BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, September 28, 2014

BABY HATCH - PELINDUNG BAYI


Kecelaruan sosial punca kes buang bayi meningkat

Posted on Tuesday, November 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




NEGARA kita semakin maju. Negara berkembang pesat dalam semua aspek sama ada dari segi ekonomi, politik ataupun sosial, selaras dengan Wawasan 2020. Dalam kepesatan pembangunan fizikal itu, kita mengalami masalah sosial yang agak kronik, seperti pembuangan bayi. Kemelut pembuangan bayi semakin berleluasa. Keadaan ini amat membimbangkan.

Baru-baru ini, polis menahan seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi berusia sehari yang dibuang di dalam sebuah mesin basuh rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kechil, Yan, Kedah. Hasil siasatan, suspek berusia 38 tahun itu mengaku melahirkan bayi berkenaan dalam bilik air di rumah berkenaan yang dikongsi bersama bapa mentuanya, tanpa pengetahuan suami serta bapa mentuanya.

Bayangkan, ada juga yang membungkus mayat bayi dengan plastik, mencekik bayi sebelum ditanam, dibuang ke dalam mangkuk tandas, bahkan ada yang sanggup menanam bayi hidup-hidup.

Mengikut ahli kriminologi, pengaruh rakan sebaya dan pergaulan bebas, suka sama suka, ingin mencuba seks, terlalu percayakan lelaki, terdedah aktiviti seksual secara berleluasa melalui jaringan internet, persekitaran tempat tinggal dan dirogol, antara sebab remaja terjebak dalam gejala pembuangan bayi.

Punca keadaan sosial yang tidak teratur juga berkait rapat dengan hubungan renggang antara anak dan ibu bapa. Keadaan ini menjadikan remaja berani keluar rumah dan terbabit dengan aktiviti salah laku seksual sehingga hamil. Mereka kemudiannya mencari jalan mudah dengan membuang bayi yang dilahirkan akibat hubungan seks luar nikah.


Keruntuhan moral

Keruntuhan moral remaja juga dipengaruhi cara hidup. Sering kali ia membabitkan remaja yang berasal dari kampung dan berhijrah ke bandar. Di bandar pula, kurang pengawasan dan kasih sayang ibu bapa juga mempengaruhi tingkah laku remaja.

Ada juga remaja yang cukup didikan agama atau pelajar institusi pengajian tinggi yang terbabit dalam gejala pembuangan bayi.

Oleh kerana takutkan dirinya atau bayi yang dilahirkan tidak diterima keluarga, serta pandangan serong dan cacian masyarakat, mereka mencari jalan mudah untuk membuang bayi mereka seperti sampah, dibuang di merata tempat, di masjid, surau, sungai, tong sampah, tepi jalan dan yang paling teruk di buang ke dalam mangkuk tandas tanpa sedikitpun rasa belas kasihan atau perikemanusiaan.

Di Jerman, kerajaan menyediakan tempat khas sebagai pelindung kepada bayi yang dilahirkan akibat masalah sosial tadi. Tempat khas ini dikenali sebagai Babywiege, bertujuan mengelakkan bayi mati atau terbunuh akibat terdedah kepada kesejukan selepas dibuang. Undang-undang mereka juga membolehkan seorang bayi dijaga oleh hospital selama lapan minggu. Dalam tempoh dua bulan, seseorang ibu boleh mengambil semula anak yang mereka tinggalkan jika berubah fikiran. Selepas dua bulan barulah bayi itu, diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dijadikan anak angkat.

Di negara kita, sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur mewujudkan ruang khas Pelindung Bayi atau Baby Hatch di Kampung Tunku, Kuala Lumpur. Penyediaan ruang ini bagi membolehkan sesiapa yang terdesak meninggalkan bayi mereka di tempat selamat.

Cara alternatif terbaik

Ini adalah satu cara alternatif terbaik untuk sesiapa yang melahirkan anak luar nikah supaya tidak melakukan jenayah pembuangan bayi atau lebih sadis lagi, membunuh bayi mereka.

Penempatan bayi di tempat perlindungan itu bagi membolehkan bayi yang dilahirkan, dijaga dan dapat diserahkan kepada keluarga angkat yang sesuai. Penyediaan tempat seperti ini tidak bermaksud untuk menggalakkan mereka membuat perlakuan yang bercanggah dengan tatasusila moral, tetapi bertujuan menyelesaikan masalah sosial yang berat, seperti pembuangan bayi yang seterusnya boleh mengakibatkan pembunuhan.

Tempat seperti ini sebenarnya tidak perlu diwujudkan sekiranya kita mempunyai masyarakat yang bertanggungjawab. Lazimnya polis menyiasat kes pembuangan bayi mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Sekiranya didapati bersalah, seseorang itu boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Polis juga boleh menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang meletakkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan membunuh bayi, siasatan boleh dilakukan mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan. Seksyen 309B memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Disarankan supaya kerajaan mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan supaya denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan supaya remaja akan berasa lebih takut dan serik untuk membuang bayi.

Kabinet pernah memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu dikenakan hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun yang sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Hukuman lebih berat

Hingga kini polis belum lagi menggunakan seksyen ini. Hukuman berat penting supaya mereka akan berhati-hati ketika bergaul dan mengelak hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pusat seperti Taman Seri Puteri Cheras yang memberi perlindungan dan pemulihan kepada remaja yang terbabit, tetapi apa yang masih kurang ialah publisitinya. Insitusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri dan masjid perlu memainkan peranan lebih aktif dan mencari jalan pencegahan serta penyelesaian holistik untuk mengelak berlakunya kes buang bayi atau menyekatnya daripada merebak sehingga tidak boleh dikawal lagi.

Sebagai masyarakat Islam kita patut sama-sama mencari penyelesaian kepada masalah ini dengan memberi penekanan didikan agama yang sempurna kepada anak dan menjaga nasib bayi yang bakal dilahirkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ini. Keluarga adalah pelindung utama dalam membina pembentukan sahsiah dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja.

Pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak perlu. Ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk anak. Di samping itu, bantuan pihak sekolah secara berterusan juga boleh membantu remaja yang terlanjur. Dua institusi ini, iaitu institusi keluarga dan sekolah begitu dekat dengan remaja dan jika kedua-duanya digembleng dengan rapi, ia dapat menyumbang kepada pengurangan kes remaja hamil luar nikah dan pembuangan bayi, bahkan pembunuhan yang tidak berdosa.

Oleh Akhbar Satar

bhnews@bh.com.my

Sumber TKO - 10-11-2015


Kematian Muhammad Firdaus Satu tragedi buat negara

Dalam mengharungi kemelut sosioekonomi yang saban hari menghantui rakyat, kematian Muhammad Firdaus adalah satu tragedi yang menzahirkan betapa Malaysia terus gagal untuk membela nasib orang kurang upaya di saat mereka memerlukan. Walaupun sebab utama kematian Muhammad Firdaus sudah dikenalpasti namun kita wajar bangkit mengakui betapa masih banyak prasarana dan sokongan sosial yang diperlukan bagi mengelakkan tradegi ini berulang sekaligus bertekad untuk mengoptimumkan potensi dan keberadaan orang kurang upaya di Malaysia.

Menyoroti kisah Muhammad Firdaus yang kali pertama mendapat perhatian media apabila dijumpai dalam keadaan yang terabai di sebuah flat pada tanggal 21 Jun 2014, seluruh rakyat hampir tidak percaya bagaimana seorang kanak-kanak kurang upaya berusia 15 tahun boleh berada dalam keadaan yang sedemikian rupa di sebuah negara membangun seperti Malaysia. Realitinya adalah kesempitan hidup yang mencengkam rakyat bawahan di samping kurangnya kemudahan serta sokongan daripada pihak berwajib tidak memberi banyak pilihan kepada orang kurang upaya dan keluarga untuk hidup senorma yang mungkin.
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS menyambut baik usul Kongres Rakyat yang mencadangkan penubuhan Pasukan Perubatan dan Sosioekonomi (PPSE) di peringkat Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama PPSE adalah bagi memastikan kelangsungan proses pencegahan penyakit dan perawatan kesihatan yang bersepadu dan berterusan dari hospital ke komuniti dengan harapan untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit. Dengan melibatkan ahli perubatan, kakitangan kesihatan dan kebajikan, pemimpin masyarakat setempat serta kerjasama oleh kumpulan sokongan pesakit, NGO dan sektor korporat, PPSE berperanan sebagai pasukan pelbagai bidang (multidisciplinary team) yang menguruskan sumber sosioekonomi dan kebajikan pesakit di komuniti.

PPSE juga bertujuan untuk mengurangkan karenah birokrasi di antara agensi kerajaan yang sering kali menjadi batu penghalang kepada penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Dengan melibatkan pimpinan masyarakat dan juga kumpulan sokongan pesakit, adalah diharapkan dapat membantu memperkasa masyarakat awam agar perihatin terhadap permasalahan sosioekonomi bagi pesakit kronik dan orang kurang upaya. Perlu disedari betapa pentingnya faktor sosioekonomi terhadap status kesihatan. Kajian oleh Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat mendapati individu yang tidak mempunyai ijazah mempunyai jangka hayat 9 tahun lebih pendek.

Manakala, individu daripada lingkungan pendapatan tinggi mempunyai jangka hayat 6-8 tahun lebih panjang. Di Malaysia, kajian menunjukkan individu daripada kumpulan sosioekonomi rendah berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik terutamanya serangan jantung yang merupakan penyebab utama kematian. PAS juga komited untuk menyumbang melalui Skuad Kesihatan Komuniti PAS (SIKAP) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Selain itu, Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS mencadangkan kerajaan supaya menaiktaraf Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) sedia ada dengan mewujudkan pusat penjagaan sementara (respite care center) yang bertujuan untuk menyediakan kemudahan penjagaan pesakit kurang upaya bagi membolehkan ahli keluarga atau penjaga menghadiri komitmen harian seperti biasa. Dengan adanya kemudahan sebegini, adalah diharapkan dapat memberi peluang kepada penjaga dan keluarga untuk menyara kehidupan seharian tanpa perlu mengabaikan keperluan orang yang tersayang. Malah jika ada komitmen sosial atau ingin bercuti, pusat penjagaan sementara adalah tempatnya untuk memastikan kedua-kedua pesakit kurang upaya dan penjaga dapat menikmati kualiti hidup yang sewajarnya dinikmati oleh rakyat di sebuah negara membangun seperti Malaysia.

Oleh itu, atas iltizam untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan tenteram dinaungi redha serta keampunan Allah, Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS menyeru kepada kerajaan agar bersegera memastikan segala usaha kebajikan digerakkan bagi menjamin hak dan membela nasib orang kurang upaya di sekeliling kita. Apa yang berlaku kepada mereka adalah ujian buat kita yang masih punya kesihatan akal dan fizikal. Maka pilihan di tangan kita, jangan biarkan pemergian Muhammad Firdaus dipersiakan sebegitu sahaja.

Abdullah Fahmi,
Penyelaras Skuad Kesihatan Komuniti PAS (SIKAP)

Sumber PP - 1-111-2015


Kanak-Kanak Tahan Sakit 30 Minit Kepala Tersepit Celah Dinding
Posted on Thursday, October 22 @ 20:35:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun terpaksa menahan sakit kira-kira setengah jam apabila kepalanya tersepit di celah dinding rumahnya di Bandar Tasek Kesuma, Semenyih dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi, mangsa Muhammad Izzul Sufi Zulkifli dikatakan sedang bermain di celah dinding di luar rumahnya dan kemudian gagal mengeluarkan kepalanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Khairul Anuar Yaacob berkata lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 8.40 pagi.

"Kami terpaksa memecahkan sebahagian dinding bagi mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit itu.

"Operasi itu selesai kira-kira pada pukul 9 pagi dan mangsa telah diserahkan kepada ibu bapanya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sumber TKO - 22-10-2015


Budak Digelar Monyet, Jadi Mangsa Deraan Pengasuh?
Posted on Friday, August 28 @ 17:58:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MELAMPAU dan biadap! Seorang wanita yang dipercayai merupakan pengasuh di sebuah taska menerima kutukan dan kritikan ramai selepas tergamak memanggil anak asuhannya sebagai anak monyet sambil memburuk-burukkan ibu kanak-kanak malang itu di laman Facebook.

“Anak monyet tak reti duduk diam. Mak kau acah bagus. Suruh pantau anak yang macam monyet ni, pergi taska sudahla tak mandi. Lepastu minum nak bersuap. Seluar pun ikat dengan getah. Babi tak mampu ke mak kau? eh sial laa….,” tulis Liluu.

Kenyataan sarkastik pengasuh itu sekali gus mengejutkan pelayar media sosial yang membacanya.
Apatah lagi, wanita ini sangat lancang berkata-kata hingga sanggup mencarut dengan melabelkan ibu kanak-kanak berkenaan sebagai ‘babi’.

Rata-rata netizen menyifatkan pengasuh berkenaan tidak ikhlas dalam menjaga kanak-kanak dan hanya mementingkan wang ringgit semata-mata.

Tidak kurang juga ada ibu bapa yang mempunyai anak kecil menzahirkan rasa bimbang dan takut melihat kes seumpama ini berlaku.

Melihat kebiadapan pengasuh seperti ini, tidak dapat dinafikan segala macam perkara boleh berlaku.
Senang kata, kanak-kanak ini tidak berdosa ini mudah terdedah dengan risiko penderaan dan berada dalam keadaan bahaya.

Sama benar atau tidak dia menjadi mangsa, adalah harus untuk pihak berkuasa masuk campur segera dan cuba mengesan di mana kanak-kanak itu berada.

Jangan nanti sudah terantuk, baru tengadah.

Tak pasal-pasal, anak kecil yang masih lagi tidak memahami apa-apa ini menanggung penderitaan dan kesakitan.

Bagaimanapun, ibu bapa di luar sana usah la gusar kerana tidak semua pengasuh mempunyai perangai ‘gila’ sebegini. Namun, kita juga haruslah sentiasa berwaspada agar kejadian yang sama tidak menimpa pada batang hidung sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 28-8-2015


CRC : ARTIKEL 14, ANAK BEBAS PILIH AGAMA - HAMBALI AKRAM


CRC ARTIKEL 14

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33479-crc-artikel-14-anak-bebas-pilih-agama






Sumber HD - 7-2-2015

Kanak-kanak diikat tangan, kaki di rumah pengasuh

BERNAMA | .
KEPALA BATAS: Seorang wanita yang membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh anaknya terkejut apabila mendapati anak lelakinya berusia tiga tahun terbaring di atas lantai dengan tangan dan kaki diikat.

Wanita yang bekerja kilang itu mengambil keputusan membuat pemeriksaan mengejut ke rumah pengasuh di Flat Taman Seri Pinang di sini semalam, setelah mendakwa sejak kebelakangan ini anaknya sentiasa dalam keadaan lapar apabila diambil daripada rumah pengasuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kanak-kanak itu dihantar ke rumah pengasuh berkenaan sejak Jun tahun lepas dan sebelum ini ibu kanak-kanak itu mendakwa tiada sebarang masalah dengan pengasuh berkenaan.

"Menurut ibu kanak-kanak itu, anaknya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan pada 5.30 pagi semalam dan kira-kira lima jam kemudian dia pergi ke rumah pengasuh itu untuk melihat keadaan anaknya.

"Dia melihat anaknya dalam keadaan tangan terikat di belakang dan kaki turut diikat terbaring di atas lantai...ketika itu hanya anak pengasuh yang berusia 11 tahun berada di rumah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata pemeriksaan lanjut terhadap kanak-kanak itu tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam di badannya.

Sehubungan itu, polis menahan reman wanita berusia 39 tahun itu bagi membantu siasatan dan menurut Abdul Rahman, suspek bertindak demikian kerana mendakwa kanak-kanak berkenaan terlalu nakal.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

Sumber HD - 29-10-2014

Lebih banyak 'baby hatch' akan dibuka seluruh negara

TENGKU FAEZAH TENGKU YUSOF | .

KUALA LUMPUR: Yayasan OrphanCare akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bagi menyediakan 10 pusat perlindungan bayi atau "baby hatch" di cawangan KPJ di seluruh negara.

Pegawai Perhubungan Yayasan OrphanCare Siti Naquiah Fadzil berkata satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani bersama-sama KPJ bagi penubuhan 'Baby Hatch" itu selari dengan usaha menangani kes pembuangan bayi di negara ini.

"Melalui perjanjian itu, bayi yang diletakkan dalam 'baby hatch' akan diserahkan kepada OrphanCare sebelum bayi itu ditempatkan bersama keluarga angkat mereka," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, MoU berkenaan akan ditandatangani antara Pengerusi Yayasan OrphanCare Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan Pengarah Urusan KPJ Amiruddin Abdul Satar, pada 10 Okt ini.

Menolak dakwaan bahawa kewujudan 'baby hatch' menggalakkan kes pembuangan bayi dan anak luar nikah, Siti Naquiah berkata keutamaannya ialah menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa serta membantu pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak untuk mengambil anak angkat.

Beliau berkata ketika ini sebanyak 3,758 permohonan diterima bagi mendapatkan bayi untuk dijadikan anak angkat.

Sejak penubuhan OrphanCare pada 2010, sebanyak 102 bayi telah diserahkan kepada keluarga angkat manakala 63 lagi dikembalikan kepada ibu kandung.

"Yayasan kami merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang mempunyai kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi menangani isu pembuangan bayi.

"Kami berharap kes pembuangan bayi dapat dikurangkan dengan penubuhan 'baby hatch' di samping berusaha menempatkan bayi dengan keluarga yang benar-benar inginkan anak," katanya.

Beliau berkata lebih 50 peratus ibu kandung yang menyerahkan anak mereka kepada OrphanCare adalah lingkungan umur antara 18 dan 24 tahun dan masih berstatus pelajar.

Pihaknya juga mengadakan pelbagai ceramah motivasi di peringkat institusi pengajian tinggi untuk memberi kesedaran berhubung pendidikan seks serta fungsi pusat perlindungan bayi itu, katanya.

"Dengan cara ini, ia dapat mengurangkan kes pembuangan bayi di samping sebagai satu isyarat bahawa ada lagi insan yang sanggup menjaga bayi berkenaan," katanya.

Siti Naquiah berkata bukan hanya anak luar nikah yang diserahkan, tetapi ada antaranya menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan si ibu tidak mampu untuk menyara keperluan anak tersebut.

Beliau berkata OrphanCare kini beroperasi di Petaling Jaya, Selangor, Johor Baharu, Johor dan Kota Bahru, Kelantan.

"Kami sedang merancang untuk membina sebuah lagi OrphanCare di Kedah," katanya. - Bernama

Sumber HD - 28-9-2014

Saturday, September 27, 2014

SIDANG PARLIMEN - 7 0KT0BER 2014 - 27 NOVEMBER 2014





Najib selalu ponteng, hanya 26 hari hadir ke Parlimen

HARAKAHDAILY | .

PULAU PINANG: Rekod buruk kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Parlimen mengesahkan kegagalannya sebagai Perdana Menteri, kata Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Katanya, sejak 2009 hingga April 2014, Najib hanya hadir kira-kira 26 hari ke Parlimen.

“Rekod ini jauh lebih rendah berbanding Perdana Menteri Britain yang hadir ke Parlimen setiap Rabu selama 30 minit untuk menjawab enam soalan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, Najib tidak menunjukkan usaha untuk menjadikan kehadirannya dirasai di Parlimen dengan mengambil bahagian dalam perbahasan dan mendengar isu-isu semasa dibangkitkan ahli-ahli parlimen.

“Najib menghabiskan 14 minit di Parlimen berucap tentang tragedi kehilangan MH370 dan keluar sebaik Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bangun memulakan debat.

“Pada 23 Julai lalu, ketika sidang khas berikutan tragedi pesawat MH17, Najib hanya hadir 35 minit sebelum meninggalkan Parlimen sebaik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun," ujarnya.

Katanya, selepas lebih dua jam membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober lalu, Najib terus keluar tanpa memerhati prosiding Parlimen terutamanya perbahasan yang berlangsung sehingga 27 November.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Najib memberikan jawapan untuk dijawab kepada menteri dan
timbalan menteri.

“Jika seorang menteri kabinet yang pakar dalam bidang tertentu boleh ‘ambil nota’ terhadap cadangan dan pindaan, mungkinkah pada masa akan datang mereka boleh bergilir-gilir membacakan teks perbahasan bajet, bukannya Najib lagi?

Justeru, tanya beliau masih layakkah Najib yang langsung tidak mempunyai niat untuk hadir ke Parlimen mendengar masalah berbangkit diberi peluang tiga tahun lagi.

“Undang-undang diluluskan di sidang Dewan Rakyat akan memberi kesan kepada semua, malangnya Najib pula sentiasa hilang,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Wanita DAP negeri. - HARAKAHDAILY 12/12/2014




Soalan MP PAS dituju kepada PM pada hari terakhir

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini banyak ditujukan kepada Perdana Menteri.

Daripada 10 soalan yang disenaraikan, lima daripadanya meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, sebagaimana di bawah.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesihatan menyatakan jaminan kemajuan pembangunan Hospital Dungun yang baharu dapat disiapkan sepenuhnya mengikut jadual.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk mempertahankan hak negara kita di Kepulauan Spratly khususnya akibat daripada pengambilalihan dan dakwaan pembinaan Pengkalan Maritim di pulau tersebut oleh sebuah negara asing.

Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Perdana Menteri menyatakan selaras dengan perlaksanaan indeks syariah yang akan digunakan menjelang tahun 2015, minta Kerajaan jelaskan sejauh mana kajian yang telah di buat (sekiranya ada) terhadap undang-undang jenayah sekarang berpandu kepada indeks syariah yang akan dilaksanakan nanti.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan apakah alasan kuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih hari Khamis 25 September 2014 sebagai tarikh pengundian Pilihan Raya Kecil N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan. Adakah SPR menyedari pemilihan tarikh berkenaan menyukarkan pengundi-pengundi yang bermastautin di luar Kelantan untuk balik mengundi. Apakah ada cadangan berkesan oleh SPR dalam usaha memudahkan pengundi-pengundi yang berada jauh daripada pusat-pusat pengundian.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pemaju hartanah tempatan khususnya di Johor mampu bersaing dengan pemaju hartanah daripada negara China yang hanya melabur di Wilayah Iskandar.

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan jumlah import dan eksport tenaga elektrik dari dan ke negara jiran melalui interconnection yang ada sepanjang tahun 2014.

Dr. Hajah Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kewangan menyatakan perancangan terperinci menyelamatkan MAS daripada kebankrapan.

Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah peruntukan pembangunan negeri Kelantan yang telah disalurkan oleh Kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) bagi tahun 2013 dan bagaimanakah pelaksanaannya.

Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) apakah pendirian sebenar Kerajaan terhadap Akta Hasutan, adakah akan dihapuskan seperti dijanjikan atau tidak; dan
(b) berapakah jumlah kes-kes pendakwaan di bawah Akta Hasutan selepas Perdana Menteri mengisytiharkan akan memansuhkan akta tersebut dan berapakah kos yang telah ditanggung oleh Kerajaan sehingga kini bagi kos kes-kes pendakwaan tersebut.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Kewangan menyatakan respon kerajaan terhadap kritikan Tun Dr. Mahathir berhubung 1MDB.

Dewan Rakyat yang memulakan persidangan pada 7 Oktober lalu berakhir pada hari ini, diikuti Dewan Negara yang dijadualkan bersidang pada 1 hingga 18 Disember depan. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014

UPSR bocor: PAS gesa siasat juga kenyataan Muhyiddin

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS menggesa pihak polis menyiasat dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ada unsur sabotaj terhadap dirinya dan Kementerian Pendidikan.

Gesaan itu dilontarkan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat semalam.

Menurut Mahfuz, satu siasatan menyeluruh pelu dilakukan termasuk memanggil Timbalan Perdana Menteri itu untuk memberi keterangan.

"Takkan lah cikgu-cikgu yang ditahan polis itu saja-saja sabotaj menteri pendidikan. Apa apa keperluan untuk mereka sabotaj, mereka pegawai biasa.

"Apakah mereka juga jadi alat kepada pemimpin politik yang lain untuk sabotaj jatuhkan menteri pendidikan? Sudah tentu ada dalang-dalang yang mendalangi usaha ini," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Terpulang kepada polis

Dalam pada itu Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Bin Jusoh dalam jawapannya berkata, kes kebocoran soalan itu sedang dalam siasatan.

Menurut beliau, hanya polis akan menentukan sama ada perlu atau tidak untuk memanggil Timbalan Perdana Menteri itu.

"Polis dalam siasatan, dan mereka akan tentukan perlu atau tak perlu memanggil beliau (Muhyiddin).

"Kalau ada (dipanggil) kita kata ada, kalau tak ada, kita kata tak ada," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2015 peringkat Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat malam tadi.

Muhyiddin dalam satu sidang media di Vientiane sebelum ini berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas peperiksaan UPSR itu sebagai tindakan sengaja untuk mensabotaj dirinya dan Kementerian Pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan membuat sebarang andaian berhubung siapa yang melakukannya tetapi meminta polis menyiasat sehingga ke akar umbi untuk membawa pelakunya ke muka pengadilan. - HARAKAHDAILY 26/11/2014

Sumber HD - 26-11-2014







ISIS: Malaysia jangan ikut telunjuk Amerika

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malaysia tidak mengikut telunjuk kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dalam memperkenalkan apa sahaja undang-undang baharu di negara ini.

Sebaliknya Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) berkata, kerajaan perlulah melihat kepada kepentingan dan kerangka negara kita sendiri sebelum satu-satu akta baharu diwujudkan.

"Kita mesti bertindak mengikut kepentingan negara kita sendiri bukan mengikut apa diarahkan oleh pihak lain seperti kuasa besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kertas Putih berhubung menangani ancaman kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Dewan Rakyat hari ini.

Kertas Putih yang dibentang Perdana Menteri itu antara lain mencadangkan agar satu undang-undang baharu berhubung ancaman kumpulan militan diwujudkan.

Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berkata, PAS sejak awal menyatakan penolakan terhadap pendekatan yang digunakan ISIS itu termasuk penegasan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar ketika Muktamar PAS di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

PAS juga katanya menolak campur tangan kuasa asing termasuk Amerika Syarikat dalam kemelut di kedua-dua negara itu.

"PAS berpendirian biarlah masa depan negara-negara tersebut ditentukan oleh rakyat mereka sendiri," kata Kamaruddin lagi.

Beliau memberi contoh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel yang mengumumkan meletak jawatan dua hari lalu kerana mempunyai pendirian berbeza dengan Presiden Barack Obama berhubung kemelut di kedua-dua negara ummat Islam itu.

"Kita sedar Amerika Syarikat ada presiden Obama yang dipanggil lame duck president.

"Janganlah kita ikut lame duck president ini kecualilah kita mempunyai lame duck prime minister, katanya.

Beliau dalam pada itu mahu kerajaan menyatakan pendirian sama ada menyokong perjuangan rakyat Syria yang ingin membebaskan negara mereka daripada kerajaan regim kejam Bashar al Assad, atau sebaliknya. - HARAKAHDAILY 26/11/2014

Sumber HD - 26-11-2014

Bajet IPTA dipotong, yuran universiti dijangka naik

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Semalam, sesi perbahasan Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa, berlaku pemotongan belanjawan untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Daripada 20 IPTA, 18 daripadanya mengalami pemotongan bajet.

Akibatnya, dijangkakan yuran universiti akan naik dan tentunya yang menjadi mangsa ialah para mahasiswa. Perkara ini pendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Dalam sesi perbahasan Kementerian Pendidikan semalam, saya telah membangkitkan potongan bajet yang terhadap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Jumlah keseluruhan potongan bajet 2015 adalah sebanyak RM1,046,630,000 atau bersamaan dengan -12.36% berbanding bajet 2014. Daripada 20 IPTA, 18 IPTA mengalami potongan bajet yang di antaranya UPM mengalami potongan setinggi 35.35%. Saya amat terkejut dan berasa kesal atas pemotongan yang mendadak ini. Sila rujuk carta.


Pada masa yang sama jumlah pelajar dalam IPTA telah bertambah sebanyak 39,999 pelajar atau bersamaan dengan 8.03%. Daripada 20 IPTA semua universiti mengalami peningkatan jumlah mahasiswa, kecuali UTM.

Ini bermaksud, IPTA mengalam dua masalah (double whammy), potongan bajet dan peningkatan mahasiswa. Dalam keadaan yang begini, kewangan universiti akan terjejas teruk. Kalau kita ambil contoh UPM pelajar naik 11.15% tetapi potong bajet 35.35%, ini bermaksud defisit UPM mungkin mencapai 46.5%. UMK pelajar naik 15.61%, bajet dipotong 35.08% akan mencapai defisit 50.7%.

Dalam keadaan demikian, pihak universiti hanya mempunyai dua pilihan: Naikkan yuran pelajar atau potong bajet R&D dan perkhidmatan pembelajaran. Atau kedua-duanya sekali. Kami menjangkakan pihak universiti akan melaksanakan kedua-duanya sekali.

Maka, kami menjangkakan yuran universiti akan dinaikan pada tahun depan. Ini akan melibatkan 538,077 mahasiswa dalam IPTA. Peratusan kenaikan yuran dijangkakan dalam lingkungan 18-20% untuk menampung defisit yang dialami oleh IPTA. Pihak universiti juga mungkin menaikan yuran bukan akademik seperti yuran asrama, yuran pendaftaran, fi perkhidmatan dan sebagainya. Dalam keadaan pinjaman PTPTN dipotong, kenaikan yuran universiti akan menjadi sangat tidak popular dalam kalangan mahasiswa.

Dalam keadaan potongan bajet yang begitu besar, pihak universiti juga dijangka akan memotong bajet perkhidmatan pembelajaran dan R&D. Perkhidmatan pembelajaran seperti peralatan makmal sains, journal sains dalam perpustakaan, lesen perisian komputer juga dijangka akan dikurangkan. Geran R&D juga dijangka akan dipotong. Ini akan mengakibatkan banyak projek R&D yang kritikal terjejas. Ini tidak bantu pembangunan negara. Dalam keadaan sedemikian, kedudukan universiti tempatan dalam senarai IPT dunia juga akan jatuh lagi.

Pemotongan bajet ini sejajar dengan kajian HEAP (Higher Education Complaint and Advisory Panel) oleh PKR. Kami mendapati penurunan pengambilan pelajar sebanyak 9.87% pada bulan Ogos oleh MOE. Mungkin pihak MOE telah merancang untuk mengurangkan pengambilan pelajar kerana menjangka pemotongan bajet IPTA 2015. Akibat tekanan pihak pelajar dan Pakatan Rakyat, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail telah mengumumkan penambahan pengambilan pelajar seramai 5,328 ke IPTA pada bulan September.

Kami mendesak pihak MOE mengembalikan bajet sebenar kepada IPTA. Bajet sebenar bermaksud sejajar dengan peningkatan 8.03% mahasiswa, bajet 2014 harus ditambah 8.03% atau lebih. Maka bajet IPTA untuk tahun 2015 seharusnya lebih daripada RM 9,146,244,142.

Pendidikan universiti adalah sektor yang kritikal untuk memacukan negara untuk mencapai negara maju. Kerajaan BN tidak sewajarnya memotong bajet IPTA semata-mata kerana gagal menangani masalah rasuah dan pembaziran dalam pengurusan bajet. Kalau boleh melabur dalam 1MDB, mengapa tidak boleh melabur dalam pendidikan rakyat Malaysia?

Dalam manifesto Pakatan Rakyat, kami mengetahui betapa pentingnya mahasiswa dalam pembangunan negara. Kami telah menjanjikan pendidikan percuma kepada semua mahasiswa Pengajian Tinggi. Pakatan Rakyat tahu betapa pentingnya melabur dalam pendidikan tinggi rakyat Malaysia. Dalam sesi perbahasan semalam, Menteri Pendidikan II YB Dato’ Idris Jusoh tidak menjawab soalan saya. Maka saya memohon menteri memberi maklum balas dan bersedia memberi jawapan kepada mahasiswa. – HARAKAHDAILY 26/11/2014

Sumber HD - 26-11-2014







Jumlah terkini penganggur dalam kalangan belia

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [PAS-Pasir Mas] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah terkini penganggur di kalangan para belia.

Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang turut disenaraikan sebagaimana di bawah.

Ustaz Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan oleh institusi kewangan untuk pemilikan rumah dari tahun 2010 hingga Jun 2014.

Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan sejauh manakah pihak Kerajaan telah melibatkan agensi-agensi atau institusi agama seperti JAKIM di dalam program-program Kementerian seperti Program Pembangunan Minda Insan.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah kes kebocoran soalan peperiksaan yang berlaku bagi mengikut tempoh perkhidmatan setiap Menteri Pelajaran. Nyatakan tindakan yang telah dikenakan bagi setiap mereka yang terlibat bermula daripada kategori pelajar, ibu bapa, guru, pengawas peperiksaan, kakitangan jabatan pelajaran, syarikat pencetak, kakitangan Kementerian dan Menteri Pelajaran.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-
(a) berapakah kos yang ditanggung oleh Kerajaan dari bermula tarikh kehilangan MH370 hingga September 2014; dan
(b) adakah sehingga kini Kerajaan atau MAS ada membayar apa- apa pampasan kepada keluarga mangsa-mangsa MH370 dan jika ada berapa jumlah pampasannya dan jika tidak ada, mengapa.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status pencarian MH370 dan kos operasi mencari dan menyelamat sehingga kini.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan senarai IPTA yang komited terhadap wakaf pendidikan dan langkah-langkah Kementerian dalam menjayakan wakaf pendidikan ini.

Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Pendidikan menyatakan taburan guru-guru bahasa Inggeris di sekolah- sekolah rendah dan menengah di negeri Kelantan, mengikut pecahan jabatan pelajaran daerah (PPD) bagi tahun 2013 dan 2014 bagi butiran berikut:-
(a) bilangan terhak, bilangan yang ada dan Peratusan kekosongan; dan
(b) apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kementerian berpuas hati dengan tindakan KTM memecat pekerja-pekerjanya yang merupakan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja syarikat itu. - HARAKAHDAILY 26/11/2014

Sumber HD - 26-11-2014

PAS harap Malaysia tidak jadi 'syurga' dagangan manusia

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa Kementerian Luar Negeri lebih agresif terhadap jenayah yang merentasi sempadan supaya Malaysia tidak menjadi 'syurga' dagangan manusia.

Katanya, kementerian perlu melihat isu itu yang melibatkan pelarian Rohingya khususnya di Thailand yang berada di sempadan negara ini.

"Pelarian Rohingya didagangkan atau diminta wang tebusan sehingga melepasi sempadan negara ini.

"Di Pulau Pinang pelarian ini mencecah 12,000 orang. Mereka berada di negara ini tanpa apa-apa jaminan mereka terdedah kepada penjenayah," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar di Dewan Rakyat, hari ini.

Namun beliau yakin kementerian boleh mengatasi jenayah sempadan iti kerana isu berkenaan bukan sekadar dalam negara tetapi ia adalah isu antarabangsa.

Mujahid turut mempersoalkan beberapa konvensyen PBB yang ditandatangni oleh Malaysia khususnya mengaitkan hak asasi manusia, wanita, kanak-kanak dan diskriminasi agama dan kaum.

"Saya kira kita ambil sikap terbuka, apa kriteria dan syarat penerimaan sesuatu perjanjian itu. Tidak semestinya kita terima secara total.

"Saya setuju isu ini agak sensitif. Sejauh mana kementerian mendapat kesesuaian daripada konvesnyen ini," katanya.

Ini penting katanya, ia sebahagian bentuk penyesuaian yang diterima oleh Malaysia daripada konvensyen PBB tanpa menggadai maruah negara ini. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Sumber HD - 25-11-2014







Status penggunaan senjata kimia di Syria, Israel

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: "Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Mohd Nasrudin Mohd Yusof, rakyat Malaysia pertama yang telah menerima anugerah Nobel Keamanan 2013 atas pencapaian perkhidmatannya dalam memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia," kata Nasrudin Hassan.

Ahli Parlimen Temerloh itu menyatakan demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau merujuk kepada Butiran 110100 - Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia.

"Berhubung dengan butiran ini, kita dimaklumkan bahawa penggunaan senjata kimia di Syria didakwa didalangi oleh regim pemerintahan yang kejam sehinggakan pihak PBB dan Pertubuhan Bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) menjalankan misi memusnahkan senjata kimia tersebut," ujarnya.

Menurutnya, pemusnahan senjata kimia memerlukan kepakaran teknikaliti yang cukup tinggi kerana tidak semua negara mahupun syarikat swasta berupaya untuk memusnahkan senjata kimia tersebut.
Justeru, berdasarkan kepada peruntukan Bajet 2015 di bawah butiran itu, beliau bertanya bolehkah mendapatkan penjelasan mengenai status penggunaan senjata kimia di seluruh dunia sama ada di Syria, Amerika Syarikat dan sekutunya Israel memandangkan perwakilan negara kita telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta pemeriksaan di peringkat antarabangsa.

Beliau juga ingin mendengar penjelasan daripada kerajaan sekiranya Malaysia terlibat dalam aktiviti eksport import bahan kimia dwifungsi yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010.

"Jika ada, siapakah rakan niaga tersebut, syarikat yang mengendalikan serta jumlah dagangannya," ujar beliau lagi. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Sumber HD - 25-11-2014

Bilakah Malaysia mahu wujudkan polis khas syariah?

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mempunyai unit khas polis syariah khasnya untuk orang Islam, demikian menurut Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Bercakap dalam soalan tambahannya, Takiyuddin berkata cadangan ini sangat bersesuaian dengan perlembagaan yang memperuntukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

"Kalau di negara kita ada unit polis seperti polis marin, FRU, PGA dan polis pelancongan. Kita juga boleh tubuh polis syariah," katanya.

Beliau juga meminta kerajaan mencontohi beberapa negara Islam seperti Arab Saudi yang mempunyai 3,500 unit khas polis syariah.

Manakala di Nigeria, lima daripada negerinya juga melaksanakan undang-undang syariah bahkan turut mempunyai unit polis khas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata cadangan itu satu permulaan yang baik untuk perubahan melalui pendakwaan yang lebih telus dan terbuka.

"Perkara ini di bawah KDN. Polis sudah ada kor agama macam tentera iaitu Baka, yang khusus kepada anggota polis sahaja.

"Sudah sampai masa kita lebarkannya melalui mahkamah syariah sehingga cadangan yang kukuh untuk perkasakan mahkamah syariah," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah pelaksanaan polis syariah akan dimulakan bagi memastikan proses sokongan pelaksanaan perundangan syariah negara ini dapat dipertingkatkan selari dengan hasrat rakyat dan komitmen Kerajaan Persekutuan. – HARAKAHDAILY 25/11/2014

Sumber HD - 25-11-201







Bagaimana berlaku adil kepada 85,000 lepasan siswazah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia diminta menyatakan bagaimana Kementerian ini boleh berlaku adil kepada 85,000 lepasan siswazah yang telah memohon pekerjaan melalui on-line pada 6 September 2014 berbanding dengan keperluan kepada jawatan kosong yang ada.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad [PAS-Pasir Puteh] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memindahkan Hospital Raja Perempuan Zainab II ke tempat yang lebih strategik di mana ia mengambil kira keluasan ruang dan juga keselesaan pelanggan.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah peruntukan yang dibelanja oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2005 hingga 2013 hasil daripada kutipan zakat untuk membangunkan sektor hartanah di sekitar Wilayah Persekutuan dalam usaha untuk membantu orang miskin yang tidak ada rumah.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan kerugian yang ditanggung terhadap tragedi MH370 dan MH17 dan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk memulihkan imej dan prestasi MAS masa depan.

Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah anggaran sebenar keperluan bekalan ikan setahun kepada negara.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada tahun lalu.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan jaminan kemudahan infrastruktur Majlis Perbandaran Dungun dari segi jalan raya, kesihatan, kebersihan, keselamatan, perparitan, perkhidmatan bomba, perumahan, keceriaan dan pemusatan jabatan kerajaan persekutuan.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pendidikan menyatakan punca kebocoran kertas soalan UPSR 2014 dan apakah langkah kawalan keselamatan serta kerahsiaan yang diambil sebelum ini untuk memastikan tiada kebocoran.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan apakah sebab pertukaran Setiausaha Dewan Negara dibuat secara tergesa-gesa dan menimbulkan kontroversi. Apakah usaha Kerajaan dalam memastikan setiap pertukaran dibuat secara lebih telus, bertanggungjawab dan dalam bentuk yang lebih menghargai jasa sumbangan pegawai-pegawai Kerajaan. - HARAKAHDAILY 25/11/2014

Sumber HD - 25-11-2014

Persatuan bertelagah, mutu sukan merudum

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Persatuan sukan hari ini diberi amaran daripada Ahli Parlimen BN supaya jangan terlibat dalam politik sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan belia dan sukan.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden apabila melihat mutu sukan negara yang semakin merosot dari tahun ke tahun.

Malah katanya, persatuan sukan sering bertelagah sesama mereka dan menjadi salah satu punca yang membuatkan mutu sukan semakin merudum.

