Hadi Awang dan calon Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menang besar sekali gus menyaksikan penguasaan mutlak barisan kepemimpinan ulama apabila tiga slot Naib Presiden diisi muka baharu membabitkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad; Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Mereka menewaskan dua penyandang iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub, manakala Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar turut tersingkir. Mereka yang tersingkir itu kemudian dengan bangganya menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 (G18) dan melancarkan Harapan Baru kononnya untuk menggabungkan semua parti pembangkang di seluruh negara.

Kumpulan inilah yang menjadi perintis kepada penubuhan parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN) diketuai Mat Sabu dan susulan daripada gerakan serpihan ini juga serta perang dingin dengan DAP, menyaksikan PAS terus dipinggirkan dan Pakatan Rakyat berkubur. Gabungan PKR, DAP dan PAS akhirnya menyaksikan penubuhan gabungan baru yang bergerak atas nama Pakatan Harapan.

Di pihak BN pula, menyaksikan sedikit perubahan dalam pentadbiran kerajaan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan Kabinet termasuk menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Julai 2015.

Rombakan itu menyaksikan beberapa menteri digugurkan iaitu Datuk Seri Hasan Malek (bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah); Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri G Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar).

Seramai 13 muka baharu masing-masing empat dilantik sebagai menteri dan sembilan sebagai timbalan menteri. Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.

Kehangatan politik negara terus dibakar dengan sentimen antikestabilan dan antikerajaan yang berterusan melalui demonstrasi jalanan Himpunan Bersih 4 pada 29 hingga 31 Ogos lalu.

Kumpulan baju kuning yang bergabung atas nama badan bukan kerajaan (NGO) serta disokong parti pembangkang memenuhi kawasan tumpuan ramai di ibu negara terutama di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman serta kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Selama ini, demonstrasi kumpulan baju kuning tidak pernah berbalas, mereka hanya bertempur dengan pihak berkuasa apabila melanggar arahan bersurai. Namun, kali ini, buat pertama kalinya berlaku demonstrasi baju merah yang membantah himpunan bersih yang sudah diadakan selama empat tahun.

Tujuan Himpunan Rakyat Bersatu (baju merah) di Padang Merbok ini ialah bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan BN, selain memberi amaran kepada penyokong Bersih 4 supaya jangan cuba mengganggu gugat orang Melayu. Perhimpunan aman itu diadakan khas bagi 16 September sempena sambutan Hari Malaysia.

Mohamad Khir dipenjara

Enam hari selepas itu, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mula menjalani hukuman penjara 12 bulan di Penjara Kajang selepas panel rayuan mengekalkan sabitan bersalah dengan menolak rayuan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 dan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 30 Mei 2013.

Bekas ADUN Sungai Panjang, Selangor itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 50, suatu barangan berharga, iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd melalui Pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Mengakhiri warna warni politik pada penghujung tahun menyaksikan beberapa episod menarik penuh drama berlaku sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Susulan daripada rombakan Kabinet pada Julai lalu mengakibatkan perang dingin antara Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin serta Naib Presiden, Shafie Apdal dengan presiden serta barisan Majlis Tertinggi (MT). MT memutuskan perhimpunan sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing manakala penggulungan pada hari terakhir hanya membabitkan presiden saja.


Secara tradisinya, timbalan presiden akan merasmikan serentak perhimpunan ketiga-tiga sayap parti manakala pada hari terakhir, semua ketua sayap, tiga naib presiden, timbalan serta presiden akan menyampaikan ucapan, tetapi kali ini semuanya diubah berdasarkan keperluan semasa.

Sumber TKO - 19-12-2015





Politik Emosi Dan Sentimen

Posted on Saturday, December 19 @ 10:05:09 MYT by paktam

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Dr Maza bertemu Presiden PAS di Terengganu. Dalam Fb beliau, ramai tukang komen menghentam dan menyindir beliau kerana bertemu Presiden PAS. Sebelumnya Dr Maza hadir dalam program yang diistilahkan mereka sebagai Presiden PAS sedondon dengan Najib.

2) Dr Maza yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi, kadang-kadang membuatkan penyokong PAS berang, kadang-kadang buatkan Umno meradang. Kali ini tindakan beliau membuatkan penyokong blok Pakatan Harapan pula bengang.


3) Itu dalam bab politik. Jika dalam bab fikrah lain, beliau akan dituduh Wahabi, Muzabzib, Liberal, penyokong Comango dan sebagainya. Sesiapa yang bersama dengan Dr Maza, akan dilabel sama - Wahabi!

4) Lain pula dengan Presiden PAS. Nampaknya aura Presiden PAS lebih kuat berbanding Dr Maza. Presiden PAS tidak dituduh sebagai Wahabi kerana bersama Dr Maza, tetapi Dr Maza yang kena tuduh sebagai penyokong kezaliman (kerana merestui majlis sedondon itu) kerana bersama Presiden PAS.

5) Pernahkah anda sekalian mendengar Presiden PAS menghentam Wahabi, atau menghentam Dr Maza sebagai Wahabi? Malah ketika ditanya mengenai Wahabi kepada beliau, beliau menjawab dengan baik dan tidak ofensif terhadap Wahabi (sila rujuk jawapan beliau di Youtube). Almarhum Tuan Guru Nik Aziz juga ketika zaman mudanya pernah dituduh sebagai Wahabi.

6) Saya bukanlah peminat Dr Maza. Saya hanya menganalisis bagaimana peertembungan idea antara Dr Maza dengan pihak berkepentingan dalam politik, dan juga pertembungan Dr Maza dengan fikrah aliran Aswaja.

7) Kadang-kadang ada juga pendapat dan cara Dr Maza yang saya tidak bersetuju. Biasa. Dia juga manusia. Kesalahan beliau, mesti ditegur. Tetapi jika dia bertemu Presiden PAS pun dihentam teruk, saya tidak tahu apakah level politiking umat Malaysia ini semakin merosot ke level politik emosi dan sentimen, bukan lagi politik matang dan progresif.

