BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, October 19, 2017

KOMPONEN PH - PKR (JILID 3)

Keadilandaily - http://www.keadilandaily.com/

PKR - http://www.keadilanrakyat.org/

Anwar yakin Tun Mahathir tak 'mainkan' dia lagi


SHAH ALAM: Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui gusar dan risau sama ada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mempermainkannya sekali lagi.

Dalam sesi Terus Terang bersama Invoke Malaysia, hari ini beliau berkata, perkara itu mungkin 'cakap-cakap kosong' kerana keadaan sudah berubah.

“Kadang-kadang timbul perasaan adakah Mahathir nak ‘main’ aku sekali lagi ada juga saya dengar, tapi  saya kata keadaan dah berubah.

“Mahathir cuma mahu tinggalkan legasi yang baik bukannya imej negatif. Saya fikir, asalkan saya dan beliau ada hubungan peribadi yang baik, tidak layan hal-hal negatif negara akan maju,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyifatkan ada hikmah beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri ketika peralihan kuasa sedang berjalan.

Menurutnya, sekiranya Tun Dr Mahathir berjaya dalam program peralihan kuasa ia akan menguntungkan beliau juga kerana tugas melakukan peralihan kerajaan sangat berat untuk dipikul.

“Kalau Tun Mahathir berhasil dalam program peralihan ini ia menguntungkan saya juga kerana adalah menjadi kepentingan saya untuk melihat kerajaan ini dikendalikan dengan baik, ia membawa perubahan penting kepada saya.

“Saya ada sebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga kawan-kawan rapat, bahawa  ada hikmahnya juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana perdana menteri dalam era ini tugasnya sangat mencabar sebab terpaksa bertempur atau menghadapi kekuatan lama, rasuah besar dan perlu membetulkan seluruh sistem,” katanya.

Beliau berkata, seluruh sistem negara perlu dibaiki bermula daripada pegawai kerajaan, badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan semua sistem lain perlu diubah.

“Nak tukar dan pilih orang, itu tugas Tun Dr Mahathir. Tapi kadang-kadang ada satu, dua nama yang kita tidak setuju.. tunggulah, tak mengapa bagilah laluan kepada beliau,” ujarnya. 

Sumber MR - 5-6-2018

Amirudin antara calon utama MB Selangor, kata sumber



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari adalah antara tiga calon yang disenarai pendek untuk menggantikan naib presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.

Amirudin, 38 adalah anggota jawatankuasa pusat PKR dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor,

Azmin yang mengosongkan jawatan menteri besar bagi dilantik sebagai menteri hal ehwal ekonomi, dijadual mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok berhubung penggantinya.

Ketika dihubungi pada petang ini, Amirudin yang merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam Sains Sosial dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mengesahkan namanya berada dalam senarai.

"Buat masa ini, apa yang boleh saya sebutkan kepada orang ramai ialah saya salah seorang calon yang dinamakan oleh pemimpin parti," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya rasa keputusan muktamad mesti dibuat oleh sultan. Jadi, saya rasa kita perlu menunggu dengan sabar kira-kira satu atau dua hari sebelum 19 Jun (pada majlis angkat sumpah)," tambahnya.

Dua lagi nama yang disenaraikan ialah Naib Presiden PKR Shaharuddin Baharuddin dan Dr Idris Ahmad.

Shaharuddin adalah ADUN Seri Setia manakala Idris mengekalkan kerusi Ijok pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata beliau yakin pemimpin parti dan sultan Selangor akan membuat keputusan yang tepat mengenai siapa yang harus menerajui pentadbiran negeri.

"Calon itu akan dipilih untuk memastikan Selangor menikmati pembangunan dan kestabilan yang berterusan," katanya yang mula menyertai politik pada 2008.

Sumber MR - 5-6-2018

Rafizi pertahan dakwaan Dr M lantik menteri tanpa restu PKR




Susulan pembentukan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), tokoh gabungan itu, Rafizi Ramli, tanpa disangka-sangka mendapat maklum balas ramai pihak berikutan dakwaannya bahawa pelantikan pemimpin tertinggi BERSATU, DAP dan AMANAH sebagai menteri kanan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa rundingan dengan PKR.

Hari ini, Rafizi mempertahankan tindakannya itu, berkata peranannya untuk memastikan pihak eksekutif mesti menggunakan prinsip sama yang diterima pakai oleh Majlis Presiden HARAPAN dalam pembuatan keputusan, lapor wawancaranya dengan BFM.

Beliau berkata kesemua empat parti itu ialah rakan kongsi yang sama tarafnya dalam kerajaan sebagaimana juga kedudukan mereka dalam Majlis Presiden HARAPAN dan oleh itu peraturan pembuatan keputusan berdasarkan persetujuan bersama dan memastikan keterlibatan semua pihak mesti dikenakan.

"Kita perlu memastikan asas dan prinsip kita dapat dilaksanakan sejak dari awal lagi. HARAPAN dibina sejak tahun 1998 (berdasarkan) satu konsensus, perjanjian dan keterangkuman.

"AMANAH jauh lebih lemah dulu, berbanding PKR atau DAP ketika kami memulakan HARAPAN, tetapi kami memberi AMANAH kedudukan dan taraf yang sama dalam pembuatan keputusan.

"Oleh itu, sesiapa yang mengetuai kerajaan HARAPAN mesti membenarkan sikap inklusif dan rundingan dalam membuat keputusan. Penting untuk mengingatkan hal itu sejak dari mula lagi," katanya.

Dua hari selepas pilihan raya pada 9 Mei lalu, timbul ketegangan mengenai pelantikan kabinet awal kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang masih dalam penjara ketika itu, tidak boleh menyertai mesyuarat berkenaan.

Akhirnya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pantas membentuk kabinet sebelum 14 Mei, mengumumkan empat menteri kabinet pertamanya itu yang dilaporkan tanpa mendapat restu PKR itu.

Rafizi kemudiannya mengkritik hal ini yang mencetuskan kecaman dari netizen yang menuntut beliau membenarkan Mahathir menjalankan tugasnya tanpa gangguan. Ahli Parlimen Subang Wong Chen yang selepas itu mempertahankan Rafizi, telah mendapat kira-kira 10,000 komen pada laman Facebooknya, yang kebanyakannya kritikal.

Dalam wawancara BFM itu, Rafizi mencadangkan golongan kelas menengah bandar kelihatan sedang dalam suasana kegembiraan melampau yang hadir tiba-tiba dan menjadi penyokong setia "seratus peratus" kepada HARAPAN, sehinggakan tidak boleh menerima sebarang percubaan untuk mengkritik kepimpinan gabungan itu.

Kesetiaan kelas menengah Malaysia


"Masalah dengan rakyat Malaysia golongan kelas menengah umumnya adalah kamu cenderung memberikan kesetiaan seratus peratus dan kesetiaan terhadap apa yang kamu mahu percaya.

"Hanya kerana golongan kelas menengah Malaysia memberikan sokongannya kepada kerajaan HARAPAN, tidak bermakna kami tidak boleh mempersoalkan hal itu dan tidak mempunyai perbezaan pendapat," katanya.

Rafizi berkata agak mudah untuk mengkritik pendapat pihak lawan, tetapi sukar untuk menyediakan semak dan imbang.

Kelas pertengahan, kata Rafizi, menjadi golongan yang paling sukar untuk diyakinkan kerana sikap meninggi diri terhadap mereka yang berada di luar zon selesa mereka.

"Hanya kerana kamu tinggal di Bandar Utama atau Taman Tun. Kamu fikir orang di luar lingkaran keselesaan kamu tidak bijak seperti kamu.

"Selama dua atau tiga tahun yang lalu, saya sering meyakinkan kelas menengah Malaysia bahawa para pengundi di luar kelompok bandar mereka sebenarnya tahu apa yang perlu dilakukan untuk negara ini.

"Pada masa lalu, kelas menengah Malaysia juga yang selalu mengatakan'kita tidak boleh mengubah kerajaan', 'rakyat Malaysia terlalu bodoh', 'orang Melayu tidak peduli terhadap rasuah', 'orang Melayu boleh dibeli dengan RM100' .. .

"Sebetulnya, kelas menengah Malaysia yang merasakan (HARAPAN) tidak mempunyai rancangan untuk mengambil alih kerajaan kerana BN akan melakukan berbagai perkara secara tidak demokratik.(Soalan) Bagaimana dengan rampasan kuasa, bagaimana dengan MKN (Majlis Keselamatan Negara)," katanya.

Beliau berkata pentadbiran HARAPAN perlu berhati-hati bagi mengelakkan ketidakpuasan hati orang Melayu yang masih belum merasa yakin dengan persekitaran baru jika kadar pembaharuan terlalu cepat itu dan akan menggusarkan mereka.

"Sekiranya terdapat satu ancaman besar terhadap pembaharuan yang kita cuba lakukan ini adalah kita terlalu tidak sensitif terhadap rasa tidak terjamin Melayu dan kegusaran Melayu.

"Bahawa kita boleh mengasingkan orang Melayu di luar zon selesa kelas menengah di kawasan bandar. Itu boleh mendorong (sokongan) mereka ke arah Umno dan PAS," katanya.

Beliau berkata trend penduduk Malaysia menunjukkan populasi Melayu akan terus berkembang sebagai blok mengundi terbesar.

"Sekiranya kamu tidak cukup berhati-hati, kamu akan membuat kumpulan pengundian terbesar di Malaysia merasakan mereka diketepikan dan merasa terancam, maka kamu boleh menjangkakan keadaan yang lebih buruk.

"Selepas PRU14 lalu, tiada lagi perkara seperti cara tertentu bagaimana corak pengundian sesuatu kumpulan. Mereka boleh mengubah sokongan berdasarkan apa yang mereka fikir baik bagi mereka," katanya.

Sumber MR - 4-6-2018

Jumaat, 25 Mei 2018


Adakah Ini filem “remake” yang akan tayang dalam versi baru


Entah mengapa saya tak berapa berminat nak ulas pendedahan kemewahan Ds Najib dan Rosmah yg sedang didedah oleh kerajaan baru PH penuh ghairah. Tak berminat tu bukan kerana saya rela harta negara dirompak jika betul Najib melakukannya.  Atau kerana saya tiba2 berubah arah menyokong Najib. Bukan juga kerana saya tak bersetuju kerajaan PH menyiasat sehingga berjaya bawa balik duit negara yg diseludup kebeberapa buah negara ( sebagaimana yg dilapurkan). Bukan rakyat Malaysia lah saya kalau tak suka Malaysia diselamatkan dari penyalahgunaan kuasa dan Rasuah.

Saya kurang berminat itu kerana ada beberapa sebab;

1. Saya bimbang saya dan rakyat terperangkap sekali lagi dlm keghairahan skandal politik pemimpin. Bimbang jadi mcm kes yg lepas2. Heboh Negara pasal salahlaku sek dan liwat. Saban mlm berita tersebut disogokkan kepada rakyat dan penonton. Siap usung tilam ke Mahkamah. Rakyat terpaksa mendengar taklimat pakar DNA, walaupun rakyat tak faham istilah dan kod2 DNA yg disyarahkan. Tiba2 kes tersebut hilang dengan sebuah jampi kesucian.

Disatu pihak pula rakyat diajak bersama mempertahankan sebuah keadilan dan menentang kezaliman. Lalu berdemonstrsilah rakyat membela mangsa mata lebam. Merah mata rakyat bermandikan semburan water Canon di Masjid Jamik, Sogo dan Dataran Merdeka. Tiba2 datang kalimat " itu hanyalah luka kecil". Rakyat terpaku. Lalu mereka diminta pula menjulang org yg dahulunya dikatakan zalim itu kepersada kuasa.

Rakyat sudah letih,penat dan bosan. Kalau filem Hindustan, bila ketua penjahat dah berjaya dikalahkan dan jatuh dari kereta api, maka tamatlah ceritanya. Tapi filem melayu ini lebih hebat. Yg dah jatuh jambatan dan kena lenyek dek lori balak pun boleh hidup balik dan mendakwa hero di mahkamah.

Lalu kerana bimbang isu yg sedang ghairah di viralkan ini tak lain hanya sebuah episod yg sama dgn episod liwat dan mata lebam, maka saya mengambil langkah berhati2 untuk turut teruja sama. Saya tidak membuat sebarang ulasan kerana saya bimbang saya turut terlibat membuang masa rakyat yg sgt berharga.

2. Saya jadi tak bersemangat nak ulas berkaitan pendedahan tersebut kerana pihak yg sedang bersemangat nak dedahkan penyelewengan harta negara itu juga masih banyak kes penyelewengan yg belum selesai. Antaranya isu Marminco ( 1980 an) melibatkan kerugian 1.5 bilion. BMF 2.5 bilion. Perwaja Steel, 10 bilion. Pertukaran Mata Wang asing ( 1990 an) kerugian 30 bilion. MAS 9.4 bilion. PKFZ ( tahun 2000) terlebih kos 12.5 bilion.

Saya tidak mahu terlalu mengharapkan org yg pernah merompak harta negara itu menangkap perompak. Walaupun tidak salah mengharapkan siapa pun menangkap si perompak namun untuk terlalu teruja, terpaksa saya kawal. Lebih2 lagi jika diambil kira Pendedahan SPRM beberapa minggu sebelum PRU 14 yg mensenaraikan tokoh2 politik di Malaysia yg telah dibuka kertas siasatan kes rasuah masing2.

Atas sebab2 tersebut maka saya tidak buat apa2 ulasan mengenai pengeledahan dan rampasan harta yg dibuat ke atas DS Najib dan Keluarga. Pas ada agenda besar dan Pas tidak boleh masuk perangkap siapa pun.

UMS
Gombak Selangor.
25. Mei.2018

Sumber MR - 25-5-2018

Khamis, 24 Mei 2018


Perang Rafizi - Azmin Makin Kemuncak Selepas PRU-14


Sebelum ini Rafizi mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melantik tiga anggota kabinet kanan iaitu Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri tanpa berunding dengan PKR.


Anggota Parlimen Subang, Wong Chen dari PKR juga mempertahankan Rafizi yang dikritik hebat selepas itu.


Wong berkata Rafizi tidak mahu pentadbiran Mahathir bermula dengan langkah yang salah, justeru berani membuat teguran berkenaan.

Bagaimanapun, difahamkan Mahathir telah bertemu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan perkara itu di Pusat Rehabilitasi Cheras kelmarin, selepas mengumumkan tiga pelantikan menteri berkenaan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan partinya memboikot mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu bagi memutuskan mengenai kedudukan Kabinet.

Malah Mohamed Azmin menjelaskan, nama tiga menteri Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dimuktamadkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Penjelasan Mohamed Azmin ini juga sekali gus menepis dakwaan PKR menolak nama tiga menteri kanan yang telah diumumkan oleh Dr Mahathir pada Sabtu.

Rafizi Ramli berkata belum ada keputusan muktamad tentang jawatan tinggi Kabinet kerana parti mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim disertakan dalam perbincangan, jawapan yang menunjukkan pertentangan pendapat terbuka naib presiden PKR itu dengan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.

Rafizi di Twitter menyangkal kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang berkata kenyataan oleh Rafizi kelmarin adalah kenyataan peribadi.

“Kenyataan yang saya keluarkan itu kenyataan pendirian PKR, bukan kenyataan peribadi. Oleh kerana saya satu-satunya pimpinan kanan yang tidak akan menyertai kerajaan, lalu tiada percanggahan kepentingan, sebab itu ia dikeluarkan oleh saya.”

Itu cerita yang terpapar diakhbar.

Ingat selepas dapat negeri Selangor dan Kerajaan Pusat 2 orang ini mungkin berdamai dan membahagikan apa yang diperolehi, tapi rupanya peluang dapat negeri dan kerajaan pusat membuatkan mereka makin ghairah untuk mencantas satu kumpulan lagi biar "hilang" terus.

Semasa wawancara bersama Oriental Daily Anwar Ibrahim terdedah perbalahan 2 team ini kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Rafizi Ramli boleh bekerjasama demi masa depan Selangor dan Malaysia.

Sejarah hitam pertembuangan antara Azmin dengan Ezam Mohd Nor sepatutnya menjadi pengajaran yang mana Ezam terpaksa dikorbankan sehingga Ezam lari kepada UMNO.

Baru-baru ini, sebelum PRU-14 ada usaha untuk memasukkan semula Ezam ke dalam PKR tetapi sempat dicantas oleh Azmin.

“Tetapi kamu mesti benarkan mereka ini (Rafizi) membesar dan jangan bunuh mereka secara politik seperti dilakukan kerajaan lama (Selangor),” kata Anwar dalam wawancara tersebut.

Baru ini Rafizi mengajuk dengan membuat kenyataan menyindir di twitter "Saya hanya diperlukan semasa susah". Minda Rakyat telah menyiarkan isu ini di sini.

Adakah Rafizi akan masuk UMNO macam Ezam? Mustahil kerana UMNO tunggu masa untuk dikuburkan. Mungkin Rafizi akan bersama BERSATU bagi membantu projek BERSATU nak menawan Terengganu dan Kelantan.

PRU-15 lima tahun lagi.
Banyak perkara di luar dugaan akan berlaku dalam kerajaan Harapan ini.
Kita hanya perlu tunggu dan lihat.

Sumber MR - 24-5-2018

Khamis, 24 Mei 2018


PKR Perlu Keluar Dari Liberal International


1-  Kumpulan dan pembawakan fikrah Liberalisme telah pun difatwakan HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan (MJFMKBHEAIM) kali 74 pada 25-27 Julai 2006 dan diputuskan bahawa Liberal adalah sesat lagi menyeleweng. Begitu juga Fatwa Selangor dengan perkenan Sultan Selangor telah menjelaskan bahawa pemikiran dan kumpulan Liberalisme dan Pluralisme adalah sesat lagi menyeleweng dan dilarang daripada menyebarkannya. (31.7.2014).

2-  Gerakan Liberal ini jelas menyalahi perlembagaan tanah air Malaysia. Namun amat malang terdapat 2 parti tanah air Malaysia yang menjadi ahli yang menerima asas perjuangan Liberal International ini.

Pertama iaitu Parti Gerakan Rakyat Malaysia dari komponen Barisan Nasional yang pernah memerintah Pulau Pinang dan kini masih bersama BN.

Dan satu lagi adalah Parti Keadilan Rakyat PKR yang kini dalam parti komponen Pakatan Harapan yang memerintah Malaysia Baru.

3-  Memandangkan PKR yang kini boleh dikatakan memerintah Malaysia  secara berkumpulan dan mendominasi komponen Pakatan Harapan bahkan kebanyakan dari MP PKR adalah orang beragama Islam maka adalah wajar mereka menghormati fatwa rasmi dan perlembagaan sedia ada.
Perlembagaan Negara sedia ada bercanggah dengan prinsip utama Liberal International.

4-  Kumpulan yang berstatus Ahli Penuh yang paling kuat dalam gerakan Liberal International itu adalah Israeli Liberal Group yang berpusat di Tel Aviv Israel. Merekalah yang menguasai Liberal International. Iaitu ‘Pembunuh’ keatas umat Islam di Palestin.

5-  Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan ini meminta agar PKR isytihar keluar secara rasmi dari kumpulan Liberal International tersebut dan terus memerintah Malaysia dengan jayanya menghormati fatwa, rakyat dan perlembagaan. Atas apapun alasan penyertaan PKR dalam Liberal International sebelum ini adalah tidak wajar untuk terus bersama mereka lagi.

Satu sabda Baginda yang mulia menunjukkan besarnya nasihat ini (maksud): “Agama Itu Nasihat” HR Muslim.

Marilah sama-sama kita amalkan.

Ustaz Abu Syafiq

0192713781
www.facebook.com/AbuSyafiq1

Sumber MR - 24-5-2018

Isnin, 21 Mei 2018


Rafizi sindir siapa? Saya Hanya Diperlukan Masa Susah


Rafizi membayangkan rancangan baharu yang akan dilaksanakannya akan menyasarkan negeri kelahirannya, iaitu Terengganu.

Bekas ahli Parlimen Pandan itu juga buat masa ini tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan persekutuan.

“Sebagai ahli politik saya akan memberi tumpuan untuk Pakatan Harapan memenangi Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya tidak akan mengambil sebarang peranan dalam kerajaan buat masa ini,” kicaunya menerusi laman Twitter pada Ahad.

“Sekarang Pakatan Harapan sudah menjadi kerajaan dan ada ramai orang yang boleh dan mahu menjadi menteri,” jawabnya.

“Saya hanya berguna apabila keadaan menjadi sukar,” balas Rafizi.

MR : Agaknya siapa yang Rafizi perli ni? Satu lagi persoalaan mana yang dulu akan menjadi UMNO 2.0 antara PKR atau BERSATU?

Sumber MR - 21-5-2018

Ahad, 20 Mei 2018


Otai Reformasi pertikai pembahagian kerusi kabinet dikatakan tidak adil


BUTTERWORTH: Sebuah kumpulan reformasi yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) lebih adil kepada PKR dan DAP dalam pelantikan Kabinet baru.

Timbalan Ketua Otai Reformasi Pulau Pinang, S Sanjay berkata, pelantikan menteri persekutuan, senator dan exco di negeri ditadbir PH sepatutnya melambangkan kekuatan sesebuah parti komponen PH dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Sanjay yang juga ahli PKR berkata, kumpulan itu berharap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mempertimbang untuk memberi lebih banyak jawatan menteri penuh kepada PKR dan DAP.

Jumaat lepas, Dr Mahathir menamakan 13 ahli Parlimen sebagai menteri dalam Kabinetnya, dengan DAP mempunyai 4 menteri, dan masing-masing 3 untuk PPBM, PKR dan Amanah.

Sanjay berkata, Otai Reformasi Pulau Pinang mencadangkan 7 lagi jawatan menteri yang bakal ddiisi, diberikan kepada ahli Parlimen PKR dan DAP.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu melepaskan portfolio wanita dan pembangunan keluarga kepada pemimpin PKR lain supaya beliau boleh menjalankan tugas sebagai timbalan perdana menteri dan “ketua whip bagi menteri PKR”.

Beliau menggesa kerajaan persekutuan mencadangkan 44 senator yang dilantik kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dipecat, sementara anggota Dewan Negara seramai 70 orang diisi dengan 60 lantikan PH, 4 daripada PAS dan BN (6).

Sanjay juga mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mewujudkan 2 lagi jawatan exco untuk diisi adun PKR.

Otai Reformasi ditubuhkan pada 1998 sebagai kumpulan penyokong Ketua Umum PKR, Anwar semasa beliau ditangkap selepas dipecat daripada kerajaan BN ketika itu.

Sumber MR - 20-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018


Anwar tunjuk sikap rakusnya apabila menyerang Daim


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin  suatu ketika pernah dilihat berbalah pendapat dalam soal pengurusan ekonomi dan menjadi seteru antara sama lain.

Daim dilihat sebagai orang kanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala Anwar pernah disingkirkan perdana menteri itu sebagai timbalannya pada 1998.

Bagaimanapun, selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu, ramai pihak percaya kedua-dua tokoh itu perlu mengenepikan perbezaan antara mereka.

Ketua Institut Kesejahteraan Universiti Islam Malaysia, Prof Emiretus Datuk Sulaiman Yassin berkata, apa yang lebih penting pada masa ini adalah agenda untuk menyelamatkan negara.

"Saya kira bahawa selagi Anwar masih menganggap Tun M adalah rakan seperjuangan maka Tun Daim tidak akan memberi apa-apa masalah dan mereka boleh bekerjasama.

“Mereka sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar daripada hanya nak memikirkan ketidakserasian di antara mereka,” katanya.

Sabtu lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan lima individu termasuk Daim menyertai majlis penasihat yang akan berperanan menasihat kerajaan.

Selain Daim, turut dinamakan ialah bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden Petronas Tan Sri Hasan Merican, hartawan Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.

Sebelum ini ketika Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada Umno dan melancarkan Deklarasi Rakyat bersama HARAPAN, Anwar pernah memberi amaran agar berhati-hati dengan Daim.

Menerusi surat yang ditulisnya dari penjara kepada PKR, Anwar berkata "Dr Mahathir dan Daim merupakan merupakan perancang dan penyebab kapitalisme kroni bertambah parah,”.

Anwar yang baru dibebaskan selepas mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong kelmarin, kini mengambil pendekatan lebih berhati-hati apabila ditanya mengenai kritikannya di masa lalu terhadap Daim.

Kata Anwar, meskipun Daim menyertai gerakan menyelamatkan negara, orang ramai juga gelisah kerana beliau tidak menjelaskan beberapa masalah besar di masa lalu.

"Orang kata tak perlu ungkit kesilapan masa lalu, yang mana betul, tapi bagi saya kalau kita mahu bercakap tentang akauntabiliti yang demokratik, ia tidak seharusnya terhad pada (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak.

"Namun, saya tidak fikir ia harus sehingga menjadi dendam," kata Anwar.

Di pihak Daim pula, pengerusi Majlis Penasihat Putrajaya itu baru-baru ini mengingatkan adalah "tidak bijak" untuk tergesa-gesa melantik Anwar sebagai perdana menteri.

Beliau ketika ditemu bual oleh Straits Times Singapura berkata peralihan kuasa seharusnya berlaku ketika "pertengahan" penggal.

Kenyataan kedua-dua pihak itu sekali gus menguatkan spekulasi bahawa hubungannya mereka masih dingin antara satu sama lain.

Bagi penganalisis politik Prof Dr Azizuddin Mohd Sani pula, beliau berpendapat rasa antara kedua-dua tokoh itu akan terhakis apabila mereka duduk bersama dalam usaha menyelamatkan negara.

Beliau percaya meskipun masih wujud 'pemikiran lama', Anwar dan Daim memerlukan kerjasama rasmi yang lama kelamaan akan melenyapkan ketidakserasian antara mereka.

“Lama kelamaan akan ada kepercayaan antara satu sama lain. Saya rasa rasa curiga tu boleh dihapuskan,” katanya.

Dr Azizuddin turut menggesa HARAPAN berusaha keras mengotakan janji 100 hari yang telah dibuat kepada rakyat.

Menurut Penganalisis politik Prof Madya Lt Kol Ahmad Ghazali Abu Hassan pula, curiga mencurigai antara kedua-dua tokoh itu tidak sepatutnya berlaku pada masa ini.

Katanya, Dr Mahahir sendiri pernah menjadi musuh politik kepada Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, namun mereka kini boleh duduk bersama dalam usaha memulihkan negara.

“Dulu banyak pertelingkahan, kena lupakan itu untuk masa depan Malaysia.

"Saya rasa Anwar dan Daim walaupun ada rasa peribadi tapi mereka cukup matang untuk memahami kepentingan negara," katanya yang yakin hubungan kedua-dua tokoh itu kini menuju keserasian.

Sumber MR - 19-5-2018

Jumaat, 18 Mei 2018


Pembahagian barisan exco Pulau Pinang tak adil, kata Adun PKR


GEORGE TOWN: Seorang Adun PKR hari ini mendakwa barisan exco berat sebelah kepada DAP, walaupun kemenangan di 37 daripada 40 kerusi DUN pada pilihan raya baru-baru ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) secara bersama.

Adun Penanti Norlela Ariffin berkata barisan exco PH di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor nampak lebih adil berbanding Pulau Pinang.




Beliau berkata bilangan kerusi yang dimenangi PKR, Amanah dan PPBM dijumlahkan menjadi 18 kerusi, hampir menyamai 19 kerusi yang dimenangi DAP.

Beliau berkata pada pilihan raya lepas mereka yang mengundi Pakatan Harapan di kawasan bandar kebanyakannya pengundi Cina, tetapi kali ini pengundi Melayu juga mengundi PH.

“Barisan exco mesti seimbang dan mencerminkan perkongsian kuasa di portfolio penting. Pengundi Melayu memberi kepercayaan kepada kita apabila mereka menyertai PKR, Amanah dan PPBM,” kata Norlela.

Brisan exco sekarang tidak termasuk ketua menteri ialah 7 dari DAP dan 3 dari PKR. Pecahan wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri ialah 19 dari DAP, 14 dari PKR, 2 dari Amanah, 2 dari Barisan Nasional dan 1 dari PAS.

“Saya harap Majlis Presiden PH boleh berbincang sama ada barisan exco mesti adil dan mencerminkan kedudukan di Dewan Undangan Negeri,” kata Norlela.

“Porfolio utama iaitu perumahan, kerajaan tempatan, kerja raya, utiliti, sukan dan sebagainya sama seperti barisan exco penggal lepas.


“Walaupun jawatan timbalan ketua menteri 1 diberi kepada Ahmad Zakiyuddin Ahmad Rahman yang dihormati sebagai seorang jurutera kawalan banjir, dia tidak diberi portfolio prasarana yang penting itu di mana dia oleh menyumbang kepakarannya.

Zakiyuddin yang mewakili DUN Pinang Tunggal diberi portfolio hal ehwal Islam, pembangunan industri dan hubungan antara kaum.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata barisan exco sekarang mengikuti nisbah 7:3 DAP kepada PKR seperti penggal lepas.

Nisbah itu dianggap “formula kemenangan” bagi memastikan janji pilihan raya dipenuhi.

Pada pilihan raya 2013, Pakatan Rakyat yang terbubar menang 30 kerusi DUN. DAP menang 19 kerusi, PKR 10 dan PAS 1. BN ketika itu memegang 10 kerusi.

Sumber MR - 18-5-2018

Jumaat, 18 Mei 2018


Pemuda PKR berkata Dr Mahathir mungkiri janji PH tentang 2 jawatan


PETALING JAYA: Pemuda PKR Pahang mengkritik keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memimpin Kementerian Pertahanan, mengatakan keputusan itu bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang berjanji perdana menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain.

“Sebarang tindakan bertentangan dengan manifesto bukan sahaja akan mengecewakan para penyokong PH, malah aa mengecewakan anak-anak muda yang menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baru PH,” kata Ketua Pemuda PKR Pahang, Wong Chun Yuan.

“Saya mendesak Dr Mahathir supaya memegang kepada manifesto PH dan menarik balik keputusan itu,” katanya.

Sementara itu di media sosial beberapa pengguna menyuarakan kekhuatiran mereka.

“Perlukah kita bimbang dengan perkembangan ini?” kata seorang pengguna bernama Giovanni.

Dr Mahathir hari ini mengumumkan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan Kementerian Wanita dan Kebajikan.

Perdana menteri sebelum ini menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.

Sumber MR - 18-5-2018

Jumaat, 18 Mei 2018


Berpada-padalah Anwar, jangan lajak sangat


Hai… nama aku Zulhazmi… aku berumur 42 tahun.. aku dilahirkan di Kampung Kota Bukit , Kedah dalam keluarga yang menentang Umno. Kami sekeluarga penyokong Pas melawan Umno.

Semakin remaja di alam sekolah menengah, aku masih menyokong PAS dengan seluruh keluarga aku. Di mana ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, aku dengan abang-abang akan ikut ayah turun menyumbang tenaga untuk menumbangkan Umno yang bagi kami zalim. Tahun 1990 paling seronok kerana muncul gabungan Angkatan Perpaduan Ummah antara Pas dengan Semangat 46 hingga berjaya menjatuhkan Umno di Kelantan.

Meningkat dewasa di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1993 – 1999 aku tak aktif politik dalam kampus sebab bagi aku politik kampus ni poyo saja. Ramai kawan-kawan aku di sekolah dan di kampung aktif dalam politik kampus sehingga menjadi antara pimpinan tinggi persatuan mahasiswa dalam kampus. Aku tak terlibat dalam politik kampus tapi bila balik dari kampus ke kempung, aku adalah penyokong Pas.

Tahun 1997 – 1998, berlaku pergolakan politik dalam Umno hingga Anwar dipecat dan dibicarakan. Waktu tu aku antara orang yg paling seronok memadanmukakan Anwar!!! Padan muka hang kata aku waktu tu. Masa hang jadik TPM, hang belagak bukan main, apa hang tak kata kat kami orang-orang Pas ni.

Anwar buat reformasi dalam Umno/BN..?? Ehhhhh ya ka? Bersepah skandal Anwar masa dia Ketua Pemuda sehingga di TPM.

Tapi bila Anwar dihina, dilayan bagai manusia tak ada nilai, aku yang ketika itu adalah pelajar di fakulti undang-undang, aku tau menilai mana yang zalim mana yang adil. Bagi aku, sejahat mana manusia selagak Firaun pun, dia tetap maanusia dan tidak layak dilayan seperti itu.

Aku menyokong Pas dan GERAK yang digerakkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil. Aku lupakan saja sejarah Anwar semasa dia dalam Umno walau pun masih terngiang-ngiang di kepala hinaan dan cercaan dia pada Pas dan ahli-ahli Pas termasuk aku.

Anwar dilayan begitu teruk oleh Umno yang diketuai Tun Dr. Mahathir ketika itu.. semuanya fakta sejarah yang semua orang tau.

Kemudian Anwar kembali gagah mengetuai pakatan pembangkang dengan nama Pakatan Rakyat. Terus melawan Umno/BN.

Pernah juga Anwar cuba deal dengan Najib untuk Konsensus Nasional pada PRU13 disaksikan Pak Jusuf Kalla dengan ditawarkan tempat dalam kabinet tapi gagal kerana DAP dan Pas tak setuju.

Aku kemudian keluar Pas dan sertai DAP. Aku keluar PAS kerana Pas tidak lagi lawan Umno sebaliknya barua Umno. Aku sertai DAP sebab DAP istiqomah lawan Umno dan nak menjadikan Malaysia milik semua.

* Aku sebenarnya terpengaruh dengan fitnah PAS nak UG dengan UMNO semenjak 2008 lagi bila wujud pergolakan perebutan dalam PAS dimana puak/geng IRC cuba menguasai PAS melawan kumpulan ulama. Aku juga terbabit sebar maklumat fitnah ini kerana percaya ada UG PAS-UMNO. Tapi sehingga hari ini aku sendiri tak boleh bukti wujud UG UMNO-PAS. Dan sekarang UMNO hampir pupus adakah UMNO-PAS memang berUG? Aku terbodoh dengan mainan politik ini. Tapi nak buat macam mana dah terlambat.

Dipendekkan tulisan…

Sekarang Pakatan Harapan berjaya jatuhkan Umno/BN. Anwar bebas setelah pengampunan diRaja.

Keluar Anwar mendakwa inilah perjuangan rakyat selama 20 tahun bermula 1998 bila dia dipecat. Ehhhhh? Perjuangan rakyat?

Aku cuma nak kata “KEPALA BAPAK HANG”

Hang seorang saja ka rakyat Malaysia?? Selama kami lawan Umno sedari hang dalam Umno tak kira kami ni rakyat?

Hang saja hero dalam Malaysia ni? Semuanya hang???

Berpada-pada la Datuk Seri Anwar.

Jangan diulang kesilapan lalu.

Sejarah lama jadikan pedoman dan teladan.

Jangan lajak sangat.

Yang nak masuk mai komen (dalam FB) sat lagi tu, pikiaq dalam-dalam… hangpa lawan Umno sebab Umno jahat atau sebab Anwar atau sebab Tun…. guna aqal bukan otak…

Hormat orang lain sama sebab Malaysia ini hak aku, hak warganegara Malaysia!

Aku

Zulhazmi Shariff
17052018
Bandar Tasik Selatan.


* Editor tambah

Sumber MR - 18-5-2018

Isnin, 14 Mei 2018


Rafizi Kena Gam, Siapa lagi Nak Bersuara?


PUTRAJAYA: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai pelantikan menteri Kanan pada Sabtu lalu adalah kenyataan terakhir Rafizi.

Beliau berkata, kepimpinan PKR diterajui Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah bersedia meneruskan tugas yang diberikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Selepas kenyataan daripada Rafizi, kami berpendapat itu adalah kenyataan pertama dan terakhir daripada beliau.

"Kita sudah sedia untuk teruskan tugas yang sudah diberikan. Tidak timbul sama ada kami setuju atau tidak mengenai kenyataan beliau (Rafizi)," katanya kepada media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Rafizi mendakwa pelantikan pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai menteri kanan yang dibuat Dr Mahathir tanpa perbincangan dan rundingan dengan PKR.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat tanpa penyertaan PKR dan ia sepatutnya tidak boleh berlaku apabila pelantikan itu harus dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti komponen PH.

Sebelum itu, beliau dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu belum muktamad kerana perbincangan masih berjalan.

Pada sidang media Sabtu lalu, Dr Mahathir mengumumkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, sebagai Menteri Pertahanan dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Menteri Dalam Negeri.

- BH Online

Sumber MR - 14-5-2018

Sabtu, 12 Mei 2018


Berhenti mengarut, kecam Ambiga pada PKR


Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik PKR selepas naib presidennya Rafizi Ramli berkata Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman pelantikan tiga menteri tanpa berunding dengan parti itu.

Mengulas artikel Malaysiakini berhubung isu itu di Twitter, bekas pengerusi Bersih itu berkata: "PKR tolong hentikan karut-marut ini."

Dalam ulasannya pada artikel FMT untuk isu yang sama, beliau berkata: "Saya sokong sepenuhnya pelantikan oleh perdana menteri. Tolong dahulukan negara berbanding hal lain. Rakyat sendiri berbuat demikian!"

Dalam sidang media petang tadi, Mahathir mengumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan menteri kabinet dibuat Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat daripada perdana menteri.

Rafizi bagaimanapun mendakwa Mahathir tidak berunding dengan PKR berhubung perkara itu, bertentangan dengan Pakatan Harapan yang mengutamakan konsensus.

Beliau juga berkata pelantikan itu belum muktamad kerana perbincangan masih berlangsung.

Sumber MR - 12-5-2018

Jumaat, 11 Mei 2018


Anwar ceria saksi Mahathir jadi perdana menteri semula


Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak ketinggalan menyaksikan majlis bersejarah istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi.

Dalam rakaman video pendek itu Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan berada dalam keadaan tersenyum lebar sambil menonton siaran langsung majlis berkenaan yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Dr Mahathir membaca sumpah jawatan itu di depan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Turut menyertai Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras itu ialah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali, naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin.

Bekas timbalan perdana menteri berkenaan kini mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu ekoran pembedahan yang dilaluinya baru-baru ini.

"Kamu perlu belajar semua benda ni untuk menjadi (perdana) menteri," katanya kepada seseorang yang tidak kelihatan dalam video berkenaan.

Anwar, 70, kemudian cuba menjelaskan apa yang berlaku di istiadat yang menarik perhatian ramai berkenaan. Ia berlangsung kira-kira jam 9.50 malam.

Bebas tak lama lagi


"Alhamdulillah, kemenangan rakyat membolehkan ini berlaku. Azmin dan saya sempat bertemu Anwar di Cheras sebentar tadi.

"Kami berdoa semua proses berjalan lancar," tulisnya mengiringi tiga keping gambar menunjukkan ketiga-tiga mereka tersenyum.

Pada Facebooknya Dr Afif yang juga anggota dewan undangan negeri Seberang Jaya turut memuat naik satu klip video sepanjang kira-kira dua minit.

Mengiringi hantaran itu ialah keterangan ringkas: "Menonton angkat sumpah perdana menteri dari satu lokasi rahsia...."

Anwar sedang menjalani hukumen penjara atas kesalahan liwat yang ditegaskannya sebagai tuduhan bermotif politik.

Beliau dijadual bebas pada 8 Jun ini.

Mengikut persetujuan bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) kerajaan akan mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar bagi membuka jalan untuknya dilantik sebagai perdana menteri.

Untuk sementara jawatan perdana menteri kini disandang Dr Mahathir, manakala timbalan perdana menteri sepatutnya isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Mahathir dijangka akan mengumumkan barisan kabinetnya dalam tempoh terdekat merangkumi pemimpin dari PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU.

Sumber MR - 11-5-2018

Ahli PKR Desak Wan Azizah Dedah ‘Perjanjian Sulit’ DAP
Posted on Monday, May 07 @ 15:56:14 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39598



SUNGAI PETANI - Sekitar 3,000 ahli PKR dari kawasan Jerai, Pendang dan Merbok mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan apa yang didakwa mereka ‘perjanjian sulit' dengan pemimpin DAP.

Bekas pemangku Ketua Cabang Jerai, Shahidan Zakaria yang mewakili ahli PKR terlibat pada sidang media khas itu berkata tindakan Wan Azizah itu telah mengorbankan kepentingan parti demi menurut telunjuk sekutunya.

“Kita meminta Datuk Seri Dr. Wan Azizah memperjelaskan tentang perjanjian sulit itu dan dipersetujui dengan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan DAP.

“Kedua, apakah benar Kit Siang membuat semua keputusan dalam Pakatan dan Wan Azizah hanya ‘pak turut’.

“Jika benar, maka parti PKR boleh diibarat seperti tubuh badan manakala kepalanya adalah DAP,” kata Shahidan.

Beliau mendakwa banyak keputusan yang dibuat oleh Dr Wan Azizah telah menimbulkan pelbagai keraguan dalam kalangan ahli.

Shahidan berkata antara keputusan kepimpinan PKR yang menimbulkan tanda tanya dan bantahan dalam kalangan ahli akar umbi PKR di Kedah adalah membenarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Tindakan membenarkan Tun Dr. Mahathir dan Mukhriz guna watikah dan logo PKR merupakan satu pengkhianatan kepada reformasi PKR 1998,” kata Shahidan.

Kepimpinan pakatan pembangkang membabitkan DAP, PKR, PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN) bersetuju menggunakan simbol PKR ketika bertanding pada PRU14.

Wan Azizah, katanya, juga telah membelakangkan kepimpinan negeri dan cabang dengan meletakkan calon luar di beberapa kerusi yang sepatutnya diwakili calon tempatan.

Shahidan mendakwa Wan Azizah telah mengetepikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dalam perbincangan dengan kepimpinan DAP.

Shahidan turut mempertikaikan kaedah pemilihan calon PKR di Kedah yang membelakangkan pandangan kepimpinan PKR negeri dan di peringkat cabang.

“Wan Azizah hanya menurut kehendak Datuk Johari Abdul sebagai penasihat kepimpinan PKR dalam soal pemilihan calon di Kedah tanpa berunding terlebih dahulu dengan pemimpin negeri dan juga Ketua Cabang.”

Shahidan mendakwa ekoran daripada itu beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) parti itu telah ditutup sebagai membantah keputusan Dr. Wan Azizah. – Astro Awani

Sumber TKO -7-5-2018

Anak Lelaki Anwar, Ihsan Enggan Sertai PKR
Posted on Sunday, May 06 @ 16:12:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39581


Kuala Lumpur – Anak lelaki Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menolak perlawaan untuk menyertai parti yang diasaskan oleh bapanya.
Mohd Ihsan Anwar, 30 dikatakan hanya berminat menjadi seorang aktivis dan sama sekali tidak akan menyertai sebarang parti politik.

Keputusan Ihsan itu dinyatakan oleh kakaknya, Nurul Izzah semasa berucap di hadapan Penjara Sungai Buloh sebagai tanda sokongan terhadap bapanya Sabtu lalu.

“Baru-baru ini, Ihsan telah diminta oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin untuk menyertai PKR tetapi dia menjawab tidak.

“Namun beliau berikrar untuk terus menjadi seorang aktivis buat selama-lamanya,” jelas Nurul Izzah.
Pengumuman itu kemudiannya meninggalkan pelbagai persoalan mengenai punca sebenar di sebalik keengganan Ihsan untuk aktif di dalam PKR.

Ihsan yang bekerja sebagai pensyarah di New York, Amerika Syarikat sejak dahulu dilihat lebih banyak berdiam diri dan enggan mengulas isu liwat yang melibatkan Anwar.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan atas kesalahan meliwat pembantu peribadi sendiri.

Sementara itu tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata pengguna media sosial memuji keputusan Ihsan yang itu yang disifatkan sebagai tindakan bijak.

Rata-rata mendakwa sekiranya Ihsan memilih untuk menceburi arena politik PKR, ia hanya akan menguatkan lagi pandangan masyarakat berhubung isu nepotisme yang dikaitkan dengan parti itu.
‘Imej ‘bersih’ Ihsan selama ini juga akan turut tercemar dengan ‘sepak-teranjang’ politik yang penuh dengan pendedahan yang kadang kala bersifat peribadi dan mengaibkan” ujar salah seorang penyokongnya di laman Facebook.

Menurut Ayumi Nadyia, politik dalaman PKR tidak lagi bersih seperti awal penubuhannya kerana masing-masing sudah mula berebut jawatan dan saling ‘londeh-melondeh’ sehingga menyebabkan masyarakat merasa jijik dan bosan.

“Semasa awal penubuhan PKR, ramai yang berminat dan menyatakan sokongan namun sejak kebelakangan ini rakyat sudah mula merasa jijik dan bosan.

“Lihat apa jadi dalam mesyuarat pemilihan parti, mereka saling bergaduh dan ada yang bertindak keterlaluan dengan memukul rakan-rakan di dalam parti paling mengecewakan apabila isu-isu moral dan peribadi turut didedahkan kepada umum hanya kerana ingin membunuh musuh politik” ujarnya lagi.

Menurut Ayumi pelbagai skandal turut didedahkan antaranya kes yang melibatkan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Nurul Izzah.

Sumber TKO - 6-5-2018

Bukti korupsi calon PKR N54 Tanjong Sepat
Posted on Sunday, May 06 @ 16:19:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39582



gambar / imej ialah bukti calon PKR N54 tanjong sepat yg korup Dan Salah guna kuasa.

Beliau dilantik Oleh kerajaan negeri selaku penyelaras dun dengkil . Ketika menjadi Penyelaras DUN Dengkil dia telah menyalurkan projek Dan semua peruntukan membeli/membekalkan barang kepada syarikat milik dia dan milik anak dia.

Bukti resit dan daftar syarikat jelas membuktikan selaku penyelaras dun beliau luluskan sendiri peruntukan Dan pembayaran kepada syarikat dia Dan anaknya.

Ini Salah guna kuasa sgt jelas. Dia juga Setiausaha PKR negeri Dan Pengarah Pilihanraya PKR negeri.

Baru jadi Penyelaras dun duit sedikit dia korup bayangkan kalau dia jadi exco kerajaan negeri lebih jahanam rompakan.

Tolak pakatan rasuah, pilih calon bermaruah.

http://kartelAzmin.blogspot.com






























maaf dokumen tidak tersusun kerana kekangan masa untuk menyusun dokumen, namun jika diteliti jelas dokumen membuktikan syarikat milik Borhan dan milik anaknya mendapat 'projek' yang diluluskan oleh Borhan sendiri. 

Sumber TKO -6-5-2018

Lagi Cerita PRK Nak Hancur: 250 Anggota PKR Parlimen Tuaran Keluar Parti
Posted on Thursday, May 03 @ 06:37:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39518



TUARAN - Sebanyak 250 anggota PKR di kawasan Parlimen Tuaran termasuk 10 Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli keluar parti seterusnya menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan PKR.

Kumpulan tersebut yang diketuai Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Parlimen Tuaran, Rajimit Gunong mengumumkan keluar parti dalam sidang media di Pejabat PKR Tuaran, dekat sini, hari ini.
Rajimit berkata tindakan mereka meninggalkan PKR juga adalah disebabkan kepimpinan parti tidak mengambil peduli serta tidak menghargai usaha mereka terhadap parti itu di Tuaran.

Sementara itu, Ketua Wanita Penyelaras PKR, Sulaman Halimah Puloh berkata, sebanyak 50 anggota PKR telah keluar parti itu sebelum hari penamaan calon pada 28 April lepas dan akan ada lagi anggota menyusul keluar daripada PKR untuk menyertai BN.

