BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Friday, January 6, 2017

KESIHATAN DAN PENYAKIT (JILID 2)



Amalan salah para doula

DOULA bermaksud peneman kepada ibu hamil sama ada dalam tempoh mengandung, saat getir bersalin dan semasa berpantang. Boleh dikatakan ianya seolah-olah gundik suruhan si ibu untuk membantu, meringan bebanan dan mententeramkan keadaan. Atas slogan wanita memahami wanita, kehadiran doula amat membantu berbanding dengan suami. 
Bidan-bidan kampung pada satu ketika dahulu telah memainkan peranan ini. Mereka sudah sebati dalam masyarakat cuma tiada istilah doula pada masa tersebut. Setelah pekeliling yang dikeluarkan oleh KKM, bidan-bidan kampung ini telah diberi pengiktirafan membantu ibu hamil dan juga pihak kesihatan bagi melicinkan lagi urusan bersalin. Sehingga kini bidan kampung memberikan kerjasama penuh kepada KKM bagi memastikan kelahiran yang selamat si ibu. Mereka tidak mengganggu perancangan yang telah diatur oleh pihak kesihatan ke atas si ibu. Malah mereka menggalakkan lagi kerjasama erat itu. 
Kini, doula yang menggelarkan diri mereka sebagai "Guru Bersalin" telah mengambil alih tugasan profesional kesihatan dalam pengendalian ibu hamil. Ajaran mereka lebih kepada menghindari pihak hospital, tidak menggunakan khidmat kepakaran, tidak mengambil vaksin dan beberapa nasihat bersalin dengan cara yang membahayakan. Malah rata-rata para penyokong doula ini penjual kepada jamu dan produk kesihatan yang tidak berdaftar. 
Isu bersalin di rumah tanpa pengawasan bidan terlatih sehingga menyebabkan kematian adalah sesuatu yang serius. Perkara ini perlu ditangani segera oleh pihak berwajib agar peristiwa yang sama tidak berlaku pada masa depan. Saya menggesa pihak berwajib memanggil semua pihak yang terlibat dalam pengurusan kes untuk berbincang bagi menangani peningkatan kes kelahiran yang tidak selamat ini.
Kelahiran selamat adalah proses kelahiran yang ditangani oleh ahli yang mahir dan ditempat yang kondusif. Ini kerana kita meminimumkan komplikasi-komplikasi kelahiran yang boleh membahayakan seperti perdarahan, lekat uri, koyak pangkal rahim dan sebagainya. Kita tidak mahu terjadinya kes kematian seperti beberapa kes yang berlaku akhir-akhir ini. Kononnya mereka ingin mengikut perkembangan zaman di negara maju yang sudah lama mengamalkan kelahiran sedemikian. Tetapi tangan-tangan yang mengendali kelahiran di rumah tersebut tidak pula mahu memikul tanggungjawab sepenuhnya. - HARAKAHDAILY 5/3/2018 
(Baca artikel ini selanjutnya dalam Harakah cetak Bil.2329 edisi Jumaat akan datang.)
Sumber HD - 5-3-2018 

‘Tonggeng’ Pesakit Supaya Oksigen Masuk Ke Otak?















Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Kami cuba menegur sebuah laman social yang membuat promosi menonggeng bayi serta
melaksanakan beberapa aktiviti memulas anggota pesakit. Namun teguran kami dibalas dengan
kata-kata sinis dan menuduh kami sebagai doktor yang hanya percaya kepada perubatan moden
semata-mata. Tuduh mereka, doktor moden hanya pandai komen tetapi tidak mahu mengkaji lanjut ‘kejayaan” yang mereka telah capai.

Komen terakhir yang saya berikan kepada mereka adalah KESIAN. Mereka berhujah atas fakta yang
tidak tepat. Sadis, apabila aktiviti merbahaya yang mereka lakukan itu dipertahankan habis-habisan.

Sedangkan konsep kemasukan oksigen ke otak, kaedah rawatan pesakit istimewa seperti Cerebral
Palsy (CP) dan seumpamanya adalah tidak betul.

Mereka hanya berfikiran secara logik bahawa dengan kaedah tunggeng bayi CP itu akan
menyebabkan oksigen lebih banyak turun ke otak, akhirnya akan memulihkan fungsi otot-otot bayi
yang cacat. Teori itu didoktrinkan kepada pesakit yang tidak tahu anatomi serta fisiologi manusia.
Maka mereka mudah percaya dan akhirnya melayanglah duit bayaran seminima RM300 setiap kali
rawatan. Kesian, mereka mudah tertipu.

Suka saya maklumkan bahawa jantung akan mengepam darah beroksigen ke otak tanpa mengira
posisi badan kita. Ini adalah mekanisma unik yang Tuhan jadikan terhadap manusia. Setiap inci sel
otak akan sampai darah hatta ianya berada dicelah mana sekalipun. Darah akan tetap dipam walaupun
kita tahan nafas semasa menyelam atau tahan berak.

Namun, jika beberapa minit darah yang menyumbat saluran darah, oksigen tidak sampai seperti
dalam kes serangan angin ahmar (stroke). Sel-sel otak tidak akan berfungsi, mengakibatkan anggota
badan yang disarafi kawasan otak itu akan lumpuh.[1]

Jika otak tidak terima oksigen antara 30-180 saat, kita akan pengsan. Tempoh seminit sahaja sel otak
akan mati. Jika melepasi 3 minit, kerosakan sel otak semakin teruk. Sel otak akan terus tidak dapat diselamatkan jika oksigen tidak masuk lebih dari 10 minit. Sel-sel otak yang sudah mati, sukar
dipulihkan. Kebanyakan pesakit akan kekal lumpuh dalam satu tempoh yang agak lama bergantung
kepada peratus penyumbatan yang berlaku.

Penyakit CP agak berbeza mekanisma kejadiannya. Penyakit CP terhasil akibat perkembangan sel
otak yang terbantut sebaik sahaja sebelum bersalin dan saat bersalin. Sel-sel tertentu otak tercedera
kerana pelbagai punca, antara kemalangan, penyalahgunaan dadah, kecuaian pengendalian semasa
bersalin yang menyebabkan bayi tercedera atau jangkitan kuman.[2] Kanak-kanak yang berpenyakit
CP ini akan kelihatan bermasalah dari sudut keseimbangan badan dan gerak-geri tubuh (posture).

Oleh yang demikian pesakit akan kelihatan sukar untuk berjalan, payah untuk menggunakan tangan
semasa menulis atau pergerakan halus, dan terdapat dikalangan mereka yang mengalami masalah
sawan dan pemikiran terbantut. Tanda awal bayi disyaki boleh dihinggapi CP adalah antara 1 hingga
3 tahun dimana semua proses perkembangan tubuh badan sedang pesat.

Sehingga kini tiada kaedah yang boleh menyembuhkan CP seratus peratus. Akan tetapi terdapat
rawatan yang boleh membantu mereka kepada kehidupan yang lebih sempurna seperti ubat-ubatan,
alat bantuan ganti, peningkatan fungsi fizikal, pemulihan cara kerja dan latihan percakapan. Semuanya
ini perlu dijalankan oleh individu yang mahir.[3] Pada satu tahap yang tertentu pesakit CP ini boleh menjalankan aktiviti harian mereka sekadar mampu hasil dari rawatan dan latihan secara berterusan.
Ianya juga bergantung kepada tahap keterukan kecederaan yang berlaku semasa lahir.

Tahun 1955 dua doktor bernama Glenn Doman dan Carl Delacato telah menubuhkan The Institutes for The Achievement of Human Potential (IAHP), gunanya untuk memberi rawatan kepada kanak-kanak yang istimewa temasuk CP bagi memulihkan otak mereka. Teori yang dikemukakan oleh Glenn-Delacato
ini, kononnya membantu memulihkan otak yang rosak melalui latihan fizikal khas bernama
“Patterning”.[4] Mereka mengambil konsep bahawa manusia itu adalah makhluk yang boleh dilatih
seperti haiwan lain umpamanya haiwan amfibia dan reptilia.

Melalui kaedah acuan (patterning) yang khusus, latih tubi pergerakan badan secara pasif dengan
memulas tangan, kaki dan kepada secara silang akan menghasilkan signal kepada sel otak untuk
terus berkembang secara sempurna. Dalam kaedah ini, tiada pulak mereka melakukan pergerakan menunggeng kanak-kanak bagi memulihkan kemasukan oksigen ke otak!

Banyak kajian telah dijalankan oleh pelbagai pihak bagi membuktikan kebenaran kaedah pelik ini.
Namun hasil dari semua kajian itu tidak menunjukkan kesan yang positif berbanding dengan
populasi masyarakat yang tidak terlibat dalam patterning.

Persatuan Pediatrik Amerika (AAP) telah mengeluarkan beberapa kenyataan rasmi bagi memberi peringatan kepada masyarakat bahawa kaedah patterning oleh Glenn-Delacato ini tiada merit, tidak
terbukti merawat pesakit dan boleh mendatangkan bahaya.[5] Sudah berapa ramai keluarga pesakit
yang mengalami masalah rasa bersalah, murung dan ditimpa hiba serba kekurangan kerana sudah menghabiskan banyak masa, tenaga, fikiran dan duit dek kerana terkesima dengan rawatan Patterning.

Walaupun terdapat sedikit perubahan kepada anak-anak mereka, tetapi harapan menggunung tinggi
itu tidak pun mencapai idaman seperti yang dicanangkan dalam promosi IAHP.
'
Dalam negara kita, ada juga individu yangi ingin menggunakan kaedah yang sama. Apabila kami
cuba menegur, mereka mula sentap. Sedangkan bukti fakta kajian saintifik sudah terbentang di depan
mata.

Pautan:

[1] Oxygen Deprivation. https://www.spinalcord.com/blog/what-happens-after-a-lack-of-oxygen-to-
the-brain
[2] Cerebral Palsy. http://www.cerebralpalsy.org/about-cerebral-palsy/definition
[3] Cerebral Palsy Treatment. https://medlineplus.gov/cerebralpalsy.html
[4] Glen Doman Method. https://www.quackwatch.org/01QuackeryRelatedTopics/patterning.html
[5] Committee on Children with Disabilities. The treatment of neurologically impaired children using patterning. Pediatrics 104:1149-1151, 1999. Reaffirmed Jan 2006.

Sumber BO - 28-2-2018



Tarikh Haid Dan Beranak














Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Sewaktu saya bertugas sebagai relawan perubatan di Kem Kutupalong Cox’s Bazar, saya tidak
hairan ibu-ibu hamil mereka memberi alasan tidak ingat tarikh hamil. Mereka hanya menjawab mengikut bulan. Apabila timbul bulan purnama setiap bulan mereka akan calit di dinding bahawa mereka sudah hamil bulan ke berapa.

Saya faham mereka tidak seperti negara kita yang sudah pesat maju. Tekanan hidup mereka selama
ini tidak membolehkan mereka bermaklumat tepat sebagaimana kita yang mempunyai kalendar
merata-riti. Malah 89.4% penduduk Malaysia mempunyai telefon pintar (MCMC 2017).
Menjadikan negara kita mendapat tempat ke 34 dalam kalangan negara yang pesat membangun
seluruh dunia (USNEWS 2018).

Saya cukup terkilan apabila terdapat segelintir dari kita yang memandang remeh usaha penentuan jangka tarikh lahir. Kononnya kiraan yang dilakukan oleh doktor hospital melalui tarikh terakhir haid (Last Menstrual Perioid- LMP) sebagai tidak penting, mengikuti anjuran bible, agama kristian dan serahkan segala ketentuan tarikh bersalin nanti atas kuasa Allah. Inilah salah satu fahaman yang mengelirukan masyarakat. Malah dikeluarkan oleh individu yang tiada wibawa pun dalam urusan
 ibu hamil.

Persenyawaan berlaku apabila sperma bertemu telur (ovum) di satu masa yang serasi. Ovum yang
subur secara tepatnya akan keluar dari kilang telur (ovary), 14 hari dari jangkaan haid bulan depan.

Jangkahayat ovum maksima 24 jam, manakala sperma mempunyai jangkahayat agak lama dalam
rahim, maksima 5 hari. Jika persenyawaan berlaku, haid yang sepatutnya hadir di bulan berikutnya, tidak akan berlaku.

Jika tidak berlaku persenyawaan antara sperma dan ovum, dinding rahim akan menguncup
(shedding) dan haid akan berlaku pada hari ke 14 selepas keluar ovum. Setelah berlaku
persenyawaan pada tarikhh yang ditentukan itu, akan terbentuklah segumpal darah, sebentuk
daging dan akhirnya janin. Seluruh ilmu kedoktoran menyatakan majoriti janin akan membesar
 dalam rahim ibu selama 40 minggu, atau 280 hari atau 9 bulan 10 hari.

Walaupun begitu hanya 4% bayi dilahirkan tepat pada tarikh jangkaan. Selebihnya jatuh dalam
julat tarikh 37 minggu hingga 42 minggu. Terdapat juga bayi yang lahir kurang dari 37 minggu,
ianya dikira sebagai kelahiran pra matang. Terlalu amat jarang bayi lahir melebihi 42 minggu
kecuali si ibu itu lupa tarikh haid, atau menipu tarikh sebenar.[1]

Jika penentuan tarikh jangka bersalin tidak dapat ditentukan melalui LMP kerana faktor-faktor
tertentu seperti ibu sedang menyusu bayi, kitaran haid tidak tetap dan mengalami masalah
perubatan, doktor akan menggunakan kaedah ukur tumbesaran perut dan ultrasound. Ianya boleh diambil sebagai ukuran yang tepat bagi meneruskan pengurusan pesakit disaat bersalin nanti.

Ilmu tarikh bersalin ini bukan ilmu baru atau direka-reka. Ilmu ini adalah ilmu dari Allah jua. Dewasakini, ilmu berkaitan tempoh hamil dan embriologi dimasyhurkan oleh Dr Keith L. Moore. Beliau adalah seorang yang dianugerahkan akal cerdas mengkaji semua hal berkaitan embriologi ini.

Beliau cukup kagum dengan paparan Al Quran yang menyebut asal usul kejadian manusia di alam rahim. Dikatakan beliau telah memeluk Islam hasil dari keajaiban Al Quran. Mukjizat Al Quran
adalah tepat sepertimana kajian yang beliau lakukan setelah berpuluh tahun sebagai pakar anatomi manusia.

Antara ayat Quran yang menjelaskan kejadian manusia adalah surah Al Haj ayat 5:

يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِناَّ خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي اْلأَرْحَامِ مَانَشَآءُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلاً ثُمَّ لِتَبْلُغُوا أُشُدَّكُمْ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّى وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلاَ يَعْلَمَ مِن بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا وَتَرَى اْلأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا الْمَآءَ اهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ {5}

Bermaksud: Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia)
kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih,
kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya
dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim
(ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan
lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara)
hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua
nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan
(ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan
hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

Terdapat segelitir individu menyebarkan fahaman bahawa para doktor tidak boleh mendahului
tarikh yang ditetapkan oleh Allah berdasarkan ayat di atas. Dalam ayat tersebut dinyatakan: “…
dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya…”

Mereka membawa hujah ini untuk tidak lakukan bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin. Doktor pakar akan memasukkan ubat (Induction of Labour – IOL) biasanya pada minggu ke 38
bagi kes-kes yang tertentu. Indikasi perubatan yang melibatkan nyawa ibu dan anak diambil kira
oleh doktor melakukan IOL ini. Kes-kes seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi semasa
hamil, pakar sakit puan akan induce lebih awal. Tujuannya untuk mengelakkan komplikasi kepada
ibu dan bayi jika dilewatkan setelah bayi matang.

Dengan alasan Allah yang menetapkan satu masa yang ditentukan lahirnya itu, mereka menolak
usaha dan bantuan doktor pakar berkenaan. Sekali lagi golongan seperti ini buta Al Quran dan penafsirannya. Adakah mereka lupa bahawa Al Quran juga menyebut dan mengarahkan bertanya
pakar yang ahli dalam sesuatu bidang?[2]

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Bermaksud: Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan
orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah
kamu kepada AhluzZikri” jika kamu tidak mengetahui.

-Sura Al-Anbiya’, Ayah 7

Ayat yang Allah sebut tentang penentuan masa lahir merujuk kepada PENGETAHUAN ALLAH
YANG SANGAT DALAM. Kita tak sepatutnya guna ayat itu untuk menidakkan ikhtiar perubatan
oleh doktor yang ahli dalam bidangnya. Ianya sudah salah mengambil tafsir dan ibrah sesuatu ayat
Al Quran. Terlalu amat bahaya kefahaman sebegini merebak dalam masyarakat. Sedangkan
mengambil mashlahat menjaga nyawa lebih utama dari menjaga kehendak peribadi seseorang.

Penentuan masa bersalin pada tarikh IOL itu juga ketetapan dari Allah. Wasilahnya adalah doktor
yang melakukan IOL. Sebab semua perkara itu berlaku dalam perancangan Allah dan wilayah kekuasanNya juga. Tiada kebetulan. Lagipun ayat Al Haj: 5 itu disebut umum “Dia akan tentukan”.

Tidak bermakna penentuan itu lahir secara natural bila kontraksi tanda bersalin, boleh juga
penentuan itu berdasarkan ilmu doktor yang juga ilmu pinjaman dari Allah.

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Bermaksud: “Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak
juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami)
sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”

-Sura Al-Hadid, Ayah 22

Zaman sudah berubah, tak perlulah kita putar kembali seperti zaman dahulu kala seperti yang
berlaku terhadap pelarian Rohingya itu.

Pautan:
[1] Tarikh lahir. http://perinatology.com/calculators/Due-Date.htm
[2] Perbincangan bersama Ustaz Abdullah Bukhari. https://www.facebook.com/abdullahbukhari.abdulrahim

Sumber BO - 15-2-2018


Di bungkusan Milo memang 40 peratus gula, tapi...
Posted on Tuesday, February 06 @ 14:34:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38125


Selepas hebat dipertikaikan, Nestle mempertahankan minuman keluaran syarikatnya, Milo merupakan minuman sihat.


Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle, Othman Md Yusoff berkata walaupun ia mengandungi 40 peratus gula, apabila dibancuh kandungan itu hanya tinggal enam peratus sahaja.

Video - https://youtu.be/hSt1ZZfvkXo


"Bagi saya, minuman Milo ialah minuman yang sihat.

"Sebenarnya, di bungkusan memang tertulis gula sebanyak 40 peratus, 40 peratus gula itu, 20 peratus daripadanya ialah daripada susu, laktosa dan malt.

“Susu yang ada merupakan susu yang mempunyai gula semula jadi dan baik untuk badan. Lagi 20 peratus itu gula dan ia dalam bentuk serbuk.

"Selepas lima sudu teh Milo ditambah dengan 200 mililiter air panas, jumlah gula kemudian menjadi enam peratus sahaja iaitu tiga peratus daripada susu tadi dan tiga peratus lagi gula.

"(Kadar) 40 peratus itu bila tidak dicampur air. Jadi sebenarnya hanya enam peratus gula sahaja yang masuk ke badan. Video yang viral itu mengelirukan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibu negara hari ini.

Othman berkata demikian sebagai menjawab dakwaan video yang tular di media sosial yang mendakwa Milo tidak sihat kerana mengandungi gula yang tinggi, sekali gus menggemukkan.

'Jangan tambah susu, gula'

Selain itu, Othman turut memberitahu, minuman Milo hanya menjadi tidak sihat apabila ia ditambah dengan susu dan gula.

Justeru beliau meminta agar orang ramai menyediakan minuman Milo seperti panduan yang tertulis pada bungkusan minuman itu.

"Dekat bungkusan kita ada tulis penyediaan Milo iaitu lima sudu teh Milo dan kemudian tambah 200 mililiter air panas.

"Tapi orang kita tambah susu, gula. Itu yang jadi tak sihat," katanya lagi.

Tak sama dengan Milo Australia
Sementara itu, ditanya mengenai perbezaan kandungan gula Milo di luar negara dan di Malaysia, Pegawai Kanan Pemakanan Unit Kesihatan Korporat Nestle, Nurul Iliani Ahmad memberitahu ia dibuat berdasarkan populasi penduduk di setiap negara.

"Kita ikut populasi di setiap negara. Macam di Malaysia kita ikut selera penduduk di negara ini dan seperti di Australia, Milo mereka mengikut selera negara sana.

"Jadi formulasi bagi setiap kandungan Milo berbeza-beza mengikut negara yang diedarkan," katanya.

Sumber TKO - 6-2-2018



Selagi Tiada Bukti, Jualan Kopi Pracampuran Tidak Akan Ditarik - KKM
Posted on Sunday, February 04 @ 15:40:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38091




GEORGE TOWN: Kopi pracampuran yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang mengalami gejala letih teruk tidak akan ditarik daripada rak jualan selagi tiada bukti tentang produk itu tercemar, kata Datuk Seri Dr S. Subramaniam.


Menteri Kesihatan berkata, selain sampel kopi pracampuran yang tercemar yang disahkan oleh polis mengandungi dadah, tiada bukti diperolehi untuk menyalahkan pihak pengeluar produk kopi tersebut.
"Sehingga siasatan selesai dijalankan, kami ingin menasihatkan agar orang awam berhati-hati.

"Selagi tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan pihak pengeluar dengan kes ini, kami tiada perancangan untuk menariknya daripada dijual di kedai," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Terapi Holistik Bersepadu di Klinik Derma Sivasanta di Jalan River di pada Ahad.

Subramaniam berkata, pihak kementerian telah melawat kilang tersebut dan tidak menjumpai bukti bahawa jenama kopi pracampuran itu mengandungi dadah selepas ujian dijalankan.

Subramaniam menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Pusat Terapi Holistik 
Bersepadu. - Bernama
Pada Sabtu, Ketua Polis George Town Asisten Komisioner Anuar Omar mendedahkan bahawa bahan yang ditemukan di dalam sampel kopi pracampuran yang diminum oleh dua pengawal keselamatan warga Nepal terbabit.

"Pemeriksaan menunjukkan paket kopi itu telah dibuka dan terdapat tanda koyakan pada bahagian bawah paket tersebut.

"Paket yang dicantumkan semula itu turut mengandungi lebihan berat sebanyak 10 gram (g) berbanding berat asal iaitu 40g.

"Ia mengandungi bahan berwarna hijau yang berbeza dengan paket asli," kata beliau.

Lima pesakit menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang antara 27 dan 30 Januari selepas meminum air kopi pracampuran berperisa durian.

Sumber TKO - 4-2-2018


Hasil Analisis Sampel Kopi Dalam Masa Terdekat
Posted on Thursday, February 01 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38023



KUALA SELANGOR - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang menganalisis sampel kopi campuran yang didakwa menjadi punca beberapa lelaki dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami sindrom letih dan lemah teruk, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata analisis berkenaan bertujuan mengenal pasti sama ada kopi campuran itu mengandungi bahan kimia terlarang.

“Kami jangka keputusan analisis ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan jika keputusan itu mendapati ia mengandungi bahan terlarang, jenama kopi campuran itu akan dihebahkan kepada orang ramai dan pengeluarnya akan diarahkan menarik balik produk itu daripada pasaran.

“Setakat ini melalui laporan yang saya terima sudah lima orang dimasukkan ke HPP selepas minum kopi campuran ‘durian white coffee’ itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan Thaipusam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 penganut Hindu itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar serta anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Akhbar semalam melaporkan dua lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang semalam selepas pening kerana minum sejenis kopi campuran segera.

Mereka dikatakan mengalami simptom lemah dan letih selepas minum kopi berkenaan.

Dalam sidang akhbar sama, Dr. Subramaniam yang juga Presiden MIC turut merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan perdana menteri yang bersetuju menyalurkan geran berjumlah RM1.5 juta kepada kuil berkenaan bagi membina sebuah dewan serbaguna.

Beliau berkata pembinaan dewan berkenaan menelan kos kira-kira RM3 juta, di mana baki RM1.5 juta akan diusahakan sendiri oleh jawatankuasa kuil itu melalui kutipan derma.

“Pembinaan dewan ini nanti bakal meningkatkan aktiviti masyarakat India di kawasan Kuala Selangor dan sekitarnya. Peruntukan ini sebagai bukti Kerajaan Pusat prihatin terhadap keperluan masyarakat India seluruh negara,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi peruntukan tambahan RM1.5 juta untuk pembangunan di kuil itu sekiranya jawatankuasa kuil itu berjaya mengumpul dana berjumlah RM1.5 juta. – BERNAMA

Sumber TKO -1-2-2018


Syarikat didenda RM10,000 jual laksa kandungi bahan berbahaya
Posted on Friday, January 26 @ 15:00:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37922



KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pengilang makanan, EHH Food Industry Sdn Bhd hari ini 

didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menjual laksa mengandungi bahan pengawet 
tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan penyakit kanser.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman terhadap syarikat itu yang diwakili penyelia operasinya,
 Oh Ching Hai selepas mengaku bersalah menjual 3 bungkus laksa jenama Laksa Pendek,
mengandungi bahan pengawet asid benzoik yang tidak dibenarkan mengikut Peraturan-Peraturan
Makanan 1985.

Syarikat itu yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) melakukan kesalahan berkenaan di sebuah
pasar raya di Jalan Metro Prima, Kepong pada 10.00 pagi, 22 Ogos 2017 mengikut Seksyen 13B(1)
 dibaca bersama Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983, membawa hukuman denda maksimum
 RM20,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan harta syarikat itu bernilai RM10,000 disita jika denda gagal dibayar. Syarikat berkenaan yang tidak diwakili peguam, membayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai serbuan kesihatan pergi ke pasar raya berkenaan dan membeli
3 bungkus Laksa Pendek dengan bayaran RM5.40 bertujuan untuk analisis.

Laporan juruanalisis menunjukkan laksa itu mengandungi asid benzoik sebanyak 514mg/kg iaitu
sejenis bahan pengawet tidak dibenarkan dalam makanan dan pemeriksaan juga mendapati syarikat
EHH Food Industry tidak mematuhi Akta Makanan 1985 kerana menjual makanan mengandungi
asid benzoik.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Rosli Arsyad Mohd Jaafar memohon
hukuman maksimum dikenakan terhadap syarikat itu atas alasan kepentingan orang awam.

“Asid benzoik merupakan bahan pengawet tidak dibenarkan, boleh menyebabkan kerengsaan, asma
dan penyakit kanser jika dimakan dalam tempoh masa panjang,” katanya.

Syarikat itu bagaimanapun memohon hukuman denda yang rendah.



Sumber TKO - 26-1-2018








Fakta vs auta

SAYA seboleh-bolehnya mahu para pembaca memahami corak penulisan saya dalam menyampaikan maklumat kesihatan. Nasihat atau teguran yang diberikan itu bersandarkan fakta-fakta ataupun sekelumit pengalaman diri setelah lebih 20 tahun berkhidmat sebagai doktor. 
Saban hari kita berdepan dengan kepelbagaian isu pesakit, boleh mematangkan kita dalam hala tuju bertindak. Walaupun mungkin penyakit mereka sama (contohnya kencing manis), tetapi kaedah pendekatan berbeza ke atas setiap individu. Tidak semua setuju untuk diberi insulin, maka kaedah optimum ubatan oral perlu dilakukan. Di samping konsultasi gaya hidup sihat, pemberdayaan pesakit (patient empowerment) juga diterapkan. Pesakit perlu tahu jenis ubatan yang diberikan, kesan yang timbul, dos yang dimakan dan pelbagai lagi. Konsep ini penting bagi meningkat lagi kawalan penyakit yang mereka alami. 
Pesakit percaya dan faham, ubat yang diberikan itu bukan sembarangan. Sudah pasti ubatan itu telah melalui proses yang ketat, kualiti yang terkawal, ujikaji toksid telah dijalankan dan ujian keberkesanan. Ubatan tersebut telah terbukti secara majoriti boleh mengubati atau mengawal penyakit yang mereka hadapi. 
Inilah perbezaan antara kami dengan penjual produk kesihatan. 
Penulisan saya berdasarkan pengalaman dan fakta-fakta kajian yang dipelajari. Bukannya berteleku depan komputer untuk lariskan jualan. Sedangkan apa yang berlaku kepada pesakit tidak kita hiraukan? Profiling pesakit secara individu pun tidak diketahui. Apakah sesuai untuk sesuatu jenis ubat dan seumpamanya? Fungsi buah pinggang dan fungsi hati bagaimana? Inilah pertimbangan yang harus diberikan. 
Kebanyakan produk suplemen tidak melepasi kajian klinikal pun. Tetapi mendakwa boleh mengubati segala maklika penyakit. Dari A hingga Z jenis penyakit dengan produk sama. Contohnya satu produk berasaskan pokok mas cotek, jurujual produk mendakwa boleh merawat kencing manis. Sedangkan kajian yang dijalankan itu tidak pun menunjukkan apa-apa kesan yang signifikan. Saya ambil contoh ini adalah pengkaji dari negara kita sendiri dan kajian juga dijalankan dalam konteks masyarakat kita, bukan orang luar pun.[1] Tetapi jurujual tetap bercakap auta dalam media sosial, produk mereka telah lulus kajian dan terbukti berkesan. Inilah pembohongan namanya.
Kesimpulannya, corak penulisan saya adalah bagi menyedarkan masyarakat kepada konsep-konsep perubatan, health seeking behaviour dan bersandarkan hujah saintifik (evidence based medicine). 
Semoga coretan pagi ini menghapuskan kekeliruan anda. Dibawa khas oleh suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
24.1.2018
Tasik Kenyir
Pautan
[1] Draman, S., Aris, M. A. M., Razman, Akter, S. F. U., Azlina, H., Nor Azlina, A. R., . . . Azian. (2012). Mas cotek (Ficus deltoidea): A possible supplement for type II diabetes: (A Pilot Study). Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, 35(1), 93-102.
Sumber HD- 24-1-2018









Inilah namanya tipu-sains

SERONOK tengok demonstrasi sains produk untuk memerangkap pelanggan. Tapi kesian juga lihat pembeli yang terpengaruh, lantas membeli dengan jumlah agak besar. Alasannya dengan belian pukal dan harga ahli, banyak bonus nanti. Lihat katalog atas meja, jurujual bersama kereta idaman dan melancong ke sana sini. 
Pelanggan yang mudah terkena selalunya pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan juga kanser. Mereka tidak sebut secara terus, serkap dengan soalan tanda-tanda penyakit seperti senang letih, kencing kerap, sakit kepala dan lain-lain. Inilah teknik ayat yang menarik perhatian. 
Kemudian, mereka buat demo mi segera. Bahagian ni paling mengujakan kerana pelanggan akan terbeliak biji mata melihat perubahan mi dari warna putih ke warna biru gelap. Lepas tu suci bersih putih semula setelah dicampur produk. Menakjubkan! Kononnya inilah produk cuci usus tercanggih di abad ini. Doktor hospital pun terkejut. Kempen mereka lagi, bila usus kembali "bersih" badan tidak akan ada penyakit terutamanya kanser. Pelanggan yang buta sains terus beli, sebab takut dengan kanser. Sadis! 
Bagi pelanggan yang celik-sains, akan kata dalam hati, tipu! Ujikaji mi segera seperti ini adalah satu pembohongan, warna gelap iodine hilang bukan disebabkan oleh sifat produk yang boleh mencuci tetapi disebabkan oleh kehadiran vitamin C. Inilah namanya tipu-sains. Pelanggan yang tiada asas sains akan mudah kena kelentong. 
Masalahnya, daya tarikan dan pujukan mereka diselitkan pula dengan hadis. Menyandarkan sabda Rasulullah SAW bahawa segala penyakit berpunca dari perut. Sedangkan Rasulullah SAW tidak pun bersabda sedemikian. Ianya adalah kata-kata dari al Harith Kaladah, sahabat Nabi yang menjadi doktor terkenal pada masa tersebut. Mungkin sesetengah keadaan benar ucapan Tabib Al Harith itu, tetapi konteks ucapannya dengan pelarisan jual produk adalah tidak menepati. 
Semasa dalam perjalanan balik rumah, ada juga produk hampir sama bercakap dicorong radio. Mungkin slot tajaan. Terfikir saya sendirian, adakah tiada satu garis panduan khusus ke atas syarikat penyiaran negara mengawal selia iklan produk tipu-sains ini? Mereka galak buat iklan dan jutaan pendengar membelinya dek kerana tertipu, yang merana adalah masyarakat sendiri. Hospital juga kesudahannya. – HARAKAHDAILY 23/1/2018
Sumber HD - 23-1-2018 









Hospital di Makkah sepi?

REKAAN cerita dari penulis yang tidak diketahui sumber asal menjadi isu viral sehari dua ini. Tulisan itu mengambil "testimoni" sebuah klinik yang sepi kerana hebatnya penduduk di Makkah beramal dengan sunnah. Tajuk artikel itu menjadi tandatanya. Dengan meletakkan tajuk besar "DI MAKKAH HOSPITALNYA SEPI, BERBEZA DGN DI MALAYSIA. YANG MEMBEZAKAN ADALAH AQIDAH DAN SYARIATNYA.", seolah-olah negara kita jatuh sesat kerana berlainan "aqidah" dan "syariat". (Foto hiasan (atas): King Abdullah Medical City - Makkah) 
Mungkin benar pengalaman yang diambil dari sebuah klinik tersebut, yang tidak dikenal pasti lokasinya sama ada strategik atau tidak. Kesepian klinik biasa berlaku bagi doktor yang tidak masyhur dan kedudukan klinik jauh dari kawasan tumpu. Saya pernah bertugas di klinik swasta sekitar Gong Badak pada 2002-2003 lalu. Kliniknya juga sepi, akhir nya klinik itu mati tanpa nesan. Adakah penduduk Gong Badak beramal dengan sunnah? 
Saya merasakan "testimoni" klinik sepi itu tidak manis untuk dipadukan dengan penjagaan kesihatan termasuk mengamalkan sunnah. Sudah tentu pengamalan sunnah yang dianjurkan itu mempunyai hikmah tersendiri tanpa merujuk kepada status kesihatan penduduk setempat. Amalan sunnah yang disarankan itu baik bagi penjagaan hidup sihat secara umum. Akan tetapi penyakit-penyakit yang melanda dewasa kini memerlukan pengamatan, pemeriksaan dan rawatan spesifik dari orang yang ahli seperti doktor perubatan. Dalam masa yang sama saya tidak nafikan bahawa cara hidup sihat seperti menjaga pemakanan (termasuk makanan sunnah), kurangkan berat badan, elakkan tekanan hidup (teknik solat dan bacaan quran salah satu terapi) boleh membantu-pulih lagi kesihatan manusia. 
Saya pernah berkhidmat dengan rombongan perubatan Tabung Haji di dua Tanah Suci, menyaksikan kejadian penyakit di sana kurang lebih sama dengan negara kita. Hospital-hospital di sana senantiasa penuh dengan pesakit tempatan dan jemaah haji luar negara. Boleh kita buat rujukan sendiri dalam data Kementerian Kesihatan Arab Saudi, jumlah morbiditi (sakit akibat penyakit) dan mortaliti (kematian) tinggi saban tahun.[1] Sama jumlahnya dengan negara setara membangun lain seluruh dunia. 
Sistem perubatan dan kesihatan di Jazirah Tanah Arab itu pun canggih. Mereka menggunakan teknologi terkini dalam perawatan pesakit. Ubat-ubatan juga adalah diimport dari negara-negara pengeluar yang mempunyai bukti keberkesanannya. Andainya ulama mereka rigid dengan meneruskan dakwaan hanya perubatan "sunnah" sahaja yang wajib diterima, sudah barang tentu mereka tidak menggunakan kaedah perubatan moden. Akan tetapi konsep perubatan yang dipegang oleh mereka amat signifikan, mana-mana kaedah perubatan yang mendatangkan manfaat kepada manusia dari sudut berkesan, berkualiti (evidence based medicine), mereka akan mengambilnya. Negara mereka juga bertungkus-lumus lumus memastikan kesihatan rakyat terjamin 
Saya amat teruja apabila melihat liputan vaksinasi negara mereka. Liputannya melebihi 98%. Ini sesuatu yang amat membuka mata kita semua. Di saat ramai penentang vaksin dalam negara kita melaungkan hak dan menuduh vaksin tidak halal, tetapi Arab Saudi sendiri lebih hebat liputan vaksinasi. Malah pemberian vaksin rotavirus (diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia 2008) diharuskan oleh ulama mereka sejak Januari 2013.[2] 
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga 
Rujukan
[1] Mortality and Morbidity Saudi Arabia. https://www.quandl.com/…/saudi-arabia/saudi-arabia-mortalit…
[2] Asas vaksinasi Arab Saudi. http://www.moh.gov.sa/…/Educ…/HealthTips/Pages/Tips-005.aspx
Sumber HD - 23-1-2018 











Bedah Kaki Gout












Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Catatan awal jurnal yang mengulas berkaitan pembedahan tophi akibat gout telah di tulis oleh Dr
Larmon William, Dr Kurtz dan Dr James dari Ameka Syarikat. Tulisan mereka termuat dalam jurnal
of Bone and Joint Surgery, Julai 1958.[1]

Mereka juga menegaskan perawatan yang paling utama dalam gout ini adalah dengan pencegahan
dan rawatan tanda-tanda gout akut. Namun pada masa tersebut mereka mempercayai pembedahan
kawasan bengkak akibat pengumpulan asid urik (tophi) pesakit boleh membantu dalam beberapa
keadaan tertentu.

Kriteria berikut ditetapkan bagi doktor yang ingin melakukan pembedahan gout:

(1) Apabila tophi tersebut kelihatan mengaibkan. Secara kosmetik, tidak cantik kelihatan.
(2) Apabila tophi itu menyakitkan
(3) Apabila tophi itu mengganggu fungsi otot tendon.
(4) Apabila tophi menjadi ancaman kepada kulit sehingga menyebakan kehitaman (necrosis) dan
luka (ulceration).
(5) Apabila tophi membentuk luka dan sinus
(6) Apabila tophi menyerang dan menekan saraf.
(7) Apabila sendi yang dihinggapi tophi itu rosak dan alami kesakitan yang amat.
(8) Apabila jumlah asid urik dalam badan dijangka berkurangan dengan kaedah pembedahan.
.
Lapan kriteria di atas telah dikemukakan 60 tahun lalu. Adakah ianya menjadi amalan atau diajar
disekolah-sekolah perubatan selepas itu? Atau setidaknya pakar-pakar ortopedik mengesyorkan
kepada pesakit mereka bagi merawat gout?
.
Saya bertanyakan beberapa orang sahabat pensyarah universiti dalam kepakaran ortopedik. Mereka
menjawab, tidak menjadi amalan serta ajaran kepada anak didik mereka untuk membedah wewenang
gout. Samada pembedahan secara hirisan atau memasukkan saluran (incision and drainage) adalah
ditegah sama sekali. Alasan mereka; tophi yang keluar itu akan tercemar dengan luka hirisan dan
kulit luar. Tambahan pula jika ia dilakukan tanpa teknik pensterilan (nyahkuman) yang ketat,
komplikasi jangkitan kuman akan mudah berlaku.

Merawat luka torehan dan hirisan bengkak gout tadi menjadi semakin sukar terutama sekali pesakit
kencing manis.[2] Proses penyembuhan (healing process) akan lambat atau terbantut dan akhirnya
menjadi luka yang kronik (chronic ulcer). Nak untung sebakul, tetapi rugi sekarung guni. Kenapa?
Rawatan luka kronik akan mengambil masa agak lama, duit ribuan melayang dan merugikan tenaga.
 Sekali lagi mereka beri amaran, agar jangan buat pembedahan gout. Jika nak buat juga sekalipun,
silalah jumpa dengan pakar ortopedik, yang sudah barang tentu banyak kemahiran serta dilakukan
dalam bilik kondusif. Sayangi lah kaki anda.

Ada pesakit kami yang sudah bergadai RM30 ribu dek kerana melakukan kaedah bedah ini tanpa
prosedur yang rapi.

Kita sepatutnya menyokong saranan yang telah dibuat oleh Garis Panduan Klinikal (CPG) Perawatan
Gout KKM.[3] Pakar-pakar yang menyediakan garis panduan berkenaan menyatakan, pembedahan
gout dilakukan sebagai pilihan terakhir. Itupun atas kondisi yang tertentu sahaja seperti;

(1) Pengumpulan tophi yang teruk sehingga boleh merosakkan sendi yang terlibat
(2) Sendi yang terlibat terbantut pergerakannnya kerana tophi dan kesakitan yang memuncak.
(3) Pengumpulan tophi menyebabkan gangguan tekanan kepada organ lain seperti saraf sehingga
mengganggu fungsi sebenar organ berkenaan. Contohnya penyakit carpal tunnel di sendi pergelangan
tangan.
(4) Luka (ulceration) akibat tophi yang mengancam.
(5) Sebab-sebab kosmetik. Contohnya tophi di cuping telinga.

Arakian, kepercayaan pembedahan boleh sebabkan asid urik menurun adalah tidak benar sama sekali.
Majoriti rawatan yang kita berikan di hospital atau klinik boleh menurunkan asid urik. Dr Mahyuddin,
Pakar Ortopedik tersohor Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh pernah menulis, “Jika anda mahu
Tophi anda mengecil, pastikan kandungan asid urik anda dalam darah adalah dibawah bacaan < 300.”
[4] Teori yang dikemukakan lebih setengah abad dulu tidak dibuktikan secara praktikal. Pautan; [1]
Pembedahan Gout.

https://journals.lww.com/jbjsjournal/Abstract/1958/40040/The_Surgical_Management_of_Chronic_

Tophaceous.1.aspx [2] Rawatan Gout. https://www.podiatryinstitute.com/pdfs/Update_1997/1997_
18.pdf [3] Malaysian CPG. http://www.msr.my/file_dir/17082804864c8f1f4755066.pdf [4]

Kenyataan Dr Mahyuddin.

https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/posts/1616504911773334

Sumber BO - 21-1-2018 

Ubat Herba Dan Rawatan Kanser

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Kesengsaraan dan kesakitan pesakit kanser akibat kanser itu sendiri atau kesan sampingan rawatan
boleh mendesak mereka untuk mengambil apa
sahaja bahan untuk mengurangkan kepedihan
hidup. Walaupun rawatan susulan secara paliatif (rawatan untuk kurangkan sakit fizikal dan mental) ditawarkan kepada mangsa kanser, namun mereka
tidak mengikuti program sepenuhnya.

Ramai juga antara mereka yang cuba mencari jalan alternatif bagi mengurangkan kesakitan termasuk suplimen dan herba. Janji manis dari para penjual produk amat mengujakan sehingga para pesakit sanggup bergadai ribuan ringgit.

Adakah selamat mencampurkan dua rawatan (kimoterapi dan herba) dalam satu masa? Persoalan itu selalu ditanya oleh pesakit.

Artikel ini saya petik dari Institut Kanser Kebangsaan Amerika yang telah membuat kajian kepada hubungkait penggunaan rawatan alternatif dan rawatan kanser.

Mereka dapati ramai dikalangan pesakit yang mengambil suplimen kesihatan secara sembunyi, tanpa mendapat khidmat nasihat doktor yang merawat mereka. Mereka beralasan, rawatan tersebut juga di
war-warkan sebagai antikanser. Anggapan mereka, rawatan alternatif seperti vitamin tertentu, ramuan
herba dan seumpamanya adalah semulajadi (natural, tanpa bahan kimia), maka tidak perlu mendapat
nasihat lanjut dari pakar yang merawat. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa bahan tersebut juga
terdiri dari kimia aktif secara biologi dan boleh memberikan interaksi negatif ke atas ubatan moden.

Tambahan pula, herba berkenaan juga telah dibuktikan secara kajian mempunyai kesan yang bahaya
kepada pesakit samada kesan secara langsung ataupun tindakbalas kimia ke atas kimoterapi dan
radioterapi. Mungkin juga berpotensi membawa maut.

Ubatan herba, vitamin, mineral yang digunakan boleh menyebabkan ubat kimoterapi kurang berkesan kerana perebutan semasa penyerapan dan gangguan enzim yang berkaitan. Ianya juga boleh
menyebabkan interaksi kimoterapi berlebihan apabila ubatan herba tadi menganggu proses
perkumuhan. Jika kimoterapi tidak dikumuh melalui buah pinggang dalam satu tempoh tertentu, ia
akan menyebab berlaku dos kimoterapi yang tinggi mengalir dalam darah (overdose). Kesan dos
tinggi ini akan menambahkan lagi kesengsaraan pesakit.

Kebanyakan herba mempunyai khasiat antioksida. Ianya boleh dimakan oleh manusia normal yang
belum berpenyakit bagi menghalang pembebasan radikal bebas. Di mana, radikal bebas inilah boleh mencetus kerosakan sel badan sehingga berisiko terjadinya penyakit termasuk kanser. Tetapi perlu
di ingat, antioksida bukan anti kanser.

Terdapat kimoterapi dan radioterapi, melalui teknologi yang dibangunkan akan membebaskan radikal
bebas bagi membunuh sel kanser. Tetapi dengan kehadiran antioksidan dari produk kesihatan, ianya mengganggu proses perawatan yang dijalankan oleh kimoterapi dan radioterapi. Justeru penggunaan
herba amat tidak digalakkan kerana ianya akan menghalang sel tumor terus hancur dan seterusnya memendekkan jangkahayat pesakit.

Walaubagaiamana pun, kajian lanjut sedang dijalankan bagi menjadikan ramuan herba mempunyai
interaksi positif ke atas ubatan moden. Buat masa ini masih belum tercapai. Tunggulah hasil kajian terperinci pada satu masa nanti.

Pautan
https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment/research/dietary-supplements

Sumber BO - 20-1-2018













Konspirasi Vaksin Pembunuh












Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan 2 orang sukarelawan kesihatan yang menjadi petugas pemberian vaksin di Pakistan.[1] Pembunuhan terbaharu ini adalah salah satu siri pembunuhan akibat doktrinasi dan teori konspirasi yang diterap dikalangan masyarakat sana. Mereka menuduh pemberian vaksin itu sebagai agenda barat, Freemason dan kejahatan zionis dalam menghapuskan musuh mereka.
Pakistan adalah salah satu dari tiga buah negara (negara lain adalah Afghanistan dan Nigeria) di dunia
yang masih belum terhapus wabak polio. Walaupun jumlah wabak polio menurun hasil liputan
vaksinasi yang melebihi 90%, tetapi wabak polio tetap menjadi mimpi ngeri setiap rakyatnya. Kes
positif polio sejak 2014 mendapati tren yang menurun. Di mana, 306 kes tahun 2014, 54 kes tahun
2015, 20 kes tahun 2016 dan hanya 2 kes tahun 2017.[2]

Namun liputan terhadap 37 juta kanak-kanak seluruh Pakistan masih belum memuaskan terutama
beberapa wilayah bergolak seperti Pesisir Khyber-Peshawar, Karachi dan Blok Quetta. Lokaliti
berkenaan masih lagi rendah liputan vaksin. Ini kerana wilayah tersebut masih bergolak dengan
perang dan dikuasai oleh Taliban. Penolakan vaksin di wilayah tersebut mencecah ratusan ribu.

Sekarang-kurangnya 100,000 kanak-kanak masih dinafikan hak untuk diberi vaksin. Keengganan
ibubapa mereka memberikan vaksin tersebut berpunca dari kefahaman konspirasi yang mula diterap
oleh segolongan dari mereka bahawa vaksin itu pembunuh.

Sejak 2012 hingga kini lebih dari 70 pekerja kesihatan dibunuh akibat percaya kepada teori
konspirasi ini.[3] Kejadian seperti ini memalukan dan memandulkan pemikiran umat Islam. Usaha
semua pihak perlu bagi menghalang kefahaman ini terus berakar umbi.

Kefahaman ini juga telah mula merebak ke beberapa negara umat Islam termasuk Malaysia dan

Indonesia. Amat menyedihkan lagi, usaha doktrinasi teori konspirasi ini dipelopori oleh penceramah agama.

Sedangkan ulama muktabar, para mufti telah pun menjelaskan secara tuntas kepentingan vaksinasi
ini.

Hasil dari peristiwa pembunuhan yang melibatkan tujuh petugas kesihatan di sempadan Pakistan
2012, Federation of Islamic Medical Association (FIMA) telah membuat satu deklarasi khas.
Gabungan persatuan perubatan Islam sedunia ini menegaskan:[4]

1) Semua agama dan pemimpin-pemimpin masyarakat Islam untuk memberikan mesej yang padu, sokongan untuk aktiviti pembasmian polio dan keperluan untuk memastikan semua kanak-kanak
yang menerima sepenuhnya terhadap vaksin polio dan semua penyakit yang boleh dicegah (melalui vaksinasi) yang lain;
2) Semua lapisan masyarakat termasuk ahli politik, agama dan orang awam di negara-negara Islam
untuk mengatasi apa-apa budaya, agama, politik dan keselamatan yang masih menghalang semua
anak-anak daripada dicapai dan diimunisasi terhadap polio dan semua penyakit yang boleh dicegah
yang lain;
3) Semua ahli politik, agamawan dan pemimpin masyarakat untuk memastikan keselamatan (safety)
dan jaminan keselamatan (security) pekerja kesihatan barisan hadapan, untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas hakiki mereka;

4) Semua kerajaan di negara-negara Islam perlu mengutamakan dan menggerakkan sumber kewangan
yang diperlukan untuk

membolehkan pelaksanaan sepenuhnya semua strategi pembasmian polio;

5) Semua gabungan FIMA di negara masing-masing untuk menjadi rakan kongsi aktif Inisiatif
Pembasmian Polio Global ini, menyediakan kepimpinan ke arah mewujudkan dunia yang
bebas daripada polio bagi semua anak-anak kita.

Semoga dengan tercetusnya pembunuhan ibu dan anak di Pakistan ini tidak menjadi wabak baru
dalam masyarakat dunia- doktrin konspirasi. Semoga pihak berwajib dan individu berpengaruh
dalam masyarakat juga membuka mata agar “virus” doktrin konspirasi ini tidak menular.
\
[11:57, 1/19/2018] Dr Suhazeli: Pautan
[1] 2 lagi Petugas Kesihatan Di bunuh. https://www.nst.com.my/world/2018/01/326512/mother-daughter-polio-team-shot-dead-pakistan-police
[2] Program pembasmian Polio. http://www.endpolio.com.pk/polioin-pakistan
[3] Cabaran vaksinasi di Pakistan. https://reliefweb.int/report/pakistan/challenges-polio-vaccination
[4] FIMA Declaration. http://fimaweb.net/cms/index.php/template-articles/messages/37-news-a-announcements/fima-news/349-cairo-declaration-for-polio-eradication-

Sumber BO - 19-1-2018




























Islam dipandang hina akibat gerakan anti 

vaksin

KEJADIAN wabak difteria yang berlaku di negara jiran ketika ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Laporan dari Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan sehingga kini lebih 939 kes positif kuman berbahaya difteria dan 44 kes kematian. Kuman corynebacterium diphtheriae amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Di negara kita, wabak kuman yang boleh dicegah melalui vaksin ini juga telah berlaku pada 2016 lalu, sehinggakan meragut 5 nyawa dan 27 kes positif.[1] 
Tindakan cepat pihak berkuasa kesihatan negara dengan memberi kesedaran dan juga liputan imunisasi secara menyeluruh, telah merencat wabak difteria ini berlaku lebih parah. Namun, wabak seperti ini boleh bila-bila masa tercetus kembali. Ianya berpunca dengan semakin banyak dakyah daripada anti vaksin supaya anak-anak bangsa kita tidak diberi imunisasi selengkapnya. 
Golongan anti vaksin dengan imej Islamik dan acah-acah lebih pandai dari doktor menyebarluaskan kefahaman mereka melalui media sosial dan pelbagai bentuk sebaran lagi. Fenomena ini sudah pun terbukti berlaku di Indonesia, sebagaimana kisah yang dipaparkan oleh abc.net, golongan yaneg menggelarkan diri mereka sebagai Perawat Perubatan Islam Holistik yang diketuai oleh Dewi Hestyawati.[2] Adalah tidak masuk akal hujah mereka yang menyatakan bahawa virus mudah tersebar kerana kononnya kapal terbang yang banyak melepasi udara Indonesia sedang menaburkan kuman bahaya! Mereka juga mengesyorkan amalan pemakanan "sunnah" dan berbekam; yang tiada satu bukti pun boleh mencegah kuman bahaya difteria ataupun kuman-kuman berbahaya lain yang boleh dicegah melalui vaksin.
Pemikiran sedemikian telah menjadi ejekan semua pihak sehingga boleh mencemarkan nama baik Islam itu sendiri. Islam adalah agama yang syumul. Islam menerima kepesatan pembangunan teknologi serta kaedah rawatan terkini. Malah islam adalah pelopor kepada ketamadunan moden seperti yang pernah diasaskan oleh kegemilangan pemerintahan Islam pada zaman pertengahan dahulu. Namun dengan mengambil tafsiran dan pemikiran yang jumud, maka Islam akan dilihat hina. 
dr suhazeliSaya mengajak para agamawan dan cendekiawan Islam di negara ini untuk turut bersama kami bagi memberikan penerangan sebaik mungkin kepada masyarakat agar tidak terpesong dengan dakyah songsang sesetengah golongan anti vaksin. Begitu juga dalam isu-isu perubatan lain, penerangan harus diberikan kepada masyarakat yang banyak supaya konsep penjagaan kesihatan, konsep berubat dan pencegahan kesihatan sejagat difahami oleh rakyat jelata. 
Sekian seruan jihad dari suhazeli.com
[1] Diphteria Alert Indonesia. http://jakartaglobe.id/multimedia/diphtheria-alert/
[2] Islamic anti-vaxxers undermine efforts to prevent diphtheria outbreak in Indonesia, By Indonesia correspondent Adam Harvey. http://www.abc.net.au/…/islamic-anti-vaxxers-underm…/9325852
Sumber HD - 16-1-2018 















Khitan anak perempuan

















ISU khitan anak perempuan dihangatkan semula sejak akhir-akhir ini. Perbahasan yang dikemukakan itu merujuk kepada definisi khitan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membahagikan khitan kepada 4 kategori.[1] Potong Kemaluan Perempuan (Female Genital Mutilation) seperti yang digambarkan oleh WHO itu tidak sama dengan khitan alam melayu Islam di sekitar Nusantara ini. Tulisan ini merujuk kepada amalan khitan sekitar Nusantara. Tiada satu standard khusus kaedah khitan yang pernah dicatat. Selain dari benua Nusantara, khitan bayi perempuan ini banyak dilakukan di beberapa negara muslim benua Afrika. Adakah kedua-kedua benua itu melakukan khitan bayi perempuan dengan kaedah yang sama? 
Kategori khitan wanita yang WHO nyatakan itu sudah terkeluar dari amalan tradisi negara Malaysia sejak sekian kurun lamanya, di mana amalan tradisinya melukakan sedikit kelentit dengan jarum atau pisau khas. Ringkas sahaja tanpa perlu memotong keseluruhan kelentit, atau memotong kemaluan dalam (excision labia minora) atau kemaluan luar (infibulation labia majora) sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah tradisi arab Afrika. Amalan FGM itu agak keterlaluan sehingga menimbulkan fobia dalam kalangan anak gadis mereka. Kami juga melarang teknik berkenaan diamalkan dalam negara kita.
Mari kita perhatikan beberapa perbahasan dan ulasan yang meletakkan hujah amalan berkhitan ini masih diamalkan dikalangan umat Islam. Ianya merujuk kepada hadis khitan anak perempuan dinaskan dalam syariat. Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah radhiyallahu ‘anha: 
إذا خفضت فأشمي ولا تنهكي فإنّه أسرى للوجه وأحضى للزوج 
“Apabila engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit klitoris/kelentit) semuanya, karena itu lebih boleh membuat ceria wajah dan lebih disenangi oleh suami."[2] 
Kitab Fiqh Islami menghuraikan bahawa khitan adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Manakala menurut Mazhab Syafei dan Hambali hukumnya wajib bagi lelaki dan perempuan. 
Satu kajian hirisan lintang yang dijalankan oleh Dr Khatijah ke atas pengamal perubatan swasta seluruh Terengganu, mendapati 56.2% dari mereka menjalankan khidmat khitan bayi perempuan di klinik mereka. Dari jumlah tersebut pula, hanya 31.2% sahaja yang menganggap bahawa khitan perempuan ini sebagai wajib. Ianya agak kontrari dengan pegangan Mazhab Syafie di Malaysia. Berkaitan dengan kaedah khitan pula, kajian ringkas tersebut mendapati 55.6% (n=15) di kalangan mereka hanya melukakan/hirisan kecil ke atas kelentit (lukisan 1), 25.9% (n=7); ada di kalangan mereka melukakan puncak klitoris dengan jarum steril (lukisan 2) dan 18.5% (n=5) memotong sedikit klitoris sama ada menggunakan jarum atau pisau steril (lukisan 3). Tiada seorang pun dari responden menggunakan kaedah seperti yang dikategorikan oleh WHO. Mereka mungkin menggunakan kaedah IV menurut kategori WHO tetapi tidak berlebihan dan memudaratkan bayi. Majoriti (62.9%) responden belajar menggunakan teknik berkenaan dari rakan-rakan senior dan pakar sakit puan. 
Perdebatan yang panjang isu khitan perempuan dalam kalangan pengamal perubatan, sehinggakan sesetengah negara mengharamkan terus khitan anak perempuan. Mereka merujuk khitan perempuan itu kepada klasifikasi yang ditetapkan oleh WHO kerana kebanyakan kes yang dibuat kajian oleh pengkaji WHO adalah jatuh dalam kategori I, II, III. Teknik berkenaan diamalkan di kebanyakan negara Afrika.[4] Penentangan mereka bukan sekadar vokal di media cetak dan maya tetapi menetapkan akta khusus atas nama hak asasi wanita. 
Mufti Wilayah perseketuan pernah menulis dalam lawam rasmi beliau berkaitan isu ini. Kata beliau: "Timbul isu dalam kalangan masyarakat bahawa khatan wanita mencacatkan anggota dan tafsiran bahawa khatan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam. Sebenarnya kami berpendapat isu ini berpunca daripada pengamalan budaya yang bukan Islam dan kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khatan yang melampau sehingga mencacatkan fungsi kemaluan wanita.
Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khatan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”[6]
Berkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Berkhatan itu disyariatkan, dan tidak ada pendapat yang boleh menidakkan perkara ini sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Yang penting adalah hendaklah ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Jika seorang wanita tidak melakukan khatan, tidak ada dosa ke atasnya kerana itu merupakan haknya dan satu bentuk penghormatan atas qaul yang rajih dan ianya bukanlah wajib dan tidak perlulah kamu mewajibkannya.” [7]
.
Akhir sekali beliau membuat penegasan: "Hendaklah dalam urusan ini kita bersikap adil, tidak cenderung kepada masyarakat yang menzalimi wanita dan tabiatnya, dan tidak pula cenderung kepada mereka yang memperlekehkan Syariat Islam dan pengamalannya.
Sekian dari suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
15.1.2018
Ketengah Jaya 
Pautan:
[1] Female Genital Mutilation WHO. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs241/en/
[2] Hadis riwayat Al Khatib dalam Tarikh 5/327, dinilai shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah.
[3] Dr Bekir London. https://www.circumcision-london.co.uk/best-age-time-circumcision/
[4] Kajian khitan perempuan. https://mmabbasi.com/2014/03/14/fgm-female-genital-mutilation-by-country/
[5] Hukum berkhatan Kaum Wanita oleh Mufti Wilayah. http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1100-al-kafi-419-hukum-berkhatan-bagi-kaum-wanita
[5] Fatwa MUI. http://www.hukor.depkes.go.id/?dokumen=global&type=4&th=2010
[6] http://www.qaradawi.net/new/Articles-4379
[7] http://www.umatia.org/ftawa12.html

















































Sumber HD - 15-1-2018

Polisi Vaksin BCG Bukan Dibuat Semberono

Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah

Tuberkulosis (TB) adalah jangkitan kuman TB yang boleh membawa maut. Dianggarkan sepertiga penduduk dunia dijangkiti TB. Tahun 2014, 9.6 juta orang menderita akibat TB dan menakutkan, 1.5
juta orang mati akibat TB dan kaitan darinya [1]. Kebimbangan kita adalah, jumlah kes TB dikalangan orang dewasa ini akan menjangkiti kanak-kanak.

Oleh yang demikian perlindungan yang paling ampuh jangkitan TB dikalangan kanak-kanak adalah
melalui vaksin BCG. Vaksin BCG yang diberi seawal jam pertama kepada bayi yang sudah tentu mempunyai matlamat dan manfaat yang jelas. Vaksin BCG akan membina sistem pertahanan badan
(Sistem imun) bagi mencegah jangkitan kuman tuberkulosis. Ia diberikan kepada bayi bagi mencegah jangkitan Tuberkulosis selaput otak (TB meningitis) dan TB sistemik (Milliary TB) semasa usia
kanak-kanak [2].

Vaksin BCG ditemui sejak tahun 1921 dan Malaysia melaksanakan program imunusasi kebangsaan
pada tahun 1961. Kemudian mewajibkan Perluasan Program Imunisasi (EPI) WHO 1974. Ia memberi manfaat dengan mengurangkan resiko jangkitan TB kepada berjuta kanak-kanak berusia 15 tahun ke
 bawah [3]. Perlindungan ini penting bagi mengelakkan jangkitan TB pada usia yang sedang
membesar ini. Kajian dari Hashimoto (1997) juga menyarankan pemberian vaksin optima kepada
kanak-kanak berusia 15 tahun dan ke bawah [4]. Ia tidak memberi perlindungan sepenuhnya setelah
mereka meningkat dewasa.

Malaysia telah memberhentikan pemberian vaksin BCG kepada murid sekolah darjah 6 sejak tahun
2002. Begitu juga didapati dengan pemberian semula (revaccination) vaksin BCG pada murid tahun
1

 (7 tahun), tidak memberi perlindungan tambahan. Kajian ini dari Unit Penilaian Teknologi Kesihatan (HTA) tahun 2011. Polisi perberhentian vaksin BCG kepada murid darjah 1 telah dikeluarkan pada
 tahun 2015 [3]. Akan tetapi, perlu difahamkan bahawa bukan memberhentikan terus vaksin BCG
semasa lahir. Justeru langkah yang dibuat oleh KKM adalah terus dengan polisi memberi vaksin
kepada semua bayi yang baru lahir.

Dalam masa yang sama usaha gigih dilakukan agar liputan vaksinasi BCG mencapai 100%.
Tujuannya adalah menjamin keberkesanan perlindungan optima. Kemudian setiap bayi akan dinilai
semula parut semasa umur 3 bulan. Jika parut tiada atau kurang dari 2 mm menunjukkan tiada
antibodi pertahanan badan terbentuk. Bayi tersebut akan disuntik semula. Kajian HTA menunjukkan
 kaedah ini sudah mencukupi kerana statistik kes TB dikalangan kanak-kanak sudah menurun sejak kebelakangan ini. Antara faktor utama adalah liputan imunisasi amat membanggakan.

Saya kesian melihat setengah pihak memperlekehkan polisi yang dikemukakan oleh pihak KKM ini.
Ada juga antara mereka menuduh KKM lembab dalam membuat polisi sedangkan kajian sudah sekian
lama. Sebenarnya hasrat mereka adalah menghasut masyarakat supaya tidak memberi vaksin. Saya
yakin mereka yang memperlekehkan polisi tersebut tidak pun mevaksinkan anak-anak mereka sejak
dari awal kelahiran lagi. Hatta vitamin K untuk mengelakkan perdarahan [5] kepada bayi pun mereka menolaknya. Semoga niat fasad mereka diberi keluasan oleh Allah agar kembali kejalan sebenar.