8 ) Benarlah seruan Presiden PAS agar umat Islam di rantau ini tidak menjadi seperti umat Islam di rantau Asia Barat. Di sana, a little spark would destroy everything. Kuasa luar akan masuk campur tangan. Umat menjadi sengsara dan menderita. Itu hasil politik emosi dan mudah dibakar sentimen.

Sekian.

Sumber  DD - 19-12-2015


Rang undang-undang MKN buka jalan kepada rampasan kuasa terbalik, kata peguam

Posted on Saturday, December 19 @ 09:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menjadi kontroversi ketika ini membuka jalan kepada sebuah "reverse coup d'etat" (rampasan kuasa terbalik) di mana kerajaan boleh mengawal tentera supaya ia dapat terus berkuasa selama-lamanya, peguam terkemuka Matthias Chang memberi amaran malam ini.

Beliau yang merupakan salah seorang pengkritik Datuk Seri Najib Razak mendakwa, perdana menteri boleh mengisytiharkan darurat dan menggunakannya untuk tidak mengadakan pilihan raya umum.

"Satu-satunya matlamat undang-undang ini ialah untuk membolehkan satu 'reverse coup d'etat' dilakukan. Hujah undang-undang dan bantahan kita terhadapnya tidak relevan," kata Chang yang sebelum ini ditahan di bawah undang-undang anti keganasan.

"Ini modus operandi kerajaan dan mereka tidak kira sama ada ia menyalahi undang-undang atau bertentangan dengan perlembagaan.

"Di bawah rampasan kuasa biasa, tentera mengambil alih kerajaan. Tetapi dengan undang-undang ini, tentera diambil alih dan digunakan kerajaan," kata Chang pada sebuah forum mengenai rang undang-undang MKN di Kuala Lumpur malam ini.

Beliau pada September lalu ditangkap berhubung kempennya menentang firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Najib.

Najib ketika ini menghadapi tekanan agar meletak jawatan kerana skandal 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion.

Beliau menafikan terlibat dalam sebarang salah laku tetapi dalam masa sama cuba menutup mulut pengkritiknya.

Chang sebelum ini menemani bekas naib ketua bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan terhadap 1MDB dengan agensi anti pengubahan wang haram di beberapa negara.
Kedua-duanya kemudiannya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mereka dibebaskan pada November dan Mahkamah Tinggi memutuskan kesalahan mereka bukan satu kesalahan keselamatan.

Pengalaman Chang adalah salah satu sebab utama kumpulan masyarakat sivil tidak yakin dengan janji pentadbiran Najib yang MKN tidak akan digunakan terhadap pembangkang politik.

Apabila ia dibentangkan, kerajaan juga memberi jaminan kepada orang ramai Sosma hanya bertujuan untuk digunakan terhadap pengganas dan militan bersenjata.

Rang undang-undang itu akan memberi kuasa kepada Majlis Keselamatan Negara, yang diketuai perdana menteri, mengeluarkan arahan ketenteraan untuk dikuatkuasakan.

Ia juga akan membolehkan MKN membuat penangkapan ke atas sesiapa sahaja tanpa waran apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

Rang undang-undang MKN itu memberi perdana menteri kuasa mengenakan syarat-syarat "ala darurat", tanpa menyediakan perlindungan undang-undang yang sewajarnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreevasanan berkata undang-undang di bawah MKN itu kabur dan luas definisinya mengenai apa yang dikatakan sebagai keselamatan negara.

Turut bercakap di forum anjuran Majlis Peguam bertajuk "Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara - rantaian arahan dikompromi?" itu, beliau berkata, definisi itu juga boleh merangkumi bantahan dan kritikan politik yang dilakukan secara sah.

"Apa yang dimaksudkan dengan keselamatan negara akan terserah kepada perdana menteri, ia masih boleh digunakan terhadap pembangkang politik," kata Ambiga.

Ambiga berkata undang-undang itu jelas tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan kerana mengikut Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat dan memberi arahan kepada tentera.

Sumber TKO - 19-12-2015

Jaga-jaga Pak Long, sekerap dalam pot, nanti hilang

MUHAMMAD SANUSI | .


HUJAN kemarau yang tak menentu di akhir tahun macam minggu ini memang mencemaskan orang motong. Dua minggu lagi sekolah akan dibuka. Baju seluar, kasut stokin, tali pinggang, beg kena beli baru, hari mula buka sekolah nanti, buku tulis kena beli dan yuran PIBG lagi kena bayar.

Anak-anak orang motong mungkin tak bertukar pakaian tahun baru nanti. Bagi anak yang melangkah ke sekolah menengah, mak bapa tiada pilihan selain terpaksa membeli.

Sekerap dalam pot itulah modalnya. Ada yang sudah seminggu di simpan, ada yang kembung ada yang nipis ditimpa hujan bercampur bertindih dalam pot. Sebahagian besar daripada kami di daerah terperosok ini, bau getah sekerap adalah wangi, titisannya adalah penyambung nyawa, ketulan bekunya umpama slip gaji.

Andainya hujan menimpa diwaktu siang, susu meleleh pergi bersama peluh, andai hujan turunnya malam, esok lusa dapur mungkin tidak berasap.

Dua minggu lepas, seorang ustazah bercerita dalam ceramahnya. Sebuah kedai runcit di kampungnya dipecah masuk. Pintu dicungkil, tapi kecurian itu luar biasa. Sasaran biasa pencuri seperti duit dalam laci tak hilang, rokok tembakau dalam almari tak hilang.

Selepas diteliti, yang hilang hanya sekampit beras 5kg, beberapa biji telur dan sedikit ikan masin. Apakah petunjuk daripada kejadian seperti itu? Nak dilapor kepada polis pun tak sampai hati. Anak-anak siapakah yang sedang kelaparan di kampung itu? Mungkin ramai lagi di tempat lain.

