BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, August 4, 2014

LAJNAH HUBUNGAN NGO : NGO-NGO / UNION : AWER / SAM / CUEPACS / SUHAKAM / CAP / SAMM / SUARAM / MTUC / TI--M / RUM / BERSIH 2.0 / PSIMA / AMAN / FOMCA / PERKASA

Sesi 2015 - 2017- 2019


Sumber PP - 23-6-2015/6-5-2017


Umum hasil siasatan pencemaran sungai, tasik di Pahang

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengumumkan hasil siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Pahang mengenai punca pencemaran Sungai Pahang, Sungai Temerloh, Tasik Chini dan Tasik Mentiga di negeri ini dengan segera. 
Pendedahan mengenai masalah ini perlu dilakukan kerana kejadian tersebut semakin serius mengancam kualiti air, sumber perikanan dan berbagai spesies tumbuhan di dalam sungai dan tasik berkenaan. 
SAM kesal walaupun ancaman pencemaran sudah lama berlaku dan mencapai tahap yang membimbangkan namun sehingga kini tidak ada laporan lengkap yang didedahkan kepada umum punca sebenar pencemaran sungai-sungai dan tasik-tasik ini. Paling mengecewakan ialah tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkuasa terbabit bagi menangani masalah pencemaran. 
Mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (laporan akhbar Berita Harian 18 April 2017) bahawa masalah itu berlaku kerana limpahan air Sungai Pahang pada musim tengkujuh dan bukan berpunca dari kegiatan pembalakan dan perlombongan, kenyataan ini bercanggah dengan hasil laporan tinjauan yang dibuat oleh SAM. 
Kalangan Orang Asli dan peneroka Felda Chini mendakwa masalah pencemaran sungai dan tasik ini adalah berpunca dari kegiatan pembalakan dan perlombongan berhampiran yang berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Masalah itu bukan sahaja menjejaskan mata pencarian mereka tetapi juga mengancam kawasan tadahan air serta bekalan air untuk kegunaan harian terutama pada musim kemarau. 
Amat menyedihkan, SAM mendapati banyak tumbuhan semulajadi di Tasik Chini dan Tasik Mentiga telah mati. Jika keadaan pencemaran ini dibiarkan SAM percaya tasik semulajadi itu akan berubah keadaan asalnya kerana dilanda pencemaran dan mendapan. 
Mengenai pencemaran yang berlaku di Kuala Sungai Temerloh (laporan akhbar Sinar Harian 8 Mei 2017), SAM menggesa JAS Pahang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu. SAM percaya jika kejadian ini tidak ditangani segera sumber pendapatan nelayan tempatan akan terjejas dengan lebih teruk lagi pada masa akan datang.

SM MOHAMED IDRIS
Presiden Sahabat Alam Malaysia
Sumber HD- 17-c5-2017 


Insurans motor: Adakah pengguna tertipu?












SEAWAL 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) mengenal pasti masalah dan isu skim insurans motor semasa yang ramai pengguna dengan mudah mengaitkannya kepada:
·Akses yang tidak mencukupi kepada perlindungan insurans pihak ketiga, terutama sekali untuk kenderaan lama dan komersial. 
·Proses penyelesaian tuntutan yang panjang. 
·Premium yang tidak pernah disemak semula sejak 1978. 
·Syarikat insurans enggan untuk menawarkan perlindungan insurans pihak ketiga memandangkan insurans tidak mencukupi. 
·Risiko mangsa kemalangan tidak menerima sebarang pampasan atau pampasan yang tidak mencukupi.

Sistem skim berasaskan kesalahan semasa adalah berdasarkan kepada prinsip Corrective Justice yang bermaksud anda perlu membayar jika anda yang bersalah. Di bawah sistem ini, tidak semua seseorang yang cedera dalam Kemalangan Kenderaan (MVA) menerima pampasan. Tambahan pula, penuntut perlu menunggu jangka masa tertentu dan membelanjakan sejumlah wang sebelum penentuan akhir hak mereka dan pemberian pampasan, di samping terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah lain.

Pada 2010, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) kepada BNM. Pada hakikatnya, pengenalan skim NFL ini berkaitan dengan kematian dan kecederaan tubuh akibat MVA dicadangkan oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Harun Hashim.

Kebaikannya ialah NFL ini kosnya hanya sebahagian kecil daripada kebanyakan polisi insurans kenderaan; Tan Sri Datuk Harun Hashim sendiri mencadangkan kadar RM50 pada 1995 dan CAP bersetuju dengan kadar itu.

Pada hakikatnya, pada Ogos 2007, Pejabat Peguam Negara mengeluarkan Kertas Isu Awal mencadangkan skim Liabiliti Tanpa Kesalahan (NFL) diperkenalkan.

Kemudiannya CAP menyerahkan memorandum yang NFL mestilah berpandukan oleh prinsip yang berikut: 
·Pampasan yang cepat, cekap dan mencukupi bagi mangsa MVA tanpa perlu litigasi atau pertikaian penyelesaian berhubung isu kesalahan;

·Pemulihan dan penjagaan sepanjang hayat bagi mangsa dengan kecederaan serius dan sokongan untuk keluarga mangsa yang meninggal; strategi pencegahan kemalangan yang berkesan; dan 
·Kos pengurusan yang rendah supaya lebih banyak dana diperoleh untuk mangsa kemalangan jalan raya. 
NFL bukanlah sesuatu yang baharu dan CAP mencadangkan Malaysia mencontohi model yang diamalkan di Victoria, Australia, dan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Kemalangan Pengangkutan (TAC). NFL juga telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Di Malaysia, CAP menyarankan skim ini boleh dibiayai oleh premium insurans pihak ketiga. CAP beralasan bahawa bayaran pengurusan dan perundangan syarikat insurans dijangka akan berkurang memandangkan tiada lagi keperluan untuk membuktikan kesalahan, dan tiada lagi sebarang komisen kepada ejen dan premium yang sedia ada sudah mencukupi.

Lebih-lebih lagi, pembiayaan juga boleh diperoleh dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kerana ia juga menangani tuntutan oleh pekerja yang cedera dalam waktu kerja mereka termasuklah perjalanan ke tempat dan dari tempat kerja mereka.

Kebimbangan umum utama ialah pencegahan kemalangan untuk menjadikan skim itu berdaya maju dalam jangka panjang. Seperti dalam kes di Victoria, terdapat pengurangan lebih daripada 38,000 tuntutan dalam tempoh lebih 10 tahun, menghasilkan dalam penjimatan lebih daripada AUD$1 bilion. Bilangan kematian jatuh kepada 377 pada 2006 daripada 776 pada 1987.

Kerajaan Australia mengambil langkah proaktif untuk memperbaiki keadaan jalan, keselamatan kenderaan dan kempen keselamatan jalan raya yang lebih berkesan.

Pada hakikatnya BNM berminat untuk melaksanakan NFL sehinggalah pada 2010 apabila BNM mengumumkan Rangkakerja Perlindungan Kenderaan Asas (BMCF) yang merupakan petanda buruk kepada NFL. Kemudiannya pada lewat April 2017, BNM mengumumkan ia sedang meliberalisasikan industri insurans kenderaan supaya syarikat insurans individu dan pengendali takaful boleh menentukan harga produk insurans kenderaan.

Apabila nyahtarif (detariffication) insurans kenderaan bermula pada 1 Julai, ia akan menjejaskan semua rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), terdapat 27.61 juta kenderaan berdaftar di negara ini pada 2016. Kesan nyahtarif ke atas setiap orang yang memiliki lesen kenderaan tidak dapat dibayangkan.

CAP tercengang dengan bagaimana keputusan itu dibuat kerana premium yang terpaksa dibayar oleh seseorang itu (selepas nyahtarif) bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah umur dan jantina pemandu, lokasi kediaman pemandu, dan sejarah tuntutan pemandu.

Ini disebabkan bahawa terdapat konsensus umum antara CAP, BNM dan Pejabat Peguam Negara bahawa NFL adalah baik dalam bentuk membantu mangsa kemalangan. Dengan nyahtarif, tiada penambahbaikan ketara terhadap masalah yang dikenal pasti oleh BNM pada 2007.

Seseorang yang dalam proses memperolehi insurans kenderaan akan menjadi mangsa di sebabkan anggapan umum faktor risiko yang dipertimbangkan dalam menentukan jumlah premium. Adakah masalah pengguna yang dikenal pasti oleh BNM pada 2007 ditangani dengan menyeluruh atau BNM hanya melindungi kepentingan industri insurans apabila insurans kenderaan dinyahtarif?

CAP sekali lagi menegaskan bahawa NFL perlu segera digunapakai dan dilaksanakan untuk kepentingan pengguna. – HARAKAHDAILY 8/5/2017
Sumber HD - 8-5-2017 






Sungai tercemar: Henti pembalakan, perlombongan di Pahang

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang menghentikan aktiviti pembalakan dan perlombongan di negeri ini bagi mengawal masalah pencemaran Sungai Pahang, Tasik Chini dan Tasik Mentiga di daerah Pekan yang semakin teruk terancam sekarang. Masalah yang berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu itu bukan sahaja melibatkan kawasan tadahan air dan sumber bekalan tersebut untuk lebih 10,000 peneroka Felda Chini dan penduduk sekitarnya, tetapi juga kehidupan 900 orang Orang Asli di daerah berkenaan yang terjejas mata pencarian mereka. 
Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati keadaan air sungai dan tasik di sini berlumpur dan berkelodak telah menyebabkan hidupan di dalamnya terancam dan rumpai air mati. Berikutan itu beberapa jenis ikan yang menjadi sumber pendapatan penduduk tempatan terutama masyarakat Orang Asli di lima buah kampung di daerah ini terancam pembiakannya dan semakin pupus. 
Kehidupan masyarakat ini lebih meruncing apabila sumber pendapatan dari hasil hutan turut musnah akibat aktiviti pembalakan dan perlombongan itu. Antara kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Gumum, Kampung Melai, Kampung Tanjung Puput, Kampung Chenahan dan Kampung Ulu Gumum. 
Antara punca-punca lain berkemungkinan menjadi penyumbang kepada masalah ini ialah pembinaan empangan yang menyekat pengaliran keluar masuk air Sungai Pahang ke Tasik Chini sehingga menjejaskan ekosistem tasik tersebut. Pembuangan sisa dari kilang kelapa sawit juga menyebabkan berbagai jenis tumbuhan di dalam Tasik Mentiga mati.
Masalah mendapan sisa lumpur dan sisa tumbuhan yang mati semakin ketara berlaku sehingga Sungai Pahang, Tasik Chini dan Tasik Mentiga menjadi cetek. Keadaan ini akan menyebabkan air sungai tersebut melimpah ketika hujan dan kedua-dua tasik ini gagal menampung pengaliran air yang datang dari kawasan hutan yang telah diteroka. 
SAM kesal dan bimbang dengan masalah yang sedang berlaku ini walau pun sudah lama mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkenaan. Jika keadaan ini terus dibiarkan kejadian yang lebih buruk seperti banjir kilat dan kemarau berpanjangan mungkin melanda daerah dan negeri ini pada masa akan datang. SAM meminta kerajaan Pahang dan jabatan-jabatan yang terlibat mengambil tindakan segera bagi menangani ancaman pencemaran ini dan mendedahkan kepada umum apakah tindakan yang akan diambil. 
SM MOHAMED IDRIS
Presiden Sahabat Alam Malaysia
Sumber HD - 20-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 








Sungai di Sungai Petani semakin teruk tercemar

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sungai di Sungai Petani yang semakin teruk ketika ini. 
Pencemaran yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu bukan saja menyebabkan sungai tersebut dipenuhi sampah sarap dan berbagai bahan buangan tetapi juga airnya menjadi hitam pekat serta berbau busuk. 
Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati segala hidupan yang terdapat di dalam sungai berkenaan telah pupus dan pokok-pokok bakau yang terdapat di sepanjang sungai ini juga turut terjejas pertumbuhannya kemungkinan berpunca dari pencemaran tersebut.
SAM kesal walau pun masalah pencemaran sungai di sini sudah lama berlaku tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak terbabit sehingga keadaan ini semakin serius mencemarkan alam sekitar di kawasan itu. 
SAM percaya jika punca berlakunya pencemaran ini tidak ditangani segera dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan masalah tersebut gagal dilaksanakan dengan berkesan ia akan merebak secara meluas dan boleh menjejaskan kesihatan orang ramai pada masa akan datang. 
Perkara penting yang perlu diberi perhatian utama oleh pihak berkuasa yang terlibat ialah sistem pembuangan sampah, air kumbahan dan sisa minyak dari kawasan perumahan, premis perniagaan serta bengkel membaiki kenderaan supaya lebih terkawal dan sempurna. 
Pihak berkenaan juga perlu melakukan pemantauan secara menyeluruh dan mengenal pasti jika terdapat kilang industri di kawasan ini yang melepaskan sisa buangan ke dalam parit dan sungai di sini sehingga keadaan pencemaran bertambah meruncing. 
SAM bimbang jika pencemaran sungai di Sungai Petani di sini jika tidak dikawal dan diambil tindakan dengan berkesan ia akan turut mencemarkan Sungai Merbok dan mengancam hutan paya bakau yang terdapat di sepanjang sungai itu. 
Justeru SAM berharap kerajaan Kedah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan jabatan serta agensi bertanggungjawab memberi perhatian sewajarnya terhadap masalah ini dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya. - HARAKAHDAILY 18/4/2017
Penulis ialah Presiden SAM.
Sumber HD - 18-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 










Sokong tutup Taman Negeri Pulau Sembilan


SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menyokong tindakan penutupan Taman Negeri Pulau Sembilan di daerah Bagan Datuk Perak oleh kerajaan negeri ini kepada semua aktiviti pelancongan berikutan keindahan alam semulajadinya yang kini terancam akibat aktiviti komersial.

Mengulas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai perkara itu di akhbar tempatan hari ini ( Utusan Malaysia : 5 April 2017 ), SAM berpendapat tindakan sedemikian adalah wajar demi melindungi ekosistem dan biodiversiti di kawasan berkenaan dari mengalami kemusnahan.

Menurut baginda, perbuatan para pengusaha yang tidak menghormati peraturan dan kawalan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa menyebabkan berlakunya masalah ini. Sultan Nazrin juga menekankan mengenai perancangan pembangunan yang seimbang dengan hubungan manusia dan alam sekitar.

Baginda turut menzahirkan kebimbangan mengenai 35 batang sungai di negeri Perak yang terdedah kepada pencemaran yang tinggi akibat aktiviti perindustrian,projek pembangunan,pembukaan tanah,perlombongan dan pembalakan. Manakala jumlah pembuangan sisa pepejal di negeri ini juga meningkat 20% pada tahun lalu (2016) berbanding tahun sebelumnya.

SAM berharap kerajaan Perak dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan perancangan dengan lebih teliti sebelum membuat keputusan dan melaksanakan sesuatu projek pembangunan agar alam sekitar di negeri ini tidak mengalami kemusnahan.

Tinjauan SAM mendapati banyak kawasan di negeri Perak mengalami masalah alam sekitar yang meruncing. Kegiatan pembalakan dan perusahaan projek akuakultur telah mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan dengan begitu serius. Banyak kawasan tadahan air terancam dan kejadian banjir kilat yang berlaku di negeri ini sejak beberapa tahun kebelakangan.

Di daerah Manjung dan Kerian misalnya beribu hektar hutan paya bakau dimusnahkan sekali gus mengancam hidupan laut dan sumber pendapatan nelayan tempatan.

Justeru SAM meminta pihak kerajaan dan rakyat negeri ini memberi perhatian berat terhadap titah Sultan Nazrin dan harapan baginda agar alam sekitar semulajadi di Perak terpelihara dan selamat dari sebarang bentuk ancaman.

SM MOHAMED IDRIS
Presiden SAM
Sumber HD - 5-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Persatuan Hokkien Kecam RUU 355
Posted on Tuesday, April 04 @ 15:57:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34344



KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) tidak akan menjadikan rakyat dan negara ini bertambah baik.

Ketua Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur, Robert Lua Khang Wei mendakwa kononnya ekonomi Malaysia sedang merosot menyebabkan majoriti rakyat sedang hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan.


Justeru, katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya memberi fokus terhadap nasib hampir seluruh rakyat Malaysia yang hidup dalam kesengsaraan waktu ini kerana tidak cukup makan.

"Kemerosotan ekonomi menyebabkan kebanyakan rakyat hidup dalam kemiskinan dan kesusahan sampai ibu terpaksa curi susu demi anak.

"Keadaan rakyat dan negara kita tidak akan bertambah baik dengan adanya RUU355 tanpa prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan ditanam dalam kalangan masyarakat dan negara," dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Presiden PAS sebelum ini membentangkan RUU 355 di Parlimen bagi meminda akta berkaitan supaya fungsi Mahkamah Syariah dapat dipertingatkan terutama kadar hukuman ke atas pesalah syariah termasuk zina dan minum arak.

Usaha murni itu bagaimanapun dibantah hebat oleh parti sekular DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN).

DAP mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus pihak PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang kononnya kuno, bersifat zalim dan menindas di Malaysia.


Manakala sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 mengelirukan dan meresahkan bukan Islam di Malaysia. - MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 4-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sosma lari daripada tujuan asal, kata Suhakam
Posted on Tuesday, April 04 @ 12:21:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34342


KUALA LUMPUR: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (Sosma) yang diluluskan 5 tahun lalu tidak diguna sepenuhnya dalam mengekang aktiviti keganasan, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata laporan tahunan badan itu mendapati Sosma digunakan untuk tujuan lain demi menjaga kepentingan pihak tertentu sehingga melangkaui hak asasi manusia.


“Dalam tempoh pendek sejak ia diluluskan, Sosma digunakan bagi tujuan lain daripada anti keganasan dan Suhakam mencatatkan aduan tahanan yang mendakwa terjadinya penderaan sepanjang ditahan 28 hari, contohnya temu duga yang dijalankan dalam keadaan bertujuan menghina tahanan.
“Terdapat kes di mana individu yang memilih melaksanakan hak berhimpun secara aman ditahan di bawah akta tersebut.


“Malah, seakan-akan ada trend untuk melemahkan percubaan serius bagi mengkaji kepatuhan undang-undang anti keganasan ini kepada hak asasi manusia,” katanya sambil menyifatkan akta itu melampaui kesalahan keganasan.-FMT

Sumber TKO - 4-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
















Pencemaran sisa buangan di Kuala Sg Pinang merebak

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa berkenaan agar memberi perhatian serius dan mengambil tindakan berkesan bagi mengatasi pencemaran sisa kumbahan domestik dan sisa buangan dari kolam ternakan udang yang kian merebak di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau ketika ini.

Masalah yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu melibatkan sistem perparitan, pantai dan laut di kawasan berkenaan menyebabkan 5,000 penduduk dan nelayan di sini terjejas kehidupan harian mereka akibat bau busuk dan kekurangan hasil tangkapan.

Dalam tinjauan yang dibuat kami mendapati selain keadaan parit di sini yang hampir tertimbus akibat mendapan bahan buangan seperti lumpur dan sampah-sarap dari kawasan perumahan dan kolam ternakan udang, air di dalam parit di tempat ini juga didapati berwarna hitam serta berbuih.

Terdapat beberapa longkang dan berpuluh saluran di kawasan ini menjadi tempat sisa buangan dialir ke parit dan terus ke laut menyebabkan sekitar perairan Balik Pulau di kawasan ini tercemar dan mengancam hidupan laut dan kehidupan 2,000 nelayan pantai di Kuala Sungai Pinang, Pantai Acheh, Kuala Sungai Burung dan Pulau Betong terjejas hasil tangkapan seperti ikan, udang,  ketam dan siput.

Sejak kejadian ini berlaku banyak aduan telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan nelayan-nelayan yang terlibat kepada pihak kerajaan negeri termasuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil.

Selain penguatkuasaan undang-undang yang lemah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan dan agensi yang terlibat dalam usaha mengawal gejala pencemaran di negeri ini, SAM kesal dan bimbang kerana hutan paya bakau terus dimusnahkan dan bertambah banyak kolam ternakan udang dibina dengan sewenang-wenangnya di kawasan ini tanpa kajian yang menyeluruh mengenai kesannya ke atas alam sekitar, hidupan marin dan ekonomi penduduk tempatan.

SAM meminta Jabatan Perikanan membuat kajian khusus mengenai kesan pencemaran sisa buangan kolam ternakan ke atas sumber perikanan di perairan Balik Pulau dan mendedahkan hasil kajian tersebut kepada umum. SAM percaya jika punca pencemaran yang berlaku di kawasan ini tidak diberi perhatian serius dan dibiarkan berterusan bukan saja alam sekitar di sini akan musnah dua puluh tahun lagi malah para nelayan di Pulau Pinang dan generasi mereka juga akan pupus pada masa akan datang. – HARAKAHDAILY 22/3/2017
Sumber HD - 22-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
















Hari Air Sedunia 2017: Air bukan sisa

HARI Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Sambutan ini adalah bertujuan untuk menandakan kepentingan air kepada tamadun manusia dan alam sekitar. Hari Air Sedunia tahun ini memberi tumpuan kepada air sisa (wastewater). Selepas air digunakan untuk aktiviti harian kita, kita melepaskannya sebagai air sisa. Malangnya, peningkatan populasi manusia dan aktiviti ekonomi telah meningkatkan beban pencemaran kepada sumber-sumber air dan masalah kekurangan air di peringkat global.

Air Sisa Daripada Kita
Air sisa domestik kita mempunyai dua laluan, iaitu sama ada dirawat sebagai sisa pembetungan atau dilepaskan terus ke sungai. Kita juga mempunyai air sisa daripada sektor perniagaan dan industri. Jabatan Alam Sekitar memantau pelepasan air sisa secara terpilih daripada aktiviti komersial dan industri berdasarkan jenis aktiviti dan potensi kesan pencemaran. 
Walau bagaimanapun, mekanisme kawalan pencemaran semasa adalah 'usang' dan mekanisme kawalan pencemaran yang lebih berkesan adalah penting untuk kewujudan kita sebagai sebuah negara. Air adalah jaminan keselamatan negara kita. Kawalan pencemaran harus merangkumi beban pencemaran sebagai kriteria utama untuk mencerminkan kepadatan penduduk dan aktiviti ekonomi sebenar. Hanya melalui kaedah ini kita boleh memastikan keberkesanan undang-undang kawalan pencemaran dan akhirnya mengubah kesan pencemaran pada sungai kita.

Air Sisa Kepada Makanan Kita
Air sisa yang dilepaskan akan mengalir ke sungai dan berakhir di dalam laut. Oleh sebab keupayaan air mengalir dan meresap melalui tanah, ia boleh membawa bahan-bahan pencemar bersama-sama. Dalam jangka masa panjang, bahan-bahan pencemar ini akhirnya akan terkumpul dalam flora dan fauna. Ini adalah sebahagian daripada makanan kita. Kita perlu mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengelakkan kejadian seperti Minamata bay di Jepun di mana keracunan merkuri telah meninggalkan sejarah yang sangat gelap dan dikenali sebagai penyakit Minamata. 
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia untuk menjalankan persampelan yang kerap ke atas air mentah, air terawat, makanan mentah (sayur-sayuran, buah-buahan, haiwan akuatik, dan lain-lain) dan makanan diproses untuk memastikan ia selamat untuk digunakan. Persampelan mesti rawak dan lokasi persampelan perlu kekal sulit untuk mengelakkan apa-apa percubaan untuk mencairkan sampel. Kementerian Kesihatan juga perlu menerbitkan penemuan tersebut.

Air Sisa Kepada Air Terawat
Terdapat penyelesaian yang mencukupi untuk menggunakan semula air sisa dalam pelbagai aplikasi industri. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri perlu melihat kepada pembentukan kompleks-kompleks perindustrian di mana air sisa dan juga sisa dari satu industri digunakan sebagai sumber kepada industri yang lain. Sebagai contoh, efluen terawat loji rawatan kumbahan juga boleh ditukar kepada air terawat bagi kegunaan bukan untuk minuman (non-potable use) dalam zon komersial dan perindustrian. 
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) perlu menguatkuasakan kecekapan air untuk pengguna komersial dan industri. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 memberi kuasa kepada SPAN untuk menentukan dan mengehad penggunaan air terawat bagi aktiviti-aktiviti yang terpilih. Walau bagaimanapun, tidak ada peraturan atau undang-undang yang memberi mandat untuk pengurangan pelepasan air sisa bagi sektor komersial, industri dan pertanian yang menggunakan air mentah secara langsung. AWER telah mencadangkan beberapa kali kepada pihak berkuasa untuk menangani isu yang terbiar ini.

Air Sisa Kepada Tenaga
Air sisa dari pembetungan, pertanian dan sisa pepejal boleh digunakan untuk menghasilkan biogas. Biogas boleh digunakan untuk menjana elektrik. Loji-loji rawatan berpusat adalah penting untuk memastikan operasi skala besar dan kemampanan penyelesaian ini. AWER telah mengemukakan beberapa penyelesaian mengenai perkara ini.

Air Bukan Sisa
Sisa kepada sumber bukan satu kenyataan sahaja. Ia adalah satu realiti. Permintaan bagi air mentah dan air terawat perlu diurus secara holistik. Satu cara yang berkesan kita boleh berbuat demikian adalah dengan menggunakan semula dan kitar semula air sisa dalam fasiliti-fasiliti yang terpilih. Penyelesaian ini bukan sahaja mengurangkan permintaan, ia juga meningkatkan penggunaan teknologi baru serta pembangunan bidang teknikal dan alam sekitar yang baru. 
Kita berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Tetapi, kita masih bergelut dengan isu-isu berkaitan air sisa dan tidak menguruskannya seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara maju. Apa lagi yang kita tunggu? Tahun 2020 hanya kurang daripada 3 tahun lagi! – HARAKAHDAILY 21/3/2017

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)
Sumber HD - 21-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






















Definisi FAO mesti iktiraf bahawa ladang bukan hutan











PADA Hari Perhutanan Sedunia 21 Mac ini, 200 pertubuhan mengingatkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (Food and Agriculture Organisation - FAO) bahawa definisi hutannya sejak 1948 mengelirukan dan mestilah ditukar. Definisinya membolehkan industri perladangan menyembunyikan kesan buruk ekologi dan sosial daripada perladangan pokok monokultur berskala besar di sebalik imej hutan yang positif.

Definisi hutan FAO membolehkan industri perladangan memanggil ladang monokultur yang menggunakan spesies cepat membesar seperti eucalyptus, pain, getah atau akasia sebagai “hutan” kerana definisi hutannya hanya dengan bilangan, ketinggian dan sudur yang melindungi pokok di sesuatu kawasan. Definisi hutan FAO digunakan sebagai rangka tindakan bagi lebih 200 definisi hutan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan sejak 1948.

Atas nama definisi hutan FAO ini, pihak industri mampu untuk berkembang dengan pantas terutama sekali di dunia Selatan, di mana ladang pokok monokultur kini meliputi beberapa puluh juta hektar tanah. Pengembangan ini membawa bencana kepada komuniti luar bandar, petani  dan Orang Asal. Mereka kehilangan tanah dan kehidupan di mana ladang pokok monokultur telah mengambil tanah mereka, memusnahkan cara hidup mereka, mengeringkan sungai dan mata air mereka dan meracuni makanan mereka dengan racun pertanian.

“Hampir 70 tahun, definisi hutan FAO yang mengelirukan ini memberikan kelebihan kepada industri perladangan. Mereka menyembunyikan kemusnahan yang disebabkan apabila kepelbagaian hutan, padang rumput dan tanah gambut yang kaya dengan kehidupan ditukar menjadi ‘gurun hijau’ yang terdiri daripada pokok monoklonal dalam barisan yang lurus di sebalik imej hutan positif yang disediakan oleh FAO,” kata Winfridus Overbeek, Penyelaras Antarabangsa World Rainforest Movement.

Perbahasan pemulihan hutan sebagai perlindungan iklim menambahkan lagi pentingnya definisi hutan diperbetulkan

“Dengan menerima pakai Perjanjian Paris PBB mengenai perubahan iklim, menyemak semula definisi hutan FAO semakin penting,” kata Guadalupe Rodriguez dari Salva la Selva/Rettet den Regenwald, “ia merupakan satu tragedi jika definisi FAO yang mengelirukan ini membolehkan pengembangan monokultur pokok yang memusnahkan ini untuk dana iklim yang diperuntukkan bagi “perhutanan semula” dan “pemulihan hutan”.

Ini bukan hanya menjejaskan lebih banyak komuniti di mana perladangan pokok mengambil alih tanah yang digunakan oleh penduduk tetapi juga menjejaskan perlindungan iklim: Hutan yang kaya dengan karbon akan musnah dan digantikan dengan ladang pokok monokultur dengan negara mendakwa menurut definisi hutan FAO, tiada kawasan hutan yang hilang walaupun berlaku kehilangan karbon yang besar,kemusnahan biodiversiti, sumber air dan kehidupan tempatan apabila hutan digantikan dengan perladangan monokultur.

Satu contoh di mana perladangan dikelirukan sebagai hutan yang membolehkan industri perladangan membuka jalan untuk mendapatkan dana iklim ialah ‘African Forests Restoration Initiative” (AFR100). Dilancarkan di mesyuarat iklim PBB 2015, ia mensasarkan untuk meliputi 100 juta hektar yang dianggap oleh kerajaan Afrika yang turut serta dalam mesyuarat itu sebagai tanah “merosot”. Bank Dunia akan memperuntukkan AS$1 billion untuk rancangan ini dan bergantung kepada definisi hutan FAO untuk kelayakan mendapatkan pembiayaan itu.

Memeranjatkan, satu daripada syarikat perladangan pokok paling kontroversi yang beroperasi di Afrika, Green Resources yang berpangkalan di Norway (2), antara pembicara utama di persidangan 2016 di Ghana, di mana perlaksanaan inisiatif AFR100 adalah paling menonjol kepada agenda itu.

Tema Hari Perhutanan Sedunia FAO 2017 ‘Hutan & Tenaga’ menunjukkan tindakan segera perlu untuk menukar definisi hutan

“Permintaan tenaga tidak lestari negara perindustrian ditambah dengan keperluan tenaga baharu ‘boleh diperbaharui’ mereka telah pun menukar hutan dunia Selatan kepada industri ladang ‘biomass’. Perkataan ‘ladang’ tidak muncul sekali pun dalam “mesej utama” laman sesawang FAO untuk Hari Perhutanan Sedunia 2017,” kata Wally Menne dari Timberwatch Coalition, Afrika Selatan. Contohnya, untuk menyediakan semua keperluan tenaga United Kingdom melaluibiomass berasaskan eucalyptus memerlukan kira-kira 55 juta hektar ladang di Brazil – keluasan kawasannya dua kali ganda saiz United Kingdom.   
        
200 kumpulan hari ini turut serta lebih daripada 130 ribu kumpulan dan individu yang menggesa FAO pada 2015 supaya mengubah definisi hutan FAO kerana perladangan pokok bukan hutan.

“Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), turut menandatangani surat terbuka ini kepada FAO.” kata S.M. Mohamed Idris, Presiden CAP dan SAM. – HARAKAHDAILY 21/3/2017
Sumber HD -  21-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Anggap spesies ikan asing sama seperti tumpahan minyak


SAHABAT Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan laporan berita akhbar berbahasa Malaysia, mengenai kerosakan kepada alam sekitar dengan pencerobohan spesies ikan asing, dalam kes ini ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) ke dalam sungai dan ekosistem kita. 
Spesies asing yang memasuki biologi di mana mereka tidak pernah wujud sebelum ini boleh menjadi sukar untuk mengawal dan meramalkannya, yang boleh menyebabkan kesan bencana ekonomi, tetapi pihak berkuasa tidak melihat seperti itu. Salah satu bahaya besar ialah sesetengah spesies asing ini boleh menghasilkan sinergi dengan makhluk asing lain, dengan kesan bencana. Semakin banyak penceroboh berkumpul dalam ekosistem, ia boleh dijangkakan bahawa ia akan lebih merosakkan. 
Penceroboh yang kelihatan tidak berbahaya selama bertahun-tahun mungkin tiba-tiba menjadi bahaya akibat perubahan faktor seperti perubahan iklim. Kehadiran ikan keli Afrika di dalam saliran air kita amat mengejutkan kerana ia merupakan pemangsa utama yang besar, dengan itu berpotensi menyebabkan ancaman serius kepada ikan asli. 
Nelayan tempatan kita mengalami hasil tangkapan yang rendah dan pulang dengan tangan kosong. 
Menjadi pengumpan yang opoturnis, ikan keli Afrika akan memakan mana-mana spesies ikan yang begitu banyak. Ia bertindak balas dengan cepat kepada sumber makanan baharu yang boleh diperolehi dan akan menukar corak pemakanan untuk menyesuaikan dengan organisma yang boleh diperolehi dengan bebasnya. Ikan muda kebanyakannya memakan haiwan kecil yang tidak bertulang di kawasan pantai yang cetek. Pelbagai faktor yang menjadikan spesies ini amat sukar untuk dikawal: diet yang makan segala macam makanan, pernafasan udara secara langsung, kemampuan untuk berjalan di atas tanah, kemampuan untuk menggali dan bersembunyi di kawasan tumbuh-tumbuhan. Ikan keli Afrika seberat 2 kg boleh menghasilkan kira-kira 45,000 biji telur dengan ikan betina yang besar boleh menghasilkan telur yang lebih besar. 
Tambahan pula, kajian yang dijalankan pada 1972 di Afrika Tengah menyarankan bahawa spesies ini mempunyai kesan negatif ekologi yang mendalam ke atas komuniti serangga akuatik, amfibia dan bilangan haiwan tidak bertulang. Kepelbagaian serangga dalam susunan Chleoptera telah dikurangkan sehingga 78% dan Hemiptera 66%. 
Parasit juga direkodkan pada ikan keli ini, apabila ia dipindahkan boleh menyebarkan parasit ini  yang boleh membawa kepada kepupusan spesies ikan asli tempatan akibat kekurangan kekebalan kepada parasit baharu ini. 
Kadar kecepatan pengenalan ikan asing yang belum pernah terjadi sebelum ini adalah ladang pembiakan ikan, pusat penetasan bagi tujuan komersial, pelepasan ke dalam sungai dan kolam oleh orang awam, import untuk perniagaan ikan akuarium dan menerusi pelbagai saluran lain.    
Kesan ikan keli Afrika dan spesies ikan asing lain dalam alam sekitar kita perlu dilayan sama dengan kebimbangan terhadap tumpahan minyak dan kesannya memerlukan lebih banyak penyiasatan dengan penekanan kepada memajukan teknik untuk mengawal penyebarannya. 
Orang ramai, kumpulan sektor utama dan kerajaan kurang menghargai akan kos dan ekonomi dan kesan buruknya daripada masalah ini. Sebagai kesannya, kelewatan dalam pengesanan diperingkat awal dan kurangnya usaha tindak balas yang segera memberikan masa kepada penceroboh untuk membiak, meningkatkan bilangannya dan tersebar, 
menjadikan pembasmian atau kawalan menjadi amat sukar. Agensi negeri dan persekutuan perlu memantau pencerobohan baharu dan bertindak balas dengan cepat apabila menemuinya. 
Banyak kerugian ini tidak direkodkan di masa lalu tetapi hari ini pihak berkuasa yang berkenaan mestilah menyedari kos ekologi daripada pencerobohan biologi dalam bentuk kerugian yang tidak dapat diperolehi kembali daripada kepelbagaian bioasli dan kemerosotan fungsi ekosistem. Meskipun penyebab asas ancaman spesies penceroboh ini ketara dan di peringkat global, ancaman ini boleh ditangani dengan berkesan melalui usaha kerjasama di peringkat tempatan dan serantau, terutaman sekali melalui pencegahan, pengesanan awal dan tindak balas cepat. 
Gagal untuk menangani pencerobohan ini dengan berkesan bermakna gagal untuk memenuhi kriteria International Union for Conservation of Nature (IUCN). 
SAM menggesa Kementerian Pertanian dan Jabatan Perikanan untuk menjalankan kajian ke atas saliran air kita di mana ikan keli Afrika pada masa ini boleh ditemui, dan spesies yang boleh memberikan kesan; untuk menghentikan penyebaran yang seterusnya pengenalan ikan asing dan kawalan ke atas kesan spesies sudah pun ada; dan untuk mencegah ikan daripada diperkenalkan ke dalam sistem di mana ia tiada. Terdapat keperluan untuk menghentikan ternakan ikan jenis ikan keli asing ini dan mengharamkan sepenuhnya import ikan keli Afrika dan semua spesies ikan asing. 
SM Mohamed Idris
Presiden  Sahabat Alam Malaysia
Sumber HD - 17-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Perkeso dedah 46 pekerja mati atau cacat setiap hari
Posted on Friday, March 17 @ 06:00:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34053



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mendedahkan penyakit tidak berjangkit (NCD) penyebab utama kematian dalam kalangan pekerja di bawah umur 60 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed mendedahkan statistik di mana secara purata 46 pekerja mati atau menjadi cacat setiap hari disebabkan NCD tahun lepas.

“Jika anda rasakan jumlah itu tinggi, ia sebenarnya masih rendah,” katanya dengan menambah rekod itu hanyalah di sektor swasta, ia belum termasuk jumlah sektor awam.

“Jumlah kematian disebabkan NCD paling tinggi berbanding penyebab lain termasuk kemalangan jalan raya,” katanya di Institut Strategi dan Kepimpinan Asia hari ini.

Beliau juga menambah lebih 14,000 pekerja menjadi cacat disebabkan NCD.

Mohammed Azman mendedahkan lebih 6,500 kes seumpama itu dilaporkan tahun lalu dan kematian meningkat sebanyak 2 kali ganda sejak direkodkan sedekad lalu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), NCD atau penyakit kronik yang tidak berjangkit kepada orang lain.

Empat jenis NCD ialah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok; kanser; sakit berkait dengan pernafasan kronik termasuk asma; dan kencing manis.

Berdasarkan WHO, NCD membunuh 28 juta rakyat setiap tahun dengan penyakit kardiovaskular, jumlah kematian paling tinggi (17.5 juta) diikuti kanser (8.2 juta) dan penyakit berkait dengan pernafasan (4 juta).

Beliau berkata pampasan yang dibayar Perkeso disebabkan NCD melonjak sehingga 50% sejak 5 tahun lalu.

“Tahun lalu saja, anggaran nilai pampasan ialah RM731 juta,” katanya sambil berkata Perkeso kini menginsuranskan kira-kira 6.5 juta pekerja.

“Jika aliran terus meningkat, tidak mustahil tabungan Perkeso akan habis dan seperti ia akan jadi kenyataan,” katanya.

Kata beliau pada 2030, NCD akan menanggung kerugian sebanyak 5% dalam GDP atau US$30 billion (RM133 billion).

Mohammed Azman berkata pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Perkeso menemukan 66% lebih dari 460,000 pekerja berusia lebih 40 tahun tidak pernah melalui pemeriksaan kesihatan sebelum ini.

Malah sebanyak 73% pekerja berumur 40 tahun ke atas mempunyai berat badan berlebihan, manakala 62% lagi mempunyai atau tinggi tahap kolestrol.

Selain itu, sebanyak 9% pekerja berusia atas 40 tahun penghidap diabetis, 20% hipertensi dan 12% pra-hipertensi.

“Hanya 4% pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan bila sudah berisiko tinggi terhadap penyakit kardio dalam tempoh 10 tahun.”


Mohammed Azman berkata jika pekerja ingin mengambil serius bagi menangani NCD, mereka kena pastikan persekitaran baik dan menjalani gaya hidup yang sihat

Sumber TKO - 17-3-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Sungai di Bayan Lepas teruk tercemar

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Keluang dan Sungai Nipah dekat Bayan Lepas yang serius berlaku ketika ini. 
Kejadian yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu bukan sahaja menyebabkan air kedua-dua sungai berkenaan menjadi hitam pekat dan berlumpur tetapi juga kelihatan kotor serta jijik di samping menimbulkan bau busuk yang meloyakan. 
Masalah ini berlaku berpunca dari pembuangan sisa dari kilang industri, kediaman penduduk, premis perniagaan, bengkel, najis binatang dan najis manusia. Berikutan itu kedua-dua sungai tersebut mati di bahagian hilir tanpa terdapat apa-apa spesies hidupan di dalamnya. 
Tinjauan CAP mendapati air sungai berkenaan berminyak serta berlumpur dan di permukaannya dipenuhi sampah sarap serta berbagai bahan buangan yang mendap di dalamnya. CAP terperanjat kerana terdapat penduduk yang tinggal di kawasan jeti nelayan Sungai Keluang membina tandas dan membuang najis ke dalam sungai tersebut. 
CAP percaya dan bimbang jika keadaan ini dibiarkan ancaman pencemaran ke atas sungai-sungai tersebut akan berlaku dengan lebih buruk lagi pada masa depan dan boleh menjejaskan kesihatan orang ramai dan mengancam hidupan marin di laut berhampiran.
CAP juga menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan menjalankan siasatan dan membuat pemantauan yang kerap bagi memastikan pengusaha kilang industri mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, manakala orang awam pula tidak membuang sisa kotoran dan najis ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya. 
CAP kesal dengan kejadian ini dan berharap kerajaan Pulau Pinang, PBT, jabatan serta agensi yang terlibat memainkan peranan lebih berkesan termasuk menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dengan tegas supaya sungai-sungai di negeri ini selamat dari sebarang bentuk pencemaran di masa akan datang. 
SM MOHAMED IDRIS
Presiden CAP
Sumber HD - 16-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















CAP gesa dunia digital lebih baik 2017

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa #Dunia Digital yang Lebih Baik dalam memastikan keselamatan pengguna Internet sempena dengan tema Hari Pengguna Sedunia sepertimana yang dicadangkan oleh Consumers International, “Hak Pengguna dalam Zaman Digital”.

Dalam dunia digital hari ini, semuanya di hujung jari. Bagaimanapun, sebagai pengguna adakah kita pasti keselamatan “kesejahteraan” kita dalam dunia digital? Sejak beberapa tahun lepas, terdapat banyak kes daripada penipuan dalam talian, pencurian data hinggalah kepada menjadi hab bagi aktiviti tidak bermoral walaupun usaha yang berterusan daripada kerajaan dan badan lain untuk memastikan keselamatan siber sepenuhnya.

Sebagai tambahan kepada undang-undang sedia ada seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, antara lain, CAP menggesa kerajaan dan badan berkaitan untuk memastikan peraturan adalah yang terkini untuk keselamatan pengguna dan maklumat mereka dalam talian dalam usaha untuk sentiasa bersedia dengan perkembangan evolusi teknologi dan komunikasi. Peraturannya mestilah lengkap; meliputi pelbagai jenis jenayah siber tetapi paling penting adalah untuk melindungi hak dan keselamatan pengguna teknologi digital.

Di samping itu, pengguna juga digalakkan untuk mengetahui undang-undang melibatkan dunia siber dan mengetahui hak mereka. Contohnya, pengguna mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran kepada data peribadi dan jika pengguna data tidak mematuhinya, ia boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau maksium satu tahun penjara, atau kedua-duanya sekali di bawah PDPA. Di samping itu, pengguna perlu peka dan memberikan perhatian yang lebih teliti terutama sekali dalam memberikan nama, alamat, kad pengenalan/nombor paspot, alamat emel, nombor telefon serta butiran perbankan.

CAP percaya pendidikan sepenting pelaksanaan undang-undang siber terutama sekali kepada generasi muda. Kesedaran dan pendidikan mengenai keselamatan dan jenayah siber perlu dimasukkan ke dalam program dan pendidikan di sekolah untuk mendidik kanak-kanak mengenai dunia digital. Generasi muda hari ini mestilah menyedari bahawa maklumat yang mereka berikan dalam talian dan bagaimana ia akan digunakan oleh syarikat dan individu.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dalam mewujudkan dunia digital yang lebih selamat untuk anak-anak mereka. Merujuk kepada kes mangsa seksual baru-baru ini yang menghendap dalam laman sesawang media sosial dan aplikasinya, ibu bapa perlu mendidik dan memberikan panduan kepada anak-anak mereka dalam menggunakan Internet dengan secara yang lebih bijak dan selamat. Hari ini, terdapat banyak perisian yang boleh dibeli dan sedia untuk digunakan oleh ibu bapa untuk memantau aktiviti anak-anak mereka dalam talian. Di samping itu, peraturan yang lebih ketat perlu juga dilaksanakan dalam mengawal penyalahgunaan Internet.

Amat penting sekali bagi pengguna hari ini untuk memahami bahawa masih terdapat kekurangan dan bahaya apabila menggunakan Internet terutama sekali melibatkan maklumat mengenai diri kita sendiri. Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna digital untuk memastikan keselamatan kita dan menjadikan  #BetterDigitalWorld (Dunia Digital yang Lebih Baik).    

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Sumber HD 14-3-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 




















SAM sokong perlindungan Hutan Simpan Ulu Muda

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menyokong gesaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) untuk segera melarang pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda dan mewartakan hutan simpan ini sebagai hutan tadahan air.

Dilaporkan baru-baru ini bahawa Jabatan Perhutanan Kedah telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada syarikat yang menjalankan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda di Sik selepas ia didapati melanggar syarat lesen pembalakan. Akhir-akhir ini papan tanda yang menunjukkan lesen untuk mengambil hasil hutan dari beberapa kompartmen di Hutan Simpan Ulu Muda juga didapati terpacak di sini.

Kawasan Ulu Muda terdiri daripada beberapa hutan simpan, yang terbesar merupakan Hutan Simpan Ulu Muda. Hutan-hutan di Ulu Muda memainkan peranan penting sebagai kawasan tadahan air bagi Empangan Ahning, Pedu dan Muda yang membekalkan air minuman kepada Kedah (termasuk Langkawi), Pulau Pinang dan Perlis.

Kira-kira 96% bekalan air Kedah, 80% bekalan air Pulau Pinang dan 50% bekalan air Perlis berasal dari hutan Ulu Muda. Skim pengairan Muda di Kedah, yang menyumbang kira-kira 40% daripada jumlah pengeluaran beras Malaysia, juga amat bergantung kepada sumber air dari hutan Ulu Muda.

Malangnya kepentingan Ulu Muda sebagai tadahan air diabaikan dengan terus membenarkan pembalakan di kawasan ini. Tambahan pula bukan keseluruhan Hutan Simpan Ulu Muda diklasifikasikan sebagai hutan tadahan air. Beberapa hutan simpan di sini telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal untuk kedua-dua tujuan pengeluaran dan perlindungan.

Dengan membenarkan pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda, peranannya sebagai tadahan air terjejas teruk dan menggugat jaminan air kerana tanpa fungsi menyimpan air dan fungsi penapisan hutan semula jadi, hujan akan berkurangan dan hujan tidak akan ditadah dan disimpan.

Kemarau di negeri-negeri utara Semenanjung pada 2016 telah menyebabkan penurunan mendadak paras air di Empangan Pedu dan Muda. Kenyataan media PBAPP bertarikh 8 Mac 2017 mendedahkan bahawa kapasiti penyimpanan Empangan Muda adalah 60.3% pada 1 Januari 2017 dan ia telah menurun kepada 27.3% pada 7 Mac 2017. Ia adalah jelas bahawa penebangan hutan telah membawa kepada defisit air ini.

Berdasarkan perkara di atas, semua aktiviti pembalakan dan kuari di kawasan Ulu Muda mesti dihentikan serta-merta. Kerajaan tidak mesti keluarkan konsesi pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda . Kerajaan Persekutuan juga perlu menunaikan janji untuk membayar pampasan kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana tidak pembalakan hutan Ulu Muda itu.

Memandangkan kepentingan hutan di sini sebagai hutan tadahan air, kami menyeru kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk mewartakan keseluruhan Hutan Simpan Muda Ulu dan rizab hutan sekitarnya sebagai hutan tadahan air di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 kerana ia membekalkan air kepada Empangan Pedu, Muda dan Ahning.

Air adalah Kehidupan. Selamatkan Hutan.

SM MOHAMED IDRIS
Presiden Sahabat Alam Malaysia - HARAKAHDAILY 9/3/2017

Sumber HD - 9-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Jalan tidak rata, CAP gesa Kerajaan Pulau Pinang ambil tindakan segera

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah jalan yang tidak rata, berbonggol, pecah dan berlubang di beberapa laluan di negeri ini. 
Keadaan tersebut bukan saja menimbulkan rasa tidak selesa dan kecewa di kalangan pengguna-pengguna jalan yang terlibat tetapi juga merasa bimbang kerana ia boleh mengancam keselamatan mereka jika masalah itu dibiarkan. 
CAP kesal walaupun masalah tersebut sudah lama berlaku dan banyak rungutan oleh penduduk-penduduk di negeri ini tetapi tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan bagi mengatasinya. 
CAP percaya jika kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak memberi perhatian serius terhadap perkara ini kemungkinan kejadian yang tidak diingini akan berlaku dan menimpa pengguna-pengguna jalan tersebut. 
Antara jalan-jalan yang terlibat ialah di kawasan Bukit Gedung, Bayan Baru, Sungai Ara, Jelutong, Sungai Pinang dan sekitar Georgetown. 
Dalam tinjauan yang dibuat, CAP mendapati jalan-jalan di kawasan tersebut berbonggol, pecah, tidak rata dan berlubang selepas ditampal oleh pihak kontraktor menyebabkan para pengguna terutama penunggang motosikal terpaksa mengelak malah kerap terlanggar keadaan jalan yang merbahaya itu. 
Selain itu CAP turut menerima aduan dari orang ramai di mana jalan berhampiran tapak projek pembangunan yang sedang dalam pembinaan dicemari tanah dan pasir yang tumpah dari lori-lori yang mengangkut bahan tersebut. 
CAP menegaskan, jika masalah ini berterusan para pengguna terutama penunggang motosikal yang melibatkan kakitangan awam, pekerja kilang dan pelajar sekolah yang sentiasa menggunakan jalan-jalan berkenaan akan terancam keselamatan mereka pada masa akan datang. 
Justeru itu CAP berharap kerajaan Pulau Pinang dan MBPP memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya sebelum berlaku kemalangan. 
SM MOHAMED IDRIS
Presiden CAP
j4 

j3
Sumber HD - 6-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

























Bomba arah guna amaran kebakaran automatik

SEKSYEN 238 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 menyatakan Sistem Amaran Kebakaran Automatik yang dipasang dalam premis-premis tentuan (khususnya premis yang menempatkan ramai penghuni seperti hospital, hotel, sekolah, kilang dan seumpamanya) mesti mempunyai sambungan terus kepada balai bomba yang berkenaan dengan membipas (bypassing)  papan suis. “Telefon merah” di premis-premis tersebut menjadi hubungan secara langsung. Sistem ini telah mendapat kelulusan dari Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Ketika berdepan dengan keadaan kecemasan, pengawasan efisien amaran kebakaran oleh kakitangan terlatih adalah penting dan masa dihitung dalam bilangan  saat. 
Kebelakangan ini pihak Jabatan Bomba mengadu bahawa Sistem Pengawasan Berkomputer (CMS) yang digunakan menghantar terlalu banyak amaran palsu ke balai bomba dan ia menyebabkan kakitangan yang bertugas mengambil masa terlalu lama untuk mengawasinya. 
Oleh itu, Jabatan Bomba telah memutuskan untuk berhenti daripada mengawasi amaran automatik tersebut, sambil mendakwa syarikat yang menyediakan sistem CMS enggan berbuat sesuatu untuk meringankan  beban jabatan bomba yang  mengawasinya. 
Bagaimanapun menurut salah sebuah syarikat yang kami hubungi, ia telah mencadangkan untuk mewujudkan stesen pengawasan berpusatnya sendiri yang akan dikendalikan 24 jam oleh kakitangan terlatih namun jabatan bomba tidak memberi sebarang respons kepada cadangan tersebut. 
Sebaliknya, Jabatan Bomba telah melantik sebuah (1) syarikat untuk menyediakan sistem pengawasan yang berbeza sambil mendakwa ia akan menyelesaikan masalah amaran palsu. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA). 
Ia telah mewajibkan premis-premis tentuan untuk bertukar kepada sistem SPKA berkenaan, dan jika gagal berbuat demikian,  Sijil Kebakaran Tahunan tidak akan diberikan. 
Syarikat yang membekalkan sistem SPKA tidak mempunyai stesen pengawasan berpusat untuk dikendalikan oleh kakitangan terlatih 24 jam sehari. 
Sistem SPKA menghendaki pengawasan dibuat oleh beberapa “orang yang bertanggungjawab” dalam premis-premis tentuan. Apabila amaran kebakaran digerakan dalam mana-mana premis terbabit, sistem itu akan menghantar amaran SMS kepada orang yang bertanggungjawab (yang mungkin sibuk dengan tugasan harian mereka seperti sedang bercuti, bekerja di luar atau di luar negara). Mereka perlu mengesahkan  sama  ada  amaran  kebakaran  itu  benar, dan jika ya, menghubungi Jabatan Bomba. Jika tiada sebarang respons daripada mereka mengikut masa yang ditetapkan, amaran itu secara automatik dikembalikan ke jabatan bomba. Ia mungkin masih merupakan amaran kebakaran yang palsu.

Meminta orang biasa (laymen) untuk bertindak sebagai pengawas amaran kebakaran amat mengejutkan. Sepanjang pengetahuan kami, ia bukan amalan dalam mana-mana negara maju. Di negara maju, syarikat swasta yang membekalkan alat pengesan kebakaran dan sistem amaran kebakaran automatik perlu membentuk stesen pengawasan berpusatnya sendiri yang dikendalikan 24 jam sehari oleh kakitangan terlatih. Stesen-stesen ini perlu memenuhi piawaian bagi prestasi pembinaan dan operasi fizikal. 
Syarikat insurans juga boleh menolak tuntutan di mana sistem pengawasan kebakaran pengguna tidak dikendalikan oleh pusat/stesen pengawasan yang diiktiraf.
Jabatan Bomba belum menjelaskan bagaimana sistem SPKA boleh mengurangkan amaran palsu memandangkan terdapat beberapa faktor yang boleh menggera bunyi amaran, misalnya penggunaan hos pemadam api untuk mencuci parit/lantai; wap atau habuk berhampiran/di sekitar alat pengesan asap; dan sebagainya. Sistem SPKA tidak menangani punca-punca amaran palsu alat penggera automatik.
CAP mahu: 
·Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memastikan sistem pengawasan amaran kebakaran automatik (yang kini Jabatan Bomba enggan melakukannya lagi) dijalankan dalam stesen pengawasan kebakaran yang teratur dengan memenuhi piawaian yang ditetapkan di negara-negara maju. 
·Kementerian berkenaan menghalang Jabatan Bomba daripada memaksa pemilik/penghuni premis tentuan bertukar kepada satu sistem di mana kakitangan/pekerja mereka sendiri perlu mengawasi amaran kebakaran. 
·Kementerian berkenaan memastikan sekiranya kerja-kerja mengawasi amaran kebakaran tidak lagi dilakukan oleh Jabatan Bomba, kerja itu tidak dimonopoli oleh hanya sebuah (1) syarikat. Syarikat-syarikat swasta mesti dibenarkan bersaing untuk membentuk stesen pengawasan agar perkhidmatan yang bermutu disediakan pada harga yang kompetitif dan piawaiannya tidak dilonggarkan. 
·PIAM memaklumkan kepada pemilik/penghuni premis tentuan sama ada ia meluluskan sistem SPKA berkenaan, dan sama ada dalam sebarang tuntutan insurans daripada mereka “pengawasan sendiri” oleh pekerja mereka sendiri tidak dijadikan alasan untuk menolak tuntutan. – HARAKAHDAILY 2/3/2017
Sumber HD - 2-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

































SAM sokong pendidikan alam sekitar di sekolah

S.M. MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44385-sam-sokong-pendidikan-alam-sekitar-di-sekolah

SAHABAT Malaysia Malaysia (SAM) mengalu-alukan dan menyokong cadangan daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk memperkenalkan pendidikan alam sekitar di sekolah.

SAM mempercayai pendidik hari ini wajar menggalakkan literasi alam sekitar di sekolah termasuk di tahap pra-sekolah. Menurut Program Pendidikan Alam Sekitar Antarabangsa UNESCO-UNEP, seseorang yang celik alam sekitar ialah seorang yang mampu memahami, membuat keputusan yang wajar dan bertindak mengikut kepentingan alam sekitar; bekerja secara individual dan kolektif untuk memperoleh keseimbangan antara kualiti kehidupan dan kualiti alam sekitar.

Di Malaysia, pendidikan alam sekitar di sekolah sering diketepikan. Oleh itu, kurikulum holistik yang baru harus diwujudkan untuk memperoleh literasi alam sekitar. Di samping sukatan pelajaran semasa di sekolah yang hanya mempunyai beberapa unsur pendidikan alam sekitar yang diselitkan bersama dengan beberapa subjek dan kelab-kelab pencinta alam di sekolah, SAM menggesa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Pelajaran agar melaksanakan akitiviti yang melibatkan penyertaan aktif (“hands-on”) para pelajar, bukan hanya teori semata-mata.

Penglibatan aktif para pelajar ini harus bertumpu kepada aktiviti atau pendedahan di luar bilik darjah untuk menggalakkan kesedaran dan tindakan kepada alam sekitar. Antaranya adalah berkebun, berladang, pemantauan sungai, mempelajari tentang tumbuhan dan hutan yang mampu memberikan pemahaman yang mendalam serta kesedaran holistik akan kepentingan alam sekitar serta hubungan kita dengannya.

Usaha-usaha ini bukan sahaja menggalakkan perasaaan penghargaan dan tanggungjawab, malah boleh memperkasa para pelajar untuk berubah ke arah gaya hidup yang lebih mampan. Usaha ini juga akan membolehkan para pelajar berfikir secara kritikal dan lebih bertanggungjawab terhadap persekitaran mereka.

Pendidikan alam sekitar juga haruslah mengutarakan nilai-nilai seperti penggunaan mampan, pembangunan lestari dan perlindungan sumber alam dalam diri individu dan komuniti. Ilmu yang telah diperoleh haruslah diterjemahkan dalam tingkah laku yang menyayangi alam sekitar, berusaha untuk melindunginya dan memelihara kekayaannya.

SAM juga amat berbesar hati untuk memberi bantuan kepada pihak Kementerian untuk menyediakan kurikulum ini. Para pelajar haruslah memahami tentang kepentingan kita sebagai warga global yang hidup di dalam alam sekitar yang global; setiap jejak yang kita tinggalkan mempunyai impak yang negatif kepada setiap individu.

Oleh itu, pendidikan alam sekitar adalah langkah untuk mencapai literasi alam sekitar yang mengesyorkan membuat keputusan dan mengambil langkah yang positif; semuanya ke arah alam sekitar yang lebih bersih, hijau dan sihat. – HARAKAHDAILY 23/2/2017

Sumber HD - 23-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








































Jangan sertai UPOV, kerana tidak lindungi petani kecil

S. M. MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44353-jangan-sertai-upov-kerana-tidak-lindungi-petani-kecil

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Malaysia untuk tidak menyertai Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 1991 (International Convention for the Protection of New Varieties of Plants of 1991 - UPOV 1991).

CAP difahamkan bahawa Kerajaan Malaysia semakin ditekan untuk bersetuju dengan langkah itu, dan kami amat bimbang dan takut kerajaan akan menerima dan menyertai UPOV, yang mana ia amat bertentangan dengan kepentingan petani kecil, penyelidik tempatan dan perlindungan kepelbagaian biologi kita.

UPOV 1991 mewujudkan sistem harta intelektual “hak pembiak baka tumbuhan” (“Plant Breeder Rights”) yang berpihak kepada pembiak baka dan penyelidik institusi korporat negara maju, dengan mengorbankan kepelbagaian biologi, hak dan kepentingan petani kecil dan penyelidikan tempatan negara membangun seperti Malaysia.

Selama bertahun Kerajaan Malaysia membuat keputusan yang tepat untuk tidak menyertai UPOV 1991. Perkara ini wajar untuk diteruskan memandangkan keadaan semasa dalam penyelidikan dan pembangunan pertanian kita, di mana institusi penyelidikan awam tempatan mendominasi dalam melakukan penyelidikan rasmi tumbuhan.

Malaysia sudah pun mempunyai Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta PNPV) yang memenuhi sepenuhnya kewajipan kita di bawah Perjanjian Harta Intelektual Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) yang memerlukan perlindungan varieti baru tumbuhan. Tidak terdapat keperluan bagi ahli WTO untuk menyertai UPOV 1991. Menyertai UPOV 1991 bermakna bahawa Akta PNPV perlu perubahan drastik yang akan menjejaskan apa yang menjadikan undang-undang Malaysia unik untuk memenuhi keperluan negara kita.

Bahagian dalam Akta PNPV yang akan dihapuskan dalam usaha untuk menyertai UPOV 1991 termasuk peruntukan yang boleh melindungi terhadap penjarahan hayati (biopiracy) kepelbagaian biologi pertanian Malaysia; peruntukan yang memastikan kepaduan antara undang-undang negara seperti peraturan keselamatan biologi; peruntukan yang mengiktiraf hak kerajaan untuk tidak meluluskan pendaftaran varieti baru tumbuhan kepada pembiak baka sekiranya boleh menjejaskan ketenteraman awam; perlindungan yang membenarkan petani untuk menanam semula sebarang benih komersial yang mereka simpan sendiri di ladang mereka tanpa membayar royalti; peruntukan membenarkan petani bertukar dan menjual benih sendiri.

Kajian menunjukkan UPOV 1991 memberikan kesan sampingan kepada petani yang bergantung dengan sistem pengurusan benih-petani (sektor benih tidak rasmi) dan amalan warisan mereka yang bebas menyimpan, menggunakan, menukar dan menjual benih sendiri. Hak Asasi Petani diiktiraf dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Genetik Tumbuhan untuk Makanan dan Pertanian (International Treaty on Plant Genetic Resources for Food and Agriculture - ITPGRFA) dan Kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Dalam kes Malaysia, komuniti Orang Asal Sabah dan Sarawak, yang ramai daripadanya adalah petani kecil yang mempunyai pelbagai jenis benih tempatan penting, akan terpinggir dan terancam.

Terdapat laporan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) dan pakar pertanian menunjukkan sistem pengurusan benih-petani membolehkan petani untuk mengehadkan kos pengeluaran dengan memelihara kebebasan daripada sektor benih komersial manakala pertukaran benih secara bebas menyumbang kepada pembangunan kepelbagaian tanaman dan benih tempatan yang sesuai yang lebih berdaya tahan kepada perubahan iklim, serangga dan penyakit. Oleh sebab itu sistem ini telah memberikan sumbangan besar kepada pemuliharaan, penambahbaikan dan menjadikan kepelbagaian biologi boleh diperolehi, yang menjadi asas kepada jaminan keselamatan makanan. UPOV 1991 tidak mengiktiraf sistem pengurusan benih-petani dan pada hakikatnya perlaksanaannya akan memberikan kesan sampingan kepada petani kecil.

Tambahan pula, dengan menyertai UPOV 1991, akan menjejaskan keberkesanan Malaysia dalam melaksanakan Konvensyen Kepelbagaian Biologi (Convention on Biological Diversity - CBD) memandangkan Malaysia tidak dapat melaksanakan perlindungan seperti pendedahan asal dan bukti kepatuhan dengan akses dan peraturan manfaat perkongsian yang perlu untuk memerangi rompakan biologi.

Terdapat juga potensi implikasi kesan sampingan bagi penyelidikan pembiak baka tumbuhan awam tempatan Malaysia. Monopoli hak pembiak baka yang diwujudkan UPOV 1991 boleh meletakkan penyelidikan awam di Malaysia pada tahap kerugian yang serius berbanding hak pembiak baka tumbuhan negara asing. Pada masa yang sama, penyelidikan tumbuhan dan benih tempatan kita oleh orang asing akan berakhir dengan tuntutan oleh mereka dengan mengorbankan kepentingan negara.

Kami tidak menyedari akan sebarang usaha oleh Kerajaan untuk berunding dengan petani kita berhubung isu penting ini yang akan menjejaskan hak serta kehidupan mereka dan jaminan keselamatan makanan.

Kerajaan adalah anggota kepada ITPGRFA dan mestilah menerima komitmen antarabangsa untuk melaksanakan Hak Petani termasuk hak mereka untuk turut serta dalam membuat keputusan di peringkat kebangsaan berhubung perkara berkaitan sumber genetik tumbuhan. Oleh sebab itu, CAP menggesa Kerajaan dengan segera menghentikan semua proses untuk menyertai UPOV 1991.

Ini adalah selaras dengan saranan oleh beberapa kajian pakar bebas bahawa negara membangun seharusnya tidak menyertai UPOV 1991 memandangkan ia menawarkan rangka kerja perundangan yang jumud dan tidak sesuai untuk sistem pertanian semasa di negara membangun. – HARAKAHDAILY 20/2/2017

Sumber HD - 20-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










































Produk elektrik, elektronik tiada kelulusan Sirim bahaya

S. M. MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44298-produk-elektrik-elektronik-tiada-kelulusan-sirim-bahaya

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut bagaimana produk elektrik tidak dikawal boleh terus diperolehi di pasaran. Masalah ini sudah lama didedahkan oleh CAP.

Terdapat banyak produk elektrik/elektronik yang membimbangkan tanpa label Suruhanjaya Tenaga-SIRIM yang dijual dengan berleluasa di pasaran.

Amat mengejutkan, Senarai Peralatan Elektrik Terkawal Suruhanjaya Tenaga (EC) tidak termasuk banyak produk lain yang biasa digunakan.

Barangan seperti pengubah arus elektrik (dari arus ulang alik ke arus langsung), unit bekalan kuasa dalam komputer, dan bateri yang boleh dicaj semula perlu dikawal kerana ia melibatkan arus ulang alik 240 volt dan diketahui berpotensi meletup dan bahaya kebakaran dalam kes bateri yang boleh dicaj semula.

Malah kebanyakan barangan biasa lain seperti kabel elektrik tidak mempunyai logo kelulusan EC atau SIRIM dan Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM) memberi amaran bahawa banyak kabel elektrik dibuat daripada “bahan berkualiti rendah” telah membanjiri pasaran.

Kabel elektrik bermutu rendah yang digunakan di rumah mudah terdedah kepada pemanasan berlebihan dan kebakaran. TEEAM menyarankan pemilik hartanah untuk mendapatkan kontraktor yang diluluskan oleh EC atau agensi kerajaan. Tetapi berapa ramai pemilik rumah yang menyedari siapakah kontraktor ini dan adakah terdapat buku panduan yang boleh diakses untuk pengguna mencari kontraktor bertauliah?

Menurut Peraturan Elektrik Malaysia 1994, Sijil Kelulusan (CoA) diperlukan untuk pengimportan, peruncitan, pengiklanan atau pengeluaran alat elektrik atau peralatan. Malah dengan CoA dari EC, produk juga perlu dihantar ke Makmal Ujian Badan Pensijilan (CBTL) untuk ujian penghantaran dan pengesahan.

Jika produk gagal ujian, ia akan dikembalikan semula ke negara asal atau dilupuskan. Hanya apabila produk diuji dan disahkan baharulah label jaminan keselamatan EC-SIRIM dilekatkan pada produk. Dengan produk yang diluluskan itu baharulah ia dibenarkan di pasarkan di negara ini.

Dengan peraturan yang amat ketat itu, amat mengejutkan bagaimana EC dan Kastam boleh membenarkan produk elektrik yang tidak diluluskan oleh EC-SIRIM membanjiri pasaran. Dengan kewujudan produk bermutu rendah ini pengguna berisiko tinggi berdepan dengan kebakaran rumah atau kejutan elektrik.

Tambahan pula, adalah menjadi persoalan kenapakah adapters/chargers memerlukan label jaminan keselamatan EC-SIRIM tetapi bateri yang boleh dicaj tidak berada dalam senarai “peralatan elektrik terkawal” 2014.

Telefon bimbit sudah berada di Malaysia kira-kira 20 tahun yang lalu; e-rokok, lebih 10 tahun; dan power bank, lima tahun. Peralatan itu beroperasi menggunakan bateri lithium-ion yang boleh dicaj semula dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICAO) mengenakan pengharaman sementara (1 April 2016 sehingga 2018) terhadap penghantaran kargo bateri seperti itu oleh kapal terbang penumpang. Alasannya disebabkan bimbang bateri itu mengalami kepanasan berlebihan dan menyebabkan kebakaran atau letupan di atas kapal terbang.

Rumah sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat tetapi ironinya 2,717 rumah terbakar pada 2014 dan 139 mangsa kebakaran terbunuh dan 389 cedera. Didapati bahawa 55 peratus kebakaran disebabkan oleh masalah elektrik (arka, percikan/litar pintas, arus berlebihan/beban berlebihan dan rintangan kepanasan).

Siasatan kebakaran menunjukkan salah satu faktor utama kebakaran dikaitkan dengan masalah pendawaian elektrik.

Contoh kes melibatkan kemalangan peralatan elektrik/elektronik di Malaysia adalah:
· Pada 8 Mei 2016, telefon bimbit anak wartawan hiburan meletup ketika sedang dicaj di rumahnya di Setiawangsa.

· Pada 19 April 2016, wanita berusia 30 tahun dari Cheras terbunuh akibat kejutan elektrik ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicaj.

· Selepas beberapa hari kes di Cheras, seorang berusia 28 tahun dari Kedah mengalami kecederaan apabila telefon bimbitnya meletup ketika menjawap panggilan menggunakan telefon bimbit yang sedang dicaj.

· Pada pertengahan November 2015, seorang lelaki di Gopeng memerlukan enam jahitan pada bibirnya selepas e-rokoknya meletup ketika sedang digunakan.

· Pada 25 Oktober 2015, peralatan rokok elektronik terbakar dalam penerbangan Malindo Air dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

· Pada Ogos 2014, seorang ahli farmasi terkena kejutan elektrik ketika sedang mandi menggunakan alat mandian air panas di rumahnya di Segamat, Johor.

Memandangkan kepada kesannya berkemungkinan cedera, terbunuh melalui letupan, kebakaran atau kejutan elektrik – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi menggesa agar:
· EC dan SIRIM meneliti semula dan mengembangkan senarai produk terkawal mereka seberapa banyak produk elektrik yang tidak dikawal oleh EC.

· Pada masa yang sama, EC perlu membuat serbuan di pasaran yang menjual produk elektrik bermutu rendah yang menggunakan label jaminan keselamatan EC-SIRIM palsu. – HARAKAHDAILY 16/2/2017

Sumber HD - 16-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































Berus bulu babi: CAP telah lama beri amaran

SM MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44258-berus-bulu-babi-cap-telah-lama-beri-amaran

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah memberi amaran kepada pengguna seawal 1980-an – sejak tiga dekad lalu dan telah menerbitkan buku bertajuk Halal Haram berhubung produk halal pada 2006 tetapi malangnya amaran itu tidak diendahkan.

Salah satu produk yang didedahkan oleh CAP itu ialah berus cat yang dilaporkan dalam akhbar harian Bahasa Malaysia. CAP ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana membuat susulan berhubung penemuan 90 berus cat. Kami berharap tindakan tegas diambil terhadap mereka yang melakukannya.

Pada umumnya, berus yang dibuat daripada bulu babi dilabel sebagai ‘bulu tulen’ dan ia mungkin terdiri daripada berus cat hinggalah kepada berus untuk songkok, kasut, berus gigi dan berus cukuran.

Berus yang diperbuat daripada bulu babi secara perbandingannya lebih murah berbanding yang diperbuat daripada bulu kuda dan keldai. Tambahan pula, bulu adalah lebih baik untuk mengekalkan cat.

Selain daripada berus, sesetengah beg berjenama yang mahal juga diperbuat daripada kulit babi. Bagaimanapun, ia biasanya digunakan dalam produk dari China dan negara membangun lain.

Barangan lain yang diperbuat daripada kulit babi termasuklah sarung tangan kulit, jaket, kasut, beg tangan dan dompet.

Kebanyakan kulit babi kelihatan seperti kulit lembut (daripada kulit lembu) tetapi mempunyai titik yang kelihatan seperti menekan titik atau lubang kecil.

Barangan lain yang perlu dielakkan ialah pinggan mangkuk yang dilabelkan sebagai “tulang halus China” kerana ia diperbuat daripada tulang haiwan.

Orang Islam dinasihatkan agar menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada kaca atau seramik.

CAP sekali lagi menggesa kerajaan supaya menggubal Akta Halal/Haram berasingan bagi menangani isu ini dan meletakkannya di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bagi umat Islam hendaklah lebih berhati-hati apabila membeli produk yang mungkin mengandungi bahan haram. – HARAKAHDAILY 13/2/2017

Sumber HD - 13-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













































Kesal hutan paya bakau di Pulau Pinang terus dimusnah

SM MOHAMED IDRIS | .


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal bahawa hutan paya bakau di negeri Pulau Pinang masih dimusnahkan walaupun banyak bantahan dibuat oleh orang ramai terutama golongan nelayan yang semakin terhimpit kehidupan mereka berikutan kepesatan pelaksanaan projek pembangunan yang berlaku.

Dalam kejadian terbaru seluas 9.38 hektar kawasan hutan paya bakau di Bagan Jermal negeri ini telah dimusnahkan bagi memberi laluan kepada projek tambak laut di kawasan berkenaan. Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan Pulau Pinang tidak begitu serius dalam penjagaan alam sekitar dan kehidupan rakyat khususnya nelayan di negeri ini.

Mengulas laporan akhbar tempatan (Utusan Malaysia: 10 Februari 2017) berhubung gesaan Persatuan Nelayan Tanjung Tokong supaya kerajaan negeri menjelaskan perkara tersebut kerana bimbang kesan buruk yang bakal dihadapi mereka pada masa akan datang, CAP berpendapat sepatutnya hutan paya bakau di sini telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal (HSK) kerana khazanah alam semulajadi itu kini sedang diancam kepupusan.

Tinjauan CAP mendapati beratus hektar kawasan hutan paya bakau di negeri Pulau Pinang telah dimusnahkan bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan dan akuakultur dan beribu-ribu nelayan yang bergantung hidup kepada sektor perikanan di negeri ini terjejas mata pencarian mereka kerana tempat pembiakan hidupan laut musnah dan kawasan pesisiran pantai semula jadi semakin lenyap kerana pembangunan serta diancam pencemaran.

CAP berharap tindakan segera akan diambil oleh pemaju projek untuk menanam semula pokok bakau di kawasan yang telah ditebang demi mengekalkan alam semula jadi dan sumber perikanan untuk kehidupan masyarakat nelayan serta generasi akan datang.

Projek tambak laut untuk pembangunan Seri Tanjung Pinang 2 telah dan akan membawa banyak masalah kepada nelayan tempatan dan kawasan penangkapan ikan akan turut lenyap. Kini hutan bakau yang menjadi kawasan pembiakan hidupan laut pula dimusnahkan dan selanjutnya kehidupan nelayan di negeri ini akan bertambah serius.

Apakah matlamat sebenar kerajaan negeri, adakah mahu membela nasib nelayan pantai atau pun melenyapkan generasi mereka semata-mata untuk pembangunan? - HARAKAHDAILY 11/2/2017

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sumber HD - 11-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































Atasi segera masalah buang sampah di Nibong Tebal

S.M.MOHAMED IDRIS | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44199-atasi-segera-masalah-buang-sampah-di-nibong-tebal

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) memandang serius tentang pembuangan sampah yang berlaku di Jalan Ban Sungai Tengah, Changkat berdekatan jeti nelayan Changkat, Nibong Tebal di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang perlu segera menyiasat perkara ini dan mengambil perhatian serius bagi mengatasi masalah pembuangan sampah yang berlaku.

Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati sepanjang 200 ke 300 meter dipenuhi berbagai bahan buangan seperti plastik, kaca, kayu, botol, tin aerosol dan lain-lain lagi. Di samping itu,  kami juga turut melihat kesan pembakaran telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

SAM mendapati keadaan sampah yang dilonggokkan seolah-olah kawasan tersebut adalah tapak pelupusan sampah padahal kawasan berkenaan merupakan jalan ban yang boleh menuju ke Kampung Bagan Buaya.

Kami tidak menolak kemungkinan perkara ini telah lama berlaku kerana di kawasan tersebut terdapat papan tanda yang menyatakan ia kawasan larangan pembuangan sampah.

Apa yang mendukacitakan kami ialah kenapa pihak-pihak yang bertanggungjawab tidak dapat mengesan dan mengambil tindakan di atas masalah yang berlaku sedangkan di papan tanda tersebut tertera arahan dari Jurutera Daerah. Persoalannya siapakah Jurutera Daerah yang dimaksudkan tersebut, adakah ia di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau pejabat lain?

SAM khuatir jika masalah ini tidak ditangani dengan segera maka impak terhadap alam sekitar akan bertambah buruk. Justeru SAM berpendapat agar tindakan bersepadu dan  tinjauan yang kerap perlu dilakukan oleh pihak-pihak terbabit agar masalah ini dapat dibendung dari masa ke masa. Lawatan lapangan juga perlu dilakukan agar pihak yang sesuka hati membuang sampah di kawasan berkenaan akan was-was kerana kehadiran pihak-pihak berkuasa.

Sehubungan dengan ini SAM menggesa agar Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan mengambil tindakan segera bagi menangani dan menyelesaikan masalah ini. – HARAKAHDAILY 8/2/2017

Sumber HD-8-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































CAP bantah guna dron untuk meracun sawah

SM MOHAMED IDRIS | .

















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/44114-cap-bantah-guna-dron-untuk-meracun-sawah

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang dan membantah keputusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang mahukan para pesawah di kawasan ini menggunakan dron untuk meracun sawah mereka bagi mengawal makhluk perosak.

Tindakan tersebut bukan saja boleh menimbulkan masalah pencemaran udara yang lebih serius malah kaedah ini akan mengancam kesihatan dan alam sekitar dengan begitu mudah dan meluas.

Mengulas kenyataan Pengurus Besar MADA Datuk Fouzi Ali mengenai perkara itu baru-baru ini (Utusan Malaysia: 24.1.2017), CAP membantah keputusan tersebut berdasarkan kepada kejadian buruk yang menimpa komuniti di Kasaragod, Kerala dan tempat-tempat lain lanjutan daripada penggunaan penyemburan melalui udara.

Menurut Datuk Fouzi, penggunaan dron lebih efektif serta menjimatkan masa dan pihak MADA kini giat mempromosikan penggunaan pesawat itu yang diimport dari China. Buat permulaan sebanyak lapan dron akan digunakan pada musim pertama tahun ini yang dijangka bermula April akan datang.

Penggunaan dron dikatakan lebih pantas dan mengambil masa hanya 15 minit bagi satu hektar tetapi oleh kerana kedudukannya di paras yang tinggi, lagi pantas racun tersebar luas ditiup angin dan memberi kesan yang lebih cepat dan jauh.

Kesan akibat penggunaan dron ini akan lebih ketara terhadap kanak-kanak dan ibu mengandung yang terdedah kepada pencemaran udara beracun itu. Meskipun kandungan sisa racun adalah rendah, ia masih membahayakan kesihatan dan alam sekitar.

CAP juga mendapati dron tidak sesuai digunakan di kawasan MADA kerana terdapat banyak kampung-kampung berhampiran dengan sawah dan penduduk-penduduk yang tinggal di sini akan terhidu bahan kimia tersebut. Tanaman lain yang diusahakan, saliran dan binatang ternakan serta hidupan akuatik juga akan turut terjejas kerana pencemaran udara itu.

Selain Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membatalkan cadangan penggunaan dron untuk meracun sawah, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga perlu memberi perhatian serius agar teknologi yang merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan awam seperti ini tidak digunakan di negara kita.

MADA seharusnya bergerak ke arah pertanian asli tanpa menggunakan bahan kimia untuk menjamin keselamatan makanan, memperbanyakkan kepelbagaian pertanian dan melindungi alam sekitar.  Penggunaan dron untuk meracun sawah adalah kaedah yang tidak rasional dan cadangan ini perlu dihentikan segera. - HARAKAHDAILY 1/2/2017

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sumber HD -1-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Indifference to a humanitarian tragedy

The president of the International Committee of the Red Cross (ICRC), Peter Maurer, has called on governments to urgently address the humanitarian issue of missing people: those who disappeared during armed conflict or other situations of violence, natural disasters or migration. 
Speaking ahead of the International Day of the Disappeared on 30 August, Mr Maurer said that concerted efforts were needed to ascertain and document the fate of people who had gone missing and to provide families left behind with answers and effective support. 
"This is a tragedy affecting millions, but it remains vastly unacknowledged and under-reported. Such indifference is extremely disturbing,” Mr Maurer said. “Disappearances are often a sensitive social and political issue, but that is no excuse for inaction. 
Governments must generate the political will necessary to provide answers. Steps must be taken to prevent disappearances, and to collect all the information available when people do disappear, because, at some point, this information might help bring answers to families and other loved ones."   
Exactly how many people are missing throughout the world is not known, but the ICRC estimates their number to be at least in the hundreds of thousands. They include combatants missing in action, children who became separated from their families when they fled their homes or were forced to join armed groups, detainees unable to contact their families, and internally displaced people and migrants who have lost touch with their loved ones. It should be remembered that large numbers of people are at risk of disappearing every year. 
The lack of accurate figures is itself part of the problem. Numbers cannot, however, convey the depth of suffering endured in each individual case. It should therefore be cause for immense concern that the issue of missing people – the full scale of the problem and its impact on families, communities and societies – is often simply ignored.  
The ICRC is calling on governments to step up their response, to develop suitable legal frameworks, and the necessary systems and procedures, to account for people reported missing, and to provide effective support to families. 
"Those with influence and in a position to help, should take the opportunity of the International Day of the Disappeared to recommit themselves to this issue,” Mr Maurer said. “To remain in the dark, not knowing what has happened to someone you love: imagine the pain this must cause. For the sake of humanity, more has to be done."
Sumber HD - 25-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Pakej insurans melalui telemarketing


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mengemukakan kepada orang ramai mengenai isu polisi insurans melalui telemarketing.

Berdasarkan kepada aduan yang diterima oleh pihak kami, kami mendapati ramai pengguna terperangkap dalam perangkap tanpa mengetahui membeli polisi insurans yang dipromosikan melalui telemarketing.

Berdasarkan kepada aduan ini, CAP telah membawa perkara ini kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyatakan bahawa kami percaya bahawa syarikat insurans tidak seharusnya dibenarkan untuk menjual polisi insurans melalui telemarketing disebabkan oleh alasan yang berikut:-

- Pengguna ditekan untuk bersetuju membeli polisi insurans.

- Jawapan yang tidak menyatakan pendapat mungkin dianggap sebagai satu bentuk perjanjian.

- Pengguna tidak menerima polisi mereka; oleh sebab itu tidak mengetahui bahawa mereka “dilindungi”.

Bagaimanapun, walaupun kami mengemukakan kebimbangan kami, BNM jelas menyatakan bahawa polisi insurans melalui telemarketing dibenarkan dan sah di sisi undang-undang.

BNM juga meyakinkan kami melalui surat bahawa polisi insurans melalui telemarketing tidak boleh dilakukan berasaskan “apa sahaja”. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh pihak syarikat insurans dan telemarketer seperti:

- Telemarketer ketika mempromosikan polisi insurans mestilah menyediakan maklumat utama termasuklah nama produk, ciri-ciri, syarikat insurans penaja jamin, manfaat dan perlindungan, kaedah bayaran premium dan kesan kegagalan membayar.

- Telemarketer tidak boleh mengandaikan pengguna mahu membeli produk yang dijual. Mereka mestilah mendapatkan persetujuan pengguna sebelum mereka boleh mempertimbangkan penjualan polisi insurans.

- Syarikat insurans mesti menghantar kepada pengguna salinan Lembaran Pendedahan Produk (PDS) bersama dengan kontrak polisi untuk produk insurans (polisi insurans).

 - Terdapat tempoh 15 hari untuk “penelitian” selepas penyerahan polisi untuk mengembalikan polisi kepada syarikat insurans (menolak polisi) dan mendapatkan kembali bayaran premium yang telah pun dibayar. Memberitahu syarikat insurans jika polisi insurans anda tiba dalam tempoh yang ditetapkan oleh telemarketer.

Akhir sekali, kami menasihati pengguna untuk bercakap dengan jelas ketika perbualan melalui telemarketing. Memandangkan tiada kontrak bertulis diperlukan bagi penjualan polisi insurans, perbualan melalui telemarketing itu sendiri menjadi kontrak yang mengikat dengan undang-undang antara anda dan syarikat insurans. Jika pertikaian timbul antara dua pihak, perbualan melalui telemarketing akan dirujuk. Jika anda tidak mahu membeli polisi insurans, katakan “Tidak”, dengan tegas.    

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sumber HD - 17-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Kaedah tabur terus timbul masalah kepada petani

S.M.MOHAMED IDRIS | .





http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43866-kaedah-tabur-terus-timbul-masalah-kepada-petani

KAEDAH tabur terus yang diamalkan oleh para petani di negara ini khususnya di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sejak 30 tahun lalu telah menimbulkan banyak masalah dalam pengurusan tanaman padi sekarang sehingga menjejaskan sumber pendapatan golongan berkenaan.

Dalam tinjauan yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kaedah tabur terus yang menggantikan kaedah tradisi (cedung) walau pun menjimatkan masa dan tenaga kerja tetapi merugikan petani akibat berbagai ancaman yang berlaku ke atas tanaman padi sejak kebelakangan ini.

Tanpa menggunakan air yang banyak dan hanya memerlukan tanah sawah yang lembab sistem tabur terus secara tidak langsung memberi kesan buruk ke atas tanah sawah dan peluang kepada musuh tanaman untuk membiak dan memakan biji benih serta pokok padi yang sudah membesar. Keadaan tersebut akan menjadi lebih buruk dan bertambah serius jika kawasan sawah tidak mempunyai sistem saliran yang sempurna di mana benih padi yang ditabur dan pokok padi yang tumbuh terdedah kepada kemusnahan akibat banjir dan tanah sawah kering.

Di kawasan MADA misalnya sejak kaedah tabur terus dilaksanakan oleh para petani di kawasan itu berbagai masalah telah berlaku dan dihadapi mereka seperti ancaman padi angin, siput gondang, rumput liar, tikus, penyakit, ulat, tanah sawah jerlus dan lain-lain lagi yang memaksa mereka berulang kali menabur benih serta menggunakan racun makhluk perosak secara berlebihan.

Selain hasil pendapatan petani di kawasan itu merosot sehingga 70% akibat masalah yang berlaku, penggunaan racun di kawasan sawah telah menjejaskan alam sekitar, kesihatan petani dan pembiakan ikan air tawar yang menjadi sumber makanan serta protein bagi penduduk-penduduk di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu CAP menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, jabatan dan agensi yang berkenaan memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan tindakan secepat mungkin perlu diambil bagi mencegah punca masalah tersebut dari berterusan sehingga boleh menggugat hasil padi dan bekalan makanan negara pada masa akan datang.

CAP berpendapat kaedah tabur terus perlu dihentikan dan meminta pihak kerajaan menyediakan sumber bekalan air yang mencukupi dan sistem saliran yang sempurna untuk para petani melaksanakan semula sistem tradisi yang banyak memberi kebaikan kepada mereka. CAP mendapat tahu kini semakin ramai petani di kawasan MADA mengamalkan semula sistem tradisi dan meninggalkan kaedah tabur terus yang menimbulkan banyak masalah sebelum ini.

S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) – HARAKAHDAILY 11/1/2017

Sumber HD - 11-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























Tangguh kenaikan harga barang, perkhidmatan

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43751-tangguh-kenaikan-harga-barang-perkhidmatan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu menangguhkan sebarang kenaikan harga barangan mahupun tarif perkhidmatan ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat tahun ini.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, hal itu kerana beberapa isu kenaikan harga barangan yang diumumkan.

Katanya, selain isu peningkatan harga barangan, nilai mata wang negara yang rendah juga akan memberi kesan.

“Bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, kerajaan diharapkan dapat menangguhkan kenaikan atau tarif perkhidmatan.

