BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, November 29, 2014

TAN SRI KHALID IBRAHIM - MANTAN MB SELANGOR


Khalid Ibrahim tidak pertahan kerusi Bandar Tun Razak
Posted on Monday, March 12 @ 18:07:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38598



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini tidak berparti, hari ini mengulangi pendirian tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) walaupun mengaku ada 'disunting' beberapa pihak untuk berbuat demikian.

Katanya, beliau mahu memberi peluang kepada orang lain dan menumpukan perhatiannya kepada kerja-kerja sosial selepas ini.

"Parti lama saya (PKR) pun ada jumpa saya, parti Pas ada pun ada tanya (berkenaan bertanding) tetapi saya telah buat keputusan untuk tidak bertanding," kata bekas Menteri Besar Selangor itu kepada Bernama ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini.


Abdul Khalid, 72, berkata setelah lebih 10 tahun menjadi anggota Parlimen di Bandar Tun Razak, kawasan itu wajar mendapat nafas baharu daripada pemimpin baharu yang lebih muda dalam usaha menjaga kepentingan pengundi di situ.

"Jadi saya rasa sudah cukup masa dan ingin memberi peluang tugas ini kepada mereka yang berminat jadi ahli parlimen di kawasan tersebut," katanya.

Pada PRU12 Abdul Khalid yang bertanding di bawah tiket PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Tan Chai Ho dengan majoriti 2,515.

Beliau kemudian mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dengan menang majoriti 11, 832 undi dalam pertandingan empat penjuru antara BN, PKR dan dua calon Bebas.

Abdul Khalid yang merupakan ahli korporat terkemuka negara sebelum menceburi politik pada 2007 dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 kerana mengingkari keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang sebulat suara memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.


Sumber TKO - 12-2018


Azmin tak serius ambil alih SPLASH, kata bekas MB
Posted on Sunday, March 11 @ 19:13:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38584



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak serius untuk mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) yang menjadi penyebab utama krisis air di negeri itu, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata proses pengambilalihan berkenaan sepatutnya sudah lama berlaku namun gagal dilaksanakan Azmin.

Sebaliknya, Abdul Khalid berkata Azmin lebih memberi tumpuan untuk membayar RM2.7 bilion kepada syarikat berkenaan dan bukannya menyelesaikan isu air di negeri itu.

"Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. Kecuaian ini memberi peluang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.

"Seorang menteri besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah," katanya menerusi satu status yang dimuatnaik di Facebook miliknya.

Baru-baru ini sejumlah 427 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air sejak 6 Mac lalu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), gangguan berpunca daripada kerja pembaikan terhadap Sistem Mampatan Udara yang pecah di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3.

Azmin yang dipetik Sinar Harian berkata kegagalan mengatasi masalah tersebut disebabkan loji rawatan air tersebut bukan milik kerajaan negeri dan dimiliki SPLASH.

Kata Azmin, oleh kerana itu kerja-kerja pemulihan sukar dijalankan dengan segera.

"Semua kerja menyelenggara mesti dilakukan oleh SPLASH dan oleh kerana kita masih dalam proses mengambil alih SPLASH dan ia masih berjalan sehingga Julai ini kami tak boleh masuk untuk menyelenggaranya," kata Azmin.

Sementara itu, Abdul Khalid turut mengulas kenyataan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dalam sebuah portal berita, yang menyalahkan SPLASH dalam isu gangguan bekalan air yang menjejaskan lebih 500,000 kediaman di lima kawasan di Lembah Klang.

Khalid mengingatkan Hannah bahawa beliau pernah meminta DUN membawa isu air dan pengambilan SPLASH ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).


Bagaimanapun katanya, usulnya itu ditolak mentah-mentah oleh Hannah.

Sumber TKO - 11-3-2018


Kritik Splash Punca Krisis Air Selangor : Khalid Ibrahim Bidas Hannah Yeoh
Posted on Saturday, March 10 @ 17:50:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38568



AIDCNews -09/03/18 –Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh berhubung kritikannya terhadap Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) sebagai punca krisis air di negeri itu.

Khalid berkata krisis air di Selangor tidak menjadi seteruk hari ini, jika Hannah selaku Speaker DUN membenarkan isu Splash dibahaskan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

“Saya juga ingin mengingatkan YB Hannah Yeoh, Speaker Dewan Negeri Selangor bahawa saya pernah meminta Dewan membawa isu air dan pengambilan SPLASH ini kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) tetapi beliau menolaknya mentah-mentah. Mungkin ketika itu merasakan ianya tidak begitu penting.

“Natijahnya rakyat terpaksa menanggung seksa akibat pemimpin yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab,”katanya dalam satu kenyataan.

Kritikan Khalid itu merujuk kepada kenyataan Hannah yang menyalahkan Splash yang disifatkannya telah gagal menyediakan maklumat terkini status kerja membaik pulih lalu menyebabkan lebih banyak gangguan pada rutin harian isi rumah dan operasi perniagaan.
“Pengurusan tertinggi Splash harus dipertanggungjawabkan dan rakyat Selangor mahu tindakan tegas diambil,” kata Hannah.

Membidas kenyataan itu, Khalid berkata kesilapan Splash juga ada kaitan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Menurutnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali tidak boleh lepas tangan dalam isu tersebut.

“Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya sudah pun mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

“Namun nampaknya Dato’ Besar Selangor tidak serius langsung untuk berbuat demikian. Tumpuan beliau lebih kepada bagaimana mahu membayar lebih RM2.7bilion kepada SPLASH; bukan untuk menyelesaikan isu air di Selangor.

“Ia adalah satu kecuaian yang jelas di pihak kerajaan negeri. Kecuaian ini telah memberi ruang kepada pemegang saham SPLASH untuk mengaut lebih banyak untung sehingga mereka menjadi berani sebegini.


“Seorang Menteri Besar sepatutnya berjuang untuk rakyat tetapi pergerakan mungkin terhad kerana terlalu kenyang hingga termuntah,”katanya lagi

Sumber HD - 10-3-2018


Khalid mahu isu tanah Ijok disiasat lebih dalam
Posted on Thursday, February 15 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38259


Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat dengan lebih terperinci penyerahan semula tanah kepada LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd.


Menurut Bekas menteri besar Selangor itu, tindakan kerajaan negeri menyerahkan kembali tanah di Ijok yang dirampas pada 2009 itu mengundang persepsi mencemarkan reputasi mereka.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu juga menambah, penyerahan kembali tanah berkenaan dilihat bukan amalan yang baik atau 'good business sense' dalam mengendalikan aset rakyat Selangor.

"Sekarang terdapat persepsi bahawa penyelesaian tersebut dibuat dalam keadaan mencurigakan, sekali gus mencemar nama baik dan reputasi kerajaan negeri.

"Saya berharap pihak berkuasa menyiasat dengan lebih mendalam perkara ini terutamanya mereka yang terlibat dalam penyelesaian tersebut supaya kebenaran dapat didedahkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendesak Menteri Besar Selangor memberi penjelasan berhubung penyerahan semula tanah bernilai RM1.8 bilion itu ketika kesnya belum didengar di Mahkamah Persekutuan.

Status tanah tak ditukar
Abdul Rahman berkata, tindakan Datuk Seri Azmin Ali itu mengundang persoalan kerana keputusan mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan sebelum ini memihak kepada kerajaan negeri Selangor.

Untuk rekod keputusan mahkamah berkenaan dibuat ketika Khalid menjadi menteri besar.
Tanah di Ijok itu merupakan projek Bandar Alam Perdana melibatkan projek pembangunan rumah kos rendah dan rumah teres terbengkalai sejak 2002.

Ekoran itu, kerajaan negeri semasa pentadbiran Khalid merampas tanah berkenaan disebabkan peneroka menyerahkan tanah itu kepada pemaju untuk dimajukan dan ribuan pembeli rumah gagal mendapat rumah mereka.
Walaupun projek tersebut diluluskan kerajaan negeri ketika itu, status tanah belum ditukar daripada pertanian kepada pembangunan kerana kegagalan pemaju membayar premium tukar syarat.

Kerajaan Selangor kemudian mengambil alih projek di tanah seluas 1,037 ekar itu daripada Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan membelanjakan RM200 juta untuk membiayai kos pembinaan rumah, pembayaran pinjaman bank dan menyediakan infrastruktur lain.

Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kemudiannya menyaman kerajaan negeri dan Khalid di mahkamah tinggi untuk mendapat balik tanah tersebut.

Keputusan mahkamah tinggi pada Oktober 2013 memihak kepada kerajaan negeri dan Khalid.

Selepas itu, dua syarikat terbabit membawa kes mereka ke mahkamah rayuan, dan pada Februari 2014 sekali lagi hakim memihak kepada kerajaan negeri dan Khalid.

Kemudian, apabila Azmin menjadi menteri besar Selangor, dua buah syarikat terbabit merayu ke mahkamah persekutuan.

Selepas itu, kedua-dua syarikat tersebut dan beberapa syarikat berkaitan pada September 2015 membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual 2.1 ekar tanah pada harga RM1.18 bilion dengan syarat mendapat kelulusan kerajaan Selangor.

Selang beberapa bulan selepas itu, sekitar Mei 2016, Azmin memfailkan satu perjanjian penyelesaian di mahkamah persekutuan bahawa kerajaan Selangor dan dua buah syarikat itu telah bersetuju untuk membatalkan kes terbabit.

Azmin kemudiannya membuat keputusan menyerahkan semula tanah terbabit kepada LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd.

Selangorkini pula melaporkan Azmin membayar pampasan kepada kesemua 980 peneroka dalam bentuk tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000 seorang.
Khalid juga mendakwa, semasa saman membabitkan dirinya dan dua syarikat pemaju berjalan, ada pihak tertentu menawarkan jawatan menteri besar bagi menyelesaikan kes tersebut.

Namun Khalid berkata, beliau tekad mempertahankan keputusannya kerana menganggap tindakan pemaju berkenaan menyebabkan projek terbengkalai dan menyusahkan ribuan keluarga peneroka dan pembeli rumah.

Sumber TKO - 15-2-2018



Yang jelas, saya tak sokong kamu, Khalid jawab Azmin
Posted on Monday, February 05 @ 00:45:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38099



PETALING JAYA: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak perlu memikirkan pilihan parti politiknya dan beliau hanya perlu tahu beliau tidak mendapat sokongannya.

“Siapa saya sokong adalah hak saya. Yang jelas, saya tidak sokong YB Gombak (Azmin) kerana dia akan merugikan rakyat Selangor lebih RM2 billion dalam isu penyusunan semula industri air Selangor,” katanya di Facebook.

Bekas menteri besar itu menjawab kenyataan Azmin pada Khamis, yang berkata Khalid dilihat tidak mempunyai prinsip dan idealisme kerana “sekejap Umno, sekejap PAS, kemudian bebas” untuk pilihan raya umum akan datang.

“Khalid perlu buat keputusan. Dalam politik kita mesti ada prinsip, idealisme. Ini sekejap (sokong) Umno, sekejap PAS, kemudian bebas. Jika beliau mahu main peranan dalam PAS, masuk parti itu,” katanya.

Sebelum ini, sumber mengatakan Khalid berkemungkinan bertanding sebagai calon PAS di Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti. Kerusi itu ketika ini disandang pemimpin Amanah, Khalid Samad.

Tetapi ia mungkin tidak akan menjadi pertarungan antara 2 Khalid, kerana terdapat spekulasi Azmin akan berpindah kawasan ke Shah Alam dari Gombak.

Khalid dilihat mesra PAS selepas peristiwa Langkah Kajang, yang menyaksikan Azmin menjadi menteri besar Selangor dalam usaha PKR menggantikan Khalid dengan presiden mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Khalid yang bertanggungjawab ke atas pengambialihan aset konsesi-konsesi air di Selangor oleh kerajaan negeri itu menjadi pengkritik Azmin dalam isu penyusunan semula industri air.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sebelum ini berkata beliau akan membantu kempen PAS dan sedia bekerjasama dengan Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber TKO - 5-2-2018






Macam mana Khalid nak tolong PAS, Umno serentak?
Posted on Monday, December 04 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37142


PAS menganggap kenyataan terbaru bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai janggal.


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya melihat pendirian Khalid yang "menyokong Umno" untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak sehaluan dengan sikap beliau kepada PAS.

"Kenyataan beliau menyokong Umno dalam PRU ke-14 dan pada waktu sama menyokong PAS juga adalah perkara janggal, kerana PAS dan Umno saling berlawanan dalam konteks politik," katanya yang dihubungi Malaysiakini dari Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Semalam, Khalid - yang pernah dibayangkan bakal menyertai PAS oleh sesetengah pemimpin parti itu - muncul bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Konvensyen Umno Selangor.

Program itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Khalid hadir bersama seorang lagi bekas menteri besar yang pernah menyertai PAS - sebelum berhijrah ke PKR dan kembali semula ke pangkuan Umno - Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

  Khalid ialah bekas bendahari agung PKR dan disegani sebagai tokoh korporat yang berjaya membuat gerakan mengejut - digelar Dawn Raid - menguasai syarikat Sime Darby pada 7 Sept 1981.

