BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, November 23, 2014

PRN 11 SARAWAK

Perebutan Tiga Penjuru PRK Tanjong Datu
Posted on Saturday, February 04 @ 17:31:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33458


LUNDU: Pilihanraya kecil PRK Tanjong Datu 18 Feb ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon dari Barisan Nasional (BN), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan parti Parti Bansa Dayak Sarawak baru (PBDS).

Ia membabitkan calon BN Datuk Amar Jamilah Anu, calon dari parti PBDS Baru, Rapelson Richard Hamit, dan calon dari parti STAR Johnny Aput.

Nama-nama calon diumumkan Pengurus PRK DUN Tanjong Datu Hamsein Atar di pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu kira-kira pukul 10.15 pada Sabtu.

Hamsein semasa membuat pengumuman berkata empat orang tampil untuk menghantar borang pencalonan, namun selepas disemak beliau berpuas hati bahawa ada nama yang ditolak.

Selepas pengumuman, semasa dirujuk mengenai pencalonan seorang lelaki, Asbor Abdullah yang berhasrat untuk bertanding pada PRK ini sebagai calon bebas, Hamsein berkata pencalonannya ditolak kerana selepas disiasat, sebelum ini lelaki berkenaan didapati pernah bertanding dalam satu pilihan raya dan tidak menghantar penyata kewangan selepas tamat pertandingan.

Katanya semakan di Jabatan Insolvensi juga mendapati bahawa bahawa lelaki itu pernah diisytihar bankrap, menyebabkan dia tidak layak bertanding.

PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lalu di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, dan Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan 18 Feb ini sebagai hari mengundi.

BN Sarawak yang bermesyuarat Rabu lepas memutuskan untuk meletakkan balu Allahyarham, Datuk Amar Jamila Anu, 61, sebagai calon pada PRK ini, manakala PKR yang turut bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas mengumumkan tidak akan turut serta dalam PRK ini.

PRN Sarawak Ke-11 Mei lalu menyaksikan Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi, yang hanya meraih 468 undi.

Kira-kira 250 orang petugas pilihan raya dilantik untuk pengendalian proses PRK yang dianggar menelan belanja RM997,919 ini, yang mempunyai 9,959 pemilih berdaftar, terdiri daripada 9,771 pengundi biasa dan 188 pengundi awal.

Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Menteri Sarawak serta beberapa menteri kabinet Sarawak berarak dari pekarangan Masjid Daerah Lundu pada kira-kira 8.57 pagi ini menuju pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Lundu, sebagai tanda sokongan kepada calon BN.

Jamilah tiba di pusat penamaan calon pada kira-kira 9.17 pagi. - Mstar

Sumber TKO - 4-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




PRN Sarawak: Terima kasih kepada seluruh petugas PAS

HARAKAHDAILY | .


Saya mewakili saf kepimpinan PAS Pusat merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh petugas PAS yang telah bertungkus lumus bekerja siang dan malam tanpa mengenal erti penat dan lelah di sepanjang tempoh PRN Sarawak 2016 yang lalu.

Walaupun menyedari peluang untuk memenangi sebarang kerusi agak kecil, namun komitmen dan dedikasi luar biasa yang diberikan di sepanjang tempoh kempen amat mengagumkan.

Sesungguhnya Constantinople, Andalusia dan kota-kota besar lain tidak dibuka dalam masa sehari, bahkan melalui perjuangan yang panjang dengan segala kesulitan dan pengorbanan akhirnya berjaya mengibar megah bendera Islam.

Walaupun kita masih belum berjaya memenangi sebarang kerusi pada PRN Sarawak, namun dari sudut dakwah kita telah berjaya menyemai benih dakwah Islam kepada rakyat Sarawak merentas kaum dan geografi untuk menerima dakwah Islam melalui wadah politik Islam PAS.

Sambutan baik yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak menjanjikan masa depan dakwah yang sangat cerah untuk bumi Sarawak khasnya dan bumi Borneo amnya. 

Kepada seluruh petugas dan penyokong PAS, semoga firman Allah SWT ini  menjadi motivasi untuk kita meneruskan komitmen yang terbaik untuk Islam:

“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. (An Nisaa’: 95)

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
1 Syaaban 1437 / 8 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 8/5/2016

Sumber HD - 8-5-2016








Tahniah Adenan dilantik Ketua Menteri Sarawak

HARAKAHDAILY | .


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan tahniah kepada  YAB Tan Sri Adenan Satim sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk penggal kedua.

PAS mendoakan semoga beliau dapat memikul amanah yang besar ini dengan panduan dan pertolongan daripada Allah SWT.

PAS juga mendoakan semoga beliau dapat melaksanakan amanah kepimpinan dengan baik dan meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat Sarawak dengan penuh amanah, adil dan saksama.

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
1 Syaaban 1437 / 8 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 8/5/2016

Sumber HD - 8-5-2016








Tahniah BN, PAS komited bina Sarawak Sejahtera

HARAKAHDAILY | .


PAS Sarawak mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional yang memenangi 72 daripada 82 kerusi Dun sekali gus terus mendapat mandat menjadi Kerajaan di Sarawak. Tahniah juga kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem yang telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk penggal kedua.

PAS Sarawak juga ingin merakamkan takziah kepada keluarga kesemua mangsa nahas pesawat Airbus Helicopter AS350 yang terhempas di Triso, Sebuyau baru-baru ini. Semoga tabah dan sabar dalam menerima musibah yang berlaku.

Secara keseluruhannya, PAS Sarawak menerima dan bersikap positif dengan keputusan pilihan raya yang baru berlalu. Meskipun belum berjaya melahirkan Adun sulung, namun PAS berjaya menambah undi di Beting Maro dan Sebuyau selain telah berjaya menanam benih dan membina tapak di 7 kerusi Dun yang baru pertama kali ditandinginya.

PAS Sarawak juga ingin menyarankan beberapa teguran dan penambahbaikan kepada kerajaan negeri untuk diambil perhatian dalam pilihan raya-pilihan raya akan datang. Antaranya halangan dan sekatan imigresen yang tidak sewajarnya berlaku, politik wang di mana pengundi diberi hadiah atau duit selepas membuang undi, penyalahgunaan premis kerajaan sepanjang tempoh berkempen dan perlunya padang sama rata disediakan kepada semua parti-parti yang bertanding tanpa ada dwi-standard.

PAS Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang memilih PAS, petugas parti yang bekerja bertungkus-lumus siang dan malam berkempen untuk memenangkan PAS, rakan media yang mesra PAS serta kesemua jentera yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

PAS Sarawak komited ke arah membina Sarawak Sejahtera sepertimana yang dinyatakan di dalam kandungan Tawaran Untukmu Sarawak. PAS akan menyokong segala inisiatif kerajaan jika ia membela kepentingan rakyat dan membantu mengangkat agenda kerajaan yang telus dan cekap (good governance). Sebaliknya PAS akan tegas menegur dan menasihati kerajaan dalam perkara-perkara yang dirasakan perlu selaras dengan sistem semak dan imbang yang diperjuangkan.

PAS Sarawak juga sebagai sebuah Gerakan Islam Untuk Semua akan terus melaksanakan program-program dakwah, pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan yang sesuai dengan masyarakat majmuk negeri Sarawak tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Kerjasama kerajaan negeri dalam merealisasikan hasrat ini adalah amatlah diharapkan.

PAS Sarawak mengucapkan selamat menunaikan janji kepada Barisan Nasional dalam memerintah Sarawak Bumi Kenyalang dalam 5 tahun mendatang. Selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

Dikeluarkan Oleh:
Mukhtar Bin Suhaili
Setiausaha PAS Negeri Sarawak
Jurucakap Rasmi PAS untuk PRN Sarawak 2016
8 Mei 2016 | 30 Rejab 1437 - HARAKAHDAILY 8/5/2016

Sumber HD - 8-5-2016



Keputusan Rasmi pilihan raya Sarawak

Posted on Saturday, May 07 @ 23:56:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


N01: OPAR: SARAWAK: 9,714
1. Francis Teron Kadap ak Noyet (PKR)......1,549
2. Niponi ak Undek (Bebas).................1,583
3. Patrick ak Uren (PBDSB)...................524
4. RANUM AK MINA (BN)......................3,665
Jumlah mengundi/Votes Cast.................7,419
Peratus/Percentage.........................76.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................57
Majoriti/Majority..........................2,082

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 17,041
1. DATO HENRY @ HARRY AK JINEP (BN-SPDP).........6,922
2. Mordi ak Bimol (DAP)..........................5,634
Jumlah mengundi/Votes Cast......................12,797
Peratus/Percentage...............................75.10%
Undi rosak/Spoilt votes............................197
Majoriti/Majority................................1,288
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,899
1. TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB)..............6,360
2. Jazolkipli Numan (PKR).......................468
Jumlah mengundi....................6,936
Peratus............................70.10%
Undi rosak..........................77
Majoriti.............................5,892
N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 18,409
1. DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (BN-PBB)..........10,918
2. Zainal Abidin Yet (Pas)....................1,658
Jumlah mengundi/Votes Cast...................12,581
Peratus/Percentage............................69.80%
Undi rosak/Spoilt votes.........................221
Majoriti/Majority.............................9,260
N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 13,830
1. DR HAZLAND ABANG HIPNI (BN-PBB)...........8,539
2. Mohamad Fidzuan Zaidi (Amanah)............1,157
Jumlah mengundi/Votes Cast...................9,879
Peratus/Percentage...........................71.40%
Undi rosak/Spoilt votes........................139
Majoriti/Majority............................7,382
N06: TUPONG: SARAWAK: 21,499
1. FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN (BN-PBB).........10,942
2. Nurhanim Mokhsen (PKR)...................2,887
Jumlah mengundi/Votes Cast.................14,061
Peratus/Percentage..........................65.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................153
Majoriti/Majority...........................8,055
N07: SAMARIANG: SARAWAK: 18,250
1. Nani Sahari (Amanah)...............................389
2. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)....9,795
3. Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Pas).............2,035
Jumlah mengundi/Votes Cast.........................12,397
Peratus/Percentage..................................67.90%
Undi rosak/Spoilt votes...............................108
Majoriti/Majority...................................7,760
N08: SATOK: SARAWAK: 13,550
1. DATUK AMAR ABG ABD RAHMAN ZOHARI ABG OPENG (BN-PBB)..6,854
2. Mohammad Salleh Shawkatali (PKR).....................1,809
Jumlah mengundi/Votes Cast..............................8,803
Peratus/Percentage......................................65.00%
Undi rosak/Spoilt votes....................................96
Majoriti/Majority.......................................5,045
N09: PADUNGAN: SARAWAK: 22,301
1. Pau Kiu Sung (BN-SUPP).............5,062
2. Teo Kuang Kim (Star).................116
3. WONG KING WEI (DAP)................9,332
Jumlah mengundi..........14,602
Peratus....................65.50%
Undi rosak................. 78
Majoriti.....................4,270
N010: PENDING: SARAWAK: 30,488
1. Milton Foo Tiang Wee (BN-SUPP).............7,442
2. VIOLET YONG WUI WUI (DAP).................12,454
Jumlah mengundi...................20,038
Peratus............................65.70%
Undi rosak.........................125
Majoriti.............................5,012
N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 28,105
1. SEE CHEE HOW (PKR)...............10,758
2. Sih Hua Tong (BN-SUPP)............6,373
3. Soo Lina (Star).....................331
Jumlah mengundi/Votes Cast..........17,613
Peratus/Percentage...................62.70%
Undi rosak/Spoilt votes................110
Majoriti/Majority....................4,385
N012: KOTA SENTOSA : SARAWAK: 25,761
1. CHONG CHIENG JEN (DAP)..............10,047
2. Yap Yau Sin (BN-SUPP)................7,228
Jumlah mengundi/Votes Cast.............17,495
Peratus/Percentage......................67.90%
Undi rosak/Spoilt votes...................196
Majoriti/Majority.......................2,819
N014: BATU KAWAH: SARAWAK: 16,991
1. Christina Chew Wang See (DAP).......4,329
2. Liu Thian Leong (Bebas).............1,109
3. DATUK DR SIM KUI HIAN (BN-SUPP).....6,414
Jumlah mengundi/Votes Cast............12,042
Peratus/Percentage.....................70.90%
Undi rosak/Spoilt votes..................135
Majoriti/Majority......................2,085
N015: ASAJAYA: SARAWAK: 10,967
1. Abang Junaidi bin Abang Gom (PKR).........2,085
2. ABD KARIM RAHMAN HAMZAH (BN-PBB)..........6,163
Jumlah mengundi/Votes Cast...................8,371
Peratus/Percentage...........................76.30%
Undi rosak/Spoilt votes........................107
Majoriti/Majority............................4,078
N016: MUARA TUANG: SARAWAK: 16,186
1. Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah)......765
2. DATUK IDRIS BUANG (BN-PBB)...............10,086
3. Zulkipli Ramzi (PAS)......................1,508
Jumlah mengundi/Votes Cast..................12,688
Peratus/Percentage...........................78.40%
Undi rosak/Spoilt votes........................269
Majoriti/Majority............................8,578
N017: STAKAN: SARAWAK: 14,846
1. Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)..................1,778
2. DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (BN-PBB).......8,820
Jumlah mengundi.....................10,839
Peratus..............................73.00%
Undi rosaks............................55
Majoriti...............................7,042
N018: SEREMBU: SARAWAK: 9,065
1. Athina Klaywa Sim (PKR)................1,218
2. Buln ak Patrick Ribos (Star).............120
3. MIRO AK SIMUH (BN).....................3,452
4. Nyomek ak Nyeap (Bebas)................2,055
Jumlah mengundi................7,002
Peratus........................77.20%
Undi rosak.....................138
Majoriti.........................1,397
N019: MAMBONG*: SARAWAK: 17,467
1. DATUK DR JERIP AK SUSIL (BN).............6,161
2. Sanjan ak Daik (DAP).....................2,828
3. Willie ak Mongin (PKR)...................2,645
Jumlah mengundi/Votes Cast.................11,904
Peratus/Percentage..........................68.20%
Undi rosak/Spoilt votes.......................200
Majoriti/Majority...........................3,333
N020: TARAT: SARAWAK: 16,391
1. Musa ak Ngog (PKR)...................3,029
2. ROLAND SAGAH WEE INN(BN-PBB).........8,450
Jumlah mengundi............11,748
Peratus......................71.70%
Undi rosak...................214
Majoriti......................5,421
N021: TEBEDU: SARAWAK: 11,521
1. Alex Saben ak Nipong @ Nyipong (PKR)............1,164
2. DATUK SERI MICHAEL MANYIN AK JAWONG (BN-PBB)....7,357
Jumlah mengundi.........................8,701
Peratus.................................75.50%
Undi rosak..............................144
Majoriti..................................6,193
N022: KEDUP: SARAWAK: 10,370
1. Andrew Nyabe (DAP)...................1,941
2. MACLAINE BEN @ MARTIN BEN (BN-PBB)...5,769
3. Mark Murau ak Sumon (PBDSB)............168
Jumlah mengundi/Votes Cast..............8,000
Peratus/Percentage......................77.10%
Undi rosak/Spoilt votes...................105
Majoriti/Majority.......................3,828
N023: BUKIT SEMUJA : SARAWAK: 13,365
1. Cobbold ak Lusoi(PBDSB)..........................133
2. Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak (DAP).....2,307
3. Fredrick Bayoi ak Maggie (Bebas)...............1,196
4. JOHN AK ILUS (BN)..............................5,451
5. Johnny ak Aput (Star).............................53
Jumlah mengundi........................9,452
Peratus................................70.70%
Undi rosak.............................117
Majoriti.................................3,144
N024: SADONG JAYA: SARAWAK: 6,749
1. AIDEL BIN LARIWOO (BN-PBB).................3,925
2. Asan bin Singkro (Pas).......................458
3. Awang Rabiee bin Awang Hosen (Bebas).........234
4. Othman Bin Mustapha @Mos (Amanah)............157
Jumlah mengundi....................4,874
Peratus............................72.20%
Undi rosak..........................80
Majoriti.............................3,467
N027: SEBUYAU: SARAWAK: 9,041
1. Andrew Anak Jain (Amanah)......................164
2. JULAIHI NARAWI (BN-PBB)......................4,531
3. Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas).............1,789
Jumlah mengundi......................6,620
Peratus.............................73.20%
Undi rosak...........................118
Majoriti..............................2,742
N028: LINGGA: SARAWAK: 8,988
1. Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh (PKR)..............1,226
2. SIMOI BINTI PERI (BN-PBB)..........................4,169
3. Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman (Bebas).....842
Jumlah mengundi............................6,350
Peratus....................................70.60%
Undi rosak.................................113
Majoriti.....................................2,943
N029: BETING MARO: SARAWAK: 10,474
1. Andri Zulkarnaen Bin Hamden (Amanah)........103
2. Hamidah Mokhtar (Pas).....................3,051
3. RAZAILI GAPOR (BN-PBB)....................4,758
Jumlah mengundi/Votes Cast...................8,035
Peratus/Percentage...........................76.70%
Undi rosak/Spoilt votes........................104
Majoriti/Majority............................1,707
N030: BALAI RINGIN: SARAWAK: 9,945
1. Entusa ak Imam (Bebas)...............2,439
2. Nicholas Mujah ak Ason (PKR)..... .....700
3. Pok ak Ungkut (PBDSB)...................90
4. SNOWDAN LAWAN (BN-PRS)...............4,478
Jumlah mengundi..............7,794
Peratus......................78.40%
Undi rosak.....................0
Majoriti.......................2,039
N031: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 9,389
1. Jubri ak Atak (PKR)...................855
2. DATUK MONG AK DAGANG (BN-PRS).......5,550
Jumlah mengundi.............6,547
Peratus....................69.70%
Undi rosak..................125
Majoriti......................4,695
N033: ENGKILILI : SARAWAK: 10,682
1. Adan ak Sandom (Bebas)..................91
2. DR JOHNICAL RAYONG AK NGIPA (BN).....5,513
3. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR).........532
4. Ridi ak Bauk (Bebas).................1,656
Jumlah mengundi/Votes Cast..............7,888
Peratus/Percentage......................73.80%
Undi rosak/Spoilt votes....................73
Majoriti/Majority.......................3,857
N034: BATANG AI: SARAWAK: 9,492
1. Kolien ak Liong (PKR).................1,698
2. MALCOM MUSSEN AK LAMOH (BN-PRS).......4,884
Jumlah mengundi...............6,716
Peratus.......................70.80%
Undi rosak....................116
Majoriti.......................3,186
N035: SARIBAS: SARAWAK: 9,879
1. RICKY @ MOHAMMAD RAZI SITAM (BN-PBB)...........5,963
2. Yakup Daud (PKR)...............................1,531
Jumlah mengundi........................7,883
Peratus................................79.80%
Undi rosak.............................112
Majoriti.................................4,432
N036: LAYAR: SARAWAK: 9,094
1. GERALD RENTAP JABU (BN-PBB)............3,931
2. Vernon Albert Kedit (PKR)..............2,503
Jumlah mengundi................6,582
Peratus........................72.40%
Undi rosak.....................114
Majoriti.........................1,428
N037: BUKIT SABAN: SARAWAK: 8,897
1. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS (BN-PBB)...5,524
2. Noel Changgai Bucking (PKR).................925
Jumlah mengundi..................6,584
Peratus...........................74.00%
Undi rosaks.......................108
MajoritI...........................4,599
N041: KUALA RAJANG*: SARAWAK: 10,259
1. Asbor bin Abdullah (Bebas) ................153
2. Sopian bin Julaihi (Amanah)................649
3. DATUK TALIF @ LEN BIN SALLEH (BN-PBB)....6,235
Jumlah mengundi/Votes Cast..................7,227
Peratus/Percentage..........................70.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................153
Majoriti/Majority...........................5,586
N042: SEMOP: SARAWAK: 9,617
1. ABDULLAH SAIDOL (BN-PBB)......................5,260
2. Mohamad Fadillah Sabali(Amanah).................878
Jumlah mengundi.......................6,331
Peratus...............................65.80%
Undi rosak............................139
Majoriti................................4,412
N043: DARO: SARAWAK: 8,491
1. Ibrahim Bayau (Amanah)....................569
2. SAFIEE AHMAD (BN-PBB)...................5,001
Jumlah mengundi.................5,734
Peratus.........................67.50%
Undi rosak......................147
Majoriti..........................4,432
N044: JEMORENG: SARAWAK: 9,699
1. Abdullah Saminan (Bebas)..............1,295
2. DATUK DR JUANDA JAYA (BN-PBB).........5,084
3. Kiprawi Suhaili(Amanah).................187
Jumlah mengundi/Votes Cast...............6,729
Peratus/Percentage.......................69.40%
Undi rosak/Spoilt votes....................133
Majoriti/Majority........................3,789
N046: MERADONG: SARAWAK: 16,882
1. DING KUONG HIING (BN-SUPP)............6,865
2. Ting Tze Fui (DAP)....................5,349
Jumlah mengundi/Votes Cast..............12,413
Peratus/Percentage.......................73.50%
Undi rosak/Spoilt votes....................165
Majoriti/Majority........................1,516
N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot(Bebas).........3,573
2. Rinda Juliza ak Alexander(DAP).............285
3. TAN SRI WILLIAM MAWAN (BN)...............3,999
Jumlah mengundi..................7,993
Peratus..........................77.40%
Undi rosak.......................128
Majoriti............................426
N048: MELUAN: SARAWAK: 13,103
1. Elly Lawai ak Ngalai (Bebas)................2,686
2. Remiguis Noel @ Jerry ak Clement (Bebas)......934
3. ROLLAND DUAT AK JUBIN (BN-SPDP).............3,363
4. Semana ak Sawang (PKR)......................2,008
Jumlah mengundi.....................9,140
Peratus.............................69.80%
Undi rosak..........................127
Majoriti................................677
N049: NGEMAH: SARAWAK: 8,899
1. Alexander ak Vincent (BN-PRS)...........2,888
2. Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas)........2,734
3. Richard ak Lias (DAP).....................243
4. Thomas Laja ak Besi (PKR).................396
Jumlah mengundi.................6,396
Peratus..........................71.9%
Undi rosak......................114
Majoriti............................154
N050: MACHAN: SARAWAK: 10,947
1. ALLAN SIDEN GRAMONG (BN-PBB)........4,550
2. Chen Nguk Fa (PKR)..................1,381
3. Semawi ak Paong(Bebas)..............1,598
Jumlah mengundi/Votes Cast.............7,704
Peratus/Percentage.....................70.40%
Undi rosak/Spoilt votes..................155
Majoriti/Majority......................2,952
N051: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 28,341
1. Chieng Buong Toon (BN-SUPP)..............6,895
2. IRENE MARY CHANG OI LING (DAP)..........11,392
3. Moh Hiong King (Star)......................374
Jumlah mengundi/.................18,881
Peratus..........................66.60%
Undi rosak.......................180
Majoriti...........................4,497
N055: NANGKA: SARAWAK: 18,605
1. Abdul Raafidin Bin Majidi(PKR).........2,000
2. DR ANNUAR BIN HAJI RAPA'EE (BN-PBB)....9,617
3. Tiong Ing Tung(Star).....................733
Jumlah mengundi...............12,613
Peratus.......................67.80%
Undi rosak.....................186
Majoriti........................7,617
N054: PELAWAN: SARAWAK: 32,233
1. Lau Ung Hie (BN)..................8,742
2. Priscilla Lau (Star)................597
3. WONG KEE WOAN (DAP)..............13,056
Jumlah mengundi/Votes Cast..........22,628
Peratus/Percentage...................70.20%
Undi rosak/Spoilt votes................174
Majoriti/Majority....................4,314
N056: DALAT: SARAWAK: 11,440
1. DATUK FATIMAH ABDULLAH @ TING SAI MING (BN-PBB)...7,107
2. Sim Eng Hua(PKR)....................................777
Jumlah mengundi/Votes Cast...........................8,080
Peratus/Percentage...................................70.60%
Undi rosak/Spoilt votes................................150
Majoriti/Majority....................................6,330
N057: TELLIAN (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,914
1. Asini @ Hasni bin Yahya (PKR)............666
2. YUSSIBNOSH BALO (BN-PBB)...............5,087
Jumlah mengundi/Votes Cast................5,858
Peratus/Percentage........................65.70%
Undi rosak/Spoilt votes......................83
Majoriti/Majority.........................4,421
N058: BALINGIAN: SARAWAK: 7,967
1. ABDUL YAKUB BIN ARBI (BN-PBB)...........4,208
2. Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah)..........1,244
Jumlah mengundi................5,552
Peratus.........................69.70%
Undi rosak.......................90
Majoriti.........................2,964
N059: TAMIN: SARAWAK: 14,948
1. Ali ak Puji (Bebas)...........................4,145
2. CHRISTOPHER GIRA @ GIRA AK SAMBANG(BN-PRS)....6,230
3. Simon ak Joseph (PKR)...........................954
Jumlah mengundi.....................11,508
Peratus...............................77.00%
Undi rosak............................169
Majoriti................................2,085
N061: PELAGUS: SARAWAK: 7,186
1. Frankie Bedindang Manjah (DAP)................494
2. WILSON NYABONG IJANG (BN-PRS)...............3,778
3. Yong ak Sibat(Bebas)..........................321
Jumlah mengundi/Votes Cast.....................4,665
Peratus/Percentage.............................64.90%
Undi rosak/Spoilt votes...........................60
Majoriti/Majority..............................3,284
N063: BUKIT GORAM (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 11,510
1. JEFFERSON JAMIT UNYAT (BN-PBB)............4,596
2. Larry ak Asap (DAP).......................2,010
Jumlah mengundi/Votes Cast...................6,762
Peratus/Percentage...........................58.70%
Undi rosak/Spoilt votes........................110
Majoriti/Majority............................2,586
N064: BALEH: SARAWAK: 9,624
1.Agop ak Linsong (DAP)............................479
2.TAN SRI DR JAMES JEMUT MASING (BN-PRS).........5,272
Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,820
Peratus/Percentage...............................60.50%
Undi rosak/Spoilt votes.............................55
Majoriti/Majority................................4,793
N065: BELAGA: SARAWAK: 7,096
1. Alexander Lehan (PKR)......................463
2. LIWAN LAGANG (BN-PRS)....................4,149
Jumlah mengundi..................4,674
Peratus..........................65.90%
Undi rosak........................51
Majoriti...........................3,686
N066: MURUM: SARAWAK: 8,242
1. Abun Sui Anyit (PKR).................1,065
2. CHUKPAI UGON (BN-PRS)................3,265
3. Mathew Silek (DAP).....................687
4. Stanley Ajang Batok(Bebas)...........1,029
Jumlah mengundi..............6,219
Peratus......................75.50%
Undi rosak...................153
Majoriti.......................2,200
N067: JEPAK: SARAWAK: 13,789
1. Abdul Jalil Bujang (PKR)................2,141
2. Kiprawi Aman (Pas)........................406
3. Mohammed Anuar Abdul Hamid (Star).........136
4. DATUK TALIB ZULPILIP (BN-PBB)...........6,342
5. Wong Hau Ming (Bebas).....................190
Jumlah mengundi.................9,369 Peratus/Percentage.........................67.90%
Undi rosak/Spoilt votes......................140
Majoriti/Majority..........................4,201
N068: TANJONG BATU*: SARAWAK: 19,674
1. CHIEW CHIU SING (DAP).................7,984
2. Chieng Lea Ping (Star)...................89
3. Pau Chiong Ung (BN-SUPP)..............5,436
Jumlah mengundi/Votes Cast..............13,619
Peratus/Percentage.......................69.20%
Undi rosak/Spoilt votes.....................96
Majoriti/Majority........................2,548
N070: SAMALAJU (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 13,251
1. Baba ak Emperan (DAP)...................2,992
2. MAJANG AK RENGGI (BN-PRS)...............5,456
3. Zharudin bin Narudin (Pas)................447
Jumlah mengundi/Votes Cast.................9,026
Peratus/Percentage.........................68.10%
Undi rosak/Spoilt votes......................120
Majoriti/Majority..........................2,464
N071: BEKENU: SARAWAK: 12,250
1. Austin Sigi ak Melu (Bebas)...........589
2. Bill ak Kayong (PKR).................1,220
3. Jou @ Peter ak Jelin (Bebas)...........565
4. ROSEY YUNUS (BN).....................6,009
Jumlah mengundi/Votes Cast..............8,540
Peratus/Percentage......................69.70%
Undi rosak/Spoilt votes...................125
Majoriti/Majority.......................4,789
N072: LAMBIR: SARAWAK: 17,533
1. Mohammad Arifiriazul Paijo (Pas).......829
2. Mohdak Ismail (PKR)..................2,596
3. RIPIN LAMAT (BN-PBB).................7,503
Jumlah mengundi/Votes Cast.............11,148
Peratus/Percentage......................63.60%
Undi rosak/Spoilt votes...................205
Majoriti/Majority.......................4,907
N073: PIASAU: SARAWAK: 21,120
1. Alan Ling Sie Keong (DAP)...................5,687
2. SEBASTIAN TING CHIEW YEW (BN-SUPP)..........7,799
Jumlah mengundi/Votes Cast....................13,634
Peratus/Percentage.............................64.60%
Undi rosak/Spoilt votes..........................123
Majoriti/Majority..............................2,112
N076: MARUDI: SARAWAK: 14,858
1. Elia Bit (PKR)...............................4,106
2. Louis Jalong (Bebas)............................56
3. DATUK DR PENGUANG AK MANGGIL (BN-SPDP)......5,493
Jumlah mengundi/Votes Cast......................9,807
Peratus/Percentage..............................66.00%
Undi rosak/Spoilt votes...........................131
Majoriti/Majority...............................1,387
N077: TELANG USAN: SARAWAK: 10,000
1. DENNIS NGAU (BN-PBB)............3,231
2. Roland Engan(PKR)...............3,064
Jumlah mengundi/Votes Cast.........6,388
Peratus/Percentage............. ...63.90%
Undi rosak/Spoilt votes....... .......82
Majoriti/Majority....................167
N078: MULU (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,600
1. DATUK GERAWAT GALA (BN)...........3,198
2. Paul Anyie Raja (DAP)...............309
3. Pauls Baya (PKR)..................1,490
4. Roland Dom Mattu(Bebas).............239
Jumlah mengundi/Votes Cast...........5,356
Peratus/Percentage................ ..62.30%
Undi rosak/Spoilt votes................111
Majoriti/Majority....................1,708
N080: BATU DANAU: SARAWAK: 8,657
1. Ali ak Adap (Bebas).........................1,427
2. PALU @ PAULUS AK GUMBANG (BN)...............4,366
Jumlah mengundi/Votes Cast.....................5,909
Peratus/Percentage.............................68.30%
Undi rosak/Spoilt votes..........................103
Majoriti/Majority..............................2,939
N081: BA'KELALAN: SARAWAK: 7,375
1. BARU BIAN (PKR)..............................2,858
2. Willie Liau(BN-SPDP).........................2,320
Jumlah mengundi/Votes Cast......................5,229
Peratus/Percentage..............................70.90%
Undi rosak/Spoilt votes............................35
Majoriti/Majority.................................538

Sumber TKO - 7-5-2016








PAS berjaya tanam 13,176 benih di 11 Dun Sarawak








HARAKAHDAILY | .


Subhanallah walhamdulillah dan tahniah kepada seluruh jentera PAS yang telah bertungkus lumus turun membantu calon PAS di 11 Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam PRN yang baru sahaja berakhir semalam.

Ini adalah kali pertama PAS turun dengan kekuatannya yang tersendiri tanpa bantuan daripada mana-mana parti lain untuk berhadapan dengan BN.

Keputusan yang kita saksikan semalam sangat mengujakan seluruh pencinta dan pendukung gerakan  Islam kerana ianya telah memberikan isyarat yang positif terhadap masa depan PAS yang lebih subur.

Siapa sangka PAS yang sebelum ini yang banyak ditempelak sebagai parti yang tidak akan diterima di Sarawak, akhirnya secara diam-diam disokong oleh 13,176 benih pengundi yang mahukan misi dan visi PAS menjadi realiti.

Kami yakin 13,176 pengundi ini akan terus membuahkan benih-benih yang baharu yang akan menyuburkan lagi nur Islam di bumi Sarawak.

Berdasarkan pemerhatian sepanjang berada di Sarawak baru-baru ini, Sarawak sememangnya bumi yang sangat subur terhadap perjuangan Islam PAS.

Rakyatnya yang ramah dan berbudi bahasa mengingatkan kita kepada masyarakat Madinah yang menerima kehadiran Islam yang dimulai dengan sekelompok tertentu yang melakukan perjanjian untuk membawa Islam ke Madinah. Akhirnya Islam tersebar luas di bumi berkat tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda kepada Saidina Ali k.w dalam satu hadis yang sahih:

فوالله لأن يهدي الله بك رجلا خير لك من أن يكون لك حمر النعم
Demi Allah seseorang yang berjaya memberikan hidayat kepada seorang lelaki, ianya adalah jauh lebih baik daripada memiliki seekor unta merah (sebaik-baik kenderaan).

Beruntunglah mereka yang berjaya mencampakkan 13,176 benih di Sarawak.

Suatu perniagaan yang pasti tidak akan merugikan sama sekali. Semoga dikurniakan keampunan dan ganjaran yang maha hebat di akhirat kelak. Amin Ya Rabb Al 'alamin.

Nazmi Nik Din
Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan
AJK Dewan Ulamak PAS Pusat
8 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 8/5/2016

Sumber HD - 7-5-2016










Sarawak tanah subur buat Islam berkembang

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengucapkan tahniah kepada semua petugas yang bertungkus lumus pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 hari ini.

"Tahniah buat semua petugas yang bertungkus lumus di PRN Sarawak. Juga syabas buat mereka yang sudi mengundi PAS," ujarnya menerusi laman facebook malam tadi.

Menurutnya, meskipun tewas dalam pilihan raya namun perjuangan Islam tidak akan pernah tewas dan terhenti.

Bagi beliau, Sarawak adalah tanah subur buat Islam berkembang.

"Para pejuang harus tabah dan sabar mendepani cabaran dan pahit getir perjuangan suci ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. - HARAKAHDAILY 7/5/2016

Sumber HD - 7-5-2016

Tahniah buat semua jentera, teruskan perjuangan

HARAKAHDAILY | .


Alhamdulillah, puji dan sanjungan adalah hak Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-hambaNya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Rasulullah SAW, manusia yang diutus Rabbnya sebagai pemberi dan penunjuk arah, pembawa berita gembira, pemberi peringatan dan penyeru kepada agama Allah dengan izinNya.

Kita telah diberi berita gembira melalui firman Allah SWT di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera..” (Surah Al-Hajj, ayat 23)

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak telah berlalu dan saat artikel ini ditulis, keputusan telah kita perolehi dan dukacita dimaklumkan PAS belum berjaya melahirkan Adun sulung dalam PRN kali ini. PAS telah menang moral dan semangat, meskipun belum menang kerusi Dun di Sarawak!

Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menulis di Facebook beliau: "Kalau kita bekerja hanya utk pilihan raya, kita tentu kecewa. Namun jika kita bekerja untuk Islam, maka Allah tidak akan mengecewakan kita. Salam perjuangan buat semua petugas."

Ya, menang atau kalah kita serahkan kepada Allah. Allah tidak tanya sama ada kita kalah atau menang, tetapi Allah akan tanya sejauh mana kita usaha utk memenangkan agenda Islam. Jangan kita pernah menangis sekiranya Islam tidak menang, tetapi kita kena menangis sekiranya kita tidak bersama untuk membantu kemenangan Islam.

Tahniah kepada semua ahli, jentera dan petugas PAS yang telah berkhidmat, bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan untuk memenangkan PAS dan Islam, kerana Allah dan untuk Allah. Kami anak Sarawak berbangga dengan semangat juang kalian.

Terima kasih kepada semua jentera tempatan yang tentunya kita belajar banyak ilmu pilihan raya melalui pengalaman kali ini. Insya Allah kita usaha lebih gigih lagi pada masa akan datang. Virus kecewa dan penyakit putus asa tiada dalam kamus orang beriman.

Penghargaan istimewa buat semua jentera negeri dan dewan bantu yang tidak berkira hadir membantu melancarkan gerak kerja. Insya Allah kita kekal dan kukuhkan ukhuwah fillah yang sedia terjalin. Saya kasih kalian kerana Allah.

Jazakumullahu khairal jaza' buat semua penyumbang dana dan dermawan budiman yang melicinkan persiapan parti. Segala wang ringgit dan harta yang dilaburkan saya doakan menjadi asbab kalian menjadi ahli syurga.

Tribut khas buat kesemua 11 calon atas kesudian menjadi calon dan sanggup berkorban apa sahaja demi melaksanakan amanah jamaah, taklifan pimpinan dan membawa panji parti. La tahzan, janganlah bersedih. Kalian adalah hero kami seluruhnya!

Buat akhirnya, ayuh teruskan perjuangan sebagaimana yang sering kita alunkan dengan penuh semangat lewat Lagu Tema PAS - Berjihadlah:

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat Daulah Islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi.

Allahu Akbar! Wa Lillahil Hamd.

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan!

"Untukmu Sarawak, Sarawak Sejahtera"
"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

Saudara Seperjuanganmu,
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
Setiausaha PAS Sarawak.
Pujut, Miri, Sarawak
29 Rejab 1437 | 7 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 7/5/2016

Sumber HD - 7-5-2016












9.20 MALAM PRN Sarawak: BN menang 52 kerusi, PKR tiga, DAP lima

Posted on Saturday, May 07 @ 21:25:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




SHAH ALAM: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat jam 9.20 malam menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului di 52 kerusi DUN.



Sumber TKO - 7-5-2016




BN Menang 42 Kerusi, Kembali Bentuk Kerajaan
Posted on Saturday, May 07 @ 21:21:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUCHING: Barisan Nasional (BN) kembali sebagai kerajaan negeri Sarawak selepas menang dengan majoriti mudah sebanyak 42 kerusi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, keputusan itu adalah berdasarkan pengiraan sehingga pukul 8.45 malam, Sabtu.
Proses pengiraan masih berjalan.

Sumber TKO - 7-5-2016




Adenan Satem kekal di Dun Tanjong Datu
Posted on Saturday, May 07 @ 21:12:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem terus kekal sebagai Adun untuk penggal ke-10 setelah memenangi kerusi Tanjong Datu, hari ini.

Pengerusi BN Sarawak dan Presiden PBB itu mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan, dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan mendapat 6,360 undi berbanding Jazolkipli yang meraih 468 undi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) itu.

Calon PKR itu hilang deposit.

Pada PRN-10, Adenan menang dengan majoriti 3,216 undi setelah menewaskan calon Pas, Nani Sahari dan calon Bebas, Gilbert Asson Kulong.

Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006 dan sebelum itu beliau merupakan Adun Muara Tuang sejak pilihan raya kecil pada Januari 1979.

Ini kali pertama Adenan, selaku Ketua Menteri, mengetuai BN negeri pada pilihan raya negeri.
Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2014, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud, kini Yang Dipertua Negeri Sarawak, yang menerajui Sarawak kira-kira 33 tahun.

Pada PRN 2011, PBB menampilkan prestasi cemerlang apabila memenangi kesemua 35 Dun yang ditandinginya, dan kali ini PBB bertanding di 40 kerusi ekoran proses persempadanan semula kawasan yang menyaksikan jumlah kerusi bertambah daripada 71 kepada 82. - Bernama

Sumber TKO - 7-5-2016





Ini Keputusan Rasmi 36 Dun Setakat Pukul 9.00 Malam
Posted on Saturday, May 07 @ 21:04:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BERIKUT adalah keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11)

N017: STAKAN: SARAWAK: 14,846
1. Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)..................1,778
2. DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (BN-PBB).......8,820

Jumlah mengundi.....................10,839
Peratus..............................73.00%
Undi rosaks............................55
Majoriti...............................7,042

N049: NGEMAH: SARAWAK: 8,899
1. Alexander ak Vincent (BN-PRS)...........2,888
2. Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas)........2,734
3. Richard ak Lias (DAP).....................243
4. Thomas Laja ak Besi (PKR).................396

Jumlah mengundi.................6,396
Peratus..........................71.9%
Undi rosak......................114
Majoriti............................154

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,899
1. TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB)..............6,360
2. Jazolkipli Numan (PKR).......................468

Jumlah mengundi....................6,936
Peratus............................70.10%
Undi rosak..........................77
Majoriti.............................5,892

N018: SEREMBU: SARAWAK: 9,065
1. Athina Klaywa Sim (PKR)................1,218
2. Buln ak Patrick Ribos (Star).............120
3. MIRO AK SIMUH (BN).....................3,452
4. Nyomek ak Nyeap (Bebas)................2,055

Jumlah mengundi................7,002
Peratus........................77.20%
Undi rosak.....................138
Majoriti.........................1,397

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 22,301
 1. Pau Kiu Sung (BN-SUPP).............5,062
 2. Teo Kuang Kim (Star).................116
 3. WONG KING WEI (DAP)................9,332

Jumlah mengundi..........14,602
Peratus....................65.50%
Undi rosak................. 78
Majoriti.....................4,270

N010: PENDING: SARAWAK: 30,488
1. Milton Foo Tiang Wee (BN-SUPP).............7,442
2. VIOLET YONG WUI WUI (DAP).................12,454

Jumlah mengundi...................20,038
 Peratus............................65.70%
 Undi rosak.........................125
 Majoriti.............................5,012

N020: TARAT: SARAWAK: 16,391
1. Musa ak Ngog (PKR)...................3,029
2. ROLAND SAGAH WEE INN(BN-PBB).........8,450

Jumlah mengundi............11,748
Peratus......................71.70%
Undi rosak...................214
Majoriti......................5,421

N021: TEBEDU: SARAWAK: 11,521
1. Alex Saben ak Nipong @ Nyipong (PKR)............1,164
 2. DATUK SERI MICHAEL MANYIN AK JAWONG (BN-PBB)....7,357

Jumlah mengundi.........................8,701
Peratus.................................75.50%
Undi rosak..............................144
 Majoriti..................................6,193

N065: BELAGA: SARAWAK: 7,096    
1. Alexander Lehan (PKR)......................463
 2. LIWAN LAGANG (BN-PRS)....................4,149

Jumlah mengundi..................4,674
Peratus..........................65.90%
Undi rosak........................51
Majoriti...........................3,686

N023: BUKIT SEMUJA : SARAWAK: 13,365
1. Cobbold ak Lusoi(PBDSB)..........................133
 2. Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak (DAP).....2,307
 3. Fredrick Bayoi ak Maggie (Bebas)...............1,196
 4. JOHN AK ILUS (BN)..............................5,451
 5. Johnny ak Aput (Star).............................53

 Jumlah mengundi........................9,452
 Peratus................................70.70%
 Undi rosak.............................117
 Majoriti.................................3,144

N066: MURUM (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,242 1. Abun Sui Anyit (PKR).................1,065
2. CHUKPAI UGON (BN-PRS)................3,265
3. Mathew Silek (DAP).....................687
4. Stanley Ajang Batok(Bebas)...........1,029

Jumlah mengundi..............6,219
Peratus......................75.50%
Undi rosak...................153
Majoriti.......................2,200

N034: BATANG AI: SARAWAK: 9,492
1. Kolien ak Liong (PKR).................1,698
2. MALCOM MUSSEN AK LAMOH (BN-PRS).......4,884

Jumlah mengundi...............6,716
Peratus.......................70.80%
Undi rosak....................116
Majoriti.......................3,186

N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322  
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot(Bebas).........3,573
2. Rinda Juliza ak Alexander(DAP).............285
3. TAN SRI WILLIAM MAWAN (BN)...............3,999

 Jumlah mengundi..................7,993
 Peratus..........................77.40%
 Undi rosak.......................128
Majoriti............................426

N031: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 9,389
1. Jubri ak Atak (PKR)...................855
2. DATUK MONG AK DAGANG (BN-PRS).......5,550

Jumlah mengundi.............6,547
Peratus....................69.70%
Undi rosak..................125
Majoriti......................4,695

 N048: MELUAN: SARAWAK: 13,103  
1. Elly Lawai ak Ngalai (Bebas)................2,686
2. Remiguis Noel @ Jerry ak Clement (Bebas)......934
3. ROLLAND DUAT AK JUBIN (BN-SPDP).............3,363
4. Semana ak Sawang (PKR)......................2,008

Jumlah mengundi.....................9,140
Peratus.............................69.80%
Undi rosak..........................127
 Majoriti................................677

 N030: BALAI RINGIN: SARAWAK: 9,945
1. Entusa ak Imam (Bebas)...............2,439
2. Nicholas Mujah ak Ason (PKR)..... .....700
3. Pok ak Ungkut (PBDSB)...................90
 4. SNOWDAN LAWAN (BN-PRS)...............4,478

Jumlah mengundi..............7,794
 Peratus......................78.40%
 Undi rosak.....................0
 Majoriti.......................2,039


N055: NANGKA: SARAWAK: 18,605   
1. Abdul Raafidin Bin Majidi(PKR).........2,000
2. DR ANNUAR BIN HAJI RAPA'EE (BN-PBB)....9,617
3. Tiong Ing Tung(Star).....................733
  
Jumlah mengundi...............12,613
Peratus.......................67.80%
Undi rosak.....................186
Majoriti........................7,617

N028: LINGGA: SARAWAK: 8,988
1. Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh (PKR)..............1,226
 2. SIMOI BINTI PERI (BN-PBB)..........................4,169
 3. Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman (Bebas).....842

Jumlah mengundi............................6,350
Peratus....................................70.60%
Undi rosak.................................113
Majoriti.....................................2,943

N042: SEMOP: SARAWAK: 9,617
1. ABDULLAH SAIDOL (BN-PBB)......................5,260
 2. Mohamad Fadillah Sabali(Amanah).................878
  
 Jumlah mengundi.......................6,331
 Peratus...............................65.80%
 Undi rosak............................139
 Majoriti................................4,412
           
 N035: SARIBAS: SARAWAK: 9,879
1. RICKY @ MOHAMMAD RAZI SITAM (BN-PBB)...........5,963
 2. Yakup Daud (PKR)...............................1,531

 Jumlah mengundi........................7,883
 Peratus................................79.80%
 Undi rosak.............................112
 Majoriti.................................4,432

 N043: DARO: SARAWAK: 8,491
 1. Ibrahim Bayau (Amanah)....................569
  2. SAFIEE AHMAD (BN-PBB)...................5,001

 Jumlah mengundi.................5,734
 Peratus.........................67.50%
 Undi rosak......................147
 Majoriti..........................4,432

N027: SEBUYAU: SARAWAK: 9,041
1. Andrew Anak Jain (Amanah)......................164
2. JULAIHI NARAWI (BN-PBB)......................4,531
 3. Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas).............1,789

Jumlah mengundi/Votes Cast......................6,620
Peratus/Percentage..............................73.20%
Undi rosak/Spoilt votes...........................118
Majoriti/Majority...............................2,742

N051: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 28,341   
1. Chieng Buong Toon (BN-SUPP)..............6,895
 2. IRENE MARY CHANG OI LING (DAP)..........11,392
 3. Moh Hiong King (Star)......................374

 Jumlah mengundi/Votes Cas..................18,881
 Peratus/Percentage..........................66.60%
 Undi rosak/Spoilt votes.......................180
 Majoriti/Majority...........................4,497
           
 N024: SADONG JAYA: SARAWAK: 6,749
 1. AIDEL BIN LARIWOO (BN-PBB).................3,925
 2. Asan bin Singkro (Pas).......................458
 3. Awang Rabiee bin Awang Hosen (Bebas).........234
 4. Othman Bin Mustapha @Mos (Amanah)............157

Jumlah mengundi/Votes Cast....................4,874
 Peratus/Percentage............................72.20%
 Undi rosak/Spoilt votes..........................80
 Majoriti/Majority.............................3,467

  
N058: BALINGIAN: SARAWAK: 7,967   
1. ABDUL YAKUB BIN ARBI (BN-PBB)...........4,208
 2. Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah)..........1,244
  
 Jumlah mengundi/Votes Cast.................5,552
 Peratus/Percentage.........................69.70%
 Undi rosak/Spoilt votes.......................90
 Majoriti/Majority..........................2,964

N036: LAYAR: SARAWAK: 9,094
1. GERALD RENTAP JABU (BN-PBB)............3,931
2. Vernon Albert Kedit (PKR)..............2,503

Jumlah mengundi/Votes Cast................6,582
Peratus/Percentage........................72.40%
Undi rosak/Spoilt votes.....................114
Majoriti/Majority.........................1,428

N059: TAMIN: SARAWAK: 14,948
1. Ali ak Puji (Bebas)...........................4,145
2. CHRISTOPHER GIRA @ GIRA AK SAMBANG(BN-PRS)....6,230
3. Simon ak Joseph (PKR)...........................954

Jumlah mengundi/Votes Cast......................11,508
Peratus/Percentage...............................77.00%
Undi rosak/Spoilt votes............................169
Majoriti/Majority................................2,085
           
 N037: BUKIT SABAN: SARAWAK: 8,897
1. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS (BN-PBB)...5,524
2. Noel Changgai Bucking (PKR).................925

Jumlah mengundi/Votes Cast...................6,584
Peratus/Percentage...........................74.00%
Undi rosak/Spoilt votes........................108
Majoriti/Majority............................4,599

N063: BUKIT GORAM (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 11,510    
1. JEFFERSON JAMIT UNYAT (BN-PBB)............4,596
2. Larry ak Asap (DAP).......................2,010

Jumlah mengundi/Votes Cast...................6,762
Peratus/Percentage...........................58.70%
Undi rosak/Spoilt votes........................110
Majoriti/Majority............................2,586
           
N064: BALEH: SARAWAK: 9,624 
1.Agop ak Linsong (DAP)............................479
2.TAN SRI DR JAMES JEMUT MASING (BN-PRS).........5,272
Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,820
Peratus/Percentage...............................60.50%
Undi rosak/Spoilt votes.............................55
Majoriti/Majority................................4,793
           

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 13,830
1. DR HAZLAND ABANG HIPNI (BN-PBB)...........8,539
2. Mohamad Fidzuan Zaidi (Amanah)............1,157

Jumlah mengundi/Votes Cast...................9,879
Peratus/Percentage...........................71.40%
Undi rosak/Spoilt votes........................139
Majoriti/Majority............................7,382


N061: PELAGUS: SARAWAK: 7,186    
1. Frankie Bedindang Manjah (DAP)................494
2. WILSON NYABONG IJANG (BN-PRS)...............3,778
3. Yong ak Sibat(Bebas)..........................321

Jumlah mengundi/Votes Cast.....................4,665
Peratus/Percentage.............................64.90%
Undi rosak/Spoilt votes...........................60
Majoriti/Majority..............................3,284
               
  
N01: OPAR: SARAWAK: 9,714


1. Francis Teron Kadap ak Noyet (PKR)......1,549
2. Niponi ak Undek (Bebas).................1,583
3. Patrick ak Uren (PBDSB)...................524
4. RANUM AK MINA (BN)......................3,665
  
Jumlah mengundi/Votes Cast.................7,419
Peratus/Percentage.........................76.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................57
Majoriti/Majority..........................2,082


N07: SAMARIANG: SARAWAK: 18,250

1. Nani Sahari (Amanah)...............................389
2. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)....9,795
3. Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Pas).............2,035

Jumlah mengundi/Votes Cast.........................12,397
Peratus/Percentage..................................67.90%
Undi rosak/Spoilt votes...............................108
Majoriti/Majority...................................7,760
N06: TUPONG: SARAWAK: 21,499
1. FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN (BN-PBB).........10,942
2. Nurhanim Mokhsen (PKR)...................2,887

Jumlah mengundi/Votes Cast.................14,061
Peratus/Percentage..........................65.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................153
Majoriti/Majority...........................8,055

N077: TELANG USAN: SARAWAK: 10,000    
1. DENNIS NGAU (BN-PBB)............3,231
2. Roland Engan(PKR)...............3,064

Jumlah mengundi/Votes Cast.........6,388
Peratus/Percentage............. ...63.90%
Undi rosak/Spoilt votes....... .......82
Majoriti/Majority....................167 
Sumber TKO - 7-5-2016





SUPP Rampas Kerusi DAP Batu Kawah

Posted on Saturday, May 07 @ 20:59:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUCHING: Presiden SUPP, Senator Datuk Dr Sim Kui Hian berjaya merampas kerusi DAP di kawasan N14 Batu Kawah.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Dr Sim menang dengan majoriti 783 undi.




Pada pilihan raya kali ini Dr Sim ditentang penyandang kerusi Batu Kawah daripada DAP, Christina Chiew Wang See dan Liu Thian Leong (Bebas).


Pilihan raya 2011, Christina menang di Batu Kawah dengan majoriti 543 undi.

Sumber TKO - 7-5-2016



Bakal Timbalan Ketua Menteri Menang Di Bukit Saban
Posted on Saturday, May 07 @ 20:32:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUCHING: Datuk Douglas Uggah Embas yang disebut-sebut sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baharu dilaporkan menang di kerusi N37 Bukit Saban dengan majoriti 5,524 undi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu menang dengan majoriti 86 peratus.

Sementara itu lawannya daripada PKR, Noel Changgai Bucking mendapat 14 peratus undi.
Douglas merupakan Ahli Parlimen Betong dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).


Beliau menyertai Kabinet selepas Pilihan Raya Umum 2008 bagi menggantikan dan dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Sumber TKO - 7-5-2016



PAS Kalah Semua 11 Kerusi

Posted on Saturday, May 07 @ 20:30:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUCHING: PAS sekali lagi gagal melahirkan wakil rakyat pertamanya menerusi pilihan raya Sarawak ke-11.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, berdasarkan keputusan tidak rasmi, parti Islam itu gagal memenangi mana-mana kerusi daripada 11 kawasan yang ditandinginya.

"Keputusan tidak rasmi yang boleh dipercayai. Semua kerusi kalah.

"PAS menang moral dan semangat, meskipun belum menang kerusi," katanya.


Bagi kerusi N29 Benting Maro, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PAS, Hamidah Mokhtar mendapat 3,052 undi sementara wakil BN, Razaili Gapor mendapat 4,750 undi.
Razaili daripada PBB menang dengan majoriti 1,698 undi.

Sementara itu, seorang lagi calon daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Andri Zulkarnean Hamden hanya mendapat 100 undi.

Sumber TKO - 7-5-2016

PAS akan terus bersama rakyat Sarawak

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak yang telah mengundi pada Pilihan raya Negeri (PRN) ke-11, hari ini.

"Sekalung tahniah buat rakyat negeri Sarawak yang telah selesai melaksanakan tugas mengundi pada PRN11 sekejap tadi.

"Semoga demokrasi negara bertambah subur dengan keberanian dan kecekalan manakala kesejahteraan hidup menjadi kenyataan melalui kebebasan dan keadilan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Mas menerusi laman facebook, petang ini.

Katanya, PAS akan terus bersama rakyat Sarawak dengan perjuangan Islam yang syumul dan adil.

Pada PRN kali ini, PAS bertanding 11 kerusi iaitu di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 7/5/2016

Sumber HD - 7-5-2016














Rezeki buat petugas PAS

Posted on Saturday, May 07 @ 17:33:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Rezeki petugas Jabatan Amal Kuantan berjaya menumbangkan 2 ekor Rusa di malam terakhir di N67 JEPAK sebelum proses pengundian hari ini



Sumber TKO - 7-5-2016



Doakan Kemanangan Untuk Anak Sulong

Posted on Saturday, May 07 @ 17:16:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS ingin jatuhkan BN tapi terpaksa berhadapan dengan Pakatan Harapan (yang tak ada harapan) mengganggu undi PAS lawan BN. Dia kata kita nak bergabung (UG) dengan UMNO@BN tapi dia sebenarnya proxy UMNO secara halus.




Kredit
Ust Sabri Yamin
Sumber TKO - 7-5-2016




Pekerja PAS Begitu Semangat, Memang atau Kalah Bukan Ukuran
Posted on Saturday, May 07 @ 17:12:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ini bukan Kuala Krai Kelantan.
Ini bukan juga Marang Terengganu
Apatah lagi Sik Kedah
This is Beting Maro, Sarawak !






Sumber TKO - 7-5-2016



Tempat mengundi SK Kuala Annau runtuh, seorang cedera
Posted on Saturday, May 07 @ 15:02:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


BINTULU: Koridor Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, yang dijadikan pusat mengundi runtuh menyebabkan seorang pengundi cedera ringan, pagi ini.

Kejadian itu berlaku sejam selepas pusat mengundi dibuka, namun kecederaan yang dialami mangsa tidak serius.  


Jurucakap polis Bintulu ketika dihubungi mengesahkan dimaklumkan mengenai kejadian itu itu namun berkata, ia tidak menjejaskan proses pengundian di situ.  


Beliau berkata, anjung sekolah itu runtuh kerana struktur kayunya sudah usang dan terdapat kira-kira 40 pengundi berada di situ semasa kejadian. - AntaraPos
Sumber TKO - 7-5-2016




Jerita tuai Empenit bejuluk Kelabo Langit
Posted on Saturday, May 07 @ 15:30:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PERHATIAN : Tulisan dalam bahasa Iban
Nyadi ngenang jerita Tua berani tauka tuai berani Empenit Kelabu Langit to iya endang siko ari tuai ke beberita ba batang undop baka Tua Buli di Bayai, Tua Pasang dI Kenyugan, kunchit pintu batu di ulu undop, enggau empaok, lalu siko da tuai undop di nyakai. nyadi empenit tu kira tampak agi jerita semina enda ditusi orang. nyadi empenit tu nadai temu orang apai enggau indai iya reti nya anak temu datai beri petara.

Nyadi lebuh maya empenit tu nyadi tuai batang undop iya nyadi tuai serang orang di menua nya. iya kelia nyadika pintu bunuh tauka entara menua. bala iban undop enda tau bekayau enggau enggau iban batang ai tebing kanan kelebih agi menua delok laban ketegal ari mimpi empenit dipadahka keling.
nyadi tuai di ulu batang ai maya nya Ngumbang bejuluk kelabu langit. ngumbang pan bisi mimpi enda tau ngayau ke undop laban bisi bulu ke ditakutka iya iya nya labang kepit penduk reti iya empenit. empenit pan enda nyerang kin laban takutka bulu biring gerunggang reti nya ngumbang. seduai disumpah petara barang sapa dulu meda pangan diri dulu parai dengah pangan. nya kebuah iban batang ai tebing kanang enggau undop enda bemunsuh semina enggai iban batang ai tebing kiba.

Nyadi sepengudah menua undop nadai agi bemunsuh nyerang kiba kanan lalu badu bemunsuh enggau bala kantu bugau enggau bala iban ngelinggi menua nya lalu badu regu diserang munsuh , dia empenit lalu nadai reti iya mati.

Kira sepengelama udah empenit mati, lebuh musim orang bumai , maya nebas dia sida ke nebas nya lalu meda empenit mansa. sida lalu ngelara munyi to:

" Apo nama nya Empenit" ko sida

lalu disaut empenit munyi to:

"Au, aku meh to empenit, tang aku nadai agi dito aku deka ke batang ai laban deka nyaup menyadi aku Ngumbang di batang ai laban benung tusah diserang raja. aku nadai nulung kita undop laban menua kitai nadai agi munsuh nadai agi charut nadai diserang orang agi" ko iya.

" Kita diau dito diau memanah ko iya , anang sesekali enggau orang ngayau ngumbang ke ulu ai kin enggaika kita bulih penusah." ko empenit

Iya pan madahka diri mupuk sereta iya madah ke diri mupuk iya pan ayas. sida ke meda nya tadi nyau tebelengga lalu tegenung baka empelekung mabuk ambuh ngetu baka betutu mabuk keruh. sida lalu pulai lalu nusi jaku empenit nya ngagai bala mayuh ngelinggi batang undop dia. dia jerita nya lalu dikingat sampai ke saritu.

Kira nyau pengelama diri dia enda lama udah nya angkat sida ngumbang seduai bantin ari batang ai ngelaban raja. dia sida raja lalu ai pengayau betubuh 12000 iko ngayau ke batang ai. lalu bisi bala pengayau ari undop enggau laban enda ingatka ajar empenit ke dulu ari nya. nyadi sida pan lalu mudik ke ulu batang ai sereta sida ngelimpas wong irop sida pan parai siko parai siko baka disipat ngujungka ai batang ai but maya nya. kayau tu dikumbai kayau lus tauka dalam pengingat orang ribai dikumbai" cholera expedition". nyadi diambi bala tuai undop mimpi ai batang ai dipulaska kumang kain beludu, lalu barang sapa ke ngirup ai nya sigi parai.

Nyadi sida ke agi idop lalu mulaika diri maie rita nya tadi. sida nesal laban laban enda ninga ajar empenit ke dulu ari nya. tu ngujung iban batang ai kelebih agi tebing kanan badu bemunsuh . nyadi pengawa bekayau badu sepengudah pengawa bebanchak babi, besapu mua, bepalit mata di simanggang tauka dalam jaku ribai " peace making in simanggang".

Nyadi nya aja jerita empenit ke temu aku. enti bisi asai nyima ke bala aku minta ampun laban nusui jerita tuai kelia kitai bekayau tang ukai deka ngenyima ke ati tang semina ke nyadi pengingat kitai semua.

terima kasih

Sumber FB

Sumber TKO -7-5-2016

Semoga kejayaan mengiringi calon-calon PAS













HARAKAHDAILY | .

Pilihan raya adalah satu medium untuk memilih pemimpin secara berjamaei menerusi wadah parti. Kepimpinan berjamaei menerusi parti perlu dinilai menerusi hala tuju, matlamat serta dasar parti tersebut seterusnya praktis kepimpinan dalam sejarah yang panjang.

Pemimpin bertanggungjawab untuk memimpin rakyat untuk mendapat kebajikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Pemimpin secara individu perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan antaranya berketrampilan, bijak, amanah, dipercayai dan prihatin kepada masalah rakyat.
Ciri-ciri kepimpinan terbaik dibayangkan oleh Khadijah ada pada diri baginda SAW antaranya menyambung hubungan rahim.antara ahli keluarga, bersedia menanggung golongan yang lemah, membantu golongan yang papa, memuliakan tetamu dan membantu mereka yang berhadapan musibah.

PAS menampilkan kepimpinan berjamaei menerusi wadah parti yang jelas hala tuju dan matlamat serta rujukan perjuangannya iaitu Islam yang datang sebagai rahmat bagi seluruh Alam.

PAS menampilkan 11 calon terbaik kepada rakyat Sarawak yang mempunyai keperibadian yang mulia dan mempunyai jiwa berkebajikan. Mereka diharap menjadi tangga kepada kemenangan yang lebih besar pada masa akan datang bagi memimpin rakyat Sarawak ke arah hidup yang lebih baik.

Kami menyeru rakyat Sarawak memberi mandat kepada calon-calon PAS bagi membawa suara berkebajikan dan keprihatinan di Dewan Undangan Negeri Sarawak sebagaimana berikut:

1. N4 PANTAI DAMAI, Encik Zainal Abidin Bin Yet

2. N7 SAMARIANG, Ustaz Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi

3. N16. MUARA TUANG, Encik Zulkipli Bin Ramzi

4. N24 SADONG JAYA, Cikgu Asan Bin Singkro

5. N27 SEBUYAU, Ustaz Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad

6. N29 BETING MARO, Cik Hamidah Binti Mokhtar

7. N60 KAKUS, Encik Clement Bayang

8. N67 JEPAK, Tuan Haji Kiprawi Bin Aman

9. N70 SAMALAJU, Encik Zharudin Bin Narudin

10. N72 LAMBIR, Encik Mohammad Arifiriazul Bin Paijo

11. N74 PUJUT, Tuan Haji Jofri Bin Haji Jaraiee

Kepada sahabat-sahabat yang bekerja keras di medan pilihan raya; teruskan tugasan saudara-saudara semua bagi membawa obor kebenaran dan kebajikan dengan menampilkan akhlak pendakwah dan pemimpin yang mulia.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan berada di lapangan marilah kita titipkan doa moga kemenangan menjadi milik PAS dalam PRN kali ini.

سيروا على بركة الله

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Sabtu, 7 Mei 2016 - HARAKAHDAILY 7/5/2016

Sumber HD - 7-5-2016

PAS yakin diterima pengundi Sarawak

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


KOTA SAMARAHAN: PAS menaruh keyakinan tinggi bahawa perubahan sikap rakyat dan pendekatan politik matang bakal membuahkan hasil yang positif pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, hari ini.

Ini kerana, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad penerimaan rakyat Sarawak tidak merasa kekok dengan kehadiran parti itu.

Menurutnya, penerimaan yang baik oleh penduduk di semua kawasan dan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi PAS.

“Pertama, Alhamdulilah, tinjauan awal kita melihat bagaimana penduduk tidak merasa kekok dengan kehadiran kita dan menerima PAS, tidak sebagaimana keadaan yang berlaku sebelum ini pada pilihan raya lalu.

“Saya yakin dan percaya, insya Allah penerimaan yang baik dilakukan oleh penduduk di kawasan dan di Dun-Dun yang PAS bertanding satu kesan yang positif.

“Kita harapkan juga mereka buktikan dalam bentuk ‘kotak undi’ pada hari (mengundi) ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengiringi calon PAS N.16 Muara Tuang, Zulkipli Ramzi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Dato Mohamad Musa, di sini, pagi ini.

Selain itu, katanya sikap rakyat Sarawak yang tidak taksub terhadap kepartian juga amat berbeza dengan keadaan di Semenanjung.

“Kedua, tidak ada sikap taksub melampau kepada kepartian. Mereka boleh menerima kehadiran kita dan sebab itu pendekatan kempen kita di sini juga agak berbeza dengan Semenanjung.

“Di sini kita lebih kepada kesantunan budi yang kita lakukan terhadap mereka. Sebab itu, walaupun dikelilingi rumah mereka dengan lambang dacing, mereka pakai baju dacing.

“Namun, mereka boleh menerima kehadiran perayu-perayu undi kita dan tidak mustahil, kita akan dapat ‘anak sulung’ PAS di negeri Sarawak pada pilihan raya kali ini,” tegasnya.

Dun Muara Tuang mempunyai 48 buah pusat mengundi dengan jumlah pengundinya lebih 18,000 orang. - HARAKAHDAILY 7/5/2016

Sumber HD -7-5-2016



Jalan Nak Masuk Ke Tempat mengundi..
Posted on Saturday, May 07 @ 08:43:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah





Cantikkk bangat ...ahaakk Kreatif penyokong PAS Sarawak membuat terowong untuk menunju kemenangan.



Kredit
Hazwan Faisal


Sumber TKO - 7-5-2016



"PAS Untuk Semua Bangsa Di Malaysia"
Posted on Friday, May 06 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MIRI, 5 Mei: “Jangan takut kepada PAS sebagai Parti Islam. PAS memperjuangkan nasib bagi seluruh rakyat malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.”

Demikian tegas YB Dato' Iskandar Bin Abdul Samad dalam satu sidang media di Pejabat PAS Miri pagi tadi seterusnya membawa mesej ‘PAS Untuk Semua’ yang dilaungkan Parti Islam itu.

“Meskipun PAS parti Islam, tetapi perjuangan PAS adalah untuk semua masyarakat di Malaysia. Buktinya, ramai penyokong PAS di Selangor yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama "

Pesuruhjaya PAS negeri Selangor itu turut mengakui peranan aktif yang dimainkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam organisasi parti itu; selain menjadi jambatan antara PAS dengan masyarakat bukan Islam.

Dalam sidang media itu juga, beliau menaruh harapan kepada calon-calon PAS agar terus komited memperjuangkan hak pemilikan tanah (NCR) sambil mengambil contoh mekanisme pemberian geran kerajaan negeri Selangor kepada rakyatnya yang berhak.

Sebelum itu, Y.B. Dato' Iskandar Bin Abdul Samad yang merupakan ADUN Cempaka sempat memberikan ucapan ketika sama-sama menyertai Haji Jofri Jaraiee, calon PAS Pujut, dalam program BBQ bersama penduduk di Pujut 1 malam tadi.

3A - Ability, Access, Ambitious
3M - Mampu, Mesra, Maju

#VoteForVoice
#JofriJaraiee
#PujutSejahtera
#Sarawak Sejahtera
#PasUntukSemua
#PRNSarawak
LIKE & SHARE FB PAS PUJUT:

Sumber TKO - 6-5-2016

















Catatan khas PRN Sarawak: Apa peluang PAS?















SYED AHMAD FADHLI | .


MALAM kelmarin seharian Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang turun berkempen seawal pagi sehingga menjelang lewat malam. Beliau bertemu muka dengan sekalian pengundi di Dun Muara Tuang, Pantai Damai dan Samariang.

Walaupun mungkin ada yang berkata PAS mendapat sedikit keistimewaan kerana tiada pimpinan yang diblacklist daripada masuk ke Sarawak tapi pada hakikatnya majoriti pimpinan PAS termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang telah dibenarkan masuk,telah diminta untuk keluar dari Sarawak pada hari ini, sepertimana yang dikenakan terhadap pimpinan parti pembangkang lain.

Kuasa autonomi berkenaan imigresen Sarawak telah disalahgunakan oleh BN untuk kepentingan mereka. Pemimpin BN bebas sahaja masuk ke Sarawak. Bahkan, mesyuarat Menteri Kabinet Kerajaan Pusat yang rutin mingguannya berlangsung di Putrajaya telah diubah tempatnya kepada Kuching, Sarawak.

Tidak kurang juga petugas PAS dari Semenanjung yang dikenakan had tempoh masa berada di Sarawak sedangkan mereka bukanlah penjenayah, hanya rakyat biasa yang berhak untuk bergerak di serata negeri dalam Malaysia. Tempoh pas lawatan sosial yang normal di Sarawak ialah selama 90 hari dibenarkan berada di sini.

Malam kelmarin, Tuan Guru Presiden PAS berceramah bersama YB Ustaz Idris, YB Ustaz Nasrudin serta calon Dun Samariang dan Dun Pantai Damai di hadapan Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma.

Antara isi-penting ucapan Tuan Guru ialah :

1.Pilihan raya adalah sebahagian daripada proses demokrasi. Perkataan demokrasi berasal daripada bahasa Greek iaitu Demos dan Kratos yang bermaksud Kuasa Rakyat. Undi ini nilainya bukanlah upah RM50 mahupun RM100 tapi, ia adalah amanah besar untuk memilih pemimpin.

2.Pemimpin yang perlu dipilih wajar berpandukan kisah yang terakam dalam Al Quran berkenaan Tholut & Jalut. Pemimpin dipilih bukanlah atas sebab kekayaan yang dimilikinya tetapi pemimpin mestilah berilmu dan berani menegakkan kebenaran.

3.Di negara Barat yang mengamalkan demokrasi matang seperti di Amerika Syarikat & Britain, rakyat menggunakan kuasa mereka menegur kerajaan dengan menukar parti pemerintah bersilih-ganti.

4.PAS bertanding hanya 11 kerusi daripada 82 kerusi DUN yang ada. Sekiranya PAS menang kesemua pun, masih belum mampu membentuk kerajaan. Maka, PAS masuk bertanding adalah untuk menjadi Pembangkang yang menegur dan menasihati Kerajaan agar mentadbir dengan adil. Proses check and balance adalah penting agar Kerajaan yang sudah lama berkuasa tidak angkuh dengan sokongan yang dinikmati selama ini sehingga enggan mendengar suara rakyat.

5.Sarawak adalah negeri yang besar dan kaya dengan hasil seperti minyak dan balak, tetapi melihatkan nasib rakyatnya masih lagi tidak terbela dan ditindas. Mengikut ajaran Islam, sesuatu hasil negeri perlu digunakan untuk manfaat penduduk setempat terlebih dahulu, apabila ada lebih barulah dipindahkan baki tersebut ke tempat lain. BN yang mentadbir telah mengaut keuntungan dan kekayaan hasil negeri, tetapi hak dan keperluan asas rakyat terabai seperti jalan pengangkutan, bekalan air dan geran tanah.

6.Lihatlah rekod pentadbiran PAS di Kelantan yang sudah puluhan tahun ditadbir oleh PAS, dan rekod ketika PAS memerintah Terengganu walaupun hanya 1 penggal sahaja, banyak perubahan yang memberi manfaat dan kebaikan kepada rakyat dilaksanakan.

7.PAS tetap menyokong kepimpinan Sarawak ditadbir oleh orang Bumiputera Islam kerana kuasa pemerintahan amat penting dikuasai oleh orang Islam. PAS akan menggalas amanah membawa suara rakyat menegur Kerajaan samada di Parlimen mahupun DUN Sarawak. Hampir kesemua negeri di Malaysia ini sudah ada wakil rakyat PAS yang dipilih, maka berikanlah PAS peluang untuk mempunyai wakil juga di DUN Sarawak.

Saya berpandangan perhitungan PAS di Sarawak ini bukanlah sekadar cerita menang atau kalah kerusi, tetapi yang lebih utama ialah peluang PAS berdakwah menyebarkan mesej perjuangan dan keindahan Islam.

Pilihan Raya ini merupakan medan terbaik untuk barisan pemimpin dan penggerak PAS dari seluruh negara hadir ke Sarawak bagi bertemu sendiri dengan sekalian pengundi yang rencam agama, budaya dan etnik kaum.

Jalan perjuangan itu panjang dan lama, tidak semestinya hasil terus dapat dituai segera, apa yang lebih utama ialah usaha yang tidak pernah kenal erti penat-lelah dan putus asa.

Kemenangan itu adalah suatu bonus yang akan dianugerahkan oleh Allah mengikut ketentuan-Nya. – HARAKAHDAILY 6/5/2016

Sumber HD - 6-5-2016

PRN Sarawak: PAS 'hijack' khutbah Jumaat?

IZWAN ABDUL HALIM | .


MIMBAR khutbah Jumaat di Sarawak hari ini mungkin menyampaikan isi kandungan yang sama. Berkisar mengenai pemerintahan di mana khatib menegaskan bahawa ia adalah perkara amat penting kepada Islam.

Jelas dari khutbah dibacakan itu, pemerintahan sangat berkait dengan al-imamah yakni kepimpinan yang dibahaskan dengan meluas dalam kitab-kitab khususnya siyasah syar'iyyah.

Tegas khatib, politik Islam sangat memberi perhatian soal pemilihan pemimpin yang akan menegakkan agenda dan tujuan Islam terutama undang-undangnya.

Oleh itu perlu pemimpin itu mempunyai ciri yang selayaknya untuk ia diangkat ke kedudukan tersebut.

Sememangnya isu khutbah disampaikan itu sangat mengujakan dan telah lama diimpikan para pendokong perjuangan Islam di negara ini.

Ia benar-benar kejutan apatah lagi konvoi calon PAS N.72 Dun Lambir, Arifiriazul Paijo mungkin terkejut kerana melihat khatib yang membaca khutbah itu iras calon PAS N.74 Dun Pujut, Jofri Jaraiee.

Mulanya disangka PAS telah 'hijack' khutbah Jumaat hari ini, rupanya tidak, tetapi ia benar-benar teks Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Akhirnya, khutbah itu menyeru agar ditunaikan tanggung jawab pengundian Piluhan Raya Negeri Sarawak pada esok hari, Sabtu, 7 Mei 2016.

Nah! Sejak bila politik boleh masuk dalam masjid? Dari awal bahang PRN Sarawak kira-kira sebulan lalu, institusi masjid telah diberi arahan tidak menerima sebarang aktiviti politik.

Mentaliti pemisahan antara politik atau pemerintahan dengan agama atau istilahnya sekularisme, juga doktrin bahawa politik itu kotor, mungkin masih stigma pada kebanyakan orang.

Tetapi akhirnya sejarah tercipta pada PRN11 Sarawak, apabila mimbar Jumaatnya memperakui bahawa politik Islam wujud dan tidak ada pemisahannya dengan agama. Ia juga menyedarkan bahawa soal pemilihan pemimpin adalah perkara serius yang perlu diberi perhatian umat.

Sama ada mahu mengakui atau tidak, ianya penangan keberadaan PAS yang ternyata menarik perhatian masyarakat Sarawak. Ia juga petanda tekanan kepada pihak pemerintah yang mulanya cuba mengadakan sekatan di masjid, tetapi parti merekalah menodai ketetapan itu.

Mimbar Jumaat terpaksa dijadikan kesempatan untuk memihak kepada pemerintah kononnya, bahkan mungkin sebagai 'saingan' kepada PAS yang sememangnya diketahui umum adalah peneraju politik Islam.

Detik kejayaan dakwah PAS semakin mendaki. Cahaya masa depannya bersinar terang dan benih ditanamnya menumbuh kian subur.

Rakyat Sarawak akan menoleh melihat dan mengamati PAS. Jika diukur secara empirik berdasarkan butiran ciri disebut dalam khutbah, pastinya calon PAS paling memenuhi kelayakan untuk diundi selaku pemimpin.

Demikian itu, ayuh disahut semboyan "ittaqullah" dilaungkan khatib khutbah Jumaat tadi. Realisasikannya dengan memberi undi kepada calon PAS. – HARAKAHDAILY 6/5/2016

Sumber HD - 6-5-2016



















PAS Sarawak bawa suara rakyat jika diberi mandat

















KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


SEBUYAU: Calon PAS yang bertanding di N.27 Sebuyau, berjanji kepada para pengundi akan membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, esok.

Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad, 44, berkata rakyat di Dun Sebuyau banyak ketinggalan kemudahan asas meskipun diwakili oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Parti Bumuputera Bersatu (PBB).

Menurutnya, wakil rakyat BN-PBB itu Datuk Julaihi Narawi telah mewakili rakyat Sebuyau selama 25 tahun lalu.

“Saya akan memperjuangkan hak rakyat di Dun Sarawak jika diberi mandat pada pilihan raya kali ini. Saya ucap terima kasih kepada PAS Pusat kerana memberi peluang dan memilih saya jadi calon N.27.

