BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, October 22, 2017

NEGERI PR - KELANTAN SERAMABI MEKAH (JILID 8)



Pemangku Raja turut bersih bandar Kota Bharu

PEMANGKU Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra turut mencemar duli mengutip sampah pada program Come Clean for Kelantan di bandar Kota Bharu semalam. 
Baginda juga turut mencuci kaki lima di Hotel Habib, mengecat pagar bangunan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta membersihkan pokok perhiasan di hadapan bangunan Tabung Haji. 
Program tersebut yang diadakan di Dataran Bandar Raya Islam dianjur MPKB-BRI dan Persatuan Kerabat Diraja Kelantan al Muhammadi, bagi memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjaga kebersihan.
Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.
Turut sertai lebih 70 agensi kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 
Ia melibatkan seramai 4,035 peserta. Mereka turut bergotong-royong di Pasar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru, Medan Ilmu, stesen Bas Kota Bharu, Bazar Buluh Kubu dan Jalan Sultanah Zainab. – HARAKAHDAILY 13/11/2017
Sumber HD - 13-11-2017 



Adun Gual Periuk terima anugerah Dato’

PANGLIMA Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Azizan Nd Delin mengetuai senarai 624 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-48 Sultan Muhammad V hari ini.
Azizan dianugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K). 
Selain itu tiga orang menerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi l) (S.P.K.K). 
Penerima berkenaan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Setia Mohd Zawawi Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Sri Alias Ahmad dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nik Kazim Nik Yusof. 
Dua penerima lagi menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K.). 
Penerimanya, Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris dan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Dato’ Hasanah Ab. Hamid. 
Adun Gual Periuk, Ustaz Mohamad Awang dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.). 
Penerima lain anugerah yang sama antaranya Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Jemaah Ulama Maik, Wan Hassan Wan Muhammad. 
Seramai 193 menerima empat pingat, iaitu Pingat Bakti (P.B), Pingat Setia Mahkota Kelantan (P.S), Pingat Ta'at (P.T) dan Pingat Perangai Baik (P.P.B).
Sembilan lagi menerima pelantikan Jaksa Pendamai dan tiga menerima surat kepujian. 
Pengumuman penerima darjah kebesaran itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Faudzi Che Mamat pada sidang media di Istana Balai Besar, Khamis lepas. 

Anugerah darjah kebesaran itu disampaikan Pemangku Raja Kelantan pada istiadat yang diadakan Istana Balai Besar hari ini. 
Sebelum itu baginda melakukan pemeriksaan perbarisan pasukan keselamatan dan pelbagai kontijen yang diadakan di Padang Merdeka. – HARAKAHDAILY 11/11/2017
Sumber HD - 11-11-2017 


Dihina atau dipuji... inilah Menteri Besar PAS Yang Tidak sombong
Posted on Friday, November 10 @ 22:42:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36611



Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim telah mendapat pengiktirafan berhubung dengan Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan dengan memperoleh markah sebanyak 99.0 peratus.

Kejayaan yang diperoleh ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa slogan Membangun Bersama Islam yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan merupakan satu penghayatan kerja berlandaskan prinsip Islam yang menekan aspek ke bertanggungjawaban, ketelusan, amanah dan kecekapan.


Skor yang diperoleh ini merupakan yang tertinggi dan ini secara langsung telah menidakkan tohmahan dan fitnah daripada musuh-musuh politik Kerajaan Negeri Kelantan dengan tuduhan melulu dan tersasar dari kenyataan yang sebenar.


Semoga usaha Kerajaan Kelantan ini dapat menjadi contoh tatacara kerja yang berintegriti tinggi yang secara langsung akan dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Sumber TKO - 10-11-2017






Panjatkan doa elak banjir besar

BANJIR besar yang melanda Kelantan pada akhir 2014 mempunyai hikmahnya tersendiri apabila seluruh rakyat bersatu hati datang ke negeri itu menghulur bantuan.
Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Datuk Noor Hayati Tunku Abdul Rahman bertitah, bencana banjir dapat merapatkan hubungan ukhuwah dengan semua pihak. 
Begitu juga ujarnya hubungannya dengan anggota Exco kerajaan negeri Mumtaz Md Nawi dipereratkan lagi. 
“Bagaimanapun rakyat Kelantan hendaklah memanjat doa supaya negeri ini dijauhi banjir seperti berlaku sebelum ini,” titahnya ketika melakukan lawatan ke Pusat Sulaman Armalah dan OKU di Bazar Siti Aisyah, di Kota Bharu semalam. 
Hadir sama Mumtaz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, isteri menteri besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid dan isteri timbalan menteri besar, Datin Hasmahani Hussin. – HARAKAHDAILY 9/11/2017
Sumber HD- 9-11-2017 








Kisah sebenar 'rumah kecil' kerajaan Kelantan
Posted on Wednesday, November 08 @ 17:18:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36545


Siapa sangka rumah kecil yang dibina hasil gotong-royong masyarakat setempat dan sedikit bantuan kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2011 kini tular di media sosial dengan lemparan fitnah pihak tidak bertanggungjawab.


Kesal dan sebak melanda Zolkefli Bedullah, 50, apabila kediamannya yang dibina atas keprihatinan orang ramai itu menjadi sasaran fitnah pihak tertentu sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, walaupun keluasan hanya sekitar 144 kaki persegi rumah yang terletak di Kampung Panchor, Pengkalan Chepa, Kota Bharu itu sudah mencukupi sebagai tempat berlindung.

"Saya hanya sebatang kara, dengan pergerakan terbatas saya bersyukur masih ada yang prihatin dengan kesusahan saya hadapi selama ini," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Terdahulu, pihak yang dipercayai cybertroopers parti politik bertindak menghentam kerajaan negeri Kelantan dengan dakwaan membina sebuah rumah dengan saiz kecil untuk rakyat.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Srikandi Malaya melalui status memaparkan gambar rumah tersebut.
"Rumah yang disediakan kerajaan negeri katanya. Keluasan 12' x 12' tanpa bilik, dapur dan bilik air.
"Kalau tidur berbaring boleh muat dua orang, kalau tidur berdiri boleh muat 20 orang. Ini namanya berfikir diluar kotak," katanya dalam kapsyen gambar tersebut.

Tinjauan Malaysiakini ke rumah tersebut mendapati, bangunan yang dibina dengan kos kira-kira RM9,000 itu begitu padat menempatkan sebuah katil, peti sejuk, mesin basuh, televisyen, radio, pakaian bergantungan dan beberapa peralatan elektronik rosak serta dilenglapi sebuah tandas.
Sebelum ini, Zolkefli (gambar, bawah) berkerja sebagai seorang juru elektronik yang berkemahiran membaiki peralatan eletrik seperti kipas, televisyen, radio dan peti sejuk.
Namun, kesihatan yang merosot susulan menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang, lelaki yang juga dikenali sebagai 'Rambo' di kalangan rakan-rakannya kini tidak berkemampuan untuk bekerja.

Malah, setiap tiga kali seminggu dia terpaksa ke hospital untuk menjalani rawatan buah pinggang.
Pergerakannya kini terbatas dengan bantuan kerusi roda lebih-lebih lagi selepas kaki kanannya terpaksa dipotong pada Mac tahun lalu selepas penyakit diabetis dialaminya kian merebak.

"Saya terkejut apabila diberitahu seorang rakan rumah saya ini tiba-tiba menjadi sasaran fitnah atas tujuan politik.
"Kemudian saya tengok sendiri di Facebook. Ini satu perbuatan tak bertanggungjawab dan berniat jahat.
"Gambar yang viral itu gambar lama, ketika wakil rakyat datang merasmikan rumah apabila siap dibina," katanya dengan nada kesal sambil menggesa pihak tersebut datang sendiri menziarahinya untuk mengetahui keadaannya.

Mengulas lanjut katanya, pada awalnya dia mahu membina sendiri rumah tersebut bagi menggantikan rumah asal yang terlalu uzur, tetapi kewangannya terbatas.

"Masa itu saya dah beli bahan-bahan binaan dan minta tukang rumah menyatakan kosnya. Tetapi saya tak mampu.
"Sehinggalah ada orang sekampung datang dan minta bantuan daripada kerajaan negeri melalui Datuk Mohd Amar (Nik Abdullah)," katanya yang berharap isu rumahnya tidak lagi dijadikan modal politik mana-mana pihak.

Mohon sumbangan kaki palsu
Sementara itu Zolkefli berkata, dengan situasi hidupnya yang serba kekurangan kini dia berharap sekiranya mana-mana pihak sudi menyumbang kaki palsu.

"Saya ada menerima bantuan RM350 sebulan oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan pernah memohon sumbangan kaki palsu tetapi tergenggala kerana sukar untuk menyediakan dokumen diperlukan JKM seperti sebut harga daripada kedai.

"Saya nak bergerak ke sana ke sini memang tak berdaya lebih-lebih lagi jarak jauh. Pergi hospital pun upah orang hantar," katanya.
"Jadi saya berharap kalau ada mana-mana pihak yang sudi beri sumbangan kaki palsu.

"Dengan adanya kaki palsu ia sedikit-sebanyak memudahkan pergerakan saya, " tambahnya.


Note: Memang puak parti AMANAH (PAN) dan cybertropper lebih jahat daripada UMNO. 

Banyak buat fitnah kepada kerajaan PAS Kelantan. - AO 

Sumber TKO - 8-11-2017


Tolong semua, jangan kira siapa - Kata PAS
Posted on Wednesday, November 08 @ 17:10:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36544


Banjir besar di Pulau Pinang perlu dijadikan pengajaran kepada semua parti politik di negara ini, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.


Menurut beliau, di sebalik musibah itu tidak perlu mana-mana pihak menanam kebencian dan permusuhan sesama sendiri di masa akan datang.

