BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, October 31, 2017

LAJNAH PENDIDIKAN PAS PUSAT








Noor Azimah malapetaka buat pendidikan negara


KUALA LUMPUR: Keengganan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek berganjak dari keputusan melantik Aktivis G25, Datin Noor Azimah Abdul Rahim sebagai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) merupakan malapetaka buat sistem pendidikan negara.
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK), Normala Sudirman berkata, ia sekali gus menyebabkan berlaku krisis kepercayaan dalam kalangan waris pelajar terhadap masa depan sistem pendidikan negara.
“PENDIDIK rasa kesal dan dukacita atas tindakan Menteri Pendidikan yang tidak menghiraukan bantahan dari kalangan waris pelajar, NGO dan pihak lain berkepentingan dalam pendidikan kerana mengekalkan Noor Azimah,” luahnya.
Menurutnya, Dr Maszlee menggambarkan bahawa komposisi anggota MPPK adalah cita-citanya mewujudkan ekosistem pendidikan berdaya saing secara global, di samping memupuk tiga nilai teras berkaitan.
Namun bidas Normala, ia adalah retorik semata-mata bertujuan menggaburi keresahan banyak pihak atas bantahan kerana bimbang dengan latar belakang Noor Azimah yang cenderung kepada fahaman Liberal dan Sekular.
Jelasnya, bantahan PENDIDIK kerana bimbang dasar dan sistem pendidikan kebangsaan akan dipengaruhi fahaman Liberal, di mana ia bertentangan Islam, di samping menjadi agenda musuh Islam merosakkan akidah umat.
“Membuka ruang kepada golongan Liberal mencorak sistem dan dasar pendidikan hanya mengundang malapetaka kepada generasi pelajar Islam. Sedangkan mereka akan menjadi pewaris kepada kepimpinan negara masa depan.
“Sikap ditunjukkan Menteri adalah tidak baik dan meremehkan pandangan pihak lain. Ia juga seolah-olah menghantar mesej kepada rakyat, 'kuasa' ditangannya membolehkan dia lakukan apa saja, walaupun ia dibantah," kesalinya.

Sebelum ini, Noor Azimah pernah mengeluarkan kritikan kontroversi mempersoalkan cadangan menerapkan peraturan wajib solat sebelum pulang ke rumah sebagai inisiatif holistik meningkatkan disiplin pelajar.
Malah, pernah juga terlibat dalam Program Dua Bahasa (DLP) yang dibantah banyak pihak kerana bercanggah dalam Akta Pendidikan Kebangsaan dan Akta 152 dalam pendidikan negara.
"Adakah Menteri tidak tahu fahaman Liberal sebakul dengan Pluralisme, Feminisme, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, LGBT, Kristianisasi serta Evangelis? Agenda mereka ialah untuk rosakkan akidah dan pegangan Islam di kalangan umat Islam?
"Ia tidak boleh dibiarkan meresap dan mengambil bahagian di dalam menentukan hal berkaitan sistem dan dasar dalam pendidikan kebangsaan. Kita mengimpikan generasi masa hadapan dapat dibentuk sahsiahnya.
"Kita mahu agar mereka mematuhi ajaran Islam dan menjadi pelajar yang memiliki jati diri unggul dalam menghadapi gejala sosial yang kian meruncing mutakhir ini," katanya lagi menyeru bantahan diteruskan. -HARAKAHDAILY 3/9/2018

Sumber HD - 3-9-2018

Melaka terburu-buru, 'langgar' Persekutuan

LAJNAH Pendidikan PAS Pusat memandang serius kenyataan Ketua Menteri Melaka YAB Adly Zahari yang menyatakan keputusan Kerajaan Negeri Melaka untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan memasuki Perkhidmatan Awam Negeri. 
Ketua Menteri seharusnya melihat latar belakang sejarah dan Bahasa Kebangsaan sebelum membuat sebarang keputusan yang melibat dasar pendidikan negara. Keputusan terburu-buru dibimbangi memberikan kesan negatif kepada pembentukan negara bangsa Malaysia yang berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan. 
Sejarah menunjukkan kedatangan etnik India dan Cina ke Tanah Melayu secara nalurinya mereka mempunyai kemahuan untuk memulihara Bahasa Ibunda, adat resam dan budaya khususnya kepada mereka melalui penubuhan sekolah vernakular. Namun selepas kemerdekaan, agenda yang memelihara perkara-perkara tersebut telah berkembang kepada pembangunan warga Negara Malaysia. Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan yang menyatu padukan rakyat berbilang bangsa melalui institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam urusan rasmi negara. 
Dalam konteks pengiktirafan UEC, hak-hak untuk mengesahkan dan menerima UEC dalam urusan negara. Pada dasar pihak berkuasa yang boleh mengiktiraf apa juga sijil berkaitan dengan pendidikan ialah Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia. 
YAB Ketua Menteri Melaka perlulah mendapat kelulusan di peringkat Persekutuan sebelum membuat sebarang keputusan yang akan diguna pakai di peringkat negeri. Beliau merujuk kepada Akta Pendidikan 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Pindaan 1983) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 
Lajnah Pendidikan PAS Pusat menasihatkan agar YAB Ketua Menteri Melaka menyemak semula kenyataan mengenai pengiktirafan UEC di Negeri Melaka agar selaras piawai Pendidikan Kebangsaan. 
Lajnah Pendidikan PAS Pusat juga percaya kepentingan negara adalah lebih utama daripada kepentingan manifesto parti yang bercanggah dengan Akta Bahasa Kebangsaaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan. 
DR HALIMAH ALI
Lajnah Pendidikan PAS Pusat
6 Julai 2018
-HARAKAHDAILY 6/7/2018
Sumber HD - 6-7-2018 



Dimensi psikologi pendidikan di Malaysia

AGAMAWAN telah melaksanakan gerakan kesedaran pendidikan seawal 1906 dengan visi perjuangan pan Islamisasi berdasarkan Quran dan Hadis. 
Perjuangan gerakan pembaharuan golongan agama makin komprehensif melalui gerakan dakwah di madrasah dan media, malah menyaingi golongan ortodok dan bangsawan. 
Mereka memperjuangkan idealisme Melayu yang berakhir 1926 kerana tempias gerakan pembaharuan sosio ekonomi sehingga mencetus kebangkitan gerakan politik bagi mengusir kolonial. 
Bertitik tolak sinergi agamawan mencelikkan umat Melayu tentang ilmu, penulis mengemukakan idealisme dalam skop dimensi pendidikan merupakan kegiatan pembentukan dan perkembangan ilmu, kerohanian, kompetensi dan kemahiran manusia sama ada melalui pendidikan formal atau tidak formal.-HARAKAHDAILY 1/2/2018 
(Ikuti tulisan penuh tersebut yang disiarkan dalam Harakah cetak keluaran terbaharu Bil.2320 edisi Jumaat dipasaran)
Sumber HD - 1-2-2018 








Konvensyen Ummah himpunkan 300 NGO

JULUNG kalinya Gerakan Pembela Ummah (Ummah) akan mengadakan Konvensyen Kebangkitan Ummah pada 13 Januari ini bertempat di Pusat Islam, Dewan Muktamar, Kuala Lumpur. 
Objektif utama konvensyen yang akan melibatkan lebih 300 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik Melayu dan Islam diadakan bertujuan menyatukan umat Islam daripada pelbagai bidang, latar belakang dan organisasi dengan satu matlamat memperkasakan agenda Islam dan Melayu. 
Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya berkata tujuh bidang kritikal akan dibentangkan pada program selama seharian bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang pada hari tersebut. 
"Tujuh bidang, sudut ekonomi akan dibentangkan oleh saudara Ahmad Yazid Othman selaku CEO (MTem), pendidikan oleh Dato' Rauf mantan Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia, Presiden PPIM, Dato' Nazim Johan untuk bidang sosial, undang-undang oleh NGO Ijtihad, Dato' Wan Ahmad Fauzi. 
Dakwah akan dibentangkan oleh Dato' Wan Mohd Sheikh Aziz iaitu wakil daripada NGO Rabithah manakala isu tanah rezab dan hak orang Melayu oleh Puan Sarah Sulaiman dan wakil belia adalah daripada Presiden GAMIS, iaitu Muhammad Faizuddin Zai," katanya pada sidang media Konvensyen Kebangkitan Ummah semalam. 
Tambah beliau, satu resolusi juga akan dibuat selepas daripada konvensyen tersebut dengan penyenaraian tuntutan-tuntutan diserahkan kepada pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang resolusi terbabit diharapkan menjadikan agenda dalam kempen parti-parti politk pada PRU ke-14. – HARAKAHDAILY 4/1/2018