“Rakyat Sebuyau masih ketinggalan kemudahan asas yang baik seperti naik taraf sekolah, klinik, masjid, isu tanah rakyat, bekalan air bersih dan banyak lagi.

“Wakil rakyat BN telah lima penggal atau 25 tahun jadi Adun Sebuyau tetapi hak dan kepentingan rakyat masih tidak banyak berubah,” jelasnya kepada wakil Harakah, semalam.

Ustaz Wan Abdillah sebelum ini juga merupakan aktivis masyarakat di Sebuyau banyak mengetengahkan isu-isu rakyat.

Antaranya, kata beliau isu kuari yang beroperasi sejak lebih 64 tahun lalu itu seolah-olah ‘kebal’ serta tidak mempedulikan hak rakyat.

“Kita (PAS) ada banyak isu untuk diketengahkan bagi membela hak rakyat di Sebuyau ini seperti isu kuari yang telah beroperasi sejak tahun 1952 lagi. Mereka (syarikat) tidak mempedulikan hak dan kepentingan rakyat.

“Isu tanah adat, tanah penempatan rakyat yang tidak diberi hak milik malah boleh diambil tanpa membayar pampasan.

“Kemudahan Klinik masih tidak sempurna dan sekolah-sekolah masih binaan kayu dan tidak dinaik taraf untuk jadi lebih baik dan selesa.

“Isu Masjid Sebuyau yang sampai hari ini telah tiga kali pemimpin mereka (BN-PBB) buat majlis pecah tanah tapi tidak dibangunkan. Janji hanya tinggal janji sahaja,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ustaz Wan Abdillah mengharapkan agar rakyat dan para pengundi khususnya boleh membuat perubahan dengan memilih PAS pada pilihan raya kali ini.

Tambah beliau, PAS dilihat satu-satunya parti yang boleh membawa suara rakyat terus ke Dun Sarawak bagi menuntut hak serta kepentingan mereka. - HARAKAHDAILY 6/5/2016

Sumber HD - 6-5-2016

PRN Sarawak: PAS dan anak muda

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


PAS menyertai PRN Sarawak dengan matlamat yang jelas di sebalik kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pelbagai pihak terutama BN. Matlamatnya adalah Islam untuk kesejahteraan semua.

Sarawak adalah sebuah negeri yang banyak kelebihannya. Tetapi kepincangan pemerintahannya adalah ketara. Segala kelebihan yang ada, Islam datang untuk menyempurnakan dan melestarikannya. Adapun kekurangan dan keburukan, Islam datang dengan cara terbaik untuk membaiki atau meniadakannya.

PAS membawa mesej Islam yang penuh adil dan sejahtera untuk manusia sejagat. Mungkin pelik dan samar-samar bagi sebahagian mereka yang masih jauh daripada menghayati Islam bahawa di dalam masyarakat yang berbilang etnik dan ugama seperti Sarawak, bagaimana PAS boleh yakin untuk bertapak. Tetapi bagi PAS, tiada yang pelik. Jika bumi Sarawak itu Allah-lah yang menciptakan, mengisikan dan mencantikkannya, apa logiknya ugama daripada Allah tiba-tiba tidak boleh berperanan menambahkan lagi kecantikan negeri Sarawak?

Presiden PAS menjelaskan dalam ucapannya di Sarawak baru-baru ini bahawa PAS menyokong Ketua Menteri Sarawak adalah seorang muslim. Sebabnya mudah, kerana PAS yakin kekuatan pengajaran ugama Islam sebagai penyatu rakyat Sarawak yang pelbagai etnik.

Tinggal lagi bagaimana Ketua Menteri Sarawak yang beragama Islam itu seharusnya mengambil Islam sebagai panduan pemerintahan. Ramuan dan resepinya telah tersedia. Yang tinggal hanyalah mengguna dan melaksanakannya dalam pemerintahan.

Politik ialah menguruskan kehidupan rakyat secara saksama. Ia melindungi rakyat yang mungkin terpinggir di dalam persaingan kehidupan. Ia juga menyekat ketamakan individu masyarakat yang melanggar hak masyarakat. Jika kita jelas, maka itulah maksud khilafah di muka bumi. Sememangnya mengurus kehidupan ramai itulah matlamat sebenar Islam diutuskan.

Jika di mana-mana pun negara yang majoriti rakyatnya adalah bukan Islam, minoriti Islam diajar oleh ugama mereka untuk turut menyumbang kepada keharmonian hidup, maka apa peliknya Sarawak yang walaupun penganut Islamnya adalah minoriti, tetapi ia sudah pun dikenali dan diterima dengan baik oleh rakyat Sarawak. Islam sebagai agama persekutuan Malaysia telah mengukuhkan lagi keutamaan Islam sebagai faktor penyatu rakyat Malaysia.

Negeri Sarawak, isu utamanya ialah ketidakadilan terhadap pengagihan hasil mahsulnya kepada rakyat. Kerajaan pusat mengaut hasil mahsul Sarawak dengan banyak tetapi sumbangan baliknya amat tidak mencukupi. Apa yang diperolehi pula diagihkan secara tidak adil.

Ia adalah isu yang sama di seluruh Malaysia. Negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia mengalami kemajuan yang tidak seimbang. Malah agak mengejutkan untuk kita menerima hakikat bahawa negeri-negeri yang memiliki sumber hasil minyak petroleum adalah merupakan antara negeri- negeri yang paling miskin di dalam negara.

BN ternyata telah dihanyutkan oleh kemewahan dan kerakusan kuasa yang melalaikan mereka daripada merasai kesalahan dan jenayah yang mereka sendiri lakukan. Perubahan kepimpinan yang berlaku di dalam BN sedikit pun tidak menjanjikan perubahan kepada yang lebih baik.

Kesannya, jurang miskin kaya adalah amat ketara. Kehidupan di bandar terpisah di antara dua darjat yang ketara. Kehidupan di pedalaman begitu teruk, cukup tidak menggambarkan sebuah negara semaju Malaysia. Ianya adalah kerana kelemahan dan jenayah pemerintahan yang disembunyikan.

Generasi lama diajar bersyukur dengan apa yang ada tanpa didedahkan dengan penyelewengan yang dilakukan apatah melawannya. Akhirnya pembangunan dan kemajuan di Sarawak adalah mengikut keuntungan dan laba buat orang-orang kaya, bukan mengikut keperluan dan keutamaan.

Justeru perubahan mesti dilakukan. Generasi muda mesti bangkit daripada kelenaan menuntut apa yang menjadi hak mereka. Perubahan minda anak muda adalah pemangkin utama perubahan negeri Sarawak kepada yang lebih baik.

Gerakan anak muda yang sedar pastinya akan disambut oleh generasi lama yang telah lama dihimpit keperitan hidup. Ia adalah tanggung jawab dan amanah yang mesti dipikul.

PAS harus diberi peluang untuk turut berperanan melakukan islah dan pembaikan. PAS dengan keupayaan dan kesediaannya bertanding di 11 Dun sebenarnya bermatlamat jelas untuk menjadi agen perubahan yang bakal menguntungkan kehidupan rakyat Sarawak.

Hari ini PAS Sarawak semakin kukuh dengan kehadiran anak-anak Sarawak sendiri yang bersedia memikul amanah perubahan ini. Dalam PRN kali ini, PAS menampilkan 5 orang calonnya yang berumur bawah 40 tahun dengan latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang meyakinkan dan menggambarkan keupayaan PAS hari ini untuk menyumbang kepada perubahan.

Krisis dalam negara kita hari ini turut dirasai oleh rakyat Sarawak. Akses kepada sistem pendidikan yang lebih baik mestilah disegerakan. Sekolah-sekolah tidak boleh lagi ketinggalan jauh ke belakang berbanding negeri-negeri lain yang lebih baik.

Anak muda pula kehilangan pekerjaan dan diburu pengangguran yang semakin meruncing. Kerajaan gagal meyakinkan rakyat bahawa krisis ini akan selesai dalam kadar segera. Sudah pasti ia menjadi berita buruk kepada anak muda yang baru ingin memulakan kehidupan berumah tangga.

PAS datang dengan janji Islam untuk kesejahteraan. Kejayaan PAS meletakkan calon bukan Islam buat kali pertama di Sarawak adalah satu kejayaan besar yang mampu mengubah minda rakyat Sarawak terhadap ugama Islam dan PAS sebagai parti yang memperjuangkannya.

Bersama kita bekerja untuk negara kita tercinta. Kelak kejayaan lebih besar menunggu kita insya Allah. - HARAKAHDAILY 6/5/2016

Artikel di atas adalah untuk siri kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.

Sumber HD - 6-5-2016





















Hak milik tanah: Sarawak patut contohi Selangor

HARAKAHDAILY | .


Kerajaan Negeri Sarawak patut mencontohi skim RM1,000 Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah.

Dalam lawatan saya ke Sarawak, saya menerima laporan bahawa ramai yang gagal mendapat hak milik tanah kerana tidak mampu membayar premium.

Selagi premium tidak dibayar, mereka hanya diberi Temporary Occupation License atau TOL (Lesen Menduduki Sementara) dan boleh terus tinggal di rumah mereka.

Di Selangor, terdapat juga mereka yang menghadapi masalah yang sama.

Tetapi di bawah skim ini mereka hanya perlu membayar RM1,000 untuk mendapatkan hak milik tanah dan surat hakmilik tanah (geran) boleh dikeluarkan di atas nama mereka.

Walau bagaimanapun mereka tidak boleh memindahkan hak milik kepada orang lain kecuali kepada saudara mara terdekat.

Oleh yang demikian, jika mereka hendak menjual tanah mereka, premium penuh perlu dibayar.

Seramai 2,995 pemohon telah ditawarkan kemudahan skim ini sejak ia diperkenalkan pada tahun 2011.

Kerajaan Negeri Selangor sejak 2008 telah meluluskan hak milik tanah kepada 5,803 pemohon yang memiliki rumah di atas tanah kerajaan.

Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.

Calon-calon PAS pada PRN Sarawak jika berjaya akan terus memperjuangkan hak-hak rakyat ke atas tanah-tanah mereka di Dewan Undangan Negeri.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Naib Presiden PAS / Exco Kerajaan Selangor
6 Mei 2016 / 28 Rejab 1437 - HARAKAHDAILY 6/5/2016

Sumber HD - 6-5-2016





















Sambutan lebih hebat berbanding PRN S’wak dulu

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasakan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak kali ini PAS diterima hebat masyarakat di negeri tersebut.

Kata beliau kelihatan tanda-tanda yang menyebelahi PAS bagi melahirkan anak sulung di Dun Sarawak pada pilihan raya tersebut.

“Sambutan masyarakat terhadap PAS begitu baik sehingga melebihi dua kali PRN sebelum ini.

“Mengikut laporan petugas PAS termasuk ketika saya turun berkempen, sokongan masyarakat terhadap PAS kian menyerlah akhir-akhir ini,” kata Presiden PAS ketika ditemui selepas menziarahi Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di JKR 10 petang tadi.

Menurutnya juga sewaktu berkempen beliau nampak sambutan cukup hebat berbanding dua kali pilihan raya yang pernah disertai PAS sebelum ini.

Beliau berkata tidak ada sebab rakyat Sarawak menolak calon PAS kerana mereka sangat baik, di samping juga anak kelahiran Bumi Kenyalang.

“Mereka bukan sahaja berpendidikan tinggi tetapi turut melibatkan diri dengan masyarakat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/5/2016

Sumber HD - 5-5-2016


Sempena Pilihan Raya Sarawak 2016

Posted on Thursday, May 05 @ 16:51:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Sempena tarikh membuang undi bagi Pilihan Raya Sarawak 2016 yang semakin menjelang, maka galaklah pihak-pihak yang bertanding menanam tebu sebanyak mungkin bagi memenangi hati para pemangkah. Tidak kira di pihak mana sekalipun. Apabila saya memerhati, masing-masing menganggap diri mereka juara membela rakyat. Dalam masa yang sama menidakkan pihak sebelah lagi seolah-olah hanya mereka sahaja yang betul. Hanya mereka sahaja yang boleh menabur bakti. Di pihak mereka semuanya betul, mereka satu-satunya yang betul, dipihak satu lagi semuanya salah, semuanya bohong.

Peranan media ini sangat berkesan dalam mempengaruhi minda pengundi. Tidak kiralah sama ada informasi yang benar ataupun yang tidak benar, jika sumbernya adalah dari media, maka agak senang untuk ia meresap dan mempengaruhi penerimanya. Kita sekarang generasi yang bijak, jadi mohon jangan hanya mengikuti satu aliran media sahaja. Banyakkan mengkaji, guna minda dan akal. Rasional bukan emosional. Lihat corak mereka ini. Media perdana bukan bermakna berita mereka benar sebenar-benarnya. Media alternatif bukan bermakna mereka salah sesalah-salahnya. Saya ulang, kita generasi yang bijak. Bukan bijak hanya berdasarkan maklumat media perdana dan bukan bijak hanya berpandukan media alternatif. Kita bijak kerana boleh mempertimbangkan kedua-duanya dan mampu berfikir yang mana yang sahih dan mana yang dusta. 

Alangkah malangnya mereka yang hanya menyokong membuta tuli sahaja. Satu pangkahan anda bakal menentukan masa depan lima tahun yang mendatang. Sebab itu segala bentuk bala tentera, jentera, wang ringgit telah diturunkan. Anda lihatlah sendiri. Pangkahan anda amat penting. Pastikan ia memberi pulangan berguna kepada anda, bukan hanya kepada penagih pangkah sahaja. 
Kepada rakan-rakan Sarawakian, jadikan undian dalam pilihan raya kali ini adalah yang terbaik buat anda. Yang anda tidak akan menyesal selama-lamanya.
Watcher a.k.a Aizen Nasa 

Sumber TKO - 5-5-2016






















MP Kuala Nerus tidak dibenar masuk Sarawak






















HARAKAHDAILY | .


Saya tiba ke Kuching dari KL flight jam 4 petang tadi dengan Airasia untuk tujuan meneruskan tugasan kempen pilihan raya. Ini kali ke 3 saya ke Kuching untuk PRN.

Saya dimaklumkan oleh pegawai imigresen bertugas bahawa saya tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.

Saya bertanya, adakah peluang untuk saya merayu sekurang-kurangnya masuk dan pulang esok.

Kata pegawai bertugas "kami tak ada kuasa untuk menerima rayuan".

Saya terpaksa pulang ke KL dengan flight Airasia berikutnya.

Saya akur dan memperakui hak autonomi imigresen yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Sarawak.

Dalam masa yang sama saya mengharapkan kerajaan BN memberi lebih lagi ruang untuk demokrasi dipraktikkan dalam PRN kali ini.

Menyekat kemasukan ahli parlimen kecil seperti saya tidak menguntungkan imej kerajaan BN dalam pilihan raya kali ini.

Ia akan menimbulkan persoalan; adakah BN menerusi PBB merasa tergugat dalam PRN kali ini?

Kepada sahabat-sahabat yang dibenarkan masuk untuk terus bertugas moga kemenangan menjadi milik PAS di 11 Dun yang ditandingi.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
5hb Mei 2016 jam 5.20 ptg

Sumber HD - 5-5-2016

Timbalan Presiden PAS kena keluar Sarawak hari ini

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin utama PAS termasuk timbalan presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha agung, Datuk Takiyuddin Hassan, ketua penerangan, Nasrudin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi serta puluhan petugas parti diminta meninggalkan Sarawak hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PAS Sarawak telah menghantar surat rasmi ke Pejabat Ketua Menteri Sarawak bertarikh 3 Mei lalu untuk memohon memanjangkan tempoh had masa pemimpin dan petugas PAS berada di negeri itu.

Katanya, beberapa pemimpin PAS, antaranya Ketua Pemuda, Ustaz Nik Mohamad Abduh dan timbalannya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mendapat kelulusan untuk had masa tambahan 7 hari.

Selain itu, ujarnya PAS negeri juga mengucapkan terima kasih kerana beberapa pimpinan tertinggi PAS dibenarkan masuk tanpa halangan seperti Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Ustaz Idris Ahmad serta Ketua Pengarah Pilihan raya, Datuk Mustafa Ali. - HARAKAHDAILY 5/5/2016

Sumber HD - 5-5-2016





















Peluang PAS menang Dun Muara Tuang agak cerah

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


KOTA SAMARAHAN: Calon PAS yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Muara Tuang, Zulkipli Ramzi mengingatkan kerajaan negeri agar tidak menjadikan projek untuk rakyat sebagai ‘gula-gula’ politik pilihan raya.

Ini kerana, kata beliau banyak projek-projek bagi kepentingan rakyat di Sarawak dan khususnya di kawasan Kota Samarahan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Menurutnya, rakyat sentiasa menjadi mangsa keadaan apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri ini bersikap tidak jujur dan ikhlas.

“Ini kerana, banyak projek-projek pembinaan jambatan di Sungai Samarahan ini telah mengambil masa yang lama. Sedangkan, ada jambatan yang sepatutnya hanya mengambil masa yang singkat tetapi mengambil masa hingga lima tahun.

“Kita harap mereka (kerajaan) buat jamabatan itu dengan jujur dan ikhlaslah. Jangan jadi seperti beri ‘gula-gula’ kepada rakyat.

“Sebelum ini, projek untuk pilihan raya negeri yang lepas dan kemudian pergi ke pilihan raya peringkat Parlimen tapi akhirnya tidak siap juga dan sekarang (status) projek jambatan ini baru ada tapaknya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi lawatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pengkalan Feri Kota Samarahan, di sini, semalam. Turut serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan pemimpin PAS setempat.

Beliau yang juga Bendahari PAS Sarawak mendakwa keperluan rakyat kepada jambatan itu telah lama disuarakan kepada kerajaan negeri ini.

“Sebenarnya isu (jambatan) ini sudah berlarutan dan orang kampung sudah lama minta dan menunggunya.

“Sekarang ini, Alhamdulillah dalam proses pembinaan jambatan baharu itu yang merentasi Sungai Samarahan. Cumanya, diharapkan janji itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Sebab, apa yang kita (rakyat) tengok sudah dua tiga kali program perasmian (bina jambatan) dibuat apabila datangnya pemimpin Barisan Nasional (BN),” jelasnya selaku Yang Dipertua PAS kawasan Samarahan.

Ketika ditanya tentang penerimaan rakyat terhadap kempennya sejak hari penamaan calon, beliau yang juga Penyelaras Dun Muara Tuang yakin peluang PAS untuk menang agak cerah.

Menurutnya, kehadiran PAS secara serius dalam masyarakat tersebut bermula selepas PRN ke-10 pada tahun 2011 lagi.

“Alhamdulillah, setakat ini penerimaan rakyat di Kota Samarahan ini terutama di Dun Muara Tuang sangat baik.

“Sebab, kita (PAS) telah bekerja dan dampingi rakyat sejak tahun 2011 lagi. Selepas PRN ke-10 tahun 2011 yang lalu, kita terus bekerja untuk mendekati orang-orang kampung dan di kawasan Kota Samarahan ini hampir 90 peratus telah mengenali PAS ini, insya Allah,” jelasnya yang sentiasa tersenyum.

Kehadiran beliau bertemu rakyat bersama dengan pimpinan utama PAS seperti Tuan Guru Abdul Hadi  dan Takiyuddin cukup memberi kesan kepada para pengundi.

Calon PAS itu, Zulkipli Ramzi, 38, berpendidikan Diploma Elektronik Industri dan Instrumentasi, Pusat Latihan Teknikal (YDTC) Sarawak serta bekerjaya sebagai usahawan. - HARAKAHDAILY 5/5/2016

Tuan Guru Abdul Hadi bersama Zulkipli rancak bersembang dengan beberapa penduduk di kedai kopi Jeti Muara Tuang.

Sumber HD - 5-5-2016





















PAS optimis menang, buat lonjakan saat akhir

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Terdapat beberapa kerusi yang dikesan berpotensi bakal dimenangi oleh PAS dalam Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau dalam siri lawatan bersama pimpinan PAS Pusat ke kawasan Dun-Dun yang ditandingi oleh PAS menegaskan keyakinan itu berdasarkan laporan yang diterima dalam mesyuarat induk Badan Perhubungan PAS Sarawak, semalam.

"Respons sangat positif dan sambutan pun sangat baik. Setakat ini kita telah membuat analisa terhadap Dun-Dun tersebut.

"Ada beberapa Dun yang kita rasa sangat berpontesi untuk kita menangi dan kita minta petugas-petugas kita membuat lonjakan di saat-saat akhir," terang beliau dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Siri lawatan bersama pimpinan PAS pusat bermula daripada Dun yang terdapat dalam daerah Kuching dan berakhir ke Dun Beting Maro. Turut bersama dalam kunjungan tersebut adalah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Tuan Ibrahim juga menasihati para petugas agar berwaspada pada saat terakhir menjelang hari pembuangan undi Sabtu ini.

Ini kerana, katanya pihak Barisan Nasional akan menggunakan pelbagai kaedah bagi memenangi pilihan raya kali ini.

“Biasanya jika BN rasa terancam, mereka akan turun dengan pelbagai bentuk. Berlaku sedikit provokasi di sebelah Bintulu, banner kita dibakar, dicat dan sebaganya. Kita mengharapkan ini tidak merebak dan berkesudahan dengan baik,” ujarnya ketika ditemui di Markaz PAS Sadong Jaya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada jentera negeri-negeri yang turun membantu 11 Dun yang ditanding oleh calon PAS. Mereka datang membantu jentera tempatan bagi memantapkan serta menaikkan motivasi.

“Mereka datang dengan penuh semangat bekerja dan juga ini merapatkan ukhuwah petugas-petugas parti. Insya Allah dengan kesungguhan kita bekerja dan kemudian calon kita yang baik, mudah-mudahan Allah beri kemenangan kali ini,” katanya lagi.

Ditanya tentang Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS, beliau menjelaskan dalam situasi PRN Sarawak terdapat sedikit perubahan.

“Walaupun ianya tidak besar dalam konteks pilihan raya, tapi khususnya hubungan kita dengan pegawai kerajaan. Saya sedikit komen berhubung dengan sekatan tempoh tinggal sebahagian pimpinan pusat disenaraikan orang tidak dibenarkan lebih daripada 5 haribulan. Ini kita harapkan dapat dipertimbangkan di pihak imegresen, kerana saat akhir adalah tempoh penting bagi semua parti-parti politik.

“Budaya politik matang sejahtera ini, saya fikir, positif dalam konteks kita dengan pengundi, kita kunjung hormat, kita pergi ziarah dia.

"Kita, niat kita pergi ziarah dan hubungan kita pergi ziarah itu kita dapat pahala. Dengan sebab kita pergi dengan niat baik, mudah-mudah kita mendapat respons yang baik (dari pengundi),” jelas beliau.

Sumber HD - 5-5-2016





















Dun Sarawak perlukan pembangkang konstruktif

HARAKAHDAILY | .


Bumi Kenyalang adalah dataran subur dan indah. Masyarakatnya mudah mesra dan politiknya harmoni. Bumi pahlawan Rentap dan Rosli Dhobi ini sangat berpotensi menjadi sebuah negeri yang maju ekoran hasil bumi yang lumayan.

Kehadiran PAS di bumi bertuah ini bersifat membantu rakyat Sarawak agar mereka dapat menikmati hak yang sepatutnya mereka miliki.

PAS hadir untuk mengangkat suara rakyat yang diwakili ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak agar mendapat perhatian wajar dari kerajaan yang memerintah.

Dun Sarawak memerlukan pembangkang yang konstruktif (membina) dan baik ke arah mewujudkan "check and balance" dalam pentadbiran dan pemerintahannya. Ia sangat penting dan akan memulangkan suatu yang positif kepada rakyat.

Bukanlah bermaksud untuk mengajar rakyat Sarawak yang pastinya bijak menentukan pilihan dan masa depan mereka.

Namun hadirnya PAS adalah untuk mengajak rakyat Sarawak memimpin kebangkitan dan melakukan perubahan "Untukmu Sarawak" demi Sarawak Sejahtera makmur dan membangun dengan adil dan saksama.

PAS bertanding 11 kerusi sahaja dan bersedia untuk menjadi pembangkang yang membina seraya menyuburkan proses demokrasi di Dun Sarawak.

Pada masa yang sama, PAS mengemukakan calon yang berwibawa, berilmu dan mempunyai moral yang tinggi sebagai asas kepercayaan yang layak diharapkan oleh rakyat Sarawak.

Nasrudin Hassan

Sumber HD - 5-5-2016
























PAS Sarawak tidak akan sertai BN























      HARAKAHDAILY | .


PAS Negeri Sarawak dengan ini menyatakan pendirian tegas bahawa kami sama sekali tidak akan bergabung atau menyertai Barisan Nasional (BN) Negeri Sarawak.

PAS Negeri Sarawak akan tetap berada di posisi rakyat memperjuangkan nasib, hak serta tuntutan warga Bumi Kenyalang ini.

BN Sarawak selaku parti komponen yang telah memerintah negeri ini lebih 50 tahun ternyata gagal membela dan mempertahankan kepentingan negeri dan rakyat Sarawak secara menyeluruh.

Hasil dan kekayaan Sarawak diambil dan dimiliki bukan peribuminya, bahkan majoriti rakyat negeri ini hidup dalam kedaifan yang mendukacitakan termasuk tanpa kemudahan dan infrastruktur asas.

PAS menyelar dan menentang ketidakadilan, kezaliman, penyelewengan serta ketidakpedulian pemerintahan BN Sarawak dan Persekutuan terhadap kepentingan negeri ini.

Semua kemungkaran politik ini mesti dibetulkan dengan peranan dan suara kukuh PAS menerusi ruang yang ada. Sehubungan itu teramat penting PAS mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

PAS akan bertindak dengan peranan 'semak dan imbang' yakni selaku pembangkang yang konstruktif demi kepentingan rakyat dan negeri.

PAS akan menegur dan menasihati kerajaan dalam memastikan pelaksanaan hak rakyat ditunaikan. Manakala setiap penyelewengan dikritik dan ditentang. PAS akan memastikan setiap kezaliman kepada rakyat dicegah.

Sehubungan itu, sebarang dakwaan bahawa PAS akan bersama BN adalah sama sekali tidak benar. Sebaliknya PAS akan terus berjuang untuk menggantikan BN dengan menegakkan pemerintahan Islam yang adil untuk semua masyarakat Sarawak.

"Untukmu Sarawak, Sarawak Sejahtera"

HAJI JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak
5 Mei 2016 | 27 Rejab 1437 - HARAKAHDAILY 5/5/2016

Sumber HD - 5-5-2016



2 hari sebelum pengundian PRN Sarawak ke-11























      MUHTAR SUHAILI | .


Alhamdulillah di atas segala-segalanya. Bicara Dam’ah wa Ibtisamah (Setitis Air Mata dan Seulas Senyuman) ini ditulis khas untuk menyatakan rasa syukur dan menyampaikan ucapan terima kasih. Luahan nurani dari rasa hati ini dinukil khas melalui tinta perjuangan demi menajam fikiran dan menaikkan semangat Islami agar rasa-rasa itu terus menjulang tinggi. Semoga semangat ini kekal membara dari kini sampai akhir nanti. Semoga tulisan ini ada kebaikan dan manfaatnya buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian. Saya doakan kemuliaan dan kebahagiaan buat kalian dalam perjalanan dan kembara istiqamah menuju kecemerlangan dunia dan Akhirat. Mudah-mudahan kesampaian. Allahumma Aamiin!

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini sangat istimewa namun mencabar bagi saya. Saya terlibat secara langsung dalam perancangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam PRN kali ini dengan keterlibatan di semua peringkat parti dari Jawatankuasa Induk (JKI), Jawatankuasa Strategi (JKS) sehinggalah Jawatankuasa Operasi (JKO) selain dilantik sebagai Jurucakap Rasmi PAS untuk PRN Sarawak selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS).

Bermula dari perancangan strategik, pencarian dana, pengurusan jentera, pemilihan calon, pelancaran Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak, pengisytiharan calon, penamaan calon sehinggalah kini kempen pilihanraya menjelang hari pengundian pada Sabtu 7 Mei ini, semuanya adalah lembaran hidup yang akan diabadikan sebaiknya.

Saya seorang jurutera dan saya pernah menyatakan bahawa “mengurus hati dan manusia tidak semudah mengurus robot dan mesin”. Wallahi, banyak pengalaman, pelajaran dan cabaran dalam menguruskan pilihan raya kali ini.

Namun sumbangan saya sebenarnya terlalu sedikit! Hero sebenar ialah ratusan bahkan ribuan ahli, petugas dan penyokong PAS dari seantero negara di seluruh peringkat yang turun padang di Bumi Kenyalang memerah keringat, mencurah idea dan berkorban diri dan harta dalam misi memenangkan PAS dan Islam di Sarawak. Mereka ikhlas berjuang dan tidak berkira semata-mata mengharap redha Allah! Kebanyakan mereka datang bertugas dengan duit dan perbelanjaan sendiri dan selayaknya mereka mendapat tempat di dalam doa dan munajat kita semua.

Berderai air mata ini menatap gambar Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi (mantan Pesuruhjaya PAS Sarawak pertama) yang hadir ke penamaan calon Samariang dengan berkerusi roda. Insan yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) ini telah meletakkan Islam melebihi hidupnya. Sebak hati menatap gambar petugas-petugas di Kakus yang sanggup ke ulu pedalaman bertemu pengundi di rumah-rumah panjang dengan penuh semangat juang. Perjalanan yang jauh dengan jalan yang sukar penuh debu bukan penghalang, bahkan gambar makan tengah hari dengan mi maggi di tepi sungai sangat menyentuh perasaan. Lebih menarik, replika pesawat jet pejuang yang diletakkan di Pekan Tatau mencuri tumpuan dan mendapat liputan media di seluruh negara.

Semangat petugas di Pantai Damai yang menaiki bot tambang ke Pulau Salak, jentera Muara Tuang yang menghiasi jalan Kota Samarahan dengan kibaran megah bendera hijau PAS, petugas Sadong Jaya yang menaikkan gugusan bendera yang menghiasi angkasa selain replika meriam buatan dibalut bendera PAS, semangat anak muda Sebuyau yang tanpa mengenal penat lelah bertugas di bilik gerakan dan memacak bendera di atas bukit kuari, kekuatan pasukan PAS di Jepak yang terus memperhebatkan kempen meski padang perlawanan tidak sama rata, jelajah ke pelbagai lokaliti di Samalaju dengan kawasan Dun yang agak luas, gambar anak-anak harapan bangsa memegang belon PAS dengan senyuman di bibir, penerimaan terhadap PAS daripada masyarakat majmuk majoriti Cina di Pujut dan paling istimewa di Beting Maro apabila ayah biras saya yang dahulunya tegar menyokong BN ketika saya berambeh (berziarah dan tidur bermalam) di rumahnya baru-baru ini telah memakai baju PAS dan menyatakan akan mengundi PAS kali ini!

Inilah senario semasa dan kisah benar yang berlaku yang meyakinkan saya bahawa PAS hakikatnya sudah menang, tidak kira apa jua keputusan pilihanraya nanti! Lebih mengharukan, saya mengenali sahabat yang telah menginfakkan puluhan ribu hartanya untuk pilihan raya kali ini di kala beliau sendiri berhadapan mehnah dan tribulasi. Bahkan sendu di hati bila seorang pakcik tua menelefon saya 3 kali untuk menyatakan telah memasukkan sumbangan RM100 pada setiap panggilan dan di akhir perbulan (ketiga-tiganya!) menangis kerana hanya itu yang mampu diberi untuk perjuangan Islam dan tiada keupayaan untuk turun sendiri ke medan membantu PAS Sarawak dalam pilihan raya ini. Hanya satu pintanya “Doakan pakcik ya anak supaya istiqamah sampai mati!”

Selanjutnya, saya kagumi semua calon yang bertanding! Haji Jofri Jaraiee (Pesuruhjaya PAS Sarawak) yang tawakkalnya tinggi dan yakin penuh rezeki itu dari Allah SWT. Beliau meletak jawatan dari Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB), syarikat yang beliau telah berkhidmat 24 tahun semata-mata kerana memikul amanah jamaah. Ia bukan pengorbanan yang calang-calang dengan meninggalkan jawatan bergaji beliau bila mana mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan bertanding di kerusi majoriti Cina N.74 Pujut yang mana atas kertas sukar untuk menang.

Saya tabik kepada Sdr Mohammad Arifiriazul Paijo (calon N72 Lambir, 32 tahun, mantan Eksekutif IT PCSB), Sdr Zharudin Narudin (calon N70 Samalaju, 31 tahun, mantan Jurutera Malaysia LNG), Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi (calon N07 Samariang, 30 tahun, Imam dan Qari Al-Quran) dan Cik Hamidah Mokhtar (calon N29 Beting Maro, 26 tahun, Usahawan Muda – Pengarah Butik Muslimah). Mereka semua lebih muda dari saya namun bersemangat waja menerima taklifan yang diputuskan oleh jamaah.

Saya juga terharu dengan TR Clement Bayang, calon bukan Islam mewakili Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menyatakan keyakinan penuh menjadikan PAS sebagai medan berjuangnya dalam politik. Bahkan beliau menyatakan "selama saya dengan PAS saya rasa betul-betul tenteram". Beliau telah bersama PAS sejak tiga tahun dan kini dipilih sebagai calon dan giat berkempen bersama parti Islam ini di N.60 Kakus, di mana pengundi di sini kebanyakannya berbangsa Iban dan beragama Kristian. Syukur yang tidak terhingga penduduk mula menerima dan memahami perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Demikian juga dengan calon yang lain iaitu Cikgu Asan Singkro (N24 Sadong Jaya), Tuan Haji Kiprawi Aman (N67 Jepak), Sdr Zulkipli Ramzi (N16 Muara Tuang), Sdr Zainal Abidin Yepni (N04 Pantai Damai) dan Ustaz Haji Wan Abdillah Ahmad (N27 Sebuyau) yang sanggup mengorbankan kepentingan diri demi untuk membawa panji jamaah. Antum insan terpilih, semoga Allah merahmati kalian dan menerima tadhiyyah (pengorbanan) yang dilakukan.

PRN kali ini juga banyak berita menarik yang menceriakan dan juga hal istimewa yang menitiskan air mata kegembiraan! Saya terharu apabila pada malam Pelancaran Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak oleh Tuan Guru Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kuching pada 12 Mac 2016, sejumlah lebih setengah juta ringgit (RM516,000) berjaya dikumpulkan.

PAS bukan parti yang kaya, bahkan antara perkara yang menjadi kebimbangan saya apabila kita putuskan bertanding 11 kerusi (6 kerusi lebih banyak berbanding PRN Ke-10) ialah tentang dana untuk membiayai keseluruhan perjalanan pilihan raya. Namun benarlah kata-kata Almarhum Ustaz Harun Taib: “Siapa kata PAS tak ada duit? PAS banyak duit.. Tapi duit PAS ada dalam poket ahli-ahlinya!”.

Lebih menyoronokkan ramai ahli PAS terus bersemangat menyumbang untuk pilihan raya kali ini. Peguam PAS berbondong-bondong turun padang membantu memberi khidmat perundangan dan nasihat dalam hal-hal berkaitan peraturan pilihan raya. Puluhan bahkan mungkin ratusan doktor PAS bergilir-gilir menyediakan perkhidmatan perubatan percuma di kesemua 11 Dun. - HARAKAHDAILY 5/5/2016

Sumber HD - 5-5-2016


Politik Matang PAS Dapat Pujian Warga Samariang

Posted on Wednesday, May 04 @ 19:21:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




PAS adalah sebuah parti dakwah, tarbiyah dan politik. PAS sudah pasti berbeza daripada parti-parti lain yang berdaftar, kerana PAS dasar perjuangannya adalah Islam.

Ustaz Yusof Ahmad Sharkawi calon PAS DUN N.07 Samariang ketika melakukan ramah mesra di Restoran RnR berkata, ada dikalangan pengunjung mencadangkan agar PAS terus mengekalkan identitinya.

"Orang melayu ini ada 2 sahaja parti (utama), UMNO dan PAS" jelas beliau yang merupakan bekas penjawat awam.

"Saya ni agak seimbang suatu ketika dahulu, kadang-kadang saya akan sokong BN kadang-kadang saya sokong PAS, tapi sekarang saya lebih sokong kepada PAS, PAS perlu kekalkan identitinya." tegas beliau lagi.

Sambutan masyarakat disekeliling amat menggalakkan, ada juga dikalangan pengunjung yang memberi beberapa nasihat dan cadangan penambah baikkan buat PAS.

"Saya harap PAS lebih utamakan pendekatan menerang daripada menyerang" cadang salah seorang pengunjung yang duduk semeja bersarapan dengan Ustaz Yusof.

Sumber TKO - 4-5-2016



Sekitar Kempen Presiden PAS di Kuching
Posted on Wednesday, May 04 @ 19:19:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Suasana sekitar Bandaraya Kuching dan Kota Samarahan.Kempen calon Pas dan BN. Dato' Seri Tuan Guru Presiden juga hadir untuk berkempen di Dun Muara Tuang, Kota Samarahan.























Sumber TKO - 4-5-2016

Masyarakat Iban serah borang sertai DHPP di Kakus

HARAKAHDAILY | .




BINTULU: Menjelang hari mengundi Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini, PAS terus mendapat tempat di hati masyarakat.

Pada malam ini, satu lagi kejutan berlaku dalam kempen PAS di Dun Kakus.

Seramai 70 orang Iban di rumah panjang Dingun menyerahkan borang untuk menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Penyerahan dibuat oleh Tupong anak Lunsa kepada AJK PAS Pusat, Razman Zakaria dalam satu majlis ringkas yang disrtai penduduk lima buah rumah panjang iaitu Dingun, Adam, Janatan Philip, Ramat dan Idijemat.

Turut hadir ialah Adun Beserah, Pahang, Andansura Rabu dan Yang Dipertua PAS Kawasan, Mohd Azwani Abdul Rani. - HARAKAHDAILY 4/5/2016

Sumber HD -4-5-2016

























Khalid Ibrahim bukan ahli PAS - Abdul Hadi

Posted on Wednesday, May 04 @ 16:48:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



KUCHING: PAS menepis khabar angin kononnya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyertai parti Islam itu, susulan tindakannya berkempen untuk calon parti terbabit.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau belum menerima sebarang permohonan daripada Khalid yang telah dipecat PKR, ekoran isu Menteri Besar Selangor yang berlarutan selama setahun.

“Beliau adalah ahli Parlimen bebas. Beliau ada hak untuk menyokong mana-mana parti yang bertanding pada pilihan raya ini,” katanya dalam satu sidang media lewat malam tadi.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengejutkan ramai, apabila beliau dilihat berkempen bersama calon PAS DUN Samalaju, Zharudin Narudin di Bintulu, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 Sabtu ini.

Ini bukan kali pertama Khalid menyertai program PAS. Beliau pernah menghadiri Muktamar PAS ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor tahun lalu.

Khabar angin berhubung penyertaannya dalam PAS bertiup kencang sejak itu, namun tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu yakin mampu mencipta sejarah dengan memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi di PRN Sarawak kali ini.

Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi pihaknya, PAS mungkin mendahului parti serpihannya, Parti Amanah Negara (AMANAH).

PAS bakal berentap dengan AMANAH di lima kerusi, iaitu Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Kedua-dua parti itu mengambil pendekatan berkunjung dari rumah ke rumah untuk mendekati pengundi.
Sumber TKO - 4-5-2016

Jentera tempatan lonjak kemenangan PAS

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .




KUCHING: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menaruh keyakinan tinggi bahawa penerimaan rakyat terhadap PAS bakal meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Ini kerana, katanya pada pilihan raya kali ini PAS mempunyai ramai petugas parti dalam kalangan anak tempatan.

Menurutnya, gerak kerja kempen jentera pilihan raya parti berjalan dengan baik serta menunjukkan perkembangan positif rakyat.

“Malam ini kami mendengar laporan terakhir daripada Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak. Persiapan terakhir sebelum pilihan raya pada hari Sabtu, 7 Mei ini.

“Dari segi gerak kerja jentera pilihan raya dan perjalanan kempen parti, Alhamdulillah berjalan dengan baik dan perkembangan sangat positif.

“Ini kerana, kita telah kali ketiga pilihan raya di Sarawak ini. Kita dapati kita telah mencapai kemajuan lebih daripada pilihan raya yang lalu.

“Apa yang pentingnya, kita (PAS) mempunyai petugas-petugas, anak-anak tempatan dengan jumlah yang lebih besar dari sebelumnya,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak, di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Marang itu menambah, perkembangan positif PAS pada kempen pilihan raya kali ini bakal meraih kemenangan kelak.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata PAS bakal meraih kemenangan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sarawak.

Justeru, kata beliau PAS akan mempertingkatkan kempen parti bagi mendekati para rakyat hingga hari mengundi.

“Alhamdulillah, dengan kemajuan kita telah meningkat dari segi persiapan yang telah kita buat dan kemajuan yang telah kita capai. Walaupun masih ada beberapa perkara yang perlu kita selesaikan.

“Ini telah memberi gambaran yang positif untuk kita capai sebagai kemenangan di Sarawak. Kemenangan yang pertama dan itu bukan satu Dun, mungkin dua Dun, tiga Dun atau lebih lagi.

“Berdasarkan keputusan yang kita ambil dan mengarahkan supaya peningkatan itu akan terus dilakukan dan sehinggalah kita akan mencapai pada hari mengundi,” jelasnya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden PAS selaku Pengarah PRN Sarawak, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan. - HARAKAHDAILY 4/5/2016

Sumber HD - 4-5-2016



























BN layan rakyat Sarawak umpama setinggan

IZWAN ABDUL HALIM | .


MIRI: Kerajaan BN melayan rakyat Sarawak umpama setinggan ketika berhadapan pemaju setiap kali menyelesaikan hak berkaitan tanah.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, kerajaan akan lebih mengutamakan pemaju dari rakyat yang menuntut hak.

Demikian itu menurutnya, seruan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem untuk menyatukan penduduk hanyalah kenyataan politik semata-mata.

"Sudah lebih 50 tahun BN memerintah, kalau benar hendak satukan rakyat adalah dengan menjamin mereka hidup.

"Miliki tanah sendiri, tetapi ramai peribumi yang merupakan penduduk asal tidak dibela," bidasnya pada Sidang Media Khas di Pejabat PAS Kawasan Miri, di sini semalam 3 Mei.

Terangnya, walaupun kerajaan ada mengumumkan projek perumahan di bawah skim PR1MA tetapi rakyat tetap tidak mampu memilikinya.

Masalah utama jelasnya, adalah kerajaan tidak mengawal harga-harga rumah yang dibina sesuai dengan kemampuan rakyat.

Sementara itu beliau yang juga calon PAS N.74 Pujut memaklumkan, akan menubuhkan Jawatankuasa Perpaduan Bangsa.

Jelas Jofri, jawatankuasa itu bertujuan membina hubungan khususnya dengan persatuan-persatuan pelbagai bangsa.

"Tujuan kita supaya sesama bangsa dapat hidup lebih aman damai. Kita tidak mahu isu perkauman wujud. Media tertentu ada mainkan sentimen perkauman dan agama.

"Secara dasarnya kita di Miri pelbagai kaum ini tidak ada masalah hidup sekali. Tetapi penubuhan jawatankuasa ini bertujuan untuk lebih merapatkan," terangnya.

Katanya, PAS membawa mesej kesejahteraan yang membawa pengertian keamanan dan keharmonian untuk semua.

PAS tegasnya datang menyatukan penduduk dari pelbagai latar belakang berbeza, bukan memecahkan masyarakat. – HARAKAHDAILY 4/5/2016

Sumber HD - 4-5-2016



























Uncle Sum seru kaum Tionghua undi calon PAS

IZWAN ABDUL HALIM | .


MIRI: PAS berbeza dari Umno dan PAS tidak akan bergabung dengan Umno, demikian mesej ditegaskan bekas Adun DAP Bercham (Perak), Sum Cheok Leng.

Menurutnya, PAS bertanggung jawab membela rakyat dan tidak sama dengan Umno yang setelah 50 tahun memerintah tetapi menghadirkan rakyat dengan pelbagai penderitaan.

Malah katanya, tidak benar sama sekali media menggambarkan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Apatah lagi katanya, persepsi itu semata-mata dari kehadiran Presiden Umno, Datuk Sri Mohd Najib Razak melawat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara.

"PAS tidak pernah kata mahu bergabung dengan Umno, tetapi tegas kata mahu ganti Umno. Tidak seperti parti lain yang kata sedia bersama Umno," bidasnya merujuk sikap ditunjukkan parti-parti Pakatan Harapan.

Beliau berkata demikian pada ceramah kelompok di Taman Tunku, di sini malam tadi 3 Mei.

Bekas ahli DAP selama 44 tahun itu yakin, hanya PAS yang dapat menjamin untuk memberi rakyat kehidupan lebih baik dan selesa kerana sifat tanggung jawab parti Islam itu.

Terdahulu pada sebelah petang, beliau menyatakan sokongan padunya kepada calon PAS pada sidang medianya di Pejabat PAS Kawasan Miri.

Beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap DAP dan SUPP yang tidak mengubah nasib penduduk di kawasan diwakili mereka.

"Hanya pandai cakap dalam dewan (Dewan Undangan Negeri) selepas itu balik tidur. Mereka hanya main isu sahaja. Mereka bukan berjuang untuk kepentingan rakyat," bidasnya.

Beliau turut merujuk kepimpinan PAS di Kelantan sebagai bersih dalam arena politik serta menyeru penduduk Miri khususnya kaum Tionghua menyokong calon PAS. – HARAKAHDAILY 4/5/2016

Sumber HD - 4-5-2016



























PAS tidak tawar janji manis kepada pengundi

IZWAN ABDUL HALIM | .


TINGGAL tiga hari berbaki kempen sebelum hari pengundian PRN Sarawak pada Sabtu, 7 Mei ini. Di media, laporan lebih mendominan kepada pergerakan BN.

Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM cuba membawa pembaca kepada satu pandangan sisi dari perspektif PAS.

Ikuti temubual beliau bersama Pengarah Jentera Operasi PAS PRN Sarawak, Dr Wan Nik Wan Yussuf yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat pada 4 Mei.
Apakah analisis Dr berhubung kemungkinan kedudukan kerusi-kerusi yang PAS tandingi pada PRN ini?

DR WAN NIK: Alhamdulillah PAS telah berjaya meletakkan calon bertanding di 11 Dun, iaitu di Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Samalaju, Jepak, Pujut dan Lambir.

Berdasarkan tinjauan awal selepas penamaan calon dan setelah kempen berjalan, ternyata kesemua calon bersemangat tinggi ditambah lagi berlakunya sokongan kuat jentera tempatan dan dibantu oleh pimpinan dari PAS Pusat dan pembantu dari negeri-negeri.

Ternyata setakat ini bagi kesemua Dun tersebut PAS mempunyai peluang kemenangan yang agak baik. Ia termasuklah di Dun yang komposisi pengundi Iban dan Cina yang agak ramai.

Walaupun begitu PAS meletakkan harapan tinggi untuk melahirkan anak sulung terutamanya di Dun yang pernah PAS tandingi pada PRN 2011 lalu. Misalnya Dun Beting Maro, Sebuyau dan Sadong Jaya.

Namun hasil perkembangan politik terkini melibatkan masyarakat Iban dan Cina, nampaknya kempen PAS turut diterima baik seperti di Pujut, Lambir dan Samalaju. Maka harapannya PAS akan membuat kejutan di Dun ini.
Bagaimana Dr melihat 'mood' pengundi setelah lebih seminggu kempen dijalankan parti-parti bertanding?

DR WAN NIK: Alhamdulillah setakat ini kempen berjalan lancar terutamanya aktiviti yang dijalankan oleh pasukan kempen calon. Pihak calon sendiri nampaknya bekerja keras melakukan pertemuan dengan kelompok pengundi sasar dan individu penting dari pelbagai segmen pengundi. Malah ada calon yang mempunyai keluarga besar dan berpengaruh dan mereka yakin keluarga mereka menyokong penuh.

Walaupun begitu kita tetap bergantung kepada kerja keras kempen kalangan Pemuda dan Muslimat serta pasukan media baru. Terutama dalam menguasai minda pengundi muda di Lambir, Samalaju, Beting Maro dan Samariang yang calonnya adalah mewakili generasi muda.

Kemudian PAS turut menjalankan kempen pembinaan keyakinan pengundi agar memilih satu-satunya calon Muslimat di Beting Maro. Kerjasama baik pasukan Muslimat telah menggerakkan usaha mempopularkan calon PAS yang dilihat lebih menguasai 'mood' pengundi berbanding calon BN dan PAN adalah lelaki.

Saya yakin, dengan aktiviti kempen yang mengutamakan nilai-nilai "Sejahtera Untukmu Sarawak" akan berjaya membina 'mood' positif kalangan pelbagai segmen pengundi di Dun-dun PAS bertanding.

Nampaknya PRN kali ini agak 'sejuk', apakah isu-isu yang lekat atau berkesan di hati pengundi pada PRN ini?

DR WAN NIK: Sebenarnya bagi PAS, PRN Sarawak merupakan medan ulung untuk mempraktikkan maksud budaya politik matang dan sejahtera. Maka aktiviti kempen yang kita utamakan adalah mendekati pengundi dengan perbincangan, penerangan, berkebajikan dan silaturahim.

Meskipun ada provokasi pihak lawan terhadap kempen PAS seperti di Lambir berlaku 'billboard' PAS dikhianati, kita tidak 'reaktif', tapi kita cuba pasang balik.

Maka penyampaian isu kepada pengundi kita utamakan kempen seperti lawatan rumah ke rumah bagi memberi penerangan dan menjalin silaturahim agar calon kita dikenali.

Begitu pula, kita turut membuktikan kepada masyarakat PAS mampu memberi khidmat melalui usaha projek Sejahtera di Samalaju dengan berkongsi isu rintihan penduduk Iban yang tertekan akibat projek Pan-Borneo.

Kita juga memperkenalkan teknologi 'Tubewell' bagi mendapatkan sumber air untuk mengatasi sedikit sebanyak isu berkalan air untuk kehidupan rakyat.

Atas pendekatan sedemikian, kita mengurangkan program bersifat 'showforce' atau rapat umum yang dikatakan tidak menepati sosiobudaya tempatan di Dun yang PAS bertanding.

Maka cara kempen PAS sebegini dilihat sejuk tetapi sebenarnya rancak dalam menyampai dan menyelesaikan isu kalangan pengundi.

Pendekatan budaya politik matang & sejahtera PAS, bagaimana Dr melihat ia memberi sesuatu dalam konteks Sarawak khususnya PRN ini?

DR WAN NIK: Sememangnya kita semua amat mengalu-alukan pendekatan politik matang dan sejahtera yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Presiden PAS pada awal tahun ini.

Sebagaimana saya nyatakan dalam ulasan tentang isu-isu kempen tadi, keutamaan kita ialah menemui dan menyampaikan isu-isu kepada pengundi. Bukannya untuk memaksa atau menawar janji manis kepada pengundi.

Kita sebut apa yang upaya dibuat. Ini kempen sebenar. Dalam bahasa Sarawak disebut "Kamek bekhidmat, Kitak mberik Mandat."

Kita tidak mahu pengundi terpengaruh dengan janji manis pemimpin BN. Misalnya di Beting Maro. PM dan TPM datang tabur janji atas kesusahan rakyat yang terbiar lama semenjak 50 tahun dulu lagi. Masalah bekalan air, jeti, jalan, jambatan dan sekolah serta pekerjaan anak muda. Malah isu yang lebih besar tentang tanah adat tempat hidup mereka, tidak dihiraukan.

Maka PAS berkempen secara matang, kita nyatakan kebenaran. Jika mahu dapatkan semua kemudahan "kitak berik mandat ke PAS" dan PAS akan suarakan dalam Dewan Negeri. Maka PAS wajib dipilih.

Selama ini pun, Beting Maro dapat projek kemajuan apabila PAS banyak bersuara ketika pilihan raya 2001. 2006, dan 2011 lalu. Jadi, ada baiknya PAS diberi peluang menang untuk khidmat yang lebih baik demi kesejahteraan kepada semua  rakyat.

Kehadiran pimpinan utama PAS dan kesannya pada PRN ini?

DR WAN NIK: Dari aspek operasi pilihan raya, kita telah jadualkan penglibatan pimpinan parti di semua peringkat. Oleh sebab itu kita buat pembahagian bertugas ikut Dun. Misalnya Pimpinan Pemuda hendaklah memberi fokus kepada Dun Lambir, Muslimat di Dun Beting Maro dan Ulama di Dun Samariang.

Demikian juga pimpinan PAS Pusat dilantik sebagai Mas'ul kepada Dun tertentu demi melicinkan urusan perjalanan kempen dan persiapan pilihan raya. Sekaligus juga, semua pimpinan PAS dari Negeri-negeri datang membantu mengikut gelombang negeri masing-masing.

Pendekatan yang diambil ini telah banyak menyelesaikan urusan pengarahan, pemantauan dan bantuan logistik di setiap Dun yang kita bertanding. Alhamdulillah, setakat ini jentera kita di setiap Dun berjalan lancar.
Apakah ulasan Dr mengenai pendekatan parti-parti lain pada PRN ini?

DR WAN NIK: Dalam 11 Dun PAS bertanding, nampaknya kesemua berdepan dengan saingan tiga atau lebih penjuru, kecuali di Pantai Damai hanya PAS dengan BN.

Apa pun, persaingan sebenar PAS hanya dengan BN. Penglibatan parti ketiga dan keempat mahupun yang kelima dilihat kurang terserlah. Sebagaimana berlaku di lima Dun PAS berdepan dengan PAN di Muara Tuang, Samariang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro. Kita dapati kempennya tidak bersifat sebenar. PAS berdepan hanya dengan kempen sebenar daripada BN. Maka nampaknya semacam PAS dengan BN yang bertanding.

Apapun kita tidaklah memandang kecil penyertaan PAN, kerana kita sedar tujuan PAN adalah untuk memecah belahkan undi PAS. Maka jentera kempen kita diarahkan juga membuat tindakan sewajarnya bagi menjawab isu-isu kempen mereka yang banyak memburukkan PAS.

Demikian pula di Dun yang PAS berdepan dengan DAP dan PKR, terutama di sebelah zon utara. Maka kita gunakan pendekatan kesejahteraan dan perpaduan kaum dengan menggerakkan pasukan kempen Calon dan DHPP dapat menemui lebih ramai pengundi Cina dan Iban. Selain berusaha keras untuk memecah benteng BN di kawasan pengundi Melayu.

Apa pun kita sedar, masing-masing parti ada cara kempen yang berbeza. Misalnya BN lebih banyak menggunakan kekuatan kerajaan dan menteri Pusat dan yang berkempen dengan tema memenangkan "Team Adenan Satem."

Namun, ada juga kelihatan sesama parti BN tidak 'ngam'. Contohnya di Dun Pujut, parti SUPP tidak dipilih sebagai calon BN, yang dipilih ialah calon langsung BN. Menyebabkan SUPP terkilan.

DAP dan PKR pula hampir senada dalam membangkitkan isu-isu ekonomi dan penyelewengan kerajaan BN atau PM. Tetapi jarang DAP dan PKR dilihat sepentas kerana mereka telah bertelagah sejak awal dalam isu perebutan kerusi untuk bertanding. Sedangkan mereka dalam satu Pakatan Harapan. Yang pasti Harapan sudah tinggal harapan.

Kesemua gelagat parti-parti pesaing itu berlaku di Dun yang PAS bertanding. Kita harap ia akan memberi kelebihan kepada PAS.

Jangkaan Dr terhadap politik Sarawak selepas ini dan pengaruhnya pada PRU14 nanti.

DR WAN NIK: Apa yang pastinya, BN dilihat berwibawa dan kondusif untuk kekal menang (ekoran jumlah Dun hasil persempadanan baru sebanyak 82 kerusi dan peralihan Ketua Menteri yang baru).

Memandangkan pula penyertaan PAS adalah untuk menang dan melahirkan Adun Sulung. DAP dan PKR pula sekadar untuk menafikan kuasa dua pertiga BN. Malah paling negatifnya, Pakatan Harapan yang diuar-uarkan telah bertukar kepada kekalutan yang bakal terbawa-bawa dalam PRU14 nanti.

Oleh itu, sekiranya BN kekal berkuasa,  maka Team Adenan Satem akan lebih berkuasa dan di sebelah kita PAS menganggap masa depan untuk perubahan politik Sarawak makin tertangguh.

Walaupun di sananya ada manfaat untuk rakyat Sarawak, tetapi tanpa suara semak dan imbang yang kuat, maka kerajaan yang berkuasa akan bertindak lebih korup. Ini petanda yang amat teruk kepada politik negara.

Bagi BN itulah impiannya untuk mereka kekal berkuasa di dalam PRU14. Ia kerana Sarawak dengan jumlah 31 Parlimen merupakan deposit tetap untuk PM, Datuk Sri Mohd Najib terus gah.

Jika ini benar berlaku, maka sesuatu yang malang kerana rakyat Sarawak akan dilihat bersubahat dengan tindakan korup pemimpin Pusat dalam isu 1MDB, GST, TPPA, wang RM2.6 billion, penyelewengan Tabung Haji. Isu pendidikan DLP dan sebagainya.

Apa pun kita mengharapkan kesan PRN Sarawak kali ini bukan petunjuk sebenar kepada persaingan pada PRU14. – HARAKAHDAILY 4/5/2016

Sumber HD - 4-5-2016



























Bekas ADUN DAP bantu kempen PAS di kawasan Cina

Posted on Tuesday, May 03 @ 19:32:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MIRI: Bekas Ahli DAP Perak dan ADUN Bercham, Sum Cheok Leng tiba di Miri hari ini bagi membantu kempen PAS yang merupakan kawasan majoriti Cina.

Beliau berkata, hanya wakil rakyat PAS sahaja yang dapat membawa suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri.

“Saya datang dari Perak untuk sokong PAS bertanding di kawasan Cina. Selepas diwakili Roket (DAP) dan SUPP, (keadaan) ada berubah?

“Kini hanya tinggal PAS yang mampu bawa isu rakyat. Saya gesa pengundi di sini sokong dua calon ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau merujuk kepada calon Pujut, Jofri Jaraeei dan calon Lambir, Arif Paijo yang turut hadir bersama beliau dalam sidang media itu.

“Ini (bawa suara rakyat) bukan kerja mudah. Macam Roket sebelum ini, di luar atau dalam Dewan, lepas cakap mereka balik tidur…Hanya tahu main isu sahaja,” katanya.

Beliau juga memaklumkan akan menyertai kempen PAS selepas ini terutama di kawasan masyarakat Cina.

Cheok Leng umum keluar DAP dan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada Ogos tahun lalu.

Antara sebab yang dinyatakannya ketika itu adalah PAS menjadi pentas terbarunya untuk berkhidmat kepada rakyat, selepas tidak dicalonkan semula dalam PRU 2013.

Cheok Leng yang mendakwa menganggotai DAP selama 44 tahun itu turut mengambil kesempatan menyerang bekas partinya itu.

“Dasar DAP adalah sosial demokratik, jaga keadilan dan kesaksamaan. Tetapi dalam parti ia tidak wujud.

“(Sebelum ini) Mereka tolak saya. Tetapi selepas keluar DAP dan masuk PAS, mereka serang saya pula. Saya tidak mahu cakap tentang DAP lagi. Saya ahli PAS sekarang,” katanya lagi.

Sumber TKO - 3-5-2016

Arif prihatin keperitan hidup penduduk Lambir





























IZWAN ABDUL HALIM | .


Keperluan dan rutin asas kehidupan rakyat menjadi perkara yang mendapat perhatian tinggi Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo.

Calon PAS N.72 Dun Lambir itu memandang serius terhadap masalah penduduk di mana tidak mempunyai kediaman yang asas dan selamat.

Ditambah pula terpaksa hidup mendiami tanpa bekalan air bersih dan elektrik, selain pemilikan tanah yang tidak selesai.

Sehubungan itu, beliau berusaha mengajukan permasalahan tersebut kepada pihak sepatutnya, selain berusaha menggerakkan dermawan masyarakat.

"Masih ada orang hidup seperti kami di zaman ini. Inilah 'dunia tersembunyi' sebenarnya," aju seorang pemuda di Kampung Subak, diziarahi Arif semalam.

Terdahulu, beliau turut meninjau perkembangan satu keluarga di Kampung Tunku Abdul Rahman yang mengalami nasib serupa.

Beliau turut menyuarakan pembelaannya terhadap nasib golongan nelayan dan petani ketika singgah di Tamu Simpang Bakenu.

Menurutnya, walaupun ada penduduk Sarawak yang menyara hidup dengan hasil laut dan pertanian, tetapi mereka lakukan dengan sedaif-daifnya.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana tidak ada inisiatif dan bantuan sewajarnya dari pihak tertentu agar golongan itu dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Apatah lagi katanya, untuk mengembangkan usaha penduduk ini menjadi produk hiliran yang boleh diluaskan pasarannya serta mendatangkan tambahan pendapatan.

Beliau juga mendapati ramai rakyat negeri ini terabai dari sudut kesihatan oleh faktor perkhidmatan yang terhad.

"Sedangkan Sarawak ini ada royalti, kaya dengan hasil petroleum dan gas, banyak hasil bumi. Tapi semuanya diambil dan dimiliki oleh orang lain.

"Kerajaan yang ada tidak memikir untung nasib negeri dan rakyatnya. Menjadilah kita hidup seperti ini," ujarnya pada acara sukaneka di Kampung Berjaya Lama.

Sumber HD - 3-5-2016






























Penduduk Samariang tidak mahu ditipu lagi

HARAKAHDAILY | .


Keyakinan masyarakat Samariang masa kini adalah tinggi terhadap PAS, berikutan banyak tindak-tanduk daripada kerajaan sedia ada, tidak menunaikan hasrat keperluan masyarakat tempatan, terutama dalam isu-isu keperluan asas masyarakat seperti keperluan air dan elektrik.

"Saya sudah 10 tahun tinggal di sini, air ada. Tapi dalam sehari hanya satu jam sahaja air masuk," menurut apa yang diluahkan oleh masyarakat tempatan kepada Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Nazmi Nik Din yang turut hadir bersama membantu jentera Pilihan raya PAS Samariang.

Masyarakat Samariang bertegas, pihak berwajib sepatutnya tidak wajar mengabaikan hak-hak keperluan asas masyarakat setempat.

Samariang merupakan lokasi yang bukanlah pedalaman, bahkan ia tidak jauh dari bandar Kuching yang pesat membangun. Itupun masih diabaikan perihal air dan elektrik untuk masyarakat Samariang.

"Kami tidak mahu ditipu lagi, sudah lama hidup di sini, api tidak ada, air tidak ada," tegas penduduk tempatan.

Masyarakat Samariang juga turut kesal dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pihak kerajaan kepada mereka pada pilihan raya yang lepas.

"Jangan waktu mengundi baru nak ambil hati rakyat. Selepas mengundi tidak ingat rakyat, itu tidak boleh dan janji mesti ditepati," luah mereka ketika ditemui.

"Jangan pentingkan politik, ingat rakyat. Kami pun manusia biasa, kami pun nak hidup senang macam mana YB hidup," tegas mereka lagi sebelum beredar.

Sumber HD - 3-5-2016






























Mengimbau kenangan tanah kenyalang

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .

Nasi putih yang ditanak, menguap perlahan-lahan dengan aroma beras wangi yang menggiurkan. Ikan pekasam Sungai Sarawak menjadi pelengkap juadah kami, beberapa petugas pilihan raya dari tanah Semenanjung yang meluangkan masa membantu PAS Sarawak yang masih anak dara sunti. Tantawi melahap perlahan juadah tengah hari itu, bergantian serta bersilang tangan dengan aku melicinkan pinggan lauk berisi ikan pekasam. Jadual siang kami tidak begitu padat, manakala waktu malam diisi dengan ceramah kelompok.

Aku dan teman-teman lain termasuk Ustaz Yusuf Embong mudik dari Kuching untuk tiba ke Beting Maro. Tahun 2001, Sarawak masih tidak cekap pengangkutan darat, kami terlena panjang dalam bot panjang dan bertukar bot pula di pesisir. Tanah kenyalang yang pernah dijarah keluarga Brooke itu sangat rencam suku etniknya, dengan flora fauna yang memancing tarikan sihir. Islam hanya dianuti oleh 28 peratus warga Sarawak. Kristian agak bersungguh menebarkan kepercayaan mereka, manakala ramai kaum suku etnik ini mengamalkan animisme atau paganisme.

Tantawi dengan kilas serban "pondok Pasir Tumbuh" membidik kameranya ke arah pemandangan yang cantik. Kumpulan kami ditempatkan di sebuah rumah bertiang gagah daripada kayu berlian yang kuat jika lama terendam dalam air. Markas sementara itu disewa daripada  penduduk tempatan. Ada sekumpulan petugas Kelantan yang gigih berkempen termasuk Haji Nasir Daud dari Kuala Kerai. Aktivis muslimah PAS mengadakan kempen rumah ke rumah dengan diselit pelbagai program menarik. Muslimat Kelantan tersohor dengan idea-idea kreatif menarik mad'u, sesuai dengan nama negeri mereka, Cik Siti Wan Kembang.

Petugas tempatan rata-rata masih lemah kefahaman agamanya."Anta jangan terkejut, jika masa azan Maghrib nanti, ada anak-anak tempatan pergi mengail ikan untuk masakkan lauk malam...mereka ni bertakbir tapi memakai seluar pendek," tukas seorang petugas daripada Kelantan. Aku memahami bahawa, PAS sebagai gerakan Islam menceburi pilihan raya Sarawak bukan semata-mata untuk menang ,namun jauh lebih besar ialah untuk menebarkan dakwah.

"Malam ini Riduan dan Tantawi berceramah di Pusa Hilir, jam 7.00, sila tunggu kat jeti, bot akan datang ambik ke Pusa di jeti seberang, ada van akan tunggu," arah mas'ul bertugas yang aku terlupa namanya. Petang itu aku dan Tantawi menunggu bot ke Pusa dengan hati berbunga. Sungai Sarawak dengan air yang hitam itu menyimpan seribu satu sejarah panjang warganya selama berabad lamanya. Sepi dan bungkam!

Malam itu kami berceramah di dalam sebuah rumah kayu dimana telah dihadiri oleh 13 orang pendengar, dua daripadanya ialah anggota Cawangan Khas PDRM. Kedua mereka gigih mencatat butiran ceramah dan sesekali membidik kamera ke wajah kami yang separuh kacak. Usai ceramah kelompok malam itu, setelah dijamu kacang rebus dan teh O, kami bergerak pulang sekitar jam 11.30 malam.

Sebuah bot kecil teroleng-oleng dalam Sungai Sarawak siap memuatkan kami beberapa orang petugas Semenanjung. Pengendali bot anak tempatan separuh umur memegang lampu suluh sambil memandu bot memintas arus sungai yang kelihatan menyeramkan pada waktu malam. Aku mematai setiap objek yang melintas atau yang muncul di permukaan air, deru angin dan air bukan lagi nyanyian Halpa yang mengasyikkan. Dadaku bergelombang dan mulut mengumat pelbagai doa yang pernah aku hafal sepanjang denai hidupku.

"Sungai ni banyak buaya ni..." Tantawi berdecak dalam kesunyian dan kengerian malam pekat.

"Woiii, diamlah," aku memprotes untuk mematikan segera labunan Tantawi. Buaya adalah raja sungai yang tajam mendengar, itulah mitos kami anak-anak kampung sejak mengenali buana ini. Tantawi budak pedalaman yang kini anggota Dewan Legislatif negara kawasan Temerloh.

"Memang wajib disiku lutut jenis Tantawi ni," aku bersuara dalam hati. Perut berkeroncong, nurani ketakutan menyergap tetapi itulah teman yang aku ada saat susah dan senang. Dia menyeringai senyum.

Kami tiba di markas, menyerbu dapur dan mengusung periuk ke rumah tamu. Tanpa hitungan detik yang panjang, nasi dan ikan Sungai Sarawak dilangsaikan dengan sangat harmoni. Suhu dingin malam hari dengan unggas bersenandung sangat mendamaikan, pagi hari pula dengan cericau burung sangat mengasyikkan seperti mengulit lena. Aktiviti dengan masyarakat Beting Maro berjalan aman, sesekali diganggu samseng politik yang menghalang kami berkuliah di masjid kampung. Kerja dakwah ini bukan hanya berlegar dalam masjid, kami berceramah di kedai kopi kampung. Pemilik kedai kopi meletakkan syarat, supaya semua pelanggannya dibayar makan minum dan sedikit bayaran padanya kerana membenarkan premisnya digunakan.

Ceramah tetap berjalan dengan khalayak pendengar mengunyah kuih sambil mencicip kopi. Aku tak pasti sama ada kognitif mereka dapat menangkap butiran yang ingin kami sampaikan, isu domestik yang sedang melingkari batang tengkuk rakyat jembel pedalaman Sarawak. Tugas kami menyeru mereka dengan solusi Islam, kalau bukan mereka, mungkin anak cucu mereka yang akan menggalang gerakerja Islam di Borneo ini.

Tahun 2001 telah berlari jauh ke belakang, Sarawak masih terpuruk dan terkebelakang dengan jurang sosio ekonomi yang sangat menjolok mata dengan negeri-negeri Semenanjung. Pilihan raya 2001, PAS meletakkan calon di Sadong Jaya, Beting Maro dan Samariang. Ianya proses memperkenalkan harakah Islam ini kepada masyarakat Sarawak serta dengan obligasi dakwah yang komprehensif. Sarawak mutakhir ini, perkembangan PAS jauh terkehadapan berbanding 16 tahun lampau. Kelompok kelas  menengah terpelajar telah mendominasi gerak kerja amal Islami dibawah payung PAS dan pada kali ini PAS mensasarkan untuk bertanding 11 kerusi Dun.

Aku menyeru seluruh teman-teman aktivis, marilah kita mengucur keringat di Bumi Kenyalang ini. Sarawak bukan sekadar gambir Sarawak dan mi Satok, tetapi tanah hijau yang subur dakwah dan memerlukan perhatian kita semua. Bukan kepalang harta dan curahan keringat yang diperlukan untuk menyuburkan Islam di Sarawak, namun apa pilihan yang kita ada demi untuk melihat fajar Islam menyirami tanah Borneo itu. Jom kita serbu Sarawak teman-teman! - HARAKAHDAILY 3/5/2016

Penulis ialah mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber HD - 3-5-2016






























Pengundi Cina luah sokongan kepada Jofri

HARAKAHDAILY | .


Calon PAS N.74 Pujut, Jofri Jaraiee hari ini turun padang bagi menemui para pengundi yang berada di Pasar Besar Krokop.

Kehadiran Jofri memeriahkan seluruh Pasar Besar Krokop lantaran keramahan beliau bertegur sapa dengan para pengundi di samping cenderahati yang diberikan kepada para peniaga.

"Kali ini kita ubah, kita mau (mahu) tengok bulan akan mengambang," ujar seorang peniaga berbangsa Cina berseloroh ketika disapa oleh calon PAS tersebut.

Hampir keseluruhan para peniaga di kawasan tersebut adalah berbangsa Cina dan melahirkan rasa bangga, hormat dan percaya kepada calon PAS mampu membawa perubahan yang besar di Dun Pujut.

Sejurus selepas itu, Jofri bersama dengan para jentera PAS Pujut menemui para pengundi di Pelita Commercial Center yang juga menghimpunkan kebanyakannya pengundi berbangsa Cina.

Kehadiran Jofri ke kawasan tersebut juga disambut dengan positif dan matang daripada para pengundi dan juga pengunjung.

Dengan menggunakan konsep mesra pengundi, Jofri memasuki kedai-kedai yang berada di sekeliling Pelita Commercial Center sehingga menyebabkan ada di antara para pengunjung dan peniaga berasa terharu dan terkejut dengan kehadiran beliau.

Rata-rata para pengunjung sangat menyenangi budi bicara calon PAS Pujut ini kerana keramahan dan bahasa yang santun serta lembut yang digunakan kepada para pengunjung.

"Saya harap PAS akan memenangi sebuah kerusi di pilihanraya kali ini," kata salah seorang pengunjung.

Jofri Jaraiee, dengan perwatakan yang mesra rakyat sentiasa komited untuk memperjuangkan hak-hak rakyat di samping membawa masyarakat ke arah yang lebih baik.

Sumber HD - 3-5-2016

Masyarakat Beting Maro harap calon PAS menang

HARAKAHDAILY | .


Semangat masyarakat Beting Maro berada pada tahap yang sangat tinggi dalam usaha untuk memenangkan calon PAS, Hamidah Mokhtar sebagai wakil rakyat mereka.

Pelbagai pihak termasuk masyarakat kampung, para peniaga dan orang perseorangan yang ditemui, menaruh harapan besar supaya PAS dapat mencipta kemenangan di sana.

Kesepakatan itu ditunjukkan melalui kerjasama erat antara pemimpin dan jentera PAS, bergandingan dengan masyarakat tempatan menjadikan hampir setiap aktiviti mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Kehadiran jentera PAS di kampung-kampung disambut dengan penuh mesra bagaikan keluarga besar yang sudah saling mengenali.

Kelihatan juga, masyarakat berbilang etnik yang tidak kekok menggayakan baju PAS sebagai tanda sokongan semasa kunjungan calon PAS ke tempat mereka.

Ternyata, 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS)' dilihat mampu menyatukan masyarakat berbilang etnik dan budaya ke arah perpaduan, keharmonian dan kemajuan yang seimbang.

Masyarakat Beting Maro mengharapkan kehadiran wakil rakyat daripada PAS sebagai ‘Rahmat Untuk Semua’.

Sumber HD - 3-5-2016
































Usahawan kecil sukar dapat bantuan kerajaan

HARAKAHDAILY | .


MIRI: Seorang usahawan kecil memohon bantuan dari pihak kerajaan agar dapat membina premis perniagaan untuk memudahkan beliau menjual hasil perniagaannya.

Kesukaran untuk memohon premis untuk bengkel memproses makanan ringan dan kuih tradisional telah menyebabkan Hadiah Haji Ghani seorang ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) mengadu masalah ini kepada pihak PAS.

Menurut beliau, sudah tujuh tahun beliau menanti permohonan beliau agar diluluskan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan.

Sudah banyak kali beliau memohon agar pihak yang berkenaan memberi perhatian dengan masalah yang beliau hadapi tetapi semua itu tidak diberi perhatian samaada oleh parti beliau dan juga agensi yang berkaitan.

Beliau yang banyak bergantung dengan hasil jualan kecil-kecilan mengadu masalah ini kepada pihak PAS agar dapat menyuarakan masalahnya kepada pihak yang berkenaan untuk diberi perhatian.

Beliau amat mengharap dengan adanya bengkel memproses makanan ringan dan kuih tradisional itu nanti dapat meningkat pendapatan keluarga beliau dan ini secara tidak langsung dapat menjana ekonomi para usahawan kecil seperti beliau.

Kita menggesa pihak agensi pelaksana program dapat menyelesaikan masalah Puan Hadiah dengan segera dan meluluskan pemohonan beliau yang sudah sekian lama tertangguh.

Pihak kerajaan sepatutnya dapat memberi bantuan ini dengan sewajarnya kepada pihak yang amat memerlukan bantuan.

PAS tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik sedia membantu menyuarakan masalah rakyat kepada agensi yang berkaitan agar masalah mereka diberi perhatian dengan sewajarnya.

Kerjasama dengan pihak agensi kerajaan yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan seperti yang dipohon dapat diproses dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Sumber HD - 3-5-2016


Pas Sarawak gesa Imigresen tarik balik sekatan

Posted on Monday, May 02 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




SHAH ALAM – Pas Sarawak menggesa pihak Imigresen menarik balik sekatan terutama kepada pelawat dari Semenanjung Malaysia yang ingin melihat dan membantu petugas di Sarawak semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee berkata, BN tidak perlu gentar sekiranya mereka yakin mampu menang dan mengekalkan kerajaan dalam PRN kali ini..

“Tindakan ini tidak sepatutnya berlaku dan hanya akan memalukan Sarawak di mata dunia. Mengapa perlu menyekat rakyat Malaysia daripada memasuki negara sendiri?

“Walaupun Sarawak mempunyai kuasa Imigresen sendiri tetapi janganlah disebabkan ada kepentingan politik pihak tertentu ianya disalahgunakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menyusahkan dan merugikan para pelawat dari luar yang sudah lama menempah tiket pesawat.

“Ia secara tidak langsung ia menjadi sesuatu yang asing sekiranya rakyat Malaysia sendiri disekat masuk ke negara sendiri. Sarawak adalah sebahagian dari Malaysia dan mengapa perlu menyalahgunakan kuasa Imigresen untuk kepentingan tertentu?

“Sekarang adalah musim Pilihan Raya Negeri Sarawak dan masa untuk rakyat memilih kerajaan baru. Maka adalah tidak wajar dan menyalahi etika sekiranya pihak Imigresen mengikut telunjuk daripada mereka yang ada kepentingan,” katanya.

Katanya, kerajaan sementara Sarawak hari ini sepatutnya bersikap lebih terbuka menerima tetamu dan pelawat dari luar kerana ia banyak memberi manfaat kepada ekonomi Sarawak.
“Ia secara tidak langsung akan merancakkan lagi ekonomi penduduk tempatan. Mungkin kita tidak dapat hendak menyalahkan pihak Imigresen dalam hal ini kerana mereka hanya menerima arahan daripada pihak atasan.


“Kalau sekiranya Ketua Menteri Sarawak (sementara) sekarang masih menggunakan kuasa imigresen untuk menjaga kepentingan peribadinya, maka amat malang sekali dasar demokrasi di negara ini sudah hampir mati dan seolah-olah kita sudah berada di negara yang mengamalkan dasar pintu tertutup,” katanya.