"Kita gagal dalam sukan dan juga tentunya gagal dengan belia.

"Persatuan sukan jangan berlagak macam orang politik. Kalau persatuan sukan bertindak macam orang politik binasalah semuanya. Biarlah saya yang main politik, yang lain jangan," katanya ketika berbahas di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan.

Bung turut mendakwa kementerian perlu berubah dari segi dasar, mentaliti dan sikap bagi melonjakkan pembangunan belia dan sukan.

"Kalau menteri sahaja berubah tetapi dasar tidak berubah. Kecundanglah. Akta yang lapuk pun masih dipegang, tetapi duit dibagi.

"Kalau kita lawan dengan Korea atau Jepun yang kita jauh ketinggalan 30 tahun tidak apa lah, ini dengan Myanmar, Cambodia dan Filipina yang tidak cukup makan pun kita kalah, Apa lagi negara-negara maju," katanya.

Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah turut mempersoalkan jurulatih negara yang kononnya mengambil contoh daripada luar negara, tetapi masih gagal memperlihatkan kecemerlangan.

"Kalau kita lihat di luar negara, pasukan bola sepak diurus oleh jurulatih profesional, mereka boleh fokus kepada tugas. Tetapi di negara kita, walalupun banyak pelajaran diambil tetapi tidak jadi juga," celah beliau.

Oleh itu, Shamsul mencadangkan adalah lebih baik kementerian menumpukan kepada pembangunan belia berbanding pembangunan sukan yang tidak mendatangkan hasil.

Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani meminta kerajaan memantau bagaimana persatuan-persatuan sukan ditadbir supaya ia tidak terlibat dalam politik.

"Kerajaan sudah bagi macam-macam komitmen dan peruntukan. Kerjaan patut lihat bagaimanakah persatuan ini ditadbir.

"Jika pengurusan sukan banyak berpolitik, kita sukar untuk berjaya dalam sukan," celah beliau lagi. – HARAKAHDAILY 24/11/2014

Sumber HD - 24-11-2014







Status keputusan semakan penyelarasan gaji minimum

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia diminta menyatakan status keputusan semakan semula penyelarasan skim gaji minimum yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari 2013 namun ditangguhkan kerana dikatakan sebahagian besar majikan belum bersedia untuk melaksanakannya.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Nasrudin Hassan [PAS-Temerloh] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain sebagaimana di bawah.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan punca-punca kegagalan Malaysia mencapai sasaran pingat emas dalam Sukan Komanwel 2014 termasuk kemerosotan sukan-sukan utama negara seperti hoki dan badminton.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan jumlah perbelanjaan Hari Belia Negara 2014 (Festival Belia Putrajaya) yang diadakan pada Mei 2014 dan sejauh manakah keberkesanan kepada pembangunan belia Malaysia dan nyatakan juga perbelanjaan sambutan hari belia di peringkat daerah dan negeri seluruh Malaysia.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah rompakan yang berlaku di sekitar pengairan negara dari Januari 2014 hingga Ogos 2014.

Dr Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan:-

(a) sejauh manakah usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian dalam perancangan membina insinerator bagi tujuan pelupusan sampah domestik; dan

(b) perancangan untuk menguatkuasakan Program Kitar semula, Pengurangan Sampah dan Guna Semula (3R) bagi setiap rumah. - HARAKAHDAILY 24/11/2014

Sumber HD - 24-11-2014







Jika harga minyak mentah global meningkat, bagaimana?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, kerajaan perlu merangka langkah yang akan diambil bagi meringankan beban rakyat sekiranya harga minyak mentah global kembali meningkat.

Menurutnya, harga minyak mentah global sememangnya sudah turun lebih murah daripada harga RON95 iaitu RM2.30 seliter dan diesel (RM2.20), lapor Roketkini.
“Seperti yang disebut berulang kali, sejak 31 Oktober lalu rakyat telah pun seperti membayar ‘cukai minyak’. Maka kami mengalu-alukan, walaupun tetap berhati-hati, kemungkinannya turunnya harga minyak dan diesel.

“Kami menggesa kerajaan mendedahkan kaedah dan formula sistem ‘pengapungan terkawal’ – atau dipanggil ‘apungan kotor’ oleh pemain industri – yang akan digunakan untuk menjaga ketelusan,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan sebagi mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek bahawa kerajaan akan memansuhkan subsidi bagi petrol RON95 dan diesel bermula 1 Desember ini.

Beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP menggesa kerajaan memandang lebih jauh ke hadapan, dengan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam yang cekap dan murah agar rakyat Malaysia tidak lagi bergantung kepada petroleum.

“Melihat kembali, kritikan Pakatan apabila kerajaan menaikkan harga minyak di saat harga minyak mentah global menurun Oktober lalu ternyata tepat. Kini kerajaan terpaksa ‘u-turn’ selepas kesannya mula terasa,” katanya lagi.

Beliau juga sekali lagi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar membentangkan semakan semula Belanjawan 2015 kerana nilai subsidi dan perolehan hasil minyak jauh berubah daripada anggaran asal.

The Edge Weekly sebelum ini melaporkan, bagi setiap USD1 penurunan harga setong minyak mentah, kerajaan bakal kehilangan pendapatan kira-kira RM650 juta.

Sumber HD - 22-11-2014

Najib korban kebajikan rakyat hapus subsidi RON95

RAFIZI RAMLI | .


SAYA mengecam sekeras-kerasnya tindakan Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau yang mengorbankan kebajikan dan kepentingan rakyat apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dihapuskan sepenuhnya bermula 1 Disember 2014, seperti yang diumumkan sebentar tadi.

Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara.

Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya.

Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya.

Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat.

Dalam keadaan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak telah terbukti tidak berniat untuk menghapuskan rasuah malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain, penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan bermula dengan demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014.

Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan.

Sementara menunggu tekanan dari rakyat mengembalikan sistem subsidi petrol dan diesel, saya juga mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak berlaku adil dengan rakyat dengan serta-merta mengumumkan perkara-perkara berikut:

1. Membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal (managed floating pricing system) sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling. Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang. Melalui cara ini iaitu melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan Barisan Nasional seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan;

2. Mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain. Selama ini Barisan Nasional memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai. Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran.

Kegagalan atau keengganan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kedua-dua perkara di atas bermakna beliau mengundang kemarahan rakyat.

Jika cukai-cukai kereta tidak dihapuskan, pentadbiran beliau dijangka mengutip RM17.3 bilion dari rakyat bagi segala jenis cukai kenderaan tahun depan tanpa sedikit pun dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi.

Apa pun alasan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ini, saya menyeru semua rakyat, NGO dan aktivis untuk turun beramai-ramai pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak dan dikembalikan sistem subsidi. - HARAKAHDAILY 21/11/2014

Sumber HD - 21-11-2014







Caj arak: MP syukur pemimpin, masyarakat buka mata

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary berkata, beliau bersyukur isu yang dibangkitkannya ketika perbahasan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat minggu lalu, membawa kepada maklumat baharu bahawa harga setiap setiap tiket meliputi caj hidangan termasuk arak.

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pendedahan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi ketika menjawab celahan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) itu telah membuka mata semua pihak termasuk pemimpin negara.

"Alhamdulillah, cetusan itu telah membuka mata semua pihak. Kita harap kerajaan lebih peka terhadap sensitiviti umat Islam.

"Kerajaan perlu serius dan segera bertindak, bukan hanya sekadar cakap sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu caj arak yang dikenakan dalam tiket penerbangan MAS perlu dihentikan kerana minuman keras tidak sepatutnya dihidangkan dalam pesawat.

“Saya minta supaya caj tidak dikenakan kepada sesiapa kerana minuman arak ini tidak sepatutnya dihidangkan. Hentikan (caj arak dalam tiket),” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, ketika menggulung perbahasan minggu lalu, Abdul Aziz berkata semua persoalan berkait isu hidangan arak dan etika pakaian pramugari MAS akan dibawa kepada kabinet untuk diputuskan.

Beliau juga membayangkan semua pertikaian itu akan selesai selepas penstrukturan semula organisasi pentadbiran MAS.

Mengulas lanjut, Marzuk berkata, pihaknya berharap ada keputusan positif oleh kabinet berhubung perkara itu kerana ia membabitkan soal hukum dan larangan agama.

"Kita harap kabinet tidak membuat keputusan yang bertentangan dengan hukum agama dan mengecewakan umat Islam," tegasnya. - HARAKAHDAILY 21/11/2014

Sumber HD - 21-11-2014







Tangkis persepsi negatif EU terhadap minyak sawit kita

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempergiatkan kempen khususnya di negara Eropah dan Perancis bagi menangkis persepsi negatif terhadap minyak sawit negara ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, kempen itu termasuklah menghantar saintis ke negara Eropah bagi membuktikan minyak sawit keluaran negara ini selamat dari segi kesihatan.

"Sebab masyarakat di sana hanya terima bukti-bukti bahawa minyak sawit kita selamat melalui kajian yang dijalankan oleh saintis.

"Maka soal untuk memasarkan minyak sawit tidak akan timbul masalah," katanya dalam soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab perkara itu, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon mengakui kempen anti sawit oleh badan-badan bukan kerajaan di Kesatuan Eropah (EU) amat membimbangkan.

Katanya, beberapa langkah telah dibuat khususnya menangkis tohmahan dan fitnah bahawa minyak sawit negara tidak memberi manfaat kepada tubuh badan.

"Kita konsisten menjalankan misi penerangan kepada negara terbabit sepanjang masa sama ada dalam misi MPOB sendiri atau kementerian," katanya. - HARAKAHDAILY 20/11/2014

Sumber HD - 20-11-2014

1MDB: Jawaban Najib hanya 'copy and paste'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah mengajukan 4 soalan rasmi bagi sidang Dewan Rakyat kali ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pelaburan 1MDB dari Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hari ini, beliau mendapat jawaban daripada Najib bagi soalan no. 38 yang saya ajukan.

Malangnya, kata beliau Najib tidak memberi sebarang jawapan malah menyalin bulat-bulat (copy and paste) perenggan yang sama dalam soalan-soalan lain berhubung 1MDB setakat ini.

Jawapan Najib mengenai perkara itu adalah seperti di bawah yang diulang dalam soalan-soalan lain: “1MDB memastikan fi dan perbelanjaan adalah dinyatakan dengan betul di dalam penyata kewangan yang telah diaudit. Apa-apa maklumat lain yang telah dinyatakan di dalam penyata kewangan adalah milik persendirian (proprietry) syarikat”.

Menurut Rafizi, keengganan Najib memberi maklumat mengenai pelaburan 1MDB adalah satu penghinaan kepada Dewan Rakyat.

Namun, perkara yang lebih membimbangkan beliau ialah keengganan itu memberi gambaran ada sesuatu yang perlu disembunyikan.

Katanya, oleh kerana skandal 1MDB membawa risiko besar kepada kedudukan kewangan negara dan Najib menyembunyikan maklumat dari rakyat, beliau percaya masanya telah tiba supaya institusi-institusi utama negara mengambil tindakan untuk campur tangan dalam menentukan di mana dan ke mana dana rakyat yang diambil 1MDB ini.

"Maka, pada hari ini saya akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk memulakan siasatan ke atas 1MDB bagi menentukan apakah risiko yang dibawa oleh 1MDB kepada tanggungan hutang Kerajaan Persekutuan setakat ini, mengambil kira prestasi kewangan 1MDB setakat ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga akan menulis secara rasmi pada hari ini kepada Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz supaya memulakan siasatan terhadap aliran dana dan pemindahan dana keluar masuk negara yang melibatkan 1MDB mengikut peruntukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act).

Tambahnya, mengikut peraturan anti-penggubahan wang haram (anti money laundering) yang diterima pakai secara bersama di seluruh negara, sebarang aliran dan pemindahan wang keluar masuk sesebuah negara perlu diisytiharkan dengan maklumat terperinci mengenai latar belakang pemindahan itu seperti dari mana wang itu datang, siapa yang menguruskan wang itu, syarikat mana terbabit, untuk apa wang itu digunakan dan lain-lain.

Beliau yakin Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan membuat tindakan yang betul dengan menyiasat dan mengumumkan butiran dana 1MDB yang sebelum ini sering kali dipindahkan ke seluruh dunia.

"Jika saya tidak mendapat sebarang maklumat dari Bank Negara Malaysia, saya akan membuat permohonan rasmi kepada badan-badan serupa di Hong Kong, Singapura dan Switzerland agar siasatan rasmi di bawah peraturan anti-penggubahan wang haram (anti money laundering) juga dimulakan di negara-negara ini terhadap 1MDB," ujarnya lagi.

Rafizi akan mengedarkan surat-surat yang dihantar kepada Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara Malaysia menjelang akhir hari ini. - HARAKAHDAILY 20/11/2014

Sumber HD - 20-11-2014

Kenapa kapal TLDM tidak disentuh dalam laporan audit

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: ‎Kerajaan diminta memberi penjelasan terhadap dua buah kapal latihanTentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sehingga sekarang belum diserahkan kepada TLDM.

‎Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, projek kapal latihan TLDM Gagah Samudera dan Sijangkang Teguh Samudera yang dirasmikan oleh Datin Seri Rosmah Mansur dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali itu turut tidak disentuh dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Kapal latihan itu sepanjang 75.9 meter yang telah direka bentuk dengan kerjasama NGV Tech dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering dari Korea Selatan.

‎"Ini adalah kapal latihan pertama TLDM yng bersaiz friget dan mampu memberi latihan lanjut yang efektif, sepatutnya Gagah Samudera kepada TLDM pada Mei 2013 lalu di Lumut tetapi itu tidak berlaku," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat‎

Menurut beliau, kontrak asal bernilai RM296 juta untuk kedua-dua buah kapal itu belum diserahkan kepada TLDM kerana NGV Tech telah mengalami masalah kewangan menyebabkan ia tidak mampu menyiapkan kapal tersebut.‎

"Difahamkan juga pembiaya utama iaitu Maybank sedang dalam proses memungut kembali pinjaman dan menyebabkan kapal tersebut ditahan.‎

"Menurut sumber mengatakan kerajaan dan TLDM sedang dalam proses mengeluarkan tender baru untuk syarikat lain bagi menyiapkan kapal tersebut.

"Persoalan sekarang ada apa terjadi kepada NGV Tech dan apa status kapal latihan itu, kenapa ia tidak disentuh langsung dalam Laporan Ketua Audit Negara," sambung beliau. – HARAKAHDAILY 20/11/2014

Sumber HD - 20-11-2014

Apa status pengambilalihan perkhidmatan AES

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar [PAS-Pokok Sena] minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(a) apakah status pengambilalihan perkhidmatan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada 2 syarikat penyedia perkhidmatan melalui AES Solution Sdn. Bhd.; dan

(b) apakah terma-terma serta kos pengambilalihan AES oleh Solution Sdn. Bhd. dari dua syarikat penyedia perkhidmatan sedia ada.

Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan sebagaimana di bawah.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan di dalam projek perlombongan dan pembinaan kilang pemprosesan silika kualiti tinggi di kawasan Bari, Setiu, apakah cadangan langkah-langkah pemulihan semula tapak tersebut memandangkan Setiu Wetlands adalah di antara aset produk pelancongan utama Terengganu dan juga Malaysia.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk meningkatkan lagi peranan OIC yang dilihat lemah, tidak berperanan dan tidak berkesan sekarang.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) daripada Ipoh ke Taiping hendak beroperasi, adakah projek tersebut telah menepati tarikh yang dirancang.

Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Pengangkutan menyatakan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu adalah antara lapangan terbang paling sibuk di Malaysia, walaupun hanya boleh menampung pendaratan kapal terbang yang kecil disebabkan kependekan landasannya. Apakah halangan sebenar pihak MAB dan Kerajaan untuk membina dan memanjangkan landasan lapangan terbang ini walaupun kelulusan tanah telah dibuat sekian lama. – HARAKAHDAILY 20/11/2014

Sumber HD - 20-11-2014







K'jaan perlu kaji mekanisma tingkat pendapatan rakyat

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar meminta kerajaan memberi penekanan kepada mekanisma bagaimana untuk memastikan purata pendapatan isi rumah rakyat negara ini meningkat.

Ini kerana katanya, kajian daripada Institut Kajian Khazanah telah memberi maklumat yang membimbangkan misalnya lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan dan daripada peratus itu lebih 70% adalah orang Melayu.

"Ada statistik lain, misalnya ASB walupun program bumiputera tetapi lebih 55% bumiputera tidak punyai akaun ASB," katanya ketika membangkitkan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, kajian Khazanah juga memberi laporan berkenaan perbandingan harga rumah di Malaysia berbanding Singapura atau Amerika Syarikat adalah tinggi berbanding pendapatan rakyat.

"Yang sedihnya, rakyat miskin akhirnya yang membeli peralatan rumah seperti peti ais, televisyen, akhirnya kos lebih tinggi daripada orang kaya kerana berhutang melalui ansuran mudah.

"Akhirnya kos orang miskin di Malaysia amat tinggi,"katanya.

Justeru katanya, persamaan pendapatan rakyat seluruhnya tanpa mengambil kira kaum dan agama dapat diperbetulkan semula.

Dalam soalan asal Kamarudin meminta Perdana Menteri menyatakan perincian bagi pengumuman purata pendapatan isi rumah RM5900 sebulan dengan perincian mengikut julat pendapatan bulanan menurut kaum dan negeri. - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014

MP gesa bajet lebih besar untuk industri sawit

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Malaysian Palm Oil Board (MPOB) yang bertanggungjawab dalam usaha-usaha untuk promosi industri minyak sawit wajar diberi peruntukan yang besar.


Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Hussin berkata, kerajaan sepatutnya memberi peruntukan yang munasabah kepada MPOB bagi mempergiatkan promosi sawit sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat.

"Jumlah yang munasabah untuk kerajaan ambil inisiatif promosi sawit di peringkat antarabangsa,"katanya dalam sidang media.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK Sawit) menyeru kepada menteri terbabit supaya meningkatkan bajet kepada RM200 juta setahun iaitu jumlah yang munasabah bagi membangunkan dan melindungi masa depan industri yang begitu penting kepada Malaysia.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata, bajet kecil RM24.5 juta untuk membantu industri ini adalah tidak adil kepada syarikat-syarikat kelapa sawit.

"Syarikat-syarikat minyak sawit adalah tetakluk kepada dua jenis cukai iaitu cukai korporat 25% dan cukai durian runtuh 15% dan jumlah hasil cukai yang dibayar oleh syarikat tersebut dianggarkan RM10 bilion ke RM15 bilion setahun,"katanya.

Justeru katanya, minyak sawit merupakan industri eksport bernilai RM800 bilion setahun, perbelanjaan RM24.5 juta untuk pertahankan industri ini sangat memalukan kerana ianya mewakili 0.03% daripada jumlah eksport minyak kelapa sawit. - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014

Pandikar tegur Menteri, hanya jawab yang ditanya

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini sekali lagi menegur sikap menteri dan ahli parlimen yang dilihat banyak membazir masa dengan memulakan jawapan atau soalan dengan mukadimah yang tidak perlu.

Pada sesi soal jawab lisan pagi ini, beliau menegur cara menjawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim yang mengikutnya masih boleh diringkaskan dengan hanya menjawab apa yang ditanya sahaja.

"Menteri tak perlu baca A sampai Z jawapan yang disediakan oleh pegawai. Cukup jadikan dia sebagai panduan untuk jawab soalan tambahan. Just straight to the point.

"Saya pernah jadi menteri zaman Tun Mahathir. Saya tak baca semua, jawapan saya reka sendiri.

"Jawapan yang disediakan kita guna untuk soalan tambahan," katanya yang mempengerusikan sesi soal jawab hari ini.

Dalam pada itu beliau juga menegur ahli-ahli parlimen yang bertanya soalan, agar mengemukannya secara tepat dan ringkas.

Beliau turut menegur Ahli Parlimen Putatan Datuk Makin@Marcus Majigoh yang mengemukakan mukadimah meleret-leret di dalam soalan tambahan bagi soalan nombor dua pagi ini.

"Untuk soalan tambahan, soalan sudah ada di dalam kepala YB. Tidak perlu mukadimah yang panjang sangat. Tolonglah,"rayu Pandika.

"Kalau kita ada niat, kita boleh buat. Kita sudah tahu apa yang mahu di tanya.

"Soalan yang akan ditanya hari ini, kelmarin lagi sudah saya hadam," katanya.

Beliau juga menegur Ahli Parlimen Baling Datu Abdul Azeez Abdul Rahim yang bangun memberi pandangan ketika ruang soalan tambahan.

"Baling, ini sesi soal jawab, bukan sesi beri pandangan bidas Pandikar apabila ramai ahli parlimen bangun tidak puas hati termasuk Hanipa Maidin (PAS-Sepang), G. Manivannan (DAP-Kapar).

Beliau juga menegur sikap ahli parlimen dan menteri yang menggunakan bahasa sinis ketika bertanya dan menjawab soalan sehingga mewujudkan ketegangan dalam dewan.

"Jangan ada kesinisan, kerana itu berniat jahat. Jadi tolong, untuk kelancaran mesyuarat," tegasnya.

Pandikar pernah berhasrat agar banyak soalan akan dijawab dalam satu-satu masa yang ditetapkan seperti negara New Zeland yang berjaya menjawab sehingga 30 soalan. - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014







Berapa nilai import Malaysia terhadap produk Israel

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri diminta menyatakan berapakah nilai import Malaysia terhadap produk keluaran dari Israel dan apakah senarai jenis barangan paling utama yang diimport dari Israel.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Siti Zailah Mohd Yusoff [PAS-Rantau Panjang] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan perincian lagi pengumuman purata pendapatan isi rumah RM5900 sebulan dengan perincian mengikut julat pendapatan bulanan menurut kaum dan negeri.

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Pendidikan menyatakan kemajuan perancangan memindahkan Sekolah Kebangsaan Tok Bali, Pasir Puteh ke tapak baru. Bolehkah pembinaan dipercepatkan.

Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan langkah yang akan diambil oleh International Tripartite Rubber Council (ITRC) untuk memperkukuh harga getah di pasaran dunia.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan langkah untuk memperbaiki profesionalisme pengadil dalam mengendalikan perlawanan bola sepak terutamanya di dalam liga profesional negara.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan menyatakan bagaimana kepentingan pendeposit atau ahli Bank Rakyat dapat dilindungi apabila Menteri menggunakan kuasa di bawah Seksyen 16 Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Peruntukan Khas) 1978 untuk mengarahkan Bank Rakyat supaya membenarkan Syarikat Carpet Tile Sdn. Bhd. menjelaskan hutang tertunggak sebanyak 32 juta melalui bayaran bulanan selama 10 tahun tanpa dikenkan sebarang denda lewat (ta'widh).

Dr Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan kebocoran soalan-soalan peperiksaan tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan pelan mencari bakat sukan di luar bandar dalam pelbagai bidang sukan.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan kes yang dibawa ke Mahkamah mengikut Akta Hasutan 1948 dalam tempoh 10 tahun yang lalu. - HARAKAHDAILY 19/11/2014

Sumber HD - 19-11-2014

Rompak: PAS gesa tingkat keselamatan perairan negara

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mempertingkatkan keselamatan perairan negara bagi mengelak berulangnya insiden rompakan dan serangan lanun.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan ketika‎ membahaskan Bajet 2015 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan berkata, isu itu amat penting diberikan perhatian kerana ia melibatkan kapal-kapal komersial yang boleh membabitkan kerugian jutaan ringgit.

"Kita tuntut kerajaan beri penjelasan tahap keselamatan di seluruh kawasan perairan negara ini.‎

"Terdapat beberapa rompakan telah berlaku antaranya kapal Jepun yang membawa diesel, kapal dagang MT AI Maru juga dirompak di kawasan Timur Laut Sedili dan terbaru kapal kargo minyak MT Oriental Daily di pengairan Laut China Selatan.

‎"Ini menjadi tanda tanya bagaimana tahap kawalan keselamatan sehinggakan boleh berlaku rompakan sedemikian," katanya.

‎Tambah beliau lagi, isu keselamatan perairan negara khususnya di kawasan Selat Melaka sering menjadi tumpuan sama ada di peringkat rantau Asia mahupun dunia.

"Walhal, Malaysia terlibat dalam kerjasama maritim tiga hala melalui mekanisma Tripartite Technical Expert Group on the Safety Navigation (TTEG) dan mekanisma kerjasama yang melibatkan keanggotaan yang besar iaitu di kalangan negara-negara pesisir pantai termasuk negara-negara pengguna dan industri perkapalan antarabangsa.

"Dalam situasi ini agensi-agensi penguatkuasaan maritim negara ini harus‎ menunjukkan sejauh mana kapasiti mereka bagi membanteras kegiatan lanun yang merbahaya di kawasan pengairan negara bagi menyakinkan negara-negara luar menggunakan pengairan kita," ujar beliau.

Beliau juga meminta kerajaan memberi penjelasan sewajarnya berhubung tahap keselamatan perairan negara dalam membendung ancaman serta menjaga kedaulatan negara. – HARAKAHDAILY 18/11/2014

Sumber HD - 18-11-2014







Bukan akui kesilapan tetapi hutang 1MDB - Mahfuz

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Datuk Mahfuz Omar meragui penjelasan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung hutang 1MDB di Dewan Rakyat hari ini.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempertikaikan penjelasan Ahmad yang mengakui tidak ada niat untuk mengelirukan dewan.

"Pada hari tersebut dia mengelirukan dewan. Seperti bunuh tanpa niat. Ini mengelirukan tanpa niat," bidas Mahfuz ketika mencelah.

Tegas Mahfuz, persoalan yang sebenarnya bukan mengakui kesilapan tetapi hutang 1MDB yang tidak ada jaminan daripada kerajaan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut mencelah sangsi dengan niat sebenar timbalan menteri berkenaan kerana beliau tidak menyebut apa yang sepatutnya disebut.

"Saya alu-alukan keputusan Speaker yang berbaik sangka kepada timbalan menteri.

"Dia telah tertinggal perkataan pokok sebanyak 2 kali. Maka saya merasakan walaupun keputusan dah dibuat bagi saya sangsi dengan niat menteri," katanya.

Ahmad Maslan mengakui kesilapannya dan tidak berniat untuk mengelirukan dewan berhubung penjelasan hutang 1MDB.

Beliau menjelaskan perkara tersebut setelah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Khas Parlimen kerana didakwa berbohong di dalam dewan.

Sementara itu, Ahmad Maslan mengakui tertinggal enam perkataan ketika membuat penggulungan Bajet 2015 berhubung pelaburan 1MDB pada 6 November lalu.

Beliau hari ini telah memperbetulkan pemahaman kenyataannya yang sepatutnya berbunyi "...tidak ada surat jaminan lain apa semua"..."satu lagi yang disebut mengenai letter of support yang memberi jaminan lain itu sebanarnya tidak ada".

Pada 6 November lalu beliau dilaporkan berkata "...tidak ada surat apa semua"..."satu lagi yang disebut mengenai letter of support itu sebenarnya tidak ada".

Enam perkataan tersebut adalah "jaminan lain" dan "yang memberi jaminan lain".

Sebelum itu, Rafizi yang membacakan usulnya meminta Ahmad Maslan menjelaskan sama ada hutang 1MDB bernilai RM5.8 billion yang dijamin kerajaan mempunyi surat sokongan atau tidak.

"Saya menerima kekhilafan atas tertinggalnya enam perkataan tersebut menyebabkan salah faham. Saya tidak ada sebarang niat untuk mengelirukan dewan.

"Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah itu daripada hamba-Nya. Maaf dan terima kasih," jelas Ahmad.

Bagaimanapun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin menjelaskan kenyataan di dalam 'handsard' boleh diperbetulkan dengan menambah ayat atas budi bicara Speaker mengikut Paraturan Mesyuarat 10(4).

"Tak payahlah dibahas atau diruuk mana-mana sebab dia tidak ada niat untuk kelirukan dewan," katanya. - HARAKAHDAILY 18/11/2014

Sumber HD - 18-11-2014







TPPA: Tidak ada perkara baik 100%, kata menteri

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tidak ada sesuatu perkara yang dibuat yang akan memberikan 100 peratus kebaikan termasuk dalam soal Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Kerajaan ujarnya, tidak menolak bahawa TPPA juga ada keburukannya dan bersedia mendengar semua pandangan untuk mendapatkan input yang terbaik.

"Tidak ada satu pun yang kita buat memberikan 100% kebaikan. Jadi dalam (TPPA) ini pun ada buruk ada baiknya.

"Ada berpendapat kahwin itu amat baik, dituntut oleh syariat semualah tetapi kalau kahwin itu kalau dahulu balik pukul tiga, empat pagi sekarang tidak bolehlah.

"Jadi, ini maknanya kahwin pun ada buruk, ada baiknya tapi hukum-hukum kita kena kahwinlah," katanya. .

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Mahfuz terdahulu bertanyakan apakah pendirian kerajaan terhadap kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin terhadap TTPA.

"Adakah kerajaan menganggap bahawa mereka ini tidak mempunyai maklumat ataupun mereka ini sudah terkebelakang, tidak boleh hendak mengikut arus perdana yang sedang dibawa oleh kerajaan?" soal Mahfuz.

Mustafa bagaimanapun berkata pihaknya menghargai semua pandangan termasuklah dari Mahathir dan juga Daim.

"Sebenarnya pandangan-pandangan ini juga memberi input yang berguna kepada perundingperunding kita termasuk saya sendiri dalam kita berunding dengan 11 buah negara lagi," katanya merujuk kepada isu secrecy, transparency dan sovereignty. - HARAKAHDAILY 18/11/2014

Sumber HD - 18-11-2014

RCI: Sedih, tetapi inilah hakikatnya, kata Kit Siang

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pengumuman kabinet berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pendatang haram Sabah nampaknya hanya memanjangkan lagi episod pengkhianatan terhadap rakyat negeri itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata demikian sebagai mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akhirnya mengumumkan akan membentangkan laporan itu, selepas ‘memeramnya’ selama enam bulan.

Selain itu, kabinet akan mewujudkan jawatankuasa khas diketuai Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan untuk mengkaji laporan dan mengusulkan cadangan berhubung masalah itu.

Menurut Kit Siang, penubuhan jawatankuasa dan pelantikan Pairin selaku ketuanya menjadi bukti kurangnya iltizam politik untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama.

“Sedih, tetapi inilah hakikatnya. Belum terlihat pengakhiran 40 tahun pengkhianatan kepada rakyat Sabah,” katanya dipetik Roketkini.

Buktinya kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu, apabila Pusat tidak segera membentangkan laporan ketika ia siap 14 Mei lalu, serta menyatakan komitmen untuk menerima cadangan.

Tambahnya, itu bukti paling kuat menunjukkan BN di peringkat persekutuan atau negeri tidak pernah memiliki iltizam politik untuk menyelesaikan masalah yang selama ini menjadikan rakyat Sabah seperti orang asing di bumi sendiri.

Kit Siang merujuk ucapan Pairin pada Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-29 kelmarin, yang mengakui iltizam politik yang kuat diperlukan, selain pelaksanaan cekap dan penguatkuasaan tegas bagi menghadapi masalah itu.

“Tiada langsung iltizam politik untuk menyelesaikannya. Jika ada, ia tidak akan mengambil masa tujuh bulan untuk membentangkan laporan.

“Adakah Pairin berani menyatakan bilakah masalah pendatang tanpa izin di Sabah ini akan diselesaikan? Pada 2015, 2016, sebelum atau selepas Pilihan raya Umum ke-14, malah pada tahun 2020?

“Ataupun penyakit bertangguh ini akan berterusan – di mana jawatankuasa khas akan mengambil masa berbulan atau bertahun sebelum menghantar cadangan, yang akan mengambil masa bertahun lagi sebelum dibentangkan?” katanya lagi.

Sumber HD - 18-11-2014







Produk disahkan halal sahaja untuk umat Islam

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah usaha Kerajaaan untuk memastikan produk yang disahkan halal sahaja berada di pasaran untuk dipasarkan kepada umat Islam dalam negara kita dan apakah cabaran utama setakat ini.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain seperti di bawah.

Dr Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan:-
(a) langkah yang diambil untuk menyekat keruntuhan harga getah yang menjejaskan kehidupan pekebun kecil getah; dan
(b) usaha khusus membantu pekebun kecil secara berterusan bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa]minta Perdana Menterimenyatakan Bajet Tahunan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan bermula Mei 2013 sehingga Mei 2014 iaitu dari segi emolumen dan juga pembangunan infrastruktur.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus]minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan pendirian Kerajaan terhadap penggunaan pukat tunda.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun]minta Menteri Sumber Manusiamenyatakan keberkesanan penguatkuasaan terhadap pelaksanaan gaji minima kepada pekerja-pekerja swasta dan apakah tindakan terhadap majikan yang tidak mematuhi arahan tersebut.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang]minta Menteri Pendidikanmenyatakan berapa jumlah sekolah menengah baru yang akan didirikan di Parlimen Sepang dan di manakah sekolah-sekolah itu akan dibina dan bila kerja-kerja pembinaan akan dimulakan.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas]minta Menteri Belia Dan Sukanmenyatakan perancangan untuk membendung keganasan penyokong bola sepak yang dilihat terus menerus berleluasa. - HARAKAHDAILY 18/11/2014

Sumber HD - 18-11-2014

PAS cadang Alor Setar masuk Warisan Dunia Unesco

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyenaraikan Alor Setar sebagai Bandaraya Warisan Dunia Unesco.

Katanya, pengiktirafan itu juga sebagai hadiah kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Kerana baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong dua kali. Dan pengiktirafan ini sebagai hadiah kepada baginda," kata Mahfuz ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bahkan kata Pesuruhjaya PAS Kedah itu, Badaraya Alor Setar merupakan bandar yang tertua di Malaysia dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Antaranya kata beliau, mempunyai masjid tertua, Balai Besar, Balai Nobat, jam besar antara jam yang lama di negeri itu.

Bukan itu sahaja katanya, Terusan Wan Mat Saman juga antara warisan sejarah yang ada hingga ke hari ini. – HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014







Rafizi serah dokumen, rujuk Ahmad Maslan ke JK Hak

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah menyerahkan dokumen-dokumen sokongan seperti yang diminta oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung usul yang beliau failkan untuk merujuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Rakyat kerana memberi kenyataan yang salah berhubung tanggungan kewangan Kerajaan Persekutuan terhadap hutang-hutang 1MDB.

Katanya, dokumen itu disertakan bersama untuk makluman pihak media.

"Saya tidak dapat hadir di Dewan Rakyat pada hari ini kerana masih lagi uzur akibat viral fever sejak beberapa hari yang lalu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Pun begitu, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan dan kejujuran yang dipertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk memutuskan perkara itu dengan seadilnya.

Beliau sedia maklum kenyataan media Ahmad Maslan yang berpendapat perkara itu sepatutnya tidak dipanjangkan.

Namun, katanya soal hutang 1MDB adalah soal negara dan rakyat yang terbesar yang perlu terus diberikan perhatian, bukannya ditutup dengan mudah.

Walau apapun keputusan yang dipertua mengenai usul itu, Rafizi dan rakan ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain akan terus memberi perhatian membongkarkan masalah hutang 1MDB. - HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014

Parlimen catat sejarah, sesi jawab lisan sehingga soalan 23

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini mencatat sejarah apabila pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan berakhir sehingga soalan nombor 23.

Ini kerana, sebanyak 10 soalan tidak dapat dijawab disebabkan Ahli Parlimen, Menteri dan timbalan menteri yang tidak hadir ke dewan sewaktu sesi tersebut.

Sebaik tiba soalan ke-13, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohd Said memanggil satu persatu Ahli Parlimen bagi mengajukan soalan hingga ke soalan 22, bagaimanapun mereka tiada dalam dewan.

Manakala dua soalan daripada Ahli Parlimen Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) dan Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) tidak dapat dijawab kerana Menteri Pengangkutan dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta timbalan mereka tidak ada di dalam dewan untuk menjawab soalan.

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandika Amin Mulia meminta dewan agar mencontohi negara New Zealand yang berjaya menghabiskan 30 soalan.

"Insyallah, sampai ke soalan ke-30 seperti New Zealand,"katanya sebaik mempengerusikan sidang Mesyuarat di peringkat Jawatankuasa.

Masa yang diperuntukan untuk sesi soal jawab selama satu jam setengah ianya bermula jam 10 hingga 11.30 pagi.

Bagaimanapun, tempoh masa itu kebiasaanya hanya 7 hingga 9 pertanyaan lisan daripada setiap Ahli Parlimen dan dijawab oleh menteri. - HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014

Setiap harga tiket MAS termasuk bayar arak

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat minggu lalu dikejutkan dengan pemakluman bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam peswat MAS termasuk arak.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi sebagai menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang bertanyakan sama ada minuman keras diberi secara percuma atau sebaliknya.

"Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang," katanya.

Jawapan itu mengundang satu lagi kekhuatiran daripada Khalid yang mendakwa ia bermakna setiap orang yang membeli tiket MAS adalah bersubahat menyumbang kepada kos hidangan arak, sekalipun tidak meminumnya.

"Jadi maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. Ini yang tidak betul ini.

"Saya rasa kebanyakan daripada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa kalau ada penumpang yang hendak minta arak ini pun kena bayar. Kalau tidak, akhirnya sama ada kita sedar atau tidak, kita bersubahat," katanya.
Kuasa menteri
Dalam pada itu Mohamed Hanipa bin Maidin (PAS-Sepang) mendakwa isu hidangan arak ini adalah lebih kepada kuasa menteri.

Menurutnya, jika menteri boleh memberi arahan dan kata putus, ia boleh diselesaikan dengan mudah.

"Saya rasa dari segi isu menghidang arak ini, dia lebih kepada kuasa Menteri. Menteri ada kuasa. Kalau Menteri boleh bagi arahan, saya rasa tidak ada masalah.

"Saya mendengar jawapan Menteri ini, kita makin takut. Kita ingat selama ini tiket itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian arak.

"Yang Berhormat Menteri menyebabkan orang Islam yang mendengar jawapan itu menjadi takut hendak naik MAS lagi dah. Maknanya kita ada saham pula. Selama ini kita tak jangka benda macam ini berlaku," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata MAS sedang dalam proses penstrukturan semula dan akan membuat model perniagaan baharu yang mungkin akan menukar sistem sedia ada yang dipertikai itu.

Terdahulu, isu pakaian menutup aurat oleh pramugari dan hidangan arak di dalam pesawat MAS dibangkitkan oleh Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat Kementerian Pengangkutan.

Marzuk meluahkan kekecewaan terhadap jawapan pihak kementerian yang mendakwa hidangan alkohol dalam pesawat sebagai meraikan kepelbagaian pelanggan dan kehendak pelanggan antarabangsa.

"Kalaulah ini sebagai hujahnya, maka apa akan jadi kepada orang yang duduk di sebelah penumpang yang minum minuman keras yang akhirnya mabuk dan mengganggu penumpang sebelah yang tidak minum minuman keras.

"Kita bukan hendak menafikan privasi penumpangpenumpang non Muslim yang menaiki pesawat-pesawat antarabangsa ini. Akan tetapi kalaulah privasi mereka diutamakan, bagaimana pula dengan privasi kita?" soal beliau.

Pandangan oleh ahli-ahli parlimen PAS itu turut disokong aleh ahli-ahli parlimen Umno termasuk Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis), Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (BN-Machang) dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah).

Kesemua mereka bersetuju agar hidangan arak dihentikan dan pakaian pramugari ditetapkan supaya menutup aurat.

Timbalan Menteri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi dalam penggulungannya berkata beliau akan mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan termasuk tiket yang siap dengan makanan yang sudah lama diamalkan.

"Maka sebab itu saya yakin dengan penstrukturan MAS nanti, ia akan membuat pendekatan new business model yang lebih rapi dan lebih Islamik," katanya.

Berikut adalah petikan perbahasan 11 Nov 2014 mengikut penyata rasmi (Hansard) parlimen.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Adakah benar bahawa minuman-minuman keras ini dibekalkan secara percuma?

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang.

Tuan Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Jadi maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. Ini yang tidak betul ini. Saya rasa kebanyakan daripada syarikatsyarikat penerbangan antarabangsa kalau ada penumpang yang hendak minta arak ini pun kena bayar. Kalau tidak, akhirnya sama ada kita sedar atau tidak, kita bersubahat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Malaysia boleh.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Untuk makluman Tuan Pengerusi, mengenai syarikat penerbangan MAS ini, ia dalam proses penstrukturan semula. Dalam konteks ini, ia akan menggunakan satu new business model. Jadi kemungkinan new business model yang akan diterajui oleh satu syarikat yang baru ini dan seorang CEO yang baru nanti, ia akan dapat merubah sistem ini seperti mana kehendak harapan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sikit boleh? Sikit, sikit.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Yang Berhormat Menteri, saya rasa dari segi isu menghidang arak ini, dia lebih kepada kuasa Menteri. Menteri ada kuasa. Kalau Menteri boleh bagi arahan, saya rasa tidak ada masalah. Saya mendengar jawapan Menteri ini, kita makin takut. Kita ingat selama ini tiket itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian arak.

