BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Saturday, June 18, 2016

KES JENAYAH : (JILID 2)

Wanita maut ditikam anak kandung 

sendiri

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. 
Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. 
Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> 
Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/wanita-maut-ditikam-anak-kandung

SHAH ALAM, 29 Jun ― Seorang wanita berusia 50 tahun maut selepas 
ditikam anak lelakinya di rumah mereka di Taman Langat Utama 3, Kampung 
RTB Bukit Changgang, Banting dekat sini petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, DSP Kamalariffin Aman Shah 
berkata dalam kejadian kira-kira 2.10 petang itu, suspek berusia 20 tahun 
dipercayai menikam mangsa, Mardziah Muhamad Yusof di bahagian kepala 
dengan sebilah pisau.

“Berdasarkan siasatan, suami mangsa bersama anak lelakinya yang berumur 
12 tahun baru balik dari solat Jumaat dan setelah sampai di pintu hadapan 
rumah, suami mangsa mendapati suspek meluru berlari keluar dari rumah 
dalam keadaan tangan berdarah serta hanya memakai tuala mandi.

“Suspek melarikan diri ke arah kiri jalan dan suami mangsa bertindak 
mengejar suspek tetapi berpatah balik ke rumah untuk melihat apa yang 
berlaku.

“Anaknya berumur 12 tahun seterusnya masuk ke dalam rumah dan 
mendapati ibunya berdarah di kepala terbaring di ruang dapur... suami 
mangsa kemudian segera hubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata suspek yang tidak bekerja merupakan anak keenam daripada
 10 beradik, dan tinggal di rumah berkenaan bersama mangsa dan bapanya 
serta adik lelaki berusia 12 tahun itu.

Kamalariffin berkata semasa kejadian hanya mangsa, suspek dan lima 
kanak-kanak asuhan mangsa berumur antara dua hingga empat tahun berada 
di dalam rumah, namun kesemua kanak-kanak berkenaan tidak mengalami 
sebarang kecederaan.

Kata beliau, pisau dengan kesan darah yang dipercayai digunakan dalam 
kejadian itu turut ditemui berdekatan mayat mangsa.

“Suspek berjaya ditangkap kira-kira sejam selepas kejadian 50 meter dari 
rumah mangsa. Semasa ditahan dia seolah-olah dalam keadaan kurang siuman.

“Kita sedang siasat lanjut mengenai perkara itu, sama ada dia berada 
di bawah pengaruh dadah ketika kejadian,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat 
dan suspek akan direman esok untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun 
Keseksaan kerana membunuh. ― Bernama


MR : Masalah sosial makin parah tidak dapat ditanggani kerana dasar 
kerajaan mengambaikan Islam sebagai cara hidup, apatah lagi usaha Islam 
kini makin sukar kerana orang Islam terpinggir dalam politik tanah air.....

Sumber MR - 30-6-2018

Siti Kasim Ditahan Polis, Atas 

Dakwaan Menculik

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh 
berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS 
(suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/siti-kasim-ditahan-polis-atas-dakwaan.html



KUALA LUMPUR – Peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim ditahan pihak polis atas 
dakwaan menculik dan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Tangkapan yang disiarkan secara langsung melalui aplikasi Facebook itu, dikatakan berhubung 
dengan seorang gadis yang merupakan anak guam Siti.

Keluarga gadis itu sebelum ini dikatakan telah membuat satu laporan polis mendakwa anaknya 
yang “tidak stabil secara mental” dan “akidahnya dipersoalkan” telah hilang dari rumah.

Melalui klip video tersebut, Siti mendakwa pihaknya hanya ingin menyelamatkan gadis tersebut 
dari ibunya yang gila.

Siti yang juga merupakan aktivis itu dikatakan telah mengurung anak guamnya secara paksa.

Seorang gadis yang dipercayai anak guam kepada Siti, kemudiannya dilihat menjerit dari bilik 
sebelah sambil mendakwa dia tidak di culik.

Siti kemudiannya berkata akan memaklumkan perkara tersebut kepada Ketua Polis Negara 
sambil menuduh pihak polis gagal menjalankan tugas seperti yang diperuntukkan melalui 
undang-undang.

Pihak polis bagaimanapun bertegas untuk menahan Siti dengan mengunakan gari namun 
dibantah atas alasan pihaknya akan memberikan kerjasama.

Rakan kepada Siti turut mempersoalkan tindakan tersebut sebelum pihak polis mengarahkan 
mereka keluar bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Sebelum ini, dalam kenyataan di Facebook Khamis lalu, Siti mendakwa anak guamnya 
meninggalkan rumah ibu-bapanya kerana “takut” dengan ibunya.

Siti juga mendakwa anak guamnya “diperangkap” oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) 
dan polis yang “menunggu untuk menangkap” anak guamnya.


MR : Siti Kasim seorang peguam yang tak tahu undang2 bawah umor?.... 

Sumber MR - 24-6-2018

Hishammuddin Rais diarah beri 

keterangan kes hina agong




KUALA LUMPUR - Aktivis sosial, Hishammuddin Rais yang didakwa 
memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan 
Muhammad V, di blognya, hadir di Balai Polis Sri Petaling di sini bagi 
memberi keterangan malam ini.

Peguamnya, Zaid Malek, mengesahkan perkara itu.

"Ya betul. Saya akan mengeluarkan kenyataan setelah proses ini selesai," 
katanya.

Difahamkan, Zaid menemani Hishammuddin ke balai polis itu kira-kira 10.30 
malam ini setelah berhubung dengan pihak polis yang menyiasat dakwaan 
tersebut.

Hari ini, lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang membuat l
aporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan terhadap Hishamuddin 
yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Sultan 
Muhammad V di blognya, semalam.     

Hishamuddin didakwa memuat naik artikel itu di blognya www.tukartiub.
blogspot.com.

Bagaimanapun, Hishamuddin difahamkan memadamkan kenyataan itu selepas 
salinan tangkapan skrin mengenainya tersebar di laman sosial.

Sementara itu dalam laporan polis yang dibuat, Hishammuddin menafikan 
tuduhan berkenaan kerana blog berkenaan telah disekat oleh Suruhanjaya 
Komunikasi dan Multi Media Malaysia (SKMM)

Beliau percaya blog berkenaan digodam bertujuan untuk memfitnahnya.

Sumber MR - 8-6-2018

Kadir Jasin disiasat di bawah 3 akta





KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun 
berkata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir 
Jasin disiasat di bawah 3 akta berhubung artikelnya mengenai Yang di-Pertuan 
Agong.

Beliau berkata, Kadir disiasat di bawah Akta Hasutan, Seksyen 500 Kanun 
Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 
Malaysia (SKMM).

“Kita akan jalankan siasatan, bila selesai siasatan kita akan hantar kepada 
Timbalan Pendakwaraya (DPP) untuk arahan dan tindakan selanjutnya,” 
katanya pada sidang media selepas melancarkan Ops Selamat 13 di Pusat 
Konvensyen Telekom Malaysia, hari ini.

Dalam artikel di blognya baru-baru ini, Kadir mempersoalkan usaha untuk 
meyakinkan raja Melayu mengenai status mereka.

Selain daripada itu, Kadir dalam catatan blog peribadi semalam turut 
mendakwa kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan hidup dan 
peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai 
Yang di-Pertuan Agong.

Apa yang didedahkan oleh A. Kadir Jasin sama 
dengan
"spreadsheet excel" yang tersebar yang diragui 
kesahannya.


Beliau mendakwa secara purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya 
ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, 
pakaian, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara.

Mengulas lanjut, Fuzi berkata, sehingga kini pihaknya menerima 3 laporan 
polis dibuat oleh badan bukan kerajaan dan orang awam terhadap Kadir 
Jasin.

“Di Selangor kertas siasatan telah dibuka, di Kelantan pun ada dan ada lagi 
satu di Lembah Klang,” katanya.

Menurutnya, siasatan terhadap Kadir Jasin akan diambil alih oleh Bukit Aman.

Sumber MR - 7-6-2018

Sabtu, 26 Mei 2018


Suspek Bunuh Nur Alya Direman


REMAJA lelaki yang disyaki membunuh penuntut Kolej Vokasional Port 
Dickson (KVPD) Nur Alya Damia Hairi,19, di Taman PD Permata, malam 
tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal 
Mohd Noor berkata, reman terhadap suspek berumur 19 tahun yang juga bekas
teman lelaki mangsa diperoleh di Mahkamah Majistret Port Dickson bermula 
hari ini hingga Khamis depan.

Beliau berkata, suspek ditahan di rumah sewanya pada 10.45 malam di Taman 
PD Idaman, Lukut selepas dipercayai mencampak mayat mangsa di tepi jalan.

“Pihak polis hanya mengambil masa 15 minit (selepas penemuan mayat 
mangsa) bagi menjejaki remaja tersebut dan suspek dibawa ke mahkamah pagi 
ini serta perintah reman tujuh hari diperoleh,” katanya di Port Dickson, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – 
Metro Online

Sumber MR - 26-5-2018

Selasa, 22 Mei 2018


Jamal ditahan di bawah Akta Senjata Api


PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal 
Yunos ditahan di bawah Akta Senjata Api, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, Jamal ditahan kira-kira 
1.15 petang tadi di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

“Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat di bawah Seksyen 34 
Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12/5/18.

“Suspek sekarang masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani 
rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mazlan berkata, polis sedang menyiasat Jamal berkaitan beberapa kes dan 2 
waran tangkap akan dilaksanakan ke atasnya selepas beliau selesai menjalani 
rawatan di hospital itu.

Sumber MR - 22-5-2018

Ahad, 20 Mei 2018



YDP Sabah buat laporan polis kepada Musa Aman


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, 
membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional 
(BN) Sabah, minggu lalu.

Laporan polis itu dipercayai ada kaitan dengan upacara angkat sumpah jawatan 
sebagai Ketua Menteri oleh Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, pada 
10 Mei lalu.

Difahamkan, susulan laporan polis itu, pemimpin terbabit dipanggil ke Ibu 
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Rabu lalu untuk diambil keterangan bagi 
membantu siasatan yang dijalankan berkaitan ugutan jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika dihubungi, mengesahkan 
menerima laporan itu namun enggan mengulas lanjut.

Pada 10 Mei lalu, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah 
di hadapan yang di-Pertua Negeri selepas BN bersama Parti Solidariti Tanah 
Airku (STAR) memiliki 31 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, dua hari kemudian Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), 
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri 
apabila mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas enam 
ADUN BN menyokong beliau.

Susulan itu, pada Isnin lalu, pihak Istana menyerahkan surat pemberitahuan 
daripada Tun Juhar bahawa Musa bukan lagi Ketua Menteri.

Khamis lalu, Musa menfailkan saman terhadap Juhar dan Mohd Shafie 
menerusi firma guaman Messrs FT Ahmad & Co, bagi mendapatkan 
pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut 
peruntukkan undang-undang.

Sumber MR - 20-5-2018


Polis tubuh pasukan khas siasat dakwaan Amrah Ahmad
Posted on Monday, May 07 @ 06:57:45 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39596



Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan anggota seumur 

 hidup DAP Amran Ahmad mengenai parti pembangkang itu cuba 
menyebarkan propaganda menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata ia susulan
 laporan polis yang dibuat Amran di Balai Polis Pudu  baru-baru ini.

“Sebelum kita bertindak melakukan tangkapan, serbuan atau tindakan lebih
lanjut, kita akan mengambil keterangan Amran dalam masa terdekat.

“Kita tidak mengira parti politik mana. Dalam hal ini, (kita) memang
 memandang serius aduan itu kerana ia boleh mengancam keselamatan negara
 dan demokrasi berparlimen," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program 'Walkabout’ Pencegahan
Jenayah Polis Kuala Lumpur semalam.

Mazlan berkata kes itu disiasat mengikut di bawah Seksyen 124 Kanun
Keseksaan.

Beliau turut menasihati parti politik yang bertanding pada PRU14 supaya
berkempen tanpa menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara dan
 demokrasi berparlimen.

Semalam, media tempatan melaporkan Amran yang juga anggota pasukan
publisiti DAP pusat, mendedahkan bahawa DAP mempunyai niat untuk
menyebarkan propaganda yang bersifat fitnah terhadap kerajaan semata-mata
untuk meraih undi rakyat pada PRU14 pada 9 Mei ini.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata polis telah merakam keterangan
daripada empat individu berhubung siasatan terhadap Pengerusi Pakatan
Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Akta Antiberita Tidak
Benar 2018.

Tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan siasatan masih diteruskan mengikut
Seksyen 41 akta itu, katanya.

Dr Mahathir, yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi,
mendakwa terdapat cubaan mensabotaj kapal terbang yang sepatutnya beliau
naiki ke Langkawi, sehari sebelum hari penamaan calon pada 28 April lepas.

Dalam pada itu, Mazlan berkata polis memperhebatkan Op Ledak melibatkan
152 anggota keselamatan yang terdiri daripada polis dan tentera sebagai
langkah meningkatkan lagi kawalan keselamatan dan ketenteraman awam
di ibu negara sepanjang PRU14 nanti.

- Bernama

Sumber TKO - 7-5-2018









Kes Bunuh Dr Fadi: Jenis Senjata Dikenal Pasti
Posted on Tuesday, May 01 @ 20:19:32 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39496



BAGAN DATUK - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti jenis 

senjata dan beberapa kelongsong peluru yang digunakan oleh dua suspek 
dalam kes pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin, Dr Fadi M R 
Albatsh di ibu negara bulan lalu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis
juga telah mengenal pasti penyewa sebenar motosikal berkuasa tinggi jenis
Kawasaki Versys yang digunakan oleh suspek serta inap desa yang disewa
oleh mereka.

“Cuma, kita masih belum menerima laporan terperinci mengenai 
 perkara tersebut, namun sudah memperoleh beberapa bukti baharu 
antaranya jenis senjata dan kelongsong peluru yang digunakan oleh 
suspek.

“Saya berharap pihak Jabatan Siasatan Jenayah meneruskan siasatan 
dan dapat menjejaki kedua-dua suspek utama dalam kes berkenaan,”
katanya.

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kampung
 Peluasan Skop Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) – Program
 Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Parlimen
Bagan Datuk di Kampung Pasang Api di sini, hari ini.

Pada 21 April lalu, Fadi, 35, ditembak mati di luar kondominium Idaman
Puteri di Setapak, semasa berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk
mengimami solat Subuh, kira-kira pukul 6 pagi.

Jenazah mangsa ,yang merupakan pensyarah kanan dalam bidang kejuruteraan
elektrik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), selamat dikebumikan di Gaza,
Palestin pada 28 April lalu. – BERNAMA

Sumber TKO - 1-5-2018


Rompak Tak Berjaya, Tangan Pula Putus Ditetak
Posted on Monday, April 30 @ 08:42:02 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39467



PADAH menyamun, seorang lelaki dilibas dengan senjatanya sendiri ketika 
cuba menyamun dua pekerja Indonesia sehingga menyebabkan pergelangan 
tangannya terputus.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Sabtu di rumah pekerja ladang SMC
 Sungai Toh Pawang, Bedong, Kedah, suspek bersama seorang lagi rakannya
 menceroboh masuk ke rumah mangsa dengan bersenjatakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abd Hamid berkata,
kejadian berlaku semasa kedua-dua mangsa sedang tidur dan terjaga sebaik
terdengar bunyi bising setelah pintu rumah ditendang.

“Mangsa yang terjaga, keluar dari bilik dan terkejut apabila mendapati 
dua suspek tidak dikenali bersenjatakan parang menyerangnya.

“Akibat dari serangan itu, mangsa cedera di bahagian ibu jari tangan 
kiri,” katanya memetik laporan sebuah portal berita tempatan.










Mangsa kemudian bergelut dengan suspek sehingga keluar daripada rumah
sambil disaksikan oleh rakan suspek.

Seorang lagi penghuni rumah yang terdengar pergaduhan tersebut terus keluar
dan memukul suspek menggunakan batang besi dan rakan suspek yang panik
cuba melarikan diri.

“Mangsa bagaimanapun sempat merampas parang dan terus melibas 
 tangan suspek, membuatkan pergelangan tangan kiri lelaki berusia 22 
 tahun itu terputus manakala antara ibu jari dan jari telunjuk tangan 
 kanannya koyak,” katanya.

Tambah Saifi, suspek cuba mendapatkan rawatan dengan laporan mendakwa
 dirinya telah ditetak oleh pekerja ladang. Bagaimanapun perbuatannya itu
terbongkar apabila siasatan dijalankan.

Tiada kerugian yang dialami oleh mangsa, namun polis akan menyiasat sama
ada ia berkaitan dengan pergerakan kongsi gelap ataupun tidak.

Polis juga turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun yang ditahan di
perkarangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala seorang lagi
suspek berusia 22 tahun ditahan semasa mendapatkan rawatan di hospital
yang sama.

Semakan rekod mendapati, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan
 pernah terlibat dengan satu kes cubaan samun pada awal tahun ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394/326 Kanun Keseksaan 
Sumber TKO - 30-4-2018

Police Found Motorcycle Allegedly 

Used In Shooting Of Palestinian 

Scientist











Dr Fadi Al Batsh was shot by one of two men on a high-
powered motorcycle 
at the pedestrian 
walkway at about 
6am on Apr 21, 
2018. (Photo: 
Bernama) Read 
more at https://www.
channelnewsasia.
com/news/asia/
malaysia-finds-motorcycle-allegedly-used-in-shooting-of-10171382
Malaysian police have found the motorcycle allegedly used by gunmen in the
assassination of Palestinian scientist Dr Fadi Al Batsh on Saturday (Apr 21).

Inspector-General of Police Mohd Fuzi Harun said that the motorcycle was
discovered at the Danau Kota township in Setapak, Kuala Lumpur.

Dr Fadi, 35, was shot dead by one of two men on the motorcycle near the
condominium where he had lived with his wife and three children.

According to Mr Fuzi, several members of public have come forth with
information on the shooting, but the police have yet to identify the gunmen.

Speaking at a news conference after inspecting a police operation center on
14th general election in Selangor, Mr Fuzi urged all sides not to speculate on
the motive of the killing.

Last week, in a statement from the Hamas-ruled Gaza Strip, Dr Fadi’s family
accused Israel’s Mossad spy agency of being behind the killing.

The Islamist Palestinian movement also said Dr Fadi, a research scientist
specialising in energy issues, was one of its members.

Malaysia’s deputy prime minister and home minister Zahid Hamidi has said
that he believed the gunmen could be working for a foreign intelligence
agency. He added that they could have sneaked into the country using
passports from countries that Malaysia has diplomatic relations with.

According to Mr Zahid, Dr Fadi was targeted to prevent a Palestinian
uprising, but did not provide details.

However, the Israeli foreign minister has denied that his government is
behind the killing.

“As far as the police are concerned we are not even sure if they are Israelis.
The information we have received is not complete,“ said Mr Fuzi.

Mr Fuzi also pointed out that while it is not impossible for the police to locate
and arrest the two gunmen, seeing as their photofits have been sent to all
 immigration checkpoints, the task could prove difficult, particularly if the
two men had escaped through illegal means.











Sumber BO - 24-4-2018











Malaysia Melancarkan Lakaran 

Suspek Dalam Pembunuhan Fadi 

Al-Batsh

Polis Malaysia telah
mengeluarkan lakaran
komposit wajah dua lelaki
yang disyaki membunuh
ahli Hamas di Kuala
Lumpur.

Dua lelaki bersenjata itu,
 menembak
sekurang-kurangnya 14
tembakan di Fadi al-Batsh ,
pensyarah kejuruteraan, di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, menyebabkan beliau
 meninggal dunia di tempat kejadian.

Peringatan telah dikeluarkan supaya pemerhatian suspek dibuat pada semua
titik keluar negara, kata polis pada hari Isnin.

Hamas, kumpulan yang memerintah Jalur Gaza , menuduh agensi pengintip
Mossad Israel membunuh al-Batsh. Israel menolak tuduhan itu.

Gambar-gambar yang dihasilkan oleh komputer suspek berdasarkan keterangan
 oleh saksi, ketua polis Mohamad Fuzi Bin Harun berkata kepada pemberita.

Mereka menunjukkan dua suspek yang berkulit hitam yang mungkin Eropah
atau Timur Tengah.

Ketinggian kedua-dua lelaki kira-kira 180sm, tegap tubuh badan, kata ketua
polis, menurut rakaman komennya yang dilapor oleh agensi berita Reuters.

Kedua-dua suspek menaiki motosikal berwarna gelap boleh jenis BMW atau
Kawasaki. Kedua-duanya membawa beg galas dan mempunyai jaket dan
helmet yang gelap.

Gambar-gambar itu menunjukkan satu suspek memakai topi keledar dan gelas
penutup muka.

Pemeriksaan forensik mendapati bahawa mangsa meninggal dunia akibat
banyak kecederaan di kepala dan badannya.

“Kami akan menghantar beberapa peluru yang dikumpulkan kepada pakar
analisis kami untuk menentukan jenis senjata apa yang digunakan dalam
pembunuhan hebat ini,” kata Mohamad Fuzi. Beliau berkata mereka tidak
pasti sama ada lelaki masih berada di Malaysia .

“Kami tidak boleh menutup pintu keluar kami dan kami tidak mempunyai
maklumat lain selain ‘photofit’,” katanya.

Sumber BO - 23-4-2018














Palestinian Scholar Killed Family 

Blames Mossad


A Palestinian scholar has been shot dead by two assailants in the Malaysian capital, Kuala
Lumpur, as he was heading to
a mosque for dawn prayers,
local police said.

Fadi al-Batsh, a 35-year-old Palestinian academic and
member of Hamas, was
instantly killed by the
unknown gunmen in a
residential neighbourhood of the capital on Saturday.

Al-Batsh’s father told Al Jazeera that he accuses Israel’s intelligence agency,
Mossad, of being behind his son’s killing and called on the Malaysian authorities
to look into who carried out the “assassination” as soon as possible.

According to police chief Datuk Seri Mansor Lazim, the two attackers had waited
for al-Batsh in front of a residential building in Setapak district for almost 20
minutes, and fired at least 10 bullets, four of which instantly killed him.

Al-Batsh was shot in the “body and head”, the police said, adding that they are investigating all angles including “terrorism”.

Hazem Qassem, spokesperson for Hamas, the governing party in the Gaza Strip, confirmed to Al Jazeera that al-Batsh was a member of the movement.

In a statement on Twitter, Hamas described al-Batsh as a “young Palestinian
scholar” from Jabalia in the Gaza Strip. It called al-Batsh a “martyr” and said he
was a “distinguished scientist who has widely contributed to the energy sector”.

Palestinian websites identified al-Batsh as a relative of a senior official in the
Gaza branch of the Islamic Jihad movement.

Palestinian Ambassador to Malaysia Anwar H al-Agha was quoted by the New
Straits Times newspaper as saying the victim was a second imam at his mosque.
He had been reportedly living in Malaysia for 10 years.

Agha said Imam Fadi was supposed to have left for a conference in Turkey on
Saturday. He was survived by his wife and three children

Sumber BO - 21-4-2018















Serial Paedophile Caught With 15 

Stored Videos Of His Attacks



Terengganu police were able to capture a suspected serial paedophile after an
eight-year-old student exposed his attacks to a teacher.

Terengganu Criminal Investigations Department chief Assistant Commissioner
Fazlisyam Abdul Majid said police arrested the 20-year old air-conditioning
technician on March 27 at his home here, following a report by the teacher.

“The suspect would often target students waiting for their parents to fetch them
from school, before approaching them on the pretext of looking for the toilet or
visiting his sibling.”

“He would then threaten the victims to keep quiet and the traumatised students
would comply as the suspect starts recording the lewd act,” he said in a press
conference today.

Police also seized two mobile phones, one of which contained 15 videos of the
suspect molesting his young victims.

Fazlisyam said police believed the suspect has been committing the acts since
last year and many went unreported.

“During normal schooling days, the suspect would prey his victims between 1
to 2pm and on the weekends between 4 to 6pm,” he said.

The suspect, who has a previous conviction for trespassing, would target girls
aged between eight and 12, in schools located within Marang and nearby
Kuala Terengganu.

A total of 13 victims have been positively identified, most of them in Marang.

Initial investigations showed the videos were not circulated publicly and was
for the suspect’s personal use.

Fazlisyam the federal police were now involved in the probe, due to the high
number of victims, and will thoroughly investigate the man.

He then advised parents to be more careful and vigilant with their children.

“Communicate with your children. Ask them everyday if anything is wrong.

“We must protect our children because paedophilia is a serious matter,” he
said

Sumber BO - 18-4-2018


Lelaki OKU pitam ditumbuk, dipijak pengawal
Posted on Friday, March 23 @ 06:52:26 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38739



PETALING JAYA: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) tidak sedarkan diri 

 apabila ditumbuk dan dipijak seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar 
raya di Tumpat, Kelantan.
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial sejak pagi semalam, mangsa, yang dikatakan pekerja pasar raya berkenaan diserang ketika menghampiri sebuah
mesin layan diri di luar pasar raya berkenaan.

Pengawal itu datang dari arah belakang, ditumbuk di muka sehingga jatuh dan
kemudian dipijak di bahagian dada.

Pengawal itu kemudian dirakam cuba membangunkan mangsa.

Harian Metro melaporkan berlaku perselisihan faham antara mangsa yang
 berusia 42 tahun dengan pengawal keselamatan berusia 26 tahun itu sebelum
kejadian.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superintendan Ab Rashid Mat Daud dipetik
 sebagai berkata pengawal terlibat sudah ditahan sejurus menerima laporan
 kejadian itu kelmarin.

“Kita dapati rakaman CCTV kes itu tular di media sosial semalam, tetapi kes
berkenaan berlaku pada Isnin lalu.

“Terdapat kesan tumbukan dan darah di muka mangsa, manakala di belakang
kepala pula mengalami bengkak akibat hentakan ketika terjatuh di lantai.

“Mangsa yang dibawa ke Hospital Tumpat ketika ini dan masih menerima
rawatan di pusat perubatan berkenaan,” katanya.

Suspek direman 4 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan 506
Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Sumber TKO - 23-3-2018
Enam pelajar tahfiz diliwat penderma
Posted on Wednesday, March 14 @ 15:54:41 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=
38633



KUANTAN, 26 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Polis menahan seorang 

lelaki berumur 41 tahun yang didakwa meliwat enam pelajar sebuah pusat
tahfiz di sini, sejak awal Disember tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Kama Azural Mohamed berkata,
suspek merupakan sukarelawan di situ dan aktif memberi sumbangan
barangan keperluan harian dan pakaian di pusat itu sejak 2015.

Katanya, mangsa berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun dan
perbuatan terkutuk suspek terbongkar pada Isnin lepas menyebabkan tenaga
pengajar di pusat berkenaan membuat laporan polis.

“Laporan mendakwa mangsa mula diliwat pada awal Disember lepas di
sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan
di sini.

“Siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri melakukan kesalahan itu
sebanyak antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa,” katanya
ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Kama Azural menambah suspek ditangkap pada hari yang sama laporan
dibuat dan telah direman bermula semalam sehingga 19 Mac.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika
sabit kesalahan.- Bernama

Sumber TKO - 14-3-2018


Kes Kepala Manusia Tanpa Badan Sudah Terjawab
Posted on Monday, March 12 @ 20:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38607



MISTERI kes kepala manusia yang ditemui tidak berbadan di Sungai Batang 

Lupar sudah terjawab setelah pihak polis melakukan siasatan susulan.
Identiti sebenar mangsa yang terpaksa dirahsiakan, diketahui merupakan
seorang wanita berketurunan Cina dan dianggarkan berusia 31 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, identiti
mangsa diperoleh selepas penahanan seorang lelaki yang dipercayai suami
kepada wanita tersebut.

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan lanjut berkaitan kes 
 kematian isterinya setelah keterangan yang diberikan kepada pihak 
polis didapati meragukan.” katanya.

Suspek yang juga bapa kepada dua anak telah direman selama tujuh hari
 bermula semalam dan kes itu telah diklasifikasikan semula mengikut
 Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Bagaimanapun akhbar tempatan melaporkan bahawa suspek yang berusia 42
 tahun itu merupakan seorang peniaga tempatan di sebuah bandar di negeri
 berkenaan.

Sementara itu, bahagian kepala tanpa sebarang anggota badan dan identiti
tersebut kemudian dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

Kepala wanita terbabit ditemui oleh seorang penduduk kampung yang
 kebetulan melalui kawasan tebingan tersebut pada kira-kira 4.30 petang, 3
Mac lalu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Sumber TKO - 12-3-2018


Kepala Manusia Ditemui Di Tebingan Sg Batang Lupar
Posted on Sunday, March 04 @ 07:06:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38494



KUCHING – Penduduk Sri Aman hari ini digemparkan dengan penemuan objek dikatakan kepala manusia di tebingan sungai Batang Lupar, Sri Aman yang terletak kira-kira 280 kilometer dari pusat bandar di sini.

Kepala itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tebingan tersebut pada kira-kira 4.30 petang.

Ketua Balai Polis Sri Aman, ASP Kerry Dunstan ketika dihubungi berkata setelah menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan keadaan fizikal, kepala manusia itu merupakan perempuan berusia 20-an dan dipercayai mati kurang dari 24 jam.

“Kepala itu kemudian dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat,” katanya.
Kerry meminta penduduk yang kehilangan ahli keluarga perempuan berusia 20-an untuk tampil ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. — BERNAMA

Sumber TKO - 4-3-2018

Amah di P Pinang diselamatkan selepas 9 tahun dihalang pulang
Posted on Saturday, March 03 @ 23:16:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38488



GEORGE TOWN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilarang 

menghubungi keluarga dan tidak dibenarkan pulang selama 9 tahun berjaya 
 diselamatkan Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang 2 minggu lalu, 
 selepas catatan Facebook oleh rakannya tular.
Petronela Nahak @ Ida Nahak, 34, bekerja sebagai pembantu di sebuah rumah
di Jalan Macalister hari ini tetapi mendakwa tidak dibayar gaji sepanjang 9
tahun bersama keluarga itu.

Ida, dari wilayah Nusa Tenggara Timur, memasuki Pulau Pinang secara haram
 melalui seorang ejen pada 2009.

Dia mempunyai permit bekerja sah yang luput pada 27 Julai 2018, kata
pegawai konsulat.

“Kami berjaya selamatkan beliau daripada tempat kerjanya bersama dengan
bantuan polis,” kata pegawai itu kepada FMT.

Pegawai konsulat itu menambah Ida dalam keadaan sihat dan tiada tanda-tanda
\penderaan. Ida berkata dirinya tidak didera tetapi majikannya “sangat cerewet”
dan enggan memberikan cuti untuk pulang ke kampung.

Dia dibenarkan keluar rumah tetapi bawah pengawasan “ketat” majikannya
dan tidak dibenarkan bercakap dengan sesiapa pun. Ida mendakwa dia dikunci
di dalam rumah kebanyakan masa.

Menurut laporan Antara News, dalam 2 tahun pertama bekerja dengan
 keluarga itu, Ida sepatutnya dibayar RM550 sebulan. Bagaimanapun, dia tidak
pernah melihat wang itu kerana majikan berkata ia dimasukkan ke akaun bank
miliknya.

Apabila ditanya berapa banyak sudah dimasukkan, majikannya akan marah
dan tidak mahu mendedahkan jumlah itu.

“Saya diberi gaji RM550 sebulan, kemudian dinaikkan kepada RM600.
 Kemudian, saya diberitahu saya akan dibayar RM800. Majikan kata semua
 dimasukkan ke akaun bank saya,” kata Ida.

Ida menambah polis dan konsulat Indonesia sedang menyiasat perkara
berkenaan gajinya.

Laporan itu berkata pegawai konsulat dan polis pergi ke rumah tempat dia
bekerja pada 19 Februari dan menyelamatkan Ida daripada majikan. Ida tiba
di kampung halaman petang semalam.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kupang, Ida disatukan dengan
ibunya, Theresia Soe, 65, selepas 9 tahun berpisah apabila Ida ke Malaysia
untuk bekerja pada 2009.

Ida dilaporkan tidak mengenali ibunya sehinggalah diberitahu oleh pegawai
kerajaan, kata portal itu.

Theresia berkata dia sentiasa berdoa anaknya selamat pulang ke pangkuannya
sejak Ida meninggalkan kampung halaman. Mereka berpelukan selama lebih 5
 minit, menyebabkan pemberita turut menangis merakamkan detik itu.

Sementara itu, FMT menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang Pesuruhjaya A
Thaiveegan dan menunggu komen beliau tentang isu ini.


Kebetulan, Nusa Tenggara Timur tempat asal Adelina Jerima Sau. Pembantu
rumah itu meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam pada 11 Februari,
selepas didakwa didera majikannya.

Sumber TKO - 3-3-2018


2 amah Indonesia dilapor dikurung majikan
Posted on Wednesday, February 28 @ 18:06:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38442


PETALING JAYA: Seorang ahli jawatankuasa ke-9 Dewan Perwakilan Rakyat
 Indonesia berkata polis Malaysia berjaya menyelamatkan 2 warga Indonesia
yang didakwa dikurung di kantin sebuah sekolah tempat mereka bekerja oleh
majikan.

Portal Indonesia, Republika Online memetik Irma Chaniago sebagai berkata
Siti Hartati Madwiharja, 23, dan Rosidah, 38, diselamatkan polis yang bergegas
ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada seorang pengadu di
Balai Polis Ampang Jaya.

Majikan mereka, Sun Yuk King, direman 4 hari untuk siasatan. Kes ini
 merupakan yang terbaru dilaporkan selepas seorang warga Indonesia, Adelina,
yang didakwa didera dan meninggal dunia 11 Februari lalu.

“Ini adalah kes kedua selepas kes Adelina Lisao. Banyak mangsa penyeludupan
 manusia dan pekerja haram berlaku di Malaysia. Ini tidak boleh dibiarkan
kerana ia termasuk dalam kategori penghambaan dan buruh paksa,” kata Irma
lapor portal itu.

Siti dari Jawa Tengah bekerja sejak 31 Januari dan Rosidah dari Nusa Tenggara
 Barat bekerja sejak 5 Mac 2016. Menurut laporan itu, mereka dikerah bekerja
bermula 3.00 pagi hingga 7.00 malam dan setelah selesai bekerja dikurung
di dapur berjeriji besi yang dikunci dan semua pintu dan tingkap ditutup.

“Mangsa menangis dan meminta bantuan kepada pengadu. Pekerja wanita
 tersebut tidak dibolehkan keluar oleh majikan selama 2 tahun dan seorang lagi
selama 3 minggu,” kata pengadu, Fajar Santodi.

Majikan diberkas dan dibawa ke balai polis manakala Siti dan Rosidah dibawa
ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurut portal itu, selepas diperiksa di mahkamah, Siti dan Rosidah diyatakan
sebagai mangsa pemerdagangan manusia dan ditempatkan di rumah
 perlindungan untuk wanita.

Baru-baru ini, Adelina Lisao, atau nama sebenarnya Adelina Jerima Sau, 26,
meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Bukit Mertajam.

Pada 21 Februari lalu, majikannya, Jayavartiny Rajamanickam, 36, didakwa
di mahkamah kerana mengambil bekerja pekerja asing yang tidak memiliki
permit yang sah, sementara ibu majikan, Ambika MA Shan, didakwa kerana
membunuh.

Di Indonesia, polis dilaporkan berjaya menahan 2 suspek yang didakwa terlibat
dalam penghantaran Adelina ke negara ini.

Sumber TKO - 28-2-2018


Namewee ditahan polis
Posted on Friday, February 23 @ 07:11:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38367


Beberapa hari selepas namanya dipetik kerana klip video Like A Dog, penyanyi dan 
pencipta lagu Namewee dilaporkan ditahan polis siang tadi.


Dakwaan itu dibuat pengendali akaun Facebook Namewee kira-kira jam 5 petang.
"Namewee kini telah ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kami akan sentiasa memberikan kerjasama pada pihak polis," kata kemas kini di
Facebook penyanyi terbabit.

Pagi tadi Namewee memuat naik gambarnya di depan Bukit Aman dan memaklumkan dia hadir ke ibu pejabat Polis Diraja Malaysia berkenaan untuk memberi keterangan.

"Saya tak gentar kerana saya percaya Malaysia mempunyai keadilan.

"Terima kasih pada semua yang menyokong Namewee. Saya tidak akan tunduk pada
pihak media," katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan rasmi malam ini, PDRM berkata Namewee
ditahan ekoran empat laporan diterima polis sebelum ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin
 Mohd berkata laporan berkenaan dibuat berhubung satu klip video "berunsur hinaan
terhadap agama serta boleh membawa implikasi negatif terhadap perpaduan dan
keharmonian kaum."

"Satu tangkapan telah dibuat bagi membantu siasatan polis," katanya yang merujuk
kepada Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kata Wan Ahmad Najmuddin Namewee ditahan pada jam 2.45 petang.

"Suspek ditahan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia," katanya.

Untuk rekod pada 18 Feb lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
mengesahkan PDRM sedang menyiasat kes video yang dipertikaikan sesetengah
pihak itu.

Menurut laporan The Star, polis turut bekerjasama dengan dengan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu kerana mengeluarkan
kenyataan dengan niat mencetuskan kemarahan perasaan agama orang lain, dan
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas dakwaan salah guna
kemudahan atas talian," kata Mohamad Fuzi.

Menurut pengendali akaun Facebook Namewee, mereka menghargai setiap sokongan
yang diberikan.

"Mari kita bersama-sama berdoa untuk Namewee," katanya.

Sumber TKO - 23-2-2018


Wanita, 60, akan dituduh sebabkan kematian amah Indonesia
Posted on Wednesday, February 21 @ 09:04:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38338



GEORGE TOWN: Seorang wanita berusia 60 tahun akan dibawa ke Mahkamah 

 Majistret Bukit Mertajam esok untuk didakwa atas kematian seorang pembantu 
rumah warga Indonesia, Adelina Lisao.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul
 Hamid berkata wanita itu akan dituduh bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
 kerana membunuh.

Sementara itu, anak perempuan wanita itu, akan didakwa kerana menyimpan
pendatang haram bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Wanita itu ditahan pada 12 Februari lalu berhubung dengan kematian Adelina
dan sebelum ini direman 7 hari. Remannya kemudian dilanjutkan seminggu.

Adelina meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Bukit Mertajam pada
11 Februari.

Wanita berusia 26 tahun itu yang berasal dari wilayah Timor Tengah Selatan,
dipercayai bekerja di rumah jenis berkembar di Taman Kota Permai sejak 3
tahun lalu.

Seorang jiran dilaporkan ternampak kecederaan pada tangan dan kaki adelina.
Jiran juga dilaporkan ternampak Adelina tidur bersebelahan seekor anjing
Rottweiler selama 2 bulan.

Dilaporkan pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven pada 10 Februari
lalu pergi ke rumah itu di mana Adelina didakwa didera.

Pembantu Sim membuat laporan polis berkenaan dakwaan penderaan itu selepas
majikan enggan bekerjasama.

Adelina kemudian di bawa ke balai polis oleh majikannya dan kemudian
dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam.

Bayi perempuan cedera
Dalam kes berbeza, bapa kepada bayi perempuan berusia 46 hari yang
 meninggal dunia kerana cedera dipercayai didera, akan didakwa di mahkamah
yang sama atas tuduhan membunuh.

Nik Ros Azhan berkata walaupun bapa bayi itu akan berdepan tuduhan bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, isterinya akan menjadi saksi
 pendakwaan.

Khamis lalu dilaporkan Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus meninggal
 dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, dan dipercayai menjadi mangsa
 penderaan di rumahnya di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah.

Difahamkan mangsa itu juga ada kesan lebam dan kecederaan lama.

Sumber TKO - 21-2-2018


9 Kes Dera Amah Paling Tragis Di Malaysia, Ada Mangsa Ditekap Seterika
Panas Sampai…

Posted on Friday, February 16 @ 08:16:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38263


Beberapa hari lalu, seorang pembantu rumah berasal dari Medan, Indonesia
dikenali sebagai Adelina, berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia selepas
24 jam diselamatkan oleh pihak polis yang menerima aduan dari orang awam
dalam satu kejadian di Pulau Pinang.

Allahyarham sudah bekerja hampir dua tahun di sini dikatakan mengalami
kecederaan di bahagian kepala dan muka selain kesan luka pada  kedua belah
tangannya. Lebih tragis, menurut laporan, mangsa dikatakan sudah sebulan didera
tidur bersama anjing di ruang parkir rumah majikannya.

Adelina dipaksa tidur bersama anjing di luar rumah majikannya. Mangsa akhirnya 
disahkan meninggal dunia selepas 24 jam polis menyelamatkannya


Mangsa didera dengan kejam – pix Utusan Online

Ternyata, kes dera amah ini membuka dimensi kembali ingatan orang ramai
terhadap beberapa kes dera melibatkan pembantu rumah dari seberang yang
pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu. Ada antara mangsa pernah
dirogol, didera dan pelbagai seksaan yang sangat tidak wajar terjadi dan
dilakukan.

Remaja senaraikan 9 kes dera amah paling tragis yang terjadi di negara ini.

Nirmala Bonat – Payudaranya ditekap seterika panas
Kes penderaan terhadapnya yang dilakukan oleh bekas majikannya, Yim Pek Ha
yang juga seorang bekas pramugari disifatkan agak melampau. Kes ini terjadi pada
 tahun  2004  di Kondominium Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Mangsa pernah ditekap dengan seterika panas di kedua belah payudaranya selain
belakang badannya.  Bukan itu saja, dia kerap diketuk dengan cawan besi di
dahinya selain beberapa penderaan emosi dan fizikal.


Ketika diselamatkan, inilah rupa Nirmala Bonat. Dia didera dengan kejam oleh 
majikannya


Inilah rupa Nirmala ketika dihadir ke perbicaraan mahkamah dalam saman 
terhadap bekas majikannya

Kesnya mendapat liputan meluas dan simpati masayarakat sehingga bantuan
derma untuknya dalam jumlah agak besar dari rakyat Malaysia yang simpati
dengan nasibnya. Manakala bekas majikannya diperintah menjalani hukuman
penjara 12 tahun selepas beberapa membuat rayuan di mahkamah. Malah
majikannya perlu membayar ganti rugi sebanyak RM129,147.20

Siti Hajar – Diberi makan daging babi dan nasi kosong
Dicurah air panas, kena ketuk dengan tukul besi, dicucuk di kaki dengan gunting
jika tidak memicit badan majikannya dengan kuat antara bentuk penderaan yang
dialami oleh Siti Hajar Sadli yang didera majikannya, Hau Yuan Tyng kira-kira
10 tahun lalu.

Beliau didera dengan begitu kejam. Mukanya penuh kesan melecur, berkudis,
bernanah serta luka akibat disimbah air panas. Lebih tragis dia diberi makan
daging babi dengan nasi kosong selain tidak dibayar gaji RM500 oleh majikannya
selama 3 tahun.

Kesan luka dan lecur penuh di seluruh tubuh Siti Hajar ketika diselamatkan…


Siti Hajar menangis ketika menceritakan penderitaan dialaminya sebagai pembantu rumah


Alami kecederaan kekal di bahagian telinganya akibat didera

Mantik Hani – Dibotakkan kepala, ditendang & ditumbuk
Mantik Hani, 36, semasa diselamatkan tinggal nyawa-nyawa ikan dan dikurung
dalam tandas. Kepalanya dibotakkan, seluruh badan penuh dengan tumbukan dan
tendangan oleh majikannya Murgan, seorang penjual air tebu yang didapati
bersalah dan sudah dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana menderanya.

Mantik ditemui dalam keadaan nyawa ikan dengan kesan kecederaan di seluruh tubuhnya


Bekas majikannya telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuhnya..

Semasa polis menyelamatkannya, dia kelihatan keliru dan terbaring lemah. Sehari
mendapat rawatan di hospital, pembantu rumah ini menemui ajalnya. Kejadian
dera ini dilakukan di Taman Sentosa, Klang dekat sini antara 18 dan 20 Oktober
2008.

Semasa diselamatkan, terdapat kesan kecederaan teruk di beberapa bahagian
badan mangsa termasuk luka hampir lima sentimeter sehingga menampakkan
tulang pada kakinya.
Selain itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri
termasuk bengkak pada bahagian muka, dipercayai dipukul dengan objek keras.

Sulasti – Badan penuh luka & lecur
Polis menemui pembantu rumah yang cedera parah,  Sulasti berasal Jakarta
selepas mendapat aduan dari Konsulat Jeneral Republik Indonesia sendiri. Tidak
mempunyai dokumen perjalanan sah, gadis berusia 21 tahun itu ditemui dalam
keadaan tidak boleh berjalan lagi akibat terlalu lemah tidak diberi makan.

Sulasti ditemui dalam keadaan lemah kerana tak diberi makan


Majikannya dapat ditahan selepas konsulat dari Indonesia membuat laporan polis Sulasti didera
Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan muka serta lecur,
manakala badannya mempunyai bekas-bekas luka dipercayai dipukul dengan
benda tumpul dan juga bekas lecur. Mulutnya juga berdarah semasa polis
menemuinya.
Kata Sulasti, majikannya memukul  dengan tangan, kaki, kayu,
rotan dan besi.

Majikan mahu campak dari tingkat 17
Seorang majikan ditahan selepas mengugut mahu mencampak pembantu
rumahnya dari tingkat 17 dalam satu kejadian dera di Kuala Lumpur.

Mangsa berusia 40 tahun, melarikan diri dari rumah majikannya di Kondominium
Desa Putra, Wangsa Maju, sebelum mendapatkan pertolongan dari anggota polis
bantuan di Stesen LRT Sri Rampai.

Mangsa turut didera tidak diberi makan, penderaan fizikal seperti mendakwa
majikannya sering  menumbuk muka, mencekik leher, menghantukkan kepala
mangsa ke dinding, menendang belakang badan serta mencubit kedua-dua belah
payu dara mangsa.

“Kerana tidak tahan diperlakukan seperti itu, maka mangsa nekad melarikan diri
dari rumahnya ketika majikannya sedang tidur dan mendapatkan bantuan polis,”
kata polis dalam satu sidang akhbar.

Suyanti Sutrinso dipukul dengan pisau dapur & mop keluli
Seorang amah, Suyanti Sutrinso ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan
kecederaan teruk pada muka, telinga, leher dan belakang badannya luka dipenuhi
darah, kata seorang jiran yang membantu seorang pembantu rumah yang didera
majikannya.

Suyanti nekad melarikan diri sebelum ditemui seorang pengawal keselamatan 
yang melihatnya rebah dalam longkang di Damansara

Majikannya, dikatakan menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, mop keluli
dan payung untuk memukulnya sebelum mangsa dapat melarikan diri dan ditemui
di tepi longkang oleh seorang pengawal keselamatan.

Jubaedah, mati jatuh tangga akibat didera
Jubaedah, 38 meninggal dunia selepas terjatuh dari tangga rumah majikannya
dalam satu kejadian di Pulau Pinang. Namun bedah siasat mendapati mangsa
mengalami kecederaan teruk di kedua-dua tulang rusuk dan pahanya akibat
didera.

Majikannya ditahan selepas pembantu rumah ini ditemui mati. Pix BH Online
Menurut sumber, polis turut menahan sepasang suami isteri berusia 40-an yang
juga majikan mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.

“Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian malam tadi dan temu bual dengan
 jiran mendakwa mangsa sering dimarahi majikannya.

Mey Sichan berat hanya 26.1 kg
Sepasang suami isteri yang disabitkan kesalahan membunuh seorang pembantu
rumah dengan membiarkan mangsa kebuluran, terlepas daripada hukuman mati
apabila Mahkamah Persekutuan mengubah sabitan mereka atas tuduhan
membunuh dan mensabitkan mereka bagi tuduhan lebih ringan.

Suri rumah, Chin Chui Ling, 45, dan suaminya  Soh Chew Tong, 48, pemilik
kedai, masing-masing dihukum 10 tahun penjara  bagi pertuduhan mengikut
Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat Mey Sichan.


Mei tidak diberi makan sehingga membawa kepada kematiannya
Pembantu rumah berusia 24 tahun itu hanya mempunyai berat badan 26.1 kg
ketika dia ditemukan mati di di rumah kedai pasangan berkenaan di Jalan Bukit
Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan 29 kesan kecederaan baharu dan
lama pada tubuhnya serta mengalami dehidrasi teruk. Pipi dan matanya  juga
cengkung. Mey Sichan tidak diberi makanan sewajarnya dan terpaksa mengutip
sisa makanan daripada tong sampah.



Sumber TKO - 16-2-2018


Bayi Perempuan 46 Hari Didera Meninggal Dunia
Posted on Friday, February 16 @ 08:02:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38261



BUKIT MERTAJAM - Seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia 

ketika dalam perjalanan ke hospital dipercayai didera anggota keluarganya dalam 
kejadian di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul
Hamid berkata mangsa yang dilahirkan pada 30 Dis lepas itu meninggal dunia
kira-kira pukul 10.45 pagi ini.

“Menurut bapa mangsa, anak keduanya itu didapati enggan meminum susu 
sejak malam tadi dan semakin lemah pagi ini sebelum dia serta isterinya 
membawa bayi berkenaan ke sebuah klinik swasta di kawasan Sungai 
Rambai, di sini.

“Semasa di klinik itu, doktor mendapati denyutan jantung bayi berkenaan 
semakin lemah dan mengarahkan mereka membawa mangsa ke hospital 
untuk rawatan lanjut,” katanya di sini.

Beliau berkata dalam perjalanan ke hospital, bayi itu didapati tidak bergerak dan
ibu bapanya berpatah balik ke klinik swasta berkenaan sebelum doktor
mengesahkan anak mereka telah meninggal dunia.

Nik Ros Azhan berkata pemeriksaan awal dan imbasan X-ray yang dijalankan
di Hospital Seberang Jaya (HSJ) mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan
termasuk patah kaki.

Difahamkan terdapat beberapa kesan luka dan lebam lama di badan bayi malang
itu.

Katanya, polis mengambil keterangan ibu dan bapa bayi berkenaan sebelum
menahan bapa bayi itu yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat
swasta bagi membantu siasatan.

“Lelaki berusia 22 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit 
Mertajam esok bagi mendapatkan perintah reman dan kes berkenaan 
disiasat menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata bedah siasat ke atas bayi itu akan dibuat di HSJ esok bagi
mengetahui punca sebenar mangsa meninggal dunia. – BERNAMA

Sumber TKO - 16-2-2018



Polis Tahan Dalang Utama Kes Penipuan Umrah
Posted on Thursday, February 15 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38241



KUANTAN – Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai menjadi dalang 

 utama kes penipuan pakej umrah baru-baru ini yang dikatakan turut melibatkan 
seorang suri rumah di Muadzam Shah, Rompin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri Supt Mohd Wazir
Mohd Yusof berkata, suspek berusia 30 tahun, dari Taiping, Perak ditahan di
perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Selangor hari ini ketika
hadir untuk membantu siasatan.

“Suspek ditahan pukul 3 petang tadi dan dibawa ke IPD Kuantan di sini untuk
tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan kepada media malam ini.

Katanya suspek didakwa telah memperdayakan beberapa orang mangsa untuk
memindahkan wang sebanyak RM300,000 ke akaun Syarikat Habib Resources
sebagai bayaran untuk tempahan pakej mengerjakan umrah bermula November
2016 dan Oktober tahun lepas.

Bagaimanapun, katanya, syarikat berkenaan tidak dapat menyediakan pakej
umrah berkenaan dan gagal memulangkan semula wang mangsa.

Pada 31 Jan lalu, seorang suri rumah, Zaiton Man atau Kak Ton, 48, mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Rompin atas 11 pertuduhan menipu pakej
umrah membabitkan jumlah kerugian RM44,000 sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan 48 individu termasuk peneroka Felda Keratong
membuat laporan polis di Balai Polis Muadzam Shah selepas mendakwa kerugian
kira-kira RM300,000 ditipu wanita dikenali sebagai Kak Ton yang menawarkan
pakej umrah.

Kak Ton dikatakan wakil syarikat berpangkalan di Kamunting, Perak. –
BERNAMA

Sumber TKO - 15-2-2018


Exco DAP disiasat 12 jam berhubung projek terowong
Posted on Wednesday, February 14 @ 07:33:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38220


Exco Pulau Pinang Lim Hock Seng disiasat selama 12 jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek terowong dasar laut negeri itu.


Lim hadir di pejabat SPRM Pulau Pinang pada jam 9 pagi dan hanya dibebaskan kira-kira pukul 9 malam.

Pengerusi jawatankuasa kerjaraya, utiliti dan pengangkutan Pulau Pinang itu ditemani oleh peguam dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer.

"Ia bukan penahanan, mereka menyoal saya sebagai saksi," katanya kepada Malaysiakini tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Lim juga berkata SPRM tidak memberitahunya sama ada akan dipanggil untuk disoal sekali lagi.
Timbalan Ketua Menteri P Ramasamy (gambar) juga dijadual berjumpa pegawai SPRM esok berhubung projek terowong bernilai RM6.3 bilion.

  Setakat ini, SPRM telah menyoal siasat kira-kira 70 orang dan menahan empat termasuk dua individu bergelar "datuk" dan "datuk seri," untuk membantu penyiasatan.

Projek jalan dan terowong yang dianugerahkan melalui tender terbuka kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd pada tahun 2013, telah menerima kritikan yang berterusan daripada pemimpin BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan projek itu sebagai "membazir," walaupun menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman 2011 antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan syarikat China, Beijing Urban Construction Group.

Terdahulu, exco negeri Chow Kon Yeow menyatakan kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM dalam siasatan mereka.

"Kami akan memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat dengan teliti seperti yang mereka mahukan.

"Kami hanya berharap projek jalan dan terowong masih boleh dilaksanakan selepas tekanan politik berskala besar digunakan terhadap pegawai kerajaan negeri, konsortium, perunding dan kontraktor projek ini," katanya.

Sumber TKO - 14-2-2018



Bibir kanak-kanak melecur, ibu tiri paksa minum air mendidih
Posted on Tuesday, February 13 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38205



SEREMBAN: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini mengesahkan 

 menerima laporan kes seorang murid sekolah di Lenggeng, yang melecur pada 
bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas oleh ibu tirinya.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin berkata pihaknya menerima
laporan berkenaan Sabtu lalu daripada IPD Dang Wangi dan kes masih dalam
siasatan awal.

“Kita akan minta laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur bagi
membantu siasatan kes.

“Dakwaan ibu mangsa yang mengatakan tiada tindakan susulan dibuat kerana
pegawai penyiasat di IPD Nilai menganggap perkara ini adalah masalah rumah
tangga berdasarkan laporan yang pernah dibuat sebelum ini, adalah tidak benar,
” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setiap kes yang dilaporkan kepada pihaknya akan disiasat seadilnya.


Media hari ini melaporkan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun menderita akibat
melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih
menggelegak oleh ibu tirinya.

Kejadian berlaku Isnin lalu iaitu sehari selepas ibu kandungnya menghantar
mangsa yang juga anak bongsu daripada 4 beradik pulang ke rumah bekas
suaminya di Lenggeng.

Sumber TKO - 13-2-2018


Cerita: Pembantu rumah warga Indonesia meninggal dunia akibat didera
Posted on Monday, February 12 @ 16:12:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38197



Bukit Mertajam: Pembantu rumah berusia 21 tahun yang didakwa telah didera 

oleh sepasang adik beradik di Taman Kota Permai akhirnya meninggal dunia 
di hospital Bukit Mertajam Ahad kelmarin.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam selepas majikannya
 diperintahkan oleh pihak polis supaya membawa wanita tersebut ke balai polis
bandar Perda pada hari Sabtu malam.