Membuat polisi kesihatan bukan seperti buat roti canai. Malam diuli, paginya ditebar dan makan! Mudahkan?

Tetapi para pembuat polisi sudah tentu mengambil pertimbangan yang banyak dari pelbagai sudut. Perbincangan demi perbincangan dengan semua pihak terlibat. Kajian demi kajian berskala kecil dan
besar. Epidimiologi survey, penyediaan prasarana dan sebagainya. Setiap keputusan polisi yang dibuat sudah tentu akan memberi impak yang besar dalam polar penjagaan kesihatan negara. Setelah polisi terlaksana pun KKM akan terus membuat pemantauan, bukan dibiarkan lepas tangan.

Timbul kerungsingan saya apabila makin ramai yang menentang vaksin. Ini akan menyebabkan
liputan pemberian vaksin akan semakin rendah. Sekaligus resiko penyakit TB selaput otak dan TB
sistemik ini akan kembali bermaharajalela [6]. Sudikah anakanda tercinta menerima bahana ini? Siapa
patut dipersalahkan?'

Tiba-tiba tanpa asas yang kukuh, segelintir antivaksin menabur tohmah bahawa vaksin BCG dan
Hepatitis B penyebab kepada kanser. Mereka cuba berada di alam teori tanpa melihat realiti
sebenarnya. Mungkin mereka merujuk kepada Insiden Cutter yang pada tahun 1955, di dapati 250
kes polio berlaku akibat pemberian vaksin. Begitu juga insiden 1955 hingga 1963, pencemaran vaksin
polio dengan virus bernama simian virus 40 (SV40) sehingga menyebabkan kanser terhadap tikus
makmal kajian. Kedua-kedua insiden berkenaan sudah pun di atasi dengan pembangunan dan
pemindahan teknologi baru dalam proses pembuatan vaksin. Sudah berjuta-juta vaksin diberikan
kepada bayi, tiada satu pun bukti dikaitkan dengan lumpuh dan kanser.[8]

Pautan rujukan:
[1] Data and Statistic TB from CDC. http://www.cdc.gov/tb/statistics/default.htm
[2] Factsheet BCG. http://www.cdc.gov/tb/publications/factsheets/prevention/bcg.htm
[3] Pekeliling perberhentian Vaksin BCG. http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/312/272
[4] Hashimoto. BCG vaccines for the prevention of tuberculosis in the world. Kekkaku. 1997 Nov;72(11):629-37. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9423301
[5] Evidence for the Vitamin K Shot in Newborns. http://evidencebasedbirth.com/evidence-for-the-vitamin-k-shot-in-newborns/
[6] Lihat bahana TB Selaput otak. https://www.youtube.com/watch?v=ldR8Ye14O4o
[7] HPV Vaccine for Cervical Cancer. https://www.cancer.org/cancer/cancer-causes/infectious-agents/hpv/hpv-vaccine-facts-and-fears.html
[8] Historical Vaccine Safety. https://www.cdc.gov/vaccinesafety/concerns/concerns-history.html
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi, tidak mewakli mana-mana persatuan atau pihak berwajib.

Sumber BO - 13-1-2018

















Botol plastik punca kanser?

SEKURANG-kurangnya terdapat dua sebaran 
maya yang memberi amaran kepada orang ramai 
supaya tidak menggunakan botol/bekas plastik 
kerana menjadi punca kepada kanser. Amaran 
pertama adalah larangan dari menggunakan 
bekas plastik ketika menyediakan juadah 
minuman dan makanan. Begitu juga larangan 
memasukkan botol plastik dalam mikrowave kerana ia mengundang 52 jenis kanser. Sebaran 
kedua mengenai amaran dari seorang selebriti TV, Sheryl Crow yang kononnya pengidap 
kanser payudara supaya masyarakat tidak menggunakan botol plastik semasa meminum air, 
terutama sekali botol plastik air mineral yang terdedah atas dashboard kereta.
Saya terus membuat sedikit selidikan mengenai perkara tersebut. Saya menemui kenyataan dalam laman Youtube.com dari Sheryl Crow. Beliau telah membuat penafian sejak 2009 lagi. Malah selebriti Sheryl Crow berkenaan tidak pun menghidap kanser payudara akibat dari meminum air dari botol plastik.[1] Sebaran maya yang tidak bertanggungjawab itu cuba mengaitkan penggunaan botol plastik kitar semula mengandungi dioxin. Dioxin adalah salah satu bahan kimia yang dilepaskan dari botol plastik apabila mengalami perubahan suhu ektrem sama ada terlalu panas atau sejuk, dan ia dikaitkan sebagai agen pencetus kanser (carcinogenic). 
Selain tokoh selebriti, terdapat juga sebaran maya yang cuba memalitkan universiti tersohor seperti Johns Hopkin yang kononnya mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kanser dan penyebabnya. Penafian juga dibuat oleh Johns Hopkin.[2] Banyak lagi sebaran berita palsu lain yang disebarkan tanpa sebarang objektif dari para penyebar maklumat. 
Dalam isu yang sama, laman web rasmi cancerresearchuk.org juga mengeluarkan kenyataan penafian.[3] Mereka menyatakan, terdapat kajian bahawa sejumlah 
kecil bahan kimia akan terperangkap dalam botol air minuman semasa proses pengilangan. 
Tetapi jumlahnya terlalu rendah. Kajian pengesahan telah dilakukan, botol plastik dipanaskan 
pada suhu 60⁰C (140⁰F) beberapa jam, paras bahan kimia yang terlepas ke dalam air dari 
dinding botol amat rendah dan selamat digunakan. 
Botol plastik yang dijual biasanya dibuat dari plastik bernama polyethylene terephthalate (PET 
atau PETE). Ia senang digunakan kerana ringan, senang buang, boleh kitar semula walau 
digunakan berkali-kali. 
Dua bahan yang kononnya dilepaskan dari PET ini jika berada dalam suhu sejuk; iaitu dioxin 
dan DEHA (diethylhydroxylamine). Namun dakwaan mengatakan DEHA ini dilepaskan dari 
PET adalah tidak benar, kerana DEHA tidak terlibat pun dalam campuran proses pembuatan 
botol plastik. Pun begitu pada Jun 2003, Makmal Pusat Swiss telah mengesahkan dalam kajian 
mereka bahawa DEHA tidak dijumpai dalam mana-mana botol plastik yang dikitar semula. 
Dengan itu WHO juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kandungan DEHA (jika wujud 
pun) adalah terlalu kecil dan selamat diguanakan botol plastik.[4] Isu ini juga disokong oleh 
Persatuan Kanser Amerika dan International Agency for Research on Cancer (IARC). Mereka 
menegaskan sekali lagi lagi bahawa DEHA bukan agen kanser. 
Bagi dioxin pula, Majlis Kimia Amerika mengesahkan tiada kajian yang mengaitkan dioxin 
dalam botol plastik penyebab kanser. Malahan, dakwaan dioxin sebagai agen kanser juga tiada 
asas saintifik. Ini kerana dioxin adalah satu bahan kimia yang hanya terurai dalam suhu yang 
terlalu ekstrem melebihi 700⁰F (371.1⁰C). Terlalu amat sukar keadaan suhu yang ektrem itu 
berlaku dalam sinaran panas dalam kereta.[4] Sudah tentu kereta itu sendiri sudah terbakar dan 
meletup. 
Sekian ulasan ringkas petang Rabu dari suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
10.1.2018
Kuala Berang 
Pautan:
[1] Penafian berkaitan Sheryl Crow hidap kanser. https://www.youtube.com/watch?v=YHKe 
RjoKMBI
[2] Penafian dari Johns Hopkin. http://www.hopkinsmedicine.org/kimmel_cancer_center/news_events/featured/cancer_update_ 
email_it_is_a_hoax.html
[3] Kenyataan dari Cancerresearchuk. http://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/causes-of-cancer/cancer-controversies/plastic-bottles-and-cling-film 

[4] Isu botol plastik yang dikitar semula. http://www.snopes.com/medical/toxins/plasticbottles.asp


































Sumber HD - 11-1-2018




































Sarapan pagi pengaruhi emosi anak

SAMBIL saya menyiapkan bahan untuk memasak esok pagi, anak kedua saya buat permintaan. 
"Ibu, esok boleh tak buat lempeng tak special. Zariff tak nak lempeng special tu. Suka yang tak special punya. Yang ibu selalu buat hari cuti tu." 
Saya anggukkkan kepala saja. "Insya Allah kalau sempat ibu buat lempeng." 
Saya suka hasilkan lempeng yang diadun bersama susu dan telur, dicampurkan oats untuk memberatkan hidangan, dan juga biji Chia ke dalam hidangan saya. Sedikit minyak zaitun sebagai lemak di dalam hidangan pagi anak saya. 
Anak saya bercerita, ada kawan-kawannya yang pagi - pagi bersarapan mee goreng, nasi goreng dan sebagainya. Ada yang makan nugget dan sosej saja setiap hari. Ada makan biskut saja, emping jagung, bijirin sarapan segera dan pelbagai lagi makanan terproses. Ada yang pergi sekolah tanpa sarapan pagi. 
Ya, pesakit saya juga ramai di dalam kategori terakhir. Tidak makan pagi sebelum ke sekolah. Alasan utama, "Tak lalu makan di pagi hari."
"Emak tidak masak." 
"Tiada makanan di rumah. Minum Teh O saja." 
"Makan RMT di sekolah." 
Yang ini sekurangnya pelajar makan di sekolah. 
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan anak-anak yang tidak makan sarapan pagi mempunyai daya tumpuan yang kurang di sekolah, tidak fokus, tidak aktif, lebih lambat menyelesaikan kiraan matematik dan tugasan yang diberikan di sekolah. Ada juga kajian menunjukkan anak yang tidak bersarapan mempunyai simptom 'anxiety' dan depresi di sekolah. 
Rasa lapar akan menyebabkan anak kelihatan letih, tumpuan kurang, daya berfikir kurang disebabkan oleh penurunan aras gula darah. 
Anak yang bersarapan pagi mempunyai daya tumpuan yang lebih tinggi, fokus dan mempunyai gred yang lebih baik di sekolah. 
Senang cerita, kita lihat balik pada diri kita. Sebelum mula berkerja, pasti kita akan mahu bersarapan dahulu. Makan kenyang-kenyang dan baru dapat mulakan tugas dengan lebih baik, memberikan idea yang hebat-hebat ketika bermesyuarat dan lebih fokus dalam melakukan tugas. 
Berbanding jika belum bersarapan, kerja dan fokus akan terganggu disebabkan lapar, rasa anxiety apabila mesyuarat lambat habis. 
Tambahan pula zaman kemelesetan ekonomi ni, mesyuarat jarang ada makan dan minum pagi. Maka bertambah berkeroncong perut. Tengok muka bos yang semangat terlajak bagi idea dan hujah itu ini pun sudah rasa mahu telan bos pagi hari lagi.
Itu kita yang dewasa dan rasional.  
Anak juga begitu. Tiada bezanya. 
Kajian juga menunjukkan anak yang mengambil hidangan makanan yang tinggi kalori dan tinggi kandungan gula sebagai sarapan, tidak menunjukkan peningkatan pada prestasi dan markah di sekolah. Tambahan, makanan tinggi gula menyebabkan anak hiperaktif di dalam kelas disebabkan paras gula darah yang tinggi menyebabkan tumpuan berkurangan. 
Sebagai contoh minuman manis seperti minuman bermalt, atau jus atau air soda atau yogurt yang manis atau bijirin sarapan pagi yang bersalut gula dan pelbagai warna warni. Atau kuih muih yang manis dan bersalut gula. Ini semua hidangan tinggi kandungan gula. 
Makanan yang terlampau berlemak dan berminyak menyebabkan anak lebih 'lemau', mengantuk dan lambat menyelesaikan tugasan di sekolah. Ini berkemungkinan kerana lemak lebih lambat dihadamkan dan memerlukan proses yang lebih panjang berbanding makanan rendah lemak. 
Banyak hasil kajian menunjukkan anak yang mengambil hidangan yang berkualiti dan seimbang, mempunyai gred dan prestasi yang lebih baik. 
Bagaimana sarapan yang berkualiti itu? 
Mengikut kajian, makanan berkarbohidrat yang tinggi kandungan lemak, serat dan protein memastikan paras gula darah yang lebih stabil pada anak-anak, selain melambatkan pengosongan perut. Ia membantu anak fokus dengan lebih baik dan meningkatkan prestasi anak di kelas. 
Berbanding makanan tinggi kandungan gula yang akan menyebabkan gula darah mencanak naik dengan cepat, dan kemudian akan turun menyebabkan anak akan aktif di kelas pada awalnya dan kemudian mulai kurang tumpuan. 
Makanan seimbang dan berkualiti sebagai sarapan tidak sukar disediakan. Pastikan ia memenuhi ciri-ciri Pinggan Sihat. Mempunyai karbohidrat, serat dari sayur dan buah, dan juga protein. 
Jika dilihat kepada makanan masyarakat Malaysia, banyak sebenarnya hidangan yang berkualiti. Sebagai contoh, nasi lemak yang diambil bersama timun yang banyak, dan lauk pauk seperti telur rebus, kacang tanah bakar, ikan bilis goreng dan sedikit sambal. Dikahwinkan bersama segelas susu rendah lemak, sudah cukup menjadi hidangan yang berkualiti buat anak. 
Semangkuk bubur nasi bersama sayuran dan isi ayam juga cukup untuk mengenyangkan anak sehingga waktu rehat nantinya. 
Sekeping sandwich bersama telur rebus dan keju, bersama sayuran yang dipotong kiub atau sandwich roti pita bisa juga dijadikan hidangan 'on the go' di dalam kereta jika tidak punya masa yang lama untuk makan. 
Jika ibu-ibu tidak punya masa yang lama untuk masak, semangkuk bubur oats yang dikahwinkan bersama buah kering seperti kismis dan kurma, dicampur susu juga boleh dijadikan hidangan sarapan yang baik. 
Atau paling ringkas, sekeping roti bersama telur hancur, dimasak bersama parutan lobak merah dan tomato di dalamnya sebagai serat untuk diambil anak sebagai sarapan pagi. Sudah cukup mengenyangkan anak. 
Pastikan setiap pagi, anak mengambil segelas susu untuk membantu tumbesaran tulangnya. Berbanding minuman bermalt yang manis atau teh O bersama gula, susu adalah pilihan yang lebih baik. 
Anak yang makan pagi, mempunyai status pemakanan yang lebih baik, mempunyai prestasi pelajaran yang lebih baik dan mampu memberi tumpuan di kelas dengan lebih lama. 
Sarapan pagi adalah hidangan yang penting untuk semua selepas berpuasa lebih 12 jam di malam hari. 
Sediakan sarapan pagi buat anak, ringkas tetapi pastikan ia berkualiti. 
Ruqayyah Muhd
Dietitian Pediatrik USM
Sumber HD - 10-1-2018 



















Pekerja asing punca penyakit

SAYA terbaca satu tulisan seorang doktor perubatan yang runsing dengan lambakan pekerja asing dalam negara kita. Tambah beliau, pekerja asing yang membuat pemeriksaan kesihatan tidak melepasi tahap kesihatan sebelum masuk negara kita. Kes yang beliau temui bahawa, beliau cuba diberi rasuah untuk menutup keputusan x-ray yang telah dilakukan. Pemeriksaan x-ray tersebut dikhuatiri pesakit dijangkiti kuman tuberkulosis. Dakwa beliau lagi beribu-ribu kes yang terlepas masuk dalam negara kita. Para pekerja asing bebas di selinap tempat yang mungkin boleh membahayakan kesihatan orang lain jika mereka itu positif TB, hepatitis B. 
Tidak kurang juga ramai dalam kalangan netizen yang menaruh kebimbangan dijangkiti penyakit berjangkit yang merbahaya seperti TB, hepatitis, kepialu, HIV dan lain-lain lagi akibat kesangsian mereka terhadap sistem pemeriksaan kesihatan yang tidak telus. Para pekerja asing bebas bergerak di sekeliling kita terutamanya di pusat membeli belah dan restoran. Anggapan mereka lagi bahawa terdapat doktor-doktor yang sanggup menerima rasuah untuk meluluskan tahap kesihatan. Mempertaruhkan nyawa anak bangsa dek kerana kepentingan peribadi sehingga sanggup melakukan hal terkutuk sedemikian. Begitu juga dengan vaksin BCG yang mereka mengatakan bahawa para pekerja asing tidak diberi vaksin, justeru boleh menjadi punca wabak. 
Beberapa pernyataan yang boleh kita ambil perjalanan bersama bagi mengatasi masalah ini. 
1) Pencegahan jangkitan TB dalam kalangan dewasa bergantung kepada kaedah pergaulan, menjaga kebersihan diri dan etika ketika batuk. Selain itu, kita dianjurkan menjaga cara hidup sihat agar terhindar dari penyakit yang boleh mengurangkan sistem pertahanan badan seperti kencing manis, kegagalan buah pinggang, HIV dan seumpamanya. Ini kerana sistem pertahanan badan yang rendah akan meningkatkan risiko jangkitan kuman TB. 
2) TB Paru-paru pula adalah kategori yang paling kerap berlaku. Ianya senang dijangkiti melalui pernafasan. Orang yang positif TB paru-paru berisiko menyebarkannya kepada sanak saudara, rakan taulan yang rapat semasa bergaul. Kajian mendapati tempoh efektif antara 4 hingga 8 jam seseorang yang bergaul rapat dengan pesakit TB paru-paru berisiko tinggi untuk dijangkiti. Ia juga bergantung kepada tahap sistem pertahananan badan, pengudaraan tempat pergaulan tersebut dan amalan langkah-langkah pencegahan. Risiko semakin tinggi jika seseorang itu mempunyai kencing manis dan HIV. 
3) Adalah dinasihatkan juga para pesakit yang positif TB paru-paru agar mematuhi etika batuk. Di mana semasa batuk hendaklah ditekup hidung dan mulutnya, paling tidak dengan sehelai tisu muka. Paling baik, sepanjang tempoh rawatan intensif (biasanya 2 bulan pertama), pesakit dikehendaki memakai topeng muka. Elakkan berada di tengah khalayak ramai atau tempat yang terkurung bersama dengan orang ramai. Bagi pesakit yang bekerja pejabat, pihak doktor akan berikan cuti sakit dalam tempoh yang munasabah. Di pejabat biasanya sistem penghawa dingin yang berpusat memudahkan lagi pengedaran udara yang tercemar. Penyakit lain seperti hepatitis B, penyakit kelamin tidak sesekali boleh berjangkit dengan pengudaraan dan pernafasan. 
4) Setakat ini tiada lagi kes yang dilaporkan jangkitan TB paru-paru diperolehi dari para pekerja Bangla, Nepal, Indonesia dan lain-lain.[1] Tidak semudah itu ingin menuduh mereka menghidapi TB dek kerana mereka tidak ambil vaksin BCG. Lagipun kedai kopi atau restoran agak terbuka. Kita makan atau membeli pun tidaklah sampai melebihi 4 jam di sesuatu kedai. Malah kita bukan bergeseran badan dengan mereka sehingga mendengar hela nafas dikeluarkan. Walau bagaimanpun, jumlah pengidap TB dalam kalangan para pekerja asing itu sendiri meningkat. Tahun lepas sahaja dicatatkan sebanyak 12% jumlah pesakit TB dalam Malaysia adalah warga asing.[2] Peningkatan ini mungkin boleh dikaitkan dengan pemeriksaan kesihatan yang agak longgar terhadap pekerja asing. Ramai juga dalam kalangan mereka yang masuk ke Malaysia secara haram. Keadaan ini semakin merumitkan pihak berwajib untuk memantau status pemeriksaan kesihatan mereka. 
5) Langkah tuntas telah dijalankan oleh pihak berkuasa, iaitu dengan memperkenalkan sistem pengecaman biometrik. Sistem ini telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali pada bulan Ogos tahun lepas. Beliau berkata sistem pengecaman biometrik itu akan menjadi lapisan kedua saringan pekerja asing yang bekerja di negara ini.[3] 
Katanya lagi, sistem saringan kesihatan biometrik itu akan memastikan hanya pekerja asing yang sihat bekerja di negara ini. 
"Kita dapati beberapa peratus pekerja asing yang guna orang lain untuk tujuan saringan kesihatan. Kita tidak kompromi kalau ada pemalsuan". 
Tahun 2017, seramai 407,890 pekerja asing melalui pemeriksaan saringan kesihatan dari Januari hingga Jun. Daripada jumlah itu, sebanyak 10,618 atau 2.6 peratus pekerja asing gagal saringan kesihatan dengan majoritinya mengidap tibi, hepatitis B dan STD (penyakit jangkitan seksual). 
Pekerja asing dari Indonesia menduduki tangga teratas tidak lulus saringan kesihatan dengan mencatat 3,129 kes, Nepal (3,021) diikuti Bangladesh (1,643). 
Pekerja asing yang gagal saringan kesihatan akan dihantar pulang ke negara masing-masing. 
6) Melalui sistem itu, pekerja asing perlu melakukan pengecaman cap jari biometrik bagi melakukan saringan kesihatan di lebih 3,000 klinik yang berdaftar di bawah Agensi Pemantauan Pemeriksaan Saringan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA). /oleh kerana itu menjadi tugas penting kepada klinik-klinik swasta yang telah dilantik agar telus dalam melaksanakan Pemeriksaan Saringan Perubatan Pekerja Asing. 
7) Jika para doktor mendapati seseorang pekerja asing tersebut dijangkiti penyakit berjangkit, wajib mereka membuat pelaporan (notifikasi) kepada pihak berkuasa kesihatan dalam tempoh segera. Notifikasi kes ini termaktub dalam akta di bawah seksyen 10 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Terdapat 24 penyakit yang wajib dibuat pelaporan. Selain dari Notifikasi Bertulis, penyakit berikut perlu dinotifiksi melalui telefon dalam tempoh 24 jam iaitu: Acute Poliomyelitis, Cholera, Dengue, Diptheria, Ebola, Food Poisoning, Plague, Rabies dan Yellow Fever.[4] Jika tidak berbuat demikian penalti akan dikenakan mengikut akta yang sama. 
Kesimpulan: Masyarakat awam tidak perlu risau dan panik dengan pendedahan yang dilakukan. Sistem yang dibangunkan, kawalan yang dibuat dari masa ke semasa oleh pihak berkuasa dan akta yang boleh mengikat pihak berkenaan, seutuhnya akan menjamin penjagaan kesihatan maksimum.
Sekian komentar dari suhazeli.com 
Pautan
[1] Negara tinggi penyakit TB. http://www.stoptb.org/countries/tbdata.asp
[2] TB dikalangan warga asing. http://today.mims.com/topic/tb-on-the-rise-in-malaysia-due-to-undocumented-migrant-workers
[3] Sistem pengecaman biometrik. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/08/307639/sistem-biometrik-saring-kesihatan-pekerja-asing
[4] Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. https://www.yumpu.com/id/document/view/29329495/akta-342-akta-pencegahan-dan-pengawalan-penyakit-berjangkit-1988
Sumber HD - 10-1-2018 

Kebaikan asid folik untuk wanita

ASID Folik adalah salah satu vitamin yang diberi kepada ibu hamil selain dari zat besi dan vitamin C. Pemberian asid folik kepada ibu-ibu hamil selama ini adalah disahkan selamat dan disyorkan oleh pakar-pakar obstetrik & ginekologi seluruh dunia. Ianya telah terbukti bersandarkan kepada beribu-ribu kajian yang berwibawa. Asid Folik yang diberikan kepada ibu hamil adalah bagi mencegah berlakunya kecacatan saraf tunjang bayi (neural tube defects - Spina bifida).[1] Kajian dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) menyatakan 70% bayi yang berikutnya akan selamat setelah ibu hamil mengambil asid folik dari berlakunya kecacatan saraf tunjang. Kes ini terbukti dalam kalangan ibu yang sudah terdapat kecacatan saraf tunjang ke atas bayi pertama mereka. Satu peratusan yang cukup membanggakan. 
Jumlah dos yang diberikan kepada ibu-ibu hamil juga sesuai dan selamat. Adalah dicadangkan pengambilan asid folik sebelum hamil bagi mengurangkan risiko mendapat bayi yang kecil saiznya (small for gestation). 
Semua wanita digalakkan untuk mengambil 400 mikrogram asid folik setiap hari sebelum hamil sehingga 12 minggu kehamilan.[2] Dos yang sama diteruskan sehingga bersalin. Dos yang lebih tinggi HANYA untuk sesetengah kumpulan ibu hamil seperti ibu ada kencing manis (diabetes). Semasa menyusu bayi pula, sebanyak 500 mikrogram disarankan demi kesinambungan pemulihan si ibu. Cadangan ini tidak tertakluk kepada berapa banyak makanan atau sayuran yang mengandungi asid folik yang boleh diambil oleh ibu hamil dalam tempoh berkenaan. 
Namun terdapat satu sebaran tular yang mendakwa asid folik boleh menyebab autisma kepada bayi. Saya merujuk kepada satu keratan akhbar yang dikongsikan oleh rakan maya. Akhbar menyiarkan bahawa asid folik boleh penyebab kepada autisma. Tulisan tersebut merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Northwestern, Illinois yang diketuai oleh Profesor Stephen Levine.[3] Artikel berkenaan termuat dalam Jurnal JAMA Psychiatry. 
Hasil bacaan saya, ulasan yang dilakukan oleh akhbar berkenaan adalah tidak tepat. Mari kita baca bersama keputusan kajian yang dikeluarkan oleh Prof Stephen Levine tersebut: 
"Maternal exposure to FA and/or multivitamin supplements from 4 weeks before to 8 weeks into pregnancy was associated with a statistically significant reduction in the risk of ASD in offspring compared with offspring of mothers with no exposure in that time interval." 
~ Pendedahan ibu hamil kepada asid folik dan/atau multivitamin dari 4 minggu sebelum 8 minggu kehamilan adalah dikaitkan secara signifikan penurunan risiko ASD (autism spectrum disorder) terhadap bayi mereka berbanding dengan ibu hamil yang tidak diberikan (vitamin) dalam sela masa yang sama. 
Kajian berkenaan juga mendapati:
"maternal exposure during the 2 years before pregnancy was associated with a significant reduction in the risk of ASD in offspring."
~Pendedahan ibu hamil semasa 2 tahun sebelum hamil juga dikaitkan dengan penurunan yang signifikan risiko bayi mereka mengalami ASD.

Saya merasakan tulisan dalam akhbar tempatan berkenaan tersalah membuat interpretasi tulisan dan keputusan kajian yang disiarkan oleh artikel dari Jurnal JAMA Psychiatry itu. Justeru, pemberian asid folik dan beberapa vitamin yang lain semasa ibu hamil adalah penting bagi menjamin tahap kesihatan yang optimum. Seterusnya mengurangkan komplikasi-komplikasi yang tidak diingini terhadap ibu dan bayi.

Semoga dengan pencerahan ini boleh mengurangkan kerisauan dan ketakutan para ibu untuk terus mengambil apa sahaja nasihat yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh para pakar. 
Pautan:
[1] Manfaat Folic Acid. http://www.webmd.com/baby/folic-acid-and-pregnancy
[2] Asid Folik penyebab Autisma.
http://www.webmd.com/baby/news/20160511/too-much-folic-acid-in-pregnancy-tied-to-raised-autism-risk-in-study
[3] JAMA Psychiatry. Published online January 3, 2018. doi:10.1001/jamapsychiatry.2017.4050. https://jamanetwork.com/journals/jamapsychiatry/fullarticle/2667432
[4] Peer Review. https://media.jamanetwork.com/news-item/vitamin-supplements-used-pregnancy-associated-risk-autism-spectrum-disorder/ 
Penulis ialah Pakar Perubatan Keluarga
Sumber HD- 9-1-2018 











































Buah-buahan bahaya untuk pesakit kencing manis?

SUDAH menjadi kefahaman umum bahawa doktor akan menasihati untuk makan buah-buahan dengan kadar yang sedikit bagi pesakit kencing manis. Malah pada masa tertentu doktor akan menghalang terus pesakit tidak memakannya kerana paras gula dalam darah mencanak naik. Kandungan fruktosa dalam buah-buahan juga memainkan peranan penting untuk penghasilan bacaan glukosa dalam darah. 
Akan tetapi, terdapat satu sebaran video seorang penceramah dari India yang membuat ujikaji paras gula dalam darah. Penceramah tersebut membuat pembuktian bahawa fruktosa dalam buah-buahan tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah melalui mesin glukometer. Darah yang pertama dicampur dengan glukosa, bacaan glukometer tinggi. Sebaliknya apabila darah dicampur dengan fruktosa, bacaannya turun. Kesimpulan yang beliau buat adalah, makan buah-buahan tidak sesekali akan menaikkan paras gula dalam darah. Kepercayaan yang diberitahu oleh para doktor sejak sekian lama hanyalah tipu. Tuduhan beliau lagi, pihak berkuasa sengaja menutup ‘kebenaran’ ini kerana takut industri perubatan lingkup. 
Kesian saya tengok para penonton yang dikelentong oleh beliau. Ujikaji sains ini tidak difahami oleh mereka.
Glukometer gunanya untuk kesan kehadiran glukosa dalam darah. Strip yang digunakan mengandungi enzim glucose oxidase. Apabila glukosa darah berindak balas dengan enzim tersebut, bacaan akan boleh dibaca mengikut paras tertentu. Glukometer hanya untuk tindak balas glukosa (lakaran no 3), maka gula fruktosa tidak sesekali akan bertindak balas. Oleh yang demikian sudah tentu campur sebakul gula fruktosa pun, bacaan glukometer tidak akan mencanak naik. 
Bagaimana pula buah-buahan boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat? Buah-buahan seperti rambutan, durian, mempelam dan pelbagai lagi mengandungi fruktosa yang tinggi. Apabila kita makan, perut akan memproses dan diserap masuk ke dalam darah. Gula fruktosa itu akan melalui proses penukaran kepada bentuk lain oleh hati (lakaran no 2) 
~ 29 - 54% ditukar —> GLUKOSA
~ 25% ditukar—> LAKTAT
(Glukosa dan Laktat inilah akan dijana sebagai tenaga kepada sel-sel badan)
~ 15-18% pula akan disimpan dalam bentuk GLIKOGEN dan kurang dari 1% ditukar kepada TRIGLISERIDA (Sejenis Kolesterol). 
Justeru, gula fruktosa buah akan tetap ditukar dalam jumlah tertentu dalam badan kita walaupun ianya tidak dapat dikesan melalui glukometer. 
Beberapa nasihat berikut penting kepada pesakit kencing manis dalam penjagaan makan buah-buahan.
1) Elakkan pengambilan buah-buahan semasa perut kosong. Ini kerana penyerapan gula fruktosa sepenuhnya (setelah ditukar ke glukosa) tidak dapat ditampung oleh insulin yang lemah atau ubat kencing manis.
2) Pengambilan buah disarankan diambil sejurus selepas hidangan utama, dihadkan kepada 1 hidangan sahaja. Pada masa ini tindakan insulin atau ubat kencing manis adalah optimum.
3) Maksimum 2 hidangan buah untuk sehari. 
Berikut adalah contoh-contoh saiz hidangan buah untuk satu unit karbohidrat. Setiap unit membekalkan 15g karbohidrat:
a) 1 biji sederhana epal/ oren/ belimbing/ pear
b) 1 potong nipis betik/ nenas/ tembikai susu
c) ½ biji jambu batu/ mangga kecil
d) 5 biji sederhana rambutan/ laici
e) 2 biji manggis/ jambu air/ kedondong/ kurma
f) 8-10 biji kecil langsat/ duku/ anggur/ longan
g) 2-3 ulas sederhana cempedak/ durian/ nangka 
Manakala makanan berikut ini pula mengandungi karbohidrat ringkas (gula ringkas) yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat.
Senarai makanan yang patut dielakkan atau diminimumkan pengambilannya:
1) Gula putih, gula merah, gula melaka, gula batu, gula-gula, glukosa
2) Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap
3) Minuman ringan, minuman kordial
4) Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, aiskrim, coklat
5) Air tebu, air kelapa muda, minuman-minuman yang ditambah gula
Sekian nasihat pemakanan dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
5.1.2018
Kuala Berang - HARAKAHDAILY 5/1/2018
























































Sumber HD - 5-1-2018






















Air kencing unta

KES kedua akibat dijangkiti oleh Virus Corona (Mers-Cov) telah diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.[1] Kes pertama positif jangkitan virus Mers-Cov adalah pada pada 2015 yang lalu, juga melalui rentetan cerita yang agak sama. 
Mereka baru balik dari menunaikan umrah di Tanah Suci. Saranan dari KKM dan juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) agar jemaah haji atau umrah supaya tidak melawat ladang haiwan khususnya unta, meminum produk hasil dari unta kerana risiko jangkitan virus Mers-Cov adalah tinggi. 
Serangan MERS-COV pada tahun 2015 yang punca perebakannya dari Arab Saudi telah mencatat kematian seramai 502 (35%) orang daripada 1,413 kes positif. Kedua-dua penyakit ini menakutkan seluruh dunia pada ketika itu.[1] Sekarang ini pun Pertubuhan Kesihatan Sedunia masih mengeluarkan amaran kemungkinan jangkitan terus berlaku. Ianya begitu senang merebak kerana pergerakan manusia terlalu pantas. 
Perumah kedua Virus Corona ini adalah binatang seperti unta, musang, babi, dan kucing. Kaedah transmisi virus ini dari kelawar sebagai perumah pertama ke perumah kedua tidak diketahui secara jelas. Tetapi dipercayai Virus Corona menghinggapi perumah kedua melalui hubungan langsung kelawar dengan binatang-binatang tersebut atau manusia itu sendiri. Manusia juga mudah dijangkiti dengan memakan daging, meminum susu, meminum air kencing, berpeluk cium atau terkena najis binatang-binatang berkenaan.[2] Biasanya para jemaah haji umrah akan menunggang unta di ladang unta yang mereka lawati. Berpeluk serta meminum susu dan kencing unta mentah sudah menjadi perkara lumrah. Bangga pulak berselfie. Risiko tinggi dijangkiti jika unta-unta berkenaan positif virus Corona. 
Ada jemaah masjid yang bertanya kepada saya, adakah larangan itu telah bersalahan dengan hadis Rasulullah SAW? Sebagaimana hadis masyhur dari Sahih Bukhari dan Muslim mengenai saranan Rasulullah SAW kepada kaum 'Ukal? 
Hadis yang diriwayatkan dari Anas Radhiallah ‘anhu yang berikut: 
أنّ نَفَرًا مِنْ عُكْلٍ ، ثَمانِيَةٍ قَدِمُوا على رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فَبَايِعُوه عَلى الإسلام ، فَاستوخَمُوا الأرضَ فَسَقِمتْ أجسَامِهِم ، فشَكَوْا ذلك الى رسول الله صلى عليه وسلم ، قال : ( أفَلاَ تَخْرُجُونَ مَعَ راعينًا في إِبِلِه فَتُصيبُونَ من البَانِهَا وأبوالها ) قالوا : بلى ، فخرجوا فشربوا من البانها وأبوالها فَصَحّوا فَقَتَلُوا رَاِعيَ رسول الله صلى الله عليه وسلم وأطردوا النّعَمَ
(رواه البخاري) 
Maksudnya: “Bahawa serombongan suku ‘Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah Shallallahualaihi wasallam, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudia cuaca kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh badan mereka sakit-sakit, lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. Baginda berkata kepada mereka: “Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya, kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya.” Mereka menjawab : “baiklah”. Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam itu dan merampas unta-untanya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) 
Kewujudan hadis ini tidak boleh dilihat sebagai satu arahan wajib atau dikombinasikan dengan beberapa hadis lain yang berkaitan dengan kaedah berubat. Pengesyoran Rasulullah SAW kepada suku 'Ukal itu adalah khusus kepada mereka yang ditimpa sakit, bukannya kepada semua orang. Atas dasar sifat dan kemuliaan mukjizat yang diturunkan ke atas Rasulullah SAW, baginda menyatakan kaedah berubat sesuai dengan zaman itu. Begitu juga kebolehcapaian (accessibility) sesuatu bahan pada masa tersebut. Sedangkan dalam hadis yang lain pula Rasulullah SAW menyatakan bijiran hitam adalah ubat segala penyakit. Sebagaimana riwayat dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
فِي الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَّامَ 
“Pada habbatassauda itu ada penawar/ubat bagi semua penyakit kecuali mati.” (Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Pengamatan yang boleh kita lakukan kepada kedua-dua hadis berkenaan adalah, sesuatu ubat atau bahan yang disarankan mesti mengikut indikasi pemakaiannya. Dalam perubatan pun, kita tidak benarkan pesakit mengambil ubat kencing manis tanpa indikasi. Hanya pesakit yang sahih kencing manis dibenarkan mengambil ubat kencing manis seperti Metformin, Gliclazide, Insulin dan seumpamnya. Begitu juga ubat-ubatan kepada penyakit lain. Ianya terkhusus kepada jenis ubat dan penyakit yang sesuai setelah mendapat khidmat konsultasi dari ahli perubatan. 
Isu kedua, adakah haram meminum najis seperti air kencing unta ini bagi tujuan perubatan? Di dalam kitab Ar-Raudh dan syarahnya sebagaimana yang dinukil oleh Syibramalisi disebutkan:[4] 
ويجوز التداوى بِنَجَسٍ غير مسكر كلحم حَيّةٍ وَبَولٍ 
Ertinya: “Dan harus berubat dengan najis, kecuali yang memabukkan, seperti daging ular dan air kencing.” (An-Nihayah 8/14)
Walau bagaimanapun, Imam An-Nawawi menyebutkan lagi pendapat lain, katanya: “Harus berubat dengan najis itu hanyalah apabila tidak ditemui ubat yang suci yang boleh menggantikannya. Jika ada ubat yang suci, maka haramlah berubat dengan najis tanpa diperselisihkan oleh ulama.” (Al-Majmu’ 9/55) 
Apabila dipadankan pendapat ini dengan hadis yang melarang berubat dengan najis, maka pendapat inilah yang lebih sesuai, kerana larangan itu tetap tertakluk kepada: jika tidak ada ubat lain yang suci dan tidak pula dalam keadaan darurat.
Al-‘Izz bin Abdussalam Rahimahullah berkata: 
جَازَ التّدَاوِى بالنّجَاسَاتِ إِذَالَمْ يجِدْ طَاهِرًا يقوم مَقَامِهَا ، لأن مَصْلِحَة العافية والسلامة أكمل من مصلحة اجتناب النجاسة ، ولا يجُوز التّداوى بِالخَمْرِ على الأصح 
Ertinya: “ Harus berubat denagn najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang sahih.” (Qawaid al-Ahkam 1/18) 
Mufti Kerajaan Brunei menyimpulkan: “Maka menurut pendapat ulama mazhab Syafi’e berdasarkan analisis kepada ayat Al-Quran dan Hadis, bahawa berubat dengan air kencing itu adalah harus, termasuk kimia yang terkandung di dalam air kencing. Ini ialah apabila tidak ada ubat lain yang suci sebagai penggantinya”.[5] 
Sebagai doktor perubatan, saya tidak mengesyorkan meminum air kencing unta, susu atau produk darinya pada masa ini. Menolak risiko kemudaratan dijangkiti virus Mers-Cov lebih penting dari kenikmatan khasiat meminumnya. Bukti sahih air kencing ini sebagai bahan untuk berubat pun masih dalam proses yang tidak berkesudahan. Sedangkan ubat pilihan bagi penyakit yang lebih pegun sudah pun ditemui dalam perubatan moden. 
Sekian
Coretan isu terkini dari suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
2.1.2018
Bukit Besi
Pautan:
[1] Kes terkini Mers-Cov 2018. https://kpkesihatan.com/2018/01/01/kenyataan-akhbar-kpk-1-januari-2018-pengesanan-terkini-kes-warga-tempatan-yang-disahkan-dijangkiti-middle-east-respiratory-syndrome-coronavirus-mers-cov-sejurus-pulang-dari-mengerjakan-umrah/
[2] Haiwan perumah Virus Corona. https://virologyj.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12985-015-0422-1
[3] Transmisi Virus Corona. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/mers-cov/en/
[4] Berubat dengan air kencing unta. http://suhazeli.com/wp/?p=3215
[5] Disusun oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Taha. Sumber: Badan yang mengisu fatwa, Jabatan mufti kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darulssalam oleh Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Bin Juned. 2000
Sumber hd - 3-1-2017 

Fenomena selebriti bunuh diri

KEHIDUPAN dunia glamor dan ramai peminat kadang-kadang boleh merimaskan. Tidak mustahil bagi orang yang masyhur seperti artis boleh terjebak dalam gaya hidup tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, bersosial yang melepasi normal bangsa, agama dan seumpamanya. Akhirnya tindakan singkat mereka yang boleh membawa kepada kerosakan diri, keluarga dan masyarakat. 
Tulisan ini tidak menuding jari individu tertentu artis tetapi cuba mengoreksi kehidupan masyarakat yang sudah terpana dalam kancah hiburan melampau. 
Terdapat satu rebiu kajian yang melihat kepada punca kematian akibat bunuh diri para artis seluruh dunia. Kajian hirisan lintang antara tahun 1970 hingga 2005 yang dijalankan oleh para pengkaji dari Bonn University, Jerman ini amat menarik untuk kita jadikan teladan kepada masyarakat bahawa punahnya manusia kerana dadah.[1] Mereka mendapati seramai 295 selebriti yang membunuh diri sepanjang tempoh 45 tahun itu akibat dari penyalahgunaan dadah dari 451 databes pelaporan. Maklumat lengkap yang memenuhi kriteria kajian hanya 220 selebriti.
Antara 220 orang selebriti tersebut, 75% adalah lelaki dan umur pukul rata waktu mati 38.6 tahun. Paling muda 25 tahun dan paling tua 45 tahun. Menarik dalam penemuan ini adalah, ramai para selebiriti membunuh diri setelah mengambil dadah opioid dan heroin. Golongan selebriti muda juga mendapat carta teratas menggunakan opioids dan heroin sehingga membawa kematian. 
Masyarakat mungkin tidak mengetahui apakah itu dadah yang bernama opioid. Tetapi jika sebut morfin, codein, ketum, semua akan kenal. Ringkasnya opioid ini terbahagi kepada 3:[2] 
1) Semula jadi dari tumbuh-tumbuhan. Pokok poppy mengeluarkan morfin, codeine, dan thebaine, papaverine dan noscapine. Manakala pokok ketum mengeluarkan metragynin dan Salvinorin A produk semula jadi pokok Salvia divinorum (pokok ini jarang didengari. Ianya tumbuhan di Mexico) 
2) Sintetik: Ekstrak morfin diproses dengan campuran bahan lain yang menjadikan morfin sinteteik seperti heroin, codon, petidine, buprenorphine, methadone, tramadol, dan beberapa nama terbitan lagi. 
3) Keluaran semula jadi dari tubuh yang boleh menenangkan fikiran seperti endorphins, enkephalins, dynorphins, dan endomorphins.
Tujuan awal mereka menggunakan dadah ini adalah untuk ketenangan, hilangkan penat, segarkan badan dan kurangkan kesakitan. Awalnya mereka mendapatkan ubat-ubatan ini dari doktor tetapi mereka menyalahgunakannya dengan mengambil secara berlebihan.
Negara telah menetapkan akta yang ketat dalam penggunaan dadah yang berbahaya ini. Sabit kesalahan boleh menempa tindakan tegas. Semoga selebriti dalam negara kita tidak turut terjebak dalam pengambilan dadah seperti ini sehingga mengujakan mereka membunuh diri.
Sekian pelajaran bab dadah pada petang ini dari suhazeli.com 
fb.com/drsuhazeli
1.1.2018
Ketengah Jaya
Pautan
[1] Kajian hirisan lintang artis bunuh diri. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5148833/
[2] Klasifikasi Opioids. https://www.drugabuse.gov/drugs-abuse/opioids
Sumber HD - 1-1-2018 
























Tidur tutup lampu

SAYA sempat mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hagia berkaitan hadis menyarankan tutup api semasa tidur malam. Beliau menghuraikan bahawa peri pentingnya keselamatan rumah semasa tidur. Di samping bahawa Islam itu agama yang menyeluruh, Islam juga prihatin mengenai kesihatan tubuh badan seseorang. 
Hadis penuh itu seperti berikut sebagaimana dimuatkan dalam kitab Riyadatussalihin:[1]
Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 
لاَ تَتْرُكُوا النَّارَ فِى بُيُوتِكُمْ حِينَ تَنَامُونَ 
“Janganlah biarkan api di rumah kalian (menyala) ketika kalian sedang tidur.” (HR. Bukhari no. 6293 dan Muslim no. 2015)
Dari Abu Musa Al Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: 
احْتَرَقَ بَيْتٌ بِالْمَدِينَةِ عَلَى أَهْلِهِ مِنَ اللَّيْلِ ، فَحُدِّثَ بِشَأْنِهِمُ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « إِنَّ هَذِهِ النَّارَ إِنَّمَا هِىَ عَدُوٌّ لَكُمْ ، فَإِذَا نِمْتُمْ فَأَطْفِئُوهَا عَنْكُمْ » 
“Ada sebuah rumah di Madinah terbakar mengenai penghuninya pada waktu malam. Kejadian tersebut lantas diceritakan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Api ini adalah musuh kalian. Apabila kalian tidur, padamkanlah api.” (HR. Bukhari no. 6293 dan Muslim no. 2016)

Sebagai ahli perubatan, mungkin hikmah penting hadis tersebut yang boleh dikaitkan dengan kesihatan. Saya terbaca satu catatan jurnal yang melaporkan kajian bahawa cahaya terang semasa tidur boleh menjadi risiko kanser. Kajian terbaharu itu dimuatkan dalam International Jurnal of Cancer (2017) oleh sekumpulan pengkaji dari Institut Kebangsaan Kesihatan Persekitaran Amerika. Kajian berbentuk kohort itu mengambil seramai 50,884 kes wanita selama lebih 7 tahun. Kajian dilakukan ke atas cara tidur, masa ketiduran, kesukaran tidur dan persekitaran bilik yang cerah atau penggunaan TV.[2] 
Keputusan kajian mendapati 2,736 kes kanser payudara berlaku. Tidak terdapat bukti boleh dikaitkan dengan masa ketiduran dan cara tidur dengan risiko kanser. Namun wanita yang mengalami masalah sukar tidur ≥ 4 malam dalam seminggu berisiko tinggi menghidapi kanser payudara (HR = 1.32, 95% CI: 1.09-1.61) dan bagi wanita yang sudah putus haid, risikonya juga meningkat (HR = 1.51, 95% CI 1.24-1.85). Pecahan kepada kanser invasif payudara meningkat juga terhadap wanita yang tidur dalam suasana bilik bercahaya atau memasang TV sepanjang ketiduran (HR = 1.20, 95% CI: 0.97-1.47). Wanita yang tidak cukup tidur juga meningkat risikonya (HR = 1.21, 95% CI: 0.98-1.50). 
Pun begitu, nasihat saya agar anda semua jangan terus sasau-minda (panic). Kajian ini baharu sahaja diterbitkan, sudah pasti selepas ini akan ada kajian balas atau hujahan dari pakar berkaitan validiti kajian yang dijalankan itu
Buat masa ini, pegang dahulu fakta tutup lampu semasa tidur baik untuk keselamatan dan kesihatan diri. 
Sekian coretan petang dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
31.12.2017
Ketengah Jaya 
Sumber:
[1] Syarh Riyadh Ash-Shalihin. Cetakan tahun 1427 H. Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin. Penerbit Madarul Wathan. https://rumaysho.com/10973-salah-kaprah-tentang-hadits-mematikan-lampu-ketika-tidur.html
[2] Int J Cancer. 2017 Dec 1;141(11):2204-2214. doi: 10.1002/ijc.30920. Epub 2017 Aug 22. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/28791684/?i=1&from
Sumber HD- 31-12-2017 


















































Cuci darah dengan ulam raja?

KITA cukup skeptikal jika terdapat dakwaan sesuatu bahan yang baharu itu mengubati penyakit tertentu terutamanya penyakit kronik seperti darah tinggi, buah pinggang, kencing manis, jantung dan lain-lain. Tersebar video seorang jejaka yang mempromosi ulam raja sebagai herba yang mampu mencuci darah manusia. Walaupun ucapan dia masih ragu-ragu akan dakwaan tersebut, kepandaian beliau mempromosi itu menunjukkan bahawa ulam raja sudah terbukti secara sah mampu mencuci darah. 
Amat menarik review yang dibuat oleh Dr Che Puteh Osman berkaitan ulam raja ini. Rajin pulak beliau mentelaah pelbagai jurnal kajian dalam tempoh sehari.[1] Kesimpulan yang boleh saya gali dari tulisan beliau beserta tambahan ulasan dari saya: 
1) Ulam raja enak dimakan. Ianya sejenis ulam yang tinggi anti-oksida. Kandungan sebatian fenolik yang menjadikan ia sebagai anti-oksida mengklaskan ianya sebagai tumbuhan yang unik. 
Sesungguhnya banyak herba dalam negara kita kaya dengan kandungan anti-oksida. Anti-oksida ini penting bagi mengelakkan radikal bebas dalam tubuh manusia berkumpul seterusnya boleh berlaku radang kepada sel. Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan secara tidak langsung sel-sel tubuh sehinggalah penyakit menghinggapi. Pun begitu jangan salah faham, anti-oksida ini bukan anti kanser, bukan anti-diabetes, bukan anti-darah tinggi dan sebagainya. 
2) Sudah terdapat beberapa pengkaji yang ingin membuktikan ulam raja ini ubat kencing manis, ubat darah tinggi, ubat pembunuh kuman, ubat tekanan oksidatif dan ubat meningkatkan tenaga batin. Semua kajian dilakukan ke atas tikus mengikut dos yang tertentu. Terdapat reaksi positif terhadap tikus-tikus tersebut. Tetapi sehingga kini kajian ke atas manusia tidak diteruskan kecuali satu kajian terbaharu untuk melihat kesan gula dalam darah pesakit kencing manis. Bacaan gula turun dalam tempoh 8 minggu dengan mengambil 15 gram ulam raja, 2 kali sehari. Walau bagaimanapun kawalan gula (paras HbA1c) tidak signifikan. Bermaksud, tidak boleh dikaitkan pengambilan ulam raja ini dengan kawalan kencing manis dalam tempoh 2 bulan. Lagi pun siapa sanggup makan ulam raja ini 2 pinggan sehari selama-lamanya? Jika ada pil yang direka, perlu dibuat kajian klinikal terlebih dahulu sebelum dipasarkan. Pandangan dari sudut ekonomi mungkin tidak berbaloi, kerana ubat kencing manis (ubat moden) yang sedia ada lebih menjanjikan penurunan gula yang signifikan. 
3) Ulam raja tidak boleh dianggap sebagai ubat pencuci darah kerana kajian ke atas tikus-tikus itu tidak menunjukkan kesan ketara ke atas buah pinggang. Lebih merungsingkan terdapat satu kajian, pengambilan ulam raja yang berlebihan boleh memberi kesan toksid kepada hati. Isu kedua akan timbul jika diambil berlebihan, iaitu kandungan pottasium yang terdapat dalam ulam raja boleh membahayakan kepada pesakit terutamanya pesakit buah pinggang. 
Sekian ulasan selanjar dari suhazeli.com 
Jika tak tepat kabo deh
Fb.Com/drsuhazeli
30.12.2017
Kuala Berang

Link
[1] Review Che Puteh Osman berkaitan Ulam Raja. https://www.facebook.com/cheputeh.osman/posts/1965189473508515
Sumber HD - 30-12-2017 


























Kelahiran selamat

TUGASAN membantu kelahiran oleh bidan-badan kampung amat popular satu ketika dahulu. Mereka amat ramah dan berpengalaman bukan sahaja semasa sambut kelahiran tetapi urut mengurut pun dibuat dengan penuh seni. Kesesuaian dan peralihan zaman, hasil dari perkembangan bidang perubatan dan teknologi, jawatan perbidanan kampung semakin pupus. Jururawat yang bekerja seluruh negara sudah boleh mengambil tugasan itu dengan penuh efektif di samping jumlah fasiliti dan prasarana kesihatan yang semakin baik. Terdapat lebih dari 124,000 Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat dan Jururawat Kesihatan Awam yang sanggup menjadi tulang belakang kepada kejayaan kesihatan negara khususnya kelahiran selamat. 
Penambahbaikan bidang kesihatan ibu dan anak ini dapat kita gambarkan dengan perbezaan jumlah kematian ibu yang semakin berkurang. Malaysia sedang mengalami tren menurun yang signifikan – 170 kematian setiap 100,000 kelahiran hidup pada tahun 1966 mencecah kepada 70 kematian setiap 100,000 kelahiran hidup pada tahun 1976, sepuluh tahun kemudian. 
Pada tahun 2002, kadar kematian ibu berada dalam lingkungan 30-40 kematian ibu setiap 100,000 kelahiran hidup, satu indikator kejayaan usaha Malaysia terlibat sama dalam satu inisiatif bersepadu di peringkat antarabangsa yang dinamakan "Safe Motherhood Initiatives" yang diperkenalkan pada tahun 1987 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Inisiatif ini menggariskan empat tonggak utama untuk menjadikan kehamilan dan kelahiran lebih selamat: 
1) Perancangan Keluarga (setiap kehamilan dirancang, direncana dan dikehendaki)
2) Jagaan antenatal ( pemeriksaan kesihatan berkala semasa kehamilan)
3) Kelahiran selamat dan bersih (proses kelahiran dipantau dengan partogram, pengendalian aktif bagi tahap ketiga kelahiran serta persekitaran yang bersih)
4) Jagaan obstetrik (kebidanan) yang asas (pengendalian oleh pasukan yang terlatih menghadapi komplikasi kehamilan dan kelahiran, ubat-ubatan, infrastruktur seperti bekalan elektrik, kenderaan serta hubungan telekomunikasi dan kemudahan kesihatan yang lengkap – dewan bedah untuk pembedahan caesarean, tabung darah untuk bekalan darah yang segera dan unit jagaan bayi baru lahir untuk resusitasi bayi) 
Kadar Kematian ibu (MMR) di Malaysia sudah mencecah 27 kematian ibu setiap 100,000 kelahiran hidup. Satu data yang boleh dibanggakan setakat ini hasil usaha polisi dan akta-akta tertentu yang menjamin kualiti perkhidmatan negara. Kita masih perlu menurunkan MMR kepada kadar yang lebih rendah – sebagaimana yang ditetapkan oleh Sasaran Pembangunan Millennium (Millennium Developmental Goal – MDG5). Antara kejayaan utama Malaysia menurunkan MMR adalah apabila kelahiran selamat (safe delivery) yang ditakrifkan sebagai kelahiran yang dikendalikan oleh individu terlatih (skilled birth attendants) dapat ditingkatkan dari kurang 55% pada tahun 50-an kepada peratusan 98.5% hari ini. Peratus kelahiran di rumah didapati menurun daripada 24.8% pada tahun 1990 kepada 1.7% pada tahun 2012. Sifirnya, kelahiran di rumah dalam negara kita adalah kelahiran yang tidak selamat.[1] Berdasarkan definisi daripada World Health Organization (WHO), “kelahiran selamat” (safe delivery) ialah kelahiran yang dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih (skilled health personnel). Malaysia telah mencapai peratus kelahiran selamat sebanyak 98% semenjak tahun 2009 – pencapaian yang setanding dengan negara maju. 
Satu lagi faktor kejayaan adalah keutamaan yang diberikan oleh sistem kesihatan di Malaysia kepada kes kematian ibu. Setiap satu kematian ibu mesti disiasat secara mendalam di setiap peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Laporan lengkap mesti disediakan untuk dibentangkan di peringkat daerah, negeri dan pusat serta dimasukkan ke dalam Confidential Enquiry into Maternal Deaths (CEMD) yang dilaporkan secara bertulis setiap tiga tahun. Tujuan utama adalah untuk mengenal pasti faktor jagaan substandard yang perlu dibaiki di setiap peringkat.
Sudah banyak peristiwa yang menyayat hati kes-kes kelahiran yang tidak selamat. Terdapat kes yang berlaku perdarahan sehingga membawa maut. Halangan yang dihadapi oleh para doktor dan jururawat dalam mengendali kes yang sebegini adalah mereka tidak menghiraukan nasihat serta prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Mereka lebih mementingkan kehendak yang mereka "perjuangkan" tanpa melihat risiko ajal maut yang boleh ditempa.[2,3] Antaranya mereka meletakkan syarat semasa kelahiran itu dengan penuh fitrah, tiada gangguan alat peranakan, tiada ubat hospital diberikan, tiada guntingan episiotomi, hanya perawat wanita dibenarkan, tidak kerat tali pusat bayi, tidak disuntik vaksin dan vitamin K dan pelbagai syarat lagi yang cukup indah.[4] Lebih sadis jika terdapat peneman si ibu yang menggelarkan diri mereka sebagai doula. Permintaan dari mereka melebihi dari si ibu itu sendiri. Memang benar setiap ibu yang bersalin inginkan yang terbaik semasa kelahiran bayi. Begitu juga dengan doktor dan jururawat yang mengendalikan kelahiran, kami juga inginkan pengendalian yang terbaik. Demi keselamatan ibu dan anak yang bakal dilahirkan protokol serta kaedah merawat dilaksanakan. Kehadiran doula terkadang boleh membantu si ibu untuk tenang dan tidak gopoh, tetapi jika mengganggu urusan para perawat mengendalikan kes dengan sempurna, sudah dikira sebagai melampaui batas tugasan mereka itu sendiri. 
Sekian pesanan penting dari suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
26.12.2017
Bukit Besi
Pautan
[1] Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Isu Kelahiran dirumah. https://kpkesihatan.com/2015/06/11/respon-kkm-terhadap-isu-homebirth-dan-anti-vaksin/
[2] Kes Kematian ibu. https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=777458
[3] Kematian bayi semasa bersalin. http://www.mayonews.ie/index.php?option=com_content&view=article&id=18544%3Averdict-of-misadventure-in-home-birth-death-inquest&catid=23%3Anews&Itemid=46
[4] Adakah kelahiran di rumah lebih Islamik? http://keretamayat.blogspot.my/2015/01/home-birth-lebih-islamik.html
Sumber HD- 26-12-2017 

Kesian baca komen mengenai vaksin tifoid

SAYA sungguh kesian baca satu perbualan komen laman sosial facebook mengenai suntikan vaksin Tifoid. Punca saya kesian kerana soalan yang dikemukakan itu jujur, tetapi respons komen yang diberikan pula tidak betul, malah terdapat unsur menghasut. Inilah beberapa contoh keburukan menggunakan laman sosial dan terjebak dalam kumpulan orang-orang yang negatif. 
Mereka cuba berlagak pandai, tetapi boleh merosakkan masyarakat yang ingin tahu. Mereka sebenarnya anti kepada perubatan moden, anti vaksin dan anti hospital. 
Pemikiran sudah didoktrinkan sedemikian. Malah mereka juga bukan mahir dalam sesuatu persoalan yang dikemukakan. 
Vaksin untuk para pengendali makanan adalah Thypim (suntikan) atau Vivotif (pil). Vaksin ini bertujuan mencegah jangkitan kuman kepialu (Salmonella Thypi). Vaksin ini sama ada kaedah suntikan atau pil, bebas dari DNA kinzir. Ianya selamat digunakan. 
Kapsul gelatin bagi vaksin pil Vivotif itu bersumberkan dari lembu bukannya babi. 
Pemberian vaksin ini tertakluk kepada akta makanan dan akta penyakit berjangkit. 
Semua pengendali makanan di Malaysia wajib patuh kepada Akta Makanan 1983 (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009) dan Akta Kawalan Penyakit 1988:[1] Akta ini memperuntukkan kepada setiap pengendali makanan di semua premis yang melibatkan orang awam menjalani pemeriksaan kesihatan serta suntikan wajib vaksin. 
Klausa 31 menyebut 
(1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah—
(a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan; 
(b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan
(c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan. 
(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. 
Kenapa vaksin ini penting? Adakah nak kayakan syarikat vaksin ke? Tidak! Penyakit bawaan makanan dan minuman amat kerap berlaku. Ianya boleh mendatangkan kesengsaraan kepada pesakit malah boleh membawa maut. Demam kepialu adalah penyakit bawaan makanan dan minuman yang paling ditakuti. Statistik dari WHO mendapati 21 juta kes (tahun 2014) berlaku seluruh dunia. Manakala lebih 222,000 kematian berlaku akibat kepialu.[2] Jika seseorang dijangkiti, risiko maut mencecah 10-30%. 
Setakat ini negara kita masih terkawal kes kepialu hasil dari vaksinasi yang diwajibkan mengikut perutukan undang-undang. Namun, sebelum era vaksin, negara kita bergelut dengan penularan kes dan kematian. Demam kepialu adalah bukannya penyakit baru dalam dunia. Ianya sudah wujud sejak sekitar tahun ke 430-424 sebelum Masihi lagi. 
Pada masa itu demam kepialu yang telah mengorbankan hampir satu pertiga daripada penduduk Athens termasuk pemimpin mereka iaitu Pericles. Ahli sejarah kuno Thucydides juga tidak terkecuali dari jangkitan ini namun dia terselamat daripada penyakit tersebut dan menulis mengenainya. 
Pada tahun 1897, Edward Wright Almorth telah menemui vaksin yang berkesan dalam menangani penyakit ini. Pada tahun 1909 pula, Frederick F. Russell, seorang doktor tentera Amerika Syarikat membangunkan vaksin Typhoid dan selepas dua tahun program suntikan vaksin anti-typhoid menjadi yang pertama di mana suntikan tersebut diberikan kepada semua anggota tentera Amerika Syarikat. Satu kejayaan yang menjadi titik tolak kepada sejarah perubatan pencegahan dalam masyarakat. 
Sebagai makluman para pembaca, vaksin kepialu (Tifoid) ini terdiri dari dua kaedah. Iaitu melalui pil dan suntikan.[3,4]
(1) Vaksin tifoid pil:
* Vaksin diberikan dalam bentuk kapsul. Diberikan 3 kapsul yang dimakan pada hari ke 1, 3 dan 5.
* vaksin diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 6 tahun ke atas.
* Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.
(2) Vaksin Tifoid suntikan:
* Vaksin disuntikkan di lengan atau paha.
* vaksin diberikan kepada individu yang berumur lebih dari 2 tahun ke atas.
* Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan. 
Negara kita menyediakan kedua-dua kaedah tersebut. Mana-mana pengendali makanan dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik swasta yang terpilih, kemudian vaksin akan diberikan sebelum kelulusan menjalankan aktiviti penyediaan makanan oleh pihak berkuasa majlis tempatan. 
Survey ringkas kami mendapati, vaksin secara pil tidak dipatuhi oleh para pengendali makanan. Mereka tidak mengambilnya. Malah tiada pemantauan khusus diberikan. 
Lebih memalukan masyarakat, apabila segelintir mereka mendapat hasutan dari golongan antivaksin. Maklumat yang diberikan tidak benar dan menakut-nakutkan masyarakat berkaitan perubatan moden. Mereka hanya mementingkan diri sendiri tanpa melihat kepunahan yang akan berlaku jika wabak kepialu merebak. 
Sekian pesanan dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
25.12.2017
Kuala Berang 
Pautan
[1] Akta pengendali makanan. http://kursuspengendalianmakanan.com/peraturan-peraturan-kebersihan-makanan-2009/
[2] Statistik kes Thypoid. http://www.who.int/immunization/diseases/typhoid/en/
[3] Vaksin Vivotif. https://www.rxlist.com/vivotif-drug.htm#description
[4] Kandungan vaksin. http://www.mydr.com.au/medicines/cmis/vivotif-oral-capsules
Sumber HD - 25-12-2017 

KKM Nafi Jemaah Umrah Dirawat Di Hospital Putrajaya Akibat MERS-CoV
Posted on Monday, December 25 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37434



KUALA LUMPUR: Penularan maklumat di media sosial berhubung seorang jemaah umrah sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya akibat disyaki dijangkiti penyakit Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) adalah tidak benar.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata ujian makmal dijalankan ke atas sampel milik pesakit lelaki tersebut didapati negatif jangkitan penyakit itu.