Sumber TKO - 2-5-2016


































PRN Sarawak: Jelajah pemimpin Pemuda PAS

HARAKAHDAILY | .


KUCHING: Pemimpin tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tiba di sini, hari ini.

Ketua DPPM dan timbalannya, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi hanya dibenarkan berada di Sarawak sehingga 5 Mei.

"Kita sedang berurusan dengan Pejabat Ketua Menteri untuk membenarkan mereka berada di Sarawak sehingga selesai pilihan raya," ujar Setiausaha PAS negeri, Muhtar Suhaili.

Beliau yang juga Bendahari DPPM berkata, kepemimpinan dewan itu akan jelajah ke 11 Dun yang ditandingi PAS iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Turut serta ialah Naib Ketua dan Setiausaha Pemuda DPPM, Khairil Nizam Khirudin dan Afnan Hamimi Taib Azamudden. - HARAKAHDAILY 2/5/2016

Sumber HD - 2-5-2016


































PAS hormati adat resam bukan Islam

HARAKAHDAILY | .


Orang bukan Islam di Sarawak terutama di 11 kawasan Dun PAS bertanding tidak perlu berasa takut dan memandang negatif terhadap PAS kerana PAS sangat menghormati adat resam dan budaya masyarakat berbilang kaum di negeri ini seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

PAS Sarawak bukan parti perkauman seperti yang diwar-warkan oleh parti-parti lawan tetapi PAS Sarawak adalah parti Islam yang memperjuangkan hak untuk semua kaum dan bangsa. PAS Sarawak juga bersifat terbuka sesuai dengan dasar perjuangan Islam yang dibawa olehnya sejak ditubuhkan dengan rasmi pada 1996.

Sikap keterbukaan PAS jelas dilihat sejak dahulu lagi dan bertepatan dengan misi parti sebagai parti siasah dan parti dakwah.

Atas dasar keterbukaan itulah juga PAS Sarawak berkembang dan dapat menyampaikan dan menerangkan risalah Islam kepada rakyat termasuk kaum bukan Islam sehingga PAS Sarawak sudah bertapak kukuh selama 20 tahun di Sarawak sehingga ke hari ini.

Saya dan beberapa orang lagi adalah di antara pengasasnya diketuai oleh Allahyarham Ustaz Mansur Din. Saya telah diamanahkan sebagai Pesuruhjaya pertama pada 1996 selama 9 tahun lamanya.

Sekarang PAS Sarawak sudahpun berkembang dan mengambang bukan hanya di Kuching bahkan sehingga ke Limbang.

PAS Sarawak akan sentiasa meletakkan agenda membela rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik sebagai agenda yang penting untuk dilaksanakan sesuai dengan slogan PAS Untuk Semua dan Sarawak Sejahtera.

PAS Sarawak berharap masyarakat bukan Islam kini telah menaruh lebih kepercayaan kepada PAS dan calon-calonnya.

Justeru itu, pengundi-pengundi terutama orang bukan Islam di 11 kawasan Dun PAS bertanding agar memberi sokongan padu dengan mengundi calon PAS pada pilihan raya kali ini.

Cikgu Shokri Haji Fauzi
Pengerusi Lajnah Penerangan dan Urusan Media, PAS Sarawak
Ketua Penerangan PAS Kawasan Petra Jaya, Kuching

Sumber HD - 2-5-2016

































Arifiriazul aktivis dekat di hati masyarakat Lambir

HARAKAHDAILY | .

Calon PAS N.72 Dun Lambir, Mohammad Arifiriazul Paijo berada pada prestijnya tersendiri dengan memiliki keterampilan 3A.

Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman berkata, 3A itu ialah 'age' iaitu seorang yang muda dan bertenaga serta mewakili Generasi-Y.

Malah katanya, Arif memiliki 'ability' iaitu latar belakang pendidikan tinggi, kemahiran sosial, aktiviti kemasyarakatan dan profesionalisme, selain berpengalaman.

"Selain 'access' iaitu beliau ada hubungan dan rangkaian baik yang telah dibinanya dengan para pemimpin tempatan, agensi-agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, masyarakat setempat serta kesatuan belia," ujarnya.

Menurutnya, peluang Arif pada ketika ini lebih cerah atas faktor imejnya yang mewakili PAS di mana masyarakat meyakini parti ini lebih bersih dan terbuka.

Katanya, Arif juga akan memberikan tumpuan pada isu nasional dan tempatan.

"Secara khusus, isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sangat membebankan rakyat di mana penduduk Lambir diseru menolak BN pada PRN ini sebagai isyarat bantahan.

"Ini isyarat besar dari satu kawasan yang kecil. Penduduk Lambir mewakili suara rakyat Malaysia membantah pelaksanaan GST," ujarnya yang juga sahabat karib Arif sejak 2006 dan pernah menetap di Miri.

Isu tempatan, Syahir menyifatkan Arif sudah sebati dan dikenali sebagai aktivis yang dekat di hati masyarakat Lambir.

Menurutnya, kewibawaan calon muda PAS itu terserlah sejak sekian dahulu yang menggerakkan inisiatif membantu kebajikan anak yatim, orang miskin, warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).

Arif juga jelas Syahir, adalah pelopor projek-projek infra yang dilaksanakan atas nama "Untukmu Sarawak".

Malah katanya, Ketua Pemuda PAS Sarawak itu turut dikenali masyarakat setempat atas kesungguhannya menganjur program kemahiran untuk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk seperti kursus memasak, kursus baja dan lain-lain.

Sumber HD - 2-5-2016


Peluh Pejuang Di Bumi Kenyalang

Posted on Monday, May 02 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Impian PAS membawa mesej Islam kepada seluruh rakyat menjadi aspirasi dan tanggungjawab besar bagi seluruh ahli PAS. Demi melihat ianya terlaksana seluruh jentera PAS menggalas tugas membantu jentera PAS Sarawak bagi 11 Dun yang PAS bertanding.

Bahang mentari yang panas memayungi perjalanan jentera PAS menyantuni masyarakat tempatan tidak sedikit menggugat usaha untuk melihat kibaran panji PAS berkibar di bumi kenyalang.

Titisan peluh membasahi wajah dan tubuh memberi tanda segala keringat telah digunakan semaksima mampu untuk membawa Islam segar dalam jiwa setiap manusia. Ada ketikanya di sambut dengan senyuman manis, ada ketikanya tidak diendahkan bahkan tidak sempat menghulurkan salam.
Berkelana jauh ke bumi kenyalang, meninggalkan keluarga, mengeluarkan belanja tanpa mengharapkan pujian serta anugerah gelaran manusia namun tentera hasil tarbiyyah PAS terus melangkah gagah berpegang kepada janji Allah SWT.

PAS berjaya melahirkan tentera yang mengenal erti perjuangan Islam bukan terletak kepada jumlah yang banyak , tidak juga bersandarkan kepada kepetahan berbicara namun keyakinan kepada Maha Pencipta mampu mengatasi segalanya.

Bumi kenyalang diberikan peluang untuk mencetak generasi pejuang membenarkan janji Allah SWT, mengajak manusia mengenal antara pencipta dan yang dicipta. Islam menjadikan syurga dan neraka panduan untuk memilih cara hidup di dunia.

Anak bumi kenyalang semakin dahagakan perubahan yang membawa kepada cinta kepada Allah SWT dan Rasulnya, membawa mereka dari terus dibuai kehebatan dunia sehingga leka tanggungjawab kepada Maha Pencipta.

Kekuatan Jabatan Amal mengiringi jentara calon, siang membenteng kepanasan, makan di saat di sapa kelaparan, tiada nada mengadu letih apatah lagi merintih sedih bahkan terus gigih mengatur langkah.

Komitmen JPRD juga tidak bernoktah , saat mentari semakin menyinari , setiap lorong dan kampung diredahi , melihat bagaimana suasana dan situasi terkini, adakalanya menitiskan airmata menatap kesusahan bangsa sendiri seakan asing di bumi sendiri.

Setiap maklumat dikemaskini , tatkala malam menampakkan diri perbincangan Post Mortem pula disusuli demi untuk sentiasa meningkatkan kualiti .

Ulamak, Pemuda Muslimat tidak melepaskan peluang melibatkan diri, keringat dan pengalaman disatukan bersama membawa matlamat yang sama. Perkongsian melalui ceramah kelompok membuka rakyat tempatan mengenali perjuangan PAS berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Anak muda tempatan tertarik dengan setiap bicara pemuda PAS yang tidak lekang menerangkan kehebatan Islam bahkan tidak pula menyekat kehidupan belia sebaliknya dipandukan dengan syiar Islam yang suci.

Penampilan Muslimat PAS yang menjaga tertib dan ketrampilan seorang muslimah menjentik naluri pedusi untuk memahami apa nilai aurat sebenar bagi wanita. Adakah pada bicaranya, atau pada pakaiannnya, atau pada tertibnya.

Inilah usaha yang dilaksanakan oleh seluruh jentera PAS bagi melihat PAS mampu bertapak dibumi kenyalang bahkan bakal menjadi kenangan terindah bagi seluruh pendokong dan penyokong PAS.

Juh like & share FB PAS Sarawak :
https://www.facebook.com/passarawak

Sumber TKO - 2-5-2016




































Tiada istilah putus asa dalam perjuangan Islam

IZWAN ABDUL HALIM | .


MIRI: Perjuangan PAS untuk menegakkan Islam tidak pernah mengenal erti putus asa walaupun penuh kelemahan dan kekurangan, demikian motivasi Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Jelasnya, tentera Islam Badar pernah membuktikan bahawa dengan kelemahan dan kekurangan yang ada mereka tetap berjaya dengan izin Allah.

"Tidak ada yang mustahil dalam perjuangan Islam. Sebab itu penting sekali adalah kita meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah SWT.

"Kalau saintis Barat zaman dahulu mencuba berkali-kali hingga berjaya membuktikan teori mereka, kita pun tidak ada masalah untuk berusaha berulangkali.

"Tidak ada istilah putus asa dalam perjuangan memartabatkan Islam. Kita akan terus istiqamah hingga kemenangan," ujarnya yang juga calon PAS N.74 Dun Pujut bagi PRN Sarawak.

Beliau berucap demikian pada Majlis Temu Mata Persatuan Anak Kelantan Di Perantauan (PERAKAN) di PASTI Ar-Rahman, Taman Tunku, di sini semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Che Abdullah Mat Nawi dan Pengarah Pilihan Raya PAS PRN Sarawak, Dr Wan Nik Wan Yussuf.

Menurut Abdullah, Kelantan di bawah teraju PAS telah menjadi model dan guru politik bagi Malaysia serta menerajui banyak perubahan.

Antaranya sebaik sahaja PAS mengambil alih pada tahun 1990 dipimpin Almarhum Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah memindahkan semua perbendaharaan negeri ke Bank Islam.

Kesannya hari ini dapat dilihat hampir semua bank konvensional turut mempunyai kaunter perbankan Islam.

Begitu juga maklumnya, dengan kuasa yang terhad, Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya memastikan tidak ada kegiatan rasmi berkait judi dan maksiat.

Malah, Kelantan adalah satu-satunya kerajaan yang paling terbuka apabila aktif mengadakan dialog bersama rakyat saban waktu.

Beliau turut menegaskan bahawa kepimpinan Menteri Besar, Dato' Ustaz Ahmad Yakob tidak ada bezanya dengan Tuan Guru Nik Aziz.

"Dasar tetap sama, iaitu "Membangun Bersama Islam", cuma mungkin tubuh berbeza, pendekatan berbeza," jelas beliau.

Selain menikmati jamuan istimewa, ahli PERAKAN yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan dikir barat.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Sarawak yang juga calon PAS N.72 Dun Lambir, Arifiriazul Paijo. – HARAKAHDAILY 2/5/2016

Sumber HD - 12-5-2016



































Belia Beting Maro nyatakan sokongan kepada PAS

HARAKAHDAILY | .




Satu Pertandingan Futsal Belia telah berjaya dianjurkan oleh penduduk Semarang dengan kerjasama PAS Beting Maro, baru-baru ini.

Secara keseluruhannya, golongan belia telah turun beramai-ramai untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh PAS Beting Maro ini.

Mohd Khairuddin, seorang belia Beting Maro menyatakan sokongan yang padu terhadap usaha dan aktiviti yang dijalankan untuk penduduk.

Beliau menyokong program sukan yang dianjurkan oleh PAS kerana ia dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan anak muda dan menjalinkan silaturahim sesama masyarakat.

Mewakili penduduk Semarang, Khairuddin turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang telah berjaya menganjurkan pertandingan futsal itu.

Jamaluddin, 27, salah seorang ahli jawatankuasa perlawanan futsal turut mengucapkan  ribuan terima kasih kepada PAS yang memberikan sumbangan untuk menjayakan program itu.

Dana yang dikeluarkan oleh PAS bukan sahaja untuk perlawanan, malah membaik pulih infrastruktur yang telah rosak.

Beliau turut bersemangat memberi laung "Hidup PAS!" menandakan sokongan padu kepada PAS untuk bertapak di Beting Maro.

Sememangnya, golongan muda inilah yang bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti.

Aktiviti-aktiviti yang berfaedah perlu dijalankan bagi menarik minat golongan muda supaya mereka tidak membuang masa begitu sahaja dan dapat menghindarkan daripada terlibat dengan masalah sosial.

Pendekatan PAS ini sedikit sebanyak membuka peluang kepada golongan muda untuk mencungkil bakat masing-masing dalam bidang yang mereka minati seperti sukan.

Sumber HD - 1-5-2016


Negeri luas tapi rakyat tiada tanah sendiri

Posted on Sunday, May 01 @ 15:08:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar






































SIBUTI: Royalti minyak dan gas yang menjadi hak Sarawak sekiranya dimanfaatkan sebaiknya mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat negeri ini, demikian ditegaskan calon PAS N.72 Lambir, Arifiriazul Paijo. 



Malangnya ujar beliau, hak tersebut bukan sahaja dinafikan, malah kekayaan dari hasil minyak dan gas itu tidak diagihkan untuk keperluan negeri.



“Lihat sahaja Indek Pembangunan Jalan Raya Sarawak hanya 0.3 peratus iaitu negeri paling tercorot dalam Malaysia. Jadi kita mahu royalti itu sebagai hak rakyat Sarawak. Kita mahu bangunkan negeri, majukan negeri dan beri kemudahan kepada rakyat.



“Sebab itu kita Pemuda PAS sejak dahulu tuntut royalti ini diberi sebanyak 20 peratus, bukan lima peratus seperti sekarang,” gesanya ketika berceramah di Taman Tunku, Miri, di sini semalam 30 April.



Jelas Arif, beliau juga sangat bersetuju dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang pernah menegaskan bahawa menurut Islam, hasil minyak dan gas itu perlu diberikan sepenuhnya kepada Sarawak.



Terangnya, sehingga keperluan Sarawak diselesaikan baharulah dihantar untuk kegunaan negeri yang lain.



Tegas beliau, rakyat mesti berani menyatakan ketidaksetujuan mereka kepada kerajaan dengan menolak polisi dan dasar yang memberi tekanan dan himpitan hidup kepada rakyat.



Ketua Pemuda PAS Sarawak itu memberikan contoh berhubung kos pengeluaran minyak petrol yang hanya 16 sen seliter.



Tetapi kesal beliau, dijual kepada rakyat hingga hampir RM2 seliter, walaupun negara ini adalah pengeluar minyak, sedangkan Arab Saudi menjual hanya 40 sen.



Begitu juga bidasnya, turun naik harga minyak menyebabkan harga barang juga sentiasa naik tanpa pernah turun.



Arif turut menempelak Kerajaan BN Sarawak yang gagal menyelesaikan peruntukan geran pemilikan tanah kepada rakyat.



Menurut beliau, keluasan tanah negeri ini lebih besar daripada 12 negeri di Semenanjung Malaysia dan sepatutnya dengan jumlah rakyat yang tidak ramai kerajaan boleh memperuntukkan setiap rakyat dengan satu lot tanah.



“Tidak akan habis tanah di Sarawak ini jika diberikan kepada semua rakyat. Masih ada masalah ketiadaan tanah dan tidak memiliki geran tanah. Sepatutnya jika kerajaan memikirkan untung nasib rakyat dan generasi akan datang, sudah tentu mereka berikan tanah,” 



Sumber TKO - 1-5-2016







‘Pas bawa misi baik, dakwah di Sarawak’

Posted on Sunday, May 01 @ 11:57:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU - Pas berharap kehadiran parti berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diterima baik dan tidak disalah ertikan oleh rakyat di negeri itu.


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, kedatangan Pas ke Sarawak lebih kepada mengembangkan dakwah dan bukan untuk memecahbelahkan rakyat di negeri itu.
“Dengan adanya usaha yang dibuat parti, kita dapat sebarkan lagi matlamat perjuangan melalui dakwah, walaupun ia memakan masa panjang.

“Kita harap masyarakat Sarawak faham tujuan kedatangan kita bukan untuk memecahbelahkan mereka, tapi bawa misi baik, secara damai,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, parti itu akan terus menggunakan pendekatan dakwah kerana politik mempunyai kaitan langsung antara pembentukan kuasa dan kerajaan.

Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, beliau harap pengundi di Beting Maro dan 10 lagi Dun yang ditandingi Pas membuat pilihan terbaik pada PRN berkenaan nanti.

“Kita akan berjaya, Insya-ALLAH, kita berdoa agar calon sulung Pas akan lahir di Sarawak selepas 7 Mei nanti berikutan penerimaan positif rakyat setempat ketika kempen pilihan raya dijalankan,” katanya.

Mengenai kesihatannya, Ahmad yang masih bercuti selepas menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia 14 April lalu berkata, beliau kini bertambah pulih.

Sumber HD - 1-5-2016

Kempen Zharudin masuk fasa kedua di Samalaju




































HARAKAHDAILY | .


Semakin hari, kerancakan kempen dan semangat juang berterusan telah mewarnai diari pilihan raya calon PAS N.70 Samalaju, Zharudin Narudin.

Setelah berjaya menghabiskan fasa pertama dalam menjalankan kempen, Zharudin berjaya mewujudkan hubungan baik dengan ketua-ketua masyarakat setempat termasuklah tuai rumah di sekitar Dun tersebut.

Kini, memasuki fasa kedua, kempen-kempen giat dijalankan bagi mengenengahkan tawaran PAS Samalaju demi kepentingan rakyat.

Zharudin bersama pasukannya telah turun padang untuk mengedarkan profil kerja berserta bukti bergambar berupa senarai projek dan bantuan yang telah diberikan.

Manakala, pada sebelah malamnya, Zharudin menumpukan untuk melawat rumah-rumah panjang di situ.

Sumber HD - 1-5-2016

Menuju 'Pujut Sejahtera' manifesto ekonomi rakyat

HARAKAHDAILY | .


Pembangunan sosioekonomi merupakan antara agenda menuju “Pujut Sejahtera” yang dibawa oleh Haji Jofree Jaraiee calon PAS N.74 Pujut.

Antara matlamat utama inisiatif ini adalah untuk meningkatkan peluang perkerjaan dalam kalangan masyarakat Pujut serta melahirkan masyarakat yang proaktif dan dinamik.

Program “Satu Kampung Satu Produk” adalah usaha yang cuba dibawa oleh calon PAS N74 ini sebagai medium untuk membantu mengurangkan beban rakyat khususnya bagi pegawai kerajaan yang akan bersara dengan menyertai projek-projek yang akan dijalankan dan juga kepada anak muda di kampung yang belum mempunyai pekerjaan tetap.

Usaha ini adalah salah satu langkah bagi menjana pendapatan masyarakat terutama bagi isi rumah yang berpendapatan rendah.

Selain itu, perniagaan kecil-kecilan merupakan antara aktiviti utama di Pujut. Oleh hal yang demikian, Haji Jofree Jaraiee mahu meningkatkan kemahiran belia dalam bidang keusahawanan dan vokasional.

Bagi beliau, usaha ini dapat membina generasi belia yang mempunyai jati diri dan kompeten dalam kemahiran bagi memenuhi keperluan pembangunan negara.

Peranan wanita kini semakin luas mencakupi pelbagai bidang.

Sehubungan itu, calon PAS N74 Pujut ini mahu penglibatan wanita Pujut di dalam bidang ekonomi iaitu dengan meningkatkan kemahiran ekonomi mereka malah dapat menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan.

Bagi beliau, wanita kini bukan sahaja mampu menjana ekonomi keluarga bahkan turut membantu membangunkan ekonomi dan menjana pendapatan negara.

Sumber HD - 1-5-2016













































































Replika Pesawat Calon PAS Curi Tumpuan Kempen DUN Kakus

Posted on Sunday, May 01 @ 00:15:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUCHING: Sebuah pesawat ringan dikesan melakukan pendaratan di Pekan Tatau yang terletak di daerah Bintulu iaitu kira-kira 550 kilometer dari sini.

Pesawat tanpa pemandu berwarna hijau itu dilaporkan melakukan pendaratan cemas di pekan kecil berkenaan akibat cuaca buruk dan hujan lebat.

Begitulah antara gimik bagi memeriahkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan kali ini menggunakan replika pesawat.




Hasil kreativiti berwarna hijau putih itu milik calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus, Clement Bayang, 59.

Menurut calon bukan Islam itu, pembinaan replika pesawat berkenaan bertujuan mempromosi PAS di kalangan pengundi dan penduduk setempat.

“Tapi sekarang hujan lebat di kawasan Tatau, kami tak boleh nak letakkan pesawat ini di lokasi yang dikenal pasti. Tunggu lepas hujan baharu pesawat ini sedia dipamerkan untuk tontonan umum.

“Pesawat yang dibina daripada kayu ini dan dibalut dengan kain menggunakan warna rasmi bendera PAS adalah ilham seorang ahli PAS dari Semenanjung,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.

Clement yang juga Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak berhadapan saingan empat penjuru di DUN Kakus.



Beliau menentang penyandang, Datuk John Sikie Tayai daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Joshua Jabing @ Jabeng (PKR) dan  Anthony Ejau dari Parti Kebangsaan Dayak (DNP).

Mengulas mengenai peluangnya di DUN Kakus, Clement berkata, dia yakin mampu memberi kejutan pada pilihan raya kali ini.

“Saya sangat yakin dapat menewaskan calon BN di Kakus. Datuk John Sikie sudah sangat lama berada di sini. Penduduk Kakus mahukan perubahan bersama PAS,” katanya.

Sumber TKO - 1-5-2016




















































































































BN musnahkan demokrasi di Sarawak

IZWAN ABDUL HALIM | .


Slogan digunakan BN dalam kempen Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 iaitu "Kami Tolak Pembangkang" jelas menunjukkan ketidakmatangan parti itu.

Apatah lagi ketika pilihan raya yang bertujuan untuk menyuburkan amalan demokrasi secara prinsip serta susunan tatacaranya.

Malah, ia juga satu bentuk provokasi dan menggambarkan keterdesakan mereka untuk meraih sokongan undi.

Sedangkan pada ketika ini kedudukan semua parti adalah sama rata iaitu tanpa kerajaan mahupun pembangkang.

Pemisahan antara parti politik dengan status 'kerajaan sementara' mesti difahami secara undang-undang digariskan.

Tekanan di pihak BN juga jelas ketara dengan label kempen "Adenan's Team" yang menjadi petanda keraguan dan kebimbangan mereka.

Kebanyakan calon terpaksa dipautkan dengan Adenan yang telah disucikan imejnya, sedangkan ramai mereka itu mempunyai rekod 'gagal' berkhidmat pada pertikaian rakyat.

Bahkan terlihat bahawa calon BN dari parti selain PBB berada pada 'kelas kedua' kerana seakan-akan tidak berada dalam 'Adenan's Team'.

Ketika sama banyak bendera dan papan tanda mini calon PAS yang dirosakkan serta dibuang.

Tidaklah dituding tuduhan kepada kem BN, tetapi setelah bahan-bahan kempen PAS itu dijahanamkan, bahan kempen BN pula naik di situ dengan banyaknya.

Begitu juga warak tidak bertempat BN yang kononnya tidak mahu institusi masjid dan agama 'dikotori' kempen politik.

Malangnya, BN sendiri mencabuli ketetapan itu dan berlagak dengan wajah sealim-alim manusia.

Oleh itu jangan dimusnahkan demokrasi ini dengan tindakan yang tidak bijak, terserah kepada kita untuk membudayakan masa depannya.

Sumber HD - 30-4-2016

Pasti dekat di hati masyarakat Sarawak

HARAKAHDAILY | .



MIRI: Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) merupakan entiti pendidikan prasekolah milik PAS yang menjadi penghubung penting parti politik Islam ini dengan masyarakat di seluruh negara, bahkan juga di Sarawak.

Keberadaannya di Bumi Kenyalang ini ternyata dekat di hati masyarakat khususnya dalam menggerakkan peranan memberi pendidikan awal Islam kepada anak-anak.

Sambutan itu dibuktikan bukan sahaja dari penyertaan bersama anak-anak mengikuti pengajian di Pasti, malah penglibatan ibu bapa dalam kegiatan berkaitan.

Komitmen sama ditunjukkan apabila lebih 300 penyertaan diterima dari kalangan pelajar, ibu bapa dan orang awam pada Hari Terbuka Pasti Kawasan Miri yang diadakan di Esplanade Luak, di sini baru-baru ini.

Bertemakan “Juh Berkelah”, program secara santai itu turut menerima suntikan semangat dari Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo yang merupakan antara tenaga penting Pasti Sarawak.

Beliau yang juga calon PAS N.72 Dun Lambir pada PRN Sarawak menyifatkan penganjuran sedemikian membuktikan PAS bukan hanya wadah politik semata-mata.

“Pasti merupakan platform penting untuk anak-anak membina jati diri, akhlak, sahsiah dan juga mendekatkan diri kepada Allah,” ujar beliau.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraie yang juga calon PAS N.74 Dun Pujut yang telah sudi menyempurnakan pelancaran Program Menabung bersama pelajar cilik Pasti.

Pelbagai acara sukaneka diadakan melibatkan lima kontinjen Pasti seluruh kawasan Miri bersama ibu bapa dan orang awam, selain majlis turut diceriakan dengan kehadiran maskot rasmi Pasti iaitu Hadi dan Huda.

Bersempena penganjuran itu juga telah dilancarkan kempen ‘Bermain Sambil Menderma’ trampulin yang disediakan bertujuan mengutip dana Jamaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) Pasti Kawasan Miri.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pasti Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Sumber HD - 30-4-2016



Petugas PAS Diarah Keluar Masjid

Posted on Saturday, April 30 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



JEPAK, 29 April : Petugas kempen PAS di Dun Jepak diarah keluar dari sebuah masjid ketika sedang makan selepas menunaikan solat Zuhur di situ.

Menurut sumber, pengerusi masjid tersebut memberi amaran kepada mereka untuk tidak lagi makan di situ.

Mereka diminta meninggalkan masjid sebaik sahaja selesai makan. Bahkan pengerusi itu mencadangkan agar makan sahaja di luar dan tidak lagi di masjid.

Mereka diarah keluar tanpa penjelasan yang sewajarnya. Para petugas hanya menumpang makan dan tidak melakukan sebarang aktiviti lain sama ada berkempen mahupun perkara yang mencemari masjid.

Mereka meninggalkan masjid tersebut sebaik sahaja selesai makan seperti yang diminta. Tiada sebarang pertengkaran dan pergaduhan yang berlaku.

Like dan Share FB PAS Jepak:
www.facebook.com/PASJepak

#JepakSejahtera
#BerkhidmatUntukRakyat
#UntukmuSarawak
#PRNSarawak 


Sumber TKO - 30-4-2016











































Zulkipli risau pengangguran, pembangunan tak seimbang









































      HARAKAHDAILY | .


CALON PAS N.16 Muara Tuang, Zulkipli Ramzi melahirkan kerisauan tentang isu pengangguran anak muda serta pembangunan yang tidak seimbang di kawasan itu.

Katanya, pembangunan ada, tetapi belum mampu memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.

"Peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan sangat susah diperolehi, jika ada pun pekerjaan itu tidak tetap, ada yang menjadi nelayan dan taraf hidup mereka masih sangat kurang.

"Selain itu, apa yang merisaukan juga adalah pembangunan yang tidak seimbang dengan keadaan semasa," ujar beliau.

Zulkipli yang tinggal Kota Samarahan sejak lebih 10 tahun sudah masak dengan keadaan dan kesempitan hidup rakyat di Dun Muara Tuang.

Beliau berazam untuk berusaha mengubah nasib anak-anak Muara Tuang yang selama ini tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya.

"Jika diberi mandat, kita akan bekerja sepenuhnya bagi memastikan kesemua tawaran PAS dipenuhi," katanya lagi.

Sumber HD - 30-4-2016


Ustaz Wan Abdillah berazam hidupkan surau di Sebuyau









































      HARAKAHDAILY | .


Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad, calon PAS di Dun N.27 Sebuyau berazam untuk menghidupkan program keagamaan terutamanya di surau-surau kampung yang kelihatan sudah lama tidak begitu aktif.

"Saya melihat aktiviti keagamaan agak kurang aktif, kadang-kadang solat berjemaah di surau pun tidak cukup 5 waktu seperti yang sepatutnya," ujar beliau.

Beliau juga seorang pendakwah sebelum ini begitu mengambil berat akan kewajipan-kewajipan agama seperti kewajipan fardu kifayah yang merupakan tanggungjawab kepada sesebuah masyarakat Islam.

Ustaz Wan Abdillah walaupun terus memfokuskan isu hak rakyat seperti keperluan asas dan status ekonomi, beliau tidak pernah lupa untuk mengambil cakna akan tugas manusia di bumi iaitu untuk menjadi khalifah dan beribadah kepada-Nya.

Sumber HD - 30-4-2016


PRN Sarawak: DAP Buang Parti PAN, Masih Anggap PAS Bersama Pakatan Rakyat!!

Posted on Friday, April 29 @ 22:06:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KUCHING - Siapa kata Pakatan Rakyat sudah berkubur? Buktinya boleh dilihat semasa kempen DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 yang berlangsung di Sarawak ketika ini menyebabkan ramai mesti terlopong kehairanan.

Tinjauan Mynewshub menerusi salah satu ceramah parti pembangkang berasal dari Semenanjung Malaysia itu di kerusi Padungan di sini Khamis malam mendapati, DAP masih menganggap Pakatan Rakyat wujud seperti biasa.

Bagi yang sering mengikuti ceramah DAP, lazimnya slot ucapan calon atau pemimpin mereka akan diselang seli dengan pelbagai tayangan klip video propaganda parti itu bagi menyemai perasaan kebencian rakyat kepada BN.

Antaranya ialah klip memaparkan kezaliman BN melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan projek Impian Sarawak konon bagi bantu penduduk pedalaman.

Juga paling baharu ialah klip Pakatan Rakyat yang termasuk menampilkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain logo PAS dan sumbangan parti Islam tersebut, langsung tanpa kelibat Parti Amanah Negara (PAN).
Pakatan_Rakyat merupakan organisasi haram kerana tidak pernah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Adakah ini kesilapan teknikal atau sabotaj oleh jentera perang saraf DAP sendiri atau kejahilan parti tersebut di Sarawak yang tidak sedar bahawa PAS sudah lama dihalau keluar oleh DAP serta membubarkan Pakatan Rakyat.

Lebih malang, PAS bukan pun sekutu Pakatan Harapan tetapi klip video tersebut langsung tidak memaparkan PAN atau Pakatan Harapan yang dibentuk tahun lalu tanpa lambang sendiri seperti komponen Barisan Nasional.

Mungkinkah DAP Sarawak takut mempromosikan Pakatan Harapan kerana ia bukan organisasi sah didaftarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), sekali gus Pakatan Harapan masih boleh dianggap pertubuhan haram.

Untuk rekod, jika Pakatan Harapan sudah berdaftar dengan ROS, mestilah ada pengerusi, timbalan, setiausaha, bendahari, logo, lagu rasmi dan alamat sekretariat seperti Barisan Nasional yang mengandungi 13 komponen parti.

Tidak hairanlah untuk PRN pada kali ini, pembangkang masih memakai lambang dan bendera masing-masing kerana mereka tahu Pakatan Harapan memang pun sebuah badan haram yang bukan bergerak semacam BN.

Lihat sahajalah mereka turut bersaing sesama sendiri apabila buat julung menyaksikan banyak kerusi berlaku pertindihan calon pembangkang untuk berlawan dengan BN dan bukan perlawanan sengit satu lawan satu.

Malang sungguh rakyat Sarawak jika memilih pembangkang kerana sudahlah DAP tidak mengiktiraf PAN dan Pakatan Harapan, tetapi masih juga mengakui PAS dan Pakatan Rakyat untuk PRN kali ini. – Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 29-4-2016



BN Kuasai Dua Bukit
Posted on Friday, April 29 @ 21:48:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



BN Sarawak yang punya lima parti meletak 82 calon. Di mana PBB 40, SUPP 13, PRS 11, SPDP 5 dan calon langsung tanpa parti 13. Parti pembangkang PKR 40, DAP 31, PAN 13, PAS 11, STAR 11, PBDS 5 dan calon bebas 35. Ini petanda demokrasi subur dalam sistem politik negeri Sarawak. Akan tetapi terdapat elemen demokrasi yang dikawal ala autokratik dengan berbagai alasan yang menghala kepada usaha menghakis nilai dan elemen demokrasi seperti menghalang pemimpin masuk negeri untuk berkempen, koyak poster calon lawan, akhbar berpihak, tindakan kepada penjawat awam yang menyokong parti pembangkang, melepaskan atau tutup mata terhadap penjawat awam yang sokong calon BN dan lain-lain lagi.

BN telah menguasai dua bukit, iaitu DUN N79 Bukit Kota dan DUN N82 Bukit Sari. Ada 4 bukit lagi masih terbuka untuk dikuasai oleh parti-parti politik, iaitu N23 Bukit Semuja, N31 Bukit Begunan, N37 Bukit Saban dan N51 Bukit Assek.

Bukit umpama lambang pertahanan yang strategik melawan musuh. Dalam PRN 10 yang lalu BN telah menguasai 4 bukit daripada 5 bukit, iaitu N31, N37, N79 dan N82, pembangkang melalui DAP menguasai N51.

Berdasarkan senario semasa politik Sarawak dengan gaya kepimpinan KM Sarawak sekarang, membuat rakyat sedikit teruja dan tergamam, seperti mana rakyat terpegun dengan Tun Abdullah Badwi jadi PM dahulu menggantikan Tun Mahathir, BN menang besar dalam PRU 2004.

Namun, hakikat sebenarnya budaya politik retorik BN dalam mentadbir dan memimpin negara dan negeri tidak banyak berubah ke arah kesejahteraan, keadilan dan politik yang matang. Budaya politik slogan, politik projek, politik pangkat, nama, kuasa dan salah guna kuasa, harta negeri, negara dan rakyat masih berlangsung.

Bermaksud pemimpin bertukar, cara bekerja untuk kesejahteraan rakyat tidak berubah. Rakyat miskin, susah masih belum terbela. Pelajar miskin, susah pun payah melanjutkan pengajian sebab biasiswa tidak cukup, misalnya pelajar cemerlang dan layak masuk universiti 5,000, yang boleh diberikan biasiswa hanya 3,000 pelajar. Selebihnya 2,000 akan tercicir sebab ibu bapa tidak mampu untuk membelanjai pengajian anak mereka.

Kekayaan negeri dan negara dibolot oleh para penguasa yang tidak amanah. Dulu zaman penjajah segala harta, hasil mahsul negara yang dijajah dikaut dan diangkut sehabisnya ke negara mereka atas nama untuk pembangunan dan kemajuan.

Siapa yang maju, negara penjajah dan para penjajah menjadi tuan negeri jajahan yang senang dan hidup mewah. Rakyat dan negara jajahan menderita.

Inilah watak pemimpin hari ini, tidak banyak beza dengan watak penjajah, guna kuasa untuk katakan diri, anak bini, kroni dan macai. Rakyat terbanyak sekadar telan liur, tengok bangunan besar, tinggi dan mewah. Kata orang cuci mata saja.

Sebab tuan bangunan itu bukan rakyat terbanyak. Tapi tauke, kroni, anak bini YB, adik, ipar YB, anak bini menteri, adik, ipar, menantu YB, menteri dan macai.

Bila pemimpin tidak amanah, tentu harta, kuasa dan pangkat yang berada dalam tangan, akan lesap. Itu sebab ada YB hidup senang dan mewah, tapi rakyatnya miskin dan susah sampai 7 keturunan. YB pula hidup mewah 14 keturunan.

Bila pemimpin tidak amanah dan tidak adil, akan hilanglah berkat dan kebaikan. Bila berkat tidak turun, susahlah hidup rakyat hatta negeri dan negara pun akan ditimpa berbagai kesukaran, hutang negeri dan negara bertambah, rasuah menjadi-jadi, bala bertempat-timpa dan banyak lagi akibat bila berkat Allah Ta'ala tahan dari turun dengan sebab berlakunya perkara yang dilarang Allah Ta'ala.

Kesimpulannya, rakyat wajib memilih pemimpin yang amanah dan terbaik untuk memimpin dan mentadbir negeri dan negar. Salah pilih pemimpin tunggulah kehancuran negeri dan kesusahan akan menimpa rakyat.

Maka, sempena PRN 11 Sarawak kali ini, peluang rakyat memilih pemimpin terbaik, amanah, kuat dan bertanggungjawab. Walaupun pemimpin itu dari parti kecil, jika dia seorang amanah pasti selamatkan harta, sel amatlah negeri dan negara.

Sekian...

Sumber TKO - 29-4-2016

PAS ke Sarawak penuhi tugas dakwah, bukan cari musuh











































SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Kehadiran PAS di pentas pilihan raya di Sarawak bagi memeriahkan demokrasi di samping berdakwah kepada masyarakat tempatan.

Oleh itu Timbalan Mursyidul Am, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berharap masyarakat di Sarawak perlu memahami tujuan kedatangan PAS ke negeri itu. “Bukan untuk mencari musuh. Jauh sekali untuk memecah-belahkan masyarakat tempatan. Sebaliknya PAS datang untuk berdakwah mengenai politik Islam.

“Saya berharap masyarakat di Sarawak memahami perjuangan PAS. Alhamdulillah pengaruh PAS semakin meluas di negeri itu sekarang,” ujarnya ketika ditemui di JKR 10 semalam.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar kini masih bercuti selepas menjalani pembedahan di bahagian kepalanya di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian 14 April lepas.

Beliau juga berkata PAS akan terus berdakwah kerana politik berkaitan secara langsung dengan pembentukan kuasa dan kerajaan.

“Alhamdulillah dengan usaha yang dijalankan PAS walau pun melibatkan masa yang panjang, sedikit sebanyak sebaran dakwah telah dapat dilaksanakan.

“Insya-Allah Adun sulung PAS di Sarawak akan menjadi kenyataan berdasar penerimaan masyarakat tempatan ketika kempen sekarang,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pengundi di Sarawak khususnya di Benting Maro dan di 10 lagi Dun ditandingi PAS membuat pilihan terbaik pada 7 Mei ini. – HARAKAHDAILY 29/4/2016

Sumber HD - 29-4-2016



BN bankrap idea bangunkan kesejahteraan rakyat

IZWAN ABDUL HALIM | .


BINTULU: Kerajaan sepatutnya menggerakkan usaha untuk meningkatkan taraf kesejahteraan dan sosioekonomi hidup rakyat dan bukannya semata-mata menumpu kepada pembangunan fizikal, demikian kritikan calon PAS N.67 Dun Jepak, Kiprawi Aman.

Menurutnya, Bintulu pernah mempunyai Adun yang menjadi Menteri Muda dan Ahli Parlimen selaku duta di mana seharusnya berperanan meningkatkan kemajuan hidup penduduk.

Malangnya ujar beliau, pembangunan di Bintulu hanya tertumpu pada aspek fizikal sedangkan ramai penduduk tidak berkemampuan untuk memilikinya.

Bahkan bidasnya, kerajaan dilihat tidak mempunyai idea untuk mengatur kesejahteraan kepada rakyat dengan kekayaan negeri yang ada.

“Pembangunan fizikal memang ada, tetapi penduduk sini terutama Iban dan Melayu tidak mampu beli. Ketika sama, banyak aduan berasas terutama kaum Iban berkaitan tanah adat (NCR). Mereka telah buktikan usaha dan dokumen berkaitan tanah itu.

“Mereka tidak puas hati kerajaan tidak menyelesaikan masalah mereka. Begitu juga ramai anak muda graduan di sini yang masih menganggur. Jadi apa perlunya ambil warga asing ke sini? Masih ramai penduduk Bintulu yang miskin, saya bukan hendak mereka hidup mewah.

“Ini sosial aspek penduduk. Jadi Dun Sarawak memerlukan wakil daripada pembangkang terutama PAS yang akan bertindak dengan peranan ‘semak dan imbang’. Bukan menjadi ‘Yes Man!’ sahaja,” ujarnya komited memperjuangkan nasib penduduk.

Terangnya, peranan pembangkang perlu dilihat sangat penting kerana rakyat sendiri melihat betapa kerajaan terpaksa mengemukakan banyak pemberian bantuan untuk menyokong keperluan hidup rakyat.

Contohnya ujar beliau, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tidak mungkin wujud tanpa desakan pembangkang terhadap taraf hidup rakyat.

Pun begitu rakyat katanya, jangan memahami peranan wakil pembangkang sekadar itu kerana PAS akan sentiasa melontarkan suara yang konstruktif demi kepentingan rakyat.

“Mungkin selama ini ada yang memandang PAS terlalu konservatif, imej lebai dan sisi-sisi lain. Tetapi hakikatnya kita membawa pendekatan Islam, juga kita ada profesional. Politik PAS ini punyai rujukan yang kuat dari al-Quran, as-Sunnah, qiyas dan ijmak ulama.

“Mungkin dulu mereka perlekeh perjuangan kita, tetapi kita ada kerajaan di Kelantan, dulu Terengganu, Kedah dan Perak, juga campuran di Selangor dan Pulau Pinang. Impak dari Semenanjung mesti dibawa ke sini,” serunya.

Menurut Kiprawi, BN tiada modal di sini selain pembangunan di mana mereka menggunakan ‘faktor ketakutan’ untuk mencipta ‘simpanan tetap’ pengundi yang terpaksa menyokong mereka.

Jelasnya, pada ketika ini PAS sudah pun berjaya memperkenalkan diri di kalangan penduduk Bintulu dari semua kaum termasuk di rumah-rumah panjang Iban. – HARAKAHDAILY 29/4/2016

Sumber HD - 29-4-2016














































Sokongan Terhadap PAS Di N27 Sebuyau Luar Jangkaan

Posted on Friday, April 29 @ 12:46:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




SEBUYAU, 28 April : Menjelang hari kedua kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, PAS dun Sebuyau yang diwakili calon berkaliber, Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad kian mendapat tempat di hati masyarakat setempat.

"Sokongan terhadap PAS memang di luar jangkaan, sokongan melambung tinggi terus diberikan kepada kami", ujar Ustaz Wan Abdillah.



Calon PAS Sebuyau yang disahkan menghadapi pertentangan 3 penjuru dengan calon yang masing-masing dari PBB dan PAN itu terus ceria dan aktif menziarahi serta mendengar luahan masyarakat setempat.



"Sebuyo sekarang PAS ado aura luar biaso"



"Sebuyau sekarang PAS ada aura luar biasa", respon salah seorang penduduk kampung yang ditemui.



Bagi pilihanraya kali ini, PAS menyenaraikan 5 tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak iaitu:



i) PAS Sarawak akan mempertahankan hak anak negeri Sarawak
ii) PAS Sarawak komited memelihara hak pelbagai kaum, agama dan budaya di negeri Sarawak
iii) PAS Sarawak konsisten menuntut royalti 20% minyak dan gas
iv) PAS Sarawak tegas dalam capaian kemudahan asas rakyat
v) PAS Sarawak sedia mendengar aduan rakyat



Pelbagai aktiviti dan kempen diadakan untuk memberikan penerangan mengenai tawaran PAS tersebut.



Sambutan luar jangka yang diterima merancakkan lagi pergerakan jentera dan memberi indikasi positif akan kemenangan PAS di Sarawak khususnya di N27 Sebuyau.



Sumber TKO - 29-4-2016

Clement hargai petugas PAS masyarakat Iban













































IZWAN ABDUL HALIM | .


SELANGAU: Kakus akan menjadi antara Dun anak sulung PAS pada PRN Sarawak, bahkan tidak mustahil PAS mendapat anak sulung kembar 11 serentak, demikian keyakinan calon PAS N.60 Dun Kakus, Clement Bayang.

Jelasnya, optimistik beliau itu kerana arus perubahan yang dihasratkan sekian lama oleh rakyat negeri Sarawak atas kekecewaan mereka terhadap pemerintahan BN.

Menurutnya, secara khusus kaum Iban yang merupakan majoriti penduduk dalam Dun Kakus merasakan mereka telah dizalimi oleh Kerajaan BN selama ini khususnya berkaitan agihan kekayaan negeri.

Malah katanya, kemarahan membuak-buak penduduk mutakhir ini adalah berkenaan isu tanah adat (NCR) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Saya fikir ini sambutan paling baik untuk PAS yang pertama kali melangkah ke Kakus khasnya dan Sarawak. Mereka (kaum Iban) memberi keyakinan pada saya sebagai calon PAS untuk memperjuangkan isu yang menjadikan mereka sangat marah ini,” ujarnya ketika ditemui di Bilik Operasi PAS Dun Kukus, Tatau, di sini 28 April.

Clement turut melahirkan penghargaannya kepada para petugas PAS dari kaum Iban, selain negeri bantu iaitu PAS Perak, PAS Selangor dan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang komited melaksanakan gerak kerja.

Pujinya, semua petugas telah bekerja keras tanpa mengira cuaca panas dan hujan, malam dan siang, serta keadaan muka bumi yang mencabar, selain jalan raya ditutup atas sebab-sebab keselamatan.

Beliau memaklumkan, kerana jarak dan keadaan muka bumi, terdapat petugas perlu berkampung beberapa hari di satu-satu lokaliti kempen antaranya menyusur sungai dengan sampan untuk ke tempat tersebut.

Bekas penyanyi itu turut melahirkan hasratnya agar hubungan mesra antara petugas PAS dari pelbagai kaum dan agama di Dun itu tidak berakhir dengan selesainya operasi PRN Sarawak.

Serunya, beliau mahu agar mereka terus datang ke Kakus menjalin keharmonian seperti keluarga yang telah terbentuk.

Sementara itu Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Leftenan Jeneral (A) Mohd Nazree Mohd Aris yang mengadakan pemantauan berkala di Dun itu menyifatkan gerak kerja PAS di Kakus sebagai paling sistematik.

Kakus merupakan Dun terbesar dalam negeri Sarawak iaitu lebih besar dari keluasan Negeri Sembilan.  – HARAKAHDAILY 29/4/2016

Sumber HD - 29-4-2016














































BN ingkari larangan berpolitik dalam masjid

HARAKAHDAILY | .


Nampaknya seruan agar masjid tidak digunakan sebagai medan untuk berpolitik dipandang sepi oleh BN dan PBB.

Pada tarikh 27 April 2016 lepas di masjid At Taqwa Kampung Pinang Jawa, P.Jaya, Kuching jelas membuktikan BN dan PBB tidak pernah akur dengan seruan mereka sendiri untuk tidak menggunakan masjid menjadi medan untuk berpolitik.

Ahli Jawatankuasa Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Kampung Gita telah bersikap double-standard dan bagai kerbau dicucuk hidung di atas tindakan mereka.

Sekiranya pihak pembangkang khususnya PAS yang ingin mengadakan program di masjid, sudah tentu awal-awal lagi tidak akan dibenarkan.

Jika seorang penceramah yang bercakap dalam masjid berkaitan hukum-hakam, dosa pahala atau yang membabitkan pemerintahan sudah semestinya penceramah itu akan dicop pro-pembangkang.

Cikgu Shokri Haji Fauzi
Jumaat, 29 April 2016

Sumber HD - 29-4-2016














































PAS istiqamah amalkan politik matang dan sejahtera

HARAKAHDAILY | .

Satu peristiwa yang amat mengguriskan hati berlaku di salah sebuah masjid di Jepak. Saya dan beberapa petugas kempen PAS Jepak menumpang di luar masjid tersebut untuk makan selepas solat.

Tidak semena-mena datang pengerusi masjid memberi amaran kepada kami. Beliau tidak membenarkan kami makan di tempat tersebut seolah-olah kami ada melakukan kesalahan.

Paling menyedihkan gayanya langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada kami. Kalaupun tidak mampu menghormati kami atas dasar berlainan parti, apakah layanan ini wajar kepada kami sebagai tetamu Allah?

Kami tidak datang untuk berkempen dan tidak juga mencemarkan masjid. Hanya datang untuk solat dan menumpang makan.

Rumah Allah milik kita bersama. Mengapa perlu ada diskriminasi yang sebegini di rumah Allah? Lapangan tempur begitu luas di luar teman, apakah kita tidak boleh bersatu di sini?

Syukur pada Allah meskipun dilayan sebegitu rupa, kami mampu bersabar dan tiada respons balas berbentuk provokasi yang dikeluarkan. Beginilah kami dibentuk di dalam PAS. Ukhuwah tetap dijaga, akhlak Nabi jadi ikutan.

Saya kemudiannya menghubungi pihak JAIS Bintulu untuk meminta pengesahan adakah salah kami menumpang sebentar di masjid itu.

Alhamdulillah saya memuji respons pegawai JAIS tersebut yang segera meminta maaf bagi pihak pengerusi masjid tersebut. Malahan beliau menyatakan akan menasihati pihak yang terbabit.

Inilah yang kita mahukan. Amalan politik yang matang, mengutamakan kesejahteraan dan mengelakkan provokasi serta kontroversi.

Saya yakin bahawa masyarakat Jepak khususnya adalah masyarakat yang lemah lembut dan mempunyai akhlak terpuji. Usah biarkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Teringat saya dengan pesanan Imam Hassan al-Banna: Jadilah kamu seperti sepohon pokok. Mereka melempari kamu dengan batu, kamu menggugurkan kepada mereka buah yang ranum.

Ada tiga jenis doa yang mustajab. Doa orang yang dizalimi, orang yang bermusafir dan ibu bapa untuk anaknya.

Ya Allah, di kalangan kami ada yang sedang bermusafir di bumi-Mu. Kau suburkanlah sinar Islam di bumi Sarawak ini dan kurniakanlah kemenangan kepada PAS.

Ya Allah, seandainya kami ini dizalimi, kuatkanlah kesabaran kami dan jadikanlah kami sebab hidayah untuk islam terus menyinari di bumi Sarawak.

Ya Allah, muliakanlah anak-anak kami dengan perjuangan islam ini. Jadikanlah kami dan mereka sebab hidayah kepada seluruh alam.

Catatan: Kiprawi Aman
N67 Jepak
Salam kemenangan PAS di Bumi Sarawak.

Sumber HD - 29-4-2016













































Rakyat Sarawak berbudi, terima kehadiran petugas PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: "Rakyat Sarawak sopan dan berbudi. Peramah dan pandai merai tetamu yang datang," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, mereka boleh terima kehadiran petugas PAS ke rumah mereka tanpa herdikan dan kata-kata kesat.

"Mereka sudi menjadi pendengar yang baik.

"PAS tidak mampu memberi benda, tetapi kita boleh mempamerkan budi dan akhlak yang tinggi sebagai daya tarikan," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook.

Pada Pilihan raya Negeri Sarawak ke-11 ini, PAS bertanding 11 kerusi Dun iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

SPR menetapkan hari mengundi PRN Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini.

Sumber HD - 29-4-2016












































Pujut Sejahtera: Manifesto ekonomi, kemudahan rakyat

HARAKAHDAILY | .


Berbekalkan semangat Iltizam untuk Sarawak, Program “Untukmu Sarawak” yang dicetuskan oleh Pemuda PAS negeri menunjukkan PAS negeri cakna dalam menangani masalah bebanan rakyat.

Calon PAS N.74 Pujut, Haji Jofree Jaraiee dalam agenda “Pujut Sejahtera”, beliau menyentuh soal ekonomi dan kemudahan rakyat yang berkait rapat dengan program “Untukmu Sarawak”.

Kesediaan dalam membantu masyarakat Pujut, beliau mengambil inisiatif untuk membantu rakyat mendapatkan bekalan air dan elektrik bagi kemudahan harian mereka.

Selain itu, beliau juga mahu menaiktaraf sistem pengairan pertanian desa seperti membuat tubewell, telaga, kolam tadahan dan terusan.

Bagi Haji Jofree Jaraiee, usaha ini untuk memudahkan petani Pujut menguruskan tanaman selain menjana pendapatan mereka.

Memenuhi keperluan asas infrastruktur dan keperluan asas individu dalam komuniti adalah antara agenda utama dalam program “Untukmu Sarawak”.

Oleh hal yang demikian, calon PAS N.74 ini ingin memperluaskan projek infrastruktur di Pujut antaranya dari aspek pengangkutan, kemudahan awam dan khidmat perbandaran.

Bagi beliau, infrastruktur yang baik dan lengkap amat penting bagi kemudahan, keselesaan dan keselamatan rakyat.

Menyentuh soal ekonomi rakyat, Haji Jofree Jaraiee ingin mempromosikan “Satu Kampung Satu Produk”.

Program ini merupakan antara inisiatif bagi menjana kewangan sesebuah kampung di Pujut.

Beliau juga amat mementingkan golongan belia dan wanita kerana dua kumpulan ini merupakan antara penyumbang utama dalam ekonomi negara khususnya di Sarawak.

Calon PAS N.74 ini mahu meningkatkan kemahiran belia dalam bidang vokasional dan keusahawanan malah beliau juga ingin meningkatkan kemahiran ekonomi wanita di Pujut.

Sumber HD - 29-4-2016

Lapor polis papan tanda calon PAS Lambir disabotaj

HARAKAHDAILY | .


Papan tanda yang dirosakkan (atas), poster asal (bawah).
(
MIRI: Laporan polis dibuat hari ini, 29 April 2016 di Balai Polis Pusat Miri pada jam 8.47 pagi oleh Pengarah Pilihan raya PAS bagi N.72 Lambir, Muhammad Afiq Mohd Khazar.

Laporan dibuat berikutan kejadian papan tanda calon PAS N.72 Lambir, Mohammad Arifiriazul Paijo yang disabotaj di Kampung Beraya.

Kejadian dikesan oleh petugas pilihan raya PAS Lambir, semalam.

PAS Lambir berasa kesal atas perkara yang berlaku dan berharap polis dapat membuat siasatan lanjut serta mengambil serius berhubung perkara itu. - HARAKAHDAILY 29/4/2016

Sumber HD - 29-4-2016



Hamidah Menyantuni Masyarakat Iban


Posted on Friday, April 29 @ 06:42:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BETING MARO, 28 April : Masyarakat pelbagai keturunan dan agama semakin menyenangi pendekatan PAS yang membawa kesejahteraan untuk semua.

Wanita Iban ini begitu gembira dengan kehadiran calon PAS Beting Maro, Hamidah Mokhtar seorang anak muda yang santun dengan pekerti mulia.

Bagai ibu dan anak, senyuman dibalas senyuman tanda pengikat dua hati kepada dua generasi bumi kenyalang.

Kepada Hamidah disandarkan harapan untuk membela nasib generasi masa depan kaum Iban dan kaum-kaum lain di sana.

Tawaran PAS yang menyatukan semua kaum dan bukan parti perkauman menjadi pilihan masyarakat yang ingin hidup bersatu padu dan berkasih sayang sesama masyarakat majmuk.

Sumber TKO - 29-4-2016




Cabaran Dalam Memulakan Dakwah
Posted on Thursday, April 28 @ 20:43:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Dalam berdakwah kita kena sabar. Memang sukar untuk kita menunjukkan sikap Islam dan politik Islam di masyarakt bukan Islam dan masyarakat Islam yang jahil dengan agama sendiri. Ubat paling baik ialah kesabaran.





Sumber TKO - 28-4-2016




Gambar Sekitar Kempen PAS di PRN Sarawak 2016
Posted on Thursday, April 28 @ 20:30:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Atasa dasar dakwah, atas dasar kita bersama PAS sebuah Jamaah Islam yang bercita-cita menegakkan undang-undang Islam bukan sekadar poltik semata-mata, ramai ahli turut membantu kempen PRN Sarawak kerana ini kesempatan untuk kita pekenalkan Islam melalui gerakan PAS.





























Kredit
Norman Ipin

Sumber TKO - 28-4-2016


Sepanduk, papan iklan PAS dirosakkan di Kakus, Lambir

Posted on Thursday, April 28 @ 16:48:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MIRI: Dakwaan vandalisme mencemari hari ketiga kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan beberapa insiden dilaporkan di Kakus, Lambir dan Kuching oleh parti pembangkang dan pemerintah.

Papan iklan calon bukan Islam pertama parti PAS, Clement Bayang, yang dipacakkan di Kakus dikoyakkan, manakala sepanduk markas operasi PAS di Lambir dibakar pihak tertentu.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili memberitahu FMT pihaknya terima maklumat berhubung pelaku disebalik insiden itu tetapi enggan menamakannya.

“Kita tak mahu menuduh sesiapa. Setakat ini suasana keseluruhannya terkawal dan saya rasa ini hanya kes terpencil,” katanya.

PAS telah mengarahkan pekerja parti, ahli dan penyokong supaya sentiasa berdisplin dan tidak menimbulkan provokasi sepanjang tempoh berkempen.

“PAS Sarawak juga menyeru agar semua pihak mengekalkan suasana damai sepanjang tempoh berkempen. Insiden di mana sepanduk PAS Sarawak dibakar di Lambir, papan iklan calon PAS di Kakus dikoyakkan dan lain-lain tidak sewajarnya berlaku,” kata Mukhtar.

Sementara itu, di Kuching, SUPP membuat laporan polis selepas dua iklan kempen di Batu Kawah didakwa dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebuah papan iklan dikoyak dan dibakar, sebuah lagi dibakar cat. Ini satu lagi contoh politik kebencian dan ketakutan yang dibawa ‘kem musuh’,” kata presiden Dr Sin Kui Hian dalam satu kenyataan.


Tiada kejadian serupa dilaporkan di kawasan-kawasan lain dalam pilihan raya yang dijangka akan berlangsung secara aman.

Sumber TKO - 28-4-2016



















































Pesakit kanser rahim tahap dua mohon bantuan segera


















































JOFRI JARAIEE | .



MIRI: Seorang pesakit kanser rahim tahap kedua yang tinggal di Pujut Adong 1A Miri memohon bantuan untuk kos perubatan beliau ke Kuching. Puan Nancy Bili yang berumur hampir 53 tahun telah dikesan mengalami kanser ini beberapa bulan yang lalu.

Menurut anaknya, ibunya mengalami masalah ini ketika balik dari bekerja membantu suaminya memotong rumput.

Mereka menghantar Nancy ke hospital umum Miri untuk pemeriksaan lanjut dan selepas membuat pemeriksaan imbasan ultrabunyi, doktor mendapati terdapat perubahan pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pemeriksaan biopsy.

Sejak itu dia tidak dapat membantu suaminya bekerja sebagai pemotong rumput. Suaminya hanya mengharap agar pihak berkuasa dapat membantu isterinya saja kerana dia tidak mampu menanggung kos untuk perubatan di Kuching.

Mereka pernah memohon bantuan E-Kasih tetapi tiada sebarang jawaban hingga kini. Mereka sekeluarga juga menyewa rumah tepi sungai Adong dan mereka amat mengharap ada pihak yang sudi membantu meringankan bebanan yang mereka tanggung.

Mereka mengadu masalah ini kepada pihak PAS ketika melakukan lawatan ke Kampung Pujut Adong baru-baru ini. PAS berusaha untuk membantu mereka sekadar kemampuan yang ada. Sepatutnya pihak berkuasa dan badan kebajikan serta Baitulmal boleh membantu mereka dengan memberi bantuan bulanan atau membayar kos perubatan dia sehingga sembuh.

PAS Miri mengesa pihak berkuasa dapat segera memberi bantuan kepada keluarga Nancy ini memandangkan mereka adalah dari golongan yang kurang berkemampuan untuk menganggung kos perubatan yang terlalu tinggi untuk golongan berpendapatan tidak tetap.

Keluarga Nancy amat mengharap pihak berkuasa dan badan kebajikan dapat membantu mereka menanggung kos perubatannya hingga sembuh. Kita mendoakan agar penyakit yang dialami oleh Nancy akan diubati dengan segera.

Hospital umum Miri juga tidak mempunyai kelengkapan yang terbaik untuk menangani masalah kanser. Kebanyakan pesakit kanser terpaksa diterbangkan ke Kuching dengan menunggu giliran untuk diperiksa.

Masalah ini sudah lama diadukan kepada pihak berkuasa tetapi tiada tanda masalah ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Kos perubatan yang tinggi juga menyebabkan rakyat miskin terus menderita kerana tidak mampu untuk membayarkannya.

PAS Miri mengesa sekali lagi agar pihak berkuasa perlu melihat masalah pesakit kanser ini dengan serius agar masalah yang mereka hadapi dapat ditangani sebaik mungkin. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat amat dihargai. – HARAKAHDAILY 28/4/2016

Sumber HD - 28-4-2016

Zharudin hiba kenang nasib anak yatim



















































IZWAN ABDUL HALIM | .


BINTULU: Calon PAS N.70 Samalaju, Zharudin Narudin mendapati ramai pelajar dalam Dun itu tercicir dari persekolahan dan gagal menyambung pengajian.

Penemuan itu diperolehnya sepanjang fasa jelajah beliau bertemu para penduduk.

Menurutnya, keterpaksaan tersebut disebabkan kedaifan hidup yang menyebabkan mereka tidak mampu meneruskan pengajian.

"Sedangkan kebanyakan mereka itu bagus dalam akademik serta mempunyai keputusan cemerlang. Kes-kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan saya akan cuba panjangkan ikhtiar agar mereka dapat dibantu.

"Saya juga pesan perkara ini kepada pimpinan masyarakat, ketua kampung dan tuai rumah panjang. Jika ada kes seperti itu terus hubungi saya, tak perlu protokol, kita cuba bantu," tawar beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bintulu.

Menurut Zharudin lagi, beliau dapati di dalam Dun ditandinginya itu juga terdapat ramai anak yatim.

Jelasnya, mereka itu tinggal dengan datuk nenek setelah ibu bapa meninggal atau bercerai.

Katanya, anak-anak itu membesar dalam serba kekurangan disebabkan datuk nenek mereka sudah terlalu tua atau miskin.

Lebih menyedihkan beliau apabila didapati mereka itu bukan sahaja tidak mendapat pembelaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, bahkan ada yang diberhentikan dari bantuan sebelumnya.

"Alasan diberi tidak munasabah. Mereka itu sudah tua, tiada kemampuan kewangan dan tenaga untuk bekerja. Jadi tidak sepatutnya. Apatah lagi mereka sedang menanggung anak yatim.

"Islam mewajibkan kita membela anak yatim. Mereka kehilangan kasih sayang. Jadi bantulah mereka. Jangan susahkan hidup dan menafikan bantuan sepatutnya untuk mereka," ujarnya mengakui hiba bila bertemu mata dan melihat wajah anak yatim. – HARAKAHDAILY 28/4/2016

Sumber HD - 28-4-2016

Arifiriazul hargai sikap terbuka masyarakat Iban

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS N.72 Dun Lambir, Mohammad Arifiriazul Paijo menzahirkan penghargaan di atas keterbukaan yang ditunjukkan masyarakat Iban.

Menurutnya, walaupun PAS belum pernah menang di Sarawak, namun masyarakat Iban bersedia menerima dan mendengar pandangan diajukan PAS.

Beliau berkata, masyarakat Iban yang majoritinya menghuni rumah panjang telah mempunyai kesedaran demokrasi tinggi sebagaimana ditunjukkan daripada sikap positif mereka itu.

"Mereka semakin menyedari kuasa undi yang ada. Tuai (ketua) rumah panjang juga menyerahkan pilihan undi terserah kepada masing-masing anak buahnya.

"Kebijaksanaan menggunakan hak bersuara dan memilih undi serta keterbukaan seperti inilah yang akan menyuburkan lagi demokrasi," ujarnya dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Sementara itu, rata-rata masyarakat Iban yang ditemui menyatakan kemahuan mereka kepada perubahan.

Menurut mereka, masih banyak kepentingan dan hak asas rakyat Sarawak tidak dipenuhi, sedangkan terdapat pihak yang terus mengaut keuntungan dan kekayaan negeri ini.

Keperluan asas terutama di rumah-rumah panjang gagal dipenuhi kerajaan memerintah dan dikecewakan lagi dengan banyak janji wakil rakyat tidak tertunai.

Antaranya adalah mengenai perbekalan air bersih, status tanah kediaman dan jalan perhubungan, juga pendidikan dan bantuan-bantuan khas.

Tidak kurang mereka mengadu perihal wakil rakyat BN yang hanya muncul untuk mendapatkan undi mereka tetapi hilang setelah menang.

Masyarakat Iban juga melahirkan harapan agar persaingan pilihan raya tidak menjadi punca perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat.

Mereka mahukan kehidupan aman damai dan harmoni serta limpahan kemakmuran Bumi Kenyalang dapat dinikmati rakyat negeri ini.

Sumber HD - 28-4-2016



Calon PAS Beting Maro Main Takraw??

Posted on Wednesday, April 27 @ 19:58:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Calon PAS, N29 Beting Maro, Cik Hamidah Mokhtar melancarkan Pertandingan Liga Sepak Takraw PAS di Kampung Tambak, Beting Maro. Beliau mencampakkan bola takraw dan disambut oleh salah seorang pemain di gelanggang. Beliau turut menyampaikan ucapan kepada para belia di situ dengan pesanan supaya jangan lupa turun mengundi PAS dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 7 Mei 2016 ini.




Sumber TKO - 27-4-2016

Clement Bukan Baru Bagi Kami

Posted on Wednesday, April 27 @ 17:37:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KAKUS, 26 April - “Clement seorang yang mudah didekati rakyat, beliau seorang aktivis masyarakat yang disenangi oleh penduduk” ujar salah seorang penghuni rumah panjang apabila menerima lawatan daripada calon PAS N60 Kakus Saudara Clement Bayang.

Menurut Clement lagi setakat lawatan ke rumah-rumah panjang, rata-rata menyokong beliau bertanding sebagai calon dan berjanji akan mengundi calon ini dalam pilihanraya yang bakal diadakan nanti

“Clement bukan baru bagi kami, dia telah berkhidmat sebagai aktivis masyarakat sudah sekian lama” tambahnya lagi


Semoga bulan menyinari di DUN kakus dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini.

Sumber TKO - 27-4-2016























































Saya menitis air mata menatap foto itu






















































MUHTAR SUHAILI | .


GAMBAR ini gambar yang sangat istimewa, saya menitis airmata terharu menatap foto pejuang sejati PAS ini.

Insan berkerusi roda ini ialah Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi yang bersemangat hadir ke Hari Penamaan Calon di DUN N07 Samariang mengiringi Calon PAS Ustaz Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 pada 25 April lepas.

Beliau merupakan mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak (Pesuruhjaya PAS Sarawak yang pertama dari tahun 1995 hingga 2003 selama 9 tahun). Saya cemburui semangat insan yang merupakan antara penggerak awal PAS di Sarawak ini.

Beliau pernah bertanding di Kerusi DUN N.07 Samariang mewakili PAS pada tahun 2001 (kali pertama PAS bertanding PRN Sarawak) dan kini banyak membimbing generasi baru PAS Sarawak.

Meski sekarang beliau berkerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan suatu masa dahulu, namun beliau terus bersemangat untuk hadir ke program-program PAS.

Semoga anak-anak Sarawak dapat mencontohi kecekalan dan istiqamah beliau dalam perjuangan. – HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016

Rakyat Sarawak diseru beri peluang kepada PAS























































HARAKAHDAILY | .




Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak telah meningkatkan momentum dengan terus menggerakkan jentera pilihanrayanya setelah kesemua 11 calonnya di Dun Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut disahkan layak bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berdasarkan kempen awal yang diadakan, sambutan dari para pengundi terhadap PAS adalah positif dan amat menggalakkan. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam misi PAS melahirkan Adun sulung di Sarawak.

PAS perlu diberi peluang untuk mempunyai Adun di Dewan Undangan Negeri Sarawak agar proses semak dan imbang (check and balance) yang berkesan dapat diwujudkan. Ini juga bagi memastikan mesej PAS Untuk Semua dan agenda Islam Rahmat Untuk Semua dapat direalisasikan dan dikembangkan.

PAS Sarawak komited untuk melaksanakan Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak yang telah dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:

TAWARAN PAS SARAWAK

1. PAS Sarawak akan MEMPERTAHANKAN HAK ANAK NEGERI SARAWAK sebagaimana yang termaktub di dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menyokong dan mendokong usaha mempertahankan hak tersebut mengikut saluran undang-undang dan demokrasi sedia ada.

2. PAS Sarawak komited MEMELIHARA HAK PELBAGAI KAUM, AGAMA DAN BUDAYA di negeri Sarawak. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS tidak akan memberi ruang kepada isu-isu yang mengganggu-gugat hak setiap kaum dan agama di negeri ini dengan mengamalkan budaya harmoni dan sejahtera.

3. PAS Sarawak KONSISTEN MENUNTUT ROYALTI 20% MINYAK DAN GAS.  Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan konsisten menuntut hak tersebut  dikembalikan kepada rakyat Sarawak secara adil dan saksama.

4. PAS Sarawak TEGAS DALAM CAPAIAN MENYELURUH KEMUDAHAN ASAS RAKYAT. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menyuara dan memperjuangkan  hak tersebut untuk dilaksanakan secara menyeluruh untuk rakyat Sarawak.

5. PAS Sarawak SEDIA MENDENGAR ADUAN RAKYAT. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menubuhkan Pusat Aduan Rakyat yang aktif di DUN PAS menang dengan komitmen mendengar suara dari seluruh lapisan masyarakat di DUN berkaitan.

Selain itu, PAS Sarawak juga menyeru agar semua pihak mengekalkan suasana damai sepanjang tempoh berkempen. Insiden di mana banner PAS Sarawak dibakar di Lambir, bendera PAS dicabut di Pujut, billboard calon PAS di Kakus dikoyakkan dan lain-lain tidak sewajarnya berlaku.

PAS komited untuk bertanding dengan semua parti-parti politik dihadapinya secara aman. PAS Sarawak juga telah mengarahkan seluruh jenteranya untuk sentiasa berdisiplin dalam berkempen dan tidak menimbulkan sebarang provokasi.

Buat akhirnya, PAS sekali lagi menyeru semua pengundi tanpa mengira agama dan bangsa khususnya di 11 Dun PAS bertanding agar mengundi calon berwibawa yang ditawarkan oleh PAS. Give PAS A Chance. Berilah PAS Peluang.

Sekian, terima kasih.

Untukmu Sarawak, Sarawak Sejahtera

MUKHTAR SUHAILI
Setiausaha PAS Negeri Sarawak
Tarikh: 27 April 2016 / 19 Rejab 1437 - HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016
























































Zainal utama kebajikan rakyat di Pantai Damai

HARAKAHDAILY | .


Pendekatan 'Budaya Politik Matang dan Sejatera' yang cuba ditonjolkan dan dibawa oleh calon PAS N.04 Pantai Damai, Zainal Abidin Yepni ternyata bukan hanya omongan kosong, bahkan cuba dibuktikan dengan bakti beliau untuk rakyat kawasan Dun khasnya.

Zainal Abidin yang menentang calon dari BN-PBB, Dr Abdul Rahman Junaidi bertekad mencabar kerusi Dun itu dengan komited menawarkan kesejahteraan yang akan dilaksanakan untuk rakyat.

Beliau yang terkenal dengan sifatnya yang berjiwa rakyat, juga sangat merendah diri dan bersungguh-sungguh menyebabkan rakyat sekitar senang mendekatinya.

Hal ini memberikan kelebihan kepada beliau dalam keadaan rakyat inginkan perubahan dalam pemerintahan, tidak hanya melaksanakan kerja ibarat melepaskan batuk di tangga.

PAS serius dalam agendanya untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat di samping memastikan rakyat Sarawak terus sejahtera dan sentosa di bawah pemerintahan kerajaan yang adil dan saksama.

Sumber HD - 27-4-2016
























































PAS kuat kerana ramai amilin ikhlas membantu

HARAKAHDAILY | .


Bagi calon PAS N.07 Samariang yang akrab dipanggil Ustaz Yusof itu, dukungan keluarga adalah kekuatannya.

"Insya Allah dengan restu ayah bonda, segalanya akan dipermudahkan," ujar beliau.

Sebaik sahaja keluar dari pusat penamaan calon semalam, beliau terus memeluk ayahanda  yang menunggu di luar.

Penglibatan beliau dalam politik turut mendapat sokongan penuh daripada isteri, ibu bapa, dan ibu bapa mertua apabila mereka turut hadir pada hari penamaan calon.

Calon muda yang berusia 30 tahun itu dilihat semakin mendapat tempat di hati rakyat Samariang.

Beliau yang sentiasa tenang dalam setiap tindakan begitu optimis, PAS akan diterima sekiranya rakyat memahami apa yang diperjuangkan.

Hari ini, Ustaz Yusof akan meneruskan berkempen dan mengharap sokongan dan doa yang tidak putus dari penyokong-penyokong beliau.

"Doakan kami, PAS kuat kerana ramainya amilin yang ikhlas untuk membantu," ujar beliau mengakhiri sesi soal jawab bersama wartawan.

Sumber HD - 27-4-2016
























































Rakyat harmoni, seronok kempen PRN Sarawak

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Seronok kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, rakyatnya mesra dan harmoni apabila bertemu, ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, walaupun di rumah mereka penuh dengan bendera BN, namun layanan mesra kepada PAS yang datang amat baik.

"Soal sokong atau tidak, kita serah kepada Allah SWT. Tugas kita menerang," ujarnya menerusi laman facebook.

Beliau juga melahirkan kesyukuran apabila 11 calon PAS diterima oleh pihak SPR pada hari penamaan calon PRN Sarawak.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, ujian awal sudah berjaya, memang hari penamaan calon amat mendebarkan takut kertas pencalonan ditolak.

Ini, ujarnya berkat doa dan penelitian yang dibuat oleh mereka yang pakar di dalam pilihan raya yang telah meneliti dari segi status kebankrapan dan kesalahan akta pilihan raya setiap calon PAS. - HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016























































Tidak mustahil PAS dapat 'anak sulung kembar'

IZWAN ABDUL HALIM | .


TERIK matahari dengan suhu kepanasan yang tinggi melanda negara ketika ini sememangnya membasahkan tubuh lagi memenatkan.

Dengan rahmat Allah, hujan lebat mencurah-curah turun pada malam menjelang Subuh hari penamaan calon PRN Sarawak.

Bagi kebanyakan orang, itu mungkin situasi biasa. Tetapi bagi para pejuang PAS, mereka meyakini dengan iman, itulah campakkan ketenangan dan peneguhan dari Allah.

Firman-Nya dalam ayat 11 surah al-Anfal yang bermaksud:

"Allah meneguhkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan serta untuk menguatkan hatimu dan memperteguhkan dengan telapak kakimu."

Bukan sekali, tetapi berkali-kali mereka menyaksikan perkara iman yang muncul pada detik seperti ini.

Bagi petugas yang kebanyakannya datang dari Semenanjung, ia sememangnya perjalanan panjang dan jauh.

Apatah lagi meluangkan satu tempoh masa, memperuntukkan sejumlah wang, meninggalkan pekerjaan, rumah dan kaum keluarga.

Anehnya bagi mereka yang tidak memahami, datang ke tempat di mana jurang perbezaan itu jelas ketara dan lebih pelik, di atas kertas PAS dilihat tidak akan menang.

Tetapi itulah mengisi dalam hati para petugas PAS, keyakinan kepada Allah yang tidak pernah malap dan cekal membawa 'misi tidak mustahil'.

Keterujaan terhadap kesungguhan para petugas PAS turut dilafazkan Setiausaha PAS Sarawak, Engr Muhtar Suhaili.

Akuinya, beliau kagum dengan kesungguhan para petugas yang disifatkannya telah melaksanakan gerak kerja paling tersusun sejak penyertaan PAS dalam PRN Sarawak.

Malah, beliau juga kagum dengan pengorbanan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee yang sanggup meletakkan jawatan dan gaji tingginya di Petronas demi melaksanakan taklifan selaku calon.

Sedangkan Jofri masih mempunyai empat anak yang ditanggungnya, selain isteri beliau tidak bekerja.

Dengan penuh semangat, Muhtar menyatakan, mesej mereka di Sarawak komited untuk bersama hasrat PAS membina negara dan masyarakat ini dengan nilai-nilai hidup Islam.

Keteguhan sama diungkapkan Jofri, biarpun tahu sukar untuk menang, tetapi keyakinannya tinggi kepada janji Allah.

Pernah kerana kebimbangan, lalu ditanya kepada beliau mengenai ketiadaan pegawai keselamatan yang mengiringinya.

Spontan beliau menjawab, "Allah yang menjaga keselamatan saya," ungkapan yang menggambarkan garis sempadan perbezaan keyakinan mereka-mereka yang larut dengan tarbiyah Islam.

Misi Anak Sulung

Pada Muktamar Tahunan PAS 2015 di Kuala Selangor, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan antara misi Dewan Pemuda adalah untuk melahirkan anak sulung pada PRN Sarawak.

Lontaran itu bukan propaganda, tapi tekad dan kepercayaan untuk direalisasikan di mana para Pemuda PAS silih berganti turun menyantuni warga Bumi Kenyalang.

Jurang perbezaan dikecilkan dan sebanyak mungkin persamaan diharmonikan dengan perjuangan tulus ikhlas datang membela Sarawak.

