BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, October 31, 2015

NEGERI PH - SELANGOR DE (JILID 2):mulai 9.5.2018











Selangor Sultan Disappointed With Malays Who Instigate Hatred Against Rulers

/

The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has expressed disappointment in the actions of certain parties who openly insult and belittle the monarchy institution in a bid to instigate the people to hate the Malay rulers.

He said he was especially saddened as the instigation against the Malay rulers came from the Malays themselves.

“The role of the monarchy institution is to protect and defend Islam and the special rights of the Malays, as well as that of other races in the country.

“The spread of this (insult) culture must be stopped so that the people will not be further instigated to hate the Malay rulers to the extent of losing loyalty,” he said at the breaking-of-fast event with the people and distribution of Raya goodies here today.

Also present were Tengku Permaisuri of Selangor Tengku Permaisuri Norashikin and Raja Muda Tengku Amir Shah.

Sultan Sharafuddin also stressed that the monarchy institution played a vital role in the constitutional monarchy system practised in this country and always supported the principles enshrined in the Federal Constitution.

As such, he urged all Malays, especially in Selangor, to avoid quarrelling among themselves as this could lead to a split which would give a bad image to Islam.

Sultan Sharafuddin said he wanted all Muslims to think well, be united, compromise and always be ready to forgive and help each other.

“The people must also help and contribute towards state and national development. Do not only criticise, slander, threaten and berate, especially on social media because this not only hurt others, but will also have a negative effect on the people and national development,” he said.

Earlier, Sultan Sharafuddin also graced the opening of the new Al-Falah Mosque, Jalan Kebun, in Section 30 here.

Also present was Defence Minister Mohamad Sabu, who is also the Member of Parliament for Kota Raja. — Bernama

Sumber BO - 9-6-2018


Ahad, 27 Mei 2018


Ahli majlis PBT Pas letak jawatan


SHAH ALAM - Semua ahli majlis PBT  daripada Pas telah meletakkan jawatan selepas parti berkenaan mengalami kekalahan teruk di Selangor pada PRU14 baru-baru ini.

Rata-rata daripada mereka difahamkan menyerahkan surat peletakan jawatan pada 14 Mei yang lalu.

Menurut sumber dari Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkata, seramai lima ahli majlis (MPK) daripada Pas telah meletak jawatan.

Antara nama-nama yang tersenarai meletak jawatan adalah Kahar Muzakkir Munawir, Prasad Hanif, Azimah Muda, Mohamad Baseri Mohd Taib dan K Deepakaran.

Katanya, sehingga kini, tidak ada ahli majlis yang dilantik secara kontrak sehingga pemilihan parti politik Pakatan Harapan (Harapan) dibuat.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, tempoh perkhidmatan ahli-ahli majlis adalah sehingga Jun 2018.

“Tetapi sehingga ke hari ini, ahli-ahli majlis daripada Pas telah mengemukakan surat peletakan jawatan.

“Dan selepas daripada tempoh perkhidmatan ahli-ahli majlis Jun ini, pihak MBSA akan menerima senarai ahli majlis daripada kerajaan negeri untuk tempoh yang seterusnya,” katanya.

Menurutnya, masing-masing menyerahkan surat peletakan jawatan selepas PRU14.

Beliau berkata, pihak MBSA melihat peranan ahli majlis ini penting untuk membantu dan memberikan pandangan serta idea bagi memantapkan lagi pengurusan dan sistem penyampaian di MBSA.

Sumber daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkata, seramai empat ahli majlis MBPJ telah meletak jawatan sebelum dan selepas PRU14.

Beliau berkata, sebelum ini, dua ahli majlis MBPJ iaitu Mohd Ghazali Daud dan Ariffin Mahaiyuddin meletak jawatan kerana menjadi calon dan bertanding dalam PRU14.

Katanya, dua lagi ahli majlis MBPJ yang meletak jawatan berkuatkuasa mulai 14 Mei lalu ialah Azri Mohd Arish dan Azizi Ariffin.

Sumber MR - 26-5-2018






Jika harap Persekutuan, mungkin ketinggalan 10 tahun

PEGAWAI Pesuruhjaya Bangunan (COB) dapat berfungsi cemerlang di pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor ekoran sokongan dan polisi jelas kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad tidak dinafikan COB adalah pegawai Kerajaan Persekutuan tetapi mereka hanya ditempatkan di PBT Selangor tanpa penetapan hala tuju mengenai peranan mereka. 
“Kerajaan negeri banyak memperkenalkan inisiatif baru untuk menyelesaikan masalah perumahan berstrata. Jika hendak diharapkan Kerajaan Persekutuan, kita mungkin akan ketinggalan 10 tahun. 
“Kita amat menghargai pegawai COB dan mereka menerima perhatian yang sama seperti pegawai kerajaan negeri. 
“Contohnya tahun ini, mereka menerima bonus dua bulan gaji seperti pegawai kerajaan negeri dan bukan RM500 diterima pegawai Persekutuan,” katanya dipetik SelangorKini.
Beliau berkata, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar, hanya mengakui COB pegawai Persekutuan setelah melihat mereka berkhidmat cemerlang. 
Menurutnya, semasa Pakatan mengambilalih Selangor pada 2008, COB bagaikan anak ayam kehilangan ibu namun kerajaan negeri menyusun semula strukturnya agar mereka dapat menjalankan tugas lebih efektif. 
“Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memainkan peranan besar sebagai COB utama. 
“Jelas sekali Menteri KPKT bagaikan bapa yang lari dari tanggungjawab apabila menyerahkan anak beliau kepada orang lain dan apabila anak itu berjaya, terhegeh-hegeh mengaku itu anaknya,” katanya yang juga ADN Cempaka.
Sumber HD - 8-10-2017 




Kerajaan Selangor akan bantu mangsa kebakaran pusat tahfiz

KERAJAAN Negeri Selangor akan membantu mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang berlaku di sini awal pagi tadi.
Exco kerajaan negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Menteri Besar Selangor yang turun sama melawat tapak kebakaran akan sama-sama melihat jenis keperluan dan bantuan yang diperlukan bagi mangsa kebakaran yang terlibat. 
"Saya dimaklumkan polis bahawa sekolah ini hanya ada satu jalan keluar dan kebakaran bermula di situ jadi bermakna pelajar-pelajar dan guru tidak dapat larikan diri sebab hanya ada satu jalan keluar manakala tingkap sekolah terbabit dipasang pagar. 
Kita bagaimanapun berharap, isu-isu melibatkan keselamatan ini tidak boleh dikompromi lagi sebab sebenarnya ada undang-undang kecil yang ditetapkan oleh pihak bomba dan majlis, saya berharap semua peraturan itu dapat dipatuhi bagi mengelak insiden yang sama berulang lagi," katanya yang berada di lokasi kejadian. 
Beliau yang berada di lokasi kejadian memaklumkan kejadian seumpama itu cukup menyayat hati dan ratusan orang awam hadir menyatakan rasa simpati kerana sekolah tahfiz adalah antara aset berharga yang sering menjadi perhatian awam atas sumbangan awam untuk menggerakkan aktiviti sekolah. 
Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka berharap semua pihak lebih peka dan meminta kerajaan memperuntukan sejumlah dana untuk sekolah-sekolah tahfiz memperbaiki kelemahan aspek keselamatan yang sudah tentu memerlukan kos yang lebih tinggi. 
Lebih 20 pelajar tahfiz termasuk tenaga pengajar di pusat tahfiz itu dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi. - HARAKAHDAILY 14/9/2017
Sumber HD - 14-9-2017 






Pusat janji bantu RM7 juta setelah p’raya hampir tiba

BERIKUT adalah maklum balas berhubung laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 13 September 2017 tentang cadangan membaikpulih Flat Desa Perangsang, Tmn Medan, Petaling Jaya oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos RM7 juta.
Flat Desa Perangsang mempunyai 7 buah blok. Ia dibangunkan oleh pemaju swasta dan bukan pemaju yang ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS), seperti yang didakwa oleh berita tersebut. 
Flat Desa Perangsang adalah salah satu pemajuan darI lebih 100 pemajuan di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 
Kerajaan Negeri Selangor telah memberi bantuan pembaikan melalui Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) kepada flat itu sejak 2011, setahun selepas Skim CERIA dilancarkan pada 2010. 
Antara bantuan yang telah diberikan kepada Flat Desa Perangsang ialah pembaikan enam buah lif (RM119,686.00), pembaikan tangki air (RM114,904) dan pembaikan pagar (RM204,315.00). 
Jumlah keseluruhan bantuan yang telah diberikan kepada Flat Desa Perangsang ialah RM438,905. 
Jumlah besar peruntukan yang telah dibelanjakan untuk seluruh negeri Selangor di bawah Skim CERIA sejak 2010 adalah RM85.356 juta yang meliputi bantuan pembaikan bagi 263 pembangunan berstrata. 
Kerajaan negeri akan sentiasa komited dalam membantu penduduk dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Pusat untuk membantu penduduk Flat Desa Perangsang di Dun Taman Medan. 
Kerajaan negeri berharap agar pembaikan dapat dijalankan dengan segera tanpa menunggu tarikh pilihan raya kerana ia sangat penting untuk membantu penduduk di Flat Desa Perangsang. 
Kerajaan negeri membantu rakyat sepanjang masa dan bukan bila pilihan raya hampir tiba sepertimana Kerajaan Persekutuan. 
Dato' Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
13 September 2017   
Sumber HD - 13-9-2017 








Persekutuan dialu-alukan tiru program Selangor

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42991-persekutuan-dialu-alukan-tiru-program-selangor

KUALA LUMPUR: Langkah Kerajaan Persekutuan meniru program untuk rakyat yang dilaksanakan Kerajaan Selangor dialu-alukan ekoran langkah itu membolehkan rakyat seluruh negara memperolehi manfaat daripada idea dirintis Kerajaan Pakatan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, dengan cara itu sekurang-kurangnya memaksa Kerajaan Persekutuan mengeluarkan peruntukan lebih besar untuk membangunkan program rakyat bagi menyaingi kerajaan negeri.

“Memang ada program tertentu yang mahu dilaksanakan Kerajaan Persekutuan telah pun dilakukan kerajaan negeri.

“Kita bukan sahaja tak hairan perkara ini, malah kita mengalu-alukan Kerajaan Persekutuan tiru kerana perkara itu baik dan saya rasa tak ada masalah,” katanya dipetik SelangorKini.

Jelasnya, keadaan ini membuktikan Kerajaan Selangor sentiasa berada di hadapan dalam merintis idea dan program yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat terbanyak.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan mengambil langkah meniru beberapa progam kerajaan negeri, antaranya melaksanakan projek perumahan mampu milik, membiayai kerja baik pulih dan mencantikkan bangunan pangsapuri, skim sewa beli rumah, skim khairat kematian, program pemberian air percuma dan banyak lagi

Sumber HD - 26-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











Heret dalang pencemaran air ke muka pengadilan

HARAKAHDAILY | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42955-heret-dalang-pencemaran-air-ke-muka-pengadilan

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Negeri Sembilan serta agensi persekutuan perlu memperkukuh kerjasama bagi mengheret dalang pencemaran air ke muka pengadilan.

Walaupun kecewa dengan pencemaran air berulang, beliau sekali lagi menegaskan punca pencemaran bukan dari Selangor sebaliknya di Hulu Sungai Buah yang berada di Negeri Sembilan.

“Semua punca pencemaran ini berada di dalam Negeri Sembilan, bukan Negeri Selangor. Hulu Sungai Buah berada di Negeri Sembilan.

“Aliran Sungai Buah ini masuk ke Sungai Semenyih menyebabkan ia mengganggu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, maka kita terpaksa menutup loji rawatan itu,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau menyatakan pada sidang media selepas melawat kerja penyedutan air keluar yang dilakukan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor di Kampung Sungai Buah, Dengkil.
Hasil tinjauan dan siasatan yang dilakukan pasukan LUAS dan Air Selangor semalam menemui punca bau pada jam 1.50 petang berhampiran R&R Nilai arah utara.

Punca bau ‘solvent’ yang kuat ditemui di aliran anak Sungai Buah di lereng bukit KM45.9, Lebuhraya Elite, pada jam 6.10 petang.

Bacaan tertinggi pada kadar 22 ton pula dikesan di Memorial Park, Nilai.

Beliau berkata, kelewatan JAS Negeri Sembilan yang mula mengumpul maklumat pagi ini walaupun JAS Selangor sudah memaklumkannya semalam turut mendukacitakan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dengan jabatan dan agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar Selangor dan SPAN selain mengharapkan ia (kerjasama) dapat dipertingkatkan.

“Ini bukan ‘blame game’. Kita tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi mahu kordinasi yang mantap supaya pelaku pencemaran ini dikenakan tindakan paling keras dan tegas,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan dalam ruang lingkup sedia ada dan mengharapkan JAS mengemukakan laporan lengkap serta bukti kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan lanjut.

Sementara itu, LRA Sungai Semenyih sudah kembali beroperasi pada jam 5.00 pagi hari ini sejak ditutup jam 7.30 pagi semalam bagi membolehkan 1.8 juta pengguna menikmati semula perkhidmatan air secara berperingkat.

Sumber HD - 24-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












Sambutan Pangsapuri M'sia Harmoni Selangorku 2016

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42868-sambutan-pangsapuri-m-sia-harmoni-selangorku-2016

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor menganjurkan Sambutan Pangsapuri Malaysia Harmoni Selangorku 2016.

Ianya merupakan program kerjasama bersama pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB)/Perbadanan Pengurusan (MC).

Objektif utama Sambutan Pangsapuri Malaysia Harmoni Selangorku 2016 adalah seperti berikut:

I. Memberi kesedaran, penghargaan, memperingati dan meraikan JMB/MC di atas tanggungjawab dan pengorbanan menguruskan komuniti dan pangsapuri;
II. Menjalinkan kerjasama baik di antara JMB/MC bersama badan kerajaan dan badan bukan kerajaan; dan
III. Mewujudkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, keilmuan dan pembangunan modal insan di kalangan komuniti.

Antara program-program yang terlibat dalam sambutan ini:

1. Majlis Apresiasi Wanita Pangsapuri

Program ini disempurnakan oleh Datin Seri Shamshida Taharin, isteri kepada Datuk Menteri Besar Selangor pada 15 Oktober 2016 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam. Turut bersamaa, isteri Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datin Salasiah Zakaria.

Ianya turut dihadiri oleh 206 Ahli Jawatankuasa JMB/MC daripada 74 pangsapuri. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan sesi bicara santai ”Stress: Ibu, Isteri, Anak, Pekerja, AJK Mampukah Aku oleh pakar motivasi, Dr. Dini Rahiah Kadir dan persembahan Datuk Siti Nurhaliza.

Program ini khas untuk wanita sahaja yang menjadi ahli jawatankuasa JMB/MC sebagai penghargaan kepada mereka.

2. Karnival Komuniti CERIA JMB/MC

Karnival ini akan diadakan pada 22 sehingga 23 Oktober 2016 bertempat di Pangsapuri Prima Cempaka, Kajang. Karnival ini menggabungkan lebih 50 JMB/MC di dalam kawasan pentadbiran Kajang.

Pelbagai aktiviti akan diadakan untuk semua peringkat umur seperti larian komuniti, senaman pagi, pertandingan memasak, gubahan hantaran, pertandingan mewarna. Karnival ini bakal diserikan dengan kehadiran maskot.

Program ini turut dimeriahkan lagi dengan sembang santai pangsapuri bersama selebriti Heliza Helmi, PU Rahmat, Hafiz Hamidun, DJ Sufian Amrin, Ustaz Datuk Dr Izhar Ariff dan Ustaz Syed Kadir Al Jofree. Acara lain yang mewarnai program ini ialah pemeriksaan kesihatan percuma, pameran daripada 10 buah agensi kerajaan dan swasta, gerai jualan serta permainan kanak-kanak.

3. Majlis Sambutan Pangsapuri Malaysia Harmoni Selangorku 2016

Majlis kemuncak Sambutan Pangsapuri Malaysia Harmoni Selangorku 2016 berakhir dengan program Perhimpunan Perdana JMB/MC pada 5 November 2016 bertempat di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor.

Program ini dijangka dapat menghimpunkan sebanyak 164 JMB/MC yang dianggarkan berjumlah 820 orang. JMB/MC juga akan diberi pendedahan melalui sesi perkongsian ilmu dan pengalaman daripada JMB/MC terbaik. Pemenang anugerah pembangunan komuniti seperti K-INOVASI [Komuniti Inovasi], K-STAR [Komuniti Bestari] & Penjimatan Air Pangsapuri juga akan diumumkan semasa majlis tersebut. Hadiah-hadiah yang ditawarkan mengikut kategori adalah seperti berikut:

ANUGERAH K-INOVASI [KOMUNITI INOVASI]
Tempat Pertama: RM15,000.00
Tempat Kedua: RM10,000.00
Tempat Ketiga: RM5,000.00
Saguhati COB (Bagi Juara): RM5,000.00

ANUGERAH K-STAR [KOMUNITI BESTARI]
Kos Rendah / Kos Sederhana Rendah
Tempat Pertama: RM15,000.00 / RM12,000.00
Tempat Kedua: RM13,000.00 / RM10,000.00
Tempat Ketiga: RM10,000.00 / RM8,000.00
Tempat Keempat: RM6,000.00 / -
Tempat Kelima: RM6,000.00 / -
Saguhati COB (Bagi Juara): RM3,000.00/RM3,000.00

HADIAH PENJIMATAN AIR PANGSAPURI
Tempat Pertama: RM8,000.00
Tempat Kedua: RM7,000.00
Tempat Ketiga: RM6,000.00
Saguhati JMB (Tertinggi Setiap PBT): RM1,000.00

Diharap melalui program Sambutan Pangsapuri Malaysia Harmoni Selangorku 2016 berkenaan mampu meningkatkan semangat cintakan pangsapuri serta memberi peluang kepada komuniti pangsapuri Malaysia amnya dan rakyat Selangor khususnya tanpa mengira kaum bersama-sama dan bersedia dalam membangunkan komuniti serta Negeri Selangor menuju ke arah gagasan Smart State.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
18 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 18/10/2016

Sumber HD - 18-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














Pangsapuri: Peruntukan 2017 dijangka bertambah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42830-pangsapuri-peruntukan-2017-dijangka-bertambah

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad membayangkan akan ada peruntukan pertambahan khusus untuk pangsapuri di Selangor dalam Belanjawan 2017.

Katanya, peruntukan itu dijangka meningkat dua kali ganda di samping beberapa projek baik pulih sedang berjalan mengikut jadual berdasarkan peruntukan RM10 juta bagi tahun 2016, lapor SelangorKini.

“Ada beberapa fokus kita untuk tahun hadapan dan dijangka akan ada peruntukan tambahan khusus untuk pangsapuri sebab kita melihat masalah dihadapi hari ini sudah berlarutan sejak sekian lama, bukan sejak lapan tahun kita (Pakatan) mentadbir.

“Peruntukan ini selain daripada Skim Ceria ia melibatkan kerja mengecat, membaiki lif, baik pulih bumbung dan jalan,” katanya.

Menurutnya lagi, masih terdapat jalan di kawasan pangsapuri yang belum diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) hingga memaksa badan pengurusan bersama (JMB) mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Secara keseluruhan kerajaan negeri sudah membelanjakan RM85 juta untuk kerja membaik pulih pangsapuri di bawah Skim Ceria sejak diperkenalkan pada 2010.

Sumber HD - 14-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAS Selangor bantah persempadanan semula

HARAKAHDAILY | .













http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42829-pas-selangor-bantah-persempadanan-semula
PAS Selangor telah menyerahkan bantahan persempadanan semula kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari semalam, 13 Oktober 2016.

Kita serahkan atas nama 10 kawasan Parlimen dan 14 Dun di Selangor yang terkesan kepada kerusi PAS bertanding.

Kita menggunakan hak kita di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk membantah dan kita mintak SPR mendengar bantahan kita.

PAS Selangor tidak bersetuju atas pelbagai sebab dan kita akan turut serta dalam proses bantahan ini.

Selain kita menyatakan alasan kita membantah, SPR juga perlu menyatakan alasan mengapa bentuk persempadanan sedemikian dibuat.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha PAS Selangor
14 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 14/10/2016

Sumber HD - 14-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















Ban siap sebelum air pasang besar kedua

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42815-ban-siap-sebelum-air-pasang-besar-kedua

KUALA LUMPUR: Exco Infrastruktur Selangor bersama pengarah jabatan yang bertanggungjawab turun padang bagi memastikan kerja membaiki benteng atau ban siap pasang sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, beliau bersama pihak berwajib membuat lawatan untuk melihat ban yang dibina bagi menghadapi fenomena air pasang besar kedua yang dijangka pada 16 hingga 20 Oktober ini, lapor SelangorKini.

“Hari ini kita turun untuk memastikan peruntukan RM4.3 juta yang diperuntukkan membaiki semua ban rosak akibat air pasang yang berlaku pada bulan lepas siap dibaiki.

“Kita juga sedia maklum, dijangka air pasang besar akan berlaku setinggi 5.7 meter,” katanya selepas lawatan di Kampung Tok Muda, Klang, hari ini.

Zaidy berkata, selain itu 21 pam turut turut dipasang di daerah Klang untuk menolak balik air ke laut.

Sementara itu, Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Ir Rohaizi Mohd Jusoh berkata, setinggi dua kaki benteng guni beg pasir dipasang di Kampung Tok Muda dan beberapa kawasan lain untuk mengukuhkan lagi benteng.

“Kerja yang kita lakukan hari ini adalah untuk meninggikan ban sedia ada hingga dua kaki dengan menggunakan kaedah guni pasir untuk menahan air laut dari masuk ke kawasan Kampung Tok Muda.

“Beg pasir ini akan dipasang sepanjang 350 meter yang dijangka siap hari ini atau selewatnya esok. Penambahan ini juga adalah inisiatif bersama Kerajaan Negeri demi keselamatan orang ramai,” katanya.

Turut hadir, ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi; Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor dan Pengarah Jabatan Pengairan Selangor, Hashim Osman.

Sementara itu, Dr Daroyah Awli berkata, beliau berharap dengan tindakan pencegahan yang dilaksanakan dapat mengurangkan impak kepada rumah yang berpotensi mengalami air pasang.

“Saya mewakili Kampung Tok Muda dan rakyat di Dun Sementa mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Exco Infrastruktur, Jabatan Pengairan Selangor (JPS) Agensi Pengurusan Bencana Negara dan semua yang terlibat bekerjasama untuk meminima impak bencana air pasang daripada terus melimpah ke kawasan kampung," katanya.

Sumber HD - 13-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















Projek retikulasi selamatkan perbelanjaan JMB

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42813-projek-retikulasi-selamatkan-perbelanjaan-jmb

KUALA LUMPUR: Projek baik pulih retikulasi (paip bawah tanah) di bawah Skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan (Ceria) memberi impak positif bagi mengurangkan beban badan pengurusan bersama (JMB) menyelesaikan tunggakan bil air pangsapuri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, selain menyelesaikan masalah kebocoran paip, Skim Permai Ceria turut diperkenalkan bagi membantu pertukaran meter air pukal kepada individu tercapai.

“Bil air lima pangsapuri di Dun Dengkil didapati terlampau tinggi, ada yang sepatutnya RM15,000 hingga RM20,000 tetapi terpaksa membayar sehingga RM40,000 sebulan.

“Jadi, mereka kerugian hampir RM15,00 sebulan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika melawat perkembangan projek retikulasi di Pangsapuri Siantan, Taman Putra Perdana, Puchong.

Projek itu menelan belanja RM1.3 juta, manakala kos keseluruhan baik pulih membabitkan lima pangsapuri adalah RM4.02 juta dengan pembiayaan perkongsian 60-40 peratus antara kerajaan negeri dan penduduk.

Selain Pangsapuri Siantan, Pangsapuri Kenanga, Rosana Villa, Dahlia dan Ruvena Villa turut mendapat manfaat daripada projek itu.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, Pangsapuri Siantan dijangka dapat menjimatkan RM250,000 setahun selepas projek itu siap, pada pertengahan November ini.

Pada masa sama, katanya, peruntukan itu membuktikan kerajaan negeri tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam membantu rakyat walaupun kawasan itu ditadbir Ahli Dewan Negeri (ADN) Barisan Nasional

“Kerajaan negeri tidak mengenal kawasan pembangkang mahupun kerajaan dan kita boleh bekerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Kerajaan negeri sudah membelanjakan RM85 juta untuk kerja-kerja baik pulih pangsapuri di bawah Skim Ceria sejak diperkenalkan pada 2010.

Sumber HD - 13-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Keadaan pangsapuri Selangor hari ini kerana diabai BN

HARAKAHDAILY | .



                                                                                                                                                                                           
 http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42798-keadaan-pangsapuri-selangor-hari-ini-kerana-diabai-bn                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    
PANGSAPURI KOS RENDAH DI SELANGOR: KEADAAN HARI INI AKIBAT DIABAIKAN DI ZAMAN BARISAN NASIONAL

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008, kerajaan negeri telah mendapati keadaan di pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang amat menyedihkan.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri yang baru telah mewujudkan skim Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) untuk pangsapuri kos rendah dan pangsapuri sederhana rendah pada pada tahun 2010.

Skim ini menggunakan konsep perkongsian kos di mana kerajaan negeri akan menyumbang 80 peratus kos membaikpulih. Sementara penduduk perlu membayar 20 peratus yang boleh dibayar secara ansuran.

Untuk rumah kos sederhana rendah pula, perkongsian ini adalah 60:40. 60 peratus dari kerajaan negeri dan 40 peratus dari penduduk.

Kerja-kerja yang dilaksanakan di bawah skim CERIA ini adalah kerja-kerja yang melibatkan mengecat semula, lif, bumbung, tangki air, pam air, saluran air hujan, pendawaian elektrikal dan banyak lagi.

Bilangan kawasan pangsapuri yang terlibat dan peruntukan yang dibelanjakan adalah sepertimana berikut:

KAWASAN PANGSAPURI & PERUNTUKAN.

2010/11 - 20 kawasan pangsapuri (RM3,928,978.50)

2012 - 56 kawasan pangsapuri (RM8,543,589.20)

2013 - 26 kawasan pangsapuri (RM4,371,203.26)

2014 - 56 kawasan pangsapuri (RM25,251,503.21)

2015 - 66 kawasan pangsapuri (RM23,674,067.80)

2016 (setakat ini) - 39 kawasan pangsapuri (RM19,586,678.64)

JUMLAH - 263 kawasan pangsapuri (RMRM85,356,020.61)

Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan setiap pangsapuri kos rendah dan kos sederhana rendah dapat dibantu melalui program CERIA ini.

Walau bagaimanapun bilangan pangsapuri yang terlibat adalah terlalu tinggi, maka kerajaan negeri memerlukan sedikit masa.

Kerajaan negeri Barisan Nasional sebelum ini gagal memberi perhatian yang sewajarnya kepada pangsapuri-pangsapuri tersebut.

Tidak ada skim seperti skim CERIA sebelum tahun 2008. Mungkin jika terdapat skim CERIA ketika itu keadaan seperti hari ini tidak akan wujud.

Menteri Persekutuan yang terlibat tidak perlu menitiskan air apabila membuat lawatan ke mana-mana pangsapuri kerana Barisan Nasional yang telah gagal memberi pembelaan kepada penduduk pangsapuri ketika pentadbiran mereka di negeri Selangor.

Setelah kehilangan kuasa di Selangor, Barisan Nasional telah mula bersandiwara.

Pada hakikatnya kerajaan negeri hari ini yang menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh mereka.

Selain dari CERIA, untuk membantu penduduk pangsapuri kos rendah kerajaan negeri telah juga mengecualikan cukai taksiran (cukai pintu) bagi tahun 2016 dengan kehilangan pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), dianggarkan sebanyak RM55 juta.

Kerajaan negeri telah turut melebarkan skim CERIA kepada semua pangsapuri dengan harga jualan RM150,000 ke bawah. Had sebelum ini adalah RM72,000 ke bawah.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
11 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















Pemulihan air berjadual demi manfaat rakyat

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42795-pemulihan-air-berjadual-demi-manfaat-rakyat

KUALA LUMPUR: Status pemulihan bekalan air bagi kawasan yang menerima bekalan melalui loji rawatan air di Sungai Semenyih, Langat dan Cheras kini semakin baik selepas operasi loji itu dibuka semula sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, proses pemulihan secara berjadual diteruskan demi kelangsungan manfaat rakyat.

“Status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat menunjukkan peningkatan pemulihan yang baik di kebanyakan kawasan terjejas.

“Proses pemulihan berjadual ini dijalankan menerusi saluran bekalan kecuali di beberapa kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan,” katanya dipetik SelangorKini.

Sebelum ini, loji rawatan di kawasan terlibat terpaksa ditutup susulan insiden pencemaran bau air Sungai Langat dan Cheras yang didakwa berpunca dari aliran Sungai Semantan, Pahang.

Bagaimanapun, kerajaan negeri berjaya mengatasi masalah tersebut selepas beberapa daerah terlibat di Hulu Langat, Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Cheras mula menerima bekalan air bersih sepenuhnya.

Untuk tempoh itu, pemuliharan berjadual sementara bagi Zon 1 dan 2 daerah Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang menerima bekalan dari loji rawatan air Langat masih berjalan.

Nenurut Zaidy, proses pemulihannya juga sedang dipergiatkan menerusi pemantauan rapi berterusan pihaknya.

“Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya mengikut penjadualan sementara ini sehingga bekalan kembali stabil sepenuhnya,” katanya.

Sumber HD -  11-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























Selangor sedia tangani pencemaran Sg Semantan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42775-selangor-sedia-tangani-pencemaran-sg-semantan


KUALA LUMPUR: Selangor terus komited mengambil langkah drastik dan agresif terhadap masalah pencemaran air di Sungai Langat dan Cheras.

Demi menangani masalah itu, kerajaan negeri bersedia menawarkan khidmat kepada Kerajaan Pahang untuk memantau Sungai Semantan yang juga mengalami masalah pencermaran air.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, pencemaran Sungai Langat bermula dari Sungai Semantan yang tercemar dan mengalir masuk ke sungai itu.

“Kita menawarkan khidmat kepada Kerajaan Pahang untuk sama-sama menyemak dan memantau khusus kawasan Sungai Semantan yang mengalirkan air ke Sungai Langat.

“Kita tidak boleh lepas tangan dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang mencemarkan air di Sungai Semenyih, baru-baru ini,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut memutuskan untuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

Katanya, jawatankuasa itu bakal dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dengan memanggil semua agensi kerajaan bagi membincangkan masalah itu.

“Sekarang semua perlu bertindak bersama turun padang dan bukan hanya melihat dalam bidang tugas masing-masing tetapi duduk berbincang dan ambil langkah bersepadu,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan yang berlaku adalah disebabkan khianat dengki daripada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan negeri.

“Kita tidak boleh cakap ia sah berlaku sebab sabotaj tetapi masalah ini berlaku apabila isu air dalam proses menamatkan perjanjian dengan beberapa pihak.

“Apatah lagi ia berlaku ketika musim pilihan raya yang semakin hampir,” katanya.

Sumber HD - 10-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























Siap sedia hadapi gelombang air laut pasang besar

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42757-siap-sedia-hadapi-gelombang-air-laut-pasang-besar

KUALA LUMPUR: Selangor bersiap sedia bagi menghadapi fenomena air laut pasang besar dengan memperuntukkan RM4.3 juta untuk memperbaiki benteng atau ban pecah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata peruntukan itu dipertanggungjawabkan dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk membaiki ban yang rosak akibat air pasang sebelum ini.

“Saya semak dengan pengarah JPS perkara itu telah pun siap selesai dan kita bersedia menghadapai air pasang besat itu nanti.

“Ban (benteng) dalam keadaan yang baik dan kita tahu mengikut jadualnya pertengahan Oktober ini akan berlaku air pasang besar sehingga 5.7 meter,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Karnival Jelajah Infratani 2016 Dun Meru, semalam.
Tambahnya, penduduk yang tinggal berdekatan di persisiran pantai juga diarahkan berpindah awal demi kesemalatan masing-masing.

“Kita maklumkan kepada penduduk supaya berpindah awal. Melalui unit bencana diarahkan untuk buka pusat perpindahan sebelum berlakunya banjir atau limpahan.

“Kita juga bersedia dengan peruntukan jika berlaku kerosakan teruk kepada rumah terlibat melalui unit bencana,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Bencana negeri, Ahmad Afandi Mohamad berkata, 17 lokasi membabitkan lima daerah di Selangor diramal berdepan banjir berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada 16 hingga 19 Oktober ini.

Bercakap pada sidang media Jumaat lalu, beliau berkata paras air akibat fenomena itu dijangka meningkat sehingga 5.7 meter, melebihi paras air yang direkodkan ketika fenomena air laut pasang besar bulan lalu, iaitu 5.6 meter.

Kawasan diramal terjejas di daerah Klang ialah Sungai Serdang, Bandar Klang, Taman Melawis, Kampung Tok Muda, Pandamaran, Taman Selat Damai, Kampung Sungai Pinang, Kampung Sungai Lima dan Pulau Ketam.

Sabak Bernam membabitkan Kampung Sungai Air Tawar dan Sungai Tengar, manakala di Kuala Selangor ialah Pasir Penambang, Bagan Pasir dan Pantai Remis.

Kawasan pesisir Pantai Bagan Lalang bagi Sepang serta Pantai Kelanang dan pesisir Pantai Tanjung Sepat di Kuala Langat juga termasuk dalam kawasan yang diramal berlaku banjir.

Sumber HD - 9-110-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























RM12 juta diperuntuk baiki saliran elak banjir

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42753-rm12-juta-diperuntuk-baiki-saliran-elak-banjir

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM12 juta bagi menaik taraf saliran di Pekan Meru yang sering dilanda banjir jika berlaku hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata permasalah utama dikenal pasti di Dun Meru adalah banjir yang berlaku di Pekan Meru sebelum 2008 lagi.

“Kita bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turun padang untuk melihat sendiri keadaan dan saliran yang perlu dinaik taraf.

“Kajian reka bentuk telah pun selesai dilaksanakan di peringkat perunding melihat apa punca permasalah dan projek fetigasi yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Jelajah Infratani 2016 Dun Meru, semalam.

Hadir sama ADN Meru, Dr Abdul Rani Osman yang turut mengakui sistem saliran bermasalah antara faktor menyebabkan berlakunya banjir di kawasan itu.

Katanya, kerja naik taraf dijangka dilaksanakan Februari tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Karnival Jelajah Infratani 2016 Dun Meru merupakan jelajah yang terakhir untuk tahun ini setelah melalui beberapa daerah dan Dun.

Zaidy berkata, Dun Meru adalah progam penghujung sebelum meneruskan ke program kemuncak iaitu Selangor Agrofest 2016 yang bakal berlangsung di Pantai Morib pada 20 hingga 23 Oktober ini.

“Objektif utama program infratani adalah untuk pimpinan bersama exco dan agensi kerajaan turun padang melihat perkara yang perlu penambahbaikan dalam infrastruktur dan pertanian.

“Dalam bidang pertanian juga kita turut turun ke ladang memberi khidmat nasihat dan menyalurkan bantuan diperlukan,” katanya.

Ssumbee HD - 9-10-22016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























Fokus pembangunan desa, masjid dan sekolah

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42710-fokus-pembangunan-desa-masjid-dan-sekolah

KUALA LUMPUR: Projek pembangunan desa, masjid serta institusi pendidikan sekolah antara yang menjadi fokus utama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dalam belanjawan 2017.

Justeru, beliau mengharapkan peruntukan munasabah diperuntukkan bagi pembangunan desa dan institusi pendidikan sekolah serta masjid.

“Peranan masjid sebenarnya penting dan ia harus diperkasakan kerana kepelbagaian fungsinya yang boleh direalisasikan sebagai pusat transformasi masyarakat.

“Pemerkasaan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah kepada umat Islam juga harus diperteguhkan melalui beberapa program yang akan dirancang,” katanya dipetik SelangorKini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sijangkang itu juga berharap peruntukan bagi portfolio hal ehwal Islam dan pembangunan desa dan kampung tradisi juga ditambah berdasarkan keperluan semasa agar pembangunan sosial dan ekonomi desa dapat dijana dengan baik.

Selain itu, beliau juga mahu belanjawan 2017 turut mengambil kira dari segi keselamatan seperti penyelenggaraan jalan, kemudahan awam termasuk balai raya dan gerai di desa harus diberi
keutamaan.

Sumber HD - 5-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Pencemaran sungai: Kerajaan negeri tidak bertolak ansur

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42703-pencemaran-sungai-kerajaan-negeri-tidak-bertolak-ansur

SHAH ALAM: Bekalan air yang bersih dan selamat merupakan satu keutamaan yang tiada kompromi bagi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika beliau bertindak dalam tempoh masa kurang 8 jam terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas pencemaran Sungai Semenyih.

Sebuah tapak bersebelahan SR Building Materials Sdn Bhd telah dikenal pasti menjalankan aktiviti tanpa lesen. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menyita premis dan semua peralatan. Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Hulu Langat juga diarahkan untuk merampas tanah tersebut serta merta.

“Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak sama ada individu atau syarikat yang sabotaj atau mencemarkan sungai,” kata Azmin.

Pagi ini seawal jam 8:30 pagi, Menteri Besar bersama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), MPKj dan PTD Hulu Langat telah tiba di Batu 22 1/4, Sungai Lalang, Semenyih untuk bertindak ke atas pihak yang terbabit dalam pencemaran sungai.

Menteri Besar telah mengarahkan MPKj dan PTD mengambil tindakan dalam tempoh 7 hari ke atas pemilik tanah dan aktiviti industri di lembangan sungai, serta Air Selangor untuk menggunakan segala aset bagi mengurangkan impak gangguan bekalan air dan mengambil langkah mengurangkan tempoh penutupan.

Bagaimanapun, Menteri Besar turut menegur Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang gagal turun segera ke lokasi untuk mendapatkan sampel cemar semenjak malam tadi.

“LUAS dan Air Selangor telah berada di lokasi semenjak malam tadi apabila pasukan pemantauan mengesan pencemaran bau. JAS dimaklumkan seawal jam 1 pagi tentang perkara ini, tetapi jam 10 pagi ini baru JAS muncul untuk mengambil sampel cemar.

“Kami menggesa Jabatan Alam Sekitar supaya bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan undang undang oleh semua industri di lembangan sungai.

“JAS harus bertindak cepat dan tegas terhadap pihak yang mencemarkan sungai,” tegas Azmin.

Katanya, untuk jangka panjang, kerajaan negeri akan melantik pasukan pemantauan sungai dan penguatkuasaan yang ditempatkan di beberapa lokasi.

Azmin juga merakamkan penghargaan pada pasukan pemantauan sungai Air Selangor dan LUAS yang menjalankan rondaan dan pemantauan 24 jam semenjak dua minggu lalu.

Pejabat Akhbar Menteri Besar Selangor - HARAKAHDAILY 4/10/2016

Sumber HD - 4-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pencemaran: Loji Semenyih ditutup kali keempat

SALMIYAH HARUN | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42700-pencemaran-loji-semenyih-ditutup-kali-keempat


KUALA LUMPUR: Loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula buat kali ke-4 pada jam 10 pagi ini akibat pencemaran bau yang berpunca daripada premis di Sungai Lalang, Semenyih.

Ekoran ini, beberapa daerah dan kawasan akan mengalami gangguan bekalan air iaitu di Daerah Hulu Langat (Bangi, Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rincing), Daerah Kuala Langat (Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbaya dan Teluk Panglima Garang),  Daerah Petaling (USJ1-27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang), dan Daerah Sepang Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Height, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sg Merab).

Menurut Syabas di dalam kenyataannya, mereka telah mengenal pasti punca pencemaran di Sungai Semenyih akibat daripada sebuah premis yang terletak di Batu 22 1/4 Jalan Sungai Lalang Semenyih.

Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang masing-masing akan mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha tersebut.

Menurut Syabas bantuan air kecemasan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

Bagaimanapun pengguna di minta mendapatkan maklumat terkini di www.syabas.com.my atau menghantar sms ke alamat premis 15300 untuk mendapatkan bantuan bekalan air kecemasan.

Jumaat 30 September baru-baru ini bekalan air di beberapa kawasan kembali pulih setelah seminggu menghadapi gangguan air, dan hari ini sekali lagi penduduk terpaksa berdepan dengan masalah gangguan air buat kali keempat.

Notis gangguan ini telah menjadi viral di 'group whatapps' dan masing-masing penduduk melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa berhadapan masalah ini lagi sekali. - HARAKAHDAILY 4/10/2016

Sumber HD - 4-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































Aplikasi Amar Jais mudahkan orang awam salur aduan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42698-aplikasi-amar-jais-mudahkan-orang-awam-salur-aduan

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melancarkan Aplikasi Amar JAIS bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat dan aduan.

Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim, berkata aplikasi itu diwujudkan bagi mengeratkan perhubungan maya mesra pengguna secara interaktif dan berinformatif.

“Diseru pegawai Jais mahupun imam, nazir dan pegawai masjid memuat turun aplikasi ini supaya mudah menghantar maklumat terus kepada penguatkuasa Jais dan tindakan dapat dijalankan segera.

“Aplikasi ini turut memberi maklumat undang-undang syariah serta mengambil alih peranan ‘blasting’ secara berbayar kepada ‘push notification’ percuma yang tidak memerlukan kos oleh jabatan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Himpunan Bulanan Jais di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), di Shah Alam, hari ini.

Walau bagaimanpun, katanya, aplikasi itu bukan untuk semua jenis aduan seperti masalah rumah tangga tetapi ia lebih kepada kemasyarakatan.

“Aplikasi ini lebih fokus kepada aduan amar maaruf nahi mungkar dan mencegah kemungkaran seperti berlaku pencegahan daripada segi pandangan Islam, ajaran sesat dan khalwat.

“Perkara seperti ini jarang kita terima laporan kerana ia bergerak tersembunyi.

“Jadi dengan kerjasama orang awam yang mendapat maklumat tersebut disaran menggunakan aplikasi ini dalam berkongsi maklumat untuk kita mencegah daripada terus berleluasa,” katanya.

Aplikasi itu juga dijangka melonjak Jais selangkah ke hadapan mendahului negeri lain dalam memanfaatkan teknologi ICT masa kini selari dengan matlamat Kerajaan Negeri ke arah ‘Smart Selangor’.

Laman web rasmi JAIS dan e-Syurtoh Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS adalah pautan yang turut disertakan dalam aplikasi tersebut.

Dengan adanya dua pautan penting itu memudahkan anggota penguatkuasa membuat sebarang tugasan dan interaksi.

Dalam majlis sama, Jais turut melancarkan Ikonografi bergerak bahagian penguatkuasaan bagi mempromosikan dan memaparkan sejauh mana mereka menjelajah dalam melaksanakan tugas.

Ikonografi bergerak itu diperluas bagi menyedarkan dan mendorong masyarakat bersama menegakkan ajaran Islam dalam diri masing-masing.