Sumber HD - 4-1-2018





Konvensyen Kebangkitan Ummah: NGO, individu dijemput hadir

KONGRES Rakyat menyeru badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Islam dan Melayu yang prihatin terhadap isu melanda umat Islam untuk hadir pada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang akan diadakan pada 13 Januari di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini. 
Setiausaha Kongres Rakyat, Kamaruzaman Mohamad pada sidang media Konvensyen Kebangkitan Ummah semalam berkata pihaknya turut menyeru individu yang prihatin untuk hadir pada konvensyen terbabit sebagai tanda sokongan terhadap objektif acara berlangsung seharian itu iaitu menyatukan dan membela umat Islam seperti jaminan di dalam perlembagaan negara.
"Saya minta semua pihak untuk sebar luaskan program ini kerana Insya-Allah program ini akan menjadi program permulaan ke arah menyatupadukan umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik dan kecenderungan. Umat Islam perlu bersatu untuk membela hak umat Islam yang semakin terhakis. 
Kita telah menghantar surat jemputan kepada NGO dalam senarai Ummah dan saya seru kepada mana-mana NGO yang tiada dalam senarai simpanan kami dan senarai hubungan kami dijemput kepada mana-mana NGO yang mewakili apa jua latar belakang yang melibatkan kepentingan orang Islam dan Melayu," katanya.– HARAKAHDAILY 4/1/2018

Sumber HD - 4-1-2018

Bidang pendidikan antara yang jadi fokus utama

SEMUA pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) Pendidikan dan pendidik serta tokoh pendidik diseru untuk menghadiri Konvensyen Kebangkitan Ummah pada 13 Januari ini di Dewan Muktamar, Pusat Islam, di sini. 
Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN), Mohd Zai Mustafa berkata konvensyen itu merupakan medan terbuka kepada pemimpin dan aktivis pendidikan serta rakyat yang prihatin untuk berkongsi idea, pendapat dan sumbangan dalam bidang pendidikan. 
"Ini adalah untuk memastikan landasan dan hala tuju pendidikan negara berada pada "tahap yang mantap demi kegemilangan ummah" menjadi realiti sebenar untuk memperkasa dan memartabatkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. 
Ia juga fokus memperkasakan kekuatan ummah melalui agenda kluster pendidikan yang perlu digerakkan secara keseluruhan oleh semua pihak secara lebih berperancangan dengan pendekatan yang lebih tersusun dan dinamik," katanya selepas sidang media Konvensyen Kebangkitan Ummah semalam. 
Tujuh bidang akan disentuh pada konvensyen yang julung kalinya diadakan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) antaranya bidang pendidikan yang akan dibentangkan oleh tokoh pendidikan terkemuka iaitu mantan Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Rauf. - HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 

Penerus cita-cita sang murabbi








MINAT dan cintanya kepada ilmu dan pendidikan Islam berputik sejak diusia remajanya ketika menuntut di universiti lagi.

Ketika itu,semangatnya berkobar-kobar mahu membela nasib para pelajar  Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) daripada tercicir atau belajar sekerat jalan.

Hari ini, minat dan sumbangan tenaganya dicurahkan sepenuhnya bagi meneruskan delegasi yang ditinggalkan murabbi yang telah pergi menemui ‘sang pencipta-Nya’.

Sumber HD - 3-1-2018








Sejarah sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka









SISTEM Pendidikan di zaman Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi kesan dalam mewujudkan polarisasi kaum  di Tanah Melayu. Hal ini kerana dasar British yang telah membuat pemisahan kaum terutamanya dalam aspek pendidikan telah mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu.

Sistem pendidikan yang diwujudkan di Tanah Melayu begitu jelas berorientasikan kepentingan perkauman dan telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Sumber HD- 30-11-2017









Bajet 2018: Sampai bila SAR harus di anak tiri?

PERSOALAN saya adakah dinyatakan secara jelas ddan spesifik peruntukan untuk sekolah agama rakyat yang semakin mendapat tempat dihati rakyat beragama Islam. SABK adalah sekolah  yang dibina oleh kerajaan juga sebahagian seperti di Selangor SABK dibina oleh kerajaan negeri.
Berbeza dengan Sekolah agama rakyat, segala galanya diuruskan oleh rakyat sendiri. Daripada tanah, kos bina bangunan sekolah dan infrastruktur dan kemudahan serta emolumen  guru dan staff, logistik, keselamatan. Semuanya ditanggung dari poket rakyat. 
SAR bukan sahaja pondok atau tahfiz tetapi terdiri dari sekolah Integrasi yang mengamalkan sistem syumul dan kaffah yang menggabungkan keperluan kejayaan dunia hingga akhirat. Jenis sekolah sebegini tidak disebut langsung secara khusus dalam bajet selama ini. Kerajaan mahu bertopeng atas peruntukan SABK dan tahfiz untuk rakyatnya yang memilih pendidikan berorientasikan agama. 
Seolah-olah tanggungjawab mereka sudah selesai. Dengan kebangkitan kesedaran rakyat bahawa sistem dualisme warisan penjajah gagal membentuk peribadi Muslim yang berkesan menjalani kehidupan maka semakin ramai, ibubapa Muslim memilih sekolah berorientasikan sistem Rabbani. 
Memang mereka mempunyai hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara seperti ibu bapa yang mahu memilih jenis yang mereka yakini keberkesanannya. 
Di manakah kerajaan Malaysia meletak kumpulan ibu bapa prihatin, walaupun golongan minoriti Muslim di skala prioriti bajet tahunan terutama 2018. Adakah golongan ibu bapa futuristik ini terus tercicir daripada perhatian dan perkiraan kerajaan pusat.

DR HALIMAH ALI
Timbalan Pengerusi
Lajnah Pendidikan Pas Pusat. – HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017 

KEMBALI KE RAHMATULLAH (JILID 2)


PAS Kedah kehilangan mutiara 

berharga


PAS Kedah melahirkan rasa 
dukacita atas pemergian Ketua Dewan 
Ulamak PAS Kedah, Tuan Guru Haji 
Mohd Rejab Md Akhir dan merasakan 
kehilangan sebutir mutiara yang amat 
berharga.
Allahyarham Tuan Guru Hj Mohd 
Rejab bukan sahaja ilmuan Islam malah beliau juga penggerak kepada institusi 
pondok dan dilantik menjadi Pengerusi Majlis Guru Pondok Kedah (HESA) 
di samping mengepalai Dewan Ulamak PAS Kedah hampir dua penggal.
Semasa hayatnya sumbangan beliau kepada perjuangan Islam dan komited bersama 
PAS sangat tinggi terutama menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
Oleh itu, PAS Kedah merakamkan ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarganya 
dan semoga mereka bersabar dengan ujian ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh-roh para salihin.
DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah
25 September 2018 – HARAKAHDAILY 25/9/2018

Sumber HD - 25-9-2018


PAS Kemasik Kehilangan 

Petugas Istiqamah


Oleh : Khalid Abdullah
KEMAMAN – PAS Kemasik merasa terkejut, sedih dan pilu dengan berita kembalinya 
ke rahmatulah, Setiausaha PAS Cawangan Kg. Pengkalan Ranggon Kertih, di sini, 
malam tadi.
Allahyarham Azminuddin Awang, 55, yang juga seorang pemandu teksi tiba-tiba 
rebah sebaik sahaja membuka pintu pemandu setelah mengambil penumpang di 
Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.
Saksi kejadian, Kapten Masri Mahamud, 50, berkata, semuanya berlaku pantas 
sebaik sahaja bagasi diletakkan di but dan Allahyarham kelihatan membuka pintu 
hadapan sebelah pemandu.
“Jelas nampak Allahyarham sedikit terhoyong-hayang, tidak stabil dan saya segera 
meluru keluar untuk menyambut beliau dari jatuh.
“Saya memeriksa denyutan nadi, dengan sedikit pengetahuan, saya melakukan 
CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) untuk cuba membantu menyelamatkan 
Allahyarham.