"Tindakan tidak bertanggungjawab menularkan maklumat tidak sahih ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat dan adalah amat dikesali," katanya.

Maklumat tersebut tular di Twitter sejak tiga hari lalu selepas seorang wanita yang dipercayai anggota keluarga pesakit memuat naik status berhubung lelaki tersebut yang dikatakan pengsan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari mengerjakan Umrah.

Dr Noor Hisham berkata pihaknya sentiasa memantau rapi perkembangan jangkitan MERS-CoV yang dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengeluarkan nasihat kesihatan sebagai langkah pencegahan jangkitan kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat Malaysia semasa berada di Tanah Suci dan selepas pulang ke Malaysia.

"Pemantauan yang berterusan bermula sejak akhir 2012 sehingga kini telah merekodkan lebih 3,000 orang telah menunjukkan gejala MERS-CoV.

"Bagaimanapun, hasil ujian MERS-CoV yang dijalankan ke atas mereka kesemuanya didapati negatif kecuali kes yang pernah dilaporkan pada April 2014 melibatkan seorang lelaki berumur lingkungan 50-an yang baru pulang dari mengerjakan umrah," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini tentang penyakit itu boleh melayari laman sesawang KKM di http://www.moh.gov.my atau melalui Facebook CPRC Kebangsaan (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis). - AstroAwani

Sumber TKO - 225-12-2017





























Biarlah orang kata saya poyo sebab bangga vaksin anak
Posted on Monday, December 25 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37431



Kata orang, lebih baik mencegah dari mengubati. Namun dalam soal vaksin, wujudnya golongan antivaksin yang menyebarkan pelbagai tuduhan dan dakwaan bagi menakut-nakutkan ibu bapa yang dalam dilema mahu memberi suntikan vaksin atau tidak kepada anak masing-masing.

Di bawah, perkongsian pengalaman seorang ibu yang melihat sendiri perbezaan anak yang tidak disuntik dengan vaksin dan yang disuntik dengan vaksin. Jika dulu dia menganggap pengambilan vaksin itu hanya membazir, kini tidak lagi apabila dia sendiri melihat perbezaan yang sangat ketara.

Apa pun, kita sebagai ibu bapa hanya mampu merancangan apa yang terbaik untuk anak-anak kita, yang selebihnya kita serahkan kepada Allah swt. Semoga bermanfaat.

INI gambar terakhir arwah Muhammad Iman Qayyum. Anak saya complete jab dari masa lahir sehingga umur dia satu tahun tiga bulan. Anak saya memang tak ada masalah  sewaktu dilahirkan. Normal birth dan sihat. 


Masa kawan-kawan suggest saya jab additional vaccine pneumonia, saya selalu rasa rugi duit dan juga tak penting sebab anak saya sihat saja. Sampailah satu tahap di mana anak saya masuk ke hospital berkali-kali dan doktor pakar mengesahkan anak saya terkena jangkitan kuman dalam paru-paru iaitu, pneumococcos dan dia diserang Adenovirus. 



Semua pun tak pernah dengar kan kes Adenovirus yang pernah membunuh anak saya ini? Allah swt dah kata, Kun Faya Kun, cucuklah macam mana pun kalau dah nyawa sampai di situ saja, kita tak ada hak meminta ditangguhkan walaupun sesaat. 

Tetapi bukan itu yang saya nak ceritakan. Setelah arwah Iman Qayyum meninggal dunia, saya disahkan mengandung lagi anak kedua. Bila lahir saja anak kedua, saya tekad untuk beri cukup empat dos pneumococcal vaccine. Banyak juga klinik dan hospital yang saya hubungi, tidak semua klinik yang ada. 

Dan saya pilih Klinik Pakar Kanak-Kanak Chan di Puchong Jaya. Alhamdulillah semua empat dos complete. Saya mula nampak perbezaan antara arwah Qayyum dengan adiknya, Qayyim. 

Paling ketara bila demam dan selesema. Memang saya buat amalan sunnah, beri air yang dibaca doa penyembuh penyakit, as syiffa dicampur madu tetapi, beza antara dah complete pnuemococcal vaccine dengan arwah Qayyum yang tak ada vaccine sangat-sangat jauh berbeza. 

Contohnya bila Iyadh Qayyim demam, tak pernah pun ambil masa sampai tiga hari. Begitu juga dengan selesema dan batuk. Tak ada dah dengar batuk yang sampai berbunyi paru-paru dia. Bila ada antara sepupu dia yang batuk pun, sangat susah dia berjangkit. Antibodi dia melawan dengan kuat. Benarlah apa yang orang kata, mencegah lebih baik dari mengubati. 

Kalau ada antara ibu bapa nak kata saya ni poyo sebab berbangga vaksin anak saya, lantaklah. Saya tak nak siram dan tabur bunga lagi untuk kali kedua di kubur anak-anak. Biarlah saya berhabis duit membayar duit jab dan takaful. Saya mahu yang terbaik untuk satu-satunya anak lelaki saya yang masih hidup. 

Seperkara lagi, doktor pakar kanak-kanak yang saya refer itu sangat bertauliah. Doktor Eddie Chan akan terangkan kandungan dalam vaksin dan kelebihannya. Ada yang tak halal juga dijual di Malaysia tetapi Alhamdulillah doktor berbangsa Cina itu faham akan halal dan haram. Dia yang cadangkan semua yang terbaik untuk anak saya sejak dia kecil lagi. Saya pun bukan membuta tuli jab anak, saya pun kaki Google juga tetapi tidak mudah terperdaya dengan agenda yang tidak baik. 

Sumber: Nana Anne 

Sumber TKO - 25-12-2017

Empat Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual
Posted on Friday, December 22 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37399





PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihat menghentikan penggunaan empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin serta segera mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua produk Progressive Mix Industries iaitu Nuriz Shoppe-Uv Pearl Cream dan Nuriz-D'Solve didapati mengandungi merkuri.

Produk Aura Gorgeous Beauty  and  Healthy iaitu Aura Gorgeous Night Cream juga dikesan mengandungi merkuri manakala  produk Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd iaitu NV Anti Blemish Toner 1 pula mengandungi hydroquinone dan tretinoin.

Beliau memberi amaran kepada para penjual dan pengedar supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

"Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Dr Noor Hisham berkata mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan itu pula  boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Beliau berkata produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Kedua-dua bahan racun itu, yang sering digunakan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan, boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, pedih, mengelupas, dan hipersensitif.

"Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV serta meningkatkan risiko kanser kulit," katanya.

Dr Noor Hisham menegaskan bahawa merkuri merupakan bahan toksik yang perlu dielakkan sama sekali dalam apa jua produk kerana ia boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

"Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudian memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

“Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400.

Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang  http://npra.moh.gov.my/   -- Bernama
Sumber TKO - 22-12-2017

Kiddie pack: Takkan demi undi, gadai nyawa rakyat?

KETAGIHAN tembakau berakar umbi dalam masyarakat sejak sebelum merdeka lagi. Sejak awal pengambilan tembakau ini sebagai makanan yang sedap serta menyeronokkan. Namun segala kesedapan dan keseronokan itu bertukar menjadi mimpi ngeri setelah banyak bukti mudarat kepada kesihatan manusia ditemui. Sehinggalah seluruh premis kesihatan bertungkus lumus memerangi ketagihan tembakau bagi menghindari masyarakat dari terus dicengkam penyakit bawaan rokok. Sememangnya terlalu amat sukar untuk dihapuskan ketagihan tembakau dalam jangka masa singkat. Ianya memerlukan pasukan mantap, dedikasi dan tega menerima tohmahan.
Dalam masa yang sama syarikat besar tembakau juga berhempas pulas menyelamatkan industri mereka yang sudah bertapak sejak sekian lama di hati rakyat. Promosi jualan, tajaan program, promosi produk hiliran dan sebagainya digiatkan oleh mereka dengan jumlah pelaburan yang besar. 
Kementerian Kesihatan Malaysia secara khususnya meletakkan ikrar untuk menjadikan generasi bangsa Malaysia bebas rokok menjelang 2045. Polisi, pelan tindakan dan pelaksanaan ke arah itu sudah berjalan sekian lama. Perjanjian demi perjanjian sama ada peringkat tempatan dan antarabangsa dimeterai bagi melangsungkan matlamat bebas asap rokok ini dalam negara. 
Terima kasih kepada para mufti yang meletakkan kayu pacak dengan meluluskan fatwa haram rokok pada 25 Mac 1995. Terima kasih juga kepada Kementerian Pendidikan yang membenarkan modul khas pendidikan kepada anak-anak di bangku sekolah agar hindari najis rokok. Tidak kurang juga peranan yang besar oleh Kementerian Kewangan yang setiap tahun terus menaikkan cukai rokok. Hasil usaha semua pihak ini, parlimen juga berjaya meluluskan akta pengharaman jualan rokok secara pakej kecil (Kiddie Pack) sejak 2010. Ini adalah satu kejayaan para pejuang kesihatan yang ingin melihat Malaysia bebas rokok. 
Kerajaan tidak seharusnya mengikut telunjuk sebahagian kecil pengusaha industri tembakau dalam negara yang ingin membatalkan kembali larangan jualan kiddie pack. Persetujuan mana-mana ahli parlimen atau menteri bagi membatalkan akta yang sudah cukup tegas itu. Penarikan semula akan dikira sebagai berpusing ke zaman lapuk, malah tidak menjunjung usaha-usaha murni majoriti rakyat. Jangan biarkan segelintir kecil para pendesak yang melihat ancaman jualan mereka terhakis. Lihatlah kembali nasib yang akan dipertaruhkan ke atas lebih 25 juta rakyat Malaysia yang tidak merokok. 
Takkanlah demi satu undi, sanggup para pemegang polisi menggadai satu nyawa rakyat yang tidak bersalah? 
Sama-sama kita fikirkan.
Kempen khas dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeliHARAKAHDAILY 21/12/2017
Sumber HD- 21-12-2017 

































Vaccine associated sarcoma (VAS)

HARI ini dunia maya Malaysia dihebohkan oleh satu tuduhan kumpulan antivaksin bahawa vaksin penyebab kanser sarcoma. Sekali lagi saya bertanya para pakar kanak-kanak dan pakar onkologi berkaitan dengan hubung kait kanser sarkoma dengan pemberian vaksin. Pakar-pakar semua terkejut. Antara mereka menyatakan jika benar berlaku VAS ini, akan menjadi sejarah dunia yang pertama dicatat VAS ke atas manusia. 
Menurut carian jurnal, terdapat beberapa catatan dibuat setakat ini. VAS hanya berlaku ke atas haiwan terutamanya kucing, anjing dan serigala. Laporan kes dari Jurnal Persatuan Perubatan Veterinar Amerika mendapati setakat 61 kes VAS wujud ke atas sel kucing yang disyaki berpenyakit sarkoma. Dalam penemuan kes yang lain, VAS juga berlaku kepada anjing dan serigala peliharaan.[1] Sekali lagi ditegaskan di sini, sarkoma bukan kesan sampingan vaksin (AEFI) ke atas manusia tetapi ke atas binatang. 
Untuk pengetahuan umum, sarkoma adalah sejenis kanser tisu badan, sama ada tisu kulit, bawah kulit, vena, saraf, tulang dan sebagainya. Ianya adalah satu kanser yang jarang berlaku. Dalam kalangan semua jenis kanser yang wujud atas manusia, kanser sarcoma sama ada kecil atau besar dicatatkan 1% berlaku ke atas orang dewasa dan 15% ke atas kanak-kanak.[2] Puncanya tidak diketahui. Beberapa punca yang kemungkinan boleh terjadi kepada individu tertentu antaranya: pesakit HIV, pesakit yang menjalani dos tinggi radiasi, individu yang berlaku perubahan genetik dan tukang kayu yang menggunakan bahan kimia bernama tachophenols. 
Saya bersimpati dengan penyakit kanser yang menyerang kanak-kanak seperti dalam gambar tersebut. Semoga beliau dan keluarganya tabah dalam menghadapi saat sukar ini. Dapatkanlah nasihat doktor yang berwibawa dalam menjalani rawatan. Jangan sesekali mengambil arah pandang yang bertentangan dengan norma kehidupan seorang muslim. Bersabarlah, sesungguhnya ada hikmah besar di sebalik sesuatu kejadian. 
Namun saya cukup sangsi dengan tujuan memuat naik kisah beliau dan terus menuduh vaksin sebagai puncanya. Adakah AEFI tersebut sudah disahkan oleh doktor bertauliah atau hanya sekadar andaian? Teknik fear monggering golongan antivaksin ini sudah masak kita ketahui. Cuba menakutkan orang ramai melalui cerita-cerita yang tidak sahih atau salah maklumat sebenar. Sedangkan vaksin sudah berabad lamanya melindungi ummat dari ditimpa bencana penyakit berjangkit. Inilah usaha dan ikhtiar kita di atas jalan ilmu yang luhur, bukannya menipu. 
Sekian pesanan ringkas dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
20.12.2017
AMBS

Pautan
[1] Journal of the American Veterinary Medical Association. January 1, 2000, Vol. 216, No. 1, Pages 58-61
https://doi.org/10.2460/javma.2000.216.58
Online: https://avmajournals.avma.org/doi/abs/10.2460/javma.2000.216.58
[2] Soft Tissue Sarcoma. J Natl Compr Canc Netw 2010;8:630-674. Online http://www.jnccn.org/content/8/6/630.short
Sumber HD- 20-12-2017 

Warga Australia mati lepas dibedah, amaran dikeluarkan
Posted on Tuesday, December 19 @ 08:28:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37362


Seorang koroner Australia menasihatkan pihak berkuasa di Victoria agar memberi amaran kepada penduduk berkenaan risiko medical tourism, selepas seorang lelaki dari Melbourne yang menjalani pembedahan kosmetik di Malaysia mati.

“Pengguna perkhidmatan perubatan luar negara (perlu) berhati-hati dengan kualiti rawatan perubatan yang disediakan di negara lain mungkin tidak mempunyai piawai yang sama di Australia,” kata koroner Caitlin English.

Koroner itu membuat kenyataan berkenaan dalam laporan koroner yang diterbitkan dua minggu lalu berhubung kematian Leigh Aiple, 31, pada 2014.

Aiple (gambar) sebelum ini terbang ke Malaysia pada April 2014 bagi menjalani pembedahan kosmetik di Beverly Wilshire Medical Centre (BWMC) yang merupakan pusat rawatan perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Dua minggu kemudian, sehari selepas pulang ke Australia, dia telah mati.
Berdasarkan laporan koroner itu, Aiple dibuli ketika menjadi askar Australia kerana kuat berdengkur dan kulit yang kendur selepas kehilangan berat badan. Dia cuba merawat masalah itu dengan pembedahan tersebut.

Dia menjalani dua pembedahan yang hanya selang lima hari ketika berada di pusat perubatan itu, termasuk menyedut lemak, membuang daging di abdomen dan membesarkan bibir atas.
Dia mendaftar keluar dari hospital sehari selepas pembedahan kedua untuk meneruskan pemulihannya di bilik hotel.

Pada ketika itulah terjadi kesan sampingan dalam pemulihannya, termasuk luka pecah, berdarah dan pengsan.

Seorang jururawat yang merawat Aipel pada satu ketika membuat kenyataan bilik hotelnya “dipenuhi dengan bekas darah pada jubah mandi, tuala dan cadar.”

Apabila dia pulang ke Australia pada 11 Mei, ibunya Grace Muscat (kiri) melaporkan lukanya “mengerikan” dan dijangkiti kuman. Ibunya juga berkata terdapat lubang dengan cecair mengalir pada tubuh anaknya.
Aiple mati akibat arteri jantung tersumbat darah beku keesokan harinya.

Laporan koroner itu menjelaskan terdapat beberapa perbezaan pandangan yang mengejutkan oleh pakar bedah Aipel dengan Mark Ashton, bekas ketua pembedahan plastik di Hospital Royal Melbourne.

Salah satunya, pakar bedah Aipel, Dr M Nasir Zahari menganggap dia tidak berdepan risiko tinggi darah beku dan memberikannya ubat dos rendah bagi mengelakkan pendarahan.

Bagaimanapun, Ashton dan rujukan perubatan yang dipetik Nasir bagi mempertahankan dos ubatannya, masing-masing mengatakan Aipel berdepan risiko tinggi kerana mempunyai berat badan 124kg.

Rujukan yang dipetik Nasir turut mencadangkan dos yang digunakan hanya separuh daripada jumlah yang seharusnya diberikan.

Rujukan itu juga menjelaskan pesakit perlu berada di bawah pemerhatian rapi dalam tempoh empat minggu selepas pembedahan dan dinasihatkan tidak menempuh perjalanan jauh menaiki kenderaan atau kapal terbang.

Ashton turut menjelaskan Aiple seharusnya dibawa semula untuk pembedahan apabila lukanya mula pecah dan mendaftarnya keluar dari pusat rawatan adalah “perkara paling buruk yang boleh dilakukan”

Nasir bagaimanapun percaya luka itu boleh tertutup sendiri kerana pecahan luka “agak kecil” pada 0.5cm.

Sumber TKO - 19-12-2017


































Penyakit: Istilah perubatan sukar difahami orang awam

BEBERAPA istilah perubatan yang sukar difahami oleh orang awam, iaitu berkaitan dengan penyakit sama ada penyakit turun temurun, penyakit berjangkit, bawaan baka atau genetik.  
Untuk mudah faham, saya sebut satu persatu dalam bahasa mudah: 
1) Penyakit keturunan
Penyakit yang boleh diperolehi oleh sesorang akibat keturunan dia sudah ada sesatu penyakit itu. Ia juga disebut sebagai penyakit baka. Bahasa perubatan disebut sebagai penyakit genetik. 
Terdapat beberapa penyakit genetik ini diketahui dari awal dengan dilakukan ujian darah. Contohnya penyakit Talasemia, boleh diketahui dengan ujian darah analisis hemoglobin. Jika ibu dan bapa adalah pembawa baka talasemia, maka keberangkalian anak akan memperolehi talasemia adalah 25%, anak yang normal 25% dan pembawa baka 50%. Penyakit-penyakit lain adalah seperti hemophilia, sistik fibrosis, sickle-cell anemia, balar dan beberapa lagi boleh diuji dipremis kesihatan. 
Ada juga penyakit baka ini timbul apabila terdapat risiko yang mengujanya. Contohnya kencing manis, sama ada jenis 1 atau 2. Faktor gaya hidup yang tidak sihat akan mempercepatkan penyakit kencing manis menghinggapi seseorang yang sudah ada baka keluarga yang juga kencing manis. Antara faktornya adalah kegemukan, hisap rokok, tiada aktiviti fizikal dan tidak makan makanan seimbang. 
Kanser tertentu juga dikaitkan dengan penyakit keturunan. 
2) Penyakit berjangkit
Penyakit berjangkit ini pula melibatkan punca yang spesifik. Organisma atau kuman tertentu boleh menyebabkan ia berjangkit dari individu ke individu lain. Contohnya penyakit tuberkulosis, disebabkan sejenis kuman bernama mikobakterium tuberkulosis. Ianya menyerang individu dan boleh berjangkit melalui pernafasan. 
Penyakit berjangkit boleh juga merebak dari ibu kepada anak. Contohnya jika ibu HIV positif, risiko kuman HIV akan turun kepada anak dalam kandungan adalah tinggi. Jika tidak dirawat, anak yang dilahirkan nanti kemungkinan dijangkiti juga virus HIV dari si ibu. Oleh yang demikian saringan HIV wajib dilakukan ke atas pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan atau semasa hamil. 
3) Penyakit kongenital
Biasa kita dengar bayi yang dilahirkan mempunyai penyakit istimewa. Ia dikesan sama ada dalam kandungan atau setelah lahir. Sedangkan seluruh keturunan mereka tidak ada pun penyakit sedemikian. Jenis penyakit ini diberi nama kongenital atau sangkutan genetik. Hikmah Tuhan menjadikan beliau sedemikian. Contohnya sindrom down, di mana bayi yang dilahirkan akan kelihatan montel, bermuka bulat, mata sepet dan beberapa ciri lain lagi. Faktor genetik yang berlaku mutasi pada kromosom tertentu mengakibatkan berlakunya penyakit kongenital ini. Sindrom down ini juga dikaitkan dengan faktor usia pasangan terutama si ibu. Dicatatkan dalam dunia perubatan bahawa ibu yang berusia 35 tahun semasa hamil keberangkalian untuk anak dilahirkan sindrom down adalah 1 dalam 350 individu. Manakala umur ibu 40 tahun berkeberangkalian anak dilahirkan sindrom down 1 dalam 100 individu. Bagi ibu hamil yang berumur 45 tahun pula 1 dalam 30 individu. 
Sekian tutorial ringkas dari suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
16.12.2017
Rusila, Marang – HARAKAHDAILY 16/12/2017
Sumber HD - 16-12-2017 




































Kanser rahim yang boleh dirawat

SATU dalam 3 (1:3) wanita yang berumur 50 tahun ke atas akan berisiko mendapat penyakit barah. Justeru berubatlah sebelum terlambat. Kanser tahap 1 dan 2 masih ada peluang untuk dibedah dan majoriti dalam kalangan mereka sembuh tanpa komplikasi besar. 
Mereka hidup ceria. Jangan tunggu masuk tahap 3 dan 4, sukar dilakukan pembedahan kerana sudah merebak ke organ lain. 
Sebagai contohnya barah rahim (endometrial cancer). Kanser yang ketiga biasanya terjadi ke atas wanita selepas dari kanser payudara dan pangkal rahim. Prof Imelda dari Universiti Malaya pernah menulis berkaitan dengan kanser rahim ini. 
"Penyakit barah rahim ni pula ada keistimewaannya tersendiri. Ia selalunya menonjolkan diri pada peringkat awal pertumbuhan barah, iaitu tahap 1. 
“Pesakit yang selalu datang bertemu pakar adalah golongan yang sudah putus haid. Bagi umur yang melebihi 50 tahun kategori putus haid diberi maksud tidak datang darah haid melebihi setahun. Jika mereka didatangi darah selepas dari tempoh itu, kemungkinan ianya darah penyakit atau istihadhah. Mereka perlu dapatkan pemeriksaan lanjut dari pakar.  
“Semua wanita postmenopos tidak patut ada pendarahan langsung dari faraj, dan jika ianya berlaku, inilah amaran kepada wanita postmenopos supaya mendapatkan bantuan perubatan untuk menyiasat punca darah istihadah. Tidak macam penyakit barah yang lain, endometrial cancer ini boleh dikenal pasti di peringkat awal. Keistimewaannya ialah wanita postmenopos tidak perlukan rahim mereka lagi dan boleh hidup seperti biasa selepas pembedahan membuang rahim (hysterectomy). Bukan seperti barah paru-paru, barah kerongkong atau barah organ yang lain, wanita boleh berpisah dengan rahim. Dan yang paling best sekali ialah, 70 dalam 100 wanita yang datang dengan kanser rahim ini masih di peringkat awal (Stage 1) dan belum merebak ke organ lain. 
Selepas rahim dan ovari dibuang secara pembedahan pada peringkat awal, 90-95% wanita akan sembuh sepenuhnya dan tidak memerlukan apa-apa rawatan kimoterapi atau radioterapi. 
Nasihat Prof Imelda lagi agar pesakit tidak mudah ambil ubat yang tidak diketahui keberkesanannya. 
“Timbul masalah apabila lambat untuk membuat keputusan, ambil ubat yang merapik, tak tahu hujung pangkal kaedah rawatan, ajaiblah konon, akhirnya atas katil hospital mereka kami jumpai semula, sebab kanser dah merebak tahap 4.” 
Mendapat dan mencari rawatan yang tepat dari ahli dalam bidang perubatan ini diberi nama health seeking behaviour. Di mana, health seeking behaviour yang baik inilah selalu Kami ingin terapkan dalam masyarakat. Penulisan dari kami menjurus kepada fahaman yang betul, tepat dan dibicarakan oleh individu berwibawa. 
Semoga masyarakat terus dipandu dengan ilmu yang benar. 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
16.12.2017
Kuala Berang – HARAKAHDAILY 16/12/2017
Sumber HD- 16-12-2017 





































Bahaya makanan dipanaskan semula?

MAJLIS Maklumat Pemakanan Eropah (EUFIC) menarik semula kenyataan mereka yang dikeluarkan pada tahun 2010 berkaitan lima jenis makanan yang bahaya apabila dipanaskan semula.[1] Penarikan itu disebabkan beberapa fakta yang dikemukakan oleh mereka tidak tepat setelah ditegur oleh seorang pelajar dari Hong Kong yang bernama Albert.  
Tulisan yang dimuatkan dalam website rasmi EUFIC itu menimbulkan beberapa kontroversi seluruh dunia kerana ianya diulang siar kepada pelbagai bahasa. Isu ini nampaknya tidak tepat dari sudut fakta dan penyusunan ayat. Albert dari Hong Kong memohon penjelasan lanjut dari pihak akhbar Independent yang menyiarkan tulisan tersebut. 

Beliau membuat teguran dan merujuk kepada satu laporan journal yang menerangkan bagaimana keracunan makanan tersebut boleh berlaku.[2] Penerangan lanjut wajib diberikan dalam bentuk dan keadaan bagaimana keracunan boleh terjadi. Ianya bukan satu pernyataan yang mudah. 
Memanaskan semula makanan adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam masyarakat. Tetapi adakah ianya boleh pencetus kepada kanser (karsinogenik) atau keracunan? Sebenarnya, berlaku keracunan atau pencetus kanser itu bergantung kepada cara penyimpanan.
Jika ianya dimasak dengan betul, disimpan dalam suhu sejuk seperti peti sejuk dan dipanaskan semula dengan suhu sesuai, risiko untuk membahayakan diri berkurang. Ayam, nasi, ubi kentang, cendawan dan bayam boleh menyebabkan keracunan makanan jika melepasi tempoh penyimpanan. Tindak balas bakteria serta campuran ramuan rempah di dalamnya boleh menjadi penyebab kepada keracunan.
Walaupun ianya tidak sampai kepada kategori basi, kandungan asid hasil tindak balas kimia dan bakteria boleh mendatangkan risiko tidak selamat. Kecualilah ia disimpan di tempat yang sejuk, di mana aktiviti asid dan bakteria adalah minimum.
Makanan yang terdedah tadi akan menyebabkan pencetus kepada cirit birit atau karsinogenik jika dipanaskan semula. Keadaan ini berlaku kerana pemanasan semula makanan akan menghasilkan kimia bentuk baharu bernama nitrosamin.
Bahan asas dalam makanan seperti nitrat dan nitrik adalah selamat dimakan. Ianya adalah bahan natural. Tetapi setelah berlaku pengoksidaan, tindak balas bakteria dan pengasidan, makanan yang dipanaskan semula akan menghasilakan nitrosamin.
Walaupun demikian, perlu diingatkan bahawa jumlah yang sedikit dan bukan menjadi amalan seharian, makanan tersebut bukan punca utama kepada kanser. Jangan salah faham dengan penerangan ini. Pendedahan berterusan dalam jangka masa tertentu dan dos yang tinggi, baharulah ianya merbahaya. 
Setelah enam tahun berlaku kontoversi, Majlis Maklumat Pemakanan Eropah (EUFIC) telah menulis semula kenyataan pembetulan melalui website mereka dan disiarkan oleh akhbar terkemuka Independent.[3] 
Semoga dengan tersiarnya pembetulan itu, masyarakat akan lebih peka dengan kaedah penyimpanan makanan dan tidak sasau minda (panik) apabila tular isu yang sama dalam media sosial atau media masa.
Sekian penegasan dari suhazeli.com

Pautan:
[1] Laporan dari akhbar Independent. http://www.independent.co.uk/…/reheat-spinach-cancer-blue-b…
[2] Mol Nutr Food Res. 2015 Jan;59(1):106-28. doi: 10.1002/mnfr.201400286. Epub 2014 Oct 14. Online https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25164923
[3] Kenyataan pembetulan dari EUFIC. http://www.independent.co.uk/…/five-foods-you-should-avoid
Sumber HD -14-12-2017 






































Vitamin B17 bukan ubat kanser

HEBOH dalam masyarakat bahawa biji aprikot yang mengandungi kaya dengan Vitamin B17 itu ubat kanser. Sehinggakan terdapat segelintir pesakit terpaksa bergolok bergadai untuk mendapatkan rawatan ‘pakar kanser’ yang mempromosikan produknya. Hairan sungguh dengan fenomena kepercayaan sebegini kerana masih berlaku di dalam masyarakat yang sudah ramai pakar yang sebenar merawat kanser di hospital sama ada swasta mahupun kerajaan. 
Saya tertarik juga dengan satu paparan akhbar melaporkan seorang ibu tunggal yang mengalami kanser lidah memohon bantuan kewangan untuk menjalani rawatan kanser yang dialami beliau. Saya bersimpati dengan kesulitan, kesakitan yang ditanggung oleh beliau dan keluarga. Menurut laporan berkenaan beliau sudahpun mendapatkan perhatian rawatan kimoterapi di hospital kerajaan. Maklumat yang saya terima bahawa rawatan kimoterapi di semua premis kerajaan adalah percuma. 
Menjadi kesangsian saya adalah, antara rawatan selain dari kimoterapi, doktor akan memberikan suntikan vitamin B17. Saya bertanyakan rakan-rakan pakar bahagian onkologi (rawatan kanser), bahawa mereka tidak pernah pun mengiktiraf penggunaan vitamin B17 sebagai salah satu rawatan utama ataupun alternatif. Jika benar rawatan suntikan vitamin B17 ini diberikan, saya memohon pihak yang berkenaan keluarkan kenyataan menyokong atau menafikan. Sesuatu rawatan yang tidak berkesan malah belum dibuktikan secara klinikal ini perlu diselidiki dahulu sebelum diberikan kepada pesakit. Impak besar kepada pesakit kerana ia melibatkan kewangan, tenaga dan masa.
Mungkin sebagai pengetahuan umum, vitamin B17 ini tidak memberikan sebarang kesan dari segi penyembuhan, pengecilan saiz kanser, penstabilan kanser dan simptom kanser serta peningkatan jangka hayat pesakit. Kajian ini telah dijalankan oleh Moertel CG dan rakan-rakan pada tahun 1982 lagi. Selain itu, mereka mendapati pesakit akan mengalami keracunan sianida yang menghampiri paras berbahaya sehingga boleh membawa maut.[1] 
Kajian terbaharu dari Chen Y dan rakan-rakan pula menunjukkan keupayaan laetrile/amygdalin (Vitamin B17) untuk membunuh kanser hanyalah pada tahap kajian di makmal menggunakan haiwan.[2] Namun begitu, kajian lain pula tidak semuanya menunjukkan kesan positif ke atas sel kanser.[3,4,5] Sekali gus kajian-kajian ini menolak dakwaan bahawa vitamin B17 sebagai ubat kanser. 
Segala dakwaan keberjayaan vitamin B17 yang hanya disebut melalui testimoni adalah semata-mata ingin mengabui pesakit yang terdesak untuk mendapatkan rawatan. Mereka mudah terpedaya. 
Sekian pesanan dari suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
12.12.2017
Bukit Besi 
Pautan
[1] Moertel CG, Fleming TR, Rubin J, et al.: A clinical trial of amygdalin (Laetrile) in the treatment of human cancer. N Engl J Med 306 (4): 201-6, 1982
[2] Chen Y, Ma J, Wang F, et al.: Amygdalin induces apoptosis in human cervical cancer cell line HeLa cells. Immunopharmacol Immunotoxicol 35 (1): 43-51, 2013.
[3] Laster WR Jr, Schabel FM Jr: Experimental studies of the antitumor activity of amygdalin MF (NSC-15780) alone and in combination with beta-glucosidase (NSC-128056). Cancer Chemother Rep 59 (5): 951-65, 1975 Sep-Oct
[4] Wodinsky I, Swiniarski JK: Antitumor activity of amygdalin MF (NSC-15780) as a single agent and with beta-glucosidase (NSC-128056) on a spectrum of transplantable rodent tumors. Cancer Chemother Rep 59 (5): 939-50, 1975 Sep-Oct.
[5] Hill GJ 2nd, Shine TE, Hill HZ, et al.: Failure of amygdalin to arrest B16 melanoma and BW5147 AKR leukemia. Cancer Res 36 (6): 2102-7, 1976.
Sumber HD - 12-12-2017 







































Fobia dengan perkataan kolesterol

ORANG kita cukup fobia dengan perkataan kolesterol. Sebabnya, semua media menyalahkan kolesterol punca kematian akibat penyakit terutamanya sakit jantung. Justeru bermulalah timbul dalam masyarakat kita pelbagai produk untuk menurunkan paras kolesterol dalam badan. Membaca testimoni mereka boleh membuatkan doktor pakar jantung pun terkejut. Seratus peratus kolesterol terhapus dalam badan seolah-olah mati hidup semula. 
Malah terdapat juga kempen produk yang mereka lariskan itu menggunakan nama-nama doktor tertentu. Bagi mengukuhkan lagi teknik jualan, doktor pakar jantung bernama si anu bin si anu mencadangkan ambil produk tertentu berjenama sekian-sekian. Tular satu tulisan seorang doktor bernama Dr Ashraf Ahmad. 
Kononnya beliau adalah Pengarah Jabatan Kardiologi Kementerian Kesihatan MY (ringkasan MY ini saya anggap merujuk kepada Malaysia). Setelah pihak kami selidiki, nama doktor berkenaan tidak pun wujud di Malaysia. Sementelah tiada pun satu jabatan khusus yang bernama jabatan kardiologi KKM. Kemungkinan jika ada, beliau sudah pencen kerana dengan pengalaman 35 tahun itu beliau sudah pun mencecah 60 tahun pada ketika ini. Biasanya doktor kardiologi yang senior dan hebat sebegini, ramai dikenali oleh rakan-rakan kardiologi lain. Tetapi rata-riti kardiologis di Malaysia tidak mengenali beliau. 
Garis panduan rasmi sama ada dalam negara kita atau badan berautoriti luar negara tidak menetapkan secara khusus pengambilan suplemen sebagai kaedah menurunkan paras kolesterol dalam darah. Pemberian ubat kolesterol seperti statin dan sebagainya mesti melalui penyaringan dan stratifikasi kes yang berisiko. Doktor yang merawat tidak semudah melihat paras kolesterol dalam darah sahaja, terus memberikan ubat kolesterol. Tetapi perlu memeriksa pesakit dan meneliti faktor-faktor risiko. Antara risiko pesakit yang perlu diambil pertimbangan adalah umur, jantina, status merokok, mempunyai sejarah sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Setelah melebihi skala risiko yang ditetapkan, kemudian konsultasi rawatan diberi. Selain dari ubat, doktor akan menasihati pesakit agar mengubah gaya hidup seperti penurunan berat badan kepada berat badan ideal, khidmat nasihat pemakanan (secara terperinci akan diberikan oleh pakar pemakanan) dan tingkatkan aktiviti bersukan.[1] Kombinasi rawatan ubah gaya hidup dan ubatan inilah membolehkan para pesakit dihindari penyakit serangan jantung, strok dan lain-lain. Statin itu sendiri boleh menurunkan paras Trigliseride sebanyak 7.3%, LDL (kolesterol jahat) sebanyak 18.55% dan menaikkan HDL (kolesterol baik) sebanyak 5% - 15%. 
Adalah bohong jika ada suplemen mendakwa bahawa produk mereka melebihi rawatan seperti yang disebutkan di atas. Jika benar terdapat kajian yang menyangkal tulisan ini, sila bawakan hasil kajian tersebut untuk pihak berkuasa ubatan (NPRA) membuat penilaian, seterusnya meluluskan penggunaanya dalam premis kementerian kesihatan. Saya pun nak berikan kepada para pesakit saya jika sudah terdapat kajian tuntas yang melepasi tahap kualiti, keberkesanan dan keselamatan penggunaannya. 
Nasihat ikhlas dari suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
10.12.2017
Kg Telaga Batin
Pautan
[1] Panduan Ringkas rawatan Kolesterol. https://www.nhlbi.nih.gov/…/chol…/quick-desk-reference-html…
Sumber HD - 11-12-2017 









































Cacing keluar dari muka?

RAMAI juga yang kongsi video pendek cacing keluar dari muka seorang wanita. Semua terkejut bagaimana cacing tersebut boleh keluar. Ini salah satu lagi siri doktor terkejut dengan kaedah rawatan bomoh. Memang terkejut kerana kejadian para normal ini tidak pernah dicatat dalam mana-mana kitab perubatan. 
Setelah diselidiki, cacing tersebut bukan dari dalam kulit wanita berkenaan. Tetapi beliau dilumurkan terlebih dahulu dengan lipas. Dalam perut lipas berkenaan mengandungi anak cacing kerawit.  
Sebahagian terlekat di kulit beliau, kemudian dikutip semula oleh bomoh yang merawat. 
Cacing boleh memasuki badan manusia dengan pelbagai cara. Menurut ilmu parasitologi, manusia boleh dijangkiti parasit cacing melalui; 
1) Memakan makanan sama ada sayuran, buah-buahan, daging yang tidak bersih. Makanan berkenaan sudah dicemari oleh larva cacing. Serangga tertentu seperti lipas, cengkerik dan lalat juga boleh menjadi perumah kepada parasit ini. 
2) Saluran pernafasan; apabila peluk cium binatang yang sudah dicemari. Kain baju atau persekitaran yang telah dicemari juga boleh mengandungi telur cacing dan disebarkan melalui udara. 
3) Melalui tapak kaki atau kulit kita yang bersentuhan secara terus dengan larva atau telur cacing.[1] 
Majoriti jangkitan cacing adalah melalui mulut dan cacing dewasa akan berada dalam usus sebelum dikeluarkan bersama najis. Terlalu jarang cacing keluar melalui kulit sama ada kulit perut ataupun muka. Hatta terdapat sejenis cacing yang merayap di bawah kulit pun tidak keluar melalui kulit.[2] 
Tanda-tanda seseorang itu dijangkiti cacing adalah seperti berikut: 
1) Gatal disekitar dubur sehingga boleh mengganggu tidur. 
2) Kurang aktif, tidak bermaya dan tiada selera makan. Bagi kanak-kanak, tumbesaran boleh terbantut. 
3) Sakit perut, berak cair (kadang-kadang keluar cacing) 
4) Demam dan batuk biasanya di sebelah malam. 
Penjagaan kesihatan dan kebersihan adalah kunci utama pencegahan bagi mengelakkan jangkitan cacing ini. Pastikan anda senantiasa bersihkan rumah, tukar cadar dan pengudaraan bilik. Nasihatkan anak-anak agar bersihkan badan sebaik sahaja keluar bermain di padang, pendekkan kuku, membasuh tangan sebaiknya sebelum dan selepas makan atau ke tandas. Penjagaan haiwan kesayangan seperti kucing juga penting. Elakkan memeluk dan mencium keterlaluan. Masak dan didihkan air minuman supaya membunuh larva atau telur caicng jika ada. Teliti dalam pemilihan kedai jika makan diluar, kebersihan tukang masak amat perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak dikehendaki. Bukan sahaja jangkitan cacing tetapi jangkitan kuman yang lain. Memakai alas kaki ketika keluar rumah.
Sekian panduan kesihatan dari suhazeli.com 
fb.com/drsuhazeli
8.12.2017
Kuala Berang
p/s - Jangan jumpa bomoh yang guna lipas sebagai rawatannya.
Pautan
[1] Jangkitan cacing. https://www.organicnutrition.co.uk/articles/parasitic-worms-symptoms-causes.htm
[2] Cutaneous Larva Migrans. https://emedicine.medscape.com/article/1108784-overview#a4
Sumber HD - 8-12-2017 










































Aluminium











































SAYA tertarik dengan kebimbangan para ibu bapa yang menghalang suntikan vitamin K kepada anak-anak mereka. Antara hujah yang mereka mengatakan bahwa Vit K itu mengandungi logam berat aluminium. Seratus mikrogram aluminium yang dimasukkan sebagai bahan pengukuh Vit K digembar-gemburkan oleh golongan penentang vaksin sebagai merbahaya. Boleh membawa kecacatan bayi dan kematian. Ibu bapa yang bersetuju dengan suntikan Vit K dituduh oleh mereka sebagai bod*h dan buta. 
Nasihat saya kepada mereka yang menentang perubatan moden ini agar belajarlah untuk memahami sains. Jika sukar untuk mereka belajar dan hadam bab ilmu sains perubatan, dengarlah pandangan dari orang yang ahli dalam perubatan. Cukuplah mengambil ilmu serong dari para penghasut yang fobia atas diri mereka sendiri. Buat sekian kalinya saya dapati golongan yang anti-perubatan ini tidak berpijak di alam nyata. Mereka
menjadi paranoid dengan dunia ciptaan sendiri. Artikel yang disalin-tampal dari google itu pun mereka sendiri tidak faham, cerna, hadam dan tidak interpretasi sebaiknya. Kemudian kekeliruan mereka itu disebar-sebarkan dalam media maya sehingga menampakkan sendiri kedangkalan ilmu yang mereka sendiri persepsikan. Itulah doktrin sempit yang mereka reka. 
Seluruh dunia mewajibkan pemberian suntikan Vit K sebaik sahaja bayi dilahirkan. Vit K ini penting bagi mengelakkan perdarahan dalaman yang berlaku terhadap bayi. Secara fisiologi semasa hamil, Vit K amat sukar disalurkan melalui plasenta dari ibu.[1] Justeru majoriti bayi akan kekuranga Vit K ini. Kandungan susu ibu juga tidak dapat menampung keperluan Vit K ini kepada bayi semasa awal tumbesaran, kecuali setelah diberi makanan pelengkap. Vit K boleh dibekalkan melalui pemakanan. Kekurangan ini akan menambahkan lagi risiko pendarahan dalaman yang mungkin berlaku terhadap anak kita yang masih mentah itu.[2] 
Kejadian perdarahan dalaman boleh berlaku tanpa jangkaan kita. Laporan mendapati insiden perdarahan 0.25%–1.7% seawal minggu pertama kehidupan bayi. Selalunya perdarahan berlaku di dalam saraf otak yang boleh membawa kecacatan kekal atau maut. Tempoh berjaga-jaga sehingga 12 minggu umur bayi. Kajian dari bayi-bayi Eropah dan Asia telah berjaya mengurangkan kejadian perdarahan saraf otak dari 4.4-7.2 per 100,000 kelahiran ke 1.4-6.4 per 100,000 kelahiran.[3] Pemberian satu suntikan Vit K ini telah menyelamatkan lebih ramai lagi jiwa menjadi mangsa perdarahan. 
Vit K ini diperbuat dengan penuh teliti dan mempunyai data keselamatan yang tinggi. Salah satu bahan penimbal (adjuvant) yang dimasukkan adalah garam aluminium. Garam aluminium dalam vaksin/Vit K berbeza dengan alumium dalam pesekitaran. Rantaian Aluminium akan menjadi berbeza apabila dikombinasikan dengan oksigen, natrium dan lain-lain. Isu sebatian berbeza inilah yang boleh mengelirukan orang awam yang bukan ahlinya. 
Kelulusan penggunaan vaksin/Vit K ini menggunakan akta FDA, kerana logamnya dalam bentuk garam (alluminum salt).[4] Oleh yang demikian unit bacaanya dalam bentuk mg/L atau mmol. Ianya jauh berbeza dengan aluminium oksida yang menggunakan sukatan isipadu (mg/m3) seperti mana akta DOSH (Kesihatan Persekitaran). Aluminium oksida adalah 'karat Aluminium' yang boleh menjadi toksid di persekitaran apabila melebihi paras tertentu. Untuk mudah faham. Ibu mengandung kkm bekalkan zat besi (ferous fumarate atau lactate). Kita tidak berikan ferous oxide (besi karat) kerana ferous oxide itu bahaya. 
Pembuatan vaksin bukan dibuat cara tumbuk dan uli macam tepung gandum. Tetapi ianya melalui proses yang ketat, terjamin serta seliaan kualiti. Setiap batch vaccine yang dikeluarkan sudah melepasi tahap keselamatan. Lebih dari setengah juta dos Vit K dan 6.9 juta dos vaksin diberikan kepada bayi seluruh negara setiap tahun, semuanya selamat membesar menjadi warganegara. Termasuklah diri anda yang sedang membaca tulisan ini. 
Pautan
[1] Bekalan Vitamin K dari Plasenta. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3187946
[2] Vitamin K untuk bayi. https://scienceofmom.com/…/are-the-ingredients-in-the-newb…/
[3] Controversies Concerning Vitamin K and the Newborn Committee on Fetus and Newborn. Pediatrics Jul 2003, 112 (1) 191-192. http://pediatrics.aappublications.org/content/112/1/191
[4] Aluminium safety. https://www.atsdr.cdc.gov/phs/phs.asp?id=1076&tid=34
Sumber HD - 6-12-2017 










































Konflik

SAYA pernah sewaktu awal karier kedoktoran dahulu terlibat dalam jualan MLM. Sempat bertahan 5 bulan sahaja kerana merasakan konflik kepentingan. Pada waktu itu saya bekerja di jabatan surgeri (pembedahan). 
Saya mengaku, semasa konsultasi bersama pesakit, saya agak bias untuk menawarkan produk pemakanan kesihatan MLM yang saya ceburi. Tetapi saya tidak berjaya meraih keuntungan, kerana pemikiran saya sendiri berkecamuk antara laba untung dengan Evidence based Medicine (EBM). 
Produk MLM tersebut hanya berdiri atas testimoni. Kekadang sengaja direka-reka untuk memberi keyakinan kepada pesakit supaya terus melabur dalam pembelian produk. Saya menyesal! Terus berhenti tanpa beritahu alasan kepada 'upliner'. Harap mereka faham apa gejolak yang bermain dalam jiwa saya. 
Kini, saya lihat segelintir doktor yang terjebak dalam lorong yang pernah saya lalui dahulu. Menyedihkan juga adalah kawan-kawan yang pernah saya bekerja bersama. 
Saya segan untuk menegur mereka atas rasa hormat ilmu yang mereka sendiri berikan berkaitan dengan EBM sehinggakan saya bergelar pakar. Akan tetapi saya runsing tenaga mereka hanya digunakan oleh upliner tertentu untuk lariskan jualan produk.
Apa harus saya lakukan. Tolong nasihati saya. 
Suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
3.12.2017
Kuala Terengganu




















































































Sumber HD - 3-12-2017












































Ikan singgang ubat kanser?

SAYA bertanyakan Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif, NC UniSZA mengenai sebaran media sosial yang memetik bahawa ikan singgang UBAT kanser. Kenyataan itu dibuat dalam satu mesyuarat jabatan.
Saya kira, penulis asal facebook salah faham ucapan yang dibuat oleh Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi. Ikan singgang adalah diet SESUAI untuk pesakit kanser dan survivor, bukannya UBAT KANSER. 
Kefahaman ini perlu diperbetulkan agar masyarakat tidak salah anggap bahawa ikan singgang atau makanan cita rasa tempatan itu sebagai "ubat" gantian dengan ubat kanser seperti kimoterapi, radioterapi dan sebagainya. 
Menurut Prof Ahmad Zubaidi, satu kajian telah dijalankan oleh pensyarah UniSZA mengenai diet yang sesuai bagi pesakit kanser dan survivor. Prof Lua Pei Lin telah membuat kajian bahawa ikan singgang dan makanan tradisi lain boleh meningkatkan selera makan dan menaikkan zat pemakanan sesuai kepada pesakit kanser. 
Satu applikasi telefon pintar bernama CanDi telah dibentuk bagi membantu para pesakit kanser yang selamat menjalani rawatan memilih pemakanan yang sesuai. Aplikasi telefon pintar CanDi ini memberikan tatacara pemilihan makanan yang sesuai, nasihat-nasihat pemakanan secara interaktif. Ia bersesuaian dengan cita rasa lidah bangsa Malaysia. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Play Store atau Apple Store. 
Suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
30.11.2017
Istanbul, Turkey – HARAKAHDAILY 30/11/2017
Sumber HD - 30-11-2017 













































Tanggungjawab

TERDAPAT beberapa isu yang dibangkitkan oleh saudara (rujuk gambar). Bagi orang awam yang tidak terlibat dalam bidang perubatan akan menaruh sangsi kepada kecanggihan ubat moden termasuk kejayaan yang dicapai oleh vaksinasi. Benarlah seperti yang disebut dalam Al Quran, jika kita tidak tahu sesuatu, maka bertanyalah kepada ahlinya. Terima kasih saudara yang bertanya. 
1) Tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan ke atas penjawat awam yang menguruskan pembelian ubat-ubatan dalam negara diuruskan dengan penuh dedikasi. Rasa tanggungjawab ini disertai dengan nilai-nilai mulia para penjawat awam. Kemasukan sesuatu ubat termasuk vaksin diteliti dengan penuh cermat. Keputusan untuk meluluskan sesuatu ubat dibuat oleh beberapa peringkat di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya berdasarkan konsep transpiransi dalam pemilihan ubat-ubatan. Para ahli yang pakar dalam bidang masing-masing akan berbincang dari pelbagai sudut sebelum meluluskannya. Jika terdapat kandungan yang diragui dari sudut agama, pakar-pakar hukum dari JAKIM akan dipanggil untuk duduk sama berbincang mengenai keharusan atau keharaman ubat-ubatan tersebut. 
Memang benar, tiada satu pun vaksin dibuat dalam negara kita. Ianya dibuat oleh negara-negara maju yang mempunyai kapasiti makmal yang cukup berkualiti. Doakan satu hari nanti kita mampu membuat vaksin sendiri. Tugas ini penting kepada para saintis dalam negara untuk membuat vaksin atau ubat-ubatan sendiri. Di samping sokongan padu dari kerajaan yang memerintah. Dana yang banyak perlu dilaburkan bagi menghasilkan ubat-ubatan moden. 
2) Majoriti para ibu bapa yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka adalah di kalangan yang menolak perubatan moden. Walaupun mereka tidak menolak secara total, tetapi kebanyakannya mereka banyak alasan apabila pihak hospital memberikan rawatan. Keadaan ini sudah jadi suatu fenomena dan membudaya di kalangan mereka. Teori konspirasi yahudi, bigpharma kaut keuntungan, ubat alternatif sebagai ikhtiar dan seumpamanya menjadi pemangkin zikir mereka apabila berdepan dengan nurse atau doktor. Terdapat juga di kalangan kami menerima makian, cemuhan, cacian, malah ugutan fizikal semasa memberikan rawatan. Justeru mungkin menjadi reaksi balas anggota kesihatan akan bersifat defensif. Kami juga manusia, bukan robot. KPI dibuat bagi menjamin kualiti perkhidmatan bukannya ingin membunuh rakyat. Jika sekiranya terdapat reaksi yang agak negatif di kalangan kami, mungkin akibat letupan tekanan emosi yang tertanggung akibat sikap dari segelintir pesakit juga. Namun jika ianya dirasakan keterlaluan, saudara boleh membuat aduan secara rasmi. Kami telus, terbuka dan berlapang dada dalam isu sebegini. 
3) Sehingga kini negara kita belum lagi membuat akta "No Jab No Play" sepertimana akta baru dari beberapa buah negara seperti Australia, Singapura dan lain-lain. Kanak-kanak yang tidak divaksinkan masih lagi bebas bergaul dengan semua orang, sama ada di tempat awam atau institusi pendidikan. Klinik-klinik dan hospital pun tidak membezakan antara kanak-kanak yang diberikan vaksin atau tidak. Kami masih menerimanya tanpa prejudis. Jika ibu bapa yang tidak mevaksinkan anak mereka perasan bahawa mereka dianaktirikan, bukan berpunca dari kami. 
Tetapi ia berpunca dari sikap fobia diri sendiri terhadap institusi kesihatan. Adalah menjadi fitnah besar, jika mereka sendiri beranggapan anak-anak mereka dinafikan hak untuk memasuki pusat asuhan atau sekolah jika tidak divaksinkan. Selagi mana akta belum digubal, anda bebas mendatangi risiko penyakit berjangkit ke atas zuriat anda berharga itu. Kekadang boleh dianggap zalim membuat keputusan sedemikian! 
Semoga anda memahaminya. 
Suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
28.11.2017
Istanbul, Turkey
Sumber HD - 29-11-2017 














































Penyakit cegahan vaksin

SOALAN: Adakah semua penyakit berjangkit boleh dicegah melalui vaksin? Kalau semua penyakit telah ditemui vaksin, kesianlah bayi kerana terpaksa dicucuk vaksin beratus-ratus jarum? 
Jawapan:
1. Terima kasih kerana perihatin akan nasib anak-anak kita yang mengalami proses pemberian vaksin sejak dari lahir. Pada masa sekarang, pihak berkuasa hanya mewajibkan 10 jenis vaksin yang boleh mencegah penyakit-penyakit berjangkit seperti berikut: Tuberkulosis, Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio, Campak (Measles), Beguk (Mumps), Rubela, Hepatitis B dan Influenza jenis B. Manakala vaksin untuk mencegah jangkitan kuman Meninggococal diwajibkan kepada bakal haji. Polisi pemberian vaksin ini bergantung kepada statistik kejadian kes dan wabak yang dihadapi. 
2. Sejak dari penemuan pertama vaksin 1796 sehingga sekarang, terdapat 27 jenis vaksin telah ditemui. Sepuluh jenis vaksin sahaja yang diwajibkan pada ketika ini di negara kita kerana berdasarkan kewujudan kuman-kuman bahaya tersebut dalam persekitaran kita. Terdapat vaksin yang tidak diperlukan seperti vaksin demam kuning (Yellow Fever) kerana kuman tersebut tidak merebak dalam negara kita. Namun, jika sekiranya kita ingin melawat negara-negara yang terdapat kuman yellow fever, sayugia vaksin dicucuk sebelum berangkat ke sana. Terdapat juga vaksin yang telah dimansuhkan seperti cacar (mansuh 1976) kerana hasil vaksinasi diberikan sejak berabad lamanya, kuman cacar (smallpox) telah pupus. Selain itu terdapat vaksin yang hanya diwajibkan kepada golongan tertentu seperti bakal haji. Mereka diwajibkan mendapat suntikan vaksin Meninggokokal bagi mencegah kuman Meningococcal meningitis (radang selaput otak). Kerajaan mungkin akan mempertimbangkan beberapa jenis vaksin lagi untuk disuntik. Contohnya vaksin yang mencegah Jangkitan Kuman Paru-paru (Pneumonia) dan jangkitan kuman influenza. Namun ia bergantung kepada keseriusan kes terkini, kesediaan prasarana oleh pihak berkuasa dan kos vaksin tersebut. 
3. Para pakar perubatan senantiasa berikhtiar mencari jalan terbaik bagi mencari penemuan-penemuan vaksin baru untuk penyakit-penyakit yang boleh mengancam nyawa. Pemilihan untuk mewajibkan pemberian vaksin baru tersebut bergantung kepada keselamatan sesuatu vaksin dan perebakan wabak sesuatu penyakit dalam masyarakat. Ianya dilakukan dengan teliti setelah melalui proses uji kaji makmal yang ketat. 
Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Fb.com/drsuhazeli
W: www.suhazeli.com
Sumber HD - 28-11-2017 















































Dakyah antivaksin

KAMI memandang serius sebaran maklumat dari seorang netizen yang mendakwa bayi mati akibat suntikan vaksin Meninggococal (vaksin umrah). Melalui posting yang dihantar, beliau menyalahkan akibat pemberian vaksin tersebut, bayi berumur 9 bulan mati di nurserI. Jika benar, kejadian kematian bayi ini berlaku, sepatutnya sudah mendapat perhatian serius di pihak Kawalan Penyakit KKM dan NPRA secara khususnya. 
Namun hasil siasatan yang dijalankan bahawa tiada satu kes pun seumpamanya. Maklumat dari NPRA menyatakan bahawa: Bagi vaccine meninggococcal, tiada laporan kes kematian yang pernah diterima. Total AEFI untuk vaksin meninggococcal dari tahun 2006 hingga bulan Oktober 2017 adalah 21 laporan. 
Kesemuanya telah dikenal pasti sebagai reaksi biasa kecuali satu kes serius di mana pesakit dimasukkan ke wad. Pesakit kembali sihat setelah rawatan diberikan. 
Vaksin Meninggococal adalah selamat digunakan seawal umur 2 bulan (bergantung kepada jenis vaksin). Ianya adalah vaksin wajib sebelum seseorang menunaikan haji atau umrah. Jangkitan kuman Meninggococal ini serius, sehingga boleh membawa maut. Kadar kematian akibat jangkitan Meninggococal mencecah 40% jika tidak dirawat segera.[1] Setelah era pemberian vaksin Meninggococal, jumlah kematian dan serangan penyakit turun secara mendadak. Kes jangkitan kuman Meninggococal sebanyak 1.2 juta dengan kematian 135,000 telah dikurangkan. Boleh lihat laporan dari insiden kes UK setelah lebih 25 tahun pemberian vaksin 
Meninggococal, kes turun dari 0.55/100,000 populasi ke 0.02/100,000 populasi (96% berkesan menurunkan kes).[2] 
Kumpulan anti vaksin tegar tidak serik dengan kejadian yang menimpa ummat satu ketika dahulu. Mereka sanggup mereka-reka cerita supaya masyarakat takut untuk mengambil vaksin. Kononnya mereka mahu mendidik masyarakat mengenai vaksin, tetapi sebenarnya merekalah membawa dakyah sesat, menggunakan teknik menakut-nakutkan orang awam yang tidak tahu dan akhirnya berlepas diri setelah hujah mereka dipatahkan. Mereka juga tidak segan silu menuduh para doktor sebagai manusia yang tidak berhati perut. Malah ada antara mereka sanggup menuduh para mufti dan ulamak berfatwa tidak mengikut landasan yang benar. Serangan demi serangan yang mereka lakukan ke atas pejuang kebenaran ini sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Masyarakat akan mula sedar mentaliti pemikiran jumud yang cuba mereka terapkan. 
Pautan
[1] Meninggococcal meninggitis. https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/mening.html
[2] Incidence of Meninggococal Meningitis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4083163
Sumber HD-25-11-2017 

















































Perubatan berasaskan dalil

MASYARAKAT umum mungkin tidak faham asas huraian sesuatu dakwaan atau penemuan para pengkaji dalam dunia perubatan. Tahap-tahap dalil yang boleh diambil kira, kekuatan sesuatu kajian, keberkesanan sesuatu ubat/produk, keselamatan penggunaannya dan kesan-kesan positif/negatif akhir setelah digunakan. Bagi masyarakat umum, apa sahaja yang dibentangkan oleh orang tertentu, nampak sains dan disulami dalam bahasa medik, terus mereka mempercayainya.
Pengesahan harus dilakukan agar maklumat yang diterima itu benar dari sudut perubatan. 
Adakah ianya dalam ruang lingkup ilmu perubatan atau sebaliknya. Sesuatu dakwaan penemuan dalam perubatan, perlu dilihat penjelasan sains sama ada bercanggah atau tidak. Sebagai contoh, pernah disebarkan satu tulisan bahawa sujud semasa solat boleh menjadikan sesorang itu kuat daya ingatan. Kononnya semasa sujud, darah kita akan semakin banyak ke otak hinggakan ia memasuki salur darah yang paling terpencil dalam otak. Jika tidak sujud, darah tidak akan sampai ke salur darah kecil itu. Sekali pandang, ada logiknya teori tersebut. Akan tetapi, apabila kita padukan dengan ilmu perubatan, kenyataan berkenaan adalah tidak benar. Setiap salur darah dalam otak manusia akan mengalir walau sekecil mana pun. Jika tidak mengalir, bermakna seseorang itu mengalami strok (angin ahmar). Manusia normal terdapat mekanisma khusus yang Allah ciptakan bagi sistem pengaliran darah dalam otak. Unik dan mengandungi pengajaran bermakna bagi orang yang berfikir. 
Penemuan dalam bidang perubatan ini boleh diibaratkan sama dengan pengesahan para ulama terhadap hadis Nabi. Oleh itu ulama membahagikan hadis itu kepada kategori sahih, hasan, lemah, palsu dan lain pengkategorian secara terperinci. Gunanya agar ilmu, maklumat yang diterima itu benar serta tepat. Masyarakat tidak beramal dengan amalan yang tidak sahih dari Rasulullah dan para sahabat baginda. 
Cuba lihat contoh satu tulisan yang mengaitkan penemuan janggut boleh menyuburkan kaum wanita. Asas ilmu sains perubatan pun sudah boleh menolaknya. Tidak perlu dibuktikan melalui kajian canggih pun. Testesterone bukan hormon subur bagi wanita. Hormon subur wanita adalah estrogen dan pregesteron. Tetapi kajian membuktikan bahawa testesteron lelaki boleh membantu dalam proses rawatan kesuburan. Kajian tersebut menggunakan ektrak hormon testesteron dan disuntik ke dalam telur betina. Kajian tersebut dilakukan ke atas haiwan. Kajian ke atas manusia masih belum ditemui kejayaannya.[1] 
Dalam dunia perubatan, apabila dakwaan sesuatu bahan itu boleh merawat atau mengubat sesuatu penyakit, maka dakwaan itu perlu dikemukakan bukti sahih dari kajian emperikal yang dijalankan. Begitu juga penemuan-penemuan baru dalam bidang perubatan, pakar-pakar akan terus berbincang dalam pelbagai strata perbincangan sama ada ianya munasabah dari sudut sains, boleh diaplikasikan dalam masyarakat dan dijadikan bukti untuk meneruskan rawatan ke atas pesakit. 
Zaman kini, maklumat berada di hujung jari. Setiap kita dengan mudah boleh membuat carian info kajian perubatan melalui Google Scholar, PubMed Central, Cochrane, jurnal-jurnal terpilih dan banyak lagi.[2] Laman-laman tersebut dianggap gedung terbesar buku, majalah, jurnal, manuskrip secara maya. Google Scholar memuatkan 160 juta artikel, manakala PubMed Central mengandungi 4.1 juta artikel. Pelbagai jenis kajian, sama ada hirisan lintang, kohot, kajian kawalan dan sebagainya lagi. Cochrane pula mempunyai lebih dari 1.09 juta artikel kajian kes kawalan dan review. Database dari Cochrane terletak pada tahap tertinggi kesahihan dalam dunia perubatan. Jika kajian tersebut sahih dan boleh diterima pakai dalam perubatan, sudah pasti artikel sesuatu ubat/bahan tersebut dimuatkan di laman tersebut. Kemudian artikel berkenaan pula dijadikan rujukan (cite) oleh beberapa pengkaji lain seluruh dunia. Kaedah mencari artikel-artikel ini pun perlu dibuat dengan ilmu. Bukannya sekali baca dan terus membuat konklusi tanpa melihat kepada metodologi kajian, keputusan, perbincangan kajian dan kesimpulan yang boleh diambil. 
Termaktub dalam kaedah perubatan bahawa pembuktian itu wajib melalui fasa-fasa sebelum ianya berkesan dan selamat digunakan. Fasa kajian terbahagi kepada 5; Pra-Klinikal, Klinikal (Fasa 1-3) dan Pos-Kelulusan penggunaan. Setiap fasa ini penting bagi menjamin ketelusan, keselamatan dan keberkesanan ubat yang dipasarkan. Tindakan menarik balik kelulusan ubat boleh dikeluarkan dalam mana-mana fasa tersebut jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas ketelusan, keselamatan dan keberkesanan ubat. 
Fasa pra-klinikal juga dikenali sebagai kajian makmal. Terdapat kajian makmal yang menggunakan sel-sel hidup. Bahan/ubat yang dikaji akan diberikan kepada sel-sel hidup tersebut. Tindak balas akan dicatat sama ada positif atau negatif, boleh merencatkan atau menggalakkan sel tersebut bertindakbalas. Kemudian pelaporan dibuat oleh pengkaji. Pada peringkat ini, para saintis yang membuat kajian sesekali tidak boleh mendakwa penemuan beliau berjaya merawat panyakit. ya perlu dibuat kajian lanjut ke atas haiwan, ujian toksikologi dan meneruskan kajian ke fasa-fasa klinikal. Sebagai contohnya kajian ke atas keladi tikus, durian belanda, daun rerama dan beberapa species herba lagi.[3] 
Selain sel hidup, kajian juga dibuat ke atas haiwan. Haiwan digunakan dalam makmal untuk mengkaji penyakit dan uji kaji ubatan yang sesuai. 
Penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, katarak, kekejangan, masalah pernafasan, parkinson, alzheimer, kanser, HIV dan Aids, penyakit jantung, masalah saraf spinal adalah contoh penyakit manusia yang menggunakan tikus sebagai ujian bagi mengkaji penawar penyakit tersebut. Tikus juga digunakan untuk menguji ubat anti ketagihan dadah. Antara jenis haiwan yang digunakan adalah: Tikus pelbagai species seperti tikus putih (Sprague Dawley), Hamster dan Guinea Pig (Majoriti digunakan di Malaysia), Arnab (rabbit), Kambing, Lembu, Kinzir, Kuda dan Monyet. Para pengkaji wajib mendapat kelulusan dan etika ketat sebelum menjalankan kajian klinikal. Di Malaysia, terdapat kod etika khusus dalam pengambilan haiwan sebagai subjek kajian makmal. 
Kaedah ini digunapakai kepada semua jenis ubat moden dan ubatan alternatif kerana dakwaan sesuatu ubat boleh menyembuhkan penyakit memberikan implikasi besar kepada perawatan pesakit.
Suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
24.11.2017
Istanbul
Pautan
[1] Kajian menggunakan hormon testesterone atas haiwan. https://www.urmc.rochester.edu/…/female-fertility-whats-tes…
[2] Cochrane Library. http://www.cochrane.org/
[3] Durian Belanda, Keladi Tikus, Daun Rerama Rawat Kanser? http://suhazeli.com/wp/?p=1278
Sumber HD- 25-11-2017 




















































Iklan terlarang

MEREKA bukan doktor, mereka bukan pakar, mereka adalah jurujual untuk lariskan produk.  
Pesakit desperate, pesakit sudah boring makan ubat hospital, pesakit sudah putus harap. Apabila disua dengan iklan-iklan sebegini, ramai yang mahu mencuba. Apa salahnya kata mereka?