“Kita menjangkakan kos sara hidup pada tahun ini meningkat berikutan beberapa isu peningkatan harga barangan,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata rakyat perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu supaya ia tidak memberi kesan besar dalam kehidupan seharian.

“Sebagaimana laporan persatuan majikan, mereka turut menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan. Jadi rakyat perlu bersedia.

“Biasanya apa yang dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup adalah daripada segi peningkatan harga, tidak kira barangan atau perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan patut menyelesaikan permasalahan berlaku seperti nilai ringgit yang masih rendah.

“Jika masalah ini dapat diatasi, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan rakyat,” katanya lagi.

Pada masa sama, rakyat dinasihatkan menguruskan hal kewangan dengan baik.

“Apa juga pendapatan yang kita ada, ia harus digunakan dengan baik sebagai langkah bersiap sedia.

“Rakyat perlu berbelanja secara bersederhana dengan hanya membeli barangan keperluan tertentu sahaja dan selebihnya disimpan kerana kita tidak dapat meramal apa yang berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Sumber HD-1-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































Sokong gesaan tangguh kerja tebus guna tanah

SM MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43722-sokong-gesaan-tangguh-kerja-tebus-guna-tanah

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan dan menyokong gesaan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk menangguhkan semua kerja tebus guna tanah di Pulau Pinang sehingga keperluan bagi Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Alam Sekitar Lengkap (DEIA) yang baharu dan diluluskan.

Menurut laporan berita, NRE akan mengeluarkan keperluan baharu yang akan diserahkan kepada Kabinet, Majlis Tanah Negara dan Majlis Pembangunan Fizikal Negara untuk kelulusan, yang mana selepas itu ia akan dikuatkuasakan di seluruh negara.

Keperluan baharu itu terhadap peraturan EIA sedia ada dan garis panduan DEIA itu sudah lama tertangguh dan cadangan bagi perubahan itu sedang dalam pertimbangan untuk ketika ini, SAM dan CAP bersama dengan pertubuhan lain telah lama menggesa supaya dilakukan penambahbaikan sejak bertahun dahulu.

Seterusnya, semua kerajaan negeri dan pihak berkuasa juga mestilah memastikan terdapat pertimbangan yang lengkap dan komprehensif terhadap semua kesan alam sekitar dan sosial daripada projek pembangunan yang dicadangkan, termasuklah projek tebus guna.

EIA dan DEIA mestilah diambil serius, melibatkan pertimbangan serius alternatif kepada projek yang dicadangkan termasuklah pilihan tiada projek, supaya projek tidak dibenarkan untuk diteruskan jika kesan alam sekitar dan sosial adalah serius dan juga mengambil kira maklum balas daripada orang awam.

EIA dan DEIA sedia ada memerlukan untuk memasukkan aspek altenatif ini dan pilihan tiada projek tetapi ia tidak diambil serius oleh pihak berkuasa kerajaan atau penyokong projek, yang sering melayan EIA dan DEIA sebagai perkara kecil, tidak mempedulikan kesan alam sekitar dan sosial serta kepentingan awam.

EIA dan DEIA mestilah dipandang serius sebagai alat perancangan untuk mencegah kemusnahan alam sekitar dan sosial.

Antara langkah untuk menambah baik seterusnya termasuklah mendapatkan khidmat perunding bebas yang ditugaskan melalui Jabatan Alam Sekitar dan dibayar melalui dana bebas yang mana sumber kewangannya disediakan oleh penyokong projek. Ini akan mengelakkan bahaya mendapatkan perunding yang menghasilkan EIA dan DEIA yang berat sebelah yang cenderung memihak kepada syarikat yang membayar mereka.

Sehubungan itu, tiada penangguhan lagi dalam memastikan penambahbaikan segera yang perlu dibuat untuk mengatasi kekurangan yang sedia ada dalam sistem dan proses EIA dan DEIA sedia ada. - HARAKAHDAILY 30/12/2016

Penulis ialah Presiden SAM dan CAP.

Sumber HD - 30-12-20116

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































Nitrogen: Perlu ada label elak pengguna keliru

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43644-nitrogen-perlu-ada-label-elak-pengguna-keliru
KUALA LUMPUR: Bungkusan makanan yang mengandungi cecair nitrogen perlu dilabelkan bagi mengelakkan pengguna keliru.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, tidak timbul masalah sekiranya pengeluar atau pengendali makanan mengendalikan produk itu dengan cara yang betul.

“Bahan itu tidak berbahaya sekiranya pengeluar makanan, penyedia dan pengguna mengendalikan produk dengan cara yang betul.

“Sepatutnya, perlu ada label menunjukkan cara yang sesuai menggunakannya juga untuk mengelakkan pengguna keliru,” katanya dipetik SelangorKini.

Menurutnya, label itu perlu menunjukkan cara mengendalikan produk yang mengandungi cecair nitrogen.

“Lebih baik jika jurujual makanan itu dapat menunjukkan cara penggunaan dengan betul. Jadi, ini tidak akan mendatangkan bahaya kepada pengguna,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan penggunaan cecair nitrogen dalam makanan didakwa menyebabkan kecederaan pada tangan seorang remaja selepas memakan biskut ‘Dragon Breath’.

Sumber HD - 22-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































SAM gesa MPM atasi masalah banjir di Kg Padang Serai

S.M.MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kominiti/43576-sam-gesa-mpm-atasi-masalah-banjir-di-kg-padang-serai

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Perak, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di Kampung Padang Serai dekat Pantai Remis di sini.

Kejadian tersebut sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu namun hingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan ke atas punca berlakunya masalah itu menyebabkan 20 buah keluarga di kampung ini terus dilanda banjir setiap kali musim hujan.

Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati sekitar rumah penduduk di sini ditakungi air dan sistem saliran yang terdapat di kawasan tersebut tidak berfungsi dengan sempurna. Menurut penduduk yang terlibat masalah ini berlaku berpunca dari limpahan air dari sungai berhampiran.

Sehubungan itu SAM meminta kerajaan negeri, MPM dan JPS menjalankan siasatan secara menyeluruh di kawasan terbabit supaya punca kejadian banjir di kampung ini dapat ditangani dengan berkesan.

Di samping menjalankan kajian secara terperinci mengapa air sungai di kawasan tersebut sering kali melimpah ketika hujan, sistem saliran yang terdapat di kampung ini juga perlu dibaiki agar pengaliran air menjadi lancar dan tidak mengancam rumah penduduk.

SAM kesal walau pun masalah ini sudah lama berlaku tetapi tiada langkah sewajarnya diambil oleh pihak berkenaan.

SAM bimbang jika keadaan ini dibiarkan dan tidak ditangani secepat mungkin bukan saja harta benda kepunyaan penduduk-penduduk di sini akan mengalami kerosakan serta kerugian yang lebih besar malah ia juga boleh mencetuskan masalah alam sekitar dan kesihatan kepada penduduk tempatan. – HARAKAHDAILY 15/12/2016

Sumber HD -15-12-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































Ketagihan arak dan hidu gam Orang Asli di Kedah serius

S.M.MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43571-ketagihan-arak-dan-hidu-gam-orang-asli-di-kedah-serius

Tok Batin Razali Kulim, Kampung Lubuk Legong, Baling, Kedah menunjukkan bekas botol arak dan tin gam.
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Daerah Baling (MDB) di negeri Kedah menyiasat dan mengambil tindakan segera ke atas peniaga kedai runcit di Kampung Lalang, Ulu Legong, di sini yang menjual arak secara haram kepada masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Kegiatan tersebut sudah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan menyebabkan semakin ramai kanak-kanak dan wanita masyarakat tersebut ketagihan minuman keras ini. Selain arak, mereka juga terlibat dengan kegiatan menghidu gam.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati selain orang dewasa, lebih 30 orang kanak-kanak berumur antara 9 hingga 15 tahun meminum arak dan menghidu gam yang dibeli di pekan Kampung Lalang di sini.

Terdapat juga orang luar datang ke kampung Orang Asli di sini (Kampung Lubuk Legong) menjual bahan tersebut kepada mereka dengan harga RM5.00 setin gam dan RM5.00 bagi sebotol arak. Mereka yang ketagih arak dan gam ini membelanjakan wang sehingga RM25.00 seorang untuk sehari.

CAP kesal dan bimbang dengan masalah ini kerana kegiatan menjual bahan tersebut bukan saja melanggar undang-undang pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi juga suatu pembaziran dan memudzaratkan kesihatan penagih.

Meminum atau ketagihan arak boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi, gangguan sistem saraf, masalah hati, pankreas, otot, tisu tulang, pendarahan usus, ulser serta kematian sel otak.

Manakala mereka yang menghidu gam pula akan mengalami kerosakan otak, hati, buah pinggang dan jantung. Jika amalan ini berterusan melebihi enam bulan ia boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal. Pada tahun 2000 tiga remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun telah meninggal dunia berhampiran sebuah sekolah di Cheras, Kuala Lumpur akibat menghidu gam.

Sehubungan itu CAP menggesa pihak kerajaan memberi perhatian serius terhadap masalah ini kerana ia bukan saja boleh menjejaskan kesihatan tetapi juga membawa maut lebih-lebih lagi kegiatan tersebut melibatkan kanak-kanak, remaja dan wanita.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu, Pegawai Daerah, kementerian, jabatan, polis dan agensi kerajaan yang berkaitan perlu mengambil tindakan bersepadu dalam usaha membanteras gejala sosial yang semakin serius berlaku ketika ini.

Di samping penguatkuasaan undang-undang yang tegas ke atas mereka yang didapati bersalah mengenai perkara ini, program kesedaran mengenai kesan buruk akibat meminum arak dan menghidu gam hendaklah dilaksanakan secara aktif dan meluas dalam kalangan masyarakat negara ini.

S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang/Consumers Association of Penang (CAP) – HARAKAHDAILY 14/12/2016

Sumber HD - 14-12-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
























































Struktur belum siap roboh, ramai mati bila terhenti?

SM MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43497-struktur-belum-siap-roboh-ramai-mati-bila-terhenti

SEMAKIN BANYAK STRUKTUR TAPAK PEMBINAAN BELUM SIAP ROBOH, SEMAKIN RAMAI PEKERJA BINAAN MATI
BILAKAH KEJADIAN SEBEGINI AKAN TERHENTI?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) begitu terkejut mendengar tragedi jejambat pejalan kaki dalam pembinaan, yang menghubungkan KL Eco City dan Mid Valley Megamall di Bangsar, Kuala Lumpur, roboh baru-baru ini. Tidak sampai sebulan selepas sepasang suami isteri maut apabila piling rig menghempap kereta mereka di tapak pembinaan sepanjang Persiaran Astana, Klang, satu lagi tragedi yang membawa kepada kecederaan serius dan maut pula berlaku.

Jika semua pihak yang terbabit dalam industri pembinaan – antaranya termasuklah majlis perbandaran tempatan, pemaju, kontraktor, arkitek, juruukur bahan, jurutera struktur, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH) dan semua pihak lain memainkan peranan masing-masing dengan berkesan, tragedi malang itu mungkin dapat dielak.

Di sebalik gesaan berulangkali kepada pihak kerajaan agar menjalankan siasatan lengkap ke atas operasi DOSH, pihak berkuasa berkenaan nampaknya tidak mampu menangani perkara ini kerana mereka tidak memberi perhatian kepada gesaan yang kami buat. Perkara ini jelas ekoran berlaku satu lagi tragedi di tapak pembinaan.

Apabila insiden seumpamanya berlaku, jelaslah kepada kita bahawa pihak DOSH dan pemaju tidak memberi keutamaan kepada perkara  yang sepatutnya. Di sebalik berusaha untuk mencegah insiden seumpamanya daripada berulang,  mereka menunggu sehingga ia berlaku dan kemudian bergelut untuk mengambil langkah-langkah bagi memperbetulkan keadaan. Apabila berlaku kehilangan nyawa, tiada langkah pembetulan yang boleh diambil; ia bukanlah sesuatu yang  dapat dikembalikan.

Sungguhpun punca kejadian masih disiasat, logik akal mengatakan ia bukan berpunca daripada kemalangan tetapi lebih kepada kecuaian di pihak yang terbabit dalam projek tersebut.

Sementara itu akhbar The Malay Mail memetik kata-kata Profesor Datuk Dr Mahyuddin dari Universiti Sains Malaysia yang mendakwa insiden seumpamanya boleh berlaku apabila kontraktor tidak mematuhi piawaian keselamatan. Dalam kejadian ini, konkrit mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk mengering dan mengeras; namun dalam keadaan cuaca yang lembap sekarang, ia memerlukan masa yang lebih panjang. Profesor Mahyuddin menambah, satu hal lagi yang boleh menjadi punca kemalangan itu ialah jika kontraktor tidak menggunakan bahan perancah (scaffolding) yang sesuai ketika proses pembinaan. Jarak di antara perancah dan saiz perancah yang digunakan amat penting kerana ia berbeza mengikut struktur yang akan ditanggungnya.

Sementara itu Ketua Pengarah DOSH, Datuk Mohtar Musri berkata, siasatan awal mereka mendapati insiden itu berlaku kerana struktur berkenaan rosak. Menurutnya, mereka perlu meneliti kualiti bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan jejambat pejalan kaki tersebut.

Walau apapun yang menjadi puncanya, pihak berkuasa terbabit dan orang awam perlu sedar  bahawa sejarah berulang kembali sungguhpun ia tidak sepatutnya  berlaku.

Jika kejadian buruk itu benar-benar berlaku disebabkan struktur yang rosak, maka ia perlu diperjelaskan bahawa tidak ada sesiapa pun yang boleh mendakwa mereka tidak mengetahuinya. Pegawai-pegawai keselamatan DOSH dan pemeriksa keselamatan di tapak pembinaan sepatutnya tahu mengenai mana-mana struktur yang rosak, jika ada. Ini menimbulkan persoalan sama ada pemeriksaan keselamatan yang teliti telah dijalankan di peringkat-peringkat tertentu oleh pihak berkenaan.

Menurut laporan, beberapa pihak berkenaan yang ada kaitan dengan industri pembinaan meminta hasil siasatan dimaklumkan kepada mereka. Kami juga ingin meminta agar maklumat tersebut turut dikongsi bersama orang awam. Tambahan pula, CAP ingin mengetahui apa yang berlaku kepada hasil siasatan bagi kejadian-kejadian sebelumnya. Kenapakah maklumat penting itu tidak dikongsi bersama orang awam sedangkan nyawa mereka berada dalam bahaya ekoran kecuaian pihak di tapak pembinaan?

Sehubungan itu, CAP menggesa langkah tegas diambil terhadap semua pihak yang terlibat dalam projek KL Eco City kerana mereka sepatutnya  bertanggungjawab  atas apa yang berlaku, meskipun mereka tidak terlibat secara langsung. Pemaju tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya memandangkan pihak lain akan berasa mereka boleh lepas tangan apabila insiden seumpamanya berlaku dan ini pula sebaliknya akan menyebabkan insiden yang sama terus berulang. - HARAKAHDAILY 6/12/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Sumber HD - 6-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































Selamatkan Sungai Tuang dari ancaman najis babi


SM MOHAMED IDRIS | .

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Melaka memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan Sungai Tuang daerah Alor Gajah di sini dari terus diancam pencemaran najis babi.

Mengulas laporan akhbar tempatan (BH:21.11.16) baru-baru ini, SAM kesal walau pun masalah itu sudah berlarutan lebih 10 tahun yang lalu dan kini semakin serius menjejaskan alam sekitar serta kehidupan penduduk di kawasan tersebut tetapi tidak ada tindakan bagi mengatasinya diambil oleh pihak berkenaan.

Najis babi itu dibuang dari ladang ternakan di Paya Mengkuang ke dalam Sungai Tuang menyebabkan airnya bertukar warna menjadi hitam pekat dan berbau busuk. Kira-kira 1,000 penduduk di Pengkalan Balak di sini terjejas kehidupan mereka kerana sepanjang masa terpaksa menyedut udara yang tercemar ini.

Sehubungan itu SAM berharap pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menjalankan siasatan terhadap punca berlakunya kejadian ini.

SAM percaya ia dibiarkan bukan saja alam sekitar di kawasan itu akan terancam dengan lebih serius lagi pada masa akan datang malah pencemaran najis babi ini juga boleh mencetuskan wabak Japanese Encephalitis (JE) yang boleh meragut nyawa manusia.

SAM mencadangkan supaya kerajaan negeri, jabatan yang terlibat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengkaji terlebih dahulu kesesuaian lokasi serta jumlah ternakan sebelum ia diluluskan terutama sekali berkaitan kesan ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan tempatan.

Pihak berkenaan juga perlu membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan segala peraturan di bawah undang-undang berkaitan perkara ini dipatuhi oleh penternak-penternak yang terlibat di samping mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang melanggarnya.

Selain hukuman lebih berat dikenakan ke atas penternak yang di dapati bersalah melanggar akta berkenaan, permit mereka juga perlu dibatalkan dan aktiviti ternakan hendaklah dihentikan.

SAM meminta kerajaan Melaka mendedahkan hasil kajian masalah pencemaran najis babi ini dan tahap kualiti air Sungai Tuang kepada umum dari masa ke semasa dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah itu.

SAM bimbang Sungai Tuang akan mati dan tidak lagi berfungsi pada masa akan datang, dan wabak JE yang pernah melanda Bukit Pelandok di Negeri Sembilan berulang di Pengkalan Balak Melaka suatu ketika nanti. - HARAKAHDAILY 5/12/2016

Penulis ialah Presiden Sahabat Alam Malaysia.

Sumber HD - 5-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































Hepatitis C: Malaysia perlu segera import rawatan

SM MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43205-hepatitis-c-malaysia-perlu-segera-import-rawatan

HEPATITIS C boleh diubati, malangnya beribu pesakit Malaysia tidak mempunyai akses untuk merawat penyakit yang amat berjangkit ini.

Data menunjukkan lebih daripada 500,000 rakyat Malaysia hidup dengan virus Hepatitis C (HCV). Kebanyakan mereka yang dijangkiti dengan HCV tidak menyedari status mereka sehingga ke tahap penyakit hati, kegagalan hati atau kanser. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 150 juta orang di seluruh dunia mengalami jangkitan Hepatitis C kronik dan 500,000 orang mati setiap tahun.

Sehinggalah baru-baru ini, rawatan Hepatitis C adalah berasaskan kepada terapi dengan pegylated interferon dan ribavirin, yang hasil rawatannya amat lemah dan disusuli dengan kesan sampingan yang mengancam nyawa.

Ubatan baharu yang bertindak sebagai antiviral telah merevolusikan rawatan HCV, dengan kadar penyembuhan melebihi 90%, tempoh rawatan yang lebih pendek dan profil keselamatan yang baik. Rejim baharu antiviral ini adalah dengan tempoh 12 atau 24 minggu boleh menyembuhkan penyakit.

Kekuatan utama dalam rawatan HCV ialah ubat sofosbuvir. Bagaimanapun, perbadanan farmaseutikal multinasional, Gilead, menjualnya pada harga yang amat tinggi, memandangkan syarikat ini menikmati monopoli pasaran disebabkan oleh paten dan data eksklusif.

Gilead mengadakan perjanjian pelesenan dengan beberapa syarikat ubat generik yang membenarkan syarikat itu untuk mengeluarkan dan menjual sofosbuvir generik kepada 101 negara membangun, tetapi aturan ini tidak termasuk Malaysia, oleh itu menjadikan amat sukar bagi Malaysia untuk mendapat akses kepada rawatan HCV yang berpatutan.

Gilead menjual Sovaldi (nama jenama bagi sofosbuvir) di Amerika Syarikat dengan harga AS$64,680, di Perancis AS$41,885 dan di Brazil AS$6,875. Pada 2015, seorang pesakit di sebuah hospital swasta, yang mendapat kebenaran untuk mengunakan ubat itu, dikenakan bayaran RM385,000 untuk rawatan selama 24 minggu.

Menurut sumber, Sovaldi pada masa ini dijual di Malaysia dengan harga RM144,000 untuk rawatan selama 12 minggu. Pada harga ini, rawatan Hepatitis C yang dapat menyelamatkan nyawa adalah di luar jangkauan kebanyakan rakyat Malaysia.

Laporan WHO mengenai akses kepada rawatan Hepatitis C mendedahkan bagaimana negara membangun seperti Mesir berjaya untuk merawat sekitar 670,000 orang dengan ubat antiviral baharu pada 2015 dan 2016. Disebabkan oleh persaingan generik, sofosbuvir boleh diperoleh di Mesir dengan harga serendah AS$150.

Sofosbuvir generik dengan harga yang berpatutan juga boleh diperoleh dari negara seperti India dan Bangladesh. Contohnya, di India sofosbuvir generik boleh diperoleh dengan harga kira-kira AS$300 untuk rawatan selama 12 minggu.

Bagaimanapun, disebabkan oleh tiadanya tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit di negara ini tidak mempunyai akses kepada sebarang rawatan yang berpatutan ini.

Pada masa ini, Kementerian Kesihatan sedang menjalankan ujian klinikal dengan inisiatif Ubatan bagi Penyakit yang Diabaikan dan Pharco Farmaseutikal bagi kombinasi sofosbuvir dan ravidasvir pada harga kurang daripada AS$300. Satu langkah yang boleh dipuji, tetapi ujian klinikal ini hanyalah untuk 600 pesakit, yang tidak mencukupi untuk menangani skala jangkitan HCV di Malaysia.

Malaysia memerlukan akses yang segera kepada rawatan Hepatitis C yang berpatutan jika kita mahu merawat beratus ribu pesakit yang dijangkiti dengan HCV. Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan segera untuk mendapatkan akses kepada sofosbuvir yang berpatutan.

Satu pilihan yang jelas boleh didapati ialah kerajaan menggunakan kelonggaran yang didapati dalam Akta Paten Malaysia dan mengeluarkan lesen “kegunaan kerajaan” untuk mengimport sofosbuvir generik yang berpatutan untuk kegunaan di hospital kerajaan.

Mengingat kembali laporan oleh Panel Peringkat Tertinggi Setiausaha Agung PBB mengenai Akses kepada Ubatan dengan jelas menyarankan ahli negara Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), seperti Malaysia, menggunakan sepenuhnya kelonggaran yang dibenarkan dalam peraturan harta intelektual WTO untuk menggalakkan akses kepada teknologi kesihatan apabila perlu.

Banyak nyawa sedang terancam dan tiada alasan lagi untuk menunggu.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan supaya bertindak sekarang untuk mendapatkan akses kepada rawatan yang berpatutan untuk penyakit yang berpotensi membawa kepada kematian. – HARAKAHDAILY 15/11/2016

Sumber HD - 15-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







































































Diabetes: Gaya hidup tidak sihat, M'sia tertinggi di Asean

SM MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43198-diabetes-gaya-hidup-tidak-sihat-m-sia-tertinggi-di-asean

Gaya Hidup Tidak Sihat Menjadikan Kadar Diabetes di Malaysia Paling Tinggi  Dalam Kalangan Asean

Hari ini tanggal 14 November adalah Hari Diabetes Sedunia. Bersempena dengan sambutan ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menasihati pengguna agar mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam usaha mengurangkan risiko diabetes.

Pada ketika ini terdapat kira-kira 3.5 juta penghidap diabetes di Malaysia. Kadar kelaziman penyakit ini adalah yang tertinggi di Asean. Kelaziman diabetes di Malaysia cuma 1-2% pada 1960 tetapi  kini angkanya melonjak kepada 17.5% pada tahun ini.

Memandangkan obesiti menjadi faktor penyumbang utama diabetes, jumlah pesakit diabetes yang tinggi di negara ini tidak menghairankan, memandangkan Malaysia merupakan negara dengan rakyat paling obes di Asia, dengan kadar berat badan berlebihan dan obesiti melebihi 45.3 peratus. Menurut Jurnal Perubatan British, The Lancet, 49% wanita dan 44 peratus lelaki di negara ini didapati mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Berat badan berlebihan menjadi faktor yang mencetuskan diabetes mellitus. Disebabkan jumlah lemak tambahan di dalam tubuh, insulin tidak dapat berfungsi dengan selamat. Biasanya fungsi utama insulin ialah membenarkan gula hadir dalam darah  untuk masuk ke  dalam  sel-sel otot dan tisu. Tetapi disebabkan pertambahan lemak dalam tubuh, sel-sel otot dan tisu membentuk ketahanan kepada insulin, menyebabkan paras gula yang tinggi dalam darah (hiperglisemia) dan akhirnya diabetes terbentuk.

Diabetes di Malaysia dijangka terus meningkat pada kadar lebih tinggi berikutan gaya hidup kita yang tidak sihat.

Gaya hidup rakyat Malaysia yang buruk dikaitkan dengan kelaziman diabetes melalui cara-cara berikut:

- Pengambilan daging perkapita di Malaysia adalah 48 kilogram berbanding 35 kilogram di Jepun dan Korea, dan cuma 24 kilogram di Thailand.

Menurut para penyelidik dari Harvard School of Public Health (HSPH), satu hidangan daging merah harian yang tidak lebih besar daripada satu susunan kad meningkatkan risiko diabetes dalam kalangan orang dewasa sebanyak 19 peratus. Daging merah yang diproses ternyata lebih buruk: hidangan harian separuh daripada saiz itu – satu hot dog misalnya dikaitkan dengan peningkatan 51 peratus risikonya.

- Kita mengambil 26 sudu teh gula sehari, menjadikan kita pengguna gula ke-8 tertinggi di dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kempen membasmi obesiti telah menyarankan had pengambilan gula cuma 5 sudu teh sehari.

Hasil ujian epidemiologi yang besar menyarankan bahawa gula juga mungkin mempunyai kaitan secara langsung dengan diabetes. Penyelidik telah meneliti data mengenai kemudahan mendapatkan gula dan kadar diabetes dari 175 buah negara sejak dekad lalu. Mereka menemui peningkatan pengambilan gula dalam bekalan makanan penduduk dikaitkan dengan kadar diabetes yang tinggi, tanpa mengambil kira kadar obesiti.

- Penduduk Malaysia tidak mendapat tidur yang secukupnya untuk menjamin kesihatan yang baik. Menurut kajian serantau, penduduk cuma mendapat 6.4 jam waktu tidur secara purata. Ini membawa kepada jurang 1.6 jam lebih singkat daripada tempoh 8 jam waktu tidur. Menggunakan telefon bimbit dan menghabiskan masa atas talian menjadi menyebab utama tidak cukup tidur.

Menurut Minnesota Regional Sleep Disorders Center di Hennepin County, AS, tindak balas tubuh terhadap masalah kurang tidur boleh menyerupai ketahanan insulin yang menjadi pemula bagi diabetes.

- Kita juga ketagih kepada Internet yang menjadi ancaman baharu bagi kehidupan yang sihat. Menurut satu kajian, 81% responden yang ditemubual berkata, aktiviti atas talian menghalang mereka daripada mendapat tidur dan menjalani aktiviti fizikal yang mencukupi.

Terdapat bukti bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam mengawal paras glukosa harian. Meskipun dalam jangka pendek, mengurangkan aktiviti harian dan tidak bersenam menyebabkan perubahan akut dalam tubuh yang dikaitkan dengan diabetes yang boleh berlaku sebelum berat badan bertambah dan obesiti berkembang.

Lama kelamaan, diabetes boleh menjejaskan secara serius setiap organ utama dalam tubuh, menyebabkan serangan jantung, strok, kerosakan saraf, kegagalan ginjal, kebutaan, mati pucuk dan jangkitan yang membawa kepada pemotongan anggota badan.

Setiap tahun pada tarikh ini, Kementerian Kesihatan melancarkan kempen untuk memberi kesedaran mengenai kesan buruk diabetes. Di sebalik usaha ini, kes-kes diabetes mellitus di Malaysia khususnya Jenis 2, telah mencecah ke tahap satu wabak dan terus meningkat.

Peningkatan membimbangkan kes-kes diabetes di Malaysia memerlukan langkah-langkah yang kukuh bagi membendung  wabak ini.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan agar:

- Mendidik warga Malaysia mengenai bahaya obesiti dan diabetes.

- Tidak menggalakkan pengambilan makanan yang tidak sihat iaitu makanan yang kaya dengan lemak, gula, garam dan penambah, dengan memperkenalkan cukai ke atasnya.

- Menyediakan kemudahan rekreasi yang mencukupi di kawasan penempatan penduduk.

- Menghentikan pemberian lesen 24 jam kepada tempat makan.

- Menghentikan giliran kerja malam di kilang.

- Mengharamkan mesin minuman di sekolah, hospital dan lain-lain tempat awam.

- Mewajibkan pelabelan yang jelas ke atas kandungan gula dan lemak semua makanan, termasuk makanan segera.

- Mengendalikan kempen pendidikan untuk ibu bapa dan anak-anak mengenai bahaya obesiti dan diabetes.

- Menghentikan pusat hiburan daripada beroperasi selepas tengah malam. - HARAKAHDAILY 14/11/2016

Penulis ialah Presiden CAP.

Sumber HD - 14-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































Dari kren ke tiang cerucuk

SM MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/surat-pembaca/43139-dari-kren-ke-tiang-cerucuk

Setiap kali insiden berlaku di tapak pembinaan dan mengakibatkan kematian satu atau lebih nyawa, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menjalankan siasatan sepenuhnya mengenai operasi Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) tetapi malangnya tidak dipedulikan.

Kami sekali lagi membuat gesaan berdasarkan kejadian pasangan yang maut ditimpa tiang cerucuk ketika mereka melalui tapak pembinaan sepanjang Persiaran Astana, Klang, Jumaat lepas.

Tidak lama dahulu, mendiang Chin Khoon Sing, yang memandu di kawasan tapak pembinaan maut apabila dihempap cangkuk kren yang menimpa keretanya. Begitu juga dalam insiden baru-baru ini apabila pasangan Abdul Rahim Abdul Rahman dan isterinya, Nurhayati Rosli juga maut apabila keretanya ditimpa tiang cerucuk.

Menurut siasatan awal yang dijalankan oleh DOSH dan Jabatan Bomba Selangor, tiang cerucuk itu tumbang kerana ia bergerak di atas tanah yang lembut. Kren yang menggerakkan tiang cerucuk tidak dapat menampung berat dan tersangkut di tanah.

Persoalan utama ialah kenapa perkara ini berlaku sekali lagi? Kami berpendapat bahawa satu insiden seperti ini sudah pun terlalu banyak dan kami percaya Kerajaan Malaysia, DOSH terutamanya, perlu berkongsi pendapat kami. Bagaimanapun, kami amat kecewa untuk menyatakan bahawa kepercayaan kami kelihatan tersalah jalan memandangkan DOSH sekali lagi membenarkan insiden seperti itu berlaku lagi.

Dilaporkan bahawa insiden itu sedang disiasat di bawah Kanun Acara Jenayah Malaysia, Seksyen 304 (a) – Menyebabkan Kematian Dengan Cuai. Manakala sesetengah orang mungkin melihat ini sebagai satu langkah yang baik, CAP bimbang ini akan mengakibatkan pihak berkuasa menjadi lebih berpuas hati dengan kekurangan pemeriksaan keselamatan dan tindakan penguatkuasaan. Tujuannya di sini ialah untuk mencegah sebarang insiden seperti ini daripada berlaku lagi bukannya cuma dengan mendakwa pihak yang bertanggungjawab selepas membiarkan insiden berlaku.

Sementara itu kelihatan sikap umum mereka yang terlibat dalam industri pembinaan Malaysia terhadap keselamatan, kesan tindakan mereka dan nilai nyawa manusia adalah  penyebab krisis pembangunan industri ini, kami merasakan bahawa DOSH yang perlu dipersalahkan. Mereka gagal dalam tugas untuk memastikan kontraktor dengan membenarkan kontraktor ini percaya dengan mempunyai sikap seperti ini mengenai keselamatan adalah diterima melalui tindakan mereka atau kurangnya tindakan mereka.

Sekali lagi, semuanya adalah DOSH dan kelemahannya sendiri – terbukti tidak mencukupi apabila melibatkan pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan dan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap kontraktor yang cuai.

Sejak awal lagi CAP menyatakan bahawa DOSH perlu menukar cara ia beroperasi dan sehingga kini tiada perubahan positif yang jelas.

Sehubungan itu, kami sekali lagi menggesa agar kerajaan menjalankan audit operasi DOSH dengan teliti, untuk mengenal pasti di manakah kekurangan dan kelemahannya untuk diperbaiki. Ini merupakan langkah penting ke arah memastikan keselamatan pekerja pembinaan dan orang awam. - HARAKAHDAILY 8/11/2016

Penulis ialah Presiden CAP.

Sumber HD - 8-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









































































Atasi segera pencemaran najis babi di Tanjung Sepat

SM MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43126-atasi-segera-pencemaran-najis-babi-di-tanjung-sepat

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Selangor, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran najis babi di Tanjung Layang dan Kampung Batu Laut dekat Tanjung Sepat.

Masalah yang berlarutan sejak 15 tahun yang lalu itu bukan saja semakin serius mencemarkan perairan di sini serta bau busuk yang tidak menyenangkan tetapi juga turut menjejaskan sumber pendapatan nelayan di kedua-dua kawasan terbabit.

Mengulas laporan akhbar tempatan (Berita Harian; 6 November 2016), SAM kesal kerana tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkenaan bagi mengatasi masalah itu sehingga 20 pengusaha belacan di Tanjung Layang terpaksa gulung tikar kerana udang geragau di perairan tersebut pupus akibat pencemaran najis babi ini.

Manakala Sungai Giling di Kampung Batu Laut bukan saja airnya berwarna hitam dan berbau busuk malah kini sungai tersebut telah mati dan tidak lagi mempunyai apa jua spesies hidupan air di dalamnya. Hutan paya bakau yang terdapat di kawasan ini juga mungkin musnah diancam pencemaran ini.

SAM percaya jika masalah ini dibiarkan berterusan tanpa tindakan undang-undang yang tegas diambil oleh pihak berkuasa ke atas pengusaha ternakan babi di kawasan berkenaan alam sekitar di sini akan tercemar dengan lebih serius lagi pada masa akan datang dan nelayan-nelayan yang bergantung hidup kepada hasil laut akan terputus sumber pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

Lebih membimbangkan lagi, pencemaran najis babi ini juga boleh mencetuskan ancaman penyakit berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan dan meragut nyawa penduduk tempatan.

Justeru itu SAM meminta kerajaan negeri, JAS, PPV dan PBT membuat pemantauan yang kerap yang memastikan pengusaha ternakan babi di sini mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub di bawah undang-undang yang ada. Hukuman berat wajar dikenakan ke atas pengusaha ternakan babi yang di dapati bersalah mencemarkan alam sekitar di kawasan ini.

Jika masalah ini masih berterusan dan gagal ditangani dengan berkesan, SAM mencadangkan supaya kerajaan negeri mengambil tindakan menutup semua ladang babi yang tidak mematuhi peraturan dan melanggar akta berkaitan. SAM meminta Jabatan Perikanan memberi bantuan atau pampasan kepada pengusaha-pengusaha belacan dan nelayan yang terputus mata pencarian akibat pencemaran ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang ebih baik pada masa depan. - HARAKAHDAILY 7/11/2016

Penulis ialah Presiden Sahabat Alam Malaysia.

Sumber HD - 7-11-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































































Halangan lalu lintas di Little India

. | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/surat-pembaca/42861-halangan-lalu-lintas-di-little-india

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan ke atas kanopi yang menghalang jalan (terutamanya Lebuh China, Lebuh Pinang, Lebuh King dan Lebuh Pasar) di Little India.

Tinjauan CAP baru-baru ini mendapati pemasangan kanopi tertumpu di sepanjang bahagian Lebuh China, Lebuh Pinang, Lebuh King dan Lebuh Pasar.

CAP hairan bagaimana kanopi itu dibenarkan kerana saiz kanopi itu begitu besar menyebabkan ruang yang sempit bagi pejalan kaki yang terpaksa menyelit di antara kereta atau van yang melaluinya.

Seksyen 46 (4) Akta Bangunan, Perparitan dan Jalan 1974 membenarkan “halangan sementara ketika acara perayaan dan sebagainya,” di atas jalan, ia menyatakan secara khusus bahawa “tiada sesuatu yang menghalang pihak berkuasa tempatan daripada membenarkan sebarang pembinaan sementara di sebarang tempat awam atau penggunaan sementara mana-mana bahagian ketika perayaan dan upacara”.    

Bagaimanapun, MBPP perlu mempertimbangkan fakta bahawa kanopi itu dipasang oleh kedai yang sudah pun mempunyai barangan di dalam premis mereka. Kenapa peniaga ini perlu menambahkan lagi kawasan pameran mereka sehingga ke jalan raya.

Dengan memasang kanopi ini, MBPP membenarkan kepentingan perniagaan untuk merampas hak pejalan kaki dan lalu lintas jalan raya di kawasan itu. Jalan di Little India amat sempit dan dengan kanopi di atas jalan menyebabkan aliran lalu lintas terbatas, dengan itu meningkatkan risiko kemalangan dan kes ragut, dan menghalang laluan ambulans atau Bomba dalam kes berlakunya kecemasan.

Salah satu contoh ialah apabila rumah kedai di Lebuh King terbakar pada Ogos 2015. Nasib baik ia tidak berlaku pada Oktober tahun itu ketika Deepavali, jika tidak ia akan menjadi lebih sukar bagi pihak Bomba. Di samping itu, dilaporkan ia melibatkan 71 anggota bomba yang mengambil masa lebih satu jam untuk memadamkan kebakaran itu.                                                                    

Berdasarkan usia bangunan di sekitar Little India, ia sebenarnya mudah terbakar dan jika berlaku kebakaran, bagaimana Bomba boleh melaluinya untuk ke tempat kebakaran atau pili bomba. Walaupun Seksyen 46 (4) Akta Bangunan, Perparitan dan Jalan 1974 membenarkan pembinaan sementara di tempat awam, tanggungjawab itu terletak sepenuhnya terhadap pihak berkuasa tempatan untuk menggunakan budi bicara mereka untuk membenarkan atau melarangnya.

Satu lagi perkara ialah dalam banyak kes, pejalan kaki terpaksa berjalan di atas jalan di sebabkan beberapa bahagian kaki lima terhalang oleh pameran barangan, perabot (kerusi dan meja bagi kedai makan), atau jerejak besi kekal.

Pemilik kedai itu perlu didakwa di bawah Seksyen 46 (1) Akta yang sama yang melarang halangan mana-mana tempat awam, termasuklah ‘laluan pejalan kaki dan laluan serambi di tepi jalan’ tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa tempatan.

Walaupun sebahagian daripada Lebuh Pinang dan Lebuh Pasar telah ditukar kepada kawasan pejalan kaki pada hujung minggu, CAP merasakan peniaga di kawasan itu tidak seharusnya dibenarkan memasang kanopi kerana ia akan menghalang ruang untuk meletak kereta dan menyesakkan kawasan itu yang mempunyai banyak pejabat dan perniagaan lain. Kita juga perlu mempertimbangkan masalah yang dihadapi oleh kenderaan pengangkutan yang perlu memuat naik dan menurunkan muatan.

Pemasangan kanopi seperti itu dan halangan kepada laluan kaki lima mendedahkan perangkap kematian apabila berlaku kebakaran atau kecemasan di mana jentera Bomba dan ambulans akan mendapati kesukaran untuk melaluinya.

CAP menggesa supaya kanopi ini dibuka dengan segera atas sebab-sebab yang di atas dan menyarankan peniaga di kedai ini menjalankan jualan perayaan mereka di kawasan Padang Kota yang terletak berdekatan.

SM Mohamed Idris
Presiden CAP

Sumber HD - 18-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































Laksana segera kawalan harga ubatan farmaseutikal

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42811-laksana-segera-kawalan-harga-ubatan-farmaseutikal

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pelaksanaan segera kawalan harga ke atas ubatan farmaseutikal.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam akhbar harian, “Rakyat Malaysia terpaksa membayar harga yang berlebihan bagi ubatan farmaseutikal kerana ketiadaan kawalan oleh kerajaan”.

"CAP telah menggesa kawalan harga ubatan farmaseutikal sejak bertahun lamanya tetapi malangnya ia tidak diendahkan," kata presidennya, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ubatan farmaseutikal merupakan bahan penting dan keperluan asas.

Katanya, kenaikan harga ubatan akan membebankan sumber kewangan kerajaan dan orang awam.

"Kini tiba masanya kawalan harga ubatan farmaseutikal dilaksanakan," ujarnya lagi.

Beliau berkata, Sistem Kawalan Harga Ubatan Kebangsaan boleh diperkenalkan yang akan mengekalkan harga ubatan dalam sektor awam dan swasta di peringkat yang munasabah, stabil dan mampu.

Tambahnya, penggunaan yang berkesan Senarai Ubatan Penting dan penggunaan meluas lebih banyak ubatan generik yang bertentangan kepada jenama paten boleh juga digalakkan dan disokong.

Katanya, ketiadaan kawalan harga telah membawa kepada keadaan sekarang di mana harga ubatan berlainan dari satu tempat ke satu tempat.

Menurutnya, harga ditetapkan berdasarkan jumlah pembelian yang meletakkan pengendali kecil di pihak yang tidak menguntungkan.

Beliau menambah, pengguna di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar dan bandar sepatutnya mampu untuk mendapat ubatan yang mereka perlukan pada harga yang lebih mampu daripada harga yang diumumkan.

"Keadaan ekonomi semasa meletakkan bebanan ke atas pengguna dan kini tiba masanya bagi kawalan harga ke atas ubatan farmaseutikal dilaksanakan dengan segera," ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/10/2016

Sumber HD - 13-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------















































































Malaysia mesti terajui kawalan tembakau

S.M MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42806-malaysia-mesti-terajui-kawalan-tembakau

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengambil langkah-langkah untuk membendung tabiat merokok khususnya di kalangan wanita dan kanak-kanak. Pengambilan tembakau merupakan ancaman kesihatan awam yang paling mudah dicegah.

Namun ia membunuh satu dalam dua orang yang mengambilnya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa jika kerajaan-kerajaan dunia tidak mengambil langkah tegas untuk membatasi pendedahan kepada tembakau, menjelang 2013 ia mampu meragut nyawa lapan juta penduduk di seluruh dunia setiap tahun.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, CAP menggesa kerajaan supaya mengambil langkah-langkah berikut:
i.Membentuk Akta Kawalan Tembakau yang tersendiri.
ii.Menyegerakan pengenalan pembungkusan kosong.
iii.Mengeluarkan lesen kepada penjual rokok dan tembakau.
iv.Memandangkan nikotina (nicotine) dianggap sebagai bahan racun di bawah Akta Racun, penggunaannya perlu dipreskripsi oleh sama ada doktor atau ahli farmasi.

Adalah penting peraturan kawalan tembakau dikeluarkan daripada Akta Makanan sedia ada dan membentuk Akta Kawalan Tembakau yang tersendiri. Pertama, adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk meletakkan kawalan tembakau di bawah Akta Makanan kerana tembakau bukanlah produk makanan dan ia mengandungi nikotina, sejenis bahan beracun yang disenaraikan di bawah Akta Racun.

Malah, nikotina yang merembes keluar dari daun tembakau yang basah boleh diserap masuk melalui kulit lalu menimbulkan masalah “kesakitan tembakau hijau”, terutama di kalangan pengendali daun tembakau.

Pembungkusan kosong rokok pula perlu disegerakan sungguhpun ada kemungkinan Malaysia telah diberi amaran oleh Persekutuan Pengeluar Tembakau Malaysia (CMTM) yang terdiri daripada British American Tobacco (Malaysia) Berhad, JT International Berhad dan Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd bahawa kerajaan (seandainya dikuatkuasakan pembungkusan kosong pada produk tembakau) mungkin membawa kesan yang mendalam terhadap penggunaan ‘trademark’ dan hak milik intelektual dalam industri lain. Namun begitu Australia dan United Kingdom telah menerajui isu ini.

Australia, negara pertama yang melaksanakan pembungkusan kosong pada 2012, telah diheret ke mahkamah oleh JT International dan British American Tobacco. Namun Mahkamah telah membuat keputusan yang memihak kerajaan Australia dalam keputusan enam kepada satu bahawa “tidak ada pemerolehan hak milik intelektual oleh kerajaan, dalam rancangannya untuk melaksanakan pembungkusan kosong dengan grafik amaran kesihatan”.

Hakim Gummow mengulas bahawa Akta ‘Trade Marks’ tidak memberi “kebebasan untuk menggunakan trademark berdaftar bebas daripada sekatan yang terkandung dalam statut lain.”

Tahun lalu di United Kingdom, British American Tobacco, Imperial Tobacco, Philip Morris International dan Japan Tobacco International telah mengambil tindakan di Mahkamah Tinggi, yang membantah pembungkusan rokok berjenama yang akan dikuatkuasakan mulai Mei 2016. Hakim dalam keputusannya berkata syarikat-syarikat berkenaan tidak berhak menerima pampasan kerana mereka terbabit dalam kegiatan “yang membawa kos yang besar ke atas negara” iaitu dari segi penjagaan kesihatan awam.

Justeru itu, Malaysia tidak seharusnya berasa takut akan tindakan industri tembakau kerana langkah sama telah pun diambil oleh kerajaan Australia dan United Kingdom mengenai pembungkusan kosong.

Selain memperkenalkan pembungkusan kosong, Malaysia juga perlu menimbangkan pemberian lesen kepada penjual rokok dan pengeluar tembakau. Langkah ini wajar bagi memantau penjual rokok yang sah dan membasmi mereka yang menjual rokok yang diseludup. Pada ketika ini terdapat 80,000 penjual rokok di Malaysia, tidak termasuk penjual di tepi jalan.

Empat negara anggota ASEAN telah pun melaksanakan pemberian lesen kepada penjual/peruncit. Brunei mengenakan caj bersamaan RM976.25 bagi setiap lesen sementara Singapura, RM1,171.75.

Kita berasa hairan kenapa nikotina dalam produk tembakau, khususnya rokok, dikecualikan daripada dikelaskan di bawah racun Kumpulan C, Akta dan Peraturan Racun Malaysia 1952 (Semakan 1989). Pada hakikatnya, 60 mg dos nikotina mampu melumpuhkan sistem saraf pusat dan menyebabkan kematian.

Nikotina tidak seharusnya dikecualikan kerana ia merupakan racun yang paling mudah diperolehi kepada 5 juta perokok di negara ini. Ia mesti dikawal sama  seperti racun lain di bawah Kumpulan C, iaitu “ia tidak sepatutnya dijual atau dibekalkan secara runcit kepada sesiapa sahaja kecuali... sebagai ubatan atau ramuan dalam ubatan yang dipreskripsikan.”

Sehubungan itu, CAP mengulangi gesaan kepada kerajaan supaya melaksanakan langkah-langkah yang dicadangkan seperti di atas untuk mengetatkan kawalan tembakau di Malaysia. – HARAKAHDAILY 13/10/2016

Sumber HD - 13-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































Mansuh hutan: SAM rujuk kenyataan MB Perak

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42789-mansuh-hutan-sam-rujuk-kenyataan-mb-perak

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kenyataan Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kepada media yang disiarkan dalam akhbar tempatan bertarikh 7 Oktober 2016.

SAM memetik kenyataan bahawa Menteri Besar mempersoal, adakah salah kerajaan negeri memansuhkan sebahagian Hutan Simpan Segari Melintang (HS Segari Melintang) untuk tujuan membina perumahan rakyat.

Isunya bukan soal salah atau betul tetapi pematuhan kepada dasar dan ketetapan sedia ada.

Pemansuhan sebahagian HS Segari Melintang bercanggah dengan pelan perancangan fizikal, iaitu Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030, yang menyatakan kawasan tersebut adalah sebagai guna tanah hutan dan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Pemansuhan sebahagian HS Segari Melintang juga bercanggah dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) dan Strategik Korporat utama Jabatan Perhutanan Negari Perak iaitu mengekalkan keluasan HSK sedia ada dan meningkatkan keluasannya.

Untuk makluman, dari semasa ke semasa kawasan yang dilitupi oleh hutan dan kawasan semula jadi di Segari telah dimusnahkan terutama pemansuhan sebahagian HS Segari Melintang.

Keluasan asal HS Segari Melintang ialah lebih 4,000 hektar tetapi keluasan terkini hanya kira-kira 2,720.79 hektar sahaja (belum ditolak lagi keluasan kawasan yang dimansuhkan).

SAM tidak menafikan bidang kuasa pihak berkuasa negeri untuk memansuhkan sesuatu HSK sama ada sebahagian atau keseluruhan tetapi sekiranya kepentingan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dijadikan justifikasi utama adalah tidak mustahil di masa akan datang kawasan sedemikian juga akan dieksploitasi.

Oleh itu, SAM menggesa pihak berkuasa negeri menghentikan serta-merta pemusnahan kawasan hutan di Segari.

Sekiranya sebahagian daripada HS Segari yang dimusnah tersebut telah dimansuhkan, SAM juga berharap pihak berkuasa negeri mewartakan semula sebagai HSK atau menggantikannya mengikut Seksyen 12, Akta Perhutanan Negara 1984.

SM MOHAMED IDRIS
Presiden Sahabat Alam Malaysia - HARAKAHDAILY 11/10/2016

Sumber HD - 11-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Rakan Alam cadang 6 perkara atasi pencemaran air

DR MOHAMMAD IBRAHIM | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42752-rakan-alam-cadang-6-perkara-atasi-pencemaran-air

RAKAN Alam memandang berat insiden penutupan loji yang hampir berlaku setiap tahun di negara ini. Kita pernah dikejutkan dengan gangguan bekalan air kepada 20 ribu pengguna di Cameron Highlands Pahang akibat pencemaran di loji utama rawatan air di Kampung Terla pada tahun 2012.

Pada tahun 2013, pencemaran di loji Tatau pula di Bintulu Sarawak. Penutupan beberapa loji di Selangor pada tahun yang sama sehingga menjejaskan bekalan air kepada 1 juta pengguna. Loji Rawatan Air di Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi Selangor pada tahun 2014 dan kemudiannya di Loji Rawatan Air Kahang Baru Daerah Kluang di Johor pada tahun 2015.

Pada tahun ini sahaja, kita dikejutkan dengan gangguan bekalan air bersih kepada 120 ribu pengguna di Johor akibat penutup Loji Rawatan Sungai Johor, Semanggar 1 dan 2 serta Tai Hong. Diikuti dengan penutupan Loji Rawatan Air Semenyih Selangor beberapa hari yang lalu sehingga menjejaskan bekalan air bersih kepada 1.8 juta penduduk dari 4 daerah di Negeri itu.

Kenapa masalah yang sama iaitu penutupan Loji Rawatan Air (LRA) saban tahun berlaku di Negara ini? Yang paling mengejutkan Rakan Alam adalah pengakuan dari Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili baru-baru ini bahawa penutupan LRA Semenyih Selangor akibat pencemaran sudah pun berlaku sebanyak 6 kali dari 2006 lagi.

Walaupun diakui beberapa langkah tindakan dan pelan strategik untuk pemuliharaan sumber air sudah dikenalpasti sehingga Dasar Sumber Air Negara (DSAN) digubal dan diluluskan pada tahun 2012, insiden pencemaran air sehingga menjejaskan LRA khususnya pada tahun ini sahaja menunjukkan sasaran untuk memastikan sumber air yang terjamin dan lestari untuk menyokong keperluan manusia dan alam sekitar di Negara ini masih jauh dari sasaran yang kita harapkan.

Berdasarkan dua insiden di Johor dan Selangor itu, RAKAN ALAM berharap pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui agensi yang ada dapat memberi fokus atau tumpuan yang lebih kepada beberapa cadangan di bawah:

1. Rakan Alam dimaklumkan bahawa nisbah diantara penguatkuasa dengan premis yang perlu dipantau adalah sangat besar. Diharapkan jumlah kakitangan penguatkuasa yang baru dapat ditambah untuk memastikan penguatkuasaan yang lebih efektif, berkesan dan menyeluruh dapat dilaksanakan oleh agensi yang berkaitan.

2. Menggunakan innovasi teknologi untuk memantau pelepasan sisa cecair dan pepejal secara proaktif dari lokasi industri.

3. Peruntukan belanjawan yang lebih tinggi untuk menyokong pelan strategik yang sudah digariskan Dasar Sumber Air Negara khususnya buat agensi penguatkuasa yang terlibat sama ada di peringkat Kerajaan Pusat ataupun di peringkat Kerajaan Negeri.

4. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berganding bahu untuk segera mewartakan kawasan tadahan air.

5. Melibatkan penyertaan masyarakat sebagai ‘Penguatkuasa Sukarelawan’.

6. Melaksanakan Pelan Tindakan Kecemasan Bersepadu melalui kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membantu seluruh pengguna ketika gangguan bekalan air dalam masa yang munasabah.

Rakan Alam yakin dengan tumpuan kepada 6 cadangan di atas mampu mengurangkan insiden pencemaran air dalam jumlah yang ketara malah dapat memastikan kebajikan dan keselamatan Rakyat sentiasa dilindungi sepanjang masa.  – HARAKAHDAILY 8/10/2016

(Penulis adalah Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Alam Sekitar Malaysia (Rakan Alam))

Sumber HD - 8-10-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































Kedah digesa selamatkan Pantai Kok, Langkawi

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42562-kedah-digesa-selamatkan-pantai-kok-langkawi

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) bimbang Pantai Kok di Pulau Langkawi, Kedah tercemar berikutan kerja-kerja penambakan kawasan pantai dan penerokaan hutan yang berlaku di tempat itu ketika ini.

Dalam tinjauan yang dibuat, SAM mendapati kawasan tersebut sedang pesat membangun bagi melaksanakan projek pelancongan dan kerja-kerja asas oleh pemaju yang terlibat telah  bermula sejak beberapa bulan lalu.

SAM terkejut dan kesal melihat kesan lumpur yang mendap di kawasan pantai di sini dipercayai berpunca akibat hakisan tanah dari tapak projek yang sedang berjalan. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk ketika hujan dan jika tidak dikawal masalah pencemaran laut akan berlaku dengan serius pada masa akan datang.

SAM menggesa kerajaan Kedah, Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menjalankan siasatan serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan tidak berlaku sebarang ancaman yang lebih buruk ke atas alam sekitar di kawasan ini.

SAM menegaskan, alam semulajadi Pantai Kok perlu dikekalkan dan membantah sebarang aktiviti pembangunan yang melibatkan kemusnahan hutan, mencemarkan laut dan kawasan pantai serta mengancam ekosistem marin.

SAM meminta Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menyiasat sama ada kawasan hutan berhampiran Pantai Kok yang terlibat dengan aktiviti pembangunan di sini merupakan Hutan Simpan Kekal (HSK) atau sebaliknya.

Jika berlaku pencerobohan kawasan hutan di sini tindakan undang-undang di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 perlu diambil ke atas pihak terbabit.

SAM mendapat tahu, dua pulau buatan akan turut dibina di laut Pantai Kok dan ia mungkin mencetuskan kesan yang lebih buruk ke atas alam sekitar, sumber perikanan dan kehidupan nelayan tempatan.

Justeru, SAM menggesa pihak terbabit memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan mengambil tindakan segera agar alam sekitar semulajadi Pantai Kok kekal terpelihara.

S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden
Sahabat Alam Malaysia (Friends of the Earth Malaysia) – HARAKAHDAILY 21/9/2016

Sumber  HD -  21-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























































































Rawatan gigi mahal punca guna rawatan doktor palsu

HARAKAHDAILY | .





















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42552-rawatan-gigi-mahal-punca-guna-rawatan-doktor-palsu

KOS tinggi memasang pendakap gigi menyebabkan pengguna mengambil jalan keluar yang tidak betul

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut dengan laporan media baru-baru ini mengenai doktor gigi yang palsu menawarkan rawatan pergigian atau khidmat memasang pendakap gigi secara haram hingga menimbulkan beberapa masalah kesihatan yang serius kepada pesakit. Pengguna yang mendapatkan khidmat seumpamanya berisiko mendapat HIV, jangkitan Hepatitis, kerosakan gigi dan penyakit gusi.

Perkhidmatan dan prosedur palsu ini dilakukan oleh orang yang tidak berkelayakan, di bawah harga normal. Pengguna tertarik kepada perkhidmatan itu memandangkan harganya mampu dibayar. CAP berpendapat kos tinggi prosedur rawatan pergigian merupakan salah satu faktor utama pengguna beralih kepada khidmat pergigian yang tidak bertauliah.

Kos pemasangan pendakap gigi boleh menjangkau antara RM3,000.00 – RM4,000.00. Yuran ini tidak dinyatakan dengan jelas pada papan putih di klinik pergigian, agar bakal pesakit/pelanggan boleh menimbangkan sama ada mahu mendapatkan rawatan di situ. Mereka cuma diberitahu mengenai kosnya selepas rawatan bermula.

Pada Jun 2000, CAP telah mengetengahkan isu ini di dalam Utusan Pengguna. Pada ketika itu pun doktor gigi persendirian telah mengenakan bayaran yang tinggi dan tidak mempamerkan kos rawatan pada papan putih di klinik mereka.

Enam belas tahun kemudian, ia masih belum berubah. Perbezaannya hanyalah kini kita mempunyai Jadual 13, Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) (Pindaan) 2013, yang mengawal selia yuran perkhidmatan pergigian asas.

Di sebalik kewujudan Jadual 13, klinik pergigian swasta masih tidak diwajibkan untuk mempamerkan yuran bagi khidmat nasihat dan prosedur mereka, dan rawatan pergigian atau yuran pemasangan pendakap gigi tidak termasuk di bawah jadual ini.

Satu-satunya perkara yang dikawal selia ialah yuran bagi khidmat nasihat dan yuran bagi prosedur rawatan pergigian asas. Sungguhpun begitu, kadar yuran bagi beberapa prosedur asas yang tertentu terlalu luas. Misalnya kadar yuran bagi rawatan “dentur akrilik (penuh) bagi setiap rahang” (seperti yang dinyatakan di dalam Jadual ke-13) adalah RM285.00 – RM2,290.00. Itulah sebabnya pengguna mudah diperdayakan oleh pakar pergigian tidak bertauliah dengan membazirkan wang mereka dan membahayakan nyawa mereka.

Ini merupakan masa percubaan dan sama ada pengguna cuba penuhi rasa megah mereka, akur kepada tekanan atau diberitahu oleh doktor gigi bahawa mereka memerlukan pendakap gigi untuk membetulkan masalah pergigian mereka, mereka masih perlu membayar kos yang tinggi.

Oleh itu mereka beralih kepada jalan keluar termurah tanpa mengetahui bahawa ia mungkin menyebabkan mereka membayar lebih daripada yang sepatutnya dalam jangka panjang, baik dari segi kewangan mahupun kesihatan.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa yang berkenaan untuk memastikan pengguna tidak terperangkap dalam jalan penyelesaian sebegini. Jika sesuatu prosedur seperti memasang pendakap gigi dipantau dan bayaran bagi prosedur seumpamanya dipamerkan pada papan putih di dinding klinik, maka doktor gigi tidak akan berpeluang untuk mengenakan bayaran dengan sewenang-wenangnya terhadap pesakit mereka, dan orang akan tahu apa jua yang berada di bawah harga tertentu tidak patut dipercayai.

Sehubungan itu, CAP menggesa kerajaan supaya meminda jadual ke 13 yang terdahulu – Jadual 13, Perintah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) (Pindaan) 2013 agar:-

i.Yuran atau bayaran bagi semua prosedur (asas atau khusus) dikawal selia;
ii.Mewajibkan semua klinik pergigian persendirian untuk mempamerkan yuran pada papan putih di dalam kinik; dan
iii.Memastikan kadar yuran bagi sebarang rawatan tidak meluas secara tidak wajar. Hanya ketika itulah  industri pergigian akan merawat pesakit dengan secara adil.

S.M. MOHAMED IDRIS
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 20/9/2016

Sumber HD - 20-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























































































CAP, SAM sertai gerakan global 'bebas dari plastik'

SM MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42537-cap-sam-sertai-gerakan-global-bebas-dari-plastik

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyertai gerakan 'Bebas dari Plastik' yang dilancarkan baru-baru ini untuk menghentikan pencemaran plastik di seluruh pelosok dunia.

Dilaporkan bahawa setiap tahun hampir 8 juta tan plastik mencemari lautan. Dianggarkan terdapat 150 juta tan plastik dalam lautan pada masa kini. Sekiranya tiada perubahan dalam amalan kini, diramalkan bahawa lautan akan mengandungi satu tan plastik bagi setiap tiga tan ikan menjelang 2025 dan menjelang 2050 lautan jumlah plastik akan melebihi berat ikan.

Walaupun pencemaran plastik menimbulkan impak kepada kesihatan awam, biodiversiti marin dan alam sekitar, kerajaan dan industri telah setakat ini gagal untuk menangani masalah tersebut. Perubahan persepsi pengguna dari segi penggunaan plastik juga amat diperlukan.

Memandangkan masalah pencemaran plastik yang kian meruncing, kenyataan visi  #breakfreefromplastic adalah, “Kami percayakan suatu dunia di mana tanah, langit, lautan dan air adalah rumah kepada kehidupan dan bukannya penuh dengan plastik; di mana udara yang kita nafas, air yang kita minum, makanan yang kita makan adalah bebas dari hasil sampingan toksik dari pencemaran plastik. Dalam dunia ini, prinsip keadilan alam sekitar, keadilan sosial, kesihatan awam dan hak asasi manusia memimpin dasar kerajaan dan bukannya tuntutan golongan elit dan korporat”.

Ke arah masa hadapan yang bebas dari pencemaran plastik, gerakan ini akan menuruti prinsip-prinsip berikut:

1) Gaya hidup dan ekonomi kita padan dengan had alam sekitar planet ini.

2) Sisa dikurangkan, pertama-tama.

3) Kitar hidup bahan dan produk yang kita guna – dari pengambilan sumber dan penghasilan, ke penggunaan, kitar semula, pengkomposan, dan pembuangan – akan menjamin kesihatan manusia dan dunia.

4) Tindakan komuniti dan usahasama dalam kalangan rakyat, pekerja, kerajaan, pakar dari pelbagai sektor, pemimpin peniaga yang menyokong akan memandukan keputusan mengenai reka bentuk barangan, perusahaan dan pengurusan sisa masa kini serta masa akan datang.

5) Pemungut sisa dan pekerja di sektor kitar semula diberi sokongan untuk memperbaiki sistem-sistem operasi mereka dan juga memimpin bersama untuk beralih ke ekonomi barangan yang baru dan selamat.

6) Pengusaha bertanggungjawab terhadap keseluruhan kos kitar hidup dan impak barangan serta pembungkusan mereka, dan  reka bentuk semula serta menginovasi barangan dan sistem yang lebih baik.

7) Di mana barangan plastik dan pembungkusan adalah perlu, ianya diguna semula, dibaiki, atau sekiranya gagal berbuat demikian, adalah dikitar semula; dan bahan toksik adalah dihapuskan dari penghasilannya.

8) Tiada insinerator baru dibina, dan insentif tenaga boleh baharu adalah dihapuskan bagi pembakaran plastik dan sisa. Ini termasuk gasifikasi, pirolisis, logi simen, dan fasiliti pembakaran “sisa-ke-tenaga” yang lain.

9) Sisa organik kembali ke tanah dan sistem sisa sifar mengurangkan pergantungan kepada tapak pelupusan dan insinerator sisa.

10) Sistem-sistem yang kita bina dan bahan yang kita gunakan memperlahankan perubahan iklim, dan bukan mempercepatnya.

Kumpulan dan individu yang berminat yang berkongi visi dan prinsip tertera di atas boleh turut serta gerakan ini dengan menurunkan tandatangan di http://breakfreefromplastic.org/.

Matlamat asasi kami adalah untuk memastikan masa hadapan kita adalah bebas dari pencemaran plastik. - HARAKAHDAILY 19/9/2016

Penulis ialah Presiden CAP dan SAM.

Sumber HD - 19-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Adakah pemeriksaan DOSH yang lepas tidak benar?

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42481-adakah-pemeriksaan-dosh-yang-lepas-tidak-benar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bingung dengan fakta oleh DOSH yang telah melaporkan bahawa mereka telah menutup menara kren kerana melanggar pelbagai langkah keselamatan dan penyelenggaraan dan mereka mendapati pekerja kren menggunakan lesen kelayakan palsu, walaupun mereka mendakwa mereka telah menjalankan pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan setiap 15 bulan.

Selepas kematian tragik Joice Chin Khoon Sing, yang terbunuh apabila penyangkut kren jatuh ke atas keretanya ketika beliau sedang memandu, DOSH mengumumkan bahawa mereka akan bertindak untuk melakukan pemeriksaan ke atas tapak pembinaan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang untuk memeriksa sama ada kren itu berfungsi dengan baik dan pekerjanya adalah yang sah.

Menurut akhbar harian berbahasa Inggeris, DOSH melaporkan di negeri Johor sahaja mereka mendapati 47 pekerja kren memiliki lesen kelayakan palsu dan walaupun mereka mempunyai dalam rekod mereka senarai 159 pengendali berkelayakan, terdapat 273 kren beroperasi (sehingga 6 September). DOSH juga berkata mereka telah memeriksa 156 kren di tiga negeri dan satu di Wilayah Persekutuan dan telah menutup 43 daripadanya kerana pelbagai kesalahan (sehingga 8 September).

Apa yang kami tidak faham ialah jika DOSH benar-benar menjalankan pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan sepertimana yang didakwa, bagaimana terdapat begitu banyak kren tidak berlesen beroperasi dan pekerja kren haram di tapak pembinaan ini; meletakkan bahaya nyawa orang ramai dan pekerja lain di tapak pembinaan dalam bahaya. Adakah pemeriksaan keselamatan DOSH adalah palsu?

Jika ia tidak palsu, maka sebab lain yang kita boleh fikir ialah yang boleh dijelaskan bilangan dilaporkan oleh DOSH ialah Prosedur Operasi Standard pemeriksaan keselamatan yang dijalankan setiap 15 bulan tidak mencukupi – inilah apa yang kami tekankan sejak lama dahulu. Dengan begitu banyak masa di antara pemeriksaan-pemeriksaan, kontraktor yang tidak bertanggungjawab akan mengambil maksudnya sebagai mereka mempunyai masa setahun dan tiga bulan itu untuk melanggar undang-undang jika ia boleh memanfaatkan mereka tanpa ditangkap. Jadual pemeriksaan keselamatan DOSH telah menjadi pemboleh dan bukan pencegahan.
                                                          
Sekali lagi, CAP mengulangi gesaan untuk DOSH mengurangkan masa antara pemeriksaan keselamatan, untuk meningkatkan bilangan pekerja teknikal yang ditugaskan dengan pemeriksaan tapak pembinaan dan untuk menjadikan pemeriksaan keselamatan mereka lebih secara rawak daripada berjadual. DOSH juga perlu mengambil tindakan keras ke atas tapak pembinaan di negeri lain dan Wilayah Persekutuan di samping Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Akhir sekali, kami meminta kerajaan supaya mengadakan Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat punca penyebab ketidakcekapan mereka. Demi untuk melindungi nyawa pekerja pembinaan dan orang ramai, adalah penting bagi DOSH mengubah cara mereka mengendalikan pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan.

SM Mohamad Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 14/9/2016

Sumber HD - 14-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Pinjaman: CAP bantah keras keputusan kementerian

HARAKAHDAILY |
.


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42474-pinjaman-cap-bantah-keras-keputusan-kementerian

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah dengan sekeras-kerasnya terhadap keputusan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membenarkan pemaju memberikan pinjaman di bawah Akta Pinjaman Wang (Pindaan) 2011. Menurut menteri, Tan Sri Noh Omar ia adalah situasi menang-menang.

Sebenarnya hanya satu pemenang sahaja yang jelas daripada skim ini iaitu pemaju. Noh juga dipetik sebagai berkata “Niat kami adalah untuk membantu pemaju menjual rumah yang mereka bina”. Adakah kerajaan sedang memindahkan beban unit yang tidak terjual kepada pengguna?

Persoalan yang timbul di sini ialah kenapa pemaju menghadapi masalah dalam menjual rumah mereka sedangkan pada hakikatnya purata rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah? Adakah ia disebabkan harga rumah yang melangkaui kemampuan majoriti rakyat Malaysia? Adakah pemaju hanya berminat untuk membina rumah dan kondominium untuk orang kaya kerana margin keuntungannya lebih tinggi? Jadi salah siapa jika terdapat unit yang tidak terjual?

Jika rumah lebih murah, maka pembeli memerlukan pinjaman bank yang lebih kecil dan pinjaman yang lebih kecil bermakna bayaran balik bulanan yang lebih rendah. Hasilnya lebih ramai orang yang layak untuk mendapatkan pinjaman bank untuk membeli hartanah. Maka tidak perlu lagi bagi pemaju untuk memberikan pinjaman kepada pembeli.

Bank lebih ketat dalam memberikan pinjaman perumahan kerana ia perlu memastikan peminjam mampu untuk membuat bayaran bulanan sehingga pinjaman dibayar semula.

Adalah terlalu berani untuk memberikan pinjaman kepada mereka yang berisiko untuk gagal untuk membuat bayaran balik hanya kerana agar rumah boleh dijual. Risiko kegagalan akan menjadi lebih tinggi dengan pinjaman yang lebih mahal daripada pemaju. Memanjangkan tempoh pinjaman (untuk mengurangkan bayaran bulanan) tidak disarankan kerana ia akan membuat hartanah menjadi amat mahal.

Pihak bank mengenakan antara 4.3 – 5.12% setahun bagi pinjaman perumahan tetapi di bawah Akta Pinjaman Wang, pemaju boleh mengenakan caj sehingga 12% (kadar rata) setahun bagi pinjaman yang diperolehi.

Jika peminjam dengan pinjaman bank yang lebih murah pun sudah gagal untuk membayar balik pinjaman, ia kelihatan tidak baik bagi pinjaman pemaju yang lebih mahal.

Pihak kementerian tidak memihak kepada pengguna dengan membenarkan pemaju memberikan pinjaman. Jika pemaju menurunkan harga rumah mereka mampu untuk menjual lebih banyak unit rumah, hanya keadaan inilah mewujudkan kedudukan menang-menang.

Akhir sekali, kerajaan perlu mengadakan Dasar Perumahan Negara yang akan membolehkan sekurang-kurangnya 80% daripada penduduk negara ini memiliki rumah mereka sendiri.

SM Mohamed Idris
Presiden CAP

Sumber HD - 11-9-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

































































































CAP gesa kementerian pantau alat penimbang tipu

S M MOHAMED IDRIS |
.


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42454-cap-gesa-kementerian-pantau-alat-penimbang-tipu

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga di pasar basah yang menggunakan alat penimbang berat mekanikal yang tidak tepat (timbang dua muka)untuk menipu pengguna.

Tinjauan kami ke semua pasar basah di Pulau Pinang baru-baru ini menunjukkan beberapa alat penimbang berat yang memaparkan pelekat penentu ukur tidak dipaparkan kepada pengguna. Sepatutnya pelekat penentu ukur itu perlu dilihat oleh pengguna supaya mereka pasti akan ketepatan alat penimbang berat itu dan jika ia sesuai untuk digunakan bagi perniagaan.

Di samping isu pelekat penentu ukur, kami juga mendapati alat penimbang berat yang digunakan oleh kebanyakan peniaga adalah kurang memuaskan memandangkan jarum petunjuk tidak bermula daripada “0” (sifar) dan kadangkala jarum pada permukaan plastik yang telus itu juga kotor menyebabkan bacaan pada jarum itu menjadi sukar.

Peniaga perlu menghantar alat penimbang berat mereka untuk penentuan ukur setiap tahun di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972. Pihak Kementerian perlu mempertimbangkan dengan serius untuk mencetak tahun penentu ukur dalam huruf terang yang besar pada pelekat penentu ukur untuk memudahkan pengguna membacanya.

Mereka juga perlu diingatkan bahawa bahagian alat penimbang dengan pelekat penentu ukur perlu dipamerkan dengan jelas, di depan pengguna.

Pihak Kementerian juga perlu memastikan bahawa setiap pasar mempunyai dua alat penimbang berat (satu daripadanya untuk digunakan bagi barangan halal) untuk pengguna mengesahkan berat barangan mereka jika mereka meraguinya.

Nombor perhubungan juga perlu disediakan di mana terdapat alat penimbang berat supaya pengguna boleh menghubungi jika mereka mempunyai sebarang aduan berhubung kekurangan berat, kenaikan harga barangan utama atau amalan perniagaan yang tidak sihat. – HARAKAHDAILY 9/9/2016

Sumber HD - 9-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

































































































Utamakan megafauna kita, bukannya panda

SM MOHAMED IDRIS | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/42424-utamakan-megafauna-kita-bukannya-panda

Sahabat Alam Malaysia (SAM) sebelum ini sudah pun memberi amaran serta meramalkan berita bahawa memelihara panda di Zoo Negara akan menelan belanja yang besar. Pada hakikatnya panda merupakan haiwan yang paling mahal di dunia untuk dipelihara.

Sejak tahun 2009 dan 2012 lagi, SAM telah membantah dengan sekeras-kerasnya langkah untuk membawa panda ke Malaysia di mana Kerajaan China bersetuju untuk menyewakannya dengan bayaran mencapai enam angka. Pada masa itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Zoo Negara diserang demam panda yang menenggelamkan segala kebimbangan dan keprihatinan orang ramai dan NGO.

Memandangkan panda merupakan spesies terancam, menarik dan mudah terjejas, seekor panda sahaja boleh menarik berjuta pengunjung yang akan membawa keuntungan dari sudut kewangan, dengan itu dapat menaikkan perolehan pendapatan zoo yang merosot. Kajian menunjukkan zoo yang mempunyai panda berada dalam “tempoh bulan madu” apabila ramai orang berpusu-pusu untuk melihatnya. Selepas beberapa waktu, kehadiran panda tidak lagi dikaitkan dengan pemuliharaan atau pendidikan tetapi lebih kepada mengumpul hasil kutipan masuk ke zoo. Apabila pendapatan mula merosot, anak panda akan membawa lebih ramai pengunjung untuk mengimbangi kos penjagaan haiwan.

Bagaimanapun, perbelanjaan panda yang dibiakkan dalam kurungan menimbulkan persoalan yang serius sama ada spesies ini benar-benar bernilai daripada semua wang itu yang lebih baik dibelanjakan untuk megafauna – haiwan besar kita seperti gajah, harimau dan badak? Malaysia berhadapan dengan situasi yang amat buruk di mana haiwan ini lebih bernilai selepas mati daripada hidup di kawasan habitatnya. Aspek pemuliharaan pula kurang menimbangkan ruang pemikiran yang baharu untuk melindunginya dengan lebih baik. Ini menyebabkan ia berada di ambang kepupusan.

Kini tiba masanya bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar lebih berhemat terhadap ke mana wang akan dibelanjakan. Bagi semua wang yang dibelanjakan untuk panda, kita boleh melindungi banyak spesies dalam pelbagai habitat termasuk menambah baik peralatan, kakitangan, dan strategi dalam memerangi penyeludup yang menggunakan teknologi canggih dan terbaharu bagi memperdayakan pegawai. Oleh kerana kemahiran yang lemah dan kecekapan Jabatan Perhilitan dalam menangani spesies terancam kita sendiri dipersoalkan, perkara ini perlu ditangani terlebih dahulu.

Urusan panda ini tiada kaitan dengan pemuliharaan tetapi semuanya mengenai wang. China telah lama menjalankan diplomasi panda sebagai tanda hubungan diplomatik yang mesra. Tetapi persoalan yang perlu dikemukakan ialah mengenai motif kewangan mereka di sebalik keputusan yang lebih berupa seperti menjalankan perniagaan lumayan dalam menyewa haiwan.

Panda adalah spesies terancam, bukannya komoditi untuk diperdagangkan bagi hiburan manusia. Walaupun matlamatnya adalah untuk menggalakkan pemeliharaan dan untuk meningkatkan bilangannya bagi dihantar semula ke habitatnya, program diplomasi panda telah beralih daripada melindungi panda dalam habitatnya kepada menarik pelanggan untuk membayar di zoo dan meningkatkan hasil pelancongan. Tambahan pula panda telah menjadi alat politik dan keuntungan.

Pemuliharaan panda perlu memberikan tumpuan kepada perlindungan habitat termasuk mengurangkan permintaan manusia dan kesan ke atas sistem kawasan perlindungan dan rizab panda sedia ada, dan apa sahaja pembiakan dalam kurungan in-situ yang dilakukan seharusnya bertujuan untuk memastikan panda dikembalikan kepada habitat asalnya. Jika pemuliharaan menjadi matlamat, adalah tidak wajar untuk menghantar haiwan untuk pembiakan ke zoo di seluruh dunia. Kini tiba masanya untuk mendidik orang ramai mengenai panda gergasi sebagai haiwan liar dalam bahaya kepupusan dan menghentikan eksploitasi kegilaan orang ramai terhadapnya dengan cuba untuk mengambil kesempatan daripadanya.

China juga perlu meneliti kembali dasar mengangkut panda mereka ke seluruh dunia dengan menawarkan hadiah panda secara pinjaman. Panda mereka perlu dibenarkan untuk berkembang, hidup dan membiak dengan bebas dalam persekitaran asli mereka. Keinginan untuk merapatkan hubungan antarabangsa membahayakan kebajikan panda.

Sekali lagi, SAM menggesa Kerajaan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menggunakan wang untuk kegunaan yang lebih baik contohnya untuk peralatan, sumber manusia, dan tindakan berkesan untuk menangani jenayah siber hidupan liar, tindakan terhadap rasuah dan mengukuhkan lagi perlindungan di lapangan. - HARAKAHDAILY 6/9/2016

Penulis ialah Presiden Sahabat Alam Malaysia.

Sumber HD - 6-9-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Fasa keluar, hapuskan guna merkuri di sektor kesihatan

SM MOHAMED IDRIS | .




http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42327-fasa-keluar-hapuskan-guna-merkuri-di-sektor-kesihatan

Merkuri adalah neurotoksin kuat yang boleh memberi kesan kesihatan yang berpanjangan. Dua kes tumpahan merkuri telah dilaporkan minggu lalu. Satu tumpahan berlaku di Klinik Kesihatan Merchang dan kejadian lain dilaporkan berlaku di Klinik Desa Rusila, kedua-duanya di Terengganu.

Walau bagaimanapun, mungkin terdapat lebih banyak kes tumpahan dalam fasiliti kesihatan, sekolah dan rumah yang tidak dilaporkan.

Pekerja di sektor kesihatan boleh terdedah kepada merkuri melalui termometer pecah dan sphygmomanometers (peranti tekanan darah) yang tidak diselenggara dengan baik.

Selain itu, doktor gigi dan anggota pergigian yang bekerja dengan amalgam gigi mengandungi merkuri, juga terdedah kepada wap merkuri. Pelupusan yang tidak sempurna skrap amalgam juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Memandangkan masalah kesihatan umum yang signifikan, beban penyakit termasuk dalam kalangan pekerja kesihatan dan pencemaran alam sekitar di peringkat global, Konvensyen Minamata mengenai merkuri telah diterima pada tahun 2013. Malaysia telah menandatangani Konvensyen Minamata pada 24 September 2014.

Dalam sektor kesihatan, Konvensyen Minamata menetapkan tarikh fasa keluar iaitu tahun 2020 bagi kebanyakan produk yang mengandungi merkuri termasuk termometer merkuri dan sphygmomanometers dan juga untuk fasa keluar penggunaan amalgam gigi.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam surat bertarikh 3 Jun 2013 kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menyatakan bahawa pada dasarnya Kementerian Kesihatan menyokong kawalan dan program fasa keluar produk mengandungi merkuri seperti yang dinyatakan dalam Konvensyen Minamata.

Kami sukacita dengan komitmen Kerajaan menggalakkan penggunaan bahan bebas merkuri dalam sektor kesihatan tetapi berpendapat bahawa tindakan yang diambil perlu ditingkatkan agar kita mencapai matlamat dengan lebih cepat.

Dari segi penggunaan amalgam gigi, pelbagai langkah telah dicadangkan dalam konvensyen. Selain menghadkan penggunaan amalgam gigi kepada bentuk encapsulated (terkandung), kerajaan perlu meningkatkan penggunaan alternatif yang bebas merkuri yang berkesan dari segi kos dan klinikal untuk pemulihan pergigian. Alternatif kepada amalgam gigi yang berkualiti dan selamat perlu dipertimbangkan dan dipromosikan.

Sektor kesihatan mempunyai peranan penting untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan penggunaan merkuri dan bergerak ke arah matlamat penjagaan kesihatan yang bebas merkuri.

Kami menggesa kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan langkah-langkah dan strategi untuk menangani isu pencemaran merkuri dan rancangan tindakan pelaksanaan Konvensyen Merkuri Minamata. - HARAKAHDAILY 30/8/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sumber HD - 30-9-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































SAM & CAP bantah projek terminal perikanan

S M MOHAMED IDRIS | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42250-sam-cap-bantah-projek-terminal-perikanan

SAHABAT Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah rancangan kerajaan Kedah hendak membina Terminal Perikanan di Tebengau dekat Kuala Kedah di sini kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan nelayan pantai di kawasan berkenaan.

Projek mega dikenali sebagai Terminal Perikanan Bersepadu Kedah atau Kedah Integrated Fishery Terminal (KIFT) ini dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Lu Hai Feng Development Sdn Bhd dari China dengan kos sebanyak RM1.831 bilion dan akan direalisasikan pada tahun depan selepas mendapat kelulusan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) bulan lalu.

Terminal Perikanan tersebut akan dibina di atas tanah kerajaan negeri melibatkan kawasan seluas 2,340 hektar. Daripada jumlah itu dilaporkan bahawa sebanyak 1,864 hektar akan digunakan sebagai kawasan perairan dan laluan kapal manakala selebihnya akan ditambak.

Kami berpendapat kos bagi pembinaan projek ini adalah terlalu besar berbanding dengan kedudukan sektor perikanan negara yang semakin tergugat akibat kekurangan sumber laut dan pendaratan hasil tangkapan ikan yang merosot teruk sekarang. Pembaziran wang akan berlaku jika projek ini diteruskan.

Tambahan, apakah rasional untuk pembangunan satu lagi pengkalan tuna padahal pengkalan tuna di Batu Maung, Pulau Pinang bagaikan hidup segan mati tak mahu.

Selain itu projek ini juga akan menjejaskan kehidupan lebih 2,000 nelayan pantai sekitar Kuala Kedah dan kawasan berhampiran jika ia diteruskan. Zon A yang menjadi tempat mereka mencari rezeki akan menjadi sempit dan perairan itu mungkin mengalami pencemaran yang serius serta mengancam tempat pembiakan hidupan laut.

Kami amat kesal dengan keputusan kerajaan negeri ini kerana tidak memberi perhatian serius terhadap kesan buruk ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan yang akan berlaku pada masa akan datang jika projek tersebut dilaksanakan.

Kami berharap projek mega yang boleh mengancam alam sekitar dan menjejaskan sumber perikanan serta kehidupan nelayan ini dibatalkan segera. Projek ternakan udang di Kerpan misalnya terbukti projek ini telah gagal mencapai matlamatnya di mana sebahagian kawasan projek itu kini ditumbuhi semak samun dan terbiar.
Jangan ulangi kesilapan Kerpan dan Batu Maung. – HARAKAHDAILY 23/8/2016

Sumber HD - 23-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                      
Mansuh bil TNB bulan Julai – CAP
Posted on Saturday, August 20 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31410




Ekoran kesulitan yang berpunca daripada tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa bil bulan Julai pengguna domestik dimansuhkan.
Menurut kenyataan CAP yang dipetik Free Malaysia Today, TNB dalam proses menaik taraf sistem bilnya namun perkara itu bukan sahaja diumum lewat malah sepanjang tempoh itu pengguna menghadapi pelbagai kerumitan.

Pusingan bil yang panjang menjadikan bil TNB lebih mahal, tidak menerima bil bulan Julai, menerima bil dengan nombor akaun bukan milik mereka, antara isu yang dibawa pengguna kepada CAP.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, oleh kerana pendekatan TNB mengelirukan pengguna maka wajarlah mereka (TNB) menangung bil bulan Julai pengguna domestik yang dibeban secara berganda.

“Kami membantah tindakan TNB menghantar bil Julai dan Ogos sekali gus pada bulan Ogos.
“Kenyataan TNB yang menyatakan tidak akan memotong bekalan elektrik bagi mereka yang lewat menerima bil bulan Julai pula tiada kaitan dengan pengguna.

“Soalnya ialah apa akan berlaku kepada pengguna yang dibebankan dengan dua bil dalam sebulan dan tidak mampu membayarnya sekali gus? Bolehkah mereka mendapat jaminan bahawa bekalan elektrik mereka tidak “dipotong”?” soal beliau melalui artikel tersebut.
Idris menggesa TNB bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.


“CAP juga meminta pihak berkuasa yang bertanggungjawab memantau hal ehwal “tenaga” seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Tenaga memastikan tindakan ini diambil. Lebih baik lagi, TNB perlu melakukannya secara sukarela sebagai cara mengganti rugi pelanggan mereka,” katanya.

Sumber TKO - 20-8-2016

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Apa tindakan k’jaan tangani perubahan iklim dunia?

HARAKAHDAILY | .

                                                                                                                                                                     http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42138-apa-tindakan-k-jaan-tangani-perubahan-iklim-dunia                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  DENGAN penerimaan-pakai Perjanjian Paris – sebuah perjanjian antarabangsa untuk tindakan menangani gejala perubahan iklim pasca 2020 – di persidangan perubahan iklim bulan Disember lepas, negara-negara parti kepada Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFCCC) membuat komitmen untuk meningkatkan usaha menangani perubahan iklim demi memberhentikan pengubahan sistem iklim serta kesan-kesan negatifnya ke atas masyarakat insan.


Sebagai sebuah negara daripada 197 negara parti yang telah merunding dan menerima pakai  Perjanjian tersebut dan seterusnya merupakan antara 175 negara parti yang turut menandatangani Perjanjian tersebut pada 22 April di New York, Malaysia haruslah melaksanakan Perjanjian tersebut.

Menjelang Persidangan Paris tempoh hari, Malaysia, seperti negara-negara yang lain telahpun mengemukakan pelan tindakan iklim yang dikenali sebagai Intended Nationally Determined Contributions (INDCs) di mana Malaysia telah mengisythiharkan hasratnya untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah kaca ‘sebanyak 45% menjelang tahun 2030 daripada tahap keamatan pelepasan mengikut KDNK tahun 2005’.

Ini terdiri daripada pengurangan sebanyak 35% tanpa syarat dan 10% lagi yang berdasarkan penerimaan bantuan kewangan, peralihan teknologi dan pembinaan keupayaan daripada negara-negara membangun.

Malaysia juga amat tekal dalam mempertahankan prinsip-prinsip dan peruntukan UNFCCC ketika merundingkan perjanjian baru tersebut, terutamanya dalam menekankan bahawa perjanjian tersebut adalah tertakluk kepada Konvensyen, justerunya, tanggungjawab negara-negara membangun dari segi peruntukan bantuan kewangan, peralihan teknologi dan pembinaan keupayaan perlu dikekalkan.

Seruan peruntukan kewangan adalah jelas daripada kenyataan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak ketika mengikrarkan pengurangan 40% keamatan perlepasan daripada tahap KDNK 2005 menjelang 2020 di sidang kemuncak Copenhagen pada tahun 2009 dan permintaan tersebut telahpun diulangi beberapa kali selepas itu.

Walau bagaimanapun, hampir lapan bulan telah berlalu sejak Paris dan Malaysia nampaknya ketinggalan dalam menggunakan peruntukan kewangan antarabangsa yang disediakan oleh Green Climate Fund (GCF), entiti operasi mekanisme kewangan UNFCCC yang bertujuan membantu negara-negara membangun dalam peralihan menghala kepada pembangunan mampan cara rendah perlepasan dan berdaya tahan perubahan iklim.

Banyak negara membangun telah mengemukakan cadangan peruntukan kewangan kepada GCF yang setakat ini telah meluluskan pelbagai projek dan rancangan yang kesemuanya bernilai hampir AS$440juta. Peruntukan tersebut disalurkan kepada projek-projek mitigation dan adaptation serta mengukuhkan rangka kerja institusi di negara-negara membangun supaya dapat menghasilkan pelan tindakan iklim yang sesuai.