Sumber HD - 4-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Rizab RM4.1 bilion manfaat buat rakyat Selangor

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42687-rizab-rm4-1-bilion-manfaat-buat-rakyat-selangor

KUALA LUMPUR: Perolehan rizab Kerajaan Negeri Selangor terkumpul melebihi RM4.1 bilion dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, walaupun Selangor tidak memiliki hasil bumi ‘mewah’, namun kecekapan pentadbiran negeri mendorong kepada perkembangan positif itu.

Beliau berkata demikian pada siri ceramah Jelajah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Simpang Kepayang, Bera, Pahang malam tadi.

“Walaupun Pahang mempunyai balak dan bauksit, namun negeri ini masih mundur kerana ditadbir Kerajaan Umno.

“Tetapi di Selangor kita gunakan tanggungjawab dan amanah untuk seluruh rakyat. Walaupun baru dua tahun saya memikul tanggungjawab ini, rizab simpanan negeri sudah mencecah RM4.1 bilion,” katanya dipetik SelangorKini.

Rizab Selangor sebelum ini terus mencatatkan peningkatan enam tahun berturut-turut daripada hanya RM1.6 bilion ketika Umno BN mentadbir negeri.

Lebih membanggakan, peningkatan 21.24 peratus turut dicatatkan dalam tempoh enam bulan pertama, tahun ini.

Perkembangan positif itu sekali gus meletakkan Selangor terus kekal sebagai negeri termaju dengan perolehan ekonomi mampan di Malaysia.

Sumber HD - 3-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Azmin Lawat Gadis Jual Nasi Lemak Anak Dara
Posted on Friday, September 30 @ 19:57:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31849



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melawat gerai milik seorang gadis penjual nasi lemak yang viral baru-baru ini di Seksyen 7.

Siti Hajar Ahmad, 24, sebelum ini dikenakan kompaun RM2,000 dari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas kisahnya yang berniaga Nasi Lemak Anak Dara viral di media sosial.

Memetik Selangor Kini, kunjungan Mohamed Azmin adalah sebagai tanda sokongan kepada Siti Hajar yang menjalankan nasi lemak bagi menampung kehidupannya selepas tamat pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik.

Azmin turut menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda untuk menjalankan perniagaanya secara sah.

- Sinar Harian

Sumber TKO - 30-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































Info terkini Syabas mengenai air pagi ini

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42624-info-terkini-syabas-mengenai-air-pagi-ini

PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib telah memaklumkan tentang status terkini pemulihan air di beberapa kawasan di Selangor.

Beliau yang juga Adun Taman Templer telah memberikan makluman terkini daripada Syabas status pemulihan mengikut kawasan.

Yang berikut status pemulihan.

Status pemulihan terkini telah mencapai 95.7% dengan kebanyakan kawasan telah kembali pulih kecuali beberapa kawasan tinggi dan yang berada dipenghujung sistem agihan  yang masih mengalami  gangguan bekalan dan tekanan rendah.

Pemulihan mengikut pecahan Wilayah adalah  seperti berikut:

1. Petaling: 91%
2. Hulu Langat: 93%
3. Kuala Langat : 99%
3. Sepang:  99.7%

Pemantauan dan penyelarasan agihan bagi meningkatkan tekanan aliran serta bantuan lori tangki air masih lagi diteruskan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya. Pihak kami mensasarkan jangkaan pemulihan keseluruhan kawasan pada jam 1.00 pagi, Rabu 28hb September 2016 dan akan mengemaskini status pemulihan dari masa kesemasa.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan sila muat turun aplikasi mySyabas digoogle playstore atau appstore bagi mendapatkan status terkini dan info gangguan bekalan air. Terima kasih. – HARAKAHDAILY 27/9/2016

Sumber HD - 27-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Selangor dijangka tingkat peruntukan pertanian

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42612-selangor-dijangka-tingkat-peruntukan-pertanian


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri dijangka meningkatkan peruntukan sektor pertanian bagi memastikan dasar Agro Smart Selangor diperkenalkan mencapai sasaran ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, antara pendekatan digunakan dalam dasar berkenaan adalah meningkatkan penggunaan teknologi moden dalam pengeluaran pertanian.

“Sekarang kita sedang merangka belanjawan tahun depan tetapi setakat ini dari segi bantuan pertanian memang ada peningkatan peruntukan tetapi belum boleh dinyatakan sehingga dibentangkan nanti,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau menyatakan demikian pada program Hari Peladang, Hari Bertemu Pelanggan dan Penyerahan Insentif 2016, Pejabat Pertanian Klang, semalam.

Walaupun Selangor merupakan negeri perindustrian, Zaidy percaya pengeluaran pertanian boleh ditingkatkan seperti kejayaan dicapai Belanda.

Katanya, walaupun Belanda hanya sebuah negara kecil tetapi mereka berjaya menjadi pengeluar kedua terbesar sumber makanan dunia.

Selain merasmikan program Hari Peladang dan Hari Bertemu Pelanggan, Zaidy turut sempat merasmikan Makmal Industri Asas Tani yang terletak di kawasan Pusat Pertanian Meru itu.

Selain menguji ketepatan kaedah penyediaan sesuatu produk, makmal itu turut menempatkan pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses pelbagai makanan yang berpotensi dikomersialkan.

Sumber HD - 26-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































Tambah peruntukan program 3K suntik elemen baru

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42600-tambah-peruntukan-program-3k-suntik-elemen-baru

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM70,000 bagi menjayakan setiap Program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) yang diadakan di semua daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berharap kerajaan negeri bersedia menambah peruntukan bagi membolehkan suntikan elemen baru dalam program yang sudah memasuki tahun kedua itu.

“Pada tahun hadapan saya dah melihat beberapa perkara yang boleh dijadikan pendekatan yang saya kira perlu dengan harapan bajet lebih besar untuk tahun hadapan.

“Dahulu, peruntukan sangat terhad tetapi kita boleh adakan dengan adanya peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM70,000 dan dibantu pula oleh Pusat Khidmat Masyarakat atau Ahli Dewan Negeri (ADN) tempatan lebih RM20,000 menjadikan program dijalankan agak selesa,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas merasmikan Program Karnival Kampungku Kesayanganku 2016 Peringkat Daerah Petaling yang diadakan di Masji As-Salam, Puchong Perdana, malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah dan pendekatan baru yang dicadangkan beliau bagi menambahbaik progaram 3K pada 2017 nanti.

Jelasnya, antara acara dijalankan dalam program 3K tahun ini adalah acara perkahwinan beramai-ramai dan tahnik dengan setiap acara bergantung kepada keperluan tempatan.

“Walaupun perancangan program kita aturkan di peringkat negeri tetapi setiap daerah yang kita turun ada keunikan dan keperluan masing-masing, contohnya peringkat Daerah Petaling ini juga ada beberapa perkara yang unik seperti hari ini sahaja kita ada tahnikkan 32 anak-anak,” katanya lagi.

Sebelum itu, ketika menyampaikan ucapan perasmian Yunus berkata, antara objektif utama program 3K diadakan supaya semua jabatan di bawah portfolio beliau dapat turun ke akar umbi bagi menilai sendiri isu diketengahkan masyarkat tempatan.

Selain itu, program itu turut mensasarkan bagi menjadikan masjid sebagai pusat transformasi masyarakat dan memberi pemahaman kepada penduduk mengenai tugas mengimarahkan masjid bukan terletak di bahu ahli jawatankuasa masjid semata-mata.

Sumber HD -  25-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Selangor sumbang RM18 juta bina persimpangan bertingkat

HARAKAHDAILY | .

















http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42594-selangor-sumbang-rm18-juta-bina-persimpangan-bertingkat

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan RM18 juta menerusi pinjaman kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi membiayai sebahagian kos bagi membina persimpangan bertingkat dari Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ke Jalan Utama 2, Puchong Utama.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kos projek menelan perbelanjaan RM28.99 juta itu turut ditanggung syarikat pemaju yang terlibat dengan pembangunan di sekitar lebuh raya terbabit.

“Kita sedia maklum di mana-mana perbandaran sekalipun isu utamanya bagaimana kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan serta pihak swasta dapat berkerjasama untuk membentuk satu sinergi bagi mengatasi masalah trafik di kawasan berkenaan.

“Kawasan ini amat memerlukan persimpangan bertingkat supaya ada perhubungan antara LDP dengan perumahan yang sedang rancak membangun khususnya Puchong Utama, Puchong Perdana dan Batu 14,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Dari LDP ke Jalan Utama 2, Puchong Utama, hari ini.

Katanya, projek itu dimulakan 17 Febuari 2014 dan berjaya disiapkan pada 24 Ogos lalu sebelum dibuka secara rasmi kepada pengguna jalan raya bagi mengatasi isu kesesakan teruk di kawasan berkenaan, bermula 1 Oktober ini.

Katanya, projek yang melibatkan pembinaan persimpangan bertingkat sepanjang 1500 meter itu merupakan hasil inisiatif dan kerjasama MPSJ, pihak swasta, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Serdang, Noor Hanim Ismail dan ADN Kinrara, Ng Sze Han.

Turut hadir pada majlis itu, Noor Hanim, Sze Han dan Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Sumber HD - 23-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































Noh perlu dapat maklumat tepat projek PR1MA

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42571-noh-perlu-dapat-maklumat-tepat-projek-pr1ma

KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dingatkan mendapatkan maklumat tepat projek perumahan mampu milik Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar A Samad, berkata kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan PR1MA dan terdapat beberapa cadangan sudah dipersetujui dalam usaha membina lebih banyak kediaman mampu milik.

“Kerajaan negeri dan PR1MA bersetuju dengan bilangan rumah mampu milik atau Rumah Selangorku yang PR1MA perlu bina. Kerajaan negeri juga membenarkan sebuah projek Rumah Selangorku di Cyberjaya dijadikan projek PR1MA.

“Tan Sri Noh kerap menyerang kerajaan negeri mungkin disebabkan beliau sebagai menteri tidak mempunyai agenda perumahan rakyat yang besar. Yang ada adalah dari menteri sebelum ini.

“Kalau setakat tuduh tanpa fakta terperinci, itu bukan standard menteri tapi standard ketua Umno cawangan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Noh mengenai kerajaan negeri menimbulkan masalah berhubung pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dirancang Kerajaan Persekutuan.

Iskandar berpendapat, Noh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai projek PR1MA di Selangor, tambahan PR1MA bukan di bawah kendaliannya tetapi terus di bawah Perdana Menteri.

“Mungkin tiba masanya PR1MA diletakkan di bawah kementerian Noh agar menteri tidak diketepikan lagi. Sekarang kami hanya mengadakan rundingan dengan PR1MA tanpa wakil kementerian.

“Terpulang kepada PR1MA untuk memberi taklimat kepada kementerian. Kerajaan negeri tidak ada masa untuk beri taklimat kepada kementerian,” katanya.

Sumber HD - 21-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















































Fenomena air pasang: RM3.5 juta naik taraf ban

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42563-fenomena-air-pasang-rm3-5-juta-naik-taraf-ban

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM3.5 juta diperuntukkan bagi projek melebar dan meninggikan ban sepanjang 730 meter di Sungai Lang, Sabak Bernam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata peruntukan berkenaan meliputi nilai keseluruhan kontrak termasuk kos kajian dan reka bentuk.

“Kerja naik taraf ban dijangka bermula Oktober nanti selepas tender ditutup pada bulan ini.

“Projek ini antara lain membuktikan kerajaan negeri sentiasa manifestasikan sikap kepedulian rakyat,” katanya dipetik SelangorKini.

Semalam, beliau melakukan tinjauan di beberapa ban pecah di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Bermula 18 September lalu, fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan pantai di Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam mengalami banjir.

Keadaan arus deras ini juga turut menyebabkan beberapa ban pecah dan rosak.

Laporan Pasang Surut Air Laut daripada Pusat Hidrografi Nasional mencatatkan paras air pasang di pelabuhan Klang untuk beberapa hari ini agak tinggi.

Pada 18 September lalu, paras air adalah 5.6 meter, pada 19 September dengan catatan 5.5 meter, bacaan 5.5 meter pula dicatatkan pada 20 September sementara bacaan pada 21 September ialah 5.2 meter.

Sumber HD - 21-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selangor tak perlu pilihan raya mengejut, kata Azmin
Posted on Tuesday, September 20 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31739



SHAH ALAM: Selangor tidak perlu mengadakan pilihan raya mengejut berikutan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya tidak boleh mengkhianati mandat yang diberikan rakyat Selangor kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

“Tidak perlu (pilihan raya mengejut) sebab mandat yang diberi rakyat Selangor pada 2013 adalah amat besar, dan mandat itu diberi untuk tempoh 5 tahun,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Agensi-agensi Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya Selangor mengadakan pilihan raya mengejut ekoran cadangan persempadanan semula, yang didakwa sengaja ‘mengubah’ peta negeri itu.

Selain Lim, beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain mempersoalkan persempadanan semula yang diumumkan SPR pada Khamis lepas.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azmin berkata kerajaan Selangor akan meneliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya berkenaan sebelum membuat sebarang bantahan terhadap cadangan tersebut.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan sekiranya persempadanan itu dilihat tidak mengikut terma atau peruntukan yang ditetapkan.

“Kita sedang teliti (persempadanan itu) dan petang ini, saya akan bertemu dengan barisan peguam untuk melihat kemungkinan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada ruang bagi maksud tersebut,” katanya.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.


Mengikut persempadanan semula itu, SPR turut mencadangkan penambahan 1 kerusi baharu Damansara, yang meliputi kerusi Petaling Jaya Utara sebelum ini, dengan bilangan pengundi melebihi 150,000 orang.

Sumber TKO - 20-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















































Rumah Selangorku: PR1MA iktiraf, kementerian pertikai

HARAKAHDAILY | .


















http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42546-rumah-selangorku-pr1ma-iktiraf-kementerian-pertikai

Walaupun Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan enggan mengiktiraf keberkesanan polisi rumah mampu milik Kerajaan Negeri Selangor atau polisi Rumah Selangorku namun permohonan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk mengambil alih salah sebuah projek Rumah Selangorku adalah satu bukti Kerajaan Persekutuan menganggap betapa pentingnya polisi tersebut di dalam menyelesaikan masalah perumahan rakyat.

Pada bulan Jun lepas, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju sebuah projek Rumah Selangorku pemaju swasta dijadikan projek PR1MA dengan nama baru, Selangorku PR1MA.

Kerajaan negeri melihat telah terdapat lebih 20,000 unit Rumah Selangorku yang telah diluluskan maka tidak ada masalah untuk melepaskan sebahagian kecil darinya kepada PR1MA.

Projek tersebut adalah di Cyber 11, Cyberjaya yang mengandungi 1,932 unit rumah mampu milik.

Pada hakikatnya walaupun pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri Selangor namun Kerajaan Persekutuan memerlukan Rumah Selangor untuk mencapai sasaran perumahan mereka.

Yang terkini Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Johan Abdul Aziz, telah mempertikaikan polisi perumahan kerajaan negeri.

Selain dari itu kenyataan beliau di dalam akhbar Sinar Harian pada 17 September lepas turut mendakwa syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor  (PKNS) tidak lagi membina rumah rakyat.

Mungkin beliau baru dilantik ke jawatan tersebut, oleh yang demikian tidak menyedari bahawa PKNS telah membina projek rumah mampu milik yang pertama di Bandar Baru Bangi dan ia telah diduduki sejak 2015.

Terdapat projek-projek Rumah Selangorku lain oleh PKNS yang akan siap dalam masa 3 tahun seperti di Kg Seri Temenggong, Gombak dan U12, Shah Alam.

PKNS sedang juga membina Rumah Selangorku di Kota Puteri dan Antara Gapi.

Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB) juga membina Rumah Selangorku di Sutera Damansara dan Ladang Air Manis, Sabak Bernam.

Saya menasihatkan agar kementerian yang bertanggungjawab menumpukan usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat dan berhenti menyerang kerajaan negeri.

Kerajaan negeri adalah lebih fokus dan telah menunjukkan kami berjiwa besar apabila sanggup mengadakan rundingan dengan PR1MA.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 20/9/2016

Sumber HD - 20-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































Selangor belanja RM1.1 bilion biayai subsidi air

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42545-selangor-belanja-rm1-1b-biayai-subsidi-air

KUALA LUMPUR: Selangor membelanjakan RM1.1 bilion bagi membiayai subsidi bil air sejak 2008, kata Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman.

Beliau berkata, secara puratanya sejumlah RM150 juta diperuntukkan bagi program pemberian air percuma setiap tahun, lapor SelangorKini.

“Berdasarkan kepada penggunaan air secara bulanan, pengguna di Kuala Lumpur dan Putrajaya berbelanja sekitar RM25.04 setiap bulan.

“Di Selangor pula, purata bil bulanan hanya serendah RM13.30 memandangkan 20 meter padu pertama disubsidi Kerajaan Negeri,” katanya di Pendengaran Tertutup Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS), di sini, hari ini.

Sesi pendengaran dipengerusikan Yeo Bee Yin dan turut dihadiri Ahli Jawatankuasa (AJK) lain iaitu Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, Shafie Ngah (Bangi) dan Sulaiman Abdul Razak (Permatang).

Selain Suhaimi, sesi berhubung Penstrukturan Industri Air Dan Kesan Terhadap Negeri Selangor itu turut memanggil wakil dari Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Suhaimi berkata, tarif air juga kekal sejak 2006 tanpa sebarang perubahan, sehingga kini.

“Jika di bawah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), tarif sepatutnya dinaikkan sehingga 105.7 peratus, selepas sepuluh tahun,” katanya.

Sumberr HD - 19-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































Selangor rakam takziah pemergian Datuk Haron Din

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42521-selangor-rakam-takziah-pemergian-datuk-haron-din

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor merakamkan takziah kepada keluarga Almarhum Datuk Dr Haron Din di atas kepulangannya ke rahmatullah di San Francisco, Amerika Syarikat, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata pemergian beliau adalah kehilangan besar kepada semua pihak termasuk Selangor selaku tokoh ilmuan Islam juga ahli politik disegani.

“Sebagi wakil Datuk Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berada di luar kawasan serta kerajaan negeri, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Kita sebagai rakyat seharusnya mencontohi bagaimana iltizam beliau dalam bidang diceburinya juga selaku tokoh ulama serta ahli politik,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau ditemui selepas solat sunat jenazah ghaib untuk Allahyarham di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hari ini.

Katanya, pemergian Mursyidul Am PAS itu mungkin sukar atau tidak berganti dan tidak boleh disamakan dengan kata peribahasa ‘patah tumbuh hilang berganti’.

Solat jenazah ghaib diimamkan oleh cucu Allahyarham, Hakeem Hamdi yang disertai kira-kira 5,000 orang termasuk Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sumber HD - 17-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persekutuan wajar contohi polisi Rumah Selangorku


























































HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42482-persekutuan-wajar-contohi-polisi-rumah-selangorku

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan disarankan mencontohi polisi pembinaan Rumah Selangorku yang giat dilaksanakan di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, hal itu kerana polisi perumahan di Selangor berkesan menyelesaikan masalah harga rumah mengikut pasaran semasa.

Beliau berkata, polisi itu menetapkan syarikat pemaju membina lebih banyak projek rumah mampu milik demi kepentingan rakyat Selangor, lapor SelangorKini.

“Polisi Rumah Selangorku yang berkuatkuasa sejak Januari 2013 mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik atau Rumah Selangorku.

“Contohnya, pemaju yang membangunkan projek perumahan lebih 10 ekar wajib membina 30 hingga 40 peratus rumah mampu milik," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya terdapat beberapa komponen rumah yang berharga RM42,000, RM100,000, RM150,000, RM180,000, RM220,000 dan RM250,000.

“Walaupun kerajaan negeri tidak mengawal harga rumah secara langsung, namun kita berusaha untuk memastikan terdapat stok perumahan di pasaran bagi golongan berpendapatan rendah juga sederhana.

“Sejak usaha ini dipergiatkan pada 2015, lebih 20,000 unit rumah diluluskan untuk dibina pemaju, selain Kerajaan Negeri juga turut mengawal jualan rumah mampu milik,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, pemaju perumahan Selangor juga diwajibkan menjual Rumah Selangorku kepada pembeli berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berpandukan kepada pendapatan isi rumah bulanan.

“Saya yakin polisi Rumah Selangorku ini sedikit sebanyak menyelesaikan masalah harga rumah yang semakin tidak terkawal.

“Kerajaan Persekutuan perlu memiliki political will untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah juga sederhana mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Sumber HD - 14-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































Tubuh tabung pembeli rumah kebangsaan

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42460-tubuh-tabung-pembeli-rumah-kebangsaan

Saya bersetuju dengan pandangan pemaju-pemaju yang menolak cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan agar para pemaju dibenarkan memberi pinjaman kepada mereka yang membeli rumah dari mereka.

Pemaju sepatutnya memberi tumpuan kepada peranan membina rumah.

Sementara bank memberi tumpuan kepada peranan menyediakan pembiayaan.

Kerajaan Persekutuan perlu memastikan setiap pihak melaksanakan peranan mereka dengan lebih berkesan dan dapat mencapai matlamat mereka.

Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mencampur aduk peranan kedua-dua pihak tersebut.

Sebaliknya Kerajaan Persekutuan sepatutnya menubuhkan satu tabung atau badan untuk menyediakan pinjaman untuk rakyat yang gagal memperolehi pinjaman dari bank.

Kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan beberapa skim untuk mereka yang gagal memperolehi pinjaman bank.

Di antaranya adalah skim Dana Selangor atau Danasel yang merupakan skim sewa beli.

Fasa pertama skim ini melibatkan 118 pembeli pangsapuri kos rendah Rimba Jaya, Shah Alam. Seramai 32 keluarga telah pun berpindah masuk.

Tetapi kemampuan Kerajaan Negeri adalah terhad. Hanya RM20 juta yang dapat disediakan untuk tahun ini.

Oleh yang demikian Kerajaan Persekutuan perlu mencontohi kerajaan negeri dengan mewujudkan skim yang sama untuk semua pembeli rumah dan tidak hanya mereka yang hendak membeli Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Saya yakin rakyat akan merasa lega jika satu tabung khusus dengan modal permulaan sebanyak RM300 juta dapat ditubuhkan. Jumlah ini hanya sekadar separuh dari kos projek Taman Tugu yang dicadangkan dan manfaatnya akan dapat dirasakan oleh lebih ramai rakyat marhaen.

Saya berharap menteri yang terlibat akan dapat mencetuskan idea-idea yang baru untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat. Kerajaan Persekutuan patut memulakan inisiatif dan tidak menyerahkan tanggungjawab mereka kepada pihak lain.

Datuk Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bandar Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
9 September 2016 - HARAKAHDAILY 9/9/2016             

Sumber HD - 9-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































Selangor kesal kementerian tamatkan kontrak WHB

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42456-selangor-kesal-kementerian-tamatkan-kontrak-whb

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membatalkan keputusan penyambungan kontrak Worldwide Holdings (WHB) amat dikesali.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata ia adalah tindakan berbentuk sabotaj dan berniat jahat oleh Kerajaan Persekutuan.

“Tindakan ini secara langsung menjejaskan operasi pengurusan sampah dan menindas rakyat Selangor.

“Kerajaan Negeri melahirkan rasa yang amat kesal dan malu dengan tindakan terbaru KPKT di bawah Tan Sri Noh Omar ini,” katanya dipetik SelangorKini.

Sebelum ini, WHB dilantik sebagai operator Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Seksyen 21 oleh KPKT selama lima tahun, bermula 22 Mei 2012 hingga 21 Mei 2017.

Ia memberi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal kepada beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Terdahulu, WHB diluluskan untuk tempoh tambahan dua tahun sehingga 22 Mei 2019 melalui surat KPKT bertarikh 10 Mei 2016, namun dibatalkan menerusi surat terbaru bertarikh 3 Ogos 2016.

Zaidy berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bermesyuarat pada 8 September 2016 dan mengarahkan Kamar Undang-undang meneliti perkara itu dengan terperinci.

“Antaranya kita minta supaya KPKT menarik semula pembatalan berkenaan sebelum sebarang tindakan selanjutnya dilaksanakan kerajaan negeri,” katanya.

Sumber HD - 9-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






























































Pengelasan tanaman tingkat produktiviti pertanian

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42445-pengelasan-tanaman-tingkat-produktiviti-pertanian

KUALA LUMPUR: Inisiatif pengelasan jenis tanaman pertanian dilaksanakan secara efektif bagi menghasilkan hasil tani berproduktiviti tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata prosedur tersebut digerakkan bagi mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian negeri.

“Kekangan guna tanah pertanian kini dalam rekod saya sebanyak 36.9 peratus yang mana meliputi 80 peratus hasil tanaman getah dan kelapa sawit.

“Kita akui pertambahan penduduk, mendorong kepada penyusutan tiga peratus tanah negeri yang akan dibangunkan untuk tujuan pembangunan.

“Jadi inisiatif pengelasan tanaman menerusi penggunaan teknologi moden mampu menjana kepada hasil lebih positif,” katanya dipetik SelangorKini.

Ketika ini, Selangor tidak memiliki tanah pertanian bersesuaian untuk dibangunkan sebagaimana negeri-negeri di Malaysia seperti Kedah, Perlis, Johor dan Sarawak.

Mengakui perkara itu, Zaidy berkata kerajaan negeri menghadapi cabaran terbesar bagi mencari ruang tanah pertanian baru ke arah menjana pertumbuhan industri itu.

“Bakinya terlalu kecil dan sedikit. Keadaan itu menjadi kekangan kita kerana tanah dikategorikan sebagai zon pertanian kini dihimpit pembangunan.

“Namun diharap inisiatif digerakkan ini mampu membantu petani mengeluarkan hasil pertanian mereka,” katanya.

Sumber HD - 8-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































































RM20.4 juta untuk naik taraf Jalan Melati Kuang

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42393-rm20-4-juta-untuk-naik-taraf-jalan-melati-kuang

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor meluluskan sejumlah peruntukan RM20.4 juta bagi tujuan menaik taraf pembinaan Jalan Melati Kuang, di daerah Gombak di Kuang

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata proses pembinaan dimulakan seawal November ini.

“Masalah ini sudah berlanjutan sejak bertahun-tahun, dan atas kapasiti itulah peruntukan ini diluluskan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kuang.

“Untuk tempoh ini, kita sudah membuat pelantikan perunding sementara menunggu proses hasil kajian siap,” katanya pada Majlis Perasmian Program Infratani Peringkat Dun Kuang.

Sebelum ini, penduduk di kawasan sekitar perbandaran Kuang terpaksa menempuh kesesakan teruk di kawasan simpang empat Jalan Melati.

Mengakui perkara tersebut, Zaidy optimis penambahbaikan jalan raya di persimpangan empat itu mampu menyelesaikan isu kesesakan di kawasan terbabit.

“Peringkat kepimpinan sentiasa bertungkus-lumus menyelesaikan masalah infrastruktur ini, kerana masalah ini bukan boleh diselesaikan sekelip mata.

“Walaupun Selangor mempunyai kewangan mencukupi, kita perlu menjalankan pelbagai peringkat proses termasuk kajian, lantikan perundingan dan sebagainya,” katanya dipetik SelangorKini.

Sumber HD - 4-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































Berakhir penantian peneroka Rancangan Revolusi Hijau

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42383-berakhir-penantian-peneroka-rancangan-revolusi-hijau

KUALA LUMPUR: Penantian para peneroka Rancangan Revolusi Hijau selama 17 tahun untuk menerima rumah berakhir apabila diberikan sijil kelayakan hak milik.

Tambah manis apabila sijil terbabit diserahkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Galeri EcoWorld, Ijok, hari ini.

Ketua penduduk, Omar Basha, menyifatkan ia sebagai peristiwa istimewa apabila penantian 17 tahun itu terlaksana.

“Perasaan gembira menyelubungi hati saya hari ini apabila impian untuk memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai jua melalui sokongan kerajaan negeri," katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berharap syarikat yang diberikan kepercayaan itu dapat menyiapkan rumah dalam tempoh yang ditetapkan.

“Apa yang menyedihkan lebih 100 penduduk sudah meninggal dunia dalam menanti rumah impian mereka.

“Saya juga meminta peneroka yang menerima rumah ini menjaga aset mereka dengan baik kerana bukan mudah memilikinya masa kini,” katanya yang mengucapkan berterima kasih kepada semua pihak kerana menerima permintaan penduduk.

Sementara itu, Miskam Sulaiman, 70, berharap dapat merasai tinggal di rumahnya sendiri sebelum ajal tiba.

“Sudah terlalu lama kami tunggu untuk rumah ini. Saya harap kali ini tidak tertangguh lagi," ujarnya.

Menurut beliau, ramai kawan-kawan terpaksa menyewa dan kembali ke kampung.

“Harapnya, dengan pemaju yang mempunyai rekod baik ini, rumah kami siap,” katanya.

Sumber HD - 3-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































Jelajah Infratani: Selangor kongsi input dasar pertanian

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42384-jelajah-infratani-selangor-kongsi-input-dasar-pertanian

KUALA LUMPUR: Prospek pertanian Negeri Selangor didedahkan secara terus kepada masyarakat menerusi penganjuran Program Karnival Jelajah Infratani.

Program di bawah gerak kerja Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib itu dilaksanakan secara berperingkat ke seluruh negeri, lapor SelangorKini.

“Program ini bukan sekadar menjurus kepada program pertanian, namun pengunjung juga turut diberi penerangan terhadap kemudahan dan infrastruktur lain.

“Selain itu, tujuannya sebagai platform kepada rakyat untuk bertemu seluruh agensi kerajaan dan bertanya sebarang maklumat dan aduan kepada agensi terlibat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Karnival Jelajah Infratani Peringkat Dun Kuang, hari ini.

Berapa agensi kerajaan terlibat sepanjang karnival berlangsung antaranya, Jabatan Pertanian Negeri, Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Pusat Wanita Berdaya (PWB), Perbadanan Kemajuan Pertanian dan banyak lagi.

Pameran dan program penerangan turut disediakan sepanjang karnival yang diharap mampu memberi pendedahan kepada umum.

Dalam perkembangan itu, Zaidy turut menyampaikan bantuan Skim Mesra Usia Emas peringkat Dun Kuang kepada 20 penerima.

Skim Mesra Usia Emas merupakan sebahagian daripada Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bertujuan memastikan masyarakat berpendapatan rendah dibantu.

Sumber HD - 3-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































Hartanah: Polisi baru Selangor lebih rendah dari negeri BN

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42359-hartanah-polisi-baru-selangor-lebih-rendah-dari-negeri-bn

Saya menasihatkan seorang Ahli Parlimen BN yang lantang mengecam polisi baru kerajaan negeri yang melibatkan pangsapuri perkhidmatan (service apartments), SOHO (small office home office) dan SOVO (small office versatile office) agar mendapat semua maklumat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Jika tidak beliau akan dilihat sebagai hanya berminat bermain politik dan bukan bersungguh-sungguh untuk membela nasib kaum Bumiputera.

Polisi yang baru diumumkan kerajaan negeri Selangor melibatkan hartanah yang dibina di atas tanah berstatus perniagaan.

Sebelum ini harga jualan hartanah tersebut seperti SOHO dan SOVO melebihi RM450,000.

Tetapi menurut polisi baru, pemaju-pemaju diwajibkan membina unit-unit mampu milik di antara RM230,000 hingga RM270,000.

Oleh yang demikian, polisi yang baru ini telah mewujudkan unit-unit yang jauh lebih murah yang mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.

Sebab kenapa diskaun tambahan untuk Bumiputera tidak diberikan adalah kerana perbezaan yang besar di antara harga unit mampu milik dan bukan mampu milik.

Tambahan pula harga asal unit-unit mampu milik yang dipersetujui ketika rundingan dengan para pemaju adalah lebih tinggi. Tetapi kerajaan negeri menetap harga yang lebih rendah agar semua pembeli mendapat diskaun.

Saya tidak faham mengapa polisi ini menindas kaum Bumiputera seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen tersebut. Polisi yang baru ini menawarkan mereka unit-unit yang lebih murah dari unit-unit biasa. Perbezaan sehingga RM270,000.

Selangor adalah negeri yang pertama mewujudkan polisi sedemikian. Tidak ada negeri BN yang telah meluluskan polisi sedemikian. Kaum Bumiputera masih perlu membeli unit-unit biasa kerana tidak ada unit-unit mampu milik seperti di Selangor. Oleh itu kaum Bumiputera di negeri-negeri BN yang tertindas. Kerajaan negeri-negeri BN yang patut beliau kecam bukan kerajaan negeri Selangor.

Ingin ditegaskan di sini polisi ini adalah berbeza dari polisi Rumah Selangorku yang dibina di atas tanah berstatus kediaman.

Harganya masih di antara RM42,000 hingga RM250,000 walaupun kerajaan Persekutuan membenarkan rumah mampu milik sehingga RM300,000.

Sasaran hartanah di bawah polisi baru ini adalah berbeza dari sasaran bagi Rumah Selangorku maka sebab itu harganya lebih tinggi dari Rumah Selangorku.

Apa guna adanya diskaun Buniputera jika harga satu unit hartanah adalah RM500,000 dan tidak mampu dibeli oleh kaum Bumiputera walaupun setelah diberi 10 peratus diskaun?

Lebih baik tidak ada diskaun tetapi harganya di antara RM230,000 hingga RM270,000 yang mampu dimiliki oleh kaum Bumiputera.

Kuota Bumiputera bagi setiap projek masih dikekalkan untuk memastikan peratusan pemilikan Bumiputera tidak terhakis.

Saya harap Ahli Parlimen tersebut dapat belajar semula apa itu pangsapuri perkhidmatan, SOHO, SOVO, polisi Rumah Selangorku dan Kanun Tanah Negara sebelum membuka mulut atau kejahilan beliau akan terserlah.

DATUK ISKANDAR A SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor.

Sumber HD - 1-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































Henti kerja EKVE pastikan penduduk selamat

HARAKAHDAILY | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42328-henti-kerja-ekve-pastikan-penduduk-selamat

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor memandang serius berhubung insiden runtuhan tembok longkang di Taska Q-Dees, Taman Kelab Ukay Gombak pada 22 Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata notis berhenti kerja diberikan kepada kontraktor susulan kegagalan penyelenggaraan di kawasan pembinaan itu.

“Kerajaan negeri mengarahkan kerja pelebaran Sungai Klang diberhentikan serta merta.

“Fokus kepada kerja pengukuhan tebing dan penyelenggaraan runtuhan tembok perlu dijalankan serta memastikan pergerakan tanah yang berlaku di Taska Q-dees dapat diatasi,” katanya dipetik SelangorKini.

Difahamkan, pergerakan tanah berlaku di kawasan berkenaan disebabkan Projek East Klang Valley Expressway (EKVE) melibatkan kerja pelebaran Sungai Klang.

Zaidy berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati kontraktor EKVE sedang giat melaksanakan kerja pengukuhan tebing termasuk sebanyak 50 dari 150 cerucuk keping 'sheet piles' telahpun dipasang.

“Kerja pelebaran sungai mengakibatkan kerosakan struktur tembok longkang merupakan persempadanan di antara Taska Q-dees dengan rizab sungai (kawasan tapak kerja),” katanya lagi.

Komited memastikan keselamatan penduduk setempat terjamin, beliau berkata, jawatankuasa khas juga ditubuhkan bagi memastikan kontraktor mematuhi syarat ditetapkan.

“Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantau Pembinaan Lebuh Raya sentiasa memantau secara dekat semua kerja pembinaan lebuh raya di Selangor agar pemaju mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, laporan MPAJ mendapati kejadian runtuhan tembok longkang berlaku disebabkan kegagalan EKVE menahan tanah semasa kerja pengorekan bagi tujuan kerja pemasangan L-shape di Sungai Klang.

Sumber HD - 30-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































































Negeri industri: Tanah jadi cabaran sektor pertanian

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42307-negeri-industri-tanah-jadi-cabaran-sektor-pertanian

KUALA LUMPUR: Pelan Induk Pembangunan Pertanian jangka panjang dilaksanakan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri Selangor menangani kekurangan kawasan pertanian baru.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abd Talib berkata, kaedah tersebut diwujudkan ekoran rungutan petani membabitkan beberapa faktor yang menghalang pertumbuhan hasil pertanian negeri.

“Sebagai negeri perindustrian dengan mempunyai jumlah penduduk tinggi, ia memberi cabaran sektor pertanian kerana isu tanah menjadi faktor paling utama.

“Namun dengan pelan ini, kita berharap ia merangkumi aspek penggunaan tanah optimum dan mampu menjana hasil tani tinggi melalui penggunaan teknologi dan konsep pertanian moden,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata dalam kenyataannya sempena penganjuran Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi (ASAS) di Shah Alam, kelmarin.

Dalam perkembangan itu, Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi merupakan lanjutan kepada pelaksanaan Program Agrogerms 2015.

Seramai 26 peserta dipilih dari kelompok pertama petani muda yang berpotensi dan mempunyai pengalaman untuk membantu meningkatkan hasil pertanian negeri.

Program berkenaan juga merupakan sebahagian daripada insiatif kerajaan negeri merancakkan lagi prospek pertanian negeri melibatkan golongan generasi muda.

Sumber HD - 29-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































Tiba masa fikir pendidikan berasaskan Islam penting

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42306-tiba-masa-fikir-pendidikan-berasaskan-islam-penting

KUALA LUMPUR: Tunjang pendidikan Islam diperkukuh ke arah pembangunan ummah lebih efisien seiring tuntutan dunia dan akhirat, kata Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor itu berkata, ketetapan itu diambil sebagai jaminan penyatuan ummah merangkumi aspek pendidikan di seluruh negeri.

“Sudah tiba masanya kita memikirkan bagaimana pendidikan itu sebagai perkara sangat penting terutamanya pendidikan berasaskan Islam.

“Di samping kita tidak mengenepikan ilmu akademik yang dianggap sebagai teras dan keperluan kerana terbukti ketika kegemilangan zaman ilmuwan dan pemikir Islam,” katanya dipetik SelangorKini.

Menurutnya, fokus pengajian berteraskan pendidikan Islam tidak sewajarnya dipinggirkan, seiring tumpuan terhadap pembangunan akademik duniawi.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sijangkang (SRITIS) di pekarangan Masjid Jamiul Ehsani, semalam.

Sebelumnya, pembinaan SRITIS merupakan inisiatif badan bukan kerajaan untuk membangunan sebuah institut pendidikan berteraskan pembangunan keagamaan.

Pembinaannya mencecah RM500,000 bagi fasa pertama dengan kos pembinaan dibuat menerusi hasil sumbangan orang awam dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam perkembangan itu, Yunus berkata pembinaan madrasah baru itu menjadi pemangkin ke arah melahirkan pelajar yang mampu menguasai ilmu agama dan akademik.

Sumber HD - 29-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































Selangor optimis perkasa aliran pendidikan agama

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/42295-selangor-optimis-perkasa-aliran-pendidikan-agama

KUALA LUMPUR: Selangor optimis untuk terus menjana skop pendidikan negeri 2017 merangkumi aspek pembangunan madrasah integrasi tahfiz.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, jaminan tersebut bakal dizahirkan menerusi pembentangan Belanjawan 2017.

Katanya, untuk tempoh itu memang sudah ada persediaan bajet kerana sebelumnya, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ada maklumkan sejumlah peruntukan untuk pembangunan negeri 2017.

“Saya kira perkara ini juga tentu sekali melibatkan aspek pembangunan sekolah integrasi tahfiz seluruh negeri,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sijangkang di pekarangan Masjid Jamiul Ehsani, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2016 lalu, sejumlah RM6 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan pendidikan aliran agama merangkumi prospek pendidikan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat.

Sementara RM2 juta lagi diperuntukkan bagi Program Pendidikan Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat akan menjadikan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Sumber HD - 28-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


















































































Selangor kekal penyumbang tertinggi KDNK negara

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42296-selangor-kekal-penyumbang-tertinggi-kdnk-negara

KUALA LUMPUR: Sumbangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sektor pertanian Selangor mencatatkan purata 1.7 peratus bersamaan RM2.8 bilion sejak 2008 hingga 2013.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, jumlah itu termasuk pengeluaran sektor komoditi seperti getah dan kelapa sawit.

Beliau berkata, kedua-duanya merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada keseluruhan kawasan tanaman di negeri itu, lapor SelangorKini.

“Selangor juga menyumbang sekitar 5.2 peratus dari segi KDNK kepada negara berbanding Sabah yang menyumbang 17.8 peratus,” katanya ketika merasmikan majlis penutup Kursus Teknologi Tanaman Fertigasi di sebuah hotel di Shah Alam, kelmarin.

Katanya, Selangor kekal sebagai penyumbang tertinggi KDNK negara dengan sumbangan 24 peratus.

“Jumlah berkenaan termasuk sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan lain-lain,” ujarnya.

Sumber HD - 28-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Exco DAP Selangor Nafi Mahu Jatuhkan Azmi
Posted on Sunday, August 21 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31430



Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Khim menafikan mahu menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggunakan isu Paya Indah Wetlands.

Sebaliknya, Teng yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan Negeri Selangor mengakui Abdul Razak Ismail adalah salah seorang kakitangannya.
Kata Teng, usul Razak mahukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) menyiasat isu Paya Indah Wetlands itu adalah tidak ada kena mengena dengan pejabatnya.
“Saya kena tanya (Razak), saya tak tahu ni. Saya langsung tak tahu apa yang berlaku,” katanya kepada Antarapos.
Video : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=mX7cpHfpsM8

Semalam, Razak melalui posting laman Facebooknya mendakwa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) membuat kesilapan semasa meluluskan pengezonan semula lot tanah 68054 milik Paya Indah Wetlands.
Jelas beliau, kesilapan MMKN adalah terlepas pandang bahawa lot tanah tersebut adalah sebahagian daripada milik Paya Indah Wetlands.
Beliau meminta SELCAT memanggil sidang khas bagi membincangkan ‘kesilapan’ itu.
Dakwaan Razak itu dikecam oleh beberapa pihak yang melihatnya sebagai serangan terhadap kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali.
Razak adalah bekas Ketua Cabang PKR Pasir Salak yang keluar parti untuk masuk DAP pada Jun 2015 dengan alasan PKR sebuah parti yang tidak terutus dan mempunyai polisi bercanggah.
Di samping itu, Razak juga mengkritik pentadbiran Azmin yang didakwanya mengamalkan pembaziran.
Selanjutnya sila baca “Ketua Cabang PKR Pasir Salak Keluar Parti” dan “Otai Reformasi Sokong PAN Bertanding PRK PRK Sungai Besar & Kuala Kangsar

Video : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=L_kSBRIXnfM

Sumber TKO - 21-8-2016


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Hak milik tanah: Terkenang diketawakan pada era BN

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                              http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42183-hak-milik-tanah-terkenang-diketawakan-pada-era-bn                                                                                                                       KUALA LUMPUR: Penerima hak milik tanah di Kampung Batu 23, Sungai Nibong terharu apabila akhirnya diberi hak milik tanah yang didiami mereka selepas berusaha selama berpuluh tahun untuk mendapatkannya.

Penduduk asal kampung terbabit, Jamal Dasuki, berkata lebih terharu lagi apabila beliau pernah diketawakan pemimpin Barisan Nasional (BN), Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) selepas beliau membangkitkan isu hak milik tanah pada majlis yang dihadiri Menteri Besar ketika itu, Dr Khir Toyo.