“Kami juga amat berbesar hati kepada Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Noor dan Ketua PBS Bahagian Tamparuli, Datuk Jahid Jahim kerana menerima kemasukan kami ke dalam BN,” katanya.


Halimah berkata tindakan mereka itu juga kerana tidak bersetuju dengan pilihan pucuk pimpinan PKR meletakkan Chrisnadia Sinam bertanding di kawasan Parlimen Tuaran kerana beliau tidak pernah bekerja dan menyumbang kepada parti di Tuaran. — BERNAMA

Sumber TKO - 3-5-2018

Izzah Akui PKR Mungkin Tewas di Permatang Pauh
Posted on Wednesday, May 02 @ 11:56:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39511



PERMATANG PAUH - PKR secara terbuka mengakui mungkin tumbang di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Memetik laporan Utusan Malaysia, Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, ia berikutan tentangan sengit yang diterima oleh Barisan Nasional (BN) dan Pas untuk mempertahankan kawasan itu yang mempunyai lebih 80,000 pengundi berdaftar.


Turut dilaporkan, beliau berkata faktor kekuatan BN dan Pas adalah kerana kedua-dua parti berkenaan mempunyai sejarah yang panjang di situ.

"Saya sangat bimbang jika peratusan keluar mengundi rendah, sebab itu saya kata kita tidak boleh ambil mudah.

"Mereka mempunyai jentera pilihan raya yang sangat kuat di sini, sebab itu kami terpaksa bekerja kuat sejak dua tahun lepas," katanya dalam sidang akhbar hari ini seperti dilaporkan media berkenaan.

Untuk rekod, kemenangan PKR di kerusi berkenaan sejak Pilihan Raya Umum 1999 sebelum ini dikaitkan dengan ‘ bantuan' undi penyokong Pas namun sejak 2015, kedua -dua parti itu memutuskan kerjasama politik selepas Pas mendakwa dikhianti PKR dan DAP.

Sumber TKO - 2-5-2018


PKR dilanda masalah, ketua AMK negeri keluar parti
Posted on Wednesday, May 02 @ 11:50:09 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39509



Hanya berbaki satu minggu lagi untuk berkempen sebelum hari mengundi pada 9 Mei ini, namun masalah sekali lagi melanda PKR, dengan Ketua Pemuda (AMK) Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak bertindak keluar parti, semalam.

Timbalan Ketua AMK Pusat, Dr Afif Bahardin mendakwa tindakan itu disebabkan PKR memberi laluan kepada BERSATU di beberapa kerusi seperti di Bertam, di mana Asrol Sani adalah penyelaras.

"Kepimpinan memutuskan berdasarkan apa yang terbaik untuk parti, dan bukan kepentingan individu," kata Afif, yang juga adalah calon PKR untuk kerusi DUN Seberang Jaya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada masa sama, Afif (foto, bawah) berkata, tindakan berkenaan tidak akan menjejaskan PKR di Bertam.

“Biasalah orang tengah marah akan cakap macam- macam, dia ada masalah di sana (Bertam) dan kecewa sebab tidak dapat jadi calon sebab kita putuskan wakil BERSATU lebih layak bertanding di situ, “ katanya.

Petang semalam, Asrol Sani yang turut berada dalam Majlis Pimpinan PKR negeri bersama lebih 70 anggota parti itu mengumumkan keluar PKR serta-merta selepas kecewa dengan kelemahan pentadbiran parti itu di peringkat negeri yang diketuai Datuk Mansor Othman.

Pada masa sama, Dr Afif seolah-olah mempersoalkan kesahihan ahli-hli PKR yang mengumumkan keluar parti bersama Asrol Sani.

“Sebahagiannya saya tidak pernah tengok muka. Beliau tidak boleh komited kepada agenda parti sehingga ambil keputusan berkenaan,” katanya.


Dr Afif berkata, keputusan pengganti Asrol Sani akan diumumkan selepas PRU-14.

Ssumber TKO - 2-5-2018

Ketua AMK P.Pinang, Lebih 100 Ahli PKR Keluar Parti
Posted on Tuesday, May 01 @ 22:26:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39498



PANAS... PKR Pulau Pinang menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negerinya, Asrol Sani Abdul Razak keluar parti.

Beliau malahan bersama-sama dengan lebih 100 ahli parti pembangkang itu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta selepas mereka kecewa dengan kepimpinan PKR negeri diterajui Datuk Dr. Mansor Othman.

Tindakan tersebut juga sebagai bantahan atas pelbagai kelemahan kepimpinan parti tersebut selama ini dalam membela kepentingan parti dan kebajikan ahlinya di seluruh negeri wilayah Utara Semenanjung berkenaan.

“Ahli yang mengambil keputusan ini terdiri daripada kawasan Parlimen Bagan, Bukit Mertajam, Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Permatang Pauh sendiri,” kata Asrol Sani dalam sidang akhbar khas di Butterworth pada hari ini.

Jelasnya, antara yang bertindak keluar parti hari ini ialah Timbalan Ketua Skuad Keselamatan PKR negeri, Mohd. Edy Jab; Exco AMK negeri, Mohd. Alif Fitri Kamarul Zaman dan Pengarah Program PKR Bertam, Saumi Husin.

Menurut Asrol Sani lagi yang dipetik media tempatan, pihak PKR Pulau Pinang juga gagal dalam usaha membawa suara dan tuntutan daripada ahli parti berkenaan kepada kerajaan negeri pimpinan DAP.

Bahkan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pula dilihat berjaya dalam menguasai segala keputusan penting dan dasar diambil pihak kepimpinan PKR Negeri selama ini.

Ujarnya lagi, Mansor selaku Pengerusi PKR Negeri, turut gagal dalam membela permintaan ahli dan pemimpin akar umbi apabila melepaskan kerusi DUN Bertam kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula.

Jelas beliau, Mansor mengambil keputusan tersebut atas sebab peribadi kerana tidak mahu Asrol Sani selaku penyelaras kerusi ADUN diberi kerusi berkenaan untuk bertanding sebagai calon PKR pada PRU ke-14.

Menurut Asrol Sani lagi, dikatakan lebih ramai ahli parti tersebut khususnya golongan muda di seluruh negeri akan menyusul keluar dari parti berkenaan dalam masa terdekat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 1-5-2018

Terbongkar Hati Perut busuk HARAPAN: PKR K'tan ajak ahli rosak undi di Kuala Balah dan Tawang
Posted on Tuesday, May 01 @ 14:06:47 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39491



PKR Kelantan mengarahkan ahlinya supaya membuang undi rosak atau berkecuali di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kuala Balah dan Tawang pada 9 Mei ini.

Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, ia susulan penolakan pencalonan Dr Mohd Hafidz Rizal Amran sebelum ini dan langkah bagi mengelak ahlinya memberi undi kepada pihak lawan.

"Kita masih ada wakil di peringkat parlimen Jeli dan parlimen Bachok. Jadi kita arahkan penyokong kita menyokong calon kita di kerusi parlimen.

"Bagi kerusi DUN (kita tidak bertanding) kita kena berkecuali, undi rosak terpaksa buat begitu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Sabtu lalu SPR menolak pencalonan Mohd Hafidz  bagi kerusi Kuala Balah kerana didapati muflis.
Sementara itu, calon HARAPAN bagi DUN Tawang Mohd Azihan Che Seman hilang kelayakan dengan alasan bahawa alamat di kad pengenalannya tidak tertera di Kelantan.

Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini akan menyaksikan PKR Kelantan bertanding di dua kerusi parlimen dan tujuh DUN.

Sumber TKO - 1-5-2018

40 orang ahli PKR Kuala Klawang, Ladang Jelebu keluar parti
Posted on Sunday, April 29 @ 19:01:45 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39456



KUALA KLAWANG: Sekumpulan 40 orang ahli PKR ranting Kuala Klawang dan Ladang Jelebu di Jelebu, Negeri Sembilan mengisytiharkan keluar parti dan menyokong Barisan Nasional kerana sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin PKR tempatan.

“Pemimpin daerah sini dia fikir hal dia, ahli-ahli tak pandang. Apabila dah tak dapat kerusi sahaja, pengerusi sudah lari, sekarang ahli-ahli sudah terkapai-kapai,” kata jurucakap kumpulan itu, Abdul Rahman Sulaiman, 56 pada sidang media bersama calon BN bagi DUN Klawang, Datuk Baharudin Jali hari ini.

Abdul Rahman merasakan perjuangan 3 tahun bersama parti reformasi sebagai sia-sia dan membuang masa. Beliau bagaimanapun tidak memberitahu ke mana perginya bekas pengerusi mereka.

Sementara itu, Baharudin berkata ahli seperti Abdul Rahman menjadi mangsa perebutan kerusi antara pemimpin parti pembangkang.

“Jelas di situ mereka hanya gila nak menjadi calon, bukannya nak membela rakyat,” katanya.

Sumber TKO - 29-4-2018


Saya seorang reformis
Posted on Sunday, April 29 @ 13:21:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39450



Oleh Ghazali Mat Dom

“Saya tidak akan meninggalkan perjuangan ini, saya seorang reformis,” kata Tian Chua menjawab soalan sama ada dia akan meninggalkan PKR, sekiranya tidak dipilih menjadi calon pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ini mengertikan satu ketetapan, ia bukan soal politik kepartian, ia bukan soal kuasa, ia bukan soal jawatan, tetapi ini soal perjuangan rakyat.

Kita perlu sedar dalam mengertikan soal perjuangan, apa sahaja boleh dikategorikan sebagai perjuangan. Perjuangan mempertahankan kuasa, perjuangan mendapatkan kuasa, perjuangan untuk mencabar kuasa serta yang boleh diklasifikasikan perjuangan bermatlamat untuk diri sendiri.

Perjuangan ini memerlukan pengorbanan, sekiranya hanya menyebut perjuangan tetapi masih dalam keselesaan, ia tidak akan membawa makna perjuangan dalam erti kata sebenar.

Teringat pada satu malam, kami dijemput sebagai mereka yang terbabit dalam gerakan Reformasi 1998 – perjumpaan beberapa orang yang dikatakan “core” atau “teras” dalam gerakan Reformasi di belakang Stadium Negara, anggaran jam 11 malam.

Tian Chua menyampaikan nasihatnya “this is not just a race – this is a marathon” dan waktu itu, Tian Chua bersama seorang rakan reformis – Malek Hussein.

Turut diperkatakan ketika itu, perjuangan ini pasti akan mengorbankan ramai antara kita dan itulah yang perlu digalas kita, rakyat Malaysia yang prihatin terhadap apa yang ada hari ini.

Reformasi tercetus dan perjuangan ini untuk menuntut keadilan, menentang kezaliman dan menyuarakan suara rakyat. Satu perjuangan yang melenyapkan kepentingan diri, menolak ketakutan dalam menyuarakan hak rakyat.

Reformasi satu laungan keramat yang mencantumkan satu matlamat, untuk menjadikan suara rakyat suara keramat.

Gerakan Reformasi – tersebar meluas, suara-suara rakyat diluahkan dan penentangan terhadap rejim pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebar luas, menolak penyalahgunaan kuasa dan penindasan terhadap rakyat.

Ini adalah perjuangan antara rakyat, tidak mempunyai status dalam parti politik, tidak ada pendaftaran dalam NGO, rakyat marhaen yang nampak kepincangan dan hanya mahu menuntut keadilan.

Ini adalah perjuangan, mengorbankan kehidupan normal seharian untuk memperjuangkan sesuatu yang besar demi rakyat.

Di sebelah sana juga, mereka mengklasifikasikan apa yang mereka lakukan sebagai perjuangan. Menggunakan polis dan kuasa untuk mempertahankan apa yang mereka ada. Arahan menekan dan menangkap dibuat dari sudut meja – serangan menggunakan kuasa yang sepatutnya dimiliki rakyat.
Segala jentera dan aset kerajaan milik rakyat – “it is used against rakyat”, itu klasifikasi perjuangan mereka – Dr Mahathir dan kerajaan memerintah Umno/BN dalam mempertahankan kuasa mereka.
Semua sekatan dilakukan – penangkapan dibuat merata-rata, sewaktu dilancarkan Black 14 – kegelapan dalam badan kehakiman – penangkapan dibuat di stesen kereta api, kedai dan restoran, stesen LRT – mana sahaja terhadap mereka yang sedang menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk menyertai perhimpunan rakyat.

Bukan satu nostalgia
Ini bukan satu nostalgia, malah amat jauh daripada mengenangkan apa yang pernah terjadi. Ini adalah pengajaran yang memberi kesedaran, membentuk rakyat marhaen terbuka dan tidak terkatup dalam tempurung bersyukur, walau dihimpit rompakan harta dan khazanah rakyat.

Semestinya, ada antara kita yang berkepentingan – yang telah mengaut hasil daripada perjuangan rakyat akan meminta kita melupakan – “apa perlu dikenang kisah lalu, kelak merana diri sendiri”.
Tidak! Ini bukan mengenang kisah lalu. Sekiranya tidak dikenang, dianalisa semula, disusun menjadi pedoman dan kesedaran, ini semua akan lenyap dan kita akan berpusing kembali – tidak akan maju ke hadapan.

Apa yang berlaku sewaktu perjuangan Reformasi terkeluar daripada kerangka politik semata-mata, kerangka ketakutan dan yang pasti, berani mengorbankan diri untuk satu perjuangan besar.

Tidak ada diskusi sewaktu itu untuk bertanding ketua bahagian dan jawatan politik. Tidak ada ketika itu memikirkan kemenangan untuk mencari jawatan politik dan akhirnya menjadi penyangak politik yang rakus di kalangan kami, reformis.

Sekiranya tergolong dalam kesatuan OKT atau Orang Kena Tahan, ia seakan satu pendaftaran perjuangan. Beribu antara kita ditahan, dicederakan, dipukul polis yang menunai dan menyempurnakan tugas mereka yang menyalahgunakan kuasa.

Apa yang ada di kalangan reformis ialah semuanya berhasrat membebaskan rakyat, menuntut keadilan untuk rakyat dan menyerang korupsi, nepotisme dan kronisme.

Ranjau perjuangan dan sekatan politik
Bagi mereka yang bergelar reformis – usaha menjatuhkan kerajaan korup kepimpinan “Mahazalim” nama yang diberikan kepada Dr Mahathir dan parti memerintah kerajaan yang menjadi kenderaannya, Umno/BN adalah matlamat.

Tidak ada reformis yang ketika itu berfikir untuk bertanding jawatan – merebut jawatan. Namun, reformis tetap optimis untuk berjuang sungguhpun kehendak demokrasi menuntut kenderaan bagi “menyeluruh” makna perjuangan.

Di situ timbul wadah bagi memastikan perjuangan itu dapat disempurnakan dan diertikan. Wadah yang dibentuk adalah Parti Keadilan Nasional. Di situ jugalah dapat kita kenal pasti selepas itu, makna perjuangan berhasrat politik – bercita-cita politik, namun episod politik yang ada pada waktu itu adalah dalam penegasan reformasi.

Matlamat utama masih tercantum – menolak dan mendesak Dr Mahathir meletak jawatan, membebaskan negara daripada kepincangan salah guna kuasa dan rasuah.

Sungguhpun ketika itu sudah timbul gegaran politik dalaman, tetapi yang pasti adalah penumpuan pada hasrat menjatuhkan Dr Mahathir, menguatkan kesefahaman perjuangan.

Matlamat meletakkan Dr Mahathir sebagai musuh utama yang mempertahankan perlakuan rasuah dalam pentadbiran dan kepimpinan Umno menjadi perjuangan.

Isu pertukaran mata wang asing (forex) diterbitkan pada waktu itu. Kehilangan berbilion wang rakyat, rasuah permit import (AP) oleh Tan Sri Rafidah Aziz dan pemberian saham kepada kroni semuanya terdedah.

Berbagai isu kepimpinan dibongkar dan disenyapkan di bawah pemerintahan Dr Mahathir. Rakyat bangkit menentang dan polis digunakan dengan penuh kezaliman pada waktu itu.

Badan kehakiman digenggam kuasa politik bagi menyaksikan kes perbicaraan paling dahsyat, isu mata lebam yang tidak selesai dan ketua polis negara masih bebas melakukan apa sahaja – walaupun menyalahgunakan kuasa membelasah Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tahanan. Semua ini berlaku pada zaman pemerintahan Dr Mahathir.

Bermacam lagi pendedahan dilakukan, antara lain melibatkan anak-anak Dr Mahathir yang kaya raya, isu “bailout” anak Dr Mahathir dengan syarikat perkapalan, isu pemberian kontrak kepada kroni, termasuk kegagalan syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd.

Semua ini didedahkan – ditutup oleh kerajaan memerintah dan ironisnya dibuka balik hari ini apabila Dr Mahathir menyertai gabungan pembangkang.

Atas matlamat dan sebab yang ada, atas kezaliman khususnya pada Anwar dan tindakan mengaibkan beliau, maka ranjau-ranjau politik yang ada ketika melalui zaman Parti Keadilan Nasional tidak memberi kesan menyeluruh kepada desakan perjuangan reformis.

Ikatan perjuangan tetap ada dan ikatan inilah yang menyaksikan dominasi golongan reformis yang masih berjuang, tetapi berada di luar kerangka politik.

Kita dididik untuk tidak mempercayai pengendalian pengundian dan sewaktu itu slogan besar adalah untuk membawa perjuangan itu ke jalan raya dan bukan dalam kerangka politik semata-mata.
Malang sekali masa itu telah berlalu. Perjuangan yang membawa ke jalan raya sudah reda. Semua memakai lencana hari ini dan bagi politikus yang naik selesa atas kesedaran reformasi, mereka akan bertindak meminta kita melupakan episod perjuangan itu.

Itu sejarah, kata mereka tanpa mahu mengambil iktibar daripada perjuangan Reformasi itu. Segala-galanya ada saluran demokrasi yang berpaksikan politik.

Segala-galanya akhirnya seakan disalurkan dalam kerangka politik yang bermatlamatkan perjuangan melalui pilihan raya semata-mata.

Kalau sebelum ini kita mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan membicarakan perjuangan melangkaui politik semata-mata – kerana tidak mempercayai keadaan yang mana kuasa politik mempengaruhi semua sistem di negara kita ini, hari ini seakan kita terserap tanpa membicarakan desakan yang patut dilakukan.


Mungkin hari ini, saya seorang reformis perlu ditambah ayat pendahuluan “Dulu saya seorang reformis”.

Sumber TKO - 229-4-2018


PKR nyaris tak dapat bertanding Bukit Melawati
Posted on Sunday, April 29 @ 08:43:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39440



KUALA SELANGOR: PKR nyaris tidak dapat bertanding DUN Bukit Melawati apabila calon parti ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana melanggar peraturan alamat tempat tinggal

Kertas pencalonan G Sivamalar ditolak oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Selangor Railah Rahmat selepas semakan mendapati calon PKR itu memiliki alamat tempat tinggal di Raub, Pahang.

Bagaimanapun kehadiran calon pengganti Juwairiya Zulkifli menyelamatkan keadaan apabila beliau diterima sabagai calon PKR.

Railah berkata SPR terpaksa menolak pencalonan Sivamalar kerana beliau bukan dari kawasan itu.
Bagaimanapun SPR menerima pencalonan Juwairiya selepas menerima watikah pelantikannya serta wang deposit sebelum proses penamaan calon tamat 10.00 pagi tadi.

Calon BN, Jakiran Jacomah akan menghadapi perlawanan 3 penjuru dengan Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (PAS) dan Juwairiya Zulkifli (PKR).

Sumber TKO - 29-4-2018


Berebut Kerusi di Kelantan
Posted on Saturday, April 28 @ 05:07:11 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39427



KOTA BHARU: Persiapan Pakatan Harapan Kelantan mengalami kecelaruan apabila senarai calon yang diumumkan malam tadi berbeza dengan senarai calon yang diumumkan PKR pada Selasa.

Terdahulu PKR mengumumkan Parlimen Tanah Merah akan ditandingi calonnya, Mohamad Supardi Md Noor tetapi semalam PH Kelantan mengumumkan Fauzi Zakaria dari Amanah.
Ini bermakna PKR hanya mendapat 1 daripada 14 Parlimen di Kelantan.

Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir sendiri tidak pasti tentang status Fauzi kerana nama Fauzi dimasukkan oleh PKR nasional.

“Saya pun tak pasti Fauzi parti apa sebab ia diputuskan di PKR pusat. Baik minta penjelasan daripada setiausaha agung soal keahlian dia,” katanya.

Pengerusi Amanah Kelantan Wan Rahim Wan Abdullah pula mengesahkan Fauzi adalah ahli partinya, tetapi kemudian menyertai PKR.

“Sebelum ini beliau Amanah, lepas itu masuk PKR,” katanya.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada Setiausha Agung PKr Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Berdasarkan pengumumam awal, Pakatan Harapan memperuntukkan 2 kerusi Parlimen kepada PKR, 5 untuk Amanah dan 7 PPBM.

Berikut senarai kerusi Perlimen yang ditandingi PH:
P19 Tumpat – Nordin Saleh (PPBM)
P20 Pengkalan Chepa – Mohamad Ibrahim (Amanah)
P21 Kota Bharu – Husam Musa (Amanah)
P22 Pasir Mas – Ujang Che Daud (PKR)
P23 Rantau Panjang – Shah Jihan Wan Din (Amanah)
P24 Kubang Kerian – Abdul Halim Yusof (Amanah)
P25 Bachok – Mohd Zulkifli Zakaria (PPBM)
P26 Ketereh – Mohd Radzi Mohd Jidin (PPBM)
P27 Tanah Merah – Fauzi Zakaria (?)
P28 Pasir Puteh – Kamaruddin Md Noor (PPBM)
P29 Machang – Sazmi Miah (PPBM)
P30 Jeli – Azran Deraman (PPBM)
P31 Kuala Krai – Yazid Abdullah (Amanah)
P32 Gua Musang – Nor Hussin (PPBM)

Sumber TKO - 28-4-2018

Abdullah Sani Akui Dibantah PKR Kapar
Posted on Friday, April 27 @ 22:46:21 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39425



AIDCNews -26/04/18 –Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid mengakui ada dalang di kalangan pimpinan PKR yang membantah beliau berpindah kawasan bertanding di Parlimen Kapar.

Beliau yang sebelum ini bertanding di Parlimen Kuala Langat telah setuju berpindah ke Parlimen Kapar selepas berlaku persempadanan semula pada PRU 14.

Menurutnya, Parlimen Kapar sebelum ini majoriti pengundi India, namun selepas persempadanan semula kawasan itu telah menjadi majoriti pengundi Melayu.'

“Memang sebelum ini penyandangnya adalah India namun harus diambil kira bahawa kawasan Kapar telah terlibat dalam persempadanan semula kawasan yang mana posisi kaum sudah berubah Melayu (71%) melayu (15%) india dan Cina (14%).

“Sudah pasti kepimpinan tertinggi PKR sudan mengambil kira perkara itu dan memutuskan pencalonan saya di sini maka saya menerimanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, kira-kira hampir 100 ahli PKR Kapar, diketuai G. Kalaiselvan telah menyerahkan memorandum kepada Pengurus Operasi PKR, Nurul Huda Mohd. Zainuddin bagi membantah pencalonan beliau bertanding di kawasan baharu itu.

Kalaiselvan berkata, kerusi tersebut sepatutnya ditandingi oleh calon berbangsa India selain daripada penyandang kerusi Parlimen Kapar daripada PKR, G. Manivannan yang didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu sepanjang lima tahun ini.

Katanya, ahli-ahli PKR orang India juga tidak akan menyokong Pakatan Harapan sekiranya parti itu tetap mengekalkan calon Melayu di Kapar.

“Kapar adalah kerusi tradisi bagi orang India dan kami amat tidak berpuas hati apabila PKR mencalonkan orang Melayu di Kapar. PKR kata mereka parti berbilang bangsa tetapi saya rasa seperti dipinggirkan parti apabila pembahagian kerusi pada kaum India dilihat sangat mendukacitakan.
“Walaupun Kapar mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi pengundi-pengundi Melayu ini akan berpecah kepada tiga iaitu Barisan Nasional (BN), Pas dan sekarang Pakatan Harapan. Ini sekali gus menyebabkan undi orang India menjadi penentu kemenangan parti,” katanya kepada pemberita selepas menye­rahkan memorandum bantahan tersebut.

Tambah Kalaiselvan, tindakan PKR meletakkan calon Melayu di kerusi Parlimen tradisi orang India itu bakal memberi kelebihan kepada BN yang mempertaruhkan calon dari MIC.

“Banyak calon India PKR yang boleh bertanding untuk beri tentangan kepada MIC tetapi mengapa kerusi yang selama ini dipegang oleh orang India itu diberikan kepada Abdullah Sani?

“Kami tidak tahu apa tujuan parti berbuat demikian. Saya berharap kepemimpinan dapat menilai semua keputusan mele­takkan calon Melayu di Parlimen Kapar kerana kami sememang­nya tidak berpuas hati,” katanya.

Sumber TKO - 27-4-2018

PKR terpaksa cari calon baru Port Dickson
Posted on Friday, April 27 @ 22:42:11 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39424



SEREMBAN: Tinggal beberapa jam sebelum penamaan calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bermula, PKR terpaksa mencari calon baru untuk Parlimen Port Dickson.

Ini kerana calon yang diumumkan sebelum ini, Rosman Jonet, tidak menghantar laporan kewangannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa beliau bertanding DUN Linggi pada PRU13.

“Sebenarnya ada masalah teknikal. Dia (Rosman) tak hantar laporan kewangan pilihan raya lepas. Automatik dia tak ada. Jadi kita terpaksa cari calon baru,” kata Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Pada 24 April lalu, PKR menggugurkan Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada Parlimen Teluk Kemang yang kini dikenali sebagai Port Dickson dan menggantikannya dengan Rosman Jonet yang tewas di DUN Linggi pada 2013.

Rosman akan menentang calon PAS, Mahfuz Roslan dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk VS Mogan yang tewas kepada Kamarul pada 2013. Mogan adalah bekas exco Negeri Sembilan. Kamarul berjaya mempertahankan kerusi dengan kelebihan 1,185 undi.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, apa yang diketahuinya PKR pusat sudah mempunyai pengganti Rosman.

“Seorang ‘Datuk’, bekas tentera. Nama saya tak ingat,” katanya.

Sumber TKO - 27-4-2018

Jentera PKR Kuala Kangsar lumpuh
Posted on Friday, April 27 @ 15:59:58 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39416



KUALA KANGSAR: Pejabat “baru” PKR Kuala Kangsar tidak seperti pejabat mana-mana parti politik lain kerana hanya sepi yang menanti pengunjungnya.

Dinding berwarna merah jambu tidak dihiasi bendera parti atau poster pimpinan. Satu-satunya petanda ia pejabat operasi PKR ialah seragam ketua bahagian, Mohd Khair Mohd Zainal, yang digantung pada dinding pejabat.

“Jentera PKR di Kuala Kangsar sudah lumpuh dan sekarang kita sedang bina semula jentera,” kata Khair.

Masalah bermula apabila Ketua Wanita PKR Perak Fatmawati Salim yang aktif di lapangan selama ini diberitahu dia tidak akan bertanding di DUN Bukit Chandan.

Sejak itu jentera PKR Kuala Kangsar lumpuh dan pejabat bahagian di Bukit Chandan ditutup, kata Khair.

“Jadi saya buka pejabat ini 2 minggu lalu kerana kita mesti terus bekerja. Kita perlu bekerja keras sokong Amanah yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.”

Seragam parti satu-satuya tanda pejabat ini tempat operasi PKR.

Penyandang Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Hamid terpilih untuk mewakili PKR di Bukit Chandan manakala PPBM akan bertanding di Lumut.

Khair khuatir PKR akan kehilangan beberapa ratus undi sekiranya penyokong Fatmawati memboikot hari pengundian, tetapi beliau percaya parti mempunyai sokongan secukupnya untuk merampas kerusi itu daripada BN.

Khair juga menjernihkan penglibatannya dalam sidang media 5 pemimpin PKR yang tidak berpuas hati dengan bilangan kerusi yang diberikan kepada PPBM dan penggunaan lambang PKR oleh parti itu.

“Ketua bahagian lain yang membuat bantahan. Saya tak sepatutnya ada berada di situ pada masa itu.
“Saya tiada sebab untuk sertai sidang media itu kerana tiada sebab untuk tidak berpuas hati. Kerusi Kuala Kangsar ditandingi oleh Amanah, bukan PPBM.

“Saya tiada masalah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad guna lambang parti. Melihat beliau, seorang pengkritik parti mengibarkan bendera kami ialah satu kemenangan buat kami kerana ia mengiktiraf PKR.”

Sumber TKO - 27-4-2018

Pil Kuda, Azan Ismail Cuba betul silap cakap sebelum ini
Posted on Thursday, April 26 @ 22:37:11 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39403



Hari Ini Azan Ismail melalui akhbar Malaysiakini yang banyak membuat pemberitaan menyerang PAS kononnya PKR mengimbas apa yang berlaku pada PRU13 lalu, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, fitnah yang dilemparkan itu datang daripada sekutu mereka sebelum ini, iaitu PAS.

Kenyataan ini adalah hendak menutup apa yang pernah dia kata sebelum ini pada 17 April 2018 lalu yang mengesahkan memang wujud calon pil kuda dan menganut fahaman komunis dalam PKR.

Lebai telah menulis sebelum ini (sila baca di sini)


Azan Ismail, Pengerusi PKR Negeri Terengganu berkata PKR mahu calon yang bertanding kali ini bebas daripada sebarang perlakuan negatif yang boleh menimbulkan kesangsian pengundi terhadap kredibiliti calon itu sebagai wakil rakyat mereka.

"Kita tidak mahu lagi ada calon kita yang didapati menyokong fahaman komunis ataupun yang mengambil pil kuda.

"Calon yang bertanding juga adalah dari kalangan mereka  yang berpengalaman dalam politik," katanya.
Ada orang bertanya lebai kenapa Abdul Hadi tak bawa saksi?

Saksi yang makan pil kuda bersama calon takkan nak ke mahkamah beritahu bahawa saya makan pil kuda bersama dengan Shamsul calon PKR.

Sama juga dengan kes Tun Mahathir dulu menuduh Anwar Ibrahim liwat dan melanggan pelacur. Akhir Mahathir terpaksa guna kes liwat sahaja kerana 3 pelacur yang bersama dengan Anwar enggan menjadi saksi masuk mahkamah. Mahathir berkata agar sukar mereka nak dedahkan diri mereka sebagai pelacur "high kelas" di mahkamah. Sama kes pil kuda.

Tapi orang boleh terima alasan Mahathir dan menolak alasan Abdul Hadi.

Setelah kamu mengaku tak ak lagi letak calon pil kuda tak payah nak buat "u-turn" pula fitnah Presiden PAS.

Politik HARAPAN makin hari makin celaru dan "kucai lanai"
Kembalilah kepada perjuangan Islam.
Kita sama-sama bantu PAS, tegur PAS supaya pimpinan mereka benar-benar melaksanakan Islam demi anak cucu kita.


Sumber TKO - 26-4-2018

Kenapa bagi kerusi kepada Bersatu?
Posted on Thursday, April 26 @ 08:10:12 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39391



IPOH - Lima Ketua PKR Cabang Negeri kecewa apabila pucuk kepimpinan ‘beralah’ dalam pembahagian kerusi kepada parti yang baharu ‘setahun jagung’ sejak ditubuhkan.


Ketua Cabang Tapah, Adanan Talib berkata, lima kerusi Parlimen dan Dun milik PKR yang ‘dikorbankan’ kepada Bersatu disifatkan sebagai tidak adil dengan meletakkan calon ‘bidan terjun’ di kawasan terbabit selain mengenepikan suara akar umbi.

Menurutnya, tindakan itu menyebabkan Bersatu lebih mendominasi berbanding PKR yang telah lama berkecimpung dalam arena politik ini.

“Bersatu ini umpama ‘adik’ dalam Pakatan Harapan dan hanya dua atau tiga bahagian sahaja yang ada ahli. Ini bukan pakatan tetapi lebih kepada dominasi dan perkara ini telah mengecewakan ahli.
“Saya khuatir dengan Bersatu dibawah kepimpinan Tun M akan ‘hijack’ kita punya gerakan reformasi, iaitu reformasi untuk seluruh sistem politik negara kita,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua PKR Cabang Gerik, Mejar (B) Kaha Othman; Ketua PKR Cabang Lenggong, Azalan Shah Banyamin; Ketua PKR Cabang Parit, Usaili Alias dan Ketua PKR Cabang Kuala Kangsar, Mohd Khair Mohd Zainal.

Menurutnya, kepimpinan seharusnya lebih berhati-hati untuk memberikan ‘kepercayaan’ kepada Bersatu.

“Siapa pun yang bertanding Bersatu saya tidak percaya kerana sekiranya dia menang, dia boleh menjual kerusi itu. Kepimpinan patut lebih berhati-hati kerana Bersatu hidup kerana Tun M sahaja,” katanya.

Sementara itu, Kaha berkata, beliau turut tidak berpuas hati selepas lima tahun berkhidmat bersama parti itu namun calon-calon Parlimen atau Dun diberikan kepada parti lain.

“Sehingga kini, nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dun masih belum dimuktamadkan oleh peringkat tertinggi kepimpinan.

“Pihak pemimpin harus sedar yg akar umbi yang memangkah bukan pemimpin. Saya sanggup adakan sidang media ini kerana pemilihan ini (calon) tidak mengikut apa yang kita harap selama ini,” katanya.
'
Pada masa sama, Usaili berkata, mereka turut kecewa apabila parti lain menggunakan logo parti itu ada PRU kali ini.

“Kami rasa ada yang tidak kena apabila pemimpin beri kebenaran logo parti digunakan. Kita perjuangkan logo ini dan ia umpama maruah dan imej perjuangan PKR.

“Guna logo kita ini, apa yang akan berlaku kelak akan menjejaskan PKR. Saya bantah kerana dilihatkan banyak beri kesan negatif,” katanya.

Sumber TKO - 26-4-2018

Tan Marah PKR: 8 tahun khidmat saya di Wangsa Maju sia-sia?
Posted on Thursday, April 26 @ 05:26:26 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39382



PETALING JAYA: Dr Tan Kee Kwong mempertikaikan keputusan kepimpinan PKR kerana tidak membenarkan beliau mempertahankan Parlimen Wangsa Maju yang dimenangi pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti besar.

Beliau menyuarakan perasan kecewa, berkata dia sudah berkhidmat di Wangsa Maju selama 8 tahun, dari sebelum bertanding pada 2013.

Beliau menyorot perhatian kepada ceramah di Danau Kota Ahad lepas di mana ribuan hadir sebagai isyarat mereka menyokongnya.

“Sokongan macam mana lagi yang kepimpinan mahu? Saya ada sokongan kuat daripada pengundi Wangsa Maju.”

Tan berkata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turun berceramah di situ juga boleh dilihat sebagai satu bentuk sokongan.

“Wangsa Maju satu-satunya kerusi di Kuala Lumpur di mana Dr Mahathir berceramah. Ternyata ini menunjukkan beliau menyokong saya sebagai calon di Wangsa Maju,” katanya.

Semalam, PKR mengumumkan Bendahari Agung Datin Tan Yee Kew akan mempertahakan kerusi yang mempunyai majoriti Melayu yang kecil.

Tan bagaimanapun sukar menerima keputusan itu kerana Yee Kew tewas di Tanjung Malim pada PRU 2013 dan tidak menyumbang apa-apa di Wangsa Maju.

“Mengapa pilih orang seperti ini? Mengapa letakkan calon bidan terjun di Wangsa Maju? Mengapa pilih calon yang tidak aktif di sini?” katanya.

Pada PRU 2013, Yee Kew tewas di Tanjung Malim di tangan Datuk Seri Ong Ka Chuan yang memperoleh majoriti 4,328 undi.

Yee Kew meninggatkan MCA untuk PKR pada 2008. Beliau sebelum ini Ahli Parlimen Klang selama 3 penggal, memenangi kerusi itu untuk Barisan Nasional pada 1995, 1999 dan 2004.

Di hari pengundian 9 Mei nanti, beliau akan bertembung Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Datuk Yew Teong Look dan Razali Tumiran dari PAS.

Separuh dari pengundi di Wangsa Maju adalah orang Melayu, 40% Cina dan 10% India dan lain-lain.
Pada 2013, Tan menewaskan Ketua Umno Wangsa Maju Datuk Mohd Shafei Abdullah dengan majoriti 5,511 undi, dalam pertarungan 1 lawan 1 yang menyaksikan 86% pengundi, bersamaan 57,771 orang, keluar mengundi.


Tan Kee Kwong berkata dia menghasilkan sokongan yang kuat dalam kalangan pengundi Wangsa Maju sejak 8 tahun lalu. (gambar Facebook)

Sumber TKO - 26-4-2018

5 cabang PKR Perak bantah BERSATU guna logo mereka
Posted on Thursday, April 26 @ 05:22:47 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39380



IPOH: Lima cabang PKR Perak tidak bersetuju dengan tindakan PPBM menggunakan logo parti itu untuk calon-calonnya yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan.

Ketua cabang PKR Tapah Adanan Talib berkata penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan (PH) menyebabkan “hak” PKR dirampas apabila pencalonan terpaksa diserahkan kepada parti itu, yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bukan soal logo sahaja tetapi kemasukan PPBM (dalam PH) mengakibatkan banyak kerusi yang sepatutnya ditandingi PKR terpaksa dikorbankan untuk PPBM tanpa persetujuan akar umbi di Perak.

“…ada kawasan yang tiada calon PKR langsung walaupun kami sudah lama bertapak di kawasan itu,” kata pada sidang media, hari ini.

Turut hadir 4 lagi ketua cabang iaitu Mohd Khair Mohd Zainal (Kuala Kangsar), Usaili Alias (Parit), Kaha Othman (Gerik) dan Id Azalan Shah Banyamin (Lenggong).

Adanan mendakwa anggota akar umbi turut membangkitkan sama ada PPBM adalah aset atau liabiliti kepada PH, dan beliau secara peribadi berpendapat parti itu liabiliti buat pakatan pembangkang.

Sementara itu, Id Azalan berkata persediaan berkempen di kawasan masing-masing menjadi sukar apabila difahamkan calon dari parti “payung terjun” tiba-tiba dicalonkan dan menggunakan logo PKR.

“Secara jujurnya, kita maklumkan kepada jentera agar bertenang dan terus buat kerja tetapi akar umbi ingin calon yang mereka kenal… bukannya calon yang hanya datang waktu pilihan raya selepas itu hilang.

“Ketua-ketua cabang yang perlu menjawab kepada ahli dan pengundi tentang hal ini. Hati rakyat sudah kita sentuh tetapi yang datang (calon) adalah orang baharu yang tidak dikenali. Sudah pasti rakyat sukar memilihnya,” kata beliau.


Beliau mendakwa 5 kerusi Parlimen dan 5 kerusi DUN di Perak yang sepatutnya diberikan kepada PKR akan diserahkan kepada calon PPBM termasuk di Lumut, Tapah, Gerik, Bukit Chandan dan Bota.

Sumber TKO - 26-4-2018

PKR Kelantan Mungkin Bergolak: Amran Ahli jangan boikot, jatuh calon
Posted on Wednesday, April 25 @ 20:04:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39377



Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyeru anggotanya yang tidak dipilih sebagai calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berlapang dada dan istiqamah menerima keputusan kepimpinan tertinggi.

Pengarah Komunikasi PKR Negeri, Mohd Sukirman Mustafa berkata, mereka yang tidak dicalonkan bukanlah tidak layak, namun masih ada tugasan lain yang perlu dilaksanakan dalam parti selepas ini.
Katanya, semua pihak terutamanya penyokong parti itu perlu terus istiqamah dan meneruskan perjuangan parti demi kebaikan rakyat.

"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PKR, teruskan bersama kami. Ini merupakan pilihan raya paling genting.

"Semua pihak perlu ketepikan perbezaan dan perlu berlapang dada dengan segala keputusan pemilihan calon yang dibuat," kata Sukirman (gambar) dalam kenyataan di Kota Bharu, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan ura-ura terjadi kemelut dalam PKR berhubung senarai calon PRU14.

PKR didakwa berdepan kemelut dalaman melibatkan perbezaan dua kem iaitu Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga ia memberi kesan ke peringkat negeri.

Bagaimanapun terdahulu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan wujudnya kem-kem tertentu dalam parti itu.

"Bagi kami, hanya ada satu kem - kem saya," kata Azizah pada sidang media selepas taklimat calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di Petaling Jaya semalam.

Mengulas isu tersebut, Sukirman menafikan wujud perbezaan yang sama di Kelantan dan yakin ahli serta penyokong PKR di negeri ini sentiasa berpegang teguh dengan kepimpinan pusat dalam menentukan sebarang keputusan melibatkan parti itu.

Ketepi ketidaksefahaman buat sementara
Justeru katanya, mana-mana ahli yang dipilih menjadi calon itu juga perlu menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin memandangkan ia adalah amanah rakyat dan parti itu sendiri.

"Malah kesatuan antara calon dan bukan calon adalah amat penting bagi memastikan PKR mempunyai satu pasukan mantap untuk berdepan pejuang-pejuang dan pihak lawan dalam PRU kali ini.

"Semua pihak perlu bersatu, ketepikan ketidaksefahaman buat sementara. Teruskan sokongan kita, jangan ada pihak yang boikot untuk menjatuhkan calon mahupun parti kita sendiri.

“Ini sangat penting bagi memastikan sembilan dun dan dua parlimen yang akan dipertandingkan nanti mendapat kemenangan dan membawa kebaikan kepada seluruh masyarakat. saya yakin dan optimis, penyokong akan sentiasa bersama jika masing-masing terbuka dan melihat ke hadapan," katanya.

Sumber TKO - 25-4-2018

Denda RM10 juta jika wakil rakyat PKR lompat parti
Posted on Wednesday, April 25 @ 12:26:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39369



Wakil rakyat PKR akan dikenakan denda RM10 juta jika mereka melompat parti, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

Datuk Johari Abdul berkata PKR telah memulakan amalan itu sejak 2013 susulan beberapa pemimpin mereka beralih arah selepas pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, calon-calon cuba berjanji secara lisan mereka akan membayar RM1 juta jika melompat parti, kata Johari.

“Tetapi ia tidak didokumenkan dan kita kita sediakan dokumen sah. Jadi itu tidak dikira,” katanya.

Bagaimanapun, kali ini, katanya kesemua calon di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menandatangani dokumen itu semalam.
PKR mengeluarkan watikah calonnya semalam.

“Sekarang wakil-wakil kena fikir dua kali (untuk lompat parti), melainkan kamu ada RM10 juta,” katanya.

Sebuah harian berbahasa Inggeris hari ini turut melaporkan Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun mengaku telah menandatangani dokumen berkaitan.

Sementara itu, Johari berkata beberapa wakil rakyatnya telah belot dalam dua pilihan raya umum terakhir ini, terutamanya di Sabah.

Pada 2010, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohamed Hashim keluar PKR, menjadi calon bebas dan kemudian menyertai Umno.

Beliau dilantik sebagai duta Malaysia di Indonesia.

Pada tahun 2016, anggota parlimen Penampang Darell Leiking dan dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) -- Lajim Ukin (Klias ) dan Terrence Siambun (Moyog) menyertai Parti Warisan Sabah.

Lajim ketika itu pengerusi PKR negeri.
Sementara itu, PKR berkata, RM10 juta yang dikutip itu akan disumbangkan kepada orang ramai.

“Wang itu bukan untuk parti, wakil rakyat itu bayar pada kami, kami akan bayar pada rakyat,” katanya.
Johari berkata dokumen yang ditandatangani wakilnya akan terikat secara langsung secara undang-undang.

PKR akan bertanding di 51 parlimen dan 131 DUN.

Sumber TKO - 25-4-2018

PRU14: Ambiga Kecewa, PKR Masih Berebut Kuasa Menjelang Penamaan Calon
Posted on Wednesday, April 25 @ 07:08:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39360



Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan menyelar kepimpinan PKR berhubung krisis parti itu dalam menamakan calon-calonnya pada Pilihan Rayau Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

“Apabila rakyat melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk melepasi halangan untuk memastikan mereka dapat mengundi dan membantu pada pilihan raya, perbalahan mengarut dalam PKR ini tidak boleh dimaafkan” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Ambiga berkata rakyat di seluruh negara, dan bahkan di luar negara cuba melakukan yang terbaik untuk melepasi pelbagai halangan ini untuk memastikan mereka boleh mengundi pada 9 Mei.

“Rakyat Malaysia cuba membantu rakan-rakan mereka dalam pelbagai cara untuk PRU14. Kita sedang menyaksikan satu gelombang yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk memastikan pilihan raya tidak dicuri,” katanya.

Justeru, kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu, adalah begitu mengecewakan dan sesuatu yang tidak dapat diterima untuk menyaksikan kepimpinan terbabit dalam perbalahan cuba merebut kerusi sesama mereka.

“Saya yakin bahawa parti-parti lain juga ada masalah masing-masing tetapi mereka dapat mengatasinya demi kepentingan rakyat.

“PKR begitu menonjol tidak mampu melakukannya,” katanya.
Logo PKR

Ambiga mendedahkan dirinya menerima banyak panggilan dan mesej yang menyatakan rasa kekecewaan berhubung apa yang berlaku, lebih-lebih lagi dengan hari penamaan pencalonan calon pada Sabtu ini.

“Memandangkan belum ada satu pun calon dari PKR telah diumumkan, ini sekali gus menghalang mereka daripada menghabis masa yang berharga dengan pengundi,” katanya.

Sambil mendesak perbalahan itu segera ditamatkan, Ambiga menekankan bahawa kepimpinan PKR harus berlapang dada dan megutamakan kepentingan negara bagi mengatasi masalah kritikal mereka itu.

“Logo PKR yang akan digunakan pada pilihan raya ini. Lagi banyak alasan bahawa mereka sendiri harus berlaku adil terhadap keyakinan yang disandarkan itu.

“Saya menggesa semua pihak untuk mempertimbangkan kedudukan negara dan kehendak rakyat mengatasi segala-galanya,” katanya.

Krisis dalam PKR tercetus berikutan keputusan untuk menggugurkan beberapa nama yang dicadangkan sebagai calon di Selangor.

Menurut laporan, nama-nama berkenaan, termasuk naib presiden PKR, Tian Chua, mendapat restu daripa timbalan presiden parti yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali.
Spekulasi juga bertiup kencang tentang wujudnya perbalahan di antara kem atau kumpulan yang masing-masing diketuai oleh Azmin dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pada sidang akhbar semalam, Tian Chua menasihatkan kepimpinan PKR lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihan raya.

Langkah itu dikaitkan dengan cakap-cakap beliau tidak berpuas hati selepas calon-calon direstui Azmin dicantas, oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penamaan calon untuk PRU14 ditettapkan pada Sabtu ini manakala hari mengundi adalah pada Rabu, 9 Mei – pakdin.my

Sumber TKO - 25-4-2018

Dicop Geng Kartel Ratu Naga Digugur Calon PKR
Posted on Wednesday, April 25 @ 07:03:38 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39358



AIDCNews -24/04/18 –Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga digugurkan menjadi calon PKR pada PRU 14 berpunca daripada perbalahan dua kem dalam parti Keadilan.