Ketua Polis Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul
Hamid berkata, polis telah menahan suspek wanita yang berusia 36 tahun dan
abangnya, 39.

"Terdapat kesan lebam di kepala dan muka mangsa serta kecederaan melecur
di bahagian tangan dan kakinya. Cubaan untuk mendapatkan kenyataan mangsa
ketika mangsa masih hidup tidak berjaya kerana dia dalam keadaan ketakutan".

Kedua-dua suspek telahpun direman sehingga 14 Februari untuk siasatan lanjut
dan kes disiasat di bawak Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.

-Pembantu rumah diselamatkan oleh rakan media dari Pejabat Pusat Khidmat
Parlimen Bukit Mertajam yang didera berakhir dengan kematian-

Sdr Cheng Han pegawai media dari Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Bukit
Mertajam setelah menerima aduan dari jiran pada 10 februari tempat mangsa
didera dan terus bergegas kerumah yang telah dikatakan telah mendera
 pembantunya seorang perempuan Indonesia yang berumur 21 tahun.

Cheng Han bersama rakannya wartawan Lee Ling tiba ke tempat kejadian
selepas 30 minit menerima aduan.

Adelina, 21 tahun didera

"Apabila saya tiba, saya melihat Adelina, duduk di atas kerusi roda dengan
kakinya dibalut dengan beg plastik dan tangannya kelihatan melecur. Saya cuba
bercakap dengannya tetapi dia kelihatan takut dan tidak bertindak balas" kata
Cheng Han.

Seterusnya Cheng Han cuba mendapatkan maklumat kepada majikan dan
majikannya memberitahu, bahawa mereka tidak membakarnya tetapi hanya
menamparnya "sekali atau dua kali" dalam 2 tahun berkerja dengan mereka.
Menurutnya majikannya, Adelina mendapat kecederaan 4 minggu lalu adalah
kerana tidak sengaja menumpahkan bahan asid pembersihan keatas dirinya
sendiri.

Cheng Han bertanya kepada majikan itu, mengapa membiarkan dia selama 4
minggu dan mengapa kamu tidak menghantar Adelina ke klinik atau ke hospital.
 Majikan itu berkata, mereka telah menghantar foto luka kepada rakan doktor
mereka dan diberitahu bahawa mereka boleh memohon iodin untuknya dan itu
sudah cukup baginya.

Cheng Han memberitahu kepada majikan itu bahawa kakitangan sukarelawan
NGO dari TenagaNita sedang dalam perjalanan dan mereka perlu berbincang
dengan Adelina tentang kes ini.

Apabila Cheng Han dan wartawan Lee Ling beralih kepada jiran sebelah, tanpa
menyedari, majikan tersebut telah membawa masuk Adelina kedalam kereta dan
mereka dihalau.

Sekitar 20 minit kemudian, Sally dan Ann dari TenagaNita tiba. Cheng Han
memanggil majikan itu untuk memaklumkan kepadanya bahawa mereka perlu
berbincang dengan Adelina. Majikan kemudian memberitahu, bahawa mereka
telah membawa Adelina ke klinik.

Cheng Han bersama sukarelawan TenagaNita menegur majikan itu dan
menuntutnya supaya membawa pulang kembali Adelina kepada mereka tetapi
majikan itu enggan. Jadi mereka terus membuat laporan polis dan Cheng Han
meminta polis memberi arahan kepada majikan untuk membawa Adelina ke balai
polis.

Semasa di balai polis, kita melihat Adelina dalam keadaan sakit dan tidak dapat
berjalan lagi.

Pegawai polis terus mengambil tindakan reman terhadap majikan dan cuba
 bercakap dengan Adelina secara bersendirian. Apabila ditanya kepada Adelina
bagaimana dia mendapat lebam diwajahnya, dia cuma berkata "Sendiri lebam..."
 Adelina tidak mahu bercakap lebih kerana terlalu ketakutan.

Semasa soal siasat Adelina, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Yb.Steven Sim dan
saya juga turut berada di sana. Yb.Steven Sim memberi jaminan kepada Adelina
bahawa dia berada di tempat yang selamat sekarang, dan dia akan membantunya.

Setelah polis mengambil alih kes itu, saya, Cheng Han bersama Yb.Steven Sim pun
pulang. Sally dan Ann kakitangan Sukarelawan TenagaNita terus berada di balai
polis bersama Adelina. Adelina kemudian dihantar ke Hospital Bukit Mertajam
 untuk rawatan.

Pagi Ahad 11 Feb, Cheng Han cuba memeriksa untuk mendapatkan maklumat
dengan Sally tentangnya. Sally berkata bahawa Adelina berada di wad 11 Hospital
Bukit Mertajam dan perlu tinggal di sana untuk tempoh masa untuk mendapatkan
rawatan.

Walau bagaimanapun, beberapa jam kemudian, kami menerima berita bahawa
Adelina sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan kritikal dan doktor terpaksa
 melakukan CPR kepadanya. Setelah mendapat maklumat, bahawa Adelina
 kritikal, kami dari Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bukit Mertajam
serta beberapa rakan lain mendoakan, dengan harapan dia akan pulih kembali.

Tetapi keadaannya sangat kritikal dan Adelina tidak dapat bertahan lama akhirnya
Adelina meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam.

Sedih... dia hanya 21 tahun...

Kami sedang menunggu laporan siasatan dari pihak polis. Polis sedang menyiasat
kes ini sebagai pembunuhan.

Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas ruhnya Adelina..

Kredit
Tok Abah II



Sumber TKO - 12-2-2018



Amah tidur dengan anjing Rottweiler selama 2 bulan, maut
Posted on Monday, February 12 @ 07:19:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38190


maid-abuse2
Gambar diambil seorang jiran kepada amah berusia 21 tahun itu pada tarikh berbeza, mulai 20 Disember 2017 menunjukkan beliau tidur bersebelahan sangkar seekor anjing 
Rottweiler.

BUKIT MERTAJAM: Seorang pembantu rumah dari Indonesia yang didakwa
 didera majikannya, meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya di Hospital
Bukit Mertajam, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Adelina meninggal dunia pada 4.45 petang tadi.
Punca kematian belum dikenal pasti.

Wanita berusia 21 tahun dari Medan itu bekerja di sebuah kediaman di Taman Kota
Permai, di sini.

Beliau dikesan cedera di tangan dan kakinya oleh seorang jiran yang prihatin.

Jiran itu berkata, Adelina dikesan tidur bersebelahan seekor anjing Rottweiler
setiap hari hampir 2 bulan dan beliau enggan bercakap dengan mereka yang
menyapanya.

Jiran turut mendakwa terdengar jeritan yang menjadi kebiasaan selang sehari.
maid-abuse
Menurut jiran, Adelina dikesan tidur bersebelahan seekor anjing Rottweiler hampir 
2 bulan.

Mengesyaki sesuatu tidak kena, jiran itu menghubungi seorang wartawan yang
kemudiannya memaklumkan pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Joshua Woo dan rakan sekerjanya
 menemui pengadu pada jam 4 petang semalam dan mendapati Adelina terduduk
di anjung kereta.

Seorang wanita berusia 60 tahun yang juga majikan Adelina meminta mereka
“tidak menjaga tepi kainnya” dan tunggu anak perempuannya pulang.

Anak perempuannya bagaimanapun menafikan mendera atau menganiaya
 pembantu rumah itu, tetapi mengakui beliau pernah menampar Adelina “sekali
dua”.

Wanita itu kemudian menjelaskan kecederaan dialami Adelina ialah akibat “bahan
kimia kuat” kerana mendakwa pembantu rumahnya membuang air besar dalam
saliran dapur menyebabkan ia tersumbat dan diminta menuang bahan kimia dalam
saliran itu.

Beliau mendakwa Adelina tertumpah bahan kimia itu atas kaki dan tangannya
sehingga menyebabkannya melecur.

Wanita itu kemudiannya membeli iodin untuk Adelina, namun ubat itu
memburukkan proses penyembuhan dan lukanya.
maid-abuse1
Anak perempuan majikannya mengakui pernah menampar Adelina “sekali dua”.
Difahamkan, tangan dan kaki Adelina juga bernanah.

Woo kemudiannya memberitahu kumpulan memperjuangkan hak asasi pekerja
asing, Tenaganita dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul
 Hamid berkata kematian amah itu disiasat sebagai kes bunuh.

Katanya, kes itu pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan
kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda
berbahaya lain.

Nik Ros berkata, wanita itu sudah bekerja dengan majikan kira-kira 2 tahun dan
dibawa ke balai polis oleh majikannya.

“Apabila kami cuba bercakap dengannya, beliau masih takut dan enggan memberi
 sebarang keterangan,” katanya kepada wartawan hari ini.

Beliau berkata, Adelina kemudiannya dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk
 dirawat.

Katanya, 2 beradik berusia 36 dan 39 tahun itu ditahan untuk siasatan.

Sumber TKO - 12-2-2018


Polis Kelantan terkejut kanak-kanak 9 tahun hisap dadah
Posted on Sunday, February 11 @ 15:24:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38188



MACHANG: Seramai 145 remaja bawah umur terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di Kelantan tahun lepas, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Hasanuddin berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 984 remaja yang ditahan polis selepas terbabit pelbagai kes juvana.

“Ada sebahagian daripada remaja bawah umur itu yang berusia seawal 9 tahun sudah mula mencuba menggunakan dadah dan ia tidak sepatutnya
berlaku,” katanya selepas merasmikan Minggu Disiplin, Pertauliahan Pengawas dan Ketua Tingkatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah hari ini.

Seramai 180 murid, termasuk exco dan ketua tingkatan dari sekolah berkenaan menerima surat tauliah pada majlis berkenaan.

Hasanuddin berkata, remaja bawah umur mencuba dadah selepas dipengaruhi rakan sebaya dengan alasan tidak “sado” (hebat) jika tidak mencuba dadah.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyaman pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen serta tidak memakai topi keledar.

“Kita akan laksanakan undang-undang tanpa memilih bulu, walaupun terdapat alasan pelajar berkenaan hanya menunggang motosikal ke sekolah sahaja,” katanya.

..

Apa nak terkejutnya anak pimpinan parti oren pun terlibat sama walaupun bapaknmya bercakap soal 'kedurjanaan masyarakat'


Sumber TKO - 11-2-2018






























Drug Syndicate Crippled


KUALA TERENGGANU: Police have crippled a drug syndicate active in the state and seized over RM300,000 worth of drugs.

Terengganu police chief Deputy Comm Datuk Aidi Ismail said two men in their 20s were arrested with about 17,200 methamphetamine pills and 606.19g of syabu at their rented home in Bukit Payung on Feb 8.

Police also seized over RM22,000 in cash as well as three cars and two motorcycles.
“The men, a fishmonger and a labourer, are believed to have been active for about six months,” he said.

The seized drugs are estimated to be worth over RM318,000.

Both men have been remanded until Wednesday and the case is being investigated under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952 for drug trafficking.- thestar.

Sumber BO - 11-2-208


Polis mahu inkues ke atas kematian Vasanthapiriya
Posted on Friday, February 09 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38158



GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mendesak pejabat pendakwaraya mengadakan inkues ke atas cubaan membunuh diri dan kematian seorang pelajar tingkatan 2, M Vasanthapiriya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata pihaknya menyerahkan 3 kertas siasatan kepada pendakwaraya baru-baru ini.

“Inkues yang dicadangkan itu selaras dengan keprihatinan yang orang ramai tunjukkan terhadap kes ini.

“Bagaimanapun, pihak pendakwaraya mengarahkan siasatan lanjut ke atas kes ini.

“Setakat ini mereka belum memberikan jawapan kepada cadangan inkues,” katanya pada sidang media hari ini.

Zainol menambah 3 kertas siasatan ke atas Vasanthapiriya termasuk cubaan membunuh diri, laporan kematian mengejut, dan laporan polis oleh seorang penulis blog mendakwa ada pihak membuat laporan palsu tentang kes itu.

“Pejabat pendakwaraya mahu kita mengambil lebih banyak keterangan sebelum membuat keputusan,” katanya.

Zainol menjelaskan kertas siasatan pertama ke atas cubaan membunuh diri di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan digugurkan berikutan
 kematiannya, manakala kertas siasatan kedua pula tentang kematiannya.
Beliau berkata kertas siasatan ketiga ialah laporan terhadap fitnah terhadap guru terbabit oleh seorang “orang India yang tidak dikenali”.

Vasanthapiriya cuba membunuh diri pada 24 Januari selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Dia diselamatkan oleh bapanya yang kemudian menghantar beliau ke hospital. Dia bagaimanapun masih tidak sedarkan diri dan meninggal dunia pada 1 Februari.

Kes Vasanthapiriya menarik perhatian negara selepas bapa saudaranya memfailkan laporan polis mendakwa dia dikurung oleh penuduhnya di sekolah sebelum dihantar pulang kira-kira 5 jam kemudian.

Sumber TKO - 9-2-2018


Guru bawa Vasanthapiriya minum di kantin sebelum bunuh diri, kata saksi
Posted on Thursday, February 08 @ 12:15:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38143



BUTTERWORTH: Beberapa maklumat baru mula timbul mengenai rentetan kejadian yang membawa kepada kematian M Vasanthapiriya, pelajar Tingkatan 2 yang cuba membunuh diri selepas meninggalkan nota menafikan tuduhan dia mencuri iPhone milik gurunya.

Seorang pekerja kantin di SMK Methodist di Nibong Tebal berkata, guru wanita itu membawa Vasanthapiriya ke kantin antara jam 4.30 petang hingga 5 petang pada 17 Januari, beberapa jam sebelum remaja itu ditemui tenat dalam keadaan tergantung di biliknya.

“Guru wanita itu membawa Vasanthapiriya ke kantin. Dia memesan Milo ais dan duduk di hujung sebuah meja panjang,” kata pekerja itu yang enggan dinamakan kepada FMT.

Pekerja terbabit berkata Vasanthapiriya kelihatan tidak ceria.

“Dia tunduk ke bawah, dan kelihatan agak takut. Saya tersenyum kepadanya, tetapi dia tidak membalas. Jadi saya hanya membiarkannya,” kata pekerja itu sambil menambah kantin itu menunggu untuk ditutup selepas waktu rehat sesi petang.

Ibu bapa gadis itu sebelum ini mendakwa dia dikurung dalam sebuah bilik di sekolahnya hampir 5 jam tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas, selepas guru terbabit menuduhnya mencuri iPhone.

Dalam laporan polis, ibu bapa Vasanthapiriya mendakwa guru terbabit dan suaminya membawa anak perempuan mereka pulang ke rumah, mengancam akan membawanya kepada polis jika dia tidak mengaku atas tuduhan tersebut.

Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduhnya keluar rumah untuk menyelesaikan perkara itu, menurut laporan itu.

Ketika itulah Vasanthapiriya cuba membunuh diri. Setibanya di rumah pada 8.20 malam, bapanya memecah pintu bilik apabila anaknya tidak menyahut.
Dia didapati tidak sedarkan diri tetapi masih hidup, tergantung pada selendang yang diikat pada paip pendingin hawa, dan kakinya tersentuh pada lantai.

Dia juga meninggalkan satu nota yang berkata: “Saya tidak curi telefon cikgu.”

Vasanthapiriya dikejarkan ke hospital dan selepas seminggu, meninggal dunia pada awal 1 Februari lalu.

Kantin kecil di SMK Methodist itu dikongsi pelajar sekolah rendah dan menengah.

Menurut pekerja yang sama, Vasanthapiriya berada kira-kira 30 minit di situ dan tidak menghabiskan minumannya.

“Kami biasa melihatnya di kantin. Dia selalu tersenyum. Kami sangat terkejut perkara ini berlaku kepadanya.”

Ramai yang marah dengan kematian Vasanthapiriya, dan mempersoalkan cara dia disiasat oleh guru sekolahnya.

Sementara itu, FMT difahamkan satu lagi dakwaan mengatakan guru tersebut percaya Vasanthapiriya menyerahkan iPhone tersebut kepada rakan sekolahnya yang tinggal berdekatan rumah Vasanthapiriya di Kampung Tong Hai, Nibong Tebal.

Jiran rakan sekolahnya itu berkata dia melihat guru itu dan suaminya tiba di rumah rakan sekolahnya kira-kira jam 6 petang pada hari kejadian.

Menurutnya, guru itu bertanya kepadanya sama ada jirannya ada di rumah.
“Saya kenal guru itu. Dia datang ke rumah saya bertanyakan di mana rumah remaja tersebut,” kata wanita itu kepada FMT, yang anaknya juga belajar di sekolah yang sama.

“Gadis itu sangat rapat dengan Vasanthapiriya, saya rasa mereka rakan baik.”

FMT menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang A Thaiveegan untuk mengesahkan rentetan kejadian yang didakwa oleh mereka yang ditemubual.

Sumber TKO- 8-2-2018


Polis sudah dikerah kesan bekas suami Indira
Posted on Monday, February 05 @ 18:48:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38111


Orang ramai diminta berhenti membuat spekulasi berhubung kes Muhammad Riduan Abdullah yang dilaporkan gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isteri M. Indira Gandhi.


Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata semua elemen dalam pasukan polis telah dikerah untuk mengesan Muhammad Riduan.

"Perkara ini sensitif, andaian yang bukan-bukan boleh jejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat ke-12 bersempena Tahun Baharu Cina 2018 dan Unit Siasatan Lebuh raya (USLR) Zon Tengah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam, di Hulu Selangor hari ini.

Mohamad Fuzi sebelum ini dalam satu kenyataan berkata usaha mengesan Muhammad Riduan yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, masih diteruskan sejak 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Indira Gandhi bahawa polis tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mencari dan menahan bekas suaminya yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.

Pada 29 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Ketiga-tiga anak mereka iaitu dua perempuan dan seorang lelaki kini berusia 20, 19, dan sembilan tahun. Muhammad Riduan, 47, telah menukar agama anak-anak mereka kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi selepas dia memeluk Islam.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya Prasana Diksa kepada bekas isterinya.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya dan memerintahkan Muhammad Ridhuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan semua agensi berkaitan dalam usaha mengekang kegiatan memuat naik dan memuat turun gambar dan visual pornografi kanak-kanak di negara ini.
- Bernama

Sumber TKO - 5-2-2018


Polis: Dadah ditemui dalam kopi perisa durian
Posted on Saturday, February 03 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38076



GEORGE TOWN: Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kopi pracampuran yang diminum 2 lelaki Nepal sehingga menyebabkan mereka mengalami gejala letih teruk, dipercayai mengandungi bahan asing disyaki sejenis dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, ujian analisis sampel kopi yang dijalankan pegawai teknologi makanan, makmal keselamatan dan kualiti makanan Pulau Pinang mendapati ada kandungan dadah, namun belum dapat dipastikan jenisnya.

“Hasil analisis sampel paket kopi yang diberikan seorang wanita tidak dikenali kepada 2 pengawal keselamatan itu juga menunjukkan paket itu telah dibuka dan dilekatkan semula kerana bahagian bawah paket itu menunjukkan kesan koyak.

“Berat paket yang dilekatkan semula itu juga menunjukkan penambahan lebih 10g daripada berat asal iaitu 40g kepada 50g dan dalam serbuk kopi itu mengandungi bendasing berwarna hijau berbeza dengan paket asal,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sampel kopi itu juga dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis sebenar dadah yang dicampur dalam paket tersebut.

Anuar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan wanita yang memberikan kopi pracampuran itu kepada 2 lelaki Nepal berkenaan.

Beliau berkata, 2 wanita yang turut dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas minum kopi itu kerana mengalami gejala sama dalam kejadian 27 Januari lepas, mendapat kopi itu daripada orang yang menderma kepada sebuah tokong.

Seramai 5 individu, termasuk 2 wanita dirawat di HPP selepas mengalami gejala letih dan lemah teruk, malah ada yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum sejenis kopi sejak Ahad hingga Selasa lalu.

Mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan di wad untuk pemerhatian dan beberapa ujian dijalankan. Tiga daripadanya dibenarkan keluar wad selepas keadaan mereka bertambah baik.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah ketika dihubungi berkata, tiada kes baharu dilaporkan dan siasatan berhubung sampel kopi serta ujian ke atas pesakit selesai dijalankan.

Sumber TKO - 3-2-2018

Lelaki Seluk Tangan Dalam Baju Kanak-kanak Perempuan Di ‘fun fair’ Mengaku Salah
Posted on Friday, February 02 @ 08:15:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38052



SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang mencabul kanak-kanak perempuan dalam klip video yang tersebar luas sebelum ini, mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan melakukan gangguan seksual ke atas mangsa.


Tan Seong Hee, 44, yang bekerja sebagai buruh, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Berdasarkan pertuduhan, Seong Hee didakwa melakukan gangguan fizikal bagi maksud seksual dengan menyentuh badan mangsa yang berusia tujuh tahun.

Perbuatan didakwa dilakukan tertuduh di kawasan Tapak Euro Happy Fun Fair bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, jam 11 malam 20 Januari lalu.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Shamsul Singring, mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan 1 Mac untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan psikiatri tertuduh manakala dengan tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

BH sebelum ini melaporkan penahanan seorang lelaki susulan yang diterima selepas video memaparkan perbuatan tidak senonoh tertuduh tersebar di media sosial.

Berdasarkan rakaman, lelaki itu dilihat memangku kanak-kanak perempuan terbabit sambil tangannya berada dalam baju mangsa.-BH.

Sumber TKO - 2-2-2018



Van Keselamatan Bawa RM4 Juta Terbalik Dirempuh
Posted on Thursday, February 01 @ 23:29:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38041



BAGAI aksi filem Hollywood, sebuah van keselamatan membawa wang tunai RM4 juta terbalik selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi di Jalan Lapangan Terbang Subang itu, dua pegawai keselamatan daripada syarikat keselamatan Security Amour cedera manakala pemandu van terbabit cedera ringan.

Insiden yang berlaku di laluan menghala arah susur masuk ke Kelana Jaya itu melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina yang dipandu oleh seorang wanita berusia 44 tahun.

Lapor BH Online, berdasarkan laporan daripada pemandu wanita itu, van sekuriti terbabit telah memasuki laluan hadapannya hingga menyebabkannya dia gagal mengelak.

Ia menyebabkan kereta yang dipandunya melanggar van tersebut dari arah belakang sehingga terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata kemalangan menyebabkan kesesakan jalan sepanjang beberapa kilometer.

“Pengguna jalan raya dan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan turut bantu mangsa terbabit dan mangsa cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

Mohd Zani berkata, semua wang yang dibawa van itu selamat dan kemudian segera dipindahkan ke sebuah van lain manakala pemandu kereta Nissan Grand Livina tidak mengalami kecederaan.

“Wang dialihkan ke van lain dengan selamat dan siasatan lanjut berhubung kemalangan dilakukan mengikut Peraturan 10 LN 166/59,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 1-2-2018


Polis bebaskan aktivis Sarajun Hoda
Posted on Tuesday, January 30 @ 11:37:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37990


Aktivis Sarajun Hoda Abdul Hassan telah dibebaskan dari tahanan polis lewat malam semalam.


Sebelum ini, adalah dilaporkan beliau ditahan semalam, di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA).
Jay Jay Denis, yang hadir ketika Sarajun dibebaskan, mengesahkan bahawa aktivis itu dilepaskan dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada kira jam 12.30 pagi.

Beliau berkata polis dari Bukit Aman merekodkan kenyataan Sarajun Hoda dan akan memaklumkan kepadanya dalam tempoh sebulan jika polis akan meneruskan tuduhan itu.

Telefon Sarajun Hoda juga dirampas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), katanya.

Siasatan itu dikatakan berhubung hantarannya di Facebook pada Oktober tahun lalu, yang kemudiannya telah dimuat-turunkan sejak itu.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Sarajun Hoda untuk maklumat lanjut.
Seksyen 298 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niak melukakan perasaan agama seseorang.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula berhubung penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

Sumber TKO - 30-1-2018



Aktivis NGO ditahan polis
Posted on Tuesday, January 30 @ 06:46:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37982


Aktivis NGO Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) Sarajun Hoda Abdul Hassan ditahan polis malam tadi.

Difahamkan beliau ditangkap oleh polis dari Bukit Aman, dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.


"Punca penahanan masih tidak jelas tetapi beliau dipercayai ditahan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," kata ALIRAN dalam satu kenyataan.

"Kami menggesa pihak berkuasa untuk menjelaskan punca penahanannya dan membenarkan peguam untuk berjumpa dengannya.

"Beliau juga perlu diberi akses perubatan apabila memerlukannya," kata kenyataan itu lagi.

Seksyen 298 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niak melukakan perasaan agama seseorang.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula berhubung penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

Sumber TKO - 30-1-2018


Kastam berjaya tumpas sindiket dadah bahaya bernilai RM18 juta
Posted on Monday, January 29 @ 14:31:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37973



NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah berbahaya bernilai RM18 juta dengan penangkapan 15 lelaki dan tiga wanita warga asing di sebuah premis di Kajang, Selangor, Jumaat lalu.

Dadah jenis ketamin dan heroin masing-masing seberat 114 kilogram (kg) dan 766kg itu ditemui dalam dua buah kontena berhampiran premis tersebut.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, serbuan ke atas premis itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat JKDM pada pukul 11.30 malam.

"Hasil serbuan berjaya menahan 18 suspek membabitkan 10 warga Pakistan, empat warga Indonesia dan empat warga Myanmar berusia antara 18 hingga 50 tahun.
"Seramai 17 daripada suspek terbabit ditahan ketika sedang memunggah guni-guni putih dari dua kontena ke dalam premis itu yang disyaki dijadikan stor penyimpanan manakala seorang lagi ditangkap berhampiran restoran makanan segera berhampiran lokasi serbuan.

"Pemeriksaan ke atas guni-guni yang setiapnya seberat 25kg menjumpai enam guni disyaki dadah jenis ketamin seberat 114kg dan 31 guni disyaki heroin seberat 766kg," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Cawangan Narkotik JKDM Kampung Jijan Tengah di sini hari ini.

Subromaniam menambah, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE

Sumber TKO - 29-1-2018


Azwan buat laporan polis dakwaan skandal seks Azmin
Posted on Thursday, January 25 @ 22:24:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37908


Selebriti kontoversi Azwan Ali hari ini membuat laporan polis bagi menyiasat dakwaan skandal seks membabitkan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti yang didakwa sebuah blog baru-baru ini.


Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang tadi.

“Saya buat laporan polis ini kerana kes ini perlu dibersihkan apatah lagi melibatkan nama Azmin Ali dan isterinya.

“Ini maruah seorang pemimpin, ini bukan skandal seks artis tetapi skandal seks pemimpin nombor satu Selangor.

“Saya tak tuduh dia (Azmin) buat skandal seks tetapi laporan polis saya hari ini menjurus kepada dua spesifikasi iaitu kepada tertuduh dan yang membuat tuduhan (blog terbabit),” kata Azwan kepada wartawan selepas membuat laporan polis tersebut.


Sehubungan itu selebriti yang terkenal dengan gelaran Diva AA itu mencabar individu terbabit dalam dakwaan berkenaan agar tampil membuat laporan polis. "Kalau betul ada bukti sila ke depan sebab kita nak keadilan dan juga saya cabar isteri orang itu untuk bersemuka dengan saya, apa masalah kau,” kata Azwan.

Mengulas lanjut, Azwan berkata kehadiran beliau hari ini bukanlah kerana kasih sayangnya kepada Azmin sebaliknya atas prinsip berani kerana benar.
“Ini bukan soal sayang tetapi soal perjuangan saya, walau dia bapa saya sekalipun kalau dia lakukan jenayah bukan saya untuk pertahankan dia," dakwanya lagi.
Azmin awal minggu ini menafikan tuduhan di blog berkenaan yang mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.
Katanya, artikel itu berniat jahat dan merupakan fitnah terhadapnya menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyekat akses ke blog berkenaan selepas seorang wanita membuat laporan polis.

Sementara itu Azwan turut menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengantung kedudukan Azmin selaku ahli lembaga pengarah pihak berkuasa itu sehingga siasatan selesai.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Azmin dan pegawai-pegawainya bagi mengulas tuduhan tersebut.

Sumber TKO - 25-1-2018


Isa Samad selesai beri keterangan selepas soal siasat 5 jam
Posted on Friday, January 05 @ 19:06:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37603



KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selesai memberikan keterangan kepada polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selepas lebih 5 jam disoal siasat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Isa selesai beri keterangan selepas soal siasat disambung selepas solat Jumaat.

“Saya sahkan keterangan Isa sudah selesai diambil. Beliau selesai diambil keterangan lebih 4.00 petang tadi,” katanya kepada FMT.

Lebih 50 wartawan yang menunggu di pintu utama menara yang menempatkan JSJK sejak 9.00 pagi bagaimanapun gagal mendapatkan Isa, yang dipercayai keluar mengikut pintu belakang menara.


Isa tiba di Bukit Aman pada 10.30 pagi dan terus memasuki pintu belakang menara ke ibu pejabat JSJK. Isa adalah individu ke-9 yang dipanggil untuk siasatan polis.

Beliau dipanggil polis selepas Berita Harian melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Isa merupakan pengerusi FIC sejak ia ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga Ogos 2017.

Sumber TKO - 5-1-2018

Isa Samad minta tangguh beri keterangan: KPN
Posted on Friday, January 05 @ 10:05:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37594



KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, yang sepatutnya memberi keterangan berkaitan kes penukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, semalam, meminta penangguhan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata sebaliknya Isa dijangka memberi keterangan hari ini.

"Pagi tadi (semalam) saya dimaklumkan Tan Sri Isa akan memberi keterangan di Menara 238 (Ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) pada jam 10 pagi.
"Namun saya kemudian menerima maklumat yang beliau tidak dapat hadir hari ini (semalam).

"Ini kerana beliau (Isa) minta tangguh sehingga esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi BH, malam tadi.

Semalam, pada satu sidang media di Putrajaya, Mohamad Fuzi memberitahu wartawan bahawa Isa dipanggil untuk direkod keterangan berhubung isu pemindahan hak milik tanah FELDA bernilai lebih RM250 juta yang meragukan.

BH sebelum ini melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di sini, yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.


LAPORAN eksklusif BH mengenai FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, pada Disember 2017.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Isa adalah Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017

Pada 12 Disember lalu, FELDA membuat laporan berhubung kemungkinan berlaku penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah miliknya di Jalan Semarak, oleh syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd.

Kes disiasat sebagai penipuan dan pemalsuan dokumen mengikut Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan.

Sumber TKO - 5-1-2018

Kes Tikam, Gilis: Kereta BMW Putih Ditemui
Posted on Wednesday, December 27 @ 20:07:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37461




JOHOR BAHRU: Polis menjumpai kereta BMW berwarna putih yang digunakan dalam kes pembunuhan tikam dan gilis lelaki berusia 44 tahun di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi dekat sini.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kenderaan tersebut ditinggalkan di sebuah ladang kelapa sawit di Air Baloi, Pontian oleh suspek selepas kejadian 17 Disember lalu.

“Kenderaan itu ditemui tanpa plat pendaftaran,” katanya pada sidang media di sini Rabu.

Beliau berkata kenderaan tersebut ditemui orang awam kira-kira pukul 3 petang Selasa.

Mohd Khalil berkata polis telah membebaskan empat daripada 15 suspek yang ditahan bagi membantu siasatan.

“Kami masih memburu tiga lagi suspek utama bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu,” katanya.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam pada 17 Disember lalu, mangsa maut selepas disyaki ditikam sebelum dilanggar dan digilis kereta ketika mengisi angin tayar dalam kejadian pergaduhan di stesen minyak terbabit.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian dada kiri.

Sumber TKO - 27-12-2017



Rangka Manusia Lengkap Seragam Pelantar Minyak Dijumpai
Posted on Tuesday, December 26 @ 07:42:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37451




BACHOK: Rangka manusia lengkap berpakaian seragam pelantar minyak ditemui penduduk di pesisir pantai Kampung Aur kira-kira jam 8 pagi tadi.


Seorang penduduk, Waliyul Amri Wahab berkata, dia mengetahui kejadian itu pagi tadi selepas dihubungi oleh sepupunya yang tinggal berdekatan.

Menurutnya, ketika tiba di situ terdapat hanya tiga penduduk di lokasi kejadian dan dia terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian.

“Ketika tiba di situ hanya tiga orang sahaja yang ada dan pihak polis belum tiba lagi. Ada seorang wanita yang mengutip siput yang mula- mula menemui rangka itu pagi tadi. Saya segera hubungi polis untuk memaklumkan mereka mengenai kejadian itu.

“Pada bahagian kiri baju itu tertulis Zamil Offshore dan ada rakan saya kata ia adalah pakaian pekerja syarikat pelantar minyak yang terkenal sebagai penyedia perkhidmatan luar pesisir dan marin terbesar dari Timur Tengah,” katanya kepada Sinar Harian.



Sumber TKO - 26-12-2017


Lelaki dibunuh di khalayak ramai di stesen petrol JB
Posted on Monday, December 18 @ 09:12:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37335



JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati selepas ditikam dan dilanggar menggunakan sebuah kereta dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta jenis Volkswagen mereka di stesen berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata kedua-duanya kemudian secara tiba-tiba didatangi 4 lelaki yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta jenis BMW mereka.

Namun mangsa dilaporkan melawan dan akibat daripada itu, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa. Melihat kejadian itu, wanita yang bersama mangsa terus melarikan diri meminta bantuan orang awam.

“Dalam pergelutan itu, mangsa berjaya meloloskan diri namun suspek kemudian naik ke kereta mereka dan membuat pusingan di stesen minyak berkenaan sebelum bertindak melanggar mangsa dan kemudian mengundurkan kenderaan dan melanggar mangsa sekali lagi sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Khalil berkata berikutan kejadian, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Daripada pemeriksaan, polis menemui satu kesan tikaman di dada kiri mangsa.

Menurut beliau, polis kini sedang mengambil keterangan daripada wanita asing berkenaan yang dilaporkan masih trauma akibat kejadian itu.

Motif kejadian masih disiasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber TKO - 18-12-2017



Suspek Bunuh, Bakar Dibawa Ke Lokasi Kejadian
Posted on Sunday, December 17 @ 07:15:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37329



KUALA LANGAT: Suspek bunuh dan bakar empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Rabu lalu, dibawa ke lokasi kejadian, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek yang ditahan awal pagi semalam, di Taman Pusat Kepong, tiba kira-kira jam 11 pagi tadi sebelum beredar dua jam kemudian.

Katanya, tindakan membawa suspek ke lokasi berkenaan adalah bagi mendapatkan maklumat lanjut terhadap perbuatannya itu.

"Polis turut membawa juru isyarat kerana suspek bisu. Siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Suspek berusia 38 tahun yang juga teman lelaki kepada anak bongsu mangsa, tiba diiringi beberapa anggota selain tangan digari dan memakai penutup muka.

Dalam kejadian jam 6.30 Rabu lalu, satu keluarga membabitkan dua warga emas dan dua kanak-kanak lelaki maut dipercayai dibunuh dan dibakar.

Mangsa adalah Lim Mai Shak, 68; Chia Tee Nang, 73, dan dua cucu mereka iaitu Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi, masing-masing berusia tiga tahun dan 10 tahun.
- BH Online

Sumber TKO - 17-12-2017


4 lelaki berputih mata, penduduk bongkar cubaan curi kerbau
Posted on Saturday, December 16 @ 14:02:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37319



BUKIT MERTAJAM: Empat lelaki dipercayai anggota geng curi lembu dan kerbau berpura-pura memancing ikan di Sungai Kulim, sebelum menyumpit kerbau milik penduduk yang ditambat di tepi sungai berkenaan di Kubang Semang, hari ini.

Geng itu yang dipercayai aktif dalam kegiatan berkenaan di sekitar Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey untuk mencuri haiwan peliharaan penduduk.
kerbau_kerata_1
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kubang Semang, Saidin Yaakob berkata, sambil memancing, mereka menyumpit kerbau dipercayai dengan ubat pelali bagi melemahkan haiwan itu sebelum disumbat dalam MPV untuk melarikannya.

Bagaimanapun, katanya, gelagat 4 lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu dilihat seorang remaja yang kemudiannya memaklumkan penduduk kampung sebelum mereka cuba menahan geng berkenaan.

“Mereka yang bersenjatakan parang itu panik selepas melihat penduduk kampung, bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kerbau dalam MPV.

“Empat lelaki itu bagaimanapun bertindak mencuri 2 motosikal penduduk ketika cuba melarikan diri. Kerbau yang cuba dilarikan tersebut berharga RM7,000 hingga RM8,000,” katanya.

Saidin berkata, pemilik kerbau berusia 50-an itu membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan beliau pernah kehilangan 3 ekor lembu, Ramadan lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, polis turut menerima laporan daripada pemilik kerbau berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan itu dan polis percaya 4 lelaki itu merupakan anggota sindiket mencuri lembu dan kerbau.

Sumber TKO - 16-12-2017


Blogger Milosuam ditahan polis
Posted on Saturday, December 09 @ 06:57:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37224


Polis dari Bukit Aman menahan blogger Yusof Al-Siddique Suratman, atau lebih dikenali sebagai Milosuam, berhubung kenyataan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bocor.


Difahamkan Yusof akan ditahan di Ibu Pejabat polis Daerah Dang Wangi malam ini dan akan hadir pada pendengaran reman esok. Peguamnya Latheefa Koya berkata Yusof ditangkap di rumahnya di Melaka petang ini.

Isteri Yusof diberitahu oleh polis bahawa dia akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan, kata Latheefa.

Secara kebetulan, Polis Johor hari ini mengambil keterangan Anggota Parlimen Senai Wong Shu Qi berhubung ucapannya di dewan undangan negeri baru-baru ini.

Ucapan itu disampaikan pada 28 November di mana Wong mendesak Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi penjelasan berhubung tuduhan rasuah yang disebut dalam kenyataan saksi SPRM yang telah disiarkan di internet.
Pada hari yang sama, milosuam.net memuatkan satu artikel yang mengandungi satu halaman dari apa yang kelihatan sebagai kenyataan saksi SPRM.

Khaled menafikan sebarang tuduhan rasuah dan mendakwa Wong melanggar undang-undang rahsia dengan merujuk kepada kenyataan saksi.

Beliau juga memberitahu dewan undangan negeri bahawa beliau tidak berada di lokasi yang disebut dalam kenyataan saksi yang dikatakan itu kerana berada di luar negeri.
Kenyataan saksi itu dibuat oleh Amir Shariffuddin Abd Raub, yang didakwa bersama-sama bekas anggota exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi awal tahun ini kerana melakukan pengubahan wang haram dan rasuah.

SPRM kemudian mengesahkan bahawa dokumen itu telah bocor, sementara Amir Shariffuddin membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa dokumen itu telah diubahsuai.

Peguam dan Ahli Parlimen Puchong, Gobing Singh Deo, yang mengiringi Wong ke balai polis hari ini berkata pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan rasuah dan bukan anak guamnya.

"Perlembagaan Persekutuan membenarkan penggubal undang-undang untuk berbincang secara bebas mengenai isu kepentingan awam dalam dewan undangan negeri atau Parlimen," katanya.

Sumber TKO - 9-12-2017



Belajar di internet, penghasilan dadah sintetik makin kreatif
Posted on Wednesday, December 06 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37181



KUALA LUMPUR, 5 Dis ― Berikutan lambakan dadah sintetik baharu di pasaran dan sindiket beralih kepada cara lebih inovatif untuk menarik penagih sebanyak yang mungkin, masalah dadah menjadi lebih bahaya berbanding sebelum ini, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Lee berkata dalam satu kenyataan di sini semalam bahawa ada dadah sintetik yang boleh mengubah pengguna dadah itu menjadi “zombi” dan bahan psikoaktif baharu boleh menghasilkan halusinasi yang lebih bahaya dan pengguna dadah menjadi lebih aktif, agresif dan gila.

Lee menegaskan bahawa generasi muda memainkan peranan penting dalam memerangi dadah sambil menambah anggota masyarakat harus bertindak sebagai mata dan telinga pihak berkuasa untuk membantu menangani masalah itu.

“Masanya sudah tiba bagi setiap kita memainkan peranan untuk membantu menyelamatkan Malaysia daripada gejala penyalahgunaan dadah dengan menggunakan pendekatan yang inovatif dan holistik,” katanya.

 Beliau berkata ia bukan masalah kecil kerana dadah sintetik boleh dihasilkan dengan hanya mempelajari pembuatannya melalui Internet, oleh itu ia menjadi lebih sukar untuk ditangani dan hanya boleh dibanteras melalui kerjasama rapat dengan setiap pihak yang berkaitan.

“Kita perlu ingat bahawa selain menghancurkan kehidupan mangsa dan ahli keluarga, ketagihan dadah juga boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti jenayah, masalah sosial dan penularan penyakit seperti AIDS dan Hepatitis,” kata beliau. ― Bernama

Sumber TKO - 6-12-2017


Bekas pengurus besar Mimos dipenjara, didenda lebih RM2 juta
Posted on Thursday, November 23 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36949



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan bekas pengurus besar kewangan, Mimos Berhad, Khairuddin Khalid, menjalani hukuman penjara 5 tahun dan denda lebih RM2 juta selepas mengekalkan sabitan bersalah meminta dan memperoleh rasuah 16 tahun lepas.


Panel 3 hakim terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Dr Badariah Sahamid menolak rayuan Khairuddin untuk mengetepikan sabitan, penjara 5 tahun dan denda RM458,325 atau 6 bulan penjara atas pertuduhan pertama.

Di samping itu, panel tersebut juga mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen mengenai sabitan terhadap tertuduh berusia 57 tahun itu atas 3 lagi pertuduhan selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dia daripada tuduhan tersebut.

Mohd Zawawi, yang mempengerusikan panel itu mengenakan hukuman penjara 5 tahun dan denda RM625,000 atau 6 bulan penjara terhadap Khairuddin atas pertuduhan kedua, penjara 5 tahun dan denda RM1.01 juta atau 10 bulan penjara atas pertuduhan ketiga dan penjara 5 tahun dan denda RM416,686.88 atau 10 bulan penjara atas pertuduhan keempat.

Beliau, bagaimanapun, memerintahkan Khairuddin menjalani hukuman penjara itu serentak mulai hari ini.

Dalam penghakimannya, Mohd Zawawi berkata mahkamah mendapati wujud bukti cukup untuk menyokong sabitan terhadap Khairuddin atas pertuduhan tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Suite 17.3-17.4A, Tingkat 17, Menara Weld, 76, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2001, 4 September 2001, 31 Oktober 2001 dan 8 Februari 2002.

Atas pertuduhan pertama, Khairuddin didakwa memperoleh suapan berjumlah RM91,665 daripada Pengerusi Eksekutif, Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Muhammad Khalid Ismail sebagai upah melakukan perbuatan berhubung hal ehwalnya iaitu melabur dana pelaburan Mimos.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa meminta suapan berjumlah RM150,000 daripada individu sama dengan RM125,000 daripada jumlah itu adalah upah untuk pelaburan Mimos dalam syarikat tersebut.

Bagi pertuduhan ketiga, Khairuddin didakwa meminta suapan RM295,750 daripada individu sama dengan RM202,000 daripada jumlah itu adalah upah untuk pelaburan Mimos.

Bagi pertuduhan keempat, Khairuddin didakwa meminta suapan RM447,833 daripada individu sama dengan RM83,337.37 dariipada jumlah itu adalah upah bagi pelaburan Mimos.

Sebelum ini, Khairuddin disabitkan kesalahan atas lapan pertuduhan Mahkamah Sesyen tetapi selepas rayuan, Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan atas pertuduhan pertama dan mengetepikan 7 lagi pertuduhan meminta dan memperoleh suapan.

Hari ini, pihak pendakwaan menarik balik rayuan pembebasan Khairuddin terhadap 4 lagi pertuduhan.

Khairuddin diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad.



Sumber TKO - 23-11-2017

702,319 Pengedar Dadah Ditangkap Dari 2014 Hingga Okt 2017
Posted on Tuesday, November 21 @ 08:21:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36886



KUALA LUMPUR -- Seramai 702,319 pengedar dadah ditangkap di negara ini dalam tempoh 2014 hingga Oktober 2017, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata berdasarkan statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), seramai 21,731 pengedar ditangkap mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Daripada jumlah itu, seramai 68 orang adalah ‘raja dadah' manakala 27,914 orang adalah warganegagara asing, katanya pada sidang berita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bil 1/2017 di Bangunan Parlimen hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata jumlah barang pengedaran dadah yang disita adalah bernilai RM346 juta manakala yang dilucut hak pula bernilai RM46 juta.

"Mereka yang ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Tangkapan adalah 3,968 (tangkapan), 3,336 (tahanan) dan 252 sekatan," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan yang diedarkan selepas mesyuarat tersebut, Ahmad Zahid berkata fokus utama mesyuarat jawatankuasa itu ialah pelaksanaan tindakan membanteras dan memerangi ancaman gejala dadah dengan serius bagi merealisasikan usaha kerajaan untuk melindungi rakyat daripada terus terjebak.

Beliau berkata enam kertas pertimbangan dan dua kertas makluman dibincangkan termasuk keberhasilan program penguatkuasaan, pendekatan baharu dalam penyelesaian masalah dadah dan penubuhan sekolah integrasi di pusat pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Mesyuarat JKMD merupakan jawatankuasa tertinggi yang ditubuhkan di bawah arahan Perdana Menteri No 1 Tahun 2004 di samping tiga jawatankuasa bertindak yang akan melaporkan kepada JKMD," katanya.

Ahmad Zahid berkata Dasar Dadah Negara telah diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 2017 dan diselaraskan oleh AADK.

"Dasar berkenaan, antara lain, menetapkan bahawa kuasa penguatkuasaan dan pelaksanaan adalah di bawah bidang kuasa 10 kementerian utama dan 15 agensi serta jabatan kerajaan," katanya.

-- BERNAMA

Sumber TKO - 21-11-2017

Skim Tipu : 1.7 Juta Mangsa Diperdaya, Rakyat Malaysia Rugi RM4.4 Bilion..
Posted on Sunday, November 19 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36857



KUALA LUMPUR 6 Oktober 2017 – Kira-kira 1.7 juta mangsa penipuan 27 jenis skim pelaburan melibatkan kerugian bernilai RM4.4 bilion dicatatkan di negara ini sepanjang tempoh Julai 2013 hingga September 2017 lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam tempoh berkenaan, pihaknya menerima lebih 2,500 laporan mangsa bagi kes. “Kami beberapa kali mengingatkan orang ramai agar tidak mudah

terpengaruh dengan skim begini kerana tiada satu pelaburan yang dapat memberikan pulangan tinggi. Agent atau leader syarikat biasanya akan mengambil deposit daripada mangsa untuk dilaburkan dalam syarikat tempatan.” “Pakej pelaburan yang ditawarkan oleh suspek adalah antara RM350 hingga RM55,000 dengan menjanjikan pulangan tinggi.”
Senarai skim penipuan pelaburan yang dikenal pasti.
1. Crude Palm Oil
2. Highway Group Resources
3. Mekah Islamic Hotel
4. Federal Reserve Chicago Bond
5. RJB Empire Group
6. Venus Fx 7. AAM Academy
8. Celoreng Mindef
9. Kongsi Makan
10. Bit Coin – Bit Kingdom
11. JJPTR 12. Bit Coin – Al Mubin Agarwood
13. Exorbitence Influence Sdn. Bhd. (Krubal)
14. Richway
15. Pelaburan Emas Royal Gold
16. Dato Dave (Syarikat Aero Asia Holding)
17. Monspace
18. MFace / MBI
19. Pelaburan Emas – Tok Belagak
20. Pelaburan Emas – Pegasus Bullion
21. Saham – Century Dinasty
22. Pelaburan Forex – MGCFX
23. Pelaburan Sunner Group
24. Pelaburan GM Friday
25. Focus Capital Growth
26. Skim Perumahan DBI/Juta Kelulut
27. Global Tijari
TOLONG VIRALKAN
Image result for Skim tipu: 1.7 juta mangsa diperdaya, rugi RM4.4 bilion
semoga kita dapat selamatkan DUIT rakan2 kita!!!
SENARAI NAMA & No Acc PENIPU2 ONLINE
1. Noor Zaidi Bin Hassan 163019651309 (Maybank)
2. Muhammad Ikhbal bin Taslim. 14820002359529 (CIMB)
3. Satralyn – 165125266083 (MBB)
4. Lee Suet Chinn – 4779046133 (PUBLIC BANK)
5. Mohd fadli – 7606748639 (CIMB)
6. Mohamad Fairul Bin Abu Bakar – 7049910031(CIMB)
7. Nassarudin Bin Ahmad Akmar – 4756227835 (Public Bank)
8. Muhammad arif bin dzulfadli
PHAT CURVES MALAYSIA
9. Andry Stephen ak Anthony. Maybank 161239022664
10. VIVIAN A/L VASU 110078148805 (acc tidak di kenalpasti)
11. MOHD SHAHRIL BIN HASAN @
Nurhidayu binti Shahri Cimb-7042162353
12. SYAFIQ AZRI BIN JAILANI CIMB BANK : 5577565400557504
13. Nur Nirmal 12092022934110 bank islam
14. Muhammad Rushaidi 158042778535 (Maybank)
Senarai nama penipu yg kononnya menjual tudung AIDIJUMA
1. Khalidah Khalid 151017193499 (MBB) 01160773313525 (CIMB)
2. Mohd Firas 162013000905 (MBB)
3. Noratikah Nobit 112241075413 (MBB)
4. Siti Fatimah 164017220750 (MBB)
5. Syed Kamal al Yahya 162834038188 (MBB)
6. Syazrina bt Ahmad 157139577099 (MBB)
Related image
Tipu penjualan HP
Bank CIMB :5577565400674648
Zulasraf joharri manaf
no telefon : 013-272-5800
Scammer di Mudah.My
Tipu Jual Huddle Yes
Nama : Muhammad Feazy Iskandar
Nama Bank : CIMB Bank : 01260002959204
Scammer di mudah.my
Tipu Hp Iphone 5
Name:Hj Saddam bin Abdul Kadir
No.Telefon:0149865580
Name of bank:Maybank
Account number:1550 6923 2368
Scammer di Mudah.my
tipu jual HANDPHONE
Name : Izuan bin Abdul Rahim.
No. Telefon : 0104379994
Name of Bank : Maybank.
Account Number : 152116070094
Public acc 4662006431
ms chan kee fe
Tipu jual smart card astro Name : Nagaraja a/l ghanisan Name of bank : maybank a/c number :159012858239 *scammer mudah.com *
SENARAI SCAMMER/PENIPU ONLINE
————————–
Image result for Skim tipu: 1.7 juta mangsa diperdaya, rugi RM4.4 bilion
11118-41-000076311 (BSN) : KU MUHAMMAD TARMIZY BIN KU YEEN
013-2069542
FB : TASHA NORA
105176065539 (MBB) : REGINA ROSS
FB : COMEL BUNDLE
514758303026 (MBB) : HOE RENOVATION DESIGN ENTERPRISE
7056592322 (CIMB) : YAP WAI KEI
155171103902 (MBB) : MAS FAZIRA MOHD
011-23584292
FB : MAS SYAWAL (CHENTAPAPA)
156226070206 (MBB) : ABDUL RASHID SHAMSUDDIN
7049749336 (CIMB) : HASBI IBRAHIM
013-9616951
FB : Aien Niey
164445049951 (MBB) : WAN RAZALI BIN WAN ABDUL RAZAK
FB : Wan Farah
164717057651 (MBB) : IBRAHIM ABDULLAH
016-5470443
FB : Fahira Yusoff
7052915884 (CIMB) : NOR AIN MUHAMMAD
017-9016995
FB : Ria Riana II
164472265856 (MBB) : RAJA ERMAN
011-17564693
FB : Koleksi Beg Import (Lelaki) Branded Berkualiti Tinggi Termurah DiPasaran
7612826880 (CIMB) : EMY SOFIA ROSLAN
112018146575 (MBB) : EMY SOFIA ROSLAN
011-23308892
FB : Bella Leisya
0300941000022505 (BSN) – YUHANIS MOHAMED
158220571578 (MBB) : FAZUNA OTHMAN
553092004462 (MBB) : NIK ROSLINDA NIK MOHD ROSLI
7614178335 (CIMB) : NURUL JANNAH MOHD RASHID
016-3083277
155127119862 (MBB) : NORASHIKIN RASHID
162012986987 (MBB) : SALINA MOHD NOOR
7006869175 (CIMB) : SHAH IRWAN
Related image
RABIATUL ADAWIAH
CIMB 8602614851
NO TEL +601125447422
FB : Rabiatul Adawiah @ Ruby
Penipu online jual barang kosmetik dan blouse borong murah
Rakan bersekutu @Mia
No tel +60179660899
Penipu online jual barangan kosmetik murah dan blouse borong murah
(KOSMETIK BORONG MURAH)
0165355250
Maybank
562106656882
CIMB
7058411611
Mohammed Adrian Emir
Seller sikat iron n baju
Rugi RM150++
FB= IJAN RAFIZAN(kiss ganu)
-Menipu dalam jualan kereta mainan kanak2 murah
-NO :01125575670
-GURUN KEDAH
Nama:WAN MIMI IZZATI WAN NAZARI
ACC BANK :03030069185521
BANK CIMB
NO:01117738271
INFO:MENIPU DLM PENJUALAN ONLINE SELEPAS CUST BANKIN TERUS BLOCK DAN CARI MANGSA SETERUSNYA.
NAMA:Ehsan
No fon: 0148593084
No acc maybank
160184092720
MENIPU DLM JUALAN BAJU&TUDUNG
NAMA:SITI AMINAH BINTI MUSTAPA
NO WS:013 300 1957
Mybank 153131089909(Suami)
MOHD HUZAIRI
wechat:Citieynoty1
ig:_siti95
Menipu jual kain tudung murah
SCAMMER MASIH ACTIVE
MAK KUTU:NINA
PESALAH:NORSHAHIRAH BT ARBANI
ALAMAT:NO 38,JALAN EMAS 30,TAMAN SRI SKUDAI,81300 SKUDAI,JOHOR
01131752900(HEYRA)
0107162603(YUL-BF)
FB HEYRA-KYRA UNCIET
FB YUL-YUL PEC JOHOR
AMOUNT XBAYAR:RM240
Untuk penipu agent² top-up
==============
SCAMMER TOP UP
Senarai no hp yang disyaki digunakan oleh scammer top up.Mohon viralkan kepada semua ahli supaya berhati2 apabila berurusan dengan no2 di bawah ini.

1.0194167914
2.0164581024
3.0139773984
4.0139400983
5.0139142031
6.0199762300
7.0145327926
8.0107644899
9.01140318364
10.01140338432
11.01125693057
12.0169014567
13.0173704008
14.0135946807
15..01135323147
16.01115444180
17.0122583416
18.01140232046
19.0199419072
20.01140316188
21.010 800 7522
** Tolong simpan dlm notepad anda sbb senarai ni ialah scammer yg masih aktif.

Sebelum buat bayaran, tolong cek akaun kot ada tersenarai nama penipu ni. Berhati2 ok. Jgn jadi mangsa seterusnya.
#Copy/Paste Dan viralkan..