“Masa itu diperintah oleh Menteri Besar Dr Khir Toyo. Dia pernah datang sini pada masa itu. Tok Sidang dan AJKKK pun ada pada masa itu, semua ada.

“Saya bercakap di dewan pada masa itu, dia orang ketawakan saya macam seolah-olah saya tak percaya. Kemudian, kali kedua saya suarakan, pun saya diketawakan.

“Cuma disebut, arwah Tok Sidang tu kata tanah kelompok ini satu geran dan dipegang oleh AJKKK Kampung ini. Saya pun rasa kecewalah. Itu di zaman pemerintah BN,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Penyerahan Notis 5A kepada penduduk Desa Kasih, Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Sabak Bernam, baru-baru ini.

Majlis yang diadakan pada 11 Ogos lalu itu melibatkan 31 penerima yang turut merupakan penduduk asal kampung sama.

Jamal yang berusia lingkungan 70-an itu bersyukur kerana diberi hak milik tanah yang didiami sejak berpuluh tahun lalu.

“Peristiwa diketawakan itu semasa pemerintahan BN. Kita ini dari zaman arwah atuk saya memang orang sebelah ‘itulah’, bukan yang sekarang sebab kita masa masa tu tak tahu tetapi tak apalah, kita bersyukur nampaknya orang sekarang inilah dibuka pintu hatinya dan dihormati,” katanya lagi.

Zainuddin Samingan, 56, pula berkata perasaannya sangat gembira kerana penantiannya selama lebih 20 tahun akhirnya berakhir.

“Syukur kerana inilah penantian selama 20 tahun dan syarat yang diberi juga tak membebankan, boleh diterima,” katanya.

Sementara itu, Noryatimah Sanury, 57, pula memberitahu beliau pernah memohon hak milik tanah semasa era BN tetapi ditolak mentah-mentah.

“Saya mula tinggal di sini sejak 1974. Sebelum ini pernah memohon tetapi tidak dapat, jadi perasaan tu memang gembira kerana dah lama menanti baru sekarang dapat,” katanya.



















































































Sumber HD - 17-8-2016                                                                                                                              -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor sudah laksana skim sewa beli, pusat ‘ketinggalan’

HARAKAHDAILY | .
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42162-selangor-sudah-laksana-skim-sewa-beli-pusat-ketinggalan                                                                                                                                                                                                                                                                                                   KUALA LUMPUR: Skim sewa beli tanpa deposit dilaksanakan Kerajaan Pusat disifatkan sebagai ‘ketinggalan’ ekoran sistem seumpama itu sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor sejak 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata Selangor menawarkan skim sewa beli DanaSel tanpa memerlukan deposit dan membantu pembeli yang gagal mendapat pinjaman bank.

“Tindakan Kerajaan Pusat ini ketinggalan. Ini menunjukkan Selangor sentiasa peneraju kepada negeri lain dalam melaksanakan apa jua tindakan,” katanya dipetik SelangorKini.

Menerusi DanaSel, ujarnya kerajaan negeri akan membeli rumah yang hendak dibeli dan disewakan sementara mereka layak mendapat pinjaman bank untuk membeli rumah berkenaan.

Beliau menambah, akhirnya kerajaan negeri akan menjual rumah itu dengan harga jualan yang telah ditolak sebahagian dari sewa yang telah dibayar.

Iskandar berkata, kerajaan negeri turut memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk melaksanakan skim itu.

Setakat ini, seramai 118 peneroka bandar di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam dan 116 peneroka di Kampung Batu 8, Hulu Kelang ditawarkan skim terbabit.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara akan dilaksanakan secara sistem sewa beli tanpa bayaran deposit.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber    HD - 15-8-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------   






















































































'Nampaknya menteri baru ini bawa budaya berbeza'

HARAKAHDAILY | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42133-nampaknya-menteri-baru-ini-bawa-budaya-berbeza                                                                                                                                                                                                                                                                                                           KUALA LUMPUR: Selangor kesal dengan sikap salah seorang menteri persekutuan yang baru dilantik kerana seakan mahu melancarkan perang terhadap kerajaan negeri berbanding pendekatan berbincang menyelesaikan masalah rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata keadaan itu sangat berbeza ketika portfolio sama disandang individu sebelumnya.

“Kerajaan negeri boleh bincang, tiada masalah tetapi apa yang saya lihat mereka guna sikap sebagai orang politik, masuk televisyen hentam kita dan difahamkan pada Isnin minggu lalu seolah-olah media kerajaan diarahkan turun ke Lembah Subang untuk mencari apakah silap atau kekurangan di situ.

“Kita terbuka dalam hal ini tetapi kena datang dengan berjiwa besar antara Kerajaan Persekutuan dan negeri berbincang masalah rakyat, bukan bercerita seolah-olah nak rampas Selangor.

“Menteri dahulu, Datuk Rahman Dahlan juga pernah datang berjumpa Menteri Besar dalam isu Akta 757. Saya dan Kassim Aziz beberapa kali berjumpa dengan Timbalan Menteri Perumahan, Datuk Halimah Mohd Sadique tetapi nampaknya menteri baru ini bawa budaya berbeza bukan untuk berbincang tetapi berperang,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian kepada media ketika menghadiri Majlis Makan Tengahari Bersama Penerima Skim Dana-Sel di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam, semalam.

Mengulas isu sama, Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail pula berkata, menteri berkenaan seharusnya memiliki jiwa besar untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan menggunakan pendekatan ‘G to G’.

“Mereka sepatutnya mengambil pendekatan ‘G to G’ (kerajaan dengan kerajaan). Janganlah fikir kita datang daripada parti politik berbeza.

“Rasanya kalau di Rimba Jaya ini kalau kami nak ungkit, ini adalah peninggalan era Barisan Nasional tetapi kita tak pandang isu ini dana bila dah jadi kerajaan kita pandang ke hadapan untuk menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai pendekatan," katanya.                                                                                                                                                                                                                        Sumber  HD  - 11-8-2016                                                                                                                          ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  






















































































Google Map: Palestin ‘hilang’, umat Islam digesa bersatu

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                           http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42128-google-map-palestin-hilang-umat-islam-digesa-bersatu                                                                                                                                                                                                                                                                                                     KUALA LUMPUR: Dengan serangan terhadap Islam semakin nyata, umat Islam digesa bersatu bagi mematikan cubaan berterusan musuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tanpa kesepaduan dalam kalangan umat, negara-negara Islam dikhuatiri ‘tenggelam’ begitu sahaja.

“Kalau sebuah negara yang begitu besar pun akhirnya hilang dari Google Maps, ini boleh jadi realiti dan memerlukan perhatian kita.

“Ia bukan isu Palestin semata-mata, bukan mengenai Malaysia tetapi menyentuh Islam secara keseluruhannya,” katanya dipetik Selangor Kini.

Pada 25 Julai lalu, Barisan Wartawan Palestin melancarkan bantahan terhadap Google yang didakwa sengaja ‘membuang’ nama Palestin di Google Maps.

Semenjak itu, sentimen terhadap isu berkenaan meningkat di seluruh dunia dengan hashtag ‘PalestinIsHere’ juga menjadi trending sejak semalam di media sosial.

Google dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun mendakwa Palestin tidak pernah disertakan dalam pemetaan Google Maps.

“Namun, kami mengesan ‘bug’ (kesilapan) atau pepijat dalam Google Maps, dengan label ‘Tebing Barat’ dan ‘Gaza’.

“Kami sedang berusaha segera untuk mengembalikan label di kawasan itu,” kata Google.                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 10-8-2016                                                                                                                           -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Skim Dana-Sel: Peneroka bandar miliki rumah sendiri

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                                    http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42129-peneroka-bandar-miliki-rumah-sendiri-dengan-skim-dana-sel                                                                                                                                                                                                                                                                                     KUALA LUMPUR: Seramai 118 peneroka bandar di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam boleh menarik nafas lega apabila hasrat memiliki kediaman sendiri tercapai menerusi tawaran Skim Sewa Milik Kerajaan Selangor (Skim Dana-Sel).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, skim itu dilaksanakan selepas kerajaan negeri mendapati sesetengah golongan tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Memetik laporan Selangor Kini, beliau berkata, ia ekoran mereka disenarai hitam institusi kewangan dan berpendapatan rendah.

“Mereka ini adalah peneroka Kampung Rimba Jaya yang hendak dipindahkan di sini tetapi tidak dapat pinjaman bank ekoran pendapatan rendah, tiada dokumen lengkap dan disenarai hitam.

“Harga asal rumah ini RM42,000 tetapi kerajaan negeri tawar subsidi RM7,000 menjadikan harga jualan RM35,000 sahaja,” katanya pada Majlis Makan Tengahari Bersama Penerima Skim Dana-Sel di Pangsapuri Rimba Jaya, hari ini.

Pada masa sama, Iskandar berkata, skim itu menawarkan pelbagai kelebihan ekoran tiada deposit dikenakan.

Katanya, penyewa juga bakal memiliki rumah terbabit dalam tempoh 20 hingga 25 tahun selepas bayaran sewa selesai.

“Skim ini akan diperluaskan di kawasan lain bagi membolehkan lebih ramai golongan sama memiliki kediaman sendiri,” katanya.                                                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 10-8-2016                                  
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor rangka pelan induk pertanian, lonjak hasil negeri

HARAKAHDAILY | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42101-selangor-rangka-pelan-induk-pertanian-lonjak-hasil-negeri                                                                                                                                                                                                                                                                                   KUALA LUMPUR: Selangor giat merangka pelan induk pertanian untuk tempoh 10 tahun ke arah inisiatif pembangunan pertanian jangka panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, pelan tersebut merangkumi inisiatif meningkatkan hasil pengeluaran pertanian negeri.

“Secara dasarnya pelan induk ini menggariskan beberapa perkara yang perlu dilihat dan dikaji terutama sekali usaha meningkatkan hasil pertanian.

“Ini termasuklah hasil pertanian untuk makanan sayuran-sayuran, ternakan lembu, ayam pedaging dan akuakultur,” katanya dipetik SelangorKini.

Sebelum ini, Selangor menjadi penyumbang tertinggi KDNKK dalam negara, 5.2 peratus daripada pengeluaran tertinggi daripada hasil pengeluaran pertanian.

Perolehan tersebut sekali gus mendorong pentadbiran Menteri Besar meluluskan peruntukan sebanyak RM31.6 juta untuk program pembangunan pertanian.

Zaidy berkata, peruntukan tersebut menjurus kepada inisiatif galakan pertanian moden bersesuaian tema Belanjawan 2016, Smart Selangor.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah melaksanakan Program Agro Generasi Muda (Agrogems) kepada golongan belia berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Inisiatif tersebut diwujudkan katanya sebagai komitmen kerajaan negeri membantu golongan muda untuk terlibat secara langsung dalam bidang pertanian negeri.                                                                                                                                                                                                                                      Sumber HD - 8-9-8-2016                                                                                                                                                                                                
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Kerajaan pusat digesa tidak salah guna Poca, Pota

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42076-kerajaan-pusat-digesa-tidak-salah-guna-poca-pota                                                                                                                                                                                                                                                                                                      ISLAM diturunkan oleh Allah SWT bertujuan untuk memelihara kehidupan manusia agar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Allah SWT meletakkan tanggungjawab kepada pemerintah untuk memelihara keamanan dan kedaulatan negara serta rakyatnya daripada diganggu-gugat oleh sebarang anasir yang melampau dengan mewujudkan dan menguatkuasakan apa jua peraturan dan undang-undang yang bersesuaian.

Walau bagaimanapun, di dalam memelihara keamanan dan kedaulatan sebuah negara, Islam tidak membenarkan ianya dilakukan dengan cara yang melampaui batas sehingga membawa kepada kezaliman, mengenepikan prinsip-prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖوَلَايَجْرِمَنَّكُمْشَنَآنُقَوْمٍعَلَىٰأَلَّاتَعْدِلُواۚاعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖوَاتَّقُوااللَّهَۚإِنَّاللَّهَخَبِيرٌبِمَاتَعْمَلُونَ
(Al-Maidah : 8)

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

Justeru apa jua peraturan ataupun undang-undang yang ingin dikuatkuasakan oleh sesebuah kerajaan mestilah selari dengan prinsip hukum Syara’ yang bersandarkan nas Al-Quran dan As-Sunnah.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat telah meluluskan dua akta iaitu Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Keganasan  2015 (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA) dan telahpun diwarta dan dikuatkuasakan. Ia dikatakan bertujuan untuk mencegah sebarang bentuk keganasan dan menjamin agar negara sentiasa berada dalam aman dan selamat.

“....Kerajaan Negeri terpaksa akur dengan akta-akta tersebut
 dalam menangani isu militan seperti IS dan DAESH buat masa ini...”

Akta ini bercanggah dengan hukum Syara berasaskan hujah-hujah seperti berikut:
1.Kaedah Hukum Syara :    أن الأصل براءة الذمة
Hukum Asal Seseorang Itu Adalah Bebas Daripada Tuduhan/Kesalahan

Di dalam prinsip perundangan Islam, seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah melainkan setelah pihak yang mendakwa dapat mengemukakan dengan bukti-bukti  yang nyata bahawa ia benar-benar melakukan kesalahan. Oleh itu, orang yang dituduh hendaklah diberikan haknya untuk membela diri dan tidak boleh ditahan tanpa asas.

2.Pembuktian Mesti Dikemukakan Oleh Pihak Yang Mendakwa
Sabda Rasulullah SAW :

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَـا ؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لَادَّعَى رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ ، وَلَكِنِ الْبَيِّنَةُ عَلَـى الْـمُدَّعِيْ ، وَالْيَمِيْنُ عَلَـى مَنْ أَنْكَرَ
Dari Ibnu ‘Abbas RA bahwa Rasûlullâh SAW bersabda : “Seandainya setiap orang dibiarkan dengan dakwaan/ tuduhan mereka, nescaya akan ada orang-orang yang akan mendakwa (menuduh/ menuntut) harta dan darah suatu kaum. Namun, orang yang mendakwa/ menuduh mesti mendatangkan bukti. Manakala orang yang didakwa mesti bersumpah (menafikan dakwaan).”

POTA dan POCA dianggap bercanggah dengan prinsip hukum Syara’, prinsip keadilan dan kebebasan hak asasi manusia kerana menafikan hak seseorang yang ditahan untuk mendapatkan pembelaan. Akta ini juga dianggap kebal kerana tindakan pihak berkuasa berdasarkan akta ini tidak boleh dicabar di mahkamah. Hakim atau Majistret hanya sekadar meluluskan permohonan Polis untuk mereman yang tertuduh setelah pegawai polis mengemukakan pernyataan bertulis bahawa polis mempunyai sebab untuk mengesyaki tertuduh terlibat dengan kegiatan keganasan. Ia adalah sebuah penahanan tanpa perbicaraan dan dianggap hanya mengulangi kezaliman ISA yang telah dimansuhkan.

3.Kaedah Hukum Syara’: Tersilap Membebaskan Orang Yang Bersalah Adalah Lebih Baik Daripada Menghukum Orang Yang Tidak Bersalah

Sabda Rasuluillah SAW:
عن عائشة رضي الله عنها، أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم – قال : "ادرءوا الحدود
عن المسلمين ما استطعتمفإن وجدتم للمسلم مخرجاً فخلوا سبيلهفإن الإمام يخطئ في العفو
خير من أن يخطئ في العقوبة"

Maksudnya : Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Lepaskanlah orang-orang Islam daripada hukuman hudud seboleh mungkin. Jika kalian mempunyai jalan keluar untuk melepaskan seorang Muslim maka usahakanlah. Sesungguhnya seorang Imam yang tersilap dalam mengampunkan (orang yang bersalah) adalah lebih baik daripada tersilap menghukum orang yang tidak bersalah.

4.Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa 1948 (Universal Declaration of Human Rights)

Deklarasi tersebut yang telah bersidang di Palais de Chaillot, Paris menyatakan antaranya sebagaimana berikut :
Perkara 10.
Setiap orang adalah berhak dengan samarata sepenuhnya kepada pembicaraan adil dan terbuka oleh suatu tribunal bebas dan saksama, dalam penetapan hak-hak dan tanggungannya dan sebarang tuduhan jenayah terhadapnya.

Perkara 11.
1.Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.

2.Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan suatu kesalahan kesiksaan, di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika kesalahan keseksaan itu dilakukan.

Justeru sebarang penahanan tanpa bicara adalah dianggap suatu perkara yang sangat bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia yang telah dikeluarkan oleh PBB yang mana negara Malaysia adalah salah satu negara anggotanya.

Maka sebarang undang-undang ataupun akta yang ingin dilaksanakan oleh pemerintah mestilah menepati prinsip hukum Syara, prinsip keadilan dan prinsip hak asasi manusia agar ia benar-benar dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan negara serta tiada pihak yang teraniaya dan dizalimi.

DATUK DR. AHMAD YUNUS HAIRI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Negeri Selangor                                                      
02 Zulkaedah 1437 / 5 Ogos 2016 – HARAKAHDAILY 5/8/2016                                                                                                                                                                                                                             Sumber HD - 5-8-2016      
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Noh perlu bersikap negarawan bukan ketua cawangan                                                                  HARAKAHDAILY |      

.

                                            http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42064-noh-perlu-bersikap-negarawan-bukan-ketua-cawangan                                                                                                                                                    Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar perlu mengubah sikap kepada yang sepatutnya dimiliki oleh seorang Menteri Persekutuan.

Beliau perlu mengurangkan permainan politik tetapi memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk memberi pembelaan kepada rakyat.

Serangan beliau yang terkini terhadap Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak tepat dan menyembunyikan banyak fakta.

Menurut beliau Kerajaan Persekutuan akan mengambil alih Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor kerana ia telah gagal diuruskan dengan baik.

Katanya Kerajaan Persekutuan telah membina PPR dan tugas kerajaan negeri adalah untuk memungut sewa.

Ingin ditegaskan di sini bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor pada Mac 2008 kerajaan yang baru telah mewarisi PPR yang sarat dengan pelbagai masalah.

Peruntukan jutaan ringgit

Sejak 2008, lebih RM8 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk membaikpulih PPR-PPR tersebut.

Contohnya pada tahun 2011 dan 2012 sahaja, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM3.1 juta untuk membaikpulih serta menggantikan lif dan pam air di PPR Lembah Subang 1 dan PPR Kota Damansara.

Untuk tahun 2016 sahaja, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menanggung kos RM4.7 juta untuk penyelenggaraan PPR Lembah Subang 1 seperti kerja-kerja pembersihan awam, kutipan sampah dan penyelenggaraan elektrikal.

Kos-kos tersebut tidak termasuk peruntukan RM7.5 juta pada Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor 2015 bagi PPR sepertimana berikut:

1) PPR Kota Damansara  -RM5 juta
2) PPR Kg Baru Hicom - RM1.1 juta
3) PPR Serendah - RM1.4 juta

Penambahbaikan

Selain dari itu terdapat banyak penambahbaikan yang telah diperkenalkan di PPR.

2 PPR iaitu PPR Kota Damansara dan PPR Kg Baru Hicom kini diuruskan dengan lebih profesional oleh syarikat Kerajaan Negeri, Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB).

MBPJ juga turut memberi tumpuan kepada PPR Lembah Subang 1 selain dari membelanjakan wang yang banyak untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Oleh itu, menteri tersebut perlu mendapat gambaran yang sebenar dengan banyak melakukan turun padang.

Janji tidak ditepati

Kerajaan negeri turut bimbang jika segala janji-janji yang ditaburkan oleh menteri itu tidak akan ditepati.

Pada Januari 2015, Noh selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor telah mengumumkan peruntukan RM1.8 juta dari Kerajaan Persekutuan untuk membaikpulih kerosakan pendawaian elektrik dan jeriji penghadang di PPR Kota Damansara.

Tetapi kerajaan negeri yang telah melakukan kerja-kerja itu dan bukan Kerajaan Persekutuan. Peruntukan RM1.8 juta yang dijanjikan oleh Noh itu tidak kelihatan turun hingga ke hari ini.

Kerajaan Persekutuan perlu serius

Walau bagaimanapun perbincangan telah diadakan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengenai penyerahan PPR di Selangor.

Kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang halangan jika Kerajaan Persekutuan melalui satu SPV yang baru mahu mengambil alih PPR di Selangor.

2 PPR yang terlibat iaitu PPR Lembah Subang 1 dan PPR Serendah. Iaitu PPR yang terletak di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Tetapi adalah wajar Kerajaan Persekutuan mengembalikan kepada kerajaan negeri kos yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan untuk membaikpulih PPR-PPR tersebut. Dana tersebut akan dibelanjakan untuk kepentingan rakyat Selangor.

Kerajaan negeri juga berharap masalah yang membebani PPR Lembah Subang 2 yang dibina oleh kementerian tidak akan berulang.

PPR tersebut telah tidak dapat diduduki selama lebih 10 tahun kerana masalah-masalah itu.

Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan perlu serius jika mahu menguruskan PPR di Selangor. Jadikan pengalaman Lembah Subang 2 sebagai pengajaran.

Kerajaan negeri bersikap terbuka

Kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Ianya telah dilakukan bersama menteri sebelum ini dan Timbalan Menteri Datuk Halimah Sadique.

Kami mengalu-alukan satu hubungan yang harmoni dan profesional. Tetapi Menteri Perumahan mestilah bersikap seperti seorang negarawan dan bukan seperti seorang ketua cawangan.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
4 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 4/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 4-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                  
Selangor sedia serah PPR jika Putrajaya pulangkan RM8 juta
Posted on Thursday, August 04 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31238

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan hanya menyerahkan semula pengurusan dan penyelenggaraan bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri itu kepada kerajaan pusat dengan syarat mereka memulangkan semula RM8 juta yang dibelanjakan kerajaan negeri untuk membaik pulih PPR sejak 2008.
Exco Selangor yang bertanggungjawab ke atas hal-ehwal perumahan Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, bukan semua PPR yang diserahkan kepada kerajaan negeri berada dalam keadaan sempurna dan pihaknya membelanjakan wang yang banyak bagi membaik pulih projek itu.                                                      
“Kami bersedia menyerahkan semula (PPR) tapi bagi balik wang dibelanjakan untuk baik pulih. Kami membelanjakan RM8 juta, bagi balik RM8 juta kami itu, kami akan serahkan semula,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis jamuan Aidilfitri bersama penjawat awam dan Kontinjen Sukma Selangor di Dataran Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.                                      
Iskandar mengulas kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, yang dilapor berkata pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Selangor bagi memohon mengambil alih pengurusan dan penyelenggaran bangunan PPR di negeri itu.                                                                                                                                                                          
Noh berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada transformasi serta pendekatan baharu kementerian dalam pengurusan PPR selepas melihat kegagalan kerajaan negeri dalam menguruskan PPR di Lembah Subang 1.                                                                                                                                  

Iskandar berkata sewa yang dikutip daripada penghuni PPR juga tidak mencukupi untuk menampung kos membaik pulih dan mengurus PPR dan sebanyak RM3 juta dibelanjakan pada 2012 bagi membaiki lif dan pam air di kesemua PPR.                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber  TKO - 4-8-2016  
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Nak jadi hero lupakan saja, kata Iskandar kepada Noh

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                          http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42050-nak-jadi-hero-lupakan-saja-kata-iskandar-kepada-noh                                                                                                                                                                                                                                                                                              KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar diminta tidak berlagak ‘hero’ dalam isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ini kerana Kerajaan Negeri Selangor sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk membaik pulih PPR demi keselesaan rakyat ekoran kediaman itu tidak terurus sejak diambil alih daripada Barisan Nasional (BN).

“Saya tegaskan bahawa kerajaan negeri sudah membelanjakan hampir RM8 juta untuk membaik pulih PPR ini dan bukannya kita baiki PPR guna wang sewa.

“Wang sewaan tidak dapat menampung kos baik pulih penyelenggaraan,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri bersama penjawat awam di Shah Alam.

Baru-baru ini, Noh memberitahu pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Negeri bagi memohon mengambil alih pengurusan dan penyelenggaran bangunan PPR di Selangor.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, langkah terbabit kononnya sebahagian daripada transformasi serta pendekatan baharu kementerian dalam pengurusan PPR selepas melihat kegagalan kerajaan negeri dalam menguruskan PPR di Lembah Subang 1.

Mengulas lanjut, Iskandar menzahirkan rasa kesal di atas sikap Noh yang bermain politik dalam kebajikan rakyat.

“Nak jadi hero, lupakan saja.

“Kita boleh berbincang dengan menteri sebelum ini dan juga timbalan menteri. Tetapi nampaknya menteri sekarang ini lebih kepada politik 100 peratus. Jadi, beliau kena insaf,” katanya dipetik SelangorKini.

Dalam mesyuarat Jabatan Perumahan Negara tahun lalu, Kerajaan Persekutuan mencadangkan untuk mengambil alih pengurusan PPR seluruh Malaysia.

Iskandar berkata, kerajaan negeri bersedia untuk ‘memulangkan’ tetapi Kerajaan Persekutuan perlu mengembalikan wang dibelanjakan sebanyak RM8 juta sebelum ini.
“Kerajaan negeri banyak menanggung dan menyelesaikan masalah BN. Contohnya, projek perumahan terbengkalai dan program baik pulih rumah kos rendah yang menelan kos sebanyak RM33 juta,” katanya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber HD - 3-8-2016                                                                                                                                --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Agrogems galak generasi muda ceburi pertanian

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42046-agrogems-galak-generasi-muda-ceburi-pertanian                                                                                                                                                                                                                                                                                                   KUALA LUMPUR: Selangor mengalakkan pembabitan generasi muda menceburi bidang pertanian khususnya di kawasan bandar menerusi insiatif keberkesanan program Agro Generasi Muda Selangor (Agrogems).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, program tersebut membuka peluang kepada generasi muda untuk memulakan projek pertanian.

“Program ini bertujuan untuk mengenalpasti generasi muda yang memulakan projek pertanian seterusnya dibantu dari segi bantuan peralatan atau kursus latihan.

“Tujuannya untuk meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti produk pertanian yang diusahakan golongan ini.

“Manakala bagi yang belum memulakan projek pertanian, tetapi berminat mereka juga diberikan pendedahan menerusi program seminar dan kursus bersesuaian,” katanya dipetik SelangorKini.

Agro Generasi Muda Selangor (Agrogems) yang dilaksanakan sejak tahun lalu menerusi peruntukan sebanyak RM500,000 sebagai suntikan awal menjayakannya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri juga mewujudkan Program Ladang #SmartSelangor kepada masyarakat untuk mendapatkan kefahaman dalam konteks pertanian negeri.

“Program ini diwujudkan kepada semua golongan termasuk generasi muda yang berpengalaman, berpengetahuan dan beminat untuk menceburi bidang pertanian tetapi tiada tanah untuk dimajukan.
“Kerajaan negeri menetapkan sekurang-kurangnya 30% daripada keluasan kawasan pertanian dibuka kepada golongan generasi muda melalui program Agrogems,” katanya yang juga ADN Taman Templer.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 3-8-2016                                                                                                                                                                                            
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Projek rumah terbengkalai zaman BN diselamatkan

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42041-projek-rumah-terbengkalai-zaman-bn-diselamatkan                                                                                                                                                                                                                                                                                                   KUALA LUMPUR: Sebanyak 64 projek terbengkalai membabitkan 29,811 unit kediaman berjaya diselamatkan Kerajaan Negeri Selangor dari Mac 2008 hingga Jun 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata projek diselesaikan itu adalah masalah ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Katanya, kerajaan negeri juga tidak mengeluarkan hak milik baru untuk projek terbengkalai sehingga kini.

“Bagaimanapun, yang berlaku adalah pindah milik daripada pemilik asal kepada pemaju penyelamat sama ada dengan persetujuan pemilik tanah asal atau diputuskan mahkamah bagi kes pemaju asal digulungkan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan Tiew Way Keng (DAP-Teratai) pada persidangan DNS, semalam.

Pada masa sama, ujarnya kerajaan negeri melalui cadangan LPHS akan mengenakan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin.

Katanya, tindakan rampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 KTN dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun sama.

“Antara polisi kerajaan negeri bagi menjaga kepentingan pembeli rumah projek sakit ini ialah membantu pembeli menubuhkan jawatankuasa bertindak supaya tindakan diambil dapat diselaraskan dengan pihak berkuasa dan sekurang-kurangnya 85 peratus persetujuan daripada pembeli diperlukan.

“LPHS juga mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan bank menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau bank,” katanya.

Beliau berkata LPHS juga mengadakan perbincangan dengan pelikuidasi terbabit bagi mencari kaedah terbaik dalam memulihkan projek terbengkalai.

Tambahnya, ia membabitkan perbincangan antara pelidukasi bersama semua jabatan teknikal seperti Pejabat Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Syabas, TNB, IWK dan agensi berkaitan termasuk pihak bank bagi tujuan mempercepatkan pemulihan projek disamping mengenakan syarat minimum.                                                                                                                                                                               Sumber  HD - 3-8-2016               
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor tidak sokong guna POTA, POCA tangani militan

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                             http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42038-selangor-tidak-sokong-guna-pota-poca-tangani-militan                                                                                                                                                                                                                                                                                                KUALA LUMPUR: Selangor menafikan dakwaan menyokong penggunaan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, keadilan seharusnya dicapai menerusi perbicaraan.

Memetik laporan SelangorKini, beliau berkata prinsip itu ternyata tidak terpakai dalam POTA dan POCA.

“Pendirian kerajaan negeri jelas tidak menyokong penggunaan POTA dan POCA untuk menangani militan.

“Kita tidak mahu akta sebegini digunakan secara umum untuk tujuan politik dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di Lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Terdahulu, beberapa akhbar arus perdana melaporkan kerajaan negeri menyokong POTA dan POCA dengan memetik jawapan Ahmad Yunus di DNS, semalam.

Ahmad Yunus berkata, kenyataannya yang menjawab soalan daripada beberapa Ahli Dewan Negeri (ADN) secara bersekali mungkin disalah tafsir media.

“Terdapat juga perkongsian di media sosial berhubung jawapan di DNS yang menyelitkan perkataan ‘sokong’ tetapi itu tidak menjadi prinsip kerajaan negeri.
“Mungkin saya terlepas pandang jawapan dihantar kepada DNS tetapi jelas saya katakan prinsip keadilan melalui perbicaraan harus ada,” jelasnya.                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber HD - 2-8-2016                                
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Bantuan kewangan, latihan untuk belia minat pertanian

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42033-bantuan-kewangan-latihan-untuk-belia-minat-pertanian                                                                                                                                                                                                                                                                                               KUALA LUMPUR: Belia yang berminat menjadikan pertanian sebagai kerjaya berpeluang menerima bantuan kewangan tidak melebihi RM30,000.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, bantuan itu diberikan dalam bentuk peralatan bagi mereka yang sudah memulakan projek, lapor SelangorKini.

“Kita mahu membantu mereka meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil projek diceburi,” katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berhubung galakan kepada belia untuk menceburi bidang pertanian.

Zaidy berkata, tiga program utama turut diwujudkan bagi tujuan galakan termasuk Program Agro Generasi Muda (AGROGEMS), Program Ladang #SmartSelangor dan Kebun Komuniti.

“Bagi mereka yang belum memulakan projek pertanian, kita juga anjurkan seminar dan kursus latihan.

“Antaranya, Program Kursus Tanaman Berkonsepkan Fertigasi, Penternakan Kambing dan Ayam Pedaging, Penternakan Ikan Air Masin dan Tawar dan Penternakan Lebah Kelulut,” katanya.                                                                                                                                                                               Sumber HD - 2-8-2016      

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































LPHS mohon BNM longgar syarat pinjaman rumah

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42030-lphs-mohon-bnm-longgar-syarat-pinjaman-rumah                                                                                                                                                                                                                                                                                                      KUALA LUMPUR: Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) membuat permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melonggarkan syarat senarai hitam peminjam perumahan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata hal itu kerana lebih separuh daripada peminjam perumahan ditolak permohonan selepas disenarai hitam oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya, ia menjadi masalah kepada sesiapa yang ingin membeli rumah, terutamanya membabitkan projek rumah mampu milik, Rumah Selangorku.

“Sekiranya dalam satu projek, 60 peratus daripada mereka memohon pinjaman ditolak, daripada 60 peratus tersebut, separuh disenaraihitamkan sebab pinjaman PTPTN.

"Dalam mesyuarat jawatan kuasa tetap, kita hendak mencadangkan supaya (senarai hitam PTPTN) jangan dimasukkan di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS),” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Xavier Jayakumar (PKR-Andalas) pada persidangan DNS yang ingin tahu adakah kerajaan negeri sudah berbincang dengan pihak Bank Negara mengenai masalah pinjaman perumahan yang tidak diluluskan.

Tambah beliau, pihaknya akan mencadangkan kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengenai tindakan perlu dilakukan kepada pemaju ingkar membina Rumah Selangorku walaupun sudah diberi kelulusan.

Katanya, terdapat 14 projek diluluskan di bawah insentif pembinaan Rumah Selangorku merangkumi 20,008 unit kediaman di mana satu projek telah siap dibina, 11 projek masih dalam pembinaan dan dua lagi projek belum dibina.                                                                                                                                                                                                                                                           Sumber HD - 2-8-2016             

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Ancaman IS perlu perhatian ketat Persekutuan

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                             http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42022-ancaman-is-perlu-perhatian-ketat-persekutuan                                                                                                                                                                                                                                                                                                          KUALA LUMPUR: Ancaman militan Islamic State (IS) memerlukan penguatkuasaan dan perhatian ketat di peringkat Kerajaan Persekutuan kerana melibatkan keselamatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa  dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata kerajaan negeri bagaimanapun tetap mengambil langkah tertentu menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

“Kita memandang serius isu ini dan sebab itu usaha untuk memperkukuhkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta membanteras ajaran sesat terus ditingkatkan," katanya semasa menjawab soalan lisan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) pada persidangan DNS, hari ini.

Kerajaan negeri juga, jelasnya mengeluarkan fatwa pada Februari lalu bagi mengharamkan kumpulan militan itu.

Beliau berkata, konsep jihad sebenar turut diperjelas menerusi siri khutbah Jumaat di seluruh negeri bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Kita juga jelaskan mengenai fatwa termasuk fatwa pengharaman kumpulan militan ini di masjid dan surau seluruh Selangor.
“Kita harap usaha ini dapat meningkatkan kesedaran seterusnya mengelak rakyat daripada kegiatan itu,” katanya dipetik SelangorKini.                                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber HD - 1-8-2016                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































RM5 juta jayakan Projek Tebatan Banjir Sungai Balak

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                             http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42021-rm5-juta-jayakan-projek-tebatan-banjir-sungai-balak                                                                                                                                                                                                                                                                                                  KUALA LUMPUR: Sejumlah RM5 juta diperuntukkan bagi menjayakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Balak di Kajang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata tender projek daripada peruntukan caruman parit itu dijangka mula diiklan pada Ogos ini, lapor SelangorKini.

“Kita juga giat menaiktaraf Sungai Jernih dengan kerja awalan cuci gali sungai sudah dijalankan pada Januari dan Februari lalu," katanya menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada persidangan DNS, hari ini.

Katanya, kejadian banjir baru-baru ini disebabkan paras air Sungai Langat yang tinggi serta Projek Pembinaan Depo – MRT Kajang masih dalam pelaksanaan.

“Struktur tapak pembinaan Depo Kajang tinggi dari paras Sungai Jernih,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, Wan Azizah bertanyakan cadangan menaiktaraf sungai di sekitar Kajang seperti Sungai Langat, Sungai Merbau, Sungai Balak dan Sungai Jernih yang sering melimpah akibat hujan lebat.

Zaidy berkata, Sungai Langat juga dalam proses naik taraf di bawah projek Kerajaan Persekutuan dengan kos RM1.7 juta.
“Dua sebut harga kini dalam pelaksanaan manakala tiga lagi sebut harga dalam proses penyediaan,” katanya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber HD - 1-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                              ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Agensi pelaksana projek jangan ketepikan ADN

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                       http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42017-agensi-pelaksana-projek-jangan-ketepikan-adn                                                                                                                                                                                                                                                                                                             KUALA LUMPUR: Agensi pelaksana di Selangor diingatkan supaya tidak mengetepikan pandangan Ahli Dewan Negeri (ADN) sebelum melaksanakan sesuatu projek di kawasan mereka.

Menurut ADN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, ia berikutan ADN lebih mengetahui aspirasi masyarakat dan kemudahan yang perlu diutamakan di kawasan masing-masing, lapor SelangorKini.

“Bermakna moral yang disebutkan di sini, kita boleh adakan rizab yang besar tetapi perlaksanaannya kena rujuk kepada ADN. Kalau tidak masalah takkan selesai,” katanya pada sesi perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, ADN juga tidak dimaklumkan status beberapa projek melibatkan kemudahan masyarakat setempat selain projek yang tidak bertepatan dengan masalah sebenar.

Antara projek yang dimaksudkan adalah Stadium Mini Paya Jaras, Pasar Bertingkat Paya Jaras dan jejantas lintasan kaki di Jalan Kuala Selangor yang menghubungkan TSB Commercial Centre.

“Bayangkan, bagaimana nak melintas di jalan utama empat lorong. Saya pernah lihat di depan mata seorang pejalan kaki meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan,” katanya yang juga Setiausaha PAS negeri.                                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber HD - 1-8-2016                   

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Tahniah Selangor juara Sukma 2016

HARAKAHDAILY | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42013-tahniah-selangor-juara-sukma-2016                                                                                                                                                                                 Sukma 2016 telah menutup tirainya semalam dengan majlis gilang gemilang di Stadium Sarawak. DACS Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh atlet Selangor yang telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga bergelar juara keseluruhan bagi Sukan Malaysia (Sukma) kali ke-18 di Sarawak.
Selangor muncul juara buat kali kesembilan sejak temasya mula dianjurkan pada tahun 1986 dengan kutipan 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa tahun ini sekaligus menewaskan kontingen tuan rumah Sarawak di tempat kedua dan Terengganu tempat ketiga manakala Wilayah Persekutuan, juara dua tahun lalu di tempat keempat.

Pungutan keseluruhan atlet Selangor di Sukma kali ini sebanyak 195 pingat. Terima kasih kepada barisan jurulatih dan pihak pengurusan yang berjaya membimbing para atlet sehingga berjaya.

Semoga kejayaan ini terus membakar semangat para atlet Selangor untuk terus berjaya di masa hadapan dan seterusnya mempertahankan kejuaraan pada edisi kali ke-19 nanti, insyaallah.

Islam amat menyukai penganutnya yang berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan.

Jumpa di Sukma Perak 2018.

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Dewan Pemuda PAS Selangor                                                                                                                                                                                      Sumber HD - 1-8-2016                                                                                                                            -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------            

Bilik kuliah Masjid Shah Alam terbakar
Posted on Friday, July 29 @ 18:58:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                               

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31184

SHAH ALAM - Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di sini dilaporkan terbakar kira-kira setengah jam selepas jemaah selesai menunaikan Solat Jumaat di situ, petang tadi.
Jurucakap bomba berkata, insiden berlaku berpunca daripada sebuah bilik kuliah di tingkat bawah masjid terbabit.                                                                                                                                        
"Hanya bilik kuliah berkeluasan 6x9 meter terbakar 100 peratus.                                                                

  "Tiada kemalangan jiwa dan api berjaya dikawal pada jam 2.47 petang," katanya.
                                                                                                                                             Sumber TKO - 29-7-2016                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































9 kelopak bunga tanjung, lambang identiti Selangor

HARAKAHDAILY | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41996-9-kelopak-bunga-tanjung-lambang-identiti-selangor                                                                                                                                                                                                                                                                                 KUALA LUMPUR: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri (PADAT) giat mendapatkan hak esklusif sembilan kelopak Bunga Tanjung mewakili identiti daerah di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata keperluan tersebut sebagai simbolik kepada identiti negeri, lapor SelangorKini.

“Pihak perbadanan sedang berusaha mendapatkan hak esklusif corak Bunga Tanjung sembilan kelopak melalui permohonan kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

“Inisiatif ini dijalankan supaya simbol perlambangan ini dapat diaplikasi dalam produk kraftangan selain fabrik dan tekstil dalam membentuk identiti Selangor,” katanya pada sidang media ‘Tekat Gubah Bunga Tanjung Terpanjang’ di Muzium Sultan Alam Shah, hari ini.

Bunga Tanjung merupakan bunga rasmi negeri yang digunakan sejak zaman Kesultanan Selangor dan menjadi identiti rasmi golongan istana dan bangsawan sejak dulu.

Bagaimanapun, simbolik kepada pengunaan tersebut semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya golongan muda ekoran pengaruh budaya luar khususnya.

Yunus berkata, identiti asal negeri sewajarnya diterapkan dalam kalangan muda menerusi pelbagai insiatif jangka panjang bagi memartabatkan industri warisan dan kesenian negeri.

“Untuk mencari sembilan kelopak bunga tanjung ketika ini agak sukar dan atas faktor itulah identiti ini perlu dikekalkan sebagai elemen keseniaan negeri.

“Justeru kita mengharapkan identiti warisan keseniaan Selangor menjadi nadi kepada simbolik warisan negeri dan tidak hanyut ditelan kemajuan zaman teknologi kini,” katanya.                                                                                                                                                       Sumber HD - 28-7-2016                                                                                   
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selangor tangguh roboh rumah atas tanah rizab






















































































HARAKAHDAILY | .

                                              http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41902-selangor-tangguh-roboh-rumah-atas-tanah-rizab                                                                                                                           KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan menangguhkan operasi pengosongan kawasan dan tindakan perobohan binaan di atas tanah rizab Sungai Kedondong untuk tempoh tiga bulan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata keputusan itu dibuat selaras bantahan dibangkitkan penduduk.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang mempertimbang sebarang tindakan lanjut ekoran kedudukan kediaman penduduk berdekatan dengan projek tebatan banjir di bawah seliaanya.

“Operasi ditangguhkan selama tiga bulan bagi semakan semula jumlah yang terlibat,” katanya dipetik Selangor Kini.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri optimis mencari jalan terbaik bagi memastikan aspek kebajikan penduduk terus menjadi keutamaan demi keaejahteraan bersama.

Ini termasuklah inisiatif menyediakan ruang kerjasama bersama Exco Perumahan, Datuk Iskandar Abdul Samad untuk sebarang tindakan lanjut.

“Kerajaan negeri melalui Exco, Datuk Iskandar Abdul Samad juga akan meneliti dan mencari jalan terbaik untuk membantu rakyat yang terlibat jika ada perobohan dibuat,” katanya.

Sebelum itu, Zaidy mengadakan lawatan mengejut di kawasan tapak berkenaan ekoran bantahan penduduk susulan tindakan syarikat kontraktor merobohkan kediaman mereka di atas tanah projek tebatan banjir.

Projek tebatan banjir sebelum ini diwujudkan bagi menyelesaikan masalah banjir dan takungan air di seluruh Selangor.