Allahyarham Azminuddin Awang bersama isteri, Noorimi Ismail, 54, pada hari raya Aidilfitri lalu

“Allahyarham kembali bernafas kuat seketika, tidak lama…..sekali lagi CPR dibuat, 
namun gagal membantu, saya dapat rasakan beliau telah kembali,” kata beliau.
Kapten Masri, bekas juruterbang helikopter berkata Allahyarham menghembus 
nafas terakhir ketika suara azan Isyak dari masjid berhampiran sedang 
berkumandang.
“Selepas itu ambulan sampai dan beliau dibawa pergi, saya sangat bersedih kerana 
telah mengenali Allahyarham dengan rapat kerana selalu mengunakan 
perkhidmatan teksi beliau,” kata Kapten Masri lagi.
Sementara itu, Setiausaha PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Hj Roslan 
Endut berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada PAS DUN 
Kemasik.
“Beliau tokoh yang cukup istiqamah dengan parti, setelah PAS jatuh pada tahun 
2004, beliau berusaha dan berjaya membawa PAS keluar dari zaman kegelapan, 
lalu mencapai kemenangan dalam pilihan raya lepas.
“Saya menjadi saksi bahawa bukan sedikit wang ringgit beliau digunakan untuk 
perjuangan Islam, malah sebidang tanah telah diwakafkan dan didirikan sebuah 
surau dan sebuah PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) yang dikenali dengan 
Al Munawwarah sejak tahun 2005 lagi,” kata Haji Roslan berduka.
Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Pengkalan 
Ronggon Kertih jam 10.30 pagi tadi dihadiri kira-kira 100 orang terdiri dari 
sanak-saudara, orang kampung dan sahabat seperjuangan.
Sumber BO - 31-8-2018




‘Opie Panji’ kembali ke Rahmatullah.


432




Oleh : Adli Mohamad
DUNGUN – Mohd Rafi Ibrahim atau yang dikenali sebagai ‘Opie’ vokalis utama 
kumpulan Panji telah kembali ke Rahmatullah.
Penyanyi kelahiran Felda Jerangau itu yang merupakan anak peneroka cukup 
popular pada era awam Tahun 90-an.
Antara lagunya yang cukup popular menerusi Album Rock Kemenyan dengan lagu 
Semulir, Maizo, dan kasih yang tak pasti cukup menjadi Fenomena pada ketika itu.


Kumpulan Panji

Arwah menghembuskan nafasnya yang 
terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan 
(HTAA) Kuantan Pahang.
Jenazahnya dibawa pulang pada pagi ini 
untuk disemadikan di tanah perkuburan 
Felda Jerangau pada pagi ini.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan rohnya dicucuri 
rahmat.
Sumber BO - 14-8-2018



Takziah buat keluarga Almarhum Mahadzir

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga ikon pengacaraan negara, Almarhum Datuk Mahadzir Lokman susulan berita pemergiannya pagi tadi di Kota Kinabalu, Sabah. 
Sesungguhnya negara kehilangan legenda besar dalam industri pengacaraan. Kefasihannya bertutur lapan bahasa dalam pelbagai penampilan pengacaraan tidak mungkin dapat dilupakan. 
Berdasarkan kepada luahan rakan-rakannya, beliau seorang yang berilmu dan bermurah hati. Marilah kita mendoakan agar ruh Almarhum sentiasa dirahmati dan diampunkan oleh Allah SWT. Semoga Allah menempatkannya bersama dengan orang-orang yang beriman. 
Sejahtera Bersama Islam 
Nasrudin HasanKetua Penerangan PAS Pusat
21 Zulkaedah 1439 | 3 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 3/8/2018

Sumber HD - 3-8-2018 

Takziah kepada keluarga Almarhum Prof Shaharudin

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Adun Seri Setia, Prof Shaharudin Baharudin yang meninggal dunia petang tadi. 
Menurut Ustaz Nasrudin, pemergian Almarhum Dr Shaharudin adalah satu kehilangan besar kepada rakyat dan negara.
Menurutnya, almarhum antara pimpinan yang disegani oleh lawan dan kawan. 
Selain itu, hubungan almarhum dengn PAS juga rapat dan mesra. 
Bahkan katanya, jasa Dr Shaharudin kepada pembangunan agama dan politik dalam negara ini sangat bermakna.
Justeru itu, pemergian Dr Shaharudin satu kehilangan yang sangat dirasai. 
Semoga Allah SWT mengganjari pahala dan menerima segalanya sebagai amal yang soleh. – HARAKAHDAILY 2/8/2018
Sumber HD - 2-8-2018 





Takziah kepada keluarga Adun Seri Setia

PUSAT Penyelidikan PAS (PPP) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga YB Dr Shaharuddin Badaruddin, Adun Seri Setia, yang telah kembali ke Rahmatullah petang tadi. Pemergian Dr Shaharuddin merupakan satu kehilangan besar kepada dunia dakwah dan politik di negara ini kerana bakti yang beliau curahkan kepada dua lapangan sangat besar. 
Beliau merupakan salah seorang pimpinan politik PKR yang mempunyai hubungan sangat erat dengan PAS khususnya dengan PPP sendiri, meskipun selepas PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR. Sebagai seorang yang banyak membuat kajian politik, dapatan-dapatan kajian beliau banyak yang dikongsikan dengan PPP dan dibentangkan kepada pimpinan PAS. 
Semoga Allah S.W.T merahmati beliau serta menempatkannya bersama golongan solehin. 
DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah PPP
2 Ogos 2018
21 Zulkaedah 1439 - HARAKAHDAILY 2/8/2018
Sumber HD - 2-8-2018 












Adun Seri Setia meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada jam 6:28 petang tadi di Hospital Putrajaya. 
Perkara itu dimaklumkan oleh Zafrullah Aris, Setiausaha Kanan Dr. Shaharuddin dalam satu kenyataan, petang ini. 
Menurutnya, jenazah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor itu akan dibawa pulang ke rumah di Desa Pinggiran Putra dan urusan pengebumian akan dilakukan esok. – HARAKAHDAILY 2/8/2018
Sumber HD - 2-8-2018 







a man wearing a suit and tie smiling at the camera
© Provided by FMT MEDIA SDN BHD PETALING JAYA: Seri Setia assemblyman Prof Dr Shaharuddin Badaruddin has died from colon cancer.

Selangor menteri besar political secretary Borhan Aman Shah said the exco in charge of Islamic affairs died at 6.28pm at the Putrajaya Hospital.

Shaharuddin’s remains will be taken back to his family home in Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor.

Prayers will be held tomorrow morning at Masjid Kampung Limau Manis before he is laid to rest at the Kampung Limau Manis cemetery.

“We express our condolences to his family,” Borhan said in a statement.

Sin Chew Daily reported on July 30 that Shaharuddin was critically ill from colon cancer.

However, an aide denied the report, saying Shaharuddin was on leave for a month after undergoing treatment.

In the May 9 general election, Shaharuddin garnered 29,250 votes to win the Seri Setia seat.
He was also mentioned as a candidate for the menteri besar’s post, prior to Amirudin Shari’s appointment.

Sumber - 2-8-2018

Jenazah Mertua ADUN Jeneri Selamat Disemadikan

Oleh : Khalid Abdullah

BESUT – Jenazah bapa mertua Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, ADUN Jeneri, Hj Muhammad Sanusi Md Nor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Raja, Besut pukul 3.00 petang semalam.

Allahyarham Haji Jusoh bin Hassan, 78, telah kembali menemui pencipta-Nya pada jam 9.18 malam, Isnin semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Allahyarham semasa hayatnya terkenal sebagai seorang kontraktor yang cukup berjaya sekitar tahun 80-an di daerah ini dan sikap pemurah beliau menyebabkan cukup disenangi oleh masyarakat.

“Sepanjang mengenali arwah, beliau tidak pernah bercakap buruk kepada sesiapa, pernah beberap kali dianugerahkan Tokoh Mithali Peringkat Daerah Besut atas kejayaan arwah mendidik anak-anaknya.