Yang Berhormat Menteri menyebabkan orang Islam yang mendengar jawapan itu menjadi takut hendak naik MAS lagi dah. Maknanya kita ada saham pula. Selama ini kita tak jangka benda macam ini berlaku. Itu yang pertama.

Yang keduanya Yang Berhormat Menteri, kalau kita hendak katakan syarikat, banyak juga syarikat penerbangan lain yang tidak hidang arak langsung. Maknanya boleh. Akan tetapi dalam masa yang sama saya tahu Yang Berhormat Menteri mungkin cater kepada penumpang yang bukan Islam. Dalam konteks itu, kalau hendak beri pun mestilah ada had dia.

Yang ketiganya Yang Berhormat Menteri, apabila ada hidangan arak ini, yang lebih concern ialah pramugari dan pramugara yang beragama Islam. Maknanya mereka concern sebab mereka terpaksa menjalankan tugas itu walaupun dengan tidak reda. Jadi macam mana kita hendak menjaga sensitiviti orang Islam yang bekerja itu?

Sudahlah dengan gaji yang rendah, selepas itu terpaksa buat benda itu dalam keadaan kita tahu bagaimana kes ada seorang pramugari apabila mengandung diberhentikan kerja. Ini semua berlaku dalam MAS. Jadi saya harap, benda ini Yang Berhormat Menteri kena ada satu pendirian. Kerajaan ada satu pendirian tentang isu ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya. Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Lipis.

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [Bachok]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Sikit sahaja saya hendak penjelasan, saya bangkitkan dalam perbahasan tadi berapa banyak kes yang pernah berlaku gangguan oleh orang yang minum arak kemudian mabuk atas kapal terbang khususnya kepada pramugari-pramugari yang bertugas ini.

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Tuan Pengerusi, apa juga pandangan-pandangan ahli Yang Berhormat mengenai apa yang dibangkitkan mengenai arak dan juga pakaian, saya akan bawa perkara ini kepada pengurusan MAS untuk di...

Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi: Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan. Tadi mengenai tiket yang siap dengan makanan, ini perkara ini memang dah lama dah. Maka sebab itu saya yakin dengan penstrukturan MAS nanti, ia akan membuat pendekatan new business model yang lebih rapi dan lebih Islamik. - HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014







Status terkini pembangunan stesen jana kuasa nuklear

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan status terkini program pembangunan stesen Jana Kuasa Nuklear di negara ini dan adakah telah ada kaji selidik dan analisis keputusan yang dilakukan bagi menilai tahap penerimaan rakyat terhadap perkara ini.

Dr Che Rosli Che Mat [PAS-Hulu Langat) bertanyakan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah kapal kayu yang telah dilupuskan dan digantikan dengan kapal kaca fiber (FRP) di bawah Program Tranformasi Nelayan.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan perincian perlaburan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk meningkatkan prestasi atlet negara menghadapi Sukan Komanwel di Glasgow.

Dr Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan apakah usaha-usaha promosi Kementerian untuk menambahkan ketibaan pelancong di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, memandangkan setelah begitu lama siapnya lapangan tersebut kegunaannya masih jauh di bawah tahap kapasitinya dan underutilised.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:-
(a) bilangan terkini Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dan bilangan dalam kalangan mereka yang menyertai program latihan kemahiran yang disediakan ; dan
(b) bidang-bidang latihan kemahiran yang disediakan dan bilangan pusat-pusat latihan awam dan swasta yang disediakan latihan tersebut.

Dr Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana perancangan Permodalan Nasional Berhad untuk menggabungkan I&P Group Bhd, Sime Darby Property Bhd dan SP Setia Bhd menjadi. – HARAKAHDAILY 17/11/2014

Sumber HD - 17-11-2014

Pati di Sabah: Laporan RCI perlu dibentang di parlimen

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa agar membentangkan di parlimen laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah bagi membolehkan perkara itu dibahas oleh ahli-ahli parlimen.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memberitahu, Najib tidak sepatutnya takut untuk membentangkan laporan tersebut.

"Kenapa Najib perlu membentangkan laporan tersebut pada bulan hadapan dan kenapa ia dibentangkan kepada umum.

"Sepatutnya ia terlebih dahulu dibentangkan di parlimen untuk ahli-ahli parlimen membahaskan perkara tersebut dan mungkin ada pendapat untuk kita suarakan.

"Najib perlu berani mendedahkannya, ia juga dilihat sebagai menghormati intitusi parlimen yang kita ada," katanya kepada Harakahdaily.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu juga turut berpendapat, jika Najib tetap mencadangkan untuk memdedahkan pada awal bulan hadapan ia perlu mengadakan sidang khas parlimen.

"Jika beliau tetap mahu mendedahkan pada bulan hadapan, Najib boleh memanggil sidang khas selama dua hari.

"Seperti mana yang dilakukan ketika tragedi pesawat MAS MH17 tempoh hari," sambung beliau.

Menurut beliau lagi, peruntukan bagi siasatan RCI itu telah diluluskan melalui parlimen, tindakan membelakangi parlimen dilihat sebagai tidak menghormati intitusi yang ada.

Najib yang membuat keputusan tersebut pada mesyuarat kabinet Jumaat lepas memaklumkan laporan RCI itu akan dibentangkan kepada umum awal bulan depan.

RCI yang ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 telah dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim.

Turut dianggotai bekas naib canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dan bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman J. Luping. – HARAKAHDAILY 16/11/2014

Sumber HD - 16-11-2014







Mangsa culik di Sabah mesti diselamatkan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Walaupun Sabah yang menjadi destinasi yang paling digemari pelancong terutamanya daripada Republic Rakyat China (RRC) tetapi mengalami penurunan yang amat ketara.

Menurut Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching setakat ini pasaran China dan Taiwan paling ketara mengalami penurunan sebanyak 11.8 % dan 2.9% masing-masing bagi tempoh Januari – Julai 2014 berbanding tempoh yang sama pada tahun 2013.

Tambahnya, jumlah ketibaan pelancong asing daripada Negara China adalah seramai 997,370 orang dan dari Taiwan seramai 168,962 orang pada sehingga bulan Julai 2014.

Katanya, menurut jawapan yang dibekal oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia telah menerima seramai 13.8 juta orang pelancong asing sejak Januari hingga Jun 2014, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5%, berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun 2013 tetapi pelancong dari China ke Sabah mengalami penurunan.

“Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam sidang Parlimen baru-baru ini, sebanyak 30,000 tempahan yang telah dibatalkan atau ditangguhkan di mana seramai 8,913 tempahan merupakan kehilangan muatan penumpang akibat pembatalan sebanyak 76 penerbangan berjadual dan sewa khas dari China ke Sabah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Antara faktor yang menjadi punca penurunan tersebut adalah disebabkan kes kehilangan pesawat MH370 dan penculikan yang sering kali berlaku di kawasan tersebut.

Setakat ini, kata beliau sudah 5 kes penculikan yang melibatkan warga asing dan seorang polis marin.

Antaranya, kes serangan hendap yang berlaku pada 12 Julai 2014 di Jeti Smart Water Bungalow Resort, Pulau Mabul Semporna, telah menyebabkan seorang anggota polis marin iaitu Koperal Ab Rajah Jamuan, terbunuh manakala Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang dipercayai dilarikan.

Selain itu, pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun diculik oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Air Sapang, Kunak pada 16 Jun 2014.

Setakat hari ini, Konstabel Zakia Aleip dan Chan Sai Chiun masih belum dibebaskan dan berkumpul bersama keluarga.

“Saya berharap kerajaan Malaysia dapat menyelamatkan mereka dengan cara apa sekalipun,” tambah Nie Ching.

Selain itu, ujarnya kerajaan Malaysia patut memberikan tekanan kepada kerajaan Filipina untuk membanteras kegiatan pengganas yang semakin menjadi-jadi terutamanya di selatan Filipina supaya tragedi itu tidak berlaku lagi. – HARAKAHDAILY 16/11/2014

Sumber HD - 16-11-2014







Ku Li bimbang pengangguran anak muda, graduan IPT

HARAKAHDAILY | .

MELAKA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah melahirkan kebimbangan dengan kedudukan pengangguran di kalangan anak muda dan graduan institusi pengajian tinggi di negara kita dewasa ini.

Menurutnya, di kalangan anak muda berumur antara 15 sehingga 19 tahun, kadar pengangguran ialah 15% dalam tahun 2011, atau 78,000 jumlahnya; dan di kalangan mereka yang berumur 20 ke 24 tahun, kadar penganggurannya 8.5% atau jumlahnya 157,000.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah ke-19 Kolej Yayasan Saad Melaka di Ayer Keroh, hari ini.

Berikut ialah petikan ucapan beliau.

Seperkara lagi yang membimbangkan saya, demi masa depan anak bangsa dan ekonomi negara kita, ialah kedudukan pengangguran di kalangan anak muda dan graduan institusi pengajian tinggi di negara kita dewasa ini.

Di kalangan anak muda berumur antara 15 sehingga 19 tahun, kadar pengangguran ialah 15% dalam tahun 2011, atau 78,000 jumlahnya; dan di kalangan mereka yang berumur 20 ke 24 tahun, kadar penganggurannya 8.5% atau jumlahnya 157,000. Di kalangan graduan pula, keadaan lebih teruk.

Dalam tahun 2013, Bank Dunia telah menganggarkan kadar pengangguran di kalangan graduan telah mencecah 21%; di kalangan pemegang STPM/Diploma purata penganggurannya ialah 13%, di kalangan PMR-SPM/SPMV 10%. Pengangguran di kalangan anak muda kita adalah antara yang tertinggi di rantau Asia melainkan Indonesia. Tak kiralah keadaan di Eropah lebih buruk. Tetapi kita tidak harus bersenang hati dengan keadaan ini.

Jika ekonomi negara menghadapi krisis, yang kita jangka dalam masa terdekat, masalah pengangguran belia ini sungguh membimbangkan.

Yang menjadi isu yang lebih besar dalam hal pengangguran ini ialah taraf kemahiran yang ada pada anak muda ini; apa yang kita keluarkan dari sekolah dan institusi pengajian tinggi kita sekarang semakin kurang menggalakkan jika diambil kira keperluan industri.

Mengikut Bank Dunia, dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2009, yang menyentuh maklumbalas dari majikan tentang keupayaan pelajar lepasan pengajian menengah dan tinggi, terdapat beberapa konstrain atau kekurangan kemahiran dalam beberapa bidang.

Empat puluh lapan peratus (48%) dari majikan yang dibanci menyatakan kekurangan keupayaan IT di kalangan graduan muda kita, 46% melaporkan kekurangan Bahasa Inggeris, 37% melaporkan kekurangan dalam kebolehan am berkomunikasi, 30% dalam keupayaan kreativiti, dan 28% berkata kekurangan kemahiran teknikal/profesyenal, dan 25% dalam penyelesaian masalah (problem solving).

Dalam kajian Talent Corp bagi 2014, didapati 81% majikan melaporkan defisit kemahiran di kalangan graduan baru lepasan universiti negara kita dalam bidang kemahiran komunikasi; 56% dalam pemikiran kritikal dan kreatif; 51% defisit dalam kemahiran analisis; dan 47% mengatakan mereka kurang upaya bekerja secara sendiri atau bebas, tanpa tunjuk ajar.

Sumber HD - 15-11-2014

M'sia belanja lebih RM33 juta operasi MH370, MH17

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM33,461,861.50 bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan Penerbangan MH17 setakat ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata seramai 3,732 penjawat awam juga terlibat dalam operasi itu.

"Sehingga kini, kos operasi mencari dan menyelamat telah ditanggung sendiri oleh negara-negara yang terlibat," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong).

Ng bertanya mengenai kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan jumlah penjawat awam yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 dan MH17 selain kos-kos yang ditanggung oleh negara lain yang terbabit dalam tragedi itu.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada pada 8 Mac lepas. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, pula terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab. - Bernama

Sumber HD - 14-11-2014







1MDB: Anwar cabar buat pendengaran terbuka

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan ahli parlimen BN merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen bertujuan untuk menutup isu 1MDB dari terus diketengahkan di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata isu berkaitan 1MDB akan terus dibangkitkan selagi kerajaan tidak memberikan penjelasan sebagaimana yang dituntut Pakatan Rakyat.

Bercakap pada satu sidang media, di Parlimen, hari ini, Anwar juga mencabar satu pendengaran terbuka berkaitan 1MDB diadakan sebelum tindakan merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen diteruskan.

Selain Anwar, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua turut dirujuk ke jawatankuasa sama atas isu sama.

Tindakan mengheret kedua-dua ahli parlimen Pakatan Rakyat itu sebagai tindak balas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan apabila beliau dirujuk ke jawatankuasa itu oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebelum ini atas alasan mengelirukan dewan berkaitan isu 1MDB.

Sebelum ini, kerajaan digesa memberikan penjelasan berhubung hutang 1MDB yang dikatakan akan ditanggung kerajaan sekiranya 1MDB tidak dapat melangsaikan hutang tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan melalui Ahmad enggan memberikan penjelasan biarpun diasak berkali-kali di Dewan Rakyat. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014







Pusat digesa atasi masalah jalan raya di Kelantan

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja‎ Raya diminta memberi tumpuan kepada pembangunan Kelantan khususnya kemudahan jalan raya.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad‎ berkata isu kemudahan asas terutamanya soal jalan raya akan dibangkitkan di parlimen bagi mendapat respons kerajaan.

"Terlalu banyak rungutan diterima dari rakyat Kelantan khususnya mereka yang bekerja di luar yang ingin balik terutama ketika cuti umum.

"Kesesakan perjalanan yang mereka terpaksa tempuhi, walaupun ini diketahui umum tetapi tidak ada tindakan dari kerajaan pusat," katanya selepas‎ menyerahkan memorandum kepada Kementerian Kerja Raya di Parlimen pagi tadi.

Beliau juga berharap‎ Kerajaan Pusat memberi perhatian serius terhadap masalah tersebut agar kesulitan pengguna jalan raya dapat diatasi sepenuhnya.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat menyambut baik usaha kerajaan dalam membangunkan negeri itu.

Namun katanya, kerajaan perlu memandang serius dalam soal menaik taraf jalan-jalan di Kelantan terutamanya menghubungkan bandar-bandar.

"Bila musim perayaan boleh menyebabkan pengguna jalan raya memandu lebih 16 jam.

"Ini merupakan satu situasi yang menyukarkan pengguna, Kerajaan Pusat perlu beri perhatian dalam perkara ini.

"Melalui memorandum ini terdapat fakta-fakta yang boleh dirujuk kerajaan agar pembangunan atau menaik taraf jalan dilakukan dengan segera," kata beliau.

Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Drs Zainuddin kepada Pegawai Khas Menteri, Kementerian Kerja Raya, Reduwan Salleh di lobi Parlimen.‎ - HARAKAHDAILY 13/11/2014

YB Drs ZAH - https://www.youtube.com/watch?v=DXnTom2XnUo&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 13-11-2014







Batalkan semua saman nombor plat

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) segera membatalkan saman yang dikeluarkan terhadap kesalahan nombor plat.

Beliau merujuk kepada surat yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan kepada Pengarah JPJ yang meminta agar jabatan itu memberhentikan operasi penguatkuasaan terhadap nombor plat.

"Kalau betul apa yang diperkatakan surat tersebut, saya mengharapkan penangguhan operasi nombor plat itu mesti disusuli dengan pembatalan terhadap saman-saman yang telah dikeluarkan.

"Kerana penangguhan ini merupakan satu pengakuan kesilapan dari kementerian khususnya JPJ, bila silap maka saman perlu dibatalkan," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat turut berterima kasih kerana kerajaan dan JPJ mengambil maklum kritikan dan pandangan rakyat berhubung dengan kesalahan membabitkan nombor plat.

Bagaimanapun, beliau mahukan jawapan positif dari kerajaan berhubung gesaannya agar kesemua saman nombor plat sebelum ini dibatalkan.

"Selepas ini diharapkan JPJ tidak mengulangi lagi kenyataan atau alasan yang tidak masuk akal, mereka harus membawa ke meja perundingan untuk mencari penyelesaian bagi mengatasi kemalangan.

"Kita dari PAS sedia duduk semeja dengan kementarian serta JPJ untuk memberi pendapat bagi kebaikan bersama," katanya sambil menggesa Peraturan Kenderaan dan Pelesenan 1959 dikaji semula kerana didakwa tidak lagi releven dengan keadaan sekarang. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014


YB DMO - https://www.youtube.com/watch?v=KCobzZ4uSmg&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ







Banjir kilat: MP BN berang, dakwa Pusat 'kong kali kong'

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing hari ini berang dengan sikap Kerajaan Pusat yang masih tidak meluluskan peruntukan bagi mengatasi masalah banjir kilat di Sarawak khususnya di kawasan beliau.

Beliau yang kecewa dengan perkara itu berkata, sudah berapa kali membangkitkannya, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan.

Menurut ahli parlimen itu, beliau tidak tahan lagi dimaki oleh rakyat yang kecewa dengan sikap kerajaan BN yang gagal menyelesaikan masalah itu.

Katanya, semalam sahaja beliau dua kali dihubungi oleh seorang wanita, dan memakinya kerana marah dengan kejadian banjir kilat yang berlaku.

Sedangkan kata beliau, kejadian banjir kilat di Bintulu katanya boleh dielak jika kerajaan pusat meluluskan peruntukan bagi mendalamkan Sungai Sebiew.

"Sebelum pilihan raya janji, bila sudah pilihan raya tak buat..ini sengaja bagi modal kepada pembangkang.

"Memang ini kong kali kong punya," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau dalam pada itu turut membidas sikap kerajaan yang dilihat lebih gemar memberi pampasan kepada mangsa banjir berbanding menyelesaikan punca kepada masalah itu.

"Bila banjir, kena bayar pampasan lagi. Bukan mereka terima kasih, lagi maki sama kita.

"Bagi RM500, RM1,000...boleh belia apa, seluar dalam saja.

"Kalau menteri tak jawab baik-baik, kali ini perang punya," katanya. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014







Isteri mangsa culik di Sabah rayu campur tangan kerajaan

MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Isteri kepada Chan Sai Chuin, mangsa penculikan di Kampung Air Sapang, Kunak, Sabah pada 16 Jun lalu menggesa campur tangan kerajaan membantu menyediakan wang tebusan RM3 juta bagi menyelamatkan suaminya.

Chin Pek Nyue yang hadir di Parlimen hari ini memberitahu tempoh penyerahan wang tebusan telah ditetapkan sehingga hujung bulan November ini.

"‎Saya merayu kepada kerajaan untuk menyelesai dan membebas suami saya, tidak kira dengan apa cara sekali pun.

"Jika tidak dapat secara diplomatik, saya berharap kerajaan boleh menyediakan wang tebusan RM3 juta, jika ini tidak dilakukan suami saya akan dibunuh serta dipenggal kepalanya," katanya dengan nada sebak.

Menurut beliau lagi, ‎walaupun rayuan telah dibuat kepada kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, namun sehingga sekarang tidak menunjukkan apa-apa perkembangan untuk menyelamatkan suaminya.

"Sekarang sudah lima bulan suami saya diculik, tetapi tidak ada apa-apa tindakan dilakukan kerajaan.

"Setiap hari saya menerima panggilan telefon dari pihak penculik yang menekan saya agar menyerahkan wang tebusan jika mahu suami saya selamat," katanya.

Beliau yang turut meminta derma dari ahli keluarganya bagi menyediakan wang tebusan tersebut tetapi jumlah yang diperolehi terlalu sedikit dengan RM3 juta diminta penculik Filipina.

‎"Saya benar-benar berharap pihak kerajaan dan parlimen dapat memberi pertolongan sepenuhnya dan secepat mungkin untuk menyelamatkan suami saya.

"Saya merayu sangat agar kerajaan memberi penjelasan serta perkembangan apa yang telah mereka lakukan dalam usaha menyelamat mangsa penculikan," sambung beliau lagi.‎

Sementara itu, Ahli Parlimen Lumut‎, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid meminta agar kerajaan memandang serius isu penculikan yang sering berlaku di Sabah.‎

Beliau menggesa kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung konflik penculikan serta rayuan keluarga mangsa agar rakyat mengetahui perkembangan terkini di negeri itu. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Isteri - https://www.youtube.com/watch?v=r-c5cCwIVdU&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 13-11-2014







Minat belia: Kementerian pertimbang cadangan PAS

ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan satu kerjasama di antara kementerian-kementerian bagi memastikan satu program bersepadu dapat dianjurkan dalam usaha memfokuskan minat belia negara.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata kerjasama antara kementerian-kementerian itu dilihat boleh mengembangkan lagi usaha ke arah menarik minat belia untuk bersaing dalam industri teknologi.

"Kerjasama itu boleh dilakukan bagi menganjurkan program bersepadu untuk menarik minat belia. Mungkin boleh diadakan kerjasama di antara Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Teknologi Sains dan Inovasi?" soal beliau ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, kerjasama itu dilihat perlu memandangkan masih ramai belia yang tidak berminat untuk menceburi bidang teknologi biarpun dengan pelbagai program menarik dianjurkan kerajaan.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan cadangan tersebut akan diberi pertimbangan sewajarnya, selain usaha berterusan kerajaan untuk terus memberi pendedahan awal kepada belia berkaitan industri teknologi.

Sebelum itu, Nik Abduh, dalam soalan asalnya meminta kementerian menyatakan langkah untuk memperkembangkan lagi program-program seperti Digital Campus 20q4 (DC2014) yang dilihat berupaya meningkatkan minat belia untuk bersaing dalam industri teknologi. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014







Statistik masalah disiplin, gejala sosial pelajar sekolah

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan diminta menyatakan statistik masalah disiplin, ponteng, gangsterisma dan gejala sosial yang melibatkan pelajar di peringkat Sekolah Rendah, Menengah dan Menengah Atas di seluruh negara serta cadangan penyelesaiannya.

Demikian soalan daripada Siti Zailah Mohd Yusoff [PAS-Rantau Panjang] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Lain-lain ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan sebagaimana di bawah.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan langkah untuk memperkembangkan lagi program-program seperti Digital Campus 2014 (DC 2014) yang dilihat berupaya meningkatkan minat belia untuk bersaing dalam industri teknologi.

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan membuat penyemakan semula ke atas kadar bayaran insurans kenderaan bermotor yang membebankan pengguna pendapatan rendah dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) tindakan-tindakan yang dibuat bagi meningkatkan kesesuaian kursus yang ditawarkan dan dipelajari di universiti dengan kehendak semasa industri; dan
(b) peluang-peluang kerjaya bagi kursus yang ditawarkan.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah isu-isu utama yang akan diperjuangkan oleh Kerajaan jika kita menang kerusi Ahli Majlis Keselamatan PBB.

Dr Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status Program 6P dan sejauh manakah kejayaan Kerajaan mengurangkan jumlah PATI di Malaysia.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah status LPT 2 sekarang setelah diberi pengesahan pada sesi Parlimen awal tahun 2014 ianya akan siap sepenuhnya pada September 2014.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan hala tuju polisi campuran bahan api (fuel mix policy) untuk pembekalan elektrik pada masa hadapan dan apakah perancangan Kementerian untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil seperti gas asli dan arang batu.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-
(a) adakah Kerajaan akan membuaka semula pejabat pendaftaran negara dan Pejabat Imigresen Cawangan Sungai Pelek yang telah ditutup di Bandar Baru Salak Tinggi; dan
(b) adakah Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan balai polis di Putra Perdana. - HARAKAHDAILY 13/11/2014

Sumber HD - 13-11-2014

Giatkan promosi perubatan moden berbanding alternatif

‎MUHAMMAD FAIZAL | .




KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan digesa memperkuatkan promosi pemeriksaan kesihatan agar rakyat menyedari‎ tentang kepentingannya.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika berbahas untuk Kementerian Kesihatan memberitahu tindakan promosi wajar bagi memberi kesedaran kepada mereka yang masih terpengaruh dengan perubatan alternatif.

"‎Pengaruh perubatan alternatif masih lagi mempengaruhi kehidupan masyarakat negara ini sehinggakan mereka yang telah mendapat rawatan di hospital tetap merujuk kepada perubatan tersebut.

"Yang menyedihkan mereka yang menghidapi penyakit itu terus meninggalkan pemeriksaan di hospital setelah mendapat rawatan alternatif.

"Ini yang kita risaukan, walaupun merujukan kepada perubatan alternatif tetapi ia perlu dilakukan selari dengan pemeriksaan hospital," katanya.

‎Tambah beliau, masyarakat sebenarnya kurang mendapat maklumat sepanjang mereka melakukan pemeriksaan tentang kewajaran pemeriksaan susulan daripada penyakit yang mereka hadapi.

"Itu pentingnya pertingkatkan promosi, sepatutnya setiap pesakit yang mendapat rawatan perlu diberikan penerangan tentang pemeriksaan susulan.

"Walaupun pihak hospital mengetahui pesakit ada merujuk ke perubatan alternatif, mereka perlu diberi nasihat untuk meneruskan pemeriksaan di hospital," tambah beliau.

Beliau dalam masa yang sama turut meminta agar kerajaan menjelaskan langkah-langkah yang diambil dalam usaha mengatasi penyakit Ebola agar masyarakat negara ini terlindung dari penyebaran penyakit tersebut.‎ - HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-11-2014







Hukuman bunuh: Kaedah tali gantung cara purba

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .
SAYA akan sertai perbahasan B.6 Butiran 020000 – Unit Perancang Ekonomi, Butiran 490300 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Butiran 490900 – Kehakiman Syariah, Butiran 160000 – Maritim dan Butiran 020000 – SPRM.

Secara ringkas sahaja Tuan Pengerusi, berhubung dengan butiran yang pertama, Butiran 020000. Dalam keadaan kita mencapai Wawasan 2020 yang kita uar-uarkan yang menjadi cita-cita kita bersama, saya lihat bahawa perancangan lebih diberi penekanan ke arah pendapatan tinggi, ke arah teknologi tinggi tanpa memberi penekanan yang lebih kepada pembangunan insan yang menjadi asas kepada kemajuan sesebuah negara.

Tanpa dinafikan betapa perlunya pendapatan tinggi, teknologi tinggi, tetapi tanpa pembangunan insan yang sempurna dan cukup akan membawa kecanggungan dan akan melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh meruntuhkan pembangunan yang ditegakkan dan akan berlaku yang dikejar tidak dapat, yang sudah ada berciciran.

Bahkan, sejarah manusia merakamkan bagaimana kaum-kaum yang terdahulu yang menempa kemajuan yang sangat hebat dengan pendapatan tinggi tetapi melampau di antara satu sama lain, kaum yang mencapai teknologi tinggi melampau juga, runtuh kaum Ad, kaum Samud, kaum Firaun pada zaman dahulu. Jerman dan Jepun di abad yang lalu yang mencapai teknologi yang sangat tinggi tetapi tanpa kemanusiaannya, Tuhan menyebut.. [membaca beberapa potong ayat Al-Quran] puncanya ialah kerana manusia yang melakukan kejahatan walaupun maju dan tinggi teknologinya.

Jerman dan Jepun yang mencapai teknologi yang tinggi di abad yang lalu tetapi ada manusia yang melampau yang mencetuskan perang dunia yang kedua, bukan sahaja merosakkan manusia yang lain bahkan meruntuhkan negara itu sendiri dan kita semua tahu bagaimana negara itu bangkit semula dengan cepat menjadi kuasa besar pada hari ini sama ada dalam aspek ekonomi ataupun politik dengan memulakan pembangunan insan. Di sinilah perlunya pembangunan insan.

Negara Arab yang mendapat hasil yang banyak, bagaimana pendapatannya sangat tinggi tetapi tidak memberi apa-apa makna dan erti. Duit banyak, hasil banyak tetapi insan Arab walaupun dia Islam, kita semua tahu, tidak memberi apa-apa makna.

Di sinilah maka Allah SWT menyebut dalam Quran sebagai satu contoh, kaum Bani Israel... [membaca beberapa potong ayat Al-Quran] Bani Israel tidak puas hati kerana Nabi mereka mencadangkan Talut menjadi raja yang memimpin kerana Talut ini tidak ada duit, pendapatannya tidak tinggi, tidak boleh bagi pendapatan tinggi. Lalu Nabi mereka mengatakan dia seorang yang berilmu dan seorang yang mempunyai jati diri yang kuat.

Maka jati diri yang kuat, ilmu yang kuat, mengikut Islam ialah pembinaan iman, akhlak, ilmu yang berkait dengan bukan sahaja ilmu akhlak, ilmu imannya termasuklah ilmu sains dan teknologi yang perlu digabungkan kesemua perkara ini.

Hal ini perlu diberi peranan kepada pihak yang berkenaan khususnya kepada JAKIM, kepada badan-badan Islam yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya membuat kajian yang lebih serius yang bersungguh untuk menjiwai Islam ini di dalam semua urusan pentadbiran dan pusat-pusat pengajian tinggi untuk membangun manusia yang mempunyai jati diri yang dapat mengambil manfaat daripada hasil-hasil dan sumber alam yang telah sedia ada.

Kebetulan tanah air kita mempunyai sumber alam yang sangat baik sama ada darat dan laut. Mempunyai tenaga manusia yang tersendiri, masyarakat majmuk yang patut digabungkan masyarakat majmuk ini mengikut keistimewaan yang ada pada masing-masing tetapi tidak diolah dengan cara yang sebaiknya.

Sumber alam yang ada itu pun kadang-kadang yang diolah contohnya maritim, ada dalam butiran yang disebut tadi, maritim yang menguatkuasakan sumber alam maritim yang mengakibatkan kesusahan kepada nelayan-nelayan, mengaut tanpa batas, tanpa sempadan, musnahkan tempat-tempat pembiakan yang menjadi punca dalam sumber hasil nelayan-nelayan kita sendiri. Di sinilah Tuhan mengatakan; [membaca ayat Al- Quran] Maksudnya; “Kalau sekiranya Allah menjadikan rezeki melimpah ruah kepada manusia tanpa sempadan, kadang-kadang mereka melampaui batas maka perlu diqadarkan batas”.

Kita mempunyai hasil yang banyak, sumber laut yang banyak tetapi bila kita mengeluarkan lesen-lesen kepada orang-orang tertentu menyebabkan mereka melampau. Bukan mengutip hasil, memusnahkan sumber hasil. Di antaranya juga contohnya adalah baik kerajaan mengeluarkan subsidi kepada nelayan-nelayan tetapi mereka yang melampau ini jual minyak subsidi untuk berniaga minyak pula bukan untuk kemudahan. Ini ialah satu kelemahan yang perlu diatasi.

Seterusnya dalam hal ini, saya ingin membangkitkan juga peranan Islam di dalam perlembagaan. Kita sepatutnya hendaklah memerdekakan fikiran kita daripada Suruhanjaya Reid yang mentafsirkan perlembagaan. Islam sebagai agama persekutuan.

Kita mestilah mentafsirkan Islam itu sebagaimana ajaran Islam itu sendiri. Bebaskan daripada kepompong tarif Suruhanjaya Reid yang membataskan Islam dalam hal-hal yang tertentu yang tidak menjayakan Islam sebagai agama yang sempurna, yang lengkap, yang boleh menyelesaikan masalah. Padahal kita perlu menyedari bahawa pengaruh Islam banyak dalam sistem pemerintahan barat khususnya British.

Oleh kerana kita mewarisi sistem British dan British merupakan paling banyak mewarisi sistem pengajian Islam melalui orientalis dalam pentadbirannya, dalam kehakimannya, dalam berbagai- bagai perkara banyak dipengaruhi termasuklah sistem demokrasi Barat itu sendiri, mereka tak tahu nak amalkan demokrasi nak ubah kerajaan, mereka menyembelih, membunuh raja-raja dan penyokong-penyokong mereka setelah mereka mengkaji kitab-kitab Islam yang berkait dengan sistem pemerintahan. Baru mereka tahu cara pilihan raya termasuklah dalam mengendalikan urusan pentadbiran mengikut feudalisme, mengikut jabatan-jabatan, skim gaji. Ini banyak dipengaruhi oleh Islam cumanya British ini tak ada roh, tak ada perhitungan dosa dan pahala. Kita masukkan sahaja perhitungan ini dalam sistem kerajaan kita. Ini peranan JAKIM, peranan badan-badan Islam dalam Jabatan Perdana Menteri. Termasuklah bila roh ini tidak ada dalam penguatkuasaan undang-undang, kita gagal, tak berjaya mengatasi masalah jenayah. Walaupun undang-undang itu sangat keras, undang-undang bunuh mandatori kepada pengedar dadah, undang-undang sebatan namun tidak menakutkan penjenayah. Puncanya ialah kerana tidak ada yang Tuhan sebut dalam Al-Quran [membaca sepotong ayat Al-Quran] maksudnya; “Cegahan daripada Allah”.

Di sini terdapat perbezaan di antara syariat Islam dengan undang-undang barat. Syariah Islam ada roh, aspek spiritual di dalamnya walau undang-undangnya dianggap sebagai tidak keras. Sebatannya tidak memecahkan kulit, tidak mencederakan badan cuma di khalayak yang ramai. Boleh memalukan pelaku dan memberi pengajaran kepada orang lain. Ini, disebat dalam penjara, pecah kulit, cacat, tak memberi kesan. Yang kena hukum itu mungkin berkesan tapi masyarakat tak ada kesan.

Di sinilah peranan media yang perlu menyebarkan kepada umum mengenai hukuman-hukuman ini, bukan menyebarkan jenayah itu, bukan menyebarkan filem-filem jenayah untuk mengajar jenayah tetapi menyebarkan perkara yang mendidik masyarakat. Contohnya hukum bunuh, mati kepada penjenayah walaupun di sana ada negara Barat tak setuju hukuman bunuh ini. Islam mengatakan hukuman bunuh itu baik.

Cuma bila mana hukuman bunuh dilaksanakan, Barat dia lebih simpati kepada penjenayah kadang-kadang, tak simpati kepada mangsa. Itu Barat, kita tak boleh pakai fikiran mereka. Sepatutnya kita simpati kepada mangsa bukan penjenayah. Penjenayah pun ada simpati, sebagai contohnya Islam menganjurkan [dalam bahasa Arab] ertinya; “Bila kamu bunuh, bunuh dengan cara yang baik”.

Kita masih lagi menggunakan kaedah tali gantung untuk cekik, ini cara purba, cara zaman dahulu. Padahal di sana ada yang perlu dikaji secara saintifik yang lebih tidak menyakitkan, bius kah apa, kah. Kajian-kajian sains perlu dibuat. Ini dianjurkan oleh Islam. Di antaranya ialah masalah Lembaga Pengampun sebagai contoh, undang-undang qisas, Lembaga Pengampunan.

Hari ini Lembaga Pengampunan tak melibatkan mangsa jenayah. Orang tertentu yang jadi ahli Lembaga Pengampunan iaitulah Raja, Perdana Menteri, Peguam Negara dan orang yang ditetapkan. Mengikut Islam, hak pengampunan ini ada. Pengampunan diberi kepada mangsa jenayah. Oleh sebab itu mangsa jenayah perlu ditanya dalam masalah pengampunan ini. Ini perkara Islam, inilah peranan jabatan-jabatan Islam di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Badan Pencegah Rasuah perlu disempurnakan lagi, perlu dibantu. Tidak cukup dengan sebab itulah tidak berkesan. Di sana, bukan sahaja pencegah rasuah, dalam Islam ada hisbah, ombudsman bukan sahaja nak memantau pegawai itu dirasuah atau tak rasuah, bukan nak lantik dia pun. Dalam Islam ada hisbah ombudsman. Ini dipakai oleh setengah-setengah negara, setiap pegawai penting yang nak dilantik. Menteri yang nak dilantik pun akan dihadapkan di hadapan jawatankuasa Parlimen, dalam bentuk senate. Didedahkan peribadi dia sama ada baik ataupun buruk, bijak ataupun tidak. Boleh tak boleh sebelum diberikan jawatan itu dan termasuk masa dia sekolah, apa perangai dia, diketahui. Kalau dia berubah atau tak berubah, itu diketahui. Kita pakai lantik secara spontan begitu sahaja maka berlakulah akibat-akibat yang sangat negatif selepas itu. Itu ialah pandangan saya dalam perkara ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Rencana di atas adalah ucapan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika membahaskan Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 10 November 2014 yang dipetik daripada Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat.

Sumber HD - 12-11-2014

Status pendapatan isi rumah rakyat Malaysia terkini

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan status pendapatan isi rumah rakyat Malaysia yang terkini dan peratusan rakyat atau jumlah hakiki rakyat yang mendapat pendapatan seperti ini.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan statistik dari tahun 2004-2014, mengikut statistik tahunan, jumlah suspek yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 dan berapakah suspek yang telah disabitkan dan dihukum.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan tentang perancangan terbaru Kerajaan dalam melaksanakan Koridor Ekonomi di seluruh negara. Berapakah dana yang sudah dan akan dikeluarkan untuk merealisasikan perlaksanaan tersebut.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi melahirkan jaguh sukan pelapis bertaraf dunia dalam sukan badminton.

Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status terkini projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan sejauh mana peranan yang dimainkan Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri-Negeri (USPTN) dalam mencari bakat baharu sukan dan memperkembangkan bakat ke peringat yang lebih tinggi.

Ahmad Baihaki bin Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Pendidikan menyatakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah antara kemudahan yang disediakan untuk pelajar institusi pengajian tinggi meminjam bagi meneruskan cita-cita mereka ke menara gading. Apakah cara pengurusan pembiayaan dan pembayarannya mengikut kaedah Syariah Islam dan terhindar daripada riba. - HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-10-2014







Kenapa perlu 'sembunyi' audit RM93 juta Hari Belia?

MUHAMMAD FAIZAL | FOTO WAN ZAHARI | .



KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan membentangkan Laporan Ketua Audit Negara berhubung program Hari Belia Negara.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pada sidang media di lobi Parlimen hari ini memberitahu walaupun audit telahpun dilakukan, namun kerajaan mengatakan ia tidak perlu didedahkan.

"Saya telah bangkitkan isu audit di peringkat Jawatankuasa berhubung laporan audit membabitkan hari belia negara sejak 2011 hingga 2013 yang tidak dibentangkan.

"‎Dulu diberitahu akan memasukkannya dalam laporan audit siri dua, namun dalam siri tiga pun tidak ada laporan tersebut," katanya.

Menurut beliau, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim‎ yang mengakui audit telah dilakukan, namun ia tidak perlu didedahkan kerana kementerian akan mengambil tindakan pembaikan, telah menimbulkan persoalan.
‎‎
"Kalau audit telah dilakukan kenapa ia tidak mahu dibentangkan, perkara ini perlu dimaklumkan kepada umum dan juga parlimen untuk kita ketahui secara mendalam apa yang telah dibelanjakan.

"‎Kita sedia maklum bahawa bagi program tersebut kementerian telah berbelanja melebihi peruntukan yang telah ditetapkan.

‎"Kita ingin tahu dari mana sumber kewangan itu diperolehi, keengganan membentang laporan audit tersebut menyebabkan perkara yang sama akan berulang dan pasti untuk audit 2014 akan berlaku perkara yang sama," sambung beliau.

‎Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut memaklumkan sehingga tahun 2014 kerajaan telah berbelanja hampir RM93.2 juga bagi program Hari Belia Negara.

Katanya, pada tahun 2011 sebanyak RM16.01 juta dibelanjakan, bagi tahun 2012 sebanyak RM28.91 juta, manakala bagi tahun 2013 pula RM18.07 juta telah dibelanjakan.

"Kita telah berbelanja besar tetapi kita tidak mengetahui manfaat yang diperolehi oleh golongan belia melalui program tersebut.

"Kita ingin mengetahui apa kelemahan yang ditemui pada siasatan audit dan pembaikan yang akan dilakukan kementerian bagi mengatasi kelemahan dalam perbelanjaan program itu," katanya. - HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014

RMK11: Tambah hari sidang parlimen tahun depan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menyeru Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menambah jumlah hari persidangan parlimen tahun depan.

Beliau berkata, jumlah hari persidangan perlu ditambah kerana ia merupakan satu-satunya wadah bagi ahli parlimen mengawasi dan meneliti tindakan kerajaan.

Tambahnya, tidak seperti kebanyakan negara lain, Parlimen Malaysia tidak mempunyai sistem jawatankuasa untuk mengawasi prestasi menteri dan meneliti belanjawan menteri secara terperinci.

Menurutnya, pada tahun 2008 Dewan Rakyat bersidang selama 79 hari, 72 hari (2009), 83 hari (2010), 63 hari (2011), 70 hari (2012), 51 hari (2013) dan 57 hari sahaja tahun ini.

“Jumlah hari persidangan perlu ditambah dan saya juga menyeru Kelab Penyokong BN (BNBBC) untuk turut sama memberikan tekanan kepada kerajaan supaya bersetuju dengan cadangan ini,” ujarnya yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP dalam satu kenyataan, semalam.

Berdasarkan kalendar sementara Parlimen, jumlah hari persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan untuk tahun depan adalah 61 hari.

Manakala 61 hari itu dibahagikan kepada tiga sesi iaitu 9 Mac hingga 9 April, 18 Mei hingga 18 Jun dan 19 Oktober hingga 3 Disember 2015.