Antara kawasan projek tebatan banjir termasuklah di sekitar luar perbandaran Shah Alam membabitkan kawasan luar bandar di Hulu Selangor, Sabak Bernam, Klang dan Kuala Selangor.                                                                                                                                                                                                                                                                                              Sumber HD - 20-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                       --------------------------------------------------------------------------------------------------------------                        
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30622


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak 1.5 bulan gaji kepada seluruh penjawat awam negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembayaran akan mula dibuat pada 1 Julai 2016.

"Pembayaran bantuan khas tersebut melibatkan seramai 17, 528 orang penjawat awam seluruh Selangor dengan peruntukan sebanyak RM45.6 juta," katanya ketika Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, hari ini.

Selain itu, bagi meringankan beban tanggungan di samping menghargai perkhidmatan penjawat awam, dua insentif lain turut diumumkan.

"Kerajaan negeri setuju beri dua kenaikan gaji tahun ini iaitu kenaikan biasa dan kenaikan khas yang melibatkan sebanyak RM6.83 juta bagi satu kenaikan.

"Bayaran imbuhan tetap perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah sebanyak RM180 turut dinaikkan hingga RM300 melibatkan peruntukan sebanyak RM11.2 juta," katanya.


- Sinar Harian

Sumber TKO - 20-6-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Nelayan Sungai Besar perlu pembelaan sewajarnya

NUR HASMIRA MOHAMAD | .


SUNGAI BESAR: Kemelut yang melanda nelayan kecil di Parlimen Sungai Besar tidak akan selesai sehingga kerajaan Persekutuan memperkasakan penguatkuasaannya melalui agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), demikian kata Exco Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib

Jelas beliau selepas sesi sidang media bersama calon PAS, PRK P093 Sungai Besar, Dr Abdul Rani turut berkata, pendapatan nelayan-nelayan kecil tradisional di Sungai Besar terjejas kerana kerajaan gagal mengawal kemasukan bot-bot penunda ke kawasan perairan zon A sehingga memaksa segelintir nelayan tradisional ini mengambil inisiatif lain dengan melakukan kesalahan seperti memotong tali pukat tunda bot besar yang menyebabkan nelayan kecil ini ditangkap dan direman.

Ujarnya, zon A adalah dikhususkan untuk nelayan yang memiliki sampan sahaja manakala zon B dan C adalah terbuka untuk nelayan yang mempunyai bot-bot besar serta lengkap dengan pelbagai alatan yang berat dan besar.

"Nelayan di zon B  dan C ini, mereka masuk ke kawasan A dan pukat tunda ini dia rapat sampai ke pasir dan tangkap habis ikan-ikan besar dan kecil sehingga menyebabkan nelayan-nelayan tradisional kita ini terjejas pendapatannya," katanya.

Beliau yang telah turun ke perkampungan nelayan untuk menyelidiki isu berbangkit nelayan berkata para nelayan kecil yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu meminta agar kerajaan boleh membantu mereka dengan mengawal kemasukan bot-bot penunda ke zon A bagi membenarkan mereka mencari rezeki.

"Sepatutnya APMM kena ambil tindakan. Sebab itu kita lihat kerajaan Umno-BN tidak betul-betul mengambil berat tentang permasalahan nelayan ini

Sekarang ini apa yang boleh kita buat ialah, kita hanya boleh bagi bantuan-bantuan peralatan, seperti bot, sampan, jaket dan pukat. Itu sahaja. Yang lebih penting ialah hasil itu. Kalau kita beri semua sekalipun kalau ikan tidak ada, tak juga selesaikan masalah," katanya kepada Harakah selepas sidang media bersama calon PAS, PRK P093, Sungai Besar bertempat di Markas PAS Induk, Simpang Lima, Sungai Besar. – HARAKAHDAILY 16/6/2016

Sumber HD - 16-6-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Projek talian elektrik: Selangor tubuh JK pemantau
























































































HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Selangor menubuhkan kumpulan jawatankuasa pemantau bagi memastikan isu pembinaan Projek Penghantaran Talian Elektrik 275/132 Taman Cheras Hartamas ke PMU Mahkota Cheras mengikut piawaian ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata ketetapan itu diambil agar tidak timbul sebarang pertikaian antara penduduk dan pihak berkuasa berhubung pembinaan projek berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri memastikan TNB sentiasa mematuhi peraturan dan piawaian digariskan mengikut peruntukan Seksyen 15 Akta Bekalan Elektrik 1990 khususnya berkaitan dengan jarak dan kelebaran Right of Way (ROW).

“Kerajaan negeri mendapatkan ulasan MPAJ dan MPKj berkenaan laluan masuk (projek) tersebut serta memastikan TNB mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk jaminan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, penduduk juga mempertikaikan isu pemasangan paip air Syabas di berhampiran rentis talian TNB yang memungkinkan paip air mengalirkan caj elektrik.

Justeru, jelas beliau kerajaan negeri mengambil maklum perkara ini dan proses penerangan kepada wakil penduduk dijalankan untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Pihak kerajaan akan memberikan ulasan kepada penduduk berkaitan jajaran penghantaran talian elektrik diluluskan dan juga cadangan balas pihak penduduk,” katanya lagi.

Pada 26 Mei lalu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer itu turun padang bagi meninjau permasalahan dibangkitkan penduduk di kawasan.

Hadir sama, ADN Teratai, Tiew Way Keng, Pegawai MPAJ, MPKj, Ahli Majlis, wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan wakil Persatuan Penduduk Taman Cheras Hartamas.

Sumber HD - 31-5-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hayati kehidupan Almarhum Tok Guru elak pembaziran

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Keperibadian Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat wajar dijadikan contoh dalam mengelak gejala pembaziran dalam kehidupan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Amirudin Shari, berkata bekas Menteri Besar Kelantan itu amat cermat menggunakan keperluan asas seperti air dan elektrik.

“Jika beliau meninggalkan pejabat, lampu segera dipadam. Amalan itu kini menjadi ikutan dalam kalangan anggota pentadbiran di pejabat SUK terutama pada jam 1 petang ketika ramai keluar untuk makan tengah hari.

“Ketika mengambil wuduk, Almarhum menadah air di tangan, kemudian pili air dimatikan dan dibuka semula untuk bahagian lain dan seterusnya,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Ibu dan Ihya Ramadan peringkat Dun Batu Caves dan Parlimen Gombak, hari ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Caves menggesa kaum wanita dan ibu memainkan peranan memastikan tiada pembaziran di rumah.

“Selaras dengan program kerajaan negeri Jom Jimat Air, saya harap kaum ibu di sini lebih peka.

“Jangan ada sampai terlupa menutup pili air dan membiarkan pembaziran sedangkan air adalah sumber penting yang seharusnya dijaga dengan baik,” katanya

Sumber HD - 30-5-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor alu-alukan tubuh institusi pengajian Al-Quran
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengalu-alukan penubuhan institusi pengajian Islam terutama pengajian dan pembelajaran Al-Quran.

Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Shafie Ngah, berkata kesungguhan itu juga diterjemah menerusi peruntukan khusus kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam Belanjawan 2016, lapor Selangor Kini.

“Kita menyedari permintaan rakyat Selangor terhadap maahad tahfiz peringkat sekolah menengah begitu tinggi sehingga tidak dapat ditampung buat masa ini.

“Maka, sasaran kerajaan negeri dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mendirikan sekurang-kurangnya satu maahad integrasi tahfiz di setiap daerah,” katanya yang juga Adun Bangi di hadapan lebih 600 hadirin.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Ekspo Pendidikan Al-Quran dan Hari Anugerah Al-Baghdadi 2016 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, hari ini.

Hadir sama, Pengasas Al-Baghdadi, Jalaluddin Hassanuddin, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Dr Jamil Adimin dan Penolong Setiausaha Agung Kehormat PerkimERKIM, Datuk Hasbullah Lee.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2016, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan peruntukan RM52 juta bagi pembinaan dua Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) di Pandan dan Bagan Lalang.

Pada masa sama, sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi menaik taraf kemudahan Maahad Tahfiz Integrasi Sains ‘Darul Turoth’ di Bagan Terap.

Sumber HD - 28-5-2016                                                                                                               -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                 

Program insentif, jimat air dapat RM5,000

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Program insentif bagi pangsapuri kos rendah sempena Kempen Jimat Air Negeri Selangor 2016 dilancarkan bagi menggalakkan rakyat khususnya penduduk pangsapuri menyahut seruan kerajaan negeri menjimatkan air.

Program itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad bertempat di Pangsapuri PPR Hicom, Seksyen 26, Shah Alam.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa peka dengan senario pembaziran air yang sering kali berlaku terutama di negeri itu.

Tambah beliau, kempen itu bertujuan memberi kesedaran dan galakan masyarakat terutama penduduk di pangsapuri kos rendah supaya lebih peka dan mengambil bahagian menjimatkan air.

“Insentif ini dikaji lagi untuk ditambah nilainya. Dua kali ganda nilai daripada sekarang pun tidak mengapa,” kata beliau dipetik Selangor Kini.

Pangsapuri yang mendapat penurunan peratusan tertinggi bakal menerima RM5,000 manakala kedua tertinggi mendapat RM3,500 diikuti RM2,500 di tempat ketiga manakala RM1,000 diberikan sebagai hadiah saguhati.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Gotong-Royong Perdana di pangsapuri itu bertujuan mewujudkan persekitaran sihat penduduk.

Menurut beliau, persekitaran kotor itu berpunca sikap segelintir penduduk tidak bertanggungjawab membuang sampah menyebabkan persekitaran kotor dan mengundang jangkitan penyakit seperti denggi, malaria, kencing tikus dan sebagainya.

“Walaupun statistik menunjukkan penurunan jangkitan denggi di Selangor, kita perlu memberi perhatian serius memastikan ia dibanteras,” kata beliau.

Beliau berharap program itu memupuk sikap kerjasama masyarakat bukan hanya dalam isu keselematan tetapi juga soal kebersihan.

“Program ini harus dijadikan permulaan penduduk meneruskan program gotong-royong di masa akan datang,” kata beliau.

Sumber HD - 21-5-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Mitigasi banjir di bandar Kajang

HARAKAHDAILY | .

KEJADIAN banjir kilat telah berlaku di Pekan Kajang pada 7, 8 dan 11 Mei 2016 baru-baru ini di Pasar Kajang dan kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun kawasan sekitar Sungai Jeluh yang telah dilebarkan tidak mengalami banjir khususnya kawasan Metro Kajang dan sekitarnya.

Antara punca banjir adalah di sebabkan:

i. Hujan turun dengan kadar luar biasa iaitu 128 mm pada 7 Mei 2016, 88 mm pada 8 Mei 2016 dan 111 mm pada 11 Mei 2016, sebelum ini dengan kelebatan 60 mm sahaja sudah menyebabkan banjir di Bandar Kajang tetapi tidak lagi sekarang setelah pelebaran Sungai Jeluh.

ii. Projek pelebaran sungai Jeluh belum siap sepenuhnya iaitu 85 peratus dengan berbaki 100 meter masih belum siap iaitu kawasan Pasar Kajang yang mengalami banjir.

iii. Punca utama banjir kali ini disebabkan oleh Jambatan Jalan Bukit yang rendah dengan kabel utiliti termasuk paip air yang merentasi sungai di bawah jambatan ini. Juga laluan pejalan kaki di sebelah jambatan ini yang telah mendap disebabkan hakisan sungai di bawah jambatan.

Kerajaan Negeri Selangor yakin akan dapat menyelesaikan permasalahan banjir di Bandar Kajang berasaskan kepada tindakan yang telah dan akan diambil seperti berikut:

i. Projek Pelebaran Sungai Jeluh dari 8 meter kepada 12 meter dan meningkatkan ketinggian Flood Wall sebanyak 1.5 meter dengan kos projek sebanyak RM4.9 juta akan siap dalam masa 3 bulan lagi.

ii. Jambatan Jalan Bukit akan di naikkan Soffit Level selaras dengan ketinggian Flood Wall dengan kadar segera. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi RMK11 untuk menaiktaraf jambatan di sepanjang Sungai Jeluh. Tempoh masa pembangunan untuk menaik taraf jambatan ini adalah selama 6 bulan.

Kerajaan Negeri Selangor amat komitted dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

ZAIDY ABDUL TALIB
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 17/5/2016

Sumber HD - 17-5-2016                                                                                                               ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                         

2 projek terbaru LRA mampu penuhi permintaan air

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Projek pembinaan dua Loji Rawatan Air (LRA) di Semenyih 2 dan Labohan Dagang bakal membantu menambah kapasiti air mentah kerana peningkatan permintaan lebih tiga peratus setiap tahun di Lembah Klang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata setiap LRA baru ini mampu membekalkan air pada kapasiti 100 juta liter sehari, lapor Selangor Kini.

“Penganugerahan tander bagi LRA Semenyih 2 sudah dibuat dan (pemaju) akan mula masuk tapak bagi memulakan pembinaan.

LRA air“Kita rasa bersyukur projek ini berjalan mengikut jadual dan ia dijangka siap sepenuhnya pada 19 Disember 2017,” katanya selepas melawat Stesen Pam Air Jenderam Hilir, Dengkil.

Beliau berkata, meskipun Selangor mempunyai kapasiti air baik namun pembinaan dua LRA menerusi inisiatif kerajaan negeri bagi memenuhi permintaan pengguna terutama ketika berdepan ketidaktentuan cuaca semasa.

LRA Semenyih 2 yang bakal dibina dengan kos RM200 juta bagi memenuhi permintaan pengguna di sekitar Kuala Langat sementara LRA Labohan Dagang dibina sekitar RM500 juta untuk pengguna di Kuala Langat.

“Permintaan air kita semakin tinggi dengan adanya ia mampu menampung meningkatkan rizab air terawat tanpa terlalu bergantung kepada LRA Langat 2 yang kita masih menanti operasinya,” katanya.

Projek LRA Labohan Dagang dalam proses tender dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2018.

Sumber HD - 16-5-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Mangsa jatuh lubang pembetung di PJ meninggal dunia

Posted on Monday, May 16 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




PETALING JAYA: Bekas pengetua Methodist Boy School Kuala Lumpur, Yong Chee Seng yang terjunam jatuh ke dalam lubang pembentung yang dalam proses pembinaan kira-kira dua minggu lalu, meninggal dunia semalam.

Menurut laporan media sebelum ini, Yong dan seorang lagi mangsa bersama-sama Toyota Vios yang dinaiki mereka ditemui jatuh ke dalam lubang sedalam 12 meter itu pada 3 Mei lalu.

Kemalangan itu terjadi di Jalan Universiti, berhampiran Seksyen 17 Petaling Jaya.

Menurut laporan, saksi kejadian seorang jurutera, Pram Velauthan Gopal berkata, kemalangan itu terjadi ekoran kontraktor menggunakan penghadang jalan plastik dan bukannya konkrit di sekeliling lubang itu.

“Jika penghadang konkrit digunakan, ia tidak akan teralih dalam senario itu,” katanya lagi.

Sumber TKO - 16-5-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir: K'jaan Selangor salur RM134 juta kepada JPS

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor komited melaksanakan beberapa pelan bertindak menghadapi banjir kilat yang dilihat sedang dan akan berlaku di beberapa kawasan 'hotspot'.

Terdapat 83 kawasan Hotspot Banjir yang serius telah dikenalpasti daripada jumlah keseluruhan sebanyak 171 kawasan  yang dilaporkan pada tahun 2015.

Untuk tahun 2016 pula, terdapat 37 kawasan hotspot banjir yang serius daripada 40 kawasan hotspot yang dilaporkan berlaku sehingga kini.

Melihat kepada situasi ini, menurut Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Kerajaan Negeri Zaidy Abdul Talib, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM134 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menangani masalah banjir kilat.

Yang mana katanya, sejumlah RM60 juta diperuntukkan bagi tujuan pembangunan tebatan banjir daripada peruntukan pembangunan JPS manakala RM74 juta pula daripada peruntukan Caruman Parit bagi menaiktaraf sistem saliran dan kolam takungan.

Jelasnya, dengan peningkatan belanjawan pembangunan keseluruhan untuk JPS daripada RM47 juta pada tahun 2015 kepada RM80 juta pada tahun ini iaitu peningkatan  70.21 peratus, ia jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri amat serius untuk menangani masalah banjir kilat yang melanda negeri ini.

"Antara langkah proaktif yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri adalah dengan melantik sebanyak 84 syarikat perunding dan jurukur kejuruteraan yang telah pun menerima watikah lantikan bulan Mac lepas bagi Program Pembangunan Tebatan Banjir.

"Pelantikan ini bertujuan untuk penyediaan rekabentuk terperinci dan kerja ukur bagi keperluan 43 projek baru tebatan banjir yang akan mula dilaksanakan seawal pertengahan tahun ini," katanya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, anggaran keseluruhan kos pelaksanaan projek tebatan banjir ini adalah sebanyak RM399 juta yang merangkumi 43 projek baru di seluruh negeri Selangor.

Terdapat 37 projek sambungan tebatan banjir sedang dilaksanakan dengan anggaran kos keseluruhan RM121 juta yang melibatkan 13 kawasan hotspot banjir yang serius.

Selain itu, antara langkah yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah banjir kilat ini juga adalah dengan menjalankan sebanyak 16 operasi Ops Lumpur yang membabitkan 16 buah projek pembangunan yang sedang di dalam kerja tanah pada tahun 2015.

"Manakala pada tahun 2016 ini pula kerajaan negeri optimis untuk menjalankan sebanyak 58 operasi Ops Lumpur ini bagi memastikan kepatuhan pihak pemaju agar mengikut syarat pelan kerja tanah yang telah ditetapkan," jelas beliau. – HARAKAHDAILY 11/5/2016

Sumber HD - 11-5-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































HORAS 600 antara strategi Selangor hadapi El-Nino
























































































HARAKAHDAILY | .


Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor masih mampu berdepan dengan masalah musim kemarau yang melampau berikutan kesan fenomena El-Nino yang telah melanda negara.

Walaupun pada ketika ini ada negeri lain yang terpaksa mencatu air tetapi Selangor masih mampu membekalkan sumber air mentah dan sehingga hari ini paras empangan utama masih di tahap yang baik melebihi 60%.

Antara faktor terbesar Selangor berjaya mengekalkan paras empangan ini adalah disebabkan adanya aktiviti Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) khususnya dari kolam HORAS 600 dan kolam takungan sekitarnya.

Di lembangan Sungai Selangor, HORAS 600 dan kolam takungan sekitar berjaya menghasilkan secara purata 800-1000  JLH. (Keupayaan kuantiti kolam ini dapat meminimumkan pelepasan air dari kedua-dua empangan iaitu di Empangan Sg Selangor dan Sungai Tinggi).

Pembangunan projek HORAS 600 dijalankan melalui beberapa pakej. Pakej 1 ialah pengorekkan kolam, pakej 2 ialah pengukuhan tebing dan pakej 3 ialah pembinaan rumah pam. Pakej 1 iaitu pengorekan kolam adalah pakej yang terpenting dan ianya pula di bahagikan kepada tiga fasa pengorekkan.

Fasa pertama telah siap 100% pada oktober 2015 sekaligus menjadi faktor terbesar dalam menangani fenomena el-nino dengan mengekalkan tahap takungan di empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi juga berjaya menampung keperluan air mentah untuk projek mitigasi 2 yang menyalurkan air terawat sebanyak 227JLH dari LRA SSP1, SSP3 dan Rasa ke daerah Kelang, Petaling dan Shah Alam.

Secara umumnya HORAS 600 telahpun berfungsi dan berperanan penting pada tika dan saat ini.

Fasa 2 pengorekan pula sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap pada akhir Jun 2016 serta disusuli dengan pakej pembinaan rumah pam yang dijangka siap pada Julai 2017.

Sementara itu fasa 3 pengorekan pula sedang berjalan dan dijangka siap pada disember 2017. Pakej 3 pengukuhan tebing sedang berjalan mengikut tahap kesediaan kolam.

Keseluruhan HORAS 600 akan siap sepenuhnya pada Disember 2017 dengan kapasiti pengeluaran melebihi 600 JLH.

HORAS 600 bukanlah sebuah loji rawatan air akan tetapi penyiapan HORAS 600 ini mampu dan telah pun mencapai objektif membekalkan air tambahan dan meningkatkan operasi loji SSP1, SSP3 dan Rasa seperti dirancangkan.

HORAS 600 yang dibina oleh kerajaan negeri ini juga adalah projek sulung berskala besar pertama di Malaysia iaitu projek perintis penakungan air mentah dari sumber air sungai yang telah menjadi contoh di negeri lain yang antaranya terpaksa mencatu air pada masa ini.

Dalam masa negeri lain sedang menghadapi kekurangan sumber air mentah dan paras empangan yang amat kritikal, Selangor berjaya membuktikan kepada negeri lain bahawa bekalan air mentah mencukupi dengan tiada catuan dibuat.

Perkembangan projek HORAS 600 telah dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan negeri. Begitu juga ianya sering dibangkitkan di dalam sidang dewan dan dijawab oleh pihak kerajaan negeri sekali gus mendapat liputan media yang hadir.

Tohmahan yang mengatakan projek HORAS 600 senyap tanpa khabar berita dan tidak berfungsi adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

ZAIDY ABDUL TALIB
Pengerusi Jawatankusa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 10/5/2016

Sumber HD - 10-5-2016                                                                                                               -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                  

Sambut baik lebuh raya rentasi Tanjong Karang

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Selangor menyambut baik cadangan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membina Lebuh raya Jajaran Pantai Barat melalui pekan Tanjong Karang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata langkah itu mampu mengelakkan kampung berhampiran terpecah dua jika projek itu merentasi kampung sekitar Tanjung Karang.

“Kita juga tidak mahu perniagaan di pekan itu mati jika berlaku ‘by pass’ dan langkah ini juga dapat mengelakkan tanah orang kampung diambil alih. Tetapi, yang penting perlu dirancang rapi supaya Pekan Tanjung Karang tidak mengalami kesesakan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Iskandar berkata, JKR masih belum membentangkan jajaran muktamad seperti dilaporkan Sinar Harian kepada kerajaan negeri sebelum diluluskan.

Sebelum ini, penduduk beberapa kampung sekitar Tanjong Karang membantah cadangan jajaran lebuh raya itu yang akan merentasi beberapa kampung di Tanjong Karang.

Keputusan membina lebuh raya merentasi kampung itu bukan sahaja menjejaskan flora dan fauna, bahkan turut menyebabkan beberapa kampung terpecah dua dan beberapa tanah penduduk di situ juga terpaksa diambil.

Sumber HD - 5-5-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Empangan susut tidak jejas bekalan air

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Penduduk di sekitar Lembah Klang dinasihatkan supaya tidak bimbang ekoran penyusutan empangan di sekitar Selangor sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Pengerusi Jaeaankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata hal itu kerana penyusutan air empangan membabitkan bekalan sumber air mentah dan tidak berkait secara langsung dengan air terawat.

“Memang secara harian Selangor membekalkan 4,800 juta liter air sehari kepada 7 juta pengguna ke Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

“Dengan rizab kecil dan penggunaan berlebihan waktu panas akan mengganggu bekalan dan tekanan air. Bagaimanapun, masih ada hujan setiap hari ketika ini.

“Kita mengharapkan supaya air masuk ke kawasan lembangan setidaknya ia akan menambah air sungai dan air empangan tidak perlu dikeluarkan secara maksimum,” katanya dipetik Selangor Kini.

Zaidy berkata, kerajaan negeri juga mengambil langkah mitigasi lain, antaranya operasi pengepaman air kolam (Opak), operasi pembenihan awan (Opa), penyaluran air dari Pahang dan penyaluran air antara lembangan.

“Ini semua untuk mengelakkan penggunaan air empangan secara maksimum,” katanya.

Setakat jam 8 pagi tadi, Empangan Sungai Selangor mencatatkan takungan sebanyak 61.89 peratus dengan taburan hujan 0.0 mm.

Manakala, empangan Batu (68.72 peratus) dengan kadar hujan 7.5 mm; Semenyih (67.57 peratus) dengan hujan 18.5 mm ; Langat (75.70 peratus) dengan hujan 0.0 mm dan Klang Gates (57.26 peratus) dengan hujan 0.0 mm.

Selain itu, Empangan Tasik Subang mencatatkan takungan sebanyak 83.76 peratus dengan kadar taburan hujan (12.0 mm); Kolam Takungan Sg. Labu (ORS) sebanyak 44.69 peratus dengan hujan (0.0 mm) dan Sungai Tinggi sebanyak 74.94 peratus dengan hujan 4.0 mm.

Sumber HD - 4-5-2016
--------------------------------------------------------------------------
Nyaris maut jatuh lubang pembetungan 12 meter


Posted on Tuesday, May 03 @ 19:22:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


PETALING JAYA - Seorang lelaki warga emas dan pembantu rumahnya nyaris maut apabila kereta dinaikinya terjunam ke dalam lubang projek pembentungan sedalam kira-kira 12 meter, di Damansara Damai Park, dekat sini, petang tadi.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang.

Mangsa yang menaiki kereta Toyota Vios dipercayai panik dikatakan telah melanggar kon penghadang sebelum jatuh ke dalam lubang sedalam kira-kira 12 meter.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara bergegas ke lokasi kejadian.

“Dengan bantuan kren daripada syarikat swasta berhampiran, mangsa berjaya dibawa naik dengan selamat.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya menaiki ambulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asistem Komisioner, Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian tersebut.


  Katanya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Sumber TKO - 3-5-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Empangan di Selangor catat penurunan 2-4 peratus
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Empangan Sungai Selangor terus mencatatkan penurunan sehingga 61.93 peratus berbanding 63.70 peratus pada Selasa lalu (26 April).

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), ia menurun sebanyak 1.77 peratus dengan taburan hujan 7.30 mm3, lapor Selangor Kini.

Sementara itu, Empangan Batu mencatatkan takungan 69.80 peratus, Semenyih (67.68 peratus) dan Langat (75.76 peratus).

Manakala empangan Tasik Subang mencatatkan takungan 83.76 peratus dan empangan Sungai Tinggi (75.17 peratus).

Selain itu, empangan Klang Gates pula mencatatkan 57.75 peratus dan Kolam Takungan Sungai Labu pula 46.60 peratus dicatatkan.

Rata-rata empangan itu menurun sebanyak dua hingga empat peratus sejak dua minggu lalu.

Sebelum ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri memantau paras air di empangan dan Sungai di Selangor hampir setiap jam.

Katanya, ia bagi memastikan bekalan air sentiasa cukup untuk seluruh penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata kerajaan negeri dalam usaha melakukan pelbagai inisiatif supaya masalah kekurangan air dialami sebelum ini tidak berulang.

Kerajaan Negeri juga yakin tiada catuan bekalan air sehingga hujung tahun ini berikutan rizab air positif dan beberapa langkah mitigasi awal diambil.

Sumber HD - 3-5-2016                                                                                                                   ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                     

Ekonomi Selangor terus kukuh, penyumbang utama KDNK

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Selangor terus berada di kedudukan kukuh dengan menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkembangan itu didorong hasil keberkesanan dan sumbangan seluruh tenaga kerja di negeri itu, lapor Selangor Kini.

“Alhamdulillah, Selangor masih lagi menjadi penyumbang utama KDNK negara sehingga ke hari ini.

“Selangor berjaya menyumbang kepada perolehan 1/4 (1 per 4) KDNK kebangsaan yang mana setiap ringgit iaitu RM0.25 adalah datang dari negeri Selangor.

“Saya tegaskan bahawa setiap sen yang ada di dalamnya merupakan hasil keringat dan kerja kuat semua golongan pekerja di dalam negeri Selangor itu sendiri,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Pekerja di pekarangan Wisma MTUC, Subang hari ini.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri terus menghargai sumbangan tenaga kerja Selangor dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negeri berada di landasan terbaik.

Sebelum ini, unjuran ekonomi negeri berkembang sekitar 5.0 hingga 5.5 peratus berbanding jangkaan 2015 iaitu pada 4.5 hingga 5.5 peratus.

Sektor perkhidmatan dan perindustrian antara penyumbang terbesar kepada kemajuan perkembangan ekonomi negeri.

Mohamed Azmin ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2016 sebelum ini berkata, pertumbuhan ekonomi Selangor naik sekitar 0.5 hingga 1.0 peratus itu disebabkan suasana ekonomi global yang getir.

Namun, beliau tidak menafikan krisis politik di Putrajaya boleh mempengaruhi perolehan keuntungan pelaburan ekonomi negeri.

“Negara hari ini bergelut dengan krisis politik dan kegawatan ekonomi berpunca daripada skandal kewangan 1MDB sekali gus menyababkan prestasi nilai ringgit berada dalam keadaan paling parah di Asean.

“Malapetaka kewangan negara turut melibatkan pelbagai skandal termasuk agenda menyemai prasangka perkauman sempit dan fahaman agama ekstrem yang secara keseluruhannya menghakis keyakinan pelabur,” katanya.

Sumber HD - 1-5-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Pelaksanaan maqasid syariah selaras titah sultan













































































































































































HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penganjuran Karnival Kampungku Kesayanganku (Karnival 3K) 2016 memberikan penekanan pelaksanaan maqasid syariah selaras dengan titah Sultan Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata penekanan konsep itu ditumpukan kepada penjawat awam kerana mereka bertindak selaku pelaksana dasar serta polisi dirangka kerajaan negeri, lapor Selangor KIni.

“Kebiasaan hari pertama saya akan bertemu dengan Pejabat Agama Daerah tetapi kali ini kita adakan himpunan Maqasid Syariah di peringkat penjawat awam,” katanya dipetik selepas pelancaran Karnival 3K peringkat Daerah Hulu Selangor, semalam.

Berlangsung meriah di Masjid Al-Ubudiah, Kerling, penganjuran kali keempat bagi tahun 2016 ini dihadiri penduduk setempat dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pelangi Hill Resort.

Ahmad Yunus berkata, Karnival 3K kali ini juga akan diserikan dengan Majlis Akad Nikah Perdana 13 pasangan yang membawa mesej bahawa konsep perkahwinan dalam Islam adalah mudah serta tidak membebankan.

Malam acara perasmian turut diisi Forum Perdana 3K dengan tajuk ‘Akidah Kukuh Perpaduan Teguh’ yang disampaikan Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM) Ustaz Dr Roslan Mohamed dan pendakwah bebas, Ustazah Asni Mansor sementara Ustaz Farouk Faisal Anuar bertindak selaku moderator.

Setakat ini, tiga daerah sudah diselusuri Karnival 3K adalah Sabak Bernam, Klang dan Sepang.


Sumber HD - 30-4-2016                                                                                                                 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                

Pesta Buku: Galeri Media tawar diskaun hebat

SALMIYAH HARUN | .


SERDANG: Anda ingin mendapatkan buku-buku keagamaan, motivasi, ilmiah dan kanak-kanak dengan potongan harga yang istimewa, para pembeli dan pembaca jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi booth Galeri Media Serbanika SB pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yang bermula hari ini.

Booth Galeri Media Serbanika beroperasi di A2109-2112 Dewan A2 (tingkat 2) menawarkan potongan sebanyak 30 peratus bagi semua jenis buku.

Para pengunjung juga berpeluang mendapat hadiah istimewa dengan pembelian melebihi RM200.

Menurut pegawai yang bertugas, Nurhafizah Ibrahim, mereka turut menerima baucer BB1M bagi pembelian mana-mana buku yang terdapat di booth mereka.

Katanya, bagi pemegang kad Istiqamah dinasihatkan membawa kad mereka bagi menambahkan jumlah mata terkumpul sepanjang pesta buku berlangsung.

"Selain dapat potongan harga, dalam masa yang sama pemegang kad ini dapat tambah mata ganjaran mereka.

"Para pembeli jangan lepaskan peluang ini, banyak buku yang kami sediakan pelbagai jenis dan peringkat, semua ada," katanya ketika ditemui.

Buat pertama kalinya Pesta Buku Antarabangsa di adakan di Malaysia Agro Exposition Park (Maeps), Serdang bermula hari ini hingga 9 Mei ini.

Para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan  bas ulang alik yang disediakan di komuter Serdang, LRT Bukit Jalil dan Putrajaya Sentral. – HARAKAHDAILY 29/4/2016

Sumber HD - 29-4-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tolong Robohkan Baki Highland Towers! – Penduduk

Posted on Saturday, April 23 @ 23:24:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Penduduk Taman Hillview dan Taman Sri Ukay, di sini mahu dua blok kondominium terbiar Highland Towers dirobohkan selepas ia menjadi sarang penjenayah dan penagih dadah.

Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay Hillview Datuk Siti Hendon Chik, yang mewakili lebih daripada 1,000 penghuni di kedua-dua taman perumahan itu berkata, penduduk sebulat suara mahukan dua blok 12 tingkat berkenaan dirobohkan selepas satu bloknya runtuh 23 tahun lepas.

Selagi bangunan kosong itu dibiarkan, ia menjadi lokasi terbaik untuk penjenayah dan penagih dadah bersembunyi, katanya.

Beliau turut memberi amaran penduduk akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik tanah kerana enggan merobohkan bangunan itu bagi memastikan keselamatan penghuni di situ berikutan terdapat kemungkinan masih ada penjenayah bersembunyi di sana.

“Tolong lakukan sesuatu…” rayunya ketika ditemui Bernama di kediamannya.

Kira-kira 23 tahun lepas, satu daripada tiga blok Highland Towers runtuh, dan penghuni dua blok lain dipindahkan dan dikosongkan sehingga kini dan telah menjadi persembunyian penjenayah dan penagih dadah.

Pada 12 April lalu, polis menembak mati tiga daripada enam penjenayah yang dipercayai perompak, dalam serbuan yang dilakukan di satu daripada blok kondominium itu.

Insiden itu menambahkan kebimbangan penduduk di kawasan sekitarnya.

Apa yang lebih meresahkan adalah tiga daripada penjenayah berkenaan berjaya meloloskan diri daripada serbuan itu.

Siti Hendon berkata insiden tembakan itu mencetuskan rasa takut dalam kalangan penduduk di situ.

Katanya, beliau juga hampir menjadi mangsa penjenayah apabila beberapa perompak cuba memasuki rumahnya dua tahun lepas.

“Mujur, pengawal keselamatan saya nampak dua lelaki sedang mengintai di beranda. Perompak itu kemudian melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Mohinder Singh, 78, yang rumahnya terletak hampir dengan pintu masuk utama ke kondominium berkenaan, turut bersependapat dengan Siti Hendon, dan meminta pemilik tanah berkenaan merobohkan baki dua blok tersebut.

Katanya, dua blok terbiar itu mendatangkan risiko keselamatan kepada penduduk berhampiran dan berharap pemilik tanah berkenaan dapat mengambil tindakan pantas untuk merobohkannya.

“Tempat itu adalah satu gangguan untuk kami kerana ia menarik perhatian penagih dadah dan perompak. Bagaimana kami boleh rasa selamat?

“Sudah 23 tahun sejak insiden itu (bangunan runtuh). Mereka mahu runtuhkan baki blok yang ada tapi sehingga ke hari ini, bangunan itu masih ada,” katanya.

Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Abd Hamid Hussain berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan bank yang memiliki tanah itu untuk membincangkan isu berkenaan.

Katanya mesyuarat dijangka diadakan minggu ini dan berharap dapat mencari penyelesaian yang memenuhi keperluan penduduk sekitar.

Ditanya sama ada MPAJ akan memaksa pemilik tanah merobohkan bangunan itu, Abd Hamid berkata ia tidak mungkin dilakukan kecuali ada bukti kukuh bangunan tersebut tidak selamat dan mungkin roboh.

Beliau meminta penduduk untuk bersabar sehingga pemilik tanah mencapai keputusan sama ada untuk merobohkan bangunan itu atau sebaliknya.

Usaha Bernama mendapatkan bank itu sejak Khamis lepas ternyata sia-sia.

Tinjauan Bernama di tapak lokasi mendapati orang ramai bebas menceroboh kawasan Highland Towers. Pagar hadapannya sudah rosak dan dipotong seakan menjadi pintu kecil untuk dilalui sesiapa sahaja.

Selain itu, bangunan di situ juga tidak mempunyai pagar, menjadikannya lebih mudah diceroboh terutama melalui kawasan hutan dan belukar.

Kira-kira 500 meter dari bangunan itu terdapat kawasan perumahan yang menjadikannya sasaran mudah oleh penjenayah yang bersembunyi di sana. – BERNAMA


Sumber TKO - 23-4-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor tidak perlu gabungan Umno kukuhkan negeri
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Selangor tidak memerlukan gabungan Umno untuk mengukuhkan negeri dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata sebarang isu ketegangan kaum dan agama yang menjurus kepada kontroversi berjaya ditangani dengan baik juga matang.

Katanya, kestabilan itu memberi peluang pimpinan negeri menumpukan usaha membangunkan Selangor dan membela rakyat.

“Kerjasama parti sedia ada sehingga kini diterima baik, sedangkan Umno sudah ditolak mentah-mentah oleh rakyat.

“Hakikatnya, sokongan kepada kerajaan negeri juga meningkat berlipat ganda, sejak 2008. Kita dapat penuhi keperluan semua kelompok masyarakat,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan pihak tertentu yang mahukan PAS dan Umno bergabung dan menerajui pentadbiran Selangor.

Iskandar berkata, kerjasama yang wujud dalam kalangan pimpinan negeri di semua peringkat juga berjaya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan negeri.

“Rakyat mahu melihat pemimpin terus bekerja untuk mereka dan mahu pentadbiran sedia ada kekal.

“Mereka sama sekali tidak mahu keadaan sebelum 2008 kembali di Selangor,” katanya.

Sumber HD - 23-4-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Tanah perkuburan bukan Islam diwarta sejak 1928

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Wakil rakyat termasuk Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming menyokong pembatalan projek pelupusan mayat yang ingin dibangunkan syarikat swasta di Kajang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Mohd Shafie Ngah berkata keputusan itu dicapai menerusi sesi dialog berhubung isu berkenaan, baru-baru ini.

Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan dicapai turut mencadangkan projek membakar atau menyimpan mayat itu dibangunkan di kawasan lain yang lebih sesuai.

“Tapak yang dipilih sebelum ini berdekatan dengan sekolah agama, Surau Taman Jasmin, tadika dan tujuh perumahan yang saling berdekatan.

“Bagaimanapun, kami tidak menghalang sebarang protes awam terhadap isu ini asalkan berlandas lunas undang-undang," ujar beliau.

Selain Shafie dan Kian Ming, sesi dialog berkenaan turut disertai Senator T Chandra Mohan.

Sebelum ini, orang ramai membantah projek membangunkan tapak pembakaran mayat dan krematorium yang bersifat komersial di Kajang.

Berhubung isu penyalahgunaan tanah yang dibangkitkan, Shafie berkata, tanah berkenaan sudah diwartakan sebagai tanah perkuburan bukan Islam sejak 1928.

Menurutnya, banyak kubur ada di kawasan itu sebelum wujud taman perumahan.

"Jadi, tiada isu berkenaan hak dan salah guna tanah,” jelasnya yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Sumber HD - 23-4-2016                                                                                                                  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                    

El-Nino: Selangor pastikan bekalan air cukup

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: Selari dengan komitmen kerajaan negeri dalam menangani impak perubahan iklim global, Selangor mengambil langkah proaktif untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi ekoran pengurangan jumlah hujan yang ketara berbanding tahun sebelumnya akibat fenomena El-Nino.

“Bekalan air yang bersih dan mencukupi sentiasa mejadi keutamaan kerajaan negeri, namun kami turut mengharapkan kerjasama orang awam agar menggunakan air secara berjimat dalam musim kering ini,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sempena Hari Bumi hari ini.

Semalam, beliau mempengerusikan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) mengarahkan agensi kerajaan terbabit untuk mempertingkatkan usaha yang sedia ada agar bekalan air sentiasa mencukupi.

Antaranya, operasi pembenihan awan secara berkesan, operasi pengepaman air dari kolam takungan di sekitar Bestari Jaya, dan pemantauan berterusan di sepanjang sungai yang terlibat dalam pembekalan air mentah.

Berbanding dengan negeri lain yang sedang mengalami krisis air akibat musim kering, kedudukan paras empangan di seluruh Selangor setakat 20 April lalu adalah di atas daripada paras kritikal: Empangan Sungai Selangor 65.51%, Empangan Sungai Tinggi  75.76%, Empangan Sungai Semenyih 69.50%, Empangan Sungai Langat 73.27%, Empangan Batu 71%, Empangan Klang Gates 62.93 %, Empangan Tasik Subang  86.54%.

“Namun kami tidak seharusnya rasa selesa kerana fenomena El-Nino akan terus memberi kesan ke atas jumlah hujan dan bekalan air negeri.

Beliau berharap setiap lapisan masyarakat bersama-sama memainkan peranan sepanjang tempoh musim panas dan kering ini.
"Misalnya mengurangan penggunaan hos untuk membasuh kereta atau menyiram bunga, dan membangunkan sistem kitar semula air bagi kilang yang menggunakan kuantiti air yang besar,” ujarnya.

Beliau juga menyeru Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meningkatkan kempen penggunaan air secara berjimat melalui media utama, serta mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan ke atas operasi tempat cuci kereta yang tidak berlesen dan pihak Air Selangor meningkatkan penguatkuasaan ke atas kes-kes kecurian air.

Sumber HD - 22-4-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor berjaya kekal stabil, pacu pembangunan
























































































HARAKAHDAILY | .


PAS Selangor berpendirian pengalaman Selangor telah berjaya mengekalkan kestabilan di negeri ini.

Kestabilan ini telah berjaya memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha membangunkan negeri dan memberi pembelaan kepada rakyat.

Sebarang usaha untuk mewujudkan ketegangan telah gagal kerana dapat ditangani dengan bijaksana oleh pimpinan kerajaan negeri.

Isu-isu kaum dan agama yang berpotensi mencetuskan kontroversi telah akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

Dengan kestabilan ini, pembangunan negeri terus dipacu ke hadapan.

Walaupun keadaan ekonomi negara yang lembap, negeri Selangor terus menerima pelaburan dari dalam dan luar negara. Hasil negeri terus dipertingkatkan.

Agenda membela rakyat diteruskan dan program sedia ada diperkasakan sementara program baru diperkenalkan.

Pada hakikatnya sokongan kepada kerajaan negeri telah meningkat berlipat kali ganda sejak 2008.

Pengalaman Selangor telah dapat memenuhi keperluan semua kelompok rakyat.

Kerjasama yang wujud di kalangan pimpinan kerajaan di semua peringkat juga telah dapat meningkat keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Rakyat mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan yang terus bekerja untuk mereka.

Oleh itu rakyat amat selesa dengan pentadbiran kerajaan negeri hari dan mahu ia dikekalkan.

Mereka tidak mahu keadaan sebelum pilihan raya umum 2008 kembali semula.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
21 April 2016. – HARAKAHDAILY 22/4/2016                                                                                               

Sumber HD - 22-4-2016                                                                                                               ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                    

Selangor komited bina rumah generasi kedua Felda

HARAKAHDAILY | .


Kerajaan Negeri Selangor komited membina rumah untuk generasi kedua Felda yang akan membina 136 buah rumah berkembar (semi detached) di Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor untuk mereka.

Tender untuk projek ini telah dibuka dan akan ditutup pada 18 April 2016.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah pengurus projek bagi pihak kerajaan negeri.