Percaturan politik PKR menyaksikan beliau diketepikan oleh aliran perdana parti terbabit sebelum beliau akhirnya dipecat pada 2014.

Langkah itu membawa Khalid lebih akrab dengan PAS, terutama presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sokong Umno lawan PAS
Menjelang himpunan Fastaqim 2.0 di Kuala Nerus, pemimpin PAS mendakwa akan ada kejutan diumumkan pada program itu membabitkan penyertaan tokoh terkenal ke dalam parti.

Ketika cakap-cakap semakin kencang, Khalid memang membuat kemunculan di Fastaqim 2.0 namun menegaskan beliau kekal sebagai anggota parlimen bebas.

Ketika di Konvensyen Umno Selangor semalam, Khalid menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor bagi menghadapi kerajaan negeri yang dibentuk bersama oleh PKR, DAP, Parti Amanah Negara serta wakil PAS. Lidah rasmi PAS, Harakahdaily, setakat petang ini turut menyiarkan penjelasan dibuat Khalid mengenai kehadirannya di majlis Umno semalam.

Kata Khalid pendiriannya itu dibuat untuk memperjuangkan agenda utama memastikan kemajuan berterusan rakyat Selangor.

Ahmad Zahid pula memberitahu pemberita tiada keperluan mana-mana pihak mempersoalkan rasional bagi Umno Selangor melibatkan Khalid serta bekas menteri besar lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya parti itu.

Sementara itu, Tuan Ibrahim bagaimana menegaskan Khalid berhak untuk menyokong mana-mana pihak yang dirasakannya wajar dan PAS menghormati pendirian berkenaan.
Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, keadaan politik semasa meletakkan PAS akan menentang Umno dalam pilihan raya akan datang.

"Justeru, (jika Khalid) menyokong Umno bermakna (beliau) menentang PAS," katanya ringkas.

Sumber TKO - 4-12-2017


Saya masuk UMNO? Ini jawapan bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim
Posted on Monday, December 04 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37139



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan beliau masih lagi Ahli Parlimen Bebas.

Bagaimanapun jelas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO dan Pas demi perpaduan serta kepentingan rakyat Selangor.

"Perjumpaan saya dengan Datuk Seri Noh Omar (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor) bersedia untuk bekerjasama serta melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor.

"Saya akan menggunakan pengalaman dan kemesraan saya dengan rakyat Selangor untuk mereka memilih parti yang layak serta terbaik untuk meneraju Selangor.



"Untuk pengetahuan saya masih lagi Bebas saya rasa ada baiknya saya masih lagi Ahli Parlimen Bebas agar rakyat Selangor tidak khuatir dengan tujuan saya. Malah bukan masanya untuk saya masuk UMNO," katanya sekaligus menjawab teka-teki kehadirannya pada Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Ditanya sama ada kerjasama ini juga merupakan perancangan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Khalid sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu, beliau datang ke konvensyen tersebut untuk sama-sama berterima kasih atas kerjasama sepanjang saya menjadi menteri besar.

"Rakan di Pas juga saya akan tolong dan beri kerjasama kerana mereka juga banyak membantu saya ketika melaksanakan tugas menteri besar.

"Selain daripada itu, kerjasama ini untuk perpaduan ummah dan bukan untuk mendapatkan kerusia pada PRU14," katanya.

Kehadiran Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang ke Konvensyen UMNO Selangor itu menjadi tanda tanya sama ada beliau telah menyertai parti keramat Melayu tersebut.

Turut kelihatan Khalid duduk di atas pentas sebaris dengan kepemimpinan kanan UMNO Pusat dan Selangor. 

Sumber TKO - 4-12-207                                                                     

Belum ada kenyataan Khalid sokong Umno

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata belum ada kenyataan rasmi daripada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong Umno. 
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan berhubung kemunculan Khalid pada Konvensyen Umno Selangor 2017 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra 2 Disember lalu. 
"Belum ada kenyataan rasmi daripada beliau yang menyokong Umno, setahu saya, beliau hanya hadir. Kita berpegang kepada konsep taawun di mana yang mana ada masalah kita tolong. Sebagai contoh, masalah banjir yang berlaku kita bantu, tetapi dalam soal rasuah dan gst kita menentang," jelasnya pada Majlis Makan Amal dan Perasmian Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia di Restoran Aroma Hijrah TTDI, Shah Alam, malam tadi. – HARAKAHDAILY 4/11/2017 
Laporan penuh menyusul dalam harakah cetak bilangan 2304
Sumber HD- 4-12-2017 

Khalid mahu tiga bekas MB ikut beliau, bukan sebaliknya
Posted on Sunday, October 15 @ 21:50:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=35925


Bukanlah sangat bekas menteri besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mahu mengikut jejak langkah bekas-bekas MB dalam Barisan Nasional.


Sebaliknya, beliau mahu ketiga-tiga mereka - Tan Sri Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib - untuk berganding bahu dengan beliau berjuang untuk kesejahteraan rakyat.

"Kita bukan hanya berpolitik hanya politik, kita berpolitik kerana pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

"Apa yang saya cakap yang paling penting, bukan dekat mana saya berdiri. Katalah, komponen Umno menyokong saya supaya penyusunan semula industri air (di Selangor) dipercepatkan, saya setuju. Saya cakap baguslah, kita sama-sama kerja lah.

"Saya takut perjuangan kita ni, terhad kepada parti, bukan. Perjuangan kita tu melebihi parti," kata beliau kepada pemberita selepas hadir majlis mengumpul dana bagi PAS di Shah Alam hari ini.

Beliau memaklumkan tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya akan datang, samada kerusi DUN atau parlimen.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi menjelaskan kemudian bahawa apa yang dimaksudkan Khalid bukanlah beliau mahu menyertai tiga orang bekas MB Selangor, tetapi beliau mengajak mereka untuk menyertai perjuangannya untuk rakyat.

Khalid yang duduk bersebelahan Sallehin, bersetuju dengan penjelasan itu sambil berkata 'ya'.

Sumber TKO - 16-10-2017


Staf MB Selangor Lama (TS Khalid) Tak Payah Pulang Duit Pampasan
Posted on Saturday, April 01 @ 07:24:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34281



SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi memutuskan tujuh bekas staf Menteri Besar Diperbadankan (MBI) di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu memulangkan RM2.7 juta diterima pada 2014.
Menurut laporan media, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam keputusannya itu pada Jumaat mendapati bahawa bayaran pampasan tersebut dibuat mengikut peraturan berdasarkan kepada Enakmen MBI 1994.

Sehubungan itu, pihak mahkamah di sini menolak tuntutan MBI yang difailkan pada 11 Mei 2015 lalu, sekali gus menjadi tamparan buruk kepada imej Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali sendiri.

Dalam kes itu, plantif membuat tuntutan terhadap tujuh defendan iaitu Faekah Hussin, Rohani Talib, Arfa’eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd. Talib, Rahimah Kamarudin, Abdul Halim Mohamed Yusof dan Tuan Nazuri Tuan Ismail.

Bagaimanapun saman terhadap seorang lagi bekas kakitangan MBI yang menerima pampasan masih belum lagi diteruskan berikutan sedang mendapat kebenaran daripada mahkamah di bawah Akta Kebankrapan 1967.

Kesemua mereka menerima pampasan tersebut sebagai ganti rugi apabila kontrak mereka tiba-tiba ditamatkan selepas Abdul Khalid dipaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada September 2014 oleh pihak PKR.

Sementara itu Faekah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah membuktikan segala dakwaan Kerajaan Selangor di bawah Mohamed Azmin Ali bermotif politik.

“Tuduhan sebegini mencemarkan reputasi dan menjejaskan kerjaya kami. Justeru, kami dengan ini mendesak pentadbiran kerajaan Selangor memohon maaf kerana sanggup membazir duit rakyat untuk kos di mahkamah.


“Tutuntan ini malah dibuat semata-mata disebabkan politik balas dendam,” kata Faekah merujuk pemecatan Abdul Khalid sebagai ahli PKR hanya kerana enggan melepaskan jawatan menteri besar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 1-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Khalid Ibrahim sokong RUU 355 di Parlimen
Posted on Sunday, October 09 @ 19:50:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31967



BANGI, 8 Muharram 1438H, Ahad – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menyokong cadangan Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Akta 355) yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, tiada salah untuk menyokong cadangan pindaan Akta 355 bagi mengukuhkan Mahkamah Syariah di Malaysia dan menyifatkan ia sebagai undang-undang yang tidak berat sebelah.

"Saya menyokong. Saya fikir konsep Syariah adalah berdasarkan keadilan.

"Orang yang tidak percaya bahawa hudud baik untuk dilaksanakan walaupun akta itu tiada kaitan dengan hudud. Ia adil untuk orang Islam dan bukan Islam," katanya kepada pemberita, hari ini.

Usul persendirian yang dibawa oleh Hadi itu adalah bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang sedia dibahaskan di Dewan Rakyat pada bulan ini.

Mengulas lanjut Khalid berkata, pindaan yang dicadangkan itu tidak akan membahayakan orang bukan Islam dan jika ada yang tidak bersetuju, ia boleh diselesaikan secara baik.

"Saya tidak fikir undang-undang itu melanggar hak orang bukan Islam. Ia akan mewujudkan keadilan. Jika undang-undang tidak adil, kita perlu bekerjasama memastikan ia adil," katanya.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta berkenaan untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

Sumber TKO - 9-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bekas Setiausaha Agung PKR Dedah DAP Punca PAS Berpecah, Bentuk PAN
Posted on Tuesday, September 13 @ 22:48:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31652



KUALA LUMPUR: Perpecahan parti PAS kepada dua bahagian sehingga terbentuknya Parti Amanah Negara (PAN) merupakan agenda DAP memastikan serpihan parti Islam itu mengikut prinsip perjuangan parti DAP yang tidak pernah dipersetujui PAS.
Bekas Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sewaktu pembentukan Pakatan Rakyat, DAP dan PAS mempunyai prinsip berbeza lantas memaksa DAP memecahbelahkan PAS sebagai jalan keluar kepada masalah tersebut.

“Jadi nampaknya sekarang untuk selesaikan perkara ini, pihak DAP cuba memecahkan PAS dgn cara membahagi dua, satu kumpulan yang dipanggil PAN dan juga PAS.

"Jadi perpecahan ini akan berterusan kerana PAS tidak terima mereka yang mungkir janji, Bai’ah adalah satu janji dunia dan akhirat, jadi agak susah nak dilupakan,” katanya
Ujarnya, PAS bercita-cita untuk mentadbir negara mengikut prinsip syariah Islam tetapi ditentang oleh DAP.

“Jadi kalau nak diubah memang susah,” kata bekas Menteri Besar Selangor itu lagi.
Pada awal pembentukan Pakatan Rakyat kata Khalid, DAP dan PAS sukar untuk duduk semeja memaksa PKR bertindak sebagai orang tengah dengan mengadakan dua mesyuarat berbeza untuk mencapai kata sepakat antara ketiga-tiga parti.

Tambahnya, situasi yang berpanjangan sehingga kini menjadikan usaha untuk menyatupadukan semua parti pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) semakin sukar.

“Satu perkara dan pengalaman yang jelas semasa saya menjadi setiausaha agung Keadilan (PKR), pada tahun 2007 bulan Disember, kita masa tu memikirkan tentang PRU (Pilihan Raya Umum) 2008. Jadi saya kena gabungkan PAS, PKR dan DAP.

“Pada bulan Disember 2007, untuk buat perbincangan antara DAP dgn PAS, saya terpaksa ada dua meeting (mesyuarat), apabila saya jumpa PAS mereka nak duduk sama dia, bila saya jumpa DAP mereka nak duduk sama dia, jadi saya jadi orang tengah, mereka tidak mahu duduk semeja, minum teh pun tak mahu, itu 2008.

“Itu sebab walaupun kita minta tolong ada pertandingan satu lawan satu, tapi pengalaman saya hanya apabila kita menang pada 2008 baru lah mereka nak duduk bersama, jadi maknanya ia bukan mudah,”  ujarnya lagi.

- Malaysian Digest

Sumber TKO - 13-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RM650j untuk Taman Tugu keterlaluan - Khalid Ibrahim
Posted on Friday, September 09 @ 20:05:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31600



Projek pembinaan Taman Tugu yang dicadangkan di tengah Kuala Lumpur dengan kos RM650 juta itu terlalu tinggi dan tidak munasabah, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Kata ahli parlimen Bandar Tun Razak itu, kerajaan wajar mendapatkan khidmat pihak yang benar-benar arif dan profesional bagi membangunkan projek berkenaan, selain mengadakan perbincangan terbuka dengan semua pihak berkepentingan.

Abdul Khalid yang pernah mengetuai syarikat perladangan gergasi dunia Guthrie dan Permodalan Nasional Berhad berkata pengalaman pahit akibat ketirisan, pembaziran dan salah guna dana awam wajib dijadikan teladan.

"Kesilapan lalu tidak patut dibenarkan berulang sekiranya kita serius mahu meningkatkan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat," katanya melalui kemas kini status Facebook hari ini.
Pada 4 September lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan pelancaran projek Taman Tugu di atas kawasan seluas 26.7 hektar (66 ekar) di sekitar Tugu Negara. Ia dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

Daripada RM650 juta kos pembinaannya, RM500 juta disediakan oleh agensi kerajaan, Khazanah Nasional.