Salahnya. Ubat tidak pernah ada kajian klinikal, entah berkesan atau tidak. Entah-entah bawa mudarat jangka panjang. Kita pun tak tahu. Sebab tiada kajian klinikal.

Salahnya juga mengiklan ubat yang tidak mendapat kelulusan KKM. Salahnya juga iklan produk atas penyakit-penyakit kronik. Akta tidak membenarkan iklan produk utk penyakit kronik. Hatta ubat hospital pun kami tidak iklankan. Apatah lagi ubat-ubatan yang dibancuh belakang rumah.

Kan dia dari ramuan herba? Ya, asas herba dan ulaman baik untuk kesihatan. Kandungan antioksidan itu baik untuk tubuh melawan radikal bebas. Tetapi ianya bukan ubat kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya. Tidak pernah dibuktikan pun ke atas manusia. Jika ada yang turun gula, coincide dengan penjagaan makanan yang rendah gula, bukan akibat herba tu.

Cuma timbul kerisauan kami, ramuan produk herba seperti ini mungkin dicampur dengan bahan terlarang seperti dexametasone, metformin, sildenafil dan banyak lagi. Pengeluar produk dengan sekeras-kerasnya tidak akan isytihar dan tak akan mengaku. Setelah kami hantar ke makmal kimia, baru tersengih-sengih depan hakim. Hujah patah.

Nasihat saya, jangan percaya.

Suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
23.11.2017
Pulau Kerengga, Marang - HARAKAHDAILY 23/11/2017
Sumber HD- 23-11-2017 






















































Kematian kanser


Mati adalah kematian yang ditentukan Ilahi. Tiada siapa boleh menolaknya. Ikhtiar sebelum mati wajib bagi taraf masyarakat umum seperti kita ini. Kita bukan para aulia, mahupun para wali.

Prof Imelda Balchin menghuraikan survival pesakit kanser yang mengambil rawatan moden 5 kali lebih tinggi dari perubatan alternatif.

"Kematian penyakit barah, oleh pesakit barah yang memilih rawatan alternatif, seperti homeopati atau ubat traditional, ialah dua kali ganda lebih tinggi daripada pesakit barah yang menerima rawatan perubatan moden.

Kematian penyakit barah, oleh pesakit barah payudara (breast cancer) ialah lima kali ganda lebih tinggi apabila pesakit tidak menerima rawatan perubatan moden, bila dibandingkan dengan pesakit yang menerima rawatan yang disarankan oleh pakar barah.

'Survival rate' ialah 5 kali ganda lebih tinggi bila pesakit barah payudara menerima nasihat pakar rawatan barah.

Berubatlah dengan ahli yang pakar dalam bidang mereka.

Suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli.
22.11.2017
Ipoh

Pautan:
https://m.facebook.com/story.php
Sumber HD - 22-11-2017 

Menghilangkan Sakit Kaki Dalam Beberapa Minit Dengan 6 Cara
Posted on Tuesday, November 21 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36901



Kami adalah semua menyedari hakikat bahawa tulang-tulang kita disambungkan antara satu sama lain di dalam badan, dan oleh itu, kesakitan di satu kawasan boleh membawa kepada isu-isu pada orang lain juga. Sebagai contoh, kesakitan yang berasal di kaki benar-benar menyebabkan kesakitan di kaki.

Menghilangkan Sakit Kaki
Sakit kaki adalah semua menyedari hakikat bahawa tulang-tulang kita disambungkan antara satu sama lain di dalam badan, dan oleh itu, kesakitan di satu kawasan boleh membawa kepada isu-isu pada orang lain juga. Sebagai contoh, kesakitan yang berasal di kaki benar-benar menyebabkan kesakitan di kaki.

Terdapat pelbagai sebab, lebih 25, kesakitan yang dirasai di kaki, seperti bunions, Setapak, tumit mengarah, artritis, penyakit kaki, bertindih jarikaki, dan memastikan tidak terdapat bahagian dalam Kasut, dan mereka semua membawa kepada beberapa jenis ketidakselesaan.

Kaki dihubungkan kepada mata yang banyak di dalam badan, yang merupakan asas dalam China refleksologi juga, yang lama bagi beribu-ribu, dan mencadangkan bahawa kakiadalah sumber Kesihatan seluruh badan.

Oleh sebab itu, Terdapat pelbagai mandian kakidetox yang berasaskan tuntutan bahawa kaki adalah tempat yang sempurna untuk penyingkiran toksin. Untuk melegakan sakit kaki, anda boleh cuba beberapa alternatif semulajadi yang berkesan, dan terbentang adalah salah satu yang terbaik daripada mereka, dan boleh dilakukan dalam masa 5 minit.

Meningkatkan jarikaki

Meningkatkan jarikaki anda sambil berdiri di kaki. Angkat kaki pinky pada ketinggian sama seperti di ibu jari dan mengulangi 5 kali dengan kedua belah kaki.

Lif-Lif jari kaki
Manakala dalam kedudukan yang sama, rendahkan hanya di ibu jari, manakala yang lain adalah masih sehingga. Jika anda tidak menekan ke bawah, tekan kaki pinky turun sebaliknya dan mengulangi 5 kali dengan setiap kaki.

Jari kaki dan jari
Dalam keadaan dia duduk, dengan kaki di hadapan, dan jari kaki menghala ke atas. Kemudian, bersandar ke hadapan, dan dengan itu tarik jari jari kaki kembali perlahan-lahan. Jika anda tidak boleh melakukan ini dengan kedua-dua kaki, anda perlu melakukannya dengan satu kaki pada satu masa.

Gosokkan bola Tenis
Anda hendaklah melangkah ke bola Tenis, roll di bawah kaki, sambil menekan sedikit. Ulangi dengan kaki lain. Pada akhirnya, Condongkan kaki agar jari anda menuding ke arah lutut anda dan meregangkan jari kaki untuk menghala ke bawah.

Batu Keluar
Dalam kedudukan berdiri, batu berat badan anda ke bahagian luar kaki anda, dan angkat berat badan dari dalam. Rock tariknya sementara berat badan anda masih berehat di luar. Ulangi 10 kali dengan setiap kaki.

Bahagian buku lali
Gelung bola elastik senaman sekitar Jadual atau kaki kerusi, dan cangkuk di kaki melaluinya, agar seluruh kaki terhadap band ini. Seterusnya, tekan jari kaki ke arah ke lantai dan meregangkan. Ulangi 15 times.

Petua tambahan
Tip-Tip berikut adalah benar-benar berguna untuk memulihkan kesihatan, keseimbangan dan kekuatan kaki anda.

Menghilangkan Sakit Kaki Dalam Beberapa Minit Dengan 6 Cara Berkesan Ini . Memakai kasut yang sesuai. Walaupun selesa Kasut kadang-kadang mungkin bermakna bahawa anda harus lupa tentang Kasut moden dan kasut tumit tinggi, ia boleh membantu, kerana anda tidak perlu mencerut jari kaki anda. Kasut anda seharusnya wajar bagi lebar kaki anda, dan mereka harus membenarkan kaki anda untuk bernafas, seperti jejaring atau kulit. Selain itu, kasut anda harus mempunyai sokongan lengkung yang betul. Selipar tidak pilihan terbaik, sebagai tindakan grippy jari kaki anda di dalamnya mencederakan kaki anda.

Menghilangkan Sakit Kaki Rendam dalam garam Epsom. Garam Epsom yang besar untuk kaki penyahtoksin, dan mereka turut merangsang pengambilan magnesium.

Cuba yoga. Yoga adalah baik untuk badan, seperti hampir semua yoga menimbulkan berdasarkan kaki berasaskan tanah. Anda akan belajar akar kaki, dan memulihkan kira-kira badan, bersama-sama dengan keadaan mental anda.

Berjalan kaki barefoot di luar. Aktiviti ini juga dikenali sebagai earthing, dan ia menyediakan pelbagai manfaat kesihatan. Kaki direka seperti fleksibel, dan mereka membesar untuk meminati permukaan tidak sekata. Oleh itu, berjalan kaki di belakang rumah anda, atau mula memakai Kasut dengan jari kaki individu, yang ajaib untuk kaki.

Dapatkan nasihat pakar. Anda perlu berjumpa doktor jika anda mengalami sakit kaki yang tidak tertanggung, berterusan. Anda mungkin perlu memakai pelapik kasut adat, yang boleh memperbaiki keadaan kaki anda.

Terutamanya jika anda adalah diabetes, anda perlu menjaga kaki anda, kerana kesihatan mereka adalah penting untuk kesejahteraan anda.

Sumber TKO - 21-11-2017

Cara Mudah Mengusir Tikus, Lipas Dan Semut Dengan Kulit Telur
Posted on Tuesday, November 21 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36900



Rumah kita akan mengalami masalah jika kita kongsikan bersama dengan makhluk perosak seperti tikus,lipas dan semut. Setiap malam kita tidak mampu tidur lena dengan kehadiran encik tikus yang boleh merosakkan barang di rumah malahan membawa penyakit kepada kita dan keluarga. Jika encik tikus ini beranak-pinak di rumah anda memang bertambahlah kerosakan yang boleh berlaku.

Lipas yang tidak kurang hebatnya merayap di tengah malam ke dalam tong sampah di rumah kita kemudian singgah di makanan kita. Itu tak masuk fasa lipas terbang yang memang boleh kecoh satu rumah. Satu masalah lipas ini kita tidak membunuhnya sebarangan kerana dalam badan lipas ini ada parasit lain yang boleh membahayakan isi rumah kita.

Semut meskipun nampak seperti makhluk yang tidak bersalah sebenarnya dalam diam mengigit kita sehingga bengkak! Sangat bahaya kalau ada anak kecil dan semut masuk ke dalam telinga.

Petua kali ini menggunakan apa yang selalu kita buang iaitu kulit telur ayam. Kulit telur ayam rupanya ada banyak manfaat yang kita tidak tahu. Memetik laman Unicity, dibawah merupakan cara mengusir tikus, lipas dan semut.

Cara-caranya:
Keringkan kulit telur. Kemudian, gilingkan untuk menghancurkannya menjadi serbuk. Taburkan serbuk kulit telur itu segera pada kawasan yang hendak dibasmi.

Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak, seperti siput, siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas dan semut.

Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan terus menggeliat, bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.

Basmi haiwan perosak pada tanaman
Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anda yang sudah rosak diserang. Ini juga adalah satu kaedah menggunakan kulit telur untuk pengendalian haiwan perosak. Haiwan perosak akan menjauh daun tersebut serta membunuh perosak yang lain yang melekat di atas daun.

Diluar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda. Jika berlaku hujan, taburkan lagi serbuk tersebut untuk mengusir haiwan perosak menjauhi tanaman anda.

Sumber TKO - 21-11-2017

Sifat Lelaki Berdasarkan Rambutnya…
Posted on Tuesday, November 21 @ 11:10:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36889



Balik ni tengok rambut papa ke, abang ke adik atau pun suami ke, ataupun diri sendiri…….

1) RAMBUT LURUS
– bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL

kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah
dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
– bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG

bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak
pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
– bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
– bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
– kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

RAMBUT TEBAL
– bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT

sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak
memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
– pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) RAMBUT BOTAK

open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan
topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik
‘IT’ orang nya..

13) RAMBUT ALA ‘ZAIBO’

sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti.
‘Accident-prone’ e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola
kerana kes salahtafsir.

14) RAMBUT PALSU
– bersifat pendusta, pembohong dan buta ‘IT’ . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) RAMBUT ALA ‘PUA CHU KANG’
– don’t play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??
16) RAMBUT ‘RONALDO’

– rambut ala si ‘pekan’ dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki
jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan
sebagai hobi ” saja suka2….sekadar hiburan……..
Sumber : pawervirall.com

Sumber TKO - 21-11-2017




Petua Mudah Hilangkan Jerawat Pasir Di Muka, Belum Ramai Tahu Boleh Buat Di Rumah
Posted on Sunday, November 19 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36856



Jerawat Pasir adalah jerawat bersaiz kecil dan halus yang biasanya tumbuh dengan begitu banyak di bahagian muka terutamanya di sekitar dahi dan pipi. Jerawat pasir akan membuatkan kulit muka kelihatan kasar dan agak kemerahan.

Kehadiran jerawat pasir pasti akan membuatkan kaum wanita resah dan gelisah. Almaklumlah bila sapu ‘foundation’ pun adakalanya kulit wajah masih kelihatan kasar.

Terdapat pelbagai produk pencuci wajah dan krim yang dijual di pasaran yang boleh membantu menghilangkan jerawat pasir namun adakalanya salah memilih produk yang sesuai juga boleh menyebabkan kehadiran jerawat pasir bertambah banyak.

Selalunya penggunaan bahan-bahan semulajadi lebih selamat untuk kulit wajah. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa jenis bahan yang boleh anda cuba untuk membuat skrub muka yang akan membantu menghilangkan jerawat pasir.

Petua Mudah Hilangkan Jerawat Pasir Di Muka
1)Tepung Jagung & Teh Hijau – Kita pasti sudah sedia maklum tentang khasiat teh hijau untuk kesihatan kulit. Manakala tepung jagung pula dikatakan bagus untuk menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. Gabungan tepung jagung dan teh hijau akan membantu menanggalkan sel kulit mati dan membuatkan wajah lebih bersih dan awet muda.

2) Oat & Yogurt – Oat atau bijirin gandum dikatakan dapat menanggalkan sel kulit mati dan mengatasi masalah jerawat. Manakala yogurt pula selain dapat melembutkan kulit wajah, ia juga dapat bertindak sebagai agen pemutih dan membuatkan kulit muka lebih sihat.

3) Serbuk Kopi & Lemon – Khasiat lemon selain dapat menanggalkan lebihan minyak pada kulit wajah, ia juga dapat memutihkan wajah. Gabungan serbuk kopi dan lemon akan menghasilkan skrub yang dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan jerawat pasir.

Untuk anda yang tidak tahu cara membuat skrub untuk muka dan badan, di bawah ini kami kongsikan caranya. Selamat mencuba.

Pilih salah satu gabungan bahan yang kami kongsikan di atas itu. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tersebut sehingga menjadi campuran yang kental. Setelah mendapat campuran seperti skrub, lumurkan ke seluruh bahagian kulit wajah dengan cara menggosoknya secara perlahan. Teknik sebegini dapat menanggalkan sel kulit mati. Jangan gosok secara kasar kerana ia akan merosakkan liang pori wajah. Selepas itu cuci wajah dengan air yang bersih dan lap perlahan dan lembut menggunakan tuala.


Jangan gunakan skrub secara kerap. Cukuplah seminggu atau dua minggu sekali. Jika artikel Petua Mudah Hilangkan Jerawat Pasir Di Muka ini bermanfaat untuk anda, jangan lupa SHARE ye.

Sumber TKO - 19-11-2017

Maut Lepas Minum Air Coca-Cola Campur Ekstasi Semasa Pesta Hari Jadi
Posted on Sunday, November 19 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36832



MAJLIS hari jadi adalah saat yang menggembirakan bagi individu yang diraikan, lebih meriah lagi jika ramai rakan-rakan hadir bagi meraikan bersama.

Namun begitu, kegembiaraan seorang remaja di Johor ini bertukar tragedi gara-gara tersalah minum minuman sewaktu bersama rakan-rakannya.


Lapor World of Buzz, mangsa yang hanya dikenali sebagai Ang, 17 tiba-tiba jatuh pengsan selepas meneguk secawan gelas minuman Coca-Cola bercampur dadah ekstasi di sebuah pusat karaoke, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi Khamis, Ang yang bekerja di sebuah kafe siber pada mulanya dikatakan baru selesai shift malam.

Dia kemudiannya terus menuju ke pusat karaoke bersama rakan-rakannya. Setibanya di sana, mangsa memesan minuman coklat namun entah bagaimana dia tersalah mengambil minuman salah seorang rakannya yang berisi air coca-cola.

Sejurus meneguk minuman gas bercampur pil ekstasi itu, mangsa dikatakan mengalami pening kepala sebelum muntah-muntah.

Ang kemudianya mengalami sawan sebelum jatuh pengsan di pusat hiburan berkenaan. Rakan-rakannya yang panik terus mengangkatnya untuk di bawa ke hospital.

Malangnya, Ang dikatakan telah meninggal dunia sebelum sempat tiba.

Sementara itu bapa mangsa yang merupakan seorang pemandu teksi, Hong Ruihuan, terkejut setelah mengetahui berita kematian anaknya itu kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, anak sulungnya itu merupakan seorang anak yang baik dan selalu membelikan makanan kepada neneknya yang sakit.

Difahamkan, Ang pernah mencuba dadah beberapa tahun lalu namun tidak mengulangi perbuatan itu setelah sedar kesan bahayanya.

Kata bapanya lagi, anaknya itu merupakan seorang yang cemerlang di dalam akedemik namun telah berhenti sekolah gara-gara sering menjadi mangsa buli.

Bagaimanapun bapanya itu dikatakan sudah memohon untuk menyambung persekolah anaknya itu pada tahun hadapan.


- MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 19-11-2017
































































Depa tak hadam

SEDAP juga depa duk kutuk doktor tak update knowledge pasal kanser dan pemakanan. Kononnya banyak pantang larang dalam pemakanan ini boleh menyebabkan kanser. Kononnya juga sudah banyak seminar, kajian, persidangan yang membicarakan pantang larang ini. 
Kami memberikan info berdasarkan ilmu dan pengalaman. Sepanjang karier kedoktoran yang beratus-ratus kali masuk seminar atau persidangan sama ada dalam negeri atau luar negeri, tiada lagi penceramah bentangkan pantang larang ini. Kami hadir dalam seminar profesional dan dibentangkan oleh pakar-pakar. Pakar darah tinggi, pakar kencing manis, pakar merawat kanser, pakar jantung dan pelbagai lagi. Kesemuanya memberi penerangan dan solusi sama dengan buku teks yang dibaca. Malah mereka juga membentangkan penemuan-penemuan baru dalam dunia perubatan. Satu pun tidak disebut pasal pantang larang seperti memakai coli ketat, bahaya buat mamogram, gula penyebab kanser, pil perancang penyebab kanser, pakai bedak punca kanser dan sebagainya lagi.
Entah-entah seminar yang mereka hadir itu dibentangkan oleh bukan pakar yang mengaku pakar.
Begitu juga rawatan kanser. Pembedahan, kimoterapi dan radioterapi adalah terbaik setakat ini. Jika dikesan dari awal, dan rawatan segera dijalankan, pesakit akan selamat lebih ramai. Biasanya kes hadir ke klinik pada tahap yang teruk sehingga sukar perawatan optimum dilakukan. 
Kami tidak pula mengesyorkan produk-produk kesihatan yang kononnya penawar kepada kanser. Harapan palsu diberikan kepada pesakit kanser yang sudah murung memikulnya. Produk B17 adalah tidak terbukti, malah pelopor kepada produk kesihatan B17 itupun bukan pakar perubatan. Durian belanda yang katanya lebih hebat dari 10,000 kali kimoterapi pun menyimpang jauh dari realiti sebenar perawatan. Matilah pesakit jika beri 10,000 lebih kuasa. Hatta tak pernah ada data konkrit pun durian belanda ganti kepada kimoterapi. Begitu juga dengan daun belalai gajah, daun rama-rama, daun lidah buaya dan macam-macam lagi dakwaan. Tidak pun pernah menghasilkan kejayaan ke atas manusia. 
Semuanya mereka cuba momokkan doktor tak pandai sebab nak lariskan jualan. Jangan tertipu weih.
Nasihat ikhlas tanpa bayaran dan jualan produk daripada... 
suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
18.11.2017
Kangar, Perlis
Sumber HD - 18-11-2017 



































































Doktor sado sambut kelahiran

SAYA rasa ibu hamil yang membuat kenyataan ingin menempah doktor sado kacak semasa proses kelahiran bayi beliau itu sudah keterlaluan. Mungkin doktor sado itu ada kepakaran tetapi niat di sebalik pengakuan berkenaan perlu dinilai semula. 
Pun begitu saya tidak menafikan bidang kepakaran sakit puan adalah salah satu bidang yang mendesak di semua premis kesihatan dalam negara kita. 
Ianya memerlukan pengalaman dan kemahiran khusus. Walau proses bersalin itu adalah satu proses lumrah kehidupan, tetapi apa sahaja komplikasi yang mendatangkan mudarat kepada ibu dan anak boleh berlaku.
Justeru ianya memerlukan pengkhususan dalam merawat. 
Pakar yang hadir merawat semasa proses kelahiran tanpa mengira jantina akan berusaha menyelamatkan nyawa si ibu dan anak sedaya mampu berdasarkan kepakaran yang diperolehi. Doktor yang mengambil bidang kepakaran ini sudah pasti telah ditapis berdasarkan kesungguhan, ketahanan, ketabahan dan rekod cemerlang mereka timba sebelum ini.

Bahkan hal demikian saya sedaya mungkin akan mengambil pendekatan untuk mendahulukan doktor wanita dalam merawat pesakit wanita khususnya semasa bersalin. Namun jika tiada pilihan pada waktu yang cemas, doktor lelaki dibolehkan. 
Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri pernah menulis: "Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. 
Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat
i) Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan.
ii) Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya). 
iii) Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.
iv) Perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Ini berdasarkan hadis Jabir RA:

أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا قَالَ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ كَانَ أَخَاهَا مِنَ الرَّضَاعَةِ، أَوْ غُلَامًا لَمْ يَحْتَلِم 
Maksudnya: “Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”
Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.”
~ Hadis riwayat Muslim (2206)
.
Prosedur yang ditetapkan oleh sesebuah premis kesihatan adalah mempunyai kepentingan perkhidmatan tersendiri. Wad bersalin atau seumpamanya tidak sepenuhnya dipenuhi oleh perawat wanita. Ini kerana jadual kerja, jumlah perawat wanita berbanding lelaki akan membatasi. Walaupun syariat melarang doktor lelaki melihat aurat wanita atau sebaliknya, perkara ini terlalu amat sukar untuk diatasi dari sudut pentadbiran. Syariat bukan sesuatu yang rigid, jika nampak jalan kehidupan sempit, syariat boleh diperluaskan. Inilah indahnya usul fiqh.
.
Adakah ratio doktor:pesakit dalam negara kita masih tidak mencukupi? Saya difahamkan ratio doktor:pesakit adalah 1:800. Ianya satu jumlah yang masih jauh tidak mencukupi. Ratio itu tidak mengira lagi pecahan doktor lelaki:wanita. Pertikaian akan tetap berlaku antara pihak pentadbiran dan pesakit selagi jumlah doktor berdasarkan ratio tadi masih belum mencukupi. Andaikata doktor wanita sahaja yang menguruskan bidang sakit puan pada masa sekarang, akan mengakibatkan sistem dan perjalanan merawat di unit-unit lain akan terjejas. - HARAKAHDAILY 18/11/2017
Sumber HD- 18-11-2017 





































































Ilmu Allah luas

APABILA berbahas dan bertembung dalam isu perubatan moden vs tradisional, selalu jawapan begini diberikan. "Ilmu Allah itu luas, terimalah pandangan orang lain." 
Sedangkan apa yang cuba kami bentangkan dari perubatan moden ini adalah dari ilmu Allah juga. Atas keluasan rahmat dan ilmu-Nya lah kami belajar dan menjalankan khidmat rawatan kepada pesakit. 
Dengan kelebihan ilmu Allah yang luas inilah juga banyak kajian dijalankan ke atas ubat-ubatan termasuk tumbuh-tumbuhan. Contohnya, dari pelbagai sudut dan review kajian-kajian perubatan, ganja tiada kelebihan positif, ianya hanya sebagai penahan muntah untuk pesakit terminal kanser. 
Rawatan-rawatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan pelbagai lagi itu semuanya tidak menunjukkan keberkesanan. Jumlah pesakit yang perlu dirawat (NNT - Number Need to Treat) adalah rendah berbanding dengan rawatan di hospital. Sehingga sekarang tiada pun diberikan kajian yang boleh meyakinkan bahawa ganja mempunyai kelebihan berbanding dengan ubatan lain. 
Begitu juga atas dasar ilmu Allah sains berkembang. Sains adalah penjelasan kepada hukum alam/tabii, hukum akal dan hukum adat yang ditentukan Allah. Setelah dilakukan kajian, sains telah membenarkan hukum Allah itu. Minum boleh menghilangkan dahaga, itu hukum adat. Tetapi tidak semua jenis air boleh menghilangkan dahaga. Ianya dibuktikan dengan sains. Begitulah luasnya ilmu Allah ini dalam dunia perubatan. Pening kepala, setelah sains moden menemui panadol adalah ubatnya, itulah hukum adat. Walaupun tidak semua panadol boleh menghilangkan pening, tidak dinafikan. Maka perlu sains perubatan untuk terus mengkaji kenapa pening boleh berlaku dan apa puncanya. Jika pening itu akibat kanser otak, melalui luasnya ilmu Allah para pakar mengesyorkan pembedahan. Walau tidak dinafikan pembedahan itu pun bukan 100% boleh menghilangkan pening, malah akan timbul komplikasi lain. Tetapi itulah ikhtiar yang diusahakan oleh para anggota yang pakar/ahli dalam bidangnya. 
Itulah keluasan Ilmu Allah yang dikurniakan kepada hamba-Nya. 
Coretan pagi dari suhazeli.com
Fb.com/drsuhazeli
16.11.2017
Kuala Berang - HARAKAHDAILY 16/11/2017
Sumber HD - 16-11-2017 

Cecair e-rokok perlahankan kadar denyutan jantung tikus
Posted on Tuesday, November 14 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36715


ANAHEIM - AMERIKA SYARIKAT. Sistem penyampaian nikotin elektronik (ENDS) seperti e-Rokok, menjejaskan ritma denyutan jantung dan fungsi kardiovaskular tikus, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu penyelidikan awal yang dibentang pada Ahad dalam Sesi Saintifik Persatuan Jantung Amerika (AHA) 2017 di Anaheim, California.


Selain nikotin, produk e-Rokok biasanya mengandungi propilena glikol dan/atau gliserin sayuran, yang sering digunakan untuk mengehadkan kehilangan lembapan dalam losyen kulit atau sebagai aditif makanan, namun kesan kesihatan akibat memanas dan menyedut bahan-bahan ini tidak diketahui.

Dalam kajian itu, yang dibiayai Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat, para penyelidik berkata mereka telah memeriksa kesan aerosol e-Rokok ke atas kardiovaskular tikus berbanding aerosol rokok tradisional, dan mendapati pendedahan kepada aerosol ENDS atau asap rokok tradisional dengan pantas akan memperlahankan kadar denyutan jantung  (bradikardia) tikus.

Penemuan ini menunjukkan bahawa pendedahan aerosol ENDS mungkin mencetuskan kesan kardiovaskular selain meningkatkan risiko ritma denyutan jantung tidak teratur dan penyakit jantung secara keseluruhan.

Oleh itu, kajian lanjut diperlukan bagi meneroka kesemua kesan ini ke atas manusia yang menggunakan ENDS, kata penyelidik terbabit dalam satu siaran media.


  Sesi Saintifik AHA, sebuah platform pertukaran kemajuan terkini sains kardiovaskular bagi para penyelidik dan doktor, telah menarik hampir 18,000 peserta, dengan kehadiran global lebih 100 negara. - Bernama

Sumber TKO - 14-11-2017









































































Pil gugur

SAYA setuju dengan Prof Imelda Balchin, agar angkat-suluh (highlight) isu pembelian pil gugur secara haram. Pihak berkuasa wajib memantau dan mengenakan tindakan tegas ke atas aktiviti penjualan samada secara terus atau laman cyber. 
KKM tidak memasukkan pil gugur dalam senarai yang boleh dipreskripsi oleh pegawai perubatan berdaftar kerana ianya mengundang banyak kesan buruk termasuk kemungkinan disalahgunakan. 
Jika kita lihat carian internet, banyak laman web mengiklankan pil gugur, malah boleh dibeli dengan senang. Hairan, bagaimana ia boleh lepas di pintu masuk negara samada lapangan terbang atau sempadan tanah air kita? 
Jumlah kematian 47,000 itu bukan sedikit tetapi satu nilai yang signifikan. Menunjukkan betapa pentingnya kes kematian dari kelahiran/keguguran tidak selamat dibendong segera. 
Anda semua juga boleh agen perencat kepada aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini. 
Laporkan kepada kami. 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
9.11.2017
Pengadang Baru
Sumber HD - 9-11-2017 











































































Bawang putih dan kanser

Betul ke?
dr suhazeliSaya teliti sebaran tersebut dalam kebanyakan media sosial, versi bahasa inggeris dan versi bahasa melayu. Biasanya versi bahasa melayu itu terjemahan dari versi asal bahasa inggeris. 
Sebagai ahli perubatan, saya akan soal kembali, apa signifikan ujikaji bawang putih dan cincin emas? So what? 
Adakah jika doktor akan suakan bawang putih kepada pesakit yang ada ketulan kanser, kanser tersebut bergerak? Contohnya kanser payudara, apabila disuakan bawang putih, ketulan kanser itu akan bergerak menjauhi dari rongga dada ke tengkuk, ke kerongkong seterusnya keluar ikut mulut? Kemudian pesakit sembuh dari kanser? Tidak sesekali. Rawatan kanser adalah pembedahan dan kimoterapi. 
Rupa-rupanya sel yang dikatakan sebagai sel kanser itu bohong. Ia sejenis logam yang direka khas. Mempunyai kuasa magnetik yang tinggi. Lihat magik dalam paparan video berikut https://youtu.be/ZXJuJQVrgbI.[1] Kemungkinan pergerakan "sel kanser" tersebut adalah diaruh melalui besi yang digerakkan di bawah meja ujikaji. 
Dari sudut perubatan, adakah bawang putih boleh mencegah kanser atau merawat kanser? Laman web rasmi cancer.gov telah menulis mengenai laporan kaitan antara bawang putih dan pencegahan kanser. Hasil laporan kajian yang mereka jalankan adalah: 
i) Kebanyakan kajian saintifik perubatan mempuyai had tertentu, seperti jumlah sampel kajian yang kecil, ketidak-tepatan dos dan frekuensi pelbagai bawang putih yang digunakan. 
ii) Kajian menggunakan bawang putih yang tidak standard dalam sesatu masa menyebabkan tidak boleh membandingkan secara tepat keberkesanannya.
iii) Kesimpulan keseluruhan kajian mendapati terlalu amat sukar untuk mengaitkan bawang putih boleh mencegah kanser.[2] 
iv) Tidak dinafikan bawang putih mempunyai khasiat tertentu seperti anti-oksidan. Tetapi anti-oksida bukannya anti kanser. Jauh sekali ianya bahan untuk merawat kanser.
Video tersebut juga memaparkan "sel kanser" mesra dengan emas. Nasihat saya kepada wanita yang memakai emas, pakailah semahu-mahunya. Tidak sesekali emas yang dipakai itu boleh menyebabkan kanser atau sel kanser yang sedia ada itu merebak. Tidak boleh dikaitkan sesekali kanser dengan pemakaian emas di badan manusia. Malah tidak pernah dibuktikan pun. 
Pautan
[1] Watch Discovery channel: Street magic. https://youtu.be/ZXJuJQVrgbI
[2] Laporan cancer.gov bawang putih dan kanser. https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/diet/garlic-fact-sheet 
P/S: Jika tak mahu pakai dah emas, PM tepi kepada saya...boleh derma kepada mangsa banjir Penang dan Kedah leni.
Sumber HD- 8-11-2017 












































































Penularan Wabak Umpama Ebola Landa Uganda
Posted on Saturday, November 04 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36417



UGANDA TIMUR - UGANDA. Penularan virus Marburg di Kween, Timur Uganda menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus Malburg yang merupakan antara virus paling merbahaya selepas Ebola boleh menyebabkan simptom demam berdarah.


Sehingga Sabtu lepas, dua kes sah jangkitan telah direkodkan di Kween.

Seorang jurucakap WHO, Tarik Jasarevic memberitahu dalam emel kepada CNN mengatakan dua adik beradik lelaki dan seorang adik perempuan maut akibat virus Marburg.

Kes pertama direkodkan 11 Oktober lepas selepas seorang wanita berusia 50 tahun maut akibat demam, luka, muntah dan cirit-birit.

Salah seorang adik beradik mangsa meninggal dunia dengan simptom serupa tiga minggu sebelum itu.

Ujian yang dijalankan di makmal di Entebbe pula mengesahkan virus Marburg sebagai punca kematian.

WHo yang kini bekerjasama dengan kerajaan Uganda untuk menhalang penularan wabak telah memeriksa 135 individu yang pernah berhubung dengan pesakit.

Sementara itu, dua ujian darah menunjukkan dua pekerja kesihatan yang merawat pesakit virus Marburg bebas dari virus berkenaan.

Bagaimanapun, beratus-ratus lagi penduduk di Kween diramal telah terdedah terhadap virus Marburg di faksiliti kesihatan dan kawasan pengebumian tradisional.

"Marburg adalah virus dari keluarga sama dengan Ebola dan mempunyai ciri-ciri asas yang sama," kata jurucakap agensi Society of America, Dr. Amesh Adalija.

Kata Dr. Amesh, virus Marburg merebak melalui darah dan bendalir badan dan galak merebak di kawasan yang tidak mempunyai kawalan jangkitan.

Setelah virus Marburg memasuki badan, ia akan memasuki fasa inkubasi selama 21 hari.

Demam panas, sakit kepala melampau dan kepenatan melampau akan melanda pesakit.

Pesakit juga merasai sakit otot, cirit-birit, abdomen kejang, mabuk dan muntah.

Pendarahan mula berlaku selepas lima hingga tujuh hari selepas demam bermula.

Kes kematian akibat Marburg pula melibatkan luka berdarah di pelbagai lokasi badan pesakit.
Kebanyakan pesakit 'akan menyerupai hantu' dengan ciri-ciri muka dan mata cengkung, kata WHO.
-Sinar Harian

Sumber TKO - 4-11-2017















































































Piza, dadih dan coklat IQ


SELEPAS menceburi pelbagai jenis penjualan produk makanan, Pengasas syarikat FT & K Enterprise, Siti Fatimah Hidayah Ismail, 33 terus membulatkan langkah menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan menerusi jenama Coklat IQ.















































































Menawarkan gabungan makanan sunnah di dalam Coklat IQ yang diadun khas bersama coklat untuk mencerdaskan minda dan mengembalikan tenaga kepada penggemar coklat, Coklat IQ produk keluaran muslim semakin mendapat tempat di hati peminat coklat.

Ibu muda kepada enam cahaya mata ini pada mulanya merasa berat meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah, namun memikirkan faktor anak-anak yang sedang membesar dan memerlukan perhatian beliau mengambil keputusan berhenti selepas mendapat sokongan suaminya.

Sumber HD - 1-11-2017
















































































 Vaksin vs konspirasi Yahudi


SETIAP kali isu vaksin dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan, ada sahaja netizen yang melontarkan persoalan bahawa vaksin itu agenda Yahudi. Mereka terus salin dari sumber yang tidak berwibawa, bahawa wujudnya korelasi vaksin dengan agenda jahat Yahudi. Tetapi jika diperhatikan betul-betul, pernyataan laman yang dipetik itupun hanya berandaian akan hubungkait antara vaksin dan zionis.
Mereka juga mendakwa sudah ramai doctor barat yang juga menentang pemberian vaksin. Tanpa mereka sedari bahawa para penentang vaksin negara barat itu sendiri sebahagiannya berideologi Yahudi. Apabila ditanya kepada mereka, berikan nama doktor di Malaysia yang menentang vaksin. Tiada siapa pun boleh memberikan nama. Sejumlah 46,461 orang doktor berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia, majoriti menyokong vaksin. Jikalau ada yang menentang, hanyalah doktor yang pelik serta sukar bergaul dengan kebanyakan orang awam. Hanya percaya kepada pendapat peribadi sendiri. Pentingkan diri tanpa melihat kepentingan orang awam.
Dengan pelbagai alasan yang rapuh, mereka terus memutar-mutar helah yang sama. 
Sedangkan kesemua kegusaran mereka itu sudah pun dijawab oleh pakar-pakar yang lebih berwibawa bahawa andaian-andaian mereka hanya berpunca dari takut pada diri sendiri dan juga takut dengan merosot jualan produk kesihatan yang mereka jual. Sebahagian besar dari penentang tegar vaksin adalah penjual produk kesihatan. 
Allah beri kita akal untuk berfikir. Ilmu perubatan ini adalah ilmu alat untuk kebaikan manusia. Ianya sesuatu yang baik dan sudah hilang dari orang Islam. Sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW: 
"Al hikmah (kebijaksanaan/ilmu) itu adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka dimana sahaja ia dapati, dialah yang berhak terhadapnya" [Maksud hadis riwayat Imam Tirmizi] 
Kita terdoktrin dengan yahudi, yahudi, yahudi atau Barat! Segala apa yang datang dari barat perlu ditolak? Sedangkan sebahagian besar penulisan ilmu perubatan ditulis oleh orang Islam jua. Mereka cedok dan kembangkan ilmu itu dari cendekiawan muslim juga. Banyak alatan pembedahan adalah direka oleh saintis muslim, barat yang menirunya dan mendakwa mereka buat. Kitab Tibb Nabawi karangan Ibnu Sina yang tebal berjilid itu masih wujud dan bongkar oleh barat satu persatu. Barat bukan bermakna yahudi, walau sebahagian mereka adalah yahudi! Facebook pun dari yahudi! Telefon samsung pun yahudi! Jika begitu, kita sudah menjadi yahudi? Menggunakan ilmu alat ini tidak menjadikan kita Yahudi atau zionis. Nauzubillahi min zaalik. 
Ilmu imunologi yang sebahgiannya membicarakan mengenai vaksin juga dipelopori oleh saintis ulung Islam bernama Al Razi. Penemuan dan permulaan pembangunan ilmu imunisasi dimulakan oleh saintis Islam yang hebat sekitar abad ke-15 dahulu. Malah penemuan konsep imunisasi bagi penyakit measles (campak) dan smallpox (cacar) adalah dari Al Razi. Konsep yang sama, cuma barat mengembangkan ilmu itu. 
Saya ke Gaza 2012 melihat Hospital Central Gaza, mereka menggunakan sepenuhnya ubatan (termasuk vaksin) dan teknologi perubatan barat! Takkanlah mereka menolak kebaikan (perubatan moden) ini walaupn Gaza dibantai oleh israhell laknatullah setiap hari. 
Saya melihat sendiri sistem perubatan dan kesihatan Arab Saudi sepanjang 3 kali penglibatan rombongan perubatan haji, mereka juga menggunakan sepenuhnya perubatan 'barat' yang kononnya Yahudi itu. Malah mereka mewajibkan semua jemaah haji disuntik vaksin meningococcal! Adakah mereka bebal atau turut dipengaruhi Yahudi? Adakah mereka tidak melihat ini agenda Yahudi Freemason? Dek kerana vaksin tidak dibuat dalam negara-negara Islam? 
Saya tahu isu Rockfeller dan vaksin, tetapi mana bukti mereka membunuh umat? Tetapi kita sendiri melihat bukti atas kapasiti penjagaan kesihatan yang semakin maju termasuk penggunaan vaksin, kematian bayi semakin menurun. Sebahagian ulasan isu ini telah saya masukkan dalam wall saya atau www.suhazeli.com. 
Wallahuaklam 
Dr Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
Sumber HD - 30-10-2017 


















































































Manfaat air suam


ISU penjagaan kesihatan dan perubatan menjadi tumpuan setiap individu. Tular sahaja isu berkaitan manfaat sesuatu, ramai yang teruja untuk share tanpa usul periksa kesahihan berita. Sebagaimana sebaran mesej tular yang kononnya sekumpulan doktor Jepun telah menemui kuasa penyembuh 100% dengan hanya meminum air suam. Pesanan tersebut dikeluarkan oleh seorang doktor bernama Dr Mensah Asare.
Dr Mensah Asare tidak pernah wujud, hanya ciptaan palsu yang berlegar di dunia internet sejak 2006 lagi. Entah bangsa apa pun tidak diketahui, sama ada Jepun atau Afrika. Mungkin beliau seorang penjual daging di tengah kota Bombay! 
Jika diteliti manfaat yang disebutkan itu pun tak munasabah langsung. Malah tidak pernah dibuktikan. Saya ambil contoh, batuk kokol, rawatannya adalah antibiotik di hospital bukannya air suam. Vaksin DPT boleh digunakan untuk mencegah penyakit batuk kokol ini. KKM telah mewajibkan pemberian vaksin tersebut di kalangan anak-anak kita sejak dari 1940 lagi. 
Akhir mesej tular tersebut pun mempunyai fakta yang silap. Kononnya meminum air sejuk menutup 4 urat jantung. Sebenarnya urat (salur) darah yang mengalir ke jantung 3 yang utama bukannya 4. 
Ramai yang berteori, apabila minum air sejuk atau ais, makanan berlemak akan tergumpal dalam perut serta boleh membahayakan. Perut kita unik, dijadikan Allah mempunyai asid dan enzim yang boleh menghadamkan makanan termasuk lemak, protein, karbohidrat dan serat ke unit yang paling kecil. Suasana perut yang panas sudah mencukupi untuk penghadaman walaupun makanan itu sejuk berais atau seumpamanya. 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
24.10.2017
Al Hussein Street, Cairo
Sumber HD - 26-10-2017 




















































































Berubatlah dengan ahlinya


NAK berubat mestilah pada ahlinya. Kami pun dalam bidang perubatan, merujuk kepada ahlinya. Mana mungkin doktor gigi ingin merawat mata? Doktor gigi hanya boleh merawat gigi walau dari segi teorinya beliau boleh boleh baca. Tetapi keahlian dan kemahiran dalam bidang tersebut wajib diambil.
An-Nahl [16] ayat 43: 
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 
"Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." 
Begitu juga dalam surah Al-'Anbya' [21] ayat 7: 
وَمَآ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۖ فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُون 
"Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui." 
Saya bukan memburukkan kaedah perubatan tradisi seperti kes batu geliga Mak Lang, cuma mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam bab penjagaan kesihatan. Adakah Mak Lang tahu kesan negatif jika batu geliga itu mencederakan mata? Adakah Mak Lang provide rawatan selepas itu? Andai mata pesakit rosak? 
Konsep health seeking behavior ini penting dalam menentukan kelangsungan kehidupan manusia yang lebih baik. 
Bukannya menyerah bulat pada Tuhan yang sudah tentu Allah sendiri menyuruh kita merujuk kepada orang yang pakar! 
Fikir-fikirkanlah.
Fb.com/drsuhazeli 
24.10.2017
Kaherah - HARAKAHDAILY 24/10/2017
Sumber HD - 24-10-2017 






















































































Minum berdiri rosak buah pinggang?


ANATOMI sistem perut tidak bersambung terus dengan sistem pundi kencing. Walaupun perut wujud dua sphincter iaitu Esophagial dan Pyloric sphincter, tetapi sphincter berkenaan bertujuan untuk mengawal kemasukan makanan dan minuman yang masuk perut agar tidak terus meluru ke usus. Makanan dan minuman kita akan dihadam terlebih dahulu di perut. Kemudian makanan dan minuman akan bergerak ke usus untuk penyerapan selanjutnya. Proses pertama ini sama sekali tidak melibatkan buah pinggang
Setelah diserap, zat makanan dan minuman akan masuk sistem darah. Kemudian, barulah kumuhan darah seperti urea akan dikeluarkan melalui buah pinggang. 
Justeru, tidak benar mengaitkan wujudnya penapis (sphincter) tersebut dengan sakit buah pinggang seperti kegagalan fungsinya, batu karang atau kanser akibat minum secara berdiri. Air yang diminum akan tetap masuk ke sistem penghadaman seperti perut dan usus, kemudian diserap ke dalam sistem darah. Bukannya apabila manusia berdiri sphincter itu tertutup dan air akan disalurkan ke buah pinggang. Kenyataan sedemikian adalah salah, hatta jika mesej tular tersebut dihantar oleh seorang doktor. Doktor berkenaan sanggup menipu orang awam demi laba harta dunia yang dijanjikan melalui penjualan produk yang laku keras. Nasihat saya berhentilah melakukan kefasadan ilmu ini. 
Terlebih sadis lagi apabila mesej tersebut berhujah atas nama Rasulullah s.a.w. Memang ada hadis melarang minum berdiri. Hadis menegur minum berdiri itu bukannya larangan haram buat, tetapi ianya makruh dilakukan. Malah dari sudut akhlak pun tidak comel. Namun demikian, terdapat hadis yang menunjukkan Rasulullah s.a.w minum ketika berdiri. Sebagaimana satu hadis: "Kata 'Ali r.a: Orang ramai tidak suka jika seorang minum berdiri, sedangkan aku telah lihat Rasulullah s.a.w lakukannya seperti kamu melihat aku lakukan." (Maksud Hadis dari al-Bukhari) 
Dalam hadis sahih al-Bukhari dan sahih Muslim dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu anhuma, ia berkata, “Aku telah memberi minum kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari zamzam lalu beliau meminumnya sedang beliau dalam keadaan berdiri.”
Ertinya boleh minum berdiri tidak haram dan tidak mendatangkan mudarat kesihatan. Jika ada keperluan minum berdiri, boleh dilakukan. Jika tiada keperluan, hendaklah duduk. Ianya terlebih afdhal. 
Dalam perubatan, meminum air kosong tidak terikat dengan waktu. Malah tidak pernah dibuktikan dikaitkan dengan khasiat tertentu seperti mencegah serangan stroke dan jantung, elak sakit buah pinggang, kencing manis, kanser dan seumpamanya. Cuma ia mungkin elok diamalkan berdasarkan individu tertentu, seperti penyakit gastritis (refluks easophagitis) dinasihatkan tidak menyulami minum air semasa makan dan melengahkan pengambilan air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan. 
Yang penting jumlah air diminum seharian mencukupi. Paling minima 7-8 gelas air sehari. Jika musim panas, isipadu air kena tambah lagi sehingga 2-3 liter sehari. 
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Fb.com/drsuhazeli
21.10.2017
Mansoura University - HARAKAHDAILY 21/10/2017
Sumber HD-21-10-2017 
























































































Kayu manis dan kencing manis?

ORANG Melayu memberikan nama kayu manis kerana ianya sejenis rempah ratus yang manis baunya. Kayu manis juga salah satu barang dagangan yang cukup bernilai zaman dahulu kala. Ianya juga menjadi salah satu bahan pengubatan herba sebelum masihi lagi. Popular di kalangan Mesir purba bahawa kayu manis digunakan untuk merawat batuk, sakit sendi dan sakit kerongkong. Bahkan rawatan turun temurun ini dikatakan boleh merawat kekejangan otot, muntah, cirit-birit, demam selsema, kurang selera makan dan mati pucuk.
Terdapat kajian bahawa cinnamon (nama saintifik bagi kayu manis) boleh membantu perawatan kencing manis, kurangkan kolesterol, elakkan nyanyuk dan sebagainya lagi. Kajian-kajian tersebut termuat dalam perpustakaan perubatan Amerika Syarikat dan UK. Namun kajian-kajian ini adalah kajian yang agak lama, sekitar tahun 2000 hingga 2006.[1] 
Tiada halangan menjadikan kayu manis sebagai rempah ratus masakan. Aromanya pun semerbak wangi. Tetapi menjanjikan kayu manis ini sebagai ubat berkesan bagi menyembuhkan penyakit, adalah tidak tepat buat masa ini. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang dan beberapa penyakit kronik lain sehingga saat ini belum ditemui lagi ubat penyembuh. Ubat-ubatan moden diberikan bagi mengawal atau mencegah agar penyakit tersebut tidak terus merebak. 
Walaupun terdapat dakwaan dari pelbagai produk dalam pasaran, sama Ada ianya "saintifik", tradisional, alami dan seumpamanya, tiada pun satu bukti boleh menyembuhkan. Mungkin kelemahan di pihak pengeluar produk kerana tidak mengambil catatan yang kononnya mereka mendakwa pesakit sembuh dengan produk mereka. Tetapi apabila kita mahukan bukti berapa ramai atau peratusan yang berjaya, mereka tiada jawapan. Asas statistik ini mudah sahaja. 
Cochrane.org, sebuah perpustakaan yang berstatus tinggi dalam dunia perubatan membuat penyelidikan berkaitan kayu manis (cinnamon). Mereka mendapati cinnamon memberikan kesan positif ke atas haiwan kajian. Akan tetapi kajian ke atas manusia masih lagi belum sahih pembuktiannya. Dalam 10 kajian Kawalan Rawak (Randomised Controlled Trial) seramai 577 pesakit, 2 gram cinnamon diberikan selama 16 minggu ke atas pesakit kencing manis jenis 1 dan 2; secara statistik kajian-kajian tersebut juga masih tidak mencukupi bukti keberkesanannya. Para pengkaji menyimpulkan kajian yang lebih besar perlu dibuat.[2] 
Dalam satu dimensi lain, cinnamon ini mempunyai kesan negatif yang tersendiri. Sesetengah individu yang sensitif, cinnamon boleh meningkatkan risiko kerosakan hati. Bahan aktif yang terdapat dalam cinnamon adalah Coumarin. Menurut Jurnal Food & Chemical Toxicology, jumlah yang dibenarkan pengambilan seharian (Tolerable daily intake - TDI) coumarin ini sebanyak 0.07 mg/kg setiap individu sehari.[3] Campuran cinnamon ini ke dalam gulai, bubur atau teh dengan mudah boleh melepasi jumlah yang dibenarkan ini.
Contohnya; jika berat individu 72.1 kg, jumlah maksimum TDI adalah 5 mg coumarin sehari. Sekilogram serbuk cinnamon mengandungi antara 2.1 hingga 4.4 g coumarin. Dengan anggaran sekilogram cinnamon boleh diceduk sebanyak 362.29 sudu teh, bermakna setiap sudu teh terkandung di dalamnya antara 5.8 hingga 12.1 mg coumarin. Jumlah ini telah melebihi TDI setiap individu. 
Kajian dari German mendapati perbezaan besar antara jenis-jenis kayu manis ini. Serbuk Cassia cinnamon lebih 63 kali ganda coumarin berbanding dengan jenis serbuk Ceylon cinnamon. Manakala kayu Cassia cinnamon mengandungi 18 kali ganda coumarin berbanding kayu Ceylon cinnamon.[4] 
Justeru, berpada-padalah mengambilnya. Sam aada semasa kita memasak di dapur rumah kita, ataupun membeli dari para penjual dalam apa bentuk sekalipun.
Sekali lagi... makanlah... tiada halangan. Jangan salah faham penulisan ini. 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
19.10.2017
Abu Dhabi 
Pautan:
[1] Benefit of Cinnamon.
https://www.medicalnewstoday.com/articles/266069.php
[2] Cochrane review. http://www.cochrane.org/…/ENDOC_cinnamon-for-diabetes-melli…
[3] Food and Chemical Toxicology.
http://www.sciencedirect.com/…/article/pii/S0278691511006703
[4] Kesan Kesihatan makan Kayu Manis.
http://www.bfr.bund.de/…/high_daily_intakes_of_cinnamon_hea… - HARAKAHDAILY 19/10/2017
Sumber HD- 19-10-2017 


























































































Telur kurangkan strok


TERSEBAR tulisan yang popular dan menjanjikan harapan tinggi kepada penggemar telur.
"Sebiji telur sehari boleh mengurangkan kematian akibat stroke sebanyak 12% - Bukti kajian ke atas 300,000 orang." ~Epidstat Institute, Washington (2015) 
Laporan kajian berkenaan adalah hasil dari analisa Meta yang mengumpulkan beberapa kajian yang tertentu berkaitan telur dan risiko strok / sakit jantung. Ianya salah satu teknik penulisan yang baik kerana membuat kesimpulan secara kolektif atas beberapa kajian yang telah dijalankan. Cuma kaedah pengambilan kajian kohort dalam analisa meta ini, agak terkongkong dengan penemuan satu jalur, tanpa melihat sisi jalur yang lain. Bagi pengkaji yang mahir statistik faham apa yang saya maksudkan ini.
Mari kita lihat kajian tersebut secara ulasan statistik. Pengumpulan data responden kajian yang mencecah kepada 300,000 ini, mencari hubung kait antara pesakit yang mengalami sama ada strok atau serangan jantung. Dari sejumlah kedua-dua lorong penyakit tersebut, mereka melihat berapa ramai yang memakan telur sebiji sehari dan dua biji seminggu. Hanya dua lorong cerapan sahaja. Mereka dapati pengambilan telur 1 biji/sehari berbanding 2 biji/seminggu boleh mengurangkan kematian strok (fatal stroke) sebanyak 12%. Manakala kajian yang dipetik itu tidak menunjukkan hubungkait antara pengambilan telur dengan kejadian sakit jantung, sama ada 1 biji/sehari atau 2 biji/seminggu.[1] 
Kesimpulan pengkaji yang dibuat dalam kajian meta analisa tersebut adalah:
1) Pengkaji bersetuju dan menyokong bahawa telur adalah satu makanan yang berzat dan sihat. Walau bagaimanapun para pengkaji tidak melihat kepada keseluruhan menu makanan lain yang diambil oleh subjek kajian. Begitu juga kaedah sajian telur tidak disebutkan, goreng ke, rebus ke, masak lemak ke atau sebagainya. Mereka hanya mengkaji sama ada sebiji telur sehari atau 2 biji seminggu sahaja. Justeru tidak diketahui status responden yang memakan 2 biji sehari, atau lapan biji sehari, masak separuh atau masak penuh atau jumlah-jumlah yang lain. Sama ada mengurangkan risiko strok juga atau tidak. 
2) Para pengkaji juga tidak dapat menemui bukti berapa jumlah yang sepatutnya telur dimakan oleh setiap individu bagi mengurangkan risiko kematian atau penyakit. Ini kerana kajian yang dijalankan itu tidak boleh membuktikan hubungkait sebenar berdasarkan faktor-faktor lain yang boleh menjadi risiko sampingan (confounding factors), seperti merokok, gemuk, jantina, umur dan aktiviti sukan setiap responden.
3) Telur adalah sumber yang bagus untuk protein, vitamin, garam galian. Mengambilnya dalam menu seharian anda boleh memberi kesan positif dalam kehidupan. 
Jika diteliti lanjut, kajian yang dijalankan itu telah mendapat tajaan besar dari Pusat Nutrisi Telur Amerika. Berlaku konflik kepentingan antara kaedah kajian dan keputusan kajian yang ditulis. Sudah tentu ianya akan menyokong pusat berkenaan bagi melariskan jualan. 
Akhirnya kajian tersebut seolah-olah tidak signifikan.
Untuk pengetahuan bersama, kaitan telur dengan kandungan kolesterol menjadi perdebatan hangat sejak sekian lama. Ini kerana tekstur kuningnya memberi persepsi bahawa ianya adalah kolesterol atau lemak. Pemikiran kita selama ini telur adalah makanan yang banyak kolesterol, sebenarnya tidak. Sedangkan kajian terkini mendapati kandungan kolesterol di dalam makanan tidak memberikan kesan negatif kepada tubuh kerana kebanyakan kolesterol terbentuk di hati (liver). Boleh baca tulisan lanjut oleh laman Root of Science.[2] 
Boleh simpulkan di sini, jumlah telur semata-mata tidak menjamin anda berisko dihinggapi penyakit. Faktor-faktor lain boleh mempengaruhi. Makanlah dengan sederhana, jangan berlebihan. Kekalkan gaya hidup sihat senantiasa. Katakan tidak kepada rokok. Nyatakan kebencian anda kepada perangai peminum arak atau golongan yang menganjurkan arak berleluasa. Kerana ianya merosakkan diri anda sebagai aset berguna negara. 
Sekian Semoga Bermanfaat 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
15.10.2017
Kuala Berang 
Pautan
[1] Alexander DD, Miller PE, Vargas AJ, et al. Meta-analysis of Egg Consumption and Risk of Coronary Heart Disease and Stroke. Journal of the American College of Nutrition. Published online October 6 2016.
[2] Root of Science. Kolesterol dalam makanan tidak akan meningkatkan kolesterol dalam badan http://rootofscience.com/…/kolesterol-dalam-makanan-tidak-…/
[2] Review from NHS UK. https://www.nhs.uk/…/eating-one-egg-a-day-may-lower-risk-o…/
Sumber HD- 15-10-2017 




























































































Saringan penyakit

KISAH semalam masih lekat sampai hari ni. Satu keluarga yang dijemput datang klinik bagi laksanakan saringan hubung-kait (contact tracing) penyakit. Saringan ini wajib dilakukan jika salah seorang dari waris terdekat menghidapi penyakit berjangkit seperti tuberkulosis, difteria, denggi dan lain-lain penyakit berbahaya. Bertujuan mengenal pasti tanda-tanda ahli keluarga lain sama ada dijangkiti sama atau tidak. Jika positif, rawatan segera akan dijalankan.
Kefahaman, gaya hidup, sikap (health seeking behaviour) dan bagaimana mendapatkan akses kesihatan memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan individu serta masyarakat. Jika health seeking behavior itu rendah, terlalu sukar para petugas kesihatan untuk memberi penerangan, kaunseling serta rawatan yang sepatutnya. 
Keluarga Ahmad (bukan nama sebenar) ini bukannya dari golongan tidak berkemampuan atau tidak berpelajaran. Malah Ahmad dan isterinya sendiri bekerja sebagai jurutera syarikat besar negara. Tetapi dek kerana sikap mereka yang menolak seratus peratus perubatan moden dan segalanya mengharap penyembuhan alami, mereka agak keberatan untuk dijalankan contact tracing ini. 
Anak bongsu mereka (10 tahun) disahkan pengidap TB kahak positif. Besar kemungkinan berjangkit dari atuk yang pernah dirawat penyakit TB setahun lepas. Rekod perubatan mendapati kesemua lima anak Ahmad tidak divaksinkan lengkap. Hatta BCG (vaksin cegah TB) pun tidak diberikan. 
Bermula dari pendaftaran contact tracing, buka kad, jumpa doktor hingga ujian mantoux, kesemuanya merumitkan kami. Bahasa mudah agak fussy. 
Setiap langkah ujian ‘disoal' walaupun penerangan panjang lebar telah diberikan. Bahagian paling tragis adalah ujian mantoux. Kami dituduh agen Yahudi kerana ingin cucuk tuberkulin (mantoux test). Katanya tuberkulin itu sejenis vaksin yang diagendakan oleh barat. Semuanya arahan zionis Yahudi. 
Kami kaget dan terkedu.
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
13.10.2017
Foto Dr Suhazeli Abdullah
Sumber HD -  13-10-2017  






























































































Al-Fashdu / berpetik

SEKALI lagi keluar video promosi rawatan blood-letting atau cucuk urat darah ini berlegar dalam dunia maya.

