BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, October 31, 2017

LAJNAH PENDIDIKAN PAS PUSAT








Noor Azimah malapetaka buat pendidikan negara


KUALA LUMPUR: Keengganan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek berganjak dari keputusan melantik Aktivis G25, Datin Noor Azimah Abdul Rahim sebagai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) merupakan malapetaka buat sistem pendidikan negara.
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK), Normala Sudirman berkata, ia sekali gus menyebabkan berlaku krisis kepercayaan dalam kalangan waris pelajar terhadap masa depan sistem pendidikan negara.
“PENDIDIK rasa kesal dan dukacita atas tindakan Menteri Pendidikan yang tidak menghiraukan bantahan dari kalangan waris pelajar, NGO dan pihak lain berkepentingan dalam pendidikan kerana mengekalkan Noor Azimah,” luahnya.
Menurutnya, Dr Maszlee menggambarkan bahawa komposisi anggota MPPK adalah cita-citanya mewujudkan ekosistem pendidikan berdaya saing secara global, di samping memupuk tiga nilai teras berkaitan.
Namun bidas Normala, ia adalah retorik semata-mata bertujuan menggaburi keresahan banyak pihak atas bantahan kerana bimbang dengan latar belakang Noor Azimah yang cenderung kepada fahaman Liberal dan Sekular.
Jelasnya, bantahan PENDIDIK kerana bimbang dasar dan sistem pendidikan kebangsaan akan dipengaruhi fahaman Liberal, di mana ia bertentangan Islam, di samping menjadi agenda musuh Islam merosakkan akidah umat.
“Membuka ruang kepada golongan Liberal mencorak sistem dan dasar pendidikan hanya mengundang malapetaka kepada generasi pelajar Islam. Sedangkan mereka akan menjadi pewaris kepada kepimpinan negara masa depan.
“Sikap ditunjukkan Menteri adalah tidak baik dan meremehkan pandangan pihak lain. Ia juga seolah-olah menghantar mesej kepada rakyat, 'kuasa' ditangannya membolehkan dia lakukan apa saja, walaupun ia dibantah," kesalinya.

Sebelum ini, Noor Azimah pernah mengeluarkan kritikan kontroversi mempersoalkan cadangan menerapkan peraturan wajib solat sebelum pulang ke rumah sebagai inisiatif holistik meningkatkan disiplin pelajar.
Malah, pernah juga terlibat dalam Program Dua Bahasa (DLP) yang dibantah banyak pihak kerana bercanggah dalam Akta Pendidikan Kebangsaan dan Akta 152 dalam pendidikan negara.
"Adakah Menteri tidak tahu fahaman Liberal sebakul dengan Pluralisme, Feminisme, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, LGBT, Kristianisasi serta Evangelis? Agenda mereka ialah untuk rosakkan akidah dan pegangan Islam di kalangan umat Islam?
"Ia tidak boleh dibiarkan meresap dan mengambil bahagian di dalam menentukan hal berkaitan sistem dan dasar dalam pendidikan kebangsaan. Kita mengimpikan generasi masa hadapan dapat dibentuk sahsiahnya.
"Kita mahu agar mereka mematuhi ajaran Islam dan menjadi pelajar yang memiliki jati diri unggul dalam menghadapi gejala sosial yang kian meruncing mutakhir ini," katanya lagi menyeru bantahan diteruskan. -HARAKAHDAILY 3/9/2018

Sumber HD - 3-9-2018

Melaka terburu-buru, 'langgar' Persekutuan

LAJNAH Pendidikan PAS Pusat memandang serius kenyataan Ketua Menteri Melaka YAB Adly Zahari yang menyatakan keputusan Kerajaan Negeri Melaka untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan memasuki Perkhidmatan Awam Negeri. 
Ketua Menteri seharusnya melihat latar belakang sejarah dan Bahasa Kebangsaan sebelum membuat sebarang keputusan yang melibat dasar pendidikan negara. Keputusan terburu-buru dibimbangi memberikan kesan negatif kepada pembentukan negara bangsa Malaysia yang berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan. 
Sejarah menunjukkan kedatangan etnik India dan Cina ke Tanah Melayu secara nalurinya mereka mempunyai kemahuan untuk memulihara Bahasa Ibunda, adat resam dan budaya khususnya kepada mereka melalui penubuhan sekolah vernakular. Namun selepas kemerdekaan, agenda yang memelihara perkara-perkara tersebut telah berkembang kepada pembangunan warga Negara Malaysia. Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan yang menyatu padukan rakyat berbilang bangsa melalui institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam urusan rasmi negara. 
Dalam konteks pengiktirafan UEC, hak-hak untuk mengesahkan dan menerima UEC dalam urusan negara. Pada dasar pihak berkuasa yang boleh mengiktiraf apa juga sijil berkaitan dengan pendidikan ialah Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia. 
YAB Ketua Menteri Melaka perlulah mendapat kelulusan di peringkat Persekutuan sebelum membuat sebarang keputusan yang akan diguna pakai di peringkat negeri. Beliau merujuk kepada Akta Pendidikan 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Pindaan 1983) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 
Lajnah Pendidikan PAS Pusat menasihatkan agar YAB Ketua Menteri Melaka menyemak semula kenyataan mengenai pengiktirafan UEC di Negeri Melaka agar selaras piawai Pendidikan Kebangsaan. 
Lajnah Pendidikan PAS Pusat juga percaya kepentingan negara adalah lebih utama daripada kepentingan manifesto parti yang bercanggah dengan Akta Bahasa Kebangsaaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan. 
DR HALIMAH ALI
Lajnah Pendidikan PAS Pusat
6 Julai 2018
-HARAKAHDAILY 6/7/2018
Sumber HD - 6-7-2018 