Katanya, apabila berlaku sesuatu bencana atau tragedi mereka pastinya saling memerlukan sama ada aspek bantuan dan sokongan.

"Sepatutnya begitulah. Kita tidak (boleh) kira fahaman politik dan sebagainya.

"Dalam soal kemanusiaan ini kita kena tolong semua sekali tidak kira sesiapa saja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan menyalurkan bantuan segera berjumlah RM50,000 kepada Pulau Pinang walaupun hubungan PAS dengan DAP yang menerajui Pulau Pinang berkecai selepas pilihan raya umum ke-13 dan menjadi semakin renggang selepas Pakatan Rakyat terkubur.

Dalam tragedi banjir besar di Kelantan pada 2014 lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang juga pernah menyalurkan bantuan lebih RM1 juta kepada Kelantan pada tahun 2014 apabila negeri itu dilanda banjir.

Sementara itu, Ahmad yang juga timbalan mursyidul am PAS berkata, banjir besar di Pulau Pinang menyaksikan semua pihak menunjukkan tanggungjawab dengan membantu mangsa-mangsa tanpa mengira fahaman politik.

Kelantan katanya, akan terus menggerakkan sukarelawan, NGO dan Jabatan Amal PAS bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

"Kita harap semua pihak juga dapat membantu mangsa banjir di Pulau Pinang, Kedah atau mana-mana negeri yang ditimpa musibah," jelasnya.

Sumber TKO - 8-11-2017











Pasar Siti Hajar makin dapat sambutan














Katanya, karnival tersebut dirancang selepas program jualan ikan murah Jumaat dan Sabtu lepas mendapat sambutan menggalakkan.

Pengerusinya, Ustaz Zaki Zakaria berkata, pihaknya akan mengadakan karnival dalam masa terdekat bagi membantu mempromosi pasar baharu tersebut.

Sumber HD - 8-11-2017














PAS terus desak royalti petroleum kepada 

Kelantan
















Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) berkata, antara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan ialah pemberian semula royalti minyak yang dinafikan selama ini.

Menurut Siti Zailah, rakyat Kelantan sudah lama menuntut hak royalti sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.

Sumber HD - 8-11-2017












PAS yakin mampu pertahan Kelantan

Harakah: Apa tawaran PAS Kelantan bagi menghadapi PRU-14? 
Menteri Besar: Secara umumnya kita sedang mengumpul maklumat. Kita juga sudah semak manifesto yang ditawarkan sebelum ini terutamanya yang sudah dilaksanakan. 
Kemungkinan kita akan mengulangi mana-mana tawaran PRU-13 yang kita belum dapat laksanakan. Itu bukan sengaja tidak dilaksanakan namun kerana kekangan kewangan yang belum mengizinkan. 

Misalnya pembinaan stadium wanita memerlukan dana yang besar. Tetapi kita berhasrat untuk memberi peluang riadah kepada golongan wanita. Hasrat kita untuk membolehkan wanita beriadah di tempat berasingan seperti stadium. 
Tawaran seperti itu kita akan teruskan. Kita sedang merangka beberapa perkara penting lagi bagi kebaikan rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 8/11/2017 
Laporan penuh dalam Harakah cetak 2296
Sumber HD- 8-11-2017












Hampir 400 peniaga pindah ke pasar baru


WALAUPUN berdepan dengan hasutan pihak tertentu namun sejak seminggu lalu lebih 385 peniaga bersetuju dan menandatangani borang untuk berpindah ke Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh. 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sebahagian peniaga memulakan operasi di pasar baharu akhir Oktober lalu.

Katanya, kerajaan negeri menerima menerima maklum balas positif daripada peniaga yang gembira berniaga di tempat baru. 
“Kita minta peniaga berpindah. Majlis Daerah Pasir Puteh juga sedia menerima pandangan mereka untuk kebaikan peniaga. 
“Hampir keseluruhan pandangan peniaga dipenuhi seperti meluaskan ruang niaga dan memasang jeriji keselamatan,” katanya di Kota Bharu. 
Sebelum ini sebahagian daripada 516 peniaga Pasar Besar Pasir Puteh enggan berpindah ke Pasar Siti Hajar dan membawa kes ke mahkamah. 
Mereka dipercayai didalangi parti politik tertentu yang mahu menjuarai isu tersebut. - HARAKAHDAILY 7/11/2017
Sumber HD- 7-11-2017 













Kelantan penyumbang hasil pertanian negara

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, setakat ini sektor pertanian hanya mampu menyumbang 25.1 peratus KDNK negeri. 
Katanya, ia disumbang melalui sub-sektor perladangan dan komoditi melalui kelapa sawit, hasil hutan, getah, perikanan dan ternakan. 
“Bagi menjayakan hasrat itu, kesedaran rakyat berkaitan pertanian untuk meningkatkan hasil akan dipertingkatkan. 
“Kelantan tetap bercita-cita untuk menjadikan pengeluar terbesar makanan di Malaysia,” katanya pada perasmian penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dan Ekspo Hijau 2017 di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV petang semalam. 
Perasmian penutup disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama anggota-anggota Exco, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nik Kazim Nik Yusof, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Shahidan Abdul Aziz dan wakil-wakil rakyat. – HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD - 6-11-2017 




















Bencana: Usah perlekeh orang lain

SEMUA pihak diharap mengambil pengajaran terhadap bencana alam yang berlaku dan tidak memperlekeh orang lain dengan kejadian tersebut.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri yang ditadbir PAS tidak pernah memperlekehkan pihak lain terhadap musibah yang berlaku. 
Katanya, bencana yang berlaku tidak perlu dipolitikkan. 
"Pada pandangan saya ia patut menjadi pengajaran kepada semua pihak. Bila ada musibah tidak patut kita menyalahkan orang lain. 
“Kita tidak mahu mengambil aspek itu sebab itu kita tidak mahu mempolitikkan bencana yang berlaku," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Publisiti dan Penyertaan Awam Dalam Draf Rancangan Struktur Kelantan 2040 di Kota Darulnaim Kota Bharu hari ini. 
Turut hadir anggota-anggota Exco, Timbalan Setiausaha Kerajaan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Fiessal dan Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Kelantan, Nik Husni Nik Rashid. 
Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilapor berkata, Kelantan dianggap negeri yang lemah kerana gagal menunaikan tanggungjawab semasa banjir besar berlaku pada Disember 2014. 
Mohd Amar juga berkata, bantuan sebanyak RM50,000 yang diberi kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang lebih baik berbanding tiada langsung. - HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD - 6-11-2017 

Banjir P. Pinang: Kelantan serah sumbangan RM50,000

Bertempat di Bangunan DUN Pulau Pinang, sumbangan diterima Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, Datuk Sarul Bahiyah. Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chong Eng.
Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Exco Kerajaan Kelantan Mumtaz Md Nawi. Turut hadir, AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Dr Azman Ibrahim; Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Omar; Setiausaha Politik MB Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad; dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Said Sidup.
Datuk Abdul Rashid mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh Kerajaan Kelantan.
Mumtaz menyatakan, walaupun sumbangan ini tak seberapa, ia sebagai rasa bersama dan simpati rakyat Kelantan atas musibah yang menimpa rakyat Pulau Pinang. 
Takziah dan rasa simpati dirakamkan kepada semua mangsa banjir.
Di samping sumbangan tunai RM50,000, turut dibawa bersama sumbangan  barangan makanan dan keperluan harian yang akan diagihkan terus kepada mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 6/11/2017
Sumber HD - 6-11-2017 

Kelantan bagi ikut kemampuan
Posted on Monday, November 06 @ 17:38:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36494


Bantuan sebanyak RM50,000 kepada Pulau Pinang yang sedang dilanda banjir besar oleh
kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS adalah mengikut kemampuan, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Sambil melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang memperlekeh usaha murni kerajaan negeri menyalurkan bantuan segera, menurutnya, Kelantan tidak semewah negeri-negeri lain.
image: https://i.malaysiakini.com/1133/9efd6361e41ba48b35c4522dadcd033e.jpeg
"Dalam Islam, kalau mahu sedekah, berilah ikut kemampuan. Kita beri setakat termampu. Lebih baik sedikit daripada tak memberi langsung.

  "Untuk permulaan ini kita sumbangkan RM50,000 dulu dan mungkin selepas ini, kalau ada rezeki lebih, kita boleh sumbangkan lagi. Janganlah bandingkan kita dengan negeri lain yang kaya," katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia Online.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata, segera berjumlah RM50,000 akan disalurkan kepada Pulau Pinang yang dilanda musibah banjir besar.

Ahmad yang juga adalah timbalan mursyidul am PAS berkata dalam situasi sedemikian semua pihak agar wajar membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengetepikan sentimen politik.
Hubungan PAS dengan DAP yang menerajui Pulau Pinang berkecai selepas pilihan raya umum ke-13 dan menjadi semakin renggang apabila Pakatan Rakyat terkubur. Walaupun Lim Guan Eng pernah perli Kelantan dalam bantuan banjir tetapi MB Kelantan masih bersikap lunak dan berhemah

Sumber TKO - 6-11-2017
























Kenyataan MB Kelantan berkenaan banjir di P Pinang

PAGI tadi saya menerima berita berkenaan keadaan banjir di Pulau Pinang yang semakin membimbangkan. Melalui kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, didapati ada pusat-pusat pemindahan banjir yang terputus bekalan elektrik. 
Pihak kerajaan negeri Kelantan akan turut membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghantar sukarelawan dan meluluskan sejumlah RM50 ribu sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang. Dalam situasi sebegini, saya menyeru semua pihak agar dapat membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengenepikan sebarang sentimen politik. 
Marilah sama-sama kita mendoakan agar keadaan banjir semakin baik dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Bersabarlah diatas ujian Allah SWT yang menguji rakyat di sana melalui musibah banjir. Hanya dengan kuasa dan ketentuan Allah jua kita bermohon. 
USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 16 Safar 1439H / 5 November 2017H – HARAKAHDAILY 5/11/2017
Sumber HD- 5-11-2017 


Masjid Baharu Gua Musang Unik Macam Masjidil Haram
Posted on Saturday, November 04 @ 21:36:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36435



LAZIMNYA masjid di negara ini dikenali kerana bumbungnya berbentuk kubah dan ada juga seperti atap rumah Melayu tipikal kerana mengambil kira faktor cuaca tropika termasuk hujan lebat.