Tetapi sejak itu pengertian 'anak sulung' mulai menjadi perbincangan yang dibahaskan.

Beberapa ketika, Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali pula ada menyebut bahawa anak sulung boleh jadi kembar.

Kalimah 'kembar' itu kian membuka perbahasan banyak pihak. Diikuti perkembangan selepas proses penamaan calon iaitu menyaksikan pertembungan yang berlaku memungkinkan kelebihan kepada calon PAS.

Maka, kerancakan analisis mulai melihat bahawa 'anak sulung kembar' itu boleh jadi lebih dari dua.

"Yalah, macam orang dah lama kahwin, keluar (lahir)  anak sulung kembar empat. Ini semua kerja Allah," ujar seorang petugas PAS di Dun Pujut yang begitu optimis Jofri Jaraiee akan mencipta sejarah itu.

Terus Berkembang

Namun, seandainya tidak memenangi walau satu kerusi sekalipun, ia langsung tidak mengecewakan PAS.

Sebaliknya sebagaimana diungkap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS datang untuk meneguhkan Islam di negeri ini, iaitu hadirnya PAS adalah dengan membawa mesej dakwah.

Jelas menunjukkan penyertaan pada PRN ini menjadi kesempatan kepada PAS mendekati rakyat Sarawak dengan lebih dekat.

PRN ini menjadi saksinya, semua pimpinan PAS memberi tumpuan di Dun-dun ditandingi. Ustaz Nik Mohamad Abduh bergerak ke lima Dun kerana lima calon PAS kali ini adalah 'orang muda'.

Sekiranya menang, ia adalah bonus untuk PAS menunjukkan contoh khidmat, kepimpinan dan keterbukaannya kepada masyarakat Bumi Kenyalang yang penuh keunikan ini.

Kesediaan komitmen itu juga dapat dilihat antaranya dari slogan "Untukmu Sarawak, Sarawak Sejahtera" yang jelas suatu tekad panjang dan berterusan yakni tidak bermusim pada waktu pilihan raya.

Bermakna PAS semakin menyintai Sarawak sebagai bumi masa depan yang akan disuburkan dengan benih dakwah.

Kebenaran Terserlah Jua

Tidak sedikit PAS menghadapi ejekan, cemuhan dan tuduhan sejak keberadaannya di tanah besar Borneo ini. Begitu juga tatkala mengumumkan bertanding 11 kerusi dan kesediaan bersendirian.

PAS menyedari kedudukan dan cabarannya di negeri ini. Namun, ternyata banyak urusan PAS mutakhir ini lebih berjaya dan dimudahkan Allah. Sebaliknya, segala keburukan diungkap oleh para pesaing PAS telah berbalik menimpa mereka.

Inilah pertolongan Allah yang diyakini para pendokong PAS. Di sebalik segala kelemahannya untuk menghadapi pesaing, para pesaing pula saling memusnahkan diri mereka.

“Kamu kira mereka itu bersatu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tiada mengerti.” (Al-Hasyr: 14)

Sebaliknya, satu persatu kebenaran terserlah dan imej PAS kian menaik. Banyak pihak akhirnya mengerti pendirian dan prinsip PAS. Langkah PAS tidak kejang, tetapi jelas untuk maslahah rakyat dan negara.

PAS telah, sedang dan akan istiqamah menyantuni Sarawak. Semua pendokongnya yakin sinar Islam pasti bergemerlapan di Bumi Kenyalang kelak.

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Dia redhai (Islam). Dan Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (an-Nur:55). – HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016
























































Ustaz Wan dekat di hati masyarakat Sebuyau

HARAKAHDAILY | .


Kehidupan beliau serba sederhana, tinggal di sebuah rumah bersaiz biasa, dengan bahan binaan kampung.

Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set perabot mahal yang memukau. Yang ada hanyalah beberapa almari yang penuh dengan kitab-kitab agama.

Biarpun beliau mampu untuk hidup mewah bergaya dengan menjadi usahawan Eiken berjaya, di samping mempunyai seorang isteri yang merupakan doktor perubatan, namun kesederhanaan dalam hidup menjadi pilihan mereka sekeluarga.

Wajahnya yang jernih dan tulus lambang kerendahan hati. Siapa tak kenal Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad.

Pendakwah bebas yang tidak lekang dengan senyuman, menggalas tanggungjawab sebagai murabbi kepada masyarakat menuntut beliau untuk bergerak ke sana ke mari meninggalkan keluarga demi menyebarkan ilmu kepada masyarakat.

Mudah mesra dengan penduduk, tidak kisah duduk bersila, bergurau senda, makan makanan yang sama dengan penduduk menjadikan beliau makin dekat di hati masyarakat Sebuyau.

Tidak perlu dihampar dengan permaidani merah untuk menyambut beliau, tidak kisah soal bayaran jika dijemput berceramah, malah ada kalanya duitnya pula akan dikeluarkan demi menempatkan PAS di hati rakyat.

“Bagi saya yang dah lama kenal calon…calon seorang yang rendah diri, dan senang didampingi oleh sesiapa pun peramah pulak tu,” ujar Wan Rajuna, rakan yang mengenali beliau.

Bekas graduan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Al-Azhar ini ternyata bijak dalam berpolitik. Membawa amalan politik matang dan sejahtera menjadikan beliau senang didekati oleh masyarakat Muslim dan bukan muslim.

“Ustaz seorang yang hebat baik peribadi ataupun kerjaya, peramah, senang didampingi,“ ujar  seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Andita.

Beruntunglah masyarakat Sebuyau jika mempunyai pemimpin sebegini. Rendah hati,senang didekati, mendahulukan kebajikan yang lain daripada kebajikan diri sendiri.

Ustaz Wan Abdillah, kehadiranmu dinanti-nanti.

Sumber HD - 27-4-2016
























































Bekas pelajar kagum sikap Cikgu Asan Singkro

HARAKAHDAILY | .


Tak kenal maka tak cinta. Itu pepatah paling baik buat pengundi di Sadong Jaya,dah kenal terserlah kebaikannya. Itulah Cikgu Asan Singkro yang begitu dikagumi bekas pelajarnya yang ramai terdapat di Sadong Jaya.

"Cikgu Asan baik dengan kamek, Selalu tanya khabar dan ambik kisah," kata Abd Kadir Sidin, bekas pelajar Cikgu Asan.
Cikgu Asan Singkro, 63, berjiwa rakyat, mesra dan cukup mesra.

Kebanyakan orang-orang tua di Sadong Jaya kenal dan mesra dengan Cikgu Asan.
Isteri beliau Puan Nona Sait, 51, seorang suri rumah sepenuh masa, beliau sangat peramah dan mudah mesra dengan orang kampung. Anaknya seramai 5 orang dan semua anaknya cemerlang dalam akedemik.

Puan Nona memberi sokongan sepenuhnya pada Cikgu Asan yang merupakan calon PAS N.24 Sadong Jaya.

"Saya akan terus menyokong suami saya yang akan bertanding atas tiket PAS," ujar beliau penuh semangat dan harapan dan saya amat berharap semua bekas murid Cikgu Asan akan bersama beliau.

Sumber HD - 27-4-2016
























































Calon PAS Dun Lambir puji demokratik kaum Iban

IZWAN ABDUL HALIM | .


SIBUTI: Calon PAS N.72 Dun Lambir, Arifiriazul Paijo menzahirkan penghargaan di atas keterbukaan yang ditunjukkan masyarakat Iban.

Menurutnya, walaupun PAS belum pernah menang di Sarawak, namun masyarakat Iban bersedia menerima dan mendengar pandangan diajukan PAS.

Puji beliau, masyarakat Iban yang majoritinya menghuni rumah panjang telah mempunyai kesedaran demokrasi tinggi sebagaimana ditunjukkan dari sikap positif mereka itu.

"Mereka semakin menyedari kuasa undi yang ada. Tuai (ketua) rumah panjang juga menyerahkan pilihan undi terserah kepada masing-masing anak buahnya.

"Kebijaksanaan menggunakan hak bersuara dan memilih undi serta keterbukaan seperti inilah yang akan menyuburkan lagi demokrasi," ujar Arif dalam kempennya menemui kaum peribumi itu.

Sementara itu, rata-rata masyarakat Iban yang ditemui menyatakan kemahuan mereka kepada perubahan.

Adu mereka, masih banyak kepentingan dan hak asas rakyat Sarawak tidak dipenuhi, sedangkan terdapat pihak yang terus mengaut keuntungan dan kekayaan negeri ini.

Keperluan asas terutama di rumah-rumah panjang gagal dipenuhi kerajaan memerintah dan dikecewakan lagi dengan banyak janji wakil rakyat tidak tertunai.

Antaranya adalah mengenai perbekalan air bersih, status tanah kediaman dan jalan perhubungan, juga pendidikan dan bantuan khas.

Tidak kurang mereka mengadu perihal wakil rakyat BN yang hanya muncul untuk mendapatkan undi mereka tetapi hilang setelah menang.

Masyarakat Iban juga melahirkan harapan agar persaingan pilihan raya tidak menjadi punca perbalahan dan perpecahan dalam masyarakat.

Mereka mahukan kehidupan aman damai dan harmoni serta limpahan kemakmuran Bumi Kenyalang dapat dinikmati rakyat negeri ini. – HARAKAHDAILY 27/4/2016

Sumber HD - 27-4-2016

Pengundi Dun Muara Tuang serah borang sertai PAS

HARAKAHDAILY | .


KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 24 borang permohonan keahlian PAS diserahkan pada satu majlis ceramah kelompok yang diadakan di rumah Hanapi Sidek, Kampung Niup dalam Dun Muara Tuang, malam ini.

Borang itu diserahkan kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. Turut hadir ialah AJK PAS Pusat, Razman Zakaria dan calon PAS Dun Muara Tuang, Zulkipli Ramzi.

"Alhamdulillah, malam ini dalam cramah kelompok hadir kira-kira 50 orang. Mereka kata hendak buat perubahan," ujar Idris kepada Harakahdaily.

Dalam ucapan pada majlis itu, beliau menyeru supaya perlu ada keberanian kepada rakyat untuk membuat perubahan dan berjuang bagi masa depan anak-anak akan datang.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, cukuplah 10 kali dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak memberikan undi kepada BN.

Menurut beliau lagi, pemimpin hanya takut apabila rakyat berani berubah, maka apabila pembangkang menjadi kuat, rakyat lebih senang.

"Cukupalah janji manis BN setiap kali pilihan raya. Kalau calon PAS tidak laksanakan amanah, kita tukar pula," ujarnya. - HARAKAHDAILY 26/4/2016

Sumber HD - 26-4-2016

























































Pertingkatkan momentum untuk raih kejayaan

HARAKAHDAILY | .


Setelah penamaan calon pada siang hari semalam, jentera PAS Lambir sempat beramah mesra dengan masyarakat tempatan di dalam satu majlis pelancaran manifesto yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Calon PAS N.72 Dun Lambir, Mohammad Arifiriazul Bin Paijo sempat meluangkan masa bersama pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau mengucapkan syukur atas kelancaran proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Institut Perguruan Miri, semalam.

Beliau menyeru semua jentera PAS agar dapat meneruskan momentum dalam dua minggu terakhir ini bagi memastikan segala gerak kerja pilihan raya berjalan lancar.

Tidak lupa juga beliau berdoa semoga Allah memberikan kekuatan dan kemenangan buat semua calon PAS yang bertanding di seluruh Sarawak.

Semoga dengan kepercayaan dan mandat yang bakal diberikan oleh rakyat, membolehkan calon PAS berkhidmat kepada rakyat, seterusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang membelenggu rakyat selama ini.

Beliau yakin slogan 'Sejahtera Untukmu Sarawak'  sangat tepat dan tawaran itu diyakini dapat memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat Lambir.

Akhir sekali, Arif mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat yang sudi datang dari jauh seperti Kampung Subak dan beliau sangat mengharapkan sokongan yang berterusan untuk PAS mensejahterakan Lambir khususnya dan Sarawak umumnya.

Sumber HD - 26-4-2016


























































PRN Sarawak: Rakyat tolak calon GST

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Rakyat Sarawak diingat menggunakan peluang terbaik pada 7 Mei ini menolak calon-calon Barisan Nasional (BN) yang terbukti banyak menyusahkan rakyat negara ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata sudah sampai masanya rakyat Sarawak meninggalkan BN.

“Rakyat Sarawak perlu merebut peluang 7 Mei ini bagi menghukum BN kerana tidak lagi mempedulikan kebajikan rakyat.

“Kehadiran GST sejak lebih setahun lepas memberi tekanan kepada rakyat miskin termasuk juga di Sarawak

“Kita kena pakat tolak calon BN yang mempertahankan GST sehingga menyusahkan rakyat Sarawak,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS Pusat dan Kelantan mengiringi perarakan calon PAS Dun Beting Maro, Hamidah Mokhtar.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang berkata, Hamidah menjadi pemimpin terbaik bagi membawa suara rakyat di Beting Maro selepas peranan itu gagal dimainkan Adun BN sebelum ini. - HARAKAHDAILY 26/4/2016

Sumber HD - 26-4-2016


























































Zulkipli mesra, disenangi penduduk Muara Tuang

HARAKAHDAILY | .


Penampilan yang senang mesra menjadi sifat yang digambarkan penduduk kampung untuk mengenali calon PAS N.16 Muara Tuang, Zulkipli Ramzi.

Beliau sememangnya dikenali sebagai individu yang sangat mesra dengan penduduk kampung di daerah Muara Tuang.

Tambahan pula calon PAS Dun Muara Tuang ini ialah ahli qaryah masjid yang begitu gemar menyertai aktiviti-aktiviti masjid dan kampung malah suka membantu orang sekelilingnya dalam sebarang situasi.

Sikap sederhana dan sentiasa ceria bahkan tidak kekok bergurau senda bersama rakan-rakan beliau.

Malah menurut, Abdullah Mail, 39, Zulkipli selalu bersama-sama dalam banyak aktiviti dengan penduduk kampung.

Menurutnya lagi, Zulkipli sangat ringan tulang dan mudah membantu rakan-rakan daripada sebesar-besar urusan hingga perkara dianggap remeh seperti mengangkat pinggan ketika program.

Agi Hidup, Agi Ngelaban. Pepatah ini memang sesuai dengan calon PAS ini yang sememangnya mendapat sokongan daripada penduduk kampung suku Iban.

Sumber HD - 26-4-2016


























































Clement pilih PAS platform perjuang hak rakyat Kakus

HARAKAHDAILY | .


Fenomena penamaan calon semalam kelihatan meriah apabila lokasi sekitar Majlis Daerah Tatau dibanjiri oleh penyokong-penyokong parti yang bertanding.

Para penyokong PAS dilihat terus bersemangat memberi sokongan dan dukungan kepada calon PAS N.60 Kakus, Clement Bayang.

Clement Bayang diiringi pemimpin PAS Pusat sudah sedia mengatur langkah membina harapan yang tinggi serta menggenggam azam yang kuat sedia menggantikan peminggiran hak rakyat Kakus dengan kesejahteraan hidup pada masa akan datang.

Clement, 59, merupakan calon tunggal bukan Islam PAS yang bertanding di dalam Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini.

Kesediaan beliau menjadi calon adalah untuk membela rakyat Kakus meringankan beban hidup yang ditanggung mereka.

Clement, yang juga merupakan ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Sarawak, bekas Tuai Rumah, pernah merakamkan sebuah album yang memuatkan beberapa lagu pada 2010 telah memilih PAS sebagai platform untuk memperjuangkan hak rakyat Kakus.

Beliau sangat yakin PAS adalah parti yang mampu menyokong beliau memenuhi impian mengenepikan peminggiran hak rakyat Sarawak selama ini yang dinafikan oleh BN dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Keserlahan peribadi Clement yang sentiasa prihatin dengan masalah warga Kakus dan ketokohan beliau sebagai pemimpin memberi peluang baru kepada pengundi-pengundi Kakus untuk memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka.

Segalanya bertepatan dengan tujuan PAS menghantar calon-calon menyertai PRN Sarawak iaitu, menyubur amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan yang pelbagai kepada rakyat Sarawak memilih mana-mana calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri (Dun), dan memperkukuh sistem semak dan imbang dalam urus tadbir negeri Sarawak melalui penyertaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak, seterusnya memantau perjalanan pentadbiran negeri melalui Dun.

Sumber HD - 26-4-2016


























































Hamidah: Usahawan muda perintis masyarakat

HARAKAHDAILY | .


HAMIDAH Mokhtar, anak kelahiran Sarawak ini dikenali sebagai seorang usahawan muda dengan memegang jawatan sebagai pengarah Butik Real Hijab.

Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan (Business Information System) dari Universiti Teknologi Petronas merealisasikan impian untuk meneroka dunia perniagaan dengan lebih mendalam.

Calon PAS N.29 Beting Maro ini bukan sahaja seorang peniaga yang berjaya sebagai Pengarah Butik Real Hijab, malah  juga bertindak sebagai arkitek anak bangsa dengan menyebarkan dakwah kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh oleh wanita yang berwajah mulus dan berpendidikan tinggi ini menjadikan Butik Real Hijab kian dikenali oleh ramai pelanggan di Sarawak.

Sungguh, kejayaan ini bukan sahaja kerana setiap produk yang dijual adalah berkualiti malah kepelbagaian dalam mencorakkan pemakaian dan gaya tudung produk yang menepati ciri-ciri syariat juga menyebabkan ramai yang tertawan dengan produk Real Hijab.

Butik Real Hijab yang dikendalikan oleh Hamidah ini sentiasa aktif, kritis dan kreatif dengan meluaskan pasaran seperti membuka gerai di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bagi mendekati anak muda untuk sayangkan amalan berhijab.

Hasil kebolehan dan kesungguhan Hamidah, banyak misi dakwah seperti memperjuangkan nasib saudara-saudara di Syria dan Palestin diterjemahkan melalui pakaian yang dijual.

Inovasi yang dilakukan terhadap produk yang dijual setiap bulan menjadi satu bukti yang membuka mata orang ramai bahawa beliau merupakan seorang wanita yang berpandangan jauh dan optimis dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah.

Hamidah, wanita yang bersahaja ini turut mengerahkan keringat dalam media sosial bagi menghebahkan isu-isu semasa yang terjadi di Sarawak, Sabah bahkan Semenanjung.

Hal ini supaya, masyarakat dan pelanggan Butik Real Hijab turut menagih pahala menyambut seruan pertolongan daripada yang memerlukan.

Semoga kejayaan Hamidah ini menjadi inspirasi kepada anak muda khususnya dan masyarakat Beting Maro amnya supaya lebih kreatif dalam memajukan taraf hidup masing-masing.

Sumber HD - 26-4-2016


























































Seruan infak PRN Sarawak

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dengan selesainya proses penamaan calon PRN Sarawak semalam yang menyaksikan PAS berjaya meletakkan kesemua calonnya di 11 Dun yang telah diisytiharkan lebih awal, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sekali lagi melancarkan kempen 'SERUAN INFAK PRN SARAWAK' kepada seluruh pencinta perjuangan Islam di seluruh negara.

Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata pihaknya juga amat berbesar hati merakamkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua penderma yang telah menyumbang kepada kejayaan seruan infak kami yang pertama, 'RM11 Untuk 11 Dun' yang telah digerakkan pada bulan lepas yang berjaya mengumpulkan kutipan sehingga 5 angka.

"Sumbangan telah pun selamat diagihkan kepada semua 11 Dun yang telah menggerakkan jenteranya sejak awal lagi," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, katanya semalam bermulalah semboyan 'jihad pilihan raya' yang dinantikan sejak lama sehinggalah hari kemuncaknya nanti pada 7 Mei 2016.

Beliau menambah, seluruh jentera telahpun digerakkan dan diaktifkan sepenuhnya.

Justeru, katanya  komitmen semua rakyat Malaysia yang cintakan perjuangan Islam adalah diharapkan.

"Jentera parti di medan pilihan raya begitu memerlukan bantuan kewangan daripada kita semua.

"Ayuh bersegeralah dan jangan lepaskan peluang untuk merebut keuntungan terbesar daripada perniagaan terbesar yang ditawarkan oleh Allah kepada umat jihad fi sabiliLlah," ujar Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi. - HARAKAHDAILY 26/4/2016

Sumber HD - 26-4-2016



Senarai penuh calon pilihan raya Sarawak ke-11

Posted on Tuesday, April 26 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


N01: OPAR: SARAWAK: 9,714
1. Francis Teron Kadap ak Noyet...... (PKR)
2. Niponi ak Undek .................(Bebas)
3. Patrick ak Uren .................(PBDSB)
4. Ranum ak Mina ......................(BN)
(2011: Ranum ak Mina: BN-SUPP: Maj:2,006)

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 17,041
1. Dato Henry @ Harry ak Jinep...... (BN-SPDP)
2. Mordi ak Bimol....................... (DAP)
(2011: Peter Nansian ak Ngusie: BN-SPDP: Maj: 2,072)

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,899
1. Tan Sri Adenan Satem.....(BN-PBB)
2. Jazolkipli Numan............(PKR)
(2011: Tan Sri Adenan bin Satem : BN-PBB: Maj: 3,216)

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 18,409
1. Dr Abdul Rahman Junaidi......... (BN-PBB)
2. Zainal Abidin Yet .............. ...(PAS)
(2011: Dr Abdul Rahman Junaidi: BN-PBB: Maj: 5,071)

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 13,830
1. Dr Hazland Abang Hipni...........(BN-PBB)
2. Mohamad Fidzuan Zaidi .......... (Amanah)
(2011: Dr Hazland Abang Hipni: BN-PBB: Maj: 3,752)

N06: TUPONG: SARAWAK: 21,499
1. Fazzrudin Abdul Rahman ....... (BN-PBB)
2. Nurhanim Mokhsen..................(PKR)
(2011: Datuk Daud Abdul Rahman: BN-PBB: Maj: 4,551)

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 18,250
1. Nani Sahari ............................(Amanah)
2. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali....(BN-PBB)
3. Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi.............(PAS)
(2011: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali: BN-PBB: Maj: 5,431)

N08: SATOK: SARAWAK: 13,550
1. Mohammad Salleh Shawkatali ..................(PKR)
2. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg ..(BN-PBB)
(2011: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg : BN-PBB: Maj: 2,800)

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 22,301
1. Pau Kiu Sung ........(BN-SUPP)
2. Teo Kuang Kim ......... (Star)
3. Wong King Wei ...........(DAP)
(2011: Wong King Wei: DAP: Maj: 7,884)

N010: PENDING: SARAWAK: 30,488
1. Milton Foo Tiang Wee ........ (BN-SUPP)
2. Violet yong Wui Wui ..............(DAP)
(2011: Violet Yong DAP: DAP: Maj: 7,595)

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 28,105
1. See Chee How............(PKR)
2. Sih Hua Tong .......(BN-SUPP)
3. Soo Lina.............. (Star)
(2011: See Chee How: PKR: Maj: 8,381)

N012: KOTA SENTOSA : SARAWAK: 25,761
1. Chong Chieng Jen ..........(DAP)
2. Yap Yau Sin............(BN-SUPP)
(2011: Chong Chieng Jen: DAP: Maj: 4,824)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N013: BATU KITANG : SARAWAK: 17,494
1. Voon Shiak Ni .........................(PKR)
2. Sulaiman Kadir ......................(Bebas)
3. Datuk Seri Othman Bojeng.............(Bebas)
4. Lo Khere Chiang ...................(BN-Supp)
5. Abdul Aziz Isa ........................(DAP)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N014: BATU KAWAH: SARAWAK: 16,991
1. Liu Thian Leong ....................... (Bebas)
2. Datuk Dr Sim Kui Hian ................(BN-SUPP)
3. Christina Chew Wang See ..................(DAP)
(2011: Christina Chew Wang See (DAP) : Maj:543)

N015: ASAJAYA: SARAWAK: 10,967
1. Abang Junaidi bin Abang Gom..........(PKR)
2. Abd Karim Rahman Hamzah .........(BN-PBB)
(2011: Abd Karim Rahman Hamzah:BN-PBB: Maj:4,489)

N016: MUARA TUANG: SARAWAK: 16,186
1. Datuk Idris Buang...............(BN-PBB)
2. Zulkipli Ramzi.....................(PAS)
3. Abang Abdul Halil Abang Naili.. (Amanah)
(2011: Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud: BN-PBB: Maj:7,843)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N017: STAKAN: SARAWAK: 14,846
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud .........(BN-PBB)
2. Leslie Ting Xiang Zhi ....................(DAP)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N018: SEREMBU: SARAWAK: 9,065
1. Athina Klaywa Sim ............. (PKR)
2. Buln ak Patrick Rios.......... (Star)
3. Miro ak Simuh ...................(BN)
4. Nyomek ak Nyeap.............. (Bebas)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N019: MAMBONG*: SARAWAK: 17,467
1. Datuk Dr Jerip ak Susil.... (BN)
2. Sanjan ak Daik.............(DAP)
3. Willie ak Mongin ..........(PKR)
(2011:Dr Jerip ak Susil : BN-SUPP : Maj: 3,646)
*Nama asal/original name - Bengoh

N020: TARAT: SARAWAK: 16,391
1. Musa ak Ngog.................. ... (PKR)
2. Roland Sagah Wee Inn........... (BN-PBB)
(2011: Roland Sagah Wee Inn: BN-PBB: Maj: 1,995)

N021: TEBEDU: SARAWAK: 11,521
1. Alex Saben ak Nipong @ Nyipong..................(PKR)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong ........ (BN-PBB)
(2011: Datuk Seri Michael Manyin Ak Jawong BN-PBB : Maj: 4,066 )

N022: KEDUP: SARAWAK: 10,370
1. Andrew Nyabe ..................(DAP)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben ..(BN-PBB)
3. Mark Murau ak Sumon .........(PBDSB)
(2011: Maclaine Ben @ Martin Ben: BN-PBB: Maj: 2,265)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N023: BUKIT SEMUJA : SARAWAK: 13,365
1. Cobbold ak Lusoi......................(PBDSB)
2. Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak... (DAP)
3. Fredrick Bayoi ak Maggie............ (Bebas)
4. John ak Ilus........................... (BN)
5. Johnny ak Aput ........................(Star)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N024: SADONG JAYA: SARAWAK: 6,749
1. Aidel bin Lariwoo ................(BN-PBB)
2. Asan bin Singkro ....................(PAS)
3. Awang Rabiee bin Awang Hosen...... (Bebas)
4. Othman Bin Mustapha @Mos........ (Amanah)
(2011: Aidel Lariwoo: BN-PBB: Maj: 2,934)

N025: SIMUNJAN: SARAWAK: 7,774
1. Awla bin Dris............. (BN-PBB)
2. Hipni bin Kanaini........... (Bebas)
3. Jamilah binti Baharuddin...... (PKR)
(2011: Mohd Naroden Majais: BN-PBB: Maj: 4,048)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N026: GEDONG: SARAWAK: 7,087
1. Mohd.Naroden bin Majais.......... (BN-PBB)
2. Rapelson Richard Hamit ...........(Amanah)
3. Uja ak Bansi...................... (Bebas)
KERUSI BAHARU/NEW SEAT

N027: SEBUYAU: SARAWAK: 9,041
1. Andrew Anak Jain.................(Amanah)
2. Datuk Julaihi Narawi.............(BN-PBB)
3. Wan Abdillah Bin Wan Ahmad .........(Pas)
(2011: Julaihi Narawi: BN-PBB: Maj: 2,276)

N028: LINGGA: SARAWAK: 8,988
1. Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh................(PKR)
2. Simoi Binti Peri............................(BN-PBB)
3. Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman ... (Bebas)
(2011: Simoi Peri: BN-PBB: Maj: 2,506)

N029: BETING MARO: SARAWAK: 10,474
1. Andri Zulkarnaen Bin Hamden..........(Amanah)
2. Hamidah Mokhtar........................ (Pas)
3. Razali Gapor ....................... (BN-PBB)
(2011: Razaili Gapor: BN-PBB: Maj: 391)

N030: BALAI RINGIN: SARAWAK: 9,945
1. Entusa ak Imam..............(Bebas)
2. Nicholoas Mujah ak Ason ......(PKR)
3. Pok ak Ungkut...............(PBDSB)
4. Snowdan Lawan .............(BN-PRS)
(2011: Snowdan Lawan: BN-PRS: Maj: 2,885)

N031: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 9,389
1. Jubri ak Atak ................(PKR)
2. Datuk Mong ak Dagang ..... (BN-PRS)
(2011: Mong ak Dagang: BN-PRS: Maj: 2,773)

N032: SIMANGGANG: SARAWAK: 11,472
1. Datuk Francis Harden ak Hollis......(BN-SUPP)
2. Leon Jimat Donald ..................... (DAP)
3. Ngu Piew Seng........................ (Bebas)
4. Norina Umoi ak Utot ....................(PKR)
(2011: Datuk Francis Harden ak Hollis: BN-SUPP: Maj: 2,447)

N033: ENGKILILI : SARAWAK: 10,682
1. Adan ak Sandom ...............(Bebas)
2. Dr Johnical Rayong ak Ngipa .....(BN)
3. Nicholas Bawin ak Anggat .......(PKR)
4. Ridi ak Bauk..................(Bebas)
(2011:Dr Johnical Rayong ak Ngipa:BN-SUPP: Maj: 3,807)

N034: BATANG AI: SARAWAK: 9,492
1. Kolien ak Liong ..............(PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh.....(BN-PRS)
(2011: Malcom Mussen ak Lamoh: BN-PRS: Maj: 2,741)
*Nama asal/original name - Batang Air

N035: SARIBAS: SARAWAK: 9,879
1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam......(BN-PBB)
2. Yakup Daud .........................(PKR)
(2011: Ricky @ Mohammad Razi Sitam: BN-PBB: Maj:1,728)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK

N036: LAYAR: SARAWAK: 9,094
1. Gerald Rentap Jabu ...... (BN-PBB)
2. Vernon Albert Kedit .........(PKR)
(2011: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang: BN-PBB: Maj:1,916)

N037: BUKIT SABAN: SARAWAK: 8,897
1. Datuk Amar Douglas Uggah Embas ........(BN-PBB)
2. Noel Changgai Bucking ....................(PKR)
(2011: Robert Lawson Chuat: BN-PBB: Maj: 2,774)

N038: KALAKA: SARAWAK: 7,327
1. Datuk Abdul Wahab Aziz........(BN-PBB)
2. Jemat Panjang ...................(PKR)
(2011: Abdul Wahab Aziz: BN-PBB: Maj:5,170)

N039: KRIAN: SARAWAK: 11,959
1. Ali ak Biju............. (PKR)
2. Kilat ak Beriak..... (BN-SPDP)
(2011: Ali ak Biju: PKR: Maj:2,090)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N040: KABONG: SARAWAK: 9,287
1. Jini Bin Sahini ...........(Amanah)
2. Mohd Chee Bin Kadir .......(BN-PBB)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N041: KUALA RAJANG*: SARAWAK: 10,259
1. Asbor bin Abdullah .............(Bebas)
2. Sopian bin Julaihi.............(Amanah)
3. Datuk Talif @ Len bin Salleh...(BN-Pbb)
(2011: Datuk Talif@Len Salleh: BN-PBB: Maj: 4,546)
*Nama asal/original name - Belawai

N042: SEMOP: SARAWAK: 9,617
1. Abdullah Saidol ...............(BN-PBB)
2. Mohamad Fadillah Sabali........(Amanah)
(2011: Abdullah Saidol:BN-PBB: Maj: 4,250)

N043: DARO: SARAWAK: 8,491
1. Ibrahim Bayau ..........(Amanah)
2. Safiee Ahmad .......... (BN-PBB)
(2011: Murni Suhaili (BN-PBB): Maj: 3,197)

N044: JEMORENG: SARAWAK: 9,699
1. Abdullah Saminan ..............(Bebas)
2. Datuk Dr Juanda Jaya......... (BN-PBB)
3. Kiprawi Suhaili ..............(Amanah)
(2011: Gani @ Abu Seman (BN-PBB): Maj: 2,926)

N045: REPOK: SARAWAK: 20,263
1. Dato Dr Huang Tiong Sii.........(BN-SUPP)
2. Wong Chin King....................(Bebas)
3. Yong Siew Wei.......................(DAP)
(2011: Dr Wong Hua Seh (DAP): Maj: 2,679)

N046: MERADONG: SARAWAK: 16,882
1. Ding Kuong Hiing............(BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui ...................(DAP)
(2011: Ting Tze Fui(DAP): Maj: 2,687)

N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ........(Bebas)
2. Rinda Juliza ak Alexander ..........(DAP)
3. Tan Sri William Mawan................(BN)
(2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)

N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ........(Bebas)
2. Rinda Juliza ak Alexander ..........(DAP)
3. Tan Sri William Mawan................(BN)
(2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK

N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ........(Bebas)
2. Rinda Juliza ak Alexander ..........(DAP)
3. Tan Sri William Mawan................(BN)
(2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)

N050: MACHAN: SARAWAK: 10,947
1. Allan Siden Gramong.........(BN-PBB)
2. Chen Nguk Fa ..................(PKR)
3. Semawi ak Paong..............(Bebas)
(2011: Datuk Gramong Juna (BN-PBB): Maj: 1,629)

N051: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 28,341
1. Chieng Buong Toon........(BN-SUPP)
2. Irene Mary Chang Oi Ling.....(DAP)
3. Moh Hiong King .............(Star)
(2011: Wong Ho Leng (DAP): Maj: 8,827)

N052: DUDONG: SARAWAK: 29,028
1. Casper Kayong Anak Umping....(Bebas)
2. Lee Chung Fatt............. (Bebas)
3. Ting Yiik Hong............... (Star)
4. Tiong Thai King ............... (BN)
5. Yap Hoi Liong .................(DAP)
(2011: Yap Hoi Liong (DAP): Maj: 317)

N053: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 18,340
1. Datuk Seri Wong Soon Koh ......................(BN)
2. Wong Sing Wei.................................(STAR)
3. Watson Bangau ak Jonathan Renang.............(Bebas)
4. Chiew Sung Ngie .............................. (DAP)
5. Yeu Bang Keng ...............................(Bebas)

N054: PELAWAN: SARAWAK: 32,233
1. Lau Ung Hie ............(BN)
2. Priscilla Lau ....... (Star)
3. Wong Kee Woan..........(DAP)
(2011: David Wong Kee Woan (DAP): Maj: 6,391)

N055: NANGKA: SARAWAK: 18,605
1. Dr Annuar Bin Haji Rapa'ee.....(BN-PBB)
2. Tiong Ing Tung...................(Star)
3. Abdul Rafidin Bin Majidi..........(PKR)
(2011: Dr Annuar Rapaee (BN-PBB): Maj: 5,302)

N056: DALAT: SARAWAK: 11,440
1. Datuk Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming ..... (BN-PBB)
2. Sim Eng Hua ....................................(PKR)
(2011: Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB): Maj: 4,990)

N057: TELLIAN: SARAWAK: 8,914
1. Asini @ Hasni bin Yahya ...........(PKR)
2. Yussibnosh Balo ................(BN-PBB)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N058: BALINGIAN: SARAWAK: 7,967
1. Abdul Yakub Bin Arbi.........(BN-PBB)
2. Nurzaiti Binti Hamdan........(Amanah)
(2014 Pilihan raya kecil/By-election: Yussibnosh Balo (BN-PBB): Maj: 6,991)

N059: TAMIN: SARAWAK: 14,948
1. Ali ak Puji..............................(Bebas)
2. Christopher Gira @ Gira ak Sambang......(BN-PRS)
3. Simon ak Joseph ...........................(PKR)
(2011: Joseph Mauh Ak Ikeh (BN-PRS): Maj: 1,292)

N060: KAKUS: SARAWAK: 12,953
1. Clement Bayang ......................(PAS)
2. Datuk John Sikie ak Tayai ........(BN-PRS)
3. Joshua ak Jabing @ Joshua Jabeng.....(PKR)
(2011: John Sikie Ak Tayai (BN-PRS): Maj: 602)

N061: PELAGUS: SARAWAK: 7,186
1. Frankie Bedindang Manjah........(DAP)
2. Wilson Nyabong ak Igang......(BN-PRS)
3. Yong ak Sibat.................(Bebas)
(2011: George Ak Lagong (BEBAS) : Maj: 2,837)

N062: KATIBAS: SARAWAK: 9,666
1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan.......(BN-PBB)
2. Paren ak Nyawi ..........................(DAP)
(2011: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB): Maj: 2,256)

N063: BUKIT GORAM: SARAWAK: 11,510
1. Jefferson Jamit Unyat.....................(BN-PBB)
2. Larry Asap...................................(DAP)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N064: BALEH: SARAWAK: 9,624
1. Tan Sri Dr James Jemut Masing ....(BN-PRS)
2. Agop Linsong.........................(DAP)
(2011: Datuk Seri Dr James Jemut Masing (BN-PRS) : Maj: 3,898)

N065: BELAGA: SARAWAK: 7,096
1. Alexander Lehan..............(PKR)
2. Liwan Lagang............. (BN-PRS)
(2011: Liwan Lagang (BN-PRS): Maj: 2,928)

N066: MURUM: SARAWAK: 8,242
1. Abun Sui Anyit .............(PKR)
2. Chukpai Ugon ............(BN-PRS)
3. Mathew Silek ...............(DAP)
4. Stanley Ajang Batok ..... (Bebas)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N067: JEPAK: SARAWAK: 13,789
1. Abdul Jalil Bujang.................(PKR)
2. Kiprawi Aman ......................(PAS)
3. Mohammed Anuar Abdul Hamid ...... (Star)
4. Datuk Talib Zulpilip............(BN-PBB)
5. Wong Hau Ming ...................(Bebas)
(2011: Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB): Maj: 3,128)

N068: TANJONG BATU*: SARAWAK: 19,674
1. Chien Chiu Sing .....................(DAP)
2. Chieng Lea Ping ....................(Star)
3. Pau Chiong Ung .................(BN-SUPP)
(2011: Chiew Chiu Sing (DAP): Maj: 6,930)
*Nama asal/original asal - Kidurong

N069: KEMENA: SARAWAK: 12,991
1. Leighton ak Manjah ....................(DAP)
2. Datuk Dr Stephen Rundi ak Utom .....(BN-PBB)
(2011: Dr Stephen Rundi Ak Utom (BN-PBB): Maj: 3,349)

N070: SAMALAJU: SARAWAK: 13,251
1. Baba ak Emperan...............(DAP)
2. Majang ak Renggi ..........(BN-PRS)
3. Zharudin Narudin..............(PAS)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N071: BEKENU: SARAWAK: 12,250
1. Austin Sigi ak Melu ......... (Bebas)
2. Bill ak Kayong .................(PKR)
3. Jou @ Peter ak Jelin .........(Bebas)
4. Rosey Binti Yunus................(BN)
(2011: Rosey Yunus (BN-SPDP): Maj: 3,714)

N072: LAMBIR: SARAWAK: 17,533
1. Mohammad Arifiriazul Paijo .....(PAS)
2. Mohdak Ismail ..................(PKR)
2. Ripin Lamat .................(BN-PBB)
(2011: Ripin Lamat (BN-PBB): Maj: 1,521)

N073: PIASAU: SARAWAK: 21,120
1. Alan Ling Sie Keong ..............(DAP)
2. Sebastian Ting Chiew Yew .... (BN-SUPP)
(2011: Ling Sie Kiong (DAP): Maj: 1,590)

N074: PUJUT: SARAWAK: 26,202
1. Fong Pau Teck...........(Bebas)
2. Datuk Hii King Chiong......(BN)
3. Jofri Jarainee............(PAS)
4. Ting Tiong Choon..........(DAP)
(2011: Fong Pau Teck (DAP): Maj: 3,849)

N075: SENADIN: SARAWAK: 27,874
1. Dr Bob Baru Langub...............(DAP)
2. Datuk Lee Kim Shin...........(BN-SUPP)
1. Philemon ak John Edan..........(PBDSB)
(2011: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP): Maj: 58)

N076: MARUDI: SARAWAK: 14,858
1. Elia Bit.................................(PKR)
2. Louis Jalong ..........................(Bebas)
3. Datuk Dr Penguang ak Manggil ....... (BN-SPDP)
(2011: Sylvester Entrie Ak Muran (BN-SPDP): Maj: 3,202)

N077: TELANG USAN: SARAWAK: 10,000
1. Dennis Ngau............ (BN-PBB)
2. Roland Engan...............(PKR)
(2011: Dennis Ngau (BN-PBB): Maj: 845)

N078: MULU: SARAWAK: 8,600
1. Datuk Gerawat Gala ..........(BN)
2. Paul Anyie Raja ........... (DAP)
3. Pauls Baya..................(PKR)
4. Roland Dom Mattu.......... Bebas)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)

N079: BUKIT KOTA: SARAWAK: 16,437
1. Dr Abdul Rahman Ismail ...........(BN-PBB)
*MENANG TANPA BERTANDING
(2011: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB): Maj: 5,061)

N080: BATU DANAU: SARAWAK: 8,657
1. Ali ak Adap.....................(Bebas)
2. Palu @ Paulus ak Gumbang...........(BN)
(2011: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP): Maj: 1,262)

N081: BA'KELALAN: SARAWAK: 7,375
1. Baru Bian.............(PKR)
2. Willie Liau.......(BN-SPDP)
(2011: Baru Bian (PKR): Maj: 473)

N082: BUKIT SARI: SARAWAK: 12,418
1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
*MENANG TANPA BERTANDING/WON UNOPPOSED
(2011: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB): Maj: 5,063)

Sumber TKO -26-4-2016


























































2 faktor masyarakat sambut baik calon PAS di Samariang

HARAKAHDAILY | .


USTAZ Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi adalah calon PAS di N.07 Samariang.

Beliau merupakan seorang anak kelahiran tempatan Samariang dan dilihat sangat bertepatan pencalonannya di kawasan pilihan raya ini atas faktor orang muda yang memiliki ilmu agama yang baik.

Anak muda yang berumur 30 tahun ini selain mendapat pendidikan dari Darul Quran JAKIM (Diploma Al-Quran dan Qiraat), beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar Mesir juga dalam bidang Al-Quran dan Qiraat.

Selama berada di Mesir, beliau telah menimba ilmu bukan sahaja dalam bidang Al-Quran tetapi telah mengikuti pengajian-pengajian agama dengan pakar-pakar ilmuan Islam di sana.

Sejak kepulangan beliau dari Mesir beliau telah bertugas sebagai imam dan khatib di beberapa buah masjid di Wilayah Persekutuan.

Di sampng itu beliau kerap berulang alik ke Samariang untuk menyebarkan ilmu agama yang dipelajarinya. Kariah-kariah masjid dan surau di sekitar Samariang agak tidak asing lagi dengan sentuhan ilmu daripada Ustaz Yusof.

Mereka sangat merasakan kehadiran Ustaz Yusof ke Samariang ini dengan bacaan Al-Quran yang merdu dan ilmu agama yang diajarnya agak kontemporari.

Di dalam PAS, anak muda ini diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan di samping Penyelaras Urusan Ulamak PAS Kawasan Petrajaya.

Dari tinjauan rambang di sekitar daerah mengundi Samariang ini, rata-rata masyarakat tempatan sangat menyambut baik kehadiran Ustaz Yusof sebagai calon di N07 Samariang ini atas dua faktor utama.

Faktor pertama adalah sifat beliau seorang anak muda yang sudah pastinya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat, atas faktor anak muda juga beliau dapat membela nasib anak-anak muda kampung agar terus terbela dan seterusnya dapat membantu menunjukkan hala tuju kehidupan. Manakala faktor kedua adalah kerana ilmu agamanya yang tinggi, Ustaz Yusof dapat membimbing golongan dewasa dan tua ke arah Islam yang sebenar agar mendapat keredhaan Allah swt.

Semoga hasrat pengundi di Dun Samariang untuk mempunyai wakil rakyat seorang ustaz berjaya dan mendapat perkenan daripada Allah SWT.

Sumber HD - 26-4-2016




























































Mesra rakyat kelebihan Haji Jofri di Pujut

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kewibawaan Haji Jofri Jaraiee selaku Pesuruhjaya PAS Sarawak sedia dimaklumi oleh segenap pimpinan PAS negeri itu.

Menurut Ketua Pemuda PAS Miri, Awangku Alizul Azahari, Jofri merupakan seorang pemimpin yang berwawasan tinggi dan berpandangan luas dalam merangka hala tuju PAS di Sarawak.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatan Jofri di dalam PAS.

“Walaupun beliau berkedudukan tinggi dalam parti, beliau tidak kekok untuk bergaul dengan seluruh ahli parti,” tambah beliau dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Katanya, sikap Jofri yang mudah bergaul itu menjadikan beliau mudah didekati oleh segenap lapisan masyarakat.

Menurutnya, kemesraan dan sikap terbuka jelas kelihatan ketika beliau turun menyantuni masyarakat setempat di sekitar Pujut.

"Rakyat tempatan tidak kekok beramah mesra dengan beliau malah sedia meluahkan masalah yang dihadapi kepada beliau.

“Ini merupakan resipi yang cukup lengkap sebagai seorang bakal Adun yang merupakan wakil kepada rakyat marhaen bagi memperjuangkan hak dan nasib rakyat,” jelasnya lagi.

Bagi Ketua Muslimat PAS Sarawak pula, Jofri yang bertading di N.74 Pujut merupakan pemimpin yang memiliki sikap merendah diri biarpun memiliki jawatan yang tinggi dalam PAS Sarawak.

Namun begitu, beliau terkenal dengan sikapnya yang tegas dan tangkas dalam memperjuangkan hak rakyat tempatan, katanya lagi.

Sumber HD - 26-4-2016




























































PAS tampil pendekatan berbeza dan segar

HARAKAHDAILY | .


Unik dan tersendiri. Itulah gambaran tepat yang boleh dinyatakan tentang Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bintulu yang juga calon PAS N.70 Samalaju, Zharudin Narudin.

"Saya kagum dengan Zharudin banyak menyumbangkan idea luar kotak.

"Banyak gerak kerja kempen yang dirancang dan dilaksanakan setakat ini adalah hasil daripada buah fikiran beliau sendiri,” ujar Azwan selaku Setiausaha Kerja PAS Bintulu.

Selama berkhidmat dalam parti, ternyata Zharudin banyak berjasa dalam memudahkan gerak kerja melalui perkongsian idea-idea beliau yang bernas dan menarik sesuai dengan keperluan semasa.

Ini bertepatan dengan imej yang dibawa PAS melalui politik matang dan sejahtera.

Tidak dinafikan bahawa Zharudin adalah salah seorang tenaga pemikir untuk PAS Bintulu dan Samalaju.

Sumber HD - 26-4-2016



Harapan Tinggi Masyarakat Sadong Jaya Kepada Cikgu Asan Singkro

Posted on Tuesday, April 26 @ 07:24:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SADONG JAYA, 25 April - Cikgu Asan Singkro, itulah adalah jolokan mesra masyarakat setempat khususnya kawasan Sadong Jaya.

Beliau yang merupakan anak tempatan cukup sinonim dan dikenali masyarakat dek keramahan dan kemesraannya dalam menyantuni masyarakat yang pelbagai latar belakang.

Dengan keputusan meletakkan Cikgu Asan Singkro sebagai calon PAS yang akan bertanding bagi kawasan N.24 Sadong Jaya sememangnya satu keputusan yang sangat bernas dan tepat.

Hal ini dengan mengambil kira pendapat kolektif daripada masyarakat Sadong Jaya yang merupakan pengundi majoriti bagi kawasan N.24 Sadong Jaya.

Mereka berpendapat bahawa memandangkan Cikgu Asan Singkro merupakan seorang bekas guru yang berpengalaman luas dan banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan semestinya beliau akan lebih memahami ranjau kehidupan.

Masalah rakyat dari segi sosioekonomi mahupun pembangunan khususnya yang dihadapi oleh masyarakat Sadong Jaya pada masa ini yang memerlukan penaiktarafan serta penambahbaikan segera.   

Selain itu, dengan berbekalkan identiti dan keperibadian sebagai seorang yang berdedikasi, berwawasan jauh dan mesra masyarakat ini, masyarakat meletakkan sokongan padu dan harapan yang tinggi kepada Cikgu Asan Singkro agar mampu melakukan perubahan positif kepada masyarakat Sadong Jaya.

Akhir sekali, andai kata Cikgu Asan Singkro diberi mandat dan peluang menjadi wakil rakyat, masyarakat juga berharap agar nasib yang menimpa golongan yang memerlukan dan yang kurang bernasib baik di kawasan Sadong Jaya perlunya pembelaan dan diperjuangkan dengan sewajarnya agar kehidupan mendatang akan bertambah lebih baik khususnya untuk generasi akan datang.

Like and Share FB Sadong Jaya
https://www.facebook.com/N24SADONGJAYA

#CalonKamekCikguKitak
#SadongJayaSejahtera
#UntukMuSarawak
#PasForAll

Sumber TKO - 26-4-2016



Kalau PAS menang 1 kerusi PRN Serawak

Posted on Tuesday, April 26 @ 07:21:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Assalamualaikum,,, Seorang cikgu ada memberitahu bahawa BN ingin memberi kemenangan 1 kerusi kepada PAS dalam PRN Serawak kali ini.Entah betul entah klentong tak tahulah tetapi kalau betul bagus juga kerana ia menandakan anak sulung PAS bakal lahir di DUN Serawak, cuma agak ragu ragu sikit dengan cikgu ini kerana perangainya yang suka menyebelahi PAN dan mungkin berita ini hanyalah imaginasinya untuk menyatakan adanya usaha UG antara BN PAS.Begitu juga pertandingan 3 penjuru yang dihadapi PAS menandakan adanya talian hayat yang diberi kepada BN, jadi bagaimana PAS boleh menang mudah nanti?

Kita lupakan sejenak semua kesukaran yang bakal dihadapi PAS sebaliknya cuba memahami secara santai akan kedudukan PAS dengan 1 kerusi dan kemungkinan kemungkinan yang boleh menyedapkan hati.

Dengan 1 kerusi katakan yang dimenangi dengan majoriti 1 undi. PAS mana tahu diberi hak oleh ALLAH untuk memeritah bumi Serawak? Santai ajer, jangan mengelabah dulu, lihat kemungkinan yang  boleh berlaku.PH menunjukkan kepada kita semua kekuatan mereka di Serawak dengan calon calon mereka yang suka bertindih kalau tidak dengan PAS, bertindih sesama mereka. tak apa sebab PH kuat dan boleh menang besar.Dalam masa yang sama talian hayat yang diperolehi BN juga memungkinkan mereka menang besar, jadi dalam kemungkinan itu tidak mustahil BN dan PH masing masing menang 43 kerusi dari jumlah 87 yang dipertandingankan.

Majoriti mudahnya ialah 44, jadi kedua kedua BN dan PH tidak cukup 1 kerusi yang ada pada PAS, oleh itu BN dan PH memerlukan kerusi PAS untuk membentuk kerajaan negeri.Dalam situasi ini, siapa yang PAS pilih.

Bayangkanlah sendiri terutama kepada penyokong PAN.santai ajer!

Sumber TKO - 26-4-2016























































PAS merakyatkan dakwah di Sarawak

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | .


WARNA-warni penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak begitu menguja akal. Pelbagai parti mencuba nasib di bumi Kenyalang yang menjadi kubu BN paling kuat negara ini, dengan majoriti penduduk masih kurang akses maklumat akibat tanah rentannya yang sangat luas.

Sarawak bumi kenyalang dengan beragam etnik dan agama, maka politik negeri ini juga sangat rencam dengan pelbagai warna.

PAS menyertai pilihan raya Sarawak semenjak tahun 2001 dan mula membina pertapakan di negeri populasi muslimnya sekitar 31 peratus. Bermula dengan bertanding di tiga Dun, kini gerakan tertua tanah air ini meletakkan calonnya di 11 kerusi Dun.

Aktivis PAS Sarawak terus membina kekuatan jamaah dengan meluaskan usaha mendekati rakyat dan memperkenalkan Islam yang syumul kepada masyarakat yang rata-rata masih rendah tahap kefahaman Islam.

Antara program tersusun yang digerakkan ialah pembinaan surau-surau, menubuhkan Pasti, sekolah rendah Islam, mewujudkan markas tarbiah dipelbagai tempat. Aktivis PAS antara paling kehadapan melakukan misi dakwah ke pedalaman Sarawak sehingga menimbulkan bantahan gerakan misionari kristian.

PAS beruntung kerana mempunyai ramai kader terlatih di bidang dakwah dan tarbiah sehingga kehadiran mereka di Sarawak disukai masyarakat tempatan. Tokoh-tokoh PAS tempatan memimpin masyarakat dalam program keagamaan, menjadi imam, mengadakan majlis ilmu, menyuburkan program kebajikan untuk masyarakat pedalaman Sarawak dan menjadi pendakwah serba boleh.

PAS Sarawak juga beruntung kerana kepelbagaian latarbelakang kepimpinan mereka. Gabungan profesional, asatizah dan aktivis serta dokongan anak tempatan bersama penghijrah dari Semenanjung.

Bakat serta ilmu yang dimiliki oleh aktivis ini merancakkan pelbagai program dan memancing sokongan masyarakat. Bukan mudah untuk berkubu di bumi kenyalang dengan kerencaman masyarakat serta tapisan maklumat yang ketat di pedalaman.

Intimidasi kepada penjawat awam serta kekangan kepada aktivis PAS tidak menyurutkan mereka daripada berjuang.

Berdasarkan sokongan dan dokongan kepada PAS mutakhir ini di Sarawak, maka tidak pelik untuk PAS melahirkan anak sulong dalam pilihan raya kali ini. Hujan renyai di bumi Samariang pada hari penamaan calon seolah menghantar satu isyarat, tanah ini sangat subur untuk perjuangan Islam.

Doa yang lirih dialunkan oleh Ustaz Zulkifli Ismail mengingatkan kita semua, tiada apa yang mustahil dalam genggaman sang Pencipta Nasib. PAS hadir dengan sepuhan aqidah, dijana dengan keikhlasan ahli-ahli, didoakan oleh orang-orang beriman, dan keringat yang tumpah itu adalah baja kepada perjuangan.

Jom rakyat Sarawak, lakukan perubahan kali ini dengan memilih calon-calon kami. – HARAKAHDAILY 25/4/2016

Sumber HD - 25-4-2016



Kini Tinggal PAN Parti Unggul PAKATAN HARAPAN

Posted on Monday, April 25 @ 20:11:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



DAP dan PKR disahkan akan bertembung sesama sendiri di 8 kerusi DUN Pilihanraya Umum Negeri Sarawak menghadapi BN Sarawak.

Ini memberi tanda bahawa Pakatan Harapan masih tidak mampu menyelesaikan isu pertindihan tuntutan sehingga melebarkan harapan BN untuk menang di 8 kerusi ini.

Suhaizan Kayat dari Pan pula menyatakan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana parti dalam PH yang ingkar keputusan Majlis Presiden PH.


 Soalnya adakah Pan akan usulkan tindakan? Kalau tindakan diambil samada DAP atau PKR alan ditendang keluar PH.

Jangan sampai kedua-dua PKR dan DAP ditendang tinggallah Pan bagaikan anak ayam ketinggalan ibu.

Sementara itu dimana Khalid Samad?

Dulu semasa PAS buat keputusan tanding tiga penjuru di DUN Kota Damansara beliaulah paling riuh berkokok sehinggalah keluar tinggalkan PAS.

Hari ni bila DAP buat perkara yang sama ....membisu seribu bahasa maklumlah DAP katakan.
Rindu pula suara beliau atau dah tak boleh bersuara?

- Roslam SMS

Sumber TKO - 25-4-2016


PKR, DAP boleh dipecat dari HARAPAN? Berita Gelak bukan lawak!

Posted on Monday, April 25 @ 16:26:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PKR atau DAP boleh dipecat dari Pakatan Harapan kerana melanggar perjanjian bersama pakatan pembangkang yang baru ditubuhkan tahun ini dengan bertanding menentang satu sama lain di Sarawak.

Persetujuan umum yang ditandatangani oleh ketiga-tiga parti Harapan pada Januari lalu dengan jelas menyatakan walaupun parti bebas untuk memilih calon-calon mereka, pembahagian kerusi akan diputuskan oleh jawatankuasa pilihan raya.

Semua keputusan juga mesti diluluskan oleh Majlis Presiden.

"HARAPAN hanya akan letakkan seorang calon untuk mewakili pakatan itu dalam mana-mana pilihan raya," kata Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata pada majlis pemeteraian perjanjian itu di Shah Alam ketika itu.

Ini, katanya pada Januari lalu adalah untuk menamatkan pertandingan tiga penjuru.

Setiausaha Penganjur AMANAH, Suhaizan Kaiat juga ketika itu memberitahu, jika mana-mana parti yang didapati melanggar perjanjian berkenaan, parti lain dalam HARAPAN mempunyai hak untuk memecat pihak yang ingkar itu daripada gabungan pembangkang.

Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menghentikan persetujuan untuk tidak bersetuju, yang membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat.


PKR hari ini mencabuli persetujuan pembahagian kerusi di Sarawak dengan bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

Ia berikutan kuasa yang diberikan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali kepada parti itu di Sarawak untuk berbuat demikian.
DAP membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang.

Sumber TKO - 25-4-2016




Kukuhkan Tapak PAS Di Sarawak
Posted on Monday, April 25 @ 14:52:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MIRI, 24 April: Kehadiran PAS ke Sarawak bukan semata-mata untuk penyertaan dalam pilihan raya, tetapi meletakkan kesediaan untuk membawa agenda lebih panjang menerusi dakwah.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man semasa menyampaikan taujihat di Markas Operasi PAS di Taman Tunku, di sini hari ini 23 April.

Sehubungan itu, para petugas PAS katanya mesti menampilkan sebaik-baik akhlak sebagai usaha dan ikhtiar menarik hati dan sokongan penduduk di sini.

Menurut beliau, masyarakat di sini lebih cenderung kepada suasana yang damai dan harmoni.

"Hati manusia ini Allah jualah yang pegang, maka kita kena berterusan meminta doa kepada Allah. Allah yang akan memberi kecenderungan kepada siapa dikehendaki-Nya," jelas beliau.

Terangnya, dengan tekanan yang kuat kepada PAS dari pelbagai tuduhan memburukkan, maka perlulah para petugas teguh menguatkan diri bergantung kepada Allah disamping gerak kerja dilaksanakan.

Seru beliau, para petugas ketika ini mesti meninggalkan 'batton' yang baik untuk diteruskan kesinambungannya oleh petugas selepas ini.

"Biar jadi rujukan untuk diikuti sahabat yang datang kemudian. Siapa buat kebaikan, dia akan mendapat kebaikan dilakukannya dan yang diikuti mereka yang melakukannya," ujar beliau.


Semua petugas PAS juga katanya, mesti meletakkan misi tersebut dijayakan dengan membuktikan hakikat sebenar PAS dengan akhlak terbaik sekali gus menjawab tuduhan-tuduhan buruk kepada PAS.

Sumber TKO - 25-4-2016



Penamaan Calon PAS Dun Samariang Meriah Turut Disertai Ulamak, OKU dan Selebriti
Posted on Monday, April 25 @ 14:40:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SAMARIANG, 25 April: Hari Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) DUN N07, Samariang yang diadakan di SMK Semerah Padi mula meriah seawal jam 7 pagi.

Turut hadir mengiringi perarakan Ustaz Yusof pada hari ini ialah Tuan Haji Mohd. Nor Bendahari PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd. Nor AJK PAS Pusat, Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka serta beberapa pimpinan PAS Wilayah Persekutuan dan Dewan Ulama'.

Turut serta menyatakan sokongan kepada calon N07, Ustaz Yusof ialah Dato' Dr. Khairuddin Aman Razali At Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Pusat, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Selangor, keluarga calon serta seluruh pendokong PAS dan penyokong PAS yang terus beristiqamah hingga kemenangan.

Suasana penamaan calon turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas selebriti TV saudara Bob Lokman.

Pada masa yang sama, kesanggupan Cikgu Shukri yang datang dengan berkerusi roda turut menjadi tumpuan. Hal ini membuktikan bahawa sokongan terhadap Ustaz Yusof terlalu kuat daripada penyokong-penyokong beliau.

Kerusi Dun N07, Samariang yang sebelum ini di sandang oleh parti lawan dilihat sengit pada pilihanraya kali ini.

Ustaz Yusof yakin, kekuatan dari Allah sahaja mampu menguatkan beliau untuk meneruskan perjuangan ini.

"Bersama Sejahterakan Samariang"
#SamariangSejahtera
#UntukmuSarawak
#PRNSarawak
#UndilahPAS

Sumber TKO - 25-4-2016




Proses Percalonan Calon PAS PRU Negeri Sarawak (50 Gambar)

Posted on Monday, April 25 @ 14:01:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selangor dahulu bumi kering kontang buat PAS. Negeri maju dan berbilang kaum ni kata orang tiada tempat buat PAS. Adakah Sawak akan menjadi seperti Selangor... apabila orang melihat PAS dengan budiperketi dan politik matang.



































































































Sumber TKO - 25-4-2016


Azmin: Saya beri kuasa PKR S’wak tanding di 5 kerusi DAP

Posted on Monday, April 25 @ 13:54:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui bahawa beliau memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.

Keputusan itu menyaksikan PKR dan sekutunya, DAP menghadapi persaingan pelbagai penjuru dengan BN pada hari penamaan calon.

Azmin mendakwa beliau membuat keputusan itu berdasarkan mandat yang diberikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepadanya untuk menyelesaikan pertikaian kerusi.
"Saya telah diberi mandat secara bertulis oleh presiden untuk menyelesaikan semua isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon," katanya pada satu majlis di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, dirinya tidak ingat bila Wan Azizah memberinya mandat tersebut.
Beliau berkata keputusan pada 7 April lalu apabila dirinya menandatangani dan bersetuju pada dasarnya untuk memberi lapan kerusi kepada DAP, termasuk lima kerusi yang menjadi perbalahan, bukan muktamad.

Pada mesyuarat 11 April lalu , Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Wan Azizah, mendakwa mereka berjaya menyelesaikan bersama isu pertindihan kerusi.

"Ya, kita bersetuju pada dasarnya untuk mengekalkan pertandingan satu lawan satu.

“Hakikat bahawa mereka (DAP dan PKR) tidak mengumumkan calon bagi kerusi itu menunjukkan bahawa rundingan masih berjalan," katanya.

Sumber TKO - 25-4-2016




BN menang 2 kerusi, PKR-DAP bertembung
Posted on Monday, April 25 @ 13:52:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pilihan raya bagi Bumi Kenyalang bermula secara rasmi hari ini, dengan proses pencalonan bermula
jam 9 pagi ini.

Sejumlah 82 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan, termasuk 11 kerusi baru
ekoran pelaksanaan proses terbaru persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu.


Bagi Pakatan Harapan, nampaknya proses pembahagian kerusi belum dapat diselesai, selepas PKR
menggesa diadakan rundingan semula pada saat-saat akhir semalam.

Ia selepas tersebar berita bahawa pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mungkin menandatangani surat
yang didakwa dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali yang memberi kuasa wakil
PKR untuk bertanding di Tasik Biru, Mambong, Simanggang, Bukit Semuja dan Mulu.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam reaksi balasnya menegaskan bahawa mereka akan
 bertanding di Batu Kitang sekiranya PKR meletakkan calonnya di kelima-lima kerusi berkenaan.

Begitu juga dengan BN, dengan SUPP, UPP dan SPDP dan TERAS dijangka bertembung dalam
gelanggang di Tasik Biru, Batu Kawah dan Bawang Assan.

Parti-parti yang bertanding mempunyai masa sehingga jam 10 pagi ini untuk mengemukakan
pencalonan mereka. Rakyat Sarawak akan keluar mengundi pada 7 Mei ini.

Ikuti BLOG LANGSUNG dengan pasukan petugas Malaysiakini membawa berita terkini dari
Sarawak.

1.15pm - Miri - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau berasa "diperdaya" oleh PKR,
yang didakwa memungkiri perjanjian dengan memberi kuasa kepada calon-calonnya untuk
bertanding di lima kerusi yang diperuntukkan kepada DAP.

"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan boleh cuba untuk
terlepas pandang, tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang ini?" dia bertanya.

12.45pm - Senadin, Miri - ADUN empat penggal Senadin Lee Kim Shin mempertahankan kerusinya
dan menentang seorang doktor gigi dari DAP dan seorang anggota seni mempertahankan diri kaum
Dayak.

Calon DAP ialah Bob Baru Langub, yang diiringi ke pusat penamaan calon oleh setiausaha agung
parti Lim Guan Eng.

Calon ketiga adalah anggota seni mempertahankan diri, Philemon John Endau dari Parti Bansa
Dayak Sarawak Baru (PBDS-Baru).

Lee hampir kehilangan kerusi itu pada 2011 selepas menang menentang Michael Teo dari PKR
dengan majoriti tipis 58 undi.

12.35pm - Shah Alam, Selangor - Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau
mengarahkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat kebenaran kepada calon-calon
PKR bertanding di lima kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.

12.30pm - Rasmi- Pertandingan empat penjuru antara calon DAP Dr Ting Tiong Choon, calon atas
tiket BN Hii King Chiong, calon PAS Jofrie Jaraie dan calon bebas Fong Poh Teck.

Fong memilih untuk bertanding guna logo kunci dan slogan 'Sarawak untuk orang Sarawak' sebagai
sebahagian kempennya.

Ting berkata beliau yakin rakyat Sarawak cukup matang untuk memilih calon yang sesuai.

DAP pula berkata walaupun BN mempunyai banyak kuasa, pengaruh, dan sokongan kerajaan,
pembangkang mendapat sokongan rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Allah. "Insya-Allah
 (Insya-Allah)," katanya ketika ditanya sama ada Jofrie boleh menang.

12.15pm - Batu Kawah, Kuching: Pegawai pengurus Andrew Joris Noyem mengumumkan tiada
penamaan telah ditolak.

Tiga penjuru bermula di Batu Kawah antara calon SUPP Dr Sim Kui Hian, calon DAP Christina
Chew dan calon Bebas Liu Thian Leong.

12.00pm - Pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pertandingan tiga penjuru
 di Bukit Assek antara Chieng Buong Toon (SUPP), Irene Chang (DAP) dan Moh Hong King dari
Parti Reformasi Negeri (Star).

Penyokong bersorak dan bertepuk tangan untuk setiap calon dan bergambar sebelum bersurai.
11.50am - Malaysiakini difahamkan, DAP dan PKR telah mengemukakan pencalonan mereka
di lima kerusi.

Ia adalah Batu Kitang, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

Selain Batu Kitang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengumumkan calon-calon untuk
baki empat kerusi.

11.43am - Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail tidak menandatangani surat kebenaran untuk PKR bertanding menentang DAP di kerusi
Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum.

"Kami telah mengesahkan dengan Kak Wan (Wan Azizah). Beliau menafikan (menandatanganinya),"
 Rafizi memberitahu Malaysiakini melalui mesej teks.

11.21am - Majlis Perbandaran Padawan, Kuching: Pegawai SPR mengesahkan Batu Kitang
 menyaksikan lima calon bertanding bagi kerusi itu - Lo Khere Chiang dari SUPP, Abdul Aziz Isa
dari DAP, Voon Shiak Ni dari PKR dan calon bebas Othman Bojeng dan Sulaiman Kadir.

10.52am - Muara Tuang: Calon-calon dari PAS dan parti serpihannya AMANAH akan bertembung
di Muara Tuang. Mereka akan berdepan dengan calon BN dalam persaingan tiga penjuru, laporan
Bernama.

10.50am - Calon BN Wong Soon Koh terkejut apabila salah seorang calon bebas ialah Watson
Bangau John Nathan Renang.

Wong mendakwa Watson adalah pengerusi PBB bahagian Bawang Assan - parti utama di Sarawak.
10.43am - Bukit Sari: Calon BN Datuk Awang Tengah Ali Hassan menang DUN Bukit Sari tanpa
bertanding, lapor Bernama.

10.11am - Sibu: Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata dia turut
dilarang masuk ke Sarawak.

Dalam satu kenyataan, Shazni berkata dia tiba di lapangan terbang Sibu pada jam 7.57 dan diberitahu
 namanya ada dalam senarai larangan itu dan diminta pulang ke Semenanjung..

10am: Proses penamaan calon ditutup bagi pilihan raya negeri Sarawak.

9.50am - Dewan Perbanaran Padawan, Kuching: Petugas DAP berkata calonnya bagi Batu Kitang,
Abdul Aziz Isa menunggu dalam kenderaan sehingga jam 9.15 pagi sebelum turun untuk
menyerahkan borang pencalonannya, selepas mendapat tahu yang PKR akan bertanding di Serian
bersama DAP.

9.45am - Bau: Walaupun wujud pertikaian mengenai pencalonan antara penyandang Peter Nansian
(TERAS) dan pengganti Henry Jinep (BN-SPDP), Nansian memaparkan perpaduan BN dengan hadir
menyokong Jinep di Dewan Suarah Bau, pusat penamaan calon bagi Tasik Biru.

"Ya. Saya berada di sini untuk menyokong BN," Nansian memberitahu pemberita di tengah-tengah
600 penyokong BN yang mengebarkan bendera BN, SPDP dan PRS sambil melaungkan "Hidup BN".

9.35am - Marudi: Proses penamaan calon sedang berjalan di tiga lokasi berasingan di bandar Marudi, di mana satu daripadanya di bawah kawasan Parlimen Baram.

Di luar tiga lokasi itu, keadaan adalah tenang selain daripada sedikit bunyi bising dan sesekali bunyi
pesawat terbang dari landasan kapal terbang Marudi yang berdekatan.

Terdapat lebih seratus penyokong PKR menunggu di luar pusat penamaan calon masing-masing -
di Marudi, Telang Usan, dan Mulu.

Bagaimanapun, jumlah mereka tidak seramai penyokong BN di setiap lokasi tersebut.

Sementara itu di luar Dewan Suarah di mana proses penamaan bagi kerusi Mulu yang sedang
berjalan, kira-kira 100 penyokong calon DAP Paul Raja turut hadir dan menunggu.

Mulu dijangka menyaksikan saingan empat penjuru antara beliau, calon PKR Paul Baya, calon BN
Gerawat Gala, dan calon bebas Dr Roland Dom Mattu.

Pertandingan tiga penjuru juga dijangka berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri Marudi,
antara calon PKR Elia Bit, calonn BN Penguang Manggil, dan calon Bebas Louis Jalong

Di pusat penamaan calon bagi kerusi Telang Usan, ia dijangka menyaksikan pertembungan antara
calon PKR yang juga veteran kempen anti Empangan Baram, Roland Engan dengan calon ADUN
penyandang dari BN, Dennis Ngau.

Pencalonan akan ditutup pada pukul 10 pagi, di mana pegawai pengurus akan membuat
pengumuman rasmi.

9.32am - Bukit Assek, Sibu: Tiga calon, Cheng Buong Toon (SUPP), Irene Chang (DAP) dan Moh
Hong King (Star) memasuki pusat penamaan calon.

Mereka menyerahkan borang pencalonan kepada para pegawai SPR, manakala pegawai-pegawai
berkenaan menjelaskan peraturan pilihan raya dan berbual dengan mereka untuk meredakan
ketegangan.

Ini adalah kali kedua Cheng dari SUPP bertanding di kerusi majoriti kaum Cina itu, selepas dia
tewas kepada mendiang suami Chang yang juga bekas pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dengan
majoriti lebih 1800 undi pada 2011.

Setengah jam sejak proses penamaan calon bermula, segala-galanya berjalan lancar dan tidak ada
calon lain yang dilihat datang di Perpustakaan Awam Sibu, di mana terletaknya pusat penamaan
 calon itu.

9.30am - Kuching: DAP bertindak balas terhadap PKR dengan menghantar calon Abdul Aziz Isa 
untuk bertanding di Batu Kitang, kerusi yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR.

Ini selepas PKR membenarkan lima calonnya untuk bertanding bagi kerusi di mana calon-calon
DAP bersedia untuk bertanding.

Batu Kitang dijangka menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru antara SUPP, PKR, DAP dan
mungkin dua calon bebas.

Voon Shiak Ni mewakili PKR manakala Lo Khere Chiang mewakili SUPP.

9.15am - Miri: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengiringi calon parti itu, Jofri Jaraiee.

Beliau dilihat bergandingan tangan dengan pemimpin lain parti itu ketika berarak ke pusat penamaan
 calon.

9.07am - Ba'kelalan: Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengesahkan bakal calon parti itu di lima
kerusi yang menghadapi pertikaian pembahagiannya, telah menerima surat kuasa dari parti itu untuk
bertanding.

"Mereka berada di kawasan masing-masing iaitu Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan
Murum," katanya kepada Malaysiakini melalui telefon.

"Sebelum pukul 10 pagi, kami akan menghubungi mereka untuk memberitahu mereka sama ada
akan bertanding atau tidak".

9.05am - Bawang Assan, Sibu: Beng Kor, calon bebas, tiba di pusat penamaan calon Dewan Suarah
Sibu bersama penyokongnya.

8.50am - Bau: calon DAP dan PKR terserempak berhampiran pusat penamaan calon di Dewan
Suarah Bau Tasik Biru dan Serembu.

DAP bertanding kerusi Tasik Biru manakala PKR bertanding kerusi Serembu, tetapi wujud
ketegangan selepas PKR semalam bertegas untuk bertanding kerusi Tasik Biru.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang menyertai calon DAP kerusi Tasik Biru, Mordi Bimol,
berarak ke pusat penamaan calon, terserempak dengan calon PKR bagi kerusi Serembu, Athina Sim,
tetapi hampir tidak ada interaksi dan mereka tidak berjabat tangan.

8.45am - Bawang Assan: Kira-kira 50 penyokong DAP berjalan ke arah Dewan Suarah Sibu
berdama dengan calon Chiew Sung Ngie.

Chiew, 38, seorang ahli perniagaan, memberitahu pemberita bahawa beliau menjangka pertandingan
tiga penjuru di situ

Beliau dijangka berdepan dengan calon BN Wong Soon Koh, dan calon Parti Reformasi Negeri
(Star) Wong Sing Wei.

Kira-kira 50 penyokong BN berkumpul, sementara menunggu Soon Koh, bersama-sama dengan
maskot Parti Rakyat Bersatu itu, helang yang dinamakan 'Oooh Ha'.

8.40am: Batu Kawa: Calon DAP Christina Chew Wang See bersama 50 penyokongnya tiba
di diperkarangan Majlis Perbandaran Padawan bagi hari penamaan calon.

Ia diikuti oleh Senator Datuk Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) bersama 300 penyokongnya.

Manakala Liu Thian Leong (Bebas) bersama 100 penyokong.

Mereka bertiga masuk ke dalam dewan pada jam 8.50 pagi bagi proses penamaan calon.

8.26am - Bawang Assan, Sibu: Calon Bebas, Beng Kor tiba di perkarangan Dewan Suarah Sibu
bersama penyokongnya.

Beng yang merupakan seorang aktivis sosial memberitahu pemberita bahawa ini merupakan kali
pertama beliau bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Menurut Beng yang berasal dari Kapit, tujuannya bertanding dalam pilihan raya kali ini adalah
untuk memperjuangkan hak kebebasan rakyat Sarawak dengan slogan 'Sarawak for Sarawakian'.
Sementara itu, pada jam 9 pagi, calon BN Datuk Seri Wong Soon Koh menyerahkan borang
pencalonan kepada SPR.

Ia kemudian diikuti oleh calon DAP Chiew Sung Ngie.

8.15am - Pujut: Suasana tenang di sini dan pertandingan empat penjuru dijangka berlaku di kerusi ini antara calon BN dengan tiga calon lain.

Penyandang kerusi Pujut Fong Poh Teck akan bertanding sebagai calon Bebas. Calon DAP ialah Dr Ting Tiong Choon, calon langsung BN Hii King Chiong dan calon PAS Jofrie Jaraiee.

Sumber TKO - 25-4-2016


Azmin ketepi keputusan PKR, benarkan 3 penjuru?

Posted on Monday, April 25 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Timbalan Presiden PKR Azmin Ali didakwa membenarkan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat pelantikan kepada calon-calon daripada lima kerusi berbalah, dakwa sumber parti.

Ia bertentangan keputusan Majlis Presiden, yang hanya membenarkan 35 calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri 7 Mei depan.

Ini mungkin menyaksikan pertandingan tiga penjuru di lima kerusi Dewan Undangan Negeri -Tasik Biru, Mambong, Simanggang, Bukit Semuja dan Mulu - iaitu di kawasan DAP turut meletakkan calon.

"Azmin beri gambaran kepada PKR negeri bahawa dia boleh mendesak di peringkat pusat untuk membolehkan pertandingan tiga penjuru dengan DAP di Sarawak," kata sumber itu.

Beliau kemudian mendakwa Azmin dan Naib Presiden parti Tian Chua menghasut PKR Sarawak untuk mengambil pendirian tegas dengan alasan ini akan memaksa parti itu mengadakan rundingan semula dengan DAP.

Bagaimanapun, Azmin sendiri memeterai perjanjian itu dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 7 April, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

"Dan dia menandatanganinya," kata sumber itu yang turut memberikan Malaysiakini dokumen yang didakwa ditandatangani Azmin.

Menurut dokumen itu, Azmin "bersetuju pada dasarnya" bertanding lapan kerusi termasuk kerusi berbalah, yang diberikan kepada DAP.

Ia adalah Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum.

Lima kerusi - Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar, Belaga - telah diberikan kepada PKR.
Sumber itu mendakwa Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah terlibat dalam rundingan kerusi seperti yang didakwa.

"PKR Sarawak telah dikelirukan untuk mempercayai bahawa DAP memperdaya parti itu dan Wan Azizah berada di bawah tekanan," tegasnya.