Kos projek ini adalah dianggarkan RM20 juta. Kos infrastruktur akan ditanggung oleh kerajaan negeri agar rumah-rumah ini mampu dibeli oleh generasi kedua itu. Jangkaan harga jualan adalah sekitar RM100,000 sebuah.

Saya telah mengadakan lawatan tapak pada 23 Mac yang lalu bersama-sama PKNS dan penduduk Kampung SungaiTengi Selatan.

Turut bersama adalah Hasnizan Harun mewakili Pertubuhan Generasi Kedua Felda atau Generasi dan Penyelaras Kawasan Dewan Negeri Hulu Bernam, Muhammad Idris.

DATUK ISKANDAR A SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
12 April 2016 - HARAKAHDAILY 12/4/2016

Sumber HD - 12-4-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Pelbagai program bantu rakyat Selangor miliki rumah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Rakyat Selangor khususnya anak muda tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaan program perumahan yang sedang direncanakan kerajaan negeri kerana mengikut tempoh ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata kerajaan negeri memahami kebimbangan generasi muda mengenai isu itu, lapor Selangor Kini.

Katanya, kerajaan negeri juga mempunyai pelbagai program bertujuan untuk membantu rakyat memiliki rumah bahkan sudah meluluskannya.

“Skim pertama adalah skim sewa beli Dana Selangor (Dana Sel) bagi membantu rakyat yang hendak membeli rumah tetapi gagal mendapatkan pinjaman perumahan.

“Skim kedua adalah skim Smart Selangor First Home yang mana kerajaan negeri membantu membayar deposit 10 peratus untuk pembeli rumah mendapatkan pinjaman bank sementara skim ketiga adalah Skim Selangor Smart Sewa,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Iskandar menerima memorandum daripada Kumpulan Anak Muda Prihatin menerusi Pengerusi, Huzaifah Mokhtar menggesa kerajaan negeri mempercepatkan pelaksanaan program rakyat memiliki rumah di pejabatnya.

Setakat ini, dari 7,820 yang ditawarkan Rumah Selangorku, 3,490 daripadanya menolak dengan sebab utama tidak mendapat pinjaman pembiayaan.

Jelasnya, walaupun hanya terdapat satu peruntukan 'one-off' berjumlah RM10 juta untuk Skim Dana Sel dan RM1.6 juta untuk 2016 dan 2015 bagi Skim Selangor Smart Sewa.

Tambahnya, tetapi kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) memastikan peruntukan itu dibelanjakan segera supaya mereka yang layak tidak tertunggu-tunggu.

“Untuk Skim Smart Selangor First Home, LPHS mengenalpasti peruntukan bagi skim ini dalam kadar segera untuk pelaksanaan mulai bulan Jun ini.

“Dengan usaha kerajaan negeri ini saya berharap anak muda dapat menarik nafas lega kerana terdapat pelbagai program perumahan kerajaan negeri dan diusahakan agar peruntukan digandakan setiap tahun sesuai dengan masalah dihadapi rakyat,” katanya.

Sumber HD - 11-4-2016                                                                                                                  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                  

Blok pengairan bantu petani hadapi kemarau

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Usaha memastikan aktiviti pertanian tidak terjejas ekoran faktor El Nino, Kerajaan Selangor kini dipergiat menerusi pelbagai pelan perancangan membantu golongan itu di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata pihaknya secara konsisten membantu membekalkan blok pengairan air ke kawasan sawah dan bendang sekitar Bagan Terap dan Sabak Bernam pada 15 April ini.

“Sepatutnya pada 1 April lalu sudah ada air yang dialirkan kepada blok pengairan Bagan Terap, tetapi kerana faktor air sungai yang agak terhad kita lambatkan sedikit pada pertengahan bulan ini.

“Cuma apa yang berlaku sekarang, faktor cuaca panas ini memang menyebabkan air sungai menjadi kering dan sungai yang terlibat di Selangor antaranya di kawasan Sungai Bernam,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkenaan kesukaran petani di kawasan Sabak Bernam mendapatkan bekalan air yang mencukupi susulan keadaan kemarau.

Bagaimanapun Zaidy berkata, kerajaan negeri sentiasa konsisten membantu golongan petani menghadapi situasi sukar itu menerusi pelbagai insentif berterusan.

Antara lain, jelasnya penggunaan 23 pam saluran air untuk dialirkan kepada kawasan pertanian sawah padi seluruh negeri.

Sumber HD - 6-4-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor ganda usaha kurangkan kemalangan
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kes kemalangan maut di Selangor mencatatkan penurunan bagi tempoh sehingga Januari 2016 berbanding Januari tahun lalu, hasil gerak kerja diusahakan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata kerajaan negeri konsisten menggandakan pelbagai usaha mengurangkan kadar kemalangan.

“Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Jalan Raya Selangor bekerjasama dengan pelbagai pihak memperbanyakkan aktiviti penguatkuasaan dan kempen kesedaran.

“Ia sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya di kawasan kerap berlakunya kemalangan maut seperti di Kuala Selangor, Kajang dan Hulu Selangor,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Rua Razaly Hassan berhubung statistik kemalangan maut jalan raya di Selangor.

Zaidy berkata, sebanyak 77 kes kemalangan maut dilaporkan sehingga Januari 2016 berbanding 103 pada 2015 dengan penurunan sebanyak 26 kes.

Sementara itu, Kajang mencatatkan kes tertinggi kemalangan maut menerusi 12 kes kematian dengan 1,309 kemalangan dilaporkan.

Beliau berkata pelaksanaan pendidikan keselamatan jalan raya di peringkat kanak-kanak diterapkan supaya manfaat mengenainya dinikmati semua pihak.

“Kerajaan bersama pelbagai agensi dan pihak swasta lain menyokong pelaksanaan pendidikan keselamatan jalan raya bermula dari peringkat kanak-kanak di sekolah.

“Pelaksanaannya dilihat mampu melahirkan generasi baru pengguna jalan raya mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan raya sebagai rancangan jangka panjang,” katanya.

Sumber HD - 4-4-2016                                                                                                                   -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                    

2 projek loji rawatan air tidak akan jadi 'gajah putih'

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Projek Loji Rawatan Air (LRA) Labuhan Dagang dan Semenyih 2 bukan projek 'gajah putih' sebaliknya pelaburan strategik bagi menampung permintaan pengguna di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata walaupun projek Langat 2 siap sepenuhnya pada 2019, namun pengagihan bekalan air hanya terhad di kawasan Cheras, AU2, Ampang dan Bukit Jalil.

“Kerajaan negeri menegaskan kedua projek terbabit tidak akan menjadi projek gajah putih atau projek pembaziran kerana ia akan digunakan menampung permintaan pengguna.

“Ia diputuskan pembinaannya kerana kerajaan negeri memandang serius projek Langat 2 yang hanya siap pertengahan 2019 dan kos RM800 juta membabitkan pembinaan loji rawatan, pengambilalihan tanah dan pemasangan paip serta pembinaan kolam utama,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata ketika ketika sesi penggulungan titah Sultan Selangor pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), Shah Alam, semalam.

Pada masa sama, Zaidy berkata, kedua projek akan dilaksanakan pada 1 Jun ini dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan bagi LRA Semenyih 2, manakala Labuhan Dagang dijangka siap pada 30 Jun 2018.

“Setelah siap, kedua projek ini mampu membekalkan bekalan air sebanyak 300 Juta Liter Sehari (JLH) iaitu sebanyak 200 JLH (Labuhan Dagang) dan 100 JLH (Semenyih 2),” katanya.

Beliau berkata, jika projek itu tidak dilaksanakan, bekalan air dijangka akan mengalami kekurangan sebanyak 125 JLH pada 2018.

Sebaliknya, melalui projek itu, katanya, rizab bekalan air akan mencapai tahap 15 peratus berbanding dua peratus tahun ini.

“Rizab pengeluaran air tanpa sumber air baru dengan andaian air tidak berhasil (NRW) adalah sebanyak 3.5 peratus (2015), 2.2 peratus (2016), 3.9 peratus (2017), 0.7 peratus (2018) dan -3.01 peratus (2019),” katanya yang juga Adun Taman Templer.

Sumber HD - 21-4-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Kerajaan Persekutuan pindah milik tanah - Azmin
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan didapati menyalahgunakan tanah asal diberi milikan oleh Selangor untuk kepentingan awam seperti pembinaan sekolah, hospital dan ibu pejabat polis.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata beberapa bidang tanah diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dipindah milik kepada syarikat tertentu.

Beliau menyatakan demikian pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), Shah Alam hari ini.

“Sebagai contoh, tanah kerajaan negeri di Bukit Raja, Daerah Petaling yang dibuat pengambilan bagi tujuan tapak Kem Markas 9 Briged Program Semboyan diserahkan kepada PTP, tetapi Kerajaan Persekutuan menjual kepada Syarikat Jendela Khidmat pada 2 Ogos 2013.

“Satu lagi contoh, tanah di Seksyen 7 Shah Alam, kita beri PTP tanah untuk tujuan Ibu Pejabat Polis dan perumahan bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan premium rendah iaitu RM5 juta, tetapi pada 5 November 2015, Kerajaan Persekutuan rupanya pindah milik tanah kepada sebuah syarikat dengan harga RM47 juta,” katanya dipetik Selangor Kini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkenaan dakwaan kononnya kerajaan negeri mengenakan premium tinggi walaupun untuk tujuan kepentingan awam.

ADN Taman Medan, Haniza Talha kemudian bangkit dan bertanya jika laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat kerajaan negeri berkenaan salah guna itu.

“Oleh kerana amalan sebelum ini apabila kita beri PTP tidak dinyatakan sekatan kepentingan ke atas tanah itu, maka dari segi perundangan mereka punya kuasa untuk pindah milik.

“Tetapi dari segi moral, kerajaan negeri beri milikan tanah untuk rakyat mengapa pula dijadikan satu urus niaga komersial untuk keuntungan,” katanya.

Sumber HD - 1-4-2016                                                                                                                   ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                  

BKJ: Selangor akan beri insentif kepada pemaju perumahan

HARAKAHDAILY | .


KERAJAAN Negeri Selangor akan mengkaji insentif yang sesuai untuk menggalakkan pemaju melaksanakan konsep Bina Kemudian Jual atau BKJ.

BKJ berupaya mengelakkan pembeli rumah dari teraniaya akibat projek yang terbengkalai. Ramai yang terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan mereka setiap bulan tetapi terpaksa menunggu bertahun-tahun lamanya untuk rumah idaman mereka siap.

Walhal menurut perjanjian jual beli, rumah perlu disiapkan dalam masa 24 hingga 36 bulan. Malah terdapat projek yang tidak dapat disiapkan sama sekali.

Di bawah konsep BKJ, pemaju hanya boleh menjual rumah yang telah siap dibina.

Terdapat juga satu konsep jualan selain dari BKJ iaitu konsep 90:10 yang juga dapat mengelakkan penganiyaan terhadap para pembeli.

Untuk konsep ini pembeli hanya membayar 10 peratus dari harga rumah sebelum  rumah siap dibina dan membayar 90 peratus melalui pinjaman bank apabila rumah mereka telah siap.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri pernah memberi insentif untuk menggalakkan pemaju membina rumah mampu milik, Rumah Selangorku. Insentif itu adalah,

1.Memberi peningkatan densiti rumah yang akan dibina sehingga 120 unit seekar.

2.Memberikan potongan kepada pembayaran premium.

3.Mengecualikan caj pembangunan.

Kajian insetif untuk BKJ akan dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

Kerajaan Persekutuan pernah dalam tahun 2012 mengumumkan untuk mewajibkan BKJ pada tahun 2015. Tetapi pada tahun 2014, pelaksanaan BKJ ini telah ditangguhkan.

Kuasa mewajibkan BKJ adalah pada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Kerajaan Negeri yakin BKJ akan memastikan hanya pemaju yang berwibawa boleh membangunkan projek perumahan. Hari ini terdapat 106 projek perumahan terbengkalai di Selangor yang melibatkan lebih 22,854 unit kediaman.

DATO' ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor
1 April 2016 – HARAKAHDAILY 1/4/2016

Sumber HD - 1-4-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Tanah rizab kerajaan tidak boleh diberi hak milik
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tanah rizab kerajaan tidak boleh diberi hak milik, selaras dengan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Beliau berkata ia hanya boleh diberikan dengan kebenaran pihak berkuasa negeri.

Katanya, dasar kerajaan negeri selaras dengan PTGS Bil 4/2015 Garis Panduan Lesen Pendudukan Sementara di Atas Tanah Rizab Kerajaan membenarkan pendudukan sementara melalui Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di bawah Seksyen 65 Kanun Tanah Negara bagi tanah rizab kerajaan yang bukan pada masa ini digunakan untuk maksud ia dirizabkan.

“Permohonan TOL di bawah tanah rizab hanya dibenarkan untuk tujuan seperti tapak semaian dan jualan, tanaman kontan, pondok pengawal, papan iklan dan tempat meletak kereta.

“TOL untuk tujuan rumah kediaman tidak dibenarkan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Dusun Tua, Razaly Hassan pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Razaly ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang memberi milikan tanah untuk dijadikan tapak rumah di bawah rancangan pembesaran kampung.

Yunus berkata, sekirannya tanah dipohon adalah tanah boleh diberi milik untuk tujuan kediaman, ia adalah tertakluk dengan syarat.

“Ini adalah berdasarkan Pekeliling PTGS Bil 6/2011 Garis Panduan Skim Pemilikan Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bangunan Kediaman Persendirian Negeri Selangor.

“Permohonan berulang pengusaha asal atau sudah menduduki sekurang-kurangnya tiga tahun pada tarikh 1 Januari 2008, maka kelulusan adalah tertakluk kepada kesesuaian zoning yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD),” katanya yang juga ADN Sijangkang.

Sumber HD - 31-3-2016                                                                                                                 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                         

Selangor alu-alukan konsep ‘beli kemudian jual’

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan konsep ‘beli kemudian jual’ (BKJ) dipraktikkan pemaju perumahan di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Indsutri Asas Tani negeri, Zaidy Abd Talib, berkata konsep itu diyakini mampu mengekang masalah projek perumahan terbengkalai.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri tidak berhasrat mewajibkan konsep itu memandangkan ia tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Pembatalan pelaksanaan konsep ini di peringkat persekutuan kerana bimbangkan pemaju kecil tak mampu menanggung kos pembinaan amat dikesali,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han pada persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Adun Taman Templer berkata, sehingga kini terdapat 115 projek perumahan terbengkalai melibatkan lebih 25,000 unit.

Tambah beliau, antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 11 projek, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)-3, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)-3, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)-4, Majlis Perbandaran Klang (MPK)-30, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)-12 dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS)-9.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Sepang (MPSP)-7, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)-8, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)-14, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)-13 dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)-1.

Sumber HD - 30-3-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Elaun Guru Kafa Selangor tertinggi di Malaysia
























































































SAIDAH HAIRAN | .


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor membayar elaun guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa)  tertinggi jika dibanding dengan negeri-negeri lain.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, RM1,500 sebulan adalah elaun tertinggi guru-guru Kafa di Malaysia berbanding negeri lain.

Katanya, semua guru Kafa layak menikmati kenaikan elaun bulanan berasaskan tahun perkhidmatan dari RM1,300 kepada RM1,500 sebulan mulai Januari 2016.

"Guru yang berkhidmat di bawah lima tahun akan menikmati tambahan elaun RM50," katanya menjawab pertanyaan Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Sungai Air Tawar).

Tambah beliau, guru yang berkhidmat dari lima hingga 10 tambahan RM100, 10 hingga 15 tahun tambahan RM150 dan melebihi 15 tahun perkhidmatan tambahan RM200.

"Pembayaran di lakukan secara berperingkat mulai Mac 2016," katanya.

Hal ini kerana katanya di sebabkan proses kemaskini data guru-guru Kafa sama ada guru-guru yang sedia ada dan guru-guru Kafa yang baru dilantik atau berhenti.

"Kenaikan elaun ini menggunakan peruntukan yang telah di luluskan dalam sidang belanjawan 2016 lebih RM 18 juta," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang memberi sumbangan lebih kurang RM37 juta setiap tahun.

Katanya, sumbangan itu untuk bayaran elaun guru-guru takmir, imam, pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) dan guru-guru Kafa di negeri selangor.

Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah lebih RM65 juta setahun untuk bayaran elaun guru-guru Kafa.

Menurut beliau, daripada 6,900 guru Kafa separuh daripada mereka elaun mereka dibiayai sepenuhnya daripada kerajaan negeri Selangor.

"Tidak sampai 50 peratus dari jumlah guru-guru Kafa elaun RM800 sebulan dari pembiayaan kerajaan Pusat," tegasnya. – HARAKAHDAILY 30/3/2016

Sumber HD - 30-3-2016                                                                                                                -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                         

CGPA 3.75 pinjaman boleh tukar jadi biasiswa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) berpeluang menukar status Pinjaman Selangor kepada biasiswa bagi yang memperolehi CGPA 3.75.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pelajar cemerlang berpeluang ditawarkan Skim Pinjaman Boleh Ubah jika mendapat keputusan baik bagi melayakkan mendapat pengurangan atau pengecualian bayaran balik (biasiswa).

Beliau menyatakan demikian pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam, hari ini.

“Pelajar mendapat CGPA 3.20 ia menjadi pinjaman boleh ubah kepada separa dan bagi pelajar mendapat keputusan CGPA 3.75 menjadi pinjaman boleh ubah sepenuhnya.

“Jumlah keseluruhan pelajar menerima pinjaman pelajaran dari 2009 hingga 2015 seramai 7,874 pelajar,” ujarnya dipetik Selangor Kini.

Menurutnya lagi, nilai pinjaman pelajaran diperuntukkan dalam tempoh 2009 hingga 2015 adalah sebanyak RM1.1 juta.

Sumber HD - 29-3-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor rangka rancangan jangka panjang atasi banjir
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor merangka perancangan jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu banjir di beberapa kawasan hotspot.

Pengerusi Jaweatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Indsutri Asas Tani negeri, Zaidy Abd Talib, berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melantik 41 perunding dan 37 juruukur melibatkan kos yuran sebanyak RM24.9 juta bagi perkhidmatan perunding manakala RM5.9 juta bagi perkhidmatan juruukur.

“Anggaran kos keseluruhan bagi perlaksanaan projek tebatan banjir itu adalah RM399 juta merangkumi 43 buah projek di seluruh Selangor.

“Dengan terlaksananya projek dijangka lebih 60 hingga 80 peratus kawasan hotspot banjir berulang diselesaikan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias pada persidangan DNS hari ini.

Katanya, pelantikan itu bertujuan penyediaan reka bentuk terperinci dan kerja ukur bagi keperluan 43 projek untuk program tebatan banjir RMK-11 yang dilaksanakan seawal pertengahan 2016.

Tambahnya lagi, terdapat 37 projek sambungan RMK-10 tebatan banjir dilaksanakan pada 2016 menggunakan peruntukan pembangunan dan caruman parit semasa dengan kos RM121 juta melibatkan 13 hotspot banjir.

“Setelah siap perlaksanaan projek dijangka pada tahun ini dan 2017 dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah banjir di tempat kritikal.

“Ia seperti Sungai Jeluh Kajang, Sungai Binjai di Hamzah Alang Meru, Sungai Rasah Klang, Anak Sungai Damansara Batu 3 Petaling, Anak Sungai Udang Gombak, Pulau Meranti Sepang, Sijangkang Kuala Langat dan lain-lain,” katanya yang juga Adun Taman Templer.

Sumber HD - 29-3-2016                                                                                                                  -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                               

Ganda motivasi majukan negeri, bela rakyat - Exco

HARAKAHDAILY | FOTO WAN ZAHARI | .




Adun-Adun PAS pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-13.
KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Selangor menyifatkan titah perasmian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dianggap motivasi bagi melipatgandakan usaha bekerja lebih keras memajukan negeri dan membela rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata titah baginda turut mencerminkan keprihatinan baginda terhadap usaha kerajaan negeri membangunkan negeri.

“Baginda Sultan amat berpuas hati dengan perjalanan dan usaha Kerajaan Negeri. Kami amat menghargai atas sokongan Baginda Sultan dan ini motivasi bagi melipatgandakan usaha memajukan negeri serta membela nasih rakyat,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Perasmian Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke 13 di Shah Alam hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib pula akan berusaha memastikan bekalan air di negeri itu sentiasa mencukupi seperti dititahkan baginda.

“Saya menjunjung kasih atas titah ucapan Tuanku. Saya juga mensyukuri apabila banyak yang baginda Sultan berkenan terhadap pendekatan dan program kerajaan negeri.

“Baginda Sultan juga ada menitahkan supaya kita memfokuskan isu air dan berkenan atas rancangan dan tindakan kerajaan negeri sama ada diambil atau akan diambil.

“Kita melihat titah itu dengan teliti untuk kita lebih bekerja keras dan merancang lebih baik atas isu pembekalan air mentah dan air terawat sekaligus memastikan air mencukupi,” katanya.

Sumber HD - 28-3-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Ambil iktibar Rom hancur akibat rasuah - Sultan
























































































SELANGORKINI | .


SHAH ALAM: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj mengajak seluruh rakyat dan pemimpin mengambil iktibar kehancuran Empayar Rom akibat berleluasanya amalan rasuah.

Baginda Sultan dalam titah di Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-13 mahu seluruh rakyat bersatu padu dan kekuatan perpaduan digerakkan berlandaskan nilai dan prinsip murni demi kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Khazanah negara dianugerahkan Allah SWT pupus sekiranya pemimpin bergelumang dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan tamak haloba yang hanya memerah keringat rakyat.

“Hawa nafsu manusia tidak ada batasnya seperti dikatakan Mahatma Gandhi ‘The world has enough for everyone’s need, but not enough for everyone’s greed‘,” titah Baginda Sultan.

Baginda Sultan juga mengajak rakyat mengambil kira sejarah lalu dari Ahli Sejarah, Edward Gibbon dalam karya agungnya ‘The Decline and Fall of the Romantik Empire’.

Ia menceritakan bagaimana empayar Rom yang begitu besar, kuat dan gemilang boleh runtuh dan hancur akibat rasuah dan fitnah menjadi barah di kalangan pemimpin tertinggi ekoran gaya hidup bermewah-mewah.

Baginda Sultan turut bersyukur dalam tempoh singkat selama 18 bulan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan ahli Exco berjaya menggerakkan negeri dan rakyat bekerja berpasukan.

“Demi mempertahankan kedaulatan negeri dan menjaga kesejahteraan rakyat, pasukan ini berjaya memiliki kesatuan fikrah.

“Kesatuan ini menjadi pemangkin kepada kemakmuran negeri dan mengangkat maruah serta martabat rakyat beta,” titah Baginda Sultan.

Baginda Sultan turut mahu anggota penjawat awam sentiasa berpegang teguh kepada piagam perkhidmatan awam dari pihak eksekutif bekerjasama secara objektif dan profesional.

“Beta berkenan semangat kerjasama di antara eksekutif, pegawai kerajaan dan rakyat diperkukuhkan untuk memajukan Selangor yang beta kasihi.

“Beta mendoakan semangat ini menjadi semakin kental supaya negeri dan rakyat terus maju, aman dan makmur,” titah Baginda Sultan.

Sumber HD - 28-3-2016                                                                                                                  -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                             

Tuduhan palsu pemusnahan hutan simpan di Selangor

HARAKAHDAILY | .


Dalam satu kenyataan media yang diterbitkan pada 20 Mac lalu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah membuat tuduhan palsu terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Kerajaan Negeri Selangor mengenai “pemusnahan hutan yang sekali gus hutan simpan utama”.

Selain itu, mereka juga menuduh kerajaan negeri memusnahkan Permatang Kuarsa Gombak Selangor.

Segala anggapan dan dakwaan palsu itu yang berasaskan dua kenyataan awam yang mencadangkan 33 hektar hutan simpan dikeluar gazet di negeri ini.

Kenyataan berkenaan sejajar dengan gambaran palsu yang juga dibuat oleh komponen Barisan Nasional, Parti Gerakan Negeri Selangor.

Sesungguhnya mereka telah mengenepikan fakta bahawa jumlah gazet hutan simpan di Selangor melebihi 250,000 hektar dan sekiranya 33 hektar hutan simpan tersebut perlu digazet keluar, ianya perlu digantikan dengan keluasan dan kualiti hutan yang setaraf.

Permatang Kuarza Gombak tidak akan sama sekali disentuh dan kerajaan negeri dalam proses permohonan sejak 2014 untuk menggazetkan kawasan itu sebagai Tapak Warisan Negara.

Kerajaan negeri akan hanya membenarkan pembersihan hutan untuk tujuan projek prasarana dan kepentingan rakyat, seperti untuk membina jalan raya, laluan paip air, eletrik dan gas dan itu pun sekiranya semua kawasan pilihan lain tidak ditemukan sebagai ganti untuk projek sedemikian. Inilah 33 hektar yang dipetik oleh Parti Gerakan dan PSM daripada dua kenyataan sebelum ini.

Jabatan Hutan Negeri Selangor akan juga membantu untuk menyusun jajaran projek-projek supaya berhampiran dengan sempadan hutan simpan, atau meminta untuk dinaikkan strukturnya seperti jalanraya. Di dalam mana-mana pun hutan simpan yang perlu digazet keluar, kawasan projek yang dilaksanakan wajib digantikan.

Sekiranya Kerajaan Negeri Selangor mahu menggazet keluar mana-mana kawasan hutan simpan, ianya mestilah dinyatakan dan siasatan awam akan diadakan seperti yang termaktub dalam undang-undang Negeri Selangor berkenaan pengurusan hutan simpan.

Selangor adalah kerajaan negeri pertama di negara ini yang menetapkan undang-undang hutan negeri perlu melibatkan pandangan masyarakat, dan kekal menjadi satu-satunya negeri yang melakukan hal sedemikian.

Dasar pengurusan dan pemuliharaan hutan di negeri Selangor adalah yang paling menyeluruh sejak ianya diperkenalkan pada 2009.

Selangor juga merupakan negeri pertama yang tidak membenarkan penebangan hutan untuk tujuan komersial.

Sebagai tambahan, dasar berkenaan juga menetapkan jumlah hutan simpan pada kadar 30 peratus.

Buat masa kini jumlah hutan simpan meliputi 31.56 peratus dan peratusan itu terus meningkat saban tahun.

Sejak 2009, sejumlah 12,000 hektar peluasan hutan simpan telah dapat ditingkatkan di Selangor.

ELIZABETH WONG
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor. - HARAKAHDAILY 27/3/2016

Sumber HD - 27-3-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Azmin: Selangor dijangka hadapi bekalan air kritikal 2017-2019


Posted on Friday, March 25 @ 14:44:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




SUNGAI BULOH : Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangka Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air kritikal pada 2017 hingga 2019.

Beliau berkata, ini disebabkan berlakunya kelewatan dalam pelaksanaan Projek Langat 2.
“Projek Langat 2 yang sepatutnya siap pada tahun 2017 akan menghadapi kelewatan dan hanya sempurna dalam jangka waktu yang akan dimaklumkan pada 2019.


“Maka, tempoh 2017 hingga 2019 ini boleh diklasifikasi sebagai fasa kritikal sumber air di Selangor,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan Projek Bekalan Air Mitigasi 2.

Azmin menambah, disebabkan itu pihaknya tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil keputusan untuk menggunakan sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk membina dua loji rawatan lain.

Katanya, dua loji rawatan itu adalah di Labohan Dagang dan Semenyih, melibatkan kos hampir RM800 juta dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

“Kita percaya dengan siapnya dua loji rawatan ini, akan dapat menampung permintaan air terawat dalam tempoh yang kritikal ini,” katanya.

Dua loji rawatan itu akan dibina bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pertengahan 2017.

Sumber TKO - 25-3-2016                                                                                                                ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                        

Selangor bina loji rawatan RM800 juta atasi isu air

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Selangor akan membina dua buah loji rawatan air dengan kos hampir RM800 juta sebagai inisiatif memastikan bekalan air mencukupi bagi menampung kegunaan domestik dan perindustrian yang semakin meningkat di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata projek dijangka siap pada pertengahan 2017 itu dilaksanakan selepas mendapati Projek Langat 2 yang sepatutnya siap pada 2017 mengalami kelewatan.

“Projek Langat 2 yang sepatutnya siap pada 2017 akan berlaku kelewatan dan kita dimaklumkan hanya siap pada 2019.

“Kita tidak ada pilihan dan oleh kerana kita ada kedudukan kewangan baik, kita mengambil keputusan menggunakan sebahagian daripada peruntukan ini untuk membina dua loji rawatan air iaitu di Pelabuhan Dagang dan Semenyih.

“Tender baru sahaja buka dan proses itu akan berjalan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Mitigasi 2 kepada Kerajaan Selangor di Rumah Pam Matang Pagar, Rawang, hari ini.

Mohamed Azmin turut melahirkan keyakinan, permintaan air terawat untuk pengguna domestik dan perindustrian dapat ditampung dengan adanya dua buah loji baru ini.

Beliau juga menekankan keperluan setiap pengguna air Selangor memulakan langkah berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran air terawat bagi tujuan membasuh kenderaan, menyiram pokok dan sebagainya.

“Penggunaan air di Selangor mencapai sehingga 235 liter sehari bagi seisi rumah iaitu satu jumlah yang tinggi.

“Kalau di negara maju seperti Australia dan Singapura mereka akan dikenakan tindakan, kita tidak sampai ke tahap itu tetapi kita mahu rakyat Selangor bersama memainkan tanggungjawab menggunakan air tanpa pembaziran sebab kalau tidak akan beri kesan,” katanya.

Sumber HD - 25-3-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor ambil langkah mitigasi awal, tiada catuan
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor yakin tiada catuan bekalan air sehingga hujung tahun ini berikutan rizab air positif dan beberapa langkah mitigasi awal yang diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata sehingga hari ini bekalan air di empangan khususnya empangan Sungai Selangor berada pada tahap memuaskan.

“Sehingga hari ini, empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus sumber air kepada penduduk Lembah Klang masih berada di 83.10 peratus.

“Begitu juga dengan beberapa empangan lain. Berbanding negeri lain, Selangor berada di keadaan selesa. Kita yakin dapat mengharungi kemungkinan musim panas sehingga hujung tahun ini,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Pasar Agro Smart Selangor, Gombak Setia, semalam.

Zaidy turut menasihatkan penternak dan petani terkesan akibat fenomena panas luar biasa ketika ini supaya sentiasa positif.

“Dengan keadaan cuaca mencecah 40 darjah celcius ini sudah pasti hasil ternakan mahupun pertanian akan terjejas. Namun, kerajaan negeri sentiasa melaksanakan langkah terbaik untuk atasi musim panas ini.

“Sehingga kini, setiap hari kita masih melakukan proses pembenihan awan bermula awal tahun lalu dalam mengatasi fenomena luar biasa ini,” katanya.

Sumber HD - 24-3-2016                                                                                                                  -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                      

Kerajaan Selangor setuju beri lot gantian
























































































HARAKAHDAILY | .


PERMOHONAN lot-lot gantian dari Yap Kon Chiang, Leow Kim Mooi, Lok Wai Hong, Low Sang dan Sing How Fook dari Jalan 15, Kampung Baru Ampang.

Pejabat Ahli Dewan Negeri Chempaka telah menerima aduan pada tahun 2014 daripada pemohon-pemohon di atas bahawa mereka telah diarah keluar dari rumah-rumah mereka oleh tuan tanah.

Menurut mereka, keluarga mereka telah menetap di tanah tersebut selama puluhan tahun tetapi tanah telah dipohon oleh orang lain dan telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Sebagai Ahli Dewan Negeri kawasan tersebut saya telah membawa perkara ini kepada perhatian kerajaan negeri dan akhirnya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 2015 telah bersetuju agar lot-lot tanah gantian diberikan.

Dengan kerjasama Pejabat Tanah Dan Galian Selangor dan Pejabat Tanah Dan Kuala Langat, satu lot tanah telah dikenalpasti di kawasan Dewan Negeri Teratai untuk pemohon-pemohon tersebut.

Walau bagaimanapun sebelum permohonan itu boleh diangkat untuk kelulusan MMKN, terdapat beberapa perkara seperti berikut yang perlu diselesaikan,

1. Persetujuan dalam kalangan pemohon-pemohon tentang kedudukan lot-lot gantian itu.

2. Penyelarasan bersama Ahli Dewan Negeri Teratai, YB Tew Way Keng.

Satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan sepertimana berikut,

Tarikh - 21 Mac 2016 (Isnin)
Masa - 3.30 petang
Tempat - Pejabat Tanah Dan Daerah Hulu Langat,
Bangunan Sultan Hisamuddin Alam Shah,
Kompleks Pentadbiran Daerah,
Pesiaran Pusat Bandar,
Seksyen 9, 43650 Bangi.

Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, segala isu-isu penghalang akan dapat diselesaikan dan permohonan dapat diangkat untuk kelulusan MMKN.

Tetapi jika tiada penyelesaian dapat dicapai maka lot tanah gantian yang lain akan dicari.

Walau bagaimanapun usaha-usaha ini merupakan satu bukti tentang keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang memerlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tuan Hj Suhaimi 0197598622 atau Cik Lee di 012 2731027.

DATO ISKANDAR A. SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar /
Ahli Dewan Negeri Chempaka
21 Mac 2016 – HARAKAHDAILY 21/3/2016

Sumber HD - 21-3-2016                                                                                                               -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                  

Cuaca panas: Selangor pantau bekalan air untuk pertanian

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor menjalankan pemantauan rapi berkaitan isu bekalan air untuk pertanian berikutan keadaan cuaca panas dialami ketika ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata tiada masalah kekurangan air dihadapi kerana bekalan air di negeri itu mencukupi.

“Kita memang menjalankan pemantauan mengenai situasi berlaku kini dan melihat sejauh mana cuaca panas ini memberikan kesan kepada petani.

“Setakat ini belum lagi dan kita hanya memberikan bantuan input pertanian kerana masalah air belum lagi mendesak,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata, bagaimanapun keadaan dihadapi kini diberi perhatian serius kerana sedikit sebanyak mungkin memberi kesan.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Pertanian Negeri perlu memainkan peranan berkesan menerusi pengagihan air secara terbaik.

“Seperti mana kawasan di sini, sungai berhampiran menyalurkan air ialah Sungai Bernam maka kita ingin melihat kebarangkalian untuk membuat program atau projek sebagaimana kita lakukan di Sungai Selangor dengan Hybrid Off River Augmentation System (HORAS).

“Ia konsep kolam takungan dari sungai pada musim tengkujuh untuk digunakan kembali pada musim kering dan dikira wajar untuk kita mengenal pasti fasa dan juga tanah yang sesuai untuk kita bangunkan kolam sebegini,” katanya kepada media selepas Program Peningkatan Hasil Padi dan Penyerahan Bantuan Baja Mikrob di Tanjong Karang, semalam. Seramai 800 petani menerima bantuan baja mikrob dalam majlis berkenaan.

Menurutnya, konsep itu boleh dilaksanakan untuk pertanian dan ia dikaji kerana sebelum ini konsep terbabit tidak dijalankan bagi tujuan berkenaan.

Namun, beliau menjelaskan keadaan panas berlaku kini tidak menjejaskan penanaman padi kerana kepanasan juga diperlukan untuk kaedah penanaman.

“Ia tidak memberi kesan penurunan berbanding dengan jerebu dialami sebelum ini.

“Ini kerana padi memerlukan air untuk menanam tetapi cuaca panas juga baik kerana ia perlukan cahaya matahari,” katanya.

Sumber HD - 21-3-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor naikkan elaun Pengetua dan Guru Besar
























































































SAIDAH HAIRAN | .


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor meluluskan kenaikan elaun Pengetua dan Guru Besar Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung  Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus berkata, kelulusan kenaikan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan pada hari ini.

Katanya, kelulusan itu mengguna pakai surat Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 26 jun 2015.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan kenaikan elaun tanggungjawab Pengetua MITS daripada RM150 kepada RM300.

Manakala katanya, Guru Besar SRA dan SRAI daripada RM100 kepada RM200  bermula bulan julai 2015. Menurut beliau, kenaikan tersebut akan melibatkan guru besar di 223 SRA, 11 SRAI dan pengetua-pengetua di empat MITS.

"Kenaikan tambahan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri sebanyak RM143,000 untuk tahun 2015 dan RM291,600 untuk tahun 2016," katanya.

Beliau berharap dengan keputusan itu pentadbir di SRA, SRAI dan MITS akan lebih bertanggungjawab dan berdedikasi dalam memikul amanah mentadbir sekolah-sekolah tersebut. – HARAKAHDAILY 17/3/2016

Sumber HD - 17-3-2016                                                                                                               --------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                          

Selangor proaktif, hadapi mungkin bekalan air kurang

HARAKAHDAILY | .


Fenomena El-Nino yang sedang melanda seluruh dunia memberi sedikit sebanyak kesan terhadap musim panas dan kering di beberapa kawasan di Malaysia.

Namun Jabatan Metereologi menjangkakan El-Nino yang berlaku sekarang akan berakhir pada Mac ini berikutan peralihan monsun pada April nanti.

Selangor antara negeri yang menerima kesan El-Nino menyebabkan peningkatan suhu yang tinggi sehingga mengakibatkan cuaca menjadi panas dan kering melanda di beberapa kawasan.

Namun kerajaan negeri sentiasa mengambil peduli akan masalah yang berlaku serta mengambil beberapa penilaian risiko bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kekurangan bekalan air.

Antara langkah yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri ialah menyediakan kolam-kolam alternatif di Lembangan Sungai Selangor yang mampu membekalkan sehingga 800 juta liter sehari (JLH) air mentah.

Sebahagian dari kolam-kolam ini sedang dijalankan pembinaan projek Hybrid off River Augmentation System atau singkatannya HORAS yang berperanan besar dalam mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber air mentah, sekali gus memberi jaminan bekalan air berterusan kepada lebih tujuh juta pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, projek pembenihan awan (cloud seeding) yang sentiasa dijalankan juga antara langkah kerajaan negeri memastikan bekalan air cukup bagi menampung keperluan air rakyat negeri ini.

Projek ini dilakukan di beberapa kawasan tadahan dan lembangan sungai bagi meningkatkan kuantiti sumber air.

Namun begitu, Selangor masih mempunyai bekalan air yang cukup bahkan paras air empangan di tahap yang amat positif.

Sehingga 15 Mac 2016, kapasiti takungan semua empangan Negeri Selangor berada di dalam keadaan baik melebihi paras 70%. Berikut adalah status semasa kapasiti ketujuh-tujuh empangan negeri terkini:

i. Empangan Sg. Selangor: 86.51%
ii. Empangan Sg. Tinggi  88.21%
iii. Empangan Sg. Semenyih  85.32%
iv. Empangan Sg. Langat  70.16%
v. Empangan Batu  83.36%
vi. Empangan Klang Gates: 80.98%
vii. Empangan Tasik Subang: 97.51%

Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi adalah merupakan empangan utama dalam pembekalan air di Negeri Selangor iaitu meliputi 60% daripada jumlah pembekalan air di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Berdasarkan rekod, penggunaan air per kapita bagi rakyat di Negeri Selangor adalah pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak 235 liter sehari.

Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pengguna supaya menjimatkan per kapita penggunaan air setiap isi rumah.

Ini adalah juga salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan bekalan air di Negeri Selangor pada masa akan datang.

ZAIDY ABDUL TALIB
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor - HARAKAHDAILY 16/5/2016

Sumber HD - 16-3-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































'Selangor Smart Sewa' bantu rakyat menabung beli rumah
























































































HARAKAHDAILY | .


Kerajaan Negeri Selangor sentiasa melaksanakan program-program perumahan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri.

Program yang terkini adalah program 'Selangor Smart Sewa' untuk membantu rakyat membeli rumah.

Dalam program ini, rakyat yang menyewa rumah dari kerajaan negeri akan mendapat balik sebahagian daripada sewa yang dibayar apabila kontrak sewaan mereka tamat.

Wang yang dikembalikan boleh digunakan oleh penyewa-penyewa untuk membeli rumah mereka sendiri. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mereka membayar deposit untuk mendapatkan pinjaman perumahan dari bank.

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) sedang dalam proses membeli rumah-rumah mampu milik atau Rumah Selangorku untuk disewakan kepada rakyat.

Rumah-rumah ini akan diserahkan kepada Perumahan Dan Hartanah Selangor Sendirian Berhad (PHSSB) untuk diuruskan. PHSSB adalah syarikat yang ditubuhkan oleh LPHS.

Kerajaan negeri memahami bahawa terdapat ramai dari mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk mendapatkan pinjaman bank dan perlu menyewa rumah sehingga pendapatan mereka mencukupi.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri sentiasa melaksanakan program-program untuk membantu rakyat seperti ini memiliki tempat tinggal yang sempurna.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor
7 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 7/3/2016

Sumber HD - 7-3-2016                                                                                                                  -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                    

Pulau Ketam berpotensi besar destinasi pelancongan baharu
























































































JUHANI RAHMAN | .


KLANG: Sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Ketam meriah dengan kehadiran isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Shamsidar Taharin dan Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Kira-kira 200 penduduk kampung dengan kebanyakannya berketurunan Tionghua hadir memeriahkan program hari ini yang diadakan di Balai Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK).

Dr Halimah Ali dalam ucapannya berkata, sikap penduduk yang senantiasa menyokong dan meraikan setiap program anjuran Kerajaan Negeri dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Selat Klang patut dipuji dan diteruskan.

Katanya, sikap begitu penting dijadikan amalan penduduk memandangkan Pulau Ketam semakin dikenali oleh pelancong dalam dan luar sebagai potensi baharu destinasi pelancongan Selangor.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat turut menggesa setiap pihak termasuk Ahli Parlimen dan Adun Selangor supaya membantu menjadikan Pulau Ketam sebagai destinasi pelancongan sekaligus membuka pintu rezeki baharu kepada penduduk.

"Bersama kita hari ini pun ada Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan; Adun Pandamaran, Tan Pok Shyong. Mereka kena 'desak' supaya Kerajaan Persekutuan dan Negeri bantu bangunkan pelancongan di sini," katanya.

Ketibaan tetamu kehormat di pulau itu disambut dengan paluan gendang pelajar sekolah rendah dan menengah sebelum diberi penghormatan untuk membakar mercun.

Turut hadir, Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail serta isteri-isteri wakil rakyat Selangor serta Ketua Kampung Pulau Ketam, Cha Keng Lee

Turut memberi kerjasama, Amal Nita dan Proace Malaysia.

Difahamkan, kebanyakan penduduk Pulau Ketam bekerja sebagai nelayan. Bagaimanapun, tekanan ekonomi yang melanda negara pada waktu ini sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan mereka ditambah dengan masalah kawasan tangkapan ikan.

"Sebab itu kita mahu bantu penduduk sini majukan kampung ini dengan pelancongan sesuai dengan slogan 'Visit Klang 2017'.

"Melalui slogan itu, kita mahu Pulau Ketam dijadikan salah satu destinasi terpenting untuk dilawati pelancong dalam dan luar negara. Kalau kita bangunkan Pulau Ketam, boleh menyumbang pendapatan kepada Kerajaan Negeri sendiri,"ujarnya.