Dalam penyediaan untuk menggunakan sumber kewangan GCF itu, setakat bulan Mei, 49 buah negara membangun telah mendapat geran kesediaan GCF yang membolehkan mereka untuk mengukuhkan keupayaan institusi pihak berkuasa negara yang telah ditetapkan (national designated authorities - NDA) atau focal point dan membangunkan program tindakan iklim di peringkat negara.

NDA/focal point Malaysia adalah Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (PASPI) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

GCF mula meluluskan dana sejak tahun lepas. Sebagai contoh, permohonan Vietnam, untuk 'meningkatkan daya tahan masyarakat pesisir pantai yang terdedah kepada kesan perubahan iklim' dengan dana sejumlah AS$29.5juta telah diluluskan pada mesyuarat lembaga GCF baru-baru ini pada bulan Jun lepas.

Kecewa sekali, kita masih belum melihat apa-apa cadangan dari Malaysia, baik untuk geran kesediaan, mahupun cadangan projek, dalam senarai projek yang telah dikemukakan untuk penilaian atau kelulusan.

Untuk makluman, Malaysia merupakan antara 12 ahli-ahli lembaga yang mewakili negara-negara membangun dalam badan pentadbiran GCF.

Daripada segi teknologi, Malaysia juga merupakan salah satu daripada 26 negara yang mengambil bahagian dalam fasa kedua program penilaian keperluan teknologi global (technology needs assessment - TNA) yang disokong oleh UNFCCC. Walau bagaimanapun, Malaysia masih belum mengorak langkah dalam program ini sejak pelancarannya pada November 2014, dan ketinggalan di belakang negara-negara lain di rantau ini seperti Laos, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Dalam masa yang sama, Malaysia telah mengalami peristiwa cuaca yang melampau berkaitan perubahan iklim, contohnya banjir buruk pada akhir tahun 2014 yang dianggarkan telah mengalami kerugian berjumlah beratus-ratus juta ringgit di mana sektor pertanian di negeri yang paling teruk terjejas iaitu Kelantan sahaja, kerugian mencecah RM105juta.

Tiada anggaran rasmi kerugian daripada kejadian gelombang panas baru-baru ini tetapi kesan-kesannya memang telah dirasai oleh orang awam yang terpaksa memasang penghawa dingin dan membayar lebih untuk penggunaan elektrik.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Malaysia untuk memberi perhatian kepada cabaran yang bakal timbul daripada kesan perubahan iklim dan berusaha segera dalam melaksanakan tuntutan dengan tindakan yang setimpal.

Mekanisme UNFCCC yang meliputi GCF dan proses TNA boleh membantu Malaysia bersedia menangani perubahan iklim dan melaksanakan lebih banyak tindakan dengan sumber-sumber kewangan dan teknologi yang sedia ada, termasuklah memantapkan Bahagian Perubahan Iklim dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui geran kesediaan daripada GCF.

Malaysia perlu mencontohi negara-negara membangun yang lain yang mengambil serius masalah perubahan iklim dan menggunakan sumber-sumber kewangan antarabangsa yang sedia ada seperti GCF untuk memenuhi keperluan kewangan serta keperluan teknologi iklim.

Seharusnya tidak ada lagi alasan untuk penangguhan. Oleh itu SAM menggesa kerajaan Malaysia untuk bertindak sekarang dan bertindak dengan tegas dan pantas.

S.M. MOHAMED IDRIS
Presiden – HARAKAHDAILY 12/8/2016                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber HD - 12-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                               -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                     





























































































Perbetulkan kekurangan sistem pengangkutan jalan

SM MOHAMED IDRIS | .


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42136-perbetulkan-kekurangan-sistem-pengangkutan-jalan   
                                                                                                                                                                                                                                                                                                   Lebih dua tahun sudah berlalu sejak Panel Penasihat kemalangan Genting Highlands menyerahkan 51 cadangan kepada Kementerian Pengangkutan dalam usaha untuk memperbaiki sistem keselamatan jalan kebangsaan secara menyeluruh.

Kemalangan kenderaan komersial dan awam menunjukkan betapa terdapat kecacatan dan kekurangan yang serius dalam sistem pengangkutan jalan yang tidak dipedulikan dengan begitu lama.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terus mempersoalkan kelewatan dan sikap sambil lewa serta lambat bertindak yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa.

Kenderaan dipandu laju dan hilang kawalan akibat kegagalan brek telah menjadi bahan berita biasa hari ini. Kejadian kemalangan bas berdekatan Terowong Menora baru-baru ini dan bas dengan pelancong dari China yang terbalik di Genting Highlands adalah antara beberapa contoh.

Salah satu daripada cadangan Panel Penasihat Genting Highlands adalah pelaksanaan strategi pengurusan yang lebih sempurna sesuai bagi rupa bumi yang berbukit. Ini termasuklah meneliti semula dan mewartakan had laju dan had berat kenderaan di jalan berbukit, termasuk jalan persendirian dengan akses awam.

Seterusnya, peralatan untuk meredakan lalu lintas yang sewajarnya dan tanda amaran perlu dipasang untuk memperlahankan kenderaan dan menyampaikan mesej amaran keselamatan secara berkesan. Adakah perkara ini dilaksanakan?

Pihak berkuasa mengambil masa yang terlalu lama serta sambil lewa berhubung keputusan untuk memasang alat had laju atau GPS dalam kenderaan awam dan komersial untuk mengawal kelajuan. Selepas penangguhan yang begitu lama, keputusan telah dibuat baru-baru ini tetapi ramai pengendali pengangkutan masih belum akur kepada keperluan itu. Berapa lama lagi yang kita perlu menunggu untuk patuh sepenuhnya?

Kita juga masih belum meneliti perkara berhubung had usia bagi bas. Kita mempunyai banyak kenderaan berusia yang berada di jalan raya dan ia umpama bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Ia berpotensi mengalami kegagalan brek akibat keadaan usianya.

Bas-bas lama juga tidak mematuhi Peraturan PBB bagi pembinaan badan bas. Tambahan pula, rancangan untuk memasang tali pinggang keledar di dalam bas juga terhenti begitu sahaja.

Amat diragui bahawa pemeriksaan keselamatan dibuat ke atas bas-bas sebelum setiap perjalanan seperti mana yang didakwa oleh pengendali pengangkutan. Jika begitu siapakah yang memastikan bahawa prosedur ini benar-benar diikuti oleh mereka?

CAP menggesa pihak berkuasa pengangkutan memastikan pelaksanaan sepenuhnya perkara yang berikut tanpa sebarang penangguhan:

1. 51 cadangan oleh Panel Penasihat Genting;

2. Strategi pengurusan yang lebih sempurna bagi rupa bumi berbukit seperti had laju dan had berat bagi kenderaan;

3. Peralatan meredakan lalu lintas dan tanda amaran untuk memperlahankan lalu lintas yang sesuai bagi rupa bumi berbukit;

4. Memasang alat had laju;

5. Menetapkan had usia bagi bas;

6. Memastikan bas mematuhi Peraturan PBB untuk pembinaan badan bas dan tali pinggang keledar turut dipasang.

7. Memastikan semua pengendali pengangkutan awam melaksanakan program ICOP SHE yang akan memastikan bas diuji sebelum memulakan setiap perjalanan. - HARAKAHDAILY 11/8/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.                                                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 11-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                  





























































































Runding terus: Jangan ulangi kesilapan zaman Mahathir

PIARAPAKARAN S. | .


   http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/42060-runding-terus-jangan-ulangi-kesilapan-zaman-mahathir                                                                                                                                                                                                                                                                                       PERSATUAN Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan kepentingan proses pembidaan kompetitif untuk pembinaan loji janakuasa.

AWER berdiri teguh dengan pendirian kami bahawa tarif elektrik yang berpatutan dan saksama hanya boleh dicapai melalui pembidaan kompetitif yang adil dan telus. Kos teknologi-teknologi penjanaan tenaga elektrik adalah sesuatu yang diketahui secara meluas di kalangan pemain-pemain industri.

Bagi seseorang pembida untuk memenangi projek, pembida tersebut mesti sanggup mengurangkan margin keuntungannya dan juga menanggung sebahagian risiko kewangan berkaitan dengan projek supaya ia dapat mengurangkan kos pembiayaan projek.

Harga bidaan yang lebih rendah akibat daripada kos pembiayaan projek dan margin keuntungan yang lebih rendah akan diterjemahkan kepada penjimatan kos jangka panjang bagi pengguna domestik dan perniagaan melalui tarif elektrik.

Membina loji janakuasa baru melalui pembidaan kompetitif adalah janji yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Malaysia ke-10 (muka surat 114) dan Rancangan Malaysia ke-11 (muka surat 7-40). Adakah Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memungkiri janji kerajaan?

Semalam, ia telah dilaporkan dengan meluas bahawa Suruhanjaya Tenaga telah menganugerahkan pembinaan loji janakuasa 1000MW Turbin Gas Kitaran Bersepadu (CCGT) melalui rundingan terus kepada Tadmax. Apa lagi sebab-sebab "kreatif" yang akan digunakan oleh Suruhajaya Tenaga bagi menjustifikasi kegagalan untuk melaksanakan pembidaan kompetitif?

Adakah Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA menjamin bahawa Tadmax akan menawarkan tarif purata (levelised tarif) yang saksama dan berpatutan?

Ia adalah terbukti bahawa rundingan terus tidak dapat mengurangkan tarif purata (levelised tarif). Mari kita merujuk kembali satu projek yang dipercepatkan (fast track).

Kedua-dua Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA telah menggunakan pelbagai alasan yang meragukan untuk menjustifikasikan penganugerahan Track 4A (loji 1000-1400 MW CCGT) melalui rundingan terus. Projek ini telah disyaratkan tarif purata (levelised tarif) yang ditanda aras pada 34.7 sen/kWj.

Tetapi, mengapakah Suruhanjaya Tenaga kini meluluskan tarif purata (levelised tarif) bagi Track 4A pada 38.02 sen/kWj? Tarif purata tambahan, 3.32 sen/kWj akan menyalurkan kos tambahan kepada tarif elektrik di antara RM 5.82 Billion dan RM 8.14 Billion.

Lebih penting lagi, apabila Suruhajaya Tenaga dan KeTTHA menganugerahkan projek-projek loji janakuasa melalui rundingan terus, adakah mereka bertindak berpandukan Akta Suruhajaya Tenaga dan Akta Bekalan Elektrik?

KeTTHA dan agensinya tidak boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang menjangkau tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab seperti yang termaktub dalam kedua-dua Akta ini. Tambahan pula, banyak lagi kesalahan yang dibuat oleh KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga sedang menjejaskan sektor tenaga elektrik dengan teruk.

Tarif elektrik mempunyai impak berganda (multiplier impact) kepada harga barangan dan perkhidmatan. Sebarang kenaikan kos tenaga elektrik yang tidak adil akan menjejaskan usaha kerajaan untuk menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

AWER ingin menegaskan semula bahawa pembinaan loji janakuasa dan kosnya memberikan impak yang tinggi kepada tarif elektrik, daya saing, kemampuan membeli produk dan perkhidmatan, keyakinan para pelabur dan bina negara. Kami menyeru sekali lagi kepada Ketua Audit Nagara untuk mengaudit isu-isu berikut:

i. audit semua proses kelulusan dan surat anugerah bagi loji janakuasa di KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)  mulai 2012;

ii. audit semua keputusan, minit mesyuarat, dokumen dan persembahan(presentation) JPPPET mulai 2012;

iii. pengendalian proses bidaan kompetitif bagi loji janakuasa baru dan dokumentasi termasuk bagaimana nodal point dan keperluan tanah (green field dan brown field) ditetapkan;

iv. proses pelanjutan bagi loji janakuasa lama dan proses pembidaannya; dan

v. kegagalan SEDA dan FiT untuk memenuhi sasaran campuran RE serta misteri proses penubuhan SEDA dan mekanisme FiT.

Kerajaan tidak boleh mengulangi rundingan terus yang berlaku semasa era Dr Mahathir bagi loji janakuasa yang melahirkan penjana-penjana bebas generasi pertama yang "kejam" (notorious).

Adakah Suruhajaya Tenaga mengkompromi janji kerajaan untuk menjalankan pembidaan kompetitif dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11 dengan melaksanakan lebih banyak rundingan terus sekarang? – HARAKAHDAILY 4/8/2016

Penulis ialah Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)                                                                                                                                                                                                   Sumber HD - 4-8-2016             
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Hapuskan makhluk perosak dengan kaedah biologi

SM MOHAMED IDRIS | .
                                               http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41964-hapuskan-makhluk-perosak-dengan-kaedah-biologi                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan supaya Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan mempergiatkan kaedah biologi kepada pesawah di negara ini bagi mengawal ancaman makhluk perosak ke atas tanaman padi mereka.


Kaedah biologi bukan saja boleh memberikan kesan dalam jangka masa panjang malah para pesawah juga tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli racun dan dapat menghindarkan diri mereka dari mengalami masalah kesihatan.

Mengulas laporan akhbar tempatan (Berita Harian: 18 Julai 2016 ) mengenai kejadian serangan bena perang di kawasan sawah daerah Bagan Serai di negeri Perak baru-baru ini, CAP bimbang penggunaan racun secara berlebihan oleh pesawah-pesawah di sini bagi mengatasi masalah itu akan memberi kesan buruk ke atas alam sekitar dan kesihatan mereka.

CAP mendapat tahu para pesawah yang menghadapi ancaman makhluk perosak seperti bena perang, siput gondang, tikus dan ulat bukan saja menggunakan racun yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian atau agensi berkenaan tetapi juga menggunakan racun bertoksik tinggi yang diharamkan penggunaannya di negara ini.

Kesan penggunaan racun berlebihan dan yang bertoksik tinggi boleh menyebabkan serangga perosak menjadi kebal dan sukar dibasmi pada masa akan datang. Pada masa yang sama bahan beracun ini akan turut membunuh serangga semula jadi atau sahabat ladang seperti katak, pepatung, belalang, labah-labah dan lain-lain yang boleh membantu pesawah membunuh serangga perosak pada peringkat awal pembiakannya.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati walaupun berbagai jenis racun diperkenalkan dan digunakan oleh pesawah sejak lebih 20 tahun yang lalu bagi mencegah serangan makhluk perosak di kawasan penanaman padi di negara ini namun keadaannya tidak berubah malah semakin serius berlaku.

Para pesawah yang terlibat telah mengalami kerugian ribuan ringgit pada setiap musim dan jika masalah ini berterusan ia boleh menggugat bekalan makanan dan masa depan sektor pertanian negara.

Justeru ini CAP menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian serta agensi yang terlibat mengadakan lebih banyak program kesedaran dengan para pesawah di negara ini tentang kesan buruk penyalahgunaan racun makhluk perosak dan kebaikan kaedah biologi dalam usaha mengawal musuh tanaman yang mengancam tanaman padi mereka. - HARAKAHDAILY 25/7/2016

Penulis ialah Presiden CAP.                                                                                                                                                                                                                                                                                         Sumber HD - 25-7-2016





























































































------------------------------------------------------------                                                                           CAP gesa dedah kejadian banjir kilat di Pulau Pinang                                                                      http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41926-cap-gesa-dedah-kejadian-banjir-kilat-di-pulau-pinang

HARAKAHDAILY |
.


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang mendedahkan kepada rakyat negeri itu punca kejadian banjir kilat dan banjir lumpur yang melanda kawasan Teluk Bahang, baru-baru ini.

"Kejadian yang serius berlaku di kawasan tersebut bukan saja menimbulkan kebimbangan penduduk-penduduk yang terlibat, malah CAP amat kesal kerana masalah yang sudah lama berlarutan itu hingga sekarang masih gagal ditangani dengan berkesan," ujar Presiden CAP, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya CAP berharap kerajaan Pulau Pinang menjalankan siasatan dan kajian secara menyeluruh punca sebenar kejadian banjir kilat dan banjir lumpur yang melanda Teluk Bahang dan beberapa kawasan lain dua hari yang lalu.

Menurutnya, sebelum ini CAP telah banyak menyuarakan kebimbangan dan bantahan tentang kegiatan penerokaan hutan dan pelaksanaan projek pembangunan di tanah tinggi yang berlaku secara berleluasa di negeri itu kerana boleh menjejaskan alam sekitar dan mencetuskan banjir kilat.

Namun, kata beliau apa yang CAP lihat banyak kawasan tanah tinggi dan bukit punah ranah diteroka untuk projek pembangunan dan alam sekitar negeri itu semakin hari semakin teruk tercemar.

"Bukit bukau ditarah dan digondol menyebabkan berlakunya tanah runtuh, hakisan serta mendapan lumpur yang serius hingga menjejaskan sistem pengairan, perkampungan penduduk dan kawasan pantai yang menjadi tempat para nelayan mencari rezeki," ujarnya lagi.

Selain Teluk Bahang, ujarnya kawasan berisiko tinggi boleh mencetuskan ancaman banjir kilat dan banjir lumpur yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ialah Permatang Damar Laut, Batu Maung, Sungai Batu, Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Sungai Ara.

Justeru, kata beliau CAP meminta kerajaan Pulau Pinang mengkaji semula projek pembangunan yang sedang dilaksanakan agar ia tidak mencetuskan ancaman banjir kilat dan banjir lumpur pada masa akan datang.

"Sebarang projek pembangunan di tanah tinggi yang boleh memusnahkan hutan, menjejaskan kawasan tanah air, mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan perlu diharamkan pelaksanaannya oleh kerajaan negeri ini," katanya. - HARAKAHDAILY 22/7/2016                                                                                                                                                                                                 Sumber HD - 22-7-2016                                                                                                                           --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Adakah L-cysteine dalam tepung daripada haiwan?

S.M. Mohamed Idris |
.


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41918-adakah-l-cysteine-dalam-tepung-daripada-haiwan                                                                                                                                                                                                                                                                                   PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan agar mengharamkan L-cysteine berasaskan sumber haiwan dan mengenakan pelabelan mandatori bagi bahan ini dalam produk yang dijual di Malaysia.

Menurut Jadual 11 Peraturan Makanan 1985, penggunaan L-cysteine dibenarkan dalam tepung gandum dan tepung tinggi protein untuk membuat roti.

Makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia seperti roti, roti canai, roti jala, puri dan kuih pau yang diperbuat daripada tepung mungkin mengandungi L-cysteine, penambah makanan yang diperolehi daripada sumber manusia  dan haiwan seperti rambut, pelepah dan kuku haiwan.

Penggunaan L-cysteine dalam makanan membimbangkan umat Islam dan golongan vegetarian di negara ini. Mengikut undang-undang Syariah, memakan mana-mana bahagian daripada anggota tubuh manusia adalah Haram. Justeru, makanan yang mengandungi L-cysteine amat diragui kerana ia mungkin diperolehi daripada rambut manusia.

L-cysteine adalah asid amino yang digunakan dalam industri makanan, farmaseutikal dan kosmetik.

Dalam industri makanan, L-cysteine digunakan untuk melembut, menaikkan doh dan menambah perisa makanan. Ia ditambah ke dalam tepung untuk memecahkan gluten dalam tepung, dengan itu ia kurang melekit dan memudahkan kerja menguli tepung.

Dalam pembuatan roti, L-cysteine digunakan untuk mengurangkan tempoh pembauran adunan tepung, mencegah kerak piza daripada mengecut selepas diratakan, dan membantu pergerakan doh melalui pelbagai kelengkapan pemprosesan membakar atau pelembut doh.

Tambahan pula, L-cysteine digunakan dalam industri makanan untuk melahirkan rasa berdaging dalam produk seperti kiub stok.

Sungguhpun L-cysteine ditemui dalam pelbagai jenis makanan, pengguna tidak akan mengetahuinya disebabkan ia tidak tersenarai sebagai bahan ramuan. Ini kerana L-cycteine tidak dianggap sebagai penambah makanan tetapi sebagai bahan yang membantu dalam proses pembuatan makanan, yang tidak perlu dilabel di bawah Akta Makanan.

China merupakan pengeluar L-cysteine yang terbesar di dunia; ia mempunyai kedudukan penting dalam pasaran global, yang meraih keuntungan daripada peraturan persekitaran yang longgar dan sumber bahan mentah yang banyak.

Pada 2012, ia menghasilkan kira-kira 7,700 tan L-cysteine dan kira-kira 85% daripadanya dieksport ke Asia Tenggara, AS dan Eropah.

Di China, L-cysteine diekstrak daripada rambut manusia dan bulu pelepah ayam. Sebahagian besar rambut yang digunakan untuk menghasilkan L-cysteine diperolehi daripada kedai gunting rambut dan pusat dandanan rambut di China.

Rambut yang dikumpulkan itu dilarutkan ke dalam asid dan L-cysteine kemudian diasingkan menerusi proses bahan kimia. Satu tan rambut mampu menghasilkan 100 kg L-cysteine dan 27 kg asid hidroklorik diperlukan untuk mengekstrak 1 kg rambut.

Selain rambut manusia, sumber L-cysteine lain termasuklah bulu pelepah ayam dan itik, tanduk lembu dan keluaran sampingan petroleum. Meskipun bulu pelepah merupakan cara paling mudah untuk menghasilkan L-cysteine, ia menghadapi masalah penghasilan yang rendah, bau yang kurang menyenangkan dan masalah merawat sisa.

Menurut satu laporan, sumber utama L-cysteine pada hari ini ialah bulu babi. Dianggarkan bulu babi menjadi sumber 90% bekalan L-cysteine dari China.

Sementara itu versi sintetik dan mikrobial L-Cysteine sememangnya ada namun cuma 10% daripada jumlah keseluruhan pasaran, kerana penghasilannya lebih mahal berbanding L-cysteine daripada sumber rambut atau bulu pelepah haiwan.

Memandangkan pengambilan L-cysteine adalah haram kepada umat Islam dan golongan vegetarian, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan L-cysteine berasaskan sumber haiwan dan mengenakan pelabelan mandatori bahan ini dalam makanan, produk farmaseutikal dan kosmetik. – HARAKAHDAILY 21/7/2016                                                                                                                                                                                                                                                                    Sumber HD - 21-7-2016                                                                                                                          -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                                                                  Bekas MB kini ketua Perkasa Terengganu
Posted on Thursday, July 21 @ 20:26:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31096



KUALA LUMPUR: Bekas menteri besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini memutuskan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Ahmad Said yang meletakkan jawatan MB dua tahun lalu kini dilantik Yang Dipertua Perkasa Terengganu.
“Datuk Ismail Samah, YDP sebelum ini secara sukarela memberi laluan dan mahu Ahmad Said mengambil ali jawatan sebagai YDP Perkasa Terengganu dan sokongan sebulat suara telah diterima oleh Majlis Pimpinan Perkasa Terengganu,” kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan hari ini.
“Sama-samalah kita berdoa semoga Perkasa Terengganu akan bangkit membawa obor perjuangan Perkasa demi agama, bangsa dan negara,” jelasnya.
Semalam, MB Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman membuat kejutan apabila menyenaraikan Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam perubahan portfolio membabitkan enam Exco negeri.

Pelantikan itu dilihat usaha membawa kembali Ahmad Said yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal hampir dengan jentera eksekutif negeri.                                                                                                                                                                                                                                                   Sumber TKO - 21-7-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                             -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































CAP tuntut siasat insiden senjata api, penyeludupan

SM MOHAMED IDRIS |
.


 http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41889-cap-tuntut-siasat-insiden-senjata-api-penyeludupan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dan bimbang oleh berita kejadian mati akibat ditembak dan kini ia menjadi semakin kerap. Sehubungan itu, CAP menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat dan menyarankan langkah untuk mengawal insiden senjata api di negara ini.

Ia menunjukkan bilangan kes kejadian tembak juga meningkat sejak beberapa bulan terakhir ini dan beberapa kes melibatkan mereka yang terkenal iaitu:

- Pada 15 Jun, seorang ahli perniagaan ditembak mati di dalam keretanya selepas Plaza Tol Sungai Rasau, Shah Alam.

- Pada 21 Jun, ahli politik Bill Kayong ditembak pada lehernya ketika berhenti di simpang lampu isyarat, Lutong, di utara bandar Miri.
- Pada 6 Julai, ejen hartanah wanita ditembak mati dan anaknya turut cedera dalam insiden tembak di Taman OUG, Kuala Lumpur.

- Pada 13 Julai, seorang lelaki yang dipengaruhi oleh dadah menembak ibu, adik, anak saudara berusia dua tahun dan teman lelaki ibunya dengan pistol 9mm separuh automatik di Batu Maung, Pulau Pinang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan 89,771 rakyat Malaysia diberikan lesen untuk senapang hingga kepada stun gun sehingga 31 Disember tahun lalu.

Kebanyakan lesen (63,145) adalah untuk shotgun dan pump-action shotgun (7,731). Daripada baki lesen, 12,917 adalah untuk pistol; 1,789 revolvers; 2,243 senapang dan 1,946 lesen adalah untuk senjata api lain seperti flag-off pistols, blank guns, spear guns, nail guns dan stun guns.

Kita mungkin tidak mengetahui anggaran senjata api haram memandangkan diakui dalam satu laporan lain bahawa ia diseludup melalui 200 “lorong tikus” atau pintu masuk tersembunyi sepanjang sempadan Malaysia yang begitu mudah untuk dibolosi. Malaysia mempunyai sempadan darat dengan Brunei, Indonesia, dan Thailand berjumlah 2,742 kilometer.

Menurut laporan berita 2016, harga senjata api yang diseludup adalah antara RM1,500 dan RM5,000 bergantung kepada model senjata api itu dan ia boleh diperolehi daripada sindiket yang beroperasi di Danok atau Haatyai dan Bangkok. Kebanyakan senjata api itu dipercayai daripada Filipina, Thailand dan Indonesia, diseludup secara berasingan oleh orang yang berbeza dan memasangnya bersama apabila mereka berjaya melintasi sempadan.

Pada masa kini langkah pencegahan penyeludupan senjata api tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas), Akta Dadah Berbahaya (Langkah Pencegahan) dan Kanun Jenayah dilihat tidak melemahkan aktiviti itu.

Kini kelihatan seperti begitu mudah untuk mengupah penembak upahan semudah mendapatkan khidmat tukang paip untuk memperbaiki paip air dan memiliki senjata api kelihatan begitu mudah sepertimana dilihat daripada beberapa laporan yang dibaca daripada media.

Terdapat dakwaan bahawa kira-kira 80% daripada penembak upahan adalah orang asing yang mengenakan bayaran antara RM5,000 dan RM100,000 dan mereka akan kembali ke negara mereka dalam masa beberapa jam selepas melakukan jenayah.

Satu berita baik apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas oleh polis pada 10 Julai 2016 untuk menangani bilangan kes tembak yang semakin meningkat di seluruh negara. Beliau menyatakan dua langkah yang diambil pada masa kini:

- Operasi polis seperti “Ops Cantas” dan mengawasi dengan lebih ketat sempadan dan pintu masuk bagi membantu mengawal aktiviti penyeludupan senjata.

- Agensi penguatkuasaan terutamanya di kawasan pesisir pantai, bekerjasama rapat dengan negara jiran untuk memantau aktiviti penyeludupan. Kerjasama ini turut melibatkan pertukaran maklumat perisikan.

Sementara itu, CAP mengalu-alukan penubuhan Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) pada November 2015. Ia melibatkan 10,000 anggota yang terdiri daripada angkatan tentera, polis, Pasukan Gerakan Am dan Unit Pencegah Penyeludupan. Bagaimanapun, CAP bimbang mengenai di manakah keutamaan Aksem akan diletakkan: dalam mencegah kehilangan tahunan lebih daripada RM2 bilion melalui aktiviti penyeludupan atau penyeludupan senjata api.

Adalah diharapkan juga Aksem mampu untuk mengembalikan semula imej Malaysia selepas The Diplomat (28 Julai 2015) melaporkan: “Bulan lepas (Jun 2015), agensi perisikan polis Malaysia menyatakan dalam laporan yang disusun lebih 10 tahun bahawa amat mengejutkan di mana 80% pegawai penguatkuasa undang-undang di sempadan Malaysia rasuah, dengan ramai daripada mereka terlibat secara langsung dalam penyeludupan dadah, senjata dan manusia.”

Kesimpulannya, CAP berpendapat penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja adalah lebih sesuai berbanding pasukan petugas khas untuk menangani aliran yang membimbangkan yang memerlukan penyelesaian jangka panjang dan tepat. Sementara menanti penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja, kerajaan juga boleh mempertimbangkan dengan serius untuk menghidupkan semula Rukun Tetangga sebagai salah satu langkah dalam berhubung dengan komuniti. - HARAKAHDAILY 19/7/2016

Penulis ialah Presiden CAP.                                                                                                                                                                                                                                                                                         Sumber HD - 19-7-2016                                                                                                                             ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Pencemaran ammonia: Utamakan kebajikan rakyat

SHAHARIZUKIRNAIN ABD. KADIR | .


  http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41877-pencemaran-ammonia-utamakan-kebajikan-rakyat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       RAKAN Alam ingin melahirkan rasa kecewa di atas insiden pelepasan sisa ammonia sehingga menjejaskan bekalan air bersih kepada 120 ribu pengguna di sekitar Skudai, Kulai-Bukit Batu, Iskandar Puteri dan Pelabuhan Tanjung Pelepas baru-baru ini.

Insiden seperti ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dari sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Oleh itu, Rakan Alam ingin mendesak satu laporan penuh dari Syarikat Air Johor holdings(SAJ), Badan Kawal Selia Air Johor(Bakaj) dan Kerajaan Negeri agar mendedahkan hasil siasatan serta langkah-langkah pencegahan agar insiden yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

Sementara menanti proses pemulihan sepenuhnya dari pencemaran ini, Rakan Alam berharap satu tindakan drastik telah pun diambil Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan seluruh pengguna air di Negeri itu dilindungi dari ancaman sisa toksik lebih-lebih lagi jika kepekatannya berada ditahap yang tinggi (>0.5ppm – 200ppm).

Kandungan ammonia yang tinggi sehingga melampaui paras 200ppm untuk satu kilogram berat badan manusia boleh menyebabkan mata berair, sakit kerongkong, batuk, koma malah kematian jika didedahkan secara berterusan di tahap yang tertentu.

Malah hidupan akuatik atau biodeversiti habitat juga akan terjejas, seterusnya menganggu bekalan sumber makanan dan sumber ekonomi penduduk yang bergantung hidup dari sungai yang terdedah kepada pencemaran ammonia.

Kita pernah dikejutkan dengan insiden yang sama di Sungai Langat pada tahun 2014 sehingga menjejaskan beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Memandangkan insiden pencemaran sumber air akibat ammonia bukan satu perkara yang baru, Rakan Alam berharap Kerajaan Persekutuan dan Negeri khususnya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta agensi-agensi yang berkaitan dapat menilai semula pelan pengurusan air yang sedia ada  memandangkan air adalah nadi kehidupan kepada manusia serta hidupan akuatik lain seperti yang digariskan Dasar Sumber Air Negara (DSAN).

Pada pandangan Rakan Alam, fokus utama, teras sasaran, strategi dan pelan tindakan strategik yang sudah digariskan Dasar Sumber Air Negara (DSAN) pada tahun 2012 perlu dinilai semula untuk memastikan matlamat urus tadbir sumber air Negara betul-betul tercapai.

Pertumbuhan ekonomi dan populasi masyarakat yang semakin meningkat sehingga mendorong peningkatan jumlah permintaan air sekali ganda setiap 20 tahun serta jumlah penghasilan sisa yang semakin meningkat memerlukan semua pihak untuk berada selangkah di hadapan dalam menangani  ancaman terhadap sumber air negara khususnya dari ammonia. – HARAKAHDAILY 18/7/2016

(Penulis adalah Pengerusi NGO Rakan Alam Malaysia)                                                                                                                                                                                                                                             Sumber HD - 18-7-2016                                                                                                                             ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Laksana semua 51 saranan cegah kemalangan

SM MOHAMED IDRIS | .



                                                                      
http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41842-laksana-semua-51-saranan-cegah-kemalangan                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa kecewa dengan kemalangan yang berlaku berhampiran Terowong Menora pada 10 Julai lalu. Ini kerana mungkin ramai yang akan terkorban apabila sebuah bas ekspres merempuh 10 buah kereta dalam laluannya. Sebenarnya perkara ini boleh dielakkan jika semua pihak bekerjasama namun bukan begitu keadaannya.

Selama bertahun-tahun kita tidak pernah kekurangan saranan mengenai langkah-langkah untuk mencegah kemalangan di jalan raya. Malah selepas kemalangan yang membabitkan bas pada 21 Ogos 2013 di Genting Highlands, sebuah panel penasihat bebas kepada Menteri Pengangkutan telah ditubuhkan. Ia dianggap tragedi paling buruk dalam kemalangan yang meragut nyawa di mana 37 nyawa terkorban termasuklah pemandu bas. Panel itu kemudian menyerahkan laporannya berserta 51 saranan kepada Menteri Pengangkutan pada Januari 2014. Persoalannya, berapa banyakkah antara saranan itu yang telah dilaksanakan?

Salah satu saranan yang dikemukakan ialah pemasangan alat had laju kepada kenderaan yang mengangkut penumpang dan barangan awam. Laporan itu turut menyarankan agar alat had laju itu diuji bagi memastikan fungsi dan prestasinya sewaktu pemeriksaan ketahanan kenderaan di atas jalan. Pernahkah saranan ini dilaksanakan?

Pada Disember 2013, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggalakkan bas-bas awam supaya memasang sistem kedudukan sejagat (GPS) untuk mencegah pemandunya daripada memandu terlalu laju. Bagaimanapun, pemantauan ke atas had laju kenderaan diserahkan kepada syarikat pengendali bas.

Enam bulan kemudian, pada Mei 2014, cuma 112 daripada 164 pengendali bas ekspres di Semenanjung memasang peralatan GPS. Ketika audit dilakukan oleh SPAD, sesetengah syarikat didapati cuma memasang peralatan GPS demi memenuhi peraturan pelesenan.

Pada 1998, Kabinet berhasrat untuk mewajibkan pemasangan kotak hitam dalam bas sebagai usaha mengurangkan kemalangan jalan raya. Namun RTD akhirnya membatalkan niatnya itu apabila menerima bantahan daripada pengendali bas  dengan alasan ianya terlalu mahal.

CAP masih belum memahami kenapa pihak RTD membatalkan langkah tersebut. Apakah nyawa manusia lebih murah daripada kos memasang peralatan berkenaan? Malah pengendali bas tidak akan dipantau umpama budak nakal jika mereka mematuhi peraturan sedia ada.

Laporan awal menyebut kemalangan itu berpunca daripada pemandu hilang kawalan akibat kerosakan brek. Keadaan kenderaan yang gagal dikawal dan berlanggar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Apakah sebarang kajian pernah dibuat mengenai perkara ini?

Selain itu terdapat juga Kod Amalan Industri SPAD (SPAD ICOP) bermula 2012, yang menghendaki penyelia dan pemandu melakukan pemeriksaan bagi tujuan keselamatan sebelum memulakan perjalanan berasaskan senarai semak harian yang disediakan oleh SPAD. Siasatan awal mendapati kemalangan berhampiran Terowong Menora berlaku akibat kerosakan brek.  Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku jika pemeriksaan awal sebelum memulakan perjalanan telah dilakukan?

Tambahan pula 63 saman telah dikenakan ke atas 25 pemandu bas ekspres yang terbabit dalam “kemalangan Terowong Menora” antara 2011 hingga 2015. Pemandu yang terbabit dalam kemalangan itu sendiri mempunyai 9 saman.

Jabatan Pengangkutan Jalan (RTD) dan SPAD nampaknya tidak menyedari akan perkara ini apabila kesalahan trafik seperti itu sepatutnya boleh dilihat atas talian dalam sistem RTD. Pemandu tidak akan dibenarkan membaharui lesen mereka dan pemilik kenderaan tidak boleh membaharui cukai jalan dan permit mereka, terutama memandangkan mereka menerima begitu banyak surat saman.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, agensi penguatkuasa utama di negara ini iaitu pihak polis, RTD dan SPAD tidak mempunyai satu sistem yang sama untuk berkongsi maklumat mengenai pesalah trafik, termasuk pemandu kenderaan komersial. Masing-masing bergerak sendiri; oleh itu tiada sistem untuk menyeragamkan maklumat berhubung pesalah trafik.

Ia bukannya suatu hal yang baharu kerana laporan mengenai kemalangan di Genting Highlands pada 2013 ada menonjolkan kelemahan ini.

Jadi kenapakah kelemahan tersebut tidak diperbaiki? Ketidakseragaman antara jabatan-jabatan kerajaan memberi ruang kepada orang-orang yang tidak berkelayakan untuk mengendalikan perkhidmatan pengangkutan awam dan pemandu yang tidak sepatutnya memandu mengambil kesempatan mengangkut penumpang hingga sarat muatan selama bertahun-tahun.

Pada ketika ini kakitangan RTD melakukan samaran untuk menangkap pemandu bas yang melakukan kesalahan melanggar undang-undang lalu lintas. Namun ini bukanlah jalan penyelesaian yang kekal selagi masalah-masalah seperti yang membabitkan syarikat bas, pemandu dan persoalan mengenai ketahanan kenderaan ketika berada di jalan raya tidak ditangani.

CAP juga ingin tahu bilakah SPAD akan mewajibkan bas-bas ekspres dan pemandu mereka mempunyai sistem ‘Safety Star Grading’. Sistem ini membolehkan penumpang memilih bas ekspres yang akan mereka naiki, sama seperti pengredan di kedai kopi.

Menurut statistik SPAD 2014, terdapat 4,534 bas ekspres, 5,158 bas pelancong, dan 736 bas sewa yang beroperasi di negara ini. Sementara itu terdapat sejumlah 198 pengendali bas eskpres, 141 syarikat bas sewa dan 896 perniagaan bas pelancong.  Dengan sebegitu banyak bas dan syarikat yang beroperasi, ia umpama bom jangka bagi kemungkinan berlaku kemalangan kecuali kerajaan menunjukkan kesungguhan dari sudut politik untuk memperbetul dan memperbaiki apa sahaja kelemahan yang menyelubungi industri pengangkutan bas.

Sehubungan itu, CAP menuntut perlaksanaan kesemua 51 saranan yang dikemukakan di dalam laporan kemalangan bas Genting Highlands oleh Kementerian Pengangkutan bagi menghentikan kematian yang tidak wajar dan boleh dicegah di jalan raya. - HARAKAHDAILY 15/7/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.                                                                                                                                                                                                                                          Sumber HD - 15-7-2016                                                                                                                            ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Sambutan Aidilfitri, elakkan boros


SM MOHAMED IDRIS | .


Kita kini berada beberapa hari terakhir Ramadan di mana umat Islam dikehendaki meluangkan lebih banyak masa untuk beribadah, muhasabah diri dan membuat kebajikan. Amat dikesali, mereka dihujani dengan iklan supaya membeli dan mengguna dengan lebih banyak. “Jualan Hari Raya”, “Raya Ni Mesti Cun, Jualan Hebat sehingga 50%” adalah beberapa iklan yang ditujukan kepada pengguna.

Iklan jualan tanpa mengelirukan pengguna dan melanggar peraturan mungkin boleh diterima. Apa yang tidak dapat dipersetujui ialah mengaitkan promosi jualan dengan sambutan Aidil Fitri. Ia menjejaskan kesucian peristiwa yang amat kerohanian. Apa yang pihak berkuasa dan Ulama lakukan berhubung perkara ini? Mereka perlu mengambil tindakan tegas untuk menghentikan perkara ini bagi menjaga martabat Islam.

Menurut laman sesawang Al-Islam.org: “Aidil Fitri adalah perayaan yang unik. Ia tidak mempunyai hubungan dengan sebarang peristiwa sejarah mahupun berkaitan dengan perubahan musim atau kitaran pertanian. Ia bukanlah perayaan yang berkaitan dalam mana-mana cara kepada hal ehwal dunia.

Ia merupakan soal kerohanian. Ia merupakan hari apabila umat Islam bersyukur kepada Allah yang memberikan mereka azam, kekuatan dan ketahanan untuk melaksanakan ibadah puasa dan patuh kepada perintahnya pada bulan Ramadan yang suci.

Pada hari ini umat Islam di seluruh dunia, bergembira dan berbahagia. Bagaimanapun, kegembiraan itu bukanlah kerana berlalunya bulan Ramadan; ia merupakan kebahagiaan yang dirasakan oleh mereka selepas berjaya menunaikan ibadah yang penting itu.”

Dalam menyambut Aidil Fitri, umat Islam disuruh mengamalkan kesederhanaan dan mengelakkan aktiviti maksiat. Allah S.W.T memerintahkan kita agar tidak melakukan pemborosan dengan harta tetapi melakukan lebih banyak kebajikan. Dalam kitab suci Al-Quran, Allah berfirman dan memberi amaran: “Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” [Surah Al-Isra’, ayat 26, 27]

Ramai umat Islam – orang kaya, golongan elit, ‘orang kaya baru’ – telah melanggar perintah Allah ini dan menurut hawa nafsau dalam pembaziran, pengambilan berlebihan yang mudah dilihat ketika di bulan Ramadan ini. Mereka berbelanja dengan boros untuk menghias rumah, membeli perabot mahal, langsir, pakaian, jam dan barangan peribadi lain. Ketika sebahagian rakyat dengan pendapatan sederhana kurang daripada RM2,000.00 sebulan, beg tangan ‘orang kaya baru’ bernilai lebih RM20,000.00.

Gaya hidup yang suka mempamerkan kekayaan mempunyai kesan ke atas dan meresap kepada lapisan lain dalam masyarakat. Golongan berpendapatan rendah cuba untuk meniru golongan kaya, penggunaan berlebihan, hidup di luar kemampuan mereka dan terpaksa menanggung beban hutang yang banyak. Masalah kewangan mewujudkan tekanan di dalam keluarga yang boleh membawa kepada perpecahan dalam perkahwinan dan keruntuhan rumahtangga di mana anak-anak akan menjadi mangsa.

Kekayaan dalam Islam dianggap anugerah dari Allah untuk dimiliki sebagai pemegang amanah. Ia bukanlah untuk dibazirkan dan digunakan dengan boros serta mempamerkannya dalam kehidupan tetapi untuk memperbaiki dan mengupayakan komuniti, dan untuk membantu golongan miskin, mereka yang memerlukan dan yang terpinggir tidak kira di mana mereka berada.

Kemiskinan begitu meluas di dunia ini terutama sekali di banyak negara Islam. Lebih 2 bilion penduduk hidup dalam kemiskinan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Di Syria, Iraq dan negara lain, musnah akibat perang dan konflik, berpuluh juta orang menjadi pelarian di negara sendiri hidup dalam pondok yang buruk, atau menjadi pelarian yang tinggal di khemah pelarian. Mereka tidak mempunyai makanan, pakaian, pendidikan, penjagaan kesihatan dan keperluan asas lain yang mencukupi. Dalam keadaan Ummah yang sebegini, tidakkah ia merupakan satu dosa dan jenayah bagi mereka yang kaya mempamerkan kekayaan mereka dengan penggunaan berlebihan yang dipamerkan?

Mengadakan rumah terbuka ketika hari raya Aidil Fitri sudah menjadi lumrah kepada komuniti Islam di Malaysia yang merupakan golongan berpendapatan rendah berbanding komuniti lain. Tiada komuniti lain di sini yang mengamalkan amalan seperti itu. Secara tradisinya, selepas bersolat, orang ramai akan mengunjungi rumah jiran, sahabat dan saudara-mara mereka untuk mengucapkan selamat hari raya, sembang-sembang dan merasai kuih-muih, ketupat, lemang dan minuman.

Hari ini keadaannya sudah berbeza. Rumah terbuka yang dianjurkan oleh organisasi, parti politik dan orang politik, korporat dan orang kaya menyediakan begitu banyak makanan dan minuman malah turut disertakan dengan hiburan. Banyak makanan berakhir dengan pembaziran. Berdasarkan nilai ekonomi, ia mencapai sehingga berjuta ringgit. Tidakkah lebih bermanfaat jika wang ini digunakan untuk menyediakan biasiswa kepada anak-anak miskin atau rumah bagi mereka yang tidak berumah?

Sambutan secara sederhana boleh dianjurkan oleh umat Islam dan bukan Islam di kawasan kejiranan mereka yang akan menggalakkan pemahaman, perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan mereka. Kami merayu kepada umat Islam agar mengingati maksud kepentingan rohani Aidil Fitri dan mengelakkan pemborosan dan pembaziran.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. - HARAKAHDAILY 1/7/2016    

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sumber HD - 1-7-2016


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Lagi korban jalan raya menjelang hari raya?

SM MOHAMED IDRIS | .


http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41716-lagi-korban-jalan-raya-menjelang-hari-raya

Kita sekarang sedang berada di ambang keghairahan untuk balik kampung bagi menyambut hari raya tidak kira apa jua halangan yang ada. Bagi ramai orang, ia merupakan saat terbaik untuk bertemu sanak saudara dan menyambung silaturrahim sempena kedatangan Aidil Fitri. Namun kegembiraan itu boleh bertukar menjadi dukacita dan kesedihan bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga yang terbabit dalam kemalangan jalan raya. Sungguhpun Ops Selamat IX akan dilaksanakan sepenuhnya, apakah yang boleh kita harapkan daripada operasi seumpamanya?

Melalui pemerhatian kami, sebahagian besar operasi tersebut ternyata gagal tahun demi tahun kerana jumlah mangsa yang terkorban terus meningkat.

Menurut Ketua Polis Negara, ketika Ops Sikap 10 tahun lalu, kadar kematian purata adalah 17.2 sehari. Pada hari raya tahun lalu, iaitu ketika Ops Selamat dalam tahun 2015 dijalankan, angka itu meningkat kepada 22, jauh lebih tinggi daripada purata 18 kematian sehari ketika hari biasa. Sejumlah 1,450 kemalangan sehari dilaporkan dalam tempoh yang sama, berbanding 1,300 kemalangan sehari pada hari biasa. Angka kematian tertinggi dicatatkan di jalan-jalan perbandaran dan persekutuan. Penunggang motosikal menyumbang kepada 60% kadar kematian di jalan raya.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, bilangan penduduk telah meningkat sebanyak 16.8% kepada 31.2 juta, tetapi jumlah kenderaan di negara kita telah bertambah 4 kali ganda (66.8%) kepada 26.6 juta.

Apabila sikap tidak mempedulikan undang-undang sudah menjadi lumrah bagi penduduk di negara ini, bagaimanakah pihak berkuasa berharap untuk mendidik pengguna jalan raya mengenai keselamatan undnag-undang cuma dalam masa 15 hari sedangkan Ops Sikap dan Ops Selamat yang dilaksanakan sebelum ini terbukti tidak berkesan.

Sementara itu kami mengalu-alukan pengenalan sistem kereta api baru dari Utara ke Selatan di sepanjang Pantai Barat dalam usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Bagaimanapun tambang bagi kereta api, bas dan teksi terlalu mahal. Tambahan pula, dengan perkhidmatan feri yang tidak boleh diharap selain terpaksa berjalan jauh, penduduk di sebelah pulau menghadapi kesulitan untuk menaiki kereta api di stesen kereta api Butterworth. Bagaimanakah keadaan seperti ini boleh menggalakkan orang ramai mendapatkan khidmat pengangkutan awam?

Sehubungan itu, CAP ingin menyarankan langkah-langkah berikut bagi mempertingkatkan keselamatan jalan raya di sepanjang musim perayaan dan amalan balik kampung ini:

- Meningkatkan “Tanggapan Akan Ditangkap” dengan meningkatkan penguatkuasaan, khususnya di sepanjang jalan perbandaran  dan persekutuan (di mana kebanyakan kemalangan berlaku) dan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik tanpa berlengah lagi. Lebih banyak pengumuman dan kempen perlu disebarkan kepada orang awam, dengan memberi amaran kepada pemandu dan penunggang kenderaan mengenai operasi polis dan penguatkuasaan undang-undang lalu lintas yang lebih tegas.

- Memperlahankan aliran trafik, khusus-khususnya di kawasan-kawsan yang cenderung berlaku kemalangan dan kawasan yang padat  di sepanjang jalan perbandaran dan persekutuan.  Ini boleh dilakukan dengan membina bonggol dan garisan berjalur bagi memperlahankan kenderaan.

- Bagi kesalahan yang membabitkan kelajuan dan pemanduan yang tidak berhemah hingga mengakibatkan kemalangan, pemandu kenderaan perlu dikehendaki segera melakukan khidmat sosial seperti membersihkan jalan dan mencuci tandas selama seminggu, selain daripada dikenakan saman dan caj yang dikaitkan dengannya.

- Semua kenderaan awam perlu menjalani pemeriksaan mekanikal yang ketat sebelum memulakan perjalanan. Pemandu kenderaan pula perlu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka bukan penagih dadah, tidak pernah dikenakan saman trafik dan memiliki rekod pemanduan yang bersih di jalan raya.

- Penggunaan tali pinggang keselamatan tempat duduk di belakang perlu dikuatkuasakan.

- Semua pemandu kenderaan dan penunggang motosikal perlu berehat dan tidur dengan secukupnya sebelum memandu/menunggang kenderaan di samping tidak melakukan perjalanan pada waktu dinihari.

- Patuhi nasihat yang diberikan oleh pengendali tol berhubung masa untuk melakukan perjalanan.

- Jangan menghantar/membalas teks ataupun berbual menggunakan telefon bimbit ketika memandu. - HARAKAHDAILY 28/6/2016

Penulis Presiden ialah Presiden CAP.

Sumber HD - 28-6-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































































Kerajaan mesti telus dalam penetapan tarif elektrik

PIARAPAKARAN S | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41693-kerajaan-mesti-telus-dalam-penetapan-tarif-elektrik

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan kepentingan ketelusan dalam penetapan tarif elektrik dan kos bahan api. Gas asli berpaip ditetapkan pada harga RM15.20 bagi setiap mmBTU bagi tempoh penetapan tarif elektrik daripada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017. Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menaikkan harga gas asli berpaip bagi penjanaan elektrik sebanyak RM3.00 setiap mmBTU untuk mencapai RM18.20 bagi setiap mmBTU berkuatkuasa 1 Jan 2016. Ini telah menyebabkan kos bahan api tambahan sebanyak RM560 juta kepada tarif elektrik bagi tempoh 6 bulan (Januari 2016 - Jun 2016).

Kini, sudah tiba masanya bagi kerajaan untuk menyemak semula komponen kos bahan api bagi tarif elektrik. Akan tetapi, apakah kos bahan api yang baru bagi tempoh Julai 2016 - Disember 2016? Adakah penetapan tarif akan lebih telus?

1. RAKYAT MALAYSIA INGINKAN KETELUSAN DALAM TARIF ELEKTRIK DAN HARGA BAHAN API

Kegagalan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga untuk menunjukkan pecahan kos terperinci bagi gas asli berpaip dan Gas Asli Cecair (LNG) adalah diketahui oleh pemain-pemain industri. KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga telah menanda aras harga gas asli berpaip kepada harga LNG. Walau bagaimanapun, ini adalah langkah yang silap kerana gas asli berpaip tidak mempunyai kos-kos tambahan (contohnya, kos menukarkan gas asli kepada cecair, kos pengangkutan dari pelabuhan ke pelabuhan dan kos penukaran daripada cecair kepada gas) seperti LNG. AWER telah berulangkali menegaskan perkara ini kepada KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga. Malangnya, KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga masih menggunakan mekanisme yang salah ini. Berdasarkan Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan (NESS) yang dijalankan oleh AWER, 69.94% rakyat Malaysia ingin mengetahui bagaimana tarif elektrik dan harga bahan api ditentukan dan majoriti 73.87% rakyat Malaysia berpendapat bahawa kerajaan TIDAK telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api. Maka, ia adalah terbukti bahawa rakyat Malaysia ingin mengetahui maklumat lanjut dan ketelusan mengenai bagaimana harga ditetapkan untuk tenaga elektrik dan kos bahan api.

2. ADAKAH MASIH TERDAPAT REBAT UNTUK TARIF ELEKTRIK DI ANTARA JULAI DAN DISEMBER 2016?

Harga gas asli berpaip ditetapkan pada RM15.20 setiap mmBTU, harga LNG ditetapkan pada  RM41.68 setiap mmBTU dan harag arang batu ditetapkan pada USD87.50 setiap Tan Metrik bagi tempoh penetapan tarif daripada 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2017.

Di bawah mekanisme Penyaluran Kos Tidak Seimbang (Imbalanced Cost Pass Through-ICPT) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga, selepas setiap 6 bulan (Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember) kos tambahan ataupun penjimatan dari kos bahan api akan disalurkan semula kepada tarif elektrik. Jika terdapat penjimatan, ia akan disalurkan kepada tarif elektrik sebagai rebat (rebate) dan jika terdapat kos tambahan, ia akan disalurkan kepada tarif elektrik sebagai caj tambahan (surcharge). Sehingga kini, disebabkan harga rujukan gas asli dan arang batu (yang telah ditetapkan pada 1 Januari 2014) adalah lebih tinggi daripada harga pasaran terkini, rebat telah diberikan. Akan tetapi, keadaan ini mungkin tidak akan berterusan!

Bagi setiap kenaikan harga gas asli berpaip sebanyak RM1.50 setiap mmBTU, kos bahan api tambahan bagi setiap 6 bulan adalah sekitar RM280 juta. Jika kerajaan menaikkan lagi harga gas asli berpaip di antara Julai dan Disember 2016 sebanyak RM1.50 setiap mmBTU, gas asli berpaip akan mencapai pada harga RM19.70 setiap mmBTU. Ini akan menggunakan hampir RM840 juta daripada penjimatan kos bahan api jika kita merujuk kepada harga rujukan gas asli berpaip untuk penetapan tarif iaitu RM15.20 setiap mmBTU. Rebat yang tidak dapat disalurkan akibat daripada kenaikan harga gas asli berpaip sebanyak RM4.50 setiap mmBTU (berbanding kepada harga rujukan RM15.20 setiap mmBTU) di antara Julai dan Disember 2016 adalah 1.68 sen/kWj.

Walaupun kerajaan meningkatkan harga gas asli berpaip, memang wujud kemungkinan rebat semasa (1.52 sen/kWj) dapat dikekalkan. Akan tetapi, langkah ini akan menggunakan penjimatan yang sedia ada. Jika kerajaan tidak ingin menggunakan penjimatan ini, nilai rebat akan berkurang lagi.

Maka, AWER menyeru KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga untuk menerbitkan semua penjimatan yang telah dikumpul daripada Januari hingga Jun 2016. Apa-apa unjuran kos ke hadapan (forward costing), sebagai contoh, kos tambahan bahan api yang akan berlaku akibat daripada peningkatan harga gas asli berpaip mesti dikira secara berasingan dan bukannya terus ditolak daripada penjimatan kos bahan api yang sedia ada. KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga juga mesti menerbitkan penjimatan daripada rundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA). Kos-kos ini adalah kos yang telah dibayar oleh pengguna melalui tarif. KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga mesti menerbitkan maklumat-maklumat ini sepenuhnya untuk pengetahuan umum. - HARAKAHDAILY 26/6/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Sumber HD - 26-6-2016





























































































Flat di Malaysia umpama penempatan setinggan

SM MOHAMED IDRIS | .



http://m.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/41649-flat-di-malaysia-umpama-penempatan-setinggan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan kebimbangan kami berhubung keadaan kehidupan di flat kos rendah dan sederhana yang boleh dikatakan amat buruk dan daif. Inilah hakikat yang boleh kami kemukakan selepas kami melakukan tinjauan di beberapa buah flat kos rendah dan sederhana di sekitar kawasan pulau dan Seberang Perai.

Pelbagai laporan sudah dikemukakan mengenai keadaan flat-flat berkenaan yang amat teruk. Bagaimanapun di sebalik pelbagai laporan mengenainya, penghuni flat masih menjalani kehidupan dalam keadaan yang serba daif dan buruk.

CAP memandang berat akan beberapa peristiwa yang mengejutkan di flat-flat seumpamanya seperti kejadian di mana kanak-kanak maut setelah terjatuh dari tingkat yang tinggi apabila besi pengadang yang sudah berkarat dan reput patah, atau kawasan pembuangan sampah yang dipenuhi tikus dengan bahan buangan yang busuk. Sehubungan itu kami memutuskan untuk membuat tinjauan berhubung perkara ini.

Kami melakukan tinjauan di tiga buah flat kos rendah dan sederhana di Seberang Perai dan lima buah flat di sebelah pulau. Hasil pemantauan kami diperolehi melalui temu bual dengan penghuni flat serta pemerhatian yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kami.

Berdasarkan pemantauan berkenaan, kami boleh menyimpulkan bahawa keadaan flat-flat tersebut tidak ubah seperti kawasan setinggan. Sebahagian daripada masalah utama yang dihadapi oleh penghuni-penghuni flat kos rendah dan sederhana termasuklah:

- Keluarga dengan ahli keluarga yang ramai atau pekerja asing tinggal bersesak-sesak dalam unit-unit yang kecil dan sempit.

- Bangunan-bangunan tinggi ini mempunyai rekabentuk yang buruk.

- Kurangnya pencahayaan dan peredaran udara semula jadi  untuk penghuni.

- Ketiadaan sistem pembuangan sampah yang teratur atau sempurna.

- Penyelenggaraan tempat dan kemudahan awam yang buruk.

- Lif yang rosak kekal tidak dibaiki untuk jangka masa yang lama.

- Tahap kebersihan amat buruk dan tidak memuaskan.

- Penyalahgunaan ruang awam.

- Taman permainan, tempat meletak kenderaan dan halaman tidak sempurna dan tidak selamat untuk digunakan.

- CCTV tidak berfungsi dengan sempurna.

- Tikus berkeliaran.

- Bekalan elektrik sering terputus di sekitar koridor.

Sungguhpun pemerhatian dilakukan dalam jangka masa yang singkat namun ia sudah cukup menunjukkan keadaan flat kediaman kos rendah dan sederhana merupakan masalah yang serius dan perlu segera ditangani memandangkan semakin ramai orang tinggal di flat.

Langkah yang jelas ke arah kehidupan yang lebih baik bagi penghuni flat ialah dengan mencontohi negara-negara yang mempunyai sistem perumahan awam yang sempurna. Negara jiran kita, Singapura, boleh menjadi contoh yang baik bagi kita. Di Singapura, flat-flat diurus dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran di kawasan masing-masing.

Ini menimbulkan persoalan mengenai apakah langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Bangunan (COB) negeri-negeri di Malaysia yang tugasnya seolah-olah sama seperti Majlis Perbandaran Singapura untuk mempertingkatkan taraf kehidpan penghuni flat. Keadaan nampaknya bukan bertambah baik tetapi sebaliknya bertambah buruk; menyebabkan kita mula tertanya-tanya sama ada COB di setiap negeri menjalankan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

Sehubungan dengan perkara-perkara di atas, CAP menggesa kerajaan Malaysia agar segera mengambil langkah-langkah pembaikan untuk mengubah keadaan penghuni flat kos rendah dan sederhana yang tidak ubah seperti kawasan penempatan setinggan. Di antara saranan yang kami boleh berikan bagi meningkatkan taraf flat-flat seumpamanya termasuklah:

- Kerajaan perlu melakukan tinjauan yang menyeluruh di seluruh negara agar ia boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penghuni flat kos rendah dan sederhana.

- Kerajaan perlu mengambil alih kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan membabitkan semua flat kos rendah dan sederhana, seperti yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Singapura.

- Peranan jabatan COB (sebahagian daripada majlis tempatan) perlu disemak semula dan dipertingkatkan demi memastikan  ia masih berkaitan dan bermanfaat.

- Flat-flat kos rendah dan sederhana tidak sepatutnya menyamai kawasan perumahan yang sesak dan bermutu rendah. Ia sepatutnya menjadi kediaman yang selesa didiami, mampu milik dan memenuhi keperluan penghuninya; sekali lagi Singapura menjadi contoh yang terbaik untuk kita. - HARAKAHDAILY 21/6/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sumber HD 21-6-2016



Rakyat dibebankan dengan sistem TOL yang baru....Cukup-cukuplah susahkan kami...

Posted on Monday, June 20 @ 22:00:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30627



Pengenalan sistem bayaran tol elektronik sepenuhnya di beberapa plaza tol di beberapa lebuh raya terutama di ibu negara membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC), Mohamed Shafie BP Mammal berkata, rakyat berpendapatan rendah terbeban kerana perlu mendapatkan kad Touch n Go atau smart tag serta perlu meletakkan wang pendahuluan dalam kad itu.
“Ia mungkin baik untuk sistem pengurusan tol tetapi bagi rakyat berpendapatan rendah akan menderita kerana ia menambah beban mereka kerana perlu memasukkan wang pendahuluan untuk kad.
“Dengan harga petrol yang tidak menentu dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), rakyat terpaksa bergelut untuk memenuhi keperluan harian dan ini menambah lagi beban mereka,” katanya.
Mohamad Shafie berkata, pengenalan sistem bayaran tol elektronik sepenuhnya itu seperti hukuman kepada pekerja terutama mereka yang menggunakan lebuh raya setiap hari di Lembah Klang untuk pergi ke tempat kerja.
Mohamed Shafie berkata, pengenalan sistem seperti itu turut akan mengurangkan tenaga kerja dan secara langsung akan menyebabkan pemberhentian pekerja.
“Rakyat terpaksa mengambil dua atau tiga pekerjaan bagi memenuhi keperluan asas mereka dan tindakan yang dibuat syarikat pengendali lebuh raya akan mewujudkan kesan negatif kepada sosial.

 “Kami menggesa kerajaan untuk melihat perkara ini segera kerana ia akan mendatangkan kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah,” katanya yang mencadangkan satu laluan tunai perlu disediakan di semua plaza yang terlibat dengan sistem itu.
Sumber TKO - 20-6-2016





























































































CAP gesa henti naik harga sayur sewenang-wenang

HARAKAHDAILY | .

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (Fama) mengambil langkah segera untuk menurunkan harga sayuran yang meningkat 350% pada bulan Ramadan ini.

Berikut adalah senarai perbandingan harga.

No.SayuranHarga Lama (RM)Harga Baharu (RM)Peratus Kenaikan
1.Daun Sup4.0018.00350%
2.Daun Bawang6.0012.00100%
3.Daun Serai3.508.00128%

CAP menggesa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat peningkatan harga di atas memandangkan golongan berpendapatan rendah akan terjejas dengan teruk oleh kenaikan harga barangan ini terutama sekali pada bulan Ramadan ini.

CAP juga berulang kali menggesa Fama agar mengawal pemasaran dan pengedaran sayuran di negara ini tetapi malangnya gesaan itu tidak mendapat perhatian.

SM Mohamed Idris
Presiden CAP

Sumber HD - 8-6-2016





























































































Penerokaan haram rizab Tasik Bukit Merah

SM MOHAMED IDRIS | .


Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan wakil-wakil beberapa pertubuhan alam sekitar termasuk CAP, KUASA, PEKA dan GRASS menggesa pihak berkuasa yang berkenaan supaya bersungguh-sungguh mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menceroboh dan meneroka haram Rizab Tasik Bukit Merah di Daerah Kerian, Perak.

SAM mendapati sebahagian Rizab Tasik Bukit Merah sudah diceroboh dan diteroka haram dengan tanaman kelapa sawit sejak lebih lima belas tahun lalu dan kini keadaannya semakin membimbangkan.

Kegiatan menceroboh dan meneroka haram Rizab Tasik Bukit Merah memberi impak kepada alam sekeliling di sini dan boleh membawa kepada kemerosotan paras air Tasik Bukit Merah yang seterusnya menyebabkan terjejas pengairan jelapang padi di Daerah Kerian, Perak dan selatan Seberang Perai, Pulau Pinang seluas kira-kira 24,000 hektar.

Malah bekalan air Tasik Bukit Merah juga turut digunakan untuk tujuan domestik dan industri bagi lebih 200,000 penduduk di Daerah Kerian dan sebahagian Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Pihak CAP juga sebelum ini telah mendedahkan pencurian air dari taliair dan membantah penggunaan air dari tasik ini untuk projek penternakan arowana di jelapang padi di Daerah Kerian.

Rizab Tasik Bukit Merah tidak hanya penting sebagai punca bekalan air ke Tasik Bukit Merah tetapi berperanan untuk mengawal banjir kerana sebahagian besar kawasan rizab tersebut adalah tanah lembap dan pamah yang berperanan sebagai kawasan limpahan banjir.

Pada November 2011, pihak berkuasa yang berkenaan pernah mengeluarkan kenyataan melalui media menjelaskan isu tersebut setelah diketengahkan oleh SAM. Pada masa itu terdapat perbezaan penjelasan di antara Pegawai Daerah Kerian dengan Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian (JPS Daerah Kerian).

Mengikut penjelasan Pegawai Daerah Kerian di dalam ruangan Adu@metro akhbar Harian Metro bertarikh 29 November 2011, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kerian akan melaksanakan projek Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Pondok Tanjung berhampiran Tasik Bukit Merah.

Sebaliknya Jurutera JPS Daerah Kerian pula menjelaskan, jabatan tidak menyokong dan membenarkan sebarang pembangunan di Rizab Tasik Bukit Merah kerana hendak memelihara ekosistem Tasik Bukit Merah dan memastikan kepentingannya tidak terjejas.

Menurut Jurutera JPS Daerah Kerian lagi, jabatan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang sekiranya Rizab Tasik Bukit Merah diceroboh dan diteroka haram walaupun bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan dan operasi tasik tersebut.

Berdasarkan pelan syit Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara: No 377; - (GN 3319 of 1914, GN 1453 of 1919 dan GN 8279 of 1929 excision), kawasan tersebut diwartakan sebagai Rizab Tasik Bukit Merah.

Malah mengikut Rancangan Tempatan Daerah Kerian, kawasan tersebut adalah sebahagian daripada kawasan tadahan air.

Manakala kegiatan mengeksploitasi Rizab Tasik Bukit Merah jelas tidak mematuhi Garis Panduan Perancangan, Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (rujuk kepada: GP007-A(2) - Kawasan Dataran Banjir, Tanah Lembap, Bekas Lombong, Tasik dan Sungai dan GP007-A(3) - Kawasan Tadahan Air dan Sumber Air Tanah).

Eksploitasi dan pemusnahan Rizab Tasik Bukit Merah (penukaran daripada guna-tanah hutan dan kawasan semula jadi darat kepada lain-lain guna-tanah) ketara mendedahkan permukaan tanah kepada lebihan air larian permukaan semasa hujan lebat. Ini akan mengakibatkan berlaku pemendapan dan timbunan sedimen dan juga lain-lain angkutan di dasar Tasik Bukit Merah.

Oleh itu kami berharap pihak berkuasa yang berkenaan perlu bersungguh-sungguh menguatkuasa peruntukan undang-undang berkaitan pencerobohan dan penerokaan haram tanah kerajaan dan lain-lain tanah rizab mengikut Seksyen 425, Kanun Tanah Negara, 1965.

Pihak berkuasa yang berkenaan sama ada di peringkat daerah dan negeri perlu juga merujuk dan mematuhi kepada dasar dan pelan perancangan fizikal sedia-ada sekiranya hendak melaksanakan sesuatu pembangunan khususnya yang melibatkan penukaran guna tanah.

Demi kepentingan alam sekitar dan bekalan air yang terjamin, kami menggesa agar pengeksploitasian dan penukargunaan tanah di kawasan Rizab Tasik Bukit Merah adalah dihentikan serta-merta. Kawasan rizab yang telah diteroka perlu ditanam dengan spesies pokok hutan yang bersesuaian untuk membaikpulih persekitaran di sini. - HARAKAHDAILY 6/6/2016

Penulis ialah Presiden Sahabat Alam Malaysia.

Sumber HD - 6-6-2016





























































































Penemuan merkuri di ladang sawit membimbangkan

SM MOHAMED IDRIS | .

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang dengan penemuan merkuri di bilik meter air terbiar dalam ladang kelapa sawit di Bukit Tok Alang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kami menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat bagaimana merkuri itu berada di kawasan ladang, lebih-lebih lagi kerana pencemaran merkuri membawa ancaman yang serius kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Dilaporkan bahawa pelajar dari sebuah sekolah menengah di Guar Perahu yang menemui merkuri itu telah mengambil kira-kira 300ml bahan berbahaya itu ke sekolah mereka dalam beg plastik.

Tumpahan bahan itu mengakibatkan 56 pelajar dikuarantin dan 16 penduduk dari enam rumah di Kampung Baru dimasukkan ke hospital. Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat kemudiannya membersihkan kawasan-kawasan yang terjejas itu.

Dokumen panduan yang disediakan bersama oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) menyatakan: “Sasaran utama bagi keracunan merkuri dan sebatian merkuri adalah sistem saraf, buah pinggang, dan sistem kardiovaskular. Pada umumnya diterima bahawa sistem organ yang masih berkembang (seperti sistem saraf janin) adalah paling sensitif kepada kesan toksik merkuri.”

Disebabkan merkuri adalah bahan cemar global, tiada sesebuah negara boleh bertindak sendirian untuk melindungi rakyat mereka dan alam sekitarnya daripada bahaya yang disebabkan oleh pencemaran merkuri.

Oleh itu, Konvensyen Minamata mengenai Merkuri, yang merupakan perjanjian kawalan merkuri yang terikat dengan perundangan, diterima pakai pada Oktober 2013. Ini merupakan langkah penting dalam mengawal pencemaran merkuri di seluruh dunia dan merupakan konsensus global bahawa tindakan diperlukan untuk mengurangkan dan menghapuskan emisi dan pelepasan merkuri.

Malaysia telah menandatangani Konvensyen Minamata mengenai Merkuri pada 24 September 2014. Konvensyen tersebut mengandungi peruntukan yang berkaitan dengan seluruh kitaran hayat merkuri, termasuk kawalan dan pengurangan yang meliputi pelbagai produk, proses dan industri di mana merkuri digunakan, dilepaskan atau dikeluarkan. Ia juga menangani antara lain eksport dan import merkuri, simpanan selamat dan pelupusan sebagai sisa.

Analisis situasi negara perlu dilakukan untuk meneliti situasi domestik dan untuk menghasilkan inventori penggunaan merkuri, penyimpanannya, emisi anthropogenik ke udara dan pelepasan merkuri dan sebatian merkuri ke air dan tanah.

Penemuan di ladang kelapa sawit ini menimbulkan kebimbangan bahawa terdapat penyimpanan atau pembuangan secara haram merkuri yang tidak dikehendaki atau sisa merkuri di negara ini. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab mestilah mengambil perhatian akan situasi ini dan melaksanakan pelan tindakan yang sewajarnya bagi menangani isu ini.

Pendidikan awam dan meningkatkan kesedaran terhadap keracunan merkuri amat diperlukan sepertimana yang kita boleh lihat di dalam kes ini di mana pelajar-pelajar tersebut mungkin menganggap bahawa bahan itu selamat untuk bermain dengannya.

Kami juga menggesa kerajaan Malaysia mendedahkan kepada umum langkah yang sedang diambil untuk melindungi kesihatan awam dan alam sekitar daripada keracunan merkuri. - HARAKAHDAILY 31/5/2016

Penulis ialah Presiden CAP.

Sumber HD - 31-5-2016






























































































CAP gesa pelaksanaan pembungkusan kosong

SM MOHAMED IDRIS | 
.

Sejak Malaysia melaksanakan amaran kesihatan bergambar (PHW) pada kotak rokok sejak Jun 2009, Kajian Tembakau Dewasa Global (GATS), Malaysia, melaporkan bahawa 92.8 peratus perokok semasa (93.2 peratus lelaki dan 74.7 peratus wanita) menyedari amaran kesihatan pada kotak. Ia menunjukkan PHW berkesan memadangkan ia juga ditemui di negara lain yang melaksanakannya.

PHW melaksanakannya selaras dengan Artikel 11Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Malaysia merupakan sebuah negara anggota FCTC selepas menandatangani perjanjian pada 23 September 2003 dan meratifikasinya pada 16 September 2005. FCTC memberikan garis panduan dan pemangkin bagi Malaysia untuk melaksanakan langkah kawalan tembakau.

Pada masa ini kotak rokok di Malaysia membawa PHW yang meliputi 50 peratus pada bahagian depan kotak dan 60 peratus pada bahagian belakang kotak. Bagaimanapun, industri tembakau masih mampu untuk menggunakan fon dan rekabentuk menarik untuk mengisi baki ruang yang didapati pada kotak rokok dalam usaha untuk ‘mencairkan’ kesan PHW serta menggunakannya sebagai promosi.

Australia adalah negara pertama untuk mengambil Artikel 11 FCTC dengan langkah yang selanjutnya dengan melaksanakan pembungkusan kosong berkuatkuasa dari Disember 2012. Dengan ini bermakna pengeluar rokok hanya boleh mencetak perisa dan nama jenama dalam saiz, fon dan tempat yang dimandatkan pada kotak di samping PHW dan maklumat sah lain yang dimandatkan contohnya unsur toksik dan setem cukai berbayar. Penampilan semua kotak adalah standard dan ini termasuk warna.    

Hasil Australia memperkenalkan pembungkusan kosong ialah antara 2010 dan 2013 kadar merokok jatuh kepada 12.8 peratus dari 15.1 peratus bagi mereka berusia 14 tahun dan ke atas. Ia menunjukkan undang-undang pembungkusan kosong yang dikuatkuasakan pada Disember 2012 serta peningkatan cukai 25 peratus pada 2010 membantu mengurangkan kadar merokok di Australia.

Pada bulan ini, Mei 2016, Perancis, United Kingdom, dan Ireland memperkenalkan kotak kosong, selaras dengan tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia tahun ini: “Bersedia untuk pembungkusan kosong”. Sementara itu dalam kalangan Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) Malaysia, Thailand dan Singapura bekerjasama ke arah melaksanakan pembungkusan kosong. Jika mereka berjaya melakukannya, maka ia akan menjadi satu pencapaian dalam membawa Artikel 11 FCTC ke tahap baru.

Syarikat tembakau telah menggunakan kotak rokok untuk mempopularkan produk mereka dan untuk menarik pengguna kepada tabiat berbahaya dan menagihkan. Adalah dianggarkan bahawa satu dalam dua perokok jangka panjang akan mati akibat penyakit berkaitan merokok dan ironinya merokok penyebab penyakit dan kematian terbesar yang boleh dicegah. Ia mestilah ditekankan bahawa merokok membahayakan hampir semua organ dalam tubuh, penyebab banyak penyakit dan mengurangkan kesihatan perokok pada umumnya.

Penyakit berkaitan merokok membunuh kira-kira 10,00 (atau 1 dalam 4) rakyat Malaysia setiap tahun. Ini bersamaan memiliki 250 buah bas yang setiap satu membawa 40 penumpang, terlibat dalam kemalangan dan membunuh semua penumpangnya pada setiap tahun di Malaysia. 

Jika seseorang itu merokok sekotak yang berharga RM17 sehari, beliau perlu membelanjakan RM510  untuk 30 hari. Ia merupakan 34% daripada gajinya jika beliau berpendapatan RM1,500. 34% perbelanjaan bagi merokok mempunyai kesan drastik ke atas belanjawan keluarga, menafikan keluarga daripada apa yang sepatutnya dibelanjakan ke atas makanan sihat dan keperluan penting lain.

Penglibatan dalam tabiat merokok produk berbahaya yang membazir juga mempunyai implikasi yang lebih serius. Adalah dianggarkan pada 2005, RM2.92 bilion telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk merawat hanya tiga daripada penyakit berkaitan merokok utama. Bagi majikan pula, kehilangan jam bekerja menjejaskan produktiviti kerja apabila mereka menghidap penyakit berkaitan merokok di samping syarikat juga terpaksa membayar rawatan perubatan dan kemasukan ke hospital. Keluarga mereka juga terpaksa menanggung beban bil perubatan dan kehilangan sumber pendapatan apabila mereka mati.

Tambahan lagi, ahli keluarga mereka juga mungkin mendapat penyakit berkaitan merokok akibat menyedut asap pasif atau racun daripada asap rokok yang terkumpul pada dinding rumah mereka.

Sehubungan itu, CAP menggesa jalan ke hadapan dalam kawalan tembakau di Malaysia ialah dengan pelaksanaan pembungkusan kosong sebagai satu cara untuk memberikan pembungkusan produk tembakau tidak menarik, terutama sekali kepada wanita dan belia. Amat jelas sekali industri tembakau mensasarkan golongan belia kerana mereka memerlukan pengganti bagi menggantikan perokok yang sudah mati. - HARAKAHDAILY 30/5/2016 

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Sumber HD - 30-5-2016





























































































Iklan: Keluar fatwa larang eksploitasi Ramadan

SM MOHAMED IDRIS | .


“Bufet Ramadan... Majlis Berbuka Puasa di hotel ini dikenali antara yang paling menarik... Telah menarik pelanggan yang bertambah untuk penghiburan korporat dan jamuan selera keluarga... Menunya meliputi lebih daripada 100 hidangan sehari... Sambil berbuka puasa anda akan dihiburkan dengan persembahan muzik Ghazal Asli... Surau juga disediakan untuk kemudahan pengunjung Muslim... RM95 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak...”

Iklan ini disiarkan dalam akhbar harian tempatan pada hari terakhir bulan Rejab tahun ini, satu bulan sebelum Ramadan. Lebih banyak iklan seperti ini akan muncul apabila kita semakin hampir dengan Ramadan yang akan mempromosikan pakaian, kasut, permaidani, langsir dan barangan serta perkhidmatan lain.

Iftar, berbuka puasa, secara tradisinya di rumah bersama dengan ahli keluarga atau di masjid dalam suasana penuh dengan keberkatan telah bertukar kepada “pesta makanan dengan 100 jenis hidangan” dan “penghiburan korporat”. Nabi Muhammad S.A.W. berbuka puasa dengan hanya tiga biji kurma.

Ramadan adalah bulan suci dalam Kalendar Islam apablia Al-Quran diturunkan kepada Nabi S.A.W. Allah berfirman di dalam Al-Quran bahawa berpuasa itu difardukan ke atas umatnya adalah untuk mencapai ketakwaan dan sabda Nabi S.A.W. bahawa “Allah berfirman, setiap perlakuan anak Adam adalah untuk mereka kecuali berpuasa, ia adalah semata-mata untuk Kami, Akulah yang akan memberikan ganjaran kepadanya. Puasa itu adalah perisai.”

Ramadan sepatutnya menjadi bulan untuk beribadat bagi umat Islam memandangkan ia adalah bulan di mana syaitan dirantai, Allah memberikan peluang kepada umat Islam apabila umat Islam secara berjemaah mengabdikan diri mereka untuk menambah dan mengukuhkan lagi takwa mereka.

Ia adalah bulan yang mulia dan ia telah dicemari dengan promosi berbuka puasa di hotel ala pesta makan dan perbelanjaan yang membazir. Komersialisasi Ramadan ini merupakan satu perkara yang menyinggung perasaan umat Islam sama seperti mana orang Islam yang makan di tempat terbuka pada bulan puasa. 

Berpuasa bukan hanya mengelakkan daripada makan semata-mata tetapi memastikan semua deria kita di bawah kawalan supaya tidak melakukan perkara yang berdosa seperti bersikap lahap, berbohong, menikam dari belakang, membazirkan masa, dan menindas orang lain. Umat Islam dikehendaki meluangkan masa untuk mendirikan solat, mengingati Allah, menolong mereka yang miskin dan memerlukan, dan mengamalkan kebajikan. Puasa kita tidak bermakna melainkan kita berusaha untuk menjadi lebih bertakwa. Jika tidak ia seperti mana yang disabdakan oleh Nabi S.A.W. bermaksud: “Ramai yang berpuasa malangnya mereka tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga”.

Islam menganjurkan pengikutnya agar menjauhkan sikap pelahap, membazir dan boros. Nabi S.A.W. bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhi suatu kantung yang lebih buruk dibanding perutnya; bagi anak Adam sedikit makanan cukup untuk menguatkannya. Jika anda hendak mengisinya, maka cukuplah sepertiga dari perutnya untuk makanan, sepertiga lainnya untuk minuman dan sepertiga lainnya untuk nafasnya”. Amat bertentangan sekali dengan ajaran ini, sesetengah daripada kita makan dan minum dengan lahap sehingga menjadi malas dan mengabaikan solat Terawih malah solat wajib. Bersikap lahap juga memberikan kesan sampingan kesihatan yang amat serius seperti diabetes, penyakit koronari, dan tekanan darah tinggi bagi mereka yang menurut hawa nafsu.

Pelbagai jenis makanan yang berlebihan yang disediakan dengan begitu banyak untuk berbuka puasa dan bersahur turut membawa kepada pembaziran. Banyak makanan dibuang oleh pihak hotel dan keluarga ke dalam tong sampah. Pada tahun lepas Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal  dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaporkan bahawa setiap Ramadan 200,000 tan makanan dibuang ke dalam tong sampah. Jumlah makanan ini boleh memberi makan kepada 180 juta orang. Secara purata 9,000 tan makanan dibuang setiap hari pada bulan Ramadan. [The Star Online, 19 June 2015].

Membuang makanan adalah satu dosa kerana ia menafikan makanan untuk mereka yang lebih memerlukan dan untuk generasi masa depan. Ia juga melupuskan sumber dan menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar melalui pencemaran laut dan sungai dan pengeluaran karbon dioksida yang menyumbang kepada pemanasan global. Salah satu tujuan utama berpuasa ialah untuk turut merasakan erti kesengsaraan oleh kelaparan yang dialami oleh golongan miskin dan terpinggir supaya kita akan turut bersimpati dengan nasib mereka. Berjuta orang di Syria, Yaman, Iraq, Palestin, Myanmar, India, Ethiopia, Sudan Selatan, Pakistan dan Afghanistan berdepan dengan kebuluran, tetapi malangnya kita membuang sejumlah besar makanan di dalam bulan yang mulia ini.

Al Quran mengecam mereka yang membazir dan bersikap boros sebagai saudara syaitan. [Surah Al-Isra Ayat 26, 27] Seterusnya, Allah berfirman di dalam Al-Quran, maksudnya: “...dan makanlah dan minumlah dan jangan pula kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” [Surah Al-Araf Ayat 31]

Stesen televisyen juga turut menyiarkan drama, komedi dan hiburan yang mensasarkan mereka yang berpuasa. Ramai keluarga yang menghabiskan masa di hadapan televisyen berbanding di masjid untuk lebih rapat dengan Allah dengan bersolat dan aktiviti ibadah yang lain. Di beberapa negara Arab, khemah Ramadan disediakan bagi menyediakan jamuan mewah dan hiburan malam sehingga waktu sahur. Satu portal atas talian melaporkan pada 2014:

“Kebanyakan rantau [Asia Barat] bertukar menjadi aktif pada waktu malam pada bulan suci, jadi ia adalah peluang terbaik untuk menarik penonton, yang lesu berpuasa pada siang hari, dengan drama TV dan siri terbaharu. Pada waktu inilah seisi keluarga akan duduk bersama di hadapan TV selepas berbuka puasa... dan menikmatinya. Mereka akan menonton episod demi episod drama dan program yang berbeza, malah ia mungkin berlarutan sehingga waktu bersahur.”

Mengkomersialkan Ramadan telah mencabut roh bulan yang mulia itu menjadi peluang bagi mempromosikan konsumerisme dan penyebarnya seperti bintang sukan, model dan artis dengan pakaian menjolok mata dan ikon pop.  Ia telah menghilangkan kesucian agama dan amalan ini menyamai komersialisasi Krimas yang telah menjadi musim membeli-belah. Keadaan ekonomi Amerika Syarikat bergantung kepada aktiviti membeli-belah pada musim Krimas.

Ia tidak terbatas kepada Malaysia sahaja tetapi kini menjadi satu fenomena global dengan serangan kapitalis dan budaya pengguna hedonistik. Dari New York ke Jakarta, iklan Ramadan memujuk pengguna supaya menikmati makanan dengan lahap dan berbelanja secara boros, amalan yang amat dilarang di dalam Islam.

Mengkomersialkan Ramadan, Aidil Fitri dan Aidil Adha adalah satu proses sekularisasi secara halus idea, citarasa dan budaya kita. Ia seumpama anai-anai yang secara senyap memakan tiang iman kita tanpa sedar akan kerosakannya. Ia menggalakkan materialisme dan penggunaan berlebihan yang membazir, membebankan kita dengan hutang. Kita menjadi begitu taksub dengan mengumpulkan begitu banyak wang dan menjadi kaya untuk membeli barangan, perkhidmatan dan hiburan yang tidak perlu sehingga kita mengabaikan tugas dan hubungan kita dengan Allah. Kita lupa bahawa kita hanyalah seorang musafir yang dalam perjalanan ke akhirat.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengatasi sekularisasi yang semakin menjalar ini? Produk dan perkhidmatan iklan yang menggunakan Ramadan, Aidil Fitri dan Aidil Adha mestilah diharamkan. Para ulama mestilah mengutuk perkara yang amat dibenci ini dan hendaklah mengeluarkan fatwa yang melarang eksploitasi Ramadan dan melindungi umat Islam. Pertubuhan masyarakat sivil Islam juga mestilah melancarkan kempen menentang pencabulan kemuliaan dan kesucian Ramadan, Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Insya Allah, Ramadan tahun ini diraikan tanpa amalan yang membawa dosa ini, dan patuh kepada seruan Allah untuk mencapai takwa. - HARAKAHDAILY 23/5/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pengguna Pulau Pinang.

Sumber HD - 23-5-2016



Cuepacs harap kerajaan semak 231 jenis elaun

Posted on Sunday, May 22 @ 07:18:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


KOTA BHARU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan Persekutuan dapat menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyemak semula 231 jenis elaun di dalam perkhidmatan awam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata semakan terhadap elaun itu boleh dilakukan selepas rasionalisasi 252 skim perkhidmatan dilaksanakan kerajaan.

"Terdapat 231 jenis elaun yang telah diwujudkan untuk perkhidmatan awam, namun ada antaranya telah lebih 15 tahun tidak dikaji termasuk elaun-elaun yang sangat kritikal.

"Kami minta supaya pasukan yang baharu diwujudkan untuk kami memulakan kajian berkaitan dengan keperluan elaun-elaun berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tritahunan Perwakilan Cuepacs Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini, hari ini.

Hari sama Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng dan Pengerusi Cuepacs Kelantan Aminuddin Awang.

April lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dilaporkan sebagai berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyempurnakan proses penambahbaikan 252 skim perkhidmatan sedia ada di bawah langkah rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Dalam pada itu, Azih berharap agar kerajaan dapat duduk semeja dengan kesatuan itu bagi membincangkan secara komprehensif terhadap beberapa kecacatan yang ada di dalam pelan rasionalisasi skim perkhidmatan.

"Kita tak nak perkara ini berlaku dalam kerangka yang lain kerana kita tahu anggota perkhidmatan awam ada yang guna sama, ada yang bukan guna sama, dan kalau kita mungkin melihat kepada satu pihak, mungkin pihak yang satu lagi tak puas hati juga. Ini penting kalau kerajaan nak melihat keharmonian dalam perusahaan di peringkat negara kita nak dikekalkan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Azih mendesak agar kerajaan tidak membekukan perjawatan yang ditinggalkan kosong oleh penyandang terdahulu, dapat diisi dengan secepat mungkin bagi mengelak anggota mahupun pegawai di sesebuah agensi terbeban dengan tugasan mereka.

"(Perkara ini) akhirnya memberi tekanan kepada anggota-anggota kami di seluruh negara kerana mereka bekerja dalam keadaan tenaga kerja yang tidak mencukupi, dan ini akan memberi ruang kepada golongan muda dan pencari-pencari kerja untuk memasuki perkhidmatan awam," katanya. –Bernama

Sumber TKO - 21- 5-2016



Krisis Tasik Bukit Merah Part 1

Posted on Monday, May 09 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Penulisan ini dikarang oleh Mat Saman Kati. Paparan semula di dalam blog adalah untuk tujuan penyiasatan, penyelidikan dan perbincangan. Almaklumla apa2 yang disebarkan di FB sangat sukar untuk kau cari semula selepas beberapa bulan. So bila paparkan di blog, kau taip keyword di Google dah boleh jumpa. Senang kerja. Lebih2 lagi isu neh sekarang viral bak goreng pisang panas kot. Lagi la kau kena 'catatkan' sejarahnya. Ia ada beberapa episode disertakan sumber rujukan untuk sebarang pertanyaan dan persoalan. Harap maklum ye.