“Allahyarham meninggalkan 11 orang anak dan seorang balu, Hajah Zaharah @ Maimum binti Yaakub, juga berusia 78 tahun.
“Hampir 11 hari di rawat di CCU (coronary care unit) Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat masalah lemah jantung, darah tinggi dan akhirnya melarat ke masalah kegagalan buah pinggang yang dikenal pasti oleh pihak hospital sebagai penyebab kematian,” ujar Hj Muhammad Sanusi.
Sementara itu, antara kenamaan yang turut hadir semasa majlis pengkebumian adalah Senator Dewan Negara, Datuk Haji Husain Awang dan wakil ADUN Kota Putera dan Kemasik.

Sumber BO - 25-7-2018









Jenazah Nazirah selamat dikebumi

ALOR SETAR: Jenazah bekas wartawan Harakah, Nazirah Nasrun@Siron selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Derga, dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi. 
Jenazah Allahyarham tiba di rumahnya, Lorong Peringgi, Bakar Bata kira-kira jam 8.00 pagi.
Nazirah yang disahkan mempunyai ketumbuhan di rahimnya kira-kira sebulan lalu, sebelum ini dirawat di beberapa pusat rawatan, antaranya PMC Alor Setar, Kedah. 
Beliau menghembuskan nafas terakhir sejurus tiga jam selepas menjalani dialisis di Hospital Serdang, Selangor, kira-kira jam 11.45 malam tadi.
Menurut ibunya, Siti Zaleha Abd Aziz, mereka sekeluarga tidak menyangka allahyarham mengalami masalah kesihatan sedemikian kerana beliau sering diserang masalah gastrik. 
"Bukan sahaja makcik, Nazirah sendiri pun tidak tahu yang dia mempunyai ketumbuhan di rahimnya.
"Sebelum ini ingat ke yang dia selalu sakit, cuma serangan gastrik biasa," jelasnya ketika ditemui Harakah di kediamannya di Bakar Bata.
Katanya lagi, anak bongsu dari empat orang adik beradik itu tidak menunjukkan reaksi ganjil melainkan periang serta peramah seperti selalunya sehinggalah kali terakhir beliau dimasukkan ke wad Hospital Serdang, pada 22 Julai lalu. 
Allahyarham sebelum ini menuntut di Universiti Putra Malaysia, jurusan Pengajian Bahasa, pernah berkhidmat dengan Harakah pada 9 Jun 2014 dan sebelum ini menjadi wartawan sambilan akhbar berkenaan selama setahun di ruangan English Section.
Walau bagaimanapun beliau menamatkan perkhidmatannya pada awal tahun 2018, kerana ingin memberi tumpuan kepada menjaga kesihatan ibunya.
Sementara itu, Skuad Prihatin PAS Pusat, berbesar hati untuk melakukan upah haji untuk allahyarham secara percuma sebagai mengenang jasa beliau. – HARAKAHDAILY 25/7/2018 
Damailah Almarhumah Nazirah di sana...
Sumber HD - 25-7-2018 




















Veteran PAS Pokok Sena meninggal dunia

POKOK SENA: PAS Kawasan Pokok Sena kehilangan seorang veteran yang sebelum ini antara yang banyak memberi sumbangan untuk pembangunan parti di kawasan ini.
Cikgu Mahmud Ahmad, 86, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 8.00 pagi tadi akibat sakit tua. 
Menurut YDP kawasan, Wan Romani Wan Salim, allahyarham merupakan bekas bendahari PAS kawasan dan juga pernah memegang amanah selaku bendahari Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena. (Foto atas: KENANGAN…Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhrudin ketika menziarah Cikgu Mahmud.) 
"Jasa beliau kepada PAS Kedah dan Pokok Sena sangat besar. Beliau sanggup mengorbankan harta benda, wang ringgit dan tenaga untuk perjuangan PAS," ujar beliau. 
Katanya, allahyarham adalah bekas guru besar dan pernah menjadi calon PAS dalam PRU memberi komiten kepada PAS sehingga akhir hayat. 
"Saya mewakili PAS Kawasan Pokok Sena mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau dan semoga bersabar di atas kehilangan ini," sambung Adun Bukit Pinang itu lagi. 
Jenazah Cikgu Mahmud yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Durian selepas solat Asar. – HARAKAHDAILY 22/7/2018
Sumber HD - 22-7-2018 











Takziah kepada keluarga Dr. Ishaq Farhan

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Dr. Ishaq Farhan yang telah kembali ke rahmatullah. Beliau merupakan pimpinan Jabhat al-'Amal al-Islami Jordan yang pernah memegang jawatan Menteri Pendidikan dan Presiden Universiti Jordan dan Universiti Swasta Zarqa.
Marilah kita mendoakan semoga ruh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Semoga keluarga almarhum juga diberi kesabaran dan ketabahan di atas ujian yang menimpa. 
ABDUL HADI AWANG
Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia 
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 18/7/2018








































Sumber HD - 18-7-2018

Adik Adam damailah dikau di sana…

PAS Dun Sungai Tua memerhati secara serius tragedi malang membabitkan adik Adam Rayqal yang ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nakhoda Kiri, Kampung Nakhoda, Batu Caves. 
Ia merupakan suatu perkara yang amat tidak berperikemanusiaan dan sepatutnya berlaku dalam pada kita dihidangkan isu isu penderaan anak dan pembuangan bayi mutakhir ini. 
PAS Dun Sungai Tua ingin merakamkan ucapan takziah kepada Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi dan isterinya Farah Madiha Othman atas tragedi yang menimpa keluarga ini. Kami mendoakan keluarga ini diberikan kesabaran dalam menempuh ujian berat ini. 
Apatah lagi ia adalah saat paling sukar kepada mereka dalam menempuhi hidup selepas kehilangan anak tersayang dalam tragedi menyayat hati. 
PAS Dun Sungai Tua ingin mencadangkan kepada kerajaan khasnya menyediakan pusat penjagaan yang berotoriti tidak hanya kepada pekerja awam, juga kepada pekerja swasta yang ingin menghantar anak anak ke pusat penjagaan.
Kakitangan yang diambil boleh dilatih dalam kerja-kerja mengasuh bayi juga mereka yang dalam kalangan graduan kursus jururawat juga boleh diserapkan ke pusat penjagaan ini. 
Kami sekali lagi mengucapkan salam takziah kepada keluarga adik Adam. Damailah anak syurga ini di sana dan bertabahlah ibu dan ayah mereka. 
USTAZ MOHAMMAD IBRAHIM @ Ustaz Mad China (UMC)
Mantan Calon N16,
Sungai Tua, Gombak.
04 JULAI 2018
Sumber HD - 4-7-2018 













Adam Rayqal: Presiden PAS ucap takziah

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Tuan Guru Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada keluarga Adik Adam Rayqal dan bersimpati di atas ujian yang menimpa mereka. 
“Semoga ibu bapa mangsa, Mohd Sufi Naeif Mohd Pauzi dan Farrah Madihah Othman bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. 
“Yakinlah Allah Maha Mengasihi terhadap orang-orang yang sabar,” ujar beliau menerusi laman sosial Facebook.
Siasatan polis menemui mayat Adam Rayqal disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 11.00 malam tadi. 
Jenazah Adam Rayqal berusia lima bulan selesai dibedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur jam 2 petang tadi, seterusnya dimandikan sebelum disembahyangkan di surau IPFN jam 2.15 petang.
Jenazah dibawa ke Terengganu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu.
Sumber HD - 4-7-2018 




























Adam Rayqal: MB T'ganu rakam takziah

SEPERTI semua sedia maklum, berkenaan tragedi yang telah menimpa adik Adam Rayqal yang ditemui di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves dan disorokkan di bahagian sejuk beku peti ais di rumah tersebut. Perkara ini amat mendukacitakan kita semua. 
Saya difahamkan ibu bapa kepada Adam Rayqal merupakan anak Negeri Terengganu dan saya dimaklumkan bahawa jenazah Adam Rayqal akan dibawa pulang ke Terengganu selepas urusan bedah siasat dijalankan.