Sehubungan itu, Dr Halimah mahu penduduk bersama-sama menjaga kebersihan seluruh pulau itu dan memelihara khazanah alam yang terdapat di situ.

"Jaga kebersihan Pulau Ketam. Jaga segala khazanah yang ada. Jaga pokok-pokok yang ada, air laut dan saya dapat tahu ikan lumba-lumba juga semakin kelihatan.

"Beri kelainan kepada pelancong luar dan tempatan mendapatkan pengalaman yang unik dan berharga bila ke Pulau Ketam," katanya yang turut memuji penduduk kerana bersungguh-sungguh memelihara kebudayaan dan kesenian tempatan.

Secara berseloroh, beliau mengingatkan Ahli Majlis yang baharu dilantik, Mohd Prasad Hanif yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor supaya senantiasa melawat pulau itu dan memberi cadangan penambahbaikan.

Sementara itu, Shamsidar yang juga Yang Dipertua (YDP) Pekawanis menyatakan penghargaan kepada penduduk atas komitmen dalam menjayakan program itu.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan kepentingan penduduk Pulau Ketam.

Sebaliknya, sejurus Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu, Pulau Ketam merupakan kawasan yang menjadi antara agenda utama pembangunan negeri.

Program pada hari itu turut menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma serta menziarahi penduduk yang mengalami keuzuran. – HARAKAHDAILY 4/3/2016

Sumber HD - 4-3-2016                                                                                                                  -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelan catuan air peringkat kedua Lembah Klang palsu
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodednan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib mengesahkan tiada sebarang catuan air dilakukan Air Selangor setakat ini.

Beliau berkata, penyebaran berita berkenaan Pelan Catuan Air Peringkat Kedua Lembah Klang bermula 2 Mac hingga 31 Mac di beberapa kawasan adalah palsu.

“Berita terbabit sebenarnya dikeluarkan semasa catuan pada 2014 dahulu.

“Diharapkan rakyat Selangor yang mendapat sebaran berita ini boleh memberhentikannya dan maklumkan juga ia adalah berita palsu,” katanya dipetik Selangor Kini.

Laporan catuan air di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor yang menjadi viral sejak semalam mencetuskan kebimbangan kepada rakyat di negeri itu.

Pada masa sama, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) melalui Ketua Komunikasi Korporatnya, Amin Lin Abdullah turut menafikan sebaran berita berkenaan.

Sebaliknya pengguna dinasihatkan mendapatkan sebarang maklumat terkini di laman sesawangnya, www.syabas.com.my.

Sumber HD - 2-3-2016                                                                                                                    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                      

Selangor bantu 5.8 juta penduduk harungi 2016

HARAKAHDAILY | .


Tahun ini adalah tahun penuh cabaran bagi rakyat kebanyakan khususnya penduduk Negeri Selangor. Tempoh dua bulan ini pun sudah cukup peritnya apabila mendengar keluhan dan rintihan rakyat yang tidak cukup wang untuk berbelanja.
Penoreh getah mengadu harga getah rendah, pengusaha sawit juga mengadu harga sawit tidak seperti dulu. Peniaga kecil khususnya peniaga Melayu ramai terjejas teruk kesan daripada pelaksanaan GST tempoh hari. Pekerja-pekerja industri besar dibuang kerja sekali gus menyebabkan kadar pengangguran terus meningkat.

Umum mengetahui bahawa kenaikan kos sara hidup yang berlaku sejak tahun lepas menjadi punca kemarahan rakyat kebanyakan. Ini kerana kenaikan mendadak harga barang dan kos perkhidmatan telah berlaku memberi kesan dalam peningkatan perbelanjaan isi rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Indeks Harga Pengguna menunjukkan peningkatan mendadak sehingga mencatat 114.8 poin pada akhir tahun 2015 dan dijangka akan terus meningkat sehingga hujung tahun 2016. Ini terbukti menunjukkan rakyat terkesan teruk dengan kenaikan demi kenaikan kos dan perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Semua golongan terkesan dengan kenaikan ini. Golongan tua, golongan muda, penjawat awam, mahasiswa, petani, buruh serta anak kecil juga merasai kenaikan kos sara hidup ini. Sebagai contoh kes yang berlaku dalam kalangan siswa yang tidak mempunyai wang untuk makan baru-baru ini sedikit sebanyak kesan daripada peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat.
Walaupun sebelum ini kes pelajar tidak cukup makan di universiti adalah perkara biasa, namun hari ini perkara tersebut menjadi luar biasa dek kerana kesan inflasi melampau yang menghantui golongan pelajar yang tidak mempunyai pendapatan ini. Sedangkan golongan yang bekerja dan mempunyai pendapatan tetap pun terkesan inikan golongan seperti mereka yang tidak bekerja.

Seramai 5.8 juta penduduk Negeri Selangor terkesan dengan kenaikan ini di samping penduduk Selangor yang menetap di kawasan Lembah Klang dan sekitarnya kira-kira berjumlah 5 juta orang paling menerima kesan. Ini kerana kesan GST serta kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam khususnya banyak berlaku dan berlegar dalam kalangan rakyat di Selangor.

Sebagai contoh apabila ramai dalam kalangan penduduk Selangor bekerja di sekitar Lembah Klang, kesan kenaikan tol dan pengangkutan awam telah mengakibatkan perbelanjaan isi rumah dalam kategori pengangkutan meningkat sehingga lebih 21% dan tertinggi berbanding kategori lain.
Kategori makanan juga antara yang tertinggi khususnya selepas daripada pelaksanaan GST menyebabkan rakyat berjimat cermat untuk membeli makanan.

Segala yang ditempuh rakyat Selangor sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri dan sering dibincangkan di peringkat Exco dan Adun dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Bagi golongan petani, peladang, penternak dan nelayan mereka merupakan sebahagian rakyat Selangor yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan sebahagian mereka mempunyai mendapatan bawah RM1,000.
Justeru melalui bantuan antaranya program bantuan nelayan dan akuakultur, projek bantuan ternakan ikan dalam sangkar, peningkatan elaun sara hidup nelayan dan beberapa bantuan yang lain sedikit sebanyak dapat membantu golongan berpendapatan rendah ini meneruskan kehidupan.

Sejumlah RM5.65 juta diperuntukkan untuk tujuan program pembangunan ekonomi nelayan, petani dan penternak sedikit sebanyak akan meningkatkan pendapatan mereka daripada memperoleh pendapatan rendah kepada pendapatan sederhana tinggi.
Selain itu RM18 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian dan RM8 juta kepada Jabatan Veterinar bagi meningkatkan lagi kualiti dan tahap program pertanian kepada penggunaan teknologi moden bakal menaik taraf projek pertanian dan perladangan kepada para petani dan peladang di Selangor.

Air percuma 20 meter padu yang diberikan oleh kerajaan negeri juga masih lagi diteruskan sedikit sebanyak mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup pada tahun ini.
Bagi yang berhasrat membeli rumah pula, harga serendah RM42,000 boleh didapati melalui Rumah Selangorku selain daripada bantuan sewa-beli, bantuan pinjaman serta beberapa bantuan perumahan yang lain.
Begitu juga dengan perkhidmatan percuma bas Smart Selangor di beberapa kawasan bandar juga untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan tambang pengangkutan awam ini.

Dengan beberapa inisiatif kerajaan negeri ini mudah-mudahan dapat membantu rakyat Selangor dalam meneruskan liku-liku kehidupan yang penuh mencabar pada tahun ini. Kerajaan negeri sentiasa komited membantu rakyat dalam menangani isu-isu kenaikan kos sara hidup.
Para menteri dan pemimpin negara di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sepatutnya melihat langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor ini wajar dicontohi dan bukannya semakin hari semakin menekan rakyat dengan menaikkan kos tertentu sehingga rakyat terbeban.
Sebagai sebuah kerajaan sepatutnya kita perlu memberi solusi agar rakyat tidak terbeban di samping negara mendapat manfaat.
Marilah sama-sama kita membangunkan Negeri Selangor yang kita kasihi ini. Mudah-mudahan Allah memberkati Negeri Selangor Darul Ehsan dan merahmati pemimpin, penduduk serta rakyat negeri ini.

Membangun SMART Selangor Yang Peduli

ZAIDY ABDUL TALIB
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor
29 Februari 2016 - HARAKAHDAILY 29/2/2016

Sumber HD - 29-2-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Exco Selangor tempelak profesor ‘serba tak tahu'
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menempelak seorang profesor  apabila mendakwa kerajaan negeri tidak mempunyai ‘blue print’ perumahan untuk membantu rakyat memiliki rumah.

Beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai 13 produk perumahan seperti rumah mampu milik Selangorku, Program Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (Tepat) dan Dana Selangor (Dana-Sel).

“Profesor ini baru bangun tidur agaknya, tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu Selangor bukan sahaja mempunyai 13 produk perumahan untuk rakyatnya, malah merupakan negeri terkehadapan membantu rakyat memiliki rumah sehingga idea-idea kita menjadi ikutan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lain,” katanya dipetik Selangor Kini.

Iskandar yang enggan menamakan individu terbabit menyeru pihak terbabit membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang pendapat yang boleh memalu dan menjejaskan kredibiliti ahli akademik lain.

“Bila seorang ahli akademi mengeluarkan kenyataan semberono sahaja tanpa buat kajian, tentulah boleh memalukan ahli akademik lain walaupun kebanyakan mereka mengeluarkan yang lebih profesional tanpa dipengaruhi unsur luar melainkan kajian akademik mereka sendiri,” katanya.

Sumber HD - 26-2-2016                                                                                                                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                

Lebuh raya: Dialog terbuka boleh nilai suara rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dialog terbuka cadangan Projek Lebuh raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) diadakan bagi membolehkan semua pihak menilai sendiri suara dan kehendak rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bandar dan Kehidupan Bandar Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata amalan mendengar pendapat rakyat sebelum melaksanakan projek dibuktikan kerajaan negeri terhadap satu projek lebuh raya tidak berapa lama dahulu.

“Sebenarnya kerajaan negeri memang menunggu cadangan jajaran daripada LLM kerana tahun lepas mereka bentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan kita beri banyak komen yang perlu dia betulkan.

“Bila lama sudah tak dimuktamadkan dan penduduk juga tanya status isu ini, saya berikan dialog dengan wakil penduduk pada 7 Disember lepas apabila ketika itu saya adalah penyelaras Dun Sungai Burung tetapi dia tak boleh bagi perinciannya. Mereka minta masa dua bulan.

“Jadi hari ini selepas dua bulan, kita buat sekali lagi dan nampaknya masih cadangan sama juga dibentangkan cuma kali ini kita buat secara terbuka sebab kita nak dengar daripada rakyat dan kita juga nak LLM juga dengar sendiri dari rakyat,” kata Iskandar dipetik Selangor Kini.

Katanya, amalan itu berbeza dengan pendekatan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang hanya mengadakan dialog bersama LLM dengan disertai beberapa pemimpin Umno dan beberapa pemimpin setempat.

“Seperti saya, takkanlah saya nak berbincang dengan tiga atau empat orang tetapi kita kena dengar pandangan rakyat sebab isu ini melibatkan rakyat,” katanya lagi.

Majlis dialog dihadiri hampir 100 penduduk khususnya penduduk di Kampung Sungai Gulang-Gulang dan Kampung Sungai Tengi Kiri, Tanjong Karang.

Sumber HD - 24-2-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Noh, Umno dialu-alukan hadir majlis penerangan WCE

HARAKAHDAILY | .


AHLI Parlimen Tg Karang, Tan Sri Noh Omar tidak perlu rasa bersalah dan beliau dialu-alukan menghadiri majlis penerangan Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway) atau WCE.

Majlis penerangan tersebut adalah terbuka kepada seluruh rakyat dan ini bermakna Noh dialu-alukan untuk turut bersama. Risalah menjemput rakyat telah diedarkan kepada penduduk.

Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut,

Tarikh - 23 Februari 2016 (Selasa)
Masa - 10.30 pagi
Tempat - Dewan Dato' Hormat, Pekan Tg Karang

Turut akan diadakan adalah satu dialog.

Sebelum ini pada 7 Disember tahun lepas satu majlis penerangan dan dialog telah saya anjurkan ketika saya merupakan Penyelaras Kawasan Dewan Negeri Sg Burung.

Dijemput pada majlis tersebut adalah wakil-wakil dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri, Jabatan Kerja Raya dan syarikat konsesi lebuhraya itu.

Isu utama yang dibangkitkan pada majlis itu adalah jajaran WCE akan melalui tanah-tanah orang kampung yang mengakibatkan tanah-tanah itu diambil alih.

Isu kedua adalah kemungkinan Tg Karang akan menjadi pekan mati apabila WCE tidak melalui pekan tersebut.

Walau bagaimanapun jajaran atau laluan terperinci WCE tidak dapat dibentangkan pada taklimat tersebut. Oleh itu, satu taklimat telah dipersetujui untuk diadakan pada awal tahun 2016. Majlis penerangan pada 23 Februari ini adalah taklimat tersebut.

Majlis ini bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa tetapi adalah satu peluang bagi rakyat termasuk wakil rakyat untuk menyatakan pandangan.

Ingin ditegaskan di sini jajaran atau laluan muktamad WCE belum lagi dibentangkan kepada kepada LLM atau Kerajaan Pusat.

Satu pembentangan kepada Kerajaan Negeri telah dilakukan oleh LLM di dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) tahun lepas. Di dalam mesyuarat itu LLM diminta untuk membentangkan semula jajaran yang baru dengan mengambil kira pandangan-pandangan mesyuarat.

LLM atau Kerajaan Pusat belum lagi membentangkan jajaran yang baru ini kepada MTES.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 21/2/2016

Sumber HD - 21-2-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor kutip zakat lebihi sasaran, agih RM676.3 juta

HARAKAHDAILY | .


SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat sebanyak RM626.6 juta dan mengagihkan RM676.3 juta pada tahun 2015.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, jumlah kutipan zakat tahun lalu sebanyak RM626.6 juta berbanding RM582.3 juta pada 2014.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM605.2 juta dikutip daripada zakat harta manakala RM21.5 juta daripada zakat fitrah," ujarnya pada sidang media di sini, pagi tadi.

Menurutnya, Zakat Selangor telah mensasarkan kutipan sebanyak RM615 juta pada tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah kutipan zakat terbesar mengikut segmen disumbangkan oleh zakat pendapatan (RM385.9 juta), zakat perniagaan (RM117.2 juta), zakat simpanan (RM38.1 juta), zakat harta (RM38.0 juta), zakat saham (RM10.1 juta), zakat KWSP (RM9.7juta), zakat emas dan tanaman (RM2.5 juta), zakat qada (RM1.1 juta) dan zakat ternakan serta perak (RM0.05 juta). - HARAKAHDAILY 4/2/2016

Sumber HD - 4-2-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Tiada halangan penceramah luar berdakwah di Selangor
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tiada halangan bagi penceramah dan cendekiawan agama dari luar untuk berdakwah kepada masyarakat di Selangor dengan syarat memiliki tauliah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan  Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, kerajaan negeri menekankan kelayakan seseorang penceramah supaya fahamannya tidak bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, ia susulan hal ehwal agama Islam teletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri terutama raja atau sultan.

“Kita perlu memberi peluang kepada penceramah atau cendekiawan agama dari luar tidak kira dalam negara mahupun luar untuk menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat.

“Tidak dinafikan di sesebuah negeri memang ada ramai penceramah, tetapi tidak salah memberi peluang kepada ahli agama dari luar untuk menyebarkan ilmu pengetahuan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersikap terbuka kepada penceramah tempatan dan luar, namun tapisan tertentu akan dijalankan supaya fahaman pihak terbabit tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai.

Kenyataan beliau itu susulan isu 16 penceramah luar tidak dibenarkan berceramah di Johor termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Media melaporkan, Exco Agama Johor, Abdul Mutalip Abdul Rahim berkata, ramai individu di negeri itu pakar berkenaan agama dan masyarakat Islam di Johor tidak memerlukan orang luar untuk menjadi penceramah.

Sumber HD - 4-21-2016                                                                                                                ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                

Selangor peruntuk RM72 juta tingkat kualiti jalan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor komited meningkatkan kualiti penyelenggaraan jalan di negeri itu demi memenuhi keperluan semua sejajar dengan hasratnya “Membangunkan SMART Selangor Yang Peduli”.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata RM72 juta diperuntukkan dengan mengambil inisiatif membuat penambahbaikan kontrak jangkaan panjang penyelenggaraan jalan negeri.

Katanya, kontrak terbabit bagi tempoh lima tahun bermula 1 Februari membabitkan pelantikan 45 kontraktor bagi penyelenggaraan jalan negeri di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) sejauh kira-kira 4,700 kilometer.

“Selepas pembentangan belanjawan, menerusi tema dinyatakan Kerajaan Negeri membuktikan dengan banyak diterjemahkan melalui manifestasi dalam bentuk tindakan dan program,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Surat Setuju Terima (SST) Untuk Kontrak Jangka Panjang penyelenggaraan jalan negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, berbeza dengan sistem sebelumnya hanya kepada satu zon, penambahbaikan kontrak diguna pakai membabitkan sistem pembahagian kepada tiga zon iaitu Zon 1 bagi Sabak Bernam dan Kuala Selangor, Zon 2 (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Klang) dan Zon 3 (Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat).

Penambahbaikan itu, katanya, juga meliputi skop kerja baru dan terperinci bagi memastikan penyelenggaraan jalan negeri dijalankan dengan baik.

“Dengan tiga zon ini kita dapat mengenal pasti dan membuat penilaian supaya semua kontraktor dilantik boleh bersaing secara sihat untuk menunjukkan prestasi terbaik.

“Semua mereka diberikan kontrak lima tahun dan sekiranya mempunyai rekod prestasi baik, kontrak mereka akan disambung dua tahun berikutnya,” katanya yang juga Adun Taman Templer.

Katanya, syarikat konsesi dan kontraktor dilantik perlu mematuhi piawaian prestasi dan skop kerja sebagaimana ditetapkan Kerajaan Negeri sebagai Petunjuka Prestasi Utama (KPI) kerana ini bagi memastikan kerja terbabit dalapt dilakukan dengan jaya.

“Kita tidak mahu ianya di atas kertas sahaja dan JKR diarahkan memastikan KPI ditetapkan dipatuhi kontraktor yang dilantik.

“Ini kerana kita serius, keluarkan belanjawan besar dengan skop kerja baru dan kita yakin dengan kontraktor dipilih tetapi sekiranya berlaku kecuaian atau ketidak amanah, kita tidak teragak-agak menamatkan kontrak mereka namun akan ada proses perlu dilalui,” katanya.

Sumber HD - 2-2-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor buka pinjaman pelajaran sesi 2016
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mempelawa semua pelajar yang memenuhi kelayakan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor bagi sesi pertama 2016.

Pelajar boleh membuat permohonan secara atas talian bermula pada 1 Februari sehingga 29 Februari ini di laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/.

Memetik laporan Selangor Kini, syarat kelayakan permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang terdiri daripada rakyat Sultan Selangor.

Pemohon juga adalah kelahiran di Selangor atau Ibu atau bapa lahir di Selangor; atau pemohon bermastautin lebih lima tahun di Selangor dengan pengesahan daripada Adun, Penghulu, Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

Kadar pinjaman ditawarkan adalah seperti berikut:

Kadar pinjaman bagi setahun adalah ijazah (perubatan) sebanyak RM7,000, ijazah (lain-lain) RM6,500, diploma RM4,900.00 dan sijil RM4,000.

Sumber HD - 1-2-2016                                                                                                                  --------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                      

Bauksit: Selangor kaji kualiti air mentah dari Pahang

BERNAMA | .


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang mengkaji tahap kualiti air yang dibeli daripada negeri Pahang berikutan dikhuatiri dicemari bauksit, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
  
Beliau berkata langkah berkenaan dilaksanakan bagi memastikan kos merawat air mentah yang mungkin tercemar itu tidak akan membebankan rakyat negeri ini.
  
"Perjanjian pembelian air mentah dari Pahang yang dibuat pentadbiran negeri sebelum ini menjanjikan kualiti air yang baik dan selamat bagi rakyat di sini.
  
"Disebabkan itu kami mahu kaji semula kualiti bahan mentah tersebut dan jika ia mencapai tahap pencemaran berbahaya, ia pasti memerlukan kos rawatan yang besar dan tinggi," katanya kepada pemberita hari ini.
  
Beliau ditemui selepas menghadiri upacara menanam 13,000 pokok oleh 850 sukarelawan bersempena pembukaan cawangan baharu pusat beli-belah Aeon di Seksyen 13, di sini.

Menurutnya, kajian selama dua bulan itu untuk menentukan tindakan selanjutnya sama ada pembayaran 10 sen bagi setiap meter padu air yang dibeli masih relevan dengan kualiti yang ditawarkan kerajaan Pahang.
  
Mohamed Azmin berkata jumlah bekalan air mentah yang dibeli setakat ini belum mencapai kadar maksimum dan ia disalurkan ke Loji Rawatan Air Langat 2 bagi proses rawatan.
  
Bagaimanapun katanya, jumlah bekalan air yang rendah itu juga sesuai dengan kadar pengoperasian loji berkenaan yang masih belum siap sepenuhnya sebelum menyalurkannya kepada rakyat.
  
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri memastikan kualiti air yang dibeli itu selamat untuk digunakan oleh rakyat di sini," katanya.
  
Tambahnya, kajian tersebut juga dibuat sebagai langkah untuk memastikan bekalan air terawat di Selangor sentiasa mencukupi bagi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka berlarutan sehingga September depan.
  
Sejak tahun lepas, kerajaan Selangor meneruskan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PAMPS) dengan menerima air mentah sebanyak 500 juta liter sehari (JLH) daripada Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat.
  
Mengulas mengenai peningkatan kes denggi di Selangor, Mohamed Azmin berkata pihaknya sedang melaksanakan langkah bersepadu dengan pelbagai pihak bagi membendung penularan penyakit tersebut. - BERNAMA

Sumber HD - 23-1-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Kerjasama pengguna bantu atasi masalah air di S’gor
























































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pengguna supaya mengurangkan perkapita penggunaan air bagi setiap isi rumah berikutan Fenomena El Nino dijangka akan melanda negara bermula Januari sehingga Mac tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian, dan Industri Asas Tani negeri Selangor Zaidy Abdul Talib berkata, berdasarkan rekod, penggunaan air perkapita bagi rakyat di Negeri Selangor adalah pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak 235 liter sehari.

"Ini adalah juga salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan bekalan air di pihak pengguna. Dengan adanya kerjasama pengguna ini, Kerajaan Negeri Selangor yakin bahawa bekalan air di Selangor dapat dibekalkan kepada pengguna secara berterusan," katanya kepada Harakahdaily.

Kerajaan negeri Selangor bersedia dengan beberapa langkah mitigasi untuk menghadapai kekurangan taburan hujan sehingga 60% yang akan mengakibatkan kesan musim kering yang akan melanda.

Katanya, beberapa inisiatif telah dan akan terus dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan bekalan air serta kesediaan sumber air seperti melaksanakan operasi pembenihan awan (cloud seeding) seperti yang telah dilaksanakan pada tahun lepas di beberapa kawasan tadahan dan lembangan sungai bagi meningkatkan kuantiti sumber air.

Katanya, pelaksanaan operasi bagi tahun 2016 akan bermula dalam masa yang terdekat. termasuklah meneruskan dan menguruskan operasi pengepaman air dari kolam takungan di sekitar Bestari Jaya tanpa mengabaikan soal kualiti sumber air tersebut.

"Operasi pengepaman telah bermula pada 8 Januari yang lalu dengan jumlah pengeluaran sebanyak 200 juta liter sehari (JLH). Jumlah pengeluaran ini akan ditingkatkan lagi dengan berfasa daripada 10 kolam yang digunakan," ujarnya.

Sehingga 12 Januari 2016, kapasiti takungan semua empangan Negeri Selangor berada di dalam keadaan baik melebihi paras 70%.

Berikut adalah status semasa kapasiti ketujuh-tujuh empangan Negeri sehingga 12 Januari 2016;

Empangan Sg. Selangor : 100%, Empangan Sg. Tinggi : 91.03%, Empangan Sg. Semenyih : 99.70%, Empangan Sg. Langat : 74%, Empangan Batu : 92.58%, Empangan Klang Gates : 98.52% dan Empangan Tasik Subang : 99.58%

Justeru, katanya, Kerajaan Negeri Selangor yakin dengan keupayaan takungan empangan untuk menyediakan sumber air mentah yang mencukupi sepanjang musim kering yang bermula pada bulan Januari ini.

Kapasiti empangan terkini menunjukkan paras yang lebih tinggi berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas.

Contohnya pada 12 Januari 2015, paras Empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan pada 75.86% berbanding pada tarikh yang sama tahun ini berkapasiti penuh 100%.

Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi adalah merupakan empangan utama dalam pembekalan air di Negeri Selangor iaitu meliputi 60% daripada jumlah pembekalan air di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. – HARAKAHDAILY 13/1/2016

Sumber HD - 13-1-2016                                                                                                                ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                      

Selangor proaktif tangani bekalan air akibat El Nino

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor sentiasa proaktif dalam menangani masalah bekalan air terutamanya bagi menghadapi musim kering akibat fenomena El Nino ketika ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Amin Ahmad Ahya berkata pihaknya sentiasa berbincang dan melihat perkara itu dari masa ke semasa untuk mengelakkan catuan air seperti sebelum ini.

Katanya, kerajaan negeri mempunyai projek mitigasi antaranya projek Labuhan Dagang yang boleh mengatasi masalah bekalan air di negeri itu, lapor Selangor Kini.

“Tidak ada jaminan dan saya tidak boleh bagi jaminan catuan air. Namun, buat masa ini bekalan air mencukupi untuk penduduk Lembah Klang.

“Kita mempunyai jawatankuasa untuk melihat keadaan keperluan air di negeri Selangor setiap hari. Buat masa ini keperluan air masih mencukupi.

“Buat masa ini kita gunakan kolam yang ada di Kuala Selangor untuk bekalkan air mentah untuk diproses,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem E-Pelelong, di Ballroom Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata projek Mitigasi 2 dibina bagi mengelakkan krisis bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Projek itu membabitkan pembinaan dua loji rawatan air di Labuhan Dagang, Kuala Langat dan Semenyih 2 bagi menampung permintaan pihak industri dan pengguna domestik.

Sumber HD - 12-1-2016
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Isu ahli majlis: Amalan politik 'hijack' oleh PAN dikecam























































































HARAKAHDAILY | .


Firman Allah s.w.t. dalam surah al Anfal ayat 27 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).


Tuntutan tidak munasabah dan melangkaui hak yang dibuat oleh PAN kepada Kerajaan Selangor berkaitan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Tuntutan PAN ini menggambarkan sikap dan rupa mainan politik kotor mereka yang langsung tiada kena mengena dengan Kerajaan Negeri Selangor yang dibina atas persepakatan dan kemenangan dengan paduan 3 kompenan parti iaitu PAS, PKR dan DAP pada PRU13 yang lalu.

PAN daripada awal penubuhannya telah memperlihatkan cara politik tidak berakhlak dan tiada maruah diri dengan melarikan beberapa kerusi PAS Dun dan Parlimen di Selangor dengan melalui jalan pintas. Terbaru mereka juga ingin melakukan tindakan yang sama dalam mendapatkan kedudukan dalam Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.

PAN sebenarnya tidak memiliki apa-apa hak dalam Kerajaan Selangor walaupun mereka bersahabat dengan PKR dan DAP. Mereka tidak patut dengan sewenang-wenang ingin memposisikan orang mereka dalam kerajaan apatah lagi ingin mengambil kerusi Ahli Majlis daripada PAS Selangor.

Berdasarkan kepada senario terkini hal Ahli Majlis PBT, dengan ini kami daripada ketiga-tiga Dewan iaitu Ulamak, Pemuda dan Musimat PAS Selangor ingin menegaskan:

1. Kami bersama dengan pendirian yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor YB Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa PAS Selangor sama sekali tidak akan melepaskan kerusi Ahli Majlis PAS kepada PAN.

2. Kami juga tetap mempertahankan kerusi Ahli Majlis PBT PAS yang sebelum ini dan begitu juga lantikan-lantikan politik PAS yang lain dalam kerajaan negeri.

3. Kami juga merujuk kepada keputusan Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor bahawa PAS akan mempertimbangkan kedudukannya dalam Kerajaan Negeri Selangor sekiranya hak PAS diketepikan dan PAN dengan mudah boleh berada dalam kerajaan negeri.

4. PAN adalah parti daripada pengkhianatan kepada perjuangan Islam yang tiada jaminan bahawa ia tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap pihak lain.

BerIstiqamahlah Sehingga Kemenangan

USTAZ RIZUAN RAHMAT
Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor

USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor

USTAZAH WAN HASRINA WAN HASSAN
Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor

25 Rabiul Awwal 1437 / 6 Januari 2016 - HARAKAHDAILY 6/1/2016

Sumber HD - 6-1-2016                                                                                                                 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                       

Dr Redzuan Naib Canselor Unisel yang baharu

BERNAMA | .


SHAH ALAM: Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) yang baharu berkuatkasa mulai esok.
  
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau menggantikan Prof Dr Anuar Ahmad yang tamat perkhidmatannya pada 15 Dis lepas.
  
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) itu, pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), dan memiliki ijazah kedoktoran falsafah daripada Edinburgh University, United Kingdom (UK) dalam bidang sejarah, serta ijazah sarjana daripada University of London UK, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
"Pengalaman Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman yang cukup luas dalam bidang pendidikan serta kecemerlangan dalam rekod kepimpinan beliau pasti akan memberi manfaat yang baik dalam usaha memperkasakan Unisel dan menempatkan Unisel bersama universiti terbaik dalam dan luar negara," katanya.
  
Tambahnya, kerajaan Selangor turut merakamkan penghargaan kepada Prof Dr Anuar di atas sumbangan dan jasanya sepanjang berkhidmat dengan Unisel. - BERNAMA

Sumber HD - 31-12-

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Terminologi ‘rumah mampu milik’ lahir di Selangor
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Terminologi ‘rumah mampu milik’ yang mula-mula diperkenalkan Kerajaan Selangor pada 2009 lagi membuktikan kerajaan negeri termaju itu sentiasa berada selangkah di hadapan berbanding Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata terminologi sama kemudiannya mula diguna pakai secara meluas termasuk projek perumahan rumah mampu milik yang diusahakan Kerajaan Persekutuan, PR1MA dan negeri lain.

Katanya, ia membuktikan Kerajaan Selangor sentiasa selangkah di hadapan dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat termasuk dalam isu perumahan.

“Bermula di Selangor, kerajaan negeri melahirkan idea mengusahakan rumah kategori mampu milik, malahan terminologi rumah mampu milik (RMM) itu sendiri, Selangor yang mula-mula perkenalkan.

“Pertama guna terminologi ‘rumah mampu milik’ adalah di Bangi pada awal Jun 2011. Beberapa bulan selepas itu, ia menjadi ikutan apabila Kerajaan Persekutuan melancarkan projek RMM mereka,” katanya dipetik Selangor Kini.

Katanya, RMM (Rumah Selangorku) yang diusahakan kerajaan negeri yangditawarkan pada harga RM42,000 hingga RM250,000 juga lebih berpatutan dan realistik berbanding rumah PR1MA yang mencecah sehingga RM400,000.

Beliau menjelaskan, harga yang ditawarkan itu merupakan antara faktor menjadikan Rumah Selangorku yang dilancarkan tahun ini mendapat sambutan menggalakkan oleh masyarakat yang mengimpikan kediaman sendiri.

“Pada awal 2015 kerajaan negeri mensasarkan sebanyak 15,000 unit rumah mampu milik dibina tahun ini tetapi sasaran itu dinaikan kepada 20,000 unit selepas mendapati hampir 15,000 unit berjaya dilancarkan dalam hanya beberapa bulan sahaja,” katanya lagi.

Sumber HD - 21-12-2015                                                                                                              ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                

SUK Selangor yang baharu angkat sumpah 11 Jan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baharu hanya akan diketahui selepas 3 Januari 2016, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika majlis perpisahan Datuk Mohammed Khusrin Munawi di Lobi SUK, Shah Alam hari ini.

“(Pengganti) hanya diketahui selepas 3 Januari, manakala majlis angkat sumpah berlangsung pada 11 Januari,” katanya dipetik Selangor Kini.

Ketika ditanya siapakan calon itu, Mohammed Azmin berkata, ia adalah seseorang daripada Selangor.

“Anak kelahiran Selangor,” katanya.

Mohammed Khusrin hari ini bersara wajib daripada perkhidmatan awam selepas lima tahun menjawat jawatan itu.

Beliau akan mula bercuti esok sebelum secara rasmi bersara sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2016.

Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1986 dan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai SUK Selangor pada 2011.

Sebelum menjawat jawatan itu, beliau adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sumber HD - 17-12-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banjir Selangor: Paling teruk sejak 20 tahun - mangsa

Posted on Tuesday, December 15 @ 21:22:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA SELANGOR: Banjir di beberapa kawasan di sini, dianggap penduduk sebagai yang paling teruk setakat ini.

Seorang mangsa banjir yang ditempatkan di Surau Ladang Tuan Mee, Ahmad Kini, 54, berkata keadaan banjir kali ini lebih teruk berbanding beberapa minggu lalu kerana air di beberapa kawasan rumah mencecah hingga paras leher orang dewasa.

"Kami mula berpindah pada malam Jumaat lalu memandangkan keadaan air yang semakin naik dan begitu membimbangkan kami sekeluarga, malah paras air di kawasan rumah jiran kami mencecah dada dan leher.

"Mujur jiran ada sampan lama yang boleh digunakan untuk membawa kami ke lokasi selamat sebelum pihak keselamatan datang membantu memindahkan kami ke pusat pemindahan.

"Kami sekeluarga sudah menetap di Kampung Sentosa lebih 20 tahun dan ini adalah bencana alam yang terburuk pada tahun ini," katanya.

Warga tua di Parit Mahang, Misnan Rakidi, 78, terpaksa mendapatkan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk ke pusat pemindahan sementara yang dibuka pada jam 10 pagi tadi kerana masih lagi tidak dapat bergerak ekoran kemalangan yang dialaminya sebelum ini.

"Eloklah kami berpindah segera kerana bimbang keselamatan kami sekiranya air naik mendadak nanti. Ini kali kedua pakcik berpindah di sini dan berharap cuaca akan kembali pulih," katanya yang tinggal berdua dengan isterinya.

Pegawai Daerah Kuala Selangor yang juga Pengerusi Bencana Daerah, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, berkata dua pam sudah dipasang di kunci air Parit Merbau dan Parit Gajah di sini, untuk mengepam air keluar.

Sementara itu, hingga jam 3 petang tadi, seramai 479 mangsa banjir daripada 129 keluarga masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di beberapa daerah di Selangor.

Jumlah itu berkurangan berbanding 625 mangsa pagi tadi. Pekan Meru, Klang mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 172 orang daripada 43 keluarga diikuti Labu Lanjut, Sepang dengan jumlah mangsa seramai 81 orang membabitkan 18 keluarga.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, berkata keadaan banjir di sembilan daerah tidak banyak berubah iaitu dengan kedalaman air pada paras 0.3 meter.

"Kuala Selangor dan Klang masing-masing mempunyai tiga kawasan yang dilanda banjir hingga memaksa penduduk berpindah. "Antaranya, Kampung Parit Mahang, Kampung Seri Sentosa Batu 15 dan Puncak Alam (Kuala Selangor) dan Meru, Kampung Air Kuning Padang Jawa serta Pekan Kapar (Klang)," katanya.

Dua kawasan lain di Sepang iaitu Taman Gemilang Dengkil, Labu Lanjut dan satu kawasan di Kuala Langat iaitu Genting Sanyen.                                                                                                                                                                                                                                                                

Sumber TKO - 15-12-2015
--------------------------------------------------------------------------
Sultan: MB Selangor dulu anugerah gelaran Datuk macam ‘bufet’

Posted on Sunday, December 13 @ 20:34:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR, 13 Dis - Sultan Selangor menyifatkan penganugerahan darjah kebesaran semasa zaman pentadbiran menteri besar Tan Sri Muhammad Muhd Taib terlalu mudah dan sesedap hati seperti hidangan "buffet".

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata Muhammad banyak menukar adat negeri, misalnya memberi darjah kebesaran dengan hanya kelulusan exco, tanpa melalui Dewan Diraja.


"Sebab itu kadang-kadang istana kata darjah kebesaran semasa zaman Muhammad seperti buffet sahaja, letak atas meja terus ambil," katanya, sebelum tradisi itu dikembalikan seperti asal.

Baginda menambah, susulan prestasi pegawai kerajaan sekarang yang tidak bagus, istana tahun ini memutuskan memberi 17 pingat darjah kebesaran sahaja yang membawa gelaran Datuk.

"Saya pun tengok pegawai-pegawai kerajaan tidak menunjukkan prestasi bagus, jadi saya tidak bagi banyak. Kita beri 17 gelaran Dato', satu Dato' Seri dan tiga Dato' Setia," katanya, apabila ditanya sebab jumlah darjah kebesaran tahun ini, sempena keputeraan baginda ke-70, berkurang.

Baginda, dalam wawancara akhbar Mingguan Malaysia, juga terus-terang mengakui tidak menghormati Muhammad, menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997, yang didakwa mengaut kekayaan ketika aktif berpolitik dan sikapnya yang sering melompat parti.

"Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam Umno, kemudian masuk PAS.

"Kemudian apabila PAS kelam-kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat," kata baginda.
Baginda mendedahkan almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah berselisih dengan Muhammad kerana beliau berbohong.

Baginda juga menyifatkan kewujudan jawatan timbalan menteri besar semasa itu sebagai kesilapan terbesar Selangor dan selepas mengambil alih takhta, baginda memansuhkan jawatan itu.

"Saya tidak pernah argue (berbalah) dengan menteri besar. Hanya sekali sahaja ayahanda saya berbalah dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, itu pun kerana beliau berbohong.
"Sebab beliaulah, kita wujudkan jawatan timbalan menteri besar dan itu adalah kesilapan terbesar negeri Selangor," kata Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Semasa ambil alih (takhta) ayahanda, saya cakap dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) saya tidak mahu timbalan menteri besar. Beliau tanya kenapa?

"Timbalan menteri besar ini tidak lain kerjanya hendak menjatuhkan menteri besar. Jadi menteri besar takut apa akan datang dari belakang. Dia bukan menolong tapi menjatuhkan.

"Bukan bermakna timbalan menteri besar secara automatik akan jadi menteri besar. Jadi, ada cita-cita lain. Jadi, lebih baik tidak ada. Pak Lah setuju dan sejak itu tidak ada lagi timbalan menteri besar."                                                                                                                                                                                                                                                        

Sumber TKO - 13-12-2015
--------------------------------------------------------------------------
Ini Sebenaar Tujuan Parti PAN, Gesaan PAN jadi ahli majlis dipertimbang


Posted on Sunday, December 13 @ 12:53:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KLANG - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, gesaan Parti Amanah Negara (Amanah) agar wakil mereka dilantik ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini akan dipertimbang sebelum perkhidmatan ahli majlis tamat tempoh hujung bulan ini.

Menurutnya, perbincangan mengenai perkara itu akan dilakukan dalam masa terdekat.
Timbalan Presiden PKR itu berkata,  rundingan bagi kuota pelantikan ahli majlis baru sedang dilakukan.

“Ada parti sudah hantar nama dan kita akan bawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) .

“Kita akan buat keputusan dan majlis pelantikan akan dibuat segera,” katanya ketika diminta mengulas berhubung gesaan Amanah terhadap pelantikan ahli majlis turut melibatkan parti itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Istiadat Penganugerahan /Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena Hari keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-70 yang berlangsung Balairung Seri, Istana Alam Shah, semalam.

Berkenaan pembahagian kuota ahli majlis, beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, perkara itu belum diputuskan.

“Kita akan bawa dalam MMKN akan datang dan kita akan laksanakan pelantikan yang baru secepatnya,” katanya.

Terdahulu, parti Amanah Selangor menuntut agar pembahagian kerusi Ahli PBT untuk parti itu dibuat segera sebelum perkhidmatan Ahli PBT di negeri ini berakhir hujung bulan ini.


  Ketua Pemudanya, Abbas Azmi berkata, memandangkan Amanah sudah membarisi komponen Pakatan Harapan, tiba masanya parti baharu ini menyumbangkan khidmat dalam pentadbiran PBT. - SH

Sumber TKO - 13-12-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Piala Malaysia: Kerajaan negeri ucap tahniah, esok cuti
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Selangor kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia setelah kemarau selama 10 tahun.

"Misi pasukan bolasepak Selangor untuk memenangi Piala Malaysia bagi kali ke-33 akhirnya menjadi kenyataan," ujar Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, kedua-dua pasukan, Selangor dan Kedah telah mempamerkan permainan yang bermutu tinggi walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Beliau menambah, kerajaan negeri menghargai sokongan para penyokong pasukan Gergasi Merah dan Helang Merah yang telah membanjiri Stadium Shah Alam dengan penuh semangat kesukanan.

"DYMM Sultan Selangor telah berkenan setelah saya mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor untuk mengumumkan cuti peristiwa bagi Negeri Selangor pada hari Isnin, 14 Disember 2015," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, cuti umum itu juga bertujuan menzahirkan penghargaan kerajaan negeri kepada para penyokong pasukan Gergasi Merah dan seluruh rakyat Selangor yang telah mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak negeri itu. - HARAKAHDAILY 13/12/2015

Sumber HD - 13-12-2015                                                                                                             ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                

Selangor maju, lautan politik tidak berombak

HARAKAHDAILY | .


KLANG: Selangor maju dan akan terus subur ekoran lautan politik tidak berombak walaupun resam demokrasi membenarkan pertukaran kerajaan mentadbir, namun rakyat bersyukur peralihan kuasa mengikut iradat mereka berlaku secara teratur dan aman.

“Kestabilan juga terus kekal kerana perubahan dipayungi institusi Raja-Raja Melayu,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan Sembah Ucapan Taat Setia sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-70 di Balairung Seri, Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Katanya, kesetiaan rakyat kepada raja dan negara juga kekal utuh seperti termasyhur dalam Rukun Negara.

Menurutnya, institusi Raja Berperlembagaan, ibarat pembentung yang membulatkan muafakat rakyat, memayungi Selangor untuk kekal selamat, adil, maju dan makmur.

Adun Bukit Antarabangsa itu menambah, beliau akan memastikan Selangor terus memecut ke hadapan bersaing dengan negeri dan negara lebih maju di rantau ini.

"Gagasan ‘Smart Selangor’ dilakar sebagai visi negeri untuk tempoh tiga tahun akan datang dengan menjamin keadilan rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY 12/12/2015

Sumber HD - 12-12-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Berterima kasihlah kepada Kerajaan Selangor

HARAKAHDAILY | .


Gesaan perwakilan Umno Selangor pada Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung menunjukkan bahawa Umno tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Perwakilan tersebut, Datuk Nasaruddin M Zin telah dilaporkan oleh media menggesa agar Kerajaan Persekutuan tidak lagi membiayai infrastruktur dan pembangunan di Selangor kerana negeri itu tidak dikuasai oleh BN.