Baca ;

Krisis Tasik Bukit Merah – 1

Yang ni intro saja. Kisah Tasik Bukit Merah ni panjang…dan aku kena tulis secara bersiri. Ada masa aku tulis, tak ada masa aku postpone. Kalau tumpu sepenuhnya..sat lagi kambing aku dengan aku sekali tak makan.

Oleh kerana siri ini akan menyentuh banyak pihak, ramai yang akan terasa. Oleh itu…
Aku tulis siri ini atas kapasiti peribadi. Kalau tak setuju atau rasa aku salah…hangpa cari aku. Jangan balas dendam kat anak bini aku atau kawan-kawan aku.

Dua tiga hari yang lepas, wartawan Sinar harian kena ugut sebab menyiarkan kisah pencerobohan di Tasik Bukit Merah. Apa yang dia tulis adalah berdasarkan berita yang diperolehi secara sah dan dari sumber yang sah. Tu pun kena ugut.

Aku dah resign sebagai Setiausaha Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA). So, aku tulis bukan atas kapisiti S/U KUASA. Sat lagi tak pasai-pasai KUASA kena blacklist.

Ahli akademik atau wartawan jangan senang- senang ambik apa yang aku tulis atau tanya kat aku sumber rujukan. Sebab kebanyakan info yang akan aku tulis diperolehi secara haram dan dari sumber yang haram. Kalau hangpa kena dakwa atau saman..jangan cari aku atau quote aku.

Pasai apa haram? Sebab kita ada terlalu banyak undang-undang yang bercanggah dan penguatkuasaan yang berat sebelah.Orang politik pulak selalu defensive dan buat kerja kita lagi susah. Aku bagi satu contoh: Katakanlah ada sorang mamat bagi info ada pembalakan haram kat Hutan Simpan. Adakah aku terus tulis berdasarkan apa yang dia cakap? Tak boleh.Sebab bila kita tulis nanti orang politik attack kita balik. “Jangan buat fitnah la! Mana bukti?” Siap keluar hadis lagi bagi tau jangan dengar cerita dari orang yang fasik. Jadi..kena cari bukti.

Hutan Simpan adalah kawasan larangan dan kalau nak masuk kena dapat kebenaran dari Pejabat Hutan.Kita nak minta kebenaran macam mana? Nak kata kita nak siasat tentang pembalakan haram? Mati hidup balik depa tak akan bagi sebab kalau betul…depa balik yang kena sebab itu tanggung jawab depa. Dan kalau aku masuk juga dan buktikan memang ada pembalakan haram,aku pulak boleh ditangkap dan dituduh kerana memasuki Hutan Simpan secara haram.

Benda ni pernah berlaku di Segari. Aktivis kita menangkap orang Vietnam curi gaharu dalam Hutan Simpan. Lepas tangkap dia bawa orang Vietnam ni pi balai. Last-last orang Vietnam dilepaskan, dia pulak kena tahan satu hari sebab menangkap orang tanpa kuasa. (edited)

Tasik Bukit Merah adalah kawasan larangan. Macam mana penceroboh boleh masuk dan membawa bulldozer dan excavator dan sapa pun tak tau? Bukan sikit kawasan yang diteroka dan bila ditanam dengan sawit..ia memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapat hasil. Tak kan dalam masa 4-5 tahun, tak ada satu pun agensi penguatkuasa yang tahu? Kalau aku yang menceroboh, aku tak akan membazir ratus ribu ringgit kalau tak ada jaminan. Pencerobohan rizab Tasik Bukit Merah adalah “organized crime”. Ia melibatkan banyak pihak sehingga ke peringkat tinggi kerajaan.

Tasik Bukit Merah diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Bila berlaku krisis macam ni,ramai yang terus menyalahkan JPS. Jangan maki hamun depa dulu…sat lagi susah nak minta maaf.

Surat Prof. Mashhor dari USM yang aku share semalam ditulis penuh dengan kesopanan dan kesusilaan. Kena faham dulu apa yang dia maksudkan dengan “Due to limited knowledge on the environment, many Malaysians are pointing to El Nino as the reason behind the problems in the area. Water budget data on wetland is not always discussed in state government meeting. Limited ecological planning particularly among policymakers, and lack of environmental and ecological knowledge can spell disaster for a state.”

Jangan la semua isu nak dipolitikkan. Dalam krisis Tasik Bukit Merah ni, semua terlibat.Baik orang PAS, PKR atau Umno…semua terlibat dalam gang-rape ini.

(rujukan


Sumber TKO - 9-5-2016





























































































Awer gesa Ketua Audit siasat KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga

PIARAPAKARAN S. | .

Track 4A - Kegagalan Berterusan Untuk Memuktamadkan Sumber Kewangan (Financial Close)

Kedua-dua Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA telah menggunakan pelbagai alasan yang meragukan untuk menjustifikasikan penganugerahan Track 4A (loji 1000-1400 MW kitar bersepadu gas turbin-CCGT) melalui rundingan terus.

Track 4A dijadualkan untuk memuktamadkan sumber kewangan (financial close) pada Oktober 2015. Malangnya, projek ini telah gagal memuktamadkan sumber kewangan sehingga kini. Projek ini telah dianugerahkan kepada sebuah konsortium SIPP-YTL-TNB dengan tarif purata (levelised tariff) ditanda aras pada 34.7 sen/kWj.

Walau bagaimanapun, kedua-dua YTL dan TNB telah menarik diri daripada projek itu. Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa salah sebuah rakan konsortium telah bekerjasama semula dengan SIPP dengan tarif purata melebihi 38 sen/kWj.

Tahun lepas Suruhanjaya Tenaga telah menolak dua permohonan tarif purata oleh konsortium SIPP-TNB yang berada di dalam lingkungan 36 sen/kWj dan 39 sen/kWj kerana tarif purata yang dimohon telah melebihi tarif purata yang ditanda aras iaitu 34.7 sen/kWj. Mengapakah kini tiba-tiba ada pusingan-U?

Suruhanjaya Tenaga adalah terikat dengan Seksyen 14 (1) (b), (d), (g), dan (m) dalam Akta Suruhanjaya Tenaga serta Seksyen 4(f) dalam Akta Bekalan Elektrik iaitu untuk memastikan bahawa pemegang lesen dapat membiayai penjalanan aktiviti yang dibenarkan oleh lesen mereka untuk dijalankan.

Ini bermakna Suruhanjaya Tenaga mesti membatalkan penganugerahan tersebut dan memberi nasihat kepada Menteri KeTTHA berlandaskan undang-undang apabila pemegang lesen gagal memenuhi keperluan untuk memuktamadkan sumber kewangan.

Menteri KeTTHA juga terikat dengan kedua-dua Akta Bekalan Elektrik dan Akta Suruhanjaya Tenaga di mana tindakan beliau hanya boleh menambahbaik pelaksanaan akta-akta tersebut dan bukannya memudaratkannya. Seksyen 4(d) dalam Akta Bekalan Elektrik juga memandatkan Suruhanjaya Tenaga untuk melindungi kepentingan pengguna.

Mengapakah tiada pembatalan penganugerahan Track 4A selepas kegagalan memuktamadkan sumber kewangan? Mengapakah Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA gagal untuk melaksanakan bidaan kompetitif yang memastikan manfaat kepada rakyat dan sektor perniagaan daripada persaingan firma-firma untuk mencapai tarif purata yang lebih rendah?

Track 4B - Hak Pembangunan Projek Telah Dijual

Satu jawapan bertulis oleh Menteri KeTTHA kepada Dewan Rakyat untuk soalan mengapa Track 4B diberi melalui rundingan terus kepada 1MDB pada 9 Oktober 2014 telah menyatakan bahawa Track 4B dianugerahkan terus kepada 1MDB disebabkan oleh kemampuan dan kebolehan dari segi kepakaran dalam mengendalikan dan melaksanakan projek-projek penjanaan elektrik yang dimilikinya serta 1MDB adalah syarikat milik penuh kerajaan dan atas kepentingan strategik negara secara keseluruhannya.

Apabila 1MDB mahu menjual aset-aset tenaga dan hak pembangunan loji janakuasa, ia telah menunjukkan 1MDB tidak mampu membiayai projek Track 4B tetapi Suruhanjaya Tenaga telah gagal menggunakan Seksyen 4(f) dalam Akta Bekalan Elektrik untuk membatalkan penganugerahan Track 4B.

Kini, penganugerahan tersebut mesti dibatalkan kerana Edra Global Energy bukan lagi sebuah syarikat milik kerajaan Malaysia (berdasarkan jawapan di Parlimen) dan jualan hak pembangunan untuk projek-projek loji janakuasa adalah tidak dibenarkan.

Tambahan pula, berdasarkan Penyata Rasmi parlimen pada 16 November 2015 (DR-16.11.2015), menteri kewangan kedua telah menyatakan, "Kita ada lima sahaja IPP yang terlibat dengan Edra. Lima sahaja, yang lain di luar negara." Tiada kenyataan bahawa hak pembangunan loji-loji janakuasa juga akan dijual. Kedua-dua KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga tidak menjelaskan isu ini sehingga kini.

Mujurlah, Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset-Aset Milik Negara (State-owned Assets Supervision and Administration Commission of the State Council-SASAC) Republik Rakyat China telah menerbitkan bahawa CGN (melalui Edra) akan fokus untuk membangunkan loji janakuasa 2000-2400 MW CCGT di Melaka (Track 4B). Kini, ia adalah jelas bahawa hak pembangunan Track 4B sebenarnya telah dijual semasa penjualan aset-aset tenaga oleh 1MDB.

Mengimbas kembali, apabila 1MDB gagal memuktamadkan sumber kewangan (financial close) untuk Track 3B (loji janakuasa arang batu 2000 MW - Jimah East), hak pembangunan telah diserahkan kepada Suruhanjaya Tenaga. Suruhanjaya Tenaga kemudiannya telah merujuk kepada proses bidaan dan menetapkan harga bidaan kedua terendah sebagai had bagi tarif purata (levelised tariff) Track 3B.

TNB dan sebuah IPP tempatan telah mengambil bahagian dalam proses tersebut di mana TNB telah memenanginya. Ini menunjukkan bahawa hak pembangunan tidak boleh dijual walaupun projek tersebut mempunyai Perjanjian Pembelian Tenaga (dalam kes Track 3B ini). Kini, mengapakah Suruhanjaya Tenaga membenarkan penjualan hak pembangunan Track 4B serta 500 MW Solar Berskala Utiliti (USS)?

Patutkah rakyat Malaysia membenarkan Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA bebas untuk melanggar Akta Suruhanjaya Tenaga serta Akta Bekalan Elektrik dengan begitu sahaja?

Track 4B mempunyai masa yang mencukupi untuk melalui proses pembidaan kompetitif yang telus. AWER menggesa KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga untuk membatalkan penganugerahan Track 4B dan melaksanakan pembidaan kompetitif untuk membolehkan tarif purata (levelised tarif) yang adil dan berpatutan dicapai.

Impak Kos Daripada Track 4A Dan 4B Kepada Tarif Elektrik

Setiap kenaikan 1 sen dalam tarif purata (levelised tariff) bagi loji kuasa 1000 MW dengan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bertempoh 25 tahun akan menyalurkan kos tambahan sekitar RM1.75 Bilion kepada tarif elektrik. Jika tarif purata Track 4A (1000-1400 MW) adalah sekitar 38 sen/kWj berbanding dengan tarif purata yang ditanda aras iaitu 34.7 sen/kWj, kos tambahan minimum yang akan disalurkan kepada tarif elektrik adalah di antara RM5.78 Bilion dan RM8.09 Bilion.

Tambahan pula, kelewatan dalam projek Track 4A yang 'dipercepatkan' telah menyebabkan loji-loji janakuasa gas lama dilanjutkan operasi baru-baru ini.

Tarif purata (levelised tariff) untuk loji-loji janakuasa gas lama yang dilanjutkan ini juga tidak diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan ini telah menyebabkan kos tambahan yang disebabkan oleh caj kapasiti tidak diketahui.

Walau bagaimanapun, kos bahan api tambahan untuk setiap 6 bulan bagi kelewatan Track 4A selama 1 setengah tahun boleh dianggarkan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jumlah kos bahan api tambahan yang disebabkan oleh kelewatan Track 4A boleh dianggarkan di antara RM1.32 Bilion dan RM1.85 Billion.

Ketidakcekapan KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga untuk mengendali Track 4A akan menyalurkan kos tambahan di antara RM7.1 Bilion dan RM9.94 Bilion kepada tarif elektrik.

Jadual 1: Kos bahan api tambahan disebabkan oleh kelewatan dalam Track 4A
TahunSeparuh Kedua
2018
Separuh Pertama
2019
Separuh Kedua
2019
Kos bahan api tambahan bagi 1000 - 1400 MW
(RM Juta)
416.3 - 582.8440.6 - 616.8464.9 - 650.9
Selain daripada itu, Track 4B (1800 - 2400 MW CCGT) dijangka akan mempunyai tarif purata (levelised tarif) yang lebih tinggi daripada tarif purata penanda aras (34.7 sen/kWj), iaitu tarif purata yang boleh mencapai hampir kepada 36 sen/kWj.

Ini akan menyalurkan kos tambahan minimum kepada tarif elektrik di antara RM4.10 Bilion - RM5.46 Bilion. Walau bagaimanapun, jika bidaan kompetitif yang adil dan telus dijalankan untuk Track 4B, tarif purata berpotensi untuk mencapai pada paras di bawah 34.2 sen/kWj yang akan menyalurkan penjimatan minimum kepada tarif elektrik di antara RM1.58 Bilion and RM2.1 Bilion.

Maka, hanya melalui proses pembidaan kompetitif yang adil dan telus, tarif purata (levelised tariff) yang adil dan berpatutan boleh dicapai. Ini kerana kos pembiayaan projek dan teknologi dapat ditentukan dan ia adalah sifat bersaing pembida-pembida untuk mengurangkan margin keuntungan mereka yang akan membolehkan tarif purata (levelised tariff) yang lebih rendah bagi kedua-dua Track 4A dan Track 4B dicapai.

Malangnya, KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga telah gagal untuk mengikuti gesaan berulang daripada AWER untuk melaksanakan proses pembidaan kompetitif yang adil dan telus bagi Track 4A dan Track 4B. Kejahilan mereka yang jelas ini akhirnya akan menyalurkan kos tambahan kepada tarif elektrik di antara RM11.2 Bilion dan RM15.4 Bilion.

Kini, adakah Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA akan menghalang pengguna domestik dan perniagaan daripada menikmati hasil penjimatan melalui tarif purata (levelised tarif) yang lebih rendah dan menyalurkan kos tambahan di antara RM11.2 Bilion dan RM15.4 Bilion kepada tarif elektrik kita?

AWER Menyeru Ketua Audit Negara Untuk Menyiasat KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga Dan Proses-Proses Berkaitan

Ia adalah terbukti bahawa pembinaan loji janakuasa dan kosnya memberikan impak yang tinggi kepada tarif elektrik, daya saing, kemampuan membeli produk dan perkhidmatan, keyakinan para pelabur dan bina negara. Kami menyeru Ketua Audit Nagara untuk mengaudit isu-isu berikut:

(i) audit semua proses kelulusan dan surat anugerah bagi loji janakuasa di KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)  mulai 2012;

(ii) audit semua keputusan, minit mesyuarat, dokumen dan persembahan(presentation) JPPPET mulai 2012;

(iii) pengendalian proses bidaan kompetitif bagi loji janakuasa baru dan dokumentasi termasuk bagaimana nodal point dan keperluan tanah (green field dan brown field) ditetapkan;

(iv) proses pelanjutan bagi loji janakuasa lama dan proses pembidaannya; dan

(v) kegagalan SEDA dan FiT untuk memenuhi sasaran campuran RE serta misteri proses penubuhan SEDA dan mekanisme FiT.

Semua proses pembidaan kompetitif loji janakuasa masa depan mestilah adil dan telus. Begitu juga, memandangkan loji-loji janakuasa adalah aset-aset strategik negara, had ekuiti pegangan asing 49% MESTI dikekalkan! – HARAKAHDAILY 29/4/2016

Penulis ialah  Presiden Persatuan Penyelidikan Air Dan Tenaga Malaysia (AWER)

Sumber HD - 29-4-2016





























































































‘Bantal pemanas’: Kelalaian tugas Suruhanjaya Tenaga

S.M. MOHAMED IDRIS | .


LIMA tahun selepas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melaporkan (pada 25 Oktober 2010) kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) mengenai penjualan “bantal pemanas” yang dipanaskan melalui bekalan elektrik, ST mengeluarkan arahan melarang import, pengilangan, penjualan, pengiklanan produk pada 23 Oktober 2015.

Bagaimanapun, tiada penguatkuasaan terhadap arahan itu. CAP dapat membeli satu daripada bantal ini pada 26 April 2016.

Produk Taiwan ini dipromosikan sebagai Bantal Pemanas Kesihatan, adalah bantal kecil yang diisi dengan cecair dan dipanaskan melalui elektrik melalui kabel elektrik dengan soket dua pin.

Bagaimanapun, ia tidak mempunyai pelekat EC/SIRIM, begitu juga ia tidak termasuk dalam “Senarai Peralatan Elektrik yang Memerlukan Sijil Kelulusan untuk Mengilang, Mengimport, Mempamer, Menjual atau Mengiklan dan Piawaian Prestasi dan Keselamatan Berkenaan” Suruhanjaya Tenaga.

Bantal itu dipromosikan sebagai bantuan kesihatan untuk “memanaskan tangan”, “memanaskan leher”, “memanaskan kaki yang sejuk”, “melegakan sakit perut”, “melegakan sakit sendi”, “memperbaiki pengaliran darah”, “mengeluarkan angin dari tubuh”, “melegakan sakit dan kesakitan tubuh”, “membantu menghilangkan kesakitan ketika haid pada setiap bulan”, “sebagai kegunaan selepas bersalin untuk membuang angin dalam tubuh dan meratakan perut” dan “sebagai rawatan alternatif bagi keguguran”.

Pada awal Disember 2010, ST memberikan maklumbalas dengan menyatakan bantal elektrik itu bukan dalam senarai yang diluluskan oleh ST. Ia juga berkata pengimport perlu memohon kepada ST (tetapi jelas tidak berbuat demikian) dan di sebabkan dakwaan perubatan yang keterlaluan, ia juga memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

CAP kemudiannya menulis kepada KKM dan ia memberikan jawapan acuh tidak acuh bahawa tiada penilaian dibuat berhubung mutu, keberkesanan di sebabkan produk itu tidak dikategorikan sebagai produk kesihatan.

Perkara ini terus berlanjutan dan pada Februari 2013, ST menulis bahawa memandangkan ia produk elektrik, ia telah meminta SIRIM supaya mengambil contoh dari pasaran untuk menguji jika ia memenuhi piawaian keselamatan, dengan menyatakan bahawa hasil ujian SIRIM akan menjadi asas terhadap tindakan yang akan diambil.

Empat bulan kemudian, SIRIM mendedahkan hasilnya yang menunjukkan bahawa beberapa parameter tidak memenuhi piawaian yang dikehendaki.       

Setahun berlalu, pada April 2014, ST mengumumkan bahawa ia dalam proses bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan untuk melaksanakan perintah menghalang pengimportan dan pembuatan bantal seperti itu.

Lima tahun selepas CAP memaklumkan kepada ST, ia mengeluarkan arahan kepada semua pengilang dan pengimport batal pemanas bahawa terdapat kes “kemalangan elektrik” melibatkan bantal tersebut, di mana ia meletup ketika digunakan.

Didapati bahawa bantal itu tidak memenuhi piawaian keselamatan. Oleh itu, di bawah Seksyen 101(2) Peraturan Elektrik 1994, ST melarang pengimportan, pengilangan, mempamer, mengiklan dan penjualan bantal pemanas melainkan ia memenuhi piawaian MS IEC 60335-1-2005.

Pihak ST mengetahui bahawa produk itu adalah tidak bermutu dan peniaga begitu berani untuk mengimportnya ke Malaysia dan menjualnya di pasaran. Malah enam bulan selepas arahan ST, bantal berbahaya ini masih dijual.

Suruhanjaya Tenaga gagal untuk menjalankan tugas mereka bagi memastikan semua peralatan elektrik selamat dan tidak mendedahkan bahaya kepada nyawa dan anggota pengguna. Ini merupakan satu kelalaian tugas dan melanggar kepercayaan yang diberikan oleh orang awam kepada ST untuk memastikan keselamatan produk.

i.CAP ingin mengetahui berapa banyakkah “kemalangan yang melibatkan elektrik” dilaporkan, berapa banyak kecederaan dan adakah terdapat kematian.

ii.Mangsa dan warisnya daripada kes bantal meletup ini boleh menyaman ST kerana cuai dalam melakukan tugasnya bagi memastikan semua produk menggunakan elektrik memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

iii.Pengiklanan semua produk elektrik perlu menyatakan nombor kelulusan/permit ST.

iv.Bantal pemanas ini masih dijual secara terbuka di kedai dan dalam talian. Pihak ST perlu mengesahkan sama ada ia kini telah memberikan kelulusan untuk penjualannya. Jika begitu, kenapa mereka tidak meletakkan pelekat kelulusan ST/SIRIM? – HARAKAHDAILY 28/4/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Sumber HD - 28-4-2016






























































































CAP ulangi haram antibiotik dalam makanan ternakan

S. M. MOHAMED IDRIS | .


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin memberikan maklum balas kepada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar  (DVS), Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, dalam artikel tulisan Fazleena Aziz yang bertajuk ‘DVS monitors use of antibiotics in animal feeds’ bertarikh 17 Mac 2016.

Di dalam kenyataannya, Dr Quaza berkata, “Antibiotik pada dos yang rendah dicampurkan ke dalam makanan ternakan untuk mencegah jangkitan, membantu penghadaman dan penyerapan perut untuk menggalakkan pembesaran dan meningkatkan kualiti produk ternakan.”

Penggunaan antibiotik secara rutin seumpama inilah, iaitu untuk menggalakkan pembesaran dan mencegah jangkitan, yang membentuk kekebalan kuman terhadap antibiotik dan kemudian berpindah kepada manusia.

Ancaman kesihatan awam di seluruh dunia ini telah mendorong banyak negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) untuk mengharamkan penggunaan antibiotik secara rutin dalam makanan ternakan. Antibiotik tidak sepatutnya disalahgunakan untuk mencegah penyakit dan menggalakkan pembesaran haiwan. Ia sepatutnya digunakan untuk mengurus dan merawat jangkitan.

Dr Quaza menambah, pihak DVS “sentiasa memantau dan mengawal penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan sebagai sebahagian dari ‘sistem pemantauan kebangsaan.”

Kenyataan ini kurang meyakinkan. Setakat yang kami ketahui, tidak terdapat sebarang pemantauan secara rutin ke atas penggunaan antibiotik  dalam ubatan vetenari, tidak seperti pemantauan antibiotik yang digunakan dalam ubatan untuk manusia di hospital-hospital awam di Malaysia.

Sementara ubatan yang digunakan ke atas manusia dan haiwan didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Ubatan, makanan ternakan yang mengandungi ubatan dikecualikan daripada kewajipan mendaftar. CAP tertanya-tanya bagaimana dengan ketiadaan sebarang peraturan bagi kawalan antibiotik makanan ternakan, DVS mampu memantau dan mengawal penggunaannya.

Sejak bertahun-tahun, hasil pemantauan CAP mendapati antibiotik digunakan secara berleluasa dalam ladang ayam itik dan babi komersial dan penjualan antibiotik di kedai-kedai yang menjual makanan ternakan. Yang terbaharu ialah pada Januari 2016 di Kedah dan Perlis.

CAP mendapati antibiotik Erythromycin banyak dijual di kedai makanan ternakan. CAP dimaklumkan bahawa antibiotik itu disarankan supaya digunakan secara rutin dalam makanan ternakan untuk mencepatkan pembesaran ternakan.

Dr Quaza menambah, sejak 2010 ‘cuma 0.13 peratus dari lima daripada sejumlah 3,750 sampel makanan ternakan menunjukkan tanda positif antibiotik yang dibenarkan.’ Fakta bahawa sisa antibiotik ditemui dalam makanan kita amat membimbangkan kerana ia tidak sepatutnya ada dalam makanan tersebut.

Namun Dr Quaza telah mengetepikan masalah bakteria yang kebal kepada antibiotik  dalam daging yang kita makan dan dalam makanan ternakan yang menjadi tumpuan utama CAP.

Masalah kewujudan bakteria yang kebal kepada antibiotik dalam daging dan haiwan ternakan didedahkan dalam kajian awal yang dijalankan oleh DVS sendiri pada 2012. Ia menunjukkan:

1.Ternakan (ayam):  Sejumlah 38  sampel daripada pelbagai spesies Salmonella yang berbeza diambil dari ladang ayam untuk diuji ketahanan kepada antimikrob. Sampel-sampel ini didapatkan daripada ladang yang dikawal selia dan disahkan oleh SALT* di Malaysia.

Kajian itu mendapati 13.5%  bakteria Salmonella kebal kepada Tetracycline; 5.4% bakteria Salmonella kebal kepada Polymixin B dan Erythromycin; 2.7% bakteria Salmonella kebal kepada Chloramphenical, Penicillin G dan Trimethoprim.

*SALT (Skim Amalan Ladang Ternakan) diperkenalkan pada 2003 oleh DVS, untuk memastikan ladang ternakan mengamalkan Amalan Penternakan yang Baik (GAHP) dengan menghasilkan makanan yang selamat, tulen dan berkualiti, dalam persekitaran yang mapan dan mesra alam. Ia diberikan kepada ladang-ladang yang memenuhi kriteria GAHP, pengurusan kesihatan ternakan, jaminan bio, prasarana yang baik  dan penggunaan ubatan yang berhati-hati.

2.Sampel makanan: Sejumlah 43 spesies Salmonella yang berbeza diuji daripada sampel makanan seperti daging lembu, daging kambing dan daging ayam. Kira-kira 62.8%  Salmonella dikesan dalam produk import (44.2% daging lembu dan 18.6% daging ayam).

3.Lebih separuh daripada ayam tempatan yang diternak di ladang yang diluluskan oleh SALT  dalam kajian ini didapati kebal kepada antibiotik Ampicillin, Sulphonamide dan Tetracycline.

Keadaannya lebih buruk bagi daging ayam yang diimport. Kajian itu mendapati 87.5% bakteria kebal kepada Ampicillin; 75% kebal kepada Nalidixic Acid; sementara 50% bakteria kebal kepada Streptomycin dan Sulphonamide.

Jelaslah daripada kajian awal DVS, skim pensijilan SALT sememangnya bermasalah. Bukti menunjukkan ladang-ladang yang disahkan oleh SALT serba kekurangan dan tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Penemuan ini mempunyai kesan yang besar ke atas kesihatan awam. Antibiotik yang sepatutnya menjadi ubat bagi merawat pelbagai jangkitan yang menyerang manusia sudah menjadi tidak berkesan dan tidak lagi bermanfaat memandangkan makanan ternakan membiakkan bakteria yang kebal antibiotik.

Kajian DVS juga mendapati bakteria menjadi kebal kepada beberapa ubatan. Ada bukti yang menunjukkan kekebalan itu telah merebak hingga membabitkan beberapa kelas ubatan. Ini bermakna jika seseorang itu jatuh sakit, doktor tidak mempunyai banyak pilihan dari segi rawatan, ataupun terpaksa merawatnya dengan ubatan yang lebih mahal.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), terdapat sejumlah 97 ubatan berbeza yang didaftarkan untuk kegunaan di ladang ternakan ayam itik, lembu dan kambing. Sesetengah daripadanya tertakluk di bawah WHO’s Critical Important Antimicrobials Criteria. Ubat-ubatan ini dikenal pasti oleh WHO sebagai amat penting untuk kesihatan manusia dan kegunaannya dalam sektor veterinar perlu diperketatkan.

Malahan WHO tidak menyarankan lebih separuh daripada antibiotik yang berdaftar dengan MOH bagi haiwan dijadikan makanan untuk kegunaan veterinar. Ia termasuk Ampicillin, Amoxillin, Cefadroxil, Chlortetracycline, Oxytetracycline, Doxycycline, Sulfadiazine, Erythromycin, Spiramycin, Neomycin, Gentamicin dan Flumequine.

Berhubung ‘butter patties’ yang dicemari bakteria Listeria monocytogenes, Dr Quaza berpendapat pencemaran ini mungkin ada kaitannya dengan tanah dan air, bukan berpunca daripada haiwan ternakan. Hakikatnya CAP merujuk kepada masalah bakteria Listeria monocytogenes yang kebal kepada pelbagai ubatan dalam patties dingin-beku yang dibeli dari pasar raya dan kedai runcit.

Kenyataan CAP disokong oleh kajian yang dijalankan di Malaysia:

1.Penyelidik telah memeriksa kekebalan bakteria L.monocytogenes dalam daging lembu dan daging ayam mentah serta vegetarian patties kepada 11 antibiotik yang berbeza. Kajian mendapati 13 daripada 41 sampel bakteria tidak kebal kepada mana-mana antibiotik, sementara 28 didapati kebal kepada sekurang-kurangnya satu antibiotik dan 19 lagi kebal kepada sekurang-kurangnya dua antibiotik. Kekebalan kepada antibiotik tetracycline dan Erythromycin paling banyak ditemui.

2.Ayam hidup yang dijual di pasar Selangor diuji dan didapati mengandungi bakteria Campylobacter. Bakteria sering kebal kepada antibiotik Cephalothin, Tetracycline, Erythromycin, Enrofloxacon dan Gentamicin. Lebih satu pertiga daripada sampel bakteria didapati kebal kepada beberapa jenis ubatan.

Kajian di atas terkandung dalam Memorandum CAP-TWN berjudul ‘Antibiotic Use and Antibiotic Resistance in Food Animals in Malaysia: A Threat to Human and Animal Health’ bertarikh 10 Oktober 2013, yang dihantar kepada Kementerian Pertanian pada 28 November 2013.

Satu salinan memorandum itu telah diserahkan kepada Menteri Pertanian, YB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob, ketika beliau mengunjungi CAP untuk melancarkan Projek Pertanian Bandar CAP pada 29 Jun 2015. Kami masih menunggu maklum balas daripada pihak Kementerian. 

Bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Dr Quarza, aktiviti manusia dan pertanian memberi kesan besar kepada tanah (dan air) kita dengan ubatan veterinar dan bakteria yang kebal antibiotik. Dalam kajian terkini (2014):

3.Sampel tanah pertanian dan baja yang diambil dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka didapati tercemar dengan antibiotik. Baja didapati mengandungi sekurang-kurangnya 6 jenis antibiotik pada paras yang tinggi, yang dikesan dalam setiap sampel tanah.
Ini menunjukkan antibiotik diberi kepada haiwan pada dos yang tinggi, dan tanah-tanah itu dicemari ubatan veterinar melalui najis haiwan.

4.Kajian pada 2007 menunjukkan kekebalan bakteria E. Coli kepada antibiotik dalam  ujian klinikal, marin, sungai, sumber makanan dan haiwan. Bakteria diperhatikan kebal kepada   pelbagai ubatan, dengan kekebalan yang tinggi membabitkan Tetracyclin, Kanamycin, Chloramphenicol, Gentamicin, Ampicillin – ubatan yang penting kepada kesihatan manusia dan haiwan, dan digunakan dalam makanan ternakan.

Alam sekitar kita semakin dicemari bukan sahaja dengan bakteria dalam ubatan, malah dalam pelbagai jenis ubatan, dengan menunjukkan kadar kekebalan yang tinggi terhadap ubatan yang digunakan untuk manusia dan haiwan, dan dalam  makanan ternakan.

Perkara ini membangkitkan persoalan mengenai keberkesanan penyeliaan veterinar (itu pun jika ada) terhadap penggunaan antibiotik di ladang ternakan dan cabaran yang dihadapi DVS dalam menangani masalah kekebalan bakteria terhadap antibiotik.

Pada November tahun lalu The Lancet melaporkan tentang kemunculan gen yang kebal kepada antibiotik Colistin yang sudah sedia dilepaskan antara bakteria biasa yang  dibawa oleh babi dan penduduk di China.

Ini bermakna kekebalan boleh dipindahkan antara bakteria dan menerusi spesies bakteria. Colistin (atau polymycin) kini merupakan ubatan pilihan terakhir untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang kebal kepada pelbagai ubatan seperti E. Coli. Namun gen itu sekarang menjadikan Colistin tidak lagi berkesan.

Antibiotik Colistin sering diberikan kepada haiwan ternakan untuk mencegah jangkitan dan menggalakkan pembesarannya.  Apa  yang menakutkan, gen ini (MCR-1) menghasilkan kuman kebal yang mampu menjadikan semua antibiotik yang ada pada masa sekarang tidak berkesan. Ancamannya kepada kesihatan awam di seluruh dunia amat besar.

Malah kini sudah ada bukti yang menunjukkan ia sudah merebak melampaui China kepada sekurang-kurangnya 12 negara dan Malaysia sendiri.

Dari apa yang dapat dilihat, tindakan pemantauan dan kawalan penggunaan antibiotik kebangsaan DVS ke atas ternakan ladang  dan produk berdaging banyak kekurangannya.

Sehubungan itu, CAP mengulangi gesaannya kepada Kerajaan Malaysia supaya mengharamkan penggunaan antibiotik dalam makanan ternakan berikutan ancaman dan kemungkinan bala bencana kepada kesihatan awam akibat kekebalan kepada antibiotik, baik di negara ini mahupun di seluruh dunia. – HARAKAHDAILY 20/4/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Sumber HD - 20-4-2016





























































































CAP gesa haramkan pewarna Ponceau 4R

SM MOHAMED IDRIS | .


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan pewarna Ponceau 4R.

Pewarna kemerah-merahan ini diketahui boleh menyebabkan kanser, tindak balas alahan, dan asma. Beberapa negara seperti  Kanada, Norway dan Amerika Syarikat telah mengharamkannya. Ponceau 4R adalah pewarna azo yang dihasilkan daripada produk petroleum.

Dalam kajian terbaharu kami mendapati 5 sampel udang kering dan 2 sampel keropok ikan mengandungi pewarna merah ini. Sampel-sampel tersebut dibeli di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Dalam beberapa ujian terdahulu, kami mendapati pewarna ini digunakan di dalam kunyit dan serbuk kari.  Ia juga digunakan  untuk mewarnakan teh.

Warna merah jingga daripada pewarna ini digunakan dengan meluas dalam pelbagai makanan jualan penjaja seperti kuah mi rebus, kuah pasembur, cucur udang, dan ayam tadoori. Ikan dan ayam akan diperap dengan pewarna ini sebelum digoreng,  hasil nya makanan tersebut akan kelihatan berwarna kemerahan, yang memberi gambaran seolah-olah ia diperap dengan rempah ratus yang mahal seperti saffron.

Penjaja menggunakan pewarna ini untuk memperdaya pengguna dengan mempercayai bahawa bahan ramuan yang baik dan berkhasiat telah digunakan. Namun sebenarnya makanan tersebut telah diwarnakan dengan pewarna yang boleh memudaratkan. Bahan pewarna tidak menambah kesedapan mahupun rasa makanan. Ia sekadar ditambah untuk memperdaya pengguna dengan mempertaruhkan kesihatan mereka.

Sehubungan dengan bahaya pewarna Ponceau 4R, CAP menggesa Kementerian Kesihatan agar mengambil langkah-langkah yang berikut:

- Mengeluarkan Ponceau 4R daripada senarai pewarna yang dibenarkan di dalam Peraturan Makanan 1985

- Menyiasat dan mendakwa sesiapa sahaja yang didapati menggunakan pewarna dalam makanan yang undang-undang tidak membenarkan makanan seumpamanya diwarnakan. (misalnya teh, rempah ratus dan udang kering)

- Menghentikan penjualan pewarna gred industri (diharamkan untuk makanan) dalam jumlah yang sedikit untuk mencegah penyalahgunaannya. Pada masa sekarang ia masih dijual di kedai runcit.

- Tidak menggalakkan pengendali dan pengeluar makanan daripada menggunakan pewarna kimia kerana ia berbahaya dan tidak perlu sama sekali.

- Mengadakan kempen media untuk tidak menggalakkan pengguna daripada membeli makanan yang mengandungi pewarna dan mendidik mereka mengenai cara untuk membaca label dengan betul.

- Menjalankan ujian ke atas makanan dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak mengandungi bahan kimia dan pewarna yang diharamkan.

Kementerian Kesihatan perlu menyita kesemua makanan seumpamanya di pasaran. Sementara itu pengguna dinasihatkan agar mengelak makanan berwarna terang yang tidak kelihatan asli.

SM Mohamed Idris
Presiden CAP

Sumber HD - 14-4-2016





























































































Hentikan pemusnahan tanah gambut

HARAKAHDAILY | .


Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Sarawak menghentikan pembangunan di kawasan tanah gambut di negeri itu. Antara pembangunan yang sedang berjalan kini ialah konsesi BLD Plantation Berhad di Utara Sibu. Analisis imej satelit yang dilakukan oleh Friends of Orangutans (FOTO) menunjukkan antara Jun dan September 2015, BLD telah membersihkan secara purata 11 hektar sehari.

Pembangunan dan penanaman berskala besar di atas tanah gambut terus memusnahkan sumber hutan paya gambut tropika dan fungsi semula jadinya. Sarawak mempunyai kira-kira 1.6 juta hektar tanah gambut. Menjelang awal 2000-an, negeri ini sudah pun kehilangan kira-kira 100,000 hektar tanah gambut kepada ladang kelapa sawit.

Menurut Deltares, sebuah institut penyelidikan, kurang daripada 16 peratus daripada hutan paya gambut semula jadi Sarawak yang masih kekal. Dari tahun 2000 hingga 2014, liputan ladang kelapa sawit meningkat dari 6 peratus kepada 47 peratus, manakala kawasan hutan paya gambut merosot daripada 56 peratus kepada kurang daripada 16 peratus. Kawasan yang masih ada kebanyakannya telah disalirkan keluar airnya.

Di samping kaya dengan kepelbagaian-bio, tanah gambut tropika memainkan peranan penting di peringkat serantau dan tempatan dalam kitaran air, kestabilan iklim dan lanskap. Tanah gambut tropika mempunyai aras air bumi yang biasanya mengekalkan bahan organik daripada reput sepenuhnya dan hasilnya tanah ini menyimpan sejumlah besar karbon. Tanah gambut juga bertindak sebagai span gergasi, menyerap air dan membantu untuk mitigasi banjir. Ketika musim kering, tanah gambut ini melepaskan air secara perlahan, maka menjadi sumber bekalan air bersih.

Kebakaran hutan di tanah gambut juga semakin meningkat, dengan kesan bencana bagi kepelbagaian-bio dan iklim dunia di mana bahan organik yang terbakar melepaskan sejumlah besar karbon yang disimpan ke atmosfera.

Walaupun fungsinya penting, penebangan hutan tanah gambut untuk ditukarkan kepada pertanian dan ladang kayu masih berterusan dan ini melibatkan saliran intensif. Bila mengalami kemerosotan, tumbuh-tumbuhan dan gambut yang merupakan takungan karbon yang amat besar dan berkepekatan tinggi akan melepaskan gas rumah hijau. Dengan demikian, tanah gambut yang dulu menjadi simpanan karbon kini bila dimusnahkan merupakan sumber karbon terlepas ke atmosfera.

Tanda-tanda pemanasan planet kini di sekeliling kita. Oleh itu kita perlu mengurangkan dengan drastik semua pengeluaran karbon dioksida dan gas rumah hijau lain yang disebabkan oleh manusia. Kerajaan mestilah komited kepada penebangan sifar dan mengekalkan semua hutan asli kita. Oleh itu kami menggesa kerajaan Sarawak dan Malaysia hentikan meluluskan penukaran guna tanah gambut.   
Kekalkan karbon di dalam tanah.

SM Mohamed Idris
Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM)   
12 April 2016 - HARAKAHDAILY 12/4/2016

Sumber HD - 12-4-2016




PERKASA terima PAS menggantikan UMNO
Posted on Saturday, April 09 @ 18:56:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR : Kumpulan pendesak Melayu dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengumumkan sokongan secara terbuka kepada PAS menggantikan UMNO bagi menjaga kepentingan dan hak Melayu serta Bumiputera di negara ini.

Presidennya, Ibrahim Ali berkata PAS telah membuktikan kesediaan mereka mepertahankan kedaulatan bahasa Melayu, berbeza dengan UMNO yang didakwa gagal menjaga hak Melayu dalam isu biasiswa dan tanah rizab.


"Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang gagal. Sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum bumiputera khususnya Melayu Muslim.

"Kita secara jelas menolak kerajaan yang ada pada hari ini. Saya yakin masa depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi pada UMNO tetapi PAS," kata beliau dalam demonstrasi anti-Pengajaran Dwi Bahasa (DLP) di Padang Taman Tasik Tititwangsa hari ini.

Ini merupakan himpunan anti-DLP kedua selepas himpunan pertama pada 26 Mac lalu.

Antara penceramah yang turut menyertai demonstrasi hari ini adalah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan bekas Timbalan Pengarah Pelajaran, Datuk Rauf Hussin.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyalahkan kerajaan kerana mempermainkan masa depan pelajar sekolah kerana kerap menukar polisi.

Justeru, beliau mempersoalkan jikalau pertukaran polisi itu adalah salah satu cara sesetengah pihak dalam kerajaan menjana "fulus" (wang) untuk kepentingan diri.

"Pelajar bukan bahan eksperimen. Kerajaan tidak patut jadikan pelajar mengikut sesuatu yang tidak pasti sama ada akan membawa perubahan yang baik.

Manakala kekurangan dari segi peserta himpunan dikatakan berpunca daripada keputusan mengubah lokasi demonstrasi pada saat akhir dari lokasi asal di Dataran Merdeka ekoran tempat itu digunakan untuk acara yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Setiap Kali Menteri baru naik, tukar polisi tukar dasar. Apa nak jadi kalau begini?," soal beliau.



Sumber TKO - 9-4-2016






























































































Kenakan levi ke atas minuman ringan bergula

SM MOHAMED IDRIS | .


Wabak diabetes di Malaysia dalam kalangan orang dewasa meningkat tiga kali ganda dalam tempoh 25 tahun lepas, daripada 6.3% pada 1986 kepada 20.8% pada 2011.

Pada 2015, wabak diabetes di Malaysia lebih tinggi berbanding purata dunia dengan 3.3 juta orang menghidap diabetes dan kos rawatan mencapai 7 bilion ringgit.

Malaysia merupakan salah sebuah negara pengguna gula tertinggi di dunia.

Menurut data dari FAO-OECD, pengambilan gula perkapita dalam tempoh 2012-2014 ialah 53.7 kg. Ia bersamaan kira-kira 29 sudu teh gula seorang dalam sehari yang melebihi 4.8 kali lebih tinggi daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 6 sudu teh gula sehari.

Ini bermakna, rakyat Malaysia mesti mengurangkan pengambilan gula mereka kira-kira 80% untuk kekal sihat.

Memandangkan keadaan yang membimbangkan ini dan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang jatuh pada 7 April, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Malaysia supaya mengambil langkah seperti Kerajaan British yang mengenakan levi ke atas minuman ringan bergula.

Hari Kesihatan Sedunia merupakan hari kesedaran kesihatan global yang disambut pada 7 April setiap tahun di bawah tajaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

WHO menganjurkan acara ini di peringkat tempatan, wilayah dan antarabangsa pada hari itu mengikut tema berkaitan. Tema bagi 2016 ialah Diabetes.

Minuman ringan biasanya mengandungi air berkarbonat, pemanis dan perisa tiruan atau asli. Pemanisnya mungkin gula, sirap jagung tinggi fruktosa atau pengganti gula lain. Minuman ringan juga mungkin mengandungi kafein, pewarna, dan pengawet.

Kerajaan British dalam pembentangan bajet pada 16 Mac baru-baru ini mengumumkan pengenalan cukai gula ke atas industri minuman ringan. Dirancang untuk dikuatkuasakan pada 2018, pengeluar minuman ringan akan dikenakan cukai menurut jumlah minuman ringan yang mereka hasilkan atau import.

Dengan langkah ini Britain menyertai Mexico, Chile, Finland, Perancis, dan Hungary dalam mengenakan cukai ke atas minuman ringan bergula sebagai langkah pencegahan untuk peningkatan pengambilan minuman seperti itu yang menyumbang kepada obesiti dan penyakit berkaitan.

Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) mengalu-alukan langkah ini dan menggalakkan lebih banyak negara untuk mengikutinya.

Menurut IDF, “Pengambilan gula perkapita global telah meningkat lebih 50% dalam tempoh lebih 50 tahun lepas. Wabak diabetes global juga menunjukkan peningkatan dalam tempoh lebih 50 tahun lalu. Kajian menunjukkan terdapat kaitan yang kukuh antara pengambilan minuman bergula dan peningkatan risiko diabetes jenis 2 dan pengambilan gula perkapita dikaitkan dengan wabak diabetes”.

Laporan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan, Lancet menunjukkan penilaian ke atas cukai untuk minuman ringan bergula di Mexico menunjukan purata kemerosotan 6% dalam pembelian minuman bercukai pada 2014.

Pengurangan dibandingkan kepada aliran pracukai mencapai 12% pada Disember 2014 menunjukkan tahun pertama cukai ini telah membawa kepada kemerosotan ketara yang dijangkakan dalam pembelian minuman ringan bergula. Inisiatif Mexico ini termasuk kempen media yang mengaitkan minuman ringan dengan diabetes.

Kajian juga menunjukkan gula tidak hanya dikaitkan dengan obesiti, diabetes jenis 2 dan kereputan gigi tetapi juga penyakit jantung dan strok.

Berdasarkan kepada banyak bukti yang menyarankan pengambilan berlebihan gula tambahan memberikan kesan sampingan ke atas diabetes dan penyakit jantung, CAP menggesa Kementerian Kesihatan mempelopori dasar tindakan untuk mengurangkan pengambilan gula tambahan dalam menjaga kepentingan kesihatan awam.

Beberapa langkah tindakan yang boleh diambil termasuklah:

- Mengenakan cukai ke atas minuman ringan bergula.
- Melancarkan kempen pendidikan yang lebih berkesan dengan mengaitkan diabetes dan penyakit jantung.
- Mengharamkan penjualan minuman manis di sekolah atau persekitaran sekolah.
- Mengharamkan mesin minuman yang mengeluarkan minuman bergula.
- Memastikan air minuman yang bersih boleh diperolehi dengan mudah di semua sekolah, tempat kerja dan tempat awam. - HARAKAHDAILY 6/4/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Sumber HD - 6-4-2016





























































































Projek ternakan udang ancam alam sekitar, nelayan pantai

SM MOHAMED IDRIS | .


Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang mengambil tindakan segera menghentikan projek ternakan udang di Balik Pulau kerana projek itu telah mengancam alam sekitar dan kehidupan lebih 1,000 nelayan pantai di kawasan berkenaan.

Masalah yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu kini semakin serius berlaku apabila pengusaha ternakan udang di sini terus memperluaskan kawasan projek mereka dengan memusnahkan hutan paya bakau secara berleluasa dan membuang sisa beracun ke laut tanpa menghiraukan kesan buruk yang berlaku ke atas alam sekitar di kawasan ini. Banyak pokok bakau jenis api-api telah diteroka bagi membuat kolam udang di sini.

Dalam tinjauan yang dibuat kami mendapati nelayan-nelayan pantai di lima jeti di sini teruk terjejas sumber pendapatan mereka akibat kegiatan pemusnahan hutan paya bakau dan projek ternakan udang di kawasan tersebut.

Kesan kemusnahan hutan paya bakau dan pembuangan sisa beracun dari kolam ternakan udang di sini telah menyebabkan hidupan laut seperti ikan, udang, ketam, kerang dan siput telah berkurangan.

Jeti-jeti nelayan yang terlibat dengan masalah ini ialah Kuala Sungai Pinang, Pantai Acheh, Kuala Jalan Baru, Kuala Sungai Burung dan Pulau Betong.

Jika masalah ini tidak berlaku nelayan-nelayan di kawasan berkenaan memperolehi pendapatan mencecah RM2,000 sebulan tetapi akibat kemusnahan hutan paya bakau dan pencemaran laut yang berlaku mereka hanya mendapat antara RM400 hingga RM800 sahaja sebulan.

Kami kesal walaupun masalah ini sudah lama berlaku dan banyak aduan telah dikemukakan kepada pihak kerajaan tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil.

Bahagian Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang telah menjalankan pemeriksaan di sini mengesahkan bahawa saluran pembuangan sisa-sisa dari kolam udang di dalam parit telah menyebabkan parit tersumbat dan takungan air berlaku. Tetapi tindakan penguatkuasaan tidak dapat diambil kerana di luar bidang kuasa jabatan tersebut.

Punca utama masalah ini adalah penukargunaan tanah asal daripada hutan bakau ke tanah pertanian bagi tujuan akuakultur.

Pemilikan kawasan tanah bakau di lot 802 berkeluasan 93 hektar (229.8071 ekar) ini telah diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) pada tahun 2001 yang seterusnya telah memajak hutan bakau kepada pengusaha akuakultur.

Memandangkan hingga sekarang masalah ini gagal ditangani oleh pihak kerajaan dengan berkesan dan Balik Pulau merupakan salah sebuah perkampungan nelayan terbesar di Pulau Pinang serta menjadi pembekal ikan untuk para pengguna di negeri ini, SAM dan CAP menggesa kerajaan Pulau Pinang mengharamkan aktiviti penerokaan hutan paya bakau dan projek ternakan udang di sini dengan segera.

SAM dan CAP juga meminta kerajaan negeri mengambil balik kawasan hutan paya bakau tersebut yang diberikan kepada Perda dan mewartakannya sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Hutan bakau yang telah dimusnahkan perlu dibaikpulih dan ditanam semula dengan spesies bakau yang bersesuaian. - HARAKAHDAILY 26/3/2016

Penulis ialah Presiden SAM dan CAP.

Sumber HD - 26-3-2016





























































































Komen HartaGuam tentang banglo KM Pulau Pinang

SALKUKHAIRI ABD SUKOR | .


DALAM sesuatu perjanjian jual beli hartanah, harga jualan adalah tertakluk kepada persetujuan bersama antara penjual dan pembeli.

Walau bagaimanapun dari segi kelulusan pinjaman oleh bank terhadap pembelian hartanah tersebut,  bank akan merujuk kepada penilai untuk mendapatkan nilaian terkini hartanah berkenaan sebelum meluluskan pinjaman.

Jadi walaupun harga jual beli yang dipersetujui antara penjual dan pembeli adalah rendah daripada harga pasaran, pinjaman akan diluluskan berdasarkan kepada peratusan tertentu daripada harga pasaran semasa dan juga harga jual beli yang tertera dalam perjanjian jual beli (mana satu yang lebih rendah).

Bukan itu sahaja, pembeli juga tetap akan dikenakan bayaran duti setem pindah milik mengikut harga pasaran semasa hartanah tersebut  walaupun harga jual beli yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli adalah lebih rendah daripada harga pasaran.

Maka dalam kes Lim Guan Eng ini, HartaGuam berpandangan, walaupun harga belian rumah banglo tersebut dilaporkan dibeli dibawah harga pasaran, beliau tetap akan tertakluk kepada harga pasaran semasa hartanah tersebut dan akan dikenakan bayaran duti stem pindahmilik mengikut harga pasaran semasa hartanah tersebut.

Adapun dari segi sama ada wujudnya elemen conflict of interest atau unsur rasuah dalam urusan pembelian hartanah tersebut, HartaGuam menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk  membuat siasatan terperinci memandangkan laporan berkenaannya telahpun dibuat sebelum ini. – HARAKAHDAILY 25/3/2016

Penulis ialah Presiden, Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Sumber HD - 25-3-2016





























































































Hari air sedunia: Di manakah kita selepas satu dekad?

PIARAPAKARAN S. | .


HARI Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Sambutan ini adalah bertujuan untuk menandakan kepentingan air kepada tamadun manusia dan alam sekitar. Ia adalah sebahagian daripada aktiviti Dekad untuk Air (2005 - 2015) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sambutan tahunan ini akan diteruskan, tetapi sejauh manakah pencapaian Malaysia selepas sedekad untuk air?

Kawasan Tadahan Air

Kegagalan untuk melindungi kawasan tadahan air telah mula menunjukkan kesannya dalam banyak negeri. Aktiviti pembalakan yang berleluasa dan penukaran guna-tanah memberikan kesan kepada jaminan air mentah. Penukaran guna-tanah dan air mentah adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

Dengan peningkatan penduduk dan aktiviti ekonomi untuk menyokong pembangunan negara, kita perlu mendapatkan lebih banyak sumber air dan menebus kembali beberapa sumber air yang tercemar. Mengapa kita melakukan yang sebaliknya?

Dalam kaji selidik peringkat kebangsaan yang dijalankan oleh AWER (menggunakan kaedah persampelan Jabatan Perangkaan), 72.86% daripada rakyat Malaysia menyokong cadangan AWER untuk meminda kuasa kerajaan-kerajaan negeri ke atas sumber-sumber air dan meletakkannya di bawah Parlimen jika kerajaan-kerajaan negeri gagal untuk melindungi kawasan tadahan air.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia pasti akan menyokong langkah untuk mengelakkan krisis air dan tarif yang lebih tinggi yang boleh dikaitkan dengan kegagalan dalam melindungi kawasan tadahan air.

Berdasarkan masalah semasa yang berkaitan dengan sumber air dan kawasan tadahan air, jika referendum dilaksanakan, kerajaan negeri akan kehilangan kuasa ke atas sumber air. Adakah kita benar-benar perlu sampai ke tahap melaksanakan referendum untuk melindungi keperluan generasi masa depan kita?

Akhir-akhir ini, kawasan tadahan air nampaknya perlu memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya. Tidak munasabah langsung! Membina lebih banyak lebuh raya tidak mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi memburukkan lagi keadaan.

Di negeri maju yang mengemis untuk lebih banyak air mentah dari negeri-negeri lain, membatalkan gazet kawasan tadahan air adalah tindakan membunuh diri. Semua negeri perlu melindungi lebih banyak kawasan sebagai kawasan tadahan air dan bukannya mengurangkan kawasan-kawasan tadahan air!

Kepadatan Penduduk dan Beban Pencemaran (Pollution Load)

Ambil dua gelas air. Dalam gelas pertama tambah 1 sudu garam setiap hari dan dalam gelas kedua tambahkan 1 sudu garam setiap jam. Gelas pertama mewakili sungai beberapa dekad yang lalu. Gelas kedua mewakili status semasa sungai kita.

Kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi akan menyebabkan beban pencemaran yang tinggi kepada sungai kita. Secara strategik, lebih banyak kemudahan pra-rawatan perlu dibangunkan untuk memastikan kualiti air sungai boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu mengambil kira standard pelepasan air sisa berdasarkan faktor beban pencemaran. Jika sungai yang dibebankan dengan beban pencemaran yang lebih tinggi akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia yang tinggi (termasuk industri dan komersial), standard pelepasan air sisa yang lebih ketat patut dikuat kuasakan.

Ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan sungai untuk mencairkan beban pencemaran. Perlindungan alam sekitar memerlukan anjakan paradigma. Kita perlu berhenti bersikap bertindak bila ada masalah (fire fighting) dan bergerak ke arah sikap pencegahan.

Jika JAS proaktif, episod Bauxite di Pahang tidak akan timbul. Adakah JAS telah menerbitkan kesan alam sekitar disebabkan oleh aktiviti bauksit di Pahang, termasuk pencemaran air bawah tanah, air permukaan, air laut serta flora dan fauna di kawasan yang terlibat? TPPA yang ditandatangani oleh Malaysia memerlukan JAS yang berpuluh kali ganda proaktif berbanding dengan apa yang ada sekarang!

Kelewatan Dalam Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negara (PSIPAN)

Isu-isu yang berkaitan dengan struktur industri, kecekapan kos, ketelusan, infrastruktur lama, air tidak terhasil (NRW) yang tinggi, kegagalan dalam penswastaan dan struktur tarif adalah sebab-sebab utama Kerajaan Persekutuan melaksanakan model Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan melalui pelaksanaan PSIPAN.

Tahniah kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) kerana meneruskan legasi melambatkan PSIPAN yang sepatutnya siap dalam Rancangan Malaysia ke-9. Banyak di antara langkah-langkah penting yang digariskan dalam PSIPAN kini ditangguhkan ke Rancangan Malaysia ke-11. Adakah kita perlu bersedia untuk penangguhan ke Rancangan Malaysia ke-12?

Kelewatan dalam PSIPAN mempunyai implikasi besar ke atas kewangan dan operasi industri perkhidmatan air kita. Industri perkhidmatan air termasuk perawatan air, bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Anda perlu berjaga-jaga kerana semua kos tambahan yang disebabkan oleh kelewatan akan disalurkan kepada tarif air. Ya, pengguna perlu membayar untuk kos kelewatan ini!

Perancangan bagi Musim Banjir dan Panas

Respon-respon ad hoc semasa musim banjir dan panas kini menjadi lebih kerap. Penyelesaian masalah banjir adalah mudah; jika anda menghancurkan fungsi alam sekitar anda mesti menirunya dengan penyelesaian teknologi buatan manusia.

Jika projek perumahan memerlukan kolam takungan banjir, mengapakah kita perlu "menutup sebelah mata" untuk sektor perladangan? Sehingga kini, tidak ada analisis penuh kepada projek-projek tebatan banjir dan keberkesanannya. Ini termasuk berapa banyak projek-projek ini gagal kerana perubahan guna-tanah oleh kerajaan negeri?

Tamadun purba membina empangan dan sistem saliran serta melindungi sumber air mereka. Adakah kita begitu sesat walaupun mempunyai pelbagai teknologi terkini di tangan kita untuk melakukan perkara yang betul?

Adakah kita perlu membuat rombakan modal insan secara besar-besaran? Terdapat banyak penyelesaian sedia ada bermula daripada perlindungan kawasan tadahan air serta penggunaan efluen terawat (perkhidmatan kumbahan) untuk menguruskan permintaan air. Adakah isu-isu ini akan terus menghantui Malaysia selepas beberapa dekad? Beberapa penyelesaian telahpun dikemukakan, tetapi jawapan kepada masalah-masalah ini masih ad-hoc.

Air dan Pekerjaan

Tema Hari Air Sedunia tahun ini adalah Air dan Pekerjaan. Semua aktiviti ekonomi adalah bergantung kepada air secara langsung atau tidak langsung. Jika kita gagal untuk memenuhi keperluan air kita, kesannya adalah teruk. Ini termasuk kehilangan pekerjaan!

Catuan air Lembah Klang pada 2014 sepatutnya telah memberikan gambaran tentang bagaimana air memberi kesan kepada kehidupan seharian kita. Kelantan yang telah teruk dilanda banjir pada akhir 2014 dan kekurangan air terawat juga menunjukkan kepada kita kepentingan air semasa krisis.

Setiap langkah yang kita ambil sekarang adalah blok bangunan untuk masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Bak kata orang Melayu, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".

Dalam malapetaka semula jadi, alam sekitar akan sentiasa wujud kerana ia telah berjaya mengharungi banyak bencana sebegitu. Malangnya, penghuninya yang akan hilang. – HARAKAHDAILY 22/3/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Sumber HD - 22-3-2016





























































































CAP gesa singkirkan plumbum dalam cat

SM MOHAMED IDRIS | .


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa supaya menyingkirkan plumbum dalam cat. Ini kerana dalam ujian terbaharu, kami mendapati lebih 60% sampel cat yang diuji mengandungi plumbum pada paras yang tinggi.

Dalam satu ujian yang dilakukan oleh CAP dan IPEN (International POPS Elimination Network), 39 tin cat dekorasi enamel berasaskan pelarut telah dibeli dari beberapa kedai di sekitar Pulau Pinang dan Kedah. Cat-cat itu terdiri daripada 18 jenama berbeza yang dihasilkan oleh 17 pengeluar. Sampel-sampel cat ini kemudian dianalisis oleh sebuah makmal berwibawa di Amerika Syarikat untuk mengenal pasti kandungan plumbum di dalamnya.

Di antara penemuan yang dibuat termasuklah:

- Enam belas daripada 39 cat dekorasi enamel mengandungi  plumbum melebihi 600 bps (bahagian persejuta). Dua belas sampel mengandungi plumbum pada kadar tinggi dan berbahaya yang melebihi 10,000 bps. Kadar plumbum tertinggi yang dikesan ialah 150,000 bps.

- Sebelas daripada 18 jenama menjual sekurang-kurangnya satu jenis cat yang mengandungi kadar plumbum melebihi 10,000 bps.  Ini termasuk jenama cat syarikat-syarikat multinasional.

- Cat kuning didapati paling beracun di mana 12 daripada 19 sampel cat tersebut mengandungi kadar plumbum melebihi 10,000 bps.  Kajian ini turut termasuk 12 sampel cat merah dan lapan cat putih.

Pada amnya, label tin cat tidak memberi sebarang maklumat yang berguna mengenai kandungan plumbum ataupun mengenai bahaya cat yang tinggi kandungan plumbumnya. Malah iklan sesetengah cat dengan kadar plumbum yang tinggi mendakwanya sebagai “rendah plumbum”.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap cat yang mengandungi plumbum berpotensi menyebabkan kanak-kanak mengalami keracunan plumbum. Menurutnya sejak petrol berplumbum dikeluarkan secara berperingkat-peringkat, cat berplumbum menjadi salah satu sumber terbesar pendedahan kanak-kanak kepada plumbum. Kanak-kanak terdedah kepada plumbum apabila bahagian yang bercat tertanggal selepas beberapa lama dan mencemari habuk serta tanah di rumah. Kanak-kanak yang berusia 0-6 tahun, yang sering memasukkan tangan ke dalam mulut, paling berisiko terjejas perkembangan daya kepintaran dan mental mereka akibat terdedah kepada habuk dan tanah yang dicemari plumbum.

Kesan pendedahan plumbum kepada otak kanak-kanak adalah sepanjang hayat, sukar dipulihkan dan sukar diubati. Plumbum juga memasuki saluran gastrousus apabila kanak-kanak mengunyah mainan, perabot di dalam rumah, atau benda-benda lain yang dicat dengan plumbum. Penggunaan cat berplumbum secara berterusan menjadi sumber utama pendedahan plumbum kepada kanak-kanak. Sehubungan itu, langkah segera perlu diambil untuk mengurangkan pendedahan tersebut.

Sementara itu dalam kajian terdahulu pada 1992, CAP telah menemui tujuh daripada sembilan cat enamel mengandungi plumbum melebihi 600 bps. Dalam kajian tersebut, kandungan tertinggi plumbum cuma 11,700 bps.

Dalam satu lagi kajian terdahulu mengenai kandungan plumbum di Malaysia, 72 cat enamel yang dibeli antara 2004-2007 telah dianalisis  bagi kandungan plumbum di dalamnya. Hasil ujian tersebut menyamai kajian terbaharu yang dijalankan.

Sehingga kini belum ada undang-undang di Malaysia yang mengehadkan kandungan plumbum di dalam cat untuk kegunaan di rumah dan untuk tujuan hiasan. Negara-negara perindustrian telah melaksanakan undang-undang atau peraturan untuk mengawal kandungan plumbum di dalam cat.

Kajian kali ini juga mendapati sesetengah syarikat memalsukan produk mereka di dalam iklan dengan mendakwa ia “bebas plumbum” atau “tidak mengandungi plumbum tambahan”. Penguatkuasaan yang lebih tegas diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap pencabulan  undang-undang yang mengelirukan pengguna ini.

Sehubungan dengan penemuan terbaharu kami, CAP menggesa pihak berkuasa  agar:

- Membentuk undang-undang untuk menyingkirkan plumbum dalam cat

- Menguatkuasakan dengan tegas Akta Perihal Dagangan berikutan terdapat beberapa syarikat pengeluar cat yang diketahui secara terang-terangan mencabuli Akta sedia ada.

Memandangkan plumbum boleh memudaratkan kanak-kanak, langkah segera diperlukan untuk melindungi generasi akan datang. - HARAKAHDAILY 22/3/2016

Penulis ialah Presiden CAP.

Sumber HD - 22-3-2016





























































































Malaysia masih jauh realisasi wujud keharmonian kaum

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meraikan Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum 2016 yang disambut setiap tahun pada 21 Mac dengan tema tahun ini ialah "Cabaran dan Pencapaian Deklarasi Durban dan Program Tindakan – Selepas 15 tahun".

Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) telah diterimapakai dan dibuka untuk ditandatangan dan diratifikasi oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1965.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata ICERD menyatakan komitmen negara-negara anggota untuk menghapusan diskriminasi kaum dan memupuk persefahaman di kalangan semua kaum.

Katanya, konvensyen itu juga memerlukan negara-negara anggota untuk mengharamkan ucapan berunsur kebencian selaras dengan mukadimahnya yang menyatakan bahawa "tiada justifikasi untuk diskriminasi kaum, secara teori atau amalan".

Menurutnya, sehingga Mac 2016, Malaysia masih belum menyertai konvensyen tersebut yang ketika ini telah mempunyai 88 tandatangan dan penyertaan 177 buah negara.

"Situasi semasa membuktikan bahawa Malaysia terus berhadapan dan masih jauh dalam usaha merealisasikan matlamat untuk mewujudkan keharmonian antara etnik, kaum dan agama yang telah diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu," jelasnya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, ujar beliau satu kajian oleh Centre for a Better Tomorrow (CENBET) mendedahkan bahawa walaupun secara keseluruhan kajian menunjukkan responden menentang perkauman tetapi dapatan juga menyatakan bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia tanpa disedari atau diakui mempunyai perasaan perkauman.

Tambahnya lagi, walaupun Perlembagaan Persekutuan boleh memberikan perlindungan berkaitan diskriminasi kaum kepada rakyat, Suhakam menegaskan seruannya agar kerajaan menyertai ICERD dalam memenuhi tanggungjawab Malaysia secepat mungkin bagi menghapuskan diskriminasi kaum dalam segala bentuk dan manifestasi.

Ini juga, katanya bagi menjamin persefahaman dan menghormati maruah sesama manusia dan tindakan ini seterusnya dapat menterjemahkan komitmennya kepada prinsip asas memartabatkan maruah setiap insan.

Beliau berkata, sempena meraikan Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum, Suhakam juga menyeru kerajaan untuk memenuhi janjinya dalam menggubal Akta Jenayah Kebencian Kaum dan Agama yang bertujuan untuk mengharamkan ucapan berunsur kebencian dan Akta Penyelarasan dan Keharmonian Nasional bertujuan melarang diskriminasi.

Katanya lagi, Suhakam berpendapat bahawa mempromosikan sikap toleransi dan saling memahami bahawa semua orang adalah sama dari segi maruah dan hak-hak mereka akan memberi sumbangan besar kepada masyarakat yang lebih harmoni dan tenteram serta bebas daripada prasangka, sikap tidak bertoleransi dan stereotaip. - HARAKAHDAILY 21/3/2016

Sumber HD - 21-3-2016



Setiausaha Agung akui PERKASA kini terbelah dua

Posted on Tuesday, March 15 @ 22:07:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA hari ini mengakui bahawa NGO itu kini terbelah dua berikutan sebilangan ahlinya menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak manakala selebihnya pula memihak kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali yang membuat pendedahan itu berkata, pepecahan itu terjadi selepas Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menghadiri Deklarasi Rakyat bagi ‘Selamatkan Malaysia’ pada awal bulan lalu.

“Ahli Umno dalam PERKASA sudah ada kem, sekarang sudah ada ahli Umno keluar PERKASA melalui sidang media dengan aksi memotong kad keahlian PERKASA bagi tunjukkan tidak puas hati kepada presiden dan kepimpinan PERKASA.

“Mereka dakwa PERKASA lari dari perjuangan asal.

“Ada juga yang menyokong Mahathir dan mereka mahu potong kad keahlian Umno melalui sidang media,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.
Keluar pekeliling

Sementara itu, Syed Hassan turut mendakwa PERKASA parlimen Gombak dan Kuala Langat telah bermesyuarat untuk mengeluarkan kenyataan menyokong kepimpinan Najib dan akan memanggil pengerusi kedua-dua kawasan untuk memberikan penjelasan.

Justeru katanya PERKASA akan mengeluarkan pekeliling untuk melarang mana-mana ahlinya daripada membuat sidang media berhubung perkara itu tanpa mendapat keizinan PERKASA pusat.

"Saya nak ingatkan, nak keluar kenyataan-kenyataan seumpama ini perlu minta kebenaran PERKASA pusat. Kalau nak buat juga, buatlah atas kapasiti sendiri. Ramai sahaja ahli PERKASA yang juga ahli Umno mengapa tidak pakai nama Umno?,"soalnya.

Tegasnya PERKASA selaku NGO pendesak tidak boleh menyatakan sokongan kepada pihak-pihak tertentu secara menyeluruh, sebaliknya memberikan sokongan berdasarkan isu.

Sebelum ini, Ibrahim mengakui beliau hadir ke majlis pemeteraian Deklarasi Rakyat tetapi tidak menandatanganinya kerana "namanya dan PERKASA tidak boleh dipisahkan".

Kata Ibrahim, walaupun mereka yang menandatanganinya atas kapasiti individu "tapi maklumlah zaman Internet, pihak-pihak akan membuat pentafsiran masing-masing".

Pada majlis itu, Mahathir dan pembangkang memeterai deklarasi yang menuntut penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Antara yang menandatanganinya termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.



Sumber TKO - 15-3-2016






























































































Hati-hati bila beli ubat terutama online

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa pengguna agar lebih berhati-hati ketika membeli ubat-ubatan terutama secara online.
  
Timbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata ketika akses kepada perubatan kini menjadi mudah, adalah penting pengguna membeli ubat-ubatan mereka dari farmasi berlesen atau menerusi doktor perubatan.
  
"Pengguna hendaklah mengelak daripada membeli dari internet oleh kerana sumber dan status penjual tidak diketahi. Begitu juga membeli di kaki lima atau pasar malam.
  
"Kebanyakan pengguna yang membeli dari sumber ini tidak pun tahu kesan sampingan mengambil ubat berkenaan.
  
"Mengetahui bagaimana ubat-ubatan memberi kesan kepada gaya hidup anda adalah penting kerana ia memberi peluang kepada anda untuk menyelamatkan nyawa," katanya pada sidang akhbar mengenai Hari Hak Penggunan Sedunia (WCRD) 2016 di sini hari ini.
  
WCRD adalah acara tahunan yang disambut di seluruh dunia pada 15 Mac, bagi menimbulkan kesedaran tentang isu-isu pengguna. 
  
Mohd Yusof berkata, Fomca akan melancarkan kempen seluruh negara, "Ketahuilah Ubat Anda".
  
Kempen yang bermula hari ini hingga Sept akan mendidik pengguna untuk mengetahui cara pengubatan yang betul, kesan sampingan, bila perlu mengambil antibiotik, dan sumber-sumber medikasi. - Bernama

Sumber HD - 15-3-2016





























































































CAP gesa haram bedak talkum, produk berasas talc

SM MOHAMED IDRIS | .


Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan bedak talkum dan produk berasaskan talc.

Komposisi talc menyerupai asbestos, dan ia terkandung dalam produk seperti bedak bayi, pembayang mata, pemerah pipi dan deodoran. Namun talc telah dikaitkan dengan kanser ovari dan masalah pernafasan.

Walaupun talc digunakan secara meluas dalam kosmetik di seluruh dunia, tetapi kemungkinan talc bebas asbestos juga bersifat karsinogenik telah mendorong Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan kosmetik berasaskan talc.

Baru-baru ini syarikat terkemuka Johnson & Johnson telah diarah membayar pampasan sebanyak $72 juta kepada keluarga seorang wanita dari Alabama yang meninggal dunia akibat kanser ovari. Beliau dikatakan menggunakan bedak bayi keluaran syarikat berkenaan dan produk lain yang mengandungi talc untuk kebersihan diri.

Di Malaysia, kanser ovari merupakan penyebab kelima paling kerap menyerang wanita, dengan kira-kira 500 mangsa dikesan menghidapnya setiap tahun. Ia membabitkan wanita yang berusia 50 tahun ke atas dan paling ramai membabitkan wanita Melayu, diikuti oleh wanita Cina dan India.

Kanser ovari diketahui boleh membunuh kerana ia berlaku secara senyap dan cuma dikesan selepas mencecah tahap akhir.

Bedak talkum yang disapu terus pada kulit mewangikan tubuh. Komponen utama di dalamnya ialah magnesium silicate hydroxide (dikenali sebagai talc). Talc menjadi ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi.

Talc bersifat toksik kerana zarah-zarahnya boleh menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru. Zarah talc mampu naik ke sistem pembiakan dan melekat pada dinding ovari.

Hasil kajian telah menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari sementara wanita yang menghidap kanser ovari kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita yang sihat.

Bedak talkum juga boleh membahayakan paru-paru kerana zarah-zarah yang halus boleh masuk ke dalamnya. Debu bedak talkum bila tersebar dalam udara akan dihidu oleh bayi dan pengguna lain. Menyedut debu tersebut ketika menyalin lampin pula boleh menyebabkan kecederaan malah kematian bayi.

Talc juga boleh menyebabkan saluran udara bayi membengkak dan menyebabkan pneumonia. Malah bedak talkum pernah dikaitkan dengan asma kanak-kanak.

Statistik telah menunjukkan ribuan kanak-kanak meninggal dunia atau mengalami kesakitan yang teruk setelah terhidu bedak talkum.

Talc disapukan pada bayi kerana ia mampu menyerap lembapan yang kurang menyenangkan. Menabur dan menyapu bedak talkum kepada bayi membahayakan paru-parunya. Mendedahkan kanak-kanak kepada bahan berkarsinogen ini bukan sahaja tidak perlu malah memudaratkan.

Di sebalik bahaya yang dikaitkan dengannya, terdapat pelbagai jenama bedak talkum di pasaran dan sesetengahnya mensasarkan bayi.

Berikutan pelbagai bahaya yang dikaitkan dengan bedak talkum dan produk yang mengandungi talc, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Kesihatan agar mengharamkan bedak talkum dan produk berasaskan talc.

Sementara itu pengguna dinasihatkan supaya menggunakan bedak yang diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras. Ibu-ibu pula dinasihatkan supaya menggunakan minyak sapu (ointment) dan bukannya bedak talkum berubat untuk menghilangkan ruam pada bayi. - HARAKAHDAILY 10/3/2016

Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sumber HD - 10-3-2016





























































































Adakah loji-loji janakuasa sudah menjadi cenderamata?

PIARAPAKARAN S. | .


PERMINTAAN TENAGA ELEKTRIK SEMENANJUNG MALAYSIA

Jadual 1 menunjukkan peningkatan permintaan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dari tahun kewangan 2011 hingga 2015. Ia terbukti bahawa peningkatan permintaan tenaga elektrik telah menurun selepas tahun kewangan 2012.

Penurunan dalam peningkatan permintaan tenaga elektrik juga bermakna tidak wujud keperluan untuk mempercepatkan (fast track) mana-mana projek pada masa ini.

Jadual 1: Peningkatan Permintaan Tenaga Elektrik di Semenanjung Malaysia
Tahun kewangan  

Peningkatan Permintaan Tenaga Elektrik di Semenanjung Malaysia (%)
Tahun kewanganPeningkatan Permintaan Tenaga Elektrik di Semenanjung Malaysia (%)
20113.1
20124.3
20133.8
20142.5
20152.2
Sumber: Tenaga Nasional Bhd (www.tnb.com.my)

1000 MW SOLAR BERSKALA UTILITI (USS)

Berdasarkan laporan media, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah menganugerahkan projek USS 200 MW melalui rundingan terus untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.

Adakah kita sangat memerlukannya? Peningkatan permintaan tenaga elektrik telah menjunam sejak beberapa tahun yang lalu dan "mempercepatkan" 200MW USS tidak memberi apa-apa pulangan dari segi kejuruteraan dan ekonomi.

Beberapa loji-loji janakuasa bahan api fosil telah dianugerahkan secara rundingan terus dengan memutar-belit fakta kejuruteraan untuk mewajarkan asalan mempercepatkan projek. Semua rundingan terus ini mesti dihentikan dan kesemua USS 1000 MW hendaklah dianugerahkan melalui proses pembidaan kompetitif yang adil dan telus oleh Suruhanjaya Tenaga.

Alasan "mempercepatkan (Fast Track)" menjadikan Malaysia kelihatan seperti mempunyai keupayaan kejuruteraan dan perancangan yang SIFAR. Sebarang kelewatan dalam mencapai campuran Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) yang lebih tinggi dalam campuran penjanaan (generation mix) tenaga elektrik adalah silap KeTTHA sendiri.

AWER telahpun berulang kali memberi amaran kepada KeTTHA mengenai kemungkinan kegagalan dalam Tarif Galakan (Feed-in-Tariff-FiT) serta pembentukan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang mempunyai fungsi yang bertindih (redundant) sejak 2011. Menganugerahkan projek melalui rundingan terus bagi memenuhi kegagalan SEDA dan FiT bukan cara yang betul.

Malah, KeTTHA dan pegawai-pegawainya (semasa dan bekas) yang mengesyorkan penubuhan SEDA dan FiT sebagai penyelesaian untuk meningkatkan campuran RE dengan segera harus dipertanggungjawabkan dan dikenakan hukuman berat.

PELANJUTAN LOJI-LOJI JANAKUASA LAMA

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 9 Oktober 2012, tarif purata (levelised tariff) loji-loji janakuasa lama yang dilanjutkan PPA (Genting Sanyen Power, Segari Energy Ventures dan TNB Pasir Gudang) telah diumumkan.

Loji-loji janakuasa lama mempunyai kecekapan penjanaan yang lebih rendah dan akan menyalurkan kos bahan api yang lebih tinggi kepada tarif elektrik. Tahun lepas, ia telah dilaporkan secara meluas bahawa Suruhanjaya Tenaga akan menjalankan pembidaan kompetitif bagi pelanjutan beberapa loji janakuasa lama.

Apabila pelanjutan telah diberikan, tidak ada pengumuman levelised tariff yang telah diluluskan untuk pelanjutan ini. Mengapakah Suruhanjaya Tenaga gagal untuk menerbitkan levelised tariff ini seperti apa yang dilakukan olehnya pada tahun 2012?

Apakah yang Suruhanjaya Tenaga sedang cuba sembunyikan? Berapakah pembida terlibat dan apakah harga bidaan? Mengapakah tidak ada ketelusan dalam perkara ini?

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan sekali lagi bahawa pelanjutan loji-loji janakuasa lama ini adalah disebabkan oleh kegagalan Suruhanjaya Tenaga untuk mengelakkan kelewatan dalam projek-projek baru loji janakuasa untuk memuktamadkan sumber kewangan (financial close).

Risiko ini sudah diutarakan kepada Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA sejak beberapa tahun yang lalu. Kegagalan mereka untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kini menyebabkan penyaluran kos bahan api yang lebih tinggi kepada tarif elektrik.

NASIB TRACK 4A

Track 4A ialah loji janakuasa turbin gas kitaran bersepadu (combined cycle gas turbine-CCGT) berkapasiti 1000 - 1400 MW yang mengambil masa kira-kira 32 - 36 bulan untuk dibinakan. Projek ini telah dianugerahkan kepada satu konsotium yang terdiri daripada SIPP-YTL-TNB.

Walau bagaimanapun, kedua-dua YTL dan TNB telah menarik diri daripada projek ini. Projek ini juga telah gagal memenuhi keperluan untuk memuktamadkan sumber kewangan (financial close) beberapa kali.

Suruhanjaya Tenaga mesti membatalkan penganugerahan Track 4A kepada SIPP dan melaksanakan proses bidaan kompetitif yang telus dengan segera. Kelewatan dalam melaksanakan bidaan kompetitif akan menghabiskan tempoh masa yang selesa untuk melaksanakan bidaan kompetitif.

Mengapakah Suruhanjaya Tenaga menghalang bidaan kompetitif? Kegagalan untuk melaksanakan bidaan kompetitif akan menghalang kos yang adil dan berpatutan disalurkan kepada tarif elektrik.

HAD PEGANGAN EKUITI ASING DAN PENJUALAN HAK PEMBANGUNAN PROJEK-PROJEK LOJI JANAKUASA

Tiada pemansuhan had pemilikan ekuiti asing apabila bidaan penjualan aset-aset tenaga IMBD ditutup pada 16 Oktober 2015. Malaysia mempunyai had pemilikan ekuiti asing sebanyak 49% bagi sektor penjanaan elektrik kerana aset-aset tenaga adalah aset-aset strategik negara.

Ia adalah sebahagian daripada Jaminan Keselamatan Negara (National Security). Maka, mana-mana entiti yang menyertai bidaan di Malaysia mesti mematuhi dasar ini dan kerajaan tidak perlu melayan sebarang permintaan untuk menukar dasar bagi mengelakkan menetapkan dahuluan (precedence) yang tidak baik dalam industri.

Pada 29 Februari 2016, Suruhanjaya Tenaga memuatnaikkan notis untuk pra-kelayakan bakal pembida dan had pemilikan ekuiti asing 49% adalah sah dan digunakan dalam notis ini. Adakah terdapat dasar flip-flop? Terdapat juga beberapa alasan yang telah diberikan di mana Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement - PPA) akan melindungi hak pengguna dan negara.

PPA hanyalah satu perjanjian komersil dan hak memasuki premis (step in right) boleh dielakkan jika pemilik memberi justifikasi bahawa mereka sedang melakukan "sesuatu" untuk menangani masalah loji janakuasa. Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA sepatutnya mengetahui perkara ini dengan jelas. Jangan cuba untuk memperdaya!

Penganugerahan loji-loji janakuasa adalah beserta syarat-syarat yang ketat termasuk larangan menjual hak pembangunan. Track 4B yang merupakan turbin gas kitaran bersepadu (CCGT) 2000 MW di Melaka dan 10 x 50MW loji janakuasa solar skala utiliti (USS) yang telah dianugerahkan melalui rundingan terus kepada 1MDB telah termasuk dalam penjualan aset-aset tenaga 1MDB. Loji-loji janakuasa ini masih belum dibina. Mengapakah Suruhanjaya Tenaga membenarkan penjualan hak pembangunan projek?

JPPPET, ADAKAH KITA MASIH MEMERLUKANNYA?

Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tariff (JPPPET) adalah satu jawatankuasa yang penting untuk perancangan masa depan bekalan tenaga elektrik. Semua keputusan-keputusan yang dibuat oleh JPPPET memberikan impak terus kepada tarif elektrik dan keputusan-keputusan ini mestilah diterbitkan untuk pengetahuan umum. Misteri-misteri yang dokumen-dokumen JPPPET perlu dedahkan adalah:
(i) alasan-asalan Track 4A diberikan secara rundingan terus;
(ii) adakah USS 10 x 50 MW yang dianugerakan kepada 1MDB adalah sebahagian daripada keputusan JPPPET;
(iii) alasan-alasan bagi USS 200MW USS diberikan secara rundingan terus; dan
(iv) adakah jawatankuasa ini tahu bagaimana untuk merancang bekalan tenaga elektrik negara?

KETUA AUDIT NEGARA MESTI MENYIASAT

Suruhanjaya Tenaga adalah bertanggungjawab untuk mengikuti fungsi dan kuasa yang digariskan dalam Akta Bekalan Elektrik dan Akta Suruhanjaya Tenaga. Oleh itu, kegagalan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang dinyatakan di dalam kedua-dua akta ini adalah satu pengkhianatan kepada negara dan mesti diambil tindakan setegas-tegasnya.

Pembinaan loji janakuasa dan kosnya memberikan impak yang tinggi kepada tarif elektrik, daya saing, kemampuan membeli produk dan perkhidmatan, keyakinan para pelabur dan bina negara. Kami menyeru Ketua Audit Nagara untuk mengaudit isu-isu berikut:
(i) audit semua proses kelulusan dan surat anugerah bagi loji janakuasa di KeTTHA, Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA)  mulai 2012;
(ii) audit semua keputusan, minit mesyuarat, dokumen dan persembahan(presentation) JPPPET mulai 2012;
(iii) pengendalian proses bidaan kompetitif bagi loji janakuasa baru dan dokumentasi termasuk bagaimana nodal point dan keperluan tanah (green field dan brown field) ditetapkan;
(iv) proses pelanjutan bagi loji janakuasa lama dan proses pembidaannya; dan
(v) kegagalan SEDA dan FiT untuk memenuhi sasaran campuran RE serta misteri proses penubuhan SEDA dan mekanisme FiT.

Semua penemuan mesti dibentangkan di Parlimen dan diterbitkan untuk pengetahuan umum.

Pembidaan kompetitif adalah untuk memastikan masyarakat awam dan perniagaan mendapat manfaat melalui tarif yang adil dan berpatutan. Banyak fakta kejuruteraan telah diputar-belit untuk mengelirukan orang ramai dan Parlimen bagi membenarkan apa yang dikenali sebagai 'fast track' dan 'rundingan terus' serta pelanjutan loji janakuasa lama.

Semua keputusan ini akan memberikan kesan yang sangat serius dan negatif kepada Malaysia dalam jangka masa panjang. Selain daripada itu, mengapakah Kerajaan Persekutuan harus terus menggaji golongan tidak kompeten untuk menguruskan Suruhanjaya Tenaga?

Pelbagai pihak berkepentingan industri dan pelabur telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai perkembangan terkini dalam sektor tenaga elektrik. Kami menggesa kerajaan mengambil tindakan segera kerana tidak ada gunanya apabila nasi telah menjadi bubur. – HARAKAHDAILY 7/3/2016

 Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Sumber HD - 7-3-2016





























































































SAM kesal hutan paya bakau di P. Pinang terus diteroka

HARAKAHDAILY | .


LEBIH kurang 500 nelayan pantai di Kuala Sungai Pinang dan Kuala Jalan Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang terjejas teruk sumber pendapatan mereka berikutan pelaksanaan projek ternakan udang yang dilakukan secara berleluasa di kawasan itu.

Projek tersebut bukan saja memusnahkan beratus ekar kawasan hutan paya bakau yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut tetapi juga telah mencemarkan zon tangkapan nelayan-nelayan berkenaan mencari rezeki.

Sisa buangan kolam yang mengandungi bahan kimia dibuang ke perairan oleh pengusaha projek ternakan udang telah menyebabkan berbagai spesies hidupan laut yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan terbabit telah berkurangan dan pupus. Antaranya ialah ikan sembilang, belanak, pedukang, udang galah, ketam, siput, kerang dan lala.

Masalah yang berlaku sejak lebih 10 tahun yang lalu ini telah menyebabkan pendapatan nelayan terbabit merosot dari RM200.00 sehari kepada RM30.00 hingga RM50.00 sehari.

Tinjauan SAM dua hari lalu mendapati kira-kira 60 ekar lagi kawasan hutan paya bakau di sini sedang dimusnahkan bagi melaksanakan projek ternakan udang di kawasan tersebut. Projek ini pernah dibantah oleh nelayan tempatan namun ia tidak diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri ini.

Kami kesal kerana kerajaan Pulau Pinang tidak peka dengan kesan pemusnahan paya bakau kepada alam sekitar dan kehidupan nelayan di negeri ini. Walaupun kesan buruk akibat projek akuakultur di kawasan bakau tersebut sudah lama berlaku namun hingga sekarang tidak ada tindakan berkesan yang diambil.

Januari lalu SAM telah menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa agar Kerajaan negeri mengambil tindakan menghentikan semua aktiviti pemusnahan hutan paya bakau serta membatalkan semua projek yang dirancang pelaksanaannya di hutan paya bakau kerana ancaman terhadap alam sekitar, sumber perikanan dan kehidupan penduduk tempatan. Antara kajian kes yang dipaparkan ialah projek ternakan udang di Balik Pulau.