Dimensi psikologi pendidikan di Malaysia

AGAMAWAN telah melaksanakan gerakan kesedaran pendidikan seawal 1906 dengan visi perjuangan pan Islamisasi berdasarkan Quran dan Hadis. 
Perjuangan gerakan pembaharuan golongan agama makin komprehensif melalui gerakan dakwah di madrasah dan media, malah menyaingi golongan ortodok dan bangsawan. 
Mereka memperjuangkan idealisme Melayu yang berakhir 1926 kerana tempias gerakan pembaharuan sosio ekonomi sehingga mencetus kebangkitan gerakan politik bagi mengusir kolonial. 
Bertitik tolak sinergi agamawan mencelikkan umat Melayu tentang ilmu, penulis mengemukakan idealisme dalam skop dimensi pendidikan merupakan kegiatan pembentukan dan perkembangan ilmu, kerohanian, kompetensi dan kemahiran manusia sama ada melalui pendidikan formal atau tidak formal.-HARAKAHDAILY 1/2/2018 
(Ikuti tulisan penuh tersebut yang disiarkan dalam Harakah cetak keluaran terbaharu Bil.2320 edisi Jumaat dipasaran)
Sumber HD - 1-2-2018 








Konvensyen Ummah himpunkan 300 NGO

JULUNG kalinya Gerakan Pembela Ummah (Ummah) akan mengadakan Konvensyen Kebangkitan Ummah pada 13 Januari ini bertempat di Pusat Islam, Dewan Muktamar, Kuala Lumpur. 
Objektif utama konvensyen yang akan melibatkan lebih 300 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik Melayu dan Islam diadakan bertujuan menyatukan umat Islam daripada pelbagai bidang, latar belakang dan organisasi dengan satu matlamat memperkasakan agenda Islam dan Melayu. 
Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya berkata tujuh bidang kritikal akan dibentangkan pada program selama seharian bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang pada hari tersebut. 
"Tujuh bidang, sudut ekonomi akan dibentangkan oleh saudara Ahmad Yazid Othman selaku CEO (MTem), pendidikan oleh Dato' Rauf mantan Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia, Presiden PPIM, Dato' Nazim Johan untuk bidang sosial, undang-undang oleh NGO Ijtihad, Dato' Wan Ahmad Fauzi. 
Dakwah akan dibentangkan oleh Dato' Wan Mohd Sheikh Aziz iaitu wakil daripada NGO Rabithah manakala isu tanah rezab dan hak orang Melayu oleh Puan Sarah Sulaiman dan wakil belia adalah daripada Presiden GAMIS, iaitu Muhammad Faizuddin Zai," katanya pada sidang media Konvensyen Kebangkitan Ummah semalam. 
Tambah beliau, satu resolusi juga akan dibuat selepas daripada konvensyen tersebut dengan penyenaraian tuntutan-tuntutan diserahkan kepada pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang resolusi terbabit diharapkan menjadikan agenda dalam kempen parti-parti politk pada PRU ke-14. – HARAKAHDAILY 4/1/2018








Sumber HD - 4-1-2018





Konvensyen Kebangkitan Ummah: NGO, individu dijemput hadir

KONGRES Rakyat menyeru badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Islam dan Melayu yang prihatin terhadap isu melanda umat Islam untuk hadir pada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang akan diadakan pada 13 Januari di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini. 
Setiausaha Kongres Rakyat, Kamaruzaman Mohamad pada sidang media Konvensyen Kebangkitan Ummah semalam berkata pihaknya turut menyeru individu yang prihatin untuk hadir pada konvensyen terbabit sebagai tanda sokongan terhadap objektif acara berlangsung seharian itu iaitu menyatukan dan membela umat Islam seperti jaminan di dalam perlembagaan negara.
"Saya minta semua pihak untuk sebar luaskan program ini kerana Insya-Allah program ini akan menjadi program permulaan ke arah menyatupadukan umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik dan kecenderungan. Umat Islam perlu bersatu untuk membela hak umat Islam yang semakin terhakis. 
Kita telah menghantar surat jemputan kepada NGO dalam senarai Ummah dan saya seru kepada mana-mana NGO yang tiada dalam senarai simpanan kami dan senarai hubungan kami dijemput kepada mana-mana NGO yang mewakili apa jua latar belakang yang melibatkan kepentingan orang Islam dan Melayu," katanya.– HARAKAHDAILY 4/1/2018