Bagaimanapun penduduk di Gua Musang, Kelantan bertuah apabila masjid baharu yang giat dibina di kawasan Bandar Lama tersebut direka khas dengan menye­rupai model Masjidil Ha­ram di tanah suci Makkah, Arab Saudi.

Masjid yang bakal menjadi ikonik daerah ini yang menelan belanja RM27 juta dijangka siap selewat-lewatnya April tahun depan ekoran berlaku kelewatan sedikit ketika kontraktor memulakan projek pembinaan awal tahun ini.

Pada ketika ini, projek tersebut berjalan lancar dan telah siap sebanyak 36 peratus. Masjid berkenaan apabila siap kelak bakal menjadi sebuah mercu tanda baharu di jajahan terbesar tetapi agak terpencil di Kelantan.

Kemungkinan besar masjid ini akan dapat siap sebelum April. Kita malah me­nyasarkan menjelang bulan Mac tahun hadapan, masjid ini sudah boleh digunakan oleh masyarakat Islam untuk melakukan segala urusan ibadat.

Dengan pembinaan masjid baharu ini kita harap dapat menampung bilangan penduduk untuk solat fardu Jumaat setiap minggu selain solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta acara forum.
Apabila siap kelak ujar beliau, masjid ini juga akan dilengkapi dengan ruang kelas dan kursus, bilik komputer serta perpustakaan.

Selain kemudahan parkir kereta, rumah imam dan dewan serba guna, bangunan utama masjid ini juga akan mempunyai sembilan buah menara setinggi 30 meter yang menyerupai Masjidilha­ram di kota Makkah.

Masjid ini yang mampu menampung kapasiti maksimum 3,000 jemaah turut akan dibina sebuah replika kaabah untuk membolehkan peserta bakal jemaah yang menghadiri kursus haji atau umrah melakukan latihan tawaf.

Ketika ini Gua Musang mempunyai Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra yang siap dibina pada 1991 di Mukim Bandar Baru, Daerah Galas dan bertaraf sebagai masjid utama jajahan tersebut. 

Sumber TKO - 4-11-2017 




























Isu kediaman ala chalet untuk seorang penghuni



PAS cuba difitnah dan diburuk-burukan dari pelbagai sudut dan ruang khususnya daripada penyokong PAN. Tidak kira kecil atau besar termasuk isu chalet yang dibina khusus untuk kediaman seorang penghuni di Dun Panchor.
Oleh itu Majlis Tindakan Dun Panchor tampil memberikan penjelasan akan fitnah tersebut melalui facebook mereka. Yang berikut penjelasan mereka; 
Kami menerima beberapa aduan dan pertanyaan pagi ini tentang satu posting yang dibuat oleh budak nakal dari PAN yang sentiasa berbaju oren 24 jam tidak kira masa bernama Abdullah Zawawi Wahab yang memperlekehkan sebuah rumah kecil yang dibina pada tahun 2011 di DUN Panchor. 
https://www.facebook.com/dunpanchor/posts/726122104247392 
Rekabentuk rumah ini adalah hasil perbincangan antara penghuni (Pak Su Li), keluarga beliau, jiran tetangga dan orang kampung kerana Pak Su Li ketika itu tidak dapat bergerak seperti biasa dan sukar walaupun untuk ke tandas. 
Inisiatif ini dimulakan AJK PAS Cawangan Panchor, saudara Mohd Zaki Bin Husin, yang mengusahakan kerja-kerja besi dan kimpalan. Pertukangan semuanya dilakukan dengan gotong-royong orang kampung. Manakala, Kerajaan Negeri melalui PKINK memberikan sumbangan berbentuk bahan binaan. 
Pak Su Li sebelum ini menginap di sebuah bilik usang yang hampir roboh. Serta sukar untuk menunaikan ‘hajat’. 
Kos pembinaan kediaman ala chalet ini, lengkap bilik air, hanya menelan belanja RM9,000 sahaja. Sesuai dengan hanya Pak Su Li seorang sahaja yang menghuninya dan memudahkan beliau akses kepada tandas serta capaian lain barangan di dalamnya. Walaupun 6 tahun berlalu, Pak Su Li amat menghargai sumbangan ini dan penuh bermakna buat beliau serta orang kampung. 
Berita tentang perasmian oleh YB Ustaz Dato’ Nik Amar pada 2011 dahulu ada dipaparkan di http://dunpanchor.com/rumahpaksuli . Bagi yang ingin melihat dan berkunjung sendiri, GPS 6.136314, 102.305689.  – HARAKAHDAILY 4/11/2017
Sumber HD - 4-11-2017 


Nik Aziz pilih yang bertelur, bukan yang berkokok sebagai MB
Posted on Friday, November 03 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36401


'Perang mulut' antara pemimpin PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan nampaknya semakin hangat.


Terbaru, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan sebab Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak memilih bekas exco kanannya, Datuk Husam Musa sebagai pengganti.

Sebaliknya kata Mohd Amar, Nik Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan memilih Datuk Ahmad Yakob sebagai pengganti walaupun Husam lebih popular dalam kalangan rakyat.

Beliau menyifatkan pemilihan sebagai menteri besar itu dibuat atas keyakinan Nik Aziz terhadap Ahmad yang diyakini mampu memberi manfaat kepada Kelantan.

"Tok guru pilih Tok Mad (Ahmad) sebab dia nak pilih yang 'bertelur' (mendatangkan hasil) bukan yang 'berkokok' (bercakap) saja. "Tok guru nak bagitahu Kelantan perlukan orang yang boleh bertelur bukan yang berkokok. Yang jenis berkokok ini ramai. Berkokok sambil berak.

"Tok guru nak ajar kita yang jenis berkokok ni tak ada telur, batu pun tak ada," katanya ketika berceramah di Kampung Hujung Tanjung, Kota Bharu, malam tadi.

Terdahulu, Ahmad yang juga timbalan mursyidul am PAS dilantik menerajui Kelantan sejak 6 Mei 2013 selepas Nik Aziz mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar yang dipegangnya sejak tahun 1990.

Pelantikan itu sekali gus meminggirkan Husam yang sebelum itu disebut-sebut bakal menggantikan Nik Aziz, malah beliau dilihat lebih menonjol dalam usaha membantu urus tadbir kerajaan negeri Kelantan.

Malah, ketika diberi tanggungjawab sebagai exco ekonomi, kewangan dan kebajikan Husam mengetengahkan pelbagai idea kepada kerajaan negeri antaranya penubuhan Kelantan Golden Trade, Tuntutan Royalti Kelantan, Projek Penternakan Kambing Jamnapari dan Pembinaan Lebuh Raya Rakyat.

Bagaimanapun segala usahanya itu kebanyakan dilihat sebagai gagal lebih-lebih lagi selepas digugurkan daripada jawatan exco.

Sementara itu Mohd Amar berkata, walaupun Husam diakui cerdik dan bijak tetapi Nik Aziz lebih arif menilai antara kedua-dua individu tersebut.

"Tok guru pilih Datuk Ahmad ini kenapa? Datuk Husam memang orang sohor (tersohor) di Kelantan, dia cerdik dan bijak kita akui, idea dia pelik daripada orang (lain), hingga tak boleh buat.
"Tok Mad orang tak terkenal, dia timbalan menteri besar tapi ramai orang tak kenal.

"Orang kenal Husam lagi, tapi kenapa sampai masa tok guru cari penggantinya dia tak pilih Husam?" katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Amar yang juga naib presiden PAS berkata, Nik Aziz mengenali peribadi antara Ahmad dan Husam.

"Tok guru kenal kedua-duanya, Husam selalu ikut belakang tok guru, ke pejabat. Hantar makanan macam-macam bagi pada tok guru.

"Tok Mad ikut juga sebab dia timbalan, dan bila nak pilih pengganti tok guru pilih Ahmad bukan Husam. Dia tilik, tengok dan suluh (teliti)," katanya.

Sumber TKO - 3-11-2017































Jualan Amal di Pasar Siti Hajar dapat sambutan

PASIR PUTEH: Program jualan amal ikan dianjurkan Dewan Usahawan Negeri Kelantan (Duke) dan Jabatan Amal Pasir Puteh berjaya menarik orang ramai ke Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh.
Presiden Duke, Mohd Zaki Zakaria berkata, sebanyak satu tan pelbagai jenis ikan dijual sempena pembukaan operasi Pasar Siti Hajar.
Katanya, Duke memperuntukkan sebanyak RM8,000 bagi menjayakan program dua hari bermula hari.
"Jualan amalan hari ini kita berjaya mengutip sebanyak RM6,000 pulangan, walau pun program tersebut tidak menjurus kepada keuntungan.
“Kami mengambil inisiatif bagi menarik orang ramai ke Pasar Siti Hajar.
"Orang ramai yang datang dapat melihat sendiri keadaan Pasar Siti Hajar yang jauh lebih selesa tidak sebagaimana digambarkan pembangkang," katanya di Pasir Puteh.
Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh, Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, usaha dilakukan Duke dan Jabatan Amal amat dihargai bagi mempromosikan Pasar Siti Hajar.
Beliau berharap perpindahan peniaga ke pasar baru berjalan lancar bagi mematuhi hasrat kerajaan negeri untuk membantu menyediakan ruang perniagaan yang lebih selesa. - HARAKAHDAILY 3/11/2017
Sumber HD - 3-11-2017 

SU PAS Kelantan: Penjelasan isu Wisma Tok Guru, Salor
Posted on Thursday, November 02 @ 18:13:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36364



KOTA BHARU - PAS menafikan tindakan mengambil alih Wisma Tok Guru di Pendek di sini dibuat kerana dendam.