Saya mengambil kesempatan ini mewakili Kerajaan Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi dan isterinya Farah Madiha Othman atas kehilangan anak mereka. Diharapkan mereka dan keluarga bersabar atas ujian yang dihadapi kini. 
Saya juga mengharapkan siasatan menyeluruh dijalankan dan semoga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. 
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Menteri Besar Terengganu – HARAKAHDAILY 4/7/2018
Sumber HD - 4-7-2018 















Bekas Adun Penor meninggal dunia

KUANTAN: Bekas Ahli Dewangan Undangan Negeri (Adun) Penor (kini Inderapura) Haji Abdul Aziz Long, 83, meninggal dunia semalam. 
Beliau yang mewakili PAS di Dun terbabit pada 1999-2004 menghembus nafaz terakhir di Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sisi isterinya, Norehan Ahmad dan empat anak. 
Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Aziz dilahir pada 20 Ogos 1935 di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, sebelum berpindah ke Raub. 
Memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1956 selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. 
Cikgu Aziz memenangi Dun Penor pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 mengalahkan penyandang Dato’ Zainuddin Jumaat dari BN dengan majoriti 1,925 undi. 
Jenazah Allahyarham disembahayangkan di Masjid Taman Guru sebelum disemadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung AC.- HARAKAHDAILY 2/7/2018
Sumber HD - 2-7-2018 

MB Terengganu rakam takziah

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Adun Sungai Kandis Shuhaimi Shafie yang meninggal dunia pagi tadi. 
“Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Shuhaimi Shafie, Adun Sungai Kandis yang meninggal dunia pagi tadi. 
“Semoga roh arwah ditempatkan bersama roh orang yang soleh,” ujar beliau menerusi laman Facebook. 
Shuhaimi meninggal dunia kira-kira jam 11.10 pagi tadi di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat penyakit kanser limfoma. – HARAKAHDAILY 2/7/2018
Sumber HD - 2-7-2018 



































Moga Allah Kurnia Keampunan Kepada Almarhum Harun Ismail

Sabtu 25hb Mei 2018 jam 1.21 pagi, saya baru sahaja mendapat perkhabaran pemergian Hj Harun Ismail, menantu Tuan Guru Awang Jidin dan tulang belakang kepada Masjid Taqwa, Batu Enam, juga bapa kepada Ustaz Abdul Hadi pada malam 10 Ramadhan. Moga Allah kurniakan keampunan dosa dan ganjaran pahala yang banyak atas kesabaran menderita sakit selama lebih setahun.

Takziah kepada Ustaz Abdul Hadi, Ibrahim dan seluruh keluarga yang sabar menjaga Ayahanda sepanjang tempoh itu.

إنَّا لله وإنا إليه راجعون
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin.

Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampungnya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang lebih baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka”.

Ust Dato’ Dr Khairuddin Takiri

Sumber BO - 26-5-2018


















Aktivis PAS Kemaman meninggal dunia

KEMAMAN: PAS Kawasan Kemaman kehilangan aktivis veteran parti yang komited setelah disahkan meninggal dunia, jam 1.00 pagi semalam. 
Allahyarham Othman Abdullah, 58, atau lebih mesra dengan panggilan Haji Man Janggut meninggal dunia akibat sesak nafas di rumahnya, Jalan Delima 8, Lot 144, Mak Cili, Chukai, Kemaman. 
Harakah dimaklumkan, allahyarham meninggalkan seorang balunya, Puan Zuliha Abi dan 9 orang anak berusia antara 11 hingga 31 tahun terdiri dari lima lelaki dan empat perempuan. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat menyifatkan pemergian allahyarham Haji Man Janggut itu suatu kehilangan besar kepada perjuangan PAS Kemaman. 
Katanya, arwah itu merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kemaman, Setiausaha Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, mantan Ketua Pemuda PAS Kemaman dan bekas pekerja Petronas Gas Bhd (ET), suatu ketika dahulu. 
"Saya mewakili PAS Kawasan Kemaman dan MTD Chukai merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham (Othman) dan harap bersabar dengan ketentuan Allah S.W.T ini. 
"Kami di peringkat PAS Kemaman amat bersedih dengan berita ini dan merasakan satu kehilangan dalam permata perjuangan PAS.
"Semoga, hasil pengorbanan beliau selama berada dalam perjuangan PAS sehingga akhir hayatnya diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T, InsyaAllah," ujarnya dengan nada sedih. 
Menurutnya, allahyarham amat komited dengan parti dan pada hari terakhirnya masih hadir ke program Himpunan Kekalkan Dun Chukai (HKC-2) di Kampung Geliga Besar, Chukai, Kemaman pada 31 Mac lalu. 
Jenazah allahyarham disolat sebanyak tiga kali yang diimamkan oleh anak lelakinya, Mohd Hazwan Haji Othman dan Ustaz Mohd Nakhaie sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jabor Kubur, Kemaman. 
Antara pimpinan PAS Terengganu yang hadir solat jenazahnya Adun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman, Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Adun Chukai, Hanafiah Mat, Ketua Penerangan. - HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD- 2-4-2018 

Takziah Kepada Cikgu Shukrimun Dan Keluarga





















Almarhumah ketika dikujungi oleh Muslimat PAS Terengganu sewaktu dirawat di hospital Temerloh, Pahang
KUALA NERUS – PAS Kawasan Kuala Nerus dan seluruh ahli merasai kehilangan seorang tokoh pemimpin muslimat yang berjiwa kental dan penyayang.

Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mengucapkan kepada Yang dipertua PAS Kawasan Cikgu Hj Shukrimun Shamsudin dan seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri beliau, Puan Normaizan Hashim ke Rahmatullah.

Beliau berkata, semoga pemergian Allahyarhamah pada jam 11.30 pagi, hari Jumaat hari mulia, dilimpahkan rahmat dan pahala berpanjangan atas kesabaran atas ujian yang dialami.

“Semoga segala amal kebaktian Almarhumah dalam kerja-kerja dakwah menjadi amalan berkekalan untuk beliau,
“dan seluruh jentera PAS Kuala Nerus mengiringi pemergian beliau dengan doa,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini, setelah mendapat khabar yang mendukacitakan itu.
Sehubungan dengan itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus, YB Ustaz haji Hishamuddin Abdul Karim turut mengucapkan salam takziah kepada keluarga Cikgu Shukrimun, yang juga Bendahari PAS Terengganu.
ADUN Tepoh itu mendoakan agar seisi ahli keluarga tersebut, tabah dan sentiasa kuat untuk meneruskan teladan kegigihan almarhumah mewarnai perjuangan Islam di bumi ini.

“Saya mewakili PAS Kawasan menyeru seluruh warga Kuala Nerus dan teman serta sahabat untuk bersama-sama solat jenazah beliau pada malam ini di Masjid Taqwa, Batu Enam sejurus selesai solat fardhu Isyak,

“Sebagai iringan akhir untuk Almarhumah yang telah berjasa menggerakkan kerja dakwah di Kuala Nerus,
“Dan semoga Almarhumah dikurniakan keampunan dan kerahmatan daripada Allah SWT,” jelas beliau beliau.

Sumber BO - 9-3-2018


Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia
Posted on Friday, March 09 @ 09:03:56 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38546


Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia pagi ini.

Menurut Facebook Mukhriz Mahathir FC, difahamkan beliau meninggal dunia sebelum subuh di kediamannya di Pantai Dalam.
Beliau meninggal dunia di usia 75 tahun.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi menteri pembangunan negara dan luar bandar pada 1981 dan kemudian menjadi menteri pertanian pada 1986.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai menteri besar Kedah pada 1996 hingga 1999.

Sumber TKO - 9-3-2018
























Takziah Kepada Seluruh Anggota Keluarga Almarhum


PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan takziah kepada isteri, ibu, ayah, dan seluruh anggota keluarga almarhum Ustaz Hawari Abas yang menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 10 malam tadi di hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Al Marhum dimasukkan ke hospital Daerah Besut pada 2 Februari 2018. Sehari selepas itu beliau dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut di sana. Pada 13 Februari beliau dipindahkan kembali ke hospital Besut dan atas permohonan keluarga beliau dibenarkan balik pada 25 Feb tetapi kembali ke hospital pada 26 Feb setelah mengadu sukar untuk bernafas.

Pihak hospital Besut merujuk kembali arwah ke Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah mendapat persetujuan dari pihak keluarga al Marhum.

Jenazah al Marhum akan disembahyangkan selepas solat zohor 27 Feb di Pondok At Taqwa, Seberang Jerteh.

Almarhum dilantik sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Besut sejak 2008 yang lalu. Beliau menumpukan perhatian dalam khidmatnya di Pondok At Taqwa, Seberang Jerteh sebagai tenaga utama dalam menggerakkan pendidikan di sana.