Sebelum ini sudah ditularkan satu video yang hampir sama, mencucuk salur darah atau kulit terhadap seorang pesakit gout. Pengertian kaedah ini dalam bahasa Arab menyebut al-Fashdu dan bahasa Melayu pula disebut sebagai berpetik.
Rakan kami dari #MedicalMythBustersMalaysia dan #MedTweetMY, Dr Mahyuddin telah menjelaskan secara panjang lebar di facebook beliau.[1] Beliau adalah seorang pakar ortopedik yang tersohor di Pahang. 
Beliau menegaskan bahawa: "rawatan utama bagi Gout ialah dengan ubat-ubatan anti-radang & bukannya pembedahan. Sebab itulah di hospital, pesakit Gout dirawat oleh Jabatan Perubatan dan bukannya Jabatan Ortopedik. Saya sendiri tak pernah buat pembedahan semata-mata untuk keluarkan kristal kapur ni, ia sesuatu yang tidak perlu dan sia-sia kerana kristal ini akan kembali terbentuk. Melainkan jika kita nak pesakit datang berulang kali ke pusat Rawatan kita boleh la. Bisnes." 
Tambah beliau lagi, dengan melakukan tirisan pada sendi seperti dalam video tersebut, walaupun ia akan memberi kelegaan kepada pesakit, ia hanyalah bersifat sementara. Kristal Urate ini akan berkumpul kembali dan pesakit perlu kembali mendapatkan rawatan. Apa yang lebih merisaukan beliau sebagai seorang pakar ortopedik yang telah berkhidmat berbelas-belas tahun itu ialah ia meningkatkan risiko kuman masuk ke dalam sendi dan pesakit boleh mendapat Septic Arthritis (jangkitan kuman pada sendi) dan kerosakan sendi tersebut. Apatah lagi jika dilakukan di bilik rawatan biasa, di dalam sinki tanpa menggunakan sarung tangan! 
Video yang ditularkan pada kali ini adalah seorang pangamal perubatan alternatif melakukan keadah yang hampir sama, iaitu mencucuk salur darah di bahagian kaki, katanya bagi membuang kolesterol dan asid. Ironinya ramai yang percaya. 
Bagi kami di bidang perubatan ini, dengan tegas menyatakan kaedah sebegini adalah sesuatu yang membahayakan. 
1) Pertama, ia dilakukan tanpa pengawasan ahli yang mahir. Jika pesakit pengsan akibat kehilangan darah yang banyak, tiada ahli yang pandai melakukan rawatan kecemasan seperti CPR dan seumpamanya lagi. 
2) Kedua, pesakit tidak disaring terlebih dahulu status kesihatan mereka, termasuklah tekanan darah, paras gula, status HIV atau penyakit-penyakit berjangkit lain. Prosedur yang melibatkan darah ini perlu disaring sebaik mungkin agar tiada jangkitan silang kemudian nanti dari satu pesakit ke pesakit lain. 
3) Ketiga, peralatan terutamanya jarum yang digunakan tidak disteril (nyahkuman). Ianya menjadi sumber jangkitan kuman dan virus seperti HIV, hepatitis. Risikonya adalah tinggi. Kajian menunjukkan risiko jangkitan boleh mencapai 30%. 
4) Keempat, persekitaran tidak kondusif, tiada ciri-ciri kebersihan, malah pengamal yang menjalankan prosedur tersebut tidak menggunakan sarung tangan. Darah beku dikaut dengan tangan begitu sahaja. Ya lah, mungkin ada yang menjawab, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tetapi agak zalim jika kita sendiri yang mencampak diri kepada risiko, kemudian mengharapkan ehsan Allah membantu usaha tidak berakal kita itu. 
Isu kedua yang saya ingin bangkitkan adalah berkaitan dengan hukum amalan berpetik ini. Saya berbincang dengan beberapa perawat pengubatan Islam serta para muallim, mereka agak terkejut dengan salah faham segolongan pengamal pengubatan yang mengambil lafaz hadis berkaitan dengan al fashdu itu secara literal tanpa mengambil beberapa peringatan dalam mengamalkan al fashdu. Sedangkan di sana terdapat huraian ulama yang cukup tuntas untuk dijadikan panduan bagi kita orang mutakhir ini. 
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ 
“Sesungguhnya kaedah pengubatan yang paling baik bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” 
Huraian berkaitan dengan penafsiran hadis di atas tidak dibincangkan di sini. Kerana dalam beberapa riwayat lain perkataan Al Fashdu itu di sebut lafaz yang berbeza.[ Boleh lihat lanjut di pautan 2]. Cuma berikut adalah beberapa catatan para agamawan berkaitan isu al fashdu ini. 
Ibnu al Qayyim dalam kitab Zad al Ma’ad berkata: 
فَفِي الْفَصْدِ لَهُمْ خَطَرٌ انْتَهَى 
Maka pada Al Fashd untuk penduduk Hijaz adalah merbahaya (kerana faktor cuaca, mereka lebih sesuai berbekam). 
Manakala dalam kitab Al Mafatih Fi Syarh Al Masobih karangan Hazrat Mulla Ali al-Qari mengatakan: 
فإن كان لامرأةٍ وجعٌ شديدٌ يقول الطبيب: لا بدُّ لها من الحِجامة أو الفَصد، أو بها جراحةٌ يُحتاج إلى مداواتها، جاز للحجَّامِ أن يَنظرَ إليها، حتى جاز النظرُ إلى فَرجِها. 
Jika sekiranya seorang wanita mempunyai mengidap penyakit yang benar-benar menyakitkan, dan ahli perubatan memutuskan, wanita tersebut perlu berbekam atau berpetik atau perempuan tersebut mengalami kecederaan, maka haruslah tukang bekam melihat perempuan tersebut. 
Bermakna, sebelum sesorang pesakit itu dirawat, penelitian dan pemeriksaan wajib dilakukan. Bukan semberono menggunakan sesuatu kaedah tanpa memikirkan natijah yang melibatkan nyawa manusia. 
Dr Adil Al Azhari iaitu ulama yang mentahqiq (penterjemah dan penghurai) kitab Al Tibb Al Nabawi mengulas lanjut mengenai bekam dan berpetik ini. Ulasan beliau, berbekam dua bahagian iaitu bekam kering dan bekam basah. Adapun berpetik, ianya dilakukan atas indikasi khusus. Pada masa tersebut, berpetik dilakukan ke atas pesakit mempunyai tanda-tanda; ketika nadi jantung menurun secara mendadak dan disertai dengan dua bibir yang berwarna biru serta sukar untuk bernafas. Cara berpetik ialah dengan menggunakan jarum yang luas lubangnya yang dimasukkan ke dalam urat lengan pesakit tersebut. 
Jika melihat ulasan dari Dr Adil Al Azhari tersebut, berpetik seolah-olah sama kaedahnya dengan "venesection" atau "Venous Cut Down". Ia dilakukan di saat kecemasan di mana ketika pesakit pengsan akibat volum darah berkurang (hypovolumic shock) dan memerlukan rawatan segara sama ada kemasukan air atau darah ke dalam badan. Kaedahnya, para doktor akan mencari saluran urat vena yang tertentu untuk bagi memasukkan aliran air atau darah dengan kadar sesegera mungkin. Ini kerana sesaat lewat dalam tempoh ini boleh mengancam nyawa. Ia bukannya mengeluarkan darah, tetapi memasukkan terapi darah atau air. Kaedah ini sesuai dengan ulasan yang dibuat dalam kitab FATH AL MUN’IM yang menyatakan al fashdu atau berpetik ialah memotong urat supaya mengalir darah. Inilah rawatan yang dilakukan dalam perubatan moden ketika getir. Semua salur darah yang besar sudah sukar dijumpai, maka "venous cut down" wajib dilakukan. 
Pun begitu terdapat beberapa kitab ulama yang melarang berpetik ini. Antaranya Kitab Maa Yaf'aluhu Al Atibba Bi Daf'i Syarr Al Toun dan Kitab Nihayah Al Muhtaj. Imam al-Ramli yang terkenal dengan julukan “al-Syafi’i al-Shaghir” (Imam Syafi’i kecil), pengarang kitab An Nihayah Al Muhtaj itu menyebut, jika tiada keperluan, berpetik adalah dilarang, tetapi berbekam tidak dilarang. Para ulama pun memikirkan indikasi tertentu dalam merawat pesakit sesuai dengan ketinggian ilmu perubatan sezaman dengan mereka. 
Manakala Kitab Hasyiah Al Syubra Millisi membahas lanjut perkataan Imam Ramli, BERBEKAM LEBIH DARI BERPETIK, boleh jadi kenyataan ini diterima jika ahli perubatan tidak menyatakan berbekam merbahaya. Jika ahli perubatan menyatakan berbekam merbahaya, maka tidak harus hukumnya sebagaimana yang difahami oleh semua ulamak. Perkataan Imam Ramli JIKA TIADA KEPERLUAN pada zahirnya ketika tidak menyebabkan mudarat dengan berpetik tersebut. 
Selanjutnya ulama menambah, Harus bagi mereka itu berpetik dan berbekam dan seumpamanya iaitu setiap rawatan yang selamat menurut pada kebiasaannya yang diakui oleh ahli perubatan tentang kebaikan cara rawatan tersebut. 
( وَ ) لِمَنْ ذُكِرَ ( فَصْدٌ وَحِجَامَةٌ ) وَنَحْوُهُمَا مِنْ كُلِّ عِلَاجٍ سَلِيمٍ عَادَةً ، أَشَارَ بِهِ طَبِيبٌ لِنَفْعِهِ لَهُ 
Kesimpulannya, amalan berpetik ini menjadi khilaf ulama. Sebahagian besar mereka mengatakan berpetik dilakukan atas indikasi tertentu dan perlu dijalankan oleh orang yang mahir. Venesection atau venous cut down adalah definisi paling tepat bagi istilah al fashdu. 
Berhati-hati dalam melakukan al fashdu terutama menjaga aspek kebersihan. Risiko jangkitan HIV, hepatitis amat tinggi dalam suasana yang tidak bersih. Begitu juga penelitian ke atas pesakit sama ada mempunyai penyakit-penyakit darah seperti hemophilia, anemia dan seumpamanya amat penting sebelum menjalankan prosedur.
Beringatlah sebelum kena, lebih baik dari terkena komplikasi yang boleh membawa maut. 
Dr Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
Pautan
[1] Rawatan Gout Tinta Mahyuddin. https://www.facebook.com/TintaMahyuddin/posts/945951758773923
[2] Hadis berkaitan Bekam dan Al Fashdu. https://kautsaramru.wordpress.com/…/kritik-terhadap-metode…/
[3] Blood Letting. http://suhazeli.com/wp/?p=1516
[4] Review on Canon Al Tibb Ibnu Sina. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4469963/ - HARAKAHDAILY 12/10/2017
Sumber HD- 12-10-2017 
































































































Batu geliga Mak Lang – Jangan ambil jalan mudah











TERSEBAR video Mak Lang Batu Geliga yang merawat penyakit rabun mata. Sekali tengok terkesima saya kehebatan Mak Lang. Boleh kalahkan pakar mata dengan alatan canggih masa kini, hanya dengan sebiji batu geliga. [Gambar Kanan]
Nasihat saya, jangan mudah teruja dengan sesuatu keajaiban kaedah berubat seperti ini. Pernah suatu ketika pesakit batu karang ginjal pergi merawat kaedah bedah batin. Batu karang keluar nyata satu persatu dengan penbedahan batin, tanpa pisau. Beliau bawa batu karang itu jumpa saya untuk pengesahan scan. Saya lihat batu itu bukan komponen batu karang pun sebab sama macam batu sungai. 
Scan dibuat, ternyata batu karang beliau masih terlekat dalam ginjal. Seminggu lepas itu saya terima berita pesakit berkenaan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang. Orang kita selalu teruja dengan perkara sembuh segera, murah, ajaib dan mistik. Tanpa melihat logika sains di sebaliknya. Saya tidak akan menuduh Mak Lang amalkan sihir atau mistik. 
Menurut ahli Optometris #MedTweetMY, Amira Nadia, rawatan batu geliga yang digunakan itu sama konsep dengan kaedah LASIK atau Orthokeratology [Gambar Kiri]. Ia satu kaedah perubatan untuk membentuk semula lapisan luar kornea mata supaya imbasan imej yang masuk ke dalam mata terbentuk dengan sempurna. Kaedah ini hanya dilakukan ke atas pesakit yang rabun dekat atau jauh sahaja. Bagi penyakit lain seperti katarak, rosak saraf retina dan seumpamanya, kaedah Lasik atau Ortho-K ini tidak digunakan. 
Mekanisma yang boleh dijelaskan dengan menggunakan BATU GELIGA ini adalah; batu tersebut akan memberi tekanan kepada kornea mata dalam sela masa tertentu. Dengan itu kornea akan dibentuk semula (reshaping) mengikut lengkung acuan permukaan batu geliga [Gambar Kanan].
Konsep yang hampir sama dengan lasik atau Ortho-K tadi. Cumanya kaedah batu geliga Mak Lang hanya bersifat sementara. Lama kelamaan kornea akan kembali ke bentuk cengkung asal, kerana batu itu tidak selama-lamanya di situ sebagaimana Ortho-K. 
Nasihat saya selanjutnya adalah, jauhkan diri dari mengambil kaedah bahaya batu geliga ini. Kornea adalah lembut, nipis dan sensitif. Gosokan secara kasar atau memasukkan bendasing akan merosakkan permukaannya dengan mudah. Sudah berapa banyak kes kecemasan yang kami temui kerosakan ke atas permukaan kornea ini [lihat gambar bawah - kerosakan kepada kornea mata]. Jika ia tidak dirawat sebaiknya, boleh membawa buta mata anda. 
Batu geliga itupun bukannya bersih. Digunakan terhadap beratus-ratus orang yang hadir mendapatkan rawatan. Tiada jaminan jangkitan kuman tidak berlaku. Peratusannya agak tinggi. Pelanggan yang hadir pun tidak disaring, perebakan bakteria, virus hepatitis malah HIV senang berlaku jika tidak menjaga kebersihan ini. 
Jika Mak Lang boleh mendakwa batu geliganya boleh mengubati katarak, rosak saraf mata atau lain-lain, baharulah saya boleh menuduh Mak Lang menggunakan unsur mistik dalam merawat. 
Beringatlah sebelum parah. Doktor mata yang bertauliah masih ramai dan sudi membantu anda. Jangan ambil jalan mudah, segera, ajaib dan mistik! – HARAKAHDAILY 10/10/2017




Sumber HD - 10-10-2017 

Doktor palsu


Rakan-rakan minta saya mengulas isu doktor gigi palsu yang sedang hangat dibincangkan dalam media sosial. Saya jawab; tidak semua isu perlu saya ulas. Sudah cukup rakan-rakan doktor dari #MedicalMythBustersMalaysia dan #MedTweeMY menjuarai isu ini.
Kesalahan dan hukuman telah jelas dijatuhkan dan beliau pun sudah sudah mengaku salah. Bagi saya isu ini selesai di sini. Malah beberapa kes sebelum ini pun selesai tanpa ditularkan pun. Seperti kes pesalah umur 21 tahun yang membuat perkhidmatan braces palsu di sebuah hotel di Terengganu. Beliau didenda RM40,000. Begitu juga seorang lelaki dari Kuantan yang menyamar sebagai doktor palsu. Semua tindakan tertakluk atas akta yang sama. Akta 586 (Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta) memperuntukkan tindakan tegas sehingga mencecah RM300,000 atau 6 tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan menjalankan kegiatan tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa. Setakat rekod yang diketahui setakat ini terdapat 46 kes yang seumpama ini telah diambil tindakan yang sama. 
Setiap pesalah dibenarkan dalam akta untuk membuat rayuan dan jika didenda sejumlah bayaran tertentu, beliau juga mempunyai hak untuk tidak dipenjarakan dengan membayar denda atas budi bicara mahkamah. Inilah undang-undang yang digunapakai oleh kita sejak terbentuknya Akta Amalan Perubatan 1971 lagi. Mana-mana pihak sama ada individu atau organisasi juga mempunyai hak yang sama untuk membantu. Bukan bermakna ingin bersekongkol dengan pesalah tetapi mungkin atas dasar kemanusiaan. Salah tetap salah. Itulah keluasan undang-undang negara kita. Ianya bukan akta politik yang ingin menganiaya sesiapa. Jika bertukar tapuk pemerintah sekalipun, akta ini masih wujud dan akan digunapakai. 
Cuma menjadi kehangatan di pihak netizen apabila kes ini telah diolah oleh pihak-pihak tertentu, cuba menyalahkan pihak berkuasa yang menjalankan tugas membuat tangkapan pada tempoh hari. Seolah-olah beliau teraniaya. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beliau sendiri dan para penyokongnya sudah nampak tiada penyesalan atas kesalahan yang dilakukan. Pihak-pihak yang cuba menolong terpalit sama. Dengan kata lain pesalah tidak memperlihatkan garis keinsafan atas kerja-kerja sebagai doktor palsu itu. Sedang umur masih muda, hidup nampaknya sudah bergaya. Ini memberi satu isyarat bahawa kes-kes sebegini hanya dipandang kecil dan dipermain-mainkan. Sedangkan seberapa ramai yang sudah dan akan menjadi mangsa kepada kegiatan seumpama ini pada masa hadapan. 
Isu ini boleh selesai dengan senang sahaja. Beliau wajib buat kenyataan maaf dan berjanji tidak lagi akan melakukan kegiatan doktor gigi palsu itu lagi. Pengajaran harus diambil dan tindakan tegas perlu dikenakan lagi selepas ini jika masih berterusan. 
Suhazeli Abdullah
fb.com/drsuhazeli
08.10.2017
Ketengah Jaya






































































































































































































Sumber hD -8-10-2017




































































































Bekam

PERNAH satu ketika saya ditanya oleh seorang rakan berkaitan dengan bekam. Antara soalannya adalah:
Adakah doktor yakin bahawa tiada kajian pernah dilakukan terhadap keberkesanan bekam dalam menurunkan gula dalam darah? Atau Dr tidak mengetahui akan kajian demi kajian telah dilaksanakan oleh penyelidik luar negara antaranya Universiti of Western Cape keberkesanan mekam menurunkan paras gula dalam darah, dan penyelidik dalam negara, antaranya kajian oleh penyelidik dr USM keberkesanan bekam terhadap pengurangan risiko penyakit jantung melibatkan individu yang sihat, mereka yang mengalami diabetes dan darah tinggi? 
Jawaban saya: Saya tidak pernah menolak bekam selagi ianya tidak mendatangkan mudarat kepada badan kita. Namun jangan sesekali anggap bekam ini menggantikan rawatan utama. Bekam adalah komplimen bukannya asas untuk berubat. Jika kanser, datang awal ke hospital untuk merawat. Bekam bukan rawatannya. Saya sedih jika ada pesakit dikatakan batuk berpanjangan. Setelah periksa kahak, 3 ekor kuman Tuberkulosis (TB) dalam garis-medan kanta pembesar. Pelbagai alasan diberikan oleh beliau untuk mengelak makan ubat TB. Katanya nak cara alternatif termasuk bekam. Terkedu saya. Lagi tragis dia bacakan hadis Nabi berkaitan habbatussauda dan bekam yang dikatakan sunnah menyuruh berbuat demikian. Kedua-duanya ubat dari zaman Rasul hingga sekarang digunakan mengubat pelbagai jenis penyakit kecuali mati dan tua. Astaghfitullahal'azim, saya rasa beliau mempergunakan sunnah untuk mengelak sahaja. Tapi saya cuba beri hujah balas, namun dituduh saya pula melawan sunnah dan tolak hadis. Dua kali tergamam saya. 
Dua mingu kemudian beliau datang kembali dan menyerah kalah. Ubat dimulakan tanpa membebel. Saya terus merawat beliau tanpa prejudis. Beliau sihat sampai sekarang. Alhamdulillah. 
Saya bawa perbincangan isu ini bersama dengan beberapa orang ustaz dan pensyarah kuliah agama universiti tempatan. Mengucap panjang juga mereka. Mereka semua sependapat: Pemahaman mengenai hadis Rasulullah SAW yang menyarankan agar berbekam tidak boleh difahami serta diamalkan secara literal. Dengan kata lain ia bukan mafhum mukhalafah kepada kaedah merawat semata-mata berbekam sahaja. Tidak dinafikan bekam itu sunnah Rasulullah SAW yang mulia. Sebagaimana hadis menyebut "pengubatan paling utama untuk kalian adalah bekam". Adakah bermakna kita mesti menolak kaedah lain? Sepanjang sirah kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat pun tidak menjadikan bekam itu sebagai sumber utama dalam kaedah merawat. 
Dalam kaedah usul fekah, kita tidak guna pakai kaedah mafhum mukhalafah ini. Bukan bermakna Nabi SAW menyebut pasal bekam, menyebabkan selain dari bekam akan tertolak (ini yang dipanggil mafhum mukhalafah). Kita boleh melihat contoh ulama, arwah Tuan Guru Dr Harun Din, arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ramai lagi. Mereka teramat lebih memahami akan mafhum hadis berkaitan ini. Namun sepanjang hidup mereka tidak pula menjadikan bekam itu sebagai pengubatan paling utama dalam merawat penyakit yang mereka alami. Mereka masih menggunakan perubatan terkini dan moden/alopati dalam berikhtiar berubat. 
Saya juga sedar apa jenis kajian yang dijalankan oleh Prof dari USM itu. Mengenali Prof berkenaan dan mengetahui isu titik bengit yang timbul antara beliau dengan pihak universiti hasil dari aktiviti bekam yang beliau jalankan. Namun tidak perlu pula saya dedahkan keaiban seseorang yang pernah beliau sanjungi sebelum ini. Cukup setakat itu. Saya cukup memuji pelbagai pihak yang sehingga kini cuba membawa bukti secara saintifik kelebihan hijamah atau bekam. InshaAllah suatu hari nanti keputusan secara konklusif akan terjelma jua. Doakanlah. 
Suhazeli Abdullah
fb.com/drsuhazeli
3.10.2017
Bukit Besi - HARAKAHDAILY 3/10/2017










































































































































































































Sumber HD -3-10-2017

Pil ketum Jerman



SAYA kira para penyokong ketum silap perkiraan. Mereka hanya bermimpi di siang hari dan khayal. Kononnya Jerman lebih maju dari negara kita kerana tidak pandai mengeluarkan produk ketum secara pil itu. Kononya juga Malaysia mengamalkan undang-undang terkebelakang kerana mengharamkan metragynine yang terdapat dalam ketum.
Apa yang berlaku, pil itu hanyalah serbuk kisaran ketum yang mungkin diseludup dari negara kita. Cuma bezanya dengan ketum kedai kopi belakang kilang getah kampung xxxx, orang Jerman membuat inovasi memasukkan serbuk ketum itu dalam kapsul gelatin dan bungkus cantik dalam botol. Itu sahaja, tiada nilai tambah pun. Manakala kedai kopi belakang kilang getah itu menggunakan teknik rebus daun. 
Sekali sekala dicampur air rebusan itu dengan ubat gegat dan ubat nyamuk bagi menambahkan khayal.
Dakwaan mereka bahawa kapsul ketum ini boleh mengubati darah tinggi, kencing manis, tingkatkan sistem imun dan pelbagai lagi hanya andaian-andaian. Masih di peringkat hipotesis. Tiada pun lagi kajian klinikal bahawa ketum ini sama tara dengan ubat darah tinggi, ubat kencing manis yang sudah berada di pasaran sekarang ini. 
Saya konsisten dalam mempertahankan bahawa ketum ini tiada manfaat besar kecuali dibuktikan sebaliknya. Ironinya ia menimbulkan ketagihan di kalangan penagih. Lebih sadis, ketum ini menjadi pintu masuk kepada pengedaran dadah-dadah lain yang menjadi musuh utama negara. 
Marilah bersama saya menutup pintu-pintu fitnah itu dalam masyarakat. 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
Sumber HD- 1-10-2017 








































































































Agenda jahat dengan perubatan moden?

SAYA diminta mengulas satu artikel dari blog yang bertajuk AGENDA JAHAT DALAM INDUSTRI PERUBATAN MODEN. Awalnya saya berbincang dengan rakan-rakan, agar tidak perlulah melayan blog picisan tersebut.[1] Tetapi semakin ramai para netizen dan pengguna media sosial lain share. Mereka share demi untuk dapatkan kepastian dari pihak berwibawa, adakah benar tulisan tersebut?
Pendahuluan
Setiap bahan/ubat atau produk yang ingin kita gunakan wajib dipastikan ianya diambil bersumberkan kefahaman yang sahih atau hampir mendekati keyakinan. Allah menjadikan ilmu syariat untuk diikuti, dan ilmu alat untuk dikaji. Di sini terjelmanya syariatullah dan sunnatullah. Sesuatu bahan/ubat atau produk yang diambil sebagai kaedah untuk berubat, jika ianya sahih melalui syariatullah seperti yang terdapat dalam Al Quran dan Hadis, wajib kita patuhi tanpa ingkar. Manakala sesuatu bahan yang tiada dalil, ianya perlu melalui proses kajian agar terbukti secara akal. 
Contohnya air itu hukum akalnya menghilangkan dahaga, api itu hukum akalnya memanaskan, maka terimalah kita bahawa perkara itu termaktub dalam sunnatullah atau ketetapan asbab dan akibat yang telah menjadi peraturan alam. Semunya ini di bawah takluk ilmu Allah jua yang Maha Luas. Jika pucuk jambu (contoh amalan orang tua-tua) boleh mengubati cirit-birit, maka pengalaman orang terdahulu perlu dipadukan dalam bentuk kajian di masa kini bagi membuktikan bahawa pucuk jambu itu boleh mengubati cirit-birit. Tidak salah untuk kita menggunakannya selagi tidak mendatangkan mudarat, dengan syarat ianya lebih mendekatkan kita kepada keyakinan pada sesuatu. 
Namun kajian mendapati ubat cirit-birit bernama hyoscine itu lebih cepat kesembuhannya menghilangkan perut memulas berbanding dengan pucuk jambu. Justeru, apa salah kita menggunakan bahan yang sudah tersedia dikaji kerana ianya telah dibuktikan lebih berkesan? 
Displin Ilmu Perubatan Moden
Jika saya menjawab isu ini sekalipun, pihak yang menentang perubatan moden akan menuduh saya berat sebelah sebab saya lahir dari disiplin perubatan moden itu sendiri. Pun begitu, tulisan mereka itupun juga berat sebelah kerana mengagungkan perubatan herba yang tidak sahih dan tiada bukti. Lebih dari itu, tujuan berkenaan ditulis bagi melariskan jualan produk dengan kaedah memburukkan displin perubatan lain terutamanya perubatan moden. 
Perubatan saintifik kajian yang diistilahkan sebagai perubatan moden bukanlah sesuatu yang terpesong dari disiplin ilmu dalam Islam.[2] Malah Islam sendiri mengiktiraf kaedah perubatan menggunakan bahan-bahan yang disahihkan dari ujikaji (emperikal). 
Lihat sahaja sejarah perkembangan ilmu perubatan di zaman kegemilangan Islam. Nama-nama mashyur seperti Ibnu Al Haitham, Al Khawarizmi, Ibnu Sina dan ramai lagi telah mempelopori kaedah perubatan emperikal ini. Sebagai contohnya Muhammad ibn Zakariyyā al-Rāzī (meninggal dunia 925) adalah pemula kepada penemuan penyakit cacar dan campak sehinggakan beliau digelar pakar imuninologi. Disiplin ilmu perubatan moden ini sebenarnya mengambil asas sebab akibat sesuatu kejadian itu berlaku dan semuanya dicatat hasil dari ujikaji yang dijalankan. Jika bersesuaian dengan ubat bagi penyakit itu, maka ia dikira berjaya dan digunakpakai. Jika sebaliknya para pakar perubatan mencuba lagi dengan kaedah kajian lain sehingga lah kini banyak penemuan demi penemuan baharu dalam dunia perubatan. Justeru, kajian dan pembangunan dalam bidang ini sudah tentu memerlukan dana yang banyak. Ianya bukan dibancuh belakang rumah dan terus mendakwa bagai. Tidak hairanlah jika dunia habis bertrilion ringgit bagi membangunkan disiplin perubatan melalui ujikaji dan pengurusan pesakit ini. 
Kita sebenarnya tidak terikat dengan permainan istilah sama ada sembuh (cure) atau rawat (treat). Kesemua kaedah yang digunakan adalah untuk memberi manfaat kesihatan kepada pesakit. Ia bergantung kepada jenis penyakit, kaedah perebakan, dan bagaimana pengurusan secara individu. Jika ada yang mendakwa kencing manis boleh disembuhkan dengan ubatan herba, sila buktikan! Bagi ilmu perubatan moden, kencing manis adalah sejenis penyakit kronik dan progresif (keterukan berdasarkan tahap sakit dalam garis-masa). Merawat kencing manis adalah dengan mengawal kandungan gula dalam badan. Malah merawatnya juga perlu menjangkaui paras gula: kandungan kolesterol, fungsi jantung, fungsi buah pinggang dan pelbagai lagi perlu diambil kira bagi perawatan optimum dan elakkan komplikasi. Bukan semudah yang disangkakan. 
Bukan hanya cukup sekali bacaan gula di pagi yang tenang! Pemantauan perlu sepanjang hayat. Adakah ini dikira sebagai memaksa pesakit untuk terikat dengan perubatan moden? 
Memang benar terdapat penyakit yang hanya boleh dikawal, bukan disembuhkan pada masa ini. Ilmu yang luas ini perlu dikaji lagi, kemungkinan melalui kajian, penyumbuhan akan terjelma dalam merawat penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan seumpamanya. Ini bermakna kajian demi kajian dari pengkaji perlu diteruskan. 
Antibiotik dan Kemoterapi
Dua ubatan ini selalu dikambinghitamkan oleh orang yang paranoid dengan perubatan moden. Hujah mereka pun lemah dan tidak mengerti apa itu fungsi antibiotik dan kemoterapi. Hatta mereka cuba mengaitkan antibiotik dengan kanser. Ke laut terus hujahnya! Kemudian cuba mempromosi herba seperti bawang putih yang kononnya didakwa sebagai antibiotik! Sadis jika ramai yang mempercayainya. Seingat saya, bawang sedap jadi rempah dalam tomyam, tak nafikan. 
Kajian ke atas bawang merah dan bawang putih boleh merawat kanser, kencing manis dan sebagainya lagi pernah dilakukan.[3] Pengkaji dari China menemui secara ujikaji makmal, bawang membantu merencat sel kanser (tetapi terdapat limitasi penggunaanya), tetapi kajian dari US sebaliknya. Malah bawang boleh membawa risiko kanser dalam jumlah tertentu. Begitu juga dengan rawatan lain oleh bawang. Kajian tidak konklusif sama ada ianya sama taraf dengan antibiotik atau ubat kencing manis perubatan moden.[4] Kita lihat sahaja, mana ada hospital seluruh dunia memasukkan cairan bawang putih secara intravena sebagai gantian antibiotik? Tak masuk akal. 
Konspirasi Vaksin dan GcMaf
Saya telah memberikan jawapan ini dalam beberapa penulisan saya.[5] Pendek kata penulis artikel berkenaan hanya membawa teori karut. Akhirnya merugikan ummat sendiri. 
Saya petik tulisan dari Pakar Perubatan: "Ubat anti kanser GcMaf yang disebut dalam artikel ini masih di peringkat kajian pre-klinikal (ujikaji haiwan dlm makmal, tidak dibuktikan lagi atas manusia)" 
~Dr Hjh Sinari Salleh, Haematologist HRPZII 
Akhir sekali tulisan berkenaan menyalahkan doktor perubatan moden sebagai doktor jahat. Kesian sungguh saya baca tulisan yang penuh dengan prejudis dan paranoid sedemikian. Seolah-olah seluruh doktor moden ini sudah tiada nilai dan etika kedoktoran yang dipegang. Yang betul adalah mereka sahaja. 
Bagi saya, tidak akan menafikan mana-mana disiplin perubatan atas muka bumi ini. Cumanya bawakan bukti atas setiap dakwaan bahawa kaedah berubat itu berkesan, selamat dan berkualiti. Jika tiada, minta tolong diam aje la... 
Semoga bermanfaat 
Dr Suhazeli Abdullah
insan dhaif 
#MedTweetMY
#MedicalMythBustersMalaysia
Pertanyaan lanjut: Fb.com/drsuhazeli
Banyak lagi artikel di www.suhazeli.com
8.10.2016 
Kuala Berang 
Link rujukan
[1] Artikel Agenda Jahat dalam Industri Perubatan Moden. http://bumiyangtercinta2.blogspot.my/2016/04/agenda-hitam-di-sebalik-industri.html?m=1
[2] Perubatan Moden dalam Islam. http://dribnusina.blogspot.my/2016/03/perubatan-islam-dari-pandangan-pengamal.html?m=1
[3] Bawang ubat kencing manis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9354029
[4] Bawang ubat kanser. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17093154
[5] Vaksin melemahkan bayi? http://suhazeli.com/wp/?p=1187
Sumber HD - 27-9-2017 











































































































Rendaman ais rawat minor strok?



KUMPULAN kami hangat membincangkan isu rendaman ais bagi merawat minor strok sepertimana dilaporkan dalam sebuah akhbar tersohor. Para pakar dalam kumpulan kami terkejut, bagaimana sebuah akhbar perdana seperti itu kongsi petua yang tidak mendatangkan faedah perubatan itu. Rupanya artikel berkenaan disalin tampal dari blog lain.
Minor Strok atau Serangan Iskemia Sementara (Transient Ischaemic Attack) adalah berlaku apabila jumlah darah ke bahagian otak terbantut. Sama ada ianya akibat dari penyumbatan saluran darah atau perdarahan. Majoritinya adalah pengaliran darah tersekat. Ianya dinamakan sebagai minor kerana peratus penyumbatan itu sedikit atau berlaku seketika. Sel-sel otak masih lagi berfungsi dengan baik dan saraf hujung seperti kebas-kebas dan lembik hanya berlaku sementara. Selebihnya pesakit akan kembali normal dalam tempoh tertentu. Majoriti dari mereka hidup sihat semula. Kajian menunjukkan hanya 32% antara mereka meninggal dunia dalam tempoh 10 tahun. Manakala 14% dari mereka akan mengalami major stroke dalam tempoh 10 tahun.[1] 
Maknanya, minor strok ini terkhusus berpunca dari dalam otak manusia, bukannya kaki. Kebas dan kaki tidak bermaya itu adalah manifestasi kepada kecederaan yang berlaku di otak. Sama ada kaki direndam ais atau dibenamkan dalam pasir pantai atau seumpamanya, ia bukan rawatan berfaedah dan tidak perlu dianjurkan. Mungkin bagi sesetengah pesakit akan merasai selesa dengan rendaman, tetapi ianya bukan rawatan semasa akut mahupun rawatan secara berpanjangan. Rugi pulak ais tersebut diletakkan di kaki. 
Terdapat kajian yang belum konklusif menggunakan selimut sejuk, pek ais atau air sejuk ke saluran darah digunakan bagi melindung saraf dari terus tercedera dalam kes serangan iskemia jantung dan strok, tetapi rawatan ini masih lagi dalam pengkajian.[2] Kaedah ini bukan lagi suatu perawatan umum yang boleh dijadikan standard khusus pada masa kini. 
Nasihat kami, apabila diserang strok, silalah dapatkan bantuan segera di hospital. Jangan lengahkan waktu kecemasan itu dengan merendam kaki dalam ais. Sesetengah hospital dalam negara kita mempunyai pasukan khas strok (Stroke Team) bagi bertindak segera merawat pesakit yang diserang strok. Jumlah morbiditi dan mortaliti dapat dikurangkan jika rawatan diberikan seawal 4 jam pertama. 
Kami menyeru mana-mana penulis rencana yang tiada asas perubatan untuk merujuk dahulu ketepatan fakta sebelum disiarkan kepada masyarakat umum. Elakkan kekeliruan sebegini berlegar dalam kalangan kita. 
#MedTweetMY dan #MedicalMythBustersMalaysia sedia membantu. 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
26.9.2017
Jerangau
Pautan
[1] Long Term Prognosis Minor Stroke. http://stroke.ahajournals.org/content/29/1/126
[2] Therapeutic Hypotermia in Stroke. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2748785/
Sumber HD- 26-9-2017 













































































































Arsenik udang dan vitamin C

MINGGU ini berlegar cerita seorang pesakit yang maut akibat memakan udang bersama dengan suplimen vitamin C. Katanya kejadian itu telah disahkan oleh seorang profesor sekolah perubatan. Konklusi yang mereka buat adalah jangan sesekali campurkan serentak makanan laut seperti udang dengan vitamin C. 

Kononnya arsenik yang terdapat dalam udang akan terurai menjadi racun merbahaya sehingga membolehkan mangsa berdarah melalui mulut, hidung dan telinga apabila dicampurkan dengan vitamin C.
Sungguh menakutkan. Saya naik risau sebab saya suka sangat makan udang bakar yang diperah limau nipis yang tinggi zat vitamin C itu. Jawapan ringkas yang boleh saya nyatakan adalah, tulisan berkenaan tidak benar sama sekali. Biasanya tulisan tular sebegini akan memberi maklumat yang tragis seperti kematian mengejut, ngeri dan doktor terperanjat dengan penemuan itu. Sedangkan jika kita perhatikan kaedah pemberitaan yang benar, sudah tentu wajib dinyatakan di mana kejadian itu berlaku, tahun bila dan siapa yang terlibat. Kematian yang di luar kebiasaan ini sepatutnya akan tersiar dalam saluran media yang berwibawa. Namun cerita mautnya wanita tersebut di pagi hari setelah makan malam bermenu udang dan pengamal suplimen vitamin C itu hanya berlegar di dunia maya tanpa kesahihan. 
Tulisan berkenaan telah melebar dalam sebaran email sejak dari tahun 2001 lagi. Versi Bahasa Inggeris, kemudian dialih Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu. Sejak wujudnya dunia wasap dan telegram, versi yang sama disalin-tampal oleh para netizen tanpa usul periksa implikasi dari sebaran tersebut. 
Haiwan laut seperti udang mempunyai arsenik organik (semulajadi), tidak dinafikan. Tetapi kandungannya adalah sedikit antara <1 hingga 100mg/kg. Ikan air tawar juga mengandungi arsenik organik ini, kurang dari 1mg/kg.[1] Arsenik tersebut tidak menimbulkan bahaya kepada manusia kerana kita makan udang dalam jumlah terhad, bukannya sekali makan berlori-lori. 
Perlu diketahui juga, keracunan arsenik dari logam yang makanan tercemar mempunyai tanda berbeza dengan kes penceritaan di atas. Tanda-tanda keracunan arsenik mengambil masa yang lama, bukannya akut. Tandanya seperti pening, keliru, cirit-birit dan berpinar-pinar. Ianya bukan penyebab kepada perdarahan atau salur darah tersumbat. Dalam jangka waktu yang agak lama, seseorang yang mengalami keracunan arsenik boleh dilihat melalui kukunya bergaris putih, rambut gugur dan sawan. 
Kehadiran vitamin C yang banyak boleh mengurai arsenik organik kepada pentaoksida kepada trioksida. Akan tetapi ianya perlu dalam jumlah berkilo-kilo vitamin C dan berkilo-kilo udang yang boleh mendatangkan kesan bahaya kepada tubuh. Adakah kita makan sedemikian? Mentekedarah namanya! 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
15.9.2017
Kuala Nerus 
Pautan
[1] Lau et al., 1987; Friberg et al., 1986; WHO, 1981; Ministry of Agriculture, Fisheries and Food, 1982; Dabeka et al. Online. 
http://www.inchem.org/documents/ehc/ehc/ehc224.htm
Sumber HD - 15-9-2017 















































































































Tiga waktu dilarang mandi?


DISEBARKAN satu tulisan melarang mandi pada tiga waktu tertentu. Kononnya mandi selepas Asar, selepas Maghrib dan selepas Isyak akan menyebabkan penyakit tertentu. Mungkin ianya pengalaman yang berlaku kepada sesetengah orang, tetapi secara umumnya larangan tersebut tidak tepat dari sudut kesihatan.
Berikut adalah ulasan saya berkaitan dengan larangan mandi ini. 
30 minit setelah solat Asar
Darah badan kita senantiasa panas dengan julat suhu 36.5 hingga 37.5 celcius, sesuai dengan spesies manusia sejenis mamalia yang berdarah panas. Jika kita mandi sekalipun, darah kita tidak akan berubah samaada sejuk atau terlalu panas. Keseimbangan akan tetap terjamin. Mandi tidak pada ketika ini dibolehkan dan tiada kesan kesihatan. Penat dan lelah secara lumrahnya boleh berlaku setelah kita bekerja sepanjang hari, tiada kaitan pun dengan mandi. 
Setelah Maghrib
Jantung manusia bekerja sepanjang waktu, tidak mengenal penat dan lelah. Bagi orang yang normal degupannya berdetak antara 60-110 kali seminit. Tiada istilah jantung lemah kecuali orang yang diserang penyakit jantung lemah. Tiada kajian pun mengaitkan mandi selepas Maghrib atau mandi malam menyebabkan paru-paru berair. Mitos mandi malam penyebab paru-paru berair ini selalu disebarkan dalam masyarakat kita. Zaman dahulu, orang tua-tua melarang mandi malam kerana kesusahan untuk ke perigi yang berada di luar rumah. Elektrik pun tiada dan gelap malam yang menyusahkan untuk bergerak. Sekarang zaman sudah berubah. 
Selepas Isyak
Jika jantung kita terhenti, pengsanlah kita atau tanda kematian. Tidak sesekali jantung kita akan istirehat atau berhenti melakukan tugasnya mengepam darah ke seluruh tubuh. Mandi selepas Isyak tidak mendatangkan mudarat kepada badan ataupun jantung berair. Malah mandi di awal pagi bukannya teknik untuk cas semula jantung. Allah jadikan jantung kita sesuatu yang unik, tidak perlu dicas atau diletakkan bateri kecuali penyakit tertentu seperti rithma jantung tidak menentu (cardiac arrytmia) yang memerlukan pacemaker. 
Semoga dengan penjelasan ini boleh menghilangkan kerunsingan anda untuk terus membersihkan badan, seterusnya melakukan ibadah dengan sempurna. 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
KLIA 
9.9.2017 - HARAKAHDAILY 9/9/2017
Sumber HD - 9-9-2017 




















































































































Bawang putih ganti angioplasti?

SEKALI baca tulisan yang menyebut bawang putih berkhasiat sehingga boleh menggantikan angioplasti, membuatkan saya terkejut. Mana mungkin bawang putih seperti ini boleh menggantikan rawatan angioplasti yang sudah digunakan di seluruh hospital yang merawat sakit jantung? Saya lagi terkejut jika ada orang yang percaya dengan petua sebegini. Mereka beralasan, bahawa sebelum penemuan teknologi angioplasti, bawang putihlah penyelamat. Jika demikian, kenapa rawatan angioplasti diwujudkan? Jika hanya bawang putih berkuasa ajaib menyembuhkan rawatan jantung tersumbat?
dr suhazeliSerangan jantung adalah penyakit tertinggi penyebab kematian. Satu daripada 4 orang dewasa mempunyai risiko serangan jantung. Sejenis penyakit yang digeruni. Malah serangan jantung ini adalah antara penyebab utama berlakunya kematian dalam negara kita. Puncanya adalah gaya hidup yang tidak sihat. Di mana kebanyakan pesakit yang mengalami serangan jantung ini adalah perokok, gemuk, tidak bersenam, mempunyai sakit darah tinggi dan kencing manis. Serangan jantung ini akibat dari kekurangan pengaliran darah ke dinding jantung itu sendiri. Pengaliran darah ke jantung secara umumnya terbahagi kepada 3 saluran utama. Jika mana-mana saluran ini tersumbat, jantung akan mengalami kesakitan. Semasa serangan jantung berlaku, doktor akan berusaha merawat agar darah berjalan lancar sama ada memberikan ubat pencair darah atau pembedahan membuka saluran tersumbat tadi. Jika saluran darah tersumbat itu serius, angioplasti wajib dilakukan atau pembedahan pintasan jantung (bypass) akan dilakukan. Di negara kita hanya hospital tertentu sahaja seperti IJN yang melakukan pembedahan pintasan jantung ini. Sehingga kini IJN yang dibina sejak 1992 itu telah merawat pelbagai jenis penyakit jantung melebihi 3.7 juta kes. 
Bawang putih, suatu sayuran yang banyak khasiat terutama semasa memasak.[1] Tetapi ianya bukan rawatan utama bagi membuang sumbatan jantung.[2] Amat tidak kena jika menggantikan keputusan melakukan angioplasti atau pembedahan pintasan jantung semata-mata ingin mendapatkan khasiat bawang putih yang tidak terbukti. Sesuatu yang malang jika terdapat pesakit yang mempercayai khasiat bawang putih yang disebarkan itu. Jika mahu makan berlori pun bawang putih itu, silakan. Tetapi jangan sesekali lari dari realiti rawatan moden yang sudah tersedia maklum keberkesanannya. 
Menyedihkan juga artikel tersebut disandarkan atas nama ustaz. Orang yang paling dihormati dalam strata penganut Islam. Entah benar atau tidak ustaz berkata demikian. Saya lihat fenomena menyandarkan sebaran sebegini atas nama tokoh tertentu boleh meruntuhkan institusi agama Islam itu sendiri. Mana mungkin Islam yang bersifat dinamik ini mempercayai fakta salah yang bertentangan dengan sains. Sedangkan Islam itu bersifat fakta tepat dan sains. 
Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli 
5.9.2017
Kaherah, Mesir
Pautan
[1] Kisah Bawang dan kesihatan. http://suhazeli.com/wp/?p=2102
[2] Bawang putih, cuka epal rawat jantung? http://suhazeli.com/wp/?p=2226
Sumber HD - 6-9-2017 

















































































































Makjun resepi rahsia











PERNAH saya berbincang dengan Ketua Penolong Pengarah Farmasi Bahagian Penguatkuasaan berkait dengan ramuan ubat tradisional. Adakah perlu didaftarkan atau tidak. Jawab beliau, apa sahaja ramuan yang mencampurkan bahan-bahan bagi tujuan rawatan, ubatan, atau seumpamanya perlu didaftarkan. Hatta campuran telur dengan madu sekalipun. Jika untuk makan atau kegunaan sendiri, tiada masalah. Tetapi jika dijual, diedarkan walaupun free bagi perawatan, perlu disahihkan dahulu keselamatannya. 
Encik Mohd Dziehan Mustapa, seorang ahli farmasi KKM juga pernah menulis isu yang sama. Berikut saya titipkan tulisan beliau. 
"Ada orang cakap tak perlu masuk kilang kalau nak buat produk... 
"Majun ini masak cara tradisional, tidak perlu masuk kilang. Cara masak seperti kacau dodol." 
Betul ke kenyataan ini? 
Jawapan:
Salah kenyataan ini. Semua produk ubat termasuk ubat tradisional, ubat am, suplimen dan kosmetik perlu dikilangkan di premis yang mempunyai status GMP/APB
GMP: Good Manufacturing Practice
APB: Amalan Pengilang Baik (BM)
Mengapa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menguatkuasakan peraturan perlu dikilangkan di kilang yang ada status GMP ini? 
1. Keperluan seperti dalam Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 (Control of Drug & Cosmetic Regulation 1984) 
2. Memastikan produk yang dikeluarkan itu berkualiti dan bersih.
Bukan itu sahaja, pihak JAKIM kalau nak bagi pensijilan "Halal Jakim" bagi produk ubat tradisional, suplimen dan kosmetik, salah satu keperluan yang disemak adalah perlu berdaftar dengan KKM. Dalam erti kata lain perlu dikilangkan di kilang berstatus GMP. 
Sesuatu yang HALAL itu perlu juga dijamin "BERSIH & SUCI"
Bersama-sama posting saya ini saya sertakan contoh gambar-gambar keadaan kilang membuat produk ubat yang tidak berstatus GMP untuk netizen nilaikan sendiri.
Masak kat rumah untuk buat majun, hmmmm...entahlah. speechless, tak tahu nak cakap apa lagi dengan pengusaha produk di Malaysia. 
Wahai masyarakat Malaysia, KKM buat semua peraturan ini bertujuan menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat dalam negara ini. KKM bukan sebuah kementerian yang ditubuhkan untuk mencari sumber kewangan bagi kerajaan sepert LHDN atau KASTAM. 
Saya seru agar para netizen semua bersama-sama KKM untuk menolak produk-produk yang diusahakan oleh pengusaha yang tak ikut peraturan dan tidak beretika ini. 
Laporkan sebarang aduan berkaitan ubat-ubatan termasuk ubat tradisional, suplimen dan kosmetik yang melanggar peraturan, mencurigakan dan diiklankan dengan tuntutan yang melampau di saluran berikut: 
http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do 
Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan pula, boleh hubungi Pusat Panggil Farmasi Kebangsaan di talian 1 800 88 6722 (Isnin-Jumaat 8 am-5 pm). 
Lebih menyedihkan juga jika pengedar makjun rahsia itu terdiri dari orang yang berpelajaran tinggi. Adakah mereka tidak menilai tahap kebersihan, tahap keberkesaan dan keselamatan sesuatu produk? Saya dapat maklumat doktor pun terlibat dalam pengedaran majun jenis rahsia resepinya ini. "I cannot brain this!" Ke mana perginya ilmu asas pembuktian (evidence based medicine) dalam kaedah berubat? Adakah dek kerana masuk fulus mereka lupakan ilmu asas ini? 
Insaflah. 
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Fb.com/drsuhazeli
2.9.2017
Rabak, Sudan 














Sumber HD - 3-9-2017 

















































































































Kepak ayam cucuk vaksin











"DOKTOR, ada orang duk sebar makan chicken wing dan tengkuknya bahaya. Kata depa, boleh menyebabkan kanser dan sista kepada wanita," tanya seorang pesakit semasa sesi klinik. 
"Apasal pulak, kak? Jika tak mboh kepak ayam tu, bawa mari ssini lah, saya nak makan. Ruginya rezeki Allah beri..." jawabku ringkas. 
"Depa kata ayam leni semua cucuk hormon dan cucuk vaksin. Sebab tu ayam-ayam gemuk montel dan dipelihara sebulan lebih sahaja, beza dengan ayam kampung dan ayam organik." Jelasnya panjang lebar sambil baca tulisan tular melalui wasap.
Isu ayam cucuk hormon atau vaksin seperti ini tular sejak 1999 lagi. Tidak diketahui punca sebenar tularan dibuat. Antara tulisan yang disebarkan adalah nasihat dari seorang 
Jururawat senior dari London bernama Mr Khalid Javed Alkhaili. Nasihat beliau berdasarkan pengalaman doktor yang merawat seorang perempuan yang mengalami penyakit sista (ovarian cyst). Kononnya penyakit sista perempuan tersebut berpunca dari terlalu banyak memakan kepak dan tengkuk ayam. Kepak dan tengkuk ayam dikatakan adalah tempat tusukan jarum bagi hormon steroid. Hormon inilah yang menyebabkan sista, mahupun boleh penyebab masalah kepada wanita. 
Maklumat yang saya perolehi, ayam-ayam semua tidak pun dicucuk hormon, ataupun vaksin. Malah ianya melanggar Akta Makanan 1983 dan Akta Akta Makanan Haiwan 2009. Begitu juga Badan Berkuasa Kawalan Makanan dan Dadah (FDA) melarang penggunaan hormon ke atas ayam ternakan sejak 1960 lagi. 
Teknologi penternakan hari ini menyaksikan ayam diternak dalam tempoh masa yang singkat, iaitu dalam tempoh 40-45 hari. Apa yang menyebabkan ianya cepat membesar ialah jenis makanan yang diberikan. Terdapat dua jenis makanan yang diberikan kepada ayam iaitu makanan permulaan (starter) bagi ayam yang berumur 1-21 hari dan makanan penggemukan atau pertumbuhan (grower) pada umur 15-39 hari. Jika pasaran memerlukan ayam bersaiz besar maka makanan penghabisan (finisher) perlu diberikan ketika umur 40 hari hingga dijual. 
Makanan diberi tanpa had (ad libitum) atau tidak dicatu. Makanan ayam tersebut mengandungi protein yang tinggi. Selalunya dari sumber soya yang kaya dengan asid amino.[1] 
Ayam pedaging di Malaysia adalah majoriti daripada baka ayam Ross atau Cobb. Ia adalah baka ayam pedaging berasal daripada Amerika Syarikat dengan kebolehan tumbesaran yang pantas.[2] Adalah tidak benar tuduhan yang mangatakan ayam-ayam dicucuk hormon untuk menggemukkan mereka dalam tempoh yang singkat. 
Ayam-ayam dicucuk hormon atau vaksin adalah fitnah dan keterlaluan. Cuba bayangkan satu reban ayam sebanyak 15,000 hingga 20,000 ekor ayam. Lenguh tangan tauke dan pekerja reban ayam nak cucuk vaksin dan hormon tu. Jika 10 reban, pendeknya lelah berjelirlah semua pekerja nak 'kerjun' ayam-ayam tersebut. 
Ayam-ayam pedaging sememangnya diberi vaksin. Tetapi bukan dengan kaedah cucuk seperti manusia. Ayam-ayam ternakan di dalam reban yang banyak itu diberi vaksin melalui campuran makanan dan air. Bagi kes-kes khas vaksin diberikan melalui titisan ke dalam mata atau mulut ayam.[3] Kemudian, geng antivaksin akan pertikai, vaksin tu halal ke haram? Di sini tidak timbul sama ada vaksin haram atau halal. Makanan atau bahan yang masuk ke dalam badan ayam dimaafkan dari sudut hukum. Andai makanan haram sekalipun, ayam-ayam tersebut dari segi hukumnya adalah binatang jalallah. Ibarat contoh, ayam kampung yang makan tahi, dan kita memakan ayam tersebut. Kita bukan makan tahi tetapi memakan daging ayamnya yang enak sehingga menjilat jari.
Kejadian kanser terhadap manusia bukan akibat makan ayam pedaging. Punca kanser adalah pelbagai. Merokok adalah satu-satunya punca jelas penyebab kanser. Jauhilah rokok bukannya ayam. 
Dr Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
26.8.17
Kuantan 
Pautan
[1] Akta Haiwan.
http://www.fao.org/docrep/013/al705e/al705e00.pdf
[2] Strain Ayam Broiler.
https://www.pertanianku.com/strain-ayam-broiler/
[3] Vaksin Ayam. https://www.merckvetmanual.com/poultry/nutrition-and-management-poultry/vaccination-programs-in-poultry\
Sumber HD - 26-8-2017

















































































































Tiada Penyakit Dalam Perubatan Moden Berkait Gerhana

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Senusantara berbincang dalam media sosial pagi tadi mengenai gerhana matahari. Pelbagai reaksi timbul. Sebahagiannnya tak kisah apa berlaku.

Terdapat juga yang terlebih “excited” mengenai fenomena gerhana matahari pertama diabad 21.
Apa pun, ini adalah kejadian Tuhan yang Maha mentadbir seluruh makhlukNya di semesta alam. Gunanya kepada kita adalah untuk berfikir seterusnya memuji kehebatan Nya jua.

Segelintir dari kita mempercayai beberapa petua apabila berlakunya gerhana. Antaranya:
i. Tidak boleh memasak semasa gerhana kerana kononnya akan menyebab penyakit pelik dari masakan tersebut.

ii. Semua jendela dan pintu di tutup dengan kertas kerana percayai cahaya gerhana merosakkan kulit dan kesan kesihatan.

iii. Wanita hamil dilarang keluar rumah kerana percaya bayi dalam kandungan menjadi cacat atau kulit keluar tanda-lahir (birthmark).

Kepercayaan berkenaan tiada asas. Dalam perubatan pun tiada laporan kejadian yang dikaitkan seperti itu.

Malah mempercayainya kemungkinan menjadi syirik kerana sesuatu kejadian seperti gerhana ini tidak akan mendatangkan sial, pun sebaliknya.

Cuma mata kita akan terkesan jika kita melihat secara terus matahari samada semasa gerhana ataupun tidak. Dinasihatkan melihatnya menggunakan kaca mata hitam atau alat khas.

Summber BO - 23-8-2017

















































































































Tidur dan permasalahannya












Soalan
Kategori: Kesihatan
Macam mana kita nak mengatasi mengantuk yang melampau di waktu siang menyebabkan hilang tumpuan kerja...mengantuk tidak kira masa...mohon penjelasan dari sahabat...jazakallah khairan kathira. 
Jawapan:
1. Tidur adalah satu keperluan dalam kehidupan. Manusia menghabiskan satu pertiga kehidupan untuk tidur [1]. Badan memerlukan kerehatan setelah berpenat sepanjang hari. Kajian menunjukkan jumlah tidur malam 5-7 jam sudah mencukupi bagi menyegarkan badan pada siang hari [2]. Jumlah kecukupan tidur bagi setiap individu berbeza-beza bergantung kepada metabolisma badan masing-masing. Secara urufnya, jika tidur mencukupi, badan kita akan segar apabila bangun pagi. Tidur yang tidak mencukupi, akan mengganggu sifat, perangai dan fizikal seseorang. 
2. Punca tidur tidak mencukupi disebabkan beberapa faktor:
(i) Makan ubatan yang anti tidur, makanan yang berkefein (kopi)
(ii) Terlalu menumpu kepada gajet seperti komputer game, telefon pintar sehingga menjadi ketagihan.
(iii) Suasana bilik tidur yang tidak kondusif seperti bising, panas atau bau yang tidak menyenangkan.
(iv) Beberapa penyakit perubatan yang mengganggu fizikal. 
3. Apabila dilihat kita selalu mengantuk semasa siang hari, siasat beberapa perkara:
(i) Adakah anda gemuk dan tidur berdengkur? Kemungkinan mempunyai masalah "Obstructive Sleep Apnea" - pernafasan berhenti seketika semasa tidur menyebabkan anda kerap terbangun tanpa sedar untuk dapatkan udara. OSA ini telah dibuktikan mempunyai kaitan dengan risiko sakit jantung [3]. 
(ii) Kaki selalu kejang dan menyentak (twitching)? Kemungkinan anda mengalami Restless Leg Syndrome - kaki tidak rehat semasa tidur, bergerak ke sana-sini. Ianya boleh mengganggu tidur yang berkualiti tanpa kita sedari. Ia juga mungkin berkait rapat dengan penyakit buah pinggang, kencing manis dan penyakit saraf. (Pengesahan dan pemeriksaan doktor amat diperlukan). Minum kopi sebelum tidur boleh menyebabkan RLS ini semakin serius. [4]
(iii) Terdapat kajian juga mengaitkan Vitamin D boleh menyebabkan gangguan semasa tidur. Sila lihat rujukan ini [5]. 
4. Tidur sebentar semasa siang hari juga telah menjadi hasilan kajian para pengkaji yang mengaitkan kesan kesihatan. Rasulullah SAW melazimi qailulah, iaitu tidur seketika sama ada sebelum atau selepas zuhur. Kajian mendapati sesiapa yang tidur sebentar kurang dari 30 minit boleh mengurangkan kematian akibat serang jantung [6]. Tetapi kajian lain pula menyatakan jika tidur melebihi 30 minit boleh menyebabkan penyakit kencing manis![7]. 
"Ilmu Allah itu luas, penerangan ringkas ini tidak mencukupi kerana isu tidur dan permasalahannya terlalu banyak dibincangkan sehinggakan ada persatuan masalah tidur ditubuhkan dalam banyak negara." 
Link Rujukan
[1]  Colten HR, Altevogt BM. Sleep Disorders and Sleep Deprivation: An Unmet Public Health Problem. Online http://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK19956/.
[2] M Suzanne Stevens. Normal Sleep, Sleep Physiology, and Sleep Deprivation. Online http://emedicine.medscape.com/article/1188226-overview.
[3] Sleep Apnea -a Overview and Facts. Online http://www.sleepeducation.org/essentials-in-sleep/sleep-apnea/overview-facts
[4] SDA Facts Sheet.  Restless Legs and PLMS. Online https://www.sleepoz.org.au/images/FactSheets/AT07-Restless_Legs_and_PLMS.pdf.
[5] Vitamin D Deficiency Could Explain Your Restless Nights and Broken Sleep. Online http://bodyecology.com/articles/vitamin-d-deficiency-could-explain-your-restless-nights-and-broken-sleep
[6] Darul Ifta. Online http://islamqa.org/hanafi/darulifta-deoband/24332
Naska A1, Oikonomou E, Trichopoulou A, Psaltopoulou T, Trichopoulos D. Siesta in healthy adults and coronary mortality in the general population. Online http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed?cmd=Retrieve&dopt=AbstractPlus&list_uids=17296887.
[7] Webmd. Daytime Sleepiness, Long Naps Tied to Heart Risks. http://www.webmd.com/sleep-disorders/news/20160324/daytime-sleepiness-long-naps-linked-to-heart-risks-study.
Dr Suhazeli Abdullah
Kuala Terengganu
Sumber HD - 22-9-8-2017 




























































































































Kuasa bromlin dalam empulur nenas











TERDAPAT dakwaan yang disandarkan kepada tokoh tertentu bahawa Bromolein atau Bromlin yang terdapat dalam empulur nenas boleh merawat kanser. Malah kuasa penyembuhannya 10,000 kali lebih kuat dari kaedah perubatan moden kimoterapi. 
Mesej tular seperti ini telah berlegar di dunia internet sejak sekian lama. Tiada siapa memperbetulkan fakta yang tidak tepat itu. Tujuan penyebaran pun tidak diketahui. Secara realitinya kita semua yakin bahawa empulur nenas yang kononnya mengandungi bromlin itu TIDAK mempunyai kuasa penyembuh kanser. Tiada catatan pun dalam buku perubatan berwibawa bahawa bromlin ini digunakan sebagai ubat kanser (anti-kanser). Pengidap kanser meningkat setiap tahun, nenas beribu-ribu biji pun sudah terlaris jualannya, tetapi kematian pengidap kanser menjengah juga. Ramai pesakit yang survive apabila diberikan kimoterapi. 
Melalui carian saya Dr Soelihanto, ahli bedah Batam itu tidak wujud. Terdapat nama yang sama dalam carian google tetapi bukannya berpangkalan di Batam, Indonesia. Jika sekiranya doktor bedah ini tersohor sudah tentu carian google cepat menjejakinya. Memang banyak dapatan yang kita perolehi atas nama Dr Soelihanto ini, tetapi semuanya tulisan copy & paste dari artikel yang saya sebutkan di atas. Ayat sebijik, sama. 
Nenas adalah anti oksidan, bukan antikanser. Fungsi anti oksidan tidak sama dengan anti kanser. Anti oksidan boleh mencegah berlaku pembebasan radikal dalam tubuh kita. Secara teorinya radikal bebas yang terkumpul banyak boleh mengakibatkan kanser. Akan tetapi punca kanser bukan semata-mata radikal bebas. Banyak faktor lain yang mempengaruhinya. Tidak tepat jika beranggapan anti oksidan itu sebagai anti kanser. Umpamanya tidak tepat kita beranggapan memakan ayam itu seperti memakan tahi. 
Ayam makan TAHI --> kita makan AYAM. Adakah KITA dianggap makan tahi? 
Membandingkan dos Bromlin dengan antibiotik juga tidak tepat. Antibiotiks bukan anti kanser, tetapi anti bakteria. Sudah tentu dos antibiotik tidak boleh disamakan dengan dos antikanser. Cara tindak balas kedua-duanya pun berbeza. Antibiotik itu pembunuh kuman, manakala anti kanser pembunuh sel kanser. 
Artikel berkenaan juga menuduh industri nenas yang mengandungi bromlin itu sengaja dibenamkan oleh industri ubat. Saya lihat tiada siapa ingin membenamkan sesiapa pun. Industri pertanian termasuk penjualan nenas tetap berkembang dalam negara kita tanpa sekatan pun, malah kerajaan mengiktiraf pertanian nenas ini dengan menamakan satu tempat khusus; Pekan Nenas. Industri ubat tidak tergugat pun dengan penjualan nenas. Apa nak dikisahkan dengan buah nenas yang tidak terbukti keberkesanan merawat kanser? Ianya hanya sejenis makanan yang sedap, pembasuh mulut selepas makan tengah hari atau penyelera dalam rojak buah. Doktor perubatan tidak pernah melarang memakan nenas ini, malah lantaklah siapa nak makan nenas berpuluh-puluh biji pun, tapi ingat cirit nanti. 
Ayat *Bromlin nenas lebih kuat 10000 kali dari kemoterapi* itu sudah jelas nampak ayat klise yang menipu. Diperhatikan apabila melibatkan ubatan herba atau ubatan alternatif, mereka akan beranalogi produk mereka 1,000 kali, 10,000 kali ganda dari ubat hospital. Adakah mereka sedar kesan (jika benarlah) yang akan ditanggung jika sekiranya ubatan produk itu lebih potent (berbisa) dari kimoterapi? Sebagaimana kita semua tahu, siapa yang dalam rawatan kimoterapi, badan lemah, rambut gugur, muka pucat akibat kesan kimoterapi. Ini adalah kesan yang dijangka berlaku ke atas pesakit yang sedang menjalani kimoterapi, dan akan pulih sepenuhnya setelah sembuh dari kanser. Jika nenas 10,000 kali kuat, saya yakin ramai antara kita akan botak kepala, pucat dan terlantar tak bermaya. Bukan sahaja rambut gugur, tapi gigi pun akan berterabur, kulit makin kendur, dekat dengan lubang kubur. Tapi hakikatnya bromlin nenas tidak sebegitu. 
Artikel itu juga memberi kaedah memakan empulur nenas ini, iaitu memakan empulur nenas (bromlin) dengan vitamin C. Kenapa cari nahas? Nenas itu masam berasid, vitamin pun masam berasid. Kami, doktor perubatan memberikan vitamin C kepada pesakit tertentu sahaja. Itupun dalam dos tersukat. Kami berhati-hati memberikan kepada mereka kerana dibimbangi boleh menyebabkan luka dinding perut. Boleh berlaku perdarahan perut dan maut! Bayangkan jika makan bersama bromlin yang kononnya 10,000 lebih kuat dari kimoterapi? 
Salur darah tersumbat sama ada akibat kolesterol atau sebagainya bukan boleh dirawat dengan bromlin dan vitamin C. Kaedah terbaik bagi membuang saluran tersumbat seperti jantung adalah melalui angio. Hospital boleh lakukan prosedur khas ini. Selain itu pesakit dikehendaki memakan aspirin, antikolesterol serta ubat-ubatan penyakit kronik yang sedia ada. 
Semoga jawapan ini memberi manfaat kepada kita semua. Perbetulkan saya jika terdapat fakta yang tak betul. Saya sudi menerimanya. 
Rujukan tambahan 
http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/bromelain
Sumber HD - 13-8-2017 
































































































































‘Bell’s Palsy’ Akibat ‘Aircond’?