"Orang-orang yang mengadakan rundingan itu Azmin, Naib Presiden Tian Chua dan Baru sendiri," katanya.

Sumber TKO - 25-4-2016




Isu kerusi: DAP ugut tanding di Batu Kitang

Posted on Monday, April 25 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


PRN Sarawak
KUCHING - Pada malam sebelum hari penamaan calon esok, DAP dan PKR masih bertelagah mengenai agihan kerusi bagi setiap parti itu untuk bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, parti berkenaan akan bertanding satu kerusi tambahan sekiranya PKR menampilkan calon di luar senarai yang dipersetujui kedua-dua parti itu, sebelum ini.

"Sekiranya ada sebarang pertindihan kerusi, kita akan bertanding di Batu Kitang," katanya.

Kerusi itu adalah satu daripada 11 kerusi baharu yang diperuntukkan kepada PKR, yang mana Voon Shiak Ni telah diumumkan sebagai calon.

"DAP telah mengorbankan Batu Kitang untuk PKR, kerusi yang selamat bagi DAP. Ia adalah usaha untuk berdamai dengan PKR walaupun kajian mendapati pengundi lebih memilih calon DAP. Kini, PKR menuntut lebih banyak kerusi dan ini secara jelas menunjukkan mereka telah melanggar perjanjian antara kedua-dua pihak.

"Pemimpin pusat kedua-dua parti telah bersetuju tidak akan wujud pertindihan kerusi. Jadi, hormati perjanjian itu atau kita menurunkan seorang calon di Batu Kitang," kata Chong pada sidang media di sini hari ini

Beliau turut menunjukkan kepada media perjanjian bertulis antara Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditandatangani pada 7 April lepas, yang memperuntukkan Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga kepada PKR.

Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi oleh DAP.

PKR dikatakan mahu bertanding di lima kerusi yang diperuntukkan kepada DAP.

Sebelum ini, DAP mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 30 kerusi manakala PKR 40 kerusi, tetapi setakat ini parti itu hanya menamakan 35 calon.     - Bernama

Sumber TKO - 25-4-2016































































PRN Sarawak: Usah undi BN tidak kenang jasa rakyat

HARAKAHDAILY | .




Melihat wang dan hadiah yang diberikan setiap kali menjelang pilihan raya, alangkah baiknya kalau rakyat Sarawak dapat pilihan raya setahun sekali. Pastinya setiap pelosok Sarawak akan mendapat manfaat.

Ramai pengundi menyangka dengan mengekalkan BN akan membawa pelbagai pembangunan di kawasan mereka. Namun, hakikatnya setelah sepuluh kali pilihan raya negeri berlalu dan mandat berterusan kepada BN, yang dijanjikan hanya tinggal janji.

Jikalau rakyat Sarawak mengundi pembangkang, lagi banyak BN akan bagi sebab nak tebus maruah.

Bagi kawasan yang dimenangi BN dan terabai, mereka perlu merajuk dan memberikan kekalahan kepada BN bagi mendapatkan perhatian BN kerana BN akan menambahkan lagi pemberian pada pilihan raya negeri yang akan datang untuk memenangi hati mereka.

Hasilnya, kawasan yang dimenangi pembangkang berpeluang mendapat pelbagai projek pembangunan berbanding kawasan BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Oleh itu, rakyat Sarawak perlu berani membuat perubahan dalam pilihan raya negeri kali ini. Pengundi di Sarawak berpeluang untuk memilih calon PAS di 11 Dun yang dipertandingkan.

Pemilihan calon PAS sangat perlu bagi mengimbangi kuasa BN dan menambah suara pembangkang berlainan di Sarawak sebagai pendesak kepada BN agar arus pembangunan dan amanah rakyat di mana-mana kawasan Sarawak tidak diabaikan.

Rakyat perlu menilai pula peranan wakil rakyat dari parti PAS setelah mereka boleh membandingkan tugasan wakil rakyat dari parti lain. Kali ini PAS mengemukakan calon yang wibawa anak tempatan dan 80% mempunyai kelulusan ijazah dari universiti tempatan dan luar negara.

Calon-calon PAS adalah pekerja kepada rakyat dan memahami bahawa rakyat adalah bos sebenar, tidak seperti BN yang tidak mengenang jasa rakyat yang melantiknya dan memberikannya kuasa dan gaji sebaliknya menyuruh rakyat mengenang jasanya.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
17 Rejab 1437 / 25 April 2016 - HARAKAHDAILY 25/4/2106

Sumber HD - 25-4-2016
































































Dun Samariang: PAS mungkin menang tanpa bertanding

WAN NOORDIN WAN YAACOB | .

PETRAJAYA: Perkembangan menarik di proses Penamaan Calon di Dewan Undangan Negeri Samariang pagi ini apabila kelayakan Calon BN dan PAN, Nani Sahari menghadapi inquiry.

Masa penerimaan telah tamat jam 10.00 pagi.

Calon PAN dan BN di Dun Samariang mempunyai kemugkinan ditolak pencalonannya berikutan ada aduan/inkuiri berkaitan dengan kelayakan menjadi calon.

Difahamkan calon PAN Nani Sahari berkemungkinan ditolak pencalonan kerana penyata perbelanjaan pilihan raya semasa beliau bertanding di Dun Tanjung Datu sebelum ini tidak lengkap menurut aturan undang undang pilihan raya.

Manakala kami difahamkan calon BN Sharifah Hasidah pula berkemungkinan ditolak pencalonan kerana dikatakan memegang jawatan bergaji di beberapa syarikat dan institusi.

Jika aduan dan inkuiri ini diterima oleh SPR, ini bermakna secara automatik calon PAS Ustaz Yusof Assiddiq Ahmad Sharkawi akan menang tanpa bertanding.
KEMASKINI...

Peguam PAS, Faris Mustafa menemui pegawai SPR untuk maklumkan tentang peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya kerana calon BN masih memegang jawatan bergaji.

Fariz menegaskan sepatutnya calon BN, Sharifah Hasidah meletak jawatan untuk bertanding.

Pengumuman calon di Samariang masih belum berlangsung. SPR masih meneliti aduan berkenaan calon PAN dan BN.

Akhirnya Dun Samariang akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Calon BN akan ditentang oleh calon PAS dan PAN. – HARAKAHDAILY 25/4/2016

Sumber HD - 25-4-2016
































































Presiden PAS pimpin solat hajat di Pujut

IZWAN ABDUL HALIM | .




MIRI: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memimpin solat hajat sebelum perarakan calon di N.74 Pujut.

Beliau tiba diiringi Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan AJK PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor.

Sebelum itu, calon PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee tiba bersama pengiring, pencadang dan penyokong beliau disusuli Setiausaha PAS negeri, Muhtar Suhaili kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Pada PRN kali ini, PAS bertanding di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 25/4/2016

Sumber HD - 25-4-2016
































































PRN Sarawak: PAS datang untuk kukuhkan Islam

IZWAN ABDUL HALIM | .


MIRI: Keberadaan PAS di bumi Sarawak adalah untuk mengukuhkan Islam di negeri ini, demikian menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS bertanding seperlapan dari kerusi PRN Sarawak kerana mesej dakwah sebagaimana dibawa oleh para nabi.

Jelasnya, usaha tersebut akan berterusan dan tidak pernah tamat hingga mencapai kejayaan kelak.

"Kita jadi pembangkang, kita tidak pernah meninggalkan mesej dakwah. Dakwah Rasul-rasul bukan untuk dapat kuasa semata-mata. Jika zaman ini bukan hendak Putrajaya semata-mata.

"Tetapi kita nak ajak orang kepada Islam, jika tidak ikut, kita akan tetap terus berdakwah hingga mati. Kita bukan hendak kuasa sahaja, inilah sempadan kita dengan parti-parti lain," ujarnya di Rumah Hijau, Lutong, di sini semalam.

Cerita beliau, Nabi Muhammad SAW ditawar dengan kedudukan di Makkah untuk meninggalkan dakwah tetapi baginda menolak.

Begitulah katanya, ketika Rasulullah di Madinah, walaupun menghadapi perang dengan Musyrikin, tetap baginda menyerukan mereka kepada Islam.

Baginda juga terangnya, menghantar surat kepada Kaisar Rom, Kisra Parsi, Raja Mesir, Raja Oman, Raja Muskat, Raja Bahrain dan lain-lain menyeru kepada Islam.

Malah, Nabi SAW ketika menghantar Saiyidina Ali k.w. untuk misi ke Khaibar dan Muadz bin Jabal ke Yaman menegaskan urusan seruan dakwah terlebih dahulu berbanding tindakan lain.

Atas tuntutan sama jugalah terang Tuan Guru, PAS membawa mesej dakwah ke Sarawak sejak dahulu.

Beliau turut mengimbas sejarah di mana walaupun hanya mempunyai satu kerusi, tetapi wakil PAS berjaya mendesak untuk meletakkan Islam dalam Perlembagaan Negara.

Sedangkan menurutnya, draf asal dari Suruhanjaya Reid tidak mencatat perkara penting itu.

Malah katanya, PAS telah berperanan meluaskan Islam dalam kerajaan termasuk di jabatan dan agensi ketika berada bersama BN dahulu.

Fahami Realiti Sarawak

Seru beliau kepada petugas PAS pada PRN Sarawak agar menyedari kemampuan dan cabaran PAS, serta menggunakan uslub terbaik untuk menyantuni masyarakat di sini.

"Berdakwah mereka untuk istiqamah mengamalkan Islam. Sesuai dengan fahaman mereka walaupun belum memahami politik Islam

"Jangan anggap semua orang sama macam kita. Nabi sebut, kami para Nabi dikehendaki meletakkan manusia kena pada tempatnya dan bercakap dengan bahasa yang difahami mereka," jelas beliau.

Nasihatnya, oleh kerana petugas PAS datang dari serata negeri, maka perlu ikut arahan dan memahami isu tempatan.

Tuan Guru turut menyuntik motivasi petugas dengan ingatan kelebihan 700 kali ganda pahala dalam melaksanakan jihad fisabilillah.

Tegasnya, seandainya tidak menang di dunia, pasti menang di akhirat dan perjuangan PAS mahu mencapai kemenangan dunia dan akhirat. – HARAKAHDAILY 25/4/2016

Sumber HD - 25-4-2016
































































Arifiriazul awal masuk pusat penamaan calon Lambir

HELMI KHALID | .




MIRI: Calon PAS di N.72 Lambir, Muhammad Arifiriazul Paijo melangkah sebagai calon pertama yang memasuki pusat penamaan calon pada jam 8.46 pagi.

Proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi N72 berlangsung di Institut Pendidikan Guru, Kampus Sarawak, di sini.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak itu telah memasuki ruang dalam tempat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.

Beliau diiringi Ketua Dewan Pemda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz dan saf pimpinan pemuda.

Pada PRN kali ini, PAS bertanding di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 25/4/2016

Sumber HD - 25-4-2016
































































Calon PAS imam solat hajat sebelum serah borang

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

PETRAJAYA: Calon PAS Dun Samariang, Ustaz Yusof As Siddiq Ahmad Sharkawi telah mengimamkan solat hajat di pekarangan depan tempat menunggu pengumuman rasmi Penamaan Calon Dun Samariang di Sekolah Menengah Semerah Padi pada jam 8.36 pagi.

Beliau telah melangkah masuk ke Dewan Penamaan Calon di SMK Semerah Padi dengan diiringi pencadang dan penyokong masing masing anak tempatan.

Sementara itu, kira-kira 100 penyokong PAS menanti di luar kawasan tempat penamaan calon.

Antara pimpinan yang hadir, Bendahari PAS Pusat, Mohammad Nor Mohamad, AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor, Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan, Timbalan Presiden Geng Ustaz, Ustaz Najhan Halimi Abdul Halim dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah, Nurul Islam Mohammed Yusof.

Angin kuat dan mendung ketika ini tidak mematahkan semangat para penyokong untuk berkumpul sementara menanti proses penamaan calon selesai antara jam 11.00 pagi.

Pada PRN kali ini, PAS bertanding di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 25/4/2016

Sumber HD - 25-4-2016































































PRN Sarawak: Penyokong PAS berhimpun iringi calon

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

PETRAJAYA:
Para penyokong PAS sudah mula berhimpun di hadapan padang awam dekat sini sejak jam 7.30 pagi yang mana rata ratanya adalah daripada PAS Wilayah Persekutuan.

Proses penamaan calon akan berjalan pada jam 9 pagi ini di Sekolah Menengah Semerah Padi dekat sini dengan PAS akan menampilkan Ustaz Yusof As Siddiqi Ahmad Sharkawi sebagai calon di N.07 Samariang.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusof dan calon, Ustaz Yusof turut bersama yang akan berarak sebentar lagi.
Ketika ini perarakan sedang dimulakan dengan pembacaan ikrar oleh kesemua peserta yang mengiringi calon.

Kelihatan Bendahari PAS Pusat, Mohammad Nor Mohammad, perarakan dimulakan jam 8.10 pagi turut disertai AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohammad Nor.

Di MIRI, para penyokong PAS yang kebanyakannya petugas tempatan dan dari PAS Negeri Pulau Pinang dan Perlis berkumpul di Surau Hidayatullah, Kampung Lereng Bukit, Jalan Pujut sejak jam 6.45 pagi.

Calon PAS, Jofri Jaraiee tiba bersama pengiring, pencadang dan penyokong beliau disusuli Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili.
Pada PRN kali ini, PAS bertanding di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 25/4/2016

Sumber HD - 25-4-2016



Bendera PAS Di Mana-Mana

Posted on Monday, April 25 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KAKUS, 21 April: Lawatan Calon PAS N60 Kakus Clement Bayang mendapat sambutan yang begitu mesra di kalangan penduduk.  Respon demikian dapat dilihat apabila penduduk setempat tidak segan silu bergambar dengan calon sambil mengangkat bendera PAS.

Perwatakkan mesra dan mudah didekati menjadikan beliau begitu mudah disenangi oleh semua orang daripada pelbagai lapisan masyarakat.  Sepanjang lawatan beliau, penduduk banyak menyampaikan permasalahan-permasalahan seperti masalah elektrik yang kerap terputus, pengangguran penduduk tempatan dan pelbagai lagi rintihan daripada penduduk Kakus

Melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, PAS telah mengemukakan 5 tawaran kepada rakyat sebagai satu khidmat kepada rakyat Negeri Sarawak.

Oleh yang demikian, calon PAS N60 Clement Bayang berazam untuk membawa permasalahan rakyat di DUN Kakus ke Dewan Undangan Negeri dengan lebih gigih jika diberi peluang oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. 


Sumber TKO - 25-4-2016


































































PRN Sarawak: Munajat menjelang penamaan calon
































































HARAKAHDAILY | .


Tuan Guru menyerahkan Watikah Calon kepada Jofri yang bertanding di Dun Pujut.

MIRI: Sempena Hari Penamaan Calon Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 hari ini, di 11 Dun PAS bertanding malam tadi diadakan program sesi taujihat dan munajat bersama pimpinan, ahli dan penyokong PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi kata-kata motivasi perjuangan serta taujihat semangat kepada jentera pilihan raya N.74 Pujut yang terdiri daripada petugas tempatan PAS Kawasan Miri dan jentera bantuan dari PAS Perlis, PAS Pulau Pinang dan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul calon N.74 Pujut merangkap Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Jofri Jaraiee, Pesuruhjaya PAS Perlis Shukri Ramli, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Yusof dan Setiausaha PAS Sarawak Muhtar Suhaili As-Sarawaki.

Pada PRN kali ini, PAS bertanding di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Sumber HD - 24-4-2016

































































Gerak kerja pilihan raya nikmat buat pejuang

IZWAN ABDUL HALIM | .


MIRI: Keterlibatan dalam gerak kerja pilihan raya merupakan 1001 nikmat daripada Allah s.w.t bagi para pejuang Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perkara itu dinyatakan beliau ketika bertemu petugas dan penyokong PAS di UPU Tukau, di sini malam tadi.

Katanya, semasa pilihan raya para petugas dapat melaksanakan pelbagai gerak kerja antaranya ziarah, bertemu wajah, bersalaman, berdialog, mendengar rungutan, mengangkat masalah, memberi sumbangan dan sebagainya.

Tambahnya, semua perbuatan tersebut merupakan amalan kebaikan yang pasti mendapat ganjaran daripada Allah walaupun dilakukan dalam tempoh singkat.

Pun begitu terangnya, itulah komitmen dan kesediaan yang mesti ditunjukkan petugas kepada rakyat Sarawak bahawa PAS sedia memberi khidmat berterusan terutama kebajikan kepada mereka.

Beliau turut mengingatkan petugas bahawa kemenangan sangat berkait rapat pertolongan Allah.

Jelas beliau, kemenangan hanya hadir setelah mendapat pertolongan Allah sebagaimana dinyatakan dalam surah an-Nasr.

Justeru, katanya para petugas PAS wajib bergantung dengan pertolongan Allah.

Beliau memetik iktibar Perang Badar dan Hunain berhubung rasa lemah dan kuat tentera Islam hingga mempengaruhi kecenderungan mereka terhadap pergantungan kepada Allah.

"Ingat, tanpa pertolongan Allah, kita tidak akan menang," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 24/4/2016

Sumber HD - 24-4-2016

































































Kita dalam bahtera yang sama - Haji Kiprawi

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Calon PAS Dun Jepak, Haji Kiprawi Aman bersama calon PAS Dun Kakus serta calon PAS Dun Samalaju telah ke Bangunan Mahkamah Bintulu untuk menyelesaikan urusan-urusan yang berkaitan dengan penamaan calon, kelmarin.

Ketiga-tiganya kelihatan cukup mesra, biarpun masing-masing datang daripada latar belakang yang berbeza, ikatan persaudaraan mampu dijalin erat sempurna.

"Meskipun Clement (calon PAS Dun Kakus) bukan seagama dengan kita, namun kita dalam bahtera yang sama. PAS for All bah," ujar Kiprawi dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.

"Zharudin meskipun masih muda, cara kerja yang ditunjukkan beliau amat memberangsangkan, cekap dan tersusun. Masyarakat setempat memuji cara kerja anak muda ini.

"Dia memang ada ciri-ciri pemimpin yang boleh buat kerja untuk rakyat," jelas beliau ketika diminta pandangan tentang calon PAS Dun Samalaju itu.

Mereka merupakan calon yang berwibawa yang diketengahkan oleh PAS.

Dalam bahtera yang sama mereka mengorak langkah membela nasib rakyat yang sekian lama tidak terbela.

Sumber HD - 24-4-2016

Sudah 9 tahun menanti rumah PPRT

































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Sungguhpun kaya dengan hasil muka bumi, hakikatnya masih ramai rakyat Sarawak yang hidup terpinggir dari arus pembangunan dan kemajuan negeri.

Menyelami kehidupan sedemikian, calon PAS N.72 Dun Lambir, Arifiriazul Paijo dan jentera PAS Dun Lambir prihatin menjengah nasib penduduk.

Memetik laporan laman web PAS PRN Sarawak, antara yang diziarahi mereka adalah seorang tukang kayu yang hanya mahu dikenali dengan nama Yassin dan tinggal bersama keluarganya di Kampung Jakang, Bakam.

Dalam rumah kecil itulah, tujuh sekeluarga ini bersempit tanpa sumber bekalan air bersih dan hanya bergantung semata-mata kepada air sungai untuk tujuan minum dan mandi serta kegunaan harian.

PAS Dun Lambir dimaklumkan, keluarga ini pernah membuat permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada 14 September 2007.

Malangnya, sehingga hari ini permohonan mereka tidak mendapat kelulusan dan tindakan susulan pihak berkenaan.

Ternyata kecewa dengan situasi itu, Arifiriazul menggesa pihak berkenaan agar lebih prihatin terhadap nasib rakyat bumiputera yang terpinggir seperti Yassin.

“Tindakan segera perlulah diambil bagi memastikan nasib penduduk seperti ini dan semua rakyat mendapat hak yang sepatutnya sebagai warga tempatan,” luah beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Sarawak.

Sumber HD - 24-4-2016

PAS simpati penduduk asal miskin di tanah air sendiri

JOFRI JARAIEE | .




Masalah penduduk asal yang tidak memiliki tanah sendiri dan terpaksa membina rumah di pinggir sungai Miri demi untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar masakini. Kos hidup yang tinggi dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan tiada tempat untuk bercucuk tanam menyebabkan ramai penduduk dari luar bandar terpaksa membina rumah di atas tanah kerajaan.

Nasib mereka yang tidak menentu ini menyebabkan mereka sentiasa tertekan akibat tidak mampu membeli rumah sendiri. Harga rumah yang terlampau tinggi dengan adanya cukai barang dan perkhidmatan (GST) juga antara sebab mereka rasa tertekan dengan keadaan kehidupan sekarang.

Keadaan kehidupan mereka yang tinggal di kawasan setinggan umpama mereka hidup menumpang di tanah air sendiri. Mereka sepatutnya sudah ada tempat yang baik dan diberi hak milik tanah untuk tempat tinggal tetapi akibat arus pembangunan yang tidak seimbang dan hanya mementingkan pihak tertentu menyebabkan nasib rakyat luar bandar terus terpinggir dari arus pembangunan.

Mereka tidak diberi kemudahan asas seperti elektrik dan air pun terpaksa berkongsi meter menyebabkan mereka hidup dalam keadaan susah. Mereka dianaktiri oleh pihak pemerintah Barisan Nasional kerana mereka ini umpama pendatang asing yang tidak ada hak untuk hidup seperti rakyat Malaysia yang lain.

Mereka merayu kepada pihak berkuasa agar mereka juga perlu diberi layanan yang sama untuk menikmati kemudahan asas seperti elektrik dan diberi tanah lot untuk mereka tinggal dengan selesa dan selamat.

Begitu juga dengan jambatan pejalan kaki yang dibuat dari kayu papan juga rosak dan tidak selamat untuk digunakan oleh penduduk. Keselamatan penduduk yang tinggal di tepi sungai perlu diberi perhatian terutama kanak-kanak kecil. Sungai Miri di Pujut juga tidak begitu selamat kerana terdapat buaya yang boleh mengancam keselamatan penduduk setinggan yang tinggal di tepi sungai.

Kita mencadangkan kepada pihak berkuasa agar dapat membina jambatan pejalan kaki ke rumah penduduk di situ dengan menggunakan jambatan konkrit dan selamat untuk kegunaan penduduk di situ.

Kita juga mengesa pihak berkuasa memberi hak milik atau lot tanah kepada penduduk asal yang terdiri dari berbagai kaum dan agama agar mereka dapat hidup aman dan selesa. Mereka mahu terus menetap di situ dan pihak kerajaan perlu mengiktiraf tempat tinggal mereka sebagai kampong.

Kita sentiasa menyuarakan masalah rakyat tanpa mengira waktu kerana selagi kerajaan tidak dapat memberi hak milik kepada penduduk asal, mereka akan terus ketinggalan dari arus pembangunan.

Sudah banyak kali masalah setinggan ini dikemukakan kepada pihak berkuasa tetapi hingga kini masalah ini masih belum dapat diselesaikan dan penduduk tempatan terus hidup dalam kemiskinan.

PAS sentiasa memberi bantuan kepada rakyat sekadar kemampuan yang ada kerana kita amat simpati akan nasib yang menimpa rakyat tempatan yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri dengan lebih selesa dan selamat.

Kerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat tempatan yang tidak memiliki tanah sendiri perlu diberi perhatian. Kita amat menghargai sekiranya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera demi masa depan penduduk asal yang terpinggir dari arus pembangunan. - HARAKAHDAILY 24/4/2016

Penulis ialah calon PAS N74 Pujut yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Sumber HD - 24-4-2016




































































Pekebun kecil rugi besar akibat kebakaran belukar


































































JOFRI JARAIEE | .


MIRI: Akibat kebakaran belukar yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan masalah jerebu tetapi juga menyebabkan para petani dan pekebun kecil menghadapi kerugian yang besar. Banyak hasil petanian mereka musnah akibat kebakaran belukar.

Mereka mengadu pada PAS yang mereka menghadapi kerugian yang besar kerana hasil petanian mereka musnah dan mereka juga menghadapi kesukaran untuk bernafas akibat jerebu yang tebal dalam kawasan petanian mereka.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera menangani masalah ini dari berterusan kerana sekiranya tidak dikawal dengan baik bukan saja masalah jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar bahkan menyebabkan mereka menghadapi kerugian sekiranya hasil petanian mereka musnah.

Musim kemarau yang berpanjangan ini bukan saja boleh menyebabkan kebakaran belukar sukar dikawal bahkan boleh menyebabkan keselamatan para petani dan mereka yang tinggal berdekatan dengan belukar terancam.

Kita mengesa pihak berkuasa perlu mengawal kebakaran belukar ini dari berpanjangan dan pihak bomba perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan agar masalah ini dapat diatasi dengan segera.

Jerebu yang boleh menjejasan kesihatan penduduk di bandaraya Miri perlu ditangani sebaik mungkin. Cari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini demi keselematan dan kesihatan penduduk. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai. – HARAKAHDAILY 24/4/2016

Sumber HD - 24-4-2016

Ketua kaum gembira terima kunjungan calon PAS



































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Menjadi adat bumi Sarawak mempunyai ketua kaum yang bertindak sebagai ketua bagi masyarakat setempat.

Calon PAS N07 Samariang, Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi telah menziarahi Ketua Kaum Taman Sukma, Encik Ahmad Kentol.

Kunjungan Ustaz Yusof disambut gembira oleh Ahmad. Beliau turut dibawa melihat koleksi-koleksi sijil ketua kaum yang terpampang di suatu sudut khas khusus untuk tatapan tetamu.

Memetik laporan laman rasmi PAS PRN Sarawak,  Ahmad yang pernah menjadi imam selama 16 tahun, akan bersara sebagai ketua kaum pada September nanti.

Pada akhir pertemuan, Ustaz Yusof menghadiahkan cenderamata daripada PAS Samariang sebagai tanda kenang-kenangan serta CD surah-surah hafazan yang dibaca sendiri oleh beliau.

Layanan baik dari Ahmad terhadap kunjungan dari PAS sangat dihargai.

"Terima kasih kerana menerima kunjungan dari kami," ujar Ustaz Yusof kepada Ahmad.

Sumber HD - 23-4-2016

Kali ini beri pada PAS pula, kita buat perubahan

IZWAN ABDUL HALIM | .




MIRI: Terik matahari yang memanaskan tubuh sedikitpun tidak mengurangkan komitmen petugas PAS N.74 Dun Lambir menjalankan gerak kerja pilihan raya di Taman Tunku, di sini hari ini.

Malah, semangat petugas dari PAS Sabah dan PAS Kedah itu 'dibakar' dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Bahkan, kesungguhan bertemu pengundi yang rata-rata dari kaum Tionghua di situ dijalankan penuh ceria bersama ukiran senyuman.

"Undi calon bulan, ya. Ini calon kawan saya, kita muda undi orang muda, kacak lagi dia. Kita buat perubahan kali ini," ujar Exco Pemuda PAS Malaysia, Syahir Sulaiman.

"Ya, undi calon kami dari PAS. Dia hensem sedikit dari saya," seloroh Tuan Ibrahim menyebabkan semua pihak tertawa.

Dari pertemuan mata dengan pengundi di situ ternyata mereka menunjukkan reaksi positif penerimaan terhadap calon diketengahkan PAS, Arifiriazul Paijo.

Di samping memperkenalkan profil calon, Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili yang turut serta mengajak pengundi memberi peluang kepada PAS pada PRN kali ini.

"Kali ini beri pada PAS pula ya kakak abang, kita buat perubahan," santuninya pada setiap orang yang ditemui.

Sumber HD - 23-4-2016






































































Poster PM tak boleh guna untuk kempen PRN Sarawak
Posted on Saturday, April 23 @ 20:04:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KUCHING: “Tidak ada poster atau banting mana-mana pemimpin yang boleh dipasang kecuali hanya calon yang bertanding dibenarkan untuk diletak di sekitar negeri ini”.

Demikian kata, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah apabila menetapkan peraturan asas untuk musim kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan bermula Isnin ini.

“Sebaik sahaja penamaan calon berakhir, barulah kempen rasmi boleh bermula,” katanya pada sidang media di pejabat SPR di sini hari ini.

“Jika ada yang meletakkan perkara-perkara pelik atau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan calon atau parti, seperti meletakkan gambar seseorang individu tertentu bersama-sama dengan kapsyen negatif atau fitnah, maka kita akan ambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,” katanya.

Mohd Hashim berkata, hanya gambar-gambar calon dan manifesto parti sahaja yang boleh diletakkan sehingga hari membuang undi pada 7 Mei nanti.

“Jangan menghina orang lain. Jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu dan memutuskan untuk meletakkan papan iklan negatif sebagai contoh, kita tidak akan membenarkan.
“Itu hanya mengambil kesempatan untuk memfitnah seseorang,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan, menerusi peraturan tersebut ia bermakna gambar-gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau mana-mana pemimpin politik semenanjung yang lain tidak boleh digunakan dalam tempoh dua minggu berkempen.

Sumber TKO - 23-4-2016

PRN Sarawak: Mesyuarat akhir, serah watikah calon selesai

HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Mesyuarat akhir jawatankuasa induk (JKI) PAS untuk Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak sebelum hari penamaan calon telah selesai malam tadi.

Menurut Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili, Watikah Calon bagi semua 11 kerusi Dun juga telah diserahkan dan segala perkara berkaitan telah diselesaikan.

Katanya, Mesyuarat di Pejabat PAS Kawasan Miri itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut dihadiri Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Bendahari PAS Mohd Noor Mohamad.

Selain beliau, Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee serta ahli-ahli JKI dan Mas'ul atau wakil Mas'ul Dun-Dun juga turut serta dalam mesyuarat itu.

"Insya Allah PAS bersedia untuk memasuki medan Pilihan raya Negeri Sarawak ke-11 kali ini. Doakan semoga kemenangan dipermudahkan oleh Allah SWT," ujarnya.

Sementara itu, pemimpin PAS Pusat pada perarakan sempena hari penamaan calon 25 April ini.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di N74 Pujut.

Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di N67 Jepak.

Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad di N16 Muara Tuang.
Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengerusi DHPP, N Balasubramaniam di N60 Kakus.

Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh dan Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan di N29 Beting Maro.

Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Bendahari, Mohamad Noor Mohamad di N07 Samariang.

Ketua Penerangan, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi di N27 Sebuyau.

Ketua Pengarah Pilihan raya, Datuk Mustafa Ali di N70 Samalaju.

Ketua Dewan Ulamak, Datuk Dr Mahfodz Mohamed di N04 Pantai Damai.

Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di N72 Lambir.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh di N24 Sadong Jaya. - HARAKAHDAILY 23/4/2016

Sumber HD - 23-4-2016








































































PRN Sarawak: DAP parti yang tiada setiakawan

MUHTAR SUHAILI | .


SEJARAH PENYERTAAN PAS DALAM PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK - DAP PARTI YANG TIDAK SETIAKAWAN (SIRI 3)


KITA sentiasa optimis dan yakin bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai potensi besar untuk memainkan peranan penting di Malaysia bagi memastikan syar’iat Islam terus terbela melalui usaha-usaha proaktif yang perlu digembelengkan dan dipacu bersama.

Kita memilih untuk bersama PAS kerana Dasar PAS ialah ISLAM, Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR dan tujuannya ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaannya.

PAS mula bertanding di dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak pada tahun 2001 iaitu PRN Kali Ke-8 yang diadakan pada 27 September 2001. PAS pada ketika itu berada di dalam Barisan Alternatif (BA) yang merupakan gabungan parti politik yang terdiri daripada parti-parti pembangkang utama di Malaysia.

Barisan Alternatif (BA) ditubuhkan pada 1999 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia tahun 1999, Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 2004 dan Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia 2008. Saat penubuhannya, ia terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Parti Keadilan Nasional (KeADILan) kemudiannya telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-8 pada tahun 2001, tepatnya pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari Barisan Alternatif (BA) dengan alasan PAS ingin melaksanakan Negara Islam.

Pada hakikatnya DAP melakukan perkara tersebut kerana merasakan PAS tidak menguntungkan mereka dalam PRN Sarawak pada ketika itu. Selepas itu tanpa DAP, Barisan Alternatif (BA) dengan keanggotaan PAS dan PKR meneruskan kerjasama dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke-11 dan 12 iaitu masing-masing pada pada tahun 2004 dan 2008 dan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-9  tahun 2006.

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12 pada tahun 2008 di mana pembangkang berjaya memenangi 52% undi popular dan 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen Malaysia (sekaligus berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional (BN) sejak kemerdekaan negara), DAP kembali bergabung dengan kedua-dua buah parti komponen Barisan Alternatif (BA) iaitu PAS dan PKR lalu tertubuhlah Pakatan Rakyat (PR) yang menggantikan Barisan Alternatif (BA).

Pakatan Rakyat terus bersama pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10  tahun 2011 dan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada tahun 2013. Momentum Pakatan Rakyat dikekalkan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 apabila meningkatkan jumlah kerusi dari 82 ke 89 daripada 222 kerusi.

Pada tahun 2014 iaitu di kala terdapat ura-ura Pilihanraya Negeri Sarawak seakan-akan akan diadakan awal, sejarah 2001 berulang lagi! DAP Sarawak yang melihat PAS tidak menguntungkan mereka dalam PRN Sarawak, sekali lagi pada 18 Oktober 2014 telah menyatakan dan membuat satu keputusan songsang dengan menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Lima bulan selepas itu, iaitu pada 27 Mac 2015, DAP Sarawak (mendahului DAP Pusat) telah mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekaligus memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR kerana memprotes PAS yang hendak melaksanakan Hudud di Kelantan (yang tiada kaitanpun dengan Sarawak).

Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah mengumumkan satu lagi keputusan tidak logik akal apabila DAP Pusat memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, namun meneruskan hubungan dengan PAS.

Akhirnya dengan pelbagai tindakan-tindakan pelik yang dibuat oleh DAP, Muktamar PAS pada 5 Jun 2015 telah menerima usul Dewan Ulama PAS supaya Majlis Syura dan PAS Pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat. Pada 16 Jun 2015, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan secara unilateral bahawa Pakatan Rakyat telah dibubarkan atas tiada kerjasama antara satu parti dengan satu parti yang lain.

Pada 11 Julai 2015, Majlis Syura Ulamak (MSU) memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP terbatal namun kekal meneruskan hubungan sedia ada dengan PKR. Keputusan tersebut dibuat susulan tindakan provokasi DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.

Demikianlah sejarah mencatatkan betapa DAP adalah sebuah parti yang sangat tidak setiakawan dan hanya mementingkan diri khususnya dalam senario politik Sarawak. DAP sentiasa opportunis ialah berkawan bila menguntungkan mereka dan keluar sewenang-wenangnya dari Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) apabila merasakan agenda mereka gagal dilaksanakan atau merasakan rakan kerjasama merugikan mreka.

DAP Sarawak semakin ego setelah menang 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 pada tahun 2011 dan sebelumnya menang 6 daripada 12 kerusi yang ditandingi pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-9 pada tahun 2006 (meningkat dari 1 kerusi yang DAP menangi pada 2001).

Kini DAP bernafsu besar untuk meneruskan agenda mereka dengan bertanding di 30 kerusi (asalnya 29 dan menjadi 30 selepas SWP tidak jadi bertanding di Bukit Goram) dengan bertanding di 15 kerusi tambahan yang majoritinya adalah kerusi Dayak dan kebanyakannya ditandingi oleh PKR sebelum ini.

Sehingga tulisan ini ditulis PKR yang ingin bertanding sekurang-kurangnya 40 kerusi dan DAP masih gagal menyelesaikan beberapa pertindihan kerusi DUN menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) Ke-11 yang akan datang. Untuk rekod, PKR menang 1 daripada 25 kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-9 pada tahun 2006 dan seterusnya menang 3 daripada 49 kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri yang lepas iaitu pada tahun 2011.

Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 yang bakal tiba, PAS Sarawak telah mengisytiharkan dan memutuskan akan bertanding di 11 Kerusi Dun iatu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Komitmen seluruh Pimpinan, Ahli dan Jentera PAS yang kini sedang giat turun padang ke seantero Sarawak bagi membantu persiapan Pilihan raya PAS adalah sangat memberansangkan. Sasaran realistik PAS untuk PRN kali ini ialah menghantar Adun Sulung PAS ke Dewan Undangan Negeri (Dun). Dengan kerja keras, kerjasama, doa, tawakal dan munajat semua, insya-Allah misi ini mampu kita realisasikan dengan izin Allah.

Buat akhirnya sebagai motivasi kepada ansorullah yang kini berada di medan, marilah kita hayati moto hidup Sahabat yang hebat ini. Beliau sentiasa membawa moto yang mana sepanjang hari Abu Ayyub al-Anshari ra sering mengulang-ulang suatu ungkapan yang diangkat menjadi moto kepada dirinya. Saya juga telah menjadikan kata-kata ini sebagai salah satu moto hidup dan ingin mengajak seluruh teman seperjuangan sekalian untuk sama-sama kita menilai dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. Pasti ada kebaikannya dunia dan Akhirat, insya-Allah.

Inilah moto hidup beliau yang sangat tinggi nilainya: Infiru khifafan wa tsiqalan! …Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah… (Surah At-Taubah, ayat 41). – HARAKAHDAILY 22/4/2016

Penulis ialah Setiausaha PAS Negeri Sarawak

Sumber HD - 22-4-2016















































































































































Pekebun kecil Pujut kesal janji BN belum ditunai

JOFRI JARAIEE | .



MIRI: Sudah hampir 11 tahun penduduk di Pujut Tanjung Batu menghadapi masalah untuk masuk ke dalam kebun mereka. Jalan ke kebun di Pujut Tanjung Batu dan Padang Kerbau rosak teruk dan sukar untuk kenderaan kecil masuk melalui jalan itu terutama waktu musim hujan.

Walaupun sekarang musim kemarau, jalan tersebut masih terdapat banyak lubang-lubang dan tidak rata sehingga menyukarkan pekebun membawa hasil petanian mereka keluar.

Menurut pengadu, mereka sudah banyak kali mengadu dan meminta bantuan daripada pihak berkuasa untuk membantu membaiki jalan raya yang rosak di jalan pintas menuju ke kampung Pujut Tanjung Batu dan Jalan Padang Kerbau itu tetapi ia masih belum menunjukkan hasil.

Mereka mengadu pada PAS yang mereka sudah hilang harapan untuk melihat jalan tersebut akan dibina dalam masa terdekat kerana sudah bosan dengan janji yang tidak ditepati.

Penduduk di situ memohon sedikit bantuan batu jalan kerikil untuk menampal jalan berlubang di jalan masuk di situ dari pihak PAS walaupun mereka tahu PAS bukan parti memerintah tetapi kesungguhan PAS membantu mereka tanpa mengira waktu memberi mereka sedikit harapan agar pihak berkuasa membuka mata dengan melihat masalah mereka dengan melaksanakan tugas seterusnya dengan menyiapkan projek jalan kampung yang terbiar begitu lama itu.

Menurut mereka kalau pihak berwajib dapat menurapkan jalan batu di kawasan itu pun sudah dikirakan bagus daripada terus menunggu janji yang tidak kunjung tiba.

Atas usaha penduduk kampung dengan kerjasama PAS akan memberi inspirasi kepada mereka untuk berdikari tanpa perlu mengharapkan janji dari mereka yang suka berjanji tapi tidak ditepati walaupun sebenarnya mereka mampu melaksanakan janji tersebut kalau mereka lebih memberi keutamaan kepada rakyat.

Pihak PAS telah menyumbang batu jalan kerikil untuk menampung lubang di jalan kebun itu sekurang-kurangnya mengurangkan masalah jalan berlobang itu.

Sekarang setelah penduduk mengadu masalah jalan kepada pihak PAS baru ada nampak jalan tersebut akan dibaik pulih itu disebabkan waktu pilihan raya akan menjelang tiba tidak lama lagi. Inilah untungnya rakyat bila ada suara pembangkang barulah BN bekerja keras untuk menarik perhatian rakyat.

Penduduk kampung mengucapkan terima kepada pihak PAS walaupun sumbangan tersebut tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya atas usaha bersama dengan penduduk kampung dengan PAS menyebabkan parti BN pun sibuk untuk meneruskan kerja membaik pulih jalan tersebut.

PAS bersama penduduk kampung sebagai jalan perintis untuk membaiki jalan tersebut dengan harapan tugas seterusnya perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa kerana kita yakin memang ada peruntukan untuk projek jalan kampung yang sudah lama diluluskan tetapi tertangguh mungkin disebabkan ada kepentingan pihak tertentu.

Kita mengesa pihak yang berwajib dapat melaksanakan tugas mereka dengan amanah dan tidak membiarkan pihak tertentu menyalahguna peruntukan untuk projek jalan kampung sebagai memancing undi semasa kempen nanti.

Usaha penduduk kampung menuntut hak mereka perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan ditunaikan dengan segera. Mereka juga menuntut agar kerajaan meluluskan pemohonan mereka untuk mendapat hak milik tanah mereka. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah jalan kebun yang sudah lama terbiar itu amat dihargai. – HARAKAHDAILY 22/4/2016

Sumber HD - 22-4-2016








































































Calon sumbang kerusi roda ringankan beban

HARAKAHDAILY | .


SADONG JAYA: Calon PAS N24 Sadong Jaya, Cikgu Asan Singkro berkata, masih wujud mereka yang tidak mendapat bantuan dan pembelaan sewajarnya kerana ketirisan dan krisis urus tadbir dalam pentadbiran negeri.

Berdasarkan maklumat yang diterima, beliau dengan segera menemui keluarga kurang bernasib baik ini kebetulan ketika mengadakan siri ziarahnya menemui masyarakat setempat Sadong Jaya, seperti yang dilaporkan dalam laman web rasmi PAS PRN Sarawak.

Kehadirannya bersama jentera PAS disambut baik oleh keluarga terbabit.

Beliau amat terkilan dan sedih melihat nasib yang menimpa keluarga yersebut kerana hidup dalam kepayahan pada masa yang sama tiada sebarang bantuan dihulurkan daripada pihak berwajib.

Cikgu Asan Singkro juga berkelapangan meluangkan masa mendengar keluhan hidup dan masalah yang menimpa keluarga itu.

Beliau juga sempat berbual dengan Hampari iaitu salah seorang anak daripada 5 adik-beradik keluarga ini.

Sewaktu menemuinya buat pertama kali, Cikgu Asan Singkro segera memeluknya dengan erat dan jelas terpancar sinar kegembiraan pada wajah anak muda itu.

Hampari yang berumur 18 tahun hanya bersekolah sehingga ke tingkatan 2 kerana masalah kemiskinan, nasib sama turut menimpa adik-beradiknya yang lain.

Sehingga kini mereka keciciran daripada persekolahan lantaran masalah yang dihadapi.

Ayah Hampari bekerja jauh daripada rumah dan jarang untuk pulang ke rumah demi mencari sesuap nasi.

Ibunya yang berumur 47 tahun tidak mampu untuk berjalan kerana sakit separa lumpuh yang dialaminya bahkan tidak pernah mendapat sebarang bantuan khususnya kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

Namun dengan usaha murni Cikgu Asan Singkro calon PAS N.24 Sadong Jaya mengarahkan rombongannya untuk ke Kuching bagi mendapatkan sebuah kerusi roda khusus untuk ibu Hampari.

Semoga dengan adanya kerusi roda yang baru ini, mudahlah untuk ibu Hampari bergerak ke sana ke mari.

Inilah tekad yang ditunjukkan oleh Cikgu Asan Singkro untuk menjaga kebajikan rakyat khususnya bagi kawasan Sadong Jaya, selari dengan gagasan yang dibawa PAS iaitu sebagai parti berkebajikan yang berperanan menjaga segala aspek kebajikan rakyat marhaen. – HARAKAHDAILY 22/4/2016

Sumber HD - 22-4-2016


“PAS Tidak Paksa Saya Masuk Islam " - Clement Bayang

Posted on Thursday, April 21 @ 19:56:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KAKUS , 20 April 2016 : “ Nadai masalah meh. Bergulai ngau ustaz. Ukai nya maksa aku masuk Islam. Nadai. Sama menusia kitai. Agama masing-masing. PAS for All

Maksudnya : "Tiada masalah berkawan dengan ustaz. Bukan mereka paksa saya masuk Islam. Tiada.. kita sesama manusia. Agama masing-masing. PAS untuk Semua" ujar Clement Bayang Calon PAS di Dun Kakus dalam satu program bersama rakyat di Dun Kakus.

Clement Bayang merupakan satu-satunya calon PAS dari kalangan bukan Islam yang akan bertanding di Dun Kakus Sarawak.

Beliau juga merupakan ketua Dewan Himpunan PAS Sarawak.

Berkonsepkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, PAS Sarawak menawarkan 5 tawaran yang akan diperjuangkan jika diberi kepercayaan oleh rakyat di 11 Dun yang akan di tandingi.

Sesuatu yang istimewa , Clement Bayang juga merupakan artis Iban tempatan yang berwatakan mesra dan mudah didekati dan mendekati masyarakat.

Beliau juga merupakan aktivis masyarakat dan namanya tidak asing lagi bagi penduduk di Kakus.

# Untukmu Sarawak


Sumber TKO - 21-4-2016










































































Jadi calon PAS ajar saya kenal penderitaan rakyat - Kiprawi










































































HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Calon PAS N67 Jepak, Haji Kiprawi Aman meneruskan siri jelajahnya turun beramah mesra dan mendekati masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang agama dan bangsa serta usia.

"Setelah pencen daripada berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, tertanam di fikiran saya hanya mahu duduk beristirehat sahaja di rumah bersama anak-anak dan keluarga. Niat di hati hanya mahu menjadi penyokong sahaja," ujarnya dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Katanya, setelah mengikut beberapa program yang dianjurkan oleh PAS bersama masyarakat, melihat sekeliling sambil memerhati keadaan semasa telah membuatkan beliau sedar betapa di luar sana masih ramai masyarakat yang amat memerlukan bantuan dan perhatian dari pihak luar.

"Semenjak saya diumumkan sebagai calon untuk bertanding di N67 Jepak, banyak perkara yang membuatkan saya semakin cakna berkaitan masyarakat setempat seperti yang menderita kesusahan akibat tekanan kos hidup yang tinggi dan terhimpit dengan ekonomi yang tidak stabil," tegas beliau.

Menurut beliau lagi, sepanjang mengadakan aktiviti ziarah beramah mesra mendekati masyarakat, tidak kurang ramai yang mengadu dan memohon jasa baik untuk memberi bantuan kepada mereka dari sudut persekolahan anak-anak, membaiki rumah yang agak kurang selesa, mengurangkan beban rawatan kesihatan yang dialami serta kemudahan asas yang baik kepada mereka.

Dengan apa yang telah dirasai dan dialami sendiri sepanjang ziarah beramah mesra bersama masyarakat setempat, Haji Kiprawi bertekad akan terus komited berkhidmat untuk rakyat untuk kesejahteraan dan keselesaan semua.

Sumber HD - 21-4-2016

Calon PAS Samalaju tidak jemu bersama rakyat










































































HARAKAHDAILY | .




KUALA LUMPUR: Calon PAS N70, Zharudin Narudin menziarahi dan beramah mesra dengan masyarakat setempat yang tinggal di rumah-rumah panjang untuk memberi penerangan tentang usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh PAS Samalaju, seperti yang dipetik dalam laman web rasmi PAS PRN Sarawak.

“Anda boleh layari  https://www.facebook.com/ZharudinNarudin/ yang mengandungi semua aktiviti usaha-usaha kami dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat yang timbul di Samalaju" tegas beliau.

"Tiada ceramah politik yang memeningkan. Tiada caci-mencaci.” ujar beliau lagi.

Beliau turut mengajak rakyat Sarawak agar menjadi pengundi yang bijak dalam menilai dan memilih pemimpin yang berwibawa..

Di samping itu, beliau sempat berbincang bersama masyarakat setempat mengenai kemelut yang dihadapi oleh mereka selama ini.

Menurut beliau lagi PAS Samalaju akan berusaha untuk menangani isu-isu tersebut. – HARAKAHDAILY 21/4/2016

Sumber HD - 21-4-2016











































































Calon PAS selami kehidupan penambang sampan

HARAKAHDAILY | .


DALAM kesibukan tugas harian, calon N07 Samariang Ustaz Yusof Ahmad Sharkawi sempat lagi menyantuni pakcik-pakcik penambang yang mencari rezeki dengan membawa penumpang dari Kampung Gersik ke pusat Bandar Kuching.

Kedudukan Dun Samariang adalah bertentangan dengan Bandar Kuching dan hanya terpisah dengan sungai.

Sungai inilah menjadi sumber rezeki kepada pemilik sampan ini walaupun terpaksa meredah hujan dan panas terik matahari.

"Sungguh besar pengorbanan mereka ini demi mencari nafkah harian untuk keluarga," ujar Ustaz Yusof dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Katanya, mereka tidak jemu-jemu melaksanakan tugas harian itu di samping dapat membantu penduduk dari kampung Gersik berulang alik ke Bandar Kuching.

"Harga tambang murah sahaja iaitu 50 sen sehala walaupun kehidupan hari ini dibelenggu dengan GST," ujarnya.

Beliau memaklumkan penumpang sampan bukan sahaja terdiri dari orang kampung tetapi pelajar-pelajar sekolah yang bersekolah di Bandar Kuching antara penumpang setia sampan-sampan itu.

Inilah laluan yang terdekat yang menghubungkan Kampung Gersik ke Bandar Kuching.

Ketika kehadiran Ustaz Yusof ke pangkalan Kampung Gersik, pakcik-pakcik penambang ini sempat bertanya khabar dan beramah mesra dengan beliau.

Mereka menyambut baik hasrat Ustaz Yusof untuk bertanding di Dun Samariang kerana beliau dilihat sebagai seorang anak muda yang berilmu yang dapat membimbing masyarakat setempat dengan petunjuk agama Islam yang suci.

"Semoga Allah selamatkan perjalanan sampan-sampan yang tidak kenal jemu sentiasa berulang alik mudik ke hulu dan ke hilir sungai saban hari," kata Ustaz Yusof.

Sumber HD - 21-4-2016

Jofri lebih dekat dengan kehidupan rakyat setempat











































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Calon PAS Dun Pujut, Haji Jofri Jaraiee bersama para petugas PAS telah mengadakan lawatan di sekitar Pujut Corner, Jalan Malva Krokop dan Pujut Adong.

Dalam sesi lawatan ini, para petugas telah mengedarkan risalah yang mengandungi profil Haji Jofri bagi memperkenalkan calon kepada penduduk sekitar.

Beliau juga berkesempatan beramah mesra dengan penduduk dan melihat dengan lebih dekat sisi kehidupan rakyat setempat, lapor laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Anak-anak penduduk sekitar turut diraikan dengan sedikit sumbangan.

Kehadiran Jofri dan para petugas disambut baik oleh penduduk sekitar walaupun ada di antara penduduk yang terkejut dan tidak menyangka beliau sanggup datang berziarah di kawasan mereka.

Malah, rombongan turut mendapat bantuan seorang kanak-kanak berbangsa Iban yang menjadi penunjuk jalan secara sukarela.

Sumber HD - 211-43-2016

Cikgu Asan konsisten dekati masyarakat setempat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Calon PAS N24 Sadong Jaya, Cikgu Asan Singkro tekad dan konsisten meneruskan siri ziarah untuk turun dan mendekati masyarakat setempat tanpa mengira perbezaan latar belakang agama dan bangsa.

Pada siri ziarah kali ini, Cikgu Asan Singkro menziarahi golongan almalak iaitu golongan pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan sebagainya yang menjadi nadi masyarakat setempat.

Memetik laporan laman rasmi PAS PRN Sarawak, siri ziarah yang bertempat di Kampung Semerak Hulu, UPU Subuyau itu cukup mendapat sambutan yang  begitu memberangsangkan.

Cikgu Asan Singkro berpeluang beramah mesra dengan golongan almalak dan para penduduk di kawasan itu.

Beliau juga mendengar pandangan murni dan luahan isi hati mereka yang sentiasa inginkan perubahan yang baik.

Sumber HD - 21-4-2016














































































Kaum Iban Muara Tuang sambut baik calon PAS












































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kaum Iban merupakan kumpulan etnik Bumiputera terbesar di Sarawak yang merangkumi 27.6% daripada 2.5 juta penduduk negeri ini.

Ketika menziarahi perkampungan masyarakat Iban di sekitar Muara Tuang sebelum ini, Calon N.16 Muara Tuang, Zulkipli Ramzi bersama petugas PAS yang lain disambut baik oleh tuai rumah dan penduduk Iban di kampung-kampung sekitar Dun Muara Tuang, lapor laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Meskipun mengetahui PAS adalah parti Islam, pendekatan PAS yang mengambil kira kepentingan semua kaum membolehkan kaum Iban di sini akan terus menyokong serta membantu  Parti Islam Semalaysia ini sekiranya memerlukan bantuan menuju PRN Ke-11 .

Hal ini juga sebagai suatu misi untuk menjadikan PAS sebagai "check and balance" kepada parti pemerintah Barisan Nasional yang telah melupakan janji-janji palsu mereka selain merampas tanah orang-orang Iban di Sarawak sewenang-wenangnya.

Tekad kepada perubahan, calon PAS Muara Tuang menyeru masyarakat Iban untuk melakukan perubahan undi dengan memilih PAS untuk PRN Ke-11 kali ini. – HARAKAHDAILY 20/4/2016

Sumber HD - 20-4-2016













































































Calon PAS ambil pendekatan santai dekati rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Calon PAS Dun Pantai Damai, Zainal Abidin Yepni bersama-sama dengan para petugas menziarahi penduduk di kawasan UPU Telaga Air, pagi tadi.

Beliau berjumpa dan beramah mesra dengan penduduk sekitar di samping mengeratkan hubungan silaturahim.

Nampaknya penduduk kelihatan lebih selesa untuk menyampaikan pandangan mereka terhadap calon PAS dengan pendekatan tersebut.

Zainal Abidin juga sempat bertanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapi penduduk terutamanya berkaitan isu bekalan tenaga elektrik yang dirasakan hampir tiada jalan penyelesaian yang dilaksanakan.

Memetik laporan laman rasmi PAS PRN Sarawak, beliau telah berbincang dengan para penduduk berkenaan perkara yang perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang timbul.

Perbincangan tersebut menggambarkan keprihatinan calon PAS itu terhadap masalah masyarakat sekitar.

Beliau menyantuni penduduk dengan cara yang santai dan mudah didekati penduduk.

Sumber HD - 20-4-2016

Rakyat Sarawak perlu beri peluang kepada PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pembangunan oleh BN dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah menindas hak asasi rakyat untuk berbakti di atas tanah sendiri, kata calon PAS N60 Kakus, Clement Bayang.

Beliau berkata, rakyat terus ditekan bahkan tanah diambil tetapi pampasan yang diperolehi sangat rendah dan tidak berbaloi mengikut harga semasa.

Katanya, ketiadaan kemudahan asas rakyat seperti elektrik dan air sekali gus memberikan tekanan hidup kepada masyarakat tempatan.

"Pelbagai kemudahan asas bagi rakyat terus dipinggirkan bagi sekitar kawasan Kakus sebaliknya hanya ditaburkan janji yang tidak pernah ditepati.

"Pengangkutan awam diperlukan untuk memudahkan rakyat keluar mengundi bahkan tidak hanya perlu menunggu di rumah," ujar beliau dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.

Oleh yang demikian, beliau mengharapkan rakyat Sarawak perlu memberikan peluang kepada PAS untuk mengubah kehidupan masyarakat tempatan ke arah lebih baik.

Sumber HD - 20-4-2016















































































PAS kukuhkan posisi di Dun Sebuyau














































































HARAKAHDAILY | .


Saya mengucapkan syabas serta tahniah kepada petugas dan jentera PAS Selangor yang komited membantu gerak kerja pilihan raya di Dun Sebuyau.

Kebanyakan petugas yang hadir adalah atas kesedaran tanggungjawab sebagai ahli bagi mendukung perjuangan PAS. Kebanyakan petugas yang hadir, bukanlah terdiri dari mereka yang berada. Mereka sanggup mengambil cuti dan meninggalkan keluarga serta mengorbankan sedikit kesenangan bagi memastikan mereka boleh menyumbang semampunya.

Berkat usaha gigih dan berdisiplin mematuhi arahan gerak kerja yang diatur awal oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor (JPrN Selangor), telah memberi sinar harapan kepada PAS untuk kekal melekat di hati masyarakat Sebuyau.

Alhamdulillah, hari ini masyarakat Sebuyau telah mula mesra dengan PAS, malah mereka turut serta membantu menyuburkan aktiviti PAS di Sebuyau. Anak muda tempatan dan mereka yang tiada kepentingan telah tanpa segan silu sanggup menjadi pendukung utama menjayakan aktiviti dan misi PAS dalam PRN Sarawak ke-11 ini.

Dengan perkembangan sokongan dan penerimaan masyarakat ini terhadap PAS, adalah diharapkan semua jentera dan petugas Selangor di Sebuyau tidak alpa ataupun lalai. Sebaliknya perlu fokus dan berdisiplin dalam apa juga gerak kerja di lapangan. Di samping itu, tingkatkan juga kesabaran dan elakkan provokasi serta banyakkan munajat kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan Allah kurniakan pertolonganNya.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

MOHD HASLIN HASSAN
Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor
19 April 2016 - HARAKAHDAILY 19/4/2016

Sumber HD - 19-4-2016

Misi ‘anak sulung’ PAS di Sarawak makin cerah

ASLANI M | .




KOTA BHARU: Biar pun serangan duit menjadi senjata akhir Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerajaan Sarawak 7 Mei ini, namun peluang PAS untuk melahirkan ’anak sulung’ dianggap semakin cerah.

Faktor wakil rakyat BN, Raizali Gappur yang jarang kelihatan dan kemudahan asas tersisih membuatkan pengundi di Dun Beting Maro mulai membuat perkiraan baru.

Lagi pun calon PAS hanya tewas 391 undi kepada calon BN pada pilihan raya negeri (PRN) pada 2011.

Pada PRN Sarawak 2011 PAS bertanding di lima kerusi Dun iaitu Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Namun, pada PRN negeri kali ini PAS meletak calon di Dun Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad berkata, sepanjang gerak kerja kempen ketika berada di Beting Maro sejak Jumaat lepas, sambutan penduduk begitu memberangsangkan.

Katanya, setiap program yang diadakan termasuk bersama anak-anak muda, ramai yang hadir tanpa mengira kaum dan agama.

“Ketika kita menganjurkan acara sukan ramai anak muda datang. Begitu juga kunjungan ke rumah penyokong PBB mereka menyambut dengan mesra,” katanya di sini.

Beliau bersama 26 petugas dari PAS Gua Musang baru kembali dari Sarawak petang semalam.

Bagaimanapun penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir berkata berdasar keputusan PRN 2011, PAS tidak mendapat sokongan pengundi di bandar dan luar bandar.

Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub juga yakin usaha PAS melahirkan anak sulung pada PRN kali ini bakal membuah kejayaan.

“Banyak isu tempatan dan nasional yang kini mendapat perhatian penduduk tempatan. Begitu juga ketika kempen di kawasan penempatan masyarakat Iban,” ujarnya.

Abdullah bersama petugas dari Jeli berada di Beting Maro minggu lepas. – HARAKAHDAILY 19/4/2016

Sumber HD - 19-4-2016







































































PAS Makin Di Terima Di Sarawak

Posted on Monday, April 18 @ 18:29:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Jika dulu tidak dinelai, tapi kini PAS boleh masuk cerok rantau dengan alasan untuk PRU tapi hakikatnya misi dakwah makin terserlah.

Sumber TKO - 18-4-2016

Masalah peparitan di Pujut boleh sebabkan banjir kilat

JOFRI JARAIEE | .


MIRI: Parit tersumbat dan air tidak dapat mengalir dengan lancar boleh menyebabkan air bertakung dan membiakan nyamuk `aedes`. Masalah peparitan yang tidak dibina dengan baik bukan saja boleh menyebabkan parit tersumbat bahkan boleh menyebabkan banjir kilat apabila musim hujan lebat.

Penduduk di sekitar Kampung Pujut Padang Kerbau dan Pujut Tanjung Batu mengadu masalah ini kepada pihak kami semasa lawatan ke kampung tersebut.

Ada sesetengah tempat hanya sebahagian saja parit dibina mengunakan konkrit dan selebihnya tidak siap sepenuhnya menyebabkan parit tersebut tersumbat dan air tidak dapat mengalir dengan lancar.

Apabila hujan lebat berlaku banjir kilat di kawasan perumahan mereka disebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar. Penduduk bertanya mengapa pihak berkenaan hanya membina sebahagian saja parit konkrit dan tidak menyiapkan sepenuhnya ke kawasan perumahan mereka yang terlibat.

PAS mengesa agar pihak yang berkenaan dapat menyiapkan projek peparitan sepenuhnya di seluruh kawasan perumahan di Kampung Pujut untuk mengelak berlakunya banjir kilat.

Dengan adanya sistem peparitan yang sempurna ia juga boleh mencegah pembiakan nyamuk aedes dan mengelak berlakunya banjir kilat di kawasan perumahan tersebut.

Kesihatan dan keselamatan penduduk perumahan di Kampung Pujut perlu diberi keutamaan agar mereka dapat hidup selesa dan selamat. Kerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab dalam urusan saliran dan peparitan amat dihargai. – HARAKAHDAILY 18/4/2016

Sumber HD - 18-4-2016








































































Angin Perubahan Di Pantai Damai

Posted on Sunday, April 17 @ 17:14:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Baru-baru ini, Bilik Gerakan PAS Pantai Damai didatangi sekumpulan penduduk daripada UPU Kampung Pulau Salak bagi menyatakan permasalahan yang dihadapi. Dalam kesempatan pertemuan tersebut, mereka mengambil kesempatan meminta bendera PAS untuk dikibarkan di UPU Kampung Pasir Salak sebagai tanda sokongan kepada PAS yang bakal bertanding di DUN Pantai Damai pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan menjelang tiba.


Kampung Pasir Salak adalah salah sebuah UPU yang terletak di dalam Dun Pantai Damai yang mempunyai kira-kira 500 pengundi berdaftar. Ia merupakan sebuah pulau di Sungai Salak atau juga dikenali sebagai Batang Salak.

Dalam pertemuan jentera petugas PAS Pantai Damai ke Kampung Pasir Salak baru-baru ini, masyarakat sudah tidak takut menzahirkan sokongan mereka kepada PAS. Jentera petugas PAS Pantai Damai disambut dengan kibaran megah panji PAS di kediaman mereka. Ini adalah satu signal bahawa rakyat sudah muak dengan parti sedia ada dan dahagakan perubahan.

Salah seorang penduduk ketika ditemui, berkata, antara permasalahan yang dihadapi mereka adalah bekalan air bersih dan hanya bergantung kepada bekalan air telaga sahaja. Janji-janji yang ditaburkan oleh Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas hanya sebagai modal bagi meraih undi penduduk dan tidak ditunaikan sehingga kini.

Selain mendengar rintihan rakyat, jentera petugas PAS Pantai Damai turut menerangkan kepada masyarakat bahawasanya PAS bukan sahaja sebuah parti politik, bahkan sebuah gerakan dakwah yang mengajak masyarakat menghayati keindahan Islam.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini, PAS Sarawak telah mengumumkan kesebelas calon yang bertanding di 11 Dun termasuk Dun Pantai Damai yang meletakkan Zainal Abidin Yepni sebagai calon PAS bagi Dun N04 Pantai Damai.

.....
http://prnsarawak.pas.org.my

Sumber TKO - 17-4-2016

Peguam PAS siap sedia khidmat di Bumi Kenyalang

HARAKAHDAILY | .


PEGUAM-peguam PAS bersedia untuk berkhidmat dan turun padang membantu jentera Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di 11 DUN bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11.

Mesyuarat penyelarasan antara barisan peguam PAS bersama Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat telah diadakan bagi membincangkan gerak kerja dan penyusunan tugasan pengamal undang-undang dan taklimat-taklimat berkaitan.

Datuk Mustafa Ali (Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS) dan Mukhtar Suhaili (AJK PAS Pusat dan Setiausaha PAS Sarawak) telah hadir memberi taklimat perkembangan terkini persiapan PRN Sarawak. Datuk Mustafa memaklumkan gerak kerja jentera di kesemua DUN sedang bergerak dan kehadiran peguam PAS yang memberi komitmen untuk turun berkhidmat amat dihargai.

Wan Rohimi Wan Daud (Ketua Penyelaras Undang-undang PAS PRN Sarawak yang juga merupakan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)) seterusnya telah membincangkan koordinasi jadual tugasan, direktori, logistik, isu-isu dan hal-hal berkaitan tugasan peguam dalam pilihan raya kali ini.

Mobilisasi peguam PAS akan bermula secara berperingkat-peringkat ke kesemua 11 DUN PAS bertanding menjelang hari penamaan calon pada 25 April 2016 sehingga hari pengundian pada 7 Mei 2016.

Mereka akan memberi nasihat perundangan, memerhati perjalanan hari penamaan calon dan hari pengundian serta memantau perjalanan pilihan raya.

PAS Sarawak akan bertanding di kerusi DUN N4 Pantai Damai, N7 Samariang, N16 Muara Tuang, N24 Sadong Jaya, N27 Sebuyau, N29 Beting Maro, N60 Kakus, N67 Jepak, N70 Samalaju, N72 Lambir dan N74 Pujut. Kesemua 11 Calon PAS telah diisyhtiharkan pada 6 April dan sebelumnya pada 12 Mac Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melancarkan Tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak. – HARAKAHDAILY 16/4/2016

Sumber HD - 16-4-2016



Tanah perkuburan RPR terhakis perlu dibaikpulih segera

Posted on Saturday, April 16 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MIRI – Masalah tanah perkuburan Muslim yang masih kurang diberi perhatian di Miri oleh pihak yang berkenaan terutama tanah perkuburan yang berdekatan dengan sungai perlu diberi tindakan oleh pihak yang berkenaan. Berlaku hakisan tanah sehingga terdapat liang lahat yang rosak serta batu nisan yang tercabut dari tapak kawasan tersebut.

Penduduk di Jalan Palma 4, Pujut RPR, Miri mengadu masalah tanah perkuburan Muslim yang terhakis  serta kerosakan pada liang lahat. Tanah perkuburan tersebut berdekatan dengan sungai Miri.



Menurut penduduk di situ yang tidak mahu namanya disiarkan berkata bukan saja masalah hakisan tanah perkuburan tapi terdapat juga masalah jambatan yang menuju ke tanah perkuburan tersebut juga agak rosak dan bergoyang apabila ramai yang melalui jambatan itu.



Jambatan yang rosak itu boleh mengancam keselamatan penduduk terutama kanak-kanak yang bermain di atas jambatan tersebut perlu dibaiki segera. Penduduk di situ juga menceritakan satu kejadian berlaku apabila mereka mengusung jenazah melalui jambatan yang rosak itu lalu roboh akibat terlalu ramai yang melalui jambatan itu.  Nasib baik tiada berlaku kecederaan teruk berlaku akibat jambatan roboh itu.



Perkara ini pernah diajukan kepada pihak yang berkenaan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil cuma penduduk di situ berusaha membaiki sendiri dengan bergotong royong. Mereka masih memerlukan jambatan yang lebih kukuh kerana mereka hanya mampu membaiki sedikit kerosakan saja.



Kita mengesa pihak yang berwajib memberi peruntukan untuk membina jambatan  lebih kukuh lagi seperti menggunakan jambatan kongkrit yang lebih tahan lama dan selamat digunakan oleh orang ramai yang menziarah tanah perkuburan tersebut.



Harapan penduduk di situ terutama umat Muslim yang akan mengerjakan ibadat puasa serta menyambut hari raya agar jambatan tersebut dibina serta tapak perkuburan tersebut dibaikpulih segera dari tanah hakisan tepi sungai.



Kita harap masalah tanah perkuburan ini dapat diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan dengan segera. Kita menghargai kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini agar penduduk di situ selamat dari ancaman jambatan runtuh serta hakisan tanah kubur.



Jofri Jaraiee
PAS Sarawak



Sumber TKO - 16-4-2016




Pas ada potensi menang?

Posted on Saturday, April 16 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Memang calon-calon yang ditampilkan Pas dalam pilihanraya kali ini semacam ada potensi menang.

Bayangkan calon calon yang ditampilkan itu pelbagai latar belakang, antaranya guru agama, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, jurutera dan aktivis rakyat.

Dan tidak kurang PAS menampilkan calon muda Muslimat, Hamidah Mukhtar di Beting Maro yang kalah pada pilihanraya 2011 dengan majority tipis.

Yang amat menarik perhatian ramai, mungkin duduk pada kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang presiden Pas yang dihina dan kutuk oleh puak puak Pan, antara lain  berkata, kita yakin menang.

Manakala pengarah pilihanraya pas Terengganu ustaz Ariffin Deraman yang juga ADUN Alor Limbat pula berkata calon pas ada potensi menang di DUN Beting Maro.



Atas sebab itulah kebanyakan akar umbi hendak tahu perkembangan pas dalam pilihanraya 2016. Lebib lebih lagi pas pada pilihanraya kali ini bertanding 11 kerusi.



Ini menunjukkan pas kelihatan semakin hebat  selepas ditolak DAP dalam pakatan rakyat dan ada potensi untuk menang.Ia juga sebagai ujian kepada pas selepas membentuk kuasa politik block ketiga dengan parti IKATAN.



Sebut sahaja Dun Beting Maro,teringat penulis dengan pilihanraya 2006, bahawa calon Pas Alem bin Din yang lawan satu lawan satu dengan calon BN Bolhassan bin Di, kalah dengan majority 895 undi.



Manakala pada pilihanraya 2011,calon pas Abang Ahmad kerdee bin Abang Masagus yang lawan satu penjuru dengan calon BN Razaili Gapor, kalah dengan majority 391 undi.



Pilihanraya 2016 ini kebanyakan pucuk kepimpinan meramalkan kemungkinan  besar calon Pas boleh menang miskipun dengan majority tipis.



Pilihanraya 2006 di Dun Beting Maro  tokoh pas yang diperatanggungkan untuk mengalas tugas untuk menang antaranya iala h Muhammad Sabu, Salehuddin Ayub, Mahfuz Omar, Husam Musa Ustaz Muhamad Husien dan Mohd Abdul Wahid Endut.



Mat Sabu bukan sahaja tidak boleh masuk Sarawak, malah dia bukan lagi pucuk kepimpinan pas yang auranya lebih hebat berbanding Presiden.Demikian juga Salehuddin Ayub akan bekerja keras untuk calon Pan.



Hendak harapkan Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa sudah tentu tidak boleh lagi, kerana kedua dua tokoh ini, walaupun masih ahli pas, tetapi hatinya sudah terpahat kejat pada Pan.



Oleh itu, penulis berani buat kesimpulan di DUN Beting Maro yang dikatakan ada pontesi menang  oleh pengarah pilihanraya pas Terengganu belum tentu boleh menang sepertimana kata presiden yakin menang itu, kerana calonnya seorang muslimat (Hamidah Mukhtar).



Bayangkan calon muslimat dengan calon muslimin. di Terengganu Pas dan umno belum berani meletakkan calon wanita dalam mana mana pilihanraya,kerana calon wanita sokongan pengundi lebih rendah berbanding lelaki.



Sumber TKO - 16-4-2016



Penduduk asal hidup miskin di tanah air sendiri


Posted on Saturday, April 16 @ 05:43:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



MIRI – Masalah penduduk asal yang tidak memiliki tanah sendiri dan terpaksa membina rumah di pinggir sungai Miri demi untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar masakini. Kos hidup yang tinggi dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan tiada tempat untuk bercucuk tanam menyebabkan ramai penduduk dari luar bandar terpaksa membina rumah diatas tanah kerajaan.

Nasib mereka yang tidak menentu ini menyebabkan mereka sentiasa tertekan akibat tidak mampu membeli rumah sendiri. Harga rumah yang terlampau tinggi dengan adanya cukai barang dan perkhidmatan (GST) juga antara sebab mereka rasa tertekan dengan keadaan kehidupan sekarang.

Keadaan kehidupan mereka yang tinggal di kawasan setinggan umpama mereka hidup menumpang di tanah air sendiri. Mereka sepatutnya sudah ada tempat yang baik dan diberi hak milik tanah untuk tempat tinggal tetapi akibat arus pembangunan yang tidak seimbang dan hanya mementingkan pihak tertentu menyebabkan nasib rakyat luar bandar terus terpinggir dari arus pembangunan.

Mereka tidak diberi kemudahan asas seperti elektrik dan air pun terpaksa berkongsi meter menyebabkan mereka hidup dalam keadaan susah. Mereka dianaktiri oleh pihak pemerintah Barisan Nasional kerena mereka ini umpama pendatang asing yang tidak ada hak untuk hidup seperti rakyat Malaysia yang lain.

Mereka merayu kepada pihak berkuasa agar mereka juga perlu diberi layanan yang sama untuk menikmati kemudahan asas seperti elektrik dan diberi tanah lot untuk mereka tinggal dengan selesa dan selamat.

Begitu juga dengan jambatan pejalan kaki yang dibuat dari kayu papan juga rosak dan tidak selamat untuk digunakan oleh penduduk. Keselamatan penduduk yang tinggal di tepi sungai perlu diberi perhatian terutama kanak-kanak kecil. Sungai Miri di Pujut juga tidak begitu selamat kerana terdapat buaya yang boleh mengancam keselamatan penduduk setinggan yang tinggal di tepi sungai.

Kita mencadangkan kepada pihak berkuasa agar dapat membina jambatan pejalan kaki ke rumah penduduk di situ dengan menggunakan jambatan kongkrit dan selamat untuk kegunaan penduduk di situ.

Kita juga mengesa pihak berkuasa memberi hak milik atau lot tanah kepada penduduk asal yang terdiri dari berbagai kaum dan agama agar mereka dapat hidup aman dan selesa. Mereka mahu terus menetap di situ dan pihak kerajaan perlu mengiktiraf tempat tinggal mereka sebagai kampong.

Kita sentiasa menyuarakan masalah rakyat tanpa mengira waktu kerana selagi kerajaan tidak dapat memberi hak milik kepada penduduk asal, mereka akan terus ketinggalan dari arus pembangunan.

Sudah banyak kali masalah setinggan ini dikemukakan kepada pihak berkuasa tetapi hingga kini masalah ini masih belum dapat diselesaikan dan penduduk tempatan terus hidup dalam kemiskinan. PAS sentiasa memberi bantuan kepada rakyat sekadar kemampuan yang ada kerana kita amat simpati akan nasib yang menimpa rakyat tempatan yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri dengan lebih selesa dan selamat.

Kerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat tempatan yang tidak memiliki tanah sendiri perlu diberi perhatian. Kita amat menghargai sekiranya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera demi masa depan penduduk asal yang terpinggir dari arus pembangunan.


Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Sumber TKO - 16-4-2016


BN bakal menang besar di PRN-11 Sarawak - Zuhdi


Posted on Friday, April 15 @ 15:26:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Kajian Pusat Penyelidikan PAS mendapati Barisan Nasional (BN) bakal memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRN-11) Sarawak yang dijadualkan 7 Mei depan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, berkata kemenangan itu didorong oleh faktor Tan Sri Adenan Satem yang berjaya menunjukkan teladan kepemimpinan yang baik selepas dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak.

"Rata-rata rakyat Sarawak dilihat menyenangi kepemimpinan Adenan termasuk pengundi Cina," katanya kepada BH hari ini.

Beliau diminta mengulas peluang PAS pada PRN-11 Sarawak yang ditetapkan pada 7 Mei untuk hari pengundian, manakala 25 April sebagai hari penamaan calon.

Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, bagaimanapun PAS mempunyai peluang lebih baik berbanding PRN Sarawak sebelum ini terutama di kawasan berlakunya pertandingan tiga penjuru yang mempunyai pengundi Islam.

"PAS semakin diterima oleh pengundi Islam dan masyarakat pribumi di Sarawak, malah parti ini tidak lagi dicurigai selepas memutuskan hubungan politik dengan DAP.

"Insya-Allah dengan strategi yang berkesan PAS bakal memperoleh 'anak sulung' di Sarawak," katanya.-bharian


Sumber TKO - 15-4-2016







































































Penduduk Kakus kurang kemudahan asas









































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Rakyat berterusan menjadi mangsa tekanan hidup biarpun negara terus melangkah maju ke hadapan, kata calon PAS N60 Kakus, Clement Bayang.

Jelas beliau, kemudahan asas seperti air dan elektrik masih tidak mampu dimanfaatkan oleh rakyat kawasan itu.

Tambahnya, sepanjang perjalanan meninjau kawasan tersebut terlintas dalam fikiran bagaimanakah masyarakat setempat menjalani kehidupan dengan kekurangan kemudahan asas.

"Perubahan pimpinan perlu diberikan peluang kepada PAS untuk melihat kebaikan dan kebajikan rakyat dapat dilestarikan.

"Saya melihat jika rakyat Sarawak berani melakukan perubahan dalam pilihan raya negeri kali ini, segala kemudahan dan krisis rakyat mampu diatasi dengan baik," ujar beliau dipetik laman rasmi PAS PRN Sarawak.



Sumber HD - 15-4-2016

Bertindih, tengok penamaan calon - Presiden PAS

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


MARANG: PAS tetap dengan keputusan parti akan bertanding di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei depan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di 11 kerusi Dun Sarawak.

Malah, katanya perkembangan PAS mutakhir ini di Sarawak amat baik dan yakin dengan penerimaan awal rakyat di sana.

“Kita tanding 11 kerusi (Dun), insya Allah… ada perkembangan baik (PAS) di Sarawak,” ujarnya kepada wakil media selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat, di Masjid Rusila hari ini.