Sekian, terima kasih. Wassalamu’alaikum…
\
Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad
Yang DiPertua PAS Kawasan Besut
27 Februari 2018

Sumber BO - 27-2-2018


Jenazah Pelakon Azmil Mustapha Selamat Disemadi
Posted on Wednesday, February 14 @ 21:37:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38231



SHAH ALAM - Jenazah pelakon era 80-an yang popular menerusi filem ‘Ali Setan', Mohd Azmil
Mustapha Kamil, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira 6.30 

petang.
Mohd Azmil, 65, meninggal dunia kerana sakit jantung di kediamannya di Seksyen 9 di sini,
kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk dikafan
dan disolatkan.

Selain anggota keluarga, turut kelihatan hadir pada pengebumian itu adalah rakan-rakan artis
seperti Fauziah Ahmad Daud, Datuk Nasharuddin Elias (Nash), Datuk DJ Dave dan Datuk Rahim
Razali.

Allahyarham yang memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang filem, radio dan televisyen daripada
Indiana University, Bloomington, Amerika Syarikat, merupakan bapa tunggal kepada lima cahaya
mata berusia antara 17 hingga 34 tahun, iaitu Nur Shamira, Nur Azalea Arifah, Nur Amalia Batrisha,
Muhammad Bazli Zhafri, dan Nur Alia Iman.

​​​​​​​​​​​​​​​​​​Selain filem Ali Setan 1 dan 2, filem lain yang turut menaikkan nama Mohd Azmil di persada
hiburan tanah air ialah Mekanik, Suara Kekasih dan Driving School.

Selepas bertahun-tahun terlibat secara aktif dalam dunia hiburan, Mohd Azmil akhirnya membuat
keputusan untuk bersara dan memberi tumpuan kepada aktiviti keagamaan.

Allahyarham pernah berhijrah ke Syria pada 2006 bersama empat anaknya sebelum kembali ke
Malaysia ekoran peperangan yang tercetus di negara itu.

Beliau juga pernah mengarah dua filem dokumentari berjudul ‘Deen in Dublin’ Part One dan ‘Deen
in Dublin’ Part Two yang ditayang di seluruh Britain pada Disember 2012.

Ketika ditemui pemberita, Nur Syamira, 33, berkata keadaan bapanya biasa saja sebelum meninggal
dunia, malah aktiviti hariannya pun berjalan macam biasa.

Kata Nur Syamira, adik lelakinya juga sempat bertanyakan kepada Mohd Azmil hidangan makan
tengah hari yang mahu dibeli seperti kebiasaan menyebabkan mereka tidak menyangka, itu
merupakan perbualan terakhir dengan bapanya.

“Adik lelaki saya ada tanya ayah mahu makan apa sebab dia nak pergi beli makanan, tapi lepas
mandi, adik tengok ayah tertidur. Dia kejutkan tapi ayah sudah tiada,” katanya ketika ditemui di
rumahnya, di Seksyen 9 di sini, hari ini.

Sementara itu, adik bongsu pelakon berkenaan, Muhammad Azif Mustafa Kamil, 50, memberitahu
abang sulungnya pernah menjalani rawatan pintasan jantung pada 2016 dan pernah terkena serangan
jantung sebanyak dua kali tahun lepas.

Bagaimanapun, katanya, sakit yang dialami abangnya itu tidak pernah mematahkan semangat
pelakon berkenaan untuk meneruskan aktiviti dakwah yang dilakukannya sejak sekian lama malah
kehidupannya juga sentiasa ceria walau kesihatannya tidak mencapai tahap 100 peratus.

“Dalam waktu terdekat ini pun arwah abang ada dijemput untuk memberi ceramah agama namun
Allah lebih menyayanginya. Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah,” katanya. –
BERNAMA

Sumber TKO - 14-2-2018
























Azmil Mustapha meninggal dunia



























zaidim@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung
di kediaman keluarganya di Shah Alam, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
© Provided by Media Prima PELAKON era 1980-an, Azmil Mustapha. - Foto fail NSTP

Bintang filem Mekanik itu menghembuskan nafas pada usia 65 tahun.

Allahyarham meninggalkan dua bekas isteri dan lima anak.

Berita pemergian Azmil dikongsi anak lelaki tunggalnya, Mohd Bazli kepada BH Online, sebentar
tadi.

"Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.

"Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan," katanya.
Ketika hayatnya, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga.

Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki
empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia dalam
perkahwinan keduanya.

Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil yang banyak membintangi filem box office era
1980-an seperti Ali Setan, merosot dan pernah dilaporkan kritikal.

Sumber MSN - 14-2-2018

























Anggota parlimen Paya Besar meninggal dunia
Posted on Tuesday, February 13 @ 05:40:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38201


Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail, 70, meninggal dunia kira-kira 6.45 petang tadi di rumahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Adik beliau, Datuk Seri Muhammad Safian berkata beliau dimaklumkan arwah yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar ditemui terjatuh di bilik air.

"Setakat ini, kami masih tidak tahu sama ada arwah akan dikebumikan di sini atau di Kuala Lumpur kerana menunggu keputusan keluarganya," katanya semasa dihubungi di Kuantan, malam ini.

Abdul Manan (gambar) juga merupakan Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari tahun 1986 hingga 2004.
- Bernama
Sumber TKO - 13-2-2018


























PAS Kedah kehilangan tokoh ulama

BADAN Perhubungan PAS Kedah merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Ahmad Husairi Ahmad yang kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi. 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, kematian Tuan Guru Ahmad merupakan satu kehilangan besar buat PAS negeri tersebut.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan rohnya dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh,” katanya di sini. 
Tuan Guru Ahmad atau lebih dikenali Ustaz Awang, 61 menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.59 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. 
Allahyarham merupakan mudir di Madrasah Al-Falah Al-Samaniah Ad-Diniah, Pondok Alor Janggus, Padang Lalang, Alor Setar. 
Pondok itu bernaung di bawah Majlis Guru Pondok dan Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) Kedah. - HARAKAHDAILY 17/1/2018
Sumber HD- 17-1-2018 

Allahyarham Seorang Yang Berani


KUALA NERUS – Arwah ‘Kailo’ atau nama sebenar Khairul Nizam Abdullah ialah seorang petugas PAS yang memiliki sifat yang berani dan dedikasi.

Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang berkata, beliau kagum dengan keberanian Khairul, yang tanpa rasa takut menghadiri apa saja majlis, semata-mata untuk pendapat maklumat yang tepat terhadap sesuatu isu.

“Dengan kesugguhan beliau, walaupun kesihatan beliau tidak memuaskan, dengan sakit beliau, tetapi beliau tetap bersungguh,

“di dalam melaksanakan kerja-kerjanya dan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan baik,”
 ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Seberang Takir berkata demikian ketika ditemui
pada hari pengkebumian arwah, Jumaat 12 Januari di Tanah Perkuburan Bukit Tok Beng, dekat sini.

Ustaz Zakaria berharap lebih ramai ahli PAS yang dapat mencontohi ketekunan allahyarham dan
menyeru agar para aktivis PAS mendalami bidang penulisan.

Walaupun menulis bukanlah bidang kerja asal beliau, namun kata Ustaz Zakaria, kerana bakat dan
minat yang ada, serta kesungguhan ‘berjihad’, beliau mampu.

“tulisan-tulisan yang mengambarkan suara hati dan kesungguhan beliau di dalam bidang ini sangat
menyentuh hati pembaca,

“peranan beliau sebenarnya banyak…sebelum ini melaporkan aktiviti-aktiviti PAS DUN Seberang
Takir dan dapat disebarkan dengan cara lebih baik, samada di facebook atau Buletin Online,”
jelasnya.

‘Hasil tangan’ beliau, katanya, telah menjadi satu sumber penerangan kepada ahli dan penyokong
PAS untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakat.

Juteru, mewakili PAS Terengganu, beliau melahirkan rasa ‘kehilangan yang akan dirindui’ dan
berjanji MTD akan membantu meringankan beban keluarga almarhum.

“kepada ahli keluarga Allahlayarham….kita harap in shaa Allah dapat bersabar, dan tabah hati
dalam menghadapi situasi yang ada,

“mudah-mudahan dengan kesabaran itu, Allah akan merahmati,” tambah beliau.