Hamizura Osman berkata Ratu Naga dicop kem Kartel pimpinan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sedangkan kuasa pemutus penentuan calon PKR terletak di tangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Termasuk nama Ratu Naga yang dah dicop sebagai kartel. Saya tahu nama Ratu Naga adalah calon awal dan nama besar paling kuat dalam deklarasi serta dalam PH. Ratu Naga dah turun seluruh Malaysia untuk buat kerja.

Tapi bila presiden PKR gugurkan nama, saya terkejut Wan Azizah, Nurul Izzah dan Rafizi masih tidak boleh memaafkan kesalahan Ratu Naga yang hentam mereka dulu waktu dalam UMNO.
“Hairannya kenapa Ratu Naga dah tahu lama tapi masih lagi buang masa terhegeh pada parti yang presidennya termasuk anak beranak bencikan beliau?

“Rafizi punya dendam dengan Jemin (Azmin) sampai ini sekali tidakan dibuat. Ini ke standard level presiden PH? Ini ke muka yang kononnya nak selamatkan Malaysia?,” soalnya dalam Facebook.

Sumber TKO - 2-4-2018

Tian Chua Berjaya Buka Perbalahan Dua Kem Dalam PKR
Posted on Wednesday, April 25 @ 07:06:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39359



Oleh Mohd Firdaus Hamzah

Isu pergolakan pemilihan calon Selangor sempena pilihan raya umum ke-14 (PRU14) mula tersebar luas.

Gimik yang dibuat Tian Chua sebenarnya hanya mahu memberi amaran kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk berhati-hati dalam melakukan pemilihan calon untuk PRU14. Tian Chua dilabel sebagai orang Datuk Seri Azmin Ali.

Rombongan Zuraida Kamaruddin, ketua Wanita PKR dilaporkan oleh kebanyakan media sudah membuat perjumpaan mengenai isu pemilihan calon.

Dilaporkan presiden menggugurkan calon-calon yang dikatakan rapat dengan pilihan kem Menteri Besar Selangor, Azmin. Juga dimaklumkan perjumpaan itu gagal menyelesaikan masalah pemilihan calon.

Azmin mengeluarkan kenyataan beliau tidak terlibat dalam pemilihan calon dan tidak ada senarai mereka yang digugurkan seperti dakwaan media.

Dalam gelora Selangor ini, nama Rafizi Ramli, naib presiden PKR dikaitkan dengan pembabitan dalam mempengaruhi keputusan memilih calon.

Beliau dikatakan terlibat dalam menasihati Wan Azizah. Diberitakan, ini merebak ke seluruh negara dengan membuka perbalahan yang belum selesai antara Rafizi dengan Azmin.

Rafizi dianggap musuh Azmin sejak mendakwa berlaku rasuah berbentuk seks dalam pentadbiran menteri besar itu. Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Satu laporan dikatakan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pertembungan Rafizi dan Azmin bukan baru. Beberapa segmen dalam PKR mendakwa Azmin sedang membina kartelnya, membina sokongan di peringkat akar umbi – memastikan penyokongnya mendapat dan memenangi jawatan dalam parti.

Pertembungan Rafizi dan Azmin juga dikatakan berlaku sejak 2010, sewaktu pemilihan Pemuda dengan calon pilihan Azmin – Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Di sebalik pergeseran Rafizi dan Azmin
Mereka yang mengikuti perkembangan PKR sedar pergeseran ini akan dan sedang membengkak. Namun, persoalan lebih besar ialah Wan Azizah nampaknya turut terlibat dalam persengketaan dan pergeseran ini.

Berita penolakan beberapa calon Azmin di Selangor mengukuhkan perbalahan, bukan sahaja antara Rafizi, malah Wan Azizah dengan Azmin.

Laporan Sinar Harian semalam yang Wan Azizah meninggalkan majlis pelancaran pusat operasi PKR Seberang Jaya ketika pengacara menjemput Azmin berucap, turut membayangkan ada pergeseran besar antara presiden PKR itu dengan timbalannya.

Persoalannya ialah berapa besar pergeseran antara Azmin dan Wan Azizah dan apa pula peranan ketua umum dalam isu ini.

Sebelum hari ini, ada yang mengatakan usaha menolak kronisme diungkit dalam PKR – memberi maksud kehadiran Wan Azizah sebagai isteri ketua umum, dan Nurul Izzah Anwar, anaknya sebagai kepimpinan tertinggi dalam PKR dan juga ahli Parlimen.

Azmin pernah dilaporkan mengkritik amalan nepotisme dan kronisme dalam PKR, merujuk Wan Azizah, secara terbuka di televisyen.

Gembar-gembur konflik antara Wan Azizah dan Azmin ini juga bukan perkara baru. Laporan dan berita mengenai konflik ini selalu ditutup demi kepentingan parti.

Namun, kini semakin jelas ada percanggahan antara mereka. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dikatakan memainkan peranan dalam perkara ini.

Ketegasan Anwar dalam menangani konflik ini dipersoalkan dalam usaha menyelesaikan pergeseran yang dikatakan wujud antara Rafizi, Wan Azizah dengan Azmin.

Nama-nama seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk Johari Abdul juga timbul sebagai bukan orang Azmin dan dikaitkan sebagai “Anwarisme”.


Sampai bila konflik ini akan berterusan? Adakah konflik seperti ini memberi petanda baik sekiranya mereka memerintah negara ini? Semua ini seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meledak.

Sumber TKO - 25-4-2018

Isu calon PKR Selangor selesai?
Posted on Tuesday, April 24 @ 20:10:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39353



Oleh Razali Abdullah


Kemelut pemilihan calon PKR di Selangor selesai? Apakah hasil pertemuan Datuk Seri Azmin Ali dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan media berhasil untuk memenuhi syarat kehendak Azmin dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Adakah sudah dirundingkan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan persetujuan dicapai untuk mengumumkan calon Selangor?

Sekiranya selesai, ini bermakna Azmin berjaya dengan calon kehendaknya dan sekiranya tidak – penerimaan pasti tidak menyeluruh dan presiden PKR mengambil langkah cepat mengumumkan calon supaya tidak dapat disangkal lagi.

Tidak kira apa hasilnya, pasti timbul rasa tidak puas hati di kalangan penyokong masing-masing.

Ada yang mengatakan kemelut pencalonan itu sebenarnya tidak wujud. Yang wujud adalah untuk Azmin menentukan tempat selamat bagi dirinya agar kemenangannya dapat menjamin kedudukannya sebagai menteri besar.

Ini termasuk kedua-dua tempat yang ditandingi Azmin, iaitu Parlimen Gombak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Sungguhpun diuar-uarkan Azmin masih mahu bertanding dan tidak akan lari dari tempat tersebut, namun hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah beliau pasti menghadapi kesukaran tanpa sokongan PAS dan penambahan pengundi di Gombak.

PAS sudah menjangkakan Azmin akan tewas di Gombak kerana penyokong PAS tidak lagi memihak kepada PKR dan Azmin.

PRU12 dan PRU13 menyaksikan sokongan PAS kepada Azmin, sungguhpun majoriti undi 2 PRU itu merosot.

Melihat kepada statistik PRU11, PAS mendapat 26,663 undi daripada 92,225 pengundi ketika itu – bayangkan sekiranya undi tersebut tidak lagi diperolehi Azmin.

Majoriti diraih Azmin di Gombak melebihi 6,000 undi pada PRU12 dan berkurangan kepada lebih 4,000 pada 2013.

Begitu juga di DUN Bukit Antarabangsa. Sekiranya sokongan PAS tidak lagi memihak kepadanya dengan pertambahan 4,900 pengundi, melihatkan majoriti diperolehi Azmin sebanyak 4,044 undi pada PRU13 – kedudukannya amat ampuh.

Adakah benar kemelut dalam pemilihan calon di Selangor disebabkan kedudukan Azmin semakin parah dan beliau mahukan tempat selamat untuk dirinya atau sudah wujud percaturan untuk menghalang beliau daripada memenangi kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.

Adakah politik dalam PKR bertambah teruk sehingga sanggup mengorbankan kerusi semata-mata mahu mencantas Azmin daripada menjadi menteri besar Selangor atau kemungkinan menghalang beliau daripada bertindak di peringat pusat juga.

Apapun, semuanya dalam selimut PKR. Semua belum tersebar luas dan belum ada apa-apa tanda Azmin benar-benar menerima keputusan calon yang mewakili PKR untuk PRU14. Tiada juga tanda-tanda pergeseran antara Rafizi Ramli dan Azmin pulih seketika semata-mata PRU14.

Bagaimanapun, mulai hari ini – media sosial dipenuhi serangan baru terhadap Rafizi yang dikatakan hanya mahu menyempurnakan agenda Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak menguntungkan PKR.
Ini baru membicarakan Selangor, belum lagi negeri lain. Pergeseran juga dilaporkan berlaku membabitkan timbalan presiden PKR, Azmin yang mahu mengatur penyokong beliau sebagai calon.

Semakin teruk cara PKR berpolitik – semakin terserlah matlamat mereka yang hanya mahukan jawatan dan kuasa. Mereka dilihat lebih mengutamakan politik daripada perjuangan lebih besar untuk rakyat.

Sumber TKO - 24-4-2018

Lebih banyak krisis PKR selepas Surendran digugurkan
Posted on Tuesday, April 24 @ 17:21:46 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39352



PETALING JAYA: Tindakan PKR tidak mencalonkan Naib Presidennya, N Surendran mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai yang dimenanginya pada 2013, mencetuskan spekulasi wujud percanggahan pendapat antara 2 puak dalam parti itu.

Hujung minggu lalu, timbul spekulasi Tian Chua mungkin tidak dicalonkan di Batu dengan cakap-cakap beliau ditawarkan kerusi di Johor dan mungkin ada pemindahan besar di kalangan pemimpin kanan parti itu.

Sumber berkata, Surendran yang dilihat menyokong Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, sudah dimaklumkan keputusan parti itu sebelum senarai calon diumumkan, tetapi beliau enggan mengulas.

Surendran antara pemimpin kanan PKR yang pencalonannya terbabit dalam kemelut antara 2 puak, satu diketuai Azmin dan satu lagi oleh Naib Presidennya, Rafizi Ramli yang memihak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Rafizi memenangi kerusi Parlimen Pandan pada 2013, tetapi bulan lalu, beliau mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 disebabkan kes mahkamahnya yang belum selesai.

Surendran yang dibesarkan di Kedah, mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Heng Seai Kie dan 3 calon bebas di kerusi Parlimen Padang Serai dengan kelebihan 8,400 undi.

Peguam PKR itu terkenal memperjuangkan isu hak asasi manusia, termasuk mengambil kes penderaan oleh polis dan kematian tahanan.



Sumber TKO - 24-4-2018

Bantah Tun M guna logo PKR
Posted on Tuesday, April 24 @ 11:50:19 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39348



SEBERANG JAYA - Kecewa dengan parti yang membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamed bertanding menggunakan logo PKR pada PRU14, sekumpulan ahli parti itu mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat PKR Pulau Pinang sebagai tanda bantahan, petang semalam.

Wakil jurucakap kumpulan berkenaan, A Loganathan berkata, mereka tidak mahu logo PKR digunakan Tun M yang pernah menjadi musuh parti itu.

Menurutnya, ramai juga ahli parti yang kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan yang tidak menghargai perjuangan PKR selama ini.

"Sekiranya PKR tidak mahu mendengar desakan ini, saya bersama lebih 11,000 ahli PKR berketurunan India di negeri ini tidak akan mengundi parti dalam PRU14,” katanya.

Loganathan sebelum ini merupakan Ketua Cabang Batu Kawan dan sehingga kini masih ahli parti berkenaan.

Terdahulu, lebih 50 ahli dan bekas ahli PKR berdemonstrasi di hadapan pejabat PKR di Seberang Jaya dengan membawa pelbagai kain rentang dan poster.

Sumber TKO - 24-4-2018

PKR akhirnya umum nama calon di Selangor
Posted on Tuesday, April 24 @ 07:20:26 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39337



Majlis ceramah Pakatan Harapan di Kuala Selangor pada malam ini asalnya diuar-uarkan bakal menjadi pentas buat PKR mengumumkan calon mereka untuk Selangor.

Namun semalam berlaku 'ribut kecil' apabila tersebar khabar angin mendakwa senarai yang sudah disediakan itu tidak memuaskan hati sesetengah pihak dalam parti berkenaan.

Justeru petang tadi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menegaskan setakat pengetahuan beliau ceramah pada malam ini tidak akan melibatkan pengumuman calon.

Namun keadaan berlaku sebaliknya. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah membuat pengumuman nama-nama calon yang ditunggu-tunggu itu satu demi satu.

Azmin sendiri kekal di dua kerusi yang ditandinginya sebelum ini iaitu Gombak (parlimen) dan Bukit Antarabangsa (dewan undangan negeri), manakala Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin juga kekal di Ampang.

Bekas pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah pula diletakkan di kerusi parlimen Petaling Jaya.
Seorang lagi naib presiden PKR dan bekas exco Selangor Xavier Jayakumar dipindahkan dari DUN Seri Andalas ke kerusi parlimen Kuala Langat.

Pegawai khas kepada menteri besar Selangor Hilman Idham adalah antara muka baru yang diketengahkan oleh PKR kali ini. Dia diletakkan untuk bertanding di Gombak Setia.

Sebelum ini media melaporkan Azmin mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Pertemuan itu dipercayai ada kaitan dengan penyusunan tokoh yang akan disenaraikan sebagai calon parti berkenaan pada PRU ke-14 pada 9 Mei ini.

Memetik kenyataan Azmin, akhbar Nanyang Siang Pau melaporkan bekas setiausaha Anwar itu tidak tahu-menahu mengenai cadangan PKR mahu mengumumkan calon mereka.

"Dengan kata lain, jika perbincangan selesai malam ini kita boleh umumkannya. Namun setakat pengetahuan saya (program) malam ini hanya aktiviti kempen," katanya.

Berikut adalah senarai kerusi dan calon yang dibacakan Dr Wan Azizah sebentar tadi.
Parlimen:
  • Hulu Selangor: Leow Hsiad Hui
  • Selayang: William Leong
  • Gombak: Azmin Ali
  • Ampang: Zuraidah Kamaruddin
  • Subang: Wong Chen
  • Petaling Jaya: Maria Chin Abdullah
  • Sungai Buloh: Sivarasa Rasiah
  • Kapar: Abdullah Sani
  • Kuala Langat: Xavier Jayakumar
Dewan undangan negeri:
  • Paya Jaras: Khairuddin Othman
  • Permatang: Rozana Zainal Abidin
  • Bukit Melawati: Sivamalar Ganapathy
  • Ijok: Idris Ahmad
  • Rawang: Chua Wei Kiat
  • Sungai Tua: Amiruddin Shaari
  • Gombak Setia: Hilman Idham
  • Bukit Antarabangsa: Azmin Ali
  • Lembah Jaya: Haniza Talha
  • Kajang: Hee Loy Sian
  • Seri Setia: Najwan Halimi
  • Taman Medan: Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
  • Bukit Lanjan: Elizabeth Wong Keat Peng
  • Kota Damansara: Shatiri Mansor
  • Kota Anggerik: Shaharuddin Badarudin
  • Batu Tiga: Rodziah Ismail
  • Sementa: Daroyah Alwi
  • Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri
  • Sentosa: Dr Gunaraj George
  • Sungai Kandis: Shuhaimi Shafiee
  • Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah
Bagaimanapun nama calon untuk kerusi parlimen Pandan tidak diumumkan.

Pandan mencatatkan kemenangan paling besar buat PKR dalam PRU ke-13 lalu. Bagaimanapun penyandangnya Rafizi Ramli, tidak bertanding kali ini.

Ditanya selepas majlis ceramah itu, Wan Azizah menjelaskan beliau sengaja tidak mengumumkan nama calon untuk kerusi Pandan.

"Saya memikirkan Rafizi. Tidak mudah (untuk melakukannya) kerana undang-undang tidak memihak kepada dia," katanya.

Sementara itu Dr Wan Azizah sempat menitipkan pesan kepada semua penyokong PKR supaya menerima keputusan yang diambil bagi menghadapi PRU ke-14 ini.

"Apabila kita menghadapi PRU akan datang, ada juga (nama) yang tercicir, ada juga yang tidak terpilih.

"Jangan lupa (kepada) pengorbanan ramai untuk kita sampai ke tahap ini.

"Mungkin ada mungkin tidak tercatat, mungkin ada yang terasa, mungkin ada yang kehilangan, namun kita nak kemenangan, betul tak?" katanya.

Sumber TKO - 24-4-2018

Zuraida jumpa Azizah mengenai 'senarai calon'
Posted on Monday, April 23 @ 19:09:59 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39326



Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata pertemuannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam kerana tersebarnya "senarai calon" yang belum disahkan oleh parti.

"Saya hadir mesyuarat itu atas kebimbangan mengenai 'senarai calon' yang beredar yang tidak melalui proses aturan yang ditetapkan oleh parti.

"Ia mendatangkan kebimbangan dan ketidakpastian di kalangan anggota akar umbi parti," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.'

Zuraida menafikan pertemuan itu bertujuan membuat perjanjian mengenai pemilihan calon di Selangor.

Beliau mengatakan mesyuarat itu turut melibatkan kepimpinan PKR dari negeri lain.

"Bersama saya pemimpin utama seperti Baru Bian dari Sarawak dan Mohd Nur Manuty dari Perak. Pertemuan itu bukan sekadar pimpinan dari Selangor.

"Saya terkejut dengan desas-desur berkenaan dan maklumat buruk yang diterbitkan mengenai mesyuarat itu," katanya.

Zuraida berkata perbincangan dengan Wan Azizah berjalan dengan baik dan konstruktif.

Semalam, dalaman PKR mula bergolak ekoran dakwaan Wan Azizah telah menukar senarai calon yang dicadangkan kepimpinan negeri.

Ketika bantahan mula disuarakan, muncul pula ura-ura Naib Presiden PKR, Tian Chua akan meletak jawatan.

Tian Chua kemudiannya mengulangi komitmen beliau terhadap PKR tetapi menggesa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, untuk tidak memilih kepentingan kelompok dalam memutuskan senarai calon parti itu.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, yang juga Pengerusi PKR Selangor, bertemu Anwar hari ini di Hospital Rehabilitasi Cheras, di mana beliau sedang mendapatkan rawatan daripada pembedahan bahunya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara dan hanya akan dibebaskan pada bulan Jun 2018 ini.

Sumber TKO - 23-4-2018

Ambiga selar perbalahan PKR, tuntut penyelesaian segera
Posted on Monday, April 23 @ 19:11:48 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39327



Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan menyelar kepimpinan PKR berhubung krisis parti itu dalam menamakan calon-calonnya pada Pilihan Rayau Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

"Apabila rakyat melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk melepasi halangan untuk memastikan mereka dapat mengundi dan membantu pada pilihan raya, perbalahan mengarut dalam PKR ini tidak boleh dimaafkan" katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Ambiga berkata rakyat di seluruh negara, dan bahkan di luar negara cuba melakukan yang terbaik untuk melepasi pelbagai halangan ini untuk memastikan mereka boleh mengundi pada 9 Mei.
"Rakyat Malaysia cuba membantu rakan-rakan mereka dalam pelbagai cara untuk PRU14. Kita sedang menyaksikan satu gelombang yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk memastikan pilihan raya tidak dicuri," katanya.

Justeru, kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu, adalah begitu mengecewakan dan sesuatu yang tidak dapat diterima untuk menyaksikan kepimpinan terbabit dalam perbalahan cuba merebut kerusi sesama mereka.

"Saya yakin bahawa parti-parti lain juga ada masalah masing-masing tetapi mereka dapat mengatasinya demi kepentingan rakyat.

"PKR begitu menonjol tidak mampu melakukannya," katanya.

Logo PKR
Ambiga mendedahkan dirinya menerima banyak panggilan dan mesej yang menyatakan rasa kekecewaan berhubung apa yang berlaku, lebih-lebih lagi dengan hari penamaan pencalonan calon pada Sabtu ini.

"Memandangkan belum ada satu pun calon dari PKR telah diumumkan, ini sekali gus menghalang mereka daripada menghabis masa yang berharga dengan pengundi," katanya.

Sambil mendesak perbalahan itu segera ditamatkan, Ambiga menekankan bahawa kepimpinan PKR harus berlapang dada dan megutamakan kepentingan negara bagi mengatasi masalah kritikal mereka itu.

"Logo PKR yang akan digunakan pada pilihan raya ini. Lagi banyak alasan bahawa mereka sendiri harus berlaku adil terhadap keyakinan yang disandarkan itu.

"Saya menggesa semua pihak untuk mempertimbangkan kedudukan negara dan kehendak rakyat mengatasi segala-galanya," katanya.

Krisis dalam PKR tercetus berikutan keputusan untuk menggugurkan beberapa nama yang dicadangkan sebagai calon di Selangor.

Menurut laporan, nama-nama berkenaan, termasuk naib presiden PKR, Tian Chua, mendapat restu daripa timbalan presiden parti yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali.
Spekulasi juga bertiup kencang tentang wujudnya perbalahan di antara kem atau kumpulan yang masing-masing diketuai oleh Azmin dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pada sidang akhbar semalam, Tian Chua menasihatkan kepimpinan PKR lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihan raya.

Langkah itu dikaitkan dengan cakap-cakap beliau tidak berpuas hati selepas calon-calon direstui Azmin dicantas, oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penamaan calon untuk PRU14 ditettapkan pada Sabtu ini manakala hari mengundi adalah pada Rabu, 9 Mei.

Sumber TKO - 23-4-2018

Penganalisis salahkan Saifuddin atas krisis dalaman PKR
Posted on Monday, April 23 @ 18:04:07 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39323&mode=thread&order=0&thold=0



PETALING JAYA: Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff menyalahkan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail atas pergaduhan dalaman yang dilaporkan berlaku dalam parti tersebut.

"Beliau penyebab masalah," katanya merujuk kepada laporan PKR membuang 8 nama daripada senarai calon bagi Selangor yang diserahkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Pensyarah di Universiti Utara Malaysia itu difahamkan Saifuddin mengambil senarai calonnya sendiri untuk diserahkan kepada pemimpin PKR yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk persetujuannya.

Katanya, senarai itu berbeza dengan yang dipersetujui parti sebelum ini, dan menuduh Saifuddin menyimpan agenda politik tersendiri.

Dilaporkan perbalahan mengenai calon ini pertelingkahan yang berterusan antara 2 kem dalam PKR, satu yang diketuai oleh Azmin dan satu lagi oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang bersama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kamarul berkata krisis dalaman itu akan menjejaskan kempen Pakatan Harapan (PH).

"Ia akan menjejaskan imej wakil-wakil yang bersatu untuk PH dan masa berharga akan dibazirkan untuk menyelesaikan krisis dalaman itu," katanya.

"Kita harus tunggu dan lihat bagaimana keadaannya."

Ahli Parlimen Sungai Benut Tawfik Ismail berkata perbalahan itu lebih teruk berbanding yang berlaku semasa Langkah Kajang 2014.

"Dilema PKR adalah tanpa PAS, ia fikir ia perlukan PPBM," kata Tawfik.

Katanya, keadaan dalam PKR diburukkan lagi dengan kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi gabungan PH.

"Semuanya bermula dengan Kajang, termasuklah pergaduhan dengan PAS, tetapi kehadiran Dr Mahathir kemuncak permasalahan itu," katanya.

Tambahnya, Barisan Nasional sudah pun mengambil kesempatan daripada krisis dalaman itu.
"Akhbar arus perdana melaporan berkenaan bantahan terhadap Dr Mahathir menggunakan lambang PKR," katanya.

Langkah Kajang satu langkah politik bagi menggulingkan menteri besar Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, dan menggantikan beliau dengan Anwar. Langkah itu gagal apabila kelayakan Anwar sebagai calon terbatal selepas dia disabit kesalahan liwat dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

Wan Azizah kemudian dipilih menjadi calon dan diangkat sebagai pengganti Khalid, yang enggan berganjak dan dipecat dari parti, mencetuskan krisis perlembagaan selama beberapa bulan. Krisis itu selesai apabila Sultan Selangor melantik Azmin untuk mengambil alih jawatan itu.

Penganalisis politik, Wong Chin Huat dari Penang Institute bersetuju PH perlu mengurangkan perbalahan dalaman dan memberi ruang kepada pelbagai kumpulan dalam gabungan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata pertikaian kerusi sememangnya akan berlaku akibat ketidaksesuaian antara politik gabungan dan sistem pilihan raya "first-past-the-post".

"Memandangkan parti yang bersekutu perlu berunding untuk membahagikan kawasan untuk ditandingi, pilihan calon perlu dipusatkan, dan tiada prosedur operasi standard (SOP) yang konsisten dan saksama untuk melaksanakan pemilihan sedemikian," katanya.

Sumber TKO - 23-4-2018

Pergolakan PKR: Gan dakwa jadi mangsa surat layang
Posted on Monday, April 23 @ 15:52:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39320&mode=thread&order=0&thold=0



Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang Gan Pei Nei berkata beliau mungkin digugurkan sebagai calon kawasan itu.

Semuanya, kata pemimpin muda PKR, itu gara-gara sepucuk surat layang yang menuduhnya menyalahgunakan peruntukan kawasan.

Tak mampu menahan sebak, Gan berkata, surat itu dihantar kepada kepimpinan parti dan beliau tidak pun diberi peluang untuk membela diri.

Gan percaya ia didalangi orang dalam tetapi menyebut namanya.

“Mungkin surat ini dari pihak yang mahu bertanding di Rawang dan mereka tikam belakang saya,” katanya dalam sidang media di Rawang hari ini.

Gan berkata beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membersihkan namanya.

Beberapa anggota akar umbi parti itu turut hadir dalam sidang media itu.

Pada 2008, ketika baru berumur 27 tahun, Gan membuat kejutan dengan mengalahkan calon MCA.

Pada 2013, beliau sekali lagi menang dengan majoriti lebih besar.


Sumber TKO - 23-4-2018

Tian Chua mungkin kekal di Batu, kata sumber
Posted on Monday, April 23 @ 13:33:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39317&mode=thread&order=0&thold=0



PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua dikekalkan di kerusi Parlimen Batu selepas spekulasi pemindahan beliau ke Johor tidak diterima baik penyokongnya, kata seorang sumber.

“Sumbangannya banyak di Batu. Kepimpinan parti pun tahu sumbangannya di situ,” katanya kepada FMT hari ini.

Sumber itu berkata, Tian Chua bersetuju dengan cadangan sesetengah ahli PKR untuk Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dicalonkan di Parlimen Batu, kira-kira 2 minggu lepas.

Bagaimanapun, beliau mempunyai rekod pencapaian baik di Batu.

Petang tadi, Tian Chua mengumumkan akan terus bersama PKR walaupun spekulasi mengatakan beliau mungkin keluar parti.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kepimpinan PKR supaya berhati-hati dalam memilih calon terbaik untuk memenangi pilihan raya umum ke-14.

Ia susulan spekulasi wujud tarik tali dalam senarai calon antara 2 puak dalam PKR, satu diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, manakala satu lagi oleh Naib Presidennya, Rafizi Ramli yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Wan Azizah akan memilih calon berdasarkan pencapaian mereka.

“Calon tidak boleh dipilih kerana ‘anda kawan saya, maka saya letak anda di kerusi ini’.

“Senarai calon itu akan ditentukan berdasarkan pencapaian, jawapan Parlimen, statistik dan sokongan akar umbi.

“Ia berdasarkan rekod prestasi,” katanya sambil menambah beberapa kajian ke atas calon dilakukan Invoke, sebuah badan kaji selidik yang dikendalikan Rafizi.

Oleh itu, katanya, berlaku salah faham mengenai pemilihan calon.

“Timbul rasa tidak puas hati kerana sebilangan calon yang dikemukakan Azmin ditolak,” katanya.
Sesetengah pihak menyuarakan kekecewaan terhadap kemungkinan calon kerusi Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong digugurkan dan digantikan Datin Paduka Tan Yee Kew.

Bagaimanapun, 2 hari lepas, Tian Chua memberitahu FMT, jika kepimpinan mahu menggantikan Kee Kwong, maka penggantinya mestilah orang muda dan boleh menguasai dwibahasa kerana itu ialah kerusi majoriti Melayu.

Beberapa sumber berkata, sebilangan ahli PKR mencadangkan Wong sebagai pengganti Kee Kwong di Wangsa Maju.

Sumber itu mendedahkan senarai calon itu juga menunjukkan R Sivarasa akan mempertahankan kerusinya di Sungai Buloh (sebelum ini dikenali sebagai Subang), sementara Wong Chen akan bertanding di Subang (dahulu ialah Kelana Jaya), sementara G Manivannan di Kapar.

Beliau berkata, walaupun Nurul Izzah Anwar sebelum ini menafikan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh, tetapi namanya masih dikekalkan di kerusi tersebut, sementara Wan Azizah berpindah ke Pandan.

Katanya, Nurul Izzah lebih berminat bertanding di Kuala Lumpur atau Selangor, tetapi parti mahu beliau ke Permatang Pauh.

Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Azmin bakal bertanding di Ampang dan masih tidak diketahui siapakah penggantinya di Gombak yang merupakan kubu kuat PAS.


Bagaimanapun, Azmin memerlukan persetujuan Wan Azizah untuk berpindah ke Ampang.

Sumber TKO - 23-4-2018

PRU14: Wan Azizah, PKR S'gor belum capai kata sepakat
Posted on Monday, April 23 @ 08:51:36 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39312



Delegasi yang diketuai Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin akan berjumpa Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi ini untuk berbincang berhubung senarai calon pilihan raya umum (PRU).

Senarai itu tidak diumumkan semalam dan kini PKR hanya mempunyai kurang daripada 24 jam untuk mendapatkan penyelesaian.

Senarai calon itu dijangka diumumkan dalam program Pakatan Harapan (HARAPAN) di stadium Kuala Selangor esok.

Anggota parlimen PKR Hee Loy Sian berkata, ketika mesyuarat kepimpinan negeri dengan Wan Azizah di Segambut pagi ini, presiden PKR itu masih cuba untuk "mengesahkan" beberapa nama.
"Ada beberapa calon baru, Wan Azizah mahu tahu latar belakang mereka," katanya.

Dikatakan, terdapat aduan dari kalangan kumpulan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Wan Azizah membuat keputusan menggugurkan beberapa nama yang dicadangkan PKR Selangor. Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor.

Hee, yang merupakan penyandang parlimen Petaling Jaya Selatan berkata Azmin tidak berjumpa Wan Azizah sendiri kerana berada di Pulau Pinang.

Azmin bagaimanapun berkata, beliau akan berjumpa Wan Azizah dalam masa terdekat. Perjumpaan itu dijangka esok.


Ditanya reaksi Wan Azizah berhubung senarai calon yang dicadangkan PKR Selangor, Hee berkata: "Wan Azizah tak cakap okey atau tak okey".

"Wan Azizah akan muktamadkan senarai itu dengan Azmin dalam masa terdekat," tambahnya.
Hee juga menafikan kebimbangan bahawa masa semakin suntuk dengan mendakwa, senarai rasmi calon tidak semestinya diumumkan esok.

"Siapa kata esok ada pengumuman? Cuma anda yang kata," katanya.

Sumber TKO - 23-4-2018

Pergolakan PKR: Otai Reformis bidas 'Kartel': Jangan ugut Kak Wan
Posted on Sunday, April 22 @ 20:04:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39301



PKR semakin berkocak.

Selepas spekulasi Tian Chua keluar parti tidak menjadi kenyataan, Otai Reformis pula tampil membidas Ketua Wanita Zudaida Kamaruddin, Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali, dan pasukan 'Kartel'.

“Pemilihan calon bagi DUN negeri dan parlimen yang diputuskan oleh presiden parti tidak perlu dipertikaikan lagi, khususnya dari kumpulan pendesak ketua wanita dan pasukan timbalan presiden yang dilabelkan Kartel.



“Otai Reformis 1998 dan aktivis-aktivis parti PKR menentang keras ugutan dan penentangan terhadap keputusan presiden.

“Dasar pemilihan calon telah ditetapkan KPI yang digariskan telah diambil kira serta pengorbanan calon pada tahun tahun sebelumnya diambil kira,” kata setiausaha kumpulan veteran aktivis reformasi 1998 itu, Shaiful Ariffin.


Dalam kenyataan petang ini, Shaiful (atas) berkata Datuk Seri Wan Azizah Ismail telah membenarkan semua saluran sedia ada untuk mengemukakan senarai calon.

“Fakta fakta calon disaring ,disemak uji, diverifikasi dan diberi penilaiaan seadil-adilnya oleh jawatankuasa pemilihan maka tidak Perlu adanya tentangan atau ugutan di peringkat ini.

“Politik itu murni jika kita mengikhlaskan tindakan kita kerana Allah, bangsa dan negara,” katanya.
Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Shaiful mengesahkan istilah 'Kartel' itu merujuk kepada Azmin dan Zuraida.

Diminta menjelaskan maksud ugutan itu, Shaiful menjelaskan terdapat ugutan peribadi yang tidak perlu dijelaskan.

“Nampaknya ada ugutan nak keluar parti, tapi saya dengar ada rumours daripada Tian Chua, tapi saya tengok kenyataan media tak sebegitu.

“Ada ugutan peribadi yang tak payah payah dimaklumkan. Biasalah ada ugutan keluar parti.

“Ada yang nak boikot,” katanya.

Ditanya berkaitan pertemuan Zuraida dan Azizah, Shaiful berkata terdapat perbincangan ringkas tetapi belum jelas apa isinya.

Sumber TKO -22-4-2018

Wan Azizah tinggalkan majlis ketika Azmin berucap
Posted on Sunday, April 22 @ 19:07:09 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39299


PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan majlis pelancaran jentera PKR Seberang Jaya hari ini sejurus sebelum Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap.


Akibat tindakan itu, sekumpulan wartawan yang membuat liputan bergegas mendapatkan Wan Azizah.
Wan Azizah yang ketika itu sudah masuk ke dalam kereta, memaklumkan beliau terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan parti.
Berkenaan senarai calon oleh Mohamed Azmin yang menjadi isu hari ini, Wan Azizah berkata, parti itu mempunyai ujian saringan terakhir sebelum keputusan muktamad.

  Sebelum ini, hubungan Wan Azizah dan Mohamed Azmin dikatakan tegang apabila Wan Azizah dikatakan menolak senarai calon PKR yang akan dicadangkan Menteri Besar Selangor itu.

Sumber TKO - 22-4-2018

Azmin: Bantah Dr M guna logo PKR tindakan tak relevan
Posted on Sunday, April 22 @ 18:57:46 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39296



Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengecam langkah sesetengah pihak dalam parti itu yang membantah Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan logo PKR pada PRU ke-14.

Beliau menyifatkan mereka sebagai "tidak bertanggungjawab, tidak relevan dan tidak menghormati" keputusan kepimpinan untuk membenarkan calon daripada parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) menggunakan logo 'mata biru' parti itu.

"Mereka patut fokus membantu calon pembangkang memenangi pilihan raya," katanya kepada pemberita di Pinang Tunggal, Pulau Pinang.

Menurut laporan Bernama, kira-kira 50 anggota PKR mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam kerana membantah pengunaan logo parti oleh Mahathir.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Bukit Gantang Muhamad Faisal Zainal mendakwa sejumlah 120,000 anggota parti kecewa dan membantah keras langkah itu.

"Perlu diingat PKR ditubuhkan pada 1999 ekoran kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Beliau memberi masa enam hari kepada kepimpinan parti untuk membatalkan langkah itu jika tidak mahu mereka mengambil langkah drastik, seperti perletakan jawatan beramai-ramai.

Anggota PKR Sabak Bernam M Veerappan pula menyifatkan keputusan itu sebagai penghinaan kepada semua anggota parti yang sudah bersama-sama sejak ia ditubuhkan pada 4 April 1999.

Diupah pihak tertentu
Azmin mempertahankan Mahathir dan berkata bekas perdana menteri itu mempunyai peranan dalam PRU kali ini.

"Kami akan bersama-sama membentuk pasukan kuat untuk melawan BN dan saya menggesa mereka juga berbuat begitu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Otai Reformis 1998 Khairul Anuar Othman (gambar) dalam kenyataan hari ini mendakwa demonstrasi itu bukan dianjurkan oleh akar umbi parti seperti yang dicanang.

Katanya, peserta diupah oleh pihak tertentu yang mahu memburukkan nama PKR dan gerakan Reformasi.

"Otai Reformis akan tetap berdiri teguh bersama pimpinan parti dan HARAPAN dalam menghadapi PRU ke-14," katanya lagi. 

Sumber TKO - 22-4-2018


Tian Chua Tak Jadi keluar PKR
Posted on Sunday, April 22 @ 17:17:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39288



Tian Chua yang dijangkankan akan mengumumkan peletakan jawatannya dalam PKR petang ini tidak jadi. Dia telah mengumumkan dalam sidang media di Restoran D'boom Boom di Kuala Lumpur sebentar tadi.


Langkah nak letak jawatan itu dikaitkan dengan cakap-cakap beliau tidak berpuas hati selepas calon-calon direstui Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali dicantas.

Terdapat cuba spekulasi ketegangan makin memuncak dalam PKR antara kumpulan Azmin dan Naib Presiden Rafizi Ramli.



Tian Chua dijadual membuat sidang media berkaitan perkara itu dalam sidang media di sebuah restoran Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini beliau hanya berkata tidak tahu apa-apa berkaitan dakwaan krisis dalaman yang dilaporkan The Star.

Bagaimanapun, katanya: “Mungkin sebahagiannya benar”.

Ditanya sama ada beliau akan meletakkan jawatan, ikon reformasi itu menjawab: “Kelu”.
Sementara itu, Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa pemimpin-pemimpin parti harus menghormati hak presiden untuk membuat keputusan muktamad.

The Star melaporkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak lapan nama yang dimajukan Azmin sebagai calon di Selangor.

Tian Chua antara disebut-sebut bakal digugurkan, selain pegawai Azmin sendiri, Hilman Idham.

Sumber TKO - 22-4-2018

Mohd Shamsul sepatutnya saman Azan Ismail pasal Pil Kuda
Posted on Wednesday, April 18 @ 17:27:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39229



Semua orang tahu bahawa Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi selepas mendakwa Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, pada 22 April 2013.

Dalam ceramah berkenaan Abdul Hadi mendakwa ada colan PKR berfahaman kominis dan mengambil pil kuda.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu merujuk kepada dia dan telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pilihan raya dan ahli perniagaan.

Walaupun PAS ada bukti atau saksi penangih bersama, takkan penangih nak jadi saksi di mahkamah saya dengan dia makan pil kuda bersama.

Sama juga dulu Tun Mahathir menuduh Anwar liwat dan juga bersama pelacur. Tapi tuduhan pelacur digugurkan atas dasar tak ada yang nak jadi saksi. (Sekarang boleh tulis fakta ini... ahh luka kecil ajekan!!)

Bagaimana pun Mahkamah Tinggi ketika menolak saman Mohd Shamsul itu memutuskan plaintif (Mohd Shamsul) gagal membuktikan bahawa kata-kata yang didakwa diucapkan oleh Abdul Hadi sebenarnya merujuk kepada beliau. Dia kena bayar kos guaman sebanyak RM10,000.00

Mohd Shamsul diwakili peguam A. Vasudevan dan V. Saravanan manakala  peguam Datuk Takiyuddin Hassan mewakili Abdul Hadi.

Semalam bernama menyiarkan kenyataan Azan Ismail yang mengesahkan kebenaran kenyataan Presiden PAS dalam ceramah menjelang PRU-13 lalu.




Azan Ismail, Pengerusi PKR Negeri Terengganu berkata PKR mahu calon yang bertanding kali ini bebas daripada sebarang perlakuan negatif yang boleh menimbulkan kesangsian pengundi terhadap kredibiliti calon itu sebagai wakil rakyat mereka.

"Kita tidak mahu lagi ada calon kita yang didapati menyokong fahaman komunis ataupun yang mengambil pil kuda.

"Calon yang bertanding juga adalah dari kalangan mereka  yang berpengalaman dalam politik," katanya.

Jika benar Mohd Shamsul tidak bersalah dan tidak mengambil pil kuda, Mohd Shamsul sepatutnya saman Azan Ismail sebagaimana dia saman Presiden PAS.

Melainkan sebelum ini PROJEK SAMAN PRESIDEN PAS adalah mainan politik menjatuhkan Presiden PAS. 

Masih ingat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah.





Lebai tak kata ini betul tetapi ada kaitan dengan bekas peguam Abdul Hadi dulu Asmuni Awi. Lebai ingin penjelasan Asmuni Awi dalam hal ini. Harap jawab dengan betul.Logiknya kalau Hadi jawab saman itu perkara ini selesai tetapi kenapa lambat jawab sehingga kena saman 2 juta. (Lebai ada menulis di sini)


Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan, selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan terhadapnya.

Kena saman kerana tidak jawab perintah mahkamah. Peguam Presiden PAS semasa itu adalah Asmuni Awi sekarang ini Pengerusi Parti PAN @ AMANAH Perak.

Lebai tak nak tuduh si Asmuni bersubahat dengan PKR untuk jatuhkan Hadi dan geng ulama sebab aku tak ada bukti sekadar syak aje. Kalau tidak bersubahat boleh jadi dia bodoh tak jawab pertuduhan yang sepatutnya boleh selesai begitu mudah. Kan pelik!!

Ikut sifir AMANAH (PAN) Asmuni kena jawab sama dulu dia ada tak niat nak khianat Presiden PAS? Kena jawab tu!!

Itulah cara bodoh pemikiran penyokong HARAPAN dan AMANAH.


Sumber TKO - 18-4-2018

PRU14: Wan Azizah Tanding Bandar Tun Razak, Nurul Izzah 'Lari' Permatang Pauh?
Posted on Wednesday, April 18 @ 14:26:08 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39226
Presiden dan Naib Presiden PKR - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah Anwar - dikatakan tidak akan mempertahankan kerusi parlimen masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijadualkan berlangsung 9 Mei ini.

Menurut Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Dr Norvandri Hassan Basri, Wan Azizah selaku penyandang ahli parlimen Permatang Pauh mungkin akan bertanding di Lembah Klang, samaada di parlimen Pandan atau Bandar Tun Razak.


Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan Pandan menjadi rebutan berikutan penyandangnya Tan Sri Khalid Ibrahim sudah dipecat PKR sementara Rafizi Ramli mengumumkan tidak akan bertanding berikutan menanti tarikh dipenjarakan.

Sementara Izzah yang menyandang jawatan selaku ahli parlimen Lembah Pantai selama dua penggal akan mengambil alih parlimen ibunya, Permatang Pauh.

Ujar Dr Norvandri, Nurul Izzah menyedari sukar untuk mempertahankan kerusinya di Lembah Pantai berikutan kemarahan pengundi kawasan berkenaan setelah mengetahui anak ketua de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memfitnah lawannya, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk menang pada PRU13 lalu.

Fitnah disebutkan Dr Norvandri merujuk kepada tuduhan Nurul Izzah bahawa Nong Chik berhubung urus niaga pembelian 4.85 hektar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara disebutkan Naib Presiden PKR itu, sehari sebelum hari pengundian PRU13.

"Fitnah jahat sehari sebelum PRU-13 ini tentu memberi kesan negatif kepada Nong Chik dan ada pengundi-pengundi parlimen yang mungkin tidak mengundi beliau disebabkan fitnah jijik tersebut. Tambahan pula, undi majoritinya hanya 1,874 undi.

"Tindakan Nurul Izzah lari ke parlimen Permatang Pauh berkemungkinan besar kerana beliau menganggap kerusi tersebut adalah kerusi selamat. Beliau berharap kepada nama bapanya tetapi politik di Permatang Pauh tidak lagi sama seperti PRU13 dan sebelumnya," ujar Dr Norvandri dipetik blognya.

Walaubagaimanapun, pencalonan Nurul Izzah di Permatang Pauh bukanlah laluan mudah berikutan PAS yang menguasai salah satu DUN didalam parlimen berkenaan tidak lagi menyokong Pakatan Harapan.

Kata Dr Norvandri, pertembungan tiga penjuru di kesemua kawasan antara BN, PAS dan Pakatan Harapan yang akan bertanding dibawah logo PKR akan memberi saingan sengit kepada Izzah.

Disamping itu, pembangunan yang dibawa BN dibawah gerak kerja Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said telah mengatasi legasi ditinggalkan Azizah.

"Malah, usaha murni yang dilakukan oleh UMNO Permatang Pauh bukannya bermusim tetapi mereka tidak pernah berhenti bekerja untuk rakyat, mengalahkan Wan Azizah yang didakwa jarang balik kawasan," ujarnya optimis Wan Azizah akan 'lari' meninggalkan Permatang Pauh.

"Wan Azizah dan PKR tahu bahawa kerusi Permatang Pauh bukan lagi kerusi selamat dan sudah terlambat untuk tiba-tiba rajin turun dan bertemu rakyat sedangkan rakyat tahu mereka jarang berbuat demikian sebelum ini.

"Apakah akan berlaku tsunami Permatang Pauh menolak PKR dan Nurul Izzah?
"Tidak mustahil."

- mD

Sumber TKO - 18-4-2018

PKR turut rapuh, dalam senyap krisis menular
Posted on Wednesday, April 18 @ 09:56:49 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39221



Oleh Estafa Fahaqim

PKR juga bergolak. Dalam senyap krisis kepimpinan menular sejak berlakunya tsunami pilihan raya umum ke-13. Bukan sahaja krisis antara kepimpinan, hari ini juga krisis berlaku sejak mereka bersetuju melamar Tun Dr Mahathir Mohamad.

PKR Selangor menolak cadangan lamaran tapi menerima semula sungguh pun dalam kalangan ahli dan penyokong masih berbalah.

PKR juga mempunyai pemimpin yang sedang membentuk dominasi dalam PKR. Nama Datuk Seri Azmin Ali, menteri besar Selangor yang naik hasil konspirasi Langkah Kajang, dikatakan sedang membentuk dominasi dalam PKR, wadah yang terhasil dari gerakan Reformasi cetusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pemilihan lepas, iaitu mandat 2014 – 2017, kepimpinan PKR dikatakan didominasi oleh penyokong Azmin dan rungutan kalangan ahli mula kedengaran. Azmin dikatakan mula membentuk “kartel” – memetik kata-kata ahli PKR sendiri – untuk memastikan beliau menyandang jawatan presiden pada pemilihan akan datang. Keadaan ini disedari ahli parti dan penentangan terhadap Azmin sudah berlaku.

Krisis tersembunyi dalam PKR memang wujud. Perebutan jawatan menteri besar, dengan usaha menjatuhkan menteri besar sebelum itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, bukti jelas dalam PKR berlaku perebutan kuasa. Melanggar cadangan presiden PKR menjawat jawatan menteri besar Selangor satu bukti PKR sedang bergolak.

Keadaan dalam PKR tidak setenang mana. Nama Rafizi Ramli dikaitkan dengan kem yang tidak menyokong Azmin. Rafizi dikatakan mempunyai kaitan khusus dengan presiden PKR dari segi sokongan, juga berbalah dengan Azmin. Beberapa pendedahan dilakukan terhadap pentadbiran Selangor di bawah Azmin kini muncul.

Nama lain seperti Datuk Saifuddin Nasution juga dikaitkan sebagai penentang Azmin sungguh pun tidak kelihatan jelas.

Keredaan hanya berlaku sementara dalam mana ia masih berterusan ada. Pergolakan tetap ada dan menurut sumber, pencabar Azmin satu-satu mula tersingkir dan dikeluarkan.