Sumber TKO - 19-11-2017

Anak ADUN ditahan kerana pil kuda - Berita Ini Lebih Menjurus Siapa
Posted on Sunday, November 19 @ 18:46:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36849



ANAK lelaki seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas- Salor, Kota Bharu, semalam.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan 3.30 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan mengenai tangkapan itu.

Katanya, berlaku pergelutan antara polis dengan lelaki itu sebelum berjaya ditahan.
"Suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Rabu ini.

"Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya di sini, hari ini.

.....
ADUN AMANAH (PAN) ada seorang aje di Kelantan. Tak payah nak cari sudah ada jawapannya.- WM


Sumber TKO - 19-11-2017


Anak pemimpin AMANAH (PAN) ditahan bersama 200 pil kuda
Posted on Sunday, November 19 @ 17:24:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36847


Seorang pemuda yang juga anak kepada seorang pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara (PAN) ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda.


Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, hari ini.

Penahanan lelaki itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik dan suspek kini dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman, lapor Utusan Online.

Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 3.30 petang.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya," katanya dipetik sebagai berkata.

Sumber TKO -  19-11-2017




























































Partly-decomposed Body Of Unidentified Man Found Floating Near Pulau Kapas


MARANG: The body of a man clad only in dark-coloured track bottoms was found floating at sea near Pulau Kapas today.

District police chief Deputy Superintendent Mohd Suhaimi Ali said the body was spotted by a local fisherman about noon.

He said the fisherman lodged a report about the incident at the district police headquarters at noon and a team of Marine policemen were despatched to retrieve it.

However, the same fisherman had also contacted the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA). The agency diverted one of its boats which was currently on patrol nearby.

A state MMEA spokesman said the crew of the boat retrieved the body, which was partly decomposed, and brought it back to the agency’s jetty in Kuala Terengganu.

He said the body was then handed over to Marang police.

It was learnt that the body was sent to Sultanah Nur Zahirah Hospital for post-mortem examination.

Sumber BO - 19-11-2017


Kerabat Johor dipenjara 2 tahun, denda RM10,000 pukul peninju negara
Posted on Wednesday, November 15 @ 22:37:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36745



PUTRAJAYA: Hukuman penjara terhadap seorang kerabat diraja Johor dikurangkan kepada 2 tahun namun ditambah dengan denda RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitannya terhadap pertuduhan mencederakan petinju negara Muhammad Farkhan Mohd Haron.

Panel 3 hakim terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Yaacob Md Sam memerintahkan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Hakim Mohd Zawawi yang mempengerusikan panel itu menolak rayuan Tunku Nick Tazuddin, terhadap sabitannya tetapi membenarkan rayuannya untuk mengurangkan tempoh penjara daripada 4 tahun kepada 2 tahun.

Beliau turut mengenakan denda RM10,000 atau penjara setahun jika gagal membayar denda itu terhadap Tunku Nick Tazuddin, 32, yang memakai kemeja dan seluar hitam.
Semasa menyampaikan keputusannya, Hakim Mohd Zawawi berkata hakim Mahkamah Sesyen adalah betul apabila mendapati Tunku Nick Tazuddin bersalah terhadap pertuduhan itu.

Beliau bagaimanapun berkata hukuman penjara 4 tahun terhadap Tunku Nick Tazuddin yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen adalah kurang sesuai kerana wujud elemen provokasi.

Hakim itu berkata penjara 6 minggu yang dijalani Tunku Nick Tazuddin sebelum beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM20,000 dan kebenaran bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan perlu dipertimbangkan.

Pada 28 Jun, 2013 Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun masing-masing terhadap Tunku Nick Tazuddin, Alex Foo Hee Wee dan Mohd Arif Husin selepas mendapati mereka bersalah terhadap pertuduhan mencederakan petinju negara itu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek, Johor Bahru, antara 4.30 pagi dan 7 pagi pada 6 Mei 2012.

Bagaimanapun, Foo meninggal dunia dan Mohd Arif, 40, yang menghadapi pertuduhan membunuh dalam kes lain tidak mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan tempoh penjara itu di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi membebaskan keempat-empat mereka dan pihak pendakwaan merayu ke Mahkamah Rayuan yang menghantar semula kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di hadapan hakim lain.

Sidang Mahkamah Tinggi yang ke-2 itu kemudian mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Tunku Nick Tazuddin mengemukakan rayuan.

Dalam prosiding hari ini, peguam mewakili Tunku Nick Tazuddin, Mohd Daud Ismail dalam hujahnya berkata berlaku provokasi dan perkara itu tidak dipertimbangkan mahkamah lebih rendah dan menurutnya mangsa turut bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa pula berkata mangsa yang mengalami pelbagai kecederaan dan turut diseret ke but sebuah kereta bernasib baik kerana masih bernyawa.

Dilaporkan Muhammad Farkhan, 29, pemenang pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos, patah rahang dan mengalami pelbagai kecederaan lain selepas dipukul sekumpulan lelaki.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd Daud berkata anak guamnya akan membayar denda itu.

Sumber TKO - 15-11-2017


Ambiga bingung disiasat polis kerana saman di UK
Posted on Saturday, November 11 @ 06:54:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36615



PETALING JAYA: Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga mempertikaikan tindakan polis menyiasatnya atas dakwaan dibuat dalam pembelaan difailkan editor Sarawak Report, berhubung saman oleh presiden PAS.

Katanya, peguam lain turut menyifatkan tindakan polis itu tidak wajar.
Beliau mendakwa siasatan itu adalah usaha bersepadu pihak dikaitkan dengan plaintif untuk mengganggu dan menakut-nakutkannya disebabkan pembelaan difailkan defendan.
“Sukar untuk memahami bagaimana pembelaan yang menamakan saya, dan digunakan oleh seorang defendan daripada saman fitnah difailkan seorang ahli politik di sebuah mahkamah London, (dan oleh itu dilindungi keistimewaan mutlak), boleh menjadi satu kesalahan jenayah di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis dilaporkan berkata, mereka akan menyiasat bekas pengerusi Bersih 2.0 itu di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 berdasarkan laporan Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar.

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan ialah kesalahan membabitkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Ambiga berkata, mahkamah memandang serius tindakan mengganggu dan menakut-nakutkan seorang saksi berpotensi yang mungkin disamakan dengan tindakan menghina mahkamah.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu, terhadap satu artikel Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Pada 29 Oktober lalu, media melaporkan Clare Rewcastle-Brown dalam tuntutan balas terhadap saman fitnah difailkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa beliau dan Ambiga ada bercakap mengenai Datuk Seri Najib Razak, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.
“Ambiga memberitahu defendan sumbernya yang dikatakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah yang dibayar itu sekitar RM90 juta,” kata Clare dalam afidavitnya bertarikh 11 Oktober lalu.

Clare dalam pembelaannya menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 pemimpin PAS dari kumpulan ulama yang didakwa menerima wang daripada dana disyaki milik 1MDB.

Hari ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa dilaporkan berkata, beliau melihat sendiri bukti PAS menerima wang daripada Umno, dan jumlahnya melebihi RM90 juta, angka yang diberikan Sarawak Report.


“Saya tidak bermain dengan kata-kata. Saya bercakap selepas saya melihat sumber maklumat tersebut dan memastikan maklumat itu tepat dan benar,” kata bekas exco kanan Kelantan itu dalam sesi dialog Rabu lalu.

Sumber TKO - 11-11-2017



Rumah Ri Jong-Chol Buat Agen Saraf VX
Posted on Friday, November 10 @ 14:10:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36601



SHAH ALAM: Pegawai Penyiasat Ka­nan kes pembunuhan Kim Jong-nam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, pihak polis menyerbu kediaman seorang lelaki Korea Utara selepas mengesyaki premis tersebut digunakan untuk menghasilkan agen saraf VX.

Asisten Supe­rintenden, Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA membe­ritahu, pihak berkuasa turut merampas 14 item daripada unit kediaman Ri Jong-chol di Kondominium Dynasty Garden, Kuala Lumpur.

“Antara item yang dirampas adalah sebotol bahan kimia klorida, dua unit sarung tangan, berus gigi, wang tunai AS38,000 (RM160,626), empat telefon bimbit berserta empat kad sim, dua tablet, dua komputer riba dan komputer meja,” kata saksi pendakwaan kesembilan itu.

Barangan elektronik ter­sebut kemudian dihantar ke Makmal Forensik Polis di Cheras untuk diperiksa manakala barangan lain selain wang tunai dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis bagi mengesan kehadiran racun saraf itu di rumah tersebut.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak merampas apa-apa pakaian dan keratan kuku tangan milik Jong-chol yang merupakan salah seorang suspek pada ketika itu berikutan tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Saksi itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam bela, Gooi Soong Seng pada perbicaraan hari ke-15 kes warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, didakwa membunuh Kim Chol atau turut dikenali sebagai Kim Jong-nam bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari lalu.

Pertuduhan terhadap kedua-dua wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Berhubung Jong-chol pula, Wan Azirul Nizam memberitahu graduan jurusan Sains dengan pengkhususan kimia itu telah ditahan pada 17 Februari di kediamannya dan ditahan reman selama dua minggu sebelum diusir pulang ke Korea Utara pada 3 Mac lalu.
Kelmarin, saksi tersebut memberitahu sebuah kereta Naza Ria telah dibeli oleh seseorang dari Kedutaan Korea Utara bernama Chel Su, lima bulan sebelum kejadian serangan itu dan didaftarkan atas nama Jong-chol.

Kenderaan tersebut kemudian digunakan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali untuk menghantar tiga suspek yang masih bebas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan ke KLIA selepas kejadian serangan ke atas Jong-nam untuk melarikan diri ke negara lain.

Menjawab pertanyaan Soon Seng yang mewakili Siti Aisyah, pegawai polis itu memberitahu terdapat kemungkinan lelaki itu dipanggil semula ke negara ini untuk menjadi saksi dalam perbicaraan itu.

“Bagaimanapun, tiada sapina dikeluarkan kepada Jong-chol kerana saya tidak mendapat sebarang arahan untuk berbuat demikian,” ujar saksi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung Isnin ini. - UM

Sumber TKO - 10-11-2017


Polis siasat Ambiga atas khianat awam
Posted on Friday, November 10 @ 14:07:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36600


Polis sedang menyiasat bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berhubung tindakan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang menamakannya sebagai sumber dalam artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Menurut The Malaysian Insight, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan bahawa siasatan telah dimulakan berikutan laporan yang dikemukakan oleh Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno, Zulkarnain Mahdar pada 1 November lalu.
Ambiga dilaporkan sedang disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mendatangkan khianat awam.

Seksyen 505 (b) memperuntukkan kesalahan kerana membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap negara atau terhadap ketenteraman.

Ambiga ketika dihubungi, berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara berkenaan, petang ini.

Bagaimanapun, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah binggung dengan undang-undang yang digunakan untuk menyiasat Ambiga.

"Secara peribadi, saya tidak melihat apa bahaya yang ditimbulkan di Malaysia melalui pembelaan Rewcastle-Brown ketika dia menamakan Ambiga sebagai seorang daripada saksinya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa isu yang dibangkitkan dalam pembelaan Rewcastle-Brown bukanlah perkara baru seperti kes pembunuhan kejam Altantuya Shariibuu, timbalan pendakwa raya Kevin Morais dan skandal 1MDB.

Katanya, isu-isu berkenaan pernah dibincangkan di mahkamah Malaysia dan bukan sekadar hanya di lorong belakang.

"Biarkan mahkamah UK teruskan dan jangan cuba mengugut atau mengancam serta mengganggu saksi. Henti ganggu Ambiga dan biarkan kebenaran ditegakkan," katanya.

Sumber TKO - 10-11-2017


Ancaman Seks Kanak-Kanak, Tolong Berhati-hati
Posted on Monday, November 06 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36479



SAAT ini, manusia lebih teruk dari binatang. Hari demi hari, kes yang melibatkan rogol, cabul, liwat, raba, ugutan dan sebagainya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Dek kerana agama makin dicekik, manusia sudak muak berkelakuan normal. Ya, hari ini lebih serius bilamana kanak-kanak menjadi ancaman untuk dijadikan pemuas nafsu kepada binatang bertopengkan manusia.

Tapi malang, ramai diantara kita masih memandang isu ini remeh.

Di media sosial khususnya, masih ramai ibu bapa yang taksub untuk memuat naik gambar anak-anak mereka dari sekecil bayi lagi.

Gambar anak baru lepas mandi, tidak berpakaian, anak tidur, anak bermain, dan boleh kata dari bukak mata sampai mereka tidur, gambar anak-anak semuanyaingin dimuat naik oleh ibu bapa.

Ramai yang berpra-sangka, “heleh, tak pelah, gambar budak-budak je pun, bukannya aurat, bukannya orang kesah pon, chill lah!” Huh.

Tuan puan, sedarlah, dalam keseronokkan kita untuk mengejar like dan pujian nitizen pada gambar anak-anak kecil kita.

Wujud lagi ramai manusia bangsat ini yang memerhati anak-anak tuan puan dari jauh untuk dijadikan pemuas nafsu laknat mereka.

Lambakan child pornography hari ini buktinya nauzubillah.

Di barat, kes ancaman seks yang melibatkan kanak-kanak makin gila. Kita? Kajian menunjukkan kita kearah itu.

Jadi, untuk penulisan awal ini, saya merayu pada semua khususnya ibu bapa untuk sedar, jagalah anak tuan puan sebaiknya.

Kita berada di ambang dunia yang mana isi makhluknya jauh dari agama.
Sebarkan, moga maklumat ini dapat selamatkan masa depan anak-anak kita.

Aris Farhan,
Bandar Baru Bangi,
5 november 2017.

Sumber TKO - 6-11-2017


Curi, Jual Barang Kemas Ibu Demi Sara ‘Boyfriend’
Posted on Sunday, November 05 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36450



SEORANG pelajar didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Melaka semalam selepas disabit kesalahan curi dan jual barang kemas ibu angkatnya bernilai RM 5,305 demi sara teman lelaki.

Memetik sumber, tertuduh yang berumur 20 tahun itu mengaku bersalah atas ketiga-tiga tuduhan iaitu membantu menyembunyikan barang-barang curi sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norina Maludin.

Bagi pertuduhan berkenaan, Nurul Aqilah Abdullah didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Ia melibatkan kesalahan menjual dua utas rantai leher masing-masing berharga RM605 dan RM3,450 serta seutas gelang bernilai RM1,250 di mana kesemuanya berjumlah RM5,305 milik ibu angkatnya, Zalina Ramli.

Tertuduh mengaku melakukan semua kesalahan itu di Tajung Jewellers Enterprise pada 4, 8 dan 10 April antara jam 9 pagi dan 5 petang sekitar tahun ini.

Berdasarkan fakta kes, pada 24 Jun lalu, ibu angkat tertuduh menyedari beg barang kemas yang disimpan dalam laci telah hilang sekali gus menyebabkan wanita itu bertanya kepada anaknya.

Aqilah mengaku telah mencuri dan menjual barang tersebut di sebuah kedai emas bagi tujuan menyara kehidupan diri dan teman lelakinya.

Susulan kejadian itu, wanita berusia 40 tahun itu segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Tertuduh dan teman lelakinya, Muhammad Aidil Japri berjaya ditangkap oleh polis di rumah pangsa Seri Kubu, Jalan Kampung 4 pada 8 September lepas.

Sumber berkata, Aqilah kemudiannya membawa pihak berkuasa ke sebuah kedai barang kemas di mana lokasi tertuduh menjual barang kemas milik Zalina.

Setibanya di lokasi, pemilik kedai berkenaan iaitu Kang Hok Eng kemudiannya menyerahkan 9 salinan resit jualan dan memaklumkan bahawa barang itu telah dicairkan dan dijual.

Timbalan Pendakwa Raya, Mazuin Hashim mohon hukuman setimpal dikenakan kepada Aqilah sebagai langkah pencegahan dengan alasan tertuduh sudah berulang kali melakukan kesalahan tersebut.

Namun, Aqilah merayu agar hukuman diringankan dan dibenarkan hakim yang menetapkan hukuman denda sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan atau penjara 6 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Sementara itu dalam satu perbicaraan yang berasingan, tertuduh dilaporkan mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan di bawah seksyen yang sama atas kesalahan menyembunyikan barangan curi di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Saleh.

Tertuduh bagaimanapun mohon dibicara terhadap tuduhan membantu menyembunyikan barangan curi dengan cara menjual di mana kesemuanya berjumlah RM8,798.

Aqilah didakwa melakukan kesalahan berkenaan di lokasi yang sama di antara jam 9 pagi pada 16 Mac dan jam 7 petang pada 25 Mac tahun yang sama.

Majistret Muhammad Firdaus kemudiannya membenarkan bayaran jamin sebanyak RM8,000 untuk kesemua pertuduhan dan menetapkan 7 Disember depan sebagai sebutan semula kes.

Setakat ini difahamkan, kedua-dua denda dan ikat  jamin tidak dibayar.
- mynewshub.cc

Sumber TKO - 5-11-2017


Dera mak angkat hingga mati
Posted on Saturday, November 04 @ 20:04:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36432


 KLANG: Seorang tukang masak ditahan tengah malam tadi, selepas disyaki mendera ibu angkatnya sehingga mati, pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata suspek berusia 43 tahun itu dan bekerja di sebuah restoran makanan laut di Pandamaran, ditahan di Klang jam 12 tengah malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek mula memukul dan mendera mangsa yang berusia 70 tahun itu sejak Mei lalu.
 "Mangsa tinggal bersama suspek dan isterinya. Isteri suspek tahu suaminya memukul mangsa tetapi takut memberitahu ahli keluarga kerana lelaki itu sering mengugut untuk membunuhnya.

Sumber TKO - 4-11-2017
"Bagaimanapun, keadaan mangsa yang parah pada 28 Oktober itu menyebabkan isteri suspek bimbang sebelum nekad menghubungi pihak hospital bagi membolehkan mangsa mendapat rawatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pagi semalam selepas hampir seminggu mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Amouan Rahimah (HTAR), dekat sini.

Shamsul Amar berkata, bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah pada beberapa bahagian badan termasuk kepala akibat dipukul.

"Warga tua itu didera kerana disyaki mendesak isteri suspek menuntut cerai.

"Suspek direman sehingga Jumaat depan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Datuk Seri pukul RELA ditahan semula bagi kes dadah
Posted on Saturday, November 04 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36421



Selepas dibebaskan setelah membayar wang jaminan bagi pertuduhan kes menyerang dan mencederakan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) hari ini, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk Seri’ kemudian ditahan polis berhubung kes dadah.

Liow Soon Hee, 29, ditahan semula oleh sepasukan polis narkotik dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, (IPD) di Mahkamah Sesyen Ampang sejurus membayar wang jaminan berjumlah RM17,000 bagi empat pertuduhan menyebabkan kecederaan parah, menyerang dan mencederakan tiga anggota RELA iaitu Lee Weng Poh, 27, Melvin Cheong Mun Khai, 21, dan Leong Jun Jie, 21.

Selepas ditahan, Liow dibawa menaiki kenderaan MPV polis dan meninggalkan kompleks mahkamah pada 5 petang untuk dibawa ke IPD Dang Wangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan semula Liow.

“Dia merupakan individu yang dikehendaki polis berhubung satu kes jenayah lampau dadah,” katanya.

Terdahulu, Liow mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen itu bagi empat pertuduhan berkenaan yang didakwa dilakukan di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini pada 6.30 pagi, 27 Oktober lepas.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, tiga anggota Rela iaitu Melvin, Lee dan Leong, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku hanya kerana mereka meminta 'Datuk Seri' itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.
-Bernama

Sumber TKO - 4-11-2017

Seks untuk kerja’ pemimpin MIC tersebar di media sosial
Posted on Wednesday, November 01 @ 12:44:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36352


Seorang pemimpin cawangan MIC melepaskan jawatannya susulan tersebar rakaman perbualan telefon di mana beliau menjanjikan untuk mendapatkan pekerjaan kepada seorang remaja dengan syarat pelajar itu menyerahkan tubuhnya.


Menurut laporan berita, ahli politik berkenaan, yang juga adalah guru berusia 50-an, membuat janji tersebut kepada ibu gadis itu.

Klip audio berkenaan sedang tersebar melalui aplikasi mesej Whatsapp.

Dalam klip lapan minit 49 saat itu, lelaki itu dengan angkuh memberitahu bahawa beliau telah membantu banyak gadis, yang baru saja selesai menduduki peperiksaan SPM mendapat pekerjaan setelah mereka mengadakan hubungan seks dengan dirinya.

"Beritahu saya masa dan di mana, dan berapa lama sesi itu. Jika dia tidak berminat, sila beritahu saya, saya akan gugurkan tawaran ini, kerana terdapat banyak gadis lain menunggu," katanya.

Beliau juga mengadu kepada wanita itu bahawa anaknya itu tidak menjawab panggilan atau mesej.

Lelaki itu juga memberitahu bahawa hubungan seks adalah hanya pada pertemuan sekali itu dan selepas dirinya membantu gadis berkenaan mendapatkan pekerjaan, mereka akan saling tidak mengenali.

"Jangan lepaskan peluang ini," katanya.

Sumber TKO - 1-11-2017


'Datuk Seri' Cuba Sogok Rela
Posted on Monday, October 30 @ 19:44:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36310




KUALA LUMPUR: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang didakwa dipukul oleh lelaki bergelar 'Datuk Seri' tidak tergoda dengan tawaran wang untuk menarik balik laporan polis yang telah dibuat baru-baru ini.


Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin berkata, salah seorang mangsa telah dihubungi oleh seorang individu yang didakwa menawarkan wang RM10,000 jika mereka sanggup membatalkan laporan polis tersebut.

"Kami tidak sesekali akan bertolak ansur dalam perkara ini dan tidak akan menerima tawaran berkenaan.

"Sekiranya dia melakukan jenayah itu, dia harus bersedia untuk berdepan akibatnya," katanya pada sidang media, Isnin.

Zainal Abidin berkata suspek, seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai memegang gelaran Datuk Seri, telah mengarahkan seorang individu yang bertindak sebagai 'orang tengah' membuat tawaran itu pada Ahad.

Ketua Perhubungan Rela kawasan, Ho Hoong Keong, 56, dengan tegas menolak tawaran tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki terbabit.

Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta lelaki itu mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire milik suspek yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.

Pada Ahad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata suspek berusia 29 tahun itu telah dikenal pasti dan diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Sumber TKO - 30-10-2017


Ahli MT Umno Sohaimi ditikam jiran
Posted on Saturday, October 28 @ 09:53:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36248



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi Shahadan cedera selepas ditikam oleh jirannya yang dipercayai kurang siuman dalam kejadian di hadapan rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S. Somu berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam tadi, Sohaimi dikatakan berkunjung ke rumah jirannya untuk memaklumkan ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki berusia 20-an itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena anak saudaranya.

“Lelaki itu kemudian menikam Sohaimi di bahagian belakang kepala dan bahu kanan serta turut menikam anak saudara lelaki Sohaimi yang datang untuk membantunya di bahagian kepala dan pipi menggunakan objek tajam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Somu berkata polis yang dimaklumkan kejadian itu telah menahan suspek manakala Sohaimi dan anak saudaranya dihantar ke Hospital KPJ di Damansara untuk mendapat rawatan kecemasan dan dilaporkan stabil.


Beliau berkata siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Sumber TKO - 28-10-2017

Budak 13 tahun dirogol abang tiri hingga lahirkan anak
Posted on Friday, October 27 @ 15:58:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36217



BALING: Polis menahan dua beradik dipercayai menjadikan adik tiri mereka sebagai hamba seks sejak 2015 sehingga melahirkan bayi lelaki di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, berkata perkara itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 13 tahun mengadu kepada ibu tirinya kerana sakit perut sebelum dibawa ke hospital, jam 3.30 pagi.

Katanya, mangsa kemudian bersalin 10 jam kemudian susulan pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan mangsa mengandung hingga menyebabkan ibu tirinya terkejut kerana selama ini tubuh mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Siasatan awal, mangsa memaklumkan dia dirogol abang tirinya berusia 15 dan 13 tahun lebih 30 kali setiap seorang sejak pertengahan tahun 2015 sehingga Disember 2016.
"Mangsa yang tinggal di Kuala Ketil, di sini, dirogol kedua-dua abang tirinya ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.

"Sepasukan anggota kemudian menahan kedua-dua suspek di rumah mereka hari yang sama jam 12 tengah hari," katanya yang dihubungi sebentar tadi.

Shariffuddin berkata, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari bermula semalam sehingga 2 November depan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan," katanya.


Note: Islam makin celaru. Amalan Islam makin dipersoal oleh bukan Islam di negara kita. Akhirnya orang Islam di negara ini akan hilang jati diri. - AO 


Sumber TKO - 27-10-2017


















































































Police Release Another List Of Terengganu’s 50 Most Wanted Criminals

KUALA TERENGGANU: State Criminal Investigation Department (CID) today released another 50 photographs and details of the state’s most wanted criminals to help solve cases related to motorcycle theft and burglary.

State CID chief Assistant Commissioner Fazlisyam Abdul Majid said among them were a 16-year-old boy from here, whom police were seeking to assist in the investigation into a motorcycle theft in Marang, and two women, aged 21 and 40, for their connections in theft cases in Permaisuri, Setiu and here.
Fazlisyam the 50 suspects escaped police raids and were involved in crimes since 2006.

He said the cases were being probed under Sections 380, 379 and 379A of the Penal Code for theft and motorcycle theft.

“Those with information about the suspects should call the nearest police station,” he said at the Kuala Terengganu police contingent.

Fazlisyam said about 100 or 20 per cent of the wanted suspects were detained soon after the first photofits of the suspects were posted in September.

He said some of the suspects were nabbed while some surrendered themselves at police stations here and in Dungun, Besut and Marang.

“We are happy that the public has been cooperative and have tipped us off after the photofits were released,” he said.

Fazlisyam said the state CID will be releasing more photographs from its long list of 626 wanted criminals.-NST

Sumber BO - 27-10-2017


Sudahkah Kita Lupai SD ini?
Posted on Wednesday, October 25 @ 18:52:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36158

"MESTI BACA!!! Apakah Allahyarham ASP Mior Fahim Bin Ahmad telah dibunuh setelah mendedahkan penglibatan pegawai2 tertinggi polis dengan sendikit judi haram di Johor
AKUAN BERKANUN
Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.
2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.
3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian per jawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.
4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.
5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor. Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN. Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.
6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.
7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.
8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.
9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.
10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.
11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.
12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.
13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.
14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.
15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.
16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.
17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.
18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.
 19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-

(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.

20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.

22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-

(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY

24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).

Raja Petra Kamarudin
----------------------------------

Umrah, Panggilan Telefon Kenangan Terakhir Isteri ASP Mior Fahim

Sumber TKO - 25-10-2017

PPIM Tidak Gentar Ugutan Sindiket 9 Dragons
Posted on Sunday, October 22 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36085



PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak gentar dengan ancaman dan ugutan diterima daripada sindiket perjudian yang berasa tergugat dengan pendedahan dibuat oleh pihak itu.

Menurut ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, pihak PPIM sudah lali dengan segala ancaman yang diterima sejak daripada awal penubuhan badan bukan kerajaan itu hingga ke hari ini.

Menurut beliau lagi, PPIM sama sekali tidak akan berganjak dalam usaha membanteras sindiket haram di negara ini dan bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.

“Telinga kita pun ada di mana-mana. Jadi baru-baru ini, sindiket ini telah berjumpa dan marah sangat pada PPIM, jadi dia nak ‘ajar’ kita, pasal isu Ah long pun kita campur tangan dan isu berkaitan sindiket ini, jadi mereka tidak senang.

“Ancaman ini dari dulu lagi, ada nak hantar peluru lah, macam-macam lagi, segala ancaman itu sudah biasa. Itu mesej yang dihantar.

“Kita dah ada 20 tahun, takda kita nak lari pun dan kita buat ini untuk keselamatan pengguna,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PPIM, semalam.

Dalam pada itu, Nadzim turut menyeru agar semua pihak bersama-sama dan bersatu memainkan peranan masing-masing bagi melenyapkan aktiviti haram berkenaan.

“Kita yakin jika kita bersama menekan sindiket ini,terutama rakan-rakan media dan semua pihak sama ada agensi, rakyat ambil kesempatan ini bersama-sama pihak berkuasa, kita lenyapkan premis perjudian yang begitu banyak merobek masyarakat kita jadi ketagih berjudi,” katanya.

Disoal mengenai pendedahan terbaharu berkaitan dengan 9 Dragons, Nadzim berkata, sindiket itu telah mengadakan perjumpaan ekoran rasa kurang senang dengan campur tangan PPIM dalam urusan mereka.

“Saya dimaklumkan mesyuarat ini diadakan di Selangor dan Kuala Lumpur, yang dihadiri lima atau enam ketua kumpulan yang mengetuai sindiket berkenaan.

“Mereka adakan mesyuarat kerana rasakan periuk nasi terganggu dengan campur tangan PPIM terhadap bisnes mereka,” katanya dipetik portal Sinar Online.

Sementara itu, beliau turut mengaku pihak polis ada menghubunginya bagi mendapatkan keterangan berhubung pendedahan berkenaan sebelum ini.

“Insya-Allah, saya akan ke Bukit Aman minggu depan untuk memberikan keterangan,” ujarnya.

Terdahulu, Nadzim mendakwa aktiviti perjudian haram di Malaysia dikawal oleh sembilan orang individu yang dikenali sebagai ‘9 Dragons‘.

Beliau turut mendakwa sistem itu telah lama digunakan oleh kumpulan tersebut sehingga ada yang berada dalam agensi penguat kuasa ‘dibeli’ untuk melicinkan kerja kotor tersebut.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Sumber TKO - 22-10-2017























































































Suspect Held In Islamic School Fire Probe

KUALA LUMPUR, Sept 16 ― Police have held a person of interest in connection with the religious school inferno that killed 23 people early Thursday.

Inspector-General of Police Tan Sri Mohamad Fuzi Harun said the male was detained yesterday.
Mohamad Fuzi said the police would provide updates if there was a breakthrough.

Separately, the Malaysian Muslim Consumer Association has handed over closed-circuit television footage from several cameras in their building, beside the school, to the police.

Kuala Lumpur Criminal Investigation Department chief Senior Assistant Commissioner Rusdi Mohd Isa confirmed the association handed over several CCTV recordings.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said the suggestions and recommendations submitted by the Royal Commission of Inquiry (RCI) set up to investigate the fire that killed 27 students at Sekolah Agama Rakyat Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, also known as Pondok Pak Ya in Yan, Kedah, in 1989, were never implemented.

He said the special task force formed to investigate the fire at the Darul Quran Ittifaqiyah Tahfiz school (DQIT) would revisit recommendations by the RCI on safety requirements for religious schools.

Zahid, who is also home minister, said fires at religious schools harmed the reputation of the nation’s education system as well as the image of Islamic education.- mmail

Sumber BO - 16-9-2017

























































































Motorcycle Thieving Gang Busted

























































































KUALA TERENGGANU 13 SEPTEMBER 2017. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner, Idris Abd Rafar (kiri) bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman (dua kanan) memeriksa barang rampasan komponen dan rangka motosikal susulan penahanan 4 orang ahli " Geng Kamal Roning" " selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini. NSTP/GHAZALI KORI
KUALA TERENGGANU – Police crippled the Kamal Roning gang whose members have been active in stealing motorcycles in Kuala Nerus and Kuala Terengganu.

This follows with the arrest of four gang members including its leader in two raids on Sept 7 and 8.
Kuala Terengganu Deputy District police chief Superintendent Suffian Sulaiman said following a tip-off, the first gang member aged 28, was detained near a driving school in Batu Enam at 8.45pm.

Suffian said a motorcycle which was reported missing in Kuala Terengganu last week, was seized with the arrest of the suspect in Tepoh.

He said the suspect led police to a house in Kampung Duyong Besar, the following day, where his gang leader, a 35-year-old was operating an illegal workshop next to his house, was arrested.

“Police seized four motorcycles which were reported missing with two of the motorcycles chassis numbers found to have been scraped, as well as four number plates.

“We also seized a Perodua Myvi from the suspect’s workshop,” he said here today.

He said two other members aged 26 and 33, from Kuala Terengganu were also detained near Pulau Duyong.
All of the gang members were taken to the station and were remanded to assist in the investigation until Sept 16.
Suffian said police received a break on the gang’s activities on Sept 9, when they arrested a 17-year old youth for possession of a stolen motorcycle at a roadblock at 2am. He then led to another 23-year-old suspect at his house in Kampung Masjid Haji Kadir, where he was found to be in possession of dismantled motorcycle components.
“We arrested another suspect aged 35-years-old at Kampung Bukit Payong and seized a motorcycle engine from him, while another man also aged 35, was picked up at a roadside at Jalan Kuala Berang-Bukit Payong,” he added.
He said the last suspect aged 32, was detained at Kampung Chabang Tiga at 2.25am after police found him driving a Perodua Viva which was reported missing in Kampung Pengadang Baru.

“The seized vehicles, including the two cars, were worth RM100,000 and the case were being investigated under Section 379A of the motorcycle thefts,” he added. – NST

Sumber BO - 14-7-2017

Rasuah: CEO, Pegawai Kanan Zakat P.Pinang Mengaku Tidak Bersalah
Posted on Wednesday, July 19 @ 15:07:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35697


BUTTERWORTH -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas beberapa pertuduhan rasuah antara 2010 hingga 2015.
CEO ZPP, Datuk Azman Abdul Samat, 50, berhadapan tiga tuduhan rasuah iaitu menerima seutas jam tangan Bonia Tesoro bernilai RM700 daripada pemilik syarikat MNI Venture yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau di rumahnya di Permatang Rambai, Permatang Pauh pada 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Azman dituduh menerima seutas jam tangan Tissot Touch bernilai RM2,000 daripada pemilik syarikat Al Global Trading yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau di pejabat ZPP di Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, Bukit Mertajam antara 2011 hingga 2015.

Azman merangkap pengurus besar ZPP juga berhadapan tuduhan menerima seutas jam tangan Roscani Paris bernilai RM750 daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau di kedai makan berhampiran ZPP pada 2015.

Bagi setiap pertuduhan itu Azman didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya  sekali.

​​​​​​​​​​​​​​Sementara itu di mahkamah sama dalam pertuduhan berasingan, Ketua Bahagian Pengurusan Pembangunan Kualiti Asnaf dan Ekonomi ZPP, Mohd Wardi Ramli, 35, didakwa membuat permohonan syor syarikat Al Global Trading untuk membekalkan 1,480 ekor anak ayam kampung dan dedak bernilai RM4,842, yang mana dia didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan pada 11 Nov 2016 di pejabat ZPP.

Bagi pertuduhan kedua Mohd Wardi dituduh membuat permohonan syor untuk syarikat sama bagi membekalkan dedak berjumlah RM6,000 pada 14 Nov 2016 di lokasi sama.
Mohd Wardi didakwa menurut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi setiap pertuduhan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan Azman diikat jamin sebanyak RM1,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, manakala Mohd Wardi dibenar ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Azman diwakili peguam Mohamed Reza Rahim, manakala Mohd Wardi diwakili Hadi Mulyana Citrawijaya Suyadi dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri.

Sitarun Nisa menetapkan 21 Ogos depan untuk sebutan semula kes Azman dan 14 Ogos bagi kes Mohd Wardi.
-- BERNAMA

Sumber TKO - 19-7-2017


Perogol Beri Air Gas Matikan Sperm, Taktik Licik Budak Wechat 'Kena Kencing'
Posted on Sunday, July 16 @ 09:13:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35680


Perogol Beri Air Gas Matikan Sperm, Taktik Licik Budak Wechat 'Kena Kencing' Hidup Hidup - Pada zaman serba moden dan berteknologi tinggi ini, tugas mendidik anak menjadi semakin mencabar. Tambahan lagi dengan adanya media sosial yang kadang kala disalahgunakan golongan remaja.

Perogol Beri Air Gas Matikan Sperm


Wanita ini di facebooknya menceritakan kisah seorang remaja yang terlanjur dengan kenalan wechat. Yang tambah mengejutkan pasangan ini bukanlah datang dari keluarga yang bermasalah, masing-masing berpendidikan tinggi dan dari keluarga yang baik-baik.
Perogol Beri Air Gas Matikan Sperm, Taktik Licik Budak Wechat 'Kena Kencing' Hidup Hidup

Anak gadis yang baik budi bahasanya

Seminggu kenal di Wechat, diajak keluar

Pesanan untuk ibu bapa & anak lelaki!

sumber : Sehinggit.com

Sumber TKO - 16-7-2017


Kejam! Mayat Bayi Tanpa Kepala dan tangan Ditemui
Posted on Tuesday, July 11 @ 13:26:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35664



SUNGAI PETANI: Mencampakkan bayi ke tempat sebarangan mengundang dua kemungkinan, sama ada diambil dan dipelihara insan prihatin, atau dimamah haiwan liar.

Sehubungan itu, mayat seorang bayi perempuan berusia 35 minggu ditemukan di hadapan sebuah kilang di Jalan Bakar Arang di sini Ahad tanpa kepala dan tangan, dipercayai telah dimakan anjing liar.


Mayat bayi berkenaan sebelum itu dipercayai telah diletakkan di sekitar kawasan kilang tersebut oleh ibu bayi atau teman ibu itu dengan harapan ada insan yang mengambil untuk memeliharanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, mayat bayi malang itu dijumpai orang awam di kawasan berkenaan pada 4.30 pagi dan dipercayai telah mati sejak sehari atau dua hari lepas.

"Kepala dan kedua-dua tangan bayi terbabit dipercayai dimakan anjing liar, ini susulan maklumat awal yang mendakwa mayat terbabit dikelilingi anjing sebelum orang awam menyedari bahawa ia adalah mayat bayi.

"Hasil bedah siasat menyebut punca kematian adalah 'tidak dapat dipastikan," kata Md Zukir dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Suspek kes berkenaan belum dapat dikesan setakat ini. - Bernama

Sumber TKO - 11-7-2017

Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui
Posted on Thursday, June 29 @ 07:27:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35596



GEORGE TOWN - Polis sedang memburu lima lelaki berikutan penemuan mayat seorang remaja lelaki dengan kedua-dua belah tangan dan kaki berikat dengan tali nilon di dalam sebuah rumah di flat Padang Tembak, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, V. Saravanan berkata mayat M. Sathiwill, 20, dijumpai tertiarap kira-kira 9.30 pagi ini oleh seorang rakan penyewa wanita unit rumah berkenaan.

Menurutnya, mangsa menyewa sebuah bilik di rumah berkenaan bersama abangnya dan ketika dijumpai, mayat itu turut dibalut dengan cadar dalam bilik berkenaan.

"Mengikut keterangan seorang saksi kejadian, mangsa telah diserang oleh lima lelaki di koridor tingkat 16 pada awal pagi Selasa.

"Siasatan awal polis mendapati, mangsa telah dipukul oleh lima suspek sebelum diheret masuk ke biliknya. Si mati telah dicederakan dengan benda tumpul selepas mukanya didapati bengkak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saravanan berkata polis telah mengenal pasti identiti kelima-lima suspek itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam lif flat berkenaan. - BERNAMA

Sumber TKO - 29-6-2017



Bekas isteri tak balik raya, lelaki ugut kelar anak dengan pedang
Posted on Thursday, June 29 @ 07:24:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35595



KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mengamuk dan mengugut hendak membunuh 2 anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Suang Prai, Manggatal, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M Chandra berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, suspek, 30, bertindak mengurung 2 anak perempuannya yang masing-masing berusia 4 dan 5 tahun di dalam bilik dan mengacukan sebilah pedang samurai ke leher mereka.


Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada sepupu suspek selepas mendapati lelaki tersebut mengurung anak perempuannya di sebuah bilik di tingkat atas rumah tersebut selain terhidu bau asap dari bilik suspek.
CLICK TO SEE MORE

"Sepupu suspek ternampak suspek membakar sesuatu selain sedang mengacukan sebilah pedang samurai ke leher anaknya sambil menjerit supaya sepupunya itu tidak masuk campur," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebaik menerima laporan itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan kemudian mengepung kawasan itu bagi memujuk suspek menyerah diri serta tidak mencederakan kedua anaknya.

"Beberapa minit kemudian suspek membawa keluar kedua anaknya dan menyerahkan mereka kepada seorang anggota keluarganya. Suspek menyerah diri kepada polis," katanya.

Chandra berkata siasatan awal mendapati punca suspek mengamuk disebabkan kecewa kerana bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang menyambut hari raya bersama-sama.

Bagaimanapun kedua-dua adik-beradik itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis turut merampas senjata seperti pedang samurai berukuran 40cm dan pisau pemotong sayur.

Suspek yang didapati positif dadah hasil saringan ujian air kencing itu direman hingga 1 Julai ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber TKO - 29-6-2017



Rogol: Juruterbang Malaysia Dipenjara 13 Tahun
Posted on Saturday, June 24 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35534




KUALA LUMPUR: Juruterbang warga Malaysia, Alfred Gerard Eravelly, 50, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Daerah Australia Barat setelah didapati bersalah merogol seorang wanita, 21 tahun lalu.

Hakim Philip Eaton menjatuhkan hukuman terhadap Eravelly hari ini selepas memutuskan tertuduh bersalah pada April lalu.

Semasa hukuman dijatuhkan, Eaton menjelaskan, bapa kepada dua anak itu tidak menunjukkan rasa menyesal dan bersalah terhadap perbuatannya.

“Kamu tidak memikirkan tentang kesalahan atau empati terhadap mangsa,” ujar beliau yang dilaporkan oleh portal berita Perthnow.

Mahkamah berkenaan memutuskan Eravelly bersalah terhadap kesemua lima pertuduhan iaitu melakukan serangan seksual ganas, merompak, mengurung dan mencederakan mangsa.

Eravelly dituduh melakukan ‘serangan yang menakutkan’ itu setelah memanjat tingkap rumah mangsa yang ketika itu berusia 38 tahun di Scarborough, Perth pada Mac 1996.

Tertuduh didakwa mengikat tangan mangsa ke belakang dan menutup matanya dan kemudian menyerang mangsa beberapa kali.

Menurut Perthnow, akibat serangan tersebut, mangsa mengalami trauma dan tertekan serta mengambil keputusan menjual rumahnya dan berpindah ke kawasan luar bandar.

Eravelly dilaporkan menghilangkan diri selepas menyerang mangsa dan kemudian bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia serta menetap di Pulau Pinang bersama keluarganya.

Lelaki itu berjaya dikesan melalui pangkalan data pengenalan diri antarabangsa selepas melakukan dua jenayah seks di Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2000.

Pihak polis kemudian mengeluarkan waran tangkap dan tertuduh berjaya ditahan ketika melalui Sydney untuk ke New Zealand bersama keluarganya pada tahun lalu.

Sumber TKO - 24-6-2017


Amah bunuh majikan guna bantal
Posted on Saturday, June 17 @ 20:20:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35481



Pihak polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia kerana disyaki membunuh majikannya dengan menekup bantal ke wajah mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, polis pada awal bulan ini menerima maklumat tentang wanita berusia 65 tahun yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil dengan sebuah bantal yang menutup wajahnya.

"Kita temui wanita itu dalam bilik utama dan jiran-jirannya mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi bising. Adik mangsa turut memaklumkan bahawa pintu rumah kakaknya dikunci dari dalam," kata Othman.

Katanya, mangsa sudah bersara dan tinggal di rumah itu dengan seorang pembantu rumah yang berusia 25 tahun. Suami warga emas itu pula sudah meninggal dunia 15 tahun lalu.
\
"Pasangan tersebut tidak mempunyai anak dan mangsa ada masalah jantung," tambahnya.
Jelas Othman, suspek dipercayai telah melarikan diri sejurus kejadian terbabit.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia disebabkan asphyxiation dan terdapat kesan gigitan pada puting payudara kanannya.

Susulan itu, pihak polis menahan suspek pada Khamis berhampiran Negeri Sembilan.

Polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia yang berusia 29 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan jenayah itu.

Kedua-dua suspek akan direman sehingga 21 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori. - mStar

Sumber TKO - 17-6-2017


Remaja mangsa buli meninggal dunia
Posted on Friday, June 16 @ 07:36:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35457



GEORGETOWN: Selepas enam hari bertarung nyawa dan mengalami keadaan otak mati, mangsa kes buli, T Nhaveen, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, petang tadi.

Nhaveen, 19, yang koma sejak dimasukkan ke HPP Sabtu lalu, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6 petang akibat kecederaan parah termasuk mengalami kesan koyakan pada di dubur akibat ditusuk objek tumpul.

Dalam kejadian di Taman Tun Sardon, Gelugor, pada jam 2 pagi itu, Nhaveen dan seorang rakannya, T Perviin, 19, dipukul lima lelaki yang juga bekas rakan sekolahnya berusia antara 16 hingga 18 tahun selepas berlaku perang mulut antara mereka.

Bagaimanapun, Perviin sempat melarikan diri sebelum Narvheen diseret ke kawasan padang dan dipukul menggunakan topi keledar, dibakar pada bahagian bahu dan duburnya ditusuk objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Osman, mengesahkan mangsa meninggal dunia di HPP dan kes berkenaan dijangka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 


Sumber TKO - 16-6-2017



Mayat dipotong kemas, tak jejas organ dalaman
Posted on Thursday, June 15 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35453\



SUNGAI PETANI - Hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa pembunuhan ngeri di Pengkalan Lebai Man di sini mendapati potongan dilakukan kemas kepada enam bahagian menggunakan objek tajam tanpa menjejaskan organ dalaman, yang diikat dalam karung guni.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kesemua anggota badan terbabit diasingkan kepada tiga iaitu guni pertama mengandungi bahagian kepala hingga ke pusat badan.

Menurutnya, guni kedua mengandungi bahagian badan dari pinggang ke bahagian lutut manakala guni terakhir berisi lengan kedua-dua tangan dan betis kedua-dua belah kaki.
"Proses bedah siasat mengambil masa bermula 11.45 pagi hingga 7.00 malam 13 Jun dilakukan doktor pakar Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar," katanya.

Difahamkan, mayat mangsa yang merupakan seorang pekerja binaan warga Bangladesh itu ditemui dalam sebuah rumah berkembar satu tingkat dan berpagar dipercayai tempat tinggal si mati dengan rakannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Polis kini masih meneruskan siasatan dan giat memburu rakan serumah mangsa,"katanya.
Semalam, media melaporkan mayat Azad Late Mofyanuddin, 38, ditemui dalam rumah selepas polis menggeledah rumah terbabit hasil laporan kehilangan mangsa dibuat teman wanita berusia 31 tahun yang mempunyai kunci pendua.

Polis menghidu bau busuk dan kesan air kehitam-hitaman mengalir dari bahagian belakang bawah kabinet di ruang dapur rumah terbabit.

Mayat si mati kemudian ditemui dalam tiga karung guni yang diikat dipercayai dibunuh sejak 10 Jun lalu.

Sumber TKO - 15-6-2017


Budaya samseng di menara gading
Posted on Thursday, June 08 @ 15:30:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35349


OLEH Abdul Jalil Ali
TAKDIR menentukan bahawa Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak dapat bersama orang-orang tersayang – terutama ayah dan ibu – ketika takbir Syawal bergema pagi raya nanti.
Remaja berusia 21 tahun itu telah dijemput Yang  Maha Pengasih minggu pertama Ramadan. Meskipun baju raya telah disiapkan, ayah arwah reda dengan pemergian anak tersayang itu.


“Sebagai orang Islam, saya terima ketentuan Ilahi,” katanya dalam sedu, dan menambah: “Cuma sebagai ayah, saya harap mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman setimpal...”

Tidak sahaja ayah dan ibu, orang ramai juga mahu mereka yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu dikenakan tindakan tegas.

Seperti yang dilaporkan media, penuntut tahun dua bidang kejuruteraan elektrik itu meninggal dunia setelah didera oleh rakan-rakan seuniversiti.

Pemeriksaan perubatan mengesahkan dia telah didera dengan amat sadis, memang di luar batas kemanusiaan. Seperti yang dilaporkan media, beberapa bahagian tubuhnya melecur teruk akibat dicederakan dengan seterika wap.

Dapat dibayangkan betapa sakitnya apabila seterika panas yang biasanya untuk menggosok pakaian, ditekan pada tubuh. Siapakah yang hilang akal dan kering perasaan sehingga tergamak melakukan kezaliman seperti itu?

Ada maklumat yang tular bahawa mangsa juga diseksa dengan kejam selama dua hari – 20 dan 21 Mei – di asrama universiti, termasuk dipukul dengan getah paip, penyangkut baju dan tali pinggang.

Amat menyentuh perasaan, terutama semasa Ramadan, mangsa diperlakukan begitu hanya kerana disyaki mencuri komputer riba milik rakan seuniversiti. Seorang bomoh dikatakan telah memberitahu bahawa mangsa adalah orang yang mencuri komputer berkenaan.

Hanya disyaki, itu pun berdasarkan telekan bomoh, dan mangsa dikasari hingga mati. Sekiranya benar pun dia mencuri, dia tidak sepatutnya dihukum begitu sadis.

Siapa sahaja yang waras pasti marah dengan perlakuan buas seperti itu. Mendera sesama Islam dengan kejam, di bulan al-Mubarak. Apakah pendera dan pembuli buas itu perlu dibiarkan begitu saja?

Setakat ini polis telah mereman 36 suspek – 32 pelajar UPNM, dan empat pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) – untuk siasatan.

Menurut polis: “Kita akan siasat semua kemungkinan termasuk ada suspek lain yang terlibat. Buat masa ini, kita tidak boleh mendedahkan maklumat kerana siasatan masih berjalan.”

Adalah amat mendukacitakan amalan mendera sesama siswa di kampus masih berlaku, pada hal ragging telah lama diharamkan di menara gading. Lebih menyakitkan hati – sebenarnya memalukan! – apabila amalan samseng ini terjadi di sebuah universiti pertahanan.

Universiti yang melatih bakal pegawai tentera sepatutnya mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Apa sebenarnya disiplin yang diterapkan ke atas pelajar sehingga mereka tergamak melakukan kezaliman yang melampau itu?

Mungkin sesetengah orang menganggap insiden dera hingga mati ini adalah satu kes terpinggir. Secara kebetulan ia terjadi di sebuah institusi yang pada anggapan umum tinggi dan tegas dengan peraturan dan disiplin.

Tetapi apakah tidak mungkin amalan dera seperti ini telah sering berlaku, bukan sahaja di UPNM, tetapi juga di IPTA dan IPTS lain?

Tambahan pula sebelum ini kita sering mendengar dan membaca mengenai kejadian dera dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah berasrama, termasuk sekolah agama.

Sekiranya buli boleh berlaku di asrama sekolah, apakah tidak mungkin pelajar yang sama masuk ke menara gading dan meneruskan jenayah tersebut? Inilah yang patut dikaji oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Mana-mana pelajar yang dibuli oleh senior hendaklah memberitahu kepada pihak universiti. Sekiranya pengurusan universiti tidak mengambil tindakan, laporkan terus kepada polis.
Jenayah di kampus perlu dibanteras, sebelum menjadi lebih parah. Menara gading ialah tempat mematangkan insan menerusi pelbagai disiplin pengajian. Bukan tempat untuk membiakkan budaya samseng!

Siasatan ke atas 36 suspek itu pasti akhirnya dapat mengenal pasti mereka yang terlibat dengan penderaan kejam yang dilalui oleh mangsa. Tidak kira siapa, mereka yang melakukan jenayah tersebut mesti dihukum.

Malah, sekiranya benar ada bomoh yang dikatakan menuduh mangsa mencuri, bomoh tersebut juga tidak boleh dilepaskan begitu saja. Dia patut direman bagi membantu penyiasatan.

Mungkin tukang telek berkenaan dapat memberi petunjuk bagi memudahkan polis mengesan siapa sebenarnya yang telah menekan seterika panas di tubuh mangsa.

Setakat rencana ini ditulis, bomoh berkenaan dikatakan tidak dapat dikesan. Tetapi kita ada kecanggihan teknologi yang boleh mengesan mereka yang terlibat dalam kes berprofil tinggi, termasuk pembunuhan Jong Nam.

Maka saya yakin, polis dengan segala kecanggihan yang ada, pasti lebih hebat daripada keampuhan ilmu perbomohan.-S/H

Sumber TKO - 8-6-2017




Penuntut UPNM Mati Didera Rakan Guna Seterika Wap
Posted on Saturday, June 03 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35224



SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Zulfarhan merupakan pegawai kadet laut tahun tiga ditemui memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengesahkan berita kematian mangsa menerusi laman Twitternya.

“Innalillah… sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.


“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, “ kata beliau.

Sementara itu, ibu bapa arwah yang nyata terkejut dan sedih dengan kematian anak mereka menyatakan Allahyarham merupakan anak harapan keluarga.

“Arwah adalah anak harapan keluarga ini dan tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini,” luah bapa mangsa, Zulkarnain Idrus, lapor Harian Metro.

Menurut Zulkarnain, dia melihat kesan melecur akibat ditekap seterika wap di bahagian dada, tangan dan kaki jenazah anaknya sebelum proses bedah siasat dijalankan di Hospital Serdang.
Kali terakhir Zulkarnain bertemu dengan arwah anaknya itu adalah dua hari sebelum Ramadan dan mangsa ada mengadu dengan ibunya, Hawa Osman yang dia dipukul rakan-rakan universiti namun mereka menyangka ia tidak serius.

Reda dengan pemergian anaknya, Zulkarnain berharap pihak pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian tersebut dengan telus dan adil.

“Dia adalah harapan kami sekeluarga. Saya harap dia boleh bimbing adik-adiknya selepas dia berjaya.

“Kami reda dengan pemergiannya namun meminta pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian ini dengan telus dan adil,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.

Media hari ini melaporkan seramai 32 mahasiswa UPNM dan empat mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia antara 20 dan 21 tahun ditahan bagi membantu siasatan kematian Zulfarhan.

Zulfarhan disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang kira-kira pukul 10 malam selepas dihantar mendapatkan rawatan di hospital tersebut oleh beberapa orang rakan dipercayai akibat didera menggunakan seterika wap. – MYNEWSHUB.CC 

Sumber  TKO - 3-6-2017



Polis Paksa 20 Mat Rempit Tolak Motosikal Sejauh Tiga Kilometer
Posted on Saturday, June 03 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35223



KUALA TERENGGANU -- Cari pasal! Dua puluh remaja terpaksa menolak motosikal mereka sejauh tiga kilometer selepas dicekup polis berlumba haram di Bandar Paka di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata remaja berusia dalam lingkungan 14 hingga 18 tahun itu ditahan ketika leka melakukan pelbagai aksi berbahaya di sepanjang Jalan Santong - Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah semasa kebanyakan umat Islam menunaikan solat Tarawih.


Katanya kumpulan itu ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun kerana menjadikan laluan itu sebagai litar lumba sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.

"Operasi yang bermula pada jam 10 hingga 12 malam itu adalah berdasarkan pada aduan orang ramai.

"Sebelum tangkapan dilakukan, pihak polis turut melakukan intipan bagi mengenal pasti laluan utama yang digunakan mereka untuk berlumba," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis menyita lapan buah motosikal dan mengeluarkan 42 saman kepada kesemua remaja terbabit atas pelbagai kesalahan berkaitan trafik.

Antara kesalahan mereka ialah tidak memakai topi keledar, cukai jalan tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

Ahmad Zailani turut mengingatkan ibu bapa mengambil tahu pergerakan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam aktiviti lumba haram dalam usaha mengekang gejala itu.