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

“Betul ke doktor penyakit Bell’s Palsy akibat muka terkena aircond (penghawa dingin)?,” Soal seorang kenalan sambil tunjukkan paparan wasap telefon Samsung beliau. Telefon tu sudah bertukar macam-macam warna dan kulit cover pun dah menggelupas dek lamanya beliau guna. Malah saya perasan terlalu kamcingnya beliau dengan telefon tu ‘ibarat aur dengan tebing’.

“Dalam wasap ni katanya seorang doktor Indonesia bernama Dr William memberikan sebab kenapa seorang pelakon terkenal Rano Karno dijangkiti penyakit Bell’s Palsy. Dia kata akibat disembur angin aircond.” ulas beliau sambil tunjukkan paparan wasap dalam telefon beliau.

Bell’s Palsy atau muka herot seperti kena strok boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Nama penyakit ini diambil dari nama seorang ahli bedah Scotland, Charles Bell (1774 – 1842). Beliau yang menemui dan mengkaji berkaitan penyakit ini.

Orang kampung sebut penyakit ini penyakit ‘kena-tuju’. Katanya seseorang itu terkena tuju oleh makhluk halus kerana meludah ke lubang tempat jin bertapa. Akhirnya dia kena-tuju oleh jin berkenaan. Suatu kepercayaan yang tidak benar. Saya boleh katakan teori kena sampuk jin ini sama karut faktanya dengan tulisan Dr William dari Indonesia tu. Takkan kena sembur angin aircond terus dijangkiti virus herpes? (Eh lupa, herpes tu makhluk halus).

Punca penyakit Bell’s Palsy ini akibat radang atau jangkitan virus pada saraf muka. Secara tepatnya saraf muka bernombor 7 (facial nerve). Otot muka akan herot, kelopak mata sukar ditutup dan pesakit tidak dapat senyum dengan sempurna. Bagi sesetengah kes yang serius, boleh berlaku pesakit akan hilang deria lidah, sukar untuk minum serta menelan, otot sekitar muka akan bergetar (twitching) dan percakapan teͤlor (tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul)
Ianya bukan angin ahmar (strok), kerana angin ahmar biasanya melibatkan separuh badan akan lumpuh. Wanita hamil, pesakit Kencing Manis dan pesakit HIV mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti virus herpes ini.

Jika berlaku pada diri anda, sila dapatkan rawatan dengan kadar segera di premis kesihatan yang bertauliah. Jangan jumpa bomoh. Muka herot sebegini bukannya akibat balas dendam jin. Kajian mendapati tujuh dari 10 pesakit akan pulih sepenuhnya dengan ubat.

Sumber BO - 8-8-2017
































































































































‘Pad’ Tapak Kaki…..

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

“Ramai anggota kesihatan pun guna doktor.” Hujah seorang pesakit kencing manis sesi pagi tadi sambil keluarkan produk seperti uncang teh sebesar coolfever pad.

“Urmmm, kat mana kak beli ni?” Soalku ringkas cuba mengorek rahsia produk ni.

“Banyak kedai yang jual ni doktor. Anak saya kata dalam Lazada pun ada jual. Memang tersohor produk ni. Saya pakai memang berkesan. Pakai malam, esok pagi saya yakin ianya bertukar hitam. Saya dah try dah. Depa kata itu tanda toksin badan saya sudah dikeluarkan. Kencing manis dan darah tinggi akan semakin baik.” Ulasnya panjang lebar. Saya jeling buku hijau, bacaan gula tiap kali follow up, merah memanjang je. Terkejut doktor! Sebab anggota kesihatan pun pakai juga. Saya harap mereka bukan dealer produk.

Setiap produk yang menyerupai alat perubatan yang menuntut menyembuhkan tertakluk kepada Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737). Akta ini hampir sama di seluruh dunia yang mengawalselia produk-produk yang membuat dakwaan perubatan.

Bacaan saya berkaitan isu pad kaki nyahtoksin ini mendapati bahawa produk berkenaan lebih kepada scam kesihatan. Mereka mempengaruhi masyarakat yang buta ilmu kimia serta kesihatan. Tapi saya sedih juga sebab terdapat anggota kesihatan sendiri yang terpengaruh. Bagaimana bapa nak nasihatkan anak supaya jangan kencing berlari, sedangkan sibapa kencing berdiri?

Tahun 2008 Pihak Berkuasa Makanan dan Ubatan (FDA) telah menarik balik penjualan produk ini. Kajian mereka mendapati tiada kesan positif secara klinikal pad kaki berkenaan menyahbuang logam berat seperti plumbum dan arsenik. Pad berkenaan bertukar menjadi hitam akibat dari tindakbalas oksida bahan yang terdapat didalamnya seperti ramuan herba, cuka dan silika mineral tourmaline. Mereka juga mendapati logam berat seperti plumbum dan sebagainya sudah tersedia-kekal dalam pad tersebut.

‘Detox’ atau nyahtoksin dalam badan manusia bukannya melalui kulit. Sistem hati manusia yang unik, ditugaskan secara berperingkat untuk memproses dan mengumuhkan toksin. Akhirnya toksin dibuang melalui buah pingang. Kulit manusia hanya berfungsi sebagai benteng menghalang kuman masuk serta mengeluarkan peluh bagi keseimbangan badan. Tidak lebih dari itu.

Dakwaan produk yang menyatakan pad ajaib itu boleh meningkatkan sistem imun, mengurangkan stres, mengurangkan pening kepala, mengurangkan sakit sendi adalah tidak benar. Amat tersasar jauh jika produk berkenaan boleh mengubati kencing manis, darah tinggi dan penyakit-penyakit kronik yang lain.

“Kak, boleh beritahu tak nama anggota kesihatan yang jadi dealer jual produk pad kaki ni?” Tanya saya menduga.

Sumber BO - 7-8-2017


































































































































Kepala Kemek Akibat Bantal?

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

“Betul ke doktor, orang tua-tua kata, kepala bayi akan kemek samada menjadi leper atau herot akibat tidur guna bantal?” Tanya seorang ibu muda yang baru sebulan bersalin anak sulung.

“Sepanjang pengalaman saya, berpuluh tahun khidmat, tak pernah jumpa lagi puan.” Jawab ku ringkas sambil betulkan kedudukan dikerusi. Risau juga dengan maklumat ibu-ibu muda sebegini. Di zaman maklumat hujung jari, pelbagai maklumat yang kurang tepat berlegar di alam maya.
Kepala bayi benjol, leper, herot atau kemek bukan akibat bantal keras. Variasi kepala bergantung kepada genetik masing-masing.

Namun teori mendapati terdapat kes yang jarang berlaku, kepala bayi anda akan leper atau sebagainya (positional plagiocephaly) akibat dari tidur atas bahan keras. Bahan keras ini samada kayu, besi atau seumpamanya.

Kajian menyatakan bentuk kepala bayi boleh terjadi sedemikian pada awal perkembangan, kemudian dari itu, bentuk kepala akan kembali kepada normal. Kajian juga mendapati bentuk kepala sebegitu tidak mengganggu perkembangan otak dan mental. Bermaksud, bayi akan berkembang secara normal, kecualilah bayi tersebut telah mempunyai penyakit lain sejak dari lahir.

Namun terdapat segelintir ibu-bapa yang terlalu risau bentuk kepala anak mereka herot atau leper. Walaupun sudah diyakinkan kepala sedemikian tidak membawa mudarat besar setelah dewasa nanti.
Perkara-perkara berikut boleh lah diamalkan:

1. Selalu tukar posisi kepala bayi anda semasa tidur terlentang, samada kiri, kanan atau menegak. Jangan biarkan terlalu lama bayi tidur disesatu posisi.
2. Menggunakan bantal yang lembut, jangan guna kayu, buah kelapa, rehal atau sebagainya.
3. Selalu riba atau dukung bayi anda dan bermain-main dengan mereka diwaktu mereka sedar. Jangan biarkan terus terlentang sepanjang masa.
4. Terdapat inovasi yang sedang dikaji, bayi anda di pakai helmet. Tapi kesannya tetap sama. Tapi jika nak, boleh lah buat sendiri.

Sekali lagi ditegaskan, bahawa dengan tidak melakukan amalan 1-3 di atas pun, bayi anda akan berkembang secara normal. Kecuali kes yang terlalu amat-amat jarang berlaku, perkembangan tulang kepala tercantum lebih awal. Jika anda risau perkara ini berlaku pada bayi anda, silalah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

*** Dr Suhazeli Abdullah ialah seorang doktor perubatan yang jugapakar perubatan keluarga

Sumber BO - 5-8-2017





































































































































Jaga-jaga, Penyakit Anjing Gila!

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Dilaporkan terdapat 55 ribu kes Anjing Gila (Rabies) berlaku seluruh dunia setiap tahun. Kebanyakannya menyerang anak-anak yang berumur bawah 15 tahun.

‘Rabies’ adalah sejenis penyakit yang menyerang saraf manusia, termasuk otak. Punca kemasukan virus Rabies ini ke dalam tubuh manusia adalah melalui gigitan haiwan yang telah dijangkiti virus rabies. 99% kes ini merebak melalui gigitan anjing. Pun begitu Rabies boleh merebak melalui monyet, kucing, dan kelawar.

Apabila seseorang itu digigit oleh anjing gila, belaiu mempunyai resiko dijangkiti penyakit Rabies ini. Gejala awal rabies adalah demam, sakit kepala, lemas, tidak nafsu makan, mual serta timbul rasa nyeri dan nyilu pada bekas gigitan. Selanjutnya dapat diperhatikan gejala khas rabies lainnya iaitu hydrophobia (rasa takut terhadap air), sensitif terhadap cahaya, suara, mahupun angin.

Pengidap akan sering mengalami kejang, keluar air liur berlebihan, dan diakhiri dengan kelumpuhan. Mereka yang sudah dijangkiti virus rabies boleh membawa maut, biasanya setelah 4 – enam hari setelah gejala awal timbul. Jangkitan rabies yang menyerang anak lebih berat dibandingkan orang dewasa.

Kejadian kes Anjing Gila ini telah dilaporkan sejak sekian lama dalam negara tetapi agak terkawal dan kes berlaku agak terpencil. Pada 17 September lalu, 3 negeri Semenanjung Malaysia telah diistihar sebagai kawasan Penyakit Anjing Gila. Dengan kata lain mana-mana pesakit yang digigit anjing di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang perlu mendapat rawatan khusus.

Berikut adalah nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menghindari penyakit Anjing Gila ini:

Rawatan khusus
Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya.

Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.

– Pencegahan tetanus dan rawatan anti-bakteria (jika diperlukan)

– Elakkan menjahit atau menutup luka (kecuali jika tidak dapat dielakkan)

Pencegahan
Vaksinasi di gunakan untuk mencegah dari dijangkiti rabies

Disyorkan untuk: Semua individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan rabies dan pelawat kawasan endemik yang tidak mempunyai bekalan vaksin rabies.

Jenis vaksin: Vaksin moden (sel dikultur atau telur berembrio)

Bilangan dos: 3 dos, pada hari: 0, 7 dan 21 hingga 28 hari, disuntik ke dalam otot (1ml/dos) atau kulit (0.1ml/dos).

Dos tambahan : Selepas 1 tahun, dan setiap 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada risiko pendedahan.

Kontra indikasi: Pernah mendapat kesan buruk yang teruk terhadap vaksin rabies.
Kesan sampingan: Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

Sebelum berlepas: Individu yang merancang untuk menginap lama atau melawat kawasan yang terdapat banyak kes rabies (hiperendemik) di negara-negara endemik disyorkan mendapat pencegahan rabies

Langkah berjaga-jaga
Elakkan memegang haiwan liar dan haiwan peliharaan yang sesat terutamanya anjing dan kucing di kawasan endemik.

Jika seseorang digigit oleh haiwan yang mungkin dijangkiti rabies atau berhubung kait dengan seseorang yang disyaki menghidap rabies, segera bersihkan luka dengan sabun dan air.
Selain itu, segera dapatkan rawatan doktor.

Sumber BO - 17-7-2017


Inilah 7 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi Yang Ramai TAK TAHU !!
Posted on Sunday, July 16 @ 09:11:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35679

Inilah 7 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi Yang Ramai TAK TAHU !!

Inilah 7 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi Yang Ramai TAK TAHU !! - Biarpun bentuk dan saiz limau kasturi ini kecil, namun tahukah anda bahawa limau kasturi ini mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang umumnya ramai tidak mengetahuinya. Rata-rata menggunakan limau kasturi untuk memberi rasa masam pada hidangan atau paling tidak dijadikan minuman yang cukup menyelerakan. Oleh itu jom semak khasiat limau kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa masalah kesihatan.

Inilah 7 Jenis Ubat Dari Limau Kasturi Yang Ramai TAK TAHU !!



1. Batuk
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.

2 . Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3 . Pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

4 . Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

5. Kegemukan
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

6. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

7 . Kepala Berbau

Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala. - Syifa.info

Sumber TKO - 16-7-2017









































































































































Tandas Cangkung Elak Kanser?

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Perdebatan hangat di benua Eropah kerana rakyat pendatang ke negara mereka tidak suka menggunakan tandas duduk. Atas desakan, negara-negara maju seperti eropah dan Australia mula membina tandas awam cangkung. Tabiat masyarakat dari negara-negara Asea Tenggara terutamanya India, Myanmar, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina menggunakan tandas cangkung. Mereka lebih selesa duduk di posisi sebegitu. Lebih lawas dan puas hati.

Kehangatan perdebatan itu membawa kepada hujah-hujah sains perubatan yang cuba dikaitkan. Antara hujah yang mereka sandarkan adalah, penggunaan tandas secara duduk boleh menyebabkan buasir, sindrom kecelaruan usus dan paling menakutkan kanser usus. Ini kerana menurut mereka, buang air besar secara duduk tidak polos kerana struktur usus yang bengkok.


Najis akan tersekat dan akhirnya menjadi punca penyakit. Ia berbeza dengan buang air besar secara cangkung, najis dari usus akan terus meluru ke dalam mangkuk tandas dengan senang. Otot disekitar usus semakin rehat semasa posisi mencangkung.

Terdapat juga para ugamawan menggunakan hujah bahawa antara hikmah adab buang air secara cangkung ini telah terbukti dari sudut sains. Sedangkan mereka tidak membaca pun hasil kajian yang telah dijalankan sebelum ini.

Apabila melibatkan hujah adab dan sunnah, saya suka tegaskan di sini bahawa sunnah adalah tetap sunnah yang akan berpahala jika kita mengikuti. Terpulang samada sesuatu sunnah Rasulullah itu mempunyai khasiat perubatan atau sebaliknya, sunnah tetap boleh dilakukan. Tanpa mempertikaikan keunggulan sunnah, ianya mempunyai hikmah tertentu samada kita sudah dijumpai secara saintifik atau belum. Tak perlu dipertikaikan lagi.


Setakat ini, beberapa kajian telah dijalankan bagi mengsahihkan dakwaan. Namun, kesemuanya dibukti tidak benar. Samada berak secara duduk itu boleh menyebabkan buasir, kanser dan seumpamanya. Demi penjagaan kesihatan secara umum, tiada lagi kajian konklusif. Namun tidak menjadi ralat yang besar jika kita membuat andaian berak secara mencangkung lebih baik dari secara duduk. Posisi berkenaan agak santai, rehat dan melayan perasaan puas.

Oleh kerana tandas moden terdapat dua jenis, iaitu duduk dan cangkung, boleh lah kita membuat pemilihan berdasarkan kesesuaian diri. Bagi orang yang obese, sudah tentu agak sukar untuk mencangkung, justeru tandas duduklah pilihannya. Dipasarkan bangku khas bagi merehatkan kaki untuk tandas jenis duduk. Akan tetapi saya risau jika kita menggunakan khidmat bangku itu, punggung kita akan terperosot ke dalam mangkuk tandas (lihat gambar). Akan jadi kes kecemasan pulak.
Berhati-hatilah membuat pilihan!

Sumber BO - 11-7-2017










































































































































Faktor pelaris jualan

AKHIR-akhir ini makin banyak sebaran maya berkaitan khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran dari sudut perubatan. Terdapat dakwaan dari mereka bahawa buah-buah tertentu mempunyai daya kesembuhan seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan lain-lain lagi. 
Saya seperti biasa, tidak akan terus menjawab dakwaan tersebut kecuali mencari kesahihan pemberitaan, terutama sekali kajian-kajian yang berkaitan. Sebelum saya melanjutkan tulisan ini, saya tegaskan di sini bahawa saya bukan anti-buah, bukan anti-sayur, bukan anti-ulam, bukan anti-makanan sunnah. Malah pemakanan yang sihat dan halal saya selalu anjurkan kepada pesakit saya sepanjang masa. Selain ubat diberikan, saya akan menasihati para pesakit agar senantiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Di mana 4 komponen utama gaya hidup sihat ini ialah; Penjagaan makanan yang sihat serta berkhasiat, penjagaan berat badan, amalkan hidup cergas dengan bersenam dan elakkan stres dalam kehidupan. 
Mana-mana makanan, buah-buahan, sayur-sayuran sama ada pernah disebut oleh Nabi atau tidak, boleh dimakan, tiada larangan. Silakan selagi tidak mendatangkan mudarat pada tubuh seperti alergik. Syaratnya mengikut sukatan yang dibenarkan. 
Bersederhanalah, jangan membazir. Kesemuanya itu adalah membantu dalam menjadikan kehidupan kita semakin sihat. Kita tidak memerlukan bukti sains pun dalam mengambil makanan ini, kerana ianya adalah makanan asas kita semua. 
Manakala ubat pula, sebagai pengawal supaya penyakit kronik kita hadapi tidak melepasi paras bahaya. Tidak dinafikan terdapat segelintir kecil dari para pesakit boleh mengawal penyakit kronik mereka dengan mengamalkan empat komponen gaya hidup sihat semata-mata. Akan tetapi mereka perlu berdisiplin dan patuh dengan secara ketat amalan pemakanan, senaman dan sebagainya. Sebagai contohnya crash diet dengan pengiraan pengambilan kalori seharian sebanyak <1000-1200 sehari.[1] Tetapi kebanyakan dari kita tidak dapat mengamalkannya. saya pun tidak mengesyorkan kecuali pesakit yang terlalu bermotivasi untuk mengamalkannya. 
Ada rakan netizen yang menempelak saya kerana menerangkan bukti kajian isu-isu yang berkaitan dengan buah-buahan dari segi perubatan. Setakat bacaan saya, sehingga kini tiada lagi buah-buahan atau pati buah tersebut menandingi ubat-ubat moden yang sedia ada. Apabila saya berhujah sedemikian, segelintir dari mereka cuba memperli saya kerana telalu mengagungkan perubatan moden. Asas yang kita wajib kita pegang adalah bukti kajian, bukan kaedah perubatan, sama ada moden atau alternatif. Jika perubatan alternatif boleh membawa bukti kajian mengikut metodologinya, kami dengan senang boleh menerimanya. Senang sahaja asas itu untuk difahami. 
Contohnya dalam isu khasiat petai, terdapat netizen yang mendakawa kajian ke atas petai sudah ada, dan terbukti. Lalu disertakan link rujukan. Apabila saya membaca artikel rujukan tersebut, pemahaman mereka membaca artikel berbeza dengan metodologi dan hasil akhir kajian. Phytosterol yang terdapat dalam petai, kacang, dan sebagainya itu dikaji berkaitan dengan penyerapan kolesterol di usus. Di mana wujudnya phytosterol berkenaan boleh mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam darah. Metodologi dan objektif kajian itu bukan mengkaji penurunan kolesterol dalam darah. Dan penulis pun mengaku kajian lanjut perlu dijalankan bagi mencari potensi kesan Phytosterol terhadap metabolisma kolestrol dalam badan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. 
Tetapi malangya mereka memahami dengan kefahaman lain. Kajian itu tidak memberi konklusi yang konkrit. Saya mengesyorkan lebih baik ambil sesuatu yang telah terbukti dari apa yang masih belum diyakini. Kenapa mereka memberi konklusi yang berbeda sedangkan tulisan dalam kajian itu sebut perkara lain. Penelitian saya mendapati: 
1) Kebanyakan mereka adalah penjual produk-produk kesihatan yang berasaskan buah-buahan ini. Di zaman orang tidak suka membuat bacaan lanjut, masyarakat awam akan mudah terpengaruh. Terutama sekali diselitkan pautan kajian saintifik. Masyarakat hanya membaca tajuk dan terus menelan gorengan dari para penjual. Sedangkan hakikat sebenar mereka dikelentong. Keuntungan akan semakin meningkat dengan semakin ramai yang mempercayai. 
2) Perkataan klise yang mereka selalu dipancing adalah pemakanan sunnah. Sebaris dua hadis diselitkan. Membeli dan memakan produk mereka akan memperolehi dua kenikmatan, pertama pahala menghidupkan sunnah. Kedua penyakit akan sembuh sepenuhnya. Dipertegaskan sekali lagi bahawa kita wajib yakin dengan sunnah kerana ianya bersumberkan dari Rasulullah dan Nabi tidak menipu ummat dengan hadis-hadis sahih. 
Haruslah bagi kita untuk berikhtiar mencari kaedah penyembuhan dan pencegahan. Bukan bermakna jika kita mengambil ubat hospital, kita dikira sebagai menentang sunnah atau kejadian yang Allah turunkan kepada seseorang. Bukan bermakna juga kita melawan fitrah kejadian manusia yang cukup sempurna. Arahan mencari ubat itu juga adalah sunnah, bukan tertakluk kepada bahan apa yang digunakan. Ubat-ubatan itu juga pun makhluk Tuhan yang diciptakan bagi kegunaan manusia. Para saintis telah menggunakan kepintaran yang diberikan oleh Allah dalam menyusun sebab akibat sesuatu itu berlaku. Jika bertepatan dengan ubat itu, maka sembuhlah ia. 
Sedangkan Rasulullah SAW juga mencari penawar bagi penyakit yang ditimpanya sebagai salah satu ikhtiar, apatah lagi kita yang berada di akhir zaman ini? Hospital pun ikhtiar. Cuma ikhtiar berdasarkan kaedah yang paling hampir dengan keberkesanan, selamat dan berkualiti. Takdir sembuh, hidup dan mati atasNya jua. Jika kita meletakkan ikhtiar itu kepada sesuatu sandaran yang tiada jaminan keyakinan dari sudut sunatullah, bukan bermakna ikhtiar namanya. Contohnya produk jenis A yang baru dipromosi dalam laman maya, dengan pelbagai testimoni yang tiada asas kaedah kajian, dakwaan tersebut masih kabur. Berapa jumlah atau peratus pesakit yang sudah sembuh hasil dari mengambil produk tersebut? Berapa tempoh yang perlu diambil? Adakah kesan sampingan timbul? Dan banyak lagi persoalan yang perlu dinyatakan. 
Sebagai pengamal perubatan, apabila pesakit bertanya isu pengambilan produk sedemikian, saya akan cuba melontarkan kembali soalan-soalan seperti di atas. Ini kerana setiap patah perkataan doktor, jika membenarkan sesuatu produk yang masih belum diuji, akan menjadi pegangan kepada pesakit dan terus menjaja nama kita di mana-mana. 
Ini berbeza dengan ubat-ubatan atau alat-alatan yang sudah teruji dalam premis kesihatan moden. Doktor akan memberikan sesuatu ubat itu mengikut zhan yang kuat setelah mengikut ghalib pengalaman beliau. Ianya bukan disandarkan seratus peratus kepada ubat, tetapi di hujung konsultasi penyerahan kuasa penyembuh itu kepada Allah jua. Doktor sekadar wasilah kesembuhan, jika berbetulan dengan qodar Allah, maka sembuhlah. 
Sekali lagi saya tegaskan, saya tidak melarang pesakit saya untuk memakan buah-buahan, ulama-ulaman, makanan Timur Tengah dan sebagainya. Teruskan. 
Rujukan:
[1] Very Low Calorie Diet. http://www.nhs.uk/…/losew…/Pages/very-low-calorie-diets.aspx
Sumber HD - 10-7-2017 












































































































































HIV dalam tin?

TERSEBAR dalam dunia maya sejak beberapa tahun lalu isu "komplot" pemimpin Thailand mencemarkan makanan dalam tin dengan darah pesakit HIV. Sebaran maya itu menjadi viral ke semua media termasuk facebook, twitter, blog, wechat, whatsapp dan lain-lain lagi. Kononnya juga tulisan itu menyandarkan Radio 1 FM terlibat dalam pengumuman kerajaan Thai tersebut. (Foto sekadar hiasan) 
Saya kira sesiapa yang membuat sebaran tulisan tersebut sebelum membuat pengesahan kesahihan berita, bertabayyun dan berhati-hati dalam menyampaikan info sebegini, tidak bertanggungjawab. 
Pertama, Radio 1 FM di Malaysia, tidak wujud pun nama rasmi sedemikian. Yang wujud adalah Radio Klasik Nasional atau RTM1. Radio 1 FM wujud hanya di Santa Catarina, Brazil. Agak tidak munasabah radio Brazil melaporkan berita itu dalam Bahasa Melayu. 
Isu kedua, kaedah jangkitan HIV. Ia tidak boleh merebak melalui makanan. HIV hanya berjangkit melalui hubungan kelamin, suntikan jarum penagih dadah, pemindahan darah tercemar kuman HIV, dari ibu yang positif HIV kepada bayi dalam kandungan atau semasa menyusu badan. HIV tidak sesekali menular kepada orang melalui sentuhan kulit, ciuman, ludah, air kencing, najis atau penggunaan barang peribadi yang sama. Jauh sekali ia merebak melalui makanan. Lagipun virus HIV tidak kekal hidup lama di persekitaran lain (selain dari darah manusia atau susu). 
Masyarakat umum perlu disedarkan bahaya jangkitan HIV melalui risiko-risiko yang saya sebutkan di atas itu berbanding dengan bahan makanan yang kononnya telah dicemari virus HIV. 
Saya yakin pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan, Kastam, Kementerian Kesihatan dan sebagainya mengambil tanggungjawab memastikan bahan makanan yang masuk ke negara kita melalui sempadan diperiksa dengan teliti. Operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak berwajib itu sudah memadai untuk merampas bahan makanan atau seumpamanya. Undang-undang negara kita sudah ada bagi memastikan tindakan tegas dikenakan jika pengimport membawa masuk makanan tanpa tapisan keselamatan yang ketat termasuk isu yang berkaitan dengan kesihatan makanan. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 digunakan pakai bagi menahan makanan luar yang tidak memenuhi kriteria. 
Antara kriteria dan langkah ke arah keselamatan makanan adalah pelabelan makanan, kebersihan makanan, pengawalan bahan tambahan dalam makanan, penggunakan racun perosak, dasar tentang bioteknologi dan garis panduan dalam pengurusan import dan eksport makanan dan pensijilan untuk makanan. 
Semoga tiada lagi sebaran jangkitan HIV dalam tin ini selepas ini
Sumber HD - 7-7-2017














































































































































Budu Dan Ulam Pegaga Ubat Kanser?

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Budu adalah salah satu makanan rakyat Kelantan sejak turun temurun. Ia diperbuat dari pemeraman ikan dalam satu tempoh tertentu dan menghasilkan cairan seakan-akan sos, samada ianya sos bilis atau sos ikan-ikan tempatan seperti ikan tamban, ikan parang dan sebagainya.

Rakyat kelantan amat bangga dengan penemuan kajian yang dijalankan oleh Dr Lee YY dan rakan-rakan mereka dari USM Kubang Kerian.[1] Mereka mendapati bahawa tradisi memakan budu dan pegaga dikalangan penduduk Kelantan secara tidak langsung mengurangkan jangkitan kuman H. Pylori.

Kuman H. Pylori adalah sejenis kuman yang paling banyak didapati dalam perut sebahagian besar manusia di dunia. Dicatatkan sebanyak 50 – 70% penduduk dunia dijangkiti dengan kuman H. Pylori ini.[2] Jangkitan kuman H. Pylori ini mengakibatkan perut akan menjadi nipis atau “luka” (Peptic Ulcer).



Wujudnya kuman ini dalam perut kita boleh menyebabkan gejala sakit perut terutama ketika perut kosong, loya, kurang selera makan, selalu sendawa, perut sebu dan kurang berat badan mendadak.[3] Istilah yang biasa digunakan oleh orang ramai adalah penyakit gastrik. Pengesahan hanya boleh dibuat dengan beberapa ujian khusus yang akan dilakukan oleh doktor pakar.

Kuman H. pylori ini merebak apabila makanan tercemar dengan najis. Bawaannya adalah sumber air serta makanan yang tidak bersih. Kaedah pembuangan najis juga amat penting. Bagi pengguna tandas lubang, risiko untuk jangkitan kuman HP ini amat tinggi. Kanak-kana mudah dijangkiti terutama apabila berada dalam masyarakat yang miskin, kepadatan penduduk yang tinggi disesatu kawasan seperti setinggan, kaedah pengurusan kumbahan dan najis yang tidak teratur dan seumpamanya.

Bagaimana Ulser Perut ini boleh menyebabkan kanser? Pada tahun 1994, Agensi Kajian Kanser Antarabangsa mengklasifikasikan kuman H. pylori sebagai karsinogen atau bahan penyebab kanser.[4] Pengkelasan dalam kumpulan 1 karsinogen ini sama taraf dengan bahan-bahan lain seperti rokok, daging proses, arak dan radiasi matahari.

Berbalik kepada kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari USM itu, kajian yang mereka lakukan adalah mengenai sosiobudaya dan amalan pemakanan dikalangan penduduk Kelantan. Menurut mereka Kelantan adalah salah satu negeri yang terendah jangkitan kuman H. Pylori. Mereka bukan mengkaji kejadian kanser dikalangan rakyat Kelantan.


Penemuan utama mereka adalah mengenalpasti lima amalan yang tidak menjaga kebersihan boleh menyebabkan jangkitan kuman HP ini; penggunaan perigi, penggunaan tandas lubang, tidak memasak air minuman, tidak membasuh tangan selepas buang air besar dan sebelum makan. Manakala dalam kajian itu secara tidak langsung pengamalan seperti minum teh, memakan budu serta pegaga mengurangkan risiko jangkitan HP.

Kajian yang hampir sama dengan beberapa orang pengkaji China, mendapati amalan memakan makanan organ dalamam haiwan, darah, ikan, makanan laut dan ayam ternak menyebabkan kurang jangkitan kuman HP.[2] Asas kepada semua pencegahan jangkitan kuman HP adalah amalan pemakan yang baik dan bersih.

Kesimpulannya, adakah budu dan pegaga ubat kanser? Tidak secara terus. Ibarat seperti tulisan sinis yang mengatakan memakai coli di kalangan wanita adalah penyebab kanser payudara. Bukan akibat coli itu yang sebenarnya penyebab kanser, tetapi amalan lain seperti merokok, mimum arak dan seumpamnya lah yang menjadi punca risiko. Dengan kata lain, gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan dan amalan makanan yang sihat secara terus boleh mencegah kanser dikalangan manusia. Elakkan mengambil bahan-bahan karsinogenik.

Semoga bermafaat

Sumber BO - 6-7-2017
















































































































































Awas! Ramuan Herba ‘Steroid’

Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah

Sebelum ini saya dedahkan produk yang mengandungi steroid. Ubatan herba tersebut telah tersenarai dalam senarai produk yang terlarang dari pihak berkuasa KKM. Kebanyakan dari ubat yang mengandungi dadah terlarang terdiri dari ubatan yang menguatkan tenaga batin seperti viagra dan penguat tenaga seperti steroid.
Produk yang mengandungi steroid boleh mendatangkan bahaya. Ini kerana kandungan steroid yang melebihi paras yang dibenarkan akan merosakkan organ tubuh badan kita. Steroid luaran adalah sejenis dadah sintetik yang akan menguatkan sistem hormon kita agar bertindak disel-sel badan. Akhirnya badan kita akan terasa semakin segar. Istilah bagi orang awam, mereka akan semakin bertenaga, ringan tubuh, hilang kebas akibat saraf dan lega setelah mengambil steroid ini.

Secara semulajadi badan kita sendiri mengeluarkan steroid juga. Ia dibentuk oleh kelenjar adrenal (bahagian atas dengan ginjal). Kegunaan hormon steroid semulajadi ini penting dalam metabolisma gula dalam badan. Ia juga berguna dalam mencegah badan dari mengalami radang. Oleh yang demikian, steroid digunakan dalam perubatan dalam kes-kes yang spesifik seperti merawat asma, lelah, alergik dan beberapa penyakit lain. Pemberian hormon steroid oleh doktor adalah dalam kadar yang tersukat dan jangkawaktu yang terhad.

Kajian dari Universiti Michigan US mendapati pemberian steroid sintetik serendah 17.5 mg sehari sudah mendatang kesan negatif kepada pengguna. Seramai 548,945 pesakit telah dikaji antara 2012 hingga 2014 yang menggunakan steroid. Minima penggunaan steroid selama 30 hari. Mereka mendapati jumlah pesakit yang mengalami sepsis (jangkitan kuman dalam darah) meningkat 5 kali ganda, Tersumbat saluran darah (venous Thromboembolism) sebanyak 3 kali ganda dan patah tulang 2 kali ganda.

Steroid dalam dos yang tidak terkawal pada peringkat awalnya boleh menyegarkan badan. Tetapi diri akan merana dalam satu jangkamasa tertentu. Ironinya para penjual produk tidak sesekali mengistiharkan kandungan steroid yang mereka campur. Paling utama bagi mereka adalah mengaut laba dan keuntungan. Pengguna pula akan menempah maut.

Banyak lagi kesan negatif akibat dari pengambilan steroid yang tidak terkawal ini. Sebulan sudah cukup mengsengsarakan diri sebagaimana kajian dari Universiti Michigan tersebut. Antara kesan sampingan negatif yang boleh timbul adalah: sistem pertahanan badan akan semakin lemah, mengakibatkan diri kita senang dihinggapi kuman; kulit kelihatan gebu, tetapi gebu akibat kulit menipis dan senang kepanasan ketika diterik panas mentari; bagi wanita, bulu yang tidak sepatutunya tumbuh akan timbul seperti misai dan sidebeng; sistem darah juga terganggu dengan paras gula akan jadi tidak menentu, tekanan darah akan meningkat; Rambut senang luruh sehingga menjadi botak. Bagi lelaki, penggunaan steroid yang berpanjangan akan menyebabkan saiz batu zakar akan mengecil, air mani tidak subur, suara makin garau. Kolesterol darah akan meningkat dan lebih menakutkan lagi, kesan steroid ini akan mengena kepada jantung, buah pinggang dan otak.

Hasil penyiasatan dari pihak farmasi, dadah sintetik steroid ini amat senang diperolehi dalam pasaran gelap. Terdapat juga para pengeluar produk yang mengadunkan steroid tanpa pengetahuan. Walaupun produk mereka telah diluluskan oleh KKM, tetapi semasa pemasaran mereka mengambil jalan singkat ini dengan mencampurkan steroid.

Jangan teratuk baru tengadah. Beingatlah sebelum kena!

Sumber BO - 2-7-2017


Awas, Jangan Campur Susu Dengan Teh & Kopi!
Posted on Tuesday, June 27 @ 11:40:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35570



NIKMATNYA rasa bila dapat ‘pekena’ teh tarik, teh ais, kopi ais dan sebut sahajalah minuman lain yang bercampur susu.


Memang minuman yang disebutkan tadi menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari yang kecil hingga dewasa.

Namun awas! Ada yang mengatakan susu sebenarnya tidak boleh dicampurkan dengan bahan lain seperti teh dan kopi kerana ia akan mendatangkan kemudaratan pada tubuh seseorang.

Ya, memang benar kerana menurut pakar kesihatan, Dr. Marudut seperti yang dinyatakan di portal Doktorsehat.com, kandungan gizi dalam susu akan berkurang sekiranya dicampurkan dengan bahan lain.

Ini disebabkan bahan dalam teh atau kopi yang dinamakan tannin akan menghilangkan kandungan zat besi dalam susu. Maka kita tidak akan dapat apa-apa nutrisi dari minuman tersebut.

Hal ini jangan pernah dipandang enteng kerana ia akan mempengaruhi perkembangan tumbesaran kanak-kanak yang suka minum minuman seperti yang dinyatakan.

Bahkan kadar kalsium akan menurun sebanyak 10 peratus jika mencampurkan susu dengan bahan lain.

Jadi sebaiknya jika mahu mimum sus untuk mendapatkan nutrisi, lebih baik jangan campurkannya dengan teh, kopi atau sirap.


Namun tiada siapa pun yang menghalang anda untuk meminumnya jika sekadar sebagai minuman yang enak dan menyegarkan! – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 27-6-2017





















































































































































Isu video kempen LGBT KKM

Saya cukup hairan dengan segelintir manusia yang bermati-matian mempertahankan budaya homoseks. Ringkasnya golongan tersebut dinamakan LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender). Sehingga ada di kalangan mereka mengecam kempen video yang dibuat oleh KKM bagi mengurangkan budaya songsang ini dalam masyarakat.
Lebih menghairankan lagi saya, apabila terdapat juga orang yang mengaku muslim menyokong budaya negatif ini. Adakah pengamal LGBT dan penyokong mereka sedar bahawa gejala jangkitan penyakit seksual lebih tinggi dikalangan pelaku homoseks sebagaiman kajian yang dilakukan oleh Franklyn N et al.? 
Penyakit seperti Gonorea, Sifilis, Herpes dan pelbagai lagi meningkat berkali ganda dikalangan para pelaku homoseks. 
Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC juga melaporkan punca utama (83%) jangkitan sifilis adalah melalui homoseks. Mungkin mereka juga tidak meneliti laporan dari Kementerian kesihatan Malaysia berkaitan dengan jangkitan penyakit berbahaya HIV. 
Polar jangkitan HIV dikalangan pengamal homoseks amat membimbangkan. Dalam laporan yang lain pula mendapati kenaikan mendadak jumlah pengamal homoseks, di mana dari tahun 2000 penyumbang utama HIV (80%, 3818 orang) dari kalangan penagih dadah (suntikan jarum). Tetapi statistik pada tahun 2015 pula terbalik, 80% (2752 orang) berpunca dari pelaku hubungan seks. 
Tiga puluh peratus (30%) dikalangan mereka pula pelaku seks sumbang homoseks. Fakta dengan jelas mendapati pesakit HIV dikalangan homoseks naik mencanak dari 0.6% (2015) ke 46% (2016). 
Adakah angka-angka yang dicerap oleh pihak yang bertanggungjawab ini tidak merungsingkan kita? Tujuan Kementerian Kesihatan Malaysia menganjurkan kempen pertandingan video kreatif Kebangsaan bermula 1 Jun lalu hingga 31 Ogos yang bertemakan ‘Hargai Diri, Amalkan Gaya Hidup Sihat' itu bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada remaja mengenai gaya hidup sihat. Atas kesedaran moral dan tanggungjawab memuncak inilah kempen seumpama ini perlu diteruskan. 
Matlamatnya murni, agar golongan remaja tidak terjebak dalam budaya songsang tersebut. 
Kepada pengamal LGBT, kami tidak akan menganaktirikan anda dalam terus mendapat nikmat perkhidmatan kesihatan. Atas dasar, etika dan prinsip kedoktoran yang kami pegang, "First do no harm" (Primum non nocere), sesekali kehadiran anda ke premis kami akan terus dilayan tanpa prejudis. 
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik kesihatan Ketengah Jaya
Sumber: https://www.menara.my
Sumber HD - 17-6-2017 






















































































































































Rahsia Kedudukan Jerawat

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Saya nak jawab satu sebaran maya berkenaan rahsia kedudukan jerawat. Menurut sebaran tular tersebut, jerawat akan tumbuh dibahagian tertentu muka kerana berkait dengan penyakit badan.

~ Jerawat di dahi kerana peredaran darah bermasalah, stres dan selalu panas baran.

~ Jerawat di batang hidung kerana tulang belakang bermasalah. Manakala di hujung hidung kerana sistem penghadaman tak betul, masalah ovari dan sistem reproduktif tak teratur bagi wanita.

~ Jerawat di dagu kerana sistem endokrin bermasalah. Haid tidak teratur dan alat peranakan rosak.
~ Jerawat di pipi kanan kerana masalah paru-paru. Di pipi kiri pula masalah fungsi hati.
~ Jerawat di badan pula kerana sistem perkumuhan rosak dan akibat sembelit.

Sebagai makluman pembaca, tidak pernah dalam mana-mana penemuan ilmiah menyatakan keterkaitan sedemikian. Mungkin ianya pengalaman terpencil sesetengah orang, tetapi tidak dapat dibawa pembuktian secara tuntas. Justeru segala kaitan itu adalah tidak benar.

Untuk pengetahuan pembaca, jerawat terjadi akibat kilang sebum (peluh) tersumbat terutama dikawasan muka, sebahagian atas dada dan belikat.

Apabila tersumbat, akan berlaku radang setempat. Warnanya akan kelihatan merah. Bagi sesetengah orang radang reda dalam tempoh yang sekejap, akhirnya sembuh tetapi meninggalkan kesan parut kecil berwarna hitam.

Jika tidak menjaga kebersihan, jerawat yang radang tadi akan merebak sehingga boleh menhadirkan
jangkitan kuman. Ia bergantung kepada penjagaan kebersihan. Radang tersebut menjadi lama, resiko untuk jangkitan kuman tinggi. Apabila kuman masuk, jerawat akan kelihatan bernanah. Bagi kes teruk nanah ini besar sehingga nampak kematu yang menyakitkan. Jenis ini diberi nama jerawat batu.

Setelah tempoh tertentu, ia akan sembuh, kematu ini akan membentuk parut yang menghodohkan.

Suka saya tekankan sekali lagi bahawa sesekali kedudukan jerawat yang sedemikian tiada kaitan dengan sistem usus, sistem peranakan, sistem tulang belakang, paru-paru dan seumpamanya.

Sumber BO - 10-6-2017


Kolesterol dalam makanan tidak akan meningkatkan kolesterol dalam badan
Posted on Saturday, June 10 @ 06:18:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35363



Pada tahun 2016, United States Department of Agriculture(USDA) telah menarik balik had kuantiti pengambilan kolesterol di dalam makanan. Ini membawa maksud tiada lagi had untuk pengambilan kolesterol di dalam makanan berbanding sebelum ini dimana mereka menghadkan pengambilan kolesterol sebanyak 300mg dalam sehari.

USDA merupakan salah satu badan kerajaan US yang mengawal selia undang-undang yang berkaitan dengan pertanian, perhutanan dan juga MAKANAN. Oleh itu, USDA terlibat secara langsung dalam menentukan diet yang sesuai untuk permakanan penduduk di US.

Setelah membuat penelitian dan perbincangan, pada tahun lepas USDA telah mengeluarkan garis panduan diet yang terbaru untuk penduduk di US dan salah satu perubahan besar dalam garis panduan itu adalah penarikkan balik had pengambilan kolesterol.
Kami ambil kata-kata daripada Garis panduan tersebut:

“Previously, the Dietary Guidelines for Americans recommended that cholesterol intake be limited to no more than 300 mg/day. The 2015 DGAC will not bring forward this recommendation because available evidence shows no appreciable relationship between consumption of dietary cholesterol and serum cholesterol, consistent with the conclusions of the AHA/ACC report. CHOLESTEROL IS NOT A NUTRIENT OF CONCERN OF OVERCONSUMPTION.”
Sebelum ini USDA telah meletakkan had pengambilan kuantiti kolesterol sebanyak 300mg/hari sahaja untuk seseorang. Pada tahun lepas, USDA telah menarik balik had tersebut dan mengatakan kolesterol bukan nutrient yang perlu dirisaukan jika terlebih pengambilannya.

Keputusan ini dibuat berdasarkan rekomendasi yang diberikan oleh American Heart
Association/American College of Cardiology(AHA/ACC) yang mendapati tiadanya kaitan yang rapat antara pengambilan diet kolesterol dan kandungan kolesterol dalam darah

Kenapa bacaan kolesterol dalam darah tidak terpengaruh dengan kolesterol yang kita makan? Ini kerana kebanyakkan kolesterol yang berada di dalam makanan merupakan kolesterol yang berbentuk ester( Esterified Cholesterol) dan majoritinya tidak diserap oleh badan.

Jika dilihat, kebanyakkan kolesterol yang diserap itu merupakan kolesterol yang dihasilkan oleh badan kita sendiri iaitu daripada garam hempedu(Bile salt). Kolesterol yang dihasilkan oleh badan ini bukan cholesterol ester dan ianya sangat senang diserap oleh badan kita balik.

USDA mengambil keputusan untuk menarik had pengambilan kolesterol itu berdasarkan satu kajian yang telah dibuat. Kajian ini menggunakan teknik META ANALYSIS dan SYSTEMIC REVIEW, dimana kajian-kajian berkenaan kolesterol sebelum ini dikumpulkan dan dianalisa balik semula untuk mendapat keputusan yang lebih jitu dan tepat.

Kajian tersebut dibuat oleh Shin et al, 2013 di mana mereka mengumpulkan data berkenaan pengambilan telur dan kaitannya dengan penyakit jantung dan kencing manis. Sebagai mana yang kita tahu, dalam satu telur mengandungi cholesterol yang menghampiri 300mg. Oleh itu jika ikut garis panduan USDA yang lama, dalam sehari sesorang itu boleh ambil telur dalam sebiji sahaja.

Tetapi dalam kajian Shin et al, ia menunjukkan cholesterol dalam darah masih sama diantara orang yang makan telur kurang daripada 1 biji seminggu ataupun yang makan telur lebih daripada 1 biji sehari. Maksudnya makan banyak telur pun, kolesterol dalam darah tidak akan naik. Tetapi dalam kajian ini juga menunjukkan risiko untuk mengalami masalah jantung semakin tinggi jika pesakit kencing manis mengambil telur yang berlebihan. Malah pengambilan telur yang berlebihan itu sendiri boleh menyebabkan penyakit kencing manis.

Ini disebabkan seperti yang saya katakan diatas iaitu majoriti kolesterol yang diserap adalah kolesterol daripada badan kita sendiri berbanding kolesterol yang diambil melalui diet.

UBAT KOLESTEROL TIDAK PERLU MAKAN??? REKOMENDASI DARIPADA USDA BERRSERTA KAJIAN YANG DIBERIKAN BUKAN MENJADI BUKTI BAHAWA UBAT STATIN(UBAT UNTUK KURANGKAN KOLESTEROL DALAM BADAN) TIDAK PERLU UNTUK DIAMBIL.

Ia hanya menunjukkan kolesterol dalam permakanan hanya sedikit sahaja mempengaruhi tahap kolesterol dalam badan kita. Kebanyakkan kolesterol adalah dihasilkan oleh badan kita sendiri dan ubat statin menghalang penghasilan kolesterol tersebut.

Kolesterol yang tinggi dalam badan merupakan salah satu faktor risiko penyakit kardiovaskular. Sebab itu kebanyakkan mereka yang mempunyai penyakit FAMILIAL
HYPERCHOLESTEROLEMIA, di mana mereka akan mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dalam badan kebanyakkannya mati di awal usia disebabkan penyakit kardiovascular(sebagai contohnya serangan sakit jantung dan strok).

Ubat statin pula telah terbukti dalam mengurangkan risiko pesakit sebegini dan mengelakkan mereka daripada mengalami penyakit kardiovascular tersebut
\
Kesimpulan: Kolesterol di dalam diet tidak ataupun hanya mempengaruhi sedikit sahaja jumlah kolesterol di dalam badan. Tetapi bukanlah bermaksud anda boleh makan sesuka hati lemak haiwan dan juga telur. Sebab seperti dalam kajian tersebut nyatakan, pengambilan telur yang banyak juga boleh menyebabkan kencing manis.

Rekomendasi daripada kami: 1) Bagi mereka yang tidak mempunyai faktor risiko(sihat), anda boleh mengambil makanan yang mempunyai kolesterol seperti biasa. Tetapi hadkan juga pengambilan telur kerana ianya boleh menyebabkan kencing manis(seperti dalam kajian yang telah dibuat)

2) Manakala mereka yang mempunyai faktor risiko(seperti kencing manis, merokok), anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kolesterol terutamanya telur.

3) Kurangkan pengambilan gula dan juga trans-fat(marjerin dan sebagainya) kerana ini akan meninggikan kandungan kolesterol jahat di dalam darah

4) Pengambilan unsaturated fat seperti monounsaturated dan polyunsaturated fat merupakan pilihan yang bagus untuk mengurangkan kandungan kolesterol jahat dalam darah

5) Elakkan mengambil produk yang tinggi omega-6 dan gula. Ini kerana ia akan meningkatkan kadar keradangan dalam badan dan menyebabkan kolesterol lebih senang terenap pada saluran darah dan menyebabkan atherosclerosis yang mempunyai risiko untuk mengalami penyakit cardiovascular seperti sakit jantung dan strok.

6) Kami ingin menekankan penggunaan Ubat STATIN adalah sangat relevan pada mereka yang mempunyai kolesterol yg tinggi dan mempunyai faktor risiko seperti kencing manis, darah tinggi, sejarah keluarga yang meninggal dunia pada usia muda disebabkan serangan sakit jantung, hypercholesterolaemia.

7) Kalau kolesterol tinggi sedikit, tapi tidak ada kencing manis, darah tinggi, sejarah sakit jantung dan tidak merokok, tak perlu makan ubat kolesterol pun takpe. Kawal menggunakan diet permakanan pun sudah cukup

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, sila like page kami Root of Science.

Rujukan

1) Robert H. Eckel, John M. Jakicic, Jamy D. Ard, Janet M. de Jesus, Nancy Houston Miller, Van S. Hubbard, I-Min Lee, Alice H. Lichtenstein, Catherine M. Loria, Barbara E. Millen, Cathy A. Nonas, Frank M. Sacks, Sidney C. Smith, Laura P. Svetkey, Thomas A. Wadden and Susan Z. Yanovski.

2013 AHA/ACC Guideline on Lifestyle Management to Reduce Cardiovascular Risk: A Report of the American College of Cardiology/American Heart Association Task Force on Practice Guidelines
2) Scientific report of the 2015 Dietary Guidelines Advisory Committee, USDA.

3) Shin JY1, Xun P, Nakamura Y, He K.Egg consumption in relation to risk of cardiovascular disease and diabetes: a systematic review and meta-analysis. Am J Clin Nutr. 2013 Jul;98(1):146-59. doi: 10.3945/ajcn.112.051318. Epub 2013 May 15.

Sumber TKO - 10-6-2017


Petua Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Pokok Ajaib Ini..
Posted on Friday, June 09 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35362



Petua Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Pokok Ajaib Ini..
Petua Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Pokok Ajaib Ini.. - Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia mengalami masalah mata rabun. Pakar mata pastinya akan menyarankan mereka yang mempunyai masalah ini untuk menggunakan kacamata tetapi tahukah anda ada tumbuhan yang boleh meningkatkan daya penglihatan mata anda secara semulajadi iaitu lidah buaya. Berikut perkongsian yang sangat bermanfaat dari Petua Ibu tentang cara mengatasi masalah rabun.


Petua Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Pokok Ajaib Ini..

Sebelum anda mengeluarkan dana untuk membuat cermin mata atau berjumpa doktor pakar mata, anda boleh mencuba cara baru menggunakan tumbuhan yang dapat meningkatkan ketajaman penglihatan mata anda secara natural. Tapi, sebelum itu anda perlu membuat ujian mata bagi memastikan tahap kesihatan mata anda.

Petua Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Pokok Ajaib Ini..

Tanaman yang kami maksudkan ialah pokok lidah buaya. Lidah buaya mengandungi vitamin A, C, mineral, protein, dan lain-lain yang bagus untuk kesihatan mata bahkan untuk mata orang tua yang umurnya sudah lebih dari 70 tahun. Lidah buaya juga banyak digunakan untuk perawatan rambut dan juga kecantikan kulit.

Perlu diingat juga, memakai kacamata hanya membantu penglihatan kamu saja tanpa mengubati mata kamu yang rabun, jadi mata kamu tetap dalam masalah penglihatan yang sama. Dan masalahnya akan bertambah buruk jika kamu tidak mengetahui punca permasalahan tersebut.
Petua Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Pokok Ajaib Ini..
Ini bahan yang diperlukan untuk mengubati mata anda yang rabun:

  • 100 gram jus lidah buaya (lidah buaya harus dicuci bersih dengan air dingin dan dibuang durinya)
  • 500 gram kacang kenari (walnut) yang sudah ditumbuk
  • 300 gram madu
  • 2-3 buah lemon

Cara pembuatannya sebagai berikut:

    • Cuci dulu semua bahan-bahannya
    • Buat dulu jus lidah buaya dengan sukatan 100 gram
    • Campurkan jus lidah buaya, walnut, madu, dan lemon yang sudah ditumbuk tadi ke dalam blender
    • Blender hingga semuanya tercampur rata
    • Bagaimana cara pengambilannya? Minum sebanyak 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu makan sebelum makan. Pengambilan secara rutin selama 10 hari sampai penglihatan kamu dirasa sudah agak baik dan jangan lupa simpan ramuan ini di dalam peti ais.

Ramuan ini juga tidak hanya bermanfaat bagi kesihatan mata, tapi juga bermanfaat untuk kesihatan tubuh kamu. Pastikan lidah buaya harus dari lidah buaya yang umurnya tidak lebih dari 3 tahun, kerana akan berbahaya bagi mereka yang mengidap penyakit TBC, kardiovaskular, kehamilan, dan penyakit lain. Petua Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Pokok Ajaib Ini..



Selamat Mencuba

p/s- Cara ini untuk mereka yang baru nak rabun dan masih power rendah. - Syifa.info



Sumber TKO - 9-6-2017





Minum air kosong terbukti menurunkan berat badan. Korang tahu tak?
Posted on Thursday, June 08 @ 15:19:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35347



Air kosong merupakan salah satu bahan yang tidak mempunyai kalori. Meminum air kosong tidak akan menyebabkan seseorang itu gemuk. Tetapi yang menariknya adakah anda mengetahui bahawa meminum air kosong mampu menurunkan berat badan anda tanpa anda perlu bersenam.

Kajian pada bilangan subjek yang kecil Pada 2003, satu kajian berkenaan air kosong telah dilakukan dan kajian tersebut telah masuk ke dalam journal berprestij iaitu ‘The Journal of Clincal Endocrinology anda Metabolism’. Para saintis yang terlibat dalam kajian tersebut menemukan bahawa dengan hanya meminum air sebanyak 500ml, ia boleh menaikkan metabolisma badan sehingga 30% dalam subjek perempuan dan lelaki. Kesan kepada kadar metabolisma tersebut boleh dilihat pada 10 minit awal dan menjadi maksimum pada 30-40 minit. Kadaar metabolisma yang tinggi itu juga boleh bertahan sehingga 1 jam.
Kita mengetahui bahawa untuk mengurangkan berat badan, seseorang itu perlu meningkatkan kadar metabolisma badannya untuk membakar lemak. Dan di dalam kajian tersebut jelas menunjukkan kadar metabolisma seseorang itu meningkat apabila dia meminum air.
Kajian permulaan ini sebenarnya memberi petanda kemungkinan perangai meminum air kosong secara kerap mungkin boleh mengurangkan berat badan seseorang.
Kajian pada bilangan subjek yang lebih besar Kajian sebelum ini dikuatkan lagi dengan keputusan kajian pada tahun 2013. Dalam kajian tersebut mereka mengambil 50 orang peserta perempuan yang obes dan mereka disuruh meminum air sebanyak 500ml untuk 3 kali sehari. Iaitu bersamaan 1500ml dalam sehari.
Kajian ini dilakukan selama 8 minggu dan keputusan kajian mendapati ianya terbukti mampu mengurangkan berat badan dan juga body mass index(BMI) seseorang
Bagaimana ia mengurangkan berat badan? Saintis mengatakan mekanisma pengurangan berat badan ini adalah disebabkan kadar metabolisma yang meningkat selepas pengambilan air dan salah satu sistem saraf yang terlibat dalam meningkatkan kadar metabolisma adalah saraf sympathetic

Seperti yang kita tahu pengaktifan saraf sympathetic ini akan menyebabkan ‘mode’ badan berubah kepada ‘fight and flight'(berlawan atau melarikan diri). Selalunya orang yang tengah marah nak bergaduh ataupun takut dan ingin melarikan diri akan mengaktifkan sistem saraf ini. Ia akan meningkatkan kadar denyutan nadi, meningkatkan kandungan glukosa dalam darah dan akan meningkatkan penggunaan lemak untuk penghasilan tenaga.

Itulah yang terjadi setelah kita meminum air kosong, iaitu ia akan mengaktifkan minoriti saraf sympathetic dalam badan kita dan menyebabkan kadar metabolisma menjadi tinggi seterusnya menyebabkan lemak dalam badan diuraikan. Lalu berat badan pun semakin turun.

Kesimpulan:
Minum air kosong secara konsisten berserta kawalan diet seperti biasa sepatutnya sudah mampu menurunkan berat badan seseorang. Kombinasi dengan senaman yang konsisten juga akan membuatkan penurunan berat badan menjadi lebih efektif bagi seseorang

Rujukan:

1. Boschmann M, Steiniger J, Hille U, Tank J, Adams F, Sharma AM, Klaus S, Luft FC, Jordan J. Water-induced thermogenesis. J Clin Endocrinol Metab. 2003 Dec;88(12):6015-9.

2. Vinu A. Vij and Anjali S. Joshi. Effect of ‘Water Induced Thermogenesis’ on Body Weight, Body Mass Index and Body Composition of Overweight Subjects. J Clin Diagn Res. 2013 Sep; 7(9): 1894–1896. Published online 2013 Sep 10. doi: 10.7860/JCDR/2013/5862.3344

Sumber TKO -n 8-6-2017




6 Gejala Penyakit Jantung Yang Selalu Muncul Satu Bulan Sebelum Serangan Terjadi..
Posted on Thursday, June 08 @ 15:12:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35346



Pėnyakit pola hidup itu dikarėnakan olėh gaya hidup tak sėhat, kurang istirahat, tingkat strės yang tinggi, konsumsi makanan tak sėhat sėrta sudah pasti mėrokok. Suatu data pėrnah launching olėh Organisasi Kėsėhatan Dunia (WHO) bahwa tiap-tiap 6 dėtik ada satu orang yang wafat lantaran pėnyakit jantung.

Mėrubah pola hidup sėrta turunkan tingkat strės di kėtahui bisa mėlindungi kėsėhatan jantung sėrta mėnolong turunkan rėsiko pėnyakit itu, namun sėbėnarnya ada satu hal lain yang sangatlah utama di kėtahui lantaran bisa mėnyėlamatkan jiwa yakni tahu tanda-tanda pėnyakit jantung mulai sėjak awal yang umumnya tėlah dihadapi pasiėn.



Sėpėrti pėnyakit lain, pėnyakit jantung juga mėmpunyai tanda-tanda sėrta sinyal tanda spėsifik yang umumnya tėlah nampak sėbėlumnya sėrangan paling utama bėrlangsung. Biasanya orang mėrėmėhkan tanda-tanda itu sėrta bėrupaya mėmbėrikan kėyakinan diri sėndiri bahwa kėadaannya sėhat-sėhat saja. Pėrihal ini pula yang mėngakibatkan rėsiko mėninggal dunia disėbabkan sėrangan jantung sangatlah tinggi.



Karėnanya di artikėl inginsėhat. com kėsėmpatan ini kita bakal mėngulas sėbagian sinyal sėrta tanda-tanda pėnyakit jantung yang butuh anda cėrmati.



Tanda-tanda pėnyakit jantung pada pria sėrta wanita butuh diwaspadai mulai sėjak dini

Bėbėrapa Sinyal sėrta Tanda-tanda Pėnyakit Jantung.



Suatu risėt mėngatakan bahwa bėbėrapa bėsar orang yang wafat dunia lantaran pėnyakit jantung tak pėrnah tahu sėmasa hidupnya bahwa dianya mėngidap pėnyakit itu. Sėsudah bėrlangsung sėrangan, barulah bėbėrapa orang di sėkėlilingnya mėmahami pėnyėbabnya kėmatiannya.



Tanda-tanda pėnyakit jantung tėrkadang tak tėrdėtėksi mulai sėjak awal, itu karėna sėbab tanda-tanda yang dihadapi pasiėn bėrbėntuk umum sėrta tak khusus. Umumnya pasiėn bėrasumsi dianya sakit magh umum atau sakit flu saja hingga tak mėmėriksakan diri kė doktėr.



Walau sėbėnarnya sėrangan jantung sėbėnarnya tak datang mėndadak, sėkurang-kurangnya sėbulan sėbėlum sėrangan bėrlangsung, sėbagian sinyal sėrta tanda-tanda tėlah dirasa olėh pasiėn.

Di bawah ini gėjala-gėjala pėnyakit jantung yang butuh di kėtahui olėh kėbanyakan orang.



1. Kėlėlahan



Pola makan tak sėhat, mėrokok sėrta kurang olahraga bakal mėngakibatkan pėmbuluh darah artėri mėnyėmpit lantaran ada plak di dinding pėmbuluh. Kėadaan itu mėnyėbabkan pėrėdaran darah jadi tėrhalang.



Untuk mėnghadapinya, jantung bakal bėkėrja lėbih kėras dalam mėmompa darah kė sėmua sisi badan. Pada akhirnya pasiėn bakal tėrasa capėk sėrta mėngantuk.



Kėlėlahan yaitu salah satu tanda-tanda pėnyakit jantung.