Adakah tidak ada persamaan parti ini dengan cara pengendalian Dr Mahathir sewaktu dalam Umno, dengan usaha menutup suara-suara penentang dengan cara yang tidak demokrasi dan menggunakan pengaruh kuasa pentadbiran untuk menguatkan kedudukan dalam parti.

Azmin menjadi menteri besar Selangor banyak mengukuhkan kedudukannya dalam PKR. Sokongan kerana beliau adalah menteri besar Selangor mula meningkat. Kaitan kuasa yang ada padanya memberi loncatan kepada usaha beliau menerbitkan sokongan dalam kalangan ahli PKR.

Benar kata Rafizi
Tidak banyak yang berbeza dalam politik baru yang dicanangkan PKR, politik tetap politik. Benar juga dalam ceramah Rafizi baru-baru ini, untuk tidak mempercayai ahli politik yang memegang kuasa. Mungkin ahli PKR sendiri perlu memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Rafizi.

Sesuatu yang amat menarik untuk kita perhatikan apabila Anwar bebas dari penjara. Persoalan adakah mampu kartel Azmin berdepan Anwar? Adakah akan ada perubahan dalam sengketa kepimpinan atau mungkin tercetus perbalahan baru yang lebih hebat dalam PKR?

Dalam PKR sendiri sudah ada api dalam sekam. Setakat ini mungkin matlamat untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak menghalang kebangkitan penentangan antara kepimpinan PKR tetapi apa yang jelas ia sedang berasap.

Pembebasan Anwar dijangka tidak lama lagi. Adakah pengaruh Anwar akan memberi kesan baru pada kartel yang disebutkan dibentuk oleh Azmin? Adakah Azmin berani untuk memulakan perbalahan dengan Anwar atau Anwar terpaksa akur demi matlamat yang lebih besar?

Politik jelas tidak banyak berubah. Penilaian kepimpinan perlu diperhalusi, kerakusan untuk mendapatkan kuasa, memegang kuasa bukan sesuatu kriteria untuk memilih kepimpinan.

PKR juga sedang bergolak dan akan bergolak lebih hebat lagi. Ini baru urusan pergolakan dalam parti yang sudah mula timbul. Kita belum lagi memikirkan pergolakan sekiranya PRU14 ini dimenangi oleh mereka. Adakah dapat mereka membendung perebutan dalam PKR, tentangan dan pergeseran dalam bukan sahaja jawatan dalaman tetapi jawatan-jawatan sekiranya mentadbir negara?

Banyak perubahan sudah berlaku pada parti yang dikatakan wadah kepada perjuangan Reformasi dahulu. Ahli dan penyokong hari ini bersengketa melihat usaha mempolitikkan hampir semua perkara termasuk apa yang dikatakan “perjuangan”.


Adakah kita tidak mungkin melihat perbalahan antara Anwar dan Azmin kelak?

Sumber TKO - 18=4-2018

Akhirnya PKR Mengaku Hantar Calon Komunis & Pil Kuda Tanding PRU
Posted on Tuesday, April 17 @ 17:59:53 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39207



AIDCNews -16/04/18 –Jika sebelum ini PKR menafikan calon daripada parti mereka berfahaman komunis dan pil kuda, namun pengakuan terbaharu Pengerusi Keadilan Terengganu, Azan Ismail menjawab persoalan tersebut.

“Kita tidak mahu lagi ada calon kita yang didapati menyokong fahaman komunis ataupun yang mengambil pil kuda.

“Calon yang bertanding juga adalah dari kalangan mereka yang berpengalaman dalam politik,” kata Azan ketika membentangkan manifesto PKR Terengganu hari ini.

Azan sepertimana dilaporkan Bernama berkata PKR bakal bertanding di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen negeri Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14), 9 Mei.

“PKR akan bertanding di 11 kerusi DUN Terengganu termasuk saya yang akan mempertahankan kerusi DUN Bandar, (yang lain) Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Alor Limbat, Kuala Berang, Telemong, Rantau Abang, Chukai dan Air Putih manakala dua kerusi Parlimen pula adalah Dungun dan Kemaman,” katanya.

Pengakuan terbaharu Azan itu mengesahkan dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada PRU 13 bahawa terhadap calon PKR adalah calon pil kuda dan calon komunis.

Walaupun Abdul Hadi disaman oleh bekas calon PKR DUN Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin berkaitan dengan dakwaan tersebut, namun keputusan mahkamah berpihak kepada Presiden PAS.

Ketika calon PKR itu menyaman Presiden PAS, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail seolah-olah menafikan dakwaan itu apabila berpihak kepada Mohd. Shamsul.

Akar umbi PAS, Herman Samsudeen menyambut baik pengakuan terbuka Pengerusi PKR Terengganu tersebut.

“Kenyataan beliau ini mengesahkan bahawa ucapan Presiden PAS, TG Abdul Hadi Awang semasa PRU 13 yang lalu bahawa ada calon PKR yang menyokong komunis dan mengedar pil kuda adalah benar.

“Presiden PAS sebelum ini disaman oleh beberapa ahli PKR yang tidak puas hati dengan kenyataan itu, namun tiada satu pun saman itu yang berjaya.

“Akhirnya Azan sendiri membuat pengesahan. Selaku Pengerusi PKR Terengganu beliau pastinya lebih tahu siapa calon yang dikatakan Komunis dan mengambil Pil Kuda itu.


“Pastinya PAS akan menyambut baik hasrat PKR untuk meletakkan calon yang bebas dari pengaruh komunis dan pil kuda. PAS mahu lawan calon yang berintegriti dan tidak dipengaruhi oleh agenda komunisma,”katanya dalam Facebook.

Sumber TKO - 17-4-2018

Wan Azizah tak tolak kemungkinan berhijrah ke Pandan
Posted on Tuesday, April 17 @ 17:54:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39206



PETALING JAYA: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak menolak kemungkinan beliau akan melepaskan Permatang Pauh dan berpindah ke Parlimen Pandan.

“Suatu jawatankuasa ditubuhkan untuk lihat bagaimana dan dimanakah saya akan bertanding, termasuk kerusi Pandan,” katanya.

Terdahulu, sumber memberitahu pilihan raya akan datang menyaksikan penukaran kerusi yang ketara dalam kalangan pimpinan tertinggi PKR.

Spekulasi mengatakan Wan Azizah akan mengisi kekosongan di kerusi Pandan, selepas Rafizi Ramli memaklumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

Mahkamah Sesyen Shah Alam 7 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi kerana didapati bersalah membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC) pada Mac 2012. Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah pula dikatakan akan mengambil alih kerusi tradisi bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari tangan Wan Azizah.

Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pencabar untuk Parlimen Permatang Pauh, iaitu Ketua Pemuda Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden, anak kepada bekas imam besar Masjid Negara Datuk Taib Azamudden Mohd Taib.

Hadi memberitahu pemberita keputusan ini menimbulkan nostalgia kerana Permatang Pauh “istimewa” buat PAS. Kerusi itu terlepas ke tangan Anwar pada 1982, yang ketika itu bersama Umno.

Sumber TKO - 17-4-2018

PKR bertanding di 11 DUN, 2 Parlimen di Terengganu
Posted on Monday, April 16 @ 19:55:36 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39194



KUALA TERENGGANU: PKR bakal bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 2 kerusi Parlimen negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei nanti.

Pengerusi PKR Negeri Azan Ismail yang juga penyandang Adun Bandar berkata pengumuman akan dibuat pada 20 April bagi memperkenalkan calon PKR termasuk 2 calon wanita.

“PKR akan bertanding di 11 kerusi DUN Terengganu termasuk saya yang akan mempertahankan kerusi DUN Bandar, (yang lain) Kota Putera, Permaisuri, Seberang Takir, Bukit Tunggal, Alor Limbat, Kuala Berang, Telemong, Rantau Abang, Chukai dan Air Putih manakala 2 kerusi Parlimen pula adalah Dungun dan Kemaman,” katanya ketika membentangkan manifesto PKR Terengganu hari ini.

Mengulas kelewatan pengumuman calon PKR, Azan berkata ia berlaku susulan langkah berhati-hati pucuk pimpinan parti yang membuat saringan ketat bagi memilih calon.

Katanya, PKR mahu calon yang bertanding kali ini bebas daripada sebarang perlakuan negatif yang boleh menimbulkan kesangsian pengundi terhadap kredibiliti calon itu sebagai wakil rakyat mereka.
“Kita tidak mahu lagi ada calon yang didapati menyokong fahaman komunis ataupun mengambil pil kuda.

“Calon yang bertanding juga adalah dari kalangan mereka yang berpengalaman dalam politik,” katanya.

Azan menafikan dakwaan kononnya terdapat bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti dan menyertai Pakatan Harapan untuk bertanding pada PRU14.

“Saya ada dengar desas-desus itu tetapi hingga kini tiada sebarang permohonan menyertai mana-mana parti dalam PH oleh individu yang didakwa,” katanya.

Mengenai pengumuman PKR mengemukakan 5 teras utama yang memberikan 10 tumpuan kepada keperluan rakyat Terengganu dengan bertemakan Demi Teganu, Harapan Cakne Rakyat.

“Lima dasar utama itu ialah memartabatkan agama dan pengukuhan nilai murni, kecekapan pengurusan petroleum dan sumber alam, keseimbangan ekonomi dan taraf hidup, warga sihat dan rumah untuk semua,“ katanya.

Sumber TKO - 16-4-2018

Xavier Jayakumar tidak akan pertahan Sungai Kandis
Posted on Monday, April 16 @ 05:03:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39169



PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar tidak akan mempertahankan DUN Sungai Kandis pada pilihan raya akan datang, kata sumber.

Sungai Kandis, nama baharu DUN Seri Andalas, dimenangi Xavier pada 2008 dan berjaya dipertahankan pada PRU13, dengan majoriti 15,000 undi.

Sumber mengatakan kepimpinan tertinggi PKR belum memutuskan sama ada Xavier akan diletakkan di DUN lain atau diangkat ke Parlimen.

“Buat masa ini, Mat Shuhaimi Shafiei, penyandang Kota Kemuning (sebelum ini Sri Muda) akan bertanding di kerusi Xavier.”

Awal hari ini, FMT melaporkan Exco Selangor V Ganabatirau dari DAP akan bertanding Kota Kemuning.

Beliau merupakan penyandang DUN Sentosa, sebelum ini Kota Alam Shah.

Shuhaimi berkemungkinan sekali bertembung calon MIC dan PAS di Sungai Kandis, kerusi campuran dengan pecahan 39% pengundi Melayu, Cina 24%, India 35% dan lain-lain 2%.

Mengenai DUN Sentosa pula, sumber mengatakan PKR masih belum memuktamadkan calon.

“Apa yang sah setakat ini ialah calon itu berketurunan India. Parti sedang melihat beberapa nama, termasuk calon anak muda dan wanita.

“Di Selangor, bilangan calon India dari PKR lebih dari mencukupi jadi sebilangan mereka masih sedang berbalah.”

Kerusi Sentosa yang mempunyai majoriti pengundi Cina ditandingi DAP sejak 2008, apabila M Manoharan memenangi kerusi itu semasa dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana pembabitannya dengan tunjuk perasaan Hindraf 2007.

Pada 2013, Manoharan digugurkan untuk Ganabatirau, yang mempertahankan kerusi itu bagi DAP dalam pertarungan 4 penjuru menentang calon BN, Maglin Dennis D’Cruz, calon bebas Loo Hok Chai dan L Pannerselvam.

Sumber TKO - 15-4-2018

Azmin serah wang tunai, komputer riba, iPad lebih RM2 juta
Posted on Sunday, April 15 @ 09:58:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39149



Menteri besar sementara Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyerahkan wang tunai, komputer riba dan iPad kepada pengundi di Bukit Antarabangsa dan Gombak hari ini.

Azmin menghadiri empat acara penyerahan bantuan yang dijadualkan pagi ini dan Malaysiakini menghadiri dua daripadanya.

Dalam dua majlis di Ukay Perdana dan Kampung Kerdas, jumlah bantuan yang diedarkan berjumlah lebih RM2.24 juta.

Bagi golongan muda, Azmin memberikan lebih RM44,000 sebagai bantuan kepada pelajar, serta 14 komputer riba.

Menteri besar sementara itu juga memberikan enam komputer riba kepada ketua kampung sebagai sebahagian daripada inisiatif Peduli Rakyat oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, sebahagian besar bantuan adalah untuk program masyarakat dan kemudahan awam, dengan dana tunai bernilai antara RM5,000 hingga RM75,000 disumbangkan.

RM75,000 diminta oleh persatuan penduduk Spring Ville 2 bagi kemudahan awam.

Selain itu, Azmin turut memberikan bantuan tunai antara RM500 hingga RM1,000 bagi menampung kos sara hidup golongan miskin serta bantuan tunai untuk menampung perbelanjaan perubatan.

Dalam ucapannya di Ukay Perdana, Azmin menafikan pemberian itu dilakukan kerana pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei.

Sebaliknya, beliau berkata bantuan yang disampaikan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan sementara sebagai pentadbiran yang peduli rakyat.

"Kita bukan bagi (bantuan) hari ini (sahaja) kerana 9 hari bulan tiap-tiap minggu kita bagi. Sebab itu pengerusi (persatuan penduduk) tahu tiap-tiap minggu saya ada di sini pun minta lagi.

"Tak apalah, bukan masuk poket dia, duit untuk rakyat. Hari ini kita nak bagi pada masjid, kita nak bagi pada surau, kita nak bagi pada NGO, kita nak bagi pada belia, kita nak bagi pada pelajar-pelajar, kita nak bagi orang sakit, kita nak bagi warga emas, inilah compassionate state," katanya.

Orang ramai yang hadir menjawab dengan sorakan "amin" dan bertepuk tangan.
"Amin amin amin, undi jangan lupa," balas Azmin sambil ketawa.

Beliau menambah semakin banyak bantuan diberikan, semakin banyak rezeki yang akan diberikan Allah.

Sebelum ini pembangkang sering mengkritik kerajaan kerana menyampaikan bantuan kepada pengundi sebelum pilihan raya, dengan sesetengahnya menyamakannya sebagai rasuah.

Sumber TKO - 15-4-2018

PKR belum putuskan kedudukan Adun Paya Jaras
Posted on Thursday, April 12 @ 05:35:27 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39089



SHAH ALAM: PKR Selangor masih belum memutuskan sama ada Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman, yang melompat dari PAS ke parti itu baru-baru ini, akan dicadangkan untuk sekali lagi bertanding kerusi itu.

“Ya, dia ahli PKR tapi itu belum diputuskan,” kata Pengerusi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Semalam, Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim berkata Paya Jaras akan diberikan kepada calon Amanah, namun PKR boleh mencadangkan calon yang dirasakan sesuai untuk pertimbangan partinya.

“Tidak bermakna kamu keluar PAS dan masuk PKR pada saat akhir melayakkan kamu bertanding mana-mana kerusi. Bukan begitu syaratnya. Syarat ialah calon terbaik dan kita akan lihat semua sudut,” kata Izham.

Beberapa minggu lagi menuju pilihan raya umum ke-14, Khairuddin menyertai PKR Ahad lalu, langkah yang menurut PAS Selangor boleh mencetuskan konflik antara PKR, yang mahukan kelebihan kerusi yang lebih besar, dan Amanah, yang mahukan kerusi-kerusi PAS di Selangor.

Khairuddin sendiri berkata beliau meninggalkan PAS dan menyertai PKR kerana berpuas hati dengan kepimpinan Azmin, yang juga menteri besar Selangor dalam penggal ini.

Khairuddin sebelum ini digugurkan sebagai setiausaha PAS Selangor dan tidak dsenaraikan sebagai calon PAS pada PRU14, dipercayai kerana kemesraannya dengan Pakatan Harapan.


Beliau memenangi Paya Jaras mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dengan majoriti selesa 5,522 undi.

Sumber TKO - 12-4-2018

Orang itu akan guna lambang PKR, Seleroh Azmin Untuk Mahathir
Posted on Sunday, April 08 @ 22:02:02 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39027



Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat melengkapi putaran roda kehidupan apabila kini bekerjasama dengan orang yang pernah menjadi seteru politik parti itu pada suatu ketika dahulu.

Pada pelancaran jentera PRU14, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan terdapat 'seseorang' yang meramalkan PKR tidak akan mampu bertahan lebih dari enam bulan daripada waktu ia ditubuhkan pada 1998.

"Pada satu ketika dulu tiada ada siapa yang yakin parti ini boleh survive.

"Ada yang keluar kenyataan kata kita hanya boleh bertahan enam bulan. Dan orang yang menyatakan itu InsyaAllah akan menggunakan lambang PKR dalam PRU14," Azmin berucap di hadapan kira-kira 3,000 anggota parti itu yang berhimpun di Kompleks Belia dan Sukan di Shah Alam.

"Ini kejayaan yang telah kita capai. Tidak mudah bagi kita mencapai tahap ini," jelas beliau.
Walaupun Azmin tidak menyebut nama orang itu, ia jelas merujuk kepada kenyataan Pengerusi HARAPAN Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lalu bahawa semua calon BERSATU, DAP dan AMANAH akan bertanding di bawah logo PKR pada PRU14 ini.

Mahathir mengumumkan langkah itu sebagai tindak balas terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang mengeluarkan notis pembubaran sementara BERSATU dan menolak permohonan HARAPAN mendaftarkan gabungan itu sebagai pakatan rasmi.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkongsi pengalaman beliau menyaksikan Mahathir memakai logo PKR di bajunya dalam suatu majlis di Pasir Gudang, Johor.
"Saya nak kongsi cerita bila mantan perdana menteri, yang dulu kita panggil dia nama macam-macam, setuju untuk pakai lambang PKR.

"Kebetulan saya ada lencana PKR dalam handbag. Saya keluarkan letak atas meja depan dia. Dia ambil dan lekatkan pada baju.

"Terus saya suruh Tian Chua ambil video jadi kita ada kenangan Tun Mahathir memakai lencana PKR," kata Wan Azizah bersambut sorakan hadirin.

Tian Chua dalam ucapan beliau sebelumnya mengenang Parti Keadilan Nasional (nama PKR
sebelum bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia) sebagai sebuah parti yang ditubuhkan 'di jalan raya' oleh orang-orang yang melawan apa yang mereka lihat sebagai ketidakadilan pada waktu itu.

"Beza dengan parti lain, PKR lahir dari jalan raya. Kita bukan daftar dengan ROS dulu kemudian masuk bertanding.

"Pemimpin kita berjuang, mereka dihina dan mereka ditindas," ucap Tian Chua.

Sumber TKO - 8-4-2018



Bekas MP Kapar Manikavasagam Umum Keluar PKR
Posted on Saturday, April 07 @ 10:34:57 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38994



PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, memutuskan untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas kecewa dengan konflik dalaman parti itu.

Beliau yang digantung keahlian sejak Ogos 2017 berkata, sudah cukup baginya untuk berada dalam parti itu selama 18 tahun kerana dakwanya, ada pihak dalaman termasuk barisan kepimpinan yang bertindak melancarkan ‘serangan peribadi’ terhadapnya.

“Banyak pihak yang mencemburui, dengki dan tidak puas hati dengan saya…macam-macam mereka lakukan bagi menjatuhkan imej saya dalam parti.

“Sehubungan itu, saya mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyertai parti lain kerana saya memerlukan platform untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam temuramah bersama mStar Online.

Manikavasagam berkata, susulan keputusannya itu, beliau akan menyertai sebuah parti pembangkang lain dan pengumuman itu akan dibuat Sabtu ini.

Jelasnya lagi, keyakinannya terhadap PKR ketika ini hanyalah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim serta timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Jika bukan Anwar, Azmin layak sebagai calon perdana menteri berbanding pihak lain sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14),” katanya yang pernah memikul tanggungjawab selaku Ketua Cabang PKR Kuala Selangor yang ketika itu mempunyai 45 Ranting sebelum keahliannya digantung.

Pada Ogos tahun lalu, PKR menggantung keahlian Manikavasagam selama dua tahun berikutan satu ucapan yang dibuatnya di Kuil Sri Balathandayuthapani, Kapar pada 8 April tahun yang sama.

Manikavasagam mendakwa yang dia telah membuat rayuan berserta penjelasan dalam tempoh 14 hari selepas penggantungan itu, tetapi statusnya sehingga kini masih menjadi tanda-tanya.

Malahan, jika penggantungan itu ditarik balik dalam masa terdekat sekali pun katanya, ia sudah terlambat kerana sudah membuat keputusan untuk meneruskan agenda politiknya.

“Saya ikhlas berjuang dan berkhidmat untuk rakyat pelbagai kaum seperti menangani masalah dan kawasan setempat,” katanya.

Mengenai PRU14, Manikavasagam menegaskan tindakannya keluar parti bukan disebabkan mahu bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Bagaimanapun beliau tidak menolak sekiranya diberi peluang oleh parti baharu untuk bertanding, termasuk di kawasan Parlimen Kapar.

“Terpulang kepada mereka (parti baharu), kalau diberi peluang untuk bertanding, saya terima. Kalau dapat Kapar baguslah sebab saya sudah lama berkhidmat kepada masyarakat di sini dan sudah ada pengikut malah bermastautin di Meru,” katanya – Mstar

Sumber TKO - 7-4-2018

Rafizi Bocor Kajian Invoke... Mahathir Tak Bantu Tsunami Melayu
Posted on Thursday, April 05 @ 11:58:02 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38962



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli manafikan spekulasi yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya, PPBM, akan mencetuskan tsunami Melayu yang akan memenangkan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pemimpin PKR yang mengetuai badan kaji selidik Invoke Malaysia itu berkata data yang dikumpulkan hasil penyelidikannya tidak menyokong spekulasi itu, dan dia turut membentangkan hasil penyelidikan itu kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PPBM.

“Sekiranya anda bertanya kepada saya apakah akan berlaku tsunami disebabkan PPBM dan Dr Mahathir, saya katakan tidak, itu tidak akan berlaku.

“Saya beritahu perkara ini setiap hari kepada Dr Mahathir, Muhyiddin Yassin dan pemimpin parti mereka dan mereka menerimanya.

“Anda boleh bertanya kepada mereka berdua jika data ini yang saya bentangkan dalam mesyuarat kami. Tidak ada ahli PPBM yang terluka disebabkan apa yang saya katakan kerana mereka tahu data ini membantu kami merancang taktik dan strategi terbaik di kerusi terbaik.

“Untuk menang, kami perlu memainkan peranan sendiri dan perlu mengekalkan objektif kami,” katanya pada sebuat program Invoke.

Rafizi menambah pandangannya hanya berdasarkan pada nombor yang dikeluarkan oleh Invoke.

“Ia berdasarkan ramalan saya terhadap nombor yang kami kumpulkan. Nombor-nombor itu jelas dan ia menunjukkan perkara itu tidak akan berlaku. Jika anda tidak mempercayai nombor-nombor itu, ini akan digunakan untuk menakutkan pengundi yang belum menyokong anda.”

Tambahnya, masih ada pengundi bukan Melayu yang tidak selesa untuk menyokong Dr Mahathir, namun katanya ini bukan memperkecilkan pengerusi PPBM itu.

“Sebaliknya, ia menerima peranan yang dimainkan PPBM untuk memenangi undi Melayu. Kita harus mendasarkan ini pada data yang tepat.

“Inilah nombor-nombornya dan ini penting untuk mengenalpasti kekuatan kami. Ingat, kami (PKR) menjadi parti pembangkang dengan hanya 30,000 ahli pada satu ketika dulu pada 1999.

“Pada ketika itu, ketika Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar memberikan ucapan, hampir tidak ada orang yang berhenti dan mendengar tetapi mereka masih memasuki arena (politik).

“Ini kerana pilihan raya tidak pernah dimenangi penyokong parti tetapi oleh sokongan rakyat.”

Kemungkinan tsunami Melayu, seperti tsunami komuniti India pada 2008 yang didorong oleh kemunculan Hindraf pada tahun sebelumnya, diperdebatkan oleh pemimpin kedua-dua belah parti politik.

Ramai pemimpin pembangkang, dan juga bekas pemimpin MIC dan MCA, percaya Dr Mahathir mampu mencetuskan tsunami Melayu yang akan menarik sejumlah besar undi Melayu untuk menyokong pembangkang.

Ramai mengatakan jika ini berlaku, ia mungkin menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, menafikan kemungkinan tsunami Melayu sebagai “undi Melayu sekarang terbahagi dan tiada seorang pun akan memperoleh majoriti 2/3”.

Pengerusi Umno Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin pula mendakwa isu itu disensasikan dan Umno mempunyai kekuatan tersendiri untuk berdepan dengan cabaran dari parti pembangkang berasaskan Melayu seperti PPBM dan PAS.

Sementara itu, Maszlee Malik percaya parti yang baru disertainya itu memiliki apa yang diperlukan untuk mencetuskan tsunami Melayu selepas penyelewengan dana 1MDB yang didedahkan penerbitan antarabangsa.

Bagaimanapun, beliau berkata isu yang paling penting adalah penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isu Dr Mahathir meninggalkan Umno.

Terdapat juga beberapa pihak yang percaya PAS, yang ingin menjadi blok ke-3 selain PH dan BN, akan menarik sokongan orang Melayu untuk mencipta tsunami mereka sendiri.

XOXO - Habis amnil Mahathir untuk apa? Untuk buktikan Anwar memang bersalah ke? Untuk bodohkan otai reformasi?..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 5-4-2018

Pengampunan Anwar: Ikut cakap Mahathir, PKR kena sabar
Posted on Friday, March 30 @ 12:51:26 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38870



oleh: Abdul Rahman Malik

Memang benar kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bahawa proses mendapatkan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin memakan masa yang agak lama.


Maklumlah Seri Paduka Baginda perlulah mempertimbangkan merit kes Datuk Seri Anwar untuk diberi pengampunan dari sekatan tidak boleh boleh aktif berpolitik lima tahun selepas selesai beliau menjalani hukuman penjara Jun ini kerana meliwat. 

Apatah lagi jika pengampunan berkenaan akan membawa erti Anwar mahu dilantik oleh Seri Paduka Baginda sendiri sebagai Perdana Menteri Malaysia jika berjaya dalam pilihan raya kecil Parlimen untuk melayakkan beliau memegang jawatan berkenaan.

Imej Seri Paduka Baginda juga harus dipertimbangkan. Atas alasan apakah Anwar yang dianggap sebagai bekas banduan pada satu hari akan diberi pengampunan penuh dan akan dilantik memerintah Malaysia esoknya? 

Tentu pertimbangannya, tidakkah Seri Paduka Baginda boleh disifatkan agak gopoh melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sedang hukuman beliau termasuk soal “bercuti” daripada politik untuk lima tahun. Tidakkah itu bererti “memendekkan” hukumannya?


Adakah Malaysia begitu terdesak bagi mendapatkan khidmat Anwar sebagai Perdana Menteri sehingga hilang pertimbangan lantas memperlecehkan kewibawaan hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan?

Jika demikian, tidakkah Seri Paduka Baginda boleh dipertikaikan sebagai mempersoalkan kearifan hakim-hakim yang dilantik oleh institusi Yang di-Pertuan Agong sendiri hanya kerana sebilangan rakyat mahu beliau diangkat menjadi Perdana Menteri.

“Anwar perlu diampunkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum beliau boleh berkecimpung dalam politik semula. Ia akan mengambil masa antara dua hingga tiga tahun. Saya tidak fikir saya boleh “bertahan” menjadi perdana menteri untuk satu penggal penuh,” kata Dr Mahathir. 

Pembangkang tidak serik kegagalan 'Langkah Kajang'?

Memang benar Anwar adalah Ketua Umum PH dan mengikut konsensusnya beliau akan menggantikan Tun Mahathir pada kadar seberapa segera yang boleh. Namun Malaysia ada peraturan soal memilih pemimpin menurut luas demokrasi ala-Malaysia.

Diandaikan PH berjaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tidak wajarlah ia menyalahguna kuasa dengan taktik “menggertak dan pulas tangan” terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong dan sistem memilih pemimpin, khususnya Peerdana Menteri.

Apakah PH tidak mengambil iktibar terhadap kegagalannya menjadikan skim “Langkah Kajang” satu realiti. Sebaliknya bukan sahaja idea yang dicetuskan “anak emas" Anwar, Rafizi Ramli, tidak menjadi malah Anwar pula dipenjarakan lagi?

Mahathir mungkin jujur mengatakan bahawa beliau memang berniat menjadikan Anwar Perdana Menteri sekurang-kurangnya dua tahun selepas PH memenangi PRU14. 

Justeru penyokong Anwar Ibrahim seharusnya menerima hakikat ini dengan dada terbuka dan jauh sekali menganggap kenyataan Mahathir sebagai satu tempelakan bagi PKR dan keluarga Anwar.

Naib Presiden PKR Dr Xavier Jeyakumar sebelum ini berkata Dr Mahathir memberikan komitmen untuk memulakan proses memohon pengampunan Istana untuk Anwar secepat mungkin supaya beliau boleh mengisi jawatan itu.

Begitu juga dengan Ketua Whip PKR di Parlimen, Datuk Johari Abdul yang mencongak tidak sampai sebelum memenangi PRU14, Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri. Keluarga Anwar tentu mengharapkan keajaiban itu satu realiti secepat mungkin. 

Namun apabila dalam satu wawancara dengan media asing, Mahathir mendakwa proses pengampunan itu akan mengambil masa antara dua hingga tiga tahun. Ini merangsang kekecewaan bagi penyokong Anwar dan keluarganya.

Anwar akan selesai menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan sodomi pada Jun ini. Bagaimanapun beliau memerlukan pengampunan Diraja untuk memegang sebarang jawatan rasmi dalam parti politik atau kerajaan. 

Mahathir tidak akan 'duduk sahaja'

Apapun kemelut yang bakal tercetus dalam PH pasca PRU14 tidak begitu mencemaskan Barisan Nasional kerana ia menjangka PH akan gagal dalam cubaan untuk menawan Putrajaya berasaskan kemelut dalaman pakatan itu serta kekuatan Barisan Nasional. 

Lantas bertebaranlah pandangan bahawa Mahathir kini dikatakan pasti menyambar peluang untuk mencantas Anwar untuk memperkuatkan kedudukan peribadi beliau dan anaknya, Mukhriz. 

Beberapa pihak melihat kenyataan Mahathir itu sebagai tidak lebih daripada helah politik terbaru untuk mengekang pengaruh Anwar dalam PH. Apapun jua, Mahathir memang terkenal mudah beralih niat bertindak sesuatu apabila berhadapan peluang baru.

"Kenapa Mahathir tidak sebut, kita akan percepatkan proses pengampunan ini dalam satu bulan, kemudian kita akan lakukan pilihan raya kecil untuk Anwar dijadikan Perdana Menteri? 

“Tapi kenapa Tun Mahathir sebut tiga tahun (proses pengampunan). Kenapa dia tak sebut tiga bulan untuk yakinkan penyokong-penyokong PH? 

"In kerana dia ada perancangan tertentu. Tun Mahathir ini, kita faham dalam apa jua dia buat, beliau akan fikir keuntungan dirinya," kata bekas Pengasas PKR Ng Lum Yoong yang yakin Mahathir sudah mulai mengatur langkah mencantas Anwar sekali lagi. 

PKR dan keluarga Anwar sudah berjuang hampir 20 tahun menggerakkan reformasi dan mahu menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Sepatutnya sudah tentu bersabar dua hingga tiga tahun lagi tentu tidak menjadi kudis.

Memang adat perjuangan kesabaran adalah teman setia. Jika ada kesabaran, tentu Mahathir akan akhir menyerahkan jawatan utama negara kepada Anwar. Kecuali PKR dan keluarga Anwar ada bukti Mahathir tidak mahu mengotakan janji beliau.

Harus diakui Anwar Ibrahim bukan calang-calang politikus. Dalam tempoh 17 tahun menyertai Umno beliau berhasil mengenepikan pemimpin-pemimpin dalam Umno termasuk veteran seperti Timbalan Presiden, Tun Abdul Ghaffar Baba. 

Persoalannya, mulai awal Jun tahun ini hingga pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diperolehi, bolehkah politikus gesit sepertinya bertopang dagu dan memerhati sahaja Mahathir “menyempurnakan reformasi” yang dicetuskannya?

Tidakkah istilah reformasi itu yang mencemaskan Mahathir hingga “terlanjur memperlahankan langkah politik Anwar dengan “merehatkannya di Penjara Sungai Buloh”?

Apapun apa yang pasti menggirangkan Anwar ialah tidak kira apa keputusan PRU14, 1 Syawal tahun hijrah ini, beliau akan dapat meraikan lebaran bersama keluarga besarnya.

Sumber TKO - 30-3-2018

Pengundi Paya Jaras mahu calon PKR
Posted on Sunday, March 25 @ 03:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38779



PENGERUSI Pakatan Harapan (Harapan) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan bahawa pihaknya menerima memorandum yang disampaikan oleh kira-kira 1,000 pengundi Dun Paya Jaras pada minggu lalu.

Menurut Azmin, kandungan memorandum tersebut antara lain adalah bagi mendesak supaya PKR meletakkan calon mereka untuk bertanding di kerusi tersebut pada PRU14 tidak lama lagi.

“Ya, saya telah menerima memorandum tersebut namun perkara ini masih dalam perbincangan bersama rakan-rakan di dalam Harapan kerana akhirnya kita harus membuat keputusan atas faktor kemenangan,”katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kampung Kubu Gajah di sini bagi menyantuni veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor berkata, mana-mana parti yang dipilih untuk mewakili Harapan di kerusi tersebut dalam PRU14 nanti seharusnya mampu mengekalkan kemenangan dengan majoriti lebih besar berbanding PRU13 lalu.

Azmin bermesra bersama penduduk ketika turun padang, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengenalpasti calon yang layak untuk bertanding di kerusi berkenaan namun ia hanya  akan diumumkan selepas ini.

“Calon yang dipilih juga seharusnya mempunyai potensi untuk menang serta disenangi oleh rakyat di kawasan ini.

“Kita mahu seorang calon yang bukan sahaja berwibawa dan mempunyai latar belakang akademik baik namun dia juga seharusnya telah diuji dan teruji dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat,”katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai proses pembahagian kerusi di Selangor, Azmin memaklumkan bahawa perkara itu tertakluk kepada persempadanan semula kawasan yang akan dibentangkan pada minggu hadapan.

Menurut Azmin, Harapan tidak dapat memutuskan pembahagian kerusi buat masa ini sehingga proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu selesai.

“Sukar untuk kita putuskan sekarang kerana sekiranya ia (persempadanan) diluluskan, maka perbincangan semula pasti perlu dilakukan bersama gabungan Harapan,"katanya.

Sumber TKO - 25-3-2018

Selepas Ditekan PAS Akhirnya Azmin dan PKR mengalah
Posted on Saturday, March 24 @ 18:27:27 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38761



KLANG - “You pergi la tanya dia (Adun Pas) dah dapat ke belum.” Demikian respons Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya berhubung perkembangan isu peruntukan Adun Pas di negeri ini.

Mohamed Azmin berkata demikian selepas selesai solat Jumaat dan penyerahan bantuan kepada surau-surau di negeri ini yang berlangsung di Masjid Asy Syarif, Meru, Klang, semalam.

Sebelum ini, isu ini menjadi polemik di dalam pentadbiran Pakatan Harapan (Harapan) Selangor apabila Adun Pas di negeri itu mendakwa tidak menerima peruntukan daripada kerajaan negeri.

Malah, Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi sebelum ini memaklumkan pihaknya masih menunggu untuk mengadakan pertemuan dengan Mohamed Azmin berhubung isu itu.

Dalam pada itu, Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan bahawa wakil rakyat daripada parti Islam itu  telah mula menerima peruntukan berkenaan sejak seminggu lalu.

Beliau berkata, perkara itu tidak lagi menjadi isu memandangkan setiap Adun Pas di negeri berkenaan telah mula menerima peruntukan tersebut.

Sumber TKO - 24-3-2018 


Doa Laknat: Puak PKR lupa, Bila Kena Atas Kepala Sendiri
Posted on Friday, March 23 @ 07:40:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38741



Berdoa agar musuh yang jahat dan golongan yang zalim mendapat pembalasan tuhan juga dibolehkan malah dituntut apabila kezaliman itu melibatkan kepentingan Islam dan umatnya.

Doa keburukan terhadap musuh yang jahat dan golongan yang zalim akan menggerunkan musuh dan menakutkan golongan yang zalim.

Asasnya adalah kerana doa adalah senjata mukmin. Nabi S.A.W bersabda:

الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ، وَعِمَادُ الدِّينِ، وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

"Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi" (Hadis Riwayat Hakim)

Pada akhir Himpunan Mansuh GST Mac 2016 Badrul Amin berdoa meminta pemimpin ‘mahazalim’ yang bertanggungjawab memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi balasan yang setimpal.

Ketua Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, Badrul Amin tidak boleh dipersalahkan kerana dia pernah menjadi mangsa kezaliman Dr Mahathir ketika masih bergelar Perdana Menteri.

“Jadi menghukum atau menghina Badrul Amin atas tindakan (doa) itu kurang tepat, sebagai mangsa (kezaliman) sudah pasti ia memberi kesan negatif dalam hidupnya,” katanya
........

Itu semasa kena atas kepala mereka (puak PKR) tapi apabila mereka diberi kuasa, mereka pula menzalimi rakyat Selangor dengan menarik peruntuk untuk 13 DUN. Mereka ingat mereka nak khianati dan Zalim PAS tetapi sebenarnya mereka khianat dan zalim RAKYAT SELANGOR.

Bila orang doa laknat kepada penzalim mereka terasa. Dah kena atas batang hidung sendiri. Wan Ji mula bercakap nada lain dah tunjuk sifat munafiknya. Mereka ini lupa kerana mereka kita menjadi sahabat kepada orang yang telah zalim mereka. Bila berkawan dengan orang zalim (baca Mahathir) mereka pun zalim sama macam "MAHAZALIM"

XOXO - Orang jahat kepada orang lain biasanya Tuhan akan tunjuk di atas bumi lagi, hanya kita perlu sabar...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 23-3-2018

250 anggota PKR keluar parti di Klang
Posted on Monday, March 19 @ 07:37:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38704

250 anggota PKR keluar parti di Klang

KLANG: Seramai 250 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Klang hari ini bertindak keluar parti kerana mendakwa kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu dalam menjaga anggota akar umbi terutamanya golongan muda.



usulan itu, mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Ketua Bahagian Klang Datuk Nasarruddin M. Zin pada satu majlis di Kampung Pendamar di sini.


Wakil kumpulan itu yang juga bekas Naib Ketua PKR Cabang Klang, Mohd Fuzi Abd Ranee, 50, berkata mereka berbuat demikian atas kehendak sendiri setelah PKR gagal memperkasa dan menjaga kebajikan akar umbi terutama golongan muda.

Menyertai PKR sejak 1998, beliau berkata kebanyakan yang keluar parti adalah tenaga penggerak jentera parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Semasa dalam PKR, saya memang memperjuangkan nasib golongan muda, ibu tunggal dan warga emas namun sehingga semasa keluar parti pun, saya tidak nampak sebarang wawasan untuk anak muda dan golongan berkenaan jika terus bersama PKR," katanya kepada pemberita.

Mohd Fuzi berkata setelah diteliti, Barisan Nasional (BN) lebih banyak menjaga kebajikan rakyat dan golongan muda.

-- BERNAMA

Sumber TKO - 19-3-2018



Majlis Jentera PR PKR Pemantang Pauh dengan BBQ Pun Tak Ada Orang -- Kesian
Posted on Tuesday, March 13 @ 17:24:30 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38624



Beginilah suasana dan sambutan Majlis anjuran AMK yang siap dengan hamper dan jamuan BBQ selain diserikan dengan kehadiran Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Ketua AMK Pusat Dr. Afif Bahardin merangkap Exco Kerajaan Pulau Pinang.

Sudah boleh nilai setakat mana pengaruh dan sokongan rakyat terutamanya golongan anak muda terhadap AMK .

Sebab itu Omak cakap PRU akan datang PKR tiada jentera pilihanraya yang mantap dan bakal kiok!!!





Kredit
Hanisya Abdul Hamid
TENKIU
#UP

Sumber TKO - 13-3-2018

Kajian Invoke Rafizi Terbaru, HARAPAN Menang 5 Negeri, PAS Tak Menang Satu Kerusi Pun -- Jangan Gelak
Posted on Friday, March 09 @ 23:43:24 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38557



Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu menang di lima negeri pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, menurut kaji selidik Invoke Malaysia.

Negeri tersebut adalah Kedah, Perak dan Johor selain mengekalkan kemenangan di selangor dan Pulau Pinang, kata pengasasnya Rafizi Ramli ketika membentangkan keputusan kajian, malam tadi.
Kaji selidik yang melibatkan 2,000 responden itu turut membayangkan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung di Melaka dan Negeri Sembilan.

Ia juga menjangka HARAPAN akan menang di 89 kerusi Parlimen di Semenanjung manakala BN menang di 76 kerusi. Tiada responden daripada Sabah dan Sarawak dalam kaji selidik ini.

PAS pula dijangka tidak akan menang di walau satu kerusi Parlimen dan malah kalah di Kelantan, negeri yang ditadbirnya sejak 1990.

Selain Kelantan, dua lagi negeri di pantai timur iaitu Pahang dan Terengganu juga dijangka kekal dipegang BN, kata Rafizi.

Sumber TKO - 9-3-2018

Bekas Editor Suara Keadilan Paling Tadah Kini Serang Pembangkang
Posted on Monday, March 05 @ 14:04:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38513



Pembangkang tidak menghiraukan fakta atau kebenaran dalam melontarkan isu asalkan isu yang ditimbulkan boleh mencetuskan persepsi buruk terhadap kerajaan pemerintah, dedah Bekas Editor Suara Keadilan, Datuk Seri Dzulkarnain Taib.

Ujarnya, prinsip sama digunakan Ketua Propaganda Nazi, Joseph Goebbels iaitu penipuan secara berterusan akhirnya akan dianggap sebagai satu kebenaran.


"Sebagai contoh, ketika saya menjadi Ketua Pengarang Suara Keadilan, parti PKR mahu akhbar Suara Keadilan untuk menyiarkan tajuk utama ‘Felda Bankrap'.

"Tapi ketika itu saya tidak bersetuju dengan arahan parti kerana artikel tersebut tidak ada bukti dan fakta yang kukuh untuk membenarkan perkara tersebut," katanya dipetik UMNO Online.

Suara Keadilan merupakan lidah rasmi PKR sejak awal penubuhannya dan kata Dzulkarnain, parti tetap berkeras mahukan isu Felda muflis sebagai tajuk muka hadapan.

"Dan sebaik sahaja keluar berita tersebut, saya serta merta dihubungi oleh KDN untuk hadir memberikan penjelasan berhubung isu tersebut. Dalam sehari dua, kami menerima pula surat saman fitnah daripada Felda berhubung artikel itu," ujarnya

Tuduhan Felda Bankrap dinyatakan tidak lain adalah Presiden PKR sendiri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2010, ditulis oleh wartawan Suara Keadilan, Rusnizam Mahat.
Penulisan Rusnizam turut memetik kenyataan Senator Dr. Syed Husin Ali.

Wan Azizah, Dr Syed Husin dan Rusnizam kemudiannya dihadapkan ke mahkamah dan selepas 7 tahun naik turut, ketiga-tiga mereka diperintahkan membayar RM2 juta kepada Felda diatas kenyataan fitnah tersebut.

"Ini merupakan salah satu contoh bagaimana dasar parti yang mengamalkan konsep penipuan yang diulang-ulang itu bagi mewujudkan persepsi negatif rakyat, mengelirukan rakyat sehinggakan penipuan itu terlihat sebagai satu kebenaran.

"Dan perkara inilah yang berterusan dilakukan oleh pembangkang hari ini dengan menipu dan memanipulasikan cerita dan berita untuk mengelirukan rakyat. Dan saya jangka ianya akan menjadi lebih hebat menjelang PRU 14 tidak lama lagi," kata Dzulkarnain menjelaskan strategi ala Nazi pembangkang menyebarkan penipuan.

Katanya, setiap pembohongan pakatan 'ditelan' penyokongnya taksubnya bulat-bulat tanpa berfikir panjang berikutan pemikiran mereka sudah didoktirnkan sebegitu rupa.

"Kebanyakkan penyokong pembangkang memiliki sikap taksub kepada pembangkang kerana pemikiran mereka telah didoktrin sekian lama untuk menerima dan membenarkan apa saja makkumat yang datangnya dari pihak pembangkang.

"Sebab itu pembangkang tidak takut dan tidak teragak-agak untuk melontarkan cerita-cerita bohong tentang kerajaan kepada rakyat, kerana mereka yakin penyokong mereka akan membela dan membenarkan cerita bohong itu sehingga tampak ia seolah-olah satu kebenaran," jelasnya lagi.
- mD

Sumber TKO - 5-3-2018

Wan Azizah Tak Patut Cakap Sudah Selesai
Posted on Monday, March 05 @ 12:57:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38512



SHAH ALAM: Agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (PH) Pakatan Harapan di Selangor masih belum muktamad seperti yang didakwa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber berkata, Dr Wan Azizah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan perbincangan agihan kerusi DUN di Selangor masih belum selesai.


"Macam mana Dr Wan Azizah boleh katakan rundingan kerusi DUN selesai. Kenyataan beliau boleh menimbulkan kekeliruan rakan sekutu PH," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Kelmarin, Dr Wan Azizah berkata, PH sudah menyelesaikan rundingan berhubung agihan kerusi DUN dan Parlimen semua negeri, kecuali Sabah.

Sebelum ini, BH Online melaporkan rundingan PH untuk mengagihkan kerusi DUN Selangor yang dijalankan sejak sebulan lalu masih buntu.

Sumber berkata, perbincangan agihan kerusi ketika ini hanya membabitkan 25 daripada 56 kerusi DUN yang disandang Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BH Online turut melaporkan berdasarkan keputusan awal rundingan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan akan bertanding 19 kerusi DUN, DAP (18), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (10), dan Parti Amanah Negara (PAN) (sembilan), namun ia dibantah PPBM dan PAN.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin, berkata parti itu kekal dengan pendirian untuk bertanding kerusi yang disandang BN.

Pada PRU-13, BN menang 12 kerusi iaitu DUN Sungai Burong, Jeram, Kuang, Semenyih, Permatang, Bukit Melawati, Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Kota Damansara dan Dengkil.

PAN pula bertegas mahu bertanding kerusi DUN disandang PAS iaitu Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Chempaka, Meru, Dusun Tua, Tanjung Sepat, Sabak, Gombak Setia, Bangi, Seri Serdang, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Hulu Klang.

ADUN Hulu Klang, Saari Sungib, dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin bagaimanapun keluar PAS untuk menyertai PAN.

Ketika ini, DAP menyandang 14 kerusi DUN Selangor, PKR (13), PAS (13), BN (12) dan PAN (dua) dan Bebas (dua).

Dua ADUN Bebas ialah Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Teluk Datuk, Loh Chee Heng yang sebelum ini dari DAP.
- BH Online

Sumber TKO - 5-3-2018

Maria Chin tinggalkan Bersih untuk sertai politik sebagai calon bebas
Posted on Monday, March 05 @ 07:09:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38506



PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengumumkan akan meninggalkan kumpulan pemantau pilihan raya itu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu mematikan semua spekulasi tentang sama ada beliau akan menyertai politik.

“Saya memutuskan untuk meletakkan jawatan pengerusi Bersih 2.0 dan mengambil cabaran baru dalam arena politik.