Seperti ramai pimpinan Umno yang lain, beliau gagal memahami tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan negeri.

Beliau lupa menurut Perlembagaan Persekutuan terdapat peruntukan-peruntukan yang wajib diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Perkara 109 menetapkan Kerajaan Persekutuan hendaklah membuat pemberian tahunan untuk 2 perkara.

Yang pertama adalah pemberian menurut kepala atau jumlah penduduk sepertimana Perkara 109(1)a.

Yang kedua adalah pemberian bagi penyenggaraan jalan sepertimana Perkara 109(1)b.

Nilai-nilai pembayaran tersebut juga dinyatakan dengan jelas pada Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kesepuluh perlembagaan itu.

Di negara-negara lain seperti Australia dan Canada yang mengamalkan sistem kerajaan yang sama seperti Malaysia, Kerajaan Pusat sentiasa menghormati hak-hak kerajaan negeri walaupun Kerajaan Negeri dikuasai oleh parti pembangkang.

Pimpinan Umno mesti memahami bahawa jika pembangunan di Selangor terhenti maka ia akan memberi kesan negatif kepada seluruh negara. Berterima kasihlah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang berusaha untuk memastikan pembangunan di negeri yang paling strategik di Malaysia ini berjalan lancar.

Jangan juga lupa lebih 20 peratus KDNK (Keluar Dalam Negara Kasar) negara adalah dari negeri Selangor.

Walaupun gesaan ini dibuat oleh perwakilan dari sebuah negeri namun ia dibuat oleh perwakilan dari negeri yang termaju di negara kita. Maka tidak hairan jika ia juga merupakan pandangan Umno dari negeri-negeri lain.

Gesaan perwakilan Umno Selangor ini menzahirkan sikap sebenar Umno terhadap demokrasi dan kerjasama.

DATUK ISKANDAR A SAMAD
Exco Kerajaan Negeri Selangor - HARAKAHDAILY 12/12/2015

Sumber HD - 12-12-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Keputeraan Sultan Selangor: Azmin terima Datuk Seri
























































































BERNAMA | .


SHAH ALAM: Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tan Sri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail mendahului senarai 75 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor bersempena Hari Keputeraan ke-70 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.
  
Syed Anwar yang juga Pengerusi DRB-Hicom Bhd dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).
  
Sementara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali merupakan penerima tunggal Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) tahun ini yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.
  
Ahli Dewan di-Raja Selangor yang juga Orang Besar Istana Tengku Datuk Paduka Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj dikurnia Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) yang membawa gelaran 'Datuk Setia' bagi lelaki dan 'Datin Paduka Setia' bagi wanita.
  
Turut menerima S.S.I.S ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi. 
  
Mendahului senarai lapan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita ialah Ketua Hakim Syarie Selangor Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  
Penerima lain D.P.M.S ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Nik Shuhaimi Nik Sulaiman, Felo dan Pensyarah Universiti Oxford Datuk Dr Afifi Al-Akiti, Timbalan Dekan Siswazah & Hal Ehwal Antarabangsa, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Zainul Rashid Mohamad Razi, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr S. Balachandran, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Puasa Md Taib, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Mohd Zaki Ibrahim dan Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak.
  
Sebanyak 10 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.
  
Mereka ialah Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York Raja Reza Raja Zaib Shah Alhaj, Timbalan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama Ong Thiam Hock, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Norsaadah Ismail, Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia Datin Dr Nooral Zeila Junid dan Pengarah Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor Ang Nai Har.
  
Dekan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Abdul Jalil Nordin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mohamad Nasir Ab Latif, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd Datuk Azmi Abdul Aziz, Pengarah MCT Konsortium Bhd Cheah See Yeong dan Pengerusi United Malacca Bhd Tan Siok Choo yang merupakan anak kepada bekas Presiden MCA, mendiang Tun Tan Siew Sin.
  
Sebanyak enam orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.). Mereka ialah Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM Kapten P.Pulendren, Pengarah Cawangan Kontinjensi Bahagian Rancang Markas Angkatan Bersama, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kolonel Mohamed Nazri Dashah, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Azman Abd Razak, Kontroler Pembangunan Wilayah Tengah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Azmi Adnan, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais dan Pengarah Urusan, Strategi Kumpulan & Pembangunan Korporat, Sunway Group Sarena Cheah Yean Tih.
  
Sementara itu, sebanyak lapan orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) termasuk Pelukis Himpunan Koleksi Spesies Burung di Malaysia Jaafar Taib.
  
Sebanyak 55 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.), 16 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh penerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C). - BERNAMA

Sumber HD - 11-12-2015
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rumah Selangorku lebih murah daripada PR1MA

HARAKAHDAILY | .


DASAR dan penjenamaan semula Rumah Selangorku bermula dari harga RM42,000 sehingga RM250,000 seunit memberi lebih keselesaan sama ada daripada segi saiz, reka bentuk atau komunitinya berdasarkan kemampuan isi rumah.

Ia dibina bersekali dalam skim pembangunan/blok (Strata) bagi jenis pembangunan berbilang tingkat.

Rumah Selangorku adalah rumah mampu milik yang dibangunkan untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah, sederhana rendah dan sederhana yang menggantikan dasar rumah kos rendah.

Ia berkait dengan kemampuan bulanan pelbagai golongan isi rumah untuk membayar sekurang-kurangnya 1/3 daripada jumlah pendapatan untuk tujuan bayaran tanpa membebankan mereka untuk kos kehidupan lain.

Terdapat empat jenis kediaman yang dibina kerajaan negeri yang membezakan keluasan harga maksimum dan keutaaman kepada pembeli.

Antaranya Rumah Selangorku jenis A, B dan C adalah berkeluasaan dari 700 kaki persegi hingga 18′ x 60′ kaki persegi dengan harga bermula dari RM42,000 hingga RM200,000 yang dilengkapi kemudahan seperti berpagar, bersekuriti, taman permainan kanak-kanak, surau, dewan dan ruang pusat komuniti.

Manakala rumah jenis D berharga antara RM220,000 hingga RM250,000 yang berkeluasan dari 1,000 dan 20′ x 60′ kaki persegi.

Bagi penambahbaikan dasar pemilikan rumah jenis A, jumlah pendapatan isi rumah bulanan permohonan dinaikkan dari RM2,500 kepada RM3,000, manakala rumah jenis B, C dan D memperuntukkan gaji bulanan pemohon perlu bermula dari RM5,000 kepada RM8,000.

Pembeli juga harus menjadi pemegang selama lima tahun sebelum rumah terbabit boleh dijual.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (3)Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan dengan kerjasama pemaju, pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi kewangan hingga pembeli.

LPHS mengambil langkah inisiatif memantau pelaksanaan pembinaan rumah oleh pemaju sehingga siap dibangunkan dengan melakukan lawatan tapak secara berkala terhadap projek-projek yang sudah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Pemaju wajib mendaftarkan projek di dalam Sistem Pendaftaran Pemaju (SPEM) sebelum pelan bangunan dikemukakan di PBT.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata kerajaan negeri mensasarkan 15,000 unit rumah yang dilancar bakal disiapkan menjelang 2018.

“Kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas bersama LPHS untuk memantau bukan sahaja proses pembinaan, bahkan daripada mula mendapat kelulusan, perancangan sehingga siap bagi memastikan sasaran kita dicapai.

“Kita tidak mahu ada masalah perumahan yang tidak dapat disiapkan pemaju seperti yang disyaratkan,” katanya ketika Seminar Rumah Selangorku dan Akta Pengurusan Strata (Akta 757) 2015.

Iskandar berkata, pembinaan Rumah Selangorku melibatkan tanah swasta yang kerajaan negeri tetapkan polisinya kepada pemaju yang ingin membangunkan perumahan terbabit.

“Kita menetapkan pemaju perlu mempunyai tanah melebihi 10 ekar untuk bina Rumah Selangorku yang nilai harganya bawah RM250,000.

“Jadi, saya menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan rumah di negeri ini mahal kerana kita sememangnya mengawalnya. Kita juga mewajibkan 40 peratus tanah milik pemaju dibina dengan harga sederhana dan sederhana rendah,” katanya.

Difahamkan, skim perumahan Rumah Selangorku lebih murah berbanding Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Menurut laman sesawang PR1MA, harga yang ditawarkan bermula dari RM100,000 hingga RM400,000 berbanding Rumah Selangorku iaitu maksima tidak melebihi RM250,000.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif LPHS, Puan Norzaton Aini Mohd Kassim, berkata orang ramai boleh mendapatkan borang Rumah Selangorku di pejabat daerah selain permohonan secara dalam talian.

“Kita mengambil inisiatif menggalakkan mereka berpendapatan rendah yang duduk di luar bandar untuk memohon, di samping membuat sebarang pertanyaan di pejabat daerah.

“Ia bagi memudahkan mereka jika mengalami sebarang kesukaran untuk memohon secara dalam talian,” katanya dipetik Selangor Kini.

Sumber HD - 10-12-2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Jangan bangga kutipan zakat tinggi jika rakyat menderita
























































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Hasil kutipan zakat tinggi tidak boleh dibanggakan jika ia tidak mampu mengupayakan umat Islam terutama golongan asnaf, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempunyai cabaran besar untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah berdasarkan kehendak syariat.

“Angka sahaja tidak mencukupi, kejayaan kita mengutip zakat dengan jumlah besar harus dihargai tetapi cabaran besar adalah bagaimana wang zakat dapat mengupayakan umat Islam.

“Kita harus memastikan kumpulan asnaf ditetapkan hukum syarak menerima manfaat wang zakat dan mengangkat martabat mereka,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau menyatakan demikian pada Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam hari ini.

Azmin menambah, meskipun hampir 60 tahun negara merdeka dengan pelbagai istilah ekonomi dikeluarkan atas nama pembangunan, namun masih ramai yang mengalami kesempitan hidup.

Katanya, pembangunan, pertumbuhan, ekonomi yang tinggi tidak memberi makna jika masih ramai menderita atas nama pembangunan.

“Apakah kita sudah bersedia menghadapi hukuman Allah SWT apabila diberi amanah dan tanggungjawab kita cuai, terlepas pandang, leka dan lebih parah apabila kita melakukan rasuah dan salah guna kuasa untuk menekan dan menzalimi rakyat.

“Ini persoalan yang harus saya tanya kepada diri kita semua selaku pentadbir dalam kerajaan negeri,” katanya.

Sumber HD - 7-12-2015                                                                                                                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                        

Jangan jadikan pendidikan agama gula-gula politik

SELANGOR KINI | .


HULU SELANGOR: Umno cuba menjadikan pendidikan agama di Selangor sebagai gula-gula politik apabila Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar menawarkan pendidikan sekolah agama percuma sekiranya berjaya merampas negeri termaju itu.

Hal ini berikutan Umno tidak pernah mengambil peluang melaksanakan cadangan terbabit ketika lebih 50 tahun mentadbir Selangor dan juga di negeri yang masih dikuasainya sehingga sekarang.

Exco Hal Ehwal Agama Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata gula-gula politik ini dikukuhkan lagi apabila Kerajaan Persekutuan sehingga kini lebih banyak meletakkan tanggungjawab pembiayaan sekolah agama di bahu Kerajaan Selangor.

“Bibit-bibit yang tidak sihat apabila pendidikan agama dijadikan gula-gula politik semasa pilihan raya untuk merampas kuasa kerana Kerajaan Selangor sudah memberikan yang terbaik kepada pentadbiran dan pelajar sekolah agama.

“Ia diikuti dengan beberapa peruntukan tidak kira sama ada sekolah itu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri atau persendirian,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Karnival Kampungku Kesayanganku di Daerah di Masjid Ar-Rahman Hulu Bernam di sini, malam tadi.

Yunus berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri memperkasakan sekolah agama kerana keperluan agenda pembangunan generasi akan datang terletak di bidang pendidikan.

“Kerajaan negeri banyak menyumbang dari peringkat sekolah agama rendah dengan buku teks percuma dan bangunkan sekolah menengah maktab integrasi untuk martabatkan pendidikan dalam kalangan anak kita,” katanya.

Jelasnya, tawaran Noh itu bukan satu tawaran yang jujur apabila Kerajaan Persekutuan sendiri hanya membayar elaun sebanyak RM800 sebulan kepada 2,500 orang guru Kafa berbanding jumlah keseluruhan seramai 6,900 guru yang menerima elaun sebanyak RM1,300 sebulan.

Dr Ahmad Yunus berkata, sementara bayaran Kerajaan Pusat kekal pada paras sama sejak 2008 lagi, kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan beberapa kali menaikan elaun guru kafa sehingga mencecah RM1,500 bermula Januari tahun hadapan.

“Bahkan kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM6 juta setiap tahun tanpa putus, malah pada tahun ini kita adakan peruntukan khas kepada sekolah tahfiz termasuk tahfiz persendirian yang mempunyai prasarana uzur dengan membina blok baharu berjumlah RM7.8 juta pada tahun hadapan,” katanya.

Sumber HD - 5-12-2015

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































Cara sembelih Tak Sah: Jais serbu gerai ayam

Posted on Saturday, December 05 @ 12:12:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Ahmad Solihin memeriksa urat marih ayam yang tidak putus sekaligus melanggar syariat Islam. - Foto Sinar Harian PETALING JAYA - Beberapa gerai memproses ayam di Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal pagi tadi ekoran penyembelihannya telah melanggar peraturan yang digariskan Islam.

Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Halal Jais, Ahmad Solihin Maryakon berkata, pemilik gerai berkenaan didapati mengupah warga asing yang tidak diketahui sama ada beragama Islam atau sebaliknya selepas masing-masing melarikan diri ketika serbuan dilakukan sekitar jam 4 pagi.


"Pada awal pemeriksaan, kita dapati kebanyakan ayam yang disembelih kelihatan mengikut syarat yang digariskan Islam.


"Bagaimanapun setelah diteliti, cara penyembelihannya tidak sempurna kerana tidak mengenai urat marih," katanya kepada Pemberita di lokasi sebentar tadi.


Menurutnya, ayam berkenaan dipercayai untuk dijual di restoran dan pasar-pasar di sekitar Petaling Jaya.

  - SH
Sumber TKO - 5-12-2015                                                                                                               -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                      

Jais anjur Daurah sempena cuti sekolah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sempena musim cuti persekolahan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi menganjurkan Program Daurah Remaja Islam (Daurah) dengan kos RM612,000.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata peruntukan disediakan Jais, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan selebihnya sumbangan agensi lain.

Katanya, sebahagian besar dana juga menggunakan peruntukan Tabung Amanah Pembangunan Islam Negeri Selangor (Tapis).

Menurutnya, pada tahun ini, Tapis menyediakan peruntukan RM100,000 kepada sepuluh masjid terpilih, iaitu yang kurang berkemampuan melaksanakan program ini tetapi aktif menggerakkan kutipan Tapis.

“Sepuluh masjid ini tambahan selain 30 lokasi yang dilaksanakan sebelum ini yang sudah dan dilaksanakan bermula November hingga hujung Disember 2015," katanya dipetik Selangor Kini.

Daurah merupakan program tahunan yang diadakan selama seminggu di 30 lokasi berbeza termasuk masjid, surau dan agensi yang terpilih.

Antara masjid terpilih tajaan Tapis ialah Masjid Jamiul Ehsani, Kampung Sijangkang, Kuala Langat, Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Petaling, Masjid Al-Azim, Hulu Langat, Masjid Saidina Ali, Hulu Selangor, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Sepang dan Masjid Kiyai Hj Abdullah Omar, Klang dan Masjid Ar-Ridhuan, Kuala Selangor

Masjid lain termasuk Masjid Batu Arang, Batu Arang, Gombak, Masjid Al-Fitrah, Kampung Banting, Sabak Bernam dan Masjid Ma’muniah, Sungai Nipah, Sabak Bernam.

Sementara itu, terdapat empat badan bukan kerajaan (NGO) akan terlibat secara langsung dalam program itu, antaranya, Badan Kebajikan Wanita Selangor, Akademi Pendidik, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor dan Gabungan Pendakwah Islam Selangor.

Sumber HD - 3-12-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Akta Pengurusan Strata selesai perundangan rumah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu adalah panduan lebih jelas kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC), pemilik, pembeli dan pemaju.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor, Datuk Iskandar Samad, berkata akta itu bagi menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Akta 663) untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan perundangan dan peraturan.

“Kita mengharapkan penubuhan Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) berfungsi memastikan kesejahteraan komuniti perumahan strata.

“Akta ini akan menyelesaikan banyak masalah terutama daripada sudut penguatkuasan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika Seminar Rumah Selangorku dan Akta Pengurusan Strata (Akta 757) 2015 di Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam, semalam.

Difahamkan, akta itu juga digubal untuk memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan pengurusan bangunan berstrata serta harta bersama.

Ia bermula daripada peringkat penyerahan milikan kosong sehingga selepas perbadanan pengurusan diwujudkan dan seiring dengan pembangunan berkonsep bangunan berstrata yang semakin meningkat disebabkan harga hartanah melambung serta ruang tapak pembangunan tanah terhad.

Sumber HD - 3-12-2015

---------------------------------------------------------------------------
Penyebaran Selangorkini palsu didalangi UMNO-BN, dakwa Azmin

Posted on Monday, November 30 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


AZMIN: Akhbar Selangorkini yang palsu itu dilakukan oleh UMNO. Ini adalah tindakan yang terdesak daripada UMNO dan Barisan Nasional. - Gambar fail

SHAH ALAM: Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-11 pada Ahad turut dicemari dengan penyebaran akhbar palsu Selangorkini kepada perwakilan.

Akhbar tersebut mengandungi laporan yang menghentam pentadbiran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Azmin dalam reaksinya segera menuduh musuh politiknya sebagai dalang pengedaran akhbar berkenaan.

"Akhbar Selangorkini  yang palsu itu dilakukan oleh UMNO. Ini adalah tindakan yang terdesak daripada UMNO dan Barisan Nasional," katanya selepas menghadiri kongres berkenaan di Ideal Convention Center Shah Alam, Selangor.

Salinan yang menyamai keluaran edisi 13 hingga 20 November akhbar tersebut mencetuskan kontroversi apabila ia diedarkan di lokasi perhimpunan tahunan PKR berkenaan.

Artikel lain dalam akhbar palsu tersebut turut mempersoalkan keputusan Azmin dalam isu syarikat pelaburan negeri selangor, Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Antara tajuk dan kandungan laporan berita akhbar itu ialah "Peniaga Uptown Seksyen 24 Kecewa Azmin Gagal Laksana Bantuan",  "Khalid Lebih Baik Daripada Azmin-Adun Dap", dan "Kenaikan tarif air melampau."

Sementara itu, Azmin yang berucap pada sesi penggulungan kongres menyeru semua pihak supaya menamatkan perselisihan sesama parti pembangkang.

Beliau pada masa sama, turut mengingatkan ahli-ahli Pakatan Harapan supaya tidak takbur.

"Jangan sombong dan jangan angkuh, jangan. Kita mesti ada sifat rendah diri dan menerima perbezaan dalam kalangan kita seharusnya menghormati rakan-rakan dalam gabungan pembangkang." - Astro

Sumber TKO - 30-11-2015 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Selangor sedia RM5.65 juta untuk pertanian, penternakan
























































































HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Peruntukan pembangunan untuk bantuan nelayan, petani dan penternak di Selangor bagi 2016 meningkat kepada RM5.65 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding peruntukan 2015 bernilai RM3.2 juta.

Bagaimanapun, katanya bantuan tidak disalurkan melalui pinjaman wang sebaliknya peralatan dan sokongan bagi meningkatkan hasil.

“Contohnya bagi sektor perikanan, kita akan berikan bantuan seperti bot, enjin dan pukat untuk kemudahan nelayan.

“Untuk petani, biasanya kita akan bekalkan peralatan dna benih, manakala penternak pula contohnya mendapat bantuan membina pagar bagi menjaga ternakan mereka,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau diminta mengulas bantuan kewangan disediakan kerajaan negeri kepada golongan nelayan, petani dan penternak di negeri itu.

Zaidy berkata, bantuan kewangan dan pinjaman masih boleh didapati menerusi portfolio kerajaan prihatin dan program Hijrah.

“Jika memerlukan sokongan kewangan, mereka boleh mengikut saluran lain yang ada di negeri ini.

“Kita juga menggalakkan partisipasi Bank Agro dalam memberikan bantuan dan bimbingan kepada mereka yang memerlukan juga layak,” katanya yang juga Adun Taman Templer.

Sumber HD - 26-11-2015
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azmin tolong betulkan fitnah PAS Giler Kuasa (bersama Video)

Posted on Wednesday, November 18 @ 22:20:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mereka yang menyerang PAS selalu termakan dengan pelbagai fitnah yang disebarkan oleh musuh PAS sama ada daripada luar mahupun dalam PAS sendiri yang bersifat 'munafik'.

Antara fitnah ialah PAS Giler kuasa sehingga sanggup tinggalkan rakan pakatan dan ingin bersama dengan UMNO dengan istilah nak berUG dengan UMNO.

Fitnah yang diulang-ulang. Bila mati hidupkan semula isu UG semata-mata untuk memberikan tekanan kepada Presiden PAS dan PAS sendiri kononnya PAS giler kuasa sanggup bersama UMNO.

Bagi saya mereka yang buta maklumat dan kurang analisis pada maklumat yang diperolehi membuatkan mereka ini tidak dapat berfikiran rasional dalam mengolah maklumat dan berita disampaikan. Tidak hairanlah Islam mengajar kita untuk ber'tabayyun' dalam isu berita yang dismpaikan.

Firman Allah dalam Surah Al Hujurat ayat 6 - 8

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

Suka saya bahawa satu klik video ucapan Azmin Ali dalam sidang Dun untuk renungan kita bersama.

https://www.youtube.com/watch?v=WQOhetSqdtw&feature=player_embedded

Saya mengharapkan klik video yang ringkas ini membantu untuk sebahagian daripada kita yang sedang mencari kebenaran.

Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com
http://nordinali.blogspot.com/
Sumber TKO - 18-11-2015                                                                                                                ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                            

Selangor beri perhatian nasib peneroka bandar

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif memberi milikan tanah, menawarkan tapak baru dan rumah alternatif atau gantian kepada peneroka bandar di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tawaran itu diberikan kepada penempatan terbabit yang dibina di atas tanah milikan kerajaan, lapor Selangor Kini.

Katanya, sebanyak 88 penempatan peneroka bandar dengan 3,289 keluarga dilaporkan wujud di negeri itu sehingga kini.

“Peneroka bandar yang dikenali sebagai setinggan dijenamakan semula kerana pengiktirafan usaha mereka berhijrah ke bandar untuk membangunkan Selangor.

“Sejak 2010, sebanyak sepuluh penempatan dengan 776 keluarga diselesaikan, manakala selebihnya masih tinggal di penempatan sama,” katanya semasa sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohd Haslin Hassan (PAS-Tanjung Sepat) berkenaan penempatan setinggan direkodkan di Selangor sehingga kini.

Pada masa sama, katanya peneroka bandar yang ditawarkan rumah kos rendah atau Rumah Selangorku adalah atas inisiatif pemaju.

Terbaru, katanya seramai 29 peneroka bandar di Kampung Seri Temenggung menerima pakej membeli Rumah Selangorku dengan harga istimewa.

“Mereka ditawarkan untuk membeli rumah itu pada harga RM65,000 sahaja berbanding harga asal pasaran berjumlah RM180,000,” katanya yang juga Adun Chempaka.

Sumber HD - 13-11-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Kurang tenaga kerja punca lewat urus kes cerai - Exco

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kekurangan hakim, pegawai penyelidik, pegawai pendaftar dan pegawai sokongan lain menjadi punca kelewatan perbicaraan dan pengurusan kes penceraian di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan  Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata tindakan pelanggan dan peguam yang menangguhkan kes pada tarikh sebutan turut menyumbang kepada kelewatan penyelesaian.

Katanya, kegagalan mematuhi prosiding ditetapkan mahkamah menyulitkan keadaan untuk sesuatu kes itu dibicarakan dalam tempoh singkat.

“Dalam hal ini pengendalian kes Mahkamah Syariah tidak terhad kepada perbicaraan kes sahaja sebaliknya pengendalian sesuatu kes secara umum akan melibatkan enam proses utama," ujarnya dipetik Selangor Kini.

Antaranya, kata beliau pendaftaran kes, penjadualan kes, sebutan, pengendalian, perbicaraan dan keputusan apabila semua proses itu ditetapkan undang-undang bertulis berkuatkuasa di Selangor.

“Proses ini perlu dipatuhi mahkamah dan tidak boleh diketepikan demi mengelakkan berlaku ketidakadilan dalam kes itu,” katanya semasa sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Rodziah Ismail (PKR-Batu Tiga) berkenaan peningkatan kes penceraian di Selangor sejak 2013 sehingga kini.

Adun Sijangkang itu menambah, kes penceraian di Selangor melibatkan dua aspek iaitu institusi keluarga penganut Islam (Mahkamah Syariah) dan bukan Islam (Mahkamah Sivil).

Katanya, sehingga 17 Oktober lalu, sebanyak 9,587 kes penceraian berdaftar di Mahkamah Syariah, manakala 1,498 kes di Mahkamah Sivil.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 6,467 kes tertunggak di Mahkamah Syariah, sementara 332 kes di Mahkamah Sivil dengan kedua-dua kes itu adalah baki semasa dan terdahulu.

“Kes berkenaan tertunggak kerana berlaku pertikaian daripada pihak yang menentang permohonan penceraian itu, justeru pelanggan boleh mendapatkan nasihat daripada bantuan guaman bertauliah,” katanya.

Sumber HD - 13-11-2015
----------------------------------------------------------------------------
PAS tak perlu tandatangan perjanjian baharu, kata Azmin kepada Amanah

Posted on Friday, November 13 @ 14:44:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Tidak ada keperluan untuk PAS Selangor menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan di negeri itu kerana wujud perjanjian sedia ada yang dibentuk melalui gabungan terdahulu, Pakatan Rakyat (PR), kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Amanah, dalam satu kenyataan hari ini berkata, PAS Selangor berjanji berpegang kepada dasar dan manifesto bersama PR untuk bersama-sama meneruskan pentadbiran negeri.


"Oleh itu, mengikut pandangan MB Selangor, perjanjian baharu antara PAS dan Pakatan Harapan adalah tidak perlu," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad.

"Amanah menerima baik pendirian MB yang kerajaan Selangor bukan kerajaan Pakatan Harapan seperti kerajaan Pulau Pinang atas sebab keterlibatan PAS dalam kerajaan Selangor.

"Namun, Pakatan Harapan tetap diiktiraf dan mempunyai tempat di dalam pentadbiran negeri Selangor," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan antara Amanah dengan Azmin semalam, yang membincangkan isu kerajaan negeri Selangor serta perkara lain yang berkaitan.

Pakatan Harapan adalah pakatan pembangkang yang baharu, terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, selepas pakatan sebelum itu, Pakatan Rakyat, yang termasuk PAS, diisytiharkan terkubur.

Walaupun Pulau Pinang mengakui ia kini kerajaan Pakatan Harapan, Azmin sebelum ini berkata, pakatan pembangkang baharu itu tidak akan memberi kesan kepada negeri yang di bawah pentadbirannya.

Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam, berkata Amanah juga mengalu-alukan kenyataan menteri besar Selangor itu yang perjanjian rasmi antara semua parti komponen dalam Pakatan Harapan sedang disediakan.

Beliau turut merujuk kepada satu kenyataan baru-baru ini oleh bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa, yang mendakwa terdapat usaha dalam PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

"Amanah menjelaskan tuduhan Husam ada usaha membentuk kerajaan dengan Umno tidak ditujukan terhadap MB Selangor, tetapi terhadap presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

"Amanah memperakui MB Selangor tidak mengetahui tentang hasrat ini kerana ia disebut di dalam mesyuarat PAS Pusat, dan bukan semasa perbincangan presiden PAS dengan MB," katanya.

Beliau berkata, Amanah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri Selangor dan memohon jasa baik Azmin membantu meredakan perbalahan antara Amanah dan PAS.

"Hak semua pihak hendaklah diiktiraf dan apa jua jenis ketidakadilan dan diskriminasi hendaklah ditegur dan dihalang," katanya.

Amanah ditubuhkan berikutan perpecahan dalam PAS apabila sekumpulan pemimpin yang digelar golongan progresif, yang memilih untuk meneruskan kerjasama dengan rakan pembangkang lain, ditewaskan dalam pemilihan parti pada Jun.

PAS juga memutuskan hubungan dengan DAP, yang membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat, disebabkan pelbagai isu, termasuk agenda PAS melaksanakan hudud dan pendekatan unilateral Hadi dalam membuat keputusan.



Sumber TKO - 13-11-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Tarif air: Azmin akan ambil tindakan undang-undang

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada media yang melaporkan pembohongan dalam isu kenaikan tarif air.

Beliau berkata, hal itu kerana kerajaan negeri tidak mengeluarkan persetujuan untuk menaikkan sebarang kenaikan tarif air kepada penduduk negeri itu, lapor Selangor Kini.

“Saya kecewa kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab seakan kerajaan negeri bersetuju menaikkan tarif air. Saya kesal ucapan penggulungan saya diputar belit sebahagian media yang merosakkan imej kerajaan negeri.

“Ini satu pembohongan. Oleh itu, kerana fitnah ini, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang,” katanya dalam penggulungan peruntukan pembangunan Belanjawan Selangor 2016 pada persidangan Dewan Negeri di Shah Alam.

Azmin turut membacakan hansard dewan jawapannya semalam yang menjawab soalan Sulaiman Razak (BN-Permatang) dan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) dalam sidang dewan itu.

Beliau turut mencabar pihak media dan Adun terbabit supaya memberikan bukti kenyataan kerajaan negeri bersetuju menaikkan kadar tarif air itu.

“Dalam hansard dewan ini, saya menyatakan setiap pengambilalihan syarikat pastinya mempunyai implikasi kos untuk memastikan ia efisyen dan bertanggungjawab serta holistik.

Namun, pendirian kerajaan negeri memastikan sebarang kenaikan tidak membebankan pengguna.

“Tidak ada saya menyebut bersetuju menaikkan tarif air. Kedua, itu sebab kerajaan negeri mengambil keputusan hasil Akta Wasia supaya industri air tidak diswastakan, malahan dikembalikan kepada kerajaan negeri.

“Kita percaya kerajaan negeri boleh menguruskan dengan baik. Jika ada keperluan untuk naikkan tarif itu, kita tentukan selepas kerajaan negeri mengambil alih semua syarikat,” katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Beliau berkata, Air Selangor sedang meneliti dan mengenal pasti kesan implikasi dua syarikat dengan bertanggungjawab.

“Hari ini kurang sebulan masuk dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan sebab itu Air Selangor masih meneliti dan mengesan implikasinya. Untuk menguruskan industri air kosnya sudah tentu besar. Empat ekuiti itu kita menanggung minima sekurang-kurangnya RM2 bilion,” jelasnya.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri perlu jujur bagi melihat implikasi kewangan yang akan ditanggung atas pengambilan dan pengurangan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) serta penggantian paip lama.

“Untuk menanggung semua kos itu, kita perlu jujur melihat implikasi kewangan. Adakah kita mampu menyerap semua kos untuk tidak menaikkan tarif? Jadi, tidak salah untuk kita kaji dan lihat implikasi itu.

“Itu beza kerajaan negeri dan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan tidak teliti dan terus berpihak pada kroni. Kerajaan negeri teliti dulu dan semestinya berpihak kepada rakyat,” katanya.

Sumber HD - 12-11-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarif air tetap naik lepas ambil alih syarikat konsesi - Azmin

Posted on Thursday, November 12 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kerajaan Selangor tetap akan menaikkan tarif air setelah proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air di negeri ini selesai, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata sehingga kini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih dalam proses rundingan pengambilalihan, manakala proses bagi tiga lagi konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) berjaya diselesaikan.

"Pasti akan ada kenaikan tarif air ini kerana kos bagi proses pengambilalihan itu adalah untuk memastikan perkhidmatan air berkualiti dan efektif.

"Bagaimanapun kita jamin kenaikan tarif ini tidak akan membebankan rakyat negeri Selangor," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) berkaitan kenaikan tarif air di Selangor.

Katanya sebelum ini, kerajaan negeri telah menawarkan RM250 juta kepada SPLASH namun jumlah tersebut ditolak syarikat berkenaan.

"Tempoh rundingan untuk pengambilalihan SPLASH akan berakhir September 2016 dan kerajaan negeri akan pastikan proses tersebut selesai dalam tempoh tersebut.

"Berhubung perkara itu, kerajaan negeri telah melantik penilai bebas untuk melihat apa nilai yang adil untuk mengambil alih syarikat konsesi air berkenaan," katanya.

Mohamed Azmin berkata kos pengambilalihan tiga syarikat konsesi lain adalah berjumlah RM1.68 bilion yang mana Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) sebanyak RM1.07 bilion, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) (RM0.52 bilion) dan Konsortium ABBAS Sdn Berhad (ABBAS) (RM0.09 bilion).
-Bernama

Sumber TKO - 12-11-2015

----------------------------------------------------------------------------
Pas kunci survival politik Selangor

Posted on Thursday, November 12 @ 09:14:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


SHAH ALAM – Tindakan Pas menolak cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menjalin kerjasama bukanlah kerana degil, sebaliknya rasional kerana parti itu tidak akan berkompromi dengan gerakan yang jelas mempunyai perjuangan berbeza.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, Pas lebih senang dengan pendekatan bersendirian kerana parti Islam itu yakin dengan ideologi dan perjuangan mereka.

“Pas tegas dan tidak mudah dilentur atau dicairkan Amanah, apatah lagi DAP. Pas mempunyai keyakinan kuat dan teguh. Tidak mustahil mereka bersendirian berdepan PRU14 dengan memperjuangkan kepercayaan yang menjadi asas keutuhan parti itu.


“Amanah yang akan rugi. Mereka masih mencari tapak dan penyokong serta letak duduk perjuangan dalam Pakatan Harapan. Bahkan DAP dah caturkan kerusi bakal ditandingi. Jelasnya tiada kelebihan buat Amanah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Fuad berkata, jika Pas bertoleransi dan terima cadangan Amanah, mereka akan kembali ke zaman bersama PR. Sudah tentu Pas tidak mahu mengorbankan perjuangan parti itu yang sentiasa dihalang DAP.

Menurutnya, Amanah masih kabur dalam perjuangan, sebab itu mereka sangat perlukan Pas kerana parti akan sentiasa menjadi saingan hebat buat parti serpihan itu.

“Tanpa penyertaan Pas dalam Pakatan Harapan adalah cabaran besar buat Amanah. DAP awal-awal lagi dah cop lapan kerusi Pas untuk dicabar,.Jelas sekali mereka tidak yakin dengan Amanah.

“Analisis membuktikan calon Pas mendapat undi besar dalam PRU13 kerana faktor ideologi, matlamat dan calon. Perkara itu menjadi kekuatan Pas sebab itu mereka tidak kisah bergerak solo,” katanya.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, beliau yakin Pas boleh bergerak sendirian di Selangor kerana kekuatan dimiliki parti itu membuatkan Pakatan Harapan masih mengharapkan kehadiran Pas.

“Walaupun PKR dan DAP kuat boleh bersama mereka (Amanah), namun Pas ialah parti yang banyak membantu mempertahankan Selangor .

“Umum maklum Pas ada jaringan jentera efisyen berbanding Amanah. Pas mempunyai peranan penting dalam percaturan politik Selangor. Meskipun DAP tidak akan senang jika Pas kembali, namun kelangsungan politik memerlukan kerjasama utuh semua parti,” katanya.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir mengingatkan Pas supaya sedar siapa musuh sebenar mereka.

“Pas sepatutnya buka mata (dan sedar) musuh mereka ialah Umno-BN, bukan bekas rakan dalam PR. Saya harap Pas akan lembut hati.

“Apabila dah berkuasa sepatutnya kekalkan kuasa itu. Buat apa bercakaran? Ia membuatkan rakyat meluat dengan keegoan pemimpin,” katanya. -SH

Sumber TKO - 12-11-2015                                                                                                                 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                  

Isu-Isu dalam sistem dan prosedur Mahkamah Syariah - Rodziah Ismail
Posted on Wednesday, November 11 @ 19:31:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
https://www.youtube.com/watch?v=DxU0HHtFoPM&feature=player_embedded

Empat Isu telah dibangkitkan oleh YB Rodziah Ismail di sidang Dewan Negeri Selangor pada 6 November 2015:

1. Kakitangan Mahkamah Syariah yang berstatus sementara yang wajar diserapkan sebagai kakitangan tetap.

2. Kos guaman yang tinggi yang membebankan, khususnya kepada wanita yang tidak berkemampuan
3. Penguatkuasaan perintah mahkamah yang lemah
4. Penambahbaikan terhadap sistem mahkamah syariah

Kredit
Rodziah Ismail 


Sumber TKO - 11-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Sidang Dewan Negeri Selangor : Mensejahtera Wanita, Kanak-Kanak & Keluarga

Posted on Monday, November 09 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

https://www.youtube.com/watch?v=thCGdQ2CBao&feature=player_embedded

Perbahasan Belanjawan 2016 Selangor 


oleh YB RODZIAH ISMAIL, ADUN Batu Tiga
di sidang Dewan Negeri Selangor pada 3 November 2015

Kredit
Rodziah Ismail

Sumber TKO - 9-11-2015                                                                                                                   ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

Selangor peruntuk RM800 juta bina 2 loji air baru

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM800 juta untuk membina dua loji rawatan air baru di Labohan Dagang, Kuala Langat dan Semenyih 2 bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga 2019.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan itu dibuat sebagai persiapan kemungkinan kelewatan projek Langat 2 yang difahamkan tertangguh sehingga 2019.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di ibu pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), hari ini.

Katanya, Projek Langat 2 sepatutnya siap sepenuhnya pada 2017.

“Dokumen tender sudah siap bagi Semenyih 2 yang dibuka pada awal Disember dan projek dijangka bermula pada suku tahun pertama 2016.

“Untuk Labohan Dagang, kita jangkakan tender dibuka selewat-lewatnya pada Mac 2016 dan projek bermula pada pertengahan tahun,” katanya dipetik Selangor Kini.

Azmin bersama Exco kerajaan negeri sebelum itu mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat Syabas selepas kerajaan negeri mengambilalih sepenuhnya Industri Air Selangor (Air Selangor) pada 15 Oktober lalu.

Beliau menjelaskan, projek itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri bagi menyediakan perkhidmatan air yang holistik serta lebih cekap kepada pengguna domestik dan industri.

Beliau berharap pembinaan dua loji rawatan air baru itu dapat menampung kekurangan air dalam tempoh 2017 dan 2019.

Dalam perkembangan sama Mohamed Azmin memaklumkan, projek Mitigasi 2 dijangka siap pada Disember depan dan mampu menambah bekalan air sehingga 2017.

Sumber HD - 9-11-2015

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Perkara itu tidak benar sama sekali - Azmin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang cuba mempengaruhi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyertai parti itu dan bergabung dengan Umno di Selangor adalah tidak benar.

Azmin yang juga Menteri Besar berkata perkara seumpama itu tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

“Saya jumpa semua presiden parti. Bagaimanapun perkara itu adalah tidak benar sama sekali,” katanya dipetik Selangor Kini.

Enggan mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri masih kukuh dan barisan Exco serta wakil rakyat terus berkhidmat untuk rakyat.

“Itu adalah fokus kita. Biar kami kuat kerja. Sesiapa mahu bercakap hal politik silakan tetapi saya hanya akan bercakap soal kerja kerana saya mahu kerja,” katanya.

Sumber HD - 7-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Pelbagai Rumah Selangorku bantu rakyat buat pilihan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Rumah Selangorku yang mengkhususkan golongan berpendapatan rendah bukan bertujuan memansuhkan pembinaan rumah kos rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ia bagi mempelbagaikan pilihan rumah mampu milik kepada rakyat.

“Konsep Rumah Selangorku adalah mempelbagaikan rumah mampu milik daripada segi jualan dan luas binaan untuk memberi pilihan kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah memiliki rumah.

“Tidak timbil isu rumah kos rendah akan dimansuhkan, sebaliknya hanya diberi penjenamaan baru kepada jenis kediaman berkeluasan 700 kaki persegi dengan harga minimum RM42,000,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Rodziah Ismail (PKR-Batu Tiga) berkenaan Rumah Selangorku pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Adun Chempaka itu berkata, kerajaan negeri menyediakan skim pembiayaan dan bantuan khas untuk membolehkan rakyat memiliki rumah.

Katanya, antara skim itu adalah DanaSel berkonsepkan sewa milik dan ‘Selangor Smart Home Buyer’ dengan pendahuluan deposit 10 peratus diberikan bagi memungkinkan pembeli mendapat pinjaman bank.

“Skim lain adalah kerajaan negeri meletakkan cagaran kepada bank dan memberi pinjaman kepada pembeli yang sebelum ini tidak dapat membeli rumah,” katanya.

Berkenaan sasaran pembinaan Rumah Selangorku untuk tempoh tiga tahun akan datang, Iskandar berkata, 29,176 unit sudah mendapat kelulusan pembinaan.

Sumber HD - 6-11-2015
---------------------------------------------------------------------------
Gejala fitnah runtuhkan ummah

Posted on Wednesday, November 04 @ 15:46:28 MYT by paktam

FITNAH bermaksud tuduhan yang diada-adakan sama ada berbentuk gambar, berita, kisah-kisah dan sebagainya yang boleh memburukkan atau memusnahkan seseorang individu, institusi atau kumpulan. Dalam zaman serba moden dan era teknologi ini, penyebaran fitnah mudah berlaku sama ada melalui ucapan, khidmat pesanan ringkas, emel, laman sesawang atau blog, Whatsapp, Facebook, Instagram dan sebagainya.

Penyebaran berita fitnah berlaku dengan cepat, meluas dan mudah tanpa sebarang kewaspadaan untuk menyelidik maklumat yang diterima seterusnya tanpa teragak-agak disampaikan kepada yang lain.

Sikap ini amat ditegah oleh Islam yang menganjurkan umatnya agar setiap berita yang disampaikan terutamanya melalui orang yang digolongkan sebagai fasik iaitu mereka yang tidak mempedulikan perintah Allah SWT, sepatutnya perlu diselidiki terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada yang lain.

Firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 6: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

BUDAYA TABUR FITNAH

Budaya menabur fitnah, menyebarkannya dan berkongsi fitnah dan istilah moden hari ini disebutkan share dan like adalah sesuatu yang keji dan amat dibenci oleh Islam sehingga ia dikategorikan sebagai dosa besar dalam Islam.

Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 19: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh azab yang amat pedih di dunia dan di akhirat serta Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.”

Menabur fitnah dengan mengumpat dan sebagainya berlaku sama ada disedari atau tidak,
termasuk dalam sikap buruk apabila seseorang menyebut atau menceritakan keburukan seseorang tanpa menyiasat terlebih dahulu.