Sebaliknya, Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, usaha itu dibuat kerana sejak sekian lama tanah tersebut adalah milik PAS termasuk usaha ahlinya membina bangunan tersebut.

Beliau dalam masa yang mahu Datuk Husam Musa membuktikkan sekiranya bangunan itu dibina menggunakan wang peribadinya.

"Kita mahu Husam memperincikan dari mana wang untuk membina bangunan itu, kita yakin ia dibayar orang PAS.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan Husam mengatakan tindakan PAS membeli bangunan Wisma Tok Guru kerana unsur dendam dan konspirasi.

Mengulas dakwaan mengatakan tanah yang dibeli itu adalah tanah pusaka, Che Abdullah yang juga exco Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau Kelantan menafikan perkara itu kerana pemiliknya adalah, Harifah Dolah isteri kepada bekas pemimpin Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim.

"Mungkin isterinya tahu cerita sebenar, bagunan itu milik PAS, oleh sebab itu beliau tidak ada masalah untuk menjualnya.

"Surat amanah dikeluarkan (allahyarham) mengatakan Husam berhak ke atas tanah itu juga sudah tidak sah, mengikut undang-undang penama dalam geran sahaja yang berhak bertindak," katanya.

Ditanya adakah Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan tegas sekiranya Husam berdegil keluar dari bagunan tersebut, Che Abdullah berkata, PAS akan membiarkan rakyat yang menilai tindakan pemimpin itu.

Beliau berkata, tindakan 'keras kepala' itu hanya menyebabkan rakyat akan lebih mengenali perangai pemimpin tersebut.

"Sekiranya dibawa ke mahkamah sekalipun , kita yakin keputusan berpihak kepada Pas kerana jelas dan bukti bangunan itu milik PAS," katanya.

...
http://www.1media.my 


Sumber TKO - 2-11-2017


































MPKB-BRI susun atur pembangunan bandar

MAJLIS Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengetengah draf rancangan pembangunan tempatan bagi menyusun atur bandar Kota Bharu.
Yang Dipertua MPKB-BRI, Dato' Zamri Ismail berkata, draf rancangan tersebut akan dipamerkan di pejabat MPKB-BRI, Jabatan Pelan Malaysia dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. (Foto: Zamri Ismail mencuba melukis mural di dinding.) 
Katanya, tempoh sebulan diberi kepada penduduk untuk terlibat dalam penyediaan Rancangan Pembangunan Tempatan yang bermula 14 November ini. 
Menurutnya, semua cadangan dan bantahan akan diterima terhadap draf yang melibatkan enam isu termasuk lalulintas, landskap, kawasan lapang, perbandaran dan.
"Bermula 14 November hingga 15 Disember, kita memberi masa kepada penduduk untuk memberi cadangan serta bantahan kepada penyediaan Rancangan Pembangunan Tempatan. 
"Orang ramai boleh memberi cadangan, bantahan dan ulasan terhadap draf tersebut," katanya pada majlis perasmian projek mural grafiti di Kota Bharu hari ini. 
Projek mural itu dilaksana pelajar-pelajar UiTM di Jalan Ismail Hilir. Turut dihadiri Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Dr Tuan Mohd Rosdi Tuan Hassan dan Ketua Whip Majlis MPKB-BRI, Muhammad Azmi Nor. - HARAKAHDAILY 2/11/2017
Sumber HD - 2-11-2017 





































Peniaga diugut niaga semula di pasar lama

KETIKA sebahagian peniaga sudah berpindah ke Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh Sentral, namun ada pula dalam kalangan mereka dikatakan menerima ugutan parti politik tertentu.
Difahamkan seorang peniaga yang merupakan isteri kepada pemimpin parti politik di peringkat cawangan dikatakan diminta kembali berniaga di pasar lama. (Foto: Anggota Jabatan Amal bantu pindah barang peniaga.) 
Sumber pemimpin tempatan di sini memberitahu peniaga itu menerima kata dua daripada pemimpin bahagian Pasir Puteh. 
"Ekoran tekanan itu peniaga terbabit mengambil keputusan berniaga semula di pasar lama selepas peniaga lain sudah memulakan perniagaan di Pasar Siti Hajar. 
“Saya difahamkan ugutan itu melibatkan jawatan politik dipegang suami wanita terbabit," katanya di Pasir Puteh. 
Manakala dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, bekas ahli majlis Majlis Daerah Pasir Puteh yang terlibat berunding dengan syarikat yang membina Pasar Siti Hajar kini bersama Parti Amanah Negara (PAN). 
Katanya, dua bekas ahli majlis terbabit diberi peranan berunding dengan syarikat pemaju mengenai projek pembinaan pasar tersebut. 
“Hari ini selepas peniaga meluah ruang niaga sempit, tiba-tiba bekas ahli majlis tersebut menyalahkan pula kerajaan negeri,” katanya pada ceramah di Kampung Hujung Tanjung malam tadi. - HARAKAHDAILY 2/11/2017
Sumber HD - 2-11-2017 






































Dasar MBI tingkat ekonomi Kelantan

KERAJAAN Kelantan yang diteraju di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI) kini melewati usia kematangan. Tanggal 20 Oktober 2017, genap ulangtahun ke-27. Kini dasar itu diperluaskan lagi, bukan lagi berlingkar di Kota Darulnaim. Di bawah menteri besar sekarang ia ditambah nilai kepada Merakyat MBI. Oleh itu bagi melihat pencapaian sepanjang tempoh tersebut ikuti temubual bersama Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob ketika ditemui Lanjusoh di pejabatnya baru-baru ini.







































Harakah: Apa pencapaian yang kita boleh banggakan sepanjang 27 tahun MBI?

Menteri Besar: Syukur dan bangga di atas pencapaian dasar MBI. Kita ingati semula kegigihan Allahyarham Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat membentuk MBI. Pada waktu itu ia agak asing, namun Tok Guru mendapat ilham daripada al Quran dan Sunnah. Berasaskan dari situ kita berasa bertuah sehingga ke hari ini dapat berjalan baik biar pun menghadapi pelbagai cabaran. Dan selepas zaman arwah Tok Guru kita tambah baik dengan Merakyatkan MBI berpaksi tiga asas iaitu keberkatan, kemakmuran dan kebajikan. Dan kita menaruh keyakinan tinggi Kelantan boleh melangkah ke hadapan. Berdasar prestasi pertumbuhan ekonomi pada 2017 boleh kita simpulkan ia hasil kejayaan daripada dasar MBI. Kita terap nilai pengurusan cara Islam dan ada peningkatan dari semasa ke semasa. KDNK Kelantan diisytiharkan Jabatan Perangkaan meningkat daripada 3.5 kepada 4.8 peratus tahun ini. Ini tidak boleh dicapai semata-mata kerana faktor ekonomi biasa tetapi disumbang dua perkara iaitu keberkesanan aspek fizikal dan rohani. Ini yang kita rasa kagum dalam suasana Kelantan dari aspek infrastruktur dan kemudahan asas masih ketinggalan. Tetapi KDNK itu menunjukkan minat pelabur ke  Kelantan begitu tinggi. Kita berjaya mewujudkan pusat-pusat perniagaan iaitu supermarket dan pasar raya besar. Ini menunjukkan keupayaan rakyat Kelantan biar pun dari segi ekonomi begitu sederhana. Pendapatan secara langsung disumbang sektor perkhidmatan dan pertanian. Sektor perkhidmatan disumbang industri pelancongan, hotel dan property. Setiap kali mesyuarat Exco kita menerima permohonan ubah syarat dan pecah sempadan lot.

Sumber HD - 1-11-2017








































Selamat Datang ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2017

KELANTAN muncul sebagai negeri penerajui  pengeluaran beberapa jenis buah-buahan terpilih di Malaysia sehingga ia berjaya mengatasi semua negeri lain tahun 2016.
Antaranya tembikai dengan 39,368 metrik tan, dokong (21,333 metrik tan), manggis 4,067 metrik tan dan salak, 1,316 metrik tan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, selain itu Kelantan negeri ketiga pengeluar utama sayuran di negara ini. 
“Tahun 2016, Kelantan  antara pengeluar utama sayur-sayuran antaranya tomato (98,057 metrik tan), kobis bulat (26,352 metrik tan), terung (4,502  metrik tan), petola (2,323 metrik tan). 
“Bagi tahun 2017, Kelantan berada di negeri kedua pengeluar padi terbesar di Malaysia,” ujarnya. 
Katanya, peningkatan itu akan bertambah lagi dari tahun ke tahun berikutan kerajaan negeri tidak meminggirkan sektor pertanian.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak Hari Peladang, Penternak & Nelayan Negeri Kelantan dan Ekspo Hijau Kelantan 2017.
Majlis itu diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV bermula 30 Oktober 2017 sehingga 5 November. 
Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah merasmikan majlis tersebut. 
Turut hadir pada majlis itu, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain jemputan. 
Seramai 16 orang usahawan pertanian, penternak dan nelayan menerima anugerah masing-masing. 
Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius pengaplikasian penggunaan teknologi hijau dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan. – HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017 










































Solat hajat boleh timbulkan huru-hara?