Kata Najib "hutan tropika mini dalam bandar raya" itu akan menjadi sebahagian daripada ikon utama Kuala Lumpur.

Najib juga menyamakan kewujudan Hyde Park di London dan Central Park di New York City dengan kewujudan Taman Tugu.

Bagaimanapun pelbagai pihak mempersoalkan kewajaran projek berkenaan.

Tak semahal mana

Selain kosnya dianggap terlalu besar dan tidak wajar kerana pada masa sama peruntukan untuk sektor lebih penting dipotong, tokoh agamawan juga memberitahu Malaysiakini, ia adalah suatu bentuk pembaziran.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pula membangkitkan kemungkinan projek berkenaan digunakan BN sebagai wadah mengumpul dana menjelang pilihan raya umum ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

Abdul Khalid yang pernah menjadi menteri besar Selangor berkata beliau banya menerima pertanyaan mengenai pembinaan Taman Tugu berkenaan.

Katanya, walaupun ia mempunyai nilai positif dari pelbagai sudut, amat wajar orang ramai mempersoalkan keberkesanan dan ketelusan perbelanjaan RM650 juta itu.

Untuk mendapat gambaran lebih jelas, katanya, beliau menghubungi rakan lamanya yagn berpengalaman luas - selama 30 tahun - dalam pembukaan serta pengurusan ladang di Guthrie.

Rakan lama Abdul Khalid itu dinamakan sebagai Datuk Ali Ahmad.

Menurut Ali, kata Abdul Khalid, anggaran kos tertinggi untuk kerja-kerja pembersihan dan perataan tanah, penanaman dan penjagaan pokok kelapa sawit (dari tunas hingga penuaian) adalah kira-kira RM21 juta setiap 1,000 hektar, atau hanya RM21,000 bagi setiap hektar.

"Justeru, sekiranya sedikit ekstrapolasi dilakukan, dianggarkan kos keseluruhan pembinaan taman hutan hujan sepatutnya tidaklah semahal mana, lebih-lebih lagi apabila kos tanah langsung tidak wujud, diberi "percuma" oleh kerajaan pusat," katanya.

Justeru katanya tidaklah menghairankan jika ramai orang musykil dengan metodologi penilaian yang diguna pakai oleh Khazanah Nasional dan Perbendaharaan Negara serta Unit Perancangan Ekonomi sehingga mewajarkan nilai yang begitu tinggi.

Sumber TKO - 9-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semasa Isu TS Khalid Ibrahim, Mat Sabu, Husam dan Geng 10 Serang Presiden Sendiri. Akhirnya..
Posted on Monday, June 20 @ 20:31:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30625



Alhamdulillah.

Kebenaran akhirnya terbukti. Selepas dakwaan 91 muka surat oleh Saifuddin Nasution terbukti satu fitnah besar daripada kem PKR. Hari ini, dalam bulan Ramadhan yang mulia ini TSKI mencapai satu kemenangan lagi apabila kes samannya terhadap sumber rasmi untuk memfitnah beliau iaitu The Malaysian Insider berakhir dengan kebenaran di pihak TSKI.

Defendan (CEO dan Editor Malaysian Insider) akhirnya memohon maaf.

Tidak dapat di nafikan apabila tindakan Almarhum TGNA dan TGHH dalam membela dan mempertahankan TSKI dari fitnah ini adalah satu tindakan yang tepat dan berintegriti. 


Berbeza sama sekali dengan pendirian Raja Surat (Husam) dan Mat Sabu yang secara jelas menyerang TSKI meskipun dirnya di fitnah pimpinan PKR.

Sumber TKO - 20-6-2016




















Media perlu jaga harga diri, elak jadi agen ahli politik

HARAKAHDAILY | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41629-media-perlu-jaga-harga-diri-elak-jadi-agen-ahli-politik

PADA bulan Ramadhan yang barakhah ini, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap portal The Malaysian Insider (TMI) berakhir hari ini setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara baik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah merekodkan Perhakiman Persetujuan dimana pihak TMI yang diwakili oleh defendan pertama dan kedua, Jahabar Sadiq dan Amin Iskandar telah memohon maaf kerana menerbitkan dua artikel yang bersifat fitnah sehingga mencemarkan reputasi baik saya.

Mereka turut mengakui bahawa kedua-dua artikel tersebut adalah berdasarkan khabar angin dan menyatakan rasa kesal mereka serta memberi akujanji tidak akan mengulangi mana-mana bahagian tuduhan tidak berasas serta fitnah jahat tersebut pada masa akan datang.

Notis mengenai Penghakiman tersebut jua telah dikeluarkan ke atas Ahli Lembaga Pengarah Edge Insider Sdn Bhd, Ho Kay Tat dan Tong Kooi Ong bahawa perintah pelaksanaan penghakiman boleh dikenakan ke atas mereka jika mereka mengingkari akujanji yang terdapat dalam Penghakiman tersebut.

Meskipun saya melihat perbuatan defendan-defendan menerbitkan artikel berunsur fitnah adalah bagi melaksanakan satu misi jahat yang akhirnya berjaya, saya memilih untuk tidak memanjangkan persengketaan ini. Pada hemat saya permohonan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.

Permohonan maaf oleh para defendan sekaligus telah membuktikan bahawa segala tuduhan salahlaku dan tidak bermaruah yang dikenakan terhadap saya adalah jahat, tidak berasas dan direka hanya untuk menjatuhkan saya dari jawatan Menteri Besar Selangor.

Adalah besar harapan saya agar perkara sebegini tidak berlaku ke atas sebarang pemimpin atau individu kerana ternyata perbuatan fitnah demi menjatuhkan seorang pemimpin secara terancang adalah amat jijik dan tiada tempat dalam sistem demokrasi Malaysia.

Institusi dan pengamal media, terutama mereka yang sering melaungkan bahawa mereka memperjuangan keadilan dan kebenaran, sepatutnya memastikan berita-berita yang mereka terbitkan mengandungi fakta tepat dan benar demi memelihara kewibawaan diri mereka sendiri dan institusi kewartawanan, Jagalah harga diri dan elakkan terpengaruh dengan agenda politik jahat oleh kumpulan politikus yang tiada maruah serta hanya mementingkan kuasa.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak jemu menyokong dan memberi semangat agar saya terus berkhidmat untuk rakyat dan negara. Walaupun saya dijatuhkan dengan cara jahat, saya menerimanya dengan lapang dada kerana saya masih mengekalkan prinsip dan jatidiri.

TAN SRI KHALID IBRAHIM
20 Jun 2016 – HARAKAHDAILY 20/6/2016

Sumber HD - 20-6-2016


DAP akui pentadbiran Khalid Ibrahim lebih cekap

Posted on Thursday, May 19 @ 18:06:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: DAP mengakui pentadbiran Selangor di bawah mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih cekap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunku, Lau Weng San berkata, di bawah Khalid, setiap jawapan yang diajukan oleh wakil rakyat akan dibalas dengan cepat dan lengkap.

Beliau berkata, pentadbiran Selangor di bawah Mohamed Azmin Ali lembap (perlahan) jika dibandingkan Khalid dari segi mendapat maklum balas hal ehwal pentadbiran negeri.

“Dulu zaman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, jawapan yang diberikan secara lengkap.

“Jadi kita harap kerajaan negeri hari ini boleh kemukakan jawapan sama secara spesifik dan tidak terlalu lembap,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Weng San menyuarakan tidak puas hati terhadap pentadbiran Azmin apabila menunggu lebih sebulan untuk mendapat jawapan.

Dia bertanyakan mengenai gaji, elaun khas, keraian, bonus dan ganjaran untuk kakitangan atasan di syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Selangor.

Dia berkata, surat diterima pada 3 April lalu memaklumkan pertanyaan itu tidak boleh didedahkan kerana tertakluk mengikut Akta Perlindungan Maklumat Peribadi 2010 (Akta 709).

ADUN Kinrara, Ng Sze Han berkata, Azmin juga gagal memberikan jawapan berkaitan soalan jumlah bayaran gaji Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).


“Jawapan diterima menyebut gaji dan emolumen tidak boleh didedahkan kerana menyentuh kerahsiaan individu,” katanya.

Sumber TKO - 19-5-2016



Khalid nasihat Kit Siang hentikan politik sempit

Posted on Friday, March 18 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya berhenti berfikiran politik sempit.

Khalid (Bandar Tun Razak-Bebas) membuat teguran itu susulan kenyataan Kit Siang yang menggambarkan Malaysia sebagai negara yang gagal dan "Banana Republic".

Katanya, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam ucapan perasmian di Parlimen minggu lalu telah mengingatkan kepada semua agar bekerjasama antara satu sama lain demi negara dan mereka sepatutnya berhenti mempolitikkan setiap isu.

"Saya mahu menyatakan kepada beberapa Ahli Parlimen bahawa terdapat kenyataan yang dibuat tidak selaras dengan ucapan YDPA.

"Ahli Parlimen Gelang Patah (Kit Siang) berkata Malaysia menuju ke arah negara yang gagal.

Perkataan ini boleh menjejaskan negara kita kerana ia menunjukkan bahawa mata wang negara kita seolah tidak mempunyai nilai.

"Kriteria mengatakan kita sebuah negara gagal bererti negara telah hilang kawalan menguruskan negara atau tidak berupaya menyediakan perkhidmatan awam. Saya tidak nampak mana-mana yang disebut itu berlaku masa ini," katanya di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Ahmad Fauzi Zahari mencelah dan meminta Khalid untuk menyatakan pendirian sama ada pembangkang telah membohongi orang ramai dalam keadaan semasa negara.

"Saya mengikut nasihat YDPA dan enggan mempolitikkan sebarang isu. Saya berkongsi pengamatan saya dan saya biarkan orang ramai untuk menilainya," jawab bekas Menteri Besar Selangor selama enam tahun itu.-

Sumber TKO - 17-3-2016


Tiada Rasional Munasabah Untuk Menaikkan Taraf Air

Posted on Thursday, November 12 @ 22:59:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kenyataan Dato’ Menteri Besar Selangor semalam tentang kepastian bahawa tarif air bakal naik sebaik sahaja proses penyusunan semula selesai sepenuhnya nyata bercanggah dengan semangat dan hasrat asal pengambilalihan industri perkhidmatan air oleh Kerajaan Negeri daripada syarikat konsesi.

Di samping persoalan mengenai nama syarikat yang dilantik sebagai penilai bebas bagi nilai pampasan ekuiti kepada SPLASH dan caj konsultansi yang perlu dbayar oleh Kerajaan Negeri, saya amat terkejut dan terkilan dengan perubahan mendadak pada dasar-dasar awam seumpama ini memandangkan antara sebab asal utama penstrukturan semula indusri air dilaksanakan adalah supaya rakyat boleh menikmati perkhidmatan air yang lebih efisien dan pada tarif yang berpatutan.

Mengikut perancangan awal, kenaikan tarif hanya akan dipertimbangkan selepas tiga hingga empat tahun industri perkhidmatan air Selangor berjaya distruktur semula sepenuhnya manakala sebarang kenaikan dijamin tidak akan melebihi 12 hingga 15 peratus setiap tiga tahun.

Saya yakin banyak lagi usaha yang perlu dan boleh dilakukan sebelum langkah drastik menambah beban rakyat akibat lonjakan kos sara hidup dengan menaikkan tarif air sebaik sahaja proses pengambilalihan selesai. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri boleh mengelakkan pembaziran dan ketirisan dalam kos operasi dengan memotong perbelanjaan yang tidak perlu, mengurangkan kontrak berlapis-lapis (multi-level contracts) dan menghentikan serta-merta penganugerahan sub-kontrak.

Tambahan pula, sebagai pemilik mutlak, Kerajaan Negeri tidak perlu lagi mematuhi terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi atau mengikut kaedah operasi lama yang dipraktikan oleh syarikat konsesi. Sebaliknya, ia mempunyai kuasa menetapkan kaedah "pricing" dan "costing" yang baharu di setiap peringkat operasi sebagai salah satu strategi kawalan kos keseluruhan; sekaligus mengurangkan malah menghapuskan keperluan menaikkan tarif.

Oleh kerana industri perkhidmatan air kini milik rakyat Selangor, amat wajar kerajaan negeri faham secara mendalam segala butiran dalam akaun dan rekod kewangan operator perkhidmatan air terutama aspek perbelanjaan. Dari situ, satu formula lestari boleh digarap bagi mengelakkan kenaikan tarif buat jangka masa panjang.

Bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat terpelihara, saya menggesa agar satu badan pengawasan bebas industri air ditubuhkan dengan fungsi antara lain, memantau metodologi penetapan tarif dan mutu perkhidmatan di samping memastikan keabsahan justifikasi dan legitimasi keperluan menaikkan tarif seperti yang didakwa. Meskipun kewajaran bagi kenaikan tarif wujud, perkara tersebut perlu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor terlebih dahulu agar semua wakil rakyat faham dan jelas tentang isu-isu yang terlibat.