“Saya menawarkan diri saya sebagai calon pada PRU14 akan datang sebagai calon bebas untuk Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan ringkas bersama undangan media ke sidang media beliau Selasa ini.

Sidang media itu akan diadakan di pejabat kumpulan hak asasi manusia North-South Initiative.

Maria mengakhiri undangan media itu dengan berkata “Saya mengharapkan sokongan dan kehadiran anda.”

Sebelum ini spekulasi mengatakan Maria akan menggantikan sama ada Naib Presiden PKR Tian Chua di Parlimen Batu atau Hee Loy Sian di Petaling Jaya Selatan.

Sumber TKO - 5-3-2018

Surat Apa Pulak Ni?
Posted on Saturday, March 03 @ 22:06:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38486



Tunggakan??? tersangat kritikal sehinggakan pejabat presidenParti Keadilan Rakyat sendiri mengeluarkan surat arahan rasmi berserta amaran untuk mengugurkan dari senarai calon untuk bertanding..

umum mengetahui, Dr Wan Azizah Wan Ismail sangat lembut kepimpinannya, jarang dan amat payah untuk melihat beliau naik angin dan marah... pasti ramai wakil rakyat pkr dan jumlah tunggakkan yang terkumpul menyebabkan kak wan hilang sabar..

Ketika pru 13dahulu, pejabat hq pkr di tropicana hampir di sita kerana gagal bayar sewa, mujurlah ketika itu tan sri khalid ibrahim keluarkan duit poket sendiri menolong melangsaikan hutang sewa tetsebut,lori trak jelajah pru pun turut di biayai oleh beliau..

selepas pru13, beliau menerima "balasan" sewajarnya iaitu di singkir dari jawatan menteri besar, di pecat keahlian parti pkr, di fitnah dengan pertuduhan setebal 90 muka surat yang akhirnya terbukti beliau clean dari tuduhan fitnah... nak harap azmin ali jadi macam tan sri khalid? tunggu kiamat dulu la...

pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
elaun untuk parti liat di bayar
hanya reti buncit perut anak bini

Kredit
Mohd Sobri


Sumber TKO - 3-3-2018

Denda dikurangkan, Tian Chua boleh bertanding PRU14
Posted on Friday, March 02 @ 16:22:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38470



SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Tian Chua layak bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), selepas ahli Parlimen Batu selama 2 penggal itu memenangi rayuannya untuk mengurangkan denda RM3,000 yang dikenakan Mahkamah Sesyen atas kesalahan menghina seorang anggota polis.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman mengurangkan jumlah denda kepada RM2,000 yang membuka laluan untuk Tian Chua bertanding pada PRU14.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen akan hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun, jika sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Tahun lepas, Tian Chua didapati bersalah menghina pegawai polis kanan, DSP Glenn A Sinappah dengan kata kesat.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pintu masuk utama Hotel Armada, pada 7.45 malam 14 April 2014.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tian Chua turut dipenjarakan sebulan oleh Mahkamah Rayuan pada 29 September 2017. Beliau kemudiannya menarik balik rayuan terhadap sabitan itu dan hukuman penjara kerana enggan mematuhi arahan polis meninggalkan kawasan larangan ketika perhimpunan Bersih 3 pada 2012.

Beliau juga didenda RM1,800 dan dipenjara 3 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah sabitan berasingan kerana membuat kenyataan berbaur hasutan dalam sebuah forum pada 2013.
Rayuan hasutan itu akan didengar 28 Jun nanti.

Tian Chua memenangi kerusi Parlimen Batu pada 2008 dengan majoriti 9,455 undi selepas menewaskan Datuk Lim Si Pin daripada Gerakan.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi itu pada 2013 dengan mengalahkan calon Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai menerusi majoriti lebih besar, iaitu 13,284 undi.

Sumber TKO - 2-3-2018

Mengapa saya menimbang untuk bertanding PRU-14 - Marina Chin
Posted on Friday, March 02 @ 00:35:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38460


Walaupun masih belum membuat keputusan, Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah menjelaskan mengapa beliau kini sedang menimbang untuk meninggalkan dunia NGO dan terjun ke politik kepartian.


Aktivis veteran itu berkata beliau melihat politik sebagai "strategi berbeza" bagi mencapai apa yang diperjuangkan sejak lima tahun menerajui badan pemerhati pilihan raya itu.

"Mari kita lihat (menyertai politik) sebagai strategi yang berbeza, kami (di Bersih) telah cuba pelbagai cara - mahkamah, jalan raya dan berjumpa Suruhanjaya Pilihan Raya. Pada tahap berbeza, ia berhasil.

"Tetapi ada juga strategi lain yang boleh digunakan, jadi mengapa kita tidak gabungkan kesemuanya?" katanya kepada pemberita selepas sebuah forum di Institut Darul Ehsan, Shah Alam, hari ini.
Maria bagaimanapun enggan menyatakan bila beliau akan mengumumkan keputusannya.
"Tiada tarikh akhir. Saya mahu memikirkannya. Bukan sahaja Bersih (yang perlu diambil kira), tetapi sama ada saya sudah bersedia dan bagaimana dengan anak saya.

"Seumur hidup saya (bersama) pertubuhan masyarakat sivil, untuk masuk politik secara tiba-tiba adalah komitmen yang besar," katanya.

Sebelum ini Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengakui cuba merekrut Maria dan berkata beliau boleh membawa perjuangannya untuk "pilihan raya yang bersih dan adil" ke Parlimen.

Bersih tak terjejas
Maria berkata jika beliau akhirnya memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, ia tidak akan menjejaskan Bersih dan menyebabkan NGO itu dianggap bersikap partisan.

Katanya, Bersih sentiasa bersikap bebas dalam mengutarakan pandangan dan mengkritik semua pihak dalam politik.
"Saya harap orang ramai akan mengadili Bersih atas apa yang dilakukannya selama ini. Tuduhan bahawa kami pro-pembangkang misalnya adalah tidak benar.

"Kami sangat jelas tentang objektif kami dan jika anda lihat kembali kenyataan kami tentang pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini, kami menyentuh kedua-dua pihak," katanya.
Bersih memang sekian lama berhadapan dakwaan berpihak kepada pembangkang.

Himpunan Bersih pertama pada 2007 diketuai pembangkang dan antara tokoh penganjurnya adalah Teresa Kok (DAP), Tian Chua (PKR) dan Dr Dzulkefly Ahmad (ketika itu PAS).

Pada tahun 2008, gabungan NGO itu membuat penjenamaan semula sebagai 'Bersih 2.0' dan sejak itu sentiasa menampilkan pendirian bebas dan tidak lagi dipimpin mereka yang terlibat dalam parti politik.

Sumber TKO - 2-3- 2018

Zuraidah Tak Setuju Satu Logo, boleh jejas kemenangan
Posted on Wednesday, February 28 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38439



PETALING JAYA: Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) menasihatkan gabungan itu menjalankan kajian mendalam, sebelum memilih lambang salah sebuah parti komponennya yang boleh mempengaruhi faktor kemenangan mereka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, berkata PH tidak seharusnya terburu-buru memuktamadkan logo parti mana yang perlu digunakan tanpa kajian mendalam bagi mengelakkan ia memberi kesan tidak baik untuk menang.

“Kita kena bincang di peringkat parti masing-masing dulu dan serahkan kepada PH untuk membuat keputusan terbaik kerana saya berpendapat ada buruk baiknya bila guna satu logo. Kalau saya kata paling sesuai PKR, nanti yang lain tak setuju. Pada saya, kita kena melumatkanya secara mendalam.

“Keputusan itu tidak boleh dibuat secara terburu-buru, itu mungkin cadangan yang dikeluarkan semalam yang belum dihadam dan dilumatkan, jadi saya harap ianya harus dibuat satu analisa untuk (tentukan) parti mana sesuai untuk menang,” katanya kepada FMT hari ini.

Zuraida yang juga setiausaha PH Selangor berkata, penggunaan logo PPBM atau Amanah juga perlu dikaji secara mendalam kerana 2 parti itu masih baharu dan kurang dikenali rakyat berbanding DAP serta PKR.

“Dalam 4 parti ini, antara DAP dan PKR sahaja paling lama, Amanah dan PPBM parti baharu. Jadi, kalau PH nak (guna logo) parti baharu itu mengambil masa. PKR sendiri mengambil masa dalam 10 tahun baru orang dapat terima.

“Begitu juga untuk satu logo baru (logo PH) yang juga satu masalah sebab pengundi Malaysia ada satu trend di mana logo baharu itu kurang dikenali, jadi susah untuk mendapatkan undi memandangkan kita akan berdepan 3 penjuru antara BN, PAS dan wakil PH. Jadi, kita kena fikir dahulu.”

Semalam, Pengerusi PH dan PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata gabungan itu akan menggunakan lambang salah satu parti komponen, jika JPPM tidak meluluskan permohonan pendaftaran gabungan 4 parti pembangkang itu.

“Semua parti bersedia membenarkan lambang mereka digunakan, kecuali jika JPPM bermurah hati…takut pada kami kerana mereka belum beri kelulusan,” kata calon perdana menteri PH itu semalam.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, berkata parti itu akur dengan apa juga keputusan PH, jika logo parti itu tidak terpilih.

“Kita harus terbuka untuk membuat kajian menyeluruh dan memikirkan faktor-faktor kemenangan, bukannya pada tahap ini kita begitu sentimental dengan parti masing-masing.

“Bagi saya, sekarang ini lambang parti mana yang lebih diterima rakyat…asalkan mereka boleh memilih PH dan menolak BN itu yang penting. Ini masa untuk kita memudahkan rakyat.”

Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata isu itu tidak perlu dibincang secara terbuka kerana mungkin timbul sensitiviti dalam kalangan penyokong PH.

“Tidak perlu dibincang secara terbuka, kita tidak mahu ‘provoke’ sensitiviti di kalangan kita dan perlu bincang secara tertutup.”

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, berkata parti itu akan menyokong keputusan PH.


“Setakat ini, kita ikut keputusan yang dibuat semalam dan keputusan semalam itulah keputusan kami,” kata pengerusi DAP Negeri Sembilan itu.

Sumber TKO - 28-2-2018


Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia
Posted on Wednesday, February 28 @ 14:07:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38437



PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyeru golongan muda keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap situasi politik negara melalui undi.


Bercakap kepada FMT, katanya, beliau memahami rasa tidak puas hati mereka terhadap parti pemerintah dan pembangkang, tetapi menggesa mereka tidak menjadikannya alasan tidak mengundi.
Beliau berkata, mereka yang marah dengan apa berlaku di dalam negara harus menyalurkan emosi mereka kepada tindakan positif untuk perubahan.

“Tindakan itu ialah keluar mengundi kerana ia banyak membantu dalam membawa perubahan di Malaysia.

“Banyak mesej sudah disampaikan, tetapi masih tidak cukup untuk menggalakkan mereka mengundi, jadi saya rasa tiada apa yang kita boleh lakukan. Mereka harus sedar sendiri.”

Beliau mengulas hasil tinjauan pilihan raya yang dijalankan di seluruh negara oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bulan lepas.

Tinjauan itu mendapati lebih separuh daripada 1,092 pengundi berusia antara 21 hingga 35 tahun, berkata mereka tidak berminat dalam politik.

Antara kebimbangan belia adalah ekonomi, hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Maria berkata, kerajaan harus memberi lebih banyak ruang untuk belia atas perbezaan pendapat mereka.

“Kerajaan tidak patut menjadikan kebebasan bersuara satu jenayah. Apabila seseorang ditahan kerana memuat naik sesuatu di media sosial, ia dilihat seperti menghalang kebebasan bersuara rakyat.

“Jangan salah guna undang-undang. Rakyat penat dan bosan kerana mereka tidak diberi ruang yang cukup,” katanya sambil menambah ini menyumbang kepada kurangnya minat terhadap politik dalam kalangan belia.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak membincangkan gerakan #UndiRosak yang menyeru pengundi merosakkan undi bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Kempen itu dibalas dengan gerakan #MaraBersama yang diketuai Organisation for National Empowerment (ONE) bagi mengubah sikap belia daripada tidak ambil peduli kepada berpandangan positif terhadap masa depan Malaysia.

Sumber TKO - 28-2-2018

Maria Chin Sertai PKR Untuk Tanding PRU 14
Posted on Tuesday, February 27 @ 17:04:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38425



AIDCNews -27/02/18 –Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dijangka meletak jawatan dalam tempoh dua minggu lagi dan menyertai PKR untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, Maria bakal bertanding di “kerusi selamat” bagi memastikan beliau menang dan menjadi Ahli Parlimen pada PRU itu.

Ketika dihubungi untuk mengesahkan perkembangan itu, Maria menjawab: “No komen.”

Minggu lepas, akhbar arus perdana New Straits Times melaporkan yang Maria mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Batu atau Petaling Jaya Selatan, Ambiga pula dikatakan akan bertanding di Kapar atau Segamat.

Bagaimanapun Ambiga memberitahu The Malaysian Insight yang beliau “tidak berminat” dengan politik.

“Jika Ambiga tidak bertanding, dia mungkin akan menggantikan Maria sebagai pengerusi Bersih selepas pilihan raya.

“Buat masa sekarang, Shahrul akan menyandang jawatan pengerusi,” kata sumber itu merujuk kepada Timbalan Pengerusi Bersih Shahrul Aman Mohd Saari.

Minggu lepas, Ketua Eksekutif Institut Demokarsi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan mengumumkan pengundurannya daripada badan pemikir tu berkuatkuasa 18 Februari.

Wan Saiful yang merupakan ahli PAS dijangka meninggalkan parti Islam itu untuk menyertai PPBM minggu ini.

Wan Saiful dilihat melawat ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya, dan masih mendiamkan diri mengenai dakwaan yang beliau akan menyertai parti itu.

Sumber TKO - 27-2-2018

Cerita Rebut Kerusi di Kelantan
Posted on Tuesday, February 20 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38323



PETALING JAYA: Pemuda PKR Kelantan hari ini menyangkal dakwaan bekas pengarah pilihan raya PKR Kota Bharu yang parti itu lemah dan tidak patut tamak dalam menuntut banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Koordinator Pemuda PKR Kota Bharu, Hassazc Shuqkin Hisham mempertahankan Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir yang menuntut 15 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu dan berkata, Ahmad Syauqey Abdul Ghani tidak boleh mewakili PKR Kota Bharu membuat kenyataan kerana beliau bukan lagi pengarah pilihan raya PKR Kota Bharu dan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti.

“Jumlah tersebut bukanlah satu jumlah ‘melampau’ kerana melihat kepada kekuatan PH negeri, sudah tiba masanya untuk PKR Kelantan mendepani cabaran dalam PRU kali ini dengan lebih ke depan dengan bertanding di banyak kerusi.

“Hasrat untuk bilangan kerusi tersebut bukanlah satu perkara yang muktamad dan masih dalam proses perbincangan di peringkat jawatankuasa tertinggi PH negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Di sinilah kekuatan PKR Kelantan timbul, yang masih membuka ruang untuk berbincang dengan parti komponen lain dengan tidak bersifat mementingkan agenda tersendiri, sebaliknya menggunakan sebaik mungkin kekuatan yang ada pada PH negeri untuk mengubah nasib dan masa depan rakyat Kelantan pada PRU14 ini.”

Khamis lalu, FMT melaporkan Syauqey mempertikaikan hasrat PKR mahu bertanding di 15 kerusi DUN pada PRU14 kerana mendakwa parti itu paling lemah dalam kalangan sekutu PH di Kelantan, serta tidak mempunyai sokongan kewangan seperti PPBM yang menurutnya disertai “tauke-tauke” berpengaruh dari Umno.

Beliau juga membayangkan PKR ketinggalan di belakang DAP dalam aspek kekuatan jentera pilihan raya, walaupun pemimpin tempatan PKR diangkat dalam jawatan kerajaan dan lantikan politik.
“Itu bagi saya melampau, tidak perlu jadi jaguh berebut kerusi.

“PKR adalah parti paling lemah di Kelantan. Amanah dan PPBM paling kuat dan ke-3 DAP,” katanya pada minggu lalu sambil mendakwa separuh daripada ahli jawatankuasa PKR Kelantan ialah penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Hassazc yang kecewa dengan dakwaan Syauqey berhubung penerimaan BR1M itu berkata, pemimpin PKR tidak akan menerima bantuan BN.

“PKR merupakan parti pembangkang yang konsisten dengan agenda reformasi dan melawan kerajaan Umno-Barisan Nasional dan tidak akan sesekali berganjak daripada prinsip parti, termasuklah menerima bantuan atau sogokan daripada parti pemerintah itu.”

Sementara itu, Syauqey ketika dihubungi FMT mengesahkan beliau bukan lagi pengarah pilihan raya PKR Kota Bharu selepas mengetuai tindakan mendesak Aziz melepaskan jawatan tahun lalu.

“Selepas daripada memorandum itu, ketua cabang Kota Bharu mendapat tekanan daripada pengerusi negeri, kemudian beliau rasa lebih bijaksana menggugurkan saya.

“Apapun, saya masih setia dengan PKR dan saya tidak kecil hati dipecat, saya akan terus bantu PKR melalui gerakan sebagai aktivis PKR dalam membawa isu rakyat,” katanya sambil berkata beliau sudah dimaklumkan secara lisan, tetapi belum menerima surat pemecatan.

Aziz bagaimanapun menafikan Syauqey dipecat kerana mendesak beliau melepaskan jawatan.

“Saya tidak pernah memberi tekanan. Saya tidak pernah campur soal pentadbiran cabang Kota Bharu, cuma mungkin ketua cabang menilai tindakan Ahmad Syauqey buat petisyen sebelum ini,” katanya ketika dihubungi FMT.

Sumber TKO - 20-2-2018

Baru ura-ura Dr M tanding, sudah dapat RM1.3 bilion, kata Azmin
Posted on Sunday, February 18 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38296



PETALING JAYA: Datuk Seri Azmin Ali hari ini menyindir peruntukan RM1.3 bilion untuk Langkawi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Timbalan presiden PKR menyarankan calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya mengumumkan akan bertanding di beberapa lagi kerusi lain supaya lebih banyak peruntukan diturunkan.

“Baru ura-ura Dr Mahathir nak bertanding di Langkawi, orang Langkawi dapat RM 1.3 bilion. Betapa desperadonya orang itu!” kata Azmin di Twitter hari ini.

“Ada baiknya Dr Mahathir membayangkan akan bertanding di beberapa tempat. Pastinya rakyat di situ akan mendapat nikmat pembangunan.”

Najib di Langkawi hari ini mengumumkan peruntukan RM1.315 bilion untuk 5 projak baharu di Langkawi di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

Projek itu melibatkan pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi (RM500 juta), kuarters baru petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baru di Padang Matsirat (RM30 juta), naik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang-Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek atasi masalah bekalan air (RM600 juta).

Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan akan bertanding di salah satu daripada 3 kerusi Parlimen iaitu Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya pada PRU14.

“Mereka memberitahu saya bahawa saya berpeluang untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya. Jadi, bersedialah,” kata Dr Mahathir.

Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad berharap Dr Mahathir tidak bertanding di Langkawi sebagaimana spekulasi sebelum ini kerana ia akan mengundang kata-kata yang “menyakitkan hati” terhadap bekas perdana menteri itu.


“Dengan penuh rasa hormat, saya berharap Dr Mahathir tidak akan bertanding di Langkawi. Sebaik kempen pilihan raya bermula, mungkin ada yang akan mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati kepadanya,” kata Nawawi.

Sumber TKO - 18-2-2018

Apa komen Naib Presiden PKR Rafizi Ramli???
Posted on Friday, February 16 @ 23:44:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38273



Mengapa terus senyap membisu lidah terkelu dan terkedu setelah Muhiyiddin Yassin sertai PH???

Apakah mana-mana pemimpin yang melakukan apa jua jenis kesalahan akan terhapus segala dosa dan kesalahan sebaik sahaja menyertai PH?? Begitukah Rafizi Ramli???
TENKIU
#UP

Kredit
Hanisya Abdul Hamid

Sumber TKO - 16-2-2018

Azmin kata tiada lagi pakatan dengan PAS
Posted on Wednesday, February 14 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38236



KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Azmin Ali akhirnya menegaskan tiada kerjasama dengan PAS menjelang pilihan raya umum nanti.


Dalam wawancara dengan akhbar Nanyang Siang Pau, menteri besar Selangor juga sempat mengkritik presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


"[...] Saya percaya akan ada banyak pertembungan tiga penjuru [dengan PAS] tetapi kami bersedia untuk mempertahankan Selangor," katanya.

Azmin juga mendakwa Abdul Hadi tidak memahami persoalan di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung yang memerlukan sokongan undi bukan Melayu.

"Beliau [Hadi] tidak memahami ini tetapi PAS Selangor tahu untuk selamat mereka perlu mendapatkan sokongan bukan Melayu dan bukan Islam," katanya.

Tambahnya, ramai pemimpin PAS tidak berpuas hati dengan Abdul Hadi kerana presiden mereka tidak memahami politik Pulau Pinang, Perak and Selangor.

"Selangor tidak sama dengan Kelantan atau Terengganu kerana di Selangor, PAS mesti bekerjasama dengan bukan Islam.

"Selangor sebuah negeri pelbagai kaum, agama dan budaya."

Azmin, timbalan presiden PKR, turut menegaskan beliau tidak pernah mengadakan pertemuan sulit dengan PAS untuk pengagihan kerusi pilihan raya.

Beliau bagaimanapun bertolak ansur dengan anggota-anggota exco Selangor dan ahli-ahli majlis PAS kerana mereka dipilih oleh orang ramai.

Sumber TKO - 14-2-2018

Azmin Beri Amaran Kepada PPBM Agar Tidak Buka Rahsia Depan Media
Posted on Tuesday, February 13 @ 09:35:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38209



KUALA SELANGOR: Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak sepatutnya bercakap secara terbuka rasa tidak puas hati jika ada sebarang masalah dalam pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata rundingan berhubung pengagihan kerusi PH bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Selangor masih berjalan dan akan dibahagikan secara adil dan saksama.

“Proses rundingan masih dibuat dan akan diselesaikan dalam masa terdekat sebelum tiba pilihan raya.
“Saya lihat tiada sebab nak pergi ke ‘public domain’ (ruang awam) atau media.

“Biarkan proses berjalan terlebih dulu. Keputusan rundingan itu akan diumumkan dalam masa terdekat sebelum pilihan raya dan kemudiannya akan diumumkan kepada media,” katanya selepas Majlis Perjanjian Memiliki Rumah di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin, semalam yang mendakwa 12 kerusi UMNO Selangor akan diberikan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata proses rundingan itu perlu dibuat bersama parti komponen lain dalam PH dengan duduk bersama dan berbincang.

“Bukan saja untuk menang tapi nak memastikan sokongan untuk Pakatan Harapan itu. Jadi kita memerlukan persetujuan bersama. Kita perlu bekerja sebagai pakatan,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan itu perlu bagi memastikan PKR, PPBM, Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP akan mendapat bahagian di Selangor.

Sementara itu, Azmin berkata, peluang PH untuk menang tetap besar walaupun BN mencalonkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai masing-masing di Sungai Besar dan Sekinchan.

“Terpulang kepada mereka tetapi saya percaya rakyat Selangor cukup bijak dan matang untuk menilai apa yang pakatan sudah laksanakan sejak 2008.

“Letaklah Shahrizat atau Liow. Kalau boleh saya cadangkan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) bertanding mana-mana parlimen di Selangor dan biar rakyat buat keputusan,” katanya – BH

Sumber HD - 13-2-2018

BERSATU masih terbuka untuk berbincang - Azmin
Posted on Friday, February 09 @ 19:22:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38167


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor masih terbuka untuk berbincang soal pembahagian kerusi di Selangor.


Beliau berkata telah bercakap dengan Pengerusi BERSATU Selangor Datuk Abdul Rashid Asari semalam, selepas parti itu dilaporkan tidak mengiktiraf persetujuan yang dicapai dalam rundingan pada 7 Februari lalu.

"Saya yakin proses ini akan diselesaikan. Saya sudah bercakap dengan Abdul Rashid semalam dan saya ingin mengatakan BERSATU akan terus berbincang.

"Saya percaya Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor akan meneruskan proses ini dan insyaAllah akan menyelesaikannya tak lama lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas sembahyang Jumaat di Masjid Ukay Perdana, Ampang, hari ini.

Menyifatkan rundingan kerusi setakat ini sebagai "sangat positif", beliau berkata demokrasi sememangnya sebuah "proses yang bising".

"Jika semua duduk diam dan tidak bercakap (pandangan masing-masing), itu diktator.
"Tetapi kalau ada bising sedikit, itu demokrasi dan saya raikan proses ini. Jangan bimbang," katanya yang juga pengerusi HARAPAN Selangor.

Beliau berkata setiap parti komponen perlu berbincang dengan pekerja parti dan akar umbi masing-masing sebelum membangkitkan apa-apa isu dalam mesyuarat rundingan kerusi.

Semalam, BERSATU Selangor berkata mereka mahu bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini dikuasai BN.

Maka mereka tidak gembira apabila PKR juga menunjukkan minat untuk bertanding di 12 kerusi tersebut.

Takkan tak bagi
Sementara itu, Azmin juga mengulas dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Selangor berhadapan kesukaran untuk mendapat dana daripada kerajaan negeri untuk kawasan mereka.

Azmin berkata hanya kerajaan Selangor yang menjadi sejumlah kecil kerajaan yang memberi peruntukan kepada pembangkang.

"Sebagai anggota parlimen Gombak, saya tak dapat peruntukan. Negeri lain juga tidak (beri peruntukan kepada pembangkang).

"Tetapi di Selangor kita bagi peruntukan kepada (ADUN) BN. Jika begitu, takkanlah saya tak bagi kepada Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan," katanya lagi.

Namun katanya ia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dan mana-mana pihak yang berhadapan masalah perlu berjumpa dengan pegawai daerah atau dirinya sendiri.

"Tidak perlu untuk mengadap sultan," katanya lagi.

Sebelum ini, Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Sallehen Mukhyi berkata tidak menolak kemungkinan untuk mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung soal itu.

Sumber TKO -  9-2-2018

Nurul Izzah akan pertahan kerusi Lembah Pantai
Posted on Friday, February 09 @ 09:30:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38155



PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar hari ini berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-14.

“Saya komited untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai, bagaimanapun keputusan akhir di tangan pucuk pimpinan,” katanya pada sidang media, di sini.
Nurul  Izzah menyandang kerusi itu sejak 2008 selepas beliau mengetepikan Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan Anggota Parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal.
Pada 2013, Nurul Izzah mempertahankan kerusi itu dengan mengatasi cabaran bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja  Zainal Abidin.

Sumber TKO - 9-2-2018

Rafizi mohon bantah kes tohmahan terhadap Tabung Haji
Posted on Wednesday, February 07 @ 14:09:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38139



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli mengemukakan bantahan awal di Mahkamah Majistret hari ini untuk menghentikan perbicaraan kesnya atas dakwaan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji di akaun Facebook miliknya.

Peguam Gobind Singh Deo mewakili Mohd Rafizi memaklumkan Majistret Umzarul An-Nur Umar, bantahan itu dikemukakan atas alasan perbicaraan yang masuk hari kedua hari ini tidak sah kerana Umzarul An-Nur tidak menjalankan pemeriksaan terhadap pengaduan oleh pengadu.

Pengadu ialah Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Datuk Rozaida Omar yang sepatutnya memberi keterangan pada perbicaraan hari ini.

“Fakta ingin kami pertikaikan ialah pertuduhan terhadap Mohd Rafizi dikemukakan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, hanya boleh dimulakan jika majistret mengambil tahu berlakunya kesalahan ini dan hanya boleh dibuat jika terdapatnya pengaduan oleh pengadu.

“Dalam kes ini terdapat pengaduan oleh pengadu tetapi apabila majistret menerima pengaduan itu, majistret perlu buat pemeriksaan terhadap pengaduan itu bawah Seksyen 133 Kanun Prosedur Jenayah. Di sinilah di mana pemeriksaan itu tidak dilakukan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas membantah permohonan itu dan menyifatkan pihak pembelaan cuba melengahkan perbicaraan tersebut.

Mohd Abazafree berhujah pemeriksaan tidak perlu dilakukan kerana pihak pendakwa raya mengarahkan siasatan dijalankan ke atas pengaduan oleh pengadu.

“Ia berdasarkan pindaan ke atas Seksyen 133 Kanun Prosedur Jenayah dilakukan pada 1998 dan berdasarkan Seksyen 128 kanun sama, apabila majistret menerima sesuatu aduan tersebut maka beliau boleh mengambil tahu terhadap aduan tersebut dan bila majistret ambil tahu, perbicaraan boleh dimulakan tanpa perlu sebarang pemeriksaan dijalankan ke atas pengaduan oleh pengadu,” katanya.
Mahkamah tetapkan esok untuk keputusan bantahan tersebut.

Mohd Rafizi mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk “Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015” di Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Februari 2016, mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.


Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak, kira-kira 9.00 pagi, 8 Feb 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber TKO - 7-2-2018

Rafizi dan bekas kerani bank dihukum 30 bulan penjara
Posted on Wednesday, February 07 @ 13:34:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38134


Ahli Parlimen Pandan yang juga naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani bank Johari Mohamad masing-masing dihukum 30 bulan penjara  hari ini selepas didapati bersalah membocorkan data perbankan berhubung akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd. 


Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar berkata pihak pendakwa telah membuktikan mereka melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) melampaui keraguan munasabah.

Pada analisis maksimum, katanya, mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan tidak menimbulkan keraguan dan oleh itu pihak pendakwa telah membuktikan perkara itu melampaui keraguan munasabah.

Bagaimanapun, hakim membenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dan mengekalkan kos ikat jamin pada RM15,000.

Rafizi, 40, diwakili Ahmad Nizam Hamid manakala Latheefa Koya mewakili Johari.

Pendakwa raya Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali dan Steve Chin menjalankan pendakwaan.
Rafizi dan Johari diperintahkan membela diri pada 25 Oktober lalu.

Rafizi dan Johari didakwa pada 2012 mengikut Seksyen 97 Bafia kerana mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank berkaitan NFC dan pengerusinya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, yang adalah suami kepada Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Walaupun akta itu dimansuhkan pada 2013, tuduhan naib presiden PKR di bawah Bafia masih dilaksanakan.

Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.

Sumber TKO - 7-2-2018

PKR Selangor sedia serah kerusi, jika sekutu bukti boleh menang
Posted on Tuesday, February 06 @ 09:13:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38123



PETALING JAYA: PKR Selangor sedia melepaskan sebahagian kerusi yang mahu ditandinginya kepada parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) dengan syarat mereka membuktikan peluang kemenangan di kerusi itu.

Ketua Wanita PKR negeri, Haniza Talha dipetik Oriental Daily berkata, parti itu tidak pernah mengehad atau menghalang permintaan parti sekutu untuk bertanding di sesebuah kerusi, tetapi pengagihan kerusi itu perlu dibuat berdasarkan faktor boleh menang.

“Matlamat kami ialah mencapai kemenangan. PKR terbuka, tetapi mereka (parti lain) perlu tunjuk mereka boleh menang, kemampuan dari segi jentera pilihan raya, calon atau pengundi kenal parti itu,” katanya pada sidang media pada Isnin yang turut dihadiri kira-kira 50 ahli dan Setiausaha PKR Selangor, Borhan Aman Shah.

Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri dilaporkan berkata, mereka tidak tahu 4 mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor sudah diadakan, seperti didakwa Azmin.

Jumaat lalu, Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya PH yang membincangkan strategi untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor yang sepatutnya dimuktamadkan 31 Januari lalu, terpaksa dilanjutkan seminggu lagi susulan pertikaian itu.

Haniza yang juga adun Taman Medan itu berkata, PKR meminta kerusi lebih banyak untuk ditandingi kerana tinjauan pendapat menunjukkan parti itu mempunyai peluang kemenangan lebih tinggi dan ia adalah parti pemerintah di Selangor.

“Kami rasa cabaran agak getir untuk kawan-kawan baru seperti Amanah dan PPBM kerana mereka masih baru dan perlu kenalkan parti itu kepada pengundi, tetapi pengundi sudah kenal PKR,” katanya yang mewakili PKR dalam rundingan kerusi PH Selangor.

Ketua Wanita PH Selangor itu berkata, kerusi yang masih dalam peringkat rundingan ialah kerusi yang gagal dimenangi PKR dan ditandingan PAS pada pilihan raya umum ke-13.

“Matlamat kami ialah mempertahankan pemerintahan di Selangor dan memastikan calon bertanding boleh menang. Ini bukan perkara yang senang.”

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar dilaporkan berkata, PKR berhasrat bertanding paling banyak kerusi DUN di Selangor, iaitu sekurang-kurangnya 21 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN, termasuk kerusi yang dimenangi dan tewas pada PRU13.

Pada PRU13, PKR memenangi 14 daripada 21 kerusi DUN yang ditandingi di Selangor, DAP memenangi 15 kerusi dan PAS menang di 15 daripada 21 kerusi ditandingi.

Sumber TKO - 6-2-2018


PKR nafi temui Dr M runding isu kerusi Selangor
Posted on Monday, February 05 @ 19:00:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38114


Seorang pemimpin kanan PKR menafikan parti itu menemui Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan nasihat pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu mengenai kebuntuan pembahagian kerusi di Selangor.


Menurut Tian Chua, sekumpulan pemimpin PKR hanya menemui Dr Mahathir untuk membincangkan strategi mereka bagi menghadapi BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Rundingan mengenai pembahagian kerusi masih berjalan dan saya adalah seorang daripada anggota yang terbabit," kata Tian yang juga naib presiden PKR.

Tian ditemui media di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Dr Mahathir itu mereka banyak membincangkan strategi pilihan raya serta penyelarasan kempen.

Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mengkritik secara terbuka Pengerusi PKR Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

Parti dua peratus

Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim mempertikaikan kenyataan dibuat Azmin yang mendakwa empat mesyuarat diadakan bagi membincangkan pembahagian kerusi sesama parti HARAPAN.

Di sebalik penegasan Azmin bahawa 80 peratus kerusi di Selangor sudah dipersetujui, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua juga mendakwa tidak tahu menahu mengenai hal berkenaan.

Kenyataan Izham itu kemudian mengundang perbalahan terbuka melibatkan penyokong kedua-dua parti.

Pegawai Khas Menteri Besar Selangor Hilman Idham misalnya menciap dengan mengecam AMANAH sebagai parti 2 peratus.

Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin pula menambah bahang perselisihan itu dengan memetik ciapan Hilman bersama komen yang tidak kurang pedasnya.

"Tak tepat, sebenarnya 1.4-1.5% sahaja," kata Afif yang juga exco Pulau Pinang.

Anggota Dewan Undangan Negeri Morib yang mewakili AMANAH, Hasnul Baharuddin, pada 3 Feb lalu memuat naik status ringkas di Facebooknya, dipercayai sebagai reaksi beliau kepada kumpulan penyokong Azmin.

"Kalau tak ada 2 peratus, nak jadi angkat kasut pun tak merasa..." katanya.

Ekoran ketegangan itu Presiden AMANAH Mohamad Sabu meminta pertikaian itu dibincangkan secara tertutup demi kebaikan HARAPAN Selangor.

Azmin yang juga menteri besar Selangor pula berkata beliau menganggap perselisihan antara PKR dengan AMANAH di negeri itu tidak lagi berbangkit.

"Bagi saya, isu ini tak lagi berbangkit kerana saya yakin ia dapat diselesaikan dalam waktu terdekat, dengan semangat kekeluargaan," katanya pada 3 Feb.

Belum sampai buntu
Dr Mahathir pula menegaskan keyakinannya bahawa pergeseran itu akan dapat diselesaikan dan kedua-dua pihak menyatakan persetujuan mengenainya.

"Kita boleh selesaikannya. Mereka datang jumpa saya untuk jelaskan apa yang berlaku.
"Mereka beri persetujuan untuk selesaikan masalah ini, cuma minta sedikit masa (untuk melakukannya)," katanya.

Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa semua pihak menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik.
Khairuddin turut memuat naik gambar Tian bersama seorang lain Naib Presiden PKR, Shaharuddin Badaruddin, imbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin serta Anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar bertemu Dr Mahathir di Putrajaya.

Kata Tian rundingan kerusi di Selangor belum mencapai tahap buntu yang memerlukan campur tangan Dr Mahathir atau pemimpin lain.

"Kebanyakan keputusan yang dibuat di negeri-negeri, kita selesaikan tanpa melibatkan pemimpin tertinggi.

"Hanya kalau perlu, jika rundingan terbantut, barulah kita libatkan menteri besar atau calon perdana menteri.

"Tapi setakat ini, ia belum sampai ke tahap itu," katanya.

Di Selangor rundingan berkenaan kini hanya melibatkan pemimpin peringkat negeri.

Bagaimanapun anggota parlimen Batu itu enggan mendedahkan jumlah sebenar kerusi yang dituntut setiap parti dalam HARAPAN Selangor.

"Semua orang minta lebih daripada apa yang ada.

"Kalau AMANAH kata status quo, jadi mereka hanya dapat dua kerusi," katanya.

Untuk rekod Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor Datuk Abdul Rashid Asari semalam menyatakan mereka mengintai sekurang-kurangnya 12 kerusi yang kini dikuasai Umno.

Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai 56 kerusi, termasuk 15 yang dimiliki PAS melalui PRU lalu.

Sumber TKO - 5-2-2018

PKR mahu tanding semua 21 kerusi di Selangor
Posted on Monday, February 05 @ 00:36:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38096
KLANG - PKR mahu bertanding di semua 21 kerusi Dun di Selangor pada PRU14, kata naib presiden parti itu, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata parti itu yakin dapat merampas beberapa kerusi yang dimenangi Umno pada pilihan raya umum ke-13.

"Kami bertanding 21 kerusi pada pilihan raya lepas dan kami bercadang untuk bertanding di 21 kerusi yang sama (pada PRU14). Kami yakin dapat menanginya," katanya kepada pemberita selepas mendengar ceramah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis perayaan Ponggal di Kapar hari ini.

Dr Xavier berkata, PKR harus diberi keutamaan bertanding lebih banyak kerusi  di Selangor memandangkan Menteri Besar dan timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah pemimpin negeri ini.

"Ada beberapa  pihak yang mahukan (jumlah) kerusi yang sama tetapi PKR ingin menegaskan  bahawa kami adalah kerajaan di negeri ini dan Menteri  Besar adalah  daripada parti kami… oleh itu, kami yang harus bertanding lebih banyak kerusi di Selangor," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 di Selangor, PKR bertanding di 21 kerusi Dun dan memenangi 14 daripadanya.

Bagaimanapun, bilangan itu berkurangan kepada 13 apabila bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang pada pilihan raya lepas, dipecat PKR pada 2014.

Sementara itu, Mahathir yang juga pengerusi Bersatu ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata,  beliau tidak pasti sama ada anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang merupakan timbalan presiden Bersatu, akan bertanding kerusi Dun di Selangor.

"Saya tidak tahu tentang itu. Beliau akan bertanding tetapi saya tidak tahu di mana," kata Mahathir semasa ditanya mengenai dakwaan bahawa Mukhriz, bekas Menteri Besar  Kedah, akan bertanding di Selangor.

Ditanya mengenai isu perebutan kerusi antara PKR dan Amanah Selangor di negeri itu, Dr Mahathir berkata,  ia perlu diselesaikan secara dalaman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 'serangan' pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim terhadap Mohamed Azmin yang juga pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor membabitkan isu pengagihan kerusi di negeri itu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin mendakwa  Amanah Selangor ‘tidak amanah’ dan berbohong apabila menyatakan tiada jawatankuasa khas pembahagian kerusi Dun dibentuk  oleh PH.

Sebaliknya, beliau berkata sudah empat kali mesyuarat diadakan bagi membincangkan soal pembahagian kerusi Dun itu. - Bernama

Sumber TKO - 5-2-2018

Azmin: Selesai perselisihan dengan semangat kekeluargaan
Posted on Sunday, February 04 @ 11:57:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38085


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perselisihan antara PKR dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) di negeri itu tidak lagi berbangkit.


"Bagi saya, isu ini tak lagi berbangkit kerana saya yakin ia dapat diselesaikan dalam waktu terdekat, dengan semangat kekeluargaan," katanya kepada pemberita dalam majlis Sambutan Ponggal Negeri di Puchong, malam ini.

Beliau ditanya sama ada telah menghubungi Pengerusi AMANAH Selangor Mohd Izham Hashim secara peribadi, setelah laporan pertelingkahan mereka semalam.

Semalam, Azmin mendakwa AMANAH berbohong apabila mengatakan rundingan berhubung pembahagian kerusi di Selangor belum dibuat.

Izham pula membalasnya dengan menyifatkan Azmin sebagai 'joker' dan tidak layak untuk memimpin. Kenyataan itu mencetuskan kemarahan pemimpin PKR Selangor.

Malaysiakini dalam laporannya semalam telah menggunakan perkataan 'badut' bagi maksud 'joker' di dalam versi Bahasa Melayu berita tersebut.

Namun Izham menjelaskan kenyataan itu telah disalahtafsirkan kerana apa yang dimaksudkannya adalah "pelawak" (joker).

Nasihat Mahathir
Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir menyatakan keyakinannya bahawa perselisihan itu akan selesai sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Beliau juga berkata dalam beberapa isu, pemimpin HARAPAN sebaiknya menyelesaikannya secara dalaman tanpa membuat kenyataan terbuka.

Azmin menyifatkannya sebagai nasihat yang baik dan perlu dipatuhi.

"Bagi saya, ia adalah nasihat yang baik, yang akan kita ikut. Apa yang penting perkara ini boleh diselesaikan dengan semangat kekeluargaan," katanya.'

Dalam ucapannya sebelum itu, Azmin menegaskan komitmen kerajaan negeri terhadap masyarakat India menerusi peruntukan untuk sekolah Tamil, serta kuil Hindu dan Sikh.

Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dalam ucapan alu-aluannya membangkitkan sumbangan kerajaan negeri terhadap masyarakat India di kawasan itu, dengan menyelesaikan sejumlah masalah yang sudah dihadapi mereka lebih 20 tahun.

Turut hadir adalah exco kerajaan negeri V Ganabatirau.

Sumbangan turut diberikan kepada wakil kuil-kuil terpilih di Selangor.

Sumber TKO - 4-2-2018

Pemimpin PKR bergilir serang Amanah Selangor kecoh agihan kerusi
Posted on Saturday, February 03 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38077



PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PKR menyerang Amanah Selangor yang mendakwa tiada rundingan diadakan, selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata 4 mesyuarat diadakan dengan sekutu Pakatan Harapan (PH) untuk mengagihkan 80% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tiga pemimpin PKR dalam kenyataan berasingan menolak dakwaan Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim, mereka hanya dipelawa untuk membincangkan strategi pilihan raya PH.

Pemimpin PKR itu mengesahkan mesyuarat sudah diadakan untuk membincangkan pembahagian kerusi DUN di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar berkata, tidak wajar Amanah membincangkan isu itu secara terbuka sehingga menyebabkan kekecohan.

Beliau berkata, sejak permulaan mesyuarat pertama sudah dinyatakan objektif Jawatankuasa Pilihan Raya PH ialah membincangkan pembahagian kerusi dengan dihadiri wakil setiap parti yang mempunyai kapasiti untuk membuat keputusan.

Katanya, 4 mesyuarat sudah diadakan dengan yang terakhir Amanah meminta sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan.

“Saya tekankan di tahap ini, sebenarnya tiada keperluan sebuah jawatankuasa baharu ditubuhkan kerana itu hanyalah permintaan Amanah untuk melengahkan rundingan.

“Sekarang, Majlis Presiden meminta kami teruskan, kami perlu sambung segera dan selesaikan pembahagian kerusi itu.

“Marilah kita bersama-sama bersatu dan selesaikan tugas ini. Matlamat utama kami ialah mempertahankan Selangor tidak kira apa cara sekalipun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Amanah dan DAP dilaporkan tidak tahu mengenai rundingan pembahagian kerusi DUN seperti dinyatakan menteri besar Selangor itu.

Ia selepas Azmin menyatakan 4 mesyuarat diadakan antara parti dalam PH untuk menentukan pengagihan 80% kerusi DUN.
Izham bagaimanapun berkata, Amanah hanya dijemput untuk membincangkan strategi pilihan raya PH dan permintaan parti itu untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan perkara itu tidak dipedulikan Azmin.

Sementara itu, Setiausaha PH Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, Izham tidak patut kurang ajar dan merendah-rendahkan Azmin, sebaliknya beliau perlu merujuk kepimpinan Amanah sebelum membawa isu itu kepada media.

“Amanah mungkin sebuah parti baharu, tetapi pemimpinnya ialah ahli politik veteran dan sepatutnya tahu rundingan pembahagian kerusi memerlukan masa dan kesabaran.

“Mengkritik dan memberi kata dua melalui media tidak produktif. Perlu ada kematangan dan saling hormat-menghormati di sini,” katanya yang mengesahkan rundingan pembahagian kerusi sudah diadakan dalam mesyuarat jawatankuasa pilihan raya.

Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Hee Loy Sian pula bimbang penggunaan bahasa kasar oleh Izham dijadikan kayu pengukur yang boleh memecahbelahkan perpaduan PH di peringkat akar umbi.

“Kenyataan Izham memperlihatkan disiplin organisasi yang lemah dan lebih mengecewakan apabila beliau menafikan 4 pertemuan awal yang turut membincangkan soal rundingan kerusi untuk Selangor.


“Saya menasihatkan Izham membuang jauh sikap parti lamanya dan menyuburkan budaya politik baharu dalam PH,” katanya yang mengingatkan Izham untuk menghormati struktur PH.

Sumber TKO - 3-2-2018

AMANAH cetus perbalahan sia-sia
Posted on Saturday, February 03 @ 07:03:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38069


Pengerusi jawatankuasa pilihan raya Selangor Dr Xavier Jeyakumar yang dipersoalkan mandatnya itu membidas kenyataan pimpinan AMANAH kerana 'menunda' urusan rundingan kerusi HARAPAN.


Xavier dalam kenyataan media hari ini berkata jawatankuasa itu telah bertemu empat kali dan semasa mesyuarat terakhir mereka, AMANAH meminta diadakan mesyuarat berasingan bagi merundingkan kerusi.

"Telah dipersetujui kesemua parti-parti (HARAPAN) akan menghantar wakil mereka untuk perbincangan lanjut.

"Saya menekankan hal ini, sebenarnya tidak perlu untuk dibentuk satu lagi jawatankuasa baru dan hanya setelah permintaan AMANAH dibuat, maka rundingan menjadi tertunda," kata Xavier merangkap Naib Presiden PKR itu.

Beliau berkata jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor itu telah diarahkan Majlis Presiden HARAPAN untuk mempercepatkan perundingan dan berharap suatu mesyuarat dapat dipanggil dalam masa terdekat.
Xavier juga mengulang gesaan beberapa pimpinan PKR negeri untuk merapatkan saf dan tidak membincangkan isu-isu sebegini di mata orang ramai.

"Tidak patut AMANAH membawa hal ini secara terbuka dan mencipta perbalahan sedangkan tidak ada hal yang sebegitu.

"Tolonglah bekerjasama dan siapkan tugas kita. Matlamat utama kita adalah untuk mempertahankan Selangor," katanya lagi.

Semakan dengan kesemua empat parti komponen HARAPAN Selangor mendapati mereka memiliki kefahaman berbeza berhubung fungsi jawatankuasa tersebut.