Mengulas jika berlaku pertindihan kerusi pada pilihan raya negeri itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN), beliau menjelaskan tunggulah pada hari penamaan calon 25 April ini.

Namun, katanya PAS tetap akan bertanding 11 kerusi Dun sebagaimana telah diumumkan pada 6 April lalu di Bintulu, Sarawak.

“Pertindihan itu tengok pada hari penamaan calonlah dan kita tetap (bertanding) 11 Dun yang telah kita umumkan,” jelasnya kepada media.

Pada 6 April lalu, PAS telah mengumumkan calon parti yang bertanding di 11 kerusi Dun PRN Sarawak ke-11.

Dun yang PAS bertanding ialah N04 Pantai Damai calonnya Zainal Abidin Yet, N07 Samariang (Ustaz Yusof AsSidiqqi Ahmad Sharkawi), N16 Muara Tuang (Zulkipi Ramzi), N24 Sadong Jaya (Cikgu Asan Singkro), N27 Sebuyau (Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad), N29 Beting Maro (Hamidah Mokhtar), N60 Kakus (Clement Bayang), N67 Jepak (Kiprawi Aman), N70 Samalaju (Ir Zharudin Narudin), N72 Lambir (Muhammad Arifiriazul Paijo) dan N74 adalah Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon bagi PRN Sarawak pada 25 April, pengundian awal 3 Mei dan hari membuang undi 7 Mei depan. - HARAKAHDAILY 15/4/2016

Sumber HD - 15-4-2016



Jamal Yunos individu terbaru dilarang masuk Sarawak

Posted on Thursday, April 14 @ 15:46:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pemimpin Umno, Datuk Jamal Md Yunos menjadi individu terbaru dihantar pulang dari lapangan terbang Sarawak selepas dihalang memasuki negeri itu.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu dipercayai menjadi pemimpin Umno pertama dihalang memasuki Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu pada 7 Mei.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebelum ini mempertahankan larangan imigresen terhadap beberapa pemimpin pembangkang dengan mengatakan beliau ingin menjaga keharmonian negeri.

Jamal tahun lepas mengetuai perhimpunan baju merah, yang menyaksikan penyokongnya menyerbu Jalan Petaling dan mengadakan demontrasi terhadap peniaga Cina di kawasan itu.

Sarawak mempunyai hak imigresen berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin juga dihalang daripada memasuki Sarawak tengah malam tadi.

Sumber TKO - 14-4-2016


PRN Sarawak: Penamaan Calon Mungkin 25 April

Posted on Thursday, April 14 @ 06:36:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUCHING: Kenyataan secara tidak sengaja Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem seolah-olah memberi gambaran bahawa hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan diadakan pada 25 April ini.

Ketika menyebut tarikh berkenaan, Adenan menjelaskan kepada pemberita bahawa beliau perlu memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional (BN) sebelum tarikh berkenaan.

"Saya perlukan berikan mereka masa untuk menyediakan kertas pencalonan dan sebagainya, bukankah begitu? Saya tidak boleh mengumumkan nama mereka pada 25 April - hari penamaan calon," katanya selepas mengumumkan lima calon langsung BN di Wisma Bapa Malaysia pada Rabu.

Ketika ditanya sama ada 25 April adalah hari penamaan calon, Adenan berkata beliau hanya bercakap mengenai senarai calon.

"Jika anda mahu tahu mengenai hari penamaan calon, anda perlu tanya Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya tidak tahu bila. Mereka tidak diwajibkan untuk memberitahu saya tetapi mereka bertanggungjawab untuk memberitahu orang ramai," katanya.

SPR akan mengadakan mesyuarat pada Khamis untuk menentukan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan pengundian. 


Sumber TKO - 14-4-2016







































































PRN Sarawak: PAS sedia buat kejutan

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUALA LUMPUR: Potensi semasa menyaksikan PAS Negeri Sarawak sedia melakukan kejutan dengan melahirkan Adun sulung daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11, kata Setiausaha PAS negeri, Muhtar Suhaili.

Katanya, PAS negeri melihat bahawasanya ia satu skala yang mungkin PAS akan membuat kejutan dalam PRN kali ini.
"Kita melihat bahawasanya potensi PAS melahirkan Adun sulung itu ada, ini keyakinan yang kita ada.

“Dan apabila kita melihat dari segi pembahagian kerusi kali ini, di Sarawak ini istimewanya mungkin berlaku dua tiga penjuru," ujarnya.

Tambahnya, kalau sejarah sebelum ini pun pernah berlaku sampai pertandingan lima penjuru di Sarawak.

“Jadi, Sarawak ini unik sikitlah dari segi pilihan raya dia. Cuma kita optimis dari segi peluang PAS itu tetap ada,” ujarnya penuh yakin.

Menurutnya, penyertaan PAS pada PRN ini merupakan penglibatan kali keempat sejak 2001 di mana menyaksikan berlaku peningkatan pada kerusi ditandingi.

“Kemampuan PAS untuk bertanding 11 kerusi pun sudah merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan dengan sebelum ini kita paling maksimum pun PRN lepas kita bertanding 5 (kerusi).

“Daripada 11 ini matlamat kita untuk melahirkan Adun sulung. Kalau lagi lebih daripada satu lagi eloklah. Cuma sekurang-kurangnya kita usaha untuk hantar kita punya Adun sulung,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh PRN Sarawak ke-11 pada 7 Mei manakala penamaan calon 25 April.

PAS bertanding 11 kerusi iaitu Dun Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Sebanyak 82 kerusi Dun dipertandingkan pada PRN kali ini. - HARAKAHDAILY 14/4/2016

Sumber HD - 14-4-2016







































































PRN Sarawak 7 Mei, penamaan calon 25 April

HARAKAHDAILY | .


KUCHING: Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ditetapkan pada 7 Mei (Sabtu) depan manakala penamaan calon pada 25 April (Isnin).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau juga mengumumkan tarikh pengundian awal pada 3 Mei (Selasa).

Pada PRN kali ini, sebanyak 82 kerusi akan dipertandingkan.

Sebelum ini, PAS mengumumkan akan bertanding di 11 Dun iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 14/4/2016

Sumber HD - 14-4-2016



PRN Sarawak: Mahal Rantai Dari Beruk, SPR Belanja RM135 Juta - Zaharin Mohd Yasin

Posted on Wednesday, April 13 @ 13:43:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Pelik tetapi benar sistem pilihanraya di Malaysia. Di PrU Nageri Sarawak, sejumlah 82 kerusi akan dipertandingkan dan SPR akan berbelanja RM135Juta.

Jika dibahagikan 135 dengan 82, berjumlah RM1.6 juta perbelanjaan satu kawasan DUN.



Masalahnya ialah calon parti politik hanya di benarkan berbelanja sebanyak RM100,000. (satu ratus ribu sahaja) Maknanya dalam bahasa Melayu kampong.. mahal rantai dari beruk.

Tak bolehkah SPR juga memberikan laporan terperinci perbelanjaan dalam setiap DUN masa PrU Negeri? Sama2 fikirkan perkara pelik yang hanya di Malaysia sahaja berlaku.

Maka jangan abaikan membuang undi.. kerana jika tidak mengundi.. ia adalah satu pembaziran yang anda sendiri bersetuju...

SELAMAT MALAM.

Facebook Zaharin Mohd Yasin


Sumber TKO - 13-4-2016



Adenan, pemimpin kuat dan popular tidak harus sekat pembangkang memasuki Sarawak

Posted on Tuesday, April 12 @ 20:06:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan begitu kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Sarawak menyekat pemimpin parti daripada memasuki Sarawak dalam apa yang disifatkan percubaan untuk mewujudkan gelanggang yang tidak sama rata dalam permainan politik.

Tetapi, politik bukan permainan tetapi percubaan serius untuk menukar kerajaan atau setidak-tidaknya mengurangkan jumlah kerusi dimenangi lawan.

Dengan 82 kerusi hendak direbut, segala usaha dilakukan bagi memastikan kemenangan masing-masing, termasuk dengan peraturan permainan yang tidak adil.

Kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Adenan Satem telah menyekat dan begitu bernafsu untuk terus menggunakan — atau lebih tepat menyalahgunakan — kuasa autonomi yang ada padanya, dari segi imigresen.

Adenan yang mendakwa dirinya cukup liberal dan demokratik, boleh sahaja memberi seribu alasan, terutamanya untuk mengekang golongan fanatik dan ekstrem.

Tetapi rakyat yang tidak lagi bodoh — menggunakan kata-kata yang digemari Adenan, tahu bahawa tindakan bukan diambil atas alasan pemimpin pembangkang itu taasub, fanatik, ekstrem — dalam soal agama, budaya dan kaum. Kecualilah beliau betul-betul dapat membuktikannya sedemikian.

Memang ironi, malah aneh bagi seorang Ketua Menteri yang sudah menjadi menteri kanan di kerajaan persekutuan, dan menjelajah ke seluruh Semenanjung untuk mengamalkan sikap yang parokial sedemikian.

Memang, Adenan lebih teruk daripada Taib Mahmud dari segi itu.

Dalam tempoh sekitar dua tahun, jumlah mereka yang diharamkan daripada memasuki Sarawak adalah begitu besar. Saya tidak dapat bayangkan, kalau Semenanjung punya kuasa autonomi sedemikian, dan anak Sarawak diambil tindakan sedemikian, entah, 2.7 juta anak Sarawak tentu akan bising dan riuh.

Ini bukan tindakan bijak untuk diamalkan pada tahun 2016. Ini bukan tahun 1916 atau 1963. Ini zaman orang bercakap tentang ketelusan, akauntabiliti, demokrasi matang, dan kecelikan politik.

Seyogia diingat, hak  imigresen itu pada asasnya diwujudkan untuk melindungi rakyat Sarawak. Pemimpin yang popular  dan kuat, sebagaimana dibuktikan daripada jumlah mereka yang mengikut Program Sejiwa Senada, tidak harus berasa terancam. Pemimpin yang mendapat populariti dan sokongan tinggi harus bersikap benar-benar terbuka dan tidak takut dengan kempen pembangkang.

Kuasa imigresen berkenaan secara khusus adalah bagi mengawal penduduk dari Singapura dan Malaya daripada berhijrah beramai-ramai ke negeri Sarawak pada tahun 1960-an. Sebab, ketika itu Sarawak masih mundur dari segi ekonomi dan rakyatnya kurang berilmu.

Tetapi takkan selepas 53 tahun merdeka kita masih lagi tidak yakin, sedangkan kita boleh bergerak dan berniaga di mana-mana negeri di negara ini. Kita tidak harus bersikap mementingkan diri seolah-olah hak kita sahaja yang perlu dipertahankan.

Bagi Adenan, sebagai pemimpin yang dijulang tinggi dan mendapat populariti  mencecah awan, aneh dan satu ironi untuk mengambil tindakan sedemikian.

Hakikatnya, orang kuat dan popular tidak akan menekan orang lemah dan kecil. Kecualilah dia menganggap pembangkang itu sudah mengancam kedudukan beliau. Bermainlah dengan peraturan yang adil di atas gelanggang permainan yang sama rata seperti yang sering diperjuangkan oleh Adenan selama ini.

Mungkinkah itu sebabnya beliau tiba-tiba mengurangkan jumlah kerusi yang bakal dimenangi BN, kepada 60, daripada 70 sebelumnya, seperti dinyatakannya tiga hari lalu? Jangan fikir tulisan ini bertujuan untuk menyokong pembangkang. Sama sekali tidak.

Tulisan ini menyokong kebenaran dan kewarasan. Berdasarkan keghairahan sekarang, bukan mengejutkan jumlah yang bakal disekat akan meningkat menjelang hari penamaan calon dan kempen.

Sejak 2011, sudah 37 orang aktivis, wakil rakyat, dan ahli akademik disekat atas tindakan yang disifatkan pembangkang sebagai tidak masuk akal, tidak munasabah, dan tidak ikut undang-undang.

Sejak Mac 2014 hingga 10 April 2016, sudah 16 orang dari Semenanjung dijerat di bawah hak dan autonomi imigresen, termasuk wakil rakyat, aktivis, ahli akademik, dan Exco Pulau Pinang.

Kalau ini berlaku, masih juga hendak kata ini bukan atas alasan politik. Juga, beri alasan bukan hanya pemimpin pembangkang yang dikenakan sekatan. Tetapi hendak tanya, berapa orang pemimpin BN telah disekat?

Ya, kalau memang mereka  ini fanatik, ekstrem atau pelampau agama, budaya dan kaum, silakan. Saya akan sokong lebih daripada seratus peratus.

Tetapi mereka ini ialah pemimpin politik yang dijamin bergerak di bawah perlembagaan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan. Juga, pertubuhan mereka sah di bawah pendaftaran pertubuhan.

Sebenarnya, imej Adenan tercalar sedikit oleh tindakan berkenaan, malah mungkin membawa kesan negatif. Pasti imej dan reputasinya terjejas teruk jika ia tidak dilihat berlaku tidak adil dan ‘menyalahgunakan’ kuasanya untuk menyekat pemimpin pembangkang daripada memasuki Sarawak menjelang pilihan raya ini.

Adenan, kami harap anda gunakan hati nurani dan kebijaksanaan untuk bersikap jujur kepada kebenaran, bahwa mereka ini bukan fanatik, pelampau dan ekstremis.–Sarawakvoice.com


Sumber TKO - 12-4-2016



Bekas Mufti Perlis Diumum Calon PRN Sarawak
Posted on Tuesday, April 12 @ 19:57:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



PETRA JAYA: Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Jemoreng.

Pengumuman nama Dr Juanda, 44 sekaligus menutup spekulasi yang mengatakan Ahli Parlimen Igan Datuk Wahad Hj Dollah akan kembali bertanding di kerusi negeri.

Dr Juanda kini adalah Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Islam Sarawak dan pernah bertugas sebagai Mufti Perlis pada 2009 menggantikan Datuk Dr Mohd Azri Zainal Abidin.

Beliau yang berketurunan melanau dari kampong Igan, Mukah berkelulusan Universiti Al-Azhar dalam jurusan syariah.

Pengumuman nama Dr Juanda sebagai calon mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dibuat Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam satu sidang media di Pejabatnya di sini sebentar tadi.

Selain Juanda, turut diumumkan ialah Dato' Idris Buang (Muara Tuang), Awla Dris (Simunjan), Shafiee Hj Ahmad (Daro), Mohd Chee Kadir (Kabong) dan Jefferson Jamit Unyat (Bukit Goram) kesemuanya dari PBB.

Kerusi Kabong dan Bukit Goram merupakan antara 11 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala calon langsung BN pula ialah Miro Simuh (Serembu), John Ilus (Bukit Semuja) dan Gerawat Jala (Mulu).

Sejumlah 82 buah kerusi yang akan dipertandingkan pada PRN ke 11 kali ini.-Sarawakiana

Sumber  TKO - 12-4-2016


Calon-calon Bebas bentuk pakatan dikenali BM — Barisan Malaysia

Posted on Tuesday, April 12 @ 19:53:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Affandi Jeman (bersongkok) dalam sidang media memperkenalkan pakatan calon Bebas semalam.

KUCHING: Beberapa calon bebas hari ini membentuk satu pakatan yang dinamakan “Barisan Malaysia” bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang ke-11 tidak lama lagi.

Menurut jurucakap kumpulan tersebut, Affendi Jeman, pakatan tersebut yang menggunakan singkatan “BM” dengan logo bunga raya akan bertanding sekurang-kurangnya di 45 kawasan måajoriti Bumiputera.

“Saya yakin apabila rakyat Sarawak mendapat berita tentang wujudnya pakatan bebas ini, mereka akan beralih arah kepada kami sebagai kumpulan alternatif,” katanya yang juga Pengerusi Penaja UMNO Negeri Sarawak dan Pengerusi Penaja Parti Agenda Rakyat Bumiputera Sarawak, yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan.

Affendi yang turun kali kedua sebagai calon Bebas selepas PRU yang lalu di Parlimen Santubong berkata, pilihan raya negeri Sarawak seharusnya medan pemilihan eksklusif untuk calon-calon dari negeri ini sahaja.

“Justeru itu, parti-parti, pemimpin dan individu dari Semenanjung, termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet tidak wajar untuk terlibat sama.

“Tidak perlu untuk mereka menabur janji di sini serta berkempen, kerana politik yang dibawa mereka tidak sesuai dalam landskap politik Sarawak,” katanya.

Sehubungan itu, Affendi yang akan bertanding di Dun Pantai Damai, berkata pihaknya meminta semua pihak menghormati pilihan raya kali ini sebagai agenda politik rakyat negeri Sarawak semata-mata.

Mengulas tentang pakatan tersebut, Barisan Malaysia katanya adalah pakatan longgar yang akan menerima keanggotaan daripada mana-mana calon yang tidak mempunyai landasan politik ketika bertanding.

“Mana-mana calon yang akan bertanding sebagai calon Bebas selepas ini boleh menyertai pakatan ini,” katanya.

Ini merupakan kali pertama pakatan calon Bebas diwujudkan dalam menghadapi pilihan raya negara ini.–Sarawakvoice.com


Sumber TKO - 12-4-2016



Senarai pemimpin pembangkang dihalang menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang

Posted on Tuesday, April 12 @ 19:44:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




1. Teresa Kok (Seputeh MP, Adun DAP) 4 Februari 2015
2. Tony Pua (PJ Utara MP, DAP) 23 September 2015
3. Teo Nie Ching (Kulai MP, DAP) 8 April, 2016
4. Ooi Leng Hang (Pereka maskot Ubah DAP) 9 April 2016
5. Sim Tze Tzin (Bayan Baru MP, DAP) 10 April 2016

6. Abdul Malek Abul Kassim (Exco Pulau Pinang, PKR) 10 April 2016
7. Zuraida Kamaruddin (Ampang MP, PKR) 29 Januari 2016
8. Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai MP, PKR) 6 Disember 2015
9. Thian Chua (Batu MP, PKR) 25 Mac 2014
10. Rafizi Ramli (Pandan MP, PKR Pengarah Strategik) 21 April 2014
11. Saifuddin Nasution Ismail (PKR) Mac 2014
12. R Sivarasa (Subang MP, PKR) 14 Februari 2009
13. Mohamad Sabu (Presiden Amanah) 22 Mac 2016

Tambahan (Aktivis dan ahli akademik)

1. Datuk Ambiga Sreenevasan (Former  Bersih co-person) 11 April 2011
2. Profesor Ridhuan Tee Abdullah ( Ahli Akademik) 26 Disember 2014
3. Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa)
4. Jannie Lasimbang, sejak 1994
5. Jannie Lasimbang, sejak 1994
6. Carol Yong, sejak Jun, 1997
7. Jerald Joseph, sejak 1999
8. Jo Hann Tan, sejak 1999
9. Cynthia Gabriel – 19 Ogos 2003
10. Colin Nicholas – 9 September 2003
11. Kua Kia Soong – 23 Ogos 2007
12. Steven Ng – 3 April 2011
13. Wong Chin Huat – 8 April 2011
14. Haris Ibrahim – 13 April 2011
15. Syed Ibrahim Syed Noh – 15 April 2011
16. Ong Boon Keong – 24 Mei 2011
17. Maria Chin Abdullah – 10 Mac 2012
18. Fahmi Reza – 24 September 2012
19. Mandeep Singh – 15 Februari 2016



Sumber TKO - 12-4-2016



































































































Dapatkan laporan 11 Dun PAS bertanding dari sumber rasmi

HARAKAHDAILY | .


KUCHING: Langkah berani PAS bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini menarik minat ramai pihak untuk melihat pendekatan dan usaha PAS melahirkan kerusi sulung.

Justeru, Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Jentera Pilihan Raya telah mewujudkan jaringan maklumat untuk mengetahui perkembangan terkini di 11 kerusi Dun PAS bertanding.

Pengarah Jabatan IT PAS, Shuhaimi Embong berkata, selain facebook rasmi Dun-Dun berkenaan, JiTP juga menyediakan laman web Pilihan Raya Negeri Sarawak di alamat http://prnsarawak.pas.org.my yang dihubungkan kepada laman web 11 Dun yang PAS bertanding.

Beliau dilantik sebagai Ketua IT (Maklumat Pilihan raya) bagi PRN Sarawak berkata, JiTP telah selesai mengenal pasti dan melantik 65 orang penyelaras IT yang khusus kepada bidang DataApps dan Mediabaru (Multimedia).

Tambahnya, seramai 5 orang bagi setiap peringkat, yakni Pusat dan negeri serta 11 Dun yang PAS bertanding dalam PRN tersebut.

"Pihak JiTP tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak yang mengambil maklumat tentang PAS tidak melalui dari sumber rasmi yang telah dinyatakan," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 12/4/2016

Sumber HD - 12-4-2016


































































































Masalah air sering jadi isu apabila pilihan raya

HARAKAHDAILY | .




BETING MARO: Walaupun kemerdekaan Malaysia sudah menghampiri 60 tahun namun masalah yang dihadapi penduduk Kampung Pusa berkaitan dengan air ini sering menjadi isu utama apabila dalam pilihan raya.

Pelbagai janji yang ditabur semasa pilihan raya lepas, hanya sekadar menjadi ucapan penyedap hati penduduk di sini.

Sampai bila penduduk ini menjadi mangsa janji palsu yang hanya ditabur semasa pilihan raya?

YB menyatakan peruntukan sudah diberi tetapi tidak diagihkan untuk penduduk Kampung Pusa.

Semua paip yang sedia ada sekarang ini dibina sendiri oleh penduduk Kampung Pusa.

Mereka terpaksa mengorek lubang sendiri kerana air tidak naik disebabkan oleh tekanan air yang rendah.

Penduduk yang ditemui sedang mengorek lubang untuk paip menyatakan perasaan hampa dan bosan dengan janji kosong oleh Adun BN.

Beliau menambah, notis tekanan air rendah yang dikeluarkan berlaku sehingga 30 April tetapi kebiasaannya akan berlanjutan sehingga bulan puasa atau hari raya.

Sumber HD - 12-4-2016


PH Wajar Beri Laluan PAS Bertanding di 11 Kerusi


Posted on Tuesday, April 12 @ 01:00:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

SHAH ALAM: PAS Sarawak meminta agar Pakatan Harapan (PH) menghormati parti itu dengan tidak meletakkan calon di 11 kerusi yang ingin ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, dalam situasi ini PKR sewajarnya mengambil peranan untuk berbincang dengan rakan komponennya terutamanya Parti Amanah Negara (PAN) agar memberi laluan kepada PAS di kerusi berkenaan, sekaligus boleh mengelakkan perpecahan undi yang akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

"Dengan PAN ini, untuk makluman kita tak mengambil tahu sangat dalam kita melaksanakan strategi kita. Cuma kita nak sebut kepada parti serpihan ini, sekiranya mereka masuk ke kerusi PAS, ianya akan memecahkan undi parti pembangkang dan akan menguntungkan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan berlakunya pertindihan kerusi dengan PH selepas PAN mengumumkan akan meletakkan calon di 13 kerusi DUN pada PRN kali ini.

Walaubagaimanapun ujarnya, PAS tidak menghalang hasrat PAN untuk bertanding kerana melihat ianya amalan demokrasi, asalkan tidak berlaku pertindihan dengan kerusi PAS.

Mengulas 'kelebihan' PAS berbanding PAN, Mukhtar sekali lagi menegaskan bahawa pendekatan PAS terbuka kepada semua golongan masyarakat dan tidak terhad kepada masyarakat Islam seperti yang didakwa.   

"Walaupun PAS ini parti Islam tetapi kita adalah parti untuk semua. Sebab itu mesej kita Islam untuk semua, dan tawaran yang kita lancarkan bulan lalu adalah 'Sejahtera Untukmu Sarawak'.

"Antara yang jelas kita sebut adalah bagaimana kita ingin mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak, kemakmuran rakyat Sarawak, sama ada dari segi kebajikan, ekonomi dan sebagainya.

"Sebab itu dari 11 calon kita, salah seorangnya adalah berbangsa Iban dan beragama Kristian," katanya.

Muhtar ketika mengakhiri perbualan dengan krew CPPnews menegaskan, "Penting untuk PAS diberi peluang bertanding di 11 kerusi tersebut kerana ia adalah permintaan akar umbi selain PAS mempunyai jentera yang lebih tersusun dan calon yang lebih berpotensi di kerusi-kerusi DUN berkenaan."

Untuk rekod, dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

prnsarawak.pas.org.my



Sumber TKO - 12-4-2016

































































































PAS sedia gerbang maklumat PRN Sarawak

SHUHAIMI EMBONG | .


KIRA-kira sebulan lepas, pada 12 Mac 2016, saya hadir ke Kuching, Sarawak untuk melihat sendiri PAS memulakan kempennya untuk menyertai Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 dengan melancarkan Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak.

Serentak dengan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang juga melancarkan Gerbang maklumat, prnsarawak.pas.org.my sebagai pusat sehenti maklumat PAS bagi PRN Sarawak ke-11.
 
Semasa melancarkan portal itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada kali ini  menyatakan gerbang maklumat yang dilancarkan itu berobjektifkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat Sarawak khususnya bagi DUN yang ditandingi PAS termasuk masyarakat luar Sarawak yang kini sudah mengenali dan kagum dengan PAS sebagai parti politik yang berjaya di negara ini.

Denagn adanya gerbang maklumat yang khususnya ini, semua pihak termasuk media boleh mendapatkan maklumat tentang PAS. Denagn ini memudahkan ahli-ahli PAS dan orang ramai menyemak kenyataan berkaitan PRN Sarawak ini secara terus dan telus dari PAS.

Bahan-bahan yang akan mengisi gerbang maklumat itu antaranya siaran video dan montaj berkaitan PAS, ucapan terpilih pimpinan PAS, profail dan biodata serta rayuan kempen calon, berita berkaitan dengan kempen pilihan raya dan banyak lagi yang dikemaskini setiap hari oleh petugas PAS.

Datuk Tuan merakamkan terima kasih kepada kakitangan Jabatan IT PAS yang terlibat secara langsung dan para sukarelawan  yang menjayakan operasi pengendalian laman web ini. Gerbang maklumat di alamat http://prnsarawak.pas.org.my ini  diselia oleh Jabatan IT PAS Pusat dan telah pun beroperasi  selepas dilancarkan. – HARAKAHDAILY 11/4/2016

Sumber HD - 11-4-2016



































































































Masih ada keluarga terpaksa berkongsi guna air

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Nasib anak kecil dan ibu-ibu yang terpaksa berkongsi penggunaan air untuk kegunaan harian bersama beberapa keluarga pasti memilukan sesiapa sahaja, kata calon PAS Dun Samariang, Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi.

Jelasnya, itulah realiti yang dilalui keluarga-keluarga masyarakat setempat ekoran krisis  kekurangan sumber bekalan air sehingga terpaksa berkongsi.

Beliau berkata, jika dilihat dari sudut kemajuan dan pendapatan negara mustahil perkara tersebut masih wujud namun hakikatnya ia masih membelenggu rakyat Sarawak.

"Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi tidak seharusnya membiarkan masalah ini berlarutan," ujarnya dipetik laman rasmi PAS bagi Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Justeru, kata beliau sudah tiba masanya rakyat di Dun Samariang menyampaikan mesej yang jelas dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

"Kita akan sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan dan perkara yang berkaitan dengan keperluan asas mereka diselesaikan secepat mungkin," ujar beliau mengharapkan perubahan dalam PRN kali ini.

Sumber HD - 11-4-2016






































































































Penduduk asal hidup miskin di tanah air sendiri

JOFRI JARAIEE | .



MIRI: Masalah penduduk asal yang tidak memiliki tanah sendiri dan terpaksa membina rumah di pinggir sungai Miri demi untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar masakini. Kos hidup yang tinggi dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan tiada tempat untuk bercucuk tanam menyebabkan ramai penduduk dari luar bandar terpaksa membina rumah atas tanah kerajaan.

Nasib mereka yang tidak menentu ini menyebabkan mereka sentiasa tertekan akibat tidak mampu membeli rumah sendiri. Harga rumah yang terlampau tinggi dengan adanya cukai barang dan perkhidmatan (GST) juga antara sebab mereka rasa tertekan dengan keadaan kehidupan sekarang.

Keadaan kehidupan mereka yang tinggal di kawasan setinggan umpama mereka hidup menumpang di tanah air sendiri. Mereka sepatutnya sudah ada tempat yang baik dan diberi hak milik tanah untuk tempat tinggal tetapi akibat arus pembangunan yang tidak seimbang dan hanya mementingkan pihak tertentu menyebabkan nasib rakyat luar bandar terus terpinggir dari arus pembangunan.

Mereka tidak diberi kemudahan asas seperti elektrik dan air pun terpaksa berkongsi meter menyebabkan mereka hidup dalam keadaan susah. Mereka dianaktiri oleh pihak pemerintah Barisan Nasional kerena mereka ini umpama pendatang asing yang tidak ada hak untuk hidup seperti rakyat Malaysia yang lain.

Mereka merayu kepada pihak berkuasa agar mereka juga perlu diberi layanan yang sama untuk menikmati kemudahan asas seperti elektrik dan diberi tanah lot untuk mereka tinggal dengan selesa dan selamat.

Begitu juga dengan jambatan pejalan kaki yang dibuat dari kayu papan juga rosak dan tidak selamat untuk digunakan oleh penduduk. Keselamatan penduduk yang tinggal di tepi sungai perlu diberi perhatian terutama kanak-kanak kecil. Sungai Miri di Pujut juga tidak begitu selamat kerana terdapat buaya yang boleh mengancam keselamatan penduduk setinggan yang tinggal di tepi sungai.

PAS mencadangkan kepada pihak berkuasa agar dapat membina jambatan pejalan kaki ke rumah penduduk di situ dengan menggunakan jambatan kongkrit dan selamat untuk kegunaan penduduk di situ.

Kita juga mengesa pihak berkuasa memberi hak milik atau lot tanah kepada penduduk asal yang terdiri dari berbagai kaum dan agama agar mereka dapat hidup aman dan selesa. Mereka mahu terus menetap di situ dan pihak kerajaan perlu mengiktiraf tempat tinggal mereka sebagai kampong.

PAS sentiasa menyuarakan masalah rakyat tanpa mengira waktu kerana selagi kerajaan tidak dapat memberi hak milik kepada penduduk asal, mereka akan terus ketinggalan dari arus pembangunan.

Sudah banyak kali masalah setinggan ini dikemukakan kepada pihak berkuasa tetapi hingga kini masalah ini masih belum dapat diselesaikan dan penduduk tempatan terus hidup dalam kemiskinan. PAS sentiasa memberi bantuan kepada rakyat sekadar kemampuan yang ada kerana kita amat simpati akan nasib yang menimpa rakyat tempatan yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri dengan lebih selesa dan selamat.

Kerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat tempatan yang tidak memiliki tanah sendiri perlu diberi perhatian. Kita amat menghargai sekiranya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera demi masa depan penduduk asal yang terpinggir dari arus pembangunan. – HARAKAHDAILY 11/4/2016

Sumber HD - 11-4-2016



Pas dijangka berdepan laluan sukar di Sarawak


Posted on Monday, April 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

SHAH ALAM - Pas dijangka akan berdepan laluan sukar sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang, kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman.

Menurut beliau, sekiranya berlaku pertembungan tiga kerusi, secara logiknya ia akan lebih memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) berikutan berlakunya pecah undi kepada pembangkang.

“Pas secara asasnya tiada tapak yang kukuh di Sarawak kecuali di satu atau dua kawasan Dun sahaja. Ini kerana pengundi tidak melihat Pas sebagai parti politik yang organik,”katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Pas melalui Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan akan meletakkan calon di 11 kerusi Dun pada PRN Sarawak akan datang .

11 kerusi Dun tersebut adalah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Selain itu juga, Parti Amanah Negara (Amanah) turut mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding sebanyak 13 kerusi pada PRN Sarawak nanti namun kerusi yang bakal ditandingi mereka masih belum didedahkan kepada umum.

Dalam pada itu, Fuad berkata Amanah pula pada masa kini hanya mengharapkan pengundi Islam yang menyatakan sokongan kepada Pas untuk beralih sokongan kepada mereka.


“Ia pastinya akan mengambil masa untuk direalisasikan bagi mengalih sokongan ahli Pas terdahulu kepada Amanah dan ini akan beri kelebihan buat BN,” katanya.

Sumber TKO - 11-4-2016


































































































Di Bumi Kenyalang ini, ada kemanisan dalam perjuangan




































































































HARAKAHDAILY | .


Kalau saudara nak rasa macam mana sukarnya orang-orang tua kita berjuang untuk membina asas kepada Parti Islam di sekitar awal penubuhannya, mungkin saudara boleh datang ke sini.

Erti kesabaran, ketabahan dan pengorbanan dalam perjuangan ada di Bumi Kenyalang ini.

Macam mana?

Sebagaimana sedap tak dapat nak diceritakan akan kesedapannya begitulah juga kesukaran. Ianya tak dapat nak diceritakan dengan tepat kecuali bagi orang yang merasainya.

Sebagaimana suburnya tanah di Sadong Jaya yang dipenuhi pelbagai ladang tanaman, begitulah juga suburnya medan dakwah di sini.

Tanah yang subur perlu disemai dengan benih yang baik lalu dijaga dan dibajai.

Tiada benih yang lebih baik dari benih Islam.

Biasa di sini bila kita kunjungi dalam program ziarah dari rumah ke rumah, kaum wanitanya tak bertudung menutup aurat. Tapi bila kita mintak izin untuk ambil gambar, mereka kata, "kamek tak pakai tudung malu nak bergambar..."

Di sini kita akan jumpa petugas PAS yang bertatoo di lengan. Kita tak tahu bagaimana hari silamnya dulu tapi yang jelas sekarang dia berada bersama kita dalam perjuangan Islam!

Di sini saya jumpa seorang sahabat berbangsa Bugis yang rela dan pasrah walau dirinya dipinggirkan dan dipulau oleh masyarakat sebangsa dan setempat yang masih fanatik PBB semata-mata kerana dia memilih untuk bersama dengan PAS.

Di sini kami dimarahi oleh penjaga dewan badminton yang totok PBB hanya kerana pada suatu malam kami hadir bermain badminton bersama beberapa orang pemuda PAS tempatan. Padahal sewa dewannya dah dibayar. Jelas dia tak suka orang PAS datang main badminton.

Masyarakat Sarawak kaya dengan budi bahasa. Saya pasti akan sentiasa mengingati insan-insan istimewa yang saya kenali di sini.

Pak Usop dan Abang Kadir di Jemukan, Abang Osman dan Ismail di Jaie, Pak Ayub di Bilis, Abang Hamdan serta isterinya Kak Hasnah di Iboi, Sarjan Jaafar di Semera, Haji Ghazali Mentrang di Sepayor, Haji Hassan, tuan rumah tempat kami menginap yang setiap pagi datang bersolat subuh bersama kami, Ustaz Abdul Rahman, Imam Masjid Bugisiah yang selalu bersama kami ke sana ke mari setiap hari serta ramai lagi yang saya tak nyatakan di sini.

Di Sarawak ini bahasanya sangat unik. Keramahan dan ketinggian budi masyarakat di sini mengajak saya untuk belajar bahasa tempatan dengan cepat.

Tujuh ari kamek di Sarawak. Esok mupok lok. Kamek mok balit dah. Sik tauk bila akan datang lagik.

Tujuh hari sudah saya di Sarawak. Esok saya akan balik. Tak tau bila akan kembali lagi...

Pastinya dengan izin Allah saya akan kembali lagi.

Dr Azman Ibrahim
Catatan Dari Bumi Kenyalang
11 April 2016 - HARAKAHDAILY 11/4/2016

Sumber HD - 11-4-2016



































































































Zulkipli berazam tingkat taraf hidup rakyat

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Selain daripada menawarkan khidmat menyempurnakan 11 tawaran PAS yang digagaskan dalam manifesto ’Tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak’, calon PAS Dun Muara Tuang, Zulkipli Ramzi akan memberikan fokus kepada dua isu utama.

Bendahari PAS Sarawak itu berkata, beliau akan menumpukan kepada penyelesaian pengangguran anak-anak muda.

“Insya Allah sekiranya diberi mandat dan dipilih di Dun Muara Tuang, saya akan bekerja sepenuhnya untuk warga Muara Tuang, walaupun pembangunan dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada, namun ia masih tidak seimbang untuk memenuhi kehendak rakyat.

“Masih ramai di kalangan anak-anak muda di Muara Tuang yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan tetap,” ujarnya ketika ditanya apakah usaha yang akan dilakukan sekiranya rakyat Muara Tuang memilih beliau menjadi wakil rakyat pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau akan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup warga Muara Tuang dan memastikan pembangunan yang dilakukan pada masa depan adalah seimbang dengan keadaan semasa.

"Taraf hidup (penduduk) masih kurang, di kampung-kampung yang kita pergi tengok, keadaan para penduduk Muara Tuang agak merisaukan (kerana) keadaan pembangunan tidak seimbang dengan keadaan semasa,” jelasnya dipetik laman rasmi PAS bagi PRN Sarawak..

Zulkifli, 38, telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak berasal dari Niah, Miri dan kini menetap di Kota Samarahan.

Beliau memegang Diploma Elektronik Industri dan Instrumentasi, Pusat Latihan Teknikal Sarawak (YDTC) serta berpengalaman sebagai seorang peniaga dan juga bekerja di sektor swasta.

Sumber HD - 11-4-2016

Ustaz Yusof ajak anak muda bersama dengan PAS




































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Calon PAS yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Samariang, Ustaz Yusof Ahmad Sharkawi mengajak anak-anak muda agar menyokong PAS pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Menurutnya, PAS mengadakan pelbagai ‘platform’ bagi anak-anak muda menyalurkan minat dan kreativiti masing-masing, antaranya melalui riadah permotoran Alternative Riding Club (ARC).

“Antara usaha yang telah dilakukan oleh PAS untuk menarik anak muda untuk merapatkan diri atau hampir dengan PAS ialah dengan melancarkan ARC.

“Mereka yang memiliki motor bsar atau pun ‘kapcai’ pun turut bersama dengan kita, ini satu respons yang baik dari orang muda,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Katanya, melalui penubuhan kelab itu, mereka boleh berkhidmat dengan masyarakat dalam aktiviti kebajikan, memberikan sumbangan sambil kepada golongan yang memerlukan sambil menaiki motosikal.

Selain itu, katanya, PAS Kawasan Petrajaya turut mengadakan aktiviti seni jalanan yang mempunyai hala tuju, ‘busking’.

“Anak-anak muda yang minat kepada muzik, minat kepada lagu-lagu. kita menyediakan ruang kepada mereka untuk mereka terus ‘bermuzik’ dengan lunas-lunas dan tidak melanggar syariah yang ditetapkan (bagi muzik dan seni),” jelasnya ketika ditemui di Pejabat PAS Petrajaya, di sini  Jumaat lalu.

Justeru itu, beliau berkata, beberapa program ‘turun padang’ akan disusun oleh jentera PRN PAS Samariang bagi bertemu dan ‘bermain’ dengan para pemuda bagi meningkatkan sokongan mereka kepada PAS.

Ustaz Yusof yang juga Penyelaras Urusan Ulamak PAS Kawasan Petrajaya, berumur 30 tahun sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang anak.

Beliau adalah penduduk tempatan Samariang, memiliki Diploma Al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran Jakim dan Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar As-Shariff, Mesir.

Beliau merupakan seorang pendakwah yang qari dan sentiasa mendapat jemputan dari masjid sekitar Kuching, bagi menjadi imam solat dan menyampaikan ceramah agama.

Sumber HD - 11-4-2016

Balik mengundi kerana Islam - Ahmad Kib




































































































HARAKAHDAILY | .


Ahmad bin Kib, 75 tahun hanya seorang petani biasa. Mengerjakan kebun di kawasan rizab jalan dan rizab sungai di Kampung Jaie, Sadong Jaya.

Bercucuk tanam padi huma dan jagung sekadar sebagai usaha sara diri.

Dia datang mengunjungi kami yang sedang bergotong-royong membaiki jambatan kayu yang menyemberangi Sungai Jaie sebagai satu dari program kemasyarakatan kami di Sadong Jaya.

Kebetulan tanaman padi huma dan jagung milik beliau terletak di seberang sana sungai. Semuanya ditanam di atas tanah rizab sungai yang luasnya tak seberapa.

Saya baru mendapat maklumat rupanya padi huma memerlukan masa 9 bulan sebelum boleh diketam. Ketamnya menggunakan cara tradisional.

Orang di situ berbisik kepada saya. "Itu orang lama kita dalam PAS."

Mendengar bahawa beliau orang lama dalam PAS, terus saya mendekatinya dan berjalan bersamanya menuju ke kebun. Tentu sekali ini insan istimewa.

"Saya dah 18 tahun dalam PAS," kata Pak Cik Ahmad bin Kib.

"Ooo... lama tu..."

Beliau memiliki 4 orang anak yang kesemuanya telah berjaya dan berumahtangga. 2 daripada anaknya bertugas sebagai guru siswazah. Seorang mengajar di Melaka sementara seorang lagi mengajar di Kuching. Seorang menjawat jawatan Pegawai Kebajikan Masyarakat sementara yang bongsu bertugas sebagai mekanik juga di Kuching.

"Alhamdulillah... semua anak saya Allah bagi berjaya," ucap Ahmad penuh kesyukuran.

"Semua mereka insya Allah akan balik mengundi nanti."

"Balik undi apa pak cik?" tanya saya sambil bergurau.

"Tentu balik untuk undi PAS!" jawab Pak Cik Ahmad.

"Jauh juga tu nak balik dari Melaka..." saya sekadar nak mendengar komen lanjut Pak Cik Ahmad.

"Memang jauh tapi kalau bukan kita yang balik mengundi, siapa lagi? Mengundi ini kerana Islam!" Saya terjemahkan jawapan Pak Cik Ahmad dalam loghat Sarawaknya yang agak pekat dan penuh semangat.

Allahu Akbar!! Orang lama bersemangat waja seperti Ahmad bin Kib adalah rahsia kekuatan PAS Sarawak selama ini. Rahsia kenapa PAS boleh meneruskan kelangsungan di Bumi Kenyalang ini.

Isterinya Ayang binti Bujang, 65 tahun yang sedang mengetam padi huma turut saya santuni. Secantik namanya begitulah indahnya budi bahasa wanita Sarawak bernama Ayang binti Bujang.

Semoga Pak Cik Ahmad bin Kib dan Mak Cik Ayang binti Bujang terus istiqamah dalam perjuangan ini sampai akhir hayat. Tahniah kepada 4 orang anak-anak mereka yang memiliki ayah dan ibu yang hebat.

Dr Azman Ibrahim
Catatan dari Bumi Kenyalang
9 April 2016

Tulisan di atas diambil daripada laman rasmi PAS PRN Sarawak http://prnsarawak.pas.org.my/

Sumber HD - 9-4-2016

Rumah terbakar, lebih 3 tahun tiada bantuan

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


MIRI: Malang, selepas tiga tahun rumahnya di Kampung Riam dalam UPU Airports, Dun Lambir dekat sini terbakar masih tiada bantuan diperolehi mana mana pihak sama ada kerajaan Negeri Sarawak mahupun agensi berkaitan khasnya Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sejak terbakar pada tahun 2012, Fadeli Ramli, telah mengadu ke JKM beberapa kali dan mengajukan permohonan namun tiada sebarang bantuan mahupun keputusan dibuat.

Beliau ditemui semasa program ziarah Calon PAS DUN Lambir, Mohd Arifriazul Paijo hari ini di Kampung Riam.

Fadeli yang juga sedang terlantar sakit selepas menjalani pembedahan ususnya yang bocor tidak mampu bergerak dan bekerja buat sementara.

"Kamek sudah buat aduan dan permohonan sama JKM, mintak juga PPRT tapi tidak ada respon," kata beliau kepada Arifriazul yang juga berjanji akan mengusahakan bantuan membaiki atap dan akan ke JKM untuk bertanya status permohonan Fadeli.

Hidup dalam suasan dhaif, anak bumi Sarawak ini masih tersisih dari arus pembangunan biarpun Miri dan kawasan sekitar kampung yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Miri.

Pihak DUN Lambir memohon jasa orang ramai memberi sumbangan kepada Fadeli melalui akaun Akaun  Tabung Prihatin Sarawak (Bank Islam 11022010039807).

Atau hubungi Mohd Arifiriazul Paijo di talian-013-8377505. – HARAKAHDAILY 9/4/2016

Sumber HD - 9-4-2016


































































































Yakin menang, suasana cukup berbeza - Mustafa Ali




































































































WAN NORDIN WAN YAACOB | .


BINTULU: PAS yakin akan melahirkan kejayaan pertamanya di Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri ke-11 yang akan diadakan dalam masa terdekat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri 11 April ini.

Suasana yang cukup 'menyebelahi' PAS dapat dilihat pada gerak kerja awal di sini apatah lagi dengan sokongan bukan Islam yang semakin meningkat.

"Suasana cukup berbeza pada persiapan kita (PAS) kali ini. Saya lihat lebih tersusun, semangat dan anak tempatan memberi komitmen yang sangat tinggi," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali dalam ulasannya semasa di temui Harakah selepas Pengumuman Calon PAS bagi PRN di Hotel Kemena, dekat sini 6 April lalu.

Kata Mustafa, pembabitkan pimpinan PAS Pusat, pimpinan setempat dan aktivis serta sokongan masyarakat di sini cukup berbeza dengan pilihan raya negeri yang lalu.

Menurut beliau, calon-calon yang ditampilkan PAS juga adalah anak tempatan yang masing-masing memiliki kekuatan di kawasan masing-masing.

"Kita ada calon muda, yang bersara, bukan Islam (DHPP), profesional dan juga calon Muslimat yang memberi kelainan pada kali ini. Saya yakin dengan usaha yang gigih, kemenangan boleh dicapai," katanya lagi.

Beliau juga menyeru agar seluruh jentera parti yang datang dan berkampung sejak beberapa bulan lalu di kawasan yang ditandingi PAS akan terus mengekal dan meningkatkan momentum gerakkerja.

"Insya-Allah gerakkerja pada tahap memuaskan, kekalkan dan 'moving foward' inshaAllah kita akan menang," ujarnya yang cukup berpengalaman dengan pilihan raya. – HARAKAHDAILY 8/4/2016

Sumber HD - 8-4-2016

PAS angkat martabat wanita di Sarawak - Nuridah

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


BINTULU: Komitmen PAS meletakkan calon wanita di Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 kali ini membuktikan PAS mengiktiraf peranan wanita.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, pencalonan Hamidah Mokhtar, 26 seorang Pengarah Butik Muslimah memberi gambaran jelas kepada rakyat di sini bahawa PAS mengangkat suara wanita.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Pengumuman Calon PAS bagi PRN11 di Hotel Kemena, dekat sini 6 April yakin calon PAS di Beting Maro itu bakal membawa dimensi baharu dalam politik negeri Sarawak.

Sepanjang jentera Muslimat PAS Pusat turun di Beting Maro sejak beberapa bulan lalu, Ustazah Nuridah berkata, pihaknya melihat beberapa isu antarany kesusahan yang dihadapi oleh golongan wanita ini yang kebanyakannya terdiri dari suri rumahtangga, ibu tunggal, warga tua serta golongan orang kelainan upaya.

Kata beliau, mereka ini harus dibantu dan dibimbing cara-cara untuk mendapatkan bantuan melalui saluran-saluran kebajikan yang sedia ada.

Selain itu katanya, tahap kesedaran pendidikan dan keciciran dari alam persekolahan sama ada melibatkan wanita berkenaan ataupun anak-anak mereka juga berada ditahap yang membimbangkan.

Tambahnya, wanita ini juga menghadapi masalah ekonomi dan pendapatan yang tidak menentu.

"Muslimat PAS turun padang kita dapati sebahagian besar daripada mereka adalah tidak dibela. Sesiapa sahaja yang berada dalam kerajaan tidak sepatutnya mengenepikan hak wanita untuk mendapat ruang pembelaan, diangkat darjat dan martabat kewanitaannya dengan memberikan kaum wanita hak untuk menerima pendidikan yang tidak formal," katanya lagi.

Menjawab peluang PAS di Beting Maro, beliau berkata sesuai dengan apa yang disebutkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS datang ke Bumi Kenyalang bukan sahaja untuk menang, sebaliknya untuk terus menjalankan dakwah membawa mesej Islam.

Menurut beliau, dalam PRN10 yang lalu PAS hampir dapat menguasai kerusi Dun Beting Maro dengan peningkatan undi yang sangat tinggi.

Beliau yakin kali ini PAS akan membawa satu sejarah di Dun Beting Maro dengan calon wanita ini bakal menjadi anak sulong PAS di Dun Sarawak.

Kata beliau, PAS adalah sebuah jamaah Islam yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh sama ada dalam bidang siyasah, dakwah dan tarbiah.

Katanya lagi, Muslimat PAS Pusat sangat menyedari bahawa ruang dakwah di Sarawak ini sangat luas, dan PAS telah lama menerokainya. – HARAKAHDAILY 8/4/2016

Sumber HD - 8-4-2016


































































































PRN11, gelombang awal sokongan kepada PAS

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


PILIHAN Raya Negeri Sarawak ke-11 bakal berlangsung dalam masa terdekar. Paling tidak Proses penamaan calon akan berlangsung antara 25 dan 26 April ini kata satu sumber berikutan pembubaran dewan Undangan Negeri (DUN) disebut pada 11 April.

Pada tahun 2011 PRN ke-10 telah diadakan, dan kemudian Bumi Kenyalang ini sekali lagi berpesta undi (bagi kawasan Parlimen) pada tahun 2013 bersama negeri lain dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ketika itu. Ia  membawa makna dalam masa tidak tiga setahun, bumi Sarawak menghadapi pilihan raya selepas pilihan raya negeri pada April 2011.

Pilihan Raya Negeri Sarawak telah diadakan pada 16 April 2011, dan pengundi pada waktu itu hampir-hampir memberikan kejutannya dengan banyak juga kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat yang menggabungkan PAS, DAP dan Parti KeADILan Rakyat (KeADILan).

Kini Pakatan Rakyat di Sarawak telah terkubur. Namun suasana tidak jauh beza, PAS telah meledak satu lagi blok baharu dalam arus massa politik negara dengan Blok Ketiga bersama parti IKATAN, suatu parti yang memiliki kepelbagaian ahli di peringkat nasional.

PAS hadir ke Sarawak kali ini dengan menawar 11 kerusi untuk ditandingi. PAS telah mengumumkan nama-nama calonnya bagi mewakili parti ini di DUN Pujut, Jepak, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Beting Maro, Kakus, Samalaju, Sebuyau, Pantai Damai dan Dun Lambir.

PAS telah membuat satu kejutan dan perubahan yang membuka mata ramai dengan menampilkan calon bukan Islam di Dun Kakus iaitu Clement Bayang, seorang Tuai Rumah, aktivis masyarakat beragama Kristian.

Clement Bayang pernah bertanding di DUN Kemena atas tiket Bebas dalam PRN terdahulu, dan beliau memiliki pengaruh yang tersendiri dalam kalangan masyarakat.

Sementara PAS juga menaruh keyakinan untuk merampas kerusi Dun Beting Maro dalam PRN11 ini memandangkan percubaan pada tahun 2011 hampir membuahkan hasil dengan hanya kalah majoriti tipis melalui calonnya ketika itu, Abang Ahmad Kardee Abang Masagos (kini menyertai PAN).

PAS mempertaruhkan anak tempatan, Hamidah Mokhtar seorang Graduan Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Pernigaan dari Universiti Petronas (UTP). Anak muda ini adalah Pengarah Butik Muslimah dan memiliki pengaruh besar dalam kalangan wanita di sini.

Mengikut rekod PRN lalu, undi popular BN merosot daripada 63 peratus pada pilihan raya 2006, kepada 55 peratus sahaja bagi pilihan raya negeri ke-10 tahun 2011 lalu.

Ini menandakan agin perubahan itu berlaku dan jika semakin kencang, tidak mustahil pada PRN11 ini agin itu boleh membantu PAS mencetak sejarahnya yang tersendiri melahirkan anak sulong di sini.

Untuk rekod, PAS sendiri turut memberikan saingan yang sengit di Beting Maro, dengan hanya kalah tipis kepada calon BN dengan majoriti 392 undi sahaja.

Walaupun pada awalnya pada PRN10 lalu 'aura' calon PAS, kelihatan akan menenggelamkan calon BN, Raizali Gappur, namun saat akhir sehari sebelum mengundi, BN masuk ke rumah-rumah di Beladin untuk memastikan lebih 1500 undi diperolehinya.

Hakikatnya, walaupun PAS menang besar di Pusa, dan beberapa kawasan mengundi yang majoritinya Iban, namun PAS kalah di Beladin, satu kawasan mengundi yang memiliki lebih 2000 undi, dengan PAS hanya mendapat lebih 500 undi sahaja berbanding tahun 2006 dengan lebih 1000 undi.

Amat menghairankan, pengundi yang mengundi PAS pada pilihan raya umum negeri 2006 tidak lagi memberi undi kepada PAS, sebaliknya memberi undi kepada Raizali yang juga anak jati Beladin.

Ada kalangan jentera yang menyatakan, kekalahan itu 'amat menghairankan' kerana mood pengundi di Beting Maro dengan kebangkitan kaum Iban menyebelahi PAS.

Walaupun ada menyaksikan kebangkitan kaum Iban, tidak mendapat sambutan kaum Melayu yang terus menerus setia kepada BN-PBB walaupun hakikatnya kepimpinan Taib Mahmud amat-amat dipertikaikan ketika itu.

Menyingkap pilihan raya negeri ke-10, isu-isu kemiskinan dan rampasan tanah oleh kerajaan yang dikepalai Tan Sri Abdul Taib Mahmud amat mendominasi suasana kempen.

Namun malangnya, pada tarikh keramat 16 April yang dijangkakan  akan menjadi tarikh bersejarah tidak kesampaian, dan blok pembangkang hanya pula dengan 15 kerusi.

Walaupun ada peningkatan jumlah kerusi, dan peningkatan jumlah undi, namun gelombang sokongan itu tidak sampai untuk menumbangkan BN di 53 lagi Dun yang terus dikuasai parti pemerintah.

Begitupun, kekalahan blok pembangkang ketika itu dan kemenangan BN yang besar, tidak akan mengubah nasib rakyat di bawah yang terus akan hidup dalam kesengaraan, meskipun pemimpin BN kaya raya.

Isu tanah akan terus menjadi beban besar kepada BN-PBB yang cukup banyak berjanji, dan masih tidak ditunaikan, malah isu tanah adalah isu terbesar yang terus menerus membelenggu anak Sarawak.

walaupun tiada lagi kelibat Taib Mahmud secara langsung dalam pentas politik Sarawak kerana digantikan dengan Tan Sri Adenan Satem, namun hakikatnya di sini perubahan hidup rakyat masing tidak berlaku.

Rakyat Sarawak sudah ditontonkan bahawa menangnya BN di sini, mereka terutamanya Penduduk Asal masih dibelenggu dengan isu pemilikan hak tanah yang menjadi 'masalah besar' yang sentiasa menghantui mereka.

Ini berikutan dasar kerajaan BN Sarawak terus sengaja membiarkan status tanah rakyat ini tiada satu definisi yang jelas yang boleh menyatakan hak tanah mereka, biarpun Adenan Satem berjanji pada kali ini akan menyelesaikan masalah tanah adat ini.

Janji-janji BN hanya sekadar menjadi janji 'kosong' yang akan dikenang selepas pilihan raya.

Sebagai contoh, penduduk asal di sini masih dibelenggu isu pemilikan hak tanah kerana permohonan hak geran tanah mereka tidak pernah dilayan oleh kerajaan negeri sejak sekian lama.

Hakikat yang berlaku di Sarawak ialah rakyat tidak pernah dilayan secara adil dalam mendapatkan hak tanah mereka walaupun berpuluh tahun lamanya mendiami kawasan tersebut.

Isu yang paling kritikal adalah isu tanah-tanah yang dimiliki penduduk asal yang mendiami kawasan berkenaan sejak nenek moyang mereka lagi,  tetapi tidak mempunyai geran.

Ianya menyebabkan hak mereka dalam pemilikan tanah secara 'legal' tidak terjamin,  malah ada anah-tanah yang sudah dikeluarkan geran kepada pemiliknya juga tidak boleh dijadikan asas kepada hak itu terjamin kerana kerajaan negeri boleh merampas dengan sewenang-wenangnya.

Anggapan orang awam di sini kononya jika memiliki geran, hak mereka ke atas tanah sangat terjamin, namun sebenarnya tiada peruntukan dalam Kanun Tanah Sarawak yang jelas menjamin hak tanah rakyat asal negeri ini kerana kerajaan boleh mengambil hak tersebut bila-bila masa dengan harga pampasan tidak ditentukan secara terperinci.

Ini kerana jika kerajaan merampas tanah rakyat, kanun tersebut tidak menyatakan secara jelas pampasan, sebaliknya ianya tertakluk kepada pampasan yang perlu dibayar kerajaan.

Bagaimana dan bila di bayar tidak ada peruntukan dalam Kanun Tanah Sarawak. Sebagai contoh, suatu masa lalu kes pengambilan tanah bagi tujuna membina bangunan Dun Sarawak yang baharu, beberapa pemilik rumah di sana di bayar pampasan tanah begitu kurang.

Mereka merayu kepada mahkamah tentukan apakah jumlah pampasan yang wajar dibayar, namun semuanya sukar untuk mengatasi undang-undang yang telah dimaktubkan untuk kepentingan pemerintah.

Isu pengambilan tanah ini telah berlaku beberapa tahun lalu hingga sekarang ini bangunan baru Dun Sarawak telah siap, tetapi isu pampasan masih tidak selesai.

PRN10 BN-PBB menguasai lagi pilihan raya, namun ramai yang pasti isu tanah keliling Bangunan Dun Sarawak yang baharu ini tidak akan dilayan oleh pemerintah.

Lebih mengecewakan, rayuan penduduk bagi mendapatkan hak pampasan mereka pada kadar yang sepatutnya tidak diendahkan.

Dalam kes tertentu membabitkan kawasan lain, ada mangsa yang tidak dapat pampasan mereka meskipun selepas 10 tahun tanah dirampas oleh kerajaan dan diserahkan kepada syarikat kroni.

Di Bakoh sebelum ini, sejumlah 3000 ekar diambil kerajaan Taib Mahmud yang membabitkan geran milik kaum Melayu, Cina dan Iban di sana. Hingga kerajaan bertukar kemudi kepada Adenan Satem, kes itu sepi tanpa khabar.

Seksyen dan peruntukan yang 'tidak menyebelahi rakyat' ini telah dimanipulasi. Sejak tahun 70-an hingga kini, permohonan rakyat majukan tanah mereka tidak dapat diluluskan kerana kerajaan mungkin akan gunakan tanah itu.

Sejak tahun 70-an sehingga kini tanah-tanah rakyat dibekukan di bawah Seksyen 47, dan kini kerajaan ambil, tetapi bayar hanya pada kadar 1/5 berbanding harga pasaran.

Di Bandar Kuching sendiri, ada sebidang tanah setinggan yang didiami penghuni rakyat tempatan, tetapi dihalau oleh kerajaan negeri hanya untuk memberikan tanah itu kepada kroni.

Tanah seluas 269 ekar ini telah diberikan kepada syarikat yang dipercayai, Syarikat Monada Sdn BHD dimiliki oleh anak-anak Taib Mahmud selain juga didakwa dimiliki syernya oleh anak-anak pihak berkepentingan berjumlah 12 peratus.

Kekayaan Taib Mahmud sendiri terhasil dari pelbagai kurniaan projek dan tanah yang diberikan lansung kepada anak-anak dan syarikat berkepentingannya antaranya CMS sdn Bhd.

Pelbagai bantahan dan gesaan siasatan dibuat pelbagai pihak, namun tiada perubahan. PRN 10 yang lalu menyaksikan isu ini dibangkit pembangkang, namun tiada perubahan besar.

Natijahnya, penduduk Sarawak tidak kira di Kuching, Miri ataupun Sibu, semuanya 'terus tertipu' dengan muslihat dan politik wang yang dijalankan BN.

PRN11 kali ini skali lagi isu ini akan menjadi dominasi. PAS hadir bukan untuk mengambil alih pemerintahan di Sarawak, hanya dengan 11 kerusi PAS menjanjikan suatu blok pembangkang yang kuat di DUn Sarawak andai wakil PAS diterima rakyat di sini.

PAS menyatakan keazaman  dengan tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak untuk membawa tuntutan rakyat Sarawak, dengan isu-isu tanah adat, kebajikan, infrastruktur dan kemudahan awam, memperkukuh sistem semak imbang, meraikan demokrasi, memelihara hak agama dan budaya semua kaum di sini, menuntut royalti minyak 20 peratus.

PAS hadir dengan Buaya Politik Matang dan Sejahtera, pendekatan yang lebih lunak untuk mengisi hati rakyat. Hingga ke hari pengumuman calon 6 April lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali melaung keyakinan perubahan ketara nampak berlaku di sini dan bakal menghadiahkan sesuatu yang cukup baik kepada PAS. – HARAKAHDAILY 8/4/2016 

Sumber HD - 9-4-2016



































































































Bertanding di Sarawak, Beza antara PAS dan AMANAH


Posted on Friday, April 08 @ 15:07:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PAS umum akan bertanding 11 kerusi di Sarawak. Pengarah Pilihan Rayanya Cikgu Pa dalam ucapan ada mengatakan sekiranya PAS memang kesemua kerusi PAS tak boleh memerintah dan tak akan boleh mengubah apa-apa.

Parti AMANAH @ PAN pula mengumumkan akan bertanding 13 kerusi dan bersedia untuk bertenbung dengan PAS jika wujud bertindanan kerusi yang ditandingi. Pakatan Harapan tidak ada kesefahaman, malah PR dan DAP pun tak boleh duduk semeja bukan pilihanraya kali ini, malah sebelum ini pun.

Aku cuba faham kenapa PAS nak bertanding juga di Sarawak dengan masyarakat Sarawak yang lebih bersifat memilih parti kaum dan masih wujud lagi anti-semanjung?

Kenapa PAS rela mengorbankan banyak duit atas Pilihan Raya Negeri Sarawak ini?




Aku cuba dapat penjelasan. Rata-rata pimpinan PAS yang aku jumpa menerangkan bahawa PAS 'berdakwah' bukan semata-mata politik. Misi utama ke sana adalah untuk mempamirkan Islam dan cuba masuk ke dalam masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Ada yang kata dakwah perlu pengorbanan dan perlukan masa yang panjang. Mereka cuba untuk menanam benih-benih baik untuk masa akan datang.

Aku terfikir pula bagaimana dengan parti serpihan PAS, PAN pula?? Adakah mereka ada misi dakwah?

Aku cuba layari facebook cybertropper parti AMANAH. Ini hasil aku jumpa.


Rupanya mereka memperolokkan PAS bertanding 11 kerusi. Mereka tanya mana hudud? Malah mereka cuba sebotaj PAS macam UMNO sebotaj dengan menyiarkan poster PAS nak mulakan hudud di Sarawak.

Aku rasa mereka ini 'saling tak tumpah macam UMNO'. Tapi tak hairanlah ramai pengikut PAN ini dulunya datang daripada keluarga UMNO. Tumbuh daripada makanan haram rasa tak bersalah perolokkan hudud.

Bila nak bentang hudud awal-awal lagi Presiden PAN kata tak akan sokong RUU Hudud PAS tapi bila tak buat tanya bila nak hudud.

Mereka jadi bodoh dalam dakwah, malah sikap mereka sudah berubah kerana mereka mungkin sudah kecewa dengan PAN yang tak tahu hujung pangkal. Nak balik semula kepada PAS malu atas dasar ego. Akhirnya mereka jadi jahat lebih jahat daripada UMNO merosakkan PAS.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Sumber TKO - 8-4-2016

Anak muda, kaum Iban tidak takut dengan PAS














































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad rasa teruja apabila melihat ramai anak muda dan kaum Iban yang memenuhi dewan hotel Kemena, Bintulu pada malam pengisytiharan calon PRN Sarawak, kelmarin.

Ini, katanya merupakan petanda baik apabila ramai orang muda yang menggerakkannya.

Tambahnya, kehadiran kaum Iban menandakan mereka tidak takut dengan PAS.

"Semoga mereka melihat keindahan Islam di bumi Sarawak.

"Kewajipan kita berusaha, kalah atau menang kita serahkan kepada Allah SWT," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi laman facebook.

Mengulas lanjut, beliau berkata calon PAS yang terdiri daripada profesional, pendidik, ulama, aktivis, usahawan termasuk seorang calon bangsa Iban mampu menggalas amanah pengundi.

"Insya Allah mereka mampu menggalas amanah pengundi jika dipilih.

"Insya Allah PAS akan sampaikan mesej perjuangan dan kebajikan rakyat sewaktu berkempen," katanya. - HARAKAHDAILY 8/4/2016

Sumber HD - 8-4-2016

Sekali PAS aku akan terus PAS!

HARAKAHDAILY | .


DEMIKIANLAH semangat dan penegasan dari Haji Ghazali Mentrang, 75 tahun dari Sepayor, Sadong Jaya ketika kami mengunjunginya petang Khamis semalam.

Beliau asalnya merupakan seorang pimpinan PBB di Sepayor, Sadong Jaya tetapi mula menyedari akan kezaliman kerajaan BN ketika berlakunya peristiwa Memali pada 1985 yang menyaksikan rakus dan ganasnya BN terhadap Ustaz Ibrahim Libya dan penduduk Kampung Memali.

Bila PAS mula bertapak di Sarawak, beliau merupakan antara generasi terawal yang menggerakkan PAS di Bumi Kenyalang ini bersama Almarhum Haji Adam Ahid, bekas Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Menurut Encik Jaafar, Ketua Unit Peti Undi Semera, Hj Ghazali adalah petugas PAS yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan. Bekerja keras tanpa sebarang kepentingan. Ketika PAS belum ada apa-apa di Sarawak, dia gigih berjuang.

Bayangkan kita yang datang membantu ditahun 2016 ini dapat merasai jerit perih untuk menggerakan jentera parti di sini, maka bagaimana mereka berjuang untuk menggerakkan PAS diawal penubuhannya dulu.

Sekarang Haji Ghazali sudah uzur. Kaki kirinya dipotong sehingga paras lutut lantaran masalah penyakit kencing manis yang ditanggungnya.

Dengan nada tegas Haji Ghazali memaklumkan bahawa ada hamba Allah yang bakal bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya negeri kali ini dengan menggunakan lambang bunga raya ada memujuk beliau untuk menyokong calon bebas tersebut.

Tapi dengan tegas Haji Ghazali menolak. "Sekali aku PAS, aku akan terus PAS sampai akhir hayat!"

DR AZMAN IBRAHIM
Catatan dari Bumi Kenyalang.
8 April 2016 – HARAKAHDAILY 8/4/2016

Tulisan di atas diambil daripada FB beliau.

Sumber HD - 8-4-2016











































































































Clement Bayang dan aksi nyanyian pukau pengundi

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


BINTULU: Clement Bayang merupakan artis Iban tempatan. Anak jati Sarawak ini pernah bertanding calon bebas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemena pada pilihan raya lalu.

Berjiwa seni, penganut Kristian ini seorang aktivis masyarakat. Mudah didekati dan mudah mendekati.

Mewakili PAS untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 kali ini, calon Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS itu ternyata ada tarikan sendiri.

Kehadirannya bersama Presiden Geng Ustaz (GU) pada 7 April di beberapa kawasan di bawah Dun Kakus berjaya menarik perhatian ramai.

Suara merdunya mendendang lagu-lagu rakyat tidak asing buat penduduk di Tatau. Wajahnya ceria, ketika sesi ziarah bersama AJK PAS Ustaz Norazli, Ir Muhtar Suhaili, Razman Zakaria dan jentera PAS Perak yang berkubu membantunya di sini sambutan yang diberi pengundi cukup menggalakkan.

Apatah lagi beliau seorang berketurunan Iban dan pertama kali PAS menampilkan calon bukan Islam di Sarawak sejak menyertai Pilihan Raya Negeri bermula tahun 2001 lagi.

"Insya-Allah kita ada peluang menang di sini. Clement ni sangat diterima di sini. Kita buat program pagi tadi, dia ni pandai menyanyi. Sebaik sahaja beliau menyanyi, ramai berkumpul mendekati.

"Insya-Allah kita akan bawa kawan kawan artis kita antaranya Zuar XPDC, Ijam Medicine dalam kempen nanti, nampak ada tarikan," kata beliau.

Ustaz Norazli berkata, pihaknya yakin dengan anak tempatan menjadi calon PAS di Kakus, gelombang sokongan bakal meningkat.

Katanya tidak mustahil PAS mampu memenangi Dun Kakus dalam PRN kali ini.

Kehadiran Clement Bayang di Kakus juga katanya membuka mata masyarakat selain menjawab terus isu kononnya PAS tidak terbuka.

Isu isu agama yang dihadapkan ke atas PAS kata beliau terjawab dengan sendirinya apatah lagi Clement Bayang beragama Kristian. – HARAKAHDAILY 8/4/2016

Sumber HD - 8-4-2016











































































































Isu infrastruktur, kemiskinan tumpuan di Jepak

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


BINTULU: Dun Jepak  terletak dalam Parlimen Bintulu. Dun di pinggir bandar ini memiliki komposisi pengundi yang didominasi Melayu 55 peratus dan selebihnya Iban dan 5 peratus Cina.

Biarpun dalam kawasan hampir bandar, namun isu-isu kemudahan awam, pengangkutan, infrastruktur dan kemiskinan membelanggu masyarakat di sini.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Jabbar bersama team pemantau Pahang yang menjaga Dun Jepak kali ini melihat realiti ini yang amat menyedihkan.

Kata beliau, walaupun Bintulu satu kawasan yang maju, namun terdapat jurang yang terlalu ketara dalam aspek pembangunan.

Jurang kaya miskin melebar, masalah pengangkutan begitu serius memandangkan tiada jambatan di Sungai Kemena dekat Kampung Jepak untuk memudahkan pengangkutan penduduk setempat.

Menurut Ustaz Rosli, Bintulu kawasan yang kaya dengan hasil minyak, namun kehidupan masyarakat di sini amat menyedihkan.

Masih ada lagi yang merempat, tiada rumah mahupun tanah apatah lagi katanya isu pemilikan tanah di Sarawak ini tidak pernah selesai termasuk di Bintulu.

Tambahnya, kerajaan negeri lebih mementingkan tanah untuk diberikan kepada kroni dalam kalangan peniaga besar berbanding menyediakan tanah untuk rakyat.

Rampasan tanah rakyat di sini suatu yang sudah kerap berlaku katanya, namun rakyat tiada hak melawan kerana peruntukan Undang Undang memihak kerajaan.

Beliau juga melihat kerajaan Sarawak tidak langsung mementingkan kebajikan rakyat apabila kemudahan asas seperti air dan elektrik di beberapa kawasan kampung dan penempatan rumah panjang tidak disediakan.

Mengulas mengenai peluang calon PAS di Dun Jepak, beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur berkata, kehadiran anak tempatan seperti Kiprawi Aman yang juga bekas pegawai kanan kerajaan di sini memberi satu kelebihan.

Katanya, Kiprawi sudah biasa berurusan dengan masyarakat di sini khasnya di kampung kelahiran isterinya di Kampung Jepak selain Kuala Tatau yang sering menjadi destinasinya bertemu masyarakat.

Tambahnya keramahan Kiprawi membuatkan pengundi di sini mudah mendekatinya. – HARAKAHDAILY 8/4/2016

Sumber HD - 8-4-2016



PRN Sarawak: Clement Bayang lebih tenteram bersama PAS, yakin tawan kerusi Kakus


Posted on Friday, April 08 @ 08:29:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BINTULU: Calon PAS bukan Islam, Clement Bayang, 59, menyifatkan beliau mampu menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus yang selama ini diduduki Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, sejak tiga tahun berkempen bersama parti Islam itu, penduduk di Kakus yang kebanyakan berbangsa Iban mula menerima dan memahami perjuangan yang dibawa PAS.

"Selalu juga saya kempen di rumah-rumah panjang bahawa dan saya menjelaskan bahawa PAS ini merupakan satu platform yang betul-betul berkesan.

"Ini kerana parti-parti lain nampaknya tidak bergerak dari awal. Cuma bila sampai waktu pilihan raya baru mula mendekati rakyat. Bagi saya itu tidak berkesan. Jadi saya pilih PAS.

"Selama saya dengan PAS saya rasa betul-betul tenteram," katanya selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi DUN Kakus oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) PAS Negeri Sarawak berkata, PAS Pusat dan negeri telah memberi banyak sokongan kepadanya serta bersama-sama turun padang dan menyelami masalah yang dihadapi oleh rakyat terutama di Kakus.

Tidak berseorangan

"Kita kerja bukan seorang. Dalam PAS ini anggota memang banyak sama ada dari Semenanjung dan di sini. Kita tidak rasa berseorangan.

"Sebagai calon, kita mesti membawa isu bersama dengan hujah yang matang dan informasi yang tepat. Itu yang saya yakin pada pilihan raya kali ini," kata Clement yang pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini di DUN Kemena.

Sementara itu, bagi calon tunggal muslimat PAS, Hamidah Mokhtar, 26, beliau akan memperjuangkan hak wanita terutama ibu tunggal.

Malah, beliau tidak melihat usia muda menjadi penghalang kepadanya untuk mendekati penduduk di DUN yang ditandinginya, Beting Maro.

"Saya harap pengundi wanita di Sarawak keluar mengundi dan tunaikan hak mereka. Ia penting untuk hak mereka diperjuangkan terutama seperti isu-isu yang dialami ibu tunggal.

"Rasanya wanita tidak ada masalah untuk mendekati pengundi, sebaliknya kami lebih mudah untuk mendekati pengundi kerana kami lebih mudah ke dapur dan lebih mesra," katanya.

Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan merupakan Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak.


Sumber TKO - 8-4-2016



Bekas penyanyi terkenal Iban calon PAS di S'wak


Posted on Thursday, April 07 @ 13:09:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=LEZ1D9t5xeM

Bekas penyanyi dan artis rakaman Iban terkenal di Sarawak, Clement Bayang mencipta sejarah dalam politik Sarawak apabila menjadi calon bukan Islam PAS yang pertama bakal bertanding dalam pilihan raya ke-11 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Clement, 59, pernah merakamkan sebuah album pada 2010 juga adalah tuai rumah (ketua rumah panjang) serta Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak adalah antara 11 calon yang bakal ditampilkan oleh PAS dan akan bertanding di kawasan DUN Kakus.

PAS turut menampilkan calon termuda dan satu-satunya calon wanita iaitu Hamidah Mokthar,26, seorang pengurus butik pakaian Muslimah dan Setiausaha Muslimah PAS Sarawak yang bakal bertanding di kerusi DUN Beting Maro.

Calon-calon PAS lain ialah Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Samariang), Zainal Abidin Yet (Pantai Damai), Zulkipli Ramzi (Muara Tuang), Asan Sikro (Sadong Jaya), Ustaz Wan Abdillah Wan Ahmad (Sebuyau), Kiprawi Aman (Jepak), Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazul Paijo (Lambir), Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee (Pujut) dan Zharudin Narudin (Samalaju-kerusi DUN baru).

Kesemua nama-nama calon diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sebuah hotel di Bintulu malam tadi.

Terdahulu sebelum pengumuman dibuat, Abdul Hadi di dalam ucapan berkata, pemilihan calon-calon PAS untuk pilihan raya adalah berdasarkan maklum balas dari akar-umbi di Sarawak.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Untuk pilihanraya negeri kali ini sebanyak 82 kerusi DUN bakal dipertandingkan termasuk 11 kerusi DUN baharu selepas persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

- Bernama

Sumber TKO - 7-4 -2016











































































































PRN Sarawak: Kiprawi Aman dekat di hati pengundi













































































































WAN NORDIN WAN YAACOB | .




SIHAT kamek tok," Kiprawi Aman menyapa mesra warga Kampung Jepak yang berjalan keluar dari Jeti Kampung Jepak.

Langkah kakinya menyusuri Kampung Jepak, sepanjang Jalan menuju ke Jeti Kampung Jepak  senyumnya tidak putus dihulur, mesra dan cukup "hemoi".

Kiprawi Aman bukan asing di kampung ini, isterinya penduduk asal Kampung Jepak. Kampung nelayan yang unik, hidup harmoni dan suasana cukup meriah.

Kehadiran Kiprawi bagai selebriti, sapaan pertamanya mendekati penduduk terus disambut dengan luahan gembira penduduk bangganya mereka ada anak tempatan yang berpendidikan mewakili suara mereka di sini.

Apatah lagi Kiprawi bekas kakitangan awam di Bintulu. Orang ramai kenal dengan batang tubuhnya.

Lagak kiprawi bagai wakil rakyat , Nada mesranya dibalas dengan baik pengundi di sini.

Kehadiran Kiprawi bersama Pesuruh Jaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Jaabar membuka rasa kasih penduduk di Kampung Jepak. Tiap gerak gerinya ditatap mesra penduduk di sini.

Hidup nelayan yang banyak tertumpu kepada hasil laut dan pengangkutan laut membuatkan masyarakat di sini banyak mengharap bantuan bantuan untuk memudahkan kerja mereka.

Produk yang dihasilkan antaranya ikan kering, udang kering harus dipasarkan dengan lebih meluas. Produk pelancongan Sungai Kemena harus dibangunkan bak kata Kiprawi yang melihat adanya nilai tambah kepada ekonomi rakyat di sini untuk dibangunkan.

Kata Kiprawi, wakil rakyat di sini tidak pernah mahu melihat cadangan memajukan sektor pelancongan dengan menjadikan kawasan ini 'eco tourisme' dengan membangunkan 'water front'  seperti di Kuching yang akan menjadikan Sungai Kemena dan Jeti Kampung Jepak sumber ekonomi kepada penduduk di sini.