Sumber BO - 15-1-2018


Ustaz Murtadha Yusof meninggal dunia
Posted on Saturday, January 13 @ 18:40:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37726



ALOR SETAR - Pendakwah terkenal, Ustaz Murtadha Yusof meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping, selepas lebih seminggu bertarung nyawa akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya, 4 Januari lalu.

Berita itu dikongsi oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, yang memuat naik status di Facebook miliknya, sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, jenazah dibawa balik ke Kampung Bakar Kapur dan di kebumikan di Masjid Penghulu Him di Sungai Petani, Kedah.

Menurut Ustaz Mohammad Yaakub, kelmarin, Allahyarham Ustaz Murtadha terpaksa ditidurkan untuk merehatkan paru-parunya selepas beberapa kali berlaku penurunan oksigen dan dilaporkan bakal menjalani rawatan lanjut, Isnin depan.

“Keadaan Ustaz Wadi Annuar yang dirawat di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh menunjukkan tanda-tanda positif,” katanya.
Allahyarham Ustaz Murtadha Yusof (dua, kiri) yang dirakam sebelum terlibat kemalangan.

Pada 4 Januari lalu, empat guru agama termasuk seorang tokoh penceramah terkemuka, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau dikenali Ustaz Wadi Anuar cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan.

Dalam kejadian jam 7 petang, kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Nissan Grand Livina dipercayai terbabas ke bahu jalan, menyebabkan dua daripada mereka cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan.

Selain Ustaz Murtadha Yusof dan Ustaz Wadi Annuar, dua lagi individu dalam kenderaan terbabit adalah Ustaz Hambali Zulkifli dan ayah kepada Ustaz Murtadha.

Keempat-empat mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Taiping, di mana Ustaz Murtadha tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan dalam otak.



Sumber TKO - 13-1-2018











































PAS Kuala Nerus Kehilangan Aktivis Cemerlang

KUALA NERUS – PAS Kawasan Kuala Nerus merakamkan ucapan takziah atas kepulangan ke rahmatillah, Khairul Nizam bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kailo, pada jam 10:30 pagi tadi (12 Januari 2018 bersamaan 24 Rabiul Akhir 1438H, Jumaat).

Ketua Penerangannya YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, almarhum Kailo adalah aktivis penerangan yang aktif dan berjaya menyumbangkan banyak kejayaan untuk kerja-kerja dakwah dan penerangan untuk PAS Terengganu.

“khususnya di Kuala Nerus….sebagai salah seorang AJK Penerangan PAS Kawasan Kuala Nerus, almarhum telah menunjukkan sikap yang berdedikasi dalam menjalankan amanah,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebagai penghormatan akhir, Ustaz Hishamuddin menjemput semua ahli PAS dan rakan taulan untuk menghadiri solat jenazah, almarhum Kailo,

“(solat jenazah) yang dijadualkan usai Solat Asar di Masjid Kg. Bukit Tok Beng. Semoga doa yang dipanjatkan bersama ini akan dikurniakan Allah SWT maghfirah dan rahmat buat Almarhum di alam seterusnya,” katanya

PAS Kawasan Kuala Nerus merakamkan takziah buat ahli keluarga dan mengharapkan agar semuanya tabah dan bersabar atas kehilangan Almarhum.

Sumber BO - 122-1-2018






















Baru Dua Hari Lepas Dia Mengiringi Saya…..

Oleh : Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Ketika kuliah mingguan pagi Jumaat hampir saya tamatkan sekitar jam 10.50 pagi tadi, pembantu saya menghantar nota bertulis; Khairul Nizam Abdullah@Kailo baru sahaja kembali ke Rahmatillah. Berita yang agak mengejutkan. Demikianlah kematian, masa kehadirannya tidak terjangka.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Kailo baru dua hari lepas mengiringi saya menziarahi beberapa keluarga susah dan sakit di Gong Kijang, Dun Bukit Tunggal. Beliau membuat rakaman langsung di FB PAS Dun Seberang Takir sepanjang sesi ziarah tersebut. Moga ia menjadi sebahagian penutup amalan soleh dihujung usia beliau.

Saya membaca satu artikel beliau yang menarik bertajuk “Aku Ingin Masuk Syurga Dengan Tulisan”. Kata beliau:

“Ya Allah … aku nak buat kerja dalam PAS ni sehingga nafas aku yang terakhir … berilah aku suatu tugas dalam PAS agar dapat aku tunaikan cita-cita aku”.

Beliau aktif menulis dalam web berita Buletin Online. Pada usia 43 tahun beliau pergi meninggalkan seorang isteri yang juga aktivis media dakwah seperti beliau. Moga segala kerja bakti usaha dakwah menerusi media selama ini menjadi amalan soleh berpanjangan buat beliau.

Lebih menarik lagi perumpamaan beliau tentang karam di lautan dalam kayuhan ke pulau mutiara yang diibaratkan oleh beliau sebagai mati syahid. Beliau mahu mati syahid karam di laut dalam kayuhan ke pulau mutiara….dan hari ini beliau pergi ke rahmatillah sebelum sampai ke pulau mutiara… moga hasratnya dimakbulkan oleh Allah.

Sangat indah tulisan beliau yang meruntun jiwa meskipun tidak berpendidikan menjulang ke menara gading. Ia wajar dibaca oleh mujahid Islam. Baca di pautan berikut: http://buletinonline.net/v7/index.php/aku-ingin-masuk-syurga-dengan-tulisan/

Marilah kita doakan keampunan dan kerahmatan untuk beliau. Pada yang berkesempatan, marilah bersama-sama mengiringi jenazah beliau dengan solat Janazah selepas Asar nanti di Masjid Bukit Tok Beng, Seberang Takir.

Sumber BO - 12-1-2018 

Takziah di atas pemergian Prof Emeritus Dr Shahnon Ahmad

PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Prof. Emeritus Dato' Dr. Haji Shahnon Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital KPJ Kajang pagi tadi. 
Sebagai rakyat Malaysia, kita berterima kasih dan berbangga di atas jasa beliau yang ditumpahkan dalam dunia kesusasteraan negara. Pada masa sama, PAS berterima kasih atas jasa dan pengorbanannya kepada perjuangan PAS khususnya sebagai Ahli Parlimen PAS bagi kawasan SIK tahun 1999.

Marilah kita mendoakan roh almarhum ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan amalannya diterima oleh Allah. Semoga ahli keluarga dan kaum kerabatnya menghadapi ujian ini dengan penuh sabar dan tabah. Setiap jiwa yang hidup pasti akan mati. 
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 7 Rabiul Akhir 1439 / 26 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 26/12/2017
Sumber HD - 26-12-2017 

Isteri Ketua Polis Negara meninggal dunia
Posted on Friday, December 15 @ 21:22:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37308



KUALA LUMPUR 15 Dis.- Isteri Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, meninggal dunia kira-kira pukul 7.02 malam ini akibat barah.


Difahamkan, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebelum dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk dikebumikan

Sumber TKO - 15-12-2017






















PAS ucap takziah kepada keluarga Surin Pitsuwan

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan takziah di atas pemergian bekas Menteri Luar Thailand dan Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Surin Abdul Halim Ismail Pitsuwan ke rahmatullah semalam. Almarhum Dr Surin adalah seorang tokoh besar yang terkenal dalam usaha diplomatik ke arah mewujudkan keamanan serantau. 
Saya mengajak seluruh umat Islam untuk menunaikan solat jenazah ghaib dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh serta diterima amalannya yang baik di sisi Allah S.W.T. 
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 12 Rabiul Awal 1439 / 1 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 1/12/2017
Smber HD- 1-12-2017 


Walaupun dia orang biasa tapi dia Istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayat
Posted on Monday, November 27 @ 10:54:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37017



Haji Yaacob Bin Salleh. Merupakan seorang penyumbang terbesar bagi pembinaan Pasti AL Jannah, malah setiap tahun menyumbang lembu untuk di adakan majlis iftar perdana.. Sebut sahaja program PAS, insyaAllah akan ada sumbangan dari beliau.. Hari ini Telah dipanggil mengadap Sang Pencipta Yang Maha Agung.