 Bila bėlakangan ini anda kėrap tėrasa capėk, kėrap mėnguap lantaran mėngantuk walau sėbėnarnya anda tak lakukan kėgiatan yang bėrat, jadi ada pėluang tėngah tėrjadi sistėm tak umum didalam badan anda. Dalam hal sėmacam ini anda butuh mėwaspadai tėrjadinya sėrangan jantung yang mėndadak.



2. Sėsak Nafas



Bila jantung anda kėkurangan darah ini bėrmakna paru-paru anda kėkurangan oksigėn. Paru-paru sėrta jantung yaitu dua organ badan yang sama-sama tėrgantung kėduanya. Bila paru-paru tėrganggu jadi tak pėrlu saat lama manfaat jantung akan tėrganggu.



Sėsak nafas yaitu satu diantara tanda-tanda sėrangan jantung. Bila anda alami kėsusahan bėrnafas baiknya sėlėkasnya kė doktėr untuk mėmėriksakan diri karėna ada pėluang tak lama lagi masalah itu bakal mėrėmbėt kė organ jantung.



3. Lėmas



Pėmbuluh artėri yang mėnyėmpit mėngakibatkan organ badan tėrhalang mėmpėrolėh konsumsi oksigėn sėrta nutrisi yang dibawa lėwat darah. Otot badan tak mėmpėrolėh apa yang mėrėka pėrlukan untuk bėkėrja maksimal mėngakibatkan yaitu badan jadi lėmas sėrta lėmah.



Lėmas sėrta lėmah yaitu satu diantara tanda-tanda pėnyakit jantung yang umum dirasa olėh pasiėn. Bila anda alami kėadaan itu tanpa ada pėnyėbabnya yang tėntu jadi ada pėluang ini yaitu tanda-tanda awal pėnyakit jantung koronėr yang pėrlu sėlėkasnya anda antisipasi.



4. Kėpala pusing sėrta kėringat dingin



Sėpėrti ditėrangkan tėrlėbih dulu, aliran darah tak lancar disėbabkan pėmbuluh darah mėnyėmpit mėngakibatkan sisi badan sėpėrti otak bakal kėkurangan oksigėn. Tanda-tanda yang dirasa pasiėn yaitu pusing sėrta sakit kėpala sėrta kėringat dingin.



5. Dada samping kiri sakit



Tanda-tanda sėrangan jantung yang paling umum dirasa pasiėn yaitu pėrasaan tak nyaman pada dada samping kiri. Pasiėn umumnya mėlukiskan pėrasaan itu sėpėrti ditėkan, tėrbakar atau tėrtėkan. Pada umumnya orang, rasa sakit bakal mėlėbar hingga di lėngan kiri.



6. Flu



Bila anda tėrasa alami tanda-tanda flu tanpa ada karėna jadi pėluang ini yaitu tandanya pėnyakit jantung. Sėbagian pasiėn mėngėmukakan alami masuk angin cuma sėkian hari sėbėlumnya sėrangan pėnyakit jantung datang.



Flu sėrta kėringat dingin yang dibarėngi dada yang mėrasa nyėri yaitu satu tanda-tanda pėnyakit jantung. Janganlah cėmas bila anda mėndadak rasakan sinyal itu, sėlėkasnya hubungi kėluarga atau orang paling dėkat untuk mėnolong anda.



Bagaimanakah Bila Anda Alami Tanda-tanda Pėnyakit Jantung Itu?



Bila anda atau sėorang yang anda kėnal alami gėjala-gėjala tėrsėbut di atas sėlėkasnya kunjungi doktėr untuk mėmėriksakan diri. Langkah paling baik untuk mėnghindar pėnyakit jantung bėrlangsung yaitu dėngan mėmėrhatikan gėjalanya mulai sėjak awal.



Walau gėjala-gėjala yang dirasa pasiėn tak khusus namun dėngan lakukan kontrol sėdini mungkin saja jadi aspėk rėsiko bisa dijauhi.



Diluar itu, anda juga butuh mėngawali satu pola hidup yang lėbih sėhat dari yang umum anda lakukan. Konsumsi makanan sėhat bakal bėrikan badan kėmampuan untuk mėngobati dianya. Bėrhėnti mėrokok sėrta rajin olahraga bakal sangatlah mėnolong jantung dalam mėlakukan tugasnya mėmompa darah kė sėmua organ badan yang lain.



Sėkian sėpintas info tėntang sinyal sėrta tanda-tanda pėnyakit jantung yang tidak sėring di pėrhatikan orang. Janganlah lupa sėbarkan artikėl itu kė rėkan atau kėluarga yang lain supaya mėrėka tahu bėbėrapa gėjala pėnyakit jantung.



Sumber : semuamedia.com



Sumber TKO - 8-6-2017




Disahkan Ada 'ovarian Cyst' & Hampir Dibedah, Air Rebusan Ni Kecutkan Cyst
Posted on Thursday, June 08 @ 15:01:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35343



Disahkan Ada 'ovarian Cyst' & Hampir Dibedah, Air Rebusan Ni Kecut Cyst Secara Semulajadi
Disahkan Ada 'ovarian Cyst' & Hampir Dibedah, Air Rebusan Ni Kecut Cyst Secara Semulajadi - Perkongsian oleh Puan Akmar Nur Azreen mendapat lebih 5000 kali oleh netizen.
Beliau disahkan ada cyst d bahagian kilang ovari. Sepatutnya beliau menjalani pembedahan tetapi setelah mengamalkan air rebusan peria, cystnya mengecut dengan ketara.


Disahkan Ada 'ovarian Cyst' & Hampir Dibedah, Air Rebusan Ni Kecut Cyst Secara Semulajadi

Ini perkongsiannya di Facebook.



Sumber TKO - 8-6-2017




Hilang Terus Lendir Dan Kahak Di Paru-Paru Dengan Mencuba Petua Ini
Posted on Thursday, June 08 @ 14:55:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35341


Hilang Terus Lendir Dan Kahak Di Paru-paru Dengan Mencuba Resepi Semulajadi Ini
Hilang Terus Lendir Dan Kahak Di Paru-Paru Dengan Mencuba Resepi Semulajadi Ini - Biasanya Penyakit yang sering menyerang yakni pilek dan flu juga Batuk. Sakit itu cukup umum selama musim dingin. Buat obat dengan bahan alami ataupun herbal yang cocok di rumah dapat menghemat banyak daya & biaya/cost kunjungan ke dokter. Yang Sering berlangsung saat setelah flu selesai, tetapi anda masih tetap saja batuk terus-menerus dan belum sembuh selama berminggu-minggu. Ini benar-benar menyebalkan.


Hilang Terus Lendir Dan Kahak Di Paru-Paru Dengan Mencuba Petua Semulajadi Ini

Walaupun terdapat banyak obat-obatan yang menjanjikan untuk meredakan batuk, tak ada yang lebih baik daripada obat alami herbal buatan rumah yang efektif. Resep yang kami tawarkan di sini bertindak sebagai inhibitor batuk alami, dan itu lebih lebih efektif daripada mesti repot beli di toko obat/apotik. Di sisi lain positifnya, itu semua herbal alami!

Langkah Buat Sirup
Semua sebagian bahan itu di bawah ini demikian bermanfaat untuk singkirkan batuk. Jus lemon yang kaya kandungan vitamin C, madu yakni antiseptik yang ku4t dan inhibitor batuk alami, jahe mendukung sistem kekebalan tubuh Anda dan kurangi rasa sakit dan mual, dan cengkeh dengan ciri-ciri antibakterinya dan dapat kurangi l3ndir. Hilang Terus Lendir Dan Kahak Di Paru-paru Dengan Mencuba PetuaSemulajadi Ini
Campur bahan itu dalam panci kecil, dan didihkan hingga jadi kent4l, lalu menggunakan pipping bag teteskan diatas loyang yang telah dilapisi kertas baking/roti. Biarkanlah menger4s jadi permen.
Bahan :
  • Air perasan Lemon segar
  • Madu organik
  • Air
  • Sedikit gula,
  • ½ sdt serbuk halia
  • ¼ sdt cengkeh.

Sekian info ini semoga berguna dan bermanfaat untuk anda silahkan di sharing ke teman-teman yang lain. - Syifa.info (Macam-macam petua lagi)

Sumber TKO - 8-6-2017


































































































































































Jangan Buat Ujikaji Sendiri!



































































































































































PantherMedia 906049
Oleh : Dr Suhazeli Abdullah
Ramai pulak pesakit kencing manis hari ni nak buat ujikaji sendiri. Dah lah masa sebelum puasa paras gula macam ‘yoyo’, kejap turun, kejap naik. Masa dia sihat, dia dok makan ubat. Masa dia rasa berat badan baru dia makan.
\
Sorang Mak Hajah, dia mengaku tak ambik semua ubat kencing manis dan darah tinggi sejak awal puasa lagi. Alasannya dia baru saje jumpa bomoh tersohor supaya amalkan minum air rebusan akar kayu yang dibancuh oleh beliau. “Ubat hospital banyak kimia dan rosakkan buah pinggang”, tambah beliau dengan yakin pada bomoh tersohor tu.

Aku geleng kepala… kesian Mak Hajah ni, bacaan gula hari ni 28.3 mmol, BP pulak 160/100.”Mak Hajah kena buka puasa dah ni, bahaya!” Aku pujuk supaya ikut arahan, mujur dia setuju. Lihat bacaan gula mencanak lagu tu baru dia ngaku dan nyesal… ujikaji mak cik dok jadi rupenya.

Seorang lagi Pak Cik hanya makan ubat sekali sahaja waktu berbuka, sedangkan ubat kencing manis tu kena makan dua kali sehari. Dia kata nak test, “Puase Ramadhan kang kita tak makang banyok, Jadi gula akang turunlah doktor!” Yakinnya ujikaji dia.

“Nah, tengok ni Pak Cik, bacaan gula naik 17.2 mmol. Dah lah ambil nekbat masa berbuka, lepas terawih baham bubur caca, sahur baham nasi sepinggang mumbu, naiklah gula ni Pak Cik weih.” Ujarku dengan nada merintih.
Lain kali jangan buat ujikaji sendiri, jika nak buat apa-apa perubahan tabiat makan sewaktu puasa ni, saya senantiasa bersedia diklinik ni.

Sumber BO - 8-6-2017


Rupanya Cara Kita Bersih Telinga Selama Ini Salah, Begini Cara Betulnya..
Posted on Tuesday, June 06 @ 12:04:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35288


Rupanya Cara Kita Bersih Telinga Selama Ini Salah, Begini Cara Betulnya..

Rupanya Cara Kita Bersih Telinga Selama Ini Salah, Begini Cara Betulnya.. - Tahi telinga yang berlebihan kadang kala sukar dibersihkan. Tahi telinga umumnya bersifat melekit. Ia merupakan pengeluaran alami daripada kelenjar minyak di dalam telinga yang sebenarnya bertujuan melindungi telinga. Lekitan ini berfungsi memerangkap debu dari masuk ke telinga. Tahi telinga sebenarnya tidak akan menyebabkan rasa terganggu jika berada pada kadar yang sesuai.


Rupanya Cara Kita Bersih Telinga Selama Ini Salah, Begini Cara Betulnya..

Andai terlalu banyak, tahi telinga boleh menyebabkan telinga tersumbat dan paling teruk boleh menyebabkan kurang pendengaran. Jadi macam mana cara membersihkan lebihan tahi telinga ini?
Elakkan Menggunakan Putik Kapas

Memasukkan putik kapas, klip kertas, ataupun pengorek telinga besi bagi menyucikan telinga dalam berisiko merosakkan saluran atau gegendang telinga. Selain itu, walaupun kelihatan seperti ia berjaya dikeluarkan, hakikatnya tahi telinga berisiko semakin mengendap di saluran telinga.

Rupanya Cara Kita Bersih Telinga Selama Ini Salah, Begini Cara Betulnya..

Jadi apa cara yang boleh dibuat? Anda mungkin boleh mencuba cara berikut:
Gunakan ubat titis telinga yang dijual di farmasi. Ubat ini mampu melembutkan gumpalan tahi telinga sehingga senang dikeluarkan. Boleh juga menggunakan minyak bayi (baby oil), gliserin, atau hidrogen peroksida.

Dua hingga tiga hari kemudian, sengetkan kepala dan titiskan air suam ke dalam saluran telinga yang bermasalah, kemudian sengetkan kepala ke sisi lain untuk mengeluarkan kotoran telinga. Keringkan air dari saluran telinga, lap menggunakan tuala lembut.

Anda mungkin harus cuba beberapa kali proses ini sampai lah semua tahi telinga keluar. Walaupun begitu, jangan cuba cara ini jika anda:

  1. Berasa sakit pada telinga.
  2. Keluar cecair dari telinga yang bukan kelihatan seperti tahi telinga.
  3. Pernah menjalani pembedahan telinga.
  4. Syak mengalami gangguan gegendang telinga.
Pada sudut lain, kaedah ini juga berisiko membuat tahi telinga yang lembut menjadi masuk lebih dalam ke saluran telinga. Oleh sebab itu, jika tahi telinga tidak berkurang, cepat-cepat dapatkan pemeriksaan telinga anda dengan doktor. Biasanya doktor boleh mengeluarkan kotoran telinga dengan alat sedut atau boleh mencadangkan guna ubatan lain. Rupanya Cara Kita Bersih Telinga Selama Ini Salah, Begini Cara Betulnya..

Untuk cara lain, anda juga mungkin boleh membersihkan telinga menggunakan picagari mentol atau penyedut hidung dan air suam, boleh tonton video di bawah, sangat mudah dan boleh dicuba dari rumah. - syifa.info

Sumber TKO - 6--2017


Cara Berkesan Atasi Mulut Berbau Disebabkan Oleh Karang Gigi
Posted on Tuesday, June 06 @ 06:10:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=35286


Cara Berkesan Atasi Mulut Berbau Disebabkan Oleh Karang Gigi
Cara Berkesan Atasi Mulut Berbau Disebabkan Oleh Karang Gigi - Adakah gigi anda berdarah setiap kali menggosok gigi? Gusi berdarah kerap dikaitkan dengan karang gusi atau disebut gingivitis yang selalunya disebabkan binaan plak pada gigi. Plak yang kelihatan seperti simen terjadi disebabkan teknik pembersihan gigi yang tidak betul atau kecederaan pada gusi disebabkan teknik menggosok yang agresif.


Cara Berkesan Atasi Mulut Berbau Disebabkan Oleh Karang Gigi



Jika gigi tidak dijaga, dalam jangka masa panjang plak akan menjadi faktor utama gigi mereput. Plak mengandungi bakteria, mukus dan sisa makanan. Andai tidak dibuang ia berubah menjadi tartar yang boleh terperangkap di dalam akar gigi.

Plak dan tartar menyebabkan kesan radang pada gusi. Ia menyebabkan gusi membengkak dan lembut. Kecederaan atau trauma pada gusi, walaupun apa pun sebabnya (termasuk teknik menggosok gigi yang agresif) juga boleh menyebabkan gingivitis.

Plak gigi itu sendiri terjadi akibat air liur yang mengandungi garam telah bercampur dengan asid yang terdapat pada sisa makanan yang dimakan.Terbentuknya karang atau plak gigi pertama kali biasanya menyebabkan warna kuning pada gigi. Jika tidak di atasi dengan cepat ia akan menyebabkan gigi anda berwarna kehitaman.Jadi,ketika anda melihat adanya plak atau karang gigi ini maka anda harus segera mencari cara menghilangkan karang gigi tersebut.

Selain itu, kehadiran karang gigi ini juga boleh menyebabkan mulut anda mengeluarkan bau yang tidak sedap. Ini adalah kerana terdapat gangguan sistem penghadaman dan pernafasan serta terjadinya infeksi pada gusi.

Untuk menyingkirkan karang gigi, umumnya orang bakal pergi ke doktor, namun bagi mereka yang mungkin ingin mencari cara yang jimat dan berkesan, anda boleh juga melakukan prosedur ini sendiri dirumah.

Namun yang perlu diingat iaitu, cara ini tidak akan menghilangkan karang gigi secepat yang dikerjakan oleh doktor gigi. Untuk menyingkirkan karang yang terkumpul, ada beberapa pilihan rawatan.
Cara Berkesan Atasi Mulut Berbau Disebabkan Oleh Karang Gigi


Beberapa bahan yang diperlukan iaitu:
1. Hidrogen peroksida
2. Air
3. Serbuk soda
4. Garam
5. Antiseptik pencuci mulut
6. Dental pick
7. Berus gigi

Caranya:
Campur satu cawan hidrogen peroksida dengan 1/2 cawan air hangat, lalu kumurlah dengan gabungan itu selama satu minit. Buang, lalu basuh dengan 1/2 cawan air sejuk.
Alat yang paling umum serta berkesan untuk singkirkan karang gigi iaitu baking soda. Campur 1 sudu makan baking soda dengan 1/2 sudu teh garam dalam cawan. Lalu, rendam berus gigi di air hangat serta celupkan dalam gabungan.
Mulakan dengan memberus gigi terlebih dahulu. Anda memakai gabungan itu. Semua sistem mesti dilakukan selama 5 minit.
Cara Berkesan Atasi Mulut Berbau Disebabkan Oleh Karang Gigi


Cuci mulut dengan pencuci mulut antiseptik.
Pakai dental pick untuk bersihkan karang pada gigi. Lakukan dengan hati-hati, sehingga tak mengikis serta mengakibatkan kerosakan pada gusi anda.
Berikut beberapa cara mengelakkan karang gigi dari muncul semula yang boleh anda lakukan:

Memberus Gigi Secara Teratur
Untuk mengatasi terjadinya karang gigi, anda perlu memberus gigi secara teratur, tiga kali sehari. Dengan memberus gigi secara teratur gigi anda akanmenjadi lebih bersih, mulut tetap harum serta kesihatan gusi dan mulut akan terjaga. Cara menghilangkan karang gigi ini boleh mencegah terjadinya pengumpulan sisa makanan pada gigi yang boleh mengundang karang gigi.

Perbanyakan Minum Air
>Minum air putih atau air masak juga merupakan salah satu cara menghilangkan karang gigi yang efektif dan paling senang.Anda tak perlu mengeluarkan banyak belanja untuk menghilangkan karang gigi dengan cara ini. Ini adalah kerana air putih boleh membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada celahan gigi sehingga membentuk karang gigi.

Makan Buah Epal
Anda boleh cuba cara menghilangkan karang gigi secara semulajadi dengan pengambilan buah epal. Buah epal mengandungi vitamin C dan juga kalsium yang berguna untuk menyihatkan dan menumpas karang gigi secara semulajadi.Tanpa memberikan sebarang risiko atau impak negatif bagi kesihatan gigi, pengambilan buah epal secara rutin boleh membuatkan gigi anda menjadi lebih bersih dan putih.

Khasiat Buah Melon

Buah melon juga boleh digunakan sebagai cara menghilangkan karang gigi. Buah melon mampu membuatkan gigi menjadi bersih jika pengambilannya dilakukan secara rutin. Melon mengandungi serat semulajadi yang bermanfaat untuk mengeluarkan air liur dengan lebih banyak untuk membantu membersihkan mulut dan gigi secara semulajadi. - Syifa.info

Sumber TKO - 6-6-2017





































































































































































‘Rice Cooker’ Penyebab Diabetes Dan Kanser?

Oleh : Dr. Suhazeli Abdullah

Saya membaca satu tulisan seorang ibu yang mengulas lanjut satu ceramah yang dihadiri beliau anjuran sekolah anaknya. Ceramah yang disampaikan oleh Pak Anto dari Lembaga Konsultan Kanker Indonesia.

Ulasan tersebut berkisar mengenai bahaya menggunakan/menghangatkan kembali nasi dalam “Rice Cooker” melebihi 12 jam. Dakwaan dari penceramah tersebut bahawa amalan sedemikain boleh menyebabkan diabetis dan cancer.

Diakhir tulisan berkenaan, terdapat beberapa senarai sayur-sayuran anti cancer yang disarankan oleh institut pencegahan cancer. Begitu juga dimuatkan tulisan bahawa penemuan resepi baru dari Negeri China dengan blender 12 batang kacang bersama 1 buah tomato adalah ubat paling mujarab bagi penyakit diabetes.[1]

Sekali baca saya sudah tahu bahawa artikel berkenaan adalah ‘copy paste’ dari laman web Indonesia, yang mungkin udah berlegar sejak tahun lepas. Cuma sedikit ubahsuaian ayat supaya nampak keMelayuan. Seperti kanker==>Cancer, Magic Com==>Rice Cooker dan beberapa perkataan lagi. Begitu juga tulisan yang mengaitkan pesanan dari doktor China berkenaan, juga telah di copy paste dari laman sosial lain supaya cerita nampak gempar.[2]

Artikel berkenaan sudah banyak disanggah oleh beberapa doktor pakar dari Indonesia sendiri.[3,4] Malah Pak Anto yang disebut-sebutkan itu tak diketahui siapa dalam Lembaga Konsultan Kanker Indonesia.

Nasi adalah sejenis karbohidrat kompleks. Bagi individu yang berpenyakit diabetes, dinasihatkan mengambil karbohidrat secara sederhana. Karbohidrat dalam nasi ini akan dicernkan dalam perut menjadikan gula yang lebih ringkas.

Terdapat kajian mengatakan nasi yang disimpan lama akan sedikit tinggi kandungan gula (indeks glisemik). Ini kerana karbohidrat yang lama tersimpan akan mula terurai dengan pengoksidaan. Tetapi tidak sesekali akan bertukar menjadi bahan karsinogeik (pencetus kanser). Makan ajelah, jangan basi sudah.

Beberapa artikel dari barat cuba mengaitkan memakan nasi penyebab kanser kerana kulit nipis beras mengandungi arsenik, yang akhirnya mendatangkan risiko kanser. Tetapi Badan Berkuasa Makanan dan Ubatan (FDA) telah menjamin bahawa paras arsenik dalam bijirin yang bersumberkan dari tanah seperti beras adalah selamat dimakan.[5] Ironinya pihak barat yang ingin memburukkan nasi sebagai makanan ruji Asia dan menaikkan produk gandum mereka.

Tulisan berkaitan dengan sayuran anti kanser itu, tidak perlu saya ulas lanjut, kerana tiada pun pembuktian secara saintifik. Dengan tidak menafikan bahawa sayuran berkenaan berkhasiat untuk dimakan. Kebanyakan sayuran adalah anti oksida, baik untuk kesihatan secara umum. Saya pun selalu menggalakan kepada pesakit saya untuk mengambil sayur sebanyak-banyaknya.

Konsep pinggan Suku-suku-separuh yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia patut diamalkan.

Pautan
[1] 5 kebiasaan menyebabkan diabetes dan kanker. http://www.netralitas.com/kesehatan/read/11480/awas-5-kebiasaan-ini-memicu-anak-menderita-kanker-dan-diabetes
[2] Sayuran anti kanker. https://web.facebook.com/KebajikanDe/posts/652526714810884?refid=18&__tn__=R&_rdc=1&_rdr
[3] Benarkah dilarang memakan nasi hangat? https://health.detik.com/read/2016/10/19/143134/3324409/1410/benarkah-dilarang-makan-nasi-yang-dihangatkan-selama-12-jam-di-magic-jar
[4] Nasi hangat beracun. http://health.liputan6.com/read/2631482/makan-nasi-yang-dihangatkan-bisa-beracun
[5] Beras mengandungi arsenik. https://www.fda.gov/food/foodborneillnesscontaminants/metals/ucm319870.htm

Sumbrr BO - 5-6-2017







































































































































































Manfaat air putih

AIR merupakan sumber utama bagi setiap kehidupan di dunia ini. Terdapat pelbagai jenis air yang boleh didapati di atas muka bumi ini. Air putih atau lebih dikenali sebagai air masak adalah salah satu sumber yang boleh dijadikan bahan minuman. Air putih mempunyai pelbagai manfaat di dalam dunia ini. Air putih dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit berbahaya atau mencegah penyakit yang tidak diingini. 
Perlu diketahui tubuh badan kita terdiri lebih daripada 70% cecair yang mana keperluannya tehadap cecair sangat tinggi. Manfaat air dalam badan kita tentu tidak dapat digantikan oleh mekanisme-mekanisme lain. Cecair ini mampu kita dapatkan dengan mengambil air putih yang cukup. Air Putih merupakan minuman yang paling sihat dan tidak berbahaya kerana diperlukan setiap hari oleh tubuh kita untuk menjaga kesihatan. 
Manfaat Air Putih sangatlah banyak, jika dihuraikan satu per satu mungkin tidak akan habis. Manfaat yang sering dirasakan mungkin hanya menghilangkan haus pada waktu siang atau malam. Tambahan pula, air putih juga dapat memberikan impak yang positif terhadap kesegaran tubuh kita. Manfaat air putih untuk tubuh manusia memang tidak perlu diragukan lagi. Berikut adalah beberapa manfaat air putih yang secara tidak terduga memiliki peranan vital terhadap keberlangsungan hidup manusia.
  
Manfaat paling utama air putih adalah sebagai penghilang dehidrasi dan haus. Apakah yang akan terjadi jika kita tidak minum air putih? Tentu akan terjadi dehidrasi atau kekurangan cecair yang akan menyebabkan tubuh menjadi lemas. Minum air putih dengan banyak mampu menghilangkan dan mencegah terjadinya dehidrasi. Selain itu, Air putih juga mampu menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh. Sekitar 60 % daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Minum air secukupnya akan mempertahankan keseimbangan cairan badan, membantu transportasi nutrisi dalam badan, mengatur suhu badan, mencerna makanan, dan banyak lagi.
  
Bukan itu sahaja, air putih dapat mengawal kalori dan menurunkan berat badan. Apa hubungan kalori, berat badan, dengan minum air putih yang banyak? Penelitian menemukan bahawa terdapat hubungan antara konsumsi air putih dengan penurunan berat badan. Apa penyebabnya? cuba latih minum air sebelum makan. Air akan membantu orang merasa kenyang dan sebagai hasilnya mengkonsumsi kalori lebih sedikit yang memberi kesan pada penurunan berat badan. Air putih juga dapat meningkatkan tenaga. Apakah yang akan terjadi jika anda tidak mengambil air secukupnya lebih-lebih lagi ketika olahraga? Kesan pertama yang akan dirasai sudah tentu adalah lelah. Otot yang kekurangan air tidak akan dapat bekerja optimal yang menyebabkan terjadinya kelelahan.
  
Kemudian, minum air putih juga membantu mengeluarkan racun dalam badan. Bagaimana boleh kita berpeluh atau buang air kecil tanpa bantuan air? Padahal kedua-dua proses ini adalah salah satu mekanisme badan dalam membantu menghilangkan racun. Air putih dapat membantu mengeluarkan cairan peluh yang mengurangi risiko batu ginjal dan jangkitan saluran kencing. Air putih ini juga mampu melembabkan kulit, membuatnya terus segar, lembut, bercahaya dan halus. Racun dalam badan dapat memiliki jangkitan yang boleh menyebabkan kulit meradang dan menyebabkan liang-liang tersumbat dan akhirnya akan menyebabkan jerawat. Mengambil air ini dapat meningkatkan proses pengeluaran racun melalui peluh secara lancar yang akhirnya dapat membuat kulit halus dan cerah.
  
Pernah mendengar penyakit batu karang? Penyebab utamanya adalah kekurangan cairan atau yang sering kita dengar dengan istilah kurang minum. Perlu kita ketahui, ginjal memproses 200 liter darah setiap hari, menapis keluar kotoran dan mengangkut urin ke kandung air kencing. Namun, ginjal memerlukan cairan yang cukup untuk membersihkan apa yang tidak diperlukan dalam badan. Air putih adalah kunci atau senjata utamanya. Selepas itu, air putih juga dapat meningkatkan produktiviti bagi menjamin kesihatan badan. Minum segelas air putih dapat membantu meningkatkan fokus dan mengembalikan tenaga agar dapat kembali bekerja secara normal dan tinggi keyakinan diri. Sehubungan itu, sudah menjadi rahsia umum bahawa manfaat minum air putih adalah untuk mencegah penuaan awal. Minum air putih yang banyak dapat mengeluarkan racun dalam badan yang dapat mengetatkan kulit, mengecilkan liang-liang dan akan terpelihara daripada penuaan awal. Tidak hairan bahawa rahsia awet muda para selebriti Malaysia ataupun dunia adalah minum air putih secara teratur dan secukupnya.
  
Mengembalikan mood atau mood booster datang melalui air putih ini juga. Jika berlaku tekanan atau tiada mood terhadap pekerjaan, atau masalah rumah tangga, cubalah minum segelas air putih yang dapat membantu anda mengembalikan mood dan kembali segar. Minum air putih minimum 2 liter satu hari dapat meningkatkan fungsi otak. Air akan membantu meningkatkan konsentrasi dan kelancaran sistem saraf di otak. Anda pernah demam? Berdasarkan pengalaman saya sendiri jika saya demam sangat jarang pergi ke klinik. Perkara yang saya akan lakukan adalah meminum air putih dengan banyak secara rutin. Perjam diusahakan minum air putih beberapa gelas. Hal ini akan membuat kita sering buang air kecil dan demam akan pulih dalam masa satu atau dua hari. 
Air putih ini mampu melawan beberapa penyakit bagi memastikan tubuh badan yang sihat. Penyakit yang biasa dapat diubati ialah panas dalam, sakit tekak, melancarkan sistem peredaran darah dan mengubati sakit kepala dan migrain. Air dapat membantu meningkatkan dan memlancarkan sistem peredaran darah manusia. Pengambilan air akan membantu dalam proses transportasi dalam tubuh manusia. Jika anda mengalami sakit kepala atau migrain, hal pertama yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan bantuan adalah minum banyak air. 
Sakit kepala dan migrain sering disebabkan oleh dehidrasi atau kekurangan cairan dalam tubuh. Sebagai konklusi, umat Islam bakal menyambut Ramadan tidak lama lagi. Oleh itu, masyarakat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan bagi memenuhi tuntutan syarak. Air putih adalah air paling sesuai untuk dijadikan bahan minuman bagi mengekalkan tenaga sepanjang satu hari berpuasa. – HARAKAHDAILY 23/5/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Sumber HD - 23-5-2017 

Jaga-Jaga, Telur Pun Ada Yang Palsu Masuk Malaysia
Posted on Saturday, May 13 @ 11:53:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34908



ISU mengenai telur palsu ini bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini negara China pernah menghasilkan produk tiruan tersebut yang diperbuat daripada bahan plastik.

Kes penjualan telur plastik itu pernah menjadi tular di negara kita pada 2011 dan kemudian sekali lagi pada 2014 lalu namun dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nampaknya, kegusaran rakyat negara ini makin bertambah apabila seorang wanita memuat naik video di Facebook selepas beli telur di sebuah pasar raya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mawar Ahmad ini terkejut apabila mendapati isi telur tersebut adalah plastik setelah lapisan kulit cengkerangnya dipecahkan.

“Jaga jaga telur palsu dah masuk Penang, yang ini anak saudara beli kat sebuah pasar raya kat Bandar Perda. Kesian budak-budak pakat cirit dah,” tulisnya.

Perkongsian wanita tersebut mendapat reaksi daripada ramai netizen yang mahu perkara berkenaan dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
– MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 13-5-2017

Psoriasis tingkat risiko serangan jantung
Posted on Tuesday, May 09 @ 08:25:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34842


Oleh Hidayatul Akmal Ahmad
 Dianggarkan tiga peratus daripada penduduk dunia menghidap psoriasis. Di Malaysia, seramai 14,486 orang dilaporkan menghidap penyakit ini (data Registri Psoriasis Malaysia 2007-2015).


Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang berpanjangan dan berulang. Ia boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.

Ia terjadi disebabkan gangguan sistem imun badan yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit lebih cepat iaitu tiga hingga tujuh hari berbanding 21 hingga 28 hari dalam keadaan biasa.

Proses ini menyebabkan sel-sel bergerak ke atas kulit dengan cepat seterusnya menjadikan kulit muncul sebagai tompok-tompok merah dengan sisik yang tebal di permukaan kulit.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Tropicana Datuk Dr Noor Zalmy Azizan berkata, psoriasis turut meningkatkan risiko serangan jantung dan penyakit kardiovaskular lain.

“Ramai yang bertanya bagaimana penyakit di permukaan kulit boleh berkait dengan jantung. Sama seperti penyakit auto imun yang lain, psoriasis menyebabkan sistem imun tubuh memberikan reaksi berlebihan terhadap benda asing di dalam tubuh yang dianggap sebagai ancaman.

“Reaksi imun yang berlebihan menyebabkan terjadinya radang di sebahagian atau seluruh tubuh yang kemudian tumbuh sisik kemerahan pada kulit menyebabkan berlaku penyempitan pembuluh darah (aterosklerosis),” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.

Menurutnya, kulit kepala, lutut serta siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan serta kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.

“Cuaca panas turut memberi kesan hingga kulit mereka berparut, selain mengalami masalah ketidakselesaan fizikal. Malah, penyakit itu mengundang keresahan, ketara, berulang dan menyakitkan hingga remaja ini mengalami trauma psikologi.

“Malu tampil di khalayak ramai. Fungsi asas diri mereka seperti berjalan atau tidur juga terjejas akibat masalah yang dihadapi,” katanya.

Dr Noor Zalmy turut menjelaskan ramai yang salah faham terhadap penyakit ini kerana menyangka ia berjangkit. Psoriasis adalah penyakit tidak berjangkit dan masyarakat tidak perlu risau mengenainya.

“Psoriasis tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal penyakit ini. Sebab itu jangan ambil mudah jika ada simptom seperti kelemumur yang teruk, gatal apabila berpeluh, tompok pada kuku dan sebagainya. Selain siku, lutut, kaki dan kepala, ia juga boleh berlaku di kemaluan.
“Serangan untuk setiap individu adalah berbeza. Kira-kira 40 peratus daripada pesakit psoriasis mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit berkenaan,” katanya.

Katanya lagi, psoriasis turut dikaitkan dengan penyakit lain seperti obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes dan hiperlipidemia atau kadar kolesterol dalam darah terlalu tinggi.

“Faktor lain yang mencetuskan psoriasis adalah kecederaan pada kulit, pendedahan langsung kepada cahaya matahari, HIV, ubat-ubatan tertentu seperti beta-blocker dan jangkitan streptokokus. Selain itu, keadaan ini juga boleh berpunca daripada perubahan hormon, kesan alkohol, merokok dan tekanan.

“Paling penting amalkan gaya hidup sihat kerana penyakit berkait seumpama ini boleh meningkatkan risiko kematian bagi penghidap psoriasis. Kebanyakan penghidap psoriasis mendapat simptom pertama pada usia 20 hingga 40 tahun. Punca trend ini tidak dapat dijelaskan secara saintifik tetapi ada juga pesakit saya seawal usia empat tahun sudah menghidap psoriasis,” katanya.

Sumber TKO - 9-5-2017


Teknik terkini bedah otak
Posted on Saturday, May 06 @ 10:40:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34812



Oleh Hidayatul Akmal Ahmad
Otak adalah bahagian paling penting dalam anatomi manusia untuk menjamin kualiti hidup yang optimum kerana ia organ paling kompleks diibaratkan sebagai takhta kepintaran, penterjemah pancaindera, pemacu pergerakan badan dan pengawal tingkah laku.

Apabila berlaku sesuatu tidak diingini membabitkan rawatan saraf, bahagian otak perlu diberi penjagaan paling rapi, apatah lagi jika ia membabitkan prosedur invasif atau pembedahan.


Pembedahan otak boleh menimbulkan ketakutan, namun kemahiran pakar perubatan profesional boleh memberi kelegaan dan sinar baru kepada penghidap pelbagai penyakit atau mengalami masalah perubatan.

Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf Pusat Perubatan Tropicana, Dr Saiful Razman Mohd Noor berkata, seiring peredaran zaman, teknik pembedahan kepala atau otak turut mengalami pembaharuan dikenali sebagai teknik supraorbital keyhole craniotomy.

Jelas beliau, teknik itu sudah lama diperkenalkan di Eropah tetapi hanya dua tahun kebelakangan ini dipraktikkan di Malaysia.

“Teknik supraorbital keyhole craniotomy mula dipraktikkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) diikuti Hospital Sultanah Nurzahirah Kuala Terengganu tetapi kini kami turut menyediakan perkhidmatan berkenaan.

“Teknik itu sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan atau kanser otak, salur darah yang tidak normal, pembuluh darah pecah dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang mempunyai simptom sakit kepala yang secara perlahan menjadi semakin sakit dari minggu ke minggu atau bulan ke bulan supaya segera berjumpa doktor.
“Jangan ambil ringan simptom sakit kepala kerana boleh jadi anda berisiko mendapat kanser otak. Sebab itu disarankan membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengenal pasti masalah kesihatan pada peringkat awal,” katanya.

Antara kelebihan teknik supraorbital keyhole craniotomy ialah kadar sembuh yang lebih cepat, teknik pembedahan bukaan tempurung yang lebih kecil, pembedahan dilakukan dalam alis mata serta tiada kesan parut yang jelas, kurang risiko jangkitan kuman, kurang pendarahan dan sebagainya.

Konsep pembedahan lubang kunci (keyhole surgery) adalah mengeluarkan tumor secara selamat melalui bukaan kecil, bukaan yang lebih tepat yang meminimumkan kerosakan di sekitar kulit kepala, tempurung, otak, saluran darah dan saraf. Kini, pembedahan kepala bukan sesuatu yang menjadi igauan ngeri lagi.

Sumber TKO - 25-5-2017













































































































































































Khasiat kurma yang patut diketahui

KURMA adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang masih mentah. Terdapat pelbagai jenis pokok kurma dan kebanyakannya tumbuh subur di negara-negara Arab. Kajian menunjukkan buah kurma mengandungi kalsium, serotonin, tannin, asid linoleik yang penting dalam mengawal pendarahan. 
Selain daripada itu, buah kurma juga mengandungi glukosa yang penting untuk membekalkan tenaga pada badan dan juga penting untuk otot-otot uterus. Kurma juga membekalkan mineral dan vitamin yang berguna pada kesihatan. Kandungan vitamin dalam buah kurma ini bermanfaat untuk membantu membentuk sel-sel darah baru.
Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Dalam kurma juga terdapat hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, lantas boleh mencegah perdarahan rahim. 
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. 
Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Ini bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. 
Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan bahawa kurma mengandungi ubat.
“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” 
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. 
Sebagaimana kisah tersebut di dalam surah Maryam ayat 25:
"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.” 
Kurma lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Disunatkan berbuka puasa dengan buah kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. 
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. 
Berdasarkan pada ayat al-Quran dan hadis, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. 
Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Hasil kajian Ahli Sains Mesir juga telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran. 
Jadi, bagi masyarakat yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan bai buah, kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan rutin mereka, khususnya pada waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. 
Khasiat kurma juga adalah amat sesuai bagi pertumbuhan kanak-kanak. Mudah-mudahan dengan amalan pemakanan buah kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta melaksanakan ibadah kepada Allah SWT dengan lebih baik. – HARAKAHDAILY 27/4/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Sumber HD - 27-4-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
















































































































































































Benar, kini banyak orang mengidap dua penyakit ini

RASULULLAH SAW pernah menyampaikan nasihatnya di depan para sahabat. Mengenai penyakit yang akan menimpa umat menjelang akhir zaman. Dan kini, sabda Rasulullah SAW itu terbukti. 
Sungguh ramalan Rasulullah SAW tak pernah meleset kerana semua itu adalah berdasarkan wahyu dari Allah yang Maha Mengetahui.

Lalu apakah dua penyakit yang dimaksud Rasulullah SAW? 
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda (maksudnya): "Hampir saja umat-umat (yang kafir) mengerumuni kalian dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan". Seseorang bertanya, "Katakanlah wahai Rasulullah, apakah kami pada masa itu sedikit?" Rasulullah bersabda, "Bahkan kalian pada masa itu banyak. Akan tetapi kamu bagai buih yang dibawa oleh air. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian 'Wahn'. Kemudian seseorang bertanya, "Apa itu 'wahn'?" Rasulullah bersabda, "Cinta dunia dan takut mati," (HR. Abu Daud dan Ahmad; shahih) 
Cinta dunia dan takut mati. Inilah dua penyakit yang melanda banyak orang di zaman ini. Tepat seperti sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Fenomena rasuah, menghalalkan segala cara untuk mendapatkan wang dan kuasa, menipu dan sebagainya merupakan bukti cinta dunia. Tidak mempedulikan halal dan haram dalam berniaga, menzalimi orang lain demi keuntungan peribadi juga merupakan bukti cinta dunia. 
Semakin cinta dunia, semakin orang takut kehilangan harta. Takut kehilangan jawatan. Takut kehilangan kuasa. Umumnya hal itu akan mengakibatkan kemurungan pada masa kehilangan itu benar-benar berlaku. 
Takut mati sering kali mengiringi kecintaan terhadap dunia. Kerana begitu cintanya dengan dunia, Dia tidak rela meninggalkannya. Jadinya, Dia takut jika malaikat maut datang lalu dia berpisah dengan kenikmatan di dunia ini. 
Takut mati ini akan lebih ketara terlihat ketika ada panggilan jihad. Seseorang yang takut mati, dia takkan berani terjun ke medan jihad sebagaimana Abdullah bin Ubai berbalik pulang ketika menuju Uhud
Sumber HD - 25-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Ketahui pilihan sebelum dibedah
Posted on Wednesday, April 19 @ 13:24:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34602


PEMBEDAHAN memang menakutkan dan pasti ada risikonya. Ini adalah kenyataannya. Di sebalik kesakitan yang dialami akan ada kebimbangan lain seperti kos dan proses pemulihan.

Dalam menangani kebimbangan ini, perubatan moden berjaya mengubah persepsi seseorang mengenai pembedahan. Kebimbangan dibedah pada hari ini tidak sama lagi dengan pembedahan pada masa lalu.

Prosedur perubatan secara umumnya dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu pembedahan atau tanpa pembedahan.
Prosedur tanpa pembedahan menjadi pilihan kerana tidak melukakan kulit, hanya melibatkan pemeriksaan fizikal diagnostik dan kajian sinar-x. Manakala prosedur pembedahan termasuk melukakan kulit bagi mengetahui punca kepada masalah.

Kadangkala prosedur pembedahan adalah pilihan walaupun bukan semestinya.

Bagaimanapun, dalam banyak kes, prosedur pembedahan adalah pilihan terakhir dan merupakan perbezaan antara hidup dan mati.

Pada hari ini, terdapat dua jenis pembedahan bagi kebanyakan prosedur, iaitu pembedahan tradisional dan pembedahan invasif minimum (MIS).

Prosedur ini telah mula dilakukan sejak beberapa dekad lalu. Ia menggunakan peralatan khusus dan trocars yang bertindak sebagai ‘pintu keselamatan’, yang membolehkan pakar bedah mengakses ke bahagian abdomen.

Malangnya, di negara ini tidak ramai pesakit yang mengetahui mengenai pilihan bagi prosedur pembedahan.

Memahami situasi tersebut, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kini dalam usaha menggalakkan pesakit memilih cara pembedahan yang lebih mudah dan cepat sembuh.

Dengan memberikan pengetahuan kepada orang ramai mengenai pilihan akan prosedur pembedahan, diharapkan orang ramai tidak takut lagi kepada pembedahan dan melihat pembedahan sebagai pilihan praktikal dan bukannya pilihan terakhir.

Di antara prosedur biasa yang dilakukan melalui MIS ialah endoskopi, laparoskopi (di sekitar abdomen dan pelvis) dan arthroskopi (sekitar tulang dan sendi).

Pakar bedah Kolorektal dan Laparoskopi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Paul Selvindoss berkata, banyak kepakaran dan latihan perlu dilakukan sebelum melakukan MIS.

“Pembedahan MIS sangat berbeza daripada pembedahan terbuka. Kami hanya perlu memasukkan skop ke dalam bahagian yang hendak dibedah dengan menggunakan peralatan yang sedikit serta hirisan yang kecil sahaja.

“Dari situ, kami melakukan pembedahan yang diperlukan. Pembedahan ini hanya mengambil masa yang singkat dan pesakit akan pulih dengan cepat,” jelasnya.

Bersama seorang lagi pakar MIS dari hospital sama, Dr. Charanjeet Singh, mereka berkongsi pengalaman bersama media pada sesi Less Pain More Gains - Minimally Invasive Surgery mengenai prosedur pembedahan terkini, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, Dr. Charanjeet menambah, pembedahan MIS dilihat cukup selesa bagi pesakit.
Biasanya, pesakit MIS mengalami proses pemulihan yang pantas dan parut yang kecil.

“Ia bukanlah satu pilihan dan hanya sesuai bagi prosedur tertentu, tetapi kami amat menggalakkan pesakit memilih MIS kerana lebih banyak kebaikan.

“Pembedahan MIS masih lagi perlu diperkenal dengan lebih meluas. Dengan perkembangan teknologi, peralatan yang digunakan telah menjadi lebih versatil dan pantas.

“Pakar bedah semakin berkebolehan begitu juga dengan kaedah latihan yang lebih ke hadapan. Semua faktor ini boleh menjadikan MIS sebagai kaedah pembedahan yang boleh menjadi pilihan jika bersesuaian.

“Walaupun MIS telah dipraktikkan di Malaysia selama lebih kurang 30 tahun, ia masih lagi kurang diperkatakan sebagai satu pilihan pembedahan,” katanya.

Bagi memberi lebih banyak maklumat kepada masyarakat mengenai MIS, Gleneagles Kuala Lumpur kini sedang mengadakan pameran mengenai MIS Less Pain, More Gains di hospital berkenaan.

Antara persiapan untuk menghadapi pembedahan MIS:

Bersedia dengan kos

Prosedur pembedahan bukan murah dan banyak lagi kos yang harus difikirkan. Pembedahan terbuka dilihat lebih mampu oleh seseorang pesakit berbanding MIS jika anda hanya melihat pada kos prosedur itu sahaja, tetapi jika anda memikirkan mengenai tempoh berada di hospital, komplikasi yang mungkin timbul dan cuti yang harus diambil, kebanyakan orang mendapati MIS merupakan kaedah pembedahan yang lebih murah.

Rancang pemulihan anda

Pastikan anda mempunyai cuti yang mencukupi supaya anda tidak tergesa-gesa semasa proses pemulihan. Jika memilih pembedahan terbuka, anda perlu bercuti selama enam hingga lapan minggu bagi pemulihan. Prosedur MIS lebih cepat sembuh kerana hirisan yang sedikit. Anda sudah boleh melakukan aktiviti biasa anda dalam tempoh seminggu selepas pembedahan.

Tidak makan

Penting diketahui supaya tidak makan dan minum lapan jam sebelum pembedahan. Ini bagi mengelakkan makanan daripada perut memenuhi paru-paru yang boleh menimbulkan masalah lain.

Beritahu alahan anda

Adalah penting anda memberitahu alahan anda pada doktor. Bukan sahaja mereka perlu tahu mengenai alahan anda tetapi mereka juga harus tahu akan reaksi anda kepada alahan tersebut. Dengan cara ini, mereka boleh mengambil langkah berjaga demi keselamatan anda semasa pembedahan.

Rehat yang mencukupi

Doktor akan menasihatkan supaya pesakit berada dalam keadaan kesihatan yang baik dari segi mental dan fizikal. Ini penting kepada kejayaan pembedahan dan proses pemulihan. Proses pemulihan selepas pembedahan sangat penting bagi seorang pesakit. Bagi hasil yang lebih baik, bersedia dan dapatkan rehat yang mencukupi.

© Utusan Melayu (M) Bhd 



Sumber TKO - 19-4-2017



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Luah isi hati terpendam
Posted on Wednesday, April 12 @ 15:58:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34470



Oleh Zaitie Satibi
Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat tetapi kurang didiagnosis sehinggalah pesakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi.

Berdasarkan anggaran terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 300 juta penduduk dunia kini hidup dalam kemurungan dan ia adalah peningkatan sebanyak 18 peratus antara 2005 hingga 2015.

Seriusnya masalah kemurungan ketika ini mendorong WHO mengisytiharkan bahawa penyakit mental terbabit sebagai punca utama bagi keadaan kurang sihat dan hilang upaya di seluruh dunia. Kurang sokongan terhadap mereka dengan masalah mental, ditambah takut dan stigma, ia mencegah kebanyakan pesakit daripada menerima rawatan yang diperlukan untuk sembuh dan meneruskan kehidupan dengan sihat dan produktif.

Anggaran terbaru mengenai penghidap kemurungan itu dikeluarkan WHO bersempena Hari Kesihatan Sedunia yang disambut 7 April lalu dengan tema Kemurungan: Marilah Bincang dan ia juga menjadi fokus utama kempen kesihatan sepanjang tahun. Matlamat keseluruhan kempen ini adalah lebih ramai penghidap kemurungan perlu dibantu walaupun di mana mereka berada.
Pengarah Jabatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Dadah WHO, Dr Shekhar Saxena berkata, satu daripada langkah utama dalam kempen kesihatan mental itu adalah menangani isu-isu berkaitan prejudis dan diskriminasi.
“Stigma berterusan dikaitkan dengan penyakit mental adalah sebab mengapa kami mengambil keputusan untuk menamakan kempen ini Kemurungan: Marilah Bincang. Bagi mereka yang hidup dengan kemurungan, bercakap dengan seseorang yang mereka percaya selalunya adalah langkah pertama untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan.
“Meningkatkan perbelanjaan untuk menangani masalah mental ini juga diperlukan. Dalam kebanyakan negara tidak terdapat atau sangat sedikit sokongan disediakan kepada individu dengan masalah kesihatan mental.
“Walaupun di negara berpendapatan tinggi, hampir 50 peratus rakyat dengan kemurungan tidak mendapat rawatan. Secara puratanya, kira-kira tiga peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan diperuntukkan dalam kesihatan mental, perbezaannya antara kurang satu peratus di negara berperpendapatan rendah hingga lima peratus di negara berpendapatan tinggi,” katanya, baru-baru ini.
WHO melaporkan pelaburan yang dibuat dalam menangani masalah mental memberikan pulangan berbaloi dalam ekonomi. Ini kerana, dalam setiap AS$1 (RM4.43) yang dilaburkan dalam meningkatkan skala rawatan untuk kemurungan dan keresahan memulangkan AS$4 (RM17.72) dalam bentuk kesihatan lebih baik serta keupayaan untuk bekerja.

Rawatan biasanya membabitkan sama ada terapi berbicara atau ubatan antikemurungan atau kombinasi kedua-duanya. Kedua-dua pendekatan boleh disalurkan oleh pekerja kesihatan bukan pakar tetapi mengikuti latihan kursus pendek dan menggunakan Panduan Intervensi Program Tindakan Jurang Kesihatan Mental (mhGAP) WHO.

Lebih 90 negara memperkenalkan atau meningkatkan skala yang menyediakan rawatan untuk kemurungan dan masalah mental lain menggunakan Panduan Intervensi berkenaan.

Menurut kajian yang diterajui WHO yang mengira kos rawatan dan hasil keputusan kesihatan di 36 negara untuk 15 tahun akan datang iaitu mulai 2016 hingga 2030, kadar rendah kesedaran dan akses penjagaan kemurungan dan masalah mental lain yang biasa seperti keresahan menyebabkan kerugian dalam ekonomi global kira-kira AS$1 trilion setiap tahun.

Kerugian sebegini sudah tentu membabitkan banyak pihak seperti isi rumah apabila satu keluarga hilang pergantungan ekonomi jika ketua rumah tidak boleh bekerja, pihak majikan juga terjejas apabila pekerjanya kurang produktif dan tidak mampu lagi bekerja.

Seterusnya, kerajaan turut menanggung beban apabila perlu menanggung perbelanjaan kesihatan dan kebajikan dengan lebih tinggi. WHO juga mengenal pasti kaitan yang kuat di antara kemurungan dan penyakit tidak berjangkit lain. Kemurungan meningkatkan risiko masalah penggunaan ubatan dan penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.

Sebaliknya, penghidap penyakit terbabit juga berdepan risiko tinggi menghidap kemurungan.

Dr Saxena berkata, kemurungan juga adalah faktor risiko yang penting bagi kes bunuh diri yang meragut puluhan ribu nyawa setiap tahun. Oleh itu, memahami dengan lebih baik mengenai masalah kemurungan dan bagaimana ia boleh dirawat adalah permulaan.

“Apa yang perlu diikuti adalah mengekalkan peningkatan skala akses perkhidmatan kesihatan mental kepada semua orang termasuk penduduk kawasan pedalaman.

“Kemurungan adalah penyakit mental yang biasa dihidapi dicirikan dengan kesedihan berpanjangan dan hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan, disusuli ketidakupayaan menjalankan aktiviti harian selam 14 hari atau lebih.

“Penghidap kemurungan juga biasanya mengalami beberapa tanda seperti hilang tenaga, perubahan selera, terlebih atau kurang tidur, kurang penumpuan, tidak dapat membuat keputusan, gelisah, rasa diri tidak berguna, rasa bersalah, putus asa dan berniat mencederakan diri atau membunuh diri,” katanya.

Mengenai kempen kesihatan sempena sambutan berkenaan, terasnya adalah kepentingan berbincang atau meluahkan isi hati yang terpendam yang menjadi punca kemurungan sebagai komponen penting dalam proses pemulihan. Stigma berputar penyakit mental termasuk kemurungan kekal menjadi penghalang kepada penghidapnya mendapatkan bantuan.

Bercakap mengenai kemurungan dialami sama ada dengan anggota keluarga, rakan atau pakar dalam kumpulan lebih besar seperti di sekolah, tempat kerja, tatacara sosial atau dalam domain awam atau dalam rangkaian media sosial membantu merobohkan stigma terbabit dan mendorong lebih ramai penghidap mendapatkan bantuan.

Disebabkan kemurungan boleh menjejaskan sesiapa sahaja, oleh itu kempen ini ditujukan kepada semua orang dan WHO memilih untuk memberi perhatian tertentu kepada tiga kumpulan iaitu remaja dan belia, wanita yang baru melahirkan anak dan warga emas berusia lebih 60 tahun.

Matlamat keseluruhan dalam kempen setahun ini bermula pada sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Oktober tahun lalu, adalah bagi mendapatkan lebih ramai penghidap kemurungan mencari dan mendapatkan bantuan.

Namun, kempen menyasarkan untuk mendidik orang awam mengenai punca dan akibat daripada masalah kemurungan serta bentuk pertolongan yang boleh diberi bagi mencegah dan merawatnya. Penghidap kemurungan diminta keluar dari dunia gelap mereka dan mencari bantuan serta anggota keluarga, rakan dan mereka yang hidup dalam kemurungan dapat memberikan sokongan.

Sumber TKO - 12-4-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















































































































































































Sihatkah minum kopi?

TIADA suatu kebiasaan atau pekerjaan yang berdampak negatif kecuali yang berlebihan. Prinsip ini menunjukkan bahawa kebiasaan yang baik atau pekerjaan yang baik sememangnya akan memberi kesan buruk jika dilakukan secara berlebihan. 
Justeru, bagaimana dengan kebiasaan minum kopi? Kebiasaan minum kopi dasawarsa ini tidak hanya didominasi oleh orang dewasa untuk meningkatkan kualiti kerja, malahan para remaja dan anak sekolah turut tidak mahu ketinggalan. Para siswa dan siswi khususnya juga tergiur akan kopi. Ini tidak dinafikan bahawa kopi sememangnya akan menjadi pilihan utama mereka. 
Tetapi persoalannya di sini, baikkah kopi untuk golongan muda mahupun golongan berusia di luar sana? 
Jawapannya, boleh jadi baik dan boleh jadi tidak! 
Minum kopi baik jika diamalkan secara teratur dan tidak berlebihan. Bagi kebanyakan orang yang menikmati minuman kopi sekadar secawan dua sehari memang tidak perlu risau. Hakikatnya, meminum dua ke empat cawan kopi sehari (200 ke 300mg kafein) berkemungkinan besar selamat. 
Menurut fakta, zat kafein yang amat tinggi di dalam kopi menjadikan kopi sebagai minuman utama untuk membangkitkan semangat pagi hari, atau mencegah kantuk. Terutama untuk orang yang sering dikejar deadline atau lemau pada malam hari jarang hidup tanpa kopi. 
Walau bagaimanapun, pengambilan kopi yang berlebihan seperti empat ke tujuh cawan sehari (500 ke 600mg kafein) akan mengundang pelbagai masalah seperti sukar tidur, cepat gemuruh, cepat marah, loya, degupan jantung yang laju, sakit kepala, kemurungan, tangan menggeletar dan sebagainya. 
Bagi orang yang sensitif atau apabila kopi diminum terlalu banyak, kafein akan menyebabkan jantung berdebar-debar bukan sebab bertemu jodoh ya, tetapi disebabkan kenaikan tekanan darah dan menjadi susah tidur. Berikutan daripada itu, hal ini dapat menjadi faktor penyumbang kepada kematian kerana individu tersebut sedang menghadapi masalah berkaitan sistem pembuluh darah dan jantung. 
Kopi juga memicu kepada timbulnya neurotransmitter bernama dopamin dalam otak. Neurotransmitter ialah zat pembawa informasi pada saraf dan otak. Salah satu neurotransmitter yang bernama dopamin berperananan untuk menyekat proses belajar, memori dan juga menyebabkan ketagihan atau ketergantungan terhadap sesuatu perkara.
Apabila mana-mana individu berterusan mengamalkan minum kopi, maka kopi akan merangsang penghasilan dopamin pada setiap saat. Apabila kadar dopamin dalam otak mulai menurun, maka kita akan mengalami gejala withdrawal. Gejala ini terjadi di saat kita mulai ketagih terhadap sesuatu benda. Orang yang ketagih terhadap kopi seringkali tidak dapat lagi memberi fokus yang jelas, susah bangun atau sakit kepala apabila tidak minum kopi. 
Ini tidak ada bezanya antara ketergantungan terhadap narkoba, nikotin atau kopi. Apabila berhenti memasukkan zat tersebut, maka kesan putus ubat ataupun zat terus terasa kerana berpotensi menyebabkan ketagihan, maka sebaiknya jangan terlalu menlazimi diri minum kopi kecuali pada waktu yang diperlukan sahaja. 
Sebagai penutup, kepada masyarakat terutamanya golongan remaja di luar sana yang belum menghadapi sindrom ketagihan terhadap kopi dan masih dapat mengawal diri sangat dianjurkan supaya tidak menjadikan minum kopi sebagai satu kebiasaan atau minuman berkafein contohnya minuman bersoda. Benar, kopi boleh diminum tetapi jangan keterlaluan. Ini kerana setiap perkara yang melampau-lampau akan mempunyai natijah yang buruk. 
Diakhiri dengan firman Allah Ta’ala dalam kalam-Nya yang bermaksud: 
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Qs 5:87). - HARAKAHDAILY 12/4/2017 
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Sumber HD - 12-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 






















































































































































































Gelombang strok haba bahayakan kesihatan

CUACA panas memberi tekanan atau kesan fizikal kepada tubuh badan manusia. Kesan cuaca panas ini akan menyebabkan kesihatan menjadi tahap sederhana kepada tahap bahaya atau boleh mendatangkan masalah kesihatan yang ringan dan juga ada yang boleh menyebabkan maut seperti strok haba. 
Kebanyakkan cuaca panas ini mudah terdedah kepada yang terbabit dengan aktiviti luar seperti pekerja buruh binaan, orang dewasa, warga emas dan juga kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah. Tanda-tanda awal kesan cuaca panas kepada yang mudah terdedah seperti pening kepala yang berpanjangan, mual dan muntah, keletihan dan lesu seluruh tubuh badan. 
Antara langkah-langkah segera yang perlu diambil terhadap mangsa strok haba iaitu mangsa strok haba mestilah menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan kekal pada organ. Ketika cuaca panas ini perlulah ditempatkan mangsa ke kawasan yang teduh dan berhawa dingin / di bawah kipas. Kemudian, lap anggota badan mangsa dengan menggunakan tuala basah.  Hendaklah selalu memantau suhu badan mangsa dengan termometer sambil meneruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan mangsa menurun. 
Antara perkara-perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah pastikan kita dan keluarga minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Bahkan, kita perlulah mengelakkan daripada mengambil minuman beralkohol, minuman berkafein seperti kopi/teh serta minuman yang mengandungi gula yang tinggi kerana minuman-minuman tersebut menyebabkan kita lebih mudah terhidrat. 
Perkara paling penting ketika cuaca panas ini kurangkan melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa cuaca panas. Sekiranya  terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan meminum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. 
Kita perlulah sentiasa mengambil rehat yang kerap untuk hidrat diri sendiri. 
Seperti mana yang kita tahu cuaca panas ini sangat membahayakan dan perlulah selalu beringat dan mengurangkan melakukan aktiviti luar agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan serta kesihatan badan. Oleh itu, kita haruslah selalu berwaspada akan gelombang cuaca panas yang melampau ini agar hari kita tidak lagi suram di masa yang akan datang. – HARAKAHDAILY 11/4/201 
Penulis ialah pelajar Bahasa Arab dan Komunikasi Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM.
Sumber HD - 11-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
























































































































































































Kesedaran kesihatan anak-anak di tahap rendah

KESEDARAN ibu bapa terhadap penjagaan kesihatan anak-anak mereka di negara ini masih lagi berada di tahap rendah. 
Sehubungan itu program kesedaran kepentingan menjaga kesihatan remaja dan kanak-kanak akan diadakan di sebuah hotel sini pada 8 April ini. 
Program itu dikenali Teddy Bear Hospital dianjurkan sekumpulan pengamal perubatan, Islamic Medical Association Of Malaysia Children and Teens Super Team (IMACATS).
Ketua Penyelaras IMACATS, Dr Dalila Roslan berkata pihaknya sudah dua tahun mengadakan program tersebut bagi memberi kesedaran ibu bapa bagi mengambil berat kesihatan kanak-kanak dan remaja. 
“Salah satu usaha kami untuk memberi kesedaran berkenaan melalui program Teddy Bear Hospital,” katanya di Kota Bharu. 
Beliau berkata program itu membawa konsep pembelajaran melalui pengalaman secara kreatif, menyeronok dan mesra kanak-kanak. 
Program berkenaan mendapat kerjasama Hotel GRV Kota Bharu, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Hospital Raja Perempuan Zainab II. Program trsebut akan diadakan di Hotel GRV. 
Ia bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang. IMACATS mensasarkan seramai 2,000 kanak-kanak hadir program berkenaan. - HARAKAHDAILY 6/4/2017
Sumber HD - 6-4-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Kes penolakan vaksin di Terengganu membimbangkan
Posted on Wednesday, April 05 @ 13:17:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34359


KUALA TERENGGANU - Penolakan vaksin oleh ibu bapa bagi imunisasi anak-anak mula memperlihatkan trend peningkatan membimbangkan di negeri ini yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar berkata, berdasarkan pemantauan, daripada 42 kes (16 peratus daripada jumlah kelahiran hidup pada tahun 2013),  ia meningkat kepada 192 kes atau 0.75 peratus (2014), 170 atau 0.64 peratus (2015) dan  281 kes atau 1.26 peratus pada  tahun lalu.

Beliau memberitahu di sini hari ini, insiden penolakan vaksin umumnya disebabkan khuatir tentang kandungan vaksin yang dianggap tidak selamat dan keraguan berterusan tentang status halal-haram bahan .


 Menurut beliau, selain merasa tiada risiko penyakit, pengaruh daripada keluarga dan internet turut mencorakkan pendirian mereka termasuk kalangan yang berpendidikan tinggi.