Di sebuah kampung lain seorang pekedai bercerita sebulan lalu. Ada pelanggan tetapnya kerja motong pawah. Satu hari dia bawa dua biji kelapa untuk ditukar dengan sekilo beras. Walaupun santan dan kelapa bukan jualannya, dia ambil juga sebagai tukaran.

Kerana beras semuanya siap dalam kampit, di buka kampit beras 5 kg untuk ditimbang. Tak sampai hati memberi sekilo, dia beri dua kilo.  Kali pertama tangannya menggeletar menimbang beras. Wajah orang di depannya menunduk, risau ada pelanggan lain masuk. Dia masukkan juga 5 biji telur ayam sebagai sedekah. Baiknya hati orang kampung berkongsi kesempitan.

Lewat tahun 70-an hingga 90-an, keluarga besar kami telah melaluinya, melepasi himpitan hidup dengan sejuta kisah, bersama keluarga orang lain yang sentiasa dikenang. Sekolah dan ilmu pendidikanlah yang menyentak kami keluar dari putaran yang melemaskan itu.

Selepas 30 tahun, menjelang tahun 2016, putaran yang menghimpit kehidupan itu melanda lagi, melemaskan rakan taulan, saudara mara dan jiran tetangga sebaya yang sudah punya keluarga sendiri. Ganasnya putaran ini membadai apabila harga barangan keperluan melambung tinggi, harga getah tidak berubah.

Negara ini sudah jauh berubah fizikalnya. Bahasa dan gaya hidup pemimpin kerajaan pun makin sukar difahami, malah gaya pembaca berita pun seperti sorak sorai sukaria dalam istana.

Jumlah duit yang keluar dari mulut pemimpin sekarang tidak lagi ribu-ribu atau juta-juta. Duit derma pun sudah mencecah bilion-bilion. Yang tiris dan bocor pun bilion-bilion Laporan pencapaian agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat gergasi juga berbintang-bintang, untung berganda-ganda, bagai tiada lagi duka tiada derita tiada nestapa gara-gara miskin.

Annual dinner agensi, jabatan dan syarikat gergasi dirayakan di hotel-hotel lima bintang. Anugerah itu dan ini guna bajet yang diumumkan untuk orang ramai. Bahasa pegawai pun bercampur-baur. Orang motong tak pernah terbayang semua itu pun. Mesyuarat saja di awan biru. Bonus hujung tahun berlipat-lipat.

Di bawah helaian kertas laporan mereka itu, kehidupan rakyat desa tidak jauh berubah. RM2.00 -RM2.20 sekilo sekerap tidak berupaya membawa nafas lega kepada orang motong. Setiap kali sekerap dijual, tidak pernah sekalipun cukup untuk memenuhi keperluan, tidak sedikitpun berbaki untuk simpanan, jauh sekali kesenangan apa lagi kekayaan.

Bukanlah barang mustahil, menjelang tahun baru nanti, ada anak-anak kita 13-16 tahun umurnya, tidak lagi menjadi budak sekolah. Pakaian tak mampu dibeli, buku dan yuran lagi. Cukuplah setakat darjah enam dan tingkatan 3.

Bagi adik-adik sajalah pergi sekolah membaca dan mengira. Abang dan kakak yang sudah keras ototnya, jom ke kebun atau mengasuhlah adik di rumah. Kedai makan, tempat cuci kereta, tapak pembinaan, reban ayam, kedai pomen motor adalah sekolah baru mereka, mencari rezeki menyara keluarga, mak bapa berdua sudah tidak menang melawan desakan keperluan untuk hidup.

20 tahun daripada sekarang, yang tidak mampu ke sekolah, akan menghadapi kesempitan seperti hari ini, terperosok  ke dalam  putaran ganas kemiskinan itu.

Sebelum terlambat, berbuatlah sesuatu untuk membantu orang motong. Harga lantai sekerap pada RM4 sekilo hanya perlukan tambahan RM1.6 bilion bajet kerajaan setahun, berbanding bilion-bilion yang tersasar entah ke mana. Bernafaslah 570,000 keluarga orang motong, bersekolahlah anak-anak mereka, putaran kesempitan ini bisa berhenti.

Pak Long, jaga-jaga! Sekerap dalam pot, nanti hilang. Kerajaan kita tak pernah faham apa itu  sekerap hilang! – HARAKAHDAILY 17/12/2015

Sumber HD - 17-12-2015



Meneliti kenyataan bekas anak didik PAS

Posted on Tuesday, December 15 @ 07:48:31 MYT by Reformis

Oleh Ahmad Fahmi Mokhtar

Saya meneliti beberapa kali berita yang dikeluarkan portal The Malaysian Insider yang bertajuk "pemimpin pelajar sertai parti lain walaupun dididik PAS dikampus".

Wawancara itu dibuat Zulkifli Sulong bersama sahabat saya saudara Khairul Najib yang saya pada mulanya sukar percaya kenyataan itu keluar daripada beliau. Apa boleh buat, politik itu boleh mengubah manusia.


Apa pun saya masih tersenyum kerana mereka mengaku sebagai bekas anak didik PAS. Ertinya mereka itu lahir dari rahim PAS sebelum menjadi pimpinan mahasiswa, sekaligus, menunjukkan PAS berjaya melahirkan pimpinan mahasiswa.Saya tidak pasti kenapa berita ini dikeluarkan. Adakah nak menunjukkan PAS sudah hilang taringnya dalam kalangan mahasiswa?

Jika itu tujuannya, sukalah untuk saya nyatakan anggaran bekas anak didik PAS yang bersama dengan parti lain tidak sampai 3% diseluruh negara. Ini tidaklah menjejaskan PAS itu sendiri.
Maka, anak didik PAS yang setia bersama PAS itu lebih ramai berbanding anak didik PAS yang bersama parti lain.