ADAKAH menunai solat hajat di bangunan milik PAS boleh menimbulkan huru-hara, soal Ketua Penerangan Pemuda Kelantan, Nazman Che Ibrahim.
Beliau berkata, penyokong PAS hanya akan mengadakan solat hajat di tanah milik mereka yang dibeli secara sah mengikut undang-undang 
“Ahli dan penyokong PAS hanya mahu solat hajat di tanah milik Badan Perhubungan PAS negeri. 
“Ia umpama kita solat di rumah kita sendiri, tetapi tiba-tiba ada jiran membuat laporan polis mengatakan akan berlaku huru hara. Ini agak menghairankan,” katanya di sini.
Parti Amanah Negera (PAN) Kubang Kerian membuat laporan polis ekoran hasrat PAS mahu mengadakan solat hajat di Pejabat Pusat Khidmat Dun Salor di Kampung Pendek, 16 November ini. 
Ketua PAN Kubang Kerian, Fauzi Muhammad dilapor mendakwa hasrat PAS itu berbentuk provokasi yang boleh menggugat keamanan dan huru-hara. 
Hartanah yang menempatkan Pusat Khidmat Dun Salor dan PAN di mukim Pendek kini dijual oleh pemiliknya. 
Pemiliknya, isteri arwah Ahmad Rosli Ibrahim, Haripah Dollah menjual hartanah terbabit pada harga RM700,000 kepada PAS Kelantan. 
Urusan pindah milik selesai 18 September lepas dan berikutan itu notis dikeluar pejabat peguam bagi membolehkan mereka yang berada di bangunan di situ mengosongkannyaa dalam tempoh sebulan. 
Notis pengosongan ditampal di pagar bangunan itu pada 12 Oktober lepas. – HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017 












































Notis peringatan di Pusat Khidmat Salor

SELEPAS berlaku pindah milik lot yang menempatkan Pejabat Pusat Khidmat Dun Salor di Pendek, PAS Kelantan memasang papan peringatan di hadapan pejabat itu hari ini.
Papan kenyataan tersebut ditulis ‘Hak Milik Persendirian Sebarang Pencerobohan Akan Diambil Tindakan’. 
Salah seorang pemegang amanah baru lot berkenaan, Mohd Yassin Yusof berkata, beliau bersama tujuh lagi kakitangan Perhubungan PAS Kelantan memasang papan peringatan itu tengahari tadi. 
Katanya, peringatan itu dipasang selepas notis dihantar pejabat peguam pada 12 Oktober lepas yang diterima wakil Pusat Khidmat Dun Salor. 
“Dan tarikh akhir pihak terbabit perlu mengosongkan bangunan itu pada 14 November ini,” katanya. Tiga lot yang menempatkan Pusat Khidmat Dun Salor turut dinamakan empat penama lagi. 
Hartanah tersebut dibeli PAS selepas dijual pemiliknya isteri arwah Ahmad Rosli Ibrahim, Haripah Dollah pada harga RM700,000 termasuk bangunan di lot berkenaan.
Urusan pindah milik selesai 18 September lepas dan berikutan itu notis dikeluar pejabat peguam bagi membolehkan mereka yang berada di bangunan di situ mengosong dalam tempoh sebulan. 
PAS Kelantan dijangka akan mengadakan solat hajat di premis terbabit pada 16 November ini sebagai kesyukuran berjaya memiliki semula bangunan tersebut, yang dibangun ahli-ahli dan penyokong PAS. 
Minggu lepas pemuda PAS memasang bendera PAS di hadapan pusat khidmat tersebut.
Yassin yang juga Setiausaha Kerja PAS Kelantan berkata, pemasangan papan peringatan itu berjalan lancar dan turut mendapat kerjasama penduduk tempatan.  - HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017 














































Solat hajat di Pusat Khidmat Dun Salor

PAS Kelantan akan mengadakan program himpunan kesyukuran dan solat hajat di bangunan Pusat Khidmat Salor, yang kini masih lagi dikuasai Parti Amanah Negara (PAN).
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, program kesyukuran itu diadakan pada 16 November ini setelah cukup tempoh sebulan notis pengosongan bangunan itu dihantar.
“Program itu diadakan sebagai menterjemahkan rasa syukur setelah  memperoleh semula bangunan itu,” katanya di Kota Bharu.
Hartanah yang menempatkan Pusat Khidmat Dun Salor dan PAN di mukim Pendek kini dijual oleh pemiliknya.
Pemilik hartanah itu Haripah Dollah menjual lot tersebut pada harga RM700,000 termasuk bangunan kepada PAS Kelantan.
Urusan pindah milik selesai 18 September lepas dan berikutan itu notis dikeluar pejabat peguam bagi membolehkan mereka yang berada di bangunan di situ mengosong dalam tempoh sebulan.
Notis ditampal di pagar pada 12 Oktober lepas. 
Che Abdullah juga berkata, orang ramai hendaklah berwuduk dan membawa sejadah. 
“Pengambilalihan itu dibuat proses biasa. Bila kita beli, kita ada perancangan sendiri untuk menghidupkan semula bangunan berkenaan,” ujarnya. 
Beliau juga berkata, tidak semua perkara yang berlaku perlu menunggu keputusan mahkamah. – HARAKAHDAILY 30/10/2017

Sumber HD - 30-10-2017 
















































Pemangku Raja akan rasmi Hari Peladang, Penternak dan Nelayan



SEBANYAK 16 anugerah akan diberikan kepada usahawan yang berjaya sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan.
Majlis berkenaan bakal disempurnakan perasmiannya oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. 
Sebanyak 53 gerai usahawan seluruh negara akan disediakan pada program berkenaan selama tujuh hari bermula 30 Oktober hingga 5 November. 
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata pada masa yang sama turut diadakan Ekspo Hijau Kelantan 2017. 
Katanya, majlis itu bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke 1V, Kota Bharu, Kelantan. 
“Pelbagai acara utama diadakan antaranya pameran peladang, penternak dan nelayan.
“Selain itu pameran ternakan, pameran lembu sado hibrid Kelantan,” ujarnya. 
Katanya lagi, pemeran Ekspo Hijau Kelantan pula melibatkan 12 agensi, syarikat swasta yang memfokuskan pembangunan teknologi hijau. 
Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Kelantan hadir pada program berkenaan.– HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD - 29-10-2017 


















































Bajet 2018: Bajet kitar semula

BELANJAWAN negara 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, lebih kepada ‘umpan’ Pilihan Raya Umum Ke-14.
Pada masa yang sama, sebahagiannya dikitar semula setiap kali belanjawan negara, namun tidak pernah dilaksanakan terutama soal peruntukan pendidikan percuma di IPT. 
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata begitu juga dalam menifesto BN, disebut perkara yang sama. 
“Namun tidak dilaksanakan dan begitulah yang berlaku saban tahun,”ujarnya.
Katanya, sama ada PRU-14 akan diadakan tahun ini atau awal tahun hadapan, Belanjawan 2018 tetap belanjawan pilihan raya bagi memancing undi. 
“Cara ucapan perdana menteri 30 minit terakhir itu juga ucapan semangat untuk bubar dewan,” katanya pada sidang media semalam. 
Sidang media itu diadakan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan dan Ekspo Hijau Kelantan 2017. 
Tambahnya, Kelantan berkeyakinan rakyat akan menerima nasib yang sama menerusi Belanjawan 2018. 
Ketika ditanya, beliau memberitahu Kelantan tidak pasti apa manfaat yang akan dapat hasil daripada belanjawan itu.– HARAKAHDAILY 29/10/2017
Sumber HD - 29-10-2017 


Bangunan Wisma Tok Guru dibina hasil kutipan derma yang dilakukan PAS kata Isteri Dato Rosli
Posted on Friday, October 27 @ 15:28:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36216



KOTA BHARU: Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, di sini, yang menjadi rebutan dua parti, dikatakan pernah ditawar harga sehingga RM1.2 juta oleh Parti Amanah Negara (PAN).

Difahamkan, wakil parti PAN terlebih dahulu menemui pemilik tanah terbabit iaitu isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim kerana berminat terhadap tanah berkenaan.

Sumber PAS berkata, isteri Allahyarham bagaimanapun tidak berminat untuk menjual kepada orang lain yang bukan ahli PAS kerana sedar bangunan di tanah terbabit adalah milik PAS.

Katanya, isteri Allahyarham juga sedia maklum bangunan di tanah terbabit dibina hasil kutipan derma yang dilakukan PAS.

"Kerana tidak mahu menanggung beban di akhirat, isteri Allahyarham akhirnya menjualnya kepada PAS menerusi setiausaha kerja parti itu, Mohamad Yasin Yusof dengan harga RM700,000.

"Jika isteri Allahyarham mengejar keuntungan, sudah tentu dia menerima tawaran ahli PAN.
"Bagaimanapun pemimpin PAN dikatakan hanya mengetahui tanah terbabit dijual kepada PAS sehari sebelum menerima notis meminta supaya mengosongkan premis sehingga 16 November depan," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud, menawarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa, supaya menyertai semula PAS sekiranya enggan berpindah.

"Kalau Husam tak mahu keluar, PAS tiada masalah, namun dia (Husam) perlu kembali kepada PAS.
"Seperti orang bercerai, dia hanya berpisah rumah ketika bercerai dan sekiranya mereka kembali rujuk, mereka boleh tinggal bersama-sama semula," katanya.