Pimpinan AMANAH, BERSATU dan DAP memberitahu Malaysiakini mandat jawatankuasa itu untuk membincangkan strategi manakala pimpinan PKR berkata rundingan kerusi merupakan sebahagian daripada perbincangan.
Sebelumnya,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR menegaskan jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali untuk membincangkan rundingan kerusi dan 80 peratus kerusi telah dimuktamadkan.

Namun demikian, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyatakan tidak tahu-menahu berkenaan hal tersebut.'

"Saya tidak sedar 80 peratus kerusi telah dirundingkan kerana kami tidak pernah ditanya," beliau memberitahu Malaysiakini.

Difahamkan akar permasalahan berpunca daripada pembahagian 20 kerusi yang sebelumnya ditandingi PAS di bawah Pakatan Rakyat.

Keadaan menjadi memanas hari ini apabila pemimpin PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa AMANAH 'berbohong' berkenaan status rundingan kerusi.

Hal ini mendorong pemimpin AMANAH Selangor Izham Hashim menggelar Azmin sebagai 'badut' dan menegaskan rundingan kerusi belum lagi dimulakan.

Sumber TKO - 3-2-2018

Rundingan kerusi DUN: Bukan Selangor sahaja belum selesai, tapi seluruh negara
Posted on Tuesday, January 30 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37996



KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan wujudnya perbincangan di antara Pakatan Harapan dengan Pas di peringkat Selangor.


Beliau sebaliknya berkata, bukan sahaja rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu sahaja yang belum dimuktamadkan malah di seluruh negara.

“”Itu pandangan. Saya harap kenyataan yang nak dibuat, itu biarlah berdasarkan fakta. Sebenarnya proses perbincangan agihan kerusi ni dah berjalan lama dah dengan Pakatan Harapan di Selangor.
“Kalau kita tak ada perbincangan, mana mungkin kita tahu di mana mereka berminat untuk bertanding. Cuma prosesnya masih berjalan. Seluruh negara belum selesai proses rundingan kerusi DUN,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Himpunan Bulanan Kerajaan Negeri Selangor pagi tadi.

Menteri Besar Selangor itu turut mengakui rundingan kerusi di Selangor sesama parti komponen gabungan pembangkang itu sukar akibat pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan.

“Faktor kebolehmenangan itu lebih penting daripada faktor menetapkan tempoh tertentu. Kalau kita boleh selesaikan 90 peratus daripada pertindihan, itu satu kejayaan yang baik untuk PH.

“Ada satu dua lagi kerusi yang masih berbincang, itu perkara biasa dalam perjuangan politik. Kerana akhirnya kita mahu siapa jugak yang mewakili kawasan tersebut, bagi pihak PH, mesti menang.
“Maka untuk menang, kita ada faktor-faktor bukan saja kerusi tapi faktor penerimaan pengundi di kawasan itu, bagaimana sokongan rakyat di kawasan itu. Apakah isu di kawasan itu.. Jadi sudah tentu prosesnya agak rumit tetapi saya melihat perbincangan itu berjalan dengan cukup positif untuk menentukan kemenangan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 30-1-2018

Wan Azizah Sindir PPBM Negeri Sembilan
Posted on Monday, January 29 @ 20:18:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37977



KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memuat naik ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Facebook.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan Negeri Sembilan kerana mendakwa kononnya telah berjaya membahagikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan cemerlang semalam.
“Kini fokus untuk tawan Putrajaya,” dakwa isteri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Kenyataan Wan Azizah itu namun satu tamparan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan yang membantah pembahagian kerusi DUN antara parti pembangkang di negeri itu.
Bantahan keras mereka menyebabkan berlaku kekecohan besar sewaktu Konvensyen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan berlangsung di Seremban semalam.

Protes itu dibuat pada penghujung ucapan Wan Azizah menyebabkan pemimpin Pakatan Harapan termasuk Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu bergegas meninggalkan majlis.

PPBM Negeri Sembilan tidak berpuas hati kerana parti itu diperuntukkan kerusi DUN paling sedikit berbanding DAP dan PKR untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Daripada 36 DUN di Negeri Sembilan, 12 kerusi diperuntukkan kepada PKR, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh) dan PPBM (enam).

Ketua PPBM Bahagian Jempol Amiruddin Aman yang mengetuai protes itu dengan menyifatkan pembahagian kerusi sebagai tidak adil kerana kawasan yang diperuntukkan kepada partinya semuanya kawasan hitam (sukar menang)

“Pembahagian kerusi tak seimbang. Kami sasar 12 kerusi dan kalau dapat 10 pun okay…tapi yang dapat enam yang hitam,” katanya.

Mereka antara lain menjerit kearah pemimpin Pakatan Harapan dengan perkataan “Boikot”, “Hidup Tun” dan “Tidak Adil” dalam bantahan tersebut. – Mynewshub.cc

Sumber TKO - 29-1-2018

70 Ahli PKR keluar parti protes Dr Mahathir jadi calon PM pembangkang
Posted on Sunday, January 28 @ 20:24:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37959



KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 70 orang ahli PKR Klang, Kota Raja dan Selayang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM) selepas kecewa dengan pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Bekas Ketua Biro Aduan PKR Selangor, M. Telaiamblam yang baru sahaja menyertai PRM mempersoalkan rasional PKR menyokong Dr Mahathir - individu yang beliau dakwa benyak mendatangkan kecelaruan dalam negara sepanjang 22 tahun memerintah negara.
“Saya membantah sekeras-kerasnya pemilihan Tun M sebagai calon Perdana Menteri sementara. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengapa kami (kaum India) terpinggir di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PRM di sini hari ini.
Turut hadir bekas ADUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang juga menyertai PRM minggu lalu. 
Sebelum ini PRM mengumumkan bahawa beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen Pandan dan DUN Teratai dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Sebaik sahaja PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang, semakin banyak protes malah dialog demi dialog diadakan yang kebanyakannya mempersoalkan kewajaran ahli politik veteran berumur 92 tahun kembali dilantik ke jawatan itu.
Biarpun pimpinan tertinggi PH berulang kali menyatakan Dr Mahathir adalah calon perdana menteri sementara, sehingga calon utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas daripada penjara, ahli akar umbi serta golongan yang menggerakkan reformasi pada 1999 tetap tidak gembira dengannya.
Malah banyak pihak melihat Dr Mahathir sebagai liabiliti kepada PH sementelah terpaksa menepis, menjawab serta mempertahankan Pengerusi PPBM itu yang sebelum ini menerima jolokkan 'pemimpin kuku besi', 'Mahazalim', 'Mahafiraun' dan juga 'diktator'.

Sumber TKO - 28-1-2018

Geng Kartel PKR Buat Mesyuarat Tertutup Agih Dana PRU 14 ?
Posted on Wednesday, January 24 @ 19:12:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37886



AIDCNews -23/01/18 -Geng Kartel yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa telah melakukan mesyuarat tertutup untuk mengagihkan dana PRU 14 untuk ahli-ahli kumpulan sendiri.

Menurut Shah Mohd, mesyuarat itu telah membelakangi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Tan Yee Kew dan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP), Nurul Izzah Anwar.

“Apa perlu buat perjumpaan tertutup Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR dan Pengarah Pilihanraya Negeri (Selangor) untuk agihkan terus dana PRU tanpa pengetahuan Presiden?

“Dana pula disalurkan tidak melalui Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Bendahari Agung) ataupun YB Nurul Izzah (JPRP)

“Adakah beliau sedang bina empayar politik dalam PKR?

“Adakah beliau mahu menunjukkan kepada pimpinan parti bahawa dia yang berkuasa dan boleh tolong semua pemimpin bawahan?,’ soalnya dalam Facebook.

Seorang pengikut Facebook Shah Mohd memberitahu ada sesuatu perancangan yang ditulis di papan putih semasa mesyuarat tersebut.

“Shah Mohd cuba kau baca apa yang ditulis kat white board kat sebelah Azmin tu. Hahahaha tamak giler PKR,”kata Firdaus Bin Omar
“Tau pun,” jawab Shah Mohd.

Sumber TKO - 24-1-2018


Dr Badrul Amin Tuduh PAS Sesat, Mahathir Sudah Bertaubat
Posted on Tuesday, January 23 @ 17:33:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37878



AIDCNews -22/01/18 -Aktivis PKR, Dr Badrul Amin Baharom melakukan pusingan ‘U’ dengan menuduh PAS sebuah parti yang sesat dan Tun Dr Mahathir Mohamad, tokoh yang dimusuhi sebelum ini sebagai ‘sahabt baharu’ yang telah bertaubat.

Pada 2001, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, Badrul Amin yang ketika itu aktivis reformasi dari Parti Keadilan Nasional adalah salah seorang yang ditahan di bawah Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan.
Ketika memperjuangkan reformasi itu, Badrul Amin melabel Mahathir seorang tokoh yang jahat dan PAS adalah sahabat yang baik.

Namun selepas Mahathir menubuhkan PPBM dan menyertai Pakatan Harapan (PH) serta dilantik sebagai Pengerusi PH, pendirian Badrul Amin terhadap Mahathir dan PAS juga turut berpusing 360 darjah.

“Banyak orang tanya apa pendirian saya tentang Tun M.

“Saya jawab – Kalau memang dulu dia jahat dan musuh saya, namun kini dia lebih baik dari segolongan orang yang dulu pernah menjadi kawan dan sahabat saya.

“Mengapa? – Sebabnya Tun M kini sanggup bersama kami untuk berjuang menghentikan rasuah serta menyelamatkan negara dari kejahatan pemimpin UMNO BN. Sedangkan orang yang dulu jadi sahabat saya kini mencari sejuta alasan untuk mempertahankan pemimpin-pemimpin rasuah yang menghancurkan negara.

“Ingat! Kalau dulu seorang itu jahat tapi kini baik, itulah ajaran Islam – namanya TAUBAT.
“Tapi… Jika ada orang yang dulunya baik tapi sekarang jahat, itulah ajaran Syaitan – namanya SESAT.

“Jangan pura-pura berselindung di sebalik kata ISTIQOMAH – kerana istiqomah yang dituntut bukanlah mempertahankan puak atau pemimpin, tapi mempertahankan perinsip kebenaran dan keadilan,”kata Badrul Amin dalam Facebook.

Sumber TKO - 23-1-2018

Saifuddin tidak akan tinggalkan Umno kalau BN mahu reformasi
Posted on Sunday, January 21 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37846



PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah mentertawakan cadangan sebuah badan pemikir yang mencadangkan suatu komitmen reformasi institusi dwipartisan sebelum pilihan raya umum ke-14.

Saifuddin berkata beliau tidak akan meninggalkan Umno jika Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahukan reformasi.

Beliau berkata keputusan untuk meninggalkan BN dibuat selepas pengkritik 1MDB dihukum tetapi rasa tidak puas hati timbul lebih awal dari itu, apabila beliau mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak begitu komited melakukan reformasi.

“Pada suatu ketika, Najib seolah-olah mahukan reformasi, tetapi kemudian dia buat pusingan U dalam isu Akta Hasutan,” katanya.

“Apabila orang-orang atasan yang mempersoalkan isu 1MDB disingkirkan, saya buat keputusan untuk pergi.”

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) baru-baru ini memuji seruan reformasi institusi, mengambil maklum seruan itu daripada kerajaan dan pembangkang. Badan itu berkata ahli politik yang membuat seruan itu boleh menunjukkan keikhlasan dengan menyokong reformasi secara dwipartisan.

Saifuddin, yang meninggalkan Umno untuk PKR pada 2015 berkata sokongan lantang untuk perubahan semasa beliau bersama Umno menimbulkan rasa geram beberapa ahli parti.

“Saya digelar bermuka-muka, dan pernah Zahid dilaporkan berkata mereka tidak perlukan seorang timbalan menteri seperti saya,” katanya, merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Sedangkan saya cuma bercakap tentang perkara yang saya bawa sekarang ini, cuma tanpa bahasa reformasi.

“Saya mungkin bias, tapi dalam tempoh singkat saya bersama Pakatan Harapan, saya mendengar dan bercakap tentang reformasi lebih daripada semua tahun-tahun saya bersama Umno.”

Saifuddin dilantik timbalan menteri pendidikan tinggi di penggal pertama pentadbiran Najib. Beliau juga salah seorang ahli majlis tertinggi Umno.

Beliau mengkritik cara kerajaan menangani tunjuk perasaan Bersih 2.0 pada 2001, di mana lebih 1,600 penunjuk perasaan ditahan di jalan-jalan Kuala Lumpur.

Pada awal 2013, beliau mempertahankan seorang pelajar yang dimalukan oleh seorang ahli panel berkaitan kerajaan di satu forum di Universiti Utara Malaysia.

“Semasa saya bersama Umno, saya pernah diberi peringatan oleh Kabinet kerana bercakap tentang hak dan kebebasan pelajar yang berkaitan dengan usaha saya meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku),” katanya.

“Hanya apabila Najib bersetuju meminda Seksyen 15 Auku maka Umno dan pimpinan BN bersetuju pada cadangan itu. Sebelum itu, tiada komen diberikan tentang kertas yang saya bentangkan pada majlis tertinggi Umno.”

Saifuddin berkata tidak masuk akal untuk mengharapkan BN akan mengalu-alukan reformasi institusi selagi politik perkauman kekal sebagai rangka kerja politik utamanya.

“Lebih buruk apabila sentimen agama dimasukkan,” katanya.

“Tak, anda tak boleh harapkan reformasi daripada BN.”

Sumber TKO - 21-1-2018

PKR Kelantan mahu bertanding 15 kerusi DUN, 2 kerusi Parlimen
Posted on Sunday, January 21 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37844



KOTA BHARU: PKR Kelantan mahu bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 2 kerusi Parlimen di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, hasrat bertanding di 15 kerusi DUN itu wajar memandangkan Kelantan mempunyai 45 kerusi.

“Ia penting bagi mewujudkan keadilan kerana setiap parti komponen iaitu Amanah dan PPBM juga boleh mendapat 15 kerusi DUN kerana difahamkan setakat ini, DAP tidak berhasrat meletakkan calon.

“Keputusan untuk bertanding berapa banyak kerusi akan diputuskan di peringkat PKR Pusat…ini hanyalah cadangan daripada PKR Kelantan sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas pertandingan 3 penjuru yang mungkin berlaku antara Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan dan PAS di Kelantan, Aziz berkata, ia sebenarnya akan menguntungkan parti yang bertanding.

“Jika dahulu kita perlu menang 51% undi jika ada pertandingan 2 penjuru, namun sekarang skopnya lebih kecil kepada 35% sahaja kerana pecah undi,” katanya.

Menyasarkan pengundi baharu dan memberi tumpuan kepada masalah kos sara hidup dihadapi rakyat, beliau berkata, wujud desakan di pelbagai peringkat lapisan masyarakat untuk angin perubahan.

Pada PRU13, PKR bertanding di 5 kerusi DUN, iaitu Guchil, Paloh, Pengkalan Kubor, Kuala Balah dan Nenggiri dan 3 kerusi Parlimen iaitu Tanah Merah, Ketereh dan Machang.

Bagaimanapun, PKR hanya memenangi kerusi DUN Guchil. Kerusi Parlimen Tumpat diperoleh PKR selepas Ahli Parlimennya daripada PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar melompat parti.


Aziz berkata, PKR Kelantan juga bersetuju menyerahkan kerusi Parlimen Ketereh, Machang dan Tumpat untuk ditandingi PPBM, manakala PKR bertanding di Tanah Merah dan Pasir Mas sebagaimana diputuskan dalam Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini.

Sumber TKO - 21-1-2018

Akhirnya semua pimpinan PKR tersungkur di kaki Tun Mahathir...
Posted on Friday, January 19 @ 10:03:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37811



AMPANG: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini tidak senang dengan langkah melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) hari ini berkata beliau menerima keputusan itu.

Tetapi alasan Zuraida adalah kerana beliau tidak boleh melakukan apa-apa mengenainya.
“Keputusan telah dibuat, saya tak boleh buat apapun. Saya nak buat apa? Saya nak bantah pun, nak bantah macam mana? Tak boleh buat apa-apa.


“Itu keputusan parti, jadi saya berorganisasi, saya kena ikut keputusan,” katanya selepas melancarkan jentera pilihan raya kawasan Parlimen Ampang yang diwakilinya.

Pada 7 Januari lalu, PH mengesahkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya gabungan 4 parti itu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Susulan itu, Zuraida melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan pengumuman itu.

Beliau kini berkata tidak kisah siapa bakal mengetuai kerajaan PH.

“Kita akan terus buat kerja untuk menang. Pada saya itu matlamat yang penting pada kita, untuk menangkan pilihan raya,” katanya.

XOXO - Apabila perjuangan tidak disertai dengan nawaitul Lilllahi Taala maka kebendaan menjadi igauan dan membunuh diri dan menghina perbuatan.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 19-1-2018

Perjuangan Belum Habis, Reformasi 1998 Belum Mati?
Posted on Friday, January 19 @ 08:50:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37804


“Undur Mahathir Undur!”. “Reformasi!”
Ratusan ribu rakyat Malaysia berarak di pusat bandar Kuala Lumpur menyatakan protes terhadap Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad kerana memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Penganalisis politik, Abdul Rahmat Omar Tun Haniff berkata, mengetuai gerakan Reformasi tidak lain tidak bukan adalah Setiausaha Sulit Anwar, ‘leftenan’ Azmin Ali yang merupakan pembantu Anwar di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

“Dengan Anwar masih dipenjara, Azmin adalah pilihan kegemaran untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri Pakatan dalam kalangan golongan belia.

“Atau itulah yang kami fikirkan akan terjadi,” ujarnya mengimbau sejarah gerakan Reformasi 1998.

Setelah 20 tahun berlalu, Dr Mahathir kini menyertai pakatan pembangkang dan pada usia 92 tahun, dicalonkan pula sebagai Perdana Menteri pilihan Pakatan Harapan jika Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU14.

Pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri diterima ‘kem’ Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tetapi, Azmin selaku Timbalan dan Pengerusi PKR Selangor membantah.

Kata Abdul Rahmat, Azmin cuba untuk memalukan Dr Mahathir dengan memerangkapnya untuk bertanding di Parlimen Gombak pada PRU14 – kerusi yang tidak lagi selamat untuk Azmin.

Dan seperti Anwar yang dimalukan Dr Mahathir dengan pendedahan skandal seks pada 1998, Azmin juga menerima nasib sama apabila dakwaan skandal seks melibatkan dirinya ‘dikorek’ kembali.

“Apapun Azmin kini diserang, maka pastinya amat mengujakan untuk kita melihat juara Reformasi melawan orang yang ditentangnya selama 20 tahun.

“Jika beliau gagal, ianya satu tamparan hebat dari Mahathir – kerana membunuh gerakan Reformasi dari dalam dan akhirnya membentuk Reformasinya sendiri dimana penentang tidak akan dapat dimaafkan.

“Selamat datang kepada Reformasi Mahathir – atau seperti yang kita tahu, Pemerintahan Diktator 2.0,” kata Abdul Rahmat lagi.
– mD

Sumber TKO - 19-1-2018

Azmin berunding senyap dengan PAS Selangor?
Posted on Wednesday, January 17 @ 17:51:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37777



SHAH ALAM: Seorang bekas pemimpin PAS mendakwa kerajaan PKR Selangor masih melakukan rundingan dengan PAS negeri ini bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha, berkata perbincangan diketuai Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan beberapa pemimpin PAS negeri itu dilakukan tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain.

"Berdasarkan maklumat yang saya dapat, pertemuan dengan pemimpin PAS diatur Mohamed Azmin sendiri. Dia berharap dapat membentuk persefahaman antara kedua-dua parti ini.

"Mohamed Azmin bukan jumpa semua pemimpin atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, tetapi jumpa beberapa pemimpin utama PAS Selangor saja.

"Rundingan ini bukan antara PH dengan PAS, tetapi antara PKR dengan PAS. Ini kerana PKR berharap PAS dapat membentuk kerjasama politik untuk memenangkan blok pembangkang pada PRU-14 nanti," katanya kepada BH di sini, hari ini.

Norman berkata, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor secara konsisten berpendirian untuk bekerjasama dengan PAS, malah mempertahankan EXCO PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri, walaupun dibantah DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

"PKR masih harapkan PAS untuk bersama blok pembangkang kerana PKR tidak yakin dengan kemampuan PAN menggantikan PAS. Tindakan Mohamed Azmin ini sudah tentu menambahkan lagi kemarahan PAN dan DAP," katanya.

Sebelum ini, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, PKR bersedia membuka pintu rundingan dengan PAS untuk membentuk kerjasama pada PRU-14, dengan menegaskan ia adalah inisiatif PKR untuk mengukuhkan blok pembangkang bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan Mohamed Azmin dalam menangani isu kerjasama dengan PAS sebagai penyebab perpecahan dalam parti.


Selain itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menggesa Mohamed Azmin patuh dengan keputusan PH untuk menghentikan sebarang rundingan dengan PAS.

Sumber TKO - 17-1-2018

PM dan TPM dalam PH ditentukan ikut apa? Personaliti atau kapasiti?
Posted on Wednesday, January 17 @ 17:42:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37776


Kalau ikut personaliti, ia merupakan satu tindakan yang tidak demokratik. Kita memilih Mahathir sebagai PM sebab dia Mahathir. Aku tak dapat bayangkan.

Tapi aku percaya Mahathir dipilih sebab dia Pengerusi PPBM dan Wan Azizah sebab dia Presiden PKR.


Kalau betul, macam mana kalau dalam Pemilihan parti tahun depan, Azmin jadi Presiden PKR?
Kalau aku jadi Azmin, ini lah masa aku nak memperkuatkan diri.

Semasa mula-mula perbincangan kerusi dalam PH, Mahathir mau 80 kerusi. Nego punya nego, lekat juga 52 kerusi. Dalam masa yang sama, PKR kehilangan 14 kerusi.

Masing-masing menyalahkan Izzah dan Saifuddin. Azmin menyalahkan team PKR yang lembik dalam nego dan secara tak langsung menjadi hero dalam PKR.

Ketua-ketua cabang yang tak dapat bertanding ini akan menjadi perwakilan dalam Pemilihan parti PKR akan datang.

Agak-agak Azmin boleh menang tak kalau dia bertanding Presiden PKR?

Aku berkeyakinan tinggi dia boleh menang.

Tak kan Wan Azizah yang kalah kekal TPM?


FB
Mat Saman Kati


SumberTKO - 17-1-2018

Tian Chua tegur Amanah (Pan) kerana ungkit isu calon PM
Posted on Tuesday, January 16 @ 19:56:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37759



PETALING JAYA: Tian Chua menegur Amanah kerana mengungkit kembali isu pilihan calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), menyifatkan perbincangan sebegitu sebagai “mengarut”.

Naib presiden PKR itu berkata majoriti ahli PH sudah menerima Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohmad sebagai calon perdana menteri.

“Tidak wajar Amanah membuka semula perbincangan itu. PKR ada pada mesyuarat tersebut (semasa keputusan itu dibuat) dan bersetuju mengikut majoriti dan kami menerima keputusan itu,” katanya kepada FMT.

Beliau diminta mengulas artikel Utusan Online yang melaporkan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, PKR Selangor patut mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon perdana menteri, jika mereka tidak mahukan Dr Mahathir.

Ahli parlimen Shah Alam itu menegaskan Dr Mahathir satu-satunya nama yang dicadangkan untuk pertimbangan keempat-empat parti komponen PH.

Susulan sokongan di konvensyen PH pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir berkata, Azmin, yang juga menteri besar Selangor, adalah calon berkredibiliti untuk jawatan perdana menteri, cuma tidak terpilih.

Menurut Tian Chua, isu calon perdana menteri PH tidak patut dibangkitkan semula memandangkan ia sudah diputuskan majoriti.

“Ianya perbincangan mengarut untuk mempersoal mengapa PKR tidak mencalonkan Azmin.
“Jika ada yang tidak menerima baik pilihan itu, kita harus menghadapinya dan jelaskan kepada mereka,” katanya.

Timbalan Ketua PKR Selangor Zuraida Kamaruddin antara mereka yang menyuarakan kekecewaan dengan pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, mengatakan ia seperti menunjukkan seolah-olah mereka tidak mampu menamakan calon perdana menteri.

Di konvensyen PH, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dinamakan sebagai pilihan PH untuk jawatan timbalan perdana menteri.

Empat parti komponen PH berikrar menggunakan semua saluran undang-undang untuk pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini sedang menjalani hukuman 5 tahun penjara, menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.

Sumber TKO - 16-1-2018

'HARAPAN perangkap diri dalam permainan BN'
Posted on Saturday, January 13 @ 10:14:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37718


Tindakan menamakan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri daripada Pakatan Harapan (HARAPAN) dibuat secara tergesa-gesa dan hanya memerangkap diri sendiri dalam permainan politik BN, kata anggota majlis pimpinan pusat PKR, Latheefa Koya.


Latheefa berkata inilah mesej yang disampaikan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau menggesa HARAPAN berbincang dengan NGO dan aktivis bagi mendengar suara rakyat.

"Malangnya terdapat pihak pimpinan baru sekarang nak turun nak beri penjelasan. Terbalik! Perkara ini sepatutnya dilakukan sebelum bukan selepas! Proses demokrasi songsang," katanya dalam catatan di Facebook.

Latheefa, yang juga peguam Anwar, mengulas kritikan mereka yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pengumuman calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Pada catatan yang sama, pemimpin PKR itu mengakui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tokoh penting dalam perjuangan menentang BN.

"Bagi saya Tun M adalah satu figura yang amat penting dan antara pimpinan yang paling rajin, tidak erti penat berjuang melawan BN.

"Tidak dinafikan peranan beliau amat penting untuk memperkukuhkan HARAPAN. Tanpa beliau, sememangya HARAPAN tidak cukup suara yang lantang. Namun apa masalahnya?

"Bagi saya, pengumuman calon PM/DPM secara tergesa-gesa adalah satu tindakan memerangkap diri sendiri dalam game BN, "katanya.

HARAPAN mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya semasa konvensyen yang diadakan Ahad lalu.
Sementara itu, Latheefa berkata Anwar adalah calon paling layak untuk jawatan perdana menteri, malah dakwanya BN juga menyedari hakikat itu.

"Calon PM kita yang paling layak dan sesuai selama ini adalah Anwar.

"BN tahu dan sedar itu. Jadi apa yang dilakukannya. Dia tangkap, dan menyabitkan Anwar, dan memenjarakan beliau.

"Kemudian BN tanya kita balik – eh siapa calon PM kamu? Siapa calon PM kamu? Apa jawapan kita.. ah ah ah tak tau. Jap alamak siapa eh? Cepat, kita kena umumkan sebab BN dah tanya ni.

"BN yang mensabitkan Anwar sebagai tidak layak bertanding. Tetapi kita yang macam bodoh ulang-ulang Anwar tidak layak, jadi kita kena cari orang lain. Mudahnya nak patahkan perjuangan kita ini," katanya kesal.

Menurut Latheefa rakyat tahu sekiranya HARAPAN memenangi PRU, gabungan itu mampu memperbetulkan "segala kesalahan dan kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar".

"Tidak perlulah kita memberi butiran secara detail strategi kepada musuh apakah perancangan, siap beri langkah demi langkah. Tidak bijak langsung!"katanya.

Sumber TKO - 13-1-2018\


PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM
Posted on Friday, January 12 @ 08:49:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37694



PETALING JAYA: PKR Selangor tidak dimaklumkan tentang kenyataan bersama PPBM, DAP dan Amanah negeri menyokong pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri gabungan itu untuk pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin berkata pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga tidak tahu tentang kenyataan bersama menyokong keputusan majlis presiden PH itu.

“Kenyataan itu tidak dibuat melalui struktur PH Selangor yang dipengerusikan Datuk Seri Azmin Ali,” kata Zuraida kepada FMT hari ini.

“Saya tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah satu gabungan atau secara individu.”

Semalam, PPBM, DAP dan Amanah negeri dalam kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi PPBM Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim menyokong keputusan majlis presiden PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri gabungan itu.

Pengerusi PPBM itu digandingkan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan sebagai timbalan perdana menteri.

PKR Selangor bagaimanapun dilaporkan enggan menyokong keputusan majlis presiden PH yang diumumkan pada Ahad. Ketua Komunikasi PKR Hizwan Ahmad dilaporkan berkata PKR negeri akan kekal dengan pendirian tidak bersetuju dengan pelantikan Dr Mahathir dan Wan Azizah jika pakatan pembangkang mengambil alih kuasa.

Azmin juga merupakan naib presiden PH nasional.

Zuraida Ahad lepas mengakui kecewa dengan keputusan majlis presiden PH dan berkata mereka seolah-olah tidak mampu menamakan calon perdana menteri “selepas 20 tahun berjuang”.

Sumber TKO - 12-1-2018

AMK Selangor tegur 'nada sinis' tolak Dr M
Posted on Tuesday, January 09 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37661


Ketika beberapa pemimpin kanan PKR Selangor menolak keputusan Pakatan Harapan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri, sayap pemuda negeri itu pula berpendirian sebaliknya.


“Tidak seharusnya timbul lagi nada-nada sinis penentangan kerana fokus utama sekarang adalah agenda menyelamatkan Malaysia.

“Saya seru seluruh pendukung perjuangan untuk berjiwa besar menerima keputusan ini dan kembali fokus kepada agenda utama untuk menumbangkan Umno dan BN,” kata Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Selangor Syed Badli Shah Syed Osman.
Selepas perbahasan awam sekian lama, HARAPAN semalam mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri, manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail pula menjadi timbalannya.
Bagaimanapun, perkara itu tidak disenangi beberapa pemimpin negeri, termasuk Zuraida Kamaruddin dan Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Hizwan Ahmad yang melihat keputusan itu menggambarkan parti itu tidak mampu menamakan calon sendiri.

Dalam kenyataan lewat petang ini, Syed Badli Shah berkata polemik ketidakpuasan hanya akan menjejaskan kestabilan HARAPAN.

“Pada saya kita boleh berbeza pandangan dan cadangan sebelum keputusan dibuat. Namun setelah kata putus dicapai, ia perlu dipertahankan dan dihormati.

“Kita perlu berjiwa besar menerima keputusan demi meneruskan agenda yang lebih utama,” katanya.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/407997#hSZe6uudcmr5ytj2.99

Sumber TKO - 9-1-2018

PKR Selangor kecewa pencalonan Dr Mahathir sebagai PM
Posted on Monday, January 08 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37646



KUALA LUMPUR – Selepas wakil Parti Amanah Negara (PAN) memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) sebagai tanda tidak puas hati dengan pembahagian kerusi, PKR Selangor pula  tidak bersetuju dengan pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad.

PKR Selangor melahirkan rasa kecewa dengan keputusan pimpinan PH yang mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan mempersoalkan mengapa jawatan penting itu tidak diberikan kepada pemimpin dalam parti itu sendiri.

“Dengan saki-baki ruang demokrasi dan kebebasan bersuara yang ada, Keadilan Negeri Selangor dengan ini melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan pengumuman calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

“Sedang kami menghormati keputusan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan, izinkan juga kami menyatakan pendirian yang berbeza. Biarlah ia terakam dalam lipatan sejarah suatu hari nanti,” kata Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor, Hizwan Ahmad
dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, tindakan mencalonkan Dr Mahathir disifatkan sebagai agak janggal memandangkan PKR juga sebenarnya mempunyai pemimpin berkaliber untuk diangkat menjawat jawatan tersebut tetapi sebaliknya diberikan kepada bekas perdana menteri itu.

“Justeru, Keadilan Selangor merasa amat janggal untuk mengakui bahawa setelah begitu panjang tempoh perjuangan kita juga setelah dibuktikan dengan rekod luar biasa.

“Parti ini tidak mampu untuk mengangkat seorang tokoh sendiri bagi diusung sebagai calon bakal Perdana Menteri Malaysia,” katanya lagi.

Semalam, PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14 nanti. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 8-1-2018


Zuraida kecewa PH umum Dr Mahathir calon perdana menteri
Posted on Monday, January 08 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37644



PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengakui sedih dan kecewa dengan pengumuman dibuat Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Zuraida berkata, selepas 20 tahun berjuang seolah-olah mereka tidak mampu untuk menamakan calon perdana menteri.

“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika itu,” katanya kepada FMT hari ini.

PH hari ini mengesahkan Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi PRU14.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan perdana menteri.

Zuraida berkata, pengumuman PH itu tidak akan menghentikannya untuk bekerja lebih kuat bagi memenangi pilihan raya dan beliau turut mendoakan terdapat perkara baik akan berlaku.
“Kerana apa sahaja akan berlaku kini dan PRU14… dengan izin Allah,” katanya.

Ahli Parlimen Ampang itu menambah, beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan pengerusi PH itu.

Beliau turut mengulangi pendiriannya semalam agar Dr Mahathir menjadi menteri kanan sekiranya PH memenangi PRU14.

Mengulas isu sama, bekas pengerusi Otai Reformis Saari Sungib berkata beliau setuju Dr Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri.

“Saya bersetuju kerana itu adalah keputusan parti saya dan keputusan parti saya dibuat bersama-sama dengan Pakatan Harapan,” katanya.

Adun Hulu Kelang dari Amanah itu turut pengumuman itu merupakan satu perkara yang baharu dalam perjuangan beliau walaupun seringkali menentang Dr Mahathir semasa pemerintahannya.

Saari turut melihat pengerusi PPBM itu sebagai seorang yang rasional dan berobjektif dalam cita-cita menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Apa-apa dia buat itu bagi saya mudah. Dia telah melakukan sesuatu dan menyumbang sesuatu untuk melemahkan rejim Datuk Seri Najib Razak dan dengan itu dia membantu kita untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya.

Sumber TKO - 8-1-2018

Taat setia PAN?
Posted on Monday, January 08 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37642




Assalamualaikum,,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan...
Ketua Pemuda PAN, Mohd Sany Hamzan berkata kepimpinan parti itu harus menyatakan taat setia dan mematuhi ketetapan pemimpin tertinggi HARAPAN.Taat setia nampaknya menjadi sandaran PAN.PAN yang sebelum ini banyak mempersoalkan tentang taat setia atau wala kepada pemimpin sewaktu berada dalam PAS kini berubah nada apabila menekankan peri penting taat setia kepada pemimpin tertnggi PH.

Kenapa perlu taat setia kepada pemimpin tertinggi PH? Sedangkan seluruh ahli PAN terdiri dari mereka yang langgar baiah dan tidak taat kepada bekas pemimpin PAS mereka.

Apa lebihnya PH sehingga perlu kepada PAN untuk taat setia dan menerima segala keputusan pemimpin tertinggi PH? Kalau ahli PAN boleh mengkianati pemimpin parti lama mereka kenapa sekarang tak boleh pulak? Bukankan mereka mahukan kuasa yang tidak mampu diperolehi dalam parti lama mereka jadi kalau gabungan baru juga gagal memberi mereka kuasa kenapa tak boleh lawan atau kianat? Kalau dalam parti lama boleh kenapa sekarang tak boleh? Double standard!

Rasanya wajar dan patut PAN bantah keputusan yang  tidak menepati selera mereka, tak perlu taat setia sebab sewaktu keputusan untuk menubuhkan PAN dulu pun ianya berpunca dari sifat kianat dan tidak wala kepada pemimpin tertinggi parti lama mereka.Tak perlu Taat setia dan seruan ketua pemudanya untuk taat setia kepada pemimpin tertinggi PH nampak lawak sekaligus memalukan macai kapcai mereka yang sebelum ini bukan main menghina wala ahli PAS kepada pemimpin tertinggi mereka.


Nak kan kuasa kan? Maka carilah kuasa, kalau ada halangan terutama dari gabungan parti baru mereka maka lawanlah seperti anda lawan parti lama dulu.............

Sumber TKO - 8-1-2018

Penyokong Anwar buat kecoh di konvensyen Pakatan
Posted on Sunday, January 07 @ 21:36:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37631



KUMPULAN yang menggelar diri mereka "Pro 98 Reformis" mencetuskan beberapa kekecohan ketika Konvensyen Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Kira-kira dua puluh orang memakai baju berwarna biru muda dan membawa potongan kadbod ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan cuba memasuki dewan persidangan.

Bagaimanapun, mereka dihalang oleh pasukan keselamatan konvensyen yang tidak mahu mereka menimbulkan sebarang kontroversi.

Mereka kemudiannya berarak keluar dari pintu masuk dewan sambil bersorak “Reformasi!” dan “Bebas Anwar!”, menarik perhatian pengunjung di sekitar Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

Beberapa di antara mereka dikenal pasti sebagai ahli PKR yang rapat dengan bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr Badrulamin Bahron.

Pakatan Harapan dijangka mengumumkan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri sekiranya PH menang Pilihan Raya Umum ke-14 petang nanti.

Pagi tadi, kumpulan ini turut menimbulkan kekecohan kecil apabila bertikam lidah dengan seorang wakil Amanah.

Mereka membawa sepanduk dengan gambar Anwar Ibrahim dan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan kapsyen yang menamakan mereka masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Tindakan mereka itu ditegur oleh seorang lelaki yang memakai baju parti Amanah, menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

Pertengkaran itu berlaku selama lima minit sebelum ia dileraikan oleh penyokong masing-masing.
Kumpulan itu kemudiannya melaungkan perkataan "Reformasi" dan "Hidup Anwar" sebelum beredar kira-kira jam 9.30 pagi.

Badrulamin turut kelihatan di tempat kejadian tetapi tidak berbuat apa-apa. – 7 Januari, 2018.

Sumber TKO - 8-1-2018

Veteran PKR Terhidu Mahathir Pandu Pakatan Harapan Ke Arah Agenda Peribadi
Posted on Saturday, January 06 @ 15:00:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37615



Ahli Biro Politik PKR, Dr Syed Husin Ali terhidu Tun Dr Mahathir memandu Pakatan Harapan (PH) bukan untuk memperjuangkan rakyat, sebalik ke arah agenda peribadi.

Ini diisyaratkan melalui kesungguhan PH mahu menamakan siapa bakal Perdana Menteri, berbanding dengan isu-isu rakyat yang lebih penting.

“Kenapa perlu terburu-buru memutuskannya? Sekarang ini kelihatan seolah-olah soal menamakan nama calon PM paling penting sekali.

“Lebih buruk lagi sudah timbul pula anggapan semacam isu ini didorongkan oleh agenda peribadi,” kata veteran PKR itu kepada The Malaysian Insight.

Syed Husin yang juga bekas timbalan presiden PKR berkata perjuangan mereformasikan sistem dalam negara lebih penting berbanding dengan siapakah calon PM.

“Untuk mencapai ini perlulah diperjuang perubahan besar atau reformasi segala sistem dan institusi yang bobrok agar dapat ditegakkan yang lebih adil dan saksama.

“Nyata sekali matlamat perjuangan PH itu besar, jauh lebih besar daripada soal menentukan PM. Berhentilah membesar-besarkan isu PM ini,” katanya.

Awal Disember lalu, pimpinan tertinggi PH dilaporkan telah bersetuju untuk menamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri Anwar dan presiden PKR, sebagai calon timbalan perdana menteri dan ia bakal diumumkan dalam konvensyen PH, Ahad ini.

Namun, PKR khusus Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim tidak bersetuju menamakan Mahathir sebagai PM.

Pada PRU 13, Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR dan DAP menobatkan Anwar sebagai calon PM, jika PR berjaya menawan Putrajaya pada PRU itu.

Mahathir dalam kenyataan media semalam menegaskan calon PM perlu diumumkan dalam konvensyen PH Ahad ini kerana ia merupakan satu keperluan.

“Kami tidak boleh umumkan selepas PRU-14, pada ketika itu sudah terlambat, mestilah sebelum pilihan raya.

“(Ia akan diumumkan) selepas konvensyen itu,” kata Mahathir yang juga Pengerusi PH.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan PKR memutuskan untuk mengikut keputusan Anwar Ibrahim dalam soal calon PM.

Namun, Mahathir menolak dakwaan tersebut sebagai hanya spekulasi.


“Kamu boleh katakan ia hanya khabar angin, tetapi kebenaran akan diketahui selepas konvensyen itu,” katanya.

...
https://aidcnews.wordpress.com

Sumbere TKO - 6-1-2018

Anwar bebas Jun ini
Posted on Saturday, January 06 @ 14:14:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37614


Lagi lima bulan - itu tempoh yang perlu ditunggu penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mereka dapat melihat kelibat pemimpin PKR terbabit bebas daripada kawalan kakitangan penjara.


Menurut Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tarikh Anwar dibebaskan daripada tahanan ialah 11 Jun akan datang.

"Insya-Allah - kalau diizinkan Tuhan - mengikut lunas undang-undang, pada 11 Jun ini beliau (Anwar) akan dibebaskan," katanya di Kajang, Selangor hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang di parlimen berkata demikian di depan kira-kira 1,000 perwakilan wanita Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mengadakan konvensyen selama sehari.
Majlis itu diadakan ketika semua pihak sedang mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang akan diadakan selewat-lewatnya Ogos ini.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat dalam kes kedua yang dikaitkan dengannya setakat ini. Bekas timbalan perdana menteri itu secara konsisten menafikan beliau terbabit dalam jenayah berkenaan.
Sebahagian besar penyokong serta parti pembangkang pula menganggap tuduhan berkenaan bersifat politik.

Anwar dianggap watak penting untuk menyatukan hampir semua parti pembangkang dalam menyusun gerakan berdepan dengan BN.

Bagaimanapun undang-undang negara masih mengikat Anwar untuk terlibat dalam politik selama lima tahun selepas pembebasannya.

Menurut Dr Wan Azizah walaupun Anwar belum dibebaskan semangat beliau tetap menyertai mereka di konvensyen berkenaan.

"Hari ini ialah hari yang ke-1,601 Anwar menjadi tahanan politik.

"Meski pun jasadnya dipenjara namun rohnya kekal bersama kita," katanya.

Sumber TKO - 6-1-2018

Zuraida sedia tanding di mana sahaja, termasuk Hulu Langat
Posted on Thursday, January 04 @ 21:29:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37577


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata beliau bersedia untuk bertanding di mana-mana kerusi termasuk Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


Katanya, langkah itu perlu bagi memperkukuhkan pembangkang di Selangor.

“Saya bersedia dihantar di mana-mana sahaja demi mengekalkan dan memperkukuhkan kerajaan Pakatan di Selangor. Saya pun orang Kajang bawah parlimen Hulu Langat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama media di Hotel Concorde, Shah Alam.

Semalam, Bernama memetik sumber melaporkan bahawa Zuraida akan bertanding di Parlimen Hulu Langat manakala Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kerusi Parlimen Shah Alam pada PRU14.

Menurut sumber, nama mereka dan dua kerusi parlimen berkenaan dikemukakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya (JPR) Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor, semalam.

Belum dapat persetujuan
Mengulas lanjut, Anggota Parlimen Ampang itu berkata cadangan tersebut belum lagi mendapat persetujuan bersama. Bagaimanapun, beliau menerima baik jika di letakkan di Hulu Langat.

“Belum dapat persetujuan tapi itu lontaran pandangan, jadi saya menerima dengan baik untuk memperkukuhkan Pakatan yang ada, saya bersedia kemana sahaja,” katanya.

Zuraida ketika ditanya adakah langkah itu akan mengkhianati pengundi Ampang yang selama ini setia bersamanya berkata calon PKR lain akan melakukan kerja yang lebih baik di Ampang.

“Pengundi Ampang sangat matang kerana mereka tahu kita perlu mengukuhkan Selangor maka mereka rela wakil rakyat mereka berpindah. Jadi (calon) PKR lain akan buat kerja lebih baik di Ampang,” katanya yang turut menjangkakan calon bagi kawasan itu adalah wanita.

Pada PRU13, Zuraida mendapat 41,969 undi mengalahkan calon BN Rozaidah Talib (28,691) dengan majoriti 13,278.

Sumber TKO - 4-1-2018

Selepas Nurul Izzah Memaafkan, Mahathir Kata Minta Maaf Adat Melayu.. - Sekali Kena Troll Pula..
Posted on Monday, January 01 @ 11:41:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37525

Semalam ketika mengakhiri ucapan dasar di Perhimpunan Agung PPBM yang sulung di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf secara terbuka.


Bagaimanapun selepas beberapa jam mengeluarkan kenyataan itu, Mahathir menegaskan kenyataan maaf adalah perkara biasa yang dilakukan oleh adat melayu.

“Seperti saya kata, adat kita (orang Melayu) untuk memohon maaf untuk apa-apa kesalahan yang orang kata saya buat. 

“Sama ada saya mengaku saya buat salah atau tidak itu hal yang lain. Apa yang penting kita mesti selalu rendah diri, dan apabila berkata-kata, anda memohon maaf sekiranya menyakitkan hati sesiapa," katanya.

Kenyataan itu adalah bagi menjawab persoalan rakan media yang bertanyakan apakah tindakan memohon maaf oleh bekas Perdana Menteri itu bertujuan untuk meredakan desakan pihak-pihak yang memintanya memohon maaf.

Mahathir turut mengatakan tidak timbul isu samada beliau mengaku bersalah ataupun tidak kerana beliau memohon maaf andai sekiranya telah menyakiti hati sesiapa, ujarnya.

Selepas Mahathir dilaporkan meminta maaf, Nurul Izzah pula menulis di facebooknya telah memaafkan individu yang pernah menjadi musuh ketat bapanya itu.


"BIARLAH NAJIB MENJADI DIKTATOR TERAKHIR BUAT MALAYSIA... 

Seperti yang saya tegaskan sebelumnya, kita merupakan pakatan yang terbina atas dasar prinsip reformasi dan keadilan, bukan atas dasar harta, kebendaan, ataupun kepentingan mahupun kesengsaraan peribadi. 

Sebahagian daripada prinsip menuntut keadilan memerlukan pengakuan kesilapan lampau, penerimaan agenda reformasi demi merubah sistem bobrok yang melahirkan diktator demi diktator. Kita perlu mengorak langkah yakin ke depan, demi memacu harapan untuk membina masa depan Malaysia yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan.

Nurul turut menyifatkan permohonan maaf Mahathir telah melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan dan kepentingan ramai.

"Tindakan Tun Mahathir membantu melahirkan kepercayaan secara progresif dan mengambil kira kebimbangan dan kepentingan ramai. 

Hanya Allah jualah yang mengetahui apa yang terbuku di sudut hati setiap manusia, dan kepadaNya jualah kita harus serahkan sebarang penghakiman. Reformasi sistem wajib dilaksanakan kerana sistem yang sama telah melahirkan diktator demi diktator. Kita mulakan langkah ke depan berbekalkan semangat 1998, demi menuai kemenangan 2018 dengan memastikan PM Najib Razak menjadi diktator terakhir buat Malaysia. 

Saya terima permohonan maaf dan keterlibatan Tun Mahathir dalam usaha menyelamatkan masa depan Malaysia. Biarlah Najib menjadi diktator terakhir buat Malaysia. Jadikan masa depan, milik kita," katanya lagi.


Bagaimanapun apabila Malaysiakini melaporkan kenyataan susulan Mahathir mengenai permohonan maaf adalah satu bentuk 'gesture' yang merujuk kepada adat orang melayu, Nurul Izzah telah menjadi mangsa troll di laman sosial.

Tidak hanya Nurul Izzah, penyokong-penyokong Mahathir khususnya dan penyokong pembangkang turut menjadi sasaran ejekan di laman sosial.