PERBUATAN KEJI

Antara ancaman dan dosa fitnah serta penabur fitnah yang disebutkan oleh al-Quran dan al-Sunah ialah:

Penabur fitnah yang tidak dapat membawa saksi atas segala dakwaan mereka (fitnah), Allah memerintahkan supaya dihukum dengan 80 sebatan. Firman-Nya dalam surah an-Nur, ayat 4:

“Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (penyebar fitnah) 80 kali sebat, dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Penabur fitnah dan pengumpat disifatkan sebagai sekeji-keji manusia.

Hadis daripada Abdul Rahman Bin Ghanmin r.a.bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sekeji-keji manusia ialah mereka yang berjalan menabur fitnah, mereka yang melaga-lagakan di antara insan yang berkasih sayang dan mereka yang mencari-cari kesalahan terhadap orang yang tidak bersalah.” - Riwayat Imam Ahmad.

Menabur fitnah dan mengumpat diumpamakan seperti memakan daging saudaranya sendiri. Sesungguhnya manusia yang waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 12 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman!

Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa; janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;

janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
Penabur fitnah dan pengumpat diseksa di dalam kubur.

Hadis daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya mereka berdua (penabur fitnah dan pengumpat) diazab dan tidaklah mereka berdua diazab disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan tetapi disebabkan salah seorang mereka tidak dapat membersihkan air kencingnya dan seorang lagi memecahbelahkan masyarakat dengan berjalan menabur fitnah.” - Riwayat Bukhari. 


KEBURUKAN DALAM HIDUP BERMASYARAKAT

Fitnah juga membawa keburukan dalam kehidupan bermasyarakat. Antaranya ialah:

Dosa pembuat dan penyebar fitnah disifatkan sebagai dosa sesama manusia. Dosa ini tidak akan diampunkan kecuali orang yang difitnah memaafkan perbuatan tersebut.

Fitnah memecahbelahkan rumahtangga dan merosakkan masyarakat. Kerana fitnah, hubungan adik beradik, suami isteri, jiran tetangga dan sebagainya akan hancur dan membawa kepada permusuhan yang berkekalan.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Banyak pihak yang terbabit dengan penyebaran fitnah ini terkadang tidak mempunyai sebarang kepentingan. Tetapi, disebabkan kerana menjadi kebiasaan, walaupun ia hina namun dapat memberi satu kepuasan kepada pelakunya.

Budaya menabur fitnah boleh mengganggu gugat kestabilan dan keamanan negara.

PENGAJARAN

Umat Islam dilarang membuat dan menyebarkan fitnah kerana ia merupakan antara dosa-dosa besar yang dikutuk oleh Allah dan Rasul-Nya.

Setiap individu Muslim wajib memperhalusi setiap berita yang diterima terutamanya khabar atau berita yang dilabelkan sebagai “khabar angin” atau “dengar khabar” supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Umat Islam hendaklah menghindarkan diri dari budaya menabur fitnah kerana ia adalah sikap yang amat keji dan bakal meruntuhkan keharmonian rumahtangga, merosakkan masyarakat dan menjejaskan kestabilan serta keamanan negara.

Umat Islam hendaklah menyedari bahawa segala persengketaan dan kekeliruan tidak akan dapat diselesaikan melalui budaya menabur fitnah.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

Sumber DD - 4-11-2015
----------------------------------------------------------------------------
DEIG hanya akan beroperasi selepas segala urusan diteliti, kata Azmin
Posted on Wednesday, November 04 @ 21:47:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) hanya akan beroperasi apabila segala urusan dan sistem tadbir urus korporat diteliti di kamar perundangan.

Azmin berkata selepas kerangka itu diteliti, ia akan dibincangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan diputuskan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

"Ia sudah pun disiapkan kerangkanya dan kita akan merujuk kepada kamar undang-undang negeri untuk dapatkan maklum balas dari segi perundangan sebelum dibentangkan kepada lembaga pengarah dan kemudian perbahasan di DUN ini," katanya semasa sesi penggulungan Bajet Selangor 2016 di DUN Selangor hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan dari Adun Damansara Utama, Adun Bukit Gasing dan Adun Kajang berhubung status syarikat pelaburan tersebut.

Katanya, antara cadangan yang sedang diteliti ialah ahli lembaga pengarah DEIG turut dianggotai oleh wakil bebas yang berpengalaman dalam bidang pelaburan dan korporat, di samping penubuhan jawatankuasa audit negara bagi memastikan amalan tadbir urus terbaik.

"Kita juga mahu DEIG ini dipantau perjalanan operasinya oleh satu jawatankuasa yang dilantik oleh DUN Selangor termasuk pengauditan yang akan dilakukan oleh jabatan audit negara dan kita mahu badan ini menjadi forum yang cukup teratur bagi memastikan tadbir urusan terbaik.
"Sekali gus menyerlahkan aspek integriti dalam pengurusan DEIG," katanya.

Terdahulu, Adun Sungai Panjang dari Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi mempersoalkan apakah aset yang dicagarkan kerajaan negeri sehingga anak syarikat DEIG, iaitu DEIG Land menerima tawaran dengan jumlah yang besar itu.

Katanya, DEIG Land merupakan anak syarikat kepada DEIG yang ditubuhkan pada Mei 2015 dan menerima tawaran pinjaman tersebut pada Julai.

Sumber TKO - 4-11-2015

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Jangan Korbankan Kerajaan Selangor Kerana Pemimpin Tertentu

DEWAN Pemuda PAS Malaysia menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang menegaskan bahawa PAS Selangor tidak akan tunduk kepada desakan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong yang mahu Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali segera memecat wakil PAS dalam pentadbiran negeri.

PAS mahu DAP memberikan penjelasan kepada rakyat tentang pendirian mereka terhadap kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Mohamed Azmin Ali.

Adakah mereka ingin menghancurkan kerajaan sedia ada dan memberikan laluan mudah untuk BN kembali berkuasa demi melunaskan dendam mereka kepada PAS atau mahu pertahankannya?

PAS kekal dengan pendirian sedia ada untuk terus mempertahankan Kerajaan Selangor sehinggalah pilihan raya akan datang demi kepentingan rakyat.

PAS tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan dan permintaan untuk keluar dari Kerajaan Selangor dan akan terus menyokong kepimpinan Menteri Besar sekarang.

PAS menggesa agar Selangor tidak dikorbankan demi memenuhi hasrat pemimpin tertentu yang gagal melihat kepentingan rakyat berbanding dengan kepentingan politik mereka.

PAS terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja secara matang termasuk PKR atau DAP mengenai masa depan Selangor.

Walau bagaimanapun, ianya terpulang kepada pendirian parti masing-masing untuk menghormati prinsip dan perjuangan yang lain.

PAS percaya lebih ramai ahli DAP yang tidak bersetuju dengan pandangan itu, walaupun PAS dan DAP kini sudah tidak sehaluan.

Dalam kebanyakan perkara, PAS melihat rakyat sudah bosan dengan percaturan untuk meruntuhkan Kerajaan Selangor.

Dan adalah lebih baik DAP melihat ke hadapan untuk memastikan segala janji kepada rakyat ditunaikan sebelum pilihan raya akan datang.

PAS tidak risau jika pada pilihan raya akan datang DAP akan bertanding 3 penjuru di kerusi-kerusi peringkat Dun dan Parlimen.

Tapi buat masa ini, tiada apa-apa yang perlu diubah dan dimusnahkan kerana itu hanya memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional.

Ir Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Sumber BO - 4-11-2015                                                                                                                    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                  

Skim Ceria: Selangor belanja RM36.05 juta

JUHANI RAHMAN | .


SHAH ALAM: Kerja-kerja membaikpulih dua jenis projek rumah yang terbengkalai di Taman Alam Perdana, Ijok selesai disiapkan dengan menerima sijil layak menduduki (CF).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, pembeli juga diminta untuk menandatangani Perjanjian Jualbeli yang baharu dengan pemilik tanah, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI).

Dua jenis rumah yang terbengkalai berkenaan adalah 2,500 pangsapuri kos rendah dan 1,116 rumah teres setingkat dan dua tingkat kos sederhana yang masing-masing mendapat  CF pada 27 Disember 2012 dan 1 Oktober 2013.

"Kerajaan negeri tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran kepada pemilik rumah di Taman Alam Perdana.

"(Sebaliknya) mereka hanya perlu menanggung yuran guaman bagi penyediaan Perjanjian Jualbeli yang baru," katanya menjawab soalan Adun Ijok, Dr Idris Ahmad.

Dalam soalan, Dr Idris meminta penjelasan mengenai status projek perumahan yang terbengkalai serta meminta jalan penyelesaian.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Adun Chempaka turut membentangkan kos keseluruhan yang ditanggung kerajaan negeri adalah sebanyak RM37.61 juta.

Sementara itu, katanya sejak 2013, kerajaan negeri telah membelanjakan RM36.05 juta untuk membantu penduduk pangsapuri kos rendah dan kos sederhana rendah baik pulih pembangunan mereka di bawah skim Ceria yang melibatkan 144 kawasan pangsapuri. - HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumber HD - 4-11-2015                                                                                                                                                                                                                                                 
-----------------------------------------------------------------------------
Tidak ada parti dilarang bertanding, kata Adun PAS
Posted on Tuesday, November 03 @ 16:33:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sebagai negara demokratik, tidak ada parti politik yang boleh dilarang daripada bertanding untuk mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata wakil rakyat PAS Zaidy Abd Talib hari ini.

Mengulas kenyataan DAP yang berhasrat bertanding di kerusi yang diduduki PAS Selangor ketika ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer itu berkata, hanya rakyat yang kini bijak menilai dan membuat keputusan, berhak menentukan Adun mereka.

"Setakat ini, dalam kerajaan, berjalan seperti biasa di Taman Templer. DAP menyasarkan Taman Templer sebagai salah satu tempat ia akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, tetapi itu apabila musim pilihan raya.

"Buat masa sekarang, sebagai ahli PAS, (saya katakan) PAS dan DAP masih bekerjasama memastikan manifesto untuk pilihan raya.

"Saya wakil rakyat. Yang penting adalah rakyat. Sebab, yang menentukan adalah rakyat. Dan rakyat bijak menentukan siapa yang dipilih," katanya kepada pemberita di DUN Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua yang parti itu mungkin akan bertanding di 8 kerusi PAS di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan sudah bersedia ke arah itu.

Sumber TKO - 3-11-2015


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidak adil guna seorang perwakilan serang saya, kata Azmi

Posted on Tuesday, November 03 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengenepikan pendirian seorang perwakilan DAP, dan beranggapan tidak adil menggunakan pandangan itu untuk menentangnya.

Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau masih memegang kepada pendirian setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan parti itu akan bersama dengan PKR dan PAS dalam pentadbiran mereka di Selangor.


"DAP Selangor atau seorang delegasi, saya mengambil pendirian yang dibuat Lim Guan Eng, DAP akan terus bersama dengan PAS dan PKR untuk meneruskan khidmat untuk rakyat seperti yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," kata Azmin kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

"Itu keputusan DAP, anda tidak boleh ambil satu pandangan daripada seorang perwakilan dan gunakannya menetang saya, saya tak fikir ia adil."

Seorang perwakilan DAP, semalam mencadangkan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh kepada Azmin untuk memecat wakil rakyat PAS daripada kerajaan negeri.

Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong, berkata sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat PAS Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Kita mendesak kerana PAS sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan, jadi kita mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk pecat wakil rakyat PAS ataupun DAP perlu keluar dari pentadbiran tersebut," katanya semasa sesi bahas dalam Konvesyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya.

Chiong bagaimanapun berkata terpulang kepada pimpinan tertinggi DAP menetapkan tempoh masa kepada Azmin, tetapi ia harus dilaksanakan dengan segera.

Chiong berkata, kegagalan menangani masalah itu di Selangor bukan sahaja menjejaskan akar umbi tetapi pimpinan DAP dalam pentadbiran negeri.

"Saya percaya hari ini kalau kita terus bekerjasama dengan parti sebegini di dalam kerajaan orang paling tercedera bukan kita akar umbi, tapi ialah mereka yang duduk dalam pimpinan Selangor. Kita tidak tahu macam mana orang lain tengok kita."

Sementara itu naib pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Kim dalam reaksi terhadap cadangan perwakilan itu menyeru anggota DAP melihat masalah di negeri itu daripada sudut kemantangan politik.

Beliau berkata, cadangan memecat PAS atau DAP keluar daripada Selangor tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN).

Mengulas berhubung usul menolak Bajet 2016, Azmin berkata beliau berpendapat, keputusan PAS untuk tidak menyokong bajet itu adalah pandangan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tak tahu itu pandangan Hadi... berdasarkan perbincangan dengan PAS, disokong kenyataan timbalan presiden PAS dan ketua whip PAS... mereka akan sokong usul PKR undi tidak percaya kepada Najib.

"Saya berpegang kepada keputusan itu," katanya merujuk kepada undi tidak percaya kepada kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.

Manakala, beliau berkata, keputusan Hadi itu adalah keputusan baharu dan berbeza dengan keputusan rasmi yang dimaklumkan kepada kepimpinan PKR.


"Saya tak tahu, itu keputusan baharu. keputusan yang disampaikan secara rasmi kepada PKR jelas... kita berpegang kepada yang asal," kata Azmin. - TMI

Sumber TKO - 3-11-2015
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

33 sekolah agama dibina dalam tempoh dua tahun












































































































































































SAIDAH HAIRAN | .


SHAH ALAM: Dalam tempoh dua tahun kerajaan negeri Selangor membina 33 buah sekolah pendidikan Islam yang terdiri daripada sekolah rendah agama (SRA) dan Maahad Tahfiz Teknologi Sains (MITS).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pembinaan sekolah agama itu dalam tempoh dua tahun bermula tahun 2013 - 2015.

Menjawab soalan daripada Adun Tanjong Sepat (PAS), Mohd Haslin Hassan katanya, peruntukan pada tahun 2013 sebanyak RM 38,698,287.60; tahun 2014 RM27,341,819,56.

"Tahun 2015 peruntukan RM9,423,957.08 dan jumlah keseluruhan sebanyak RM75,464,064.24," katanya dalam sesi soal jawab sidang DUN, pagi ini.

Bilangan asnaf pula yang menerima bantuan dari tahun 2014 hingga 2015 untuk lapan kawasan bagi fakir RM13,613 miskin RM30,048 jumlah keseluruhan RM43,66.

Katanya, bagi tahun 2015 bilangan asnaf fakir dan miskin (keluarga) yang menerima bantuan zakat bagi tempoh Januari - Ogos 2015 jumlah keseluruhan RM41,664. – HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumber HD - 4-11-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































DAP perlu kemuka pendirian mengenai Kerajaan Selangor

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN | .


DEWAN Pemuda PAS Malaysia menyokong kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang menegaskan bahawa PAS Selangor tidak akan tunduk kepada desakan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong yang mahu Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali segera memecat wakil PAS dalam pentadbiran negeri.

PAS mahu DAP memberikan penjelasan kepada rakyat tentang pendirian mereka terhadap kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Mohamed Azmin Ali.

Adakah mereka ingin menghancurkan kerajaan sedia ada dan memberikan laluan mudah untuk BN kembali berkuasa demi melunaskan dendam mereka kepada PAS atau mahu pertahankannya?

PAS kekal dengan pendirian sedia ada untuk terus mempertahankan Kerajaan Selangor sehinggalah pilihan raya akan datang demi kepentingan rakyat.

PAS tidak akan tunduk dengan sebarang tekanan dan permintaan untuk keluar dari Kerajaan Selangor dan akan terus menyokong kepimpinan Menteri Besar sekarang.

PAS menggesa agar Selangor tidak dikorbankan demi memenuhi hasrat pemimpin tertentu yang gagal melihat kepentingan rakyat berbanding dengan kepentingan politik mereka.

PAS terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja secara matang termasuk PKR atau DAP mengenai masa depan Selangor.

Walau bagaimanapun, ianya terpulang kepada pendirian parti masing-masing untuk menghormati prinsip dan perjuangan yang lain.

PAS percaya lebih ramai ahli DAP yang tidak bersetuju dengan pandangan itu, walaupun PAS dan DAP kini sudah tidak sehaluan.

Dalam kebanyakan perkara, PAS melihat rakyat sudah bosan dengan percaturan untuk meruntuhkan Kerajaan Selangor.

Dan adalah lebih baik DAP melihat ke hadapan untuk memastikan segala janji kepada rakyat ditunaikan sebelum pilihan raya akan datang.

PAS tidak risau jika pada pilihan raya akan datang DAP akan bertanding 3 penjuru di kerusi-kerusi peringkat Dun dan Parlimen.

Tapi buat masa ini, tiada apa-apa yang perlu diubah dan dimusnahkan kerana itu hanya memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional. - HARAKAHDAILY 4/11/2015

Sumbere HD - 1-11-2015                                                                                                                      -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                            

Selangor sasar penurunan kadar air tidak terhasil

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor melalui Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mensasarkan penurunan kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water atau NRM) sebanyak 25 peratus menjelang tahun 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, peratusan NRW sekarang mengikut rekod Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) setakat 31 Disember 2014 adalah sebanyak 33.21 peratus dan disasarkan semakin berkurang kepada 32.46 peratus menjelang 31 Disember 2015.

"Kerajaan negeri mengambil beberapa langkah secara holistik bagi memastikan kadar NRW ini dapat dikurangkan.

"Antaranya ialah memperkasakan kualiti kerja membaikpulih serta merta, mengkormersialkan sumbangan NRW, pengurusan pembangunan, penukaran paip yang lebih daripada 7 tahun dan juga untuk kegunaan pembangunan domestik," ujarnya dalam kenyataan Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, melalui program penurunan NRW ini, kerajaan negeri dianggarkan akan dapat melakukan penjimatan air terawat sebanyak 1,000 (JLH). – HARAKAHDAILY 3/11/2015

Sumber HD - 3-11-2015

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Belanjawan Selangor: RM59.6 juta elaun guru Kafa

SAIDAH HAIRAN | .


SHAH ALAM: Dewan Undangan gemuruh dengan tepukan apabila mendengar pantun dua kerat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pantun dua kerat; `Dengan GST hidup terbelenggu; ini soalan yang ditunggu-tunggu' ketika menjawab soalan daripada Adun BN-Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik ketika sesi soal jawab lisan sidang DUN, pagi tadi.

Beliau berkata, kerajaan negeri bukan tidak menghargai peruntukan daripada Jakim sebanyak RM800 untuk membayar elaun guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa).

Katanya, tetapi kerajaan negeri menerima peruntukan elaun untuk guru-guru Kafa daripada tiga sumber.

"Saya sangat tertarik dengan soalan dari Adun BN-Sungai Burung yang mengatakan kerajaan Persekutuan telah memberi bantuan elaun sebanyak RM800," katanya.

Beliau memaklumkan, jumlah guru-guru Kafa ialah 6,900 dan hanya lebih kurang 2,500 sahaja dibiayai oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu elaun sebanyak RM800 sahaja.

Katanya, Jakim hanya memberi peruntukan sebanyak RM30 juta manakala kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM59,614,790 untuk membayar elaun guru-guru Kafa yang selebihnya.

"Sebahagian elaun guru Kafa dibiayai Baitul Mal; 2,500 orang mendapat elaun daripada Jakim iaitu sebanyak RM800 dan selebihnya dibiayai oleh kerajaan negeri seratus-peratus dengan kenaikan elaun sebanyak RM1,500," tegasnya.

Adun DAP-Sekinchan, Eng Suee Lim membuat soalan tambahan, tanggungjawab membayar elaun guru Kafa sepatutnya dibuat oleh kerajaan Persekutuan tetapi hanya dibayar sebahagian sahaja.

"Alhamdulillah, kerajaan negeri prihatin dan kita terjemahkan mesej peduli terhadap rakyat. Kita bantu guru-guru Kafa. Inilah rakyat Selangor dapat hasil daripada pentadbiran kerajaan negeri hari ini," katanya.  – HARAKAHDAILY 3/11/2015

Sumber HD - 3-11-2015                                                                                                                        ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                  

Gesa gugur exco Pas hanya pandangan individu

Posted on Tuesday, November 03 @ 00:53:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menganggap gesaan seorang perwakilan DAP agar exco PAS digugurkan daripada kerajaan negeri bukan pendirian rasmi DAP.

Beliau berkata kerajaan negeri masih berpegang pada pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa parti itu akan terus bersama Pas dan  PKR untuk berkhidmat kepada rakyat.

"DAP Selangor atau seorang perwakilan? Boleh anda jelaskan? Saya ambil pendirian yang telah dibuat dan dinyatakan oleh Lim Guan Eng.

"Bahawa DAP akan terus bersama-sama dengan PAS dan PKR untuk meneruskan khidmat dan menentukan kita dapat memberikan khidmat kepada rakyat seperti kita janjikan pada 2013. Itu keputusan DAP.

"Anda tidak boleh ambil satu pendapat dari seorang perwakilan dan anda berdepan dengan saya. Saya tak fikir itu adil," kata Mohamed Azmin.

Menteri Besar itu diminta mengulas mengenai saranan perwakilan DAP Selangor supaya kerajaan negeri memecat semua wakil rakyat Pas dalam pentadbiran negeri bagi menyelesaikan kebuntuan gabungan parti dalam kerajaan itu, atau DAP keluar dari barisan kepimpinan kerajaan negeri. 

Pergeseran antara Pas dan DAP berlarutan sejak beberapa bulan ekoran ketegasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai isu hudud. 

Mengenai kenyataan Hadi bahawa Pas tidak akan menolak usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 (Bajet 2016), Mohamed Azmin berkata ia dibuat  bukan berdasarkan perbincangan parti itu (PKR) dengan Pas.

"Itu pandangan Hadi. Ia bukan berdasarkan perbincangan kami dengan Pas," katanya.

Semalam, media melaporkan Pas akan mengambil langkah berkecuali serta tidak akan menyokong usul penolakan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 (Bajet 2016) di Dewan Rakyat. - Bernama


Sumber TKO - 3-11-2015

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






















































































Harga rumah Selangorku tidak naik - Iskandar














































































































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tidak berlaku kenaikan harga rumah Selangorku walaupun kos pembinaan dijangka meningkat ekoran kejatuhan nilai ringgit.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata kerajaan negeri berhasrat mengadakan perbincangan dengan pemaju untuk mengkaji semula kos perumahan.

Menurut beliau, bbuat masa ini belum ada keputusan mengenainya di pihak kerajaan negeri.

“Namun, kita sebolehnya tidak menaikan harga rumah kerana kerajaan negeri sudah menetapkan kadar sebelum ini,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata kejatuhan ringgit memberi kesan kepada pemaju daripada segi harga bahan mentah dan bahan binaan import.

“Sekarang belum ada keputusan menaikkan harga rumah mampu milik. Kita adakan kajian kos kesan penurunan ringgit," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Menurutnya, bagi perumahan, ada bahan mentah digunakan dari tempatan seperti keluli, paling ketara peningkatan harga ialah kos membeli lif kerana semua diimport.

“Memang ada kesan pada pemaju, kerana itu kerajaan negeri akan adakan perbincangan dengan pemaju,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kuala Selangor yang mengatakan kerajaan negeri mengenakan pelbagai caj kepada pemaju menyebabkan pemaju bermasalah membina rumah mampu milik.

Katanya, kerajaan negeri memberikan pelbagai faedah antaranya menetapkan penurunan 10 peratus bagi caj premium.

“Kita kesal dengan dakwaan itu, sepatutnya beliau mengkaji terlebih dahulu,” katanya yang juga Adun Chempaka. - HARAKAHDAILY 2/11/2015

Sumber HD - 2-11-2015                                                                                                                        -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                       

Selangor rangka pelan induk pertanian tingkat hasil

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor sedang merangka pelan induk pertanian secara menyeluruh bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, pelan terbabit bakal dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr Idris Ahmad (PKR-Ijok) yang bertanyakan pelan pertanian supaya kerajaan negeri tidak bergantung hasil pertanian dari luar.

“Kita meningkatkan hasil pertanian supaya hasil pertanian itu dapat dinikmati dalam negeri dan tidak terlalu bergantung hasil luar dari luar,” katanya dipetik Selangor Kini.

Adun Taman Templer itu menambah, hasil pertanian melalui projek Fruit Valley yang dilaksanakan di Kuala Selangor dapat dinikmati bermula hujung tahun ini hingga pertengahan tahun depan.

“Hasil itu ditingkatkan selepas Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengambil langkah memulihara kawasan itu.

“Antaranya memulihara kesuburan tanah, penggunaan baja perosak, mengemaskini sistem saliran, menaik taraf jalan pertanian, mengadakan program latihan dan mengadakan tanaman rempah ratus,” katanya.

Menurutnya lagi, antara tanaman yang sedia ada di kawasan itu ialah jambu batu, belimbing, kelapa pandan, tembikai, pulasan dan lain-lain.

“Projek pembangunan usahawan tani dimulakan. Sejumlah 156 hektar tanah digunakan untuk menanam beberapa jenis tanaman dan hasil mula kelihatan,” katanya.

Sumber HD - 2-11-2015                                                                                                                          ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                              

Belanjawan 2016: Tepati hasrat `Selangor Smart State'
























































































SAIDAH HAIRAN | .


SHAH ALAM: PAS Selangor yakin pembentukan Majlis Perundingan Smart Selangor sangat bertepatan dengan hasrat untuk menjadikan 'Selangor Smart State' maju dan sejahtera.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berharap 'blueprint' tersebut akan mengambil kira keperluan pembangunan fizikal dan kemanusiaan mengikut tuntutan maqasid syariah.

Mengulas Belanjawan Selangor 2016 katanya, ia bertepatan dengan tema 'Membangun Smart Selangor Yang Peduli' dan merupakan satu lagi pendekatan pentadbiran negeri yang maju serta lebih sejahtera.

Katanya, pendekatan Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali telah membuahkan hasil yang baik dalam urustadbir negeri dengan sokongan pimpinan kerajaan negeri.

"Laporan perbelanjaan dan pendapatan yang berakhir September telah membuahkan kejayaan yang diharapkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, pendekatan belanjawan membangunkan Smart Selangor dengan mengambil kira beberapa kategori tumpuan pada beberapa potforlio mengikut keutamaan selaras dengan tuntutan maqasid alsyariah.

"Rakyat mengharapkan kerajaan tidak meninggalkan tumpuan pembangunan yang didasari sebelum ini," tegasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri.

Beliau bersyukur dalam belanjawan itu Menteri Besar menumpukan soal pembangunan pendidikan agama sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat seluruh Selangor.

Katanya, peruntukan sebanyak RM18 juta untuk membina tiga buah maahad tahfiz sudah tentu akan memberi peluang lebih ramai permintaan pendidikan dalam jurusan itu.

Begitu juga tambah beliau peruntukan sebanyak RM52 juta untuk pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi di Pandan dan Bagan Lalang.

Menurut beliau pembinaan tersebut selaras dengan perancangan Selangor untuk mewujudkan satu maahad setiap daerah menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam menyediakan wadah berteraskan pendidikan Islam sebagai keutamaan.

Beliau menegaskan kenaikan elaun 6,900 orang guru Kafa dari RM1,300 kepada RM1,500 begitu juga elaun ketua guru dari RM80 ke RM150 meningkatkan semangat dan mutu pendidikan. - HARAKAHDAILY 2/11/2015

Sumber HD - 2-11-2015                                                                                                                       ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                               

Belanjawan 2016: Benar, Selangor negeri berkebajikan

SYARHAN HUMAIZI HALIM | .


DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan tahniah dan syabas atas pembentangan belanjawan Negeri Selangor yang sangat pedulikan nasib rakyat oleh Dato Menteri Besar Tuan Mohamad Azmin Ali baru-baru ini. Bajet yang dibuat ternyata hasil daripada kecemerlangan pentadbiran Pakatan Rakyat di Negeri Selangor yang berjaya meningkatkan jumlah terbesar dalam sejarah Selangor dan ia satu kejayaan yang tidak berlaku dizaman pemerintahan Barisan Nasional.

Dengan memperuntukkan belanjawan berimbang sebanyak RM2.88 bilion bagi tahun 2016 mendukung tema "Membangun Smart Selangor Yang Peduli" menjurus ke arah titik Kebajikan Rakyat, sikit sebanyak melihat falsafah pentadbiran ini selari dengan gagasan yang pernah di bawa oleh Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang iaitu Negara Berkebajikan. Jika dilihat ia di definasikan sebagai sebuah negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara dalam masa yang sama mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Melalui pembentangan belanjawan ini, DPPNS amat menyokong sikap peduli dan mendahului kebajikan rakyat dalam usaha untuk mengecualikan cukai taksiran rumah kos rendah dan rumah kampung serta mengecualikan fi lesen bagi peniaga kecil, peniaga pasar malam dan pasar tani. Perlaksanaan ini sesuai dengan kemampuan kewangan yang dijana oleh Kerajaan Negeri Selangor, kita yakin ia memberi pemangkin untuk rakyat berpendapatan rendah agar lebih terbela pada saat kegawatan ekonomi akibat ketidakcekapan Kerajaan Barisan Nasional mentadbir di peringkat Pusat.

DPPNS yakin sebahgian besar yang menikmati pengecualian cukai dan fi ini terdiri daripada anak-anak muda yang baru menjalankan perniagaan kecil-kecilan akibat kurangnya peluang mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swasta. Ini adalah isyarat yang jelas bahawa  masih ada lagi pihak yang peduli kepada nasib mereka kerana rata-rata anak muda ini baru memulakan kehidupan berkeluarga.

Begitu juga dengan belanjawan yang berkaitan dengan pendidikan iaitu Maahad Tahfiz, Maahad Tahfiz Intergrasi Sains dan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang sudah pastinya kelebihan peduli ini bakal diraih oleh anak-anak muda Selangor.

Keseluruhan pembentangan Belanjawan Negeri Selangor ini jelas wujudnya perbezaan yang amat ketara ibarat antara langit dengan bumi apa yang ada di peringkat kerajaan persekutuan. Kerajaan Malaysia yang mudah dan senang dikenali sebagai "Darul Jibayah" iaitu negara pemungut atau  pemeras cukai yang meletakkan beban yang besar terhadap rakyat bagi menampung sebahagian kos perjalanan kerajaan. Sedangkan kerajaan Selangor mengambil inisiatif bagaimana usaha untuk mengelak rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup terutamanya dikalangan anak muda.

DPPNS yakin jika perkara ini terlaksana ia bakal melonjakkan lagi prestasi kehidupan yang lebih baik di Selangor selaras dengan agenda untuk menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan. Secara tidak langsungnya pihak kerajaan negeri serius  menghargai anak muda sebagai teras kelangsungan kehidupan dan kepimpinan masa depan.

Akhir kata penutup bicara, istiqamah lah untuk berbakti pada rakyat. Usah melayan gangguan nyamuk seekor dua sehingga kelambu indah di bakar hangus. Mudahan Allah memberi hidayah kepada semua. – HARAKAHDAILY 2/11/2015

Penulis ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor

Sumber HD - 2-11-2015
----------------------------------------------------------------------------
Selangor kekal kerajaan rakyat

Posted on Sunday, November 01 @ 16:43:29 MYT by paktam

Oleh Shuhaimi Shafiei

Kerajaan Selangor perlu kekal dengan pendirian kerjasama politik secara holistik terhadap semua pihak yang mahu melihat sebuah pakatan politik yang stabil dan ampuh bagi berdepan dengan Umno/BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

PKR Selangor menolak pandangan sempit sesetengah pihak yang menyatakan  sikap Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang masih mengekalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS sebagai exco adalah suatu bentuk langkah peribadi.


Pendirian beliau adalah berdasarkan resolusi Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 11 Oktober 2015 yang  memutuskan untuk memanjangkan hubungan kerjasama dengan semua parti politik. Pastinya, ia melibatkan Adun PAS dalam membentuk “kerjasama pentadbiran” di Selangor dengan sokongan semua Adun.


Tindakan menteri besar mengekalkan exco-exco kerajaan Selangor daripada PAS adalah selaras dengan hasrat dan ketetapan MPP PKR yang jelas mahu meneruskan usaha-usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu di peringkat pusat dan apatah lagi di Selangor sebagai sebuah kerajaan. Jelas ia adalah keputusan parti dan bukan bersifat peribadi.

Kenyataan tertentu yang dibuat seolah-olah mendesak menteri besar menggugurkan exco daripada PAS adalah suatu saranan yang bertentangan dengan resolusi mesyuarat MPP.

Maka perlu suatu tindakan disiplin serta penyiasatan diambil terhadap mana-mana pimpinan PKR yang jelas menolak pendirian semasa PKR pada masa ini yang diputuskan MPP PKR. Harus diingatkan semula, MPP adalah badan pemutus tertinggi dalam PKR.

Anggota serta pimpinan parti seharusnya memahami situasi ini dan tidak memberikan suatu sisi pandangan yang tersasar daripada maksud resolusi yang diputuskan MPP PKR.

PKR Selangor menyokong penuh kerajaan negeri yang komited memantapkan pentadbiran bersama rakan-rakan Pakatan Harapan dengan memperbesarkan ruang kerjasama pentadbiran termasuk terhadap Adun-Adun PAS di Selangor.

Langkah yang diambil menteri besar Selangor ini perlu disokong kerana ia diyakini bagi menyediakan suasana kondusif demi perpaduan pergabungan politik lebih luas.

Oleh demikian, PKR Selangor menyeru semua pihak bersama-sama membantu menteri besar dalam menjayakan Belanjawan Selangor 2016 yang dibentangkan dengan tema "Membangun Smart Selangor yang Peduli" demi kepentingan rakyat.

Walau apapun nama gabungan yang kita ingin sebutkan, paling penting marilah kita terlebih dahulu membuktikan; dalam semangat Pakatan Rakyat terdahulu, iltizam muafakat Pakatan Harapan terkini, kitalah kerajaan gabungan masa depan rakyat Malaysia.

* Penulis adalah ketua Penerangan PKR Selangor.

Sumber DD - 1-11-2015
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Elaun guru Kafa: Pengorbanan saya berbaloi!‎ ‎

Posted on Sunday, November 01 @ 00:14:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

























































































SHAH ALAM - Bekas guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang pernah  'menyerbu' Sidang Dun Selangor untuk menuntut kerajaan negeri menaikkan elaun guru Kafa menzahirkan rasa syukur selepas Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji itu semalam.


Semalam, dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2016 Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri akan menaikkan elaun guru Kafa sebanyak RM 200 iaitu daripada RM 1,300 kepada RM 1,500 dengan implikasi kewangan sejumlah RM 18.71 juta dan ia melibatkan seramai 6, 900 guru Kafa di seluruh negeri tersebut.



"Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor yang akhirnya menunaikan janji dalam manifesto pilihanraya yang lalu dan akur dengan tuntutan guru-guru Kafa.



Kenaikan elaun daripada RM1300 kepada RM1500 sememangnya merupakan satu jumlah yang amat bermakna bagi warga pendidik tersebut.



"Selari dengan tindakan ini, saya menuntut agar seluruh kandungan manifesto dalam pilihan raya yang lalu ditunaikan, setidak-tidaknya usaha untuk menunaikan janji tersebut dilihat rakyat. Suka untuk saya menasihatkan Azmin Ali agar mengurangkan kontroversi terhadap pentadbirannya dan fokus kepada usaha menunaikan janji.



"Kontroversi DEIG yang masih mengundang curiga awam dan kelulusan tiga tol baru di Selangor yang nyata kontradik dengan pendirian pembangkang untuk menghapuskan tol; ini adalah hal-hal yang perlu ditangani dengan segera dan jujur, bukan sekadar tangisan di Dewan Negeri semata-mata," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.



Namun katanya,  tindakan yang terlalu perlahan -dalam menaikkan elaun guru Kafa ini sama ada sedar atau tidak menunjukkan bahawa kerajaan  Azmin Ali amat tidak serius dalam menangani hal ehwal kebajikan rakyat Selangor, apatah lagi mahu mengangkat nilai rungutan dan protes rakyat sebagai usaha semak dan imbang dalam kerajaan yang diketuainya kini.



"Saya juga masih berasa kecewa kerana lama sebelum ini juga telah diwar-warkan akan wujud penambahbaikan dari sudut kemudahan perubatan dan pelbagai lagi insentif-insentif lain kepada guru-guru Kafa, namun malangnya sehingga kini, janji hanya tinggal janji.



"Itu belum termasuk hal berkaitan status perjawatan; guru Kafa yang telah berkhidmat selama 20 tahun masih berstatus sambilan! Adakah  Azmin Ali sedang menunggu seorang lagi guru Kafa merempuh masuk ke Dewan Negeri dan akhirnya terpecat, baru hal-hal kebajikan ini beres dan tertunai?" soalnya.



Pada April lalu, Ekhsan 'menyerbu' Sidang Dun Selangor untuk menuntut kerajaan negeri menaikkan elaun guru Kafa seperti yang dijanjikan PR pada PRU13.



Pada PRU13, kerajaan gabungan DAP, Pas dan PKR dalam manifesto mereka berjanji untuk menaikkan elaun guru Kafa di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.  -SH

Sumber TKO - 1-11-2015

Belanjawan sentuh semua aspek, golongan masyarakat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan Belanjawan Selangor 2016 sebagai belanjawan syumul.

Katanya, belanjawan bertemakan ‘Membangun Smart Selangor Yang Peduli’ dibentangkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali itu menyentuh semua aspek dan golongan masyarakat di negeri termaju itu.

“Ini adalah belanjawan syumul, lengkap tanpa ada aspek tertinggal dalam memastikan seluruh rakyat menerima manfaat daripada belanjawan ini,” katanya dipetik Selangor Kini.

Iskandar berkata demikian selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.

Menyentuh peruntukan di bawah portfolio beliau, Iskandar berkata kerajaan negeri turut prihatin terhadap masalah dihadapi golongan tidak layak membuat pinjaman bank tetapi berhasrat memiliki rumah sendiri.

“Kerajaan negeri sedia bantu bayar wang pendahuluan 10 peratus kepada mereka yang gagal mendapat pinjaman bank. Apabila langsai membayar balik kepada kerajaan negeri, memungkinkan mereka untuk membeli rumah itu,” katanya yang juga Adun Chempaka.

Pesuruhjaya PAS negeri itu menambah, golongan sama turut dibantu menerusi skim Dana-Sel dengan peruntukan RM10 juta menerusi konsep sewa beli.

“Sekiranya penyewa terbabit masih gagal dapatkan pinjaman bank, mereka masih boleh terus tinggal dan memiliki rumah itu apabila bayaran sewa bulanan dibuat dapat menampung harga rumah terbabit,” katanya lagi.

Sumber HD - 31-10-2015
-------------------------------------------------------------------------------- Road Map to MB Selangor

Posted on Saturday, October 31 @ 14:41:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

1. Keputusan PRU 13 di Selangor  adalah seimbang dengan Pas 15, Dap 15, Pkr 14 dan BN 12. Untuk hadapi BN, pembahagian kerusi Pakatan Rakyat adalah Pas bertanding 20 kerusi, Dap 15 kerusi dan Pkr 21 kerusi.



2. Dap hari ini mengumumkan akan bertanding di 8 kerusi yang Pas menang. Baki lagi 12 kerusi yang Pas bertanding sebelum ini, dipercayai akan ditandingi oleh proksi Dap iaitu Pan.

3. Dap memilih 8 kerusi tersebut kerana peratusan menang adalah tinggi. Baki 12 kerusi yang peratusan kalah tinggi, diserah ke Pan, rakan strategik Dap.

4. Dap telah tepu dengan 15 kerusi yang dimenangi. Dengan tambahan 8 kerusi, Dap dijangka boleh menang 5 kerusi. Ini menjadikan Dap menguasai 20 kerusi.

5. Dengan 20 kerusi, ini bermakna Dap adalah parti paling dominan dan kerusi MB adalah miliknya. 

6. Oleh itu tidak mustahil Dap merekrut ahli-ahli Malayu seperti Prof Aziz Bari. Ahli-ahli melayu inilah yang akan bertanding di 8 kerusi yang Pas tandingi.

Haji Harun Sheikh Malik

Pemikir Strategik Muda

Sumber TKO - 31-10-2015

Azmin sebak cerita pengalaman jadi MB dalam ucapan Belanjawan 2016

Posted on Friday, October 30 @ 23:44:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar




Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kelihatan sebak ketika memberi ucapan pembentangan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. 

Dengan suara bergetar, beliau berucap menyentuh pengalamannya mentadbir negeri sejak dilantik menerajui Selangor pada September tahun lalu.


"Dalam tempoh yang berlalu terlalu cepat, saya melalui pelbagai pengalaman. Ada yang manis, ada juga yang pahit.





"Namun, segala pengalaman ini, mendidik saya untuk tawaduk selain mendorong saya dan pasukan negeri untuk bekerja dan terus bekerja.



"Persetankan suara-suara cemburu dan pengacau kedamaian. Yang pahit itu ubat dan penawar supaya rakyat dan negeri Selangor sihat dan bertenaga," katanya yang juga timbalan presiden PKR.



Baru-baru ini, blogger Umno mendakwa wujud 'Langkah Rawang' di kalangan pembangkang untuk menukar menteri besar Selangor kepada bekas timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang meninggalkan Umno dan menyertai PKR pada pertengahan bulan ini.



Tahun lepas, Azmin dilantik memegang jawatan itu selepas selesai krisis di kalangan pakatan pembangkang dalam menentukan menteri besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, susulan 'Langkah Kajang' yang dimulakan PKR.



Sumber TKO - 30-10-2015

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azmin: Bukan saya luluskan tiga lebuh raya baru itu


Posted on Friday, October 30 @ 23:39:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah untuk pembinaan tiga lebuh raya bertol di negeri itu belum muktamad. 


Katanya, kelulusan ketiga-tiga lebuh raya baharu Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Sungai Besi-Ulu Klang (Suke) dan East Klang Valley Expressway (EKVE ) ketika ini dibuat secara prinsip.


Ini kerana, kata Azmin kelulusan diputuskan ketika pentadbiran bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Untuk makluman ketiga-tiga lebuh raya itu tidak diluluskan ketika saya menjawat menteri besar. Ia diluluskan secara prinsip sebelum ini.

"Media sosial laporkan kononnya ketiga-tiga lebuh raya baharu itu diluluskan dalam tempoh setahun saya jadi menteri besar sedangkan ia dan diluluskan menteri besar sebelumnya," katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, Azmin bekata beliau akan memberikan penjelasan teperinci berhubung pembinaan lebuh raya itu pada minggu hadapan dalam Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas yang bermula Isnin depan hingga 13 November.

“Minggu depan kita adakan sidang media untuk menjelaskan perkara berkenaan lebuh raya. Apa yang saya nyatakan di sini adalah dasar kerajaan negeri hari ini adalah menetapkan kerajaan pusat mesti menerima pakai Seksyen 20A,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini dilaporkan sebagai berkata pembangkang tidak mampu menunaikan janji untuk memansuhkan tol yang dibuat pada manifesto pilihan raya.

Isu tol hangat dibahaskan selepas tol di 18 lebuh raya di Lembah Klang naik mulai 15 Oktober lalu.


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian dilapor meminta Azmin menjelaskan dakwaan bahawa beliau meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada parti.

Sumber TKO - 30-10-2015