Note: Isteri Dato Rosli dulu UMNO faham agama, Tapi Husam Musa kata dia anak didik Tok Guru Nik Aziz tapi jahil tentang harta wakaf. Semua kerana nafsu dan dendam tak boleh jadi MB. - AO 


Sumber TKO - 27-10-2017

Husam Musa Terima Balasan Allah Akibat Langgar Bai’ah
Posted on Friday, October 27 @ 10:42:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36205&mode=thread&order=0&thold=0



PAS menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa yang melanggar bai’ah selepas mengkhinati perjuangan parti telah menerima balasan Allah sehingga menjadi seorang yang hilang arah tuju dan tidak keruan.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menasihatkan Naib Presiden PAN itu dan berapa lagi bekas pemimpin lain yang mengkhinati parti agar segera bertaubat.
Katanya, di dalam al-Quran ada menyebut bahawa Allah tidak akan kasih kepada mereka yang melakukan pengkhianatan selain bakal menerima bala akibat perbuatan tersebut.

“Saya lihat sekarang dia (Husam) sudah tidak ketahuan. Itulah bala yang diterima selepas melanggar bai’ah,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Karnival Toyyiba 2017 di Kota Bharu hari ini.
Mohd. Nassuruddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Husam ketika berucap dalam majlis pelancaran jentera PRU-14 Parlimen Kubang Kerian di Wisma Tok Guru, Salor malam tadi yang meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertaubat kerana dosanya terhadap umat Islam selama ini.

Husam juga dilaporkan berkata, Abdul Hadi juga berdosa kerana memecatnya daripada PAS sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nassuruddin yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, Husam perlu mencermin diri sebelum menyuruh Abdul Hadi bertaubat.

“Kalau dia suruh Tok Guru Hadi bertaubat dengan alasan PAS pecat dia, saya nasihatkan orang yang mengkhianati bai’ah itu perlu bertaubat.


“Sebab Husam dipecat kerana dia telah mengkhinati parti. Orang yang dipecat kerana mengkhianati parti adalah satu tindakan yang wajar,” katanya.

Sumber TKO - 27-10-2017






















































PAN, Umno bergabung isu Pasar Siti Hajar

BIARPUN Parti Amanah Negara (PAN) bermatian mendakwa PAS mahu bekerjasama dengan Umno, namun di peringkat bawah parti serpihan itu didapati menjalani hubungan akrab dengan Umno.
Isu Pasar Baru di Pasir Puteh Sentral dan Lembah Binjai membuktikan jalinan kerjasama antara kedua-dua parti terbabit.
Ahli Majlis, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP), Mohd Sabri Yusoff berkata, Umno terbukti bekerjasama dengan PAN bagi memperjuangkan isu Pasar Siti Hajar. 
Katanya, mereka terlibat secara tidak langsung di sebaliknya keengganan segelintir peniaga berpindah ke pasar baharu. 
“Kira-kira 40 peratus daripada 500 peniaga tidak mahu berpindah kerana terpengaruh dengan dakyah dimainkan oleh kedua-dua parti berkenaan. 
“Sedangkan 60 peratus peniaga pasar lama bersetuju berpindah ke pasar baharu. Pemimpin politik tampil melambat-lambatkan pemindahan peniaga. 
“Sengaja mereka mencari modal politik bagi meraih simpati pengundi menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi,” katanya di Pasir Puteh. 
Pasar baharu dibina di Pasir Puteh Sentral oleh MDPP memandangkan pasar lama tidak lagi sesuai dengan pertambahan jumlah penduduk. – HARAKAHDAILY 26/10/2017 
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD - 26-10-2017 
























































Dulu perlekeh PAS, sekarang terima bahana

KETIKA banjir besar melanda Kelantan pada akhir 2014, DAP memperlekehkan kerajaan PAS dengan menganggap lemah membantu rakyat.
Namun bencana alam luar jangka itu tiada jiwa yang terkorban.
Sebaliknya DAP yang dianggap hebat hari ini menerima risiko sebaliknya. 
Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, mana-mana kerajaan hendaklah bertanggungjawab ke atas nasib yang menimpa rakyat. 
“Apa yang berlaku memang takdir Allah dan ia tidak boleh nak elak. Bagaimanapun setiap projek yang ingin dilaksanakan kena selidiki sepenuhnya,” katanya di Kota Bharu, semalam. 
Baru-baru ni kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang mengorbankan 11 mangsa.
Malah negeri itu sudah beberapa kali dilanda banjir kilat tahun sehingga merosakkan banyak harta benda penduduk. 
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, kalau hendak diambil kenyataan pemimpin DAP sebelum ini, memang sudah lama pemimpin PAS tersinggung. 
Menurutnya ketika itu DAP bertanya adakah kerajaan Kelantan masih wujud kerana dianggap lambat membantu rakyat ditimpa banjir besar. 
“Ia memberi gambaran seolah-olah Kelantan tidak membantu rakyat yang ditimpa musibah banjir. 
“Sekarang kita belum menjawab apa lagi kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang. Kalau kita tanya adakah kerajaan Pulau Pinang masih wujud atau sebaliknya,” ujarnya ketika ditemui di Kota Bharu, semalam. - HARAKAHDAILY 26/10/2017
Sumber HD- 26-10-2017 


























































Pemimpin langgar baiah kena taubat

BEKAS pimpinan PAS yang pernah mengkhianati baiah disaran bertaubat terlebih dahulu sebelum mengarahkan orang lain berbuat demikian.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud berkata, lebih baik Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa bertaubat kerana secara jelas mengkhianati baiah. 
“Tiba-tiba beliau hendak Presiden PAS bertaubat dengan alasan menganiayai dia. Saya nasihatkan orang berkenaan bertaubat terlebih dahulu kerana dipecat akibat khianati perjuangan. 
"Semua parti ada peraturan. Tindakan tatatertib bukan setakat parti, kerja kerajaan pun ada disiplin," katanya di Kota Bharu hari ini. 
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan dalam kenyataannya meminta Presiden PAS bertaubat susulan Amanat Haji Hadi pada 1980-an yang didakwa menjadi punca perpecahan umat Islam. 
Nassuruddin juga berkata, langkah PAS memecat ahli yang mengkhianati perjuangan merupakan langkah yang wajar bagi membersihkan parti dari golongan berkenaan. – HARAKAHDAILY 26/10/2017
Sumber HD - 26-10-2017 



Peniaga pasar enggan pindah sebab dihasut
Posted on Thursday, October 26 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36175


Kerajaan Kelantan mendakwa sekumpulan peniaga Pasar Besar Pasir Puteh enggan berpindah ke pasar baru mungkin akibat termakan hasutan pihak tertentu.


Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, beliau hairan dengan kedegilan peniaga

untuk berpindah, memandangkan pasar baru yang dinamakan Pasar Siti Hajar itu akan memberikan banyak kemudahan kepada mereka.

"Ada parti seolah-olah mahu menjadi hero dalam kes ini sedangkan ia menjejaskan pendapatan peniaga apabila tidak berpindah di
pasar baru yang kita sediakan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan Persatuan Peniaga Pasar Besar Pasir Puteh yang enggan berpindah ke pasar baru itu walaupun
diberi notis sejak 15 Oktober lalu.

Pengerusinya Kamaruzaman Che Ngah mendakwa pasar baru itu hanya menyediakan satu laluan masuk, terletak di kawasan berisiko
banjir dan lot kedai yang sempit.
Justeru mereka membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana merasakan bangunan baru itu tidak sepadan dengan kos pembinaan yang didakwa berjumlah RM6.1 juta.

Abdul Fattah berkata beliau yakin pembinaan pasar baru itu mengikut prosedur yang betul dan kerajaan negeri akan memberikan

kerjasama kepada SPRM dalam siasatan nanti.

"Kita tiada masalah jika SPRM mahu menyiasat susulan laporan yang dibuat pihak peniaga semalam kerana kita sentiasa terbuka.

"Bagaimanapun, dakwaan yang dibangkitkan mereka tidak benar kerana kita sudah menambah keluasan (lot kedai) daripada 3x5 kaki

persegi kepada 6x6 kaki persegi," katanya lagi.

Isu ini pada mulanya dibangkitkan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan. Hari ini, Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa
mengadakan pertemuan dengan peniaga di Pasar Besar Pasir Puteh.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata akan membawa peniaga yang tidak berpuas hati untuk bertemu sendiri dengan Menteri Besar

Datuk Ahmad Yakob bagi mendapatkan penjelasan.
'
"Selagi peniaga tak puas hati dengan pasar baru, saya minta jangan berpindah lagi.

"Saya ajak persatuan dan peniaga kita pergi berjumpa menteri besar. Kerana apa juga masalah rakyat Kelantan adalah
tanggubgjawabnya," katanya.