...
http://www.amenoworld.org


Sumber TKO - 1-1-2018

PKR setuju Dr Mahathir jadi PM sementara dengan syarat...
Posted on Friday, December 29 @ 07:06:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37470


PKR secara prinsip bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.


Menurut sumber, keputusan itu dibuat pada mesyuarat biro politik PKR pada 19 Disember lalu dan turut mendapat restu daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian besar pemimpin PKR enggan mengulas kerana difahamkan terdapat arahan "menutup mulut" berhubung isu berkenaan.

"Kami setuju menamakan Dr Mahathir dan Wan Azizah tetapi dengan beberapa syarat semasa mesyuarat biro politik.

"Antara syaratnya adalah membebaskan segera Datuk Seri Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan (selepas kita mengambil-alih kuasa).

"Kami juga mahu (Dr Mahathir) berjanji bahawa beliau hanya akan menjadi perdana menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih," kata sumber itu kepada Malaysiakini tanpa mahu namanya didedahkan.

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah ditugaskan untuk bersemuka dengan beberapa tokoh dari tiga parti lain, termasuk Dr Mahathir, mengenai perkara itu.

"Beliau diamanahkan untuk berjumpa dengan tokoh tertentu agar mereka bersetuju dengan cadangan (syarat) ini," katanya.

Menurutnya, PKR akan mengumumkan keputusan berkenaan selepas semua pemimpin bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa Saifuddin dijadual melawat pemimpin veteran DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang hari ini.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat, satu pertuduhan yang menurutnya bermotivasikan politik.

Bekas pemimpin pembangkang itu dijangka dibebaskan pada pertengahan tahun depan, tetapi akan berdepan dengan larangan lima tahun daripada menyertai politik selepas itu.

Cadangan gabungan Dr Mahathir - Dr Wan Azizah pertama kali ditimbulkan pada pemukiman Pakatan Harapan pada awal bulan ini.

Sumber TKO - 29-12-2017

Ezam bakal bertanding PRU depan
Posted on Monday, December 25 @ 07:20:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37429


Bekas pemimpin PKR Ezam Mohd Nor dilaporkan bakal bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.


Menurut laman The Malaysian Insight, Ezam akan bertanding mewakili NGO yang dipengerusikannya iaitu Hisbah Centre for Reform (Hisbah).

"Lembaga telah meminta Ezam menamatkan khidmat beliau di Hisbah Cabang Jakarta dan tugas pengajian di beberapa universiti di Yogyakarta dan Surakarta serta merta dan kembali menumpukan usaha sepenuhnya di Malaysia mulai Januari 2018," kata Timbalan Pengerusi Hisbah Syed Nazarudin Syed Aziz seperti dipetik.

Katanya lagi, Ezam akan menumpukan isu rasuah dan salah guna kuasa dalam kempennya dan akan membawa isu rasuah dari sudut Islam di Dewan Rakyat jika menang, selaras dengan bidang tumpuan Hisbah.

Ezam yang keluar PKR pada 2007 kembali kepada Umno setahun kemudian, namun keluar pada 2016 berikutan isu 1MDB.

Beliau kemudian memohon untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Oktober 2016 namun keluar dua bulan kemudian atas sebab mahu menumpukan perhatian kepada Hisbah.

Pada Mac lalu, beliau mengumumkan penubuhan 'Parti Bebas Rasuah' - usaha penjenamaan semula Parti Generasi Baru - dan akan berdepan dengan Datuk Seri Najib Razak di mana sahaja perdana menteri itu bertanding.

Namun beliau meninggalkan parti itu beberapa bulan kemudian atas sebab kelewatan Jabatan Pendaftaran Negara (ROS) meluluskan penukaran nama Parti Generasi Baru kepada Parti Bebas Rasuah.

Dalam pada itu, Syed Nazarudin tidak menolak Ezam akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan yang dipegang Najib.

"Ia diwakili anggota parlimen yang mengetuai kerajaan yang membenarkan dan mempraktikkan al-ghulul (salah guna jawatan) dalam skala kecurian terbesar di dunia.

"Namun Hisbah mengambil maklum unsur penipuan ketara dalam pola pengundi di Parlimen Pekan di mana peningkatan pengundi mendadak lebih seratus peratus daripada kurang 40,000 pengundi kepada lebih 80,000 pengundi,” katanya seperti dipetik.

Justeru, katanya lagi, NGO itu kini sedang menimbang kawasan Parlimen lain yang sesuai, dengan syarat utamnya adalah kawasan bandar dan kerusi majoriti Melayu.

Katanya lagi, ini kerana Hisbah mahu meningkatkan kesedaran terhadap soal rasuah di kalangan orang Melayu beragama Islam dan kawasan bandar boleh menjadi permulaan strategik bagi pengembangan usaha menentang gejala itu.

Sumber TKO - 25-12-2017

Sebelum ulas, fahami sepenuhnya maksud Hadi
Posted on Sunday, December 24 @ 13:56:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37418


Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin perlu memahami sepenuhnya pandangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu calon perdana menteri, kata Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili.


Bacalah tulisan penuh beliau dengan rasa keimanan dan semangat Islami.

"Ia menjelaskan konsep bernegara dan kepimpinan Islam termasuk dalam hubungan masyarakat majmuk dan waqi' (keadaan semasa) Malaysia," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook.

Terdahulu, Wan Ji menyifatkan pandangan presiden PAS itu bahawa tindakan melantik calon perdana menteri tidak selari dengan amalan Nabi Muhammad sebagai tidak konsisten kerana beliau sendiri dikatakan pernah mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon pilihan PAS untuk menjadi perdana menteri ketika pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Menyifatkan pandangan Abdul hadi itu sebagai bahaya dan boleh mengelirukan, Wan Ji (gambar) juga berkata ulama' secara umum melihat politik Islam berasaskan kemaslahatan rakyat.
"Soal pencalonan awal adalah isu melibatkan kemaslahatan rakyat semasa berhadapan kebejatan BN...tindakan Pakatan Harapan (HARAPAN) berhadapan dengan kebejatan Datuk Seri Najib Razak dan BN tidak bercanggah dengan roh adab ajaran Rasulullah," kata Wan Ji.

Mukhtar menyifatkan Wan Ji sebagai "sangat kurang adab", terutama berhubung kenyataannya yang mendakwa pandangan agama Abdul Hadi sebagai tidak konsisten dan bahaya.

Katanya lagi, pandangan Abdul Hadi perlu dibaca dan difahami secara keseluruhan, antaranya berkenaan sikap PAS yang mencontohi Nabi Muhammad dalam soal tidak mengejar jawatan.

Apa yang dinyatakan Abdul Hadi, katanya lagi, adalah kepentingan untuk berjuang menegakkan Islam dan menyerahkan kepada Tuhan dalam soal siapa yang diangkat menjadi pemimpin.

"Ia (pandangan Abdul hadi) menyebut pendirian PAS yang 'tidak mendahulukan', maksudnya tidak mengutamakan perkara itu buat masa ini kerana banyak lagi keutamaan lain seperti yang disebut dalam artikel itu," katanya lagi.

Selain itu, Abdul Hadi dalam kenyataannya 22 Disember lalu turut memetik sirah Nabi Muhammad, yang ketika ditanya Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam berhubung siapa ketua negaranya, Baginda menjawab perkara itu adalah urusan Allah yang menentukan kehendak-Nya.

"Maka PAS tidak mendahulukan pembentukan Kabinet atau melantik siapa bakal perdana menteri yang bakal menjadi bangkai sahaja. Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah," katanya.
\
Walaupun tidak menyebut mana-mana pihak, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada HARAPAN yang bakal mengumumkan calon perdana menterinya bulan depan.

Sumber TKO - 24-12-2017

Setiausaha agung PKR sah jadi panelis forum Baitulmaqdis esok
Posted on Friday, December 22 @ 05:34:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37397



Kalau PAS sahaja tak boleh tapi kalah geng HARAPAN tak apa, itulah "kepala hotak" mereka yang kurang berfikiran matang...


PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan dirinya akan hadir sebagai panelis di forum khas Baitulmaqdis esok, yang diadakan sebelum tunjuk perasaan solidari dengan rakyat Palestin di Masjid Putra, Putrajaya.

“Kerajaan adalah penganjur utama tetapi ia adalah acara tidak melibatkan mana-mana parti. Ya, PKR sudah dijemput dan hanya akan melibatkan diri dalam forum.

“Saya hanya akan terlibat dalam forum sebagai panelis mewakili PKR, yang mana ia akan diadakan pada jam 11.30 pagi sebelum masuk waktu solat Jumaat,” katanya kepada FMT malam tadi.

Beliau mengesahkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang berkata acara esok akan disertai pemimpin dari gabungan pembangkang.

Zahid berkata demikian selepas Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, partinya mungkin tidak menyertai himpunan esok, yang merupakan tunjuk perasaan isu Palestin yang ke-3 selepas himpunan anjuran Umno pada 7 Disember dan Pakatan Harapan pada 15 Disember.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memaklumkan partinya akan menghantar Saifuddin kerana acara esok membabitkan isu keadilan sejagat, hak asasi manusia dan kestabilan politik Timur Tengah.

Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempelawa rakyat berbilang kaum, NGO serta pemimpin parti pembangkang menyertai himpunan itu.

Ia bagi menunjukkan solidariti kepada Palestin ekoran tindakan Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Himpunan itu akan menyaksikan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang digandingkan di atas pentas sama untuk memperkatakan isu umat Islam.
Sebelum ini kedua-dua mereka digandingkan dalam himpunan mengenai nasib etnik Rohingya di Myanmar.

Sumber TKO - 22-12-2017

Rafizi buat lawak lagi, katanya kajian terbaru sokongan Melayu kepada PAS makin menurun
Posted on Tuesday, December 19 @ 17:32:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37372


Kaji selidik terkini yang dijalankan pusat penyelidikan pilihan raya Invoke menunjukkan sokongan kaum Melayu kepada Umno dalam pilihan raya akan datang semakin merosot, terutamanya disebabkan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Bagaimanapun, hasil kajian mendapati Pakatan Harapan (HARAPAN) juga menghadapi tugas berat dalam mendapatkan sokongan Melayu walaupun dipimpin oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru, 41 peratus orang Melayu akan memilih Umno (dan BN) manakala 14 peratus akan menyokong PAS, kata pengasas Invoke yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Ketika dihubungi kemudian, Rafizi menjelaskan bahawa HARAPAN mencatatkan sokongan Melayu terendah sebanyak 13 peratus.
Beliau menjelaskan bahawa baki 32 peratus responden memilih untuk tidak mendedahkan mana-mana gabungan atau parti yang mereka sokong.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan secara bulanan itu, separuh daripada 41 peratus orang Melayu yang menyokong Umno mahu GST dimansuhkan.
"Ini bermakna tahap sokongan pengundi Melayu kepada Umno akan terus merosot kerana pengundi Umno pun merasa tekanan kos sara hidup," kata Invoke dalam satu kenyataan.
PAS lebih baik daripada HARAPAN
Sementara itu, kaji selidik mendapati sokongan terhadap PAS menurun hampir separuh daripada kaji selidik yang dilakukan pada Januari iaitu sebanyak 25 peratus.
Ini bermakna PAS memperoleh hampir 15 peratus sokongan mengatasi HARAPAN.
Bagaimanapun, sekiranya berlaku pertandingan dua penjuru antara HARAPAN dan BN, 51 peratus responden berkata mereka akan menyokong HARAPAN manakala hanya 28 peratus menyatakan sokongan kepada BN.
Di kerusi parlimen seperti Kulim Bandar Baru dan Merbok di Kedah, serta Johor Bahru di Johor, hanya satu pertiga daripada orang Melayu menyokong BN.
Bagaimanapun, pecahan sokongan kepada PAS dan HARAPAN tidak dinyatakan.
Sementara itu, Invoke berkata sokongan bukan Melayu untuk pakatan pembangkang mencerminkan sokongan pada PRU13.
Sokongan kaum Cina melepasi 80 peratus manakala sokongan India adalah sebanyak 40 peratus.
Invoke menyimpulkan bahawa keputusannya menunjukkan HARAPAN memenangi "sekitar 115" daripada 222 kerusi parlimen, yang membolehkannya membentuk kerajaan.
Kaji selidik nasional melibatkan 5,000 pengundi berdaftar di seluruh negara dijalankan di antara 5 hingga 13 Disember 2017, sementara kaji selidik di peringkat parlimen dijalankan di antara 6 November hingga 15 Disember 2017.


PAS tak minta nama lagi, kita malu nak tanya, kata PKR Kelantan
Posted on Friday, December 15 @ 21:34:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37311



SHAH ALAM: PKR Kelantan memberitahu sehingga hari ini kerajaan negeri masih belum meminta senarai nama pemimpin mereka untuk dilantik menjawat jawatan dalam pentadbiran PAS bagi sesi 2018.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir, lazimnya kerajaan negeri akan meminta cadangan nama daripada partinya, selewat-lewatnya bulan November.
"Sekarang ni kita tak tahu ke mana (kedudukan dalam kerajaan negeri). Jadi diam begitulah. Biasanya setiap akhir tahun (kerajaan negeri) minta nama-nama untuk kita cadangkan tapi tahun ni tak ada. Kerajaan PAS tak minta (nama), mungkin ditamatkan atau disambung tu kita tak boleh nak komen.
"Kita pun malu nak pergi tanya," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Hujung Ogos lalu, Mesyuarat Biro Politik Pusat PKR memutuskan lantikan politik parti itu di Kelantan dikekalkan selepas dihimpit kemelut sejak Mei susulan PAS memutuskan kerjasama dengan parti itu pada muktamarnya.
Keputusan tersebut dibuat berdasarkan alasan keperluan kerjasama parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang dinyatakan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob sebelum ini. 
Kemelut yang melanda parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu dikatakan telah mencetuskan perpecahan kepada dua kumpulan dalam PKR Kelantan.
Ada pihak yang mendakwa dua kumpulan berkenaan adalah yang menyokong untuk pemimpin PKR kekal dalam kerajaan negeri, manakala yang sebelah lagi adalah sebaliknya dan mahu ahli mereka meletak jawatan.

Sumber TKO- 15-12-2017

Rafizi sedia jumpa Abdul Rahman di mahkamah
Posted on Friday, December 15 @ 20:06:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37300


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata beliau mengalu-alukan tindakan mahkamah ekoran dakwaannya berhubung Ekspo Negaraku, dan menganggapnya sebagai peluang untuk mendapatkan jawapan daripada menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan.


Beliau mengulas kenyataan Abdul Rahman, menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU) - penganjur ekspo itu - semalam bahawa beliau telah melantik peguam untuk mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Rafizi.

"Beliau (Abdul Rahman) boleh bercakap dengan gah di luar, tetapi apabila masuk ke mahkamah, beliau akan ditanya dan jawapan beliau tertakluk kepada peraturan mahkamah.

"Sebab itu saya mengalu-alukan tindakannya. Saya dan barisan peguam akan bersedia dengan pelbagai soalan menarik," kata Rafizi dalam kenyataan.

Rafizi berkata antara soalan yang belum dijawab Abdul Rahman adalah berhubung dakwaannya yang kontrak menguruskan program itu yang bernilai RM37 juta tidak direkod dalam sistem perolehan awam, serta keperluan mengadakannya di saat rakyat berhadapan kos sara hidup yang tinggi dan cukai.
"Sehingga sekarang beliau belum menjawabnya," kata anggota parlimen Pandan itu lagi sambil menyifatkan tindakan undang-undang oleh Abdul Rahman sebagai cubaan mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu sebenar.

Isu ini bermula 11 Disember lalu apabila Rafizi mendakwa ketua pegawai eksekutif Pico Integrated Exhibit Sdn Bhd, Raslan Dahlan, iaitu syarikat yang mendapat kontrak menguruskan Ekspo Negaraku, adalah abang kepada Abdul Rahman.

Ia dinafikan serta-merta oleh Abdul Rahman.

Rafizi dalam sidang media sehari kemudian memohon maaf kepada Raslan, tetapi pada masa sama mempersoalkan kos serta mendakwa penganugerahan kontrak itu tiada dalam rekod laman web perolehan EPU.

Pada hari sama, Abdul Rahman ketika menjawab di Dewan Negara berkata Ekspo Negaraku menelan belanja sebanyak RM37 juta, jumlah yang menurutnya berpatutan jika mengambil kira lokasi di Dataran Merdeka dan tempoh program iaitu sebulan.

Sumber TKO - 15-12-2017

Ezam kini mahu pertahan Azmin
Posted on Tuesday, December 12 @ 06:45:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37271


Sekian lama menjadi 'musuh ketat', bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor hari ini berikrar untuk mempertahankan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Dalam satu kenyataan, beliau berkata akan mempertahankan menteri besar Selangor itu yang menurutnya kini diserang "dengan cara jijik dan tidak beretika".

"Menjadi kewajipan rakyat Selangor yang waras dan mempunyai maruah dan prinsip keadilan mempertahankan menteri besar Selangor dan pentadbirannya.

"Atas prinsip ini saya sebagai anak jati Selangor menyatakan secara jelas dan terbuka akan mempertahankan Azmin dan pentadbirannya," katanya.

Sebagai menteri besar, kata Ezam lagi, Azmin menunjukkan komitmen yang luar biasa serta disenangi rakyat, tetapi malangnya diganggu "pemimpin yang sudah hilang legitimasi dan mahu membunuh ancaman politiknya".

Beliau tidak menamakan secara khusus pihak yang dimaksudkannya itu.

Ezam dan Azmin merupakan pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi timbalan perdana menteri pada tahun 1990-an.
Dilihat sebagai orang kanan Anwar, kedua-duanya kekal bersama Anwar selepas dipecat daripada Umno oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dan menjadi watak penting gerakan Reformasi.
Pada 2007, perselisihan berlaku antara Ezam dengan Anwar dan Azmin yang menyebabkannya keluar daripada PKR.

Ketika itu, Ezam menyifatkan Anwar sebagai "lemah" dan menuduh Azmin mengawal Ketua Umum PKR itu.

Ezam kembali kepada Umno pada 2008 dan dilantik sebagai senator dua tahun kemudian. Namun beliau sekali lagi meninggalkan parti itu tahun lalu berikutan isu 1MDB.

Ezam yang kini mengetuai NGO Hisbah Malaysia mengecam serangan terhadap Azmin.

"Selangor tidak boleh membenarkan agenda politik sempit dan jijik mana-mana individu terdesak menjadi penghalang kepada usaha pentadbiran di bawah Azmin, yang jelas beriltizam menjulang Selangor ke arah masa depan cemerlang," katanya lagi.

Walaupun tidak menamakan dengan jelas, antara pihak yang menyerang Azmin mutakhir ini adalah Umno Selangor, bersama-sama adiknya Azwan Ali.

Azwan berikrar untuk "menjahanamkan" Azmin serta mengancam mendedahkan rahsia timbalan presiden PKR itu.


Sumber TKO - 12-12-2017


Kantoi Fitnah Rahman Dahlan, Rafizi Padam 'Posting' Facebook
Posted on Monday, December 11 @ 17:15:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37267

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berdepan saman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berikutan fitnah mendakwa menteri berkenaan melantik ahli keluarganya sebagai kontraktor pelaksana Expo NegaraKu.

Ujar Abdul Rahman, Rafizi mengatakan bahawa telah membuat penyiasatan dan penyelidikan serta mempunyai bukti bahawa Raslan Dahlan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Intergrated Exhibit Sdn Bhd, adalah abang kepada Abdul Rahman.

"Sekali lagi Rafizi secara sengaja merekacipta satu pembohongan besar dalam kerakusan beliau untuk memfitnah saya, kerajaan BN dan Datuk Seri Najib Razak.

"Ini membuktikan Rafizi adalah seorang pembohong tegar bersiri (compulsive serial liar) yang tidak pernah takut kepada Allah.

"Saya akan berbincang dengan peguam saya dalam masa yang terdekat ini untuk tindakan undang-undang seterus terhadap pembohong tegar bersiri bernama Rafizi Ramli ini," ujar Abdul Rahman.

Abdul Rahman merangkap Ahli Parlimen Kota Belud turut berharap Pakatan Harapan mengeluarkan arahan agar Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu tutup mulut kerana pembohongan ini sekaligus mengaibkan pakatan berkenaan.

"Rakyat perlu membuka mata terhadap pembohong tegar bersiri ini kerana penyakit berbohong dia ini tidak boleh diubati lagi," katanya lagi.

Dakwaan oleh Rafizi diutarakan menerusi sidang media di laman Facebook miliknya namun semakan Malaysian Digest mendapati ianya telah dipadam.

Penganalisis politik Lim Sian See (LSS) menghuraikan lanjut bahawa Raslan Dahlan berasal dari Johor sementara Abdul Rahman berasal dari Sabah.

"Masalahnya Raslan tidak berkait dengan Rahman Dahlan langsung.

"Nama penuh Raslan adalah Nooraslan Bn Mohd Dahlan dan beliau dilahirkan di Johor seperti anda boleh lihat dari Mykad beliau kod 01.

"Sementara nama penuh Rahman adalah Abdul Rahman bin Datuk Hj Dahlan (tiada Mohd) dan beliau dilahirkan di Sabah. Malah, bapa beliau merupakan ADUN Sabah bagi DUN Sulaman selama enam tahun semenjak 1971," ujar LSS.

"...Nampaknya satu lagi saman akan datang kepada Lapiji (Rafizi). Dia ni kisah tak untuk menyemak fakta atau beliau sekadar tembak dan terima saman supaya boleh minta lebih banyak derma?" soal LSS.

- mD

Sumber TKO - 11-12-2017

Dayangku Intan Keluar PKR
Posted on Sunday, December 10 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37250



Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan yang menyertai PKR pada 2012 mengumumkan keluar parti hari ini.

“Saya ingin mengumumkan pengunduran diri dari PKR, Pakatan Harapan,”katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook.

Dayangku Intan berkata dia menyertai PKR, ketika parti itu bergabung dengan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

Namun, selepas PAS dikeluarkan daripada PR dan Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan pada 2015 yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah, dua tahun selepas itu dia mengambil keputusan untuk keluar parti.

“Dengan ini saya harap segala persoalan kini yang ada mengenai di mana saya di gelanggang politik.

“Sepertimana Pakatan Rakyat tiada lagi, saya tidak lagi bersama mana-mana Parti dan mengucapkan yang terbaik bagi calon-calon yang akan bertanding pada PRU14,”katanya. - AIDCNews

Sumber TKO - 11-12-2017

Chegubard : Laporan Skandal Tanah PKPS RM1.181 Billion Terkait Nama Azmin
Posted on Sunday, December 10 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37249



Merujuk kepada dokumen-dokumen yang dilampirkan yang saya terima secara pos beberapa bulan lepas dari sumber tak dikenali berkenaan penjualan tanah di mukim Ijok yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor dan dua syarikat perumahan Mujur Zaman Sdn Bhd, dan LBCN Development. Berdasar maklumat yang diberi dalam dokumen tersebut, kami memohon agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan seperti berikut:

Bagaimana Eco World Group Development Berhad (Eco World) boleh membeli tanah seluas 2,198.4 ekar di Ijok, Kuala Selangor pada harga RM1.181billion daripada Mujur Zaman Sdn Bhd, dan LBCN Development Sdn Bhd. ?

Bagaimana Mujur Zaman dan LBCN boleh dibenarkan menjual tanah tersebut sedangkan tanah-tanah tersebut terlibat dengan perbalahan perundangan lama melibatkan ratusan peneroka asal yang masih menunggu pampasan yang telah dijanjikan ?

Mengapa Kerajaan Negeri Selangor memberhentikan usaha-usaha yang dimulakan oleh mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sejak tahun 2009 untuk memperjuangkan nasib ratusan peneroka asal ?

Bukankah tanah-tanah yang terlibat telah dirampas oleh kerajaan negeri daripada Mujur Zaman dan LBCN yang untuk dikembalikan kepada peneroka asal kerana gagal membangun tanah-tanah tersebut serta membayar pampasan seperti yang dijanjikan kepada peneroka asal. Mahkamah juga telah membuat keputusan berkaitan.

Mengapa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran MB Selangor DS Azmin Ali memulangkan tanah yang telah dirampas kepada Mujur Zaman dan LBCN sedangkan kedua syarikat bukan sahaja gagal membangunkan tanah seperti yang dijanjikan tetapi juga masih belum membayar pampasan yang dijanjikan kepada peneroka.

Mengapa MB DS Azmin memulangkan tanah kepada Mujur Zaman dan LBCN, sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa “legal obligations” kepada kedua syarikat itu.

Tambah pula, Mujur Zaman dan LBCN telah gagal diperingkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mencabar keputusan rampasan tanah yang dibuat oleh mantan MB TS Khalid Ibrahim. Pertikaian sepatutnya diteruskan di Mahkamah Persekutuan tetapi mengapa secara tiba-tiba MB DS Azmin bersetuju untuk memasuki satu penyelesaian bersama dengan kedua syarikat.

Akibat dari perbuatan MB Azmin, kerajaan negeri Selangor memulihkan status tanah untuk kembalikan tanah balik kepada LBCN dan Mujur Zaman yang hanya perlu menarik balik rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Syak yang kuat ada berlaku pertembungan kepentingan juga kerana dalam salah satu dokumen jelas menyatakan antara pihak berkepentingan dalam isu ini ialah Datuk Khairuddin Abu Hassan yang merupakan bekas ahli Umno yang dipecat dan menjadi sekutu kuat politik Tun Mahathir Mohammad yang menjadi Pengerusi Pakatan Pembangkang yang mana MB Selangor merupakan Pengarah Pilihanrayanya.

Secara kesimpulannya, SPRM perlulah menyiasat jika ada timbal balik yang terlibat diantara pihak-pihak yang terlibat baik dalam Kerajaan Negeri, anak syarikat kerajaan negeri dan kedua syarikat tersebut iaitu LBCN dan Mujur Zaman.

Melihat daripada laporan akhbar tentang harga jualan tanah-tanah yang terlibat.
Sekian, laporan saya ;
BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN


....
AIDCNews

Sumber TKO - 10-12-2017

Jika tak sokong Trump, batal pelaburan Malaysia ke AS
Posted on Saturday, December 09 @ 14:14:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37231
SEMALAM Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menulis satu tweet berkenaan cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump, untuk mengalih kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang akan diiktiraf sebagai ibu negara Israel.

Tweet beliau itu hanyalah retorik semata-mata sempena Persidangan Agung Umno 2017, sekiranya ia tidak diikuti beberapa langkah diplomatik dan perdagangan sebagai tanda bantahan Malaysia terhadap cadangan ini.

Sehingga hari ini, kita belum lagi mendengar Wisma Putra memanggil Duta AS ke Malaysia untuk memberi penjelasan tentang cadangan Presiden Trump yang cukup menggugat politik rantau Timur Tengah malah juga dunia Islam.

Sehingga ke hari ini juga, kita belum melihat sebarang langkah dari pentadbiran  Najib Razak untuk membantah sekeras-kerasnya cadangan Presiden Trump ini.

Adakah ianya kerana Najib takut untuk menggores hati kawan baik beliau itu? Apakah nasib umat Islam di Palestin, serta juga yang beragama Kristian, lebih penting dari hubungan baik Najib dengan “rakan golf” beliau? Apakah nasib negara Palestin lebih penting dari membantu “mengukuhkan ekonomi AS”?

Maka saya mencabar Najib, jika beliau benar-benar membantah cadangan Presiden Trump ini, Najib perlu segera membatalkan semua perjanjian pelaburan yang beliau buat di White House pada 12 September lalu, termasuk pembelian kapal terbang Boeing berjumlah RM 42 bilion, dan membatalkan niat Khazanah dan KWSP untuk meningkatkan pelaburan di AS.

Rakyat sedang melihat apakah Najib benar-benar membantah Presiden Trump atau hanya bermain retorik sempena PAU 2017.

Fahmi Fadzil,
Pengarah Komunikasi PKR


Sumber TKO - 9-12-2017


Rumah Anak Saudara Azmin Diserbu SPRM, Wang Tunai RM4 Juta Disita ?
Posted on Thursday, November 30 @ 12:39:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37073



Ahli seumur hidup PKR yang digantung keahlian Badrul Hisham Saharin memberitahu rumah anak saudara seorang Menteri Besar yang dilantik secara pintu belakang telah diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

Meskipun Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard tidak menyebut nama Menteri Besar itu, namun difahamkan ia merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurut Chegubard semasa serbuan itu, wang tunai sebanyak RM4 juta telah disita oleh pihak SPRM.

“Hebat MB pintu belakang lahirkan jutawan muda segera keliling dia…

“Petang tadi SPRM serbu rumah anak saudaranya tunai sebanyak RM4juta lebih disita… katanya anak saudranya tak bekerja hanya mengekor dia saja…

“Yang duk bawa terus gantung bendera gaduh sana sini ya… jom jerit ramai ramai PEDULI RAKYAT,” katanya dalam Facebook.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh Rafi Awg Kechik yang menamakan Nurul Fadli anak saudara kepada Azmin Ali.

“Bayangkan kalau semua saudara maranya ada duit sebanyak ini ataupun lebih dari ini..kerjanya hanya jual nama bapa saudara.


“Bayangkan juga kalau anak saudara ada wang banyak ini, berapa banyak pula bapa saudaranya ada? Berbanggalah wahai rakyat Selangor! Rugi tak ada bapa saudara macam ni,”katanya.

Sumber TKO - 30-11-2017

Wan Azizah kecam rancangan tindakan undang-undang terhadap Padi Rescue
Posted on Thursday, November 30 @ 07:02:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37066



KUALA LUMPUR: Pembangkang menggesa kerajaan menghentikan rancangan mengambil tindakan undang-undang terhadap gabungan NGO mewakili petani padi, Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata 83 Ahli Parlimen pembangkang, termasuk 8 daripada PAS, 1 PSM dan 1 bebas, menandatangani petisyen menyeru siasatan terbuka ke atas prestasi dan peranan Syarikat Padi dan Beras Nasional Berhad (Bernas).

“Kami menyeru tindakan segera diambil terhadap Bernas dan menyeru hak sesiapa sahaja untuk meneliti dan mempersoalkan prestasi Bernas, yang ditubuhkan untuk mengurus industri beras negara sejak 1994, diiktiraf.

“Kami mengutuk tindakan Bernas menakut-nakuti dan menutup mulut Padi Rescue dengan ancaman tindakan undang-undang.

“Kami berpendirian pengeluaran beras, iaitu makanan asas yang penting, tidak patut dimonopoli, diambil untung atau dikawal oleh mana-mana individu atau syarikat,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Wan Azizah menggesa kerajaan mengambil tindakan segera menghalang Bernas mengambil tindakan undang-undang terhadap Padi Rescue berhubung memorandum yang diserahkan kepada perdana menteri pada 20 Oktober 2017.

“Kami menyeru Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diwujudkan semula untuk mengembalikan mandat yang diberi kepada Bernas, yang akan tamat pada 2021, bagi melindungi industri beras negara.”

Turut hadir di sidang media itu ialah Ahli Parlimen Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar), Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Johari Abdul (PKR-Sungai Petani), Khalid Samad (Amanah-Shah Alam), Chong Chieng Jen (DAP-Kuching) dan Dr Michael Jeyakumar (PSM-Sungai Siput).

Jurucakap Padi Rescue Fitri Amir dilaporkan berkata KPN lebih cekap berbanding Bernas dan petani padi berdeepan kos tinggi. 

Sumber TKO - 30-11-2017 

Wan Azizah persoal gaji ketua pengarah Jasa lebih tinggi dari menteri
Posted on Monday, November 27 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37025



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempersoalkan gaji ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM) lebih tinggi daripada gaji seorang menteri persekutuan.

Dr Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) berkata semakan terhadap senarai perjawatan 2018 mendapati gaji maksimum seorang ketua pengarah (Jasa), berdasarkan kod gaji VU7, boleh mencecah RM20,592 sebulan berbanding RM14,907.20 sebulan yang diterima seorang menteri komunikasi dan multimedia.

“Apakah tugas-tugas yang sungguh teristimewa ini mendapat bayaran lebih daripada gaji menteri?” soal Wan Azizah ketika membahaskan belanjawan untuk KMM di Dewan Rakyat.

Wan Azizah turut mempertikaikan keperluan gaji seorang ketua pengarah Jasa melebihi gaji kakitangan awam yang berkhidmat berpuluh tahun.

Antara fungsi Jasa adalah mengatur rancangan dan melaksanakan strategi, program dan aktiviti untuk “mendidik serta menyakinkan” rakyat kepada pemimpin negara.

Ditubuhkan sejak 1960, Jasa juga ditugaskan mengenalpasti dan memantau isu yang boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan, di samping membuat analisis pola dan sikap rakyat terhadap dasar kerajaan.

Dalam pada itu, Wan Azizah turut mempersoalkan rasional membayar emolumen RM12.8 juta kepada 272 kakitangan Jasa yang berperanan semata-mata sebagai “jurukempen” Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Bukankah lebih wajar emolumen gaji kakitangan Jasa itu dibayar langsung oleh ibu pejabat Umno dan BN

“Sepatutnya tidak dibayar dengan menggunakan dana awam yang menjadi hasil cukai keringat rakyat jelata termasuk kami dari pihak pembangkang,” katanya.

Ketua Pengarah Jasa sekarang adalah Datuk Mohd Puad Zarkashi, manakala Menteri Komunikasi dan Multimedia adalah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Sumber TKO - 27-11-2017

Dilarang beri bantuan banjir, ADUN PKR selar k’jaan negeri
Posted on Friday, November 24 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36962


Wakil rakyat PKR yang dilarang daripada menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir, membidas kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dan berikrar untuk terus membantu penduduk di kawasannya.


ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng mendakwa bahawa tindakan itu bertujuan menghukum pengundi beliau.

"Ketika saat genting ini, saya terkejut apabila dilarang membantu rakyat melalui tindakan yang tidak praktikal dan tidak berperikemanusiaan ini.



"Saya tidak fikir mana-mana kerajaan yang waras dan logik akan melarang wakil yang dipilih secara demokratik daripada membantu rakyat.

  "Saya tidak tahu idea siapa ini yang melarang kami daripada membantu mereka," kata Cheah kepada pemberita di pusat khidmatnya.

Diminta penjelasan, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu susulan "perubahan prosedur dalaman".

Lim berkata beliau dan ADUN Pulau Tikus, Yap Soo Huey akan mengendalikan tugas itu agar pendaftaran mangsa dapat diselesaikan dalam masa 10 hari.

"Perubahan prosedur dalaman diperlukan untuk memastikan semua mangsa banjir dapat didaftarkan secara komprehensif.

"Tumpuannya adalah untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan perubahan dalaman adalah penting untuk memastikan mereka mendapat manfaat daripada program RM105 juta Pulau Pinang Bangkit Kembali," katanya.


Walau bagaimanapun, Cheah berkata beliau akan terus membantu pengundinya yang memerlukan bantuan untuk mendaftar bagi mendapatkan dana RM700 bagi setiap keluarga.

Wakil PKR itu tidak melihat tindakannya sebagai menentang pihak berkuasa negeri dan berpendapat bahawa keputusan untuk melarangnya adalah "tidak sah dan tidak berasas".

"Ia adalah satu alasan yang buruk, bukan alasan, bahkan mereka tidak memberi saya penjelasan," katanya.

Sumber TKO - 24-11-2017

Saya mungkin tak tanding lagi di Penanti, kata Norlela
Posted on Wednesday, November 22 @ 15:59:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36931


Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, Norlela Ariffin berpendapat dirinya mungkin tidak akan bertanding semula pada pilihan raya umum negara akan datang kerana namanya tidak berada dalam senarai calon yang dicadangkan oleh PKR.


"Tidak, nama saya tidak ada dalam senarai," kata Norlela kepada Malaysiakini, menimbulkan spekulasi bahawa beliau mungkin disingkirkan susulan pendekatan lantangnya dalam menyelesaikan masalah pengundi.

Norlela adalah antara sepuluh wakil rakyat di Pulau Pinang. Bekas pensyarah universiti itu, memenangi kerusi Penanti pada 2013 ketika menggantikan Pengerusi PKR Pulau Pinang,, Mansor Othman, yang bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Sekalipun dirinya dicalonkan, Norlela berkata beliau mungkin dipindahkan ke kerusi lain di luar Pulau Pinang.

Difahamkan, beliau berkemungkinan besar akan bertanding di Kajang, Selangor, yang kini dipegang oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Ada desakan supaya saya bertanding di kerusi lain, nama saya tidak ada di senarai di Pulau Pinang, saya telah diberitahu sejak sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Mei lalu," kata ibu kepada seorang anak berusia empat tahun itu.

Norlela dikatakan agak lantang dalam memperjuangkan isu-isu yang membabitkan penduduk yang diwakilinya.


Beliau baru-baru ini dibidas oleh penyokong kerajaan Pulau Pinang kerana mengucapkan "terima kasih, SPRM" selepas suruhanjaya itu menyerbu sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Berikutan serbuan itu, exco alam sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan oleh SPRM tetapi ADUN Sungai Puyu menafikan sebarang kesalahan dalam perkara itu. Ketika itu, Norlela mendakwa beliau mempunyai petisyen yang ditandatangani oleh 170 penduduk yang mahu kilang berusia 15 tahun itu ditutup.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/402881#7f6cUZ03OyHYVfAy.99

Sumber TKO - 22-11-2017

Saifudin Nasution Patutlah Laju Sangat Serang PAS, Rupanya Dapat Dedak DAP
Posted on Tuesday, November 21 @ 21:41:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36910


Saifuddin Nasution dulunya ahli PAS. Bisnes gagal jumpa Anwar Ibrahim. Anwar bagi jawatan pensyarah U (dedak juga ni) Kemudian aktif Pemuda UMNO.

Semasa terlibat dengan PKR, berlaku pergolakan di dalam PKR, dia hilang sumber. Walaupun jawatan SU PKR tapi kerja dengan DAP. Dapatlah RM12 sebulan. Ini kena tanya Tun Mahathir DEDAK atau bukan.

Anda boleh baca di sini
Untunglah, dapat makan duit pencen adun dan ahli parlimen. Dapat pula kerja dengan LGE.

YANG PELIK
Saifudin kata pendapatannya RM17,700 dan perbelajaannya RM12,733. Soalannya sebelum dia MAKAN DEDAK LGE (DAP) macam mana dia bayar keretanya BMW, Triton, Altis dan MyVi yang dibeli bermula 2014 lagi??

Itu belum masuk perbelanjaan lain.

RUPANYA BEKAS UMNO
PERANGAI MACAM UMNO JIKA MENINGGALKAN AMALAN ISLAM

Sumber TKO - 21-11-2017

PRU14: PKR Sedia Beri Kerusi Kepada PPBM Dan PAN
Posted on Friday, November 17 @ 21:45:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36803



IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberikan kerusi yang ditandinginya sebelum ini kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerusi yang akan terlibat.


Perbincangan mengenainya masih berjalan dan telah 80 peratus selesai, katanya kepada pemberita selepas kenduri rakyat bersempena Jelajah Keadilan Peduli Rakyat, di sini hari ini.

"Ketika PKR ditubuhkan pada 1999 PKR diberi kerusi yang dipertandingkan DAP dan PAS, jadi sudah tiba masanya kita bantu parti baharu seperti PPBM dan PAN," kata Menteri Besar Selangor itu.
- Bernama

SumberTKO - 17-11-2017


Politik lidah bercabang Umno
Posted on Tuesday, November 14 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36721


Saya mengikuti pandangan umum rakyat berkenaan ahli politik dan percaya sebahagian rakyat pandang sinis terhadap pandangan orang politik.


Ada yang menganggap ahli politik lidah bercabang dan talam dua muka. Walaupun bukan semua ahli politik yang begitu tetapi oleh kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.

Cuba kita amati beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin politik utama Umno BN baru-baru ini.

Pada Perhimpunan Agung MCA pada 5 November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata mustahil DAP boleh menubuhkan kerajaan persekutuan walaupun menang besar.
Katanya, “Beritahu komuniti Cina, DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan, realitinya pada PRU lepas mereka menang pun tidak boleh tubuh kerajaan”.

  Sedangkan awal tahun ini di Kuala Ketil, Kedah, beliau memberitahu bahawa DAP akan menguasai kerajaan Malaysia sekiranya BN tumbang. Beliau mendakwa walaupun jika PKR, AMANAH dan BERSATU menguasai majoriti kerusi, DAP tetap mengawal kerajaan baru.

Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Najib? Kepada masyarakat Cina, mesejnya ialah DAP tidak kuat dan tidak boleh memimpin orang Cina sebagai kerajaan. Kepada masyarakat Melayu, mesejnya ialah DAP amat kuat dan akan mengawal kerajaan apabila BN tumbang.

Siapa yang terkeliru? Najib atau rakyat? Siapakah yang mengelirukan rakyat? Parti pemerintah Umno BN atau Pakatan Harapan?

Sebenarnya inilah amalan politik perkauman yang sering kali dijaja oleh Umno/BN. Di satu sudut pemimpin Umno BN konon menggalakkan keharmonian kaum namun di sudut yang lain mengambil kesempatan penuh atas politik perkauman.

Tingkah laku pemimpin nombor 1 Umno BN sendiri membuktikan politik perkauman amat sebati dengan darah daging Umno BN dan tidak dapat dilindungi lagi.
Baru-baru ini pada 5 November juga, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempolitikkan bantuan kerajaan persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

  Katanya kerajaan persekutuan komited membantu mangsa banjir biarpun negeri tersebut diperintah sebuah parti yang bukannya membentuk kerajaan persekutuan.

Namun pada 11 November ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan, di Kuala Lumpur, Ahmad Zahid berkata banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang awal bulan ini merupakan petanda daripada Tuhan untuk BN merampas kembali negeri itu.

"Tuhan telah menurunkan bala kepada mereka yang mendabik dada kononnya Pulau Pinang bebas dari banjir.

“Tetapi apa yang berlaku adalah sesuatu yang Tuhan tunjukkan, bahawa inilah waktu terbaik untuk kita ambil balik kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Ahmad Zahid? Kepada umum diingatkan supaya tidak mempolitikkan isu banjir di Pulau Pinang tetapi kepada anggota Gerakan dikaitkan isu banjir dengan pengambilalihan kuasa Pulau Pinang kembali kepada BN yang jelas bermotif politik.
Masalah lidah bercabang seolah-olah menjadi perkara biasa bagi orang politik terutamanya parti pemerintah. Lebih buruk lagi apabila orang politik juga dituduh hipokrit, talam dua muka atau munafik. Kalau tidak cermat, orang politik daripada Pakatan Harapan pun termasuk dalam satu bakul.
  Apakah kenyataan dan ungkapan yang dikeluarkan oleh orang politik itu semuanya dianggap begitu?

 Maksud saya, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dan cakap di sini lain cakap di sana lain.
Atau apakah ia dibolehkan atas nama muslihat politik? Dibolehkan atas sebab matlamat menghalalkan cara atau ala Machiavelli?


Untuk menjawab soalan-soalan ini, saya kira perkara pertama yang harus difahami ialah politik mempunyai sumbangannya kepada pengurusan masyarakat, negara dan dunia.

Menurut Hassan Al-Banna, pemikir dan pengasas gerakan Islam tersohor, seorang Muslim tidak akan sempurna agamanya kecuali jika dia menjadi ahli politik iaitu memiliki pandangan yang jauh tentang permasalahan umatnya, memperhatikan urusan-urusan mereka dan bersedia membantu mencari jalan penyelesaiannya.

Ini bermakna politik jika difahami dalam konteks di atas merupakan satu tugas yang mulia malah menyempurnakan agama.
Kedua, sikap dan tingkah laku orang politik wajib berteras kepada rakyat iaitu faham masalah mereka, teliti urusan mereka dan bantu cari jalan penyelesaian untuk mereka. Ini tidak bermakna orang politik mesti memenuhi semua kehendak dan keperluan rakyat namun orang politik wajib mengutamakan rakyat.

  Dalam kefahaman saya, ini termasuk mendekati rakyat, menyampaikan perkara yang benar, tidak mengelirukan, tidak berbohong, tidak memudaratkan atau membebankan rakyat.

Ia juga bermakna berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan keluar kepada permasalahan yang ditanggung rakyat.

Justeru, kalau pun ada muslihat politik (memang pun ada), ia sewajarnya tidak boleh menggadaikan nasib dan masa depan rakyat. Segala strategi dan pertimbangan politik boleh dilakukan untuk umpamanya menang dalam PRU-14, namun bukan atas penipuan apatah lagi bukan memudaratkan rakyat.

Ketiga, rakyat sendiri perlu melengkapkan diri dengan ilmu supaya tidak menjadi “korban” orang politik. Dengan ilmu di dada dan di medan, rakyat boleh menimbang, memilih dan memutuskan jalan mana yang membawa manfaat lebih banyak dari mudarat.

Rakyat menjadi lebih matang dan berani memecahkan tembok dan budaya ancaman yang mungkin dicipta oleh orang politik.
Saya masih ingat pengalaman saya sewaktu memimpin Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) suatu masa dahulu. Saya berdepan dengan orang politik, khususnya parti pemerintah, yang mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan pelbagai cara.

  Mereka ugut, ancam dan taburkan fitnah serta dakyah ke atas GMI. Mereka pertahankan ISA di media massa di semua peringkat masyarakat di seluruh negara menggunakan segala alat yang ada, termasuk Biro Tata Negara (BTN), Cawangan Khas dan Jabatan Penerangan.

Saya tahu tugas memansuhkan ISA satu tugas yang hampir mustahil. Namun hakikatnya, apabila rakyat didedahkan dengan kebenaran dan pengetahuan yang jelas maka rakyat sendiri boleh menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Akibat desakan rakyat, ISA telah dimansuhkan.

Akhirnya, sementara saya nyatakan tiga perkara di atas, malangnya saya percaya budaya politik lidah bercabang dan talam dua muka akan tetap menjadi budaya orang politik dalam negara kita.
Selagi tiada perubahan besar berlaku kepada pucuk parti pemerintah maka selagi itulah politik kotor dan jijik terus bermaharajalela.

Cumanya saya berharap dengan kembalinya kita kepada pegangan agama dan nilai serta dengan adanya kemajuan teknologi maklumat di hujung jari, maka orang politik yang berlidah cabang, bertalam dua muka dan hipokrit tidak lagi boleh menapak jauh.

SYED IBRAHIM SYED NOH ketua penerangan PKR.

Sumber TKO - 14-11-2017

Wang Rakyat Selangor Terus Dibazir, Bina Parkir Perpustakaan RM43 Juta -CheguBard
Posted on Friday, November 10 @ 22:19:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36609



1. Sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak, saya telah mendapat senarai dokumen projek-projek mega yang diluluskan di bawah pentadbiran MB Azmin Ali di Selangor. Ternyata banyak projek diluluskan dengan nilai yang tidak munahsabah dan cara yang amat meragukan. Namun pendedahan dokumen ini kami tangguh sehingga selesai PRN Sarawak.

2. Sebelum ini SAMM telah membuat beberapa pendedahan yang masih belum dijawab, antaranya ialah mengenai projek ubah suai ringan pintu gerbang dengan kos bernilai hampir RM10juta. Hanya jawapan selamat diberi kononnya projek ini adalah dari wang penderma yang didahulukan kosnya oleh kerajaan negeri, malah salah seorang Adun PKR selangor jawab kononnya ia kehendak istana.

3. MB Selangor juga gagal perjelaskan apa kepentingan wang rakyat sebanyak RM65.03j dibazirkan untuk ubah suai Masjid Shah Alam seperti kerja ganti kubah dan pejabat masjid. Apabila dibangkitkan oleh wartawan, Azmin marah dan suruh wartawan menjawab dengan tuhan, kerana ganti kubah mahal untuk bela syiar islam.