"Ibu bapa boleh dikenakan tindakan kerana membenarkan anak mereka yang di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen," katanya.

-- BERNAMA

Sumber HD - 3-6-2017



Kes Pukul: Lima Lagi Suspek Diburu
Posted on Wednesday, May 31 @ 18:08:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35193



ALOR SETAR: Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes kematian seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra di sini, Ahad lalu.


Suspek berusia 31 tahun itu meninggal pada pukul 12.30 tengah hari pada Selasa setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan parah di bahagian tengkuk, muka, telinga, badan serta kaki akibat dibelasah oleh orang awam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 20-an di sekitar Alor Setar semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sedang memburu lima lagi suspek berdasarkan gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan gambar yang tersebar di media sosial," katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Rabu.

Beliau berkata ini menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk menghukum pesalah laku kerana ia boleh mendatangkan kesan kepada diri sendiri.

"Jangan buat undang-undang sendiri..sekiranya berlaku kes seperti ini tangkap dan serah suspek kepada polis, biar polis yang ambil tindakan. Kita tahu kalau sudah marah memang nak pukul tapi kalau tidak sebabkan kematian tidak apa, kalau ini macam mana," katanya.
Dalam perkembangan lain, Asri berkata indeks jenayah di Kedah menunjukkan penurunan 6.92 peratus atau 162 kes bagi tempoh Januari hingga April lepas berbanding tempoh sama pada 2016 iaitu 2,180 kes berbanding 2,342 kes.

"Jumlah jenayah kekerasan juga mencatatkan penurunan sebanyak 17.85 peratus atau 68 kes iaitu 313 kes berbanding 381 kes dalam tempoh sama tahun lepas namun kita tidak boleh berpuas hati dengan penurunan indeks jenayah ini kerana masih terdapat rungutan orang ramai terhadap mutu siasatan yang dilakukan.

"Selain itu, kita sentiasa memantau anggota kita bagi mengelak mereka daripada terlibat dalam kegiatan bermain judi di dalam premis perjudian online yang berlesen dan tidak berlesen," katanya.

Terdahulu, Asri telah merasmikan Perhimpunan Bulanan, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pemakaian Pangkat kepada anggota.

Sumber TKO - 31-5-2017















































































































Laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh

PADA 17 Mei 2017, jam 600 pagi, saya berada di rumah, membaca buku tulisan Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah”. Buku ini dicetak oleh Vinlin Press Sdn Bhd yang beralamat di 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Ia diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre yang beralamat di No 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor. 
Saya membeli buku ini kerana ia berada di rak terbuka sebuah gedung buku dan kerana saya tahu penulisnya ialah seorang ahli politik yang menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Pada hemat saya, disebabkan penulisnya seorang ahli politik, tentulah kandungan buku ini akan banyak menyentuh pembabitan penulisnya dalam bidang politik, iaitu bidang kajian saya. 
Bagaimanapun, saya terkejut bila mendapati buku ini mengandungi terlalu banyak kisah dan petikan dari Bible, Kitab yang menjadi pegangan penganut agama Kristian. Saya berpendapat bahawa buku ini merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian.
Apa yang ditonjolkan di dalam buku ini adalah penganut agama Kristian adalah insan yang beruntung dan Tuhan agama Kristian adalah Tuhan yang kasih, baik dan adil. Diceritakan betapa Hannah Yeoh sering menerima “prophecy” (pengetahuan mengenai masa depan) tepat dari Tuhan beliau, termasuk bahawa suatu hari nanti beliau akan bekerja bersama negarawan dan pemerintah (“I would someday work among statesmen and rulers”, muka surat 109). 
Diceritakan juga betapa Tuhan Hannah Yeoh sering mendatangkan keajaiban dengan memberi bantuan di dalam bentuk yang tidak disangka-sangka tatkala beliau sangat memerlukan. Ini antara lainnya terjadi di dalam kempen pilihan raya (muka surat 50-51), di dalam memenuhi hasrat hati beliau (“the desires of my heart”) dan di dalam memenuhi hasrat material beliau (“the material desires I had”), termasuklah dari segi kewangan (muka surat 108-109). 
Kesemua cerita ini boleh mendorong pembacanya, termasuk saya, merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah Yeoh. Sedangkan pada masa lain beliau selitkan pula catatan mengenai ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuklah bahawa manusia adalah anak Tuhan (“His beloved Child” dan “Child of God”, muka surat 22 dan 89) dan Isa/Jesus adalah anak Tuhan dan Tuhan (“the Son of God” dan “God”, muka surat 102). 
Hannah Yeoh memang bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian. Ini tergambar di dalam tulisan beliau berbunyi “Jika kamu bukan seorang Kristian dan sedang membaca buku ini” (“If you are not a Christian and are reading this book”, muka surat 14). Ini selari dengan pendedahan mengenai misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk mencari pengikut (“as “ambassador of God” and to make disciples of others”, muka surat 7). 
Hakikat bahawa Hannah Yeoh memang memaksudkan buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian juga terbukti kerana buku ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, termasuklah yang beragama Islam. Ini diakui sendiri oleh Hannah Yeoh di dalam kenyataan media beliau pada 15 Mei 2017 bahawa buku ini “boleh dibeli secara atas talian di www.gerakbudaya.com atau mana-mana gedung buku utama seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times”. 
Oleh itu, Hannah Yeoh mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”. 
Selain itu, Hannah Yeoh juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama. 
Ini kerana terdapat bukti bahawa tulisan dalam buku Hannah Yeoh ini mendatangkan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini. Apatah lagi bila Hannah Yeoh sendiri mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau (“my political office”) untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda (“to preach at churches, to world leaders and to young people”, muka surat 108). 
Begitu juga seruan Hannah Yeoh agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia (“God wants to reclaim politics and public service in Malaysia”, muka surat 110), ditambah tindakan beliau mengaitkan diri dengan cita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam (“aims to bring Christian faith and service to the public sphere”). 
Di dalam satu wawancara yang dimuatnaik oleh laman web Islamic Renaissance Front pada 7 September 2012, seorang pengkaji Evangelical Christianity di Malaysia, Dr Chris Chong, bersetuju bahawa DAP mempunyai pengikut besar di kalangan Kristian evangelical, dan Hannah Yeoh disebutkan sebagai satu contoh baik mengenainya, di mana kawasan pilihan raya beliau didakwa mempunyai bilangan gereja per kapita paling banyak di Malaysia. 
Saya sendiri pernah mendengar luahan kawan-kawan beragama Islam yang sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Hannah Yeoh ini kerana ia dikatakan bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri. 
Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atas beliau di bawah Enakmen dan Kanun ini dan/atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan. 
Sekianlah laporan saya.
Dr Kamarul Zaman Yusoff
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia UUM.
17.05.2016
Sumberr HD - 17-5-2017 


Thaqif: Polis klasifikasikan sebagai kes bunuh
Posted on Thursday, April 27 @ 05:24:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34695



KUALA LUMPUR - Polis mengklasifikasikan semula kes kematian  pelajar tahfiz  yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya  sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kes adik Mohamad Thaqif Amin - PDRM ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 (Kanun Kesiksaan) kerana bunuh," kata beliau di laman Twitternya hari ini.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mohamad Thaqif Amin.

Berikutan itu, Khalid berkata, polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan segera.

"Kes adik Mohamad Thaqif Amin - PDRM akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera," kata Khalid.

Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi  di Hospital Sultan Ismail,   Johor  Bahru, tempat pelajar itu mendapatkan rawatan.

Pelajar tahfiz itu dijadual menjalani pembedahan memotong tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pagi tadi, namun ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.

Kedua belah kakinya sebelum ini telah dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak pada bahagian lain tubuhnya. - Bernama

Sumber TKO - 27-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Gesa semua henti spekulasi kes pelajar tahfiz
Posted on Thursday, April 27 @ 05:27:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34696



KOTA TINGGI - Polis memohon semua pihak untuk menghentikan sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai berhubung kes melibatkan pelajar madrasah tahfiz di sini yang didakwa disebat oleh pembantu warden.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohamed Sazif Mohamed Subri berkata, ia bagi menjaga dan tidak menganiaya mana-mana pihak.
Menurutnya, spekulasi yang disebarkan juga akan memberi impak negatif dalam penyiasatan sekiranya asasnya bertentangan dengan fakta sebenar.

"Kita minta semua pihak termasuklah media di luar agar hentikan spekulasi kerana spekulasi yang ditimbulkan akan memberi tekanan kepada kes ini dan orang lain lebih-lebih lagi jika spekulasi tersebut tidak benar.

"Kita di pihak polis memegang kepada objektif dan buat kerja kita siapa salah maka salahlah tetapi kalau betul yang betul tu kita tak mahu  aniaya. Jadi kita minta jasa baik semua pihak,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berhubung kes melibatkan pelajar madrasah tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi,11 sebentar tadi.

Mohamed Sazif berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan sehingga kini telah merakam percakapan seramai sembilan pelajar madrasah berkenaan berhubung kes tersebut.

"Setakat ini tiada tangkapan lain dilakukan dan hanya melibatkan seorang suspek iaitu pembantu warden yang dikatakan terlibat dalam kes ini.

"Kita juga sudah merakam percakapan pelajar lain bagi membantu siasatan tetapi mereka tidak membuat sebarang laporan polis. Percakapan pelajar juga lebih menjurus kepada kejadian yang berlaku ke atas mangsa,” katanya.

Katanya, pihaknya juga kini sedang menunggu laporan perubatan dan hasil bedah siasat daripada pihak patologi untuk menentukan punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut.


  "Sekiranya hasil bedah siasat menunjukkan kematian disebabkan unsur yang diragui, kita akan buka siasatan di bawah seksyen yang berkaitan," katanya.

Sumber TKO - 27-4-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Padah jual pakej Astro tidak sah
Posted on Saturday, April 22 @ 21:29:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34660



Kuala Lumpur: Enam ahli sindiket yang menawarkan langganan Astro secara haram ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, semalam dan hari ini.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil serbuan polis turut merampas pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk penyiaran secara langsung dan perkongsian kad kepada pelanggan mereka.

"Antaranya peralatan dirampas adalah 12 unit modem parabolic, lebih 500 unit dekoder dan kad Astro, Android Setup Box, telefon bimbit, tablet dan komputer riba.

"Siasatan mendapati sindiket menjual pakej Astro secara tidak sah kepada pelanggan dengan kos bayaran lebih murah iaitu RM150 bagi harga dekoder dan RM350 untuk langganan siaran setahun.

"Sehingga kini dipercayai lebih 30,000 pelanggan di seluruh Malaysia membuat langganan daripada sindiket ini sekaligus mengakibatkan kerugian besar kepada pihak Astro," katanya.
'
Acryl berkata, kesemua suspek lelaki berusia 39 hingga 53 tahun direman selama tiga hari bagi siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.

"Polis turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang pakej langganan tidak sah sebegini kerana ia merupakan kesalahan mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Sumber TKO - 22--2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Raja Bomoh kena tangkap
Posted on Friday, April 21 @ 21:31:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34642




Polis dilaporkan menangkap Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin di Segamat, Johor hari ini.

Harian Metro yang memetik sumber yang tidak dinamakan, melaporkan Ibrahim ditahan pada 2.30 pagi dipercayai di sebuah hotel di bandar itu.

Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila dirinya sering melakukan ritual pelik.
Terakhir, pada 13 Mac lalu dia melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur kononnya 'memagar' Malaysia dari diserang negara asing khususnya Korea Utara.

Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang ritual dijalankan oleh Ibrahim kerana ia bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata, polis menjejaki bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.


Antara ritual peliknya yang lain termasuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang dan ‘merestui’ tempat kejadian kemalangan yang membabitkan bekas pemimpin DAP, mendiang Karpal Singh.

Sumber TKO - 21-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pejabat MB Kelantan dipecah masuk
Posted on Monday, April 17 @ 20:34:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34571



KOTA BHARU - Pejabat Menteri Besar Kelantan dipecah masuk mengakibatkan sejumlah wang milik kakitangan di Kompleks Kota Darul Naim tersebut hilang.

Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahamd Syazwan Muhammad Hassan berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira jam 7.50 pagi tadi setelah beliau tiba di pejabat tersebut dan mendapati dokumen berselerak.

“Setelah diperiksa ada kesan umpil pada laci dan rak besi.  Bilik pegawai dan kakitangan sepejabat juga ada kesan yang sama. Selain wang tunai dua cincin zamrud juga turut hilang.

“Kami tengok ada kesan umpil pada cermin tingkap. Mungkin laluan yang digunakan oleh penceroboh,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, berikutan itu beliau membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada jam 8.19 pagi  dan turut menyerahkan rakaman kamera litar tertutup untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber TKO - 17-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Karikatur Nanyang: 20 Laporan Polis Diterima
Posted on Wednesday, April 12 @ 17:59:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34474



KUALA LUMPUR - Polis menerima 20 laporan berhubung kes karikatur Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang disiarkan portal dan akhbar harian Nanyang Siang Pau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kes itu masih dalam siasatan polis.
“Saya ingin menasihatkan semua pihak termasuk rakan-rakan media, yang kita perlu bersifat sensitif terhadap isu-isu sedemikian di negara ini.

“Negara kita ini adalah negara yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, jangan membuat apa-apa atau sebarang bentuk lukisan dan penulisan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.


“Kepada Nanyang Siang Pau, mereka perlu berhati-hati dalam menyampaikan sebarang berita mereka selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan PDRM peringkat Bukit Aman, di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan akan memanggil ketua pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd. berikutan isu berkenaan.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada akhbar harian berbahasa Cina itu mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pada Sabtu lepas, akhbar itu dan portalnya menyiarkan kartun yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai speaker manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label Hadi Awang.

Karikatur kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label ‘Akta 355’. – BERNAMA

Sumber TKO - 12-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan penagih dadah dirotan 40 kali
Posted on Sunday, April 02 @ 12:20:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34308


Oleh AZIZ MUDA
MASALAH penagihan najis dadah di negara ini semakin hari semakin rumit. Statistik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menunjukkan aktiviti yang tidak sihat itu semakin hari semakin meningkat. Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan, masalah itu tetap gagal mengatasinya.


Persidangan Dewan Rakyat bagi sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas, 20 Mac lalu, telah disajikan dengan satu cadangan yang cukup menarik daripada Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dato’ Dr Nik Mazian Nik Mohamad. Ketika bangun mencelah ucapan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Nur Jazlan Mohamed bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh 35 ahli-ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja dari 7 hingga 16 Mac lalu yang menyentuh portfolio Kementerian Dalam Negeri, beliau mencadangkan supaya pihak kerajaan melaksanakan hukuman rotan sebanyak 40 kali rotan kepada para penagih dadah.
Sebelum itu, beliau bertanya sama ada pihak kementerian terbabit turut mempunyai cadangan untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap para penagih kerana langkah seperti itu sepatutnya menjadi suatu yang difikirkan oleh pihak kerajaan untuk dilaksanakan ke atas mereka yang menjadi penagih tegar.

“Jadi persoalan saya yang sebelum itu saya bangkitkan usaha-usaha yang kita lakukan setakat ini yang bermacammacam terhadap pengawalan dadah ini berjaya atau tidak? “Ini kerana rata-rata kita merasakan bahawa ia tidak berjaya, gagal. Oleh sebab itulah maka cadangan itu diutarakan.

Apa jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri?” tanya beliau.

Bagaimanapun, menjawab pertanyaan itu, Nur Jazlan menjelaskan, pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk memulihkan penagih dadah adalah dengan cara pemulihan.
Oleh sebab itu, katanya, apabila ada perkara-perkara yang melibatkan hukuman sebat dan sebagainya, pihak kerajaan tidak menggunakan perkara tersebut sebagai option kerana kerajaan hendak memfokuskan kepada hal-hal pemulihan.

“Penagih dadah ini ia dikuasai oleh dadah itu sendiri.

Jadi kalau kita hendak hukum dia kadang-kadang dia bukan tahu pun mengenai apa yang dia buat. Oleh sebab itu pendekatan seperti sebatan dan sebagainya ini pada pandangan kita tidak sesuai untuk digunakan kepada penagih dadah atas dasar untuk memulihkan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Nik Mazian ketika bangun pula selepas itu berkata, penagihan najis dadah merupakan suatu masalah yang rumit kerana apabila seseorang itu telah mengalami ketagihan, mereka terpaksa mencari kewangan untuk mendapatkan bekalan dadah, sehingga menyebabkan mereka terbabit dengan kecurian yang berlaku dengan berleluasa kini sama ada di bandar atau di kampung.

“Di kampung lebih teruk, bahkan kita menghadapi masalah hendak pelihara lembu tidak boleh, hendak menoreh getah pun tidak boleh kerana dicuri oleh mereka ini. Apa-apa business sahaja tidak boleh dikembangkan disebabkan kecurian yang dilakukan kebanyakannya oleh penagihpenagih.

Jadi masalah ini sudah merebak kepada masalahmasalah yang lain.

“Kalau mereka mencuri, kita kata mereka di bawah masalah dadah, di bawah tekanan keperluan mereka kepada dadah maka kita tidak boleh denda mereka, tidak boleh hendak potong tangan mereka kalau ada undang-undang potong tangan untuk pencuri. Jadi kita kena kawalkan mereka ini lebih awal dan kita boleh kiaskan dengan minum arak,” ujar.
Dadah dan minum arak, menurut Dr Nik Mazian, adalah perkara yang sama yang merosakkan akal manusia.

Jadi kalau mengikut Islam, jika minum arak, individu terbabit akan dirotan.

Beliau menegaskan, seperti yang diketahui oleh setiap umat Islam, hukuman ke atas umat Islam yang minum arak ialah 40 rotan, iaitu dengan bentuk hukuman rotan yang ringan, bukan seperti hukuman rotan seperti yang dilaksanakan di negara ini sekarang sehingga mencederakan.

“Jadi kita boleh samakan, kita boleh kiaskan atau kita boleh bawakan keadaan yang sama ini kepada penagih dadah yang juga mereka seperti arak juga, kita bagi 40 rotan yang ringanringan di khalayak ramai. Ini boleh mencegah dan juga boleh menyebabkan mereka berfikir banyak kali kena rotan mereka terus tidak padan hendak ambil dadah dan mereka berhenti.

“Oleh sebab itulah kita mencadangkan supaya pihak Pemadam boleh menggerakkan supaya pihak kerajaan melakukan sesuatu sebab masalahnya tidak selesai dengan usaha-usaha yang kita lakukan setakat ini,” tegasnya.

Dalam respon lanjutnya berhubung cadangan Dr Nik Mazian itu, Nur Jazlan berkata, dalam jawapan awalnya telah dijelaskan supaya AADK diberikan tugas penguatkuasaan sepenuhnya kepada permintaan iaitu menguatkuasakan penagih dadah dan ia merupakan langkah proaktif yang pertama daripada kerajaan.

Kedua, NGO-NGO seperti Pemadam akan digerakkan bersama-sama dengan AADK untuk membuat kerja-kerja kesedaran dan lebih-lebih lagi kepada pencegahan. Ini untuk mereka yang belum lagi terlibat dalam aktiviti dadah.

Untuk mereka yang sudah pernah ditangkap dan dikesan sebagai penagih dadah, langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan ialah untuk menahan mereka di bawah LLPK iaitu Langkah-langkah Pencegahan Khas, iaitu satu cara yang dibuat untuk mengasingkan mereka daripada kawasan persekitaran mereka.

“Kadang-kadang dadah ini penagihannya adalah disebabkan oleh kawan-kawan.
Jadi kita kenakan kepada mereka LLPK ini, kita asingkan mereka, kita boleh kenakan tindakan buang daerah kepada mereka dan sebagainya,” katanya.

Langkah ketiga, menurut Nur Jazlan lagi, adalah untuk meletakkan mereka di dalam tahanan penjara, tetapi perkara seperti itu memang kurang berkesan. Apa yang perlu dibuat adalah untuk memastikan bahawa pemulihan mereka itu dibuat secara saintifik.

“Oleh sebab itu saya kata tadi boleh kita hendak rotan mereka tetapi apakah hasilnya, benefit daripada kita merotan mereka itu kerana bila mereka dikuasai oleh dadah, minda mereka sudah rosak. Tambah-tambah lagi mereka yang dikuasai oleh dadah kimia ini.

“Ini memang satu dadah yang begitu kuat kesan psychotropicnya dan mereka pun tidak akan berjaya dipulihkan dengan menggunakan tindakan untuk sebatan seperti yang dicadangkan Yang Berhormat tersebut, tetapi itu merupakan satu option yang kita masih ada sebagai pencegahan kepada mereka-mereka yang belum lagi melibatkan diri dalam dadah, tetapi ada nampak dia punya kecenderungannya,” jelas Nur Jazlan.

Sumber TKO - 2-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Laporan perincikan harta keluarga Taib di Kanada
Posted on Saturday, April 01 @ 07:34:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34284



Laporan oleh Bruno Manser Fund (BMF) Swiss memperincikan empayar perniagaan hartanah keluarga Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Kanada yang bernilai sekitar CA$200 juta (RM664 juta).

Laporan setebal 86 muka surat bertajuk 'Safe Haven Canada' itu dibentangkan di Parlimen Kanada semalam.

Laporan itu mendakwa keluarga Abdul Taib yang menyalurkan sekurang-kurangnya CA$69.8 juta (RM232 juta) kepada kumpulan syarikat Sakto milik keluarga itu untuk pelaburan hartanah.

"Safe Haven Canada menunjukkan bagaimana keluarga Abdul Taib membangunkan model perniagaan yang menyebabkan firma hartanah Sakto di Ottawa maju walaupun mengalami kerugian berterusan.

"Rahsia di sebalik keajaiban ekonomi ini adalah penyaluran dana daripada pemiliknya di Malaysia," kata BMF yang berpangkalan di Switzerland dalam kenyataan semalam.

Sakto diasaskan oleh adik beradik Abdul Taib, Onn Mahmud dan anak-anaknya, Jamilah Taib Murray dan Mahmud Abu Bekir Taib pada tahun 1983.

Laporan itu menyatakan bahawa Abdul Taib yang juga bekas ketua menteri Sarawak memberitahu dalam satu wawancara bahawa beliau memberikan sejumlah wang kepada Jamilah untuk memulakan perniagaan di Ottawa.

Abdul Taib mendakwa, wang tersebut daripada ganjaran yang beliau terima apabila meletak jawatan daripada kerajaan Persekutuan pada tahun 1981.

Laporan berkenaan turut memetik satu surat tahun 2014 oleh suami Jamilah dan presiden Sakto, Sean Murray kepada Toronto Star yang mendedahkan pemegang saham syarikat adalah Jamilah dan tiga ahli keluarga yang lain termasuk Onn.

Murray juga menafikan penglibatan Abdul Taib dalam syarikat itu.

Sumber TKO - 1-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tidur Beralas Tanah, Makan Berlauk Garam
Posted on Thursday, March 30 @ 14:25:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34262



KUALA LUMPUR: "Kami seperti hilang akal apabila tiba-tiba sekumpulan lelaki bertopeng mengacukan senapang ke arah kami."


Mohamad Jumadil Rahim, 23, adalah seorang daripada lima rakyat Malaysia yang menjadi tawanan kumpulan pengganas Abu Sayyaf selama lapan bulan sebelum diselamatkan pasukan keselamatan Filipina.

Ketika kejadian, katanya, mereka nyenyak tidur sebelum dikejutkan kumpulan berkenaan. Katanya, mereka dibawa menaiki dua bot ke sebuah pulau tidak diketahui, diikuti ke pulau lain selepas itu.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi dan seingat saya kami tiba di pulau pertama dalam jam 2 petang. "Selepas Maghrib, kami dibawa ke pulau lain.

Keadaan gelap dan kami tidak nampak apa-apa," katanya

Mohamad Jumadil berkata, sepanjang lapan bulan ditawan, mereka hanya diberi makan nasi putih berlaukkan garam. Katanya, mereka turut hidup dalam ketakutan apabila turut diugut pancung oleh anggota kumpulan itu setiap hari.

"Tidur kami hanya beralaskan tanah. Makan pula jika ada lebihan, baru kami dapat (makan).
"Tidak terlintas langsung di fikiran untuk lari kerana kami dikawal tidak kurang 20 orang," katanya yang bersyukur kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga.


- Berita Harian

Sumber TKO - 30-3-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Syarikat proses sarang burung bagai ‘neraka dunia’
Posted on Wednesday, March 29 @ 08:47:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34242



KLANG - Sebuah syarikat pemprosesan dan pemasaran sarang burung walit di bandar ini beroperasi bagai ‘neraka’.

Operasi khas yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Pasukan Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dengan kerjasama Atipsom Bukit Aman, Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Jabatan Imigresen Putrajaya dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah membongkar aktiviti terbabit.

Dalam serbuan bermula kira-kira jam 11 pagi itu, seramai 172 pekerja rata-ratanya warga Indonesia berusia 18 hingga 40 tahun sedang bekerja di premis berkenaan termasuk berada di asrama berdekatan.

Seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Tyas berkata, dia dimaklumkan tentang kerja kosong di premis terbabit melalui kenalannya di Indonesia.

“Dia beritahu saya akan dapat gaji RM900 gaji pokok. Kalau saya bekerja lebih masa dua jam sehari, saya akan diberikan tambahan gaji sebanyak RM338.

“Selepas sampai sini, ia bertukar sebaliknya dan kerja-kerja yang saya lakukan terpaksa dibuat dengan tempoh masa yang lebih panjang dari kebiasaan,” katanya.

Ketua Pasukan Khas MAPO, Deputi Superintendan Hadzwan Zulkifli berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat dan risikan pihaknya selama tiga minggu mengenai kegiatan menyalahi peraturan ditetapkan berkaitan kebajikan pekerja di premis lima tingkat yang telah beroperasi sejak tahun 2014 itu.

"Berdasarkan siasatan awal, kesalahan itu antaranya disyaki memaksa pekerjanya bekerja lebih masa sehingga 16 jam sehari dan membuat potongan upah atau gaji tanpa kebenaran sekiranya melakukan kesalahan seperti sarang burung rosak dan menggunakan penghawa dingin di asrama mereka.

"Pekerja yang ditemui itu membabitkan 152 wanita Indonesia, tiga wanita Myanmar dan 17 warga tempatan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, hari ini.

Menurut Hadzwan, pemilik premis bergelar Datuk berusia 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Atipsom 2007, Seksyen 39B Akta Imigresen 1957 dan Akta Pekerja.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali yang ditemui berkata, kita telah kenal pasti pemilik premis serta mangsa terbabit berusia 18 hingga 40-an dan siasatan sedang dijalankan untuk tindakan selanjutnya.

“Kita lihat ada unsur-unsur eksploitasi dalam siasatan ini termasuklah gaji tidak dibayar dan lain-lain. Ini adalah satu tindakan bertentangan dengan undang-undang.

“Selain itu, premis ini akan disemak dan disiasat untuk mengenal pasti statusnya dalam menjalankan perusahaan terbabit, ” katanya.

Sumber TKO - 29-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dera Budak, Tiga Pekerja Pusat Tuisyen Ditahan
Posted on Wednesday, March 29 @ 08:43:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34241



JOHOR BARU: Polis menahan tiga pekerja pusat tuisyen atas dakwaan mendera seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad pada Selasa berkata dua suspek merupakan guru wanita di pusat tuisyen tersebut berusia 34 dan 23 tahun manakala suspek ketiga adalah seorang lelaki berusia 26 tahun bekerja sebagai pembantu.
Semua ditahan pada petang Isnin.

"Kami percaya tangkapan akan membolehkan kami untuk mempercepatkan siasatan terhadap kes penderaan itu," katanya.

Mohd Taib berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian hotline polis di 07-2212999 atau buat laporan polis di balai polis berhampiran.

Mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari Taman Perling didakwa didera guru tuisyennya menggunakan cawan plastik dan kaca serta kuali kecil yang direndam di dalam air panas bagi menutup kesan rotan.


Malangnya, punggung kanak-kanak lelaki itu melecur teruk hingga berdarah dan helah guru tuisyen itu terbongkar apabila kanak-kanak itu melarikan diri sebelum mendapatkan bantuan daripada jiran guru wanita berkenaan di Taman Perling.

Sumber TKO - 29-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Superman’ ditangkap selepas parodi filem Disney hina Najib, Rosmah
Posted on Monday, March 20 @ 18:46:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34108



GEORGE TOWN: Polis hari ini menahan bekas ahli DAP Hew Kuan Yau kerana memuat naik kiriman Facebook menghina Datuk Seri Najib Razak dan dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 13 Mac lepas.

Hew, yang juga terkenal dengan panggilan “Superman” dan peminat komik, merupakan kurator Muzium Kebudayaan Komik Asia yang bertempat di bangunan Komtar.
Beliau ditahan 3 anggota polis berpakaian biasa pada 1.20 petang, menurut pengurus muzium, Raymond Chong.

Hew, yang juga bekas pengerusi DAP Teluk Intan, memuat naik poster parodi filem Disney Beauty and the Beast. Bersertakan gambar Najib dan Rosmah, ia juga mengandungi ayat: “ēœ‹äøåˆ°beauty and the beast, å°±ēœ‹Jibbie and the b***h吧!” (“Tak dapat tonton Beauty and the Beast, jadi tontonlah Jibbie and the b***h!”).

Hew difahamkan akan dibawa ke Balai Polis Johor Jaya. Penangkapan itu dipercayai selepas laporan polis yang difailkan di balai berkenaan.

Kiriman parodi Hew itu dikongsi lebih 5,000 pengguna dengan lebih 700 komen.


Hew mengumumkan keluar DAP selepas kontroversi beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

Sumber TKO - 20-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mangsa pemerdagangan manusia jadi hamba seks di ladang di Grik
Posted on Sunday, March 12 @ 13:12:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33977



IPOH: Seorang daripada 18 individu yang dipercayai mangsa eksploitasi pekerja di ladang kelapa sawit Kampung Tasek, Pengkalan Hulu dekat Gerik yang diselamatkan polis 26 Februari lalu, mendakwa dirinya dijadikan hamba seks.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata hasil siasatan ke atas mangsa berumur 23 tahun itu mendapati mangsa mengaku dirinya menjadi hamba seks kepada pengurus ladang tersebut.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut dan berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa, kita pergi ke lokasi yang dia dakwa dirogol untuk mendapatkan bukti dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Mangsa kini berada di Hospital Sungai Petani, Kedah, bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Gan berkata Mahkamah Majistret Lenggong memberi tempoh tahanan reman ke atas seorang lelaki yang juga pengurus ladang tersebut selama 7 hari bermula kelmarin untuk menyiasat kes itu.


Katanya, isteri suspek yang juga pengurus ladang itu dibebaskan dengan jaminan polis.
Seramai 18 warga tempatan termasuk 5 kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia diselamatkan dalam operasi di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek dekat Pengkalan Hulu.

Sementara itu, Gan berkata sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pengkalan Hulu menemui seorang lagi mangsa dipercayai turut menjadi mangsa sindiket di ladang berkenaan.

Gan berkata remaja perempuan berumur 14 tahun itu dipercayai tiada di lokasi kejadian semasa polis menyelamatkan 18 individu terbabit.

“Remaja itu ditemui di kawasan tersebut berseorangan ketika polis ke kawasan berkenaan kali kedua untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai kes rogol mangsa.

“Polis percaya mangsa berada di lokasi lain semasa serbuan dilakukan dan apabila dia pulang ke kawasan rumah itu dia berasa takut kerana rumah tersebut telah kosong dan tidak tahu untuk pergi ke mana,” katanya.

Sumber TKO - 12-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis Rampas 2.5 Juta Pil Erimin 5 Bernilai RM50 Juta
Posted on Saturday, March 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33962



KUALA LUMPUR – Polis menahan 10 individu dan merampas 2.5 juta pil Erimin 5 yang dianggarkan bernilai RM50 juta, dipercayai rampasan terbesar tahun ini, dalam operasi khas membanteras dadah di sekitar ibu negara dan Selangor semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata serbuan itu dilakukan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

“Syabas STING @PDRM tadi (semalam) tangkap 10 orang di Kuala Lumpur dan Selangor. Rampas 2.5 juta pil erimin 5 bernilai RM50 juta di Klang. #GoPDRMGo,” katanya dalam akaun Twitter rasminya.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) atas kejayaan menangkap 390 orang pelayan (GRO) dan tukang urut selain turut menangkap 468 orang suspek dan merampas 3,210 komputer judi dalam operasi seluruh negara.

“Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tkap 390 org GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tangkap 468 orang dan rampas 3210 comp. #GoPDRMGo,” katanya. – BERNAMA

Sumber TKO - 11-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Polis tahan suspek culik paderi
Posted on Friday, March 10 @ 07:03:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33934



Polis awal hari ini menahan seorang lelaki berusia 32 tahun berkaitan dengan kes kehilangan paderi Raymond Koh di Petaling Jaya sejak tiga minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat, suspek itu ditahan di Ampang, Selangor.

"Lebih kurang jam 3.30 pagi, pihak polis telah berjaya menangkap suspek, seorang lelaki Cina berumur 32 tahun di kawasan Ampang, Selangor hasil daripada maklumat dan kerjasama keluarga mangsa.

"Suspek telah menghubungi ahli keluarga mangsa sehari sebelum tangkapan dibuat dan meminta sejumlah wang untuk pembebasan paderi tersebut," katanya dalam satu kenytaan media.

Beliau berkata suspek itu akan ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat menculik atau melarikan secara paksa dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Koh dilaporkan hilang sejak 13 Februari lalu apabila beberapa lelaki bertopeng dalam sebuah SUV hitam menyekat keretanya dan menculiknya.

Kejadian itu berjaya dirakamkan oleh sebuah kamera litar tertututp (CCTV) di kawasan kejiranan berkenaan.

Berikutan itu, timbul spekulasi bahawa kes berkenaan berkaitan dengan salah faham agama.

Pada tahun 2011, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendakwa NGO Komuniti Harapan yang dipimpin oleh Koh cuba memurtadkan umat Islam selepas melakukan serbuan pada sebuah majlis makan malam mengumpul dana di Gereja Methodist Damansara Utama.

Walau bagaimanapun, paderi itu tidak pernah didakwa atau dikenakan sebarang tindakan.

Sumber TKO - 10-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Video Paderi Diculik Dalam 40 Saat Tersebar
Posted on Monday, March 06 @ 16:47:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33879



‘MISTERI’ kehilangan seorang paderi, Raymond Koh Keng Joo menimbulkan persoalan apabila sebuah rakaman video kamera litar tertutup (cctv) dipercayai memaparkan penculikan paderi berusia 62 tahun itu.

Rakaman itu memaparkan sebuah kereta berwarna perak dipercayai dipandu Keng Joo dipintas tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam.

Menerusi rakaman itu, tiga SUV terbabit dilihat menghimpit kenderaan paderi berkenaan dari arah depan, tepi dan belakang menyebabkan mangsa terpaksa memberhentikan keretanya.

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=9_ZAeEEk1S8


Turut kelihatan sebuah kereta sedan dan dua buah motosikal yang mengawal keadaan serta seorang penumpang di dalam kereta seperti sedang merakam kejadian.

Pemerhatian mendapati, terdapat kira-kira 15 individu dalam rakaman tersebut yang dipercayai berlaku pada waktu pagi di sebuah jalan di Kelana Jaya, Selangor.

Rakaman video yang sudah disunting itu turut memaparkan turutan kejadian kononnya penculikan Keng Joo dari sudut bertentangan.

Bagaimanapun, video berdurasi tiga minit itu tidak memaparkan dengan jelas kejadian berkenaan kerana terdapat pokok yang menghalang pandangan dari sudut kereta mangsa.
Menerusi rakaman berkenaan, kejadian tersebut berlaku dalam masa 40 saat sebelum semua kenderaan yang terlibat berlalu pergi bersama kereta mangsa.

Rakaman video berkenaan tersebar semalam selepas 21 hari Keng Joo hilang tanpa khabar berita.

The Star melaporkan, keluarga Keng Joo dalam kenyataan menjelaskan tidak mengetahui kewujudan video berkenaan.

Menurutnya, video berkenaan mungkin telah disunting dengan memasukkan beberapa rakaman cctv yang lain.

“Kami tidak tahu siapa yang menghasilkan video ini,” katanya yang menyerahkan siasatan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Amat berkata, polis sedang menyiasat kesahihan rakaman berkenaan.

Menurutnya, polis akan menyiasat sama ada video terbabit adalah rakaman sebenar kejadian penculikan mangsa atau sebaliknya.

Keng Joo dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10 pada 13 Februari lalu dan mangsa kali terakhir dilihat memandu seorang diri, menaiki kereta jenis model Honda Accord dengan nombor pendaftaran ST 5515 D.
- mynewshub.cc

SumberTKO - 7-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis: Kelewatan Pejabat Guan Eng antara punca siasatan kes anak belum selesai
Posted on Monday, March 06 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33873



PETALING JAYA: Kelewatan dalam mendapatkan kenyataan Lim Guan Eng adalah antara punca siasatan kes membabitkan anak Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak selesai sehingga ke hari ini.

Ia salah satu sebab yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash ketika menjelaskan punca kelewatan keseluruhan siasatan kes.

“Pegawai penyiasat telah menghubungi pejabat Ketua Menteri sebanyak lima kali untuk menetapkan tarikh bagi merekodkan kenyataan Lim.”

Bagaimanapun tiada respons daripada pihak berkenaan sehingga 2 Mac lalu, kata Mior dalam satu kenyataan semalam.

Dua hari lepas, Guan Eng berkata, pihak berkuasa mengambil enam tahun untuk meneruskan kes melibatkan anaknya berusia 16 tahun, yang dituduh dalam blog kononnya meraba dada seorang rakan sekolah.

Kata Guan Eng, beliau telah disoal siasat oleh polis pada 2 Mac lalu berhubung laporannya terhadap blogger Umno enam tahun lepas.

“Ini adalah kali ketiga polis mengambil kenyataan daripada saya. Mengapa bertanya soalan ini enam tahun kemudian? Saya membuat laporan polis atas nasihat seorang pegawai kanan polis pada masa itu.

“Tetapi masih tiada tindakan selepas enam tahun. Mereka yang menghina Perdana Menteri dibawa ke mahkamah dengan cepat tetapi apabila ia berlaku kepada saya, tiada tindakan,” kata Guan Eng.

Jelas Mior, siasatan mengambil masa kerana polis perlu menganalisis bukti dari pelbagai agensi, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta mengambil kenyataan seramai 38 saksi.

“Dakwaan Ketua Menteri adalah tidak tepat.”

Mior berkata, kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) beberapa kali tetapi telah dikembalikan kerana tidak lengkap.

“Kami telah memperbaiki kertas siasatan dan menghantar kembali kepada DPP untuk arahan lanjut.”

Pada tahun 2011, kolaj gambar anak Guan Eng dan mangsa yang didakwa diraba telah disiarkan oleh blogger pro-Umno, Papagomo menerusi blognya.

Bagaimanapun pendedahan kemudian menunjukkan gadis dalam gambar-gambar itu sebenarnya pemain catur dari Hong Kong bernama Anya Corke. Gambar asal, yang menunjukkan Corke sedang bermain catur, telah disunting untuk mengaitkan anak Guan Eng.

Isu itu telah bangkit semula baru-baru ini apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai kes itu berkata, ia masih dalam siasatan polis.

Sumber TKO - 6-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Niat jual telefon online berakhir dengan duka
Posted on Monday, March 06 @ 14:23:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33878


KUALA LUMPUR: Individu yang menjual barang atas talian diingatkan supaya sangat berhati-hati dengan pihak yang mengambil kesempatan memperdaya dan mencuri.

Perkongsian melalui Facebook yang tersebar di media sosial baru-baru ini, seorang wanita menceritakan bagaimana iPhone 7 miliknya dirembat oleh seorang lelaki kononnya berminat untuk membeli.

Mangsa, Jazira Salwa Sehak menyifatkan pengalaman itu sebagai “pengajaran terbaik 2017” dan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan penyangak yang mengambil kesempatan.

Dia mengiklankan telefon pintar dalam satu forum popular atas talian dan kemudiannya menerima panggilan daripada seseorang yang berminat untuk membelinya.

“Dia menghubungi saya pada waktu malam dan berkata beliau mahu bertemu malam itu juga.
“Dia kata akan memasukkan duit ke dalam akaun dan saya percayakannya, tetapi saya menyesal kemudiannya,” kata Jazira.

Jazira dan suaminya bertemu lelaki itu di sebuah restoran di Gombak.


“Dia kelihatan normal dan bercerita tentang dirinya dan isteri yang bekerja di Menara DBKL sebagai juruteknik sambilan,” katanya.

Mereka bersembang lama sambil menguji telefon pintar tersebut.

“Lelaki itu memasukkan kad SIMnya ke dalamnya telefon pintar saya dan kemudian berkata dia tidak membawa wang untuk bayar kerana dia tertinggal beg duit.”

Lelaki itu kemudiannya menelefon seseorang kelihatan seperti abangnya menggunakan telefon pintar yang sama, meminta bawakan wang tunai.

“Segala berjalan seperti biasa sehingga abangnya tiba dengan sebuah Vios hitam dan membunyikan hon,” kata Jazira.

“Lelaki itu kemudian menerima panggilan daripada abangnya dan dia berjalan menuju ke kereta itu dan suami saya mengekorinya dari belakang.”

Ketika berjalan dengan telefon itu, tiba-tiba lelaki itu terus masuk ke dalam kereta dan mereka memecut.

“Suami saya cuba mengejar kereta itu tetapi tidak berjaya,” kata Jazira sambil menambah suaminya sempat menyalin nombor plat kereta tersebut dan mereka telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Dia kemudiannya memuat naik video dan screenshot pencuri itu di Facebooknya.

Jazira menasihati orang ramai supaya berhati-hati kerana ada penyangak yang berani mencuri walaupun di tempat yang selamat dan ramai orang.-Fmt

Sumber TKO - 6-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Silap cubaan merogol, 2 individu PTI koma
Posted on Sunday, March 05 @ 23:47:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33867



Kota Kinabalu:
Kejadian yang berlaku jam 11.40pm pada malam 4.march.2017 semalam,Seorang mangsa yang dikenali sebagai Alice Lien Hua(20) tekad berani mati menyerang 2(lelaki) individu yang bersenjatahkan pisau dipercayai hendak meragut dan merogolnya.

Selepas kejadian itu berlaku,mangsa terus menghubungi seorang rakannya yang bertugas sebagai Criminal investigation department dikawasan Inanam sambil menceritakan kepada kami.

Sebelum kejadian itu mangsa mengatakan dia yang hendak pulang ke rumahnya memandu seorang diri dari rumah saudaranya di penampang, setiba sampai di jalan putatan berdekatan sungai petagas mangsa(alice) memberhentikan kenderaannya di tepi jalan itu kerana merasakan dia diekori 2individu yang menunggang sebuah motor semasa dari bandar putatan.

Setelah dia berhenti sebentar (di tempat kejadian) untuk bertujuan memberi laluan kepada 2 individu yang seolah-olah mengekorinya dari belakaang sebelum meneruskan perjalanan, namun ternyata 2individu itu turut berhenti di hadapan kenderaanya dan terus menyuruh membuka cermin kereta.

Semasa Alice(mangsa) menceritakan pada kami pada masa itu,dia langsung tidak merasah takut bila 2 orang itu memaksa saya membuka cermin,malahan dia terus keluar dari kenderaanya untuk bertanya apa mereka mahu,lalu seorang individu yang mempunya pisau di sebelah tangannya meminta duit namun alice berkata 'tiada' dan lelaki itu terus menarik tangan mangsa(alice) seolah-olah dia dibawah kearah semak gelap,lalu seorang lagi individu itu terus meluluh masuk kedalam kenderaan mangsa(Alice) untuk mengambil beg nya,dari itu terjadinya pergelutan sehingga 2 individu itu koma di tempat kejadian,sejurus selepas kejadian ada beberapa orang awam dan kenderaan berhenti, mangsa mengatakan tiada mengalami apa-apa kecedraan cuma terekena 1 tumbukan yang tidak seberapa kuat di bahagian atas keningnya.

Ada seorang mengatahkan 2 individu itu adalah penagih dadah di kaawasan petagas kota kinabalu.

Setelah 3 anggota c.i.d sampai ke tempat kejadian itu mereka mengesahkan identiti saspek itu adalah pendatang asing dan tidak mempunyayi dokumen identiti yang sah. 2 saspek yang masih dalam keadaan koma pada waktu itu dibawah ke KPJ luyang dalam tahanan penyiasatan manakala mangsa(alice) dibawah ke pejabat polis kota kinabalu bagi membuat laporan penuh.

Sumber TKO - 5-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis Rekod Keterangan Guan Eng Berhubung Dakwaan Anak Cabul Gadis
Posted on Thursday, March 02 @ 19:58:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33808



GEORGE TOWN: Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung dakwaan anaknya mencabul seorang pelajar perempuan, enam tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada Lim di pejabat ketua menteri itu di Komtar, di sini.

"Kami mendapat arahan daripada pejabat pendakwa raya untuk merekodkan beberapa keterangan daripada Lim Guan Eng berhubung kes itu," katanya yang enggan mengulas lanjut.


Pemain catur dikatakan mangsa cabul anak Lim Guan Eng
Sementara itu Lim pada sidang akhbar di pejabatnya selepas memberi keterangan kepada dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut tersebut, berkata ini merupakan kali ketiga polis mengambil keterangannya berhubung kes itu.

"Saya harap akan ada tindakan pada akhirnya dan sudah tentu saya bersedia untuk ke mahkamah untuk memberi keterangan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang blogger mendakwa anak lelaki Lim yang ketika itu berusia 16 tahun mencabul rakan sekolahnya dan bagi menutup mulut semua pihak keluarga mangsa dikatakan disogok dengan wang berjumlah RM200,000.
-BERNAMA

Sumber TKO - 2-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kata terjumpa, rupa-rupanya bayi dia sendiri
Posted on Thursday, March 02 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33795



HULU SELANGOR - Polis menahan seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai cuba membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya di belakang kediamannya di Bandar Utama, Batang Kali, awal pagi semalam, lapor Bernama.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, pada awalnya remaja berkenaan mendakwa menemui bayi lelaki yang masih bertali pusat dibalut dengan kain hitam itu tergantung pada jeriji tingkap biliknya selepas mendengar tangisan bayi itu pada jam 7.30 pagi.


Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati remaja berkenaan yang merupakan anak perempuan kepada pemilik rumah berada dalam keadaan yang mencurigakan dan lemah menyebabkan polis menahannya untuk membantu siasatan.

"Ketika disoal-siasat, remaja itu akhirnya mengakui melahirkan bayi itu di dalam biliknya pada jam 6.45 pagi. Kelahiran itu hasil hubungan dengan teman lelaki.

"Remaja itu menipu ibunya dengan menyatakan bahawa dia menemui bayi itu pada jeriji tingkap di belakang rumahnya," katanya.

Susulan pengakuan mangsa, polis turut menahan seorang lelaki berusia 17 tahun, teman lelaki remaja berkenaan untuk membantu siasatan.

Remaja perempuan itu turut ditahan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan dan rawatan.


Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. - The Reporter

Sumber TKO - 2-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zaharin Yasin direman tiga hari
Posted on Monday, February 27 @ 13:55:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33754



Penulis blog Datuk Zaharin Mohd Yasin antara tiga yang direman selama tiga hari ekoran mengeluarkan kenyataan jelik dan fitnah berhubung kemalangan remaja berbasikal baru-baru ini serta menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dipetik Bernama berkata mereka ditahan secara berasingan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur dengan dua daripada mereka ditangkap pada Sabtu malam manakala seorang lagi awal pagi Ahad.

Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil tangkapan itu, polis merampas dua kad sim dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan lelaki tersebut untuk membuat kenyataan jelik dan hasutan berkenaan menerusi Facebook.

Beliau berkata menerusi penahanan kedua dan ketiga pula, polis menahan lelaki berumur 61 dan 64 tahun, masing-masing di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor serta Villa Taman Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin, kedua-dua mereka dipercayai membuat kenyataan jelik dan fitnah terhadap kes kemalangan maut yang melibatkan lapan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini pada 18 Februari lalu berkaitan kenyataan tersebut di Facebook.

"Polis turut merampas dua telefon bimbit berserta dua kad sim bagi siasatan lanjut dijalankan," katanya.

Ketiga-tiga lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, polis pada Sabtu mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menahan reman ketiga-tiga lelaki berkenaan bagi siasatan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Faridatul Farah Shukri di Mahkamah Majistret di sini.


Beliau memerintahkan penulis blog berumur 64 tahun dan lelaki bergelar 'Datuk' berumur 61 tahun itu direman selama tiga hari sehingga Selasa manakala lelaki berumur 65 tahun itu direman dua hari.

Sumber TKO - 27-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Datuk Seri Didakwa Terlibat Geng Kongsi Gelap Pulau Pinang, Siapa Belakang?
Posted on Wednesday, February 22 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33701



PULAU PINANG – Seramai 22 ahli kongsi gelap termasuk seorang bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menjadi ahli jenayah te­rancang ‘Geng 24 Pulau Pinang’, sejak dua tahun lalu.

Kesemua lelaki yang berusia antara 24 dan 55 tahun itu me­ngangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin kepada mereka di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mereka terdiri daripada Teh Suee Chin, 31; Bee Hooi Siang, 44; Ee Ching Hock, 44; Jeremy Cheng Yee Fun, 34; Datuk Seri Ng Chian Sia, 55; Mah Chee Seng, 46; Yeong Kah Man, 26; Goh Chun Shien, 36; Ng Ah Beoy, 45; Yeoh Choon Hin, 37, dan Teng Kok Haw, 26.

Tertuduh yang lain ialah Lim Leng Huat, 27; Chee Chia Heng, 32; Song Wai Hon, 33; Teoh Jong Yow, 36; Yeoh Choon Hong, 45; Lee Chew Hong, 40; Tan Soo C­hing, 36; Teh Hang Beng, 38; Tang Soon Toh, 24; Teoh Chin Yeow, 24, dan Teng Kok Loon, 29.

Mengikut pertuduhan, kese­muanya didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng 24 Pulau Pinang’ di da­erah Timur Laut sejak 1 Januari 2015 hingga 29 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikemukakan oleh tiga Timbalan Pendakwa Raya diketuai Jailani Abdul Rahman, manakala hanya lima daripada tertuduh terbabit diwakili peguam bela.

Yee Fun diwakili peguam Jason Khor manakala Chia Sia (Gobind Singh Deo), Chee Seng (Tan Guat Chang) selain Choon Hin dan Choon Hong masing-masing diwakili peguam, K. Mahendran serta M. M. Athimulan.

Jailani tidak menawarkan jaminan kerana kes berkenaan tertakluk di bawah Akta Kesa­lahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sementara itu, Gobind dan Jason Khor memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi dan memohon mahkamah memberikan tempoh selama dua minggu.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin kepada tertuduh-tertuduh dan mene­tapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes itu – UM

Sumber TKO - 22-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelajar mati ditikam dari belakang
Posted on Wednesday, February 22 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33689



KOTA TINGGI – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka Kampus Jasin yang sedang menjalani latihan praktikal di Ladang Teluk Sengat di sini ditemui mati dengan kesan tikaman dalam kawasan ladang berkenaan petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6 petang itu, mayat Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21, ditemui oleh beberapa pekerja ladang yang mencarinya selepas mangsa tidak pulang selepas membuat rondaan di ladang kelapa sawit itu sejak pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan meminjam motosikal jenis Yamaha Y100 milik seorang pekerja ladang untuk meronda di kawasan itu.

Bagaimanapun, katanya, seorang rakan sekerjanya menyedari mangsa tidak pulang daripada rondaan selepas pukul 3 petang.

Menurutnya, beberapa rakan sekerja kemudian bertindak mencari Muhammad Azim Nazri dan akhirnya menemui mayat mangsa kira-kira 300 meter dari jalan utama untuk ke Pekan Teluk Sengat dalam keadaan terbaring dengan kesan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa.


“Ketika ditemui, mangsa masih berpakaian baju-T berkolar warna biru dan terdapat nama Nazri dan berseluar jean biru dan berkasut getah warna hitam. Namun, tiada sebarang dokumen ditemui pada mayat itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sumber HD - 22-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Lagi Kes Baru Wanita Mati Ditembak 7 Das Di Pulau Pinang
Posted on Tuesday, February 21 @ 23:07:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33682



GEORGE TOWN - Seorang wanita maut ditembak pemyerang bermotosikal dalam kejadian pembunuhan nekad di Taman Pekaka 1, Gelugor, di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian ngeri kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti kemudian disahkan maut di lokasi kejadian tersebut.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang memandu sebuah kereta BMW warna putih miliknya sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.
Pemandu Wanita Mati Ditembak 7 Das Di P.Pinang

“Suspek kemudian melepaskan lebih tujuh das tembakan dan tiga daripadanya berjaya terkena terus kepada kepala mangsa tersebut.

“Setakat ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lebih lanjut di lokasi kejadian,” katanya.

Kereta dipandu wanita tersebut kemudian kemek akibat terbabas ke tembok sebuah rumah penduduk. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 21-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau
Posted on Tuesday, February 21 @ 12:10:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33677



SUBANG JAYA - Padah menyamar sebagai wanita, seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri di surau wanita di sebuah pusat membeli belah di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa berusia 19 tahun menyedari beg dompet yang diletakkan di sebelahnya ketika solat hilang dan hanya ada kunci, kad pengenalan dan kad bank sahaja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa yang merupakan seorang pelajar swasta itu mengadu kepada pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan beg dompetnya telah ditemui bersama seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita.
Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau


Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau
Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sunway dan mendapati beg dompetnya bersama suspek.

“Polis berjaya menahan suspek berusia 21 tahun bersama sebuah beg dompet, wang tunai RM408 dan sebuah telefon bimbit jenis Samsung.

“Pemeriksaan mendapati suspek baru keluar dari penjara Kajang 11 hari lalu dan mempunyai rekod jenayah serta kes curi,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, suspek ditahan reman selama empat hari hingga Rabu ini untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 21-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aktif Di FB Mungkin Punca Jong-Nam Dibunuh
Posted on Thursday, February 16 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33634



KUALA LUMPUR: Satu akaun Facebook milik Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, telah ditemui dan ini mungkin membawa kepada pembunuhannya, lapor sebuah laman web berita bebas negara itu.

Kekerapannya berkongsikan perihal peribadi di laman FBnya mungkin menyebabkan perisik mudah untuk mengekori dan mengintipnya.

Jong-nam, yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin, telah ke luar negara menggunakan pasport pengenalan diri ‘Kim Chol’, menurut polis Malaysia.

NK News, yang tertumpu kepada berita-berita daripada Korea Utara, melaporkan terdapat sebuah akaun FB milik seseorang bernama ‘Kim Chol’ yang mengandungi gambar-gambar lama Jong-nam di Macau, China.

Profail itu turut mempunyai beberapa bayangan berbentuk aktiviti alam maya Jong-nam yang mengesahkan bahawa akaun itu memang miliknya.

Tinjauan Mynewshub turut berjaya menjumpai profail FB kepunyaan anak sulung Kim Jong-il ini.

NK News melaporkan segala aktiviti Jong-nam sentiasa dikemaskini di akaun FBnya itu dan memberi tanggapan bahawa dia tidak pernah cuba untuk menyembuyikan diri daripada masyarakat dan juga tidak mampu menolak ‘godaan’ media sosial meskipun dia dipercayai diburu adik tirinya itu.