Deretan homestay boleh dibina sepanjang Sungai Kemena, dan jajaran pejalan kaki untuk mereka berjogging, boleh sahaja dijadikan pusat jualan belacan kerana terkenalnya belacan Bintulu berikutan udang menjadi antara hasil sungai di kampung ini.

Boleh sahaja kraftangan yang dihasilkan penduduk menjadi daya tarikan di sini andai impian melahirkan pelancongan eco ini suatu kenyataan.

Presiden NGO Genrasi, Ustaz Roslan MD Esa yang turut serta dengan rombongan PAS Pahang ke Dun Jepak mengiringi Kiprawi memulakan culaan undi melihat prospek pelancongan tersebut.

Bagi Ustaz Roslan, jika dimajukan maka limpahan ekonominya akan mengalir kepada anak anak generasi akan datang.

Kecantikan dan keindahan semulajadi Kampung Jepak dan keunikan kawasan pinggir Bintulu ini memberi satu ransangan andai ia dimajukan.

Andai Kiprawi berjaya menjadi wakil rakyat di sini kali ini dalam PRN Sarawak ke-11 maka suara cadangan ini bakal dibawa ke DUN Sarawak.

Maka limpahan pembangunan pelancongan akan menjadi satu dampak baharu kepada penduduk di Kampung Jepak. – HARAKAHDAILY 7/4/2016

Sumber HD - 7-4-2016

Sarawak perlukan perubahan demi rakyat













































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Rakyat Sarawak perlu menjadi suara yang berani untuk melakukan perubahan demi kebaikan rakyat serta masyarakat setempat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 di sebuah hotel di Bintulu, malam tadi.

Beliau menjelaskan bahawa calon-calon yang telah dipilih oleh PAS itu telah melalui lima tapisan.
Justeru, beliau menyeru rakyat Sarawak supaya memberikan sokongan kepada mereka yang bertanding dalam pilihan raya tidak lama lagi.

"Daripada 11 calon yang ditampilkan oleh PAS kebanyakan dari golongan muda dan berkelulusan universiti tempatan serta luar negara," ujarnya yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk PRN Sarawak pada majlis yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu.

Memetik laporan laman rasmi PAS bagi PRN Sarawak kali ini, beliau juga berkata apabila mempunyai pemimpin yang baik maka negara yang ditadbir juga menjadi baik, begitu juga sebaliknya.

Pada PRN ke-11 ini, PAS meletakkan 11 calon yang bertanding di Dun Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Sumber HD - 7-4-2016











































































































PAS tawarkan calon muda berwibawa untuk Sarawak

HARAKAHDAILY | .


JABATAN Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa bangga dan izzah atas nama perjuangan Islam apabila Majlis Pengisytiharan Calon PRN Sarawak di Bintulu pada malam tadi meletakkan hampir 50 %  calon daripada kalangan anak muda.

Seramai 5 orang calon yang berumur bawah 40 tahun daripada 11 orang calon yg diumumkan adalah dalam kalangan anak muda. Berlatar belakang pendidikan yang berbeza-beza sekaligus menunjukkan kewibawaan dan keberanian parti PAS menampilkan calon-calon muda. Mereka adalah :

1. Mohd Arifiazul Paijo - 32  Tahun
Calon N 72 Lambir

2. Engr. Zharudin Narudin - 31 Tahun
Calon N70 Samalaju

3. Ustaz Yusof Assidiqi Sharkawi - 30 Tahun
Calon N7 Samariang

4. Zulkifli Ramzi - 38 Tahun
Calon N16 Muara Tuang

5. Hamidah Mokhtar - 26 Tahun
Calon N 29 Benting Maro

PAS melangsungkan sunnah perjuangan Rasulullah SAW selain perjuangan atas nama Islam, PAS juga mengenengahkan serta memberi peranan kepada para pemuda. Nama Usamah Bin Zaid, Ali Bin Abi Talin dan ramai lagi adalah calon muda yang Nabi SAW berikan peranan besar pada mereka dalam perjuangan ini.

Di samping seramai 5 orang calon muda, 6 orang calon lagi adalah mereka yang dikenali dan dimaklumi masyarakat umum atas sumbangan serta khidmat bakti mereka kepada masyarakat setempat. Termasuklah seorang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS daripada kaum Iban turut disenaraikan sebagai calon.

Justeru slogan Sarawak Sejahtera yang dikemukan sebagai satu tawaran kepada kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini di samping ketokohan calon-calon tersebut mudahan akan diterima oleh masyarakat.

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Malaysia
7 April 2016 | 29 Jamadilakhir 1436H – HARAKAHDAILY 7/4/2016

Sumber HD - 7-4-2016

PAS tidak putus asa perjuang keadilan walau diganggu

HARAKAHDAILY | .





KUALA LUMPUR: Walaupun sentiasa menerima gangguan ketika menang dalam pilihan raya di Kedah, Perak dan Terengganu, namun PAS tidak pernah berputus asa memperjuangkan keadilan.

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 di sebuah hotel di Bintulu, malam tadi.

Beliau berata, kemenangan yang PAS inginkan bukan sekadar di dunia bahkan di akhirat.

Jelasnya, Islam mengiktiraf pendekatan demokrasi kerana ia paling hampir dengan ilmu politik Islam sekali gus membuktikan politik Islam mempunyai pendekatan terbaik.

"Keadilan dalam Islam meraikan semua pihak tanpa wujud kepentingan pihak tertentu," ujar beliau memetik laporan laman rasmi PAS bagi PRN Sarawak kali ini.

Menurutnya lagi, Islam tidak mementingkan kaum bahkan merangkumi cara hidup, pengurusan dan pentadbiran negeri dalam memastikan kebajikan rakyat dapat dipelihara dengan baik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengumumkan 11 calon PAS yang bertanding pada PRN kali ini iaitu Dun Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Sumber HD - 7-4-2016











































































































PRN Sarawak: Tidak mustahil PAS dikurnia kemenangan













































































































HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata PAS semakin diterima dan mendapat daripada masyarakat negeri itu pada hari ini.

Katanya, dengan penerimaan yang positif itu tidak mustahil Allah mengurniakan kemenangan kepada PAS pada Pilihan raya Negeri (PRN) ke-11 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ini, menurutnya dengan syarat ahli-ahli PAS bersungguh-sungguh dalam mengatur gerak kerja dakwah.

“Kita mungkin tidak menang di dunia tapi menang di akhirat," ujarnya dipetik laman rasmi PAS bagi PRN Sarawak.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRN Sarawak di sebuah hotel di Bintulu, malam tadi. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan 11 calon PAS yang akan bertanding dalam PRN pada majlis itu.

“Islam adalah untuk semua, semua bangsa boleh terima kerana dengan Islam memerintah,ianya akan memberikan rahmat kepada semua,” ujarnya yang juga calon N74 Pujut di hadapan para pemimpin utama PAS itu. - HARAKAHDAILY 7/4/2016

Sumber HD - 7-4-2016











































































































Anak muda Sarawak makin tertarik dengan PAS

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali melahirkan keyakinan pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak pada kali ini berdasarkan kehadiran anak-anak muda pada majlis malam tadi.

Katanya, ia menunjukkan satu perubahan besar dalam kalangan rakyat Sarawak yang inginkan perubahan pemerintahan di negeri itu.

Kehadiran rakyat Sarawak pada malam tadi yang melebihi jangkaan merupakan satu suasana yang luar biasa berdasarkan pengalaman beliau sepanjang penglibatan dalam pilihan raya di negeri itu.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRN Sarawak ke-11 di sebuah hotel di Bintulu, malam tadi. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan 11 calon PAS yang bertanding pada PRN kali ini.
Menurutnya, kehadiran yang memberangsangkan itu merupakan bukti kerja hebat yang telah dilakukan oleh jentera di semua peringkat.

Tambahnya, ia juga membuktikan ada harapan bagi rakyat Sarawak melihat perubahan pemerintahan di negeri itu.

"Kerja kuat yang dilakukan membuktikan kita mempunyai kesungguhan untuk capai kemenangan di semua 11 Dun.

"Biarpun menang semua Dun ini tidak memungkinkan kita menjadi kerajaan, namun sekurang-kurangnya kita dapat menjadi check and balance bagi kerajaan pusat," ujarnya dipetik laman rasmi PAS bagi PRN Sarawak.

Jelasnya, pemilihan 11 calon telah dipersetujui oleh Majlis Syura yang mana mereka yang dipilih merupakan cadangan dari peringkat akar umbi yang terdiri daripada rakyat Sarawak sendri.

"Pada pilihan raya kali ini kita telah mengatur jentera pilihan raya paling hebat yang menggambarkan cita-cita kita untuk menang di Sarawak bukan sekadar satu khayalan," ujarnya lagi.

Malah, kata beliau berdasarkan maklum balas yang diterima daripada gerak kerja yang dilaksanakan calon PAS mempunyai harapan untuk menang pada PRN kali ini.

Sumber HD - 7-4-2016

Senarai penuh 11 calon PAS Untukmu Sarawak













































































































WAN NORDIN WAN YAACOB | .




BINTULU: PAS hari ini mengumumkan 11 nama calon yang disifatkan sangat berpotensi untuk menang  mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Hotel Kemena, Medan As Syakirin dekat sini sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Ir Iskandar Samad, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Penerangan, Ustaz Nasrudin Hassan dan barisan AJK PAS Pusat selain kepimpinan negeri Sarawak yang diketuai pesuruhjaya, Jofree Jaraie.

Sambil menyifatkan penyertaan PAS dalam PRN  ke-11 kali ini sebagai satu usaha dakwah, namun Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan kemenangan adalah satu bonus kepada parti ini.

Calon-calon yang ditampilkan pelbagai latar belakang, antaranya guru agama, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, jurutera, aktivis rakyat dan tidak kurang PAS menampilkan calon muda Muslimat di Beting Maro.

Dalam majlis yang sama, Presiden PAS menyerahkan watikah dan panji-panji kepada calon yang akan menggalas amanah PAS di Sarawak.

Laungan takbir bergema semasa Presiden PAS mengumumkan calon.

Berikut merupakan calon-calon PAS yang telah diumumkan beserta profil mereka:


N74. PUJUT
Tuan Haji Jofri Bin Haji Jaraiee
Jawatan Dalam PAS: Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Miri
Umur: 51 Tahun
Bangsa: Melayu Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Miri, Sarawak
Pendidikan: Advanced Diploma Pengurusan Logistiks, The Chartered Institute of Logistics and Transport, UK.
Pengalaman Kerjaya: Penyelia Pengurusan dan Perancangan Penyelenggaraan, Syarikat Minyak & Gas Nasional.


N72. LAMBIR
Encik Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Jawatan Dalam PAS: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 32 Tahun
Bangsa: Kedayan-Jawa
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Limbang, dan menetap di Miri, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Eksekutif IT PETRONAS.


N70. SAMALAJU
Engr. Zharudin Bin Narudin
Jawatan Dalam PAS: Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 31 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Selangor (UNISEL)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Jurutera Malaysia LNG Sdn. Bhd.


N67. JEPAK
Tuan Haji Kiprawi Bin Aman
Jawatan Dalam PAS: Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bintulu
Umur: 67 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens, Universiti Malaya (UM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Kerajaan
Anugerah: Dikurniakan Pingat Perkhidmatan Setia oleh Kerajaan Negeri Sarawak (PPS).


N60. KAKUS
Encik Clement Bayang
Jawatan Dalam PAS: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) PAS Negeri Sarawak
Umur: 59 Tahun
Bangsa: Iban
Agama: Kristian
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pengalaman Kerjaya: Tuai Rumah (Ketua Kaum), Petani dan Seniman
Pengalaman Politik: Pernah bertanding di Kerusi DUN Kemena.


N29. BETING MARO
Cik Hamidah Binti Mokhtar
Jawatan Dalam PAS: Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak
Umur: 26 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Bujang
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan Muda, Pengarah Butik Pakaian Muslimah.


N27. SEBUYAU
Ustaz Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad
Jawatan Dalam PAS: Aktivis PAS di Sebuyau di bawah PAS Kawasan Batang Lupar
Umur: 44 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Kpg Seberang, Sebuyau, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar, Mesir
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Pendakwah Bebas.


N24. SADONG JAYA
Cikgu Asan Bin Singkro
Jawatan Dalam PAS: Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Batang Sadong
Umur: 63 Tahun
Bangsa: Melayu-Bugis
Keluarga: Berkahwin dan 5 orang anak
Asal: Sadong Jaya, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Sains/ Master Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Guru dan PPD, kini Pensyarah Sambilan.


N16. MUARA TUANG
Encik Zulkipli Bin Ramzi
Jawatan Dalam PAS: Bendahari & Setiausaha Kerja (SUK) Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kota Samarahan
Umur: 38 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Niah, Miri dan kini menetap di Kota Samarahan, Sarawak
Pendidikan: Diploma Elektronik Industri dan Instrumentasi, Pusat Latihan Teknikal Sarawak (YDTC)
Pengalaman Kerjaya: Peniaga dan Pekerja Swasta.


N7. SAMARIANG
Ustaz Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi
Jawatan Dalam PAS: Penyelaras Urusan Ulamak PAS Kawasan Petrajaya, Pengerusi Lajnah Tarbiyah dandan Pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
Umur: 30 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Diploma Al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran JAKIM & Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar As-Shariff, Mesir
Pengalaman Kerjaya: Imam dan Khatib Masjid, Qari Al-Quran dan Pendakwah Bebas.


N4. PANTAI DAMAI
Encik Zainal Abidin Bin Yet
Jawatan Dalam PAS: Timbalan Yang Dipertua (TYDP) dan Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Santubong
Umur: 49 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Sijil Pelajaran LCE
Pengalaman Kerjaya: Pekerja Swasta. – HARAKAHDAILY 6/4/2016

Sumber HD - 6-4-2016





















































































































PAS terbuka, letak calon bukan Islam - Ust Mad Cina

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


BINTULU: Keputusan PAS menamakan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 kali ini menjelaskan keterbukaan parti ini, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Mohammad Ibrahim yang dikenali dengan nama Ustaz Mad Cina (UMC). (Gambar bawah kiri)

Beliau yang ditemui selepas majlis pengumuman calon di Hotel Kemena dekat sini hari ini berkata, keputusan itu memperlihatkan PAS tidak pernah menafikan hak dan anutan kepercayaan bangsa lain.

Kata beliau, PAS menyertai PRN11 ini dalam semangat keterbukaan dan tuduhan kononnya PAS tidak meraikan kepelbagaian suatu yang salah.

"Kita cukup bangga dengan pengumuman ini. PAS meletakkan calon yang sesuai dengan keadaan, tempat dan tidak menafi hak agama lain atau kaum lain. Inilah keterbukaan PAS," kata beliau lagi.

Kata Ustaz Mohammad lagi, dengan PAS meletakkan calon bukan Islam ini, dalam semangat perpaduan nasional selain meraikan kepelbagaian, LPN DPPM yakin PAS mampu mendapat tempat di hati masyarakat Sarawak.

Biarpun kali pertama meletakkan calon bukan Islam, Ustaz Mad Cina berkata kehadiran Clement Bayang satu percubaan berani dan akan mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Calon PAS di Dun Kakus, Clement Bayang, 56 adalah bekas calon di Dun Kemena dan seorang beragama Kristian.

Clement Bayang antara aktivis yang cukup aktif di kawasan ini. – HARAKAHDAILY 6/4/2016

Sumber HD - 6-4-2016


Dua jam menjelang pengumuman calon PAS

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


BINTULU: Hampir kesemua pimpinan utama PAS selamat tiba di Bintulu petang ini untuk majlis pengumuman calon PAS bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11.

Majlis pengumuman akan diadakan di Hotel Kemena dekat sini pada jam 8 malam dengan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan umumkan calon sekitar jam 9 malam.

Tuan Guru Abdul Hadi tiba lebih awal pada sebelah tengahari tadi dan kemudian disusuli pimpinan lain antaranya Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Setiausaha PAS Negeri Sarawak Ir Muhtar Suhaili dalam satu Penerbangan sama pada jam 6.

Majlis pada malam ini akan bermula dengan ketibaan dif kehormat, nyanyian lagu Negaraku, Lagu Sarawak dan lagu rasmi PAS selain akan disusuli tayangan montaj, ucapan pimpinan utama dan pengumuman Calon.

Majlis juga dijangka akan disertai puluhan wartawan dari Sarawak dan Semenanjung.

Berita lanjut menyusul. – HARAKAHDAILY 6/4/2016

Sumber HD - 6-4-2016











































































































































































































































Ketibaan TG Presiden disambut laungan takbir

HARAKAHDAILY | .


BINTULU: Kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke dewan utama Hotel Kemena di sini disambut dengan laungan takbir bergema.

Majlis sedang dipengerusikan oleh Ir Muhtar Suhaili Setiausaha PAS Sarawak dengan penuh ceria.

Anggaran Kehadiran lebih 300 orang dengan penyokong bukan Islam dari kaum Iban dan pelbagai pihak lain.

Majlis di kendalikan dalam dua bahasa, Melayu dan Sarawak.  Ustaz Sazlan Saili mengetuai bacaan doa.
Turut hadir Ust Idris, Dato Mohd Amar Abdullah, Usaz Nasrudin Hassan, Ustaz Nik Abduh, Dato Dr Mahfodz Mohammad, PJ Sarawak, Jofree Jaraie.

Media juga memenuhi kawasan sebelah kanan Dewan. – HARAKAHDAILY 6/4/2016

9.00: Sekarang ini majlis di teruskan dengan diperdengarkan sejarah pembabitan PAS di Sarawak dalam pilihan raya bermula 2000 hingga kini.
Tahun 2011 PAS tanding 5 kerusi dan hampir menang di Beting Maro. Kini pas tanding 11 kerusi. Ir Muhtar memaklumkan momentum sokongan makin tinggi.
9.05: PJ Sarawak, Jofree jaraie dijemput utk menyampaikan ucapan.
Jofree Jaraie melaungkan keyakinan PAS di sini akan mampu melakar kejayaan pada PRN Ke-11.

Kata Jofree, momentum sokongan kepada PAS pada kali ini amat memberangsangkan. Kehadiran pelbagai kaum di program malam ini, menunjukkan sokongan tinggi dan perubahan di sini.

PAS ini kata beliau adalah parti yang semakin kuat, dan yakin akan berjaya khususnya dengan kerja kuat yang telah dijalankan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS kerana hadir untuk merasmi dan mengumumkan calon

Diakhir ucapan, beliau melaungkan keyakinan kemenangan akan pasti dicapai.
9.13: Pengarah pilihan raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali menyampaikan ucapan.
PAS Sarawak mula menyertai PRN Sarawak pada 2001.

Kata Mustafa, inilah suasana sangat hebat dan keazaman tinggi PAS Sarawak dan seluruh Malaysia yang tidak sama dengan sebelum ini.

Yang ada pada malam ini adalah sebahagian tenaga yang telah lama membangunkan membina sokongan di sini.

PAS datang di sini berhasrat bertindak sebagai chek and balance kepada BN di sini.
Kita mengharapkan agar penyertaan kali ini mampu mencapai kemenangan, pemilihan calon telah ditetapkan dan ditapis Majlis Syura dan ia adalah anak Sarawak dengan orang Sarawak sendiri yng calonkan.

PAS Pusat dan negeri telah atur jentera yang hebat dan menampakkan kemungkinan untuk menang.

Kemenangan bukanlah sesuatu yang mustahil dan semata-mata suatu khayalan, tetapi berdasar maklum balas semua Dun yang kita tandingi semua positif.

Beliau juga jangkakan pertandingan banyak penjuru.

9:25 Giliran Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapan.

Beliau berkata, PRN11 ini menyaksikan gerak kerja PAS semakin teratur. Dalam 11 Dun yang diputuskan, 50 peratus calon muda dan paling muda 25 tahun.

Lapan dari calon adalah pemegang Ijazah dan mereka melepas jawatan untuk bertanding.

Tuan Ibrahim menegaskan Sarawak harus diberi 20% royalti minyak.

Sumber HD - 6-4-2016

 

PRN Sarawak: Presiden PAS isytihar calon malam ini























































































































HARAKAHDAILY | .




BINTULU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di sini kira-kira 1.00 tengah hari tadi untuk mengisytiharkan calon-calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, malam ini.

Pemimpin utama yang turut bersama beliau ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

Majlis yang bermula jam 8.00 malam itu diadakan Hotel Kemena, Medan Asy-Syakirin.

Antara pemimpin PAS yang akan berucap nanti ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pengarah Jawatankuasa Induk PRN Sarawak, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

PAS sebelum ini mengumumkan akan bertanding 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut. - HARAKAHDAILY 6/4/2016

Sumber HD - 6-4-2016

PRN Sarawak: PAS sahkan letak calon bukan Islam

HARAKAHDAILY | .



MIRI: PAS Sarawak buat julung kalinya akan meletakkan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Negeri Sarawak namun, identiti calon itu hanya akan didedahkan kemudian.

Calon bukan Islam itu adalah antara 11 calon PAS yang akan diletakkan, dalam usaha untuk bertapak dalam  politik Sarawak, pada pilihan raya negeri ke-11.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili mengesahkan buat julung kalinya parti "Pengumuman rasmi kesemua 11 calon, termasuk calon bukan Islam itu dan satu-satunya calon wanita, akan diumumkan malam ini di Bintulu," katanya.

Mukhtar berkata kali ini calon-calon PAS daripada pelbagai latar belakang dan merupakan profesional daripada syarikat multinasional, pesara, usahawan dan bekas penjawat awam.

"Kami telah turun padang ke seluruh Sarawak menerusi program kami dipanggil "Untukmu Sarawak" yang telah dilaksanakan pada 2014 dan berdasarkan maklum balas, kami yakin yang kami ada peluang," katanya.

Bagi pilihan raya negeri ke-11, PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini mengumumkan DUN akan dibubarkan pada 11 April ini bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11. – HARAKAHDAILY 6/4/2016

Sumber HD - 6-4-2016
























































































































PRN Sarawak: PAS letak 11 calon termasuk bukan Islam

Posted on Tuesday, April 05 @ 19:34:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Buat julung kalinya, PAS akan meletakkan seorang calon bukan Islam pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili akui ia usaha pihaknya untuk bertapak dalam politik Sarawak. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon itu.

"Pengumuman rasmi kesemua 11 calon, termasuk calon bukan Islam itu dan satu-satunya calon wanita, akan diumumkan esok malam di Bintulu," katanya lapor Bernama.

Calon-calon PAS dikatakan daripada pelbagai latar belakang dan merupakan profesional daripada syarikat multinasional, pesara, usahawan dan bekas penjawat awam.

"Kami telah turun padang ke seluruh Sarawak menerusi program kami dipanggil "Untukmu Sarawak" yang telah dilaksanakan pada 2014 dan berdasarkan maklum balas, kami yakin yang kami ada peluang," katanya lagi.

PAS akan bertanding di Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju, yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri yang baharu.

Sebelum ini, pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS hanya bertanding di lima kawasan iaitu Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Ketika ditanya tentang cadangan Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk bertanding, Mukhtar menyifatkan percubaan itu tidak akan menjejaskan parti Barisan Nasional (BN) bahkan meningkatkan peluang mereka untuk menang.

Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dipetik sebagai berkata bahawa parti itu akan bertanding di 13 kerusi dalam pilihan raya negeri.

Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka dibubarkan pada 11 April ini bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11.

Sumber TKO -5-4-2016



Pas tiada masalah Amanah tanding 13 kerusi
Posted on Tuesday, April 05 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad memaklumkan bahawa parti itu tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) menetapkan untuk bertanding sebanyak 13 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh Amanah tersebut merupakan salah satu daripada proses demokrasi dan Pas sentiasa bersedia dalam menghadapi PRN  selepas ini.

"Tak apa. Itu demokrasi dan (Pas) tak ada masalah," katanya ringkas ketika ditanya wartawan hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding sebanyak 13 kerusi pada PRN Sarawak.

Dalam pada itu, Idris memaklumkan bahawa jentera Pas telah lama bersiap-sedia dan kerja-kerja bagi menghadapi PRN Sarawak juga telah digerakkan oleh pimpinan parti tersebut.

"Insya-ALLAH, kita akan lawan habis-habisan dan kita juga telah lama memulakan gerak kerja utk PRN Sarawak,"katanya. 
Sumber TKO - 5-4-2016

Sejarah PAS Sarawak: Makin diterima di Bumi Kenyalang

MUHTAR SUHAILI | .


SEJARAH PENYERTAAN PAS DALAM PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK - PAS SEMAKIN DITERIMA DI BUMI KENYALANG (SIRI 2)

PAS mengambil pendekatan secara ijtihad untuk menerima amalan demokrasi yang sedia ada. Perlembagaan PAS jelas menegaskan bahawa dalam mencapai tujuan dan cita-cita PAS, ia akan melakukannya dalam batasan Undang-undang Negara dan Perlembagaan Negara sama ada dalam aktiviti dalamannya ataupun aktiviti politik dan dakwahnya (Fasal 6, Perkara 11).

PAS mengambil pendekatan muwajahah silmiyah dengan menyertai dalam bentuk parti politik untuk memperbaiki sususan serta institusi masyarakat, politik, keadilan ekonomi dan negara bersesuaian dengan dasar Islamnya (Fasal 6, Perkara 4).

Bertitik-tolak dari inilah maka PAS terus konsisten berpartisipasi di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak meskipun tewas kesemua ketiga-tiga kerusi dalam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pertama yang disertai buat julung kalinya pada tahun 2001.

Tahun 2004 berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 yang merupakan pilihan raya yang sukar buat pembangkang. PRU Ke-11 menyaksikan pembangkang tewas teruk apabila Barisan Nasional (BN) di bawah era Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) tampil dengan imej "Mr Clean" dan pelbagai janji-janji pembaharuan (yang akhirnya gagal dilaksanakan).

Dalam Pilihan Raya Umum tersebut sebagaimana PRU sebelumnya, PAS bertanding di satu kerusi iaitu di P.200 Batang Sadong dengan menampilkan Pesuruhjaya PAS Sarawak ketika itu, Tuan Haji Adam Ahid (Almarhum) menentang Datuk Patinggi Adenan Satem (sekarang Ketua Menteri Sarawak) dengan keputusan seperti berikut:

P.200 BATANG SADONG
BN - Datuk Patinggi Adenan Bin Satem (10,767 undi)
PAS - Haji Adam Bin Ahid (1,035 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 9,732 undi.

Selanjutnya pada tahun 2008 di dalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12, PAS dengan persetujuan rakan dalam Barisan Alternatif (BA) beralih ke Parlimen P.201 Batang Lupar di mana DUN Beting Maro terletak di bawah Kawasan Parlimen tersebut. Kali ini PAS Sarawak meletakkan Ketua Pemudanya ketika itu, Abang Eddy Allyanny sebagai calon dengan keputusan seperti berikut:

P.201 BATANG LUPAR
BN - Datuk Rohani Abdul Karim (11,015 undi)
PAS - Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (2,923 undi)
BEBAS - Ali Semsu (250 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 8,092 undi.

Di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pula, PAS terus mengorak langkah ke hadapan dan bertanding di 5 Kerusi Parlimen. Kali ini PAS telah mara dengan lebih meyakinkan dan menyaksikan mendapat undi yang agak baik di Kawasan Parlimen baru yang ditandinginya.

Sebagai contoh di Parlimen Sibuti, PAS yang menampilkan seorang calon anak tempatan berbangsa Iban mendapat jumlah undi yang agak memberansangkan iaitu sebanyak 7,282 undi. Ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan bagi PAS yang pertama kali bertanding di Zon Utara Sarawak.

Berikut adalah keputusan penuh di 5 Kerusi Parlimen yang ditandingi PAS pada tahun 2013:

P.197 KOTA SAMARAHAN
BN - Rubiah binti Wang (24,202 undi)
PAS - Abang Ahmad Kerdee Bin Abang Masagus (6,801 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 17,401 undi.

P.200 BATANG SADONG
BN - Nancy Shukri (13,277 undi)
PAS - Mohamad Bin Jolhi (2,017 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 11,260 undi.

P.206 TANJUNG MANIS
BN - Norah Binti Abd Rahman (12,535 undi)
PAS - Jurina Binti Mut (1,571 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 10,964 undi.

P.207 IGAN
BN - Wahab Dolah (11,896 undi)
PAS - Ajiji Bin Fauzan (1,747 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 10,149 undi.

P.218 SIBUTI
BN - Ahmad Lai Bin Bujang (13,348 undi)
PAS - Muhammad Robby Zaid Bin Tandang (7,282 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 6,066 undi.

Berbalik kepada Pilihan Raya Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang semuanya diadakan secara berasingan dengan Pilihan Raya Kerusi Parlimen.

Menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak ke-9 pada tahun 2006, PAS telah membuat keputusan untuk bertanding dan memfokuskan hanya satu kerusi DUN sahaja iaitu di DUN Beting Maro. Selepas persempadanan semula, PRN Ke-9 menyaksikan pertambahan 9 kerusi DUN baru lagi menjadikan 71 kerusi DUN keseluruhannya.

Penyertaan kali ini membuktikan PAS semakin diterima di Bumi Kenyalang. Keputusan calon PAS di Beting Maro yang hanya tewas dengan majoriti 895 undi sahaja mengejutkan banyak pihak berhubung dengan kemampuan PAS di Sarawak.

Calon PAS Tuan Haji Alem Din berjaya mendapat 40.47 % undi menentang calon BN dari PBB yang merupakan penyandang iaitu Bolhassan Di @ Ahmad Di (sekarang Datuk).

Berikut merupakan keputusan penuh pilihanraya bagi Kerusi DUN tersebut:

N.24 BETING MARO
PAS - Alem bin Din (1,901 undi)
BN - Bolhassan bin Di @ Ahmad bin Di (2,796 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 895 undi.

Mengambil semangat dan keputusan yang sangat menggalakkan di Beting Maro, dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Kali Ke-10 yang diadakan pada 16 April 2011, PAS bukan sahaja bertanding sekali lagi di Beting Maro bahkan bertanding di 5 Kerusi DUN.

Kesungguhan PAS untuk mensasarkan kemenangan sulung pada pilihan raya tersebut amat tinggi. Keputusan menyaksikan PAS terus mendapat sambutan dan meneruskan momentum di Beting Maro dengan hampir menang dan cuma kalah tipis 391 undi.

Selain Beting Maro, PAS bertanding semula di DUN Sadong Jaya (tewas majoriti 2,934) yang pernah ditandingi pada tahun 2001 dahulu di samping 3 Kerusi DUN lain, iaitu DUN Sebuyau (tewas majoriti 2,276), Tanjung Datu (tewas majoriti 3,216) dan Muara Tuang (tewas majoriti 7,843).

Keputusan penuh adalah seperti dinyatakan di bawah:

N.03 TANJUNG DATU
BN - Tan Sri Adenan Satem (4,218 undi)
BEBAS - Gilbert Asson ak Kulong (215 undi)
PAS - Nani Sahari (1,002 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 3,216 undi.

N.15 MUARA TUANG
BN - Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (11,039 undi)
PAS- Noraini Hamzah (3,196 undi).
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 8,843 undi.

N.20 SADONG JAYA
BN - Aidel Lariwoo (4,008 undi)
BEBAS - Mahayudin Wahab (402 undi)
PAS - Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (1,074 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 2,934 undi.

N.22 SEBUYAU
BEBAS - Ali bin Semsu (67 undi)
PAS - Haji Adam Ahid (1,769 undi)
BN - Julaihi Narawi (4,045 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 2,276 undi.

N.24 BETING MARO
BN - Razaili Gapor (3,069 undi)
PAS - Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (2,678 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 391 undi.

Khamis 31 Mac 2016, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuatkuasa pada 11 April 2016. Tarikh Pilihanraya iaitu Penamaan Calon dan Hari Mengundi pula akan ditentukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam masa terdekat.

Pilihanraya Negeri (PRN) Kali Ke-11 turut menyaksikan persempadanan semula melibatkan tambahan 11 Kerusi baru menjadikan 82 Kerusi DUN keseluruhannya. Insya-Allah PAS Sarawak akan bertanding di 11 Kerusi DUN seperti berikut:

N.4 Pantai Damai
N.7 Samariang
N.16 Muara Tuang
N.24 Sadong Jaya
N.27 Sebuyau
N.29 Beting Maro
N.60 Kakus
N.67 Jepak
N.70 Samalaju
N.72 Lambir
N.74 Pujut

Nota: PAS telah melancarkan Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak pada 12 Mac yang lepas di Kuching dan akan membuat Majlis Pengisytiharan Calon pada Rabu, 6 April 2016 di Bintulu yang akan disempurnakan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. Insya-Allah PAS Sarawak akan menampilkan calon-calon berwibawa, profesional dan berdaya saing dalam pilihan raya kali ini.

Misi PAS dalam PRN kali ini ialah untuk menghantar Adun Sulung PAS ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak. Ini bagi memastikan PAS mampu untuk bersama-sama berpartisipasi dalam dewan pembuat dasar dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Rakyat Sarawak sama ada di sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui usaha siasah (politik), dakwah, tarbiyah, kebajikan dan kemasyarakatan.

PAS sebagai sebuah Gerakan Islam komited dengan fikrah perjuangan Islam iaitu untuk memastikan Islam terus terbela, berkembang dan memerintah dunia dengan lembayung rahmat Ilahi. Saya yakin bahawa sesungguhnya masa depan adalah di tangan Islam. Islam adalah agama yang syumul merangkumi persoalan hidup seperti sosial, politik, ekonomi, pendidikan, rumahtangga, akhlaq dan seluruhnya.

Semoga penyertaan PAS dalam PRN Sarawak kali ini bakal membuahkan kemenangan sulung. Berkat jalinan mantap dan kerjasama utuh antara PAS Sarawak dan penggerak PAS dari seluruh negara akan menjadi nadi utama ke arah mencipta kemenangan perjuangan Islam di Bumi Kenyalang. Insya-Allah sama-sama kita usahakan dengan berstrategi dan dengan bantuan Allah SWT kita pasti mampu mencapai kejayaan. – HARAKAHDAILY 1/4/2016

Penulis ialah Setiausaha PAS Sarawak.

Sumber HD - 1-4-2016





























































































































Penduduk tuntut BN tunai janji sebelum mengundi

JOFRI JARAIEE | .


BINTULU: Pengundi di kawasan Jalan Bintulu - Miri dekat Dun Samalaju merayu kepada pihak berkuasa supaya jalan raya menuju ke rumah panjang mereka diturapkan sebelum Pilihan Raya negeri diadakan dalam masa terdekat.

Seramai 3,841 pengundi Samalaju mendiami kawasan tersebut dan merupakan pengundi majoriti di Samalaju. Mereka sudah lama menanti agar jalan raya di kawasan kediaman mereka diturap oleh pihak yang berkenaan.

PAS Samalaju telah dipanggil oleh penduduk berkenaan untuk mengajukan masalah besar mereka di situ kerana percaya kemampuan dan komitmen parti itu sebelum ini yang konsisten mengetengahkan suara rakyat di Bintulu dan terbukti didengari serta diambil tindakan oleh pihak berkenaan atas aduan tersebut.

"Kami sangat mengharap jalan kami diberi segera, jalan ke rumah panjang dari jalan utama tidak jauh. Tapi kenapa masih lagi kami belum dapat?" ujar seorang Tuai Rumah yang enggan namanya disiar.

“Kami tidak akan percaya BN lagi kerana sudah lama berjanji namun jalan tersebut tidak juga dibuat. Kali ini kalau mereka berjanji, kami mohon BN mesti buat semua jalan-jalan itu sebelum hari mengundi". kata seorang Tuai Rumah di sini.

Penduduk di sini sudah memberi kepercayaan dan berharap kepada Penyelaras Dun Samalaju Zharudin Narudin yang banyak menyelesaikan masalah pengundi di Samalaju. Contoh masalah yang telah diselesaikan ialah apabila Bintulu Development Authority (BDA) telah memberi jaminan bahawa jalan raya masuk ke Kampung Kuala Nyalau akan mula dibina pada bulan April.

Aduan telah dibuat oleh PAS Samalaju sebelum ini di akhbar tempatan dan Zharudin sendiri yang berusaha mendapatkan jalan tersebut dibuat oleh BDA.

PAS Samalaju sudah menyusun beberapa projek melalui program Untukmu Sarawak di DUN ini khusus untuk menyelesaikan masalah pengundi dalam kawasan tersebut.

Sementara itu isu yang berkaitan dengan penduduk rumah panjang di Samalaju masih lagi terdapat penduduk tidak dapat bekalan air bersih.

Di era tahun 2016 masih lagi terdapat masyarakat pinggir bandar yang akan menjadi bandar baru industri yang belum lagi dapat bekalan air bersih. Ini berlaku di kebanyakan rumah panjang di kawasan Samalaju yang tidak diberi bekalan air bersih sejak berpuluh tahun lalu malah ada yang mencecah 30 tahun.

Yang lebih menyedihkan, rumah panjang ini hanya berada di tepi jalan dan “water head" juga hanya beberapa meter dari rumah mereka. Penduduk sudah putus asa memohon kepada Ahli Parlimen dan juga Adun yang berkaitan namun tiada tindakan yang dibuat sehingga kini.

Tinjauan PAS hari ini telah mengambil beberapa lokasi di sepanjang jalan Miri-Bintulu yang tidak mendapat bekalan air bersih.

Amat malang lagi ada punca takungan air mereka bakal ditutup kerana projek Pan-Borneo yang merentasi takungan tersebut. Akibat projek jalan raya ini nanti sudah pasti kawasan takungan air mereka tercemar teruk.

PAS Samalaju mengesa pihak berwajib memandang serius perkara ini dengan menyelesaikan masalah mereka dengan segera. Menurut seorang Tuai Rumah yang enggan namanya dikenali berkata "Kami tidak mahu dengar janji dari BN lagi. kalau betul dia hendak buat, buat sebelum hari mengundi." – HARAKAHDAILY 1/4/2016

Sumber HD - 1-4-2016

DUN Sarawak Bubar 11 April

Posted on Thursday, March 31 @ 17:38:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11.


Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang akan menerajui Barisan Nasional Sarawak buat pertama kalinya dalam pilihan raya negeri, membuat pengumuman tentang pembubaran itu pada 2 petangKhamis di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Beliau memberitahu sidang media:" Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, telah bersetuju bagi pembubaran itu."

Adenan sebelum itu menghadap Yang Dipertua Negeri di Astana.

Pengisytiharan pembubaran itu, ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, yang akan menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan pengundian.

Menurut Klausa 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri. 


Sumber TKO - 31-3-2016































































































































Dun Sarawak akan dibubar pada 11 April





























































































































BERNAMA | .


KUCHING: Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11.
  
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang akan menerajui Barisan Nasional Sarawak buat pertama kalinya dalam pilihan raya negeri, membuat pengumuman tentang pembubaran itu pada 2 petang hari ini di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.
  
Beliau memberitahu sidang media: "Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, telah bersetuju bagi pembubaran itu." Adenan sebelum itu menghadap Yang Dipertua Negeri di Astana.
  
Pengisytiharan pembubaran itu, ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, yang akan menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan pengundian.
  
Menurut Klausa 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Ketua Menteri Sarawak kelima berumur 72 tahun itu akan berdepan persaingan sengit.
  
BN menguasai 55 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sekarang, DAP DAP 12 dan PKR tiga. Terdapat seorang wakil Bebas.
  
Pada kali ini, akan terdapat 11 kerusi baharu susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR pada tahun lepas.
  
Adenan telah memanfaatkan kerusi baharu berkenaan untuk menyelesaikan masalah berhubung pengagihan kerusi kepada SUPP dan SPDP serta parti serpihan masing-masing, UPP dan Teras yang mesra BN.
  
Adenan, yang merupakan lulusan undang-undang daripada University of Adelaide, akan menerajui pilihan raya negeri dengan rating sokongan yang amat tinggi, disanjung tinggi bagi tindakan serta perancangan beliau untuk negeri. - Bernama

Sumber HD - 31-3-2016

Sejarah penyertaan PAS dalam PRN Sarawak

MUHTAR SUHAILI | .


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sarawak secara rasminya ditubuhkan pada 25 September 1996 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1416H dengan perlantikan Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi sebagai Pesuruh Jaya PAS Sarawak yang pertama bagi sesi kepimpinan 1995-1997.

Ini bermakna tahun ini 2016 genaplah PAS Sarawak berusia 20 Tahun! Dua dekad PAS terlibat dalam mewarnai usaha dan gerak kerja mengangkat agenda siasah (politik), dakwah dan tarbiyah Islamiyah di Bumi Kenyalang.

Berikut merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak semenjak penubuhannya sehingga kini:
Penaja: Ustaz Mansor Din (Almarhum)
1995-2003: Cikgu Mohd Shokri Mohd Fauzi
2003-2009: Tuan Hj Adam Ahid (Almarhum)
2009-2010: Ustaz Othman Mustapha (meletak jawatan pada 30 Mei 2010)
2010-2015: Tuan Hj Adam Ahid (Almarhum)
2015-Kini: Tuan Haji Jofri Jaraiee.

Pada tahun 2001 PAS telah mencipta sejarah apabila ia merupakan kali pertama melibatkan diri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Sebelumnya PAS Sarawak telah mengukir sejarah bila buat julung kalinya bertanding dalam Pilihan Raya Umum tahun 1999 untuk Kerusi Parlimen iaitu di P.174 Batang Sadong.

Sarawak satu-satunya negeri yang masih menjalankan Pilihan Raya Kerusi Parlimen dan Pilihan Raya Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan.

Keputusan Pilihanraya P.174 Batang Sadong pada Pilihana Raya Umum tahun 1999 adalah seperti berikut:
BN - Hajjah Sukinam Domo (7,656 undi)
KeADILan - Sahari Pet (701 undi)
PAS - Othman Mustapha @ Mos (2,438 undi)
Keputusan: BN Menang dengan Majoriti 5,218 undi.

Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-8 yang diadakan pada 27 September 2001, dengan tema "Kamek Nyokong PAS, Sik Nyokong BN", PAS membuat keputusan bertanding di tiga Kerusi daripada 62 Kerusi DUN pada masa tersebut seperti berikut:
N.07 Samariang
Calon: Mohd Shokri Mohd Fauzi
N.18 Sadong Jaya
Calon: Haji Adam Ahid (Almarhum)
N.21 Beting Maro
Calon: Abang Ahmad Abang Dahalan

Ketiga-tiga DUN tersebut menjadi DUN “angkat” kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu (DUN Samariang), Kedah (DUN Sadong Jaya) dan Kelantan (DUN Beting Maro).

Pada masa kempen pilihan raya 2001, tiga pemimpin utama PAS Pusat terdiri daripada YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul Am (Almarhum), YB Dato' Haji Fadzil Mohd Nor -Presiden (Almarhum) dan YAB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Timbalan Presiden telah turun padang mengetuai perarakan ke pusat penamaan calon di tempat masing-masing.

Sebelumnya pada sebelah malam 17 September 2001, kesemua pemimpin tertinggi tersebut telah mengadakan ceramah pengisytiharan nama calon di tempat masing-masing.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengetuai perarakan di Dun N.07 Samariang. Pusat Penamaan calon bagi Dun tersebut adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Petrajaya II.

Di Dun N.18 Sadong Jaya pula, Presiden PAS Dato' Fadzil Mohd Nor mengetuai perarakan di pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Iboi Maloi.

Sementara itu YAB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan menuju ke Pejabat Daerah Pusa yang merupakan Pusat Penamaan calon di Dun N.21 Beting Maro.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan bahawa inilah kali pertama (tahun 2001) kehadiran PAS di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan ia lebih kepada untuk menyemai benih bagi terus bertapak. Beliau menjelaskan demikian ketika ditanya sejauhmana peluang PAS di dalam Pilihan Raya Negeri Ke-8 tersebut.

Apabila ditanya oleh wartawan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, berkaitan kemungkinan akan berlaku pertembungan antara sesama parti Barisan Alternarif (BA) di DUN Samariang, beliau menjelaskan bahawa itu merupakan perkara teknikal yang sebelum ini telah berlaku.

Beliau memberi contoh bagaimana di dalam Pilihan Raya Umum 1999, pertandingan tiga penjuru telah berlaku di Parlimen P.174 Batang Sadong (seperti dinyatakan di awal tadi).

Sementara itu, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ustaz Hussin Awang yang hadir bersama pasukan bantu dari Terengganu, ketika menyampaikan ceramah perasmian POS UPU Samariang di Kampung Samariang Hulu pada masa tersebut telah menjelaskan:

"PAS bertanding hanya di tiga Dun di Sarawak dalam Pilihanraya Negeri Ke-8 adalah sebagai permulaan untuk bertapak di Sarawak.

“Walaupun kali ini PAS hanya meletakkan tiga calon, ia akan menjadi suara penegur kepada kerajaan yang memerintah. Ini kerana sudah terlalu banyak kesilapan serta kelemahan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN yang dipimpin oleh PBB.

“Oleh itu, amat wajarlah pengundi di Samariang memberi peluang kepada PAS dalam Pilihan Raya kali ini," ujar beliau.

Keputusan calon PAS di Dun Beting Maro dan Sadong Jaya pada Pilihan Raya Negeri tahun 2001 amat memberangsangkan. Namun di Dun Samariang, calon PAS telah hilang deposit dalam satu pertandingan tiga penjuru dengan calon BN (PBB) dan PKR. – HARAKAHDAILY 30/3/2015

Penulis ialah Setiausaha PAS Negeri Sarawak

Sumber HD - 30-3-2016

































































































































PAS umum calon PRN Sarawak 6 April

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 6 April ini.

Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, majlis pengisytiharan calon itu diadakan di Bintulu bermula jam 8.00 malam.

Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding nanti.

PAS meletakkan calon di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRN kali ini iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada 29 Januari lalu memilih untuk mengadakan PRN pada 30 April, manakala tarikh penamaan calon 18 April.

Bagaimanapun, keputusan mengenai tarikh penting itu terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang mengulas cadangan Adnan itu menyatakan sesiapa sahaja boleh mencadangkan tarikh PRN Sarawak.

Beliau berkata, mengikut peruntukan SPR, proses pilihan raya hanya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dun.

"Selagi Dun tidak dibubarkan, SPR tidak akan menentukan tarikh pilihan raya kerana tugas berkaitan pilihan raya hanya bermula selepas itu termasuk urusan tarikh penamaan calon dan pengundian," ujarnya.

Sehingga kini, Adnan masih belum mengumumkan pembubaran Dun. - HARAKAHDAILY 25/3/2016

Sumber HD - 25-3-2016


































































































































PRN Sarawak: Rayuan infaq gerak kerja PAS Bintulu
































































































































M AZWANI ABD RANI | .







PAS Bintulu bakal mencipta sejarah dengan diberi taklifan yang amat berat dengan pertanggungjawaban untuk bertanding di 3 kerusi Dun.

PAS Bintulu yang mula ditubuhkan secara rasmi buat kali kedua pada 2010, belum pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini, dengan hanya membantu jentera rakan tahaluf.

Keberadaan PAS Bintulu semakin dirasai dengan rancaknya kerja siasah, dakwah cakna kebajikan, pendidikan dan ekonomi Islam merangkumi 250 km persegi bermula dari DUN Kemena (sempadan Bakun), hingga ke Pekan Stapang (sempadan Sibu) dan menelusuri Balingian walaupun usia yang masih muda dan jentera yang masih belum berpengalaman luas.

Dengan kemajmukan budaya pelbagai bangsa seperti Vaei, Iban , Penan dan lain-lain, Bintulu merupakan kawasan yang melambangkan kemajmukan sejati yang amat sesuai dengan tema PAS Untuk Semua dan medan dakwah dan siasah cukup luas.

Kepada semua penyokong PAS di seluruh dunia, bantulah kami semaksima mungkin dengan doa dan bantuan sewajarnya agar kerja dakwah dan siasah ini terus subur dan membuahkan hasil kemenangan.

Moga pengumuman calon PAS Sarawak pada 6 April ini di Bintulu, akan menjadi penanda aras bahawa tidak mustahil Adun Sulung PAS pada 2016 ini lahirnya di Bintulu. – HARAKAHDAILY 24/3/2016

Sumber HD - 24-3-2016

PAS kerjasama NGO kemuka Manifesto Untuk Rakyat

JOFRI JARAIEE | .


PAS menerima baik cadangan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kemukakan Manifesto Untuk Rakyat seperti yang dilaporkan dalam media tempatan baru-baru ini.

Antara NGO yang bergabung mengemukakan manifesto itu ialah Save Rivers, Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS), Borneo Resources Institute Malaysia (BRIMAS) dan Jaringan Tanah Hak Adat Asal Sarawak (TAHABAS).

Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Non-Timber Forest Product Malaysia (NTFP), Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS), Gerakan Dayak Sarawak (GASAK) dan Integrated Development for Eco-Friendly and Appropriate Lifestyle (IDEAL).

PAS Sarawak bersedia bekerjasama dengan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini yang ingin mengemukakan Manifesto Untuk Rakyat (MUR) kepada pihak pemerintah.

Kebanyakan isu-isu seperti kos sara hidup rakyat, tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), isu demokrasi dan sebagainya memang antara isu yang diperjuangkan PAS selama ini.

PAS sentiasa terbuka dan bersedia bekerjsama dengan NGO-NGO yang memperjuangkan nasib rakyat. PAS akan berjumpa dengan pihak yang berkenaan sekiranya mereka memerlukan MUR mereka diketengahkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

PAS Sarawak akan bekerjasama dengan NGO berkenaan untuk membuktikan yang PAS memang berjuang untuk semua kaum selama ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Dengan kerjasama ini nanti pasti akan membuahkan hasil yang baik untuk rakyat yang berbilang etnik di negara ini terutama di Sarawak.

PAS menanti pelawaan semua NGO yang bersedia bekerjasama untuk kepentingan semua rakyat Sarawak.

Dengan adanya kerjasama ini akan membolehkan semua pihak dapat mengemukakan masalah rakyat kepada pihak pemerintah dengan lebih berkesan lagi. - HARAKAHDAILY 23/3/2016

Penulis ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Sumber HD - 23-3-2016



Warga Tua lumpuh perlu bantuan bulanan

Posted on Tuesday, March 22 @ 19:31:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



LAMBIR - PAS Lambir yang diketuai oleh Penyelaras PAS DUN Lambir Mohammad Arifiriazul Bin Paijo telah melakukan lawatan ke sebuah rumah di Kampung Jagus di Lambir beberapa hari lepas. Hasil lawatan tersebut, pihak PAS Lambir telah bertemu dengan Pakcik Nanta (KP: 360317135093) seorang warga tua yang lumpuh.

Dia kini tinggal bersama-sama dengan anaknya dan keluarganya di kampung Jagus. Menurut anak beliau, mereka pernah menghantar surat permohonan untuk mendapatkan bantuan bulanan untuk Pakcik Nanta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun permohonan tersebut belum mendapat maklum balas daripada pihak JKM.

Menurut anak beliau, pendapatan keluarga mereka untuk menampung perbelanjaan harian amat terhad dan tempat kediaman mereka pun berada dalam keadaan yang tidak sempurna. Tambah beliau lagi, ayahnya terpaksa menggunakan lampin dewasa sepanjang masa akibat daripada ketidakupayaan beliau untuk bergerak. Mereka sekeluarga terpaksa menanggung beban untuk menyara kehidupan harian mereka sekadar apa yang ada.

Mereka amat mengharapkan bantuan dari badan kebajikan untuk meringankan bebanan perbelanjaan harian mereka sekeluarga. Oleh yang demikian PAS Lambir memohon dan mengesa badan kebajikan dan pihak JKM agar dapat menghulurkan bantuan bulanan serta menyemak semula permohonan keluarga tersebut dengan segera. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

Sumber TKO - 22-3-2016



Bantuan bulanan warga emas tidak diberi perhatian

Posted on Tuesday, March 22 @ 19:25:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



MIRI - Kampung Pujut Tanjung Batu Jalan Miri Bypass atau nama asalnya 'Pujut Rail' merupakan penempatan setinggan di pinggir bandaraya Miri. Kebanyakan penduduk di situ berbangsa Melayu Miriek, Melanau, orang Ulu dari Baram dan juga Iban.

Kebanyakan penduduk di situ adalah peribumi Sarawak dan sudah menetap di situ lebih dari 50 tahun. Walaupun bandaraya Miri merupakan sebuah bandaraya peranginan yang indah dan menarik tetapi masih terdapat lagi rakyat dan penduduk pribumi yang kurang bernasib baik tinggal dalam keadaan daif disebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah yang mampu milik.
Bukan saja rumah terlalu mahal dan mereka juga tidak dapat menikmati kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan termasuk elektrik dan bekalan air bersih. Mereka seolah-olah dianggap sebagai golongan kelas bawahan disebabkan mereka tinggal diatas tanah kerajaan dan dianggap sebagai setinggan walaupun mereka adalah penduduk asal dan juga warganegara Malaysia.

Penduduk asal yang sepatutnya menikmati kemudahan asas dari pihak pemerintah tetapi dipinggirkan disebabkan mereka tidak mampu bersaing dengan pelabur luar yang kaya raya serta mampu membeli tanah dari pihak kerajaan yang sepatutnya penduduk asal diberi geran tanah.

Mereka sudah lama memohon kemudahan asas tersebut tetapi malangnya pemohonan mereka ditolak disebabkan mereka tinggal di penempatan setinggan. Mereka terpaksa menyambung bekalan elektrik dan air dari rumah sebelah yang ada kemudahan tersebut.

Mereka memohon pada PAS agar masalah mereka dapat disampaikan kepada pihak berkuasa untuk diberi kemudahan asas tersebut kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia yang berhak menikmati kemudahan asas dari pihak pemerintah.

Jambatan papan kayu atau titian yang usang menuju ke rumah mereka yang dibina dipinggir sungai juga tidak begitu selamat untuk digunakan sekiranya tidak berhati-hati. Rumah mereka juga dibina menggunakan papan kayu dan papan lapis yang terpakai dan mereka amat memerlukan bantuan dari pihak berkuasa untuk membina rumah yang selesa dan selamat untuk tempat tinggal.

Kita juga mendapat aduan dari warga emas yang masih belum mendapat bantuan bulanan dari badan kebajikan. Mereka sudah lama memohon tetapi tiada sebarang jawapan sehingga kini.

Antara mereka ialah Encik Helmi Bin Majid dan isteri beliau Puan Rashidah Binti Johni dari Kampung Pujut Padang Kerbau, dan juga Encik Pa Bin Keri dari Kampung Pujut Tanjung Batu Jalan Miri Bypass pernah memohon bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat di Miri tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban diterima dari Jabatan Kebajikan berkenaan.

Kita mengesa pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan dapat segera membantu serta menyelesaikan masalah penduduk yang berkenaan dengan sebaiknya kerana mereka adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yang berhak diberi tempat tinggal yang selesa serta bantuan yang sewajarnya. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


Sumber TKO - 22-3-2016


PAS Bersedia Lawan Pakatan Di Sarawak

Posted on Tuesday, March 22 @ 14:31:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR – PAS bersedia untuk melawan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PAN) Sarawak kali ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS bersedia berhadapan dengan Pakatan Harapan dalam pertandingan penjuru.

“Rundingan PAS hanya berlaku dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kita tiada sebarang rundingan dengan DAP dan Parti Harapan Negara (PAN).

“Adapun kemungkinan berlaku pertembungan dengan Pakatan Harapan yang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru, PAS bersedia berhadapan dengannya. PAS bersedia menghadapinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, PAS akan bertanding Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Jepak, Samalaju dan Lambir.

Kata beliau, PAS akan berusaha memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi berkenaan.-mynewshub


Sumber TKO - 22-3-2016







































































































































Bantuan bulanan warga emas tidak diberi perhatian





































































































































JOFRI JARAIEE | .


MIRI: Kampung Pujut Tanjung Batu Jalan Miri Bypass atau nama asalnya 'Pujut Rail' merupakan penempatan setinggan di pinggir bandaraya Miri. Kebanyakan penduduk di situ berbangsa Melayu Miriek, Melanau, orang Ulu dari Baram dan juga Iban.

Kebanyakan penduduk di situ adalah peribumi Sarawak dan sudah menetap di situ lebih dari 50 tahun. Walaupun bandar raya Miri merupakan sebuah bandar raya peranginan yang indah dan menarik tetapi masih terdapat lagi rakyat dan penduduk peribumi yang kurang bernasib baik tinggal dalam keadaan daif disebabkan mereka tidak mampu memiliki rumah yang mampu milik.

Bukan saja rumah terlalu mahal dan mereka juga tidak dapat menikmati kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan termasuk elektrik dan bekalan air bersih. Mereka seolah-olah dianggap sebagai golongan kelas bawahan disebabkan mereka tinggal diatas tanah kerajaan dan dianggap sebagai setinggan walaupun mereka adalah penduduk asal dan juga warganegara Malaysia.

Penduduk asal yang sepatutnya menikmati kemudahan asas dari pihak pemerintah tetapi dipinggirkan disebabkan mereka tidak mampu bersaing dengan pelabur luar yang kaya raya serta mampu membeli tanah dari pihak kerajaan yang sepatutnya penduduk asal diberi geran tanah.

Mereka sudah lama memohon kemudahan asas tersebut tetapi malangnya pemohonan mereka ditolak disebabkan mereka tinggal di penempatan setinggan. Mereka terpaksa menyambung bekalan elektrik dan air dari rumah sebelah yang ada kemudahan tersebut.

Mereka memohon pada PAS agar masalah mereka dapat disampaikan kepada pihak berkuasa untuk diberi kemudahan asas tersebut kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia yang berhak menikmati kemudahan asas dari pihak pemerintah.

Jambatan papan kayu atau titian yang usang menuju ke rumah mereka yang dibina dipinggir sungai juga tidak begitu selamat untuk digunakan sekiranya tidak berhati-hati. Rumah mereka juga dibina menggunakan papan kayu dan papan lapis yang terpakai dan mereka amat memerlukan bantuan dari pihak berkuasa untuk membina rumah yang selesa dan selamat untuk tempat tinggal.

PAS juga menerima aduan dari warga emas yang masih belum mendapat bantuan bulanan dari badan kebajikan. Mereka sudah lama memohon tetapi tiada sebarang jawapan sehingga kini.

Antara mereka ialah Helmi Majid dan isteri beliau Rashidah Johni dari Kampung Pujut Padang Kerbau, dan juga Pa Keri dari Kampung Pujut Tanjung Batu Jalan Miri Bypass pernah memohon bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat di Miri tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban diterima dari Jabatan Kebajikan berkenaan.

PAS mengesa pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan dapat segera membantu serta menyelesaikan masalah penduduk yang berkenaan dengan sebaiknya kerana mereka adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yang berhak diberi tempat tinggal yang selesa serta bantuan yang sewajarnya. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai. – HARAKAHDAILY 21/3/2016

Sumber HD - 21-3-2016

PRN Sarawak: Seruan infak RM11 setiap pemuda Islam

HARAKAHDAILY | .


Pemuda Islam adalah harapan agama dan kekuatan perjuangan. Mari buktikan kecintaan kita kepada usaha dakwah dan jihad meninggikan kalimah Allah di negara tercinta.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melancarkan kempen besar-besaran agar ribuan pemuda Islam di seluruh negara bersegera menyumbang untuk kemenangan PAS di PRN Sarawak nanti.

Kita mungkin terlalu sibuk dengan kewajiban yang banyak. Justeru Allah maha mengetahui bagaimana memudahkan anda untuk turut bersama menyertai dan mengecapi ganjaran besar jihad di akhirat nanti. Ia adalah infak dan sumbangan harta untuk perjuangan di jalanNya.

Pastikan anda tidak ketinggalan. Kempen sekurang-kurangnya RM1 untuk setiap Dun yang akan ditandingi PAS nanti adalah untuk anda dan kita semua.

JOM sertai kafilah perjuangan!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua DPPM - HARAKAHDAILY 20/3/2016

Sumber HD - 20-3-2016






































































































































DUN Sarawak mungkin bubar dalam masa dua minggu

Posted on Friday, March 18 @ 16:40:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PETALING JAYA: Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka dibubarkan dalam masa dua minggu bagi membuka laluan kepada pilihan raya negeri, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu, pemimpin Parti Pesaka Bumiputra, Datuk Peter Minos berkata, pembubaran dijangka berlaku minggu hadapan atau minggu pertama April.

Beliau menjelaskan perkembangan ini ekoran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem telah mencadangkan tarikh penamaan dan pengundian pada 18 dan 30.

“Pada ketika ini, petunjuknya pilihan raya akan diadakan pada April. Namun SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) akan mengambil kira faktor seperti keselamatan, cuaca dan persiapan, maka tarikh tidak semestinya 18 dan 30 April,” katanya kepada portal itu semalam.


“Ketua Menteri belum sedia memaklumkan perihal pembubaran DUN. Beliau masih perlu menyelesaikan masalah antara empat parti yang bertelingkah mengenai kerusi dan calon,” kata Minos.

Beliau merujuk kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan pecahannya Parti Rakyat Bersatu (UPP), serta Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan pecahannya, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

SUPP dan SPDP, kedua-dua partinya komponen BN, enggan menyerahkan kerusi masing-masing kepada parti-parti pecahan.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meramalkan pilihan raya akan diadakan pada Mei.

“Saya fikir pilihan raya barangkali akan diadakan seawalnya pada 7 atau 14 Mei,” katanya.

Sumber TKO - 18-3-2016

PRN Sarawak: Dun Beting Maro perlu diwakili PAS

SARINA ISMAIL | .


PAS Sarawak perlu menang di beberapa Dun yang ditandingi untuk membawa suara serta membela rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan sedikit masa lagi.

Dun Beting Maro antaranya perlu diwakili oleh pembangkang (PAS), memandangkan terlalu banyak isu rakyat tempatan yang gagal ditangani oleh kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Sekian lama, Kampung Pusa yang dipisahkan oleh Sungai Rimas, telah menggunakan perkhidmatan perahu tambang untuk urusan seharian seperti ke pasar, sekolah, hospital, pembayaran bil-bil setempat, urusan rasmi dan lain-lain.

Walaupun terdapat laluan jalan darat sebagai alternatif namun perjalanannya mengambil masa satu jam berbanding perahu tambang yang hanya sekitar empat hingga lima minit sahaja.

Pada tahun pilihan raya umum kesembilan lagi, kerajaan negeri Sarawak menjanjikan pembinaan jambatan untuk kegunaan penduduk Kampung Pusa, namun sehingga kini (2016), ianya belum lagi menjadi kenyataan.

Menurut Pengarah Pilihan raya PAS Batang Lupar, Abang Hipni Abang Bakri, antara sebab kelewatan pembinaan jambatan tersebut, termasuklah masalah kontraktor yang bersilih ganti dan natijahnya projek terbengkalai dan tidak dapat disiapkan.

"Pada tahun 2014, kerja-kerja pembinaan dimulakan namun terpaksa diberhentikan kerana subkontraktor menggunakan besi rumah sebagai cerucuk, akhirnya tidak lulus.

"Pada tahun 2015, ambil pula subkontraktor ketiga dan dianggarkan siap pada Ogos 2016 namun dengar khabar pula minta dilanjutkan hingga Oktober 2016. Tapi itu pun belum tentu siap," maklumnya pada wakil Harakah.

BERITA LANJUT DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2131 EDISI JUMAAT DI PASARAN.

Sumber HD - 17-3-2016











































































































































Rakyat Sarawak tidak rasa janggal dengan PAS









































































































































ROY RASUL | .




PAS dikenali di Sarawak bukan kerana PRN Sarawak. Bahkan bukan sehari dua ia melekat di hati rakyat Sarawak. Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika diwawancara mengakui rata-rata rakyat Sarawak tidak berasa janggal dengan PAS.

HARAKAH: Salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak yang menjadi harapan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak April nanti adalah Beting Maro. Bagaimana pandangan Dewan Muslimat PAS terhadap kerusi tersebut?

USTAZAH NURIDAH: Bila menyebut anak atau kerusi sulong ia bukan bermaksud PAS hanya berharap untuk menang di satu kerusi sahaja, termasuk kerusi Beting Maro. PAS sebenarnya mengharapkan lebih daripada itu. Mungkin dua, mungkin tiga. Insya-Allah kita akan berusaha ke arah kemenangan PAS di Bumi Kenyalang untuk PRN Sarawak nanti.

Antara Dun harapan PAS ialah Dun yang pernah PAS tandingi sebelum ini. Ini kerana masyarakat setempat telah pun mengenali PAS dan yang pastinya pengundi tidak berasa janggal dengan PAS. Mereka sudah berpengalaman bertemu dengan aktivis-aktivis PAS dan pernah mendengar dan mengenali parti PAS.

Bagaimana rakyat Sarawak boleh mendekati PAS?

Sebenarnya, jentera-jentera PAS daripada Sarawak sendiri dan negeri-negeri pembantu dari seluruh negara telah pun turun mendekati rakyat. Mereka bertemu untuk bermesra bersama rakyat di samping menyampaikan dasar dan hasrat PAS.

Setakat ini apa kesan kepada rakyat apabila PAS memasuki Sarawak?

Rakyat Sarawak sendiri boleh melihat kesan di kawasan-kawasan yang pernah PAS bertanding. Mereka dapati kerajaan BN mula bagi perhatian kepada pembangunan di tempat yang pernah ditandingi oleh PAS. Ini sesuatu yang mengembirakan mereka malah rakyat Sarawak mengalu-alukan keberadaan PAS di tempat mereka.

Apa tindakan PAS seterusnya?

PAS tetap bekerja berterusan dengan mendampingi masyarakat bahkan ia perlu dipergiatkan lagi. Kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat di Sarawak amat perlu dipelopori oleh PAS.

Nampaknya banyak janji dibuat oleh BN tetapi masih banyak hanya janji tinggal janji. Jadi bolehkah rakyat Sarawak menaruh harapan kepada BN dalam PRN kali ini?

Ya memang betul. Kita lihat janji BN samalah sepertimana dibuat BN di tempat lain. Janji tinggal janji itulah yang kita lihat. Bumi Sarawak yang mempunyai pelbagai hasil bumi tidak mampu dijana oleh BN dengan baik dan efisyen. Maka kita tengok hasil bumi dan kekayaan Sarawak berlegar di tangan orang-orang yang mempunyai kuasa sahaja. Oleh sebab itu kita minta PRN kali ini rakyat Sarawak perlu memilih PAS bagi mengubah nasib mereka.

BANYAK LAGI LAPORAN MENGENAI PRN SARAWAK DALAM AKHBAR HARAKAN BIL 2131 EDISI JUMAAT DI PASARAN.

Sumber HD - 17-3-2016

Penduduk rumah panjang tidak selesa masalah saliran

SARINA ISMAIL | .


BAYANGKAN seandainya setiap hari terpaksa meranduk air untuk urusan seharian, ke sekolah, kedai dan sebagainya. Kadang-kala air mencecah sehingga empat kaki apabila berlaku hujan lebat terutama di musim tengkujuh.

Fenomena itu berlaku kepada penduduk Rumah Panjang Jawi di Dun Beting Maro apabila satu-satunya jalan utama kerap ditenggelami air akibat saliran sungai tidak sempurna.

Sungai Undai yang menjadi saliran pengairan ke Loji Air Meludan didapati semakin mengecil dan mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan yang menjadi hubungan utama penduduk rumah panjang berkenaan.

"Masalah ini dah lama, tetapi tiada sebarang tindakan dibuat," komen Edwin anak Silang, 40, yang menjadi penghuni turun temurun rumah panjang tersebut.

Menurutnya, air mula bertakung apabila tiba musim hujan menjelang September sehingga awal tahun. Walau bagaimanapun pada bulan lain, andainya berlaku hujan lebat, perkara sama juga akan berlaku.

"Lepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, kerajaan negeri berjanji akan datang korek sungai dan perbaiki saliran tapi sampai sekarang hanya tinggal janji kosong. Jalan tak diperbaiki, sungai pun tak dikorek," luah beliau lagi.

Masalah berkenaan bukan sahaja menyusahkan kira-kira 200 orang penduduk di situ malah jalan turut rosak, berlubang-lubang dan mengakibatkan kenderaan mereka rosak terutamanya motosikal.

"Bila hujan lebat, air naik sampai empat kaki. Ini menyukarkan mereka yang nak ke sekolah. Ibu bapa terpaksa hantar ke jalan. Jadi terpaksa tinggalkan kerja kebun," sambung Edwin.

Beliau dan penduduk di situ mengharapkan agar masalah yang mereka hadapi dapat diselesaikan segera. Jalan yang rosak diperbaiki dan tanah yang rendah mohon ditambun agar masalah banjir berkenaan dapat diatasi.

"Bila dekat pilihan raya, baru mereka datang, itu pun jenguk-jenguk sahaja. Tak buat apa-apa pun.

"Untuk kali ini, kami semua janji nak sokong PAS sebab kami yakin hanya PAS dapat bantu kami," tambah beliau.

Tinjauan yang dibuat, Sungai Undai yang menjadi saliran utama di situ didapati semakin mengecil.

Pihak Jabatan Saliran tempat berkenaan seharusnya bertindak membaik pulih sungai berkenaan agar masalah yang dihadapi oleh penduduk 70 buah pintu rumah panjang Jawi dapat diatasi.


Edwin menunjukkan kawasan yang sering berlaku banjir yang merupakan jalan utama penduduk setempat. - HARAKAHDAILY 17/3/2016

Sumber HD - 17-3-2016













































































































































PRN Sarawak: Calon PAS ramai muka baru











































































































































MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: PAS tidak menolak hampir seluruh muka baru akan diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangkakan pada bulan April nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali ketika ditemui berkata, calon-calon yang dikenalpasti adalah mereka yang boleh melaksanakan tugas dengan baik.

"Kita tidak menolak hampir seluruh muka baru yang akan bertanding pada PRN nanti.

"Kita telah kenal pasti dan ke semua mereka boleh melaksanakan tugas serta bekerja hingga ke bawah, malah disenangi pengundi," katanya.

Tambah beliau lagi, PAS telah memulakan gerak kerja di peringkat bawah di seluruh kawasan yang dipertandingkan.

"Persiapan semua dah siap termasuk kerja-kerja di peringkat bawah juga telah kita laksanakan.

"Jentera PAS di Sarawak akan menjalankan tugas-tugas mereka di dun-dun tersebut selain dibantu jentera PAS dari semenanjung.

"Setiap negeri ada tugas masing-masing iaitu mereka perlu bertugas, sekarang pun jentera-jentera telah pun berada di Sarawak melaksanakan tugas-tugas mereka," tambah beliau.

Mustafa turut menjelaskan PAS mempunyai potensi di beberapa kawasan apabila sokongan pengundi meningkat jika dibandingkan pilihan raya yang lalu. – HARAKAHDAILY 16/3/2016

Sumber HD - 16-3-2016

PRN Sarawak: PAS ada peluang di 3 Dun

ANIS NAZRI | .


DEWAN Undangan Negeri (Dun) Beting Maro merupakan salah satu kerusi yang dilihat mampu memberi harapan kepada PAS. Terletak dalam Parlimen Batang Lupar, dalam bahagian Sri Aman. Komposisi penduduknya terdiri daripada majoritinya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban. Pada PRN Sarawak ke-10 yang lalu, PAS hampir berjaya menawan kerusi Beting Maro apabila kekurangan hanya 391 undi daripada calon BN, Razali Gapor dan membuktikan pengaruh PAS tetap ada.

Harakah mendapatkan pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkenaan persediaan PAS menghadapi PRN Sarawak yang bakal berlangsung tidak lama lagi, khususnya di Beting Maro.

HARAKAH: PAS dikatakan bakal mempertaruhkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 dengan Dun Beting Maro dikatakan sebagai kerusi harapan PAS. Komen Datuk?

DATUK MUSTAFA ALI: Beting Maro merupakan salah satu kerusi yang PAS mempunyai potensi untuk menang pada PRN kali ini. Ia berdasarkan kepada 'track record' lepas, yang mana ia merupakan Dun yang paling kecil majoriti diperoleh PAS. Ia juga ditambah dengan tenaga kerja sedia ada yang masih bersama PAS dalam menggerakkan kerja-kerja kebajikan di kerusi berkenaan.

Kenapa PAS perlu memenangi kerusi ini?

Bagi PAS, di mana sahaja PAS bertanding, kita mahukan kemenangan. Bukan sahaja di Beting Maro, tetapi juga di kerusi-kerusi lain yang ditandingi PAS.

Soalan lain yang ditanya ialah apakah kriteria yang digariskan PAS dalam memilih calon sebagai wakil rakyat bagi penduduk di Sarawak, bagaimana PAS mendepani masyarakat dengan isu-isu yang melingkari pengundi di Sarawak, bagaimana gerak-kerja yang dilakukan PAS dalam usaha memenangi hati pengundi.

IKUTI TEMUBUAL PENUH DALAM AKHBAR HARAKAH BIL 2131 EDISI JUMAAT DI PASARAN.

Sumber HD - 16-3-2016















































































































































PAS serius untuk menjadi ‘check & balance’ di Sarawak













































































































































HARAKAHDAILY | .


PAS serius di dalam  usaha untuk menjadi "check and balance" (semak dan imbang) di Sarawak.

PAS telah mengerahkan seluruh jenteranya untuk memastikan PAS dapat memenangi beberapa kerusi ADUN pada pilihan raya negeri yang dijangka berlaku pada bulan Mac atau April ini.

PAS akan bertanding pada 11 kerusi DUN dan sudah tentu bukan tujuan PAS untuk membentuk kerajaan.

Walau bagaimanapun PAS tidak akan bersekongkol dengan Barisan Nasional.

PAS akan membawa suara rakyat menentang apa sahaja penyelewengan di samping mempertahankan hal-hak rakyat Sarawak.

PAS akan bersama-sama memperjuangkan kepentingan-kepentingan anak negeri agar Sarawak dapat mencapai kemajuan setaraf dengan negeri-negeri termaju di Malaysia.

PAS juga bukan hanya sebuah parti untuk orang-orang Islam tetapi memperjuangkan nasib semua kaum di Malaysia.

Di negeri-negeri seperti Selangor, wakil-wakil rakyat PAS telah berperanan dengan cemerlang di kalangan masyarakat bukan Islam.

Wakil-wakil rakyat PAS cukup prihatin kepada isu-isu masyarakat bukan Islam seperti bahasa ibunda, pendidikan, perumahan, tanah, kebajikan dan tempat ibadat.

Oleh hal yang demikian tuduhan bahawa PAS hanya memperjuangkan nasib masyarakat Islam adalah tidak benar.

Walaupun belum menang pilihan raya, PAS Sarawak telah menjalankan usaha-usaha untuk membantu rakyat di bawah program seperti projek kemudahan awam dan ekonomi untuk rakyat.

Di atas kesungguhan ini, rakyat Sarawak wajar memberi peluang kepada PAS untuk mewakili mereka pada pilihan raya negeri kali ini.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Naib Presiden PASHARAKAHDAILY 15/3/2016

Sumber HD - 15-3-2016

PRN Sarawak: Permulaan baik, PAS mampu galas amanah

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Ahli PAS kaya dengan semangat yang dibina atas kefahaman perjuangan yang bersendikan Islam, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Atas semangat itu, katanya PAS Sarawak telah berjaya memungut RM516,000 daripada ahli  dan penyokong PAS seluruh negara pada malam pelancaran Untukmu Sarawak sempena pilihan raya negeri tidak berapa lama lagi.

"Insya Allah akan menyusul lagi," ujarnya menerusi laman facebook.

Tambah beliau, ahli PAS sudah ditarbiah, mereka bertanggungjawab untuk menjaga parti.

"Mereka setia dengan parti selagi parti tidak lari daripada dasar perjuangan," tambahnya lagi.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut melahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada PAS Sarawak yang telah melancarkan Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak sempena pilihan raya negeri yang akan diadakan pada masa terdekat.

Beliau kagum dengan kegigihan anak-anak muda terpelajar Sarawak yang menggerakkan projek infra rakyat dan usahawan rakyat yang telah memakan belanja RM200,000 sejak tiga tahun yang lalu.

"Insya Allah, ia permulaan yang baik untuk membuktikan PAS mampu menggalas amanah. Yakin PAS boleh," katanya. - HARAKAHDAILY 14/3/2016

sumber HD - 14-3-2016




























































































































































































































































































PRN Sarawak: Istiqamah Geng Ustaz bersama PAS

HARAKAHDAILY | .


GENG Ustaz mencatatkan sejarah sekali lagi dengan membuktikan bahawa kami sebagai pendokong kuat dan pencinta kepada kepimpinan ulamak dalam PAS apabila menyampaikan sumbangan untuk dana Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Penyampaian ini disempurnakan oleh Presiden Geng Ustaz selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ustaz Norazli Musa dan diterima oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Presiden PAS.

Laungan takbir bergema di dalam dewan sewaktu penyampaian wang tunai berjumlah RM10 ribu itu kepada PAS.

Penyampaian tersebut dilangsungkan dalam Majlis Pelancaran Sejahtera UntukMu Sarawak di Hotel Grand Continental Kuching sempena dengan Majlis Makan Malam bagi persiapan jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan tiba tidak lama lagi.

Malam itu PAS mengumumkan akan bertanding di 11 DUN. Ia diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. DUN tersebut ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir, dan Pujut.

Semoga Allah SWT memberkatikan usaha ini dan diberikan kemenangan kepada PAS dalam usaha menegakkan Islam dan keadilan-Nya.

Terima kasih diucapkan kepada penyumbang dan penderma sehingga Geng Ustaz berjaya merealisasikan tugasan dan tanggunjawab ini.

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
Timbalan Presiden
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz)HARAKAHDAILY 13/3/2016

Sumber HD - 13-3-2016

PRN ke-11 Sarawak: Inilah tawaran PAS

















































































































































HARAKAHDAILY | .