Sumber TKO - 26-10-2017





























































Kelantan sedia disiasat SPRM berkaitan Pasar Siti Hajar

KERAJAAN Kelantan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan terdapat unsur penyelewengan pembinaan Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk itu. 
Malah katanya, sikap berkenaan telah diwarisi sejak dari zaman pentadbiran Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sentiasa membuka pintu kepada SPRM untuk menjalankan siasatan. 
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim di sini hari ini ketika diminta mengulas lebih 50 orang peniaga Pasar Siti Hajar membuat adun kepada SPRM semalam. 
Aduan itu dibuat mereka berikutan adanya dakwaan kekeliruan dengan kos sebenar pembinaan pasar tersebut. 
Menurut Fattah, sekiranya pihak berkenaan telah membuat aduan pada SPRM, kerajaan negeri hanya menunggu siasatan dari pihak berkenaan. 
"Tetapi kita yakin dengan pembinaan itu, memandangkan ia dibuat dari awal hingga akhir mengikut prosedur telah ditetapkan," katanya. 
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perkara itu timbul ada hubung kait dengan mainan politik pihak tertentu. 
Jelasnya, sepatutnya politik membantu rakyat untuk mendapatkan perniagaan yang lebih baik ketika bebanan kos sara hidup tinggi. 
"Sepatutnya, bersama kerajaan negeri untuk membantu bagaimana nak dapatkan hasil yang lebih baik kepada peniaga," katanya. 
Bagaimanapun, Abdul Fattah yakin masalah yang timbul itu akan dapat diselesaikan secara baik. – HARAKAHDAILY 25/10/2017
Sumber HD- 25-10-2017 































































Beri peluang PAN kosongkan bangunan hingga tamat tempoh


PAS Kelantan bersedia memberi ruang sehingga sebulan untuk Parti Amanah Negara (PAN) mengosongkan bangunan yang menempatkan Pusat Khidmat Dun Salor dekat sini.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nasruddin Daud berkata, pihaknya tidak berhasrat menghalau parti itu keluar dari bangunan berkenaan. 
“Bagaimanapun pihak mereka (PAN) perlu mengosongkan bangunan itu sebagaimana notis sebulan yang  diberikan. 
“Sebagai sebuah parti yang Amanah, mereka kena buktikanlah amanah mereka tu,”ujarnya. 
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuart exco di sini hari ini ketika diminta mengulas berkaitan perkembangan bangunan itu.

Nasruddin berkata, pihaknya yakin parti itu akan mengosongkan bangunan berkenaan.
“Dia parti Amanah, jadi kena amanahlah.  Kepunyaan orang kena bagi balik," katanya.
Ketika ditanya berhubung keengganan parti itu untuk mengosongkan bangunan berkenaan, Nasruddin berkata, pihaknya juga tidak meminta mereka mengosongkan bangunan itu sekarang. 
"Kita tak usir, dia kena keluar lah bila sampai tempoh dia. Tidak ada masalah dia nak bawa ke mahkamahpun, kita berdepan di mahkamah," katanya. 
Baru-baru ini Harakahdaily menyiarkan pemindahan milik hartanah yang menempatkan Pusat Khidmat Dun Salor itu berlaku selepas pemiliknya menjual lot terbabit kepada pihak lain. 
Difahamkan penjualan dibuat bagi menyelesaikan urusan tuntutan pusaka dan perkara lain yang berkaitan. 
Oleh itu tidak timbul dakwaan Adun Salor, Datuk Husam Musa dihalau keluar daripada bangunan tersebut memandangkan pemimpin PAN itu bukan pemilik hartanah terbabit.– HARAKAHDAILY 25/10/2017
Sumber HD - 25-10-2017 



PAS Kelantan: Kami tak langgar undang-undang, akhlak
Posted on Wednesday, October 25 @ 06:50:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36149


Pemuda PAS Kelantan berkata tindakannya memasang bendera di Wisma Tok Guru 22 Oktober lalu tidak melanggar undang-undang mahupun prinsip akhlak, atas sebab bangunan tersebut sememangnya milik mereka.


Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang tidak mematuhi undang-undang dan akhlak kerana terus menduduki bangunan itu.

Beliau membangkitkan kenyataan Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa yang pihaknya akan membawa kes itu ke mahkamah untuk terus menggunakan bangunan itu yang terletak di Salor, Kota Bharu.

"Ertinya ia belum difailkan. Justeru sehingga hari ini, jual beli dan pemilikan adalah sah.
"Jadi undang-undang mana yang menghalang kami memacakkan bendera di luar bangunan yang sudah sah menjadi hak milik Badan Perhubungan PAS Kelantan, melalui setiausaha kerja sebagai pemegang amanah?" soalnya dalam kenyataan yang dikongsikan kepada Malaysiakini, hari ini.
Semalam, Husam juga menyifatkan tindakan Pemuda PAS itu sebagai "rendah akhlak" dan "kebudak-budakan".

Setakat hari ini, polis sudah menerima 3 laporan polis berhubung insiden 'serbu' itu, dengan dua laporan dibuat penyokong AMANAH dan satu lagi penyokong PAS.
Fadhli juga membidas tanggapan tindakan itu sebagai tidak berakhlak kerana tiada provokasi dilakukan, sebaliknya AMANAH yang menduduki bangunan tersebut yang melanggar prinsip akhlak.

"Berakhlakkah pihak yang jelas mengambilalih bangunan yang dibina atas titik peluh penderma kepada PAS? Kemudian mengecatnya dan memasang bendera parti mereka.

"Ia telah menghiris hati ramai di kalangan PAS, khususnya di Salor yang berusaha membangunkannya sebagai markas PAS," katanya lagi.

Kemelut tanah dan bangunan itu bermula pertengahan bulan ini, apabila AMANAH Kelantan menerima notis mengosongkan bangunan yang dikeluarkan melalui nama pemilik asal tanah yang menempatkan bangunan itu.

Difahamkan, tanah itu milik balu kepada bekas ADUN Salor, allayarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim. Namun ia dikatakan sudah dibeli oleh Setiausaha Kerja PAS Kelantan Mohamad Yasin Yusof.

Husam sebelum ini berkata akan mencabar notis itu di Mahkamah, dan mendakwa Rosli memberi kebenaran bertulis kepadanya untuk menggunakan "bangunan dan tanah itu sampai bila-bila".

Sumber TKO - 25-10-2017



































































Tendong FC julang Piala Menteri Besar

TENDONG Stable FC muncul juara kejohanan bola sepak Piala Menteri Besar 2017 apabila mengatasi pasukan Dun Panchor dengan sepakan penalti.



































































Pada perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV baru-baru itu, pasukan Dun Tendong berjaya mengalahkan Dun Panchor dengan agregat 4-3.

Babak-babak cemas sepakan penalti terpaksa dilakukan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan 1-1.

Sumber HD - 25-10-2017 




































































U-Bes sedia anjur muay Thai luar Kelantan

KERAJAAN Kelantan melalui Urusetia Belia Dan Sukan (U-BeS) bersedia untuk menganjurkan pertandingan muay Thai di luar Kelatan sekiranya ada mana-mana negeri lain yang berminat, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.





































































Menurut beliau, pihaknya sentiasa berusaha untuk memperkenalkan dan memajukan sukan mempertahankan diri itu.

“Kita berharap muay menjadi antara sukan yang diminati anak muda,” katanya ketika merasmikan Kejohanan International Muay Fight yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V pada 17-18 Oktober lalu.

Sumber HD - 25-10-2017 




Amaran Pemuda Pas kepada Amanah
Posted on Tuesday, October 24 @ 10:53:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36119&mode=thread&order=0&thold=0



KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan memberi amaran kepada Amanah agar meninggalkan bangunan Wisma Tok Guru  di Pendek di sini sebelum notis pengosongan berakhir pada 16 November ini.

Ketuanya, Fadhli Shaari berkata, adalah jelas bangunan telah menjadi milik Pas Kelantan yang dibuat melalui satu pembelian sah oleh setiausaha kerja Pas  sebagai pemegang amanah.

"Geran tanah cukup jelas dengan nama pemilik dikeluarkan yang tidak boleh dipertikaikan lagi dari sudut kesahihan jual beli, undang-undang manakah yang menghalang kami untuk memacakkan bendera di luar bangunan yang sah milik Pas."(Sekiranya enggan keluar) kami pertimbangkan segala langkah yang sesuai mengikut undang-undang, terpulang kepada Pas Kelantan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan 150 pemuda Pas memacakkan bendera di bagunan tersebut malam semalam sekaligus dianggap sebagai tindakan drastik dari sayap Pas itu.
Mengulas mengenai kenyataan Adun Salor, Datuk Husam Musa yang mahu mengambil tindakan mahkamah bagi mempertahankan bagunan itu, Fadhli berkata, transaksi jual beli dan pemilikan adalah sah sehingga mahkamah menentukan sebaliknya.

"Notis 30 hari juga telah dikeluarkan, kami menghormati notis itu dan tidak menyentuh fizikal bangunan sekalipun kami selaku satu pihak dalam Pas berhak untuk memasuki bangunan berkenan, sekiranya tidak bawa sahaja kes pemasangan bendera ini ke mahkamah,"katanya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, Pas tidak hadir  dengan niat melakukan provokasi sebaliknya hanya memacakkan bendera di bangunan yang sudah sah menjadi milik mereka.

Beliau berkata, sekiranya isu akhlak menjadi perdebatan, beliau mempersoalkan adakah Amanah mengambil sikap yang sama ketika mana mengambil alih bangunan itu sebelum ini.

"Mengecat  dengan warna oren dan memasang bendera parti yang berlawanan telah menghiris hati begitu ramai pihak dalam Pas khusus di Salor yang berusaha membangunkan markaz ini," katanya.

Dalam pada itu,  nada sama yang dinyatakan Ketua Penerangan Pemuda Pas negeri, Nazman Ibrahim  yang menegaskan,  tindakan mengusir Amanah boleh dilakukan jika mereka tidak mematuhi arahan.
"Kita dapati Amanah cuba mengingkari notis tersebut apabila dikatakan mahu mengadakan program pelancaran jentera pilihan raya bulan depan,"


  "Jadi apabila kita letakkan bendera dikawasan wisma itu adalah satu petanda bahawa dengan apa cara sekalipun 16 November ini kita tidak mahu lagi lihat kelibat parti itu di bangunan tersebut," katanya.

Sumber TKO - 24-10-2017







































































Pemuda PAS dan bangunan Salor



SAYA membaca transkripsi ucapan Datuk Husam Musa Adun Salor tengah malam semalam selepas Pemuda PAS memacakkan bendera di sekitar bangunan yang baru kembali ke tangan PAS. Satu persatu tohmahan melalui perkataan-perkataan yang bertamadun yang dilontarkan oleh Datuk kepada Pemuda PAS, ‘tindakan keanak-anakan’, ‘tindakan kebudak-budakan’, ‘rendah akhlak, mutu dan juga pemahaman undang-undang’, ‘tak reti undang-undang, tak sabar kerana nafsu, ataupun tak ada kerja lain’, ‘begitu angkuh, begitu tebolah, begitu gopoh’, ‘nya hungga kor setan’, ‘bodoh’, ‘cow dan ‘membelakangkan undang-undang’… Barangkali itulah laras bahasa Islam Progresif Rahmatan Lil Alamin.
Panas benar Datuk dengan tindakan Pemuda PAS. Takut benar sehingga terkeluar habis segala maki hamun daripada mulut seorang calon Menteri Besar tajaan Lim Kit Siang ini. Kita ingin jelaskan, kenapa Pemuda PAS mengambil tindakan untuk memacakkan bendera di luar bangunan tersebut? Dari sudut apa Datuk ingin pertikaikan hak kami, undang-undang atau akhlak? 
Jika undang-undang, undang-undang manakah yang menghalang kami untuk memacakkan bendera di luar bangunan yang telah sah menjadi hak milik Badan Perhubungan PAS Kelantan melalui setiausaha kerjanya sebagai pemegang amanah itu? 
Geran tanah PT1039 yang cukup jelas sudah keluar dengan nama yang tidak boleh dipertikaikan lagi dari sudut kesahihan jual beli. Menurut transkripsi ucapan, “Jadi AMANAH ataupun saya akan masukkan failkan ke mahkamah, ya, kita dalam proses, kita ada satu team undang-undang, saya sengaja tidak menghebohkan perkara ini..” 
Ertinya, pihak Datuk AKAN memfailkan ke mahkamah dan belum difailkan permohonan untuk mencabar kesahihan pemilikan dan jual beli. Justeru, SEHINGGA KE HARI INI, jual beli adalah sah dan pemilikan adalah sah sehingga mahkamah menentukan sebaliknya. 
Ya benar, notis 30 hari telah diberikan. Dan menghormati notis itulah kami tidak menyentuh fizikal bangunan sekalipun kami selaku salah satu pihak di dalam Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan berhak untuk memasuki kawasan bangunan berkenaan. Saya mencabar Datuk, bawa sahaja kes pemasangan bendera ini ke mahkamah. Bukankah Datuk sendiri yang menyatakan bahawa PAS mempunyai wang RM90 juta dan jika tidak benar, bawa kes ini ke mahkamah. Kononnya selagi PAS tidak bergerak untuk saman, selagi itulah fitnah itu adalah benar (sedangkan Datuk tidak membantu sedikitpun Sarawak Report yang sedang terkial-kial mencari bukti RM90 juta itu). 
Bagaimana jika sifir sama digunakan, bawa kes pelakuan Pemuda PAS ini ke mahkamah, selagi tidak dibawa bererti benarlah tindakan Pemuda PAS dari sudut undang-undang. Kami tidak datang dengan sumpah seranah, tidak datang dengan provokasi. Hanya sekadar memasang bendera di luar bangunan yang sudah sah menjadi milik kami. Ia jelas tidak salah sebagaimana jelasnya salah berucap melebihi jam 12.00 malam hanya untuk memaki hamun kami itu. 
Jika berbincang dari sudut akhlak yang ada pihak mempersoalkannya, maka soalannya, berakhlakkah pihak yang jelas sekali mengambil alih bangunan yang dibina di atas titik peluh para penderma yang menyumbangkan infaq atas nama PAS? Mengecatnya dengan warna oren dan memasang bendera parti yang berlawanan telah menghiris hati begitu ramai pihak di dalam PAS khususnya di Salor yang berusaha membangunkan markaz ini. Pada waktu itu, berbicaralah burung-burung kakak tua ini dengan bahasa undang-undang. “Tiada apa boleh PAS lakukan, kerana tanah atas nama individu…”
Nah, ke atas kami anda berbicara dengan bahasa undang-undang. Ke atas anda, bahasa akhlak yang anda gunakan?

Saya juga membaca pelawaan Datuk untuk saya hadir mendengar ucapan Datuk di Parlimen Kuala Krai. Saya berterima kasih atas jemputan itu. Saya percaya ia ikhlas. Barangkali Datuk menjangka tidak ramai yang akan hadir dan memerlukan saya dan rakan-rakan untuk meramaikannya. Saya faham namun maaf, masa sangat-sangat berharga buat kami dan ia tidak berbaloi untuk mendengar celoteh Datuk.
Apatah lagi, jika pendedahan itu setaraf dengan pendedahan ‘wang milik PAS dalam Affin Bank’ atau ‘surat Mustafa Ali yang menentang UG (yang hari ini tiba-tiba sahaja Mustafa Ali menyokong rundingan)’ atau ‘Pas dan Umno tidak akan berlawan dalam pilihan raya akan datang’, lebih lagi lah untuk saya tidak mendengarnya. 
Apapun, terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang datang dari jauh dan dekat menjayakan misi malam tadi. Sahabat-sahabat di Salor, sahabat-sahabat di luar, anda semualah ‘cool’. Adapun siapa sebenarnya yang tak cool, boleh cari sendiri melalui rakaman-rakaman video yang tersebar. – HARAKAHDAILY 23/10/2017
Sumber HD - 23-10-2017 









































































Pemuda pacak bendera PAS di Wisma PAN

BIARPUN Parti Amanah Negara (PAN) enggan keluar daripada bangunan yang kini dimiliki PAS di Mukim Pendek, Salor namun bendera PAS berjaya dipacak di di hadapan bangunan itu malam tadi.
Ramai anak muda hadir menyaksikan detik bersejarah bangunan yang dimiliki PAS sebelum ini kembali kepada parti itu. 
Pemuda PAS berhimpun di masjid berdekatan bagi menunaikan solat Isyak sebelum berarak ke bangunan yang menjadi pejabat PAN Dun Salor. 
Penduduk tempatan juga menyaksikan detik tersebut. Orang ramai memenuhi kiri kanan jalan ketika pemuda PAS memacak bendera di hadapan bangunan tersebut.
Turut kelihatan anggota pasukan keselamatan yang berpakaian biasa. 
Bagaimanapun suasana aman bertukar menjadi tegang apabila Pemuda PAN tampil di celah-celah orang ramai meminta untuk berucap menggunakan pembesar suara. 
Namun ia tidak dihiraukan Setiausaha Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Mohammad Kamal Mohammed yang bertindak sebagai pengerusi. Berikutan itu Pemuda PAN mula bertindak kasar. 
Hadir sama pada program itu Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan timbalannya Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi. 
Sebelum ini pemilik tanah yang menempatkan pejabat PAN tersebut, Haripah Dollah menjual tanah terbabit kepada PAS negeri. 
Urusan pindah milik selesai 18 September lepas dan berikutan itu notis dikeluarkan pejabat peguam bagi membolehkan mereka yang berada di bangunan di situ mengosong dalam tempoh sebulan. – HARAKAHDAILY 23/10/2017 
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
























































































































































Sumber HD - 23-10-2017











































































PAS Confident To Continue Administering Kelantan Post GE14

KOTA BARU: PAS is confident that it can still win Kelantan in the coming 14th general election (GE14) despite various challenges faced by the party of late.

Menteri Besar Datuk Ustaz Ahmad Yakob said the party’s enemies had done a lot to try to make people hate Pas, but all had been in vain.

“Our enemies do not want Pas to grow and are hoping the party will fall. Therefore, they do many things to create fear among the people. However, despite all these challenges, and with our strong faith, Pas has managed to (get past) these disturbances and, God willing, will remain in power in Kelantan after the next GE,” he said.

Ahmad, who is PAS deputy spiritual leader, was speaking at the 27th anniversary celebration of the party’s formation of the state government at Dataran Ilmu here today.

About 800 Pas supporters attended the function. Also present were Deputy Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah and several state executive councillors.

On another note, Ahmad said the party was also confident that state government leaders and officers were free from corruption and any wrongdoings that might tarnish its image as an Islamic state.

“It has been our policy since we (took over) Kelantan in 1990 to ensure there will be no leakage in our administration and we strongly believe this is also one of the obligations that we must follow as Muslims,” he said. – NST

Sumber BO - 22-10-2017













































































Dasar MBI diterima pelbagai kaum

KELANTAN berjaya mengubah dua perkara besar dalam pemikiran masyarakat dalam tempoh 27 tahun pentadbirannya. 
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata pertama Kelantan telah berjaya membuktikan golongan ulama mampu memerintah. 
Kedua, dasar pentadbiran Kelantan Membangun Bersama Islam (MBI) berjaya diterima masyarakat pelbagai kaum di negeri itu. 
"Alhamdulillah setakat ini tidak ada bantahan yang besar daripada masyarakat berkenaan. 
"Bagi kita ini sebuah pencapaian besar dalam tempoh 27 tahun," katanya kepada media selepas program sambutan ulangtahun pentadbiran MBI ke-27 di Kota Darulnaim hari ini. 
Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menyampaikan ucap tama pada program tersebut. Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan. 
Mohd Amar juga berkata, kepimpinan diasaskan almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjaya membuktikan ulama mampu mentadbir. 
Malah kata beliau ia mungkin lebih baik berbanding golongan bukan ulama.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat pula berkata, pertumbuhan ekonomi Kelantan mencapai tahap 4.8 peratus, melebihi pencapaian peringkat negara 4.2 peratus. 
Katanya, berlaku lonjakan ekonomi tahun ini berbanding 3.5 peratus pada 2015.
“Kedudukan itu setanding Selangor yang juga mencatat lonjakan 4.8 peratus,” katanya. - HARAKAHDAILY 22/10/2017
Sumber HD - 22-10-2017 

No comments:

Post a Comment