Semua parti dan organisasi ada disiplinnya. Jika penerapan disiplin parti ini dianggap sebagai kongkongan sebagaimana yang disebut Khairul, maka, saya berpesan kepada parti yang menerima bekas anak didik PAS ini untuk bersedia berdepan dengan mereka yang tidak boleh mengikut disiplin parti.

Bahkan, saya dan rakan mahasiswa lainnya begitu tenang bereksperimen dalam kampus disamping menjaga disiplin parti.

Saya berharap rakan yang menyertai parti selain daripada PAS untuk menetapkan sebaik mungkin sebab penyertaan dalam parti parti yang dipilih.

Banyak lagi sebab yang ada dan jangan memilih sebab yang menampakkan kemasukan dalam parti lain berpunca daripada kecewa dan tidak puas hati dengan parti lama semata.

Akhir sekali, secara peribadi saya mengharapkan bekas anak didik PAS ini tidak melarutkan fikrah Islam yang mereka perolehi dalam kampus seterusnya mampu menyebarkan fikrah Islam hasil didikan PAS dalam parti yang mereka sertai.

Salam perjuangan sahabat.

Sumber DD - 15-12-2015


Damai Umno-PAS: Mungkinkah jadi realiti?

Posted on Tuesday, December 15 @ 07:31:55 MYT by Reformis

Oleh Zainal Saleh

“Dengan hati yang terbuka dan sanubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim. Kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatNya,” kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Tingkah yang agak luar biasa dalam politik Malaysia ini mendapat reaksi Presiden PAS selang beberapa jam kemudian:


“PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik, sosial mahu pun ekonomi.
“PAS beriman kepada Allah yang pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan daripada Allah s.w.t.,” katanya dalam satu kenyataan.
Mungkin ada yang pesimis sejauh mana perpaduan boleh terjalin di antara PAS dan Umno. Ini memandangkan PAS menyambut pelawaan kerjasama Umno dengan mengenakan syarat – Umno harus kembali pada Islam. 
Sudah tentu ada pihak yang kritis akan mempertikaikan mengapa hanya Umno sahaja yang perlu “kembali” pada Islam serta perlu diperingatkan bahawa pintu taubat Allah tidak pernah tertutup.
Pasti ada pihak di dalam dan luar Umno yang mempertikaikan mengapa kenyataan balas Hadi bertunjang syarat “Umno yang perlu kembali pada Islam” seolah-olah Umno sudah memang sesat?
Persoalan sama mungkin boleh ditimbulkan - mengapa PAS juga tidak diseru bertaubat? Apakah PAS maksum sepanjang perjuangan politiknya tidak silap atau tersesat di segi niat dan perbuatan?
Jika senario ini berlaku, maka payah perpaduan ummah yang diidamkan akan menjadi kenyataan. Maka berulang-alik dan berbalas sindiran serta hujah di antara kedua-dua parti sambil mendabik dada ia lebih Islami daripada yang lain. 
PAS terlalu bertegas pada Umno
PAS juga kini sedang dalam kembara mencari rakan untuk membantunya menegakkan ajaran Islam yang mewajibkan kerajaan memelihara kepentingan setiap rakyat di atas nama kerakyatan dan kemanusian. 
Namun langkah pertama yang maha berat sudah diambil. Najib memulakan salam perpaduan dengan dua pekerti. Satu, hati yang terbuka dan kedua, sanubari yang merdeka. Ini menyimpulkan satu natijah – ikhlas. 
Sapaan Umno ini tidak boleh dilihat sebagai pihak yang terdesak. Mungkin Umno kini sedang meredah gelora politik yang amat ganas. Namun presidennya mahu melihat pada senario kepentingan ummah dalam spektrum yang lebih luas, dan terpelihara. 
Langkah ini mungkin digagahi pertimbangan bahawa dalam realiti hari  ini, seburuk manapun Umno, jika ia tumbang, akan bergegarlah neraca keamanan dan kemakmuran negara.  Mungkin malapetaka lebih besar menimpa Malaysia, Melayu dan Islam.  
“Realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai cuma dua pilihan sama ada gabungan dipimpin oleh Umno, atau gabungan yang didominasi oleh DAP,” kata Najib ketika merasmikan perhimpunan agung partinya yang ke-69 kelmarin.
Sifat dan sikap politik DAP memang sudah diketahui umum. Ia berfikiran bebas sehingga kurang sensitif pada budaya, pemikiran dan juga agama pihak lain. Ini termasuk terhadap kawan dan lawan. 
DAP sudah banyak kali menjalin mutaah politik dengan parti lain – PAS, Semangat 46 dan sebagainya, tetapi tiada yang kekal. Ini kerana ia sentiasa mahu menjadi kapitan dan jurumudi politik. Matlamatnya hanya kuasa.
Jika pilihan rakyat Malaysia adalah di antara barisan yang dipimpin Umno atau pakatan yang didominasi DAP banyak kepentingan utama rakyat Malaysia seperti dasar afirmatif menyusun semula masyarakat dan corak sosio-ekonomi Malaysia, akan tergugat.
PAS dan Umno ada kekuatan tersendiri
PAS apabila berkuasa di Kelantan sejak 1990 sudah menunjukkan jiwa kepimpinannya yang besar. Rekodnya memelihara kepentingan rakyat  berlainan agama adalah terbaik. Cuma kekangan yang dihadapi ialah dalam soal kewangan dan ekonomi. 
Sementara Umno pula walaupun kerap disergah dan digoda kemewahan ekonomi, dalam rekod 58 tahun mentadbir negara boleh berbangga dengan rekod pengagihan dan mutu perkhidmatannya. 
Namun Hadi tidak bersikap membesar diri bila dalam kenyataannya beliau berkata ia (pelawaan Umno) boleh dianggap sebagai suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya.
“PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah SWT dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya.
Menurut Hadi, ia juga selaras dengan asas PAS yang menjadikan al-Quran dan as-sunnah, ijma' ulama dan qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsip gerak kerja dan tindakan membina masa depan yang sejahtera.
Beliau berkata, PAS juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.
“Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik PAS akan dinilai, dibincang, dan diputuskan di pelbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan Jawatankuasa PAS Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif,” katanya.
Begitupun, membimbing politik negara berpandukan rukun siasah Islam bukanlah baru juga pada Umno. Jika diselusuri sejarah PAS pernah menjadi satu entiti penasihat agama bagi Umno.
Namun perubahan proses dan realiti  pembangunan politik negara yang begitu pesat memaksa mereka harus bermufarakah. 
Kini realiti politik sudah jauh berbeza dengan keadaan dan era ulama-ulama Umno keluar parti dan menubuhkan PAS. Kemajuan Malaysia dalam pelbagai bidang mengundang pelbagai cabaran bukan sahaja pada PAS dan Umno tetapi Islam.
Realiti hari ini ialah kedudukan murni Islam di Malaysia mulai dicabar dan dipertikaikan oleh golongan luar dan dalam Islam sendiri. Pemikiran sekular, liberalisme dan pluralisme amat mencabar.
Mungkin PAS dan Umno harus bekerjasama dalam usaha memelihara kemurnian akidah umat. Ini perlu digerakkan secara berjamaah agar lebih tersusun dan diberkati Allah. 
Kemudian kerjasama ini dikembangkan kepada usaha perpaduan di bidang ekonomi, pendidikan, sosial dan politik. Silibus wajib ialah  bagaimana membiak sikap tassamuh (tolak ansur) di antara ahli kedua-dua parti.
Sumber DD - 15-12-2015  