MENJELANG Pilihan Raya Negeri Sarawak Kali Ke-11, PAS melancarkan Tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada Sabtu, 12 Mac 2016/ 3 Jamadil Akhir 1437H di Kuching, Sarawak.

TUJUAN PAS MENYERTAI PRN SARAWAK

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) komited dan konsisten untuk:

1.Menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan yang pelbagai kepada rakyat Sarawak memilih mana-mana calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN).

2.Memperkukuhkan sistem semak dan imbang dalam urus tadbir negeri Sarawak melalui penyertaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, seterusnya memantau perjalanan pentadbiran negeri melalui DUN.

TAWARAN PAS SARAWAK

1.PAS Sarawak akan MEMPERTAHANKAN HAK ANAK NEGERI SARAWAK sebagaimana yang termaktub di dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menyokong dan mendokong usaha mempertahankan hak tersebut mengikut saluran undang-undang dan demokrasi sedia ada.

2.PAS Sarawak komited MEMELIHARA HAK PELBAGAI KAUM, AGAMA DAN BUDAYA di negeri Sarawak. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS tidak akan memberi ruang kepada isu-isu yang mengganggu-gugat hak setiap kaum dan agama di negeri ini dengan mengamalkan budaya harmoni dan sejahtera.

3.PAS Sarawak KONSISTEN MENUNTUT ROYALTI 20% MINYAK DAN GAS.  Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan konsisten menuntut hak tersebut  dikembalikan kepada rakyat Sarawak secara adil dan saksama.

4.PAS Sarawak TEGAS DALAM CAPAIAN MENYELURUH KEMUDAHAN ASAS RAKYAT. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menyuara dan memperjuangkan  hak tersebut untuk dilaksanakan secara menyeluruh untuk rakyat Sarawak.

5.PAS Sarawak SEDIA MENDENGAR ADUAN RAKYAT. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menubuhkan Pusat Aduan Rakyat yang aktif di DUN PAS menang dengan komitmen mendengar suara dari seluruh lapisan masyarakat di DUN berkaitan.

KERUSI-KERUSI DUN

PAS Sarawak akan bertanding di 11 Kerusi DUN berikut:

1.Samariang
2.Pantai Damai
3.Muara Tuang
4.Sadong Jaya
5.Sebuyau
6.Beting Maro
7.Kakus
8.Jepak
9.Samalaju
10Lambir
11.Pujut

PENUTUP

Sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, PAS sentiasa beramanah, berintegeriti dan berpegang kepada janji. Sekiranya calon-calon PAS terpilih sebagai ADUN, kami akan berusaha sedaya-upaya menyempurnakan kesemua tawaran yang telah dijanjikan. – HARAKAHDAILY 13/3/2016

Dikeluarkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS).

Sumber HD - 13-3-2016
















































































































































Bersejarah: Mesyuarat penuh AJK PAS Pusat di Sarawak

HARAKAHDAILY | .


HARI BERSEJARAH: KALI PERTAMA MESYUARAT PENUH AJK PAS PUSAT DIBUAT DI SARAWAK

Alhamdulillah atas segalanya. Hari ini 12 Mac 2016 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1437H adalah hari bersejarah! Buat pertama kalinya sejak 65 tahun Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mesyuarat Penuh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat diadakan di Borneo dan ianya bertempat di Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang.

Usrah dan Mesyuarat Bulanan PAS Pusat Kali Ke-10 sesi 2015-2017 ini dipengerusikan oleh Dato' Seri Presiden, Tuan Guru Sheikh Abdul Hadi Awang di Bilik Mesyuarat Orkid Norma 2, Hotel Grand Continental Kuching. Dan seperti bulan-bulan sebelumnya, keahlian PAS kian bertambah dan bulan ini PAS Pusat meluluskan 3,215 Permohonan Keahlian Baru! Allahu Akbar, Wa lillahil hamd! Teruskan perjuangan liridhalLah.

Mesyuarat ini juga diadakan di sini sempena Majlis Pelancaran Tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak menjelang Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11 yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Mesyuarat adalah tuntutan di dalam Islam dan di situlah berkatnya dalam keputusan berjamaah. Pelbagai perkara, agenda dan isu dibincangkan serta beberapa keputusan dan ketetapan telah disepakati.

Sepertimana biasa, mesyuarat PAS Pusat telah dimulai dengan usrah yang dipimpin sendiri oleh Tuan Guru Presiden. Usrah kali ini membincangkan tafsir Surah Al-Hadid ayat 26-27 dan kaitannya tentang kepimpinan dan perjuangan gerakan Islam.

Allah Ta'ala berfirman tentang kisah kenabian yang penuh 'ibrah dan perbezaan kedudukan orang yang beriman dan orang yang fasik:

{وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا وَإِبْرَاهِيمَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ فَمِنْهُمْ مُهْتَدٍ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (26) ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَى آثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الإنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (27)

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh dan Ibrahim dan Kami jadikan kepada keturunan keduanya keNabian dan Al-Kitab, maka di antara mereka ada yang menerima petunjuk dan banyak di antara mereka fasik. Kemudian Kami iringkan di belakang mereka Rasul-rasul Kami dan Kami iringkan (pula) Isa putra Maryam; dan Kami berikan kepadanya Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutinya rasa santun dan kasih sayang. Dan mereka mengada-adakan rahbaniyah, padahal Kami tidak mewajibkannya kepada mereka, tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka pahalanya dan banyak di antara mereka orang-orang fasik."

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah al-Anfaal, ayat 46).

Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya! Islam pasti akan menang dan sungguh kemuliaan kita kerana Islam. Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan!

Catatan:
Muhtar Suhaili As-Sarawaki
AJK PAS Pusat & Setiausaha PAS Sarawak - HARAKAHDAILY 12/3/2016

Sumber HD - 12-3-2016


PRN Sarawak: Peluang PAS bukti bukan untuk orang Islam sahaja

HARAKAHDAILY | .


Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak yang boleh diadakan pada bila-bila masa adalah peluang bagi PAS menegaskan sekali lagi ia bukan sekadar parti untuk orang Islam sahaja.

PAS dijangka akan bertanding di kerusi-kerusi Dun di mana orang Islam bukan majoriti.

Ia berbeza dengan pandangan sebelum ini bahawa PAS hanya boleh bertanding di kerusi-kerusi di mana peratus orang Islam melebihi 50 peratus.

Malah terdapat mereka yang berpandangan PAS hanya boleh bertanding di kerusi-kerusi di mana orang Islam melebihi 80 peratus.

Pada PRN Sarawak kali ini, PAS akan menegaskan ia juga boleh berperanan dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Memperjuangkan nasib dan masa depan mereka seperti dilakukan untuk masyarakat Islam serta memahami keperluan dan aspirasi mereka.

Sejak 2008, Exco, wakil rakyat dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan PAS di Selangor telah berperanan dengan jayannya di dalam masyarakat di mana peratus orang bukan Islam adalah tinggi.

Walau bagaimanapun, PRN Sarawak merupakan satu peluang lagi untuk menegaskan semula peranan PAS itu kepada rakyat.

Peranan PAS ini adalah selari dengan konsep rahmat untuk semua yang dibawa oleh Islam sejak 1,400 tahun dahulu.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Naib Presiden PAS
11 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 11/3/2016

Sumber HD - 111-3-2016




















































































































































Ketua Menteri Sarawak gagal pertahan hak rakyat



















































































































































ASLANI M | .


KOTA BHARU: Tan Sri Adenan Satem dianggap belum cukup berwibawa bagi mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak apabila menangguh tuntutan royalti petroleum kepada 20 peratus.

Sedangkan sebelum ini rakyat Sarawak meletak pengharapan tinggi kepada ketua menteri baharu bagi memperjuangkan hak mereka terhadap kerajaan persekutuan.

Pengarah Operasi PAS Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Dr Wan Nik Wan Yussof berkata rakyat negeri tersebut meletak kepercayaan tinggi kepada ketua menteri baharu.

Namun katanya harapan itu nampaknya tidak mampu menjadi kenyataan apabila tiba-tiba ketua menteri mengumumkan menangguh tuntutan royalti petroleum 20 peratus.

“Pengumuman itu amat mengecewakan rakyat kerana usulnya mengenainya telah dilulus di persidangan Dun Sarawak lebih setahun lalu,” katanya di sini.

Pada 6 Mei 2014 Dun Sarawak meluluskan usul bagi memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti minyak dan gas daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus.

Usul dibentang Abdullah Saidol (BN-Semop) mendapat sokongan sebulat suara 68 anggota dewan yang hadir.

Bagaimanapun malangnya pada 31 Januari lepas Adenan mengumumkan menangguh tuntutan royalti minyak 20 peratus dengan alasan kejatuhan harga minyak dunia yang menjejaskan kewangan kerajaan pusat.

Dr Wan Nik berkata apabila seorang ketua menteri tidak mampu mempertahan usul yang dilulus di Dun, kewibawaannya hilang di mata rakyat.

“Oleh itu rakyat Sarawak perlu membuat perhitungan baharu dengan memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dan tegas mempertahankan hak rakyat Sarawak.

“Sudah 53 tahun Sarawak berada di bawah kerajaan BN namun masih lagi banyak ketinggalan berbanding negeri lain biar pun buminya kaya sumber asli,” katanya.

Katanya juga rakyat Sarawak perlu ada kesungguhan untuk keluar daripada penguasaan BN dengan memilih parti yang benar-benar ada prinsip dan perjuangan. – HARAKAHDAILY 25/2/2016

Sumber HD - 25-2-2016

PRN: Petugas seluruh negara bantu PAS Sarawak

ASLANI M | .


KOTA BHARU: Bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi PAS Sarawak turut dibantu jentera pilihan raya PAS dari seluruh negara.

Selain itu PAS Sarawak juga menganjurkan bengkel strategik pilihan raya yang diadakan di Bintulu pada Oktober tahun lepas.

Pengarah Operasi PAS PRN Sarawak Dr Wan Nik Wan Yussof berkata bengkel tersebut diadakan membabitkan 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang bakal ditandingi PAS pada PRN nanti.

Katanya melalui bengkel tersebut PAS Sarawak boleh melakukan persiapan awal bagi menghadapi PRN dengan lebih teratur dan tersusun.

“Gerak kerja pilihan raya sudah bermula sejak tahun lepas. Sekarang kita memperkemaskan lagi jentera dengan bantuan petugas-petugas PAS dari seluruh negara.

“PAS negeri-negeri sudah menghantar petugas sejak 1 Februari lepas bagi membantu gerak kerja pilihan raya di kawasan yang bakal ditandingi PAS,” katanya dihubungi di Kuching.

Bagaimanapun petugas pilihan raya PAS Kelantan sudah berkampung di Sarawak sejak 15 Januari lepas di mana mereka bertugas secara bergilir-gilir.

Begitu juga jentera pilihan raya PAS Selangor dan Terengganu sudah menghantar jentera pilihan raya secara berkala sejak awal lagi. – HARAKAHDAILY 16/2/2016

Sumber HD - 16-2-2016




















































































































































Menunggu “anak sulung” PAS di Sarawak





















































































































































ASLANI M | .


KOTA BHARU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan diadakan tidak lama menjadi detik ditunggu bagi melahirkan “anak sulung” PAS di bumi Kenyalang.

Realiti itu tidak dapat dinafikan berdasar peningkatan pengaruh PAS pada PRN 2011 berbanding PRN 2006.

Pengarah Operasi PAS PRN Sarawak Dr Wan Nik Wan Yussof berkata PAS kalah dengan majoriti tipis hanya 391 undi pada PRN 2011 di Dun Beting Maro.

Sedangkan pada PRN 2006 pencapaian calon PAS di Dun terbabit dengan majoriti 895 undi.

“Ini memperlihatkan pengaruh PAS semakin meningkat di Sarawak. PRN kali ini kemungkinan besar hasrat untuk melahirkan anak sulung PAS tidak boleh dinafikan lagi.

“Kalau ada bonus tambahan kemungkinan PAS boleh melahirkan anak kembar di Sarawak. Ini harapan PAS Sarawak,” katanya ketika dihubungi di Kuching hari ini.

Pada PRN 2011 PAS bertanding di empat lagi Dun iaitu Sebuyau, Saadong Jaya, Tanjung Datu dan Muara Tuang. Sedangkan pada PRN 2006 PAS hanya meletak seorang calon.

Dr Wan Nik juga berkata biar pun faktor Ketua Menteri Sarawak baharu, Tan Sri Adnan Satem memberi kelebihan kepada BN, namun banyak isu lain yang tidak diselesaikan sehingga sekarang.

Katanya isu hak tanah adat (NCR) berlarutan begitu lama tidak mampu diselesaikan kerajaan BN biarpun ketua menteri silih berganti.

“Tidak nampak kesungguhan kerajaan BN mahu menyelesaikan isu berkenaan. Biarpun rakyat marah, namun setiap kali menjelang pilihan raya rakyat dipujuk dengan pelbagai janji manis.

“Kali ini situasinya begitu berbeza selepas mereka dibebani dengan GST. Kos kehidupan rakyat meningkat sekarang,” ujarnya yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 15/2/2016

Sumber HD - 15-2-2015

PAS Sarawak serah nama calon kepada Pusat

SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Senarai calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak telah diserahkan kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS negeri sudah memuktamadkan nama-nama calon yang akan bertanding dalam pilihan raya itu nanti.   

"Saya pun sudah dimaklumkan nama calon yang akan bertanding, tapi tidak boleh bagitahulah. Negeri sudah hantar nama kepada Majlis Syura akan mesyuarat Februari ini untuk diluluskan dari segi kelayakan calon tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, Majlis Syura Ulamak akan memutuskan nama-nama yang layak bertanding dan sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan PAS akan umumkan mereka yang bertanding pada bila-bila masa sahaja.

"Calon-calon yang dipilih ini sudah bergerak (bekerja) sekian lama malah mereka tahu mereka antara nama yang dipilih," katanya ketika dihubungi.

Beliau turut memaklumkan, calon-calon yang disenaraikan adalah seratus peratus anak Sarawak antaranya seorang calon dalam kalangan muslimat dan seorang calon bukan Islam.

Dari segi jentera pilihan raya, menurut Mustafa, ianya sudah digerakkan di semua peringkat sama ada kawasan mahupun di negeri.

"Pilihan raya Sarawak kaedah bekerja seperti kita bekerja dalam pilihan raya kecil semua negeri akan turun bantu dan terlibat termasuklah di peringkat Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat," katanya.

Terdahulu, PAS bersedia meletakkan calon di 11 kerusi pada PRN kali ini iaitu 9 daripada kerusi itu merupakan kawasan lama Dun Sarawak, manakala baki 2 lagi kerusi merupakan kawasan baharu Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dun di negeri ini.

Dalam pengumuman sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mencadangkan supaya penamaan calon bagi pilihan raya negeri diadakan pada 18 April dan pengundian pada 20 April.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian sebaik sahaja Dun dibubarkan. - HARAKAHDAILY 4/2/2016

Sumber HD - 4-2-2016





















































































































































Adenan berhak cadang 'tarikh pilihan raya lebih awal'

VOON MIAW PING | .


KUALA LUMPUR: Keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk membuat 'pengumuman awal' mengenai cadangan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11, telah menggemparkan seluruh penduduk Kuching.
  
Meskipun, sudah menjadi kelaziman bagi beliau untuk membuat keputusan yang berani, Adenan bagaimanapun berjaya mengejutkan hadirin pada satu majlis di Santubong, Sarawak pada Jumaat malam, apabila mengumumkan secara terang-terangan mengenai tarikh PRN ke-11 yang dicadangkan pada 30 April manakala penamaan calon pada 18 April.
  
Beliau dilihat menyimpang daripada norma kebiasaanya, iaitu lebih suka menyimpan rahsia mengenai tarikh keramat berkenaan dan pengumuman tersebut, telah diterima secara positif oleh rakyat sama ada di dalam atau pun di luar bidang politik.
  
Penganalisis sains politik Prof Madya Dr Jeniri Amir berpendapat, pengumuman itu memberi dua petunjuk iaitu, pemimpin negeri berusia 71 tahun itu bukan sahaja berkeyakinan memenangi PRN ke-11, namun yakin untuk memperoleh kemenangan dengan majoriti lebih besar.
  
Kedua, katanya, Barisan Nasional (BN) negeri sudah bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.
PRN ke-11 ini, bakal menjadi pilihan raya negeri pertama yang dipimpin oleh Adenan sebagai Ketua Menteri.
  
"Apa yang boleh saya katakan ialah beliau (Adenan) mempunyai keyakinan. Dengan memilih untuk mendedahkan beberapa bulan lebih awal tarikh yang dicadangkan itu, Adenan juga berhasrat untuk menghentikan semua spekulasi mengenai tarikh berkenaan," kata Dr Jeniri yang juga Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
   
Jeniri memberitahu Bernama bahawa pada masa yang sama, pengumuman itu juga menguntungkan semua parti politik, iaitu memperoleh peluang sama rata serta masa yang mencukupi untuk memperlengkapkan jentera masing-masing bagi menghadapi acara yang dinanti-nantikan itu.
  
"Hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya berpendapat, ia patut menjadi pendekatan pada masa depan, untuk mencapai demokrasi yang matang," katanya.
  
Sebagai reaksi segera terhadap pengumuman ketua menteri itu, Suruhanjaya Pilihan Raya berkata hanya badan berkenaan mempunyai kuasa untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, selepas Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan.
  
"Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa SPR akan membuat keputusan berdasarkan tarikh yang dicadang dan dikemukakan oleh Ketua Menteri," kata Dr Jeniri.
  
Menurut Dr Jeniri, tarikh yang diberikan itu juga ditetapkan secara strategik dengan program kedua 'Senada Sejiwa', program kerajaan negeri yang bertujuan untuk memperhebatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.
  
Program ini telah dilancarkan pada awal Januari dan acara kemuncak akan diadakan di Mukah pada 20 Mac depan.
  
"Ini adalah petunjuk jelas bahawa Pilihan Raya Negeri akan diadakan dalam April. Program ini juga akan digunakan bagi mengukur sokongan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah," katanya.
  
Program 'Senada Sejiwa' diperkenalkan buat pertama kalinya, sebagai program pembuka tirai pada PRN ke-10, April 2011.
  
Pada pilihan raya lalu, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi Dun yang dipertandingkan.
  
Sebanyak 82 kerusi Dun akan dipertandingkan dalam PRN kali ini. - Bernama

Sumber HD - 1-2-2016
















































































































































































































































































































Hapuskan kegiatan judi seluruhnya

JOFRI JARAIEE | .


Kegiatan perjudian siber dan lain-lain bentuk perjudian semakin menular sekiranya tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa khususnya pihak keselamatan dalam negeri.

Judi boleh membuatkan seseorang itu ketagih. Ia juga membuatkan seseorang lupa tentang tanggungjawabnya terhadap keluarganya akibat suka berjudi. Ianya juga membawa masalah sosial kepada masyarakat. Bukan sedikit masalah yang berlaku akibat dari kegilaan terhadap perjudian ini sehingga kehidupan penagih judi ini hidup melarat dan tidak terurus.

Berapa ramai keluarga menjadi berantakan akibat dari bapa yang kalah judi sehingga sanggup merompak harta isteri dan anak-anak sendiri. Bukan sedikit kes ragut, bunuh dari kaki judi yang terpaksa mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah untuk mendapatkan duit untuk dilaburkan ke meja judi.

Judi bukan saja boleh merosakan hubungan kekeluargaan tapi ianya boleh merosakkan masa depan remaja terutama sekali mereka yang suka melepak di pusat perjudian.

Dalam Al-Quran sendiri ada menjelaskan bahawa judi itu adalah sesuatu yang haram. Haram bermaksud perkara yang dilakukan pasti membawa kesan keburukan didalam kehidupan. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.” (Al-Baqarah 2:219)

Kita menggesa pihak kerajaan mengharamkan terus apa saja bentuk perjudian dalam negara ini agar rakyat tidak hidup dalam khayalan semata-mata ingin mendapat kekayaan sekelip mata tanpa bekerja keras untuk menyara kehidupan diri dan keluarga mereka. Judi juga boleh membebankan kehidupan serta menyebabkan kaki judi menanggung hutang yang berpanjangan sekiranya mereka kalah dalam perjudian.

Pihak kerajaan sepatutnya mengharamkan semua bentuk kegiatan perjudian dengan tidak memberi sebarang lesen kepada mana-mana premis kerana ianya lebih banyak memberi kerosakan dari kebaikan kepada masyarakat.

Kejayaan pihak polis di bandaraya Miri memerangi habis-habisan sarang kegiatan perjudian siber amat dihargai. Kita yakin sekiranya perkara ini terus dibanteras dari awal ianya boleh membendung kegiatan perjudian siber secara berleluasan terutama dikalangan remaja dan juga orang dewasa yang kaki judi sebagai kegiatan mereka.

Pihak polis juga perlu memperhebatkan operasi terhadap aktiviti-aktiviti perjudian di bandaraya ini dari terus merebak terutama judi dalam bentuk siber. Kita mahu menjadikan bandaraya Miri betul-betul bebas dari sebarang bentuk pusat perjudian.

Negara dan rakyat akan aman dan selamat tanpa judi. Judi boleh merosakkan masa depan anak-anak muda dan juga generasi akan datang. Mencegah lebih baik dari mengubati kalau bukan sekarang, bila? - HARAKAHDAILY 1/2/2016

Penulis ialah Pesuruhaya PAS Sarawak juga Yang Dipertua PAS Miri.

Sumber  HD - 1-2-2016























































































































































PAS Sarawak siap sedia hadapi PRN

IZWAN ABDUL HALIM | .


MIRI: Jentera PAS Sarawak telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa, demikian tegas Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa tarikh PRN adalah pada 30 April.

"Persiapan jentera PAS telah hampir 100 peratus siap untuk menghadapi PRN. PRN Sarawak merupakan suatu platform penting untuk rakyat menunjukkan manifestasi kemarahan kepada BN.

"BN telah mendatangkan pelbagai bebanan hidup kepada rakyat dengan peningkatan kos hidup akibat GST dan kedudukan kewangan negara yang semakin tenat.

"Walaupun PRN ini berasingan daripada PRU, namun jika rakyat masih lagi memberi sokongan kepada BN, ini akan menjadi alasan kepada Perdana Menteri dan BN untuk mengekalkan polisi-polisi yang jelas menzalimi rakyat," ujarnya.

Menurut beliau, PAS Sarawak telah memberi khidmat kepada rakyat di kawasan-kawasan tumpuan di mana yakin rakyat akan menilai kesungguhan tersebut dan menterjemahkan sokongan kepada undi.

Jelasnya, undi rakyat kepada PAS amat penting agar ada wakil di dalam Dun Sarawak yang akan menjadi 'check and balance'.

"Paling penting wakil PAS akan berperanan sebagai semak imbang dalam menentukan dasar-dasar negeri yang lebih adil kepada semua rakyat," terang Arifiriazul. – HARAKAHDAILY 31/1/2016

Sumber HD - 31-1-2016


PRN Sarawak: PAS bertanding di 11 kerusi Dun

BERNAMA | .


KUCHING: PAS akan meletakkan calon di 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan bersedia menentang mana-mana calon termasuk daripada DAP, kata pengarah Pilihan Raya Pas Datuk Mustafa Ali.
  
Beliau berkata sembilan daripada kerusi itu merupakan kawasan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, manakala baki dua lagi kerusi merupakan kawasan baharu Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi DUN di negeri ini.
  
Katanya keputusan PAS untuk bertanding di 11 kerusi tersebut juga telah dibincangkan bersama PKR kerana PAS masih mempunyai hubungan dengan parti itu dan tiada perbincangan diadakan dengan DAP.
  
"Setakat perbincangan dengan PKR, kita tidak mahu ada pertindingan kerusi dengan mereka (PKR), tetapi yang lain boleh bertindih...tiada masalah sebab kita tidak ada hubungan dengan mereka.
  
"Kita akan bertanding di 11 DUN, PAS akan meletakkan calon daripada pelbagai latar belakang termasuk profesional, agamawan dan juga usahawan. Pada PRN Sarawak, PAS juga akan meletakkan seorang calon bukan Islam di kerusi DUN yang baharu diluluskan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
  
Terdahulu, Mustafa bersama beberapa pimpinan PAS pusat dan negeri menghadiri mesyuarat Pilihan Raya Pusat berkenaan PRN Sarawak di sini.
  
Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee dan Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili.
  
Mengulas lanjut, Mustafa berkata PAS Sarawak akan menghantar senarai calon PRN negeri kepada Majlis Syura PAS untuk pertimbangan pertengahan Februari nanti.
  
"Majlis Syura akan semak calon ini, kelayakan mereka untuk bertanding, sebelum meluluskan penempatan mereka. Perbincangan mengenai calon-calon ini akan turut diadakan menerusi perbincangan dengan PAS Sarawak," katanya.
  
Sementara itu, Mustafa berkata pengumuman oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam bahawa PRN negeri akan diadakan pada April amat dialu-alukan.
  
Katanya PAS menjangkakan PRN Sarawak akan diadakan pada Mac tetapi dengan berita yang diumumkan oleh Adenan itu memberi indikasi terbaharu persediaan pilihan raya PAS. - BERNAMA

Sumber HD - 30-1-12016

PRN Sarawak 30 April, Penamaan Calon 18 April - Adenan

Posted on Saturday, January 30 @ 07:34:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu





























































































































































KUCHING: Tan Sri Adenan Satem membuat kejutan pada malam Jumaat apabila mengumumkan bahawa beliau telah mengemukakan tarikh yang dicadangkan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Adenan, beliau sudah bertemu dengan SPR dan memutuskan untuk menetapkan Sarawak bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) pada 30 April ini.

Malah beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak turut mengumumkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon.

Adenan mengumumkan kedua-dua tarikh itu dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Persiapan Menghadapi PRN-11 Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, di sini, malam Jumaat.

"Saya sudah bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memutuskan untuk menetapkan 18 April sebagai tarikh penamaan calon dan hari mengundi pada 30 April," katanya.

Namun Pengarah SPR Negeri, Datuk Takun Sunggah tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut.

Adenan bagaimanapun tidak mengumumkan tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun 2016.

PRN Sarawak yang lalu diadakan pada 2011 dengan menyaksikan BN mengekalkan majoriti dua pertiga DUN Sarawak.

Sumber TKO - 30-1-2016

PAS Sarawak makin relevan, tanding 11 kerusi Dun

HARAKAHDAILY | .


PAS Sarawak memandang serius kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dipetik akhbar sebagai berkata “PAS Kurang Sambutan, Tiada Kerusi Di Sarawak.”

Kenyataan tidak demokratik dan tidak cermat ini sewajarnya tidak dikeluarkan, malah tidak menggambarkan realiti sambutan PAS Sarawak yang semakin mengukuh di Sarawak. Sebaliknya, PAS ingin menasihatkan PKR supaya lebih berwaspada dengan tindakan licik rakannya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP yang baru-baru ini telah ‘mencuri’ beberapa bekas calon PKR dalam pilihanraya lepas dan mengisytiharkan mereka menyertai DAP.

Bahkan DAP juga bercita-cita tinggi untuk merampas banyak kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini dengan mengisythiharkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini.

PAS Sarawak akan bertanding sekurang-kurangnya 11 kerusi DUN pada Pilihan Raya Sarawak yang akan datang termasuk beberapa kerusi bandar yang biasa ditandingi DAP. Perbincangan kerusi ini tidak tertakluk kepada perbincangan dengan Pakatan Harapan kerana PAS bukan sebahagian gabungan tersebut.

Apapun, PAS Sarawak sedia berunding dengan PKR sebagaimana keputusan PAS Pusat yang masih mengekalkan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR. Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri yang lepas PAS telah bertanding di 5 kerusi DUN.

Antara kerusi yang bakal ditandingi oleh PAS dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 akan datang termasuklah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa, Dudong dan beberapa kerusi lagi yang sedang dipertimbangkan.

PAS telah mengembangkan sayapnya ke Sarawak seawal tahun 1996 dan telah bertanding di Bumi Kenyalang ini sejak 2001. PAS kini aktif di 11 kawasan dan mempunyai sekitar 3,000 aktivis yang bersedia bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya negeri.

Program-program PAS di bawah Projek Untukmu Sarawak (UMS) seperti program kebajikan, kemasyarakatan, dakwah dan pendidikan sentiasa digerakkan serta mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan. PAS di Sarawak digerakkan oleh majoriti anak tempatan.

Tiada isu yang membabitkan PAS Parti Semenanjung kerana PAS adalah parti yang berasaskan perjuangan Islam untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Ini terbukti dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam dan memainkan peranan yang penting sebagai hubungan antara kaum dan agama di Sarawak.

Oleh itu, tidak benar sama sekali PAS di Sarawak tidak mendapat sambutan seperti yang dilaporkan oleh akhbar hari ini. Mungkin disebabkan PAS Sarawak kurang mengeluarkan isu yang kontroversi dan kurang mendapat liputan media massa maka kegiatan PAS bersama masyarakat kurang mendapat liputan.

PAS Sarawak lebih memberi tumpuan terhadap isu yang membabitkan masalah rakyat serta melakukan aktiviti kebajikan bersama rakyat. PAS Sarawak juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi kerajaan yang banyak membantu rakyat setelah masalah mereka dilaporkan di media massa.

PAS adalah Gerakan Islam yang memperjuangkan bukan sahaja agenda siasah (politik), tetapi turut memperjuangkan dakwah, tarbiyah, pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan.

Dari segi pendidikan, PAS di Sarawak terus membina mercu tanda dengan kewujudan 28 Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), beberapa institusi pengajian Islam dan pusat-pusat aduan sosial. Pembangunan masyarakat melalui program-program tarbiyah dan aktiviti keagamaan juga terus berjalan.

Dakwah serta islah berstrategi dan bersepadu untuk menarik orang Islam dan bukan Islam di seluruh negara termasuk di Sarawak untuk menyokong Islam yang diperjuangkan oleh PAS akan terus digarap. Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan kekal diperkasakan kerana Islam adalah penyelesaian untuk semua.

PAS akan terus menyusun dan merencana strategi serta sentiasa memperjuangkan isu-isu rakyat, nasional dan antarabangsa. Walaupun PAS Sarawak belum berjaya mendapat sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Sarawak yang lepas, ini bukan bermakna tiada sambutan terhadap PAS kerana rakyat masih memerlukan PAS untuk menyuarakan masalah mereka kepada pihak pemerintah.

PAS Sarawak akan terus istiqamah hingga kemenangan dan terus membela nasib rakyat yang tertindas tanpa mengira bangsa dan agama.

Seluruh Pimpinan dan Ahli PAS akan terus turun padang ke Sarawak bagi membantu persiapan pilihan raya dengan sasaran untuk menghantar Adun sulung PAS ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Dengan kerja keras dan kerjasama semua, misi ini akan mampu direalisasikan dengan izin Allah. – HARAKAHDAILY 22/12/2015

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak

Sumber HD - 22-12-2015

Bahasa Inggeris Di Sarawak : Apa Komen 'Pejuang' Umno Dan Perkasa?

Posted on Monday, November 23 @ 14:55:22 MYT by paktam

Oleh Abu Hassan Adam 

Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak amat berani. Bukan sahaja berani tetapi tegas dalam usahanya melaksanakan dasar menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sarawak seiring dengan Bahasa Malaysia. Sudah dua hari pengumuman tentang hal ini dibuat namun tidak banyak komen yang diberikan terhadap tindakannya itu.
Apakah kerajaan pusat yang terasnya diterajui oleh UMNO bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak itu?

Apakah para pejuang PERKASA yang sentiasa menitikberatkan tentang ‘Melayu’ juga akur dengan perkembangan yang berlaku di Sarawak ini. Dimanakah hilangnya ‘suara-suara’ para pejuang bahasa yang kebiasaannya akan menjerit, terpekik dan terlolong apabila ‘disentuh’ saja tentang soal bahasa dan agama di negara ini.

Bagi aku TS Adenan Satem bukan sahaja berani dan tegas tetapi amat praktikal dalam melaksanakan dasar yang diperlukan bagi kepentingan rakyat Sarawak. “Defending his decision in making English, along with Bahasa Malaysia (BM) as the preferred official language of the state administration, he said it would be unrealistic to expect people in other countries to speak in BM when doing business here. He said this in front of the captains of the industry at the Sarawak Chambers of Commerce and Industry's 64th annual dinner” Malaysian Insider 21 November 2015.

Tambahnya lagi, “We are not living on the moon and I am being practical…..It is not only the language of the Anglo-Saxons. It is the language of the world, not Bahasa Malaysia” Dan kenyataan yang lebih kurang sama telah diucapkan oleh Tun Mahathir pada suatu ketika dahulu. Pernah Tun menyatakan,’ “All journals on advances in science and research are in English. Therefore, if we want to make progress and stay par with the developed world, we must master the English language,” he said in his keynote address at the Malaysia-Africa Summit 2014.(Malay Mail Online 18 September 2015).

Persoalannya sekarang ialah mengapakah setelah setengah abad kita merdeka, baru disedari tentang keadaan ini? Mungkin tidak perlu lagi menangisi keadaan ‘nila setitik yang merosakkan susu se belanga’. Dan orang putih kata, ‘don’t cry over the spilt milk’. Ataupun mungkinkah tindakan TS Adenan Satem ini amat tidak kena dalam soal untuk mewujudkan identiti bahasa dan bangsa Melayu.

Antara pengkritik yang kurang senang dengan tindakan kerajaan Sarawak itu ialah Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia, Datuk Zainal Abidin Borhan yang menyatakan bahawa tindakan TS Adenan Satem itu bercanggah dengan artikel 152 Perlembagaan Malaysia yang berkaitan dengan kedudukan Bahasa Malaysia. Beliau menyarankan agar Ketua Menteri sarawak itu menimbangkan semula keputusan yang telah dibuat.

Saranan beliau itu disanggah pula oleh Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Menteri Perumahan Sarawak yang mengatakan bahawa oleh kerana Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak pernah mengesahkan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, maka katanya Bahasa Inggeris masih lagi bahasa rasmi di negeri itu walaupun menerima Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.

Keadaan di Sarawak berbeza dengan keadaan di Sabah. Mengikut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Salleh Said Keruak bahahwa semenjak tahun 1971 lagi, Sabah telah melaksanakan Baasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Katanya lagi,“In 1971, the state government announced the enactment that we recognise Bahasa Malaysia as the official language…That is why we are different from Sarawak. Sarawak did not do so. This should be emphasised to make the people understand that the official language in Sabah is Bahasa Malaysia,” (Free Malaysia Today 21 November 2015).

Terlintas pula aku tentang pandangan Saudara Lee Kuan Yew ketika ditemui oleh Fareed Zakaria (CNN) pada suatu ketika dahulu yang berkaitan dengan penggunaan bahasa di Singapura. Pada awal pentadbirannya selepas sahaja perpisahan dengan Malaysia, Saudara Lee merasakan bahawa Bahasa Inggeris adalah amat penting sebagai bahasa antarabangsa. Namun para pejuang bahasa Cina dan bahasa lain masih mahu menegakkan bahasa masing-masing. Beliau membiarkan keadaan sedemikian berterusan tetapi memberatkan penggunaan Bahasa Inggeris dan sekolah Inggeris sehinggakan rakyat Singapura dari keturunan Melayu, Cina dan India sedar tentang kepentingan bahasa Inggeris dan mengubah haluan dan menggantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris.

Seingat aku di Tanah Melayu, sebelum dan selepas beberapa tahun selepas merdeka sikap rakyat Malaysia juga begitu. Ramai keluarga Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris dan ‘meninggalkan’ sekolah Cina. Dan begitu juga dengan keluarga Melayu yang sedar tentang kepentingan Bahasa Inggeris telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris sehinggalah aliran kebangsaan diperkukuhkan bermula pada tahun 1970an.

Kini TS Adenan Saten telah mengorak langkah dan pasti ‘mengocakkan’ air yang tenang. TS Adenan Saten berani berbuat demikian atas keyakinannya bahawa tindakannya itu akan menguntungkan rakyat Sarawak yang dipimpinnya. Apatah lagi seolah-olah beliau telah mendapat sokongan padu dari rakyat, termasuk pihak pembangkang.

Namun begitu tindakan beliau agak bertentangan dengan hasrat kerajaan pusat sebagaimana yang dikatakan oleh Datuk Zainal Abidin Borhan. Tentunya rakyat ingin melihat reaksi dari ‘pejuang-pejuang’ UMNO dan PERKASA tentang tindakan TS Adenan Saten ini. Dan gelanggang ini amat sesuai ‘dibuka’ seiring dengan Persidangan Agung UMNO yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Selamat berjuang….
http://abuhassanadam.blogspot.my/

Sumber DD - 23-11-2015 


Sarawak mahu autonomi dalam pendidikan

Posted on Saturday, November 14 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sarawak mahu memainkan peranan lebih besar dalam menentukan dasar pendidikan di negeri itu.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata ketidakselarasan dalam dasar pendidikan telah menyebabkan negeri Sarawak ketinggalan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sudah tiba masanya ia disuarakan sebelum sesuatu dasar ditetapkan.

"Dasar-dasar ‘flip flop' dalam pendidikan kita telah membawa kepada penguasaan yang lemah dalam bahasa Inggeris. Memartabatkan Bahasa Melayu telah mengorbankan bahasa Inggeris.

"Kita tidak mahu hanya menerima dasar-dasar yang tidak konsisten, di mana ia terus berubah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu kemudian kembali kepada bahasa Inggeris semula, jadi apa yang akan jadi seterusnya, Tamil," kata Adenan, merujuk kepada dasar PPSMI yang tidak konsisten dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah.

Penurunan prestasi bahasa Inggeris di kalangan graduan adalah membimbangkan di negeri Sarawak kerana terpaksa menempuh cabaran dalam industri.

Antara isu-isu yang masih belum diselesaikan adalah pengiktirafan kelulusan sekolah persendirian Cina.

Adenan berkata beliau akan meleraikan kekeliruan perkara itu di Dewan Undangan Negeri akan datang pada Disember ini.

Negeri Sarawak mahu UEC diiktiraf untuk menangani trend pakar berpengalaman yang lebih suka keluar negara tetapi Kementerian Pengajian Tinggi berkata kelayakan UEC tidak memenuhi syarat-syarat asas untuk pelajar mendapat tempat di universiti awam.

Walaupun kerajaan mengiktiraf UEC dalam perkhidmatan awam dan melanjutkan pelajaran ke universiti swasta tetapi pengiktirafan dari kerajaan persekutuan amat penting.

Dalam pada itu, kesilapan Kementerian Pelajaran apabila melantik seorang ustaz dari Kelantan sebagai pengetua di SMK Paoh di sebuah sekolah bermajoriti murid di kalangan Dayak di Sarikei harus dikaji semula.

Adenan berkata kerajaan negeri akan campur tangan demi menjaga kepentingan kaum-kaum.

"Marilah kita mengkaji kes ini dengan lebih lanjut sebelum memberi ulasan lanjut," kata Adenan selepas merasmikan majlis Anugerah Khas Sarawak Yayasan Ketua Menteri hari ini.
Sumber TKO - 14-11-2015

PRN Sarawak: PAS Bintulu senarai pendek 4 calon
































































































































































HARAKAHDAILY | .


BINTULU: Menurut YDP PAS Bintulu Ir Azwani, fokus utama PAS Bintulu adalah Dun Jepak dan Samalaju. Empat nama telah disenarai pendek untuk dicalonkan untuk membawa misi kemenangan DUN pertama PAS Sarawak dalam Pilihan Raya umum Sarawak nanti.

“Tiga calon adalah terdiri calon lelaki, manakala seorang wanita merupakan Anak Jati Bintulu dan terdiri daripada pelbagai profesyen, antaranya bekas Pegawai Kanan Bintulu Development Authority (BDA) , Jurutera Kanan Petronas dan Usahawan PKS tempatan. Nama-nama calon akan diumumkan setelah DUN Sarawak dibubarkan nanti,” kata Azwani.

PAS Bintuu akan memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan seperti harga perumahan yang melampau, kos sewa rumah yang tinggi di Bintulu, pencemaran alam sekitar Industri, peluang pekerjaan berkaitan SCORE dan Projek PAN Borneo yang berdekatan di kedua-dua DUN bagi menarik perhatian pengundi.

“Di samping itu PAS Bintulu terus giat dengan program kebajikan bersama rakyat tanpa mengira masa. Walau apa pun pandangan orang ramai terhadap usaha PAS, kerja kebajikan tetap diberi keutamaan tanpa mengira bangsa yang berbagai etnik dan agama di Sarawak,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 5/11/2015

Sumber HD - 5-11-2015

PAS Sarawak siap siaga hadapi Pilihanraya Negeri, adakan Konvensyen ICT dan Media Baru 2015



BINTULU: Penguasaan ICT dan penggunaannya secara strategik, penting untuk memastikan keberkesanan pengurusan PAS di Sarawak dapat di pertingkatkan, kata Setiausaha Agung PAS YB Dato' Takiyuddin Hassan.



Berucap merasmikan Konvensyen ICT dan Media Baru PAS Sarawak pada 31hb. Oktober, 2015 beliau berkata, ICT berjaya menembusi maklumat kepada pengundi bandar, menyebabkan mereka dapat memberikan undi yang sangat baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat tetapi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak, keadaan mungkin berbeza kerana masih banyak kawasan di Sarawak tidak dapat capaian internet.




"Salah satu perkara yang menyebabkan mereka tidak beralih daripada menyokong BN kepada PR adalah kerana mendapat tidak maklumat sebenar daripada usaha-usaha pendokong kita (PAS) yang dibuat melalui internet," katanya kepada lebih 80 peserta yang hadir dari seluruh pelusuk Sarawak.

"Apatah lagi Sarawak berkemungkinan berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang mungkin diadakan hujung tahun ini atau disebut juga pada awal tahun hadapan selepas hariraya Cina, kita ada beberapa bulan sahaja lagi untuk membuat persiapan terakhir termasuk juga dalam bidang ICT dan Media baru ini" kata beliau.


Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 lalu membuktikan pengaruh PAS di Sarawak semakin diterima oleh rakyat negeri ini bila ada DUN yang ditandingi oleh PAS, iaitu Beting Maro hanya kalah dibawah 400 undi sahaja.

Pada pilihanraya Negeri Sarawak kali ini, PAS mungkin bertanding lebih banyak kerusi berbanding dengan 5 kerusi DUN yang ditandingi dulu. Beberapa kerusi baru telah dikenalpasti dan sekarang dalam rundingan peringkat terakhir untuk dputuskan oleh PAS setelah mendapat cadangan daripada PAS Sarawak.


Turut membentangkan kertas kerja adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Hj Rahimin Mustafa yang berkongsi pengalamannya terlibat mengendalikan isu-isu pilihanraya ke-13 di Sabah dan juga pilihanraya negeri Sarawak sebelum ini.

Sementara itu, Shuhaimi Embong Pengarah IT PAS dalam pembentangannya ‘Pendekatan Media kepada pengundi dan kempen menerusi Pengurusan Maklumat dan Rekod Elektronik’ menyebut, menjadi satu cabaran besar kepada pendokong dan penyokong PAS di Sarawak untuk memahirkan diri dalam penggunaan ICT ini kerana kita terpaksa berhadapan dengan blogger dan cybetrooper yang meletakkan persepsi dan imej negatif kepada PAS dan pimpinannya khusus Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.


Konvensyen ini diadakan adalah untuk menggerakkan jentera ICT dan Media Baru di semua peringkat untuk menghadapi PRN Sarawak yang dijangkakan akan berlaku dalam jangka masa beberapa bulan ini selewat-lewatnya pada pertegahan tahun depan.

Kertas-kertas kerja dibentang oleh Jabatan IT PAS Pusat antaranya mengenai perkembangan pesat teknologi digital semasa dan ke arah mengaplikasikan teknologi-teknologi tersebut dalam bengkel-bengkel menjana kemenangan PAS pada PRN Sarawak kali ini.


Dalam sesi bengkel selama dua hari ini, turut diadakan beberapa siri bengkel melibatkan Data & Aplikasi (DataApps) yang memfokuskan kepada Sistem Aplikasi Pilihanraya dan Sistem Aplikasi Pengurusan Organisasi dan Keahlian PAS serta bengkel Media Baru dan Multimedia (MBMM) melibatkan pengendalian Web, Blog, Media Sosial (FB,Twitter dll), WebTV, radio internet Hijau.fm, video offline dan live streaming.


Selain daripada 5 orang petugas-petugas ICT dan Media Baru (Penerangan) daripada setiap DUN-DUN yang disasarkan untuk bertanding, beberapa pimpinan utama PAS Sarawak yang terdiri dari Tuan Haji Jofri Jaraie Pesuruhjaya bersama timbalan-timbalannya, Pengarah Pilihanraya, Ketua Penerangan dan lain-lain turut hadir dalam upacara perasmian dan penutup konvensyen tersebut yang telah melahirkan beberapa resolusi bertindak untuk dilaksanakan.


Dalam ucapan penutupnya, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Hj Jofri Jaraie berharap semua petugas-petugas ICT dan Media Baru (Penerangan) yang hadir tidak mensia-siakan peeluang berkampong selama dua hari ini dan beraharap dengan program yang dicetuskan oleh ICT ini dapat memainkan peranan besar dalam menarik sokongan kepada PAS khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar yang dapat capaian internet untuk mempercepatkan penyebaran maklumat khususnya menerangkan perjuangan PAS untuk memartabatkan perjuangan Islam serta menangkis fitnah oleh pihak lawan di Sarawak.



Sumber PP - 2-11-2015



































































































































































Polis Sarawak bersiap hadapi pilihan raya negeri

BERNAMA | .


KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman telah mengarahkan polis kontinjen Sarawak melakukan persiapan awal untuk menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
  
Beliau berkata persiapan itu termasuk logistik dan kewangan manakala pegawai dan anggota dilengkapi dengan ilmu pengetahuan tentang pilihan raya.
  
"Pegawai dan anggota perlu diberi input dari aspek perundangan dan cara-cara menangani masalah yang dikenal pasti atau yang dihadapi semasa proses pilihan raya diadakan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.
  
Penggal Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak semasa yang mempunyai 71 kerusi akan berakhir menjelang Jun tahun depan.
  
Katanya beliau mengharapkan sifar kejadian yang tidak diingini sepanjang proses pilihan raya negeri kelak.  

Dalam konteks ini, Muhammad Sabtu berkata kerjasama yang mantap dan jitu daripada semua pegawai, anggota dan pegawai awam sangat diperlukan.
  
"Marilah kita bekerja secara berpasukan yang ikhlas dan progresif bagi memacu PDRM ke tahap yang lebih cemerlang, khususnya di negeri Sarawak,” katanya.
  
Sementara itu, beliau berkata indeks jenayah bagi negeri Sarawak pada keseluruhannya menurun sebanyak 915 kes atau 13.45 peratus bagi tempoh Januari hingga 19 Okt lepas berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
  
Katanya, jenayah kekerasan mencatat penurunan sebanyak 116 atau 14.83 peratus sementara jenayah harta-benda menurun sebanyak 799 kes atau 13.27 peratus.
  
Beliau berharap prestasi itu akan berterusan hingga ke hujung tahun ini. - Bernama

Sumber HD - 22-10-2015

New Instruments and Mechanisms from PAS in Upcoming State Elections

(Bahasa Malaysia Dibawah) The Elections Department Sarawak PAS recently visited the PAS contest Seat for reviewing the response to date, local problems and programmatic with them. The tour starting on 5th Septemberin Dun Tanjung Datu, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai, Beting Maro and Belawai which ends on 12th September.

The average response of the people cannot stand with the current cost of living, the price of goods rises, inadequate basic facilities, local infrastructure needs for economic and social development, delay of the government’s project and issues that do not settled, the NCR land issues which become nightmare to the Iban community. Sarawak PAS has compiled a follow-up on all PAS contest seat to bring this problem not only through the media but will face a department or the minister concerned.

This people movement will be led by PAS Sarawak itself to get the solution and way forward on the issues.

Local issues also involve the development of an uneven distribution as an example; Iban at the rural area did not have appropriate access in tandem with some develop area and this can see in Belawai, clean water at low pressure in Beitng Maro and surround, social infra for communities in Tanjung Datu and problems of NCR land through-out Sarawak. Programs and small projects through “Untukmu Sarawak” program has helped to solve these problem continuously



PAS generally has acceptable by the local people especially non-Muslims, is proved through the programs with rave and most welcome in the longhouses. This opportunity has enabled PAS to explain the truth to the people. The yoke of fear that is created by some “opportunist” was disappeared through the direct explanation method to the people. By accepting it, PAS confident that the people of Sarawak has begun to accept and wanted to be part of PAS family. PAS has also made a Sponsor Member of the Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) in all PAS contest Seat. The odds of winning and relevance is because PAS competed in rural area seats.

The visit to others area or seats will continue to Jepak seat and Lambir seat by end of September. Sarawak PAS has compiled a new mechanism to confront opponents in the upcoming state elections with more effective local approach. The objective of the PAS to be a strong opposition and as one the voice in the state assembly will be achieved with the success of this mechanism later.

Zharudin Narudin
Director
The Elections Department Sarawak PAS

Malay Version

PAS Akan Tampil Dengan Mekanisma Dan Instrumen Baru Pilihanraya Negeri.
Jabatan Pilihanraya baru-baru ini telah melawat ke Dun-dun PAS bertanding bagi meninjau respon terbaru, permasalahan setempat dan berprogram bersama mereka. Lawatan yang dimuai pada 5 September lalu bermula di Dun Tanjung Datu, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai, Beting Maro dan Belawai berakhir pada 12 September lalu.

Rata-rata respon masyarakat tidak tahan dengan kos sara hidup, harga barang naik, kemudahan asas yang tidak mencukupi, keperluan infra setempat untuk ekonomi dan sosial, projek kerajaan yang lambat siap dan masalah yang tidak selasai iaitu Isu tanah NCR yang lebih membelengu masyarakat Iban. PAS Sarawak telah menyusun tindakan susulan di kesemua Dun PAS bertanding untuk membawa permasalahan tersebut bukan sahaja melalui media tetapi akan berdepan dengan Jabatan atau menteri berkaitan. Gerakan rakyat ini akan di ketuai oleh PAS Sarawak sendiri bagi mendapat penyelesaian dari pihak terbabit.

Permasalahan setempat juga melibatkan agihan pembangunan yang tidak sekata sebagai contoh; kawasan Iban di bahagian pedalaman tidak mendapat hak sewajarnya dalam pembangunan seiring dengan kaum di kawasan sekitar seperti di Belawai, bekalan air bersih yang rendah tekanan airannya di Beitng maro dan sekitar, infra sosial untuk masyarakat kampong di Tanjung Datu dan masalah pemilikan tanah NCR di keseluruhan Dun-dun tersebut. Program-program dan projek kecil melalui Program “Untukmu Sarawak” telah sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah ini dan program ini berterusan sehingga kini.

PAS secara amnya telah mendapat tempat di hati rakyat terutamanya bukan Islam, ini dibuktikan melalui program-program yang mendapat sambutan hangat di rumah-rumah panjang. Kesempatan ini telah memberi peluang kepada PAS untuk menerangkan agenda PAS yang sebenar kepada rakyat.

Belengu ketakutan yang dicipta golongan-golongan “opportunist” telah ditempias melalui program penerangan terus kepada rakyat. Dengan penerimaan itu, PAS yakin rakyat Sarawak telah mula menerima dan mahu bersama PAS. PAS juga telah membuat Ahli Jawatankuasa Penaja Dewan Himpunan PAS(DHPP) di semua Dun-Dun PAS bertanding. Peluang untuk menang dan relevannya PAS di Sarawak ini kerana PAS bertanding di Dun-Dun kawasan luar Bandar.

Program lawatan ke Dun-Dun ini akan dilanjutkan ke Dun Jepak dan Lambir pada hujung bulan Oktober. PAS Sarawak telah menyusun mekanisma baru untuk mendepani lawan pada Pilihanraya Negeri akan datang dengan pendekatan setempat yang lebih berkesan. Objektif PAS untuk menjadi pembangkang yang kuat dan sebagai salah satu suara di DUN Sarawak akan tercapai dengan kejayaan mekanisma itu nanti.

Sumber BO - 15-9-2015




























































































































































PAS semakin penting dalam politik Sarawak

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUCHING: Keberadaan PAS di negeri Sarawak tidak lagi dipandang enteng, bahkan kekuatannya semakin mendapat perhatian dalam politik negeri ini, kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Jelasnya, walaupun usia PAS negeri baru mencecah 20 tahun, tetapi parti itu melalui perkembangan yang cepat di mana antara hasil dan kekuatannya terlihat pada keputusan pilihan raya.

“Kita hampir memenangi pilihan raya di Dun Beting Maro. Kita betul-betul telah mengejutkan PBB, parti yang memerintah negeri Sarawak dengan capaian undi yang begitu banyak. Akhir sekali parti pemerintah telah mengubah sikap mereka terhadap PAS.

“Beting Maro telah memperolehi kemajuan yang agak elok. Mereka sedar bahawa kekuatan PAS bukan lagi enteng, bahkan menjadi satu kekuatan yang perlu diperhatikan dalam politik negeri Sarawak,” ujarnya pada Himpunan Jentera Pemuda PAS Negeri Sarawak di sini, kelmarin.

Menurut beliau, secara rasmi di atas kertas PAS akan bertanding enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi, namun akan terus berbincang dengan rakan-rakan parti pembangkang lain untuk menambahkan lagi kerusi ditandingi hingga 10 kerusi.

Terangnya, tindakan itu bermakna PAS akan bertanding di kerusi baru yang bukan sahaja bermaksud memperkenalkan PAS kepada pengundi, tetapi juga meluaskan pengaruh PAS dari masa ke semasa.

“PAS apabila masuk ke sesuatu kawasan, ke sesuatu tempat, PAS akan memberi suatu yang baru kepada pengundi. Kerana PAS bukan seperti parti-parti lain. Agenda PAS adalah berbeza, matlamat PAS berbeza, kerana PAS membawa agama, PAS membawa Islam," katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 13/8/2015

Sumber HD - 13-8-2015




























































































































































Pemuda lancar kempen "Kamek Ngundi PAS"

Pemuda lancar kempen
BANDARAYA KUCHING: Dewan Pemuda PAS Malaysia melancarkan kempen “Kamek Ngundi PAS” sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Himpunan Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS Negeri Sarawak di Hotel Grand Continental, di sini 8 Ogos lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Syarhan Humaizi Halim berkata, kempen itu bertujuan menyampaikan kepada masyarakat dan anak muda Sarawak sudah sampai masanya mereka memberi undi dan menjadi pengundi PAS. 

“Kita nak sampaikan mesej, “Kamek Ngundi PAS” ini agar mereka tak perlu rasa takut, tak perlu rasa sesuatu yang agak lain kepada parti Islam ini. Kerana semua parti yang terlibat dalam pilihan raya di dalam Malaysia ini adalah parti yang berdaftar. Tidak perlu rasa kekok dan takut untuk mengundi kepada sesebuah parti. 

“Maka PAS tampil dengan dasarnya yang jelas iaitulah Islam seperti mana yang Allah Taala nyatakan dalam al-Quran, “Tidak kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan membawa rahmat kepada seluruh alam”. 

“Kita nak nyatakan kepada masyarakat negeri Sarawak walaupun sebahagian masyarakat belum kenal PAS, Insya-Allah dengan kempen “Kamek Ngundi PAS” ini, kita akan pastikan seluruh jentera kita akan berjaya masuk ke setiap rumah para pengundi dan memperkenalkan imej sebagai parti PAS,” ujarnya ketika berucap pada himpunan itu.

Beliau menyeru para Pemuda PAS aktif menyantuni para pengundi terutamanya anak-anak muda dengan membawa kempen tersebut. 

Ujarnya, Jentera Pilihan Raya Pemuda PAS kini berada dalam keadaan siap siaga untuk enempuh pilihan raya yang bakal berlaku pada bila-bila masa.

Sumber PP - 12-8-2015

PAS datang selamatkan Sarawak

BANDAR KUCHING: PAS akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan wajah senyuman untuk rakyat negeri ini dan datang sebagai penyelamat untuk negeri Sarawak, demikian menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Katanya, rakyat Sarawak mesti dipimpin untuk mengetahui hak mereka dan penyelesaiannya dari terus dicengkam PBB yang telah memerintah Sarawak sejak sekian lama.

“Hak-hak rakyat Sarawak tidak diberi, mereka buntu untuk mencari penyelesaian. Mudahnya para pemerintah kaya raya, hasil daripada negeri Sarawak, mereka yang kaya ini memancing undi dengan begitu murah. Akhir sekali rakyat tidak dapat melihat hak mereka yang sebenar. 

“Insya-Allah dengan kehadiran PAS, kita akan buka dan celikkan hati nurani, mata rakyat untuk melihat kelebihan-kelebihan yang mereka mesti kecapi sebagai rakyat Sarawak. Ini yang kita nak bawa mesej dalam pilihan raya kali ini,” tegasnya ketika berucap merasmikan Himpunan Jentera Pemuda PAS Negeri Sarawak di Hotel Grand Continental, di sini 8 Ogos lalu.

Menurut beliau, isu-isu nasional mungkin tidak sampai kemuncaknya memandangkan PRN ini diadakan berasingan, tetapi keputusan PRN itu menjadi muqaddimah penting kepada parti-parti politik bertanding mencetuskan kesan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Oleh itu, beliau menyeru para Pemuda PAS sebagai jentera pilihan raya agar memahami matlamat perjuangan PAS, kemuliaan Islam dan gerak kerja penyertaan dalam pilihan raya.

“Memasuki pilihan raya ini adalah kemuncak usaha, bukan satu-satunya usaha. Ada orang tunggu pilihan raya baru nak berusaha. Pilihan raya yang kita buat adalah jihad, dakwah di jalan Allah Taala, kita berdakwah hari-hari, sampaikan agama dan kita ada puncaknya, iaitu puncak kita ialah memasuki pilihanraya.

“Yang kedua hendaklah jentera ini memahami selok-belok ilmu pilihan raya. Tak dapat tidak, dalam dakwah kena ada ilmu dakwah. Dalam hukum hakam kalau kita nak jadi mufti, ada selok-belok bagaimana nak menghukum, nak keluarkan fatwa. 

“Begitu juga kalau kita nak jadi tentera, jentera di medan pilihan raya kita tak boleh masuk dengan begitu mudah, sehinggalah kita mengenali selok-belok ilmu pilihan raya. Supaya kita dapat mengambil peluang yang banyak, bagaimana untuk memancing, untuk mendapatkan undi. 

“Susah untuk mendapat, memikat hati setiap pengundi, sehinggalah mereka betul-betul yakin, bahawa pilihan mereka adalah pilihan yang tepat. kita tahu kita akan lawan dengan parti pemerintah PBB, maknanya lawan dengan gergasi,” ujarnya menyuntik motivasi. 

Secara analogi beliau berkata, PAS umpama ikan bilis dan parti pemerintah adalah jerung di ana pengundi cenderung memilih jerung.

Tetapi katanya, sebagai jentera perlu yakinkan pengundi bahawa bilis lebih sedap dan PAS akan memberi kesan penting kepada politik Sarawak.

Jelasnya, semua ilmu-ilmu pilihan raya itu perlu dikaji dan difahami seterusnya menggerakkan kerja-kerja pilihan raya.

Sumber PP - 12-8-2015

PAS semakin penting dalam politik Sarawak

Keberadaan PAS di negeri Sarawak tidak lagi dipandang enteng, bahkan kekuatannya semakin mendapat perhatian dalam politik negeri itu, demikian menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Jelasnya, walaupun usia PAS Negeri Sarawak baru mencecah 20 tahun, tetapi parti ini melalui perkembangan yang cepat di mana antara hasil dan kekuatannya terlihat pada keputusan pilihan raya
“Kita hampir memenangi pilihan raya di Dun Beting Maro. Kita betul-betul telah mengejutkan PBB, parti yang memerintah negeri Sarawak dengan capaian undi yang begitu banyak. Akhir sekali parti pemerintah telah mengubah sikap mereka terhadap PAS. 

“Beting Maro telah memperolehi kemajuan yang agak elok, kerana serangan yang kita buat. Mereka sedar bahawa kekuatan PAS bukan lagi enteng, bahkan menjadi satu kekuatan yang perlu diperhatikan dalam politik negeri Sarawak,” ujarnya berucap merasmikan Himpunan Jentera Pemuda PAS Negeri Sarawak di Hotel Grand Continental, di sini 8 Ogos lalu.

Menurut beliau, secara rasmi di atas kertas PAS akan bertanding enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi, namun akan terus berbincang dengan rakan-rakan parti pembangkang lain untuk menambahkan lagi kerusi ditandingi hingga 10 kerusi.

Terangnya, tindakan itu bermakna PAS akan bertanding di kerusi baru yang bukan sahaja bermaksud memperkenalkan PAS kepada pengundi, tetapi juga meluaskan pengaruh PAS dari masa ke semasa.
“PAS apabila masuk ke sesuatu kawasan, ke sesuatu tempat, PAS akan memberi suatu yang baru kepada pengundi. Kerana PAS bukan seperti parti-parti lain. Agenda PAS adalah berbeza, matlamat PAS berbeza, kerana PAS membawa agama, PAS membawa Islam. 

“Parti apabila disebut membawa agama, dia dilihat ekstrem, ini dunia hari ini. Maknanya kalau parti itu bawa agama, seolah-olah bawa bangsa, macam rasis, macam jadi ekstrem, tidak elok. Tetapi PAS daripada dulu, kita beritahu bahawa agama bukan bererti rasis, bukan bererti perbalahan, tidak memisahkan dari agama-agama lain. 

“Tetapi Islam yang kita bawa adalah agama yang sejarahnya telah terbukti, semenjak 1000 tahun lebih adalah agama penyatuan manusia tak kira Muslim ataupun bukan Muslim. Kerana agama ini asasnya mengajar bahawa, kita ada Tuhan yang satu dan menciptakan kita. Kita juga daripada bapa, ibu yang satu. 

“Maka asas ini sudah cukup untuk meyakinkan manusia yang cuba mengenali bahawa Islam adalah agama yang menyatukan dan inilah yang dibawa oleh parti PAS, walaupun kita sentiasa berhadapan dengan serangan-serangan,” ujarnya. 

Menurutnya, dalam politik PAS sering dituduh dengan pelbagai tohmahan, namun yakin perkara itu semakin pudar dan hilang apabila PAS terus menerus menunjukkan sikap terpuji dan benarnya. 

Sumber PP - 12-8-2015

Muslimat PAS Sarawak sedia hadapi pilihan raya negeri






























































































































































IZWAN ABDUL HALIM | .






SIBU: Bidikan tepat anak panah pada sasaran peta Negeri Sarawak menjadi simbolik pembakar semangat Dewan Muslimat PAS negeri untuk bergerak kerja pada pilihan raya negeri (PRN).

Panahan tersebut disempurnakan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh ketika merasmikan Himpunan Jentera Muslimat PAS Sarawak, di sini 9 Ogos lalu.

Himpunan tersebut melibatkan penyertaan muslimat PAS dari seluruh pelosok negeri meliputi Limbang sehingga Kuching di mana telah memberi gambaran positif kesediaan dalam menempuhi PRN yang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja.

Terdahulu, sehari sebelum himpunan, Jentera Muslimat PAS Sarawak telah turun ke Dun Beting Maro dalam program Gerak Gempur Beting Maro.

Tujuan utama program ini adalah untuk Muslimat PAS Sarawak turun ke medan bertemu mata dengan pengundi di Beting Maro bagi meyampaikan sumbangan kepada golongan moswa.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS negeri, Dayangku Huda Ahmad, kedatangan Jentera Muslimat PAS Sarawak ke Dun Beting Maro disambut baik oleh penduduk setempat.

Katanya, dengan harapan yang menggunung tinggi, penduduk Dun Beting Maro meluahkan rasa gembira dan berbesar hati menerima kehadiran PAS.

“Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan kewujudan GST yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN, yang mana menjerut leher peniaga-peniaga kecil dan golongan berpendapatan rendah di sekitar Dun Beting Maro khususnya dan Malaysia amnya,” ujar beliau.

Gerak Gempur diakhiri dengan Munajat Perdana dan Taujihat Khas oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Dr Uswah Tahir.

Dr Uswah dalam ucapannya menekankan kepentingan kefahaman bergerak kerja dalam jamaah Islam dan mengingatkan kembali jentera muslimat mengenai keberadaan PAS dalam pilihan raya. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Sumber HD - 12-8-2015

PRN: Pemuda PAS Sarawak fokus beban anak muda

IZWAN ABDUL HALIM | .


KUCHING: Isu-isu kebajikan khususnya bebanan anak muda menjadi tawaran utama Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak kepada anak muda negeri itu pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Malah, Pemuda PAS Sarawak juga komited untuk memperjuangkan hak-hak rakyat Sarawak bagi mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik terutama di kawasan-kawasan luar bandar.

Menurut Ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul Paijo, berdasarkan tinjauan dan maklumat penggerak Pemuda PAS di seluruh Sarawak, kemudahan asas menjadi satu masalah umum dan perlu diberi perhatian khusus.

“Ada beberapa kawasan di Sarawak seperti di Tukau, Miri, penduduk masih perlu menadah air hujan sebagai sumber air mereka. Ini mengecewakan dan perlu diberi fokus khusus oleh kami,” katanya pada Himpunan Jentera Pemuda PAS Sarawak di sebuah hotel, di sini kelmarin.

Ujarnya, selain daripada kebajikan dan kemudahan asas rakyat, beban anak muda terutama pasca-GST dan penurunan nilai ringgit akan diberi perhatian oleh pihaknya di mana jelas anak-anak muda semakin tersepit dengan peningkatan harga barangan terutama harga rumah.

Terang beliau, tidak ramai anak muda mampu memiliki rumah sendiri, ditambah pula dengan GST dan kadar inflasi yang semakin meningkat, golongan itu semakin tertekan dan memerlukan dasar baru ke arah menyelesaikan kemelut tersebut.

Pemuda PAS Sarawak terangnya, telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan menyediakan tawaran anak muda sempena PRN akan datang.

“Tawaran Pemuda PAS Sarawak ini akan dilancarkan tidak lama lagi.  Jawatankuasa ini juga akan melancarkan projek-projek rakyat melalui program 'UntukMu Sarawak' bagi membantu meringankan beban rakyat.

“Beberapa projek telah dikenalpasti seperti Projek Tube Well dan Projek Solar di beberapa kawasan di Sarawak sebagai satu bentuk usaha oleh Pemuda PAS Sarawak untuk bersama-sama rakyat membaiki kualiti hidup mereka," katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda PAS Malaysia, Hadi Amat yang merupakan anak jati Sarawak berkata, strategi Adun-adun BN yang hanya melawat Dun diwakili mereka ketika hampir musim pilihan raya amat mengecewakan dan menghampakan rakyat.

Menurutnya, strategi memancing undi di saat-saat akhir pilihan raya menyebabkan kemajuan di negeri ini terbantut dan hanya berlaku di musim pilihan raya, menyebabkan projek-projek kemajuan seperti jalan raya dan air hanya berlaku 5 tahun sekali.

“Adun-adun hanya datang di saat akhir, jalan raya diturap 5 tahun sekali. Sebagai anak Sarawak yang bekerja di Kuala Lumpur, setiap kali pulang ke kampung, kemajuan kampung saya dapati tidak banyak berubah,” luahnya kesal.

Pemuda PAS katanya, telah digerakkan untuk bersama rakyat dan membela nasib rakyat Sarawak, bukan hanya ketika musim pilihan raya, malah sepanjang masa.

Program-program kebajikan ujarnya seperti projek “UntukMu Sarawak” akan diperluaskan bagi membantu dan mendekatkan PAS dengan rakyat. - HARAKAHDAILY 10/8/2015

Sumber HD - 10-8-2015


Pertembungan Awal PAS/GHB Di P'raya DUN Sarawak?
Posted on Sunday, August 09 @ 17:24:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Pertembungan awal PAS/GHB mungkin akan berlaku dalam pilihan raya DUN Sarawak. Hal berikutan rancangan PAS yang merancang untuk bertanding di lebih 10 kawasan pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.

6 daripadanya sudah dikenal pasti manakala selebihnya masih dalam perbincangan antara parti itu dengan sekutunya PKR Sarawak. Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata 6 kawasan itu terdiri daripada Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Belawei.

Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi PAS nanti lebih besar berbanding PRN sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai terhadap mereka, walaupun sedar PAS bakal berhadapan cabaran besar ekoran perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kemunculan Gabungan Harapan Baru (GHB).

Sedangkan GHB yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan akan ditubuhkan pertengahan September dengan hasrat menyatukan semula parti politik pembangkang yang retak susulan keputusan PAS dan DAP untuk menamatkan kerjasama politik antara mereka. Bulan lepas seorang jurucakap GHB Sarawak berkata pergerakan itu sudah mengenal pasti calon mereka yang akan bertanding pada PRN akan datang.

Bercakap pada persidangan media selepas melancarkan jentera pilihan raya Negeri Sarawak Dewan Pemuda PAS di sini lewat malam tadi, Nik Abduh berkata berdasarkan kajian yang dijalankan parti itu di Sarawak, pembangkang dilihat bakal menghadapi cabaran besar pada pilihan raya negeri Sarawak kelak.

Ini lebih-lebih dari segi populariti Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem yang cukup besar, namun menurutnya PAS adalah sebuah parti yang sukakan cabaran. Kata Nik Abduh lagi.-IH 


Sumber TKO - 9-8-2015





























































































































































GHB tidak patut pecahkan undi Pakatan pada pilihan raya Sarawak, kata PAS
Posted on Friday, July 31 @ 16:29:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak sepatutnya memecahkan undi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang sekiranya ia ikhlas mahu mengukuhkan kedudukan pembangkang di negara ini.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad (gambar, kiri) berkata tindakan gerakan itu yang ingin meletakkan calon pada pilihan raya tersebut dilihat lebih cenderung "mengganggu" undi PR berbanding Barisan Nasional (BN).

"Sekiranya GHB benar-benar ikhlas dengan agenda mereka dalam dunia politik, mereka sepatutnya lebih fokus untuk menarik pengundi BN dan yang atas pagar, bukan PR.

"Kita (GHB dan PR) sedang berdepan dengan BN dan pada pendapat saya, kita tidak sepatutnya memecahkan undi pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan GHB Sarawak sebelum ini, yang bersedia meletakkan calon pada pilihan raya negeri itu akan datang.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016. - Bernama
Sumber TKO - 31-7-2015

Adenan Satem sudah siap sedia dengan slogan p'raya

BERNAMA | .



KUCHING: "Beri saya peluang (Give me a chance)," kata Tan Sri Adenan Satem semasa menjawab soalan tentang slogan yang akan diketengahkannya dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Ketua Menteri Sarawak berkata beliau memerlukan sekurang-kurangnya beberapa tahun untuk mencapai kejayaan yang diimpikan beliau buat Sarawak, dan beliau mengakui tidak dapat melakukannya seorang diri tanpa kerjasama seluruh penduduk negeri.

"Jadi 'give me a chance', itulah slogannya (untuk pilihan raya nanti). Beri saya peluang, saya harap untuk memperoleh mandat daripada rakyat untuk meneruskannya," kata beliau sebagaimana dilaporkan akhbar Jiwa Bakti.

Jiwa Bakti merupakan akhbar bulanan terbitan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterbitkan semula setelah dihentikan kira-kira sedekad lalu, dan ia akan mula diedar secara percuma kepada umum mulai Ahad, dengan beberapa naskhah akhbar itu sudah diperoleh Bernama.

Hujung bulan lepas genap setahun Adenan menjadi Ketua Menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak, dan kempen pilihan raya di Sarawak kini semakin ketara memandangkan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa tamat pada Jun tahun depan.

Slogan 'Give Adenan a Chance' sebelum ini ditampilkan pada pilihan raya kecil DUN Balingian yang diadakan selepas pengunduran Abdul Taib sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu, dan slogan berkenaan dilihat berjaya menarik sokongan ramai apabila PBB yang diwakili Yussibnosh Balo meraih kemenangan dengan memperoleh majoriti lebih besar berbanding sebelumnya.

Sementara itu merujuk kepada kelahiran parti UPP dan Teras, yang merupakan parti serpihan komponen BN Negeri, SUPP dan SPDP, Adenan dipetik akhbar itu sebagai berkata perkara berkenaan perlu diselesaikan sebelum pilihan raya negeri kerana beliau tidak mahu parti pembangkang mengambil kesempatan daripada perpecahan dalaman untuk meraih kemenangan.

Menjawab soalan tentang kemungkinan parti yang menyokong Barisan Nasional (BN) akan diberi ruang bertanding di kawasan BN nanti Adenan berkata: "...bukan diberi kerusi tetapi kita akan pertimbangkan...bergantung kepada kemungkinan untuk menang, bertanding guna lambang 'dacing' (BN)...diangkat sebagai calon BN, macam dulu," katanya.

Mei lepas, Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang dipimpin beliau selaku presidennya, dan menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) bersama beberapa wakil rakyat daripada parti itu.

Kira-kira dua bulan kemudian Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, yang merupakan bekas penolong setiausaha agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), mengumumkan penubuhan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Menjawab soalan mengenai kemungkinan pilihan raya negeri diadakan tahun ini, Adenan berkata beliau masih ada banyak perkara yang belum diselesaikan.

Sementara itu Adenan dilaporkan akhbar berkenaan sebagai berkata lebih 300,000 anggota PBB direkodkan di Sarawak tahun ini namun kira-kira 20,000 daripadanya dikenal pasti belum mendaftar sebagai pengundi.

"Kita juga mengadakan kempen menambah keahlian dan turut melancarkan laman web, www.pbb.org.my, yang menyediakan pautan pendaftaran atas talian bagi pengambilan ahli baharu secara mudah tanpa kerenah birokrasi melampau," katanya. - Bernama

Sumber HD - 14-3-2015




























































































































































PRN11: Hasrat tawan Sarawak, 1 lawan 1 dengan BN

HARAKAHDAILY | .




BINTULU: Bendahari PAS Sarawak, Mohd Azwani Abdul Rani berkata, semua jentera PAS negeri bersiap siaga menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ke-11 yang akan diadakan tahun depan atau selewat-lewatnya awal 2016.

Menurutnya, bagi PAS zon utara, sasaran sekurang-kurangnya akan bertanding 3 kerusi Dun di bahagian Utara Sarawak meliputi Senadin, Lambir dan Jepak.

Dengan menggunakan formula, setiap Parlimen atau Dun akan diwakili oleh Pakatan Rakyat (PR), sekiranya dalam Parlimen itu terdapat 3 Dun, maka salah satu daripadanya mesti diwakili oleh setiap parti komponen kecuali dalam kawasan itu tidak ada ahli parti atau cawangan parti dalam PR.

"Ini menujukkan kesepakatan dalam PR untuk pertandingan satu lawan satu dengan parti BN," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Bintulu.

Tambahnya, walaupun pembahagian kerusi belum selesai sepenuhnya tetapi kesepakatan dalam melawan BN adalah matlamat utama PR untuk menawan Sarawak dalam PRN11 nanti.

Beliau juga memberitahu lebih daripada 60 orang peserta dari Miri, Sibuti, Limbang, Bintulu, Mukah dan Sibu telah menghadiri Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS untuk Zon Utara Sarawak.

Pada munaqasyah itu, ucapan dasar Presiden PAS diulas oleh Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.

Selain munaqasyah, program kebajikan juga turut dianjurkan oleh PAS Bintulu di Dun Jepak.

Seramai 20 orang warga emas dan OKU menerima sumbangan yang disampaikan oleh Dr Hatta dan Haji Kiprawi, Ketua Penerangan PAS Bintulu. - HARAKAHDAILY 23/11/2014


                                                                                                                                                   
Sumber HD - 23-11-2014                                                                                                                            
PAS optimis dapat ‘anak sulung’ di Sarawak

Posted on Monday, February 01 @ 19:24:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PAS optimis mampu memenangi sekurang-kurangnya 1 atau 2 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak selepas mengumumkan hasrat bertanding 11 kerusi di negeri itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu yakin kerusi pertama yang akan dimenangi itu umpama "anak sulung" parti Islam itu di Sarawak.


"Tahap keyakinan kita, 11 kerusi itu kita tak menang semualah. Insya-Allah kali pertama ini, kita akan dapat ‘anak sulung' kita.

"Anak sulung kita sama ada seorang atau kembar," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS di Ibu Pejabat PAS, hari ini.

Mustafa sebelum ini dilaporkan berkata PAS akan bertanding 11 kerusi di negeri itu dan bersedia bertembung dengan bekas sekutunya DAP.

Pagi ini, Timbalan Presiden PKR Datuk Mohamed Azmin Ali berkata pembangkang akan membincangkan perkara itu bagi memastikan pembangkang kekal bertanding 1 lawan 1 dengan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.

Mengulas perkara ini, Mustafa berkata mereka ada berbincang dengan PKR untuk mengelakkan pertembungan 3 penjuru.

"Kita dengan PKR memang ada perbincangan, kita tidak akan bertembung dengan PKR," katanya.
Katanya, kemungkinan pertembungan 3 penjuru dengan DAP akan berlaku dan ia berpunca daripada tindakan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

"DAP awal-awal tak mahu bincang dengan kita, bukan kita tak nak bincang dengan DAP," katanya.
Ditanya tentang peluang PAS menang jika berlaku pertandingan 3 penjuru, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu bergantung kepada komposisi pengundi di kerusi yang ditandingi.


"Tengok demografi setiap Dewan Undangan Negeri (yang ditandingi), kadang-kadang 3 penjuru pun ada peluang," katanya.

Sumber  TKO  - 1-2-2016
    

No comments:

Post a Comment