Sedangkan Pakatan Rakyat sendiri pernah mengkritik pembaziran Masjid Kristal di Terengganu, hari ini Azmin buat hal yang sama. Persoalannya, berapa banyak institusi islam, sekolah-sekolah agama, pusat ilmu dan kebajikan islam yang mampu terbela dengan jumlah wang RM69.04 juta, daripada hanya disalurkan ke sebuah masjid?

4. Kemudian SAMM dedahkan pula pemberian kompartmen balak kepada dua syarikat tanpa tender terbuka. Satu syarikat bertaraf “enterprise” (bukan sdn bhd) telah diberi tanpa tender terbuka hak membalak bernilai puluhan juta ringgit. Bila dipersoal azmin cuba cuci tangan kononnya dia tak terlibat malah dia menipu dalam media pada awalnya dengan mengatakan pemberian balak itu melalui tender terbuka. Pendedahan SAMM juga dijawab oleh salah seorang exco selangor dengan ugutan saman.

Namun seluruh kerajaan selangor harus malu mempunyai MB yang dibuktikan menipu di media apabila dokumen minit mesyuarat kerajaan negeri yang berlebel “rahsia” yang didedah membuktikan kelulusan tender balak itu sememangnya tidak melalui proses tender terbuka dan Azmin terlibat mempengerusikan mesyuarat exco meluluskannya. Azmin terus membisu.

5. Terbaru kami mendapat dokumen projek di bawah tajuk “Cadangan menyiapkan tempat letak kereta perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam”. Projek ini diluluskan kepada sebuah syarikat dengan nilai RM43juta. Soalnya apakah relevannya RM43juta dibazirkan hanya untuk menyiapkan PARKIR sebuah perpustakaan? Lebih jenaka lagi melalui carian di media, perpustaan itu sendiri disiapkan hanya dengan kos RM60 juta sahaja (sebelum azmin MB). Ini membawa maksud tempat letak kereta hampir sama harga dengan perpustakaan?

6. Kegilaan seumpama ini harus dihentikan. Dalam simpanan kami ada banyak lagi projek mengarut membazir dengan nilai amat tidak munasabah. Sampai bila perkara ini harus diteruskan?

7. Azmin dituntut menjelaskan butiran perbelanjaan projek yang diluluskan dari pintu gerbang (RM9.7j), ubah suai Masjid Shah Alam (RM69.04j) dan terbaru tempat letak kereta perpustakaan RaTU, Shah Alam.

8. Harus diingat, rakyat Selangor suatu ketika dulu berkorban menumbangkan kerajaan Umno kerana memilih perubahan dan reformasi bersama Pakatan Rakyat. Jika kerajaan Selangor terus membazir dan hanguskan duit rakyat, apakah pengorbanan rakyat Selangor dipersiakan?

9. PKR, DAP, Amanah malah Pas yang sama membentuk kerajaan selangor harus tampil juga menyatakan pendirian mengenai kegilaan kerajaan Selangor di bawah Azmin yang meluluskan projek dgn nilai yang sangat menjolok mata. Projek yang diagih tanpa tender terbuka ini amat bertentangan dengan perjuangan yang semua laungkan selama ini. Jika tidak rakyat akan melihat kamu sama sahaja seperti Umno barisan nasional.

Lebih lagi ini membuktikan kempen memperguna nama rakyat ‘Selamatkan Malaysia’ yang diterajui azmin bersama bapa angkatnya Mahathir hanya munafik semata-mata.

Badrul Hisham Shaharin (cheGuBard)
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



Sumber TKO - 10-11-2017

Shafee tak pernah nafi terima RM9.5 juta, kata peguam PKR
Posted on Friday, November 10 @ 12:54:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36598



PETALING JAYA: Dakwaan Tan Sri Shafee Abdullah yang beliau sudah menafikan pernah menerima RM9.5 juta daripada perdana menteri untuk peranannya dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2015 adalah tidak benar, kata peguam mewakili ketua umum Pakatan Harapan itu.

Pada Selasa, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar membatalkan sabitan Mahkamah Persekutuan terhadapnya atas pertuduhan meliwat bekas pembantu pejabat PKR, Saiful Bukhari Azlan.


Shafee dilantik mengetuai pasukan pendakwaan ke atas Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun.

Pada Mei lalu, portal Sarawak Report menerbitkan slip transaksi menunjukkan Shafee menerima 2 bayaran pada September 2013 dan Februari 2014 berjumlah RM9.5 juta menerusi akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata pendedahan itu adalah bukti beliau dinafikan pembicaraan yang adil bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Tinggi menganggap dakwaan pembayaran kepada Shafee sebagai "dakwaan kosong".

Peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya bagaimanapun mempertikaikan kenyataan Shafee kepada media yang beliau sudah pun membuat penafian tentang laporan Sarawak Portal itu dalam afidavitnya.

Menurutnya, afidavit yang dikemukakan Shafee tidak mengandungi penafian sedemikian.

Mereka turut mempersoalkan dakwaan Shafee yang beliau tidak sempat mengulas laporan mengenai RM9.5 juta itu kerana perkara itu sudah dibawa Anwar ke mahkamah.

Menurutnya, Shafee mempunyai 9 hari sejak laporan itu tersebar pada 31 Mei.

"Anwar memfailkan samannya pada 9 Jun, 2017," kata kenyataan peguam Anwar. "Komen Shafee yang tertunda hanya menimbulkan lebih banyak persoalan."

Sumber TKO - 10-11-2017


'Liwat III': JAWI siasat aduan qazaf pada Husni
Posted on Wednesday, November 08 @ 23:18:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36554



Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat aduan terhadap  bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah atas tuduhan qazaf.

“Sehubungan itu, aduan berkenaan akan disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan dan jabatan ini akan memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan,” kata Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JAWI Mohamad Kori Jusoh.

Jabatan itu juga mengesahkan menerima aduan aduan itu petang semalam di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Anggota-anggota parlimen (MP) HARAPAN semalam membuat laporan terhadap Husni setelah mendakwa bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meliwat anak buahnya.


Rabu lalu Ahmad Husni melalui ucapannya di Dewan Rakyat berkata beliau meninggalkan perjuangan Anwar selepas mendapati ketua umum PKR itu terlibat dengan kes liwat dengan anak buahnya.

Sumber TKO - 8-11-2017

Selepas selesai saman, Zuraida harap Jamal lebih ‘siuman’
Posted on Wednesday, November 08 @ 17:24:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36546



AMPANG – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berharap  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos lebih ‘siuman’ selepas kes saman fitnah melibatkan mereka selesai semalam.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang itu berkata, tindakan menyaman Jamal bertujuan memberikan pengajaran agar tidak mudah membuli dan membuat tuduhan sewenang-wenangnya tanpa usul periksa.

“Bagi saya, menang bukan menjadi isu tetapi prinsipnya. Jadi, saya nasihat dan buat teguran pada Jamal di mahkamah sebelum ini, agar jangan melakukan perkara tidak siuman dan bukan-bukan.
“Saya minta dia jadikan pengajaran, jangan senang-senang buli orang,” katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Zuraida menyaman Jamal yang memimpin kumpulan Baju Merah itu berhubung insiden ditumbuk sehingga berdarah hidungnya pada 13 November 2016.

Melalui proses mediasi hampir empat jam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kedua pihak menyelesaikan kes selepas Jamal menarik balik kenyataan ditujukan terhadap Zuraida.

Hakim Mahkamah Tinggi, S Nantha Balan berpuas hati dengan proses mediasi yang berjalan tanpa perlu melalui prosiding perbicaraan penuh.

Peguam Jamal, Mohammed Nasser berkata anak guamnya tidak membuat permohonan maaf sebaliknya hanya menarik balik kenyataannya, dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Zuraida berkata, sekiranya diulangi, beliau tidak teragak-agak mengheret sekali lagi Jamal ke mahkamah.

Terdahulu, Zuraida merasmikan geran penyelidikan Institut Wanita Berdaya & program perlindungan kanak-kanak Selangor.

Geran penyelidikan itu bertujuan untuk melaksanakan program dan aktiviti yang menumpukan kepada isu dan permasalahan yang dihadpai oleh wanita, wanita marginal dan kanak-kanak bagi memastikan keperluan pembangunan dan kebajikan golongan ini terbela mendapat perhatian sebaiknya. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 8-11-2017

Melawat Mangsa Banjir
Posted on Tuesday, November 07 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman



Ramai Natizen mengecam cara DR Wan Azizah melawat mangsa banjir sekadar berada dalam keadaan dan melambai tangan.

Kredit
Hanisya Abdul Hamid


Sumber TKO - 7-11-2017

Kepala bapak kau’, Najib hilang ‘cool’
Posted on Tuesday, November 07 @ 09:34:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36514


 “Kepala bapak kau”, ini kalimah garang yang termuntah daripada mulut perdana menteri semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA pada hari Ahad, 5 November.


Kita percaya Najib Razak menujukan terjahan kesat itu terhadap Tun Mahathir yang hari ini sudah bersama dalam kem pembangkang.

Tidak kisahlah jika Najib Razak ingin terus bermain politik 'injak kepala bapak', tetapi yang jelas ucapan Najib itu menyerlahkan lagi wajah hipokrasinya dan Umno.
Bahasa depan pengundi Cina
Di hadapan anggota MCA yang memenuhi dewan, Najib menyatakan jika masyarakat Cina mahu lebih peluang dalam ekonomi, maka mereka perlu beri undi pada BN.

Najib juga berkata walau sebijak mana pun masyarakat Cina berniaga, tanpa keamanan politik yang dibina BN, masyarakat cina tidak boleh 'buat duit'.
Setelah itu, Najib melengkap rumus ucapannya dengan serangan terhadap DAP.

Najib berhujah bahawa DAP tidak akan mampu memerintah walaupun memenangi banyak kerusi kerana pakatan pembangkang tidak akan memenangi pilihan raya umum.
Oleh itu Najib cuba menggambarkan adalah sia-sia untuk masyarakat Cina memberi undi kepada DAP.
Dewan penuh, tapi undi terus hilang
Begitulah laras bahasa Najib di hadapan anggota MCA yang dianggapnya sebagai penyokong tegar BN.
Ucapan sarat dengan egois dan seakan memperkecilkan kemampuan daya fikir masyarakat Cina.
Apa yang jelas, cara fikir Najib ini menterjemah cara fikir Umno yang masih tidak beranjak daripada fikrah konservatif mereka.
Najib perlu sedar begitulah MCA dulu, kini dan selamanya. Setiap kali persidangan, anggota MCA akan memenuhi dewan.

Tetapi undi Cina kepada BN terus merosot. Bila agaknya Najib akan mengerti bahawa masyarakat Cina sudah cukup arif dengan sandiwara politik Umno?
Masih tak belajar
Apakah Najib tidak tahu yang masyarakat Cina sudah cukup tahu bagaimana laras bahasa Najib dan Umno di depan orang Melayu?

Apakah Najib fikir yang masyarakat cina lupa bagaimana Najib membela Utusan Malaysia apabila akhbar itu menerbitkan artikel “Apa lagi Cina mahu?” pada tahun 2013.
Bukankah setiap kali persidangan Umno, Najib dan gerombolannya akan sentiasa membangkit-bangkitkan soal ketuanan Melayu yang kononnnya sedang dicabar?
Di hadapan penyokong Melayu, Najib berkata setiap undi kepada pembangkang akan memberi kuasa kepada DAP.
Di hadapan penyokong Cina, ayatnya bertukar kepada DAP tidak akan pernah berkuasa.

Jelas sekali Naijb terdorong dengan perasaan marah dan terdesak, akhirnya menyebabkan beliau hilang 'cool'.
Moga Najib dan Umno akan terus dihukum dalam PRU14 yang akan datang kerana sikap hipokrasi dan bermuka-muka mereka.


SYUKRI RAZAB

 setiausaha Pengelola Angkatan Muda PKR
merangkap pengarah Strategi Pemuda HARAPAN Malaysia,
Sumber TKO - 7-11-2017

PKR cabar Husni ulang 'dia terlibat dengan anak buah saya'
Posted on Monday, November 06 @ 17:40:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36495


Bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicabar mengulangi tuduhan yang dilemparnya terhadap tokoh pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Dewan Rakyat.


Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata Husni mesti berbuat demikian memandangkan Anwar tidak dapat membela dirinya di Dewan Rakyat ketika tuduhan itu dibuat Rabu lalu.

Menurut Hansard, Husni ketika itu sedang membidas beberapa pemimpin pembangkang selepas memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan berkata, Malaysia akan mencapai tahap rasuah sifar apabila Datuk Seri Najib Razak berundur suatu hari nanti.

Pada satu ketika, Husni menuduh Anwar sebagai seorang peliwat dan berkata: “Liwat, dia terlibat dengan anak buah saya.”

“Kami menanggis. Saya ke Jordan, saya baca kitab. Kalau orang libat dengan liwat, dilaknati Allah dan seluruh penduduk akan merana seperti di Sodom, di Jordan,” kata Husni menurut Hansard.
Husni tidak menerangkan apa yang dimaksudkannya dengan "anak buah" yang mungkin membawa erti "orang bawahan" atau “anak saudara” dalam Bahasa Melayu.

Setelah diasak oleh ahli parlimen pembangkang yang menuntutnya menarik balik kenyataannya, beliau menyebut satu nama.

“Kes XXX (nama tidak disiarkan), semua orang di UKM tahu," kata Husni, menurut Hansard.
Johari berkata pembangkang akan membuat laporan qazaf terhadap Husni jika beliau tidak dapat membuktikan dakwaannya itu.

Sumber TKO - 6-11-2017


Bantah S/U Agung PKR Jadi YDP Majlis Islam P.Pinang
Posted on Sunday, November 05 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36451



GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang cetus kemarahan umat Islam di negeri itu apabila dilapor bakal melantik Saifuddin Nasution menerajui Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Berita desas-desus pemilihan Setiausaha Agung PKR itu yang juga Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang, LIm Guan Eng dilaporkan oleh beberapa portal propembangkang secara meluas yang memetik sumber dalaman.

Nama Saifuddin, 53, didakwa sudah dihantar kerajaan negeri kepada pihak Istana Negara di Kuala Lumpur untuk mendapat perkenan rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan ADUN Permatang Pasir, Datuk Salleh Man.

Portal anti-BN terbabit melaporkan tindakan tidak perbaharui kontrak wakil tunggal PAS dalam kerajaan negeri itu yang tamat menjelang akhir tahun ini kerana parti Islam tersebut bukan lagi komponen dalam Pakatan Harapan.

Malah, semua wakil PAS telah dipecat daripada pelbagai jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan, syarikat berkaitan kerajaan negeri serta jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung.

Lucunya, pemilihan Saifuddin sebagai Yang Dipertua MAIPP baharu menimbulkan keresahan masyarakat Muslim di Pulau Pinang kerana tokoh PKR kelahiran Singapura itu bukan anak tempatan dan tiada latar belakang agama!

Sebaliknya ramai menyifatkan ia bukti jelas DAP cuba campur tangan urusan hal ehwal Islam selepas ‘bocor’ rahsia banyak fatwa dikeluarkan MAIPP ‘disekat’ Exco di Komtar sebelum dihantar ke Istana Negara untuk pewartaan.

Terkini Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang bakal menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong agar cadangan pelantikan Saifuddin itu ditolak oleh Seri Paduka Baginda sendiri.

Presidennya, Zambri Mohd. Isa berkata, Saifuddin dipilih DAP yang jelas sebelum ini pernah biadab keluar arahan tidak benar speaker di luar masjid untuk azan dan iqamah malah boleh dikenakan hukuman jika tetap digunakan.

Justeru GPMS menggesa Yang di-Pertuan Agong untuk masuk campur bagi menyelesaikan isu itu kerana urusan umat Islam tidak sepatutnya dikawal selia oleh orang bukan Islam menerusi calon proksi mereka sebagai boneka.

“Sebab itu jika kita lihat dari sudut sejarah sewaktu British datang menjajah negara kita, sultan tetap tidak dibuang, malah diberi kuasa untuk mentadbir serta menguruskan hal ehwal agama Islam dan adat resam orang Melayu.

“Sepatutnya perkara ini diteruskanlah, dan semestinya orang bukan Islam sedar diri bahawa mereka tidak layak mencampuri urusan orang Islam dan bangsa Melayu di negara ini,” katanya yang dipetik portal menara.my.

Zambri berkata, calon yang dikatakan dicadangkan oleh Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim itu sangat tidak sesuai untuk menjadi Yang Dipertua MAIPP apatah lagi tiada latar belakang agama.

Pihak kerajaan negeri ujarnya perlu memilih calon ada kredibiliti sebagai pendukung Islam walhal Saifuddin tidak layak kerana tidak sesuai bagi beri nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berlandaskan hukum dan nas al-Quran.

Jelas beliau lagi, sebenarnya masih ramai calon yang lebih berkelayakan dan mampu untuk memikul jawatan tersebut tidak kira sama ada wakil PKR, PAN atau PPBM selepas PAS ‘ditendang’ daripada blok pembangkang.

“Memandangkan pelantikan ini di bawah Yang di-Pertuan Agong, maka kita meminta baginda supaya tidak lulus cadangan yang dikeluarkan oleh Exco Agama ataupun kerajaan Pulau Pinang untuk menamakan Saifuddin.

“Kita juga minta kerajaan negeri agar menyenarai tiga nama lain untuk diberi kepada Yang di-Pertuan Agong, bukan hanya satu nama, dan mereka disenaraikan selain Saifuddin itu hendaklah yang ada kredibiliti dan kemampuan.

“Saya fikir ini adalah tindakan kurang tepat oleh kerajaan negeri kerana YDP MAIPP sepatutnya bebas pengaruh politik. Kita sedia maklum Saifuddin merupakan Setiausaha Agung PKR, jelas beliau merupakan orang kuat politik.

“Seingat sayalah, di mana-mana negeri pun dalam sejarah negara, belum ada lagi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam berkenaan ditadbir oleh orang politik tetapi dari kalangan profesional atau akademik,” kata Zambri.

Sementara itu dalam satu kenyataan media, Pengerusi Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin turut membidas keputusan dibuat Exco majoritinya bukan Islam tanpa rujuk kepada yang arif.

Beliau turut difahamkan, Naib Pengerusi PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dijangka dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAIPP dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin pula Ahli Majlis MAIPP.

Mohamed Hafiz berkata, semua pihak tahu bahawa Wan Ji masih disiasat polis di bawah Akta Hasutan baru-baru ini berhubung kenyataan celuparnya yang mahu memansuhkan sistem institusi beraja di negara menjadi republik.


“Jadi adakah kita mahu individu sebegini untuk memimpin umat Islam Pulau Pinang, sedangkan terdapat ramai lagi tokoh yang sesuai bagi dilantik menyertai MAIPP,” kata Mohamed Hafiz. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 5-11-2017

Cukai baru, peningkatan GST jika BN menang - Anwar
Posted on Friday, November 03 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36392


Cukai baru atau peningkatan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan jika BN memenangi pilihan raya umum akan datang, kata ketua umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.


Anwar berkata dalam Bajet 2018 yang dibentangkan Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau telah mengumumkan "ibu segala bajet".

“Pelbagai janji telah ditabur dalam usaha yang tidak berselindung untuk memperdaya rakyat untuk menyokong BN pada PRU akan datang.

“Tetapi ada kelompangan cukup besar di dalam bajet pra-pilihan raya ini; ia gagal menunjukkan bagaimana kerajaan akan mengimbangkan perbelanjaan dengan pendapatan.

“Bagaimanakah kerajaan ini akan menepati janji-janji bajet ini, walhal ia belum menunjukkan bagaimana pendapatan kerajaan akan ditambah?

“Ini langsung tidak ditunjukkan dalam mana-mana bahagian bajet ini,” kata bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu yang kini meringkuk dalam penjara dalam satu kenyataan.

Hanya ada satu penjelasan untuk hal ini, katanya, cukai-cukai baru atau peningkatan dan perluasan GST akan dikenakan ke atas rakyat.

“Rakyat yang akan menderita dan yang akan menanggung beban ini untuk membolehkan BN melaksana segala janji yang dibuat di dalam bajet ini,” katanya.

Dalam membentangkan belanjawan RM280.25 bilion minggu lalu, Najib berkata RM234 bilion (83 peratus) akan diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, sementara RM46 bilion untuk pembangunan.

Sumber TKO - 3-11-2017

Bajet 2018 BN fiksyen terhebat dalam sejarah
Posted on Sunday, October 29 @ 11:28:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36278



Sedang angka dan fakta menjadi semakin jelas, saya percaya rumusan awal sudah boleh dibuat mengenai Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib Razak. Bajet 2018 dengan temanya yang panjang, merupakan bajet berunsur fiksyen yang terhebat dalam sejarah negara dan oleh itu, layak menjadi pemenang anugerah filem fiksyen terbaik Malaysia! Ada beberapa sebab mengapa saya katakan demikian.

Pertama, pelbagai peruntukan dan pemberian diumumkan dengan sepintas lalu dan penuh bangga namun dari manakah Najib akan mencekau wang defisit sejumlah RM40.39 bilion akibat daripada unjuran perbelanjaan Bajet 2018 sebanyak RM280.25 bilion yang melebihi hasil sebanyak RM239.86 bilion?

Walaupun disedari bahawa lazimnya, defisit akan ditampung melalui pinjaman atau hutang, namun umum mengetahui bahawa hutang negara sudah tinggi iaitu hampir mencecah siling nisbah hutang KDNK sebanyak 55%. Itu belum dikira hutang kontingensi yang tidak dimasukkan dalam bajet kerajaan seperti 1MDB, MRT dan Felda.

Apakah tambahan hutang RM40.39 bilion sangat perlu? Sudahkah kerajaan mengambil kira kadar faedah yang terpaksa dibayar ke atas hutang itu yang dianggarkan berjumlah RM31 bilion atau lebih kurang 15% daripada perbelanjaan operasi negara? Apakah rakyat kini dicukai untuk membayar hutang atau untuk mendapat manfaat daripada cukai tersebut?

Dalam masa yang sama, mengapakah kerajaan tidak meletakkan keutamaan kepada pembanterasan rasuah, pembaziran dan ketirisan sebagai langkah penjimatan penting kepada perbelanjaan yang terus mengembung?

Saya langsung tidak nampak komitmen kerajaan dalam hal ini. Belanjawan Pakatan Harapan dengan jelas meletakkan asas prinsipnya kepada premis ini dan menolak cukai regresif GST sebagai langkah penampungan perbelanjaan negara, malah dengan berani meletakkan angka RM20 bilion sebagai penjimatan daripada ketirisan dan rasuah termasuk memotong peruntukan Jabatan Perdana Menteri yang diketahui sangat kembung.

Kedua, terdapat penurunan peruntukan beberapa perkara penting jika dibandingkan dengan bajet tahun lalu walaupun pengumuman yang dibuat oleh Najib kedengaran sangat hebat. Contohnya, perbelanjaan untuk pendidikan dan latihan yang diumumkan peruntukan sebanyak RM5.2 bilion.

Namun apabila disemak peruntukan bajet tahun lalu, ia sebenarnya lebih tinggi iaitu RM5.9 bilion. Bermakna ada penurunan peruntukan dalam bajet tahun ini.

Ketiga, jurang perbezaan peruntukan yang ketara antara pemberian kepada rakyat secara langsung dan dana yang diperuntukkan kepada projek atau inisiatif tertentu.

Contohnya, walaupun diumumkan bayaran khas bagi penjawat awam sebanyak RM1,500 bagi penjawat awam, bayaran ‘one-off’ sebanyak RM1,500 kepada imam, bilal, guru Kafa dan Takmir serta elaun bagi warga emas dan OKU dinaikkan kepada RM350 and RM100 masing-masing, namun jumlah peruntukan bagi pemberian-pemberian itu adalah kecil jika dibandingkan dengan peruntukan kepada misalnya Dana Pembangunan Pengangkutan dengan peruntukan RM3 bilion. Siapakah yang mendapat faedah daripada dana begini? Sudah tentu bukan rakyat biasa.

Ketiga, isu utama rakyat iaitu kos sara hidup jelas tidak ditangani oleh Bajet 2018. Antara sebab utama kenaikan kos sara hidup ialah kenaikan harga barang, GST dan gaji yang rendah. Apakah Bajet 2018 mengutarakan dasar untuk menangani kos sara hidup selain daripada pemberian segera seperti BR1M dan bayaran khas ‘one-off’?

Sedang Belanjawan Pakatan Harapan mengesyorkan pemansuhan GST dan memperincikan kaedah menampung kekurangan hasil akibat daripadanya, Bajet 2018 masih mengekalkan GST, malah memberikan pelepasan kepada perkara-perkara yang tidak meringankan beban rakyat secara langsung.

Contohnya, pelepasan GST ke atas operator kapal persiaran dan ke atas pengimportan ‘big ticket items’ seperti kapal terbang dan kapal oleh syarikat penerbangan dan perkapalan. Apakah faedah pelepasan itu akan sampai kepada rakyat biasa yang terhimpit dengan derita kehidupan?

Akhir sekali, berkait dengan gaji yang rendah dan lambakan pekerja asing, amatlah jelas bahawa Bajet 2018 juga tidak menyentuh tentang kenaikan gaji minimum. Kadar semasa sebanyak RM1,000 bagi Semenanjung dan RM920 bagi Sabah dan Sarawak tidak boleh lagi dianggap sebagai jumlah sara hidup yang wajar di Malaysia. Belanjawan Pakatan Harapan meningkatkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 untuk seluruh negara. Inilah kadar yang dituntut oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru, demi ekonomi yang makmur, imbangan antara duniawi dan ukhrawi dan demi kesejahteraan sebenar kehidupan rakyat, saya sarankan untuk Najib dan kerajaan Umno-BN untuk bersikap ikhlas dan jujur dalam mengunjurkan belanjawan. Jika tidak, akuilah bahawa Bajet 2018 yang dikatakan ‘Ibu Segala Bajet’ itu hanyalah sebuah fiksyen.

Syed Ibrahim Syed Noh
Ketua Penerangan PKR


Sumber TKO - 29-10-2017



Penutupan plaza tol nak lawan pengaruh Dr M dan Muhyiddin Kata Azmin
Posted on Saturday, October 28 @ 17:08:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36258


Keputusan Putrajaya untuk penutupan plaza tol di Kedah dan Selangor mungkin ada kaitan dengan hakikat bahawa ia merupakan negeri yang penting kepada kepimpinan tertinggi BERSATU, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


"Dia batalkan di Johor sebab orang Johor dah bangkit nak sokong (presiden BERSATU Tan Sri) Muhyidin (Yassin).

"Orang Kedah bangkit sokong (Pengerusi BERSATU Tun) Dr Mahathir (Mohamad)," kata Azmin kepada pemberita selepas satu majlis di Shah Alam hari ini.

Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, berasal dari Kedah, sementara Muhyiddin pernah menjadi menteri besar Johor.

Kedua-duanya adalah bekas pemimpin Umno yang mahu menumbangkan parti itu melalui BERSATU dan Pakatan Harapan.

Semalam, dalam ucapan Bajet 2018 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor mulai 1 Januari 2018.

Beliau berkata kerajaan juga akan memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor.

Sementara itu, Azmin berkata Najib "tiada pilihan" tetapi tunduk kepada tekanan rakyat supaya menutup dua plaza tol di sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

"Sudah sekian lama kita berjuang untuk memohon supaya kerajaan persekutuan membatalkan konsesi yang terlalu lama.

"Dan sekarang ni pun konsesinya dah nak habis dah. Janganlah tipu rakyat seolah-olah itu inisiatif dia nak memikir masalah rakyat," katanya.

Kutipan tol untuk Lebuhraya Persekutuan sepatutnya berakhir akhir tahun depan, tetapi Putrajaya menyambung perjanjian konsesi hingga 2038 pada tahun 2015.

Azmin berkata pendirian Pakatan Harapan adalah semua tol dimansuhkan.

Sumber TKO - 28-10-2017



Azmin: Belanjawan tak bertanggungjawab
Posted on Saturday, October 28 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36244


Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengkritik Belanjawan 2018 yang diumumkan Najib di Parlimen hari ini sebagai belanjawan yang tidak bertanggungjawab.


“Saya lihat belanjawan yang dibentangkan tahun ini sama seperti tahun-tahun lepas. Ia belanjawan yang tak bertanggungjawab.

Menurut Azmin, ini kerana peruntukan pengurusan lebih tinggi berbanding peruntukan pembangunan.

“Najib sebagai menteri kewangan memperuntukkan belanja pengurusan yang lebih tinggi, meningkat sehingga 84 peratus, sedangkan peruntukan untuk pembangunan hanya 16 peratus.

“Jadi bagaimana kerajaan Malaysia mahu merancakkan petumbuhan ekonomi jika hanya 16 peratus (untuk pembangunan)?” katanya.

Dalam ucapan Belanjawan 2018 hari ini, Najib mengumumkan peruntukan RM234.25 bilion ringgit perbelanjaan pengurusan sementara RM46 bilion ringgit untuk perbelanjaan pembangunan.

Mirip belanjawan Selangor
Azmin yang juga merupakan menteri besar Selangor berkata, Belanjawan 2018 turut mempunyai inisiatif yang menyerupai belanjawan Selangor.

"Saya juga melihat inisiatif (Belanjawan 2018) mirip dengan yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan negeri Selangor dah laksanakan TAWAS sejak beberapa tahun lepas kepada anak-anak baru lahir. Tapi hari ini baru perdana menteri memperkenalkan ADAM50.

"Saya melihat pengumuman (Belanjawan 2018) ini mirip kepada (belanjawan) Selangor dan Selangor boleh jadi modul pengurusan ekonomi," katanya.

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008 untuk anak-anak yang lahir di negeri Selangor.

Dalam ucapan Belanjawan 2018, Najib mengumumkan skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang memperuntukkan kepada setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022 dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak 200 ringgit melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata tidak seharusnya timbul soal Belanjawan 2018 meniru belanjawan Selangor.

"Apa yang lebihnya bajet Selangor kepada rakyat? Kita kena ingat, kemajuan negeri Selangor bergantung kepada segala prasarana.

"Macam KLIA, tak cukup satu, buat dua. LRT, MRT di negeri Selangor siapa yang buat? Lebuh raya siapa yang buat? Tidak ada perkara yang boleh dibanggakan untuk kata kita (kerajaan pusat) tiru (belanjawan) Selangor.

"Apapun secara keseluruahnnya, bajet kali ini beri faedah kepada semua. Perdana Menteri amat prihatin dan mendengar keluh-kesah rakyat," katanya.

Pemansuhan tol
Menyentuh berkenaan pemansuhan beberapa tol termasuk di Selangor yang turut diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2018, Azmin berkata ia adalah hasil usaha rakyat.

"Soal pemansuhan Tol Batu 3, Shah Alam saya ucapkan tahniah kepada rakyat negeri selangor yg berani bangkit tuntut hak mereka.

"Setelah bebrapa tahun berjuang kerajaan akhirnya tunduk kepada rakyat untuk mansuhkan tol itu," katanya.

Najib dalam ucapannya turut mengumumkan pemansuhan empat tol lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor berkuatkuasa bermula tahun depan.

Tol yang akan dimansuhkan itu ialah di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di sempadan Shah Alam - Kelang, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lingkaran Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

Sumber TKO - 28-10-2017

Tian Chua dibebaskan dari penjara
Posted on Friday, October 27 @ 10:45:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36206&mode=thread&order=0&thold=0


Anggota Parlimen Batu Tian Chua dibebaskan pagi ini selepas menjalani hukuman penjara selama sebulan di Penjara Kajang.


Naib presiden PKR itu berkata beliau dikejutkan dari tidur oleh pegawai penjara Kajang pada pukul 5 pagi sebelum dibebaskan pada jam 7 pagi ini.

Antara yang hadir menunggu pembebasannya ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin memeluknya sambil bergurau bahawa ibu mestinya kali pertama Tian Chua terpaksa bangun awal pagi.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Wan Azizah dan Azmin atas sokongan mereka, Chua berkata beliau percaya dia dibebaskan lebih awal daripada masa yang dijadualkan pada pukul 9 pagi kerana polis bimbang tentang perhimpunan yang dirancang.
image: https://i.malaysiakini.com/1172/b9e7dc2c593f55986bc4c0f06cad37bc.jpeg
Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014 kerana enggan mematuhi arahan polis agar meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak pada 2.30 petang 29 April 2012, sehari selepas perhimpunan BERSIH3.0.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000.

Tian Chua telah menarik balik rayuan terakhirnya berhubung sabitan itu dan menjalani hukuman penjara.

Sumber TKO - 27-10-2017


Rafizi perlekeh, enggan layan Papagomo
Posted on Wednesday, October 25 @ 20:13:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36162


Pengasas Invoke Rafizi Ramli hanya meremehkan usaha blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk menghalangnya daripada terus menggunakan nama dan logo badan kajian itu.


Rafizi berkata, walaupun Wan Muhammad Azri, atau popular dengan nama Papagomo, telah mendaftarkan nama Invoke Solutions dan logonya, beliau masih perlu mendapatkan arahan mahkamah untuk menghentikan penggunaan jenama itu.

"Dia daftarkan jenama Invoke, tetapi apa yang dia tidak sedar adalah untuk menghentikan Invoke sebenar daripada menggunakan nama dan logo, dia perlu saman kita.

"Dan lawak untuk memikirkan yang dia mampu mengambil peguam untuk saman kita," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau memetik kenyataan Wan Muhammad Azri sendiri ketika sidang medianya yang beliau tidak mampu untuk mengambil peguam bagi mewakilinya dalam rayuan terhadap kes saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sidang media itu, Wan Muhammad Azri mendedahkan telah mendaftarkan nama dan logo Invoke dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), selepas menyedari Rafizi belum berbuat demikian.

Ia sebahagian daripada usaha untuk meraih dana bagi membayar kira-kira RM900,000 kepada Anwar selepas kalah dalam kes saman fitnah itu.

Peguam Anwar telah memfailkan notis untuk mengisytiharkan Wan Muhammad Azri sebagai muflis jika beliau gagal membayarnya.

Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, beliau enggan melayan tindakan blogger itu.

Jika Wan Muhammad Azri mendapat sokongan daripada Umno untuk menyaman Invoke, Rafizi berkata beliau yakin dapat memenangi perbicaraan di mahkamah.

Katanya lagi, tindakan menyaman Invoke hanya akan menaikkan imej badan itu, justeru membantu mereka meningkatkan sokongan dan sumbangan dana.

Rafizi menubuhkan Invoke pada September tahun lalu, sebagai badan yang mengadakan tinjauan dan kerja-kerja sukarela.

Sumber TKO - 25-10-2017


Kes Bafia: Mahkamah arah Rafizi, bekas kerani bela diri
Posted on Wednesday, October 25 @ 16:07:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36151


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mengarahkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank Johari Mohamad untuk membela diri mereka susulan pertuduhan yang mereka hadapi mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).


Hakim Mahkamah Sesyen Zamri Bakar berkata selepas penilaian maksimum, beliau berpuas hati bahawa pihak pendakwa berjaya membuktikan kesnya dengan memenuhi semua elemen.

"Pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dan mereka diarah untuk membela diri," katanya.

Zamri memaklumkan bahawa kes berlaku pada 2012 dan mahu perbicaraan diteruskan segera.
Johari bersama-sama dengan Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa pada tahun 2012 mengikut Seksyen 97 Bafia berikutan pendedahan empat akaun dikaitkan dengan NFC dan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail

Kedua-dua mereka yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber TKO - 25-10-2017

Rafizi dakwa Felda tubuh syarikat BVI lepas pendedahan beliau
Posted on Tuesday, October 24 @ 11:02:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36123


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa bahawa anak syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) hanya didaftarkan pada 13 Oktober iaitu pada hari yang sama beliau membuat pendedahan mengenai firma itu tidak memiliki hotel di London.


Namun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mempertikaikan dakwaan itu.

Sebaliknya Razali berkata ia adalah salinan dokumen pendaftaran syarikat yang disahkan sebagai salinan sebenar pada 13 Oktober.

Rafizi pada pada tarikh berkenaan mendakwa Hotel Grand Plaza Kensington dimiliki syarikat yang didaftarkan di British Virgin Islands (BVI) yang dinamakan FIC London Hotel (Private) Limited. (Nota editor: Dibaca sebagai "BVI FLH" untuk kejelasan.)

Rafizi mendakwa bahawa BVI FLH tidak dimiliki oleh FIC atau Felda.

FIC, bersama pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad dan Razali menafikan perkara itu pada sidang akhbar semalam, dengan mengatakan bahawa ia memiliki FLH.

Bagaimanapun, Rafizi mendakwa FLH yang disebut oleh Felda semalam hanya didaftarkan di BVI pada hari yang sama beliau membuat pendedahan mengenai BVI FLH.

Beliau mendakwa laporan media oleh The Sun dan Sinar Harian memetik Razali sebagai berkata bahawa FLH (Nota editor: Dirujuk sebagai "Felda FLH" untuk kejelasan) telah didaftarkan di BVI pada 13 Oktober 2017.

Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan bahawa pengurusan Felda hanya menyedari bahawa ia tidak memiliki BVI FLH dan Grand Plaza Kensington Hotel apabila beliau mendedahkan perkara itu.

"Mereka (atau pihak menteri) membuat semakan dan membuat keputusan untuk menubuhkan satu lagi syarikat di BVI yang namanya sama dan dimiliki sepenuhnya oleh Felda," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa inilah sebabnya Razali dan Shahrir menunggu sembilan hari untuk Felda FLH ditubuhkan sepenuhnya sebelum mereka dapat memberikan respons terhadap tuduhannya.

Rafizi berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara itu esok.

Naib Presiden PKR mendakwa oleh kerana Felda tidak mengawal BVI FLH, RM330 juta yang dilaburkan di Hotel Grand Plaza Kensington mungkin telah diselwengkan sepenuhnya.

Semasa dihubungi, Razali memberitahu Malaysiakini bahawa "tiada syarikat didaftarkan pada 13 Oktober 2017.

Tambah beliau, tarikh 13 Oktober yang dipaparkan pada dokumen pendaftaran syarikat berkenaan, adalah tarikh di mana salinan dokumen itu disahkan.

Razali juga berkata tiada tarikh pendaftaran disebut dalam sidang akhbar semalam.

Sumber TKO - 24-10-2017

Air mata Wan Azizah berlinangan lagi
Posted on Monday, October 23 @ 07:39:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36093


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini digambarkan sebagai seorang ahli politik yang terjun ke arena politik kerana situasi dan bukan pilihan sendiri.


Dalam menceritakan semula pengalaman itu hari ini, isteri kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak dapat menahan emosi dan linangan air mata.

"Saya ingat pada 1999, itu kali pertama saya memasuki sebagai calon dalam pilihan raya. Saya kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan, saya seorang isteri politician.Saya bukan politician.

"Namun apa yang terjadi, tragedi yang berlaku pada keluarga kami, memungkinkan setiap kami mempunyai potensi untuk kita sama-sama dalam perjuangan ini, "katanya dalam ucaptama pada forum bertajuk 'Pertarungan tiga penjuru: kemenangan untuk Pakatan Harapan' di Kuala Lumpur hari ini .

Meneruskan cerita dengan suara penuh emosi dan linangan air mata, Wan Azizah menambah beliau merasakan perlu untuk bersama dengan sesiapa sahaja yang berjuang dengannya.

Katanya walaupun ada antara mereka berbeza pendapat, tetapi mereka berkongsi matlamat bersama untuk menginginkan Malaysia yang lebih baik.

"Inilah yang membuatkan saya terus bersama-sama dalam perjuangan ini walaupun tidak banyak mendapat kepuasan, tidak banyak yang terlihat masih lagi belum tercapai namun kita teruskan kerana kalau apa segala macam kita buat.." katanya yang menghentikan ucapan kerana tidak dapat menahan sebak.

Seseorang kemudian dilihat menghulurkan tisu kepada Wan Azizah untuk mengesat air matanya.

Sumber TKO - 23-10-2017

Rafizi desak Najib, Shahrir jelaskan status pelaburan FIC di London
Posted on Thursday, October 19 @ 19:56:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36028



PETALING JAYA: Rafizi Ramli hari ini meminta perdana menteri dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad menjelaskan status pelaburan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) ke atas Hotel Grand Plaza Kensington di London.

Naib presiden PKR itu mendakwa pemilik hotel itu, FIC London Hotel Pte Limited yang merupakan sebuah syarikat didaftarkan di British Virgin Island (BVI) sudah ditutup.

“Saya boleh mengesahkan syarikat BVI yang memiliki Grand Plaza Kensington Hotel (seperti yang terkandung di dalam geran hak milik) telahpun ditutup.

“Syarikat tersebut telah dibubarkan daripada senarai syarikat yang didaftarkan di BVI pada 3 Mei 2016 kerana tidak membayar yuran tahunan.

“Warta rasmi kerajaan BVI bertarikh 19 Mei 2016 secara rasmi menyenaraikan FIC London Hotel Pte Limited sebagai salah satu syarikat yang dibubarkan dan dibatalkan pendaftarannya selaras undang-undang BVI,” katanya dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Rafizi mendakwa hasil pencarian di pejabat pendaftar tanah di United Kingdom mendapati hak milik 2 hartanah yang dibeli Felda, didaftarkan atas nama syarikat yang berdaftar BVI yang tiada kena-mengena dengan Felda dan pemilik syarikat itu masih tidak diketahui sehingga kini.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa Hotel Grand Plaza Kensington dibeli pada harga £60 juta (anggaran RM330 juta) pada 2014 yang secara rasmi dimiliki FIC London Hotel Pte Limited yang ditubuhkan di BVI.

Tambahan, Felda House yang dibina dengan anggaran RM380 juta pada 2015 juga secara rasmi dimiliki FIC Global Limited yang juga ditubuhkan di BVI.

Rafizi turut mendakwa FIC London Hotel Pte Limited yang dinyatakan dalam penyata kewangan Felda, selain memegang aset hotel berharga RM330 juta di kawasan elit London itu, tidak wujud.
Shahrir dalam maklum balasnya berkata, pembelian hartanah Kensington sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengulas lanjut, Rafizi berharap kenyataannya hari ini boleh mendapat perhatian pengurusan tertinggi Felda yang mendiamkan diri selama ini.

“Mereka berdepan risiko hotel yang dibeli pada harga mahal dengan wang Felda itu bukan sahaja didaftarkan atas nama syarikat lain, kini Felda akan kehilangan hotel dan wang pelaburan untuk selama-lamanya (jika ini tidak diselesaikan segera),” katanya.

Rafizi turut mempersoalkan tindakan Felda membeli hotel itu dan siapa di sebalik penubuhan FIC London Hotel Pte Limited.

“Jika Felda ingin mendapatkan kembali hak milik hotel itu, Felda tidak mempunyai pilihan selain mengesan dan mendedahkan pemilik sebenar FIC London Hotel Pte (Limited).

“Adakah Felda akan membuat kenyataan umum menjawab pelbagai persoalan yang saya timbulkan dalam siri pendedahan Felda yang saya buat sejak minggu lepas?” soalnya.

Julai lalu, SPRM mengumumkan siasatan dimulakan ke atas pembelian hotel di London itu dan sebuah hotel 4 bintang di Kuching.

Siasatan SPRM mendedahkan FIC didakwa membeli Hotel Grand Plaza Kensington di London pada harga lebih tinggi daripada pasaran menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian berjuta ringgit.
Hotel itu dilengkapi 62 bilik dan terletak di Lexham Gardens di kawasan eksklusif Kensington dan Chelsea.


Hotel & Suites Merdeka Palace di Kuching yang bertaraf 4 bintang juga dipercayai dibeli pada harga lebih tinggi.

Sumber TKO - 19-10-2017


PDEA boleh jadi alat menekan pembangkang
Posted on Thursday, October 19 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36020


Peningkatan ketelusan dan persaingan pilihan raya yang adil adalah sasaran PKR dan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menjdikan Malaysia beramal dengan sistem demokrasi yang mampu mengutamakan keadilan buat rakyat.


Malangnya, seperti yang selalu dapat kita lihat, undang-undang baru yang diturunkan kepada cabang eksekutif kerajaan BN acap kali disalahgunakan untuk mengekang serta menyerang pihak pembangkang dan mana-mana pihak lain yang mengkritik dasar boros, tiris, rasuah dan menambah bebanan ekonomi rakyat.

Oleh itu, saya amat meragui keputusan kabinet yang terburu-buru memberi kebenaran agar Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) dibentangkan di parlimen.

Meskipun akta tersebut dikatakan bakal memberi panduan jelas tentang sumbangan, ia memberi ruang kepada kuat kuasa undang-undang secara terpilih untuk menakutkan penyokong pembangkang dan mengekang kemaraan suara kritikan membina yang sihat.

Cadangan di bawah akta berkenaan yang memperuntukkan kawalan ketat terhadap kemasukan dana politik asing serta kewajiban penyumbang sumbangan politik tempatan mengisytiharkan sebarang transaksi berjumlah RM3,000 ke atas, kelihatan tidak praktikal dan memberi kelebihan kepada kerajaan - yang terbukti dengan ‘kejayaan’ pimpinan utama BN memperoleh berbilion ringgit melalui rangkaian Arab Saudi.

Berdasarkan tuduhan palsu
Kita dapat melihat jeleknya pelaksanaan undang-undang sedia ada, dan sejauh mana usaha teliti diambil oleh pihak kerajaan untuk menjaga perjalanan pilihan raya.

Berdasarkan pengalaman terdahulu, saya yakin sebarang undang-undang baru yang diperkenalkan oleh kerajaan yang tempang dan berat sebelah ini akan dipergunakan untuk menekan pihak pembangkang berbanding digunakan demi demokrasi dan ketelusan.

Rakyat Malaysia seharusnya berasa risau dengan kewujudan undang-undang baru sebegini.
Ia disebabkan tiadanya penyiasatan dan pendakwaan ke atas pesalah pilihan raya di negara ini.

Pada masa yang sama, kita perlu mengambil kira kemungkinan yang boleh  berlaku, termasuk dakwaan berdasarkan tuduhan palsu dan pelaksanaan undang-undang berat sebelah demi menyesakkan ahli politik pihak pembangkang sekiranya PDEA diluluskan.

 Pelbagai contoh salah guna kuasa berdasarkan risiko ini telah terlihat.
Daripada penggunaan Akta Hasutan dan undang-undang antikeganasan untuk mengekang kebebasan bersuara rakyat, kepada isu persempadanan semula kawasan pengundian yang bakal diluluskan di parlimen (meskipun tidak dipersetujui pihak pembangkang), dan ketidakadilan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sikap kerajaan yang gemar mengambil kesempatan ke atas rakyat kian terserlah.

Sebarang proses yang menafikan pembuktian pilihan rakyat menerusi pilihan raya merupakan permulaan kehancuran sebuah demokrasi.

Saya mendesak pihak kerajaan memberi keutamaan kepada ketelusan parlimen, dan memperkukuh aspek penyiasatan, pendakwaan, serta pelaksanaan undang-undang berhubung salah laku pilihan raya di Malaysia.

Tanpa tindakan ini, peraturan baru hanya akan dimainkan untuk mendakwa ahli politik pembangkang melalui kaedah undang-undang yang ‘sah’, bagi matlamat yang salah.

NURUL IZZAH ANWAR

Sumber TKO - 19-10-2017

No comments:

Post a Comment