Mustapa, Ahmad bentuk dimensi baru politik Kelantan

Posted on Tuesday, December 15 @ 07:10:45 MYT by Reformis

Oleh Mohd Sayuti Omar

Cetusan atau rintisan kerjasama di antara kerajaan Pusat (baca Umno) dengan kerajaan Pas Kelantan (baca Pas) tampaknya diterima tidak sekata oleh sesetengah pemimpin Pas. Seakan ada perasaan takut dan ragu-ragu untuk sesetengah pemimpin Pas bagi mengakui bahawa telah berlaku kerjasama di antara kedua pihak.

Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed bahawa kerjasama secara "G to G" antara kedua pihak sudah berlangsung dua tahun di Kelantan satu kenyataan agak mengejutkan dan dianggap sebagai negatif.

Kerjasama itu katanya tidak pernah berlaku sebelum ini, di zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi MB. Sebagai dalil kepada kerjasama itu kata menteri MITI itu, beliau beberapa kali telah mengunjungi Kota Darul Naim, menemui Ahmad berbincang untuk kemaslahatan negeri, manakala begitu juga MB Kelantan Ahmd Yakob beberapa kali berjumpa dengan Najib Razak. Mustapa menjadikan pertemuan "mahabbah" itu sebagai dalil berlaku kerjasama.

Mustapa membuat penjelasan itu sebagai menjawab kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang bermadah Umno mungkin bermimpi untuk bergabung dengan Pas.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu boleh dikonotasikan bahawa beliau menolak pelawaan Umno untuk bekerjasama. Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan Najib dalam perhimpunan agung Umno. Dan bagi Mustapa pula dia membuat pengakuan itu sebagai menafikan apa yang diragui Tuan Ibrahim.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu dari satu sisi dilihat bertentangan dengan arahan lisan Pas sebelum ini yang melarang mana-mana pemimpinnya bercakap mengulas "budi baik" Najib itu, melainkan hanya presiden yang berhak bercakap. Abdul Hadi Awang dengan jelas menyambut baik huluran salam Najib itu dengan memberi syarat teknikal, Pas boleh berkerjsama dengan Umno sekiranya Umno kembali kepada Islam. Apakah bagi Hadi bahawa Umno masih belum Islam syumul?

Kesetujuan Abdul Hadi dengan cadangan Najib itu sudah pun jelas sebelum ini apabila presiden itu berlunak dengan Umno dalam beberapa perkara, dan perkara ini diakui secara terang oleh Najib sehinggakan PM yang berjiwa besar tetapi pengecut itu sanggup melafazkan salam berkenaan. Sudah tentu kalau Najib tidak mendapat akses yang tepat berhubung perubahan politik Pas itu dia tidak akan membuat pelawaan itu kerana kesannya sangat buruk.

Apa yang dapat disuluhi daripada "percanggahan" dalam menerima dan mentafsir huluran salam Najib itu dan juga kenyataan yang berbeza antara timbalan presiden dengan presiden Pas itu ialah apa yang saya nampak, Tuan Ibrahim membuat kenyataan itu lebih kepada untuk tidak menimbulkan kekeliruan dan menenangkan orang Pas. Beliau seakan mahu menjaga dan perasaan hati orang Pas yang masih langsung tidak dapat menerima Umno. Kenyataan yang berbeza itu bagi saya sebagai satu testing dan juga ujian untuk melihat telatah orang Pas.

Biarlah, di sini saya tidak mahu melaga-lagakan percanggahan tangapan dan penerimaan huluran salam Najib itu yang mana sudah pasti dibuat dengan motif tertentu. Tetapi apa yang saya ingin ditarikkan di sini berhubung dengan kenyataan Mustapa tadi mengenai telah berlaku kerjasama antara Pas dengan Umno di Kelantan selama dua tahun.