Sebagai peringatan kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH), terdiri daripada PKR, DAP dan PAN terutama PKR dan DAP yang jarang melepaskan peluang menggasak dan menghentam Barisan Nasional tetapi diam seribu bahasa berhadapan kepincangan dan kebobrokan di rumah sendiri di Selangor dan Pulau Pinang, tibalah masanya untuk hentikan sikap hipokrit dan berdolak-dalih. Diberi peluang dengan kawalan dan kuasa penuh sekarang, Kerajaan Negeri harus buktikan keupayaan mengurus industri perkhidmatan air lebih baik daripada era Barisan Nasional di samping mengotakan semua tawaran dalam Manifesto Pilihanraya Umum ke-13.

Ingin juga saya nasihatkan para pemimpin dari PH dan PAS bahawa "perjuangan "reformasi" yang dilaungkan selama ini bukan hanya untuk mencari salah dan kelemahan Barisan Nasional tetapi juga sebagai panggilan bermuhasabah untuk memperbaiki diri sendiri jika mahu terus membina dan memperteguh keyakinan rakyat bahawa mereka mampu membentuk kerajaan yang lebih baik.


 TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG

Sumber TKO - 12-11-2015

Azmin Menteri Besar yang gagal – Khalid Ibrahim

Posted on Sunday, October 11 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang gagal kerana menggunakan strategi politik murahan.

Beliau berkata, walaupun lebih setahun menjadi Menteri Besar, Azmin gagal membuang taktik menagih simpati lapuk.

“Peluang yang diberikan rakyat untuk membuktikan beliau seorang negarawan berjiwa besar setelah diangkat menjadi Menteri Besar dipersiakan kerana jelas beliau masih tidak cuba bermuhasabah dan mengambil tanggungjawab atas kegagalan melaksanakan prinsip urus tadbir yang baik dalam pentadbiran negeri.

“Sebaliknya, beliau terus sewenang-wenangnya mempersalahkan orang lain tanpa mengakui kelemahan diri atau memperbaiki keadaan.

“Sekiranya orang luar atau bukan anggota dikatakan tiada hak mencampuri urusan dalaman PKR, wajarkah atau adilkah PKR dan parti pembangkang lain diberi ruang menegur, membidas atau membantah apa sahaja yang dilakukan atau disuarakan oleh parti komponen Barisan Nasional?,” katanya kepada FMT.

Beliau memberi respons itu selepas Azmin menasihatkan Khalid tidak mencampuri urusan dalaman PKR kerana beliau bukan lagi ahli PKR.

Sementara itu, bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin berkata, Khalid hanya memberi respons itu selepas ditanya oleh media.

Katanya, wajar bagi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menjawab tentang krisis dalaman PKR kerana beliau dipecat secara jahat bagi membolehkan kerusi Menteri Besar dikosongkan.
“Jawapan Azmin menyerlahkan kegagalan pembangkang mencapai kata sepakat berhubung pembentukan Pakatan Harapan.

‘Azmin nampaknya mahir dalam memainkan peranan dan bermuka-muka. Azmin akur dengan telunjuk DAP dan Parti Amanah Negara tetapi masa yang sama berbaik-baik dengan Pas semata-mata mahu mengekalkan jawatan Menteri Besar,” katanya.  - FMT


Sumber TKO - 11-10-2015


























Saya sedia bai'ah jika masuk Pas
Posted on Monday, September 21 @ 15:27:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia melafazkan bai'ah jika akhirnya beliau memilih untuk menyertai Pas seperti pemimpin-pemimpin parti itu.

Menurutnya, beliau perlu mengikut sistem sedia ada dalam mana-mana parti yang dipilihnya nanti.

"Jika saya putuskan untuk masuk satu satu parti, saya kena ikutlah (sistem parti itu).

"Jika saya tak nak ikut, saya tak perlulah masuk ke parti itu," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas forum Diskusi 3.0 : Integriti Dan Kenegaraan, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan telah dipelawa untuk menyertai Pas, namun, beliau memberitahu belum menimbangkan tawaran itu kerana masih ada perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sementara itu, ketika forum tersebut berlangsung, Abdul Khalid menegaskan beliau masih belum menjadi ahli Pas walaupun sering mengikuti program bersama parti itu.

"Saya sudah bersama Pas tapi belum menjadi ahli lagi. Saya ada masalah integriti yang perlu diselesaikan sebelum membuat keputusan.

"Sebelum ini integriti saya dipersoal, dakwaan di mahkamah sampai lebih kurang 89 muka surat. Tapi PKR sudah minta maaf," katanya.

Mengulas lanjut, beliau sempat berseloroh memberitahu ada rakannya yang menyarankan agar meneruskan kes saman tersebut dan pergi melancong dengan wang saman itu.

"Tapi saya tak buatlah. Itu bukan perjuangan saya. Tindakan PKR singkirkan saya, saya anggap tidak adil, jadi, saya kena pertahankan.

"Saya minta ROS adili perkara ini. Jika saya masuk ke parti lain sebelum isu ini diselesaikan, sudah tentu saya tak boleh pertikaian perkara ini. Jadi, saya kena tunggu," katanya.

Malah katanya, soalan sama akan terus ditanya rakan-rakan dan pihak media selagi beliau masih ahli Parlimen Bebas, namun, katanya jawapan yang diberi tetap sama.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor seperti diputuskan oleh parti. - SInar Harian 
Sumber TKO - 21-9-2015

Adakah akan sertai PAS, ini jawapan Khalid Ibrahim

HARAKAHDAILY | .


DUNGUN: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang menunggu keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan PKR memecat keanggotaannya dari parti itu.

"Buat masa ini saya ada beberapa isu dengan PKR," ujarnya kepada media ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai PAS.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 oleh Presiden PAS, Datuk Seri TUan Guru Abdul Hadi Awang di Kampung Pulau Serai, dekat sini malam tadi.
Pada pertengahan Ogos tahun lalu, Khalid menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR melanggar perlembagaan parti.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, beliau merasakan berlaku ketidakadilan dikeluarkan daripada PKR.

Sehubungan itu, beliau meminta ROS untuk memberikan pandangan dan keputusan berhubung perkara itu.

"Saya sedang tunggu keputusan itu. Untuk itu saya kena kena jaga tatacara untuk kepentingan politik. Saya akan tunggu dulu," ujar yang juga Adun Pelabuhan Klang.

Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang sudi menjemputnya hadir pada majlis perasmian Harap 3.2 itu.

"Saya sangat berbesar hati bahawa PAS sudi terima pandangan dan perhatian saya. Saya rasa perjuangan PAS dapat diteruskan dengan mereka yang berminat dengan Islam," ujarnya. - HARAKAHDAILY 19/9/2015

Sumber HD - 19-9-2015


Kes Mahkamah TSKI dan Keanehan Politik Malaysia

Posted on Tuesday, August 25 @ 12:16:25 MYT by paktam

Oleh Khalid Samad 

Baru-baru ini kes saman TSKI terhadap Saifuddin Nasution dan PKR hendak dibicarakan.

DSAI disapina sebagai salah seorang saksi pembelaan. Apabila DSAI tiba dia telah berjaya memujuk kedua-dua pihak untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan saling bermaafan. Melalui itu, ianya diharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan baik, isu berhubungnya tutup, selesai dan kedua-dua pihak boleh memberikan tumpuan kepada masalah semasa, bukan masalah yang telah berlalu.


Namun, ini Malaysia, di mana segala kemungkinan boleh berlaku. Tindakan bermaaf-maafan yang seharusnya bermakna ‘seri-seri’, diperlihatkan sebagai kemenangan besar bagi pihak TSKI. Seterusnya diketengahkan pula dakwaan betapa ‘ketepatan’ pendirian TGHH terbukti semasa krisis MB berlaku dahulu.

Oleh itu matlamat bermaafan itu tidak tercapai, malahan menjadi lagi parah apabila ianya dijaja dan dipolitikkan sebagai isu untuk kepentingan pihak berkenaan. Inilah dunia politik Malaysia, di mana bermaafan boleh dijadikan peluru perbalahan!

LATAR BELAKANG CADANGAN BERMAAFAN

Ada yang bertanya, jika Saifuddin dan PKR merasakan diri mereka benar, maka mengapa DSAI kemukakan cadangan bermaafan? Jawapannya mudah bagi yang ingin memahami.

Pertama, DSAI melihat isunya sudah tidak lagi releven. Ini adalah kerana laporan yang menjadi perbalahan telah disiapkan Saifuddin sebagai asas untuk menukarkan TSKI sebagai MB Selangor. Pada ketika ini, TSKI tidak lagi MB Selangor! Maka apa relevennya untuk ianya dibahaskan kembali?

Kedua, segala masalah yang didedahkan dalam laporan berkenaan telah dan sedang ditangani kabinet baru. Samada isu Eco-World, Langat II, Kiddex, Penstrukturan Industri Air Selangor dan sebagainya, kesemuanya samada telah atau sedang diuruskan mengikut apa yang dipersetujui parti. Yang tinggal hanya isu peribadi TSKI berhubung hutangnya dengan BIMB yang telah diselesaikan di luar mahkamah. Itu tidak merupakan isu releven bagi PKR, lebih-lebih lagi apabila TSKI sudah bukan lagi MB atau ahli PKR.

Ketiga, perbicaraan ini akan mendedahkan perjalanan dalaman parti PKR dan kelemahan semua pihak pada umum. Ianya akan juga mengambil masa yang lama dan menyibukkan ramai. Sedangkan bagi PKR, matlamat yang utama sudah pun tercapai. Apa yang diinginkan adalah tumpuan kepada isu semasa yang banyak dan mencabar.

Keempat, laporan yang disediakan Saifuddin sebagai SUA PKR hanya menjelaskan persoalan yang menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap tindakan TSKI sebagai MB Selangor.

Ianya tidak dijadikan penghakiman muktamad yang semestinya memerlukan proses siasatan dan pendakwaan untuk dimuktamadkan. Pada ketika beberapa isu telah ditimbulkan, TSKI tidak memberi jawapan yang dianggap memuaskan parti dan oleh itu mewajarkan ianya disenaraikan sebagai persoalan yang menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap TSKI. Ianya dilihat sebagai proses biasa untuk menjelaskan sebab ingin TSKI ditukar dan bukan untk ‘menghukumnya’.

DS NAJIB DAN RM 2.6 BILLION

Mungkin ianya boleh dibandingkan dengan kes DS Najib di mana duit RM 2.6 Billion yang masuk ke akaun peribadinya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kelayakan DS Najib terus menjadi Perdana Menteri. Namun tidak ada sesiapa yang boleh mengatakan secara muktamad bahawa DS Najib adalah seorang “perompak dan perasuah”.

Adalah benar bahawa ketidak mampuan DS Najib memberi jawapan yang memuaskan menambahkan lagi keraguan semua. Akan tetapi, siasatan perlu dilakukan untuk memutuskan persoalan tersebut secara muktamad. Pada masa sama, tidak boleh dinafikan bahawa atas kegagalan menjawab dengan jelas, wujud keraguan munasabah yang mewajarkan DS Najib ditukar sebagai PM.

TINDAKAN BERMAAFAN

Maka akhirnya dipersetujui untuk semua yang terlibat agar saling bermaafan. Oleh kerana laporan itu menjadi isu perbalahan maka pihak Saifuddin dan PKR menyebut dalam kenyataan maaf bahawa mereka kesal laporan tersebut difahami sebagai bukti TSKI seorang yang korup, zalim, tidak amanah dan sebagainya secara sah dan terbukti. Sebenarnya bukan itu dakwaan laporan tersebut. Laporan itu hanya mendedahkan keraguan munasabah terhadap kelayakan TSKI.

Oleh itu dipohon maaf atas kefahaman (atau ketidakfahaman) yang timbul dan berjanji tidak akan mengulangi lagi isu-isu berkenaan. Sudah pasti ianya tidak akan diulangi kerana tujuan laporan itu disediakan tidak lagi releven.

Sefaham saya, permohonan maaf ini tidak merupakan ‘pengakuan memfitnah’ TSKI. Ianya juga tidak merupakan penarikan balik segala keraguan terhadap tindakan TSKI yang telah timbul. Laporan itu tetap releven untuk tujuan ianya dibuat pada ketika itu. Kekesalan dan maaf dinyatakan terhadap pentafsiran ke atas laporan tersebut di mana TSKI dianggap bersalah secara muktamad.

TSKI juga meminta maaf kepada Saifuddin dan ahli PKR. Tetapi ianya dikatakan ‘bermaafan sempena bulan Syawal’ sahaja. Ini kali pertama bagi saya, maaf bulan Syawal dimasukkan sebagai penghakiman mahkamah. Tetapi itulah hujjahnya.

Sepatutnya selepas bermaafan, semua meredakan suasana dengan menyatakan, “isu ini sudah selesai dan kami telah bermaafan. Segala tuduhan telah tidak lagi timbul dan tidak lagi releven, samada untuk disiasat selanjutnya atau diulangi”. Dengan itu matlamat di bermaafan tercapai. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

DIKAITKAN PENDIRIAN TGHH MENYOKONG TSKI

Untuk menambahkan lagi rencah perisa kepada isu ini maka ada dari kalangan ahli PAS menyatakan bahawa ‘kemenangan TSKI’ adalah bukti “kebenaran dan ketepatan” pendirian TGHH dalam isu krisis MB Selangor tempoh hari. Berdasarkan segala yang telah dinyatakan di atas, saya hairan bagaiman kesimpulan itu tercapai.