SAM percaya jika keadaan ini berterusan, nelayan yang terlibat dan keluarga mereka akan terjerumus ke jurang kemiskinan dan menjalani kehidupan yang lebih perit pada masa akan datang.

Sehubungan itu SAM menggesa kerajaan Pulau Pinang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mendedahkan kesemua perancangan projek pembangunan akuakultur di kawasan hutan bakau yang dicadangkan di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Perjumpaan serta perbincangan perlu dibuat dengan nelayan terbabit supaya isu tersebut dapat ditangani segera dan nasib nelayan pantai adalah dibela.

S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden – HARAKAHDAILY 24/2/2016

Sumber HD - 24-2-2016





























































































Cuepacs dukacita arahan tiga tahun lalu belum dilaksana

BERNAMA | .


LANGKAWI: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta pengurusan tujuh buah Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) untuk mempercepatkan pelaksanaan empat faedah dan saraan pekerjaan yang telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiga tahun lepas.
  
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata empat perkara itu adalah pemberian pencen, penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pemberian Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan pemberian sagu hati tamat perkhidmatan.
  
Katanya tujuh badan berkanun yang terlibat yang masih belum melaksanakan perkara itu adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat).
  
"Cuepacs merakamkan rasa dukacita kerana sehingga hari ini, arahan dan keputusan kerajaan ini belum lagi dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Gabungan Kesatuan Sekerja BBDS di sini hari ini.
  
Menurutnya kegagalan pelaksanaan saraan-saraan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan anggota kesatuan sekerja itu sama ada pihak pengurusan mereka enggan akur dengan keputusan kerajaan seperti yang diumumkan oleh Najib.
  
Azih berkata pengumuman tentang saraan-saraan itu telah dibuat Najib semasa Perhimpunan Perdana BBDS bersama Perdana Menteri yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 25 Mac 2013.
  
Katanya selepas pengumuman itu, perwakilan Kesatuan Sekerja BBDS telah beberapa kali membuat pertemuan susulan dengan pihak pengurusan badan-badan berkanun yang terlibat namun usaha mereka untuk mendapatkan apa yang dituntut itu tidak dapat dicapai sehingga ke hari ini.
  
Menurutnya Cuepacs bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Najib dalam tempoh terdekat ini untuk meminta campur tangan beliau bagi menyelesaikan perkara ini.
  
"Cuepacs bimbang kalau keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan tidak dilaksanakan oleh agensi ini, akhirnya mereka (pekerja) akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Kita nak kerajaan bertindak dalam masa yang segera, kalau boleh menjelang pertengahan 2016 ini, isu ini dapat diselesaikan," katanya.
  
Beliau berkata faedah dan saraan ini merupakan isu utama yang dibincangkan di dalam konvensyen itu yang dianjurkan oleh gabungan kesatuan sekerja yang mewakili kira-kira 50,000 orang anggota di seluruh negara itu. - Bernama

Sumber HD - 232-2-2016





























































































Perlu kaji cadangan naik kompaun pesalah trafik

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Satu kajian holistik perlu dijalankan terhadap cadangan menaikkan kompaun maksimum kepada pesalah trafik sambil mengambil kira kesan kenaikan kos sara hidup ketika ini.
  
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata kajian menyeluruh itu penting kerana kemalangan jalan raya juga berpunca daripada faktor lain, selain kelalaian pemandu.
  
Bagi Pengerusi MIROS Tan Sri Lee Lam Thye pula, cadangan kenaikan denda kepada pesalah trafik tidak akan mencapai sasaran mengurangkan kemalangan jalan raya jika tidak disertakan dengan penguatkuasaan yang ketat serta kempen yang berkesan.
  
"Sebanyak 140,000 saman trafik yang dikeluarkan polis sejak Op Selamat 8 bermula pada 1 Feb lepas menunjukkan rakyat Malaysia tidak bimbangkan saman itu.
  
"Ia memerlukan usaha bersepadu pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru, polis, pihak berkuasa keselamatan jalan raya dan badan bukan kerajaan untuk mengubah pemikiran serta sikap pengguna," katanya dalam kenyataan.
  
Sementara itu, penganalisis jenayah dan keselamatan, Kamal Affendi Hashim berpendapat cadangan menaikkan kompaun yang dicadangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini adalah munasabah.
  
"Kes kemalangan di negara ini amat tinggi, jadi dengan cadangan seperti itu ia akan dapat mendidik pengguna jalan raya supaya memandu dengan lebih berhemah," katanya.
  
Kamal berkata pengguna jalan raya tidak perlu bimbang kerana hanya mereka yang tidak berhemah dan suka melanggar peraturan sahaja yang akan dikenakan tindakan.
    
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan yang dikemukakan itu masih belum dimuktamadkan.
  
"Pandangan itu disebabkan oleh rasa kecewa (apabila) denda dan hukuman tidak memberi kesan, maka ia (cadangan itu) menimbulkan reaksi. Saya minta masyarakat beri pandangan yang terbaik yang harus dilakukan," kata Ahmad Zahid. - Bernama

Sumber HD - 13-2-2016





























































































Langkah cegah demam denggi perlu ditingkatkan

SM MOHAMED IDRIS | .


Kebersihan persekitaran kawasan rumah, premis perniagaan, taman-taman permainan dan sebagainya perlu ditangani secara bersama untuk menjamin persekitaran bebas dari pembiakan nyamuk Aedes dan seterusnya dapat mencegah dari berlakunya demam denggi.

Masalah ini dapat dielakkan dan dikawal jika semua pihak benar-benar mengamalkan kebersihan di kawasan persekitaran dan sentiasa berwaspada kerana banyak kes jangkitan dilaporkan setakat ini.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) memandang serius mengenai isu denggi yang melanda di beberapa buah negeri termasuklah Pulau Pinang sejak kebelakangan ini.

Buletin Mutiara melaporkan statistik kes demam denggi di Pulau Pinang telah meningkat dari 2,558 pada 2014 kepada 5,430 pada 2015.

Mengikut statistik yang dipapar dalam laman web  iDengue jumlah kes kematian kerana demam denggi dari 3 Januari 2016 sehingga 2 Februari 2016 ialah 32.

Bilangan kes denggi  terkumpul  di Malaysia dari 3 Januari 2016 hingga 7 Februari 2016 adalah 17,493 kes (Sumber daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia).

Jumlah kes denggi di Pulau Pinang ialah 911 dan kematian yang dilaporkan ialah 8 orang.

Peningkatan secara drastik kes denggi amat membimbangkan tatkala dunia dikejutkan dengan penularan virus Zika yang disebarkan melalui nyamuk Aedes.

Dianggarkan sebanyak 23 buah negara yang dilaporkan mengalami virus ini dan Brazil merupakan negara yang paling teruk terjejas dengan lebih 1.5 juta kes sejak April tahun lalu.

SAM memandang serius masalah ini kerana menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangkitan virus Zika telah merebak dengan begitu pantas sekali di benua Amerika dan pihak KKM berpandangan risiko bagi penularan jangkitan ini ke Malaysia adalah tinggi di atas beberapa faktor. Antaranya nyamuk pembawa jangkitan ini iaitu nyamuk Aedes.

Tinjauan yang dijalankan oleh SAM di beberapa buah kawasan seperti di taman perumahan, kampung, taman permainan, kawasan riadah, bangunan kedai, tempat pembinaan mendapati salah satu sebab punca berlakunya wabak denggi ialah air bertakung kerana sistem perparitan yang kurang memuaskan serta longgokan sampah yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

KKM menasihatkan agar semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air adalah dimusnahkan. Ini termasuk besen, tayar lama, bekas plastik, tong dan sebagainya yang memungkinkan berlakunya pembiakan nyamuk Aedes.

Orang ramai diminta untuk memainkan peranan dan bersatu hati membersihkan kawasan premis dan kejiranan masing-masing dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

SAM percaya bahawa majoriti masyarakat sedar tentang bahaya denggi namun tahap kesedaran mengenai punca-punca berlakunya kes-kes sedemikian masih kurang memuaskan.

Oleh itu, SAM menyeru kepada masyarakat dan pihak berkuasa agar memberi perhatian yang serius dengan berkerjasama dalam menjalankan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk secara tetap dan berkala.

Segala usaha bagi mencegah denggi hendaklah dipertingkatkan kerana ia juga akan mengurangkan risiko penularan jangkitan virus Zika. - HARAKAHDAILY 10/2/2016

Penulis ialah Presiden SAM.

Sumber  HD - 10-2-2016





























































































TM kaji semula caj untuk bil bercetak

HARAKAHDAILY | .

Tidak lama selepas CAP mengetengahkan isu TM mengenakan caj RM5.00 untuk bil bercetaknya mulai Januari 2016, TM dalam satu perbincangan dengan CAP berkata, ia sedang menimbang semula kaedah penghantaran bil kepada pelanggannya.

Selain itu, dalam jawapan balas kepada surat-surat yang kami hantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), kedua-dua pihak mengesahkan bahawa TM telah mengubah suai terma-terma bagi caj bil bercetak yang dikeluarkannya.

Terma baru caj bagi bil bercetak TM adalah seperti berikut:

1. Pembilan elektronik (e-bil) mulai Januari 2016 bagi pelanggan yang melanggan Internet/Jalur Lebar (Streamyx dan Unifi) sahaja.

2. Bagi pelanggan Internet/Jalur Lebar yang ingin mendapatkan bil bercetak sebagai pilihan tambahan, TM telah mengurangkan yuran minimumnya sebanyak RM2.00 untuk menampung kos percetakan.

3. Pelanggan telefon talian tetap TM yang tidak melanggan dengan mana-mana perkhidmatan Jalur Lebar (suara sahaja) akan terus menerima bil bercetak secara percuma.

Pengguna kini boleh memilih bagaimana mereka mahu menerima bil TM masing-masing.

SM MOHAMED IDRIS
Presiden CAP - HARAKAHDAILY 29/1/2016

Sumber HD - 29-1-2016





























































































Pertanyaan baru mengenai skandal RM2.6 bilion

HARAKAHDAILY | .


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) amat terperanjat dengan pengumuman Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang memutuskan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bebas dari sebarang salah laku rasuah dalam skandal pengubahan wang terbesar di Malaysia.

Umum sedia maklum tentang drama ‘derma’ RM2.6 bilion ini yang telah berlanjutan sekian lama. Bermula daripada pendedahan akhbar Wall Street Journal, pelbagai soalan telah diajukan, dan tidak dijawab. Dengan pendedahan hari ini, timbul lebih banyak persoalan yang harus dijawab oleh Najib Razak:

1. Jika RM2.03 bilion telah dipulangkan kepada penderma Arab, ke mana pergi baki berjuta-juta ringgit? Di manakah duit ini telah dibelanjakan dan untuk kegunaan apa? Mungkinlah, wang ini digunakan untuk membeli PRU13, seperti yang didakwa oleh Wall Street Journal?

2. Kenapa Tan Sri Gani Patail perlu dipecat daripada jawatan Peguam Negara jikalau RM2.03 bilion telah dipulangkan dan tiada salah laku?

3. Kenapa Najib Razak tidak bertindak menyaman Wall Street Journal jikalau beliau tidak menyalahgunakan dana 2.6 billion yang masuk ke akaunnya seperti yang dilaporkan WSJ?

4. Kenapa bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat apabila beliau menyoal isu RM2.6 billion? Kenapa rombakan kabinet dilakukan dan menggugurkan mereka yang lantang bersuara mengenai aliran tunai ini? Apakah terlalu susah untuk menerangkan transaksi ini?

5. Kenapa Najib Razak mengambil masa yang terlalu lama untuk menerangkan isu ini dan pelbagai cerita direka sebelum ini? Dari satu penderma, kepada lebih dari satu penderma. Dan kini, Peguam Negara mengatakan bahawa RM2.03 bilion telah dipulangkan. Siapa yang bercakap benar?

6. Kenapa akaun peribadi Najib Razak di Ambank dilupuskan jikalau tidak ada apa-apa transaksi yang meragukan?

7. Di manakah bukti-bukti pembayaran semula RM2.03 bilion? Apakah perlu lagi setahun untuk menunjukkan bukti tersebut?

8. Najib Razak dilaporkan telah memulangkan semula RM2.03 bilion kepada penderma Arab pada tahun 2013. Namun, beliau menerima RM42 juta pada 2014/2015. Kemudiannya Najib Razak berkata beliau tidak pasti atau sedar bahawa RM42 juta itu datang dari RM2.6 bilion atau tidak. Apakah Bank Negara Malaysia gagal mengesan transaksi sebesar ini?

9. Adakah sebarang permohonan dibuat kepada Bank Negara untuk menghantar, menghantar semula atau menerima wang dalam jumlah yang amat besar ini? Adakah aliran wang dalam jumlah yang amat besar dari sumber asing ini tidak melanggar apa-apa undang-undang pengubahan wang?

Persoalan-persoalan ini harus dijawab segera oleh Najib Razak. Pada masa yang sama, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan Bank Negara juga harus tampil kehadapan dan mendedahkan apa sebenarnya hasil siasatan mereka yang tempoh hari dikembalikan oleh Peguam Negara; adakah dapatan siasatan tersebut berbeza atau tidak lengkap?

Bersih 2.0 juga ingin mengetahui siapa sebenarnya yang terlibat dalam rentetan peristiwa ini? Apakah nama penderma yang baik budi itu tidak dapat didedahkan? Mungkin si penderma boleh membantu Tabung Haji yang didakwa sedang mengalami masalah kewangan.

Sepertimana kebebasan pejabat Peguam Negara dikompromi pada bulan Julai tahun lalu, Bersih 2.0 bimbang bahawa siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam akan turut menghasilkan natijah yang sama, selepas Najib Razak menyusun semula komposisi Ahli Parlimen di dalam Jawatankuasa tersebut.

Bersih 2.0 menggesa PAC menjalankan siasatan secara terperinci dan bebas ke atas 1MDB supaya orang ramai diberikan jawapan yang sepatutnya. - HARAKAHDAILY 27/1/2016

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

Sumber HD - 27-1-2016





























































































Fomca jangka lebih banyak subsidi dikurangkan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menjangkakan lebih banyak subsidi bakal dikurangkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan pada 28 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata jangkaan itu berdasarkan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

“Belanjawan tahun lepas banyak dikurangkan subsidi jadi semakan belanjawan negara hujung bulan ini sudah tentu lebih banyak akan dikurangkan," katanya dipetik Selangor Kini.

Menurutnya, dengan kejatuhan mata wang, harga minyak dan penarikan biasiswa JPA sudah tentu membimbangkan rakyat dalam menghadapi 2016.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan seharusnya mengurangkan perbelanjaan pengurusan berbanding pengurangan subsidi.

Katanya, banyak ketirisan berlaku menyebabkan pembaziran melampau.

“Ketirisan berlaku dari pelbagai aspek. Jika Kerajaan Persekutuan dapat tangani sudah tentu penjimatan wang.

“Begitu juga dengan pengurusan, kerajaan patut mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu contohnya logistik, mesyuarat di tempat-tempat mewah, penukaran kereta dan sebagainya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya pengguna mengambil langkah berjimat cermat dalam berbelanja.

Tahun ini, ujar beliau ekonomi agak getir jadi pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

"Berbelanja secara berhemah dan perlu mempunyai simpanan jika kegawatan ekonomi berlaku. Ia sekurang-kurangnya pengguna bersedia dengan segala kemungkinan.

“Kuasa pengguna terletak pada pembeli. Jika pembeli mengurangkan perbelanjaan sudah tentu ekonomi makin jejas, namun langkah berjimat cermat perlu diambil,” katanya lagi.

Sumber HD - 25-1-2016





























































































EAIC pandang serius isu OKT mati dalam tahanan

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memandang serius tentang kes-kes kematian orang kena tuduh (OKT) di dalam lokap yang berulang kali berlaku di dalam negara ini.

Pengerusinya, Datuk Yaacob Md Sam berkata insiden sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan tahanan tersebut berada di dalam pemantauan pihak polis.

"Sehingga sekarang tiga kes telah disiasat EAIC iaitu membabitkan  kematian James Ramasamy di Pulau Pinang, Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur di Johor dan Dharmendran Narayanasamy di Kuala Lumpur.

"Ketiga-tiga kes tersebut telah selesai kita lakukan siasatan. Bagi kes Ramasamy kita dapati tidak ada salah laku pihak polis sebaliknya beliau disahkan mati akibat daripada penyakit hati yang kronik akibat daripada pemgambilan dadah dan alkohol yang berlebihan.

"Manakala kes Syed Azlan, kita dapati ada salah laku pihak polis dan laporan telah kita kemukakan kepada Ketua Polis Negara (KPN), Peguan Negara (AG), Ketua Setiausaha kementerian Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya kepada Harakahdaily di pejabatnya semalam.

Tambah beliau lagi, bagi kes kematian Dharmendran pula, EAIC telah berjaya memuktamadkan siasatan secara pendengaran awam dengan memanggil 62 orang saksi dalam lima sesi pendengaran sejak akhir bulan Julai 2015 hingga 16 November 2015.

"Di samping siasatan-siasatan tersebut, terdapat tiga lagi siasatan yang sedang dijalankan oleh EAIC secara siasatan awalan (preliminary investigation) terhadap kematian tiga lagi orang tahanan semasa berada di lokap polis di lokasi yang berlainan.

"EAIC amat memandang berat insiden atau kejadian-kejadian yang melibatkan kematian orang tahanan semasa berada di dalam atau jagaan pihak berkuasa, yang perlu dibanteras daripada terus berlaku," katanya lagi.

Yaacob yang tidak menolak melalui siasatan atau kajian yang diperolehi kes-kes kematian yang berlaku disebabkan anggota polis tidak memahami Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

"SOP mengatakan kekerasan tidak boleh dilakukan sewaktu melakukan penangkapan ataupun ketika siasatan dijalankan.

"Kecuaian pegawai polis untuk faham secara menyeluruh tentang SOP memyebabkan tindakan mereka melangkaui apa yang telah ditetapkan, secara tidak langsung akan mendatangkan kecederaan kepada individu yang ditahan," kata beliau lagi.

Beliau mengharapkan agensi penguatkuasaan perlu memahami sepenuhnya SOP dan mengamalkannya bagi mengembalikan keyakinan orang awam bahawa anggota keluarga mereka sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat daripada sebarang kecederaan atau penderaan semasa berada di bawah kuasa pihak berkuasa. - HARAKAHDAILY 7/1/2015

Sumber HD - 7-1-2015





























































































EAIC sentiasa buka pintu kerjasama - Datuk Yaacob

MUHAMMAD FAIZAL | .



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sentiasa membuka pintu kerjasama dengan mana-mana pihak selagi mana ia berada di dalam ruang lingkup bidang kuasa EAIC di bawah Akta 700.

Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam ketika temubual bersama Harakahdaily hari ini berkata, pada tahun lepas, EAIC telah menerima undangan dan jemputan dari Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) sebagai panel mahupun peserta seperti kunjungan daripada Amnesty International dan SUARAM dan juga undangan daripada Majlis Peguam Malaysia (Malaysian BAR Council).

"Ini memperlihatkan EAIC merupakan badan bebas dalam mengendalikan aduan-aduan berkaitan salah laku melibatkan agensi penguatkuasaan di bawah seliaannya.

"Pada tahun 2015, kita telah mengadakan sesi dialog yang melibatkan pengurusan tertinggi di beberapa agensi seliaan EAIC, melalui dialog ini kita dapat mengemukakan syor-syor berkaitan untuk perhatian ketua agensi masing-masing di samping dapat memberi gambaran kepada EAIC tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh agensi," katanya di pejabatnya.

Menurut beliau, bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berintergriti kalangan agensi penguatkuasaan, suruhanjaya itu telah menyusun beberapa program dan pendekatan dalam usaha menangani dan mengurangkan salah laku dalam kalangan agensi penguatkuasaan.

"EAIC juga tegas dalam mengendalikan sesuatu aduan, jika agensi penguatkuasaan gagal memberi maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan, tindakan untuk siasatan penuh akan dijalankan.

"Selain itu, EAIC juga telah menubuhkan unit aduan dan siasatan khas untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di bawah bahagian Operasi. Unit ini akan memantau dan memfokuskan adauan-aduan yang melibatkan PDRM," katanya lagi.

Beliau yakin dengan usaha ini, EAIC dapat mengurangkan dan menyelesaikan aduan dalam tempoh yang ditetapkan.

Tambah beliau lagi, EAIC juga dari semasa ke semasa akan mengeluarkan laporan pasukan petugas terutamanya berkaitan kematian dalam tahanan. Laporan ini juga turut dipanjangkan kepada Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Agensi.

Untuk makluman, dari tahun 2011 hingga 2015, PDRM telah mencatat aduan sebanyak 921, diikuti Jabatan Imigresen Malaysia iaitu 67, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 42 aduan dan Kastam DiRaja Malaysia (42).

Sementara itu, sehingga 6 Januari 2016 sebanyak tiga aduan telah diterima membabitkan PDRM. – HARAKAHDAILY 6/1/2015

Sumber HD - 6-1-2016




PAS pilihan Perkasa pada PRU14 jika progresif, kata Ibrahim Ali

Posted on Sunday, December 20 @ 19:36:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


PAS berpotensi menjadi pilihan Perkasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya parti Islam itu berubah menjadi parti progresif, kata Datuk Ibrahim Ali. 


Ibrahim dalam ucapan dasar bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa ke-6 di Pusat Islam, Kuala Lumpur berkata, sekiranya Umno, parti yang pernah disokong pada PRU13 lalu masih gagal memperbaiki partinya, Perkasa tidak lagi akan menyokong mereka.


"Namun Perkasa tidak memberikan sokongan kepada mana-mana pihak, waima Umno, Barisan Nasional (BN) atas dorongan emosi dengan perkiraan semberono atau prinsip membuta tuli.

"Oleh sebab itu, pendirian Perkasa dalam PRU14, akan kami tentukan berdasarkan kajian terperinci dalam PRU14 kelak. Kita mempunyai 2 pilihan, antara Umno dan PAS yang sudah memutuskan ikatannya dengan DAP," kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Ibrahim berkata, menjelang PRU14, sekiranya PAS tidak lagi beretorik, sebaliknya menjadi parti progresif dan menunjukkan kemampuan untuk membela hidup dan mati orang Melayu, parti Islam itu adalah pilihan mereka.

"Pada masa sama Umno, kita beri tempoh hingga 2017. Masa itu kita akan tengok kerana 2 parti ini mewakili Melayu dan Islam," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, Umno terlebih dahulu perlu menyelesaikan isu berbangkit antaranya termasuklah kenaikan kos sara hidup, pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.

"Ahli Perkasa pun ramai ahli Umno, tiada masalah. Sebaik sahaja Dewan Rakyat bubar, kita akan putuskan," katanya.

Sehubungan itu, PAS dan Umno katanya perlu bekerjasama bagi merealisasikan penubuhan Majlis Ukhwah Islamiah Nasional (Muin), susulan pertemuan bersama kepimpinan tertinggi PAS pada 13 Oktober lalu di pejabat agung parti Islam itu.

"Kami juga cadangkan penubuhan Muin sebab kami yakin ura-ura kerjasama antara PAS dan Umno mutakhir ini tidak mungkin menjadi kenyataan.


"Oleh demikian, kami harap PAS dan Umno akan 'berjiwa besar' untuk segera merealisasikan kewujudan Muin." 

Sumber TKO - 10-12-2015





























































































Kelam kabut di sektor penjanaan tenaga

HARAKAHDAILY | .


PERSATUAN Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah berulang kali membangkitkan isu-isu mengenai bidaan kompetitif yang adil dan telus serta impak positifnya kepada tarif elektrik serta mendisiplinkan pemain-pemain industri penjanaan elektrik.

Akan tetapi, kekurangan etika dan disiplin pegawai-pegawai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga akan menyebabkan risiko yang lebih tinggi kepada sektor penjanaan elektrik dalam bentuk ancaman kepada jaminan tenaga.

Hak pembangunan projek yang ditawarkan kepada syarikat tertentu atau sebuah konsortium syarikat-syarikat mesti mematuhi beberapa syarat dan juga kedua-dua Akta Suruhanjaya Tenaga dan Akta Bekalan Elektrik.

Pertama sekali, syarikat atau rakan kongsi konsortium yang ditawarkan projek loji janakuasa mesti mempunyai loji janakuasa sedia ada yang beroperasi.

Keduanya, 49% had ekuiti pemilik asing mesti diteruskan kerana ia adalah penting untuk ekonomi pada saiz Malaysia melindungi aset-aset strategik negara. Ketiga, surat tawaran projek tidak membenarkan hak pembangunan untuk dijual kepada mana-mana pihak. Mari kita melihat isu Track 3B (Jimah East) sebagai kes rujukan.

1. Pengajaran Daripada Projek Track 3B (Jimah East)

Track 3B atau lebih dikenali sebagai Jimah East ialah loji janakuasa arang batu 2000 MW. 1MDB telah gagal memenuhi keperluan untuk memuktamadkan sumber kewangan bagi projek ini yang mereka menang melalui pembidaan kompetitif.

Oleh itu, 1MDB telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Tenaga untuk memaklumkan Suruhanjaya Tenaga bahawa 1MDB tidak boleh meneruskan pembangunan projek Track 3B. Selepas itu, Suruhanjaya Tenaga telah menganugerahkan projek ini kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Berdasarkan maklumat yang kami kumpulkan, TNB dan satu lagi Penjana Bebas (IPP) telah dijemput untuk membincangkan entiti mana yang boleh menawarkan tarif purata (levelised tariff) yang dihadkan kepada tawaran bidaan kedua terendah iaitu 26.67 sen/kWj. TNB tidak membeli hak pembangunan Track 3B dan langkah tersebut telah diambil oleh Suruhanjaya Tenaga kerana Track 3B telah dianugerahkan melalui pembidaan kompetitif.

2. Projek-Projek Terkini Yang Bermasalah

(I) Projek 500 MW Solar Berskala Utiliti (USS)

Satu jawapan bertulis oleh Menteri KeTTHA kepada Dewan Rakyat bagi soalan mengapa projek 50MW USS dianugerahkan melalui rundingan terus kepada 1MDB pada 10 November 2014 telah menyatakan bahawa projek 50 MW USS tersebut adalah sebuah projek perintis yang akan membuka peluang kepada projek-projek akan datang yang akan dianugerahkan di dalam proses tender terbuka di mana kepentingan negara dilindungi.

Kini, persoalannya ialah mengapakah 1MDB dianugerahkan projek 500MW USS melalui rundingan terus? Adakah menteri KeTTHA tidak memaklumkan kepada Parlimen akan saiz sebenar projek USS yang dianugerahkan melalui rundingan terus?

Yang lebih penting lagi,  adakah KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan penjualan hak pembangunan projek 500MW USS dalam penjualan aset-aset Edra baru-baru ini? Sekarang, mari kita merujuk kepada kes Track 3B. Hak pembangunan projek tidak boleh dijual dan ia perlu diserahkan kembali kepada Suruhanjaya Tenaga sekiranya pemilik projek gagal memenuhi syarat-syarat atau milestones yang telah ditetapkan.

Jika KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan penjualan sebegini, KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga telah melanggar kedua-dua Akta Suruhanjaya Tenaga dan Akta Bekalan Elektrik.

(II) Track 4A 1000 MW - 1400 MW Turbin Kitaran Bersepadu Gas (CCGT)

Satu jawapan bertulis oleh Menteri KeTTHA kepada Dewan Negara untuk soalan mengapa Track 4A telah diberikan melalui rundingan terus pada 30 Jun 2014, Menteri KeTTHA telah menyatakan bahawa terdapat keperluan untuk mempercepatkan tarikh penyiapan projek bagi memenuhi keperluan sistem.

Projek ini telah dianugerahkan kepada sebuah konsortium SIPP-YTL-TNB. Walau bagaimanapun, kedua-dua YTL dan TNB telah menarik diri daripada projek ini. Satu syarat yang penting bagi projek loji janakuasa untuk dianugerahkan kepada sesebuah syarikat atau konsortium adalah syarikat yang menerima anugerah atau rakan kongsinya mesti mempunyai loji janakuasa yang beroperasi. Dalam kes Track 4A, kedua-dua syarikat (YTL dan TNB) yang mempunyai loji janakuasa yang beroperasi telah menarik diri daripada projek ini.

Tambahan pula, SIPP telah gagal memenuhi keperluan untuk memuktamadkan sumber kewangan (financial close) bagi Track 4A. Maka, penganugerahan projek ini mesti dibatalkan. Mengapakah KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga masih berdolah-dalih untuk membatalkan penganugerahan Track 4A dan melaksanakan proses pembidaan kompetitif yang baru?

Kegagalan oleh KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga untuk mematuhi kedua-dua Akta Suruhanjaya Tenaga dan Akta Bekalan Elektrik telah menyebabkan pelanjutan perjanjian pembelian tenaga beberapa loji janakuasa gas lama yang tidak cekap di mana ia akan menyalurkan kos bahan api yang lebih tinggi kepada tarif elektrik.

(III) Track 4B 2000 MW CCGT di Melaka

Satu jawapan bertulis oleh Menteri KeTTHA kepada Dewan Rakyat untuk soalan mengapa Track 4B diberi melalui rundingan terus kepada 1MDB pada 9 Oktober 2014 telah menyatakan bahawa Track 4B dianugerahkan terus kepada 1MDB disebabkan oleh kemampuan dan kebolehan dari segi kepakaran dalam mengendalikan dan melaksanakan projek-projek penjanaan elektrik yang dimilikinya serta 1MDB adalah syarikat milik penuh kerajaan dan atas kepentingan strategik negara secara keseluruhannya.

Menteri KeTTHA juga telah memanipulasi isu margin simpanan (reserve margin) untuk mewajarkan penganugerahan itu melalui rundingan terus. Jawapan oleh Menteri KeTTHA secara khusus telah menekankan bahawa Track 4B dianugerahkan kepada syarikat milik penuh kerajaan dan atas kepentingan strategik negara secara keseluruhan.

Oleh itu, adakah ia 'STRATEGIK' untuk menjual hak pembangunan projek Track 4B? Sekali lagi, adakah KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan penjualan hak pembangunan Track 4B dalam penjualan aset-aset Edra baru-baru ini dan melanggar kedua-dua Akta Suruhanjaya Tenaga dan Akta Bekalan Elektrik?

3. KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga Mesti Menjawab Persoalan

Kedua-dua KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga perlu berhenti bermain pekak badak dan mula menjawab soalan-soalan penting yang dibangkitkan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan 500 MW USS, Track 4A dan Track 4B.

AWER berdiri teguh dengan pendirian kami bahawa tarif elektrik yang berpatutan dan saksama hanya boleh dicapai melalui pembidaan kompetitif yang adil dan telus. Kos teknologi-teknologi penjanaan tenaga elektrik adalah sesuatu yang diketahui secara meluas di kalangan pemain-pemain industri.

Bagi seseorang pembida untuk memenangi projek, pembida tersebut mesti sanggup mengurangkan margin keuntungannya dan juga menanggung sebahagian risiko-risiko kewangan berkaitan dengan projek supaya ia dapat mengurangkan kos pembiayaan projek.

Harga bidaan yang lebih rendah akibat daripada kos pembiayaan projek dan margin keuntungan yang lebih rendah akan diterjemahkan kepada penjimatan kos jangka panjang bagi pengguna domestik dan perniagaan melalui terif elektrik. Maka, ia adalah tidak munasabah untuk melaksanakan rundingan terus.

AWER juga menyeru ahli-ahli Parlimen untuk mengambil tindakan ke atas Menteri KeTTHA kerana memberi jawapan terumbang-ambing di Parlimen mengenai penganugerahkan projek-projek melalui rundingan terus dan keadaan kucar-kacir yang telah diwujudkan oleh KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga dalam sektor penjanaan elektrik.

PIARAPAKARAN S.
Presiden
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) – HARAKAHDAILY 16/12/2015

Sumber HD - 17-12-2015





























































































SAM, CAP bantah teroka Hutan Simpan Gunung Inas

SALMIYAH HARUN | .



KUALA LUMPUR: Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah menyiasat dan menghentikan projek perladangan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Inas, Kulim.

Hal ini kerana menurut Presidennya S.M Mohamed Idris kesan daripada projek tersebut boleh mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan pada masa akan datang.

"Dalam tinjauan yang dibuat kami mendapati projek yang melibatkan kawasan hutan seluas lebih 30,000 hektar di sini telah menimbulkan keresahan penduduk di 10 buah kampung berhampiran kerana bimbang sumber bekalan air mereka akan terjejas jika projek ini diteruskan.

"Kerja-kerja awal berkaitan projek ini seperti pembinaan jalan keluar masuk lori balak telah dilakukan oleh syarikat berkenaan. Kami kesal sehingga kini tidak ada maklumat yang disampaikan kepada orang ramai khususnya penduduk setempat tentang projek tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Antara kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Kepala Titi, Kampung Gelugor, Kampung Kuala Tawar, Kampung Buluh Lemang, Kampung Bukit Rawa, Kampung Lindungan Raja, Kampung Baru, Kampung Desa Teruna, Kampung Sungai Riau dan Kampung Sungai Buluh.

Bahkan pihaknya melahirkan kebimbangan dengan pelaksanaan projek tersebut kerana ia melibatkan kawasan tadahan air bagi kegunaan lebih 5,000 penduduk kampung-kampung berkenaan.

Ketika ini terdapat lima kolam takungan air sedang digunakan oleh mereka untuk minum, mandi dan membasuh. Selain itu, hutan ini juga kaya dengan biodiversiti serta terdapat beberapa spesies hidupan liar seperti beruang, harimau, gajah, kijang, rusa dan  burung yang akan turut terancam.

"Kami percaya masalah hakisan tanah, mendapan, pencemaran sungai serta banjir kilat akan berlaku jika kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Inas ini diteroka dan dimusnahkan.

"Tiga sungai utama iaitu Sungai Sedim, Sungai Mahang dan Sungai Kerian termasuk berpuluh anak sungai yang terdapat di kawasan ini juga akan tercemar dan diancam mendapan lumpur. Ikan sungai yang menjadi sumber makanan dan pendapatan sampingan penduduk-penduduk kampung di kawasan ini akan mengalami kepupusan," kata beliau.

Difahamkan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sedang menyiasat aduan CAP kepada pihak berkuasa. – HARAKAHDAILY 15/12/2015

Sumber HD - 15-12-2015





























































































70% mahu tahu bagaimana tarif elektrik ditentukan

PIARAPAKARAN S. | .


PERSATUAN Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menegaskan kepentingan ketelusan dalam struktur tarif elektrik dan harga kos bahan api.

Kos gas asli berpaip ditetapkan pada harga RM 15.20 setiap mmBTU bagi tempoh penetapan tarif elektrik daripada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017.

Kini, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga gas asli berpaip untuk penjanaan elektrik sebanyak RM 3.00 setiap mmBTU hingga mencapai harga RM 18.20 setiap mmBTU berkuatkuasa 1 Januari 2016. Ini akan menyebabkan kos bahan api tambahan kepada tarif elektrik sebanyak RM 560 juta untuk tempoh 6 bulan (Januari 2016 - jun 2016).

Malangnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga tidak menunjukkan apa-apa pecahan komponen kos untuk kedua-dua gas asli berpaip dan gas asli cecair (LNG) sehingga kini.

Apakah Pendapat Rakyat Malaysia Mengenai Tarif Elektrik Dan Harga Bahan Api?

AWER telah menjalankan Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan (National Energy Security Survey-NESS) untuk mewujudkan data asas mengenai isu-isu berkaitan tenaga.

Rangka pensampelan yang digunakan adalah senarai Blok Penghitungan (BP) yang dikemaskini maklumat Tempat Kediaman (TK) daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Pensampelan dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Apabila responden ditanya sama ada mereka ingin mengetahui bagaimana tarif elektrik dan harga bahan api ditentukan oleh kerajaan, 69.94% rakyat Malaysia ingin mengetahui bagaimana tarif elektrik dan harga bahan api ditentukan.

Baki 30.06% rakyat Malaysia tidak ingin mengetahui bagaimana tarif elektrik dan harga bahan api ditentukan. Kuala Lumpur merekodkan peratusan tertinggi (87.83%) rakyat Malaysia ingin mengetahui butiran terperinci. Ini diikuti oleh Selangor (85.20%) dan Pulau Pinang (82.89%). Jadual 1 menunjukkan respon peringkat negeri.

Apabila responden ditanya sama ada mereka berpendapat bahawa kerajaan telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api, hanya 26.13% rakyat Malaysia berpendapat bahawa kerajaan telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api.

Majoriti 73.87% rakyat Malaysia berpendapat bahawa kerajaan TIDAK telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api. Kuala Lumpur merekodkan peratusan tertinggi (89.47%) rakyat Malaysia yang berpendapat bahawa kerajaan tidak telus dalam menentukan tarif elektrik dan harga bahan api.

Ini diikuti oleh Selangor (88.82%) dan Pulau Pinang (85.53%). Jadual 2 menunjukkan respon peringkat negeri.

Sikap pekak badak KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga berkaitan dengan pecahan kos terperinci gas asli berpaip dan LNG sememangnya diketahui ramai di kalangan pemain-pemain industri.

Berdasarkan data kajian NESS, ia adalah jelas bahawa rakyat Malaysia ingin mendapatkan maklumat lanjut dan ketelusan dalam bagaimana tarif tenaga elektrik dan kos bahan api ditetapkan.

Kami menggesa Ahli-ahli Parlimen untuk menjalankan tugas mereka untuk memastikan KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga telus dalam penentuan tarif tenaga elektrik dan harga bahan api demi kepentingan negara dan rakyat. – HARAKAHDAILY 10/12/2015

 Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Sumber HD - 10-12-2015



Ambiga, pengerusi BERSIH mangsa iklan seks palsu
Posted on Wednesday, December 09 @ 15:17:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Nombor telefon pengerusi dan bekas pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan Datuk S Ambiga menjadi mangsa iklan palsu khidmat seks di ibu negara.

Selain mereka berdua, aktivis dan pegawai BERSIH Mandeep Singh (gambar) mendakwa turut menjadi mangsa kejadian itu.

“Apa yang terjadi sejak BERSIH 4 diumumkan adalah, nombor telefon Maria, Ambiga dan saya disebarkan di merata tempat sekitar KL dengan iklan menyatakan kami menyediakan servis seks/call girl.

“Sehingga hari ini, saya masih menerima call (panggilan telefon) dari individu-individu yang tidak dikenali dan bertanya adakah saya Kim,” katanya.

Menulis di Facebook, Mandeep berkata beliau tak pernah mengiklankan nombor telefon di mana-mana jalan, dinding atau papan iklan di sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, katanya, hasil perbuatan tidak bertanggungjawab itu, beliau telah menerima pesanan SMS daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu menyenaraihitamkan nombor telefonnya.

Beliau memuat naik kembali pesanan itu di Facebook.

Ia antaranya menyebut, mempamerkan iklan atau poster tanpa kebenaran DBKL adalah salah dan nomnor telefon berkaitan akan disenarai hitam dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Apakah DBKL tidak ada CCTV (kamera litar tertutup) di sekitar KL untuk melihat siapakah mereka ini yang melekat nombor telefon kami di merata tempat?

“Apakah saya akan dikenakan tindakan mahkamah dan kemudiannya akan disenarai hitam atas sebab perbuatan tidak bertanggungjawab orang lain?” soalnya.

Mandeep juga berkata setiap kali berlaku himpunan di ibu negara, nombor telefon beliau sentiasa menjadi mangsa penggodam.

“Apakah pihak ketiga boleh akses kepada telco (syarikat ) dan menghantar pelbagai jenis SMS dari phone saya tanpa pengetahuan saya?telekomunikasi

“Kepada DBKL, silalah heret saya ke mahkamah,” katanya. - MK



Sumber TKO - 9-12-2015






























































































Kerajaan mesti telus umum semakan tarif elektrik

PIARAPAKARAN S. | .


PERSATUAN Penyelidikan Air dan Penyelidikan Tenaga Malaysia (AWER) bimbang dengan kaedah tidak telus Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga dalam mengumumkan semakan semula tarif bagi tempoh Januari hingga Jun 2016.

Maklumat dimanipulasi untuk menggambarkan situasi yang berbeza berbanding dengan keadaan yang sebenar. KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga tidak boleh memanipulasi dan memberi gambaran data yang salah dalam apa-apa cara yang menghakis keyakinan orang ramai dan perniagaan ke atas ekonomi negara kita.

1. Pecahan Kos Semakan Tarif 1 Januari 2014 - 31 Disember 2017

Pertama sekali, mari kita merujuk semula mekanisme penetapan tarif yang menggunakan Penyaluran Kos Tidak Seimbang (Imbalanced Cost Pass Through - ICPT). Bermula 1 Januari 2014, purata tarif baru ditetapkan pada RM38.53 sen/kWj. Tarif purata ini (RM38.53 sen / kWj) terdiri daripada kos bahan api, caj kapasiti, penghantaran, pengagihan dan kos-kos lain.

Kos bahan api akan dilaksanakan melalui mekanisme ICPT yang akan menyalurkan penjimatan atau kos tambahan bahan api semula kepada tarif elektrik setiap 6 bulan. Kos caj kapasiti, penghantaran, pengagihan dan kos-kos lain digabungkan sebagai tarif asas (base tariff).

Berdasarkan pecahan tarif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1, komponen kos bahan api adalah RM15.68 sen/ kWj yang akan dikaji semula setiap 6 bulan untuk mencerminkan kos bahan api yang terkini. Tarif asas yang ditetapkan dari 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2017 ialah RM22.85 sen/kWj.

Gas asli berpaip ditetapkan pada harga RM15.20 setiap mmBTU, Gas Asli Cecair (LNG) ditetapkan pada harga RM 41.68 setiap mmBTU dan arang batu ditetapkan pada harga USD 87.50 setiap tan metrik.
Jadual 1: Pecahan Tarif Purata Berdasarkan Komponen-komponen Kos Tarif
Komponen Kos Tarif
Tarif (sen/kWj)
Kos bahan api
15.68
Caj kapasiti
10.71
Pengagihan (Distribution)
8.24
Penghantaran (Transmission)
3.66
Operasi pembeli tunggal and operasi sistem grid
0.24
Tarif purata
38.53
Jika kos bahan api meningkat melebihi nilai-nilai yang digunakan semasa penetapan tarif (harga gas asli berpaip adalah RM15.20 setiap mmBTU, harga LNG adalah RM41.68 setiap mmBTU dan harga arang batu adalah USD87.50 setiap tan metrik berkuatkuasa pada 1 Jan 2014) dalam 6 bulan semasa, kos bahan api tambahan akan disalurkan pada 6 bulan berikutnya.

Jika kos bahan api berkurangan bagi 6 bulan semasa, penjimatan daripada pengurangan kos bahan api akan diberikan sebagai rebat pada 6 bulan berikutnya.

2. ICPT Dan Apa Sebenarnya Yang Telah Berlaku

Sejak awal tahun 2015, harga LNG dan arang batu telah berkurang dan membantu mewujudkan penjimatan dalam kos bahan api.

Ini adalah wang yang telah dibayar oleh pengguna domestik dan perniagaan yang perlu dikembalikan semula sebagai rebat di bawah mekanisme ICPT. Bermula 1 Julai 2015, harga gas asli berpaip telah meningkat sebanyak RM1.50 bagi setiap mmBTU.

Ini menyebabkan harga gas asli berpaip meningkat daripada harga penetapan tarif iaitu RM15.20 setiap mmBTU kepada RM16.70 setiap mmBTU. Kenaikan harga gas asli berpaip sebanyak RM1.50 setiap mmBTU akan meningkatkan kos bahan api sebanyak kira-kira RM280 juta.

Semalam, menteri KeTTHA mengumumkan bahawa harga gas asli berpaip akan meningkat sebanyak RM1.50 setiap mmBTU kepada RM18.20 setiap mmBTU berkuatkuasa 1 Januari 2016.

Walau bagaimanapun, harga gas asli sebenarnya meningkat sebanyak RM3.00 setiap mmBTU berdasarkan harga gas asli berpaip RM15.20 setiap mmBTU yang digunakan semasa penetapan tarif untuk 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2017.

Ini menjadikan harga gas asli berpaip kepada RM18.20 setiap mmBTU . Ini bermakna kira-kira RM560 juta dari penjimatan kos bahan api di antara Julai 2015 dan Disember 2015 akan digunakan untuk menampung kenaikan kos harga gas asli berpaip antara Januari 2016 dan Jun 2016.

Dalam erti kata lain, jumlah rebat kepada pengguna akan mengalami kekurangan RM560 juta antara Januari 2016 dan Jun 2016. Jika kerajaan tidak meningkatkan harga gas asli berpaip dan menyalurkan RM560 juta ini sebagai rebat tarif, pengguna akan mendapat tambahan 1.117 sen/kWj sebagai rebat tarif. Ini bermakna rebat tarif sebenar sepatutnya adalah 2.637 sen/kWj dan bukannya 1.52 sen/kWj seperti yang diumumkan oleh Menteri KeTTHA semalam.

Sebab sebenar mengapa rebat yang lebih rendah disalurkan di antara Januari 2016 dan Jun 2016 adalah disebabkan oleh peningkatan dalam harga gas asli berpaip. Jadual 2 meringkaskan penjimatan kos bahan api yang dilaporkan oleh KeTTHA dan penjimatan kos bahan api sebenar.

Jadual 2: Ringkasan Penjimatan Kos Bahan Api yang Dilaporkan oleh KeTTHA dan Penjimatan Kos Bahan Api Sebenar
Masa
Penjimatan kos bahan api yang dilaporkan oleh KeTTHA
(RM Juta)
Penjimatan yang digunakan untuk menampung peningkatan harga gas asli berpaip
(RM Juta)
Penjimatan Kos Bahan Api yang Sebenar
(RM Juta)
Januari - Jun 2015
1,085.67
280
1,365.67
Julai - Disember 2015
762.03
560
1,322.03
3. Kerajaan Perlu Telus Dalam Harga Gas Asli Berpaip

Harga pasaran semasa LNG adalah RM31.317 setiap mmBTU. Walau bagaimanapun, gas asli berpaip tidak akan mempunyai kos tambahan seperti LNG yang terdiri daripada kos menukarkan gas asli kepada cecair, kos pengangkutan dari pelabuhan ke pelabuhan dan kos penukaran daripada cecair kepada gas.

Ia adalah penting bagi Malaysia kekal berdaya saing dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Ketelusan dan harga yang kompetitif bagi sumber tenaga adalah penting untuk pertumbuhan Malaysia.

AWER menyeru kerajaan untuk mendedahkan mekanisme pengiraan bagi kedua-dua gas asli berpaip dan LNG. Maka, kerajaan mesti mendedahkan perbelanjaan modal, perbelanjaan operasi dan margin keuntungan yang telah diaudit untuk harga gas asli berpaip.

Kos grid gas asli juga perlu telus supaya pecahan kosnya adalah jelas. Jika kos tarif elektrik boleh dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang terperinci, kos LNG, gas asli berpaip dan grid gas asli juga boleh telus dengan menggunakan kaedah yang sama.

4. Masalah Rundingan Terus Sekali Lagi?

Mengapakah KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga melakukan begitu banyak rundingan terus bagi loji janakuasa bahan api fosil dan projek solar berskala utiliti (USS)?

Walaupun Kerajaan Persekutuan telah berjanji proses pembidaan kompetitif dalam kedua-dua Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11, realitinya adalah begitu banyak rundingan terus sedang dijalankan melalui pintu belakang.

Ini pasti akan memberi kesan negatif kepada penetapan tarif masa depan kerana kos akan meningkat akibat daripada rundingan terus. Beberapa projek loji janakuasa yang telah dianugerah melalui rundingan terus seperti Track 4A telah mengalami kelewatan dan memberi laluan untuk perjanjian pembelian tenaga besi buruk (loji janakuasa gas asli yang tidak cekap) dilanjutkan manakala tarif purata pelanjutan ini masih kekal sebagai misteri.

Oleh itu, AWER menyeru Kerajaan Persekutuan untuk mengumum dan menerbitkan semua ramalan perancangan dan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tariff (JPPPET) untuk pengetahuan umum.

Semua keputusan yang dibuat oleh JPPPET akan memberi impak langsung kepada tarif elektrik dan keputusan ini perlu didedahkan kepada umum. KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga telah memperbodohkan semua orang kerana masih menggunakan alasan "mempercepatkan" pembinaan loji-loji janakuasa baru bagi menjustifikasi rundingan terus.

Alasan bodoh seperti ini mesti dihentikan sebelum pelabur-pelabur hilang keyakinan dalam struktur sektor tenaga elektrik dan penetapan tarif tenaga elektrik di Malaysia. – HARAKAHDAILY 9/12/2015

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Sumber HD - 9-12-2015



CAP gesa haramkan e-rokok, vape dan shisha

Posted on Friday, December 04 @ 18:29:31 MYT by paktam

Oleh SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut oleh keputusan kabinet untuk mengawal e-rokok dan vape sebagai ganti mengharamkan sepenuhnya. CAP sekali lagi mengulangi gesaan agar kabinet mengenakan pengharaman sepenuhnya ke atas e-rokok dan vape jika mereka prihatin mengenai masa depan dan kesejahteraan golongan belia di negara ini.


Perbezaan pandangan menteri kabinet dalam perkara ini mungkin boleh membawa kepada meluasnya lebih banyak masalah sosial. Amat menyayat hati untuk mengetahui bahawa sesetengah menteri menyokong amalan buruk ini dengan mengekalkan pendirian mereka dengan menentang terhadap pengharaman ini. Hanya beberapa orang menteri kabinet yang mengemukakan kebimbangan mereka berhubung isu ini manakala yang lain kekal pasif.

Ironinya ketika 14 negara di seluruh dunia sudah pun mengharamkan e-rokok, Malaysia masih menunggu bukti saintifik dan kajian bagi alat ini untuk diharamkan. Ia merupakan satu penghinaan terhadap pendirian yang diambil oleh 14 buah negara ini bagi melindungi kesihatan rakyat mereka. Ini juga menunjukkan kecenderungan kerajaan untuk meletakkan perniagaan mengatasi kesihatan rakyatnya.

Golongan muda sudah pun dijangkiti dengan pelbagai masalah sosial lain seperti merokok, ketagihan alkohol, perjudian, penagihan dadah dan sebagainya. Perokok di negara ini membelanjakan RM10 bilion setiap tahun untuk menyokong tabiat mereka.

Ketika rokok, e-rokok dan vape dilihat sebagai perosak kepada golongan belia, satu lagi amalan buruk bernama Shisha kini secara perlahan sudah menguasai generasi muda.

Tinjauan CAP dalam isu ini menunjukkan kanak-kanak semuda usia lapan tahun telah mula menghisap shisha jenis hookah elektronik guna buang. Shisha dengan panjangnya 12 cm dalam bentuk rokok dengan warna yang menarik.

Shisha dijual dengan harga RM15 setiap satu. Setiap shisha bertahan sehingga 500 sedutan. Ia boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti oren, nanas, kola, gula-gula getah, sarsi, anggur, mirinda, strawberi, vanila dan limau. Perisa ini menunjukkan niat buruk pengeluar untuk menarik kanak-kanak dan golongan muda dengan mengaitkan shisha dengan perisa kegemaran mereka.

Shisha disahkan mengandungi formaldehid. Formaldehid gas tidak berwarna boleh terbakar dengan bau kuat sehingga menusuk hidung. Pendedahan kepada formaldehid boleh merengsakan mata, hidung dan kerongkong. Ia juga boleh menyebabkan simptom seperti sakit kepala, letih dan pening. Formaldehid menunjukkan ia menyebabkan kanser pada haiwan makmal. Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat mengkalsifikasikan formaldehid sebagai kemungkinan karsinogen manusia.

Penghisap e-rokok dan vape membelanjakan sekitar RM340 sebulan untuk membeli cecair. Ini tidak termasuk harga untuk peralatan yang mungkin menelan belanja sekitar RM500.

Ibu bapa dan guru-guru turut menyuarakan rasa tidak puas hati serta rungutan mengenai gejala e-rokok, vape dan shisha yang semakin buruk di sekolah. Bersama dengan buku sekolah mereka, pelajar boleh membawa peralatan mereka ini di dalam beg sekolah dan mempengaruhi pelajar lain untuk menjadi ketagih kepada tabiat ini. Vape dilihat sebagai mengikut perkembangan terbaharu dalam kalangan pelajar berbanding dengan merokok memandangkan kepada pelbagai perisa yang ditawarkan. Bagi alasan yang sama, ia semakin popular dalam kalangan pelajar perempuan. Pelajar dan wanita bekerja dari universiti dan kolej swasta juga mula menggunakan peralatan ini. Menurut guru-guru, sesetengah pelajar telah sampai ke peringkat bekerja separuh masa untuk membeli peralatan ini manakala sesetengahnya pula sanggup berbohong kepada ibu bapa mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli peralatan ini.

Seorang pelajar perempuan tahun empat dari sekolah rendah di Pulau Pinang ditangkap oleh guru disiplin ketika menjual shisha kepada pelajar yang lebih tua dari sekolah yang sama. Beliau merupakan satu-satunya penjual shisha kepada pelajar lelaki di sekolah itu. Perniagaan shisha dijalankan di dalam premis sekolah, menunjukkan bahawa sekolah lain juga turut menghadapi masalah yang sama yang masih belum dikenalpasti lagi. Menurut guru dari sekolah ini lagi, setiap pelajar membelanjakan RM15 seminggu untuk membeli shisha. Wang hasil penat lelah ibu bapa dibelanjakan oleh pelajar untuk menyokong tabiat yang memusnahkan kehidupan mereka.

Peralatan shisha juga tidak mempunyai sebarang label. Tiada maklumat untuk melihat pengeluar, negara asal dan ramuannya. Memandangkan shisha tidak diharamkan, maka ia dengan mudah boleh dibeli di tempat awam, pasar raya dan pasar malam.

Jika kerajaan terus mengambil sikap tidak peduli dalam isu ini, maka lebih ramai golongan muda akan termasuk ke dalam perangkap e-rokok, shisha, vape dan perkara sepertinya di masa hadapan. Adalah tidak mengejutkan jika kita mempunyai lebih ramai penagih dadah di masa depan memandangkan benih bagi penagihan dadah sudah pun disemai melalui pengenalan e-rokok, shisha dan vape.

Kami menggesa kabinet Malaysia mengenakan pengharaman segera ke atas e-rokok, vape dan shisha sebelum ia mendedahkan ancaman besar kepada kesejahteraan negara.

SM Mohamed Idris
Presiden CAP            

Sumber DD - 4-12-2015


Jururawat dakwa dipecat kerana tutup aurat

Posted on Friday, December 04 @ 19:31:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar


 Seorang jururawat hospital swasta mendakwa dibuang kerja hanya kerana cuba menutup aurat semasa bekerja.


Pengadu, Naziah Sauni Samat mendakwa beliau tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas.


“Saya rasa hak saya untuk pakai baju lengan panjang, dia (pihak pengurusan) suruh potong, potong dan potong sehingga satu hospital itu suruh pesan dekat saya suruh potong baju lengan panjang menjadi lengan pendek.


“Dan akhirnya semalam saya dibuang kerja,” katanya dalam sidang media Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur hari ini.

Naziah mendakwa hospital berkenaan juga tidak membenarkan beliau memakai stoking lengan bagi atas alasan kawalan jangkitan kuman.

Larangan itu, dakwanya, tidak dimaklumkan sebelum ini.

Wanita 24 tahun itu juga membangkitkan amalan di hospital lain yang membenarkan pegawainya berlengan panjang tanpa sebarang masalah.

“Kalau nak dikira, hospital seperti Hospital Kuala Lumpur benarkan jururawat mereka berlengan panjang.

“Kalau nak cakap mengenai mengawal kawalan jangkitan (kuman), pakaian, topi dan tali leher pun boleh kena jangkitan. Saya kalau buat kerja akan lipat lengan baju,” katanya.

PPIM tuntut penjelasan

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya telah bertemu dengan pengurusan hospital tersebut bagi menuntut penjelasannya.

“Kita rasa terkilan dengan institusi seperti ini,” katanya sambil menegaskan Islam sebagai agama rasmi negara yang dinyatakan dalam perlembagaan.

Justeru, Nadzim menggesa supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan keadaan yang berlaku.

“Saya gesa Jakim, KKM tampil jelaskan perkara ini dan ada dasar yang jelas kerana libatkan orang Islam,” katanya.


Malaysiakini sedang cuba mendapatkan penjelasan hospital itu.

Sumber TKO - 4-12-2015





























































































Pendidik gesa campur tangan Suhakam

MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) meminta agar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) campurtangan dalam isu membabitkan tiga orang guru yang dianiaya.

Presidennya, Normala Surdiman berkata pertemuan hari ini diharapkan akan menyelesaikan semua perkara yang telah dibangkitkan.

"Hari ini terdapat tiga kes kita bawa membabitkan guru dari Kelantan, Melaka dan Johor. Masing-masing mempunyai masalah dan perlu penyelesaian segera.

"Kita mahu mereka mendapat hak mereka, kita harap tidak ada yang mustahil dan apa yang berlaku ini adalah kerana penyalahgunaan kuasa serta politik," katanya ketika ditemui di Bangunan Suhakam.

Beliau yang menekankan isu membabitkan guru wanita, Norbaizura Idris (Johor) adalah perkara yang serius kerana ia melibatkan akidah anaknya.

"Norbaizura, dua anaknya telah dibawa lari oleh bekas suaminya yang mana kita tahu keluarga beliau adalah beragama kristian.

"Ini perkara serius kerana melibatkan akidah anaknya, selain itu yang menjadi kesukaran setelah pelbagai laporan dibuat kerana bapa mertuanya merupakaN pegawai polis di Johor," katanya.

Menurut beliau, empat laporan polis telah dibuat namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil.

"Mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan sepenuhnya kepada ibunya, namun tiada sebarang tindakan diambil dan mungkibn kerana kuasa yang dimiliki bekas bapa mertuanya.

"Kita harap Suhakam dapat menyelesaikan perkara ini, dan ia melibatkan agensi kerajaan," katanya lagi.

Normala berharap agar warga pendidik tidak lagi dijadikan boneka oleh pemerintah, mereka perlu diberikan kebebasan sepenuh dalam menentukan apa pilihan mereka.

Katanya, sikap kerajaan yang mengongkong warga pendidik akan menyebabkan minda mereka sempit dan merugikan anak bangsa.

Selain itu, dua kes lagi melibatkan Mohamad Ab Karim Deraman dari Kelantan yang bertugas di Sekolah Menengah Tengku Bendahara telah dipecat sejak September 2012.

Manakala, Juramy Jaffar pula dikenakan tindakan tatatertib dengan bertujuan buang kerja atas tuduhan fitnah membabitkan gambar beliau pada sebidang kain rentang bersama penyelia PKR Bahagian Dun Bemban.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Aishah Bidin ketika mendengar penerangan tersebut berkata, Suhakam akan mengambil tindakan serius setiap laporan yang dibawa.

Beliau berharap setiap individu yang teraniaya akan mendapat hak mereka, terutamanya Norbaizura yang telah mendapat hak penjagaan anak mengikut undang-undang. - HARAKAHDAILY 30/11/2015

Sumber HD - 30-11-2015





























































































Siasat kematian kanak-kanak Orang Asli - Suhakam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera ke atas laporan kematian kanak-kanak Orang Asli dari suku kaum Jahai di Sungai Kejar, Perak, baru-baru ini.

"Jika perlu mengambil tindakan serta merta," ujar Pemangku Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) terkilan dengan laporan baru-baru ini berkaitan kematian kanak-kanak Orang Asli dari suku kaum Jahai di Sungai Kejar, Perak.

Oleh sebab kanak-kanak Orang Asli kebiasaanya tinggal di kawasan pedalaman yang sering kekurangan asas perkhidmatan sosial termasuk pendidikan dan penjagaan kesihatan, kejadian seperti ini menunjukkan dengan jelas dan mengukuhkan keperluan agar tindakan yang lebih berkesan diambil untuk memastikan bahawa hak asasi masyarakat Orang Asli terus dihormati dan dilindungi.

Suruhanjaya mengulangi bahawa setiap orang mempunyai hak untuk pencapaian standard tertinggi kesihatan fizikal dan mental, dan Kerajaan bertanggungjawab untuk mempromosi, melindungi, dan memenuhi semua hak asasi manusia bagi semua orang.

Tambahan pula, hak kesihatan bagi Orang Asal telah ditetapkan dalam Perisytiharan Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDRIP), yang juga mengiktiraf hak mereka terhadap penggunaan perubatan dan mengamalkan tradisi rawatan kesihatan tradisional (Perkara 24).

Walaupun diakui bahawa Orang Asli jarang mendapatkan rawatan perubatan di hospital Kerajaan, Suruhanjaya berpendapat bahawa usaha dan langkah-langkah yang lebih baik perlu diambil oleh pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk mendekati masyarakat dan mendidik mereka mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kesihatan.

Suruhanjaya juga terkejut berkaitan peranan JAKOA yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan, penyampaian perkhidmatan serta untuk mengintegrasikan pembangunan dasar dan program yang memberikan manfaat ekonomi, alam sekitar dan sosial yang berterusan kepada masyarakat Orang Asli, bahawa mereka sendiri tidak mengetahui status kesihatan dan keadaan kanak-kanak Jahai seperti yang dilaporkan.

Suruhanjaya berpendapat bahawa aplikasi dan amalan teori dasar penjagaan kesihatan semasa mereka telah gagal untuk memberi manfaat kepada kelompok masyarakat yang terpinggir dan mudah terjejas ini.

Oleh itu, Suruhanjaya mengimbas kembali syor-syor seperti yang dinyatakan dalam Laporan Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asal/ Asli dan  secara spesifiknya untuk mengkaji semula secara bebas dan menyeluruh terhadap JAKOA.
 
Suruhanjaya juga berharap agar pihak berkuasa menjalankan siasatan segera ke atas laporan kematian ini, dan jika perlu mengambil tindakan serta merta. - HARAKAHDAILY 27/11/2015

Sumber HD - 27-11-2015





























































































Bayaran bil bercetak Telekom Malaysia tidak adil - CAP

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan pandangan berkenaan isu Telekom Malaysia (TM) tidak berlaku adil kepada pelanggannya apabila memutuskan untuk mengenakan bayaran RM5 bagi setiap bil TM bercetak bermula Januari 2016.

"Langkah ini amat merugikan kepada generasi lama yang merupakan majoritinya adalah golongan warga emas," ujar presidennya, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyuarakan pandangan berkenaan isu Telekom Malaysia (TM) tidak berlaku adil kepada pelanggannya apabila memutuskan untuk mengenakan bayaran RM5.00 bagi setiap bil TM bercetak bermula Januari 2016.

Langkah ini amat merugikan kepada generasi lama yang merupakan majoritinya adalah golongan warga emas.

Kumpulan umur ini biasanya tidak lagi bekerja dan bergantung kepada simpanan, pencen atau anak-anak mereka bagi sokongan kewangan.

Malah kebanyakan daripada mereka tidak tahu bagaimana menggunakan komputer.

Mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa membayar RM5.00 setiap bulan jika mereka mahu perkhidmatan telefon diteruskan.

Malah jika mereka dalam kumpulan usia yang tahu menggunakan teknologi moden, mungkin mereka mengalami halangan dalam bidang lain.

Contohnya, mereka yang berada dalam kumpulan yang berpendapatan rendah atau mereka yang tinggal di kawasan luar bandar berkemungkinan tidak mempunyai kemudahan untuk memeriksa bil TM mereka secara atas talian.

Sekali lagi, jika TM meneruskan rancangannya itu, mereka ini tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa membayar tambahan RM5.00 setiap bulan untuk mendapatkan bil bercetak.

Adakah wajar untuk meningkatkan beban kewangan mereka?

RM5.00 sebulan bersamaan tambahan RM60.00 yang terpaksa mereka serahkan kepada TM setiap tahun.

Di samping itu, tidakkah RM5.00 sebulan bagi bil bercetak itu terlalu tinggi?

Kosnya hanya sekitar RM0.60 untuk menghantar beberapa keping kertas dan tidak begitu banyak untuk mencetak bil. Ia kelihatan seperti cadangan TM untuk mengenakan bayaran untuk bil bercetak pada Januari tahun depan hanyalah satu tindakan untuk mengaut keuntungan.

Ketika kita sedang bergerak ke arah kemajuan teknologi dan era mesra alam sekitar, kita boleh menggalakkan orang ramai untuk menerima dan mengamal pandangan ini tetapi tidak seharusnya kita memaksa mereka untuk menerimanya.

Kami menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menghentikan rancangan TM untuk mengenakan bayaran tambahan RM5.00 ini bagi bil bercetak.

Bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang tidak berapa baik, hakikat bahawa mereka cuba untuk mengambil kesempatan daripada pelanggan mereka dengan taktik seperti ini amat mengecewakan dan memberangkan.

Sebelum TM bercadang untuk memperkenalkan sebarang bayaran tambahan, lebih baik mereka memberikan tumpuan ke atas usaha untuk memperbaiki perkhidmatan mereka terlebih dahulu.
                                                               
Lebih baik pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak membenarkan TM untuk terus memonopoli pasaran talian tetap.

Memandangkan TM enggan untuk memperbaiki perkhidmatannya walaupun banyak aduan yang diterima terhadap mereka, pasaran perlu dibuka bagi membolehkan syarikat lain menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu berbanding TM.

Persaingan amat penting. Tanpanya kita akan mendapat syarikat seperti TM yang merasakan bahawa mereka akan terus menyediakan perkhidmatan yang menyedihkan tetapi masih terus mengambil wang hasil titik peluh pelanggan mereka.

TM boleh melakukan perkara ini kerana pengguna tidak mempunyai pilihan iaitu sama ada TM atau tiada perkhidmatan. Pengguna harus diberi peluang untuk memilih penyedia telekomunikasi yang memberi perkhidmatan yang memuaskan dengan kos yang munasabah. - HARAKAHDAILY 13/11/2015

Sumber HD - 13-11-2015





























































































Kelemahan alam sekitar undang bencana alam sekitar

SM MOHAMED IDRIS | .


SAHABAT Alam Malaysia (SAM) amat sesal terhadap pihak-pihak berkuasa yang berkaitan kerana kelemahan penguatkuasaan telah mengundang bencana kepada alam sekitar sebagaimana yang berlaku di Lentang, Daerah Bentong, Pahang pada 11 November lalu.

Sepatutnya pihak-pihak berkuasa yang berkaitan menjadikan beberapa bencana yang berlaku sebelum ini sebagai ikhtibar supaya lebih bertanggungjawab dan memberi komitmen menguruskan alam sekitar dan sumber alam.

Sebagaimana diketahui kawasan kejadian tanah runtuh adalah terletak di banjaran utama yang merupakan sebagai ‘Central Forest Spine’ (CFS) Banjaran Titiwangsa.

Oleh kerana itu mengikut Rancangan Fizikal Negara (RFN) kawasan tersebut dikategori sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang perlu dipelihara.

Geofizikal dan topografi kawasan tersebut berbukit-bukau, mempunyai banyak alur dan punca air dan struktur tanah mudah terhakis.

Secara umum SAM mengenal pasti beberapa kegiatan yang boleh menyumbang kepada bencana alam sekitar di kawasan tersebut dan di kawasan jajaran CFS.

Antara kegiatan yang dikenal-pasti ialah pembalakan tidak terkawal seperti penebangan pokok di kawasan yang tidak dibenarkan, pembalakan di luar kawasan lesen yang juga dikategori sebagai salah-satu kegiatan pembalakan haram, penerokaan haram tanah kerajaan yang berhutan untuk tujuan pertanian dan beberapa kegiatan lain yang melibatkan penukaran guna tanah sedia ada.

Pihak-pihak berkuasa harus memahami bahawa apabila kawasan CFS yang dikategori sebagai KSAS dieksploitasi dan dilakukan kegiatan selain guna-tanah hutan, impaknya adalah terhadap hidrologi hutan.

Permukaan tanah yang terdedah kepada kadar curahan hujan yang tinggi akan menyebabkan lebihan air larian permukaan, hakisan lereng bukit, kerosakan struktur sungai dan kemerosotan kualiti air.

Litupan hutan yang mempunyai dirian pokok dan tumbuhan mampu menadah curahan hujan manakala reputan di lantai hutan melindungi tanah daripada impak secara terus curahan hujan.

Oleh itu SAM berharap pihak-pihak berkuasa yang berkaitan menghenti dan tidak membenarkan lagi kegiatan-kegiatan yang berisiko impak di KSAS terutama dalam Hutan Simpanan Kekal.

SAM juga berharap Pihak Berkuasa Negeri dan pihak-pihak berkuasa berkaitan mematuhi dan mengguna pakai pelan perancangan fizikal terutama RFN dan lain-lain dasar yang berkaitan di samping menguatkuasakan peruntukan undang-undang sedia ada. - HARAKAHDAILY 13/11/2015

Penulis ialah Presiden SAM.

Sumber HD - 13-11-2015





























































































Diabetes kanak-kanak: CAP gesa ambil langkah segera

SM MOHAMED IDRIS | .


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa yang berkenaan supaya mengambil langkah segera untuk mengurangkan diabetes dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), diabetes Jenis 2 semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Malah di sesetengah tempat, diabetes Jenis 2 telah menjadi diabetes utama yang membabitkan kanak-kanak. Peningkatan dalam kadar obesiti dan kurangnya kegiatan fizikal di seluruh dunia dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada gejala kesihatan ini.

Malaysia tidak terkecuali daripada dibelenggu masalah ini memandangkan semakin ramai golongan muda, ada yang semuda usia 7 tahun, menderitai diabetes Jenis 2 (TD2) dan angka ini terus meningkat. Ini berikutan lonjakan dalam kadar obesiti yang ada kaitannya dengan tabiat makan yang buruk.

Perkara ini tidak memeranjatkan kerana statistik bagi kesihatan awam memperlihatkan peningkatan kes-kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Menurut satu tinjauan, seorang dalam setiap lima orang kanak-kanak didapati mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Sementara itu beberapa kajian telah menunjukkan bahawa paras kes obesiti kanak-kanak di Malaysia adalah lebih tinggi daripada di kebanyakan negara Asia. Data dari pelbagai kumpulan kajian menunjukkan sehingga 15% anak kecil dan kanak-kanak prasekolah di negara ini mempunyai berat badan berlebihan dan obes. Sekitar 30% kanak-kanak sekolah rendah mungkin mempunyai berat berlebihan atau obes. Statistik ini tidak menghairankan kerana kanak-kanak dan remaja yang gemuk mudah dilihat di tempat awam.

Kanak-kanak pada hari ini terdedah kepada pelbagai faktor gaya hidup yang mempengaruhi tabiat makan mereka. Ibu bapa boleh membentuk tabiat dan amalan makan yang sihat serta mendidik anak mereka mengenai kepentingan pemakanan yang baik sejak kecil. Mereka perlu menunjukkan contoh yang baik dengan mengamalkan tabiat makan yang baik. Ini berikutan peningkatan kes-kes obesiti kanak-kanak mungkin berpunca daripada tabiat makan yang buruk yang diamalkan oleh ibu bapa mereka.

Adalah dianggarkan kira-kira 40% kes obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah berpunca daripada pilihan gaya hidup ibu bapa mereka, misalnya gemar membawa anak-anak makan malam di luar. Masalah ini bertambah buruk dengan kemunculan gerai makan dan restoran makanan segera yang dibuka 24 jam di seluruh negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Apabila kanak-kanak terdedah kepada diet tidak seimbang sejak kecil lagi, mereka akan belajar menerimanya sebagai perkara biasa dan menjadikannya sebagai satu tabiat dalam hidup. Kecenderungan memakan makanan yang tinggi kalori, lemak, garam dan gula boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuk obesiti.

Kanak-kanak yang berlebihan berat badan atau obes cenderung mengalami beberapa masalah kesihatan yang serius antaranya diabetes Jenis 2, tekanan darah tinggi, dan paras kolesterol tinggi yang kesemuanya pernah dianggap penyakit yang hanya menyerang orang dewasa.

Menurut Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, selain masalah kesihatan, kanak-kanak yang obes atau berlebihan berat badan mungkin juga mengalami masalah psikologi seperti berasa rendah diri kerana sering diejek atau dibuli oleh rakan sebaya, mengembangkan tabiat makan yang kurang sihat dan mengalami gangguan pemakanan seperti anoreksia nervosa dan bulimia, lebih mudah menjadi murung atau menyalahgunakan dadah.

Sebenarnya tidak ada punca tunggal bagi obesiti dalam kalangan kanak-kanak; sebaliknya ia adalah gabungan beberapa faktor seperti tabiat makan yang buruk, diet berkalori tinggi, dan kurangnya aktiviti fizikal menyebabkan pengambilan kalori  yang melebihi keperluan tubuh.

Tambahan pula, terlalu banyak menonton (TV, komputer dan telefon pintar) turut menyumbang kepada gaya hidup santai kanak-kanak. Sekarang mereka kurang melakukan aktiviti fizikal baik di sekolah mahupun di rumah. Sejak beberapa tahun lepas berlaku perubahan yang besar dalam hiburan untuk kanak-kanak; daripada aktiviti fizikal atau bermain di luar rumah, kepada bermain permainan komputer ataupun menonton TV. Lebih memburukkan keadaan, tidak terdapat banyak tempat yang selamat atau sesuai untuk mereka bermain di luar rumah, terutama di kawasan bandar.

Diabetes merupakan salah satu keadaan kronik yang sering membabitkan kanak-kanak. Ia telah dikaitkan dengan obesiti, malah boleh menyerang kanak-kanak termasuk bayi tanpa mengira usia. Jika tidak dikesan sejak kecil, diabetes boleh membunuh atau mengakibatkan kerosakan otak yang serius. Namun diabetes dalam kanak-kanak sering terlepas pandang kerana sering disalah anggap sebagai flu atau mungkin tidak dikesan sama sekali.

Memandangkan hari ini adalah Hari Diabetes Sedunia, CAP ingin menggesa pihak berkuasa supaya mengambil langkah segera untuk menangani masalah obesiti yang semakin meningkat dalam kanak-kanak. Ini kerana obesiti akan membawa kepada diabetes dan pelbagai penyakit lain termasuk kanser ketika dewasa. Di antara langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah:

- Mengharamkan mesin minuman di sekolah, hospital dan lain-lain tempat awam

- Mewajibkan pelabelan yang jelas bagi kandungan lemak dalam makanan, termasuk makanan segera

- Mengadakan kempen pendidikan bagi ibu bapa dan kanak-kanak mengenai bahaya obesiti  dan diabetes

- Menyediakan kemudahan untuk rekreasi di semua kawasan kediaman

- Mengenakan cukai ke atas makanan remeh yang tinggi kandungan gula dan lemak di dalamnya

Ibu bapa perlu menyemai tabiat makan yang baik dalam anak-anak mereka. Pada masa yang sama, mereka juga perlu menghabiskan masa yang berkualiti bersama anak-anak dengan turut membabitkan diri dalam aktiviti fizikal. - HARAKAHDAILY 12/11/2015

Penulis ialah Presiden CAP.

Sumber HD - 12-11-2015


Ambiga sedia bantu Dr Mahathir ubah sistem bukan personaliti

Posted on Tuesday, November 10 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Aktivis sosial, Datuk Ambiga Sreenevasan berpendapat pertubuhan masyarakat sivil bersedia membantu Tun Dr Mahathir Mohamad jika beliau mahu merubah seluruh sistem pemerintahan dan bukan sekadar menyingkirkan perdana menteri sekarang.

Menurutnya, buat masa ini Dr Mahathir kelihatan seperti berminat menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak semata-mata dan mengekalkan kerajaan yang diterajui Umno sekarang.


"Jika Dr Mahathir cakna dengan perkara yang berlaku sejak 30 tahun dahulu, jika ada perakuan yang sistem kita ada masalah dan beliau cuba memperbaikinya dan bukan sekadar menyingkirkan seorang perdana menteri, maka kita terbuka bekerjasama dengan sesiapa yang bersikap demikian.

"Namun, ia mestilah satu perubahan kepada seluruh sistem dan bukan sekadar menyingkirkan Najib dan membenarkan Umno terus memerintah seperti sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas penolakan G25 bagi bekerjasama dengan Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya bagaimana beliau pasti akan niat Dr Mahathir menjatuhkan Najib sahaja, Ambiga menjawab:
"Ia kelihatan seperti menggantikan seorang individu. Perkara ini tidak dapat diterima pertubuhan sivil.

"Namun jika beliau tiba-tiba muncul dan berkata sistem ini perlu dihapuskan dan dirombak keseluruhannya, maka ia mungkin bermaksud tidak menyokong Umno lagi dan ini satu perkara baru" kata Ambiga.

Bekas presiden Majlis Peguam dan bekas pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu bercakap sewaktu menghadiri pelancaran buku "Malaysia Post-Mahathir A Decade of Change" di Sunway University, Petaling Jaya pagi ini.

Menurut Ambiga lagi, beliau tidak pernah menyangka yang Dr Mahathir akan dipanggil polis berhubung kehadirannya pada himpunan Bersih 4.

Beliau juga seperti tidak percaya bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz muncul mengkritik kerajaan sekarang.

"Saya tidak pernah menyangka Dr Mahathir dan Rafidah akan tampil dan merungut tentang salahguna kuasa dan kegagalan sistem kita.

"Mereka kini melawan tembok kekuasaan dan menentang sistem itu namun ia bukan perkara yang mudah," katanya.

Polis pada 6 November lalu menyoal Dr Mahathir selama kira-kira 45 minit di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur.

Veteran Umno itu bagaimanapun berkata, beliau memilih untuk tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos, yang menuntut pembaharuan demokrasi dan peletakan jawatan Najib berhubung skandal kewangan yang didakwa melibatkan beliau.

Pada perhimpunan tersebut, beliau membuat kenyataan terbuka mengenai Najib dan mendakwa perdana menteri mengambil wang rakyat.


Dr Mahathir, yang kini merupakan pengkritik Najib paling lantang, sedang disiasat kerana kesalahan jenayah fitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Sumber TKO - 10-11-2015



Perkasa Selangor sokong cadangan penubuhan Muin

Posted on Monday, November 02 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



SHAH ALAM – Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa) Selangor menyokong penuh cadangan pertubuhan Majlis Ukhuwah Islamiah Negara (Muin).

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, ia bagi memelihara kepentingan Islam dan insititusi diraja daripada diganggu gugat pihak yang tidak bertanggungjawab di negara ini.

“Kami minta Umno, Pas dan NGO Melayu Islam bertindak dengan kadar segera.

“Jika ada mana-mana pihak yang tidak setuju ataupun tidak selesa dengan pendekatan ini, seharusnya menginsafi diri untuk mengenepikan kepentingan perbadi dan pihak-pihak tertentu demi kepentingan masa depan agama dan bangsa sendiri,” katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.

Kelmarin, pemimpin Perkasa mencadangkan penubuhan segera Muin yang dianggotai oleh Umno dan Pas.

Selain daripada dua parti politik Melayu itu, Muin juga boleh dianggotai oleh pelbagai NGO lain yang memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam.

Menurut Abu lagi, penubuhan Muin akan membuktikan masyarakat Melayu Islam masih boleh bersatu demi agama.

“Perkara yang baik jangan dilengah-lengahkan kerana ianya boleh merugikan serta memudaratkan kehidupan umat di dunia mahupun akhirat.

“Biarlah kita tidak bersatu dalam pandangan politik, tetapi menerusi majlis ini kita dapat duduk semeja bagi membuktikan kita masih bersama dalam mempertahankan dan memperkuatkan Islam demi kemajuan dunia dan akhirat,” katanya lagi. -SH 


Sumber TKO - 2-11-2015





























































































Loji janakuasa: Rundingan terus patut dibatalkan

PIARAPAKARAN S. | .


KALI pertama Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) membangkitkan isu berkaitan rundingan terus Track 4A adalah pada 21 Mei 2014. Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah bergembleng tenaga dalam memutar belitkan fakta kejuruteraan untuk mewajarkan sebab-sebab Track 4A dianugerahkan melalui rundingan terus.

Malah, Menteri KeTTHA sendiri telah memutar belit  beberapa fakta-fakta ini kepada media. Track 4A ialah loji janakuasa turbin gas kitaran bersepadu (combined cycle gas turbine-CCGT) berkapasiti 1000 - 1400 MW yang mengambil masa kira-kira 32 - 36 bulan untuk dibinakan.

Projek ini telah dianugerahkan kepada satu konsotium yang terdiri daripada SIPP-YTL-TNB. YTL merupakan entiti pertama yang menarik diri daripada projek ini. Baru-baru ini, TNB telah juga mengumumkan bahawa ia telah menarik diri daripada projek ini.

Kini selepas 17 bulan, Suruhanjaya Tenaga telah dipetik oleh sebuah akhbar perniagaan pada 26 Oktober 2015 yang berkata bahawa Track 4A dijangka menghadapi kelewatan 1 tahun. Respon sebegini oleh Suruhanjaya Tenaga adalah satu tamparan hebat pada muka Menteri KeTTHA, pegawai-pegawai Kementerian serta Suruhanjaya Tenaga.

Jika kita imbas kembali dengan jelas, pada 12 Jun 2014, Menteri KeTTHA mendakwa Track 4A telah dipercepatkan melalui rundingan terus untuk memastikan pembinaannya dapat diselesaikan dengan cepat bagi menyelesaikan masalah margin simpanan tenaga elektrik yang "tidak selesa". Yang menghairankan, margin simpanan tenaga elektrik kini tiba-tiba adalah dalam keadaan terkawal seperti yang didakwa oleh Suruhanjaya Tenaga baru-baru ini.

Tarif purata terkini terdiri daripada kos bahan api sebanyak 36.80% dan caj kapasiti sebanyak 29.74%. Jika proses pembidaan kompetitif yang adil dan telus dijalankan, loji janakuasa gas asli yang lebih baru dan cekap boleh menyalurkan penjimatan dalam kos bahan api dan caj kapasiti. Ini akan diterjemahkan sebagai tarif elektrik yang lebih berpatutan dan saksama.

AWER berdiri teguh dengan pendirian kami bahawa levelised tariff yang  saksama hanya boleh dicapai melalui proses pembidaan kompetitif yang adil dan telus. Setiap kenaikan 1 sen dalam levelised tariff bagi loji janakuasa 1000 MW dengan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 25 tahun akan menyalurkan lebih kurang RM1.75 bilion kos tambahan kepada tarif elektrik. Sudah tentu, kos tambahan ini akan dibayar oleh kedua-dua pengguna domestik dan perniagaan.

Walaupun harga gas asli cecair (Liquefied Natural Gas-LNG) telah dikurangkan kepada RM31.30 setiap mmBTU (million metric British Thermal Units) sekarang berbanding dengan RM41.68 setiap mmBTU pada Januari 2014, harga gas asli yang dikawal selia yang terkini telah meningkat sebanyak RM1.50 bagi setiap mmBTU kepada RM16.70 setiap mmBTU mulai 1 Julai 2015.

Dengan menggunakan RM16.70 setiap mmBTU sebagai harga penanda aras, anggaran kos bahan api tahunan bagi loji janakuasa 1000 MW CCGT yang lama (dengan kecekapan penjanaan sekitar 35%) dianggarkan pada RM1083 juta dan anggaran kos bahan api tahunan untuk loji janakuasa 1000 MW CCGT yang baru (dengan kecekapan penjanaan sekitar 60%) adalah hanya RM 813 juta.

Ini bermakna CCGT yang baru dan cekap boleh menjimatkan kos bahan api sebanyak RM 270 juta setiap tahun berbanding dengan CCGT lama. Penjimatan ini juga dijangka akan meningkat apabila Kerajaan Persekutuan meningkatan harga gas asli yang dikawal selia secara berperingkat.

Malangnya, penjimatan kos bahan api sebegini tidak dapat direalisasikan kerana Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) beberapa loji janakuasa gas lama akan dilanjutkan akibat daripada kegagalan Suruhanjaya Tenaga untuk menjalankan fungsi-fungsi dan tugas-tugasnya bagi memastikan Track 3B (Jimah East) dan Track 4A memenuhi keperluan dalam menyiapkan projek-projek tersebut. Oleh itu, rakyat dan sektor perniagaan akan dihantui oleh kos tambahan bahan api ini yang tidak sepatutnya disalurkan kepada tarif elektrik.

Rundingan terus Track 4A patut dibatalkan dan pembidaan kompetitif yang dipercepatkan perlu dilaksanakan. Proses bidaan boleh disiapkan dalam masa 9 hingga 12 bulan dan proses memuktamadkan sumber kewangan boleh dicapai dalam masa 6 bulan.

Ini akan mengambil masa lebih kurang 15 hingga 18 bulan. Jika pembinaan CCGT disiapkan tanpa sebarang masalah, ia akan mengambil masa 32 bulan. Maka, jika bidaan kompetitif dijalankan pada bulan November 2015, Tarikh Operasi Komersil (Commercial Operation Date - COD) untuk Track 4A melalui pembidaan kompetitif adalah dijangka antara September 2019 dan December 2019.

AWER tidak mahu mendengar lagi apa-apa alasan daripada Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA. Mereka mesti mematuhi Akta Suruhanjaya Tenaga serta Akta Bekalan Elektrik dari segi tugas dan di sisi undang-undang untuk melaksanakan langkah-langkah yang betul bagi melindungi kepentingan pengguna dari segi tarif dan jaminan bekalan.

Satu soalan lagi masih berlegar, adakah Menteri KeTTHA, pegawai-pegawai kanan KeTTHA serta ahli-ahli lembaga Suruhanjaya Tenaga dan pegawai-pegawai kanannya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam kesilapan Track 4A ini dan meletak jawatan? – HARAKAHDAILY 29/10/2015

Penulis ialah Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Sumber HD - 29-10-2015





























































































Suhakam gesa jelaskan isu pendidikan orang asli

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menggesa Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Sekolah Kementerian Pendidikan menjelaskan dapatan tentang isu yang menyelubungi sekolah-sekolah di perkampungan Orang Asli.
  
Pemangku pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee berkata Orang Asli mempunyai budaya yang berbeza dalam segenap aspek berbanding bangsa dan budaya masyarakat Malaysia yang lain dan ini mempunyai implikasi dalam dasar pendidikan.
  
Oleh itu, dasar pendidikan yang mempunyai kesan ke atas kanak-kanak Orang Asli mesti disesuaikan dan diselaraskan dengan budaya dan kepercayaan mereka.
  
"Tambahan pula, semua sekolah termasuk sekolah berasrama bertanggungjawab supaya sensitif kepada komuniti yang menerima perkhidmatan mereka dan menjaga dan melindungi kanak-kanak di bawah jagaan mereka," katanya dalam satu kenyataan.
  
Oleh itu, suruhanjaya mengesyorkan supaya Kementerian Pendidikan segera memperuntukkan sumber pendidikan untuk memastikan masyarakat yang terpinggir seperti kanak-kanak Orang Asli mempunyai akses yang sama kepada pendidikan.
  
"Ini termasuk pembinaan sekolah yang berdekatan dan menempatkan guru-guru yang mampu menghargai, memahami dan menghormati budaya serta kepercayaan Orang Asli," katanya.
  
Khaw berkata suruhanjaya itu juga terus menerima aduan berkaitan penderaan oleh guru dan terkejut dengan tindakan guru-guru.
  
"Suruhanjaya berpendirian tegas bahawa pengurusan disiplin murid mesti menjaga maruah kanak-kanak berkenaan dan hak untuk mendapatkan perlindungan daripada segala bentuk keganasan," katanya.
  
Sementara itu, beliau berkata suruhanjaya itu melahirkan ucapan takziah kepada keluarga kanak-kanak Orang Asli yang meninggal dunia di Gua Musang selepas hilang kira-kira 47 hari.
  
Tujuh kanak-kanak Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang, Kelantan dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas, kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.
  
Dua daripada tujuh murid berkenaan, Miksudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat di tebing Sungai Perias pada 9 Okt manakala dua lagi murid Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia.
  