"Malah Jawatankuasa F atwa Negeri Terengganu yang bersidang tahun lalu telah mengesahkan bahan yang terkandung dalam vaksin adalah halal dan pengambilannya suatu keperluan bagi mencegah penyakit,"ujarnya.

Jawatankuasa itu juga memutuskan sekiranya tanpa pengambilan bahan itu manusia akan terdedah kepada penyakit yang memudaratkan fizikal dan meragut nyawa, ia adalah wajib.

 Katanya, dalam usaha mengubah pendirian ibu bapa, mereka yang menolak vaksin diberi kaunseling termasuk di rumah oleh pegawai perubatan dan pakar perubatan keluarga, selain kempen kesedaran umum melalui pelbagai saluran.

 "Bagi ibu-bapa yang tidak hadir ke sesi kaunseling, lawatan rumah dibuat oleh pasukan kesihatan, namun sejumlah 265 (94.3 peratus ibu-bapa tetap dengan pendirian mereka.

"Sepanjang tahun lalu hanya seramai 16  (5.7 peratus) kanak-kanak telah diberi pemvaksinan semula atas persetujuan ibu bapa, terutama ekoran kesan ancaman  difteria di negara ini yang meragut nyawa lima kanak-kanak, di samping menerima nasihat pakar perubatan keluarga,"ujarnya.-U/M

Sumber TKO - 5-4-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kementerian kesihatan siasat 10 produk stevia palsu
Posted on Tuesday, March 28 @ 14:39:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34233



Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung 10 produk stevia yang didakwa palsu dan dijual di pasaran bagi memastikan produk terbabit mematuhi perundangan makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata siasatan itu susulan laporan sebuah akhbar bertajuk 'Awas Stevia Palsu' yang mendedahkan hasil ujian makmal dua universiti tempatan.

Siasatan dijalankan menurut Peraturan 118A Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983 yang telah menetapkan standard bagi produk ekstrak stevia, katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata mereka yang mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan termasuk produk stevia yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak 1ebih 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Laporan akhbar itu menyebut hasil ujian makmal oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia menunjukkan 10 produk terbabit tidak mengandungi ekstrak tumbuhan sebaliknya adalah kombinasai bahan kimia berbahaya.

Ekstrak stevia adalah sejenis bahan pemanis semula jadi yang diekstrak

daripada daun pokok Stevia rebaudiana bertoni yang mengandungi glikosida steviol dan diproses menjadi serbuk putih hingga kuning cerah, tidak berbau dan mempunyai rasa manis.
Ia boleh digunakan sebagai pengganti kepada gula biasa khususnya
kepada mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Dr Noor Hisham turut meminta pengguna yang mempunyai kemusykilan berhubung keselamatan makanan agar menghubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat, atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. -Bernama

Sumber TKO - 28-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



5 Petanda Anda Sudah Ketagih Gula
Posted on Tuesday, March 28 @ 13:07:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34228


Suka dengan makanan dan minuman manis? Hati-hati, anda mungkin seorang penagih gula yang melampau. Biasa kita dengar ketagihan adalah kepada kafein atau dadah, namun harus diketahui ketagih kepada gula juga boleh berlaku.Sebelum ini kita sudah kerap mendengar tentang keburukan gula, antaranya adalah menghidap penyakit kencing manis, penyebab kenaikkan berat badan, meningkatkan risiko penyakit jantung, risiko kanser dan banyak lagi.

Gula bukan sesuatu yang tidak bagus, gula juga antara makanan yang diperlukan oleh badan tetapi bukan berlebihan.

Biar mulut manis, jangan kencing manis. Bahaya! Oleh itu, bagaimana anda boleh mengenal pasti samada anda seorang penagih gula atau tidak? Membahas secara ringkas, 5 tanda ini boleh dikenal pasti dimiliki seorang ‘penagih’ gula.

1. Anda suka makanan manis

Semakin banyak anda konsumsi gula, semakin banyak yang anda mahukan. Anda seakan terperangkan dalam satu lingkaran ‘jahat’. Semakin banyak anda mengambil gula, secara automatiknya keinginan terhadap makanan manis juga semakin tinggi.

Perkara ini terjadi kerana rasa lidah sudah sebati dengan kemanisan. Perasaan bahagia dengan manis ini boleh diibaratkan seperti ketagihannya seseorang dengan dadah. Jadi, hati-hati jika anda sering sahaja mencari makanan manis untuk dimakan, tidak kira lah samada kek, coklat, kudapan ataupun air manis.

2. Sanggup memenuhi keperluan manis

Sanggup memenuhi keperluan manis sangat mudah dikesan, contohnya anda sanggup ke restoran atau kedai semata-mata ingin menikmati juadah manis anda. Atau anda memotivasi kepada diri sendiri dengan menghadiahkan sesuatu yang manis.

3. Mempunyai tempat simpanan ‘rahsia’ makanan manis

Kerana terlalu gemar, anda mungkin tidak fikir ia merbahaya. Namun, jika anda fikir terpaksa menyembunyikan gula-gula atau makanan manis tidak kira samada takut diambil orang atau mengelak rasa malu, anda akan lakukan. Ini juga petanda anda bermasalah.

4. Makan walaupun tidak lapar

Semua orang memiliki rasa terliur. Anda masalah dengan gula jika anda makan hanya kerana ingin memuaskan nafsu walaupun tidak lapar terutama terhadap snek yang tidak sihat. Oleh itu, elok dipertimbangkan semula keinginan tersebut. Adakah anda makan disebabkan keinginan atau lapar.

5. Benci air masak'

Ini paling mudah dikesan, berapa banyak anda minum air putih atau air mineral dalam sehari? Atau langsung tidak minum? Ketahuilah, pengemar gula yang ekstrim tidak suka minum air putih kerana tidak mempunyai rasa. Jika anda benci terhadap air putih, hati-hati, anda mungkin seorang penagih gula yang teruk.

Bertanya kepada diri sendiri, adakah anda seorang penagih gula? Jika betul, masih belum terlambat untuk berubah sebelum ia menjejaskan kesihatan anda.

Sumber TKO - 28-3-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 perkara perlahankan metabolisme
Posted on Monday, March 20 @ 14:28:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34101
















Oleh Bahrain Samah, MH, MD (AM)

MEMASTIKAN metabolisme sentiasa tinggi amat penting dalam usaha anda untuk mengurangkan berat badan. Malangnya, ramai yang tidak perasan bahawa beberapa amalan dan cara hidup yang tidak sesuai menyebabkan metabolisme menjadi perlahan.


Ia bukan sahaja boleh menyebabkan anda sukar untuk menurunkan berat badan, malah anda lebih mudah mengalami pertambahan berat badan pada masa hadapan. Berikut merupakan enam cara hidup yang boleh memperlahankan metabolisme anda:

1.Ambil Kalori Terlalu Rendah


Makan makanan berkalori terlalu rendah termasuk mengurangkan makan secara melampau dan terlalu lama boleh memperlahankan metabolisme secara ketara.

Kajian-kajian terkawal melibatkan peserta-peserta bertubuh normal atau obes mendapati bahawa pengambilan kalori kurang daripada 1,000 kalori setiap hari (kalori defisit) boleh menimbulkan kesan signifikan ke atas kadar metabolisme anda.

Dalam sebuah kajian, para peserta wanita obes mengambil 420 kalori selama empat hingga enam bulan dan didapati kadar metabolisme ketika berehat mereka menjadi perlahan secara signifikan. Apabila mereka meningkatkan pengambilan kalori sepanjang tempoh lima minggu berikutnya, kadar metabolisme ketika berehat mereka didapati semakin rendah sebelum mengamalkan diet berkaitan.
Sebuah kajian lain melibatkan para peserta obes mengambil 890 kalori setiap hari selama tiga bulan. Selepas kajian berakhir, jumlah pembakaran kalori yang mereka alami setiap hari didapati jatuh secara purata sebanyak 633 kalori.

2.Tidak Mengambil Protein

Mengambil protein yang mencukupi amat penting bagi mencapai dan mempertahankan berat badan yang unggul. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan berprotein pada jumlah tinggi boleh meningkatkan kadar pembakaran kalori tubuh secara signifikan.

Peningkatan metabolisme yang berlaku selepas penghadaman dikenali sebagai kesan haba makanan (thermic effect of food, TEF). Kesan haba protein dikatakan lebih tinggi berbanding kesan haba karbohidrat atau lemak. Kajian mendapati memakan protein meningkatkan metabolisme secara sementara sebanyak lebih kurang 20-30% berbanding 5-10% untuk karbohidrat dan paling tinggi 3 peratus untuk lemak.

Kajian lain mendapati para peserta harus makan sekurang-kurangkan setengah gram protein bagi setiap sekilogram berat badan mereka bertujuan membantu menghalang metabolisme menjadi perlahan ketika dan selepas program penurunan berat badan.

3.Kurang Bergerak

Menjalani kehidupan harian dengan kurang bergerak boleh menyebabkan pembakaran kalori harian anda tidak cekap. Aktiviti fizikal seperti berdiri, berjalan ke tempat membuat air, mengemas meja atau turun naik menggunakan tangga boleh membantu anda membakar kalori. Aktiviti tersebut tergolong sebagai ‘peningkatan haba melalui aktiviti bukan bersenam’ (non-exercise activity thermogenesis, NEAT).

Sebuah kajian menunjukkan bahawa menjalani NEAT secara kerap boleh membakar sehingga 2,000 kalori tambahan setiap hari. Kajian lain mendapati seseorang yang duduk menonton televisyen membakar kalori 8 peratus lebih rendah berbanding dia duduk menaip, malah purata 16 peratus lebih rendah berbanding dia berdiri.

4.Tidak Cukup Tidur

Cukup tidur, tidur berkualiti dan tidur pada waktu malam boleh membantu mempertahankan kadar metabolisme normal. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kurang tidur boleh menurunkan kadar metabolisme dan meningkatkan risiko peningkatan berat badan.

Beberapa kajian menunjukkan tidak cukup tidur boleh menurunkan kadar metabolisme dan meningkatkan risiko peningkatan berat badan.

Sebuah kajian menunjukkan orang dewasa sihat yang tidur empat jam setiap malam selama lima malam berturut-turut mengalami pengurangan kadar metabolisme ketika berehat sebanyak 2.6 peratus. Kadar metabolisme peserta kembali normal selepas itu apabila mereka tidur lena selama 12 jam.

Kekurangan tidur menjadi semakin buruk dengan tidur pada waktu siang kerana pola tidur tersebut mengganggu ritma sirkadian (circadian rhythm). Sebuah kajian yang dijalankan selama lima minggu mendapati tidak cukup tidur secara berpanjangan ditambah dengan gangguan ritma sirkadian menurunkan kadar metabolisme ketika berehat para peserta secara signifikan sebanyak 8 peratus.

5.Mengambil Makanan/Minuman Bergula

Ini kisah benar. Seorang wanita berketinggian 5 kaki 2 inci dengan berat badan 80 kilogram berjaya menurunkan berat badan dengan mengelakkan makan nasi, produk tepung dan tidak mengambil makanan bergula selama enam bulan. Di dalam tubuh, nasi (dan produknya seperti bihun) serta sebarang produk tepung diubah kepada glukos yang dipercayai boleh menyebabkan pembakaran kalori tidak cekap.

Beliau banyak makan sayur-sayuran dan mengelakkan buah-buahan manis. Beliau tidak makan daging dan ayam sebaliknya makan ikan yang dimasak cara tradisional Melayu seperti masak lemak, pindang atau asam pedas. Beliau juga mengambil keju dan mentega susu asli bagi menggantikan marjerin (minyak sayur-sayuran terhidrogenasi).

Berat badan beliau selepas enam bulan program tersebut jatuh kepada 50 kilogram yang sesuai dengan susuk tubuh dan umurnya. Diet yang diamalkan oleh wanita tersebut dikenali sebagai diet rendah karbohidrat; 50 peratus sayur-sayuran, 30 peratus protein, 20 peratus lemak.

6.Tidak Bersenam

Resistant training atau bersenam berhalangan memang membantu meningkatkan metabolisme dengan cekap. Namun bukan semua orang pada hari ini yang rata-rata sibuk bekerja mampu melakukannya.

Berjoging sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali, tiga kali seminggu juga boleh membantu membakar kalori. Kepada pasangan yang sudah berkahwin, melakukan hubungan biologi dengan pergerakan sederhana 20 hingga 30 minit setiap kali beberapa kali seminggu juga boleh membantu meningkatkan metabolisme.

BAHRAIN SAMAH, MH, MD (AM), Pendidik/penulis genre perubatan preventif/alternatif

Sumber TKO - 20-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat Seperti Panadol
Posted on Wednesday, March 15 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34030


1. Guna limau kasturi

Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

2. Urut dengan minyak panas

Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini kerana, ada orang yang langsung tidak tahan denga minyak Cap Kapak!



3. Guna pek ais

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.



4. Jauhi MSG

Pernah dengar atau tidak dialog ini, “Aku rasa, aku sakit kepala ni sebab kedai makan tadi tu letak banyak sangat Ajinomoto”. Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron.



5. Rehatkan diri

Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu. Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising. Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut. Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat.



6. Guna epal dan cuka epal cider (apple cider vinegar)

Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.



Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak.



Alternatif lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.



7. Minum air elektrolit

Tidak kurang juga ada orang melaporkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala. Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.



8. Letak kain basah di dahi

Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring. Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.



9. Rendam kaki dalam bekas air panas

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.



Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar!



10. Rawatan akupuntur



Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk hilangkan sakit kepala. Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atauqi di dalam badan.



Tambahan lagi



Pastikan anda minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari. Lagi banyak, lagi bagus. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi ini, anda dapat menghindari dari dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala tersebut.



Sumber TKO - 15-3-2017



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nasi Kandar Line Clear Di P.Pinang Diarah Tutup Kerana Najis Tikus
Posted on Tuesday, March 14 @ 06:53:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=34004



GEORGE TOWN: Kedai nasi kandar popular di Pulau Pinang, Line Clear telah diarah tutup selama dua minggu selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di bahagian dapur.


Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengeluarkan arahan itu selepas beberapa pegawainya membuat pemeriksaan bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di tiga buah kedai makan di Penang Road pada Isnin.

Selain Line Clear, restoran Yasmeen yang terletak di sebelahnya juga telah diarah tutup buat sementara waktu. Tiada tindakan diambil ke atas kedai makan ketiga.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan MBPP Ong Ah Teong berkata restoran telah diarah tutup selama dua minggu bermula pukul 8 malam Isnin.

"Kami beri mereka lanjutan masa selepas mereka membuat permohonan," kata Ah Teong.

Beliau berkata, bangkai tikus telah ditemui di salah sebuah premis manakala kedua-dua restoran didapati mempunyai najis tikus, lipas dan tandas yang kotor.

Ini adalah kali pertama sepanjang operasi Line Clear selama 70 tahun dikeluarkan perintah sedemikian.

Sumber TKO - 14-3-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































































































































































The Green Muslims – Not Just Halal, But Tayyiba










Halal food and cosmetics are making headlines around the globe, as brands are tapping into the Muslim market with their halal-certified products. However, an interesting shift is happening amongst young Muslims that brand managers and marketers need to be aware of: a new wave of green Muslims are shaping up, and what’s most peculiar, is that they’re hailing from the West.
More and more millennial Muslims are placing emphasis on tayyab, wanting to make sure that the entire production products of goods consumed are aligned with their Islamic values. Tayyab, meaning to be wholesome and pure, is deeply rooted in Islamic philosophy and principles. While being halal makes sure that things are manufactured or slaughtered in a permissible way, tayyab sees that what we consume is backed up by an ethical supply chain. While the older generation of Muslims emphasise on halal over tayyab, young Muslims need more.

With hijabi models taking over the NYFW runways, brands have some what understood the opportunities, but many still lack clear messaging, positioning, and stories that touch the heart of these modern consumers. Millennial Muslims wish that rather than seeing this as an opportunity for commercial exploitation, brands would take their concerns seriously: business must make the world a better place.

Today’s Muslim consumer is increasingly more aware of brands engaging in a holistic and socially conscious approach to business, and they believe that these values belong to everyone – not just Muslims alone.

Not In My Food. Not on My Face. Not On My Body.

One of the unique attributes of this consumer group is that they are no longer bound to traditions and cultures of their forefathers. These tech-savvy young Muslims are breaking the mold and created a new culture, which unites Muslims from all corners of the world, acting upon their belief that faith and modernity walk hand-in-hand. Many are turning back to the basic values of Islam and leading a life that is more conscious about the environment, and ethical consumption is a huge aspect.

This new change of consciousness has shaped millennial Muslims of the diaspora communities to creative and strong entrepreneurs, which on the other hand has created a demand for food and other consumer products and services that don’t only remain halal, but are healthy, sustainable, wholesome, and socially aware. What makes a green Muslim unique is that their eco-friendly lifestyle is driven by faith.

While most are familiar with halal food or even halal cosmetics, it’s important to note that halal and tayyab apply to all aspects of life from finance to travel and even fashion. To be halal is to be tayyab and to be tayyab is to be halal, this is a concept that must be understood as the two are inseparable.
This however, does not mean that all abide to the law of halal and tayyab working as one. As an unfortunate example, most halal-meat manufacturers have forgotten this, placing emphasis on the slaughtering process alone. Green millennial Muslims don’t only care about the way that animals die, but about the way they have lived, and this school of thought applies to all aspects of production from start to finish – resources must be properly respected and workers must not be exploited.
Not Quite Mainstream Yet

As it took a while for hippies to make organic food mainstream, eco-conscious Muslims are also still battling their way in. Regretfully, most Muslims remain ignorant or unaware of knowing what they consume. Muslim girls were ecstatic to see a hijabi-model featured on H&M’s ad campaign, but many forget or turn a blind eye to the violations of working conditions that most large fast fashion brands are guilty of.

However, the green shift is happening and it can mostly be seen in young Muslim entrepreneurs. Many are creating businesses that value organic and sustainable living. Abraham Organics offers organic halal-meat stating that they “believe good food has the power to bring people together, and by making the right choices about our food, we can positively impact the planet we live on”.

Purple Impression, an eco-conscious fashion brand, puts emphasis on earth-friendly materials and transparency of the production process, whilst the halal cosmetics brand Amara offers natural products with no alcohol or animal substances, wishing to empower the everyday woman. These businesses don’t believe that making money is wrong, but the process of how we make money needs to be changed.

Brands like Toms, a successful shoe company who for every product purchased helps a person in need, have a great chance in speaking to the values of green Muslims as they tap into an essential aspect of Muslim faith, which is charity. This a great case study that young Muslim entrepreneurs and brands can also learn from.

Marketing Struggles And Opportunities

Brands struggle with the tendency of seeing the millennial Muslim market as just another interesting segment: the Islamic opportunity is not qualified by one primary difference (age, orientation, language, or ethnicity), making it differ qualitatively. The starting point for millennial Muslims is Islamic identity, and everything else that comes along should fit into it.

It’s important to note, however, that the Islamic ideals of millennial Muslims are essentially universal values that appeal to everyone regardless of faith or no faith. This is essential for brand marketers and managers to understand, as it gives the potential to appeal to a much wider audience. This is a key note that most brands miss, and is one of the reasons to why brands have been slow in reaching out to one of the fastest growing global markets.

The green Muslim movement offers great opportunities for brands within all industries: food, fashion, travel, and finance. While brands tend to focus more on the mass Muslim population, the green Muslim movement remains as a gap in the market waiting to be filled. Once filled, it will effectively create loyal customer relationships and make your brand become a leader in its niche, as sustainable consumerism is what will shape our future. – worldbulletin

Sumber BO - 12-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Minyak ikan tingkatkan imunisasi badan
Posted on Wednesday, March 08 @ 21:01:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33914


TABIAT pengambilan makanan yang mengandungi minyak ikan seperti ikan kembung, salmon dan pilchards didapati mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Dalam satu kajian yang dijalankan penyelidik dari Liverpool John Moores University, England men­dapati, pengambilan hidangan mengandungi minyak ikan dua kali seminggu mampu mening­katkan ketahanan tubuh.

Kebaikan minyak ikan yang mengandungi lemak omega-3, asid hydroxyoleic dan asid oleik mampu mencegah serangan bakteria dan virus terhadap tubuh seseorang.

Selain itu, penyelidik turut mendapati pengambilan makanan yang mengandungi minyak ikan juga boleh mencegah seseorang daripada menghidap masalah obesiti atau kegemukan melampau.


Dalam kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar dari Amerika Syarikat mendapati, kandungan lemak omega-3 yang boleh diperoleh pada ikan tuna, salmon dan trout boleh menghalang pertumbuhan tumor sekali gus mengelakkan serangan kanser.

Sumber TKO - 8-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





































































































































































































Situasi semasa demam denggi, zika dan chikungunya di Malaysia

TERDAPAT enam kes kematian dilaporkan sepanjang minggu kelapan tahun ini menjadikan kumulatif kematian denggi sehingga 25 Februari 2017 adalah sebanyak 40 kematian, berbanding 54 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2016, iaitu penurunan sebanyak 14 kematian (26%). 
Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar, hari ini, sebagaimana di bawah. 
Pada minggu Ke-8 tahun 2017, iaitu dari 19 Februari hingga 25 Februari 2017, sejumlah 1,937 kes Demam Denggi telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 22 kes (1.1%) berbanding 1,915 kes pada minggu sebelumnya namun terdapat lima (5) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Kedah dan Pahang. Jumlah kumulatif kes yang dilaporkan dari bulan Januari sehingga 25 Februari 2017 adalah 14,513 kes, berbanding 25,403 kes bagi tempoh yang sama tahun 2016, iaitu penurunan sebanyak 43% (10,890 kes). 
Terdapat enam (6) kes kematian dilaporkan sepanjang Minggu Ke-8 menjadikan kumulatif kematian Denggi sehingga 25 Februari 2017 adalah sebanyak 40 kematian, berbanding 54 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2016, iaitu penurunan sebanyak 14 kematian (26%). 
Pemantauan lokaliti wabak Demam Denggi menunjukkan sebanyak 678 lokaliti wabak yang masih aktif manakala terdapat 94 lokaliti hotspot semasa yang melibatkan 5 buah negeri iaitu di Selangor (69 lokaliti), Perak (15 lokaliti), WPKL & Putrajaya (4 lokaliti) dan masing-masing 3 lokaliti di Johor serta Negeri Sembilan. 
Pada Minggu ke-8 tahun 2017, tren kes denggi telah menunjukkan peningkatan semula, bagi orang ramai yang berada di kawasan berwabak digalakkan untuk menggunakan semburan racun aerosol untuk kegunaan di dalam rumah dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota kesihatan yang menjalankan aktiviti semburan kabus di kawasan anda, di samping memastikan persekitaran rumah bebas dari pembiakan Aedes. 
Bermula pada 15 Februari 2017 sehingga 2 Mac 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima laporan mengenai kejadian kes Chikungunya dari Baling, Kedah dan Gombak, Selangor. Bagi tempoh tersebut terdapat 50 kes disahkan dengan ujian darah yang positif untuk Chikungunya iaitu melibatkan sebanyak 36 kes dilaporkan dari Daerah Baling, Kedah dan 14 kes dari di Daerah Gombak, Selangor 
Kes terakhir dilaporkan dari Baling, Kedah dan Gombak, Selangor adalah pada 1 Mac 2017. Terdapat 5 lokaliti yang melaporkan kes  Chikungunya iaitu 4 lokaliti di Daerah Baling, Kedah dan satu lokaliti di Gombak, Selangor. Empat (4) lokaliti yang melaporkan kes di Baling, Kedah adalah di Taman Batu Pekaka, Jalan Market, Taman Orkid, Taman Insaniah, Taman Sheikh Fadzir dan Taman Tanjung Puteri dan Kampung Jernang, manakala satu lokaliti di Kg. Simpang Tiga, Gombak, Selangor. Simptom penyakit Chikungunya termasuk demam, ruam biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan sakit badan atau sakit sendi yang boleh menjadi teruk sehingga menghadkan pergerakan pesakit. Terdapat juga pesakit yang mengalami sakit kepala dan jangkitan conjunktiva. 
Bagi situasi jangkitan Zika, terdapat sebanyak 76 buah negara melaporkan jangkitan virus Zika berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 2 Februari 2017. Di Malaysia, terdapat sebanyak lapan (8) kes disahkan positif jangkitan virus Zika yang telah dilaporkan sepanjang tempoh dari 1 September 2016 sehingga 31 Disember 2016. Pemantauan sistem survelan virus Zika oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 1 Januari sehingga 25 Februari 2017, mendapati keputusan ujian bagi 235 sampel darah dan air kencing di kalangan pesakit yang menunjukkan gejala jangkitan virus Zika adalah negatif. 
Memandangkan transmisi jangkitan Denggi, Chikungunya dan Zika adalah melalui vektor yang sama iaitu nyamuk Aedes. Oleh itu, KKM menyeru agar masyarakat meningkatkan aktiviti pencegahan seperti membersihkan kawasan kediaman dan premis masing-masing serta menghapuskan tempat pembiakan Aedes. Rumah kediaman atau bangunan juga disarankan untuk memasang jaringan nyamuk di tingkap dan pintu rumah. Masyarakat juga disarankan menggunakan semburan aerosol bagi menghapuskan nyamuk dewasa terutama di belakang langsir atau bawah meja dalam rumah. Selain itu, individu perlu mengamalkan langkah perlindungan diri seperti memakai pakaian cerah yang menutup anggota dan menggunakan repelen. Selain itu, orang ramai perlu mendapatkan rawatan segera jika mempunyai gejala-gejala Denggi , Zika dan Chikungunya seperti demam, sakit sendi dan ruam. Tiada Aedes, Tiada Denggi, Zika dan Chikungunya.
Sumber HD - 5-3-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Burger bersaiz besar boleh sebabkan kegagalan fungsi hati
Posted on Tuesday, February 28 @ 10:07:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33761


TAHUKAH anda, pengambilan sebiji burger bersaiz besar dan kentang goreng memberi kesan buruk kepada fungsi hati.Perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kesukaran hati untuk memproses dan mencerna makanan yang diambil sehingga ia akhirnya menjejaskan fungsi organ tersebut.

Menurut seorang profesor dari German Centre for Diabetes Research di Jerman, Michael Roden, kewujudan lemak degil di dalam makanan tersebut menyebabkan ia mengalami kesukaran untuk dicerna.

Selain kewujudan lemak degil, kesukaran hati untuk mencerna makanan tersebut juga disebabkan oleh penambahan lemak sampingan seperti penggunaan minyak yang berlebihan ketika proses memasak.

“Penyakit hati selalunya berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan segera yang mengandungi lemak berlebihan.

“Bukan penyakit hati sahaja, pe­ngambilan makanan segera juga boleh menyebabkan individu mengalami obesiti disebabkan oleh kegagalan insulin di dalam tubuh,” jelasnya.

Menurut Roden lagi, pengambilan makanan tersebut bagaimanapun boleh diambil tetapi di dalam kuantiti yang kecil selain diambil dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang bertindak sebagai serat untuk menyerap lemak tersebut.-Kosmo

Sumber TKO - 28-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sakit kronik dan ubat ajaib
Posted on Monday, February 27 @ 21:15:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33757


PENULIS adalah bekas pesakit buah pinggang kronik. Pernah menjalani rawatan dialisis air (C.A.P.D). Sembuh selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 2010 daripada ibu saudara.

“Kalau buah pinggang kecut masih boleh diubati! Produk kami mampu menghidupkan kembali sel-sel buah pinggang. Nanti selepas ini buah pinggang awak akan kembang balik.”

Itu antara janji seorang penjual produk ajaib kepada saya dahulu. Setahu saya buah pinggang adalah anggota kekal seperti tangan, kaki, telinga dan sebagainya. Adakah tangan yang putus akan tumbuh balik setelah makan produk ajaib itu? Adakah anggota tubuh manusia seperti ekor cicak? Boleh tumbuh semula apabila putus?
Pernah isteri saya bertembung dengan seorang peguam yang turut mempromosi ubat perawat sel yang didakwa sangat ajaib dan mampu mengubati segala penyakit atas planet bumi. Isteri saya menolak dengan sopan dan mengatakan tarikh pembedahan buah pinggang sudah ditetapkan Hospital Selayang. Si penjual ubat ajaib dengan yakin berkata:

“Jangan buat pembedahan, makan dahulu produk ini! Sebabnya apabila dah buat pembedahan, tiada harapan lagi untuk sembuh!”

Pernah seorang kawan mencadangkan agar mengambil perubatan sunah seperti madu dan sebagainya. Saya tolak dan mengatakan fisiologi tubuh pesakit buah pinggang bukan lagi seperti orang normal yang mampu memproses apa sahaja yang masuk ke dalam badan. Kawan saya lantas berkata:

“Itulah masalah anta! Percaya sangat dengan perubatan moden.”

Saya hanya senyum sambil berkata dalam hati: “Anda boleh cadangkan apa sahaja, tapi tubuh ini yang menanggung derita. Bukan saya tidak percaya dengan perubatan Nabawi tapi ia masih terbuka untuk perbincangan oleh para ulama hadis.”\

BUKAN SEMUA PRODUK SESUAI

Pengalaman 2009 menjengah minda. Pada waktu itu saya baru memulakan rawatan C.A.P.D. Dalam bulan Ramadan tahun itu, saya mengimamkan solat tarawih di Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ketika dalam solat, dada berasa sangat tidak selesa, jantung berdebar dengan tidak teratur. Dalam kalangan jemaah kami terdapat seorang murid dewasa saya yang juga seorang doktor pakar. Beliau adalah Mejar Jeneral (B) Datuk Dr. Zin Bidin. Selepas solat beliau memeriksa rentak nadi dan menasihatkan agar mengurangkan pengambilan kurma. Mengapa kurma? Bukankah kurma bagus untuk orang berpuasa? Rasulullah SAW sendiri pun berbuka puasa dengan kurma?

Lain halnya dengan pesakit buah pinggang. Kurma, pisang dan beberapa buah-buahan lain mempunyai kandungan potasium yang sangat tinggi. Bagi tubuh normal, buah pinggang bertindak menstabilkan paras potasium dalam darah. Bagi pesakit buah pinggang, kandungan potasium tidak mampu diimbangi tubuh, lalu ia akan berlebihan dan mengganggu rentak jantung. Pesakit buah pinggang yang tidak mengawal kandungan potasium boleh mendapat serangan sakit jantung!

Pernah seorang penjual ubat ajaib lain mengesyorkan mengambil produk soya yang dia jual. Apabila dimaklumkan bahawa pesakit buah pinggang kronik tak boleh makan soya kerana akan membebankan buah pinggang yang rosak, ini jawapannya dengan penuh yakin mengalahkan doktor pakar:

“Produk soya kami ni lain! Ia sudah ditapis halus dan tak akan memberi kesan pada buah pinggang awak.”

Alhamdulillah! Allah memberikan saya kesabaran untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam ‘fakta auta’ si penjual ubat ajaib.

ANTARA USAHA JIHAD TERHEBAT

Setelah lama menderita sakit buah pinggang sejak 2001, saya mulai menghargai kesihatan dan menghormati profesion perubatan. Pengorbanan mereka selama bertahun-tahun mempelajari ilmu perubatan adalah antara usaha jihad terhebat. Setelah lama berdamping rapat dengan para doktor sebagai ‘ahli kelab paksa Hospital Selayang’ dengan rawatan susulan setiap dua atau tiga bulan, saya semakin memahami firman Allah ini:

“Dan Kami tidak mengutus para Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada orang berilmu jika kamu tidak mengetahui,” (al-Anbiya’ [21:7]).

Konteks sebenar ayat ini adalah bertanya kepada ahli kitab tentang “kemanusiaan para rasul.” Ia berpunca daripada sikap penduduk Mekah yang tidak percaya manusia seperti Rasulullah SAW boleh menjadi utusan Allah. Mereka beranggapan nabi sepatutnya muncul daripada spesis malaikat.
Ternyata orang Yahudi dan Nasrani mengakui tiada nabi yang pernah diutus dalam kalangan malaikat. Oleh itu mereka sepatutnya menerima Rasulullah SAW sebagai utusan Allah kepada mereka (Tafsir Ibn Kathir).

Perkataan “ahla zikri” atau orang berilmu dalam ayat itu jika diterjemahkan kepada bahasa moden adalah ‘pakar bidang’. Beginilah cara al-Quran mengajar untuk hidup selamat dunia dan akhirat. Apabila buntu dan perlukan penjelasan, tanya ahlinya dan bukan percaya cakap sebarang orang. Tanyalah orang yang menghabiskan usia mengkaji atau mempelajari sesuatu bidang.

Usahkan para penjual ubat ajaib, para doktor pun memiliki pengkhususan bidang berbeza. Setahu saya, tiada doktor pakar semua bidang perubatan. Jika terjumpa doktor yang pakar semua bidang (nefrologi, urologi, bedah, radiologi, telinga, mata, hidung, otak, saraf, jiwa dan semuanya), sudah pasti dia berasal dari planet lain!.

Malangnya, semua kepakaran para doktor perubatan yang bertahun-tahun mengkaji perihal tubuh manusia langsung diatasi oleh penjual ubat ajaib yang hanya bermodalkan air liur, andaian dan spekulasi.

TUNGGANG AGAMA DEMI KEPENTINGAN JUALAN

Tambah parah sesetengah penjual ubat ajaib ini berani menunggang agama dengan mendakwa ubat mereka adalah ubat yang disebut Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

“Bagi setiap penyakit mempunyai ubatnya. Apabila sesuatu ubat menyentuh sesuatu penyakit, maka ia akan memberikan penyembuhan dengan izin Allah,” - Sahih Muslim.

Hadis ini bukan semudah itu boleh diambil menjadi maskot ubat ajaib anda. Jauh bezanya antara ubat sebenar dengan spekulasi ubat tanpa bukti yang cukup. Apa yang saya faham daripada hadis ini adalah Rasulullah SAW menyarankan agar mengkaji dan mencari ubat bagi penyakit yang dihidapi manusia. Tidak cukup hanya dengan mendakwa!

Pesanan kepada penjual ubat ajaib. Takutlah Allah! Jangan mencipta fakta palsu serba ajaib untuk ubat anda. Jika ada pesakit semakin parah atas auta anda, Allah pasti membalasnya di akhirat kelak. Jangan reka fakta! Ingat amaran Rasulullah SAW ini:

“Sesungguhnya seorang hamba (manusia) boleh sahaja bercakap sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, lalu (perkara itu) akan menjerumuskannya semakin dalam ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat,” - Sahih Bukhari dan Muslim.

Itulah nasib penghidap penyakit kronik. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika para doktor berusaha merawat, para penjual ubat ajaib pun muncul kerana melihat kami adalah ‘lubuk emas’ bagi mereka. Kasihanilah kami! Apa yang kami fikirkan hanya kesembuhan!

Jangan pandang kami sebagai lubuk emas, sebaliknya lihatlah sebagai manusia yang perlu dikasihankan. Hidup ini bak roda! Ada masa kita sihat dan sakit. Apa agaknya perasaan jika anak anda mati akibat tersilap makan ubat ajaib yang dijual oleh penjual lain? Fikirkan!

Jangan ditanya cara membuat bangunan daripada seorang nelayan, kelak runtuh bangunan kerana kiraan besi dan simen yang tidak cukup. Jangan juga ditanya hukum hakam agama daripada seorang pakar Matematik kerana agama bukan subjek berkaitan nombor. Jangan juga ditanya ustaz tentang cara memproses petroleum, kelak rosak enjin dan tangki kereta anda. Kesimpulannya, hormatilah pakar bidang!


Jika dikata ‘makanlah tahi lembu yang dicampur dengan tongkat ali dan madu hutan Amazon untuk penyembuhan’, jangan terkejut jika ada yang sanggup buat untuk sebuah nikmat penyembuhan!-U/Malaysia

Sumber TKO - 28-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 Kelebihan Limau Purut Yang Anda Patut Tahu
Posted on Monday, February 27 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33747

Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Malaysia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan.

Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera.

Jom semak nikmat lain tentang limau purut.

1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.
2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.
3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.
4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.
5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.
6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.
7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.
8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.
9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.
10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.
11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.
12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.
13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
14. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
15. Daun limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

Sumber TKO - 27-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tidur berdengkur berisiko bawa penyakit berbahaya, maut
Posted on Sunday, February 26 @ 19:47:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33741


Rakyat Malaysia perlu memandang serius penyakit masalah tidur berdengkur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA) kerana ia boleh menyebabkan gangguan tidur yang memberi kesan kepada sistem tubuh, sehingga mendedahkan kepada risiko penyakit berbahaya lain atau maut.

Konsultan Otorinolaringologi Hospital Pakar KPJ Sentosa Kuala Lumpur, Dr Muhamad Noorhisyam Salleh berkata selain membuat pemeriksaan bagi mengesan penyakit konvensional, pemeriksaan mengesan OSA juga perlu diambil perhatian.

"Ketika membuat pemeriksaan kesihatan kita selalunya fokus untuk memeriksa gula, kolestrol dan lain-lain rutin biasa, tetapi bagi mereka tidur berdengkur, pemeriksaan perlu bagi mengesan punca penyakit tersebut," katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Muhamad Noorhisyam berkata faktor perubahan gaya hidup rakyat Malaysia sekarang ini menyebabkan trend untuk mereka mendapat penyakit OSA adalah tinggi selain faktor fizikal.

"Gaya hidup tidak sihat seperti tabiat pemakanan yang menyebabkan obesiti, tabiat merokok, kurang bersenam, tidak cukup tidur akibat rutin hidup yang tidak teratur adalah antara faktor menyebabkan OSA," katanya.
OSA yang tidak dirawat boleh mendedahkan pesakit kepada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kanser.

"OSA adalah apabila saluran udara terhalang separuh atau sepenuhnya sewaktu tidur yang mengakibatkan kekurangan oksigen dalam badan dan peningkatan kadar karbon dioksida, menyebabkan tidur terganggu.

"Semasa tidur organ menjalankan fungsi sepatutnya termasuk metabolisme badan akan berfungsi memecahkan glukos dalam badan. Jika tidur terganggu ia akan menyebabkan risiko kesihatan yang lain,"katanya.

Lebih menakutkan, Dr Muhamad Noorhisyam berkata OSA boleh membawa maut sewaktu tidur apabila seorang pengidap OSA mungkin tidak dapat menyedut oksigen secukupnya ke dalam tubuh dan boleh menyebabkan kegagalan jantung berfungsi.

Justeru, mereka yang mengalami tidur berdengkur dinasihat membuat pemeriksaan di hospital bagi mengetahui punca dan mendapat rawatan awal.

Katanya pemeriksaan dan ujian tidur akan dijalankan untuk memastikan jenis rawatan yang boleh dilakukan atau hanya menggunakan mesin 'continuous positive airway pressure (CPAP)' yang dipakai semasa tidur.

"Jika terdapat punca lain seperti tonsil ia boleh dirawat dengan pembedahan," katanya.
- Bernama

Sumber TKO - 26-2-2017


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Jadi Pada Otak Tak Cukup Matahari
Posted on Sunday, February 26 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33733


Tidur cukup penting. Bukan sekadar tutup mata. Tidur untuk kesembuhan.

Orang yang tidur kurang dari 8 jam mengambil masa 14% lebih lama untuk siapkan tugasan. Lebih buruk lagi mereka lakukan 20% kesalahan dalam tugasan berbanding mereka yang cukup tidur.


Apabila tidur kurang dari enam jam kadar kelembapan siapkan kerja naik 3 kali ganda. Begitu juga dengan kesalahan.

Kajian ini dimuat dalam jurnal saintifik Lancet. Perlu ambil berat. Rakyat Malaysia rata ratanya tidur kurang dari 6 jam sehari.

Apabila bekerja jangan terperap dalam ofis. Pergi keluar. Dapatkan cahaya matahari.
OTAK PERLU CAHAYA MATAHARI

Bahagian OTAK yang perlukan cahaya matahari ialah hypothalamus. Dalamnya ada jam biologi ciptaan Yang Maha Esa. Hormon mengantuk dikeluarkan oleh dari bahagian ini.





kredit gambar: brainmadesimple.com

Hypothmlamus inilah yang kawal rasa lapar. Lapar bukan di perut asalnya. Apabila kita dahaga, bahagian ini jugalah puncanya. Dahaga bukan sebab anak tekak. Tapi OTAK.

Begitu juga dengan letih badan. Hypothalamus yang punca angkara. Apabila kita demam dan suhu badan meningkat, peranan dari Hypothalamus juga.

Jadi perlu jaga hypothalamus. Perlu dapatkan cahaya matahari. Ikut kajian orang yang dapatkan cahaya matahari dapat setkan jam biologi. Kualiti tidur meningkat sebanyak 46 minit berbanding dengan yang kerja terperap dalam ofis.

Untuk dapatkan tidur nyenyak mulakan dari siang hari. Bukan malam hari sahaja. Boleh buat? Cahaya matahari PERCUMA. Tiada bayaran.

TIDUR NYENYAK

Apabila tidur kurang nyenyak, pagi kita berseri dengan menguap ala badak air. Sangap sana. Sangap sini.

Mata pasti merah. Mood pun terganggu. Letih badan menjadi peneman.

Nak tidur nyenyak tak? Boleh cuba ambil makanan ada TRYPTOPHAN. Ia bantu nyenyakkan tidur. Klik artikel Nak Tidur Nyenyak Tak.

Sumber TKO - 25-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Betul ke Pokok Semak Ini Boleh Mengubati Stroke?
Posted on Sunday, February 26 @ 04:16:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33731


Satu pengalaman sembuh dari stroke di bagian seseorang yang mempunyai account Facebook, Dewi Saraswati Sastrosaksono. 

Dia bercerita bagaimana rekannya pulih dari stroke yang melumpuhkan tangan kanannya selesai konsumsi dengan teratur air rebusan dari bagian pohon Ciplukan. 



Tersebut kutipan pengalaman yang di berbagi lewat cara luas lewat sosial media Facebook : 



INI KISAH PENGALAMAN NYATA DARI TEMANNYA TEMAN SAYA. 



Saya terkena penyakit stroke pada lengan kananku.... 

Tanganku tidak berdaya, Tidak bisa diangkat, Terutama mengangkat beban.... 

Saya sedih serta menangis saat itu, Gunakan pakaian tidak bisa, Terutama memakai celana.... 

Mandi tidak bisa memegang sabun, Hanya air shower yang bisa memb4sahi tubuhku... 

Allah tetap masih sayang pada saya, Seorang tukang jahit memberikan pohon " CIPLUKAN " pada saya... 

Saya bersihkan semua hingga bersih : Akar, batang, daun buah pokok semuanya..... 

Saya merebusnya dengan 4 gelar air, Setelah dingin saya minum pagi 1 gelas, siang juga malam hari..... memberikan kesembuhan pada saya..... 

Saya sehat kembali, Sekarang ini Jari manisku tengah mengetik membagi berita, Membagi bahagia...... 

Untuk semua rekanan FB dimana ada.... 
Selamat coba! 

Semoga bisa bermanfaat buat anda ataupun keluarga anda yang mungkin saja alami sakit yang sama. 

Tolong berbagi ke teman-teman lain ya...

Sumber TKO - 25-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trauma kerana ekzema
Posted on Sunday, February 19 @ 13:17:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33646



KULIT merupakan tisu nipis membaluti keseluruhan tubuh manusia yang amat sensitif. Sedikit perubahan iklim mahupun tekanan boleh menyebabkan kulit kita menjadi sakit dan terdedah dengan pelbagai penyakit kulit.
Antaranya penyakit ekzema yang ternyata boleh mengundang kemudaratan sekiranya tidak dirawat awal.

PERSEKITARAN BERSIH PUNCA UTAMA

Kulit manusia merupakan organ tubuh yang mudah bertindak balas secara langsung dengan elemen-elemen di luar tubuh seperti cuaca, sinar matahari, haba, suhu dan lain-lain.


Tindak balas ini menyebabkan kulit secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai persekitaran yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan. Ia juga punca terjadinya salah satu penyakit kulit yang dipanggil Ekzema.

Ia boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, jantina mahupun kaum.

Ramai menyangka persekitaran kotor punca utama pada jangkitan atau kegatalan kulit, tetapi adakah anda tahu bahawa persekitaran yang bersih juga boleh mengakibatkan jangkitan serta alahan pada kulit?

Penyakit ekzema, kegatalan atau radang kulit misalnya, lebih banyak ditemui di negara maju yang kebiasaan rakyatnya mengambil berat mengenai kebersihan.

Bilangan penghidap Ekzema yang tinggi dicatatkan di negara maju sejak tiga dekad yang lalu.

Ia barangkali disebabkan persekitaran terlalu bersih di negara maju hingga membuatkan sistem imun badan seseorang itu mengelirukan, seterusnya sukar untuk membezakan antara unsur baik ataupun jahat.

Sistem imun malas ini akan bertindak balas dengan setiap bakteria yang ada hingga membuatkan seseorang terlampau sensitif serta mudah mendapat alahan.

SEKSA MENGGARU SEHINGGA LUKA

Faktor genetik atau imunologik merupakan risiko mendapat seseorang mengalami masalah penyakit kulit ini.


Jika ada keturunan keluarga yang menghidapnya, tidak mustahil anaknya juga berisiko.

Selain itu, keadaan persekitaran disebabkan oleh banyak faktor pemakanan, persekitaran, penggunaan minyak wangi, penggunaan sabun, alahan makanan dan sebagainya juga menjadi punca Ekzema.

Berikutan dengan sensitiviti kulit manusia, pesakit Ekzema kebiasaannya akan berasa sangat gatal, kemerahan di kulit dan seterusnya melepuh.

Kemudiannya akan menyebabkan kegatalan kulit yang membuatkan pesakit untuk terus menggaru.

Akibat kerap menggaru, kulit bukan saja semakin rosak, tetapi membolehkan bakteria Staphylococcus aureus yang 95 peratus ada pada kulit penghidap ekzema atopik (permukaan), berjangkit dan membiak.

“Apabila bakteria memasuki bahagian kulit yang renggang dan rosak kerana digaru, resapan toksin membuatkan kulit terus membengkak dan kegatalan yang teramat.

Jangkitan ini akan memperlahankan lagi penyembuhan penyakit ini. Lama-kelamaan, kulit semakin bersisik tebal dan berkerak”, jelas Perunding Dermatologi di Hospital Hammersmith, United Kingdom, Prof Anthony Chu.

Sumber TKO - 19-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waspada Jualan Barangan Tamat Tempoh
Posted on Monday, February 06 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33474



KUALA NERUS: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menasihatkan para pengguna berhati-hati dengan tindakan sesetengah pasar raya yang memerangkap pengguna dengan menjual barangan makanan dan minuman yang telah tamat tempoh menerusi jualan murah pada musim perayaan.

Pengarahnya, Dr Mohamad Omar berkata tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pasar raya itu dikesan dalam operasi khas yang dijalankan pihaknya sempena Tahun Baharu Cina 2017 dan 'Visit Beautiful Terengganu 2017' di seluruh negeri bermula 9 Januari lalu.

Katanya, 34 premis yang diperiksa pihaknya mengesan mereka mencampuradukkan barangan yang telah tamat tempoh dengan barangan yang baharu dengan memberi harga diskaun kononnya ia dibuat sempena musim perayaan.

"Dalam operasi yang dijalankan di seluruh negeri itu, sebanyak 2,871 item diperiksa membabitkan 34 premis perniagaan. Jumlah rampasan yang dilakukan adalah membabitkan 1,177 barangan yang sebahagian besarnya sudah tamat tempoh.


"Berdasarkan trend yang dikesan itu, kami percaya masih banyak barangan dijual di pasar raya atau pasar mini yang menyalahi peraturan dan menasihatkan pengguna sentisa berhati-hati bagi mengelak tertipu dengan promosi dilakukan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai operasi khas itu di sebuah pasar raya di sini pada Ahad.

Dr Mohamad berkata pada operasi hari ini juga pihaknya menyita 52 item kerana mendapati ada kerosakan terhadap makanan atau minuman yang dijual di pasar raya itu membabitkan nilai RM544.65 dan menemui 12 item yang sudah melebihi tarikh luput.

Dalam pada itu katanya mana-mana premis yang didapati melakukan kesalahan tersebut mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Peraturan
Makanan 1983 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Setakat ini katanya hanya sebuah pasar raya di Kemaman yang terlibat melakukan kesalahan tersebut dibawa ke mahkamah.

"Jabatan Kesihatan akan terus melakukan pemantauan ini dari semasa ke semasa dan bukan sekadar pada musim perayaan kerana kami mahu masyarakat dan juga pelancong mendapat makanan yang selamat dan berkualiti," katanya.

Sumber TKO - 6-2-20117

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tikam Anak Sendiri Sampai Perut Terburai, Doktor Ini Terangkan 3 Peringkat Meroyan
Posted on Sunday, January 29 @ 07:57:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33378

Meroyan adalah satu masalah tekanan emosi dan gangguan perasaan yang sering dialami oleh wanita sewaktu atau selepas berpantang. Wanita yang mengalami masalah ini seringkali menghadapi masalah untuk tidur, kepenatan, stress dan mudah marah.




Baru-baru ini di Indonesia, seorang ibu sanggup menikam anak sehingga perut terburai dipercayai akibat meroyan ditinggalkan suami. Memang ngeri gila tengok gambar mayat kanak-kanak tersebut.

Doktor ini tampil menerangkan 3 peringkat meroyan yang para suami wajib tahu!
Baby Blues – mood swing & selalu menangis Kenapa ada ibu sanggup tikam anak sendiri?
Hari ni mood saya agak suram. Mana tak suram bila terbaca berita tergempar yang mana seorang ibu sanggup tikam anak sendiri bertubi tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman tu menyebabkan usus anaknya terburai keluar!

Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasa panggil Meroyan.
Dalam dunia perubatan ada 3 peringkat penyakit yang kita biasa sebut Meroyan ni.

1. Baby blues

Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.

Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yela, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi.

Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.
Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :

  1. + mood swing
  2. + mudah cemas
  3. + selalu menangis
  4. + kurang selera makan
  5. + susah tidur
Pospartum Depression – benci & mencederakan bayi

2. Pospartum depression


Ni level Meroyan yang pertengahan. Penyakit ni macam Baby Blues jugak tapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ni biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu.
Antara tanda-tanda dah kena penyakit ni :

  1. + mood swing yang teruk
  2. + menangis yang melampau lampau
  3. + susah nak bonding dengan baby. Kadang ada rasa benci kat baby sendiri
  4. + rasa takde tenaga dan tak boleh tidur
  5. + rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
  6. + rasa diri tak berguna
Pospartum Psychosis – berhalusinasi & nampak benda bukan-bukan

3. Pospartum Psychosis


Ni level Meroyan yang paling dasyat. Biasanya yang kena penyakit ni akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan bukan atau dia cakap nampak benda yang bukan bukan sila berhati hati. Macam kes Pretty yang sanggup bunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat dia boleh pulak cakap dia cuma bunuh perompak je.

Memang ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab masa tu fikiran dia dah tak rasional dah. Sebab tu suami yang ada isteri baru lepas bersalin sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit.

Jangan bagi isteri fikir kain kat jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan kat dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita cuma fokus pada baby yang baru lahir je. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru je mengalami kesakitan fizikal yang sangat dasyat masa melahirkan zuriat kita, jangan la kita tambah kesakitan pada jiwanya pula ye. Lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang.
Jom bantu isteri kita!

P/ S : Bahaya sangat bila suami takde ilmu nak kenalpasti tahap stress si isteri yang baru lepas bersalin. Sila la tag dan share pada pasangan masing-masing. Semoga bermanfaat.


sumber : Taufiq Razif via OHBULAN!

Sumber TKO - 29-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Testimoni Pil Gugur Bayi Jadi Tular Dikecam Netizen
Posted on Friday, January 20 @ 15:02:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33251



JIKA sebelum ini, masyarakat pernah digemparkan dengan isu penjualan pil gugur bayi menerusi talian yang cukup popular dalam kalangan wanita hamil terlanjur berzina bersama pasangan.

Isu tersebut malah mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 2014 yang mengesahkan Kementerian Kesihatan tidak pernah melantik ejen penjualan atas talian untuk produk tersebut.

Malah beliau memberi amaran mengenai risiko bahaya termasuk maut akibat penggunaan ubat yang dijual secara online tersebut kerana ia hanya diberi atas nasihat pengamal perubatan bertauliah dan bukan sebagai pil gugur.

Malangnya isu panas itu kembali ‘sejuk’ di sebalik MYNEWSHUB pernah mendedahkan kewujudan lambakan laman sosial tertentu mula aktif mempromosikan penjualan pelbagai jenis pil gugur pada November tahun lalu.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak malah platform maya itu turut menggalakkan gejala remaja tidak takut melakukan seks bebas kerana ada jaminan ubat khas yang mampu gugur janin jika termengandung!
janin3
Itu cerita tahun lalu dan awal tahun ini pula sebuah portal tempatan ada melaporkan keratan beberapa keping gambar menunjukkan ‘testimoni pil gugurkan anak’ yang kemudian menjadi tular menerusi laman sosial.

Foto berkenaan menunjukkan perbualan melalui applikasi popular Whatsapp antara beberapa pengguna yang dipercayai wanita apabila berhasil menggugurkan kandungan mereka dengan berkesan setelah memakan pil itu.

Ramai netizen yang agak berang dan kecewa setelah melihat rakaman perbualan serta gambar janin yang telah berjaya digugurkan akibat bayi dikandungkannya itu adalah anak luar nikah si wanita dengan teman lelakinya.

Ketika ada pasangan sudah beberapa tahun berkahwin berusaha bersungguh-sungguh cuba macam-macam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata, tindakan indvidu ‘subur’ itu mudah menggugurkan kandungan amat dikesali.

Mudah cerita, apabila nafsu telah menguasai diri, mereka lebih suka untuk melakukan seks bebas dan tanpa sedar sudah hamil. Rata-rata wanita terbabit mengambil langkah mudah menggugurkan kandungan bagi menutup aib.

Perbualan ini dirakam seorang wanita apabila ada seorang wanita lain mendekati dirinya untuk jual pil gugur namun lebih menimbulkan kemarahan netizen apabila ada gambar janin dikongsikan menunjukkan bayi kembar.

Malah, wanita yang telah berjaya menggugurkan bayi mereka dilihat cukup gembira berbangga dan berterima kasih pada si penjual pil gugur itu. Antara komen pengguna laman sosial dengan perbuatan kejam manusia seperti ini:

“Apabila biarkan syaitan laknatullah penuh dalam diri. Semoga Allah memberikan mereka hidayah.”

“Tidak tahu nak marah atau sedih. Semoga Allah beri hidayah kepada pelaku dan penjual pil ini.”

“Kalau nanti sudah berkahwin dan Allah tak beri rezeki anak, semoga ingat semua perbuatan kau.”

Janin itu adalah satu nyawa dan bukan sekadar patung. Menggugurkan ia sama seperti bunuh satu nyawa manusia. Sepatutnya ditanam secara Islam iaitu dimandi, dikafan dan dikebumi dengan baik. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 20-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hati-Hati Kalau Terjumpa Tanda Putih Seperti Ini Pada Buah Pisang
Posted on Friday, January 20 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33244



Hampir semua orang menyukai buah pisang tak kira lah apa jenis pisang sekali pun. Tapi pernah tak korang menjumpai tanda putih pada kulit pisang seperti ini?


Jika ya, pastikan korang tidak memegang pisang tersebut, apatah lagi memakannya kerana tanda putih tersebut adalah sarang telur labah-labah yang amat merbahaya.

Spesis labah-labah Wandering Brasil adalah spesis labah-labah yang boleh menyebabkan kematian pada manusia dalam masa kurang daripada 1 jam selepas digigit.

Tambah lagi, spesis labah-labah ini suka bersarang pada buah-buahan dan sebaik sahaja telur labah-labah ini menetas, gigitan daripada anak labah-labah juga amat berbisa.



Justeru, pastikan korang basuh dulu buah-buahan sebelum makan ok?

Sumber TKO - 20-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































































































































































Penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum

HARAKAHDAILY | .


http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43944-penggunaan-benzoil-peroksida-dalam-tepung-gandum

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar mengenai tepung gandum yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengandungi bahan peluntur benzoil peroksida yang boleh menjejaskan kesihatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan di dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 mg/kg.

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan akhbar hari ini, sebagaimana di bawah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Kosmo dan Harian Metro bertarikh 16 Januari 2017 mengenai tepung gandum yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengandungi bahan peluntur benzoil peroksida yang boleh menjejaskan kesihatan.

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan di dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 mg/kg. Benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).

Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg. Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara-negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ianya digunakan dalam semua makanan.

KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan. Ini termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

KKM sentiasa memantau isu-isu terkini berhubung keselamatan makanan. Dalam hal ini, hasil pemantauan yang dilakukan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran menunjukkan kandungan benzoil peroksida adalah di bawah kadar yang dibenarkan.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. - HARAKAHDAILY 18/1/2017

Sumber HD - 18-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Limau Mandarin Tidak Mengandungi Sulfur Dioksida
Posted on Wednesday, January 18 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33215



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada limau mandarin di negara ini yang dikesan mengandungi sulfur dioksida.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengesahan itu berdasarkan pemantauan yang dilakukan pihaknya sepanjang 2015 hingga tahun lepas.

Bagaimanapun, KKM akan meneruskan pemantauan ke atas limau mandarin yang dijual di pasaran bagi memastikan ianya selamat dimakan.

Menurut Noor Hisham Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan penggunaan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin namun pada kadar tidak melebihi 30mg/kg.

"Sulfur dioksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada kadar tertentu oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA).

"Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kadar yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Jelas beliau di bawah subperaturan 20(6) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, setiap bungkusan makanan untuk jualan termasuk limau mandarin yang ditambah sulfur dioksida lebih daripada 10mg/kg, mesti dilabel dengan pernyataan "mengandungi sulfur dioksida".

Sesiapa yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

Di bawah subperaturan 11(1) (j), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bagi makanan import termasuk limau mandarin, nama serta alamat pembungkus dan pengimport, termasuk nama negara dari mana makanan itu berasal hendaklah dinyatakan pada label.

Dalam hal ini, sesiapa yang membuat pelabelan palsu boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983. - BERNAMA

Sumber TKO - 18-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOP Berkhatan Diperkenal
Posted on Monday, January 09 @ 20:29:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33142



BALIK PULAU: Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) dalam proses berkhatan yang perlu dipatuhi klinik kerajaan dan swasta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata ia susulan kesilapan ketika proses berkhatan hingga mengakibatkan kecederaan serius kepada kanak-kanak sebelum ini.

"Tahun lalu, tiga kes kesilapan dilaporkan ketika proses berkhatan terhadap kanak-kanak lelaki.
"Ini memerlukan SOP diperkenalkan kepada pegawai perubatan yang melakukan prosedur ini.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kesilapan ketika berkhatan boleh menyebabkan kesan serius pada kanak-kanak lelaki," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Hilmi menyerahkan peruntukan RM200,000 bagi membaiki dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Cye, Kuala Sungai Pinang.

- Berita Harian

Sumber TKO - 9-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kes ke-3 terpotong kepala kemaluan ketika berkhatan
Posted on Monday, January 09 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33138



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menyiasat satu lagi kes kanak-kanak berusia 10 tahun terpotong sebahagian kepala kemaluannya ketika menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Sungai Buloh, pada 25 November lalu, kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan itu berkata, kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Selayang 2 hari selepas menjalani prosedur berkhatan di surau berhampiran rumahnya.

Katanya, ibu bapa mangsa mendapati berlaku pendarahan di kemaluan dan air kencing anak mereka mengalir keluar dari lubang di bahagian bawah batang kemaluan (fistula korona) akibat kecederaan pada saluran kencing.

“Setelah diperiksa di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang, didapati tiada pendarahan aktif di kemaluan seperti dilaporkan akhbar.

“Ibu bapa diberi penjelasan oleh pakar pembedahan urologi kanak-kanak yang rawatan pembedahan seelok-eloknya dilakukan setelah bengkak surut dan saluran darah ke kepala kemaluan menjadi lebih lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, ibu bapa kanak-kanak itu mengambil keputusan mendapatkan pandangan pakar hospital swasta dan menandatangani pelepasan keluar dari Hospital Selayang atas tanggungan risiko sendiri.

Katanya, Hospital Selayang turut memberi catatan rujukan ringkas kepada hospital swasta itu bagi menjelaskan status pesakit, selain memaklumkan ibu bapa terbabit anak mereka boleh kembali mendapatkan rawatan susulan pada bila-bila masa.

Ini adalah kejadian ke-3, selepas 2 kes pada bulan lalu.


Pada 15 Disember lalu, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas kepala kemaluannya terputus ketika prosedur berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh.

Keluarga mangsa kemudiannya menghantar anak mereka ke HKL pada petang hari kejadian bagi menyambung semula kepala kemaluan yang terputus, namun selepas hampir seminggu, kemaluan mangsa bertukar hitam.

Seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpotong kemaluannya ketika prosedur berkhatan menggunakan kaedah laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama, Kajang, kira-kira jam 8 malam 20 Disember lalu.

Doktor memberitahu bapa mangsa dia tidak sengaja terpotong kepala kemaluan anaknya. Kanak-kanak itu terus dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan dan dirujuk ke HKL untuk pembedahan menyambung semula kepala kemaluan mangsa.
Dr Noor Hisham berkata, walaupun berkhatan ialah prosedur ringkas, namun komplikasi prosedur itu mungkin parah dan membawa padah kepada pesakit.

Sehubungan itu, katanya, pengamal kesihatan bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai tahap kecekapan dan pengalaman mencukupi untuk menjalankan prosedur berkhatan.

“Mereka diingatkan sebarang komplikasi yang terjadi adalah di bawah tanggungjawab masing-masing sebagai pengamal kesihatan.”

Sumber TKO - 9-1-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Mickey Mouse' Lepak Dalam Peti Makanan 7-Eleven Kelana Centre Point Sambil Makan Hot Dog
Posted on Friday, January 06 @ 16:22:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33104



KUALA LUMPUR:
Kembang tekak! Loya, apabila sekeping gambar seekor tikus menjamu hot dog di dalam peti pemanas makanan sambil menjamu hot dog menular di laman sosial.


Insiden dipercayai berlaku di kedai serbaneka 24 jam 7-Eleven di Kelana Centre Point.
"Kehadiran Mickey Mouse.

"Kalian perlu berhati hati bila membeli makanan kat Kedai 7Eleven.. Baru nampak seekor tikus makan hotdog kat 7Eleven Kelana Centre Point," kata pemilik akaun Facebook, Aman Shah.

Menjawab pertikaian yang dilontarkan, 7-Eleven Malaysia mengakui insiden tersebut berlaku dan meminta maaf diatas kejadian yang tidak diingini tersebut.

"7-Eleven Malaysia mengambil maklum diatas insiden binatang perosak yang berlaku di 7-Eleven Kelana Centre Point pada 2 Januari 2017 dan kami ingin memohon maaf diatas kesulitan kepada pelanggan kami.

Ujar syarikat berkenaan, siasatan dalaman sudah dijalankan termasuk bekerjasama dengan pejabat Kementerian Kesihatan berhubung isu berkenaan.

"Yakinlah, bahawa insiden ini adalah terpencil kerana mempunyai audit berkualiti yang dijamin dan mengambil langkah mengawal binatang perosak secara berkala bagi mengelakkan kejadian seumpama dari berlaku," katanya.

- Malaysian Digest

Sumber TKO - 6-1-2017