Sumber HD - 4-1-2018

Bidang pendidikan antara yang jadi fokus utama

SEMUA pimpinan badan bukan kerajaan (NGO) Pendidikan dan pendidik serta tokoh pendidik diseru untuk menghadiri Konvensyen Kebangkitan Ummah pada 13 Januari ini di Dewan Muktamar, Pusat Islam, di sini. 
Ketua Eksekutif Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN), Mohd Zai Mustafa berkata konvensyen itu merupakan medan terbuka kepada pemimpin dan aktivis pendidikan serta rakyat yang prihatin untuk berkongsi idea, pendapat dan sumbangan dalam bidang pendidikan. 
"Ini adalah untuk memastikan landasan dan hala tuju pendidikan negara berada pada "tahap yang mantap demi kegemilangan ummah" menjadi realiti sebenar untuk memperkasa dan memartabatkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia. 
Ia juga fokus memperkasakan kekuatan ummah melalui agenda kluster pendidikan yang perlu digerakkan secara keseluruhan oleh semua pihak secara lebih berperancangan dengan pendekatan yang lebih tersusun dan dinamik," katanya selepas sidang media Konvensyen Kebangkitan Ummah semalam. 
Tujuh bidang akan disentuh pada konvensyen yang julung kalinya diadakan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) antaranya bidang pendidikan yang akan dibentangkan oleh tokoh pendidikan terkemuka iaitu mantan Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Rauf. - HARAKAHDAILY 4/1/2018
Sumber HD - 4-1-2018 

Penerus cita-cita sang murabbi








MINAT dan cintanya kepada ilmu dan pendidikan Islam berputik sejak diusia remajanya ketika menuntut di universiti lagi.

Ketika itu,semangatnya berkobar-kobar mahu membela nasib para pelajar  Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) daripada tercicir atau belajar sekerat jalan.

Hari ini, minat dan sumbangan tenaganya dicurahkan sepenuhnya bagi meneruskan delegasi yang ditinggalkan murabbi yang telah pergi menemui ‘sang pencipta-Nya’.

Sumber HD - 3-1-2018








Sejarah sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka









SISTEM Pendidikan di zaman Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi kesan dalam mewujudkan polarisasi kaum  di Tanah Melayu. Hal ini kerana dasar British yang telah membuat pemisahan kaum terutamanya dalam aspek pendidikan telah mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu.

Sistem pendidikan yang diwujudkan di Tanah Melayu begitu jelas berorientasikan kepentingan perkauman dan telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.

Sumber HD- 30-11-2017









Bajet 2018: Sampai bila SAR harus di anak tiri?

PERSOALAN saya adakah dinyatakan secara jelas ddan spesifik peruntukan untuk sekolah agama rakyat yang semakin mendapat tempat dihati rakyat beragama Islam. SABK adalah sekolah  yang dibina oleh kerajaan juga sebahagian seperti di Selangor SABK dibina oleh kerajaan negeri.
Berbeza dengan Sekolah agama rakyat, segala galanya diuruskan oleh rakyat sendiri. Daripada tanah, kos bina bangunan sekolah dan infrastruktur dan kemudahan serta emolumen  guru dan staff, logistik, keselamatan. Semuanya ditanggung dari poket rakyat. 
SAR bukan sahaja pondok atau tahfiz tetapi terdiri dari sekolah Integrasi yang mengamalkan sistem syumul dan kaffah yang menggabungkan keperluan kejayaan dunia hingga akhirat. Jenis sekolah sebegini tidak disebut langsung secara khusus dalam bajet selama ini. Kerajaan mahu bertopeng atas peruntukan SABK dan tahfiz untuk rakyatnya yang memilih pendidikan berorientasikan agama. 
Seolah-olah tanggungjawab mereka sudah selesai. Dengan kebangkitan kesedaran rakyat bahawa sistem dualisme warisan penjajah gagal membentuk peribadi Muslim yang berkesan menjalani kehidupan maka semakin ramai, ibubapa Muslim memilih sekolah berorientasikan sistem Rabbani. 
Memang mereka mempunyai hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara seperti ibu bapa yang mahu memilih jenis yang mereka yakini keberkesanannya. 
Di manakah kerajaan Malaysia meletak kumpulan ibu bapa prihatin, walaupun golongan minoriti Muslim di skala prioriti bajet tahunan terutama 2018. Adakah golongan ibu bapa futuristik ini terus tercicir daripada perhatian dan perkiraan kerajaan pusat.

DR HALIMAH ALI
Timbalan Pengerusi
Lajnah Pendidikan Pas Pusat. – HARAKAHDAILY 31/10/2017
Sumber HD - 31-10-2017 

No comments:

Post a Comment