Selain itu, bekas setiausaha sulit presiden Korea Selatan Lee Myung Bak, Cha Du-hyeong pula mendakwa Jong-nam sering menggunakan e-mel untuk berkomunikasi.

“Aktiviti-aktiviti sebegini tidak menampakkan seperti ianya dilakukan oleh seseorang yang sering diancam bunuh.

“Saya rasa tidak mustahil ini adalah satu tindakan cuai bagi pihak Jong-nam, yang akhirnya membawa kepada kematiannya,” kata Cha kepada laman web berkenaan.


Dalam satu kiriman foto yang dimuat naik pada Oktober 2008, Jong-nam dilihat berdiri di atas sebuah kapal layar bersama-sama seorang lelaki kulit putih yang tidak dikenali. Pada  4 Mac 2013, dia meninggalkan komen pada gambar itu dengan menyatakan, “Saya rindu Eropah!”

“Tempat yang cantik!” kata Jong-nam dalam satu lagi gambar yang dimuat naik pada tahun 2010, di mana dia berdiri di hadapan sebuah hotel bertaraf lima-bintang, Wynn Macau.


Gambar profail akaun Kim Chol itu walau bagaimanapun tidak memaparkan wajahnya, tetapi gambar seekor tupai dan kiriman terakhirnya yang boleh dilihat orang awam adalah pada November 2015, apabila dia menukarkan fotonya dengan filter bendera Perancis bagi menunjukkan solidariti kepada mangsa-mangsa yang terkorban semasa serangan di Paris.

Selain itu, informasi lain yang terdapat pada profailnya termasuklah latar belakang pendidikannya, iaitu di International School of Geneva dan LycĆ©e franƧais de Moscou (Alexandre Dumas French School di Moscow,Rusia).

Jong-nam dilaporkan menghabiskan sebahagian besar zaman remajanya di kedua-dua buah sekolah ini.-MYNEWSHUB.CC/SK


Sumber TKO - 16-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pembunuhan Kim Chol: Suspek wanita ditahan
Posted on Thursday, February 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33624













SHAH ALAM - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan Kim Jong-Nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, suspek  berjaya ditahan di KLIA2 semasa dia berseorangan.

"Suspek dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29 dan dipercayai berasal dari negara Vietnam.

"Suspek berjaya ditahan kira-kira 8.20 pagi tadi setelah pihak polis mengecam rupanya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya dalam satu kenyataan.

Semasa ditahan, suspek memiliki pasport pas lawatan sosial Vietnam dan polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci terhadapnya.

Semalam, Malaysia dikejutkan dengan berita kematian Jong-Nam, 46, yang dipercayai dibunuh oleh seorang wanita yang dipercayai memiliki rupa paras wanita Korea.

Mangsa dipercayai didekati wanita berkenaan sebelum kepalanya diserkup dengan kain yang dipercayai telah dibasahi cecair beracun.


  Selepas diserkup, mangsa meminta pertolongan daripada kakitangan KLIA2 sebelum meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Sumber TKO - 16-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abang Jong-Un dibunuh di Malaysia
Posted on Wednesday, February 15 @ 07:45:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33606



Polis mengesahkan lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam adalah Kim Jong-Nam – abang tiri pemimpin negara itu, Jong-Un.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

"Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, semalam.

"Bagaimanapun, belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita," katanya.

"Selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.

"Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia," beliau dipetik sebagai berkata.

Polis buat masa ini mengelaskan kes itu sebagai mati mengejut, sementara menunggu laporan bedah siasat.

Kedutaan Korea Utara juga telah dimaklumkan berkaitan perkara itu.

Sementara itu, petugas media mula berkumpul di perkarangan Jabatan Forensik Hospital

Putrajaya sejak 8 malam bagi mendapatkan maklumat lanjut tetapi tidak dibenarkan menghampiri tempat itu.

Sumber TKO - 15-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5 Kanak-Kanak Pecah Mesin Duit Syiling Kedai Dobi
Posted on Tuesday, February 14 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33594



Gelagat lima sekawan yang didakwa cuba merompak sebuah kedai dobi layan diri di Bercham Raya, Tambun, Ipoh dengan memecahkan mesin duit syiling mencetuskan reaksi pelbagai dalam kalangan pengguna media.

Beberapa keping gambar kanak-kanak lelaki terbabit yang dipercayai dirakam kamera litar tertutut (CCTV) di kedai dobi tersebut tular di laman sosial selepas dimuat naik di laman Facebook Azhar Fazin pada 11 Februari, lalu.

Berdasarkan gambar, kumpulan kanak-kanak lelaki berkenaan yang menaiki basikal dilihat menendang mesin duit syiling, dipercayai cuba merompak wang di kedai dobi tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi Sabtu lalu, dipercayai melibatkan sekumpulan kanak-kanak berusia lingkungan 12 tahun.

Pemilik kedai dobi tersebut bagaimanapun berkata, tujuan dia meletakkan gambar kanak-kanak berkenaan di ruang kedai dobinya sebelum ia mula tular di laman sosial adalah bagi memaklumkan kepada ibu bapa supaya lebih prihatin mengenai kegiatan anak-anak mereka.

Pemilik kedai tersebut yang enggan mendedahkan namanya berkata, dia tidak berhasrat untuk mengaibkan mana-mana pihak dan mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan kanak-kanak berkenaan.

“Kejadian itu adalah pertama kali berlaku sepanjang dua tahun memulakan operasi di situ dan tiada kerugian dialaminya.

“Saya tidak berhasrat melaporkan kejadian itu kepada polis kerana memikirkan masa depan kanak-kanak itu namun berharap ibu bapa peka terhadap tingkah laku anak-anak mereka,” katanya memetik akhbar tersebut.

Sementara netizen meluahkan reaksi pelbagai terhadap tindakan kumpulan kanak-kanak terbabit yang cuba merompak walaupun dalam usia muda, selain menggesa hukuman perlu diberikan kepada kanak-kanak berkenaan bagi mengelakkan mereka mengulangi kesalahan pada masa akan datang.

“Kenapa tutup kes? Sepatutnya kena beri sikit pengajaran kepada budak-budak ini. Kalau tak besar nanti lagi teruk mereka buat,” kata pengguna Facebook Micha Lee.

“Pengaruh TV la ni... mak bapa pula abaikan tanggungjawab. Anak-anak ibarat kain putih, kalau mak bapa tak pandai mencorak, jadi jangan tanya la (depan) muka anak-anak buat street art di muka,” tambah Zakwan Zol.




Sementara, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden tersebut, namun menasihatkan orang ramai dan pemilik kedai membuat laporan polis jika mendapati terdapat sebarang aktiviti jenayah di kawasan mereka.

- mD

Sumber TKO - 14-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelajar Senior Rogol Rakan Sekolah Dalam Bilik Stor
Posted on Sunday, February 12 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33572



MELAKA: Dua pelajar senior didakwa merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini.


Pelajar perempuan tingkatan satu itu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh dua pelajar senior kira-kira pukul 2.30 petang Selasa.

Sebaik berada di bilik itu, kedua-dua pelajar senior itu didakwa menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

Seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan kejadian, terdengar bunyi teriakan dan bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan.

Terkejut dengan kehadirannya, dua pelajar lelaki itu melarikan diri dan pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua.

Semasa di bilik pengetua, pelajar wanita itu menceritakan bagaimana dia diheret masuk ke dalam bilik stor dan dibogelkan sebelum dirogol.

Difahamkan salah seorang pelajar lelaki mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal siasat pada keesokan harinya.

Namun dia mendakwa pelajar perempuan itu membenarkan perbuatan seksual tersebut.
Satu laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata polis menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut.
"Kami sudah menghantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol statutori," katanya.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin mengakui amat terkejut dan tidak percaya insiden seperti itu berlaku.

"Perbuatan itu berlaku di dalam kawasan sekolah pada waktu siang. Sudah tiba masanya pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan," katanya.

Sumber TKO - 12-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Datuk Antara Empat Ditahan, Skim Pelaburan Tipu 1,000 Mangsa Cecah RM55 Juta
Posted on Sunday, February 12 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33571



SHAH ALAM: Polis menahan empat suspek termasuk seorang Datuk berusia 47 tahun berhubung kegiatan skim pelaburan melibatkan sekurang-kurangnya 1,000 mangsa yang mengalami kerugian mencecah kira-kira RM55 juta.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Superitendan Mazelan Paijan berkata, pasangan suami isteri berusia 31 dan 30 tahun ditahan pada 6 Februari selepas sembilan laporan dibuat terhadap mereka.

Katanya, lelaki bergelar Datuk itu pula ditahan di Puchong , manakala wanita berusia 30 tahun pula diberkas di Kajang pada 8 Februari lalu.

Beliau berkata, pasangan suami isteri itu telah memperoleh tender daripada Kementerian Pertahanan untuk membekalkan uniform penyamaran.

"Bagi memperdaya mangsa, mereka mendakwa tidak memiliki wang yang cukup untuk memenuhi syarat tender dan berjanji pulangan antara 30 hingga 90 peratus kepada pelabur," katanya.

Mazelan berkata, polis mengesan operasi kumpulan ini apabila seorang kerani dari Terengganu membuat laporan polis mendakwa dia bersama 40 pelabur lain telah ditipu sejumlah RM1.7 juta pada 8 September 2016.
'
"Kerani itu mendakwa dia telah mengumpul pelabur selepas mendapat tahun mengenai skim  berkenaan daripada pihak ketiga.

"Kami kemudiannya menyiasat sebelum menahan pasangan suami isteri itu di sebuah pangsapuri mewah di Bukit Jelutong," katanya.

Mazelan juga berkata, pasangan itu beroperasi dari rumah kedai dua tingkat di Taman Melawati.

"Wanita itu adalah rakan kongsinya dalam syarikat dan bekerja untuk mencari pelabur, manakala Datuk itu menerima RM14 juta untuk memperoleh tender projek menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Pahang," katanya.

Beliau berkata, polis juga merampas pelbagai dokumen, cek, buku cek, empat telefon bimbit dan komputer riba Macbook.

"Sebuah Mercedes E250 dan BMW 328GT turut dirampas daripada suspek," katanya sambil menambah pihaknya sedang mengesan lapan lagi kenderaan yang dipercayai dibeli suspek menggunakan nama berbeza.

Sumber TKO - 12-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 ‘Datuk’ antara 114 disyaki samseng ditahan
Posted on Wednesday, February 08 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33507



KUALA LUMPUR: Polis menangkap 114 individu disyaki samseng, termasuk 6 berpangkat “Datuk” dan “Datuk Seri” sejak 2015.

Polis juga merampas 22 pistol, 1 senaparang, 916 peluru, dadah bernilai RM1.75 juta, barangan kemas, wang tunai RM167,193 dan 2 kenderaan – sebuah Toyota Fortuner dan Mazda CX5, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohmad Salleh.

Serbuan dan tangkapan dibuat dalam “Ops Cantas Khas” sejak 2015.

Mohmad berkata tangkapan terbaharu 3 Februari lepas menyaksikan 38 individu disyaki samseng berumur antara 19 dan 62, disyaki mempunyai kaitan dengan “Geng 360 Devan”.
Empat yang ditahan bergelar “Datuk”.
poliw
Menurut polis, “Geng 360 Devan” terlibat dalam penculikan dan pembunuhan 3 ahli kumpulan “Satu Hati” pada 2015 dan 2016 apabila perang kawasan antara kedua kumpulan itu melarat.

Mohmad berkata 16 yang disyaki disiasat untuk kesalahan di bawah Kanun Keseksaaan manakala 22 disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Operasi dijalankan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Staffoc), Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) secara bersama.
poliw1Mohmad berkata polis menjalankan 8 serbuan utama “Ops Cantas Khas” di Johor, Pulau Pinang dan Lembah Klang sejak 2015.

Mereka yang disyaki menganggotai “Geng 04 Paper Kumar”, “Geng 21 Japan”, “Geng 04 Sungai Siput”, “Geng Latino Dago”, “Geng William”, “Geng 24 Penang” dan terbaharu, “Geng 360 Devan”, ditahan dalam operasi itu.

Mohmad berkata operasi akan diteruskan sehingga ada penurunan drastik dalam jumlah jenayah membabitkan kumpulan samseng dan tembak-menembak.


Beliau merayu orang ramai membantu polis dengan maklumat berkenaan kegiatan kumpulan samseng.

Sumber TKO - 8-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wanita Kelar Anak Direman Tujuh Hari
Posted on Sunday, February 05 @ 18:44:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33470



KOTA BHARU: Seorang wanita yang dipercayai mengelar bayinya sehingga mati di kuarters kem Desa Pahlawan Kok Lanas semalam direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Rusli Ahmad sehingga 11 Febuari depan bagi membolehkan dia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman tersebut terpaksa dikeluarkan di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) kira-kira pukul 9 pagi ini selepas suspek masih menerima rawatan di wad itu.

Akhbar hari ini, melaporkan seorang ibu bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila tergamak membunuh anak sendiri yang baru berusia dua bulan dengan mengelar lehernya menggunakan sebilah pisau pemotong sayur di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.

Bayi perempuan tersebut, Nur Areesa Sofea Jiri, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di atas sebuah tilam di ruang tamu rumah tersebut kira-kira pukul 2.45 petang itu. - UM

Sumber TKO - 5-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas Tembak Bekas Isteri, Tembak Pula Diri Sendiri
Posted on Saturday, February 04 @ 08:06:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33454



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya sebelum dia menembak pula dirinya hingga mati di Tingkat 16, Menara Centara di Jalan Chow Kit di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata kejadian berlaku pada 3.15 petang tadi.

Beliau berkata seorang lelaki dilapor datang ke pejabat bekas isterinya yang merupakan kakitangan sebuah firma di bangunan itu.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki tersebut melepaskan kira-kira empat das tembakan terhadap mangsa. Dua tembakan mengenai bahagian belakang dan paha kanan mangsa sebelum suspek menembak pula dirinya di kepala,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun datang ke pejabat bekas isterinya yang berumur 46 tahun dengan membawa pistol dan sebilah parang kira-kira 2.50 petang.

Rusdi berkata ketika kejadian, di pejabat mangsa terdapat kira-kira lebih 20 kakitangan, bagaimanapun kesemua mereka selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek dan mangsa telah bercerai sejak lima tahun lepas dan mempunyai tiga orang anak berumur antara 16 hingga 24 tahun.

“Suspek sebelum ini pernah menggangu mangsa dan mangsa telah membuat laporan polis,” katanya.

Mengenai motif sebenar kejadian, beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu seorang saksi kejadian Mohd Rafiq Mohd Shahril, 37, yang bekerja sebagai kerani di Tingkat Tujuh bangunan itu berkata dia pada mulanya menyangka bunyi tembakan itu adalah bunyi mercun.

“Ketika itu saya berada di dalam pejabat, tiba-tiba saya terkejut dengar bunyi seakan mercun yang kuat.

“Bagaimanapun sangkaan saya meleset apabila rakan saya memaklumkan telah berlaku kes tembak di Tingkat 16. Tidak lama kemudian pengawal keselamatan mengarahkan kami agar mengosongkan bangunan itu,” katanya. – BERNAMA

Sumber TKO - 4-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Padah pinjam ah long, bapa ditikam depan mata
Posted on Tuesday, January 31 @ 18:48:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33408&mode=thread&order=0&thold=0



TANGKAK - Tindakan seorang bapa yang cuba berunding dengan anggota kumpulan ceti haram selepas kediaman mereka diserang menemui padah apabila dia ditikam oleh salah seorang daripada individu ahli kumpulan terbabit.      

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, mangsa berusia 46 tahun yang bekerja sebagai mekanik mesin jahit telah ditikam oleh salah seorang daripada suspek menggunakan senjata tajam dipercayai pisau sejurus keluar daripada rumahnya.

“Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi pada sambutan Tahun Baru Cina, tiga suspek telah menyerang rumah mangsa bagi menuntut sejumlah hutang yang dipinjam oleh anak lelakinya.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga ahli kumpulan terbabit turut menimbulkan kekecohan dengan membakar motosikal mangsa sebelum mangsa bertindak keluar rumah bagi melihat keadaan motosikalnya.

“Bagaimanapun tindakan berani mangsa akhirnya menemui padah apabila dia ditikam oleh salah seorang daripada suspek berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Menurut beliau, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Tangkak.

Mohad Idris berkata, cubaan menjejaki ketiga-tiga suspek kini giat dijalankan dan dua daripada mereka telah dikenal pasti identiti iaitu Ker Chian Hau berusia 25 tahun dan Vincent Jauy Joo Sen, 24 tahun.

Sumber TKO - 31-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

STURGEON Oh STURGEON...
Posted on Saturday, January 28 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33365



Projek ternakan ikan sturgeon bakal dijalankan di Kuala Tahan di Jerantut, Pahang melibatkan kawasan hutan simpan Taman Negara yang berkeluasan 50 ekar. Malah, kawasan Sungai Tabung iaitu lokasi projek adalah kawasan orang asal Kaum Bateq untuk mencari hasil hutan.

Kaum ini adalah satu satunya kaum yang masih hidup secara nomad di Semenanjung Malaysia. Maka usaha untuk menyelamatkan alam sekitar di kawasan terbabit telah digerakkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum berkenaan impak buruk projek tersebut. Satu laman Facebook Kami bantah Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan telah diwujudkan bagi memberi gambaran kesan buruk projek ini dan seterusnya menghentikan projek ini yang dilihat akan merosakkan alam sekitar dan ekosistem sungai di Taman Negara Kuala Tahan. 



Sementara itu, bagi pihak Felda Global Venture (FGV) pula mendakwa Projek Penternakan Ikan Sturgeon ini dibangunkan bagi memastikan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk generasi baharu peneroka FELDA dan kampung tradisional. Ternakan ini akan menjadi penyumbang utama agenda sekuriti makanan negara dengan membiak ikan di darat. Penghasilan telur (caviar) dan daging ikan sturgeon untuk diperkenalkan dengan jenama Malaysia di pasaran tempatan dan antarabangsa. Projek ini dikatakan mendapat pelaburan dari Korea Selatan dengan jumlah RM 150 juta untuk pembangunan kolam penternakan pusat dan beberapa kolam pembiakan satelit, bangunan pejabat pentadbiran dan R&D serta kemudahan tempat tinggal. Spesis sturgeon yang bakal dibiakkan di sini ialah siberian, amur, sterlet dan beluga. 


Sturgeon adalah sejenis ikan yang makan di bawah air, membiak di bahagian hulu sungai dan mencari makanan di delta sungai dan kawasan persisir pantai. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, walaupun sturgeon merupakan ikan air tawar, terdapat beberapa spesis yang dapat menyesuaikan diri untuk mendiami pesisir pantai dan lautan luas. 


Sturgeon diburu serta diternak bagi mendapatkan telurnya yang dikenali sebagai roe untuk dijadikan sajian mewah iaitu caviar. Caviar merupakan telur ikan sturgeon yang disediakan sama ada secara mentah atau dipasturkan. Secara tradisionalnya, caviar merujuk kepada telur ikan sturgeon (Beluga, Ossetra dan Sevruga) yang hidup di Laut Caspian dan Laut Hitam. Caviar yang paling mahal dan paling sukar ditemui berasal dari sturgeon beluga yang mendiami Laut Caspian. 



Disebabkan harga caviar yang tinggi, sturgeon diburu secara berleluasa. Kebanyakan spesis sturgeon kini dikelaskan sebagai terancam dan mengalami risiko kepupusan. Disebabkan sturgeon membesar dengan perlahan dan lewat mencapai umur matang, ikan ini sangat mudah terancam ditambah dengan pemburuan yang berleluasa, pencemaran air dan kemusnahan habitat. 



Namun begitu, sturgeon merupakan ikan pemangsa yang boleh memusnahkan habitat ikan semulajadi jika dimasukkan ke dalam sungai. Ini kerana sturgeon akan bersaing untuk makanan dengan ikan-ikan tempatan. Makanan utama sturgeon adalah ikan, siput, udang dan ketam. 


Risiko ikan sturgeon yang dibawa masuk kepada ekosistem
Sturgeon bukan ikan yang berasal dari Malaysia. Disebabkan risiko ikan sturgeon yang boleh memusnahkan ekosistem sungai dan perairan negara, Jabatan Perikanan telah mengeluarkan larangan import bagi spesis ikan ini. 


Ramai yang bertanya mengapa projek ini patut dihentikan. Ini adalah hujah-hujahnya (klik pada gambar bawah untuk paparan lebih jelas).



Bantahan kepada projek ini telah memasuki fasa baharu apabila forum dan kelab pemancing di seluruh negara mula menyebarkan maklumat berkenaan keburukan projek ini secara atas talian di laman Facebook, laman sesawang dan blog. Kebanyakan maklum balas yang diterima menyatakan kebimbangan kepada risiko pelepasan spesis ini ke dalam sungai yang akan mengakibatkan kemusnahan ikan semulajadi di dalam sungai seperti kelah, lampam, temoleh dan patin. 



Bantahan kepada projek ini mendapat sokongan padu dari ahli akedemik, penyelidik, pencinta alam dan NGO. Prof Dr Maketab Mohamed, seorang profesor yang pakar dalam bidang alam sekitar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga merupakan Presiden MNS telah mengetuai bantahan ini serta disokong oleh penduduk tempatan, orang asal Bateq, aktivis dan NGO seperti Malaysia Nature Society (MNS), Persatuan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dan Komuniti Kuala Tahan/Taman Negara.


SumberTKO - 28-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Projek ikan sturgeon: 24 individu telah dipanggil
Posted on Saturday, January 28 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33364



SHAH ALAM - Seramai 24 individu telah dipanggil berhubung kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abd Ghani berkata, kesemua saksi ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Ketika ditanya sama ada akan memanggil lagi saksi-saksi lain, beliau tidak menafikannya.
“Ya...kita dalam proses siasatan lagi dan kita tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa individu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.‎

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa siasatan akan turut dijalankan terhadap beberapa individu berprofil tinggi.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula Rabu lalu ke atas lima individu termasuk dua bekas pegawai kanan Felda yang ditahan di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Mereka yang ditahan terdiri daripada bekas pegawai kanan bergelar datuk, bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), pegawai bertugas di luar negara, pegawai yang terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.

Sumber TKO - 28-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pegawai JPJ maut ditetak di leher, bahu
Posted on Friday, January 27 @ 20:45:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33352



PONTIAN - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah Pontian ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di leher dan bahu serta tikaman di perut  akibat diserang beberapa individu di rumah sewanya di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom, di sini, tengah hari tadi.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Jaiman Sapar, 53 duda anak empat dipercayai diserang menggunakan senjata tajam iaitu parang.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada pukul 12.38 tengahari.

“Selepas ditetak mangsa sempat menghubungi adiknya Siti Pujinah Sapar, 53 yang tinggal hanya kira-kira tiga kilometer daripada rumah mangsa.

“Mangsa ditemui berlumuran darah dan terbaring di kawasan semak samun di hadapan rumahnya.

Mangsa dibawa segera ke Hospital Pontian bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia,”katanya.

Jelasnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan si pelaku merupakan penagih dadah.
“Serbuan dan pemeriksaan akan dilakukan di beberapa lokasi yang dikenalpasti menjadi “port penagih dadah” di daerah ini.

“Polis sedang menyiasat kesemua bukti-bukti berkaitan di lokasi kejadian. Unit forensik dan anjing pengesan turut digunakan dalam siasatan kes,”katanya.

Katanya, mangsa yang tinggal seorang diri  telah  diserang sebaik sahaja dia tiba di rumahnya selepas melawat adiknya Siti Pujinah.

“Polis percaya rumah mangsa telah dipecah masuk ketika mangsa tiada di rumah. Bagaimanapun sebaik tiba di rumah, mangsa telah ditetak oleh beberapa individu dengan parang.

“Terdapat kesan umpilan pada pintu belakang rumah dan televisyen LCD milik mangsa hilang dipercayai telah dicuri,”katanya.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat.

Sumber TKO - 27-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Belum ada maklumat kes wanita dirantai di leher, badan
Posted on Monday, January 23 @ 21:25:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33291



SERDANG - Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lokasi seorang wanita berusia 29 tahun yang dijumpai dalam keadaan dirantai di hadapan Kompleks 3K di Serdang Raya di sini semalam diminta melaporkan kepada polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya masih mengesan wanita yang telah diambil seorang lelaki selepas diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat Serdang di tempat kejadian pada kira-kira jam 9 pagi.

"Dia telah dibawa lelaki itu yang mengaku abang kepadanya dan membawa wanita itu pulang namun sehingga kini tiada laporan polis diterima malah lokasi mereka tidak dapat dikesan," katanya ketika ditemui pemberita pada Op Selamat ke-10 di sini, hari ini.

Megat Mohamad Aminuddin berkata pemeriksaan polis di alamat rumah wanita itu di kawasan berhampiran mendapati rumah itu tidak berpenghuni dan telah lama ditinggalkan.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif wanita itu dirantai dan mencari individu yang merantainya.

Semalam, seorang wanita berusia 29 tahun yang dijumpai dalam keadaan dirantai dari bahagian leher sehingga badannya diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang.

Terdahulu, Megat Mohamad Aminuddin melancarkan Op Selamat sempena Tahun Baru Cina ke-10 di Plaza Tol Seri Kembangan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) di sini.

Katanya,  operasi dari 21 Januari hingga 5 Februari itu menumpukan dua kawasan panas iaitu Jalan Serdang Jaya dan Putra Permai.

"Kami akan menempatkan anggota di dua kawasan ini sebagai langkah mencegah jenayah dan meningkatkan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan pada musim perayaan," katanya.

Beliau berkata penduduk perlu menghantarkan borang kepada polis sekiranya pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina bagi memaklumkan kepada polis untuk pemantauan ketika rondaan cegah jenayah dilakukan di kawasan perumahan.'

Setakat ini, polis tidak menerima laporan berhubung kes pecah rumah daripada mereka yang menghantar borang kepada polis sebelum pulang ke kampung pada musim perayaan.

"Bagaimanapun, terdapat tiga kematian  akibat kemalangan dilaporkan pada Op Selamat sempena Tahun Baru Cina pada tahun lepas berbanding hanya satu kes pada 2015," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 23-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semua suspek serangan Bukit Antarabangsa ditahan
Posted on Sunday, January 22 @ 13:48:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33274



PETALING JAYA: Semua suspek yang terbabit dalam kes menyerang seorang pemandu lori di Bukit Antarabangsa 14 Februari lepas berada dalam tahanan polis.

Menurut polis, 4 orang lelaki dan 1 orang perempuan, berusia 20 hingga 30an, ditahan dalam operasi di Negeri Sembilan, serta Kepong dan Kajang di Selangor, malam tadi.

Kesemua suspek direman sejak pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff dilaporkan berkata polis sedang mencari beberapa rakan suspek untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian itu, seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang.

Kejadian berlaku selepas lori yang sedang diundurkan terlanggar sebuah kereta Mercedes Benz, yang dikatakan milik seorang lelaki bergelar “Datuk”.

Rakaman video kejadian menjadi tular sejak dimuatnaik ke internet.

Minggu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis Ampang supaya memastikan penyerang tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Walaupun penyerang dan mangsa bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu sesama mereka, polis tidak akan melepaskan mereka kerana “negara ada undang-undang untuk melindungi orang yang tidak bersalah daripada menjadi mangsa”.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Hamzah Alias berkata semua suspek disiasat kerana merusuh.

Sumber TKO - 22-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kes Dera Di Taska: Empat Wanita Direman Hingga Esok
Posted on Sunday, January 22 @ 06:57:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33270



KUALA LUMPUR: Empat wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini direman sehingga Ahad.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata empat wanita yang ditahan terdiri daripada tiga pekerja dan seorang pemilik taska berkenaan.

Dua hari lepas, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi dekat sini, tersebar di laman sosial.

Tiga pekerja dan pemilik taska itu ditahan petang Sabtu.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di hospital mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata kes itu disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

"Kami akan meneruskan siasatan dan menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya. - BERNAMA

Sumber TKO - 22-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Police Obtain New Leads Into Ex-Assemblyman’s Murder

KUALA TERENGGANU — The police have obtained new leads into the contract killing of former Alor Limbat assemblyman Alias Abdullah in October 2015.

Terengganu police chief Datuk Rosli Ab Rahman said the leads were obtained recently while solving several crimes involving firearms in the state.


He said investigations were underway to track down those behind the murder of 51-year-old on October 9, 2015 at his home in Marang.

“Indeed, this investigation has taken longer than others as the murder was carried out by a group of cunning assassins.

“Nevertheless, we are doing our best to solve the case, with cooperation from the federal police headquarters in Bukit Aman,” he told reporters after attending the monthly assembly of the Terengganu police contingent here today.

Alias was shot at close range at his Kampung Alor Limbat house in Bukit Payong, upon returning from Friday prayers.

In the 2pm incident, an unidentified motorcyclist arrived outside his house before confronting him in the kitchen where the state assemblyman was shot in the left cheek.
A neighbour sent Alias to the Bukit Payong Clinic where he died. — Bernama

Sumber BO - 20-1-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Video Viral Pemandu Lori Dibelasah: Polis Buru 4 Suspek 'Tumpang' Pukul, Alukan Maklumat Orang Ramai
Posted on Friday, January 20 @ 07:42:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33242



KUALA LUMPUR, 19 Jan: Susulan viral video yang memaparkan seorang pemandu lori dipukul dengan teruk, polis kini memburu empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang pada Sabtu lalu itu, mangsa bersama rakan yang bekerja sebagai penghantar roti dan minuman jus dilaporkan terlanggar kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki oleh empat lelaki di kawasan parkir di hadapan lobi utama di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

Selepas itu, pemandu lori dan kereta itu bertengkar sebelum berlakunya pergelutan.

Bagaimanapun, tiba-tiba muncul empat lelaki yang bukan penumpang Mercedes Benz berkenaan yang turut membelasah pemandu lori terbabit.

BH Online melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, laporan berhubung kejadian telah diterima dari pengawal keselamatan kondominium terbabit.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini serta mengenalpasti suspek terbabit berdasarkan maklumat saksi.

"Sehubungan itu, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit untuk membantu siasatan," katanya kepada BH sebentar tadi.

Sebelum ini, satu video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang penduduk kondominium terbabit yang memaparkan bagaimana pemandu lori itu dibelasah dengan teruk menjadi viral.

Ketika kejadian, beberapa pengawal keselamatan warga Nepal hanya melihat kejadian berkenaan, tanpa mengambil sebarang tindakan disebabkan bimbang dipukul oleh suspek.

Sumber: BH Online


Sumber TKO - 20-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kes Pembunuhan Bekas Adun: Bekas Adun BN Terengganu dibunuh pembunuh upahan licik
Posted on Thursday, January 19 @ 17:46:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33235



KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menemui petunjuk baharu berhubung kes pembunuhan bekas Adun Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, yang mati ditembak pada 9 Oktober 2015.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, petunjuk baharu itu diperoleh susulan kejayaan pihaknya menyelesaikan beberapa kes jenayah menggunakan pistol di negeri itu, baru-baru ini.

“Apa yang boleh saya beritahu memang ada petunjuk baharu dan siasatan masih berjalan untuk memburu suspek dan siapakah dalang di sebalik pembunuh upahan itu.

“Memang siasatan ini mengambil masa agak lama berbanding kes pembunuhan lain kerana ia dilakukan kumpulan pembunuh upahan yang sangat licik.

“Namun, dengan kepakaran dan keupayaan kami serta kerjasama dengan sumber dari Bukit Aman, gerakan memburu suspek masih dijalankan dan kami sedang lakukan yang terbaik untuk selesai kes ini,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Terengganu hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, Alias mati ditembak pada jarak dekat selepas didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal, di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Ditanya sama ada kematian mangsa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan sepupunya, Mat Jusoh Ali, 56, juga dikenali Cikgu Zaki yang mati ditembak 2 bulan sebelum itu, Rosli berkata, pihaknya percaya pembunuhan itu dilakukan kumpulan pembunuh upahan sama dan didalangi orang sama.

“Kalau kita lihat arwah Alias dan arwah sepupunya, Cikgu Zaki itu terlibat dengan politik di kawasan sama (Marang), jadi kami percaya pembunuhan mereka berdua disebabkan motif sama.

“Kerana lepas pembunuhan Alias, tiada lagi kes pembunuhan baharu, cuma kami memang tolak motif politik dan siasatan lebih menjurus kepada kewangan dan perniagaan,” katanya.


Cikgu Zaki yang juga bekas pesara guru itu pula maut dipercayai terkena tembakan jarak jauh di kawasan rumahnya, di Kampung Padang Midin, dekat sini, pada 9 Ogos 2015.

Sumber TKO - 19-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis Tahan Lelaki Di Pahang Hina Kematian Adenan Satem
Posted on Friday, January 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33181


Polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 36 tahun di Kuantan petang tadi. Suspek ditahan berikutan status yang dimuatnaiknya di laman Facebook berbaur fitnah dan penghinaan terhadap Allahyarham Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) Sarawak SAC Dato’ Dev Kumar berkata, lelaki berkenaan ditahan sepasukan anggota JSJ Kuantan 5 petang tadi.

“Turut dirampas telefon bimbit milik suspek untuk tujuan siasatan lanjut dan suspek akan dibawa balik oleh JSJ Kuching ke Sarawak esok bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media sebentar tadi.

Dev menambah sehingga jam 8 malam tadi, sebanyak 37 laporan polis telahpun dibuat di 12 buah daerah terhadap beberapa individu pemilik akaun Facebook.

Bagaimanapun, siasatan dijalankan melibatkan enam laporan dibuat bagi mengenalpasti pemilik akaun FB berkenaan.

"Dua individu berjaya ditahan selepas identiti diketahui,” jelasnya.

Terdahulu dalam kenyataan beliau pagi tadi, pihaknya memberi amaran kepada pengguna internet agar menjaga tingkah laku semasa tempoh berkabung ini.


“Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak untuk menangkap sesiapa sahaja memuatnaik komen fitnah atau bersifat hasutan terhadap Allahyarham Ketua Menteri,” tegasnya.

Sumber TKO - 13-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lelaki Ditahan Kerana Catatan Fitnah Mengenai Adenan Di FB
Posted on Thursday, January 12 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33170



KUCHING: Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun yang disyaki mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang meninggal dunia pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek ditahan pada pukul 12.05 tengah malam tadi oleh JSJ Kuching di kediamannya di RPR Landeh Kuching.

"Telefon bimbit suspek dirampas bagi tujuan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Dev berkata setakat pagi ini, 13 laporan polis telah dibuat di lapan daerah polis terhadap empat pemegang akaun Facebook yang didakwa membuat catatan berbentuk fitnah dan siasatan masih berjalan.


"Kami sedang memantau laman media sosial dan tidak akan teragak-agak menahan sesiapa yang membuat catatan fitnah atau komen berbentuk hasutan terhadap Allahyarham Ketua Menteri atau sesiapapun," katanya.

Sumber TKO - 12-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis tahan 5 individu kutip derma guna nama NGO
Posted on Wednesday, January 11 @ 14:35:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33156



Lima individu termasuk seorang wanita ditahan dipercayai aktif melakukan penipuan dengan menyamar sebagai ejen kutip derma pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Ampang.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kesemua suspek berusia antara 33 dan 71 tahun ditahan di Pandan Jaya sejak Jumaat lepas hingga kelmarin.

Menurut Hamzah, kumpulan itu menggunakan nama NGO yang aktif seperti Persatuan Kebajikan Anggota-anggota Trafik Polis Diraja Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia untuk melakukan penipuan.

"Mereka ini menyamar sebagai wakil NGO dan menipu mangsa kononnya mereka adalah wakil NGO yang datang untuk meminta derma untuk aktiviti persatuan yang diwakili," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya semalam.

Beliau berkata dalam kes terbaru, seorang pengurus syarikat telekomunikasi berusia 38 tahun ditipu RM1,600 oleh kumpulan itu Disember lepas.

"Polis percaya ramai lagi mangsa yang tertipu dengan kumpulan ini dan kami mahu mangsa lain tampil untuk memberi keterangan," katanya dan menambah kesemua suspek direman hingga Jumaat ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri dan merampas lebih satu kilogram dadah bernilai lebih RM10,000 di sebuah rumah di Pandan Perdana, di sini, Sabtu lepas.

Katanya suspek berusia 20 hingga 30-an itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ampang Jaya dalam operasi selama satu jam bermula 11 malam.

"Polis merampas empat ketulan mampat tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja, lima paket lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dan 10 biji pil disyaki dadah jenis erimin," katanya.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

- Bernama

Sumber TKO - 11-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Beli External Hardisk Online, Tapi Yang Dapat Cuma…
Posted on Monday, January 09 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33140



LAGI kes pembeli tertipu barangan online, kali ini melibatkan sebuah laman jualan barangan yang agak popular.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zahari Razali terkejut apabila mendapati external hardisk yang dipesan di laman tersebut telah ditukar dengan batu konkrit.

Menurut Zahari, barangan tersebut merupakan barangan tempahan pelanggannya, sekaligus membuatkan imejnya sebagai seorang peniaga online terjejas kerana insiden yang tidak dijangkakan itu.

“Sendiri jual external, sendiri kena tipu. Terpaksa order untuk topup stock customer order last minute. Order external hardisk, tapi dapat batu. Memang cari pasal,” tulisnya pada Jumaat.
4
Beli External Hardisk Online, Tapi Yang Dapat Cuma...
Difahamkan, Zahari membeli external hardisk jenama Western Digital My Passport 1TB dari pembekal yang berpangkalan di The Mines, Seri Kembangan pada 30 Disember lalu.

Barang tersebut kemudian dihantar oleh pembekal menggunakan perkhidmatan Pos Laju kepada pelanggannya yang berada di Mentakab, Pahang.
Beli External Hardisk Online, Tapi Yang Dapat Cuma...
Namun, alangkah terkejut apabila mendapati batu konkrit yang diisi dalam kotak penghantaran tersebut, membuatkan pelanggan wanita itu menghubungi Zahari kembali.
Sementara itu, kemaskini terbaharu di Facebook Zahari mengatakan pihak pembekal barangan berkenaan telah menghubunginya ekoran insiden tersebut.

Walaupun enggan menunding jari kepada mana-mana pihak, namun kejadian tidak bertanggunjawab itu dipercayai berpunca daripada pihak perkhidmatan penghantaran kurier tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 9-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setakat ini hanya boleh sebut ‘mamam’
Posted on Saturday, January 07 @ 19:00:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33123



TAMPIN - “Sepanjang penjagaan serta pemantauan pihak hospital dan kakitangan JKM, dia hanya menyebut perkataan mamam sahaja,” luah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Mohamad Hapil ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.
Mohamad berkata, dalam kes ini, si kecil berkenaan sangat menyentuh hati kakitangan jabatannya, pihak hospital serta polis yang menjaganya secara bergilir-gilir kerana berkelakuan sangat baik dan pandai menjaga diri.

Menurutnya, buat masa ini, belum kelihatan secara ketara dia mencari atau memanggil ibunya atau sukar tidur pada malam pertama berada di dalam rawatan di Hospital Tampin.

“Adik ini terlalu baik, mungkin dia ada mencari ibunya tapi kita tak faham apa yang diperkatakan adik ini kerana dia hanya menyebut perkataan mamam dengan jelas sahaja.

“Lain-lain perkataan kita tak faham. Cumanya kita lihat adik  ini semakin ceria dan lebih banyak makan serta minum berbanding seawal dimasukkan ke Hospital Tampin semalam,” katanya.

Mohamad berkata, buat masa ini, kakitangannya sedang menguruskan perintah penjagaan sementara kepada datuknya.

Menurutnya, sebaik kanak-kanak ini dibenarkan keluar daripada Hospital Tampin, dia boleh dijaga oleh datuknya di Felda Jelai 1.

“Bagaimanapun, kita dari masa ke masa akan memantau perkembangan serta keperluan membantu menguruskan sijil kelahirannya.


  Sinar Harian hari ini melaporkan kisah kanak-kanak yang ditemui ditinggalkan ibu kandungnya sendiri di rumah papan gelap di Kampung Parit Buloh, Air Kuning Selatan, kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Sumber TKO - 7-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penganggur lacurkan isteri dengan bayaran RM50
Posted on Saturday, January 07 @ 07:01:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33108



SUNGAI PETANI: Seorang suami dari sebuah taman perumahan di sini, tergamak memaksa isterinya menjadi pelacur dan melayan lelaki warga asing dengan hanya mengenakan bayaran serendah RM50.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata perlakuan lelaki berusia 34 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas anggota Rukun Tetangga kawasan itu melakukan serbuan di sebuah rumah di Bandar Amanjaya di sini, kira-kira 9.30 malam tadi, selepas didapati dalam keadaan mencurigakan.

“Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan dibawa secara paksa oleh suaminya dari rumahnya ke sebuah rumah di Bandar Amanjaya sebelum dipaksa melayan seorang lelaki warga Bangladesh dengan bayaran RM50.

“Menurut mangsa, suaminya hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang anak kecil mereka dan mangsa dikatakan terpaksa menurut arahan suaminya selepas diugut akan dipukul.


“Mangsa kemudiannya menceritakan perkara yang berlaku kepada mereka dan suaminya ditahan oleh pejabat agama, manakala lelaki warga asing itu melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zukir berkata siasatan awal mendapati, mangsa dan suaminya berkahwin sejak 3 tahun lalu dan mempunyai 2 orang anak.

“Mangsa dipaksa melacur sejak awal Disember tahun lalu, selepas suaminya berhenti kerja,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu yang kini direman selama 4 hari sehingga 10 Jan, selepas isteri mangsa membuat laporan polis.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 372(A)(1) Kanun Keseksaan.

Sumber TKO - 7-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Budak Berumur Tiga Tahun Tinggal Sendirian Dalam Rumah Sementara Ibu Balik Kampung
Posted on Friday, January 06 @ 16:18:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33103



TAMPIN: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui ditinggalkan sendirian di rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan di sini, selepas ibunya pulang ke kampung.
Difahamkan, penduduk mendengar tangisan kanak-kanak terbabit dari dalam rumah gelap lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut, 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, bertindak atas laporan itu sepasukan anggota ke lokasi dan menemui kanak-kanak terbabit dikurung dalam rumah.
Menurutnya, anggota polis memberikan makanan dan minuman kepada kanak-kanak itu sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.

"Siasatan lanjut dilakukan kemudian menahan ibu mangsa. Wanita berusia 29 tahun itu mengaku meninggalkan anaknya kerana pulang ke kampung bersama dua anak lelakinya, 6 petang semalam.

"Wanita terbabit mendakwa suaminya tidak mengetahui budak itu adalah anaknya kerana diberitahu dia anak orang lain yang dijaga wanita terbabit.

"Keluarga dan jiran pula tidak mengetahui kewujudan anaknya itu kerana dilahirkan luar nikah dengan lelaki lain sebelum dia berkahwin dengan suaminya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

- Harian Metro

Sumber TKO - 6-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


8 pemanjat ‘Ipoh’ beri keterangan pada polis
Posted on Tuesday, January 03 @ 00:54:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33069



IPOH: Lapan remaja yang memanjat huruf besar membentuk perkataan “Ipoh” di Jalan Kuala Kangsar, di sini tampil memberi keterangan di Balai Polis Kampung Tawas hari ini.

Ketua Polis Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata mereka yang terbabit iaitu 5 lelaki dan 3 wanita berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun hadir memberi keterangan pada 10 pagi tadi.
“Proses soal siasat individu terbabit masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sum berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain.


Katanya, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara maksimum 3 bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, semua mereka dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Semalam, polis meminta semua individu terbabit tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes tersebut.

Rakaman perbuatan mereka itu menjadi viral sejak 4 hari lalu yang menunjukkan ada antara mereka berbaring dalam buaian yang dipasang pada kerangka yang menampung huruf besar pada ketinggian melebihi 20 meter.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada 12.45 tengah malam Ahad lepas.

Sumber TKO -3-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis Mulakan Siasatan Kes Panjat 'Ipoh'
Posted on Monday, January 02 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33055



POH – Polis meminta kumpulan yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat papan tanda gergasi ‘IPOH’ tampil untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) awal pagi, tadi.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun keseksaan iaitu kesalahan bagi perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

"Kita akan mulakan siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau individu itu sendiri diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya yang mengulas mengenai tindakan seorang wanita berusia 23 tahun bersama rakan-rakan dan adiknya yang bergambar serta mengambil video setelah berjaya memanjat papan tanda tersebut.

Semalam, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menjelaskan pihaknya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda tersebut kerana ia berbahaya dan berisiko tinggi.

Struktur papan tanda itu turut melibatkan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.
- Sinar Harian

Sumber TKO - 2-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umrah Scam: Terengganu Education Director Will Be Called

KUALA TERENGGANU – The Terengganu Education Department top management will be roped in to assist a probe into a supposed umrah package scam, which allegedly raked in a whopping RM14.2 million.

Police said state Education Department director Safruddin Ali Hussin and several department chiefs will be called to lend their assistance to the probe.

Terengganu police chief Datuk Rosli Ab Rahman said the umrah scam had affected 4,800 potential pilgrims who were left stranded as a result.

“We have arrested two men, both aged 28, on Monday. They are a company chief executive officer and an accountant. “We found and seized evidence which suggested proof of misconduct,” he told a press conference at the Kuala Terengganu police headquarters.


State Education Department director Safruddin Ali Hussin and several department chiefs will be called to lend their assistance to the probe.
Rosli said evidence seized at the premise in Jertih included 18 passports, two computers, two laptops, two handphones and related documents.

He said the company involved in the alleged scam, which started its operation in June this year, was identified as Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT).

“The company had ofered teachers and their relatives in the state cheap umrah packages, priced at around RM3,000 per pilgrim,” he said, adding that police would apply to extend the remand order for both suspects under Section 420 of the Penal Code for cheating.

The two suspects have been remanded since Monday to assist the investigation.

It was reported that YBNT had admitted that it had failed to manage the pilgrimage of more than 2,000 teachers and their relatives.

However, YBNT denied that it had cheated 2,418 participants of the programme. It was later learnt that the postponement of their flights to Mecca was mainly due to the fact that YBNT had received the budget later than planned. – nst

Sumber BO - 30-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis Kesan Penipuan Pakej Umrah RM14.2 Juta
Posted on Friday, December 30 @ 00:07:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33025




KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah yayasan di negeri ini melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata jumlah itu melibatkan kira-kira 4,800 mangsa yang terdiri dalam kalangan guru dan berikutan itu pihaknya telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap pengarah dan akauntan yayasan terbabit, selama empat hari, bermula Selasa.


Kes terhadap mereka disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Hasil serbuan di premis yang terletak di Besut itu juga kita turut merampas beberapa barang kes termasuk 18 pasport, komputer riba, dua unit telefon bimbit dan beberapa dokumen.

"Hasil pemeriksaan di dalam satu akaun milik anak syarikat itu pihak polis mengesan terdapat kemasukan wang sebanyak RM14.2 juta ke dalam akaun tersebut," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya semakan juga mendapati terdapat pengeluaran wang menerusi cek dan tunai namun masih belum dapat dikesan ke mana ia dibelanjakan.

Katanya yayasan berkenaan menggunakan modus operandi dengan mengeluarkan surat tawaran untuk menarik perhatian guru-guru di negeri ini menyertai pakej umrah yang ditawarkan mereka menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Katanya pakej berkenaan bernilai RM6,990 seorang namun mereka hanya perlu membayar kira-kira RM3,000 sahaja manakala baki selebihnya dikatakan akan dibiayai oleh syarikat yang membuat tajaan.

Rosli berkata sehingga kini pihaknya telah menerima sebanyak 47 laporan, daripada mangsa manakala satu laporan oleh syarikat agensi pelancongan.

Katanya hasil pemeriksaan juga pihaknya mendapati yayasan berkenaan tidak didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Beliau tidak menolak kemungkinan wang berkenaan digunakan untuk melakukan pelaburan dan satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes berkenaan.

"Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan kita juga masih mengesan aliran wang yang dikeluarkan dan dibelanjakan...kita juga dapati yayasan ini mempunyai 10 anak syarikat dan hanya tujuh yang berdaftar SSM," katanya.

Katanya yayasan berkenaan dikesan telah menawarkan pakej umrah ini dari Jun hingga Oktober lalu dan sering menunda tarikh untuk peserta mengerjakan umrah.


Rosli berkata pengarah yayasan berkenaan juga turut membuat tiga laporan polis berhubung ugutan dan ancaman yang diterima untuk mencederakannya. - BERNAMA

Sumber TKO - 30-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Musa Hassan buat laporan polis terhadap Raja Petra
Posted on Thursday, December 22 @ 21:44:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32952



PETALING JAYA: Tan Sri Musa Hassan membuat laporan polis hari ini terhadap blogger dalam pelarian, Raja Petra Kamaruddin meskipun tempoh 14 hari yang diberikan untuknya meminta maaf, belum tamat.

Ia susulan penerbitan satu lagi artikel “fitnah” bertajuk “Musa Hassan, the evidence is stacked against you” tulisan Raja Petra yang disiarkan di blognya, Malaysia Today semalam.

Dalam artikel itu, Raja Petra mencabar Musa yang juga bekas ketua polis negara untuk membuktikan beliau tidak bersalah, malah menulis tidak akan teragak-agak untuk meminta maaf jika Musa ada bukti mencukupi.

Musa sebelum ini dalam kenyataannya berkata jika Raja Petra gagal memohon maaf dan menarik balik artikel berunsur fitnah yang disiarkan di blognya dalam tempoh 14 hari, beliau akan membuat laporan polis dan disusuli dengan tuntutan saman.

“Dia (Raja Petra) tidak mahu meminta maaf sebab itu dia menulis lagi. Ini membuktikan dia memfitnah saya dan cuba mencemar kredibiliti saya.

“Tak guna untuk saya menunggu 14 hari itu lagi,” katanya.


Musa membuat laporan polis terhadap 4 artikel berbahasa Inggeris berjudul “Gani Patail and Musa Hassan going to be crucified tomorrow”, “How Mukhriz is going to be the PM”, “Former IGP Musa Hassan should be investigated for links with the underworld” dan “Musa Hassan, the evidence is stacked against you”.

Semua artikel itu disiarkan pada 12, 15 dan 21 Disember.

“Saya mahu polis menyiasat kes ini di bawah undang-undang fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Saya juga akan mendapatkan khidmat nasihat peguam sama ada perlu mengambil tindakan sivil selepas ini atau tidak,” katanya.

Perkelahian itu bermula dengan satu artikel bertajuk “How Mukhriz is going to become PM” di mana Raja Petra mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menerusi Musa dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail “mengenakan” Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kes Liwat 2.

Raja Petra juga menyifatkan Musa dan Gani sebagai “anjing suruhan” Dr Mahathir.

Anwar pada masa ini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.

Sumber TKO - 22-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zunar kena tahan lagi
Posted on Saturday, December 17 @ 21:49:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32878



Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar, sekali lagi ditahan oleh pihak polis.

Kali ini, beliau ditahan oleh lima pegawai polis berpakaian biasa semasa majlis amal "Minum Teh Bersama Zunar" yang diadakan di Dewan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) hari ini.

Isterinya, Fazlina Rosley mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa suaminya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
"Pegawai-pegawai polis berada di sini sejak pukul 2.15 petang dan sejam kemudian datang ke tingkat atas dan beritahu Zunar bahawa dia perlu hentikan acara ini dan ditahan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak pasti di bawah akta apa suaminya ditahan.

Sekurang-kurangnya 1,000 buku kartun Zunar dan T-shirt yang mengandungi perkataan 'dedak' juga dirampas.

Selain Zunar, aktivis Lawrence Jayaraj, anggota DAP James Wong dan dua tetamu lain juga ditangkap.

Wong ditahan kerana "menghalang polis menjalankan tugas mereka".

Dalam salah satu video yang diperolehi Malaysiakini, salah seorang pegawai polis dilihat bertanya mengenai siapa penganjur acara itu dan meminta kad pengenalan mereka yang bertanggungjawab.

Beliau kemudian berpaling kepada seorang lelaki dan memberitahunya untuk membiarkan polis melakukan kerja mereka.

Lelaki itu menjawab bahawa mereka tidak mengganggu polis dan bertanya mengapa dia tidak dibenarkan untuk berada di situ.

Berikutan itu pegawai polis itu menjawab: "Tolong lah, jangan. Saya beritahu kamu, saya akan tangkap kamu".

Beliau turut meminta seorang anggota polis yang lain untuk menangkap lelaki itu jika dia melawan.

"Jika dia buka mulutnya lagi, tangkap dia kerana halang penjawat awam," katanya yang kemudiannya mengarahkan pegawai polis yang lain menahan lelaki itu.

"Tangkap sesiapa sahaja yang halang dan bawa mereka terus ke lokap," katanya.

Berdasarkan gambar-gambar dan video lain, peguam Ambiga Sreenevasan, aktivis Wong Tack, kolumnis KJ John dan Anggota Parlimen PKR G Manivannan turut hadir pada majlis itu.
Dalam video yang lain, Wong dilihat memberitahu pegawai polis bahawa ini adalah satu "penyalahgunaan kuasa".

Zunar, bulan lepas, ditahan kerana menghasut ketika mengadakan pameran kartun yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau ditangkap di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkaitan penghinaan yang disengajakan dengan niat mencetus pecah keamanan.

Zunar ditangkap polis selepas pameran di Komtar yang diganggu sekumpulan anggota Umno Pulau Pinang diketuai oleh Ketua Pemudanya, Rafizal Abdul Rahim.

Beliau dibebaskan daripada tahanan sehari kemudian.

Sumber TKO - 17-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

14 jam simpan mayat bayi teman wanita
Posted on Friday, December 16 @ 15:18:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32867





KUALA ROMPIN – Seorang lelaki sanggup menyimpan mayat bayi yang dilahirkan oleh teman wanitanya selama 14 jam sambil membawanya menaiki motosikal untuk ke tempat kerja di sebuah kedai runcit, di sini, semalam.

Suspek yang panik dan tidak tahu untuk membuat apa-apa akhirnya mengadu hal itu kepada seorang bekas gurunya ketika bersekolah dan dia dibawa ke Balai Polis Rompin pada jam 10 malam untuk membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah, berkata, suspek, 20, mendakwa telah menemui mayat bayi itu ketika sedang mencari tempat memancing di Empangan Sepayang sekitar jam 8 pagi, semalam.

Bagaimanapun dakwaan itu nyata tidak benar selepas sepasukan polis melakukan siasatan lanjut ke atas pengadu dan mendapati bahawa bayi tersebut diambil dari rumah teman wanitanya yag berumur 18, di Pontian Jaya.

“Pengadu yang juga merupakan suspek berasa panik selepas menemui bayi itu pada pada jam 8 pagi semalam dan terus membawanya ke tempat kerja dan lain-lain tempat sehinggalah dia ke Balai Polis Rompin sekitar 9.45 malam tadi untuk membuat laporan polis.

“Hasil siasatan ke atasnya telah membongkar kisah bayi itu dilahirkan, usaha untuk mengesan teman wanitanya telah diaturkan selepas mendapat maklumat dan berjaya ditangkap di hadapan sebuah kedai di Bandar Baru Rompin sekitar jam 11.10 malam tadi,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Aidil berkata, hasil siasatan polis, wanita itu akhirnya mengaku pada Rabu lalu dia telah menggugurkan anaknya itu dengan cara memakan ubat gugur yang dibeli secara online berharga RM500.