Apa yang dijelaskan Mustapa itu memang perlu diakui semua pihak. Pendekatan diambil oleh Mustapa dengan Ahmad Yakob di Kelantan sesuatu dimensi politik baru yang belum pernah terjadi sebelum ini. Mungkin atas kesedaran demi untuk memajukan Kelantan dan membela nasib rakyat Kelantan yang sudah lama terbiar dan dibiarkan, maka kedua mereka mengambil keputusan melakukan gencatan senjata politik dan berpolitik secara wastiyah.

Memang pun kerjsama secara "G to G" berlaku dan harus berlaku atas semangat federalisme. Tetapi apa yang dilakukan Mustapa dan Ahmad itu ternyata lebih luas dan jelas kepada rakyat. Manfaat bersama untuk rakyat sudah pun mulai dapat dilihat dan dirasai. Kelantan kini tidak lagi menjadi medan perang politik konvensional di anara Pas dengan Umno seperti dahulu.

Antara contoh yang boleh disebut di sini hasil berjalannya kerjasama itu, ialah pembinaan Lebuh Raya dari Kadok ke Ketereh, yang dibina oleh kerajaan Pusat. Projek itu sudah bertahun dirangka tetapi tidak pernah menjadi kenyataan kerana adanya dasar "apartied" yang diamalkan oleh pemimpin Umno sebelum ini.

Selain itu, dan ini paling terkesan ialah kerjasama dalam menghadapi musibah banjir besar melanda Kelantan setahun lalu. Semagat dan persefaman negeri yang dipamerkan dalam menghadapi musibah ini sungguh memberi erti kepada seluruh rakyat Kelantan. Perkongisan membantu mangsa banjir dimana kerajaan Pusat menyediakan peruntukan manakala kerajaan negeri menyediakan tanah, adalah satu kombinasiyang baik antara kedua pihak. Mungkin kalau tanpa kerjasama ini mangsa banjir tahun lepas masih terus menderita.

Selain daripada dua contoh itu, kerajaan Pusat masih terus membantu dari segi kewangan kepada Kelantan seperti menampung pembayaran gaji seperti mana dimaktubkan dalam Perlembagaan. Dan selain itu juga masih wujud beberapa bentuk kerjasama lain termasuk dalam aspek sosial politik dan ekonomi. Jika diingati kerjasama atau rintisan persefahaman ini dibentuk sejak awal sebaik Ahmad mengangkat sumpah menjadi MB, di mana buat pertama kali tilawah membaca al Quran peringkat Kebangsaan di adakan di Kota Bharu.

Hasil perwujudan dimensi baru politik itu, perkara paling jelas dalam masa dua atau tiga tahun lalu, ialah tidak berlaku di Kelantan konfrontasi antara Umno dengan Pas seprti mana sebelum ini. Sesuatu yang sangat ketara ialah Umno tidak menghentam Pas menerusi media massanya, bahkan ada pemimin Pas mendapat layanan istimewa dalam media massa yang sebelum ini yang dianggap musuh. Kelemhan pengurusan dalam kerajaan negeri dan beberapa isu tidak lagi menjadi bahan berita akhbar-akhabar "PB" milik Umno.

Ternyata hasil daipada pendekatan itu, ia menatijahkan perwujudan situasi politik yang kondusif di Kelantan antara keduanya yang belum pernah berlaku sebelum ini. Keadaan dan hakikat inilah apa yang dimaksudkan oleh Mustapa itu. Mungkin apa yang ada kini, kerjasama itu, Ahmad tidak menceritakan secara mendalam kepada Tuan Ibrahim sehingga beliau menganggap kerjasama Umno - Pas hanya sebagai mimpi sahaja sedangkan sebahagian hakikatnya sudah berlaku di Kelantan.

Sehubungan itu di sini apa yang ingin ditambahkan kerjsama secara "G to G" itu boleh diperluaskan lagi di Kelantan sekiranya kedua pihak jujur untuk membantu rakyat Kelantan, membangun negeri berkenaan serta melakukan anjakan dalam berpolitik. Misalnya Mustapa boleh mengarahkan semua agensi-agensi kerjaan Pusat untuk berkolaborasi dengan kerajaan Kelantan secara meluas dan berkesan lagi.

Dalam hubungan ini, misalnya agensi atau lembaga seperti Kada, Kesedar dua buah agensi pembangunan sosial ekonomi milik penuh kerajaan Pusat boleh memainkan peranan lebih luas dalam mengartikan kerjasama G to G itu. Contohnya Kada dan Kesedar perlu mengiktiraf (implimen) apa yang termaktub dalam akta dua lembaga berkenaan melantik wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah mereka. Seharusnya sekurang-kurang dua wakil kerajaan negeri secara automatik dijadikan ahli lembaga pengarah.

Apa diketahui perkara ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya lagi. Jika ada wakil negeri dalam lembaga berkenaan sudah tentu tindakan diskriminasi dilakukan oleh lembaga berkenaan kepada penyokong Pas kerana sentimen politik tidak akan berlaku lagi, yang mana kesannya merugikan rakyat Kelantan.

Kalau wujud kerjasama itu keuntungan dapat dikecapi kedua pihak. Misalnya Kesedar sendiri yang berhadapan dengan masalah untuk mendapat perlepasan daripada kerajaan Kelantan terhadap beberapa tanah dimajuinya, dapat diatasi kalau ada kerjasama itu. Beberapa kawasan yang diterokai Kesedar didapati bertindih dengan tanah kerajaan menyebabkan sudah berdekad peneroka tidak menapat geran tanah kerana tiada kelulusan kerajaan negeri,

Begitu juga dengan Kada, lembaga itu boleh merangcang untuk kemajuannya dengan lebih berkesan lagi, misalnya Kada boleh memperluaskan kawasan dibawah kawalan dan jagannya. Mana-mana tanah pertanian terbiar boleh difikirkan untuk dimasukkan ke dalam kawasan seliaan Kada.
Apabila Mustapa mengakui sudah dua tahun terjalin kerjsama "G to G", seharusnya ia tidak dipersoal dan dipolitikkan secara simplistik sebaliknya usaha itu patut disokong dengan harapan ia berlaku dalam skop yang lebih luas lagi demi manfaat rakyat. Sudah sampai masanya orang berpolitik tidak berfikir untuk mengejar kuasa dan kedudukannya dalam politik, sebaliknya menggunakan politik untuk kesejahteraan rakyat.

Mengakhiri catatan ini dua perkara yang ingin disebutkan sebagai merealisasikan secara lebih bererti lagi kerjsama berkenaan, elok kalu kerajaan Pusat menerusi Petronas membayar royalti penuh Petroleum dan Gas kepada kerajaan Kelantan mengikut kadar yang sebenarnya. Hak rakyat ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak.

Dan keduanya, kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan khas bagi pembangunan dan kemajuan sukan di Kelantan, dengan mengutamakan membina kompleks stadium di negeri berkenaan seperti mana yang telah dirancangkan.

Kalau ini dapat dilaksanakan ia sesuatu yang sangat bagus dan mulia. Baik Mustapa dan Ahmd dapat menjadikan semua itu sebagai mercu tanda jasa dan budi mereka di Kelantan. Keduanya harus ada legasi tersendiri di Kelantan kalau mereka hendak dikenang dan diingati sebagai pemimpin Kelantan yang berjasa.

Dan tidak mustahil Kelantan akan menjadi lebih maju dan dihormati orang luar kalau persefahaman politik itu berjaya dihayati atas semangat anak beranak. Mustapa dan Ahmad adalah dua sosok yang sangat baik untuk membina tegu politik baru di Kelantan. [wm.kl.8:45 am 14/12/15]

Sumber DD -15-12-2015


Jika jahil bertanyalah pakar


Posted on Tuesday, December 15 @ 07:07:22 MYT by Reformis

Oleh Ridhuan Tee

SETIAP daripada kita ada kepakaran masing-masing, mengikut jurusan yang dipelajari ketika di universiti. Seperti saya, pengkhususan dalam bidang sains politik. Sebab itu, saya banyak menulis mengenai isu-isu politik dan semasa.

Itu bukan bermakna, saya jahil dalam Islam. Jika tidak, apa erti saya memeluk Islam. Lagipun, ALLAH tidak sebut pula syurga itu, hanya untuk orang agama, tetapi untuk orang yang beriman dan bertakwa. Pendek kata, Islam ini untuk semua orang (manusia). Terpulang, sama ada nak masuk atau tidak.


Namun, bukan semua orang boleh bercakap pasal agama. Jika saya tidak tahu, maka saya akan merujuk kepada orang agama, kerana mereka pakar dan faham al-Quran dan hadis. Saya perlu merujuk mereka, kerana saya bukan pakar.
Budaya ilmu sebegini seolah-olah tidak berlaku hari ini. Terlalu ramai mahu menjadi pakar. Dialah pakar dalam semua bidang, termasuk dalam bidang agama, meskipun sepatah ayat Quran tidak difahami.

Terbaharu, kenyataan kumpulan jahil yang diketuai oleh wanita gondol mengenai undang-undang khalwat. Kenyataan mereka semakin lama, semakin menyesatkan. Peliknya, perkara batil dan jahat tidak pula dibantah. Orang mahu menjadi baik, menjadikan dia marah.

Kumpulan ini amat bahaya jika dibiarkan berleluasa, kerana dia boleh menyesatkan manusia. Justeru, kita perlu mengenali ciri-ciri yang ada pada mereka.

Antara cirinya adalah, pertama, yang benar dikatakan salah, yang salah dikatakan benar. Mereka bermati-matian mempertahankan pendapatnya yang disangka betul, walhal batil. Ingatan Nabi; sebahagian tanda-tanda hampirnya hari kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membawa) dan sedikit antara yang mengerti agama, banyak umarak (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang (Riwayat Thabrani).

Kedua, si jahil ini dengan mudah mengutuk ulama jika pendapat ulama itu tidak mengikut nafsu dan ideologi mereka. Sedangkan, ulama mengeluarkan pendapat bersandarkan al-Quran dan Sunnah, si jahil ini menggunakan logik akal, malah ada mereka yang tidak boleh membaca al-Quran.

Saya tidak kata semua ulama itu betul dan kita perlu taksub kepada mereka. Tetapi itulah bidang kepakaran mereka, maka rujuklah jika ada ilmu yang bukan dalam bidang kepakaran kita.

Ketiga, si jahil ini begitu mudah membela orang jahil, daripada mereka yang berilmu. Jarang kita dengar kenyataan mereka menentang hak asasi manusia, seperti LGBT. Kerap kali mereka mengutuk ulama dan menghina undang-undang Islam.

Hari ini mereka mahu menghalalkan khalwat, katanya ia urusan peribadi. Adakah mereka selama ini suka dan tidak melarang anak-anak mereka berkhalwat? Jangan tersalah faham makna khalwat yang bersifat baik, mendekatkan diri dengan ALLAH.

Keempat, si jahil ini banyak terpengaruh dengan ajaran sesat seperti illuminati dan freemason, perosak agama. Kumpulan ini mempercayai kepada satu kuasa yang mereka puja. Kuasa itulah yang mereka kenali sebagai ‘tuhan atau god'. Tuhan yang mereka kenali sebagai the all seeing-eye, Mata yang dapat melihat segala sesuatu.

Itulah mata satu yang selalu digunakan. Simbol ini terdapat pada wang kertas Amerika, USD1. Ajaran ini tidak percaya kepada agama, lebih kepada membawa manusia menyembah syaitan. Kumpulan ini amat berbahaya jika mereka menguasai media elektronik.