InsyaAllah akan di kebumikan di kg jerung Surau petang ini. Ya Allah.... Semoga Segala Amalan Hj Yaacob diterima OlehMu dan beliau ditempatkan dikalangan Orang Orang yang Soleh..

انا لله وانا اليه راجعون
Kredit
Amar Ibni Jaafar 


Sumber TKO - 27-11-2017






















Dua tokoh Al-Quran 'hilang' serentak

HANYA selang beberapa minit petang semalam rakyat Kelantan kehilangan tokoh ulama yang alim dalam ilmu al Quran. 
Datuk Mohamed Daud Iraqi meninggal dunia jam 6.42 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, manakala Tuan Guru Abdullah Daud al-hafiz pula meninggal dunia 6.45 petang di Rantau Panjang. 
Allahyarham Ustaz Abdullah merupakan Mudir Tahfiz Darul Nisa’ Kampung Dangar Rantau Panjang. Beliau meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. 
Jenazah Ustaz Mohamed Iraqi disembahyangkan di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian jam 9 pagi tadi diimamkan anaknya, Ustaz Hasan al Banna. 
Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang dan anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim. 
Manakala solat jenazah Ustaz Abdullah diimamkan anak sulungnya Ustaz Muhammad Amin pada jam 11 malam tadi di masjid Banggol Kulim. 
Turut menziarahi jenazahnya Menteri Besar, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar, wakil-wakil rakyat dan Mudir Pondok Gual Dalam. Tuan Guru Abdullah Yusof. 
Ustaz Ahmad berkata, kehilangan Ustaz Mohamad Iraq amat dirasai sekali bagi pendokong Islam di seluruh negara. 
“Allahyarham banyak memberi pandangan terutamanya berkaitan fatwa-fatwa mengikut keperluan semasa. 
“Arwah mampu memberi fatwa dengan kemampuan ilmunya biar pun beliau bukan seorang mufti. Tarafnya sama dengan mufti. 
“Ketika berada dalam saf kerajaan kita banyak merujuk kepadanya bagi menyelesaikan masalah berbangkit berkaitan hukum agama,” katanya selepas menghadiri solat jenazah di Masjid Sultan Ismail Petra. 
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi pula berkata, suatu kehilangan besar kepada perjuangan Islam di negara ini. 
Katanya, arwah seorang yang pakar dalam perundangan Islam dan hukum fiqah yang sentiasa menjadi rujukan. 
“Bahkan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz pun sebelum ini banyak merujuk kepada Ustaz Muhamad Iraq berkaitan agama,” katanya. - HARAKAHDAILY 9/11/2017
Sumber HD - 9-11-2017 






















Ustaz Mat Iraq meninggal dunia

BEKAS Ketua Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Muhamed Daud Iraqi meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia jam 6.42 petang tadi.
Beliau merupakan pakar Fiqh Mazhab berkaitan perbandingan agama. 
Ketika belum diserang angin ahmar beliau merupakan antara ulama yang sering menjadi rujukan termasuk Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah beliau dilantik sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab hal ehwal agama selepas menang Dun Lundang (Demit). 
Bagaimanapun beliau terkena angin ahmar dua kali sehingga menghadapi masalah untuk bertutur. 
Ustaz Mat Iraqi mendapat Pendidikan awal di Pondok Tok Kenali selama 13 tahun (1953 – 1959). 
Beliau belajar di Maahad Muhammadi Merbau dari kelas 6 hingga kelas 9 (1959- 1967), pernah menjadi pelajar terbaik di peringkat sekolah. 
Pada tahun 1963 beliau menjadi guru agama di Sekolah Kebangsaan Mentera. Tahun 1964 beliau  menyambung pelajaran di Universiti Baghdad di bawah biasiswa Kementerian Waqaf Iraq yang diuruskan Al Fadhil Tuan Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat ketika itu). 
Di Iraqa beliau mendalami Kuliah Syariah Dan Bahasa Arab. Beliau antara 10  pelajar Malaysia yang telah mendapat biasiswa ini. Selain beliau ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Syukri;  Mursyidul Am PAS, Ustaz Hasyim Jasin; bekas pensyarah UM, Ustaz Abd Rahim Mat Zain; Ustaz Dahlan Perlis; Prof. Abdullah Kasban (UTM).
Pada tahun 1968, beliau pulang ke tanah air dan mengajar di Sekolah Yaakubiah Lundang. 
Pernah menjadi Pensyarah Yayasan Pengajian Tinggi Negeri Kelantan (YPTNK) Nilam Puri pada 1970 hingga April 1981. 
Seterusnya menjadi Pensyarah UM dari April 1981 hingga 1991. 
Beliau kemudiannya diamanahkan oleh Kerajaan negeri Kelantan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan dari tahun 1991 hingga 1994.
Penglibatan beliau dalam politik secara langsung ialah pada tahun 1994 apabila dipilih sebagai calon PAS di dalam pilihanraya Kecil Lundang 1994. 
Dilantik sebagai ahli mesyurat Kerajaan (Exco) pada tahun 1995 hingga 2004 dan pernah menjawat beberapa portfolio iaitu Pengerusi J/k Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, 
Pengerusi J/k Kerjaraya Negeri Kelantan dan Pengerusi J/k Pembangunan Islam, Belia dan Penerangan. – HARAKAHDAILY 8/11/2017
Sumber HD - 8-11-2017 


Jenazah Pendaki Malaysia Dari Iran Tiba Di KLIA
Posted on Sunday, November 05 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36447



SEPANG – Jenazah Ramli Abd Majid yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Damavand, Iran tahun lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Van yang membawa jenazah Allahyarham dilihat keluar dari Kompleks Kargo KLIA kira-kira 11.20 pagi.

Terdahulu pesawat Mahan Air penerbangan W583 yang membawa jenazah Ramli berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini, Tehran pada 10 malam tadi sebelum selamat mendarat di KLIA 10.20 pagi ini.

Jenazah difahamkan akan dibawa ke Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama untuk disembahyangkan dan akan ke ke Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong untuk dikebumikan selepas Zohor.

Pada 29 Oktober lalu, Wisma Putra mengesahkan mayat yang ditemukan pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand, Iran, adalah Ramli, pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang sejak 20 November 2016.

Ramli, 44, hilang pada November tahun lalu bersama rakannya, Syed Redzuan Syed Salim Shatri ketika berada pada ketinggian 4,200 meter Gunung Damavand.

Bagaimanapun mayat Syed Redzuan ditemukan enam hari selepas dilaporkan hilang, manakala Ramli gagal dikesan sehinggalah dijumpai setahun kemudian pada 27 Oktober baru-baru ini.

- Bernama

Sumber TKO - 5-11-2017






















Ustaz Ansory Bustanul Ariffin kembali kerahmatullah

SEPANG: Mudir Pondok Bustanul Arifin, Ustaz Haji Ahmad Ansory @ Khairul Muin Morshid telah disahkan meninggal dunia tepat jam 12.01 malam tadi setelah koma beberapa hari di Hospital Putrajaya.  
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS), Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan bersama rombongannya dari Ahli Lajnah Kebajikan DMPNS telah turut serta menziarahi isteri dan keluarga almarhum serta menunaikan solat jenazah.
Urusan pengebumian telah dibuat pada jam 10.00 pagi di mana solat jenazah telah diimamkan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan disertai oleh ribuan ulama, ahli dan pimpinan PAS dari pelbagai peringkat, muallim dan pelajar pondok tersebut serta ahli keluarganya.
Almarhum Ustaz Ansory merupakan pengasas pondok Bustanul Arifin di Kampung Labohan Dagang, di sini yang menerima pelajar dari pelbagai latar belakang untuk ditarbiah kembali termasuklah penagih dadah.
Almarhum juga seorang yang aktif berdakwah dan bergerak dengan PAS semasa hayatnya, serta merupakan mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepang. 
Warga DMPNS merakamkan takziah kepada keluarga almarhum dan sama-sama mendoakan agar almarhum ditempatkan bersama golongan yang soleh dan beriman. - HARAKAHDAILY 2/11/2017
Sumber HD- 2-11-2017 






















Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia










TOKOH korporat Islam, Tan Sri Muhammad Ali Hashim telah kembali ke rahmatullah petang ini. Solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid at-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. 
Pengebumian dijangka akan dilakukan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan  Islam Bukit Kiara. – HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017