Tiga lagi iaitu Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7, masih belum ditemui. - BERNAMA

Sumber HD - 15-10-2015


Perpaduan ummah Melayu

Posted on Thursday, October 15 @ 09:27:27 MYT by paktam

Oleh MUHAMMAD ARIF 
MOHD. HASHIM 

PERPADUAN ummah dalam kalangan orang Islam adalah keperluan utama, sejagat dan kunci kepada pembentukan jati diri dan kestabilan masyarakat yang berteraskan kesucian Islam. Ia perlu dijadikan agenda utama dalam menyemarakkan semangat keharmonian dalam kalangan ummah.

Tragedi yang berlaku di seluruh dunia yang melibatkan negara-­negara Islam ketika ini wajar dijadikan pedoman supaya tiada pihak dengan mudah memperkotak-ka­tik­kan agama dan orang Islam

 Sambutan Hari Kebangsaan ke-58 yang bertema “Sehati Sejiwa” baru-baru ini amat bersesuaian dengan semangat ini ke arah memupuk perpaduan yang jitu dalam kalang­an umat Islam dan masyarakat majmuk di negara ini.

Bangsa Melayu adalah umat utama yang mempertahankan Islam di negara ini dan mereka wajar selalu diperingatkan dan digerakkan. Senario politik dalam negara sejak kebelakangan ini membuktikan bahawa bangsa Melayu tidak boleh lagi leka terutamanya cubaan oleh individu dan pihak tertentu yang cuba memecahbelahkan umat Islam. Jika usaha mereka berjaya, para profesional dan usahawan Melayu yang selama ini berkembang pesat sudah tentu akan terjejas dan menerima tamparan yang hebat.

Perpaduan ummah sangat besar nilainya kepada para profesional dan usahawan Melayu. Perpaduan ummah yang jitu mempunyai ba­nyak hikmah dan ini adalah ‘jambatan emas’ yang menuju ke arah pencapaian keamanan dan keharmonian masyarakat. Ia juga akan terus membantu penyampaian perkhidmatan secara holistik serta meneruskan kesinambungan kepada peranan dan sumbangan besar para profesional dan usahawan Melayu di negara ini.

Kita wajar mencontohi misi utama dakwah yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW untuk perpadu­an ummah. Kejayaan Rasulullah SAW mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah adalah satu peristiwa paling bersejarah dalam perkembangan tamadun Islam. Golongan profesional dan usahawan turut berkembang dengan pesat pada zaman itu. Kita mesti segera kembali kepada ajaran dan mengikuti segala saranan junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW bagi mengelakkan kehancuran umat Islam.

Apa juga faktor yang diutarakan oleh penganalisis, kita sebagai umat Melayu dan Islam perlu sedar bahawa punca utama kepada perpecahan umat Islam ketika ini disebabkan tidak berpegang dan meninggalkan ajaran al-Quran, as-Sunnah dan pandangan sepakat para ulama. Umat Islam dan bangsa Melayu telah didorong untuk mengikut hawa nafsu individu atau kelompok yang berpengaruh dan mempunyai agenda peribadi sehinggakan orang Melayu dan Islam berpecah-belah.
Pembangunan ummah bermula daripada pembangunan pendidikan bersama keluarga dan masyarakat yang seterusnya bertanggungjawab untuk membangunkan sahsiah, keluarga, kejiranan, masyarakat, negara, ekonomi, kebudayaan, sains, teknologi dan sebagainya. Perpaduan yang jitu akan menggerunkan musuh dan pengkhianat Islam di samping dapat mengukuhkan dan memudahkan para profesional dan usahawan dalam membangunkan negara. Sejarah sudah membuktikan bahawa apabila umat Melayu bersatu dan kuat, pihak profesional dan usahawan Melayu dan Islam juga berkembang pesat.

Golongan yang tidak mahu melihat umat Islam dan Melayu bersatu dan kuat sebenarnya sudah terhakis semangat Islam dan kemelayuannya atau bimbang bahawa mereka tidak lagi dapat mengambil kesempatan daripada para usahawan dan pembuat dasar dalam kalangan Muslim sekiranya ummah berpegang kuat kepada ajaran Islam dan bersatu.

Perpaduan ummah amat ditekankan dalam Islam kerana de­ngan semangat ini umat Islam akan lebih dihormati dan tidak mudah diperkotak-katikkan. Ia bersesuai­an dengan cita-cita setiap manusia untuk hidup dalam aman, damai, selamat dan sejahtera selamanya.

Allah SWT berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan. Dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain)”. (Surah Al-Hujarat: Ayat 13).

Perpecahan ummah membawa implikasi yang amat buruk ke atas umat Islam. Antaranya mengurangkan kesempurnaan iman, hilangnya kehebatan ummah dari kaca mata musuh Islam, dijajah dan ditindas oleh musuh, mencemarkan imej Islam, mendatangkan kemurkaan dan menghilangkan rahmat Allah SWT seperti kurangnya hasil pendapatan dan produktiviti, kemusnahan ummah dan bencana alam.

Di samping itu, berita-berita sensitif yang menyentuh kaum lain seperti fitnah, buruk sangka dan khabar angin yang dimainkan oleh media sosial dan lain-lain tanpa diselidik kesahihannya boleh membawa kepada kerenggangan kaum. Dalam jangka panjang, ini juga boleh meruntuhkan etika keusahawanan dan profesional ummah jika tidak dikawal.

Segala usaha bagi mengukuhkan perpaduan ummah perlu disokong sepenuhnya kerana kita tidak boleh membiarkan umat Melayu selama-lamanya berpecah-belah sehingga melemahkan mereka. Umat Melayu bukanlah dicipta Allah SWT sebagai bangsa yang lemah. Umat Melayu adalah bangsa yang berdaulat dan mempunyai kekuatan cukup hebat sebelum ini tetapi dari semasa ke semasa ‘kedaulatan’ itu semakin pudar dan kekuatan pula semakin terhakis.

Kita wajar merenung dan berfikir sejenak. Keadaan ini berlaku bukan kerana orang lain. Jangan salahkan pihak lain tetapi orang Melayu sendiri yang patut menyalahkan diri sendiri. Mereka yang membuka ruang dan peluang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan atau bak kata pepatah Melayu ‘menangguk di air keruh’.

Negara kita kini sudah berjaya melahirkan ramai golongan profesional dan usahawan namun masih belum dapat mengukuhkan perpaduan ummah. Kematangan dan kecemerlangan kita dalam bidang profesional dan usahawan belum dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kita mungkin melahirkan ramai daripada kumpulan ini, namun umat Islam dan Melayu masih mengharapkan kebijaksana­an mereka untuk menyatukan ummah. Ini amanah yang diberikan kepada mereka dan mesti mula mengatur perancangan yang teliti untuk menyelamatkan ummah.

Dalam falsafah menjaga kesi­nambungan nasib bangsa kita sudah lama tertanam semangat perpaduan sehingga lahir ungkapan ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

DR. MUHAMMAD ARIF MOHD. HASHIM ialah Yang Dipertua Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS).

Sumber DD - 15-10-2015

Perkasa sokong Pas jika Umno tidak perbetul hala tuju parti

Posted on Monday, October 05 @ 08:17:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini memberi amaran kepada Umno supaya memperbetulkan hala tuju parti itu atau beliau akan mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya untuk menyokong Pas dalam pilihan raya umum akan datang.

Malay Mail Online melaporkan Ibrahim berkata sungguhpun Pas memutuskan hubungan dengan DAP, namun masih ada keyakinan bagi parti Islam itu untuk menegakkan hak-hak Melayu dan umat Islam.

“Kita menyerang Pas kerana hubungan mereka dengan DAP, tetapi sekarang tidak ada lagi dan orang Melayu menaruh keyakinan terhadap parti mereka. Jika Umno tidak mengubah hala tujunya, undi kita akan pergi kepada Pas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Perkasa Selayang, di sini hari ini.

Ibrahim menjelaskan walaupun Perkasa bukan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya, mereka boleh menjadi faktor penentu dan boleh mengarahkan sokongan beralih antara Umno dan Pas.

“Kita akan lihat siapa yang boleh mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam,” kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Ibrahim juga menjangkakan peningkatan ahlinya naik kepada sejuta.

Beliau berkata, dengan pengundi Melayu kini terbahagi sokongan mereka terhadap Pas dan Umno, maka jumlah ahli Perkasa dengan mudah akan menjadi faktor penentu dalam suasana politik semasa.
Beliau berkata antara isu-isu di bawah kerajaan sekarang dilihat tidak diselesaikan seperti krisis keyakinan terhadap kepimpinan parti, penghapusan kuota kontrak untuk Bumiputera, dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ibrahim menegaskan salah satu isu yang paling besar sedang melanda keyakinan Perkasa dalam Umno adalah pendirian kerajaan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Beliau berkata kerahsiaan perjanjian perdagangan bermakna rakyat hanya akan tahu jika kepentingan mereka terus terpelihara selepas menandatangani TPPA, di mana ianya sudah terlambat.
“Saya percaya TPPA akan menjadi talian hayat terakhir mereka,” katanya.


Sumber TKO - 4-10-2015


Najib deals with instant karma for harassing Suaram

Posted on Monday, September 28 @ 19:48:53 MYT by Reformis



By Kua Kia Soong It’s amazing how quickly ‘instant karma’ has caught up with Prime Minister Najib Razak after his attempt in 2012/13 to demonise Suaram as a “foreign agent” by unleashing no less than six government agencies, including Bank Negara Malaysia (BNM), to investigate Suaram for among other things, money laundering.

Bear in mind that Suaram has only five staff and an annual budget of around RM300,000. It was clear to all that it was Suaram’s application to the Paris courts to enquire into suspected corruption in the Scorpene deal that had led to the Najib government going berserk and launching the subsequent witch-hunt against the NGO.

Needless to say, the year-long investigation produced not a shred of evidence against Suaram. The rigorous CCM (Companies Commission of Malaysia) investigations included many days of one-on-one questioning with at least 20 people, including former Suaram staff that had left years ago. Even the Registrar of Societies got in on the act and they were made a laughing stock when their Wikipedia source of information meant that even the departed Fan Yew Teng was summoned to their office to make a statement!

Did BNM uncover any whiff of money laundering by Suaram? They certainly did not. But did they protest that it was beyond their remit to waste time on a tiny NGO like Suaram? They did not. I am surprised that all the Harvard-trained economists in BNM did not protest against the preposterous presumption in government circles that there could be such a possibility. But BNM did not say a word.

Nevertheless, the well-oiled propagandists in the mainstream press continued to spin merrily for the same idiotic thinking in government. They had to pay for their indiscretion when the New Straits Times was made to make the “mother of editorial apologies” to Suaram after we sued their pants off.
What is ironic is the fact that all the crap that Najib piled on Suaram only recently has so quickly hit the fan and splattered all over him…

Who has been money laundering then?

There are now several on-going international probes on entities related to 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) and the alleged transfers of USD700 million into Najib’s personal bank accounts. The 1MDB fund is dogged by controversies revolving around its hefty USD11 billion debt and missing funds.

What has Bank Negara Malaysia to say then?

If BNM was prepared to investigate Suaram for money laundering and if the NGO was indeed a “foreign agent” (Well, they didn’t protest against the Government’s order!), why didn’t they alert the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) or the police since they must have known that more than RM2 billion was sitting in the prime minister’s personal bank account. If they didn’t know, they are guilty of gruesome negligence.

If BNM could be bothered with a tiny NGO like Suaram, surely the onus is on the central bank to report Najib’s RM2.6 billion to the appropriate authorities for an investigation to be launched immediately.

Who is a “foreign agent” now?

It was only after The Wall Street Journal exposed the scandal of the RM2.6 billion that Najib made the claim that it was a Middle Eastern “family” who had donated the largesse, adding that the donation was for the Barisan Nasional and Umno’s 13th general election fund.

Newly minted Deputy Prime Minister, Zahid added that they were helping Barisan Nasional because of “the government’s commitment to counter terrorism” and “to maintain Malaysia’s status as a Sunni country”. He, however, refused to reveal the donors’ identity nor did he explain why Najib had not disclosed this humongous donation earlier.

Imagine what would have happened if it had been discovered during Najib’s 2012/2013 “siege of Suaram” that a million ringgit from a foreign “family” had been deposited in the personal bank account of the NGO’s director.

So remember all those who are racist, corrupt and oppressors: “Instant Karma’s gonna get you. Gonna knock you right on the head…”

__
Dr Kua Kia Soong is adviser to Suaram, a human rights group.

Sumber DD - 28-9-2015





























































































Kaji semula projek pembangunan di tanah bukit

SM MOHAMED IDRIS | .


Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengkaji semula projek-projek pembangunan di kawasan bukit di Pulau Pinang terutama di beberapa buah kawasan yang ada dalam radar rancangan pembangunan akan datang.

Mengulas beberapa kejadian banjir lumpur yang melanda kawasan Paya Terubong, Relau, Bayan Baru dan Sungai Dua, SAM berharap pihak-pihak tersebut perlu mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku yang mana ia jelas menunjukkan bahawa pembangunan di kawasan tanah bukit membawa implikasi kepada alam sekitar dan seterusnya kesejahteraan manusia.

Selain itu runtuhan tanah dilaporkan turut berlaku di Bukit Gambier yang hampir melibatkan kawasan perumahan yang berdekatan. Antara punca masalah-masalah ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembangunan atas tanah bukit.

Kami bimbang jika perkara ini tidak ditangani dengan sewajarnya, stiuasi yang sama akan berlaku di kawasan-kawasan lain yang berada dalam pelan rancangan pembangunan di tanah tinggi.

Kejadian yang telah berlaku amat membimbangkan kerana faktor keselamatan penduduk adalah tidak terjamin walaupun pemaju mengatakan bahawa mereka mengikut setiap garis panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Bukit Pulau Pinang 2012 (Penang Guideline for Hillsite Development 2012) telah digubal untuk menangani dan mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan dan merangka prosedur pelaksanaan projek dan penguatkuasaan yang berkesan. 

Mukadimah garis panduan menyatakan bahawa dengan pelaksanaan yang sempurna, garis panduan ini akan memberi keyakinan terhadap keselamatan pembangunan di kawasan bukit di Pulau Pinang.

Namun dari penelitian SAM, projek perumahan di lereng bukit adalah melibatkan pemotongan cerun di kawasan berbukit yang mengganggu khazanah alam semula jadi tersebut. Gangguan kepada ekosistem ini menyebabkan kawasan bukit tersebut tidak stabil serta pergerakan tanah, hakisan dan kegagalan cerun juga akan berlaku.

Pihak berkuasa juga perlu mengambil kira kajian kesan kumulatif pada keseluruhan kawasan dan bukan hanya tumpu kepada kawasan cerun yang berpotensi berlakunya tanah runtuh.

SAM berharap agar pihak-pihak yang bertanggungjawab lebih peka terhadap perkara ini dan mengambil langkah sewajarnya demi perlindungan alam sekitar dan kesejahteraan awam. - HARAKAHDAILY 25/9/2015

Penulis ialah Presiden SAM.

Sumber HD - 25-9-2015


Surat Terbuka Kepada Yab Perdana Menteri Mohon Sumbangan Derma Kepada MAKPEN
Posted on Thursday, August 06 @ 11:36:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Kepada Yang Amat Dihormati,
YAB Perdana Menteri Malaysia
Dato' Seri Najib bin Tun Abd Razak.

Surat Permohonan Sumbangan Derma Kepada MAKPEN mewakili Instituisi Sekolah Sekolah Agama Rakyat ( SAR )di Seluruh Negara.

Di doakan semoga YAB Perdana Menteri diberi kesejahteraan , kesihatan yang baik , petunjuk serta taufik dan hidayah daripada Allah swt.

Berikutan daripada kenyataan SPRM bertarikh 3 Ogos 2015 yang telah mengesahkan dengan jelas nya tampa syak wasangka kepada rakyat Malaysia bahawa YAB Perdana Menteri telah menerima Sumbangan Derma yang sangat banyak berjumlah RM 2.6 billion.

Untuk makluman YAB Perdana Menteri , MAKPEN atau ( Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia ) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar secara rasmi yang bertanggunjawab bagi menaungi pertubuhan pertubuhan pendidikan negeri serta instituisi sekolah sekolah agama rakyat (SAR)di Malaysia.

MAKPEN mengucapkan tahniah diatas penerimaan Sumbangan Derma tersebut kepada YAB Perdana Menteri sekira nya perkara ni benar dan halal mengikut perundangan negara seperti yang telah di umumkan oleh pihak SPRM.

Sudah tentulah sumbangan yang tersangat besar dan banyak itu mesti lah digunakan sebaik baik nya bagi manfaat Rakyat Malaysia.

MAKPEN yang mewakili 11 Gabungan Institusi Pendidikan Sekolah Agama Rakyat seluruh negara yang berjumlah 350 buah sekolah dengan jumlah pelajar hampir seramai 400 ribu pelajar sangat berhajat untuk memohon Sumbangan Derma sebahagian daripada Sumbangan Derma yang telah di terima oleh YAB Perdana Menteri yang telah disahkan oleh pihak SPRM tersebut.

Sumbangan Derma ini amat diperlukan bagi membangunkan sekolah sekolah agama rakyat yang serba kekurangan kemudahan infrastruktur dan pengurusan bagi meningkatkan kecemerlangan para pelajar serta guru guru.

Untuk makluman YAB Perdana Menteri Nilai Kasar Pembangunan Keseluruhan 350 sekolah SAR ini di anggarkan adalah berjumlah RM 1 billion dan Kos Pengurusan tahunan nya berjumlah hampir RM63 juta setahun tidak termasuk kos 'maitainance' dan naik taraf infrastruktur lain.

Semua ini di tanggung dengan Dana Sumbangan dari Rakyat Malaysia yang perihatin dengan sekolah agama rakyat.Kerajaan sangat beruntung kerana sebahagian besar daripada tanggunjawab besar kerajaan kepada rakyat dalam bidang sektor Pendidikan Islam ini telah pun ditanggung sendiri oleh Dana Rakyat yang perihatin.

Oleh itu apalah salah nya YAB Perdana Menteri memberikan sedikit sumbangan derma bagi menghargai pengorbanan dan jasa rakyat Malaysia ini.MAKPEN dan Rakyat Malaysia sangat gembira dan berbesar hati sekiranya YAB Perdana Menteri dapat mengumumkan semula peruntukan SAR ini dan juga mengumumkan jumlah sumbangan derma bantuan kepada sekolah sekolah agama rakyat ini.Alhamdulillah berkat daripada sumbangan dana rakyat ini pelajar sekolah agama rakyat terus cemerlang dalam bidang agama , tahfiz dan akedemik dengan di bantu oleh guru guru yang sangat komited.

Penindasan kepada Sekolah Agama Rakyat telah di lakukan secara kejam oleh Tun Mahadhir selaku Perdana Menteri pada waktu itu yang telah menyekat Geran Peruntukkan SAR pada tahun sekitar 2003.Ini sangat merugikan Islam serta orang Melayu di Malaysia.Sejarah ini sangat busuk dan memalukan Umno dan orang orang Melayu dan Kerajaan Malaysia.

Oleh sebab tu MAKPEN memohon kepada YAB Perdana Menteri untuk meyumbangkan sebahagian daripada Sumbangan Derma yang telah disahkan oleh SPRM itu kepada MAKPEN bagi tujuan mempertingkatkan dan memertabatkan sekolah agama Rakyat di Malaysia.Sumbangan Derma tersebut boleh terus di masukkan ke akaun pengurusan MAKPEN atas nama MAKPEN No Acc ; 212457 6000 8074 ) di RHB ISLAMIC BANK atau Cek atas nama PERTUBUHAN MAJLIS PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA.

Semoga sumbangan derma yang diterima dan yang akan di dermakan semula sebahagian nya oleh YAB Perdana Menteri akan bertambah berkat lagi inshaAllah.

Sekian Terima Kasih.

 "Memartabatkan Pendidikan Islam Di Malaysia".


Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif MAKPEN


Sumber TKO - 6-8-2015


Hentikan tenaga nuklear sekarang

Posted on Wednesday, August 05 @ 22:16:19 MYT by paktam

Oleh S.M. Mohamed Idris

Kami, rakyat dan pertubuhan masyarakat sivil dalam Gabungan Menentang Nuklear Malaysia (Malaysian Coalition Against Nuclear - MyCAN) yang bertandatangan di bawah menolak kuasa nuklear sebagai pilihan untuk keperluan tenaga Malaysia.


Kami menentang kuasa nuklear sebab:

·         Kuasa nuklear adalah pada hakikatnya tidak selamat. Kajian menunjukkan, penduduk yang tinggal sekitar 100km dari loji kuasa nuklear (nuclear power plants - NPPs) ada peluang yang lebih tinggi untuk menghidapi kanser, leukemia dan kecacatan DNA. Sisa nuklear kekal radioaktif untuk beribu-ribu tahun dan tidak boleh dilupus dengan selamat. NPPs adalah terdedah kepada bencana alam dan kemalangan, kesilapan manusia serta sabotaj atau serangan pengganas.


·       Kuasa nuklear adalah sangat mahal, dari kos mendapatkan uranium, pembinaan dan kos operasi NPPs, pengurusan sisa nuklear dan penyahtauliahan loji.

·       Kuasa nuklear tidak bersih atau hijau. Setiap langkah – dari perlombongan bijih uranium, pengilangan, pemprosesan, fabrikasi bahan api, pembinaan reaktor, pemprosesan semula bahan api, penyahtauliahan dan penyimpanan sisa - melepaskan gas rumah hijau, zarah radioaktif dan bahan-bahan toksik yang meracuni udara, air dan tanah.

·       Kuasa nuklear akan menjadikan Malaysia tidak terjamin dari segi tenaga kerana pergantungan kepada teknologi asing dan pengimportan bekalan bahan nuklear.

Atas alasan-alasan tertera di atas, kami menolak Rang Undang-undang Kawalseliaan Tenaga Atom yang mungkin akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang dari 19 Oktober ke 3 Disember 2015. Rang Undang-Undang ini akan membuka pintu untuk penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan elektrik.

Kami juga membantah keras forum awam yang dijalankan Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (Malaysia Nuclear Power Corporation - MNPC), yang mempunyai agenda dalam mempromosikan tenaga nuklear. Kami berpandangan ianya suatu bentuk propaganda untuk tujuan mempromosikan kuasa nuklear dan memperdaya orang ramai untuk menerima kuasa nuklear.

Kerajaan menyembunyikan kemajuan sebenar hala tuju kuasa nuklear. Dari satu segi, kerajaan menegaskan ia masih belum membuat keputusan mengenai penjanaan kuasa nuklear, manakala di segi yang lain, kerajaan bersedia untuk membentangkan rang undang-undang yang akan membuka jalan kepada penjanaan kuasa nuklear di Malaysia.

Ia lama menjadi cita-cita pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan kuasa nuklear di Malaysia. Pada 2010, kerajaan menerima Dasar Nuklear Negara. Kuasa nuklear juga termasuk dalam Dasar Tenaga Baru (2010), dan loji kuasa nuklear unit berkembar dalam anggaran kos RM23 billion dirancang di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Pada 2011, MNPC yang melapor terus ke pejabat perdana menteri, ditubuhkan untuk menerajui, merancang dan menyelaras pelaksanaan program kuasa nuklear yang dijangka menyiapkan loji kuasa nuklear pertama di Malaysia menjelang 2021.

Dalam Rancangan Malaysia ke-11, rujukan berikut untuk kuasa nuklear menyimpulkan penerima-gunaan kuasa nuklear bukan lagi persoalan jika tetapi persoalan bila: “...program komunikasi dan kesedaran awam untuk meyakinkan penerimaan masyarakat terhadap pembinaan loji janakuasa arang batu dan nuklear untuk jaminan bekalan ...”, dan “Penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif akan terus diterokai. Dalam hal ini, sebuah suruhanjaya kawal selia tenaga atom yang bebas akan ditubuhkan berdasarkan undang-undang nuklear yang komprehensif bagi penjanaan elektrik.”

Cita-cita kerajaan benar-benar bertentangan dengan kebimbangan dan pandangan rakyat. Survei Kejaminan Tenaga Kebangsaan baru-baru ini yang dijalankan Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Association of Water and Energy Research Malaysia - AWER) menunjukkan 63.41% daripada rakyat Malaysia prihatin terhadap isu-isu keselamatan loji kuasa nuklear dan 66.61% rakyat Malaysia mahu kerajaan mengkaji secara terperinci keperluan tenaga negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan kuasa nuklear.

Dengan demikian kami:

1.      Menyeru kepada rakyat Malaysia termasuk wakil-wakil rakyat di Dewan Rakyat untuk menolak Rang Undang-undang Kawalseliaan Tenaga Atom. Kami menggesa semua ahli Parlimen untuk mempertimbangkan kebimbangan masyarakat sivil dan permintaan mereka agar projek kuasa nuklear ini dihentikan atas alasan kesihatan dan keselamatan awam, ekonomi, kejaminan tenaga, perlindungan alam sekitar dan pembangunan lestari.

2.      Membantah apa-apa kemajuan lanjut dan mempromosi kuasa nuklear kepada orang awam di Malaysia tanpa proses perundingan awam yang benar-benar adil dan demokratik dan perdebatan mengenai sama ada Malaysia perlu menerokai kuasa nuklear. Proses rundingan awam hendaklah dijalankan badan neutral tanpa sebarang konflik kepentingan.

3.      Menyokong dan mengukuhkan panggilan rakyat agar kajian terperinci tentang keperluan tenaga negara dijalankan terlebih dahulu. Kami menuntut supaya reformasi tulen sektor tenaga dilaksanakan untuk mengelakkan dari hala tuju kuasa nuklear. Kami yakin keperluan tenaga sebenar Malaysia, kini dan di masa depan, dapat dipenuhi melalui pengurusan permintaan, dan langkah-langkah pemuliharaan tenaga serta kecekapan tenaga, dan sumber-sumber tenaga boleh diperbaharui contohnya tenaga solar. Kami menuntut kesaksamaan untuk semua langkah-langkah ini.

Kenyataan ini disokong:

1.    Consumers’ Association of Penang
2.    Institut Rakyat
3.    Malaysian Physicians for Social Responsibility
4.    Nuke Off! (Belia Tanpa Nuklear)
5.    Persatuan Belia Perubahan Iklim
6.    Sahabat Alam Malaysia
7.    Third World Network
8.    Treat Every Environment Special Sdn Bhd. –

* Penulis merupakan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang & Sahabat Alam Malaysia.

Sumber DD - 5-8-2015

Kakitangan Bank Jalankan Tugas Pengawal Keselamatan Atas Arahan Pengurusan
Posted on Thursday, July 30 @ 18:45:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh NUBE Malaysia



Satu adegan mengerikan di sebuah bank di Kota Bharu, Kelantan di mana kakitangan diarahkan oleh pihak pengurusan untuk melaksanakan tugas Pengawal Keselamatan untuk setiap hari membuka pintu premis bank pada 9.15 pagi dan ditutup pada 4:30 tanpa kehadiran mana-mana anggota keselamatan, ia berisiko tinggi membahayakan nyawa pekerja dan menjadi sasaran pembunuh. INI ADALAH TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN DAN BUKAN YANG LAIN-LAIN.

Pada awalnya ahli-ahli NUBE diminta membuka pintu dan apabila mereka enggan melakukannya, pihak pengurusan mengarahkan Pegawai-Pegawai untuk melaksanakan tugasan pengawal keselamatan ini.

Sesungguhnya ia adalah amat mengejutkan dimana Pegawai-Pegawai di bank-bank ini sanggup melakukan tugasan Pengawal Keselamatan demi untuk mendapatkan bonus prestasi dan sanggup membahayakan nyawa mereka dan pekerja-pekerja lain.

Tindakan yang tidak bertanggung jawab beberapa Pegawai bank seperti inilah yang menyebabkan Pengawal Keselamatan tidak lagi diambil untuk bekerja. Ini terbukti dimana beberapa Pegawai bahkan sanggup melakukan tugas “Bukan Pekeranian” di bank pada masa ini.

Kita hairan dengan sikap tidak bertimbang rasa pihak pengurusan yang sanggup membahayakan nyawa pekerja dengan mengarahkan mereka setiap hari untuk membuka dan menutup pintu masuk di premis bank.

Kita telah melihat banyak kejadian rompakan yang mengancam nyawa dan pembunuhan yang telah menjadi fobia dalam minda pekerja. Tindakan majikan itu adalah berbahaya kepada keselamatan, kesihatan, kebajikan dan pelanggaran keselamatan di tempat kerja yang melanggar Seksyen 15 (1) AKTA Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

NUBE telah menulis kepada pihak bank hari ini untuk membetulkan perbuatan yang salah dan jika terdedah ianya boleh membawa malu dan menimbulkan kemarahan para pelanggan dan kami berharap tidak ada bank-bank lain mengamalkan tingkah laku seperti itu.

KESELAMATAN SEMUA PEKERJA TIDAK BOLEH DIKOMPROMI!

Facebook NUBE Malaysia


Sumber TKO - 30-7-2015





























































































Nuklear: Yang rakyat Malaysia perlu tahu

PIARAPAKARAN S | .


TENAGA nuklear telah dikenal pasti sebagai satu lagi sumber tenaga yang akan diguna pakai dalam campuran tenaga (energy mix) Malaysia. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) berpendapat bahawa penglibatan pihak berkepentingan yang lebih efektif perlu dilaksanakan kerana pembangunan tenaga nuklear bukanlah satu isu yang mudah. Sejumlah RM 76,627,219 telah diperuntukkan bagi Tenaga Nuklear Malaysia di antara tahun 2011 dan 2015. Apakah hasil-hasil yang telah dicapai melalui peruntukkan ini? Di manakah laporan-laporan 'kajian' yang berkaitan?

Isu-Isu Berkaitan Dengan Penggunaan Tenaga Nuklear Yang Mesti Ditangani

Sejak tahun 2012, AWER telah berulang kali mengutarakan tujuh isu utama yang berkaitan dengan penggunaan tenaga nuklear tetapi pihak kami tidak menerima sebarang jawapan yang memuaskan sehingga kini. Mari kita meneliti tujuh isu-isu utama yang mesti ditangani oleh Kerajaan Persekutuan sebelum memulakan projek loji tenaga nuklear:

1. Dasar campuran tenaga jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang mesti digariskan dengan jelas dan diumumkan untuk pengetahuan umum

Uranium, plutonium dan thorium merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan juga akan kehabisan suatu hari nanti. Oleh itu, nuklear mungkin bukan satu jalan penyelesaian yang sebenar. Ia bermungkinan hanya boleh membantu Malaysia dalam pengurusan campuran tenaga jangka pendek. Kekurangan inisiatif Kecekapan Tenaga juga menunjukkan pengurusan permintaan (demand side management) yang lemah di sektor tenaga elektrik.

2. Lokasi loji tenaga nuklear mesti didedahkan dari awal perancangan

Ini termasuk semua lokasi yang berkemungkinan menjadi tapak loji. Ia akan membolehkan perbincangan awam yang lebih teliti mengenai isu-isu yang berkaitan dengan loji tenaga nuklear. Penerimaan orang ramai terhadap penggunaan nuklear untuk tenaga mesti dilakukan secara telus dan bukannya perundingan secara "kosmetik".

3. Kebocoran bahan radioaktif, tindak balas kecemasan dan prosedur laporan mesti diperjelaskan kepada orang ramai

Kebocoran 'boiler tube' dalam beberapa loji janakuasa arang batu telah menyebabkan bekalan tenaga elektrik di beberapa negeri terputus pada May 2014. Malah, kerangka kawal selia sektor penjanaan elektrik negara kita telah gagal sepenuhnya. Di samping itu, 'pakar’ nuklear sentiasa mendakwa bahawa nuklear adalah selamat.

Jika ia adalah selamat, mengapakah berlakunya kebocoran? Maka, laporan insiden kebocoran mesti dilaksana secara telus dan jelas kepada orang ramai. Mala petaka Fukushima pada tahun 2011 telah merosotkan keyakinan pelbagai pihak terhadap teknologi nuklear secara mendadak dan mendedahkan pemesongan fakta dalam 'ketelusan' laporan insiden nuklear. Apakah dasar yang Malaysia sedia ada untuk menangani kejadian seperti ini?

4. Kos penutupan operasi loji tenaga nuklear adalah satu lagi kos yang sering diabaikan di mana generasi masa depan perlu menguruskannya

Undang-undang dan peraturan-peraturan yang semakin ketat untuk pelupusan sisa nuklear dan bahan-bahan yang berkaitan akan menyebabkan peningkatan mendadak dalam kos penutupan operasi loji tenaga nuklear. Malangnya, agensi-agensi kerajaan masih mendakwa penggunaan tenaga nuklear adalah lebih kos efektif tanpa memberikan sebarang bukti. Isunya, siapa yang akan menanggung kos penutupan operasi loji tenaga nuklear sebegini?

5 Modal insan (human capital) yang berkebolehan untuk menguruskan loji tenaga nuklear adalah penting

Banyak laporan juga telah menunjukkan bahawa kebocoran atau insiden nuklear adalah sangat berkaitan dengan kesilapan manusia. Apakah perancangan Malaysia untuk membangunkan kepakaran sedemikian? Graduan sains nuklear sahaja tidak cukup untuk menguruskan loji tenaga nuklear.

6. Pelupusan sisa nuklear adalah "ibu" kepada semua isu-isu yang berkaitan dengan nuklear

Sisa nuklear dari loji tenaga mesti didepositkan ke dalam kemudahan simpanan sisa secara selamat. Oleh itu, kos dan keselamatan kemudahan penyimpanan sisa nuklear adalah kebimbangan utama dari segi impak alam sekitar. Apakah unjuran kos kemudahan penyimpanan sisa dan impaknya kepada tarif? Bagaimana pula dengan kebocoran daripada kemudahan simpanan sisa ini yang disebabkan oleh bencana alam?

7. Tarif elektrik yang murah dari tenaga nuklear, adakah ia satu realiti?

Bagaimanakah Malaysia boleh mencapai tarif elektrik yang murah melalui tenaga nuklear apabila terdapat begitu banyak isu perlu diambil kira dalam kos penjanaan? Tambahan pula, dengan desakan yang semakin meningkat dalam perlindungan alam sekitar daripada sisa nuklear, kos penjanaan tenaga elektrik daripada nuklear dijangka meningkat.

Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan Oleh AWER

AWER telah menjalankan Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan (National Energy Security Survey-NESS) untuk mewujudkan data asas mengenai isu-isu berkaitan tenaga. Rangka pensampelan yang digunakan adalah senarai Blok Penghitungan (BP) yang dikemaskini maklumat Tempat Kediaman (TK) daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Pensampelan dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kami telah bertanya kepada responden sama ada mereka akan menyokong tindakan kerajaan untuk membina loji tenaga nuklear berhampiran dengan kawasan kediaman mereka dan mendapati 90.52% rakyat Malaysia membantah tindakan kerajaan untuk membina loji tenaga nuklear berhampiran dengan kawasan kediaman mereka. Selangor merekodkan bantahan tertinggi iaitu 97.70% diikuti Kuala Lumpur (97.04%) dan Pulau Pinang (96.38%). Sokongan tertinggi untuk pembinaan loji tenaga nuklear adalah di Sarawak (17.43%) diikuti oleh Sabah (15.79%) dan Labuan (14.80%). Jadual 1 menunjukkan pecahan respon mengikut negeri.

JADUAL 1: Respon Rakyat Malaysia Mengenai Tindakan Kerajaan untuk Membina Loji Tenaga Nuklear Berhampiran dengan Kawasan Kediaman Mereka.
Negeri
Sokong
Bantah
Johor
11.18%
88.82%
Kuala Lumpur
2.96%
97.04%
Kedah
12.17%
87.83%
Kelantan
9.54%
90.46%
Labuan
14.80%
85.20%
Melaka
6.91%
93.09%
Negeri Sembilan
5.59%
94.41%
Pulau Pinang
3.62%
96.38%
Pahang
13.49%
86.51%
Perak
7.89%
92.11%
Perlis
12.83%
87.17%
Putrajaya
4.28%
95.72%
Sabah
15.79%
84.21%
Sarawak
17.43%
82.57%
Selangor
2.30%
97.70%
Terengganu
10.86%
89.14%
Nasional
9.48%
90.52%
Apabila responden ditanya sama ada kerajaan memberikan maklumat yang mencukupi mengenai cadangan untuk membina loji tenaga nuklear, 91.47% rakyat Malaysia berpendapat bahawa kerajaan tidak memberikan maklumat yang mencukupi. Selangor merekodkan respon tertinggi (98.68%) dalam menyatakan maklumat yang diberikan oleh kerajaan adalah tidak mencukupi diikuti Kuala Lumpur (97.70%) dan Pulau Pinang (96.38%).

Berdasarkan penilaian-penilaian dan isu-isu yang diutarakan oleh AWER, Kerajaan Persekutuan mesti menjalankan pelaksanaan pembangunan tenaga nuklear di Malaysia dengan telus. Tahap keyakinan yang sangat rendah ke atas projek loji tenaga nuklear adalah berkadar langsung dengan pembangunan tenaga nuklear secara rahsia di Malaysia. AWER menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menangani 7 isu-isu utama yang telah kami utarakan sebelum meneruskan hasrat untuk membina loji tenaga nuklear di Malaysia. – HARAKAHDAILY 30/6/2015

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Sumber HD - 30-6-2015

Pendidikan bermutu tangani isu buruh kanak-kanak































































































SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru semua pihak berkepentingan untuk menghormati hak seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan instrumen Pertubuhan Buruh Antarabangsa seterusnya mengiktiraf pendidikan sebagai asas dan jaminan agar hak asasi manusia direalisasikan pada setiap peringkat masyarakat.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam di dalam perutusannya bersempena memperingati Hari Buruh Kanak-kanak Sedunia 2015 hari ini berkata pengiktirafan pendidikan sebagai hak asasi manusia juga termasuklah pelarian, migran dan kanak-kanak yang menjadi mangsa pemerdagangan.

Pada kali ini Suhakam memberi fokus kepada pendidikan yang berkualiti sebagai suatu langkah dalam menghadapi isu buruh kanak-kanak bertemakan “Tidak kepada buruh kanak-kanak, sokongan kepada pendidikan berkualiti”.

Tambahnya, buruh kanak-kanak merupakan isu sejagat dan amat dikesalkan kerana ia merupakan suatu bentuk penderaan dan eksploitasi kanak-kanak serta pelanggaran hak asasi manusia yang membimbangkan.

"Buruh kanak-kanak ditakrifkan sebagai suatu bentuk pekerjaan yang merencatkan pembentukan fizikal dan mental kanak-kanak serta menafikan kanak-kanak daripada mendapatkan pendidikan, kesihatan, masa lapang dan kebebasan asas, yang mencukupi, secara langsung telah melanggar hak asasi mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun bagi Suhakam  aktiviti kanak-kanak yang membantu ibu bapa mereka semasa di rumah atau berniaga untuk mendapatkan duit sampingan semasa cuti sekolah, tidak sewajarnya disalahertikan sebagai buruh kanak-kanak kerana ia merupakan suatu amalan dalam budaya masyarakat di Malaysia.

Mengimbas kembali laporan mengenai buruh kanak-kanak dalam industri perladangan kelapa sawit Malaysia seperti yang dikenal pasti pada tahun 2014 oleh Biro Hal-Ehwal Buruh Antarabangsa (ILAB) di bawah Jabatan Buruh Amerika Syarikat.

Suhakam, menekankan bahawa buruh kanak-kanak melanggar prinsip yang ditetapkan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan instrumen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), terutamanya Konvensyen No. 138 mengenai Umur Minimum Pengambilan Bekerja,  1973 dan Konvensyen No. 182 iaitu Bentuk Penganiayaan Buruh Kanak-Kanak, 1999, yang kedua-duanya ditandatangani oleh Malaysia masing-masing pada tahun 1997 dan 2000; serta  Konvensyen Buruh Paksa, 1930 (No. 29). – HARAKAHDAILY 12/6/2015


Sumber HD - 12-6-2015

Cuepacs Gesa Kerajaan Segera Umum Kenaikan Gaji Dan Bonus


Datuk Azih Muda

KUCHING, 12 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu supaya kerajaan segera mengumumkan kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata kenaikan itu mestilah lebih baik memandangkan pekerja dalam sektor awam di negara ini berhadapan dengan cabaran kos sara hidup yang masih jauh jurangnya dengan kadar upah yang diterima.

"Penjawat awam kini tertanya-tanya bila lagi kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji, bulan puasa ini ada atau tidak ada bonus.

"Inilah masa yang terbaik untuk kerajaan umumkan kenaikan gaji, elaun, elaun wilayah serta penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Hari Pekerja 2015 dan Malam Mesra Hari Gawai 2015 di sini, malam tadi.

Beliau berkata walaupun keadaan kewangan negara kurang stabil ketika ini tetapi ia bukan alasan untuk kerajaan tidak mengumumkan kenaikan gaji kepada penjawat awam yang telah menunjukkan komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Azih berkata kepimpinan Cuepacs akan terus memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam di negara ini.

-- BERNAMA / HD - 12-6-2015






























































































Harga gas asli sepatutnya turun, bukan naik

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Dalam Poin 62 Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa Dan Kedudukan Kewangan Negara yang diumum oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Januari 2015, ia telah dimaklumkan bahawa kerajaan akan menangguhkan cadangan kenaikan harga gas asli pada 2015 untuk mengurangkan kos kendalian perniagaan.

“Tetapi, ia telah dilaporkan hari ini bahawa kerajaan menaikkan harga gas asli bagi sektor komersil dan industri (kecuali sektor penjanaan elektrik) di Semenanjung Malaysia mulai 1 Julai 2015,” ulas Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), Piarapakaran S.

Menurut beliau, berdasarkan kejatuhan harga minyak sedunia sejak suku keempat 2014, Malaysia sepatutnya menikmati pengurangan kos LNG sejak April 2015 yang disebabkan oleh kesan time lag seperti yang terkandung dalam kenyataan KeTTHA.

“Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menarik perhatian semua berkenaan kenyataan media Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada 21 Januari 2015, "faktor lain yang juga perlu diambil kira adalah penetapan harga LNG berasaskan nilai eksport gas asli cecair dari Bintulu dan harga Japan Customs-Cleared Crude (JCCC), di mana berlaku kesan pengekoran harga (lagging effect), masing-masing di antara 2-4 bulan dan 5-7 bulan. Oleh itu, sebarang penurunan atau peningkatan harga minyak mentah dunia dijangka hanya akan memberi kesan kepada harga LNG di Semenanjung Malaysia selepas tempoh 5-7 bulan,” katanya.

Menurut Piarapakaran lagi harga sumber-sumber tenaga yang kompetitif dan telus adalah penting untuk pembangunan negara. Akan tetapi, isu ketelusan harga gas asli bukanlah perkara baru.

Beliau mempertikaikan mengapakah kerajaan meningkatkan harga gas asli sedangkan Malaysia sepatutnya menikmati pengurangan kos akibat daripada kesan time lag harga LNG?

Oleh itu AWER menyeru kerajaan untuk mendedahkan mekanisma pengiraan yang dapat mencerminkan harga gas asli berpaip dan gas asli cecair (Liquefied Natural Gas-LNG). Adakah perbezaan harga di antara gas asli paip dan Gas Asli Cecair (LNG) sama dengan kos pencairan, perkapalan dan regasification LNG?

“Adakah terdapat pengiraan telus yang mencerminkan mekanisme harga antarabangsa yang diguna pakai secara meluas?” tanya beliau. – HARAKAHDAILY 10/6/2015

Sumber HD - 10-6-2015



ERADICATE RAMPANT CORRUPTION STEM LOSS OF LIVES - MALAYSIAN BAR



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35846-eradicate-rampant-corruption-stem-loss-of-lives

Sumber HD - 8-6-2015





























































































Henti pembalakan Hutan Simpan Kuala Krau - SAM

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang mengambil tindakan menghentikan segera kegiatan pembalakan berhampiran Hutan Simpan Kuala Krau dekat Temerloh kerana ia menjejaskan alam sekitar dan kehidupan 200 Orang Asli Kampung Terbol.

"Selain mencemarkan sumber bekalan air kegunaan harian masyarakat tersebut kegiatan ini juga boleh mengganggu ekosistem dan kawasan hutan yang menjadi tempat mereka mencari rezeki," Presiden SAM, SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, katanya paip air yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan sejak 15 tahun lalu untuk menyalurkan air bersih untuk minuman penduduk kampung berkenaan juga tidak lagi berfungsi dengan baik sejak kegiatan pembalakan itu bermula.

Menurutnya, aduan serta bantahan melalui surat telah dibuat oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Terbol kepada pihak berwajib tentang masalah intu tetapi hingga kini tidak ada maklum balas dari pihak berkenaan.

Katanya, penduduk-penduduk juga telah mengadakan protes secara aman menuntut supaya aktiviti pembalakan di situ dihentikan.

Mengulas laporan sebuah akhbar tempatan 15 Mei lalu mengenai masalah itu, ujarnya SAM meminta Jabatan Perhutanan Pahang, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kesihatan dan Pejabat Daerah Temerloh memberi perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Tambahnya, SAM kesal walaupun kegiatan pembalakan di sini jelas terbukti menjejaskan alam sekitar dan kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan itu namun ia masih dibiarkan berlarutan tanpa sebarang tindakan diambil.

"SAM percaya keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika sumber pendapatan dan keperluan asas seperti minuman dan makanan bagi penduduk-penduduk di situ terancam dengan serius pada masa akan datang," ujarnya lagi.

Malah, katanya banjir kilat juga boleh melanda kampung itu jika masalah hakisan dan mendapan tanah turut berlaku akibat aktiviti pembalakan tersebut.

"Jika ini terjadi harta benda dan tanaman penduduk-penduduk di situ akan musnah. Justeru itu SAM menyokong desakan penduduk-penduduk yang terlibat supaya kegiatan pembalakan di situ dihentikan segera," katanya. - HARAKAHDAILY 26/5/2015

Sumber HD - 26-5-2015

KETAHUI KAEDAH USAHASAMA MEMAJUKAN TANAH - HARTAGUAM

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/35576-ketahui-kaedah-usahasama-memajukan-tanah


Sumber HD  - 22-5-2015


Guna peruntukan baharu banteras pembalakan haram

HARAKAHDAILY | .



Transparency International-Malaysia (TI-M) mahu Jabatan Hutan Sarawak menggunakan peruntukan baharu dan mengambil tindakan tegas membanteras pembalakan haram dengan segera.

Berdasarkan laporan media yang terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan serbuan ke atas 49 lokasi dan membekukan sebanyak akaun 519 syarikat dan individu, melibatkan jumlah keseluruhan RM700 juta menerusi Ops Gergaji dalam usaha menjalankan siasatan berkaitan perlakuan rasuah dalam sektor pembalakan dan penebangan hutan secara  haram yang masih berleluasa di Sarawak. SPRM juga telah membekukan sebanyak 1,623 akaun syarikat dan individu di Sabah berjumlah RM560 juta baru-baru ini.

TI-M sangat sangat berharap apabila pemdakwaan dibuat tethadap individu yang bersalah pastikan hukuman berat dikenakan terhadap mereka. Pada tahun lepas empat orang pembalak haram masing-masing dipenjara sehari dan didenda berjumlah RM80,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah Limbang selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah kepada pegawai penguat kuasa bagi melindungi aktiviti mereka.

Baru-baru ini seorang pegawai Jabatan Hutan Daerah Hulu Perak dijatuhi hukuman denda RM70,000 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku menerima rasuah RM100,000 daripada seorang kontraktor balak, tiga tahun lepas.
 
Hakim Mahkamah Sesyen turut mengarahkan wang tunai RM768,970 milik pengawai tersebut, yang dirampas dari rumah tertuduh serta wang berjumlah RM3,103,324.71 dalam 12 akaun milik isteri dan empat anaknya (jumlah keseluruhan RM3.872 juta) dilucut serta diserah kepada kerajaan Malaysia.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah pada prosiding.

Tanpa dikenakan penjara kemungkinan besar tertuduh akan melakukan sekali kegiatan mereka. Selain daripada untuk memastikan ia tidak akan melakukan kesalahan yang sama, hukuman penjara juga akan memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan rasuah.

Isu pembalakan dan penebangan hutan secara tidak sah di Sarawak bukan perkara baharu. Di mana isu mendapat perhatian pelbagai pihak dari dahulu lagi. Justeru, tindakan SPRM dan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Hutan Negeri Sarawak sesuatu yang amat baik. Perkembangan ini disambut ramai demi melindungi khazanah hutan demi manfaat generasi akan datang.

TI-M juga mengadakan siri program integriti di Sarawak sejak dua tahun lalu bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesan buruk pembalakan dan penebangan hutan secara haram.

TI-M berpandangan bahawa tindakan tegas perlu dipertingkatkan bagi membanteras pembalakan haram dan perbuatan rasuah sama sekali. Ini peluang yang baik memandangkan kepimpinan Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang baharu, juga memperlihatan komitmen bagi mengatasi masalah ini. Ada iltizam politik yang kuat di pihak kepimpinan Tan Sri Adenan. Beliau menunjukan satu contoh yang baik. Maka, bagi memastikan iltizam politik itu berkesan, agensi-agensi kerajaan perlu bertindak proaktif.

Pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Jika sekiranya pemimpin di negeri lain mengikuti jejak langkah beliau sudah pasti kegiatan balak akan berkurangan dan akan mendapat kepercayaan rakyat.

Dewan Undangan Negeri Sarawak telah meluluskan pindaan ke atas Ordinan Perhutanan 2015 pada bulan lalu, di mana hukuman penjara mandatori dan denda RM25,000 bagi setiap kesalahan menanti pembalak haram. Pindaan ini turut memperuntukkan penahanan tanpa waran, menahan dan memeriksa kenderaan disyaki digunakan dalam kegiatan pembalakan haram dan pelucutan hak barangan dirampas. Malah, peruntukan baharu juga memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengarahkan pembalak membayar royalti, premium dan cukai tidak kurang 10 kali ganda nilai balak haram kepada kerajaan negeri.

TI-M berpandangan Jabatan Hutan Sarawak perlu menguatkuasakan peruntukan-peruntukan baharu ini dengan tegas bagi mematahkan kegiatan pembalakan secara haram di Sarawak. Jabatan Hutan Sarawak perlu bertindak sebagai agensi utama dalam mengatasi isu ini. Pindaan ke atas Ordinan Perhutanan 2015 telah memberi kuasa yang lebih luas bagi menangani masalah yang menghantui rakyat Sarawak.

Sementara jalinan kerjasama SPRM dan Jabatan Hutan dalam Ops Gergaji adalah baik, tetapi tindakan proaktif Jabatan Hutan Sarawak sangat penting bagi melindungi kawasan hutan atau 'aset hijau' daripada digondol kumpulan yang hanya mengutamakan keuntungan segera.

TI-M juga berpandangan bahawa sudah sampai masa kerajaan mengambil tindakan yang amat tegas bagi menghapuskan kegiatan pembalakan dan penebangan hutan secara haram. Penyelesaian dengan hanya mengenakan kompaun yang diamalkan di kebanyakan negeri selama ini di Malaysia sudah tidak lagi berkesan. Kompaun tidak menakutkan pihak yang menjalankan pembalakan haram, sebaliknya kerakusan menggondol hutan berterusan dan makin berleluasa.

Oleh itu, TI-M amat berharap Jabatan Hutan Negeri Sarawak akan menggunakan peruntukan baharu yang telah dibekalkan oleh Dewan Undangan Negeri untuk bertindak tegas. Sementara peruntukan lebih tegas sudah ada, Jabatan Hutan Negeri Sarawak perlu melihat aspek logistik dan modal insan untun memastiknan keberkesanan penguatkuasaan Ordinan Perhutanan 2015.

Hanya tindakan tegas dan berterusan Jabatan Hutan Negeri Sarawak yang boleh memastikan pembalakan haram di Negeri Sarawak dapat diatasi sama sekali.

Datuk Akhbar Satar
Presiden Transparency International Malaysia
HARAKAHDAILY 17/5/2015

Sumber HD - 17-5-2015

“Who should hold the purse strings?” PM or FM or both?


PRESS STATEMENT, 10 May 2015, Kuala Lumpur  – Transparency International – Malaysia (TI-M) views with deep concern the issues being raised and highlighted by the ongoing 1MDB saga which is raising alarm bells everywhere in this nation.

One of the key issues that have come under scrutiny is the practice of the current government (and of the previous) of the Prime Minister holding a dual portfolio as being also the Minister of Finance.

Such a practice dilutes the principle of “check and balance” within the Cabinet.  By ensuring the Finance Minister is a different person from the Prime Minister, the rakyat is to some extent assured that a different pair of eyes and a different (and we hope an independent) mind can properly and objectively weigh the financial decision being made.  Not all decisions go to the Cabinet for prior approval and the Finance Minister has a wide array of powers within his remit to make decisions by himself and in a country like ours. It is just no longer viable from the point of view of integrity, transparency and good governance to put such a portfolio with the Prime Minister. There may have been some administrative efficiency argued in the past for such dual portfolio but this is totally outweighed by the need for the rakyat to see due process being followed and to protect the hard earned tax payers’ money.

TI-M strongly urges the Government to discard this practice and appoint a separate and competent person in the Cabinet to be the Finance Minister holding only that particular portfolio.  There is an urgent need for this nation to see such structural changes within the Government in responding to the myriad of accusations as to how the Government is not practising “bersih, cekap dan amanah”.
End.

Transparency International-Malaysia is an independent, non-governmental and non-partisan organisation committed to the fight against corruption.
Website: www.transparency.org.my

Note to Editors: For clarification on any and all official statements from Transparency International – Malaysia (TI-M), kindly refer to its President, Dato’ Akhbar Satar (HP: 017-256 0811 or akhbar@transparency.org.my); Deputy President, Dr KM Loi (HP: 012-3036757 or kmloi@transparency.org.my) and Secretary-General, Dr Muhammad Mohan (HP: 012-316 2160 or mmohan@transparency.org.my).

Sumber TI-M / HD - 11-5-2015

CAP sokong bot Pukat Rawa Sorong dilupuskan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas dalam usaha menghapuskan aktiviti bot pukat rawa sorong yang diharamkan penggunaannya di negara ini.

Mengikut Akta Perikanan 1985, mereka yang didapati bersalah kerana melanggar peraturan-peraturan yang termaktub di bawah akta ini boleh dikenakan denda RM20,000.00 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sumber CAP / HD - 9-5-2015





























































































Hak kebebasan berhimpun untuk perhimpunan aman

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan sekatan yang dikenakan terhadap sesuatu perhimpunan mestilah selaras dengan undang-undang dan bertujuan untuk melindungi hak berhimpun secara aman.

Suhakam juga mengakui hak kepada kebebasan berhimpun hanya terpakai untuk perhimpunan aman dan mengenepikan demonstrasi di mana-mana pihak penganjur berniat jahat dan mungkin mengakibatkan rusuhan.

"Walau bagaimanapun, kemungkinan berlakunya tindak balas ganas daripada peserta demonstrasi, sebagai contoh, tidak menghalang pihak polis untuk memberikan perlindungan," tegas Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada cadangan perhimpunan Hari Mei yang akan diadakan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, esok.

Katanya, Suhakam juga mengulangi cadangannya dalam Laporan Siasatan Awam 2012 dan 2013 mengenai perhimpunan awam di mana Suhakam telah menekankan bahawa peserta perhimpunan awam tidak harus bertindak sewenang-wenangnya, bahkan perlu sentiasa menghargai dan menghormati peranan dan tanggungjawab pihak polis dalam mengekalkan dan memelihara keselamatan, keamanan, undang-undang dan peraturan.

Tambahnya, walaupun pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk mencapai keseimbangan yang saksama antara hak asasi untuk berhimpun secara aman dan hak-hak orang lain di kawasan yang terlibat dengan perhimpunan, Suhakam menasihatkan bahawa bantahan kepada sesuatu perhimpunan bukanlah alasan yang baik untuk mengenakan sekatan awal terhadap sesuatu perhimpunan.

Tambahan pula, katanya,  walaupun diakui bahawa perhimpunan awam boleh menyebabkan gangguan sementara atau gangguan kepada rutin aktiviti harian, mengikut definisi, perhimpunan hanya merupakan satu aktiviti yang sementara.

Terdahulu, Suhakam telah menerima permintaan untuk memantau perhimpunan di kedua-dua lokasi dan akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi hak asasi manusia nasional.

Dalam konteks ini, Suhakam mengulangi pendiriannya di dalam Kenyataan Media Suruhanjaya pada 28 Jun 2011, 3 Mei 2012, 1 Mei 2014 dan 7 November 2014 iaitu setiap orang mempunyai kebebasan untuk berhimpun secara aman.

"Hak ini menyediakan ruang untuk kebebasan awam, yang merupakan tunggak utama bagi masyarakat demokratik dan ini jelas termaktub di dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Artikel 20), Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean (Artikel 24) dan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 10)," katanya.

Sempena Hari Pekerja 1 Mei yang akan disambut esok Sekretariat Himpunan Hari Pekerja #BatalGST yang terdiri daripada parti politik dan Badan Bukan Kerajaan akan mengadakan himpunan membantah pelaksanaan GST di Dataran Merdeka bermula jam 2.30 petang.

Pengerusi Sekretariat Batal GST Mohamad Sabu berkata, fokus dan tuntutan himpunan iru hanya satu iaitu menuntut agar pelaksanaan GST dibatalkan serta-merta.

Para perserta dikehendaki memakai baju berwarna merah sebagai tanda sokongan kepada himpunan itu. - HARAKAHDAILY 30/4/2015

Sumber HD - 30-4-2015


MSIA MUST SPEARHEAD ASEAN FREE NUCLEAR ENERGY ZONE - ABDULHADI KHALID, secreatray anak malaysia anti nukeliar

http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/35122-msia-must-spearhead-asean-free-nuclear-energy-zone


Sumber HD - 28-4-2015

Jangan tandatangan TPPA - CAP, SAM

HARAKAHDAILY | .


KAMI merujuk kepada surat oleh Tan Sri Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Asli (Asli Center of Public Policy Studies) yang menyeru kerajaan Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Kami kesal bahawa Ramon dan beberapa ahli komuniti perniagaan lain gagal untuk memahami implikasi serius bagi rakyat dan negara kita sekiranya menandatangani TPPA.

Beliau memberi amaran bahawa jika kita tidak menyertai TPPA akan ada "akibat buruk" – antaranya tidak ada akses kepada kawasan perdagangan bebas baru dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lebih RM101 trilion; tidak dapat keluar daripada perangkap pendapatan sederhana; akan memberi kesan serius ke atas keupayaan untuk berinovasi, menarik pelaburan langsung asing, teknologi tinggi, pendapatan, pekerjaan dan kualiti hidup.

Individu yang tidak menganalisis teks TPP dengan terperinci mestilah pragmatik dan tidak menggesa kerajaan untuk menandatangani perjanjian ini. Paul Krugman, seorang pakar ekonomi yang merupakan pemenang Nobel telah menyatakan kes ekonomi untuk TPP adalah lemah, dan bukannya membawa masalah besar jikalau ia tidak dimeterai.

Artikel dalam Financial Times bertarikh 6 Oktober 2014 bertajuk Trade deals: Toxic Talks dengan tepat menyatakan “... Terdapat juga soalan yang sah mengenai banyak mana perjanjian pelaburan - dan klausa perlindungan pelabur - yang menarik pelabur asing. Baik Brazil mahupun China tidak mempunyai banyak perjanjian, namun kedua-dua negara ini telah menarik sejumlah besar pelaburan langsung asing (foreign direct investment)”.

Kami percaya bahawa “akibat buruk” akan berlaku sekiranya kita sertai TPPA dan bukannya kalau tidak sertainya atas sebab-sebab berikut. Beberapa negara besar di rantau ini seperti China, India dan Indonesia yang mempunyai jumlah besar populasi lebih 2.5 billion tidak terlibat dalam proses TPPA.  Seperti yang disarankan dalam laporan baru-baru ini oleh Khazanah, kita perlu beri tumpuan kepada usaha dalam memperkuatkan hubungan perdagangan kita dalam rantau ini dan bukan impikan pai TPPA di langit.

Kita perlu faham bahawa TPPA adalah untuk manfaat Syarikat Multi-nasional (Multi-national Corporations - MNC) dari negara-negara membangun. MNC dari Amerika Syarikat yang memulakan dan memandu perundingan TPP. Teks perjanjian itu telah disediakan oleh pakar undang-undang mereka dan dirahsiakan, jauh daripada pandangan orang ramai kerana takut bantahan terhadapnya.

Walaupun ia dipanggil perjanjian "perdagangan bebas", TPP bukan semata-matanya mengenai perdagangan. Daripada 29 draf bab TPP, hanya lima yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan tradisional.

Di Amerika Syarikat sendiri kerahsiaan menyelubungi TPPA telah dikritik kuat oleh pembuat dasarnya. Senator Sherrod Brown mengkritiknya dengan berkata: "Ini meneruskan tradisi Amerika di mana syarikat menulis perjanjian perdagangan, tidak berkongsi dengan sesiapa, dan kerap mengorbankan kepentingan pengguna, kesihatan awam dan pekerja"

Tujuan kembar TPPA adalah memudahkan penembusan pasaran oleh MNC yang berpotensi menjejaskan kepentingan ekonomi dan sosial kita dan menggalakkan kepentingan geo-politik Amerika Syarikat contohnya membendung China. Ia masih belum ditunjukkan kepada orang ramai apa faedah yang kita akan dapat daripada perjanjian yang akan mempunyai implikasi yang serius terhadap kesihatan awam, alam sekitar, dasar-dasar sosio-ekonomi dan kedaulatan negara.

TPPA memberi hak kepada pelabur korporat asing untuk menyaman kerajaan bagi tindakan yang melemahkan "jangkaan/harapan" dan menggugat perniagaan mereka. Harapan keuntungan perniagaan seharusnya bukanlah kebimbangan kerajaan tetapi pelabur yang patut mengambil risiko. Jika langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk melindungi dan menggalakkan kepentingan dan keperluan rakyatnya menjejas "jangkaan" keuntungan pelabur, mengapa mesti rakyat membayar pampasan untuk kerugian tersebut?

Dalam ideologi pasaran bebas, peniaga sepatutnya memikul risiko mereka. Peniaga tempatan menghadapi risiko tersebut tanpa bantuan kerajaan. Mengapa mesti syarikat asing besar dilindung daripada risiko perniagaan?

Beberapa dasar/undang-undang yang digubal kerajaan pada masa hadapan untuk melindungi alam sekitar, meningkatkan penjagaan kesihatan atau menggalakkan keadilan sosial boleh dicabar oleh MNC dan kita mungkin terpaksa membayar berbilion-bilion ringgit sebagai pampasan dan dasar/undang-undang itu dibatalkan. Mengapa kita perlu mengambil risiko ini?  Ada banyak contoh cabaran ini.

Di bawah perjanjian perdagangan Belanda-Republik Czech suatu syarikat pelaburan menyaman kerajaan Czech kerana gagal untuk menyelamatkan bank muflis di mana ia mempunyai kepentingan dan telah dianugerahkan pampasan sejumlah $238juta.

Philip Morris telah mendakwa Uruguay dan Australia kerana mengambil langkah-langkah untuk tidak menggalakkan merokok yang terbukti menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Eli Lilly & Co, sebuah syarikat farmaseutikal global Amerika, mencabar di tribunal Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (Investor-State Dispute Settlement -ISDS) mengenai ketidaksahihan oleh mahkamah Kanada terhadap pelanjutan paten untuk kegunaan baru bagi dua ubat asalnya yang dibangunkan pada 1970-an.

Peruntukan ISDS membenarkan syarikat asing untuk mengemukakan tuntutan kepada penimbangtara swasta, bukan mahkamah tempatan, menentang kerajaan dengan dakwaan mengalami kesan buruk terhadap pelaburan mereka kerana tindakan yang diambil oleh kerajaan. Penimbangtara tersebut tidak bebas dan selain menjadi penimbangtara mereka juga mewakili syarikat-syarikat besar dalam tuntutan mereka.

Lebih daripada 100 sarjana undang-undang, dalam surat kepada Kongres Amerika Syarikat menyatakan: "ISDS mengancam kedaulatan negara dengan memberi kuasa kepada syarikat asing untuk memintas sistem mahkamah tempatan dan secara peribadi menguatkuasakan syarat perjanjian perdagangan. Ia melemahkan kedaulatan undang-undang dengan menghapuskan perlindungan prosedur sistem keadilan dan menggunakan sistem pengadilan yang  tidak jelas dan tidak boleh dikaji semula.

Kesan peruntukan perlindungan pelabur dalam TPPA adalah mengehadkan kuasa Parlimen untuk meluluskan undang-undang demi kepentingan rakyat dan perlindungan alam sekitar agar ia patuh kepada TPPA. Ia melanggar perlembagaan untuk membolehkan tribunal ISDS menindih undang-undang yang digubal oleh Parlimen. Ia seolah-olah menyerahkan kuasa veto legislatif kepada ISDS ke atas undang-undang yang digubal oleh Parlimen.

Pertubuhan masyarakat sivil di negara-negara lain yang merundingkan TPP juga telah menimbulkan kebimbangan mereka. Penilaian bebas  tentang kesan kesihatan daripada rundingan TPP yang dijalankan oleh ahli akademik Australia dan badan-badan bukan kerajaan, yang diterbitkan pada bulan Februari 2015, mendapati fasal ISDS akan membawa ancaman besar kepada dasar kesihatan [http://hiaconnect.edu.au/research-and-publications/tpp_hia/].

Kerajaan-kerajaan lain juga menentang  ISDS. Public Citizen yang berpusat di Amerika Syarikat telah mengumpulkan kenyataan rasmi kerajaan-kerajaan dan tindakan terhadap ISDS (http://www.citizen.org/documents/isds-quote-sheet.pdf).

Selain ISDS, terdapat banyak isu yang menimbulkan pertikaian dalam TPP seperti harta intelektual, piawaian alam sekitar dan tenaga kerja, peraturan kewangan, undang-undang hak cipta, perusahaan milik negara, perolehan kerajaan.

Kehidupan dan masa depan kita sedang dipertaruhkan dan kita tidak bersedia untuk membiarkan kerajaan menandatangani TPP bagi pihak kami tanpa menunjukkan isi kandungan perjanjian itu. Kami mengulangi panggilan kami kepada kerajaan untuk menarik diri daripada rundingan perjanjian TPP yang mana kosnya jauh melebihi faedah yang dikatakan. Jangan tandatangani TPPA. - HARAKAHDAILY 14/4/2015

S.M Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang & Sahabat Alam Malaysia

Sumber HD - 14-4-2015





























































































KWSP tidak berhak tahan pesara keluar wang lebih awal

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi pilihan kepada pekerja berhubung had umur pengeluaran wang.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata pekerja harus diberi pilihan sama ada mengeluarkan wang simpanan mereka antara umur 55 hingga 60 tahun.

"KWSP tidak sepatutnya hanya melihat kepentingan wang yang diuruskan tetapi juga masa depan pekerja negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Beliau ditanya mengenai cadangan KWSP yang sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.

Azih yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut berkata bukan semua pekerja akan bekerja sehingga usia 60 dan mereka juga memerlukan wang sebagai persediaan bersara pada usia 56, 58 atau 60 tahun.

"Had umur 55 tahun pada masa kini adalah bersesuaian dan kami harap ia dapat dikekalkan kepada semua pekerja sektor awam dan swasta.

Katanya, terdapat pelbagai faktor seperti kesihatan, gaya hidup dan jenis pekerjaan yang menyebabkan seseorang pekerja itu bersara awal daripada umur 60 tahun.

"KWSP tidak berhak menahan pesara daripada mengeluarkan wang mereka lebih awal dan jika pengeluaran wang dibuat pada umur hampir 60, akan ramai pesara yang sukar menanggung perbelanjaan harian dan menggunakannya untuk berbagai tujuan," katanya.

Bagi seorang bakal pesara, Mohd Jamil Daud, 55, langkah yang diambil oleh KWSP untuk menambah baik polisi sedia ada demi kepentingan rakyat amat dihargai namun ia haruslah dikaji semula daripada setiap sudut.

"Pesara sepatutnya berhak mendapat wang persaraan mereka apabila sudah bersara bagi memudahkan mereka membiayai kehidupan seharian.

Mohd Jamil mencadangkan pencarum menyertai kursus kewangan dan pelaburan sebelum usia persaraan sebagai persediaan menguruskan wang simpanan mereka.

Sementara itu, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) memandang serius perkara berkenaan dan meminta KWSP mengekalkan had pengeluaran wang simpanan sedia ada.

Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut akan dibangkitkan pada Mesyuarat Persidangan Perwakilan UNI-MLC pada 25 April depan selain menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Situasi ekonomi semasa dan kos sara hidup tinggi menyebabkan rakyat perlu menguruskan kewangan dengan lebih baik selain mempunyai komitmen merancang masa depan sebelum bersara," katanya.

"Tempoh pengeluaran wang carumaan yang mahu diselaraskan oleh KWSP juga agak terlewat dan tidak relevan kerana kebanyakan pekerja pada usia itu memerlukan wang simpanan untuk pelbagai tujuan seperti perubatan, menjelaskan pembiayaan kewangan rumah, pendidikan anak-anak dan menampung kos sara hidup harian.

Katanya, pulangan diberikan KWSP pada ketika ini kepada pencarum adalah rendah (enam peratus) berbanding institusi lain seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Lembaga Tabung Haji dan FELDA yang memberi dividen lebih banyak daripada KWSP.

Mohamed Shafie berkata, pihaknya meminta KWSP mengkaji semula cadangan tersebut sekali gus tidak mengambil tindakan drastik tanpa memikirkan soal kebajikan pekerja. - Bernama

Sumber HD - 13-4-2015




























































































































































































































CAP: Kuat kuasa peraturan kebersihan makanan 2009

S.M. MOHAMED IDRIS | .

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya menguatkuasakan dengan tegas Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Gesaan ini dibuat berikutan kes-kes keracunan makanan yang berlaku di negara ini.

Kejadian terbaharu berlaku pada 24 Mac lalu di mana Menteri Pelancongan, tiga ahli Exco negeri dan 30 pegawai pelancongan kanan dari negara-negara Asean mengalami keracunan makanan yang teruk selepas memakan makanan laut di sebuah perkampungan nelayan di Umbai, Melaka. Ujian makmal ke atas sampel makanan mendapati makanan yang dihidangkan itu dicemari bakteria E. Coli, bermakna terdapat pencemaran najis.

Keracunan makanan yang berpunca daripada bakteria, virus, parasit dan bahan kimia berbahaya didapati bertanggungjawab terhadap lebih 200 penyakit, dan telah dikaitkan dengan kematian kira-kira 2 juta orang setiap tahun, terutama kanak-kanak.

Di Amerika Syarikat sahaja terdapat 48 juta kes keracunan makanan berlaku setiap tahun yang mengakibatkan kira-kira 3,000 kematian setahun.

Malaysia tidak terkecuali daripada kes-kes kematian akibat pengambilan makanan yang tidak selamat. Salah satu kes paling serius dilaporkan pada Oktober 1988, di mana beberapa kes keracunan makanan berlaku di Perak. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak. Seramai 13 orang kanak-kanak yang berusia di antara 2.5 – 11 tahun meninggal dunia. Siasatan mendapati punca racunnya ialah Loh See Fun, mi yang berbentuk seperti ekor tikus. Kesemua kanak-kanak yang maut itu memakan mi berkenaan daripada seorang pembekal. Pemeriksaan ke atas organ mangsa dalam 10 kes menunjukkan kepekatan aflatoksin yang tinggi di dalam tisu mereka yang mati. Paras asid borik yang tinggi ditemui dalam tubuh kebanyakan mangsa. Pemeriksaan ke atas hati mangsa pula menunjukkan perubahan nekrotik yang ditemui dalam keracunan aflatoksin. Siasatan selanjutnya menunjukkan terdapat toksin atau beberapa toksin biasa yang bertanggungjawab terhadap kematian tersebut. Toksin tersebut disyaki adalah gabungan asid borik dan aflatoksin.

Pada 2013, tiga orang maut sementara 65 yang lain terpaksa dirawat di wad hospital kerana keracunan makanan selepas memakan makanan dalam satu majlis perkahwinan di Kedah.

Pada 2014, lebih 150 pelajar di sekolah berasrama di Kuala Nerang, Kedah jatuh sakit akibat penyakit bawaan makanan yang berpunca daripada bakteria salmonella.

Menurut Kementerian Kesihatan, sejumlah 5,265 kes keracunan makanan di negara ini berpunca daripada makanan yang disediakan di kantin sekolah atau asrama. Jumlah ini merupakan 43% daripada 12,122 kes keracunan makanan  yang dilaporkan di seluruh dunia pada 2014.

Kes-kes keracunan makanan membabitkan kantin sekolah dan kafetaria asrama di seluruh negara semakin meningkat. Ia meningkat daripada 3,822 (2010), 3,959 (2011), 4,305 (2012) dan 5,017 (2013). Keracunan makanan sering dikaitkan dengan penyelenggaraan makanan yang tidak bersih.

Jumlah kes-kes keracunan makanan yang dilaporkan di Malaysia sejak beberapa tahun lalu (sekitar 8,000 setahun) mungkin hanya segelintir daripada masalah yang ada memandangkan banyak kes keracunan makanan mungkin tidak dilaporkan.

Perubahan dalam pengeluaran, pengedaran dan pengambilan makanan; perubahan kepada alam sekitar; kemunculan patogen baharu dan ketahanan antimikrob kesemuannya memberi cabaran kepada sistem keselamatan makanan.

Keselamatan makanan adalah isu utama yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan dan kita tidak boleh bertolak ansur dalam perkara ini.

Sebagai pengguna, kita cuma berharap untuk membeli dan makan tanpa berasa takut. Ia bukan sekadar bergantung kepada budi bicara pengeluar dan peniaga makanan, malah usaha kerajaan dalam mengukuhkan peraturan dan pengawasan mengenai produk makanan.

Jabatan yang bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keselamatan makanan khususnya perlu menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Mereka mesti menguatkuasakan undang-undang Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Memandangkan hari ini adalah Hari Kesihatan Sedunia dan kempen pada tahun ini adalah mengenai makanan tidak selamat, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya menjalankan pemeriksaan di seluruh negara ke atas tempat-tempat makan, termasuk kantin sekolah, kantin di kilang, tempat makan, pengendali makanan dan gerai makan untuk memastikan makanan yang dihidang selamat untuk dimakan.

Penulis ialah Presiden CAP.

Sumber HD - 7-4-2015


CAP BIMBANG  PENCEMARAN NAJIS BABI MEREBAK DI P. PINANG - SM IDRIS


S.M. MOHAMED IDRIS - PRESIDEN CAP

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/34734-cap-bimbang-pencemaran-najis-babi-merebak-di-p-pinang


Sumber HD - 6-4-2015

Penerbitan buku teks wajar diserah kepada DBP

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) mendesak supaya kerja-kerja percetakan buku teks sekolah menengah diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar dan Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia, Datuk Badruddin Abu Bakar dalam kenyataan media.

Hal ini, kata mereka kerana terdapat banyak rungutan berhubung kesilapan dan kesalahan yang diutarakan daripada masyarakat terutamanya ibu bapa terhadap kualiti buku teks yang telah dicetak.

Berikut kenyataan penuh mereka.

MTEM dan Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) mendesak supaya kerja-kerja percetakan buku teks Sekolah Menengah diberikan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Hal ini kerana terdapat banyak rungutan berhubung kesilapan dan kesalahan yang diutarakan daripada masyarakat terutamanya ibu bapa terhadap kualiti buku teks yang telah dicetak.

MTEM memandang serius kesalahan ini yang melibatkan penerbit dan pencetak buku swasta terdahulu dan ia sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pelajar dan industri amnya.

Kesalahan melibatkan tatabahasa, nahu, susun atur kandungan serta ejaan tidak sewajarnya berlaku. Begitu juga dengan perihal kesalahan fakta dalam sejarah, istilah, dan jawapan yang tidak selari dengan soalan nyata sekali tidak boleh diterima didalam era ini.

Pengamatan MTEM dan PPPMM turut mendapati banyaknya kandungan yang tidak bersesuaian dengan budaya dan moral rakyat Malaysia.

Nyata sekali kesalahan yang banyak ini tidak sewajarnya berlaku memandangkan buku teks adalah rujukan utama pelajar dan guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekolah.

Bagi mengelakkan kesalahan ini daripada terus berulang, MTEM mencadangkan supaya kerja-kerja percetakan buku teks sekolah menengah dan sekolah rendah ini diberi sepenuhnya kepada pihak DBP.

Tidak dinafikan lagi bahawa, DBP mempunyai kredibiliti serta mempunyai kepakaran dalam menghasilkan buku teks yang berkualiti dan memenuhi kehendak pengguna.

Tahun lalu, DBP telah berjaya mengambil alih tugas pencetakan buku teks sekolah rendah, setelah syarikat konsesi yang dilantik telah gagal melaksanakan tugas yang diberikan.

Peranan yang dilaksanakan oleh DBP bukan sahaja dapat dilakukan dengan cemerlang, malah DBP tidak mengabaikan tanggungjawab sosial agensi dalam memastikan isi kandungan buku teks yang tepat dan pemerolehan yang melibatkan syarikat bumiputera sebagaimana yang terkandung dalam akta di bawah DBP.

Sebagai sebuah agensi kerajaan, DBP tidak dapat melaksanakan usaha tersebut sendirian.

Sehubungan itu, MTEM dan PPPMM dengan kekuatan pemain industri melebihi 100 syarikat bumiputera dan nilai pelaburan dianggar sekitar RM1 billion akan sentiasa menyokong usaha DBP sejajar dengan objektifnya berkaitan bahasa, mencetak dan menerbit dan ejaan bersesuaian dengan wawasannya “menjadi peneraju utama pengembangan bahasa dan persuratan Melayu dalam pembinaan negara bangsa”. 

Kami sentiasa bersama-sama DBP mencapai matlamatnya menghasilkan karya bermutu, relevan dan mementingkan kualiti berbanding keuntungan. - HARAKAHDAILY 26/3/2015

Sumber HD - 26-3-2015



MAKE OUR ANTI-CORRUTION LAWS WORK - TI-M



http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34505-make-our-anti-corruption-laws-work

Sumber HD - 24-3-2015


KULI'S CALL GETS TI-M'S BACKING - PRESIDENT  TI - M


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34419-ku-li-s-call-gets-ti-m-s-backing

Sumber HD - 18-3-2015


STOP CRIMINALISING PEACEFUL ASSEMBLIES - SUARAM


YB NIK NAZMI NIK AHMAD(EXCO SELANGOR - KETUA AMK)  / FARIZ MUSA (PENGERUSI JINGGA 13) / SAIFULLAH ZULKIFLI (KETUA AMK KELANA JAYA)


http://www.harakahdaily.net/index.php/headline-english/34275-stop-criminalising-peaceful-assemblies

Sumber HD - 10-3-2015


CONTOHI SELANGOR BERSIAP AWAL ELAK CATUAN AIR - FOMCA



http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/34159-contohi-selangor-bersiap-awal-elak-catuan-air

Sumber HD - 4-3-2015


MENGAPA TANJUNG BIN JIMAH EAST LAMBAT SIAP?  - PRESIDEN AWER

S.PIAPAPAKARAN - PRESIDEN AWER


http://www.harakahdaily.net/index.php/lain-lain/34164-mengapa-tanjung-bin-jimah-east-lambat-siap

Sumber HD - 4-3-2015


BATAL LEBUHRAYA TAMBAH BAIK PENGANGKUTAN AWAM -FOMCA


MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN - TIMBALAN PRESIDEN FOMCA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33899-batal-lebuh-raya-tambah-baik-pengangkutan-awam-fomca

Sumber HD - 16-2-2015


CAP SAM BANTAH PENANAMAN GETAH UBAHSUAI GENETIK - SM IDRIS

http://www.harakahdaily.net/index.php/surat-pembaca/33794-cap-sam-bantah-penanaman-getah-ubah-suai-genetik

Sumber HD - 13-2-2015


SAM GESA KEDAH MPL KAWAL SUNGAI KUAH - SM IDRIS


S.M. MOHD IDRIS - PRESIDEN SAM

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33755-sam-gesa-kedah-mpl-kawal-sungai-kuah

Sumber HD - 9-2-2015


CAP BANTAH PEMUSNAHAN HUTAN BAKAU DI KUALA BAGAN TIANG - NELAYAN


KAWASAN HUTAN BAKAU BAGAN TIANG

http://www.harakahdaily.net/index.php/kominiti/33695-cap-bantah-pemusnahan-hutan-bakau-di-kuala-bagan-tiang

Sumber HD - 6-2-2015


PENGGUNA JANGAN LUPA ANDA ADALAH BOS - PRESIDEN AWER


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33670-pengguna-jangan-lupa-anda-adalah-bos

Sumber HD - 5-2-2015


STRUKTUR BAJET - LIHAT KESAN JANGKA PANJANG EKONOMI M'SIA - MTEM

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33374-struktur-bajet-lihat-kesan-jangka-panjang-ekonomi-m-sia

Sumber HD - 20-1-2015



TANJUNG BIN TIMAH EAST AWER BERI TIGA CADANGAN - PRESIDEN AWER


PIARAPAKARAN . S - PRESIDEN AWER

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33249-tanjung-bin-jimah-east-awer-beri-tiga-cadangan

Sumber HD - 14-1-2015


MEJAR ZAIDI - NEGARA HILANG TENTERA HEBAT - BERSIH 2.0


MEJAR ZAIDI AHMAD

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/33205-mejar-zaidi-negara-hilang-tentera-hebat

Sumber HD - 12-1-2015

MINYAK TURUN TAPI HARGA BARANG TIDAK BERUBAH:


MOHD YUSOF ABDUL RAHMAN - PENGARAH KOMUNIKASI FOMCA

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33198-minyak-turun-tapi-harga-barang-tidak-berubah

Sumber HD - 12-1-2015





























































































Agencies and NGOs working together to solve societal ills

Harakahdaily | .


The presence of a number of government agencies on a programme that is usually conducted by a non-governmental organization for the needy and poor was a surprise to everyone in attendance.

The programme, the ‘Pasar 10 sen’ was organized and managed by the Malaysian Community Policing Association, and periodically held to allow those in need to purchase items that they needed at a cost of only 10 sen each.


The most recent, held on 10th December at the Pangsapuri Enggang in Puchong, saw VIPs from various government agencies such as the police present as well.

When met after the event, SAC Hajjah Fatimah Abdul Hamid from Bukit Aman’s Crime Prevention and Community Safety Department (JPJKK) told English Section that they were there to evaluate the housing project.

“Not only are the police here but also among others representatives from the Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Integrasi Perpaduan Nasional and the Delivery Taskforce under the Jabatan Perdana Menteri as well,” she said.

“All the agencies present today, are working together with non-governmental organizations (NGOs) to find ways to solve social ills,” she said.

If we can plant the seeds of virtue among the people here, she said, they would do good things and not break the law, and of course prevent crime from happening.

“If peace and harmony can be achieved in this and subsequently in other neighbourhoods as well, it would be a much a better place for all to live in”, she opined.

“When the silaturrahim or hospitality and bond between the people get forged, the people trust one another and information with regard to wrongdoings or crimes for example gets to the relevant authorities faster.”

“Not much benefit will come If one lives every day at home just minding one’s own business and not mixing with others,” Hajjah Fatimah pointed out.

She said Kuan (Community Policing of Malaysia president) was someone everyone should emulate as despite him being a Chinese but he had conducted programmes that benefited people of all races.

When asked if she had any advice for the people, she said the family institution is a most critical one, and parents must play their role to ensure their children get educated not only in the academic field, but also spiritually and also know they have a role to play in society.

“It is my belief if we can solve problems at the family level, crimes and wrongdoings will be significantly reduced,” she added.

“The authorities can all work together to come down on crime, but if at the family level itself issues do not get resolved, the job will definitely be tougher and takes longer”, she stressed.

“On behalf of the Royal Malaysian Police, it is our hope that the people will work together to ensure public peace, and our crime rate remains low and the public’s awareness with regard to crime stays high.”

“The police values all assistance received from the people, and hopes that more would come forward should one witness or suspect something not right is happening,” said Hajjah Fatimah - ES

Sumber HD - 24-12-2014














































































































































































































































Nuklear: Malaysia perlu lakukan perkara yang betul

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Malaysia wajar mengambil tindakan untuk menghentikan rancangan tenaga nuklear kerana langkah tersebut akan mendatangkan risiko yang amat hebat terhadap keselamatan tenaga negara.

"Kos dasar ini juga amat tinggi dan jauh melebihi semua faedah yang boleh dihasilkan," ujar Pengerusi Anak Malaysia Anti Nuklear (Aman) Datuk Dr Ronald McCoy dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya Aman menyeru kerajaan Malaysia melakukan perkara yang betul untuk kebaikan semua dan juga buat generasi mendatang.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Anak Malaysia Anti Nuklear (Aman) merupakan suatu gerakan rakyat akar umbi yang berpendapat bahawa tenaga nuklear tidak bersih, murah, selamat ataupun diperlukan bagi tujuan penjanaan kuasa elektrik di Malaysia. Dengan itu, Aman menentang pembinaan loji tenaga nuklear di Malaysia.

Aman sedar wujudnya penyebaran maklumat palsu dari penyokong-penyokong industri nuklear dan kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepentingan tertentu serta ketidakwujudan ketelusan dalam perbincangan antara kerajaan dengan rakyat. Malaysia perlu berwaspada terhadap idea untuk mendirikan loji tenaga nuklear, lebih-lebih lagi apabila isu menangani sisa pembuangan radioaktif tidak mempunyai jalan yang selamat, lalu memberi kesan mudarat kekal terhadap kesihatan rakyat jelata.

Aman mendesak kerajaan supaya membatalkan rancangan EPP11: Menggunakan Tenaga Nuklear untuk Penjanaan Kuasa, yang terkandung dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi menukar fokus kepada penjanaan kuasa melalui tenaga boleh diperbaharui (RE) serta inisiatif keberkesanan tenaga (EE) untuk mengurangkan penggunaan elektrik.

Berikut merupakan 7 dasar bantahan Aman:-

1. Loji tenaga nuklear adalah sangat mahal dan merupakan langkah ekonomi yang tidak bijak. Ini mengambil kira kos dari pembinaan, operasi, serta aspek pengurusan sisa-sisa nuclear hinggalah penyahtauliahan (penutupan) sesebuah loji itu. Jika diambil kira isu sumber uranium yang bukan sahaja berbahaya tetapi juga mahal, ternyata langkah ini adalah satu kemunduran. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menyatakan bahawa sekurang-kurangnya RM350billion diperlukan bagi proses penutupan 40 buah loji nuklear dalam 25 tahun yang akan datang.

2. Dewasa ini, bencana alam sering berlaku disebabkan perubahan iklim, loji tenaga nuklear jelas sangat terdedah kepada risiko tinggi bencana alam, seperti yang dilihat ketika peristiwa Fukushima, Jepun. Tiada jaminan loji nuklear 100% selamat daripada kesilapan operasi ataupun sabotaj mahupun ancaman pengganas. Malaysia langsung tidak bersedia untuk kejadian sebegitu, yang akan menyebabkan negara ini tidak akan dapat didiami untuk beratus tahun.

3. Tenaga nuklear tidak selamat, semacam bom jangka yang bakal meletup pada bila-bila masa. Meski pun, penyokong industri nuklear pula mengatakan sebaliknya, tetapi tetap juga berlaku bencana seperti Fukushima yang belum lagi ada jalan penyelesaiannya. Sudah terang lagi bersuluh, ancaman paling hebat terhadap kesihatan manusia berpunca daripada radiasi sisa-sisa nuklear yang akan kekal sebegitu bagi tempoh beribu-ribu tahun serta tiada kaedah untuk pelupusan kekal dan selamat.

4. Malaysia tidak perlu mendirikan loji tenaga nuklear bagi tujuan penjanaan elektrik kerana penjanaan sekarang dan yang sudah dirancang serta daripada sumber-sumber lain mencukupi. Malah, usaha perlu ditumpukan untuk Tenaga boleh diperbaharui dan juga tenaga lestari yang boleh mengurangkan sehingga 30% penggunaan elektrik.