Menurut beliau lagi, pada jam 2 pagi tadi sepasukan polis dengan dipandu arah oleh suspek (pengadu) telah pergi ke Jalan Seri Sepakat 1, Kuala Rompin dan merampas sehelai kain batik yang dijumpai dalam karung plastik dalam tong sampah.

“Pada jam 2.30 pagi, polis turut menangkap seorang lelaki yang bersangkut kes ini di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pantai 7, Tanjung Gemok yang turut gagal mengemukakan dokumen diri semasa pemeriksaan dijalankan," katanya.

Mayat bayi dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

sumber TKO - 16-12-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Curi Barang, Gadis Didenda RM1,000 & Penjara Sehari
Posted on Friday, December 09 @ 12:53:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32769



BATU PAHAT - Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 kepada seorang wanita atas pertuduhan mencuri produk kecantikan dan menyembunyikannya di dalam baju dalamnya, 30 November lalu.

Tertuduh, Normala Rahman, 24, yang juga merupakan pekerja salun kecantikan mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut sebaik pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.














Dua lagi tertuduh juvana turut mengaku bersalah, namun Majistret menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak mereka dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi juvana didakwa mencuri bersama-sama di Butik Blackcube Rich, Parit Raja, jam 7-8 malam.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, rakaman video litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan empat wanita berusia 20-an berkomplot untuk mencuri di sebuah butik pakaian menjadi viral di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 9-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Polis dedah rahsia mendiang Datuk Ong Teik Kwong
Posted on Sunday, December 04 @ 13:27:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32705


GEORGE TOWN: “Datuk” yang mati ditembak di Pulau Pinang pada Khamis lepas merupakan ketua kumpulan penjenayah yang terbabit dalam pembunuhan, pemerasan dan pengedaran dadah, kata polis.

Datuk Ong Teik Kwong, 32, merupakan ketua Geng 24 dan di bawah pengawasan polis, kata Ketua Polis George Town Asst Comm Mior Faridalathrash Wahid dalam laporan eksklusif The Star hari ini.

Menurut beliau, polis mempunyai maklumat anggota kumpulan itu terbabit dalam wang perlindungan dan terbabit dalam pinjaman wang haram.

“Kumpulan itu salah satu daripada 14 kongsi gelap dalam pantauan polis. Kami mempunyai senarai ahli dan tahu pergerakan mereka,” kata beliau.


The Star melaporkan Geng 24 menjadi lebih terkenal selepas bergabung dengan kumpulan Sio Sam Ong, yang dikaitkan kepada pembunuhan 6 orang di Taman Bersatu, Sungai Petani, di makan malan pra-perkahwinan pada September 1992.

Sio Sam Ong dikaitkan kepada 10 pembunuhan di negeri itu, sejak penghujung 80-an dan awal 90-an.

Lima rangka dipercayai ahli kumpulan ditemui dengan tangan terikat di belakang badan, ditemui dalam kubur tak bertanda di Mount Erskine pada 1992. Mereka dikatakan dibunuh kerana mengkhianati kumpulan itu.

Teik Kwong antara beberapa orang yang dikaitkan kepada pembunuhan seorang penjual vcd oleh beberapa orang bersenjatakan parang pada 2011.

Pada Julai tahun lalu, polis merampas dadah bernilai RM1.5 juta dan wang tunai sebanyak RM1 juta dengan tertangkapnya 5 orang, termasuk 3 anggota Sio Sam Ong, dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang.

Pada Khamis malam, Teik Kwong dan 2 lagi terbunuh manakala 5 lagi cedera apabila pengawal peribadinya menembak mereka di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

The Star melaporkan Teik Kwong juga dikenali sebagai “Datuk M” untuk “Datuk Muda”, selepas dia menjadi salah seorang penerima anugerah yang termuda. Turut dilaporkan kawan-kawannya dan beberapa syarikat mengiklankan ucapan tahniah di 50 halamah penuh sebuah akhbar berbahasa Cina, bernilai RM150,000.

Sumber TKO - 4-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Lelaki Disebat 47 Kali Kerana Hina Mendiang 'Datuk' (bersama Video)
Posted on Sunday, December 04 @ 07:27:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32699

video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=nahqBE9AhM0

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dengan badannya bertatu dilihat disebat berulang kali menerusi satu video yang menjadi viral di media sosial.

Mangsa bagaimanapun diselamatkan pihak polis, manakala individu yang memukulnya ditahan.
Dipercayai lokasi kejadian berlaku di rumah pengurusan mayat pada Jumaat malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zainol Samah berkata, siasatan awal mendedahkan mangsa disebat kerana menghina mendiang bergelar 'Datuk' di Facebook.

"Mangsa dibawa oleh pengikut 'Datuk' ke rumah pengurusan mayat sebelum disebat. Susulan maklumat orang awam, polis tiba di tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa dan membawanya ke balai polis untuk membuat laporan.

"Polis kemudiannya menahan lelaki yang memukulnya," kata Zainol ketika dihubungi pada Sabtu.

Menerusi klip video berdurasi 1.40 minit itu, lelaki itu dilihat disebat sebanyak 47 kali menggunakan hos paip.

Mangsa turut ditendang sekali di bahagian dada.

Di dalam video berkenaan, lelaki tersebut dipukul berulang kali selepas menjawab "ya" ketika ditanya dalam bahasa Hokkien sama ada dia mengenali 'Datuk'.

Dia diarahkan untuk tidak berdiri semasa disebat. Bagaimanapun kedengaran mangsa merayu agar tidak disebat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis sedang menyiasat kes berkenaan.

Sumber TKO - 4-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengawal Peribadi Datuk Ditahan Susulan Kejadian Tembakan di Penang
Posted on Friday, December 02 @ 10:58:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32677



George Town: Suspek dalam kejadian tembakan di Chong Eu Expressway yang meragut nyawa seorang Datuk dan dua yang lain telah ditahan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah, suspek merupakan pengawal peribadi Datuk tersebut dan menaiki kereta bersama mangsa ketika kejadian.

"Seorang lagi penumpang di dalam kereta itu cuba melarikan diri, tetapi suspek terus melepaskan tembakan kearahnya", kata beliau sebagaimana lapor The Star.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Bin Wahid, mengesahkan Datuk yang menjadi mangsa dikenali sebagai Ong Teik Kwong, 32.

Zainol berkata polis masih lagi menyiasat motif kejadian.

Empat individu turut cedera dalam kejadian.

Sumber: The Star

...............

Georgetown: Pengawal peribadi  yang menembak mati tiga mangsa termasuk majikannya yang bergelar Datuk di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam, baru sehari bekerja dengan mangsa.

Menurut sumber, pengawal peribadi berusia 37 tahun yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur itu berada di tempat duduk belakang manakala seorang lagi iaitu pemandu Datuk itu duduk di penumpang hadapan.

Katanya, Datuk terbabit memandu kereta kerana pemandunya itu mabuk.

"Siasatan awal mendapati suspek baru sehari bekerja dengan majikannya itu yang juga seorang ahli perniagaan dan ketika itu pemandu Datuk terbabit tidak dibenarkan memandu kerana dia dalam keadaan mabuk.

 "Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham antara pengawal peribadi dan juga pemandu sehingga membuatkan suspek mengamuk dan melepaskan tembakan," katanya.

Menururnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown jam 9 pagi ini untuk direman.

Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Datuk Ong Teik Kwang, 32, Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32.

Mangsa yang cedera pula Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, dan Lim Boon Leng, 32. - Metro

Sumber TKO - 2-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengawal peribadi tembak 'Datuk', 2 lain di lebuhraya Pulau Pinang
Posted on Friday, December 02 @ 02:02:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32671



Seramai tiga individu, termasuk seorang 'Datuk' terbunuh dalam satu kejadian tembakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town, Pulau Pinang petang tadi.
Kejadian itu disahkan oleh OCPD George Town Mior Faridalathrash Wahid, memetik laporan The Star Online.

Polis kemudian memberi nama 'Datuk' yang berusia 32 tahun itu sebagai Ong Teik Kwong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Zainol Samah berkata, penembak tersebut merupakan pengawal peribadi Ong sendiri, menurut laporan berasingan oleh portal berita.

Pengawal peribadi yang sedang dalam perjalanan di dalam kereta yang sama dengan 'Datuk' itu telah menembak bosnya dan selepas itu menembak seorang lagi penumpang di dalam kenderaan yang sama.

Beliau kemudiannya cuba melarikan diri dengan berjalan kaki.

Pengawal peribadi itu turut mencederakan empat individu lain termasuk jurukamera RTM.

Jurukamera RTM itu bersama-sama dengan rakan sekerja sedang dalam perjalanan ke Pesta Pulau Pinang.

Muhamad Amirul Amin Amir, 27 telah terkena peluru sesat di bahu kiri selepas beliau berhenti untuk melihat kekecohan yang berlaku.

Seorang lagi wanita di dalam kereta yang berasingan turut cedera parah.

Sumber TKO - 2-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tembak: 3 maut, 2 cedera termasuk jurukamera RTM
Posted on Thursday, December 01 @ 22:05:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32668



GEORGETOWN - Jurukamera sambilan RTM, Mohamad Amirul Amin Amir, 27 cedera dipercayai ditembak di susur masuk Jambatan Pulau Pinang, sebentar tadi.
Dalam kejadian terbabit, dua lelaki termasuk Mohamad Amirul dan seorang wanita cedera manakala tiga lagi meninggal dunia.

Suspek melepaskan tembakan dan terkena bahu kiri mangsa kira-kira jam 7.30 malam.

Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya yang juga wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.

Kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu tidak dikenali.

Mangsa dilaporkan stabil dan kini dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian terbabit.

Sumber TKO - 1-122-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagi Lelaki Berbaju Kuning (Bukan Bersih) Belasah Pak Guard (bersama video)
Posted on Tuesday, November 29 @ 17:24:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32639



GARA-GARA tidak dibenarkan masuk ke kawasan perumahan sendiri, seorang lelaki berbaju kuning berang dan membelasah pengawal keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Bandar Botanic, Klang, Selangor.

Kejadian yang berlaku Sabtu lalu menjadi viral di laman sosial apabila netizen mengkritik tindakan biadap lelaki berbaju kuning yang dianggap kurang ajar menyerang seorang pengawal keselamatan hanya kerana tidak berpuas hati.

Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook hari ini memaparkan, kenderaan jenis Perodua Alza berwarna merah yang dinaiki lelaki tersebut bersama tiga rakanya dihalang daripada memasuki kawasan perumahan.

Akibat berang, lelaki tersebut keluar dan memarahi pengawal keselamatan sebelum menolak mangsa yang cuba melarikan diri ke arah belakang kereta.


Walaupun cuba ditenangkan oleh pengawal keselamatan yang lain dan dua rakannya, lelaki tersebut masih terus memarahi dan memukul mangsa.

Keadaan semakin ‘hangat’ apabila lelaki tersebut mengambil senjata yang dipercayai parang dari keretanya sebelum menyerang mangsa di pondok pengawal.

Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan lain kelihatan cuba menenangkan lelaki tersebut sebelum masuk ke dalam kereta.

Suspek melarikan diri bersama tiga lagi rakannya selepas mencederakan mangsa yang dipercayai warga asing.


Menerusi ruangkan komen, seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook, Martin menjelaskan, lelaki tersebut adalah penghuni di kawasan perumahan tersebut dan sering diminta memaparkan kad pengenalan sebelum melepasi halangan di pondok pengawal. – MYNEWSHUB.CC

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=8sX6PXeFl9A


Sumber TKO - 29-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pekerja Asing Dipukul Majikan Kerana Bermain Ketika Kerja (bersama video)
Posted on Monday, November 28 @ 18:20:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32629



KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi.

Video berdurasi 51 saat itu telah ditonton 63,000 kali dan 3,395 shares di laman Facebook.
Berdasarkan video, lelaki warga asing itu merayu-rayu agar lelaki berbaju biru dipercayai majikannya tidak memukulnya. Namun, rayuannya tidak diendahkan lalu dipukul bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan sementara seorang lagi lelaki yang memakai baju Bersih 5 hanya melihat mangsa dipukul.

“Habis kerja, boleh main? CCTV tak ada, you cakap?” kata lelaki itu sebelum menyambung memukul mangsa dengan kayu dengan kuat sehingga meninggalkan kesan pada dinding bilik.

Di media sosial, netizen mengutuk tindakan kejam dua lelaki berkenaan yang dianggap tidak berperikemanusian dan memperlakukan mangsa seperti hamba abdi.

“Dia salah apa sekali pun, tiada keperluan untuk dipukul dengan teruk seperti itu. Ini zaman moden, tiada lagi istilah hamba abdi. Semua orang kerja makan gaji. Mohon polis ambil siasat dan ambil tindakan terhadap dua lelaki berkenaan,” kata netizen. – The Reporter

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=FnQlvmAQR0s


Sumber TKO - 28-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Zunar ditangkap kerana menghasut
Posted on Sunday, November 27 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32609



Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque ditangkap kerana menghasut selepas mengadakan pameran kartun yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zunar turut ditahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan.

Terdahulu beliau diminta memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Timur Laut di Jalan Pattani.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, polis kini akan merampas karya-karya Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar.

"Polis kini akan pergi ke Komtar bersama-sama dengan Zunar untuk merampas semua karya-karya beliau. Lokasi adalah di Asia Comic Muzium Komtar aras 3," kata Sim.
ADUN Seri Delima RSN Rayer mewakili Zunar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Meor Farid Alatrash mengesahkan penangkapan itu.

"Dia akan ditahan 24 jam untuk membantu siasatan .. jika siasatan tidak lengkap, kita akan mendapatkan perintah reman esok pagi," katanya.

Ini adalah penangkapan kali ke- 10 terhadap Zunar di bawah Akta Hasutan. Beliau kini menghadapi sembilan pertuduhan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 43 tahun.

Zunar juga menghadapi sekatan perjalanan sementara menunggu perbicaraannya.

Semalam, pameran Zunar di Komtar diganggu oleh sekumpulan 30 anggota Umno yang diketuai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim.

Mereka menendang dan merosakkan dua karya kartunis itu.

Zunar mendakwa empat tumbukan dilepaskan terhadapnya dan mereka menarik kolar beliau tetapi berjaya mengelakkan diri.

Rafizal memberi amaran anggota-anggota Pemuda Umno akan menggunakan kekerasan pada Zunar sekiranya beliau meneruskan pameran itu yang sepatutnya diadakan sehingga 2 Disember.

Rafizal mendakwa karya seni Zunar adalah satu penghinaan kepada Najib, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno.

Pelbagai pihak kecam

Pameran Zunar adalah sebahagian daripada Festival Sastera George Town.

Dalam satu kenyataan petang ini,  pihak festival berkenaan mengutuk penangkapan Zunar.
"Festival mengutuk perbuatan menindas ini yang bertentangan dengan semangat kebebasan bersuara dan ekspresi," kata pengarah festival Bernice Chauly.

Pihak penganjur festival menggesa pihak berkuasa segera membebaskan Zunar dan tidak mengganggu acara melibatkan 60 penulis daripada 20 buah negara.

Michael Vatikiotis, seorang penulis di festival itu, juga menyelar penangkapan Zunar.
"Tahap penindasan sedang mencapai tahap berbahaya di Malaysia.

"Hakikat bahawa penangkapan Zunar berlaku di Fetival Sastera George Town, dengan berpuluh-puluh penulis dan seniman antarabangsa, hanya menunjukkan kerajaan tidak kisah kebebasan bersuara," kata Vatikiotis.

Sementara itu, Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh mempertahankan Zunar.
"Zunar adalah seorang artis dan hati nurani masyarakat. Beliau melukis bagi pihak kami dan komited untuk kebebasan bercakap dan bersuara untuk rakyat Malaysia.

"Hanya dengan kebebasan bersuara kita boleh menjadi sebuah negara yang benar-benar demokratik," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairul Khir Johari berkata penangkapan itu telah mencemari festival berkenaan.

"Semalam, sekumpulan samseng mengganggu pameran Zunar di Komtar, dan hari ini pihak berkuasa menangkap Zunar di bawah Akta Hasutan, bukannya penyerang beliau" katanya.

Sumber TKO - 27-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pasangan kasari dan gangguan seksual penguat kuasa MBSA didakwa hari ini
Posted on Friday, November 25 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32578&mode=thread&order=0&thold=0



Dua individu yang dirakamkan dalam sebuah video viral mengasari seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menjalankan tugasnya menerima bidasan daripada warga maya.

Pasangan itu dilaporkan sudah ditahan dan dituduh di Mahkamah Shah Alam, pagi ini.

Pada sidang akhbar hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasangan itu akan disiasat kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas dan gangguan seksual.

Khalid dalam tweet mengesahkan pasangan itu telah ditangkap semalam dan akan didakwa hari ini di bawah seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

@PDRMsia sahkan, pasangan ini telah di tkap semlm dan akan dituduh pg ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam 353 KK

Dalam video 2 minit itu yang dipercayai berlaku kira-kira jam 10.24 pagi semalam itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Seorang wanita dipercayai pemilik kereta itu kemudian menyerbu mangsa dan dengan nada kasar mendakwa kononnya dia sudah membeli kupon.

Mangsa memaklumkan dia tidak boleh membatalkan saman yang sudah dikeluarkan menyebabkan suspek tidak berpuashati dan memanggil seorang rakan lelakinya.

Lelaki itu kemudian dirakamkan menengking mangsa, selain mengugut mahu mencederakannya.

Suspek wanita pula terus menarik belakang baju mangsa yang cuba beredar dan suspek lelaki pula menggunakan tubuhnya menghimpit mangsa, selain cuba mengambil gambar mangsa menggunakan telefon bimbitnya.



Sumber TKO - 25-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lelaki Parah Ditetak Di Butterworth (bersama video)
Posted on Friday, November 18 @ 20:59:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32439




BUTTERWORTH – Seorang lelaki parah selepas ditetak sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kedai permainan simulator di Jalan Kampung Paya, di sini, hari ini.


Lelaki berusia 40 tahun itu dilapor ditetak dengan parang oleh empat lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi ketika dia bersama rakannya keluar daripada kedai permainan simulator itu pada pukul 4.30 pagi.
Menurut sumber, lelaki yang cedera parah di tangan dan kaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya dan keadaannya dilapor stabil.

Polis telah mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di hadapan kedai simulator itu bagi membantu siasatan, katanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP, Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qNZQvtLPpWQ



Sumber TKO - 18-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Sultan Melaka’ didakwa menipu, menyamar
Posted on Friday, November 18 @ 08:51:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32427



MELAKA, 17 Safar 1438H, Khamis – Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan menipu dengan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’, tiga tahun lalu.

Noor Jan Shah, 58, dari Taman Seri Gombak, Selangor, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.


Tertuduh didakwa menipu Zaamat Md Idris, Mokhtar Md Yusof, Ahmad Zainudin Abdul Hamid dan Hazizi Ikhwan Zaamat untuk mempercayai bahawa dirinya ialah ‘Sultan Melaka', dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai ‘Sultan Melaka' sedangkan itu bukan identiti sebenarnya.

Dia didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di A'Farmosa Resort Melaka dekat sini pada 10 malam, 28 Disember 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Lee Chee Thim memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Surjan Singh Sidhu yang mewakili Noor Jan merayu mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama penuh dan sentiasa hadir memberikan keterangan kepada pihak polis sepanjang siasatan kes itu.

Dalam hujahan balasnya, Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirhu Samsudin berkata, jaminan RM10,000 itu adalah bersesuaian kerana kes itu berstatus profil tinggi yang menarik perhatian bukan sahaja di Melaka malah seluruh negara.


Ahmad Sazali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 21 Dis ini sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes. - Bernama

Sumber TKO - 18-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis Sita Harta Bernilai RM2.7 Juta Milik Pengedar Dadah Di Sarawak
Posted on Friday, November 11 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32335



KUCHING: Polis menyita sebanyak RM2.7 juta harta yang dibeli menggunakan hasil jualan dadah daripada para pengedar yang ditangkap di negeri ini pada tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (KJSJN) negeri, Asisten Komisioner (ACP) Lucas Aket berkata, antara harta yang disita ialah rumah, kenderaan dan bangunan kedai.

Katanya, dalam tempoh sama, sebanyak 5,582 tangkapan berkaitan dadah telah direkodkan membabitkan pelbagai kesalahan.

"Usaha berterusan dan aktif polis membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah telah membuahkan hasil apabila aktiviti haram itu berjaya dikurangkan di negeri ini.

"Sepanjang tahun lalu misalnya, kita merekodkan 5, 582 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan dadah termasuk pengedaran di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya dan positif mengambil bahan terlarang itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Serah Terima Tugas KJSJN Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor di sini, hari ini.


Lucas yang dinaikkan pangkat ACP dan ditukarkan sebagai KJSJN Johor bermula minggu depan menyerahkan jawatan kepada pemangkunya, Deputi Superintenden Sekan Anoi.

Sumber TKO - 11-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rebut JANDA MUDA, identiti lelaki dikerat 10 dikenal pasti
Posted on Friday, November 11 @ 11:30:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32327



TANGKAK 9 Nov. – Gara-gara berebut seorang janda muda, seorang pemandu jengkaut dibunuh dalam keadaan mayatnya dikerat lebih sepuluh bahagian di Jalan Kesang Laut di sini, Ahad lalu.

Mangsa, Omar Miskam (gambar), 49, dipercayai ditetak di bahagian kepala terlebih dahulu di lokasi mayatnya ditemukan oleh seorang penghuni rumah yang juga ahli keluarga suspek utama.

Lebih mengejutkan, suspek utama berusia 19 tahun yang juga pelajar sebuah Pusat GiatMara di sini turut dibantu janda terbabit yang berusia 23 tahun serta seorang lagi lelaki berumur 56 tahun.

Ketua Polis Daerah, Supe­rin­­­tenden Mohad Idris Samsuri berkata, ketiga-tiganya direman sehingga 13 November depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek utama yang juga orang kurang upaya (OKU) itu turut memiliki satu rekod jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut pada 2013.

"Mayat mangsa dikerat lebih 10 bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen serta beberapa bahagian lain dan bedah siasat mengesahkan mangsa mati terlebih dahulu akibat ditetak dengan parang.

"Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 12 tengah malam 31 Oktober hingga awal pagi ke­esokan hari sebelum mayat tersebut ditemukan Ahad lalu pada pukul 3.15 petang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Mohad Idris, mangsa yang berasal dari Kampung Su­ngai Alam, Panchor dekat Muar sudah beristeri namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Kata beliau lagi, janda terbabit yang juga pelajar sebuah Kolej Komuniti dipercayai turut membantu suspek utama pada hari ke­jadian sebelum seorang lagi le­laki membantu untuk membuang mayat.

"Lelaki tersebut yang juga bapa saudara suspek utama dipanggil ke lokasi untuk meminjamkan van bagi membuang mayat terbabit tetapi dipercayai tidak jadi dan mayat itu hanya disorokkan di pembetung di rumah itu.

"Pada malam kejadian, ahli keluarga suspek utama turut berada di rumah namun tidak mendengar dan mengetahuinya kerana hujan lebat ketika itu," katanya.

Tambahnya, polis turut merampas sebilah parang, sebatang cangkul, sembilan buah telefon bimbit, dua buah kereta dan sebuah van dan motosikal.

Sumber TKO - 11-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lelaki Yang Dibunuh & dikerat dikenalpasti sebagai Omar Miskam, 49
Posted on Wednesday, November 09 @ 20:46:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32305

Tangkak: Mangsa pembunuhan kejam yang anggota badannya dikerat di sebuah rumah di Jalan Kesang Laut, di sini, Ahad lalu dikenali sebagai Omar Miskam berusia 49 tahun.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, mangsa berasal dari Panchor,Muar.

Menurutnya,mangsa yang sudah beristeri, bekerja sebagai seorang pemandu jengkaut di sekitar daerah ini dan mangsa dipercayai ditetak terlebih dahulu di kepala menggunakan parang sebelum mayatnya dikerat.

"Bedah siasat juga mendapati mangsa dikerat lebih sepuluh bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen dan beberapa anggota badan lain," katanya.

Mohad Idris berkata,berikutan itu juga dua lagi suspek termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 56 tahun ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Ahad lalu, mayat mangsa ditemui oleh salah seorang penghuni rumah terbabit yang menemui pergelangan kaki manusia berdekatan saluran pembetung di tempat meletak kereta kediaman terbabit.

Kepala mangsa pula ditemui beberapa meter dari lokasi penemuan bahagian anggota lain.
Kelmarin seorang suspek yang juga orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah ketidakupayaan pembelajaran ditahan tidak lama kemudian dan remaja berusia 19 tahun itu kini direman sehingga 13 November depan bagi membantu siasatan.

Sumber TKO -9-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mayat Remaja Lelaki Dikerat 10 Bahagian
Posted on Monday, November 07 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32272



TANGKAK - Mayat seorang remaja lelaki ditemui dikerat 10 bahagian sebelum dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki. 



"Pemilik rumah yang sedang membersihkan rumahnya terhidu bau busuk sebelum menemui pergelangan kaki mangsa. Hasil siasatan awal menemui lima bungkusan plastik disumbat dalam saluran longkang di tepi rumah pengadu.


"Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badannya, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu," katanya. 

Polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah tersebut. 

Polis sedang berusaha memastikan motif kejadian termasuk kemungkinan cemburu berebutkan wanita. Mangsa juga dikatakan bukan penduduk kampung berkenaan.

Susulan laporan kejadian itu, polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Kesemua anggota badan mangsa itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak. 

Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga tampil bagi membantu siasatan. - The Reporter

Sumber TKO - 7-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemandu Jentera Cerucuk Besi Ditahan
Posted on Sunday, November 06 @ 20:52:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32266



SHAH ALAM: Seorang pemandu jentera cerucuk besi ditahan 7 malam, Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kejadian sepasang suami isteri yang maut ditimpa jentera itu pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, turut ditahan penyelia tapak pembinaan dan penyelia bahagian keselamatan dan kesihatan projek berkenaan.

Ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan reman sehari selepas hadir ke balai polis bagi memberi keterangan berhubung kemalangan terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, dekat sini petang semalam.

"Pemandu jentera berkenaan mengalami patah kaki akibat kemalangan itu dan hanya datang ke balai semalam selepas dibenarkan keluar dari hospital.

"Ketiga-tiga mereka akan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.

Mohd Yusoff berkata kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kematian akibat cuai.

Dalam kejadian pada kira-kira 12.30 tengah hari itu mangsa, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya Nurhayati Rosli, 46, maut apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap jentera pencerucuk besi yang tumbang ketika melalui jalan di Bandar Bukit Raja, Klang.


Susulan itu, anak sulung mangsa, Mohd Zahidin Abd Rahim dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju jika terdapat unsur cuai dalam kemalangan berkenaan.-- Bernama

Sumber TKO - 6-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Penyamun’ Minyak Masak Paket Bersubsidi Dicekup
Posted on Friday, November 04 @ 21:01:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32237



HANYA memikirkan keuntungan, ada segelintir peniaga tamak sanggup memindahkan minyak masak paket bersubsidi ke dalam botol sebelum dijual pula kepada pengguna.

Taktik jahat tersebut berjaya dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Melaka selepas mereka menyerbu sebuah premis perniagaan di Merlimau.

Mynewshub difahamkan, ketika serbuan secara mengejut itu dibuat, beberapa pekerja premis tersebut sedang leka memindahkan paket minyak tersebut ke dalam botol sebelum dijual di pasaran setempat.

















Bagaimanapun, tiada laporan rasmi berhubung kejadian itu, tetapi beberapa keping gambar menunjukkan beberapa penguat kuasa KPDNKK menyerbu premis tersebut sudah pun tersebar di media sosial.

Netizen turut mengecam tindakan peniaga yang sanggup membeli minyak masak satu kilogram dalam paket yang disubsidi oleh kerajaan secara borong sebelum dijual semula dalam bentuk botol kepada pengguna.

Bermula 1 November lalu, harga minyak masak botol naik kepada RM3.70 hingga RM3.90 sekilogram berdasarkan harga pasaran selepas langkah rasionalisasi subsidi bahan itu yang diumumkan pihak industri.

Namun, harga minyak masak satu paket satu kilogram tetap kekal RM2.50 bagi menjamin kebajikan golongan berpendapatan rendah yang lazim tidak banyak menggunakan bahan tersebut untuk memasak.


Ada netizen menganggap peniaga tersebut seperti ‘penyamun’ yang ambil peluang dengan situasi kenaikan harga minyak masak kini hanya kerana mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 4-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Adik Beradik ‘Pendekar Cangkul’ Didenda RM5,000
Posted on Wednesday, October 26 @ 15:35:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32139



DUA beradik ‘pendekar cangkul' didenda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majestret Kulai selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan kakitangan SAJ Holding Sdn. Bhd. (SAJ) minggu lalu.

Youzairy Ya’acob, 36, dan adiknya Mohd Youzaimeer, 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majestret Ahmad Farid Ahmad Kamal.

“Sepatutnya kamu adik-beradik berbincang dengan lebih matang dalam isu bayaran bil (air), bukan isu besar pun yang perlu kamu menggunakan keganasan.

“Mahkamah ingin ingatkan, bahawa keganasan bukan caranya,” kata Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal yang juga berharap kedua tertuduh insaf selepas tujuh hari ditahan reman di dalam lokap.


Memetik laporan Harian Metro, Youzairy didakwa mengikut Seksyen 351 Kanun Keseksaan, dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan menyerang Muhammad Khairuzzaman Yaakub, 30, menggunakan sebatang cangkul.

Dia yang juga merupakan bapa kepada dua anak turut didenda RM2,000 atau empat bulan penjara bagi pertuduhan kedua iaitu sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Aysraf Abd Ghani, 20.

Selain itu, Youzairy dan Mohd Youzaimeer turut didenda RM2,000 atua empat bulan penjara setiap seorang selepas mereka mengaku bersalah bagi tuduhan bersama-sama menyebabkan kecederaan pada Muhammad Khairuzzaman.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang turut dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.











Mohd Youzaimeer juga turut didenda RM3,000 atau empat bulan penjara bagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Asyraf dengan menggunakan topi keledar mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili oleh peguam Haniza Yazed, membuat rayuan bagi meringankan hukuman kerana Youzairy kini tidak bekerja selepas insiden berkenaan.

“Dia mempunyai dua anak dan isterinya berkerja sebagai pembantu kedai makan. 

Sebelum ini dia mempunyai pendapatan RM1,600 sebulan tetapi kini sudah tidak bekerja kerana diberhentikan oleh majikan. Manakala Youzaimeer pula belum berkahwin dan bekerja,” katanya.

Menurut Haniza, tertuduh berasal dari keluarga yang tidak berkemampuan dengan kedua ibu bapanya masing-masing sudah berusia 63 dan 71 tahun.

“Mengenai kejadian itu, tertuduh insaf dengan perbuatan mereka, namun apa yang menyebabkan kedua-duanya hilang sabar apabila tindakan memotong bekalan air itu membabitkan rumah kedua ibu bapa mereka yang tidak mampu membayar bil air,” katanya.

Youzairy dan Youzaimeer melakukan kesalahan itu pada 11.45 pagi, 18 Oktober lalu di M-231-1, Kampung Melayu yang menyebabkan kecederaan pada dua wakil kakitangan SAJ yang kemudiannya viral di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4nQcj6ilYJ0
Sumber TKO - 26-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Polis Serbu Pejabat Sisters in Islam
Posted on Monday, October 24 @ 20:36:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32113



PETALING JAYA: Pejabat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SiS) diserbu pihak polis pada Isnin, demikian menurut aktivis Datin Paduka Marina Mahathir.

"Bergegas ke pejabat @SistersInIslam. Atas sebab-sebab tertentu polis berada di sana cuba untuk memecahkan pintu depan," katanya menerusi Twitter pada Isnin petang.

Beliau berkata polis juga bertindak meninggikan suara kepada kakitangan SiS yang berada di lokasi.

"Kami enggan membuka pintu sehingga peguam tiba. Polis mengatakan kami menghalang keadilan," kata Marina dalam tweet berasingan.

Sementara itu seorang ahli SiS memberitahu The Star Online melalui WhatsApp bahawa polis sebenarnya tidak menyiasat organisasi itu sebaliknya seorang kakitangan NGO berkenaan. 


Sumber TKO - 24-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suspek bunuh bakal abang ipar ditahan
Posted on Thursday, October 20 @ 06:41:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32081



KUALA TERENGGANU - Suspek utama kes pembunuhan bakal abang ipar di pekarangan tempat letak kereta, Kompleks Seri Iman, di sini, Ahad lalu berjaya ditangkap polis di Jalan Jeram, Kampung Petai Bubus, Manir, di sini , tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, suspek berusia 29 tahun yang diburu sejak empat hari lalu itu, ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika sedang berjalan di kawasan terbabit.

“Suspek yang ketika itu dilihat dalam keadaan keletihan dan kelaparan, hanya mampu menyerah diri semasa ditahan, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati negatif dan dia akan dibawa untuk mendapat perintah tahanan reman di mahkamah untuk siasatan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, hari ini.

Menurutnya lagi, selain kereta jenis Honda Ferio yang disorokkan di kandang lembu di Kampung Dusun Tembakau, Manir, di sini, polis turut merampas pisau yang digunakan suspek dalam kejadian terbabit.

“Pisau tersebut diserahkan ke Balai Polis Kuala Terengganu oleh seorang lelaki berusia 27 tahun, dipercayai rakan suspek pada Selasa lalu, kira-kira jam 1.40 petang iaitu selepas dua hari kejadian terbabit.

















“Lelaki yang tinggal di Kampung Dusun Tembakau, Manir, di sini, memberitahu yang suspek telah berjumpa dengannya pada jam 12.30 tengah hari (hari kejadian) dan memberitahu dia telah tikam orang sebelum meminta lelaki itu simpan pisau tersebut,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, lelaki berkenaan memberitahu yang dia cuma mengetahui suspek membunuh menggunakan senjata itu selepas terbaca dalam akhbar mengenai kejadian pembunuhan tersebut.

“Sejurus mengetahui kejadian sebenar, lelaki itu merasa takut, lalu mengambil keputusan untuk datang ke balai dan serahkan pisau sepanjang 35 sentimeter yang disimpan kepada pihak polis.
Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa, Mohd Shukri Husin, 34, yang bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan maut dipercayai ditikam sebanyak enam kali oleh suspek menggunakan pisau di dada dan di leher.

Mangsa dari Kelantan dikatakan berkunjung ke Pejabat Agama Kuala Terengganu bersama beberapa ahli keluarganya bagi membuat semakan mengenai status bujang bakal adik iparnya yang diragui itu.

Sumber TKO - 20-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Rakan Subahat Kes Bunuh Bakal Abang Ipar Diberkas
Posted on Monday, October 17 @ 20:50:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32069



KUALA TERENGGANU: Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki bersubahat dalam kes bunuh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, lelaki yang bekerja sebagai tukang rumah itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang semalam di Jalan Tanjung Bunut, Kampung Buluh Gading, di sini.

Wan Abd Aziz berkata, hasil penahanan itu polis turut merampas kereta jenis Honda Civic yang digunakan lelaki itu dan suspek kes bunuh untuk melarikan diri.

"Kereta tersebut disorokkan di tepi kawasan padang rumput di sebelah kandang lembu di Kampung Dusun Tembakau," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Abd Aziz berkata, kereta tersebut ditemui selepas lelaki berkenaan memaklumkan kereta itu telah diserah kepada bapa saudaranya untuk disorok di kampung tersebut.

"Susulan maklumat itu, pada hari sama kira-kira pukul 4.45 petang sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Terengganu bersama anggota Balai Polis Manir menyerbu lokasi berkenaan dan menahan bapa saudara lelaki tersebut yang berumur 55 tahun," katanya.

Katanya, lelaki itu dan bapa saudaranya kini ditahan reman selama seminggu bagi siasatan lanjut berhubung kes bunuh tersebut.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi semalam, mangsa, Mohd Shukri Husin, 34, mati setelah ditikam enam kali di tempat letak kereta Maidam.

Suspek kemudian melarikan diri dengan kereta jenis Honda Civic yang dipandu seorang rakannya.

Polis mengadakan Ops Tutup bagi memburu suspek yang masih gagal dikesan.

--BERNAMA

Sumber TKO - 17-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mangsa tidak sempat timang anak sulung
Posted on Monday, October 17 @ 06:22:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32062






TUMPAT - Hasrat seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Shukri Hussin, 34, untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak kesampaian apabila beliau maut ditikam bakal adik iparnya di Kuala Terengganu hari ini.

Isterinya Noriah Lah, 34, kini sarat mengandung dan dijangka bersalin bulan depan.


Ketika ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Kok Keli 2 di sini, Noriah berkata arwah suaminya adalah seorang yang baik hati dan amat sukakan kanak-kanak kerana belum mempunyai anak sendiri biarpun sudah empat tahun berkahwin.

Beliau berkata, beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya selepas seorang rakan menunjukkan gambar seorang lelaki dalam keadaan berdarah selepas dikatakan terbabit dalam pergaduhan.

"Saya yang melihat gambar tersebut melalui WhatsApp mendapati mangsa berdarah dan dipercayai sudah meninggal dunia itu rupa-rupanya adalah suami saya sendiri," katanya.
Suaminya dilapor ditikam sebanyak enam kali di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) pagi tadi.


"Walaupun sedih atas apa yang berlaku, namun saya reda kerana menganggap ia adalah ketentuan Ilahi," kata Noriah.

Polis sedang memburu suspek kes itu yang berusia 29 tahun dan berasal dari Manir.

Kejadian bermula apabila mangsa dikatakan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.

Setelah status sebenar suspek diketahui, berlaku pergaduhan antara suspek dengan Mohd Shukri hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.

"Setahu saya, bakal suami adik ipar saya itu dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi adik ipar saya tidak mengetahui perkara ini," katanya.

Jenazah Mohd Shukri dijangka tiba di kampungnya malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Keli. - Bernama

Sumber TKO - 17-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bakal abang ipar maut ditikam enam kali (bersama gambar)
Posted on Sunday, October 16 @ 17:52:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32057



KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berusia 34 tahun maut ditikam bakal adik iparnya ketika selesai melakukan pengesahan status perkahwinan di tempat parkir Kompleks Sri Iman, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Mangsa yang berasal dari Kelantan itu maut di tempat kejadian akibat ditikam sebanyak enam kali termasuk di dada kiri dan leher.

Bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri dengan menaiki kereta jenis Honda Civic berwarna merah, walaupun usaha menutup pintu pagar kompleks itu telah dilakukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, ekoran itu, pihak polis telah membuat hebahan dan melakukan Ops Tutup serta merta.

............
Kronologi kes bunuh di hadapan Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu

- Sepasang kekasih dan abg si perempuan pergi ke pejabat agama. Ini kerana abg kandung wanita tersebut mengesyaki yg lelaki itu sudah berkahwin.(kasihnya seorang abang kepada seorang adik perempuan ingin memberikan jodoh terbaik untuk si adik).

- si wanita tidak mempercayai kata2 abangnya yang lelaki tersebut sudah berlahwin (adik lebih percayakan org lain berbanding abg sendiri kerana ..)

-pejabat agama sah kan lelaki tersebut sudah mempunyai 2 bini..berlaku lah perang mulut dalam bilik kaunseling.

-sampai tempat parking, si kekasih adik telah menikam abg kandung wanita itu sehingga mati dan melarikan diri kerana tidak berpuas hati. Inikah yg yg dinginkan wanita itu?lelaki seperti ini ingin dijadikan suami

Kepada wanita diluar sana, dengar dan percaya dahulu la pendapat ahli keluarga kita dahulu berbanding org luar kalau hadapi kes mcm ni.. kerana syaitan banyak berupa manusia sekarang ini..

........











Sumber TKO - 16-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Datuk Seri Vida didakwa gagal bayar GST
Posted on Thursday, October 13 @ 18:48:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32004



IPOH - Pengasas produk Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dihadapkan ke mahkamah sesyen, di sini hari ini atas 32 pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan membayar cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam tempoh bercukai melibatkan jumlah kira-kira RM4.2 juta.

Hasmiza, 45, atau lebih dikenali Dr Vida mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Murtazadi Amran bagi semua pertuduhan dibacakan masing-masing 16 di bawah Seksyen 41(7) dan Seksyen 41(6) Akta GST 2014 yang dilakukan dalam tempoh April 2015 hingga Julai 2016.

Mahkamah membenarkan wang jaminan RM60,000 bagi setiap pertuduhan dibawah Seksyen 41(7) dan RM50,000 dibawah Seksyen 41(6) masing-masing dengan seorang penjamin dengan jumlah keseluruhan RM1.76 juta.

Mahkamah turut menetapkan pasport dan sebarang dokumen perjalanan milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.

Kes disebut semula pada 15 November depan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan sementara tertuduh diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abas dan Khairil Azwar Khalil.


  Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber TKO - 13-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Budak 12 Tahun Mangsa Seks Kenalan Wechat - Polis
Posted on Tuesday, October 11 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31982



ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dipercayai diberikan dadah dan menjadi mangsa seks lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat sejak Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, perkara itu terbongkar selepas kanak-kanak itu menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di sini selepas ibunya membuat laporan polis pada Ahad.

Katanya, hasil siasatan mendapati kanak-kanak tersebut mengenali lelaki berusia 24 tahun itu daripada aplikasi WeChat dan dipercayai telah beberapa kali melakukan hubungan seks.

"Kanak-kanak itu mendakwa telah diberi dadah dan polis percaya kanak-kanak itu juga telah melakukan hubungan seks dengan lelaki lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini, Isnin.


Katanya, polis telah mengenal pasti identiti lelaki itu yang mempunyai rekod jenayah dadah dan sedang giat memburunya.

Beliau menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka termasuk dalam penggunaan media sosial bagi mengelak kejadian seperti itu berlaku kepada keluarga mereka. - Bernama

Sumber TKO - 11-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tampar kepala warga emas: Lelaki didenda RM4,000
Posted on Monday, October 10 @ 19:45:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31974



Seorang lelaki pengendali pusat jagaan warga emas didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Melaka hari ini atas dua pertuduhan masing-masing menyebabkan kecederaaan terhadap seorang warga emas dan tidak mendaftarkan pusat jagaan kendaliannya.

Majistret Analia Kamaruddin menjatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara 12 bulan atas pertuduhan menyebabkan kecederaan; dan RM2,000 atau penjara tiga bulan kerana tidak mendaftarkan pusat jagaan, ke atas M Sehgar setelah tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Sehgar, 56, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Wong Yoke Chan, 75, dengan menggunakan tangan di Pusat Jagaan All Mighty Old Folks Home, di Jalan Klebang Besar pada pukul 3 petang, 18 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh di tempat yang sama pada tahun 2013 didakwa tidak mendaftarkan pusat jagaan dengan cara sah dan didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pusat Jagaan 1993 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Ketika menjatuhi hukuman pertuduhan mencederakan warga emas itu, Analia berkata, Sehgar sepatutnya berperanan menjaga warga emas itu dengan sebaik-baiknya.

"Kamu sedar kamu pukul itu warga emas yang tiada tenaga untuk melawan... apa yang kamu buat tidak berperikemanusiaan," katanya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa ASP Nora Yaacob manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
- Bernama

Sumber TKO - 10-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pegawai Kastam maut kereta dirempuh tonto
Posted on Monday, October 10 @ 19:43:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31973



KOTA BHARU - Seorang pegawai Kastam wanita maut selepas kenderaan rasmi dinaiki dilanggar pacuan empat roda dipercayai tonto.
Anisah Ali,54, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, pada jam 11 malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kemalangan berlaku di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, pada jam 1.25 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, ketika itu, mangsa bersama dua lagi anggota lelaki menaiki kereta dan mengejar kenderaan pacuan empat roda dipercayai penyeludup.

"Kereta mangsa bagaimanapun dirempuh dari belakang oleh satu lagi kenderaan pacuan empat roda lain dipercayai tonto.

"Tonto berkenaan terus menghimpit kereta mangsa hingga terbabas dan terlanggar pokok," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, tadi.


  Ab Rahman berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Sumber TKO - 10-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pelakon Drama Aidil Aziz & 2 Rakan Didakwa Edar Ganja
Posted on Friday, October 07 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31946



KUALA LUMPUR – Pelakon drama Aidil Aziz dan dua rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar 465.61 gram ganja dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Aidil, 29, atau nama penuhnya Mohd Aidil Abdul Aziz, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan warga Filipina, R. Guevara Lortez, 33, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Ketiga-tiga mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis ganja seberat 465.61 gram di No 1 Jalan Ampang Ulu, di sini, pada 12.40 tengah hari, 24 Sept lepas.

Aidil, Omar Sayeed yang bekerja sendiri dan Guevara seorang jurutera teknologi maklumat didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed manakala Aidil diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin, Omar Sayeed diwakili peguam G. Jaya Prem manakala Guevara tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Turut hadir di mahkamah anggota keluarga tertuduh dan juga pelakon drama ‘Kaza’. – BERNAMA

Sumber TKO - 7-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Suspek RM114.5 Juta Tidak Tunjuk Kemewahan dan Hidup Serdahana
Posted on Friday, October 07 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31942



KOTA KINABALU: Secara luarannya, mereka merupakan penjawat awam yang menjalani kehidupan sederhana dan tidak dikenali.
Namun, kehidupan mereka sebenarnya dilimpahi kemewahan dalam bentuk wang ringgit, barang kemas, jam tangan dan kereta mewah.

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Tahir Ag Talip dan Timbalannya, Teoh Chee Kong cukup dikenali di kalangan kejiranan mereka tetapi tiada siapa menyedari sisi kehidupan mewah mereka.
Ag Tahir, 54, gemar mengumpul kereta mewah.

"Dia mengumpul untuk dirinya sendiri dan tidak suka bersosial walaupun ramai mengenalinya," kata sumber yang mengenali beliau.

Sumber berkata dia pernah melihat pengarah itu menggunakan kereta mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lalu.

"Saya pernah melihatnya memandu Range Rover. Saya percaya semua kereta yang gambarnya dirakam media kepunyaan beliau. Saya pernah melihatnya memandu kereta tersebut," kata sumber itu lagi.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada kenderaan itu didaftarkan di bawah nama Ag Tahir.
Difahamkan kenderaan itu dirampas dari rumah salah seorang ahli keluarganya.

Sembilan kenderaan mewah yang dirampas termasuk sebuah Range Rover V8 (bernilai RM1.1 juta), Mercedes Benz C300 (RM308,000), Audi A1 (RM180,000) dan Lexus ES (RM260,000).
Individu lain yang mengenali Ag Tahir berkata dia berasal dari Bongowan di Papar, Sabah.

Dia dikenali sebagai seorang yang tidak gemar menunjuk-nunjuk walaupun pernah bercuti di luar negara.

Ag Tahir merupakan bapa kepada tiga orang anak - dua perempuan dan seorang lelaki.

Sementara itu, Teoh pula disifatkan sebagai pegawai kerajaan yang suka merendah diri dan hanya memandu kereta model lama Toyota Vios.

Dia yang berasal dari Beaufort, Sabah tinggal di sebuah banglo dekat Luyang di sini.

Bagaimanapun dia sering berkunjung ke Australia dan merancang untuk berhijrah ke negara jiran itu.

Seorang jurutera terlatih, Teoh berasal dari keluarga berada yang terlibat dalam perniagaan hotel, pembinaan dan pembangunan.

Rakan-rakannya menyifatkan Teoh seorang individu yang pemurah dan tidak pernah menunjuk-nunjuk kekayaannya.


"Dia tidak pernah memakai jam tangan," kata rakannya.

Sumber TKO - 7-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Parti PAN Diarahkan Mahkamah Serah Balik Bangunan PASTI Sri Gading Yang Dicuri
Posted on Wednesday, October 05 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31908



Hari ini perbicaraan kes curi bangunan PASTI di Sri Gading. PAS dan PASTI menang dan PAN diarahkan oleh Mahkamah untuk memulangkan semua barang curi yang dituntut oleh plainatif.



Di bawah ni pula PASTI ALGHAZALI masih menuntut hak miliknya di curi


Sumber TKO - 55-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SPRM jumpa wang tunai RM50j di rumah pegawai GLC
Posted on Wednesday, October 05 @ 18:37:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31906



SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai yang dianggarkan hampir RM50 juta di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya semalam.

Sumber berkata, selain itu, SPRM juga menemui wang tunai dalam jumlah yang besar dalam salah sebuah kenderaan milik suspek.

"Siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang merupakan ketua kepada suspek kedua ini mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan.

"Dia tidak menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan wang tunai di rumah. Terdapat juga sejumlah besar barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama," katanya kepada Sinar Harian.


Siasatan dilakukan berikutan SPRM menahan dua pegawai berkenaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan tersebut kepada sanak saudara mereka.

Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pada jam 9.15 pagi semalam.


Semalam, SPRM turut merampas wang tunai bernilai lebih kurang RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan itu.

Kedua-dua pegawai kanan yang berjawatan pengarah dan timbalan pengarah di jabatan kerajaan yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.


Hasil penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini, siasatan awal mempercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta.

Sementara itu, seorang lagi suspek ditemukan wang tunai berjumlah hampir RM3 juta, dan simpanan dalam akaun bernilai puluhan juta ringgit.


Difahamkan, SPRM juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap mereka berdua hari ini di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Susulan tangkapan ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Azam Baki akan mengadakan sidang media khas di Kota Kinabalu petang ini.

Sumber TKO - 5-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



9 warga Australia ditahan kerana hina Jalur Gemilang
Posted on Monday, October 03 @ 17:02:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31881



Polis menahan sembilan lelaki warga Australia kerana memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kesemua lelaki yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang dan direman selama empat hari bermula hari ini.

“Mereka merupakan pelancong yang masuk ke Malaysia untuk menonton perlumbaan F1.

“Siasatan awal mendapati mereka membeli seluar dalam itu di Australia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Aziz berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan.

Beliau berkata mereka juga disiasat mengikut Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Gambar sekumpulan lelaki memakai seluar dalam Jalur Gemilang viral di laman sosial sejak semalam dan menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Pengguna Internet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana perbuatan itu menghina negara.
- Bernama

Sumber TKO - 3-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rakyat M’sia Gesa Harian Metro, PDRM Mohon Maaf Salah Siar Gambar ‘Mizan Gemuk’
Posted on Saturday, October 01 @ 16:27:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31861



Seorang lelaki bukan sahaja terpaksa menanggung malu dan cemuhan orang ramai, malah lebih menyedihkan apabila dia mendakwa pihak keluarga tunangnya telah memutuskan tali pertunangan gara-gara gambarnya disalah guna sebuah akhbar tempatan sebagai ‘seorang penjenayah dikehendaki’.
Namun, apa yang lebih mengecewakan apabila pihak akhbar tersebut serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak langsung mengeluarkan sebarang permohonan maaf dan hanya memaklumkan berlaku kesilapan teknikal menyebabkan kekeliruan gambar lelaki yang diedar kepada media pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus seperti dilapor akhbar tersebut semalam memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan wajah sebenar suspek atau Mizan Gemuk yang menjadi buruan polis sejak Khamis lalu.
Abdul Aziz berkata, pihaknya berharap kekeliruan berhubung gambar berkenaan ‘selesai’ dengan tersiarnya gambar sebenar suspek yang diburu.
“Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan spekulasi mengenainya ditamatkan dengan siaran semula gambar sebenar suspek,” katanya, dipetik akhbar berkenaan.
Ia mungkin mudah untuk segelintir pihak menganggap insiden tersalah mengedarkan gambar suspek sebagai ‘sudah selesai’, namun ia kedengaran seperti tidak adil bagi mangsa, Ku Aminnuddin Ku Abdul Rahman yang dilabel sebagai ‘suspek utama cuba merempuh anggota polis’ dalam laporan Harian Metro, 25 September lalu.
Susulan itu, rata-rata netizen menggesa pihak polis dan syarikat akhbar berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa dan keluarganya kerana menyifatkan ia adalah satu kesalahan besar dan memalukan.
“Tu je... Kira dah selesai kes kekeliruan Ni? Tak de tulis pun perkataan maaf dalam ni. Sebab dia bukan artis atau YB tak perlu minta maaf secara terbuka? Kata polis Malaysia antara polis terbaik dunia.. Ko rasa?,” tulis pengguna Facebook Bj Liee.
“Tak reti minta maaf kalau aku saman malu biar depa beringat sikit buat kerja elok jangan halai balai je,” tambah Mat Chor.
Yusrizal Yonos pula berkata: “Selesai? Senangnya kan. Maruah dah tergadai, periuk nasi mangsa dah tamat, Na'uzubillah. Harap ada NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan peguam dapat bantu mangsa agar hak beliau dapat ditegakkan. Newspaper salahkan PDRM, PDRM pula nak salahkan siapa pula lepas ni, wartawan yang ambil gambar?
“Manusia mudah lupa tapi once maruah dah tercalar hingga mangsa kemurungan dan sampai mati kalau dia tak maafkan, merangkak di padang mahsyar pada semua yg terlibat...”
“Aikkk... senangya selesai. Kesan dari kesilapan pihak yang tak bertanggungjawab macam mana? Mungkin ada pihak akan terus pandang serong pada mangsa fitnah polis/Metro nie. Kesian bro tue...,” tulis Mohd Firdaus Shuhaimi.






Dalam satu laporan polis yang dibuat, Ku Aminnuddin mengakui hampir dibuang kerja, mengalami trauma teruk akibat insiden tersebut serta mempertimbangkan sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Jadi, sebagai sebuah syarikat akhbar ternama di negara ini dan badan uniform yang berprinsipkan kepada keadilan, Harian Metro dan pihak PDRM perlu melakukan sesuatu, bukan hanya dengan menganggap kesalahan tersebut ‘sudah selesai’.

- mD

Sumber TKO - 1-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibu Rayu Henti Sebar Video Bogel Anak
Posted on Wednesday, September 28 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31834



KOTA BHARU – Keluarga wanita yang dipukul dalam keadaan berbogel mohon penyebaran video dihentikan segera.

Ibunya yang berusia 49 tahun merayu semua pihak berbuat demikian kerana sudah tidak sanggup lagi melihat keaiban anaknya di jaja dan terus menjadi tatapan umum.

“Cukup-cukuplah. Saya dah tak sanggup (nak tanggung) lagi dah. Tak sanggup tengok gambar anak saya dalam keadaan (bogel) sedemikian.

“Ini maruah anak saya, maruah keluarga kami. Tolonglah kesian pada anak saya dan kami sekeluarga. Dia tidak bersalah, tolonglah padam,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, hari ini.

Beliau berkata, dia juga sudah tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan kawan-kawan mengajukan soalan dan menunjukkan rakaman berkenaan kepadanya.

“Dia anak saya, dia anak yang tidak ada masalah. Cukuplah tu sebab sekarang dia dalam keadaan ketakutan, kurang bercakap dan tidak dapat makan kerana trauma dengan kejadian itu,” katanya.
Wanita berkenaan turut menggesa pihak polis supaya tindakan tegas diambil kepada pelaku yang berbuat demikian terhadap anaknya.

“Sejak kejadian itu, kami sekeluarga masih tidak dapat bertenang dan ada sahaja ugutan seolah-olah pihak yang menyerang itu masih tidak berpuas hati dengan perkara yang sudah dilakukan kepada anak saya.