Beliu berkata, dengan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada 21 Mei depan, dan Bajet 2016 (21 Oktober), ia menguatkan keperluan penambahan hari persidangan.

Menurutnya, ketika RMK10 dibentangkan empat tahun lalu, Parlimen diberikan hari khusus untuk berbahas dan Dewan Rakyat bersidang selama 83 hari.

Justeru, ujarnya 61 hari untuk membahaskan RMK11 tahun depan bukan satu petanda baik.

Beliau turut mengkritik jumlah hari perbahasan bajet tahun ini yang semakin berkurangan, sekaligus mengehadkan ruang perdebatan untuk menyemak dan menimbangtara tindakan kerajaan.

“Dua tahun lalu, 18 hari diperuntukkan untuk ‘peringkat jawatankuasa’ perbahasann belanjawan, tetapi sekarang hanya 10 hari.

“Ini bermakna di dalam sistem parlimen yang merosot, penelitian kerajaan semakin terbatas dan terhad. Perkara ini perlu diubah," ujarnya lagi.

Sumber HD - 11-11-2014







Selesai pertindihan kuasa mahkamah syariah dan sivil

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang [Marang] meminta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan proaktif kerajaan dalam menyelesaikan isu pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil rentetan daripada meningkatnya kes-kes berkaitan pertikaian hak penjagaan anak antara ibu bapa berlainan agama.

Beliau yang juga Presiden PAS mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan soalan mereka pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan hari ini seperti di bawah.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan jumlah kos pengurusan dan penyelenggaraan bulanan bangunan berstatus hijau Ibu Pejabat Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya dan apakah langkah yang dilakukan bagi memastikan faedah pulangan kepada pelaburan dalam perkara ini dapat dicapai.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah status projek perolehan peralatan Digital Autopsy Diagnostic Station (DADS).

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kewangan menyatakan mekanisme yang akan digunakan bagi menggantikan kebergantungan Kerajaan daripada pemerolehan hasil petroleum kepada GST.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah perbelanjaan pihak Kerajaan dan Khazanah bagi kos juru runding dan butiran kos berkaitan untuk melaksanakan dan kemudian membubarkan kerjasama MAS-AirAsia.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada Hospital Shah Alam akan mula beroperasi pada Oktober tahun ini seperti yang dijanjikan dan sekiranya tidak, mengapa. - HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014







Reid tafsir perlembagaan negara, pentadbiran celaru

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malaysia membebaskan kerangka perlembagaan negara ini daripada ditafsir oleh Suruhanjaya Reid.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata, banyak kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran negara ini adalah kerana mengikut penafsiran suruhanjaya tersebut yang disifatkannya 'tiada roh' agama di dalamnya.

"Kita sepatutnya hendaklah memerdekakan fikiran kita daripada Suruhanjaya Reid yang menafsirkan perlembagaan Islam agama persekutuan.

"Kita mesti menafsir Islam itu sebagaimana ajaran Islam itu sendiri dan bebas dari kepompong takrif Suruhanjaya Reid yang membataskan Islam dalam hal-hal yang tertentu yang tidak menjadikan Islam agama yang sempurna yang lengkap dan boleh menyelesaikan masalah," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Presiden PAS berkata, pengaruh Islam sebenarnya banyak diadaptasi oleh negara-negara barat khususnya British melalui orientalis.

Ia termasuk soal pentadbiran, kehakiman dan sistem demokrasi.

"Cumanya British ni tidak ada roh, tidak ada perhitungan dosa dan pahala. Jadi kita masukkan sahaja perhitungan ini dalam sistem pentadbiran kita.

"Ini peranan Jakim dan badan islam di Jabatan Perdana Menteri untuk membuat kajian dengan serius," katanya.

Beliau turut memberi contoh, masalah undang-undang negara yang gagal mengatasi masalah jenayah sekalipun hukuman yang dikenakan adalah berat.

"Walaupun hukuman sangat keras, bunuh, sebat...puncanya tak ada roh. Ini perbezaan undang-undang Syariat Islam dengan undang-undang barat.

"Syariat Islam ada roh, aspek spritual. Walaupun hukuman dianggap tidak keras, sebatan tidak memecahkan kulit, tidak mencederakan badan, tetapi (dibuat) dikhalayak ramai, boleh memalukan pelaku, memberi pengajaran kepada orang lain," katanya.

Pembangunan modal insan

Dalam pada itu, beliau juga mahu kerajaan memberi lebih tumpuan kepada pembinaan modal insan, dan bukan kepada mencapai status pendapatan tinggi semata-mata.

Menurutnya, kejayaan mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi tidak menjamin kestabilannya jika gagal membina modal insan yang baik.

"Tak dinafikan perlu pendapatan tinggi , tetapi tanpa pembangunan insan yang cukup akan membawa kecanggungan dan akan belaku kesilapan-kesilapan yang boleh meruntuhkan pembangunan yang ditegakkan dan akan berlaku yang dikejar tak dapat, yang ada keciciran," katanya lagi.

Beliau turut membawa beberapa contoh kerajaan yang hebat seperti kaum 'Ad, kaum Thamud, dan Firaun.

Namun kesemuanya runtuh akibat sikap melampau pemerintah ekoran lemahnya modal insan.

"Jerman dan Jepun di abad yang dahulu mencapai kemajuan, tetapi ada manusia melampau mencetuskan perang dunia kedua yang bukan sahaja merossakn manusia lain bahkan meruntuhkan negara itu sendiri," katanya. - HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014

Tanah rizab Melayu menyusut tapi usul ditolak

ANIS NAZRI | .
KUALA LUMPUR: PAS melahirkan rasa kesal dengan penolakan usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung isu tanah rizab Melayu yang semakin menyusut.

Bercakap pada sidang media di parlimen, hari ini, Mahfuz beranggapan Yang Dipertua Dewan Rakyat terlepas pandang beberapa perkara yang ditimbulkan beliau dalam usul berkenaan.

Mahfuz berkata speaker memberi alasan yang mengatakan ia tidak perlu dibincangkan di Dewan Rakyat kerana urusan tanah merupakan bidang kuasa kerajaan negeri, yang tidak memerlukan perbincangan di parlimen.

Bagaimanapun, Mahfuz beranggapan usul yang dikemukakan beliau turut menyentuh Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Tanah Rizab Melayu.

"Mungkin speaker terlepas pandang tentang peruntukan yang saya kemukakan itu. Yang mana peruntukan undang-undang yang ada seharusnya melindungi dan mengawalselia tanah-tanah rizab Melayu ini," kata beliau.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar diwujudkan Lembaga Amanah Tanah Rezab Melayu berdasarkan Perkara 89 (5) Perlembagaan Persekutuan bagi mengawalselia jumlah tanah-tanah rizab Melayu yang ada, di samping mempertahankan entiti perkampungan tradisi yang sedia ada.

Katanya, penubuhan lembaga itu dilihat perlu ekoran kegagalan Majlis Tanah Negara (MTN) menjalankan tanggungjawabnya menyelaras dan menasihat negeri-negeri untuk urusan tadbir tanah.

"MTN gagal bertanggungjawab seperti yang diperuntukkan pada Perkara 89 (5) yang memperuntukkan setiap pengambilan tanah perlu diganti semula, sedangkan apa yang berlaku hari ini rakyat dipaksa keluar apabila proses pengambilan tanah berlaku seperti di Kampung Chubadak, Sentul," tegas beliau.

Berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang direkodkan seatakat 2009 telah menyusut kira-kira 12 peratus iaitu seluas 1.6 juta hektar sahaja dari keseluruhan 12.9 juta hektar keluasan tanah di Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, Mahfuz turut mempertimbangkan untuk meneliti semula ruang yang ada bersama peguam bagi membolehkan usul atau isu itu dikemukakan sekali lagi ke Dewan Rakyat.

Beliau turut memberi jaminan untuk menyentuh isu tersebut ketika mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman, terkejut dengan penolakan usul tersebut kerana isu sama pernah dijawab beliau ketika berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Tanah sekitar tahun 1996 dan 1997.

"Saya berpendapat, takkan speaker menggunakan peraturan berbeza? Dulu, saya pernah menjawab soalan yang sama tentang isu ini. Mengapa sekarang tidak boleh? Kita bukan bincang pasal negeri Awang, negeri Dolah tetapi soal Majlis Tanah Negara," kata beliau yang ditemui di lobi.

Beliau mengakui ketika itu memang terdapat sejumlah tanah yang tidak diganti setelah diambil kerajaan bagi urusan pembangunan dan sebagainya. - HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014

Dewan Rakyat kecoh, Noh gelar 'MP burung kakak tua'

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini gamat seketika apabila Datuk Seri Noh Omar membuat beberapa kategori terhadap ahli parlimen yang ada.

Kekecohan bermula apabila Noh mempersoal kenyataan Mohamed Azmin Ali

Sedangkan kata beliau, negeri Selangor ada enakmen jenayah kepada bukan Islam.

Kenyataan itu kemudian dibantah Tian Chua (PKR- Batu) yang meminta Noh berhenti dari membangkitkan soal dalaman negeri, sebaliknya mahu hanya perkara berkait persekutuan dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Menyifatkan Tian Chua tidak faham apa yang dibangkitkannya, Noh terus menempelak beliau.

"Ada ahli parlimen cakap macam burung kakak tua, dia tak tahu apa yang tak tahu dia cakap, contohnya macam (Ahli Parlimen) Batu. Ini kategori pertama," katanya Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

Noh kemudia menggunakan ruang perbahasannya untuk menghuraikan kategori kedua yang menurutnya "bercakap tak pandai tapi nak memandai-mandai".

Kali ini beliau memberi contoh Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof rawa, yang disifatkannya berada dalam kategori kedua itu.

Beliau merujuk kepada kenyataan ketiga-tiga ahli parlimen PAS itu berhubung isu Sisters In Islam (SIS).

Menurut beliau, ketiga-tiga ahli parlimen itu wajar mendapatkan juga penjelasan dari mufti berhubung isu fatwa SIS tersebut.

Kenyataan tersebut menyebabkan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bangun dan berkata "minggu depan saya akan berjumpa Majlis Fatwa".

Tidak berhenti di situ, Noh terus memanaskan lagi keadaan apabila mendakwa Mujahid dan Khalid tidak patuh kepada arahan 'bos' dan Majlis Syura.

Kenyataan itu membuatkan Tian Chua sekali lagi bangun membantah dan mendakwa Noh membuat sangkaan jahat yang cuba menyindir ahli parlimen lain.

Mujahid juga bangun membantah tindakan Noh yang didakwa cuba mengheret dari isu SIS kepada isu parti ke Dewan Rakyat.

"Mengheret isu parti ke dalam dewan ini apa hal... kalau nak cakap bab politik cakap di luar, jangan dalam dewan.

"Saya tak boleh terima kalau dia bercakap tentang parti saya mengikut suka hati dia dan selera hati dia. Ini berniat jahat dan saya mintak beliau tarik balik," tegasnya.

Keadaan itu memaksa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menenangkan keadaan dengan meminta semua duduk dan menamatkan perbahasan Noh. - HARAKAHDAILY 10/11/2014
(PKR-Gombak) selaku Menteri Besar Selangor yang didakwanya cuba menggambarkan 'semua agama bebas apa nak buat'.

Sumber HD - 10-11-2014







Umrah: Senaraikan syarikat berdaftar, elak jemaah ditipu

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS menggesa pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyenaraikan semua syarikat agensi umrah yang berdaftar dengan kementerian itu bagi mengelakkan orang ramai ditipu pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika mengajukan soalan tambahan kepada menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz pada sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat hari ini.

"Kita minta pihak kementerian menyenaraikan syarikat-syarikat yang didaftarkan dengan pihak kementerian dan muasasah.

"Ini penting bagi mengelakkan jemaah umrah daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Nazri dalam jawapannya menganggap gesaan Mahfuz itu sesuatu yang baik dan akan diambil perhatian oleh pihak kementerian.

Beliau terdahulu, turut memaklumkan bahawa terdapat 59 buah syarikat yang berdaftar dengan pihak kementerian dan diberi lesen umrah.

Bagaimanapun kata beliau, syarikat-syarikat berlesen berkenaan juga dibenar membuat kerjasama (MoU) dengan syarikat-syarikat kecil yang lain yang menjadikan jumlah syarikat pengendali umrah ini bertambah.

"Cuma saya mahu ingatkan, 59 syarikat ini yang bertanggungjawab terhadap syarikat-syarikat kecil.

"Apa-apa yang berlaku, kita tidak akan cari syarikat kecil, tapi kita akan cari syarikat-syarikat besar tadi," katanya.

Dalam pada itu, Nazri juga turut menjelaskan kekeliruan, bahawa sebarang masalah termasuk isu penipuan jemaah umrah, bukan di bawah tanggungjawab Tabung Haji tetapi sebaliknya di bawah kementeriannya. - HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014

Malaysia pusat penyeludupan manusia terburuk

HARAKAHDAILY | .


KUALA UMPUR: Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan maklum balas pihak Kementerian terhadap laporan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara pusat penyeludupan manusia terburuk di dunia.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain seperti di bawah.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan apakah pihak Eastern Steel telah mengemukakan laporan terperinci kajian alam sekitar (EIA) bagi tujuan pembinaan kilang mereka di Teluk Kalung, Terengganu dan apakah statusnya sekarang.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah pemerdagangan manusia yang melibatkan wanita dan kanak-kanak yang semakin berleluasa.

Dr Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kewangan menyatakan kejayaan-kejayaan 1MDB semenjak ditubuhkan dan apakah kesan jangka masa panjang spesifik yang diharapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Kewangan menyatakan perbandingan harga tanah (nilai satu kaki persegi) di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Seremban, Ipoh, Kuantan dan Pulau Pinang dari tahun 2010 hingga Jun 2014.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan jenis-jenis dan bahaya racun yang terkandung dalam sayur-sayuran yang dibawa masuk dari Thailand. Apakah langkah-langkah Kementerian dalam memastikan rakyat mendapat sayur-sayuran yang bebas racun. - HARAKAHDAILY 10/11/2014

Sumber HD - 10-11-2014







Kenapa perlu syarikat baharu ganti MAS?

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kenapa perlu ada syarikat baharu untuk menggantikan syarikat penerbangan negara sedangkan kerajaan telah menggariskan 12 pelan memulihkan MAS.

Menurut Mahfuz, syarikat MAS yang sedia ada boleh memainkan peranan untuk mengembalikan semula imej MAS dan tidak perlu wujudnya syarikat baru.

"Melalui 12 plan yang dikemukakan Khazanah Negara, kenapa pemulihan hanya boleh dicapai dengan syarikat baru?

"Kenapa tidak boleh guna syarikat sedia ada? Seolah-olah kita hendak tutup kedai lama kemudian buka kedai baru,"soalnya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini

Sehubungan itu Mahfuz berpendapat unit kejuruteraan MAS yang banyak menanggung sebahagian hasil MAS telah berjaya mendapat hasil RM475 juta dan ianya boleh menampung gaji kakitangan MAS.

"Saya tidak lihat kedudukan unit ini dalam 12 plan pemulihan. Adakah ianya dikekalkan atau akan dijadikan syarikat persendirian,"soalnya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam pada itu memberitahu dua syarikat yang telah menandatangani MOU dengan Khazanah antaranya Sicom Berhad dan Tech Mahindra ICT Service. - HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014

Berapa statistik kadar jenayah terkini seluruh negara

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik kadar jenayah terkini di seluruh negara termasuk gejala sosial seperti buang bayi, rogol, zina dan sebagainya serta langkah-langkah pencegahannya.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan jenis-jenis program dan latihan kemahiran yang dijalankan sekarang bagi melatih Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam melahirkan usahawan yang boleh memaksimumkan penggunaan Internet sebagai platform perniagaan.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan drastik yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap pencerobohan perairan oleh nelayan Vietnam. Berapakah kes yang telah diheret kepada pendakwaan membabitkan penyalahgunaan permit dan lesen oleh pemilik permit dan lesen kalangan rakyat Malaysia.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan langkah Kerajaan untuk memendekkan senarai menunggu jemaah haji terutama yang sudah berumur.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah bilangan peserta Program Siswazah Perantis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dari kawasan Parlimen Bukit Gantang sehingga tahun 2013. - HARAKAHDAILY 6/11/2014

Sumber HD - 6-11-2014







Mana hospital: Sekarang kurang duit, kata menteri

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menegaskan kerajaan kekurangan duit apabila ahli parlimen membangkitkan masalah pembinaan hospital di kawasan masing-masing.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan tindakan kerajaan yang
menangguhkan pembinaan Kospital Pendang ke RMK11 sedangkan sepatutnya dibina dalam RMK10 berdasarkan papan tanda yang terpacak di tapak pembinaan.

"Agak hairan, sepatutnya pembinaan hospital sudah berjalan dan papan tanda pun sudah ada tetapi tiba-tiba kerajaan kata projek itu dalam RMK11. Apa masalah sebenarnya," soal Mahfuz ketika mencelah pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di bawah Kementerian Kesihatan.

"Masalah sekarang kurang duit," kata S. Subramaniam.

Menurut Mahfuz, kerajaan tidak sepatutnya menabur harapan kepada rakyat dengan memacak papan tanda kononya hospital akan dibina.

"Lebih baik tidak payah pacak papan tanda. Ini membuatkan rakyat menaruh harapan tinggi. Ini sama apa yang disebut Bintulu kementerian 'kong kali kong'," ujar beliau.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye turut bangkit mempertikaikan jawapan menteri berkenaan.

"Alasan kurang duit, saya tidak berpuas hati," katanya yang turut membangkitkan masalah Hospital Seri Iskandar.

Malah beliau turut percaya masalah tidak ada duit akan berterusan kerana projek tidak berjalan mengikut jadual asal.

"Apabila projek tangguh, Pendang minta, Gopeng pun minta, masalah duit akan berterusan," katanya.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut meminta Kementerian Kesihatan agar memasukkan pembinaan Hospital di Sepang dalam RMK11. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Sumber HD - 5-11-2014

Persempadanan pilihan raya mestilah sekata

ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mematuhi prinsip Persempadanan Adil, Parlimen Efektif dalam merangka persempadanan semula akhir tahun ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, berkata persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu mengambilkira wajaran kawasan luar bandar dan juga memenuhi prinsip 'satu orang, satu undi'.

Berkata pada sidang media di parlimen, hari ini, Mujahid berkata prinsip tersebut bersesuaian dengan syor ke-20 Jawatankuasa Pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

"SPR mesti akur kepada syor parlimen ini dan menghapuskan gejala pembahagian tidak sekata (malapportionment) dan persempadanan tidak adil (gerrymandering)," kata beliau.

Manakala, di bawah prinsip parlimen efektif, SPR perlu meyakinkan rakyat bagaimanakah parlimen akan menjadi efektif dengan pertambahan kerusi dengan suara wakil rakyat menjadi terbatas di Dewan Rakyat.

Tambah beliau, jika parlimen menjadi terlalu besar, peranan dan fungsi wakil rakyat berkurangan, di samping kesukaran menuntut peruntukan bagi kawasan diwakili mereka.

Sementara itu, Mujahid yang dilantik kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mewakili negeri itu dalam urusan persempadanan semula menegaskan pihaknya akan menasihati kerajaan negeri dalam menilai cadangan persempadanan kerusi parlimen dan Dun berasaskan dua prinsip di atas.

Selain Mujahid, kerajaan negeri Pulau Pinang turut melantik Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik bagi mewakili DAP dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin bagi pihak PKR. – HARAKAHDAILY 5/11/2014

YB Dr MR - http://www.youtube.com/watch?v=39bAlY6s28U&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Sumber HD - 5-11-2014







Halal, haram: PAS gesa Jakim guna media sosial

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menentukan soal halal dan haram perlu bersifat progresif dan aktif dalam menyalurkan maklumat melalui media sosial.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, Jakim boleh memanfaatkan media sosial 'facebook' untuk menyebarkan maklumat setiap hari apabila ada sesuatu kemusykilan yang ditimbulkan oleh orang Islam.

"Misalnya Jakim 'update' setiap hari. Sebab boleh dikatakan ada sahaja maklumat di Facebook dan menjadi viral seperti mi haram, kilang kotor menyebabkan umat Islam tertanya-tanya.

"Pegawai Jakim yang berkhidmat boleh 'update' di laman Facebook Jakim, "katanya dalam soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Tambahnya, Jakim perlu mempergiatkan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat yang mendapat sijil halal Jakim.

Ini kerana katanya, pada awalnya syarikat-syarikat ini mematuhi SOP daripada Jakim tetapi lama kelamaan mereka tidak lagi menghiraukan SOP itu.

"Penguatkuasaan itu penting, dan Jakim perlu aktif dalam melakukan penguatkuasaan," ujarnya.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom memberitahu berdasarkan SOP yang ditetapkan paling tidak setahun sekali Jakim perlu membuat pemeriksaan ke kilang-kilang yang mendapat sijil halal. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Sumber HD - 5-11-2014

Berapa belanja projek inovasi, apa dijual ke luar negara

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Utaz Idris Ahmad minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan berapakah Kerajaan membelanjakan wang untuk projek inovasi, dan apakah contoh hasil inovasi yang dijual ke negara luar.

Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada persidangan hari ini seperti di bawah.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan apakah tindakan yang berkesan Kementerian dalam mengatasi kecetekan muara Sungai Kemasin yang dulunya menjadi tempat pendaratan utama ikan di kawasan Bachok. Berapakah kes kemalangan melibatkan bot nelayan akibat kecetekan dan anggaran kerugian semenjak tahun 2000 hingga kini.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan sejauh mana pencapaian atlet-atlet Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2014 berbanding sasaran yang diletakkan.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah yang telah dibuat bagi meningkatkan keupayaan sumber manusia dan kebolehpasaran graduan. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Sumber HD - 5-11-2014







Takkan nak tunggu jambatan keretapi roboh - Zailah

ANIS NAZRI | .



KUALA LUMPUR: PAS kecewa kenyataan menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang disifatkan tidak prihatin berhubung keselamatan pengguna kereta api, khususnya pengguna pengangkutan awam itu di bahagian pantai timur.


Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff menzahirkan kekecewaan itu di Dewan Rakyat hari ini selepas Tiong Lai menyatakan buat masa ini kereta api akan dipandu perlahan apabila melalui laluan-laluan khususnya jambatan yang rosak.

Siti Zailah yang bingkas bangkit sambil menegaskan kerajaan seharusnya membaiki segala kerosakan jambatan sepanjang laluan kereta api tanpa menunggu tragedi berlaku.

"Kenapa kerajaan tidak membaiki jambatan yang rosak. Kalau kereta api dipandu perlahan pun, ia tetap tidak selamat kerana laluan rosak.

"Bukan masalah dipandu laju atau perlahan. Takkan nak tunggu roboh dulu, baru hendak baiki?" soal Siti Zailah dalam nada tegas.

Sebelum itu, Siti Zailah meminta kementerian segera membaiki laluan-laluan yang didapati rosak, khususnya di jambatan-jambatan yang diakui kerosakannya ketika mendapat jawapan menteri pada sesi parlimen sebelum ini.

Beliau juga bertanya sama ada kementerian berhasrat untuk membuat landasan kereta api laju bagi menghubungkan Kuala Lumpur - Tumpat, sebagaimana yang dilakukan di Pantai Barat.

"Apakah tindakan langkah panjang untuk landasan kereta api ini, memandangkan perjalanan dari Kuala Lumpur-Tumpat memakan masa 11 jam yang dilihat tidak sesuai," soal beliau. - HARAKAHDAILY 4/11/2014

Sumber HD - 4-11-2014

Mais digesa jelaskan takrif liberalisma, pluralisma

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS menggesa takrifan liberalisma dan pluralisma yang difatwa dan digazetkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) perlu dijelaskan bagi memelihara kemurnian makna Islam yang sebenar.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, takrifan liberalisma dan pluralisma tidak dijelaskan sama ada ia merujuk kepada menyatakan semua agama adalah sama atau merujuk kepada kepercayaan bahawa kebenaran itu adalah kebenaran relatif dalam membuat perbandingan antara agama.

"Adakah liberalisma dan pluralisma merujuk kepada kepercayaan semua aspek agama bersifat inklusif dalam hubungan antara agama ataukah inklusif dari sudut moral tetapi eksklusif dari sudut aqidah masing-masing?

"Pengertian itu tidak dizahirkan dalam fatwa, perkara ini perlu dijelaskan," katanya.

Beliau turut mempersoalkan adakah pihak Mais telah berdialog dengan pihak yang dikatakan mengamalkan pluralisma dan liberalisma sebelum sesuatu tindakan diambil ke atas mereka.

Bahkan katanya, implikasi fatwa itu kepada pandangan-pandangan berbagai dalam memahami hubungan antara agama boleh disalahertikan sebagai pluralisma dan liberalisma tanpa satu pentakrifan yang mantap dan membuka ruang untuk berbeza pandangan dalam lingkungan yang diizinkan.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turut memohon pihak pembuat fatwa tidak terburu-buru membuat justifikasi kepada pihak yang dikatakan mengamalkan pluralisma dan liberalisma.

"Ini, supaya ada ruang untuk dibetulkan salah faham mereka (jika ada) melalui dialog dan persefahaman," ujarnya.

Mereka turut bersedia untuk membantu dan menyokong proses dialog dijalankan dengan pihak terlibat berpandu kepada firman Allah dalam surah An Nahl, ayat 125 yang bermaksud: Dan serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dia mengetahui siapakah yang tergolong di kalangan yang mendapat petunjuk.

Dalam sidang media yang sama Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, Islam menyuruh umatnya berfikir dan berdialog terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fatwa.

"Kita lihat fatwa yang diberikan terlalu drastik. Kita kena lihat negara ini rakyat ada kebebasan bercakap selagi mana kebebasan tidak mengganggu ketenteraman awam. Kena ada langkah sebelum keluarkan fatwa," katanya. - HARAKAHDAILY 4/11/2014


Sumber HD - 4-11-2014







Rakyat Malaysia terlibat dengan ISIL, ada fatwa?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan apa-apa fatwa berkaitan dengan penglibatan rakyat Malaysia dalam konflik bersenjata di Syria dan Iraq, termasuklah mereka yang terlibat dengan Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL).

Demikian soalan yang dikemukakan oleh Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri menyatakan adakah Proton akan bekerjasama dengan Syarikat Honda sebagai rakan kongsi dalam mengeluarkan kereta Model baru memandangkan Proton Perdana adalah 100% dari Honda Accord.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan apakah jenis bantuan segera yang boleh diberikan kepada golongan wanita yang baru kematian suami dan mereka juga tiada pekerjaan serta menanggung anak yang ramai.

Dr Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah pencarum PERKESO yang terkini, caruman bulanan yang dikumpulkan serta jumlah bayaran ilat dan saraan kepada pencarum yang dikeluarkan setiap bulan. Apakah jumlah dana PERKESO sekarang.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah Kementerian akan mendirikan hospital di Parlimen Sepang yang mana tapak hospital telah diperuntukkan di Bandar Baru Salak Tingi.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Kewangan menyatakan status tuntutan semula pinjaman kewangan yang telah diberikan kepada Syarikat Nasional Feedlot Corporation (NFC).

Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:-
(a) adakah Kerajaan sedar bahawa Pantai Cahaya Bulan telah pun diiktiraf sebagai lokasi pelancongan pilihan rakyat tempatan dan luar negara; dan
(b) bagaimanakah perkembangan rancangan menaik taraf dan melebarkan jalan raya dari Kota Bharu ke Pantai Cahaya Bulan.

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perkembangan terkini daripada projek-projek ECER (East Coast Economic Corridor) di negeri Kelantan. Berapa banyak RM (Ringgit Malaysia) yang telah dibelanjakan untuk menjayakan projek-projek ini dan adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan peruntukan dan tumpuan yang lebih memandangkan kemerosotan dalam pelaksanaan program ini. - HARAKAHDAILY 4/11/2014

Sumber HD - 4-11-2014  

Kritikal: Najib patut letak jawatan Menteri Kewangan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memerlukan Menteri Kewangan sepenuh masa dalam keadaan ekonomi negara yang kritikal ketika ini, demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Justeru, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak patut melepaskan jawatan Menteri Kewangan atas sebab timbulnya situasi berpusat terlalu banyak kuasa di bawah Perdana Menteri dan menimbulkan konflik berkepentingan.

Bahkan katanya terlalu banyak masalah negara yang memerlukan perhatian serta tindakan khusus Perdana Menteri seperti masalah perkauman, masalah isu agama, jenayah yang tinggi, masalah tidak tercapai status negara maju pada 2020 dan masalah ekonomi keseluruhannya yang semakin meruncing.

"Oleh itu, ada baiknya Datuk Seri Najib melepaskan jawatan Menteri Kewangan bagi menumpukan kepada masalah-masalah besar lain," katanya dalam sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Beliau bekata demikian merujuk satu surat daripada Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang diedarkan kepada Ahli Parlimen.

Tambahnya, kerajaan tidak perlu melantik perunding luar antarabangsa yang menghabiskan beratus juta ringgit tanpa berjaya menyelesaikan masalah.

"Tengku Razaleigh yang merupakan ahli Umno serta memahami masalah sebenar negara. Mempunyai pengalaman luas dan dikenali serta dihormati dunia antarabangsa dan tempatan," katanya.

Khamis lalu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan dalam suratnya menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan GST kerana bimbang prospek ekonomi negara. - HARAKAHDAILY3/11/2014

Sumber HD - 3-11-2014







Bukan alasan naik harga minyak, harga dunia jatuh

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Alasan kerajaan bahawa harga minyak perlu dinaikkan kerana bebanan subsidi yang tinggi tidak lagi benar akibat kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Justeru, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerajaan wajar menyemak semula harga petrol dan diesel yang ditetapkan sejajar dengan harga minyak mentah di pasaran dunia yang terus jatuh.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Harga minyak mentah di pasaran dunia yang terus jatuh mewajarkan semakan semula harga petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan.

Di samping itu, fenomena harga minyak mentah dunia yang dijangka kekal pada paras yang lebih rendah memerlukan penilaian semula kepada beberapa dasar menaikkan harga petrol dan diesel yang selama ini dijalankan secara agresif oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Harga minyak mentah dunia yang berlegar sekitar USD$105 ke USD$108 setong di antara Mei hingga Ogos tahun ini (rujukan harga piawai Brent) tiba-tiba mula jatuh bermula Ogos. Ia jatuh dari paras USD$105 setong ke USD$85 setong pada awal Oktober dan kekal pada paras itu sehingga kini.

Penganalisa pasaran minyak mentah dunia turut meramalkan bahawa harga minyak mentah akan kekal sekitar paras itu bagi tempoh yang lebih lama sehingga ke tahun 2015.

Dalam sidang Parlimen minggu lepas, saya telah menanyakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong apakah kerajaan bersedia untuk menurunkan harga petrol dan diesel mengambil kira tekanan inflasi yang membebankan rakyat serta harga minyak mentah yang semakin susut di pasaran antarabangsa. Beliau tidak memberi komitmen sekadar menyebut kerajaan sedang memantau keadaan.

Saya telah membuat analisa jumlah subsidi petrol dan diesel yang akan ditanggung kerajaan sekiranya harga minyak mentah kekal pada harga sekitar USD$85 setong sehingga ke tahun 2015.

Bagi suku terakhir tahun ini, kerajaan akan menjimatkan RM1.45 bilion dalam bentuk subsidi yang tidak perlu dibayar kerana harga minyak mentah yang lebih rendah menyebabkan kos pengeluaran petrol dan diesel juga lebih rendah.

Jumlah subsidi petrol dan diesel bagi tahun 2015 pula dijangka berjumlah hanya RM9.5 bilion (jika harga minyak mentah kekal pada paras USD$85 setong) iaitu penjimatan sebanyak RM4.2 bilion dari jumlah subsidi bagi tahun 2014 yang dijangkakan berjumlah RM13.7 bilion.

Ini bermakna, alasan bahawa harga minyak perlu dinaikkan kerana bebanan subsidi yang tinggi tidak lagi benar akibat kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Jika kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel apabila jumlah subsidi meningkat, bukankan apabila jumlah subsidi turun dengan mendadak maka beban rakyat yang disebabkan oleh kenaikan harga petrol dan diesel itu boleh dikurangkan dengan menurunkan pula harga petrol dan diesel?

Penjimatan sebanyak RM1.45 bilion bagi suku terakhir tahun ini dan RM4.2 bilion yang dijangka bagi tahun 2015 itu perlulah dipulangkan kepada rakyat dan bukannya disimpan sebagai peruntukan untuk dibelanjakan oleh Perdana Menteri dan menteri-menterinya.

Keengganan Datuk Seri Najib untuk memulangkan penjimatan ini kepada rakyat akan terus menjejaskan populariti beliau yang sudah pun merudum kerana keputusan-keputusan yang menaikkan harga barang dan membebankan rakyat. - HARAKAHDAILY 3/11/2014

Sumber HD - 3-11-2014

PAS tanya status Kg Chubadak Tambahan di parlimen

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan diminta menyatakan status Kg. Chubadak Tambahan serta kampung-kampung lain di Wilayah Persekutuan.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari ini seperti di bawah.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-
(a) apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang teruk di simpang empat Dengkil di Lebuh Raya Dengkil-Bangi; dan
(b) adakah Kementerian menimbangkan pembinaan 'flyover' di persimpangan tersebut dan akan membina hentian R&R di lebuh raya tersebut bagi kemudahan pengguna lebuh raya tersebut.

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan tentang pengeluaran buah-buahan tempatan yang berlebihan pada tahun ini sehingga petani menghadapi masalah tidak dapat memasarkannya. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi lambakan buah-buahan ini yang berlaku pada setiap tahun dan adakah tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah ini.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan adakah benar Akta Hasutan akan dimansuhkan dan sekiranya benar, bila.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan adakah Kementerian menyediakan penerangan atau syarat-syarat tertentu kepada pelancong asing agar mereka mesti menjaga ketenteraman dan kesopanan di dalam negara.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mengawal kualiti udara di negara ini yang sering kali mengalami bacaan Indeks Pencemaran Udara yang kurang sihat. - HARAKAHDAILY 3/11/2014

Sumber HD - 3-11-2014







Hasil negeri: Kerajaan Pusat jangan jadi seperti penjajah

WAN HASSAN MOHD RAMLI | .

SAYA mengucapkan terima kasih kerana keizinan yang diberi kepada saya untuk membahaskan rang undang-undang Perbelanjaan 2015 yang melibatkan Bajet 2015 ini dengan mengambil perkara yang paling asas apabila kita membincangkan soal harta di dalam Islam dua perkara asas yang diberi perhatian. “Dari mana perolehan itu dan ke mana dibelanjakan”. Asas yang penting ini ialah supaya kita melihat kepada apa yang disebut daripada kutipan hasil kerajaan selain dari Wilayah Persekutuan.

Kerajaan mengambil hasil dari cukai langsung, cukai tidak langsung dan hasil bukan cukai yang kita melihat datang daripada negeri-negeri sama ada dari sumber alam, petroleum, gas, kelapa sawit, bijih besi, bijih timah melalui duti-duti eksport dan cukai-cukai yang dibayar ataupun daripada hasil cukai pendapatan dan lain-lain yang dibayar oleh rakyat.

Lalu kita melihat pada masa perbelanjaan itu sebahagian dari negeri-negeri yang mengeluarkan sumber-sumber alam seperti Terengganu dengan sumber petroleum dan gas, bagaimana keadaan kedudukan negeri setelah pulangan hasil yang dikutip oleh Kerajaan Pusat kembali kepada pembangunan negeri tersebut.

Inilah yang selalu kita dengar daripada rintihan Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak. Walaupun merupakan negeri yang menjadi pengeluar hasil petroleum dan gas yang juga menjadi penyumbang terbesar kepada hasil negara tetapi rintihan-rintihan itu sentiasa disebut pada tiap kali ucapan dibuat.

Saya hendak ingatkan ini supaya kita melihat apa yang pernah berlaku di Terengganu. Ada dua Dun (Dewan Undangan Negeri) kawasan yang mengambil nama daripada pengeluaran hasil sumber alam dan masih ada nama Dun tersebut.

Pertama ialah Dun Bukit Besi yang mengeluarkan hasil bijih besi sebagai sumber utama dan apabila dieksport, duti eksport dikutip oleh Kerajaan Persekutuan tetapi apabila habis hasil tersebut, kita melihat Dun Bukit Besi daripada kerana masyhur namanya hanyalah disebut dengan Bandar Bukit Besi menjadi Dun dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu tetapi tiada pembangunan yang dibuat walaupun berada dalam Wilayah KETENGAH dengan peruntukan yang besar diberi.

Ini kerana dari apa yang berlaku ini ia menjadi sejarah yang perlu kita ambil pengajaran bagaimana sumber hasil yang dikutip oleh kerajaan pusat tetapi tidak kembali secara sempurna dalam pembangunan kepada negeri yang berkenaan.

Kedua ialah Dun Rantau Abang. Masyhur Rantau Abang ini sehingga pelancong- pelancong datang dan menjadi hasil kutipan besar kepada Kerajaan Persekutuan tetapi setelah habis pelancongan yang berlaku di Dun Rantau Abang ini, kita lihat bagaimana pembangunan yang berlaku di Rantau Abang. Inilah perkara yang perlu kita beri perhatian kepada sumber yang kita ambil dan belanja itu mesti juga dilihat kepada keluasan hasil yang diperoleh dari tempat yang dikutip.

Saya sangat bimbang bagaimana kedudukan Kerteh di Terengganu sekarang ini kerana sumbangan hasil petroleum dan gas yang kalau sampai satu masa lupus dan lumpuh, pembangunan di Kerteh itu tidak melambangkan ia pernah menjadi kawasan petroleum dan gas. Sebabnya saya bangkitkan perkara ini ialah supaya kita melihat bagaimana sepatutnya Terengganu mendapat pembangunan dari sumber-sumber hasil dan sumber alam yang pernah disumbangkan sebagai hasil kepada Kerajaan Persekutuan.

Di antara soalan yang saya sempat tanyakan dalam persidangan pada kali ini iaitu pada 9 Oktober yang lalu walaupun tidak dimasukkan dalam soalan yang sempat dijawab secara lisan tetapi diberi jawab secara bertulis dalam bentuk soalan lisan ini ialah satu projek Kereta api Kerteh - Kuantan yang bermula pada 1 April 2004 dan telah ditamatkan pada 1 Oktober 2010 di bawah seliaan Petronas setelah beroperasi selama enam tahun dengan kos pembinaan - saya difahamkan RM800 juta, lalu apakah kesan dan hasil yang diperoleh darinya?

Ini kerana sepatutnya, ia menjadi pembinaan yang membawa kepada asas perhubungan kereta api di Terengganu. Lalu dijawab akan dijadikan sebagai suatu projek asas kepada projek perhubungan kereta api Terengganu.

Akan tetapi kalau kita melihat kepada jawapan yang diberi ini, kita melihat bagaimana usaha-usaha yang diambil sedangkan sebahagian dari paku-pakunya telah hilang dicuri dan ada rel kereta api yang dicuri, dijual menyebabkan kos projek RM800 juta yang saya difahamkan ini, bagaimana hendak dijadikan asas kepada pembangunan yang melibatkan perhubungan kereta api di Terengganu.

Ini kerana satu-satunya negeri di Terengganu ini ialah negeri yang tidak mempunyai perhubungan kereta api ini, padahal menjadi sumber hasil sebahagiannya besar kepada Kerajaan Persekutuan. Sebab itu kita melihat dalam rintihan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen kita sangat memahami. Jangan kita jadi seperti penjajah. Penjajah membawa balik hasil pulangan negara ini ke negara mereka. Kemudian, meninggalkan negara-negara jajahan menjadi miskin.

Sepatutnya kita bersikap dengan sikap federalisme iaitu kita berbelanja kepada negeri yang mendatangkan hasil itu supaya jangan negeri-negeri ini termasuk dalam golongan negeri miskin. Penting untuk kita ingatkan ini kerana ayat al-Quranul Karim inilah yang menyebabkan berbelanja mestilah melihat kepada hasil yang diperoleh dari keluaran hasil itu. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, “Tegaknya dunia ini dengan empat, (dengan keadilan pemerintah)”.

Perkara pertama ialah adil dalam mengagihkan pendapatan dan adil dalam perbelanjaan supaya kita meletakkan asas ini melihat kepada apa yang kita lakukan itu akan menghasilkan bila kita maju dalam tahun 2020.

Ia bukan sahaja Malaysia maju tetapi juga negeri-negeri turut menjadi maju. Sedangkan kita melihat pembentangan dalam Bajet 2015 ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, banyak projek-projek yang melibatkan projek yang hendak dibuat, projek-projek besar melibatkan pembinaan lebuh raya-lebuh raya ialah di kawasan yang melibatkan di kawasan Lembah Klang dan sebahagian dari hubungan negeri- negeri yang telah maju juga High Speed Railway System, kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura dengan tidak melihat ada negeri di Semenanjung ini yang tidak mempunyai perkhidmatan kereta api. Sepatutnya kita mesti melihat dalam kita berbelanja ini memberikan perhatian kepada soal yang penting ini.

Kedua ialah berkaitan dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan iaitu pembinaan pusat percetakan kedua terbesar di dunia dalam percetakan al-Quran di Putrajaya. Saya hendak ingatkan, pernah Nabi Muhammad SAW mengadu kepada Allah SWT dalam perkara al-Quran ini, yang bermaksud, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan”.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menghuraikan, apakah yang dimaksudkan dengan al-Quran yang ditinggalkan itu ialah: (i) ditinggalkan membacanya; (ii) ditinggalkan dalam memahami maknanya; (iii) meninggalkan mempelajari tafsirnya; (iv) ditinggalkan memperjuangkan hukum-hukumnya; dan (v) ditinggalkan menjadi ubat kepada penyakit masyarakat.

Masyarakat kita hari ini menghadapi penyakit masalah sosial yang sangat serius terutamanya di kalangan remaja yang melibatkan dadah, rempit, rampas, rompak, curi, rogol, dan lain-lain yang sepatutnya bukan sahaja kita berbangga kerana menjadi pencetak al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi tetapi juga bagaimana kita hendak menggunakan al-Quran ini untuk menjadi ubat kepada penyakit masyarakat?

Kejayaan yang sangat besar dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam kajian ialah menggunakan al-Quran dalam mengubati penyakit masyarakat Arab sehingga berjaya mengubah mereka dari sejahat-jahat umat menjadi sebaik-baik ummah seperti kenyataan al-Quran, Khaira Ummah yang disebut yang bermaksud, “Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan menjadi manusia”. Lalu dikaji apakah kajian kejayaannya. Kejayaannya ialah kerana al-Quranul Karim yang menjadi ubat kepada penyakit masyarakat. Oleh sebab itu kalau kita melihat di dalam al-Quran itu kita akan melihat dan menilai bagaimananya pentingnya kita gunakan untuk mengubati penyakit masyarakat itu.

Ketiga, saya ingin menyentuh tentang peruntukan bajet yang melibatkan RM711 juta kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, Permata dan Tabika Perpaduan. Dulunya Permata mendapat secara khusus. Tahun 2010 sebanyak RM100 juta peruntukan, tahun 2011 sebanyak RM111 juta, peruntukan secara khusus. Akan tetapi dalam Bajet 2015 ini dirangkumkan sekali kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, Permata dan juga Tabika Perpaduan. Saya ingin bertanya berapakah jumlah yang diperoleh oleh Permata ini dari jumlah RM711 juta ini. Huraikan juga aset-aset Permata. Berapakah jumlah tanah negeri-negeri yang diperoleh, bangunan-bangunan kepada Permata ini di negeri-negeri, guru-guru, pelajar-pelajar, program-program, perbelanjaan-perbelanjaan dan kalau ada yuran- yuran pendaftaran kemasukan dan juga yuran bulanan yang dikenakan.

Yang akhir ialah soal belia dan sukan. Dalam soal kita membicarakan belia ini, kita ada dua kelompok belia. Satu, belia yang berpersatuan, sama ada dalam persatuan belia, persatuan sukan, persatuan beruniform dan lain- lain tetapi mereka ada persatuan.

Ada juga persatuan yang aktif, sihat, ada persatuan yang sakit dan ada persatuan yang mati. Akan tetapi itu kita boleh urus kerana mereka ada pendaftaran, kita boleh minta laporan, kita boleh suntik kewangan yang diperlukan, kita boleh tanya program. Soal yang penting ialah bagaimana belia yang tiada dalam persatuan.

Dalam jumlah yang sangat ramai bagaimana soal yang melibatkan masalah dadah di kalangan belia, yang melibatkan rempit di kalangan belia, yang melibatkan soal-soal masalah sosial yang lain. Apakah usaha-usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menangani masalah belia yang tidak ada persatuan atau yang tidak berpersatuan ini.

Kemudian akhirnya sukan. Saya ingin untuk mendapat maklumat berkaitan dengan pembangunan sukan-sukan teras di Malaysia. Oleh sebab soal pembangunan fizikal, stadium dan lain-lain kita mempunyai kedudukan yang boleh dikatakan sama hebat dengan negara- negara lain.

Sebagai contoh bola sepak. Kalau kita melihat sukan teras bola sepak yang sangat diminati ramai, pembangunan stadium kita menyamai negara-negara yang maju dalam soal bola sepak ini. Stadium kita mungkin boleh sama dengan negara Jerman, Itali, Brazil, Argentina dan lain-lain. Akan tetapi soal pembangunan sukan bola sepak itu yang mesti diberi perhatian. Ini kerana sukan dengan belia ini sangat berkait rapat.

Di waktu sukan kita maju, dalam sukan-sukan teras yang melibatkan bola sepak, takraw, hoki dan badminton. Bila sukan maju belia kita mempunyai masa untuk bersukan kerana kemajuan yang ada dalam bidang sukan, kita dapati pada masa itu, tahun 70-an, tahun 80-an masalah dadah di kalangan belia dan remaja tidak ada. Akan tetapi sekarang bila sukan kita jatuh maka kita dapati peralihan oleh golongan remaja dalam mengisi kekosongan jiwa mereka diambil alih oleh perkara-perkara lain yang tidak membawa faedah bahkan memusnahkan generasi.

Oleh sebab itu saya pohon Kementerian Belia dan Sukan memperincikan apakah sebenarnya pembangunan-pembangunan sukan. Sukan teras secara khusus yang boleh memberikan impak, mengembalikan semula bagaimana kemasyhuran negara dalam sukan teras ini.

Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua dan mudah-mudahan kita dapat melihat apa yang dicadangkan ini menjadi kenyataan, memberikan perhatian. Ini supaya kita benar-benar melihat negara kita ini bukan sahaja menjadi negara maju tetapi juga mengheret negeri-negeri yang menjadi penyumbang menjadi negeri maju. - HARAKAHDAILY 31/10/2014

Petikan ucapan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli semasa membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2014.

Sumber HD - 31-10-2014

Tangguh dakwaan Akta Hasutan, tunggu akta baru

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan menangguhkan semua pendakwaan berkaitan Akta Hasutan sehingga akta baharu digubal bersesuaian dengan janji Perdana Menteri untuk memansuhkan akta itu.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md. Ramli, berkata penangguhan tersebut perlu bagi menunjukkan Malaysia benar-benar menghormati kebebasan rakyat untuk bersuara sebagaimana yang tertakluk di bawah perlembagaan.

"Pandangan dunia terhadap Malaysia dengan duduknya Malaysia dalam Majlis Keselamatan PBB adalah satu penghormatan. Dan kita sebagai negara yang dianggap majuseharusnya memberikan gambaran yang baik bahawa kebebasan bersuara, hak asasi manusia diberikan kepada rakyat," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2015, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang menjanjikan untuk memansuhkan akta itu sangat menarik dan mendapat sokongan serta sambutan daripada rakyat.
Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Namun, kata Dr Hatta belum pun Akta Keharmonian Nasional yang dikatakan bakal menggantikan akta drakonian digubal, semakin banyak pula kes-kes yang digunakan di bawah Akta Hasutan.

"Ini memberikan gambaran bahawa terdapat tekanan terhadap rakyat di negara ini melalui akta ini.

"Justeru, saya mencadangkan semua pendakwaan dihentikan kalau pun tidak ditarik, sementara menunggu rayuan terhadap kes tersebut dan sementara menunggu kelulusan akta yang baru yang telah dijanjikan Perdana Menteri," katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihan raya PAS. - HARAKAHDAILY 30/10/2014

Sumber HD - 30-10-2014







K'jaan digesa perjelas tahap keselamatan kem latihan di Jelebu

ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan behubung tahap keselamatan semasa sebuah kem latihan di Jelebu, termasuk peralatan yang digunakan untuk menjalankan latihan fizikal terhadap pelatih.

Persoalan itu dibangkitkan ekoran kematian seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Jun lalu di kem itu, yang berpunca dari alatan pelampung yang tidak disahkan keselamatannya.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Md. Ramli ketika membahaskan Bajet 2015, di Dewan Rakyat hari ini meminta jaminan sama ada kem tersebut masih selamat digunakan atau sebaliknya.

"Saya mohon penjelasan kerajaan, adakah kem itu selamat atau masih lagi menggunakan alatan yang belum disahkan keselamatannya," soal beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Dr. Hatta juga berkata penjelasan itu perlu dijawab segera memandangkan tiada sebarang siasatan lanjutan dibuat biarpun laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut.

Beliau turut meminta kerajaan agar melihat kembali keupayaan UPNM yang dikatakan memiliki prestasi yang kurang baik, dengan keadaan pensyarah yang tidak dapat kedudukan yang baik, serta kursus-kursus yang dikatakan tidak diiktiraf.

Dalam pada itu, Dr. Hatta juga meminta kerajaan agar segera menyelesaikan kerja-kerja pembinaan lebuh raya Merapoh, di Kuala Lipis bagi memudahkan pengguna yang ke Kelantan.

"Sudah enam tahun saya berulang ke Kuala Krai -Kuala Lumpur, melalui Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang. Tidak nampak sebarang pembinaan lebuh raya. Tak tahulah kalau dalam hutan, saya tak nampak.

"Yang boleh dilalui ketika ini lebih kurang 12 kilometer sahaja. Harap kerajaan segerakan pembinaan lebuh raya ini bagi memudahkan pengguna yang ingin ke Kelantan," kata beliau. - HARAKAHDAILY 30/10/2014

Sumber HD - 30-10-2014







Hari berkabung negara tepati Majlis Fatwa Kebangsaan?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Dungun, Wan Hasan Mohd Ramli meminta Perdana Menteri menyatakan adakah program perkabungan negara dan bertafakur pada 22 Ogos 2014 bertepatan dengan fatwa majlis fatwa kebangsaan.

Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Kerajaan mengisytiharkan 22 Ogos lalu sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Soalan ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari ini sebagaimana di bawah.

Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad [Pasir Puteh] minta Menteri Kesihatan menyatakan bagaimana serta apakah pendekatan yang diguna oleh Kementerian bagi mengawal pengamal perubatan tradisional dan perubatan alternatif yang kelihatan begitu meluas pengamalannya dalam masyarakat di Malaysia. Apakah usaha Kerajaan untuk membendung penipuan dalam kaedah pengubatan ini.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan apakah langkah-langkah di ambil bagi mengawal pergerakan nelayan warga-warga asing yang menggunakan kemudahan pelabuhan Chendering di Kuala Terengganu supaya aktiviti-aktiviti mereka tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai dan rakyat tempatan Malaysia.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kriteria pengesahan dan kenaikan pangkat seseorang Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim di Malaysia.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah Kementerian telah memikirkan baik buruk dari segi keselamatan negara apabila membuat keputusan untuk menjual tapak-tapak Pengkalan Tentera Darat dan Udara kepada swasta.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) secara terperinci apakah prosedur dan/atau garis panduan yang ditetapkan dalam penyediaan dan penjagaan soalan-soalan kertas UPSR sama ada sebelum dan selepas penyediaan soalan-soalan tersebut; dan
(b) berapakah kos keseluruhan secara terperinci yang ditanggung oleh Kementerian akibat kebocoran kertas- kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR tersebut. - HARAKAHDAILY 30/10/2014

Sumber HD - 30-10-2014







Pusat hanya kaut hasil negeri tetapi tiada pembangunan

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat sepatutnya bersikap federalisme dalam berbelanja agar negeri-negeri yang mengeluarkan sumber alam tidak menjadi negeri termiskin, tegas Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Katanya, walaupun sesetengah negeri yang mengeluarkan sumber alam seperti Terengganu menghasilkan petroleum masih dikategorikan negeri yang miskin.

"Bagaimana kedudukan negeri setelah hasil yang dikutip kerajaan pusat tidak dikembalikan kepada negeri itu. Inilah yang sering kita dengar rintihan rakyat Sabah dan Sarawak. Rintihan ini sering disebut pada tiap kali ucapan," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau berkata, kawasan Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi yang dahulunya menghasilkan sumber utama bijih besi tetapi apabila kehabisan hasil akhirnya tidak ada pembangunan yang dibuat.

"Daripada apa yang berlaku, kita ambil sahaja hasilnya. Bagaimana hasil yang dikutip kerajaan pusat tetapi tidak dikembalikan kepada kawasan itu untuk pembangunan.

"Begitu juga di Rantau Abang, setelah habis pelancongan akhirnya tidak ada apa-apa. Inilah kita harus beri perhatian sumber diambil kenapa tidak dikembalikan," tegas beliau berhubung kawasan yang terkenal dengan pendaratan penyu suatu ketika dahulu.

Katanya, keadaan itu tidak mustahil akan berlaku di Kerteh apabila sumber yang ada iaitu industri petroleum nanti kehabisan, akhirnya pembangunan tidak berlaku. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

Sumber HD - 29-10-2014







Rebat PTPTN: Bantu atau cekik poket anak muda?

ANIS NAZRI | .

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kebimbangan dengan tawaran rebat dan diskaun kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sama ada ia benar-benar telus atau sebaliknya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menegaskan dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan hari ini, pemberian rebat ataupun diskaun itu dilihat tidak membantu anak muda yang meminjam dengan PTPTN.

Ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, hari ini, Nik Abduh membayangkan dengan keadaan subsidi minyak ditarik, kadar inflasi yang semakin meningkat serta kos sara hidup yang tinggi, rebat tersebut dibimbangi hanya terus menekan poket anak muda.

"Adakah tawaran rebat itu dilihat sesuatu yang telus untuk membantu anak muda atau ia sekadar untuk terus mencekik poket anak muda?

"Keadaan ekonomi semakin menekan dengan subsidi minyak ditarik, kos sara hidup meningkat, rebat ini tidak membantu mereka," kata beliau yang juga AJK PAS Pusat.

Sehubungan itu, Nik Abduh mencadangkan agar kerajaan menghapuskan bayaran kos pentadbiran dan pengurusan PTPTN bagi memudahkan anak-anak muda melangsaikan hutang mereka.

Beliau turut mencadangkan agar tempoh pembayaran pinjaman PTPTN itu dipanjangkan, serta diberikan diskaun yang sama bagi memberi lebih ruang kepada peminjam.

"Tidak rugi jika kita panjangkan tempoh bayaran kerana Al-Quran juga menyebut agar kita memanjangkan tempoh hutang seseorang jika dia berada dalam kesempitan.

"Apabila hidupnya kembali lapang, maka barulah dituntut hutang tersebut," jelas Nik Abduh. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

Sumber HD - 29-10-2014

Zahid sedar masalah tiada sijil kelahiran di Sabah, Sarawak

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri digesa bertindak menangani masalah kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng berkata, kanak-kanak ini bukan sahaja tidak ada sijil kelahiran bahkan tidak mendapat taraf kewarganegaraan.

"Tidak ada MyKad akibatnya masa depan mereka terjejas kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka. Akhirnya kegiatan jenayah berleluasa.

"Bagaimana kerajaan dapat menangani masalah ini, apa usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang tidak ada MyKad ini," soalnya semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Kebimbangan itu turut diluahkan oleh Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr Makin Marcus Mojigoh apabila ramai kanak-kanak di Kalabakan, Kota Kinabalu dan Sandakan masih tidak mempunyai sijil kelahiran.

Kanak-kanak itu, katanya berkeliaran malah ada yang bekerja sebagai pencuci kereta dan pembinaan kerana tidak dapat bersekolah.

"Mereka tidak punyai dokumen, tidak ada orang yang boleh menolong mereka memohon MyKad. Tidak dapat masuk sekolah kerana tidak ada sijil kelahiran.

"Berapa jumlah kanak-kanak ini yang ada di negara kita. Apa tindakan yang telah KDN lakukan bagi tangani masalah ini," katanya.

Menjawab pertanyaan itu, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyedari tentang permasalahan itu namun beliau menegaskan pihaknya bersedia turun ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, masalah kanak-kanak tidak memiliki sijil keahiran kerana ibu bapa yang berkahwin di luar negara dan tidak disahkan taraf.

"Misalnya orang Islam yang kahwin di luar tidak daftar bawah majlis agama. Bagi orang bukan Islam pula tidak didaftarkan kerana berpoligami dan mahu merahsiakan daripada isteri pertama.

"Masalah ini banyak berlaku. Kanak-kanak yang menjadi mangsa. Saya mohon supaya kesedaran keagamaan atau patuh kepada undang-undang supaya anak-anak tidak menjadi mangsa," katanya. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

Sumber HD - 29-10-2014







Had laju: Jaga keselamatan atau jana pendapatan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya diminta menyatakan apakah piawai yang digunakan untuk menentukan had kelajuan kenderaan di jalan raya, kadang-kadang dilihat tidak logik seolah-olah bukan hendak menjaga keselamatan tetapi sebaliknya untuk menjana pendapatan.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Selain pertanyaan beliau, dua lagi soalan daripada ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada persidangan hari ini ialah daripada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Marang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan bagaimana pihak Jakim dan Kementerian Kesihatan membuat penyelarasan bidang kuasa di peringkat dalaman berkenaan isu makanan halal demi mengelakkan kecelaruan seperti yang berlaku dalam kes coklat Cadbury baru-baru ini.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan pula meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi meningkatkan bilangan pekerja cekap dan berkemahiran tinggi kepada 50 peratus menjelang 2020 berbanding kini hanya 25.5 peratus daripada 12.7 juta pekerja di negara ini. - HARAKAHDAILY 29/10/2014

Sumber HD - 29-10-2014 







Proton: Mengapa terlalu lama untuk keluar kereta elektrik

DR CHE ROSLI CHE MAT | .


Izinkan saya membaca sepotong ayat pendek Surah Al-Rahman, ayat 60 yang bermaksud, “Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga”.

Merujuk ayat di atas, saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri-menteri kena berlapang dada kerana rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pun pergi mengambil BR1M atau bantuan lain kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia.

Apa yang penting, Allah akan membalas budi baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang budiman. Sama juga di Selangor, kita memberi bantuan atau kemudahan umpamanya air percuma, Skim Warga Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Bantuan Masuk ke Universiti kepada semua yang berhak tanpa mengira latar belakang politik.
Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
Antara perkara yang saya ingin bincang, pertama, Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk meningkatkan pelajar dalam STEM.

Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan, nisbah pelajar sains dan sastera pada tahun 1981 adalah 30%:61%, tahun 1982 hingga 1992 menurun iaitu 19% sains dan 62% ke 70% sastera. Tahun 2010 – 30%:50% dan selebihnya mengambil bidang vokasional dan teknikal. Kerajaan Malaysia mensasarkan 60% orang pelajar mengambil jurusan STEM Jadi ini menjadi cabaran kepada kita terutama Kementerian Pendidikan. Sekarang saya difahamkan nisbah pelajar jurusan STEM berbanding bukan STEM adalah 42%:58% yang meningkat berbanding dengan tahun 2000 yang hanya 25%:75%.

Berdasarkan pengalaman kami tahun 1967, ketika itu dipaksa pelajar-pelajar aliran sastera yang mendapat pencapaian terbaik dalam Sains, Matematik dan Geografi peringkat SPM bertukar ke aliran sains semasa Tingkatan 6 rendah.

Nampaknya ramai yang berjaya sampai ke peringkat universiti dalam pelbagai bidang atau memasuki Maktab Perguruan Sains atau Maktab Perguruan Teknik yang menjadi pendidik dalam usaha memperbanyakkan lagi pelajar supaya mereka berminat dalam STEM.

Walaupun pelbagai usaha dibuat untuk meningkatkan pelajar STEM tetapi dorongan daripada ibu bapa dan insentif dalam kerjaya penting bagi menarik minat pelajar-pelajar menjurus dalam STAM. Sebagai contoh ada di kalangan jurutera Lembaga Lebuhraya (LLM) menceritakan bahawa dia tidak benarkan anaknya mengambil STEM kerana mengenangkan dia sendiri yang bekerja siang dan malam tetapi bosnya dari aliran sastera hanya kerja waktu pejabat sahaja.

Walau bagaimanapun, kita perlu teruskan usaha bagi meningkatkan minat pelajar kita dalam STEM. Pentaksiran ujian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa - (TIMMS) 2011 pula menjelaskan bahawa pencapaian Matematik pelajar Malaysia adalah pada tangga ke-26 berbanding 42 buah negara yang mengambil bahagian. Hampir 38% orang pelajar berusia 14 tahun di negara ini gagal mencapai skor minimum untuk subjek Matematik dan Sains.

Berbagai-bagai usaha yang dibuat perlu diteruskan bagi menarik minat pelajar dan peluang kerjaya dalam STEM. Antaranya Pameran Sains dan Kejuruteraan di Pusat Sains Negara seperti yang pernah dianjurkan pada 25 hingga 27 April 2014 yang mana antaranya mempamerkan demonstrasi dan eksperimen sains secara hands on, aktiviti uji minda dan matematik, Program Mentoran Sekolah bagi Projek Sains dan Reka Cipta Kejuruteraan di bawah inisiatif Universiti Tunku Abdul Rahman, Projek Pameran STAM Sekolah, Pameran Sains Industri Teknologi dan Kejuruteraan, perkongsian berkaitan STAM oleh penceramah jemputan, poster pameran, video berkaitan dengan STAM. Kedua, Pameran dan Conference Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko (IGEM) anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan pelbagai agensi.

Pameran baru-baru ini antara 15 hingga 19 Oktober 2014 merupakan kali kelima yang mempamerkan pelbagai produk dan membincangkan daripada tenaga boleh baharu, kereta hibrid elektrik, pengurusan sisa dan rawatan sisa dan banyak produk environmental friendly, dengan izin yang boleh mendedahkan dan menarik minat STEM kepada pelajar di samping memberi peluang pelaburan kepada usahawan-usahawan tempatan.

Ketiga, ceramah STEM bagi meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengenal pasti, mengaplikasikan serta mengintegrasikan konsep atau komponen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Keempat, lawatan ke industri-industri yang menggunakan teknologi moden seperti industri cat yang menggunakan bahan biologi, polimer, komposit, automotif dan lain-lain dan lawatan ke institusi penyelidikan sains seperti MARDI, PORIM, SIRIM, Nuklear Malaysia dan lain-lain dan perjumpaan dengan saintis-saintis bagi membuka minda mereka bahawa keadaan sains dan teknologi insya-Allah boleh menyelesaikan banyak masalah kehidupan seharian.

Kelima, penempatan di industri semasa cuti panjang persekolahan bagi mencari pengalaman kerja di industri.

Keenam, televisyen juga perlu memainkan peranan dalam menayangkan filem-filem dokumentasi sains dan teknologi. Yang penting pendidikan STEM perlu diberi pendedahan awal di peringkat pra sekolah lagi sebagaimana kanak-kanak Korea diberi pendedahan awal kepada teknologi nuklear sehingga apabila mereka dewasa, mereka sudah mempunyai pengetahuan asas mengenai teknologi nuklear.

Persoalan saya, sejauh manakah kita dapat memberi pendedahan ini kepada pelajar-pelajar terutama pelajar-pelajar di luar bandar.

Selangor memperkenalkan tapping sains dan teknikal bagi memberi peluang di samping menghafal al- Quran, mereka juga memahami bahawa al-Quran juga sebagai sumber ilmu sains dan teknologi.
Kereta elektrik
Perkara yang kedua ialah kereta elektrik (EV). Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2015 akan meneruskan pengeluaran kereta elektrik dengan memberi penekanan dalam mengeluarkan lima puluh buah bas elektrik. Apakah syarikat yang akan mengendali pembinaan dan pengeluaran bas elektrik berkenaan atau hanya membeli sahaja dari luar negara?

Dalam rencana greener di TV3 menunjukkan Korea sudah mempunyai bas elektrik tetapi kelemahannya ia perlu dicaj minimum selama 30 minit setiap perjalanan sejauh 80 kilometer. Kenyataan pemandu, ‘Menyusahkan mereka’. Oleh itu saya berharap bas elektrik atau kereta elektrik yang akan dikeluarkan nanti di samping dapat memelihara masa depan alam sekitar dan mengurangkan pelepasan CeO2 adalah mesra pelanggan dan petugas.

Dalam pembentangan bajet beberapa tahun lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Proton akan mengeluarkan kereta elektrik. Saya difahamkan dua model kereta elektrik (EV) akan dikeluarkan iaitu Saga EV dan Exora Range Extender (REEV) dan membina 100 ke 150 buah stesen pengecas.

Pada 14 September 2011, tiga buah kereta Proton Saga EV dan Exora REEV diserahkan kepada Perdana Menteri dan empat unit diserahkan setiap satu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan bagi menguji pandu.

Persoalannya, mengapa terlalu lama diambil untuk dikeluarkan secara komersial atau mass production. Apakah masalah yang dihadapi? Adakah Proton juga berhasrat mengeluarkan kereta hibrid sebagaimana Toyota, Honda, Nissan dan lain-lain.
Carbon footprint
Carbon footprint. Gas rumah hijau atau Green House Gas (GHG) dibebaskan daripada aktiviti pengangkutan, kerja tanah, penghasilan dan penggunaan makanan, bahan api, pengeluaran atau pembinaan, perindustrian barangan dan perkhidmatan.

Saya tertarik dengan FRIM yang telah membuat kiraan carbon footprint dalam usaha menjimatkan tenaga. Anggaran jumlah carbon footprint FRIM 2011 sebanyak 5,332 metrik tan CeO2 a covalent. Berdasarkan per kapita iaitu 6.1 metrik tan CeO2 a covalent. Ini termasuk dari GHG, aktiviti R&D, penggunaan elektrik, pengangkutan untuk R&D.

Pembebasan CeO2 dari R&D dan aktiviti pentadbiran FRIM boleh diatasi dengan penyerapan oleh tumbuhan di FRIM iaitu tumbuhan setiap hektar hutan boleh menyerap 638 metrik tan CeO2.

FRIM yang diliputi dengan 420 hektar hutan boleh menyerap total carbon 0.26 juta tan CeO2 a covalent dengan lain perkataan pembebasan CeO2 di FRIM hasil dari R&D adalah 50 kali lebih kecil dari kemampuan penyerapan oleh tumbuhan. FRIM merupakan satu institusi di Malaysia yang mengisytiharkan carbon footprint.

Baru-baru ini TNB membuat kiraan carbon footprint yang dihasilnya. Bagaimanakah jumlah carbon footprint dalam negara kita kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengisytiharkan di Copenhagen akan mengurangkan secara sukarela sebanyak 40% Growth Domestic Product (GDP) carbon footprint, dengan izin menjelang tahun 2020 berbanding paras pada tahun 2005.

Merujuk kepada persoalan Yang Berhormat Parit Buntar dalam soalan lisan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, adakah ada koordinasi antara kementerian- kementerian yang terlibat yang menghasilkan GSG bagi merealisasi pengisytiharan yang dibuat oleh Perdana Menteri di atas.

Saya ingin mencadangkan satu suruhanjaya diwujudkan dengan diketuai oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi menangani masalah pengurangan keamatan karbon.

Saya juga sangat berharap penjelasan kementerian jika ada usaha-usaha lain bagi mengurangkan keamatan karbon.

Keperluan sekolah

Merujuk kepada kawasan saya pertama pembesaran jalan. Saya sekali lagi berharap bantuan dan kerjasama Kementerian Kerja Raya memperuntukkan sebahagian daripada Bajet 2015 ini untuk membesarkan jalan dari Batu 9 ke Batu 18, Dusun Tua dan dari Jambatan Timbang JPJ Semenyih ke Beranang, Semenyih yang mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk hampir setiap waktu bagi memudahkan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta sampai ke tempat kerja mereka mengikut jadual yang ditetapkan yang selama ini tidak menentu.

Kedua, keperluan sekolah. Penduduk Bandar Mahkota Cheras yang berjumlah lebih 65,000 orang tidak langsung mempunyai sekolah. Sedangkan pemaju memperuntukkan enam buah tapak sekolah rendah dan menengah.

Saya sangat berharap pertimbangan dari Kementerian Pendidikan agar dapat membina sekurang-kurangnya satu sekolah rendah dan satu sekolah menengah. Begitu juga bagi penduduk sekitar Prima Saujana Kajang yang berjumlah dalam 62,000 memerlukan satu sekolah menengah bagi kesinambungan kepada pelajaran Sekolah Rendah Kantan Permai yang sekarang ini bersekolah di Sekolah Menengah Saujana Impian.

Sekali lagi saya berharap pertimbangan pihak Kementerian Pendidikan mempertimbangkan keperluan kemudahan pendidikan.

Banjir kilat di Kajang

Akhir, banjir kilat. Kita tahu pembangunan Bandar Kajang berjalan dengan pesat. Pembangunan yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan terutama kemudahan longkang dan kolam takungan yang sesuai dengan projek menyebabkan berlaku banjir kilat seperti yang berlaku di Kajang baru-baru ini. Ia menyebabkan kesusahan kepada penduduk yang telah lama mendiami satu-satu taman.

Saya sangat berharap Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan oleh PBT dan mengenakan hukuman yang ketat kepada pemaju yang lalai mengikut peraturan yang ditetapkan.- HARAKAHDAILY 30/10/2014

Petikan ucapan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 28 Oktober 2014.

Sumber HD - 28-10-2014







BR1M: BN tidak perlu lagi sogok rakyat bila PRU tiba

DR SITI MARIAH MAHMUD | .


SAYA ingat belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijriah dan salam Hijratul Rasul. Saya ingin merakamkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana keadaan negara kita yang Alhamdulillah setakat ini kita kira semua kaum dan bangsa boleh hidup bersama walaupun kita masih ada perkara-perkara yang kita ingin perbaiki dan sempurnakan.

Apabila pihak pembangkang menegur pihak kerajaan dan menyebut perkara-perkara tertentu, tidaklah bermakna kita mengatakan tidak ada satu benda pun yang tidak bagus yang kerajaan lakukan. Biasalah sebagai check and balance, ya sebagai menyemak imbang ini, tentulah kita akan menyebut perkara-perkara yang masih perlu diperbaiki dan perlu disempurnakan. Itu harap kena fahamlah, itu peranannya negara demokrasi yang ada pembangkang.

Saya ingin menyebut sebelum saya menghurai beberapa perkara. Beberapa perkara yang tidak ada dalam bajet ini yang Perdana Menteri tidak sentuh dan saya rasa perkara-perkara ini penting. Mungkin saya tidak sempat untuk membahaskan kesemuanya tetapi saya ingin ia dicatit kerana perkara ini adalah penting.

Pertama ialah mengenai tidak ada langsung peruntukan untuk tebatan banjir di Sungai Golok. Saban tahun, tiap-tiap kali – dua atau tiga kali kawasan Rantau Panjang dan sekelilingnya akan ditimpa banjir. Sebelah sana, Kerajaan Thailand sudah membina benteng yang tinggi dan air sungai yang melimpah tidak ke belah Thailand tetapi sebelah kita.

Kedua ialah tidak ada langsung Perdana Menteri menyebut tentang pembangunan insentif kepada pembangunan elektrik dan hybrid, insentif penjimatan tenaga elektrik melalui tenaga solar, penjimatan air melalui harvest, penuaian air hujan. Semua ini adalah terangkum di dalam kita panggil teknologi hijau. Juga isu jurang upah dan gaji antara pengurusan atas dan bawah dan antara gender dan antara kaum di sektor swasta tidak langsung ditempuh. Bagaimana kerajaan hendak membetulkan keadaan ini?

Penting saya rasa yang saya mungkin sempat sentuh sekejap lagi ialah mengenai keperluan negara kita kepada buruh asing dan bagaimana negara kita akan mentransformasikan ekonomi kita ke arah berpendapatan tinggi. Ini saya rasa penting kerana kita dibanjiri oleh pekerja asing dan rakyat sendiri merasakan bahawa kehadiran pekerja asing ini sangat membawa impak negatif kepada sosioekonomi mereka.

Tanggapan pertama – first impression bajet yang peduli rakyat ini banyak habuan untuk rakyat. Itulah yang sekali lalu kalau kita tengok, inilah tanggapan pertama kita. Akan tetapi, apabila diteliti ia tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat dalam jangka masa panjang. Dalam jangka masa pendek, memanglah mendatangkan kegembiraan euphoria ataupun keseronokan sementara. Namun, akhirnya rakyat masih di tahap tokok yang lama.

Kerajaan telah cuba untuk compensate, dengan izin ya dengan berbagai-bagai program kesejahteraan rakyat tetapi isunya ialah penyebab kepada perkara-perkara ini tidak disentuh dalam bajet ini. Kos sara hidup yang terus naik, saya kira semua orang terima hakikat ini. Tambahan dengan pelaksanaan GST tahun hadapan, maka juga telah diterima bahawa kos hidup ini akan meningkat yang dalam negara kita, kita tahu kos sara hidup ini kalau dah naik, tidak akan turun. Kalau ia mendatar pun, kira pun tak akan mendatar. Maknanya akan terus naik.

Ada sahabat-sahabat kita daripada Barisan Nasional mengatakan, “Katakan di mana di dalam dunia ini kos sara hidup tidak meningkat?” Saya rasa agak terkilan. Saya hendak ceritakan bahawa saya biasa belajar di United Kingdom dan saya biasa pergi ke Ireland beberapa kali.

Saya terkejut kerana di sana, setelah 10-15 tahun saya pergi balik, harga barang-barang asasnya tidak meningkat dan mereka tidak ada subsidi. Saya balik dan melihat barang-barang kegemaran yang saya selalu minum dan makan sebagainya masih lagi pada harga yang sama.

Di Ireland, ada masanya harga rumah turun. Harga beras tinggal separuh kerana adanya free market di sana. Real free market, dengan izin. Jadi jawapan yang lazim kita dapat adalah kerana negara kita permintaan lebih tinggi berbanding dengan bekalan. Kos barangan mentah meningkat, sebagainya. Kita semua tahu dalam menyelesaikan hampir semua masalah kehidupan ini, prinsipnya sepatutnya kita kembali kepada penyebabnya. Apa penyebabnya? Kita betulkan atau dalam kata lain kita cari ubatnya walaupun ia susah, sukar dan pahit.

Kalau sumber makanan kurang, maka kita perlu memperbanyakkan penghasilannya. Kita perlu ada jaminan makanan sendiri. Jika makanan tertentu tidak ekonomik untuk dihasilkan dan lebih murah diimport, maka Malaysia perlu membuka pasaran bebas untuk pengimport bersaing, memberi harga terbaik kepada pengguna dan tidak membenarkan monopoli pengimportannya dan lesen perniagaannya.

Di Malaysia apabila harga barang naik, kita belum lagi mengalami harganya yang akan turun semula. Malah ada penternak ayam sanggup membinasakan anak-anak ayam kerana hendak mengekalkan harga yang tinggi. Kos rumah yang semakin tinggi dikatakan disebabkan harga tanah yang tinggi. Tidak siapa dapat menafikan keadaan ini terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Akan tetapi apa maklum balas yang saya dapat daripada developer – daripada pemaju-pemaju perumahan, dia kata yang paling teruk sekarang ialah kos harga-harga barang binaan itu sendiri ya, untuk buat rumah sehingga 30%.

Apabila kita tanya kenapa, semua mereka menjawab bahawa kenaikan harga ini tidak dapat dikawal kerana tiada persaingan sihat di antara pembekal dan pengilang kerana adanya monopoli pembekalan bahan seperti simen. Ya, yang ini berlaku. Jadi unsur persengkokolan di antara syarikat-syarikat yang besar-besar dan setengahnya ada kaitan dengan parti pemerintah, dasar kerajaan yang tidak meliberalisasikan perniagaan bahan binaan dan sebagainya menyebabkan kos-kos ini akan terus naik dan rakyat menanggung beban.

Mengenai BR1M, saya hendak menyebut di sini bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia tidak siapa yang menafikan bahawa rakyat kita, sebahagian daripada rakyat kita memerlukan bantuan daripada kerajaan, sumbangan daripada kerajaan. Tambahan pula dengan penarikan subsidi-subsidi bahan bakar - minyak, maka semuanya akan naik. Cuma saya nak betulkan atau nak tegur cara pengagihan BR1M itu sendiri.

Saya dapati bahawa penerima-penerima bantuan JKM – OKU, tidak semuanya mendapat BR1M. Mereka terpaksa sekali lagi memohon melalui borang-borang online dan sebagainya, melalui LHDN untuk mendapat bantuan tersebut. Kenapa tidak, bantuan yang sepatutnya kita beri dan mereka ini memang dah layak dapat kerana mereka memang berpendapatan rendah dan orang yang menerima sumbangan daripada JKM, disalurkan melalui JKM itu sendiri, Kementerian Pembangunan Wanita. Makna dia mereka sudah ada statistiknya, berapa orang ibu tunggal, berapa orang warga emas, berapa orang OKU dan sebagainya secara terus diberi kepada mereka melalui akaun-akaun mereka. Mereka ini tidak perlu memohon semula.

Kenapa perlu kita menyusahkan rakyat, tambahan mereka ini adalah daripada golongan yang sosioekonomi rendah, komputer pun tidak ada di rumah, hendak cari borang, hendak naik bas, hendak turun bas, semuanya adalah kos kepada mereka. Permudahkan pengagihan ini kepada golongan ini. Begitu juga dengan penerima-penerima zakat, ini semua saya rangkum sebagai golongan yang memang selama ini mendapat bantuan, memerlukan bantuan kerajaan.

Saya merasakan bahawa pengagihan ini perlulah telus. Rakyat perlu faham siapa yang tidak layak dan tidak boleh mengambilnya. Kalau mengikut borang BR1M yang ada dalam online, yang layak dapatnya ialah orang-orang yang ketua keluarga berpendapatan sekarang ini RM4,000 dan sebelum ini RM3,000.

Juga warga emas sebatang kara yang pendapatannya juga kurang daripada RM4,000 untuk tahun 2015, yang lepas RM3,000 dan juga orang bujang. Pokoknya bila saya tengok borangnya, maka tidak ada penapisan. Makna kalau saya hendak pergi, hendak tulis bahawa pendapatan saya kurang RM3,000 siapa yang memeriksanya? Kecuali orang yang sudah bayar cukai yang nama mereka ada dengan LHDN.
Kebanyakan yang memohonnya sama ada dalam informal sektor ataupun bekerja sendiri. Mereka tidak perlu untuk memberi kenyataan penyata gaji atau sebagainya bukti pendapatan mereka. Ada isi rumah, suami dapat isteri dapat. Ada warga emas, dia bukan sebatang kara, anak-anaknya berpendapatan tinggi dan mereka ini juga pernah dibangkitkan oleh kawan-kawan di sebelah sana yang datang mengambil BR1Mnya menaiki kereta mewah.

Jadi kita bercakap mengenai rakyat yang layak mendapat subsidi dan bantuan. Itu sebabnya antara sebab kerajaan menarik balik subsidi dari minyak kerana katanya orang- orang kaya yang menikmati. Sekarang ini di dalam BR1M kita tidak cermat, kita tidak fokus kepada siapa yang kita hendak beri, sesiapa sahaja boleh. Ini kerana tidak ada pihak yang memeriksa latar belakang. Kalau permohonan JKM, dia lain. Pegawai akan turun membuat pemeriksaan, mendapat maklumat yang sebenarnya. Akan tetapi untuk BR1M, sesiapa sahaja boleh.

Saya rasa dari segi hukum, saya tidak dengar lagi mana-mana fatwa sekiranya seseorang itu tidak layak menerima, dia menipu dalam mengisi borang BR1M. Apa fatwanya dari segi hukum? Kalau ikut, haram. Dalam pengajian saya, apabila kita mengambil sesuatu yang bukan hak kita, ia adalah haram. Kita akan makan, kita akan jadikan dia darah daging kita. Adakah dia sama seperti mencuri? Menipu? Merasuah? Makan duit rasuah? Ini rakyat kena jelas kerana ia akan menjadi darah daging kita. Keberkatan kita daripada apa yang kita makan. Kita mengambil sesuatu yang bukan hak kita.

Ada orang kata tidak apalah mak dengan ayah boleh ambil, ini hak rakyat. Dia lupa yang anaknya adalah daripada golongan berpendapatan tinggi dan sepatutnya menjadi tanggungjawab anak-anak menjaga ibu bapa itu. Ini saya rasa kena jelas dan kena diuar-uarkan kepada rakyat.

Saya kira satu sistem perlu kita wujudkan dan saya tidak tahu bahawa lama mana lagi kerajaan akan meneruskan BR1M. Ini kerana saya rasa selagi Datuk Seri Mohd. Najib menjadi Perdana Menterinya, selagi itulah BR1Mnya ada. Jadi tidak dapat dinafikan BR1M ialah instrumen politik yang sangat berkesan untuk terus mendapat undi golongan berpendapatan rendah dan kurang berpendidikan. Golongan ini masih terkapai-kapai untuk memenuhi keperluan asas mereka. Makanan, perumahan, pendidikan, pengangkutan dan lain-lain keperluan asas.

Bila sahaja memperoleh wang, mudah untuk menyelesaikan masalah mereka. Walaupun sementara sangatlah dihargai. Bagi mereka walaupun sedikit tetapi lebih baik daripada tiada langsung. Ini pemikiran yang ada kepada orang kita. Sebanyak RM4.3 bilion sebenarnya ialah satu pelaburan ampuh untuk memastikan Barisan Nasional kekal berkuasa entah berapa lama lagi. Ini ialah cara mengikat hati rakyat. Ia cara yang sah dari segi undang-undang kerana telah diluluskan di Parlimen.

Dengan adanya BR1M, Kerajaan Barisan Nasional tidak perlu lagi menyogok ataupun merasuah rakyat bila PRU tiba. Strategi ini semakin canggih kerana tahun 2015, BR1M akan diberi dalam tiga kali, makna dia tiga kali dalam setahun. Rakyat akan terima kasih, terima kasih, terima kasih dia bijak ini. Ini strategi yang sangat bijak. Saya cakap betul ini tetapi dia tidak akan menyelesaikan masalah jangka masa panjang 40% daripada rakyat kita. Sepatutnya kita memikirkan bagaimana kita hendak mengeluarkan mereka daripada golongan ini, golongan 40% ini. Apakah peluang-peluang pekerjaan yang ada pada mereka? Rakyat tidak sedar.

Rakyat terima kasih sebab RM4.3 bilion ini sedikit berbanding dengan pembaziran yang kawan-kawan saya sebutlah terlalu banyak subsidi-subsidi, kompensasi-kompensasi yang diberi kepada syarikat-syarikat kroni. Jadi ini sedikit sangat bagi saya.

Jadi saya hendak sebut juga mengenai OKU. Dengan bangganya Datuk Seri Mohd. Najib mengatakan kami tambah RM50. Apalah RM300 kata RM350, apalah RM150 kalau lebih RM20. Bagi orang berpendapatan tinggi memang RM50 ini tidak ada apa. Akan tetapi apa yang saya harapkan bagi orang OKU, bukan RM350 tetapi RM500 secara bulanan.

Saya tidak nampak macam mana mereka boleh survive dengan masalah yang ada. Saya akan bercakap lagi mengenai OKU apabila tiba kepada bawah Kementerian Pembangunan ini. Saya hendak sebut mengenai i-BR1M...

Idris Ahmad [Bukit Gantang]: Berkenaan dengan OKU ini. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Raja, pelik juga bantuan untuk OKU ini bagi yang tidak bekerja, dia bagi RM150, hak yang bekerja dia bagi RM300. Sepatutnya memang hak yang tidak bekerja hendak pergi kerja macam mana? Jadi sifir yang saya rasakan agak pelik dan kekok. Apa pandangan daripada Yang Berhormat Kota Raja?

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja]: Okey, sebenarnya kalau kita tengok polisi JKM, yang tidak bekerja itu sepatutnya adalah yang terlantar. OKU yang terlantar ataupun mempunyai kecacatan tidak boleh kerja. Jadi memang tidak mencukupi dan malah penjaganya yang tidak boleh bekerja kerana menjaga OKU ini juga perlu diberi bantuan.

Jadi sepatutnya bukan RM150 kerana ada satu lagi bantuan yang diberi kepada orang yang menjaga RM300 lebih kalau tidak silap saya. Ya, memang songsanglah itu saya setuju. Bagi yang bekerja dia dapat top up dari RM350, yang tidak bekerja RM150 sekarang RM200 tidak mencukupi. Sama-sama sekali tidak mencukupi. Jadi kita minta kerajaan menyemak semula bantuan kepada OKU ini.

Saya hendak menyebut tentang insurans BR1M ataupun Takaful BR1M ini. Tahun lepas 2014 apabila kerajaan memulakan BR1M ini, RM50 diinsuranskan panggil Insurans 1Malaysia dan kita ada tujuh juta penerima. Tujuh juta penerima kali RM50 makna dia RM350 juta digunakan sebagai premium kepada Syarikat Takaful.

Apabila ditanya oleh salah seorang Ahli Parlimen kita, jawapan bertulis - yang hanya kelim menuntut pampasan apabila ada kematian, kemalangan hanya 13,000 orang sahaja yang layak lebih kurang, yang dapat dan pampasan yang dikeluarkan hanya RM42 juta. Kita tidak perlu ada sistem Takaful ini.

Kerajaan boleh letak RM350 juta ini dalam satu tabung, biar JKM yang mentadbirnya maka semua golongan yang dapat BR1M ini tanpa syarat, mati sahaja bagi sahaja. Akan tetapi sekarang kita tengok Syarikat Takaful, beberapa syarikat yang digabungkan sudah dapat keuntungan RM300 juta. Satu lagi pembaziran ketirisan yang sepatutnya duit itu digunakan untuk rakyat. Akan tetapi kali ini saya tengok Perdana Menteri sudah memberi dalam ucapannya baru-baru ini bahawa akan melakukan, tidak lagi membuat skim Takaful ini tetapi menggantikannya dengan Takaful berkelompok, Skim Khairat Kematian bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama satu tahun. Untuk makluman Parlimen, Dewan Rakyat ini negeri Selangor dari tahun 2008 telah melaksanakan apa kita panggil Skim Mesra Usia Emas.

Di mana warga emas 60 ke atas secara automatik, tidak kira kaya, tidak kira miskin tidak kira Cina, tidak kira Melayu, tidak kira India, tidak kira agama apa daftar sahaja sekiranya dia meninggal innalillahwainailahirojiun, maka keluarga penamanya akan dapat urusan khairat kematian RM2,500. Kelantan sudah lama melaksanakan skim takaful ini ataupun khairat kematian ini. Jadi terima kasih kerana maknanya kerajaan melihat kewajaran apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya hendak cakap kata saya sokong apa yang dilakukan di Sabah dan Sarawak. Macam- macam hendak buat. Tengoklah sendiri banyak mana hendak beri. Cuma menjadi kegusaran saya kerana projek-projek ini seharusnya menjana pekerjaan kepada rakyat negeri Sabah dan Sarawak.

Kita ada ramai rakyat Sabah yang berhijrah duduk di Kuala Lumpur, di Selangor dan sebagainya dan kehidupan di sini pun tidak mudah, tidak senang. Mereka masih lagi bekerja dengan pekerjaan-pekerjaan yang berpendapatan rendah. Satu rumah kadang-kadang dihuni oleh dua, tiga keluarga.

Akan tetapi pokoknya saya hendak tanya kenapa baru-baru ini mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia mengatakan bahawa akan bawa masuk 12,000 orang dari Bangladesh. Minta Kerajaan Bangladesh menyediakan 12,000 orang untuk tambah di atas 5,000 pekerja Bangladesh yang sedia ada di Sarawak. Saya tidak faham bagaimana kerajaan kita tidak memikirkan jangka masa panjang kesan kedatangan pendatang-pendatang ataupun pekerja-pekerja asing.

Di Semenanjung sendiri, kalau kita lihat pekerja-pekerja Bangladesh dan Indonesia sudah memasuki penetrate ataupun invade dengan izin semua sektor pekerjaan. Daripada perniagaan runcit, kedai-kedai runcit yang ada di Selangor kawasan Melayu semuanya dimonopoli oleh orang-orang Acheh.

Walaupun boleh dikatakan kebanyakan mereka sudah dapat kerakyatan sini dan sekarang ini semua pusat membasuh kereta dan sebagainya semuanya dikuasai oleh orang Bangladesh. Kenapa kerajaan tidak boleh memikirkan untuk memodalkan rakyat untuk kerja-kerja kecilan begini. Misalnya kerja kontrak, potong rumput.
Saya masih hairan kenapa perlu ambil kontraktor dan kemudian bagi pula kepada orang Bangladesh untuk buat kerja. Apa salahnya kalau kita mengupayakan rakyat kita untuk membuat kerja-kerja ini. Beri sedikit gaji tinggi pada biasa kerana intangible cost yang kita tidak nampak dalam jangka masa panjang lebih besar daripada kalau kita memberi gaji yang lebih tinggi.

Saya ingin bertanya Tuan Yang di-Pertua berkenaan gaji minimum. Ada lagi syarikat-syarikat keselamatan tidak membayar gaji minimum kepada pekerja mereka dan banyak lagi majikan yang belum bayar gaji minimum. Jadi sampai bila keadaan ini dasar yang dibuat oleh kerajaan belum habis kita laksana, kemudian kita buat yang baru, kelemahan kita adalah pelaksanaan. - HARAKAHDAILY 30/10/2014

Petikan ucapan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud semasa membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 28 Oktober 2014.

Sumber HD - 28-10-2014







Kononnya Kuala Sepetang dikuasai mafia

USTAZ IDRIS AHMAD | .

SAYA mulakan dengan ayat Allah SWT (maksudnya), “Sesungguhnya Allah Taala memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada ahli kamu dan apabila kamu menghukum hendaklah kamu hukum dengan hukuman yang adil”. (Surah an-Nisak: 58)

Negara kita sudah pun mencapai kemerdekaan selama 57 tahun. Setiap kali kita lihat bajet ataupun belanjawan yang dibentangkan oleh pihak kerajaan melalui Menteri Kewangan sudah menampakkan tentang bagaimana susun atur dan perancangan yang dibuat.

Kalau kita lihat daripada segi pembentangan bajetnya memang cantik dan elok kerana yang membuat itu ialah pegawai-pegawai kerajaan yang memang mereka ini menepati dengan cita rasa rakyat. Akan tetapi gagalnya kita lihat ialah daripada segi sudut pelaksanaannya.

Oleh sebab itu kita tengok pembangunan perbezaan antara pembangunan antara wilayah masih ketinggalan sedangkan kita lihat hasil yang Allah Taala berikan di Malaysia ini banyak. Allah Taala berikan kepada Malaysia ini banyak. Negara lain hanyalah ada minyak macam Brunei tetapi dia tidak ada kelapa sawit. Negara Saudi dia ada minyak tetapi dia tidak ada bijih besi, bijih timah, emas, lada hitam, balak, semuanya ada di Malaysia. Inilah nikmat yang Allah Taala berikan kepada negara kita yang tercinta ini.

Akan tetapi malangnya kita lihat rungutan terutama daripada kalangan rakan-rakan Ahli Parlimen di sebelah Sabah dan Sarawak, yang kita lihat kedengaran seolah-olah mereka bercakap di blok pembangkang. Mereka mengkritik, memberikan teguran kenapa projek tidak sampai ke sana, bagaimana masyarakat di sana masih ketinggalan.

Kita boleh lihat kalau kita pergi ke sebelah Malaysia Timur sana sedangkan di sana bumi Allah Taala beri luas. Masih ramai rakyat yang tinggal di rumah air yang kita faham keadaan prasarananya yang tidak cukup. Maka, kenapa jadi sedemikian rupa?

Ini tidak lain dan tidak bukan kerana pengagihan yang tidak berapa betul dan tepat. Inilah Allah Taala memberikan amaran dalam al-Quran dalam Surah al-Hasyru ayat yang keenam, ketujuh (maksudnya), “Janganlah harta kekayaan ini berpusing daripada kalangan orang-orang kaya dalam kalangan kamu sahaja” . Maka akhirnya kita lihat yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.

Oleh sebab itu kita mencadangkan supaya pihak kerajaan kena perbetulkan terutama daripada segi sudut delivery system dengan izin iaitu dengan pengagihan yang tersasar kepada mereka yang perlu diberi bantuan. Kita mesti bertindak di sana soal buta ideologi, kita mesti buta warna daripada segi sudut ideologi politik dan juga daripada segi buta soal kaum dan sebagainya. Bukan semua orang Cina yang kaya dan bukan semua juga orang Melayu yang susah dan bukan semua orang India yang miskin. Ada India yang kaya dan ada Melayu yang kaya.

Tolong berikan bantuan kepada mereka kerana ini yang diajar. Ini kerana kita tahu soal berkenaan dengan pengagihan ekonomi ini kalau tidak diberikan dengan tepat, kita bimbang masalah-masalah sosial yang lain akan berlaku berterusan selepas ini.
Satu untuk engkau tiga untuk aku
Oleh sebab itu, walaupun hasil kita banyak tetapi kalau pengagihannya tidak betul, ia berpusing di kalangan kita sahaja. Seperti cerita P. Ramlee... “Satu untuk engkau tiga untuk aku, dua untuk engkau tujuh untuk aku”. Kalau ini yang berlaku, sampai ikan keli tumbuh sisik pun tidak boleh hendak berjaya hendak mengatasi masalah imbang antara orang kaya dan juga orang miskin.

Sebab itu satu perangkaan yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dia telah menyenaraikan 30,114 rakyat Malaysia yang berada di miskin tegar. Sebanyak 53,025 lagi ialah sebagai di kalangan yang miskin.

Sudah tentulah miskin tegar ini kalau dalam kaedah feqah disebut tentang fakir, perlu RM10 dapat RM3. Miskin, perlu RM10 dapat RM7. Ertinya, masih ramai dari kalangan mereka yang berada di tahap miskin tegar termasuk Sabah, Sarawak dan juga di negeri Kelantan di sebelah Semenanjung di sini. Tuan Yang di-Pertua, apa makna negara kita kaya dengan hasil mahsul yang banyak tetapi kualiti hidup rakyat masih lagi rendah.

Walaupun Menteri ada menjelaskan tentang pendapatan rakyat Malaysia RM5,900 sebulan. Akan tetapi kalau kita lihat realiti di bawah, kita sudah lihat bagaimana ada sesetengah tempat pula seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja, ada pengawal-pengawal keselamatan yang mana mereka ini tidak diberikan dengan gaji minimum.

Maka kalau kita lihat juga di kawasan-kawasan pedalaman, kawasan nelayan termasuk di Sabah dan Sarawak serta termasuklah juga di kawasan saya sendiri terutama di kawasan Kuala Sepetang. Kalau kita boleh lihat dan tinjau di sana, masyarakat yang hanya menumpang teduh, membuat rumah di tanah rizab sungai, membuat rumah tanah rizab tepi laut, ertinya bila-bila masa mereka ini boleh dihalau keluar daripada situ.
Masalah sosial
Apabila kita melihat di kampung itu, sudah kita dapat lihat bagaimana masalah sosial akan muncul di tengah-tengah masyarakat dan terutama saya cukup kesian ataupun sayang kepada anak-anak mereka yang masih kecil. Mereka ini untuk hidup lama lagi. Apakah mereka ini hendak mewarisi kemiskinan yang dialami oleh ibu bapa mereka kerana suasana pembelajaran yang tidak kondusif. Mereka terpaksa mewarisi kemiskinan daripada ayah dan mak mereka. Rumah miskin, bukan setakat rumah kita lihat.

Ada di kalangan mereka kita lihat tidak mampu untuk meletakkan batu depan rumah, sebaliknya ambil kulit-kulit kerang yang mereka ambil upah hasil satu hari dapat RM7 atau RM8 daripada pukul lapan pagi hingga pukul enam petang. Itulah pekerjaan sambilan yang dilakukan oleh isteri yang berada di rumah. Kulit kerang itulah yang diletakkan di hadapan rumah mereka. Kalau tempat di rumah kita itu sebagai tar, tile ataupun marmar. Sudah 57 tahun merdeka, itu keadaan rumah yang kita lihat di tempat kita.

Saya mengharapkan supaya kerajaan untuk membasmi kemiskinan, jangan beri ikan, kalau boleh berilah kail. BR1M, beri tidak apalah tetapi kita tidak boleh bangga kalau penerima BR1M setahun ke setahun makin ramai orang terima. Ertinya, kita tidak boleh berbangga. Untuk sementara boleh.

Sepatutnya setiap setahun kita mesti ada improvement, dengan izin, supaya tahun depan makin kurang kerana taraf hidup masyarakat ini semakin baik dan berkualiti. Ini yang patut diberikan. Sepatutnya modal-modal seperti mana yang pernah dibuat dalam Amanah Ikhtiar, untuk modal yang diberikan kepada peniaga-peniaga kecil.

Mereka ini kebanyakan 90% bayar balik. Hal seperti mana yang dibentangkan oleh rakan-rakan kita daripada Serdang yang telah menjelaskan bagaimana korporat-korporat besar, mereka ini hutang dan mereka ini tidak membayar. Sedangkan mereka ini orang yang susah, insya-Allah orang miskin ini mereka bayar. Inilah yang patutnya perlu diperbanyakkan di dalam sistem untuk kita hendak berikan kepada masyarakat ini kail, bukannya ikan.

Syarat MUET

Isu yang kedua berkenaan syarat MUET iaitu Malaysian University English Test. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Pekan telah memberitahu berkenaan dengan kemasukan universiti tahun yang akan datang, terutama berkenaan dengan kemasukan di Fakulti Sastera, Sains Sosial perlu lulus Band 2. Untuk Fakulti Perubatan, Undang-undang perlu lulus Band 4.

Kerajaan perlu kaji balik cadangan ini kerana kita bimbang peningkatan syarat minimum peperiksaan Bahasa Inggeris ini, kita bimbang takut esok pelajar-pelajar kita, misal kata di peringkat Matrikulasi dia dapat four flat ataupun dapat 9.8, 9.9, tiba-tiba dia tidak boleh masuk universiti dengan sebab dia tidak lulus Bahasa Inggeris. Ini diakui sendiri oleh Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad.

Sekiranya pelaksanaan tersebut dibuat, pelajar luar bandar majoritinya masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris akan tercicir. Ia memberi kesan kepada pelajar Sabah, Sarawak dan pedalaman di Semenanjung. Ini yang perlu difikirkan oleh pihak kerajaan terutama daripada Kementerian Pendidikan. Kita tidak hendak buat dulu.

SPM 2016

Tahun 2016 ini pula bagaimana pelajar-pelajar SPM, kalau tidak lulus Bahasa Inggeris, tidak layak untuk mendapat sijil. Saya bukan menentang soal bahasa. Bahasa ini perlu belajar. Kalau dalam Islam Nabi memperingatkan, Nabi kata (maksudnya) “Belajarlah bahasa orang lain, nescaya akan kamu aman daripada tipu daya.” Baik, bahasa Inggeris bahasa pengetahuan yang perlu kita belajar. Apa yang saya tidak hendak ialah kita wajibkan kepada pelajar-pelajar, sedangkan soal prasarana kita tidak buat. Ini ertinya kita zalim kepada pelajar-pelajar kita esok. Mereka lulus dengan baik, tetapi gagal masuk universiti dengan sebab Bahasa Inggeris.

Mungkin kita yang mampu boleh buat special tuition, dengan izin, panggil guru. Akan tetapi yang kawasan pedalaman, saya mendapat maklumat kalau di Kedah, tidak silap saya seluruh negeri Kedah yang dapat Band 4 ini dua orang sahaja. Itu mungkin boleh diperbetulkan oleh pihak kementerian. Memanglah, yang mengajar bahasa Inggeris ini pun kadang-kadang, dia pun sebab perlu mengajar. Dialek dia pun kadang- kadang bunyi style tempatan.

Kalau yang Inggeris pula kita lihat yang duduk belah Kedah mengajar bahasa Inggeris, “The weather is clear.”… [Disebut menggunakan dialek Kedah] Bunyi Inggeris pun Inggeris Kedah, bagaimana kita tiba-tiba hendak wajibkan kepada pelajar-pelajar? Ini sekali lagi saya tegaskan supaya pihak kerajaan ambil perhatian bab ini kerana saya yakin bahawasanya pelajar-pelajar ini suruh masuk universiti dahulu.

Di universiti kita ada pusat bahasa. Saya dahulu pun orang yang agak buta bahasa Inggeris. Akan tetapi bila di universiti kita masuk tahun satu, dia buat placement test. Dia skrin, dia tengok ini orang yang basic kena masuk, ini intermediate dan yang ini, advance.

Alhamdulillah, semua kita boleh mengikuti dari ‘A’ to ‘Z’. Tiba-tiba kita wajibkan pelajar-pelajar ini, teruk dia. Saya kesian terutama di kalangan anak-anak murid kita yang berada di pedalaman. Guru yang tidak cukup. Bahasa ini kita kena ingat ia lain. Saya kalau suruh saya mengajar Bahasa Malaysia, saya tidak boleh mengajar kalau Bahasa Malaysia peringkat tinggi. Bahasa ini lain. Bahasa Arab pun sama walaupun dia mengaji Usuluddin atau Syariah di Universiti Al-Azhar, di Mesir, di Syria, di Baghdad dan sebagainya, suruh mengajar bahasa Arab belum tentu. Bahasa ini ia lain, ia ada kaedah-kaedah yang tersendiri. Macam mana kita tiba-tiba hendak memaksa?

Saya yang paling takut ialah oleh kerana hendak wajibkan pelajar-pelajar ini dapat Band 2 ataupun Band 4 nanti kita akan turunkan graf kelulusan. Kalau ini berlaku, kita tengok seperti mana ada sesetengah pelajar yang kadang-kadang mereka tidak pernah lulus Add Math ataupun Matematik Tambahan. Dia bila result keluar, dia pun terkejut, tidak pernah lulus, tiba-tiba lulus. Rupa-rupanya di sana grafnya diturunkan. Kita tidak mahu macam itu. Kita mahu biarlah pelajar-pelajar kita yang ada kualiti dan mereka ini mesti diberikan dengan baik untuk supaya siap siagakan ke arah untuk mendapatkan apa yang kita katakan sebagai kelayakan untuk masuk ke universiti.

Mafia Kuala Sepetang

Kemudian isu yang ketiga ialah isu setempat iaitu laporan berkenaan dengan kes mafia di Kuala Sepetang, dalam Parlimen saya. Saya cukup kesal dengan laporan Utusan Malaysia, 19 Oktober dan juga 20 Oktober mengenai kononnya Kuala Sepetang dikuasai mafia. Kalau mafia kuasai Kuala Sepetang ini, saya tidak berada di sini malam ini. Saya tidak ada malam ini di sini. Saya boleh katakan saban minggu saya berada di sana. Mungkin saya bukan setakat dikerat 18, mungkin kerat 28.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Macam bos mafia sahaja.

Idris Ahmad [Bukit Gantang]: Hah! Kalau begitu kata Yang Berhormat Parit Buntar macam seolah-olah bos mafia.

Kita amat sedih. Laporan yang tidak berintegriti. Apa motif? Saya tidak tahu. Sedangkan saya sebagai Ahli Parlimen, kerap masuk ke kampung tersebut. Bukan setakat kampung, lorong-lorong kecil kita masuk untuk membantu, kadang-kadang memberi bantuan termasuk di kalangan kaum orang-orang Cina.

Apa yang dia kata pula Pulau Sangga Besar sebagai pusat kasino. Kasino apa? Orang yang duduk di situ orang tua-tua. Orang tua-tua mata pun sudah tidak nampak. Mata pun tidak nampak, mahu main kasino macam mana? Mata pun tidak nampak, lebih kurang 30 minit dari Kuala Sepetang hendak pergi ke Pulau Sangga Besar, tiba-tiba dia kata pusat kasino. Ish! Pusat kasino, yang di atas bukit, Genting Highlands dia tidak nampak pula. Ini orang panggil kadang-kadang ‘benak’. Tahu ‘benak’? Apa yang besar tidak nampak tetapi yang kecik dia nampak.

Ini macam satu kisahlah. Satu kisah seorang itu dia mengaji. Tidak faham-faham. Guru dia terang, tidak faham-faham. Tiba-tiba guru dia kata “Jom, pergi dekat dengan tembok di sana”. Guru dia pun ambil buat titik hitam dekat tembok putih itu. “Engkau nampak?”. Dia jawab, “Nampak”. “Nampak apa?” Dia jawab, “Nampak titik hitam” “Patut awak tidak faham. Tembok besar engkau tidak nampak, titik hitam kecil engkau nampak” Lebih kurang Utusan Malaysia inilah.

Kita lihat dan apa motif kita tidak faham. Sedangkan kita tengok Pulau Sangga Besar yang dia katakan kasino itu dan juga Kuala Sepetang dan sekarang ini dikuasai oleh mafia. Penghuni tidak sampai 200 orang. Pulau tersebut juga ada polis. Polis duduk dengan aman, ada klinik dan ada nurse di situ yang hidup dengan baik. Boleh bersosial dengan mereka. Kalau kita boleh pergi ke sana, kita lihat. Tiba-tiba Utusan Malaysia melaporkan demikian rupa. Laporan ini sudah tentu menjejaskan industri pelancongan di Kuala Sepetang.

Di Kuala Sepetang, kita tahu kaya dengan khazanah, ekopelancongan boleh buat. Di situ ialah yang paling panjang tanaman bakau di Kuala Sepetang. Laporan macam ini dibuat sudah tentu akan menggerunkan orang dan akan merosakkan industri pelancongan di situ.

Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya Utusan Malaysia kena hentikan laporan yang tidak berasaskan ini. Sebab itu 22 Oktober, polis negeri menafikan aktiviti jenayah yang berleluasa di kawasan Kuala Sepetang, Bukit Gantang seperti didedahkan oleh Utusan Malaysia dalam dua siri laporan khas.

Melalui Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk A. Paramasivam yang memangku jawatan Ketua Polis Negeri Perak sejak Khamis yang lalu.

Sepatutnya Utusan Malaysia mahu buat laporan, mestilah laporan yang betul dan tepat dan biarlah. Kita harapkan supaya minta maaf kepada penduduk di Kuala Sepetang. Memang penduduk Kuala Sepetang tidak kira Melayu atau Cina yang berada di situ marah terhadap laporan yang diberikan oleh Utusan Malaysia.

Utusan Malaysia kalau boleh berhentikanlah cara tradisi yang menyebut ataupun memberitakan tentang berita-berita yang tidak baik dan terutamanya memberikan kesan kepada industri pelancongan di kawasan Kuala Sepetang. - HARAKAHDAILY 30/10/2014

Petikan ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad semasa membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 28 Oktober 2014.

Sumber HD - 28-10-2014







Kerajaan dicadang bina Taman Tema al-Quran

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary mencadangkan kerajaan membina Taman Tema al-Quran yang pertama di dunia.

Katanya, peruntukan sebanyak RM30 juta untuk pusat percetakan ditukar kepada cadangan membina Taman Tema Al Quran.

"Di Malaysia kita sudah ada Legoland, Taman Tema Air seperti di Sunway dan Tambun.

"Sudah sampai masanya kita membawa seluruh penduduk dunia datang ke Malaysia mempelajari al-Quran dalam bentuk Taman Tema al-Quran Malaysia,"katanya ketika membahaskan Bajet 2015.

Cadangnya, Taman Tema al-Quran ini dibahagikan kepada 113 bahagian sebagaimana jumlah surah Al Quran dan ianya akan menjadi tempat perlancongan dan pembelajaran Al quran terbesar dan satu-satunya dalam dunia.

Sebagai contoh katanya, apabila pengunjung masuk ke halaman surah Nuh, ia dapat menghayati sebuah bahtera besar, ribuan pasangan binatang dan banjir besar.

Manakala tambahnya, di halaman surah al-Humazah para pengunjung digambarkan dengan azab neraka yang membakar sampai ke hati, ditutup rapat dan diikat pada tiang-tiang yang panjang.

"Saya percaya Taman Tema Al quran Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. Membawa pulangan keuntungan jutaan ringgit dan terpenting menjadi bekalan pahala buat kita semua di akhirat nanti,"katanya.

Justeru beliau berpandangan taman tema ini sangat bersesuaian dalam memajukan lagi produk pelancongan Islam.

"Dan sebagai simboliknya saya mencadangkan taman tema dibangunkan di Kelantan. Saya percaya kerajaan Kelantan bersedia untuk menyediakam tanah bagi membangunkan Taman Tema Al Quran,"katanya.- HARAKAHDAILY 28/10/2014

Sumber HD - 28-10-2014

Hutang negara masih terkawal biarpun 52.8%, kata Najib

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah berkenaan 97.1% atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik sementara bakinya RM16.2 bilion (2.9%) merupakan pinjaman luar pesisir.

Katanya, kedudukan hutang kerajaan ini kekal terurus di bawah 55% daripada KDNK dan dikatagorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.

Menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Najib berkata, sehingga kini kerajan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.

"Ini adalah hasil daripada pengurusan hutang yng berhemat di mana pinjaman dibuat hanya untuk membayai perbelanjaan pembangunan dan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.

"Bayaran khidmat hutang merujuk kepada faedah ke atas pinjaman merupakan bayaran tanggungan mandatori yang perlu diberi keutamaan dan dikatagori di bawah peruntukan tanggungan T13," ujarnya.

Tambahnya, bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3% daripada hasil, masih jauh di bawah paras 15% seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal.

Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2010 adalah sebanyak RM407.1 bilion (51.1%) daripada KDNK, 2011 sebanyaj RM456.1 bilion (51.5%), 2012 sebanyak RM501.6 bilion (53.3%) dan bagi tahun 2013 pula RM547.6 bilion (54.7%) daripada KDNK. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

Sumber HD - 28-10-2014







Hapuskan cukai 3% terhadap peniaga R&R PLUS

ANIS NAZRI | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menghapuskan cukai 3 peratus yang dikenakan ke atas peniaga di setiap kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS di seluruh negara memandangkan kadar itu agak tinggi bagi peniaga kecil.

Gesaan itu dikemukakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad ketika bangun mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

"Kadar cukai 3 peratus itu tinggi, lebih-lebih lagi bagi peniaga kecil. Ia juga dikenakan bukan sahaja kepada peniaga yang menjual makanan, tetapi juga kepada peniaga buah-buahan. Kadar ini tinggi dan saya cadangkan kerajaan menghapuskan cukai tersebut," kata beliau.

Idris turut mempersoalkan kewajaran kerajaan mengutip cukai tersebut memandangkan syarikat konsesi lebuh raya itu sudah mengaut keuntungan yang tinggi saban tahun.

Katanya, pada 2011 sahaja PLUS telah memperoleh sebanyak RM2.5 bilion untung bersih, hasil dari aliran 417 juta kereta yang melalui PLUS sepanjang tahun.

"Dengan untung bersih begitu tinggi, PLUS ambil lagi dari peniaga kecil. Ada benda yang diselindungkan di sebalik ini," tegas beliau sambil meminta menteri membuat siasatan berhubung perkara tersebut.

Ketika menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kadar bulanan yang dikenakan bergantung kepada jenis gerai, yang mana kadar minimum dikenakan ke atas gerai buah-buahan, berbanding gerai makanan.

Kadar itu, katanya dikenakan sebagai ganti kenaikan harga sewa sejak Mei 2011, yang mana kadar sewa sebanyak RM85 sehingga RM1,200.

Tambah beliau, cukai 3 peratus yang dikenakan itu berdasarkan keuntungan jualan setiap peniaga.

"Jika hasil keuntungan berjumlah RM60,000, maka peniaga tadi dikenakan cukai sebanyak RM1,800.

"Kita sebenarnya membina gerai itu untuk melatih mereka berniaga, tapi jika mereka rasa cukai 3 peratus itu tinggi, sebenarnya PLUS boleh mengizinkan mereka untuk menarik diri.

"Kita tidak mahu mereka keluar sebenarnya, tapi jika mereka rasa tinggi, mereka boleh keluar bagi memberi peluang kepada peniaga lain yang mahu kerana memang banyak permohonan untuk berniaga di situ," jawab Rosnah.

Sebelum itu, dalam soalan asalnya Idris meminta Menteri Kerja Raya menyatakan berapakah kadar pungutan yang diperoleh PLUS daripada cukai 3 peratus kepada peniaga mengikut setiap R&R PLUS di seluruh negara.

Kesal jawapan menteri

Sementara itu, Idris yang ditemui di lobi Parlimen kesal dengan jawapan yang diberikan Ahli Parlimen Papar itu.

Katanya, cukai yang dikenakan ke atas peniaga itu lebih zalim berbanding GST kerana ia melibatkan semua barangan.

"Jika GST, ia dikenakan ke atas barangan terpilih, tetapi cukai ini kena pada semua barang," tegas beliau.

Idris juga berkata kenyataan Rosnah yang mengatakan cukai 3 peratus itu dikenakan berdasarkan hasil keuntungan juga adalah tidak betul.

Ia kerana, dakwa Idris cukai itu dikenakan ke atas setiap pembelian di gerai-gerai berkenaan.

"Contohnya, kita beli barang dengan harga RM10, bila peniaga 'punch' di mesin kira-kira mereka, automatik cukai 3 peratus itu ditolak. Jadi ia bukan diambil dari hasil keuntungan, sebaliknya setiap pembelian," kata Idris lagi.

Dalam pada itu, beliau menyeru kerajaan agar menghapuskan cukai tersebut memandangkan kebanyakan peniaga di R&R itu merupakan penduduk kampung berdekatan. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

Sumber HD - 28-10-2014

Pembangunan: MP BN Sarawak kritik kerajaan

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan sejauh mana peruntukan pembangunan yang disalurkan ke Sarawak memberi kesan kepada menaik taraf hidup rakyat di negeri itu.

Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ramai dalam kalangan ahli parlimen BN di Sarawak sering mengkritik kerajaan kerana menganaktirikan pembangunan di negeri mereka.

"MP BN sering meminta peruntukan daripada kerajaan kerana tidak cukup pembangunan.

"Taraf hidup rakyat yang masih jauh ketinggalan walaupun dikatakan mendapat peruntukan besar daripada kerajaan," katanya dalam soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini.

Hakikat yang berlaku di Sarawak mahupun di Sabah, katanya banyak pembangunan dilakukan tetapi tidak ada limpahan nikmat pembangunan kepada rakyat negeri itu.

"Berapa hasil pungutan cukai-cukai termasuk korporat, petroleum yang diperolehi Sarawak yang diberikan kepada kerajaan," soalnya.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan rakyat tidak menikmati limpahan pembangunan di negeri mereka.

"Bukan sahaja pembangunan dibuat tetapi limpahan pembangunan untuk rakyat di Sarawak.

"Ladang sawit di sana orang tempatan ramai yang bekerja, berbeza di Semenanjung. Inilah limpahan pembangunan jelas memberi pendapatan lebih baik," jelasnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah peruntukan pusat yang telah diberikan kepada negeri Sarawak untuk segala pembangunan negeri itu dalam lima tahun yang lepas. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

Sumber HD - 28-10-2014

Statistik terkini jumlah permohonan kes murtad

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan apakah statistik terkini jumlah permohonan kes murtad bagi penganut agama Islam dan apakah langkah penyelesaian yang sudah diambil untuk menanganinya.

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan soalan demikian dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang turut disenaraikan hari ini seperti di bawah.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan adakah Kerajaan bercadang membuka pejabat Konsulat General Malaysia di Istanbul memandangkan pentingnya kota itu untuk rakyat dan negara kita.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapakah kadar pungutan yang diperoleh oleh PLUS daripada cukai 3% kepada peniaga mengikut setiap R&R PLUS di seluruh negara.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan:-
(a) statistik terkini penjawat awam Persekutuan serta pengambilan penjawat awam secara lantikan tetap dari tahun 2010 hingga 2014 dan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan proses pengambilan dalam pengisian oleh penjawat awam sedia ada yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengisi jawatan lebih tinggi yang dibuka pada orang awam; dan
(b) jumlah penjawat awam mengikut gred yang akan bersara wajib pada usia 60 tahun berkuat kuasa tahun 2014 dan jumlah mereka yang disambung perkhidmatan secara kontrak.

Ustaz Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan sasaran yang telah dicapai oleh Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) untuk melahirkan usahawan belia dalam industri padi negara.

Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatanmenyatakan sejauh manakah sambutan sektor industri terhadap Konsep Ekologi Perindustrian yang bakal diwujudkan di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan peranan yang dimainkan oleh “Malaysian Green Technology Corporation (MGTC)” dalam mempromosikan Teknologi Hijau di negara ini. Sejauh manakah pencapaian MGTC berbanding objektif awal yang disasarkan. - HARAKAHDAILY 28/10/2014

Sumber HD - 28-10-2014







K'jaan digesa perluas tanaman alternatif selain kenaf

ANIS NAZRI | .



KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memperluaskan tanaman alternatif selain kenaf bagi memastikan para petani di Bachok dapat menikmati hasil yang pernah memacu ekonomi penduduk ketika menanam tembakau.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, berkata sejak tanaman kenaf diperkenalkan bagi menggantikan tembakau, hanya sebilangan kecil petani yang terbabit dalam penanaman kenaf.

"Hasil tembakau sebelum ini lebih besar berbanding hasil kenaf, lebih-lebih lagi hanya ada 92 petani kenaf berbanding 1000 lebih petani tembakau.

"Apakah ada usaha kerajaan untuk meluaskan tanaman lain bagi membolehkan lebih ramai petani di Bachok mendapat hasil pendapatan yang lebih baik?" soal beliau ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, beliau meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan berapakah purata pendapatan yang diperoleh petani dalam parlimen Bachok daripada hasil tanaman kenaf berbanding tembakau yang pernah memacu ekonomi petani Bachok.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Noriah Kasnon ketika menjawab soalan tersebut berkata purata pendapatan petani kenaf sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sehektar semusim. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014







Rasuah: Tiada 'jerung' diheret ke penjara sejak 1981

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Tidak ada satu perkataan pun menyebutkan usaha-usaha anti rasuah dalam ucapan Bajet 2015 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

"Bolehkah beliau menjelaskan mengapa Malaysia ketinggalan begitu teruk berbanding Indonesia dan China dalam usaha dan hasil kempen anti-rasuah?" tanya Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, ini kerana tiada seekor pun 'jerung' diheret ke penjara setakat ini sama ada di bawah Perdana Menteri sekarang atau dua Perdana Menteri sebelumnya, selama 33 tahun sejak tahun 1981 sedangkan penangkapan, pendakwaan dan penahanan 'jerung' telah menjadi sangat biasa di Indonesia dan China.

Beliau juga mempersoalkan bagaimanakah rekod rasuah Malaysia yang begitu berleluasa dan usaha-usaha anti rasuah yang begitu lemah menepati komitmen Malaysia terhadap agenda wasatiyyah atau kesederhanaan.

Katanya, dengan kaji selidik terbaru oleh Ernst & Young bahawa Malaysia menduduki tempat sebagai salah satu daripada negara-negara yang paling korup dan disenaraikan sebagai sebuah negara yang paling mungkin untuk mengambil jalan pintas bagi mencapai sasaran apabila keadaan ekonomi tidak begitu kukuh, rakyat Malaysia berhak untuk bertanya: Mengapa SPRM hanya menangkap 'lalat', di mana pula para 'harimau'.

"Atau menggunakan istilah Malaysia, di mana para 'jerung', memandangkan SPRM dan pendahulunya Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mampu untuk menghantar walau seekor pun 'jerung' ke penjara selama 33 tahun yang lalu di bawah tiga Perdana Menteri - Najib, Abdullah dan Mahathir - sedangkan penjara di kedua-dua Indonesia dan China penuh dengan 'jerung' atau 'harimau dan lalat'," ujarnya lagi.

Lim juga bertanya bagaimana Malaysia boleh mendakwa ia sebuah negara yang sederhana apabila terus mempunyai kedudukan begitu rendah di dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI) (CPI) dalam dua dekad yang lalu, bahkan kalah dengan Indonesia dan China dari aspek anti-rasuah.

Menurutnya, dalam CPI yang pertama pada tahun 1995, Malaysia menduduki tempat ke-23 daripada 41 negara dengan skor CPI sebanyak 5.28. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014







Apa perkembangan terkini Institut Islam Hadhari

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini Institut Islam Hadhari.

"Apakah fungsinya kini kepada kemajuan serta perkembangan agama Islam dalam negara?" ujarnya dalam pertanyaan bagi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Institut Islam Hadhari diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi digabungkan dengan Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ahli-ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan pertanyaan di Dewan Rakyat hari ini sebagaimana di bawah.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan usaha-usaha yang dibuat bagi mempromosikan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TEVT) sebagai pilihan utama pelajar memandangkan bidang itu dikatakan mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi selepas menamatkan pengajian.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi menyatakan berapakah purata pendapatan yang diperoleh oleh petani dalam Parlimen Bachok daripada hasil tanaman kenaf berbanding tembakau yang pernah memacu ekonomi petani Bachok.

Dr. Haji Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan jalan-jalan kampung yang akan dinaiktarafkan bagi tahun 2014 dan 2015 di Parlimen Pengkalan Chepa.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah tindakan penyelesaian kemendapan tanah sambungan kepada jalan dengan kepala jambatan seperti di laluan 145 Seksyen 1, Km 3 Jambatan Sungai Ruang dan Km 4 Jambatan Sungai Teluk Kalung Jalan Chukai - Dungun.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri menyatakan bilakah harga kereta akan mula diturunkan seperti yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Ke-13.

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan rasionalnya Kerajaan bercadang untuk membawa masuk 1.4 juta orang Bangladesh dan akan diberi kad pengenalan khas. Apakah kesan jika keselamatan negara dikuasai oleh bangsa asing.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah jaminan Kerajaan agar pekerja-pekerja MAS yang akan dibuang kerja ekoran penstrukturan semula MAS tidak menghadapi tekanan ekonomi dan menambahkan pengangguran.

Ahmad Baihaki Atiqullah [Kubang Kerian] minta Menteri Pendidikan menyatakan kejadian soalan bocor pada kertas peperiksaan utama di Malaysia kerap kali kedengaran. Terkini ialah apa yang berlaku kepada kertas mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris 1 & 2 untuk peperiksaan UPSR. Pada pandangan Kementerian, di manakah sebenarnya kelompangan pada sistem penyediaan dan pengagihan soalan sehingga ia boleh diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membocorkannya dan apakah mekanisme yang dibentuk bagi menjamin perkara sama tidak akan berulang. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014







Karut jika kata harga barang naik bila minyak naik - MP BN

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Pembangkang sengaja mencanangkan cerita bahawa apabila minyak naik harga barang akan naik untuk menakut-nakutkan rakyat, kata Ahli Parlimen Bagan Serai (BN) Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau ketika membahaskan Bajet 2015 berkata, pembangkang terlalu emosional dalam isu kenaikan harga minyak dan mendakwa tidak faham akan usaha kerajaan dalam merasionalisasikan subsidi rakyat.

"Bukankah minyak sudah naik lima kali pernahkah berlaku keadaan inflasi yang sukar dikawal?

"Jawapan barang naik kerana minyak naik, ini tidak betul! Saya tidak bersetuju. Saya fikir ini bukan jawapannya.

"Kita ada minyak. Kenapa minyak naik? Minyak kita minyak baik. Kita jual untuk kebaikan rakyat,"katanya.

Ekoran kenyataannya itu beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun dan menyangkal dakwaan itu sambil memohon untuk mencelah.

Ahli Parlimen PAS Sepang Hanipa Maidin yang diberi laluan membidas Bagan Serai dan menyifatkan perbahasannya 'penuh dengan guruh tetapi kosong'.

"Tidak perlu panggil orang ekonomi, bagi rakyat biasa pun secara rasionalnya tahu bila minyak naik barang akan naik.

"Takkan tak ada kesan. Tak payah bahas panjang-panjang,"tegas Hanipa yang diikuti sorakan di kalangan Ahli Parlimen Pakatan.

Hanipa turut mempersoalkan Bagan Serai yang langsung tidak menyentuh soal rasuah yang berleluasa menyebabkan kerajaan terpaksa merasionalisasikan subsidi.

"Perlu juga kita perbetulkan struktur, tutup pintu korupsi dan sebagainya. Ini kerana semakin ramai didedahkan korupsi semakin banyak orang kaya. Inilah keadaan korupsi negara kita. Kenapa tidak bangkitkan?"soal Hanipa. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014

Alahai Shahidan...

BASHIR ISHAK | .

KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim baru-baru ini mengenai kedudukan gaji Ahli Parlimen di Malaysia sehinggakan mereka terpaksa "ikat perut" mengundang pelbagai reaksi rakyat.

Malah kenyataan Ahli Parlimen (MP) Arau itu dengan cepatnya menjadi viral di dalam media sosial dan mendapat pelbagai komen negatif dan positif dari kalangan pengguna medium komunikasi itu.

Dengan kenyataan Shahidan yang menyebut gaji MP sebanyak RM6500.00 itu adalah rendah berbanding MP di Singapura malah lebih rendah dari MP di Uganda, wujud pula 'posting' yang menjawab dakwaan Shahidan dengan pendedahan gaji para menteri dan timbalan menteri di Malaysia.

Sasarannya mungkin ditujukan kepada Shahidan sendiri ekoran kenyataannya itu. Maka angka yang dikeluarkan bagi setiap MP yang juga berjawatan Menteri, maka gaji bulanan mereka adalah sekitar RM21,000.

"Mana mungkin Menteri (yang juga MP) bergaji RM21,000 kena ikat perut. Itu belum dicampur elaun dan kemudahan lain," sanggah rakyat kebanyakan bila mendapat tahu fakta ini.

Seorang sahabat berseloroh dengan penulis bahawa Shahidan sendiri mungkin sudah lupa bahawa selain sebagai MP Arau, beliau sendiri juga seorang MP di Perlis.

MP yang dimaksudkannya ialah "Makan Pencen" yang bermakna Shahidan kini turut menikmati pencen sebagai bekas Menteri Besar Perlis selama tiga penggal dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang selama empat penggal.

Penulis berkira-kira pencen yang beliau nikmati setiap bulan adalah sekitar RM9000 dan jika dicampur dengan gaji semasa (RM21,000) maka jumlahnya adalah RM30,000.

Baru-baru ini penulis berkesempatan mengunjungi negara jiran dalam program Kembara Korban bersama NGO Yayasan Pembangunan Ummah ke Wilayah Satun di Selatan Thailand.

Di sana, peserta kembara disambut oleh tokoh politik dan gerakan Islam tempatan, Ustaz Amin Menjamin. Beliau ialah bekas wakil rakyat dan Speaker Dun di sana.

Dalam perbualan larut malam itu, kami banyak belajar tentang politik di negara jiran itu. Antara yang mengejutkan kami, beliau berkata ahli politik di Thailand tidak ada peluang untuk mengumpul kekayaan.

"Jadi wakil rakyat atau Speaker Dun di sini mana ada elaun atau gaji. Pencen pun tak ada," jelas beliau.

Kenyataan itu amat kontradik dengan amalan yang berlaku di Malaysia. Rakyat Malaysia sejak sekian lama melihat wakil rakyat sama ada Adun atau MP adalah golongan berstatus tinggi dengan kehidupan yang senang-lenang.

Kita di Malaysia sering mendapat khabar bahawa si polan itu, wakil rakyat yang kaya-raya dengan projek kerajaan, saham, perniagaan dan sebagainya.

Wakil rakyat tanpa mengira dari pihak kerajaan atau pembangkang adalah tempat mengadu untuk rakyat merintih seringgit-dua bila dalam keadaan sesak berbelanja.

Bagi Shahidan pula (terutamanya rakyat Perlis), siapa yang tidak kenal dengan sifat pemurah beliau. Seorang pemimpin yang akan turun ke pasar minggu, pasar malam atau bazar Ramadan dan berbelanja besar untuk dihadiahkan kepada pengunjung.

Penulis juga teringat pengumuman di radio Perlis FM baru-baru ini yang menyebut program korban 60 ekor lembu sumbangan Shahidan. Teringat pegawai khas beliau dengan mudahnya menyumbangkan RM50 kepada peserta demonstrasi menuntut keadilan mangsa bajir beberapa tahun lalu.

Inikah contoh MP yang ikat perut?

Kalau Shahidan betul-betul mahu melihat MP yang ikat perut kerana rakyat, lihatlah wakil rakyat pembangkang. Semasa beliau menjadi Menteri Besar, tiga wakil rakyat PAS dinafikan sebarang peruntukan, malah hampir tidak mempunyai ruang untuk mereka berfungsi dengan baik selaku Adun yang dipilih oleh rakyat.

Keadaan itu agak berbeza ketika beliau hanya menjadi Adun biasa kerana ruang yang lebih terbuka diberikan penggantinya (walaupun tanpa peruntukan). Itupun Shahidan sering mengomel-ngomel pada setiap kali sidang Dun menyatakan dia sendiri seolah-olah dianaktirikan oleh pemimpin BN negeri pada masa itu.

Banyak lagi yang boleh ditulis tentang Shahidan. Cuma penulis masih tertanya-tanya, adakah hasil penjualan saham Bernas dahulu sudah habis dibelanjakan beliau? - HARAKAHDAILY, 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014







Orang kampung buang air dalam lubang - Ghapur

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh mendedahkan taraf hidup masyarakat luar bandar di Sabah yang masih membuang air di dalam lubang.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Penampang, Ignatius Dorell Leiking mencelah ketika beliau menbahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, petang semalam.

"Setujukah Yang Berhormat Kalabakan bahawa semasa perbahasan Yang Berhormat Kalabakan bolehkah kita bekerjasama untuk merunding dengan kerajaan supaya kedudukan Sabah dinaik taraf balik kepada rakan setaraf di Persekutuan Malaysia ini.

"Supaya apa Yang Berhormat Kalabakan minta dan apa Yang Berhormat Putatan minta termasuk Yang Berhormat Penampang dan rakan-rakan dari Sabah akan diambil berat dan it considered more deeper by the Federal Government. Terima kasih," ujarnya.

Ghapur yang memberi respons kepada pertanyaan itu berkata, apa yang diketahuinya sewaktu negara mencapai kemerdekaan tidak ada negeri yang kelas kedua (second class).

"Yang Berhormat Penampang yang sebenarnya apa yang saya tahu sewaktu kita mencapai kemerdekaan tidak ada negeri yang second class, semuanya sama. 1Malaysia dipanggil.

"Jadi tidak ada perbezaan antara first class atau second class. Tidak ada perbezaan antara bumi dan langit. Kita mahu semua rata, equal kita mahu equal share," katanya.

Menurutnya, apa yang disuarakan oleh mereka termasuk beliau bahawa kalau dibanding di luar bandar di Sabah nampak ia jauh sekali.

"Orang-orang kampung di Kalabakan di Kinabatangan dan lain-lain Tuan Yang di-Pertua masih lagi buang air dalam lubang," ujarnya.

"Termasuk Beluran Yang Berhormat," ujar Timbalan Yang Dipertua Dewan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mencelah.

"Termasuk Beluran, dalam lubang. Jadi kita tidak malukah kalau ada orang dari luar nampak kita bawa...," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014

Kenderaan asing: SPAD kata kerja JPJ - Mafuz

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar kerajaan‎ memantau kenderaan asing yang memasuki negara ini terutama melibatkan kawasan yang berhampiran sempadan.

Kata beliau, kemasukan kenderaan asing bukan sahaja melanggar peraturan penggunaan petrol RON95 tetapi turut melibatkan soal pengangkutan awam.

"Kemasukan kenderaan asing ini telah menimbulkan masalah kepada teksi-teksi yang beroperasi di sempadan negara ini.

"Mereka dengan senang lenang melakukan kesalahan mengambil penumpang yang ingin ke Thailand tanpa ada sebarang halangan.

"Kita gesa agar kerajaan tampil membuat penguatkuasaan tindakan kenderaan asing yang berurusan seperti pengangkutan awam," ujar beliau ketika mencelah soalan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Hasarah yang bertanya tentang kaedah kerajaan gunakan dalam memantau kemasukan kenderaan asing di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau lagi, penyalahgunaan kenderaan asing ini bukan sahaja melibat teksi tetapi turut berlaku penyewaan van.

"Saya sudah bertanya kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tetapi mereka mengatakan ia bidang kerja Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kita tidak perlu menuding jari, sebagai kerajaan isu ini amat serius dan perlu tindakan segera, kegagalan penguatkuasaan akan menjejaskan kerja pemandu teksi rakyat negara ini," ujar beliau lagi.‎ - HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014







Sejauh mana promosi Malaysia pusat pelancongan Islam

azmi | .


KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan sejauh manakah usaha yang telah digiatkan oleh Islamic Tourism of Malaysia dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pelancongan Islam yang mesti dikunjungi.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin mengemukakan soalan itu pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini sebagaimana di bawah.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan
(b) langkah-langkah yang dibuat bagi memastikan semua pelajar asing memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card.

Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah kawasan ladang getah yang telah diubah kepada kawasan pembangunan hartanah dan komersial sejak tahun 2010 hingga 2013.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan berapakah bilangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengikut negeri-negeri dan berapakah peruntukan sejak tahun 2010 hingga 2013.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan bilakah Imbalance Cost Past Through (ICPT) akan dilaksanakan dan apakah penambahan tarif hasil dari ICPT tersebut.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sama ada kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian TPPA dan sekiranya ya, mengapa. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

Sumber HD - 16-10-2014







Permata ambil anak keluarga berada?

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Program Permata Negara terus dipersoalkan bukan sahaja kerana mendapat peruntukan yang besar bahkan program itu didakwa mengambil anak-anak dikalangan keluarga berada.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin berkata, program Permata adalah program 'short cut' untuk Permata Seni dan kebanyakkannya mengambil kanak-kanak dari kalangan orang kaya.

"Kalau Permata bersungguh-sungguh membantu rakyat patut mengambil anak-anak dari keluarga miskin,"bidas Zuraida ketika mencelah.

Terdahulu Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah ketika membahaskam Bajet 2015 menegaskan program Permata sangat baik dan memberi kesan kepada kanak-kanak dan tidak wajar dipersoalkan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh ketika mencelah melahirkan rasa kecewa keran program Permata tidak pernah sampai di Sabah.

"Bila kita cerita perihal Permata ini semua orang bagi perhatian sebab permata ni berkilau dan semua orang tengok.

"Kenapa Permata tidak sampai ke Sabah bererti Permata tidak dikaji sepenuhnya, kemana hendak pergi?"soalnya.

Ahli Parlimen Batu Gajah V.Sivakumar meminta Perdana Menteri memberikan butiran terperinci berhubung agihan peruntukan bajet sejumlah RM711juta kepada pendidikan awal kanak-kanak termasuk Permata.

"Setuju kalau kita minta PM untuk berikan butiran berapa peruntukan kepada Kemas,Permata, tadika peraduan?" katanya ketika mencelah.

"Kalau kita telus, tidak ada masalah kalau kita perincikan kerana saya melihatkan program ini sangat baik," tegas Shamsul menjawab kepada Sivakumar. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

YB DAGS - http://www.youtube.com/watch?v=64Q3lnxM2_I

Sumber HD - 15-10-2014




















MP BN bidas kajian pendapatan rakyat Sabah RM4,000 sebulan

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen BN Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh menggesa satu Jawatankuasa Khas Parlimen diwujudkan bagi mengkaji semula status kemiskinan penduduk rakyat negeri Sabah.


Beliau ketika membahaskan Bajet 2015 menjelaskan statistik yang mengatakan rakyat Sabah mempunyai pendapatan isu rumah RM4 ribu sebulan wajar dikaji semula.

"Kita gesa wujud segera jawatankuasa ini bagi mengkaji semula kedudukan sebenar rakyat Sabah.

"Semua parti perlu terlibat dan kita perlu pergi rumah ke rumah bagi membuat kajian sebenar tentang apa yang Sabah alami terutama soal kemiskinan," ucap beliau di Dewan Rakyat.

Beliau turut mempertikaikan apabila pengiraan statistik kemiskinan diambil secara menyeluruh sebelum dikira secara purata.

"Pengiraan tidak boleh dilakukan sedemikian, kita perlu membuat kajian di bawah dengan bertemu penduduk.

"Bila kajian tidak dibuat betul-betul, kita tidak akan tahu taraf sebenar kemiskinan itu, mungkin pengiraan dibuat di semenanjung tetapi tidak Sabah, rakyat negeri itu masih miskin walaupun telah lama merdeka," sambung beliau lagi.

Janji p'raya

Ghafur turut menggesa agar Kerajaan BN dengar sendiri rintihan rakyat negeri itu dan tidak hanya bertemu mereka untuk janji-janji pilihan raya.

"Dulu masa pilihnraya umum kerajaan janji hendak bina rumah sebanyak 1 juta unit dengan kadar 250 ribu unit setahun.

"Tetapi sehingga sekarang tidak ada satu pun rumah dibuat, mana janji-janji sebelum ini," soalnya lagi.

Menurutnya, sewaktu penerangan dibuat beliau memang berpuas hati tetapi melihat kepada pelaksanaannya sekarang, beliau berasa kecewa.

"Saya sebelum ini pernah merasmikan pecah tanah untuk Rumah Generasi kedua Felda dan sekarang saya sendiri yang malu bila tiada rumah yang dibina setelah lama pilihan raya berlalu," katanya. - HARAKAHDAILY 15/10/2014.

YB DAGS - http://www.youtube.com/watch?v=kzFHNFYG0vI

Sumber HD - 15-10-2014

Ahmad Maslan diseru kira semula subsidi

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyeru Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyemak kembali pengiraan subsidi supaya ia tidak mengelirukan rakyat.

Beliau menyatakan demikian merujuk dalam satu pertemuan dengan penjawat awam, Ahmad dilaporkan berkata dasar memberi subsidi kepada semua rakyat adalah dasar yang bodoh.

Ahmad juga dipetik sebagai berkata jika subsidi sebanyak RM24 billion setahun itu tidak diberikan, ia boleh digunakan untuk membina 40 hospital setiap tahun.

Menurut Rafizi, jumlah RM24 bilion yang disebut-sebut itu bukanlah semuanya digunakan untuk memberi subsidi petrol dan diesel seperti yang didakwa.

Katanya, jumlah subsidi petrol dan diesel hanyalah RM13.7 bilion (diunjurkan bagi tahun 2014).

Beliau berkata, baki dari angka yang disebut sebagai subsidi itu adalah anggaran RM5 bilion untuk gas memasak LPG dan RM5 bilion lagi tanggungan BR1M.

Katanya, jumlah RM13.7 bilion ini jika dibandingkan dengan jumlah bayaran faedah hutang yang terpaksa ditanggung setiap tahun tidaklah begitu tinggi.

Tambahnya, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membelanjakan RM24.4 bilion bagi tahun 2015 hanya untuk membayar faedah dan bunga dari hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

"Sebab itu kami menyeru supaya Datuk Ahmad Maslan berhenti menghina rakyat dengan cuba memberi gambaran seolah-olah rakyatlah punca tempangnya kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan sekarang," ujarnya pada sidang media di lobi parlimen bersama Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Katanya, pemberian subsidi petrol dan diesel yang selalu diungkit oleh Ahmad itu tidak sampai separuh dari jumlah faedah dan bunga yang dibayar oleh rakyat kerana Barisan Nasional terus berhutang.

Sewajarnya, kata beliau untuk mengurangkan belanja kerajaan, lebih berkesan sekiranya Ahmad mencari jalan untuk mengurang hutang dan memotong bayaran faedah dan bunga dari hutang-hutang tersebut.

Beliau juga ingin mempersoalkan ke manakah penjimatan dari beberapa siri kenaikan harga minyak sebelum ini.

Katanya, jika alasan Ahmad Maslan adalah menaikkan harga minyak boleh mengalihkan sumber kewangan negara untuk membina hospital dan kemudahan lain, berapa banyak hospital, naiktaraf pengangkutan awam dan lain-lain yang telah dilaksanakan dari penjimatan-penjimatan berikut:

- Apabila Kerajaan Persekutuan menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen dalam September 2013, unjuran penjimatan subsidi bagi tempoh September 2013 hingga September 2014 adalah RM4.7 bilion;

- Apabila harga petrol dan diesel dinaikkan lagi 20 sen baru-baru ini, unjuran penjimatan subsidi bagi tempoh Oktober 2014 hingga Disember 2014 ialah RM1.4 bilion

- Mana berpuluh-puluh hospital, sekolah, universiti, bas-bas baru yang telah disediakan oleh Barisan Nasional hasil penjimatan sebanyak RM6.1 bilion ini dalam tempoh setahun yang lalu?

"Malangnya kita tahu wang ini tidak dikembalikan kepada rakyat, sebaliknya terus membiayai keborosan pimpinan kerajaan dan peruntukan-peruntukan yang tidak sampai kepada rakyat," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014







Apa maklum balas Asean pembunuhan etnik Rohingya

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah maklum balas negara-negara anggota ASEAN terhadap pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-24 yang juga diadakan di Myanmar baru-baru ini.

Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan hari ini seperti di bawah.

Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mewajibkan tahap kepujian bagi mata pelajaran Agama Islam terhadap pelajar Islam.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(a) senarai aset-aset hartanah yang dijual oleh Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) serta senarai imbuhan penuh tahunan setiap tahun kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pengarah MAS bermula tahun 1995 hingga sekarang; dan
(b) jumlah 'bail out' wang Kerajaan yang digunakan untuk menyelamatkan MAS setiap tahun bermula dari tahun 1995 hingga sekarang.

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(a) adakah 1MDB telah mendapat semula wang RM7.18 bilion berserta untung (jika ada) yang diletak di Pulau Caymen sejak September 2012; dan
(b) adakah apa-apa siasatan dibuat atas 1MDB kerana menyalahi mandat syarikat tersebut apabila 1MDB meletakkan wang tidak digunakan (unutilised fund) yang dikumpulkan bagi tujuan pelaburan ke segregated portfolio company yang didaftar di Pulau Caymen dan jika ada, apakah status penyiasatan itu dan jika tiada, mengapa.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah hasrat Kementerian untuk menghapuskan sekolah vernakular bagi mewujudkan sekolah satu aliran di negara ini. - HARAKAHDAILY 15/10/2014

Sumber HD - 15-10-2014   







Isu U. Felda - 

YB UNH - http://www.youtube.com/watch?v=ELZoYXFExwU


Beng Hock: Rakyat mahu tahu apa sedang berlaku

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Setiap perkembangan terkini siasatan terhadap kes kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock perlu dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.

Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong berkata, kes terbabit merupakan salah satu kes berprofil tinggi maka beliau merasakan perkembangan siasatan terkini wajar dimaklumkan kepada umum.

"Saya rasa, rakyat Malaysia mahu tahu apakah yang sedang berlaku dan dijalankan polis untuk memastikan mereka yang bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah.

"Saya menyeru KDN dan PDRM dapat mendedahkan segala kerja penyiasatan kepada rakyat Malaysia kerana kita mahu siasatan yang telus, yang mana tiada pihak boleh menyembunyikan kebenaran proses siasatan dilakukan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan lisan berhubung soalan yang dikemukakan Kok Seong menjelaskan satu pasukan khas ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat punca kematian Beng Hock dengan mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan.

Katanya, Mahkamah Rayuan telah memutuskan kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan apabila ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menolak dakwaan bahawa mangsa membunuh diri.

Mahkamah juga menyatakan bahawa punca kematian mangsa disebabkan oleh seseorang atau lebih dari seseorang.

Justeru, pihak PDRM akan menjalankan siasatan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 September lalu yang mengenepikan keputusan Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Teoh. - HARAKAHDAILY 14/10/2014

Sumber HD - 14-10-2014







Permata: Bimbang wujudnya sistem pendidikan dua darjat

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Peruntukan besar yang sering diberikan untuk program Permata Negara berbanding sekolah-sekolah kebanyakan dibimbangi wujudnya sistem pendidikan dua darjat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof berkata, peruntukan yang diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat di dalam Bajet 2015 sebanyak RM50 juta dan Sekolah Pondok RM25 juta.

"Apakah ini adil? Apakah asasnya kerajaan mengagihkan dana ini. Apakah ikut keperluan pelajar atau perkapita pelajar?

"Sedangkan Sekolah Agama Rakyat mempunyai lebih 2,000 buah sekolah di seluruh negara," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, petang semalam.

Beliau juga meminta kerajaan menjelaskan berapa ramai jumlah pelajar yang terlibat di dalam program Permata dan berapa peruntukan diberikam bagi setiap pelajarnya.

"Kita paling bimbang duit Permata adalah daripada cukai yang dibayar rakyat, dengan peruntukan begitu besar disalurkan kepada Permata," katanya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang tidak menggunakan dana itu untuk memperkasakan institusi pendidikan yang ada.

"Ada sekolah yang tidak ada tandas, tidak ada elektrik. Kenapa perlu ada pihak yang bermewah-mewah dengan dana rakyat?" soalnya.

Di dalam Bajet 2015, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM711 juta kepada Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

Permata Negara yang dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai 82 buah pusat di seluruh negara manakala seramai 1,780 kanak-kanak yang yang menghadiri di pusat-pusat berkenaan seluruh negara. - HARAKAHDAILY 14/10/2014

Sumber HD - 14-10-2014

Saman trafik pengunjung kuliah TG Nik Aziz

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri diminta menyatakan jumlah saman trafik yang dikenakan kepada pengunjung kuliah Jumaat Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz di Dataran Ilmu Kota Bharu sepanjang 2012, 2013 dan 2014.

Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahmad Marzuk Shaary [PAS-Bachok] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga meminta menteri berkenaan menyatakan sejauh manakah budi bicara polis dalam mengatasi kesusahan meletak kereta bagi ribuan pengunjung kuliah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kaedah yang diguna pakai oleh polis trafik dalam mengendalikan kesesakan lalu lintas di mana-mana majlis ilmu dan ceramah.

Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ali-ahli parlimen PAS yang kain hari ini seperti di bawah.

Dato' Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tahap kesesuaian dan keselamatan landasan keretapi laluan Tumpat-Gemas dan adakah penjagaan landasan itu mengikut jadual.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah ada garis panduan berpakaian ahli sukan wanita Islam semasa menyertai pertandingan.

Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan berapa ramaikah saintis Malaysia yang menyahut seruan Kerajaan supaya pulang berkhidmat di dalam negara ini sehingga 2013 mengikut negara-negara yang mereka berkhidmat sebelum ini.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah yang diambil untuk meningkatkan penerangan kepada masyarakat mengenai penyakit denggi yang kian menular di negara kita.

Dato' Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status keselamatan terkini di wilayah keselamatan yang ditadbir oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOMM) setelah berlakunya siri pencerobohan dan penculikan baru-baru ini.

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah statistik di seluruh negara jenayah gengsterisme yang berlaku di sekolah mulai 2010 hingga 2014. Apakah punca golongan ini terlibat dan langkah mengatasi yang diambil Kerajaan.

Dato' Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana Jawatankuasa Majlis Bencana Alam yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menghadapi masalah banjir dan El Nino. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengimport beras untuk bekalan “bufferstock” beras negara.

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan memandangkan fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang sama akan dihentikan melalui „stop work order‟ dari Kementerian.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pihak Kerajaan benar-benar berhasrat untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan jika benar, jelaskan tarikh sebenar ianya dicadangkan untuk dimansuhkan. - HARAKAHDAILY 14/10/2014

Sumber HD - 14-10-2014







CGT lebih baik dari GST - Anwar

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Cukai Keuntungan Modal (CGT) lebih menguntungkan kerajaan jika dibandingkan dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau ketika sesi perbahasan Bajet 2015 memberitahu, CGT sepertimana yang dicadangkan Pakatan Rakyat hanya dikenakan pada sebilangan kecil rakyat Malaysia sahaja.

"Kita akan mendapatkan keuntungan daripada urusniaga melibatkan modal seperti saham, instrumen kewangan dan bon.

"Walaupun bilangan yang bakal dicukai CGT adalah jauh lebih sedikit dari GST, Pakatan Rakyat menganggarkan pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan dalam tahun 2015 sebanyak RM3 bilion," ucap beliau.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut berpendapat golongan yang dicukai CGT ini mempunyai pendapatan yang tinggi dan mempunyai lebihan pendapatan untuk‎ dilaburkan dalam urus niaga berisiko tinggi seperti saham dan bon.

"Jika CGT dikenakan kepada para spekulator saham maka pasaran saham akan tertebat daripada aktiviti spekulasi.

"Ini akan mencerminkan asas sebenar syarikat-syarikat yang disenaraikan dan menjamin kestabilan pasaran.

"Pasaran saham yang stabil juga akan menarik minat lebih banyak institusi-institusi asing dengan modal yang lebih besar untuk melabur dalam syarikat-syarikat Malaysia untuk jangka masa panjang," sambung beliau.

Beliau memberitahu, matlamat utama polisi percukaian Pakatan Rakyat adalah untuk mengekalkan kadar cukai pendapatan yang rendah dan pada masa yang sama meningkatkan nisbah pendapatan cukai kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam kata lain, jumlah cukai ditingkatkan dengan menggalakkan peningkatan jumlah pembayar cukai tetapi mengurangkan kadar cukai bagi setiap pembayar secara keseluruhan.

"Untuk memastikan ini berjaya dilakukan, taraf hidup majoriti rakyat miskin mesti ditingkatkan.

"Golongan elit yang mengelak membayar cukai mesti terus diburu dan segala kelemahan di dalam sistem percukaian perlu diperbaiki untuk memudahkan rakyat membayar cukai," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

Sumber HD - 13-10-2014







MP PAS gesa k'jaan belajar kepakaran pertanian Thailand

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan menyarankan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melaksanakan perkongsian pintar dengan negara Thailand sebagai perancangan pertanian di masa akan datang.

Beliau berkata, kaedah itu seharusnya boleh dilaksanakan memandangkan kementerian berkenaan mendapat bajet yang besar daripada Perdana Menteri sejumlah RM 6 bilion untuk tahun depan.

Ini kerana katanya, sektor pertanian di Malaysia sukar menandingi kemajuan Thailand yang boleh menghasilkan produk yang berkualiti, harga yang menarik bahkan bekalan yang konsistan berbanding negara ini.

"Kita di Malaysia pula terpaksa import dari luar negara seperti Indonesia ,China bahkan Thailand sendiri,"katanya dalam soalan tambahan sesi soal jawab pagi ini.

Ketika menjawab, Menteri Datuk Tajuddin Abdul Rahman bersetuju dengan cadangan itu dan kerajaan tidak menghalang untuk mempelajari teknologi pertanian daripada mana sekalipun sama ada Thailand ataupun Belanda.

"Kita hendak maju kita kena berfikiran terbuka," katanya.

Bajet 2015 Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Khamis lalu menekankan agenda Revolusi Desa bagi memanfaatkan potensi kawasan desa dengan melancarkan program yang membawa kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan.

Usaha ini untuk angkat pertanian sebagai industri utama negara yang memenuhi keperluan mengurangkan pergantungan kepada import makanan. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

Sumber HD - 13-10-2014







Bajet 2015: Kelantan masih lagi dipinggirkan, kata MP

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan Bajet 2015 yang dibentang oleh Perdana Menteri semalam masih terus meminggirkan Kelantan.

Ketika diminta membuat ulasan awal, Ahmad Baihaki berkata beberapa keperluan mendesak khususnya berkait kemudahan asas di Kelantan tidak diberi penumpuan dalam bajet tersebut.

"Pengumuman dibuat tidak ada pembangunan khusus di Kelantan yang memerlukan sumbangan besar dari kerajaan persekutuan misalnya soal kemudahan asas jalan dan lebuh raya dan yang lain.

"Tidak ada penumpuan seperti mana biasa, keperluan jalan raya di Kelantan adalah sangat mendesak," katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.

Mengulas secara umum bajet semalam, beliau berkata tawaran dikemukan Perdana Menteri seperti bantuan peningkatan BR1M, cuma sekadar untuk mengambil hati rakyat terbanyak, yang marah dengan kenaiakan harga minyak awal bulan lalu.

Sementara itu, NGO Royalti melalui laman Facebook mereka, turut memuat naik gambar satu kemalangan di jalan Gua Musang ke Kuala Krai.

Gambar itu disertai dengan tulisan 'Mangsa terbaru 'lebuhraya' Gua Musang - Kuala Krai.

"Bajet 2015, lepas 100% Royalti Kelantan 'dirompak' Kerajaan Persekutuan, tiada peruntukan untuk penambahbaikkan atau naik taraf 'lebuhraya' Gua Musang - Kuala Krai - Kota Bharu.

"Rakyat negeri Kelantan terus dianaktiri dan dizalimi," kata mereka. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-10-2014







Mujurlah ada BR1M walau diberi 3 kali setahun

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Satu-satunya yang dianggap menarik daripada Bajet 2015 hanyalah kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada RM650 kepada RM950 bagi yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan kenaikan daripada RM450 kepada RM750 bagi yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000.

BR1M bagi orang bujang pula dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

Demikian ulasan penulis Shahbudin Husin dalam blognya berhubung bajet yang tekah dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, petang semalam.

Ketika memberikan reaksinya mengenai kenaikan harga minyak baru-baru ini, Najib menjelaskan kerajaan terpaksa mengambil langkah tidak popular itu demi kepentingan rakyat dalam jangka masa panjang.

Namun dengan terus menaikkan jumlah pemberian tunai melalui BR1M, tidak lain ia adalah langkah untuk terus popular yang diambil kerajaan kepada rakyat berpendapatan rendah.

Menurut Shahbudin, dengan menjadikan pemberian itu sebanyak tiga kali setahun, kerajaan seolah-olah cuba meletakkan pergantungan yang berterusan antara rakyat kepada kerajaan.

"Adalah diyakini menjelang tahun-tahun akan datang di mana tarikh pilihan raya umum semakin dekat, dengan jumlah bayaran BR1M ini terus ditambah, tiada lain yang diharapkan kerajaan selain mahu terus popular dan disanjung rakyat.

"Sekurang-kurangnya, walau dalam kehidupan yang semakin sukar dan kos hidup kian meningkat, rakyat dipaksa mengingati kerajaan yang dianggap murah hati memberikan mereka wang tunai sebanyak tiga kali setahun," tulisnya.

Dalam masa yang sama, bagi beliau dengan bertambahnya jumlah BR1M bermakna lebih banyak subsidi yang melibatkan petrol, diesel, gula, tepung dan barangan pengguna lainnya akan terus ditarik dan dikurangkan daripada semasa ke semasa.

"Jika tidak, bagaimanakah kerajaan mahu menampung pertambahan jumlah pemberian tunai melalui BR1M ini?

"Atau mungkin juga bertambahnya pemberian tunai ini akan menyebabkan hutang negara terus meningkat tahun demi tahun," ujarnya.

Nampaknya, tambah beliau sejak beberapa tahun lalu dan akan datang, hanya BR1M inilah satu-satunya senjata Najib untuk terus meraih populariti di kalangan rakyat. - HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-10-2014







Naik elaun bukan peluang jadi kaya - Mahfuz

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kenaikan elaun kepada ahli-ahli parlimen perlu seiring dengan komitmen dan perkhidmatan kepada rakyat.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, beliau berkata pengumuman kenaikan elaun itu satu cabaran kepada ahli parlimen bagi memastikan mereka mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) dan benar-benar membela rakyat.

"Rakyat memerlukan pembelaan dari wakil rakyat atas ketidakadilan yang berlaku. Kenaikan elaun ini sebagai upah untuk membela rakyat. Ia bukan peluang untuk jadi kaya.

"Ia mesti disusuli dengan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan khidmat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Bajet 2015 semalam bahawa kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Selain itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara serta timbalan Yang Dipertua juga akan menikmati kenaikan gaji dan elaun.

Elaun Anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C, manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.

Mengulas lanjut Mahfuz yang juga Ketua Whip Parlimen PAS berkata, kenaikan elaun ahli parlimen ini adalah seiring dengan kenaikan elaun anggota dewan negeri (Adun) di negeri-negeri yang dibuat lebih awal sebelum ini.

Dengan kenaikan ini katanya, ahli parlimen mempunyai lebih banyak ruang dan peluang untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Ianya juga kata Mahfuz, sekaligus menuntut komitmen tinggi kepada gerak kerja parti yang telah memilih mereka menjadi calon, dalam melaksanakan perjuangan parti iaitu berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat- HARAKAHDAILY 11/10/2014

Sumber HD - 11-10-2014

Bajet 2015: Kerajaan iktiraf kemiskinan isu besar negara

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi sekadar menggunakan istilah-istilah dan penjenamaan tetapi bukan kesan sebenar ekonomi negara kepada rakyat miskin.

"Tetapi kita mahu melihat hasil dan kesan sebenar kepada rakyat terutama yang mskin yang tidak disebut oleh beliau," ujar Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Ini, katanya kerana keadaan ekonomi negara mengikut kajian pakar ekonomi adalah menuju kepada jurang antara golongan kaya dan miskin yang amat teruk.

Katanya, sama ada berbanding dengan negara lain atau sejarah ekonomi negara sendiri menunjukkan ia menuju kepada jurang yang amat teruk tetapi tidak ditekankan oleh Perdana Menteri dalam bajet yang dibentangkan itu.

Mengenai pengumuman beberapa pemberian kepada rakyat, katanya ia sememangnya telah diduga.

"Oleh itu pengumuman pemberian memang kita duga dan dinantikan, kerajaan iktiraf rakyat yang miskin seperti nelayan dan petani yang pendapatan isi rumah rendah adalah isu besar dalam negara kita," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Tambahnya, apa yang diharapkan daripada bajet itu ialah dasar-dasar yang baru ke arah untuk menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat.

Beliau juga kesal kerana pembentangan bajet itu tidak menyentuh industri penerbangan negara terutama melibatkan MAS.

"Kita juga tidak diberi apa-apa penerangan berkaitan industri penerbangan seperti MAS, hanya disebut tragedi yang dilalui oleh MAS.

"Itu kita semua sudah tahu tapi apa masa depan MAS, pengurusannya tidak disentuh langsung oleh beliau," katanya.

"Supaya pelaburan negara yang bernilai beribu-ribu juta ringgit oleh rakyat awam dalam MAS tidak rugi begitu sahaja," katanya ketika ditemui di lobi parlimen.

Menurut beliau, sepatutnya Perdana Menteri menjelaskan perkara itu kerana ia melibatkan pelaburan negara termasuk kalangan pemegang saham. - HARAKAHDAILY 10/10/2014

YB BA- http://www.youtube.com/watch?v=gm8tUCzcj_0

YB DKJ - http://www.youtube.com/watch?v=S3M3uflpBDM

YB SIMA - http://www.youtube.com/watch?v=zEjUJlAQZvI

YB AS - http://www.youtube.com/watch?v=cfeD0l2ETAE

Sumber HD - 10-10-2014







Naik elaun ahli parlimen, turun harga minyak

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kenaikan elaun ahli-ahli parlimen yang diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2015.

Jelas beliau, kenaikan tersebut akan memberi lebih banyak ruang kebajikan kepada rakyat setempat.

"Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan menaikan elaun ahli parlimen dengan alasan tidak cukup untuk rakyat, sedangkan mereka mendapat peruntukan.

"Kita tidak pernah mendapat apa-apa peruntukan dan dengan kenaikan ini dapat memberi ruang kita untuk berkhidmat lebih baik kepada rakyat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Namun katanya, kenaikan ini turut dilihat tidak adil apabila kerajaan tidak mengambil pendekatan menurunkan harga minyak.

"Kita berharap dengan kenaikan ini akan ada pengumuman penurunan harga minyak dari kerajaan, tapi itu tidak berlaku.

"Dalam pada itu juga kenaikan elaun tidak dilakukan kepada kakitangan parlimen yang lain.

"Sepatutnya mereka juga perlu mendapat imbuhan dari kerajaan," sambung beliau lagi.‎

Beliau yang juga merupakan Ketua Whip Parlimen PAS turut menggesa agar kerajaan memberi peruntukan kepada kawasan parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat pada bajet tambahan nanti agar kebajikan pengundi turut dibela. - HARAKAHDAILY 10/10/

YB DMO - http://www.youtube.com/watch?v=LW4N6rh50uc

Sumber HD - 10-10-2014

Berkesankah hukuman penjara atasi jenayah?

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin meminta kerajaan mengkaji semula hukuman penjara yang dijatuhkan kepada pesalah yang dilihat gagal mengurangkan kadar jenayah negara ini.


Beliau ketika berbahas bagi pindaan Rang Undang- Undang (RUU) Akta Penjara 1995 turut memberitahu kajian diluar negara mendapati pendidikan merupakan langkah terbaik dalam mengurangkan kadar jenayah.

"Apabila kita bercakap mengenai pindaan Akta Penjara, adakah kita betul-betul dapat memastikan penjara dalam mengurangkan kadar jenayah.

"Adakah bukti kajian yang kerajaan lakukan menunjukkan penjara boleh mengurangkannya.

"Tetapi kajian negera luar membuktikan pendidikan yang sebenarnya telah mengurangkan kadar jenayah, jadi kerajaan perlu memberikan peruntukan yang lebih dalam bidang pendidikan," katanya pada sesi sidang parlimen semalam.

Dalam pada itu, Hanipa turut memberitahu hukuman penjara diletakkan sebagai mandatori oleh kerajaan sehinggakan mahkamah tidak dapat membuat pertimbangan.

"Kita perlu ingat setiap yang didakwa bersalah tidak semestinya bersalah, setiap hukuman perlu ada pertimbangan.

"Kerajaan menetapkan penjara merupakan hukuman mandatori sehinggakan mahkamah tidak dapat menbuat pertimbangan.

"Contoh terbaik adalah mereka yang dikenakan hukuman reman, mereka belum disabitkan bersalah tetapi telah dimasukkan ke dalam penjara, ini tidak adil," sambung beliau lagi.

Beliau yang juga seorang peguam turut menekankan, rakyat Malaysia sebenarnya telah berada di dalam penjara apabila kerajaan menghalang hak kebebesan bersuara.

"Sedar atau tidak rakyat negara ini berada dalam penjara ciptaan kerajaan, mereka dinafikan untuk bersuara.

"Tidak boleh mengkritik jika tidak pendakwaan akan dikenakan, terlalu banyak akta yang ada dan ini bukti jelas penjara atau perubahan akta gagal untuk mengurangkan kadar jenayah," katanya. - HARAKAHDAILY 10/10/2014

Sumber HD - 10-10-2014







K'jaan tidak akan tetapkan harga lantai getah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin tidak akan membuat penetapan harga lantai getah, biarpun perkara itu sangat diharapkan oleh seluruh pekebun-pekebun getah yang kini menderita dengan kejatuhan harga komoditi itu.

Perkara itu dibayangkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Menteri itu berkata, pihak kerajaan sukar menentukan harga lantai yang dibimbangi akan mendatangkan banyak masalah lain seperti yang berlaku di Thailand selepas kerajaan negara jiran itu membuat penetapan harga lantai padi.

Sebaliknya kata Ahli Parlimen Betong itu, kerajaan kan cuba mencari kaedah lain bagi meyelesaikan masalah itu.

"Bagi kita, mungkin kita tidak tetapkan harga laintai, tapi kita mencari cara untuk tentukan agar pendapatan petani tidak turun begitu rendah apabila harga getah jatuh," kata beliau.

Terdahulu, Nasrudin bertanyakan adakah kerajaan bersedia untuk menetapkan harga lantai getah seperti yang dituntut Pakatan Rakyat dan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia iaitu sekitar RM 4 sekilogram.

Ianya bagi membela nasib pekebun getah yang kini ramai diantara mereka berpendapatn bersih di bawah RM2 sekilogram.

Ianya juga bagi mengelak kesan manipulasi harga getah oleh peraih atau orang tengah. - HARAKAHDAILY 10/10/2014

Sumber HD - 10-10-2014




















Isu 'keistimewaan' pinjaman Deepak tidak dijawab

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah enggan menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengenai keistimewaan yang diberikan kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Mahfuz yang bangkit ketika Ahmad Bashah membuat penggulungan pindaan Rang Undang Undang (RUU) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 itu meminta penjelasan kerajaan adakah keistimewaan turut diberikan kepada peminjam yang mengalami masalah untuk membayar balik pinjaman.

"Saya hendak tahu adakah pertimbangan ini diberikan kepada semua peminjam yang mempunyai masalah untuk membayar balik pinjaman atau keistimewaan ini hanya diberikan kepada Deepak sahaja.

"Adakah kerajaan memberi kelonggaran kepada peminjam untuk menstruktur semula hutang peminjam seperti yang Deepak perolehi, bayar melalui cek tertunda dengan struktur hutang yang baru," soal beliau pada sidang Parlimen pagi tadi.

Ahmad Bashah yang enggan menjawab pertanyaan tersebut dengan menyatakan ia akan memberi jawapan kemudian.

Tindakan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Mahfuz yang memberitahu pertanyaan tersebut telah dibangkitkan semalam ketika sesi perbahasan RUU itu.

"Semua itu soalan semalam kenapa tidak mahu jawab, banyak masa yang ada dan saya tahu pegawai-pegawai kerajaan telah ambil nota tentang apa yang dibangkitkan.

"Bila semua cincai ini yang berlaku, kerajaan kena jawab bukan berdalih," sambung beliau lagi. - HARAKAHDAILY 9/10/2014

YB MO - http://www.youtube.com/watch?v=R9K8nhAMmtI

Sumber HD - 9-10-2014

Letupan: Jangan tuduh warga asing terlibat

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sendiri atau menuduh warga asing terlibat dalam kejadian letupan bom buatan sendiri di hadapan sebuah kelab malam di Kompleks Sun, Bukit Bintang, awal pagi ini.

"Mungkin insiden ini ada kaitan dengan persaingan perniagaan, antara kelab-kelab malam atau sebagainya. Saya sudah menerima laporan awal kejadian itu tetapi saya tidak dapat mendedahkan punca sebenar kejadian sehingga siasatan polis selesai," katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Wan Junaidi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mengaitkan kejadian itu dengan penglibatan warga asing berdasarkan peningkatkan indeks kes jenayah di negara ini.

Namun, beliau yang melahirkan rasa simpati terhadap 14 orang yang cedera dalam insiden itu, memberi jaminan bahawa pihak yang terlibat dalam kejadian letupan bom itu tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini dan dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap. - Bernama

Sumber HD -  9-10-2014







Kerajaan sedar gagal letak harga siling getah

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Kerajaan menyedari gagal untuk meletakkan harga siling getah kerana harga pasaran komoditi itu ditentukan oleh pasaran dunia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, harga getah ditentukan oleh pasaran dunia serta dipegaruhi oleh persepsi menyebabkan harga menurun.

"Mereka fikir stok kita masih banyak jadi mereka melambat-lambatkan pembelian kerana jangka harga akan lebih turun lagi," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu katanya, harga siling sukar ditentukan kerana wujudnya orang tengah yang turut memanipulasi harga getah.

Malah, katanya senario ini juga berlaku di negara jiran Thailand di mana mereka turut menyatakan masalah yang sama sehingga sukar untuk menetapkan harga siling.

"Saya ikuti persidangan di Thailand baru-baru ini mereka juga kemukakan soalan yang sama. Thailand juga negara yang paling banyak mengeluarkan susu getah," katanya.

Dalam soalan tambahan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan menyatakan kebimbangan kepada nasib pekebun kecil yang sedang berdepan dengan kejatuhan harga getah.

"Apakah kerajaan tidak bersedia menentukan harga lantai yang munasabah iaitu RM4 sekilo kita tidak mahu masih ada penoreh mendapat untung bersih hanya RM2 sekilo," katanya.

Tambahnya, harga siling wajar ditentukan bagi memastikan pekebun kecil tidak menjadi mangsa kepada manipulasi harga oleh orang tengah.

Terdahulu, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz meminta Menteri berkenaan menyatakan sejauhmana penetapan harga getah yang tidak lagi bergantung kepada Panel Penasihat Harga namun akan ditetapkan sendiri oleh Lembaga Getah Malaysia mampu menstabilkan harga getah dan sekali gus membantu pekebun kecil di negara ini. - HARAKAHDAILY 9/10/2014

YB UNH - http://www.youtube.com/watch?v=ER_xgBm0lAc

YB SZMY - http://www.youtube.com/watch?v=I9X68V46KTg

Sumber HD - 9-10-2014







PAS juga tanya kos lawatan rasmi, tak rasmi isteri PM

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci berapakah jumlah lawatan rasmi atau tidak rasmi isteri Perdana Menteri ke luar negara secara berseorangan (tanpa Perdana Menteri) dan negara-negara yang dilawati serta tujuan-tujuan lawatan itu mengikut tahun sejak Perdana Menteri ditabalkan sebagai Perdana Menteri sehingga September 2014.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin juga meminta penjelasan berapakah jumlah kos yang dibelanjakan mengikut lawatan dan minta diperincikan setiap satu lawatan tersebut.

Beliau mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut ialah pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini.

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan dasar Kementerian dalam mengurangkan kesan rumah hijau akibat penipisan ozon yang semakin meningkat.

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang dibuat bagi meningkatkan kualiti program pendidikan guru khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut-institut Pendidikan Guru (IPG) agar turut mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa seperti Teacher Education Accreditation Council (TEAC) yang berpusat di Amerika Syarikat.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik kes-kes jenayah yang melibatkan belia di negara kita dan apakah langkah dalam membendungnya.

Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan erajaan Tempatan menyatakan sama ada pihak Kerajaan berhasrat untuk menyelaras definisi rumah mampu milik.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan apakah manfaat dan faedah kepada rakyat Terengganu daripada Projek Kereta Api Kerteh - Kuantan yang bermula pada 1 April 2004 dan telah ditamatkan pada 1 Oktober 2010 di bawah seliaan Petronas, setelah beroperasi selama 6 tahun.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Kewangan menyatakan dalam perancangan menyelamat dan menghidupkan MAS (Sistem Penerbangan Malaysia) adakah segala hutang- hutang yang masih belum dibayar kepada MAS akan di tuntut dan di umumkan dalam proses tersebut. - HARAKAHDAILY 9/10/2014  

Sumber HD - 9-10-2014

Henti putar belit GST, naik petrol untungkan negara

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional harus berhenti memutar belitkan isu bahawa kenaikan harga petrol dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membawa lebih banyak keuntungan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kerajaan tidak berani mengaku bahawa kenaikan harga petrol dan GST adalah bertujuan semata-mata untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan.

"Rakyat dimangsakan apabila beban ekonomi kerajaan dipindahkan kepada mereka," ujanya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Tindakan Perdana Menteri menaikan harga pertrol sebanyak 20 sen adalah satu tindakan yang tidak rasional dan ditolak sama sekali oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk mereka yang mengundi Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke-13.

Kenaikan harga petrol sememangnya akan menjadi beban kepada rakyat terutamanya golongan sederhana dan miskin.

Kenaikan harga petrol akan memberi kesan rantaian kenaikan harga kepada harga barang-barang lain dalam pasaran.

Kenaikan harga barangan secara mutlak dalam tempoh yang singkat akan meningkatkan kadar inflasi dalam negara. Inflasi pasti akan menjadi satu gangguan ekonomi yang amat tidak selesa kepada rakyat.

Semasa perbahasan pindaan terhadap Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri, Yang Berhormat Bagan Serai Dr Noor Azmi mengatakan bahawa kenaikan harga petrol adalah sesuatu yang baik untuk negara.

Pemberian subsidi kerajaan untuk petrol harus dihapuskan dalam jangka panjang. Beliau telah membuat kenyataan ini tanpa mengambil kira kesan negatif yang terpaksa ditanggung oleh orang ramai. Beliau juga mengatakan bahawa cukai GST akan memberi kesan yang amat menguntungkan kepada negara.

Saya telah menegur Yang Berhormat Bagan Serai di Dewan yang mulia supaya memahami kesan ekonomi yang terpaksa ditangggung oleh rakyat akibat kenaikan harga petrol.

Saya telah menjelaskan kepada beliau bahawa kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen akan menyebabkan inflasi yang tidak terkawal.

Saya juga menegaskan bahawa GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2014 dikenakan terhadap barang-barang yang sudah pun mangalami kenaikan harga akibat pengurangan subsidi petrol.

GST terhadap barangan yang mengalami kenaikan harga akan memburukkan lagi status sosioekonomi rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Pendapatan boleh guna rakyat akan berkurangan akibat kenaikan harga dan pencukaian GST. Gangguan dalam aliran pendapatan boleh guna isi rumah akan memberi kesan yang negatif terhadap keseluruhan ekonomi negara. Jika keadaan ini berterusan maka ekonomi negara akan mengalami kemelesetan.

Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional harus berhenti memutar belitkan isu bahawa kenaikan harga petrol dan cukai GST akan membawa lebih banyak keuntungan kepada rakyat.

Kerajaan tidak berani mengaku bahawa kenaikan harga petrol dan cukai GST ini adalah bertujuan semata-mata untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan. Rakyat dimangsakan apabila beban ekonomi kerajaan dipindahkan kepada mereka.

Tambahan pula, kerajaan cuba memutar belitkan dan mengelirukan rakyat dalam isu kenaikan harga petrol dan cukai GST. - HARAKAHDAILY 9/10/2014

Sumber HD - 9-10-2014







Bank Rakyat: Apa istimewa Deepak, tanya Mahfuz

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam isu pinjaman Bank Rakyat oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan.

Katanya, suruhanjaya sepatutnya berfungsi untuk menasihatkan menteri supaya mengeluarkan arahan bagi melindungi ahli dan pendeposit Bank Rakyat.

"Suruhanjaya koperasi ada kuasa untuk melindungi ahli dan koperasi dan sepatutnya menasihatkan menteri yang terlibat dalam campurtangan terhadap peminjam, Deepak.

"Bank Rakyat telah guna kuasa melalui proses perjanjian tiba-tiba menteri keluar arahan kepada pengarah urusan untuk memberi keistimewaan kepada Deepak," katanya.

Malah beliau turut mempersoalkan mengapa Deepak terus mendapat keistimewaan lebih daripada pendeposit dan ahli koperasi.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (pindaan) 2014 di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Deepak dengan menggunakan jaringan politiknya termasuk campur tangan menteri untuk melangsaikan baki pinjaman dengan Bank Rakyat berjumlah kira-kira RM32 juta. - HARAKAHDAILY 8/10/2014

Sumber HD - 8-10-2014







Kos sara hidup naik beri kesan kepada koperasi

NASRUDIN HASSAN | .



Berdasarkan Laporan Perangkaan Am Koperasi 2013, jumlah bilangan koperasi berdaftar di seluruh negara ialah sebanyak 10,914 buah dengan bilangan anggota mencecah 7,609,204 orang. Manakala modal syer terkumpul pula adalah sebanyak RM12,811.94 juta (RM12.8 bilion) dan aset terkumpul dicatatkan berjumlah RM107,898.88 juta (RM107.9 bilion). Daripada 10,914 buah koperasi, 8,742 buah (80.1%) adalah berstatus aktif.

Ada empat (4) teras pertimbangan atau objektif yang perlu menjadi kayu ukur untuk menilai keberkesanan sesebuah koperasi iaitu:

(1) Jaminan kesinambungan organisasi (Assurance of perpetuity)

Perlu ada keselamatan atau keteguhan sumber kewangan, kesinambungan pengurusan (yang kompeten) serta kesinambungan kepimpinan (dengan memastikan calon-calon pengganti yang berkelayakan dan dasar-dasar yang menyeluruh diwujudkan).

(2) Jaminan pencapaian (Assurance of performance)

Sistem pemantauan dengan jadual dan peraturannya yang lengkap perlu diwujudkan bagi memastikan keputusan dan dasar yang ditetapkan dilaksanakan dengan tepat.

(3) Dasar-dasar (Policies)

Dasar-dasar yang diwujudkan hendaklah dengan jelas menentukan hala tuju koperasi. Keputusan-keputusan dibuat oleh ALK hendaklah dinyatakan sebagai satu suara; suatu Lembaga.

(4) Perhubungan dengan ahli sebagai pemilik (Linkage to member owners)

Koperator perlu jelas tentang siapa yang perlu diberi perkhidmatan (masa sekarang dan akan datang), apa keperluan yang ingin mereka peroleh melalui koperasi dan menetapkan cara bagaimana laporan disampaikan kepada anggota mengenai pencapaian di dalam memenuhi keperluan-keperluan tersebut.

Pencapaian matlamat-matlamat tersebut di atas sangat bergantung kepada tadbir urus di dalam koperasi yang dijalankan oleh pentadbir. Tadbir urus yang berkesan dan berjaya diasaskan kepada pertimbangan yang objektif, semasa dan viable (berdaya maju). Manakala tadbir urus yang buruk adalah berdasarkan pertimbangan yang adhoc, asal ada dan sambil lewa.

Sistem urustadbir koperasi yang baik berhajat kepada tanggungjawab tiga pihak berikut:

(1) Pengurusan, orang yang digajikan untuk melaksanakan segala keputusan mengikut bidang profesion masing-masing. Umpamanya yang mengurus, pakar dalam urusan pengurusan dan perundangan, manakala akauntan mahir dalam penyediaan akaun dan lain-lain lagi.

(2) Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dipilih secara demokrasi bagi mentadbir dan membuat keputusan dalam koperasi. Umpamanya ALK NACF Korea berhujah sehingga ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang kesan WTO terhadap keluaran hasil tani anggota mereka.

(3) Anggota sebagai pemilik koperasi dan mereka berjumpa dalam mesyuarat agung meluluskan perkara-perkara pokok kepentingan bersama dan merekalah pelanggan koperasi.

Ketiga-tiga pihak ini mesti faham tugas dan tanggungjawab masing-masing. Mereka hendaklah sentiasa bekerjasama bersama-sama antara satu dengan yang lain.

Malah, falsafah koperasi juga menentukan ada kerjasama antara koperasi dengan koperasi. Budayanya, ‘bagai aur dengan tebing’ bukan ‘bagai enau di dalam belukar’.

Sebagai penutup kepada ucapan saya, saya ingin menarik perhatian semua kepada beberapa perkara berikut:

(1) Koperasi merupakan gelombang ketiga dalam pengukuhan ekonomi sesebuah negara kerana fungsi dan matlamatnya yang mampu memberi kemudahan dan peningkatan sosio ekonomi masyarakat negara. Perniagaan koperasi ini sepatutnya menyumbang kepada kedudukan ekonomi peribadi, masyarakat dan negara kepada kedudukan yang lebih kukuh di samping memberi kesejahteraan dalam kehidupan.

(2) Tahun ini merupakan tahun keempat Dasar Koperasi Negara yang bermula pada 2011. Pihak kerajaan telah meletakkan sasaran peningkatan sumbangan koperasi kepada KDNK negara. DKN 2011-2020 mempunyai beberapa dasar, teras strategik dan penunjuk prestasi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

(3) Namun, di sana masih terdapat perkara-perkara yang sangat penting untuk diberi perhatian bersama. Pertama, adalah isu urus tadbir dalam pengurusan koperasi itu sendiri. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian dalam isu urus tadbir ini; pertama, isu pengurusan pengakuanan kewangan dan pangauditan dan kedua; isu hala tuju koperasi sama ada memaksimumkan keuntungan atau memaksimumkan perkhidmatan kepada anggota koperasi tersebut.

(4) Kedua-tadi perkara yang disebutkan tadi perlu diberi perhatian oleh pihak yang terlibat. Jumlah koperasi yang direkodkan sehingga 2009 adalah sebanyak 7,215 buah dengan koperasi mikro mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 5,979 buah (82.8% daripada jumlah keseluruhan koperasi) dan angka ini pasti bertambah pada hari ini. Dengan peningkatan jumlah ini dan sasaran kerajaan untuk memastikan sumbangan koperasi kepada KDNK negara, dibimbangi matlamat asal penubuhan koperasi tidak lagi membantu kebajikan dan perkhidmatan awam tetapi lebih banyak kepada soal mencari untung.

(5) Saya menyokong aktiviti nilai tambah dan peningkatan penglibatan koperasi dalam operasi skala yang lebih besar dengan sokongan daripada teknologi hijau dan sebagainya, namun, ia tidak harus mengubah matlamat asas koperasi ditubuhkan. Kita juga melihat perkembangan koperasi di negara-negara maju yang telah memberikan sumbangan kepada keluaran negara masing-masing di dalam pelbagai sektor. Ini tentunya sesuatu yang sangat baik untuk diaplikasi di dalam negara.

(6) Kedua, kenaikan kos sara hidup juga memberikan kesan kepada kedudukan koperasi di negara kita. Ekonomi negara kita berada pada keadaan yang tidak menentu. Kita berusaha menutup satu lubang yang bocor, tiba-tiba ada pihak yang membocorkan tempat lain. Kita rancang dasar koperasi itu dan ini untuk memberikan kestabilan kepada ekonomi rakyat dan sebagainya tetapi dalam masa yang sama, kita biarkan kos sara hidup terus menghimpit rakyat. Akhirnya, rakyat berada dalam keadaan yang terus tersepit dan ekonomi rakyat tidak berubah.

Rencana di atas adalah ucapan Nasrudin selaku Ahli Parlimen Temerloh ketika membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Dewan Rakyat, semalam. - HARAKAHDAILY 8/10/2014

Sumber HD - 8-10-2014







Tauke judi siber bakal ditahan tanpa bicara

SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan mempertimbangkan untuk mendakwa tauke judi siber di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013.

Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tindakan itu sebagai usaha langkah pencegahan aktiviti judi yang semakin berleluasa.

"Kita akan tahan tauke judi tanpa bicara di bawah POCA. Soalnya tidak ada bukti sebab itu kita tangkap mereka di bawah POCA. Pada kali ini kita buat, bukan retorik," katanya dalam sesi soal jawab hari ini.

Zahid juga mengakui aktiviti perjudian ini sukar ditangani kerana terpaksa melibatkan ramai pihak termasuk Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Bekalan Air dan Pihak Berkuasa Tempatan.

"Judi berinternet mempunyai server diluar tanpa kerjasama mereka mustahil dapat dilakukan. PBT pula keluarkan lesen. Jangan keluarkan langsung lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK),"katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mempersoalkan sejauhmana keberkesanan tindakan peguatkuasaan yang diambil terhadap aktiviti judi internet memandangkan masih banyak aktiviti perjudian yang masih beroperasi.
Pakatan Rakyat sebelum ini membantah sebarang bentuk undang-undang yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara termasuk POCA.- HARAKAHDAILY 8/10/2014

Sumber HD - 8-10-2014

Bantah 'Najib PM 20 sen' di hadapan parlimen

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Hampir 200 orang hari ini berhimpun di hadapan bagunan parlimen, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran kenaikan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Mereka yang terdiri daripada Gabungan Bantah GST (Bantah) dan Protes Harga Minyak (Protes) serta beberapa NGO lain itu mula berarak dari Tugu Negara kira-kira jam 10.15 pagi.

Turut menyertai himpunan itu Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Suhaizan Kaiat, NGO dan aktivis Asal Bukan Umno (Abu), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mereka membawa kain rentang dan plakad antara lain bertulis 'Najib PM 20 sen', 'hentikan penipuan ini' 'GST cukai yang memiskinkan rakyat' serta 'penderitaan rakyat kesenangan kerajaan'.

Sepanjang perarakan itu memeka turut melaungkan slogan 'minyak naik rakyat susah' dan 'turun harga minyak, bantah GST'.

Berlaku sedikit tolak menolak ketika peserta himpunan tiba 100 meter dari pintu pagar parlimen, apabila pasukan keselamatan cuba memberhentikan mereka.

Keadaan bagaimanapun terkawal apabila penganjur bersetuju untuk mengambil tempat di atas bahu jalan.

Kehadiran mereka kemudiannya disambut sebahagian besar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diketuai Ketua Whip Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar.

Tujuh wakil mereka kemudian dibenarkan masuk diiringi ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan.

Memorandum itu antara lain menuntut Perdana Menteri membatalkan pengurangan subsidi minyak yang mengakibatkan harga minyak naik lagi 20 sen bermula 3 September lalu serta menghentikan rancangan pelaksanaan GST yang dijadual April tahun hadapan.

Mereka juga menggesa ahli-ahli parlimen membawa usul tergempar berkaitan perkara itu.

Memorandum tersebut kemudian berjaya diserahkan kepada Pegawai Khas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Zain Zainal.

Memorandum sama turut diserahkan kepada Pegawai Khas kepada Setiausaha Kelab Penyong BN, Omar Daud.

Bagi pihak Pakatan, memorandum diterima oleh Mahfuz sendiri.

Bercakap kepada media selepas itu, Mahfuz berkata, seluruh ahli parlimen Pakatan Rakyat berjanji akan membangkitkan tuntutan dalam memorandum tersebut pada persidangan kali ini.

"Bagi pihak MP Pakatan Rakyat, kami menjiwai perjuangan rakyat yang dibawa oleh anda sekalian.

"Saranan dari anda semua akan kami bawa ke perbahasan parlimen sama ada pada sesi perbahasan bajet atau sesi soalan-soalan," katanya.

Himpunan bersurai dengan aman kira-kira sejam kemudian. - HARAKAHDAILY 8/10/2014

Demo Naik Minyak - 
http://www.youtube.com/watch?v=_PwApWoB7m0

Hapus GST -
 http://www.youtube.com/watch?v=yCWYJkjTI14

Demo NGO Serah Memo - 
https://www.youtube.com/watch?v=iH7c7EorhJg

Sumber HD - 8-10-2014







Masih amal penerapan nilai Islam, Islam hadhari?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan adakah dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Islam Hadhari yang diamalkan oleh kedua orang Perdana Menteri sebelum beliau masih dititikberatkan dalam seluruh jentera kerajaan khususnya dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari ini sebagaimana di bawah.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jaminan Kerajaan membaik pulih laluan 14 Jerangau-Jabor yang kerap kali berlaku kemalangan dan kesesakan terutama musim perayaan dan cuti persekolahan.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan memandangkan masalah pukat tunda oleh nelayan dan perahu asing masih berterusan, apakah langkah-langkah tambahan diambil pihak oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan menghapuskan kegiatan ini.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pertahanan menyatakan bilakah tarikh siap projek pembinaan Kompleks 7 Briged Kem Skudai Johor. - HARAKAHDAILY 8/10/14

Sumber HD -m8-10-2014

Isu Pengganas - http://www.youtube.com/watch?v=LfsXASuowz0&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Minyak Naik - http://www.youtube.com/watch?v=giuupHLYQKM&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ

Akta Hasutan - http://www.youtube.com/watch?v=otM-Q0tdZGs

Akta Hasutan - http://www.youtube.com/watch?v=3xMEnOfOSZc&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ







Mahfuz sokong Khairy kes atlet, tapi bagaimana liwat II

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyokong kerisauan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang meragui kronologi perjalanan sampel air kencing milik atlet wushu Tai Cheau Xuenitu berada dalam simpanan selama hampir 16 jam sebelum tiba di Doping Control Command Centre (DCCC) yang ditarik balik pingat emas pada Sukan Asia, baru-baru ini.

Namun katanya, ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibabitkan pertuduhan fitnah liwat II membabitkan Saiful Bukhari Azlan kenapa Khairy tidak mempertikaikannya.

"Saiful telah mendakwa beliau telah diliwat Anwar, namun tiga hari selepas peristiwa itu baru dia mendapatkan rawatan.

"Mengapa Khairy tidak mempertikaikan kesahihan integriti ujian terhadap air mani tersebut walaupun ia disimpan selama tiga hari dan melebihi 16 jam," katanya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, ini menunjukkan sikap 'double standard' yang diamalkan Umno yang hanya nampak kesalahan orang lain umpama 'kuman seberang laut nampak, gajah depan mana tak nampak'.

"Sikap beginilah yng menyebabkan ramai rakyat di Malaysia mahupun seluruh dunia percaya bahawa kes fitnah liwat II Anwar itu adalah permainan politik kotor musuh yang dizalimi dan dianiayai.

"Kita mahu bagaimana keraguan Khairy dalam kes atlet Malaysia itu perlu disuarakan juga terhadap kes Anwar.

"Kalau beliau berani menyuarakan integriti pihak luar negara beliau juga mesti berani meragui integriti tempat pihak yang menyimpan air mani Saiful," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.

Mahfuz berharap agar Umno memperbaiki terlebih dahulu kelemahan diri sebelum mempertikaikan kelemahan orang lain. - HARAKAHDAILY 7/10/2014

Sumber HD - 7-10-2014







ISIL: PAS minta kerajaan nyatakan pendirian rasmi

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian rasmi kerajaan terhadap pembentukan wilayah pemerintahan baru di bawah kawalan Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) sebagaimana yang diisytiharkan pada 29 Jun 2014 yang lalu.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas (2014) bagi Dewan Rakyat mula bersidang hari ini hingga 27 November sementara Dewan Negara bermula 1 hingga 18 Disember.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak pula akan membentangkan Bajet 2015 pada 10 Oktober bermula jam 4.00 petang.

Berikut ialah soalan bagi jawab lisan daripada ahli parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian rasmi Kerajaan terhadap pembentukan wilayah pemerintahan baru di bawah kawalan Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) sebagaimana yang diisytiharkan pada 29 Jun 2014 yang lalu.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan tahap semasa Program Pengenalpastian Bakat (TID) dan berapakah jumlah pelaburan dalam menambah baik program tersebut.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-
(a) berapakah jumlah terkini saman dan kutipan bayaran saman melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak mula dikuatkuasakan hingga kini mengikut lokasi kamera AES dan nyatakan juga tunggakan bayaran saman AES.; dan
(b) adakah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengendalikan sistem AES ini.

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk melaksanakan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengikut Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).

Puan Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha berkesan Kerajaan untuk membendung penyeludupan dadah dan senjata api serta bahan api melalui kawasan sempadan dan perairan Malaysia.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah pihak kementerian bercadang untuk memansuhkan Tol Batu Tiga dan Sungai Rasah.

Dr Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah langkah yang sedang diambil Kerajaan untuk mensifarkan rasuah dan pecah amanah di Jabatan Kastam.

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan benarkah projek pengurusan subsidi petrol dibuat secara rundingan terus dengan syarikat Fuelsubs Sdn Bhd dan jika benar, mengapakah tiada tender terbuka dilaksanakan.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Kewangan menyatakan:-
(a) jumlah terkini penerima BRIM yang diberi perlindungan insurans Takaful dan kos yang terlibat; dan
(b) apakah jenis insurans Takaful yang diambil serta bagaimana cara membuat tuntutan sekiranya berlaku kematian. - HARAKAHDAILY 7/10/2014

Sumber HD - 7-10-2014

Sebelum nuklear, bangunkan teknologi Waste-to-Energy






KPRU | .


DEWAN Rakyat kembali bersidang pada 7 Oktober 2014. Selain Belanjawan Tahunan yang menjadi fokus seluruh negara, beberapa Rang Undang-Undang (RUU) yang mungkin dibentangkan untuk bacaan kali pertama juga bakal menjadi tumpuan.

Pada awal bulan Ogos, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong, yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Rang Undang-undang (RUU) Kawal Selia Tenaga Atom yang kini masih berada di peringkat draf memberi penekanan terhadap aspek keselamatan penggunaan tenaga atom selaras dengan garis panduan yang ditetapkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dijangka dibentang di Parlimen hujung tahun ini.

Lebih awal lagi pada Julai lalu, beliau juga menyatakan bahawa pemerintah bakal menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung cadangan membina loji tenaga nuklear dalam tempoh 10 tahun. Kajian komprehensif yang merangkumi aspek penerimaan masyarakat, input daripada pakar dan pertubuhan bukan kerajaan itu akan dibentangkan kepada Kabinet selepas laporan berkenaan siap disediakan.

Kenyataan-kenyataan tersebut begitu jelas menunjukkan niat pemerintah untuk membina loji janakuasa tenaga nuklear dan menjadikan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga alternatif di Negara kecil ini, biarpun menyaksikan krisis yang melanda beberapa loji janakuasa tenaga nuklear, termasuklah insiden letupan di Marcoule di Perancis dan Fukushima Daichii di Jepun pada tahun 2011, yang mana cukup membunyikan penggera terhadap keselamatan kemudahan penjanaan tenaga nuklear.

Sebelum tercetusnya krisis-krisis di loji janakuasa tenaga nuklear seperti yang dinyatakan di atas, pemerintah dilaporkan pada Disember 2010 bahawa ia bercadang untuk membina dua buah loji tenaga nuckear bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat, dengan sebuah loji dibina menjelang tahun 2021 dan loji kedua setahun kemudian. Di samping itu, pemerintah juga menyatakan bahawa lapan lokasi di Semenanjung Malaysia telah dikenalpasti bagi pembinaan loji tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia pada masa itu, iaitu Datuk Dr Daud Mohamad, lapan lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh pemerintah. Antara kriteria bagi kawasan yang bersesuaian termasuklah berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir. Sekiranya kawasan terpilih itu berkependudukan, maka mereka akan dipindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan turut akan dipindah.

Pengamatan badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati, wujud sikap ketidaksanggupan pemerintah untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada pengalaman Negara-negara lain yang jauh lebih maju daripada Malaysia, sama ada dari segi ekonomi mahupun dari segi pencapaian inovasi dan teknologi. Lebih membimbangkan, rakyat Malaysia telahpun banyak kali menyaksikan tragedi akibat kecuaian dan kelalaian dalam projek pembinaan, misalnya runtuhan bumbung Stadium, siling hospital, malahan lebuh raya. Baru-baru ini, kemalangan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT), yang mana runtuhan landasan konkrit MRT telah meragut tiga nyawa pekerja berbangsa Bangladesh.

Adakah negara ini berkemampuan menangani kemalangan yang tidak berbau sedemikian sekiranya berlakunya apa-apa ketidaktentuan di loji reaktor nuklear, yang mana mungkin disebabkan oleh rentakan dinding, mentapan tanah ataupun runtuhan bumbung, seperti mana yang berlaku dalam projek-projek di bawah pengendalian dan pemantauan pemerintah Malaysia?

Kekeliruan fakta punca bekalan tenaga elektrik

Alasan bahawa kebergantungan kepada arang batu, malah arang batu import sebagai sumber dalam penjanaan tenaga elektrik yang semakin meningkat merupakan faktor tenaga nuklear dijadikan pilihan sebagai sumber tenaga yang mampan adalah kurang menyakinkan bagi merasionalisasikan keperluan pembinaan loji janakuasa tenaga nuklear dalam negara ini.

Menurut jawapan bertulis bagi soalan parlimen pada 20 Jun 2012 berhubung pecahan penggunaan bahan api untuk penjanaan elektrik, dimaklumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bahawa 44.7% menggunakan arang batu, 42.5% berasaskan gas, 3.7% berasaskan minyak, 3.4% berasaskan distillate, dan 5.7% berasaskan hidro. Menteri turut memaklumkan bahawa menjelang tahun 2020, adalah dianggarkan bahawa sebanyak 60% bekalan elektrik akan dijana daripada sumber arang batu, 23% gas, 15% hidro dan 2% daripada sumber Tenaga Boleh Baharu.

Walau bagaimanapun, kajian dan penelitian KPRU mendapati jawapan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air adalah agak berbeza dengan laporan analisis Pentadbiran Informasi Tenaga Amerika Syarikat (U.S. Energy Information Administration, EIA) yang dikemaskini pada September 2013 mengenai penjanaan elektrik dan kapasiti di Malaysia. Laporan tersebut menunjukkan bahawa sebahagian besar kapasiti penjanaan tenaga adalah bergantung pada gas asli, biarpun ia turut memberi penekanan bahawa kekurangan gas asli di Semenanjung Malaysia dan permintaan tenaga elektrik semakin meningkat kebelakangan tahun ini telah merangsang penggunaan bahan api lain seperti arang batu, diesel dan hidroelektrik, tetapi gas asli masih merupakan penyumbang terbesar dalam penjanaan tenaga elektrik.

Carta berikut menunjukkan kapasiti penjanaan elektrik di Malaysia pada tahun 2012 yang disediakan oleh pihak EIA, di mana jelas kelihatan arang batu dan gas asli menyumbang hampir 90% daripada jumlah kapasiti tenaga yang dijana di Malaysia. Khususnya, gas asli mencakupi kira-kira 51% daripada jumlah bekalan tenaga pada tahun 2012 (menurut data PFC Energy) dan 43% pada tahun 2011 (menurut data TNB).

Sumber: U.S. Energy Information Administration

Dalam hal ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air perlu memberi penjelasan dan membekalkan data secara transparensi berhubung penggunaan bahan api untuk tujuan penjanaan elektrik. Hal ini bukan sahaja mustahak bagi mengarahkan halatuju dasar dan strategi tenaga negara agar memastikan bekalan tenaga yang mencukupi, efisien lagi selamat, malahan bagi menjustifikasikan keperluan membina loji janakuasa tenaga nuklear sebagai punca bekalan tenaga elektrik baru. Lebih-lebih lagi, memandangkan Jerman yang merupakan antara pengguna tenaga yang terbesar di dunia (menduduki tempat keenam dalam penggunaan tenaga global dari tahun 2004 hingga 2007), juga bertekad menghentikan kesemua penjanaan dan penggunaan tenaga nuklear menjelang tahun 2022 dan digantikan dengan tenaga yang boleh diperbaharui.

Teknologi Waste-to-Energy, alternatif popular

Pada pendapat KPRU, tidak dapat dinafikan bahawa penjanaan tenaga dengan menggunakan sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan api fosil seharusnya digantikan secara beransuran, tetapi loji janakuasa tenaga nuklear bukan satu-satunya jalan penyelesaian. Sebaliknya, teknologi dan kaedah yang menggunapakaikan sisa pepejal sebagai sumber penjanaan tenaga, yang mana lebih umum dikenali sebagai waste-to-energy atau energy-from-waste (WtE) patut diberi pertimbangan dan perhatian terlebih dahulu, khususnya memandangkan sisa pepejal yang semakin meningkat akibat kegagalan projek 3R (Recycle, Reuse and Reduce) untuk mendapatkan sahutan hangat dalam kalangan masyarakat.

Menurut kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan pada April lalu, jumlah sisa pepejal dalam negara ini bertambah pada kadar 3.7% secara purata setiap tahun. Situasi sebegini sekali gus memberi kesempatan kementerian terbabit untuk merasionalisasikan pembinaan insinerator bagi tujuan pelupusan sisa pepejal yang semakin membukit.

Kunjungan KPRU ke laman sesawang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendapati bahawa padahalnya, pemerintah juga bercadang membina Loji Waste to Energy (WtE). Loji yang menggunapakai teknologi tersebut terbukti sebagai satu penyelesaian dalam merawat sisa pepejal, seperti yang disaksikan di Negara Eropah termasuk Denmark, Jerman dan Austria, serta negara Asia termasuk Singapura, Taiwan dan Jepun. Di Malaysia, beberapa lokasi masing-masing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Taman Beringin), Johor (Bukit Payung) dan Melaka (Sungai Udang) telahpun dicadangkan bagi pembinaan loji WtE.

Untuk makluman semua, teknologi WtE adalah satu bentuk pemulihan tenaga di samping kemudahan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang merawat sisa, di mana tenaga elektrik dan haba, mahupun komoditi bahan api seperti diesel akan dihasilkan secara langsung melalui pembakaran. Berbanding dengan menghantar sisa pepejal ke tapak pelupusan atau insinerator untuk dimusnahkan begitu sahaja, teknologi seumpama mampu mengubah dan memanfaatkan bahan buangan itu yang pada asalnya beban kemudian dirawat dan dijadikan aset, dan sekali gus menyumbang kepada pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar serta kesihatan.

KPRU menyambut baik cadangan pembinaan loji WtE. KPRU ingin menekankan bahawa usaha tersebut tidak harus berhenti pada peringkat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sahaja, tetapi sepatutnya diterapkan ke dalam dasar tenaga negara agar ia berpeluang memainkan peranan yang lebih penting lagi berpengaruh dalam sektor penjanaan tenaga, seperti yang dibuktikan kelebihannya di luar negara termasuk Denmark, Jerman, Singapura dan sebagainya.

Jadual berikutan menunjukkan bilangan loji WtE di luar negara, khususnya di negara Eropah yang boleh dikatakan sebagai perintis dalam bidang tersebut.
Negara
Bilangan Loji WtE
Austria
12
Belgium
16
Czech Republik
3
Denmark
29
Finland
6
Perancis
127
Jerman
79
Hungary
1
Ireland
1
Italy
54
Netherlands
13
Norway
15
Slovakia
2
Portugal
3
Sepanyol
11
Switzerland
30
United Kingdom
31
Amerika Syarikat
86
Jepun (Tokyo sahaja)
21
Singapura
5
Sumber: Waste to Energy State of The Art Report; International Solid Waste Association (ISWA); Energy from Waste, Working Group on Thermal Treatment of Waste

Di Negara Denmark yang hanya mempunyai kira-kira 5.6 juta populasi, terdapatnya 29 buah loji sedemikian untuk berkhidmat kepada 98 majlis perbandaran setakat tahun 2010. Di Majlis Perbandaran Horsholm yang terletak di Copenhagen, masyarakat setempat bergantung kepada loji itu untuk membekalkan 80% tenaga haba dan 20% tenaga elektrik. Di negara jiran Singapura, insinerator WtE yang terbesar, iaitu Loji Insinerator Tuas Selatan (Tuas South Incinerator Plant) mampu membakar lebih kurang 3,000 tan sisa pepejal dan menjana 150 MWh tenaga elektrik setiap hari, di mana 80% daripada kapasiti penjanaannya dijual manakala 20% yang selainnya digunakan bagi memenuhi permintaan loji itu sendiri. Bersama-sama dengan tiga lagi loji WtE yang lain dalam negara Singapura, sejumlah 2,688 MWH elektrik dijana setiap hari melalui pembakaran 7,475 tan sisa pepejal.

Selain itu, negara-negara yang menggunapakai teknologi penjanaan tenaga daripada sisa pepejal juga didapati mempunyai kadar kitar semula yang lebih tinggi secara perbandingan dengan negara lain. Misalnya, menurut pengurus jabatan pengurusan sisa pepejal dan sumber di Jabatan Alam Sekitar Kebangsaan Singapura, daripada 19,862 tan sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari secara purata, 60% daripadanya ataupun 11,846 tan adalah dikitar semula, 7,455 tan dihantar ke kemudahan insinerator dan 541 tan yang selebihnya atau 3% sisa pepejal yang tidak dapat dilupuskan dihantar ke tapak pelupusan.

Dalam kalangan negara maju pula, Switzerland merupakan negara yang mencapai kadar kitar semula yang tertinggi, di mana setinggi 52% sisa pepejal dikitar semula. Ini diikuti oleh Austria 49.7%, Jerman 48%, Netherlands 46% dan Norway yang berada di kedudukan kelima dengan kadar kitar semula 40%.

Meninjau kembali situasi di Malaysia, adalah dukacita dimaklumkan bahawa Malaysia pada ketika ini hanya mencatatkan kadar kitar semula 10.5% sahaja sedangkan sampah yang dijanakan sehari mencecah 33,000 tan -- suatu angka yang berlipat ganda dalam tempoh kurang daripada satu dekad (Malaysia menjana 17,000 tan sisa pepejal sehari secara purata pada tahun 2005). Hal ini mengakibatkan sebanyak 95% hingga 97% daripada sisa pepejal yang dikutip di Semenanjung Malaysia terpaksa dibuang ke tapak pelupusan begitu sahaja, manakala sekadar kira-kira 3% hingga 5% diproses di kilang kitar semula.

Kesimpulan

KPRU ingin bertanya, adakah loji janakuasa nuklear diperlukan sebagai sumber tenaga alternatif dalam negara ini sedangkan berpuluh-puluh ribu tan sisa pepejal yang dijanakan sehari tidak dimanfaatkan sepenuhnya sebagai aset punca penjanaan tenaga? Adakah pemerintah begitu berkeyakinan dalam menghadapi ketidaktentuan yang mungkin berlaku pada loji janakuasa nuklear dan seterusnya menangani akibat pencemaran yang tidak terukur keparahannya, yang mana juga gagal ditangani oleh negara besar maju seperti Jerman dan Jepun? Persoalan-persoalan seumpama harus diambil pertimbangan serious dan sewajarnya sebelum keputusan dibuat. Rakyat didahulukan, begitulah berbunyinya slogan yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, dan sesungguhnya ia harus dijadikan pegangan dalam pelaksanaan dasar negara ini.

Sumber HD - 27-9-2014