5. Selain daripada negara China, kadar pembinaan loji tenaga nuklear sedang menjunam, dengan satu sahaja loji tenaga nuklear yang sedang didirikan di Amerika Syarikat. Di negara Jerman pula, mereka telah menggubal undang-undang sedia ada supaya tenaga nuklear dihentikan menjelang tahun 2022 dan negara Perancis juga akan berbuat demikian.

6. Jika Malaysia memilih menggunakan tenaga nuklear, Malaysia akan terpaksa bergantung kepada kuasa asing bagi teknologi serta bekalan sumber nuklear. Hal ini akan mengganggu keselamatan sumber tenaga Malaysia.

7. Loji nuklear juga akan menghasilkan plutonium yang boleh disalahgunakan, lalu membuka ruang untuk percambahan senjata nuklear. Hal ini secara langsung melanggar dasar Malaysia yang sudahpun menentang penggunaan senjata nuklear.

Secara umumnya, kegunaan tenaga nuklear sedang berkurangan. Pada tahun 2003, terdapat 438 loji nuklear yang beroperasi, manakala pada hari ini, hanya terdapat 388 loji yang masih aktif. Peratus penggunaan tenaga nuklear juga telah menurun, daripada 17.8% pada tahun 1996 kepada 10.8% pada tahun 2013. Sejak dari tahun 2000, kadar peningkatan tahunan bagi tenaga suria adalah sebanyak 25% dan sejumlah 43% bagi tenaga angin. Manakala tenaga nuklear pula menurun sebanyak 0.4%.

Negara Jerman telah berjaya dalam usaha melupuskan penggunaan tenaga nuklear dan sedang menghala ke arah tenaga boleh diperbaharui. Perancis pula telah meluluskan usul di Parlimen mereka untuk mengurangkan penggunaan tenaga nuklear daripada 75% kepada 50%, sejurusnya meningkat kadar penjanaan tenaga boleh diperbaharui daripada 15% ke 40%.

Amat jelas, Malaysia wajar mengambil tindakan untuk menghentikan rancangan tenaga nuklear kerana langkah tersebut akan mendatangkan risiko yang amat hebat terhadap keselamatan tenaga negara. Kos dasar ini juga amat tinggi dan jauh melebihi semua faedah yang boleh dihasilkan.

Aman menyeru kerajaan Malaysia melakukan perkara yang betul untuk kebaikan semua dan juga buat generasi mendatang. - HARAKAHDAILY 24/12/2014

Jangan terkejut tambang bas sekolah 2015 bakal naik 50%

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tidak menolak kemungkinan ada pengusaha bas sekolah yang akan menaikkan kadar tambang antara 30 hingga 50 peratus.

Presidennya, Amali Munif Rahmat tidak menolak kemungkinan itu akibat peningkatan pelbagai kos yang perlu ditanggung apabila sesi persekolahan dibuka semula Januari nanti.

"Jangan terkejut jika berlaku kenaikan antara 30 hingga 50 peratus. Ini kerana peratusan kenaikan akan diputuskan oleh pengusaha bas sendiri selepas kadar tambang asas bas sekolah yang diwarta di bawah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 sudah tidak relevan lagi," katanya dipetik mStar Online.

Menurutnya, jika situasi itu berlaku, pengusaha bas tidak patut dipersalahkan kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilihat tidak mengambil sebarang inisiatif untuk mengatasi masalah tersebut.

"Macam mana kita nak tetapkan satu kadar tambang yang memuaskan hati semua pihak jika tiada harga asas?

"Jadi jangan salahkan kami jika berlaku kenaikan tambang nanti," katanya lagi.

"Bayangkan jika keluarga berkenaan mempunyai 3 atau 4 orang anak yang menaiki bas sekolah untuk ke sekolah," tulis blogger Kelab Greenboc yang mengulas perkara itu.

Menurutnya, impak kenaikan harga tambang bas sekolah sehingga 50% sudah pasti menjejaskan kehidupan mereka.

"Apakah ini yang dinamakan kerajaan prihatin terhadap rakyatnya?" soalnya. - HARAKAHDAILY 22/12/2013
































































































Hari Migran Antarabangsa: Hormati juga hak mereka

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Hari ini merupakan Hari Migran Antarabangsa. Bersempena dengan itu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia menyeru masyarakat di negara ini agar turut mengiktiraf sumbangan mereka dalam pembangunan banyak negara termasuk Malaysia.

“Pada Hari Migran Antarabangsa, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia memperingati hak migran dan mengambil peluang untuk mengiktiraf sumbangan yang dilakukan oleh migran kepada pertumbuhan dan pembangunan di kebanyakan negara.

“Suruhanjaya menggesa agar usaha yang lebih mantap untuk menghapuskan stigma dan diskriminasi yang dihadapi oleh kumpulan terdedah ini dan menyeru penggunaan istilah yang lebih tepat digunakan apabila merujuk kepada migran yang tidak berdokumen. Suruhanjaya ingin mengingatkan media bahawa istilah 'pendatang haram' bukanlah satu konsep undang-undang malah tidak tepat, kerana seseorang itu tidak boleh dianggap haram,” ujar Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataan medianya.

Suhakam berpendapat bahawa dalam menangani aspek tertentu berkaitan migran dan pekerja asing dengan lebih berkesan, Kerajaan mesti meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka.

Di samping itu, Suhakam juga menggesa agar Malaysia juga perlu mengambil usaha yang konkrit dan langkah-langkah yang sejajar dan diterima sebulat suara semasa Dialog Peringkat Tertinggi mengenai Migrasi dan Pembangunan Antarabangsa, Perisytiharan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Perisytiharan ini mengesahkan keperluan untuk mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi semua migran, mengulangi komitmen untuk memerangi pemerdagangan manusia, dan mengecam keras manifestasi perkauman dan sikap tidak bertoleransi terhadap kumpulan ini.

“Selanjutnya, menurut Artikel 22 Perisytiharan ASEAN mengenai Perlindungan dan Promosi Hak Pekerja Migran yang diterima pakai pada tahun 2007, negara-negara ASEAN telah bersetuju untuk membangunkan Instrumen ASEAN mengenai Promosi dan Perlindungan Pekerja Migran.

“Ia bagaimanapun masih belum dimuktamadkan. Dalam kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2015, Suruhanjaya menyeru Kerajaan untuk menyelesaikan penggubalan dokumen ini dengan kadar segera dengan rundingan bermakna dengan semua pihak yang berkepentingan,” tegas Tan Sri Hasmy. –

HARAKAHDAILY 18/12/2014






























































































Kenapa 1MDB lewat siapkan loji Jimah East?

PIARAPAKARAN S | .

PERSATUAN Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan (National Energy Security Survey-NESS) untuk mewujudkan data asas mengenai isu-isu berkaitan tenaga. Rangka persampelan yang digunakan adalah senarai Blok Penghitungan (BP) yang dikemaskini maklumat Tempat Kediaman (TK) daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Persampelan dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Apabila ditanya sama ada responden berpendapat bahawa kerajaan melindungi Penjana Bebas (IPP), 60.09% rakyat Malaysian berpendapat bahawa kerajaan melindungi IPP dan baki 39.91% berpendapat kerajaan tidak melindungi IPP. Kuala Lumpur merekodkan peratusan tertinggi (85.86%) responden yang berpendapat kerajaan melindungi IPP diikuti oleh Negeri Sembilan (79.28%) dan Selangor (78.62%). Putrajaya mempunyai peratusan tertinggi (81.25%) yang berpendapat kerajaan tidak melindungi IPP diikuti oleh Sarawak (59.87%) dan Pahang (58.22%). Pecahan terperinci respon adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Pendapat Rakyat Malaysia Sama Ada Kerajaan Melindungi IPP atau Tidak (peratusan)

Negeri
Melindungi IPP
Tidak Melindungi IPP
Johor
50.00%
50.00%
K. Lumpur
85.86%
14.14%
Kedah
53.29%
46.71%
Kelantan
73.03%
26.97%
Labuan
61.18%
38.82%
Melaka
71.38%
28.62%
Negeri Sembilan
79.28%
20.72%
Pulau Pinang
77.96%
22.04%
Pahang
41.78%
58.22%
Perak
72.04%
27.96%
Perlis
54.93%
45.07%
Putrajaya
18.75%
81.25%
Sabah
42.11%
57.89%
Sarawak
40.13%
59.87%
Selangor
78.62%
21.38%
Terengganu
61.18%
38.82%
Malaysia
60.09%
39.91%

Apabila responden ditanya tentang tanggungjawab kerajaan yang paling penting dalam isu-isu berkaitan dengan bekalan tenaga elektrik, 66.47% rakyat Malaysia berpendapat bahawa memastikan tarif elektrik sentiasa rendah merupakan tanggungjawab kerajaan yang paling penting. Ini diikuti oleh 24.26% rakyat Malaysia berpendapat bahawa memastikan semua rakyat termasuk penduduk luar bandar dan pedalaman mempunyai bekalan elektrik yang berterusan merupakan tanggungjawab kerajaan yang paling penting. 7.56% rakyat Malaysia berpendapat bahawa memastikan bekalan elektrik adalah stabil dan berterusan di kawasan perindustrian merupakan tanggungjawab kerajaan yang paling penting dan baki 1.71% rakyat Malaysia berpendapat bahawa memastikan bekalan elektrik adalah stabil dan berterusan di kawasan bandar merupakan tanggungjawab kerajaan yang paling penting.

Berdasarkan respons-respons di atas, AWER ingin mengutarakan soalan-soalan berikut kepada Kerajaan Persekutuan:

I. Apakah yang Kerajaan Persekutuan akan lakukan untuk membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan adalah adil dalam berurusan dengan penganugerahan projek loji janakuasa dan juga memastikan hanya pembida cekap dan kos efektif dipilih?

II. Apakah yang Kerajaan Persekutuan akan lakukan untuk memastikan tarif elektrik kekal rendah, saksama dan berpatutan?

Sekarang, mari kita lihat beberapa penyelesaian yang Kerajaan Persekutuan boleh laksanakan sebelum 31 Disember 2014.

A. KELEWATAN MALAKOFF DALAM MENYIAPKAN PROJEK LOJI JANAKUASA ARANG BATU TANJUNG BIN 1000 MW

Pada tahun 2011, Suruhanjaya Tenaga telah melaksanakan pembidaan terhad (restricted bidding) untuk brown field (lokasi yang mempunyai loji janakuasa sedia ada) untuk dua loji janakuasa arang batu 1000 MW (MegaWatt) dan projek kedua loji janakuasa arang batu (1000 MW) dianugerahkan kepada Malakoff tanpa proses pembidaan yang baru. Malakoff kalah dalam proses pembidaan yang pertama kepada TNB Janamanjung. Loji janakuasa arang batu Malakoff, iaitu loji janakuasa Tanjung Bin dijadual siap pembinaannya pada Mac 2016.

Sekarang, loji janakuasa Tanjung Bin menjangkakan kelewatan 6 hingga 12 bulan. Mengapakah kelewatan ini berlaku? Mengapakah maklumat mengenai masalah pembinaan tidak dimaklumkan kepada pengawal selia untuk satu tempoh masa yang lama (tempoh masa yang boleh melahirkan anak gajah yang sihat)? Berdasarkan pemodelan AWER, kos tambahan bahan api yang akan disalurkan kepada tarif bagi kelewatan 6 bulan adalah lebih kurang RM321.97 juta dan untuk kelewatan 1 tahun adalah sekitar RM643.94 juta untuk 1000 MW. Jika Kerajaan Persekutuan ingin membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Persekutuan tidak melindungi IPP, Kerajaan Persekutuan mesti memastikan Malakoff menanggung semua kos tambahan yang disebabkan oleh kelewatan dalam penyiapan pembinaan loji janakuasa Tanjung Bin. Secara tidak langsung, ini juga akan membantu Kerajaan Persekutuan untuk mencapai tarif elektrik yang rendah, saksama dan berpatutan.
B. KELEWATAN 1MDB DALAM MENYIAPKAN PROJEK LOJI JANAKUASA ARANG BATU JIMAH EAST 2000 MW

Permohonan pelanjutan 6 bulan oleh 1MDB dalam masa setahun selepas memenangi Loji Janakuasa Arang Batu Jimah East semata-mata menunjukkan ketidakcekapan syarikat ini. Mengapakah perkara ini boleh berlaku? Apabila projek telah dianugerahkan, pemenang bidaan mempunyai tanggungjawab untuk menyiapkan projek ini megikut masa. Disebabkan Loji Janakuasa Arang Batu Jimah East masih di peringkat awal, AWER ingin mencadangkan hanya tiga pilihan bagi Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu kelewatan dalam penyiapan pembinaan loji janakuasa ini:
Pilihan 1: Batal Penganugerahan Loji Janakuasa Arang Batu Jimah East kepada 1MDB dan Laksanakan Pembidaan Kompetitif yang Baru.

Loji janakuasa Jimah East dijadualkan siap pembinaan pada akhir tahun 2018 (unit pertama) dan pertengahan tahun 2019 (unit kedua). Kelewatan dalam penyiapan pembinaan loji janakuasa 2000MW ini akan menyebabkan gangguan jaminan bekalan elektrik (electricity supply security) yang serius. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan patut membatalkan penganugerahan projek Loji Janakuasa Arang Batu Jimah East kepada 1MDB dan laksanakan pembidaan kompetitif yang baru. Ia adalah satu fakta yang diketahui umum bahawa pembinaan loji janakuasa arang batu akan mengambil masa kira-kira 4 tahun manakala pembinaan loji janakuasa turbin gas kitaran bersepadu (CCGT) akan mengambil masa kira-kira 32 hingga 36 bulan. Maka, bidaan kompetitif yang bakal dilaksanakan adalah untuk pembinaan loji janakuasa CCGT dan bukannya loji janakuasa arang batu untuk mengelak berlakunya gangguan bekalan elektrik pada tahun 2018 dan 2019. Jika bidaan yang kompetitif dilaksanakan pada bulan Januari 2015 dan Notis untuk Teruskan (Notice to Proceed - NTP) diberikan menjelang akhir bulan Disember 2015, masih terdapat masa yang mencukupi untuk menyiapkan projek loji janakuasa CCGT 2000MW ini. Langkah ini (membatalkan penganugerahan projek kepada 1MDB) adalah satu peringatan keras (deterrent reminder) kepada semua syarikat penjanaan elektrik bahawa ia adalah tanggungjawab penuh mereka untuk menyempurnakan projek loji janakuasa mengikut masa atau mereka akan dihukum seberat-beratnya bagi ketidakcekapan mereka.

Pilihan 2: Pastikan 1MDB Menanggung Semua Kos Tambahan yang Disebabkan oleh Kelewatan Penyiapan Pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu Jimah East.

Berdasarkan tarif elektrik purata semasa, 41% kos bekalan tenaga elektrik terdiri daripada kos bahan api. Apabila berlakunya kenaikan harga gas asli dan arang batu, kos bahan api akan memberi impak yang lebih tinggi kepada tarif. Jika kerajaan meluluskan pelanjutan bagi Loji Janakuasa Arang Batu Jimah East, ia juga perlu melanjutkan beberapa loji janakuasa gas lama yang akan ataupun sudah berhenti beroperasi. Loji-loji janakuasa lama ini akan menggunakan lebih banyak bahan api untuk menjana tenaga elektrik disebabkan oleh kecekapan penjanaan loji-loji janakuasa lama ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan loji-loji janakuasa baru. Ini akan menyebabkan kos bahan api memberi impak yang lebih tinggi kepada tarif elektrik. Mengapakah orang ramai dan sektor perniagaan perlu membayar kos tambahan ini? Orang ramai dan sektor perniagaan tidak meminta 1MDB untuk melambatkan penyiapan pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu Jimah East. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan mesti memastikan 1MDB menanggung semua kos tambahan yang disebabkan oleh kelewatan dalam penyiapan pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu Jimah East jika Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk membenarkan permohonan pelanjutan oleh 1MDB.

Pilihan 3: Kos tambahan yang Disebabkan oleh Kelewatan Penyiapan Pembinaan Loji Janakuasa Arang Batu Jimah East Dibayar oleh Kabinet dan Pegawai-pegawai Kementerian Yang Membenarkan Pelanjutan

Jika Kerajaan Persekutuan tidak memilih Pilihan 1 atau Pilihan 2, AWER masih mempunyai pilihan ketiga dan terakhir untuk isu ini. Kerajaan Persekutuan boleh membenarkan permohonan pelanjutan oleh 1MDB dan hanya mengenakan penalti yang dihadkan sebanyak RM108 juta bagi setiap 1000 MW. Tetapi, segala kos tambahan selepas ditolak penalti (RM108 juta pada 1000 MW) perlu dibayar oleh ahli-ahli kabinet, menteri dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta pengerusi, pesuruhjaya dan pegawai-pegawai kanan di Suruhanjaya Tenaga.
Sebagai contoh, jika kita menanda aras anggaran kos bahan api tambahan yang disebabkan oleh kelewatan penyiapan pembinaan loji janakuasa arang batu Tanjung Bin 1000 MW (RM 321.97 juta), kelewatan dalam penyiapan pembinaan loji janakuasa arang batu Jimah East 2000MW akan menyebabkan kos bahan api tambahan sebanyak RM643.94 juta. Selepas ditolak penalti (RM216 juta), ahli-ahli kabinet, menteri dan pegawai-pegawai kanan di KeTTHA serta pengerusi, pesuruhjaya dan pegawai-pegawai kanan di Suruhanjaya Tenaga perlu membayar sejumlah RM427.94 juta.

Mereka boleh mengeluarkan simpanan mereka, wang pencen dan juga meminta bantuan daripada ahli-ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara untuk membantu membayar kos tambahan ini jika mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi. Pendek kata, jangan menyalurkan sebarang kos tambahan kepada orang ramai dan sektor perniagaan melalui tarif elektrik!

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Sumber HD - 18-12-2014

KWSP didakwa nafi hak pesara

ARIF ATAN | .

KUALA LUMPUR: Persatuan Pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia mendesak kerajaan menyelesaikan kegagalan pelaksanaan opsyen ditandatangani oleh pesara KWSP di bawah Laporan Gaji Harun (HCR) 1975 dan Laporan Gaji Kabinet (CCR) 1977 yang mengakibatkan kerugian gaji dan faedah persaraan.

Penolong Setiausahanya, Ismail Abdullah menghubungi Harakah berkata, pertemuan bersemuka antara pihak persatuan dan pengurusan KWSP kali terakhir pada 7 Januari 2013 selain banyak berurusan melalui surat sejak beberapa tahun lalu masih gagal menyelesaikan masalah dihadapi.

"Kami berusaha agar dapatlah diperbetulkan ketidakadilan terhadap kira-kira 500 pesara selama ini disebabkan oleh Lembaga KWSP tidak memahami tuntutan kami," ujarnya pada 9 Disember lalu.

Menurut Ismail, pihak persatuan pada 1991 telah memfailkan kes sivil untuk mendapatkan perintah mahkamah ekoran penolakan Lembaga KWSP terhadap tuntutan mereka dua tahun sebelum itu.

KWSP melalui surat bertarikh 15 Disember 1989 memutuskan bahawa KWSK (Excess Fund) tidak boleh diteruskan semula dan diiktiraf sebagai gaji dan bukan caruman majikan bagi kakitangan yang memilih faedah pencen.

Dalam jawapan itu juga, KWSP memaklumkan kesatuan kakitangan mempunyai hak untuk tindakan lanjut termasuk membawa perkara tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Walau bagaimanapun, KWSP, jelasnya, mengemukakan bantahan selepas kes itu difailkan di mahkamah sebelum bertindak menyingkirkan kes tersebut di Mahkamah Persekutuan dengan mendapatkan perintah mahkamah mendakwa pihak persatuan tidak layak mewakili pesara dalam tuntutan tersebut sebaliknya boleh membawa kes secara individu.

Ismail berkata, tidak berputus asa dengan tekanan dialami satu jawatankuasa ditubuhkan untuk meneruskan tuntutan terhadap pihak pengurusan KWSP.

Selepas beberapa tahun pihak kesatuan berurusan dengan lembaga melalui surat, ujarnya, pihak pengurusan memberitahu supaya dikemukakan sekali lagi surat rayuan dan pihak Kesatuan berbuat demikian pada 27 November 2012.

Namun, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia KWSP melalui Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Dato' Ibrahim Taib dalam suratnya bertarikh 14 Januari 2013 tidak mempertimbangkan rayuan pesara dan bekas kakitangan KWSP terbabit dengan antara lain memaklumkan "mengekalkan keputusan-keputusan Lembaga terdahulu".

Kes semakan penghakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi juga turut disingkirkan atas alasan Private Law manakala kes rayuan seterusnya turut ditolak tanpa membicarakan "merit of the case".

Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah bertulis pada 5 April 2000 dengan antara lain menyebut, "Secara teknikalnya, ini tentunya tidak menghalang pekerja untuk mengambil tindakan sama ada atas nama sendiri secara terpisah atau secara bersama."

"Saya berharap Lembaga KWSP bersikap adil dengan meneliti semula intipati kes ini untuk bersikap adil kepada golongan pesara terlibat yang ramainya sudah berusia 70 tahun selain ada yang sudah meninggal dunia," kata Ismail lagi. - HARAKAHDAILY, 12/12/2014

Hak asasi manusia adalah untuk semua - Suhakam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Setiap hari merupakan hari hak manusia, dan bahawa hak asasi manusia adalah hak yang tidak terpisah daripada semua.

Demikian ditegaskan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan hari ini, sebagaimana di bawah.

Hari Hak Asasi Manusia disambut setiap tahun pada 10 Disember bagi memperingati hari pada tahun 1948 apabila Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menerima pakai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang akan diraikan pada tahun 2014 bertemakan "Hak Asasi Manusia 365".

Penekanan ini adalah untuk memberikan kefahaman bahawa setiap hari merupakan hari hak manusia, dan bahawa hak asasi manusia adalah hak yang tidak terpisah daripada semua.

Pada hari ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ingin menyatakan bahawa hak asasi manusia adalah untuk semua, juga merupakan slogannya, akan dicapai apabila kita mampu untuk mengubah idea di sebalik UDHR ke dalam budaya, dengan mengamalkan prinsip dalam kehidupan seharian, di samping mengambil kira konteks khusus setiap masyarakat.

Suruhanjaya ingin mengingatkan semua pihak bahawa walaupun UDHR bukan sebuah instrumen yang mengikat, namun ia telah berkembang untuk menjadi konvensyen dan triti yang mengikat secara undang-undang.

UDHR telah diisytiharkan sebagai "standard bersama terhadap pencapaian oleh semua masyarakat dan negara", yang mana individu dan masyarakat harus bergerak ke arah "berusaha dengan langkah progresif, di peringkat negara dan antarabangsa, bagi menjamin pengkitirafan dan pematuhan sejagat yang berkesan".

Ia adalah undang-undang antarabangsa yang mana selepas diratifikasikan, sesebuah Negara itu diwajibkan oleh undang-undang antarabangsa untuk melaksanakan dan mematuhi semua peruntukan triti tersebut, kecuali jika terdapat reservasi.

Oleh itu, Suruhanjaya berpandangan bahawa, sebaik sahaja diratifikasi dan dipersetujui, kesahihan atau kesesuaian sesuatu triti antarabangsa tidak harus dibangkitkan sebagai isu.

Pada hari Hak Asasi Manusia ini, Suruhanjaya juga ingin menyangkal tanggapan bahawa hak asasi manusia adalah agenda barat, dan mengulangi konsep kesejagatan hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Paling penting, hak asasi manusia adalah berasaskan penghormatan terhadap maruah dan bernilai bagi setiap individu.

Suruhanjaya mengulangi semula seruannya agar Kerajaan memenuhi peruntukan perisytiharan seperti Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asli dan memperbaharui cadangannya bahawa Kerajaan akan menyertai baki teras triti hak asasi manusia antarabangsa untuk terus maju ke arah mencapai matlamat yang mapan dan pertumbuhan inklusif serta penghormatan terhadap hak asasi manusia. - HARAKAHDAILY 8/12/2014

Sumber HD - 8-12-2014





























































































Suhakam kesal kerajaan kekalkan akta hasutan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kesal keputusan Kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Hal ini dinyatakan dalam suatu kenyataan media melalui pemangku pengerusinya, Datuk Dr Khaw Lake Tee.

Menurut Suhakam, kekesalan ini kerana kerajaan telah berjanji untuk menghapuskannya pada tahun 2012. Yang berlaku, bukan sahaja janji itu tidak ditepati, malah akta itu akan dikukuhkan dengan peruntukan tambahan.

Berikut kenyataan penuh Suhakam;

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia kesal dengan pengumuman Kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan untuk mengukuhkannya dengan peruntukan tambahan, walaupun janji yang dibuat pada tahun 2012 untuk memansuhkan undang-undang yang menindas dan lapuk.

Keputusan yang mengecewakan ini tidak memberikan gambaran baik kepada negara di saat ia akan menyandang dua jawatan bertaraf antarabangsa yang penting dan berprofil tinggi menjelang Januari 2015 iaitu sebagai anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pengerusi ASEAN, sesuai dengan kemunculannya ketika ini sebagai komuniti serantau yang makin bersepadu, dinamik dan berpandangan jauh.
Dengan menggalas kedua-dua jawatan ini, harapan agar Malaysia dapat meningkatkan prestasi dan standard yang tinggi dalam ruang lingkup hak asasi manusia dengan jangkaan yang lebih kukuh dan dipergiatkan Walaupun Suruhanjaya memahami keseimbangan antara kebebasan dan keselamatan, dan mengakui bahawa amalan kebebasan bersuara mungkin tertakluk kepada sekatan yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang, terutamanya bagi melindungi hak asasi orang lain, ia menegaskan bahawa sebarang sekatan mesti seimbang, berkadar, jelas dan adil.

Seterusnya, sekatan itu hendaklah mematuhi norma antarabangsa mengenai hak untuk kebebasan bersuara dan berucap.

Oleh itu, semua undang-undang atau pindaan kepada undang-undang sedia ada seperti yang diumumkan, mestilah tertumpu kepada semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, dan prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa. Ini hendaklah juga mengambil kira realiti globalisasi yang bercirikan dimensi baru terhadap kebebasan bersuara melalui Internet dan media sosial.

Suruhanjaya turut menggesa Kerajaan untuk memastikan bahawa pindaan kepada undang-undang sedia ada atau undang-undang yang baru mestilah berdasarkan penglibatan sepenuhnya dan perundingan bermakna dengan semua pihak yang berkenaan secara adil, jelas dan mematuhi proses yang sewajarnya, dan tidak tergesa-gesa.

Memandangkan bahawa Akta Hasutan tidak direka untuk tujuan mempromosi, memupuk dan mengekalkan keamanan dan keharmonian negara, Suruhanjaya mengulangi pendiriannya bahawa Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan mestilah segera menggantikan Akta Hasutan. Suruhanjaya yang juga telah dirujuk mengenai undang-undang yang dicadangkan ini, berpendapat bahawa undang-undang ini boleh mengatasi cabaran kebebasan bersuara secara mutlak, dan ancaman terhadap nilai demokrasi, serta pada masa yang sama memastikan rakyat Malaysia menikmati hak asas dan jaminan perlembagaan kepada kebebasan bersuara.

Suruhanjaya berpendapat juga bahawa Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan ini bertujuan untuk mencari keseimbangan yang saksama antara hak kebebasan berucap dan bersuara dengan hak rakyat untuk hidup aman, harmoni dan stabil. – HARAKAHDAILY 5/12/2014

Sumber HD - 5-12-2014

Janakuasa lewat siap, rakyat tanggung kos?

PIARAPAKARAN S | .

PERSATUAN Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyeru Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menilai semula penalti yang dikenakan apabila berlakunya kelewatan dalam pembinaan loji janakuasa. Kini, kedua-dua Tanjung Bin 1000 MW (dijadual siap pada 1 Mac 2016) dan Jimah East (unit pertama dijadual siap pada 15 November 2018 dan unit kedua dijadual siap pada on 15 Mei 2019) sedang memohon pelanjutan masa pembinaan.

Kedua-dua loji janakuasa arang batu ini (Tanjung Bin and Jimah East) adalah loji yang mempunyai kecekapan yang tinggi di mana ia akan dapat mengurangkan impak kos bahan api kepada tarif elektrik. Kelewatan dalam menyiapkan loji janakuasa arang batu yang baru ini akan menyebabkan pelanjutan operasi loji janakuasa gas yang lama yang akan ataupun sudah berhenti beroperasi.

Jika loji janakuasa gas lama ini menjana tenaga elektrik pada kecekapan purata yang di bawah 30% berbanding loji janakuasa arang batu baru yang sepatutnya mencapai 55% kecekapan dalam penjanaan tenaga elektrik, kos tambahan bahan api dan caj kapasiti yang akan disalurkan kepada pengguna adalah tinggi. Berdasarkan majalah Energy Malaysia (volume 2, 2014) yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Tenaga, kos bahan api adalah 41% daripada tarif purata tekini (38.53 sen/kWj). Maka, impak kos bahan api kepada tarif elektrik adalah sangat tinggi. Malangnya, penalti ke atas kelewatan hanya dihadkan kepada RM108 juta setiap 1000 MW (MegaWatt). Siapa yang akan menanggung kos selebihnya?

Penyemakan semula harga gas asli (piped gas) telah ditetapkan secara longgar sekitar RM3.00 per mmBTU setiap 6 bulan. Jika penyemakan ini digunakan sebagai asas pengiraan (anggaran konservatif), harga gas asli dijangka mencapai RM21.20 per mmBTU semasa berlakunya kelewatan pembinaan Tanjung Bin. Kelewatan pembinaan Tanjung Bin dijangka di antara 6 hingga 12 bulan. Berdasarkan harga gas asli ini dan pelanjutan operasi loji janakuasa gas asli yang tidak cekap, kos tambahan bahan api yang akan disalurkan kepada tarif elektrik bagi kelewatan 6 bulan adalah sekitar RM 321.97 juta dan bagi kelewatan 1 tahun adalah sekitar RM 643.94 juta bagi 1000MW.

Kos tambahan ini telah dikira selepas menolak kos bahan api daripada loji janakuasa arang batu berkecekapan tinggi yang beroperasi mengikut jadual. Jika harga LNG (Liquefied Natural Gas) dipuratakan kepada harga gas asli, impak kos bahan api akan meningkat sebanyak 1.48 kali (kos tambahan bahan api dianggar RM 955.24 juta). Anggaran ini tidak termasuk caj kapasiti yang akan dikenakan oleh loji janakuasa gas yang tidak cekap.

Tambahan pula, jika harga bahan api di antara tahun 2018 dan 2019 adalah lebih tinggi, kelewatan pembinaan loji janakuasa Jimah East akan menyalurkan kos yang lebih tinggi kepada tarif elektrik. Ini kerana loji janakuasa Jimah East mempunyai kapasiti penjanaan sebanyak 2000MW. Jika entiti-entiti yang mendapat Perjanjian Pembelian Tenaga yang lumayan hanya perlu membayar penalti RM108 juta bagi setiap 1000MW dan baki kos tambahan (kos bahan api dan caj kapasiti) disalurkan kepada tarif elektrik, Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA akan memberikan satu contoh yang buruk dalam pasaran elektrik. Kos yang tidak adil ini pula akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% dan levi Tarif Galakan sebanyak 1.6%. Mengapa pengguna domestik dan perniagaan perlu membayar tarif elektrik yang lebih tinggi disebabkan kelewatan pembinaan loji janakuasa oleh Tanjung Bin dan Jimah East?

AWER menyeru Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA memastikan kedua-dua Tanjung Bin dan Jimah East mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan membayar semua kos tambahan (kos bahan api dan caj kapasiti) yang disebabkan oleh kelewatan pembinaan kedua-dua loji janakuasa ini. Kami juga menyeru orang ramai dan perniagaan menolak sebarang cubaan yang menyalurkan kos tambahan ini kepada tarif elektrik.

Kita patut mengajar mereka yang ingin mengoperasi loji janakuasa elektrik di Malaysia cara berniaga yang sah dan beretika. Tiada ruang untuk pengecut-pengecut yang inginkan jalan pintas! – HARAKAHDAILY 3/12/2014

Piarapakaran S. Ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Sumber HD - 3-12-2014





























































































The Constitution must be paramount in delineation

The Steering Committee of BERSIH 2.0 | .

BERSIH 2.0 welcomes the recent statement by Pakatan Rakyat’s Committee on the Delineation Exercise, which stressed they do not have an agreement with the Election Commission (EC) on increasing the number of parliamentary seats for the upcoming delineation exercise.

We further support their call for an Independent Boundaries Commission to be formed, similar to those in the United Kingdom. As stated by the People’s Tribunal Report on the 13th General Elections, the EC’s role should focus on the conduct of elections, while a separate, independent and expert body should be tasked with mapping the electoral boundaries.

However, BERSIH 2.0 is deeply concerned by two assertions in the statement by Pakatan Rakyat.

1. Pakatan Rakyat will wait for the EC’s public recommendations before deciding on seat increase.
We would like to call attention to Article 46, which states:

46. (1) The House of Representatives shall consist of two hundred and twenty-two elected members.

Currently, the EC only has the power to propose delineation of the existing 222 seats. Any proposal that increases the number of seats in Parliament would circumvent the Federal Constitution. If seats are to be increased, a constitutional amendment is required before the EC can publish its recommendations.

BERSIH 2.0 stresses the many efforts by civil society and the public to participate in this process according to the clear instructions set out in our Constitution. Likewise, we demand that the EC and all political parties follow the Constitution in every stage of delineation.

2. Pakatan Rakyat calls on the EC to ‘work with all political parties’, not just UMNO.

Delineation determines the people’s true voting power in electing their representatives. As shown in GE13, unfair delineation can manipulate the rakyat’s votes against the public interest. To prevent this, the EC should consult with the public in open forums, where all citizens can put forward recommendations. Closed-door meetings between the EC and political parties give the perception the delineation exercise is being designed around the wishes of politicians instead of the interests of the rakyat.

Sumber HD - 1-12-2014   

RUM tidak berpuas hati dengan penyelesaian isu piket

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian isu pemecatan 97 anggota kesatuan itu kerana menyertai piket pada 9 Mei lepas.

Presidennya Abdul Razak Md Hassan mendakwa memorandum persetujuan, yang ditandatangani anggota kesatuan itu pada Rabu lepas, adalah berat sebelah dan tidak serupa dengan draf yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

"Memorandum itu berpihak kepada satu pihak dan bukannya yang memanfaatkan kedua-dua pihak seperti yang diminta oleh Kementerian Sumber Manusia.

"Bagaimanapun, saya sebagai presiden, meminta semua anggota untuk tanda tangan perjanjian itu supaya dipulihkan ke jawatan mereka dengan segera, walapun saya tidak menandatangani perjanjian itu untuk menegakkan keadilan kepada anggota kesatuan," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.

Abdul Razak berkata beliau juga tidak berpuas hati kerana kandungan memorandum itu mendesak beliau memohon maaf kepada Presiden KTMB Datuk Elias Kadir setiap hari berturut-turut selama tiga bulan di laman Facebook dan blog rasmi RUM.

"Saya anggap ia tidak masuk akal," katanya.

Kesemua kakitangan itu dipulihkan ke jawatan masing-masing selepas menandatangani memorandum persetujuan yang diadakan secara tertutup dan disaksikan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Sementara itu, Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad ketika dihubungi Bernama, enggan mengulas mengenai kandungan memorandum itu.

Namun, katanya beliau gembira kerana pekerja dapat dipulihkan ke perkhidmatan mereka.

"Keutamaan saya ialah pekerja yang dibuang dapat kembali ke jawatan mereka dengan segera.

Sebagai pengerusi saya gembira isu ini diselesaikan atas dasar kemanusiaan," katanya. - Bernama

Sumber HD - 28-11-2014






























































































Anti-keganasan: Patuhi hak asasi manusia antarabangsa

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong inisiatif yang diambil dan berikrar sokongan berterusan kepada kerajaan dalam usaha untuk memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk ancaman yang ditimbulkan oleh Negara Islam.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam mengambil perhatian bahawa Parlimen telah meluluskan Kertas Putih untuk menangani ancaman Negara Islam yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, termasuklah cadangan undang-undang anti-keganasan dan pindaan kepada undang-undang sedia ada dalam memerangi keganasan.

Katanya, Suhakam berpandangan bahawa pindaan itu hendaklah bertujuan untuk mencegah tindakan radikal, mengukuhkan langkah-langkah pencegahan keganasan dan penyiasatan yang sedia ada dan untuk menyediakan kawalan terhadap segala bentuk gangguan aktiviti pengganas.

Suhakam juga, ujarnya ambil maklum bahawa undang-undang dan pindaan tersebut hendaklah berdasarkan sumber yang benar, terutamanya setelah pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti 39 militan Malaysia di Syria sehingga kini.

Suhakam juga, kata beliau menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan sebarang pindaan atau undang-undang baharu pada keadaan yang amat penting ketika ini dengan rundingan bermakna dengan pihak berkepentingan yang berkenaan termasuklah pasukan polis dan pihak keselamatan.

Menurut beliau, memandangkan kepentingan yang amat mendesak dan tempoh masa yang singkat, Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa sebarang langkah baharu hendaklah disertakan dengan perlindungan yang sesuai terhadap hak asasi manusia.

Tambahnya, Suhakam menyokong kelulusan rang undang-undang anti-keganasan yang dicadangkan, tertakluk kepada cadangan-cadangan yang boleh menangani kebimbangan mengenai kesan rang undang-undang tersebut terhadap hak asasi manusia.

Menurut beliau lagi, walaupun Suhakam mengakui keperluan yang mendesak dalam memastikan agensi-agensi keselamatan negara kita mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk melindungi keselamatan negara, sebarang batasan terhadap hak asasi manusia mestilah diminimakan, jelas, sah dan seimbang.

Beliau menambah, Suhakam juga ingin menyatakan bahawa undang-undang anti-keganasan hanya boleh digunakan atas tujuan tersebut, kerana ia akan memberi kesan bertentangan jika kuasa digunakan dengan tidak betul atau disalahgunakan oleh pihak berkuasa.

"Di samping itu, cadangan peruntukan undang-undang anti-keganasan mestilah ditakrifkan dengan jelas dalam undang-undang Malaysia, dan digubal dalam pematuhan kepada standard hak asasi manusia antarabangsa agar lebih berkesan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, tambah beliau Suhakam berhak untuk memberi pandangan lanjut mengenai cadangan terhadap komponen pindaan atau Rang Undang-undang. - HARAKAHDAILY 28/11/2014

Sumber HD - 28-11-2014

Suaram gesa inkues ke atas kematian Syed Mohd Azlan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan kenyataan yang menyebut kematian Syed Mohd Azlan ketika dalam tahanan pada 4 Novermber berlaku secara tiba-tiba adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak berintegriti.

"Dalam sijil kematian yang dikeluarkan oleh Hospital Sultan Ismail tertulis si mati mati disebabkan oleh hentakan benda tumpul di dada dan bukan mati secara tiba-tiba," kata Suaram dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, tindakan menyembunyikan kematian Syed Mohd Azlan daripada pengetahuan keluarganya telah menunjukkan seperti ada sesuatu perkara yang ingin disembunyikan.

Ini kerana ayah si mati telah dihalang untuk beliau berjumpa dengan anaknya.

Si mati diumumkan mati oleh pihak hospital pada 7.30 pagi dan ayahnya, Syed Mohamad Nur hanya dimaklumkan kematian anaknya pada jam 1.00 petang.

Justeru, Suaram menggesa pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan sambil mempersoalkan bagaimana seseorang yang muda dan sihat tiba-tiba mati selepas ditangkap.

Suaram menggesa satu inkues dijalankan dengan segera ke atas kes kematian Syed Mohd Azlan untuk menentukan sebab kematiannya.

"Jikalau didapati terdapat kekerasan untuk menyeksa beliau semasa dalam tahanan, maka mereka yang terlibat perlu dituduh dan dihukum ke atas jenayah yang mereka lakukan," ujar kenyataan itu lagi.

Suaram juga menyeru pihak kerajaan meratifikasikan Konvensi Antarabangsa Menentang Penyeksaan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dengan segera dan menggubal undang-undang untuk mengharamkan penyeksaan. - HARAKAHDAILY 27/11/2014

Sumber HD - 27-11-2014





























































































Insinerator: KTI gesa menteri adakan forum terbuka

HARAKAHDAILY | .



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) menyeru Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan mengadakan forum terbuka untuk membincang keperluan membina loji pembakaran.

Memandangkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan banyak kali menyalahkan pihak anti loji pembakaran menyebarkan maklumat yang kurang tepat untuk menakutkan masyarakat terhadap loji pembakaran, KTI meminta menteri mengadakan forum atau perbahasan terbuka, supaya kedua-dua pihak dapat bersama-sama membincangkan keperluan projek pembakaran tersebut.

Tiga orang ahli KTI menghadiri program ‘Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014’ yang diadakan di Taman Tasik Seri Serdang pagi ini, untuk menyerahkan surat rasmi yang meminta forum terbuka kepada menteri.

Oleh sebab menteri tidak hadir, surat rasmi tersebut telah diterima oleh wakil menteri – Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Arfah Abdul Razak. (Foto atas)

KTI dalam satu kenyataan menyatakan selain daripada itu, oleh kerana sesi penerangan terhadap projek loji pembakaran yang diadakan oleh kerajaan sebelum ini hanya mengumum dan menjemput sebahagian penduduk tempatan, KTI juga mengemukakan permintaan dalam surat itu supaya kementerian tersebut mengadakan dialog bersama dengan penduduk Jinjang, Kepong dan Batu, mendengar suara penduduk tempatan dengan ikhlas, tanpa mengehadkan jumlah kehadiran.

Datuk Seri Arfah mewakili menteri membaca ucapan daripada menteri pagi ini. Menteri sekali lagi menyalahkan setengah pihak menyebarkan maklumat tidak tepat, menakutkan masyarakat supaya menolak loji pembakaran.

Dalam ucapan menteri, menteri menyatakan kerajaan akan berusaha untuk memberi maklumat yang tepat kepada masyarakat mengenai keperluan pembinaan kemudahan Waste to Energy.

KTI telah banyak kali menyerah surat kepada menteri untuk mengadakan dialog. Malangnya, KTI tidak pernah menerima balasan daripada menteri. KTI berasa dilayan secara tidak adil terhadap teguran menteri yang disebut atas.

KTI berharap menteri boleh mendengar suara tentangan rakyat dengan ikhlas, dan membincangkan keperluan projek loji pembakaran dengan mengadakan forum atau perbahasan terbuka.

Selain daripada itu, menteri juga menyatakan kepentingan 3R dalam ucapan beliau. KTI rasa projek loji pembakaran sampah mengingkari matlamat 3R, kerana loji pembakaran menjadi bahan-bahan yang boleh dikitar semula kepada abu yang toksik.

KTI tulus hati berharap menteri dapat memenuhi tanggungjawab beliau, membolehkan segala maklumat tentang projek pembakaran disebarkan secara terbuka, dan memberi penduduk tempatan kuasa untuk membuat keputusan yang bijaksana bersama-sama dengan kerajaan. – HARAKAHDAILY 15/11/2014

Sumber HD - 15-11-2014

Malaysians must reduce sugar intake by 80%

SM Mohamed Idris, Consumer’s Association of Penang | .


November 14 is World Diabetes Day. On this occasion, the Consumers Association of Penang calls on consumers to reduce their sugar intake by as much as 80% to curb diabetes which is increasing at an alarming rate in Malaysia.

We are the top country in ASEAN for having the highest number of diabetics and sixth in the Western Pacific region.

The prevalence rate of the disease in Malaysia had shot up alarmingly. It was 1-2% in 1960, 6.3% in 1985, 8.3% in 1996, 14.9 % in 2006 and in 2011 showed that 15.2% of Malaysian adults were diabetic. An alarming 3.6 million adults are estimated to be diabetics; this means that Malaysians had surpassed the World Health Organization’s forecast of 807,000 diabetics in 2025.

The high incidence of diabetes can be linked to our high consumption of sugar. Sugar makes us fat and obese people have a high risk of developing Type 2 diabetes.

Malaysians consume 26 teaspoons of sugar daily, making us the eighth highest sugar users in the world.

The World Health Organisation (WHO) in its campaign against obesity had recommended a sugar consumption limit of 5 teaspoons full daily.

For Malaysians to be healthy and achieve the WHO sugar consumption limit of 5 teaspoons full (tsp) daily, we will need to reduce our sugar intake by 80%, from the current level of 26 tsp to 5 tsp of sugar.

It is however NOT easy for Malaysians to reduce their consumption of sugar to the healthy level. We simply take too much processed foods which are overloaded with sugar. The sugar in processed foods is hidden from public awareness.

For example, each can of cola or other soft drink contains between 7-8 tsp of sugar which is 1.4-1.6X above the WHO limit of 5 tsp per day. The consumption of just a single can of soft drink would have broken the WHO daily sugar limit. What if you add the sugar consumed during the whole day?
More examples of hidden sugar in processed foods:

· A bottle of soft drink has 12 tsp sugar (2.4X WHO limit);
· Small chocolate bar has 6-9 tsp sugar (1.2-1.8X WHO limit);
· Infant cereal (350gm) has 22.8 tsp sugar (4.6X WHO limit);
· Children's breakfast cereal (220gm) has 15.4 tsp sugar (3X WHO limit);
· Cocoa malt drink (500gm) has 45.5 tsp or 40% sugar (9.1X WHO limit);
· Malted milk drink (350gm) has 23.5 tsp sugar (4.7X WHO limit);
· Bottle of isotonic drink has 4.5 tsp sugar (0.9X WHO limit).

As it can be seen from the above examples, a lot of sugar is added to processed foods for taste and also as a preservative. It is beyond the control of consumers as to how much sugar is added to processed foods. The best thing to do is to avoid processed foods to reduce our sugar intake.

It is not necessary to have even an ounce of sugar in the diet as the carbohydrates we consume ultimately breaks down into glucose. Excessive sugar in our body is converted to glycogen which when unused is converted to fat.

According to Professor John Yudkin, author of Pure, White and Deadly, “All human nutritional needs can be met without a single spoon of sugar, white or brown, on its own or in any other food”.

Diabetes does not only take a toll on the country’s resources, but also on the limbs (amputation), eyesight (blindness), kidney (failure), heart (failure) and nerve (damage) of its sufferers.

Diabetes is a chronic disease that can be prevented and for those affected, diabetes can be managed to delay or prevent its complications by maintaining a healthy lifestyle and making better choices in their diet.

In view of the alarming rate of diabetes among Malaysians urgent action needs to be taken to curb our national sugar consumption.

The Consumers Association of Penang urges the authorities to:
  1. Ban the use of High Fructose Corn Syrup (HFCS), a cheap and unhealthy substitute for refined sugar, in food products.
    Require manufacturers to avoid or reduce sugar in their products.
  2. Amend labelling laws to make manufacturers change their labels to clearly indicate the amount of sugar in their food by showing the number of teaspoon full of sugar in their foods.
  3. Stop the advertisements of high-sugared and other junk food and drinks during children’s television viewing hours.
  4. Ban the sale of junk food in school canteens and food hawking within a fixed perimeter around schools so that schoolchildren are not tempted to purchase unhealthy food.
  5. Initiate the removal of vending machines dispensing junk food and sugary drinks from areas such as hospitals, airports and schools. Instead provide drinking water in water dispensers at these places.
  6. Launch a massive campaign in the mass media to educate the public on the dangers of diabetes.
· Make it compulsory or food manufacturers to place warning labels on products that contain sugar.
· Consumers should reduce their sugar consumption by avoiding processed foods especially soft drinks – which are also called “liquid candy” in the West.

Sumber HD - 14-11-2014

Insinerator: JK Kabinet juga perlu bertanggungjawab

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPURl: Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyokong panggilan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (Public Accounts Committee - PAC) untuk "tindakan sewajarnya" diambil terhadap kecuaian pegawai-pegawai yang meluluskan penggunaan teknologi insinerator tanpa meneliti atau mengambil usaha yang wajar untuk menilai sama ada dakwaan oleh kontraktor yang dilantik untuk membina kemudahan tersebut adalah benar atau tidak.

Demikian dinyatakan presidennya, SM Mohamed Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

"Di samping pegawai-pegawai yang disebutkan oleh PAC, CAP berpendapat bahawa Jawatankuasa Kabinet, Jabatan Alam Sekitar, panel pengulas dan perunding empat laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) cadangan insinerator itu juga perlu bertanggungjawab kerana mengesahkan teknologi ini," ujarnya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyokong panggilan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (Public Accounts Committee - PAC) untuk "tindakan sewajarnya" diambil terhadap kecuaian pegawai-pegawai yang meluluskan penggunaan teknologi insinerator tanpa meneliti atau mengambil usaha yang wajar untuk menilai sama ada dakwaan oleh kontraktor yang dilantik untuk membina kemudahan tersebut adalah benar atau tidak.

Di samping pegawai-pegawai yang disebutkan oleh PAC, CAP berpendapat bahawa Jawatankuasa Kabinet, Jabatan Alam Sekitar, panel pengulas dan perunding empat laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) cadangan insinerator itu juga perlu bertanggungjawab kerana mengesahkan teknologi ini.

Pada tahun 2009, telah memberi ulasan ke atas Laporan EIA Terperinci (DEIA) empat buah projek insinerator menggunakan teknologi tersebut yang dicadangkan di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Cameron Highlands.

Dalam ulasan kami ke atas cadangan insinerator di Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, CAP telah mengetengahkan bahawa teknologi autogenous combustion technology (ACT) yang dicadangkan oleh XCN Technology Sdn Bhd adalah hasil dari satu eksperimen makmal dan tidak terbukti dalam skala besar atau keadaan sebenar.

Terdapat kekurangan kerana tiada kajian bebas untuk menunjukkan bahawa teknologi itu selamat atau berkesan dari segi kos sekiranya dilaksanakan dalam skala komersial.


Ringkasan Eksekutif DEIA cadangan insinerator di Pulau Langkawi (m/s xxxiv) menyatakan: “An ACT pilot plant with the capacity to treat 1 MT of waste per hour was constructed at the Universiti Teknologi MARA for performance evaluation purposes. Using solid waste samples from the University and Alam Flora Sdn. Bhd., test runs were conducted in June 2004 and April 2005. Major findings from these test runs were:

• The pilot plant was capable of treating solid waste with 60% moisture content and reducing waste volume by 90%;
• Plant operations were intermittently disrupted due to accumulation of ash within the combustion chamber; and
• The environmental performance of the plant was evaluated without the presence of any air pollution control equipments.
To address the shortcomings of the pilot plant, the full scale TTP will be equipped with continuous de-ashing and pollution control systems.”…

Dari perenggan di atas, bahkan orang awam akan dapat menunjukkan bahawa teknologi yang dicadangkan adalah "tidak terbukti - unproven". Dan “Unproven Technology” adalah tajuk ulasan CAP apabila merujuk kepada penerangan mengenai projek itu.

Bagaimana ini lolos dari pakar-pakar, pihak Jabatan Alam Sekitar dan panel pengulas EIA adalah di luar jangkaan kami.

CAP juga mengutarakan bagaimana dengan ketiadaan data sebenar prestasi pelepasan, feasibiliti dan keberkesanan kos untuk insinerator berkapasiti yang sama seperti loji insinerator yang dicadangkan, boleh diberi jaminan bahawa insinerator itu dapat diselenggara untuk mematuhi standard pelepasan.

Untuk hanya bergantung kepada data dari model kualiti udara dalam menentukan keselamatan insinerator yang dicadangkan itu adalah jelas tidak memadai, kurang tepat dan boleh mengelirukan.

Model pada dasarnya adalah struktur teori. Ramalan dan unjuran mereka terbatas oleh keadaan makmal dan pelbagai kekangan lain.

Pada dasarnya, model tidak mampu untuk mengambil kira faktor-faktor nyata dan masalah yang mungkin timbul dalam persekitaran sebenar.

Di samping “pakar-pakar” yang mengesahkan teknologi ini, ianya dinyatakan dalam DEIA bahawa ACT dilengkapi tanur berputar (rotary kiln) telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengurusan Sisa Pepejal dan Alam Sekitar. Dengan demikian tindakan juga perlu diambil terhadap ahli Jawatankuasa Kabinet tersebut.

Ada kes lain seperti ini di mana Kabinet, "pakar-pakar" dan pegawai-pegawai kanan mengesahkan dan meluluskan teknologi tertentu pada nilai muka seperti yang dinyatakan oleh PAC.

Apabila NGO atau kumpulan masyarakat menyatakan bahawa projek/teknologi/usaha ini adalah tidak terbukti, tidak selamat, atau berisiko tinggi, kami sering digelar anti-pembangunan.

Kami bimbang untuk masa depan Malaysia lanjutan daripada tindakan pihak yang memimpin badan-badan nasional yang bersikap tidak bertanggungjawab, sombong, tidak mempedulikan pandangan masyarakat sivil dan mengutamakan kepentingan korporat.

Terdapat lebih banyak projek yang tidak rasional dalam perancangan seperti penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan, Pahang dan insinerator mega di Taman Beringin, Kepong. Projek-projek yang merosakkan harus dibatalkan untuk kepentingan rakyat dan alam sekitar.

CAP menggesa tindakan tegas diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kecuaian dan pembaziran wang rakyat, untuk memberi pengajaran kepada orang lain. - HARAKAHDAILY 12/11/2014

Sumber HD - 12-11-2014





























































































Are you eating plastic?

SM Mohamed Idris, Consumer’s Association of Penang | .


The Consumers’ Association of Penang (CAP) cautions consumers from consuming food cooked using plastic ladles and spoons or hot food stored in plastic containers. From a public health perspective, heated plastic is an unnecessary source of exposure to harmful elements and stringent measures must be taken to prevent it.

The use of plastics has increased exponentially. Global plastics production in 2012 rose to 288 million tonnes – a 2.8% increase compared to 2011.

Plastics are in almost everything we use and inevitably is being ingested subconsciously by many. We certainly wouldn’t eat plastics knowingly but when you eat or drink things stored in plastic, especially hot food and liquid, plastics may be incorporated into us.

CAP’s survey and observation reveals that many consumers are now steaming or boiling food in wrapped plastic sheets. Traditional kuih such as pre-packed nasi himpit are boiled or heated with the plastic wrappings. These foods were traditionally wrapped in banana, lotus, bamboo, pandan, palas leaves prior to steaming, boiling, baking.

We have also come across people using plastic sheets to line idlis (South Indian food) when steaming. It is also common to see consumers “tapau” or pack hot drinks in polythene bags. Plastic containers (especially Styrofoam) are also the choice for take aways, even when packing hot food.

Storing food and water in plastic containers may be convenient but is it entirely safe? Environmental scientists warn that tiny amounts of synthetic chemicals which are used in the processing, packaging and storing of the food we eat can leach, interact and cause long-term damage to our health.

Concerns have been raised in the Journal of Epidemiology and Community Health, part of the British Medical Journal group. While these minute quantities in themselves do no harm, no one knows how safe we are from a lifetime's exposure to these chemicals through eating food previously wrapped, or stored or cooked in or with plastics.

A study published in early 2008 in Toxicology Letters suggested that hot liquids and foods exacerbate leaching in BPA-containing plastics. When researchers poured boiling water into polycarbonate drinking bottles, it caused up to 55 times more Bisphenol A (BPA) to seep out than room-temperature water had.

Phthalates, the chemicals that make a Polyvinyl Chloride (PVC) container flexible, can migrate out of the plastic when it's heated. Phthalates can leach into food, resulting in hormone imbalances and birth defects.

Some of the chemicals in plastics that could cause concern are regulated and some plastics are said to be of food grade quality. However, we are concerned that consumers who eat packaged or processed foods are likely to be chronically exposed to low levels of these substances throughout their lives.

The use and throw culture of plastics has created a necessity for its recycling. Though organised sectors exist, the unorganised recycling industry also flourishes. It is here that there is a possibility of contamination of different grades of plastics. If end-use products produced from such plastics are in the form of lunch boxes and water bottles, especially for children, they are further going to have an impact on health. We also overlook the leaching of chemical contaminants from land fillings into the ground water by mismanagement of plastic wastes.

Plastic is made by heating components of crude oil or natural gas, combining many chemicals in a process called polymerization. In addition to the basic polymers, plastics also contain additional chemical components called additives, which are added in small amounts to alter the properties in the polymers in the desired way and/or simplify their processing.

The plastics industry tells us that the polymerization process binds the chemicals together. However this process is never 100% perfect and some of the chemicals may migrate out or leach from the plastic product and into whatever contacts it – our food, our water, etc.

Many of the chemicals in plastic can disrupt the normal functioning of the endocrine system of most animals, including humans. The effects of these endocrine disruptors can be devastating and permanent. Embryos and the very young are the most vulnerable to this attack on the endocrine system because of their developing bodies.

An assessment of the state of the science of endocrine disruptors prepared by a group of experts for the United Nations Environment Programme and World Health Organization in 2012 states that the diverse systems affected by Endocrine Disrupting Chemicals (EDCs) likely include all hormonal systems and range from those controlling the development and function of reproductive organs to the tissues and organs regulating metabolism and satiety. Effects on these systems can lead to obesity, infertility or reduced fertility, learning and memory difficulties, adult-onset diabetes or cardiovascular disease, as well as a variety of other diseases.

At times, people set to flame mixed garbage. Burning waste containing plastic and rubber can also release toxic chemicals and gases such as dioxins in the environment.

The plastic industries response to the warnings of environmentalists is that the toxic chemicals that may migrate from all plastics happens at extremely low levels that cause no harm. We recognize that there is lack of research to make definitive statements on the risks of plastic toxicity, but there is enough to invoke the precautionary principle.

CAP calls for the Precautionary Principle to be applied. If there is any doubt about the safety or health effects of a chemical, it should be prohibited until it can be proven benign. Erring on the side of risk inevitably exposes the public to major health hazards. Protecting human health and the environment from the hazards of plastic, requires precaution.

CAP urges consumers to avoid placing hot food and drinks in plastics or cooking food with plastic ladles and storing hot food in plastic containers/sheets/liners/bags. There are many options available such as glass, ceramic, stainless steel to store or heat food; and traditional wrapping and liners for cooking such as leaves and cotton/linen cloth.
Stay Safe, Avoid Plastic.

Sumber HD - 12-11-2014





























































































Persempadanan semula: Jangan jadikan teka-teki

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang selama ini gagal melaksanakan tugasnya, kini berpeluang untuk memperbaiki imej dan kredibiliti mereka dengan tidak menjadikan tarikh proses persempadanan semula sebuah permainan teka-teki sebagaimana yang dilakukan oleh Perdana Menteri (dahulu dan sekarang) kepada tarikh pilihan raya umum (PRU).

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengulangi seruan kepada SPR supaya mengumumkan rancangan keseluruhan bagi persempadanan semula seawal yang mungkin supaya orang awam digalakkan menyertai proses itu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Keterbukaan SPR dalam hal ini menjadi amat penting memandangkan orang ramai hanya mempunyai 30 hari di bawah undang-undang yang sedia ada untuk mengambil bahagian dalam proses ini," ujar Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

Walhal, menurut kenyataan itu, orang ramai sepatutnya diberi sebanyak masa yang mungkin untuk meneliti cadangan SPR yang akan memberi kesan terhadap keputusan PRU14 dan PRU15.

Tambahan lagi, kata Bersih 2.0 jikalau cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah tidak adil dan melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan, maka pengundi berhak untuk membantah cadangan tersebut dan SPR harus memberi masa dan ruang yang sewajarnya untuk memudahkan penglibatan pengundi dalam proses itu.

Bersih 2.0 juga mengingatkan SPR agar tidak menjalankan proses persempadanan semula itu pada musim perayaan yang akan datang kerana 25 Disember merupakan cuti perayaan Krismas, diikuti dengan cuti Tahun Baru pada 1 Januari dan Tahun Baru Cina pada bulan Februari.

"Jelas bahawa sekiranya persempadanan dijalankan ketika tempoh-tempoh ini, ia akan mengganggu penglibatan pengundi, dan SPR akan dilihat sebagai berniat jahat dalam menafikan penyertaan umum," ujar kenyataan itu lagi.

Dalam keadaan sebegini, SPR mestilah menanggung segala tanggungjawab bagi apa-apa pergolakan politik yang terhasil.

Bersih 2.0 memberi amaran kepada SPR agar tidak menjalankan proses persempadanan semula ini secara tergesa-gesa kerana persempadanan yang bakal dilakukan ini akan memberi kesan dalam penentuan keputusan PRU14 dan PRU15 akan datang.

"Demokrasi bukannya permainan untuk mengejutkan pihak yang bukan berkuasa," tambah Bersih 2.0 lagi. - HARAKAHDAILY 11/11/2014

Sumber HD - 11-11-2014

Tubuh pasukan petugas tangani masalah buli - PSIMA

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Penubuhan Pasukan Petugas Khas yang memfokuskan elemen pengurusan sosial dan emosi perlu bagi menangani masalah buli dalam kalangan pelajar yang dilihat semakin membimbangkan.

Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) Prof Madya Dr Rozmi Ismail berkata pasukan itu haruslah mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dan perlu dianggotai mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling dan psikologi.

"Di negara kita ada banyak pakar kaunseling dan psikologi, jadi sepatutnya kajian mengenai senario buli perlu dibuat, duduk bersama, panggil pegawai pendidikan serta yang lain dan kita usahakan penyelesaian ke arah ini," katanya kepada Bernama.

Rozmi berkata elemen pengurusan sosial bertujuan meningkatkan kemahiran sosial dengan pelajar diberi 'kursus pendek' tentang kemahiran komunikasi yang betul.

"Melalui modul kemahiran sosial ini, misalnya pelajar akan lebih tahu cara tindakan sosial yang betul ketika berkomunikasi, jika buat salah kena berbincang, minta maaf, jadi kalau tak puas hati kita duduk dan bincang," katanya.

Pengurusan emosi pula lebih kepada tindakan yang perlu dilakukan ketika seorang itu berada dalam keadaan marah, katanya.

Rozmi sebelum ini pernah berkata pembuli sebenarnya orang yang lemah walaupun secara fizikal mereka kuat kerana mereka tidak dapat mengurus emosi dan fizikal mereka dengan sebaiknya sehingga mereka melepaskannya kepada mangsa buli.

Ketika diminta mengulas hukuman sewajarnya kepada pembuli, beliau berkata hukuman berbentuk pengajaran perlu diutamakan berbanding tindakan membuang sekolah yang dilihat hanya menyebabkan masa depan mereka gelap.

"Remaja tidak selamanya jahat, seeloknya buat kerja sosial... tahu dan ambil pengajaran; sebolehnya jangan jejaskan masa depan dia, jangan letak kesalahan seratus peratus kepada dia (pembuli)," katanya.

Selasa lalu, video sembilan pelajar dipukul beramai-ramai oleh pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama dan menarik perhatian pengguna laman sosial yang mengutuk perbuatan berkenaan.

Beberapa hari selepas itu, video memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama anak yatim turut tersebar di laman sosial. - Bernama

Sumber HD - 9-11-2014





























































































Berpakaian perempuan: PPMM berpandangan Mahkamah Rayuan khilaf

DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR | .
PERSATUAN Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berasa amat terkejut dengan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan kerana mendiskriminasi golongan minoriti.

Keputusan tersebut dibuat setelah tiga orang lelaki Islam merayu kepada Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka mengisytiharkan seksyen tersebut tidak berperlembagaan.

Ketiga-tiga lelaki Islam berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Seksyen tersebut berbunyi seperti berikut: “Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan. Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.

Sehingga siaran akhbar ini ditulis PPMM masih lagi belum mendapat salinan penghakiman yang diputuskan pada 7 November 2014 itu.

PPMM juga tidak mendapat makluman berkaitan dengan hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak semasa prosiding rayuan berjalan.

Pada kebiasaan hakim-hakim akan membuat keputusan berdasarkan persoalan yang dihujahkan di hadapan mahkamah.

Oleh yang demikian siaran akhbar ini dibuat berdasarkan laporan-laporan yang dibuat di akhbar-akhbar dan media alternatif sahaja dan menyentuh aspek keabsahan dan kesan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut.

Di dalam kes Sulaiman Takrib v Majlis Agama Islam Terengganu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam.

Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66 tersebut.

Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan memutuskan makna ‘precepts of Islam’ bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam. Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.

Manakala di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan 8 yang lain pula, Mahkamah Persekutuan memutuskan antara lain kebenaran dari Mahkamah Persekutuan perlu diperolehi terlebih dahulu di dalam sesuatu prosiding yang mencabar keperlembagaan sesuatu undang-undang.

Berdasarkan dua penghakiman Mahkamah Persekutuan di atas, PPMM berpandangan Mahkamah Rayuan telah khilaf di dalam penghakiman semalam. Malah ia juga tidak sejajar dengan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persecution (Mahkamah Persekutuan) dan Meor Atiqurrahman melawan Fatimah Sihi (Mahkamah Tinggi).

Begitu juga obligasi berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA bersumpah memelihara Islam pada setiap masa. Sebagai Ketua Eksekutif sebenar Negara (Perkara 39) sumpah YDPA tersebut menjadi suatu obligasi kepada semua cabang pentadbiran dan kehakiman negara untuk dipenuhi.

Isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental (fundamental liberties) seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah suatu yang tiada batasannya.

Hak tersebut tidak bersifat mutlak dan ia perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang lain. Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca secara bersesama bukan diasing-asingkan antara satu sama lain (harmonious interpretation). Mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara berasingan akan hanya membawa implikasi percanggahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sesama sendiri.

Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut juga gagal mengambilkira norma masyarakat Melayu Islam (grundnorm of the society) yang merupakan teras kepada jatidiri kebangsaan. Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas (basic structures) yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. Memusnahkan struktur asas ini akan mengakibatkan jati diri dan kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terpecah.

Walau apapun penghakiman semalam adalah penghakiman yang sah oleh sebuah mahkamah yang kompeten. Ia perlu dihormati sehingga ada keputusan sebaliknya.

PPMM menyeru Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak-pihak yang dinamakan di dalam prosiding tersebut memohon kebenaran merayu dalam tempoh yang ditetapkan. PPMM juga mendesak sementara menunggu permohonan kebenaran merayu diputuskan Kerajaan Negeri Sembilan memohon penggantungan perintah yang dikeluarkan itu. PPMM juga menyeru Kerajaan Persekutuan yang merupakan “amicus curae” di dalam prosiding tersebut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan di dalam rayuan tersebut.

PPMM selanjutnya menyeru semua Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAINS) di seluruh Malaysia supaya memohon kebenaran mencelah di dalam prosiding rayuan kelak.

Ini adalah disebabkan Majlis-Majlis Agama Islam adalah penasihat utama dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/ Yamtuan negeri masing-masing dan YDPA bagi negeri yang tidak mempunyai Raja. Keputusan ini juga memberi kesan kepada undang-undang yang sama yang ada di negeri-negeri lain. MAINS mempunyai kepentingan undang-undang yang jelas di dalam prosiding ini kerana ia juga akan memberi kesan kepada undang-undang di negeri berkenaan.

PPMM bersedia memberi taklimat, khidmat dan pandangan kepada MAINS khasnya dan semua Majlis Agama Islam amnya dalam perkara ini.

PPMM juga menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya bertenang bagi membolehkan proses undang-undang berjalan sewajarnya. - HARAKAHDAILY 8/11/2014

Penulis ialah Presiden PPMM.

Sumber HD - 8-11-2014

Apa kata rakyat mengenai pengurangan subsidi

PIARAPAKARAN S | .

PERSATUAN Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menjalankan Kajian Jaminan Tenaga Kebangsaan (National Energy Security Survey-NESS) untuk mewujudkan data asas mengenai isu-isu berkaitan tenaga.

Rangka pensampelan yang digunakan adalah senarai Blok Penghitungan (BP) yang dikemaskini maklumat Tempat Kediaman (TK) daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2010. Pensampelan dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Apabila ditanya sama ada responden sokong usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi dan menstruktur semula subsidi elektrik dan bahan api, hanya 27.55% rakyat Malaysia menyokong usaha ini. Baki 72.45% tidak menyokong usaha ini.

Sokongan paling tinggi adalah daripada Putrajaya (46.38%), diikuti oleh Pahang (31.91%), Negeri Sembilan (31.25%) dan Sarawak (31.25%). Pulau Pinang merekod peratusan tertinggi yang tidak menyokong usaha ini sebanyak 82.57%, diikuti oleh Selangor (81.25%) dan Kuala Lumpur (80.26%).

Untuk memahami dengan lebih lanjut keputusan mereka, AWER telah merekodkan sebab-sebab di sebalik keputusan mereka. Jadual 1 menunjukkan pecahan sebab-sebab rakyat Malaysia menyokong usaha ini (27.55%) dan Jadual 2 menunjukkan pecahan sebab-sebab rakyat Malaysia tidak menyokong usaha ini (72.45%).

18.13% rakyat Malaysia berpendapat bahawa subsidi perlu diberikan kepada golongan yang amat memerlukan subsidi. Tetapi, 27.53% rakyat Malaysia berpendapat bahawa mendapat subsidi adalah hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Ini diikuti oleh 26.32% rakyat Malaysia berpendapat bahawa mereka memerlukan subsidi untuk mengurangkan beban perbelanjaan mereka.

Di samping itu, 18.50% rakyat Malaysia berpendapat bahawa ia adalah tugas kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Sebab menyokong pengurangan subsidiPeratus (%)
Pengagihan ekonomi yang lebih baik6.95%
Memberikan subsidi kepada golongan yang amat memerlukan subsidi18.13%
Saya tidak menikmati subsidi1.79%
Saya tidak perlukan subsidi0.64%
Lain-lain0.04%
Jadual 1: Pecahan sebab-sebab menyokong pengurangan subsidi (27.55%)
Sebab tidak menyokong pengurangan subsidiPeratus (%)
Saya perlukan subsidi untuk kurangkan beban perbelanjaan saya26.32%
Mendapat subsidi adalah hak saya sebagai rakyat27.53%
Ia adalah tugas kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat18.50%
Lain-lain0.10%
Jadual 2: Pecahan sebab-sebab tidak menyokong pengurangan subsidi (72.45%)

Apabila ditanya sama ada mereka ingin mengetahui bagaimana penjimatan daripada pengurangan subsidi ini dibelanjakan oleh kerajaan secara terperinci, 68.38% rakyat Malaysia ingin mengetahuinya dan baki 31.62% daripada mereka tidak ingin mengetahui perincian perbelanjaan.

Kuala Lumpur merekodkan respons tertinggi (79.93%) untuk mengetahui perbelanjaan terperinci daripada penjimatan, diikuti oleh Johor (76.64%) dan Selangor (75.99%). Pahang merekodkan respon tertinggi (47.37%) untuk tidak ingin mengetahui perbelanjaan terperinci daripada penjimatan, diikuti oleh Perlis (46.38%) dan Kedah (43.42%).

Apabila ditanya sama ada mereka yakin kerajaan akan menyalurkan subsidi kepada golongan sasaran (miskin dan miskin tegar) dengan betul, 42.52% rakyat Malaysia yakin dan baki (57.48%) daripada mereka tidak yakin.

Putrajaya merekodkan peratusan tertinggi bahawa kerajaan akan memberikan subsidi kepada golongan sasaran iaitu 82.89%, diikuti oleh Perlis (47.37%) dan Sarawak (46.71%). Di sebaliknya, peratusan ketidakyakinan yang tinggi adalah daripada Pulau Pinang (68.09%), diikuti oleh Kuala Lumpur (66.78%) dan Kelantan (66.45%).

Bagaimanapun, tahap keyakinan rakyat Malaysia tenggelam apabila ditanya sama ada mereka yakin kerajaan akan menggunakan penjimatan daripada pengurangan subsidi dengan betul dan tanpa pembaziran bagi tujuan projek-projek kemudahan rakyat.

Hanya 33% rakyat Malaysia yakin dan baki 67% daripada mereka tidak yakin. Putrajaya mempunyai tahap keyakinan yang tertinggi iaitu 82.24%, diikuti oleh Pahang (48.03%) dan Johor (37.17%). Tahap ketidakyakinan yang tinggi datang daripada Melaka (87.17%), diikuti oleh Kelantan (76.97%) dan Perak (76.32%). Maklumat terperinci diberikan dalam Jadual 3.
NegeriYakinTidak Yakin
Johor
37.17%
62.83%
K. Lumpur
30.26%
69.74%
Kedah
33.88%
66.12%
Kelantan
23.03%
76.97%
Labuan
31.91%
68.09%
Melaka
12.83%
87.17%
N. Sembilan
27.63%
72.37%
P. Pinang
25.99%
74.01%
Pahang
48.03%
51.97%
Perak
23.68%
76.32%
Perlis
24.34%
75.66%
Putrajaya
82.24%
17.76%
Sabah
33.22%
66.78%
Sarawak
29.93%
70.07%
Selangor
26.64%
73.36%
Terengganu
37.17%
62.83%
Malaysia
33.00%
67.00%
Jadual 3: Yakin bahawa kerajaan akan menggunakan penjimatan daripada pengurangan subsidi dengan betul dan tanpa pembaziran bagi tujuan projek-projek kemudahan rakyat

Berdasarkan respons yang diterima oleh AWER dalam kajian ini, peningkatan kos sara hidup mungkin menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan pengurangan subsidi.

Perkara ini dapat dilihat dengan jelas apabila 26.32% rakyat Malaysia berpendapat bahawa mereka memerlukan subsidi untuk mengurangkan beban perbelanjaan mereka dan 18.50% rakyat Malaysia berpendapat bahawa ia adalah tugas kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Rakyat juga menuntut ketelusan tentang bagaimana penjimatan daripada pengurangan subsidi dibelanjakan untuk golongan sasaran dan projek-projek kemudahan rakyat.

Secara kebiasaan pengurangan subsidi (atau rasionalisasi subsidi) dilihat sebagai satu langkah yang tidak popular. Apabila langkah ini digabungkan dengan penjelasan-penjelasan yang teruk, adalah sukar bagi rakyat Malaysia untuk memahami pengurangan subsidi secara keseluruhan.

Sebagai contoh, sebab utama kenaikan tarif elektrik yang mendadak bermula 1 Januari 2014 ialah pelaksanaan harga gas asli dua lapisan (two-tier natural gas pricing). Kegagalan untuk menangani kos sebenar gas asli dan mengaitkan harga gas asli pada harga premium tidak disenangi industri.

Walaupun agensi-agensi kerajaan berulang kali mengeluarkan kenyataan bahawa proses pengurangan subsidi mempunyai kesan minimum dalam meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan, realitinya di peringkat akar umbi adalah bagai bumi dengan langit.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kita sering mendengar alasan-alasan yang tidak masuk akal mengenai pengurangan subsidi untuk bahan api (diesel dan petrol RON 95). Adakah kos bahan api yang kita bayar mencerminkan kos bahan api sebenar atau sebaliknya?

Isu asas seperti ini harus ditangani secara holistik agar orang ramai dan perniagaan boleh memahami pelaksanaan pengurangan subsidi sepenuhnya. Kerajaan juga harus menerbitkan perbelanjaan terperinci tentang bagaimana penjimatan ini akhirnya digunakan.

Adakah agensi-agensi berkaitan akan mendedahkan maklumat penting yang berkaitan dengan harga bahan api, penjimatan daripada pengurangan subsidi dan perbelanjaan terperinci penjimatan?

Jika kerajaan serius tentang pengurangan subsidi, ia mesti mengambil kira bagaimana rakyat memandang isu ini.

Kepada agensi-agensi yang berkaitan, jangan berpeluk tubuh lagi!

Penulis ialah Presiden AWER.

Sumber HD - 6-11-2014





























































































Rotation system for police officers must be enforced

Transparency International Malaysia | .


Transparency International-Malaysia (TI-M) urges the IGP, Tan Sri Khalid Abu Bakar to implement a policy of transferring police officers on a rotational basis to different districts as a means to combat corruption amongst its ranks.

The President of TI-M, Dato’ Akhbar Satar suggested to the Polis DiRaja Malaysia (PDRM) to consider the implementation of a location rotation system for all its officers. The PDRM, according to Dato’ Akhbar, needs to be firm in duly enforcing the rotation system in a timely manner.

The need for such urgent action was heightened with the international global coalition against corruption expressing its concern on the integrity and reputation of the PDRM as indicated in the recent Global Corruption Barometer, whereby the police force and political institutions were regarded as the most corrupt institutions in Malaysia.

On a separate note TI-M President, Akhbar applauded the call by the IGP to his officers to immediately eradicate the illegal gambling outlets in the country.

According to an online news portal, the IGP gave the officers and members of the PDRM one week, to stop the illegal gambling joints in the country. The order clearly elucidates that the police head honcho is firm and determined to wholly eradicate illegal gambling in the country. Such action however needs to be done holistically, effectively and in a continuous manner.

Dato’ Akhbar nevertheless emphasized that the stern request by the IGP would lead to naught if the problem persists and urged that the location rotation process be implemented as soon as possible. For a start the police officers that had not taken action against the illegal gambling dens, prior to the IGP’s decree, should be transferred.

TI-M urged that PDRM double its efforts in strengthening integrity amongst members of the force. In addition to the illegal gambling dens and just as important, all Malaysian citizens want to know what IGP is doing to wipe out the systemic and syndicated corruption in the police force.

Only drastic actions, clean-ups and the removal of “rotten apples” in the police force will the restoration of public confidence in an honest and corruption-free police force is the only acceptable response to the IGP’s call for action.

Sumber HD - 29-10-2014





























































































Judiciary must right the wrongs

Suaram | .

The independence of the highest court of the land – the Federal Court – will once again be tested in the judgment of the court on the sodomy charge against opposition leader, Anwar Ibrahim, for the second time on 28 and 29 October 2014. The Federal Court must right the wrongs and deliver justice if its credibility and reputation in the eyes of the public is to be maintained.

The Court of Appeal's decision on 7 March 2014 to overturn the High Court decision to acquit Anwar of sodomy offence under Section 377 of the Penal Code was extremely disappointing and exasperating, marking a new low for Malaysia's justice system. The appellate court found Anwar guilty of sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan on 26 June 2008 and sentenced Anwar to five years' imprisonment.

Anwar's conviction has been stayed during his appeal to the Federal Court, but if convicted he will serve a total of 5 years jail time, effectively losing his Permatang Pauh Parliamentary seat and position as the parliamentary opposition leader, and hence forth ending his political career.

The verdict is not just about Anwar's political ambition but the manner in which the entire trial was conducted, broke every known fair trial standards governed by law and it exemplifies the frailty of our criminal justice system.

The Court of Appeal's trial was brought forward abruptly and conducted in a hasty manner to have Anwar convicted and sentenced in mere two days, and subsequently disqualifying Anwar from the Kajang by-election held on 23 March 2014. Such uncommon proceeding evidently showed that this was a politically motivated prosecution to eliminate one of the most influential opposition leader in the country.

Anwar and his legal team have always maintained that the charges were trumped up & fabricated. During the trial, serious questions that impinged on fair trial standards were raised including - the complainant's meeting with the Prime Minister and senior officials before the alleged incident; tampering of evidence including planting of DNA evidence, medical report of the complainant that showed no penetration etc.

In addition, the Federal Court has rejected Anwar's motion to disqualify Muhammad Shafee Abdullah from the prosecution team and held that Shafee, a lawyer closely related to UMNO, was a 'fit and proper person' to lead the prosecution, despite apparent unsuitability and conflict of interest.

The ruling government's unrelenting intimidation campaign against Anwar is also extended beyond the sodomy case. Anwar's key lawyer, N. Surendran was charged under the Sedition act 1948 twice for mere criticism of the Court of Appeal's judgment on the sodomy case in September 2014. A month after Surendran's charges, Anwar was again called for an investigation under sedition for an alleged seditious comment made on 25 March 2011.

The Court of Appeal's decision raised profound question on the existence of separation of powers between the executive and judicial. The judiciary as the last bastion in checking the abuses of power by the executive, must rise to the occasion in ending injustices in the case of Anwar Ibrahim and put a stop to the abuses of state machinery for political persecution.
Endorsed by,
  1. Association of Women Lawyers
  2. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  3. Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)
  4. Civil Right committee of KLSCAH
  5. Empower
  6. Himpunan Hijau
  7. Kelab Bangsa Utama
  8. Komas
  9. Lawyers for Liberty
  10. Malaysia Youth and Students' Democratic Movement
  11. Malaysian Physicians for Social Responsibility
  12. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  13. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
  14. Women's Aid Organisation (WAO)
  15. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
Sumber HD - 27-10-2014

Suhakam seru pembaharuan 
penjara di Malaysia

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ingin merujuk kepada pendedahan oleh P. Uthayakumar berkenaan pemenjaraan beliau di Penjara Kajang, dan ingin menyatakan bahawa berikutan memorandum yang diterima daripada Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia pada 5 Ogos 2013 mengenai layanan buruk yang dialami oleh P. Uthayakumar di Penjara Kajang, Suhakam telah menjalankan siasatan ke atas tuduhan yang dibuat dan mengambil beberapa tindakan susulan.

Ini, kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam termasuk mengadakan lawatan ke Penjara Kajang pada 13 Ogos 2014 untuk mengesahkan aduan yang diterima dengan pihak-pihak yang berkaitan, menghantar surat rasmi kepada Jabatan Penjara pada 21 Ogos 2013 mengenai isu-isu yang diketengahkan dalam memorandum tersebut, dan diikuti dengan satu mesyuarat bersama Jabatan Penjara pada 4 September 2013 untuk membincangkan antara lain, isu prosedur yang berkaitan dengan aduan bertulis yang diterima daripada tahanan, semasa lawatan Suhakam ke penjara.

"Suhakam juga telah mengambil langkah tambahan dengan menjalankan kajian tematik berkaitan hak kepada kesihatan di dalam penjara" ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, objektif utama kajian itu adalah untuk memastikan bahawa keadaan semua penjara di negara ini adalah konsisten dengan tahap kesihatan dan keselamatan yang wajar, serta melindungi martabat manusia untuk mencapai sistem keadilan jenayah yang menghormati hak-hak individu.

Dalam melaksanakan kajian itu, katanya Suhakam telah membuat lawatan khas ke penjara-penjara di seluruh negara untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi oleh kedua-dua banduan dan kakitangan penjara.

"Kaedah yang digunakan dalam kajian ini melibatkan kaji selidik melalui borang soal selidik dan sesi temu bual bersama responden yang berkaitan mengenai akses kepada penjagaan kesihatan di penjara," ujarnya.

Beliau berkata, Suhakam telah melawat sebanyak tiga belas (13) penjara - Kajang dan Penjara Wanita Kajang, Sungai Buloh (Selangor), Taiping (Perak), Pengkalan Chepa (Kelantan), Tapah dan Bentong (Pahang), Seremban (Negeri Sembilan), Kuching, Miri, Sibu dan Limbang (Sarawak), serta Kota Kinabalu (Sabah).

Sehingga hari ini, tambah beliau sebanyak 4,086 tahanan, 646 kakitangan dan 37 pembantu perubatan telah terlibat dalam kaji selidik tersebut.

Beliau menjelaskan, laporan yang mengandungi hasil kajian dan syor-syor akan diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan serta pihak kerajaan, sejajar dengan objektif Suhakam dalam projek ini, iaitu untuk memperjuangkan peningkatan taraf kesihatan di penjara-penjara di seluruh Malaysia.

Menurutnya lagi, berdasarkan lawatan berkala telah dijalankannya pada masa lalu, Suhakam melihat keperluan untuk reformasi yang lebih sistematik dan konsisten dalam penjara untuk menangani pelbagai isu asas berkaitan penjagaan kesihatan, termasuk penjagaan kesihatan mental untuk kedua-dua kakitangan dan tahanan, keadaan di penjara, dan juga keadaan kerja kakitangan penjara.

"Suhakam juga sedang menggalakkan pihak kerajaan untuk membuat pindaan tambahan kepada undang-undang penubuhannya yang, antara lain, akan memberikannya kuasa untuk melakukan kunjungan mengejut ke penjara dan pusat tahanan di Malaysia," ujarnya. - HARAKAHDAILY 27/10/2014

Sumber HD - 27-10-2014  

Stopping issuance of logging licence a mere smokescreen

S M Mohamed Idris, President, Sahabat Alam Malaysia | .

Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem again shocked the public when he announced on 9 October that ‘there would be no more issuance of logging licence’ until the problem of illegal logging is stopped.

While Sahabat Alam Malaysia (SAM) welcomes what would appear to be Tan Sri Adenan’s resolve to curb the scourge of illegal logging, we are not convinced that it will stop illegal logging activities or save the remaining forested areas in the state.

In fact, if the announcement is indeed carried out at all, it is merely a smokescreen for the on-going conversion of “degraded” forests either into oil palm plantation or forest plantation, the latter disguised as reforestation project.

The truth of the matter is that there is hardly any need for issuance of new licences as there is hardly any forested area in Sarawak that contains commercially valuable timber density. More than three decades of unsustainable logging practices had severely depleted the forests. And that was the real reason for the flurry of forest plantation licences issued by the state government in the last decade.

As a matter of fact, existing timber concessions already numbered more than 45. Many of these Licence for Planted Forest (LPF)s that overlapped with existing timber concessions are effectively dual-purpose permits: first, to clear fell degraded forests (without the need for a logging licence) and secondly, to put up mono-species timber plantation.

It is, therefore, disingenuous on the part of both the Federal and State government of Sarawak to claim that the Forest Plantation Scheme is to protect the remaining natural forests when the very policy approach is a result of poor forest management. Worst, the favorable soft loan and Federal allocation serves as a perverse incentive that encourages the conversion of natural forests, albeit degraded, into fast-growing timber plantation.

We reiterate our challenge to Tan Sri Adenan ‘to walk the talk’ on coming down hard on illegal loggers by starting with acting on the illegal harvesting of tapang in the Sg Pelutan area that was highlighted by SAM early this month.

We further challenge the Chief Minister to:

· Disclose the complete list of existing timber licences and planted forest licences, the names of the licence-holder, the size of the concession, the period and expiry dates of the licences in the interest of promoting transparency and accountability in the forestry sector

· Suspend immediately the conversion of degraded forests into forest plantations
· Implement genuine reforestation activities with the participation of local and indigenous communities.

Sumber HD - 14-10-2014






























































































Tenaga nuklear: Apa yang telah dibangunkan?

PIARAPAKARAN S | .
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah memperincikan komen-komen mengenai Belanjawan 2015.

1. Sektor Air

Ia adalah berita baik di mana National Water Blueprint akan dibangunkan dengan meliputi pelbagai aspek. AWER memuji langkah ini kerana banyak daripada cadangan kami telah dirangkumi ke dalam pembangunan blueprint ini termasuk sektor industri dan pertanian yang telah lama diabaikan. Kami menggesa penglibatan pihak-pihak berkepentingan yang menyeluruh dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan blueprint ini memberikan penyelesaian pengurusan yang holistik kepada sumber air kita yang berharga. Kami juga ingin mengingatkan mengenai risiko eksplorasi air bawah tanah yang dicadangkan dalam blueprint ini. Banyak projek-projek yang dikenal pasti untuk penggunaan air bawah tanah setakat ini berada di dalam lembangan yang sama di mana air permukaan digunakan. Ini bermakna pengekstrakan air bawah tanah akan mengurangkan kandungan air permukaan. Tambahan pula, pengekstrakan air bawah tanah berskala besar dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan (irreversible). Pada musim kering yang berpanjangan, keadaan kebakaran tanah gambut juga akan menjadi lebih teruk jika aras air bawah tanah berkurangan disebabkan projek pengekstrakan air bawah tanah. Oleh itu, Penyelidikan dan Pembangunan yang terperinci serta Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) mesti dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat. Ia adalah ternyata kita mempunyai air permukaan yang mencukupi tetapi terdapat kekurangan usaha dalam menguruskannya. Projek pengekstrakan air bawah tanah adalah tidak diperlukan.