Kelima, hanya mengambil petikan al-Quran yang berpihak kepada mereka. Walaupun ada yang boleh membaca al-Quran, mereka akan memilih-milih ayat-ayat al-Quran tertentu bagi menjustifikasikan tindakan. Misalnya, pada mereka wanita tidak wajib menutup kepala. Sebab itu, ramai yang gondol. Tidak mustahil golongan solat hanya menggunakan niat sahaja.

Keenam, percaya kepada undang-undang manusia lebih daripada undang-undang ALLAH. Kumpulan ini lebih berbangga dengan perlembagaan penjajah daripada al-Quran dan Sunnah. Sumber ini akan diperlekeh dan sesiapa yang mengikutinya akan menjadi mundur dan Arabisation.

Akibatnya, jika si jahil ini berleluasa, maksiat akan turut bermaharajalela. Maka, akan berpestalah maksiat. Tidak ada lagi yang peduli dengan orang hal lain. Jaga tepi kain sendiri, jangan jaga tepi kain orang.

Lanjutan daripada itu, perpecahan sesama sendiri akan menjadi semakin menjadi-jadi. Ultra kiasu yang menang dan terus mengambil kesempatan. Akhirnya, tidak mustahil generasi akan datang menjadi semakin tenat kerana terdidik dalam keadaan jahil dan perpecahan tanpa sudah.

Ambillah ingatan ALLAH yang bermaksud: dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hari semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya (al-Israa, 36).

Sumber DD - 15-12-2015      



Adakah Malaysia pula selepas ini?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


PASTI ramai terkejut dengan ucapan Presiden Umno yang terang-terangan memuji PAS dalam PAU baru-baru ini. Suatu fenomena yang mungkin tak pernah berlaku dalam mana-mana PAU sebelum ini. Kerana terkejut, ramai tak tahu bagaimana nak bertindak balas.

Ahli Umno pening. Yang mereka tahu musuh politik utama sejak merdeka dulu hanya Pas. Ahli PAS juga keliru. Antara benci kerana politik atau berkasih atas dasar akidah Politikus lain seperti biasa, terus jadikan ia isu utama untuk meratib fitnah UG.

Sebenarnya ada pihak yang sangat berdebar iaitu DAP. Mereka amat waspada dan was-was, apakah Presiden Umno itu serius atau berhelah. DAP gusar, kerana satu-satunya cara memenangi kerusi-kerusi campuran sekata di Malaysia ini adalah melihat sokongan politik melayu berpecah belah.

Kalau PAS dan Umno berpadu; sekurang-kurangnya bagi menghadapi Dap dalam PRU14, rancangan mereka untuk kuasai negara bakal hancur.

Kalau perasan, kenapa cybertrooper Dap terus mainkan isu UG walaupun sudah lapuk dan dinafikan acap kali, adalah supaya jarak ahli PAS dan Umno sentiasa jauh. Kerana takut dituduh UG, kita tunjuk sikap benci Umno.

Kerana tidak mahu dituduh UG, kita takut dekati orang Umno, takut bergambar sekali. Kerana itu, kita sentiasa nyatakan pendirian PAS dan Umno musuh hingga ke alam kubur!

Memang Presiden PAS sudah acap kali menyebut, tiada gabungan antara Umno dan PAS. Mustahil PAS akan sertai semula BN. Cuma suatu pendekatan politik baru yang PAS bawa adalah politik matang, politik menasihat dan politik tidak berkonfrontasi sentiasa.

Jika dimurnikan antara prinsip tidak bergabung dengan prinsip politik menasihat, maka ia akan membawa kepada satu aliran baru yang tidak pernah dikecapi dalam mana-mana titik sejarah negara. Bahkan, tidak pernah lagi dicuba di negara umat Islam lain!

Politik yang kita amalkan dulu nyata hanya menguntungkan musuh Islam. Ambil contoh Mesir. Rakyat sekian lama marah terhadap regim Mubarak. Tetapi kemarahan yang tidak dapat dikawal akhirnya dimanipulasi barat, menjadikan Mesir diganti regim baru yang lebih kejam dan lebih mesra zionis.

Lihat juga Libya. Regim Zein Abidin jatuh, tetapi negara terus dikuasai proksi Zionis. Syria pula mungkin mengalami perkara serupa jika blok Timur anti Zionis tidak campur tangan. Turki, walaupun kemarahan rakyat tidak dimanipulasi, tetapi sedikit provokasi sudah cukup untuk membuat pemerintahnya cenderung ke arah barat.

Corak politik yang sedang dibawa ejen barat hari ini adalah supaya rakyat bangkit secara radikal. Dimainkan berbagai sentimen terutama kebencian terhadap regim. Apabila rakyat sudah berani ke tahap memporak-perandakan negara, ejen barat ini akan berlakon bersama aspirasi rakyat, sehingga regim benar benar jatuh.

Tetapi setelah jatuh, mereka hanya akan menjadikan negara sebahagian dari blok barat. Kapitalisme akan terus berleluasa. Nasib marhaen bukan matlamat utama. Kebangkitan itu hanya ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut harimau pula.

Saya yakin pimpinan PAS sudah dapat menghidu perkara ini. Kerana itu corak politik baru segera diterapkan. Rakyat perlu jadi matang dalam politik.

Walau kita sangat beremosi tatkala hasil mahsul negara diratah penguasa, sangat rakyat tertindas oleh kaum sendiri dan berbagai lagi siri kezaliman di bawah regim sekarang, tindakan yang perlu diambil perlu berhati-hati supaya tidak dimanipulasi.

Mungkin kerana inilah Presiden PAS pun ligat berkelana seantero negara umat Islam, bagi mempadu fikrah siasah setiap gerakan Islam dan mencari idea baru menyedarkan umat.

Muslihat Yahudi Nasara amat halus. Silap sedikit langkah hari ini, akibatnya akan ditanggung seluruh generasi selepas ini. – HARAKAHDAILY 14/12/2015

Sumber HD - 14-12-2015