Tidakkah segala keraguaan terhadap tindakan TSKI telah dikemukakan kepadanya secara jelas dan nyata untuk dijawabnya? Tidakkah pada ketika itu TSKI mempunyai segala yang diperlunya untuk memungkinkan dia menjawab segala persoalan yang ditimbulkan? Dan sekiranya ianya tidak dijawab dengan jelas dan nyata, maka tidakkah wujud keraguaan munasabah terhadap kemampuan dirinya diteruskan sebagai MB Selangor? Kalau jawapan semua di atas adalah benar, maka mengapakah tindakan TGHH dilihat sebagai betul dan tepat?

Seperti kes DS Najib, kesangsian munasabah mewajarkan DS Najib diganti sepertimana TSKI juga pada ketika itu.

KESAN SIKAP DAN TINDAKAN PAS DAN TGHH: KERAJAAN SELANGOR PAS/UMNO

Sebenarnya, sikap TGHH telah menjadi salah satu faktor PR berpecah. Sekiranya PAS bersama meminta TSKI meletak jawatan sebagai MB, isu ini tidak akan timbul. Tiada laporan yang perlu disediakan dan tiada perbalahan yang akan terhasil. Sebaliknya sokongan PAS terhadap TSKI menyebabkan ini semua berlaku dan akhirnya yang dikehendaki tetap terlepas! TSKI tetap diturunkan sebagai MB. Maka di mana ‘ketepatan’ tindakan PAS?

PAS mempertahankan TSKI habis-habisan sehingga sanggup bersekongkol dengan UMNO demi mempertahankannya. TSKI mendakwa mempunyai sokongan majoriti yang terdiri dari 15 ADUN PAS, 12 ADUN UMNO, ‘beberapa ADUN PKR yang akan muncul’ dan diri TSKI sendiri. Dalam tempoh kerajaan Selangor PAS/UMNO ini, telah berlaku pemecatan kesemua exco-exco PKR dan DAP. Pada ketika itu kerajaan gabungan PAS & UMNO telah berkuasa di Selangor walaupun untuk hanya beberapa hari!

Kerajaan Selangor PAS/UMNO di bawah kepimpinan TSKI telah hanya dijatuhkan apabila tiada ADUN PKR muncul untuk bersama TSKI dan dua ADUN PAS menarik diri dari menyokong TSKI. Berakhirnya kerajaan Selangor PAS/UMNO melalui tindakan dua ADUN PAS ini telah menyebabkan TGHH begitu marah sehingga mengeluarkan kata-kata “Barua dan Broker” di muktamar PAS 2014. Kemarahan yang begitu memuncak bagi saya, hanya menzahirkan tiadanya alergi atau alahan TGHH terhadap pembentukan kerajaan bersama UMNO di Selangor.

Ada yang mengatakan PAS terpaksa menyokong TSKI pada ketika itu kalau tidak “Sultan akan melantik UMNO/BN sebagai kerajaan di Selangor”! Maka untuk menghalang ini dari berlaku, PAS terpaksa memintasnya dengan segera. Alasan ini jelas terbukti satu pembohongan kerana apabila dua ADUN PAS menarik sokongan mereka terhadap TSKI, tiada pula Sultan melakukan seperti yang didakwa. Saya khuatir nama Sultan sering disalah-gunakan untuk menyelesaikan sesuatu persoalan supaya mengikut kehendak orang tertentu. Saya yakin Sultan Selangor menghormati perlembagaan Negeri dan tidak akan melanggarinya sepertimana yang telah cuba dilakukan oleh beberapa pihak.

ALASAN SYARII UNTUK MENUKAR TSKI

Ada yang bertanya, apa alasan syarii untuk menukar TSKI? Saya ingin tanya kembali apa alasan syarii memecat kesemua exco PKR dan DAP? Tidakkah mereka dipecat sekadar kerana tidak menyokong TSKI dan oleh itu tidak akan mengikut arahannya? Sekiranya itu merupakan alasan dan dianggap memadai, maka tidakkah ianya alasan sama yang digunakan PKR untuk menukar TSKI, iaitu dia tidak mendengar dan mematuhi arahan partinya?

Begitu juga boleh ditanya, apa alasan syarii menukar Dr. Rani sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor? Apa alasan syarii PAS ingin menukar Dato Nasir sebagai MB Kelantan pada zaman PAS bersama BN pada tahun 70an? Dan beratus lagi kes yang sama yang boleh dipersoalkan sedemikian rupa.

Hanya beberapa bulan sebelum itu, MB Terengganu, Ahmad Said, telah ditukar UMNO/BN tanpa masalah atau alasan syarii yang diminta ADUN Terengganu. Kelicinan proses penukaran MB Terengganu sepatutnya menjadi iktibar bagi PAS.

Hakikatnya tiada ‘alasan syarii’ yang diperlukan kerana MB adalah jawatan yang dilantik. Dia dipilih untuk dilantik atas sebab tertentu. Dan apabila yang melantik ingin menukarnya, atas sebab yang lain, maka itu adalah hak mereka. Dalam kes TSKI, PKR dan DAP ingin beliau ditukarkan. Sebahagian pimpinan PAS Selangor juga inginkan beliau ditukar. Pada asalnya majoriti dari pimpinan PAS Selangor, tetapi kemudiannya, selepas mengetahui pendirian TGHH, tinggal kurang dari separuh.

KESIMPULAN

Saya sebenarnya sudah tidak berminat untuk menulis panjang lebar mengenai persoalan ini.

Bagi yang ingin menegakkan benang basah, mereka akan terus melakukannya walau apa sekalipun yang dinyatakan. Hanya kesimpulan saya begini;

Sekiranya PAS menganggap PKR sebagai parti pemfitnah dan melakukan kezaliman, maka mengapakah PAS terus bersama PKR? Putuskan sahaja hubungan dengan PKR sepertimana PAS telah putuskan hubungannya dengan DAP. Baru PAS akan dilihat sebagai parti yang tegas dan berprinsip, tidak bersekongkol dengan parti ‘kaki-fitnah’ dan zalim. Tindakan ini juga adalah bersesuaian dan selari dengan usul Multaqa Ulama pertama pada 2013.

Ia akan memudahkan semua pihak dan melaluinya akan jelas pada semua siapa kawan dan siapa lawan. Yang sering menjadi masalah adalah apabila yang dianggap kawan bertindak sebagai lawan. Soal pilihan raya dan pendekatan satu lawan satu boleh diuruskan kembali pada tahun PRU. Tetapi sekarang biar semua menzahirkan warna sebenar untuk rakyat melihatnya.

Khususnya PAS. Ini adalah kerana PAS perlu menjelaskan samada ingin bersama PKR & DAP, bersendirian atau bersama UMNO/BN.

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Sumber DD - 25-8-2015


Khalid persoal tujuan Azmin tubuhkan DEIG yang bebas audit
Posted on Wednesday, August 19 @ 09:10:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri mewujudkan sebuah entiti pelaburan baru di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI).

Bekas Menteri Besar itu mendakwa, Darul Ehsan Investment Group (DEIG) akan menimbulkan lagi masalah urustadbir, termasuk ketidaktelusan dalam hal kewangan, memandangkan ia bebas dari diaudit.
"Sebelum ini MBI ditadbirkan sebelum 2008 di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad KDEB, bukan KDEB yang di atas MBI... Sebelum ini tidak ada pengurusan yang jelas tentang urus tadbir MBI, oleh sebab itu saya betulkan semula supaya MBI menjadi entiti khas terus kepada kerajaan dan terus dalam Dewan maknanya tidak lagi 'intermediary' (perantara). 
"Dengan cara ada entiti ini (DEIG) saya percaya kontrak yang berlaku di bawah ini akan tidak dapat dipantau oleh DUN secara terus... Itu pengalaman saya dapat," ujarnya ketika mengajukan soalan kepada Azmin sejurus menerangkan penubuhan DEIG. 
Khalid menambah penubuhan DEIG menyerupai syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang juga menggunakan perantara, sekaligus operasinya tidak dapat dipantau.
Selain Khalid, turut mempertikai DEIG ketika sidang dewan tadi adalah Yeo Bee Yin dan Lau Weng San daripada DAP dan Sulaiman Razak daripada Barisan Nasional (BN).
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tetap mempertahankan tindakan mewujudkan DEIG kemudiannya menyindir Khalid dengan mengaitkan masalah urustadbir MBI ketika ADUN Pelabuhan Klang itu memimpin kerajaan negeri 
Azmin mengambil contoh bayaran pampasan RM2.7 juta kepada pegawai-pegawai Khalid sejurus selepas kontrak mereka ditamatkan.
"Jika benar MBI diambil alih oleh satu kedudukan yang tidak jelas di bawah KDEB dan letakkan entiti baru dinamakan MBI, bunyi sedap tapi dari segi pelaksanaan? Bagaimana pegawai MBI dibayar pampasan tanpa kelulusan," soal Azmin.
Berang dengan alasan Azmin, Khalid bingkas bangun dan menegaskan isu pampasan tersebut tidak boleh dibawa ke dalam dewan memandangkan ia masih dalam kes mahkamah.
Kedua-dua ADUN berkenaan saling berbalas kenyataan mempertahankan diri, sebelum Speaker DUN Hannah Yeoh meminta Khalid dan Azmin duduk dan kembali memberi perhatian kepada isu DEIG.
Untuk rekod, DEIG merupakan hasil rasionalisasi semula aset dan perubahan strategik perniagaan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor dan berperanan sebagai sebuah Badan Pemegang Hartanah dan amanah Kerajaan Negeri. 
Sejak beberapa bulan lalu, MBI telah melaksanakan penstrukturan semula aset-aset syarikat milik negeri (GLC) dan menyelaraskan strategi perniagaan anak syarikat untuk penciptaan nilai yang mampan (sustainable value creation).
Sementara itu, Khalid yang ditemui pemberita di Lobi DUN Selangor sekali lagi menjelaskan ketidakwajaran DEIG ditubuhkan supaya tidak ada kekeliruan yang timbul.
"Pasal puas hati atau tidak perkara lain, itu biasa dalam usaha kita mencari jalan untuk menentukan kepentingan rakyat diutamakan... Tidak menjadi masalah untuk mempertikaikan, pada saya patut diperbahaskan lagi. Itu lah tanggungjawab ahli-ahli dewan," tegasnya. 

Sumber : AntaraPOS

Sumber TKO - 19-8-2015


Khalid Desak Azmin Perjelas Kos Penstrukturan Semula Air
Posted on Wednesday, August 19 @ 06:55:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didesak menjelaskan dengan terperinci kos pengambilalihan berhubung proses penstrukturan semula industri air di negeri itu yang dibimbangi memberi kesan kenaikan tarif air pada masa akan datang.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang) berkata penjelasan itu sangat penting kerana dibimbangi akan berlaku peningkatan kos bagi pengambilalihan syarikat konsesi yang akan memberi kesan terhadap harga air seterusnya membebankan rakyat Selangor.

"Penjelasan yang dibuat Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) semalam hanyalah kos sebanyak RM2 bilion tetapi dia tidak tegaskan tentang baki kos pengambilalihan sebanyak RM7.65 bilion itu.

"Jika kerajaan negeri tidak dapat menjelaskan kepada rakyat pecahan kos RM9.65 bilion (tawaran asal dibuat kerajaan negeri berhubung pengambialihan) dan berlaku pula peningkatan kos, maknanya ia akan beri kesan pada harga air akan datang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi DUN di sini Selasa.

Semalam, Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) berkaitan industri air di Selangor berkata rakyat Selangor berkemungkinan akan menanggung kenaikan tarif air pada masa akan datang setelah perjanjian utama penstrukturan industri air negeri itu dimuktamadkan termasuk pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi.

Dalam penjelasan lanjut, Mohamed Azmin berkata kenaikan tarif itu mungkin difikirkan untuk jangka masa panjang mengikut jangkaan kos pengambilalihan yang ditanggung oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

"Perjanjian yang akan dimuktamadkan pasti mempunyai kos proses penstrukturan dalam memastikan perkhidmatan air yang berkualiti, namun kerajaan negeri tidak akan bebankan rakyat. Dalam usaha mengurangkan 35 peratus kadar air tidak terhasil (NRW) ketika ini, pastinya ia memerlukan kos yang besar bagi menangani perkara tersebut," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid yang juga bekas Menteri Besar Selangor turut mencadangkan supaya proses pengambilalihan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga Berhad (PNB) dilakukan sekarang bagi memastikan perkhidmatan air untuk rakyat Selangor dapat dijalankan dengan baik.

"Kita tidak mahu terdapat keadaan yang mana pekerja tertunggu-tunggu dan tidak mendapat arahan tepat dalam memberi perkhidmatan air yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Mengenai kenyataan Mohamed Azmin bahawa kerajaan negeri akan meneliti semula program pemberian air percuma kepada rakyat, Abdul Khalid berkata: "Sebab itu Mohamed Azmin kena jelaskan jika kita dapat beli (ambilalih industri air Selangor) dengan RM9.65 bilion selain dapat atasi masalah pengurusan (syarikat konsesi) yang ada sekarang dan kurangkan NRW sudah tentu masalah kenaikan harga air tidak timbul".

Sumber TKO - 19-8-2015

Sama Artikel Tapi Tajuk Lain-lain
Posted on Monday, August 17 @ 21:22:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Malaysiakinipun nak jadi UTUSAN juga dalam menyapaikan maklumat berkenaan atau berkaitan dengan PAS. sama2 minta maaf? pkr minta maaf sebab mengfitnah... khlid minta maaf hari raya jika ada mengguris hati... agak2 ler

Kredit:


Sumber TKO - 17-8-2015

Sisi keji PKR terdedah dalam kes saman Khalid Ibrahim
Posted on Monday, August 17 @ 20:03:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Alhamdulillah kes saman mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memecat keahliannya tahun kerana dituduh tidak amanah dapat diselesaikan dengan rukun.

Khalid bersetuju menerima permohonan maaf bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan juga PKR dan membatalkan saman yang dikemukakannya terhadap parti itu.


Yang menang ialah Khalid. Beliau boleh sahaja memilih meneruskan saman itu. Namun bagi beliau bukan menang perbicaraan dan memungut pampasan  daripada PKR yang dihajatinya. Lebih penting baginya ialah membersihkan diri daripada fitnah PKR itu.


Kini PKR sudah mengaku bahawa apa yang dipertuduhkan terhadap Khalid adalah tidak benar dan akur dalam mahkamah tidak akan mengulangi cercaan terhadap Khalid.


Tindakan itu PKR ambil hanya kerana mahu menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar dan menggantikannya dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Sebaliknya, Khalid pula mengheret PKR ke mahkamah bukan kerana mahu berpaut pada tampuk kuasa kerajaan Selangor tetapi mahu melangsaikan komitmen yang dibuatnya untuk terus membangunkan Selangor.


Namun belum terlambat untuk beliau meneruskan azamnya itu kerana sikap berlapang dadanya menerima permohonan maaf PKR itu kini membuka peluang untuk beliau meneruskan perjuangan untuk rakyat.


"Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.


"Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.


"Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini," ujarnya di laman Facebooknya.


Bertajuk 'Langkah Kajang, Langkah Kecundang', Khalid dalam kenyataan itu menyifatkan strategi politik yang disusun PKR semata-mata mahu menyingkirkan beliau akhirnya menyebabkan kepincangan hubungan di dalam Pakatan Rakyat (PR).


Lantas sikap tidak adil dan tidak jujur parti KEADILAN yang menggunakan fitnah sebagai pencapai maksud politiknya kini semakin jelas diteropong rakyat.


PKR sanggup bersikap curang dengan membuat tuduhan dalam 91 mukasurat untuk menjatuhkan menteri besar yang sebelum itu ditimang-timang sebagai pemimpin contoh terbaik bagi parti itu sendiri.


Kecurangan itu dilakukan selaras cita-cita Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukuhkan empayar politiknya dengan bertegas mahu meletakkan isterinya, Wan Azizah sebagai menteri besar.


Pada mulanya apabila rencana politik Langkah Kajang ini dimaklumkan padanya bahawa ADUN ketika itu, Lee Chin Cheh akan meletakkan jawatan dan diganti oleh Anwar, Khalid bersetuju melaksanakannya.


Malah beliau sendiri turut hadir dalam sidang media mengumumkan Anwar sebagai ganti Lee dan beliau juga tiada halangan melepaskan jawatan Menteri Besarnya untuk diisi oleh Anwar.


Khalid ketika itu insaf akan tujuan Langkah Kajang itu demi kebaikan PKR dan Pakatan Rakyat. Beliau juga percaya sebagai Menteri Besar Anwar mampu memimpin pakatan pembangkang menawan Putrajaya.
Bagaimanapun apabila Anwar hilang kelayakan bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang, Khalid keberatan mengosongkan  jawatannya. Ini kerana beliau yakin Azizah tidak mempunyai keupayaan dan kaliber seperti Anwar.
Keengganan beliau memenuhi hasrat Anwar itu dibalas dengan penghebahan  PKR akan beberapa tuduhan yang cuba membuktikan sikap tidak amanahnya. Lantas Khalid dipecat dari PKR.
Anwar dan PKR kemudian berkeras mahu Azizah mengisi kerusi Khalid. Di peringkat itu, isu menteri besar bukan lagi menjadi masalah PKR tetapi melingkar menjadi kekusutan politik membabitkan rakan kongsinya, termasuk PAS.
PAS dengan tegas mengatakan tidak bersetuju dengan kemahuan PKR. Ia  bingkas mengisytiharkan keluhuran peribadi Khalid dan keberkesannya sebagai menteri besar Selangor.
Ketegaran PKR itu turut menjejaskan kepentingan politik PAS pula. Dua ADUNnya – Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin -- bertindak melompat memberi sokongan pada PKR.
Rentetan itu semakin lebarlah ‘retak yang menanti belah’ dalam Pakatan Rakyat. DAP yang memang tidak selesa dengan PAS menyambar kesempatan menyokong PKR dan mencatur gerakan mengenyahkan PAS dari Pakatan Rakyat.
 "Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.
"Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan 'grassroots' dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan," terangnya lagi.
Bukan itu sahaja, strategi politik ini juga akhirnya memberi kesan kepada kepentingan rakyat, khasnya dalam isu penstrukturan semula air di Selangor.
"Tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan 'rentier' yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur," kata Khalid menghuraikan kepedihan politik yang dialaminya.
Mahkamah Tinggi Shah Alam Jumaat lalu merekodkan Penghakiman Persetujuan melalui kes Saman Fitnah yang difailkan Khalid terhadap Saifuddin dan PKR.
Saman itu berhubung edaran fitnah yang mengaitkan mengapa Khalid perlu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Sayugia diingat bahawa ini bukanlah pertama kali PKR mengamalkan politik fahaman Machiavelli – matlamat menghalalkan cara.
Sebelum ini Naib Presiden PKR, Tian Chua juga pernah memohon maaf kerana membuat tuduhan bahawa serangan bersenjata kaum Sulu ke atas Sabah adalah sandiwara permainan Umno.
Demi menang politik, PKR ‘berhati kering’ dan sanggup mengorbankan serta memfitnah sesiapa sahaja termasuk tokoh-tokohnya sendiri seperti tindakannya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.   - ANtaraPOS

Sumber TKO - 17-8-2015


Akhirnya PKR Melalui Saifuddin Nasution Mohon Maaf Secara Terbuka Keatas Khalid Ibrahim Kerana Memfitnah
Posted on Sunday, August 16 @ 23:38:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.

















Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.

Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.

Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.

“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.

Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.

Khalid ‘dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.

Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 8.50 pagi diiringi pegawai penjara untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi kes tersebut yang telah ditetapkan untuk perbicaraan bermula hari ini.

Turut hadir, keluarga Anwar, Naib Presiden, Tian Chua, Rafizi Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifi Ahmad dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Sekarang dimana maruah dan integriti parti terutamanya Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli dalam isu ini .. mereka berdua inilah arkitek utama dalam menjalankan gerak kerja mau menjatuhkan Tan Sri Khalid dalam cara jahat, jijik, tidak beretika, tidak berperikemanusiaan dan tidak berakhlak langsung.

Cara Tan Sri Khalid Ibrahim diadili oleh parti saling tak tumpah apa yang dialami oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri pada tahun 1998 dahulu ... dipecat dalam keadaan sepantas kilat .. dihebahkan dengan kisah-kisah kesalahan direka cipta dengan 91 muka pertuduhan sama seperti 50 dalil mengapa Anwar Tidak Layak Jadi PM ... dijaja cerita dengan membuat roadshow jelajah satu Selangor... akhirnya???? terpaksa melutut mohon maaf jua walaupun sebelum ini ada suara-suara cabar mencabar agar dibawa kemuka pengadilan jika pertuduhan ini tipu dan fitnah dan sanggup berdepan untuk didedahkan secara terbuka.

Perlu akui betapa episod ini sudah pasti akan menghakiskan sedikit sebanyak kepercayaan rakyat terutamanya warga Selangor kepada PKR dalam keadaan sekongan semakin menipis .. sudah pasti akan berbunyi diakar umbi betapa PKR mengamalkan politik Machiavelli matlamat menghalalkan cara asalkan dapat kuasa.

Politik mendabik dada sembang kencang sudah seperti sinonim dengan PKR kini .... sedih dan pilu bila semangat dan roh demi keadilan, kebebasan dan kebenaran sudah semakin jauh dari tubuh PKR dewasa ini.

Sumber Link


Sumber TKO - 16-8-2015

Kenyataan Media TSKI: Terserlah Sudah Hikmah Pendirian Tuan Guru Hj Hadi

Posted on Sunday, August 16 @ 20:01:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh penjualcendol



KENYATAAN MEDIA

16 OGOS 2015

LANGKAH KAJANG, LANGKAH KECUNDANG



Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.

Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya.



Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.



Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.



Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain.



Sama seperti kes Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.



Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat.



Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.



Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan.



Permainan politik yang begitu dasyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancar sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur.



Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini.



Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguan saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan.



Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini.



Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam.



Sekian Terima Kasih

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK &
ADUN PELABUHAN KLANG


Sumber TKO - 16-8-2015

Penjelasan saling maaf memaafkan

Posted on Sunday, August 16 @ 15:34:14 MYT by paktam

Oleh Saifuddin Nasution Ismail 

Kenyataan penjelasan saya mengenai kenyataan Edmund Bon, peguam Tan Sri Khalid:

1) Kedua-dua peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju supaya mencari jalan agar perbicaraan tidak diteruskan. Oleh itu, pada hari pertama perbicaraan dimulakan Selasa lalu, peguam Tan Sri Khalid menyediakan draf pertama untuk dipertimbang oleh saya.

2) Saya menyatakan bahawa saya dan KEADILAN tidak akan meminta maaf tetapi boleh membuat penjelasan bahawa konteks dokumen yang dipertikaikan oleh Tan Sri Khalid itu adalah satu penjelasan politik.

3) Oleh kerana Tan Sri Khalid masih mahu ada penyataan meminta maaf, saya memaklumkan keputusan saya untuk meneruskan dengan perbicaraan.

4) Sebab itu pada pagi ini mahkamah bersedia untuk memulakan perbicaraan dan saksi saya seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa ke mahkamah.

5) Namun, dengan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau memohon supaya perbincangan diteruskan agar penyelesaian dicapai tanpa perbicaraan.

6) Atas nasihat Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan mengambil kira semangat Syawal untuk bermaaf-maafan dan meletakkan kepentingan membela rakyat didepan, akhirnya saya dan Tan Sri Khalid bersetuju untuk sama-sama meminta maaf supaya ia satu keputusan "win-win".

7) Saya kesal dengan kenyataan peguam Tan Sri Khalid, Edmund Bon yang memberi gambaran yang berlainan. Malah semasa perbincangan tadi pun, walaupun Tan Sri Khalid lebih awal mahu sama-sama memohon maaf, beliau yang tidak begitu berkenan dengan penyelesaian itu.

8) Sebarang gambaran bahawa Tan Sri Khalid tidak memohon maaf dan penyataan maaf dari beliau yang direkodkan mahkamah tadi adalah bersempena Syawal seperti amalan raya adalah tidak tepat, tidak ikhlas dan mahu terus mengheret perkara ini.

9) Jika ia satu ucapan maaf raya yang tidak berkaitan dengan persetujuan saling meminta maaf, maka tidak perlulah ucapan itu diperintahkan oleh mahkamah untuk dibuat oleh Tan Sri Khalid dan dimasukkan sebagai rekod mahkamah.

10) Perintah mahkamah jelas menunjukkan bahawa penyelesaian ini melibatkan satu kenyataan maaf dari saya dan satu kenyataan maaf balas dari Tan Sri Khalid.

11) Saya bersetuju dengan rujukan Syawal di dalam kenyataan maaf Tan Sri Khalid dalam konteks semangat maaf-memaafkan dalam bulan Syawal agar masing-masing dapat meletakkan kepentingan rakyat di depan. Tindakan sesetengah pihak memutar belit bahawa rujukan Syawal dalam kenyataan maaf Tan Sti Khalid itu adalah satu ucapan maaf sempena hari raya adalah tidak jujur.

13) Saya berharap agar penyelesaian saling maaf memaafkan ini tidak terus dipanjang dan diputar belitkan oleh pihak lain sebagai menghormati persetujuan di antara saya dan Tan Sri Khalid di hadapan Dato' Seri Anwar tadi.

Terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

Sumber DD - 16-8-2015

Langkah Kajang, Langkah Kecundang


Posted on Sunday, August 16 @ 15:30:32 MYT by paktam

Oleh Khalid Ibrahim

Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.

Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya.


Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.

Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.

Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain.

Sama seperti kes Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.

Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat.

Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.

Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan.

Permainan politik yang begitu dasyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancar sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur.

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguan saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan,
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini.

Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam.

Sekian Terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK &
ADUN PELABUHAN KLANG

Sumber DD - 16-8-2014


Rafizi Tak Faham Maksud Semangat Minta Maaf Syawal demi bulan baik
Posted on Friday, August 14 @ 22:04:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


Kes saman bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap pengarah pilihan raya PKR Saifuddin Nasution selesai melalui penyelesaian luar mahkamah.

Bagaimanapun terdapat kekeliruan berhubung permohonan maaf.

PKR mendakwa penyelesaian itu dibuat setelah kedua-dua pihak saling memohon maaf.

Peguam Khalid, Edmund Bon pula berkata permohonan maaf Saifuddin tidak bersyarat manakala permohonan Khalid pula dibuat atas semangat Syawal, bulan orang Islam bermaaf-maafan.

Selepas penyelesaian di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan mendakwa penyelesaian dicapai seperti berikut:

(1) Khalid menarik balik saman.
(2) Saifuddin dan PKR memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
(3) Khalid memohon maaf kepada Saifuddin dan PKR.

Bon berkata kenyataan itu tidak tepat.

“Penghakiman persetujuan (consent judgment) tidak sama dengan menarik balik saman.

“Keduanya, Saifuddin jelas meminta maaf tanpa syarat terhadap tujuh kenyataan fitnah yang menjadi subjek saman Khalid.

“Ini termasuk isu Bank Islam, isu Eco-World, Kidex dan isu penstrukturan semula air Selangor,” katanya.

Beliau juga berkata Saifuddin berkata ia tidak sepatutnya berlaku dan tidak akan mengulangi lagi.



“Khalid kemudian terima maaf itu dengan niat baik dan ambil peluang – kerana ini bulan Syawal – untuk mohon maaf jika dia mengguris perasaan sesiapa, termasuk Saifuddin dan anggota PKR,” kata Bon kepada Malaysiakini.

Bon berkata ini kali pertama PKR membuat permohonan maaf di mahkamah. Penyelesaian itu dibuat selepas perbincangan dua jam.

Saifuddin diwakili oleh William Leong yang juga anggota parlimen Selayang.

Kenyataan penerimaan maaf oleh plaintif itu turun dimuat naik di Internet dan diulang tweet oleh Bon.

Ia berbunyi:

"Saya Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim, menerima mohon maaf ini daripada defendan-defendan iaitu Saifuddin Nasution Ismail dan Parti Keadilan Rakyat.

Dalam semangat bulan Syawal ini, saya juga mengambil kesempatan itu untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin Nasution bin Ismail dan ahli-ahli yang lain.”

Sumber TKO - 14-8-2015
Saifuddin Nasution mohon maaf kepada Khalid Ibrahim
Posted on Friday, August 14 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Kes saman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkaitan laporan mengenai isu menteri besar Selangor diselesaikan dengan baik selepas bekas setiausaha agung PKR itu memohon maaf kepada Khalid di Mahkamah Tinggi.

Kenyataan permohonan maaf secara terbuka itu dibacakan Saifuddin yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR dan direkodkan Pesuruhjaya Kehakiman M.Gunalan.


Khalid diwakili peguam Edmund Bon manakala Saifuddin diwakili peguam Wiliam Leong.
Kes itu sebelum ini ditetapkan untuk perbicaraan bermula Selasa lepas.

Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada dalam senarai saksi pihak defendan turut hadir di mahkamah hari ini.

Pada 18 Ogos tahun lepas, Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin secara peribadi dan atas kapasiti beliau sebagai Setiausaha Agung PKR (ketika saman difailkan) berhubung pengedaran dokumen laporan 'Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor', bertarikh 14 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah bekas menteri besar itu.

Selain menuntut ganti rugi, Khalid memohon perintah menghalang Saifuddin atau wakilnya, pekerjanya dan kakitangannya daripada menerbit, mengeluar, mengedar, mencetak atau menyebabkan perkataan yang memfitnah beliau (Khalid). - Bernama

.....
Sekarang terbukti tindakan Presiden PAS membela Tan Sri Khalid Ibrahim adalah tindakan yang betul dan tepat. Selama ini pelbagai tuduhan jahat dan palsu seperti perjanjian air langat2, selesai pinjaman dengan Bank Islam, perjanjian lebuhraya KIDEX dll adalah agenda nak turunkan TSKI kerana nak rompak duit rakyat Selangor untuk kepentingan tertentu.

Sumber TKO - 14-8-2015


Saman TS Khalid Ibrahim kepada Saifudin Diselesaikan Diluar Mahkamah
Posted on Friday, August 14 @ 13:19:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Kes itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam dan saling bermohon maaf.

Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plainatif, Saifuddin sebagai defenden dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.

Turut hadir veteran DAP Lim Kit Siang, ahli keluarga Anwar dan penyokong.

Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen "Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor" bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Pada 21 September 2014 lalu, Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatannya sebagai menteri besar selepas Selangor melalui kemelut politik panjang.

....

Ramai pemerhati merasai hairan kerana sebelum ini TSKI dikatakan tidak mahu selesai diluar mahkamah. Tapi ini melibatkan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang maka akhirnya atas dasar ini TSKI mengalah.

Sumber TKO - 14-8-2015

Anwar saksi kes saman Khalid kepada Saifuddin
Posted on Thursday, August 13 @ 00:26:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dipanggil sebagai saksi untuk kes saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut satu kenyataan, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, pihak peguam sedang menguruskan permohonan kehadiran Anwar ke mahkamah, Jumaat ini.
“Kes saman Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap PKR dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Kes ini dibawa oleh Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung kenyataan PKR yang pada pandangan beliau memfitnah beliau.
“Perbicaraan pada hari ini ditangguhkan sehingga hari Jumaat bagi membolehkan pihak defendan (PKR dan Saifuddin Nasution) mendapatkan perintah sapina bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sebagai saksi bagi pihak defendan. 
"Pihak peguam defendan sedang menguruskan permohonan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim hari Jumaat ini,” katanya.
Katanya, pihaknya juga akan memanggil beberapa pimpinan pembangkang yang lain untuk menjadi saksi.
“Selain Anwar, pihak defendan juga bercadang untuk memanggil pimpinan lain termasuk Lim Kit Siang, Khalid Samad, Mohamad Sabu dan tokoh lain untuk menjadi saksi bagi pihak defendan.
“Perbicaraan dijadualkan bersambung pada hari Jumaat 14 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya.
Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

  Pada 21 September 2014 lalu, Abdul Khalid disingkirkan selepas melalui kemelut politik berpanjangan. - Sinar

Sumber TKO - 13-8-2015

Saman malu... Saifuddin mohon maaf pada Khalid...?
Posted on Wednesday, August 12 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Perbicaraan kes saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Perbicaraan itu dijadual selama empat hari. Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Saifuddin.

Difahamkan Saifuddin ingin memohon maaf pada Khalid dan menyelesaikan kes tersebut diluar mahkamah, tetapi pihak Khalid mahu ianya dibicarakan.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.

Pada 9 Januari 2015, Saifuddin (yang kini Pengarah Pilihan Raya PKR) memfailkan permohonan bagi mendapatkan daripada Khalid beberapa dokumen berkenaan penyelesaian hutang di luar mahkamah antara Khalid dan Bank Islam atas alasan dokumen tersebut penting untuk menyokong kes saman terhadap beliau.

Mahkamah pada 18 Februari 2015 bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mendapati permohonan yang difailkan oleh Saifuddin tidak mempunyai merit.

Khalid “dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.

Ia juga bermulanya bibit-bibit perpecahan dalam Pakatan Rakyat apabila Pas tidak setuju khalid ditukar kerana PKR gagal memberikan bukti salah laku yang didakwa dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu.

Baru-baru ini, Pembantu Khas Khalid, Faekah Husin dilaporkan berkata, tiada satu bukti pun diberikan oleh pihak defendan dalam penyataan pembelaan berhubung dakwaan salah laku Khalid seperti yang didakwa.-11/8/2015 

Sumber TKO - 12-8-2015

Khalid Tempelak Rafizi Bank Kena Dedah Akaun Peribadi
Posted on Tuesday, July 07 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR – Pihak AmBank atau Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh mendedahkan wujud atau tidak nombor akaun yang kononnya didakwa Wall Street Journal (WSJ) sebagai milik Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bank berkenaan wajib merahsiakan maklumat peribadi pelanggan kerana isu itu tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA).

“Tiada sebab Najib atau mana-mana menteri boleh mengeluarkan arahan kepada AmBank atau BNM agar rekod bank seseorang individu disiarkan. BAFIA halang AmBank dan BNM dedah pemilik akaun kontroversi tersebut.

“Jadi tiada siapa apa boleh desak dua bank itu untuk dedah apa sahaja yang tertakluk di dalam Akta BAFIA, jika didedah, kepercayaan rakyat termasuk dunia kepada sistem perbankan negara akan musnah,” katanya.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menggesa AmBank dan BNM mengesah atau menafikan sama ada nombor akaun yang didedahkan WSJ kononnya atas nama Najib benar-benar wujud.

Jelas Rafizi, langkah ini dapat memberi gambaran terbaik sama ada Najib benar-benar terlibat atau tidak dalam pengambilan dana berjumlah hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Untuk rekod, Abdul Khalid merupakan tokoh korporat dan beliau diingati ketika pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma syarikat pelaburan amanah yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pada 1981, Abdul Khalid menjadi terkenal menerusi ‘serangan Subuh’ di Bursa Saham London, apabila PNB mencatat agihan 51 peratus syer dalam syarikat perladangan terbesar British iaitu Guthrie kurang dua jam.

Susulan kejayaan di luar jangkaan pihak British itu, Abdul Khalid kemudian dilantik sebagai CEO Malaysianized Guthrie yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Berhad dari tahun 1995 sehingga 2003.

Dalam pada itu mengulas lebih lanjut, ujar Abdul Khalid, kenyataan Rafizi sekali gus dilihat mengelirukan orang ramai serta pelabur antarabangsa apabila sengaja menimbulkan persoalan isu kerahsiaan yang tidak harus terjadi.

Bagaimanapun katanya, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan boleh memulakan siasatan ke atas kesahihan akaun bank yang didakwa WSJ serta Sarawak Report sebagai milik Najib.

“Akta BAFIA pula tidak tertakluk kepada kuasa SPRM sendiri untuk ‘masuk’ dan mula siasatan terhadap laporan media itu. Hasil siasatan harus diumum dan ia akan menyelesaikan kemelut yang melanda Najib sendiri,” ujarnya.

Pengguna media sosial tempatan turut berkongsi komen mempertikaikan laporan media terbabit apabila mereka cuba memasukkan wang ke dalam nombor akaun bank yang dinyatakan mendapati akaun tersebut tidak wujud.

Pada Ahad, Najib menegaskan, selaku perdana menteri yang dipilih rakyat, beliau tidak akan sesekali khianati rakyat dan harta benda negara ini berdasarkan ikrar angkat sumpah ketika dilantik ke jawatan berkenaan.

Malah tegas Najib, beliau tidak akan membenarkan anasir luar untuk menggugat dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dipilih oleh rakyat, sesuka hati mereka.


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, pihak berkuasa kini menyiasat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan WSJ yang juga dilaporkan oleh Sarawak Report- Agensi/Mynewshub/HAA

Sumber TKO - 7-7-2015


Ikut sahaja pelan saya, air Selangor terus percuma - Khalid Ibrahim
Posted on Monday, July 06 @ 20:01:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor disaran meneruskan pelan holistik industri air yang dirangka sebelum Azmin Ali naik menjadi Menteri Besar.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Selangor akan rugi besar sekiranya gagal melaksanakan pelan penstrukturan semula air negeri itu.

"Syabas dan Puncak Niaga sudah menerima formula yang kita beri (seperti pulangan ekuiti 12 peratus), kalau sudah terima tidak boleh ubah," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, hari ini.

Tambahnya, pelan pengambilalihan konsesi air daripada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syabas tidak akan menjejaskan pekerja sedia ada berkenaan.

"Semua pekerja syarikat terlibat tidak perlu bimbang kerana formula pengstrukturan semula tidak akan mengubah apa-apa termasuk gaji seperti sedia ada," ujar Khalid.

Beliau yang juga Adun Bebas Pelabuhan Klang menyifatkan Azmin agak terlewat dalam memuktamadkan pelan penstrukturan semula air yang ditandatangani kerajaan negeri dan kerajaan pusat pada November 2014.

"Sewaktu saya memegan jawatan MB, lebih 50 rundingan dijalankan. Dalam masa tidak sampai tiga bulan boleh diselesaikan."

"Atas belas ihsan kerajaan pusat, boleh jadi muka kita masih baik dipandang mereka sebab itu kerajaan pusat melanjutkan tempoh untuk memuktamadkannya," kata Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sementara itu, kerajaan negeri Selangor yang dihubungi enggan melayan sebarang gesaan atau saranan Khalid.

Kata sumber berkenaan, pentadbiran Azmin akan memuktamadkan pelan penstrukturan semula industri air dalam masa terdekat.

"Kami akan menandatangani pelan berkenaan dan semua pihak akan diam," kata sumber berkenaan melalui mesej ringkas kepada Astro AWANI.

Azmin sebelum ini dilaporkan sudah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan beberapa isu berbangkit yang menghalang daripada pihaknya memuktamadkan perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor.

Bulan lalu, Syabas memberi amaran isu-isu berkaitan dengan penstrukturan semula industri air perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan gangguan bekalan air kerana rizab Lembah Kelang kini berada di bawah paras lima peratus.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata projek Langat 2, projek bekalan air utama bagi Selangor dan Kuala Lumpur sangat diperlukan sekarang.

Ia bagi memenuhi keperluan penduduk dan industri di Lembah Kelang sehingga 2025. - Astro

Sumber TKO - 6-7-2015


Saya bukan hendak sangat jawatan MB, cuma mahu bertanggungjawab - Khalid
Posted on Monday, July 06 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PUTRAJAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan beliau mahu mengambil alih jawatan Menteri Besar daripada Mohamed Azmin Ali apabila kerap mendesak pemimpin berkenaan berundur daripada jawatan tersebut.

Sebaliknya kata Mantan Menteri Besar itu, tujuannya tidak lebih daripada sekadar menawarkan kesediaan untuk bertanggungjawab kerana tidak mahu rakyat di Selangor dan Lembah Kelang terus terbeban ekoran penstrukturan semula air yang masih tertangguh.  
"Oh tidak.. saya hanya menawarkan dan tak bermakna orang akan terima. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kesediaan saya untuk bertanggungjawab.. Saya tidak terfikir untuk menjadi Menteri Besar, tapi ketika orang tak dapat menjalankan tugas dengan baik, saya bersedia memikul tanggungjawab tersebut, itu saja.
"Saya bukan hendak sangat (jawatan), saya hendak tunjukkan setiap pemimpin mesti bertanggungjawab untuk menentukan jika dia berjanji untuk beri perkhidmatan yang terbaik terhadap rakyat, dia mesti menunaikan tanggungjawab tersebut," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim Darul Fuqaha di sebuah hotel di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataannya sebelum ini yang mendesak Azmin berundur sebagai Menteri Besar ekoran gagal menyelesaikan masalah air. 
Khalid dalam kenyataannya itu beberapa hari lalu berkata Azmin bukan sahaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air, malah gagal tampil dengan satu pelan konkrit untuk menyelesaikan semua isu berkaitan perkhidmatan air.
Mengulas lanjut, ADUN Pelabuhan Klang itu berkata, beliau mahu melihat kerajaan negeri pimpinan Azmin mengotakan janji untuk menyelesaikan isu berkenaan selewat-lewatnya minggu depan seperti yang telah dinyatakan di akhbar.
"Isu air menjadi prinsip perjuangan kita yang pertama. Tak ada negeri di Malaysia yang sanggup memperjuangkan isu air dalam asas menentukan rakyat dapat air, iaitu yang paling besar yang mungkin rakyat tak lupa Selangor satu-satunya negeri di malaysia yang sanggup beri air percuma 20 meter padu," ujarnya. 
Beliau juga meluahkan kekhuatiran kelewatan tindakan daripada kerajaan negeri akan mempengaruhi sikap pekerja yang terlibat dalam penstrukturan air berkenaan. 
"Setiap pengambilalihan mesti dibuat dengan cepat dan tertib. Kalau dilewatkan, boleh jadi pekerja itu juga melewatkan kerja mereka sebab tak ada perasaan tanggungjawab sebab mereka tak tahu sama ada mereka di bawah satu kepimpinan yang lebih mantap dan lebih baik," katanya.

Sumber Link

Sumber TKO - 6-7-2015













































Khalid jelaskan perbincangan bersama TG Abdul Hadi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Berikut penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi facebook beliau yang menyertai perbincangan bersama Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pelbagai ketua komuniti Islam baru-baru ini.

SAYA menyertai perbincangan antara Tuan Guru Hj Abdul Hadi bersama pelbagai ketua komuniti Islam baru-baru ini atas kesedaran betapa pentingnya bagi Malaysia terus memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sekian lama terjalin dengan pemimpin NGO Islam Indonesia ke arah membina satu rangkaian kerjasama menyeluruh dan berkesan, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran rakyat ASEAN.

Amat kritikal untuk kita semua memastikan masyarakat Islam tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dan tidak tercicir dalam kepesatan pembangunan ekonomi terutama memanfaatkan potensi besar dengan wujudnya ASEAN Economic Community (AEC) yakni satu pasaran bebas bagi 600 juta penduduk atau setara dengan lebih 9% dari pasaran konsumer dunia. Namun, untuk mencapai hasrat tersebut, perlu ada kestabilan dari segi sosio-ekonomi dan politik terlebih dahulu.


Saya dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkesempatan mengunjungi rakan lama Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Bp Irman Gusman di Jakarta. Kami berbincang tentang peri penting mengukuhkan ikatan ukhwah antara masyarakat Islam khusus di rantau ini.


Sumber HD - 18-4-2015

Faekah diarah bayar balik RM2.7 juta

Posted on Thursday, April 09 @ 06:53:02 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM: Salah seorang pembantu kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diminta memulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.7 juta.

Faekah Husin berkata, notis tuntutan oleh firma guaman yang dilantik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu amat mengejutkannya.

“Saya telah terima dua notis tuntutan iaitu daripada pihak pengurusan MBI dan firman guaman yang dilantik MBI.

“Bagaimanapun saya keliru kerana notis daripada firma guaman itu meminta saya memulangkan wang pampasan berjumlah RM2.7 juta,” katanya.

Faekah merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Abdul Khalid.

Dia yang mewakili 7 bekas pegawai Abdul Khalid yang dipecat berkata, tindakan MBI membawa kes itu ke mahkamah amat dialu-alukan untuk membersihkan nama mereka yang telah didakwa dengan tuduhan tidak berasas.

“Kami mengalu-alukan proses ini untuk membersihkan nama yang telah tercemar. Kami yakin mahkamah akan memutuskan bahawa pembayaran pampasan dilakukan secara sah seperti yang ditetapkan mengikut Skim Pemisahan Sukarela (VSS),” katanya.

Dia mengulas kenyataan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan MBI dalam proses memulakan prosiding mahkamah terhadap lapan bekas pembantu Abdul Khalid kerana enggan memulangkan wang pampasan yang telah diterima.


Beliau berkata, kerajaan negeri tetap berpendirian pembayaran wang pampasan tersebut tidak mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan negeri. - FMT

Sumber TKO - 9-4-2015


Apa salah saya, soal Azmin kepada Khalid
Posted on Monday, April 06 @ 16:34:31 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan bersikap retorik dan populis sepanjang mentadbir negeri, sebaliknya berkata keputusannya berdasarkan suara rakyat sendiri.

Katanya, keputusan membatalkan projek bertingkat Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) tidak silap selepas mendengar dan berbincang dengan penduduk dan wakil rakyat, malah mengikut kuasa kerajaan negeri di bawah Seksyen 18 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

"Di mana kesalahan saya? Sebagai kerajaan negeri saya mesti bertanggungjawab terhadap pihak yang terlibat dengan projek ini.

"Saya di sini kerana rakyat, jadi saya kena mendengar suara rakyat," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annexe, di Shah Alam, hari ini.

Sumber TKO - 6-4-2015


Azmin jangan jadi Pak Kaduk gadai Selangor, kata Khalid Ibrahim


Posted on Monday, April 06 @ 16:13:26 MYT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dibidas kerana menjadi pemimpin oportunis apabila sering membuat keputusan yang popular tanpa memikirkan kesan besar kepada negeri, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas menteri besar yang disingkirkan PKR itu berkata, Azmin masih belum layak menjadi negarawan kerana mengamalkan pentadbiran retorik dan sandiwara politik, selain mengulangi gesaannya supaya Azmin berundur.


"Kita semua, lebih-lebih lagi pemimpin sepatutnya tahu ada perbezaan yang besar antara keberanian melulu dan kebijaksanaan terpimpin dalam membuat keputusan.

"Apa gunanya berani persis panglima perang sekiranya strategi dan teknik yang diguna pakai akan menyebabkan kita menang satu pertempuran tapi kalah dalam peperangan.

"Ambillah iktibar dan pengajaran kisah nasib malang Pak Kaduk yang menang bersorak, kampung tergadai akibat kedunguan dan kejahilannya.

"Kelayakan, kredibiliti dan integriti seorang pemimpin bukan diukur atas neraca keberanian tetapi lebih bersandarkan keupayaan dan kebijaksanaan hakiki," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kritikan Khalid itu merujuk kepada kenyataan Azmin minggu lalu berhubung Selangor menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST), selain pembatalan lebuh raya bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex), penstrukturan air dan amalan sistem tender terbuka yang menjejaskan rakyat Selangor.

Sumber TKO - 6-4-2015


LEMBU KORBAN : KHIR TOYO INSAF, MOHON MAAF PADA KHALID - KHIR TOYO

MANTAN MENTERI BESAR SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34559-lembu-korban-khir-toyo-insaf-minta-maaf-pada-khalid

Sumber HD - 26-3-2015


RM2.6 JUTA : TIADA PILIHAN TINDAKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG - MB


YAB AZMIN ALI - MENTERI BESAR SELANGOR

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33646-rm2-6-juta-tiada-pilihan-tindakan-ikut-undang-undang

Sumber HD - 4-2-2015




















































Surat tuntut pulang semula RM2.6 juta dihantar esok

BERNAMA | .
SHAH ALAM: Lapan bekas pegawai bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menerima surat tuntutan esok bagi pemulangan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang telah dibayar kepada mereka.

Perkara itu disahkan oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) berikutan kenyataan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali semalam bahawa pihak pengurusan baharu perbadanan itu akan menghantar surat kepada lapan individu berkenaan sebagai peringatan untuk mengembalikan wang itu.

"Kesemua surat tuntutan (pemulangan semula wang pampasan) akan dihantar pada Isnin ini (esok)," kata wakil perbadanan itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin meminta kesemua lapan bekas pegawai MBI itu memulangkan semula wang pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat dikeluarkan kerana mendakwa pembayaran tersebut dibuat tanpa mengikut prosedur dan melanggar peraturan kewangan.

Menteri Besar berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat peguam.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa kesemua lapan individu itu akan tetap dibayar pampasan mengikut jumlah sepatutnya.

Sebelum ini, lapan pegawai kontrak bekas menteri besar yang dilantik oleh MBI dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.6 juta, yang disifatkan oleh beberapa pihak termasuk Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu dibuat pada akhir tempoh perkhidmatan bekas menteri besar itu sebelum Mohamed Azmin mengambil alih jawatan menteri besar pada 23 Sept tahun lepas.

Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pembayaran pampasan kepada lapan bekas pegawai beliau dilakukan dengan mematuhi peraturan dan prosedur MBI. - Bernama

Sumber HD - 4-1-2015

8 pembantu bekas MB diarah kembalikan RM2.6 juta

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diarah menyerahkan kembali wang pembayaran gratuiti RM2.6 juta yang diterima mereka kepada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan surat diutus pengurusan baharu MBI kepada lapan individu itu, lapor Selangor Kini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata MBI mendapati wujud beberapa perkara yang melanggar tatacara dan peraturan kewangan berhubung pembayaran berkenaan serta syarat kontrak yang dipersetujui.

“Setelah mendapat nasihat pihak peguam maka pengurusan baharu memutuskan menghantar surat kepada mereka bagi memberi peringatan supaya mengembalikan semula wang yang dibayar itu,” katanya kepada media, selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1436 hijrah peringkat Selangor di Stadium Malawati.

Katanya, tindakan akan diambil sekiranya pihak terbabit tidak mengembalikannya tetapi kerajaan negeri memberi peluang kepada mereka meneliti dahulu surat berkaitan dan berbuat seperti diarahkan.

“Sudah tentulah mereka kena kembalikan semula wang berkenaan kepada MBI dan MBI akan meneliti jumlah kelayakan yang akan dibayar kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini, lapan pegawai Abdul Khalid yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta.

Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Hasil semakan laporan audit ke atas bayaran pampasan itu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 3 Disember lalu mendapati wujud kesalahan dari segi tatacara dan prosedur pembayaran.

Sumber HD - 3-1-2015























































Khalid sedia disiasat Selcat isu pampasan RM2.3 juta

BERNAMA | .


PELABUHAN KLANG: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembayaran pampasan kepada pegawai-pegawainya semasa beliau menjadi menteri besar Selangor dilakukan dengan mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor.

Beliau berkata pembayaran berjumlah RM2.3 juta kepada lapan pegawai kontrak MBI dilakukan mengikut skim pemisahan sukarela selepas pertukaran menteri besar.

"Pembayaran dilakukan secara telus dan profesional serta berhemah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program 'jamuan rakyat' di sebuah masjid dekat Telok Gong di sini, hari ini.

Pembayaran itu, yang disifatkan oleh beberapa pihak sebagai tidak munasabah, dilakukan pada akhir tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebagai menteri besar sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih pada 23 Sept.

Dalam hubungan ini, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri bagi Pelabuhan Klang berkata beliau sedia disiasat oleh Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) berhubung isu pembayaran pampasan, jika perlu. - Bernama

Sumber HD - 29-11-2014