Kami juga memuji langkah untuk mengutamakan Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) dalam belanjawan. Sejak 2011, ia merupakan satu usaha yang mencabar bagi AWER untuk menerangkan kepentingan pengurangan NRW kepada pihak-pihak berkepentingan termasuk agensi-agensi kerajaan. Krisis air baru-baru ini di Lembah Klang telah menunjukkan bukti yang kukuh untuk mengekalkan tahap NRW yang rendah dan memastikan air terawat ini disalurkan untuk penggunaan. AWER akan terus memantau tahap NRW dan prestasi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) dan industri perkhidmatan air (rawatan dan bekalan). AWER telah menetapkan tahap 20% NRW (purata negara) pada tahun 2020 sebagai Indeks Prestasi Utama bagi SPAN dan industri perkhidmatan air.

Bekalan air luar bandar adalah inisiatif yang baik yang dilaksanakan setiap tahun. Ketua Audit Negara telah mengutarakan isu-isu mengenai projek yang tidak memuaskan dalam siri laporan audit yang diterbitkan. Oleh itu, pemantauan yang ketat dalam pelaksanaan projek bekalan air luar bandar amat didperlukan. Pemantauan sebegini perlu dilaksanakan untuk projek-projek bekalan elektrik luar bandar juga.

2. Sektor Pengangkutan

Penambahbaikan pengangkutan awam dari segi meningkatkan perkhidmatan berdasarkan rel adalah penting. Penambahbaikan perkhidmatan bas di lokasi terpilih juga diperhatikan dalam belanjawan baru-baru ini. Kami berharap lebih banyak tumpuan diberikan kepada pengangkutan awam dalam belanjawan-belanjawan yang akan datang untuk memastikan kebergantungan kepada bahan api dari sektor pengangkutan dapat dikurangkan dengan ketara. AWER juga ingin mencadangkan insentif atau pengecualian cukai berasaskan prestasi diberikan kepada pengusaha-pengusaha bas yang melanjutkan perkhidmatan mereka untuk laluan yang tidak menguntungkan bagi memastikan jangkauan pengangkutan awam dimaksimumkan dari Arau, Perlis ke Semporna, Sabah dan sehingga penghujung di Ulu Lachau, Sarawak.

Lebuhraya Sg Besi - Ulu Klang, Lebuhraya Pantai Barat (Taiping - Banting), Lebuhraya Damansara - Shah Alam, Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur, MRT 2 (Selayang - Putrajaya) dan LRT3 (Bandar Utama - Shah Alam - Klang) adalah projek yang akan memerlukan Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA). AWER menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya memproses DEIA setelah Penilaian Impak Trafik (TIA) yang menyeluruh telah dikemukan. Ketiadaan TIA mungkin tidak dapat menjustifikasikan pengurangan aliran trafik kerana banyak projek-projek lebuhraya dan projek-projek rel sebelum ini telah gagal untuk mengurangkan aliran trafik serta pelepasan karbon. Memandangkan Kerajaan Persekutuan telah berjanji untuk meneruskan rasionalisasi subsidi, DEIA perlu mengambil kira pengurangan sebenar aliran trafik kerana pengguna-pengguna tidak patut dibebani dengan pembaziran bahan api yang disebabkan oleh kesesakan trafik yang semakin berleluasa. Penalti dan pembatalan perjanjian (konsesi) juga perlu diterokai jika infrastruktur seperti ini gagal untuk mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan. AWER juga ingin mengingatkan kepada Kerajaan Persekutuan mengenai risiko projek Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur kerana projek ini mengancam 4 hutan simpanan. Apabila hutan diganggu, ia akan memberi kesan-kesan yang tidak dapat dipulihkan termasuk penurunan dalam fungsi hutan-hutan ini sebagai kawasan tadahan air.

3. Sustainable Mobility Fund

AWER telah mengemukakan amaran kami mengenai dakwaan "kelestarian" (sustainability) oleh kenderaan elektrik kepada Malaysian Green Technology Corporation dalam siri perbincangan langsung. Kami telah berkongsi hasil kajian kami dan kajian-kajian yang dijalankan di peringkat antarabangsa dan yang paling penting, dengan memperkenalkan kenderaan elektrik, intensiti karbon dari sektor pengangkutan pasti akan meningkat disebabkan oleh campuran bahan api penjanaan elektrik Malaysia. Dengan hanya memberi tumpuan kepada parameter Potensi Pemanasan Global (pelepasan karbon), ia tidak dapat dinafikan bahawa berlakunya kesan alam sekitar yang tinggi dalam pengeluaran bateri dan juga semasa fasa penggunaan (penggunaan elektrik) kenderaan elektrik. Jika lain-lain parameter prestasi alam sekitar seperti penipisan ozon, karsinogen, Keekotoksikan akuatik, Terra Keekotoksikan dan pengasidan akuatik diguna pakai, kenderaan elektrik akan mempunyai kesan alam sekitar yang lebih tinggi berbanding dengan kenderaan konvensional. Maka, AWER menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula rancangan untuk memperkenalkan kenderaan elektrik dan kajian terperinci mesti dilakukan sebelum memulakan program sebegini.

4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Mengenakan GST kepada sektor elektrik bukan satu langkah yang bijak kerana terdapat kos ketidakcekapan yang tinggi dalam tarif elektrik. Kos ketidakcekapan ini disebabkan oleh pelanjutan operasi loji-loji janakuasa lama yang tidak cekap dan kegagalan yang melampau oleh Suruhanjaya Tenaga (gross failure of Energy Commission) untuk menjalankan proses pembidaan kompetitif. Adakah ia adil untuk mengenakan cukai terhadap pengguna apabila Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Suruhanjaya Tenaga gagal dengan teruk untuk memastikan tarif elektrik yang saksama? Mengenakan GST untuk pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih daripada 300kWh tidak dapat mengurangkan kesan kos GST kepada orang ramai. Berdasarkan pengumuman kewangan Tenaga Nasional Berhad, jumlah jualan elektrik bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 2013 adalah RM33.857 Billion. Dengan menggunakan data ini sebagai asas pengiraan dan menggunakan kenaikan tarif elektrik serta peningkatan permintaan yang prorata, AWER mengunjurkan anggaran kutipan GST dari sektor elektrik di Semenanjung Malaysia sahaja pada tahun 2015 adalah RM1.654 Bilion dan pada 2016 dianggarkan RM2.498 Billion. Sektor komersil dan industri pasti akan menyalurkan kos tambahan ini kepada pengguna melalui harga barangan dan perkhidmatan.

Sebagai contoh, sektor perkhidmatan air telahpun menghadapi kesukaran untuk mengunjurkan kos berkaitan penggunaan elektrik mereka. Ini disebabkan oleh kegagalan KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga untuk melaksanakan penetapan tarif yang telus bagi sektor elektrik. Komponen kos tenaga dalam perbelanjaan operasi sektor perkhidmatan air boleh mencapai tahap setinggi 55%. Kini, kos tenaga dalam perbelanjaan operasi sektor perkhidmatan air pasti akan meningkat disebabkan 6% GST yang akan dikenakan kepada bil elektrik mereka. Oleh itu, adakah sektor perkhidmatan air dapat mencapai pulangan kos sepenuhnya dengan kos tambahan sebegini yang dikenakan dalam bil elektrik mereka? Air dan Tenaga merupakan pemacu pertumbuhan (growth enablers) bagi Malaysia. Oleh itu, AWER menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula pelaksanaan GST ke atas penggunaan tenaga elektrik.

5. Pembangunan Tenaga Nuklear "Kabur" ("Not Clear" Nuclear Energy Development)

Pada tahun 2013, KeTTHA telah diperuntukkan belanjawan untuk program kesedaran tenaga nuklear. Apakah hasil program ini? Adakah program kesedaran ini dijalankan untuk pihak berkepentingan atau kementerian itu sendiri?

Di samping itu, Malaysia Nuclear Power Corporation telah wujud sejak 2011. Di bawah program tenaga nuklear, projek bernilai RM76.6 Juta telah diperuntukan sejak 2011. Dalam belanjawan 2015, bahagian terakhir peruntukan berjumlah RM14.7 juta telah diperuntukkan. Apa yang telah dibangunkan? Di manakah laporan atau justifikasi terperinci? Apa penemuan terperinci yang telah diterbitkan? Perkara di bawah adalah antara soalan-soalan teras yang diajukan oleh AWER kepada pihak berkuasa yang berkenaan sebelum mereka memulakan pembangunan tenaga nuklear di Malaysia:

i. Dasar campuran tenaga (energy mix) jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang mesti digariskan dengan jelas dan diumumkan untuk pengetahuan umum. KeTTHA dan Suruhanjaya Tenaga tidak menunjukkan keupayaan untuk menguruskan perancangan penjanaan elektrik setakat ini. Adakah mereka bersedia untuk menguruskan nuklear? Banyak negara maju mengunjurkan pertumbuhan permintaan sejauh 50 tahun, tetapi di Malaysia, kita sudah mempunyai masalah sebelum tahun 2020.
ii. Lokasi loji tenaga nuklear mesti didedahkan dari awal perancangan. Penerimaan orang ramai adalah satu kemestian dalam membina sebuah loji tenaga nuklear. Oleh kerana terdapat laporan bahawa beberapa lokasi telahpun dikenal pasti, mengapa terdapat kelewatan dalam mendedahkan lokasi-lokasi ini?

iii. Kebocoran radioaktif, tindak balas kecemasan dan prosedur laporan mesti dijelaskan kepada orang ramai. Kebocoran dan insiden nuklear tidak dapat dielakkan. Insiden Fukushima Daiichi telah benar-benar menunjukkan perkara ini adalah di luar kawalan manusia. Banyak kejadian lain juga dilaporkan secara berterusan. Adakah pihak berkuasa kita dapat mengendalikan senario seperti ini? Di manakah "pakar tenaga nuklear" kita apabila insiden Fukushima Daiichi berlaku?

iv. Kos penutupan operasi (decommissioning) loji tenaga nuklear sentiasa menjadi kebimbangan bagi kebanyakan negara yang menjana tenaga nuklear. Dengan undang-undang dan peraturan yang lebih ketat dalam pelupusan sisa nuklear dan bahan berkaitan, peningkatan kos penutupan operasi loji tenaga nuklear akan berlaku. Adakah generasi masa depan terpaksa menbayar kos ini?

v. Modal insan yang berkeupayaan untuk menguruskan kemudahan tenaga nuklear adalah penting. Banyak laporan juga telah menunjukkan bahawa kebocoran atau insiden nuklear adalah sangat berkait dengan kesilapan manusia. Kegagalan untuk mempunyai kepakaran teknikal yang bersesuaian bermakna kita mengundang masalah dan mewujudkan bencana nuklear untuk kita sendiri. Graduan sains nuklear semata-mata tidak akan cukup untuk menguruskan loji tenaga nuklear. Apakah pelan pembangunan modal insan di Malaysia?

vi. Pelupusan sisa nuklear (spent fuel) adalah "ibu" kepada semua isu-isu yang berkaitan dengan nuklear. Kos dan keselamatan kemudahan penyimpanan sisa adalah kebimbangan alam sekitar yang utama. Apakah kos yang diunjurkan dan kesannya kepada tarif? Bagaimana pula dengan kebocoran daripada kemudahan simpanan disebabkan oleh kejadian semulajadi? Adakah kerajaan megambil kira perkara seperti ini dalam perancangan mereka?

vii. Tarif elektrik yang murah dari tenaga nuklear, adakah ia satu realiti? Adakah ia benar-benar lebih murah untuk menguruskan loji tenaga nuklear dalam jangka masa panjang? Tambahan pula, Malaysia bukanlah pemilik teknologi. Mengapakah semua pihak berdiam diri mengenai aspek ini?

Kami menggesa agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam perancangan pembangunan tenaga nuklear bertindak lebih telus mengenai hasil penemuan dan menjalankan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan secara menyeluruh.

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Sumber HD - 12-10-2014

Syed Ibrahim dipilih Timbalan Pengerusi Bersih 2.0

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Syed Ibrahim Syed Noh daripada Pertubuhan Ikram Malaysia telah dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 yang baru mulai esok, 9 Oktober 2014.

Penyandang Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 sebelum ini, Dr Ahmad Farouk Musa, telah meletak jawatan pada bulan Ogos dan satu pemilihan semula telah diadakan.

Pencalonan telah dibuka pada 24 September dan pemilihan telah dijadualkan untuk 29 Oktober.

Namun, oleh sebab tiada percalonan lain untuk jawatan Timbalan Pengerusi, maka Syed Ibrahim dipilih bagi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Dua ahli Jawatankuasa Pemandu baru yang dipilih ialah Cik Fadiah Nadwa Fikri dan Prof Madya Dr Abdul Halim Yusoff.

Dua calon itu juga menang jawatan itu tanpa bertanding.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Bersih 2.0 yang terdiri daripada Muhammad Sha’ani Abdullah, Roger Chan dan Stanley Yong. - HARAKAHDAILY 8/10/2014

Sumber HD - 8-10-2014






























































































Industri didahulukan atau rakyat didahulukan?

SM MOHAMED IDRIS | .



RIBUAN pekebun kecil kelapa sawit di Sarawak telah terjejas oleh arahan Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris, MPOB) yang melarang peniaga buah sawit dari membeli buah kelapa sawit (BKS) yang asal-usulnya ‘dicurigai’. Arahan tersebut berkuatkuasa sejak 1hb Julai, 2014.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah mendapat tahu bahawa sekurang-kurangnya di kawasan Baram, Bahagian Miri, Sarawak, arahan tersebut telah mengakibatkan pembatalan dan penggantungan lesen perniagaan buah sawit susulan daripada tindakan penguatkuasaan oleh pihak MPOB.

Peniaga sawit yang menjadi orang tengah di antara pekebun-pekebun kecil yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Orang Asal dan kilang sawit yang dimiliki oleh syarikat perladangan besar, telahpun menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan (atau supply chain) pembangunaun penanaman sawit di Sarawak.

Seperti yang dimaklumi, bagi kawasan Baram, BKS yang asal-usulnya ‘dicurigai’ melibatkan buah sawit yang kononnya dicuri dari ladang Sg Lelak, Loagan Bunut dan Bukit Limau yang dimiliki oleh dua buah syarikat perladangan sawit gergasi – Boustead dan IOI.

Ladang-ladang tersebut masih terlibat dalam konflik tanah dengan masyarakat tempatan yang telahpun membuat tuntutan hak tanah adat ke atas kawasan yang ditanam berikutan kegagalan pembayaran dividen atau pembayaran dividen yang tidak memuaskan buat bertahun-tahun yang lepas dan yang telahpun dijanjikan dalam skim usaha bersama yang disarankan oleh kerajaan.

Arahan MPOB ini juga merupakan keputusan yang diambil oleh Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas selepas satu sesi dialog dengan industri kelapa sawit pada 9hb Jun, 2014.

Selain daripada melarang peniaga daripada membeli BKS dari ‘hotspots’ konflik tanah, dalam notisnya kepada para peniaga BKS, MPOB juga menetapkan rujukan had maksima hasil daripada pekebun kecil iaitu 2 tan bagi 1 hektar sebulan sahaja. Maka, jualan hasil yang melebihi ketetapan tersebut dianggap sebagai hasil yang asal-usulnya ‘dicurigai’.

Notis itu juga menyatakan bahawa peniaga-peniaga yang tidak mengikut arahan tersebut akan dianggap bersubahat dengan pembekal haram dan pihak MPOB tidak akan teragak-agak mengambil tindakan keras termasuklah penggantungan lesen perniagaan.

Pekebun-pekebun kecil diwajibkan untuk menunjukkan sijil dari MPOB ketika menjual hasil mereka kepada peniaga yang memegang lesen MPOB. Walau bagaimanapun, mengikut makluman, kebanyakan sijil ini tidak dikemaskini apabila pekebun-pekebun kecil memperluaskan kawasan tanaman mereka. Masalah ini terjadi kerana kelemahan pentadbiran MPOB sendiri.

Penutupan sepenuh dan sementara (ada yang sampai 3 bulan) ‘ramp’ (merujuk kepada kemudahan yang disediakan oleh peniaga BKS) tidak disedari dan telah mengejutkan ramai pekebun kecil.

Tindakan mesra-syarikat yang diambil oleh MPOB untuk mendenda segelintir pekebun-pekebun kecil secara langsungnya menjejaskan mata pencarian kehidupan ribuan pekebun kecil yang tidak bersalah. Ramai masyarakat Orang Asal telah berkecimpung dalam aktiviti pembangunan tanah tersebut yang digalakkan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga kerajaan negeri dan kerajaan pusat untuk menaikkan taraf hidup mereka.

Berikutan dari tindakan MPOB ini, mereka terpaksa berjalan jauh untuk menjual hasil mereka dan ini akan meningkatkan kos pengeluaran dan sekaligus harapan untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Ramai juga meminjam dari bank untuk membeli kenderaan pacu empat roda untuk menyenangkan penghantaran hasil ke kilang dan mereka akan menghadapi kemungkinan terjebak dalam hutang sekiranya mereka tidak mampu membayar ansuran pinjaman.

Tempoh penguatkuasaan arahan tersebut dan rancangan kementerian seterusnya untuk menyelesaikan konflik tanah adat bukan sahaja di kawasan Baram tetapi juga di kawasan-kawasan lain di negeri Sarawak adalah tidak jelas dan tidak diketahui.

Tindakan MPOB yang tidak berprihatin tersebut telah mendedahkan hujah kerajaan mempertahankan dasar pemusnahan hutan dan pembangunan penanaman sawit besar-besaran demi pembanterasan kemiskinan adalah tidak benar sama sekali. Pendirian Majlis Kelapa Sawit Malaysia (atau dalam bahasa Inggeris, MPOC) bahawa pembangunan penanaman sawit adalah demi kesejahteraan pekebun-pekebun kecil, kini telahpun didedahkan sebagai taktik perhubungan awam semata-mata.

Walau bagaimanapun, kami menyeru kerajaan supaya memberikan perhatian serta-merta terhadap konflik tanah adat yang telah berlarutan lama dan menyeru pihak industri supaya menjalankan aktiviti perniagaan mereka secara beretika dengan menghormati tuntutan hak tanah adat.

Segala penyelesaian konflik tanah adat mesti menghormati keputusan-keputusan mahkamah yang mengiktirafkan bahawa kawasan tanah adat adalah melebihi kawasan yang mengikut tafsiran kerajaan mengikut undang-undang tanah yang tidak adil. - HARAKAHDAILY 8/10/2014

Penulis ialah Presiden Sahabat Alam Malaysia.

Sumber HD - 8-10-2014

Bersyukur atau protes, SAMM jawab kenyataan menteri

AHMAD ANWAR ASYRAF | .

1. Kenyataan Menteri KPDNKK, YB Datuk Hassan Malek yang meminta rakyat bersyukur dengan kenaikan harga bahan bakar dilihat begitu menghiris perasaan rakyat. Sama ada menteri ini tidak sengaja mengeluarkan kenyataan itu atau sememangnya tidak mempunyai tahap pemikiran seorang pemimpin.

2. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat pihak kerajaan tidak mempunyai alasan yang releven untuk kenaikan harga bahan bakar yang menjadi kunci kenaikan kos sara hidup. Ketika ini harga minyak pasaran dunia merundum ke aras paling rendah dalam tempoh 3 tahun. Mengapa kerajaan tergamak menaikkan harga minyak domestik?

3. Kata-kata untuk menjimatkan perbelanjaan negara, pembangunan luar bandar, menaiktaraf sistem pengangkutan awam, menambah kadar BR1M dan sebagainya hanyalah satu penyedap halwa telinga sahaja.

4. Imbas kembali, zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu kenaikan harga bahan bakar mencecah 78 sen seliter, yang ketika itu harga minyak global mencanak tinggi. Maka lebihan pendapatan dari kenaikan itu kononnya digunapakai untuk menaik-taraf pengangkutan awam. Apa hasilnya? Hanya lambakan bas-bas Rapid yang tersadai menjadi besi buruk kerana urustadbir yang penuh ketirisan.

5. September 2013, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Razak umum kenaikan harga bahan bakar RON95 dan diesel untuk menjimatkan perbelanjaan negara. Sama juga alasannya ketika ini. Namun, siapakah yang boros dan tidak amanah dalam mengurus perbelanjaan? Rakyat atau kerajaan? Banyak kelompongan dalam pengurusan perbendaharaan negara yang tidak diatasi sehingga kini.

6. Alasan menteri kononnya kenaikan harga bahan bakar kali ini didorong oleh langkah untuk mencegah penyeludupan. SAMM melihat sepatutnya pihak kerajaan pertingkat operasi di pintu sempadan untuk mencegah penyeludupan, bukan menghukum rakyat di atas kebocoran sempadan. Semua lorong-lorong tikus laluan penyeludup perlu dipantau rapi yang melibatkan pelbagai agensi. Atau apakah agensi-agensi terbabit di pintu sempadan telah gagal sama sekali sehingga Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil langkah menaikkan harga bahan bakar?

7. Sekali lagi, Kerajaan Persekutuan menggunakan hujah kononnya harga bahan bakar kita antara yang termurah. SAMM berpandangan tidak patut jika ingin dibandingkan dengan negara "net importer" lain kerana hakikatnya kita adalah negara "net exporter" petroleum. Rakyat juga sering dimomokkan dengan ungkapan sumber minyak negara semakin habis sedangkan penemuan-penemuan telaga minyak baru sering sahaja dirahsiakan daripada pengetahuan khalayak umum.

8. Adalah tidak adil juga jika kita membandingkan harga bahan bakar di antara negara kita dan negara jiran dengan menggunakan matawang kita. Umum mengetahui bagaimana nilai matawang kita yang semakin rendah berbanding matawang negara jiran. Tambahan lagi, kita juga harus melihat pendapatan perkapita negara tersebut berbanding dengan kita. Dengan kuasa beli mereka yang besar walaupun harga minyak mereka tinggi, ia tidak akan mengganggu keadaan taraf hidup rakyat mereka.

Apa pun hujahnya, kenaikan harga bahan bakar ini menunjukkan kegagalan dahsyat Perdana Menteri dan Kabinetnya dalam menjaga amanah menguruskan perbendaharaan negara. Lantas, mengambil jalan mudah menaikkan harga bahan bakar bagi membendung defisit yang semakin membesar.

Untuk kesekian kalinya, rakyat Malaysia harus membayar harga yang mahal di atas siri kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri dan kabinetnya mengurustadbir negara. Maka rakyat harus protes, bukan bersyukur membabi-buta.

Penulis ialah Pengarah Badan Penyelidik SAMM.

Sumber HD - 3-10-2014





























































































Subsidy removal: What alternative for consumers?

Piarapakaran S. , President, Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) | .
Subsidy removal will always have a mixed reaction from all levels of stakeholder. Association of Water and Energy Research Malaysia (AWER) would like to keep issues related to cost aside. Let's look at reality, what are the alternatives that are or can be made available to the people and businesses when subsidy removal is implemented? Are the government and its agencies moving anywhere close to these solutions?

Let's look at some statistics. In 2012, transportation sector in Malaysia used 17,180 kilo tonne oil equivalent of energy according to Malaysia Energy Statistics Handbook 2014. It is 36.78% of the final energy use. Transport sector has superseded industry sector's energy use since 2008. Based on International Energy Agency (IEA), Malaysia emitted 1,494 kg CO2 (carbon dioxide) per capita for transportation sector in 2010 and AWER's projected emission from transportation sector under Business as Usual (BAU) scenario in 2030 is about 2272.83 kg CO2 per capita.

Now, how do we reduce emission from transportation sector? Reducing carbon emission also means we will be able to reduce the cost associated to energy use in transportation sector.

Public Transportation

When AWER refers to public transport, we do not include taxis. Public transport must be able to carry a large group of people from one location to another.

Based on AWER's latest national level survey study, we found interesting facts on public transportation. 4.17% of Malaysians are daily users of public transportation, 24.75% of Malaysians use it few times in a week, 51.64% Malaysians rarely use public transport and 19.43% of Malaysians do not use public transport at all. Based on this data, we can observe that there is tendency to use public transportation but why it is not optimised?

When we asked what is the main problem for public transportation in their area, 41.18% of them replied that the public transport is always full during peak hours. Another 36.16% replied that the public transport does not follow schedule and 14.54% replied that the public transportation service is far away from their housing areas. Another 7.92% complained that there is no public transportation system in their area.

When we asked will they be taking public transportation more frequently if public transportation services are improved to be more effective, 52.78% of them said they will switch to public transportation. At the moment, the modal share for Klang Valley is planned at 20% public transportation and 80% private vehicles. There is huge potential to improve it to 50% public transportation use. Will the government go all out for a better public transportation system?

The MRT and additional LRT line are focused on Klang Valley. Pockets of public transport measures do not solve the actual public transport services needed by the Malaysian population. If the outreach is low, people tend to drive to their desired destination. Connectivity between cities, towns and rural areas and states are vital to increase public transport users. How efficient is the current and proposed public transport systems in bringing consumers to their desired location?

Furthermore, in the case of MRT and LRT, where are the traffic impact assessment reports? I have received a number of feedbacks from readers in my blog on MRT issue. Is it really necessary to place a MRT or LRT station in a packed and crowded location? Are the project proponents afraid that people will not take public transport if the stations are located slightly faraway location with better parking facility and bus connectivity? By placing such stations in already crowded locations, the traffic flow to the location will worsen. This will deter the use of public transport because it is not an easy route to take even with busses. This goes back to the problems people face with public transportation as highlighted by our survey findings.

Road Design that Causes Massive Traffic Congestions

Lebuhraya Damansara-Puchong's (LDP) Sunway Toll booth heading to Petaling Jaya is a classic example of hideous traffic design. The cash booth and SmartTag booths are located at two opposite sides separated by 'Touch and Go' booths. This causes traffic flow to cut across to take either way to exit to Sunway or head towards Petaling Jaya. Such cut across patterns delay traffic flow. In Malaysia, highways are basically designed to remove high vehicle flow from one location and dump it in another location. How the traffic flows out from there is secondary question. How many traffic impact assessments have been done to ensure highways actually function to reduce congestions? How many projects actually deliver the results to reduce traffic congestions?

Creating too many U-turns and "alternative" routes are also another problem that affects traffic flow. Maintenance of roads is also another real problem that causes unwanted congestions. Failure in road designs actually worsens traffic congestion and wastes fuel. Why these problems are not addressed holistically?

One may also say that if you do not want to pay toll, you can take alternative roads. But, when the non-tolled road is converted to tolled highway, there is no alternative. Even if there is an alternative, it is too far to travel and waste fuel as the alternative road is also congested due to many reasons. So, are road users given alternatives?

Minimum Energy Performance Standard (MEPS) and Energy Efficiency Labelling for Vehicles

What about getting more energy efficient vehicles (EEV)? That sounds like a wonderful idea because we can be environmentally friendly and reduce our fuel cost. AWER has raised this issue many times to ensure MEPS (fuel efficiency and emission criteria) is implemented for vehicles (including commercial vehicles) that are sold in Malaysia. Through MEPS, a private or a commercial vehicle owner will be rest assured that they will be buying a vehicle that travels longer distance with lesser fuel consumption.

This situation is similar to the introduction of better fuel type. We are now using EURO2 type fuel but many new vehicle models are designed for EURO4 type fuel. EURO4 reduces impact of green house gas emission in transportation sector substantially. Tuning certain vehicles down to use EURO2 also increases maintenance cost of the vehicle. Implementation of EURO4 type fuel needs to be sped up. This will assist the government to reduce carbon intensity substantially and will also assist to reduce maintenance cost of vehicles. Couple this move using EEV with MEPS, it’s a good blend of policy that will assist Malaysians to cope with subsidy reduction for fuel. This is the fastest alternative that can be offered at the moment.

Beware of Electric Vehicle "Zero" Emission or Environmentally Friendly Claims

There are a group of people portraying that electric vehicles has "zero" emission and much more environmentally friendly. This is not a scientifically correct statement. Battery production for electric vehicles has its series of environmental impact. The environmental impacts from battery production coupled with environmental impact from electricity generation sector, the electric vehicles do not qualify as a real solution to reduce green house gas (GHG) emissions. Increase in usage of coal for power generation as well as older power plants that are extended with lower generation efficiency increases GHG emission for electricity. In total, usage of electric vehicle will contribute more GHG emission compared to conventional cars or busses. Some of the Life Cycle Assessment (LCA) studies reviewed by AWER also conclude similarly.

Is the government placing the right policy when there is already serious issue in the electricity generation fuel mix? While some may argue that electric vehicles can reduce emission in congested locations, putting electric vehicles on the road does not reduce traffic congestions. Increasing public transport usage in densely populated areas can out beat "zero" emission claims by electric vehicles anytime. We believe the government needs to prioritise and implement effective measures and not the non proven "zero emission" claims by electric vehicles.

Conclusion

There are five elements that can reduce our energy dependence from transportation sector, namely effective public transportation, road design (traffic design), EURO4 Type Fuel, EEV and MEPS for vehicles. The implementation of EURO4 Type Fuel, EEV and MEPS for vehicles must be sped up as these are short term solutions with immediate results. Public transport should be the midterm solution and a total overhaul of our road design (traffic design) as a long term solution.

Now, why would anyone make a big fuss when government wants to reduce fuel subsidy if alternatives are given to Malaysians? Think about it. Right policies and implementations are just few steps ahead.

Will I be writing this sort of comments again when there is a fuel price hike the next time round? I hope not!

Towards a low carbon lifestyle in an efficient and cost effective way!

Sumber HD - 3-10-2014

Penghapusan subsidi: Apakah alternatif pengguna

PIARAPAKARAN S. | .

PENGHAPUSAN subsidi akan sentiasa mempunyai pelbagai reaksi dari semua peringkat pihak berkepentingan. Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin ketepikan isu-isu yang berkaitan dengan kos. Mari kita lihat kepada realiti, apakah alternatif yang ada atau boleh disediakan untuk rakyat and sektor perniagaan apabila penghapusan subsidi dilaksanakan? Adakah kerajaan dan agensi-agensinya bergerak lebih dekat menuju ke penyelesaian-penyelesaian ini?

Mari kita lihat beberapa statistik. Pada tahun 2012, sektor pengangkutan di Malaysia menggunakan tenaga sebanyak 17,180 kilo tan bersamaan minyak (kilo tonne oil equivalent) mengikut Panduan Statistik Tenaga Malaysia 2014. Ia adalah 36.78% daripada jumlah penggunaan tenaga akhir. Sektor pengangkutan telah menggunakan jumlah tenaga yang lebih tinggi daripada sektor industri sejak tahun 2008. Berdasarkan laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Malaysia melepaskan sebanyak 1,494 kg CO2 (karbon dioksida) per kapita bagi sektor pengangkutan pada tahun 2010 dan AWER mengunjurkan pelepasan karbon daripada sektor Pengangkutan di bawah senario Tiada Perubahan (Business as Usual-BAU) pada tahun 2030 adalah kira-kira 2,272.83 kg CO2 per kapita.

Kini, bagaimana kita mengurangkan pelepasan karbon daripada sektor pengangkutan? Mengurangkan pelepasan karbon juga bermakna kita akan dapat mengurangkan kos yang berkaitan dengan penggunaan tenaga dalam sektor pengangkutan.

Pengangkutan Awam

Apabila AWER merujuk kepada pengangkutan awam, kami tidak mengambil kira teksi. Pengangkutan awam mesti berupaya untuk membawa satu kumpulan besar orang dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Berdasarkan kajian soal selidik peringkat kebangsaan terkini yang dijalankan oleh AWER, kami mendapati fakta yang menarik mengenai pengangkutan awam. 4.17% rakyat Malaysia adalah pengguna harian pengangkutan awam, 24.75% rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam beberapa kali dalam seminggu, 51.64% rakyat Malaysia jarang menggunakan pengangkutan awam dan 19.43% rakyat Malaysia langsung tidak menggunakan pengangkutan awam. Berdasarkan data ini, kita dapat lihat bahawa ada kecenderungan untuk menggunakan pengangkutan awam tetapi mengapa penggunaan pengangkutan awam tidak dioptimumkan?

Apabila kami bertanya kepada responden apakah masalah utama pengangkutan awam di kawasan mereka, 41.18% rakyat Malaysia menjawab bahawa pengangkutan awam sentiasa penuh pada waktu puncak. Sebanyak 36.16% menjawab bahawa pengangkutan awam tidak mengikut jadual dan 14.54% menjawab bahawa perkhidmatan pengangkutan awam adalah jauh dari kawasan perumahan mereka. 7.92% pula mengadu bahawa tidak ada sistem pengangkutan awam di kawasan mereka.

Apabila kami bertanya adakah mereka akan mengambil pengangkutan awam lebih kerap jika perkhidmatan pengangkutan awam ditambahbaik untuk menjadi lebih berkesan, 52.78% rakyat Malaysia berkata mereka akan beralih kepada pengangkutan awam. Pada masa ini, pembahagian modal (modal share) yang dirancang bagi Lembah Klang adalah 20% pengangkutan awam dan 80% kenderaan persendirian. Maka, terdapat potensi yang besar untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 50%. Adakah kerajaan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik?

Projek MRT dan laluan tambahan LRT tertumpu kepada Lembah Klang sahaja. Pelaksanaan sistem pengangkutan awam secara tidak menyeluruh gagal menyelesaikan permintaan kepada sistem perkhidmatan pengangkutan awam sebenar yang diperlukan oleh rakyat Malaysia. Jika liputan pengangkutan awam adalah rendah, pengguna cenderung untuk memandu ke destinasi yang dikehendaki oleh mereka. Jaringan di antara bandar-bandar, pekan-pekan dan kawasan luar bandar serta negeri-negeri adalah penting untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam. Apakah keberkesanan sistem pengangkutan awam semasa dan yang dicadangkan untuk membawa pengguna ke lokasi yang dikehendaki oleh mereka?

Tambahan pula, dalam kes MRT dan LRT, di manakah laporan penilaian impak trafik? Saya telah menerima beberapa maklum balas daripada pembaca di blog saya mengenai isu MRT. Adakah ia benar-benar perlu untuk meletakkan stesen MRT atau LRT di lokasi yang padat dan sesak? Adakah pemilik projek takut bahawa pengguna tidak akan mengambil pengangkutan awam apabila stesen yang mempunyai kemudahan tempat letak kereta dan jaringan bas yang lebih baik terletak di lokasi yang jauh sedikit? Dengan meletakkan stesen di lokasi yang sudah sesak, aliran trafik ke lokasi ini akan menjadi lebih teruk. Ini akan menghalang penggunaan pengangkutan awam kerana ia bukan satu laluan mudah untuk diambil walaupun dengan menggunakan bas. Maka, kita akan kembali kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan pengangkutan awam yang telah diketengahkan oleh hasil kajian kami.

Reka Bentuk Jalan Raya yang Menyebabkan Kesesakan Lalu Lintas yang Teruk



Tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menuju ke Petaling Jaya adalah contoh klasik reka bentuk trafik yang mengerikan. Lorong tunai dan SmartTAG ditempatkan secara bertentangan dan dipisahkan oleh lorong 'Touch and Go' di tengah. Ini menyebabkan aliran trafik bertembung untuk mengambil jalan keluar ke Sunway atau menuju ke arah Petaling Jaya. Pertembungan sebegini melambatkan aliran trafik. Di Malaysia, lebuh raya pada asasnya direka untuk mengeluarkan aliran kenderaan yang tinggi dari satu lokasi dan melonggokkannya di lokasi yang lain. Bagaimana aliran trafik keluar dari sana adalah persoalan berasingan. Berapa laporan penilaian impak trafik telah dilakukan untuk memastikan lebuhraya benar-benar berfungsi untuk mengurangkan kesesakan? Berapa banyak projek lebuhraya sebenarnya mencapai objektif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas?

Mewujudkan terlalu banyak pusingan-U dan laluan "alternatif" juga satu lagi masalah yang memberi kesan kepada aliran trafik. Penyelenggaraan jalan adalah juga satu lagi masalah sebenar yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang tidak diingini. Kegagalan dalam reka bentuk jalan raya sebenarnya menyebabkan kesesakan lalu lintas dan membazir bahan api. Mengapa masalah-masalah ini tidak ditangani secara holistik?

Ada pihak juga akan mengatakan bahawa jika anda tidak mahu membayar tol, anda boleh ambil jalan alternatif. Tetapi, apabila jalan raya tidak bertol ditukar kepada lebuhraya bertol, ia sudah tidak ada jalan alternatif. Walaupun terdapat jalan alternatif, jalan alternatif tersebut adalah terlalu jauh untuk perjalanan dan membazir petrol serta diesel kerana laluan ini juga sesak disebabkan oleh pelbagai sebab. Maka, adakah pengguna jalan raya benar-benar diberi alternatif?

Piawaian Minima Prestasi Tenaga (Minimum Energy Performance Standard - MEPS) dan Pelabelan Kecekapan Tenaga untuk Kenderaan

Bagaimana pula dengan mendapatkan kenderaan yang lebih cekap tenaga (EEV)? Ia berbunyi seperti idea yang hebat kerana kita boleh menjadi mesra alam dan mengurangkan kos bahan api. AWER telah banyak kali mengutarakan isu ini untuk memastikan MEPS (kecekapan bahan api dan kriteria pelepasan karbon) dilaksanakan untuk kenderaan (termasuk kenderaan perdagangan) yang dijual di Malaysia. Dengan cara ini, pemilik persendirian atau pemilik kenderaan perdagangan akan diberi jaminan bahawa mereka akan membeli kenderaan yang bergerak jarak lebih jauh dengan penggunaan bahan api yang lebih rendah.

Keadaan ini adalah sama dengan pengenalan jenis bahan api yang lebih baik. Kini, kami menggunakan bahan api jenis EURO2 tetapi banyak model kenderaan baru telah direka untuk bahan api EURO4. EURO4 mengurangkan kesan pelepasan gas rumah hijau dalam sektor pengangkutan dengan ketara. Mengubahsuai kenderaan tertentu ke penggunaan EURO2 juga meningkatkan kos penyelenggaraan kenderaan. Pelaksanaan penggunaan bahan api jenis EURO4 perlu dipercepatkan. Ini akan membantu kerajaan untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon dengan ketara dan membantu mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan. Gabungkan langkah ini dengan penggunaan EEV dengan MEPS, ia adalah hasil gabungan dasar yang akan membantu rakyat Malaysia untuk menghadapi penghapusan subsidi bagi bahan api. Ini adalah alternatif yang paling cepat yang boleh ditawarkan pada masa ini.

Berhati-hati dengan Dakwaan Kenderaan Elektrik "Sifar" Pelepasan atau Mesra Alam

Terdapat sekumpulan individu menggambarkan bahawa kenderaan elektrik mempunyai "sifar" pelepasan dan lebih mesra alam. Ini bukan satu kenyataan yang betul secara saintifik. Pengeluaran bateri bagi kenderaan elektrik mempunyai satu siri kesan alam sekitar. Kesan alam sekitar daripada pengeluaran bateri ditambah pula dengan kesan alam sekitar daripada sektor penjanaan elektrik menjadikan kenderaan elektrik tidak layak sebagai penyelesaian sebenar untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG). Peningkatan dalam penggunaan arang batu untuk penjanaan tenaga elektrik serta pelanjutan operasi loji janakuasa yang lebih tua dengan kecekapan penjanaan yang lebih rendah menyebabkan peningkatan pelepasan GHG bagi tenaga elektrik. Secara keseluruhan, penggunaan kenderaan elektrik akan menyumbang kepada pelepasan GHG yang lebih berbanding kereta atau bas konvensional. Beberapa kajian Penilaian Kitar Hayat (LCA) yang dirujuk oleh AWER juga membuat kesimpulan yang sama.

Adakah kerajaan melaksanakan dasar yang tepat apabila terdapat isu yang serius dalam campuran bahan api di sektor penjanaan elektrik? Walaupun sesetengah pihak akan memberikan alasan bahawa kenderaan elektrik boleh mengurangkan pelepasan karbon di lokasi yang sesak, meletakkan kenderaan elektrik di atas jalan raya tidak mengurangkan kesesakan lalu lintas. Meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi boleh mengalahkan (out beat) dakwaan "sifar" pelepasan oleh kenderaan elektrik pada bila-bila masa. Kami percaya kerajaan perlu memberi keutamaan dan melaksanakan langkah yang berkesan dan bukannya percaya dakwaan "sifar" pelepasan kenderaan elektrik yang tidak terbukti.

Kesimpulan

Terdapat lima elemen yang boleh mengurangkan kebergantungan tenaga daripada sektor pengangkutan, iaitu pengangkutan awam yang berkesan, reka bentuk jalan (reka bentuk trafik), bahan api jenis EURO 4, EEV dan MEPS untuk kenderaan. Pelaksanaan bahan api jenis EURO 4, EEV dan MEPS untuk kenderaan mesti dipercepatkan kerana ia adalah penyelesaian jangka masa pendek yang dapat memberi hasil serta merta. Pengangkutan awam perlu menjadi penyelesaian jangka masa sederhana dan pegubahsuai semula reka bentuk jalan (reka bentuk trafik) sebagai penyelesaian jangka masa panjang. – HARAKAHDAILY 2/10/2014

Piarapakaran S. Ialah Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Sumber HD - 2-10-2014






























































































SAM gesa siasat penebangan bakau di Penaga

HARAKAHDAILY | .
PULAU PINANG: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang menyiasat segera pihak yang bertanggungjawab menebang hutan bakau di Sungai Tembus dekat Penaga daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, tinjauan SAM mendapati terdapat kesan penebangan di kawasan hutan tersebut dan tidak mengetahui apakah tujuan tindakan ini dilakukan oleh pihak berkenaan.

Katanya, SAM terkejut dengan kejadian tersebut kerana sebelum ini SAM dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah keras rancangan pelaksanaan projek akuakultur yang melibatkan kawasan hutan paya bakau seluas 204 hektar di tempat itu.

Menruutnya, sehingga kini SAM dan juga penduduk tempatan yang sebahagian besarnya bekerja sebagai nelayan tidak mengetahui kedudukan rancangan projek tersebut dan merasa hairan bagaimana hutan bakau di sini telah ditebang dengan sewenang-wenangnya.

Sebelum ini, ujar beliau SAM mendapat tahu projek berkenaan masih belum mendapat kelulusan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) dan sekarang pihak mana dan bagaimana hutan bakau di kawasan itu boleh diteroka.

"SAM meminta kerajaan negeri ini dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mendedahkan hasil siasatan yang dibuat dan kedudukan terkini rancangan pelaksanaan projek akuakultur di kawasan itu.

"SAM dan CAP tetap membantah projek akuakultur di kawasan ini kerana ia boleh mengancam alam sekitar seperti kemusnahan hutan paya bakau, ancaman ke atas hidupan laut dan menjejaskan sumber pendapatan hampir 1,000 nelayan pantai di sini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, kata beliau projek tersebut juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan pantai dan perkampungan nelayan berhampiran, menjejaskan tanah pertanian berdekatan serta ancaman tsunami dan angin kencang atau ribut yang lebih serius.

Menurutnya, apa yang berlaku di Sungai Chenaam daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan Balik Pulau, Pulau Pinang terbukti projek akuakultur turut menyumbang kepada pertambahan ancaman pencemaran di negeri ini.

"Yang demikian SAM berharap agar kerajaan negeri ini lebih peka terhadap masalah pencemaran yang berlaku dan membatalkan projek akuakultur yang dirancang pelaksanaannya di kawasan Penaga ketika ini," katanya. - HARAKAHDAILY 30/9/2014

Sumber HD - 30-9-2014

Test loom bands and clear confusion

SM Mohamed Idris, Consumer’s Association of Penang | .

As of late there has been a lot of conflicting news in circulation about loom band and phthalates – a harmful chemical commonly found in plastic products. Looms bands have become a nationwide craze; popular among children and adults alike. Therefore it is a concern for us, the Consumer’s Association of Penang, that there are such contradictory reports on whether or not loom bands are safe. We believe it is crucial that all loom bands be tested and the results of said test be released to the public so consumers may know what is safe and what is not.

The loom band product was first created in the United States, under the brand name Rainbow Loom, where it quickly increased in popularity and soon become a worldwide phenomenon. Recently though, loom bands have been banned in the United Kingdom due to high levels of phthalates detected in the loom bands. Toys in many counties are only allowed to contain 0.1% phthalates but many brands of loom bands in the market were found to contain from up to 40% - 50% phthalates. It is important to note that loom bands that contain high levels of phthalates are cheap no name copycats.

Nevertheless, while the United Kingdom has banned loom bands because of the high level of phthalates in copycat loom bands, our Director General of Health, Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, says that any safety hazard risk involving loom bands only apply to young children who chew and suck on the loom bands for extended periods of time. He further states that there is no safety hazard risk for older children and adults and concerns about skin coming into contact with loom bands is unnecessary. There is no need to ban loom bands because they are not classified as toys in Malaysia but are accessories or costume jewellery; nonetheless parents should keep loom bands away from children ages 4 years and below.

We can clearly see that there is no conclusive take on the safety of loom bands in general and this is scary because the chemical that it contains, phthalates, is harmful when large quantities of it are present in the body. Many studies have been carried out to determine the possible effects of phthalates on human beings and the results have shown that many conditions can be linked to the presence of phthalates in people. Some of the conditions include childhood obesity, allergies, damage to the liver and testes, a higher risks of developing diabetes in adulthood, low birth weight in infants, symptoms of ADHD, breast cancer and impaired male reproductive development to name a few. In short, phthalates are carcinogenic, mutagenic and can cause endocrine disruption and a variety of reproductive issues.

While sifting through this jumble of inconsistent information there were a few things that stood out to us and they are that:

1.Most of the loom bands in circulation in Malaysia are the same type of loom bands that were being sold in other countries like the United Kingdom which has now banned loom bands. They are no name cheap imitations that can be bought at minimal costs and the likelihood of a product that is made cheaply containing high levels of harmful chemicals is usually very high.

2.The packaging of most of the loom bands sold in Malaysia are not in the local language. Products sold here must be properly labelled in the local language so that consumers can make informed decisions on possible purchases. People should know certain things before they purchase a product such as if there are any allergens present, what chemicals are present in the product, if there are any warnings that need to be heeded and where the product is made.

3.The loom band product was originally created and marketed as a toy in the US, therefore the whole world recognises loom bands as toys. Since it was intended to be a toy, why are we not labelling it a toy like all the other countries? If Malaysia did the same, loom bands would fall under the Mandatory Safety Standards for Toys 2010 and there would be no confusion as to the safety of the product.

In light of all this we would like to stress the following:

· The Ministry of Health to conduct test on all loom bands in the market and to release the results to the public to abate the current confusion.

· That loom bands be withdrawn from the market until they have been found to be safe.

· We caution parents and children to not buy ready-made loom bands or loom band kits until the safety status of the product is no longer dubious.

Sumber HD - 24-9-2014





























































































Sekam padi ancam Kg Baru Siam

S.M.MOHAMED IDRIS | .
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah dan Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sekam padi yang mengancam kehidupan penduduk-penduduk Kampung Baru Siam dekat Naka di sini.

Masalah yang berlaku sejak beberapa bulan yang lalu itu bukan saja mencemarkan udara akibat habuk daripada longgokan bahan buangan tersebut malah turut menimbulkan ancaman bau busuk serta menjejaskan kesihatan kanak-kanak di kampung berkenaan.

CAP bimbang dengan keadaan ini kerana habuk sekam padi boleh menyebabkan kulit menjadi gatal serta masuk ke dalam mata, mencemarkan makanan, mengotorkan pakaian dan peralatan dalam rumah. CAP berharap Jabatan Kesihatan dapat memantau masalah tersebut agar penyakit yang berpunca daripada sekam padi di sini tidak merebak dan menjadi bertambah buruk.

CAP hairan dan kesal dengan kejadian ini bagaimana sekam padi tersebut boleh dibuang dengan sewenang-wenangnya berhampiran kediaman penduduk dan meminta siasatan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap pihak yang terlibat dengan perbuatan tersebut.

JAS negeri ini juga perlu mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 jika pihak terbabit melanggar peraturan yang termaktub di bawah akta itu. CAP percaya jika keadaan itu dibiarkan berlarutan kehidupan dan kesihatan penduduk yang terlibat akan terjejas dengan lebih serius lagi pada masa akan datang.

Isu berkaitan pembuangan sekam padi di Kedah sejak kebelakangan ini banyak menimbulkan rungutan di kalangan penduduk tempatan dan orang ramai kerana ia mencemarkan alam sekitar seperti yang dilaporkan berlaku dekat Kampung Tengku Laksamana, Kuala Kedah tiga bulan yang lalu.

Dalam kejadian ini CAP amat kecewa kerana pokok-pokok bakau khazanah alam semulajadi yang terdapat di tepi laut dekat kampung tersebut turut menjadi mangsa kerana dimusnahkan untuk dijadikan kawasan pembuangan sekam padi.

Selain membuang bahan tersebut berhampiran rumah penduduk, tinjauan CAP mendapati sekam padi ini turut dibuang di tebing sungai dan tepi jalan menyebabkan berlaku pencemaran air serta mengganggu perjalanan para pengguna terutama penunggang motosikal. – HARAKAHDAILY 23/9/2014

Sumber HD - 23-9-2014

NGO lancar bantahan mengundi hari bekerja

ASLANI M | .

KOTA BHARU: NGO pemantau pilihan raya, Pemantau Rakyat akan melancarkan kempen mengumpul tandatangan membantah hari mengundi pilihan raya kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubur diadakan pada hari bekerja.

Ketua Pemantau Rakyat, Mohammad Faizal Che Yusof berkata, kempen bantahan itu diadakan di Pengkalan Kubor selama tiga hari bermula 16 hingga 19 September 2014 ini.

“Pemantau Rakyat menyeru semua pengundi di Pengkalan Kubor untuk bersama membantah tarikh pengundian 25 September ini.

“Kami menggesa SPR membatalkan notis pengundian dengan membuat perubahan tarikh kepada hari Sabtu 4 Oktober 2014 iaitu sehari sebelum cuti Hari Raya Haji.

“Ia juga adalah hari tidak bekerja di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan memberitahu pengundian pada hari bekerja di Pengkalan Kubor tidak menjejaskan proses pengundian kerana ramai pengundi bekerja sebagai petani.

Malah beliau menganggarkan keluar mengundi pilihan raya tersebut sekitar 70 peratus.

Jumlah pengundi yang tinggal di luar kawasan di Pengkalan Kubor lebih 2,000 orang dan sebahagian mereka bekerja di luar Kelantan.

Faizal juga berkata, Pemantau Rakyat berharap SPR membenarkan pengundi yang berada di luar kawasan pilihan raya mengundi awal di pusat-pusat pengundian di Kuala Lumpur, Shah Alam, Georgtown dan Johor Bahru.

“SPR sebagai badan perlembagaan perlu menjaga integriti dan kepercayaan awam terhadap mereka yang kini semakin terhakis,” ujarnya.

Menurutnya juga alasan pengerusi SPR majoriti pengundi di Pengkalan Kubor bekerja sebagai petani, nelayan dan buruh tidak terikat dengan hari bekerja sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

Katanya, Pemantau Rakyat memandang serius kenyataan Pengerusi SPR yang bertentangan dengan prinsip dan perlembagaan menjamin setiap warga mengundi dengan bebas. – HARAKAHDAILY 15/9/2014

Sumber HD - 15-9-2014





























































































Suhakam minta peneroka ambil gambar jika diugut

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), James Nagayan meminta agar peneroka mengambil gambar dan nama meraka yang mengugut.

Beliau (gambar) berkata demikian sebagai mengulas aduan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bahawa peneroka akan ugutan ekoran hadir menemui Suhakam hari ini.

"Kita mahu peneroka mengambil gambar dan nama mereka (pegawai) yang datang mengugut peneroka.

"Ini bukti untuk kita menjalankan siasatan dari aduan hari ini," kata James ketika mendengan rayuan dan bantah peneroka di pejabat Suhakam pagi tadi.

Sementara itu, Mazlan turut meminta kenyataan terbuka dari Suhakam menggesa mana-mana pihak Felda menghentikan segera ugutan yang dilakukan terhadap peneroka.

"Kita mahu kenyataan terbuka dari Suhakam dalam hal ini, peneroka sentiasa diugut dengan pelbagai perkara yang menakutkan mereka.

"Kita mahu budaya ini dihentikan segera, peneroka hadir menuntut hak mereka tetapi Felda merasakan ancaman lalu membuat ugutan.

"Saya pasti mana-mana peneroka yang hadir akan diugut, mereka belum sampai rumah pun sudah ada yang menanti," katanya selepas menyerah memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam.

Hari ini dianggarkan hampir 500 peneroka hadir di pejabat Suhakam bagi merayu campur tangan suruhanjaya itu dalam isu membabitkan Felda dengan peneroka.

James dalam pertemuaan itu akan membuat siasatan segera serta mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara kedua-dua belah pihak.

- HARAKAHDAILY 11/9/2014

Sumber HD - 11-9-2014

Buang kerja: RUM gesa Najib campur tangan

ANIS NAZRI | .




KUALA LUMPUR: Hampir 700 anggota Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) bakal berdepan dengan penyingkiran oleh majikan mereka.

Malah, ada di kalangan mereka yang sudah pun dibuang kerja tanpa notis, selain digantung kerja serta diberikan notis tunjuk sebab susulan tindakan mereka menyertai piket anjuran kesatuan tersebut.

Presiden RUM, Abdul Razak Abdul Hamid berkata, pihak KTMB kini sedang mengenal pasti ahli-ahli RUM yang berpiket pada 9 Mei lalu untuk diambil tindakan tatatertib.

"Tindakan tatatertib yang diambil itu sekadar ingin menunjukkan bahawa prosedur tindakan tatatertib itu berdasarkan 'natural justice' kononnya.

"Namun, ia merupakan satu tindakan zalim, selain satu tindakan balas dendam dan bersifat peribadi," tegas beliau pada satu sidang media, di sebuah hotel, pagi ini.

Tindakan itu juga, tambah Abdul Razak bertentangan dengan undang-undang, selain cuba membunuh kesatuan pekerja untuk membawa suara pekerja.

Selain beliau, pemimpin tertinggi RUM termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan empat pemimpin cawangan telah dibuang kerja tanpa notis.

Ia bermula dengan pemecatan Abdul Razak dan timbalan presidennya, R. Subramaniam pada 29 Ogos lalu.

Bercakap kepada media, beliau menggesa pihak KTMB agar segera menarik balik semua tindakan tersebut.

"Tolong jangan asak RUM. Jangan asak kami sehingga kami tidak boleh bernafas," kata beliau ketika ditanya wartawan jika bersedia untuk mengadakan piket berhubung kemelut ini.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata pembuangan kerja ini dilakukan KTMB berikutan tindakan piket yang menuntut Presiden KTMB, Datuk Elias Kadir ditamatkan perkhidmatan ekoran prestasi buruknya.

Abdul Razak turut mencabar Elias untuk berdebat secara terbuka dengan beliau berhubung tindakan pembuangan pekerja ini menurut pandangan undang-undang.

Dalam pada itu, pembuangan kerja ini juga didakwa akan menimbulkan implikasi dan menjejaskan nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Menteri Kewangan memandangkan KTMB merupakan milik kementerian.

"Makanya, tindakan KTMB ini secaravlangsung telah terpalit kepada Kementerian Kewangan, yang saya yakini tidak akan merestui tindakan begini, apatah lagi yang bertentangan dengan hak kebebasan bersuara seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa Najib untuk segera campur tangan dengan menyelesaikan kemelut ini bagi memastikan tiadabpekerja dan keluarga mereka teraniaya dengan tindakan zalim yang dilakukan KTMB.

- HARAKAHDAILY 11/9/2014

Sumber HD - 11-9-2014






























































































TI-M lauds MACC’s success in detaining Customs officers

Dato’ Akhbar Satar, President, Transparency International Malaysia | .


Transparency International-Malaysia (TI-M) acknowledges the success of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) in detaining twelve (12) Customs officers, including a senior State Director for alleged corrupt activities involving hundreds of millions of ringgit worth of contraband items. The twelve were allegedly part of a group of 22 people that were members of a largest syndicate smuggling cigarettes and alcohol from Port Klang’s duty free zone, for sale of contraband items in local and international markets.

As reported, the modus operandi was for the syndicate to import the items without going through the usual Customs inspection, resulting in duties not being paid and goods were then distributed to local sundry shops to be sold off at a fraction of the regular price. It is believed the unpaid duties for the smuggled items amounted to hundreds of millions of ringgit.

In this case, according to MACC’s deputy chief commissioner Datuk Seri Mohd Shukri Abdul, the enforcement officers detained had allegedly accepted bribes to “let through” the smuggled items without collecting Customs duties. MACC also seized money from those detained and the smuggled items from a warehouse in Port Klang.

TI-M calls for more combined raids by the MACC and other government enforcement bodies against those involved in the proliferation of the multi-million illegal trade especially where corruption facilities such as illegal activities. Raids on known and suspected outlets, apart from Port Klang’s duty free zone should be an ongoing process and not done randomly. Only when the importation of contraband stops, will the selling also stop. TI-M envisaged more arrests soon, given the magnitude of the smuggling efforts, this syndicate would obviously involve a bigger pool of collaborators.

Perhaps the time has come for the Customs Department to look at smuggling in a different perspective altogether, particularly in redesigning and reviewing new and innovative approaches to the old issues that keep recurring despite the best efforts of its officers. The Department should embark on pre-emptive measure to stem the flow of contraband from their source, make interception at land and sea boundary control points and strengthen intelligence collection would prove to be effective to ensure more encouraging enforcement results.

TI-M notes that the MACC’s success was due to one year of intelligence gathering at Port Klang’s duty free zone. That said, to uncover smuggling activities of such magnitude, would require the cooperation of multi-agencies. For example, in the United States polices smuggling through various federal agencies, including the U.S. Customs Service, the U.S. Border Patrol, the U.S. Coast Guard, and the drug enforcement administration (DEA). The Malaysian Marine Police just like the U.S. Coast Guard must have the suppression of smuggling as one of its chief activities. TI-Malaysia is heartened by the fact that the combined efforts from the MACC, PDRM, Bank Negara officers and members of CyberSecurity had made the arrests possible.

According to the 2013 Goldman Sachs Global Investment Research report following a study of 52 countries around the world in 2012, Malaysia ranked No.1 in the illegal cigarettes trade, compared to more developed countries such as Canada, Australia and the United Kingdom. The fact that Malaysia have the dubious honour of becoming the global leader in this trade, which is extremely concerning due to the several dangers posed by the illegal cigarettes trade to the country and society at large.

TI-M is alarmed at the alarming level of illegal cigarettes trade situation in Malaysia. It had increased from 20% in 2002 to 34.5% in 2012. Based on the current volume of illegal cigarettes trade for which taxes/duties are evaded, the Government is estimated to lose approximately RM2 billion of revenue in taxes annually. This if left unchecked could contribute to Government losing more revenue in the coming years.

Investigators have revealed that regional terrorist organisation such as Abu Sayyaf and Jemaah Islamiyah could be getting funding from local organised crime gangs and using Malaysia as a base to fund their activities. The Home Ministry and crime prevention groups have begun drawing links to these organisationsand the thriving illicit cigarette business. (Refer to NST http://www2.nst.com.my/nation/general/cigarettes-and-the-terrorist-link-font-color-red-exclusive-font-1.365536 )

From a legal perspective, the local legislation must impose harsher penalties and sanctions for the offense of smuggling prevalent in the country. It was a good start yesterday, but much more needs to be done. How does one explain the prevalent imitation goods in the country and the presence of fireworks during festivities when such fire crackers are banned in Malaysia?

If this country wants to stop smuggling and not just present a rhetorical obstacle on this big issues, it must take a more analytical approach to what motivates the smugglers and how they illegally move contrabands in such large volumes with such impunity.

Going after the contraband products at retail outlets and points of sale, as this country has been doing for years, is destined to be an endless chase. The syndicates will just regroup and continue operations, learning from their mistakes and accepting yesterday’s losses as the cost of doing business. Anyone serious about stopping the threats on the border and free trade zones, must dismantle the criminal organizations that carry the contraband by destroying their infrastructure and disabling their tools, including cutting off their supply of cash that make them so effective. Anything less will fail.

Sumber HD - 5-9-2014





























































































Air bersih yang tidak bersih

S.M. MOHAMED IDRIS |
.
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) agak terkejut apabila mendapati Kementerian Kesihatan gagal menguatkuasakan peraturan berhubung air dalam mesin minuman, meskipun peraturan ini sudah hampir dua tahun dimasukkan ke dalam Peraturan Makanan 1985.

Kegagalan pihak Kementerian untuk berbuat demikian telah menyebabkan air yang disediakan di dalam mesin minuman (vending machines) dicemari bakteria najis, sepertimana yang didedahkan dalam satu laporan akhbar baru-baru ini. Ramai pengguna yang mengambil air dari mesin minuman sebagai bekalan air minuman mereka mungkin turut terminum air yang tercemar itu.

Pada masa lalu, air paip boleh terus diminum begitu sahaja oleh penduduk. Tetapi memandangkan kualiti air paip semakin menurun, pengguna terpaksa beralih kepada sumber lain untuk mendapatkan ‘air yang bersih’ dengan memasang alat penapis air di rumah, meminum air yang dibotolkan ataupun membeli air dari mesin minuman.

Malangnya ramai yang tidak menyedari bahawa apa yang dipanggil ‘air yang bersih’ itu boleh menjejaskan kesihatan. Misalnya alat penapis air di rumah boleh menjadi punca pencemaran bakteria jika tidak ditukar dengan kerap.

Berhubung air yang dibotolkan, ia dianggap suatu pembaziran disebabkan penggunaan tenaga dalam pengeluaran dan pengedarannya. Selain itu ia juga menimbulkan masalah persekitaran disebabkan pembuangan botol plastik. Sebahagian besar botol-botol itu adalah dalam bentuk botol polyetyhlene melalui penggunaan nombor 1, PET atau PETE. Apabila botol-botol itu disimpan dalam tempoh yang lama atau disimpan di tempat yang panas, ia mula merembes bahan-bahan kimia ke dalam air tersebut.

Di negara kita, botol-botol ini dipindahkan dengan lori di mana ada ketikanya suhu boleh mencecah 30°C. Botol-botol ini kemudian disimpan pula di dalam gudang buat beberapa ketika sebelum dijual. Kepanasan menyebabkan bahan kimia lebih cepat merembes masuk ke dalam air tersebut. Meskipun botol-botol itu disimpan di dalam peti sejuk sejak hari ia dibotolkan, bahan kimia masih boleh merembes masuk ke dalamnya.

Di sebalik kenaikan kos penyelenggaraan air, pengguna masih belum menerima bekalan air yang bersih dan selamat. Laporan terbaru mengenai pencemaran air dari mesin minuman seharusnya menyedarkan pihak berkuasa agar memastikan kualiti air minuman dan air paip adalah selamat, dengan menguatkuasakan peraturan berhubung kualiti air.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa air dan Kementerian Kesihatan agar menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang sedia ada supaya semua pengguna dijamin memperolehi air yang bersih dan selamat. – HARAKAHDAILY 3/9/2014

Sumber HD - 3-9-2014

End use of Sedition Act - SUHAKAM

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) | .


KUALA LUMPUR - The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is deeply disturbed by the alarming escalation in arrests and charges by the authorities under the Sedition Act against Members of Parliament and State Assemblymen, students as well as more recently an academician.

It is unfortunate to note that the continued invocation of this outdated law, enacted by the colonial authorities to restrict individuals’ freedom of speech is on the rise and is seemingly being invoked on a regular basis. Such actions by the authorities are unwarranted and will continue to curtail the citizens’ right to freely debate issues or to express opinions that are vital in a vibrant democracy.

SUHAKAM urges the authorities to reconsider the proportionality, justification and necessity for arresting and charging individuals under the Act for their allegedly “seditious” remarks or acts. It is imperative for the Government to urgently fulfil its pledge to repeal the Sedition Act and replace it with a “National Harmony Act” towards safeguarding the citizens’ fundamental right to freedom of speech as enshrined under Article 10 of the Federal Constitution as well as Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR).

Sumber HD - 2-9-2014





























































































MAS: MTUC saran kerajaan patuhi kod tata laku keharmonian industri

BERNAMA | .
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyarankan kepada kerajaan supaya mematuhi kod tata laku keharmonian industri apabila memberhentikan pekerja Malaysia Airlines (MAS), yang sedang dilanda masalah.

Presidennya Khalid Atan berkata kod tata laku berusia 40 tahun itu menjelaskan pelbagai langkah yang perlu diambil apabila membuang pekerja bagi mengurangkan dengan seboleh mungkin gangguan dan kesukaran yang akan dialami pekerja dan majikan.

Beliau berkata sebagai majikan bertanggungjawab, kerajaan perlu memastikan kebajikan pekerja merupakan perkara yang paling diutamakan apabila melakukan penyusunan semula terhadap model perniagaan MAS.

Beliau berkata demikian kepada Bernama bagi mengulas rancangan Khazanah Nasional Bhd menyusun semula syarikat penerbangan kebansgaan itu, yang memerlukan pembuangan kira-kira 6,000 pekerja.

Khalid berkata jumlah 6,000 pekerja itu sebenarnya bersamaan dengan 30,000 orang -- jika diambil kira bahawa setiap pekerja mempunyai lima anggota keluarga -- yang akan terjejas dengan langkah penyusunan semula itu.

Beliau turut menggesa Khazanah Nasional mendapatkan penglibatan pemimpin kesatuan sekerja bagi membantu melaksanakan urusan itu untuk meminimumkan kesusahan yang dialami pekerja dan keluarga mereka. - Bernama

Sumber HD - 30-8-2014

NGO demo bantah hubungan dagang M'sia-Israel

HAZAYANI ZAKARIA | .


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menganjurkan demonstrasi dan penyerahan memorandum 'Hentikan Perdagangan Malaysia-Israel' kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurut pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin, demonstrasi tersebut bertujuan mendesak Malaysia menghentikan hubungan perdagangan dengan Israel yang masih belum berhenti menyerang Gaza.

Ia akan diadakan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta pada 29 Ogos ini.

Kumpulan berkenaan akan berarak dari masjid menuju pejabat Miti bagi menyerahkan memorandum.

Bermula hari ini, demonstrasi berkenaan akan dipromosikan sebagai #PagarMiTi298 bagi mengajak badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan untuk menyertainya bagi memberi tekanan kepada MITI.

"SAMM konsisten membuat pendedahan demi pendedahan hubungan perdagangan Malaysia-Israel.

"Ia termasuk pendedahan komponen buatan Israel yang diimport masuk dan juga pendedahan kabinet negara dan syarikat GLC yang menggunakan perkhidmatan syarikat berpengkalan Israel (APCO dan EDS) yang menyumbang hingga ratusan juta ringgit," kata beliau pada sidang media di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), hari ini.

SAMM dalam pada itu menggelarkan Malaysia sebagai 'munafik' kerana terus membekalkan bahan mentah keperluan industri seperti minyak sawit, minyak sayur, koko, getah dan lain-lain.

"Ekonomi negara haram Israel juga diperkukuh apabila negara 'munafik' ini membenarkan perdagangan dua hala secara langsung menjadikan lebih banyak dana termasuk dana persenjataan diguna untuk membedil anak Palestin dan perluasan kuasa," katanya yang mewakili NGO menuntut perdagangan Malaysia-Israel dihentikan.

Mereka juga yakin, menghentikan hubungan dagang antara Malaysia dan negara haram Israel merupakan satu strategi yang mampu melumpuhkan kekuatan Israel.

- HARAKAHDAILY 26/8/2014

Sumber HD - 26-8-2014





























































































TPPA: Shocking US certification process that violates country’s sovereignty

S.M. Mohamed Idris, President, Consumers Association of Penang (CAP) | .


The Consumers Association of Penang (CAP) is deeply concerned by the shocking process by which the United States of America (USA) squeezes more concessions from other countries it negotiates free trade agreements (FTAs) with, even after the treaty’s text is signed. This was outlined in new research released yesterday at http://tppnocertification.org/. This process of one-sided extraction of concessions is called ‘certification’ and the USA is demanding it be part of the Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) currently being negotiated by Malaysia and 11 other countries including the USA.

Under US law, after the TPPA is signed, to start operating, it must pass the US Congress and then US law has required one more step in recent FTAs before it can come into force: the USA must certify that it is satisfied with the implementation of the FTA in the other country.

In practice this has meant that the other partnering country have had to negotiate their domestic laws and regulations that implement their USFTA with the US government. US government emails obtained via Freedom of Information requests show that US government lawyers have drafted the laws of the other country and have not accepted any changes to them.

CAP President Mr. S.M. Mohamed Idris said that “If this is agreed to in the TPPA, this certification process would be a gross violation of our national sovereignty. Agreeing to this would turn our Parliament into a mere rubber stamp for the US government and send us back to being a colony – doing whatever our colonial masters’ order”.

The USA has used this certification process to demand that developing countries pass laws giving the USA even more than the USFTA requires. For example Guatemala was asked to give an extra three year monopoly on medicines, keeping them unaffordable for longer, even though this was clearly not required by the USFTA.

“This is another example of the USA’s outrageous demands both on substance and process in the TPPA. It is a shameless US attempt to force through what they couldn’t get in negotiations of the TPPA text. If Malaysia agrees to allow the USA to apply this certification process to the TPPA, it would formalise and entrench the unequal bargaining power in the TPPA’, said Mr. S.M. Mohamed Idris.

The new research also points out that it is not only the US trade negotiators and Congress who make these extra demands during certification, but even US companies. One US oil company was able to get its complaint turned into an official certification requirement for the Dominican Republic for its USFTA.

US government reports on the website indicate the likely areas where the US will target Malaysia in the TPPA negotiations and/or certification process which include US complaints about Malaysia’s halal requirements, level of intellectual property protection, financial regulation, requirements for Malaysian content on television and radio, restrictions on foreign ownership of land and in the oil and gas sectors, requirements for labelling of genetically modified food and restrictions on genetically engineered products.

The analysis notes that because certification would apply between the USA and other TPPA countries, the USA could prevent the TPPA from entering into force between the USA and that specific country. And so that TPPA country, for example Malaysia, would be prevented from enjoying the main touted benefit of the TPPA – slightly lower tariffs for its exports into the USA, until it has forced Malaysia to agree to all the extra concessions the USA wants. But in the meantime, Malaysia would have to implement all the very problematic general rules of the TPPA including stronger intellectual property protection, many of which benefit the USA, as soon as Malaysia brings the TPPA into force with any other TPPA country, e.g. from ASEAN.

According to Mr S.M. Mohamed Idris, “Agreeing to this certification process would mean that Malaysia suffers the heavy costs of the TPPA, while waiting (perhaps forever) for the minor benefits. This must be factored into any cost-benefit analysis done by the Malaysian Government”.

Hence, Malaysia must insist that there is no certification requirement in the TPPA. This should be a red line which cannot be compromised. CAP is calling for this to be a red line because the Malaysian government is still negotiating the TPPA and the next round of negotiations is reported to be from 1-10 September 2014 in Vietnam.

This new research strengthens our conviction that Malaysia should withdraw from the TPPA negotiations and not sign it.

Sumber HD - 17-8-2014





























































































Proses EIA di Sarawak perlu dipinda segera

SM MOHAMED IDRIS | .

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan untuk mengkaji semula dan membuat pindaan kepada proses Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) di Sarawak kerana wujud kelemahan dalam proses ini, khususnya mengenai kewajipan penyertaan awam. Tidak seperti di Persekutuan, undang-undang EIA Sarawak tidak mewajibkan penyertaan awam, dan menyerahkannya kepada budi bicara penggerak projek sama ada untuk mempamerkan laporan EIA kepada orang awam.

Penyertaan awam dalam proses EIA adalah sangat penting kerana penglibatan semua pihak yang berkepentingan dalam proses perancangan dan membuat keputusan projek serta EIA akan memastikan tahap ketelusan yang lebih tinggi dalam menilai keperluan projek tersebut dan selanjutnya dalam meluluskan projek tersebut.

Pendedahan baru-baru ini oleh Sarawak Report[i] dalam eksklusif utama mengenai EIA bagi projek pembinaan Empangan Murum mengesahkan mengapa kita perlu penglibatan awam dalam proses EIA. Apa EIA Empangan Murum dedahkan adalah bahawa sekiranya berlaku pemecahan empangan di Murum, ia akan mempunyai kesan melata di Empangan Bakun di hiliran. Jika kedua-dua empangan ini pecah, ia akan menjadi bencana besar melibatkan beribu-ribu penduduk yang tinggal di lembangan Sungai Rajang.

Maklumat seperti ini adalah penting bagi orang awam dan masyarakat tempatan untuk ketahui supaya dapat menyediakan diri mereka untuk sebarang kemungkinan. Walau bagaimanapun, Perintah Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (Aktiviti yang Ditetapkan) 1994 menafikan akses rakyat Sarawak kepada laporan EIA tertentu.

Perbezaan asas antara Perintah Sarawak dan garis panduan Persekutuan pada dasarnya adalah Akta Kualiti Alam Sekeliling persekutuan membenarkan orang ramai untuk menyemak laporan EIA terperinci dan seterusnya mengemukakan ulasan kepada Panel Pengulas EIA untuk dipertimbangkan sebelum kelulusan diberikan oleh Ketua Pengarah. Malangnya, Perintah Sarawak tidak memasukkan peruntukan-peruntukan ini untuk beberapa aktiviti yang ditetapkan.

Tanpa kewajipan untuk mengundang penyertaan awam dalam proses EIA, ia telah menjadi sangat sukar untuk masyarakat tempatan dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil di Sarawak untuk bebas mendapatkan maklumat mengenai projek-projek yang berpotensi menjana kesan ketara kepada alam sekitar dan sosial.

Ia adalah penting bagi orang ramai untuk mengambil bahagian dalam proses perancangan dan membuat keputusan untuk kepentingan diri dan masyarakat mereka kerana aktiviti yang dicadangkan seterusnya dapat memberi kesan kepada kehidupan, mata pencarian dan persekitaran mereka.

Apabila tiada penglibatan awam dalam proses EIA, kedua-dua pihak pemaju projek dan pihak berkuasa negeri terlindung dari kritikan dan pandangan awam. Laporan EIA berstandard rendah boleh mengakibatkan ramalan kesan dan langkah-langkah mitigasi adalah tidak menyeluruh, data asas adalah tidak mencukupi dan mungkin mengandungi kesilapan yang amat nyata, ketidaktepatan dan maklumat palsu yang disengajakan.

Sebagai contoh mungkin berlaku percanggahan maklumat guna tanah dan sempadan wilayah dalam laporan EIA kerana perunding akan sebahagian besarnya bergantung kepada peta yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Tafsiran kerajaan mengenai tanah di bawah tuntutan Hak Tanah Adat (Native Customary Rights – NCR) berkonflik secara langsung dengan masyarakat pribumi, seperti yang telah ditunjukkan dalam banyak kes yang lalu.

Penyertaan awam dalam proses EIA juga akan menggalakkan pematuhan kepada semua undang-undang dan peraturan-peraturan oleh semua pihak yang berkenaan, mengikatkan pihak-pihak berkepentingan untuk janji-janji yang dibuat di dalam proses tersebut atau perundingan lain yang berkaitan dengan projek. Ia juga mampu memberi perlindungan lebih baik kepada masyarakat tempatan apabila mereka merundingkan isu-isu yang boleh memberi kesan kepada mereka.

Memandangkan terdapat kelemahan dalam proses EIA di Sarawak, SAM telah mengemukakan memorandum kepada beberapa agensi Persekutuan dan Negeri pada 6 Jun 2014, menggesa supaya usaha bersepadu diambil untuk memastikan program pembangunan dan urustadbir alam sekitar di Sarawak menggabungkan tahap ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi selain menggalakkan orang awam mendapat akses kepada maklumat secara lebih meluas.

Dalam rumusan memorandum tersebut, SAM mencadangkan suatu Penilaian Alam Sekeliling Strategik (Strategic Environmental Assessment – SEA) adalah dijalankan memandangkan kerajaan Sarawak membuat perancangan projek-projek pembangunan berskala besar. SEA ini perlu untuk menilai sama ada projek-projek yang dirancang adalah perlu atau wajar, memandangkan kesan buruk yang mungkin berlaku. Ia juga adalah penting bahawa proses EIA Sarawak adalah ditambahbaik dan dilengkapi secara teknikal untuk memastikan proses penilaian impak yang neutral dan berdisiplin dilaksanakan.

[i] http://www.sarawakreport.org/2014/08/cascading-failure-catastrophic-warning-on- murum-dam-was-kept-hidden-major-exclusive/

Penulis ialah Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Sumber HD - 8-8-2014





























































































Track 4A: Bagaimana kos tidak berpatutan disalur

PIARAPAKARAN S | .

PERSATUAN Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah sekian lama menggesa kerajaan memastikan pelaksanaan tarif elektrik yang telus, saksama dan berpatutan.

Penghapusan subsidi gas asli bagi sektor tenaga akan menaikkan harga gas asli untuk penjanaan tenaga elektrik. Di samping itu, Tarif Galakan (FiT) sudahpun mengenakan levi 1.6%. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berjumlah 6% juga akan dikenakan dalam bil elektrik.

Secara keseluruhan, semua sektor perniagaan akan dikenakan caj tambahan berjumlah 7.6% dalam bil elektrik mereka mulai 1 April 2015. Caj tambahan yang serupa juga akan dikenakan kepada pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih daripada 300 kWj (kiloWattjam) sebulan.

Drama Track 4A telah menunjukkan tanda-tanda jelas bahawa Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) tidak mempeduli tentang daya saing Malaysia apabila merujuk kepada tariff elektrik atau kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia. Fikirkanlah! Bagaimana pelabur-pelabur akan fikir tentang Malaysia? Mereka mempunyai pakar-pakar tersendiri dan memutar belitkan fakta kejuruteraan menyebabkan pengawalselia negara kita nampak bodoh di peringkat antarabangsa.

1. Ketelusan dalam Kos Tenaga Elektrik Tidak Wujud

AWER telah bertemu dengan Suruhanjaya Tenaga pada akhir tahun 2013 dan meminta agar mekanisme penetapan tarif yang bersesuaian dilaksanakan seperti yang telah dicadangkan oleh AWER (seperti yang diterbitkan dalam laporan AWER yang bertajuk 'Perjuangan: Masa Depan Industri Elektrik Negara', 2011). Pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Tenaga menyatakan bahawa mereka sudi melaksanakan cadangan-cadangan kami tetapi mendakwa bahawa "tangan mereka terikat". Penetapan tarif secara telus akan membolehkan orang ramai dan sektor perniagaan mengakses pecahan kos yang disalurkan sebagai tarif elektrik kepada mereka. Kos penjanaan (generation), kos penghantaran (transmission) dan kos pembahagian (distribution) merupakan 3 kos utama tarif elektrik. Berdasarkan pembentangan Tenaga Nasional Berhad pada Minggu Tenaga di Singapura, pecahan kos adalah seperti berikut: kos Penjanaan (69%), kos Penghantaran (9%), kos Pembahagian (21%) dan lain-lain (1%). Kos penjanaan boleh dipecahkan lagi kepada kos bahan api (41%) dan caj kapasiti (28%).

Memandangkan komponen kos bahan api dijangka meningkat dengan ketara pada masa akan datang, ia juga penting untuk memecahkan komponen kos caj kapasiti (kos seunit kWj bagi setiap loji janakuasa). Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA masih enggan mendedahkan nombor-nombor ini sehingga kini. Ini akan membawa kita kembali kepada persoalan mengapa kerajaan mengarahkan Petronas untuk memberi subsidi gas asli pada tahun 1997?

Sebelum itu, tidak ada elemen subsidi dalam sektor penjanaan elektrik kita untuk kos bahan api dan ia adalah penyaluran kos bahan api sepenuhnya. Pada waktu itu, kebanyakan Penjana Bebas (IPP) generasi pertama telahpun beroperasi dengan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang lumayan. Adakah Petronas terpaksa kehilangan pendapatannya supaya IPP generasi pertama boleh terus mengaut keuntungan tanpa dipersoalkan?

Sudah tiba masanya kita mempunyai mekanisme penetapan tarif yang telus untuk memastikan hanya kos sebenar disalurkan kepada tarif elektrik dan memastikan Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA tidak menyalurkan kos-kos tidak berpatutan seperti yang dilakukan oleh mereka dalam Drama Track 4A.

2. MyPower dan Pembaharuan MESI Membazirkan Wang Cukai Rakyat

MyPower Corporation ialah syarikat tujuan khas yang ditubuhkan untuk meneliti pembaharuan Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI). Ia adalah satu urusan mewah dengan pelantikan perunding-perunding asing, aktiviti perhubungan awam yang mahal, bengkel-bengkel dan banyak lagi.

Dalam Drama Track 4A ini, kita boleh melihat dengan jelas bahawa wang cukai rakyat telah dibazirkan untuk menjalankan MESI yang "undur ke belakang" ("Back-Pedalling") dan bukannya pembaharuan seperti yang dijanjikan. Pembaharuan yang mewah ini telah menjanjikan tarif elektrik yang telus, saksama dan berpatutan.

Oleh kerana rakyat Malaysia telah dipaksa untuk menerima penyaluran kos bahan api dalam kenaikan tarif tahun ini (1 Januari 2014), Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA kini bereksperimen untuk menyalurkan kos yang tidak berpatutan kepada tarif elektrik akibat kegagalan untuk melaksanakan pembidaan kompetitif yang telus seperti yang dapat dilihat di Drama Track 4A.

Sebagai contoh, tanpa pembidaan kompetitif, sudah tentunya tidak ada cara untuk meramalkan dan mencapai tarif purata (levelised tariff) yang terendah. Ini kerana tiada entiti sanggup mengurangkan margin keuntungannya jika entiti tersebut tidak perlu membida sesebuah projek melalui pembidaan kompetitif yang telus. Kos teknologi dan talian penghantaran agak sama bagi semua pembida; penurunan dalam margin keuntungan merupakan tindakan yang membolehkan pembida memenangi proses bidaan sesebuah projek.

Dalam Drama Track 4A, projek Loji Janakuasa Prai digunakan sebagai penanda aras oleh Suruhanjaya Tenaga untuk mengaburkan mata semua pihak berkepentingan. Projek ini telah diluluskan 3 tahun yang lalu dan kos teknologi yang sama telah berkurangan selama ini.

Dengan pengurusan risiko yang betul, kos kewangan yang lebih rendah boleh dicapai untuk mencapai tarif purata (levelised tariff) yang lebih rendah dengan Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate of Return - IRR) yang lebih rendah. Malangnya, Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA telah memutar belit fakta kejuruteraan untuk mengelirukan semua pihak untuk melaksanakan rundingan terus melalui MESI yang "undur ke belakang".

Lebih banyak isu-isu sebegini sedang diplotkan memandangkan inisiatif MESI yang "undur ke belakang" sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA secara SENYAP-SENYAP. Hakikatnya, semua kos tambahan yang mereka salurkan kepada tarif elektrik akan dikenakan 7.6% kos tambahan (GST dan FiT) bermula 1 April 2015.

3. Isu IPP Dan Rundingan Terus Merupakan Modal Politik Untuk Ramai Ahli-ahli Politik. Mengapakah Hanya Terdapat Beberapa Bantahan Kedengaran ke atas Drama Track 4A Ini?

Ia bukanlah satu perkara yang baru di mana ramai pemimpin politik menggunakan isu IPP, PPA dan rundingan terus sebagai modal politik mereka atas nama berjuang untuk rakyat bagi membolehkan tarif yang saksama dan berpatutan. Malangnya, hanya segelintir ahli-ahli politik menyuarakan bantahan mereka tentang Drama Track 4A semasa sesi Parlimen yang lepas dan situasi telah kembali tenang selepas itu. Ini merupakan peluang keemasan untuk semua ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap rundingan terus Track 4A.

AWER ingin menggesa wakil-wakil rakyat untuk mendesak Kerajaan Persekutuan membentuk sebuah panel siasatan ke atas perbuatan putar belit fakta oleh pihak berkuasa (iaitu Suruhanjaya Tenaga dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dalam menjustifikasikan rundingan terus Track 4A. Pengundi-pengundi anda semua telah meletakkan kepercayaan bahawa anda semua akan memperjuangkan kesejahteraan mereka. Kini tiba masanya untuk anda semua menunjukkannya dan membuktikannya.

4. TNB Boleh Teruskan Perbincangan dengan SIPP tetapi Sebagai Sebuah GLC, TNB Perlu Tolak Tawaran Rundingan Terus

Dalam kenyataan TNB kepada Bursa Malaysia, ia telah mengumumkan bahawa TNB telah menandatangani Perjanjian Dasar (Heads of Agreement) dengan SIPP bagi Track 4A. TNB boleh meneruskan usaha sama dengan SIPP atau mana-mana pihak lain. Tetapi, TNB mesti menolak tawaran rundingan terus Track 4A. Penyelesaian yang lebih baik adalah TNB juga menggesa Suruhanjaya Tenaga melaksanakan pembidaan kompetitif yang telus untuk projek Track 4A.

Pada Minggu Tenaga yang berlangsung di Singapura, TNB juga telah membentangkan bahawa pembidaan kompetitif berjaya menjimatkan berbilion-bilion Ringgit di mana penjimatan ini akan disalurkan kepada tarif elektrik. Tambahan pula, kesemua kesatuan pekerja TNB juga telah menentang rundingan terus dengan sekeras-kerasnya kerana amalan itu akan mendorong harga yang lebih tinggi dan memberi kesan kepada tarif elektrik.

Di samping itu, kerajaan juga telah berikrar untuk melaksanakan pembidaan kompetitif yang telus untuk pembinaan loji janakuasa baru melalui Rancangan Malaysia Ke-10, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pembaharuan MESI.

AWER yakin jurutera-jurutera dan perancang-perancang di TNB akan dapat menasihati pihak pengurusan TNB bahawa sekarang masih ada masa yang mencukupi untuk melaksanakan bidaan kompetitif dan pembinaan Track 4A dapat diselesaikan pada Jun 2018 selepas Suruhanjaya Tenaga mengeluarkan Notice to Proceed (NTP) pada bulan Jun 2015.

AWER menggesa TNB supaya memimpin melalui teladan untuk mengambil bahagian dalam pembidaan kompetitif yang telus sama dengan ikrar yang telah dibuat oleh YTL apabila YTL metolak tawaran rundingan terus Track 4A oleh Suruhanjaya Tenaga. Kini tiba masanya untuk sebuah GLC seperti TNB membuktikan mereka boleh berprestasi dengan lebih baik daripada IPP yang telah dikutuk banyak kali disebabkan oleh PPA mereka.

Kesimpulan

Rancangan Malaysia ke-10, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pembaharuan MESI bukanlah wayang kulit semata-matanya. Ini adalah janji kerajaan kepada rakyat, perniagaan dan pelabur. Memungkiri janji-janji ini akan mengundang impak-impak negatif yang serius dan menghakis keyakinan pelabur terhadap ketelusan kos tenaga elektrik. Mengapa semua orang perlu membayar lebih dalam tarif elektrik mereka akibat daripada sekumpulan orang ingin mengaut keuntungan?

Ini juga akan memberi kesan kepada daya saing Malaysia terutamanya bagi operasi sektor perniagaan. Dengan kenaikan kos sara hidup dan banyak lagi pemotongan subsidi serta cukai GST yang bakal dilaksanakan, ia adalah tidak adil untuk kerajaan membenarkan Suruhanjaya Tenaga dan KeTTHA mengokestrakan Drama Track 4A.

Penulis ialah Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

Sumber HD - 4-8-2014

2 comments:


  1. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete
  2. Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Lajnah Hubungan Ngo : Ngo-Ngo / Union : Awer / Sam / Cuepacs / Suhakam / Cap / Samm / Suaram / Mtuc / Ti--M / Rum / Bersih 2.0 / Psima / Aman / Fomca / Perkasa >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Lajnah Hubungan Ngo : Ngo-Ngo / Union : Awer / Sam / Cuepacs / Suhakam / Cap / Samm / Suaram / Mtuc / Ti--M / Rum / Bersih 2.0 / Psima / Aman / Fomca / Perkasa >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Koleksi Berita Dan Video Parti Pas : Lajnah Hubungan Ngo : Ngo-Ngo / Union : Awer / Sam / Cuepacs / Suhakam / Cap / Samm / Suaram / Mtuc / Ti--M / Rum / Bersih 2.0 / Psima / Aman / Fomca / Perkasa >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete