BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, October 30, 2017

KERAJAAN NAJIB (JILID 3): jatuh pru14 - 9 mei 2018


 Najib perli MOF, tak tahu nak kira banding SST 

dengan GST

LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <

Pagi ini, Kementerian Kewangan memuat naik satu hantaran (posting) infografik di 
laman rasmi Facebook mereka yang memaparkan perbandingan harga barangan di 
bawah cukai SST dan cukai GST.

(Editor TTKM: Baca berita awal di sini: PROPAGANDA SST KANTOI, LAMAN 
FB MOF PADAM STATUS!)

Pengiraan untuk GST yang ada di dalam infografik ini ternyata salah kerana tidak 
mengambil kira input GST yang boleh dituntut balik oleh pengilang, pemborong dan 
peruncit. Jika mengikut pengiraan yang betul, harga jualan kepada pengguna di bawah 
cukai GST dengan menggunakan margin keuntungan yang sama sepatutnya RM152.64 
dan bukan RM171.49.



Selepas menyedari kesalahan itu lantaran dikecam pengguna Facebook, Kementerian 
Kewangan memadamkan posting FB ini beberapa jam kemudian.

Integriti Kementerian Kewangan tentang hal cukai dan pengiraan amat penting dan 
kesalahan dalam pengiraan cukai begini tidak patut dilakukan. Bagaimana sebuah 
kementerian yang bertanggungjawab terhadap cukai itu sendiri tidak tahu pengiraan 
yang betul?

Setahu saya, selama 9 tahun saya menjadi Menteri Kewangan, kita tidak pernah 
membuat posting dengan pengiraan yang amat ketara kesilapannya dan tidak penah 
memadam sebarang posting.

Infografik ini dibuat dan diterbitkan oleh BERNAMA dan saya dapati mereka masih 
menggunakan infografik ini sehingga tular.

Walaupun YB Tony Pua yang merupakan penasihat kepada Menteri Kewangan Lim 
Guan Eng pernah berucap dengan begitu yakin di Parlimen bulan lalu bahawa SST 
akan mengurangkan harga barang (Hoh! Satu kenyataan yang paling berani) dan 
kerajaan PH bertegas mempertahankan cukai SST mereka, saluran rasmi kementerian 
dan informasi kerajaan tidak patut digunakan untuk menipu rakyat dengan pengiraan 
yang ternyatanya sangat salah.

Biar rakyat menilai dengan sendiri pada hari ini iaitu hari pertama cukai SST 
dilaksanakan jika harga barang telah turun ataupun SST hanya dibayar oleh pengilang
 sahaja.

(UPDATE TTKM: Nampaknya BERNAMA baru-baru sahaja telah memadamkan 
posting mereka juga.)


NAJIB RAZAK

MR : Sempat juga Najib engkau perli si Lim Guan Eng. Engkau berdua tu masih ada 
pembicaraan mahkamah silap-silap haribulan kamu berdua duduk sebelah menyebelah 
di penjara!....

Sumber MR -2-9-2018


 Najib sempat perli Tony Pua selepas PH 

Tangguh untuk mansuh tol

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak membidas pegawai khas kepada menteri 
kewangan, Tony Pua, selepas Pakatan Harapan mengumumkan janji memansuhkan tol 
tidak dapat dipenuhi ketika ini kerana kerajaan tidak cukup wang untuk membayar 
pampasan kepada konsesi.

Bekas perdana menteri menyorot perhatian kepada kos yang diperlukan untuk \
menghapuskan tol seperti yang diumumkan menteri semalam, iaitu lebih RM400 bilion, 
berbanding kiraan DAP sebelum ini, RM25 bilion.

“Kerajaan PH seharusnya menugaskan Tony Pua dalam usaha menghapuskan semua tol 
jalan raya bagi menepati antara janji utama manifesto PRU14 mereka.

“Saya percaya Tony Pua dan DAP bukan penipu dan pengiraan mereka yang jauh lebih 
murah adalah tepat – bukan hanya dibuat untuk menipu undi rakyat dan tidak mungkin 
DAP selalu salah titik perpuluhan.

“Apatah lagi, syarikat konsesi-konsesi tol berkenaan bukan kroni mahupun rakan-rakan 
saya tetapi mereka adalah dari era seorang perdana menteri sebelum saya,” katanya.

Menteri Kerja Raya Baru Bian di Dewan Rakyat semalam mengumumkan langkah 
menghapuskan tol ditangguhkan sehingga keadaan kewangan negara mengizinkan.

Beliau juga mengingatkan penghapusan tol itu tidak termasuk dalam janji 100 hari 
kerajaan Pakatan Harapan.

Najib hari ini berkata kerajaan sejak 2008 lagi memberitahu langkah menghapuskan 
semua konsesi tol jalan raya memerlukan kos RM231 bilion.

“Tetapi, pada masa itu Tony Pua menuduh kita sebagai penipu,” katanya.

“Semalam, menteri memberitahu Parlimen kos untuk berbuat demikian jauh lebih tinggi 
dari apa yang telah kerajaan BN umumkan dahulu.”

Najib menambah pentadbirannya berusaha untuk menghapuskan banyak tol di seluruh 
negara dan pada tempoh tersebut, tidak ada tol lebuh raya milik syarikat kerajaan 
menaikkan kadar tol.

“Tetapi kerajaan menghadapi kesukaran untuk tidak membenarkan tol milik swasta 
menaikkan kadar tol kerana terikat dengan perjanjian konsesi yang dirunding dan 
dimeterai semasa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri ke-4.”

Najib juga memaklumkan semua perjanjian konsesi tol jalan raya boleh disemak orang 
ramai kerana beliau sudah menukar status kerahsiaan dokumen berkenaan pada Oktober 
2008.


MR : Janji PH janji Melayu Baharu....

Sumber MR - 15-8-2018

Terbakar pula muka laki aku kata 

Rosmah

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda
 boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/terbakar-pula-muka-laki-aku-kata-rosmah.

KUALA LUMPUR: Muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 
nyaris terkena percikan bunga api ketika kejutan sambutan ulang tahun ke-65 
beliau di Bangunan Parlimen pada Isnin.

Ketika beliau diminta meniup bunga api di atas kek yang terpapar gambar 
wajahnya, bunga api yang dinyalakan tiba-tiba terpercik deras dan hampir 
menyambar mukanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pekan itu sempat mengelak daripada terkena 
percikan api tersebut.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sempat berpesan kepada tetamu yang 
menyalakan bunga api itu agar lebih berhati- hati.

"Terbakar pula muka laki (suami) aku," pesan Rosmah yang berseloroh sambil 
memegang bahu tetamu itu.

Turut kelihatan pada sambutan tersebut ialah pelakon Johan As'ari dan Ellie Suriaty.

Najib tidak panik malah ketawa besar dengan situasi itu.

Pada akhir upacara tersebut, Rosmah tidak melepaskan peluang menyuap sepotong 
kek kepada suami tercinta.

"Saya ucapkan yang terbaik untuk beliau dan juga untuk keluarga kami.

"Saya mahu anda semua tahu bahawa keluarga sangat menyayangi beliau dan 
kami percaya beliau di pihak yang benar," katanya. - Sinar Harian


MR : Nasib baik Rosmah duduk jauh, kalau tersambar api habis rambut "mahal"
nya 

Sumber MR - 24-7-2018

Barang kemas dihantar syarikat 

Lubnan tanpa diminta, kata Rosmah

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/barang-kemas-dihantar-syarikat-lubnan.


Datin Seri Rosmah Mansor tidak membeli barang kemas bernilai RM60 juta yang 
dihantar kepadanya oleh seorang pemilik syarikat pemborong barang kemas dan 
batu permata yang kini menuntut pembayaran bagi barangan yang disita oleh 
penyiasat 1MDB, kata peguamnya.

Pasukan peguam Rosmah Mansor hari ini mendedahkan bahawa mereka 
menyerahkan pernyataan pertahanannya sebagai tindak balas terhadap tuntutan 
saman yang dimulakan oleh Global Royalty Trading.

Rosmah berhujah bahawa dia tidak pernah menjadi pemilik  44 keping barang 
kemas dan menegaskan ia dihantar Global Royalty tanpa diminta untuk 
pertimbangannya ketika suaminya, Datuk Seri Najib Razak, masih perdana menteri.

Peguam-peguam selanjutnya menegaskan bahawa saman syarikat itu melanggar 
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan 
Perolehan Akta Kegiatan Undang-Undang 2001.

“Oleh itu, saman yang difailkan oleh Global Royalti terhadap klien kami adalah 
jelas menyalahi undang-undang, remeh, menyakitkan hati dan / atau 
penyalahgunaan proses mahkamah.

“Dalam keadaan ini, kedudukan yang diambil oleh Global Royalty bahawa 
pelanggan kami bertanggungjawab untuk menanggung rugi wang mereka dalam 
jumlah RM59,831,317.40 adalah salah faham dan tanpa sebarang asas undang-
undang,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Mereka menambah bahawa Rosmah juga akan memohon untuk menolak tuntutan 
mahkamah tidak lama lagi.

Peguam yang bertindak untuknya ialah Datuk Geethan Ram, Datuk K. 
Kumaraendran, Rajivan Nambiar, Reza Rahim, Lavania Raja dan Revin Kumar.

Royalti Global memfailkan tuntutan mahkamah pada 26 Jun yang memohon AS 
$ 14.79 juta sebagai pampasan bagi 44 barang kemas yang disita oleh pihak 
berkuasa yang menyiasat skandal rasuah 1MDB.

Malaysiakini melaporkan mereka mendakwa Rosmah adalah pelanggan tetap 
syarikat tersebut sebelum ini.

Semalam, portal ASIAONE melaporkan menurut sumber bahawa dengan hanya 
memiliki wang sahaja tidak cukup untuk menjadi pelanggan syarikat Global 
Royalty yang begitu ekslusif. [Baca SINI]

Sebelum ini, penyiasat polis dari jabatan siasatan jenayah komersil menyerbu 
enam lokasi yang dikaitkan dengan Najib untuk siasatannya ke 1MDB dan '
merampas antara 12,000 unit barang kemas yang termasuk 2,800 set anting-
anting, 2,200 cincin, 2,100 gelang, 1,600 kerongsang, 1,400 kalung dan 14 tiara.

Mereka kemudiannya mendedahkan ia dinilai kesemua tunai dan barangan yang 
disita RM1.1 bilion berdasarkan harga semasa. – Majalah Review Malaysia


MR : Ini membuatkan rakyat makin pening 12,000 unit tu datang daripada 
mana?.... 

Sumber MR - 23-7-2018

Wang RM470 juta bukan dari 1MDB, 

kata Najib

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 

menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/wang-rm470-juta-bukan-dari-1mdb-kata.



Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, wang berjumlah RM470 
juta yang disalurkan kepada pelbagai entiti politik termasuk Umno bukan berpunca 
daripada 1MDB.

Malah, Najib juga menegaskan perkara itu masih disiasat pihak berkuasa.

"Ia masih tertakluk kepada siasatan. Tidak boleh dikatakan sebagai dana 1MDB.

"Sumber dana mesti ditetapkan dengan jelas. Biar perkara ini diserahkan kepada 
pihak penyiasat sebab kami tidak mahu mengganggu apa jua hasil siasatan," kata 
Najib.

Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan oleh pemberita sama ada RM470 
juta yang didepositkan daripada akaunnya kepada 102 entiti politik termasuk Umno 
merupakan wang 1MDB.

Ditanya sama ada wang itu akan dikembalikan sekiranya ia merupakan wang 
1MDB, Najib sekali lagi menafikannya.

"Ia bukan dana 1MDB kerana saya sedar dengan jelas ketika keluarkan kan cek, 
kami sangat-sangat jelas ia bukan datang dari 1MDB," tegas Najib.


MR : nampak perempok dengan pencuri main pusing-pusing. Rakyat juga '
terbodoh'.... 

Sumber MR - 23-7-2018

Setelah gagal membukti 1MDB, Najib 

disasar pula dengan kuasa asing & CIA

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/setelah-gagal-membukti-1mdb-najib.html




Pakatan Harapan (baca Mahathir ) sehingga hari ini masih gagal mendakwa Najib 
atas salahlaku 1MDB kini mencari iktiar lain untuk mengaitkan Najib bagi 
membenarkan tuduhan mereka selama ini kepada Najib.

Seperti biasa Pakatan Harapan menggunakan media asing memdedahkan kononnya 
sepucuk surat dikatakan ditulis oleh pegawai risikan tertinggi di bawah pentadbiran 
Datuk Seri Najib Razak kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang melakarkan 
bekas perdana menteri itu sebagai sekutu AS yang boleh bekerjasama dengan 
Washington, berbanding Dr Mahathir yang “anti-Barat” dan “anti-Yahudi”.



Najib bagaimanapun berkata beliau tidak pernah mengarahkan surat itu ditulis dan 
tidak tahu menahu tentang kewujudannya, tetapi satu salinan yang dilihat antara lain, memuji “dasar luarnya yang progresif”, dengan berkata Malaysia merupakan sekutu penting 
AS dan satu-satunya rakan kongsi paling berwibawa di rantau Asia Tenggara kerana 
negara lain sama ada terlalu kecil, terlalu pro-China atau “terlalu sibuk dengan 
masalah domestik mereka”.

“Puan Yang Berbahagia tentu maklum bahawa Mahathir bukanlah seorang 
 pembaharu yang akan mengukuhkan kepentingan nasional Malaysia kerana 
 beliau menyertai pembangkang untuk kepentingan dirinya sendiri,” kata surat 
itu kepada Gina Haspel, pengarah CIA.

Surat tersebut dikatakan ditulis bagi pihak Malaysia External Intelligence 
Organisation (MEIO) dan ditanda tangani oleh Datuk Hasanah Ab Hamid, yang 
mengetuai sebuah unit di bawah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri.

Berikut adalah terjemahan teks penuh surat berkenaan bertarikh 4 Mei 2018, 
hanya seminggu sebelum pilihan raya yang menamatkan kuasa Barisan Nasional 
selama lebih 60 tahun.

Pejabat Ketua Pengarah
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Perdana Menteri
Malaysia

Puan Yang Berbahagia
Cik Gina Haspel
Pengarah (Lantikan)
Agensi Perisikan Pusat
Amerika Syarikat

Yang Berbahagia Gina, semoga anda sihat sejahtera.

Dengan takzim saya amat menghargai peluang untuk mengucapkan selamat 
kepada Puan Yang Berbahagia dan berharap Puan sentiasa berada dalam 
keadaan sihat sejahtera.

Pertama, bagi pihak Malaysia External Intelligence Oraganization (MEIO), saya 
mahu merakamkan ucapan tahniah kepada Puan atau lantikan sebagai Pengarah (
Lantikan) Agensi Perisikan Pusat (CIA) baru-baru ini.

Saya juga mahu mengambil peluang ini untuk memaklumkan kepada Puan tentang 
pilihan raya umum di Malaysia yang bakal diadakan pada 9 Mei 2018.

Malah seperti yang Puan sedia maklum, ia berkemungkinan besar merupakan 
pilihan raya paling sengit dalam sejarah Malaysia. Parti pembangkang, selain 
PAS, kini telah bergabung membentuk sebuah pakatan rapuh, Pakatan Harapan, 
dan melantik bekas perdana menteri berusia 93 tahun, Mahathir Mohamad 
sebagai pemimpin mereka dalam pilihan raya kali ini.

Pada masa lalu, Mahathir bersikap anti-Barat, anti-Yahudi, autokratik, menutup 
mulut pengkritik dengan keras, dan mengabaikan sama sekali hak asasi manusia 
dan pemerintahan berdasarkan undang-undang.

Pada zaman pemerintahan beliau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disalah 
guna dengan meluas untuk kepentingan agenda politiknya sendiri dan 
membolehkan beliau memerintah Malaysia selama lebih 2 dekad.

4. Empat parti yang membentuk Pakatan Harapan, iaitu Parti Keadilan Rakyat, 
Democratic Action Party, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu 
Malaysia tidak mengemukakan cadangan yang konkrit dan munasabah dalam 
manifesto mereka berkaitan dasar luar Malaysia. Ini boleh merosakkan hubungan 
dua hala antara 2 negara kita, selain semakin menggugat kestabilan keadaan
 keselamatan di Asia Tenggara.

Selain itu, manifesto tersebut juga tidak menggambarkan kemampuan pakatan 
\tersebut memahami dan menangani ancaman geostrategi yang dihadapi dunia, 
apatah lagi kemampuan bekerjasama dengan AS dalam menangani cabaran itu. 
Ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan agensi keselamatan di Malaysia 
dan rantau ini.

5. Sebaliknya kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri 
Najib, yang mentadbir Malaysia sepanjang 9 tahun lepas, telah membuktikan 
bukan sahaja amalan dasar luar yang mantap dan progresif, tetapi juga banyak 
menyumbang ke arah pengukuhan keselamatan rantau ini melalui penglibatan 
aktif dalam mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau.

Tidak seperti Mahathir, Perdana Menteri Najib dikenali sebagai sekutu penting 
AS dan akan terus menyokong kehadiran AS di rantau ini. Tanpa kehadiran 
Perdana Menteri Najib sebagai pemimpin negara ini, AS bakal kehilangan rakan 
kongsi yang boleh dipercayai di Asia Tenggara memandangkan Filipina telah 
memutuskan ikatan dengan AS, sementara Singapura dan Brinei terlalu kecil 
untuk memberi impak dan Thailand serta Indonesia pula terlalu sibuk dengan 
masalah domestik mereka sendiri. Dalam pada itu negara-negara Indochina, 
kecuali Vietnam, terlalu cenderung kepada China.

6. Seperti makluman Puan Yang Berbahagia, di bawah Perdana Menteri Najib, 
Malaysia terus aktif terlibat dalam menamatkan konflik bersenjata yang 
berpanjangan di selatan Filipina dan selatan Thailand.

Baru-baru ini, melalui ASEAN dan Pertubuhan Negara Islam (OIC), Malaysia 
memainkan peranan penting dalam mencari penyelesaian bagi krisis Rohingya 
yang berkemungkinan muncul sebagai punca baru ancaman pengganas di 
rantau ini.

Perdana Menteri Najib juga telah mewujudkan sebuah hospital lapangan yang 
serba lengkap dan dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan di Cox Bazar, 
Bangladesh bagi memenuhi keperluan lebih 700,000 pelarian Rohingya.

7. Dalam usaha menghadapi ancaman terorisme, Malaysia berbangga menjadi 
sekutu AS, dan langkah Washington memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi bagi 
Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorisme (SEARCCT) dan Regional 
Digital Counter-Messaging Communication Centre (RDCCC) tajaan AS.

Selain itu, MEIO juga merupakan pengerusi bagi AIC-CTC sejak ia dilancarkan 
Perdana Menteri pada Disember 2016. AIC-CTC bersama-sama 5 rakan kongsinya, termasuk perkhidmatan risikan anda yang sangat dihormati bekerjasama rapat dalam 
usaha-usaha anti-terorisme.

8. Sejak Perdana Menteri Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara, 
Malaysia dikenali di peringat antarabangsa sebagai sebuah negara Islam 
moderat dan progresif. Penubuhan Global Movement of Moderates adalah bukti 
terhadap kepimpinan beliau memajukan kesederhanaan, keamanan bersama dan 
menghormati sikap saling memahami, meraikan dimensi kepelbagaian yang kaya,
 selain menyekat ekstremisme di peringkat global.

9. Berkaitan ancaman nuklear Korea Utara, Malaysia sentiasa menyokong resolusi 
UNSC dan pendekatan tekanan maksimum AS ke atas Pyongyang. Ini termasuklah 
penggantungan pengambilan pekerja dari Korea Utara, menuruntarafkan 
hubungan diplomatik, dan menguatkuasakan sekatan perdagangan serta ekonomi.

Malaysia juga mengalu-alukan Sidang Puncak AS-Korea Utara yang bakal 
diadakan dan bersikap optimis akan natijah positifnya yang akan mengurangkan 
ketegangan di Semenanjung Korea dengan banyaknya.

10. Malaysia mengalu-alukan kehadiran AS di rantau ini, terutamanya di Laut 
China Selatan sebagai pengimbang terhadap sikap mendesak maritim China. 
Kami berpegang pada sistem berasaskan peraturan dan kebebasan pelayaran 
di Laut China selatan.

Malaysia juga menghargai sokongan berterusan daripada AS dalam menaiktaraf 
kemampuan keselamatan maritim dan latihannya, selain pertukaran risikan 
berkaitan isu Laut China Selatan daripada perkhidmatan risikan Puan.

11. Yang Berbahagia Puan, Perdana Menteri Najib Razak dijangka memenangi 
pilihan raya ini secukupnya bagi membentuk kerajaan akan datang. Sejak 1959, 
Malaysia menggunakan sistem pilihan raya first-past-the post seperti di United 
Kingdom, bukannya sistem perwakilan berkadar. Keputusan pilihan raya 
ditentukan oleh jumlah kerusi yang dimenangi di Parlimen, bukannya 
berdasarkan undi popular yang diterima seperti diperjuangkan oleh pihak 
pembangkang, PH.

Sama seperti keputusan pilihan raya 2013, PH telah pun mengisytiharkan 
kemenangan, tetapi pada masa sama mendakwa ia akan dirampas daripada 
mereka hanya dengan tujuan merosakkan proses demokrasi di negara ini.

12. Kami percaya Yang Berbahagia Puan dapat memahami dinamika politik 
pilihan raya ini dan percubaan terdesak parti pembangkang sejak 1999 mahu 
mengambil alih kerajaan, hatta melalui cara tidak demokratik.

Ini termasuklah penyebaran naratif negatif terhadap polisi politik dan sosio-
ekonomi, terutamanya oleh portal berita atas talian seperti Malaysiakini dan 
Sarawak Report.

Undang-undang anti-berita tidak benar yang baru diluluskan bertujuan mengawal 
usaha merosakkan kemajuan negara.

Sebelum itu mereka juga menubuhkan NGO seperti Bersih Global dengan tujuan 
mengerakkan kebangkitan ala-Arab Spring di Malaysia.

Sejak 2016, harapan pembangkang untuk merebut kuasa kelihatan lebih 
munasabah apabila Mahathir menyertai mereka. Ironisnya, perjuangan 
reformasi selama 20 tahun oleh Anwar Ibrahim sebelum itu adalah kerana 
 menentang dan mencabar tirani Mahathir.

13. Puan Yang Berbahagia tentu maklum bahawa Mahathir bukanlah seorang 
pembaharu yang akan mengukuhkan kepentingan nasional Malaysia kerana 
beliau menyertai pembangkang untuk kepentingan dirinya sendiri. Dalam pada i
tu pihak pembangkang pula berharap untuk menmpergunakan kecekapannya 
berpolitik untuk mengalahkan parti Perdana Menteri Najib.

14. Saya berharap perkhidmatan risikan Puan yang dihormati akan melaporkan k
epada Setiausaha Negara tentang keruwetan mengendalikan pilihan raya ini 
di pihak Perdana Menteri Najib dan keperluan mendapatkan sokongan AS kepada 
kerajaan sekarang hatta sekiranya kami memenanginya dengan majoriti mudah 
satu kerusi sekalipun.

Apa-apa isyarat yang menunjukkan bahawa kerajaan AS akan terus menyokong 
Perdana Menteri Najib dan kerajaan pimpinan beliau akan membantu 
mengukuhkan kestabilan kami dan memperkuatkan hubungan mesra sedia ada 
yang didorong oleh hubungan baik antara 2 pemimpin kita.

15. Saya juga amat berharap hubungan persahabatan antara kita juga dan 
kerjasama erat antara MEIO dan CIA akan terus subur pada tahun-tahun akan 
datang untuk kebaikan bersama negara kita.

16. Salam takzim dan hormat daripada saya.

Yang benar,
Datuk Hasanah Ab Hamid
Ketua Pengarah.

MR : Semenjak Pakatan Harapan memerintah, makin banyak berita dan 
maklumat palsu tersebar sehingga rakyat tidak tahu siapa sebenarnya yang 
benar....

Sumber MR - 30-7-2018

Najib saman Shukri Abdull, Amar 

Singh, Tommy Thomas

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/najib-saman-shukri-abdull-amar-singh.





Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap tiga 
penyiasat utama skandal 1MDB, dalam usahanya menangani kritikan awam 
berhubung dakwaan penglibatannya dalam kes itu.

Hilang kuasa pada PRU Mei lalu, Najib ditahan dan didakwa berkaitan transaksi 
meragukan bekas subsidiari 1MDB, SRC International. Beliau yang konsisten 
menafikan sebarang salah laku mengaku tidak bersalah Rabu lalu.

Dalam 'serangan balasnya', Najib memfailkan saman terhadap tiga pegawai yang 
terlibat dalam siasatan 1MDB.

Dalam tiga pemfailan sivil minggu lalu namun hanya dilihat Reuters pada Rabu, 
peguam Najib mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri 
Abdull, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar 
Singh dan Peguam Negara Tommy Thomas bersikap prejudis terhadap Najib 
ketika siasatan mereka.

Badrul Abdullah yang mengetuai salah satu firma guaman yang mewakili Najib 
berkata, saman dibuat berdasarkan kenyataan sebelum ini yang dibuat tiga 
individu itu.

"Kemi mahu mendapatkan keputusan mahkamah sama ada wujud unsur konflik 
kepentingan di kalangan individu yang mengendalikan kes ini," kata Badrul 
kepada Reuters.

Badrul berkata anak guamnya menuntut ganti rugi kos dan arahan serta relief lain 
yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Rekod mahkamah menunjukkan tiga permohonan itu difailkan 30 Jun lalu dan 
menamakan Najib sebagai pemohon.

Peguam Najib dan responden dijadual bertemu dengan dua hakim pada 16 Julai ini 
bagi pendengaran pra-perbicaraan.

Pada mei lalu, Shukri berkata siasatan 1MDB pada 2015 telah ditekan, sementara 
Amar mengetuai rampasan polis terhadap barangan mewah bernilai kira-kira 
AS$275 juta di premis yang dikaitkan dengan keluarga Najib.

Thomas adalah ketua pendakwa yang mendakwa Najib dengan tiga pertuduhan 
pecah amanah berkaitan kes SRC International dan satu pertuduhan 
menyalahgunakan jawatannya, membabitkan RM42 juta yang didakwa dipindah 
ke akaunnya daripada SRC.


MR : Nampak macam lembik.. kini Najib menyerang untuk pertahankan sisa 
politiknya.... 

Sumber MR - 7-7-2018

12 pendakwa lawan 7 peguam bela

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/12-pendakwa-lawan-7-peguam-bela.html









BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bakal diwakili oleh barisan 
tujuh peguam bela yang diketuai oleh peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad 
Shafee Abdullah.

Manakala pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas, 
akan dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya dalam prosiding pendakwaan 
di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Najib dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Jenayah 2 pada jam 8.25 pagi 
ini, sebelum pasukan pendakwaan memasukinya jam 8.40 pagi.

Pasukan pendakwaan:


1. Tommy Thomas
2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria
3. Manoj Kurup
4. Datuk Shuhaimi Ibrahim
5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar
6. Datuk Ishak Mohd Yusof
7. Donald Joseph Franklin
8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi
9. Budiman Lutfi Mohamed
10. Sulaiman Kho Kheng Fuei
11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul
12. Muhammad Izzat Fauzan

Pasukan peguam bela Najib:

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
2. Harvinderjit Singh
3. Datuk Raj Krishnan
4. Farhan Read
5. Rahmat Hazlan
6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee
7. Syahirah Hanapiah


MR : Dulu Shafee Abdullah boleh bukti Anwar bersalah, sekarang mampukan 
Shafiee membukti Najib tak bersalah? Kita tunggu filem baru ciptaan Mahathir. 
Tapi kali ini tilam dan bantai tak ada diusung... Apa akan diusung? Suspen ni...

Sumber MR - 4-7-2018


Senarai pertuduhan ke atas Najib

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/senarai-pertuduhan-ke-atas-najib.html







KUALA LUMPUR 4 Julai - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 
didakwa di mahkamah hari ini. Berikut adalah pertuduhan ke atas beliau.

Pertuduhan Pertama


Bahawa kamu antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 di Pejabat Perdana Menteri 
Presint 1, Putrajaya di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai seorang 
pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah 
menggunakan jawatan untuk suapan bagi diri kamu berjumlah RM42 juta apabila 
kamu telah mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan 
Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah 
RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC 
International Sdn. Bhd.. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan 
di bawah Seksyan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 
694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan 
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali 
jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pertuduhan kedua

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic 
Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai 
seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 
Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti
 tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah 
RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah 
RM27 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh 
dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan 
hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan ketiga

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic 
Bank Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai 
seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 
Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti 
tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah 
RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah 
RM5 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh 
dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan 
hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan keempat

Bahawa kamu antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015 di AmIslamic Bank 
Berhad Bangunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai 
seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan 
Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd. dan dalam kapasiti 
tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah
 RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah 
RM10 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh 
dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan 
hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda. -UM



MR : Cara Mahathir bergerak mudah, sebelum PRU jatuh Najib. Selepas PRU 
hukum Najib dengan satu pertuduhan berfokus.... 

Sumber MR - 4-7-2018

Najib mohon maaf dan 

memperingatkan tentang 

penghakiman di akhirat sebelum 

tangkapan

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/najib-mohon-maaf-dan-memperingatkan.








KUALA LUMPUR: Beberapa jam sebelum tangkapan oleh Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, bekas perdana menteri Datuk Seri 
Najib Razak memohon maaf kepada rakyat Malaysia, tetapi memberi amaran 
kepada pengkritiknya tentang balasan Tuhan di tengah-tengah liputan media ke atas 
wang dan barangan mewah yang dirampas dari rumahnya sedang hangat dilakukan.



“Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia 
berhak mendapat pimpinan yang terbaik. Saya sudah melakukan sedaya upaya saya. 
Namun, saya sedar ia tidak mencukupi kerana saya akui ada banyak kelemahan,” 
katanya dalam pesanan yang dirakam beberapa jam sebelum meninggalkan 
rumahnya di Taman Duta pagi tadi.

Beliau hari ini disoal oleh SPRM berhubung sejumlah wang lebih kurang RM42
 juta yang diterimanya menerusi entiti dikaitkan dengan 1MDB.

Jumlah itu dipercayai dipindahkan dari SRC International, bekas anak syarikat 
1MDB, kepada akaun bank peribadi Najib.

Najib yang mana pimpinannya selama 9 tahun berakhir bersama kejatuhan kerajaan
 Barisan Nasional yang mentadbir selama 6 dekad, merayu orang ramai membiarkan siasatan ke atasnya dijalankan dahulu.

Dalam pesanannya, Najib berkata walaupun beliau tidak sempurna, beliau menjadi 
mangsa spekulasi dan khabar angin, yang mengandungi tuduhan yang menurutnya 
“tidak semuanya benar”.

“Memang rumah kami digeledah selama berhari-hari. Memang saya disiasat, dan 
ada barang yang dirampas. Namun, semua ini belum konklusif. Ada banyak berita, 
gambar yang tersebar, bersifat khabar angin, palsu, putar belit dan fitnah,” katanya.

Najib berkata semua orang sama rata di sisi undang-undang, tetapi beliau 
mengingatkan, balasan Tuhan menanti sesiapa yang memfitnahnya selepas 
kejatuhannya.

“Tiada sesiapa yang akan terlepas, termasuklah yang penguasa di dalam kerajaan 
hari ini dan mereka yang menyebar khabar angin serta mengaibkan orang lain,” 
katanya.

Sejak kekalahannya 2 bulan lepas, Najib dan ahli keluarganya menjadi sasaran 
serbuan polis, ditambah pula dengan gambar-gambar mengejutkan menunjukan 
barangan mewah dan beg-beg berisi duit bernilai jutaan dolar dirampas dari 
hartanah yang dikaitkan dengannya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar siasatan itu itu “tidak boleh 
dirunding” bagi memenuhi janjinya untuk menjalankan siasatan ke atas dakwaan 
berbilion dolar digelapkan dari 1MDB.

Dalam mesejnya, Najib berkata beliau bersyukur kerana dapat menjalani “dugaan 
dunia”.

“Saya tetap bersyukur, kerana tidak semua yang berpeluang menjalani dugaan 
dunia. Kita semua tahu bahawa dugaan di akhirat adalah jauh lebih perit. Saya akan
 hadapi dengan tabah.”

“Sesungguhnya Allah maha mengetahui, maha mengasihani dan maha penyayang.”


MR : Duni ini penuh dengan kekajaman.. perpatah yang sering kali kita dengar, 
Sebelum ini Anwar, Hari ini Najib entah esok kalau sempat Mahathir pula....

Sumber MR - 4-7-2018

Penyokong Najib laung lawan tetap 

lawan, undur DAP

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/07/penyokong-najib-laung-lawan-tetap-lawan.html












Kira-kira 100 hadir di luar bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 
Malaysia (SPRM) di Putrajaya malam ini bagi menunjukkan sokongan kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini dalam tahanan agensi itu.

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Pemantau Malaysia Baru mengetuai
 penyokong Najib melaungkan slogan 'Hidup Najib dan 'Tangkap Mahathir'.

Mereka juga didengar melaungkan slogan 'lawan tetap lawan' dan 'undur DAP'.

Slogan 'lawan tetap lawan' digunakan ketika gerakan Reformasi pada 1998 yang 
dicetuskan oleh pemecatan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar 
Ibrahim.

Presiden NGO itu, Datuk Lokman Noor Adam yang juga merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno, selain bekas panel pemikir Jawatankuasa Hal Ehwal Khas (JASA), Tun 
Faisal Ismail Aziz.

Hadirin mula berkumpul sekitar 8.30 malam tadi dan dijangka bersurai 11 malam 

nanti.

Berucap kepada hadirin dan media, Tun Faisal mempersoalkan penahanan Najib 
yang disifatkannya sebagai tidak adil.

"Siapa yang beri kuasa kepada Pasukan Petugas Khas 1MDB untuk menahan 
Najib? Hari ini mereka keluarkan arahan untuk tangkap Najib.

"Sepatutnya SPRM yang keluarkan arahan. Majlis Peguam mana? Suhakam mana? 
Semua senyap. Mana aktivis (hak asasi)?" katanya.

Lokman turut menyifatkan penahanan Najib bertujuan melemahkan semangat 
bekas perdana menteri itu.

"Kedaulatan undang-undang ditukar menjadi undang-undang rimba. Beliau 
memberikan kerjasama penuh kepada SPRM. Perlukah beliau ditahan? Untuk apa?

"Ini untuk melemahkan semangat beliau. Untuk buat beliau putus asa. Tapi Najib 
kekal kuat," katanya.

Sepasukan anggota polis turut dilihat hadir memantau situasi.


MR : Mampukah UMNO bangkit suara rakyat melalui Reformasi 2.0.... 

Sumber MR - 4-7-2018











Najib ditahan, dihadap ke mahkamah 

esok

KUALA LUMPUR:  
Perdana Menteri, Datuk 
Seri Najib Tun
Razak telah ditahan 
di rumahnya di Jalan 
Langgak Duta, hari ini. 
Memetik laporan 
Bernama, penahanan itu disahkan oleh Pasukan
Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Pasukan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, tangkapan dibuat pada 
2.35 petang berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd dan Najib 
akan dituduh pada jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.
Sumber HD - 3-7-2018 

Jam paling mahal dalam kotak dengan lambang diraja

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/jam-paling-mahal-dalam-kotak-dengan.















Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata polis tidak sepatutnya 
meninggalkan   sesetengah fakta berhubung rampasan barangan kemas dan jam 
tangan dari premis yang dikaitkan dengan dirinya.

"Sebagai contoh, polis pada sidang akhbar berkata bahawa jam tangan paling 
mahal ialah Rolex Daytona yang menurut anggaran mereka bernilai RM3.4 juta,"
 katanya.

Najib berkata, jam itu adalah hadiah baru-baru ini bersama beberapa barangan 
berharga lain yang diberikan oleh seorang menteri dalam negeri, yang juga seorang 
putera dari sebuah negara di Asia Barat, yang melawat Malaysia pada Mac tahun 
ini.

"Polis juga sepatutnya menyatakan bahawa barangan bersama dengan beberapa 
yang lain berada dalam kotak dengan lambang diraja negara asing itu.

"Fakta ini tidak sepatutnya ditinggalkan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada 15 Mac lalu, adalah dilaporkan bahawa Menteri Dalam Negeri Saudi Putera 
Abdulaziz Saud Al-Saud mengunjung Najib di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Mesyuarat itu adalah yang atur cara terakhir putera itu semasa lawatan tiga harinya 
ke Malaysia.

Bekas presiden Umno itu seterusnya berkata, jumlah dan nilai barangan yang 
dirampas berkenaan sebagai sengaja dibesar-besarkan manakala sidang akhbar 
yang diadakan untuk mengumumkannya, sebagai "dendam politik" terhadap 
keluarganya.

Menurut Najib, banyak barang yang dirampas itu disimpan di dalam kotak yang 
dilabelkan oleh anggota staf dengan huraian butirannya, gambar, tarikh hadiah 
diberikan, serta identiti mereka yang memberikan hadiah berkenaan.

Kebanyakan hadiah itu juga adalah daripada rakan, pegawai asing dan kerabat 
diraja untuk pelbagai majlis, termasuk lawatan rasmi dan acara peribadi seperti 
sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan majlis pertunangan, katanya.

"Memandangkan sebahagian besar barangan itu adalah hadiah yang terkumpul 
selama beberapa dekad, ahli keluarga tidak menyedari betapa banyak yang dibayar 
oleh mereka yang memberi barang-barang ini.

"Sebarang penilaian berdasarkan harga belian dan pada harga semasa adalah tidak
 realistik, mungkin terlalu tinggi dan akan memberikan gambaran yang salah 
kerana barang-barang ini diterima sebagai hadiah sepanjang tempoh puluhan 
tahun."

Najib, yang juga anggota parlimen Pekan, kemudian berjanji untuk memberikan
 kerjasama sepenuhnya kepada polis mengenai siasatan itu.

"Sekiranya polis memanggil keluarga kami untuk disoal-siasat ... dengan 
kemampuan terbaik, kami akan membantu pihak polis mengenal pasti mereka 
yang memberikan hadiah itu sepanjang beberapa dekad itu."


MR : Makin menarik, sekarang ni dah jadi perang Mahathir-Najib.... 

Sumber MR - 29-6-2018

Najib jawab harta rampasan bernilai 

RM1.1 billion

LightBlog


Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/najib-jawab-harta-rampasan-bernilai.html














Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- 
terutamanya barang kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan 
tidak realistik.

Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat 
batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun.

Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, kata 
anggota parlimen Pekan itu lagi.

"Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia 
dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah.

"Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu 
barangan tersebut.
"Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat kesimpulan 
berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan mengenai barangan 
yang telah dirampas oleh pihak polis," kata Najib dalam wawancara eksklusif 
bersama Malaysiakini di pejabat portal berita berkenaan di Petaling Jaya.

Hadiah pemimpin antarabangsa

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sidang media pihak polis 
berhubung nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan 
dengan Najib pada pagi tadi.
Bercakap mengenai barang rampasan yang diumumkan pihak polis hari ini, Najib 
berkata, seperti para suami yang lain, beliau tidak tahu secara menyeluruh 
sebanyak mana koleksi barang kemas serta barangan lain yang dimiliki isterinya, 
Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Najib lagi beliau juga tidak diberi senarai lengkap tentang barangan yang 
disita semasa serbuan polis di rumahnya di Jalan Duta serta di tiga unit 
kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur pada bulan lalu.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya diberi senarai yang tidak lengkap 
beserta penerangan yang tidak jelas tanpa gambar barangan yang dirampas.



"Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami 
dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin antarabangsa serta 
rakan-rakan peribadi.

"Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah. Sebagai 
contoh, (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengaku beliau menerima
 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara terbuka menggunakan 
banyak jet korporat kawannya. Jadi ia tidak menyalahi undang-undang untuk 
menerima hadiah," ujarnya.

Najib sebelum ini pernah menjadi menteri besar Pahang pada 1982 dan kemudian 

beliau memegang portfolio sebagai menteri.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selama lima
tahun serta menjadi perdana menteri selama sembilan tahun.

Rosmah terkejut

Selain itu, ditanya jika beliau ada bercakap dengan isterinya berhubung
pendedahan terkini yang dibuat pihak polis pagi ini, Najib berkata Rosmah sendiri
terkejut dengan jumlah yang diumumkan.
"Saya fikir penilaian itu... dia (Rosmah) tidak percaya jumlahnya seperti itu. Dan
beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia mempunyai rekod bahawa ia
dikirim. Jadi kita perlu mengenal pasti barang-barang itu dan memulangkannya
(kepada pengirim),” kata Najib.

Najib turut memberitahu, terdapat barangan kemas yang dirampas bukan milik
Rosmah.

Malah, terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana
Najwa, suaminya serta ibu mertuanya.

Beliau juga mendakwa, pemilik barang kemas yang menghantar barangan tersebut
kepada pihaknya untuk tujuan tontonan- kini membuat tuntutan supaya barang
tersebut dipulangkan semula.



“Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami memeriksa barangan
tersebut secara individu," kata Najib lagi.

Beliau turut menambah, selepas senarai barangan disita itu diperiksa, terdapat
beberapa perkara lain yang perlu diambil kira.

Perkara itu, antaranya seperti tarikh pembelian serta harga sesebuah batu yang
perlu dinilai terlebih dahulu, kata Najib.

"Kita perlu tahu tarikh pembelian, seperti barangan kemas.

"Seperti yang anda tahu, harga bagi sebuah batu sama ada ia diperolehi atau yang
dihadiahkan pada 20 tahun lalu, lebih rendah daripada harga yang dibayar kerana
harga batu meningkat dengan begitu ketara bergantung kepada penilaiannya,"
katanya.

'Saya tidak guna hadiah yang mahal'

Selain itu, ditanya adakah ia tindakan beretika apabila seseorang yang mempunyai
jawatan menerima hadiah yang berharga, Najib memberitahu isteri bekas presiden
Amerika Syarikat Barrack Obama, Michelle turut menerima hadiah berjumlah
berjuta-juta daripada bekas pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al
Saud.

Bekas perdana menteri ke-enam itu juga berkongsi bahawa memberi hadiah yang
berharga menjadi budaya bagi sesetengah golongan raja di negara tertentu.

"Ketika Raja Salman berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, beliau juga memberi
hadiah bernilai berjuta-juta. Sesetengah daripada raja di negara-negara tertentu,
menjadi sebahagian daripada budaya mereka untuk memberi barangan yang
sangat berharga.

"Sebagai contoh, barangan yang diberi oleh raja-raja ini kepada saya, saya tidak
gunakan.
"Saya simpan kerana saya tidak menggunakan barangan yang mahal, dan
 rakan-rakan saya pun tahu mengenainya. Saya tidak menggunakan jam tangan
yang ada batu," jelas Najib.

'Hubungan erat keluarga diraja Arab Saudi'

Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang
yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib berkata:

"Jika hadiah diberikan kepada anda oleh ketua-ketua negara lain, seperti pada hari
 ulang tahun kelahiran anda dan mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan, ia
tidak menyalahi undang-undang.
“Mahathir juga, dengan rekod, telah memberitahu beliau menerima 40 ekor kuda
daripada rakannya. Saya yakin, ada hadiah lain yang beliau terima sepanjang
 kariernya,” kata Najib lagi.

Ketika menjadi pemimpin negara, Najib bersama keluarganya dikatakan
 mempunyai hubungan erat dengan beberapa keluarga diraja di negara-negara
timur tengah termasuk bekas raja dan raja Arab Saudi yang baru.

Najib, 65, pernah memberitahu bahawa beliau sangat rapat dengan almarhum
Raja Abdullah yang pernah memberikannya penghormatan tertinggi Arab Saudi.

Pameran di galeri Najib

Penghormatan itu kebiasaannya diberi kepada sekutu terdekat Arab Saudi. Bekas
 presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin
pernah menerima penghormatan berkenaan.

Ekoran menerima pelbagai hadiah, Najib turut memberitahu beliau bercadang
untuk meletakkan hadiah-hadiah berkenaan di galerinya pada suatu hari nanti.

"Itu niat saya. Letak barang tersebut di sebuah pameran kerana saya tidak pernah
menggunakannya.
"Saya tahu ada cincin yang mahal diberikan tetapi saya tidak gunakannya sebab
saya tahu harganya mahal dan saya tahu sebagai pemimpin, saya tak patut
menggunakannya.

"Ia tidak akan digunakan dan akan menjadi sebahagian daripada galeri. Pada suatu
hari nanti ia akan dipamerkan," ujar anak lelaki sulung kepada Tun Abdul Razak
 itu
 lagi.



Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai wang tunai sebanyak RM116 juta
yang diperolehi semasa sebuan oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, Najib memberitahu bahawa wang itu merupakan perbelanjaan untuk
pilihan raya umum.
Sehubungan itu, ketika ditanya tentang penemuan wang tersebut selepas pilihan
raya umum 9 Mei, Najib berkata:

“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos (kempen pilihan raya) sebenarnya. Dan
 anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi sumbangan
kepada anda.

“Mustahil untuk ada kosong baki bersih. Walau apa pun, bila anda bertanding
untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum, semasa dan selepas
 pilihan raya.

“Jangan lupa bahawa saya ialah presiden parti Umno dan BN dengan 13 buah
parti komponen.

'Dr M serah RM1.4 bilion pada Pak Lah'

“Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti Umno
merupakan urusan yang mahal. Dan, untuk rekod, ketika Mahathir meletakkan
jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada (Tun) Abdullah (Ahmad)
Badawi dalam bentuk aset dan wang tunai. Itu tercatat.

“Jadi, dalam konteks itu, ia (wang yang dijumpai itu) adalah sebahagian kecil
daripada jumlah berkenaan,” katanya.

Ketika diajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4 bilion
berkenaan dalam bentuk tunai, Najib kemudian memberitahu:

“Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak melakukan
transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan segera oleh parti,”
 jelas Najib.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu memberitahu, terdapat duit miliknya
dalam wang berjumlah RM116 juta yang ditemui pihak polis dalam 26 mata wang
 yang berbeza itu.



“Ada beberapa (wang) milik saya sendiri kerana saya telah ke luar negara lebih
30 tahun. Tetapi ada juga sumbangan yang diberi dalam mata wang asing.

“Ada sesetengah orang lebih suka menyumbang dalam mata wang asing,” ujar
ketua Umno bahagian Pekan itu.

Bercakap mengenai wang yang disimpan di Pavilion Residence, Najib menjelaskan,
 ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa berikutan keputusan pilihan raya umum
ke-14.

“Semuanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Kami terpaksa mengosongkan
PMO (Pejabat Perdana Menteri) dalam masa dua jam dan Seri Perdana.

“Saya nak beritahu, dalam PMO, terdapat bilik kebal yang dibina oleh pemimpin
saya yang terdahulu dan begitu juga di Seri Perdana, ada bilik kebal yang direka.

'Bertanding pilihan raya perlu tunai'

“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan raya, anda
perlu ada tunai.

Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu. Mereka juga ada tunai.

“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam
tetapi ia bukan perkara yang pelik.

“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan
peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku,”
tambahnya.

Najib juga turut mendakwa, salah seorang “orang” Mahathir pernah mengambil

sejumlah RM10 juta wang tunai daripadanya untuk pilihan raya umum ke-13.

Menggambarkan “orang” itu sebagai seorang “pembantu” yang sangat dipercayai
Mahathir, Najib berkata duit berkenaan diambil di kediamannya di Jalan Duta.

Walaupun Najib mendedahkan nama individu berkenaan- yang merupakan bekas
perenang negara- namun Malaysiakini tidak menamakannya sehingga beliau dapat
dihubungi.

Malaysiakini turut menghubungi pembantu Mahathir untuk mendapatkan maklum
balas.

‘Pembangkang tolak ketelusan pembiayaan dana pilihan raya’

Dalam wawancara berkenaan, Najib turut mengimbau kembali bagaimana beliau
mahu ketelusan dalam pembiayaan dana pilihan raya.

Ketika diajukan soalan mengapa beliau tidak membuat pengisytiharan mengenai
hadiah yang diterimanya, Najib berkata beliau pernah mencadangkan supaya
proses pembiayaan dana pilihan raya lebih telus tetapi ia ditolak oleh
pembangkang ketika itu.

“Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu
(isytihar hadiah).

“Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada… apabila ia
mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu
rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas.

“Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh
pembangkang yang kini menjadi kerajaan.



“Mereka menolaknya, saya syak mereka tidak mahu dikenali kerana jika orang
yang memberi sumbangan kepada mereka itu identitinya diketahui, maka ia akan
merugikan smereka.

“Tetapi ia ada dalam rekod bahawa saya sebenarnya mencadangkannya dan saya
masih ingat saya bercakap mengenai perkara itu kepada ketua pegawai eksekutif
PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), Datuk Seri Idris Jala.

“Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu dan dia
menyukai idea tersebut. Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak oleh pihak
pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan.

“Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di negara ini akan
dikendalikan dengan cara yang lebih telus. Tetapi jika saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan merugikan kita.

Polis kata nilai pasaran sehingga RM1.1 bilion

“Jadi cadangan itu secara keseluruhannya… yang ada dalam rekod, kami sebenarnya yang telah memulakan langkah untuk lebih telus dan bertanggungjawab bagi sumbangan politik,” ujar Najib lagi.

Pada sidang akhbar pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk
Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, barangan yang dirampas di hartanah yang
dikaitkan dengan Najib bernilai RM686.37 juta.

Bagaimanapun, nilai dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juga
sehingga RM1.1 bilion. Antara barang yang dirampas ialah barangan kemas yang
bernilai RM440 juta.

Pada bulan lalu kediaman Najib serta rumah yang dikaitkan dengannya diserbu
ekoran dakwaan bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar
Amerika daripada dana 1MBD.


MR : Polimik ini tak selesai melainkan bawa Najib ke Mahkamah.... 

Sumber MR - 28-6-2018


Daripada mana datangnya duit untuk 

Najib & Rosmah berbelanja?

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/daripada-mana-datangnya-duit-untuk.


















Hari ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar 
Singh mendedahkan barangan rampasan di hartanah yang dikaitkan dengan bekas 
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lepas bernilai RM686.37 juta, tetapi
 nilainya dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juga sehingga 
RM1.1 bilion.

Polis berkata mereka belum mengesahkan sama ada wang tunai yang dirampas 
di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak adalah milik Umno, seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Kami tidak tahu sebab tiada tulis 'Umno' (pada wang tersebut)," kata Pengarah 
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam sidang 
media hari ini.

Walau bagaimanapun polis juga tidak dapat mengesahkan wang dan barang 
rampasan itu ada kaitan dengan 1MDB kerana tiada juga tertulis "1MDB"
  (sekadar joke aje).

Menggingati Imelda Marcos


Siri rampasan barangan mewah dipercayai milik bekas perdana menteri Datuk 
Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengingatkan rakyat 
Filipina kepada rampasan yang sama terhadap bekas presiden negara itu, Ferdinand
 Marcos dan isterinya, Imelda.

Rosmah yang kini digelar “Imelda wannabe” dan “Imelda Marcos of Malaysia” 
oleh media antarabangsa tidak mempunyai banyak beza dengan isteri bekas 
 presiden itu yang gemarkan gaya hidup mewah.

Sistem Kehakiman dan Pencegahan Rasuah Gagal

Kemewahan serta sifat keborosan Najib dan Rosmah sangat mengaibkan dan 
cukup memalukan negara kerana kekayaan yang dimiliki menunjukkan betapa 
rosaknya sistem dalam negara kita yang ada semua institusi dari kehakiman 
sampailah pencegahan rasuah tidak beroperasi dengan betul.

Harta rakyat diambil secara tidak betul melalui projek kerajaan yang mana parti 
pemerintah dan pimpinannya membolok kekayaan tersebut sehinggakan tanah, 
sumber kekayaan dan lain-lain menjadi hak milik pimpinan secara rakus.

Najib kena jawab

Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjawab kepada pihak berkuasa mengenai 
barangan mewah dengan nilainya boleh mencecah RM1.1 bilion yang dirampas 
dari kediaman yang dikaitkan dengan beliau.

Kes Najib masih dalam siasatan pihak berkuasa dan mana-mana pihak tidak boleh mendahului siasatan polis dengan mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman dan 
kritikan. Selagi Najib tidak didapati bersalah, kita tak boleh memandai mengatakan 
bersalah hanya melihat kepada laporan daripada pihak kerajaan Pakatan Harapan.

Pendedahan-pendedahan dibuat tanpa sebarang tangkapan atau tuduhan di 
mahkamah hanya merupakan satu perbuatan membina persepsi sahaja.

Saya setuju dengan PAS, yang mengatakan bahawa jika orang itu bersalah 
sekalipun tidak wajar didedehkan keaibannya. Mungkin pendedahan ini untuk 
memberikan pengajaran kepada rakyat tentang sikap boros dan rakus pimpinan 
UMNO selama ini yang berkuasa lebih daripada 60 tahun.

Rasional dari segi rampasan dan nialainya

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan 
terutamanya barang-barang kemas yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif 
dan tidak realistik. Katanya ada barangan sudah berusia lebih daripada 20 tahun 
mempunyai nilai yang berbeza dengan harga pasaran sekarang.

Ada beberapa isu yang perlu kita perhalusan dalam perbahasan mengenai rampasan 
ini.

1. Usia barangan tersebut, seperti saya sebut di atas.

2. Adakah barangan itu merupakan hadiah atau pembelian? Jika hadiah saya rasa 
tak ada beza dengan Tun Mahathir yang 22 tahun menjadi PM sebelum ini. Dia 
pulangkan 24 buah kereta kepada kerajaan dan sebahagian kereta masih ada 
padanya. Termasuk kereta Jaguar XJ yang dipandunya semasa ribut. Itu baru 
kereta belum lagi barangan lain. Mahathir pernah dapat hadiah 40 ekor kuda 
spesial.

3. Adakah barangan itu semuanya milik Najib dan Rosmah? Atau milik orang lain 
 Datin Cindy Lim Pavilion, anaknya atau menantunya?

Siapa Najib selain daripada bekas MB Pahang dan bekas PM?
 


Bagaimana Goh Tong, tokey judi bermula? Dalam memoirnya My Story kita 
 mendapati beliau bertemu PM Tunku Abdul Rahman terlebih dulu untuk 
 menyempurnakan cita-citanya di Mohd Noah Omar adalah oran g tengah. 
  (Noah Omar adalah datuk Najib Tun Razak dan Hishammuddin Tun Hussein. 
 Tun Razak dan Tun Hussein, kedua-duanya adalah menantu Noah Omar) 

Goh Tong menerangkan konsep pembangunan di Gunung Ulu Kali sebagai pusat 
 percutian. Mungkin Goh Tong sudah mengetahui hasrat Tunku untuk 
 membangunkan kawasan itu dan beliau bijak mengambil peluang tersebut.

Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 
12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. 
Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang 
buat.

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta 
merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju
 nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting 
Highlands Berhad.

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik 
kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. 
Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu 
menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi 
juga kat Lim Goh Tong.

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah 
seluas 2,800 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong.

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong 
untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat 
perjudian terkemuka didunia. Pak Mentua dengan menantu bersepakat 
menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan persetujuan dua-dua 
kerajaan negeri.

Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di 
Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana 
Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan 
Selangor kepada Pak Mentua dia.

Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Siapa yang 
menentang semua kena steamroll.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat 
jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 
1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa 
tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.

Kalau Noah mati, harta dan saham akan berpindah kepada anaknya ibu Najib dan 
Ibu Hishamuddin. Kalau Ibu Najib meninggal, harta itu dapat kepada Najib dan 
adik beradiknya.

Agak-agaknya berapa duit harta judi genting tu Najib dapat?
Bukan judi sahaja, duit tanah rakyat jadi milik mereka?
Itu baru satu projek. Takkan satu aje projek sepanjang hayat Tun Razak jadi PM? 
Sebelum PM dia dah berikan kepada Noah tanah... bila jadi PM lagilah..

Perbandingan Najib dan Mahathir

Mahathir ada menulis, dia lahir sebagai anak seorang guru (ini kira orang berada 
juga zaman dulu), bawa duit 20 sen ke sekolah (saya sendiri bawa duit 5 sen aje, 
sedangkan saya lebih muda daripada Mahathir). Dia tak mampu nak beli mee 
mamak kerana harga mee mamak 50 sen.

Mukhriz lahir sebagai anak PM, pasal itu dia tak tahu harga daging RM30 sekilo, 
dia ingat RM18 sekilo. Yang hairannya anak Mahathir boleh jadi jutawan Melayu 
kedua terkaya di Malaysia.

Najib lahir sebagai anak PM. Kalau Najib mewah itu memang perangai UMNO 
sebab bapa mereka kebas duit dan harta rakyat (termasuk Mahathir).

Saya setuju dengan tulisan Raja Petra;
What the hell is the CCID Director Amar Singh a.k.a. Auta Singh trying to do? Who the hell cares about how much property Najib Tun Razak has? After all, Najib’s grandfather was one of the founders of Genting Group 53 years ago, which is now worth about RM160 billion and earns about RM10 billion a year.

Tun Dr Mahathir Mohamad said Najib stole RM42 billion of 1MDB’s money.

He knows this because the MACC had already established this indisputable

fact four years ago in 2014 and the evidence is air-tight.

In today’s press conference, that Bhai went on and on about Najib’s valuables being probably RM900 million or RM1.1 billion or RM1.5 billion or RM2 billion. Never mind even if it is RM10 billion. The question is, was this paid

for by money stolen from 1MDB?
Bukan saya setuju dengan kemewahan Najib dan Rosmah. Malah saya percaya 
semua pimpinan UMNO dan bekas pimpinan UMNO adalah perompak wang 
rakyat.

Hanya saya jelek dengan permainan politik membodohkan rakyat (bahasa sekarang "kencing"). Kita tak mahu perdedahan kekayaan Najib mempengaruhi persepsi 
rakyat. Yang kita mahu bila Najib nak dibicarakan atas tuduhan 1MDB?

Bila?


ABBAS MOHD NOOR

Sumber MR - 28-6-2018

Tiada beza rampasan barangan mewah Rosmah, Imelda Marcos

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/tiada-beza-rampasan-barangan-mewah.


















PETALING JAYA: Siri rampasan barangan mewah dipercayai milik bekas perdana 
menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor 
mengingatkan rakyat Filipina kepada rampasan yang sama terhadap bekas presiden
 negara itu, Ferdinand Marcos dan isterinya, Imelda.

Portal Inquirer.net melaporkan, seperti Imelda, Rosmah juga menjadi individu yang dikehendaki pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam skandal 1MDB.

Menurut portal itu, Rosmah yang digelar “Imelda wannabe” dan “Imelda Marcos of Malaysia” oleh media antarabangsa tidak mempunyai banyak beza dengan isteri 
bekas presiden itu yang gemarkan gaya hidup mewah.

Imelda adalah isteri kepada presiden yang memerintah Filipina secara diktator dari 
1965 hingga 1986. Beliau amat berpengaruh dan “merompak” harta negara.

Beliau dikatakan mengamalkan gaya hidup mewah selain gemar berpesta, selain 
saban hari muncul di kaca televisyen dan di dada akhbar.

Keluarga Marcos dikatakan merompak wang rakyat sekurang-kurangnya AS$10 
bilion (RM450 bilion), tidak termasuk barangan mewah yang dibelanjakan Imelda. 
Harta itu disimpan dalam bentuk dana di luar negara termasuk Amerika Syarikat 
(AS) dan Eropah.

Akhirnya, pada 1986 berjuta-juta rakyat Filipina menentang Ferdinand dan menggulingkannya menerusi campur tangan tentera. Ferdinand meninggal dunia 
pada 1989 akibat penyakit ginjal, jantung dan paru-paru ketika hidup dalam 
buangan di Hawaii.

Menurut portal itu lagi, pihak berkuasa Amerika Syarikat berjaya merampas bagasi 
daripada pesawat kargo yang mengiringi keluarga Marcos dan 88 yang lain ketika 
mereka diusir ke Hawaii.

Antara barangan yang dirampas termasuklah 22 kotak berisi wang kertas Filipina 
bernilai AS$1.2 juta (RM4.8 juta).

Selain itu, turut dirampas 1 beg tangan kulit buaya, 2 beg Louis Vuitton, 2 beg 
pakaian Gucci dan 8 beg pakaian berisi pelbagai barangan mewah.

Antara barangan yang dirampas ialah sikat rambut bertatah berlian bernilai 
RM178,870; tiara, rantai leher, kerongsang, cincin, anting-anting dan pelbagai 
hiasan lain yang dianggar bernilai RM1.1 bilion.

Manakala di dalam beg berasingan pula ditemukan 37 barangan termasuk pelbagai 
perhiasan seperti jam tangan mewah, kufling dan barangan kemas dianggarkan 
bernilai RM1.4 juta.

Selain barangan kemas, senjata api turut ditemui dalam rampasan tersebut, 
antaranya sepucuk pistol 25 kaliber Beretta; pistol .357 Magnum COP; 4 peluru 
\pistol Beretta 9 mm; 9 pistol caliber Beretta 93R dan peluru pistol Walther

Manakala dalam kes Rosmah, polis dilaporkan merampas 72 beg berisi barangan 
kemas, pelbagai jenis matawang dan barangan berharga di sebuah kondominium 
mewah yang dikaitkan dengan Najib dalam siasatan kes 1MDB.

Polis terpaksa menggunakan 5 trak polis untuk membawa bagasi dan kotak beg 
tangan berjenama Hermes Birkin dan Louis Vuitton.

Hari ini, polis berkata hasil pengiraan ke atas beg tangan berjenama, barang kemas 
dan wang tunai yang dirampas daripada 6 premis dikaitkan dengan Najib berjumlah 
RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri 
Amar Singh Ishar Singh, berkata ia termasuk 567 beg tangan daripada 37 jenama 
yang berjumlah RM51.3 juta, dengan paling mahal ialah sebuah beg tangan 
ditempah khas jenama Bijan berharga RM1.6 juta.

Beliau berkata, wang tunai dalam 26 jenis mata wang yang ditemui dalam 35 beg 
dan di rumah Najib di Taman Duta pula berjumlah RM116.7 juta.

“Ia memakan masa 3 hari untuk mengira wang itu dengan bantuan 22 pegawai 
Bank Negara menggunakan 6 mesin pengiraan wang,” katanya.


MR : I sincerely hope najib will not get royal pardon from the Agong for the 
crimes macam Anwar Ibrahim....

Sumber MR - 28-6-2018

Spekulasi Najib Ditangkap: Wartawan Berkumpul Di Luar Rumah Najib

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda 
boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini 
menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/spekulasi-najib-ditangkap-wartawan.html



















KUALA LUMPUR – Lebih 30 pengamal media berkumpul di luar kediaman Datuk 
Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini berikutan 
desas-desus bekas perdana menteri itu akan ditahan malam ini.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk 
Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi menyangkal perkara itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyatakan perkara 
sama apabila Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ketika 
dihubungi berkata pihaknya tidak bercadang membuat serbuan atau menangkap 
Najib pada masa ini.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan kediaman bekas perdana menteri itu masih 
dikawal ketat oleh pihak polis dengan balai polis bergerak ditempatkan di situ.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib berhubung penyelewengan 
berbilion ringgit daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu Najib turut disiasat oleh SPRM berhubung kes SRC International Sdn 
Bhd, sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam isu 1MDB.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenarai hitam oleh Jabatan 
Imigresen daripada meninggalkan negara ini. – BERNAMA


MR : Sebaik-baiknya Najib perlu diadili, bukan biar begitu dengan pelbagai 
tohmahan. Islam mengajar kita seseorang tidak akan bersalah selagi tidak didapati bersalah. Untuk menyatakan kesalahan Najib iailah membawa dia ke mahkamah.....

SumberMR  26-6-2018

Najib mungkin didakwa atas penyalahgunaan harta & pengubahan wang haram

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui 
telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/najib-mungkin-didakwa-atas.html




















Pihak berkuasa Malaysia menyiasat skandal 1MDB mempertimbangkan untuk 
mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan 
pengubahan wang haram dan penyalahgunaan dana, kata sumber yang rapat 
dengan perkara itu.

Najib, yang menubuhkan 1MDB pada 2009 sedang disiasat atas dakwaan rasuah 
dan pengubahan wang haram selepas laporan bahawa berbilion ringgit didepositkan
 ke dalam akaun peribadinya yang dipercayai sebahagian dana dari syarikat 
subsidiari 1MDB, SRC International.

Bekas perdana menteri itu menafikan sebarang salah laku berhubung 1MDB.

Najib kalah pada pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu yang menyaksikan 
pertukaran kerajaan sejak Malaysia Merdeka pada 1957.

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi perdana menteri, berikrar untuk 
mendapatkan semula dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB dan 
menghukum pihak yang bertanggungjawab.

Peguam negara yang baru dilantik Tommy Thomas pada Selasa lalu berkata dia 
kini sedang meneliti pensabitan sivil dan jenayah yang mungkin, selepas menerima 
laporan 1MDB daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dakwaan penyalahgunaan harta

Sumber yang rapat dengan siasatan itu memberitahu Reuters bahawa Najib 
mungkin didakwa kerana pecah amanah dalam penyalahgunaan harta di bawah 
peruntukan undang-undang dan kanun keseksaan Malaysia.

Sumber bagaimanapun tidak mahu didedahkan kerana tidak mempunyai kuasa 
bercakap tentang perkara itu.

Jika sabit kesalahan akan membawa hukuman penjara lima tahun, denda dan 
sebatan. Hukuman itu bagaimanapun tidak membenarkan pesalah melebih umur 
50 tahun disebat. Najib kini berumur 64.

Denda akan diputuskan oleh mahkamah bergantung kepada kesalahan dan jumlah 
yang diselewengkan.

Menurut sumber, Najib juga berkemungkinan berdepan dakwaan pengubahan 
wang haram, yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda 
tidak melebihi lima kali ganda jumlah hasil pengubahan wang.

Kini terpulang kepada peguam negara untuk memutuskan sama ada mahu 
menerima atau tidak cadangan itu, memfailkan dakwaan lain atau meneruskan 
siasatan.

Untuk rekod, peguam negara sebelum ini Tan Sri Apandi Ali membersihkan 
nama Najib daripada sebarang salah laku berhubung 1MDB.

SPRM dan pejabat peguam negara tidak menjawab permohonan untuk ulasan 
lanjut perkara itu.

Jurucakap Najib juga tidak menjawab permohonan untuk ulasan lanjut. Najib 
sebelum ini berkata sekiranya dia didakwa atas "alasan politik" dia yakin 
mahkamah akan membebaskannya.

Siasatan antarabangsa
1MDB ketika ini di bawah siasatan pengubahan wang di beberapa negara lain 
termasuk AS, Switzerland, dan Singapura.

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa lebih AS$4.5 bilion diseleweng daripada 
1MDB, dan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam akaun 
peribadi Najib.

Polis pada Isnin lalu menyerbu satu lagi rumah yang dikaitkan dengan Najib 
di Putrajaya, yang merupakan premis terbaru digeledah dalam siasatan berhubung 
1MDB.

Pihak berkuasa sebelum ini merampas ratusan beg tangan berjenama dan sejumlah 
beg berisi barang kemas dan wang tunai dalam penggeledahan di kediaman yang 
dikaitkan dengan Najib.

SPRM minggu ini menggesa empat individu yang dikehendaki dalam siasatan 
tampil, termasuk pembantu Jho Low - watak utama dalam skandal 1MDB yang 
rapat dengan Najib dan keluarganya.

Sumber MR - 15-6-2018

Banglo Presint 10 rupanya bukan milik Najib

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui 
telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/banglo-presint-10-rupanya-bukan-milik.





















Kantoi lagi, rupanya Banglo Presint 10 bukan milik Najib… Macam biasa ianya 
hanya didakwa ada “kaitan”, “terkait”, “berkaitan”, “linked”, “related” dengan 
Najib.

Rumah yang “dipercayai” dibeli menggunakan duit yang dicuri daripada 1MDB 
rupa-rupanya adalah rumah milik kerajaan.

Satu lagi premis yang kononnya rumah “berkaitan” Najib di Presinct 11 turut 
diserbu, tetapi tak ada apa-apa yang disita.

Aku tertanya-tanya bagaimana SPRM, PDRM mahu buktikan tuduhan mereka yang “kononnya” barang-barang yang dirampas, “disyaki” dibeli menggunakan duit 
1MDB, seperti hadiah perkahwinan anaknya Nooryana Najwa, beberapa pasang 
kasut bayi, baju kanak-kanak, telefom bimbit lama, Ipad, tv, kain baju, daripada 
rumah anak-anak Najib; dan duit-duit, beg tangan mewah yg dirampas di unit 
Pavillion Tan Sri Desmond iaitu pemilik Pavillion.

Ada money trail untuk kasut bayi dan hadiah hantaran perkahwinan?

Patutlah Peguam Negara pening kepala macamm mana nak bawa kes ke mahkamah. 
Heh - pakdin.my

MR :
Macam US serang Iraq, kononnya ada senjata Nuklear, sampai hari ini bukti
 tak ada. Ramai yang jadi mangsa.

Sumber MR - 13-5-2018 

Najib kata Dr Mahathir tiada bukti 

untuk mendakwanya

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui 
telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/najib-kata-dr-mahathir-tiada-bukti.html






















PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, 
Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengakui Pakatan Harapan (PH) melemparkan 
tuduhan terhadapnya tanpa bukti kukuh berkaitan isu 1MDB.

Najib dalam satu catatan di Facebook hari ini berkata, sebelum pilihan raya umum 
pada 9 Mei lalu, Dr Mahathir yang juga pengerusi PH mendakwanya mencuri 
berbilion daripada dana 1MDB, tetapi kini berkata tidak mudah menahan atau 
mendakwa ahli Parlimen Pekan itu tanpa bukti kukuh.

“Beliau (Dr Mahathir) turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak 
bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh 
PH selama ini akan dipersoalkan rakyat.”

Dengan berkata demikian, Dr Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan 
itu terhadap saya tanpa bukti kukuh.

“Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk 
mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian daripada konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk 
menggulingkan saya,” tulisnya dalam Facebook.

Najib berkata, sukar menyediakan kertas pertuduhan kerana Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia tidak pernah mengambil keterangannya ketika itu.

“Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan 
saya tidak bersalah.”

Pada 2015, satu kertas pertuduhan didakwa ditandatangani Peguam Negara ketika 
itu, Tan Sri Abdul Gani Patail Gani yang mengetuai pasukan petugas khas 
menyiasat kes RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib dan bekas anak syarikat 
1MDB, SRC International.

Kertas pertuduhan itu berhubung bayaran RM42 juta yang diterima Najib daripada 
SRC International dibocorkan dalam talian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menyangkalnya dengan berkata ia adalah dokumen 
palsu.

Selepas itu, Gani digantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang secara terbuka membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku.

Bulan lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, Gani dalam pertemuan di Yayasan 
Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 15 Mei lalu mendedahkan beliau dipecat 
sebagai peguam negara pada 2015 semasa merancang mendakwa Najib yang 
merupakan perdana menteri ketika itu.

“Dia dakwa beliau sedang menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib dan 
pada pagi itu dia dilucutkan jawatannya,” katanya pada sidang media 16 Mei lalu.

Najib disoal SPRM mengenai SRC International sebanyak 2 kali, pada 22 dan 24 
Mei lalu yang keseluruhannya mengambil masa lebih 11 jam, manakala isterinya, 
Datin Seri Rosmah Mansor turut memberi keterangan selama 3 jam kepada SPRM 
pada 5 Jun lalu.

Sumber MR - 12-6-2018

Najib serang Mahathir lagi, Jangan batal projek 

kerana saya

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan untuk 
melaksanakan projek pengangkutan awam, berbanding projek kereta 
nasional baharu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan sepatutnya meneruskan projek pengangkutan awam seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Tren 
Aliran Massa 3 (MRT3).

Katanya, langkah untuk mewujudkan satu lagi projek kereta nasional dengan melaksanakan semula langkah perlindungan hanya akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga kereta dan kos pembiayaan.


"Semasa menjadi Perdana Menteri, antara keutamaan saya ialah 
mengurangkan harga kereta secara berperingkat dengan mengurangkan 
cukai serta memperkenalkan insentif, selain memperluaskan projek 
pengangkutan awam.

"Hasilnya, harga kereta ketika ini lebih rendah berbanding ketika saya mula 
menjadi Perdana Menteri, manakala penggunaan pengangkutan awam pula meningkat.

"Dalam jangka masa panjang, langkah memperbetulkan masalah legasi lalu ini akan menguntungkan rakyat dengan nilai ratusan bilion Ringgit, di samping 
menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih cekap, kos efektif serta 
kurang kesesakan dan pencemaran.

"Jangan batalkan projek pengangkutan awam semata-mata kerana saya laksanakannya dan kembali kepada projek lama atas sebab maruah yang 
hanya akan membebankan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di 
Facebook rasminya, hari ini.

Najib mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 
yang mengumumkan Malaysia akan memulakan projek kereta nasional 
baharu menerusi kerjasama dengan negara serantau lain, ketika sesi dialog Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia di Tokyo, hari ini.

Pengumuman Dr Mahathir itu turut mengundang kritikan Ketua Pemuda 
UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyifatkannya sebagai langkah regresif 
dan terkebelakang.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan memutuskan untuk 
membatalkan projek MRT3, manakala pembatalan HSR pula tertakluk 
kepada perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang 
tinggi.

- BH Online

Sumber MR - 12-6-2018

Jangan Gelak Apabila Rosmah Menyimpan Banyak Beg

























Hampir RM120 juta ditemui selepas pasukan penyiasat selesai mengira wang tunai 
dalam pelbagai mata wang yang dirampas dari Pavilion Residences.

"Sebanyak 30 beg yang berisi wang tunai dikira oleh anggota polis dan dibantu oleh 
para pegawai Bank Negara. Jumlah wang keseluruhan adalah sekitar RM120 juta,"
 kata sumber.

Selepas mengira, beg wang tunai itu dibawa ke Bank Negara untuk disimpan.

Semasa berbincang dengan rakan-rakan, saya tidak percaya duit itu adalah duit 
Najib. Ramai rakan saya membantah. Bukan saya kata Najib itu baik dan tidak 
merompak wang rakyat.

Pertama hujah saya, sepanjang hidup Najib shopping di merata dunia dengan 
isterinya Rosmah, adakah Najib guna wang tunai? Kita nak beli barang sekitar 
RM5,000 pun malas nak ambil duit tunai dan bawa ke kedai.

Kedua, takkan Najib simpan duit tunai peribadi menggunakan beg dan disusun 
di rumahnya aje? Macam orang tua-tua dulu, simpan duit dalam tempayan atau 
dalam bantal atau tilam. Agak lucu.

Habis duit siapa?

Saya berpendapat duit itu duit UMNO yang berbaki selepas PRU-14 dan untuk 
persiapan jamuan kemenangan UMNO untuk PRU-14.

Kenapa duit tunai?

Semasa PRU-14 semua jentera parti UMNO akan berbelanja untuk jenteranya, 
sewa dan membeli barang. Termasuk juga untuk sogok pengundi. Semua ini 
memerlukan wang tunai kerana tak ada sesiapa yang sanggup untuk berikan 
barang dulu atau terima cek daripada UMNO, sebabnya UMNO ni parti penipu. 
Kalau menang pun tak jamin dapat duit tersebut. Oleh itu semua urusan adalah 
dalam bentuk tunai.

Duit tunai perlu ada awal.

Jika diumum hari ini bubar parlimen dan 3 minggu lagi akan ada PRU. Engkau 
orang ingat bank boleh sedia duit tunai untuk UMNO nak guna segera ke? 
Misalnya satu DUN perlu paling sedikit 1 juta? Boleg pergi bank dan terus dapat 
ke?

Saya nak ambil duit raya RM300 sahaja kena isi borang dan kena beratur hampir 
1 jam. Itu pun ada limit masa antara pukul 10 pagi hingga 2 petang sahaja.

Kenapa Najib Simpan Di rumahnya?

Dulu UMNO pernah diharam apabila 11 orang ahli UMNO bawa kes pemilihan 
UMNO ke mahkamah. Mahathir ketika itu tak boleh guna wang UMNO kerana 
semua aset UMNO dibekukan. Maka Mahathir mencadangkan duit UMNO 
disimpan oleh parti sendiri atas nama individu iaitu Presiden parti dan diselia oleh 
beberapa orang.

Atas saranan ini Najib amalkan. Kan Najib ini adalah anak didik Tun Mahathir 
yang disayangi sehingga Mahathir sanggup jatuhkan Pak Lah ganti dengan Najib.

Sekarang UMNO hantar surat tuntut duit berkenaan. Kerajaan Harapan nampak tak 
ulas panjang isu ini.

Cuba kita bayangkan berapa banyak UMNO "curi duit" untuk diagihkan semasa 
PRU? Yang baki tak habis guna banyak itu.. Dah habis banyak mana agaknya?

Beg tangan Hermes Birkin


Kajian Baghunter menunjukkan beg tangan Hermes Birkin menawarkan purata 
kenaikan tahunan sebanyak 14.2%.

News.com.au pada Mac lalu melaporkan seorang individu membeli beg tangan 
Birkin Himalaya oleh Hermes keluaran 2014 pada harga AS$496,000 (RM1.5 juta) 
dalam lelongan Christie.

Beg tangan itu diperbuat daripada kulit buaya Nilo, buaya albino yang dibiak khas 
oleh Hermes dan dihiasi emas putih 18 karat dan berlian.

Menurut laporan itu, orang ramai boleh membeli sebuah pangsapuri 2 bilik tidur 
dan 2 bilik air di pusat bandar Brisbane pada harga sama.



Polis merampas 284 beg tangan mewah, termasuk Hermes Birkin, di 3 
kondominium mewah sekitar Bukit Bintang sebagai sebahagian siasatan dikaitkan 
dengan 1MDB.

Saya nak kongsikan satu laporan daripada Baghunter mengenai 3 jenis pelaburan 
dan pelaburan beg tangan Hermes Birkin paling selamat dan menguntungkan.

Baghunter melaporkan pada 2016 ia membandingkan 3 jenis pelaburan berbeza – Standard & Poor’s (S&P) 500, emas dan beg tangan Hermes

Birkin.

Ketiga-tiga pelaburan ini dipilih kerana ia mewakili bentuk pelaburan

berbeza dan popular.

Baghunter berkata, S&P 500 mewakili ciri pulangan pasaran saham

secara menyeluruh, emas ialah komoditi paling popular bagi pelabur dan

beg tangan Hermes Birkin adalah pelaburan ketara dan boleh dikumpul.

Ia menyemak pulangan lebih 35 tahun, sejak pengeluaran beg tangan

Hermes Birkin bermula.

“Antara 1980 dan 2015, S&P 500 memberi pulangan purata sangat kecil 11.66%, menyamai purata pulangan sebenar 8.65%. Bagaimanapun, purata

ini tidak mengambil kira naik turun pasaran sepanjang tempoh ini dan menganggap pelabur memilih tidak membeli atau menjual selama 35 tahun.

“Contohnya, pulangan tahunan S&P 500 memuncak dalam tempoh ini pada 1995 sebanyak 37.2%, tetapi juga mencecah purata rendah -36.55% pada 2008.”

Dalam tempoh sama, emas menawarkan purata pulangan tahunan 1.9%, bersamaan purata pulangan sebenar -1.5%.

Baghunter bagaimanapun berkata, purata itu tidak mengambil kira naik

turun harga emas dalam tempoh ini. Ia juga menganggap pelabur memilih

tidak membeli atau menjual sepanjang tempoh ini.
Contohnya, emas mencapai harga purata tertinggi sepanjang tempoh ini

pada 2011 AS$1,571.52, tetapi ia turut mencecah purata rendah AS$271.04 pada 2001.

“Dalam tempoh sama, nilai beg tangan Hermes Birkin meningkat dari tahun

ke tahun, dengan purata kenaikan tahunan sebanyak 14.2%.

“Bagaimanapun, tidak seperti S&P 500 dan pasaran emas, nilai beg tangan Hermes Birkin tidak pernah merosot dan terus meningkat secara stabil dan konsisten. Beg itu mengalami lonjakan nilai tertinggi pada 2001, meningkat sebanyak 25% dan dengan kenaikan terendah pada 1986 apabila nilainya n


aik sebanyak 2.1%.”

Baghunter berkata, pada 2016, pasaran pelaburan paling selamat dan

kurang perubahan ialah beg tangan Hermes Birkin.

Baghunter mendapati saham S&P 500 dan emas tertakluk kepada naik turun positif dan negatif, tetapi beg tangan Hermes Birkin hanya mengalami

pelbagai perubahan positif sejak diperkenalkan 35 tahun lalu.

Ini juga menunjukkan risiko melabur dalam S&P 500 dan pasaran emas, katanya sambil menambah: “Sebaliknya, pelabur yang membeli beg tangan Hermes Birkin akan menikmati pulangan menguntungkan, tidak kira bila mereka memutuskan untuk membelinya kerana nilai itu meningkat sejak 1980.

Ini menjadikan beg tangan Hermes Birkin paling kurang risiko dalam 3 pelaburan itu. Walaupun faktor ekonomi mempengaruhi nilai S&P 500 dan emas, sifat eksklusif beg tangan Hermes Birkin menyaksikan nilainya kekal

dan meningkatkan, walaupun ketika ekonomi meleset.

Menurut laporan Baghunter, senarai menunggu Hermes untuk beg Birkin kadangkala sehingga 6 tahun. Ini turut menyumbang kepada kenaikan nilai jualan semula beg Birkin “dengan beg selalunya dijual di pasaran sekunder lebih mahal daripada harga asal”.
Kebanyakkan beg yang dirampas masih dalam kotak dan ada pula rakan Rosmah 
kata itu dia punya dalam urusan perniangaan kerana tempat serbuan itu milik 
mereka.

Jadi kes ini masih kabur walaupun dulu kita diya-iyakan kononnya Ghani Patail dah
 ada bukti pertuduhan dah nak mula kes tapi malangnya dia dipecat. Selepas Najib 
jatuh Ghani tak pula mula kes, macam tercari-cari kes.

Persepsi, Emosi Mainan Politik

Saya bawa tulisan ini kepada pembaca bukan nak bela Najib dan Rosmah. Sebagai
 rakyat Malaysia yang telah hidup lama, kita tahu bahawa sudah lama UMNO 
menipu rakyat. Bukan sahaja menipu rakyat tetapi merompak dan menzalimi rakyat.

Dalam membesar saya melihat bagaimana UMNO menukar pegawai kerajaan, 
menangkap mereka yang menetang kerajaan di bawah ISA tanpa bicara. Menepikan 
hak-hak mereka dan banyak lagi kezaliman dan kerakusan UMNO yang bukan saya 
baca daripada mana-mana "manuskrip" tetapi saya sendiri melihat dan 
mengalaminya.

Pada masa yang sama, saya diajar dengan didikan Islam bahawa kita tidak boleh 
menuduh tanpa bukti yang sahih. Bukti mesti ada fakta yang jelas bukan sesuatu 
yang bina di atas persepsi dan emosi rakyat.

Jangan kita dimainkan emosi sedang orang yang memainkan emosi itu juga juga 
adalah perompak dan penyamun duit rakyat. Anak beranak mereka ini kaya raya 
kerana 'kedarah' duit rakyat dan sangat menghairan bagaimana anak-anak mereka 
masih muda telah menjadi orang Melayu nombor dua terkaya di Malaysia selepas 
Syed Mokhtar Bukhairi sedangkan bapa mereka nak beli mee mamak 50 sen pun tak mampu. Di mana mereka ini mendapat modal dan pengetahuan untuk berniagaan 
sehingga begitu hebat sekali?

Masej artikel ini...
Adakah kita fikir selepas kita jatuhkan Najib dan UMNO, UMNO terus akan 
menjadi baik?

Selagi UMNO tak menerima Islam sebagai penyelesaiannya UMNO tetap sama 
seperti sebelumnya. Yang bertukar hanya pemimpin mereka sahaja. Ada pemimpin 
mereka yang sangat korupsi dan ada yang kurang korupsinya.. tapi semuanya 

berkurap dan bernanah!

Jika UMNO hancur dan terumbang ambing, pemimpin yang jahat dalam UMNO itu 
akan pergi kepada parti BERSATU. Sama seperti dahulu zaman perpecahan dengan 
Anwar, sedikit sahaja yang masuk PAS yang lain berada dalam PKR. PKR ini kalau 
tak ada duit mungkin nampak baik, tapi apabila harta benda dah melimpah luah 
mereka akan menjadi macam UMNO kembali kerana mereka menang spesis 
UMNO yang asli, yang hanya kalah dalam perebutan kuasa menjadi tuan koloni 
UMNO.

Habis kepada siapa kita hendak berharap untuk membawa Islam?

Parti AMANAH? Parti Amanah ini ada ruh Islam tapi malangnya "gambaran 
fikiran" mereka masih kabur dengan Islam. Syed Qutb dalam buku "Petunjuk 
Sepanjang Jalan" ada menulis mengenai "Aqidah La illahaillah Panduan Hidup" 
itu mestilah ada didalam gambaran pemikiran individu Islam buka semata-mata 
kepercayaan sahaja. Gambaran pemikiran itu bermaksud berfikir pun mesti yakin 
kepada Allah s.w.t. barulah aqidahnya betul.

Kalau puak Amanah masih ragu tentang Islam mampu atau tidak untuk dibuat 
sekarang, masih ragu atas sokongan bukan Islam dan pelbagai alasan strategi 
kononnya semuanya menunjukkan gambaran fikiran akidahnya masih tidak utuh, 
keyakinan kepada Islam masih boleh dipersoalkan.

Nak pertahankan salam pun tak boleh. Itu memang ada khilaf tapi jika khilaf pun 

masih "terkontang kanting" jangan cakaplah nak serah leher demi Islam 
sebagaimana yang dibaca dalam majlis usrah IKRAM dan lain-lain.

Bila orang kata kepada saya PAS bertanding dah lebih 60 tahun tapi tak menang. 
Parti Amanah baru 2 tahun, hebat strateginya boleh memerintah Malaysia.   

Jawapan mudah saya berikan mempertahankan aqidah Islam dalam pemikiran diri 
kita adalah lebih baik walaupun menerima penghinaan, caci maki atau perbagai 
tohmahan fitnah kerana itu jaminan terbaik kita bila kita berhadapan dengan Allah 
s.w.t. Mempertahankan keutuhan penguasaan Islam di Malaysia itu lebih afdhal 
daripada jawatan yang penguasaan Islam masih dalam belegu rantai yang tak boleh diungkai.

Sumber MR - 11-6-2018


ABBAS MOHD NOOR

Khamis, 31 Mei 2018


Najib pertahan HSR, gesa Dr M dedah kajian


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membidas 
kerajaan sebagai tidak telus berhubung pembatalan projek Kereta Api Laju Kuala 
Lumpur-Singapura (HSR) dan menggesa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan kajian berkaitan.

Beliau mengingatkan perdana menteri bahawa projek itu diilhamkan oleh kerajaan 
Malaysia dan Singapura dan dibuat berdasarkan kajian terperinci oleh kedua-dua 
negara yang membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi.

“Adakah pembatalan ini adalah keputusan seorang sahaja? Saya difahamkan 
menteri pengangkutan membuat kenyataan projek HSR ini tidak pernah 
dibincangkan dalam Kabinet manakala menteri kewangan enggan memberi ulasan 
tentang pembatalan projek HSR ini,” katanya di Facebook.

Catatan Najib ini, yang dilarang keluar negara ekoran siasatan pihak berkuasa, 
merujuk laporan memetik Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook yang 
berkata jemaah menteri belum membincangkan secara rasmi hala tuju projek HSR, 
bernilai lebih RM100 bilion.

Anthony berkata demikian selepas Dr Mahathir mengesahkan kerajaan muktamad membatalkan projek itu, perlu bercakap kepada Singapura tentang hasrat pembatalan itu, dan mungkin perlu membayar pampasan RM500 juta.

Dr Mahathir berkata projek itu tidak memberi manfaat kepada negara, tetapi Najib 
tertanya sama ada agensi terlibat diberi ruang untuk membentangkan kes kepada 
jemaah menteri dan Majlis Penasihat Kerajaan.

Najib juga menggesa kerajaan mewajarkan pertimbangannya dengan kajian impak 
ekonomi dan penilaian alam sekitar yang sudah dijalankan.

“Bolehkah kajian ini kini didedahkan kepada umum?” kata Najib.

Menurut Najib, unjuran menunjukkan manfaat ekonomi sehingga RM650 bilion 
bagi pendapatan negara kasar sehingga 2069 dan 442,000 peluang pekerjaan 
menjelang tahun itu.

“Untuk lebih telus, laporan ini seharusnya ditunjukkan kepada orang awam,” 
katanya.

Jalinan kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Singapura mula dicadangkan 
penghujung 1990-an lagi tetapi majlis menandatangani perjanjian 2 hala oleh 
kedua-dua negara hanya dilakukan pada 2016.

Selepas proses kajian kejuruteraan, pemilihan rekaan, pembinaan dan kontraktor, 
dan pemerolehan tanah di kedua-dua negara, projek sepanjang 350km ini dibatalkan 
selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya 9 Mei lepas.

“Kerajaan seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka memperolehi angka 
RM110 bilion,” kata Najib, mendakwa kos projek itu kira-kira RM72 bilion, 
termasuk pengambilan tanah, berdasarkan unjuran Jawatankuasa Bersama 
Malaysia-Singapura awal tahun ini.

“Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan 
terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara’?” katanya.

Najib berkata integrasi 2 ekonomi utama di Asia Tenggara melalui projek prasarana
 ini membawa pulangan dalam bentuk kenaikan nilai hartanah dan kepesatan 
ekonomi setempat dari Batu Pahat ke Seremban, peluang pekerjaan berpendapatan 
tinggi, kemasukan tenaga pakar dari Singapura, pelancongan dan pemindahan 
teknologi.

“Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir apakah projek-projek Lebuhraya Pan 
Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang tiada tol, projek LRT, MRT dan 
monorel mendapat pulangan dari hasil tiket sahaja? Sudah tentu tidak.

“Zaman kini sudah berubah dan ekonomi hari ini lebih sofistikated dari dulu dan 
adalah mengecewakan jika perdana menteri gagal melihat pulangan projek ini 
sebagai pemangkin ekonomi seperti HSR ini di luar skop hasil jualan tiket sahaja.”

Sumber MR - 31-5-2018

Selasa, 29 Mei 2018


Kini Mahathir pula telah menarik Pegawai Keselamatan Mantan 

PM


Hari ini, saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada 
kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai, 
yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada saya 
dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri 
Perdana.

Sejak beberapa minggu ini, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta 
pegawai bantuan yang ditugaskan kepada saya sudah ditarik balik oleh kerajaan 
baharu kecuali seorang pegawai ADC (Aide De Camp).

Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata 
ketika kami berlafaz kata perpisahan.





Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka 
sepanjang 9 tahun ini - termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 
14 tahun semasa saya masih Timbalan Perdana Menteri.

Sehingga kita bertemu lagi, saya ucapkan kepada mereka selamat maju jaya dan 
berharap mereka akan terus berkhidmat kepada kerajaan baharu dengan dedikasi 
dan kesetiaan yang sama ketika bersama saya.

Saya juga mohon kerajaan baharu supaya sentiasa menjaga kebajikan mereka 
kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat
kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan.

DS Najib RazakMantan Perdana Menteri Malaysia

Sumber MR - 29-5-2018

Jumaat, 25 Mei 2018


Ni lah antara sebab bakpo ambo xsey dengar kebobrokan kerajaan 

Najib


Ni lah antara sebab bakpo ambo selaku rakyat xsey dengar kebobrokan kerajaan terdahulu.Xdok untungnya pada rakyat sebab rakyat sudah menanggung.

Ni dok,hari2 dok lekor2 dalam Tv,dok jaja pasal hutang kerajaan terdahulu cecah 
sapa 1 Trilion.Maka berconget ekor la macai PH mengiakan gapo hok pemimpin kesayangan meraka oyak..

Last2..

1. Kena kecam dengan Bloomberg
2. Stock market Malaysia mencatat angka negatif buat pertama kali tahun ini.
3. Angka 'outflow' tertinggi sejak 2013
4. Pelabur cabut lari.

Barulah....

Guan Eng selaku menteri kewangan mengaku yang hutang sebenar Malaysia 
bukanlah RM1 trilion.Tapi 688 Billion..

Keno lipak sajo2 macai PH ccayo tu gak hutang negara cecah 1 Trillion.Sapa nok t
urun harga minyak pun xleh sebab alasan hutang banyok sangat..

Jadi betulah fitnah hutang 1 trilion tu xlebih dari untuk alih perhatian rakyat pada 
manifesto hok xtertunai??Jadi betullah kerajaan loni hidup siang malam,fitnah jah 
makanan dia..

Manifesto yang mereka mampu buat loni hanyalah..

Serbu rumah najib
Serbu rumah najib
Serbu rumah najib
Masuk tv
Serbu rumah najib lagi
Masuk tv
Serbu rumah najib lagi
Lagi lagi serbu rumah najib
Serbu rumah najib lagi
Hutang 600 Billion
Serbu rumah najib lagi
Serbu lagi
Masuk tv lagi
Hutang 1 trillion
Pelabur lari
Serbu rumah najib lagi
Serbu lagi,lagi,lagi..

Cukup 100 hari,sampai la abg jamil mampos

Abang Jamil
Kelete




MR Sebaik-baiknya ruang surat pembaca dihantar dalam Bahasa Malaysia bukan 
loghrat negeri..kerana ada pembaca tak faham terima kasih

Sumber MR - 25-5-2018

Jumaat, 25 Mei 2018


3 kondo mewah milik anak Najib dan seorang Tan Sri


Polis mengesahkan dua daripada tiga unit kondominium mewah di tengah Kuala 
Lumpur yang digeledah baru-baru ini milik anak Datuk Seri Najib Razak, iaitu 
Nooryana dan Mohd Ashman.

Satu unit lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman 
Datuk Seri Amar Singh, dimiliki seseorang yang bergelar Tan Sri.

Bagaimanapun identiti Tan Sri terbabit tidak didedahkan.

Amar Singh berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada 
kediaman mewah di Pavilion Residence itu mempunyai kaitan dengan bekas 
perdana menteri terbabit.

"Ia akan jadi sebahagian daripada siasatan. Saya rasa tidak wajar untuk saya 
mengatakannya sekarang," katanya.

Amar Singh berkata demikian dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Polis Bukit Aman menggeledah tiga kediaman mewah yang terletak di kawasan 
segi tiga emas Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu.

Hasil penggeledahan itu polis merampas 72 beg berisi wang tunai serta barangan 
berharga, selain 284 kotak beg tangan berjenama mahal.

Amar mendedahkan daripada 72 beg itu, 35 mengandungi wang tunai dalam 26 
mata wang dengan nilai keseluruhan RM114 juta.

Nilai bagi barangan kemas serta jam yang terkandung dalam beg lain, katanya, 
belum disahkan.

Sumber MR - 25-5-2018

Rabu, 23 Mei 2018


Pandangan Cara Siasatan Dijalankan Terhadap Ds Najib Tun 

Razak


1.Adakah  pihak  SPRM berkemungkinan silap dengan sangkaan & tuduhan 
terhadap DS Najib, kerana mereka didorong oleh maklumat-maklumat yang kabur ?

2.Adakah mereka yang di lantik dalam badan penyiasat khas mengenai 1MDB itu 
semuanya tiada kepentingan untuk memastikan sangkaan mereka “benar”?  Dalam 
erti kata sebahagian dari prinsip/istilah “natural justice” :  “NO MAN SHALL 
BE A JUDGE IN HIS OWN CAUSE”, semua yang terlibat didalam pengendalian 
dan perjalanan keadilan (the course of justice) dari lapisan penyiasatan hingga ke 
lapisan penghakiman, hendaklah  BEBAS dari apajua pandangan sangkaan atau kecenderungan yang boleh mengatakan mereka mempunyai “vested interest in the 
outcome of the case!

Apakah undang-undang berkaitan hak asasi ini dan juga rule of law benar-benar 
diikuti oleh pihak berkuasa hari ini terhadap DS Najib dan juga mereka yang bakal dipanggil?

3. Apakah perlu sangat KP SPRM membuat liputan akhbar dan menyentuh 
perkara-perkara yang boleh memberi impak emosi kepada mereka yang 
menjalankan proses keadilan agar cenderung untuk mencari bukti dan sebab 
supaya dapat menghukum  ?

JIKA KAEDAH DAN PROSES DIAMBIL BERTENTANGAN DENGAN 
PRINSIP UNDANG-UNDANG, MAKA KETIDAKADILAN PASTI BERLAKU. 
IA SEBALIKNYA HANYA AKAN MENCERMINKAN NILAI DAN 
KEWIBAWAAN PIHAK BERKUASA DAN PEMERINTAH YANG ZALIM !

Idris Buang
Peguamcara & Peguambela
Kuching Sarawak

MR : Persoalaan keadilan kita kena adil kepada sesiapa walaupun kepada Najib 
dikatakan kepala perompak. Islam mengajar kita emosi tidak boleh mengatasi 
keadilan. Ini bukan kita nak bela sesiapa bersalah tapi Islam ajar begitu. Kita tak 
mahu terjadi speerti Anwar dahulu. Sejarah telah mengajar kita dan cara yang 
HARAPAN perlu buat ialah mesti pengikut prosedur yang betul supaya tidak 
timbul dikemudian hari.

Sumber MR - 23-5-2018

Rabu, 23 Mei 2018


Peguam berpengalaman Shafee Abdullah kunjungi Najib


KUALA LUMPUR: Peguam berpengalaman Muhammad Shafee Abdullah 
mengunjungi Datuk Seri Najib Razak di kediamannya di Jalan Langgak Duta 
petang tadi dan meluangkan masa selama 30 minit bersama bekas perdana menteri 
itu.

Kunjungan itu sehari sebelum Najib dijadualkan menghadiri sesi soal siasat di ibu 
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai hal ehwal 
syarikat milik kerajaan, SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau disoal selama 5 jam Isnin lepas, dalam sesi yang digambarkan sebagai 
lanjutan daripada keterangan yang diberikan 2 tahun lalu semasa menjadi perdana 
menteri.

Shafee mewakili kerajaan dalam kes rayuan liwat Anwar Ibrahim, dan pernah 
tampil dalam banyak lagi kes berprofil tinggi.

Kenderaannya dilihat memasuki perkarangan rumah Najib sekitara 6.00 petang 
tadi. Dia meluangkan masa selama 30 minit sebelum beredar tanpa bercakap 
kepada pemberita.

Najib ditengah-tengah siasatan ke atas skandal berbilion dolar yang dikaitkan 
dengan 1MDB, yang diasaskan oleh Najib, dan melibatkan polis di sekurang-
kurangnya 6 negara, termasuk Amerika Syarikat.

Najib menafikan sebarang salahlaku.

Sumber MR - 23-5-2018

Isnin, 21 Mei 2018


Tiga Hari Je Rizab Bank Negara Naik RM430b, PH Pakai Lampu Aladin Ke? Sindir Najib


Jika ketika bergelar pembangkang sebelum ini Pakatan Harapan diketuai oleh Tun 
Dr Mahathir mendakwa Malaysia kini dikancah bankrap, tona suara tersebut 
berubah sama sekali selepas menjadi kerajaan persekutuan.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Pekan 
semalam menyindir kerajaan Pakatan Harapan yang secara tiba-tiba mendakwa 
ekonomi negara kukuh kerana nilai rizab Bank Negara kini adalah RM430 bilion.

”Soalnya dalam tiga hari saja (selepas PH membentuk kerajaan) negara hampir 
bangkrap boleh jadi kukuh. Mereka ada lampu ajaib ke? Lampu Aladin ke? gosok 
dalam tiga hari. Tak payah selamatkan negara lagi,” katanya.

Najib berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan 
UMNO Bahagian Pekan, semalam.

Kenyataan tersebut disuarakan Ahli Parlimen Pekan itu kerana Pakatan Harapan 
sering menggambarkan senario Malaysia berada diambang bankrap dan hutang 
yang banyak.

Tegasnya, ini membuktikan dakwaan dinyatakan oleh Pakatan Harapan adalah pembohongan.

”(Penipuan) ini yang buat saya rasa terkilan, bukan kekalahan. Tapi atas 
penyelewengan fakta sebenar. (Pembohongan ini) tak adil. Ini berita palsu,” 
tegas Najib.

Begitu juga janji PH untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan 
(GST), menurunkan harga barangan, menghapuskan hutang peminjam Perbadangan 
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanyalah janji semanta-mata.

”Bila sudah berkuasa, berapa harga minyak? Kita tunggu bila harga minyak nak 
turun. Saya tahu sebab saya bekas Menteri Kewangan,” katanya sambil menambah 
kerajaan perlu membelanjakan sekitar RM1.5 bilion dalam bentuk subsidi untuk menurunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter.

"Kenapa tak cakap perkara itu. Kenapa janji, bagi harapan palsu. Kita (BN) tak janji 
palsu. Kita janji apa yang kita mampu laksanakan. Mungkin saya silap, tidak ambil pendekatan matlamat menghalakan cara. Bila dapat kuasa, (janji) itu belakang kira,
” katanya merujuk kepada kaedah politik janji bulan dan bintang oleh PH.

Najib walaubagaimanapun menerima kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum 
ke-14 (PRU14) lalu sebagai menjunjung prinsip demokrasi negara.

Namun beliau tetap menyatakan rasa terkilan kerana segala perjuangan dan 
manfaat yang dibawa kerajaan BN selama ini dipatahkan dengan penyelewengan 
fakta serta janji-janji manis pihak lawan.

- mD

Sumber MR - 21-5-2018

Isnin, 21 Mei 2018


Lapan peti besi di Seri Perdana dibuka tiada barang berharga 

dijumpai


PETALING JAYA: Lapan peti besi di Seri Perdana yang merupakan kediaman 
rasmi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya berjaya dibuka 
semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh 
Ishar Singh mengesahkan kepada NST Online bahawa peti besi tersebut berjaya 
dibuka dengan bantuan 2 tukang kunci selepas beberapa jam berusaha membukanya.

Laporan itu menyebut peti besi tersebut tidak mengandungi wang tunai atau barang 
berharga lain.

Polis menjalankan penggeledahan bagi mencari bukti berkaitan penyiasatan mereka 
ke atas salah urus melibatkan dana pelaburan negara 1MDB.

Terdahulu sebuah peti besi di rumah Najib di Jalan Duta juga dibuka, tetapi hanya mengandungi wang tunai lama mata wang asing.

Najib berkata peti besi tersebut tidak dibuka lebih 20 tahun lepas dan tidak lagi 
digunakan kerana kuncinya hilang.

Ia juga mengandungi beberapa dokumen, termasuk sijil nikah bekas perdana 
menteri itu dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber MR - 21-5-2018

Ahad, 20 Mei 2018


Sempat lagi Najib Perli Harapan Janji kerajaan hapus GST adalah fantasi


Meskipun dengan operasi penggeledahan polis yang dikaitkan dengannya, bekas 
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menyifatkan janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menghapuskan GST dan melakukan pembaharuan ekonomi 
sebagai fantasi dan tidak realistik.

"Itu (janji HARAPAN) adalah fantasi. Tak mungkin mereka boleh melaksanakannya,
" katanya dipetik dalam wawancara Malay Mail semalam.

Najib berkata demikian sebagai merujuk janji HARAPAN membuat pengecualian 
dan penangguhan bayaran PTPTN, menghapuskan GST dan menurunkan harga 
minyak.

Najib turut menyatakan keraguannya terhadap langkah mengurangkan GST kepada 
sifar yang merupakan langkah sementara yang diumumkan HARAPAN dalam 
penghapusan cukai berkenaan.

"GST sifar bukan apa yang mereka janjikan. GST sifar boleh juga bererti anda boleh 
tambah bila-bila masa," katanya.

Najib turut menyifatkan laporan yang mengatakan pentadbirannya gagal sebagai 
percubaan HARAPAN memburukkan imejnya.

"Sudah boleh dilihat bahawa tiga hari selepas pilihan raya, mereka kata ekonomi 
dalam keadaan kukuh.

"(Sedangkan) sebelum itu mereka kata ekonomi dalam keadaan teruk, kita sedang 
bankrap, dan Malaysia perlu diselamatkan.

"Adakah mereka cuba katakan bahawa ekonomi pulih dengan secepat itu?

"Simpanan kewangan kukuh, dan kita ada pertumbuhan yang baik?

"Tidak! Ini adalah kenyataan yang dibuat tiga hari selepas pilihan raya," katanya 
dan menambah bahawa ekonomi sedia baik di bawah BN.

Sumber MR - 20-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018


Najib marah polis ambil 'coklat dan makanan' dalam peti


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengecam pihak polis yang didakwa beliau makan makanan dan coklat dari peti sejuk ketika serbuan ke rumah anak-anaknya.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya, Harpal Singh Grewal, Najib membangkitkan cara "tidak bertanggungjawab" serbuan polis itu dijalankan.

"(Ia) dicerminkan dengan cara kakitangan polis yang makan makanan dan coklat 
di dalam peti sejuk serta kemudiannya meminta makanan disediakan untuk mereka.

"Publisiti yang meluas sekitar rampasan itu yang sebenarnya hanya barangan 
peribadi kepunyaan anak-anaknya telah menyebabkan penghinaan yang teruk dan memalukan kepada keluarga tersebut."

Keluarga itu mempersoalkan sebab-sebab rampasan barangan kepunyaan anak 
Najib.

Menyebut serbuan di Pavilion Residences, Harpal memberitahu pemberita hari ini 
dua unit kondominium itu didiami anak-anak Najib, iaitu Nor Ashman dan 
Nooryana Najwa.

Menurut Harpal, kedua-dua penghuni kediaman kondominium itu merayu jabatan 
siasatan jenayah komersil untuk "secepatnya memulangkan kesemua barangan 
peribadi dan mengelakkan untuk terus memalukan serta mendatangkan kesedihan 
kepada keluarga ini."

"Tidak ada relevan dan tiada bukti prima facie (bukti yang munasabah) bagi 
serbuan dan rampasan itu dibuat," kata Harpal.

Selain daripada serbuan yang dijalankan di unit-unit kediaman berkenaan, 72 beg 
berisi wang tunai dan barang kemas serta 284 kotak beg tangan berjenama mewah 
juga dirampas dari dua unit kondominium yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences pada malam Khamis lalu.

Rampasan itu begitu besar sehingga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil 
Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh tidak dapat memberikan anggaran nilai 
barangan rampasan tersebut.

Sumber MR - 19-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018


Mata Wang Asing Lama, Sijil Perkahwinan Najib Dalam Peti Besi


KUALA LUMPUR – Sebuah peti besi di kediaman peribadi Datuk Seri Najib Tun 
Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini telah berjaya dibuka dan di 
dalamnya tersimpan mata wang asing lama yang kecil jumlahnya.

Jurucakap bekas perdana menteri, dalam kenyataan lewat malam ini, berkata ia turut mengandungi beberapa dokumen termasuk sijil perkahwinan Najib dan Datin Seri 
Rosmah Mansor.

” Ia merupakan sebuah peti besi yang berusia lebih 20 tahun dan dibuka secara 
paksa kerana kuncinya telah hilang,” katanya.

Menurutnya, peti besi itu terpaksa dibuka menggunakan kepakaran tukang kunci.

Jurucakap itu seterusnya berkata peti besi di kediaman rasmi Seri Perdana di 
Putrajaya merupakan sebahagian daripada rumah berkenaan.

“Tidak sepatutnya timbul masalah membukanya,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, polis dilaporkan menghadapi kesukaran membuka peti besi di 
kediaman peribadi Najib di Taman Duta itu selepas dikatakan kunci tersebut sudah 
lama hilang.

Penggeledahan di kediaman peribadi bekas perdana menteri itu, serta lima lagi 
lokasi lain, adalah sebahagian daripada siasatan kes penyelewangan dana, syarikat 
pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (IMDB). – BERNAMA

Sumber MR - 19-5-2018

Sabtu, 19 Mei 2018


Nasib baik tilam Najib & Rosmah tak kena usung sekali


1. Rumah salah seorang ahli keluarga Dato’ Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak 
telah digeledah oleh pihak PDRM selama lebih 10 jam dan barang – barang peribadi 
seperti hadiah kahwin, barang hantaran, beg tangan dan sebagainya telah dirampas.

2. Malah kasut – kasut bayi kepunyaan cucu kepada Dato’ Seri Haji Najib Bin Tun 
Abdul Razak juga turut dirampas oleh pihak berkuasa.

3. Bukan itu sahaja, pembantu rumah di rumah tersebut juga dilaporkan disuruh 
oleh pihak yang membuat serbuan untuk menyediakan makanan untuk beberapa 
orang pihak berkuasa. Malah makanan di dalam rumah tersebut habis dimakan oleh 
pihak polis semasa serbuan.

4. Apa yang pelik tentang serbuan dan rampasan yang dilakukan pada lewat malam 
semalam adalah komputer dekstop dan komputer riba di dalam rumah tersebut tidak 
pula diambil, ini menimbulkan tanda tanya sama ada serbuan tersebut benar-benar 
untuk mencari bukti 1MDB atau ada agenda lain.

5. Walaupun pihak polis membuat kenyataan bahawa serbuan dilakukan dengan professional, namun realiti sebenar adalah berlainan, seperti yang berlaku di atas. 
Mungkin ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan dan mengaibkan mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut dan ahli keluarga beliau.

6. Seperti orang lain, Datuk Seri Najib adalah manusia biasa yang tidak sempurna. 
Namun beliau dan keluarga beliau sejak dari zaman ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak dan ibunda beliau Tun Rahah telah banyak berjasa kepada negara, 
tanahair dan rakyat selama berdekad lamanya. Apakah kerana geram dan dendam 
semua ini dilupa dan beliau kini dicerca dan dihina?

7. Marilah kita berdoa dalam bulan Ramadan yang mulia ini supaya Allah SWT 
melindungi orang-orang yang teraniaya.

Nooryana Najwa Najib

Sumber MR - 119-5-2018




































Najib Razak, His Wife Banned From Leaving Country

Ousted Malaysian Prime
Minister Najib Razak and his
wife Rosmah Mansor have been blacklisted from leaving the
country, immigration authorities said on Saturday.

The statement by Malaysian Immigration Department was
issued moments after the
scandal-plagued former prime
minister said in a Facebook post that he and his family were taking a holiday
overseas starting from Saturday and would return next week.

Najib on his Twitter account said he would respect the government ban on him
leaving the country.

The ousted leader faces being investigated by the incoming government over a
corruption scandal at Malaysia’s state-owned investment fund, 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), from which officials are alleged to have stolen
more than $4.5bn.

Some of that money is alleged to have ended up in Najib’s personal bank account.
Najib has denied any wrongdoing and said the money was a donation from the
Saudi royal family, which he had since returned.

SOURCE: AL JAZEERA AND NEWS AGENCIES

Sumber BO - 122-5-2018












































































Najib Umum Bercuti; Orang Ramai Berkumpul Di Lapangan Terbang

Beribu-ribu orang berkumpul
di sebuah lapangan terbang
kecil di luar Kuala Lumpur
pada Sabtu (12 Mei) selepas
 laporan tersebar bekas
Perdana Menteri Malaysia
Najib Razak dijadual terbang
dari sana ke Jakarta bersama isterinya.

Drama itu muncul selepas
Najib yang didakwa terlibat
dalam skandal negara, berkata dalam mesej Twitter awal hari Sabtu bahawa dia merancang untuk bercuti sebentar
dengan keluarganya.

Beberapa ketika kemudian, pihak berkuasa imigresen Malaysia berkata pasangan
 itu telah dihalang daripada meninggalkan negara itu .

Najib dalam satu lagi mesej kiemudia berkata, beliau akan menghormati
keputusan itu dan akan tinggal di negara ini bersama keluarganya.

Dua sumber memberitahu Reuters pada Jumaat bahawa Perdana Menteri baru
Mahathir Mohamad merancang untuk membuka semula siasatan ke atas skandal
 rasuah besar-besaran yang melanda Najib sejak 2015.

Orang ramai di lapangan terbang cuba menyekat kereta memasuki Lapangan
Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berhampiran ibu negara Malaysia, tetapi
ditahan oleh pengawal.

Polis anti rusuhan telah dikerah ke lokasi, tetapi tidak ada keganasan.

Hampir 30,000 orang menonton acara di Facebook Live, sehingga rakaman
tersebut terganggu.
Tiada tanda bahawa Najib atau isterinya, Rosmah Mansor, berada di lapangan
terbang.
Mahathir, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada hari Khamis,
berjanji untuk menyiasat skandal rasuah berjuta-bilion dolar dana kerajaan
1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diasaskan oleh Najib.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku berkaitan dengan 1MDB.

Sumber BO - 12-5-2018

Ahad, 13 Mei 2018


Polis serbu apartmen dikaitkan dengan keluarga Najib


Polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Kuala Lumpur hari ini, yang didiami
 anggota keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi mencari dokumen sensitif yang dibimbangi kerajaan akan dibawa keluar dari negara, kata 
dua pegawai polis kanan.

Serbuan itu selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau 
telah menghalang Najib keluar daripada negara kerana dakwaan salah laku 
berhubung skandal 1MDB.

Polis berkata mereka bertindak selepas satu laporan mendakwa kenderaan 
kerajaan membawa berdozen kotak berisi beg tangan berjenama dan barangan 
lain ke apartmen itu untuk diberikan kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah 
Mansor.

Rasa tidak puas hati orang ramai terhadap dakwaan korupsi itu dilihat sebagai 
antara punca kekalahan mengejut Barisan Nasional - yang sekian lama 
memerintah - pada pilihan raya umum Rabu lalu.

Najib berulangkali menafikan sebarang salah laku.


Jurucakap Najib tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara ini. Reuters juga 
tidak dapat menghubungi Najib, isterinya, anggota keluarga lain atau rakan 
terdekat.

Reuters melihat kira-kira 20 anggota polis memasuki lobi apartmen Pavilion 
Residences di ibu kota Malaysia itu, pada masa sama Mahathir mengadakan 
sidang media mengumumkan anggota kanan kabinetnya.

Mereka dibantu sekurang-kurangnya 12 lagi anggota penguatkuasa tidak 
beruniform. Anggota keselamatan memberi kerjasama dengan baik. Bangunan 
itu dimiliki Desmond Lim, seorang ahli perniagaan kaya dan penyokong Najib.

"Kami mencari dokumen kerajaan yang mungkin telah diambil secara tidak sah," 
kata seorang anggota polis kanan yang enggan dinamakan kerana tiada autoriti 
untuk bercakap dengan media.

"Kerajaan bimbang (dokumen) mungkin sensitif dan penting, dan berisiko 
dibawa keluar dari negara."

Beliau enggan menjawab sama ada dokumen itu telah ditemui dan berkata 
operasi "sedang berjalan".

Polis berkata anggota keluarga Najib tinggal di apartmen itu tetapi enggan 
mendedahkan nama mereka.

Kotak jingga

Tindakan polis susulan laporan yang dibuat dua pemimpin sayap pemuda parti 
Mahathir iaitu BERSATU.

Laporan itu, yang dilihat Reuters, mendakwa van yang memaparkan logo 
Jabatan Perdana Menteri menghantar kotak-kota berisi 50 beg tangan berjenama 
Birkin ke Pavilion Residence pada Khamis lalu.

Laporan itu mendakwa kotak tersebut menunjukkan nama penerima sebagai 
Rosmah Mansor.

Dua gambar yang dilampirkan bersama laporan itu, yang turut dilihat Reuters, menunjukkan sebuah van dengan logo jabatan itu dan sebuah troli dipenuhi 
kotak-kotak berwarna jingga. Gambar itu tidak menunjukkan lokasi, tarikh dan kandungan kotak itu - termasuk sama ada memang ada beg tangan di dalamnya.

Menurut laporan itu, setiap beg tangan Birkin itu dianggarkan berharga $200,000.

Ketika ditanya sama ada Rosmah tinggal di apartmen tersebut, pegawai polis 
kanan itu hanya mengesahkan ia didiami "anggota keluarga" Najib.

Seorang lagi anggota polis yang terlibat dalam operasi menyifatkan mereka 
yang terbabit sebagai "VVIP".

Kedua-dua anggota polis itu berkata penyiasat tidak berminat dengan barangan 
mewah itu tetapi mencari dokumen yang mungkin amat penting bagi penyiasatan terhadap pentadbiran Najib.

Ke luar negara

Ketua Polis Kuala Lumpur dan seorang jurucakap rasmi polis tidak memberi 
maklum balas ketika diminta mengulas perkara itu.

Terdahulu, Najib berkata akan ke luar negara selama seminggu untuk berehat. 
Beberapa minit kemudian, Jabatan Imigresen mengumumkan beliau dan isteri 
telah dihalang untuk meninggalkan negara.

Mahathir, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Khamis 
lalu, berikrar untuk menyiasat dakwaan kehilangan berbilion ringgit daripada s
yarikat milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diasaskan 
Najib.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa sejumlah AS$681 juta 
daripada 1MDB telah dipindahkan ke akaun peribadi individu yang dinamakan
 sebagai Malaysian Official One. Sumber AS dan Malaysia mengesahkan 
individu itu adalah Najib.

Najib pernah mengatakan wang itu adalah derma daripada anggota keluarga 
diraja Arab Saudi dan sebahagian besarnya telah dipulangkan.
Sumber MR - 13-5-2018

Sabtu, 12 Mei 2018


Najib, Rosmah disenarai hitam Jabatan Imigresen



Berdasarkan carian di Semakan Status Perjalan Imigresen (SSPI) bekas perdana 
menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Pangkalan data itu yang membenarkan rakyat Malaysia memeriksa sama ada 
mereka boleh ke luar negara sejak semalam dan sehingga berita ini ditulis (5.30 
pagi) tidak dapat diakses.

Siasatan Malaysiakini mendapati laman web berkenaan hanya tidak dapat diakses 
dari dalam Malaysia. Sekiranya diakses dari dalam negara tanpa menggunakan 
proksi, laman web berkenaan akan menunjukkan ia tidak dapat diakses (down).

Bagaimanapun, dengan menggunakan proksi luar negara, Malaysiakini berjaya mengakses sistem laman web berkenaan untuk memeriksa status Najib dan 
Rosmah menggunakan nombor kad pengenalan mereka.

Nombor kad pengenalan itu juga sudah disemak dalam rekod Suruhanjaya Pilihan 
Raya bagi mengesahkan identitinya.

Semakan mendapati dengan memasukkan nombor kad pengenalan Najib 
(530723-06-XXXX) dan Rosmah (511210-05-XXXX) paparan keputusan 
tertera "Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat".




Ia adalah paparan yang tertera bagi anggota parlimen Pakatan Harapan dan 
aktivis politik yang tidak dibenarkan ke luar negara sebelum ini.

Lazimnya, sekiranya individu itu tidak disenaraihitamkan oleh Imigresen, 
paparan keputusan yang tertera adalah "Tiada Halangan".

Tidak dapat dipastikan sama ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 
(SKMM) atau Jabatan Imigresen membuat tetapan (setting) di laman web itu 
bagi menghalang akses dari dalam negara.

Ini bererti Najib dan Rosmah tidak dapat memeriksa status imigresen mereka 
kecuali menggunakan proksi.

Penyenaraianhitam bekas perdana menteri dan isterinya itu terjadi ketika 
terdapat laporan semalam berhubung yang mengatakan mereka merancang 
untuk menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan 
Terbang Antarabangsa Perdanakusuma di Jakarta.

Najib dan Rosmah dikatakan akan menaiki kapal terbang persendirian yang 
dioperasikan oleh Premiair.

Premiair adalah syarikat yang dimiliki oleh Peter Sondakh, yang juga merupakan pengasas PT Rajawali Corp.

Ahli perniagaan Indonesia itu terlibat dalam kontroversi penjualan 37 peratus 
saham Eagle High Plantations kepada Felda dengan harga AS$505.4 juta tahun 
lepas.

Menurut siasatan antarabangsa, Najib didakwa menerima berbilion ringgit yang didepositkan dalam akaun peribadinya, yang didakwa sebahagian daripada dana 
1MDB.

Bekas perdana menteri itu mendakwa wang berkenaan adalam "derma" daripada 
ahli keluarga Arab Saudi. Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil 
dana awam untuk kepentingan peribadi.

Beberapa anggota kabinet Najib sebelum ini tampil mengkritik beliau berhubung 
skandal itu, namun bekas perdana menteri itu berjaya menyingkirkan 
pengkritiknya dan memindahkan ketua-ketua agensi yang terlibat dalam 
menyiasat skandal berkenaan.

Bagaimanapun, Najib dan BN kalah mengejut terhadap Pakatan Harapan dalam 
pilihan raya umum ke-14, dengan hanya memenangi 79 daripada 222 kerusi 
parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

PRU itu menyaksikan perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad 
kembali sebagai perdana menteri ketujuh sekali gus menamatkan 61 tahun 
pemerintahan BN.

Laporan penerbangan Najib dan Rosmah sebelum ini memnyebabkan timbul 
spekulasi mereka cuba "melarikan diri" namun sumber yang dekat dengan bekas 
perdana menteri itu mendakwa mereka hanya pergi "bercuti dua hari".

Awal hari ini, portal berita Wall Street Journal, memetik sumber yang dekat 
dengan Dr Mahathir berkata langkah berjaga-jaga untuk memastikan Najib dan 
Rosmah tidak dapat ke luar negara sudah diambil.

Malaysiakini juga membuat semakan pada beberapa individu lain yang dikaitkan 
dengan skandal 1MDB, termasuk ahli perniagaan Low taek Jho dan Pengerusi 
1MDB Irwan Serigar Abdullah.

Setakat artikel ini ditulis, nama mereka tidak disenarai hitam

Sumber MR - 1-5-2018

Jumaat, 11 Mei 2018


Sumber: Bekas pemimpin Malaysia akan terbang ke Indonesia


KUALA LUMPUR: Menurut sumber, ada sebuah pesawat persendirian yang berpangkalan di Indonesia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.

Sumber tersebut memaklumkan kepada Astro AWANI, nama penumpang yang 
bakal menaiki pesawat tersebut adalah bekas pemimpin Malaysia serta isterinya.

Pesawat itu dijadual mendarat pukul enam pagi 12 Mei di Subang dan dijadual 
berlepas ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma pukul 10 pagi 12 Mei.

Astro AWANI sedang memantau dengan lebih dekat perkembangan tersebut dari 
masa ke masa melalui www.astroawani.com/live-tv, dan saluran 501.
Sumber MR - 11-5-2018

















































































Najib Defends GST











































Himpunan Tolak GST
Malaysian Prime
Minister Najib Razak
has defended the
Goods and Services
Tax (GST), saying it
has enabled the
government to
distribute wealth to
those in need.

Speaking at Lipis, a remote area populated by poverty-stricken indigenous people,
he said that his ruling coalition supports a free economy that allows the
government to interfere with wealth distribution to speed up the process.

“The higher income group pays more if they spend more. When they pay more
tax, we can distribute (the money) to those who need aid from government.

“That’s why we can raise the salary of civil servants this year. That’s why we
can increase the BR1M by 100 per cent this year – from RM400 to RM800.
This is our government.”

BR1M or Bantuan Rakyat 1 Malaysia is a programme initiated by Najib as part
of the government’s effort to ease the burden of lower income earners in the
country.

The amount was doubled shortly before his ruling coalition published its
manifesto for the upcoming polls.

The 6 per cent GST, implemented on Apr 1, 2015, has brought a slew of
criticisms against Barisan Nasional (BN).

Najib, who also serves as the chairman of 1MDB’s advisory board, was accused
in 2015 of channelling nearly US$700 from the state fund into his personal bank accounts.

However, Malaysia’s High Court ruled on Apr 9 there was no evidence that
suggests 1MDB’s alleged loss or any misconduct by its board of directors.

“The tax department is hounding the businessmen because Malaysia has run out
of money. So they have to squeeze and extort as much money as they can. They’
re just like rapacious robbers disguised as bureaucrats,” Lim told Channel
NewsAsia.

According to Lim, Malaysia is not a high-income nation and cannot afford the
burden of the GST. The tax, he added, will never leave Malaysians unless BN is
voted out in the upcoming election.

“Because of your failure and incompetency, you’ve run out of your money.
And now you’re sucking the people dry.”

Sumber BO - 4-5-2018

Mahdzir: Sekolah jadi pusat mengundi boleh ambil cuti ganti sehari 
sebelum
Posted on Monday, April 16 @ 06:58:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39173



Sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-14 

(PRU14) ini dibenarkan mengambil cuti berganti sehari sebelum hari pengundian, 
kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata perkara itu dibenarkan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI)
Bilangan 2 1995: Persediaan Bagi PRU, yang membolehkan pengetua atau guru
besar memohon cuti berganti melalui pengarah pendidikan negeri masing-masing.

"Bagaimanapun ia hanya terhad kepada sekolah yang digunakan sebagai pusat pengundian manakala cuti berganti hanya boleh diambil sehari sebelum hari
pengundian, bukannya selepas hari pengundian," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan 'Sokongan
Komuniti Untuk Sekolah' di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang
semalam.

Beliau mengulas permintaan Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia yang meminta kementerian membenarkan sekolah mengambil
 cuti berganti bersempena PRU14 selepas hari pengundian.

Sehubungan itu, Mahdzir meminta pengetua dan guru besar agar membuat
 permohonan secepat mungkin sekiranya ingin mendapatkan cuti berganti
 tersebut.

Sebanyak 6,971 sekolah di seluruh negara akan digunakan sebagai pusat
pengundian pada 9 Mei.


- Bernama

Sumber TKO - 16-4-2018


Kalau Majikan Tak Bagi Cuti Lebih Baik Jangan Balik Undi kata Zahid
Posted on Sunday, April 15 @ 02:37:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39141



Timbalan perdana menteri sementara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata 

 rakyat Malaysia yang berada di Singapura lebih baik tidak pulang mengundi pada 
pilihan raya umum (PRU) ke-14 sekiranya tidak mendapat kebenaran majikan.
Beliau berkata demikian ketika diminta pendapat berhubung kemungkinan rakyat 
Malaysia yang bekerja di Malaysia tidak mendapat cuti pada 9 Mei nanti.

"Pada hemat saya, kerajaan tak ada galak atau tolak kerana itu hak peribadi untuk mengundi.

"Tetapi jika majikan negara berkenaan tidak izinkan, maka saya fikir perkara yang 
baik adalah jangan balik mengundi," katanya dalam sidang media selepas program 
di Kluang, Johor hari ini.

PRU ke-14 yang diumumkan SPR akan diadakan pada hari Rabu menyebabkan ketidakpuasan hati ramai pengundi.
Susulan pengumuman itu, kempen menggalakkan rakyat Malaysia pulang 
mengundi dibuat di media sosial.

Beberapa syarikat Singapura mengumumkan bahawa pihak mereka tidak akan memberikan cuti kepada pekerja Malaysia pada hari mengundi berkenaan.

Kerajaan bagaimanapun mengumumkan 9 Mei sebagai cuti umum di Malaysia.

Sementara itu, timbalan menteri dalam negeri sementara Datuk Nur Jazlan 
 Mohamed berkata pembangkang tidak seharusnya berkempen menggalakkan 
 pengundi yang berada di luar kawasan pulang mengundi.

"Menggunakan pengundi luar kawasan bagi mempengaruhi keputusan pilihan 
 raya dalam satu-satu kawasan tidak sepatutnya dilakukan kerana calon 
 pembangkang tidak akan mempertahankan kerusi itu bagi setiap pilihan raya.

"Calon sentiasa berpindah-pindah. Kalau menang pun, mereka tidak berkhidmat 
di kawasan mereka dan pilihan raya seterusnya mereka akan cari tempat lain 
untuk bertanding bagi mengelakkan isu yang dihadapi di kawasan mereka," 
katanya seperti dipetik The Star.

Sumber TKO - 15-4-2018


Rebut Kad Petrol, 30 Pemandu Teksi Cedera
Posted on Saturday, April 14 @ 18:22:09 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39122



PUTRAJAYA: Tiga puluh pemandu teksi dilaporkan cedera ketika beratur untuk 

menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di Taman Ekspo Pertanian Serdang
 (Maeps) semalam.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata 

30 pemandu teksi mengalami kecederaan ringan dalam insiden yang berlaku di 
Hall C, Maeps.

"Insiden yang tidak diingin ini berlaku akibat segelintir para hadirin tidak
mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik yang disediakan
apabila mereka masuk ke dewan pengambilan kad," kata kenyataan itu.

Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mengandungi nilai RM800 untuk pembelian
petrol atau gas asli (NGV) di stesen minyak Petronas itu dilancarkan oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak di Maeps sebelum itu, yang akan dimanfaatkan
oleh kira-kira 67,000 pemandu teksi.

SPAD berkata anggota penguatkuasa SPAD, Polis Diraja Malaysia dan Rela telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan keadaan dapat
dikawal sepenuhnya pada 7 malam.

SPAD berkata pemandu-pemandu yang cedera menerima rawatan serta-merta,
manakala seorang individu yang cedera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya dan SPAD akan menanggung kos perubatan bagi individu tersebut.

Menurut SPAD, kira-kira 12,000 pemandu teksi hadir pada majlis itu dan
sebahagian besar daripada mereka memberikan kerjasama ketika beratur
mengambil kad itu dengan 60 kaunter untuk pengambilan kad disediakan.

Berikutan insiden itu, SPAD mengesyorkan pemandu teksi di seluruh negara yang
belum menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia untuk mengambilnhya di pejabat
SPAD di seluruh negara kecuali ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Pemandu teksi boleh mengunjungi pejabat SPAD di Kelana Jaya, Pulau Pinang,
Kuala Terengganu dan Johor Bahru mulai hari Isnin (16 April) sehingga 16 Julai
tahun ini.

Bagi cawangan SPAD di Melaka, UTC Ipoh, UTC Alor Setar, UTC Kota Baru
dan UTC Kuantan, kad tersebut boleh diperolehi bermula dari Selasa (17 April)
sehingga 16 Julai tahun ini.

Para pemandu teksi di Sabah dan Sarawak boleh mendapati Kad Bantuan Teksi
1Malaysia daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Kota
Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Bagaimanapun, SPAD berkata tarikhnya akan dimaklumkan kemudian oleh
pejabat LPKP Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses koleksi sila layari www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1Malaysia.
- Bernama

Sumber TKO - 14-4-2018


Akta Antiberita Tidak Benar 2018 diwartakan
Posted on Thursday, April 12 @ 05:31:16 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39088



PUTRAJAYA - Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) telah diwartakan dan berkuatkuasa hari ini.

Warta kerajaan itu disiarkan di portal www.federalgazette.agc.gov.my Jabatan
Peguam Negara.

Menurut akta itu, “berita tidak benar” termasuk apa-apa berita, maklumat, data dan
laporan yang bahagiannya  atau keseluruhannya adalah palsu, sama ada dalam
bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang
boleh menggambarkan perkataan atau idea.

Kesalahan yang termaktub di bawah Seksyen 4 Akta 803 ialah mengadakan,
 menawarkan, menerbitkan, dan sebagainya, berita tidak benar atau penerbitan
yang mengandungi berita tidak benar.

Jika sabit kesalahan di bawah seksyen itu, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan di bawah Seksyen 5 pula ialah menyediakan bantuan kewangan bagi
maksud melakukan atau memudahkan pelakuan kesalahan di bawah Seksyen 4
yang memperuntukkan hukuman yang sama.

Sementara itu, kesalahan di bawah Seksyen 6 pula ialah tidak melaksanakan
kewajipan untuk menghapuskan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar
yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000.

Di bawah Akta 803, mahkamah boleh memerintahkan penghapusan penerbitan
yang mengandungi berita tidak benar.

Akta 803 juga terpakai terhadap bukan warganegara Malaysia atau mereka yang
berada di luar Malaysia seolah-olah kesalahan itu dilakukan di mana-mana tempat
di dalam negara.

Menurut warta itu lagi, akta 803 terpakai jika berita tidak benar itu adalah
mengenai Malaysia atau orang yang disentuh oleh pelakuan kesalahan itu ialah
warganegara Malaysia. - Bernama

Sumber TKO - 12-4-2018

9 Mei cuti khas semua sekolah, kata menteri
Posted on Tuesday, April 10 @ 14:44:56 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39060



KUALA LUMPUR: Semua sekolah dalam negara diberi cuti peristiwa khas pada 
 9 Mei ini yang merupakan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, sebanyak 6,941 sekolah juga akan dijadikan pusat mengundi pada
hari berkenaan.

“Cuti adalah kepada semua sekolah kecuali Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat
Pendidikan Daerah, mereka bekerja,” katanya selepas merasmikan Persidangan
Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah ke-57 hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan tarikh pengundian PRU14
ditetapkan pada 9 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 28 April dan
 pengundian awal pada 5 Mei.
\
Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari.
Sumber TKO - 10-4-2018

ICJ To Hold Public Hearings On 

Pedra Branca Case In June At The 

Hague


The International Court of
Justice (ICJ) will hold public
hearings in June for two cases
brought by Malaysia against
Singapore on the sovereignty
of Pedra Branca, the UN’s
principal judicial body said on
Thursday (Apr 5).

The first case is Malaysia’s
application for revision of the
ICJ’s 2008 judgment, which
gave Singapore sovereignty
over Pedra Branca, filed on
Feb 2 last year. The ICJ will
hold four days of public hearings for this case, starting from Jun 11.

The second case is Malaysia’s request for interpretation of the ICJ’s judgment, filed
on Jun 30 last year. The ICJ will also hold four days of public hearings for this case,
from Jun 18 to 19 and Jun 21 to 22.

Both of the hearings will be held at the Peace Palace at The Hague, Netherlands.

Pedra Branca – referred to by Malaysia as Batu Puteh – was first claimed as a
territory of the Johor Sultanate in 1979. Singapore protested and the matter was
brought to the ICJ.

On May 23, 2008, the ICJ ruled that Singapore had sovereignty over Pedra Branca,
while Middle Rocks was awarded to Malaysia and South Ledge belonged to the
state in whose territorial waters it is located.
In February 2017, Malaysia’s Attorney-General Mohamed Apandi Ali filed an
application for a revision of the ICJ’s judgment.

Malaysia applied to revise the judgment, claiming “a new fact” unearthed from
three documents discovered in the National Archives of the United Kingdom
between Aug 4, 2016, and Jan 30, 2017.

In a separate case, on Jun 30, 2017, Malaysia filed an application to the ICJ
requesting interpretation of the 2008 judgment.

Its new application claims South Ledge, along with the waters surrounding Pedra
Branca, as located within its territorial waters.-

Sumber BO - 6-4-2018


Najib umum Parlimen bubar esok
Posted on Friday, April 06 @ 12:26:49 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38972



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen akan
 dibubarkan berkuatkuasa esok untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum
ke-14.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 12.00 tengah hari ini
selepas menghadap dan mendapat diperkenan daripada Yang di-Pertuan Agong,
Sultan Muhammad V.

Hadir sama pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di RTM1 adalah
timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet.

Susulan itu, perdana menteri menasihatkan semua ketua menteri dan menteri besar,
kecuali Sarawak, untuk menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat
perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum
negeri dapat diadakan secara serentak.

Sumber TKO - 6-4-2018

PM dijangka umum pembubaran parlimen 11.30 pagi
Posted on Friday, April 06 @ 11:10:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38970



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat pengumuman
 pembubaran parlimen pada 11.30 pagi ini bagi memberi laluan kepada pilihan
raya umum ke-14 (PRU-14).

Pengumuman di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya itu dijangka akan disiarkan
secara langsung menerusi RTM TV1, lapor The Star.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh
pilihan raya akan berlangsung.

Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Terdahulu, Bernama melaporkan, kereta rasmi Najib dilihat memasuki bangunan
Perdana Putra kira-kira jam 8.40 pagi.

Sebelum itu, kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi serta menteri kabinet lain dilihat memasuki bangunan
berkenaan bagi menghadiri mesyuarat kabinet mingguan.

Para petugas media termasuk jurugambar sebelum itu telah menunggu di luar
bangunan Perdana Putra serta Istana seawal jam 7 pagi kerana menjangkakan Najib
akan bertemu dengan Yang Dipertuan Agong bagi tujuan pembubaran.

Sumber TKO - 6-4-2018

Najib Guna 1.46b Daripada 45b cukai GST untuk beli Penjawat Awam..
Posted on Wednesday, April 04 @ 12:33:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38948



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa semua 

 kakitangan awam akan menerima bonus kenaikan gaji, bersamaan dengan kenaikan 
tahunan yang berkuatkuasa 1 Julai.

Najib berkata ini akan melibatkan kos RM1.46 bilion.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 

Ke-16 (MAPPAXVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Kerajaan juga, katannya, bersetuju memberikan kenaikan satu peratus kadar pencen 

secara ‘one-off’ bermula 1 Julai sehingga 31 Disember ini kepada pesara.

Pemberian itu sebagai tambahan sebanyak dua peratus yang diterima sebelum ini.

“Untuk makluman para penjawat awam, manfaat ini bakal diterima oleh semua 

pesara di seluruh Malaysia, malahan,... ‘pesara yang umurnya 93 tahun itu pun 
dapat juga’, “ katanya yang secara jelas merujuk kepada seteru politiknya, Tun 
Dr Mahathir Mohamad.

Hadir samapada majlis itu adalah timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja 
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan 

kuota khas haji untuk golongan pesara kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, jumlah tersebut akan ditentukan selepas kerajaan 

mendapat jumlah kuota oleh Arab Saudi.

Selain itu beliau turut mengumumkan:-

  1.     Pemendekan tempoh time-based kali kedua kepada kumpulan pelaksana 
  2. daripada 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari 2018.
  3.     Mewujudkan lapisan Gred 56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan (berkuatkuasa 1 Januari 2019).
  4.     Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan 
  5. kontrak warganegara (berkuatkuasa 1 Julai 2018).
  6.     Dana tahunan kepada Cuepacs RM3 juta setahun.
  7.     Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan kepada penjawat awam bukan I
  8. slam maksimum 7 hari (berkuatkuasa Januari 2018).
  9.     Pemberian Geran Khas RM1 juta kepada Persatuan Pesara bagi tahun 2018
  10.     Menetapkan kuota haji untuk persatuan pesara kerajaan.
Sumber TKO- 4-4-2018
XOXO - Najib CASH IS KING, ini Mahathir berbulu sehingga kata Najib sembah duit sebagai Tuhan. Lepas kita dengar apa pula kata orang tua tu...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/


Cuti peristiwa jika PRU14 hari persekolahan: Mahdzir
Posted on Tuesday, April 03 @ 19:38:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38935



Kementerian Pendidikan bersedia mengumumkan cuti peristiwa sekiranya hari 

pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diadakan pada hari persekolahan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, terdapat sebahagian daripada 

10,200 sekolah seluruh negara terlibat menjadi pusat pengundian pada PRU14 ini.

Beliau berkata, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada tarikh PRU14 yang
akan diumumkan kelak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Namun begitu satu perbincangan akan diadakan terlebih dahulu di peringkat
kementerian mengenainya.

"Jika hari mengundi jatuh pada hari cuti umum, tidak perlulah kita mengumumkan
sebarang cuti dan sebaliknya. Buat masa ini KPM tidak boleh menetapkan apa-apa
lagi," katanya seperti dilapor Berita Harian (BH), hari ini.

Mahdzir berkata, kementerian itu sudah bersedia daripada awal terhadap sebarang
keputusan untuk memastikan kelancaran PRU14 nanti.

Sumber TKO - 3-4-2018


Washington Post: RUU antiberita palsu alasan penapisan
Posted on Sunday, April 01 @ 09:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38893



Akhbar harian Amerika Syarikat (AS) Washington Post percaya cadangan Malaysia menggubal undang-undang anti berita tidak benar hanyalah alasan untuk penapisan.

Dalam lidah pengarang terbit pada 29 Mac 2018, harian itu berkata Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak memang dikenali kerana mengongkong kebebasan bersuara,
 memetik kes blogger dan wartawan yang dikenakan tindakan undang-undang kerana menyindir atau mengkritik beliau.

"Rang undang-undang ini suatu amaran akan bahaya apabila kerajaan menentukan
apa yang benar dan apa palsu," tulis editorial Washington Post.

Akhbar harian itu juga menjelaskan bagaimana Najib terlibat dalam skandal 1MDB.
Meskipun Najib telah berulang kali menafikan sebarang salah laku, harian itu
percaya RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 itu bertujuan untuk mengekang
perbincangan media mengenai skandal itu.


"Kami tidak memandang ringan masalah kebenaran dalam ribut arus maklumat hari
ini.

"Tetapi sebuah masyarakat terbuka perlu menjamin hak untuk menyuarakan pelbagai
jenis pandangan, termasuklah kritikan terhadap pemimpinnya, dengan beberapa
batasan yang disertai proses yang berdasarkan kedaulatan undang-undang.

"Cadangan undang-undang Malaysia itu kelihatan lebih untuk menjadi alat kerajaan
yang secara sewenang-wenangnya digunakan untuk mengawal dan menganggu,"
kata editorial itu lagi.

Harian itu turut menyatakan Singapura juga sedang melakukan hal yang sama,
manakala China sudah lama mengamalkannya.

"Ia dipanggil penapisan," tulis Washington Post.

Harian itu juga memetik Presiden AS Donald Trump yang 'menjuarai' istilah 'berita
palsu' (fake news) untuk laporan yang tidak beliau gemari, juga untuk
memperlekehkan wibawa media dengan menciptakan kekeliruan sama ada sesuatu
berita itu benar atau palsu.

Dalam hal ini, akhbar itu mengakui 'gerombolan pengguna sosial media' turut
menangguk di air yang keruh dengan menyebarkan laporan-laporan berniat jahat.

"Dalam persekitaran sedemikian, sebuah masyarakat yang bebas perlu
 mendedikasikan untuk suara-suara yang tidak dibelenggu, membenarkannya untuk
subur dan mengawalnya dengan aturan secara berhati-hati.

"Ya, penerbit, platform dan warga perlu berjaga-jaga dengan sampah dan
pencemaran dalam aliran berita.

'Cipta berita palsu sebenar'
"Tetapi mengenakan kawalan kerajaan hanya akan menciptakan satu perkara:
berita palsu sebenar," tulis Washington Post.

Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang dicadangkan kerajaan memperuntukan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau
kedua-duanya, bagi mereka yang mengadakan, menawarkan dan menerbitkan berita
tidak benar.

Hukuman sama juga boleh dikenakan ke atas mereka yang menyediakan bantuan
kewangan bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan penghasilan berita
tidak benar itu.


Antara peruntukan penting yang dicadangkan RUU itu ialah Akta itu apabila
dikuatkuasakan boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak sama ada warganegara
atau warga asing yang melakukan kesalahan berita tidak benar terhadap Malaysia
atau warganegara Malaysia, di luar Malaysia, seolah-olah ia telah dlakukan di dalam
Malaysia.

Sumber TKO - 1-4-2018


Belum ada hasil jejak anak bongsu Indira - IGP
Posted on Thursday, March 29 @ 21:49:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38860



Pihak polis belum berhasil menjejaki bekas suami M Indira Gandhi, Muhammad 

Riduan Abdullah dan anak perempuan bongsu mereka, kata Ketua Polis Negara 
Tan Sri Muhammad Fuzi Harun.
Mohd Fuzi berkata proses mengesan lokasi kedua-dua beranak itu dibuat secara
berterusan berdasarkan maklumat yang diperoleh pasukannya.

“Hebahan kita sentiasa buat, mungkin cara kita tak buat hebahan dalam media
massa, tapi tindakan untuk mengesan mereka berterusan.

“Itu yang jadi masalah pada kita, ada pihak (sumber polis) kata ada di Johor, ada
di Kelantan jadi bila ada maklumat kita buat semakan tapi tak ada hasil setakat ini,”
 katanya.

Fuzi berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Persatuan
Isteri-isteri Polis (Perkeb) di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

5 Febuari lalu Mohamad Fuzi dalam satu kenyataan berkata usaha mengesan
Muhammad Riduan yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, masih
diteruskan sejak 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan
Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Indira Gandhi bahawa polis tidak lagi
mempunyai alasan untuk tidak mencari dan menahan bekas suaminya yang didakwa
gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.

Pada 29 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pasangan yang
memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi
penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Ketiga-tiga anak mereka iaitu dua perempuan dan seorang lelaki kini berusia 20, 19,
dan sembilan tahun. Muhammad Riduan, 47, telah menukar agama anak-anak mereka
kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi selepas dia memeluk
 Islam.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap
Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya
menyerahkan anak perempuan bongsunya Prasana Diksa kepada bekas isterinya.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan
 sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya dan memerintahkan Muhammad
 Ridhuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya.

Sumber TKO - 29-3-2018


Polis belum ada maklumat audio mirip Nik Abduh Dengan CIA
Posted on Thursday, March 29 @ 21:48:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38859



Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata pihaknya tiada butiran berkaitan 

audio rakaman yang dikatakan mirip suara seorang pemimpin PAS yang mendakwa 
mempunyai hubungan dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.
“Tak ada, kita pun tak tahu. Kita tak dapat maklumat apa-apa hal itu, saya tak dapat
details, saya tak dapat komen isu CIA,” katanya kepada pemberita selepas Majlis
 Perjumpaan Persatuan Isteri-isteri Polis (Perkeb) di Pusat Dagangan Dunia Putra,
hari ini.

Fuzi berkata demikian ketika ditanya mengenai rakaman audio suara yang dikatakan
 mirip suara Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
yang mendakwa mempunyai hubungan dengan CIA Amerika Syarikat.

Fuzi ketika ditanya adakah pihaknya akan mengambil tindakan selepas siasatan
dibuat berkata mereka akan melihat dulu berkaitan perkara itu.

“Kita kena tengok dulu. Asas apa dakwaan-dakwaan itu,” katanya.

Pada Februari lalu, klip audio di media sosial yang didakwa sebagai 'bukti'
penyaluran wang oleh Umno kepada PAS menjadi tular.

Rakaman selama seminit 18 saat itu mendakwa PAS meminta RM2 juta daripada
Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan PAS.

Antara lain, wang berkenaan adalah untuk kegunaan pada pilihan raya negeri
Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP.

Versi penuh audio tersebut disebar di media sosial antara lain mendedahkan
beberapa pimpinan PAS mengambil wang daripada Umno selain suara yang
dikatakan Nik Abduh mendakwa mempunyai hubungan dengan agensi CIA
Amerika Syarikat.

Beberapa nama turut dipetik dalam rakaman audio itu termasuk Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan dan menantu Abdul Hadi, Zaharuddin
Muhammad.

Ketika petikan pertama rakaman itu disebarkan baru-baru ini, Nik Abduh sudah
membuat penafian.


Katanya, dakwaan berkenaan adalah "karut, mengarut dan fitnah" terhadap dirinya
serta PAS.

Sumber TKO - 29-3-2018


Penuntut IPT bebas sertai kempen politik PRU14 - Idris
Posted on Wednesday, March 28 @ 14:14:46 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38844



Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bebas menyertai kempen politik di luar kampus menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata mereka diberi kelonggaran berpolitik jika mereka berminat dan ini berbeza dengan kepimpinan sebelum ini yang menyekat penglibatan mereka dalam politik negara.

"Mereka berhak berpolitik di luar kawasan kampus. Jika dalam kampus itu tertakluk kepada peraturan universiti. Jika didapati mereka berkempen juga dalam kampus sehingga melanggar peraturan, itu bawah bidang kuasa universiti untuk memutuskan tindakan.

"Saya juga tidak faham kepimpinan terdahulu jelas melarang keras penglibatan pelajar dalam berpolitik, tetapi sekarang beliau pula amat menyokong agar mereka (pelajar) aktif berpolitik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran 'Taylor's Curriculum Framework' (TCF) di sini, hari ini.

Idris berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai had atau larangan penglibatan penuntut IPT menyertai kempen politik menjelang PRU14.

Katanya penglibatan penuntut IPT dalam aktiviti politik tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dipinda pada 2012 yang membenarkan mahasiswa terlibat dalam persatuan, badan atau kumpulan termasuk parti politik ketika di luar kampus.


- Bernama

Sumber TKO - 28-3-2018


Nur Jazlan, Rais Hussin perang siber isu akta antiberita palsu
Posted on Tuesday, March 27 @ 12:44:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38830



Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berang dengan 

pihak yang menurutnya sengaja menakut-nakutkan orang ramai berhubung 
rancangan kerajaan untuk menggubal undang-undang menangani berita palsu.

Beliau berkata ini kerana Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018
baru dibentang dan dibaca buat kali pertama di Dewan Rakyat semalam dan belum
pun lagi dibahaskan.

"Sama ketika (penggubalan) Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dulu tetapi tiada
apa yang berlaku selepas itu (seperti yang dibimbangkan sesetengah pihak," katanya
di Twitter hari ini.

Beliau merujuk peguam Datuk S Ambiga yang dilaporkan The Malaysian Insight
sebagai berkata berkata undang-undang itu akan memberi kesan menakutkan pada
pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Sama seperti kebimbangan pembangkang, Ambiga juga berkata undang-undang itu
untuk menyekat laporan berkaitan skandal 1MDB.

"Ia belum pun dibahaskan di Parlimen...Beliau patut menjadi calon pada PRU akan
datang dan berdebat di Parlimen," katanya lagi.

Ciapan itu menarik perhatian Pengarah Strategik BERSATU Datuk Rais Hussin yang
menyifatkan Nur Jazlan telah membuang semua prinsip yang dipegangnya ketika mempengerusikan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) beberapa tahun lalu.

"Ia bukan tindakan menakut-nakutkan, tetapi kebimbangan sah rakyat apabila
undang-undang begitu terbuka untuk pentafsiran kerajaan.

"Apa yang anda peduli? Anda menolak amanah sebagai pengerusi PAC untuk
menerima jawatan timbalan menteri," kata Rais.


Sumber TKO - 27-3-2018

Najib Razak kata Tun Mahathir Dulu Nak Buat GST Tapi Tak Berani
Posted on Saturday, March 24 @ 06:34:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38756



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan menimbang untuk 

 melaksanakan GST sejak 1984 - ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad - 
tetapi akhirnya tiada keberanian untuk meneruskannya.
Bercakap dalam program Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara
 (NTP) 2017 di Kuala Lumpur, beliau berkata kerajaan akhirnya mengambil langkah
yang betul pada 2015 dengan melaksanakannya.

Justeru beliau berkata kerajaan sanggup menanggung sebarang akibat politik akibat pelaksanaan sistem cukai itu.

"Sejak 1984 lagi tetapi kerajaan pada masa itu tiada keberanian politik.

"Kami sanggup menanggung akibat politik kerana ia adalah langkah yang betul. GST
akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya dalam sesi soal jawab
bersama penasihat (NTP) Datuk Idris Jala.


Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri apda 1984. Kini beliau menjadi
pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) yang berikrar memansuhkan GST jika
berjaya mengalahkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sumber TKO - 24-3-2018

Lebih 3,000 pendeposit Tabung Haji hilang kelayakan haji akibat artikel Rafizi
Posted on Tuesday, March 13 @ 04:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38615



KUALA LUMPUR: Seramai 3,105 pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) hilang kelayakan menunaikan haji, termasuk kehilangan tahun giliran untuk menunaikan haji, berikutan artikel tohmahan terhadap perbadanan itu oleh Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli 2 tahun lepas, Mahkamah Majistret diberitahu hari ini.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Tabung Haji Datuk Rozaida Omar berkata ia berikutan pendeposit menutup akaun selepas hilang keyakinan terhadap Tabung Haji ekoran artikel tohmahan terhadap perbadanan itu yang disiarkan dalam akaun Facebook milik Mohd Rafizi pada 9 Februari 2016.

“Pada tempoh Januari dan Februari tahun 2016, seramai 3,954 pendeposit menutup akaun dan daripada jumlah tersebut seramai 3,105 pendeposit hilang kelayakan menunaikan haji.
“Mereka perlu mendaftar semula sekiranya mereka ingin menunaikan haji dan perlu menunggu tempoh yang lebih lama,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas pada perbicaraan kes Rafizi yang didakwa menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji.

Rozaida yang merupakan saksi pendakwaan ke-3 berkata sebelum ini terdapat pengeluaran wang atau penutupan akaun namun alasan yang diberi adalah lebih bersifat peribadi seperti kematian pendeposit, pembelian rumah dan pelaburan persendirian di institusi kewangan lain.

Bagaimanapun katanya, bagi tempoh yang dikaji, alasan pendeposit adalah kerana mereka tidak yakin dan hilang kepercayaan kepada Tabung Haji dan ingin melabur di tempat yang lebih selamat, yang secara tidak langsung menunjukkan artikel tersebut menjejaskan reputasi dan integriti pengurusan Tabung Haji.

Beliau berkata, berdasarkan aktiviti pengeluaran harian yang direkodkan Tabung Haji pada 10 Februari 2016, sehari selepas artikel itu disiarkan, terdapat peningkatan pengeluaran sebanyak RM41 juta, diikuti RM49.8 juta pada 11 Februari dan RM27.9 juta pada 12 Februari, berbanding hanya RM8 juta pada 9 Februari.

Terdahulu Rozaida menjelaskan bonus yang dibayar Tabung Haji kepada pendepositnya yang melebihi keuntungan dijana pada tahun 2012 dan 2014 bukan bermotifkan pilihan raya.

Beliau berkata pernyataan yang dikeluarkan itu adalah tidak benar kerana Tabung Haji merupakan satu institusi kewangan yang ditubuhkan secara berkanun dan mempunyai urus tadbir yang mampan.

“Sebarang kecenderungan yang menyatakan Tabung Haji boleh digunakan sebagai bahan politik menjejaskan reputasi pengurusan Tabung Haji itu sendiri.

“Pengurusan Tabung Haji terdiri daripada pegawai-pegawai yang bertauliah, profesional dan berintegriti, yang telah diberikan amanah untuk menguruskan dana bakal jemaah haji,” katanya.

Selain itu Rozaida menjelaskan bahawa hibah yang diberikan Tabung Haji kepada pendeposit pada awal tahun 2015 juga tidak mempunyai kaitan dengan krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ia dibuat berdasarkan peruntukan akta.

Rafizi mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk “Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015” dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Feb 2016, yang mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak pada 9 pagi, 18 Februari 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Perbicaraan di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar bersambung 4 April.

Sumber TKO - 13-3-2018


Kerajaan Selangor diberi 4 bulan untuk terima perjanjian air
Posted on Tuesday, March 13 @ 11:11:54 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38613



NILAI: Kerajaan Selangor diberi masa 4 bulan sehingga Julai depan untuk bersetuju melaksanakan proses migrasi bagi mengelakkan krisis air di negeri itu menjadi lebih buruk.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata jika Selangor enggan memberi kata putus, banyak implikasi yang akan berlaku antaranya Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 yang siap menjalani proses pengujian dan pentauliahan, tidak dapat digunakan.

“LRA dapat membekalkan 10% margin simpanan air Selangor menyamai 565 juta liter sehari (MLD).

“Sedangkan di masa sekarang, margin simpanan air Selangor kosong dan ini bermakna bekalan air tidak cukup untuk disalurkan ke tempat lain. Apatah lagi di Selangor (penggunaan air) sangat tinggi.”

Beliau berkata demikian selepas Sesi Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) dan Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030 di Universiti Sains Islam Malaysia, semalam.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, Selangor dan negeri lain yang tidak melaksanakan proses migrasi terpaksa menampung perbelanjaan tinggi untuk pembinaan loji, mengganti paip dan kerja penyelenggaraan lain.

Beliau berkata, sekurang-kurangnnya RM3 bilion hingga RM8 bilion diperlukan bagi kos pembinaan LRA serta kerja baik pulih infrastruktur, dan tiada syarikat yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sebanyak itu.

“Macam di Selangor, apa yang berlaku ialah mereka melaksanakan kerja penyelenggaraan kecil seperti menampal paip bocor.

“Apabila paip lama yang berusia lebih 40 tahun tidak diganti menyebabkan ia pecah dan keadaan menjadi lebih teruk.

“Ini bukan masalah air semata-mata, tetapi masalah margin simpanan air yang tidak mencukupi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zaini berkata, kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina Simpanan Air Dari Sungai (ORS) di 4 negeri dalam usaha memastikan bekalan air sentiasa dapat menampung keperluan dan pembangunan sesebuah kawasan.

“Dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan peruntukan RM400 juta untuk pembinaan ORS di Linggi, Negeri Sembilan, RM300 juta di Melaka dan masing-masing RM600 juta di Langkawi, Kedah dan Johor.

“ORS yang akan dibina di Linggi bagi menyokong pertumbuhan pesat Malaysia Vision Valley di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, proses pelantikan perunding bagi projek ORS sudah dimulakan dan dijangka proses pembinaan akan dimulakan tahun depan yang mengambil masa 2 ke 3 tahun untuk disiapkan.


Seramai 1,000 peserta terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dan kakitangan awam menghadiri dialog itu yang antara lain membincangkan cara pengurangan pelepasan karbon.

Sumber TKO - 13-3-2018

ROS beri amaran bubar Bersatu
Posted on Saturday, March 10 @ 07:08:27 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38559



PUTRAJAYA, 21 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah mengeluarkan satu notis kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan itu.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata notis itu, yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 dan berkuat kuasa pada 28 Februari lalu, diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM Datuk Shahruddin Md Salleh.


Beliau berkata, notis itu dikeluarkan berikutan aduan yang dikemukakan oleh anggota-anggota PPBM kepada pihak ROS dan jabatan itu memerlukan maklumat tersebut bagi melengkapkan siasatan mengenainya.

"Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa notis yang dikeluarkan itu adalah suatu notis statutori berdasarkan kuasa menurut Akta Pertubuhan.

Surayati berkata, walaupun keperluan minimum menurut Seksyen 14 (3) Akta Pertubuhan adalah tujuh hari bagi PPBM memberikan maklum balas, namun ROS memberikan tempoh masa yang lebih panjang iaitu 30 hari kepada PPBM memberikan maklum balas dengan menyertakan maklumat dan dokumen yang diminta.

"Sekiranya pihak PPBM gagal menyerahkan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta sebagaimana notis yang telah dikeluarkan menurut Seksyen 14 (2), tindakan susulan daripada ROS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM," katanya. - Bernama

Sumber TKO - 10-3-2018

SKMM arah Raja Petra keluarkan artikel tentang Kuok
Posted on Monday, March 05 @ 22:01:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38517


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan 
penulis blog, Raja Petra Kamaruddin untuk mengeluarkan tiga artikel mengenai 
jutawan Robert Kuok daripada blog, Malaysia Today.


Menurut surat daripada SKMM yang diterbitkan di blog itu, artikel tersebut didakwa melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Artikel mengenai Kuok itu telah mengakibatkan kekecohan besar-besaran selepas
beliau menuduh usahawan yang berpusat di Hong Kong itu menaja parti DAP dalam
usaha untuk menumbangkan kerajaan BN.

Penulis blog itu juga menuduh lelaki terkaya di Malaysia yang berusia 94 tahun itu membiayai portal The Malaysian Insight.

Semua tuduhan itu telah dinafikan oleh Kuok dan DAP, tetapi sebelum beberapa
pemimpin Umno termasuk Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor, dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz “menyerang” jutawan tersebut.

Serangan Nazri pula menyaksikan sekutu Umno MCA tidak senang duduk sehiongga
ada pemimpin parti itu menuntut agar menteri pelancongan dan kebudayaan itu dipecat.

Antara lain, menteri Umno itu mencabar Kuok supaya bertanding pada pilihan raya
umum akan datang dan menyifatkannya sebagai "pondan" dan "ayam betinat".

Pada 16 Februari lalu, SKMM turut mengarahkan Raja Petra untuk mengeluarkan
artikel mengenai isteri Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Semakan Malaysiakini mendapati artikel-artikel mengenai Kuok di blog berkenaan
telah dikeluarkan.

Sumber TKO - 5-3-2018

































































Draf Akta Berita Palsu Ke Kabinet Dalam Masa Terdekat - Azalina
Posted on Monday, March 05 @ 17:23:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38515












KUALA LUMPUR -- Draf akhir akta baharu yang bertujuan menangani penularan 
berita palsu akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Dalam seminggu dua ini kita akan bawa draf yang akhir itu kepada Kabinet untuk 

buat penentuan sebelum cadangan akta ini dibawa ke Dewan Rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keenam 
Parlimen Ke-13, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Azalina berkata beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum akta
baharu itu dibawa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, termasuk sama ada mempunyai waktu yang mencukupi untuk cadangan akta itu dibentangkan, dibahas
dan diluluskan pada persidangan kali ini.

Mesyuarat pertama bagi penggal keenam Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20
hari. Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V merasmikan majlis pembukaanya
hari ini dan Anggota Parlimen dijadual bermesyuarat sehingga 5 April depan.

Sultan Muhammad V dalam titah perasmian baginda hari ini menzahirkan sokongan terhadap usaha kerajaan menggubal undang-undang bagi menangani penyebaran
berita palsu dan fitnah di media sosial.

Titah Seri Paduka pada masa ini media sosial amat berpengaruh dalam membentuk
nilai-nilai dan budaya sesuatu masyarakat, dan semua pihak hendaklah memainkan
peranan masing-masing untuk mempertahankan budi pekerti dan nilai-nilai baik
masyarakat.

Dalam pada itu, Azalina turut menyeru semua Anggota Parlimen agar membahaskan
akta berkenaan secara berhemah serta berteraskan kepentingan mempertahankan
kedaulatan Malaysia, apabila ia dibentangkan kelak.

"Penggubalan akta baharu ini penting kerana istilah 'berita palsu' tidak wujud dalam
mana-mana undang-undang di Malaysia ketika ini," katanya.

Azalina bagaimanapun enggan mengulas mengenai intipati akta tersebut dengan
alasan ia pramatang untuk berbuat demikian.
-- BERNAMA

Sumber TKO - 5-3-2018



Orang Awam Cedera Pokok 'Gergasi' Tumbang Depan KLCC
Posted on Monday, March 05 @ 12:43:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38510












PETALING JAYA: Sebatang pokok yang tumbang di Jalan Ampang, Kuala Lumpur mencederakan sekurang-kurangnya seorang pejalan kaki dan menghalang lalu lintas 
di pusat bandar.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi akaun Twitter pada pagi Isnin memaklumkan bahawa pokok itu tumbang di hadapan Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur (KLCC) menuju ke Avenue K.

DBKL berkata, pokok itu menghempap orang awam di kawasan itu, sambil menambah bahawa polis trafik dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah berada di lokasi.

Gambar-gambar di lokasi kejadian menunjukkan anggota bomba menyelamatkan
seorang mangsa yang tidak sedarkan diri.

Para pemandu yang menuju ke pusat bandar dinasihatkan agar menggunakan laluan
alternatif buat sementara waktu.

Sumber TKO - 5-3-2018


Mesyuarat kabinet tegang susulan isu Robert Kuok
Posted on Thursday, March 01 @ 14:11:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38454


Mesyuarat mingguan jemaah menteri semalam dilaporkan tegang dengan pertikaman lidah antara menteri-menteri Umno seperti Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan rakan-rakan mereka dari MCA dan Gerakan, menurut laporan beberapa akhbar Cina.

Ini susulan serangan baru-baru ini terhadap jutawan berpangkalan di Hong Kong, Robert Kuok yang didakwa menaja parti DAP.

Menurut China Press, tiga menteri MCA - presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, timbalan presiden Datuk Seri Wee Ka Siong dan setiausaha agung Datuk Seri Ong Ka Chuan - serta presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong - meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Nazri, yang mencabar Kuok untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang dan menghina jutawan berusia 94 tahun itu.

Apabila kedua-dua enggan mengalah, laporan itu mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa campur tangan untuk menenangkan keadaan.

Sementara itu, Nanyang Siang Pau memetik Wee (foto, atas) sebagai berakata bahawa menteri-menteri MCA menuntut agar Nazri memohon maaf berhubung kemelut yang berlaku itu.


  Wee, yang menyifatkan mesyuarat semalam sebagai tegang, dan berkata bahawa kabinet juga mengarahkan semua pihak supaya berhenti menjadikan Kuok sebagai sasaran.

Jutawan itu sebelum ini juga telah menafikan beliau menaja DAP dan membiayai portal The Malaysian Insight.

Walau bagaimanapun, akhbar-akhbar itu tidak menyebutkan jika Nazri, yang adalah menteri pelancongan dan kebudayaan, ada memohon maaf semasa mesyuarat itu.

Liow (foto, bawah), ketika mengulas soalan dari akhbar Sin Chew Daily mengenai sama ada kabinet mengarahkan Nazri memohon maaf, berkata: "Ini adalah sesuatu yang kamu perlu tanya Nazri sendiri."

Presiden MCA itu turut mendedahkan bahawa kabinet mengakui sumbangan Kuok kepada negara.
"PM merakamkan rasa hormatnya kepada Kuok semasa mesyuarat itu dan mengiktiraf sumbangannya kepada negara," katanya.


  Akhbar Oriental Daily pula memetik Nazri sebagai berkata bahawa isu itu telah diselesaikan dan hubungannya dengan menteri-menteri MCA tidak terjejas.

Disoal sama ada kabinet mengarahkannya untuk memohon maaf, Nazri pada mulanya mendakwa bahawa mesyuarat tidak membincangkan isu itu, tetapi kemudian menambah bahawa beliau tidak sepatutnya mendedahkan butiran mesyuarat itu.
Sumber TKO - 1-3-2018

Police Freeze Overseas Holiday Leave From March To May


The Malaysian police have imposed a leave freeze on overseas vacations from March through May for all personnel, in preparation for the country’s upcoming general elections, local media reported on Friday (Feb 23).

“This order is for all PDRM (Royal Malaysia Police) personnel, including the top leadership of Bukit Aman. It is part of our preparations for the coming elections,” Bukit Aman Management Department director Abdul Ghafar Rajab was cited as saying in The Star.

The freezing of all leave, including domestic travel, will be imposed once the election date has been announced, Abdul Ghafar added. “Once the date is announced, we will do the necessary.”
He also said the department was prepared to offer manpower support for the polls. “We are ready to provide the necessary assistance whenever and wherever,” he said.

The Star also cited Azizan Abu Bakar, deputy director of the Internal Security and Public Order Department, as saying that the police had 130,000 personnel ready to be deployed.

“We held a series of exercises to ensure all personnel are prepared for any eventuality. The last batch of exercises will be conducted early next month,” said Azizan.

Source: CNA/aj

Sumber BO - 23-2-2018


Keluarga amah Indonesia mati terima pampasan RM63,900
Posted on Thursday, February 22 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38354


Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 telah dibayar kepada keluarga Adelina Lisao, pembantu rumah warga Indonesia yang mati didakwa akibat didera.


Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, bayaran itu meliputi tunggakan gaji dari Januari 2015 hingga Februari 2018, berjumlah RM35,900 dan selebihnya pampasan untuk keluarganya termasuk kos penghantaran jenazah dan pengebumian.

"Bayaran itu telah dibuat pada 13 Februari lepas kepada Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang," kata Zahrain kepada pemberita di Jakarta hari ini.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan keluarga wanita itu mahukan pampasan serta tunggakan gaji selama tiga tahun yang tidak dibayar majikannya.

"Kes kematian Adelina adalah satu kejadian yang amat menyayat hati, saya berasa kesal kerana ia berlaku di Malaysia," kata Zahrain.

Pada 10 Februari lepas, Adelina, 28, ditemui dalam keadaan tidak bermaya dengan kesan lebam di kepala, tangan dan kaki akibat didera di sebuah rumah di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Adelina meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Bukit Mertajam.
Jenazahnya telah dihantar dan selamat dikebumikan di provinsi Nusa Tenggara Timur pada 19 Februari lalu.

Bercakap kepada media yang dihadiri ramai wartawan Indonesia hari ini, Zahrain berkata Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mereka yang didapati bersalah dalam kes berkenaan.

Sementara itu, di Bukit Mertajam, seorang wanita warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh Adelina.

MA Ambika, 60, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Adelina di rumahnya di Medan Kota Permai 2, Taman Kota Permai 2, di Bukit Mertajam pada 4 petang, 10 Februari lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada warga emas berkenaan yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 April ini untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia, bedah siasat dan forensik.

Di mahkamah sama, anak perempuan warga emas itu didakwa atas pertuduhan mengambil bekerja pembantu rumah berkenaan yang diketahuinya tidak mempunyai pas yang sah.

R.Jayavartiny, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Jurujual itu didakwa mengikut Seksyen 55 (B)(1) Akta Imigresen yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya.

-Bernama

Sumber TKO - 22-2-2018


Jika tak dapat buat terbaik, saya sedia berundur - Zahid
Posted on Monday, February 19 @ 11:52:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38309


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi menubuhkan Majlis Daerah Bagan Datuk.


Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata dengan adanya majlis daerah itu, ia dapat mengurus dan memacu ekonomi untuk kemajuan dan pembangunan di daerah ini.

"Saya akan memohon perkenan Sultan Perak berhubung penubuhan majlis daerah itu untuk mengendalikan sendiri semua premis dengan kadar cukai yang tidak tinggi,” katanya ketika berucap pada Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Parlimen Bagan Datuk di Pusat Komersil, Simpang Empat di Bagan Datuk, semalam.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Hamidah Khamis, Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian dan Pengerusi MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon serta 5,000 tetamu lain.

Bagan Datuk diisytihar sebagai daerah ke-12 di Perak pada 9 Jan tahun lepas dan kini berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Ahmad Zahid berkata beliau tidak akan selama-lamanya memegang jawatan Anggota Parlimen sebaliknya akan memberi peluang kepada generasi muda untuk meneruskan kemajuan di daerah itu.

"Kemajuan ini bukan untuk saya. Sebelum saya berundur sebagai Anggota Parlimen, saya ingin bangun dan majukan semua kawasan bagan, pekan kecil, perumahan dan premis perniagaan serta pusat komersil di Bagan Datuk.

“...tetapi, pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti, berilah peluang kepada saya sekali lagi untuk membuktikan kepada penduduk Bagan Datuk. Kalau saya tak dapat buat yang terbaik pada pilihan raya nanti, saya sedia berundur," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memuji Bai Tian kerana berjanji bahawa China akan menjadi negara terbesar membeli produk minyak kelapa sawit negara.

Terdahulu, semasa ketibaan mereka, Ahmad Zahid dan isteri disambut dengan ‘pukulan gendang 24' oleh sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) San Min Teluk Intan selain menyaksikan persembahan tarian singa dan naga.
- Bernama

Sumber TKO - 19-2-2018



SKMM mula siasat klip video Namawee
Posted on Saturday, February 17 @ 22:28:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38280



KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah memulakan siasatan terhadap video klip penyanyi kontroversi, Wee Meng Chee atau Namewee yang dikatakan mengandungi aksi lucah tarian sekumpulan penyanyi berdekatan di Masjid Putra, Putrajaya.


Dalam satu kenyataan SKMM memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara itu dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan kemudahan internet.

“Perbuatan itu telah menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat dan mereka yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan sewajarnya kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98),” kata kenyataan itu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hamidi menegaskan penyanyi rap kontroversi itu tidak mungkin terlepas daripada dikenakan tindakan ekoran perbuatannya yang dianggap telah menimbulkan provokasi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, meskipun pemuda itu sering kali terlepas dan malarikan diri setiap kali melakukan kontroversi namun dia tidak mungkin akan terlepas pada masa akan datang. – MalaysiaGazette

Sumber TKO - 17-2-2018


Diplomat kanan Israel hadir sidang KL, bertemu pegawai Malaysia
Posted on Tuesday, February 13 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38215



PETALING JAYA: Beberapa diplomat kanan dari Israel baru-baru ini turut serta dalam sebuah persidangan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kuala Lumpur, iaitu pertama kali diplomat negara itu dibenarkan masuk secara rasmi ke Malaysia, menurut akhbar Israel.

The Times of Israel memetik jurucakap Kementerian Luar Israel yang mengesahkan pasukan diplomat kanan itu diketuai bekas timbalan duta negara itu ke PBB David Roet, bagi menghadiri World Urban Forum (WUF), yang berakhir pada hari ini.

Roet, yang memasuki Malaysia menggunakan pasport diplomatik Israel, turut mengadakan pertemuan dengan pegawai Malaysia, menurut laporan itu.

Dalam beberapa kiriman di Twitter, Roet menyifatkan lawatannya ke Malaysia “pengalaman unik”, dan menambah beliau “berbangga mengetuai delegasi rasmi Israel”.

“Saya mempunyai harapan besar tentang hubungan baik kedua-dua negara di masa depan,” kata Roet.

Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik. Putrajaya juga baru-baru ini lantang mengutuk keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf bandar Baitulmaqdis sebagai ibukota Israel.

Roet berkata beliau mendapati “banyak persamaan” antara kedua-dua negara, dan memuji masyarakat pelbagai kaum yang “bekerjasama untuk masa depan yang lebih baik”.

Beliau turut memberi contoh aplikasi Waze yang dibangunkan sebuah syarikat Israel, yang menurutnya amat popular di Kuala Lumpur.

WUF dihadiri wakil dari 185 buah negara, dan dianjurkan Program Penempatan Manusia PBB atau UN-Habitat.

Selaku tuan rumah, Malaysia disyaratkan meluluskan visa kepada semua perwakilan.

Pada 2015, Malaysia enggan meluluskan visa lawatan kepada 2 ahli sukan Israel yang bertanding di Kejohanan Layar Belia Dunia (YWC), mengundang kritikan badan dunia sukan itu, World Sailing.

Sumber TKO - 13-2-2018



Bangunan KWSP terbakar
Posted on Tuesday, February 13 @ 12:46:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38214



PETALING JAYA: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menghadap Lebuhraya Persekutuan terbakar hari ini, dengan asap tebal kelihatan keluar dari tingkat atasnya.

Bangunan berusia 58 tahun yang terletak di Jalan Gasing itu sangat terkenal bagi berpuluh ribu pengguna motosikal yang menggunakan lebuh raya tersebut.
Kelihatan sebuah ambulans sedang berada di lebuh raya, menuju ke Kuala Lumpur.

Sumber TKO - 13-2-2018



Najib: Jika terambil, kerajaan sedia kembali kuasa, hak Sarawak
Posted on Saturday, February 10 @ 14:28:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38174



KUCHING: Kerajaan persekutuan tiada masalah mengembalikan kuasa atau hak kerajaan Sarawak yang “terambil” secara sengaja mahupun tidak sengaja, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat tinggi untuk duduk semeja dengan jawatankuasa peringkat tinggi ditubuhkan kerajaan negeri bagi membincangkan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Runding baik-baik, cari penyelesaian, semua boleh bincang. Dalam Kabinet (persekutuan) pun ramai menteri datangnya dari Sarawak,” katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerajaan hari ini lebih jujur dan ikhlas dalam banyak isu, berbeza suatu ketika dahulu apabila sesiapa sahaja yang menyentuh soal Perjanjian Malaysia 1963 akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau seterusnya memuji perpaduan dan permuafakatan PBB sehingga banyak jawatan tinggi parti dimenangi tanpa sebarang pertandingan, yang menurutnya harus menjadi model dicontohi parti politik lain di Malaysia.

Sumber TKO - 10-2-2018


Tamrin gagal bincang 'skandal' bos SPRM dengan IGP
Posted on Thursday, February 08 @ 22:24:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38147


Datuk Tamrin Ghafar yang membawa misi "merungkai skandal" dikaitkan dengan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ke pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), tidak kesampaian hari ini.


Anak bekas timbalan perdana menteri itu berkata, kedatangannya ke Bukit Aman petang tadi dibuat selepas mendapat "lampu hijau" daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Namun kata Tamrin apabila tiba di Ibu Pejabat PDRM itu dia dimaklumkan ketua polis negara tiada di situ kerana menghadiri majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Malangnya apabila sampai tadi IGP tak ada kerana katanya beliau terpaksa menghadiri Forum Bandar Sedunia (WUF).

"Masalahnya kalau dia dah tahu ada perjumpaah (WUF) ini, mengapa suruh saya datang hari ini?

“Pada saya ini tak betul, jemputan (dari WUF) mesti sudah dibuat sebulan lepas. Takkan dia tak tahu? Pada saya ini cuma alasan,” katanya kepada pemberita di luar Bukit Aman.

S
emakan Malaysiakini mendapati persidangan kali kesembilan WUF itu berlangsung antara 7 hingga 13 Feb ini.

Terdahulu Tamrin yang juga anak Allahyarham Tun Ghafar Baba mengumumkan kedatangannya ke Bukit Aman untuk merujuk kes didakwa salah laku melibatkan Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Sebelum ini polis berkata aduan mengenai Dzulkifli disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan tuduhan memikat, membawa pergi atau menahan seorang wanita yang bersuami dengan niat jenayah.

Mahu tindakan diambil
Kemas kini terakhir daripada Mohamad Fuzi mengenai kes itu ialah pada 6 Disember 2017. Katanya polis akan menyiapkan siasatan mereka dalam masa seminggu.

Tamrin hadir ke Bukit Aman diiringi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Zahid Mat Arip dan penulis blog Shahbudin Husin.

Mereka masuk ke bangunan itu kira-kira jam 4.50 petang dan keluar satu jam kemudian.
Pada 1 Feb lalu Tamrin sudah menyatakan rancangannya bertemu Mohamad Fuzi. Melalui status di Facebook dia menulis: "Saya bersedia bersemuka dengan Tan Sri Fuzi, Ketua Polis Negara dalam masa terdekat ini bagi merungkai skandal yang belum selesai ini. Diharap IGP sudi melapangkan masa bertemu saya bersama dua orang rakan lain, seorang jururakam dan seorang saksi."
Sementara itu Tamrin nampaknya tidak berputus asa dan akan cuba mendapatkan temu janji baru bersama Mohamad Fuzi.

“Nampaknya saya akan buat susulan dengan menulis kepada IGP dan menyatakan saya terkilan serta tak puas hati sebab gagal bertemu dengan dia,” katanya.

Pagi tadi Tamrin juga ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memfailkan aduan dan menyerahkan surat terbuka berkaitan Dzulkifli kepada badan itu.

“Tujuan kita jumpa tak lain tak bukan, berkaitan isu ketua pengarah SPRM. Saya mahu tindakan diambil,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo turut membuat gesaan sama.

Katanya, polis telah lama mendiamkan diri mengenai perkembangan siasatan berhubung dakwaan "hubungan sulit" dengan isteri orang itu.

Sumber TKO - 8-2-2018



Jabatan Imigresen tahan PATI miliki 'kad kebal'
Posted on Thursday, February 08 @ 12:08:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38141


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi di Pandan Indah menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memiliki “kad kebal” yang kononnya boleh melindungi mereka daripada ditahan pihak berkuasa.


Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata dengan bayaran RM2,600, PATI boleh mendapatkan ‘kad kebal’ kononnya membolehkan mereka terlepas dari sebarang tindakan undang-undang pihak penguatkuasa.

Dalam satu operasi di sebuah kilang di Kawasan Industri Ringan, Pandan Indah kira-kira 11 pagi kelmarin, JIM menahan sembilan PATI termasuk lima wanita warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta

Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Semasa pemeriksaan dijalankan pekerja kilang tersebut telah mengemukakan ‘kad kebal’ yang kononnya dapat melindungi PATI dari ditangkap pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustafar menegaskan bahawa JIM tidak pernah mengiktiraf atau membenarkan mana-mana pihak untuk mengeluarkan sebarang kad seperti kad kebajikan, kad imigran atau kad kebal.

Beliau berkata Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 memperuntukkan kesalahan individu yang didapati melindungi PATI di Malaysia dimana pesalah bagi perkara ini boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000.

Menurut Mustafar, kehadiran pasukan Imigresen di lokasi kilang tersebut tidak mendapat kerjasama dari pekerja kilang sehingga anggota operasi terpaksa memecahkan pintu masuk utama kilang.

“Sejurus pintu berjaya dibuka dan anggota memperkenalkan diri, pemeriksaan menyeluruh di kilang tersebut dilakukan. Seramai 13 orang telah diperiksa dan hasil pemeriksaan telah menahan sembilan orang, termasuk dua lelaki warga India dan warga Bangladesh dan lima wanita warga Indonesia,” katanya.

Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut manakala seorang lelaki warga tempatan yang merupakan majikan di premis tersebut turut diberikan notis supaya hadir ke Pejabat Imigresen untuk memberi keterangan.

Sementara itu, Mustafar menyarankan orang ramai dan majikan yang ingin mengambil pekerja asing supaya berurusan terus dengan JIM.

“Pihak syarikat atau majikan dinasihatkan supaya tidak mengambil jalan mudah dengan bersekongkol bersama pihak tidak bertanggungjawab. Ini juga merupakan satu amaran kepada semua majikan,” katanya.

Berdasarkan statistik JIM, Mustafar berkata seramai 1,293 majikan telah ditangkap kerana menyalahi undang-undang dan peraturan Imigresen pada tahun lepas.

- Bernama

Sumber TKO - 8-2-2018


Menara Warisan Merdeka (Kl118)
Posted on Thursday, February 01 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38027



Dijangka siap pada tahun 2024, Malaysia akan mempunyai sebuah menara yang bakal menjadi mercu tanda baru dan dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Ketinggian menara yang bakal dibina ini akan menandingi ketinggian KLCC (451.2 meter) dan The Exchange 106 (492 meter) sekaligus meletakkannya sebagai menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Apabila siap pembinaannya kelak, ia mampu mempertingkatkan lagi kepesatan ekonomi negara.

Menara Warisan Merdeka atau juga dikenali dengan KL118 merupakan inisiatif Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk merangsang perkembangan ekonomi negara. Nama KL118 diambil bersempena dengan jumlah tingkat menara tersebut. Manakala, Menara Warisan Merdeka diberi nama atas kapasiti menara tersebut berada di tengah-tengah kawasan warisan sejarah sebelum kemerdekaan. Ketinggiannya bakal mencecah 630 meter (ada juga mengatakan sampai 645 meter), 200 meter lebih tinggi dari KLCC.

Namun, ketinggiannya masih tidak dapat ditetapkan lagi sehingga ianya siap sepenuhnya pada tahun 2024. KL118 terletak di Bukit Petaling di mana tapak asalnya adalah Taman Merdeka dan dikelilingi dengan bangunan bersejarah lain seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara, Institusi Victoria dan Sekolah Lelaki Methodist.
.
KL118 juga dihubungkan dengan jajaran ‘Mass Rapid Transit (MRT)’ iaitu berdekatan dengan Stesen MRT Merdeka. KL118 mempunyai 118 tingkat di mana 100 tingkat akan disewakan dan 80 tingkat daripadanya untuk ruang pejabat di mana 60 tingkat daripadanya akan diletakkan pejabat-pejabat syarikat di bawah naungan PNB, manakala 20 lagi tingkat akan disewakan kepada syarikat-syarikat tempatan yang bertaraf antarabangsa. 20 tingkat lagi akan disewakan untuk kegunaan ruang hotel yang akan dikendalikan oleh hotel yang bertaraf antarabangsa. Selebihnya akan digunakan untuk ruang perniagaan, taman rekreasi, pusat konvensyen dan fasiliti-fasiliti yang lain termasuk ruang parkir yang memuatkan sehingga 5000 kenderaan.

Konsep seni bina KL118 diilhamkan daripada genggaman tangan kanan Tunku Abdul Rahman apabila melaungkan ‘Merdeka’ pada tahun 1957. Ia melambangkan keharmonian yang digunapakai oleh negara dalam mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu. Bentuk rekaan yang moden pula untuk mencerminkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan moden. Kalau dalam ilmu senibina, konsep menara yang moden ini digambarkan sebagai ‘dominant architecture’ kerana menara ini akan kelihatan seperti dominan dikelilingi bangunan-bangunan bersejarah lain.

Arkitek Australia, Fender Katsalidis adalah arkitek yang memberikan idea mengenai konsep rekabentuk ini. Walaubagaimanapun, segala penghasilan lukisan dan pengurusan projek diserahkan kepada arkitek tempatan iaitu RSP Architect. PNB telah mengumumkan pelantikan UEM Group Bhd dengan kerjasama South Korea’s Samsung C&T sebagai kontraktor utama dalam membangunkan KL118. Kerja-kerja tanah pula diuruskan oleh Pintaras Geotechnic Sdn Bhd. Kini, kerja-kerja penanaman cerucuk (piling works) sedang giat dijalankan sejak akhir tahun 2017.
.

Dengan pembinaan menara ini, maka Malaysia mampu mengekalkan ‘title’ negara yang mempunyai menara tertinggi di Asia Tenggara. Ini disebabkan terdapat 2 buah negara yang bakal membina menara yang bakal menandingi KLCC dan The Exchange 106 iaitu Indonesia dengan pembinaan Jakarta Signature Tower dan Thailand dengan pembinaan Rama IX Super Tower. Kedua-dua menara ini juga sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020
.
Sungguhpun begitu, terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa Malaysia juga sedang dalam perancangan membina sebuah menara yang mencapai ketinggian sehingga 775 meter yang akan dimiliki oleh syarikat Tradewinds Corp Sdn Bhd pegangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari yang dikenali sebagai Tradewinds Square. Namun, ia masih dalam peringkat perbincangan.

Kos keseluruhan pembinaan KL118 dijangka mencecah RM5 billions. Kos pembinaan yang tinggi ini telah mendapat kecaman daripada sesetengah pihak kerana ianya dianggap membazir dan bakal meningkatkan hutang negara. Walaubagaimanapun, PNB telah menjangkakan apabila KL118 siap sepenuhnya, ia mampu memberi pulangan sehingga RM6 billions pada 5 tahun akan datang seperti yang diumumkan oleh Presiden dan GCEO PNB. Pembinaan KL118 adalah inisiatif PNB sendiri dan bukan cadangan daripada kerajaan. Dana yang diperoleh di dalam pembinaan KL118 adalah kebanyakan melalui pelaburan-pelaburan rakyat Malaysia.
.
Jadi, pulangan keuntungan yang terhasil daripada pembinaan KL118 ini juga akan turut dirasai oleh rakyat Malaysia. Kecaman dan kritikan ke atas pembinaan projek mega ini bukanlah satu perkara yang pelik bahkan ianya pernah juga berlaku terhadap projek-projek mega di Malaysia yang lain seperti KLCC, Putrajaya dan Jambatan Pulan Pinang. Tidak kiralah siapa yang memerintah ketika pembinaan projek-projek mega ini, sudah pasti ianya akan dipolitikkan.

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya kita lebih berfikiran terbuka dan mengambil kira projek-projek mega ini sebagai pemangkin ekonomi negara. Dengan pembinaan menara ini, ia dapat memberi peluang pekerjaan yang luas kepada golongan profesional seperti Arkitek dan Jurutera tempatan ketika pembinaan menara ini manakala apabila siap kelak ia mampu memberi peluang pekerjaan kepada pelbagai bidang.

Nota Editor: Ini ialah artikel info mengenai Warisan Merdeka. Sebarang komentar berbaur politik kepartian dan membanding-bandingkan setiap monumen dan binaan dengan niat politik di Malaysia akan membawa kepada hukuman ban seumur hidup. Layan artikel ini sebagai artikel ilmiah, bukannya artikel politik murahan.
.
(gambar bangunan adalah hiasan )
the Patriots
#RKIDM 


Sumber TKO - 1-2-2018


Najib masih menunggu ‘ilham’ tarikh PRU14
Posted on Wednesday, January 31 @ 09:05:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38010



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masih menunggu “ilham” tarikh yang paling sesuai bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Saya menantikan satu bentuk petunjuk, seperti apa yang orang Melayu katakan sebagai ilham untuk memikirkan masa yang paling sesuai buat kita.

”…menurut Perlembagaan sebelum Jun. Sekiranya kita tidak mengadakannya pada Jun, Parlimen akan dibubarkan secara automatik.

“Tengoklah kita tunggu sehingga Jun atau kita adakan lebih awal…kita tengok perkembangannya nanti,” kata Najib yang juga presiden Umno kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas timbalan presiden, Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Bendahari Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Najib berkata semua peringkat parti itu kini berada dalam kesiapsiagaan terbaik untuk menghadapi PRU14.

“Kerja-kerja parti di semua peringkat termasuk oleh (pergerakan) Wanita, Pemuda dan Puteri berjalan lancar dan saya berpuas hati.

“Berdasarkan kepada laporan Jawatankuasa Pengurusan Umno yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid serta laporan-laporan daripada Wanita, Pemuda dan Puteri, kesiapsiagaan Umno berada di tahap yang lebih tinggi hari ini.
“Mudah-mudahan, kesungguhan ini akan diteruskan sehingga waktu Parlimen dibubarkan nanti,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata Umno akan menghantar senarai calon PRU14 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan.

“Kita memang komited untuk tentukan bahawa sistem pilihan raya kita sistem yang bersih dan adil. Semua jabatan, kementerian dan agensi telah buat Ikrar Bebas Rasuah (IBR)…memang kita komited,” katanya ketika ditanya sama ada Umno akan melakukan IBR khas sempena PRU14.

Perdana Menteri mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang dilaporkan berkata SPRM sedia memberikan kerjasama kepada mana-mana parti politik yang memohon untuk melaksanakan IBR.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, Najib berkata: “SPR akan membuat keputusan akhir, kemudian ia dibawa di Parlimen, Parlimen akan membuat keputusan.

“Selepas itu, kami melaksanakannya. Ia adalah perkara yang sama sejak dari dahulu lagi, tiada bezanya dengan apa yang kami lakukan sekarang,” kata beliau.

Sumber TKO - 31-1-2018

Nazri Pertahankan Logo Visit Malaysia 2020
Posted on Monday, January 29 @ 20:25:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37978



PUTRAJAYA- Biarpun netizen menimbulkan reaksi kurang senang terhadap rekaan logo ‘Visit Malaysia 2020' (Tahun Melawat Malaysia 2020) yang baru diperkenalkan, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tetap mempertahankan rekaan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kritikan yang dilemparkan berkaitan logo itu bukanlah satu isu.

"Kritikan adalah biasa, kita tidak boleh dapatkan persetujuan rakyat seluruh Malaysia.

"Kalau nak tunggu semua orang setuju, sampai tahun 2020 pun (logo tersebut) tidak akan siap," katanya ketika dihubungi The Star.

Kata beliau, pihak kementerian tidak membelanjakan sebarang kos ke atas rekaan logo itu kerana ia merupakan rekaan pihak jabatan sendiri.

"Kami memiliki jabatan dalam kementerian sendiri dan mereka bertanggungjawab untuk mereka cipta semua logo sejak Tahun Melawat Malaysia yang pertama (1990) sehingga sekarang yang merupakan logo kelima.

"Kami tidak membayar kepada mana-mana syarikat pengiklanan untuk membuat rekaan tersebut.

"Saya lebih percayakan kakitangan sendiri daripada netizen. Lagipun, ia bukan ditujukan buat orang tempatan, sebaliknya untuk pelancong," katanya.
Rekaan logo tersebut tular di internet kerana rata-rata netizen beranggapan bahawa ia tidak mencapai standard.

Logo yang kelihatan seperti sekeping setem itu menunjukkan Menara Berkembar Petronas, seekor Orang Utan memeluk seekor monyet dan seekor penyu di pantai menggayakan sepasang cermin mata hitam.
Slogan bagi logo tersebut adalah ‘Kembara, Nikmati, Hormat'.

Ketika ditanya tentang rekaan logo tersebut, Nazri berkata, logo tersebut meliputi ikon yang bertepatan dengan imej negara ini.

"Kami mengekalkan Menara Berkembar Petronas dalam logo kerana ia merupakan produk pelancongan yang paling banyak dirakam di Malaysia.
"Kita harus bangga dengan menara berkembar sama seperti orang Perancis bangga dengan Menara Eiffel.

"Bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, kita tidak boleh membuang haiwan itu kerana ia adalah simbolik kepada Malaysia," katanya.-mStar Online

Sumber TKO - 29-1-2018


DBKL buka semula pemisah laluan basikal berbahaya
Posted on Tuesday, January 23 @ 09:07:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37868



KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuka semula pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator) di pusat bandar berikutan alat tersebut didakwa mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL Datuk Mahadi Che Ngah berkata pihaknya sedang mengkaji perkara tersebut dan akan membuat pertimbangan untuk menggantikannya dengan “flexible barrier” di laluan basikal sepanjang 11.9km itu.

Beliau, bagaimanapun berkata pemasangan “rubber separator” yang dibuat sebelum ini mengikut piawaian antarabangsa seperti diguna pakai di negara-negara lain.

“DBKL akan meneliti semula perkara ini berdasarkan cadangan dan bantahan daripada pengguna jalan raya. Kami akan selesaikan permasalahan ini sebaik mungkin supaya keselamatan pengguna terjamin.

“Selain itu, DBKL akan memastikan jenis permukaan laluan basikal itu berada dalam keadaan selamat sebelum ia dibuka secara rasmi kepada penunggang basikal,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran SkyWorld Quality Centre yang dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Mahadi berkata laluan basikal fasa pertama itu disediakan DBKL sebagai alternatif kepada orang ramai yang memilih untuk berbasikal ke pusat bandar.

“Fasa pertama bermula dari ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail hingga ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan berpatah balik ke Jalan Sultan Ismail melalui Medan Pasar dan Dataran Merdeka,” katanya.

Beliau berkata laluan basikal itu akan diperluaskan ke kawasan lain sehingga ke Wangsa Maju dan sekitar Kuala Lumpur sekiranya fasa pertama berjaya.

Baru-baru ini, gambar kemalangan penunggang motosikal berhampiran laluan basikal berkenaan, tular dalam media sosial dan perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen tentang kewajaran projek tersebut.

Sumber TKO - 23-1-2018


'Cikgu pembangkang' digesa berhenti kerja kata Menteri UMNO
Posted on Friday, January 19 @ 21:40:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37825


Guru-guru dan pegawai yang memegang jawatan dalam parti pembangkang diminta meletak jawatan, lapor Kwong Wah Jit Poh.

Memetik Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid, akhbar Cina itu melaporkan gesaan itu dibuat dibuat kerana kritikan mereka boleh merosakkan imej kerajaan.


“Mereka patut letak jawatan dan gunakan kapasiti parti untuk bercakap atau bertanding dalam pilihan raya umum akan datang jika mereka mahu melawan kerajaan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Kementerian akan mengarahkan golongan itu meletakkan jawatan, tambahnya.
“Kita tidak benarkan mereka bekerja dalam agensi kerajaan ketika menjadi pembangkang atau memegang jawatan parti,” katanya.

“Bagaimanapun, katanya, mereka yang menyertai dan memegang jawatan dalam parti pemerintah dibenarkan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Mahdzir dikatakan berkata demikian dalam taklimat dasar kementerian di Putrajaya semalam.

Beliau dilapor membangkitkan kisah seorang bekas pengarah di Jabatan Pendidikan Perlis yang menggunakan media sosial untuk menyelar kerajaan.

“Saya juga tahu ada seorang guru besar menjadi pemimpin PKR manakala seorang lagi pegawai Jabatan Pendidikan ada jawatan dalam PAS. Ini tidak dibenarkan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, laporan Bernama semalam hanya menyebut Mahdzir sebagai hanya mengingatkan warga pendidik supaya berpada-pada dalam berpolitik agar tidak melanggar peraturan sebagai penjawat awam.

Laporan agensi berita nasional itu tidak menyebut sama ada mereka diminta meletakkan jawatan.

Bernama juga melaporkan Mahdzir sebagai berkata kementerian tidak berhasrat mengganggu warga pendidik terbabit sehingga perlu dipecat tetapi meminta mereka bertindak secara profesional.

Kedua-dua laporan itu dipercayai bersumberkan acara sama.

Sumber TKO - 19-1-2018




































































Lepas ziarah makam Nabi, Najib masuk Kaabah
Posted on Thursday, January 11 @ 16:35:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37683


Dalam lawatan kerja Datuk Seri Najib Razak ke Arab Saudi sejak 8 Januari lalu, beliau tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan umrah di Masjidil Haram.

Dan sebagai pemimpin tertinggi negara, tentulah beliau diberikan layanan selayaknya ketika melaksanakan ibadah yang digelar sebagai 'haji kecil' itu.
Selepas beliau sekeluarga diberi penghormatan untuk menziarahi makam Nabi Muhammad, Najib berpeluang untuk masuk ke dalam Kaabah pula.

Kedua-duanya - makam Nabi dan ruang dalam Kaabah - merupakan kawasan larangan dan memerlukan keizinan pemerintah Arab Saudi untuk masuk ke dalamnya.

"Allahuakbar, rasa cukup terharu dan bersyukur diberi peluang memasuki Kaabah, melihat rumah Allah. Syukur alhamdulillah," Najib berkongsi pengalamannya di twitter, pagi tadi.

Beliau turut memuatnaik beberapa gambar sepanjang mengerjakan umrah bersama keluarga di sana.

Lawatan kerja sehingga 12 Januari itu adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, dan antaranya untuk membincangkan isu dua hala yang dipersetujui semasa kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia tahun lalu.

Namun ia bukanlah tanpa kontroversi, apabila nama keluarga dan kenalan Najib yang dikatakan termasuk dalam rombongan itu tular di media sosial.
Delegasi tersebut termasuk isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka Nor Ashman dan Riza Aziz serta anak perempuan mereka Nooryana Najwa, menantunya, Danniyar Kessikbayev dan cucu, Adam Razak Daniyar.

Selain itu, adik Najib, Nizam dan Nazim serta ibu mereka Tun Rahah Mohammad Noah turut bersama.

Turut ada adalah sejumlah individu yang disenaraikan sebagai "tetamu perdana menteri", antaranya Bustari Yusof, Johrah Abdul Rahman, Amirul Rahman Abdul Rahim dan Nazir Hussin Akthar Hussin.

Ia mengundang kritikan pelbagai pihak, sebelum Pejabat Perdana Menteri menjernihkan keadaan dengan menjelaskan adik dan kenalan Najib menanggung sendiri lawatan itu, dan hanya Tun Rahah yang bersama Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib mengundang keluarga dan kenalannya agar dapat mengerjakan ibadah umrah bersama-sama mereka.

Sumber TKO - 11-1-2018




































































Degazetting Of Permanent Forest Reserves Sent The Wrong Message To The World

The degazetting of permanent forest reserves the size of 4,500 football fields in Terengganu has sent the wrong message to the world, said Malaysian Nature Society Terengganu branch chairman Wong Chee Ho.
Wong said the current practice of degazetting forest reserves is not sustainable.

“Solutions, where revenue can be generated from forests which remain intact, is now available, the state should start adopting this in order to provide a better future for everyone.

“Instead of converting more forests to oil palm estates, properly managed forests can provide Terengganu with a sustainable source of income in the form of timber, traditional herbal products and ecotourism,” he said in a statement yesterday.

He said news reports have revealed that the 4,515ha of permanent forest reserves are to be given to TDM Bhd, a government-linked company, for expansion of their plantations.

Wong said MNS Terengganu is not against palm oil as a crop but the expansion of plantations must follow strict guidelines.

He pointed out that guidelines set by the Roundtable for Sustainable Palm Oil prohibit the clearing of High Conservation Value forests according to the new planting procedure.

“A study by the Forest Research Institute of Malaysia via high-resolution satellite images showed that forest areas in Peninsular Malaysia has declined by 200,000ha between 2010 and 2015 due to land conversion.
“The same study found that in Terengganu and other states, oil palm and rubber plantations have been the main drivers of deforestation,” the MNS Terengganu branch chairman said.

Wong said researchers from FRIM and Duke University have quantified the impact of deforestation on flood mitigation, where they found that conversion of 1% of inland forest to oil palm increased the number of flooding days by 26.8%.

He added that they also found that the number of deaths and flood evacuees per year increased with expanding oil palm acreage.

Wong urged the Terengganu state government to shift the emphasis towards nature-based tourism as a key income earner for the people – the sun

Sumber BO - 8-1-2018

Enakmen Rizab Melayu



LATARBELAKANG
Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Enakmen Rizab Melayu 1913 ini telah dimansuhkan mulai daripada 15.12.1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935 ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.

Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu
ERM Kelantan 1930
ERM Kedah 1931
ERM Perlis 1935
ERM Johor 1936
ERM Terengganu 1941
British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.

OBJEKTIF RIZAB MELAYU
Terdapat dua objektif utama :-
Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu

Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

MATLAMAT
Dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

PENGISYTIHARAN

Kuasa Pengisytiharan
Di Negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di mana ERM (NMB Bab 142) dipakai, kuasa untuk membuat pengisytiharan terletak pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat (RDM). Di Johor, PTG dengan kelulusan RDM manakala di lain-lain negeri, RDM.

Tujuan Pengisytiharan
Untuk mewujudkan satu kawasan Rizab Melayu
Untuk membatalkan kawasan Rizab Melayu
Untuk meminda had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu

Tanah yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.
Tanah Kerajaan
Tanah Hutan Simpan
Tanah Rizab Awam
Tanah Milik

Syarat-syarat Pengisytiharan
Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]
Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga hendaklah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu. [Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]

Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]

Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan]
Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [Sek.3(1)ERM Kedah]
Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) ‘Malay Holding’]


Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu
Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.

Sumber: INSTUN

Sumber BO - 7-1-2018


Kereta Mewah Aliff Syukri Antara 20 Disita JPJ
Posted on Monday, January 01 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37531



KUALA LUMPUR - Sebuah kereta mewah Rolls Royce dipercayai didaftarkan di bawah syarikat D'herbs Holding Sdn Bhd merupakan antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, di sini malam tadi.

Kenderaan itu ditahan kerana memilki Lesen Kenderaan Motor (LKM) (cukai jalan) Sarawak.


Adalah menjadi kesalahan menggunakan kenderaan yang memilki LKM Sarawak atau Sabah, di Semenanjung.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan disewa oleh seorang lelaki warganegara Australia sebelum disita.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata kenderaan itu menggunakan LKM Sarawak dengan bayaran kira-kira RM5,000 berbanding kira-kira RM20,000 di Semenanjung, katanya kepada pemberita selepas Ops Patuh di sini.

Mengulas mengenai operasi yang dijalankan di ibu negara, Wan Ahmad Uzir berkata operasi berkenaan turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 170 orang.


Dalam pada itu, seramai 65 warga asing dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Pakistan dan Australia ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa. - BERNAMA

Sumber TKO - 1-1-2018


Pekerja Bungkus Ayam, Sotong, Udang Di atas Lantai
Posted on Monday, January 01 @ 11:48:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37526



JOHOR BAHRU - Tindakan seorang pekerja sebuah pasar raya terkenal di bandar raya ini membungkus ayam, sotong serta udang hanya di atas lantai berjaya dikesan menerusi pemantauan yang dijalankan oleh Persatuan Penggerak Pengguna Johor (PPPJ), di sini, pagi tadi.

[GAMBAR] Pekerja Bungkus Ayam, Sotong, Udang Di atas Lantai

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang pekerja sebuah pasar raya terkenal di bandar raya ini membungkus ayam, sotong serta udang hanya di atas lantai berjaya dikesan menerusi pemantauan yang dijalankan oleh Persatuan Penggerak Pengguna Johor (PPPJ), di sini, pagi tadi.

Pengerusi Pemantau PPPJ merangkap Naib Pengerusi PPPJ, Salleh Sadijo berkata, tindakan sedemikian jelas melanggar aspek kebersihan dan dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan sekiranya dimakan para pengguna.

“Kami sendiri terperanjat memandangkan tindakan itu dibuat di pasar raya yang besar. Ayam tersebut telah dipotong kecil sebelum dibungkus ke bekas-bekas. Begitu juga sotong dan udang juga turut hanya diletakkan di atas lantai sebelum dibungkus dan dijual kepada pengguna.

“Kami telah mengambil maklumat itu dan akan menyalurkan aduan tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor supaya tindakan susulan dapat diambil.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mengambil sebarang tindakan memandangkan kami hanyalah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak mempunyai kuasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Salleh berkata, pemantauan yang dijalankan setiap empat bulan sekali itu kali ini difokuskan kepada isu menyemak harga barang dan kali ini empat pasar raya sekitar bandar raya terlibat membabitkan 20 ahli PPPJ.

“Pemantauan kali ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu barang-barang basah, barang-barang kering, sabun dan makanan di dalam tin yang dikhuatiri telah tamat tarikh luputnya.

“Bagaimanapun, pemantauan mendapati keempat-empat pasar raya mematuhi peraturan tersebut dan tidak mempunyai masalah,” katanya.

Beliau berkata, selain pemantauan, pihaknya turut mendapatkan maklumat daripada para pengguna dan ada yang mengadu sesetengah harga barang di pasar raya lebih tinggi berbanding yang dijual di kedai runcit.

Sumber TKO - 1-1-2018

Penambahan Tempoh Cuti Bersalin Kakitangan Kerajaan Wanita 2018
Posted on Saturday, December 30 @ 17:32:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37505


Assalamualaikum WBT. Lagi berita baik untuk penjawat awam! Kali ini khas untuk para penjawat awam wanita. Berkuatkuasa 1 Januari 2018, tempoh cuti bersalin bergaji penuh akan ditambah iaitu daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.


Penambahan ini boleh dibaca di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2017 : Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam yang telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia pada 13 Disember 2017. Anda boleh mendapatkan Pekeliling tersebut di sini.

Fleksibiliti pegawai untuk memilih tempoh cuti bersalin juga dikekalkan antara 60 sehingga 90 hari.

Di dalam Pekeliling ini juga disertakan lampiran-lampiran panduan pilihan kemudahan kemudahan cuti ini, borang permohonan dan juga contoh-contoh situasi bagi membantu merancang permohonan cuti bersalin ini.

Diharap berita baik ini dapat memberi semangat untuk para penjawat awam wanita agar dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang dan gembira kerana mengetahui prihatinnya Kerajaan terhadap mereka sebagai kaum ibu.
Oleh: Aizen Nasa (watcher)


Sumber TKO - 30-12-2017




MITI: Lapan kilang MNC tutup kedai
Posted on Saturday, December 30 @ 09:18:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37491&mode=thread&order=0&thold=0


Kerajaan mengesahkan lapan syarikat multinasional (MNC) telah menutup kilang mereka di Malaysia.

Lapan syarikat itu ialah Rubicon Technology Inc, Seagate Technology PLC, British American Tobacco (BAT), Samsung, Amphenol Corp, Fairchild Semiconductor International Inc, STR Holdings Inc dan SunEdison Semiconductor Ltd.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendedahkan hal ini dalam jawapan bertulis parlimen kepada anggota parlimen Ranau Datuk Ewon Ebin yang meminta pengesahan terhadap laporan beberapa MNC telah menutup operasi mereka di Malaysia.

Kementerian itu berkata tiga syarikat yang disebut Ewon (gambar, bawah, kanan) iaitu Japan Tobacco International (JTI), Suzuki Motor Corporation dan Western Digital masih memiliki kilang yang beroperasi di negara ini tetapi syarikat tersebut telah distruktur semula.

Sayap perniagaan komponen kereta Suzuki telah menutup operasi peruncitannya di Malaysia tahun lalu. Buat masa ini, tiada pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia.

Kementerian berkata penutupan lapan kilang itu melibatkan terlepas pelaburan FDI sebanyak RM5.4 bilion dan kehilangan pekerjaan kepada 6,412 orang.

Menurutnya, antara sebab penutupan operasi berpunca daripada pasaran yang lemah kerana teknologi (baru) yang menimbulkan gangguan, pengambilalihan oleh syarikat lain dan penstrukturan semula bagi memastikan persaingan antarabangsa.

Bagaimanapun, MITI berkata terdapat hikmah disebalik perkara ini kerana 2016 menyaksikan hampir 5,000 projek baru melibatkan pelaburan FDI sebanyak RM207.9 bilion.

Pelaburan itu, tambahnya, akan mewujudkan 153,060 peluang pekerjaan baru.

Sumber TKO - 30-12-2017

20 Ditahan Disyaki Terlibat Kumpulan Pengganas
Posted on Saturday, December 23 @ 07:30:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37408



KUALA LUMPUR - Seorang bekas guru di sebuah sekolah rendah di Kuching, Sarawak antara 20 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas menerusi operasi yang dijalankan dari 30 November hingga 15 Disember lalu di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 1 Disember lepas.

“Suspek adalah ahli kumpulan WhatsApp ‘The Rise Of Jundullah’ yang terlibat dalam rancangan serangan ke atas ‘The Better Beer Festival 2017’. Suspek juga turut merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas yang beroperasi di situ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata sehari sebelum itu, (30 November) polis menahan seorang lelaki warga Indonesia di Pontian, Johor yang dipercayai terlibat dalam insiden pengeboman di Bandung pada Julai lepas sebelum menyusup masuk ke Malaysia bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa Indonesia.

Katanya suspek berusia 24 tahun itu merupakan seorang pemimpin kanan kumpulan Jamaah Ansharut Daulah yang merancang mengumpul dana di Malaysia sebelum berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan Daesh.

Mohamad Fuzi berkata tangkapan seterusnya dibuat pada 4 Disember lepas di Sandakan, Sabah dengan kerjasama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melibatkan empat lelaki warga Indonesia berusia 31 hingga 38 tahun.

Beliau berkata kesemua suspek memasuki Malaysia secara haram menerusi Tarakan dan Nunukan, Indonesia serta merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas di situ.

Katanya pada 6 Disember, seorang lelaki warga Filipina berusia 50 tahun ditahan di ibu negara kerana dipercayai mempunyai hubungan persaudaraan dengan pemimpin tertinggi kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group (ASG).

Suspek disyaki merekrut warga Filipina di sekitar Kepong di sini untuk menyertai kumpulan ASG di selatan Filipina.

Pada 10 Disember lalu, polis menahan enam lelaki tempatan dan lima lelaki Filipina berusia 16 hingga 47 tahun di Sandakan, Sabah kerana dipercayai merancang menyertai kumpulan pengganas di selatan Filipina.

Katanya pada hari sama, polis menahan seorang lelaki warga Filipina di Masai, Johor kerana disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina berikutan disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan di negara berkenaan.

Tangkapan terakhir katanya melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun dari sebuah negara di utara Afrika di KLIA pada 15 Disember lepas kerana dipercayai terlibat dalam kumpulan pengganas Daesh di Iraq dan Syria.


“Kesemua suspek yang ditangkap disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya. – BERNAMA

Sumber TKO - 23-12-2017



Felda sahkan polis sedang siasat kes jual-beli tanah Jalan Semarak
Posted on Friday, December 22 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37403



Kejadian pada Janurai 2017, siasatan Disember 2017. Ini siasatan untuk PRU-14 ke??

KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengesahkan badan berkanun itu telah membuat laporan polis ekoran wujud elemen penipuan terhadap keempat-empat lot tanah di Jalan Semarak bernilai RM270 juta yang kini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta.

Malah, pihaknya juga akan mengambil tindakan sivil kepada syarikat swasta berkenaan kerana dipercayai menyalahgunakan kuasa.
“Kita (Felda) telah beri surat kuasa wakil penuh (full power of attorney - PA) kepada syarikat swasta tersebut.
“Namun, syarikat itu telah menukar hak milik tanah tersebut kepada syarikatnnya sendiri dan kita tidak menerima satu sen pun daripada penjualan itu,” katanya pada sidang media di Menara Felda hari ini.
Selain itu, katanya Felda akan menukar status kaveat persendirian yang didaftarkan pada 14 April lalu kepada kaveat pendaftar untuk mengukuhkan penguasaan pemilikan terhadap tanah itu.
Terdahulu media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.
Tanah itu kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda dikenali sebagai KLVC Tower1A.
Media yang memetik sumber melaporkan, dipercayai pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Sementara itu, Shahrir melahirkan rasa hairannya bagaimana permindahan tanah milik Felda dilakukan dengan mudah tanpa penyeliaan yang jelas.
Malah beliau terkejut apabila terdapat transaksi ‘hantu’ pindah milik berlaku tanpa pembayaran dilakukan.
"Saya terpegun, begitu mudah untuk pindah milik tanah dalam institusi seperti Felda.
“Tiada rundingan tentang perkara itu (pindah milik). Namun, kami membuat keputusan untuk miliki semula tanah tersebut," kata beliau lagi.
-na-



Sumber TKO - 22-12-2017





































































Gambar Nazri bersama Ryan Loh tular
Posted on Thursday, December 21 @ 06:53:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37387


SHAH ALAM -  Gambar yang menunjukkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dipercayai bersama bekas Ketua Pengarah Operasi syarikat Integrated Manasik Monitoring System (Imams) Sdn Bhd, Ryan Loh tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Gambar tersebut tular selepas ramai pihak menyuarakan bantahan bagaimana orang bukan Islam boleh menguruskan hal berkaitan ibadah umat Islam di negara ini.

Ryan Loh dikatakan sebagai penama yang menandatangani surat pemberitahuan kepada syarikat pelancongan yang memiliki lesen khas umrah (LKU) mengenai kadar pembayaran permohonan visa bagi jemaah umrah di bawah sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams).


Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu sidang media mengaku tidak tahu bahawa syarikat yang diberi tanggungjawab menguruskan permohonan visa jemaah umrah di bawah sistem Imams dikendalikan bukan Islam.

Beliau turut mengesahkan Ryan Loh telah meletakkan jawatannya dalam Imams.
Manakala, Mohamed Nazri seperti dilaporkan media berkata, keanggotaan pegawai eksekutif bukan Islam dalam Imams bukan punca sistem Imams dibatalkan serta-merta.

Beliau berkata,  sebaliknya, pembatalan sistem itu dibuat kerana beliau tidak bersetuju dengan caj dan pelaksanaan yang wajib.

Ini berikutan tular di media sosial kononnya pegawai eksekutif bukan Islam dalam syarikat itu menjadi antara punca pembatalan sistem tersebut.
Sumber TKO - 21-12-2017


Isu IMAMS, Nazri Aziz kantoi!
Posted on Monday, December 18 @ 21:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37352



Nazri Aziz kata pembatalan IMAMS disebabkan caj tak seperti yg dibincangkan dalam kabinet.

Namun dalam hansard Parlimen baru-baru ni, Nazri Aziz sendiri yang bentangkan jumlah caj adalah RM90.10.



Mana mungkin akan dibentangkan dalam dewan Parlimen kalau dalam Mesyuarat Kabinet tak dipersetujui jumlah tersebut.

Kredit
Fauzi Hamid
Sumber TKO - 18-12-2017

Government Had Failed In War On Drugs


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said today the government had failed in their war on drugs, as the number of users and addicts have continuously increased in recent years.

In his opening speech at the Malaysian Drug Prevention Association (Pemadam) 42nd Annual General Assembly, the deputy prime minister said 58 per cent of convicts in jail were there for drug-related crimes, while the number of addicts have increased by 14 per cent, last year.

He said the number of addicts in 2016 was 30,847, while in 2015 the number stood at 26,668.
As for new addicts, the number had increased from 20,281 to 22,295 in the same time span.
“We have to admit that our efforts had failed but it does not mean we have to stop at it.
“We should not have the in denial syndrome and must admit our failure,” he said.

Zahid said the approach in combating drug abuse needs to be more holistic, as authorities need to outsmart drug pushers and manufacturers.

“Those who were involved in the drugs syndicate have outsmarted us and this is why we failed. Now we have to be smarter than them.

“We have only been seeing the smaller picture, instead of looking at things at a wider perspective,” he said.

To encourage Pemadam and other anti-drug agencies and NGOs in continuing their cause, Zahid announced an annual allocation of RM10 million starting next year, for the groups to carry out drug eradication programmes.

“I want to see this funds to be fully utilised, as I do not want to see taxpayers’ money go to waste.
“If I do not see a decrease of 50 per cent (in drug cases) by December 31 next year, then I will retract the allocation,” said Zahid at the Dewan Merdeka, at the Putra World Trade Centre (PWTC).
Meanwhile, in addressing the United Nations’s efforts to decriminalise drugs for personal use, Zahid said that there will be no compromise on the Malaysian government’s part even if there is a resolution by international agencies to legalise the use of dangerous drugs.

“As long as drug addiction is not 100 per cent eradicated, social problems and crimes stem from drug use would continue.
“We will not abide by any efforts to legalise the usage of drugs as legalising it is beyond the modern thinking of human norms,” he said.

In June, the UN and World Health Organisation (WHO) issued a joint statement calling for a review and repeal of punitive laws including those that criminalised drug use or possession of drugs for personal use.

Sumber BO - 18-12-2017 


IMAMS dibatal sehari selepas dikuatkuasa
Posted on Saturday, December 16 @ 21:12:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37324


Sehari selepas dikuatkuasakan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) hari ini mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah.

Ketua Setiusahanya, Datuk Rashidi Hasbullah berkata, pembatalan itu dibuat selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri, lapor Astro Awani.

Perkara itu turut diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan ringkas di laman sosialnya hari ini.


Menurut Bernama difahamkan pihak kementerian akan mengadakan sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada 6 petang ini.

Semalam, Mas Ermieyati memberitahu kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan IMAMS bagi permohonan visa umrah, berkuat kuasa serta merta.

Katanya, sistem itu dilaksanakan bertujuan untuk menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.

"Kegagalan pihak yang menguruskan jemaah umrah untuk mematuhi arahan ini akan diambil tindakan keras oleh kementerian dan boleh menyebabkan lesen perniagaan mereka dibatalkan," katanya pada sidang media di Putrajaya semalam.

Pelaksanaan sistem ini melibatkan caj pada kadar RM45 dan insurans takaful umrah pada kadar RM40 bagi setiap jemaah termasuk caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM5.10.

Terdahulu pagi ini Motac dalam satu kenyataan dipetik Bernama berkata IMAMS perlu memastikan kakitangan syarikat tersebut hanya terdiri daripada individu beragama Islam.

Keputusan tersebut diambil bagi melindungi kepentingan dan sensitiviti agama Islam.

“Susulan pelancarannya, pelbagai reaksi diterima oleh MOTAC terhadap inisiatif tersebut.

“Dalam hal ini, lembaga pengarah syarikat IMAMS adalah terdiri daripada warganegara Malaysia beragama Islam, manakala pemegang saham syarikat adalah daripada warganegara Malaysia beragama Islam dan syarikat-syarikat tempatan,” menurut kenyataan itu.

Sumber TKO - 16-12-2017

Saya tidak tahu ada bukan Muslim dalam IMAMS
Posted on Saturday, December 16 @ 21:06:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37323


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin hari ini berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang penglibatan bukan Bumiputera dalam syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS).

Mas Ermieyati berkata demikian selepas sistem yang diperkenalkan kementerian itu mendapat aduan pelbagai pihak dan dibatalkan hari ini selepas diumumkan semalam.

“Malah sehari sebelum pitching (pembentangan) saya tanya lagi pegawai saya, ada tak (melibatkan) bukan Bumiputera dan sebagainya?

“Daripada maklumat yang saya terima, tak ada,” kata Mas Ermiyati dalam sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di Kuala Lumpur petang tadi.
Sidang media itu diadakan beberapa jam selepas Kementerian Pelancongan mengumumkan pembatalan IMAMS.

Mas Ermieyati yang kelihatan sebak juga berkata hanya beberapa jam selepas sidang medianya semalam beliau dimaklumkan berkenaan salah seorang pegawai eksekutif atasan adalah bukan Muslim.

Sidang media semalam diadakan untuk mengumumkan pelaksanaan sistem itu yang dikatakan bertujuan membanteras penipuan pakej umrah.

IMAMS sebelum ini diwajibkan dalam proses permohonan visa umrah dan akan dikenakan ke atas kesemua 65 agensi pelancongan yang menguruskan umrah di Malaysia.

SumberTKO - 16-12-2017

Bila Bayaran Khas RM1500 dan RM750 tahun 2018 akan dibuat?
Posted on Saturday, December 16 @ 11:23:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37316



Pergh... dah dekat hujung-hujung tahun ni banyak pula surat-surat pekeliling yang membawa berita baik dikeluarkan kepada kakitangan-kakitangan awam. Jadi saya nak kongsikan berita yang ditunggu-tunggu iaitu Bayaran Khas RM1500 dan RM750 kepada para penjawat awam dan pesara kerajaan masing akan dibayar pada tahun depan iaitu tahun 2018!! Surat pekeliling ini dikeluarkan pada 13 Disember 2017 dan telah ditandatangani oleh Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Bayaran khas ini merangkumi:

  1. Bayaran khas Tahun 2017 berjumlah RM1,500 kepada pegawai kerajaan Persekutuan, pembayaran dibuat dua kali iaitu 
  • Bayaran Khas 2017 sebanyak RM1,000 dan,
  • Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM50o

    2. Bayaran Khas Tahun 2017 berjumlah RM750 kepada pesara Kerajaan yang berpencen, pembayaran juga dibuat dua kali iaitu

  • Bayaran Khas 2017 (pesara) sebanyak RM500 dan,
  • Bayaran Khas Aidilfitri 2018 (pesara)  sebanyak RM25o

Menurut pekeliling ini, Bayaran Khas Tahun 2017 akan dibayar pada 8 Januari 2018. Manakala bayaran untuk Aidilfitri tidak dinyatakan dalam pekeliling tersebut. Jadi pengumuman selalunya akan dibuat sebelum Aidilfitri kebiasaannya.



Untuk membaca dokumen penuh pekeliling Bayaran Khas ini. Anda boleh lawati post di blog saya di sini untuk membacanya. Di dalam dokumen ini ada dinyatakan pegawai-pegawai yang tidak layak mendapat Bayaran Khas ini, bayaran kepada pegawai yang meninggal dunia dan sebagainya. Boleh baca di sana.  Semuanya ada dinyatakan dengan jelas.



Semoga bayaran ini dapat membantu sedikit sebanyak para pegawai kerajaan bagi memulakan tahun baharu anda.



Akan ada lagi berita baik untuk penjawat awam menjelang tahun 2018 ini. Saya akan post dari semasa ke semasa. Harap anda sabar menunggu.


Oleh: Aizen Nasa (watcher)


Sumber TKO - 16-12-2017



Kilang Mi, Kuetiau Tiada Sijil Halal Sah Diserbu
Posted on Saturday, December 16 @ 04:35:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37314





BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang pada Khamis menyerbu sebuah kilang memproses mi dan kuetiau di Mak Mandin, di sini kerana menyalah guna logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Bertindak hasil maklumat daripada orang awam yang curiga dengan status halal produk yang dikeluarkan kilang itu, sepasukan penguatkuasa KPDNKK Seberang Perai Utara (SPU) bersama pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyerbu premis berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ketua Cawangan KPDNKK SPU, Zalina Aziz berkata, ketika serbuan ke atas kilang itu terdapat beberapa pekerja sedang membungkus mi dan kuetiau menggunakan plastik tertera logo halal.

Katanya, siasatan awal mendapati produk mi dan kuetiau yang dikeluarkan premis terbabit dipasarkan sekitar Pulau Pinang.

"Produk berkenaan dibungkus menggunakan plastik tertera logo halal JAKIM tetapi pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan tidak mempunyai sijil halal sah.

"Berikutan itu, kami menyita 175.1 kilogram plastik bercetak logo halal dan 15,600 keping pelekat logo halal dari premis berkenaan," katanya di sini, Khamis.
Zalina berkata, pihaknya turut mengarahkan kilang itu untuk memberhentikan kerja-kerja memproses mi dan kuetiau sehingga siasatan dijalankan selesai.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya turut mengambil keterangan pemilik premis berkenaan berusia 50-an untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. - Bernama

Sumber TKO - 16-12-2017

‘Ingat barang saja GST, ibadah pun GST’
Posted on Friday, December 15 @ 21:52:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37312


BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – ‘Ingatkan barangan saja dikenakan GST, rupanya ibadah juga ada GST.’

Demikian antara sindiran dan keluhan rata-rata pengguna media sosial dan pembaca Ismaweb.net yang tidak berpuas hati serta membantah pelaksanaan Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS).

Rata-rata netizen menyelar tindakan kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) menguatkuasakan IMAMS bermula hari ini, yang turut merangkumi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM5.10 selain bayaran tambahan berjumlah RM85.

“Nak beribadat pun kena GST, semoga Allah mempermudahkan urusan mereka yang teraniaya. Semoga Allah memberi pembalasan kepada mereka yang menyusahkan orang lain,” tulis Aziah Mat.

“Astaghfirullah, kenapa sampai mengerjakan umrah pun dikenakan GST? Miskin betulkan kerajaan ini,” kata Royal Sanchez.

Pemilik akaun Facebook, Salwa Keluarga Safeforeveraamin berkata, kerajaan sepatutnya bertanggungjawab menjelaskan sebab dikenakan GST dalam pembayaran umrah kepada rakyat.

“Kerajaan elok perjelas kenapa GST
dikenakan…..Jangan sebut saja dikenakan, segelintir rakyat tidak faham,” tulisnya.
“Sepatutnya perkara berkaitan agama Islam perlu dirujuk kepada pihak berkenaan agama Islam dan bukannya kementerian pelancongan,” tulis Khori Kasim.

“Dah tak berduit sangat ke kerajaan sampaikan nak beribadah pun kena GST? Ini dia PM yang mendaulatkan Islam,” kata Liah Qamar.

Muhammad Hamzi meluahkan kekesalan dengan sikap kerajaan kerana menjadikan ibadah sebagai barang dagangan, selain mengakui ianya bakal membebankan bakal jemaah untuk ke Tanah Suci.

“Dah macam negara komunis, semua nak dikaut,” tulis Khairil Anuar.

“Kalau penunggang agama buat keputusan, inilah jadinya,” kata Salmah Salleh.
Ismaweb.net menerusi laporan eksklusifnya pada Oktober lalu mendedahkan berkenaan program IMAMS yang dikendalikan oleh sebuah swasta yang membuat cadangan kepada kementerian, satu sistem yang boleh diguna pakai serentak dengan penguatkuasaan Lesen Khas Umrah (LKU).

LKU diperkenalkan oleh Motac kepada agensi pengendali umrah berkuat kuasa 1 Oktober lalu, bertujuan memantau, mengelak dan membendung kes penipuan umrah yang banyak dilaporkan sebelum ini.


Menerusi IMAMS, syarikat itu akan mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM5.10, selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans), daripada setiap umat Islam Malaysia yang hendak mengerjakan umrah.

Sumber TKO - 15-12-2017


Jimat 90 Peratus Kos Ambil Pembantu Rumah. Tapi Bayar kepada Kerajaan.. he he
Posted on Friday, December 15 @ 20:10:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37301




PUTRAJAYA: Majikan boleh berjimat lebih 90 peratus dalam pengambilan pembantu rumah asing secara dalam talian mulai 1 Januari depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata, sebelum ini, majikan perlu membayar hingga RM18,000 tetapi kini mereka hanya membayar RM1,635 kepada kerajaan melalui Jabatan Imigresen.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, jumlah itu adalah kos bagi pengambilan pembantu rumah dan tidak termasuk kos penerbangan dan pasport.

“Kerajaan mengambil langkah pengurangan termasuk mengurangkan kadar wang cagaran dari RM1,000 kepada RM500 dan wang proses dari RM500 kepada RM250.

“Ini bererti kerajaan mengambil langkah proaktif agar sebarang pembayaran pengambilan terus pembantu rumah asing dapat dikurangkan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di sini, Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 mengumumkan kerajaan kini memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen.

Ahmad Zahid berkata dalam mesyuarat itu, satu kaedah diperincikan melibatkan pengambilan pembantu rumah asing hanya dari Indonesia dan Filipina susulan kekangan dan perundangan dua negara itu.

“Oleh itu, majikan tidak diizinkan mengambil terus pembantu rumah asing tetapi perlu melalui syarikat berdaftar dengan Kementerian Tenaga Kerja atau Buruh di negara berkenaan.

“Kita kena mematuhi perundangan Indonesia dan Filipina dan berharap majikan akan memohon melalui syarikat serta mendapatkan nama-nama bakal pembantu untuk dikemukakan permohonan atas talian,” katanya.

Namun, majikan boleh mengambil terus pembantu rumah asing dari tujuh negara sumber lain.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat itu juga memutuskan bahawa pembantu rumah asing perlu menjalani saringan kesihatan tambahan mulai 1 Januari ini.

Saringan kesihatan itu akan dilaksanakan sebelum pekerja asing berlepas dari negara asal, sebulan selepas ketibaan di Malaysia, pada akhir tahun pertama, akhir tahun kedua dan setiap dua tahun selagi pekerja asing tersebut digajikan di Malaysia.

“Saringan kesihatan tambahan ini perlu dilakukan bagi memastikan laporan yang dibuat di negara asal adalah sama di sini bagi menghalang penipuan.

“Bayaran saringan kesihatan tambahan adalah RM190 untuk wanita dan RM180 untuk lelaki,” katanya.

Beliau berkata bilangan pekerja asing yang sah di negara ini sudah berkurangan kepada 1.785 juta orang sehingga 30 November lalu berbanding 2.135 juta orang pada 2015. - BERNAMA

Sumber TKO - 15-12-2017

Cuti Umrah Penjawat Awam Berkuat Kuasa 1 Jan Depan
Posted on Thursday, December 14 @ 09:12:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37295

KUALA LUMPUR – Penjawat awam bertaraf tetap dibenarkan memohon cuti tanpa rekod untuk menunaikan umrah maksimum selama tujuh hari iaitu sekali dalam tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Jan depan.
Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah yang dimuat naik di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 11 Dis, perkiraan tujuh hari itu bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah dan ziarah di Madinah.

“Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya,” menurut pekeliling itu.

Cuti umrah itu tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt lepas mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.

Menurut pekeliling itu, pegawai yang memerlukan cuti melebihi had maksimum tujuh hari itu, perlu memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti mereka. – BERNAMA

Sumber TKO - 14-12-2017

Dr M akan dipanggil berhubung isu Bugis - IGP
Posted on Wednesday, December 13 @ 11:06:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37291


Polis akan memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merekodkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghina masyarakat Bugis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Ini bergantung kepada keperluan pegawai siasatan tapi kita pasti akan panggil (Dr Mahathir). Kalau saya kata dalam masa terdekat ni, anda perlu beri kami masa.

Kita akan selesaikan dalam tempoh masa secepat mungkin," katanya Fuzi yang dipetik oleh Bernama sebagai berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia ke-29, di Butterworth semalam.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Oktober lepas dikatakan cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.

Dr Mahathir kemudiannya dilaporkan mendakwa bahawa kenyataannya itu ditujukan kepada “perompak yang mencuri wang rakyat”, dan bukannya keseluruhan masyarakat tersebut.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga dilaporkan telah menzahirkan rasa murka dan amat kecewa dengan kata-kata itu yang dilihat sebagai cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap etnik Bugis yang merupakan susur galur Kesultanan Selangor.

Dalam pada itu, berhubung kenyataan yang dibuat anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim terhadap Sultan Selangor, yang dianggap banyak pihak sebagai mempunyai unsur hasutan, Mohamad Fuzi berkata pihaknya akan memanggil Zaid untuk diambil keterangan hari ini.

Beliau berkata dua laporan polis diterima berhubung kes itu yang disiasat menurut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Menurut laporan, melalui akaun Twitternya pada 5 Disember lepas, Zaid antara lain mempertikai kritikan Sultan Selangor terhadap Dr Mahathir berhubung kenyataannya tentang masyarakat Bugis.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an membabitkan Dr Mahathir, Mohamad Fuzi berkata pasukan khas sedang menjalankan siasatan kes berkenaan.

"Siasatan sedang berjalan, tidak mudah. Banyak orang akan dipanggil untuk menyiapkan siasatan.

“Selepas laporan polis dibuat kami telah membentuk pasukan petugas. Pasukan itu bekerja 24 jam bagi mendapatkan apa jua kenyataan dan apa jua yang perlu dilakukan, dengan secepat mungkin. Ini hal yang sedang berjalan,” katanya.
- Bernama

Sumber TKO - 13-12-2017

Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan 2018
Posted on Wednesday, December 13 @ 11:01:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37289


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya ingin berkongsikan Lampiran dari Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2017 yang bertajuk ‘Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2018’ dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang menyenaraikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2018. Surat ini bertarikh 24 November 2017 dan ditandatangani oleh Tn. Saat Bin Esa, Akauntan Negara Malaysia.


Saya ambil siap-siap terus Lampiran 1 dari pekeliling tersebut untuk memudahkan anda semua. Jadual gaji ini adalah untuk kakitangan kerajaan sahaja.
Jika anda lihat tarikh gaji tersebut, ada yang dibayar terlalu awal antaranya bulan Februari, Jun dan Ogos disebabkan perayaan-perayaan. Jadi jangan enjoy lebih-lebih nanti merana nak tunggu gaji bulan seterusnya itu. Rancang gaji anda dengan bijak.

Semoga jadual gaji ini dapat membantu anda membuat perancangan kewangan pada tahun 2018.
Sila lawat blog saya di bawah sekiranya anda ingin membaca versi penuh surat pekeliling tersebut.  
Oleh: Aizen Nasa (watcher)
Sumber TKO - 13-12-2017


Peguam AS bidas TPM kerana tidak benarkan bertemu Anwar
Posted on Wednesday, December 13 @ 07:47:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37288



KUALA LUMPUR: Peguam dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley, hari ini mengkritik menteri dalam negeri kerana menghalang beliau bertemu anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan halangan itu sebagai tidak wajar sama sekali, Motley berkata beliau meminta kebenaran untuk bertemu Anwar di Hospital Kuala Lumpur atas kapasiti sebagai peguamnya.

“Saya terkejut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kerajaan Malaysia enggan membenarkan pertemuan itu.

“Secara asasnya mana-mana orang yang dipenjarakan berhak mendapat akses kepada penasihat undang-undang pilihannya.

“Menolak permintaan saya untuk bertemu Anwar melanggar piawaian antarabangsa mengenai akses keadilan dan memburukkan imej Malaysia,” kata Motley dalam kenyataan hari ini.

Zahid adalah timbalan perdana menteri.

Motley semalam menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkaji pembebasan segera pemimpin pembangkang itu.

Beliau berharap akan dapat bertemu Najib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi semasa beliau berada di Malaysia dalam beberapa hari ini.

“Najib boleh menyeru Anwar dibebaskan segera dan terdapat beberapa cara yang boleh diambil bagi membolehkan pembebasan Anwar.

“Beliau boleh lakukannya. Beliau juga boleh benarkan Anwar teruskan rawatan di rumah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR semalam.

Motley mewakili Anwar sejak 7 September secara pro bono.

Anwar, 70, dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara keranaa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Beliau sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh.

Sumber TKO - 13-12-2017


Penerbit buku saman Kedai Buku 1Malaysia
Posted on Wednesday, December 13 @ 07:31:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37287


Penerbit buku Fixi memaklumkan membuat tuntutan saman terhadap Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) selepas mendakwa syarikat inisiatif kerajaan itu gagal melunaskan tunggakan hutang mencecah RM105,000.


Dalam satu kenyataan hari ni, Fixi berkata tuntutan dibuat agar KB1M membayar hasil jualan buku terbitannya di rangkaian KB1M sejak tahun lalu berjumlah RM104,930.75.

"Kali terakhir mereka membuat bayaran kepada kami ialah November 2016, lebih setahun lalu.

"Sejak itu kami menghubungi pihak berkenaan beberapa kali tanpa mendapat sebarang jawapan," kata Fixi yang banyak menerbitkan buku bergenre novel dan kumpulan cerpen bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

KB1M yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada September 2012 bertujuan menjual bahan bacaan bermutu pada harga berpatutan kepada rakyat.
Antara cawangan KB1M adalah di Pusat Trasnformasi Bandar (UTC) Ipoh Perak, UTC Alor Setar Kedah dan UTC Gong Badak Terengganu.

Fixi mendakwa peguamnya telah menghantar surat tuntutan kepada KB1M pada 1 November lalu, tetapi tidak mendapat sebarang maklumbalas.

"Kami tiada pihan selain mengemukakan saman untuk mendapatkan wang hasil jualan buku kami," kata Fixi lagi.


SumberTKO - 13-12-2017


Polis arah Zaid Ibrahim ke Bukit Aman
Posted on Tuesday, December 12 @ 11:43:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37278



Polis telah mengarahkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk merakamkan kenyataannya di Bukit Aman, Kuala Lumpur, pagi esok.


Apabila dihubungi, Zaid berkata, beliau percaya bahawa siasatan berkenaan berkaitan dengan tweet yang disiarkannya pada 5 Disember lalu ketika mengulas laporan berita berhubung titah sultan Selangor.

Beliau bagaimanapun berkata pihak polis tidak memberitahunya berhubung peruntukan undang-undang akan digunakan semasa siasatan.

"Tidak, saya tidak tahu (peruntukan undang-undang), saya hanya mendapat mesej (untuk saya) pergi ke sana, tidak ada masalah, saya akan pergi dan menjawab soalan," kata ahli DAP itu.

"Saya rasa polis terpaksa menyiasat kerana ramai yang membuat aduan dan ini telah menjadi isu awam," katanya.

"Polis perlu siasat sama ada saya melanggar sebarang undang-undang, jadi mereka perlu mendengar penjelasan saya," katanya.

Zaid terus mempertahankan dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan dan tidak ada unsur hasutan dalam tweetnya.

Dalam temu bual dengan akhbar The Star yang disiarkan pada 5 Disember lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menganggap Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang pemimpin yang "marah" dan bakal “membakar” negara ini.

Zaid pada hari yang sama menulis di media sosial bahawa sultan Selangor itu seharusnya berhati-hati dengan kenyataannya dan bahawa tiada siapa yang kebal apabila negara ini terbakar.

Susulan itu, beberapa pemimpin Umno tampil membidas Zaid tetapi bekas menteri itu berkeras bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun mengesahkan bahawa Zaid sedang disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Sumber TKO - 12-12-2017


Tindakan terhadap penjualan air zam zam di seluruh negara - KKM
Posted on Sunday, December 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37242


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berikutan larangan yang dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi untuk menjual air tersebut di mana-mana kedai di seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Sejak 2012 sehingga Oktober ini, sejumlah air zam zam bernilai RM58,191.80 telah dirampas melalui hasil penguatkuasaan yang telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, perkara ini telah dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memandangkan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa KKM.

Katanya pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berdasarkan Seksyen 4 (1) (f) Akta Makanan 1983.

Dr Noor Hisham berkata air zam zam diperoleh dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semula jadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Pengimportannya memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport,” jelas beliau.

Katanya, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad selepas berlepas dari Arab Saudi.

“Kementerian sedang meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas penjualan air zam zam memandangkan ia tidak dibenarkan di Malaysia,” katanya.

Kepada pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan, Dr Noor Hisham berkata mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.
- Bernama

Sumber TKO - 10-12-2017

Hamzah: Isu barang naik ada sejak zaman nabi
Posted on Sunday, December 10 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37241


Berlandaskan sepotong hadis Nabi Muhammad SAW, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan isu harga barang naik ini bukanlah masalah baru.


Kata Datuk Seri Hamzah Zainudin, isu berkenaan sudah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi malah ada hadis yang menjelaskan suasana itu.

Membacakan terjemahan hadis diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bil Malik, Hamzah menjelaskan ada sahabat meminta Rasulullah menetapkan harga barangan untuk mereka.

"Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki. Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan harta.

"Ini menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan, pemimpin besar kita sekarang adalah sesuatu yang menyamai apa dituntut oleh Rasulullah iaitu tidak mencampuri hak pasaran bebas dalam negara kita," katanya semasa ucapan penggulungan di hari terakhir PAU di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Hamzah mengulas mengenai rungutan kenaikan kos sara hidup yang dibangkitkan pewakilan sejak persidangan tahunan Umno berlangsung Khamis lalu.

Berjihad perangi orang tamak

Salah seorang pembahas malah menegaskan kesempitan hidup akibat kenaikan harga barang turut dialami anggota Umno sendiri.

Isu kenaikan kos sara hidup lebih menjadi perhatian apabila ia turut disentuh tokoh yang berada di luar PWTC, termasuk Ratu Jazz Datuk Sheila Majid.
Kata Hamzah dalam keadaan begitu pun kerajaan bersetuju agar harga barangan keperluan asas dikawal supaya tidak dinaikkan sesuai dengan sikap prihatin dan keadilan yang dituntut Islam.

"Barang keperluan yang saya maksudkan ialah gula, tepung, minyak masak, beras dan gas memasak.

"Ini adalah kerana presiden Umno berasakan bahawa untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan keadilan untuk seluruh negara, kita mampu memberikan subsidi melalui barangan keperluan asas," katanya.

Setakat ini kata anggota Majlis Tertinggi Umno itu kerajaan membelanjakan sebanyak RM2 bilion setahun bagi membiayai subsidi berkenaan.

Bagi barangan basa seperti ikan, ayam, sayur dan daging, kata Hamzah, kerajaan bersetuju "memerangi" orang tengah yang tamak dan rakus melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi yang berkaitan dengannya.

"Kita akan berjuang dan berjihad untuk memerangi mereka ini," katanya.

Sumber TKO - 10-12-2017



Siapa Zahid Hamidi Yang Menentukan Bila PRU?
Posted on Tuesday, December 05 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37157



PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 bakal diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina tahun hadapan.

Bidasnya, individu yang lebih layak mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 adalah perdana menteri dan bukannya timbalan perdana menteri.

"Saya rasa yang akan umumkan pilihan raya adalah perdana menteri bukan timbalan perdana menteri. Perdana menteri yang akan umumkan," tegasnya pada Majlis Makan Amal dan Perasmian Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia di Restoran Aroma Hijrah TTDI, Shah Alam, malam tadi.


Sumber TKO - 5-12-2017


Tak payahlah ada GST, kata Pak Nil pada PM
Posted on Monday, December 04 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37149


Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi bertanyakan soalan berkenaan kos sara hidup kepada Perdana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah pertemuan empat mata.


Dalam sebuah posting di Instagram hari ini, Aznil Nawawi memuat naik gambar beliau bertemu perdana menteri di Dewan Tunku Ismail di PWTC, Kuala Lumpur.
Aznil berkongsi soalan beliau kepada perdana menteri di Instagram.

“Kenapa harga minyak banyak naik dari turun?” Tanya Aznil yang juga mesra digelar Pak Nil itu.

“Tak payahlah ada GST ni," tulis beliau.

“Tukaran mata wang ni buat kami lagi sukar Datuk Seri. Macam mana ni?” soal Aznil lagi.

Aznil juga bertanya soalan berkenaan Rumah Mampu Milik.

"Kos sara hidup makin tinggi ni Datuk Seri.

"Kerajaan buka mata dan telinga tak pada resah kami?” soalnya lagi.

Bagi mengetahui jawapan itu, Aznil berkata mereka yang berminat perlu menonton program baru bual bicaranya.

"Banyak lagi #paknil timbulkan bila berdepan 4 mata dengan PM.
"Korang kena tonton program #Bicara4Mata akan datang," tulis Aznil.

Terima kasih, kata Dr M
Sementara itu, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di Twitter mengulas soalan Aznil dan pertemuan dengan perdana menteri itu.

"Terima kasih Aznil. Setiap hari saya terima rungutan yang sama dari rakyat Malaysia, dulu tidak pernah seteruk ini.

"Rakyat Malaysia dahagakan kebenaran. Saya nantikan jawapan dari @NajibRazak," tulis Pengerusi HARAPAN itu.

Sumber TKO - 4-12-2017


Caj Tambang RM6,000. Ini Dah Melampau!
Posted on Friday, December 01 @ 15:17:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37090



TAMBANG `cekik darah’ apabila seorang pemandu teksi mengugut penumpang lelaki warga Bangladesh membayar tambang sebanyak RM6,000 bagi perjalanan sejauh kira-kira tujuh kilometer.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang kelmarin, apabila mangsa berusia 41 tahun mahu menggunakan perkhidmatan teksi bagi perjalanan dari Jalan San Peng menuju ke Sunway Putra Mall, di sini.


Menurut sumber polis, mangsa yang bersendirian menahan teksi model Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an untuk ke lokasi berkenaan.

"Ketika dalam perjalanan, mangsa bertanya jumlah tambang perlu dibayar kepada pemandu teksi terbabit selepas mendapati teksi itu tidak menggunakan meter tambang diwajibkan.

"Soalan itu menyebabkan mangsa marah dan memaklumkan tambang keseluruhan yang perlu dibayar adalah RM6,000," katanya semalam.

Terkejut dengan jumlah tidak munasabah itu, mangsa yang juga ahli perniagaan mempersoalkan bayaran itu sebelum meminta pemandu teksi terbabit memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

"Pemandu teksi naik angin sebelum mengeluarkan pisau dan mengugut mangsa supaya membayar kira-kira RM4,500 atau mangsa akan dicederakan nanti.

"Mangsa yang dalam ketakutan menyerahkan bayaran tambang RM3,900 sebelum mangsa dibenarkan keluar dari teksi itu," katanya.
'
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk tindakan lanjut.

"Kejadian itu adalah kali pertama berlaku terhadap mangsa sepanjang menetap di negara ini sejak beberapa tahun. Kejadian itu menyebabkan mangsa trauma menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dilakukan bagi menjejaki suspek.

- Harian Metro

Sumber TKO- 1-12-2017


RCI cadang Mahathir, Anwar disiasat
Posted on Thursday, November 30 @ 17:47:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37081


Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran wang asing (forex) mencadangkan siasatan dibuat bagi menentukan sama ada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyembunyikan fakta daripada kabinet.


Berdasarkan laporan yang dikeluarkan hari ini, Mahathir dan Anwar mungkin bersubahat dengan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan menyembunyikan beberapa fakta daripada kabinet.

Kedua-dua langkah itu adalah kesalahan bawah Kanun Keseksaan.

Nor Mohamed ketika itu menguruskan beberapa portfolio bank pusat itu, termasuk pengurusan rizab luar.

RCI juga mencadangkan Nor Mohamed disiasat bawah tuduhan pecah amanah kerana kerana melanggar Ordinan Bank Pusat 1958.

Suruhanjaya itu juga mendakwa bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bersubahat melakukan pecah amanah.

Daim adalah menteri kewangan sehingga tahun 1991 sebelum digantikan Anwar.

Sumber TKO - 30-11-2017


Zahid mahu baca laporan Malaysiakini dulu
Posted on Wednesday, November 29 @ 21:03:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37060


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau akan meneliti laporan eksklusif Malaysiakini berkaitan urus niaga hartanah di Melbourne yang melibatkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya belum baca laporan itu lagi, biar saya kaji dulu laporan itu,” katanya dalam sidang media di parlimen.

Beliau diminta mengulas dakwaan bagaimana sekumpulan rakyat Malaysia membuat untung RM60 juta daripada urus niaga hartanah di ibu negara Australia.

Malaysiakini melaporkan MARA dan anak syarikatnya Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) membeli sebuah syarikat yang “dijual” pada mereka oleh pegawai dan kroni Mara Inc, lima tahun tahun lalu.

UniLodge, bangunan 12 tingkat di Melbourne tengah, “dijual” kepada Mara Inc dengan harga A$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) ketika harga pasaran dan nilai transaksi hanya bernilai A$23.5 juga (kira-kira RM77.6 juga).

Wang itu dibayar kepada syarikat lahu (shell company ) AS$2 di Caribbean, yang mendakwa memiliki kepentingan terhadap bangunan di Melbourne.

Melalui transaksi web dan syarikat-syarikat diperbadankan di British Virgin Islands (BVI), berjuta-juta dolar bertukar tangan melalui perjanjian jual beli.

Sumber TKO - 30-11-2017

Projek helikopter EC725 k'jaan gagal disiapkan
Posted on Monday, November 27 @ 19:56:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37027


Pelan infrastruktur Kementerian Pertahanan yang termasuk membina hangar di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan untuk helikopter EC725 gagal disiapkan, menurut siri kedua Laporan Ketua Audit Negara 2016.


Projek itu dilaksanakan melalui proses tender terbuka. Bella Builders Sdn Bhd memenangi tawaran dengan kontrak bernilai RM108.89 juta.
Projek itu sepatutnya siap pada 31 Januari 2014 selepas lanjutan masa diberikan.
Walau bagaimanapun, projek itu gagal disiapkan dan kontrak kontraktor berkenaan ditamatkan pada 8 Disember 2016.
Malah, selepas lanjutan kali ketiga bertarikh 22 Mei 2014, projek itu hanya selesai sebanyak 70.7 peratus. Sehingga 26 Julai 2016, hanya 93.1 peratus daripada projek itu berjaya disiapkan.
Semakan audit mendapati bahawa seluruh projek akan disiapkan melalui satu tender awam lain.

Maklum balas daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan proses tender telah dimulakan manakala pengesahan peruntukan daripada Kementerian Pertahanan diterima pada 6 Oktober tahun ini.

Sumber TKO - 27-11-2017




















































































































Bersediakah kerajaan gerak ketenteraan terhadap Myanmar?






















































































































KERAJAAN didesak menyatakan pendirian tentang kezaliman yang berlaku terhadap etnik Rohingya, sama ada bersedia menggerakkan inisiatif ketenteraan terhadap Myanmar dalam menangani isu kemanusiaan terhadap Myanmar.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkata, sekiranya usaha itu telah dibuat, beliau yakin Myanmar akan lebih berhati-hati kerana banyak isu kemanusiaan pada hari ini ditangani dalam bentuk yang begitu kecil atau begitu 'defensive'.

Sumber HD - 27-11-2017

Hadi Awang tak beri ancaman kata Bukit Aman
Posted on Sunday, November 26 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37006



BANGI, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang tidak memberi ancaman kepada negara.

Mengulas pengharaman Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) oleh empat negara diketuai Arab Saudi, beliau berkata, pihak polis mengambil maklum mengenainya dan sentiasa mengikuti perkembangan itu.

“Setakat yang kita tahu, pembabitan Abdul Hadi dalam kesatuan itu tidak memberi sebarang ancaman,” katanya memetik laporan The Star, hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang adalah Naib Presiden IUMS, yang diketuai ulama terkenal Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Kelmarin, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, menyenaraihitam IUMS dalam senarai yang dianggap pengganas di rantau Teluk, bersama Majlis Islam Antarabangsa ‘Massaa’ dan 11 lagi individu.

Jun lalu, empat negara itu menyenaraikan Qaradawi sebagai antara 59 individu dan 12 entiti ke dalam senarai pengganas.

Pada masa sama, The Star turut melaporkan PAS menolak laporan berita Arab yang mengaitkan Abdul Hadi dan kumpulan pengganas.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, perbuatan itu adalah satu taktik semata-mata supaya Abdul Hadi ‘dilihat seakan-akan pengganas’ apabila IUMS diisytihar menyokong keganasan.

Katanya, sesetengah tuduhan itu adalah tidak berasas sama sekali, hanya kerana Abdul Hadi mempunyai hubungan dengan Qaradawi.

“Laporan itu tidak berasas dan dilihat sebagai satu konspirasi. Jika berita itu benar, sudah tentu Abdul Hadi ditangkap sejak lama dulu,” katanya.

Sementara itu, akhbar sama juga melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kerajaan Malaysia tidak menyenaraikan IUMS sebagai pertubuhan pengganas.

“Adalah jelas bahawa ia adalah laporan yang berniat jahat untuk membusukkan nama kesatuan yang dipimpin Dr Yusof, seorang yang dicop sebagai pengganas hanya kerana beliau tinggal di Qatar,” katanya.

Sumber TKO - 26-11-2017


TPM Beri Bayangan PRU14 Lepas Tahun Baharu Cina
Posted on Sunday, November 26 @ 13:34:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36988



BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan.

Perkara itu disebut Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang hari ini menggunakan perkataan "Hari Besar" seolah-olah merujuk kepada PRU14 yang kini menjadi tanda tanya ramai bila akan diadakan.


"Jangan lupa Hari Besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada "Hari Besar' lain. Kalau dulu bikin silap (tak undi Barisan Nasional (BN) tak pa saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan bikin silap lagi woo," katanya dalam loghat orang Tionghoa berbahasa Melayu.

Ucapan Ahmad Zahid itu disambut sorakan lebih 500 masyarakat Tionghoa setempat yang hadir pada majlis perasmian tokong itu. Tahun Baharu Cina dijangka disambut pada 16 dan 17 Feb 2018.

Tarikh luput mandat kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh luput itu.

Ahmad Zahid turut menyentuh tentang kebebasan beragama di negara ini yang telah membawa kepada keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.
"Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang cukup prihatin dan memahami perbezaan agama walaupun dalam Perlembagaan negara kita agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan.

"Ertinya kerajaan Malaysia kerajaan yang adil dan menghormati semua agama di negara kita kerana Islam mengajar kita untuk menghormati agama lain," katanya. - BERNAMA

Sumber TKO - 26-11-2017


























































































































Ahli Parlimen lihat derita Rohingya di kem pelarian

KUALA LUMPUR: Malaysia terus memberi perhatian tinggi terhadap nasib umat Islam Rohingya apabila Parlimen Malaysia telah mengadakan lawatan khas langsung ke Kem Pelarian Balukhali, di Cox's Bazar, Bangladesh semalam.
Misi lawatan Ahli-ahli Parlimen Malaysia yang turut menyerahkan sumbangan Tabung Kecemasan Rohingya itu diketuai sendiri Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Seri Ronald Kiandee.
Sekali gus memberi mesej kepada dunia terhadap komitmen membela nasib Rohingya tertindas itu serta bersama dengan suara menentang kezaliman Myanmar yang diakui badan dunia sedang bertindak ke arah penghapusan etnik.
Rombongan itu seramai 51 anggota terdiri dari 12 Ahli Parlimen, Pegawai Kedutaan Malaysia di Dhaka dan para pegawai kerajaan dari pelbagai jabatan serta agensi, termasuk wakil-wakil media.
Mereka telah diberi taklimat berhubung perkembangan semasa sejak tragedi hujung Ogos lalu itu serta membuat serahan sumbangan kepada wakil Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Mercy Malaysia dalam satu majlis khas di Tulip Royal Hotel, di sana.
Setelah itu, ahli rombongan turut dibawa melihat sendiri keadaan umat Rohingya di kem tersebut menemui 1,001 kisah kesengsaraan diiringi Naib Presiden MAPIM, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.
Pada lawatan itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Abdul Aziz Khaprawi turut mengetuai perasmian Musolla Malaysia yang disumbangkan kepada pelarian untuk ibadah dan kegiatan mereka di kem itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dari PAS berkesempatan melawat empat yatim piatu, Azizah dan adik-adiknya yang kedua ibu bapa mereka dibunuh pihak Myanmar.
Beliau bersama Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh juga menziarahi Nurul Hasan yang masih terlantar kaku akibat serangan strok ketika keluarganya keluar lari dari Maugdaw, Myanmar setelah rumah mereka dibakar. - HARAKAHDAILY 26/11/2017
Sumber HD-26-11-2017 

ICJ dan Batu Puteh: Jangan buat kerbau tanduk panjang
Posted on Friday, November 24 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36969



KATA bidalan Melayu ada menyebut, ‘jangan buat kerbau tanduk panjang’ yang bermaksud jangan campuri urusan orang lain.

Pepatah ini bertepatan dengan apa yang berlaku sekarang ini berkaitan keputusan Malaysia untuk menyemak semula kes Batu Puteh, batuan di sudut timur Selat Singapura yang sekarang ini, berdasarkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008, menjadi milik Singapura.

Pada Februari 2017, Malaysia telah memfailkan permohonan semakan ke atas keputusan ICJ yang disampaikan pada tahun 2008 ke atas Batu Puteh atau nama Singapuranya, Pedra Branca.

Kemudian pada Julai 2017, Malaysia memohon interpretasi penghakiman ICJ ke atas keputusan yang dibuat pada tahun 2008.

Ini telah menyebabkan ramai pakar undang-undang antarabangsa di Singapura membuat pelbagai komen bukan-bukan ke atas hal ehwal dalaman politik Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh sebuah artikel yang diterbitkan pada Julai 2017 bertajuk ‘Malaysia throwing ‘the kitchen sink’ with second Pedra Branca Challenge, say experts’.

Terkini, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pula membuat komen serupa yang menuduh tindakan Malaysia menyemak Batu Puteh bermotifkan politik.

Batu Puteh kini sebahagian dari Singapura, batuan yang terletak 7.7 batu nautika dari persisiran Johor dan 24 batu nautika dari persisiran Singapura. Batuan Tengah atau Middle Rocks, yang terletak 1km dari Batu Puteh ditetapkan sebahagian dari Malaysia. Pihak ICJ tidak menyatakan apa-apa terkait Tubir Selatan atau South Ledge.

Singapura membuat tuntutan, antara lain berdasarkan surat yang diisukan oleh M. Seth Bin Saaid, pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 menafikan kedaulatan Johor ke atas Batu Puteh. Surat ini merupakan salah satu bukti kukuh yang meyakinkan ICJ untuk menyerahkan Batu Puteh kepada Singapura pada tahun 2008.

Walaubagaimanapun, Putrajaya kini mengutarakan bahawa tiga dokumen baharu telah ditemukan yang menafikan Batu Puteh adalah sebahagian daripada Singapura. Oleh kerana itu, Malaysia memfailkan semakan di ICJ pada Februari lalu.

Kritikan-kritikan berkaitan urusan dalaman politik Malaysia telah dibuat oleh pelbagai pihak di Singapura - bermula daripada pakar-pakar undang-undang antarabangsa sehinggalah ke orang nombor satu republik tersebut.

Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura, Profesor Simon Chesterman dilaporkan telah menyebut bahawa kerajaan Malaysia sekarang sangat terdesak dan perlu menunjukkan ‘mereka telah melakukan apa yang patut’ untuk mendapatkan sokongan politik daripada orang ramai.

Kritikan ini juga telah disokong oleh Dr Mustafa Izudin, seorang felo di Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) di Institut Yusuf Ishak yang mengatakan bahawa permohonan kedua kepada ICJ yang dibuat pada Julai 2017 adalah ‘langkah strategik yang sengaja dilakukan untuk menghidupkan isu Batu Puteh bagi tujuan mendapatkan sokongan domestik’.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa semakan yang dibuat ini sebagai sebuah ‘pameran awam’ kepada para pengundi bahawa pihak kerajaan sebenarnya sedang melakukan sesuatu untuk mengambil semula Batu Puteh daripada Singapura agar mereka terlihat sebagai wira.

Terkini, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong juga dilaporkan berkata penyemakan ke atas kes Batu Puteh ini ada kaitannya dengan urusan dalaman politik Malaysia.

Kritikan-kritikan ini adalah tidak wajar, terutama sekali apabila ia diungkapkan oleh pakar undang-undang antarabangsa yang sememangnya jelas memahami konsep kedaulatan sesebuah negara.

Pertama, permohonan yang dilakukan oleh Malaysia tidak melanggar peruntukan Statut ICJ – Putrajaya hanya mengamalkan haknya sebagai negara anggota kepada prosiding tersebut tertakluk kepada Article 61(1) Statut ICJ.

Lagi pula, permohonan semakan ini dibuat sebelum berakhirnya tempoh 10 tahun setelah keputusan terdahulu dibuat.

Kedua, permohonan ni dilakukan adalah untuk menyelesaikan perkara ini secara aman, sebagaimana disyorkan oleh Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Kritikan-kritikan ini, secara langsung atau tidak langsung mempamerkan keangkuhan terhadap hak Malaysia sebagai sebuah negara yang terlibat di dalam prosiding tersebut.

Kritikan-kritikan ini mungkin hanyalah pendapat peribadi ahli-ahli akademik Singapura. Tetapi sekarang ini kritikan tersebut juga disokong oleh sang Perdana Menteri Singapura.

Sekiranya benar ini sentimen kerajaan Singapura, ia sekali gus boleh menjejaskan semangat ASEAN yang berpegang teguh kepada prinsip tidak mencampuri urusan negara lain atau ‘non-interference’.

Malaysia menghormati undang-undang berkaitan urusan domestik Singapura, sebagai contoh polisi-polisi mengenai hak istimewa masyarakat Melayu minoriti di Republik tersebut yang dilindungi oleh Artikel 152 (1) Perlembagaan Singapura.

Artikel 152 (2) Perlembagaan Singapura memperuntukkan perlindungan terhadap bahasa Melayu, akan tetapi majoriti rakyat Singapura, seperti yang dilaporkan oleh Straits Times Singapore pada tahun 2014, tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan Singapura.

Satu laporan akhbar memburuk-burukkan kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru kerana tidak fasih berbahasa Inggeris, seperti yang pernah diterbitkan oleh The Independent.sg pada Ogos lalu, adalah contoh tegar bahawa Singapura tidak mengambil peduli kepentingan bahasa Melayu walaupun ia bertaraf bahasa kebangsaan.

Dalam kejadian tersebut, seorang warganegara Singapura, Justinian Tan, 25, meninggal dunia apabila HSA didakwa meminta pembayaran dahulu sebelum pembedahan dapat dilakukan.

Ternyata laporan ini adalah palsu dan portal The Independent.sg telah menarik balik artikel ini dan memohon maaf atas laporan tidak bertanggungjawab itu.

Apa yang penting, laporan portal The Independent.sg itu juga memetik bahawa terdapat salah komunikasi di antara rakan-rakan Tan dengan kakitangan hospital kerana mereka tidak fasih berbahasa Melayu.

Bagaimana mungkin rakyat sesebuah negara tidak fasih bertutur dalam bahasa kebangsaannya sendiri?

Malaysia, sebuah negara majoriti Melayu, senantiasa menahan diri daripada mengkritik Singapura dalam perkara ini kerana menyedari bahawa perkara ini adalah hal dalaman Singapura dan patut dihormati.

Untuk tempoh satu dekad, Malaysia dan Singapura telah gagal untuk melukis garis sempadan maritim yang disepakati di sekitar Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Usaha ini telah menemui jalan buntu sejak 2013.

Sebagai negara jiran yang baik, Malaysia mengambil inisiatif untuk menyelesaikan kes ini di ICJ.

Tidak dapat difahami kenapa pernyataan-pernyataan tidak berasas ini dibuat ke atas Malaysia. Sekalipun kerajaan Malaysia menggunakan Batu Puteh untuk mendapatkan undi, ini adalah hal dalaman Malaysia dan tidak ada kaitan sama sekali dengan Singapura.

Terdapat asas perundangan kukuh untuk Malaysia membuat semakan kes tersebut di ICJ. Perlu diingat bahawa hubungan bilateral yang baik di antara Putrajaya dan Singapura dapat dijaga kerana kedua-dua negara saling menghormati dan bukannya dengan cara saling memburukkan.

Tidak usahlah untuk mereka mencampuri urusan dalaman politik Malaysia. Bak kata bidalan, jangan buat kerbau tanduk panjang.


Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph. D)
pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang,
Universiti Sains Islam Malaysia
dan profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia.
 


Sumber TKO - 24-11-2017

Golongan ateis bukan ancaman bantah kumpulan bebas
Posted on Friday, November 24 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36963



PETALING JAYA: Kumpulan hak sivil, Bebas, hari ini mengecam seorang timbalan menteri kerana mendakwa ateisme menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan menyerang agama lain.

Kumpulan itu menjawab dakwaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Dewan Rakyat mengatakan ateisme tiada tempat di Malaysia.

Bebas berkata, dakwaan Asyraf mengatakan ateism menyalahi perlembagaan, satu jenayah dan satu ideologi “sangat berbahaya” adalah tidak berasas dan tidak rasional.

“Ia memberi maksud rakyat di negara ini harus menganut satu agama, jika tidak mereka mungkin didakwa.

“Penafsiran selektif Perlembagaan Persekutuan itu yang hanya menjamin kebebasan untuk beragama tetapi bukan kebebasan untuk tidak mempunyai kepercayaan, adalah menggalakkan kezaliman agama di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Asyraf juga dikecam kerana mengancam untuk menggunakan undang-undang syariah, sivil dan juga alat keselamatan negara seperti Akta Hasutan, terhadap mereka yang mengamalkan ateisme.

Sambil menggesa Asyraf untuk “berhenti memomokkan golongan minoriti dan menyebarkan maklumat salah”, ia juga berkata golongan ateis kebanyakannya hidup secara beretika kerana mendokong prinsip mereka.

“Mereka menerima perbezaan pendapat dan mereka tidak takut untuk berdebat.

“Secara umumnya, golongan ateis mahu dibiarkan dan tidak dipaksa untuk mempercayai sebarang agama. Mereka patut diterima sebagaimana mereka yang menganut sesuatu agama.”

Ini bukan pertama kali ateisme menjadi topik hangat di Malaysia. Pada Ogos, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberi amaran tentang sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi sebahagian kumpulan “Atheist Republic”, ekoran ancaman terhadap mereka di media sosial.

Kemudian Asyraf berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menyiasat kumpulan Atheist Republic untuk memeriksa jika terdapat mana-mana orang Islam yang terlibat.

“Kita perlu menentukan sama ada mana-mana orang Islam menyertai perhimpunan itu dan sama ada mereka terlibat dalam menyebarkan pandangan sebegitu yang boleh merosakkan aqidah mereka,” katanya semasa dihubungi Reuters.

Menurut Asyraf, mana-mana orang Islam didapati terlibat dalam kumpulan itu akan dihantar untuk kaunseling, sementara itu cubaan menyebarkan idea ateisme boleh didakwa bawah undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun, Bebas mempertikaikan dakwaan mengatakan ateisme menyerang agama lain dan akan melanggar undang-undang ketenteraman awam.

“Golongan ateis bukan satu ancaman. Mereka adalah ahli keluarga anda, doktor dan jururawat, guru, rakan sekerja, dan jiran.

“Mereka sepatutnya berhak mempercayai apa sahaja yang mereka rasakan terbaik untuk mereka. Apa pun, sepatutnya tiada paksaan dalam agama,” kata Bebas.

Sumber TKO - 24-11-2017


Menteri akui rumah RM250,000 ke atas tak terjual
Posted on Friday, November 24 @ 07:13:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36960


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar mengakui banyak rumah berharga RM250,000 ke atas tidak terjual menyebabkan lebihan penawaran.

Beliau bagaimanapun menyalahkan pemaju kerana membina lebih banyak unit rumah mahal berharga di atas RM250,000.

“Jadi memang kalau kajian dibuat rumah RM250,000 ke bawah mudah dijual. Tetapi yang banyak tak terjual rumah RM250,000 ke atas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Noh, pemaju perlu membantu hasrat kerajaan menyediakan rumah mampu milik memandangkan RM2.7 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan itu setakat ini.

Beliau mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengenai harga "rumah mampu tengok” di Kuala Lumpur yang tidak mampu dimiliki rakyat berpendapatan rendah.

Noh bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Bung bahawa program Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA tersasar daripada matlamat asal dengan alasan ia bukan di bawah bidang kuasa beliau.

“PR1MA bukan bawah saya. Pergi tanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Projek Perumahan Rakyat (PPR) saya jawab,” katanya.

Sementara itu Noh berkata semua projek pembangunan mewah di ibu kota yang telah diluluskan akan diteruskan selepas perkara itu dibincang pada mesyuarat kabinet.
Arahan itu juga termasuk projek pembinaan lain seperti pusat beli-belah dan ruang pejabat.

Bagaimanapun katanya, rumah berharga RM1 juta akan dihentikan terlebih dahulu memandangkan banyak unit yang tidak terjual.

"Jadi hanya mana yang dah diluluskan, kita kata tak apalah kita boleh teruskan tapi yang projek-projek yang baru ni kena berhentikan dulu," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada projek pembangunan di Taman Tun Dr Ismail dan Taman Desa antara pembangunan hartanah mewah di Kuala Lumpur yang akan ditangguhkan.

Sabtu lalu, Gabungan Lindungi Taman Desa membantah pembangunan berlebihan di kawasan itu yang didakwa mengancam kualiti kehidupan mereka.

Selain itu, penduduk di kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail juga menentang projek yang dikhuatiri menyebabkan kesesakan di kejiranan mereka dan mengorbankan kawasan hijau di Taman Rimba Kiara dan Bukit Kiara.

Untuk rekod, kedua-dua projek tersebut telah diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan diserahkan kepada pemaju swasta.

Sumber TKO - 24-11-2017

LHDN bayar RM680,000 sebulan sewa menara 13 tingkat di Kuantan
Posted on Tuesday, November 21 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36898



KUALA LUMPUR: Kadar sewa RM680,000 sebulan yang dikenakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyewa Menara CDO berdasarkan kadar pasaran di sekitar Kuantan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri merangkap menteri kewangan itu berkata, LHDN menduduki Menara CDO sejak 15 September 2014 secara sewaan pada kadar ditetapkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

“Rasional keputusan menyewa bangunan CDO disebabkan ruang pejabat lama di Kuantan Centre Point yang diduduki sejak 2001 tidak lagi mampu menampung pertambahan bilangan staf, pelanggan dan perkhidmatan yang ditawarkan LHDN saban hari,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib menjawab pertanyaan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) yang memintanya menjelaskan keputusan menyewa dan perincian pejabat LHDN di Kuantan yang disewa daripada syarikat CDO dengan kadar RM680,000 sebulan.


Menara CDO dimiliki firma swasta, CDO Resources Sdn Bhd.

Menara CDO berkeluasan 203,455.47 kaki persegi itu merangkumi 13 tingkat ruang pejabat dan 2 tingkat parkir bawah tanah bagi menempatkan pejabat pengarah Pahang, LHDN cawangan Kuantan dan LHDN cawangan siasatan Kuantan.

Najib berkata, penyewaan Menara CDO ini sesuai kerana mampu menyediakan ruang kerja kepada 260 pegawai, termasuk pekerja sambilan dan kontrak, selain kemudahan kondusif kepada pelanggan LHDN.

“Bayaran kadar sewa adalah meliputi sewaan ruang pejabat, perabot dan peralatan, insurans kebakaran, pembaikan kerosakan dalaman dan luaran bangunan, penyelenggaraan ruang pejabat.

“Bukan itu sahaja, ia juga meliputi bayaran cukai pintu dan cukai tanah, penyediaan parkir bawah tanah bangunan serta kelengkapan lain seperti sistem keselamatan, sistem teknologi maklumat dan sistem elektronik voltanik rendah,” katanya.

Sumber TKO - 21-11-2017

Siti Kasim beri amaran, Jamil akan disaman
Posted on Tuesday, November 21 @ 07:22:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36885&mode=thread&order=0&thold=0



PETALING JAYA: Aktivis lantang Siti Zabedah Kasim memberi amaran kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas komen menteri itu mengaitkannya kepada mereka yang membuat kenyataan menentang Islam.

Hari ini juga, merujuk kepada amaran Siti Kasim, Jamil berkata beliau sedia menerima saman Siti Kasim atas kenyataan “berbaur fitnah” yang dikeluarkannya semalam.

“Tak mengapa, dia nak saman saya terima sahaja,” kata Jamil, mengulas pendek semasa ditemui pemberita di luar majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-34 di TH Hotel, Bayan Lepas.

Semalam, Jamil yang menjawab soalan oleh seorang peserta pada “Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0” semalam, berkata Siti sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menurut laporan Bernama.


“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya semalam pada majlis itu.

Menulis di laman Facebook miliknya, Siti hari ini berkata Jamil patut segera “berhenti” daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ke atasnya.

“Menteri itu boleh yakin yang beliau akan menerima surat daripada saya tidak lama lagi,” kata Siti.

Pada Julai lepas, Siti dituduh menghalang pegawai Jawi menyerbu satu acara transgender tahun lepas.

Sumber TKO - 21-11-2017


RUU perbekalan KPDNKK lulus dengan laungan ‘tipu’
Posted on Tuesday, November 21 @ 07:20:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36884&mode=thread&order=0&thold=0



Pemberita Malaysiakini dalam isu ini seolah-olah menyalahkan 2 MP PAS yang tak mengundi sedangkan ada 74 orang MP PAKATAN (mana lagi 29 MP PH hanya tinggal 45 sahaja). Pemberitaan Malaysia kini seolah-olah dimanipulasi atas RUU Perbekalan macam Bajet 2018.

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diluluskan dalam suasana kecoh di Dewan Rakyat.

RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat malam tadi dengan perbezaan hanya 1 undi, 52 undi menyokong, 51 undi tidak menyokong dan 3 tidak mengundi.

Keputusan yang diumumkan Timbalan Speaker Datuk Seri Dr Ronald Kiandee itu mengundang kemarahan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang yang mendakwa berlaku penipuan semasa pengundian.

Terdahulu, G Manivannan (PKR-Kapar) meminta undi belah bahagi diadakan selepas Menteri Datuk Seri Hamzah Zainudin selesaiu menggulung ucapan untuk kementeriannya.
Sewaktu loceng untuk undi belah bahagi dibunyikan, kelihatan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kebanyakannya tidak berada di dalam Dewan Rakyat.'

Walaupun deringan loceng yang berbunyi selama 2 minit sudah tamat, masih ada Ahli Parlimen BN berlari masuk ke dalam Dewan Rakyat untuk mengundi.

Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut), Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) menjerit “tipu” pada Ronald.

Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkora) menggesa pintu masuk Dewan Rakyat ditutup agar tidak ada lagi Ahli Parlimen dapat masuk selepas deringan loceng tamat.

Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata aksi terang-terangan wakil rakyat BN dibenarkan masuk dan menyertai pengundian itu selepas loceng tamat dapat disaksikan orang ramai.

“Kita semua dapat lihat apa yang berlaku. Dalam kita buat undi walaupun sudah habis tempoh ditetapkan, masih ada Ahli Parlimen dari BN yang masuk ke Dewan Rakyat dan mengundi.

“Kita mahu senarai nama itu disemak semula. Kenapa ini berlaku, satu dunia melihat kejadian ini. Mereka ini hanya menang dengan 1 undi sahaja,” katanya.
parlimen1Antara wakil rakyat yang didakwa pembangkang lewat masuk namun dibenarkan mengundi adalah Datuk Raime Unggi (BN-Tenom), Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera).

Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) dalam keadaan marah meminta BN berhenti “menipu” dan meminta pengundian dilakukan secara jujur, sementara Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mendakwa ada “konspirasi” ketika undi belah bahagi dilakukan.

Ronald bagaimanapun menjawab kritikan pembangkang dengan berkata tiada peraturan menyatakan undi wakil rakyat yang lambat masuk tidak boleh dikira.

“Saya teliti, tidak ada perlanggaran dibuat,” katanya.

Kekecohan yang berlaku hampir 15 minit itu berakhir dengan majoriti Ahli Parlimen daripada blok pembangkang keluar Dewan Rakyat beramai-ramai.

Sumber TKO - 21-11-2017


52-51: Kerajaan hampir kalah dalam undi blok Bajet 2018
Posted on Tuesday, November 21 @ 07:12:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36883&mode=thread&order=0&thold=0



Pemberita Malaysiakini dalam isu ini seolah-olah menyalahkan 2 MP PAS yang tak mengundi sedangkan ada 74 orang MP PAKATAN (mana lagi 29 MP PH hanya tinggal 45 sahaja). Pemberitaan Malaysia kini seolah-olah dimanipulasi atas RUU Perbekalan macam Bajet 2018. Cuba lihat akhbar lain bawa berita ini.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.


Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah.

Dua orang anggota parlimen berkecuali daripada mengundi.

G Manivannan (PKR Kapar) mengusulkan pengundian blok dilakukan apabila dewan kelihatan kosong ketika ramai anggota parlimen BN tidak berada di Dewan Rakyat.

Beliau mengajukan usul itu untuk membantah inflasi harga barangan dan bahan bakar minyak.

Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee mengarahkan pejabat parlimen membunyikan loceng sebanyak dua kali.

Ia mendorong seorang lagi timbalan speaker yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said turun ke lantai Dewan untuk turut sama mengundi.

Kecoh, MP lambat boleh mengundi
Keadaan menjadi kecoh apabila anggota parlimen pembangkang memberitahu beberapa orang MP BN yang terlambat masuk ke Dewan boleh ikut membuat undian.

"Tenum (MP Raimi Unggai) baru masuk, kenapa boleh (mengundi)?" Jerit seorang MP pembangkang.

"Hey, kamu mahu lari dengan kotak undi? ," jerit Fuziah Salleh (PKR-Kuantan).
"Apa ini?" Tanya Gobind Singh Deo (DAP-Puchong)

"Relax, Yang Berhormat. Ia masih proses (mengundi)," kata Ronald cuba untuk mententeramkan anggota parlimen yang kecoh.

"Jadi gentleman, jangan tipu," teriak Manivannan, apabila mendapati anggota parlimen kerajaan yang lambat masih dibenarkan mengundi.

Teriakan 'tipu' dan 'bohong'
MP pembangkang menjeritkan slogan 'tipu' dan 'bohong'.

Beberapa ketika kemudiannya, Ronald mengumumkan keputusan.

Bagaimanapun Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) membalas, "tak suka (proses pengundian), balik rumah."

Memetik seksyen 47 (2) Peraturan Mesyuarat berkenaan proses undian dalam Dewan, Gobind berkata undi-undi anggota parlimen yang datang lambat perlu diketepikan daripada pengundian blok.

Namun Ronald mempertahankan hasil undian memetik Seksyen 47 (1) dan (2) Peraturan Mesyuarat yang tidak menyatakan tempoh masa selepas loceng selama dua minit dibunyikan dan tempoh masa yang menghalang anggota parlimen yang datang lambat daripada mengundi.

Sumber TKO - 21-11-2017


Jawi siasat Siti Kasim hina Islam
Posted on Monday, November 20 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36868



KUALA LUMPUR: Tindakan yang diambil terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan atau melakukan perbuatan menghina serta mengelirukan mengenai Islam tidak terhad kepada perundangan sahaja, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya, kata beliau, ada tindakan lain diambil institusi agama Islam seperti mengikuti kelas agama yang dikenakan ke atas “Raja Bomoh” Ibrahim Mat Zin oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Dalam konteks Siti Kasim, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telahpun ambil tindakan.

“Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya sewaktu menjadi ahli panel bagi kluster agama di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 hari ini.

Beliau menjawab soalan peserta berhubung tindakan diambil kerajaan terhadap individu seperti Siti Kasim atau nama sebenarnya, Siti Zabedah Kasim yang dilaporkan kerap mengeluarkan kenyataan menghina dan mengelirukan mengenai Islam.

Sumber TKO - 20-11-2017


MOA Nafi China 'Reject' Musang King
Posted on Sunday, November 19 @ 11:17:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36836



KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyifatkan maklumat berhubung kegagalan 20 kontena durian Musang King memasuki China adalah tidak berasas.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata viral berhubung durian Musang King gagal memasuki China kerana kandungan racun serangga yang tinggi adalah tidak berasas dan tak sahih.


"Buat masa ini durian segar berkulit dari Malaysia masih belum diberikan akses pasaran ke China. Daripada gambar yang viral, rupa durian itu tidak sama dengan bentuk dan sifat Musang King Malaysia.

"Buat masa ini, Malaysia hanya diberikan kebenaran untuk mengeksport durian separa proses seperti pes dan produk-produk industri asas tani berasaskan durian.

"Malaysia sedang dalam proses memohon untuk mendapatkan akses pasaran bagi buah durian dalam bentuk biji yang disejuk beku pada suhu bawah -80 selsius melalui proses individual quick freezing (IQF) dan mengekalkan suhu pada suhu -18c.

"Ini adalah antara kaedah terbaik bagi memastikan durian Malaysia kekal segar dan berkualiti sepanjang rantaian nilai pengeksportan," katanya menerusi laman facebook.

Mohd Sallehhuddin mengeluarkan kenyataan itu berikutan penyebaran viral, semalam berhubung 20 kontena durian Musing King yang dikatakan dikembalikan semula ke Malaysia kerana tidak dibenarkan memasuki China.

Terdahulu, ketika di Festival Durian Malaysia di Nanning awal November baru-baru ini, MOA mendapat kelulusan khas untuk membawa masuk 3.8 tan metrik buah durian berkulit yang disejuk beku hanya bagi tujuan promosi saja.

- BH Online

Sumber TKO - 19-11-2017


AES baharu kesan pemandu guna telefon bimbit
Posted on Sunday, November 19 @ 08:19:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36835


 KUALA LUMPUR 18 Nov.– Kementerian Pengangkutan akan mengkaji pemasangan teknologi baharu di setiap kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai langkah penguatkuasaan untuk mengesan kesalahan pemandu yang menggunakan te­lefon bimbit ketika memandu.

 Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, perkara itu dilihat penting dalam usaha membendung kesalahan tersebut yang kini menjadi antara penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.

 Katanya, pemasangan tek­nologi itu akan mening­katkan lagi fungsi kamera AES selain untuk mengesan kesalahan pemanduan me­lebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.
Jelas beliau, kementeriannya akan bekerjasama de­ngan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengkaji perkara tersebut termasuk cadangan-cadangan lain seperti meningkatkan ka­dar hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.
“Kementerian akan menilai untuk meningkatkan fungsi kamera AES untuk mengesan pemandu yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
“Kenapa masih ada pemandu yang berani menggunakan telefon bimbit semasa memandu adalah kerana mereka menyedari penguatkuasaan yang ada tidak cukup untuk mengesan kesalahan mereka. Oleh itu kamera AES dilihat mungkin boleh berperanan un­tuk mengatasi ma­salah ini,” katanya ketika dihubungi Ming­guan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Ketua Pe­ngarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid mencadang­kan agar hukuman bagi kesalahan menggunakan te­lefon bimbit ketika memandu perlu dipinda selari de­ngan perkemba­ngan pesat penggunaan peranti itu termasuk aplikasi popular seperti WhatsApp.
Tambah Ab. Aziz, Kementerian Pengangkutan me­nyarankan setiap pengguna mematuhi peraturan jalan raya untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain, tetapi akan sentiasa menilai keperluan untuk mempertingkat tahap penguatkuasaan selaras dengan perkembangan semasa.
Timbalan menteri itu mengakui penggunaan te­lefon bimbit yang semakin meluas menjadi antara cabaran baharu yang dihadapi oleh pihak berkuasa dan sehubungan itu kaedah-ka­edah terkini untuk membendung kesalahan tersebut akan diperhalusi.

“Mungkin terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan untuk mengesan kesalahan seperti ini (menggunakan telefon bimbit). Oleh itu kaedah pengesanan kesalahan juga perlu dipermo­denkan termasuk menggunakan kamera AES untuk mengesan pemandu yang menggunakan te­lefon bimbit semasa memandu,” katanya.
Sumber TKO - 19-11-2017


Selepas Najib, Zahid pula lawat Anwar di HKL
Posted on Saturday, November 18 @ 18:19:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36819



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah melawat pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Baru saja melawat Anwar Ibrahim yang menjalani pembedahan di bahu kanannya di HKL baru-baru ini.

"Semoga dia mempunyai pemulihan yang cepat," katanya dalam posting Facebook.

Dalam gambar yang dimuat naik di Facebook, Zahid dilihat bersama isterinya disebalah katil Anwar. Juga menemani Anwar adalah dua orang anak perempuannya.

Semalam, Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor turut melawat Anwar di hospital.

Anwar menjalani pembedahan pada Ahad lalu berikutan kecederaan dibahu kanannya.

Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, dibenarkan untuk dirawat sementara di hospital.

Keluarganya telah merayu kepada kerajaan untuk membenarkan Anwar meneruskan pemulihannya di hospital dan bukannya dihantar ke penjara.

Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan sabitan liwat Anwar, satu pertuduhan yang dia didakwa bermotivasi politik.

Dengan tingkah laku yang baik, Anwar dijangka akan dibebaskan dari penjara pada pertengahan tahun depan.

Sumber TKO - 18-11-2017

Najib melawat Anwar di HKL
Posted on Friday, November 17 @ 21:34:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36802


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL)  hari ini.


Najib memuatnaik gambar lawatan itu di akaun twitter rasminya.

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini. Semoga beliau cepat pulih,” kata Najib.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim.

Anwar kini dirawat selepas menjalani pembedahan di bahu Ahad lalu.

Anak lelaki Anwar Muhammad Ihsan mengucapkan terima kasih kepada Najib dan Rosmah atas kunjungan mereka, serta semua kakitangan HKL yang merawat bapanya.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kerajaan agar mempertimbangkan ayah kami dibenarkan untuk berada di kemudahan perubatan di luar penjara untuk menjalani rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Kecederaan bahu Anwar berpunca daripada kemalangan di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 2014.

Kecederaan itu pada mulanya dirawat melalui senaman dan fisioterapi, tetapi keadaan dalam penjara menyukarkannya untuk meneruskan rutin itu.

Keluarga Anwar berkata beliau mula merungut keadaannya semakin memburuk pada Disember tahun yang sama.

Keadaan Anwar kemudian semakin buruk selepas beliau terlibat dalam kemalangan pada 22 September.

Ketika itu, beliau dalam perjalanan dari HKL untuk pulang je penjara, apabila kereta pengiring melanggar bahagian belakang kereta yang dinaikinya.

Sumber TKO - 17-11-2017



MTEM: Buat aduan jika pramugari dilarang bertudung
Posted on Friday, November 17 @ 15:14:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36795


Pekerja syarikat penerbangan di negara ini yang didiskriminasi dari segi pemakaian boleh tampil membuat aduan kepada pihak berwajib.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman berkata perkara itu perlu memandangkan cara pemakaian tidak boleh dijadikan kayu pengukur dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Kalau ada diskriminasi keinginan untuk menutup aurat perlu diketengahkan kepada pihak berwajib, kepada persatuan-persatuan supaya dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Tidak relevan pakaian menutup aurat dan tidak dalam memberi perkhidmatan yang terbaik.

“Kena buat aduan supaya boleh dijadikan isu kepada pihak yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat MTEM, Plaza Damansara.

Yazid ditanya mengenai kod pemakaian pramugari yang tidak memakai tudung.

Beliau sebelum itu mengesyorkan kerajaan menggubal akta antidiskriminasi dalam sektor pekerjaan bagi memastikan majikan tidak mengambil pekerja berasaskan kaum dan agama.
Katanya, akta tersebut juga bagi mengekang pekerja bertudung didiskriminasi.

“Akta ini kira tak mahu mana-mana pihak mendiskriminasikan semata-mata amalan agama seseorang atau bangsa seseorang. Realitinya kita akan perhalusi isu halus seperti di bawah karpet yang perlu ditangani,” katanya.

Yazid berkata buat masa ini pihaknya tidak bercadang untuk menyerahkan memorandum berhubung akta tersebut sebaliknya ia adalah cadangan yang mungkin boleh diperhalusi lagi.

“Kalau dipertimbangkan alhamdulillah, kita bekerjasama pihak berwajib dan NGO menekan pihak ke arah yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan pengusaha hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian kaunter hadapan.

Ekoran itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik balik lesen mana-mana hotel di negara ini yang bertindak demikian.

Semuanya bermula apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia mendedahkan ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam dengan diarahkan menanggalkan tudung.

Sementara itu MTEM turut mendesak agar Pengerusi Persatuan Pengusaha Hotel-hotel Malaysia (MAH), Samual Cheah Swee Hee agar meletak jawatan kerana tidak memahami prinsip hospitaliti dalam sektor perkhidmatan hotel.

Selain MTEM, 15 lagi NGO menyokong agar diskriminasi terhadap wanita bertudung segera dihentikan.

Antaranya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Patriots Malaysia, serta Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Malaysia (WADI).

Sumber TKO - 17-11-2017


Gaji penjawat awam tidak akan dibayar 2 kali sebulan
Posted on Thursday, November 16 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36771



PUTRAJAYA: Kerajaan tetap meneruskan amalan pembayaran gaji sebulan sekali kepada penjawat awam seperti dilaksanakan sekarang, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman.

Merujuk laporan sebuah portal berita yang mendakwa pembayaran gaji 2 kali sebulan secara rintis akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, beliau menafikan perkara itu dan berkata ia tidak berlaku di Malaysia sebaliknya di sebuah negara jiran.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan penjawat awam negara ini supaya tidak gusar dengan khabar angin itu.

"Jadi, untuk indahkan bahasa dan suasana, kita jangan dengar sebarang khabar angin," katanya kepada pemberita selepas menutup sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Awam hari ini.

Menurut laporan portal tersebut, langkah itu diambil bagi membantu penjawat awam menguruskan perbelanjaan harian individu dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan bahan api yang semakin meningkat.

Sementara itu, Zainal Rahim berkata pihaknya bercadang menyemak semula Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011 mengenai Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam dengan menambah elemen pengauditan dan penguatkuasaan terhadap isi kandungan pekeliling tersebut.

Beliau berkata pekeliling itu, yang belum pernah ditambah baik, hanya memperihal mengenai kaedah dan mekanisme penggunaan bahasa kebangsaan tanpa memasukkan perkara berkaitan pengauditan dan penguatkuasaan.

"Kita dapati penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat, terutamanya oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih perlu diberi perhatian. Atas faktor itu semakan dan pindaan terhadap pekeliling tersebut boleh dijadikan panduan oleh semua agensi dan jabatan kerajaan dalam memperkukuh penggunaan bahasa kebangsaan," katanya.


Pada majlis tersebut, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mua'amar Ghadafi Jamal dipilih sebagai penerima anugerah Ikon Pejuang Bahasa 2017.

Sumber TKO - 16-11-2017


Koreklah, ingat kita takut sangat ke, kata Nazri kepada Mahathir
Posted on Thursday, November 16 @ 18:13:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36769


Seorang Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak gentar dengan ugutan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mendedahkan keburukan mereka.


Datuk Seri Nazri Aziz berkata Umno terbuka terhadap perkara itu malah beliau juga pernah mengisytiharkan hartanyanya kepada Dr Mahathir semasa berada dalam kabinetnya.

“Koreklah, kita semua terbuka. Datuk Seri Najib Razak punya kekayaan pun terbuka. Koreklah, kita nak tahu kaya macam mana.

“Macam saya, keluarga dan anak-anak saya semua orang korek. Tidak ada masalah. Koreklah, nanti kita korek dia punya, baru dia tahu nanti, ingat kita takut sangat ke?

“Saya pernah isytihar harta pada dia. Saya pernah jadi menteri pada dia. Kita sentiasa buat pengisytiharan, apa nak takut,” katanya.
Nazri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perlawanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Dr Mahathir semalam memberi amaran kepada pesaing politiknya bahawa beliau juga boleh mendedahkan keburukan mereka.

Beliau berkata demikian selepas dua akhbar berkaitan Umno melaporkan gaya hidup mewah cucu perempuannya baru-baru ini.

Ahad lalu, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita muka depan mengenai gaya hidup cucu bekas perdana menteri itu, Meera Alyanna Mukhriz.

Utusan Malaysia menerbitkan gambar Meera di atas kapal layar yang didakwa dinamakan sempena namanya dan mendakwa gadis itu sering memakai pakaian berjenama dan menjalani gaya hidup mewah.
Berita Harian, sebaliknya menerbitkan gambar-gambar Meera dan adik perempuannya Melia Serena di atas bot dengan kawan-kawannya.

  Mengulas lanjut Nazri yang juga Menteri Pelancongan berkata semua pihak bukan sahaja mahu mengetahui sumber kekayaan Dr Mahathir tetapi juga mengenai anak-anaknya sekali.
“Pertama sekali bukan dia sahaja, kita nak tahu anak dia itu. Isytihar mana datang sumber kekayaan itu... saya dengarlah. Anak dia kena bagi tahu,” katanya.

Sementara itu Nazri ketika ditanya mengenai kesediaan Dr Mahathir untuk mengisytiharkan hartanya serta tidak tahu sama ada dirinya akan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang berkata:

“Tak payah bertanding pilihan rayalah, isytihar jelah (harta),” katanya ringkas.

Sumber TKO - 16-11-2017

1, 2 ‘ekor’ sahaja tak hormat kita, kata Najib
Posted on Thursday, November 16 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36751



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, hanya segelintir pihak dalam negara yang tidak menghormati kerajaan sedangkan kebanyakan pemimpin negara luar begitu menghormati Malaysia.

Najib berkata, sehubungan itu rakyat harus yakin dengan landasan kemajuan negara pimpinan beliau dan tidak termakan hasutan pihak tertentu yang memburukkan kerajaan.

"Tak payah pandang kiri, tak payah pandang kanan, tak payah termakan janji apatah lagi hasutan kebencian yang dibawa pihak berkenaan.

"Pegang bertaut kepada apa yang ada hari ini, kita akan bawa ke masa depan, nama Malaysia harum di persada antarabangsa," kata Najib ketika merasmikan Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka hari ini.

Tambahnya, masa hadapan rakyat juga berada dalam keadaan yang terbaik di bawah pentadbirannya .

"Kita yang pentingnya kita boleh ubah minda rakyat. Kita bukan sahaja beri kemudahan tapi lebih dari itu boleh mengubah minda rakyat.

"Rakyat boleh berasa optimis, yakin bahawa masa depan mereka berada dalam tangan mereka yang mampu membawa mereka jauh ke hadapan sebagai sebuah kerajaan.

"Pendek kata, ‘your future is in good hands'," kata Najib.

Menurutnya, Malaysia kini dipandang tinggi di luar negara.

"Saya baru balik Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), dan Asean. Malaysia berjaya di persada antarabangsa kerana kita berjaya, bukan boleh diperlekehkan oleh sesiapa.
"Pemimpin dunia menghormati kita. Presiden China, Amerika Syarikat, perdana menteri lain semua menghormati kita.

"Yang tak hormat kita hanya 1, 2 ‘ekor' sahaja dalam negara," kata Najib lagi.

Sumber TKO - 16-11-2017


Shahrir percaya ada siasatan selain hotel di London, Kuching dan KK
Posted on Wednesday, November 15 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36733



KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad percaya operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Felda Investment Corporation (FIC) lebih besar daripada 3 hotel yang disiasat sekarang ini.

Shahrir memberikan komitmen bahawa Felda sentiasa terbuka untuk disiasat oleh agensi anti-rasuah itu.

“Siasatan mengenai isu pembelian hotel sedang dijalankan dan tindakan reman juga telah diambil. Cuma saya tidak pasti berada di tahap mana. Apa yang lebih penting, kita terbuka untuk disiasat sebab saya yakin operasi siasatan tidak akan terikat dengan isu 3 hotel sahaja,” katanya.

Beliau ditanya pemberita mengenai perkembangan siasatan SPRM ke atas pembelian sebuah hotel di London, di Kuching dan di Kota Kinabalu oleh FIC, pada sidang media Dialog GTN50: Pemimpin Generasi Baharu Felda Aspirasi Menuju Tahun 2050 di Menara Felda hari ini.

SPRM membuka kertas siasatan terhadap FIC berbubung pembelian sebuah hotel di London antara 2013 dan 2015 pada Julai tahun ini, yang dipercayai harga dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal.

Ia membawa kepada siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching juga pada bulan yang sama, dan hotel di Kota Kinabalu pada Ogos.


Beberapa individu sudah dipanggil untuk membantu siasatan termasuk bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Bercakap mengenai isu lain, Shahril berkata kesemua tanah rancangan Felda perlu ditransformasikan menjadi bandar pintar menjelang tahun 2050.

Katanya, bandar pintar itu meliputi prasarana dan kemudahan asas yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan ekonomi para peneroka serta generasi seterusnya.

Ia termasuk mengubah persekitaran tanah-tanah rancangan Felda supaya lebih tersusun termasuk menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi agro pelancongan yang dilengkapi dengan capaian internet berkelajuan tinggi.

“Para peneroka khususnya generasi kedua dan ketiga Felda perlu menyedari bahawa aset tanah akan sentiasa kekal menjadi milik kita tetapi ia perlu dikembangkan dalam bidang-bidang lain, bukan hanya dalam bidang pertanian yang berasaskan komoditi semata-mata.

“Bermula dengan transformasi Felda 2.0 di Lurah Bilut, Pahang yang akan dibuka Januari tahun depan melalui peruntukan RM10 juta, seterusnya pembukaan tiga tanah rancangan di tiga wilayah lain sekiranya sumber kita mencukupi,” katanya.

Seramai 500 generasi kedua dan ketiga Felda menghadiri program yang dikendalikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sumber TKO - 15-11-2017


Arah pekerja buka tudung, hotel boleh didakwa gangguan seksual
Posted on Tuesday, November 14 @ 01:09:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36698




Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) mengecam segelintir hotel yang mengarahkan pekerja wanita mereka menanggalkan tudung dan menyifatkan tindakan itu boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual.

Timbalan Presidennya, Salkukhairi Abd Sukor berkata, ini kerana tindakan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang Islam berhak mengamalkan ajaran agamanya tanpa halangan daripada mana-mana pihak, selaras dengan Islam sebagai agama persekutuan.

“Alasan kononnya tindakan tersebut selari dengan SOP yang ditetapkan adalah tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Salkukhairi, dari segi undang-undang, sekiranya betul terdapatnya peraturan atau SOP sedemikian, ia boleh dianggap sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menyebabkan peraturan tidak sah dan terbatal.

Salkukhairi juga berkata tindakan sedemikian boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual kepada pekerja wanita Muslim yang ingin melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim.

Justeru Salkukhairi menasihati para pekerja wanita yang diarahkan oleh majikan membuka tudung, agar membuat laporan polis dan aduan kepada Jabatan Buruh atau Jabatan Perhubungan Industri untuk mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

“HartaGuam juga bersedia menawarkan barisan panel peguam kepada pekerja wanita yang diperlakukan sedemikian untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap majikan mereka supaya ia menjadi tauladan kepada para majikan yang tidak menghormati hak kebebasan beragama para pekerja mereka.

“Selain daripada itu HartaGuam mendesak agar kerajaan menggubal peruntukan khusus di dalam Akta Pekerja atau Akta Perhubungan Industri yang memperuntukkan majikan dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati menghalang mana-mana pekerja untuk melaksanakan hak mereka sebagai seorang Muslim,” katanya.

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) sebelum ini mendakwa ada pekerja hotel yang mengadu berhubung pekerja wanita yang diarahkan menanggalkan tudung mereka.

Beberapa pihak tampil mengecam larangan itu termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Sementara itu, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan hotel tertentu yang melaksanakan larangan itu dan berkata ia adalah sebahagian daripada dasar antarabangsa.

Presiden MAH bagaimanapun dilapor berkata setiap hotel mempunyai prosedur operasi piawai (SOP) masing-masing dan wanita yang bertudung masih boleh bekerja di hotel yang tidak mengamalkan dasar itu.

Presiden MAH cawangan Pulau Pinang pula dilapor berkata tidak menggunakan larangan itu di hotel-hotel mereka kerana dibantah ketua menteri negeri itu.

Sumber TKO - 14-11-2017


Hampir semua jenayah warga asing melibatkan orang Myanmar
Posted on Monday, November 13 @ 15:54:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36689



KUALA LUMPUR: Hampir kesemua jenayah yang dilakukan warganegara asing melibatkan rakyat Myanmar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata daripada 82, sebanyak 78 kes melibatkan warga negara Myanmar. Daripada jumlah itu, 30 kes melibatkan kekerasan dan 48 kes melibatkan jenayah harta benda.

Bagaimanapun, setakat ini polis tidak mengesan aktiviti keganasan di kalangan mereka, termasuk yang dilakukan etnik Rohingya di Malaysia.

“Dari segi ancaman terhadap keselamatan negara, tiada data khusus mengenai rekod jenayah yang dibuat etnik Rohingya.

“PDRM hanya merekodkan kes jenayah dilakuan warga negara asing mengikut negara asal dan bukannya mengikut etnik,” katanya di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali.

Shahidan memberi jaminan pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan tiada elemen keganasan yang melibatkan etnik Rohingya di Malaysia.

Tambahnya, sehingga 30 September 2017, seramai 62,153 orang etnik Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
“53,811 orang adalah pelarian dan 8,342 orang merupakan pemohon suaka. Sehingga 30 September 2017 juga, hanya 2,061 orang ditempatkan ke negara ketiga oleh pihak UNCHR,” katanya.

Rekod UNHCR sehingga bulan Februari 2017 menunjukkan Selangor merupakan negeri tertinggi taburan etnik Rohingya dengan jumlah 13,135 orang.

Ia diikuti Pulau Pinang (10,380) Kedah (6,633), Johor (6,227), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4,694), Terengganu (3,039), Kelantan (2,369), Pahang (1,952), Perak (1,056), Negeri Sembilan (905), Melaka (857) dan Perlis (156) serta Putrajaya (133).

Sumber TKO - 13-11-2017

Malaysia nafi tuduhan Trump tipu perdagangan RM221 bilion
Posted on Monday, November 13 @ 13:51:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36683



KUALA LUMPUR: Putrajaya hari ini menafikan tuduhan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa Malaysia antara negara yang penipu perdagangan dan bertanggungjawab dalam defisit perdagangan sebanyak AS$50 bilion (RM221 bilion).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia adalah antara negara perdagangan terbesar di dunia dengan Amerika Syarikat, dan menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa secara adil dan saksama.

“Kerajaan Malaysia tidak memanipulasi mata wang atau memberi sebarang bantuan menyalahi undang-undang antarabangsa seperti ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO),” katanya dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Selayang, William Leong di Dewan Rakyat hari ini.

April lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menghentikan “pengimport luar yang menipu”. Di bawah perintah itu, negara yang mempunyai dagangan tidak seimbang terbesar dengan AS akan diteliti selama 90 hari sementara pentadbiran menyiasat pengeluar, penyedia perkhidmatan, petani dan pengguna untuk mengenal pasti masalah.

Selain Malaysia, negara lain yang menjadi sasaran penyiasatan Trump ialah China, Canada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Mustapa berkata, beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah memberikan penjelasan kepada Trump sewaktu lawatan kerja ke AS pada 12 September lalu berhubung isu defisit perdagangan ini.

“Statistik perdagangan Malaysia merekodkan AS hanya mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$5 bilion dengan Malaysia sedangkan statistik AS menunjukkan defisit sebanyak AS$25 bilion.

“Perdana menteri dan saya sudah menerangkan bahawa perbezaan data ini adalah disebabkan pihak AS mengambil kira import melalui negara ketiga,” katanya lagi.

Tambahnya, Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross sudah menjelaskan penyenaraian Malaysia dalam senarai itu bukanlah satu tuduhan Malaysia lakukan penipuan.

“Ia lebih kepada untuk rujuk kepada perhitungan ketidakseimbangan dagangan AS dengan Malaysia. Selaras dengan ini, kedua-dua negara bersetuju supaya perjanjian rangka kerja perdadangan dan pelaburan dijadikan sebagai platform untuk menyelesaikan isu-isu perdangan dan pelaburan dua hala,” katanya.

Sumber TKO - 13-11-2017


Kos ECRL kekal RM55 bilion
Posted on Monday, November 13 @ 11:08:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36680


Kerajaan menegaskan kos bagi projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) kekal RM55 bilion, walaupun ada dakwaan ia akan meningkat sehingga RM70 bilion.


Ia berdasarkan The Edge Markets bulan lalu, yang melaporkan kenaikan itu selepas mengambil kira kos tambahan seperti pengambilan tanah dan pembinaan landasan berkembar sepanjang 688 km dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Pengkalan Kubor, Kelantan

"Kos ECRL melibatkan pembinaan landasan keretapi dan kos sampingan lain seperti kejuruteraan untuk kelajuan rekabentuk, pembangunan stesen, kemudahan infrastruktur adalah RM55 bilion seperti yang diketahui umum," kata Kementerian Kewangan dalam jawapan parlimen bertarikh 9 November 2017.

Ngeh Koo Ham (Beruas-DAP) meminta kementerian kewangan menjelaskan pihak yang memberikan dana untuk projek itu, jumlah dana tersebut serta bagaimana kerajaan akan membayarnya semula.

Kementerian kewangan berkata, 85 peratus daripada kos projek akan dibiayai pinjaman mudah daripada Bank Exim China yang dijamin kerajaan manakala baki 15 peratus melalui sukuk atau bon Islamik yang diutuskan institusi kewangan tempatan.

"Struktur pembiayaan ini akan menjimatkan kos pembiayaan syarikat melalui kadar faedah yang kompetitif, manakala kupon untuk terbitan sukuk tempatan ditentukan berdasarkan pasaran semasa," kata kementerian.

Berhubung pembayaran semula, kementerian berkata ia akan dibuat menerusi pendapatan daripada operasi ECRL seperti kutipan tambang penumpang dan perkhidmatan kargo, dan pendapatan bukan operasi seperti pengkiklanan dan peruncitan.

Pada minggu lalu, kementerian itu mengesahkan projek tersebut hanya akan menampilkan aturan landasan tunggal.

Namun trek keretapi itu akan dibina di atas 'formasi dua landasan', menurut jawatan bertulis parlimen kementerian itu.

Sumber TKO - 13-11-2017



UTK untuk Dr M ditambah jika ada ancaman, kata Fuzi
Posted on Sunday, November 12 @ 00:23:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36642



KUALA LUMPUR: Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang bertugas mengawal keselamatan Tun Dr Mahathir Mohamad akan ditambah bergantung kepada tahap ancaman terhadap bekas perdana menteri itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.


“Kita akan bagi kawalan keselamatan yang perlu,” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan kerja ke Unit Tindakan Khas (UTK) di Cheras hari ini.

Fuzi awal bulan lalu menolak dakwaan UTK yang mengawal keselamatan bekas perdana menteri itu ditarik balik. Katanya, polis masih mengekalkan anggota UTK bagi mengiringi dan mengawal keselamatan Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, termasuk mengawal kediaman mereka.

“Banyak pihak yang buat tuduhan yang bukan-bukan kerana perkara ini sudah dijelaskan kepada umum,” katanya.

Terbaharu Dr Mahathir menafikan beliau masih menikmati kemudahan yang diberikan kerajaan kepadanya sebagai bekas perdana menteri.

Beliau juga mendakwa kerajaan turut mengarahkan institusi bukan milik kerajaan yang mempunyai kaitan dengannya menarik balik jawatan yang diberikan kepada beliau sebelum ini.

Sumber TKO - 12-11-2017



Wisma Putra sahkan wartawan Malaysia dijel di Myanmar
Posted on Sunday, November 12 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36647



PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini mengesahkan laporan beberapa agensi berita antarabangsa bahawa wartawan Malaysia, Mok Choy Lin dijatuhi hukuman penjara dua bulan di Myanmar.


Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata, Mok yang ditahan pada 27 Oktober lalu bersama-sama seorang warga Singapura dan seorang rakyat tempatan, dihukum atas kesalahan yang dilakukan menurut Akta Lapangan Terbang  Myanmar 1934.

Menurut kenyataan itu wakil Kedutaan Malaysia di Yangon telah melawat  Mok dan wanita tersebut dilaporkan berada dalam keadaan baik.

“Kedutaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Myanmar serta Kedutaan Singapura dan Turki di Myanmar bagi memantau dan memberi segala bantuan yang diperlukan kepada rakyat masing-masing yang terlibat,” katanya.

Wisma Putra juga mengulangi ingatan akan keperluan rakyat Malaysia memahami sepenuhnya undang-undang dan peraturan negara tuan rumah sebelum melakukan lawatan selain berusaha mematuhinya.


  Mok, wartawan stesen penyiaran Turkish Radio and Television, ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar kerana didakwa merakam video bangunan Hluttaw (bangunan Parlimen) di Nay Pyi Taw, Myanmar menggunakan dron tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu. - Bernama

Sumber TKO - 122-11-2017


Video KP SPRM: 2 kali kertas siasatan dihantar pada peguam negara, kata KPN
Posted on Saturday, November 11 @ 17:48:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36635



KUALA LUMPUR: Polis sudah 2 kali menghantar kertas siasatan kepada pihak Jabatan Peguam Negara berhubung siasatan ke atas video yang mengaitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan seorang wanita.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata kertas siasatan dihantar pada 17 dan 30 Oktober dan kini pihaknya dalam proses menghantar semula laporan terbaharu kepada pihak peguam negara.

“Kita dapat balik (kertas siasatan daripada Jabatan Peguam Negara) banyak tindakan-tindakan susulan yang kita perlu ambil sebelum kita hantar kertas siasatan kepada peguam negara,”
katanya pada sidang media sempena lawatan kerja Ketua Polis Negara ke Unit Tindakan Khas (UTK) Cheras hari ini.

Ketika ditanya sama ada polis sudah merakam percakapan Dzulkifli, Fuzi berkata semua tindakan yang perlu sudah diambil.

“Kita semua sudah ambil tindakan jadi jangan bimbang,” katanya.

Fuzi mengumumkan polis membuka siasatan terhadap video itu 13 Oktober lalu.

Sebelum ini pembangkang mendesak Dzulkifli membuat penjelasan, dikenakam tindakan tatatertib atau meletak jawatan berhubung dakwaan video itu.

Menjawab skandal itu, Dzulkifli sebelum ini berkata serangan itu dibuat kerana kempen agresif SPRM terhadap individu yang terbabit rasuah dan salah guna kuasa.


“Taktik kotor ini bertujuan untuk mencemarkan imej saya dan reputasi sebagai pesuruhjaya SPRM dan menjatuhkan kredibiliti SPRM dalam menjalankan tugas kami memastikan negara kita bebas rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Sumber TKO - 11-11-2017


Amaran mengenai sindiket penipuan bayaran balik cukai
Posted on Saturday, November 11 @ 10:04:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36626



Orang ramai yang menerima e-mel yang mengarahkan klik pautan untuk mendapatkan bayaran balik cukai tertunggak, perlu berhati-hati kerana ada sindiket merayau mencari mangsa dengan taktik ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan berkata ia telah mengesan sindiket scamming dengan menghantar e-mel kepada orang ramai, dengan menggunakan nama lembaga ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan lembaga pengarah.

E-mel, yang menggunakan logo rasmi LHDN dan logo institusi perbankan, meyakinkan orang ramai bahawa mereka boleh menuntut pembayaran balik cukai tertunggak.

E-mel dibaca: “Rekod kami menunjukkan bahawa anda mempunyai bayaran balik cukai tertunggak. Sila klik pada pautan di bawah dan ikuti arahan untuk menerima bayaran balik anda.”

Pautan dalam e-mel yang kemudian akan mengarahkan penerima kepada laman lain, di mana bakal mangsa perlu mengisi butiran perbankan untuk membenarkan bayaran balik cukai sepatutnya dibankkan oleh LHDN.

“Perlu diingatkan bahawa LHDN tidak menghantar sebarang e-mel yang meminta pembayar cukai mendedahkan butiran perbankan mereka. Ini kerana butir-butir perbankan akan diperolehi melalui deklarasi oleh pembayar cukai apabila mereka melengkapkan Borang Nyata Cukai Pendapatan setiap tahun.

“Selain itu, proses bayaran balik cukai tertunggak akan dikreditkan oleh LHDN kepada bank pembayar cukai akaun menggunakan Electronic Fund Transfer, baucar cukai tertunggak, cek atau pindahan telegraf (bagi mereka yang berada di luar negara),” kata kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengesahkan kandungan e-mel yang sebelum mengikuti arahan. Cara yang paling mudah untuk mengesahkan adalah untuk memeriksa domain e-mel ini. Setiap e-mel rasmi daripada LHDN akan menggunakan domain @ hasil.gov.my.

Antara domain yang dikesan termasuk @ vanderbit.edu dan @ vumc.org.

Orang awam juga boleh menghubungi careline LHDN di 1-800-88-5436 untuk mengesahkan.

Mereka yang telah terkena harus membuat laporan polis.

....
http://kiracukaipendapatan.blogspot.my/ 


Sumber TKO - 11-11-2017

































































































































































Hanya 8 minit? PM perlu lebih bertanggungjawab

TEMPOH lapan minit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam sidang dewan rakyat, pada 9 November lalu, tidak berbaloi sama sekali, kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad. 
Beliau berkata, sepatut beliau mendengar ucapan-ucapan perbahasan belanjawan 2018 yang dibentangnya sendiri pada 27 Oktober lalu. 
"Beliau perlu berada bersama kami semua dan tidak boleh sekejap begitu sehaja kerana banyak perkara yang patut dibincangkan sepanjang belanjawan berlangsung seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Pendidikan dan sebagainya," katanya kepada Harakah, hari ini. 
Di Dewan Rakyat, 9 November lalu, dilapor hanya lapan minit, Najib berada di sana.
Perdana Menteri dikatakan menjawab soalan pada jam 10.04 pagi dan meninggalkan dewan pukul 10.12 pagi, kata seorang Ahli Parlimen. 
Dalam pada itu Idris berkata, Najib perlu berada di Parlimen walaupun tidak sepenuhnya, beliau perlu memberi lebih masa bukannya setakat lapan minit sahaja.
Tegasnya beliau diminta memberi masa terhadap cadangan dan kritikan terhadap bajet 2018. 
"Beliau pula sebagai Menteri Kewangan dan bajet yang dibentangkan itu melibatkan portfolio beliau sendiri," katanya. 
Beliau berkata, sepatutnya sebagai seorang Perdana Menteri beliau perlu bertanggungjawab dan mendengar apa yang dibahaskan oleh wakil dewan kerana bajet yang dibentangkannya melibatkan wang negara yang besar. 
Perkara yang sama turut disuarakan oleh Senator Khairiah Mohamed. 
Katanya, kehadiran beliau ke parlimen sangat penting. Tambahan pula, sidang kali ini merupakan, sidang terakhir bagi tahun 2017 dan terakhir untuk mesyuarat penggal kelima parlimen.
HARAKAHDAILY 10/11/2017
Sumber HD - 10-11-2017 




































































































































































3,797,785 Rakyat Malaysia Layak Mengundi Belum Daftar - Azalina
Posted on Thursday, November 09 @ 15:09:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36571



KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa jumlah pemilih berdaftar sehingga 30 Jun lalu ialah 14,622,881 orang.

Beliau berkata, jumlah pemilih baru yang didaftarkan mulai 1 Januari sehingga 30 Jun lalu ialah 409,564 orang manakala jumlah pendaftaran menukar alamat bagi tempoh yang sama ialah 152,832 orang.

"Jumlah warganegara berumur 21 tahun dan ke atas yang layak mendaftar tetapi belum mendaftar sebagai pemilih sehingga 30 Jun lalu ialah 3,797,785 orang," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018.

Azalina turut berkata, kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya sedang disiapkan sebelum tempoh dua tahun kajian berakhir pada 14 September 2018.

Katanya, syor kajian itu akan dibincangkan selepas laporan akhir diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan lain, Azalina berkata, pindaan Akta Insolvensi 1967 yang berkuat kuasa Oktober lalu dijangka akan mengurangkan jumlah kes yang dijatuhkan perintah kebankrapan sebanyak 50 peratus, iaitu pengurangan kira-kira 10,000 kes setahun.

"Pindaan itu juga dijangka melepaskan lebih kurang 50,000 bankrap yang layak dilepaskan secara berperingkat-peringkat iaitu penjamin, bankrap disahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai seorang yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya dan bankrap yang disahkan pegawai perubatan kerajaan," katanya.

INFO

* 23,036 orang berusia 25-34 tahun diisytihar bankrap sejak 2013-Ogos 2017

* 1,109 orang berusia 25 tahun ke bawah diisytihar bankrap (tempoh sama) - Antarapos
Sumber TKO - 9-11-2017

K'jaan tak pernah tarik kemudahan bekas PM, termasuk Dr M
Posted on Thursday, November 09 @ 15:02:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36570


Kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas perdana menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM dalam kenyataan hari ini berkata pejabat Dr Mahathir telah dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) serta kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan), 1980 (Akta 237).

Menurutnya perjawatan yang diperuntukkan kepada Dr Mahathir adalah sebanyak 21 perjawatan
.
“Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam," kata JPM berhubung status semasa kemudahan untuk Dr Mahathir.

Baru-baru ini tular di media sosial bahawa kemudahan bagi Dr Mahathir dikatakan dikurangkan atau ditarik balik.

JPM berkata kerajaan turut menanggung bayaran-bayaran utiliti di YKP serta kediaman rasmi beliau sehingga kini.

Selain itu, menurut JPM, kerajaan juga menanggung kos bagi bayaran elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi, pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan yang dihadiri oleh bekas perdana menteri itu ke luar negara.

“Justeru, kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa tiada sebarang kemudahan yang ditarik balik dan layanan sama rata diberikan kepada kesemua bekas perdana menteri,” kata JPM.
- Bernama


Note: Kita memang nak jatuh UMNO/BN yang merosak bangsa daan agama. Tapi politik bohong, fitnah dan spin maklumat bukan budaya politik Islam. Jangan kita runtuhkan kleptokrasi tapi kita bina "politik penyangat" - AO
Sumber TKO - 9-11-2017

Lawatan Najib Ke Pulau Pinang : LGE Sembunyikan Sesuatu?


Oleh : Khalid Abdullah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilihat cuba menyembunyikan sesuatu apabila hanya membawa Perdana Menteri meninjau keadaan mangsa banjir di penempatan sementara sahaja.

Datuk Seri Najib Razak telah melakukan lawatan ke negeri tersebut pada Selasa untuk meninjau situasi sebenar banjir yang melanda.

Dilaporkan, hujan lebat dan angin kencang sejak dua petang dan berlarutan sehingga lima pagi pada hujung minggu lalu menyebabkan ratusan pokok tumbang dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.
Hujan yang biasanya datang dalam tempoh sebulan setengah tetapi melanda dalam masa sehari, air yang turun dari Kedah dan angin kencang dan adalah faktor luar jangka yang datang dalam satu masa menyebabkan banjir besar melanda negeri tersebut.

Selain banjir besar, kejadian tanah runtuh dengan kesan kemusnahan besar juga berlaku serentak.

Tidak pasti, isu tanah runtuh ditimbulkan atau tidak, namun apabila Perdana Menteri tidak menyentuh dalam sidang media selepas lawatan, mungkin isu ini telah cuba dikecilkan dari pengetahuan beliau.

Datuk Seri Najib Razak perlu diberi maklum dan di bawa meninjau keadaan tanah runtuh yang berlaku berhampiran lereng bukit yang menempatkan perumahan penduduk itu.

Sebagai contoh, tinjauan yang dibuat ke projek perumahan mewah di lereng bukit di Tanjung Bungah kelihatan begitu terjejas teruk dengan sebahagian binaannya runtuh akibat hujan lebat dan banjir yang berlaku.

Keadaan ini terjadi selepas sebahagian jalan utama ke taman perumahan mewah itu runtuh bersama-sama bahagian anjung dan tempat letak kenderaan rumah berkembar tiga tingkat berkenaan.

Walaupun begitu dahsyat melihat kesan keruntuhan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana projek perumahan mewah itu belum diduduki meskipun telah siap dibina.

Jelas sekali, struktur tanah di kawasan lereng bukit itu dapat dilihat sangat tidak stabil dan bencana lebih buruk boleh berlaku pada bila-bila masa jika tiada langkah pencegahan diambil segera.

Jika kawasan dinaiki air boleh dilawati Perdana Menteri, mengapa tidak ke Tanjung Bungah?

Datuk Seri Najib Razak perlu diberi peluang untuk melihat sikap rakus dan angkuh kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng menarah bukit untuk dijadikan projek perumahan mewah.

Jika lawatan dibuat, publisiti percuma ini pasti akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan pimpinan DAP untuk memenangi pilihan raya akan datang ini.

Sumber BO - 9-11-2017

MP DAP ‘Ditibai’ Putar Belit Pasal Banjir
Posted on Tuesday, November 07 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36518



KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Cheras (DAP) Tan Kok Wai hari ini malu sendiri apabila teruk ‘ditibai' di Dewan Rakyat oleh kerana satu kenyataan bodoh sombong yang dibuat olehnya.

Dakwa Tan, pihak kerajaan telah ‘mungkir janji’ apabila gagal memberikan amaran awal terhadap kondisi cuaca buruk yang bakal berlaku.

Bagaimanapun, dakwaannya itu telah dibidas sekerasnya oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, yang menyatakan amaran peringkat kuning telah pun dikeluarkan melalui laporan ramalan cuaca yang disiarkan menerusi televisyen.


“Jika anda menonton televisyen, anda tentu akan tahu bahawa satu amaran peringkat kuning telah dikeluarkan pada Nov.1 yang lalu,” katanya menjawab tohmahan melulu Tan itu.

Rabu lalu, satu amaran hujan lebat di Pulau Pinang yang menjangkakan banjir besar akan berlaku di negeri itu pada hari minggu telah dikeluarkan oleh MetMalaysia, kata Abu Bakar hari ini.

Hujan lebat yang berterusan selama 15 jam di Pulau Pinang Sabtu lalu mengakibatkan banjir besar di beberapa kawasan di negeri itu, dan mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh mangsa setakat ini.-MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO- 7-11-2017



Berita Tarif Elektrik Terpaksa Dinaikkan Adalah Palsu - KETTHA
Posted on Tuesday, November 07 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36512



KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menafikan kenyataan ‘Tarif Elektrik Terpaksa Dinaikkan Bagi Melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Daripada Kerugian – Najib Razak’ seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, dalam kenyataan hari ini, berkata berita tersebut adalah tidak benar dan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat umum.
"KeTTHA juga ingin memaklumkan bahawa kenyataan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah kenyataan lama bertarikh 16 Mei, 2014.

Justeru, kementerian telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan selanjutnya dengan serta-merta, katanya.

-- BERNAMA


Sumber TKO - 7-11-2017



Mangsa banjir Pulau Pinang kini cecah 5,800 orang
Posted on Monday, November 06 @ 09:22:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36480


Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Pulau Pinang hingga awal pagi ini terus meningkat kepada 5,845 berbanding 3,779 mangsa malam tadi yang ditempatkan di 62 pusat pemindahan.


Daerah Seberang Perai Utara mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan 3,371 orang di 30 pusat pemindahan diikuti daerah Seberang Perai Tengah dengan 2,119 mangsa di 27 pusat pemindahan.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata bilangan mangsa banjir yang dipindahkan meningkat malam tadi berikutan hujan dan air pasang besar sehingga beberapa kawasan lagi turut dinaiki air.


Kawasan yang terlibat di Seberang Perai Utara ialah Sungai Dua, Nyior Sebatang, Lahar Yooi dan Desa Murni manakala di Seberang Perai Tengah ialah Kampung Tanjung Putus dan Permatang Tinggi.

Sejumlah 33 mangsa pula ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Seberang Perai Selatan manakala di Barat Daya 130 mangsa di dua pusat pemindahan dan 192 mangsa di dua pusat di daerah Timur Laut.

Sementara itu, agensi kerajaan persekutuan seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba bersedia sejak 6 pagi untuk membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke sekolah.

Keadaan cuaca di seberang pagi ini masih mendung dengan hujan di Seberang Perai Utara manakala di bahagian pulau cerah.
Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak 2 petang Khamis yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.
- Bernama


Sumber TKO - 6-11-2017


KPN nafi pegawai UTK Dr Mahathir ditarik balik
Posted on Monday, November 06 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36471



KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik balik anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjadi pengiring peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang tular di media sosial akhir-akhir ini.



Menurut Ketua Polis Negara hak keistimewaan pada Dr Mahathir masih kekal namun beberapa anggota pengiring peribadi daripada anggota biasa diarahkan kembali bertugas dengan PDRM.
“Itu tidak benar sama sekali. Pengiring peribadi daripada pegawai UTK masih berkhidmat dengan Dr Mahathir.

“Hanya anggota biasa sahaja kita panggil kembali untuk tugasan lain, itu hanyalah prosedur biasa,” katanya seperti dilaporkan Mingguan Malaysia.

Khamis lalu Dr Mahathir melalui Facebooknya memaklumkan khidmat pengiring peribadi daripada UTK telah ditarik balik.

"Genap setahun yang lalu, Kak Fauziah dan pembantu rumah di pejabat dipindahkan dan ditamatkan kontrak oleh kerajaan.

"Hari ini (Khamis lalu), khidmat pengiring UTK pula ditarik balik, perjuangan tetap diteruskan," kata Dr Mahathir.

Sebelum ini, pada Mei 2016, polis pengiring Dr Mahathir telah ditarik balik.

Ketika itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan tindakan itu terpaksa diambil susulan penglibatan Dr Mahathir dalam perhimpunan BERSIH dan antikerajaan.



Sumber TKO - 6-11-2017




Salute dan Tabik Spring kepada 2 Agensi keselamatan ini
Posted on Monday, November 06 @ 08:30:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36478


Salute dan Tabik Spring kepada 2 Agensi keselamatan ini,yg membantu masyarakat dalam apa jua keadaan.

Tiada siapa pun yg boleh menidakkan Jasa Pengorbanan mereka di sepanjang hayat demi Negara yg tercinta dan Demi Masyarakat yg di kasihi.





Semoga Tuhan sentiasa melindungi tiap-tiap anggota yg bertugas di semua agensi penyelamat dan yg menjalankan penguatkuasaan demi Negara dan rakyat Malaysia.Semoga ahli keluarga mereka jua di murahkan rezeki yg melimpah ruah bagi semua anggota yg menjalankan tugas dengan amanah,jujur serta ikhlas di sepanjang tugasan mereka.

Terima Kasih.....

Kredit
Latif Zack Pkom

Sumber TKO - 6-11-2017


TPM janjikan bantuan tentera ke P Pinang
Posted on Sunday, November 05 @ 15:20:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36457


 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendapatkan bantuan Timbalan Perdana Menteri 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas negeri itu dilanda banjir besar.


Menurut Lim beliau menghubungi Ahmad Zahid menerusi telefon kira-kira jam 3.30 pag tadi.
Katanya Ahmad Zahid berjanji menghantar tentera bagi membantu kerja-kerja menyelamat di Pulau 
Pinang.


"Saya berterima kasih kepada beliau kerana menjawab panggilan saya pada jam 3.30 pagi," katanya 
kepada media semasa melawat pusat pemindahan Butterworth, Seberang Perai Utara.



Lim menjelaskan keadaan yang dialami Pulau Pinang ketika ini sebagai sesuatu yang tidak pernah 
terjadi.
Menurut anggota parlimen Bagan itu kira-kira 80 peratus Pulau Pinang dilanda angin kencang dan 
hujan berterusan.
Beberapa jam sebelum hujan lebat di Pulau Pinang taufan Damrey dilaporkan melanda Vietnam dan 
membunuh sekurang-kurangnya 19 orang.
Anggota, aset ATM digerakkan
Kekuatan taufan kategori dua itu bagaimanapun berkurangan selepas itu menjadi ribut tropika.
Pusat Bencana Pasifik dan portal mengesan taufan, cycloane.com, melaporkan berlaku pembentukan
 gangguan tropika ke atas semenanjung yang dirujuk mereka sebagai "invest 95W".



Difahamkan situasi itu tidak akan berkembang menjadi ribut tetapi masih memberi kesan terhadap kestabilan cuaca semasa. 
Hujan lebat dan angin kencang melanda Pulau Pinang sejak semalam dan air mula naik tidak lama kemudian.
Jabatan Meteorologi malam tadi mengeluarkan amaran tahap merah berhubung hujan lebat di Pulau Pinang dan sebahagian Kedah.
Turut menerima kesan - tetapi pada kadar yang lebih rendah - ialah Perlis, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Sementara itu Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata satu kematian dilaporkan setakat ini membabitkan lelaki Bangladesh yang dihempap pokok tumbang.
Katanya kejadian malang itu berlaku di Bagan Dalam. 
"Setakat ini enam kawasan dilanda banjir kilat dann kira-kira 300 rumah terjejas," katanya awal pagi tadi. 
Tengah hari ini Bernama melaporkan Angkatan Tentera Malaysia sudah menggerakkan anggota dan asetnya ke beberapa kawasan di Pulau Pinang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata anggota ATM terbabit diarah membantu mangsa banjir di kawasan terlibat.

Sumber TKO - 5-11-2017



















































































































































































Parlimen Malaysia perlu contohi blok Eropah

PAS mencadangkan kepada Parlimen untuk mencontohi blok Eropah yang menggunakan parlimen untuk sebarang kepentingan mereka.
Dr Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) berkata, blok Eropah begitu menjaga kepentingan minyak-minyak keluaran mereka, di mana mereka menggunakan parlimen untuk menyatakan atau mempertahankannya. 
"Berkaitan kelapa sawit, kita semua tahu bahawa berlaku percanggahan antara kita dengan blok Eropah adalah kerana kepentingan. 
"Jadi apakah kita boleh menggunakan model yang sama, parlimen kita juga sedangkan semua tahu bahawa minyak kelapa sawit mempunyai banyak kepentingan, selain banyak kebaikan yang semua telah di'established' melalui kajian-kajian saintifik," kata beliau ketika mencelah perbahasan Dato' Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin), di Dewan Rakyat, kelmarin. 
Ahmad, dalam jawapan balasnya berkata, pihaknya mengharapkan supaya negara mempunyai cukup dana untuk membuat promosi, bukan sahaja mematahkan apa yang telah mereka timbulkan, serta dakwaan-dakwaan mereka. 
Sebaliknya, tambah beliau, kerajaan perlu memperkenalkan dan memberikan pendidikan kepada seluruh pengguna, anak-anak di Eropah bahawa minyak sawit adalah minyak yang cukup bertenaga, minyak yang cukup bermanfaat dan juga berkhasiat. 
"Akan tetapi kerana kewangan yang cukup mencabar pada ketika ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan satu dana yang mencukupi untuk kita menjalankan promosi bukan sahaja di Eropah," kata beliau.




































































































































































































































































































































































Sumber HD - 4-11-2017



Penduduk miskin lapor 2 pembantu Najib kerana gagal atur pertemuan
Posted on Friday, November 03 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36388



PETALING JAYA: Empat puluh keluarga miskin dari Cameron Highlands akan membuat laporan polis terhadap 2 pembantu perdana menteri kerana gagal mengatur pertemuan dengan perdana menteri untuk membincangkan kesukaran memiliki rumah mampu milik.

Mereka mendakwa setiausaha politik perdana menteri, Datuk Jailani Ngah dan penolongnya Mohd Azizol tidak menjalankan tugas di samping memungkiri janji kepada keluarga yang terlibat.

Bercakap kepada FMT, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands, B Suresh berkata Azizol sebelum ini memberi jaminan kepada penduduk untuk mengatur pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, pada 24 Oktober, mereka tiba di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dan mendaftarkan diri sebagai pelawat untuk bertemu Najib.

“Ramai datang bertemu kami, satu persatu, dan memberitahu kami untuk pulang.

“Mereka berkata akan memanjangkan isu itu kepada pihak atas, tetapi kami bertegas tidak akan berganjak sehingga mendapat jawapan muktamad.

“Akhirnya ketika waktu pejabat hampir tamat, Azizol berjanji kepada kami akan menghantar surat melalui emel untuk bertemu PM pada keesokan hari.

“Kini sudah seminggu berlalu dan kami masih belum mendengar apa-apa.

“Keluarga akan membuat laporan polis supaya perkara ini dianggap serius,” katanya.

Suresh berkata sejak 3 bulan lalu, penduduk sudah menulis 3 surat kepada Najib memohon bertemu dengan mereka, tetapi gagal mendapat sebarang jawapan.

Menurutnya, pejabat PSM Cameron Highlands menerima aduan daripada 40 keluarga miskin yang berdepan masalah perumahan, tetapi percaya jumlah itu lebih besar dan melibatkan hampir 100 keluarga.

Sumber TKO - 3-11-2017





















































































































































































Penyokong BN rasa didiskriminasikan

TAWAU: Para penyokong BN meluahkan kekecewaan terhadap komponen itu yang tidak mempedulikan permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan asas bagi Kampung PPRT Perpaduan, di sini.
Menurut mereka, sejak dibuka perkampungan itu 17 tahun lalu, jalan laluan utamanya tidak pernah diturap walaupun telah mengaju pengaduan kepada pihak bertanggungjawab.
"Pernah juga ada pihak menghantar batu jalan an ditabur di tempat-tempat yang berlubang. Tapi seolah-olah sekadar begitu sahaja. Keadaan jalan semakin teruk terutama selepas hujan.
"Keadaan ini amat menyusahkan penduduk kampung yang perlu keluar untuk mencari rezeki," luah penduduk di situ, Noramin Ahmad.
Manakala Siti Naqiah Ahmad pula menunjukkan gelanggang sukan kampung itu yang dijanjikan naik taraf khususnya untuk acara futsal.
Sangkanya, pagar keliling yang tinggi akan dibina, tetapi hanya sekadar disimen keluasan gelanggang kira-kira 1 meter lebar sepanjang tepi gelanggang.
"Kami pengundi BN, namun prasarana kampung kami amat teruk sekali," dengus seorang lagi penduduk yang enggan namanya dikenali.
Kedaifan dari kemudahan asas itu dialami mereka walaupun perkampungan tersebut terletak hanya kira-kira 2 kilometer dari simpang utama projek Lebuh Raya Pan Borneo.
Malah seakan diskriminasi apabila jalan berturap disediakan pula untuk flat PPR Taman Seri Balung yang terletak bersebelahan dengan Kampung PPRT Perpaduan.
Sumber HD - 1-11-2017 

Sekolah Jenis Kebangsaan/Mubaligh RM150 Juta, Sekolah Agama RM50 Juta
Posted on Monday, October 30 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36309



Kuala Lumpur: Sebanyak RM150 juta diperuntukkan untuk sekolah-sekolah mubaligh dan vernakular berbanding hanya RM50 juta untuk kesemua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), menurut YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.

Dana bantuan sebanyak RM150 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di pembentangan bajet 2018 itu adalah untuk Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah-Sekolah Mubaligh.

 Melalui sumbangan ini, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh dijangka akan dapat meningkatkan kualiti dan prestasi, seterusnya lebih berdaya saing dengan memastikan infrastruktur serta kemudahan di sekolah-sekolah ini berada pada tahap optimum.

Walaupun mendapat bantuan yang banyak dari kerajaan, persendirian dan organisasi lain, hanya satu Sekolah Jenis Kebangsaan yang tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi di Selangor.

Menurut senarai yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, hanya satu Sekolah Jenis Kebangsaan yang tersenarai sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi di negeri tersebut.

Selain daripada itu, hampir seribu Sekolah Jenis Kebangsaan di seluruh negara mempunyai kurang daripada 150 orang pelajar. Menurut satu laporan yang diterbitkan oleh Berita Harian baru-baru ini, sebanyak 938 Sekolah Jenis Kebangsaan merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM) atau mempunyai kurang daripada 150 orang pelajar.

PERKASA kelmarin menyelar tindakan kerajaan meluluskan pembinaan 10 lagi sekolah vernakular Cina baharu kerana dana tersebut dikatakan boleh digunakan untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah-sekolah kebangsaan.

Sumber TKO - 30-10-2017



Parlimen siasat logo BN dalam dewan ketika Bajet 2018
Posted on Monday, October 30 @ 14:07:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36301


Dewan Rakyat hari ini mengarahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan logo Barisan Nasional dalam Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2018 yang disiarkan secara langsung, 27 Oktober lalu.


Siasatan itu susulan usul yang dibuat Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) agar perkara itu disiasat.

"Selepas belanjawan dibentang oleh perdana menteri, selepas ucapan beliau lambang BN terpapar dalam skrin di Dewan Rakyat. Adakah tindakan ini wajar dan dibenarkan di dewan yang mulia ini?

"Saya memohon budi bicara agar siasatan (diadakan) untuk mengenalpasti bagaimana logo sebuah parti politik boleh ada dalam dewan semasa persidangan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said kemudian bersetuju agar perkara itu disiasat.

"Baiklah, setiausaha akan menyiasat dan menyelidik perkara ini dan maklumkan kembali kepada YB," katanya.
Kasthuri memuatnaik gambar tersebut di laman Facebooknya pada Jumaat lalu, selepas pembentangan Bajet 2018.

Dalam sidang media kemudian, Kasthuri berkata itulah kali pertama beliau melihat perkara sedemikian sejak mula menjadi anggota parlimen pada 2013.

"Ketika pembentangan perdana menteri mengungkapkan inisiatif dan insentif, (pada masa sama) bendera BN dipaparkan di skrin tersebut. Ia adalah belanjawan negara (oleh kerajaan) bukannya belanjawan BN.

"Adakah ini bererti BN sudah terdesak dan menggunakan apa sahaja cara untuk menunjukkan logo mereka kepada rakyat?" soalnya.

Beliau berharap siasatan akan dapat mengenalpasti pihak yang menjadi punca pemaparan logo BN di Dewan Rakyat itu.

"Timbalan speaker sudah setuju untuk siasat. Kami menunggu hasil siasatan dan dalang di sebalik perkara ini," katanya lagi.

Sumber TKO - 30-10-2017



K’jaan kaji beri wang ganti kereta lama
Posted on Monday, October 30 @ 09:11:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36293


Kementerian Pengangkutan kini di peringkat akhir melakukan kajian polisi baharu bagi jangka hayat kenderaan, kata menteri berkenaan Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Beliau berkata kajian itu, yang turut mengandungi cadangan pemberian insentif bagi menukar kenderaan lama kepada baharu, perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.
"Kita tidak letakkan jangkaan tempoh untuk laksanakan polisi ini kerana kita tahu ia membabitkan pelbagai perkara selain perlu meminda undang-undang pengangkutan terutamanya Akta Pengangkutan Jalan 1987."Bagaimanapun, kita memahami kebimbangan rakyat kerana semakin ‘berusia’ kenderaan itu, semakin banyak isu atau masalah yang timbul,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen MCA Perak 2017 di Ipoh, semalam.

Liow berkata sekiranya polisi itu dilaksanakan, Kementerian Pengangkutan akan menentukan jangka hayat sesebuah kenderaan selain pemberian insentif kepada pemilik yang mahu menamatkan jangka hayat kenderaan mereka.

"Kita mungkin bagi rebat atau wang tunai kepada mereka yang bersedia melakukan penamatan itu dan bagi kita, ia antara cara terbaik untuk mengurangkan jumlah kenderaan lama di atas jalan raya," katanya.

Selain itu, katanya, banyak aduan yang diterima daripada pelbagai jabatan dan agensi yang mahu polisi baharu itu diperkenalkan dengan segera bagi mengurangkan masalah kenderaan terbengkalai.

Liow berkata kenderaan terbengkalai itu boleh mendatangkan pelbagai masalah dan ada laporan menyatakan bahawa ia menjadi tempat takungan hingga menyebabkan berlakunya penyakit denggi.
- Bernama

Sumber TKO - 30-10-2017

No comments:

Post a Comment