“Jadi, saya mohon pihak polis supaya tangkap mereka semua dan tidak ganggu anak saya lagi,” katanya.

- Sinar Harian

Sumber TKO - 28-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tanam ganja: Pelakon drama, anak 'Datuk' ditahan polis
Posted on Monday, September 26 @ 18:51:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31818



KUALA LUMPUR - Seorang pelakon drama dan seorang anak 'Datuk' adalah antara tiga lelaki yang ditahan di sebuah banglo di Jalan Ampang Ulu di sini kerana disyaki terlibat dalam penanaman pokok ganja, mengguna dan menjual dadah itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, turut ditahan seorang lelaki warga Filipina yang bekerja di sebuah syarikat pengurusan teknologi maklumat di sini.

Katanya, ketiga-tiga suspek berusia antara 29 dan 36 tahun, termasuk anak kepada pemilik banglo berkenaan yang turut memiliki sekolah persendirian antarabangsa, ditahan dalam serbuan pukul 12.40 tengah hari Sabtu lalu

"Pemeriksaan ke atas rumah itu turut menjumpai tiga pasu disyaki pokok ganja berketinggian 19 hingga 100 sentimeter, dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dianggarkan berat lebih 400 gram dan satu tiub straw mengandungi benih disyaki benih ganja," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, turut dirampas adalah bahan dan peralatan menanam pokok ganja, empat pistol angin pelbagai jenis, dua senapang angin pelbagai jenis, tujuh pedang samurai dan 19 pisau pelbagai jenis, sehelai vest polis dan satu lampu beacon.

"Kesemua barang rampasan dianggarkan bernilai RM25,000," katanya.

Mengulas lanjut, Amar Singh berkata, benih itu dipercayai diseludup dari United Kingdom dan aktiviti menanam ganja berkenaan dikatakan aktif sejak empat bulan lepas.

Katanya dadah berkenaan dipercayai digunakan untuk kegunaan sendiri selain dijual.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek juga didapati positif dadah, dan kesemua mereka ditahan reman selama enam hari bermula semalam hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 36(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - Bernama

Sumber TKO - 26-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas 11 tahun akhirnya pembunuh Canny Ong digantung (bersama video)
Posted on Sunday, September 25 @ 00:33:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31802



Masihkah anda ingat dengan kematian tragis penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian? Penulis secara peribadi tidak mungkin dapat melupakan kejadian itu kerana bertugas sebagai wartawan jenayah ketika ia berlaku.

Bagi yang terlupa atau tak tahu, Canny diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.

Untuk pengetahuan anda, suspek yang juga seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol Canny.

Secara ringkasnya, plot tragis pembunuhan itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau.

Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.


Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.

Mayatnya dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC.
....

Pembunuh penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong dihukum gantung awal pagi semalam – 11 tahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Februari 2005 mendapati dia bersalah merogol dan membunuh wanita itu pada 2003.

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris, 40, dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menculik, merogol dan membunuh mangsa.

Jurucakap Jabatan Penjara Kajang berkata, hukuman ke atas Ahmad Najib dilaksanakan kira-kira jam 6 pagi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang.
Beliau berkata, Ahmad Najib dibenarkan berjumpa keluarganya buat kali terakhir Khamis lalu.
Sementara itu, bekas peguam Ahmad Najib, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyifatkannya sebagai seorang yang baik ketika berada di penjara.

Beliau berkata, pegawai penjara memaklumkan kepadanya bahawa Ahmad Najib adalah seorang yang baik, sering memimpin solat di penjara dan mengajar banduan lain mengenai agama.
“Bagi saya, sekurang-kurangnya masa dia berada di penjara, dia adalah orang yang lebih baik berbanding berada di luar,” katanya.

Dia didapati bersalah merogol dan membunuh Canny Ong, 29, di KM11 Jalan Klang Lama antara jam 1 pagi dan 5 pagi pada 14 Jun 2003.

Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=1ozPR9J1IQ0

Sumber TKO - 25-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis kenal pasti suspek kes culik Nur Darleen Dazeera
Posted on Friday, September 23 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31784



PUTRAJAYA: Polis mengenal pasti seorang daripada 2 suspek yang dipercayai melarikan pelajar tingkatan tiga Nur Darleen Dazeera Azhar di Bandar Tun Hussein Onn, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata suspek berusia 25 tahun itu merupakan seorang penganggur dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya, suspek dipercayai menetap berhampiran rumah mangsa namun, beliau enggan memperincikan sama ada mereka saling mengenali.

“Suspek ini akan kita tahan secepat mungkin dan dari situ, kita yakin seorang lagi rakan subahatnya akan turut dikesan dan ditahan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Karnival 1AmanWeek di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Nur Darleen, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, dilarikan 2 lelaki bermotosikal ketika menunggu van sekolah di depan rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn.

Bagaimanapun, beliau ditemui selamat oleh orang awam berdekatan sebuah pasar raya kira-kira 7 jam kemudian selepas dipercayai ditinggalkan 2 lelaki berkenaan di kawasan itu setelah berita mengenai kejadian tersebut tersebar di laman sosial.

Othman berkata selain memburu 2 suspek itu, pihaknya juga akan mengambil keterangan beberapa saksi lain bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 iaitu kesalahan melakukan penculikan, sambil memberitahu pihaknya turut menyiasat semua aspek termasuk kemungkinan wujudnya elemen rekaan penculikan dalam kes berkenaan.

Sumber TKO - 23-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hina Kematian Haron Din: Mahkamah Tolak Permohonan Reman Dua Individu
Posted on Tuesday, September 20 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31742



JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret di sini menolak permohonan reman oleh polis terhadap dua lelaki kerana didakwa menghina Islam berhubung kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din di media sosial.

Majistret Noor Aisyah Ahmad membuat keputusan itu di bawah Seksyen 177 Kanun Prosedur Jenayah dan mengarahkan pihak polis membebaskan kedua-dua suspek dengan segera.

Peguam Roger Chan Weng Keng, yang mewakili kedua-dua suspek berhujah bahawa tidak ada alasan munasabah untuk pihak polis menahan reman anak guamnya.

"Majistret menolak permintaan polis untuk mereman kedua-dua suspek dan mereka akan dibebaskan.

"Kedua-dua lelaki berada dalam tahanan polis selama lebih dari 12 jam selepas mereka ditangkap di rumah mereka di Lembah Klang awal pagi Isnin," katanya.

Chan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah di sini pada Isnin.

Beliau berkata semasa dalam tahanan, polis tidak menjalankan sebarang siasatan ke atas anak guamnya kecuali gambar mereka diambil dan membawa mereka di sini bagi memohon tahanan reman.

Dua lelaki berkenaan, seorang berusia 62 tahun dan seorang lagi merupakan perunding komunikasi strategik berusia 50 tahun, ditahan di Bandar Utama dan Shah Alam pada pagi Isnin.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata individu ketiga telah ditangkap di Ipoh.

Haron, 76, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di sebuah hospital di Amerika Syarikat pada Jumaat.

Sumber TKO - 20-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Isu Menghina Kematian Harun Din - Sidek Kamiso Ditahan Polis & Dibawa Ke JB
Posted on Monday, September 19 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31731



Bekas wartawan Sidek Kamiso dibawa ke Johor Bahru selepas ditahan awal pagi di rumahnya di Bandar Utama kerana didakwa menghina Islam berhubung kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din. Isteri Sidek, Norlin Wan Musa, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dihubungi oleh pegawai polis dari Balai Polis Semarak kira-kira jam 10.30 pagi di mana suaminya ditahan.

"Saya diberitahu suami akan dibawa ke Johor Baru. "Peguam Siti Kasim juga memberitahu saya dia bercakap dengan ASP Leong dari IPK Johor yang memberitahu bahawa polis akan membuat permohonan reman ke atasnya petang ini," kata Norlin. Mengimbas kejadian itu, Norlin berkata, empat anggota polis mengetuk pintu rumah mereka pada kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Kami memelihara anjing jadi saya tahu sesuatu tidak kena apabila anjing-anjing itu mula menyalak.

"Saya memandang keluar tingkap bilik tidur dan lihat sebuah van diletakkan di luar, dan empat lelaki memanjat pintu pagar rumah kami untuk masuk ke dalam," katanya.

"Suami saya cuba hubungi pengawal keselamatan di hujung jalan tetapi mereka tidak menjawab.

Kami turun apabila mereka mengetuk pintu rumah. "Suami saya berkali-kali meminta untuk melihat waran tangkap tetapi polis tu tak tunjukkannya.

Salah seorang daripada mereka menunjukkan sepintas lalu seperti kad ID tetapi saya tak dapat lihat dengan jelas," katanya. Norlin berkata, polis membawa suaminya selepas kira-kira satu jam dan merampas komputer riba serta telefon bimbit. Tambahnya, beliau juga akan menuju ke Johor Bahru hari ini ditemani peguam Siti Kassim.

Ketika dihubungi, Siti mengesahkan beliau dilantik mewakili Sidek, bersama-sama dengan peguam Roger Chan. "Kami faham bahawa beliau dibawa ke Johor kerana laporan polis dibuat di sana.

Tetapi kita tidak tahu siapa yang membuatnya atau ia mengenai apa," katanya.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini enggan mendedahkan nama individu yang disiasat berhubung posting di Twitter dan Facebook, difahamkan Sidek adalah seorang daripada tiga individu yang ditahan.

Khalid pagi tadi berkata, dua lagi suspek adalah dari Shah Alam dan Ipoh. Beliau juga berkata posting kedua-duanya dibuat berikutan kenyataan yang sama oleh Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi. - Malaysiakini.

Sumber TKO - 19-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hina Kematian Haron Din, Jeff Ooi Diminta Serah Diri
Posted on Monday, September 19 @ 17:04:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31730



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi diminta menyerah diri kepada polis untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini tiga lelaki berumur 50 dan 60-an telah ditahan di Shah Alam dan Bandar Utama, Selangor dan seorang lagi di Ipoh, Perak kerana menghina agama Islam di Facebook dan Twitter.

"Kesemua mereka ditahan ekoran daripada posting Facebook dan Twitter Anggota Parlimen DAP Bukit Jelutong, Jeff Ooi yang menyinggung perasaan orang Islam.

"Berikutan itu, beberapa orang pula telah buat tweet-tweet yang sama (menyinggung perasaan orang Islam) di media sosial. Kami sedang menyiasat perkara ini, kami akan panggil dia (Jeff Ooi) tetapi kalau dia mahu senang, saya minta beliau serah diri kepada polis.


"Kalau tidak kami akan cari dia," katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan peringkat Bukit Aman di sini Isnin.

Khalid turut menasihatkan ahli politik yang 'bermulut gatal' supaya berhati-hati dalam membuat apa jua percakapan dan posting di laman sosial yang mungkin boleh menyinggung perasaan bangsa dan agama lain.

"Jangan ikut sedap mulut sahaja, fikir dulu 10 kali sebelum buat apa jua posting yang boleh singgung perasaan bangsa dan agama lain. Bila pemimpin masyarakat (seperti) anggota Parlimen membuat komen sedemikian maka pengikut-pengikutnya akan buat benda yang sama tanpa memikirkan perasaan orang lain," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan media sosial.

"Kami akan siasat daripada semua aspek termasuk alat peranti yang digunakan mereka yang mengeluarkan kenyataan sedemikian di media sosial.

"Beberapa lagi individu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung perkara ini," katanya.
Setakat ini, sembilan laporan polis diterima berhubung kenyataan Ooi itu yang dikeluarkan pada hari sama Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung. - BERNAMA

Sumber TKO - 19-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lelaki tendang wanita dipenjara tiga bulan
Posted on Friday, September 16 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31677


Kuala Lumpur: Seorang kerani di Kementerian Pertahanan yang mencetuskan kemarahan orang ramai apabila menendang seorang wanita dua bulan lalu, mengaku bersalah bagi kesalahan sama di sini, hari ini.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Marmi Zabrin Mian, 33, kerana menendang belakang Shakira Mohd Khalid, 28, setiausaha di Bukit Aman, tanpa sebab.

Lelaki itu dalam kejadian sebelum ini, menendang kakitangan Bank Negara di laluan pejalan kaki berdekatan bangunan bank pusat itu. Perbuatannya dirakam kamera litar tertutup dan rakaman itu menjadi viral, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Marmi melakukan perbuatan terbaru itu di terowong pejalan kaki dari Jalan Cenderasari ke Dayabumi di sini, pada 5.30 petang Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Ketika merayu hukuman ringan, Marmi, yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan hukumannya kerana dirinya "penjawat awam".


Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar menggesa mahkamah mengenakan hukuman penjara kerana tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan sama dan "kamu tidak boleh menendang orang sesuka hati tanpa sebab". - HM

Sumber TKO - 16-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
140 anak luar nikah lahir setiap hari, lapor JPN
Posted on Wednesday, September 14 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Musafir


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31655



PETALING JAYA: Secara purata kira-kira 140 bayi luar nikah dilahirkan setiap hari oleh ibu yang beragama Islam pada tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, statistik Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan sejumlah 159,725 bayi luar nikah dilahirkan oleh ibu yang beragama Islam sejak 2013.

Daripada jumlah itu, 53,492 dilahirkan pada 2013; 54,614 pada 2014 dan 51,169 pada 2015.
Bagaimanapun tidak ada sebarang data mengenai anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan dalam kalangan ibu-ibu yang bukan beragama Islam.

Dalam laporan itu, Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh menyuarakan kebimbangan terhadap bilangan tinggi kes tersebut dan menggesa supaya pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan segera.

Katanya, masalah itu berpunca daripada pendidikan agama dan moral yang cetek memandangkan semua agama menolak seks sebelum kahwin.

Beliau juga menekankan peranan ibu bapa dalam memastikan generasi muda mempunyai akhlak dan akal yang positif.

Katanya, ibu bapa perlu menghabiskan lebih banyak masa dengan anak bagi memastikan mereka tidak berasa diabaikan dan mencari kebahagiaan di luar rumah.

Beliau juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan meningkatkan jumlah masa pengajaran Pendidikan Islam dan Moral di semua peringkat sekolah.

Norsaleha turut menyokong cadangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan (PIBGN) untuk mewujudkan keseimbangan dalam modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksual Lelaki yang bakal dilaksana.


“Hubungan seksual adalah antara seorang lelaki dan perempuan. Perlu ada keseimbangan yang jelas dalam mengajar remaja mengenai kedua-dua jantina supaya mereka tidak terjebak dalam seks sebelum berkahwin,” katanya.

Sumber TKO - 14-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 Anggota polis ditahan cederakan guru
Posted on Tuesday, September 06 @ 23:57:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31580


Ipoh: Dua anggota polis dari Balai Polis Lenggong, Gerik yang mencederakan guru lelaki di Lenggong ketika membuat tangkapan sehingga viral di laman sosial ditahan hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, permohonan reman terhadap anggota polis berkenaan akan dibuat esok.
Katanya, guru terbabit adalah guru Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"Polis sudah menjalankan siasatan berhubung kes itu dan tindakan untuk siasatan lanjut juga sudah diambil.
"Anggota polis terbabit ditangkap pada hari ini dan permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Pangkalan Hulu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kejadian berkenaan berlaku pada 30 Ogos lalu pada 7.15 malam dan siasatan akan dilengkapkan seberapa segera dan akan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri Perak.

Video kejadian dua anggota polis berdurasi 20 saat yang dikatakan dari cawangan narkotik itu memberkas guru berkenaan dengan cara kasar ketika memulas tangan guru berkenaan untuk digari mula tersebar di media sosial hari ini terutama di facebook dan juga beberapa blog.


Turut tersebar penerangan daripada seorang individu mengenai kejadian yang mengatakan mangsa adalah seorang guru yang baru selesai kelas tambahan untuk murid calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mangsa patah tangan akibat kekasaran itu.

Sumber TKO - 6-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pergaduhan Tercetus Selepas Tindakan Mangsa Yang Didakwa Mengusik Mengenai Arwah bapa Pembuli - Polis
Posted on Tuesday, September 06 @ 23:32:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31579



KOTA KINABALU, 6 Sep: Pergaduhan yang tercetus antara dua pelajar sekolah di sini; yang menjadi viral di media sosial - dipercayai tercetus akibat tindakan mangsa yang mengusik mengenai arwah bapa pembuli.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden, kedua-dua pelajar itu berusia 12 tahun dan kini sedang menduduki ujian UPSR.

Kedua-dua mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Tambahnya, ibu bapa mangsa baru sahaja membuat laporan polis pada Selasa berhubung kes buli yang berlaku pada 30 Ogos lalu.

Kami sudah merekodkan kenyataan daripada kedua belah pihak dan beberapa saksi,” kata Rosley.

Beliau berkata, pelajar tersebut marah dengan tindakan mangsa yang didakwa mengusik mengenai arwah bapanya.

Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini,” tambah beliau sebagaimana lapor mStar Online.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sumber : mStar OnlineStrait Times


Sumber TKO - 6-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jenazah tiga sekeluarga dikebumi satu liang lahad
Posted on Friday, August 26 @ 16:21:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31467


MELAKA - Jenazah tiga sekeluarga yang dibunuh dipercayai oleh penagih dadah tegar, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bertam Malim di sini, kira-kira 11.30 pagi ini.

Lebih 500 orang terdiri daripada anggota keluarga, kenalan dan orang ramai hadir pada upacara pengebumian jenazah pasangan suami isteri, Hassan A.Wahab, 70, dan Mariah Baharin, 60, dan anak lelaki mereka Muhammad Taufeq, 22.

Turut hadir Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Muhammad; Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah dan beberapa pemimpin masyarakat di negeri itu.

Suasana pilu menyelubungi mereka yang berada di tanah perkuburan itu yang ketika itu hujan lebat.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Al-Faizin, Kampung Bertam Malim di sini dari Hospital Melaka untuk disembahyangkan kira-kira 10.30 pagi diimamkan oleh imam masjid berkenaan Rashid Mohd Yusof.

Tiga sekeluarga itu dibunuh dalam kejadian di Kampung Bertam Malim di sini kira-kira 6.30 pagi semalam dan suspek telah ditahan polis di Masjid Bukit Rambai di sini kira-kira 11 pagi semalam.


  Dua lagi anak pasangan itu, Noor Haslinda Diyana, 26, dan Nuraqedah Aeina, 24, turut cedera parah dalam kejadian itu sedang dirawat di Hospital Melaka. - Bernama

Sumber TKO - 26-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Loqman Buat Semua Ini Kepada Kami, Saya Akan Matikah?' - Mangsa
Posted on Friday, August 26 @ 16:19:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31466


MELAKA: Teriakan "Tolong! Tolong!" selama-lamanya akan menghantui pemikiran Norashikin Aripin.

Jiran kepada mangsa pembunuhan yang berlaku di sini, pagi Khamis berkata, beliau mendengar suara mangsa meminta tolong dan segera menghubungi polis kira-kira pukul 6.30 pagi.

"Saya fikir jiran saya dirompak. Suami saya melihat sebuah kereta dipandu keluar dari tempat letak kereta dan kami mengesyaki pencuri telah melarikan diri. Apabila kami bergegas ke sana, kami terkejut," katanya.

Beliau kemudian berlari untuk membantu Nuraqedah Aeina Hassan, 24, yang dilihatnya mengalami pendarahan teruk di kepala.

"Saya dengar bisikan 'Loqman yang buat semua ini kepada kami, saya akan matikah?'. Saya memberitahunya bahawa segala-galanya akan OK.

"Di satu sudut, neneknya Siti Khatijah Muhammad sedang menggigil dan dia menunjukkan tangannya ke arah bilik-bilik di dalam rumah itu," katanya.



Norashikin, 33, berkata beliau terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah, yang digambarkan sebagai amat mengerikan.

"Saya panik dan berlari keluar dari rumah untuk memberitahu suami saya," katanya, sebelum anggota polis dan kakitangan ambulans tiba.

Norashikin berkata, beliau sebelum ini pernah diberitahu bahawa suspek adalah cucu angkat kepada Siti Khatijah.

Seorang lagi jiran, 62, yang enggan namanya disiarkan, berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu tinggal bersama keluarga Mariah Baharin, 62, sejak masih bayi.

Suspek kes ini ditahan di Masjid Bukit Rambai kira-kira pukul 11 Khamis.

Mariah adalah antara mangsa yang terkorban selain suaminya Hassan A Wahab, 70 dan anak lelaki mereka berusia 22 tahun yang juga pelajar Universiti Utara Malaysia.
Seorang lagi yang cedera adalah anak kepada pasangan yang terkorban, Noorhaslinda Diyana Hassan, 26.
"Neneknya sangat memanjakan suspek yang setiap malam biasa pulang lewat ke rumah," katanya.
Jiran ini mendakwa suspek telah berkelakuan pelik sejak awal tahun ini, apabila dia mula memakai jubah.

"Kadang-kadang, kami tengok dia duduk sendirian dan bercakap dengan diri sendiri," katanya.

Tambahnya, suspek, yang sentiasa diam dan selalu tidak berada di rumah sering dimarahi oleh neneknya kerana terbabit dengan dadah.

"Kami sering mendengar dia bergaduh dengan ahli keluarga. Dia selalu meminta wang daripada mereka," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu di Masjid Bukit Rambai kira-kira pukul 11 Khamis dan yakin dapat menyelesaikan kes itu dengan penahanan tersebut.

Sumber TKO - 26-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mekanik Dituduh Bunuh Noor Amila Edrus Norsyam
Posted on Wednesday, August 24 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31451


KUALA LUMPUR: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki, Noor Amila Edrus Norsyam, yang mayatnya ditemukan di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Khamis lepas.

Norhamid Nor Muhamad, 26, menghadapi hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Norhamid didakwa membunuh Noor Amila Edrus, 5, di dalam sebuah bengkel kereta tidak bernombor di Blok C, Lorong 5/16C, Kawasan Perumahan Awam, Jinjang Utara, Sentul, di sini pada 5.30 pagi, 12 Ogos lepas.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Muhamad Sapri Yaakub manakala tertuduh yang merupakan abang ipar tiri kepada mangsa tidak diwakili peguam.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada 11 Ogos lalu sebelum mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang pada 12.30 tengah hari 18 Ogos lepas.

Semasa kanak-kanak lelaki itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek ditahan.

Namun setelah mayat mangsa ditemui, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan membunuh.


-Astro Awani

Sumber TKO - 24-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tiga Penyanyi Dalam Klip Video Namewee Turut Dikesan - Polis
Posted on Tuesday, August 23 @ 16:56:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31442


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang akan meminta polis Bukit Aman mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan tiga lelaki yang turut terlibat dalam klip video lagu Namewee.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata berdasarkan  keterangan awal Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, tiga lelaki yang juga penyanyinya adalah rakyat Taiwan dan menetap di sana.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kami akan cuba mendapatkan bantuan dari Interpol bagi membantu kesan tiga lelaki itu untuk merekodkan keterangan mereka.

"Setakat ini seramai tujuh orang telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes itu," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau menghadiri majlis perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2016 di Kontijen Pulau Pinang yang dirasmikan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Sementara itu Abdul Ghafar berkata pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dalam tempoh terdekat bagi membincangkan secara teliti isu itu.
"Kami akan pergi ke JAIPP untuk membincangkan perkara ini bagi mengetahui sejauh mana tindakan dan perbuatan Namewee menyanyi dan merakamkan aksi-aksi dalam masjid mengaibkan agama Islam," katanya.

Penyanyi rap kontroversi itu ditahan reman selama empat hari bermula  semalam bagi membantu siasatan kes klip video di sebuah masjid di Tanjung  Bungah, Pulau Pinang, yang didakwa menghina Islam.

Namewee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara pada pukul 3.30 petang Ahad. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan menimbulkan  kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Sumber TKO - 23-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Video Klip Hina Islam: Polis Tahan Namewee
Posted on Sunday, August 21 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31438


GEORGETOWN: Penyanyi dan pengarah tempatan, Namewee‎ yang klip video lagunya menjadi viral kerana didakwa menghina Islam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan kira-kira jam 3.30 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Lelaki itu ditahan di KLIA dan akan dibawa ke Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dia akan direman pagi esok," katanya di sini hari ini.

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan klip video berkenaan.

--BERNAMA

Sumber TKO - 21-8-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                                                                                   

"Tidak Berhati Perut" - Bapa Noor Amila Edrus
Posted on Saturday, August 20 @ 07:12:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                             

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31403

KUALA LUMPUR: 'Kejam dan tidak berperikemanusiaan', demikian kata bapa kepada Noor Amila Edrus Norsham terhadap orang yang bertanggungjawab membunuh anaknya.

Norsham Jalil, 63, berkata beliau dimaklumkan mengenai penemuan ngeri itu oleh kawan-kawannya ketika sedang berada di Sepang, petang Khamis.

"Saya berdoa kepada tuhan agar sesiapa sahaja yang membunuhnya akan diberi balasan setimpal. Apa yang dilakukannya itu tidak berhati perut.

"Kami benar-benar berasa kehilangan. Anak saya seorang budak yang baik, dia pandai membaca Al-Quran, rajin solat dan sering pergi ke masjid sejak berusia empat tahun.

"Biasanya, ibu atau abangnya akan menemaninya tetapi ditakdirkan jadi begini," kata Norsham, ketika ditemui di bilik mayat, malam Khamis.

Selepas menerima berita menyayat hati itu, beliau terus bergegas ke rumah mayat Hospital Kuala Lumpur di mana bedah siasat telah dijalankan.

"Saya tidak dapat melihat anak saya tetapi dia telah dikenal pasti berdasarkan pakaian yang dipakainya. Kami diberitahu oleh doktor bahawa mayatnya reput teruk," katanya di luar bilik mayat.

Sumber polis memberitahu kanak-kanak itu ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang di Jinjang pada 11 Ogos lepas dan ia disiasat sebagai kes kehilangan kanak-kanak.


Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun pada Isnin lepas di sekitar Jinjang dan suspek direman empat hari sehingga hari ini.

Sejak kanak-kanak itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek tersebut ditahan.


"Namun setelah mayat mangsa ditemui hari ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya sambil menegaskan motif pembunuhan masih disiasat.

Noor Amila Edrus, anak sulung daripada dua beradik, tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan  pada kira-kira 12.30 tengah hari Khamis.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
 Taman Sri Bangkong di Batu 5, Jalan Ipoh di sini, kira-kira 12.30 tengah malam Jumaat.

                                                                                                                                                                    Sumber TKO - 20-8-2016                                                                                                                          ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Kronologi kes kanak-kanak hilang sejak 1996
Posted on Friday, August 19 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                   

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31390
KUALA LUMPUR - Mayat Noor Amila Edrus Norsham, kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak lapan hari lalu (11 Ogos) dan dijumpai dalam keadaan menyayat hati di kawasan semak Kampung Kemensah, Hulu Kelang hari ini adalah antara beberapa kes kanak-kanak hilang di negara ini, sejak 1996.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki bernama Ting Song Seng, 9, dilaporkan hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Taman Rasah, Klang untuk pulang ke rumah pada 15 Januari 1996.
Song Seng masih gagal ditemui sehingga sekarang.
Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin Jazimin dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.
Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 Sept 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.
Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.
Pada 9 Jan 2008, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.
Sharlinie masih gagal ditemui sehingga hari ini.
Pada 9 Mac 2008 murid lelaki 11 tahun, Muhamad Asmawi Jalaludin dilaporkan hilang ketika pulang dari sebuah taman permainan berdekatan rumahnya di Lot 127,
Rumah Banglo Kayu, Jalan Permai Tujuh.
Muhamad Asmawi ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman itu berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.
Muhamad Asmawi masih belum ditemui hingga kini.
Pada 1 Mac 2012, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor Baharu ketika membeli mi segera dan telur pada 10.30 pagi.
Tiga individu termasuk sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan.
Pada 8 Mac mayatnya ditemui rentung di dalam satu lubang di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai.
Seorang buruh, Muidin Maidin, 26, didapati bersalah membunuh mangsa di ladang kelapa sawit Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara 1 Mac dan 2 Mac 2012 dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Pada 24 Jan 2013 seorang kanak-kanak Wiliam Yau Zhen Zhon, 6, ditemui mati di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Jan lalu selepas seminggu hilang.
William dilaporkan hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
Pada 8 November 2013, Freddie Joseph, berusia setahun lapan bulan yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar.
Freddie kemudian dijumpai keesokan harinya bersendirian dalam keadaan lapar dan letih di Taman Tasik Titiwangsa oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan melalui laluan tersebut kira-kira 12.55 tengah hari.
Pada 21 November 2014, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun Mohd Shariqal Sidek hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon, Beaufort, Sabah.
Dua hari selepas itu, pada 23 November kanak-kanak tersebut ditemui mati dipercayai dibunuh berhampiran Sekolah Menengah St John di sini kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.- Bernama                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Sumber  TKO - 19-8-2016                                                                                                                        ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                          

Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus
Posted on Friday, August 19 @ 07:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                         

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31386
KUALA LUMPUR - Mayat kanak-kanak yang ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang di sini tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu. 

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.
Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan mayat: Media penuhi kawasan bilik mayat]
Sumber polis memberitahu kanak-kanak tersebut ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.
"Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan," kata Abdul Hamid.
Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada Khamis lalu sebelum ditemukan sekitar 12.30 tengah hari tadi.
Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.
Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber. - Bernama                                                                                                                                                                                                                    Sumber TKO - 19-8-2016                                                                                                                          -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                          
Datuk, Datuk Seri ditahan SPRM, harta RM13j dibeku
Posted on Tuesday, August 16 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31369
                                                                                                                                                                 Tiga penjawat awam - dengan dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk - hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata, suspek tersebut berkhidmat di salah satu jabatan dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan pada pukul 12 tengah hari dan 2 petang tadi.                                                                                                                                              
“SPRM telah menjalankan operasi serentak di tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.                                                                                                                                                                                                                                                              
“Seramai tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan SPRM hari ini atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram,” kata Azam dalam kenyataannya hari ini.                                                                                                                                                      
Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu itu yang melebihi RM13 juta dibekukan.                                                                                                                                                
Ia melibatkan wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta.                                                
Selain itu, kata Azam, SPRM turut menyita beberapa aset lain termasuk kondominium mewah, banglo serta kenderaan mahal seperti berjenama Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai diperoleh daripada hasil rasuah dan penggubahan wang haram.                                                                                                        
"SPRM juga turut menjumpai wang tunai bernilai RM400,000 termasuk dalam bentuk mata wang asing serta beberapa utas jam tangan mewah.                                                                                                          
"Ketiga-tiga mereka kini ditahan dan akan direman di mahkamah majistret esok," katanya.                                      
Kes itu disiasat di bawah seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram2001.                                                                                                                                                
Bagi kesalahan di bawah seksyen Akta SPRM 2009, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.                                                                                                                                                        
Bagi Akta Penggubahan Wang Haram pula, pesalah boleh penjara sehingga 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil haram atau RM 5 juta mana yang lebih tinggi.

..............

Dalam serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang membawa kepada penangkapan seorang Datuk dan Datuk Seri, sejumlah wang ditemui tersorok di pelbagai tempat dalam sebuah rumah, termasuk di siling.

Wang itu dikatakan berjumlah sehingga RM400,000.

Wang kertas RM50 dan RM100 itu diikat berasingan, menurut pegawai yang memeriksa rumah itu.

Sumber SPRM mendedahkan wang itu diperoleh daripada pengarah Jabatan Kerja Raya sebuah negeri yang bergelar Datuk.

Berkenaan kereta mewah pula, sumber-sumber berkata ia diletakkan di rumah saudara suspek dan SPRM dilapor menyita kereta jenis Maserati, BMW dan Audi dalam serbuan itu.

Difahamkan Datuk Seri itu berkhidmat di sebuah pihak berkuasa tempatan dan seorang lagi dengan Tenaga Nasional Bhd sebuah negeri.

Mereka antara tiga orang yang diberkas SPRM dan disiasat bawah Seksyen 17(a) dan 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla) 2001.

Sumber-sumber mendedahkan bahawa seorang Datuk Seri itu masih direman di Putrajaya manakala dua lagi akan direman di Melaka dan Kelantan esok.

Pengarah siasatan SPRM Azam Baki dalam kenyataan mengumumkan menahan tiga pegawai kanan kerajaan, selepas amaran ketua pesuruhjaya barunya Dzulkifli Ahmad.

Ketiga-tiga suspek berumur 50-an itu ditangkap hasil operasi serentak di tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.                                                                                                

Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu itu yang melebihi RM13 juta dibekukan.                                                                                                                                                            

Ia melibatkan wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta.

Bagi kesalahan di bawah seksyen Akta SPRM 2009, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.                                                                                                                                                      

Bagi Akta Pengubahan Wang Haram pula, pesalah boleh penjara sehingga 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil haram atau RM 5 juta mana yang lebih tinggi.
                                                                                                                                                                    Sumber    TKO - 16-8-2016                                                                                                                       -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
Dua das selamatkan tebusan
Posted on Friday, August 12 @ 07:20:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                        

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31337

Batu Pahat: Penjenayah yang menjadikan pemilik kedai tembikar di Ayer Hitam di sini sebagai tebusan sejak 8.20 malam tadi akhirnya ditembak mati kira-kira 12.30 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata, kejadian berlaku pada 8.20 malam apabila suspek meluru masuk ke kedai tembikar berkenaan bagi mengugut mangsa.
"Mangsa perempuan berusia 53 tahun diugut untuk menyerahkan wang bernilai RM300,000. Namun keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan dia diheret ke dalam bilik belakang sebelum dijadikan tebusan," katanya.
Menurutnya, polis kemudian melakukan rundingan bagi melepaskan mangsa, namun tindakan berkenaan turut tidak berhasil.
"Suspek mula bertindak agresif dengan mengacukan pistol untuk menembak mangsa, namun tindakan pantas anggota melepaskan dua das tembakan terhadap lelaki terbabit berjaya menyelamatkan mangsa. Suspek ditembak di bahagian kepala dan mati di tempat kejadian," katanya.
Menurutnya, mangsa tidak mengalami kecederaan, namun masih trauma dengan kejadian berkenaan.                                                                                                                                                                      Sumber  TKO - 12-8-2016                          
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Seorang Nenek Dipenggal Kepala Oleh Cucu!
Posted on Wednesday, August 10 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                       

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31308



Kulai: Nenek maut dipenggal cucu di Felda Pengeli Timur di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, Maimon Abdul Samad, 76, ditemui dalam kedaan ngeri di rumahnya termasuk kepala yang dipenggal berada di hadapan pintu masuk rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa yang juga suri rumah itu dipenggal cucunya berusia 19 tahun yang tidak bekerja dan dipercayai mengalami gangguan mental serta tidak makan ubat sejak beberapa bulan yang lalu.

"Mangsa ditemui dalam keadaan kepala dipenggal dan berada di hadapan pintu masuk rumah, tubuhnya di ruang dapur di bawah singki.

"Kedua-dua kaki dipotong di bahagian peha tetapi tidak putus dan kedua-dua tangan dipotong, namun hanya sebelah kirinya masih berada di sisi tubuhnya," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mempercayai senjata yang digunakan suspek adalah pisau berukuran kira-kira 15 hingga 18 sentimeter dan ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah.

Katanya, suspek melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran, namun usaha memburunya membuahkan hasil apabila ditahan 8.30 malam tadi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
                                                                                                                                                                                              Sumber TKO - 10-8-2016                     

  ----------------------------------------------------------------------------Lima Ditahan Tawar Projek Naik Taraf Jalan Bernilai RM442 Juta

KUALA TERENGGANU – Lima individu ditahan kerana menawarkan projek menaik taraf jalan raya bernilai RM442 juta kepada kontraktor di negeri ini.                                                                                            
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu, Supt Koh Ah Thiam (Gambar) berkata suspek utamanya berumur sekitar 40-an yang menyamar sebagai Datuk Paduka dan mendakwa bekerja di Istana Terengganu.
                                                                                        Beliau berkata namun individu tersebut bekerja sendiri dan menawarkan projek berkenaan menerusi WhatsApp.                                                                                
Projek itu didakwa telah diperoleh sedangkan ia baharu di peringkat cadangan kerajaan negeri dan belum mendapat kelulusan kerajaan persekutuan, katanya.                                                                                            
“Suspek mengenakan bayaran yang dikatakan sebagai bayaran komitmen antara RM600,000 hingga RM1 juta.                                                                                                                                                                        
“Bagaimana pun suspek gagal mendapat bayaran tersebut kerana penyamarannya terbongkar selepas kontraktor membuat semakan dengan pihak berkaitan,” kata Koh.                                                                          
Beliau berkata sekeping kad kononnya berupa kad keahlian Istana Terengganu yang didapati palsu turut dirampas.                                                                                                                                          
Pihak kontraktor yang mendapat tawaran projek sebegitu diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan kes berkenaan, katanya.- BERNAMA                                                                                                                                                                                                                                            Sumber BO - 1-8-2016                                                                                                                               --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                       

Pekerja Am Bangladesh Dakwa Jumpa Janin
Posted on Monday, August 01 @ 19:59:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                        

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31208
KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja am warga Bangladesh mendakwa menjumpai beg plastik yang mengandungi objek seakan-akan janin ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan parit berhampiran Perpustakaan Awam negeri di sini kelmarin.

Mohd. Kobi Mohd. Osman, 19, mendakwa menemui objek berkenaan sewaktu mengutip sampah di dalam parit tersebut pada pukul 5 petang.                                                                                                      
"Sebaik membukanya (beg plastik), saya terkejut kerana nampak kepala bayi (janin) dan secara spontan terus membuangnya semula ke dalam parit akibat terlalu panik.                                                          
"Baunya amat busuk sehingga saya muntah beberapa kali dan hampir pengsan," dakwanya kepada Kosmo! di sini malam semalam.                                                                                                                          
Begitupun, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang menjalankan operasi mencari di lokasi berkenaan tidak menemui apa-apa petunjuk sehingga operasi dihentikan sementara pada pukul 10 pagi hari ini.
- KL ONLINE                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 1-8-2016                                                                                                                            -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                          

Mungkin Fin Yang Tembak V. Kandasamy - Dino
Posted on Sunday, July 31 @ 17:28:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31203
'Fin', itu gelaran anggota kongsi gelap yang sanggup melakukan apa sahaja untuk geng mereka, termasuk membunuh.

Bekas anggota sebuah geng di ibu kota, yang mahu dikenali sebagai 'Dino' berkata mereka yang digelar 'Fin' ini, akan bertindak lebih ganas dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap sesiapa pun yang disasarkannya.
"'Fin' bererti penyudah atau pengakhiran dalam Latin dan itulah maksud mereka terhadap mangsa.
"Mereka ini dianggap seperti komando yang berani mati dalam menjalankan setiap arahan atau tugasan yang diterima," katanya.
Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, boleh dikatakan semua kumpulan kongsi gelap mempunyai pembunuh mereka sendiri.
Dia percaya pembunuhan seorang lelaki yang dikata ketua geng 'Satu Hati' di Setapak Rabu lalu adalah perbuatan Fin.
"Memang tugas Fin menakutkan kumpulan lain yang mungkin mahu menceroboh kawasan geng mereka," kata Dino.
Katanya kawasan ditakluk geng dikenali sebagai 'port'. Kumpulan berkenaan mengutip wang pelindungan serta menjalankan pelbagai aktiviti haram di kawasan itu.
"Peperangan" berlaku ketika satu geng cuba merampas port kumpulan yang lain, tambah Dino, yang sekarang bekerja sebagai 'bouncer' di kelab malam.
"Pergaduhan berlaku hampir setiap minggu. Biasanya jika bergaduh, hanya senjata tajam digunakan...tetapi sejak kebelakangan ini banyak kumpulan telah memiliki senjata api kerana harganya murah dan ia mudah didapati ", katanya.
"Kebanyakkan mereka mendapatkan senjata api ini dari Thailand yang diseludup melalui 'jalan tikus' dengan harga antara RM1,000 dan RM20,000 bergantung kepada jenis senjata," katanya.
Dino berkata dia terpengaruh untuk menyertai geng lima tahun lalu kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.
"Pada mulanya, memang saya tidak berminat langsung untuk menyertai kumpulan ini...tetapi saya perlukan duit...lagipun ketika itu saya tergoda dengan sebuah filem tempatan menayangkan kehidupan kumpulan kongsi gelap," katanya.
"Tugas saya mudah...mengugut dan memukul orang dan jenayah dadah...saya mendapat wang tunai beribu ringgit," katanya.
- Bernama                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber TKO - 31-7-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
Guru rotan pelajar direman empat hari
Posted on Friday, July 29 @ 18:57:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31183

SUNGAI PETANI -  Seorang guru ganti  ditahan reman selama empat hari  untuk membantu siasatan bagi kes tiga murid berusia 10 tahun hingga 2 tahun cedera dirotan di pusat tahfiz, di sini, baru-baru ini yang menjadi viral di laman sosial.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Balkhis Abdul Halim  terhadap suspek berusia 27 tahun, sehingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan  mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera.
Suspek tiba dengan berkain pelekat dan berbaju T di Bilik Reman Mahkamah Sungai Petani, di sini, dengan kedua-dua tangannya bergari pada jam 9.30 pagi, sebelum keluar kira-kira dua jam kemudian sejurus perintah tahanan reman dikeluarkan, menaiki kenderaan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata suspek ditahan di Parit Buntar, Perak, pada jam 10.10 malam, semalam.
Sehingga kini, beliau berkata polis sudah mengambil keterangan daripada dua murid terlibat berusia 10 dan 12 tahun, masing-masing berasal dari Tikam Batu, Sungai Petani dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.
"Seorang lagi mangsa bagaimanapun belum dapat dihubungi," katanya.
Md Zukir berkata siasatan awal polis mendapati ketiga-tiga mangsa dirotan kerana cuba melarikan diri dari maahad tahfiz itu ketika waktu Subuh, Isnin lalu.
Beliau berkata suspek yang merupakan guru ganti di maahad tahfiz itu mencari dan menemui pelajar terbabit berhampiran Ibu Pejabat Polis Kuala Muda lalu membawa mereka pulang sebelum dirotan di dalam bilik kuliah di hadapan rakan-rakan lain.
“Akibat kejadian itu, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan lebam pada badan dan luka di kepala,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah  Jabatan Kesihatan Negeri (JPN), Dr Norhizan Ismail mengesahkan seorang daripada tiga mangsa  telah dimasukkan ke wad di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), pagi ini.
"Memandangkan kes ini di dalam siasatan polis, pihak hospital dan JPN tidak akan mengemukakan sebarang kenyataan untuk tidak mengganggu siasatan pihak polis," katanya.                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 29-7-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                          
Kejadian Tembak - Tidak wajar netizen sebar gambar bukti
Posted on Friday, July 29 @ 06:39:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31178


SHAH ALAM – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan tindakan netizen yang menyebarkan gambar insiden tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan 
Genting Klang di Kuala Lumpur semalam sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.


Menganggap tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata, netizen sepatutnya memikirkan perasaan
ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan. Katanya lagi, netizen sebaliknya perlu menyerahkan kesemua gambar yang diambil kepada pihak berkuasa bagi memantau siasatan.

“Biasalah orang ramai mahu tahu apa yang berlaku (di tempat kejadian). Bagaimanapun saya rasakan
mereka tidak sepatutnya berkumpul di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari
ini.
Sebanyak 18 tembakan dilepaskan mengakibatkan seorang lelaki maut serta-merta di persimpangan
lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kejadian kira-kira 3.35 petang
semalam melibatkan mangsa yang berumur 43 tahun yang memandu kereta jenis Honda Accord.

Katanya lagi, tindakan orang ramai mengerumuni tempat kejadian boleh menjejaskan bukti di tempat kejadian.

“Bukti di tempat kejadian boleh terhakis. Mereka patut hanya maklum pada polis dan polis pula perlu respons segera dan bergegas ke tempat kejadian secepat mungkin.

“Mereka tidak sepatutnya menyentuh apa-apa objek di lokasi kejadian,” katanya lagi.
                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 29-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                        
Mangsa kes tembak sah ahli Geng Satu Hati - Amar Singh
Posted on Thursday, July 28 @ 18:42:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                            

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31173

Seorang lelaki berusia sekitar 40-an yang ditembak mati ketika menunggu di lampu isyarat Danau Kota Setapak merupakan ahli geng kongsi gelap Satu Hati.


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh telah mengesahkan perkara itu menerusi pesanan WhatsApp hari ini ketika ditanya mengenai maklumat tambahan mangsa yang dikenali sebagai Kanna.


Bagaimanapun identiti serta latar belakang lengkap mangsa serta pekerjaanya masih belum didedahkan polis.


"Ya, kami boleh mengesahkannya (mangsa ahli geng kongsi gelap Satu Hati),' katanya secara ringkas.


Manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Rusdi Mohd. Isa pula berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan yang dibuat berkaitan kejadian itu.


Dalam kejadian yang dilaporkan sekitar pukul 3.30 petang semalam, mangsa yang dikatakan seorang peminjam wang beranak tiga telah ditembak dari jarak dekat di sebelah kiri dan kanan keretanya jenis Honda Accord oleh dua individu yang membonceng dua motosikal.


Mangsa ketika kejadian sedang menunggu di lorong paling kanan di lampu isyarat laluan dari arah Danau Kota menuju ke Jalan Genting Klang, Setapak.


Sebanyak 18 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa yang kemudian mati serta merta di tempat kejadian sebelum keempat-empat suspek berjaya melarikan diri.


Amar Singh juga mengesahkan,  pihak polis menemui 18 kelongsong peluru di tempat kejadian, dengan 12 kesan tembakan di sebelah kiri kenderaan sementara empat di sebelah kanan.--MalaysiaGazette                                                                                                                                                                                                        Sumber TKO - 28-7-2016                                                                                                                                      ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                

Mangsa tembak baru dua minggu tukar kereta
Posted on Thursday, July 28 @ 11:59:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31165
















KUALA LUMPUR - Pengurup wang yang ditembak maut di persimpangan lampu isyarat Jalan                     Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang di sini hari ini baru dua minggu membeli kereta baharu setelah mendapati ada pihak mengekorinya, menurut seorang rakan mangsa.

Rakan yang enggan dikenali itu berkata mangsa yang menjalankan perniagaan itu sejak kira-kira 10            tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.
"Baru dua minggu dia beli kereta baharu jenis Honda Accord. Dia tukar kereta setelah mendapati ada          pihak tertentu memantau pergerakannya," katanya kepada  Bernama.
"Saya jumpa mangsa sebulan lepas di sebuah hotel di Jalan Ipoh dan dia tidak  mengadu tentang               apa-apa masalah (ketika itu). Kelakuan dia seperti biasa,"  katanya.
Menurut polis, mangsa maut serta-merta dalam kejadian 3.35 petang itu yang  menyaksikan 18 das             tembakan - 10 daripadanya mengenai mangsa dilepaskan dua penembak yang merupakan                              pembonceng dua motosikal
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, badan serta paha.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Seorang saksi kejadian berkata bunyi tembakan bertalu-talu yang didengari ketika kejadian                           disangkakannya bunyi mercun.
"Saya ingatkan hanya bunyi orang main mercun, tak sangka pula ia datang dari tembakan yang                        bertalu-talu," kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai  sebagai Sazwan.
Sazwan berkata, beliau dan dua rakan sedang minum petang di gerai berhampiran tempat kejadian.
Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan sejurus selepas itu orang ramai bergegas                             mengerumuni kereta mangsa.
"Saya terkejut apabila mendekati kereta itu, terdapat banyak kesan tembakan.
Saya nampak pemandu kereta seorang lelaki dah terkulai dengan kesan tembakan pada badannya,"             katanya.
Beliau berkata tiada penumpang dalam kereta berkenaan.

Katanya sejurus kejadian, orang awam menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian tidak lama       kemudian. - Bernama                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber TKO - 28-7-2016                                                                                                                                     --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                            

Calon SPM Ditahan Bersama 12,900 Pil Kuda
Posted on Thursday, July 28 @ 07:32:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                                                   

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31163














KUALA TERENGGANU: Polis menahan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan merampas               12,900 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM200,000 di kediamannya di Kampung Dalam Kedai           Buloh, di sini.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan kira-kira 11 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota                   Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hasil risikan dan maklumat            sejak tiga bulan lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Tahir berkata,                          pemeriksaan lanjut di dalam bilik di rumah berkenaan menemui tiga bungkusan yang berada di              belakang rak kayu mengandungi sebanyak 12,900 biji pil kuda yang dianggarkan seberat 1,269.33         gram.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menjadi pengedar bagi kawasan Kuala Terengganu dan Chendering.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan individu lain yang turut sama terbabit dalam pengedaran dadah ini.
Roslan berkata suspek yang ditahan negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Namun, dia tidak hadir ke sekolah sejak 10 Julai lalu akibat masalah disiplin.
"Suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah             Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya       pada sidang media di IPK Terengganu, Rabu.                                                                                                                                                                                                    

Sumber TKO - 28-7-2016                                                                                                                                        -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                       
Video Lelaki Mati Ditembak 16 Das Di “Traffic Light”                 (bersama video)
Posted on Wednesday, July 27 @ 21:47:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                                           

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31158










Seorang lelaki dipercayai Ah Long mati ditembak 16 das dalam kejadian berhampiran simpang              lampu isyarat di hadapan Setapak Sentral, pukul 3.35 petang tadi.

Mangsa dikatakan menemui ajal di tempat kejadian selepas cermin keretanya ditembak bertalu-talu             dua lelaki tidak dikenali.                                                                                                                                                  
Berdasarkan video rakaman CCTV dua motosikal dilihat menghampiri kereta mangsa lalu berhenti sebelum pembonceng kedua-dua motosikal tersebut turun lantas menembak mangsa.                                   Video :    
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=_dxY8JGjqaE                                                      
Kejadian itu berlaku dengan pantas sebelum kedua-dua suspek kembali menunggang motosikal dan beredar dari tempat kejadian.
Apa yang menimbulkan tanda tanya, satu lagi rakaman yang diambil saksi di tempat kejadian menunjukkan jasad mangsa dipindahkan dari keretanya ke sebuah kereta lain berwarna putih.
Gambar dan video kejadian kini mula membanjiri timeline media sosial namun maklumat penuh                kejadian masih belum diperolehi.
Susulan kejadian menggemparkan ini lokasi pembunuhan dibanjiri orang awam sementara pihak              berkuasa termasuk polis dan anggota forensik dilihat tekun menjalankan penyiasatan.
Kejadian berkenaan juga disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.
Beliau berkata, maklumat awal yang diperoleh pihak polis mendapati mangsa mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.




                                                                                                                                                                           Sumber TKO - 27-7-2016                                                                                                                                 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------            
Kelar leher isteri kerana cemburu
Posted on Friday, July 22 @ 20:46:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar                                                                                                          

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31113










JOHOR BAHRU – Seorang penganggur hilang pertimbangan apabila tergamak menyembelih             leher isterinya sendiri sehingga hampir putus dalam kejadian di sebuah hotel bajet di Taman Sentosa 
di sini kelmarin selepas mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit de­ngan lelaki lain.

Perbuatan lelaki berusia 21 tahun itu terbongkar selepas suspek dalam keadaan berlumuran darah       datang sendiri ke Balai Polis Sentral di sini untuk menyerah diri kira-kira pukul 5 petang.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh (gambar kecil) berkata, mangsa, Yeo Pei Chan, 21, dibunuh dengan menggunakan sebilah pisau sepanjang 28 sentimeter.



Katanya, suspek bertindak demikian kerana cemburu selepas percaya isterinya mempunyai hubungan         sulit dengan lelaki lain.


“Suspek datang ke balai polis petang semalam (kelmarin) dalam keadaan seluarnya yang dipenuhi                 darah. Dia kemudian mengaku telah membunuh isterinya.                                                                                                                                   Sumber TKO - 22-7-2016                                                                                     --------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                              Dipukul Cucu Sampai Mati
Posted on Thursday, July 21 @ 10:37:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol                                                                                                        

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31090





















ALOR SETAR: Seorang warga emas berusia 87 tahun hariini meninggal dunia selepas dirawat                   selama lima hari di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini akibat kecederaan parah pada bahagian                       belakang kepala setelah dipercayai dipukul oleh cucunya sendiri yang merupakan seorang penagih             dadah, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, anak mangsa, Zakaria Ismail, 54, menemukan ibunya,         Aton Hamid tidak sedarkan diri selain mengalami pendarahan pada bahagian telinga dan hidung di             ruang tamu rumahnya di Sri Gunong Keriang, di sini.


Menurut Zakaria, semasa kejadian itu berlaku, dia tiada di rumah kerana keluar membeli makanan             untuk ibu dan kakaknya yang merupakan pesakit mental.

"Saya keluar rumah kira-kira 10 pagi. Yang tinggal di rumah ketika kejadian itu cuma ibu, kakak dan            anak saudara saya yang berumur 29 tahun.

"Apabila pulang dari kedai, anak saudara saya berada keadaan bising-bising (marah) namun tidak           diketahui puncanya. Saya hanya curi-curi masuk ke rumah selepas dia (anak saudara) tiada di ruang            tamu.

"Kemudian saya menemukan ibu saya berada dalam keadaan mengiring dan tidak sedarkan diri          dengan keadaan hidung dan telinga berdarah. Saya keluar semula dari rumah itu kerana sebelum ini beberapa kali saya pernah diusir kerana tidak memberi duit yang dimintanya," katanya ketika ditemui          di hospital berkenaan hari ini.

Zakaria mendakwa, anak saudaranya itu tidak bekerja dan sering meminta wang daripadanya sebelum menghilangkan diri selepas permintaan itu dipenuhi.

"Saya tidak tahu bagaimana ibu saya yang hanya mampu mengesot itu boleh mengalami kecederaan            parah begitu. Mungkin kecederaan yang dialami ibu saya itu mempunyai kaitan dengan dia (anak saudara)," ujar pesawah itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Rohana Omar ketika                      dihubungi memberitahu, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian warga emas tersebut.

"Bagaimanapun, kita telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bagi membantu siasatan               berhubung kematian warga emas berkenaan. Suspek ditangkap pada kira-kira pukul 2.30 petang hari         ini di sebuah pondok berhampiran Muzium Padi," katanya.
- Utusan Malaysia
                                                                                                                                                                       Sumber TKO - 21-7-2016                                                                                                                                     -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Police Sergeant Sentenced To 12 Months Jail For Bribery                 http://www.buletinonline.net/v7/index.php/police-sergeant-sentenced-to-12-months-jail-for- bribery/                 


KUALA TERENGGANU – The Sessions Court today sentenced a police sergeant to 12 months       jail and a RM20,000 fine after he pleaded guilty       to two bribery charges related to fabricating a person’s urine test in 2013.
Mohd Daud Nawi, 53, who was attached to the Dungun police anti-narcotics division, had       committed the offences on two separate                 occasions in January 2013.
In the first case, he was charged on April 17,               2013 with soliciting RM1,000 from one Muhammad Ameer Izzuddin Samad, 24, as inducement for        him to alter the urine test result of the latter, who is believed to have tested positive for drugs.
The incident occured in a house at Taman Mulia in Bandar Al-Muktafi Billah Shah in Dungun about               8pm on Jan 12, 2013.
He was charged under Section 16(a)(B) of the             Malaysian Anti-Corruption Act 2009 which is             punishable under Section 24 of the same act.
In the second case, he was charged on April 17,          2013 with receiving RM1,000 from the same person as an inducement for him to alter the urine test result of the latter, who is believed to have tested positive for               drugs.
The incident occured in front of a Maybank branch              at Jalan Baru Pak Sabah in Dungun about 6pm on January 14, 2013.
He was charged under Section 17(a) of the Malaysian Anti-Corruption Act 2009 which is punishable   under Section 24 of the same act.
For each of the charges, the maximum penalty is not more than 20 years jail and a fine not less than           five times the amount of the bribe, or RM10,000, whichever is higher.
Judge Asmadi Hussin sentenced Mohd Nawi to six months jail and RM10,000 fine, in default of two weeks’ imprisonment, for each of the charges. He also ordered him to serve the jail term concurrently   from yesterday.

Deputy public prosecutor Farah Yasmin Salleh appeared for the prosecution while Mohd Nawi was represented by Hasif Kumar.-nst                                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber BO - 18-7-2016                                                                                                                          

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kebumi bayi tanpa kebenaran
Posted on Friday, July 15 @ 10:12:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31021
                                                                                                                                                                           KAMPUNG RAJA - Pihak polis terpaksa menggali semula kubur dipercayai milik seorang bayi 

lelaki selepas dikebumikan ahli keluarga tanpa kebenaran di tanah perkuburan Islam Bandar Jertih, 
di sini, kira-kira jam 4 petang kelmarin.


Ketua Polis Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, tindakan itu diambil susulan 
laporan polis dibuat pihak Hospital Besut mengenai seorang pesakit wanita berusia 21 tahun yang 
datang mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan, kira-kira jam 11 malam, Ahad lepas.

Menurutnya, pihak hospital mendakwa wanita yang merupakan penuntut sebuah kolej swasta itu memberitahu telah melahirkan anak di dalam tandas rumahnya, bagaimanapun bayi tersebut sudah meninggal dunia.

Menurutnya, wanita itu memberitahu pihak hospital yang jenazah bayinya dikebumikan ahli keluarga 
di Tanah Perkuburan Islam Bandar Jertih, sementara abang kandungnya membuat laporan polis menyatakan pesakit dan bayinya dibawa ke hospital.

“Pegawai perubatan dan hospital menafikan ada menerima serta mengesahkan punca kematian dan memberi kebenaran mengebumikan bayi tersebut,” katanya.

Susulan itu, polis terpaksa mendapatkan perintah mahkamah bagi menggali semula kubur bayi lelaki tersebut yang ditanam pada malam Ahad.

“Selepas mendapat perintah mahkamah, sepasukan anggota forensik menggali semula kubur tersebut 
yang turut disaksikan abang wanita itu untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya.

Kata Mohd Zamri, mayat bayi cukup sifat tersebut dihantar ke hospital untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris wanita itu untuk dikebumikan semula.

Menurutnya, wanita belum bersuami itu dikatakan melahirkan bayi tersebut di dalam tandas 
rumahnya di sebuah kampung yang terletak kira-kira 10 kilometer daripada kubur tersebut dan dia 
kini dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Hasil bedah siasat mendapati tidak ada unsur jenayah yang menyebabkan punca kematian bayi 
tersebut, namun siasatan lanjut sedang dilakukan termasuk usaha mengesan pasangan wanita itu.

Menurutnya, bayi lelaki tersebut dipercayai dilahirkan cukup bulan dan sebelum ini ahli keluarga 
dikatakan tidak mengetahui wanita itu mengandung.

“Wanita itu tidak tinggal bersama keluarga kerana belajar di kolej swasta di luar daerah ini dan 
pulang ke rumah sempena Aidilfitri baru-baru ini. Ahli keluarga mengetahui selepas wanita itu 
 mengadu sakit perut dan bersalin, sebelum membawanya ke hospital memandangkan berlaku 
kecederaan pada vagina,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut sedang 
dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

-Sinar Harian Online Edisi Terengganu-



Sumber TKO - 15-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                    
Cetak Duit Sendiri Di Rumah
Posted on Thursday, July 14 @ 14:19:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu














http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31008                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               KUALA LUMPUR:  Sara hidup dengan mencetak wang palsu di rumah. Itu antara kegiatan jenayah seorang lelaki tempatan yang menyimpan impian bergelar jutawan segera.

Suspek berusia 35 tahun itu dikesan menjalankan kegiatan itu bersendirian sejak tiga bulan lalu dan mencetak wang palsu berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Kegiatan suspek bagaimanapun dibongkar selepas kediamannya di Jalan Rusa, Kampung Genting
Klang Baru, Selangor, diserbu polis malam kelmarin, selain wang palsu berjumlah lebih RM1,500 dirampas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, tindakan
diambil pihaknya selepas mendapat maklumat daripada orang ramai berhubung aktiviti haram.

“Polis kemudiannya membuat risikan sebelum sepasukan polis dari Balai Wangsa Maju diketuai
Ketua Balai Asisten Superintendan Cleda F Among pergi ke rumah suspek jam 7 malam.

“Setibanya di lokasi, kami bertindak menahan suspek dan membuat pemeriksaan di kediaman itu.
Polis menemui pelbagai alatan untuk mencetak wang haram selain menemui wang palsu yang siap dicetak,” katanya, semalam.

Menurutnya, polis kemudiannya menahan suspek selepas menemui pelbagai bukti yang cukup untuk mengaitkan lelaki itu dengan aktiviti pemalsuan wang.

“Antara peralatan yang dirampas adalah mesin pencetak, gunting, sebotol gam kertas, pembaris besi,
pisau pemotong kertas dan pensel.

“Wang palsu siap dicetak yang ditemui adalah enam keping bernilai RM100, sembilan keping RM50,
tiga keping RM20 dan sekeping bernilai RM10,” katanya.

Mohamad Roy berkata, polis turut menemui dua helai kertas tertera not RM100, RM50 dan RM10
yang belum sempat dipotong.

Beliau berkata, lelaki ini dipercayai bergerak secara solo dan tidak membabitkan mana-mana
kumpulan sindiket pemalsuan wang.

“Kami percayai suspek aktif sejak tiga bulan lalu dengan mencetak wang bagi kegunaan sendiri.
Suspek tidak mengedarkan wang palsu itu kepada mana-mana kumpulan,” katanya.

- Harian Metro                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  Sumber TKO - 14-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi baru daun ketum goreng celup tepung
Posted on Tuesday, July 12 @ 12:04:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30983



Bagi meraih keuntungan, kini terdapat pula pihak yang dilapor menjual snek daun ketum sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam.

Perkara ini dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan 

di Pulau Pinang.

"Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan kemudian digoreng 

hingga rangup sebelum dimakan seperti snek," kata Pengarahnya Mohammed Nazer Mustafa kepada Bernama.

Beliau khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini.


"Kita khuatir produk baharu ini akan menjadi 'test market' sebelum diperluaskan ke kawasan lain.
Mereka mungkin nak uji kaji terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan tinggi 

 atau tidak," katanya.

Pada masa yang sama beliau menyarankan agar kerajaan segera meletakkan bahan ketum di bawah 

Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam 
pokok ketum.

"Sekarang kita tak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam ketum bukan merupakan satu kesalahan. Jika memetik daun ketum baru merupakan satu kesalahan.


"Jadi antara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum, mereka 

perlu memetiknya sendiri. Dengan cara ini pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang 
jika serbuan pihak penguat kuasa dilakukan," jelasnya.

Mohammed Nazer berkata kini terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 orang di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1).
Malaysia meletakkan kesalahan penyalahgunaan ketum di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes, pesalah hanya akan didenda.
- Bernama                                                

Sumber TKO - 12-7-2016                                                                                   -------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                           Tiga Rakyat Indonesia Diculik Di Lahad Datu
Posted on Monday, July 11 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah














http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30977                                                                                                                                                                                                             
LAHAD DATU: Tiga rakyat Indonesia diculik lima lelakibersenjata di perairan Felda Sahabat, dekat              sini ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan           pada 11.40 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata mangsa yangdikenali sebagai Lorence     Koten, 34; Teo Dorus Kopong, 42; dan Emanuel, 46; bekerja di sebuah kapal pukat tunda milik          syarikat tempatan yang turut dinaiki empat anak kapal.

Katanya, ketika kejadian kesemua tujuh anak kapal yang berada di atas kapal pukat tunda itu sedang melakukan aktiviti menangkap ikan, sebelum dipintas sebuah bot laju yang dinaiki lima penjenayah berkenaan.

"Apabila berjaya memintas kapal pukat tunda itu, tiga daripada suspek yang antaranya bersenjatakan senapang M16 dan M14 naik ke atas kapal dan bertindak menggeledah dan mengambil semua                       telefon serta beberapa dokumen termasuk pas pengecualian perintah berkurung.

"Suspek kemudiannya melarikan tiga mangsa berkenaan. Bagaimanapun empat lagi anak kapal                dibebaskan oleh penjenayah itu," katanya pada sidang media di sini,Ahad.

Abdul Rashid berkata semasa kejadian itu tiada sebarang kekerasan serta kecederaan dilaporkan dan kempat-empat mangsa yang dibebaskan kini sedang diambil keterangan oleh pihak polis bagi             membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa culik berkenaan mempunyai pasport dan mengikut keterangan mangsa yang dibebaskan, suspek menggunakan Bahasa Melayu, namun bukan    loghat tempatan.

"Setakat ini belum ada panggilan telefon yang diterima oleh majikan untuk meminta wang tebusan            dan kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi...bagi peluang polis untuk      menjalankan siasatan lanjut," katanya. -Bernama                                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber TKO -11-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------         

Pengerusi MyWatch ditahan sekali lagi
Posted on Monday, July 11 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30976














KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R. Sri                   Sanjeevan yang ditahan bulan lalu atas tuduhan  memeras ugut ditahan sekali lagi hari ini.

Sanjeevan, 32, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 4.30 petang Ahad mengikut Akta  Pencegahan Jenayah (POCA) berikutan laporan polis terbaru terhadap beliau.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat  (D7) Bukit Aman Datuk               Roslee Chik berkata pihaknya akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Jalan Duta      esok.

Sanjeevan sebelum ini ditahan reman beberapa kali mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah     kerana disyaki melakukan ugutan jenayah dan pemerasan terhadap pengendali judi ekor tanpa lesen.

Menurut peguamnya R. Prakash, sejak ditahan 22 Jun lalu, terdapat tujuh laporan polis dibuat           terhadap Sanjeevan.

Bulan lalu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menahan  

Sanjeevan  di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan.

Turut ditahan ialah pemandu kepada pengerusi NGO terbabit, M.Muthukumar yang merupakan   warganegara India.

Penahanan itu dibuat selepas polis me­nerima laporan daripada seorang pengadu yang dikatakan telah   diugut oleh suspek supaya membayar wang perlindungan bernilai RM25,000 sekiranya kegiatan         mereka tidak mahu di dedahkan.

                                                                                                                                                                          Sumber TKO - 11-7-2016                                
-----------------------------------------------------------------------------                                                                                                               Rompak RM90,000 Di Bank Singapura Guna Sehelai Kertas

Posted on Friday, July 08 @ 21:56:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30945

















SINGAPURA: Polis Singapura sedang memburu lelaki warga Australia yang merompak lebih 
RM90,000 ($30,000) menerusi bank Standard Chartered di Holland Village dengan hanya 
menggunakan sehelai kertas.
Suspek yang dikatakan berkulit putih itu berlegar-legar di dalam bank pada tengah hari dan
menghulurkan nota ancaman kepada kakitangan pada Khamis.

Menurut sumber siasatan, beberapa minit selepas kejadian, suspek kelihatan berjalan keluar bersama sejumlah wang yang telah dirompak.

Jurucakap polis mengesahkan bahawa tiada senjata api digunakan melainkan hanya sehelai kertas
bernota sahaja.

Kelihatan ramai pelanggan hadir di bank tersebut sehari selepas kejadian rompakan itu berlaku.

The Straits Times pula melaporkan bahawa beberapa pelanggan bimbang terhadap kes yang terjadi.

Pesara Daniel Liu, 60, berkata dia tidak fikir rompakan tersebut akan berlaku selepas ini.

"Singapura merupakan bandar selamat dan mempunyai reputasi yang bagus," katanya.

Selain itu, langkah-langkah keselamatan telah dipertingkatkan di bank tersebut bagi mengelak dari berlakunya kejadian yang sama.

Apabila dibuka semula pada pukul 10 pagi pada Jumaat, terdapat seorang pengawal keselamatan
Certis Cisco ditempatkan berhampiran pintu masuk.

"Jika ada pengawal keselamatan di pintu masuk semalam, pasti kejadian tersebut tidak akan terjadi,"
kata Willy Lau, 43, pelanggan bank itu.

Sementara itu, rompakan bank jarang berlaku di Singapura kerana negara tersebut telah
mengharamkan pemilikan senjata api peribadi dan turut terkenal sebagai salah satu bandar paling
selamat di Asia.

Terdahulu kes rompakan bank yang terakhir berlaku pada November 2008 di mana seorang lelaki menyamar sebagai wanita dan mengugut juruwang akan meletupkan bom di dalam beg kertas yang
dibawa.

Perbuatan tersebut telah dihalang oleh kakitangan bank dan lelaki tersebut telah pun didakwa. -
Mstar

Sumber TKO - 8-7-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dua Mati Ditetak Di Pusat Hiburan Solaris Dutamas

Posted on Friday, July 08 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30939

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan di ibu negara pagi tadi digegar dengan satu insiden tetak
yang meragut dua nyawa.

Kejadian pada lewat malam semalam disyaki tercetus akibat salah faham antara dua kumpulan.

Menurut laporan polis, insiden berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di Solaris Dutamas 1 di
Jalan Duta. Ketika insiden, terdapat lebih 50 orang pelanggan di premis tersebut.

Siasatan awal polis menerusi semakkan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sekumpulan suspek
yang menaiki dua buah kenderaan berhenti di hadapan premis tersebut, sebelum menyerang
ketiga-tiga mangsa.

Memetik laporan polis, sehingga kini tiada saksi tampil memberi maklumat terperinci berhubung
kejadian tersebut.

Orang awam serta pekerja berhampiran premis tersebut memaklumkan kesemua suspek memakai
topeng muka dan bersenjatakan parang.

Kesemua suspek melarikan diri menggunakan kenderaan yang sama sejurus menyerang ketiga-tiga
mangsa.

Mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita, meninggal dunia beberapa jam ketika mendapat rawatan
di Hospital Kuala Lumpur berikutan cedera parah akibat ditetak manakala seorang lagi pengunjung
lelaki cedera parah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian itu.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Rusdi juga mengesahkan polis telah menahan enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu, sekitar ibu negara kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Beliau berkata motif serangan dipercayai balas dendam serta terdapat elemen kongsi gelap.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Awani

Sumber TKO - 8-7-2016

----------------------------------------------------------------------------
Ejen hartanah dibunuh kerana money game?

Posted on Thursday, July 07 @ 23:50:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30933


















PETALING JAYA: Ejen hartanah wanita yang dibunuh penembak bermotosikal di Taman OUG
semalam disyaki ada kaitan dengan pembabitannya dalam skim piramid mengumpul dana haram 
(money game).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa yang dipetik Oriental Daily
berkata, polis tidak menolak kemungkinan punca kematian wanita itu ada kaitan dengan mangsa dan suaminya yang berusia 39 tahun pernah terbabit dalam ‘money game’.

“Suami mangsa mengaku pernah menjalankan skim piramid kumpul dana haram ketika berada di
China dan beliau pulang ke tanah air baru-baru ini selepas meraih keuntungan,” katanya kepada
akhbar berbahasa Cina itu.

Tegasnya, yang pasti pasangan itu pernah menjalankan kegiatan mengumpul dana haram tetapi polis
tidak pasti jika suami mangsa pernah terbabit dalam kegiatan pelaburan Nanning.

Sehubungan itu, katanya, polis perlu menunggu siasatan lanjut selesai untuk mengetahui motif
sebenar pembunuhan mangsa.

Sementara itu, Rusdi berkata, anak perempuan mangsa berusia 8 tahun yang turut terkena tembakan
selamat menjalani pembedahan kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mengeluarkan
peluru di bahagian kiri dada dekat jantungnya.

Mangsa ditembak mati dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal ketika beliau memandu
kenderaan Vellfire bersama lima anaknya dan seorang pembantu rumah melalui Jalan Hujan Emas 4,
Taman OUG kira-kira jam 2.30 petang Rabu.

Mangsa maut di tempat kejadian selepas satu daripada lima das tembakan itu terkena lehernya
manakala anak perempuannya yang berada di tempat duduk hadapan penumpang turut cedera dalam kejadian itu.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 10,000 rakyat Malaysia terbabit dalam skim pelaburan haram
yang berleluasa di Nanning, China manakala puluhan rakyat Malaysia yang ditahan polis China pada
Mac lalu kerana menyertai aktiviti haram itu, dibebaskan kerana tiada bukti mencukupi.


Sindiket pelaburan haram itu menyasarkan keturunan Cina dari negara lain dengan alasan
pembangunan rancak di China menyebabkan kerajaan negara itu memerlukan modal besar dan
pelabur yang terjerat dibawa melawat ‘projek-projek pembangunan’ yang dikatakan disertai mereka
di China.

Sumber TKO - 8-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suspek kelapan kes bunuh Bill Kayong diberkas

Posted on Thursday, July 07 @ 15:48:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30930


MIRI: Pasukan petugas khas polis memberkas suspek kelapan berkaitan siasatan kes Setiausaha 
Cabang PKR Miri Bill Kayong yang ditembak mati di persimpangan jalan di Lutong, 21 Jun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata suspek
lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap pada pukul 10.30 malam tadi di sebuah pusat hiburan di Piasau
Utara 1, di sini.

“Pasukan petugas percaya suspek ini dapat memberikan lebih banyak maklumat mengenai
pembunuhan itu, dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri tengah hari ini untuk direman, kata
Dev Kumar dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sejak pasukan petugas itu dibentuk selepas kes pembunuhan itu, lapan suspek ditahan setakat ini dengan tujuh suspek masih dalam tahanan termasuk yang ditahan malam tadi.

Seorang daripada lapan suspek itu telah dibebaskan selepas permohonan untuk tahanan remannya
ditolak oleh Mahkamah Majistret Miri.


Beliau berkata pasukan penyiasat itu akan memohon lanjutan tahanan reman bagi enam suspek yang diberkas pada awalnya kerana siasatan masih belum lagi selesai

Sumber TKO - 7-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suspek Serangan Bom Tangan Yang Diburu Berniaga Di Pasar Malam

Posted on Wednesday, July 06 @ 19:55:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30921

BATU PAHAT:
Dua suspek militan Negara Islam (IS) yang berada dalam
senarai paling dikehendaki polis kerana terlibat dalam serangan bom tangan di
kelab malam di Puchong adalah peniaga pasar malam dan sudah lama berkawan.

Pada Isnin, polis mengenal pasti kedua-duanya sebagai Md Saifuddin Muji, 28,
dan Jasanizam Rosni, 33.

The Star telah berkunjung ke rumah mereka di Johor dan bercakap dengan ahli keluarga mereka yang terkejut kedua-duanya mempunyai kaitan dengan
serangan itu.

Adik lelaki Jasanizam, Irsyad Rosni, 23, berkata Saifuddin akan memandu ke
rumah keluarga mereka di Parit Raja di sini untuk mengambil abangnya yang dipanggil Ijam di kalangan orang terdekat.

"Saya boleh cam dia apabila saya melihat dua gambar yang disebarkan di media sosial," kata Irsyad di rumahnya di Kampung Parit Haji Salleh Ros.

Irsyad, yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kewangan di Kuala Lumpur, berkata Ijam berniaga kecil-kecilan di pasar malam berhampiran rumah keluarganya.

"Dia tinggal di rumah keluarga dengan isteri dan tiga anaknya untuk menjaga
ibu yang berusia 66 tahun. Ayah kami meninggal dunia beberapa tahun lalu," katanya, sambil menambah Ijam, anak keenam daripada lapan adik-beradik,
jarang keluar jauh dari rumah.

Irsyad berkata Ijam tidak pulang sejak hujung minggu lalu.

"Kali terakhir saya jumpa dengannya pada minggu kedua Ramadan. Kami
berbual ringkas seperti biasa dan dia bertanya tentang kerja dan kesibukan
kerja saya," katanya.

Irsyad berkata ibunya terkejut apabila polis datang mengetuk pintu rumah
mereka pada Ahad, bertanya tentang Ijam.

"Kami terkejut apabila dapat tahu dia diburu berkaitan serangan bom tangan.

"Selagi kita tidak tahu keseluruhan cerita, lebih baik kami bertenang. Tetapi Hari Raya tahun ini tidak akan meriah untuk kami," katanya.

Keluarga Saifuddin berkata dia kali terakhir dilihat di rumah mereka di Kampung Parit Gantung di Seri Merlong, Rengit, Jumaat lalu.

Sejak itu dia tidak dapat dihubungi.

"Ibu saya kecewa dan kehilangan kata-kata," kata abang Saifuddin yang enggan namanya disiarkan.

Beliau berkata Saifuddin rapat dengan ibu mereka.

"Dia selalu membantu di pasar malam dan biasanya pulang ke rumah selepas
kerja. Dia bukan jenis yang selalu keluar," katanya.

Serangan bom tangan di Movida Kitchen, Bar & Club Lounge di Puchong Selasa
lepas menyebabkan lapan orang cedera.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan pada Isnin bahawa serangan itu dilakukan oleh dua militan IS, yang telah ditahan pada Jumaat di sebuah kilang di Klang di mana mereka bekerja.

Beliau berkata Saifuddin dan Jasanizam dipercayai terlibat dalam serangan itu,
yang merupakan serangan pertama IS di negara ini.

Sumber TKO - 6-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Seorang lagi maut ditembak di leher
Posted on Wednesday, July 06 @ 19:52:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=
30920


KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas
 kenderaan yang mereka naiki ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki
 menunggang motosikal di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama,
 di sini, petang ini.



Dalam kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun sedang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire bersama lima orang anak 

berusia antara dua hingga 13 tahun serta seorang pembantu rumah. 



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata mangsa yang bekerja sebagai ejen hartanah itu ditembak 

lima das menerusi cermin tingkap sebelah pemandu. 



"Satu peluru mengenai lehernya, manakala anak perempuannya yang berusia 

 lapan tahun di tempat duduk penumpang hadapan dipercayai terkena 

 tembakan pada sisi sebelah kanan kepala. 



"Ada saksi mendakwa melihat suspek berlegar-legar menaiki sebuah motosikal 

di sekitar kawasan kejadian tidak lama sebelum tembakan," katanya di sini, tadi. 


Buat masa ini polis belum dapat memastikan motif kejadian dan identiti suspek. 


"Anak mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk 

 rawatan namun kita belum dapat memastikan tahap kecederaannya. 



"Tembakan berlaku di tengah simpang jalan yang dikelilingi beberapa restoran, 

dan kita yakin ada saksi melihat kejadian ini dengan jelas selain kita akan 

meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada berhampiran tempat kejadian," katanya.


Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Sumber TKO - 6-7-2016

-----------------------------------------------------------------------------

Warga emas dibelasah, kereta dipecahkan

Posted on Wednesday, July 06 @ 07:14:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30913

Video sekumpulan besar orang awam bertindak ganas membelasah seorang
pemandu kereta warga emas, pagi tadi menjadi viral di media sosial

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), depan premis Maybank itu, mangsa seorang lelaki warga emas dibelasah dengan teruk selain keretanya ditendang, cermin dipecahkan, lampu sisi dipatahkan.



Menurut laman Wartawan Jalanan, mangsa dikatakan tersalah masuk ke lorong 

yang tidak sepatutnya sehingga terlanggar sebuah motosikal, sebelum dibelasah 

oleh sekumpulan besar orang awam yang membeli belah di Jalan TAR.



Dalam video tersebut, beberapa anggota polis trafik dan orang awam cuba menghalang sekumpulan individu yang terus menerus membelasahnya, namun 

tidak diendahkan. Malah mereka dengan kejamnya telah memasuki kereta itu 

dan membelasah mangsa.



Anak mangsa, Mohd Zulfadhli Mohd Kassim, tampil mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian malang yang menimpa bapanya itu.



“Terima kasih pada semua sahabat yang viralkan kes bapa saya ‘dikendurikan’ beramai-ramai sejak dari awal pagi tadi. Banyak maklumat saya 

dah dapat. Beberapa orang yang bertanggungjawab pun dah dapat. Kes ini juga 

telah naik sampai pada pihak Kementerian Dalam Negeri.



“Mohon hentikan spekulasi tentang sesiapa sahaja jika tidak tahu cerita yang 

sebenar. Jika ada yang berkenaan, sila hubungi saya. Saya akan maklumkan sebarang berita,” katanya.



Menurut saksi di tempat kejadian. kereta yang dipandu mangsa telah memasuki lorong tersebut dan terlanggar sebuah motosikal. Namun tiada sebarang 

kecederaan yang berlaku.



Malah penunggang motosikal terbabit juga beredar tanpa sebarang insiden yang 

tidak diingini.



Malangnya beberapa orang awam yang lain mula menendang dan membaling 

objek keras pada kereta mangsa sehingga mencetuskan kejadian yang tidak 

diingini. – Pixel Media


https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=HRgWpGCz03c







Video kredit : ChinaPress


Sumber TKO - 6-7-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Polis: Kes bunuh Bill Kayong selesai, senjata diperoleh
Posted on Wednesday, July 06 @ 07:08:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=
30912


PETALING JAYA: Polis yakin kes pembunuhan aktivis PKR Bill Anak Kayong 
berjaya diselesaikan susulan pengakuan saspek dan perolehan senjata yang digunakan dalam jenayah itu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak mengakui polis masih lagi mengesan beberapa
saspek yang masih bebas, namun bagi yang ditahan hanya menanti masa untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Dengan tangkapan saspek-saspek ini dan rampasan senapang patah, kita yakin
kes pembunuhan Bill Anak Kayong berjaya diselesaikan.

“Usaha-usaha masih lagi berjalan untuk mengemaskini siasatan dengan tujuan menuduh saspek-saspek yang terlibat di Mahkamah,” kata Datuk Manzlan
Mansor dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, saspek antara 5 lelaki dan 1 wanita dalam lingkungan
umur 22 dan 41 tahun yang ditahan dalam satu operasi pada 30 Jun dan 1 Julai
lalu.

Pengakuannya membawa kepada penemuan senapang patah dan beberapa
butir peluru termasuk satu kelongsong yang disembunyikan di rumahnya di
Jalan Hai Nam Lama, Miri, dipercayai digunakan untuk menembak Bill.

Pada 21 Jun lepas lebih kurang 8.15 pagi, Bill ditembak mati ketika menunggu
dalam keretanya di persimpangan lampu isyarat pasaraya E-Mart di Tudan, Miri.
Hasil bedah siasat dan siasatan forensik keatas kenderaan mangsa mendapati
saspek menggunakan senapang patah jenis shotgun.

Bill ditembak sekali di lehernya.

Menurut Mazlan, tiada saksi yang menyaksikan kejadian tampil ke hadapan membantu siasatan, dan tiada kamera litar tertutup di tempat kejadian yang merekodkan jenayah itu.

“Dari mulanya, pihak polis telah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan kes
ini,” tambahnya.

“Butir-butir lanjut tentang saspek-saspek yang masih bebas belum dapat
didedahkan pada masa ini.”


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penubuhan
kumpulan siasatan khas susulan pembunuhan ini yang diketuai oleh Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar, dengan bantuan
kepakaran daripada JSJ Bukit Aman.


Sumber TKO - 6-7-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pejabat JPJ Jalan Genting Kelang Disamun RM754,000

Posted on Tuesday, July 05 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30902

KUALA LUMPUR:
Dua lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai kira-kira RM754,000
dalam kejadian samun di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur di Jalan Genting Kelang, Setapak di sini, Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata, dalam kejadian 5.40
petang itu, kedua-dua suspek bertopi keledar masuk ke pejabat berkenaan menggunakan pintu
belakang.

Katanya, suspek bertindak mengacukan parang ke arah seorang pegawai awam perempuan sebelum bertindak merampas wang tunai di kaunter bilik Unit Hasil.

"Pada waktu kejadian proses pengiraan wang hasil pendapatan harian di lakukan dua pegawai awam," katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata. 

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron ketika dihubungi Bernama mengesahkan
perkara itu dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Sumber TKO - 5-7-2016

----------------------------------------------------------------------------



IS Rancang Lebih Banyak Serangan Di Malaysia Selepas
Insiden Movida - KPN


Posted on Tuesday, July 05 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30901

KUALA LUMPUR:
Kelab malam Movida menjadi sasaran IS kerana ia dianggap sebagai sesuatu
yang "tidak Islamik", kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata, pengeboman itu yang pertama kali dilakukan IS di Malaysia hanya
merupakan langkah permulaan bagi siri serangan yang dirancang kumpulan militan tersebut.

"Dua lelaki yang melakukan serangan itu turut menyasarkan pemimpin kanan kerajaan, pemimpin
kanan PDRM (Polis DiRaja Malaysia) dan hakim-hakim kerana mereka merasakan kumpulan ini menghalang kegiatan mereka.

"Mereka menerima arahan daripada anggota militan IS, Muhamad Wanndy Mohamad Jedi dari Syria,
bagi melancarkan serangan," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Isnin.

Sumber TKO - 5-7-2016

--------------------------------------------------------------------------------


IGP sahkan bom di Puchong didalangi IS

Posted on Monday, July 04 @ 20:10:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30890



Polis mengesahkan terdapat pembabitan elemen militan Negara Islam (IS) dalam serangan letupan 
bom di sebuah kelab malam atau pusat hiburan di Puchong pada 28 Jun lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia adalah serangan pertama IS di negara ini
dan pihaknya telah menahan 15 orang, termasuk dua anggota polis berhubung dengan siasatan kes itu.
“Hasil siasatan kita, kita mendapati memang benar, ada penglibatan elemen IS dalam kejadian yang
berlaku pada Movida.

“Kita telah menangkap 15 orang yang kita syaki,  bukan semua terlibat dalam kejadian Movida itu,
tetapi terlibat dalam kegiatan IS.

“Tujuh orang di Kedah, empat orang di Selangor, dua orang (di) Kuala Lumpur, Melaka satu orang
dan Pulau Pinang satu orang,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam serangan itu, lapan orang cedera, tetapi pihak polis pada mulanya menolak terdapatnya unsur keganasan.

Walau bagaimanapun, sebuah lama
Facebook yang dikaitkan dengan
 militan IS, Muhamad Wanndy
Mohamad Jedi mengaku
bertanggungjawab terhadap kejadian
itu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata,
serangan itu dipercayai dilakukan atas
arahan seorang ahli IS warga Malaysia
itu yang kini berada di Syria.

"Mereka menerima arahan daripada Muhammad Wanndy untuk melakukan serangan di pusat hiburan
di negara ini.

"Selain itu, sasaran mereka adalah pemimpin kanan negara, polis serta hakim," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati penyerang memperoleh bom tangan yang digunakan dalam
kejadian itu dari negara jiran.

"Kami turut merampas pelbagai senjata tajam selain barangan seperti bendera kumpulan IS daripada
suspek.

"Ini merupakan kes bom yang pertama di negara ini dan kita akan jalankan siasatan secara terperinci," katanya.
Khalid berkata pihaknya juga sedang memburu dua lagi suspek yang turut terbabit dalam insiden
letupan itu selepas menahan dua lelaki yang disyaki mendalangi serangan itu.

Katanya, kedua-dua mereka ditahan di Pelabuhan Klang pada 1 Julai lalu dan dua lagi rakan subahat
mereka juga sudah dikenal pasti identiti mereka.

“Suspek iaitu Md Saifuddin Muji, 28, dan Jasanizam Rosni, 33, yang dipercayai bersubahat
melancarkan serangan di Movida pada 28 Jun lalu.

"Kami meminta orang ramai untuk segera melaporkan kepada polis jika melihat mereka," katanya.

Pada serangan itu, sekurang-kurangnya lapan cedera, seorang daripadanya parah, dalam insiden
letupan dipercayai berpunca daripada bom tangan dekat sebuah premis hiburan di IOI Boulevard,
Puchong.

Sumber TKO - 4-7-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Gambar aib Najib: Penulis buku direman tiga hari

Posted on Sunday, July 03 @ 13:51:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

















http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30871


JOHOR BAHRU - Seorang penulis buku terkenal direman selama tiga hari bermula hari ini, bagi 
membantu siasatan terhadap kes menyebarkan gambar mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri 
Mohd Najib Razak dalam kejadian Jumaat lalu.
Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Norhidayah Abd Manaf membenarkan penulis direman sehingga Selasa ini selepas mengambilkira faktor kesihatan tertuduh yang menghidap
kencing manis dan darah tinggi.

Mengikut faktas kes, pada Jumaat lalu kira-kira jam 7.00 pagi semasa pengadu berada di rumah di Senggarang, Batu Pahat menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang memaparkan gambar
tidak senonoh Najib yang dihantar oleh penulis.

Pengadu mendapati gambar berkenaan telah diedit dan menjatuhkan moral pemimpin pertama negara.
Penulis pada mulanya ditahan polis di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari mulai hari ini hingga 6 Julai (Rabu ini).
Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dia yang memakai baju lokap bewarna unggu dibawa ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi tadi.

Sumber TKO - 3-7-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Video Viral Kumpulan Melayu Langgar Kedai Judi
Sebenarnya Bermotifkan Wang Perli


Posted on Saturday, June 25 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30723

Motif tindakan sekumpulam individu memecah masuk dan merosakkan peralatan sebuah
premis judi di daerah Kuala Selangor hanyalah bertujuan untuk mendapatkan wang
perlindungan semata-mata bukannya bertindak memerangi kes premis judi seperti yang
diviralkan, lapor skuad Kuala Selangor, Arziana mohmad azaman.

Video : https://www.facebook.com/sinar.tv/videos/1095143563865740/ 

Sumber TKO - 25-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kejadian Tembak Menembak Di Batu Caves

Posted on Tuesday, June 21 @ 16:43:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30638



SEORANG lelaki cedera parah selepas ditembak individu tak dikenali dalam satu kejadian di
persimpangan lampu isyarat Jalan Sunway, Batu Caves menghala ke Sri Gombak.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila seorang lelaki yang berjalan kaki di kawasan tersebut tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua buah kereta yang berhenti di persimpangan lampu
isyarat berkenaan.

Kejadian menyebabkan jalan di persimpangan bawah jejantas expressway Batu Caves ditutup buat sementara waktu.



Rakaman video dan gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai berketurunan India, merintih kesakitan di sebelah kereta jenis Proton Satria berwarna kuning akibat ditembak.

Petugas perubatan kemudiannya dirakam mengusung mangsa untuk rawatan lanjut.



Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dan penyiasatan
sedang dijalankan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berkaitan insiden ini. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 21-6-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Calon PKR PRN Sarawak mati ditembak
Posted on Tuesday, June 21 @ 16:35:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30637

SHAH ALAM – Calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Bill Kayong maut ditembak
dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi tadi.

Menurut PKR dalam satu kenyataannya pagi ini, Bill ditembak ketika berada di lampu isyarat Jalan
Kuala Baram berhampiran sebuah pasar raya Emart One-Stop pagi ini.

Bill dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi kemas kini status di laman Facebooknya hari ini turut menggesa pihak polis agar dapat menjalankan siasatan dan memberkas penjenayah terlibat ke muka pengadilan.

“Keadilan menggesa agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas dan membawa mereka
yang terlibat dalam jenayah ini ke muka pengadilan

“Keadilan juga mengucapkan takziah kepada keluarga Bill dan semoga mereka tabah menghadapi
dugaan yang cukup besar ini,” katanya.

Bill sebelum ini bertanding di kerusi Bekenu pada PRN Sarawak lalu namun kalah kepada calon BN,
Rosey Yunus.

Selain itu, Bill juga merupakan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu
Keng.

Sumber TKO - 21-6-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pedofilia Yang Wajib Diketahui Oleh Ibu Bapa Di Malaysia


Posted on Saturday, June 18 @ 13:45:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30571
Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kes seorang pelajar, Fitri Azmeer Nordin yang
disabit bersalah kerana memiliki gambar dan video pornografi kanak-kanak

  • Sejauh mana anda tahu apa itu pedofilia?
  • Seorang pakar seksologi di University of Toronto, Dr. Ray Blanchard berpendapat 
    • Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan seseorang untuk memenuhi nafsu seksual
      says.com
    •  dengan melibatkan kanak-kanak. Sering kali pedofilia datang daripada golongan 
    • lelaki dewasa yang tertarik dengan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan 
    • secara seksual.

      Meskipun seseorang itu hanya mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-
    • kanak, walaupun tanpa menyentuh mereka, dia masih dianggap sebagai pedofilia.

  • bahawa pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seseorang itu mempunyai nafsu 
  • seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
  • Menurut Persatuan Psikiatri Amerika (APA), sifat mempunyai nafsu terhadap kanak-
    • "Pedofilia merupakan gangguan pedophilic iaitu tarikan seksual seseorang
      says.com
    • terhadap kanak-kanak. Ia menyebabkan mereka rasa bersalah, bimbang, terasing, 
    • atau mempunyai kesukaran dalam mengejar matlamat peribadi yang lain," kata Dr. 
    • Blanchard.
  • kanak atau pedofilia adalah sejenis penyakit mental
  • Bagaimana pedofilia berkait dengan kes penculikan dan rogol kanak-kanak?
  • Terdapat banyak kes culik dan kanak-kanak dirogol di Malaysia. Walau bagaimanapun, 
  • ramai yang masih tidak menyedari bahawa kes-kes ini berkait rapat dengan pedofilia.
  • Salah satu kes yang berlaku pada tahun 2007 menyentuh jiwa seluruh rakyat Malaysia 
    • Bedah siasat mayat mangsa mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan
      bernama.com

    • terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektum mangsa pecah hingga 
    • dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayatkan 
    • kanak-kanak itu.

  • adalah kisah Nurin Jazlin yang ditemui maut dalam keadaan yang sangat menyayat hati
  • Berapa banyak kes kehilangan kanak-kanak yang berlaku di Malaysia?
  • Mengikut statistik ibu pejabat polis Bukit Aman, terdapat 4,998 kes individu yang dilaporkan hilang pada tahun 2013 dan hanya 2,382 orang berjaya ditemui semula
    • Sementara itu, 45 peratus daripada kes orang hilang membabitkan remaja dan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.
      selangorku.com
  • Jadi, apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk melindungi anak-anak mereka daripada menjadi mangsa pedofilia?
  • Ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melakukan perkara yang 
    • Sebuah akaun Facebook milik 'Biru Laut' telah berkongsi beberapa panduan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti:

      1) Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak 
      says.com
    • sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan.

      2) Jangan sesekali memberitahu atau post lokasi sekolah atau kawasan 
    • beradanya anak anda di laman sosial

      3) Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh 
    • kemaluannya.

      4) Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan.

      5) Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa atau takut 
    • berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila 
    • mendekati seseorang.

      6) Membiarkan anak-anak terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah 
    • pergi kemana-mana keseorangan diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang 
    • dipercayai.

      7) Jangan membiasakan anak-anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih 
    • lagi seorang lelaki.

  • boleh menarik perhatian pedofilia terutama sekali di laman sosial
  • Apakah kesan yang dialami oleh kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada 
  • serangan seksual?

  • Kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan seksual mungkin akan mengalami trauma 
  • seumur hidup mereka
    • Perkara ini turut boleh membawa kepada kemurungan, kebimbangan, masalah pemakanan dan tidak mempunyai keyakinan diri di kalangan kanak-kanak dan impak daripada yang dialami amatlah besar.

      Menurut Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Dr. Mariani Mohd. Nor peristiwa seperti ini akan meninggalkan kesan perasaan seperti takut kepada kanak-kanak tersebut. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memberi perhatian penuh terhadap anak-anak mereka.

Sumber TKO - 18-6-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Halim Ishak, Wira Di Sebalik Pembebasan Tebusan Abu
Sayyaf



Posted on Friday, June 17 @ 03:42:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30537


KUALA LUMPUR: Di sebalik pembebasan empat rakyat malaysia yang diculik kumpulan Abu 
Sayyaf April lalu, siapakah wira sebenar dalam memastikan misi itu berjaya?

Nama Pengerusi Malaysian Community Care Foundation (MCCF), Halim Ishak, mungkin agak
asing dalam masyarakat, namun beliaulah antara orang penting dalam merintis jalan kepada misi pembebasan keempat-empat tebusan itu.

Berpegang kepada prinsip menyelamat tanpa pertumpahan darah, Halim dan beberapa individu lain memilih untuk berunding dengan Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF),
Prof Nur Misuari bagi mendapat bantuan mengesan lokasi tebusan yang diculik kumpulan Abu
Sayyaf.

"Kunjungan pertama saya berjumpa MNLF adalah pada bulan Febuari iaitu untuk bincang misi
keamanan di perairan Sabah. Profesor Nur Misuari ada menerangkan kepada saya tentang
perjuangan Islam dan perbezaan mereka dengan Abu Sayyaf dan daripada situ baru saya jelas apa itu
MNLF dan Abu Sayyaf. Dari situ Prof sedia untuk membantu dan bekerjasama dengan MCCF,"
katanya dalam satu temubual dengan Astro AWANI di ibu pejabat MCCF di sini hari ini.

Rentetan daripada kes penculikan empat kelasi rakyat Malaysia pada April lalu, beliau terus menghubungi Jeneral Sufi yang merupakan Jenaral Kanan MNLF, untuk mendapatkan respon
mengenai kes berkenaan.

"Beliau telah menjemput saya ke sana (Filipina). Sebelum pergi, saya telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi , menyatakan saya nak ke sana, dan beliau telah memberi kebenaran dan harap saya membantu menyelesaikan segera," kata bekas anggota komando
69 (VAT 69) ini.

Beliau kemudian berjumpa dengan Nur Misuari dan memberi peluang kepadanya memberikan
penjelasan dan permintaan untuk membantu membebaskan tebusan berkenaan.

"Saya telah menyatakan hasrat saya dan saya cakap saya hormati Nur Misuari , saya mengharapkan kerjasama semua jeneral yang ada. Alhamdulillah semua jeneral berlapang dada dan nak membantu,"
Justeru, empat jeneral dilantik untuk menyertai misi rundingan dengan kumpulan Abu Sayyaf.

Menurutnya, beliau dan yang lain adalah rakyat Malaysia pertama yang dibenarkan masuk ke kem
Banud Indanan, Kepulauan Jolo.

"Mereka meminta masa tujuh ke sepuluh hari untuk menyelesaikan rundingan dengan kumpulan penculik. Saya balik Malaysia dulu, dan sehingga akhir bulan saya pergi sana lagi, dan dalam perbincangan saya dapat good signal daripada jeneral Sufi bahawa tebusan selamat," ujar Halim.

Menurutnya, Nur Misuari telah mengeluarkan amaran kepada penculik bahawa jika kesemua mangsa
tidak dibebaskan, mereka dan keluarga masing-masing akan dibunuh.

"Amaran itu sekali gus menyebabkan kumpulan Abu Sayyaf berkenaan menyerahkan tebusan
kepada MNLF dan mereka mendapat pengampunan daripada pemimpin itu," jelas beliau.

Sehari kemudian, beliau telah dipanggil Nur Misuari yang memaklumkan bahawa kesemua tebusan rakyat Malaysia itu telah dibebaskan.

"Saya tanya kenapa tidak pulang sini (pihaknya), beliau cakap tidak boleh sebab masalah
kemungkinan berlaku pertempuran dengan pihak tentera sebab perancangan awal kumpulan
perunding dengan kumpulan sokongan akan bergerak sekali dan bercadang untuk ambil tebusan ke
kem," tegas beliau.

Beliau pada masa tidak menafikan risiko besar yang terpaksa dihadapi dalam memastikan rundingan
dengan dua pihak itu berjaya.

"Pada hari pertama semasa saya sampai, berlaku kejadian tembak menembak di pasar. Semasa saya
nak balik, Pengarang buku La Tahzan pun kena tembak. Saya berada 300 meter dari kawasan
kejadian," tambahnya.

Rundingan yang dibuat MNLF dengan kumpulan Abu Sayyaf berkenaan juga tidak melibatkan
sebarang wang tebusan.

"Saya mengambil pendekatan jumpa Nur Misuari dan ia tidak libat kewangan, Prof menyarankan
kepada saya supaya beritahu keluarga tebusan agar tidak membayar wang tebusan kerana hanya akan
dapat menghentikan masalah penculikan berkenaan," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan mana-mana pihak agar memberi kepercayaan penuh
kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika berdepan dengan ancaman penculikan seumpama itu.

"Sesungguhnya menyelesaikan masalah bukan mudah. Saya percaya polis berusaha
bersungguh-sungguh. Itu usaha kerajaan dan polis, namun, kita tidak boleh menidakkan bahawa ada kekurangannya. Saya yakin Ketua Polis Negara sedang menyiasat perkara itu," tambahnya.

Adik-beradik Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21,
dan seorang lagi anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing, 34 dibebaskan Rabu lalu selepas diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lalu.

-Astro Awani

Sumber TKO - 17-6-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jam Mewah Yang Dirompak di Brazil 2 Tahun Lalu
Ditemui di Malaysia



Posted on Thursday, June 16 @ 23:51:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30535

Kuala Lumpur, 16 Jun : Sebahagian dari jam mewah bernilai RM5.5 juta yang dirompak di
Brazil dua tahun lalu ditemui di Malaysia.

China Press melaporkan, kejadian itu terbongkar selepas ejen dari syarikat pembuat jam
mewah, Audemars Piguet membuat laporan polis setelah menerima seutas jam yang perlu
dibaiki dan mendapati nombor sirinya sama dengan jam yang dirompak dari Brazil.

Menurut akhbar itu, jam mewah tersebut telah dibeli oleh seorang pemilik dari Malaysia
dengan harga RM90,000 dari sebuah kedai jam mewah di Solaris Kuala Lumpur pada awal
tahun ini.

Pemilik melalui seorang ejen telah menghantar jam tersebut untuk diselenggara di Singapura,
pihak Singapura bagaimanapun mendapati nombor siri jam itu sama dengan jam yang
dirompak.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, pihaknya telah menyiasat pemilik jam
dan kedai jam di Solaris serta mendapati masing-masing mempunyai resit pembelian yang sah.

Katanya, melalui kerjasama daripada kedai jam, polis turut menemui dua utas jam mewah lain
bernilai RM120,000 yang juga merupakan 'jam rompak'.

Menurutnya, polis Malaysia bekerjasama dengan pihak berkuasa dari Singapura dan Hong
Kong untuk menyiasat sama ada'jam rompak'itu telah memasuki pasaran Malaysia dari Hong
Kong secara sah atau sebaliknya.

"Polis difahamkan jam-jam ini telah dirompak dalam satu kejadian di Brazil pada 2014,
sebanyak 93 utas jam masing-masing bernilai RM60,000 hingga RM90,000 telah dirompak
pada masa itu," katanya.


Kebanyakan jam yang hilang adalah berjenama Audemars Piguet yang dihasilkan oleh
pembuat jam terkemuka dari Switzerland yang beroperasi sejak 1875.

Dalam perkembangan berlainan di Dang Wangi, juga di Kuala Lumpur, seorang lelaki
dipercayai pengedar dadah dilaporkan mengeluarkan sepucuk pistol polis selepas pekerja hotel
enggan melanjutkan tempoh penginapan dan menyediakan makanan.

Kejadian itu berlaku di sebuah hotel lima bintang pada Isnin lalu apabila suspek hanya
menyediakan bayaran deposit sebanyak RM1,100 berbanding RM1,224 yang diminta pekerja
hotel.

Pekerja yang terkejut selepas melihat pistol berkenaan segera menuruti kehendak suspek tetapi
membuat laporan polis selepas itu.

Polis yang tiba di tempat kejadian telah menahan 11 lelaki dan wanita tempatan dan warga
asing serta menemui dadah jenis syabu seberat 2.1 gram.

Siasatan awal mendapati pistol polis yang ditunjukkan suspek itu telah dipinjamkan oleh
seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Selangor. Polis sedang
menyiasat pegawai tersebut.

Sumber TKO - 16-6-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keluarga akui serah RM12 juta pada polis untuk Abu Sayyaf


Posted on Thursday, June 16 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Keluarga empat mangsa culik di Sarawak mengakui menyerahkan RM12 juta 

wang tebusan kepada polis untuk diserahkan kepada kumpulan militan Abu 
Sayyaf pada 24 Mei lalu.

Harian Metro melaporkan, wang tebusan itu membabitkan sumbangan individu 

dan orang ramai sebanyak RM9 juta, pemberian syarikat perkapalan tempat 
mangsa bekerja sebanyak RM2 juta dan RM1 juta lagi hasil pajak gadai dua 
rumah keluarga mangsa di Pulau Li Hua, Sibu.

Bapa saudara kepada kepada salah seorang tebusan, Datuk Lau Cheng Kion berkata, wang tebusan itu 


diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei lalu.

"Kami serahkan amaun itu membabitkan 12 cek Hong Leong Bank yang setiap satunya bernilai RM1 juta dalam 

sebuah beg sebelum diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 
Mei, sekitar jam 4 hingga 6 petang.

"Semua wang itu sudah diserahkan kepada mereka (kumpulan militan Abu 

Sayyaf) dan kami tidak mengambilnya walau satu sen pun," katanya yang merupakan bapa saudara kepada tebusan Johnny Lau Jung Hien.

Lau berkata, selepas keluarga mangsa membuka akaun Facebook merayu 

bantuan orang ramai, mereka menerima maklum balas positif.

"Sumbangan diterima dari Papua New Guinea, Taiwan, China, Pulau Solomon 

dan Malaysia. Ada individu yang memberikan amaun besar dalam sumbangan 
itu, namun tidak mahu namanya didedahkan.

"Sesiapa yang ingin penjelasan lanjut mengenai wang tebusan ini, mereka 

 boleh berhubung Cawangan Khas dan 
Bank Hong Leong di Sandakan. Ia adalah sumbangan orang ramai, kami tiada 
hak terhadapnya," katanya.

Pengakuan Lau itu bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa tiada 
wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf.

Khalid sebelum ini dilapor berkata keempat-empat tebusan itu dibawa pulang 

ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran.

Pada 1 April lalu, adik beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, 

sepupu mereka Johnny Lau Jung 

Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, diculik dari kapal tunda MV Massive 6 oleh sekumpulan lelaki bersenjata di 
perairan Sabah.

Semua tebusan dibebaskan pada 9 Jun lalu dan menjalani pemeriksaan serta diambil keterangan oleh polis 

sebelum dibenarkan pulang, semalam.

Keempat-empat mereka di sambut keluarga masing-masing sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu jam 8.40 pagi, semalam.

Sumber TKO - 16-6-2016


----------------------------------------------------------------------------------
Ameng (Spring) Akhirnya Bebas Dari Penjara


Posted on Tuesday, June 14 @ 16:02:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



PETALING JAYA: Isteri kepada Ameng (Spring) berkata, hatinya sebak selepas bertemu dengan suaminya itu pada Selasa yang kini tidak lagi bergelar seorang banduan.

Sabariah Zakaria, 46, berkata, biarpun kerap kali datang menziarahi suaminya itu, namun hari ini 

adalah saat yang cukup istimewa kerana Ameng sudah bebas daripada menjadi tahanan dalam penjara.

"Hari ini saya datang awal ke penjara dan perasaan berdebar-debar untuk menanti dia dibebaskan. 

Perasaan sukar untuk digambarkan kerana ini saat yang paling saya tunggu.

"Saya rasa sebak kerana dulu saya datang hanya untuk melawat sahaja dan hari ini saya dapat bawa 

dia balik ke rumah bersama," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.
Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, dibebaskan dari penjara Kluang pada 
12.30 tengah hari pada Selasa selepas lima tahun ditahan di penjara itu.

Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen 

Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun hukuman itu dipendekkan atas disiplin dan contoh terbaik yang ditunjukkannya.

Selain Sabariah, anak mereka iaitu Wan Ahmad Haizal (9 tahun) turut bersama.

Tambah Sabariah, dia berharap selepas pembebasan tersebut mereka sekeluarga dapat memulakan kehidupan baharu.

"Insya-Allah kami akan mulakan hidup baru dan mempunyai beberapa perancangan bersama keluarga 

yang tidak dapat dilakukan sebelum ini.

"Saya juga bersyukur Ramadan kali ini lebih bermakna buat saya dan anak kerana dapat meraikannya bersama-sama seperti keluarga lain," ujarnya.

Selain itu, Sabariah berkata, dia bakal menguruskan kerjaya Ameng sebegai penyanyi dengan 

beberapa perancangan yang sudah diatur termasuk konsert Tiga Suara tidak lama lagi. - Mstar

........................

BERITA SEBELUM INIFebruary 15th, 2011 

ameng spring
Nak bersimpati kat Ameng Spring pun tak mampu. Abang Nara hanya mampu tersenyum bak kerang busuk. Sememangnya dadah itu musuh negara dan musuh diri sendiri. Bila kena tangkap, terimalah akibatnya. Susulan kes Ameng Spring ditangkap bersama dadah, akhirnya dia membuat 
pengakuan bahawa dadah tersebut adalah miliknya. Tapi isteri Ameng yang turut ditangkap 
bersama minta dibicarakan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman 

penjara maksimum seumur hidup atau penjara tidak kurang daripada lima tahun dan sebatan tidak 
kurang 10 sebatan. Inilah bahana main dengan dadah. Boleh meringkuk di penjara seumur hidup.

Harap-harap untuk kes perbicaraan isteri Ameng, pihak mahkamah dapat fikirkan apa yang sebaiknya. Almaklumlah kalau dedua masuk penjara, siapa yang nak jaga anak diorang? Kesimpulannya, jauhilah

dadah

Sumber TKO - 14-6-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku bunuh polis malam ni - Kena Penjara 9 Bulan


Posted on Monday, June 13 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KOTA BHARU – Padah melibas polis dengan pisau dan parang hingga menyebabkan cedera,
seorang pembuat bata batu dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kota
Bharu, hari ini.

Hukuman terhadap tertuduh, Mohamad Khairul Nizan Shamsuddin, 26, diputuskan Majistret,
Mohd Firdaus Zainal Abidin selepas tertuduh mengaku salah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera bagi menakutkan seorang pegawai
kanan polis, Khairul Azmi Juahari menggunakan pisau dan parang di sebuah rumah tanpa
nombor di Kampung Paloh Rambai, Jalan Kota Bharu, di sini, pada jam 9.30 malam, 30 Mei
lalu.

Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam serbuan lalu, pengadu bersama pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu
Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menyerbu rumah tertuduh. Pengadu mendapati pintu tidak
berkunci dan memperkenalkan diri serta menyatakan tujuan kedatangan pengadu.

Tertuduh bagaimanapun bertindak mengambil pisau dan parang yang berada di lantai ruang
tamu dan menyerang pengadu serta anggota lain dengan melibas parang dan pisau itu sambil
menjerit, “aku bunuh polis malam ni”.

Berlaku pergelutan antara pengadu dan suspek, bagaimanapun pisau dan parang berjaya
dirampas. Pengadu cedera pada dua jari dan bengkak pada betis.

Hukuman diarah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan. Pendakwaan kes dikendalikan
Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ainun Zafirah Abd Halim. - SH


Sumber TKO - 13-6-2016

1 comment:

  1. Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Kes Jenayah : (Jilid 2) >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Kes Jenayah : (Jilid 2) >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Kes Jenayah : (Jilid 2) >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete