BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Thursday, February 22, 2018

SUDUT PANDANG .......... (JILID 9)

TSUNAMI HIJAU BENAR-BENAR SEDANG BERLAKU
Posted on Sunday, May 06 @ 17:29:04 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39584



1. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah melakukan tinjauan di lapangan menggunakan jentera akar umbi PAS di seluruh negara sejak dari hari penamaan calon pada 8 Mei 2018 yang lalu sehingga semalam.

2. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan tersebut, situasi di lapangan menunjukkan Tsunami Hijau, iaitu perubahan besar-besaran pengundi Islam kepada PAS dan GAGASAN benar-benar sedang berlaku.

3. Dapatan yang diperolehi dari hasil tinjauan ini membenarkan pandangan yang dibuat oleh Prof Hoo Kee Ping pada 21 April 2018 yang lalu, bahawa tsunami pengundi Islam akan berpihak kepada PAS.

4. Tsunami Hijau yang berlaku ini memungkinkan PAS memenangi sebahagian besar dari 128 kerusi parlimen yang bermajoriti besar pengundi Islam melebihi 70%, khususnya di negeri lingkaran Melayu dan kawasan bandar.

5. Selain daripada kerusi-kerusi bermajoriti besar pengundi Islam, dengan Tsunami Hijau ini PAS ada peluang memenangi kerusi campuran yang ditandingi oleh calon-calon bukan Islam mewakili BN dan PH.


Dr Mohd Zuhdi Marsuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS


Sumber TKO - 6-5-2018

Kajian: Kekal Kelantan, tawan Terengganu

KUALA LUMPUR: Menurut kajian penyelidik Rajaratnam, PAS bersama Gagasan Sejahtera dijangka bakal mengekalkan penguasaan di Kelantan dan merampas Terengganu daripada Barisan Nasional. 
Demikian dinyatakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. 
Beliau berkata, dapatan kajian tersebut bertepatan dengan dapatan hasil culaan yang dibuat oleh jentera PAS.
Katanya, dapatan kajian tersebut mengiyakan bahawa Gagasan Sejahtera sedang mendahului trend sokongan di seluruh negara.
Rajaratnam School of International Studies merupakan salah satu entiti yang berautonomi sendiri di Nanyang Technological University yang diwujudkan bertujuan untuk mengkaji hal ehwal strategi dan antarabangsa di sekitar Asia Pasifik. 
Tolak kempen melampau terhadap Presiden PAN
Kamaruzaman yang juga jurucakap Gagasan Sejahtera menerangkan Gagasan Sejahtera menolak kempen yang melampau dan tidak bertamadun yang digunakan terhadap Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu. 
Justeru, beliau menyeru kepada semua pihak termasuk parti politik yang bertanding supaya mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dan mengelakkan daripada pendekatan politik yang jelik sedemikian. 
Presiden PAN sebelum ini dituduh oleh seorang ahlinya yang bernama Rizal Bakar bahawa beliau terlibat dalam skandal bersama dengan seorang wanita. 
PAS melalui Timbalan Presidennya, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa mengambil pendirian enggan campur tangan dan menolak dakwaan skandal melibatkan Mohamad selagi belum terbukti kebenarannya. – HARAKAHDAILY 6/5/2018
Sumber HD - 6-5-2018 




Kajian IDE kononnya PAS kalah

KITA hormati kajian IDE walaupun kita tahu bahawa badan tersebut cenderung kepada PKR. Mana mungkin dapatan yang merugikan PKR didedahkan kepada awam. 
PAS juga memiliki kajian tersendiri. Dan PAS telah Cross-Check dengan method kajian badan-badan lain. PAS lebih advance kerana bukan sahaja kajian quantitative dibuat, tetapi turut mengambil kira dapatan qualitative mengikut setiap kawasan pertandingan seperti faktor calon, jentera, isu tempatan, komposisi kaum, sosioekonomi dan sebagainya. PAS memiliki kekuatan jentera di 195 Kawasan untuk mendapatkan data culaan bagi mengukuhkan lagi kajian yang dibuat. 
Ini merupakan sebahagian dapatan yang boleh didedahkan dengan enjin simulasi yang dibangunkan team Simulasi PAS. Setelah mendapat keizinan dari pihak berwajib, saya dedahkan kepada umum. Supaya orang tahu bahawa kita juga ada asas dalam setiap strategi politik yang diambil. 
Bagi lebih memahami bagaimana dapatan ini berlaku, boleh baca dua kajian akademik terkini di Channel News Asia oleh Prof Ahmad Nawab dan di Maya Nasional oleh Prof Hoo Ke Ping. 
Kita tidak boleh mendedah semua hasil kajian. Cukuplah ini sebagai teaser untuk melihat apakah kedudukan sebenar politik negara pasca PRU14. Bagi ahli dan penyokong PAS, jangan risau. PAS benar-benar yakin kita bakal mencipta sejarah baharu buat negara nanti. 
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 6/5/2018
Sumber HD - 6-5-2018 



‘Roadmap’ PAS lengkap bina negara sejahtera

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, PAS memiliki rancangan masa panjang bagi membentuk Malaysia Sejahtera. 
Katanya, pelan-pelan tersebut didokumenkan dalam Dokumen Hijau, Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051 (WINS) dan Manifesto Malaysia Sejahtera (MMS). 
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Menurut beliau, WINS 2051 merupakan sebuah model baru yang dicetuskan PAS untuk dijadikan panduan asas dalam mentadbir sebuah negara berdasarkan prinsip Islam dalam realiti moden. 
Beliau menjelaskan MMS adalah tawaran komprehensif yang diberikan PAS untuk menjadikan Malaysia kekal kompetitif terutamanya untuk membetulkan struktur ekonomi Malaysia 
Terang beliau, MMS memiliki 9 teras, 20 tawaran utama dan 84 tawaran untuk 12 kelompok masyarakat.
Tingkat pendapatan dan kuasa beli rakyat 
Kamaruzaman menyebutkan bahawa melalui MMS PAS akan merangka kembali ekonomi rakyat
Antara elemen penting yang disebutkan beliau adalah: 
1. Menghapuskan cukai GST dan menukarkannya kepada cukai yang lebih adil dan komprehensif
2. Memperkenalkan perkhidmatan bas sekolah secara percuma bagi meringankan beban ibu bapa yang berkeluarga
3. Memperkenalkan bantuan makanan asasi kepada fakir miskin 
4. Memperkenalkan bantuan modal niaga RM2,000 kepada para wanita yang ingin bekerja dari rumah
5. Melupuskan hutang pinjaman PTPTN bagi membolehkan pendidikan percuma kepada semua pelajar
6. Memperkenalkan bantuan pinjaman tanpa faedah untuk kereta pertama 1,300cc dan ke bawah kepada seluruh rakyat Malaysia 
7. Mengurangkan harga rumah mampu milik kepada hanya RM50,000 sehingga RM180,000
8. Mengkaji dan menstruktur semula kadar tol bagi konsesi-konsesi yang berkenaan
Pertumbuhan ekonomi sekiranya Gagasan Sejahtera Memerintah Malaysia 
Menurutnya, PAS menganggarkan pertumbuhan negara dengan unjuran sekitar 5.5% hingga 6% bagi tahun 2018 sekiranya dilaksanakan pakej solusi Gagasan Sejahtera. 
Katanya, sektor pembinaan sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi sekiranya Gagasan Sejahtera diberikan mandat dengan unjuran pertumbuhan di antara 8% hingga 8.5%. 
Beliau juga menjelaskan bahawa pertumbuhan ekonomi juga dijana oleh penggunaan domestik yang dijangka tumbuh lebih 5% hasil daripada tawaran yang dimuatkan dalam manifesto Gagasan Sejahtera\ 
Tambahnya, kadar inflasi akan dikawal supaya tidak melebihi 3% supaya pendapatan dan kuasa beli rakyat kekal selesa. 
Beliau menerangkan unjuran yang dibuat oleh Gagasan Sejahtera ini disokong oleh nilai Ringgit yang dilihat akan menjadi lebih kukuh berdasarkan sentiment global terhadap peningkatan harga minyak yang akan memberi kesan kepada USD. 
Menurutnya, kawalan OPEC (Organization Of The Petroleum Exporting Countries) dan sekatan baru Amerika Syarikat terhadap Iran dijangka akan menambahkan lagi tekanan terhadap harga minyak global. – HARAKAHDAILY 6/5/2018
sUMBER hd -6-5-2018 

Strategi ziarah kubur 

STRATEGI
Pakar strategi Tun berfikir macam mana untuk membaiki kerosakan yang terhasil daripada ucapan Tun menghina mangsa pembunuhan di Memali sebagai "mati katak'". 
Strategi Pertama: Video minta maaf. 
Strategi Kedua: Ziarah kubur pimpinan PAS. 
Sudut pandang Tun M 
Memanglah sukar bagi Tun. Musuh-musuh utama Tun ketika mereka masih bernyawa. Tapi itulah strategi untuk mengelakkan kehilangan lebih banyak undi. 
Sekurang-kurangnya Tun dilihat cuba merendah diri dengan pimpinan PAS yang telah pun kembali ke Rahmatullah. 
Sudut pandang Nik Adli  
Nik Adli pula, tidak langsung berfikir tentang strategi. Dia kenal Tun sebagai manusia berhati batu yang meng-ISA-kan dirinya. Tun memisahkan beliau daripada keluarganya tanpa diberi hak untuk dibicarakan. 
Sedih dan pilunya adalah teramat sangat. Begitu juga ayahandanya yang dipisahkan dengan anaknya. Sekonyong-konyong, Tun Mahathir diberitakan akan menziarahi makam ayahandanya. 
Apa lagi, Nik Adli bangkit. Jiwanya tidak rela. Semua pihak menyuruh beliau bersabar dan berlaku adil. Nik Adli merasakan dia telah lama bersabar dan telah dizalimi. Orang yang tidak mengalaminya, tidak memahaminya. 
Jiwanya tidak dapat menerima. Bangkit semula rasa marah, geram dan benci kepada si "Penzalim" yang telah memenjarakannya dan menyusahkan ayahandanya. 
Dia mengerahkan seluruh keupayaannya untuk menghalang Tun Mahathir daripada menziarahi makam ayahandanya. 
Kesimpulan 
Episod ini adalah satu lakonan ingatkan mati bagi Tun Mahathir. Tetapi satu penghinaan yang terlalu ketara bagi Nik Adli. Setiap orang ada batas dan hadnya. Ini sudah melampaui had kesabaran dan kesantunan Nik Adli.
Bukankah Nik Adli lebih utama dimaafkan berbanding Tun Mahathir dalam episod ini? Bukankah sebabnya sudah terang, lagi bersuluh? 
Jawapannya "Ya" kepada orang yang masih mempunyai hati dan kehalusan jiwa. Namun bagi strategis politik tanpa jiwa, Tun Mahathirlah yang sedang dizalimi. Tun dihalang daripada mengingati mati. Nik Adli pula ialah si "Penzalim" yang tidak matang dan tidak sejahtera. 
Epilog 
"Jebatkah yang benar? Atau akukah yang benar?,"  getus Tun Tuah setelah membunuh Jebat, sambil mukanya menjengah keluar jendela melihat orang ramai berteriak "Hidup Tun Tuah! Hidup Tun Tuah!".\ 
ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
7 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 7/5/2018
sumber HD -7-5-2018 


Azhar Idrus: PAS pilihan terbaik untuk umat Islam
Posted on Sunday, May 06 @ 07:02:30 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39568



Penceramah terkenal, Azhar Idrus hari ini membuat kemunculan dalam siri kempen PAS di Kuala Terengganu dan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap parti Islam itu.

Penceramah bertaraf selebriti yang popular dengan pendekatan jenaka dalam kuliah agamanya itu berkata, PAS merupakan parti Islam terbaik dan harus menjadi ikutan semua.
“Islam yang dibawa oleh PAS adalah pilihan terbaik untuk umat Islam di Malaysia ini,” katanya dalam program bicara santai Ayah Cik dengan Ustaz Azhar Idrus di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu.

Menurut Azhar, ia terbukti apabila golongan artis, pemuzik dan bekas penyokong BN sendiri menyatakan rasa kesal kerana selama ini tidak memilih PAS.

Bahkan, kata Azhar mereka sendiri mengirimkan pesanan kepadanya bagi menyatakan sokongan  terhadap PAS.

“Muzik ini hiburan saja tapi bila mana saya berjumpa dengan ramai ahli muzik yang memberi janji kepada saya, insya-Allah 2018 kami akan memberi sokongan kepada parti Islam Se-Malaysia.

“Semalam dua orang artis terkenal (mesej di) inbox saya dalam Facebook akan memberi sokongan kepada PAS. Saya tanya belajar di mana? Dia kata tak, "saya dah tahu banyak sangat benda yang tak baik mengajar hidup kami makin jadi tak baik".

“Sebab itu artis yang tak belajar apa, akhirnya kembali kepada agama dan memang agamalah penyelesaian segala-galanya,” katanya.

'Bersih urus wang negeri'
Menurut Azhar, selain golongan artis, baru-baru ini beliau turut menerima panggilan daripada seorang wanita yang juga penyokong tegar Umno-BN.

“Kelmarin saya dapat pesanan yang mana ada seorang wanita ini dia orang Umno, orang kuat Umno tanya bila ceramah saya tapi saya lupa nak beritahu dia.

“Cumanya dia ini kata selama ini ketika dia berada dalam Umno terlalu banyak perkara lara (melalaikan) yang diajar tapi kali ini 'saya' (dia) akan undi PAS,” tambahnya di hadapan ribuan penduduk Terengganu yang rata-ratanya terdiri daripada golongan muda.
Sementara itu Azhar Idrus turut menegur anak muda yang enggan mengambil tahu soal politik dan menegaskan umat Islam harus mengetahui isu semasa terutama dalam kewajipan memilih pemimpin.

“Kita sokong parti yang pejuang Islam, jadi parti yang perjuang Islam sebenar ialah PAS.
"Tengok Kelantan siapa perintah, 'shopping mall' begitu banyak. Terengganu BN perintah tempat ke-3 paling mundur.


"Kerajaan pusat sendiri iktiraf Kelantan paling bersih 99 peratus urus wang negeri,” katanya di program sembang santai itu.

Sumber TKO - 6-5-2018






PAS tanding 155 kerusi: Mampukah menang?

155 jumlah kerusi PAS bertanding 
Walaupun PAS sebelum ini mensasarkan sekurang-kurang 40 kerusi parlimen untuk ditawan, tetapi kajian semasa yang dibuat khusus oleh jentera PAS melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dan Institut Strategi PAS (ISP) menunjukkan potensi yang tinggi untuk meraih kemenangan lebih daripada itu. Maka, pada saat akhir PAS memutuskan supaya bertanding 155 kerusi Parlimen. Bilangan ini tidak termasuk anggota Gagasan Sejahtera lain yang bertanding atas lambang PAS. 
Sasar undi Melayu 
155 kerusi adalah melebihi dua pertiga majoriti kerusi Parlimen (148). Juga melebihi jumlah kerusi majoriti Melayu (117). Ini merupakan kali pertama dalam sejarah penubuhan PAS, bertanding lebih daripada majoriti mudah (112). Ia sekali gus membuktikan PAS serius dalam membawa perubahan untuk negara. Jumlah 155 adalah cukup realistik dari sudut kemampuan dan potensi, kerana PAS hari ini sudah memiliki 195 Kawasan berdaftar yang aktif. 
Apakah PAS mampu tawan? 
Persoalan yang kini timbul adalah, mampukah PAS menawan semua kerusi yang ditandingi? Bohonglah jika saya katakan PAS mampu membolot 100 peratus. Jumlah yang mustahil dalam teori Sains Sosial. Tetapi PAS percaya, mampu meraih sekurang-kurang majoriti mudah jika segala strategi berjalan lancar. 
Menawarkan calon Muslim di kerusi Non-Muslim 
Kepercayaan PAS ini bersandarkan kepada beberapa fakta dan fenomena yang boleh dilihat. Pertama, dalam 117 kerusi majoriti Melayu yang PAS tandingi, terdapat kira-kira 30 kerusi yang kini kebiasaannya hanya ditandingi oleh bukan Melayu sama ada BN mahupun pembangkang. 
PAS menawarkan alternatif kepada pengundi Melayu yang juga Muslim dengan mengetengahkan calon Melayu-Muslim. Contohnya seperti Parlimen Hulu Selangor, Alor Star, Padang Serai dan Beruas. Senario yang sama juga banyak berlaku di kerusi-kerusi Dun. PAS yakin, undi Melayu bakal bertumpu kepada PAS. 
Memanfaatkan kerusi campuran 
Fakta kedua pula, baki selain 117 kerusi yang PAS tandingi itu mempunyai anggaran Melayu antara 30 - 50 peratus. Kawasan ini juga hampir kesemuanya ditandingi oleh bukan Muslim sebelum ini. 
Ramai pengundi sebelum ini tidak keluar mengundi kerana tidak ada calon Melayu. Dengan menawarkan calon Muslim, PAS yakin dapat membolot undi Melayu yang tinggi seperti di Petaling Jaya, Seremban, Port Dickson dan Kluang. 
Mengambil peluang lebih tiga penjuru 
Ketiga, fenomena yang kita boleh lihat hari ini, berlaku banyak kerusi yang ditandingi lebih dari 3 penjuru seperti di Bangi, Bayan Baru, Sungai Siput dan Cameron Highlands. 
Kebanyakannya adalah kalangan bukan Melayu sama ada Cina mahupun India seperti PSM, PRM, PCM, PAP dan Bebas. Ia sekali gus boleh memecahkan undi kaum lain. 
Laba dari kemerosotan DAP 
Fakta keempat, berlaku peralihan sokongan kaum Cina daripada DAP kepada BN kembali. Kita boleh lihat melalui keputusan PRN Sarawak, PRK Rompin, Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Juga kajian daripada Strategis DAP sendiri, 
Liew Chin Tong bahawa sokongan Cina kepada DAP sekarang menurun kepada 65 peratus daripada 90 peratus PRU13 yang lalu. Ia sudah tentu memberi kelebihan buat PAS terutama di kerusi campuran seperti Taiping, Kampar, Teluk Intan, Gopeng dan Bentong. 
Satu lawan satu 
Fakta keempat, ada kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh PH seperti Batu tetapi tidak layak atas berbagai sebab juga menjadi kerusi potensi PAS. Pengundi yang menolak BN tidak ada pilihan lain lagi selain PAS. 
Namun desas-desus menyebut PH sanggup berkempen untuk calon Bebas, walaupun potensi bebas sangat rendah. Seolah-olah sengaja memberi tekanan kepada PAS, walaupun tindakan tersebut hanya akan memberi kelebihan buat BN. 
Kerusi dominan Melayu 
Di kerusi tradisi calon Melayu seperti di Terengganu, Kelantan dan Perlis, pertembungan sebenar hanyalah antara PAS dan BN, atau lebih tepatnya Umno. Potensi PH untuk menang adalah tersangat tipis. Merekalah sebenarnya pengacau yang boleh mengganggu kemenangan PAS. 
Tambahan PAN sebagai satu anggota PH mampu menarik sebilangan pengundi PAS. Walau bagaimanapun, faktor Mahathir mampu menarik sebilangan pengundi Umno lalu mengimbangi peranan PAN, membuatkan PAS kembali selesa. 
Sebagai maklumat, kira-kira 15 peratus Melayu yang menolak untuk mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 dan terpaksa memberi undi kepada BN hanya kerana takutkan DAP. Setelah PAS berjaya membebaskan diri dari DAP, tidak ada sebab lagi untuk mereka terus mengundi BN. Mereka adalah sasaran undi PAS yang signifikan di kerusi tradisi PAS vs Umno. 
Intelektualiti calon PAS 
Faktor calon yang diketengahkan PAS mengatasi calon-calon lain. Dari sudut intelekualiti, calon PAS jauh di depan dengan variasi pemegang Ijazah PhD, Master, kalangan Profesional, Teknokrat, agamawan dan ramai lagi. Pensyarah Sains Politik mendedahkan bahawa empat orang calon MB dan KM daripada PAS adalah pemegang PhD, berbanding hanya satu BN dan kosong daripada PH. 
Integriti pimpinan PAS 
Dari sudut integriti juga, PAS jauh mendahului parti lain. Menurut laporan SPRM, daripada 2013 hingga 2017 sahaja sebanyak 71 orang pemimpin BN dan 21 daripada PH terlibat dengan kes rasuah, malah ada di kalangan kedua gabungan ini yang sudah menjalani hukuman. Sedangkan PAS mencatatkan pencapaian sifar kes rasuah. 
Tun M's pushing factor 
Seterusnya, faktor kemasukan Mahathir ke dalam PH. Tidak dinafikan, Mahathir mampu menarik sebilangan penyokong BN kepada mereka. Tetapi dalam waktu yang sama, ia telah menyebabkan lebih ramai penyokong PH berpaling dari mereka. 
Sejak Mahathir menyertai PH, sudah berapa ramai wakil rakyat DAP keluar parti. Sudah berapa ramai pemimpin PKR dan DAP letak jawatan. Malah kempen Undi Rosak yang semakin agresif di seluruh negara juga berpunca daripada penglibatan Mahathir. 
Hikmah BPMS
Dari sudut pembawaan budaya politik baharu, PAS juga ke depan. Dengan BPMS, PAS mampu menarik sokongan golongan masyarakat yang sebelum ini tidak pernah terlibat dengan politik (Apolitical Stratum). 
PAS membawa budaya politik idea dengan mengetengahkan gagasan-gagasan dan solusi baharu untuk negara seperti WINS2051, Dokumen Hijau, Kerajaan Teknokrat dan terbaru Manifesto Malaysia Sejahtera. Di saat BN dan PH kutuk-mengutuk sesama sendiri, PAS membina kekuatan tersendiri. Inilah strategi Blue Ocean yang diterapkan PAS. 
Agenda PAS untuk negara 
Bercakap mengenai wawasan dan idea, PAS kini terkehadapan dari sudut manifesto. Orang ramai kini hanya bercakap tentang Manifesto PAS sahaja. Tentang cukai Saham dan cukai Korporat, tentang hapus PTPTN, tentang pemerkasaan Syariah, tentang pinjaman pembelian kereta tanpa faedah, tentang kuota IPT dan MRSM serta banyak lagi. 
Manifesto BN walaupun menjanjikan bulan bintang, orang tidak mengendahkan kerana rekod mereka terlalu buruk dalam menepati janji. Manifesto PH juga tenggelam kerana tidak memiliki idea baru dan berwawasan tinggi. Mengembalikan cukai SST dianggap tawaran yang mundur, manakala tawaran siaran EPL percuma terlalu populis. 
Bukan lagi 40 kerusi 
Inilah antara kelebihan PAS yang boleh membantu mencapai sasaran. Justeru itu sedarlah kita bahawa PAS kini bukan lagi bercakap soal King Maker dan 40 kerusi, tetapi sudah jauh kehadapan dengan cita-cita Putrajaya dan Simple Majoriti. Matlamat utama; kembalikan dua per tiga kerusi Muslim ke Parlimen.
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 4/5/2018
Sumber HD - 4-5-2018 







Macam Mana Nik Abdul Nak Doa Nik Omar, Ibunya Berdoa Untuk Lawan Nik Omar Di Chempaka?
Posted on Friday, May 04 @ 01:33:40 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39536



Lebai sebelum dah buat keputusan tak nak ulas isu pasal Nik Omar. Tuan Ibrahim Tuan Man pun dah cakap, biar Nik Abdul sahaja jawab pasal Nik Omar bila ditanya oleh wartawan. Tapi memandangkan isu ini menjadi senjata menyerang PAS, lebai dah mula ubah fikiran.

Lebai akan ulas setiap apa yang Nik Omar cakap dalam artikel pendek.

Baru-baru kawan lebai daripada pertubuhan IKRAM, berkata Nik Omar bersifat lembut, kononnya adalah sifat ayahnya. Lihat Nik Omar mendoakan kepada adiknya untuk menang di Bachok. Sepatutnya adiknya berdoa untuk Nik Abdul berdoa pula untuk abangnya di Chempaka.

"Yang pasti, saya doakan beliau (Nik Abduh) berjaya di Bachok dan saya juga yakin Nik Abduh akan doakan kejayaan saya di DUN Chempaka," katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.


Bukan itu sahaja si IKRAM ni hantar gambar di atas ke whatsapp lebai.

Lebai menjawab macam mana Nik Abdul nak doa kepada abangnya menang di Chempaka sedangkan ibu mereka sendiri nak calon PAS yang lawan anaknya Nik Omar, ustaz Ahmad Fathan Mahmood menang.

Malaysiakini menyiar berita ini;



Isteri bekas mursyidul am PAS, allahryarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkempen bagi calon lawan anak keduanya Nik Omar yang mewakili parti PAS, Ahmad Fathan Mahmood.

Tuan Sabariah berkata, beliau sehingga kini tetap berpegang pada pesanan allahyarham Nik Abdul Aziz bahawa tiada parti lain yang lebih baik berbanding parti PAS.

 
"Ambo (saya) bukan mari untuk ceramah, tapi diminta bercakap, saya gugup sikit sebab tak biasa. Selalunya hanya kecek (bercakap) di rumah.

"Pilihan raya tak lama dah, ambo rasa biarlah kita kekal dengan apa yang Tok Guru tinggal. Sekarang memang ramai mengaku parti Islam untuk mempengaruhi orang.

"Baru-baru ini, orang kata keluarga saya berpecah. Saya anak ada 10 orang, hanya seorang saja yang 'monteng' ke lain (tak sehaluan)," katanya ketika tampil berkempen di DUN Chempaka, Kota Bharu, hari ini seperti video yang disiarkan Facebook Dewan Muslimat PAS Pengkalan Chepa.

"Ambo ini Tuhan duga kuat jugalah (kali ini). Tapi ambo tak turut yang lain, ambo kekal dengan hak asal (PAS) juga," katanya yang dilihat gagal mengawal emosi.

Siapa Nik Omar kononnya kata dia legasi ayahnya sedangkan ibunya di tetap dengan PAS kerana itulah pesanan suami (TGNA).

Malang bagi Amanah dan IKRAM membuat kerja yang busuk merosakkan hubungan kekeluarga demi nak capai cita-cita politik. Sanggup perkudakan Nik Omar.


Ada juga yang berhujah dengan lebai dia kata Ibu Nik Omar mengaku Nik Omar personaliti bapanya. Habis kalau sama sekalipun tapi derhaka apa nak buat? Anak Husam Musa pun mirip Husam Musa pagi kena tangkap ambil pil kuda? Apa hebatnya muka atau personaliti sama?

Jadi itu bukan hujah nak pengaruhi pengundi.

Sumber TKO - 3-5-2018

HARAPAN terdesak guna Nik Omar, kata Hadi
Posted on Thursday, May 03 @ 17:54:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39530&mode=thread&order=0&thold=0



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Pakatan Harapan terdesak sehingga menggunakan anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, kata Abdul Hadi, anggota PAS tidak akan terikut-ikut dengan perkembangan itu.

"Mereka dalam keadaan yang sangat terdesak sehingga guna anak pemimpin (PAS). Orang PAS tak akan ikut pemimpin yang keluar parti.

"Dulu pada tahun 50-an Ahmad Fuad (Hassan), presiden PAS, keluar (parti). (Bekas presiden PAS) Datuk Asri (Muda) pernah keluar.

"(Tapi) PAS terus berkembang. Ini menunjukkan PAS tak terikut dengan individu," katanya pada sidang media selepas bersama penduduk di Paya Jaras, Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakan Nik Omar yang dilihat turut berkempen bagi pihak HARAPAN di Lembah Klang akan menjejaskan undi PAS.

Kerah orang bersara
Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata akar umbi PAS telah dididik supaya kekal bersama parti dan tidak mengikut mana-mana individu.

"Orang PAS, dia mengikut parti bukan ikut orang. Kalau orang itu pindah parti, dia (anggota PAS) tetap dengan parti juga.

"Ini yang kita berjaya didik orang PAS," kata calon PAS parlimen Marang itu.

Ditanya mengenai bekas menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim yang dilihat membantu HARAPAN, ABdul Hadi menyifatkan ia juga sebagai tindakan terdesak.

"Pandangan saya ia menunjukkan HARAPAN sangat terdesak.

"Tepaksa kerah orang yang telah bersara untuk kempen untuk dia," kata Hadi lagi.
Sumber TKO - 3-5-2018

Membela Minda Presiden

BEBERAPA hari lalu tersebar kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang memberi komentar kepada isu Ust Nik Omar. 
Antara kenayataan Tuan Presiden 
"Al-Quran mengisahkan anak Nabi Nuh A.S yang memperlekehkan bahtera ayahnya dan lebih yakin kepada bukit yang dapat dilihat gagah boleh menyelamatkannya daripada taufan terbesar, maka bahtera ayahnya ditinggalkan".Kenyataan Tuan Presiden ini merupakan kenyataan yang paling banyak dikritik oleh ramai individu dari pelbagai latar belakang. Hujah utama mereka dalam mengkritik adalah kerana Tuan Presiden telah membandingkan Ust Nik Omar yang masih Muslim, dengan anak Nabi Nuh A.S yang telah kafir. 
Lalu dengan tersebarnya kritikan ini, kenyataan-kenyataan lain daripada Tuan Presiden melalui post beliau yang sama telah dipejamkan. Antara kenyataan Tuan Presiden yang lain adalah: 
●     Istiqamah dengan perjuangan PAS, kata Tuan Presiden :
"Sepatutnya anak-anak pemimpin PAS tidak bersama bahtera Pakatan Harapan (PH) yang menjadi nakhodanya Tun Mahathir dan pembantunya yang menebuk bahtera Barisan Nasional (BN) sehingga menjadi bocor dimasuki air dan juga sangat membahayakannya"
●     Kecelaruan bahtera PH, kata Tuan Presiden : 
"Apa yang menarik bahtera PH mengumpulkan kumpulan DAP yang anti-Islam secara terbuka. Pemimpin utamanya pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih memenangkan akal terhadap nas al-Quran dan tidak yakin kepada Kitab-kitab Hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta tidak percaya kepada para Ulama dalam perkara politik".
Terdapat juga beberapa nukilan lain yang di bawah point yang sama, seperti PH turut bersama kumpulan Islam Liberal dan sebagainya
Jawapan perbandingan Ust Nik Omar 
●     Kritikan yang dilontarkan kepada kenyataan Tuan Presiden adalah membandingkan seorang yang Muslim dengan anak Nabi Nuh A.S yang kufur. Justeru kata mereka, perbandingan ini adalah salah dan tidak tepat.
●     Sedangkan jika diamati daripada kenyataan Tuan Presiden, beliau tidak menyebut langsung kesamaan antara dua individu yang dibandingkan adalah kesyirikan dan kekufuran. Bahkan apa yang difahami, kesamaan antara mereka adalah ketidak bersamaan anak dengan bahtera bapa.
●     Mungkin pengkritik menggunakan Method Balaghah Bahasa Arab dalam mengkritik kenyataan tersebut. Lalu disimpulkan bahawa titik persamaan antara mereka adalah kekufuran.
●     Dalam perbahasan Balaghah, melalui topik Tasybih (perbandingan atau perumpamaan), terdapat beberapa rukun yang digariskan oleh para Ulama sebelum melakukan perbandingan, seperti berikut :
i-     Musyabbah (Perkara yang ingin dibandingkan)
ii-     Musyabbah Bih (Dengan apa ia dibandingkan)
iii-     Adat Tasybih (Alat perbandingan)
iv-     Waj al-Syibh (Titik persamaan)
Saya tidak berhasrat untuk mengulas kesemua rukun ini secara terperinci, cukup sekadar mengukurnya melalui tulisan Tuan Presiden.
●     Melalui tulisan Tuan Presiden:
i-     Musyabbah dalam tulisan beliau adalah Ust Nik Omar
ii-     Musyabbah Bih adalah anak Nabi Nuh A.S 
iii-     Tidak dinyatakan Adat Tasybih secara jelas, mungkin disebabkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidaklah terperinci seperti Bahasa Arab. Pun begitu, menghilangkan Adat Tasybih adalah tidak mengapa, kerana dua rukun yang boleh dibuang dalam perbandingan adalah Adat Tasybih dan Wajh al-Syibh, dan konsep ini dipanggil al-Tasybih al-Baligh. Manakala rukun asasnya yang perlu ada adalah Musyabbah dan Musyabbah Bih.

iv-     Wajh al-Syibh dalam kenyataan Tuan Presiden adalah ketidak bersamaan anak dalam bahtera bapa. Ini dapat difahami melalui kenyataan beliau: 
"Al-Quran mengisahkan anak Nabi Nuh A.S yang memperlekehkan bahtera ayahnya dan lebih yakin kepada bukit yang dapat dilihat gagah boleh menyelamatkannya daripada taufan terbesar, maka bahtera ayahnya ditinggalkan".
Bahkan hakikat ini yang terjadi, apabila Ust Nik Omar meninggalkan wadah perjuangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Rahimahullah dan menuju ke wadah perjuangan yang lain, seperti mana anak Nabi Nuh A.S meninggalkan bahtera bapanya menuju ke tempat lain yang beliau yakin. Ini point utama yang ingin digariskan oleh Tuan Presiden, bukannya isu kekufuran dan kesyirikan.
●     Tidak disebutkan langsung persamaan antara kedua mereka adalah kekufuran dan kesyirikan. Bahkan pemahaman tersebut merupakan kesimpulan cepat yang tidak dinyatakan oleh penulis.
●     Saya sendiri tidaklah menyalahkan orang awam dalam memahami isu ini, tetapi apabila melihat para Asatizah yang mahir dalam ilmu, serta pelajar Syariah yang semestinya mendalami ilmu Bahasa Arab dengan tekun, namun mereka tersalah memahami isu ini, sehingga memejamkan mata terhadap point-point lain dalam kenyataan yang sama. Maka disebabkan perkara itu saya merasakan perlu untuk dijelaskan isu ini melalui post ini.
●     Segala yang baik daripada Allah S.W.T, dan salah silap daripada diri saya sendiri.
Wallahu'alam
(Petikan dari FB Abdul Muhaimin)


















Sumber HD - 2-5-2018











Presiden PAS 6-0 Editor Sarawak Report

PERKEMBANGAN terbaru saman Presiden PAS terhadap Editor Sarawak Report (SR) semakin menunjukkan kedudukan yang sangat positif. Walaupun kes tersebut telah berlangsung hampir dua tahun, tetapi kebenaran tetap tidak boleh disekat. 
Strategi melengahkan masa merugikan pihak lawan 
Antara faktor kes saman ini berlanjutan begitu lama adalah kerana taktik yang digunakan pihak SR, Clare Rewcastle Brown. Sejak awal surat tuntutan guaman dihantar kepada beliau, dalih melambatkan prosedur telah digunakan. Beliau mendakwa surat tidak sampai, menyebabkan firma guaman Presiden PAS, Carter Ruck terpaksa mengulang beberapa prosedur sama. 
Mahkamah yang sepatutnya mendengar keterangan pembelaan dari Clare pada Jun 2017, terpaksa ditangguh apabila beliau membuat permohonan jaminan kos. Akhirnya Mahkamah memutuskan Ogos 2017 pula sebagai tarikh perdengaran permohonan tersebut. 
Ogos 2017, permohonan tersebut ditolak dan Mahkamah mengumumkan kemenangan Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) pada pusingan tersebut. Clare diperintah menanggung 2 per 3 kos guaman semasa TGHH.
Berang dengan kekalahan tersebut, Clare bertindak memecat peguamnya dan menggantikan dengan yang lebih 'mahal'. Beliau dengan itu memohon penangguhan lagi supaya peguam baharu diberi masa untuk meneliti fakta kes.
Beberapa kali selepas itu, Clare membuat beberapa pindaan terhadap keterangan pembelaan yang membuatkan Mahkamah terpaksa menangguhkan lagi kes. Selain itu, mereka turut menghantar orang tengah memujuk PAS menarik balik saman dan diselesaikan di luar Mahkamah. Ini semua faktor yang membawa mahkamah terheret ke tarikh 30 April.
6-0, Presiden PAS selesa di 'tempat lawan' 
Sebelum ini, PAS telah menang dalam tuntutan jaminan kos oleh Clare. Pada prosiding 30 April pula, PAS menang terhadap 5 lagi permohonan beliau. Menjadikan keputusan setakat ini enam berbalas kosong.
Enam perkara tersebut adalah:
●     Tuntutan jaminan kos.
●     Permohonan mengenepikan saman.
●     Permohonan perbicaraan berasingan bagi menjelaskan maksud laporan SR.
●     Permohonan penangguhan atas alasan PAS mengganggu Ambiga.
●     Permohonan meminda keterangan pembelaan.
●     Penolakan Mahkamah terhadap pembelaan kebenaran. (Ini paling penting)
Secara mudahnya, semua hujah SR bagi membuktikan kenyataan beliau adalah benar telah ditolak oleh Mahkamah. Peluang yang tinggal untuk beliau cuma untuk membuktikan laporan tersebut dilindungi di bawah peruntukan Public Interest dan Fair Comment sahaja. Kalau nak kata SR pemfitnah pun sudah tidak ada salahnya berdasarkan keputusan semasa.
Ibrah Roma-Liverpool 
Ada yang mempertikaikan sorakan kegembiraan penyokong PAS dengan enam jaringan tersebut. Bagi mereka, kes belum tamat. Tetapi sebenarnya penyokong SR yang patut malu. 6-0 masih berangan mahu bangkit lagikah? Kalau digambarkan situasi ini seperti sebuah perlawanan bola sepak, sudah lebih separuh penyokong SR meninggalkan stadium.
Semua peminat bola sepak mengakui sukarnya Roma untuk bangkit ke atas Liverpool. Padahal mereka tewas cuma 2-5, bukan lagi 6-0. Dengan kedudukan tersebut rata-rata pengulas sudah membayangkan pertembungan akhir adalah antara Liverpool dan Real Madrid. Kalau Liverpool kalah 0-2 sekali pun tetap akan mara. Maka kenapa perlu sentap bila penyokong TGHH bersorak gembira bila keputusan semasa mendahului Clare 6-0? 
Sekurang-kurang Roma punya kelebihan dua jaringan di tempat lawan. Mereka juga punya rekod cemerlang menewaskan Barca selepas ketinggalan 1-4 di suku akhir. Apa pula rekod Clare? Kalau Presiden PAS dan tetuan Carter Ruck adalah juga rekod menang ke atas Daily Mirror 2008 dahulu. 
Bukan nak cakap besar, tapi bak kata pepatah Arab,
التكبر على المتكبر صدقة
"Takabbur di hadapan orang takabbur adalah satu sedekah!"
16 Syaaban 1439
2 Mei 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 2/5/2018 
Sumber HD - 2-5-2018 



5 Sebab Kenapa Pas Wajar Raikan Kemenangan Walaupun Hanya Permohonan Interlokutori?
Posted on Wednesday, May 02 @ 09:46:49 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39505



1. Secara mudahnya, permohonan interlokutori  adalah suatu permohonan sebelum perbicaraan penuh.

Permohonan tersebut boleh wujud dalam banyak jenis, yang mana tujuannya adalah sama ada untuk melemahkan kes pihak lawan, memberi lebih merit kepada kes, membatalkan tindakan pihak lawan ataupun memanjangkan masa tindakan.

2. Dalam perkembangan terkini kes saman Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) terhadap Clare Rewcastle Brown (CRB)/ (pemilik Sarawak Report), terdapat pendengaran terhadap 5 permohonan interlokutori, di mana 1 permohonan daripada pihak TGHH dan 4 lagi daripada CRB. Keputusan pendengaran permohonan tersebut kesemuanya berpihak kepada TGHH.

3. Permohonan yang telah dibuat itu adalah;

a. TGHH memohon supaya lebih daripada separuh Pembelaan CRB dibatalkan - Mahkamah benarkan dengan memutuskan bahawa pembelaan mereka tidak mempunyai asas.

b. CRB memohon kepada Mahkamah untuk meminda Pembelaan dengan memasukkan isu rakaman audio - CRB sendiri secara rasmi meninggal-biarkan permohonan untuk meminda Pembelaan beliau

c. CRB memohon kepada Mahkamah untuk membatalkan tuntutan TGHH berkaitan dengan locus standi - Mahkamah menolak permohonan CRB

d. CRB memohon untuk diadakan perbicaraan berasingan bagi menentukan persoalan 'reference' berkaitan 'top echelon'/ siapakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan tertinggi parti - Mahkamah menolak permohonan CRB

e. CRB memohon kepada Mahkamah untuk 'Stay of Proceeding' kerana wujudnya gangguan kepada saksi - Permohonan ditangguhkan sehingga CRB failkan permohonan lain untuk meminda Pembelaan

4. Berdasarkan kepada keputusan pendengaran interlokutori ini, banyak cakap-cakap daripada musuh politik PAS yang mengatakan bahawa ini bukanlah kemenangan untuk PAS kerana perbicaraan penuh hanya akan dilakukan pada April 2019.

5. Sebenarnya, keputusan Mahkamah yang menyebelahi PAS dalam pendengaran interlokutori ini sangat bermakna kerana ianya akan mempengaruhi hampir keseluruhan perbicaraan penuh nanti untuk berpihak kepada PAS.

Kenapa saya katakan begitu?

a. Menang kalah kes sangat bergantung kepada bukti. Dalam Mahkamah, Hakim tidak akan terus menerima pernyataan tuntutan Plaintif mahupun pernyataan pembelaan Defendan jika tiada bukti.

Namun begitu, bukti ini mestilah relevan kepada kes. Apa yang terjadi dalam kes Sarawak Report adalah, CRB hanya menyumbat apa sahaja maklumat terutamanya yang berkaitan dengan korupsi UMNO/BN tanpa mengira sama ada ianya boleh menjadi bukti untuk menunjukkan TGHH menerima rasuah.

Apabila Mahkamah menolak hampir 42 muka surat 'bukti' yang dibawa CRB, apa lagi yang tinggal untuk CRB membela dirinya untuk mengatakan bahawa TGHH menerima 90 juta itu bukanlah satu fitnah?

b. CRB sendiri meninggal- biarkan permohonannya untuk meminda Pembelaan dengan memasukkan isu rakaman audio menunjukkan bahawa CRB sendiri masih tidak pasti dan tidak yakin dengan kebenaran rakaman audio tersebut seperti mana yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak sebagai diyakini benar.

c. Kemenangan paling besar kepada TGHH adalah apabila CRB gagal untuk membatalkan isu locus standi dalam kes ni daripada TGHH/individu kepada PAS/parti politik.

Sudahlah pernyataan tanpa buktinya dibatalkan lebih daripada separuh oleh Mahkamah, bukti apa lagi yang tinggal atas CRB untuk menunjukkan bahawa TGHH menerima rasuah melainkan melalut menyenaraikan pimpinan PAS yang difitnahkan sebagai bermewah-mewah dalam pelbagai bentuk kekayaan. Apa sahaja yang dilihat seperti mungkin semuanya dimasukkan seperti Ustaz Khalil yang dituduh memiliki motor besar hanya kerana sekeping foto walaupun beliau sendiri tidak memiliki lesen motor.

Dalam hal ini, CRB mempunyai beban bukti yang berat untuk menunjukkan kekayaan TGHH yang mana rakyat Malaysia sendiri sudah maklum dengan kehidupan Tuan Guru PAS yang serba sederhana itu.

d. Permohonan untuk perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca memahami terma 'top echelon' sebagai Presiden parti atau termasuk semua jawatan kepimpinan dalam parti yang lain yang turut ditolak juga menunjukkan kecenderungan Mahkamah untuk tidak membahaskan isu 'top echelon' ini dengan panjang lebar. Ini merupakan suatu signal yang positif atas sebab yang sama seperti yang dinyatakan dalam isu locus standi. CRB sudah pasti mengalami kesukaran untuk membuktikan transaksi rasuah itu wujud dan juga kemewahan hidup TGHH hasil penerimaan rasuah.

e. CRB gagal mengelirukan Mahkamah dengan kesalahan fakta yang banyak disumbatkan dalam Pembelaan, bertujuan untuk memburukkan-burukkan TGHH dan PAS dengan mereka-reka penipuan yang lain pula. Sebagai contoh, perenggan 18 berkaitan dengan kes kalimah Allah ke Mahkamah adalah dibawa oleh Pastor bukannya PAS seperti yang didakwa oleh CRB dalam pembelaan serta banyak lagi fakta yang salah jika diteliti.

Justeru, keputusan permohonan ini hanyalah  menyerlahkan lagi reputasi CRB sebagai seorang yang biasa memusing dan memutar belitkan kenyataan walaupun tiada bukti atau dengan menggunakan fakta yang salah.

6. Oleh itu, tidak benar jika ada pihak yang mengatakan bahawa PAS tidak perlu gelojoh meraikan kemenangan kerana ianya baru keputusan untuk permohonan.

7. Selaku ahli PAS, berita ini adalah suatu kemenangan moral dalam membuktikan betapa CRB tiada bukti dalam menuduh TGHH menerima duit 90 juta dan akan terus mengalami kesukaran mencari bukti menuju perbicaraan.

8. Oleh yang demikian, marilah kita meraikan kemenangan awal ini dengan sama-sama terus menyumbang untuk kos guaman Sarawak Report dengan lebih banyak lagi.

Muna Rime

XOXO - Sesiapa yang terpalit dengan fitnah ini, memburukkan imej PAS dengan menyebar luas fitnah sudah pasti akan mendapat balasannya. Semoga Allah mengampunkan kita dan menghindarkan diri kita daripada menjadi manusia yang bengkrap di akhirat nanti...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 2-5-2018

Renungan wasiat Rasulullah SAW
Posted on Tuesday, May 01 @ 20:16:06 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39495



IMAM Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Kitab Al-Sahih:


أَبُو إِدْرِيسَ الخَوْلاَنِيُّ، أَنَّهُ سَمِعَ حُذَيْفَةَ بْنَ اليَمَانِ يَقُولُ: كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الخَيْرِ، وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي، فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ، فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الخَيْرِ، فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الخَيْرِ مِنْ شَرٍّ؟ قَالَ: «نَعَمْ» قُلْتُ: وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ؟ قَالَ: «نَعَمْ، وَفِيهِ دَخَنٌ» قُلْتُ: وَمَا دَخَنُهُ؟ قَالَ: «قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي، تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ» قُلْتُ: فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الخَيْرِ مِنْ شَرٍّ؟ قَالَ: «نَعَمْ، دُعَاةٌ إِلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ، مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، صِفْهُمْ لَنَا؟ فَقَالَ: «هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا، وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا» قُلْتُ: فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ؟ قَالَ: تَلْزَمُ جَمَاعَةَ المُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ، قُلْتُ: فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلاَ إِمَامٌ؟ قَالَ «فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الفِرَقَ كُلَّهَا، وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ، حَتَّى يُدْرِكَكَ المَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ. صحيح البخاري (4/ 199).

Abu Idris Al Khaulani meriwayatkan bahawa dia mendengar Huzaifah bin Al-Yaman R.A. berkata:


“Orang ramai bertanyakan Rasulullah S.A.W berkenaan kebaikan, namun aku bertanyakannya berkenaan kejahatan (keburukan) kerana takut kejahatan itu mengenai diriku sendiri. Aku berkata: Wahai Rasulullah, kami dahulu berada dalam kejahatan (kesesatan jahiliah), kemudian datang kepada kami kebaikan (Islam) ini. Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan? Sabda Rasulullah S.A.W: 

Ya! Aku bertanya lagi: Adakah selepasnya datang pula kebaikan? Sabda Rasulullah S.A.W: Ya! Di dalamnya ada kekeruhan. Aku bertanya: Apakah kekeruhannya wahai Rasulullah? Sabdanya: Adanya kalangan yang menunjuk bukan petunjuk (ajaran)ku. Kamu dapat mengetahui mereka dan kamu menegah (menentang) kemungkaran (kejahatan). Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu datang pula kejahatan? Sabda Rasulullah S.A.W: Adanya golongan yang mengajak ke dalam Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahutnya (mengikutnya) nescaya dihumban bersama ke dalamnya. Aku berkata: Sila sebutkan sifat (rupanya) kepada kami. Sabda Rasulullah S.A.W: 

Mereka itu daripada kalangan yang sama warna kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita juga (daripada kalangan satu bangsa dan bercakap Islam juga). Aku berkata: Apakah perintah suruhan Rasulullah kepada kami, sekiranya kami berkesempatan menemui kumpulan itu? Sabda Rasulullah S.A.W: Kamu hendaklah bersama kumpulan Islam dan Imam (pemimpin) mereka. Aku berkata: Kalau tidak ada jamaah (kumpulan Islam) dan tidak ada imam (pemimpin)? Sabda Rasulullah S.A.W: Kamu pisahkan diri daripada semua kumpulan itu walau terpaksa memakan umbi pokok atau menemui kematian, namun tetap bersama Islam”.
Huraian

Wasiat ini menjadi renungan kepada sesiapa yang percaya kepada Kitab Hadis seperti Sahih Al-Bukhari dan lain-lain. Adapun sesiapa yang tidak percaya kepada Sahih Al-Bukhari atau yang berketuakan orang tidak percaya kepadanya, payah menerimanya.

Biarkan mereka menjadi seperti orang-orang yang bersorak dalam kisah Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Si Luncai berjaya menyelamatkan dirinya dalam sorakan orang-orang bercita-cita membunuhnya. Si Luncai terlepas menyelamatkan diri. Orang-orang yang bersorak itu letih lagi berpeluh berkayuh membawa Si Luncai.

Abu Zar R.A adalah contoh daripada para sahabat R.A yang tidak memarahi Rasulullah S.A.W apabila menegurnya dengan bahasa yang keras:

إنك امرؤ فيك جاهلية

“Kamu adalah seorang yang masih ada sifat jahiliah di dalam dirinya”

Abu Zar terus mengaku bersalah dan meminta maaf. Walaupun ucapan itu difahami zahir katanya bahawa Rasulullah S.A.W telah mengkafirkannya (jahiliah). Tetapi difahaminya supaya meninggalkan sifat jahiliah yang dilakukan kerana jahil atau leka, bukan dia sudah jadi kafir dengan kesalahan dalam perkara akhlak, bukannya perkara aqidah dan dasar syariat dan akhlak. Jadikan wasiat tersebut panduan menghadapi akhir zaman yang banyak fitnahnya.

Semua kisah dalam Al-Quran dan Hadis seperti cerita anak Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Firaun, Namrud, Qarun dan lain-lain menjadi iktibar kepada umat Islam. Umat lain memang tidak kisah, mereka hanya menganggap cerita macam surat khabar lama sahaja atau dongeng dahulu kala untuk penglipur lara.

Gunakan akal dan ilmu dengan betul memilih pemimpin yang diwakilkan melalui pilihan raya. Jadikan Islam dan orang Islam yang memimpin bukan bermakna menolak kewujudan bukan Islam dalam masyarakat majmuk. Mereka juga adalah sebahagian daripada kita yang wajib dilayan dengan adil.

Syariat Islam melarang penganutnya menyerah perkara dasar Islam kepada bukan Islam atau mengizinkan mereka menentang Islam secara terbuka seperti kalangan DAP, Islam Liberal, Anti Hadis dan lain-lain.

Ramai kalangan bukan Islam yang berakhlak mulia menghormati betapa umat Islam mendominasi masyarakat majmuk. Malangnya ada kalangan umat Islam yang lupakan umat dan agamanya sendiri semata-mata mengharapkan kemenangan pilihan raya semata-mata, walaupun menghalalkan cara yang salah.

Inilah salah satu tanda Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W memaklumkan kekeruhan yang berlaku di zaman kita dan tidak berlaku di zamannya.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 15 Syaaban 1439 / 1 Mei 2018


Sumber TKO - 1-5-2018



Mimpi Hadi, Mimpi Nik Aziz dan Mimpi Husam
Posted on Monday, April 30 @ 11:39:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39470



Dari semalam nampaknya Malaysiakini 'mainkan isu' mimpi bagi merosakkan imej PAS. Perkara kecil diungkit menjadi isu dalam pemberitaan Malaysiakini sehingga hilang fokus 1MBD, GST dll. Polimik mimpi sebenarnya bertujuan melemahkan pengaruh atas pagar kepada PAS bagi membantu Harapan

Tapi Malaysiakini lupa pasal mimpi ni yang selalu jaja mimpi adalah Husam Musa. Mari kita semak fakta dan hujah.


Saya pernah membaca artikel Subky Latif 5 Mei 2015 tentang beliau bermimpi jumpa Tok Guru Nik Aziz. Dalam artikel berkenaan beliau ada menyebut "Saya tidak menziarahinya pada hari kematiannya dan saya belum menziarahi pusaranya. Itulah pertemuan pertama saya di alam roh dengannya."

Rupanya sebelum Abdul Hadi jumpa Tok Guru Nik Abdul Aziz dah ada orang lain jumpa... termasuk Subky Latif


Selepas itu saya mendengar ceramah Husam Musa yang mendakwa bahawa dirinya telah bermimpi berjumpa dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz sebanyak 15 Kali.

15 kali, bukan sekali dua ini menunjukkan begitu sekali dahsyat kasihnya Almarhum Tok Guru kepada Husam Musa seolah-olah Almarhum lebih kasih dan sayangkan beliau daripada isteri dan anak beranak, kaum keluarga dan kerabat terdekat.

Kesian Nik Abdul anak tok guru Nik Aziz musuh ketat Husam Musa, Jangankan bermimpi ayahnya, bayang tok guru Nik Aziz pun tak.... betulkan ahli PAN dan IKRAM??

Mungkin kerana Husam Musa jumpa dalam mimpi 15 kali, Nik Omar kata Husam ni "Anak Butir". Hebat juga mimpi Husam. Mari kita dengar.

 Video - https://youtu.be/hhT_-RSbcQI


Timbul persoalan kenapa banyak sangat Husam Musa dijumpai Tok Guru dalam mimpinya. Kenapa perlu Tok Guru Nik Aziz jumpa dia ni banyak kali? Ini perlu juga analisis.

TAPI PELIK TAK ADA PUN MALAYSIAKINI NAK SIAR. Nak jadikan isu dalam akhbarnya. Itu kita boleh tahu 'hati perut' Malaysiakini.

Mimpi apa kata Islam??
Mimpi bukanlah sumber hukum syarak. Begitu juga ilham, lintasan hati, Kashaf bukanlah sebahagian daripada dalil syarak. Ia tidak boleh diterima pakai kecuali memenuhi syarat tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama dan nas-nasnya.
Namun tidak dinafikan bahwa kita manusia biasa boleh bertemu dengan Rasulullah walaupun hanya sekedar bermimpi. Karena hal ini telah sabdakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya :

Abu Hurairah Radhiyallahu anhu meriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Barangsiapa melihatku dalam mimpi, maka sungguh ia telah melihatku secara benar. Sesungguhnya setan tidak bisa menyerupai bentukku. Barang siapa yang berdusta atasku secara sengaja maka ia telah mengambil tempat duduk dalam neraka”. [HR Bukhâri dan Muslim]
Soal betulkan Rasulullah s.a.w. yang dijumpai dalam mimpi kita kena membanding ciri-ciri bentuk tubuh Rasulullah s.a.w. sebagaimana diceritakan oleh para sahabat.

Apa kata Tok Guru Nik Abdul Aziz pasal mimpi jumpa Rasulullah s.a.w.



Tok Guru Nik Abdul Aziz menceritakan dalam pengetahuannya (bukan pengetahuan umum. bukan di war-warkan...) bahawa Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang telah bermimpi 3 kali jumpa Rasulullah s.a.w. 


Video - https://youtu.be/AQxP2g4QYmE

Dan Tok Guru berpesan ikut TGHH pada jalan Allah.
Malangnya yang heboh nak ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz lawan Tok Guru Abdul Hadi. Tak mahu ikut apa akat TGNA.

Bukan sahaja lawan, tapi cuba 'hijack' TGNA kononnya di adalah mengikuti LEGASI NIK ABDUL AZIZ. Malu lebai mana nak letak muka, buat cerita bohong atas batang tubuh TGNA.


Sumber TKO - 30-4-2018


Video mimpi Ustaz Dato' Nik Amar
Posted on Monday, April 30 @ 08:28:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39464


MUKADDIMAH:  Ada sahabat bertanya, apa pandangan saya tentang video pendek Ustaz Dato' Nik Amar. Tentang mimpi dan juga fakta Saidina Abu Bakar as-Siddiq membunuh bapanya, katanya.

Saya pun tak tahu daripada mana sumber video itu. Carian saya di google dan youtube hanya terjumpa 'Husam bermimpi 15 kali menemui Nik Aziz'.

Akhirnya, ada sahabat lain yang memaklumkan, ia di dalam Facbook Dato' Mohd Amar sendiri.


Persoalan berbangkit mengenai video 



Rupanya video itu mendapat banyak ulasan dan komentar daripada pelbagai pihak.
Kebanyakan komentar adalah mengenai:

1.     Adakah Saidina Abu Bakar membunuh bapanya dalam Perang Badar?
2.     Adakah mimpi menjadi hujah dalam perjuangan PAS?
3.     Adakah perjuangan dalam pilihan raya sama seperti Peperangan Badar?

Persoalan yang ditimbulkan ini adalah sangat kompleks bagi video ucapan yang hanya berdurasi 2 minit 38 saat itu.

Persoalan 1: Adakah Saidina Abu Bakar as-Siddiq membunuh bapanya dalam Perang Badar? 

Persoalan ini dijawab sendiri oleh Ustaz Dato' Nik Amar di dalam Facebook beliau. Beliau mengaku tersilap fakta. Yang betulnya ialah Saidina Abu Ubaidah yang membunuh bapanya dalam Peperangan Badar.

Fakta ada Sahabat yang membunuh bapanya dalam Perang Badar adalah betul. Tetapi dalam menamakan Sahabat tersebut, beliau tersilap. Lantaran itu beliau meminta maaf dan berterima kasih kepada pihak-pihak yang membetulkan beliau.
Teks penuh beliau di dalam Facebook beliau:

"Saya mohon maaf atas kesilapan fakta yang tidak sengaja tentang Abu Bakar membunuh bapanya. Mengikut riwayat Sahabat yang membunuh ayahnya ialah Abu Ubaidah.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang cakna tentang isu ini. Semoga Allah merahmati kita."

Persoalan kedua: Adakah mimpi menjadi hujah dalam perjuangan PAS?
●    Mimpi bukan sumber hukum
Mimpi bukanlah sumber hukum syarak sebagaimana disebut oleh asy-Syahid al-Imam Hasan al-Banna R.A di dalam Usul 20-nya yang terkenal, iaitu Usul ketiga:

"Bagi iman yang benar dan ibadah yang sah dikerjakan serta kesungguhan (seseorang) bermujahadah, mempunyai nur (cahaya) dan kemanisan tersendiri. Allah S.W.T
mencampakkan cahaya dan kemanisan itu ke dalam hati sesiapa yang Dia kehendaki di kalangan hamba-Nya.

Namun begitu, ilham, lintasan hati, Kashaf dan mimpi bukanlah sebahagian daripada dalil syarak. Ia tidak boleh diterima pakai kecuali memenuhi syarat tidak bertentangan dengan hukum-hukum agama dan nas-nasnya."

●    Sumber hukum bagi PAS

Oleh itu, Ijtihad politik PAS adalah berdasarkan kepada dalil daripada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagaimana tertulis dalam perlembagaannya. Juga berdasarkan pertimbangan maslahah iaitu menilai mana yang lebih bermanfaat kepada agama, rakyat dan negara.

Pertimbangan lain yang turut diambil kira ialah uruf masyarakat setempat, pengalaman pengurusan yang baik daripada pelbagai pihak dan mengenal pasti kehendak serta keperluan rakyat. Adapun mimpi, bukanlah sumber hukum.

●    Mimpi yang disebut di dalam video

Mimpi yang benar, diakui ada dan thabit dengan dalil al-Quran beberapa Hadis Nabi S.A.W. Ia kadang-kadang boleh menjadi panduan kepada yang bermimpi, tetapi tidak boleh membina hukum syarak daripada mimpi tersebut.

Ada kisah mimpi Nabi Yusuf A.S. Ada tentang mimpi Nabi Ibrahim A.S. Ada kisah tentang mimpi Saidina Umar R.A. Ada tentang mimpi Hammad, guru Imam Abu Hanifah. Ada tentang mimpi Nuruddin az-Zinki. Dan lain-lain.

Mimpi yang disebut di dalam video ialah mimpi DSTG Haji Abdul Hadi Awang. Dato' Mohd Amar hanya menceritakan. Dalam mimpi beliau, al-Marhum TG Nik Abdul Aziz dilihat kehilangan sebelah kakinya.

Mimpi ini berlaku sebelum penamaan calon dan sebelum Nik Omar bertanding. Dato' Mohd Amar menceritakan mimpi itu kerana dia mula memahami isyarat mimpi itu dengan makna bahawa seorang anak TG Nik Abdul Aziz bakal hilang daripada perjuangan ayahandanya.

Rupanya sebelah kaki yang hilang ditakwilkan sebagai kehilangan anggota penting dan dekat daripada perjuangan al-Marhum. Setakat itu saja.

Mimpi itu sebagai isyarat tentang apa yang bakal berlaku dan telah betul-betul berlaku pada hari Dato' Mohd Amar berucap.

Tiada hukum syarak dibina berdasarkan mimpi itu. Dan tiada kewajipan untuk mempercayai mimpi itu dan takwilannya, atau untuk tidak mempercayainya.

Persoalan ketiga: Adakah perjuangan dalam pilihan raya sama seperti Perang Badar? 

●    Perbandingan bahasa, bukan perbandingan Usul Fiqh

Ramai pengulas memberikan ulasan yang melampaui maksud penceramah sendiri.
Tentulah Dato' Mohd Amar tidak maksudnya Perang Badar sama seperti pilihan raya daripada semua aspek perbandingan.

Ini bukanlah Qiyas dalam Usul Fiqh sehingga dikatakan ia adalah Qiyas yang ditolak, iaitu al-Qiyas Ma'al Faariq.

Ini adalah Tasybih dalam Ilmu Balaghah. Iaitu menyerupakan beberapa perlakuan dalam sesuatu peristiwa dengan beberapa perlakuan dalam peristiwa lain. Ia disebut sebagai Tasybih Tamthili.

●    Menjelaskan perbandingan
Perang Badar antara Muslim dan kafir. Menang dan kalah diukur daripada membunuh atau dibunuh.

Sementara, pilihan raya pula bukanlah peperangan dengan erti kata bunuh membunuh yang hakiki. Tetapi bunuh membunuh itu diserupakan dengan kelakuan mengundi parti tertentu atau tidak mengundi parti tertentu. Pihak yang mendapat lebih undi akan diisytiharkan menang.

Hakikatnya, pilihan raya adalah proses untuk memilih pemimpin secara aman. Bukan proses 'berperang' yang sebenar.

Yang dimaksudkan oleh penceramah ialah pendukung dan penyokong PAS akan tetap memilih PAS, walaupun terpaksa tidak mengundi Nik Omar yang merupakan anak al-Marhum Tok Guru yang kita kasihi.

Sesuatu yang kita sangat tidak suka, tetapi kita terpaksa berbuat begitu untuk memastikan PAS terus dapat menubuhkan kerajaan di Kelantan.

Sebabnya, jika Kerajaan PH yang memerintah tentulah ia tidak akan bersetuju dengan Hudud dan dasar memperkasakan syariah dalam pentadbiran kerajaan negeri yang telah pun dimulakan oleh TG Nik Abdul Aziz di Kelantan. Itu adalah satu musibah yang besar.

Penutup
Alangkah ajaibnya dengan video seorang tokoh yang hanya berdurasi 2 minit 38 saat pada musim kehangatan PRU ke 14 ini. Ia menerima komen daripada pelbagai aspek dengan cara yang sangat dijangka. Saya sendiri pun tidak menjangka akan mengulas sepanjang ini.

ZAKARIA ISMAIL
30 April 2018


Sumber TKO - 30-4-2018















Nik Abduh dan Nik Omar

MUKADDIMAH
Kedua-duanya adik-beradik. Kedua-duanya anak al-Marhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disanjungi ramai. Satu PAS, satu PAN. 
Tetapi tiada kata nista sesama mereka. Tiada cerca mencerca dan kecam mengecam sesama mereka. Tiada juga serang menyerang sesama mereka. 
Kedua mereka banyak sekali mengajar kita tentang politik matang dan sejahtera. Namun begitu dalam PRU ke 14 ini, sikap dan pengalaman politik mereka menjadi taruhan. 
Perbandingan dua Tokoh 
Nik Abduh sudah lama mencebur diri dalam politik. Sejak balik daripada belajar. Sejak adiknya, Nik Adli ditahan di bawah ISA. Sudah lama beliau menentang BN di barisan depan. Sejak daripada zaman al-Marhum ayahandanya. Beliau masih di barisan depan sehinggalah hari ini. 
Nik Omar pula baru nak memulakan karier politik. Baru sekarang beliau memutuskan untuk menyertai politik di barisan hadapan. Perjuangan utama beliau ketika ini ialah menumbangkan PAS di Kelantan dan mendukung PH di Pusat. 
Nik Abduh mempunyai pengaruh politik sendiri. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia dan ahli Parlimen Pasir Mas. Tulisannya mengulas mengenai politik negara begitu halus dan menarik. Sudut pandang beliau tentang politik semasa ada nilainya yang tersendiri. 
Nik Omar pula masuk politik dalam keadaan "jika ditelan, mati emak. Jika diluah mati bapak". Beliau menyertai politik kerana desakan pihak lain. Beliau didesak dan diberikan harapan oleh PAN Kelantan. 
Oleh itu pengaruh beliau hanyalah semata-mata bergantung kepada kekuatan pengaruh al-Marhum ayahandanya, dan kelemahan yang dicanangkan oleh PAN kepada saudaranya. Pengaruhnya sendiri, masih belum nyata. 
Misi menumbangkan PAS di Kelantan 
PH memberi harapan besar kepada Nik Omar untuk membina Kelantan yang lebih baik. Bahkan memberi harapan kepada beliau untuk menjadi MB Kelantan juga. 'Gula-gula' yang sangat manis. 
Akhirnya, beliau akur dan memilih untuk bersama PAN. Beliau, akhirnya memilih untuk menumbangkan Kerajaan PAS di Kelantan. Dan berazam untuk mendirikan Kerajaan PAN bersama Tuan Haji Husam Musa dan Tuan Haji Wan Rahim. 
Beliau akhirnya memilih untuk bersama Tun Mahathir juga, musuh ketat bapanya. Yang menghantar surat ugutan menghalang perlaksanaan Hudud di Kelantan kepada al-Marhum ayahandanya. Yang juga pernah meng'ISA'kan saudara kandungnya. 
Perancangan besar PH untuk Malaysia dan Kelantan 
Apa yang mungkin kurang disedari oleh Nik Omar ialah beliau hanyalah satu bidak catur daripada 'Grand Design' yang besar. Strategi besar yang disusun bersama oleh LKS, LGE, Tun M, Datuk Seri Azmin, Rafizi, Tuan Haji Husam dan Tuan Haji Wan Rahim. Iaitu misi menjatuhkan PAS di Kelantan. 
Beliau mungkin kurang menyedari bahawa jika PAS tewas, PAN pun akan tewas juga. Kerana PAN hanya berkempen kepada khalayak orang PAS supaya tinggalkanlah PAS. Tiada kempen kepada orang Umno supaya masuk PAN. Jika begitu, Kelantan akan dimenangi BN. Adakah Nik Omar lebih suka BN memerintah Kelantan berbanding PAS? 
Penutup
Dua calon. Dua jalan berbeza. Dua jalan yang membawa kesudahan yang sangat ketara perbezaannya. 
Namun, rakyat Kelantanlah yang mesti bijak memilih. Setiap undi yang dibazirkan kepada PH di Kelantan, akan melemahkan PAS dan menguatkan BN di sana. Suatu adegan yang kita semua tidak mahu lihat! 
ZAKARIA ISMAIL
29 April 2018 - HARAKAHDAILY 29/4/2018






























Sumber HD - 29-4-2018
































Analisis tahap pendidikan calon MB dan KM

SELESAI proses penamaan calon PRU14, kejutan demi kejutan terus disajikan kepada para pengundi. Terbaru, analisis calon Menteri Besar (MB) dan Ketua Menteri (KM) daripada ketiga-tiga blok parti dari sudut tahap pendidikan menunjukkan data perbandingan yang menarik dan penuh berwarna-warni. 
Bagi menilai tahap pendidikan bakal calon MB dan KM, terdapat beberapa peringkat berbeza yang diiktiraf secara berbeza. Tahap yang paling cemerlang dan tertinggi ialah Ijazah Kedoktoran seperti Doktor Perubatan dan Doktor Falsafah (PhD), diikuti ijazah Sarjana (Master), dan ketiga ialah Ijazah Sarjana Muda (Degree). Peringkat yang seterusnya ialah Diploma. Kesemua peringkat ini dikenali sebagai pendidikan tinggi. Pendidikan peringkat Menengah pula ialah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Penilaian Tahap Tiga (PT3). 
Analisis ini mengambil kira posisi seseorang pemimpin dalam blok parti masing-masing. Secara tradisinya, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri juga boleh dianggap sebagai calon MB bagi sesebuah negeri kecuali dalam kes Perlis. Demikian juga dalam kes Pengerusi Pakatan Harapan (PH) di mana Pengerusi PH Selangor dan Pulau Pinang juga adalah merupakan MB dan KM di kedua-dua negeri berkenaan. Walau bagaimanapun, PH menyatakan bahawa posisi MB dan KM tidak semestinya akan disandang oleh Pengerusi PH Negeri yang dilantik pada 2017. Maka penilaian ini boleh dianggap sebagai penilaian kepada pemimpin yang ‘berpotensi’ untuk menjadi MB dan KM bagi PH atas kapasiti mereka sebagai Pengerusi PH. 
Keadaan ini berbeza dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di mana terdapat negeri-negeri di mana Pesuruhjaya Negeri PAS ada yang tidak bertanding di kerusi Dun sebaliknya hanya di Parlimen. Malah ada yang tidak bertanding sama sekali. Maka penilaian ini dilakukan ke atas individu yang berpotensi diangkat menjadi MB berdasarkan matlamat penubuhan Kerajaan Teknokrat PAS, termasuklah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri. 
Di Negeri Perlis, BN masih mengekalkan penyandang posisi MB sebelum ini iaitu Dato’ Seri Azlan Man yang berkelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Denver, Amerika Syarikat (AS). PAS pula mencabar dengan Cikgu Mohd Shukri Ramli, guru veteran berpengalaman lepasan Maktab Perguruan Rajang, Sarawak dalam bidang Bahasa Melayu. PH pula meletakkan Ameir Hassan yang merupakan seorang peguam veteran bekas pemimpin Umno. 
Di Negeri Kedah, Pengerusi BN Kedah iaitu Dato’ Seri Ahmad Bashah masih dikekalkan di mana beliau berkelulusan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). PH pula mempertaruhkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang berkelulusan Sarjana Muda (Degree) Pengurusan Perniagaan dari Jepun dan Boston, AS. PAS pula diketuai Pesuruhjaya PAS Negeri iaitu Dr. Fakhruddin Fakhrurazi yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 
Bagi Negeri Perak, Dr. Zambry Kadir mengetuai tawaran BN di mana beliau adalah berkelulusan PhD Pemikiran Politik dari Temple University, Amerika Syarikat. Pesuruhjaya PAS Perak iaitu Razman Zakaria pula berkelulusan Sarjana (Master) Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya (UM). Setakat ini tiada maklumat pendidikan tinggi ditemui bagi Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu namun diketahui beliau bersekolah di sekolah ternama, SMK Anderson Ipoh. 
Pulau Pinang pula menyaksikan persaingan rapat antara BN dan PH. Manakala PAS turut meletakkan calon di kerusi majoriti Melayu. Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dari keluarga peguam dan politik manakala penyandang KM dari PH iaitu Lim Guan Eng adalah lulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Monash University, Australia. PAS dilihat mempertaruhkan Muhammad Fauzi Yusoff yang menimba ilmu di Damsyik, Syria dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam untuk meraih sokongan di kerusi majoriti Melayu. 
Di Terengganu, PAS dijangka meletakkan harapan untuk merealisasikan Kerajaan Teknokrat di bahu Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, iaitu seorang Teknokrat berkelulusan PhD Aeroangkasa dari United Kingdom. Beliau mencabar Pengerusi BN Dato’ Seri Ahmad Razif yang berkelulusan Sarjana (Master) Sains dari Universiti Putra Malaysia (UPM). PH pula meletakkan harapan kepada YM. Raja Kamarul Bahrin yang berkelulusan Seni Bina dari University of Melbourne, Australia. 
Di Kelantan, penyandang MB Dato’ Seri Ahmad Yakob yang berkelulusan Sarjana Muda Syariah Al-Azhar, Mesir dari PAS bakal disaingi hebat dua tokoh pusat BN dan PH. BN mempertaruhkan Dato’ Seri Mustapa Mohamed yang berkelulusan Sarjana Ekonomi dari Boston, Amerika Syarikat. Naib Presiden PAN iaitu Husam Musa pula berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya (UM). 
Bagi Negeri Pahang, penyandang MB Dato’ Seri Adnan Yaakob yang masih mengetuai BN Negeri adalah berkelulusan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya (UM). Tokoh veteran PH yang mempengerusikan PH Pahang ialah Fauzi Abdul Rahman yang berkelulusan Kejuruteraan Mineral, Imperial College, United Kingdom. PAS pula mengetengahkan Andansura Rabu yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Utara Malaysia (UUM). 
Di Negeri Sabah PH mempertaruhkan Christina Liew Chin Jin Hadhikusumo sebagai Pengerusi PH Negeri. Beliau yang berkelulusan Undang-undang bakal mencabar dominasi penyandang Ketua Menteri Dato’ Seri Musa Aman yang memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Edith Cowan University, Australia. PAS yang cuba menjadi blok ketiga turut mempertaruhkan Hamid Ismail yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang dari UIA serta Diploma Pengajian Islam UMS. 
Negeri Selangor yang turut menjadi tumpuan menyaksikan persaingan tiga tokoh dengan latar pendidikan yang berbeza pada tahap yang berbeza. Penyandang Dato’ Seri Azmin Ali dari PH berkelulusan Sarjana Pendidikan Ekonomi dan Matematik dari Minnesota, Amerika Syarikat. Pencabar dari BN ialah Tan Sri Noh Omar yang berpendidikan Undang-undang (L.LB) dari Thames Valley University. PAS pula diketuai Dr. Ahmad Yunus Hairi yang merupakan Doktor Perubatan lepasan Universiti Malaya (UM) yang dilihat berpotensi untuk menerajui Kerajaan Teknokrat Selangor. 
Di Negeri Sembilan, Pengerusi BN Dato’ Seri Mohamad bin Hasan adalah lepasan Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya (UM). Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustaffa Daharun pula adalah lepasan Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setakat ini tiada maklumat pendidikan tinggi ditemui bagi Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun namun diketahui beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Port Dickson. 
Negeri Melaka menyaksikan pertembungan tiga pemimpin yang memiliki tahap pendidikan yang sama dengan dua antaranya adalah dari lulusan bidang yang sama. Penyandang Ketua Menteri Dato’ Seri Idris Haron daripada BN adalah lulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Texas, Amerika Syarikat. Pengerusi PH Melaka Adly Zahari juga memiliki Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pesuruhjaya PAS Melaka Kamaruddin Sidek pula adalah lulusan Sarjana Muda Syariah Al-Azhar, Mesir. 
Negeri Johor turut menyaksikan persaingan tiga penjuru dengan bakal calon Ketua Kerajaan Negeri yang berkelulusan dalam bidang yang berbeza. Pengerusi BN Negeri Dato’ Seri Khaled Nordin yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang Universiti Malaya (UM) berhadapan dengan mantan MB dan TPM yang kini Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Tan Sri Muhyiddin berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM). PAS turut mencabar kuat dengan calon yang selari dengan visi Kerajaan Teknokrat ialah Dr. Mohd Mazri Yahya yang merupakan Doktor Pakar Pembedahan Am & Vaskular, Royal Perth Hospital Australia. 
Keputusan akhir menyaksikan PAS menawarkan paling ramai calon Menteri Besar berkelulusan Doktor Perubatan dan Doktor Falsafah dengan empat orang iaitu Dr. Ahmad Yunus Hairi di Selangor, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Terengganu, Dr. Fakhruddin Fakhrurazi di Kedah, dan Dr. Mohd Mazri Yahya di Johor. BN pula menawarkan seorang calon yang berkelulusan PhD iaitu Dr. Zambry Kadir di Perak. Sebaliknya tiada seorang pun bakal calon Menteri Besar dan Ketua Menteri PH berkelulusan Kedoktoran atau Doktor Falsafah (PhD). 
PAS: 4 Kedoktoran, 2 Master (Sarjana), 6 Degree (Sarjana Muda)
BN: 1 Kedoktoran, 4 Master (Sarjana), 5 Degree (Sarjana Muda), 1 Diploma, 1 SPM 
PH: 0 Kedoktoran, 1 Master (Sarjana), 9 Degree (Sarjana Muda), 2 Tiada Maklumat Pendidikan Tinggi Setakat ini (Bersekolah Menengah) 
Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - HARAKAHDAILY 29/4/2018

FB IMG 1524988446277
































Sumber HD - 29-44-2018


Kecoh BN-PKR 'perang mulut', PAS tenang solat hajat
Posted on Saturday, April 28 @ 21:56:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39438

Video - https://youtu.be/S2GH0TYJs1c

Suasana di luar pusat penamaan calon di SMK Sungai Pusu di Gombak hari ini gamat dengan gelagat penyokong PKR dan BN yang saling berperang mulut antara satu sama lain.


Manakala bagi penyokong PAS, mereka tenang melakukan solat hajat dan berselawat di padang berhampiran.

Penyandang Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicabar calon dari BN Datuk Abd Rahim Kamarudin dan calon dari PAS Ir Khairil Nizam Khirudin pada PRU14 9 Mei nanti. 

Sumber TKO - 228-4-2018


Menjawab Fitnah HARAPAN: PAS Sedia Jadi Penasihat BN
Posted on Friday, April 27 @ 16:02:45 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39418



Macam mana gabungan HARAPAN ingin menang PRU-14 kalau menjadikan fitnah sebagai satu jalan untuk mencapai matlamat. Selain fitnah membuat persepsi buruk denan memutar belit kenyataan PAS dengan tujuan jahat?

Sekarang dunia IT makin meluas. Orang boleh mencari maklumat sebenar dengan mudah melainkan mereka yang jumud dan boleh diperbodohkan kerana taasud.

Misalnya isu "PAS Sedia Menjadi Penasihat BN". Masih ada lagi cybertropper HARAPAN dibayar gaji untuk menyerang PAS kononnya PAS tak berhasrat untuk memerintah tetapi sekadar menjadi penasihat.

Yang pelik hari-hari mereka ini kutuk akhbar dan berita TV kononnya berita penipu, pendusta tapi nak serang PAS mereka jadi bodoh ambil berita penipu itu dan percaya pula. Patutlah UMNO tak kalah-kalah kerana ada orang yang boleh dibodohkan.

Oleh kerana puak ini kononnya nak ikut Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sepatutnya baca buku TGNA berkenaan dengan PENASIHAT BN.

Ini satu sajaka petikan TGNA yang dia ikut, Jangan ikut UMNO. Yang lain semuanya ditentang, macam Yahudi juga ambil kitab mana yang dia rasa sedap dengan selera mereka sahaja.


Di atas saya sertakan satu buku Tok Guru. Tok Guru Nik Abdul Aziz menulis;

Atas dasar ini kita bangun menegur parti yang memerintah sejak daripada 40 tahun dulu sampai hari ini. Kita tegur. Bukan kita nak lawan dia, bukan kita nak bangkang dia. Cuma istilah politik orang panggil pembangkang. Tapi istilah agama di panggil penasihat.
Kalau kata AMANAH tu parti nak ikut TGNA khadam dulu apa yang Tok Guru tulis. Jangan pula orang kata hanya mempolitik TGNA demi nak capai cita-cita jahiliyyah. Islam tak tertegak dengan cara jahiliyyah.
Sumber TKO - 27-4-2018



















Kamilia ucap tahniah kepada muslimat PAS

KUALA LUMPUR: “Tahniahlah saya ucapkan dan selamat maju jayalah kepada semua calon-calon yang bertanding,” kata Dato’ Kamilia Ibrahim sebagai respons terhadap manifesto Tawaran Wanita Sejahtera. 
Katanya, Tawaran Wanita Sejahtera merupakan sebuah manifesto yang komprehensif untuk wanita, keluarga dan warga Malaysia.
Menurutnya, manifesto itu menjangkau bukan sahaja sekadar kebajikan malah kesihatan, ekonomi, sokongan sosial, keseimbangan kehidupan kerja dan juga isu-isu semasa yang menjadi masalah sosial. 
Beliau berkata, kesejahteraan warga pendidik yang merupakan perkara yang penting untuk memastikan pendidikan kanak-kanak dapat diberikan perhatian oleh guru. 
“Buat masa ini, walaupun anak-anak pi sekolah tetapi oleh kerana tidak cukup pengawasan, kita dapati bahawa banyak yang terjebak dalam masalah sosial. Terutama sekarang masalah sosial adalah dadah. 
“Saya rasa dengan adanya peruntukan-peruntukan ini, insya Allah kita akan dapat lihat bahawa terjaminnya masa depan kanak-kanak dan keluarga,” katanya yang turut hadir pada majlis pelancaran manifesto itu yang disempurnkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh di Sungai Buloh, malam tadi. (Foto daripada Fb Dewan Muslimat PAS Malaysia.) 
Dato’ Kamilia merupakan bekas Naib Ketua Wanita Umno yang telah menyertai PAS. 
Sementara itu, Manifesto Tawaran Wanita Sejahtera itu dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan dibentangkan oleh timbalannya, Dr Rosni Adam. 
"Manifesto ini dirangka diatas beberapa asas yang diambil dari Al-Quran tentang penghormatan terhadap wanita, wanita prinsip Islam dan keperluan penglibatannya dalam masyarakat. 
"Tawaran khas untuk wanita ini dilihat muhasabah dsn tepat masanya memandangkan jumlah pengundi wanita sudah melibihi 50 peratus daripada keseluruhan pengundi yang berdaftar," kata Ustazah Nuridah. 
10 Tawaran Wanita Sejahtera
1. Menawarkan baucar makanan sihat berniali RM600 dan baucar bantuan saringan kesihatan bernilai RM300 bagi kumpulan B40 dan M40. 
2. Menawarkan bantuan dana secara one-off sebagai modal peralihan wanita berkejaya dan suri rumah untuk memulakan pekerjaan dari rumah bagi menambahkan pendapatan keluarga. 
3. Membantu golongan wanita yang dianiaya seperti mewujudkan Tabung Sejahtera Wanita Malaysia dalam memperkasakan kecaknaan sosial. 
4. Keseimbangan di antara kehidupan dan kerjaya dengan mewujudkan skim pekerjaan pengendalian kediaman profesional (PKP) bagi membantu wanita berkerjaya dalam hal pengurusan rumahtangga di samping membuka peluang pekerjaan baharu kepada wanita. 
5. Kesepaduan sistem sokongan sosial, tawaran wanita sejahtera menggagaskan Pusat Komuniti keluarga sejahtera (PKKS) agar ditubuhkan dan menyemak semula insentif kewangan dan fiskal kepada syarikat swasta yang menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak. 
6. Tawaran wanita sejahtera juga mengambil kira dalam melebarkan fungsi pusat sokongan sosial kepada warga emas semua bangsa dan juga agama. 
7. Pemerkasaan akta dan sistem saringan keselamatan ICT terhadap akses bahan-bahan berunsur lucah dan keganasan 
8. Kesejahteraan warga pendidik dengan menurunkan nisbah keseimbangan guru dan murid daripada 1:50 kepada 1:30 dalam memenuhi piawaian polisi pendidikan antarabangsa. – HARAKAHDAILY 27/4/2018






































Sumber HD - 27-4-2018

Panduan wahyu dalam memilih Wakil Rakyat

BAB 1: MUKADDIMAH
● Parti lebih aula dari calon
     Sebelum memulakan perbincangan, terlebih dahulu ingin ditekankan bahawa saya lebih cenderung kepada pemilihan berasaskan parti berbanding calon. Principal base or ideological base, not individual base. Walaubagaimanapun tulisan tidak bertujuan untuk membincangkan berkenaan perkara ini.
     Dalam masa yang sama, saya menghormati mereka yang memilih berasaskan calon. Mungkin mereka memiliki pandangan tersendiri. Justeru tulisan ini sebagai panduan untuk mereka yang cenderung kepada pandangan sedemikian.
● Kerajaan adalah milik rakyat - Demokrasi
     Saya juga telah menyatakan dalam artikel sebelum ini pandangan berkenaan penerimaan demokrasi di dalam Islam. Ia berasaskan wasilah, adat dan darurat.
     Mengikut sistem demokrasi, kerajaan adalah milik rakyat. Pilihan raya pula adalah medan untuk rakyat menggunakan kuasa mereka menentukan siapa kerajaan. Di dalam Islam, Tuhan mewajibkan supaya setiap amanah diserahkan kepada orang yang layak. Firman Allah S.W.T:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."
[An-Nisa': 58]
     Menurut Mujahid, ayat ini turun bagi memerintahkan umat Islam menyerahkan tugas memegang kunci Kaabah kepada Uthman bin Talhah, yang membawa beliau memeluk Islam. Walaubagaimanapun, ayat tersebut mengguna lafaz umum, memaksudkan semua bentuk amanah. Maka sudah tentu pemilihan wakil rakyat termasuk di dalam maksud ayat ini.

BAB 2: KRITERIA CALON DI DALAM AL-QURAN
Al-Quran memberikan tiga contoh perlantikan seseorang yang disertakan dengan ciri-ciri yang perlu ada:
● Perlantikan Nabi Yusuf sebagai Menteri
     Raja Mesir diilhamkan melalui mimpinya bahawa akan tiba waktu kemarau panjang. Setelah dinyatakan kepada Nabi Yusuf, baginda menawarkan diri untuk menjadi menteri atau pengarah perbendaharaan bagi menguruskan stok makanan dalam menghadapi kemarau tersebut.
Firman Allah S.W.T:
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
"Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya"."
[Yusuf: 55]
     Dua sifat yang dinyatakan berkenaan Nabi Yusof adalah 'Hafiz' (menjaga) dan 'Alim' (berilmu).
● Perlantikan Talut sebagai raja
     Tuhan memerintahkan Bani Israel membuka Kota Palestin dari tangan Jalut (Goliath). Lalu mereka meminta dari Nabi Samuel agar dilantik seorang raja/panglima memimpin bala tentera.
Firman Allah S.W.T:
وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا ۚ قَالُوا أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ ۚ قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
"Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu". Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan pengurniaan-Nya), lagi meliputi ilmu-Nya."
[Al-Baqarah: 247]
Dua ciri yang ada pada talut adalah _'Ilm_ (berilmu) dan _Jism_ (kemampuan).
● Perlantikan Nabi Musa sebagai pekerja upahan
     Ketika lari dari diburu Firaun, Nabi Musa telah sampai ke sebuah perkampungan lalu melihat anak perempuan Nabi Syuaib memerlukan pertolongan untuk mendapatkan air bagi memberi minum kepada binatang peliharaan. Melihat kemampuan dan kejujuran yang ada pada Nabi Musa, anak Nabi Syuaib mencadangkan agar diambil Nabi Musa sebagai pekerja.
Firman Allah S.W.T:
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ ۖ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia menjadi pekerja upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah"."
Ciri yang ada pada Nabi Musa adalah Qawiy (kemampuan) dan Amin (amanah).

BAB 3: ANALISA NAS
● Analisis sifat dari tiga individu al-Quran
     Nabi Yusuf dan Talut memiliki satu sifat yang sama iaitu berilmu ataupun alim. Ia merujuk kepada pengetahuan yang mereka miliki berkenaan dengan tugas yang diamanahkan. Ia juga boleh diistilahkan sebagai intelek atau intelligent.
     Nabi Yusuf dan Nabi Musa pula memiliki sifat yang sama iaitu amanah. Tuhan menyebut Nabi Yusuf sebagai penjaga, yang membawa makna sama erti dengan amanah. Amanah bermaksud boleh dipercayai, jujur dan telus. Ia juga diistilahkan sebagai berintegriti.
     Talut dan Nabi Musa pula memiliki sifat yang sama iaitu berkemampuan. Bermaksud kemampuan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan secara teliti dan profesional. Ia juga disebut sebagai kompeten.
     Maka daripada tiga watak ini, kita boleh gabungan sifat-sifat mereka kepada tiga iaitu intelektualiti, integriti dan kompetensi.
     Banyak lagi sifat lain yang boleh dijadikan ukuran perlantikan. Tetapi ia boleh dianggap sebagai sampingan sahaja. Yang utama adalah ketiga-tiga sifat ini.
● Menyesuaikan tiga tugas dengan Wakil Rakyat
     Ketiga kisah ini menceritakan pemilihan tiga tugas yang berbeza. Nabi Yusuf dilantik sebagai menteri atau pengarah jabatan perbendaharaan negara. Tugasnya adalah bagi mengatur dasar dan strategi ekonomi bagi menghadapi musim kemarau yang bakal melanda.
     Talut (Saul) pula dipilih untuk menjadi raja, atau lebih tepatnya sebagai jeneral tentera. Peranannya adalah bagi memimpin kaum Bani Israel memerangi Jalut (Goliath) yang menguasai tanah Palestin.
     Manakala Nabi Musa ditugaskan sebagai orang upahan, bagi membantu keluarga Nabi Syuaib melaksanakan kerja-kerja rutin hidup.
     Analisis daripada ketiga-ketiga sifat ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa peranan seorang Wakil Rakyat lebih sinonim dengan tugas Nabi Yusuf berbanding yang lain. Ini kerana Wakil Rakyat adalah anggota Badan Legislatif yang membuat undang-undang negara. Jika mereka bersama parti yang membentuk kerajaan, mereka turut menjadi anggota Badan Eksekutif yang merangka dasar dan polisi negara. Maka peranan Wakil Rakyat adalah mencakupi tugas menjaga ekonomi negara sebagaimana Nabi Yusuf, bahkan lebih luas daripada itu.
     Namun boleh juga diambil beberapa bentuk persamaan dengan tugas Talut. Kerana wakil rakyat juga boleh menjadi Menteri Pertahanan di dalam kabinet negara. Tetapi peranannya lebih terhad berbanding seorang panglima perang.
     Tugasan Nabi Musa agak jauh dari sifat Wakil Rakyat. Beliau hanya dilantik sebagai pekerja, yang melaksanakan arahan majikan. Tidak memiliki kuasa pentadbiran sebagaimana Wakil Rakyat. Walaubagaimanapun, ia boleh dijadikan sebagai nas pelengkap dalam memahami kaedah perlantikan Islam.
● Memilih paling layak adalah wajib
     Pertimbangan sebelum pengundian perlu dilakukan sewajarnya. Perlu dipilih terbaik dari kalangan yang baik. Penelitian harus dibuat dengan cermat, supaya tidak memilih yang kurang layak berbanding lebih layak.
     Memilih yang kurang layak adalah ditegah oleh Islam. Antaranya berasaskan sabda Rasulullah S.A.W:
مَنِ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا مِنْ عِصَابَةٍ وَفِي تِلْكَ الْعِصَابَةِ مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللَّهَ وخانَ رَسُولَهُ وخانَ الْمُؤْمِنِينَ
"Barangsiapa yang menugaskan seseorang memimpin satu kumpulan sedangkan dalam kumpulan tersebut terdapat orang yang lebih diredhai Allah daripadanya, maka dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang beriman."
[HR Hakim]
Disokong oleh satu lagi hadis:
أَيُّمَا رَجُلٍ اسْتَعْملَ رَجُلًا عَلَى عَشَرَةِ أَنْفُسٍ، عَلِمَ أَنَّ فِي الْعَشَرَةِ أَفْضَلَ مِمَّنِ اسْتَعْمَلَهُ، فَقَدْ غَشَّ اللَّهَ، وَغَشَّ رَسُولَهُ، وَغَشَّ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ
"Sesiapa yang menugaskan seorang lelaki memimpin 10 orang, sedang dalam 10 orang itu terdapat yang lebih layak, maka dia telah melakukan penipuan terhadap Allah, Rasul-Nya dan jemaah Islam."
[HR Ahmad]

BAB 4: MENYUSUN PRIORITI TIGA KRITERIA
Untuk memilih yang terbaik, ketiga-tiga ciri tersebut harus diambil kira. Pakej terbaik adalah mereka yang memiliki semua tiga sifat ini. Namun realitinya, tiada manusia sempurna. Pasti ada kekurangan pada mana-mana bahagian. Jika semua memiliki kelebihan pula, pasti ada individu yang lebih baik dari individu lain dari sudut-sudut tertentu.
Malah perlu disusun kriteria apakah yang perlu menjadi prioriti. Apakah intelektualiti, integriti ataupun kompetensi?
● Pertama: Intelektual
     Melihat daripada tiga nas yang dibawa, kemudian dipadankan dengan tugas seorang Wakil Rakyat, maka saya berpandangan intelektual perlu diletakkan pada keutamaan pertama. Ini kerana ia adalah kriteria yang dinyatakan pada Nabi Yusuf dan Talut, tetapi bukan Nabi Musa. Telah dibincangkan di atas, bahawa tugas Nabi Yusuf dan Talut lebih sinonim dengan wakil rakyat berbanding Nabi Musa.
     Perkara ini turut disokong dengan nas-nas yang banyak. Antaranya firman Allah yang melebihkan kedudukan orang berilmu selepas beriman:
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
[Al-Mujadalah: 11]
     Juga hadis yang menyifatkan keadaan songsang akhir zaman apabila melantik orang jahil sebagai pemimpin:
إن اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
"Sesungguhnya Allah tidak menarik ilmu dengan menarik langsung daripada para hamba-Nya, tetapi menarik ilmu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila tiada lagi seorang alim yang tinggal, maka dilantik kalangan orang jahil sebagai pemimpin. Maka mereka ditanya lalu mengeluarkan pandangan tanpa ilmu, lalu mereka sesat lagi menyesatkan."
[HR Bukhari & Muslim]
Kata-kata Saidina Umar pula jelas menyokong:
تَفَقَّهُوا قَبْلَ أَنْ تُسَوَّدُوا
"Jadilah seorang yang faham dahulu sebelum menjadi pemimpin."
● Kedua: Integriti
     Selepas melihat kepada intelektual calon, perkara kedua yang harus dinilai adalah sifat integriti. Di dalam tiga watak yang dibincang, Nabi Yusuf dan Nabi Musa ditetapkan dengan kriteria ini tetapi tidak Talut. Saya cenderung melebihkan kriteria integriti daripada kompetensi kerana peranan Nabi Yusuf lebih sinonim dengan wakil rakyat berbanding Talut, dan Talut tidak dinyatakan sifat integriti.
Tambahan daripada itu, Allah menyebutkan pada ayat sebelumnya, sifat amanah (integriti) pada jawatan Nabi Yusuf dari lisan raja Mesir waktu itu:
وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِي ۖ فَلَمَّا كَلَّمَهُ قَالَ إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ
"Raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia pembesarku. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: "Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami"."
[Yusuf: 54]
Nabi juga menyatakan integriti adalah mandatori kepada iman:
لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ
"Tiada iman bagi mereka yang tiada integriti pada dirinya."
[HR Ahmad]
Seterusnya hadis yang menyatakan tanda munafiq:
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ : إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
"Tanda munafiq ada tiga; bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir, bila diberi amanah dia khianat."
[HR Bukhari & Muslim]
● Ketiga: Kompetensi
     Walaupun ia berada pada keutamaan ketiga, tetapi ia masih dianggap sebagai yang teratas berbanding kriteria-kriteria lain seperti peramah, petah berpidato, penampilan dan usia. Ini kerana ia masih bersandar kepada nas-nas yang jelas berkait soal perlantikan Talut dan Nabi Musa, dan tiadalah yang lebih perlu diutamakan berbanding nas.
     Ia juga disokong dengan nas yang banyak. Antaranya firman Allah memerintahkan Nabi Yahya supaya mengambil intipati Kitabullah dengan penuh kompeten:
يَا يَحْيَىٰ خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ ۖ وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا
"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak."
[Maryam: 12]
Juga firman Allah:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ
"Bersiap-sedialah kamu sepenuh kemampuan dari sudut kompetensi dan ikatan tali kuda."
[Al-Nahl: 60]

BAB 5: IMPLEMENTASI PADA PILIHAN RAYA
● Mengukur intelektual pada calon
     Intelektual calon boleh diukur pertamanya melalui latarbelakang pendidikan. Menjadi satu kelebihan bagi calon yang bertaraf Doktor Falsafah (PhD). Namun bukanlah menjadi syarat utama seseorang itu bergelar doktor, tetapi sebaiknya kelulusan mereka biarlah seiring dengan kelulusan kebanyakan rakyat. Hari ini, kelulusan Sarjana Muda adalah satu kebiasaan. Maka calon yang memiliki kelulusan lebih rendah daripada itu dikira terlalu rendah bagi menjadi wakil rakyat.
     Selain itu, intelektual boleh diukur melalui isi ucapan dan tulisan. Kebolehan mengemukakan nas dan fakta, kepintaran menerangkan sesuatu teori, ketulenan idealisme yang dilontar, penjelasan mengenai visi dan misi adalah ciri-ciri yang baik sebagai seorang pemimpin.
     Intelektual adalah asas supaya kita boleh melihat ke arah manakah negara ingin dibawa. Ia juga boleh dilihat melalui manifesto dan wawasan yang dikemukakan parti mereka. Dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051) yang dikemukakan PAS dan Manifesto Malaysia Sejahtera yang dilancarkan adalah contoh untuk menilai intelektualiti calon PAS. Tidak pasti pula apakah BN dan PH memiliki dokumen berwawasan yang serupa.
● Mengukur integriti pada calon
     Integriti adalah sesuatu yang bersifat maknawi, bukan berbentuk fizikal. Namun ia boleh diukur melalui sejarah calon itu diberikan amanah. Sekiranya mereka pernah didapati bersalah atas kes rasuah, maka bukanlah orang yang berintegriti.
     Pengiktirafan yang diberikan badan penilai integriti juga perlu dijadikan iktibar. Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 71 pemimpin BN berhadapan kes rasuah, 21 PH dan 0 dari pihak PAS.
     Selain integriti dari sudut rasuah, sikap yang boleh diukur juga adalah kejujuran dalam kata-kata. Mereka yang memiliki rekod menipu yang banyak adalah tidak layak menjadi pemimpin. Mengeluarkan dua kenyataan yang bercanggah langsung juga bukti ketidakjujuran.
     Memungkiri janji juga adalah masalah integriti. Menabur janji bermacam-macam seperti menghapuskan tol, menurunkan harga kereta tetapi tidak melaksanakan bila menang adalah sikap yang tidak berintegriti.
● Mengukur kompetensi pada calon
     Kompetensi diukur melalui pengalaman dan hasil kerja sebelum ini. Sekiranya pernah terbukti kemampuan seseorang calon dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, maka itu adalah calon sangat sesuai dipilih.
     Sebagai contoh, kemampuan untuk menyelesaikan hutang negeri dan menjana pendapatan yang pernah ditunjukkan Terengganu tahun 1999, dan kejayaan menggandakan rizab negeri Selangor kepada RM2 billion oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, adalah ciri-ciri kompetensi yang baik untuk negara.
     Sering orang mengukur kompetensi melalui bangunan dan material yang dicipta sahaja. Lihat KLCC yang tinggi sahaja terus menganggap pemimpin zaman itu kompeten, tanpa mengambil kira kesan sampingan baik dan buruk dari segi lainnya.
     Dasar negara berasaskan industri yang diperkenalkan dahulu, dianggap pemangkin kepada kemajuan Malaysia, walhal dasar tersebut telah membawa Malaysia hari ini kepada masalah keselamatan makanan apabila sektor pertanian diabaikan kerana mengejar sektor perindustrian. Dasar penswastaan juga dianggap sebagai pemangkin kepesatan pembangunan negara, sedangkan dasar ini jugalah yang mendedahkan negara kepada penyelewengan, peningkatan hutang, inflasi dan pemusnahan alam sekitar.
     Kompetensi adalah kriteria yang paling mudah untuk diukur, tetapi bukan semuanya boleh diukur. Ini kerana terdapat calon-calon muda yang belum berpengalaman dalam mentadbir. Walaupun bakat dan kemampuannya, tetapi belum pernah terbukti. Lagipun, kompetensi adalah kriteria ketiga selepas integriti dan kompetensi.

BAB 6: CADANGAN DAN PESANAN
● Kalam Syaikhul Islam
Kata Ibn Taimiah dalam Siasah Syar'iyyah:
"Kompetensi dalam pemerintahan bermaksud mengetahui tentang keadilan yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah, juga kemampuan untuk melaksanakan hukum hakam Allah. Integriti pula bermaksud takutkan Allah, tidak menggadaikan agama dan tidak takutkan manusia. Ini berpandukan kepada firman Allah:
فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku; dan janganlah kamu menggadaikan ayat-ayat-Ku dengan harga dunia yang sedikit, dan sesiapa yang tidak memerintah dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir."
[Al-Ma'idah: 44]
Kerana itu Nabi S.A.W bersabda:
الْقُضَاةُ ثَلَاثَةٌ: اثْنَانِ فِي النَّارِ، وَوَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ. رَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ، فَقَضَى بِهِ، فَهُوَ فِي الْجَنَّةِ. وَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ، فَلَمْ يَقْضِ بِهِ، وَجَارَ فِي الْحُكْمِ، فَهُوَ فِي النَّارِ. وَرَجُلٌ لَمْ يَعْرِفِ الْحَقَّ، فَقَضَى لِلنَّاسِ عَلَى جَهْلٍ، فَهُوَ فِي النَّارِ
"Terdapat tiga jenis Qadhi; dua daripada ke neraka dan hanya satu ke syurga.
(1) yang mengetahui kebenaran dan dia membuat keputusan berasaskannya, maka dia ke syurga.
(2) yang mengetahui kebenaran tetapi tidak membuat keputusan dengannya dan zalim dalam keputusan tersebut, maka dia di neraka.
(3) yang tidak mengetahui kebenaran lalu membuat keputusan atas kejahilan, juga di neraka."
[HR Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah dan Nasaie]
     Qadhi adalah semua yang mengadili dua pihak, sama ada khalifah, sultan, pemangku, gabenor ataupun hakim.
● PRU tanpa calon; sebuah idea
     Menuju ke arah kemajuan politik, suka untuk dicadangkan satu kaedah baru dalam pilihan raya. Pengundian berasaskan parti semata-mata tanpa menamakan calon. Rakyat hanya menilai berasaskan dasar, idea, visi dan manifesto parti tanpa perlu melihat kepada peribadi seseorang. Soal siapa yang akan menjadi wakil di kawasan yang menang ditentukan sendiri oleh parti.
Kaedah ini mirip pengundian straight-ticket yang diamalkan di beberapa wilayah di Amerika Syarikat. Tetapi ia masih mengetengahkan calon. Idea yang dikemukakan ini pula adalah berasaskan parti semata-mata, tanpa dinamakan calon.
Ini bermakna anggota parti bertanggungjawab secara kolektif terhadap kawasan yang dimenangi. Di dewan Parlimen atau Dun, parti boleh memilih wakil yang dikehendaki dan boleh menukarnya.
Selain memberi kelebihan kepada parti dalam menjaga dasar dan halatuju mereka dari digugat kepentingan individu, ia juga dapat menangani isu lompat parti yang sering menimbulkan masalah buat negara.
● Mengundi adalah amanah
Mengulangi penegasan di awal tulisan, mengundi merupakan satu proses memilih seorang petugas kepada negara. Ia adalah amanah kepada semua rakyat. Perlu ditunaikan kepada yang selayaknya. Jangan sesekali mengkhianati amanah ini dengan menyerahkan kepada yang tidak selayaknya. Firman Allah S.W.T:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."
[Al-Anfal: 27]
Pilih mereka yang betul-betul layak, berasaskan perbincangan yang dinyatakan. Jangan pilih berasaskan sentimen dan nafsu. Nabi S.A.W bersabda:
مَن اسْتعملَ رجلاً لِمَوَدَّة أو لِقَرابَةٍ ، لا يستعمِلُه إلاَّ لذلك ؛ فقد خانَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ والمؤمِنينَ
"Barangsiapa yang melantik seseorang kerana hubungan persaudaraan atau kerana kasih padanya, tidaklah dia memilih melainkan atas dasar tersebut, maka dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman."
[HR Ibn Abi Dunya]

KESIMPULAN
1.     Memilih parti adalah jauh lebih baik bagi menangani masalah kekurangan individual. Berjemaah atau berkumpulan akan menampung kekurangan sesama sendiri. Ia lebih demokratik dan mampu pergi lebih jauh. 
2.     Mengundi adalah tanggungjawab rakyat. Ia adalah ruang mempraktikkan kuasa rakyat sebagaimana teori demokrasi. 
3.     Merujuk kepada kisah perlantikan Nabi Yusuf, Talut dan Nabi Musa, dapatlah difahami bahawa kriteria utama yang perlu ada pada Wakil Rakyat adalah intelektual, integriti dan kompetensi secara tertib. Kriteria lain dianggap sebagai nilai tambah. 
4.     Ibn Taimiyah menafsirkan Qawiy (kompetensi) pada jawatan pemerintah bermaksud kefahaman terdapat al-Quran dan Sunnah dan kemampuan untuk melaksakan syariat-Nya. Bukan sekadar kemampuan untuk mentadbir semata-mata tanpa mengikut panduan agama. 
5.     Ramai pengundi hari ini menilai wakil rakyat berasaskan kriteria sampingan, bukan kriteria utama di atas. Ada yang memilih kerana calon itu kaya dan mampu membantu kebajikan mereka. Ada yang memilih calon ramah, kononnya berjiwa rakyat. Ada yang memilih kerana hebat berdebat di parlimen, atau kerana hebat mendedahkan salahlaku musuh politik, sedangkan semua itu bukan peranan utama Wakil Rakyat. Maka pincanglah politik negara ditadbir oleh bukan selayaknya. 
9 Syaaban 1439
24 April 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018 























Lupus hutang PTPTN tidak rugikan negara


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pelupusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dicadangkan dalam manifesto PAS tidak akan merugikan negara 
Katanya, PAS mengambil pendekatan melupuskan hutang PTPTN melihat sumber pendapatan negara yang semakin bertambah. 
Beliau yakin sekiranya pemimpin negara melaksanakan urus tadbir yang baik dengan tiada kebocoran, ketirisan dan rasuah, maka hutang PTPTN boleh diselesaikan. 
Tambahnya, hutang PTPTN membebankan rakyat terutamanya anak muda dan menghalang mereka daripada menikmati kekayaan dalam negara. 
“Kepada yang telah membayar, kita akan melaksanakan insentif-insentif kerana mereka ini menjadi rakyat yang baik. Maka kita akan beri juga insentif kepada mereka dan kami panjangkan insentif kepada ibu dan ayah mereka,” ujarnya dalam program siaran langsung bual bicara yang diadakan tengah hari tadi. 
PAS cadang Perbadanan Tabung Wakaf ganti PTPTN
Menurutnya lagi, PAS sebelum ini mencadangkan solusi untuk menggantikan PTPTPN dengan Perbadanan Tabung Wakaf Peringkat Kebangsaan. 
Beliau berkata, walaupun wakaf berada di bawah takluk undang-undang negeri namun mereka akan mengusahakan mekanisme-mekanisme yang akan membolehkan konsep tersebut digunakan.
Beliau memberikan contoh universiti terbaik di dunia, Harvard University memiliki wakaf sehingga mencapai USD40 bilion. 
Katanya, ia merupakan jumlah yang besar untuk diberikan kepada mahasiswa dalam bentuk pendidikan yang diberikan di sana. 
“Ini dia menunjukkan banyaknya jumlah simpanan yang boleh diberikan kepada mahasiswa yang belajar di sana dalam bentuk perkhidmatan pendidikan berkebajikan,” ujar beliau. 
Dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia pada tahun 2016 antara usul yang diberikan adalah agar sistem wakaf dijadikan teras kepada pembiayaan pendidikan tinggi negara dengan nama Perbadanan Tabung Waqaf Pendidikan Nasional (PTWPN) sebagai alternatif kepada PTPTN. – HARAKAHDAILY 25/4/2018
Sumber HD - 25-4-2018 


Mantan Penjawat Awam Membongkar Kelemahan & Keburukan PAS Sebagai Parti Islam Tertua di Malaysia
Posted on Monday, April 23 @ 21:25:20 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39333



👉  Senjata yang perlu diketahui oleh mrk yg bencikan PAS

AKUAN BEKAS PENJAWAT AWAM

✋️Saya merupakan seorang bekas penjawat awam yang pernah bertugas didalam keselamatan negara.

🤐Sepanjang perkhidmatan saya dari umur 19 tahun hingga 56 tahun (37 tahun) saya amat menyanjungi PAS (Parti Islam Semalaysia), walaupun pada awal perkhidmatan, saya amat negatif kepada parti pembangkang ini namun dari masa ke masa saya mulai berpandangan positif kepada parti ini.

😞Dengan keupayaan dan sumber yang terhad dan merupakan parti paling miskin pernah saya lihat, mereka dapat membangunkan markaz, pusat tarbiyah, sekolah pondok, pusat tahfiz, surau dan masjid mereka sendiri dengan hanya mengutip derma dan sumbangan di ceramah-ceramah dan aktiviti mereka.

🙃Malah setiap kali pilihanraya umum setahun sebelumnya lagi mereka sudah kumpul duit, ada calon mereka yang menggadai tanah pusaka, rumah dan segala harta yang ada semata-mata untuk jadi calon dan kemudian kalah teruk, alangkah bodohnya tindakan itu, itulah pandangan saya masa itu.

🆘Tapi mereka tetap berusaha dan tak pernah tidak bertanding walaupun tempat itu kubu kuat BN.

❌Dahulunya ramai orang UMNO amat marahkan PAS namun mereka tidak sedar bahawa ulama' yang banyak memenuhi Forum Perdana seperti Ust. Ismail Kamus, Allahyarham Dato' Harun Din sehinggalah ke Ustaz-ustaz terkini yang sering ke kaca TV adalah ahli PAS. Malah orang UMNO @ BN sanggup bayar ustaz-ustaz ini sehingga ribuan ringgit untuk satu ceramah dan puluhan peratus bayarannya disumbangkan kepada PAS.

💲Berapa banyak pula produk kesihatan dan makanan sunnah yang milik ahli PAS dan menjadi sumber kewangan PAS yang popular diguna dan dipromosikan oleh ahli UMNO/BN tanpa sedar untuk kesihatan diri dan keluarga.

😰Ustaz-ustaz PAS ini banyak membantu masyarakat seperti Darussyifa dan lain-lain. Siapa yang tak kenal Darussyifa setiap kali ada masalah HANTU (makhluk halus) maka ustaz-ustaz PAS inilah yang dicari walaupun ahli UMNO/BN dan pernah saya lihat ada yang bukan Islam juga mencari Darussyifa untuk bantuan masalah gangguan makhluk halus.

😱Malah DUA penceramah yang paling popular kini juga merupakan salah seorang ahli dan penggerak PAS Perak dan PAS Terengganu diperingkat DUN pada seketika waktu dahulu.

👀Pendek kata PAS telah banyak berjasa kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia tanpa mereka sedari dan tanpa promosi jasa mereka pada masyarakat.

💪Cuti bersalin penjawat awam sehingga 90 hari dimulakan oleh kerajaan PAS Kelantan.

💪Kerja 5 hari seminggu adalah dari Kerajaan PAS Kelantan.

macam-macam sumbangan PAS pada masyarakat dan kepada kebajikan kakitangan awam.

🤠PAS dari sebuah parti "PAK LEBAI" miskin kini telah lengkap dengan :

🏫Kompleks mereka sendiri

🏢IPTS mereka sendiri

🏫Sekolah Menengah mereka sendiri

🏢Sekolah Rendah mereka sendiri

🕌Pusat Tahfiz mereka sendiri

🕌Pusat asuhan PASTI mereka sendiri

📺TVPAS mereka sendiri

📻Radio HIJAU.FM mereka sendiri

📰Akhbar HARAKAH mereka sendiri

🚨UNIT AMAL MALAYSIA mereka sendiri untuk buat semua kerja kebajikan yang makin popular dan diterima ramai sejak banjir besar di Johor (awal tahun 2000-2004) lagi. Lengkap dengan petugas,

💉doktor,
💝jururawat
🚑 ambulans
🚒 kenderaan menyelamat mereka sendiri.

🛵🏍Kelab Permotoran ARC Malaysia yang mempunyai puluhan ribu ahli di seluruh Mamaysia dan AKTIF di seluruh daerah dan negeri-negeri

 ( _dinobatkan sebagai kelab Terbaik semasa AGM Pemuda PAS Selangor baru-2 ini_.)

😔Cuma PAS adalah sebuah parti yang tidak mahir mendabik dada dan mempromosikan parti dan jasa mereka. Mereka memberi dan menyumbang dalam diam/senyap. Memegang teguh ajaran Rasulullah SAW iaitu memberi dengan tangan kanan jangan sampai tangan kiri tahu.

❓PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) juga sepatutnya sedar mereka terhutang budi dengan PAS. Mereka belajar berpolitik dengan orang Islam dan bukan Islam melalui PAS. Mereka nak tiru PAS sepenuhnya namun tak mampu walaupun mereka ada kewangan dan pimpinan yang baik namun mereka tiada penyokong yang ikhlas dan ringan tulang. Semua perlu berbayar dan perlu 'duit minum'.

✊️Malah setiap kali PRU orang PAS adalah yang paling sibuk  berkempen, panjat pokok menaikkan bendera, menaikkan poster dan membuat ceramah bagi pihak PKR dan DAP (Pakatan Rakyat).

👍Malah ramai pimpinan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) dijaga keselamatan dan kebajikan mereka oleh petugas PAS, ada yang dijaga 24 jam.

🤗Jadi dengan prestasi, sumbangan dan kelayakan yang telah dimiliki oleh PAS sejak lebih 60 tahun maka saya yakin jika PAS memerintah, merekalah yang paling layak.

😍Semoga PAS akan menang dalam pilihanraya akan datang.

🤔Jika mereka boleh membangunkan parti mereka dari kosong "From Zero" kepada sehebat kini, saya yakin mereka boleh membangunkan sebuah negara yang hebat.

Wallahuallam.
PESARA NAVY

XOXO - PAS tetap memperjuangkan Islam walaupun ramai membenci terutama pendokong LGBT dan Islam Liberal...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 23-4-2018



Ibu bersalin dapat cuti 2 tahun jika Mohd Amar jadi PM
Posted on Monday, April 23 @ 19:04:38 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39324&mode=thread&order=0&thold=0



Satu lagi tawaran daripada pemimpin kanan PAS - andainya beliau menjadi perdana menteri.


Menurut Datuk Mohd Amad Nik Abdullah, kerajaan PAS boleh memberikan cuti bersalin kepada wanita selama dua tahun berbanding 90 hari yang diberikan kerajaan sekarang.

Untuk sektor swasta pula peraturan setakat ini mengehadkan cuti bersalin kepada 60 hari walaupun kerajaan sudah menyatakan untuk meminda undang-undang bagi mewajibkan ia ditukar kepada 90 hari.

Berucap di majlis pelancaran Manifesto PAS Kelantan di Kota Bharu, Mohd Amar berkata langkah itu boleh menjadi kenyataan jika beliau dilantik menjadi perdana menteri.

"So lagi ambo (satu lagi saya) baru isytihar - Malaysiakini tak isytihar (lapor) lagi - iaitu kalau ambo jadi perdana menteri memerintah Malaysia, nak bagi cuti bersalin dua tahun," katanya disambut ketawa orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan.

Majlis itu disiarkan secara langsung di Facebook.

Menegaskan lebih lanjut hasratnya itu Mohd Amar yang juga naib presiden PAS berkata ketika ini Kelantan tidak dapat melaksanakan dasar itu kerana terikat dengan pelbagai kekangan seperti dasar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Tapi kalau kita perintah Malaysia, kita boleh ubau suai peratuan-peraturan JPA itu," katanya.

Ulangi janji BR1M
Nik Amar bagaimanapun memberitahu, walaupun wanita bersalin diberi cuti dua tahun, gaji mereka hanya akan dibayar selama tiga bulan saja.

"Lepas tu, tak ada (dibayar) gajilah," katanya.

Menurut Mohd Amar ketika ini hanya ada satu negara dalam dunia memberikan cuti bersalin selama dua tahun, iaitu Iran.

Sebelum ini penyandang kerusi dewan undangan negeri Panchor itu menjanjikan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM2,500 berbanding RM1,200 yang diberi BN.

"Malam ini saya nak isytihar, kalau kita menang memerintah Malaysia, ambo jadi perdana menteri ambo akan bayar BR1M RM2,500.

"Guana agok (macam mana agak)? Berpeluh kalau Najib dengar, sebab tiga kali dah BR1M naik selepas ambo sebut. Kebetulan ke tidak ambo tak pasti," katanya di Salor, Kota Bharu.'

Semasa berucap hari ini Mohd Amar sekali lagi mengulangi janjinya untuk memberikan BR1M sebanyak RM2,500 dengan syarat beliau menjadi perdana menteri.

Sumber TKO - 23-4-2018

Patutlah Emak Nik Omar Tak izin Dia Cebur Politik
Posted on Sunday, April 22 @ 22:19:55 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39303



Terbaca berita daripada Malaysiakini yang cuba menonjolkan Nik Omar Nik Abdul dalam perebutan pengaruh Tuan Guru Nik Abdul Aziz diantara PAS dan parti pengkhianat AMANAH. Malaysiakini cuba ketengahkan kononnya Nik Omar adalah cadangan menjadi calon AMANAH (PAN) di Dun Cempaka, Kelantan.

Beberapa kenyataan Nik Omar disiarkan di Malaysiakini antaranya;

Nik Omar berkata beliau mengambil keputusan itu selepas ibunya, Tuan Sabariah Tuan Ishak melarangnya menyertai politik.


“Semua bergantung kepada bonda, selagi bonda tidak izin, bonda minta tidak terlibat, kita kena terima. Bonda melihat mungkin kerana berlaku pertembungan. Bila ditanya kenapa bonda? Saya nak tunjuk apa jua yang kita lakukan pentingnya mendapat keizinan dan restu ibu,” katanya

Untuk pengetahuan pembaca, bukan sekarang setelah bapanya meninggal Nik Omar tak dibenarkan berpolitik tetapi semenjak bapanya TG Nik Abdul Aziz masih hidup lagi TGNA tidak benarkan anak sulongnya ini berpolitik. Tapi TGNA benarkan Nik Abdul untuk membantu PAS dan menjadikan dia sebagai galang ganti beliau.


Kalau kita kaji sirah para sahabat, bagaimana anak-anak mereka diinfakkan untuk meneruskan perjuangan yang telah dilalui. Ini jelas bagaimana TGNA menginfakkan Nik Abdul untuk PAS tapi bukan Nik Omar.

Kenapa?
Nik Omar telah menyeleweng daripada landasan perjuangan yang benar dengan mengikut IRC. TGNA mengambil pendekatan suruh Nik Omar tumpu aje kepada persekolahan swasta.

Mari kita lihat apa kata Nik omar.

"Tidak dinafikan dari segi dasar, kepemimpinan sekarang ini sudah meneruskan legasi `Tok Guru', tetapi ada beberapa kelemahan yang hendak diperbetulkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) dan rakan sekutunya," katanya

Celarukan, dia juga kata Husam menerusi lagasi TGNA (ayah dia). Takkan dia tak tahu ketika hampir meninggal apabila Husam datang ayahnya berpaling terus buat tidur sehingga hampir satu jam Husam tunggu pun ayah dia tak berpaling. PALING PUN TIDAK JANGAN BERCAKAP!

Nik Omar Ni Abdul Aziz seorang yang CELARU. Bila celaru patutlah emnak dia kena jaga dia, apa tah lagi semasa ayahnya tiada. Dia tak boleh berpolitik. Orang macam ini kalau berpoltik akan dipergunakan terutamanya PANTI AMANAH (PAN).

TGNA memang hebat, hayatnya dia masih jaga anak sulong dia ini agar tak rosak. Nik Abdul pula dibiarkan kerana dia boleh memahami perjuangan Islam.

Imam Syafi'i ditanya: "Bagaimana kita mengetahui Pengikut Kebenaran di zaman yang penuh fitnah?"


Beliau menjawab: "Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa), maka akan menunjukimu Siapa 'Pengikut Kebenaran'"

Imam Syafi'i pernah berkata: Nanti di akhir zaman akan banyak Ulama yang membingungkan Umat, sehingga Umat bingung memilih mana Ulama Warosatul Anbiya dan mana Ulama Suu' yang menyesatkan Umat.

Lantas murid Imam Syafi'i bertanya: "Ulama seperti apa yang kami harus ikuti di akhir zaman wahai guru?"


Beliau menjawab: "Ikutilah ulama yang dibenci kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik. Dan jauhilah ulama yang disenangi kaum kafir, kaum munafiq, dan kaum fasik, karena ia ia akan menyesatkan mu, menjauhi mu dari Keridhoan Allah".


Jadi tak hairan kalau ada yang mengutuk dan menghina Nik Abdul. Lebai taklah kata Nik Abdul ulama tetapi petikan Imam Syafie adalah cara kita memahami siapa yang benar.

Ada kata, terutama cybertropper HARAPAN kononnya Nik Abdul dimarah ayahnya sebagai anak derhaka.

Lebai tanya cybertropper, tahukah kamu apabila Nabi Musa a.s. bila pulang daripada Munajat kepada Allah dilihatnya kaumnya sesat. Dia terus marah Nabi Harun a..s. adiknya.


 Malah ada riwayat mengatakan dia memukul. Adakah itu bermakna Nabi Harun a.s. tidak benar? Itu cara didikan... kasar dan lembut bergantung situasi dan keadaan... bukan pokok perbahasan isu.

Ini bermakna puak-puak HARAPAN tak ada isu dalam nak mengutuk Nik Abdul.



Lebai rasa kita bagi lagi masa kenapa Nik Omar sekurang-kurang dengan bimbingan ibunya  Tuan Sabariah Tuan Ishak dia boleh belajar politik dan mengenali musuh Islam yang bertopengkan Islam Progresif menjual perjuangan dengan matlamat yang singkat!


Sumber TKO - 22-4-2018


















































Menolak tawaran selain Islam

DALAM usaha ke arah membentuk Negara Islam Madinah, selepas ditolak dakwahnya oleh penduduk Makkah dan Thaif, Baginda S.A.W tidak berputus asa dan terus mencari mad'u yang lain. Allah menggembirakan Nabi dengan Peristiwa Israk Mikraj menjadikan Baginda lebih bersemangat. 
Perjalanan diteruskan dengan bertemu beberapa Kabilah yang berada di sekitar Makkah antaranya Kabilah Bani Kilab, Bani Hanifah, Bani 'Amir dan Bani Syaiban. Kesemuanya menolak dakwah Nabi, ada yang menolak dengan keras dan maki hamun, ada yang menolak secara baik, dan ada yang melakukan 'nego' dengan Nabi.Antara yang cuba tawar-menawar dengan Nabi ialah Kabilah bani 'Amir. Salah seorang dalam kalangan mereka iaitu Baiharah bin Faras bertanya:  
"Apa pandanganmu kalau kami berbai'ah dengan kamu untuk bersama urusanmu, seterusnya Allah memberi kemenangan kepadamu, adakah kami pula yang menjadi pemimpin selepasmu?" 
Rasulullah menjawab:
"Perkara itu terserah pada Allah, ia akan meletaknya menurut kehendakNya." 
Baiharah menjawab:
"Adakah kami akan mendedah leher kami untuk kepentingan kamu, setelah Allah memberikan urusan kepimpinannya kepada orang lain? Oleh itu kami tidak berhajat untuk bersama kamu." 
Sekali lagi dakwah Nabi ditolak. Selepas sekian kali dakwah dan ajakan Nabi ditolak, barulah Allah datangkan kepada Baginda Kabilah Aus dan Khazraj yang datang daripada bumi Yathrib mengerjakan Haji di Makkah untuk menerima Islam. 
Pengajaran utama
●    Menjadi Muslim tidak sekadar cukup kita solat, berpuasa, zakat dan haji tetapi mesti membantu sebarkan Islam. Nabi S.A.W bersungguh bertemu pelbagai Kabilah bukan semata-mata untuk ajak solat dan duduk di Masjid bahkan tugas utama kita adalah mencari pendukung Islam. Sebab itulah Israk Mikraj juga disebutkan sebagai muqaddimah kepada pembentukan Negara Islam Madinah. 
●     Tidak bermudah-mudah menerima tawaran orang bukan Islam. Ketegasan dalam berdakwah adalah dengan dasar Islam, bukan material. Manifestonya mestilah terima Islam sepenuhnya, bukan menempel dan meletakkan macam-macam syarat. Apatah lagi syarat tersebut adalah kerusi politik seumpama Bani 'Amir hanya semata-mata umpan undi.
●     Jangan berputus asa dalam berdakwah. Apabila dakwah kita ditolak, bukan bermakna kita gagal, bahkan barangkali Allah akan menemukan kita dengan orang yang lebih mudah menerima Islam seumpama Aus dan Khazraj. 
MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
22 April 2018 - HARAKAHDAILY 22/4/2018
Sumber HD - 22- 4-2018 


























Pembunuhan Imam Palestin: Isyarat Zionis kepada kita? 


DUNIA seolah-olah terhenti serta-merta di Malaysia apabila seorang Imam muda dari Palestin, dikenali sebagai Imam Dr. Fadi Al-Batsh dibunuh sewaktu perjalanan mengerjakan solat Subuh. 
Lebih tragis, beliau syahid meninggalkan seorang balu dengan tiga orang anak yang masih kecil. Siapa yang mengarahkan pembunuhan ini dilakukan? Kenapa Imam Fadi menjadi sasaran? Apakah isyarat pembunuhan ini kepada kita? 
Sememangnya tidak mustahil bahawa pembunuhan kejam ini didalangi ejen asing khususnya ejen perisikan Israel Mossad yang berjaya menyusup masuk ke negara kita seperti mana kenyataan Timbalan Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 
Imam Fadi perlu diketahui bukanlah sebarangan imam. Beliau juga adalah merupakan seorang pensyarah bidang Kejuruteraan Elektrik di sebuah IPT di negara kita dengan kelulusan Doktor Falsafah. Beliau bukan sahaja sering diundang menjadi Imam solat Tarawikh pada bulan Ramadan, bahkan juga aktif memainkan peranan penting dalam usaha pengumpulan dana dari Malaysia untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Palestin. 
Fakta ini jelas menunjuk ke arah satu kesimpulan yang tidak dapat dinafikan dengan mudah. Israel tentulah tidak selesa dengan kewujudan seorang insan yang begitu seimbang dari segi kehebatan rohani dan juga akalnya. Apatah lagi berupaya menjadi ‘jambatan’ dalam menyalurkan dana dari Malaysia ke Palestin. Masa yang dipilih juga menyokong hipotesis ini. Bulan Ramadan bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan pastinya dana dari Malaysia bakal mencurah-curah disalurkan ke Palestin oleh Imam Fadi jika beliau tidak dihalang. 
Selain daripada hipotesis "Imam Fadi sebagai penyalur dana dari Malaysia ke Palestin", tentulah terdapat pelbagai andaian lain yang berkemungkinan membawa kepada berlakunya tragedi ini. Adakah beliau mempunyai hubungan dengan Hamas? Adakah kepakaran Kejuruteraan beliau ada disalurkan ke Hamas lalu menjadi ancaman kepada Rejim Zionis? Malah terdapat laporan bahawa seorang ahli keluarga beliau Taisir al-Batsh yang dikatakan merupakan Ketua Polis Gaza juga telah dibunuh Rejim Zionis. Masih terlalu banyak pembuktian yang perlu dilakukan dan tugas ini kita serahkan kepada pihak berkuasa kita, Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
Laporan setakat ini menyatakan bahawa dua pembunuh yang bertanggungjawab melepaskan 10 das tembakan terhadap beliau sudah pun menunggu selama 20 minit sebelum melakukan pembunuhan tersebut. Berdasarkan jumlah tembakan yang sebegitu banyak tanpa sebarang petunjuk motif ragut atau rompakan yang jelas, pembunuhan sebegini amat mirip sekali dengan modus operandi "Targeted Killing" atau "Pembunuhan Bersasar" yang diamalkan oleh Israel sejak sekian lama. 
"Pembunuhan Bersasar" ini dijalankan secara cekap melibatkan ejen Israel yang melakukan pembunuhan ke atas individu-individu berprofil tinggi mahu pun individu di balik tabir yang bergiat mengancam kedudukan strategik Rejim Zionis. Mereka menyusup masuk melangkaui kedaulatan negara asing dan menjalankan pembunuhan kejam. 
Menurut rekod, "Pembunuhan Bersasar adalah suatu bentuk serangan ketenteraan Israel yang paling signifikan dan kerap" di mana ia bukan sahaja merupakan aktiviti keganasan, tetapi juga "alat politik" untuk mengukuhkan kawalan ke atas penjajahan mereka di Palestin. 
Israel sememangnya tidak segan sama sekali untuk melakukan pembunuhan di luar negara demi melindungi survival negara haram mereka. Contoh yang paling jelas ialah pembunuhan berturut-turut dua pemimpin Hamas di Palestin iaitu Syeikh Ahmed Yasin dan juga Dr. Abdul Aziz Rantisi. 
Sebelum 2001 Israel menafikan bahawa mereka mengamalkan polisi hukuman bunuh tanpa perbicaraan sebegini. Hanya apabila Intifada Kedua meletus mulai November 2000 barulah mereka mengakui ada menjalankan "Pembunuhan Bersasar untuk pencegahan" (preemptive Targeted Killing). Sebenarnya sejak tahun 1950-an lagi Israel telah pun dituduh menjalankan operasi haram sebegini di luar wilayah jajahan mereka. 
Keputusan untuk menjalankan pembunuhan sebegini telah diperkenalkan kembali oleh Ariel Sharon. Mahkamah Israel tidak lagi terlibat dalam memutuskan sebarang keputusan "Pembunuhan Bersasar" ini sebaliknya terletak sepenuhnya pada budi bicara Perdana Menteri Israel dan badan perkhidmatan rahsia Israel, Shin Bet. 
Setakat ini terdapat tiga fakta besar yang sama sekali tidak dapat ditolak: Imam Fadi tidak diketahui sebagai seorang yang bermusuh dengan sesiapa; pihak yang paling ‘beruntung’ dengan kematian beliau ialah rejim haram Zionis; modus operandi "Pembunuhan Bersasar" sebegini bukanlah asing bagi Zionis. 
Kita wajib mendoakan semoga pasukan penyiasat PDRM berjaya menghadapkan pembunuh Imam Fadi ini ke muka pengadilan dan pembunuh berhati binatang ini menerima pembalasan yang setimpal. Sekiranya kelak dibuktikan bahawa sememangnya wujud campur tangan asing dalam kes ini terutama sekali Mossad Israel, maka ia merupakan isyarat jelas bahawa rejim haram tersebut telah menceroboh kedaulatan negara kita dan wajar diberi pengajaran yang bukan sebarangan. 
Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - HARAKAHDAILY 22/4/2018
Sumber HD - 22-4-2018 

Antara 'dedak tauke' dan 'sumbangan awam'

PARTI Amanah Negara (PAN) sememangnya sebuah parti yang tidak menyumbang kepada pembangunan pendidikan politik (political education) yang sihat, tetapi hidup bergelumang dengan politik fitnah dengan memberi persepsi buruk kepada parti lawan. 
Jika Dato Mahfuz Omar yang bergelumang dengan pendekatan itu mungkin boleh diterima kerana sememangnya itulah modal politik beliau. Akan tetapi, sekiranya dua orang pimpinan PAN yang mempunyai ijazah PhD dalam bidang Sains Politik turut bergelumang dengan politik fitnah, ia sememangnya menyedihkan.
Seperti yang telah saya jelaskan dalam kenyataan sebelum ini, kaedah PAS memperolehi dana untuk membiayai kempen PRU melalui pendanaan awam (crowdfunding), merupakan satu kaedah yang paling berintegriti.
Melalui kaedah itu, PAS tidak terikat dengan apa-apa kepentingan penyumbang dana dan kemasukan sumbangan dana ke akaun umum PAS adalah telus dan boleh disemak oleh khalayak umum. Kebanyakan parti politik memilih cara yang tidak bermoral dalam memperolehi dana politik, iaitu sumbangan melalui proksi dan penyumbangnya mempunyai kepentingan. 
Sebelum ini, banyak parti-parti yang terlibat dengan pilihan raya di Malaysia mendapat sumbangan dengan cara yang tidak berintegriti. Sumbangan yang diterima sama ada dimasukkan ke akaun individu atau akaun proksi untuk mengelakkan disemak oleh khalayak umum. Dengan kaedah ini mereka boleh memperolehi sumbangan dari tauke-tauke berkepentingan, industri haram seperti kongsi gelap dan pihak-pihak asing seumpama Zionist serta Evangelis. Hanya PAS yang menolak kaedah seperti ini. 
Seperti yang ditegaskan oleh Setiausaha Agung PAS baru-baru ini, PAS sangat tegas untuk tidak menerima sumbangan yang haram dan sumbangan yang bersifat sogokan (penyumbang mempunyai kepentingan sebagai balasan). Dengan sebab itu sejak tahun 1951, kaedah pengumpulan dana PAS adalah telus iaitu melalui pendanaan awam dan di setiap Mesyuarat Bulanan PAS Pusat serta Muktamar Tahunan PAS kemasukan sumbangan ini akan diaudit. Oleh sebab itu, bila kerajaan berhasrat menggubal akta berkaitan dana dan perbelanjaan politik, PAS yang paling awal mengalu-alukan. 
Hari ini timbul semula tentang DAP mendapat manfaat politik hasil sumbangan RM 50 juta daripada seorang tauke bernama Koon Yew Yin. Tauke yang sama pernah memberi sumbangan kepada PAN Perak sebanyak RM 500 ribu, dan dia berjanji akan memberi 10 kali ganda lagi sumbangan untuk PAN Perak supaya berkerja keras menawan Perak. 
Sekiranya sumbangan 10 kali ganda itu diperolehi sekarang bermakna PAN Perak sahaja memperolehi sumbangan RM 5 juta. Apa motif tauke ini memberi sumbangan kepada PAN Perak? Dato Mahfuz sebagai Naib Presiden PAN sepatutnya menjawab perkara ini. 
DR MOHD ZUHDI MARZUKI
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS - HARAKAHDAILY 20/4/2018






















































Sumber HD - 20-4-2018




























Mujahid, tolong jangan politikkan semua benda

ORANG seperti Mujahid Rawalah yang menyebabkan ramai membenci politik. Semua benda mahu dipolitikkan. Sampaikan sumbangan pihak kerajaan atau pegawai kerajaan kepada institusi pendidikan PASTI bawah kelolaan PAS pun dijadikan isu politik. Terdesak sangat untuk kaitkan PAS dengan rasuah, sampai cipta isu tak masuk akal. 
Mujahid mungkin tak tahu, pelajar PASTI terdiri daripada berbagai latar belakang keluarga. Ada yang Umno, ada PPBM, ada PKR, ada PAN, ada non-partisan, ada pegawai kerajaan, ahli akademik, Teknokrat, Birokrat, ahli Korporat, ahli kongsi gelap pun ada, bahkan non-Muslim pun ramai. 
Walaupun PASTI dibawah kelolaan PAS, tapi kami tak jadikan PASTI sebagai wadah politik. Di PASTI kami ajarkan ilmu asas Islam kepada pelajar. Sesiapa sahaja yang mahukan anak mereka menerima pendidikan awal Islam, dipersilakan ke PASTI. PAS bukan parti yang berpolitik semata-mata. Kami ada kegiatan dakwah untuk menyebarkan Islam ke segenap ruang. Kami juga ada tugas tarbiyah, mendidik dan membentuk masyarakat ke arah sahsiah terpuji. 
Mujahid, bukan semua benda kena fikir ikut kaca mata politik. Buang sekejap politik kebencian dan politik serang-menyerang dari diri itu. Letakkan sementara di tepi kaca mata politik itu. Kenakan juga kaca mata kemanusiaan, kaca mata negarawan, kaca mata agama dan kaca mata moral. Pasti anda akan berfikir dengan lebih waras. Amalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera #BPMS. 
Mujahid kena faham, politik bukan sebab penyokong parti yang berbeza untuk berjauhan dan berputus saudara. Berbeza parti politik, kita tetap saudara dan manusia. Tiada masalah kalau orang Umno nak belanja orang PAS minum. Apa masalah kalau orang PAS terima BR1M. Pegawai kerajaan bukan semestinya orang Umno. Dan PASTI, bukan untuk ahli PAS sahaja. 
Wahai Mujahid. Tenunglah wajah-wajah anak PASTI yang tak bersalah itu. Jangan perjudikan masa depan mereka hanya kerana matlamat politik kita. Tumpahkan sedikit rasa kasihan pada mereka. Apa dosa mereka pada kamu sampaikan bantuan untuk pendidikan mereka pun dipertikaikan. 
Carilah isu lain untuk berpolitik. Kalau tak ada isu, diam sahaja. Berpolitik mesti berprinsip, bukan hidup atas manipulasi isu semata-mata. 
Untuk selamatkan negara daripada rosak dipolitikingkan politikus gila politik, nyahkan segera orang seperti Mujahid Rawa dan konco-konconya dalam PRU14 nanti. Mereka tak layak menjadi pemimpin negara yang baik ini. 
3 Syaaban 1439
19 April 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 19/4/2018
Sumber HD - 19-4-2018 


























































Tumbang kerajaan zalim, bina tamadun Malaysia Sejahtera

SUDAH lebih 60 tahun negara ini diperintah oleh BN (dahulunya Perikatan). Kezaliman, penindasan dan penyelewengan adalah perkataan yang sentiasa meniti di bibir rakyat dalam menggambarkan warna Kerajaan BN. Walaupun mereka cuba memberikan wajah merakyat, Islamik dan berkebajikan sebagai kosmetik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14, ternyata ia tidak mampu menutupi bangkai kezaliman, penindasan dan penyelewengan yang telah mereka lakukan. 
Dalam sejarah orang Melayu, telah masyhur satu perjanjian (waad) antara pemimpin dengan rakyat seperti yang tercatat dalam Silalatus Salatin (Sejarah Melayu), iaitu antara Sang Sapurba (raja atau pemerintah) dengan Demang Lebar Daun (mewakili rakyat).
Dalam perjanjian ini, Demang Lebar Daun telah meminta kerajaan (Sang Sapurba) supaya memelihara kebajikan dan keadilan kepada rakyat jelata, dan jika rakyat menderhaka mereka boleh dihukum mengikut hukum Allah. 
Sang Sapurba pula meminta supaya rakyat memberikan ketaatan kepada kerajaan. Demang Lebar Daun kemudiannya telah bersetuju dengan syarat kerajaan mesti melaksanakan tanggungjawab mereka. Akhirnya, mereka berdua berikrar bahawa sesiapa yang mencerobohi perjanjian ini, maka biarlah Allah menentukan balasannya. 
Konsep perjanjian kerajaan-rakyat yang dibawa dalam Silalatus Salatin yang berkait kebertanggungjawaban kerajaan dan ketaatan rakyat ini adalah bertepatan dengan kehendak Islam. Di mana, dalam Surah an-Nisa' ayat 59, Allah memerintahkan rakyat mentaati kerajaan (Ulil Amri) selagi mana mereka mentaati Allah dan Rasul. 
Dalam ayat 26, Surah Shaad pula, Allah memerintahkan supaya kerajaan memerintah dengan adil berdasarkan wahyu (al-haq) dan jangan mengikuti hawa nafsu dengan melakukan kezaliman, penindasan dan penyelewengan. 
Kemunculan Kerajaan-kerajaan Melayu Islam sejak berdirinya Kerajaan Perlak dalam tahun 840 Masihi sehingga zaman penjajahan pada abad ke-16, telah memperlihatkan kegemilangan Tamadun Melayu Islam ketika Raja memerintah dengan adil dan mengamalkan Syura. 
Raja-raja terkenal seperti Maulana Sayyid Abdul Aziz di Perlak, Sultan Malikul Zahir di Pasai, Sultan Alauddin Riayat Shah di Melaka, Sultan Agung di Mataram, Sultan Ageng Tirtayasa di Banten, Sultan Iskandar Muda di Aceh, Sultan Badaruddin di Sulu, Sultan Mahmud Badruddin II di Palembang dan Sultan Mansur di Kelantan, adalah Raja yang tersohor adil dan mengamalkan pemerintahan secara Islam, yang menjadi kemuncak kegemilangan Kerajaan masing-masing. 
Teori-teori pentadbiran adil yang terungkap dalam pemikiran politik Melayu Islam seperti mana terkandung dalam Tajus Salatin, Bustanus Salatin, Safinat al-Hukkam, Thammarat al-Muhimmah, Muqaddimah fi Intizam Wazaif al-Muluk, Budi Istirahat Bustan Arifin dan lain-lain, telah menjadi panduan Kerajaan Melayu dalam memberikan keadilan kepada rakyat. 
Namun begitu, di celah-celah sejarah ini, terungkap pepatah "Raja adil raja disembah, Raja zalim Raja disanggah." Terdapat Raja-raja yang zalim dan menindas rakyat, sekali gus melanggar waad Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun, yang kemudiannya mengakibatkan keruntuhan Kerajaan mereka.
Nah! Lihat bagaimana kezaliman Sultan Mahmud Shah di Melaka merampas isteri Tun Ali, Tun Fatimah yang dijadikan permaisurinya, kemudian membunuh Bendahara Seri Maharaja Tun Tahir, bapa Tun Fatimah, sebelum menzalimi rakyat dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang.
Akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511. Hikayat Raja Pasai pula merekodkan, Raja Ahmad Permudal telah membunuh dua puteranya, Tun Berahim dan Tun Zainal, serta berahikan puterinya, Tuan Takiah Dara, menyebabkan Kerajaannya dijajah oleh Majapahit. 
Demikian juga kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, yang kezalimannya telah menamatkan Kerajaan Johor-Riau keturunan Sultan Melaka. Sultan Amangkurat I dari Mataram yang sebutkan membunuh lebih 5,000 orang Ulama pula akhirnya dijatuhkan oleh Trunajaya, sebelum Mataram ditakluk oleh Belanda. Demikian itulah, bagaimana hukum karma menimpakan Kerajaan-kerajaan yang zalim di Alam Melayu. 
Berdasarkan secebis kisah sebagai ibrah, orang Melayu yang mewarisi bumi bertuah ini mesti berfikiran tajam dalam menentukan kepemimpinan untuk masa depan negara. Mengekalkan kepemimpinan yang zalim dan penuh dengan penyelewengan akan mengundang kehancuran bangsa ini. 
Menaikkan sebuah rejim yang tidak taat kepada Allah dan anti-Islam juga akan mengundang kecelakaan. Yang terbukti dalam sejarah kita, Raja dan pemerintah yang adil dan berpegang dengan wahyu tuhan telah berjaya mencipta kegemilangan. Memilih Islam sebagai penyelesaian adalah langkah terbaik dalam membina semula Tamadun Malaysia yang sejahtera. Aslim taslam, pilih Islam sejahtera kehidupan! 
MOHD FADLI GHANI
Head House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
3 Syaaban 1439 / 19 April 2018 - HARAKAHDAILY 19/4/2018
Sumber HD - 19-4-2019 


Belum Bertanding Dah mengaku kalah, tarik diri
Posted on Wednesday, April 18 @ 14:06:52 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39225



Ketua Amanah Kawasan Marang, Miqdad Zakaria menarik diri daripada mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kerusi Parlimen Marang. Entah mungkin datang perasaan bersalah kerana menipu mengatakan dia anak saudara Presiden PAS.

AMANAH (PAN) ni kalau tak menipu bukan nama parti AMANAH. Lebai tak tahu kenapa ahli-ahli mereka bodoh tak boleh berfikir bahawa Miqdad ini adalah anak saudara kepada isteri Presiden PAS bukan Presiden PAS. Nasib baik Presiden PAS ada 2 isteri kalau ada 4 isteri makin ramai lagi yang akan jadi mangsa puak-puak AMANAH(PAN) untuk menghasut supaya menyertai PAN dan lawan PAS sebagai hari-hari buat cerita itu dan ini tentang Nik Omar anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Ahli-ahli PAS hendaklah bersabar dan memohon kepada ALlah s.w.t. atas tipudaya dan fitnah parti AMANAH (PAN) serta puak HARAPAN. Insya-Allah kita akan lihat mereka akan hancur berkecai hanya tunggu masa dan ujian kepada kita hendaklah kita sempurnakan dengan solat dan sabar.

Sumber TKO - 18-4-2018

PRU14: PAS muktamad calon yang bertanding

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan mengumumkan parti itu sudah memuktamadkan nama-nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 
Beliau menjelaskan PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 160 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, hari ini. 
Katanya, PAS akan bertanding pada PRU14 bersama rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera seperti parti Ikatan dan Berjasa. 
Selain itu, tambahnya, termasuk parti yang cenderung untuk bersama dengan PAS seperti Parti Cinta Malaysia dan Parti Generasi Baru. 
"Di samping itu ada satu atau dua parti lagi yang berhasrat untuk bersama dengan kita tapi kita masih belum lagi muktamadkan parti-parti ini," ujar beliau menerangkan hasrat parti lain untuk bersama dengan Gagasan Sejahtera.
Menurut beliau, Parti Berjasa dan Parti Ikatan akan bertanding dalam PRU14 dengan menggunakan lambang PAS. 
Jelasnya lagi, manakala parti-parti lain yang belum bersama Gagasan Sejahtera mungkin akan menggunakan lambang parti mereka. – HARAKAHDAILY 18/4/2018
Sumber HD - 18-4-2018 


"Duit Pas Dok Dalam Poket Orang Pas" - Almarhum Ustaz Fadzil Noor
Posted on Tuesday, April 17 @ 23:59:58 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39216



Sejak ditubuhkan lebih 60 tahun dulu, dah beratus juta RM duit PAS dibelanjakan...tak mau tanya ka ambik duit mana???...

PAS adalah parti politik paling kaya dalam Malaysia...hampir setiap cawangan PAS mempunyai hartanya sendiri samada berupa tanah, bangunan dan lain2...ditambah lagi dengan boleh dikatakan semua PAS Kawasan dan Negeri mempunyai pelbagai aset samada dalam bentuk harta tak alih dan harta alih samada tanah., bangunan, kenderaan dan sebagainya...

umno kaya duit ringgit, tapi di peringkat cawangan masih menumpang bangunan dan harta kerajaan...cuba bayangkan jika umno tidak berkuasa lagi...ke mana depa akan duduk???...insya Allah koi lama koi mereput secara tabi'ie...

PAS di cawangan aku sendiri pun memiliki sebuah rumah yg bernilai hampir RM100K...padahal ahli berdaftar di cawangan tak sampai pun 100 orang...mengundi pun kalah dok kalah seluloi...

PAS ada bangunan kompleks pentadbiran, ada bangunan perniagaan, ada sekolah, ada tanah bendang, getah, kelapa sawit dsb...semua itu diperolehi melalui usaha para ahli dan kepimpinan...PAS tak tunggu jadi kerajaan baru nk ada aset...tapi PAS sudah miliki ratusan juta RM aset walau belum menjadi kerajaan....

Justeru, tak perlu lah dok persoal mengenai kewangan PAS nk bertanding....bak kata almarhum Ust Fadzil Noor dulu "duit PAS dok dalam poket orang PAS"....

alfaqir ilallah ppk
2 Sya'ban 1439H


Sumber TKO - 17-4-2018


































































Mari Belajar Politik Gaya PAN


































Bendera Gergasi PAS DUN Batu Burok
Antara makanan harian pemimpin dan penyokong PAN ialah FITNAH.

Apa jua yang PAS buat semuanya serba tak kena pada pandangan mereka.
Mari kita lihat bagaimana PAN ini berpolitik gaya Pak Pandir?

a) PAS mengumumkan 40 kerusi sasaran utama untuk dimenangi pada PRU 14.

Lantas, PAN pun mempertikaikan PAS dengan berkata “PAS menipu rakyat, nak 40 kerusi je, bukan boleh memerintah negara pun”.

b) PAS mengumumkan akan bertanding lebih daripada 130 kerusi pada PRU 14.

Lantas, PAN pun bersuara dengan berkata “PAS bertanding banyak-banyak ini bukan hendak menang, PAS mahu menjadi spoiler pengacau kepada PH supaya BN menang mudah”.

c) Terbaru, PAS mengumumkan akan bertanding sebanyak 160 kerusi pada PRU 14.
Lantas, PAN bersuara lagi, kali ini dengan cereka fitnah pula.

Ia mempertikaikan daripada mana sumber wang RM 34.4 juta diperoleh untuk PAS bertanding sebanyak itu?
PAN menuduh PAS menerima dana sebanyak itu daripada UMNO.

2. Oleh kerana PAN ini hanya berlagak sahaja profesional tetapi jahil bab ilmu matematik.
Mari kita bantu PAN belajar ilmu hisab.

Ahli PAS berjumlah 1 juta orang.

Sekiranya setiap ahli PAS ini menyumbang minima RM 35.00 seorang, berapakah jumlah wang PAS perolehi daripada ahli?

Sifirnya begini ye;

1,000,000 ahli x RM 35.00= RM 35, 000,000

Bukankah jumlahnya akan menjadi RM 35 juta?

Ia sudah pun melebihi jumlah RM34.4 juta yang didakwa oleh PAN.

Adakah setiap ahli PAS hanya menyumbang RM 35 untuk PRU kali ini?

3. Selain pada itu, antara bukti PAN berpolitik gaya Pak Pandir ialah mereka mempunyai kelebihan mengetahui perkara sulit dan ghaib.

Aneh sekali bagaimana PAN boleh mengetahui transaksi keluar masuk duit akaun PAS?

Adakah pemimpin PAN ini ramai yang memelihara Jin Kuasa 10 yang membolehkan mereka mempunyai kelebihan tahu akaun bank orang lain?

4. Mereka dengan sewenangnya menuduh PAS menerima dana 90 juta, kemudian menuduh lagi PAS dapat 2.5 juta pula daripada UMNO.

Apabila diminta bukti, mereka gagal mengemukakan apa-apa bukti. Apa yang mereka mampu buat hanyalah mencabar mangsa yang difitnah mengemukakan saman.

Inilah politik gaya Pak Pandir namanya.

Melempar fitnah begitu berani, tetapi apabila diminta bukti jadi pengecut pula, takut dipenjara kerana adanya Akta BAFIA katanya.

5. PAN ini kelihatan begitu prihatin dengan segala hal ehwal PAS walaupun mereka bukan lagi ahli PAS.
Sepatutnya, PAN bertanya kepada Tetuan DAP kesayangan mereka.

Bila mahu saman si Razali yang mendedahkan bahawa DAP terima dana Israel sebanyak RM 1.2 billion?
Janji mahu saman sejak tahun 2015, sekarang sudah tahun 2018.

Kalau mengikut politik gaya Pak Pandir, dakwaan ini adalah benar kerana DAP sehingga sekarang gagal menyaman orang yang menuduhnya.

6. PAN sudah dalam keadaan bangkrap idea dan wawasan maka fitnahlah jadi makanan dan zikir harian.
Nasibnya kini hanya membilang hari detik pengakhiran bagaikan “hidup segan mati tak mahu”.

Dalam pembahagian kerusi PH, PAN berada tercorot di belakang kerana hanya memperolehi sisa lebihan parti lain sahaja.

Kewujudannya ada tidak menambah, tiada tidak mengurang kerana PAN “sudah melukut di tepian gantang”.
7. Inilah padahnya berpolitik gaya Pak Pandir, ulamak mereka hina dan perlekehkan kerana menyusahkan perjalanan mahu menggapai impian kemenangan.

Lalu, dijulang tinggi pula Tun M, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang menjadi penunjuk jalan kepada PAN yang sudah tersesat jalan.

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
17 April 2018

Sumber BO - 18-4-2018


































PAN Kelantan terdesak jaja nama Nik Omar

TINDAKAN pemimpin PAN Kelantan masih terus berusaha untuk memujuk anak Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar, bertanding di bawah tiket PAN dan menjanjikan jawatan Menteri Besar kepada beliau menunjukkan keterdesakan parti itu menghadapi PRU14. 
Ia menjadi petanda jelas bahawa PAN Kelantan amat ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk ditonjolkan sebagai calonnya dalam PRU14 sehingga terpaksa mengemis kepada Nik Omar walaupun beliau sebelum ini telah menyatakan tidak dapat menerima pencalonan tersebut. 
Nik Omar sangat penting kepada kelangsungan politik PAN Kelantan kerana pemimpinnya mahu berpaut kepada nama dan pengaruh besar Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz yang boleh diperolehi melalui Nik Omar bagi dijadikan modal untuk mendapatkan sokongan rakyat Kelantan. 
Nik Omar juga sangat penting kerana PAN Kelantan tidak mempunyai golongan ustaz dan ulama’ berpengaruh yang boleh ditonjolkan olehnya dalam PRU14 untuk meyakinkan rakyat Kelantan yang rata-ratanya pencinta agama bahawa ia boleh menggantikan PAS di negeri tersebut. 
Sangat menghairankan bila PAN Kelantan yang sebelum ini sering melaungkan bahawa ia membawa imej Islam Progresif yang jauh berbeza dari PAS masih mahu berpaut kepada golongan ustaz dan ulama’ untuk ditonjolkan sebagai calon Menteri Besar seperti dilakukan oleh PAS. 
Perkara ini sudah tentu akan merendahkan moral dan menjejaskan semangat pemimpin PAN Kelantan lain yang berjuang bermati-matian sebelum ini demi memajukan parti itu kerana mereka akhirnya tidak diyakini untuk dinobatkan sebagai calon dan bakal Menteri Besar. 
PAN Kelantan sepatutnya menonjolkan golongan profesional sebagai calon Menteri Besar bagi membezakannya dari PAS, apatah lagi bila ia juga mempunyai beberapa tokoh demikian seperti Datuk Dr Abdul Halim Yusof dan Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah. 
Bila PAN Kelantan terus-terusan mengharapkan kepada Nik Omar yang telah berulang kali menolak pelawaan menjadi ahli mahupun menjadi calonnya, maka ia sekali gus meletakkan parti itu dalam keadaan memalukan umpama pepatah Melayu “Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong”. - HARAKAHDAILY 17/4/2018
Sumber HD - 17-4-2018 

Cerita di dalam cerita

KISAHNYA berkisar tentang seorang jurutera yang baik, lurus dan paling utama sangat cerdik. Dia adalah anak kesayangan emak. Dia akan mengikut kata ibunya dalam apa jua keadaan. Biarpun ibunya tiada di sisi, dia akan tetap mematuhi arahan ibunya. 
Sebagai contoh, jika ibunya berpesan, jangan memandu laju, pandu hanya 80 km/j, dia akan memastikan had laju itu dipatuhi. Begitulah dia, seorang anak yang baik yang tidak suka melanggar undang-undang. Dia seorang yang tegas dan mempunyai semangat patriotik yang sangat tinggi. Kita namakan dia sebagai Edi. 
Walaupun begitu, Edi tetap seorang manusia biasa. Suatu hari, Edi memandu berseorangan ke suatu destinasi. Entah bagaimana, dia pada satu keadaan telah secara tidak sengaja, dia melanggar peraturan had laju lalu lintas. 
Nasibnya memang kurang baik kerana tidak jauh daripada lokasi itu, sang algojo lalu lintas sedang mengadakan sekatan perangkap had laju. Maka, Edi pun ditahan oleh algojo lalu lintas itu. 
Setelah diterangkan kesalahan dan Edi memahaminya dan mengaku salah. Sang algojo lalu lintas yang sangat ramah dan baik itu kemudiannya menawarkan kemudahan bayaran saman kepada Edi. 
Kata sang algojo lalu lintas itu, jika encik mahu membayar saman di balai, encik mesti ke balai yang berada jauh dari sini yang akan memakan masa perjalanan encik. Saya yakin, saman itu tidak boleh dikurang jumlahnya. 
Tetapi jika encik mahu lebih mudah, encik boleh bayar di sini dengan bayaran yang lebih murah, tawar sang algojo itu dengan senyum manis. 
Ah, ini tawaran yang sangat baik. Ok! Jawab Edi pantas, bimbang tawaran itu ditutup. Saya bayar di sini, kata Edi bangga kerana walaupun dia melakukan kesalahan, dia sanggup membayarnya kepada kerajaan. 
Maka beberapa keping not RM 50 bertukar tangan. Sang algojo dan Edi masing-masing tersenyum puas kerana mendapat apa yang mereka mahukan. Beberapa ketika Edi masih lagi tercegat di situ memerhatikan sang algojo itu mundar-mandir meneruskan tugasannya. 
Setelah agak lama, sang algojo menyedari yang Edi masih berdiri di situ. Lalu dikata olehnya kepada Edi, tuan boleh pergi kalau tuan mahu, kita sudah selesai, dia memaklumkan. 
Tetapi ternyata Edi masih belum selesai. Segera Edi bertanya kembali, mana resit bayarannya? Soalan itu membuatkan sang algojo itu tercengang, tetapi masih mampu mengawal keadaan. 
Encik, kalau encik bayar di sini, kita tak keluarkan resit, katanya meyakinkan Edi. Oo, begitu jawab si Edi. Selesai bersalaman mesra dan setelah agak jauh memandu, si Edi yang masih berkerut-kerut dahinya, tiba-tiba berteriak, aku dah bagi rasuah dekat polis itu ke? Soalnya tanpa ada jawapan. 
Saya bawakan cerita ini sebagai bentuk pengajaran kepada rakyat di Malaysia yang baik, lurus dan cerdik yang bencikan penyelewengan. Anda memang baik, tetapi terkadang tidak terkecuali menjadi mangsa penipuan orang-orang tertentu bagi mendapatkan sesuatu dengan cara yang haram. 
Mereka menggunakan ayat yang manis, gaya badan yang menarik, tetapi mempunyai maksud yang menyeleweng. Si Edi ini adalah contoh bagaimana penipuan dilakukan. Menjanjikan bantuan, tetapi akhirnya dia ditipu. 
Maka sedarlah rakyat Malaysia, sekarang ini, ketika musim PRU ini, banyak golongan seperti sang algojo yang tidak amanah itu sedang berkeliaran mencari mangsa. Anda baik, anda bencikan rasuah, tetapi anda tidak sedar yang anda ditipu untuk membantu golongan kaki rasuah mengambil keuntungan ke atas anda. 
Itukah yang anda mahukan? Anda tidak bersalah jika ditipu, tetapi anda tidak bertindak bijak jika anda secara sedar membiarkan diri anda ditipu. BN dan PH adalah sama dari segi rekod penyelewengan, dan dibuktikan dengan rekod siasatan rasuah 71-21 masing-masing. 
Masih ingatkah lagi anda dengan filem "Face Off" lakonan Nicholas Cage dan John Travolta? Mereka hanya bertukar wajah sahaja, tetapi perwatakan mereka masih sama. Jadi kemana sahaja mereka pergi bertukar parti, tetapi masih sama dengan dasar parti Sekular, perangai khianat. 
Maka apa perubahannya, apa harapan untuk kita percaya dan berikan? Jangan anda ditipu seperti Edi, walaupun anda baik, tetapi anda membantu mereka. Pilihlah parti yang tiada rekod penyelewengan, siapa lagi jika bukan PAS?
MOHD NASIR ABDULLAH
Bukit Payong
17 April 2018 - HARAKAHDAILY 17/4/2018












































































































Pekeliling Bishop hilang: Izzah Presiden PAS

SAYA merasa agak terkejut bila membaca laporan portal berita Malaysia Kini hari ini bahawa Pekeliling Uskup BP/2018/014 dan Pekeliling Uskup BP/2018/015 yang dikeluarkan oleh Bishop of Melaka Johor Diocese, Rt. Rev. Bernard Paul, beberapa hari lalu kini telah tidak boleh diakses lagi dari laman-laman web yang mengeluarkannya. 
Malah, mengikut laporan portal berita Malaysia Kini, usaha wartawannya untuk mendapatkan maklum balas daripada Melaka Johor Diocese juga menemui kegagalan bila panggilan yang dibuat diletakkan (“hung up”) oleh Melaka Johor Diocese. 
Seperti diketahui, Pekeliling Uskup BP/2018/014 mengarahkan semua “parishes and religious houses” untuk berdoa supaya Tuhan campur tangan dan supaya berlaku perubahan dalam PRU 14 manakala Pekeliling Uskup BP/2018/015 pula mengibaratkan perjuangan membebaskan diri dari kerajaan sekarang sama seperti perjuangan membebaskan diri dari pemerintahan penjajah. Serta menyifatkan kerajaan dan pemerintahan serta institusi yang ada dalam negara, termasuk pilihan raya, sebagai tidak bersih dan gagal. 
Beberapa laporan polis telah dibuat ke atas pengedaran pekeliling ini. 
Laporan polis yang pertama dibuat di atas asas bahawa retorik-retorik terlalu keras yang digunakan oleh Bishop Bernard Paul boleh membakar semangat penganut agama Kristian untuk membenci, tidak puas hati dan tidak setia terhadap kerajaan dan semua institusi yang ada dalam negara seterusnya boleh mendorong mereka supaya turut cuba mendapatkan perubahan dengan apa-apa cara selain cara yang sah. 
Laporan polis yang kedua pula dibuat di atas asas bahawa penggunaan ungkapan “Allah” oleh Bishop Bernard Paul, termasuk di dalam ayat “Bersama Membangun Kerajaan Allah”, adalah bercanggah dengan Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam 1988 Melaka dan Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1991 Johor. 
Saya tidak melihat sebarang reaksi diberikan oleh Bishop Bernard Paul mahupun oleh Melaka Johor Diocese walaupun komentar mengenai isu ini telah dibuat pada 12 April lagi dan walaupun laporan polis telah dibuat pada 13 April lagi.
Bagaimanapun, semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah mengeluarkan kenyataan cukup mantap bagi mengulas isu ini dengan menyebut: 
●     Mereka sebenarnya termasuk bala tentera penjajah yang dilatih bagi mengekalkan teori atau ideologi Sekularisma yang dianut oleh penjajah itu mengikut kitab Bible yang menjadi rujukan dan pegangan mereka.
●    DAP mendapat bayangan kalangan mereka itu, menjadikannya sangat galak berjuang merobek Perlembagaan Persekutuan, mendesak supaya merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-raja Berperlembagaan secara senyap dan sindiran.
●     Kalau para Ulama PAS yang berjubah dan berserban turun ke medan bertanding pilihan raya menjadi calon, maka saya juga mencabar supaya mereka itu terjun ke medan politik bersama parti yang dipilihnya tanpa mencabut jubah Paderi yang dipakai itu.
●     Maka usaha meminggirkan Islam daripada Perlembagaan Persekutuan, melemahkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, melumpuhkan atau membatalkan institusi yang berkaitan dengan Islam hendaklah ditentang habis-habisan.
●     PAS tetap beristiqamah di atas dasar dan konsep tersebut walaupun menang atau kalah sehingga laksana burung yang bertongkat paruh sehingga akhir hayat. 
Alhamdulillah, lanjutan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi ini Pekeliling Uskup BP/2018/014 dan Pekeliling Uskup BP/2018/015 kini telah tidak boleh diakses lagi dari laman-laman web yang mengeluarkannya sekali gus menunjukkan ‘izzah yang dipunyai oleh beliau. 
Selain daripada itu, tindakan Bishop Bernard Paul dan Melaka Johor Diocese menyembunyikan tiba-tiba Pekeliling Uskup BP/2018/014 dan Pekeliling Uskup BP/2018/015 ini juga merupakan satu pengakuan bersalah daripada pihak mereka. Jika tidak mengandungi apa-apa kesalahan mengapa pula pekeliling ini disembunyikan? 
Apa pun, saya telah merujukkan perkara ini dengan pihak berkuasa dan saya telah dimaklumkan bahawa tindakan menyembunyikan Pekeliling Uskup BP/2018/014 dan Pekeliling Uskup BP/2018/015 ini tidak akan menjejaskan siasatan yang dijalankan. Jangan bermain dengan api, kelak terbakar diri. - HARAKAHDAILY 17/4/2018








































































Sumber HD - 17-4-2018


12 Jawapan kepada 12 Fitnah Keatas PAS
Posted on Monday, April 16 @ 17:54:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39193



Fitnah 1 : PAS bergabung dengan Umno dimainkan sejak 2008.

Jawapan : Fitnah ini diulang-ulang bagi menghilangkan kepercayaan ahli dan penyokong PAS kepada pimpinan. Namun hingga ke hari ini sudah 10 tahun fitnah dimainkan, PAS dan Umno masih tidak bergabung.

Fitnah 2 : PAS Tongkat Umno dimainkan sejak 2017.

Jawapan : Menjelang PRU14, PAS umumkan akan berlawan dengan Umno di 130 kerusi Parlimen. PAS telah berlawan dengan Umno sebelum sebelum DAP ditubuhkan pada  1966, sebelum PKR ditubuhkan pada 1999, PAN 2015 dan PPBM 2016. Jadi adalah normal jika PAS bertanding melawan Umno walaupun sudah tidak bersama Pakatan kerana itu memang tradisi PAS. Isu PAS tongkat Umno hanya propaganda politik Pakatan selepas PAS menolak untuk bersama mereka.

Fitnah 3 : PAS terima 90 juta dari Umno (versi Sarawak Report 2016)

Jawapan : Fitnah mula disebarkan oleh  editor Sarawak Report, Claire Rewcastle Brown  pada 2016. Pas beri amaran untuk saman. Sebelum disaman, Claire memadam semua artikel fitnah dan membuat kenyataan bahawa semua artikel itu hanya berdasarkan andaian. Pada 2017, PAS mengheret Claire ke Mahkamah di London dimana lokasi sebenar akhbar itu beroperasi. Mahkamah London kemudian arah Claire membayar RM84,000 sebagai kos prosiding pendakwaan kerana gagal menyerahkan bukti. Pada 2018, Claire meminta Mahkamah membatalkan saman PAS kerana beliau gagal menyediakan bukti atas fitnah yang disebarkan.

Fitnah 4 : PAS terima 90 juta dari Umno (versi Husam 2017)

Jawapan : Sehingga ke hari ini Husam masih enggan membuat laporan SPRM dan Polis ke atas PAS. Husam juga masih gagal menamakan individu yang menerima wang tersebut. Husam yang sebelum ini mengatakan wang tersebut masuk dalam akaun Affin Bank individu tertentu masih gagal tunjukkan bukti transaksi. Selepas di desak, Husam cabar PAS tunjuk bukti  salinan akaun bank yang menyatakan transaksi berkenaan. Anehnya orang yang dituduh pula yang perlu tunjuk bukti untuk mengesahkan fitnah yang dia buat. Sepatutnya Husam la yang tunjuk bukti itu.

Fitnah 5 : PAS terima Dana 1MDB.

Jawapan : Pada 2017, Orang yang menyebarkan fitnah ini iaitu Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) akhirnya akui bahawa yang terima dana dari 1MDB bukannya PAS tetapi, Nasharuddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS yang dipecat pada 2013.

Fitnah 6 : Klip audio suara Nik Abduh berhubung PAS terima 90 juta dari Umno.

Jawapan : Husam pun tak pasti itu suara Nik Abduh atau tidak. April 2017, barulah Klip audio dihantar ke London untuk disemak oleh pakar selepas beberapa minggu ia disebarkan terlebih dahulu. Hingga kini tiada sebarang pengesahan dari mana-mana pakar audio bahawa klip video itu adalah suara Nik Abduh. Dan sangat lucu, sekali lagi Husam minta PAS sahkan yang suara itu adalah suara Nik Abduh. Sepatutnya Husam la yang tunjuk bukti itu untuk sahkan yang suara itu milik Nik Abduh.

Fitnah 7 : Anak Lelaki Sulung Almarhum TG Nik Aziz, Nik Omar sertai PAN dan bakal MB Kelantan.

Jawapan : 15 April 2018, Nik Omar Nik Abdul Aziz mengesahkan tidak menyertai PAN dan tidak akan bertanding dimana-mana kerusi. Wan Rahim akhirnya terdiam selepas bertahun memainkan fitnah yang Anak Lelaki Sulung TGNA itu bersama PAN.

Fitnah 8 : Ahli PAS Putrajaya ambil Pil Kuda ketika kempen PRU13.

Jawapan : Tengku Adnan Mansor hanya membuat andaian selepas membaca berita Anak Husam Musa ditangkap kerana disyaki menjual pil kuda pada Disember 2017. Husam Bertanding atas tiket PAS di Putrajaya pada 2013. Walaubagaimana pun beliau di pecat PAS pada 2016. Isu Pil Kuda hanya muncul pada 2017 dan hanya melibatkan anak Husam, bukannya petugas PAS seperti di dakwa oleh Setiausaha Agung Umno itu. Laporan polis telah dibuat dibawah Akta Berita Palsu 2018.

Fitnah 9 :  Presiden PAS Sokong GST.

Jawapan : Hanipa Maidin (PAN) menemplak Fitnah RTM dan TV3 yang memanipulasi Ucapan TG Abdul Hadi Awang di Parlimen sebagai menyokong GST. Beliau mengesahkan bahawa Presiden PAS tolak GST. Ini sekaligus mematikan fitnah Muhyiddin Yasin, Presiden PPBM yang turut mendakwa Presiden PAS Sokong GST kerana beliau juga salah tafsir kenyataan Presiden PAS. Dalam Manifesto PRU14 PAS jelas menetapkan akan menghapuskan GST dan SST jika diberi mandat oleh rakyat.

Fitnah 10 : PAS tidak serius bentang pindaan RUU 355 (Akta Mahkamah Syariah).

Jawapan : Pindaan RUU355 adalah usul persendirian ahli parlimen bukannya dari Kerajaan BN. Jadual mesyuarat dan Pengerusi mesyuarat adalah dari BN. Merekalah yang tetapkan bila usul persendirian dari PAS ini boleh dibentang atau tidak kerana PAS adalah parti pembangkang. BN tidak memberikan laluan mudah, manakala ahli Parlimen PH pula memperlekeh Presiden PAS sebagai gagal. Sepatutnya jika mereka jujur BN Dan PH beri kerjasama menyokong dan memaksa Speaker Parlimen beri laluan usul ini dibentangkan.

Fitnah 11 : Undang-undang Hudud menindas hak asasi bukan Islam.

Jawapan : Undang-undang Hudud adalah untuk orang Islam sahaja, bukan Islam bebas mengunakan undang-undang sivil sedia ada. Tindakan DAP menakut-nakutkan bukan Islam dengan menolak hudud secara terbuka adalah menghina hak demokrasi umat Islam. Hudud adalah undang-undang jenayah yang sepatutnya menjadi sebahagian dari senarai undang-undang Syariah.

Fitnah 12 : PAS diresapi oleh kumpulan pengganas ISIS.

Jawapan : Dakwaan Mat Sabu ini dijawab oleh Ust Norazli Musa selepas gambar lawatan kemanusian beliau pada 2015 diviralkan dengan andaian kononnya PAS beri bantuan pada ISIS. Siasatan mengesahkan bahawa individu yang memegang senjata dalam gambar yang diviralkan adalah Pengawal Lapangan Terbang yang diarah mengawal keselamatan beliau sepanjang misi bantuan kemanusiaan ke Syria, bukannya pejuang ISIS.

Sesungguhnya musuh-musuh PAS tidak pernah berhenti menyebarkan fitnah bagi menghalang kebangkitan PAS sebagai parti yang terbaik dalam memperjuangkan hak rakyat berlandaskan Islam.

Kepada pemimpin kaki fitnah, bertaubatlah dan akuilah kesilapan kamu. Hidup ini hanya sementara, jangan tunggu sudah mati baru nak bertaubat.

Kepada kaki penyebar fitnah ingat, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 6:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"

Kepada pemimpin dan ahli PAS yang difitnah bersabarlah dan semoga Allah bongkarkan segala fitnah yang dilemparkan dengan kebenaran dan rahmatNya.

"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena kurniaan dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu)." - Surah An-Nisa' ayat 83.

Herman Samsudeen
Mid Valley City
16 April 2018


Sumber TKO - 16-4-2018






































Gagasan Sejahtera bersedia memerintah tanpa BN dan PH 

ADA juga yang keliru apabila PAS menyatakan sasaran minima 40 kerusi Parlimen dalam PRU14 ini. Mereka menganggap usaha memilih PAS hanya sia-sia kerana nanti PAS tidak bercita-cita untuk memerintah. Lebih parah, ada yang menuduh PAS merancang untuk mencukupkan kerusi BN bagi membolehkan mereka terus berkuasa. 
40 kerusi minima, maksimum cecah 160 kerusi! 
Sangkaan dan tuduhan ini amat liar sekali. Hakikatnya, 40 kerusi adalah sasaran minima PAS untuk merealisasikan misi manifesto dan visi WINS2051. Apabila disebut minima, maka jumlah maksimum mesti jauh lebih besar daripada itu. 
Lihatlah berapa kerusi minimum yang PAS umumkan. Minimum 130 kerusi! Melihat kepada laporan semasa 195 kawasan PAS seluruh Malaysia, kemungkinan PAS bersama Gagasan Sejahtera boleh bertanding mencecah lebih 160 kerusi! 
PRU14, pertama kali PAS bertanding jumlah kerusi sebesar ini 
Tahukah kita, sejak penubuhan PAS, inilah kali pertama bertanding melebihi jumlah kerusi majoriti mudah Parlimen. 160 kerusi itu jika dibanding dengan jumlah kerusi ditandingi pada PRU13, sudah lebih tiga kali ganda! Ini semua bermakna PAS jauh lebih bersedia untuk memerintah berbanding PRU-PRU yang lepas. 
Kelengkapan PAS pasca PRU14 
Lihatlah persediaan PAS pasca pilihan raya. PAS sudah memiliki model pemerintahan lengkap jangka masa panjang sehingga tahun 2051 yang dikenali sebagai Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051). Dilancarkan pada program Fastaqim 2.0 tahun lepas di Terengganu. Ini bagi memberi alternatif selain TN50 yang masih kabur dan Wawasan 2020 yang hampir berkubur. 
Lebih awal sebelum itu, PAS meluncurkan Dokumen Hijau siri pertama yang menerangkan solusi permasalahan ekonomi semasa. Ia melibatkan cadangan alternatif kepada GST, serta penyelesaian kepada kejatuhan mata wang ringgit, tekanan kos sara hidup dan harga rumah yang mahal.
Menjelang pilihan raya, PAS mengekstrak beberapa cadangan perlaksanaan yang terkandung di dalam WINS2051 lalu mengeluarkan manifesto awal yang memiliki 9 teras beserta 20 tawaran utama. Dari semasa ke semasa, PAS akan mengumumkan beberapa lagi tawaran manifesto mengikut kelas kelompok masyarakat. 
Kerajaan Teknokrat sebagai medium 
PAS turut mengusulkan satu bentuk kerajaan baharu dikenali sebagai Kerajaan Teknokrat. Konsepnya biar pakar yang mentadbir negara. Orang politik hanya memantau tanpa mengongkong. 
PAS sudah mengenal pasti calon-calon Teknokrat itu. Ada mereka yang bersama PAS tetapi masih menjadi pegawai kerajaan. Ada pegawai-pegawai yang dikenali cemerlang berkhidmat untuk negara di peringkat administratif, tetapi banyak tidak lepas dek orang politik yang mementingkan diri melebihi pencapaian negara dan nasib rakyat. Kesemua mereka akan diberi peluang bebas mentadbir, tanpa campur tangan seperti yang ada hari ini.
Bahkan, PAS tidak akan memecat atau mengambil tindakan kepada pegawai kerajaan yang tidak sehaluan dari sudut politik kepartian, kerana PAS percaya ia adalah jaminan demokrasi. Asalkan mereka profesional dan tidak bias dalam melaksanakan tugas nanti. 
Cukuplah WINS2051, Dokumen Hijau dan manifesto bagi menggambarkan PAS sarat dengan golongan Teknokrat. Merekalah yang selama ini berhempas pulas membangunkan dokumen-dokumen tersebut. Membuktikan juga PAS tidak pernah ketandusan Profesionalisme selepas pemimpin lama keluar pasca Muktamar 2015. 
PAS sudah berpengalaman mentadbir 
PAS tidak terikat dengan mana-mana Manifesto BN mahupun PH. PAS memiliki visi tersendiri bagaimana untuk memacu negara ke arah kesejahteraan. Pengalaman PAS mentadbir Terengganu, Kelantan dan Kedah serta pernah bersama Kerajaan Perak, Selangor dan Pulau Pinang cukup untuk mematangkan PAS mengenai asam garam pemerintahan. Lebih dari itu, PAS sudah berpengalaman menjadi sebahagian dari kerajaan semasa bersama Perikatan awal 70-an dahulu. 
PAS tetap laksana manifesto walau tidak mendominasi kerajaan  
Apa yang menarik, PAS berbeza dengan BN dan PH dari sudut komitmen untuk terus melaksanakan segala tawaran manifesto walaupun ditakdirkan tidak membentuk kerajaan secara sendirian. Cuma syaratnya PAS perlu jumlah kerusi yang signifikan untuk berperanan sebagai King Maker, sebagai kuasa tawar-menawar supaya kerajaan yang bakal terbentuk terikat untuk melaksanakan manifesto tersebut. 
PH dan BN pula, usah kata mahu melaksanakan sekiranya menang sahaja, lepas menang pun belum tentu akan buat. Sejarah menunjukkan mereka pernah memungkiri janji manifesto, sebagai contohnya PH di Pulau Pinang, berjanji menghapuskan tol bila menang pada PRU13. BN juga berjanji menurunkan harga kereta PRU13. Tapi lihat apa mereka buat selepas menang. 
Siapa bakal PAS bersama? 
Soal dengan siapa PAS akan bekerjasama sekiranya menjadi King Maker tidak patut dipersoalkan buat masa ini. Siapa sahaja yang boleh terima syarat dan mahu memberi laluan PAS melaksanakan manifesto, mereka layak untuk bersama. Tidak kira BN, tidak kira PH, tidak kira parti-parti kecil lain sekalipun. 
Setakat ini memang masih belum jelas siapa mahu akur dengan syarat yang PAS letakkan. Tetapi lihatlah selepas PRU14 nanti apabila PAS menawarkan kuasa kepada mereka yang sanggup bersama. Pasti akan ada politikus yang bersikap Oportunis. 
Semua andaian boleh dibuat. Boleh jadi BN, boleh jadi PH. Boleh jadi kedua-duanya akan berpecah kerana ada sebahagian komponen gabungan mahu menerima dan sebahagian menolak. 
Di dalam Manifesto Gagasan jelas menyebut komitmen untuk PAS memartabatkan Islam terutama usaha meluluskan RUU355. Isu RUU355 bukan semua pemimpin dalam BN dan PH menolak, dan bukan semua menerima. Walhasil, tawaran bersama PAS pasca PRU boleh membawa kepada PH dan BN berpecah-belah. 
Kalau kedua-duanya mahu bersama PAS sekali gus, apa salahnya! Kita bentuk kerajaan tanpa pembangkang. Biar pembahagian kuasa ditentukan berdasarkan kekuatan masing-masing. Proportional representation. 
Mahathir boleh bawa MP PH masuk BN 
Mungkin juga timbul andaian selepas ini; boleh jadi BN dan PH akan bergabung. Boleh jadi Mahathir bawa orang-orangnya kembali kepada BN bagi mencukupkan kerusi mereka. Ya. Tak pelik. Semua boleh jadi. Dan PAS telah bersedia untuk senario tersebut. 
Ia mungkin situasi yang agak merugikan buat PAS, tetapi yakinlah ia bakal membuatkan majoriti pengundi BN dan PH marah kepada mereka, dan ia bakal memberi pulangan terbaik untuk PAS menghadapi PRU15. 
130 kerusi dipertaruhkan, bukan setakat 40
Sebelum akhir, perlu diulang sekali lagi, PRU14 ini PAS sudah cukup bersedia untuk memerintah sendirian. King Maker hanya salah satu senario yang diandaikan. PAS optimis dengan kemampuan yang ada. Jika diizinkan, insyaAllah. 
30 Rejab 1439
15 April 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 16/4/2018 
Simber HD - 16-4-2018 


Penyokong Pas bimbang?
Posted on Sunday, April 15 @ 11:25:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39153




Wajar bimbang dengan perkembangan pertandingan tiga penjuru yang dikatakan pasti berlaku pada PRU 14 ini.

Ini tanda aras politik mantang yang diharap harapkan Presiden Pas datuk Seri Abdul Hadi Awang. selama ini

Sepertimana para sahabat nabi SAW bimbang dengan amalan yang dilakukan tidak akan masuk syurga.


Demikian juga penyokong Pas yang bimbang dengan perkembangan politik sekarang ini, Pas kalah teruk dan buruk.

Lebih lebih lagi pengundi pasti pecah tiga dek pertandingan tiga penjuru antara Pas Umno dan pakatan harapan.

Bagus juga mereka bimbang dan akan berusaha melaksanakan apa sahaja agar pengundi Pas solid pada PRU 14 ini.

Dalam pada itu, tidak dinafikan masih ada pimpin pas yang duduk rasa sedap dan berkata pas boleh menang dan memerintah lima negeri pada PRU 14 yang akan berlangsung pada 9 Mei 2018 ini.

Negeri Selangor juga dikatakan pas boleh menang dan memerintah berdasar culaan terbaharu.
'
Kiraan penulis, Selangor cukup payah untuk pas menang dan memerintah. hendak kekal 15 kerusi sedia ada pun sukar, fakta, china sah tak akan beri undi kepada Pas.

Perkara ini juga disebut sebut oleh penyokong Pas Terengganu bahawa Negara kaya rakyat miskin, pas sukar untuk menang atas sebab 32 DUN berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam hal ini, penulis ada menyatakan walapun berlaku pertandingan tiga penjuru pas boleh menang sejumlah 18 kerusi DUN dan kekal empat parlimen.

DUN yang ada potensi boleh menang selain sedia ada, iaitu DUN Jertih, parlimen Besut. Dun Jabi, parlimen Setiu dan DUN Kuala Berang parlimen Hulu Terengganu dan DUN Kemasik parlimen kemaman."

Sumber TKO - 15-4-2018


Ini Penyebab Umat Pecah, Ada Muslim Pencari Ridha Para Kaum Kuffar
Posted on Sunday, April 15 @ 06:25:57 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39144



Ada sebuah gejala baru yang selama ini tidak pernah dikenal dalam tradisi dan sejarah Islam. Yaitu munculnya sosok Muslim yang sibuk mencari keridhaan non-Muslim alias kaum kuffar. Selama ini Islam mengarahkan seorang beriman untuk hidup dengan landasan niat mengejar keridhaan Allah semata. Seorang Muslim hamba Allah ialah seorang yang dalam segenap kiprahnya hanya mengharapkan keridhaan Penciptanya.

Setiap kali beramal, berfikir, berbicara, bersikap bahkan berperasaan, seorang Muslim selalu bertanya bagaimanakah Allah akan menilai amal, fikiran, ucapan, sikap dan perasaannya.

Demikianlah cara pandang seorang Muslim sejati. Sedangkan bila seorang Muslim pencari ridha kaum kuffar berkiprah, maka ia sibuk bertanya bagaimanakah kaum kuffar akan menilai kiprahnya.

Dewasa ini kita berada dalam era paling kelam dalam sejarah Islam. Dunia menyaksikan munculnya fenomena abnormal dimana seorang Muslim sibuk mencari keridhaan kaum kuffar.

Dalam babak kepemimpinan para Mulkan Jabriyyan atau Para Penguasa Diktator dewasa ini, sebagian umat Islam menjadi terpengaruh oleh fihak penguasa dunia. Padahal Allah menyerahkan giliran kepemimpinan dunia kepada kaum kuffar -seperti yang kita saksikan dewasa ini- hanyalah dalam rangka menguji keimanan dan ke-istiqomahan kaum muslimin.

Bagi orang beriman yang tetap meyakini bahwa hanya Allah sajalah Penguasa Sejati langit dan bumi, maka ia akan tetap hidup dan berkiprah berlandaskan niat mencari keridhaan Allah.

Namun bagi Muslim yang tertipu dan menyangka bahwa kaum kuffar telah menjadi penguasa yang sungguh berkuasa di dunia, maka mereka mulai mengalihkan hidup dan kiprahnya berlandaskan niat mencari keridhaan para penguasa diktator tersebut. Bila seorang Muslim sejati berbicara, ia berbicara untuk mencari ridha Allah.

Bila seorang Muslim pencari ridha kaum kuffar tinggal diam, maka ia tidak berani berbicara karena ingin menyenangkan kaum kuffar. Bila seorang Muslim berjuang, maka ia berjuang untuk mentaati perintah Allah dan dalam rangka mengejar ridha Allah.

Sedangkan seorang Muslim pencari ridha kaum kuffar tidak berjuang -padahal ia sangat berhak untuk itu- karena tidak ingin membuat kaum kuffar menjadi benci kepadanya. Sudah barang tentu ini semua tidak diutarakan secara blak-blakan, melainkan dibungkus dengan dalih misalnya "langkah ini tidak baik untuk da'wah Islam" atau "langkah ini akan menjauhkan orang dari Islam".

Muslim jenis baru ini sangat terobsesi dengan upaya menjaga image atau citranya di hadapan orang kafir.

Sedemikian rupa sehingga tolok ukur wala dan bara-nya (loyalitas dan berlepas diri-nya) berlandaskan penilaian si kafir terhadap image si Muslim. Muslim macam ini sangat menyukai sesama Muslim yang berpenampilan "anak baik" di hadapan kaum kafir. Dan ia sangat mencela Muslim yang menurutnya mencoreng "nama baik orang Islam". Jika identitas Islam yang ia tampilkan akan menggusarkan kaum kafir, maka ia rela menyesuaikan identitasnya dengan apa saja asal kaum kuffar menjadi mau menerimanya.

Bila kaum kuffar mensyaratkan agar identitas Islam yang dikedepankan hendaknya tanpa embel-embel ideologi , maka ia akan tampil penuh rasa percaya-diri dengan menerjemahkan kalimat Basmalah sebagai: "Dengan nama Allah Tuhan Pengasih, Tuhan Penyayang, Tuhan Segala Agama."

Ia akan siap membangun negara dengan meleburkan perbedaan ideologi ke dalam faham Nasionalisme. Dalam rangka mencari ridha kaum kuffar ia akan menjamin bahwa kemenangannya dalam pertarungan politik tidak akan diikuti dengan penerapan hukum Syariah Islam.

Ia akan menafsirkan kewajiban jihad di dalam Al-Qur'an sebagai apa saja yang menyenangkan kaum kuffar asal bukan berarti mengangkat senjata di jalan Allah dalam rangka 'isy kariman au mut syahidan (hidup mulia atau mati syahid). Bahkan secara perlahan namun pasti mereka sudah meninggalkan kosa kata jihad dalam kesehariannya...!!


Sumber TKO - 15-2018




















































































PAS menang kegiatan seni dihapuskan?

PADA Dialog Rakyat anjuran Kongres Rakyat Terengganu, himpunan 60 NGO berpengaruh dari seluruh Terengganu sebulan yang lalu, ada seorang wakil dari kalangan persatuan penggerak seni bertanya adakah sebaik menang PAS akan menghapuskan kegiatan seni di bumi Terengganu? 
Ia dijawab dengan baik oleh pemimpin PAS bahawa bukan sifat kepimpinan PAS untuk bertindak gopoh dalam hal-hal melibatkan kepentingan rakyat sementelah lagi bila melibatkan nasib kehidupan rakyat. 
Saya mempunyai pandangan peribadi yang insya Allah selari jalur pemikiran kepimpinan yang lain. Pendidikan dan pentarbiyahan adalah dalam cabang utama pembentukan modal insan yang akan menjadi pasak, tiang seri negeri dan negara yang kuat. 
Sebarang proses perubahan akan dengan perundingan, penglibatan semua aktivis seni, Jabatan Mufti yang memberi panduan dan fokus utama bagaimana kegiatan seni dan budaya boleh dipacu dan dikembangkan lagi supaya ia menjadi nilai tambah yang besar dalam menonjolkan Terengganu Darul Iman yang mempunyai karakter budaya yang unik, menarik. 
Fokus sangat perlu kepada bagaimana penggiat seni boleh merasa terbela dalam perjuangan dan minat mereka, profesion yang punya karier masa depan berkembang maju, jadi sumber rezeki.
Negara-negara Islam dalam lipatan sejarah ketamadunannya adalah penyumbang besar kepada kekayaan seni budaya di peringkat dunia. Tak kiralah Turki, atau Iran, mereka punya perancangan berstrategik melalui penglibatan karyawan dan seniman mereka. Memenangi pelbagai anugerah penerbitan-penerbitan dan karya-karya ulung yang terbaik di pentas dunia melalui aplikasi teknologi dan inovasi pemasaran strategik yang memberi nilai tambah. 
Saya rasa rakyat tidak perlu khuatir soal seperti panggung wayang, karaoke, pusat snooker, bowling, sukan permotoran, busker , seniman jalanan. 
Ini masa kita memikirkan bagaimana rakyat boleh menikmati itu semua dalam masa yang sama tanggungjawab kerajaan memimpin rakyat menjadi insan yang mempunyai akhlak dan perilaku yang baik. Bagi yang beragama Islam, mempunyai garis panduan agar tidak tergelincir hingga terjadi perkara yang merugi dan merosakkan rakyat itu sendiri hingga akhirnya negeri juga yang rugi. 
Misalnya kerajaan boleh memikirkan insentif cukai dan dorongan tertentu bagi pusat-pusat hiburan seperti karaoke agar memperkembang konsep rekreasi sekeluarga, family bonding, Islamik, boleh anak nyanyi lagu yang diajar di sekolah sambil diapresiasi oleh adik-beradiknya dan ibu bapa, suasana yang lebih terbuka dan tidak gelap ala "kelab malam" seperti kebanyakan yang ada sekarang. 
Saya fikir kita kena mulakan pemahaman asas bahawa asal semua perkara hukumnya 'harus', iaitulah dibolehkan dalam Islam. Tidak ada salahnya. Ia menjadi 'haram' dengan sebab adanya unsur-unsur yang melanggar larangan Allah S.W.T. 
Maka itu tumpuan kita, bagaimana kita memperbaiki ini. Ada yang mudah dibetulkan. Ada yang ambil masa yang lama melibatkan formulasi pilihan-pilihan yang lain yang perlukan perlu tenaga profesional dan pakar yang membantu. 
Saya ingin rakyat negeri ini baik Islamnya dalam masa yang sama punya karakter yang positif, ceria, kreatif, periang, punya personaliti yang bervariasi dan ciri peribadi yang kaya nilai budi, luas pergaulan, pengalaman, pengetahuan tentang dunia kelilingnya. 
Masa hadapan tiada salahnya kita ada taman tema air, pusat bermain roller blade dan macam-macam. Tetapi dengan rakyat kita, Islamnya grade A1! 
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
14 April 2018 - HARAKAHDAILY 14/4/2018
Sumber HD - 14-4-2018

Lima Jenis Calon PRU Perlu Ditolak Umat Islam!
Posted on Saturday, April 14 @ 18:30:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39125



KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Khairul Azmi Ismail menyampaikan lima pesanan kepada seluruh umat Islam yang bakal mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Menurut beliau, pesanan itu amat penting untuk dipegang oleh umat Islam dalam membuat penilaian terhadap parti dan calon yang bakal bertanding di kawasan masing-masing pada 9 Mei 2018.

Beliau memberi pesanan kepada umat Islam supaya berwaspada dengan calon PRU14 seperti berikut:

– Calon-calon liberal dan pro liberal.
– Calon-calon sekular dan pro sekular.
– Calon-calon anti hadith dan pro anti hadith.
– Calon-calon anti syariah dan mahkamah syariah.
– Calon-calon yang terlibat dengan rasuah.

“Pilihlah calon-calon dan parti yang bersih dari semua penyakit-penyakit di atas,” pesan beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun tidak menyebut secara langsung calon atau parti dimaksudkan, umum mengetahui dengan jelas ia ditujukan keatas Pakatan Harapan.

Ie berikutan Pakatan Harapan turut dibarisi oleh parti DAP yang sering membantah syariat Islam dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gemar memperlekehkan hadis.

Beberapa tokoh Islam pernah menyenaraikan fakta mengapa DAP boleh dianggapi sebagai parti anti-Islam.

Mahathir yang juga Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia pula pernah mengeluarkan hujah agama yang memperlekehkan sunnah nabi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula terpalit dengan skandal rasuah banglo mewah dan terowong dasar laut. – Mynewshub.cc
Sumber TKO - 14-4-2018

Gabungan Tun M - Anwar: Kenapa PAS tidak takut?

SEMALAM saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim bertajuk "Gabungan Mahathir-Anwar: Kenapa Umno takut? Ya! saya bersetuju, Umno memang takut gabungan ini kerana mereka berdua adalah bekas pemimpin utama Umno suatu ketika dahulu yang mengetahui begitu banyak rahsia Umno. 
PAS bersyukur kerana mereka kini bersama pakatan pembangkang. Kerana adanya mereka berdua di pihak pembangkang, rakyat banyak tahu kezaliman yang Umno buat, termasuk apa yang mereka sendiri buat ketika bersama Umno. 
Anwar ditendang keluar dari Umno oleh Mahathir. Dan selepas itu rakyat tahu banyak perkara tentang kezaliman Mahathir. Hingga Anwar berjanji jika beliau jadi PM, beliau akan heret Mahathir ke mahkamah atas pelbagai isu salah guna kuasa, Kronisme dan Nepotisma. 
Kita tidak lupa Anwar bongkar bagaimana Mahathir:\ 
●     Melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN seperti Eric Chia, Zahara Sulaiman, Khir Toyo, Ling Liong Sik dan lain-lain.
●     Dana-dana awam seperti KWSP, Tabung haji, UEM, BCB, TRI, Dana Harta dan lain-lain digunakan untuk bail out syarikat kroni beliau.
●     Menyalahgunakan Akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik.
●     Menyekat kebebasan badan penguatkuasa seperti Polis, BPR, peguam Negara dan SPR.
●     Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman.
●     Menghina dan menyekat Islam seperti pecat Mufti Selangor, tolak Hudud, tarik bantuan sekolah agama rakyat.
●     Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera serta kuasa Sultan dan YDP Agong melalui pindaan Akta. 
Dan ketika Mahathir pula keluar Umno dan bersama pembangkang, sekali lagi kita didedahkan kepada kezaliman dan penyelewengan pemimpin Umno. Kali ini Najib. Dari isu Wanita Pertama yang kuat shopping, Kapal Selam, Altantuya hinggalah kepada Skandal 1MDB. 
Inilah sajian mereka kepada rakyat sebaik sahaja mereka berpisah dari Umno-BN. Mereka membuktikan Umno-BN memang penuh korupsi dari satu kepimpinan kepada pimpinan lain. Tukarlah siapa pun, mereka memang koruptor atau bahasa PH, mereka ini kleptokrat. 
Hanya PAS satu-satunya parti yang bersih dari sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan. PAS konsisten memerhati dan belajar dari pengalaman bagaimana Anwar khianati PAS dalam Krisis Menteri Besar Selangor dan Langkah kajang. 
Anwar cuba memperbodohkan Presiden PAS untuk beliau melakukan kerosakan lebih besar di Selangor. Namun PAS dapat menghidu perancangan beliau untuk menjual Kerajaan Selangor kepada BN sekiranya Azizah yang menjadi Menteri Besar. Dan sebagai balasan Kes Anwar meliwat Saiful Bukhari ditarik balik. PAS terpaksa memilih untuk berbeza pendapat dan mencalonkan Azmin sebagai Menteri Besar walaupun hari ini, Azmin juga khianat pada PAS. 
PAS sememangnya tidak terkejut bila Anwar berkata kezaliman yang Mahathir lakukan ke atasnya adalah "luka kecil" walaupun pernah dipukul, dibogelkan, difitnah, dimalukan dan dipenjara oleh Mahathir hingga dianggap setaraf dengan Mandela. Malangnya Mandela sendiri selepas dibebaskan tidak pernah bekerjasama dengan kumpulan Apartheid. Tapi Anwar pula kembali bekerjasama dengan musuhnya, kononnya demi rakyat. Walhal, demi kuasa kerana impian beliau nak jadi Perdana Menteri masih belum tercapai. 
PAS sedih kerana Anwar mengkhianati rakyat khususnya kumpulan yang hadir menyokong beliau ketika era kebangkitan Reformasi. Ramai yang ditangkap dan dipenjara oleh Mahathir juga kerana sokong Anwar. Namun Kumpulan Otai Reformasi akhirnya turut menyatakan sokongan kepada Mahathir dan menjadi pengkhianat yang menjilat kembali ludah mereka kepada Mahathir.
Ini menunjukan Anwar dan pengikutnya dalam PKR tidak lebih dari "Political Animal" yang bertindak ikut nafsu dan bukannya akal kerana sanggup menggadai prinsip perjuangan untuk berkuasa. 
Jika hari ini mereka boleh maafkan dan sucikan dosa Mahathir begitu sahaja, tidak mustahil jika Najib juga akan mendapat pengampunan yang sama. Sepatutnya PKR memegang prinsip yang tegas untuk terus berjanji bicarakan Mahathir dan Najib secara adil jika mereka menang. 
Namun sekarang itu tidak berlaku. Sebab inilah PAS terpaksa menjauhkan diri dari Anwar dan PKR sehinggalah mereka melihat sendiri kerosakan yang mereka lakukan hari ini dengan menamakan Mahathir sebagai calon PM. 
PAS tidak takut untuk berhadapan gabungan Anwar-Mahathir kerana sebelum Anwar tubuh PKR, PAS sudah melawan mereka berdua ketika mereka bersama-sama memikul bendera dacing. 
Hanya rakyat yang bijak sahaja akan melihat percaturan mereka ini sebagai satu penipuan terbesar dalam politik Malaysia. Dulu ada warna hijau dan merah melawan biru tua. Sekarang tinggal hijau sahaja melawan biru tua (Old BN) dan biru muda (New BN). PAS kekal istiqamah melawan. Allahuakbar. 
HERMAN SAMSUDEEN
Mid Valley City
13 April 2018 - HARAKAHDAILY 13/4/2018
Sumber HD - 13-4-2018 















































Ulamak seluruh Nusantara sepakat umat Islam wajib mengundi untuk dirikan Negara Islam

DALAM satu Muktamar Islam Tenggara Asia yang diadakan di Kuala Lumpur pada 21 April 1954 telah memutuskan bahawa semua umat Islam adalah wajib keluar mengundi untuk membolehkan negara Islam yang melaksanakan syariat dibentuk. Fatwa para ulamak Nusantara ini dirumuskan ketika umat Islam di Indonesia dan Tanah Melayu sedang bersiap untuk menghadapi pilihan raya umum yang julung kalinya diadakan selepas Perang Dunia Kedua. Tanah Melayu mengadakan Pilihan Raya Umum pada 27 Julai 1955, manakala Indonesia berpemilu (pemilihan umum) pada tanggal 29 September 1955. 
PAS adalah parti Islam di Tanah Melayu, sedangkan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) menjadi parti Islam di Indonesia, di mana kedua-dua parti ini telah meletakkan matlamat mereka untuk menegakkan negara Islam melalui saluran demokrasi. 
Terdahulu, di Indonesia, Muktamar Alim Ulamak dan Muballigh Se-Indonesia di Medan pada 11-15 April 1953 yang turut disertai oleh Setiausaha Agung Muktamar Islam Sedunia, In'manullah Khan bersama 205 ulamak seluruh Indonesia, telah mengambil pendirian bahawa umat Islam diwajibkan menyertai pilihan raya dengan mendaftarkan diri sebagai pemilih dan turun mengundi pada hari pembuangan undi, dengan maksud untuk menegakkan sebuah negara Islam. Majlis Syura Pusat Masyumi yang bersidang pada 24 Februari 1953 turut mengambil pendirian yang sama dalam menghadapi Pemilu Indonesia 1955. KH Abdul Rahman Shihab, Ketua Majlis Syura Pusat Masyumis mengumumkan pendirian ini bagi menggesa umat Islam supaya tidak memandang penglibatan mereka dalam pembuangan undi sebagai perkara remeh. 
Muktamar Ulamak di Medan seperti mana yang disiarkan oleh Aliran Islam, No. 47, Thn. Ke-VII, 1953, telah memutuskan supaya semua parti Islam (Masyumi, Partai Sarekat Islam Indonesia, Perti dan PSII) serta badan-badan Islam yang besar (Nahdatul Ulamak, Muhammadiyah, Liga Muslim Indonesia dan Kongres Muslimin Indonesia) bersatu untuk memenangi pemilu bagi membentuk negara Islam, menggubal perlembagaan Islam, membela para ulamak dan memperkukuh perjuangan Islam. Demikian juga laporan majalah Perbaikan, No. 1-2, Thn. Ke-X, 1953 yang memetikan keputusan muktamar tersebut supaya umat Islam bersatu secara ukhuwah Islam bagi menjamin kemenangan Islam dalam pemilu. 
Oleh kerana desakan parti politik di Tanah Melayu sejak awal 1953 menerusi National Conference dan National Convention supaya pilihan raya umum diadakan segera ke arah berkerajaan sendiri yang turut disokong oleh PAS, British telah bersetuju supaya satu pilihan raya umum diadakan dalam tahun 1955. Seperti mana di Indonesia, persoalan penglibatan umat Islam dalam pilihan raya ini juga menjadi isu, terutama hukum penyertaan umat Islam sebagai pemilih di Tanah dan Indonesia. Satu Muktamar Islam Tenggara Asia telah dianjurkan, di mana PAS sendiri telah menghantar tiga wakil iaitu Haji Sulaiman Basri, Haji Zabidi Ali dan Mohamad Hanif, manakala Setiausaha Pilihan Raya PAS, Abdul Hamid Sharif bersama Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Mohd Asri Haji Muda, Haji Ahmad Ali dan Kiyai Yasiin hadir mewakili PAS sebagai pemerhati. 
Muktamar ini, seperti yang dilaporkan oleh Berita APB, No. 94, Thn. Ke-VIII dalam kolum yang bertajuk 'Alim Ulama Malaya Dan Soal Pemilihan Umum di Indonesia’. Berbunyi: “Seluruh alim ulama Malaya dalam satu sidangnya yang diadakan di Selangor dan dikunjungi oleh para alim ulama Malaya dari berbagai tempat telah memutuskan, bahawa penyertaan umat Islam Indonesia di dalam pilihan raya umum yang akan diadakan di Indonesia nanti adalah fardhu ain hukumnya, dan adalah haram jika umat Islam Indonesia tidak ikutserta dalam pilihan raya umum nanti.” 
Kesimpulan daripada keputusan-keputusan para ulamak Asia Tenggara dalam dalam soal pilihan raya ini ialah:
I. Penyertaan Parti Islam dalam pilihan raya umum dengan menghantar calon-calon dan berkempen untuk kemenangan mereka bagi menegakkan negara Islam adalah wajib; 
II. Penyertaan umat Islam sebagai pemilih dalam pilihan raya umum adalah fardhu ain; dan
III. Haram bagi umat Islam jika tidak ikut serta (tidak mengundi) dalam pilihan raya umum. 
#MalaysiaSejahtera
#BangkitPertahan 
MOHD FADLI GHANI
Head House of Resources,
Pusat Penyelidikan PAS
24 Rejab 1439 / 11 April 2018 – HARAKAHDAILY 11/4/2018
Sumber HD - 11-4-2018 


Janji Hapus Hutang PTPTN: Betul Ke Bohong?
Posted on Tuesday, April 10 @ 06:24:36 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39047




Antara tawaran manifesto PAS/GS yang amat menarik ialah janji untuk menghapuskan hutang PTPTN. Tawaran ini amat besar manfaatnya kepada pengundi muda khususnya, dan kaum keluarga mereka umumnya. Majoriti lepasan IPTA/IPTS pada hari ini menanggung dua petaka hidup yang dominan. Pertama, keterbatasan peluang pekerjaan mengikut kelulusan masing-masing. Kedua, tanggungan hutang PTPTN sehingga ada sebahagian daripada mereka diisytihar muflis.


Ada dalam kalangan muda-mudi yang menanggung hutang sebanyak RM20 000.00. Dan ada juga yang mencecah RM100 000.00 -  bergantung kepada bidang pengkhususan masing-masing. Dalam usia yang masih muda, mereka telah mula dibelit hutang.

Masalahnya ialah bagaimana mereka mampu melangsaikan hutang ini dalam keadaan peluang pekerjaan yang terhad. Masalah siswazah menganggur telah menjadi lumrah; tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan yang memerintah. Yang tidak mengganggur pula sebenarnya terpaksa bekerja di bidang-bidang yang tidak sekufu dengan kelulusan mereka. Ada yang terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai dan berniaga kecil-kecilan.

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, mampukah mereka hidup selesa apabila berumahtangga? Mampukah mereka memberi sedikit bantuan kepada ibu bapa yang memerlukan? Tentu sekali tidak.  Justeru, siapakah yang mampu mengubah nasib mereka?

PAS mengemukakan solusi yang mampu mengembalikan kesejahteraan ekonomi muda-mudi. Penulis yakin para pengundi muda telah memaklumi tawaran PAS ini. Cuma mungkin ada dalam kalangan mereka yang masih ragu-ragu tentang kemampuan PAS melaksanakannya.

Skeptitisme ini boleh dilupuskan dengan dua faktor kekuatan PAS. Pertama, PAS mengangkat kejujuran  ‘kata itu kota’. PAS tunaikan apabila berjanji atas sifat PAS bergerak atas kapasiti parti bernuansakan agama.

Ambil contoh di Terengganu selepas PAS menang pada PRU10. PAS kata hapus tol di Jambatan Sultan Mahmud, PAS hapuskan. Janji nak kecualikan cukai pintu bagi rumah kediaman, PAS buat. Imbuhan imam dan bilal, PAS tambah. Janji nak beri lot-lot tanah perumahan, PAS tunaikan. Malah geran-geran tanah di kawasan Felda dan Felcra dapat dimiliki oleh peneroka sebaik PAS memerintah.

Yang menguatkan hujah lagi ialah PAS tidak memungkiri janji dalam keadaan malapetaka ekonomi berlaku menghimpit kerajaan PAS Terengganu waktu itu. Royalti petroleum yang merupakan sumber terbesar kerajaan PAS dirampas. Sesuatu yang cukup ampuh kalau PAS mahu jadikan alasan untuk tidak melunaskan janji-janjinya. Tetapi janji tetap janji. Semuanya terpahat indah dalam lipatan sejarah.

Keraguan juga mungkin timbul terhadap kemampuan PAS untuk melaksanakannya. Secara kasar, PAS telah nyatakan caranya. Ketirisan ekonomi yang dilaporkan oleh Audit Negara sehingga mencecah berpuluh-puluh billion ringgit akan ditampal oleh kerajaan yang benar-benar amanah dan efisien. Apabila berpuluh-puluh billion dapat diselamatkan,maka wang itulah nanti sebahagiannya akan digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang PTPTN.

Pendek kata sebelum membuat sesuatu tawaran dalam manifesto bertajuk “Malaysia Sejahtera”, tenaga-tenaga pakar, pemikir dan teknokrat PAS telah membuat penyelidikan yang rinci. Maka sewajarnya para pengundi muda bangun bangkit berjuang bersama-sama PAS agar ibu bapa mereka turut sama memahami hasrat dan citra mereka.


Sumber TKO - 10-4-2018 















































Untuk Difikirkan Bersama...
Posted on Monday, April 09 @ 06:45:14 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39031



Seorang peguam India membela dan memberikan hujah bahawa PAS adalah yang terbaik untuk PRU-14 nanti. Anda bagaimana?

Kredit
Najib Fabregas 

Sumber TKO - 9-4-2018

Keputusan akhir analisis Manifesto PRU14 

KEPUTUSAN mengejut terhasil dalam analisis akhir manifesto parti-parti politik apabila buat pertama kali sejak BN ditubuhkan, kuasa negara dalam manifesto mereka jatuh di belakang Manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 
Hal ini terbukti apabila sebahagian komponen kuasa negara yang sebelum ini terpusat (Centralized) sejak era Almarhum Tun Razak kini telah dikendurkan (Liberalized). Namun Manifesto BN masih mengatasi Manifesto Pakatan Harapan (PH). 
Analisis sebelum ini jelas telah membuktikan bahawa Manifesto PAS mempunyai visi negara yang lebih berkuasa dan kuat berbanding Manifesto PH. 
Empat komponen yang diajukan oleh Fareed Zakaria dalam karya beliau "From Wealth to Power" terbitan Princeton University Press kembali digunapakai bagi menilai kuasa negara dalam ketiga-tiga Manifesto BN, PAS, dan PH. 
Keempat-empat komponen "kuasa negara" dari perspektif "State-centered Realism" yang diajukan Fareed Zakaria ialah autonomi negara (state autonomy), skop tanggungjawab negara (state scope), keupayaan negara mengekstrak sumber (state’s ability to extract wealth), dan kesepaduan negara (state cohesion). 
Kuasa negara yang kuat dicirikan oleh negara yang berautonomi tinggi, memiliki skop tanggungjawab yang luas, berkeinginan (dan mampu) mengekstrak sumber dalam skala besar, dan bersepadu. Negara yang lemah pula dicirikan oleh autonomi yang rendah, memiliki skop tanggungjawab yang sempit, tidak berkeinginan mengekstrak sumber dalam skala besar, dan tidak bersepadu. 
Kesemua empat komponen kuasa negara ini cukup penting dari perspektif geopolitik dan geostrategi dalam jangka masa panjang di mana Fareed Zakaria mengajukan bahawa "Sesebuah negara hanya mampu untuk meluaskan kepentingan politik mereka ke luar negara apabila terdapat peningkatan relatif kuasa negara mereka". 
Analisis ini turut menambah satu lagi dimensi, iaitu "Visi Antarabangsa". Adalah sia-sia sekiranya negara mempunyai kuasa yang kuat namun tidak memiliki visi antarabangsa yang proaktif. Lebih malang sekiranya kuasa yang kuat tersebut digunakan sekadar untuk mengukuhkan status quo order dunia semasa tanpa berikhtiar untuk mempengaruhi atau mengubahnya. 
Secara keseluruhannya, Manifesto BN masih menyaingi Manifesto PAS dalam menguatkan kuasa negara seperti dalam aspek "Skop Negara" dan "Keupayaan negara mengekstrak sumber", namun ia sedikit kendur dari segi "Autonomi Negara" dan "Kesepaduan Negara". Bukti ketara terdapat dalam halaman 201 dan 202 Manifesto BN. Manifesto PH pula gagal untuk menyaingi kesemua empat komponen kuasa negara dalam Manifesto PAS dan BN. 
Dari segi komponen yang pertama iaitu Autonomi Negara, dalam halaman 201 Manifesto BN mengambil keputusan mengurangkan Autonomi Negara dengan pendirian "Zaman kerajaan mengetahui dan menentukan segalanya sudah berakhir". Hal ini diterjemahkan dengan langkah memperkenalkan mekanisme “Petisyen Awam untuk setiap isu mustahak. Mana-mana petisyen atas talian yang menerima lebih 30,000 sokongan akan mendapat maklum balas dari kerajaan” (Hlm 202). 
PAS sebaliknya mengukuhkan Kuasa Eksekutif dengan menawarkan kombinasi Kerajaan Teknokrat iaitu "Pemerintahan yang diterajui oleh kumpulan pakar yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing, sektor Kementerian diambil alih mengikut bidang kepakaran seseorang Menteri, meletakkan kepakaran dan kemahiran sebagai aspek utama". 
Sebaliknya PH menerusi “Janji 12: Mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri” jelas menyasarkan pelemahan Kuasa Eksekutif. Langkah ini diterjemahkan melalui penurunan “Tanggungjawab lain [JPM] akan diturunkan kepada Kementerian-kementerian yang bersesuaian” di samping “Mengurangkan bilangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan cara memindahkan seberapa banyak agensi yang mungkin ke Kementerian yang berkaitan”. 
Dari segi komponen kedua iaitu Kesepaduan Negara pula, Manifesto BN memperkenalkan langkah yang membawa implikasi pengurangan kesepaduan iaitu penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Langkah ini bertujuan "Memperhalusi serta memberi maklum balas mengenai isu-isu kepentingan awam" (Hlm 208). 
Namun demikian, langkah ini diimbangi hakikat bahawa kesepaduan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah BN sedia kukuh. JPM kini menguasai tidak kurang 58 jabatan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Majlis Keselamatan Negara (MKN), ESCOMM, APMM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Khas Strategik (UKS), dan sebagainya. 
Sepertimana PAS yang mengusulkan penubuhan Institusi Hisbah Rakyat (People Ombudsman) sebagai pemantau (Manifesto halaman 5), BN turut memperkenalkan inisiatif Ombudsman: “Mewujudkan Ombudsman untuk menyiasat sebarang aduan awam mengenai ketidakadilan dan kelemahan perkhidmatan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan” (Hlm 205). 
Manifesto PH sebaliknya menjejaskan Kesepaduan Negara dengan Janji 27 untuk memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016. 
Akibatnya kesepaduan antara Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Panglima ATM, dan Ketua Polis Negara bakal terjejas. Seperti mana penegasan Fareed Zakaria tentang pentingnya "Kesepaduan Negara’ (state cohesion), demikianlah peri pentingnya kesepaduan Majlis Keselamatan Negara di mana "Pembuatan keputusan yang terpusat menjamin keupayaan dan kecekapan sesebuah negara" dalam bertindak ketika di masa krisis mahu pun konflik. 
Dari segi komponen ketiga iaitu keupayaan negara mengekstrak sumber (state’s ability to extract wealth), kapasiti negara yang tinggi diutamakan oleh kedua-dua BN dan PAS. Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs) terus dijanjikan BN sebagai wahana penjana sumber negara. Turut menarik perhatian ialah Janji BN meningkatkan kerjasama kerajaan dengan peneraju industri pertahanan tempatan bagi menghasilkan teknologi pertahanan keluaran Malaysia (Hlm 89). 
Demikian juga dinyatakan PAS dalam Prinsip WINS 2051 iaitu Prinsip kelima "Peranan jelas dan cekap antara kuasa politik dan kuasa ekonomi. Kuasa politik sebagai penentu hala tuju negeri, perancang program, dan pemantau. Kuasa ekonomi melaksanakan perancangan yang diputuskan dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan". Perbezaan PAS dengan BN terletak pada satu aspek kritikal: PAS mengajukan rancangan Penggantian Import (Import Substitution): 
“Menukarkan keperluan kepada barangan import dengan barangan domestik khususnya berkaitan dengan projek-projek kerajaan. Sekali gus produk dan perkhidmatan inovasi negara mesti diberi ruang agar dapat memasuki pasaran untuk dikomersialkan, memberi fokus kepada inisiatif “localization” di mana produk dan perkhidmatan tertentu dibantu untuk dibangunkan di dalam negara” (Dokumen Hijau PAS halaman 24-25). 
Sebaliknya, Janji 60 PH meletakkan negara di bawah piawaian (dan kawalan komitmen) asing seperti OECD, Bank Dunia, Open Government Partnership, Open Contracting Partnership, Open Budget Initiative, dan sebagainya (Halaman 153). 
Dari perspektif komponen keempat "skop negara" (state scope), kerajaan yang mengurangkan perbelanjaan awam dinamakan "Minimal State" manakala kerajaan yang meningkatkan perbelanjaan awam seperti negara berkebajikan dinamakan "Maximal state". BN dan PAS kedua-duanya menjanjikan Malaysia sebagai "Maximal State", sebaliknya PH memilih laluan menjadikan Malaysia sebagai ‘Minimal State’. 
Janji 60 PH antaranya jelas memaksa kerajaan meminimumkan perbelanjaan awam dan selari pula dengan prinsip "Small State, Limited Government". Hal ini berkait dengan persepsi negatif terhadap hutang kerajaan dan matlamat yang lebih diutamakan ialah pengurangan defisit dalam belanjawan kerajaan. 
Sebaliknya, Prinsip Kelima WINS 2051 PAS mencerminkan aliran "Maximal State" yang lebih kuat dengan menjanjikan kerajaan lebih bebas untuk merencana pembangunannya tanpa ikatan atau komitmen luar. Prinsip ini juga bebas daripada mazhab ekonomi politik Libertarian mahupun Neoliberal yang cenderung kepada penswastaan, liberalisasi, dan deregulasi. 
Demikian juga BN di mana kerajaan masih berskala "Maximal State" seperti mana yang disenaraikan dalam pelbagai projek pembangunan yang dijanjikan Manifesto BN. Saiz dan dominasi GLCs dan GLICs tidak tergugat. Paling ketara dalam segmen perumahan rakyat, infrastruktur, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta perindustrian berteknologi tinggi. 
Dari sudut visi antarabangsa pula, posisi yang berbeza dapat diperhatikan antara ketiga-tiga BN, PAS, dan PH. BN lebih selesa dengan status quo order antarabangsa dengan pendekatan Konstruktivisme, PAS pula lebih Realis dengan bermatlamat menjadi pemain utama di tiga peringkat sistem antarabangsa yang berbeza, manakala PH pula lebih terikat dengan paradigma "Liberal-Institutionalism". 
Manifesto BN dalam seksyen 5 ‘Keselamatan’, menjelaskan visi antarabangsa BN iaitu: meluaskan diplomasi pertahanan serantau, idea Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), dan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman. BN masih mengekalkan objektif untuk menyebarluaskan idea ‘kesederhanaan’ yang selari dengan pendekatan aliran Konstruktivisme dalam hubungan antarabangsa di mana nilai-nilai sebegini dipromosikan dalam proses ‘Sosialisasi’. 
PH pula terikat dengan paradigma "Liberal-Institutionalism" di mana dalam Janji 60 PH hanya menyasarkan untuk “Memposisikan Malaysia sebagai kuasa pertengahan (middle power)” (Hlm 155). Manifesto PH menyaksikan Malaysia sebagai pemain biasa dalam institusi antarabangsa sedia ada seperti ASEAN, Komanwel, OIC, dan PBB. 
Lebih Realis ialah PAS yang meletakkan “Fasa 3: Malaysia Memimpin 2041-2051” dalam tiga struktur antarabangsa utama seperti mana digariskan dalam Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051). Fasa 3 WINS PAS menyasarkan Malaysia menjadi pemimpin di peringkat serantau, peringkat negara Islam, dan juga dalam kalangan negara sedang membangun khususnya negara Dunia Ketiga. 
Konklusinya, Manifesto PAS menjanjikan Malaysia yang lebih kuat dan berkuasa dengan autonomi yang tinggi, pentadbiran yang bersepadu, berkuasa mengekstrak sumber dalam skala yang besar, serta mempunyai skop yang luas (Maximal State). Ia mengatasi Manifesto BN yang turut menjanjikan negara yang berkuasa mengekstrak sumber dalam skala yang besar, bersepadu, serta memiliki skop yang komprehensif (Maximal State). Namun demikian Manifesto BN lebih kendur dari segi Autonomi Negara. Manifesto PH pula kekurangan dalam kesemua empat komponen berkenaan. Keputusan Analisis Kuasa Negara dalam Manifesto PRU-14:  
PAS (4), BN (3), PH (0). 
Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - HARAKAHDAILY 8/4/2018

Sumber HD - 8-4-2018


BN tak 'gentleman' berdepan BERSATU, kata PAS
Posted on Saturday, April 07 @ 21:20:15 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39000



PAS mengaitkan pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sikap tidak gentleman kerajaan BN.

Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya turut berasa terkilan dengan perkara yang berlaku terhadap BERSATU.

"Sejujurnya, memang kita rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Sebab dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia sepatutnya semua parti diberi peluang.

"Kerajaan tidak sepatutnya memberikan alasan-alasan teknikal untuk berhadapan dengan pembangkang," katanya ketika ditemui media selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, ROS mengarahkan BERSATU yang diasaskan bersama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dibubarkan sementara.

Arahan yang dibuat di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan itu berkuat kuasa pada 5 April lalu.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim menegaskan pihaknya tidak membuat keputusan tersebut berdasarkan "tafsiran peribadi".

"Tafsiran ROS perlu digunapakai bukan tafsiran sendiri. ROS bertindak tanpa (dipengaruhi) mana-mana pihak," katanya.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, BN sepatutnya memberi ruang kepada semua parti pembangkang untuk bertanding dengan mengemukakan pandangan masing-masing.

"Biar rakyat yang menilai. Jadi pada pandangan kita, sikap yang tidak gentleman daripada BN dalam berhadapan dengan BERSATU," katanya.

Dalam perkembangan lain, penyandang timbalan menteri besar Kelantan itu turut memberi pandangan betapa banyak masalah dalaman akan wujud dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) yang berhasrat menggunakan satu logo iaitu logo PKR pada PRU14 nanti.

Katanya, ia susulan perbezaan ideologi dan sikap-sikap parti yang memang sukar untuk menerima satu logo.

"Misalnya macam DAP, takkan mereka nak guna logo PKR dan orang-orang dalam parti BERSATU saya rasa sukar untuk guna logo PKR dalam pilihan raya.

"Mungkin mengelirukan ahli dan mencetuskan perbalahan sesama mereka, kita jangka macam itu. Tapi saya tak nak komen banyak sebab itu masalah dalaman mereka, biar mereka hadapi," jelasnya.

Sumber TKO - 7-4-2018


Lagu PAS Irama Melayu asli
Posted on Friday, April 06 @ 22:27:29 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38984

Video - https://youtu.be/DIpJQ1vs744

Lagu ini diciptakan bertujuan untuk membangkit-bongkar hubungan yang murni dan intim diantara institusi ulama' dan institusi raja/sultan yang seolah-olahnya mahu dipisahkan secara halus oleh 'Grand Design' (penjajah dan trustee dasar penjajah (BN); yang mahu menghilangan jati-diri bangsa Melayu dan punca kekuatan peribumi tanah Melayu daripada pimpinan "Jaluran Kebijaksanaannya" sejak zaman berzaman iaitu-lah jamaah golongan yang beriman atau Hizbul Muslimin atau kini parti Islam SeMalaysia (PAS) yang tiada henti-henti digugat, diuji, ditribulasi saban hari oleh para musuhnya yang mahu melemahakan PAS justeru mahu memusnahkannya peranannya yang sebegitu besar.

Semoga lagu ini dapat memberi kesedaran, kefahaman dan inspirasi kepada seluruh kaum muslimin - khasnya - dan rakyat Malaysia - umumnya - akan betapa kukuhnya asas, integriti dan entiti Partai Islam SeMalaysia (PAS) di dalam negara yang tercinta ini. ALLAHu AKBAR!!!

Published on Apr 1, 2018

Sumber TKO - 6-4-2018




















































Saya tak peluk Najib, Najib yang peluk saya
Posted on Friday, April 06 @ 22:11:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38982



Walaupun lebih setahun lebih berlalu, imej kemesraan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang nampaknya masih bermain-main di minda sesetengah pihak.

Perkara itu akhirnya kembali dikemukakan kembali kepada Hadi dalam satu dialog dengan masyarakat Cina di Kemaman,yang disiarkan Harakahdaily hari ini.

Berdepan soalan kenapa beliau “berpeluk” dengan Najib itu, Hadi menjawab:

“Bukan saya peluk dia tapi dia (Najib) yang peluk saya,” kata pemimpin parti Islam dengan kira-kira sejuta keanggotaan itu.

Dalam soal jawab itu, Hadi menjelaskan kenapa sukar bagi beliau menolak tindakan pemimpin nombor satu BN itu.

“Dia peluk saya dahulu dan takkan kita nak tolak dia peluk. Itu bukan cara kita dan kita mahu tunjuk yang kita (PAS) bukan parti jahat,” katanya.

“Kita mahu orang Umno undi kita (PAS). Orang Umno jangan undi Umno lagi, undi kita (PAS).

“Jika kita nak suruh orang Umno undi kita, kita mesti buat baik jangan berkelahi. (Kita) minta orang Umno supaya undi kita dalam pilihan raya ini,” katanya.

Kedua-dua pemimpin pada 4 Disember 2016 berkongsi pentas dalam perhimpunan besar membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Berpakaian hitam sedondon dengan mafela merah di leher, kedua-dua pemimpin menjulang tangan masing-masing dan saling berpegangan.

Bibit-bibit itu menimbulkan spekulasi kerjasama kedua-dua parti yang berulang kali dinafikan PAS.

Dalam pertemuan dengan masyarakat Cina itu, Hadi juga ditanya sama ada PAS akan menyertai BN, tetapi dinafikan Hadi.

Hadi juga sekali lagi menolak dakwaan menerima RM90 juta daripada Umno seperti dilaporkan laman suka membuat fitnah, Sarawak Report.
Sumber TKO - 6-4-2018





















































Undi PAS supaya RUU355 dapat dibahas lulus

KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini diseru memberikan undian pada PRU nanti kepada PAS untuk memastikan RUU355 berpeluang dibahaskan pada sidang dewan rakyat akan datang ini.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof berkata, jika PAS dibenarkan untuk memerintah Malaysia, usul RUU355 akan dibahaskan sehingga berjaya menjadi undang-undang yang sah di negara ini.
"Kami (PAS) telah melakukan yang terbaik di mana Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai pembawa usul ini telah membacakannya pada 6 April tahun lalu.
"Usul ini diteruskan sehingga ke hari ini (semalam) dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PAS, Dato' Takiyuddin Hassan yang meminta penjelasan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa mungkinkah usul ini akan dibawa pada penggal sidang parlimen selepas PRU ke-14.
"Ujar Speaker Dewan ia terserah kepada kerajaan baru yang akan memerintah kerajaan selepas daripada PRU ke 14 ini," katanya kepada Harakah selepas tamat sidang media Ahli Parlimen PAS di Parlimen semalam.
Katanya, usul RUU 355 tidak lagi di bawah bidang kuasa Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan sewajarnya usul tersebut diberi peluang kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk berbahas. -HARAKAHDAILY 6/4/2018
Sumber HD -m6-4-2018 

RUU355; PAS menang atau kalah?

PADA tahun 1968, berlangsung satu Debat Kebudayaan antara Lim Kit Siang bersama dua wakil DAP dengan Syed Najib al-Attas mewakili Gerakan. Debat tersebut berkisar tentang tajuk Malaysian Malaysia yang dibawa DAP. 
Atas kapasiti sebagai pensyarah, Syed Najib lebih petah dan menguasai suasana debat tersebut dengan hujahan bernas dan kukuh. Sebaliknya DAP kelihatan gugup dan gagal menjawab persoalan yang dilemparkan lawan. 
Berdasarkan hujah, debat tersebut dimenangi oleh Gerakan. Tetapi DAP berjaya menang beberapa siri pilihan raya selepas itu. Ramai pemerhati politik mengatakan, DAP kalah debat tetapi memenangi hati rakyat. 
Itulah politik Malaysia. Menang dalam persaingan antara parti politik di luar pilihan raya, tidak semestinya menjadi kayu ukur menang dalam pilihan raya. Bahkan kekalahan itu mungkin menjadi penyebab sokongan bertambah ke atas mereka. 
Tipikal rakyat Malaysia kurang menilai berasaskan hujah. Mereka lebih kuat dipengaruhi sentimen emosi. Secara lebih tepat, simpati orang Malaysia sangat tinggi. Sebab itu jangan bantai mana-mana pihak terlalu kuat, bimbang overkill lalu mengundang simpati pula kepada mereka. 
Berkenaan RUU355, ramai mengatakan PAS telah kalah dalam usaha mereka membawa isu tersebut. Bermula daripada usul persendirian yang beberapa kali tidak diberikan laluan oleh Parlimen, hingga tiba saatnya dibenarkan, tiba-tiba ditangguh pula kerana terdapat saman di mahkamah. Selepas itu, Umno memberi komitmen akan membawa sendiri RUU355, tetapi dibatalkan selepas konsensus gagal dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN. Perkembangan seterusnya, usul tersebut dipinda pula selepas ramai mengkritik. 
Sehingga kini, RUU355 berjaya dibentangkan kali pertama dengan pindaan baru namun masih belum berpeluang untuk dibahaskan dan diundi. Speaker berpendapat ia tertakluk kuasa pihak kerajaan, dan YB Marang selaku pembawa usul telah menjalankan tugas mengikut bidang kuasa dengan sepenuhnya. 
Ramailah mengatakan PAS telah ditipu oleh kerajaan. RUU355 hanya gimik politik untuk menunjukkan mereka juga pedulikan perihal agama. Namun hakikatnya, mereka tetap takut untuk berhadapan ugutan sekutu politik daripada kalangan bukan Islam. 
Tetapi tiada siapa dapat menafikan kejujuran dan usaha PAS yang tidak putus-putus dalam memperjuangkan RUU355. Malah PAS tidak bersendirian. Banyak agensi dan autoriti kerajaan seperti JAKIM, para Mufti dan tokoh kerajaan, juga NGO-NGO Islam yang terlalu banyak untuk disebutkan bersama aspirasi PAS ini. 
Mungkin benar PAS telah kalah dalam usaha memastikan Akta 355 dipinda buat masa ini, tetapi belum tentu PAS akan kehilangan sokongan massa. Sehingga sekarang, sokongan terhadap PAS semakin meningkat dan naik mendadak sejak mula memperjuangkan isu ini. Banyak NGO dan autoritian negara mula mendekati PAS. Malah mereka kagum dengan ketegasan PAS yang sanggup memutuskan hubungan dengan DAP dan menyaksikan Pakatan Rakyat berkubur hanya kerana ini. 
Pihak yang sering mengatakan PAS telah ditipu ataupun mempergunakan agama untuk politik, mungkin gembira dengan perkembangan RUU355 hari ini. Tetapi itu tidak bermakna rakyat akan menyokong mereka. Mereka perlu belajar daripada politik Lim Kit Siang 1968 dahulu. Mereka juga perlu mengimbau kembali nasib Syed Najib al-Attas. 
Walau bagaimanapun, matlamat PAS dalam membawa isu ini tidak lain hanyalah menjalankan tanggungjawab agama sahaja. RUU355 adalah laluan bagi PAS melaksanakan sebahagian dari Undang-undang Islam yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terutama melibatkan masalah jenayah. Ia juga salah satu bentuk dakwah bil hal agar masyarakat melihat keindahan Undang-undang Islam dalam menangani jenayah. Redha Allah menjadi cita-cita tertinggi. Soal sokongan rakyat berada di tempat kedua. 
Pada awal PAS bertekad membawa isu ini, ia ditentang ramai pihak terutama rakan dalam Pakatan. Walaupun mereka sebelum ini bersetuju PAS boleh memperjuangkan agenda mereka sendirian, tetapi ia berubah setelah merasakan lebih berkuasa dari PAS. PAS hilang sokongan rakan politik 
Namun Allah segera ganti dengan sokongan dari pihak lain pula. Selain pihak kerajaan, pihak-pihak lain turut menyatakan solidariti. Malah yang sebelum ini musuh kembali menjadi kawan. Lebih menggembirakan, sokongan yang diterima lebih besar dari sebelum ini, sehingga berjaya menambat hati golongan yang tidak berpolitik dan atas pagar. Malah golongan bukan Muslim turut ada yang bersimpati.
Semua sokongan yang diterima ini menepati sabda Rasulullah S.A.W:
مَنِ الْتَمَسَ رِضَى اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ، رَضِيَ الله عَنْهُ، وَأَرْضَى النَّاسَ عَنْهُ ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ، سَخَطَ اللَّهُ عَلَيْهِ، وَأَسْخَطَ عليه الناس
"Barangsiapa mencari redha Allah dengan menanggung kemurkaan manusia, maka Allah meredhainya dan manusia akhirnya akan redha kepadanya. Barangsiapa pula yang mencari keredhaan manusia dengan menanggung kemurkaan Allah, maka Allah memurkainya, dan manusia kelak akan memurkainya jua."
[HR Ibn Hibban]
20 Rejab 1439
6 April 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 6/4/2018
Sumber HD - 6-4-2018 


Tsunami Melayu pasti berlaku
Posted on Thursday, April 05 @ 01:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38959



Berlaku atau tidak “Tsunami Melayu” dalam Pilihan Raya Umum ke 14 ini terus diperdebatkan banyak pihak.

Adakah para pengundi Melayu yang paling teruk terkesan akibat kenaikan kos hidup, akan bangkit menyatakan protes mereka melalui peti undi, mengulangi mungkin pada skala yang lebih besar protes pada tahun 1999 dahulu yang telah menyaksikan PAS kekal di Kelantan dan menawan Terengganu serta menguasai bangku pembangkang di Dewan Rakyat dengan 27 kerusi mengatasi DAP dan PKR.


Bagi Umno, apa yang dikatakan tsunami itu hanyalah rekaan, tetapi bagi kebanyakkan penganalisa, ianya sesuatu yang "real" yang boleh mengakibatkan Umno kehilangan sehingga 30 peratus sokongan terhadapnya khasnya dari kalangan para pengundi Melayu.

Dimana-mana sahaja termasuklah di lubuk Umno, pada hari ini isu rasuah, GST, kenaikan harga barang dan perkhidmatan terus menjadi bualan hangat dan panas. Ianya lebih panas dari 1999 dahulu, kerana ketika itu isunya sekadar kronisma, korupsi dan nepotisma regim Mahathir serta kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa siri kezaliman Perdana Menteri waktu itu.

Hari ini isunya periuk nasi masing-masing yang teruk terjejas kerana kepincangan dan ketempangan pentadbiran Umno dan BN, dan kesannya mengena secara langsung atas setiap individu rakyat, satu kesan mendalam yang sukar dimaafkan.

Dalam pada itu proses persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya telah pun diluluskan Parlimen. Sempadan baru ini khususnya di Pantai Barat melihatkan sempadan sesuatu kawasan Parlimen atau DUN itu banyak samada secara kebetulan atau dirancang dipengaruhi oleh satu-satu kaum.

Kalau di Selangor rata-rata kerusi negerinya kini samada adalah kawasan majoriti Melayu ataupun bukan Melayu. Kerusi-kerusi campuran yang dahulunya banyak diwujudkan sewaktu Tun Dr Mahathir Perdana Menteri kini samada dikurang atau ditiadakan.

Mereka yang merupakan arkitek terhadap sempadan baru ini mungkin mahu memberi "advantage" kepada sesuatu pihak, dilebihkan kerusi Melayu supaya lebihlah kuasa politik Umno dengan dikurangkan kerusi-kerusi campuran yang merupakan ancaman buat survival Umno.

Mereka lupa orang-orang Melayu ini sejak Merdeka terbelah dua kecenderungannya iaitu samada mereka Umno ataupun PAS. Kalau dilebihkan kerusi Melayu dengan dileburkan kerusi campuran, bermakna ianya bukan sekadar membuka peluang pada Umno, hakikatnya PAS juga boleh mencuri peluang dan kesempatan.

Dan berbalik kepada isu "Tsunami Melayu" tadi, masakan para pengundi Melayu samada di bandar mahupun luarbandar yang terluka dan parah akibat bahana kenaikan kos hidup tadi mahu terus memperjudikan pula undi mereka dengan mengulangi memangkah Umno sedangkan BN dan Umnolah punca permasalahan mereka.

Mungkin tidak sepenuhnya, tetapi unjuran kemerosotan 30 peratus undi penyokong Umno itu, jika berlaku, sudah barang pasti ianya akan beralih ke PAS sebagaimana pada tahun 1999 dahulu.

Kenapa tidak Pakatan Harapan, kenapa mesti PAS?

PH yang diketuai Tun Dr Mahathir dijangka sukar menimba dan mengambil manfaat tsunami ini kerana beliau itu sesungguhnya penyumbang besar ke atas permasalahan yang ada. Anwar dan Lim Kit Siang atau Mat Sabu demi mahu menangguk kemenangan sanggup dan tergamak melupakan pelbagai "jenayah" dan skandal Tun semasa beliau PM dahulu, tetapi orang Melayu kebanyakannya termasuklah sebahagian bukan Melayu dikatakan sukar melupakannya.

Anak beranak dan kaum kerabatnya kaya raya lantaran kedudukannya, isu ini pernah didedahkan berulang kali bukan oleh orang lain tetapi Anwar, Kit Siang dan Mat Sabu juga satu ketika dahulu. Itu tidak termasuk kezalimannya mengekang kebebasan bersuara dan berhimpun, menyalahgunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, memecat Ketua Hakim Negara dan mengancam institusi kehakiman dan senarai 22 tahun itu terlalu panjang jika mahu diperincikan.

PH juga didominasi DAP, parti kaum bukan Melayu, yang kini lantaran sokongan besar masyarakat bukan Melayu terhadap mereka merasakan mereka boleh melonjak lebih tinggi lagi dengan menguasai sokongan orang-orang Melayu pula dengan cara memijak kepala parti-parti Melayu dalam PH. DAP bercita-cita menguasai Putrajaya dengan memperkenalkan ideologi sosialis sekular mereka dan menjadi ancaman pada status quo yang ada khususnya yang melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.

Lantaran itu jika benar dikatakan bakal tercetus tsunami itu, maka persempadanan baru yang diluluskan ini bakal melakarkan lanskap baru buat negara dan negeri-negeri.

PH yang dianggotai parti-parti yang lebih besar ancamannya pada survival umat Melayu dan Islam dijangka diketepikan begitu sahaja dalam PRU ini khususnya oleh pengundi Melayu. Takkanlah orang Melayu mahu mengundi BN yang merupakan punca masalah mereka, dan takkanlah mereka mahu cenderung pula pada PH yang dikuasai DAP yang punya Tun Dr Mahahtir sebagai peneraju.


Tsunami Melayu tidak syak lagi bakal bangkit bergelombang membawa orang Melayu khasnya sekali lagi menolak semua pihak yang bermasalah. Mereka akan tegak dan bertaut serta meletakkan keyakinan mereka pada satu-satunya parti yang terbukti istiqamah dan tidak pernah mengabaikan kepentingan serta nasib mereka iaitu PAS. Parti Islam yang bersih, yang amanah dan penuh berintegriti inilah bakal menjadi pilihan para pengundi Melayu dan rakyat Malaysia pada PRU ke 14 ini. roslansms@gmail.com

Sumber TKO - 5-4-2018


Jauhilah Daripada Fitnah Sekalipun Hanya Untuk Ambil Tahu
Posted on Wednesday, April 04 @ 22:41:56 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38952



Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Sewaktu alam pengajian dahulu, ada seorang sahabat saya apabila dia berkuliyah, suaranya sebijik seperti TGNA. Suaranya dan intonasi ketika berceramah memang saya anggap itu suaraTGNA, sehinggalah saya melihat sendiri kelibat orang yang berceramah. Saya kagum kerana suaranya ketika berbual tidak seperti itu.


2) Dan seorang lagi watak yang suaranya seakan suara TGNA adalah Ustaz Dusuki yang kerap kedengaran di radio sewaktu TGNA masih ada. Saya sebelumnya tak pernah dengan suara Ustaz Dusuki sering terbayang itu suara TGNA. Dengan suara memang hampir sekali menyamai, walaupun sedikit kurang pada intonasi berbanding sahabat saya tersebut. Cuma saya nafikan itu TGNA kerana tak mungkin radio Malaysia siarkan suara TGNA. Selepas itu barulah saya tahu itu suara Ustaz Dusuki. Automatik selepas itu saya tidak lagi mengangap suara itu suara TGNA.

3) Dalam dunia ini pastinya ada suara yang hampir sama dengan suara kita, samada secara semulajadi, atau dengan cara berlatih meniru. Meniru tidak mudah, dan tidak semua orang mampu. Namun tidak dapat dinafikan, ada orang boleh meniru suara dan intonasi kita. Boleh tengok di Youtube orang meniru suara Najib, Fadzilah Kamsah, Hishamuddin dll. Jika tak 100% pun 90% hampir.

4) Cumanya itu hanya bacaan telinga kita, yang tidak dapat menganalisa suara itu betul-betul untuk membezakannya. Sebenarnya suara manusia adalah berbeza semuanya, sebagaimana berbezanya cap jari. Pada tubuh badan kita, selain cap jari, ada beberapa bahagian tubuh kita yang boleh dijadikan 'finger-print' pengenalan diri. Contohnya muka, mata, corak telinga dan suara. Ia boleh dianalisa dengan bantuan peralatan canggih.

5) Jadi dalam viral suara Ustaz Nik Abduh, saya tidak anggap ia adalah sahih suara beliau, walaupun pada saya ia 90% mirip. Tak hairan jika ada orang lain meniru suara beliau berserta intonasi. Tambahan beliau sendiri menafikan rakaman itu adalah suara beliau. Malah beliau turut menjadikan video fitnah terhadap DS Anwar sebagai contoh bagaimana fitnah itu direka seakan-akan ia benar.

6) Team PH (terutama AMANAH) tentunya mahu menjadikan modal besar untuk menyerang PAS dan berusaha menghilangkan sokongan orang PAS terhadap PAS. Mereka sepertinya yakin 200% itu suara Ustaz Nik Abduh, bahkan berulangkali menyebutnya di dalam ceramah Jelajah Pakatan Harapan. Sebagai menguatkan pertuduhan mereka, rakaman itu dikatakan sedang dianalisa oleh pakar luar negara untuk membuktikan itu suara Ustaz Nik Abduh.

7) Jika tidak benar, isu ini akan terdiam, tetapi echo nya akan terus bergema sampai 7 generasi. Akan tetapi jika benar itu suara beliau, maka step seterusnya adalah isu PAS terima duit UMNO. Apakah benar seperti yang dikatakan dalam audio? Jika tidak benar, maka ia adalah omongan merapu dalam rakaman.

8 ) Jika benar PAS terima duit UMNO, apa masalahnya kepada PH? Ya, PH akan gunakannya untuk menghilangkan sokongan ahli PAS terhadap PAS. Malah jika ramakn suara itu tidak benar pun PH akan guna apa cara sekalipun untuk menghilangkan sokongan terhadap PAS. PH mahu PRU14 ini adalah pertembungan PH dan BN.

9) Apa ertinya PAS terima duit UMNO terhadap ahli dan penyokong PAS? Bahkan ada isu lain lagi dalam rakaman itu, yakni isu kerja team dalam PAS menggunakan duit UMNO untuk menghalau 'Jebon' keluar dari PAS . Bagi sebahagian ahli PAS, ia adalah percaturan yang terpaksa dibuat untuk menyelamatkan PAS daripada pengaruh 'Jebon'. Ada juga yang kata, kami dah tau lama dah jalan cherita yang dikatakan rakaman audio tu...

10) Dan ada sebahagian yang lain mahu perkara ini disiasat kerana tindakan team underground PAS tersebut merosakkan PAS. Malah ada pula yang berkata selepas Jebon keluar, lepas ini team anti-Jebon juga akan terkeluar - atas alasan sunnah Jamaah yang dipelihara tidak akan menyimpan orang-orang yang bermasalah. Samada mereka dikeluarkan atau mereka sendiri pakat-pakat keluar.

11) Apapun bagi yang faham larangan melibatkan diri dengan fitnah, tidak akan mengambil tahu isu rakaman tersebut. Kerana sesiapa yang melibatkan diri dengan fitnah, akan terfitnah - hatta dengan hanya menjenguk-jenguk sahaja untuk ambil tahu - akan turut terkena fitnah. Sebagaimana saya sendiri, sudah pun terjebak dengan fitnah. Bwahahahaha...

Sekian

p/s: Fitnah itu BUKAN HANYA kes tuduh tanpa bukti atau #FakeNews atau seumpamanya. Kacau-bilau, porak-peranda, musibah dll juga adalah termasuk dalam maksud 'fitnah'. Fitnah Dajjal bukan bermaksud Dajjal tu akan datang tuduh kau macam-macam. Bwahahaha...

Sumber TKO - 4-4-2018


Ramai ke lagi musuh dalam selimut dalam PAS
Posted on Wednesday, April 04 @ 04:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38947




Ustaz Wan Shuki Wan Ismail ketika berkhutbah di masjid At Takwa Batu Enam baru baru ini ada berkata yang berbunyi: “ musuh dalam selimut”.

Sebut sahaja musuh dalam selimut teringat penulis akan kata kata itu yang keluar dari mulut Datuk Dr. Harun Din.

Beliau berkata, awas, musuh dalam selimut  ketika membentang kertas kerja dalam ijtimak ulama Pas Pusat di Taman Malewar lama dahulu.


Waktu itu memang ramai musuh dalam selimut dalam Pas. Sebab itu Datuk Dr. Harun Din yang bimbang, ingatkan agar berhati hati dengan para pemimpin yang jadi musuh dalam selimut.

 Sehubungan itu penulis pernah tulis surat kepada Presiden Pas ustaz Haji Fadzil Mohd Noor agar berhati hati dengan salah seseorang yang hendak di lantik sebagai setiausaha Agung Pas.

Nasib baik tak jadi lantik.Dek tidak berhati hati sangat percaya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kamaruddin Jaafar dilantik juga sebagai setiausaha agung yang jadi barah dalam Pas.

Berkaitan dengan isu tersebut penulis ada tulis surat 7 muka surat kepada musysidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar awas dengan para pemimpin muda yang bukan lulusan pengajian Islam, dianggap berwibawa.

Penulis sebut beberapa nama yang penulis pernah mesyuarat bersama dalam Lujnah penerangan pas pusat ketika Dr Daim Mariuk jadi ketua penerangan.

Bukan semasa Pak Daim jadi ketua penerangan sahaja, malah waktu Haji Subky Latif, Datuk Halim Abdul Rahman dan Ustaz Azizan Razak.

Penulis mengenali mereka, termasuk Mat Sabu,macam penulis mengenai ustaz Ustaz Datuk Harun Taib, ustaz Datuk Abu Bakar Chik Cikgu Datuk Mustafa Ali dan sering bersama sama dalam banyak siri pilihanraya kecil seluruh pelusuk tanah air, termasuk pilihanraya kecil di Sarawak.

Malang sekali mereka ini didewa dewakan sehingga berjaya menjawat jawatan paling tinggi dalam parti, termasuk Mat Sabu menang timbalan presiden melalui perancangan licik puak musuh dalam selimut.

 Akhir sekali penulis dapat mengenali seramai 26 orang ahli jawatan pas termasuk yang dilantik sah jadi musuh dalam selimut.

Sahih, sebab itu mereka yang kalah dalam muktamar agung tahunan tidak lama dahulu lari tubuh parti baru yang disebut sebut parti Islam sebenar oleh ustaz Ahmad Awang.

Yang tak lari Husam Musa dan telah di pecat. Datuk  Mahfuz Omar liat nak keluar, akhir keluar juga  baru baru ini, manakala ADUN Batu Burok Dr Syed Azman syed Ahmad bersama sama dengan PAN belum keluar parti.Mungkin nak tunggu PRU 14 ini kot.

Persoalan yang timbul sekarang ramai lagi ke musuh dalam selimut dalam pas kini.Mungkin ada tapi tak ramai macam sebelum ini.Ada tetap ada, kerana zaman Rasulullah SAW pun tetap ada yang munafik.

Inilah cabaran untuk mendaulat undang undang Islam.Sebab, ada suara suara yang datang dari dalam parti pas yang berbunyi, umno tak akan tumbang jika pas tidak bersama pakatan harapan pada PRU 14 ini.

Bermakna mereka mahu pas sertai pakatan harapan untuk bersama sama menumbangkan umno/BN pada PRU 14 nanti.

Atas sebab inilah ustaz Wan Shuki Wan Ismail sebut dalam khutbahnya berhati hatilah dengan musuh dalam selimut, miskipun sudah ramai yang lari tubuh parti Islam baru, konon.

Ingat, bahawa musuh musuh Allah, musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam telah membina masjid Dira  dahulu.


Sumber TKO - 4-4-2018 


Kelantan ketinggalan......
Posted on Monday, April 02 @ 02:39:36 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38898




Benarlah Kelantan itu mundur, tertinggal jauh dari negeri² lain, patutlah  negeri pak lebai ini di sindir sentiasa. Menjadi fokus mata kiri ramai manusia irihati dan parti politik. Negeri miskin ini juga menjadi buah cerita setiap hari, seolah tidak wujud negeri lain di Semenanjung tanah bertuah ini. Bukankah Kelantan signafikan dengan Kemunduran dan kemiskinan?



Benar amatlah Kelantan tiada pusat² perjudian seperti pinggir Pahang punya Casino Genting paling gah di negara asean. Tanah sebesar Singapura itu di bangunkan dengan industri perjudian...bangga rakyat Pahang.

Benar amatlah Kelantan terpinggir dengan pembangunan kedai² 4 ekor, magnum dan sport toto...kasihan Kelantan tanpa industri judinya, di banding negeri² lain hatta Perlis sekecil itu yg mempunyai mufti hebat sekalipun, kiosk² judi boleh di dapati bersepah di bandar mahupun pinggir bandar.

Benar amatlah Kelantan jauh ketinggalan dari negeri² lain, kedai², mini market, 7/11 seumpamanya tidak menyediakan minuman beralkohol...kolot sungguh!
Ke bar hotel juga gagal mendapatkan air kencing Setan ini di bandingkan negeri² lain bersepah di jual mudah.
Ayuh ke Ipoh,  Georgetown, Seluruh pekan di Petaling Jaya dan lain², minum arak adalah bebas mengalahkan negara Eropah. Berbanggalah rakyat selain negeri Kelantan - anda di negeri mewah air kencing setan, lambang majunya masyarakat!

Kelantan, jangankan kedai menjual arak, Kilang pun tidak ada utk memproses air kencing setan. Selangor jauh hebat sejak sekian lama umnoBn telah mengasaskan industri ini...Maju lah namanya. Berkat sungguh cukai arak ini buat negara Islam ini. Sadisnya sebuah hipokrasi!

Benar-benar tertinggal Kelantan yang tidak ketemuan kedai² buka pintu belakang, industri hitam. Rumah urut yang ada tidak menyediakan perempuan bertangan mulus, siap perkhidmatan seluruh tubuh! Yang ketemui ialah tangan sasa lelaki² mengambil upah mengurut di kampung²...benar² Kelantan bukan tempat jantan brengset di urut mulus tangan betina sundal. Memang Kelantan kalah dari negeri² lain...

Tak faham aku, negeri miskin ini paling sibuk lapangan terbangnya, lebih 40 penerbangan mendarat setiap hari...agaknya di negeri Johor yang berasal umno mahunya 400 penerbangan...

Hairan aku, miskinnya Kelantan, pasaraya Maidin paling besar di bina, selain Tesco dan mall² yang lain. Gedong² perniagaan ini sibuk sentiasa...barangkali Ipoh sudah cukup berbagai bangunan pencakar awan setanding Kuala Lumpur....

Bising semenanjung cemburukan Kelantan...dari Pak Menteri hingga ke Ketua Cawangan Meno, dari pan dan ph mencari sedikit ruang utk survival politik di negeri miskin ini.... Hairan.

Dan yang paling aku hairankan ialah....Kelantan negeri yg miskin inilah yg direbutkan org baik dr UMNOBN mahupun pan!

LwAgy
31/03/2018

#Allahummasolli_ala_SaiyyidinaMuhammad
#MAMPUCentre
#BPMSlillahitaala
#SEJAHTERAbersamaISLAM

Klik link di bawah untuk mengikuti siaran kami melalui Telegram atau Facebook Page
Telegram: https://t.me/MAMPUCentre

Sumber TKO - 2-4-2018



























































Romario, Bebeto dan kisah anak penoreh getah

SAYA percaya masih ramai lagi yang teringat akan aksi-aksi Piala Dunia 94 di Amerika Syarikat. Ketika itu Brazil menjadi juara dengan menewaskan Itali melalui penentuan sepakan penalti. 
Di dalam skuad Brazil itu, paling menonjol ialah penyerang kembar mereka, Romario dan Bebeto yang dilihat sangat serasi bergandingan, mencetak gol bagi Brazil. Masih melekat dalam ingatan ialah aksi mendodoikan anak, meraikan gol oleh Bebeto yang berkebetulan baru menimang cahaya mata setelah menerima umpanan cantik dari Romario, serta jaringan ‘first timer’ sambil berlari Romario yang begitu tepat ketika menewaskan Belanda. Begitulah mereka berdua, saling membuka ruang dan menjaringkan gol bagi Brazil. 
Tetapi mungkin tidak ramai yang tahu, di sebalik kerjasama itu, mereka berdua adalah bermusuhan. Masing-masing tidak mahu mengalah bagi menunjukkan mereka adalah bintang utama Brazil. Perkelahian itu juga memeningkan kepala Carlos Alberto sebagai jurulatih. 
Pernah dilaporkan, mereka berdua berebut tempat untuk duduk di tepi tingkap di dalam kapal terbang. Entahlah, macam budak-budak pula rasanya. Tetapi bila tiba masanya turun padang, mereka berpelukan merayakan gol, saling melorongkan bola bagi kemenangan Brazil. 
Sangat profesional, mengenepikan ego peribadi bagi kejayaan negara mereka. Dan kepada musuh yang percaya mereka juga akan berbalah di atas padang, mereka silap besar. 
Kita beralih kepada kisah anak penoreh getah pula. Seorang lelaki, Mamat baru sahaja berkahwin dengan wanita pilihannya, Minah. Kedua orang tua Minah, berkerja sebagai penoreh getah. Perkahwinan yang pada awalnya berjalan dengan sangat baik dan penuh kasih sayang. 
Namun takdir menentukan, tidak berapa lama, mereka berkelahi. Berkelahi besar mereka. Sehinggakan ibu bapa si isteri masuk campur dan menghalau menantunya. Keadaan itu berlanjutan sehingga lebih dua bulan. 
Ali yang juga meminati Minah sebelum ini, sangat gembira mendengar berita itu. Dia pun mula memasang strategi memikat Minah. Sehinggalah suatu hari, Minah muntah-muntah bagai terkena sihir lagaknya. Terus terlintas di dalam fikiran mereka mungkinkah Mamat si menantu telah menggunakan bomoh untuk menyihir anaknya. 
Celaka si menantu, bermain kasar. Segeralah mereka ke bomoh untuk melihat apakah jin atau santau yang telah dihantar oleh menantu mereka. Selepas beberapa bomoh dijengah, tiada apa yang dapat bomoh katakan kecuali menasihatkan agar mencuba pergi berjumpa doktor pula. 
Ali juga tidak ketinggalan menyumpah-nyumpah Mamat, tumpang membenci, sambil mengintai peluangnya dengan Minah. Bergegas mereka ke klinik dan akhirnya, Minah disahkan mengandung dua bulan. Begitu marah mereka kepada Minah kerana telah mengaibkan maruah mereka. 
Lalu disuruh mengaku dengan siapa anaknya bermukah. Dijawab jujur oleh si Minah, apabila mak dan ayah turun menoreh, tiap-tiap hari Abang Mamat datang panjat masuk bilik dan pujuk Minah, akui Minah. Maka terloponglah kedua mulut orang tua Minah mendengarnya. 
Akhirnya, mereka memutuskan untuk memanggil menantu mereka Mamat kembali ke rumah. Hiduplah mereka bahagia, aman damai bersama anak cucu mereka. Manakala Ali juga turut melopong kerana terlupa yang Minah dan Mamat belum bercerai, cuma tidak tinggal bersama sahaja. 
Dua kisah ini sangat berkaitan, walaupun jauh jaraknya, Brazil dan Malaysia. Asasnya mereka perlu ‘bersatu’ dalam sesuatu pasukan itu bagi menghadirkan kejayaan atau kebahagiaan. Jika berkelahi maka ada pihak akan mengambil kesempatan.   
Nah, sekarang cuba pejamkan mata anda dan renungkan, jika Bersatu, bersatu kembali dengan memeluk Umno, maka Umno-BN akan kembali memerintah. Dan sudah tentu ada pihak yang kononnya menjadi rakan tahaluf Bersatu akan berak kapur sebagaimana Ali yang gilakan isteri orang tetapi tak sedar yang mereka masih belum bercerai. 
Jadi berhati-hatilah wahai rakyat Malaysia yang cerdik, kerana walaupun kelihatan seperti berkelahi, tetapi jika mereka berdua ‘rujuk’ semula, teruklah rakyat kena nanti. Dan PAS kekal menjadi lawan tulen Umno serta tidak akan terpedaya dengan ‘perkelahian’ mereka itu. Manakala watak Ali sudah kita nampak dan tahu siapa mereka. 
MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
31 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 1/4/2018






















































































































Sumber HD - 1-4-2018
























































































































Tanpa PAS Pakatan Harapan Tak Boleh Menang

KUALA TERENGGANU – Veteran PAS, Dato’ Mustafa Ali berpendapat pakatan pembangkang tidak mungkin dapat mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tanpa penyertaan PAS.

Ini kerana, katanya bagi mengalahkan BN pakatan pembangkang mesti memenangi banyak kerusi-kerusi Melayu di Semenanjung.

Menurutnya, buat masa ini tidak berbangkit lagi PAS akan bersama dengan pembangkang dalam Pakatan Harapan.

“Kerusi-kerusi kawasan bukan Melayu yang lazimnya dimenangi Cina, India…ini DAP sudah menang banyak sekarang terutama di Semenanjung.

“PAS dengan strateginya Gagasan Sejahtera dan ini tidak mungkin akan berubah. Tiga blok ini PAS-Gagasan Sejahtera, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan bertarunglah.

“Akan berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih lagi jika ada parti Bebas,” ujarnya dalam satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, pada Selasa 27 Mac.

Justeru, pada pengamatan Dato’ Mustafa katanya, PRU14 ini paling sukar bagi menentukan keputusannya pilihan raya tersebut.

Menurutnya, berdasarkan kajian itu keputusan PRU14 bercampur-campur di antara negeri ada yang dimenangi Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS.

“Saya yakin PAS dapat mengekalkan pemerintahannya di Kelantan, walaupun bertandingan tiga penjuru. Ini kerana, Pakatan Harapan (PH) tidak mungkin boleh menang kerana perlawanan sebenarnya antara PAS dengan Umno-BN.

“(parti) Yang lain itu jadi ‘kacau daun’ sahaja dan yakin PAS masih dapat mengekalkan kuasanya nanti di Kelantan.

“Di Terengganu pun perlawanan sebenarnya antara PAS dengan BN dan bukan dengan PH. Berdasarkan pilihan raya lepas dan perkembangan sekarang ini kedudukan politik di negeri ini 50-50 antara PAS-BN,” jelasnya.

Sumber BO - 28-3-2018

PAS akan terus melangkah menuju keredhaan Illahi...
Posted on Wednesday, March 28 @ 09:51:49 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38838




Assalamualaikum,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan,

Pada ketika macai tokong semakin ghairah menyerang PAS dengan peluru kosong mereka, PAS dikesan sedang berrgerak maju dalam menyiapkan diri untuk menghadapi PRU 14.Tiada keraguan tentang itu.Bebarapa berita menjelang PRU nampaknya menunjukkan kelainan dari berita berita sebelum PRU 13 dan sebelumnya dulu.Kalau dulu pada ketika menjelang PRU, berlambak berita ahli PAS keluar parti dan menyertai Umno, kali ini yang mendahuli berita itu ialah ahli PH samaada dari PAN, Bersatu atau PKR keluar parti dan menyertai PAS.Dan Najib pula sedang menjaja wasatiahnya yang mininggalkan hukum ALLAH untuk meraih sokongan dari umat Islam.Kesemuanya ini tidak sesekali menjejaskan persiapan PAS berdepan dengan PRU 14, PAS terus bergerak maju untuk menyediakan diri kepada keredhaan Illahi. 

PAS sebagai jemaah Islam tidak sesekali akan tunduk kepada pejuangan liberal yang mahu mengubah pendirian PAS dan tak akan sesekali berkompromi dengan sesiapa saja yang menolak hukum ALLAH,samaada Umno atau mana mana parti dalam PH yang mirip kepada liberal.Tidak sama sekali.

Rakaman audio Nik Abduh dan anak derhaka yang baru diviralkan oleh macai tokong tak akan menjejaskan perjalanan menuju keredhaan Illahi sama seperti ketika Umno menyebarkan video sex Anwar Ibrahim dan berita skandal sex Azmin Ali dulu.

Cerita PAS berpecah kepada 2 kumpulan juga tidak akan menjejaskan soladiriti PAS .PAS sudah mengumumkan akan bertanding tidak kurang dari 130 kerusi dan PAS akan tetap dengan keputusan itu walaupun macai tokong yang beriya iya memberitahu ahli PAS, PAS berpecah 2, macamlah dia lebih tahu apa yang berlaku dalam PAS lebih dari ahli PAS sendiri.Macai tokogn ini lebig lebih sebab mereka semacam bodoh dan buta kerana ketika PAS diganggu oleh parasit dulu, Ahli PAS sudah mengetahuinya tapi kali ini ahli PAS cuba diberitahu kepada perkara yang tidak ujud oleh macai tokong, mereka ingat mereka licik tapi sebenarnya tongong!

Macai tokong juga semacam tidak sedar yang berdepan masalah ialah parti mereka, Ahli PKR keluar parti masuk PAS, ahli Bersatu keluar parti masuk PAS, ahli PAN keluar parti masuk PAS, kesemua berita begini menunjukkan yang bermasalah ialah parti mereka tapi mereka sibuk ambil tahu hal rumah tangga PAS.Kalau PAS nak bergabung dengan Umnopun , kenapa mereka sibuk?

Pergi perbetulkan parti kau dulu, ngok! sebelum nak sibuk sibuk ambil tahu hal orang yang tidak menjejaskan sesaipa pun kalaupun benar dakwaan itu.


 Apa pun PAS tetap akan melangkah dan terus melangkah menuju keredhaan Ilahi sekalipun diserang tak henti henti lebih lebih lagi yang menyerang itu hanya dengan peluru kosong yang tak meninggalkan apa apa kesanpun....

Sumber TKO - 28-3-2018

PAS tidak bertanding: Parti mana harus diundi?

JUMLAH kerusi PAS bertanding
Mengikut kenyataan terkini, PAS bakal bertanding tidak kurang dari 130 kerusi. Mengikut maklumat yang diperoleh pula, kemungkinan besar PAS bertanding antara 160 hingga 170 kerusi seluruh Malaysia! 
Jumlah ini adalah yang tertinggi sejak PAS diasaskan pada tahun 1957. Jauh lebih besar dari kuantiti PRU13 iaitu sekadar 73 kerusi sahaja. Ini adalah kali pertama PAS bertanding melebihi jumlah majoriti mudah di Parlimen. Dengan melihat kepada jumlah pertandingan sahaja sudah boleh menjawab kritikan yang mengatakan PAS tidak berkeinginan untuk memerintah. 
Mungkin ramai keliru dengan 40 kerusi yang disasarkan PAS. Ia hanya jumlah yang difikirkan perlu mengikut situasi semasa untuk berperanan sebagai king-maker. Ia tidak bermakna PAS cuma mahu 40 itu sahaja. Kalau boleh, semua kerusi yang dipertandingkan oleh PAS mahu dibolot. Tetapi mengikut strategi PAS, dengan berperanan sebagai king-maker, segala janji yang ditawarkan di dalam Manifesto dapat dilaksanakan tanpa perlu menanti majoriti mudah terlebih dahulu. 
Ada kerusi PAS tidak bertanding
Walau bagaimanapun, 170 kerusi yang bakal ditandingi tidak cukup untuk memenuhi semua tuntutan penyokong yang mahu mengundi. PAS memiliki 195 kawasan berdaftar dan hampir semua 222 Parlimen mempunyai ahli dan penyokong PAS. Maka sudah tentu akan ada beberapa kawasan yang tidak ditandingi oleh PAS atas faktor strategi dan sebagainya. Situasi sama juga berlaku di peringkat Dun. 
Justeru itu timbul persoalan dari penyokong dan pengundi PAS; Sekiranya tidak ada calon PAS atau Gagasan Sejahtera yang bertanding di tempat mereka, maka parti manakah yang perlu mereka pilih? Adakah BN? Adakah PH? Adakah parti bebas? Adakah melakukan undi rosak? Adakah tidak turun mengundi? Atau adakah menukar tempat mengundi? 
Kesemua jawapan di atas adalah salah! Tiada jawapan yang objektif bagi persoalan ini. Jawapannya bersifat subjektif dan memerlukan pertimbangan dibuat dengan waras oleh pengundi. 
Soalan mengenai perkara ini pernah ditanya di dalam satu program baru-baru ini. Maka Presiden PAS menjawab haruslah memilih yang paling kurang mudaratnya. 
Mengukur mudarat 
Definisi darurat haruslah difahami mengikut perspektif Islam. Perkara ini dibahaskan di bawah tajuk Maqasid Syariat. Sarjana Islam mengkelaskan darurat kepada lima bahagian yang dinamakan sebagai ضروريات الخمس (Lima darurat). Ada yang menyenaraikan enam. 
Lima darurat itu adalah: 
-     Agama
-     Nyawa
-     Akal
-     Keturunan atau maruah
-     Harta 
Secara disiplin, darurat ini perlu disusun mengikut tertib di atas. Sekiranya bertembung antara darurat, maka yang atas perlu didahulukan mengatasi yang bawah. Agama perlu didahulukan mengatasi nyawa dan harta. Nyawa perlu didahului mengatasi akal dan begitulah seterusnya. 
Maka dalam bab memilih parti dalam pilihan raya, perkara pertama yang harus dipertimbangkan adalah soal masa depan dan nasib agama. Parti mana yang paling mengikut, menjaga dan memperjuangkan agama wajib menjadi pilihan. 
Parti yang memperjuangkan agama secara tepat lebih baik dari yang memperjuangkan secara kurang tepat. Parti yang memperjuangkan secara kurang tepat lebih baik dari yang hanya mempergunakan agama untuk tujuan politik. Parti yang mempergunakan agama lebih baik dari yang langsung tidak mempedulikan agama. Dan yang tidak mempedulikan agama lebih ringan berbanding yang memusuhi agama. 
Sekiranya berlaku persamaan dari sudut agama antara parti yang bertanding, barulah melihat kepada darurat yang kedua pula iaitu nyawa. Tetapi jika perbezaan sudah dikesan dari sudut kepentingan agama, maka cukup dengan itu untuk menentukan pilihan kita. Tidak perlu lagi membandingkan dengan darurat yang lain. 
Aplikasi di kawasan yang tiada PAS 
Saya berani katakan dan bertanggungjawab atas kenyataan ini, bahawa PAS merupakan parti yang paling baik dalam menjaga agama di negara ini. Walaupun masih banyak kekurangan bagi parti ini, tetapi inilah yang paling baik berbanding yang lain. 
Tetapi bagaimana jika PAS tidak bertanding di tempat kalian? Parti manakah pula yang perlu dipilih? Kaedah mengukur mudarat masih perlu dijalankan. Katakan berlaku pertembungan dua penjuru antara BN dan PH. Pertimbangan harus dibuat berdasarkan pihak mana yang paling memberi manfaat atau setidaknya, paling kurang mudaratnya terhadap agama. 
Antara yang mempergunakan agama atau yang tidak serius beragama dengan yang memusuhi agama, lebih baik yang mempergunakan agama. Sekurang-kurangnya agama digunakan walaupun niat mereka tidak ikhlas. Jika memilih yang berniat jahat terhadap agama, lebih mengancam kedudukan agama di negara ini. 
Ada yang mengatakan pihak mempergunakan agama itu adalah munafik manakala yang menentang agama pula kafir. Maka kafir lebih ringan dari munafik. Perkara ini pernah diajukan kepada Presiden PAS. Jawab beliau, Nabi S.A.W dulu memerangi kafir yang menentang Islam, tetapi membiarkan munafik bersama dengan Islam. 
Ibrah perang Rom-Parsi 
Al-Quran merekodkan kisah pertembungan antara Rom dan Parsi di zaman Nabi S.A.W menerusi Surah ar-Room. Bagaimana Nabi S.A.W dan orang beriman menyokong Rom dan bergembira dengan kemenangan Rom ke atas Parsi. Firman Allah S.W.T:

غُلِبَتِ الرُّومُ (٢) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (٣) فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ 
بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (٤) 
"Orang-orang Rom telah dikalahkan. (2) Di tanah yang paling rendah; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. (3) Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. (4)"
[ar-Rum:2-4] 
Ayat ini boleh dijadikan iktibar dalam memilih pihak yang tidak memperjuangkan Islam. Walaupun kedua pihak ini tidak mewakili Islam, namun secara politiknya Nabi S.A.W menyokong Rom berbanding Parsi. Ini kerana Rom adalah lebih baik daripada Parsi dari beberapa segi. Yang paling utama kerana Rom adalah penganut Kristian yang merupakan agama Samawi yang turut mempercayai Allah secara asas. Sedangkan Parsi adalah penganut Majusi yang menyembah selain Allah iaitu api. 
Sikap kedua pihak ini terhadap Islam boleh dinilai jelas melalui utusan dakwah yang dihantarkan oleh Nabi S.A.W. Ketika surat dihantar kepada Maharaja Rom Heraclius, beliau hampir-hampir beriman tetapi dihalang oleh pembesarnya. Lalu beliau menolak dengan baik. Tetapi ketika menghantar surat kepada Maharaja Parsi bernama Khosrow II, beliau telah mengoyak surat tersebut tanpa habis dibacakan. Menunjukkan kebencian Parsi terhadap Islam. 
Islam lebih memilih Rom kerana mereka lebih rendah mudarat berbanding Parsi. Namun bukan bererti mereka bersetuju dengan Rom, kerana pada akhirnya Islam turut berperang dengan Rom seperti yang berlaku dalam perang Mu'tah, Tabuk dan perang-perang selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Dengan menyokong satu pihak yang lebih ringan mudarat, Nabi S.A.W telah berjaya mengurangkan ancaman kepelbagaian musuh terhadap Islam. 
Maka mengambil kira dari sudut ini, perlu untuk kita mengundi pihak yang lebih ringan mudarat terhadap Islam sekiranya tiada pilihan yang lebih baik. Dr Yusof al-Qardhawi ketika ditanya apakah perlu untuk orang Islam di negara minoriti Muslim mengundi, maka jawab beliau ya, bahkan wajib untuk memilih pemimpin yang paling kirang mudarat terhadap Islam. 
Tidak keluar mengundi?
Atas asas ini juga, tidak wajar bagi umat Islam yang berada di kawasan yang tidak diwakili mana-mana calon PAS untuk tidak mengundi. Tindakan sebegitu hanya membesarkan risiko kerusi tersebut dimenangi oleh musuh Islam. Samalah juga sekiranya kesemua calon adalah non-Muslim, tetap perlu mengundi atas tujuan mengurangkan mudarat terhadap kepentingan agama. Dalam situasi ini, fatwa Dr Qardhawi di atas boleh diaplikasikan. 
Tuan Guru Presiden PAS menulis secara panjang berkenaan risiko menolak pilihan raya di zaman ini. Maka tidak keluar mengundi dalam keadaan demikian bukanlah satu langkah yang bijak. Jangan diingat dengan tidak mengundi kerana kesemua calon non-Muslim atau tidak layak, kalian boleh terlepas daripada disoal Allah. Sekiranya sikap kita tidak keluar mengundi menyebabkan calon yang memusuhi Islam menang begitu sahaja, kalian juga perlu menjawab di hadapan Allah nanti. Sedangkan sekecil-kecil zarah perkara pun akan disoal oleh Allah, inikan pula perkara yang melibatkan kepentingan umum. 
10 Rejab 1439
27 Mac 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 27/3/2018
Sumber HD- 27-3-2018 


Mahathir Bawa Budaya ‘Melayu Mudah Lupa’ - Hadi
Posted on Monday, March 26 @ 12:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38813



TIDAK LUPA... Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya jangan membawa budaya ‘Me­layu mudah lupa' yang merujuk puisi terkenal tokoh itu.

Ia ekoran Mahathir yang kini hanya memfokuskan kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga lupa skandal Forex (tukaran wang asing), Skyhawk, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan isu lain era beliau dahulu.

Walaupun Abdul Hadi tidak menamakan kepada siapakah sin­diran itu ditujukan tetapi dipercayai kenyataan Ahli Parlimen Marang berkenaan merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan tersebut yang terpalit skandal terbabit.

Ini kerana skandal tersebut hanya berlaku ketika era pemerintahan Mahathir, 92, selama 22 tahun tetapi rakyat langsung tidak didedahkan kerana liputan media dikawal ketat sepenuhnya oleh kerajaan pada zaman berkenaan.

“Dalam masalah 1MDB, kita mesti bersandarkan kepada kehakiman adil, saksi adil, beriman, tidak rendah maruah. Orang tiada maruah tidak boleh jadi saksi dalam Islam. Apa yang berlaku hari ini ialah saksi pula ialah media sosial.

“Kita tak kenal siapa jadi terdedah kepada fitnah. Sebab itu kita mesti kendali dengan seadilnya, bukan sahaja 1MDB tetapi kes Forex, Skyhawk, BMF, Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.

“Apa yang berlaku sekarang ini, kita membawakan budaya ‘Melayu mudah lupa’. Lebur (bongkar) 1MDB, yang dulu kita lupa semuanya, kita (rakyat sepatutntya) tidak lupa,”
kata Abdul Hadi ketika menjawab soalan daripada hadirin.

Beliau menegaskan demikian ketika sesi Dialog 2018 Bersama Anak Muda Gagasan Sejahtera, di Shah Alam, Selangor semalam sambil membawa analogi puisi Melayu Mudah Lupa ditulis bekas perdana menteri itu sendiri.

Mahathir sebelum ini memberitahu Suruhanjaya Sia­satan Diraja (RCI) yang me­nyiasat kerugian urus niaga Forex bahawa beliau tidak mengetahui mengenai aktiviti itu yang telah menyebabkan negara kehilangan RM32 bi­lion.

Anehnya Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pada ketika itu, Tan Sri Jaffar Hussein sudah memaklumkan kepada Mahathir sendiri namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil sehingga RCI tersebut ditubuhkan.

Berhubung skandal Skyhawk, Malaysia membuat pembelian 88 buah pesawat pejuang A-4 Skyhawk terpakai pada 1985 di bawah Program Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (Perista) tetapi hanya 44 buah sahaja dibawa balik.

Selebihnya ditinggalkan di gurun Mojave Amerika Syarikat sehingga mengundang pelbagai kritikan. Sementara dalam skandal BMF pula, berlaku suntikan dana secara mencurigakan berjumlah RM2.5 bilion kepada spekulator.

Ia melibatkan penyaluran kepada hartanah Hong Kong pada 1982 dan pegawai BMF, Jalil Ibrahim yang ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut kemudian ditemukan mati dibunuh secara misteri pada 1983 di pulau berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai isu 1MDB, PAS kata Abdul Hadi, bukan sengaja mem­bela mereka yang bersalah tetapi mana-mana pihak yang dituduh atau dikaitkan pula mestilah dinilai de­ngan seadil-adilnya.

“Ia bukan bertindak seperti orang sembelih ayam daging, hingga licin satu reban. Orang yang dituduh dalam Islam dianggap tidak bersalah tetapi apa yang berlaku hari ini, bila dituduh sahaja, orang terus menghukum dia bersalah.

“Ini pendekatan yang tidak betul dan atas sebab itu kita tidak boleh menyebar fitnah, kalau ada fitnah pun, kita kena cari jalan memurnikannya,” tambah Abdul Hadi lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 26-3-2018

'Panas' Tengok Bendera Parti Lain, Kumpulan Anak Muda Ini Pacak '
Posted on Sunday, March 25 @ 04:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38780




PETALING JAYA: 'Panas' melihat warna bendera parti politik lain sudah dinaikkan di sepanjang jalan di kampungnya, sekumpulan pemuda mengambil langkah berani memanjat sebuah gua untuk mengibar bendera parti bulan yang disokong mereka.


Alif Amiru, salah seorang daripada kumpulan anak muda itu berkata, dia bersama enam lagi rakannya membuat keputusan untuk mendaki Gua Chiku di Felda Chiku 2, Gua Musang, Kelantan, selepas 'tidak tahan' melihat pelbagai bendera parti politik berkibaran di kampungnya.

”Kami berbincang lebih kurang tiga hari dan bersetuju untuk bertemu tok penghulu kampung tentang idea kami. Beliau memberi bendera dan sempat nasihatkan kami supaya berhati-hati.
”Bagi saya tindakan ini tidak salah kerana penduduk sama-sama menyemarakkan bahang Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi walaupun belum tahu pun bila tarikh sebenar mengundi tu," katanya kepada mStar Online.


Gambar Alif, 26, atau lebih senang dipanggil Moyuu bersama kawan-kawannya sedang mendaki dan akhirnya berjaya mengibar bendera PAS tular di beberapa kumpulan Facebook popular pantai timur, pada Jumaat.


Dalam posting yang dimuatnaik olehnya, dia menulis: “Orang kata pangkah PAS gelap masa depan, agak-agak gelap lagikah kalau macam ni? Ke nak letak tinggi lagi?? hihihi. Biarlah orang cakap kita buat kerja gila pun, janji kita tak usik harta orang.”

Rata-rata netizen kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kumpulan anak muda itu dalam membuat persediaan PRU14 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Dia turut menjelaskan di Facebook bahawa dia dan rakan-rakan tidak menerima sebarang bayaran dengan melakukan aktiviti itu, tetapi hanya memerlukan bendera untuk dipasang jika ada pihak yang meminta mereka membantu dalam kempen pilihan raya.

Mengulas lanjut Moyuu berkata dia mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke bahagian atas gua.

”Tinggi gua itu lebih kurang 15 tingkat rumah flat. Ini pertama kali saya panjat gua tu. Alhamdullilah tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku kepada kami.

”Terasa puas sebab tengok bendera PAS berada tinggi dari bendera lain," katanya.

Moyuu (depan) bersama kawan-kawan mendaki gua di Kampung Ciku 2.
Tambahnya, dia akan meneruskan misinya lagi selepas ini jika ada pihak yang tampil memberi sokongan kepada kumpulannya.

"Kami bercadang akan daki lagi dalam masa terdekat ini dan jadikan puncak gua itu diselubungi warna hijau. Dah ada orang janji nak bagi bendera lebih banyak.

”Kami okay sahaja. Lagipun aktiviti ini kami tak usik harta orang lain. Tak kisahlah orang cakap ni kerja gila ke apa,” jelasnya.

Sumber TKO - 25-3-2018



































































Patutlah Mereka Gelar PAS Sebagai Parti Pak Lebai dan Parti Suci.
Posted on Sunday, March 25 @ 09:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38787





Sebahagian daripada kita mengupah tukang untuk membina rumah idaman. Selepas siap pelan,kita akan mencari tukang terbaik. Terbaik di sini bermaksud mutu buatannya tinggi. Untuk itu, kita akan melihat contoh-contoh rumah yang telah dibuat oleh tukang tadi. Tukang yang bagus biasanya mempunyai team yang terdiri daripada tukang kayu,tukang simen, tukang mozek dan tukang cat yang baik juga.

Dalam bidang perniagaan pula, dalam memilih rakan kongsi, kita akan memilih rakan yang dipercayai sepanjang kita mengenalinya. Antara ciri penting ialah ikhlas dan jujur. Rakan yang ada pegangan agama, tahu dosa pahala. Rakan yang ada rasa tanggungjawab untuk memajukan perniagaan demi amanah yan diberikan.



Dalam keluarga sendiri, apabila hendak diberikan sesuatu amanah maka anak yang paling jujur menjadi pilihan. Kita tak akan beri kepada anak yang nakal, kaki auta dan buruk akhlaknya.

Maka, bagaimana mungkin dalam memilih pemimpin untuk memimpin negeri dan negara, 

rakyat dan generasi , kita buat semberono. Macam mana kita masih rela memberi undi kepada pemimpin dan parti yang terbukti korup. Jabatan Audit Negara dan SPRM ada rekod bagaimana harta negara tiris dan disonglap oleh kroni penguasa.   ‘Penguasa setahun jagung’ Pakatan Harapan (PH) juga telah ada berpuluh-puluh kes yang disiasat. PH dipersepsikan oleh juak-juak mereka sebagai ‘kerajaan menanti’. Bagi rakyat terbanyak,mereka adalah segerombolan pemimpin yang ‘menanti peluang’ sebenarnya.



Justeru, sentimen kepartian kuno dan sempit perlu dinyahkan dalam era digital di hujung jari ini. Pilihlah parti yang mempunyai imej dan rekod yang cemerlang. PAS digelar sebagai ‘parti pak lebai’ dan ‘parti suci’ oleh PH. PAS juga telah dilabelkan sebagai parti pembangkang yang matang oleh pemimpin BN sendiri. Apalagi PAS juga telah diberi kredit berdokumen sebagai kerajaan yang menguruskan kewangan yang baik dan bebas rasuah oleh Jabatan Audit Negara dan SPRM. Tak cukup lagikah Kelanan, Terengganu dan Kedah di era pemerintahan PAS mencelikkan mata rakyat dan pengundi?



Sumber TKO - 25-3-2018




Benarkah Tun M Jumpa PM Israel Secara Sulit, Soal Pemuda PAS
Posted on Saturday, March 24 @ 23:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38774



AIDCNews -23/03/18 –Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Israel secara sulit sepertimana yang pernah didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, soal Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Menurutnya, Anwar juga pernah menuduh Dr Mahathir pernah membayar pelobi Yahudi yang bernama Jack Abramoff, namun sejauhmanakah dakwaan itu benar, soalnya.

“Dr Mahathir jumpa PM Israel secara sulit?

“Bayar Jack Abramoff pelobi yahudi jutaan ringgit?,” soal Nurul Islam dalam Facebook.

Nurul Islam membangkitkan persoalan-persoalan itu berdasarkan kenyataan Anwar sepertimana dalam rakaman di bawah.
Sumber TKO - 24-3-2018

Doa Ustaz Dusuki untuk kemenangan Islam

KECOH tentang doa al-Fadhil Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani pada malam munajat sempena 10 tahun PAS dalam Kerajaan Selangor pada 18 Mac yang lalu. 
Pandangan saya: 
⚫     Doa itu menampakkan sekali kerendahan hati seorang hamba yang serba dhaif mengadu hal dan masalah kepada tuhannya Yang Maha Berkuasa.
⚫     Begitulah hidup seorang mukmin, walaupun banyak yang dibuat dan diusahakan untuk mencapai cita-cita dan tujuan, namun itu hanyalah usaha yang tidak memberi bekas. Lalu dia sangat memohon agar Allah S.W.T jua yang memakbulkan hasratnya.
⚫     Itulah juga halnya seorang petugas dalam gerakan Islam, sentiasa mengadukan kesukaran tugasnya dan kehibaannya atas penolakan manusia untuk kembali kepada fitrah Islam, kepada tuhannya yang Maha Esa.
⚫     Petugas gerakan Islam tidak pernah merasakan, mereka keseorangan dalam berjuang. Ia telah dimulakan oleh para Nabi dan Rasul, seterusnya dipikul oleh generasi demi satu generasi sehinggalah hari kiamat.
⚫     Oleh itu, tentulah doa itu juga mengambil semangat dan sempena daripada sejarah perjuangan Islam sepanjang zaman. Kerana bukan kita yang memulai perjuangan ini. Dan bukan juga kita yang menyudahinya. Sejarah pertolongan Allah kepada pejuang Islam sentiasa disebut sebagai satu kesyukuran dan juga satu harapan.
Termasuklah peristiwa Ahzab, iaitu ketika Madinah dikepung musuh dan hampir tiada jalan keluar daripada tekanan pihak musuh yang ramai itu melainkan kebergantungan dan tawakal yang penuh kepada Allah S.W.T jua.
Akhirnya, pasukan Ahzab ditewaskan oleh angin kencang dan sejuk sehingga meninggalkan bumi Madinah yang mereka kepung. Itulah Allah S.W.T mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaanNya.
⚫    Doa itu antara hamba dengan tuhannya. Tidak semestinya perkara-perkara yang diminta oleh seseorang hamba akan dimakbulkan semuanya. Namun seseorang hamba akan sentiasa meminta sesuatu yang bermanfaat kepada dirinya, sama ada perkara dunia atau akhirat. Termasuk dalam manfaat itu juga, mendoakan kegagalan musuh yang menghalang perjuangan Islam, mendoakan kegagalan golongan yang berhasad dengki kepadanya dan mendoakan kegagalan syaitan dan ahli sihir mengganggu kehidupannya.
⚫     Jika anda setuju dan mempunyai permintaan yang sama seperti dan diminta oleh orang yang berdoa, anda boleh mengaminkannya.
Jika tidak, tak perlu anda mengaminkannya. Mintalah apa yang anda suka. Anda tidak dilarang untuk merendah diri dan berdoa kepada Allah meminta apa yang anda suka. 
Saya pula, tentulah doa sebaik itu, saya akan aminkannya. Berikut doa Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang dimaksudkan itu:
"Di malam yang baik ini, ya Allah, kami berkumpul di padang ini mengharapkan kejayaan kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, khususnya di bumi Selangor ini dalam pilihan raya yang akan kami lalui. 
"Kami memohon, mengadu kepada-Mu ya Allah betapa lama bumi Selangor ini dijajah dengan suasana yang tidak (dengan) cara agama. 
"Kami memohon kepada-Mu Ya Allah agar diberi peluang kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, untuk memerintah bumi Selangor ini.
"Berilah peluang untuk melihat keadilan Islam, berilah peluang untuk melihat betapa indah agama-Mu ini di bumi bertuah ini.
"Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu betapa ada di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kami disekat perbelanjaan, peruntukan untuk mereka. 
"Pada-Mu kami pohon untuk membuka hati-hati mereka itu. Ataupun selayaknya Kamulah yang membalas kepada mereka itu ya Allah.
"Kami pohon untuk mengadu pada Kamu Ya Allah, betapa jamaah ini dikhianati oleh mereka-mereka yang melarikan kerusi kami.
"Kami pohon Ya Allah betapa mereka ini selayaknya Kamu membalasnya. Kamulah yang sebaik-baiknya yang membalas.
"Tidakkah Kamu menyebut doa mereka yang dizalimi itu tidak akan ditolak oleh-Mu. Kami pohon kepada-Mu segala pakatan yang mereka rancang itu dihancurkan (dan) lebur mereka Ya Allah. 
"Ya Allah jadikanlah pakatan yang jahat itu, pakatan yang tidak mempunyai kekuatan ya Allah, sebagaimana Kamu telah meleburkan tentera-tentera Ahzab itu ya Allah. 
"Demikianlah kami akan hadapi nanti ya Allah. Demikian juga kami akan berhadapan dengan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang. 
"Kami pohon pada-Mu ya agar dibuka hati setiap pengundi-pengundi di kalangan kami ini agar melihat bagaimana kezaliman yang dilakukan BN sebelum ini terhadap rakyat bumi Selangor dan bumi Malaysia ini. 
"Kami pohon pada-Mu ya Allah agar dibuka hati sesama kami ini agar dirapatkan ikatan ukhuwah kami ini.
"Jauhkanlah di kalangan kami berpecah sesama kami (dah) bahkan jadikanlah kami kesatuan di kalangan kami.
"Berikanlah kemenangan Islam di bumi Malaysia ini ya Allah sehingga kami lihat keindahan agama-Mu, sebagaimana kami ingin melihat al-Quran yang indah itu dalam setiap sanubari umat manusia. 
"Hanya kami membawa ajaran-Mu ini ya Allah. Jika kamu rebahkan kami, siapa lagi yang mampu untuk membawa agama-Mu ini.
"Hanya kami daripada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, membawa ajaran agama-Mu. 
"Dalam keadaan jerih, ada di kalangan kami telah gugur di jalan-Mu. Ada di kalangan kami yang sedang menunggu-nunggu untuk gugur. Ada di antara kami mengorbankan harta benda mereka. Ada di kalangan kami yang bangun dan sujud pada-Mu ya Allah.
"Guru-guru kami, mereka yang telah berjuang di jalan-Mu sehingga menghadap-Mu membawa perjuangan ini ya Allah. Jadikanlah saat kami menadah tangan pada-Mu ini, kuburan mereka di antara taman-taman syurga. 
"Jangan jadikan kubur mereka antara kawah-kawah neraka. Jadikanlah tangan yang memangkah Parti Islam Se-Malaysia, PAS, kubur mereka menjadi damai dan tenang. 
"Di atas kesaksian mereka itu, jadikanlah tangan-tangan mereka itu sebagai saksi di hadapan-Mu nanti ya Allah.
"Kami pohon kepada-Mu agar amalan yang baik ini dalam lima tahun sekali, yang mereka pangkah nanti akan bertanggungjawab di hadapan-Mu nanti, hanya melihat Islam sebagai cara hidup di kalangan mereka. 
"Berilah peluang pada kami (untuk) membuktikan indahnya agama-Mu ini khususnya di bumi Selangor.
"Kuatkan barisan kepimpinan kami ya Allah. Jangan ada di kalangan kami yang cuba menikam belakang kami pula.
"Sebagaimana tusukan yang pernah ditusuk oleh sahabat-sahabat kami yang mengkhianati baiah itu.
"Kamulah sebaik-baik (yang) membalas ya Allah kerana Kamu Maha Mendengar setiap doa-doa.
"Ya Allah jadikanlah setiap rezeki yang mereka dapat itu, bahan bakar pula bagi mereka nanti, menjadi keseksaan kepada mereka nanti.
"Jadikanlah setiap apa yang kami kerjakan ini amalan soleh untuk kami. Untuk kami tunjuk di hadapan-Mu nanti betapa kami lakukan (dengan) penuh keikhlasan dan penuh ketabahan. 
"Kami pohon kepada-Mu agar jangan membolak-balikkan hati kami ini, membolak-balikkan hati pengundi-pengundi sehingga mereka nampak hanya bulan untuk mereka sokong. 
"Jadikanlah setiap di kalangan umat bumi Selangor ini yang beriman kepada-Mu, berikan kelapangan dalam hati mereka untuk bersama Islam. 
"Berilah peluang Islam bercahaya di bumi ini ya Allah. Jika tiada lagi pertolongan dari-Mu, siapa lagi yang mampu untuk memberi pertolongan untuk kami. 
"Jika tiada pertolongan dari-Mu, kepada siapa lagi kami mampu untuk mengadu. 
"Izinkan bibir kami menyebut Lailahaillallah Muhammadurrasulullah di saat penghujung kehidupan kami. Kamulah yang memberi kekuatan pada kami pada saat itu. 
"Jadikanlah kelapangan di saat kami menghadap-Mu nanti. Jadikanlah kubur kami bercahaya dengan cahaya yang indah, jauhkan kubur kami (daripada menjadi) kawah-kawah neraka. 
"Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon untuk bangkit di akhirat bersama panji-panji Islam ini, bersama Nabi-nabi-Mu, bersama Nabi kami Muhammad S.A.W. 
"(Dan) berjalan beriringan ke syurga-Mu nanti. (Kami) mengharapkan syurga Firdaus daripada kerja-kerja kami ini.
"Jadikanlah setiap daripada mereka yang bersama Parti Islam Se-Malaysia, PAS, ini semuanya dalam syurga. Jauhkanlah ahli-ahli PAS ini daripada terhumban ke nerakamu pula. 
"Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah setiap usaha kami yang datang (dari) jauh (dan) berkumpul di padang yang luas ini, (sebagai) keluasan rahmat-Mu untuk kami. 
"Hancurkanlah tentera-tentera Ahzab itu Ya Allah, hancurkanlah pakatan Ahzab itu ya Allah, hancurkanlah kekuatan mereka Ya Allah.
"Jadikanlah perpecahan di kalangan mereka dan jadikanlah kekuatan kami pula dan tegakkan islam di muka bumi ini.
"Inilah janji kami, inilah permohonan kami. Berilah pertolongan sebagaimana kamu telah memberi pertolongan kepada Nabi kami dalam perang Ahzab Ya Allah." - HARAKAHDAILY 24/3/2018 
Penulis ialah AJK PAS Kawasan Marang.
Sumber HD - 24-3-2018 


Isu Air Selangor: Keutamaan Adalah Rakyat, Bukan Kapitalis Atau Kroni
Posted on Friday, March 23 @ 02:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38750



Pemuda PAS Kuala Selangor berasa kesal dengan perkembangan mutakhir berkaitan industri air Selangor di mana rakyat terpaksa menghadapi gangguan bekalan air untuk beberapa hari. Jika diamati kenyataan oleh beberapa wakil rakyat negeri seperti YB Hannah Yeoh, masalah bekalan air baru-baru ini dikatakan berpunca daripada malah didalangi oleh Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) – satu-satunya syarikat konsesi air di Selangor yang masih gagal diambilalih oleh Kerajaan Negeri.

Kami menyambut baik dan bersetuju dengan kenyataan mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa krisis bekalan air mutakhir ini berlaku akibat sikap pilih kasih Kerajaan Negeri yang terus-menerus memberi layanan istimewa kepada SPLASH bagai menatang minyak yang penuh semenjak YAB Dato’ Seri Azmin Ali mengambilalih pentadbiran, seolah-olah ada udang di sebalik batu.

Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran beliau bukan sahaja telah
memberi banyak kelonggaran kepada SPLASH dalam proses memuktamadkan penyusunan semula industri air Selangor dengan menangguhkan berulang kali tarikh akhir untuk diambilalih oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), malah telah menganugerahkan lesen operasi baharu kepada SPLASH pada bulan Mac 2015 menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Lebih parah lagi, Dato’ Menteri Besar juga dikatakan telah bersetuju dengan tuntutan dua pemegang saham SPLASH yang disifatkan “hostile” iaitu Gamuda Bhd (40%) dan The Sweet Water Alliance (30%) (30% selebihnya dipegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Bhd) agar dibayar pampasan ekuiti sekitar RM2.8 bilion, yakni lebih 11 kali ganda nilai tawaran asal sebanyak RM250.6 juta

Melihat sikap terlampau mesra dengan pemegang saham SPLASH ini, Pemuda PAS Kuala Selangor memberi amaran kepada Kerajaan Negeri Selangor agar tidak sekali-kali menggunakan krisis bekalan air baru-baru ini sebagai justifikasi untuk membayar pampasan ekuiti kepada SPLASH sebanyak RM2.8 bilion yang akan mengakibatkan kos keseluruhan penyusunan semula industri air Selangor melonjak kepada RM12.20 bilion berbanding tawaran asal bernilai RM9.65 bilion.

Sebaliknya, krisis bekalan air ini sepatutnya dimanfaatkan untuk mempercepatkan penyempurnaan pengambilalihan SPLASH yang tergendala hampir empat tahun di samping menamatkan serta-merta lesen sementara mengekstrak air mentah yang telah dianugerahkan kepada SPLASH pada Mac 2015.

Ingin kami ambil peluang ini untuk mengingatkan betapa pentingnya memastikan kos keseluruhan penstrukturan semula industri air kekal pada RM9.65 bilion agar kepentingan rakyat sebagai pengguna air di Lembah Kelang dan kelangsungan dasar air percuma sebanyak 20 kiub meter pertama bagi setiap pengguna isi rumah sentiasa terjamin.

Lebih menggusarkan Pemuda PAS Kuala Selangor adalah peningkatan kos
pengambilalihan ekuiti SPLASH yang sekaligus bakal menaikkan kos keseluruhan penyusunan semula industri air akan mengakibatkan kuantum kenaikan tarif air yang lebih besar di mana desas-desus mengatakan purata kenaikan sebanyak 27% bagi setiap tiga tahun, hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada kenaikan maksimum 15% yang dijanjikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Justeru, kami menggesa agar Kerajaan Negeri menyempurnakan penstrukturan semula industri air Selangor dengan kadar segera tanpa berlengah atau sebarang dolak-dalik lagi. Sekiranya ada pertikaian mengenai metod penilaian bagi pengambilalihan ekuiti SPLASH, proses timbang tara merupakan satu-satunya jalan keluar terbaik sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Induk (Master Agreement) bertarikh 12 September 2014 sebagai dokumen rujukan dan panduan utama.

Dalam kesempatan ini, suka kami nasihatkan YAB Menteri Besar agar menghentikan cubaan mengelirukan rakyat dan memesongkan fakta tanpa sebarang penjelasan - kononnya mantan Menteri Besar pernah menawarkan RM3 bilion sebagai pampasan ekuiti SPLASH.

Sebaliknya, Pemuda PAS Kuala Selangor menggesa agar Dato’ Menteri Besar menjadi seorang ketua pentadbiran negeri yang telus, amanah, bertanggungjawab dan berintegriti dengan mempertahankan kos keseluruhan penyusunan semula industri air tidak melangkaui RM9.65 bilion.

Di sudut yang lain, rakyat Selangor juga perlu sedar permainan politik dan timbal balik yang bermuka muka keterlaluan dengan Korporat yang sudah untung nilaian juta ringgit perlu dihentikan demi kesejahteraan kehidupan bersama di Selangor.

Ahmad Hakimi Bin Othman.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor.
22 Mac 2018.

Sumber TKO - 23-3-2018



Sebuah Parti Politik Miskin Yang dicemburui Musuh Politiknya..
Posted on Thursday, March 22 @ 12:30:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38733



Saya merupakan seorang bekas penjawat awam yang pernah bertugas didalam keselamatan negara.

Sepanjang perkhidmatan saya dari umur 19 tahun hingga 56 tahun (37 tahun) saya amat menyanjungi PAS (Parti Islam Semalaysia), walaupun pada awal perkhidmatan, saya amat negatif kepada parti pembangkang ini namun dari masa ke masa saya mulai berpandangan positif kepada parti ini.


Dengan keupayaan dan sumber yang terhad dan merupakan parti paling miskin pernah saya lihat, mereka dapat membangunkan Markaz, Pusat Tarbiyah, Sekolah pMPondok, Pusat Tahfiz, Surau dan Masjid mereka sendiri dengan hanya mengutip derma dan sumbangan di ceramah-ceramah dan aktiviti mereka.

Malah setiap kali Pilihanraya Umum setahun sebelumnya lagi mereka sudah kumpul duit, ada calon mereka yang menggadai tanah pusaka, rumah dan segala harta yang ada semata-mata untuk jadi calon dan kemudian kalah teruk, alangkah bodohnya tindakan itu, itulah pandangan saya masa itu.

Tapi mereka tetap berusaha dan tak pernah tidak bertanding walaupun tempat itu kubu kuat BN.

Dahulunya ramai orang UMNO amat marahkan PAS namun mereka tidak sedar bahawa Ulama' yang banyak memenuhi Forum Perdana seperti Ustaz Ismail Kamus, Allahyarham Dato' Haron Din sehinggalah ke Ustaz-ustaz terkini yang sering ke kaca TV adalah ahli PAS.

Malah orang UMNO @ BN sanggup bayar Ustaz-ustaz ini sehingga ribuan ringgit untuk satu ceramah dan puluhan peratus bayarannya disumbangkan kepada PAS.

Berapa banyak pula produk kesihatan dan makanan sunnah yang milik ahli PAS dan menjadi sumber kewangan PAS yang popular diguna dan dipromosikan oleh ahli UMNO/BN tanpa sedar untuk kesihatan diri dan keluarga.

Ustaz-ustaz PAS ini banyak membantu masyarakat seperti Darussyifa dan lain-lain. Siapa yang tak kenal Darussyifa setiap kali ada masalah HANTU (makhluk halus) maka Ustaz-ustaz PAS inilah yang dicari walaupun ahli UMNO/BN dan pernah saya lihat ada yang bukan Islam juga mencari Darussyifa untuk bantuan masalah gangguan makhluk halus.

Malah DUA penceramah yang paling popular kini juga merupakan salah seorang ahli dan penggerak PAS Perak dan PAS Terengganu di peringkat DUN pada seketika waktu dahulu.

Pendek kata PAS telah banyak berjasa kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia tanpa mereka sedari dan tanpa promosi jasa mereka pada masyarakat.

Cuti bersalin penjawat awam sehingga 90 hari dimulakan oleh kerajaan PAS Kelantan.

Kerja 5 hari seminggu adalah dari Kerajaan PAS Kelantan.

Macam-macam sumbangan PAS pada masyarakat dan kepada kebajikan kakitangan awam.

PAS dari sebuah parti "PAK LEBAI" miskin kini telah lengkap dengan :

- Kompleks mereka sendiri
- IPTS mereka sendiri
- Sekolah Menengah mereka sendiri
- Sekolah Rendah mereka sendiri
- Pusat Tahfiz mereka sendiri
- Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) mereka sendiri
- TVPAS mereka sendiri
- Radio HIJAU.FM mereka sendiri
- Akhbar HARAKAH mereka sendiri
- UNIT AMAL MALAYSIA mereka sendiri untuk buat semua kerja kebajikan yang makin popular dan diterima ramai sejak banjir besar di Johor (awal tahun 2000-2004) lagi. Lengkap dengan petugas, Doktor, Jururawat, Ambulans dan kenderaan menyelamat mereka sendiri.

Cuma PAS adalah sebuah parti yang tidak mahir mendabik dada dan mempromosikan parti dan jasa mereka.

Mereka memberi dan menyumbang dalam diam/senyap. Memegang teguh ajaran Rasulullah SAW iaitu memberi dengan tangan kanan jangan sampai tangan kiri tahu.

PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) juga sepatutnya sedar mereka terhutang budi dengan PAS. Mereka belajar berpolitik dengan orang Islam dan bukan Islam melalui PAS. Mereka nak tiru PAS sepenuhnya namun tak mampu walaupun mereka ada kewangan dan pimpinan yang baik namun mereka tiada penyokong yang ikhlas dan ringan tulang.

Semua perlu berbayar dan perlu 'duit minum'.

Malah setiap kali PRU orang PAS adalah yang paling sibuk berkempen, panjat pokok menaikkan bendera, menaikkan poster dan membuat ceramah bagi pihak PKR dan DAP (Pakatan Rakyat).

Malah ramai pimpinan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) dijaga keselamatan dan kebajikan mereka oleh petugas PAS, ada yang dijaga 24 jam.

Jadi dengan prestasi, sumbangan dan kelayakan yang telah dimiliki oleh PAS sejak lebih 60 tahun maka saya yakin jika PAS memerintah, merekalah yang paling layak.

Semoga PAS akan menang dalam pilihanraya akan datang.

Jika mereka boleh membangunkan parti mereka dari kosong "From Zero" kepada sehebat kini, saya yakin mereka boleh membangunkan sebuah negara yang hebat.

Wallahuallam.

(ASKAR PENCEN)

Sumber TKO - 22-2-2018


Soalan untuk orang Islam
Posted on Wednesday, March 21 @ 14:11:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38729



Assalamualaikum,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan. Satu soalan kepada semua orang Islam dan yang mengaku orang Islam, kenapakah sering di cari alasan untuk mengggalakkan usaha melaksanakan Hudud, kenapa tidak berusaha sungguh sungguh dan istiqamah untuk mencari jalan Hudud dilaksanakan? Tak silap soalan dengan maksud yang sama pernah ditanya oleh Ustaz Farhan Abdullah, seorang pendakwah yang cukup dikenali hari ini.Siapa Ustaz Farhan Abdullah? Seorang anak paderi kristian dari Sabah yang pernah memurtadkan ramai remaja Islam di zaman kristiannya dan mendapat hidayah dari ustaz yang mengajar di sekolahnya sehingga menukarkan dirinya dari seorang yang memurtadkan orang Islam kepada pendakwah yang berjaya pula mengIslamkan ramai orang.Kalau seorang yang baru mendapat hidayah boleh bertanya soalan seperti saya tanya ni, di mana pula duduknya orang Islam yang masih bersengkongkol dengan penentang Hudud?

Nak tambah lagi, Husam Musa sewaktu berdebat dengan KJ ditanya oleh KJ, apa pandangannya tentang Hudud, jawab Husam Ya, saya sokong Hudud sebab saya orang Islam!Masa tu Husam masih ahli PAS tetapi sekarang Husam juga bersengkongkol dengan penentang Hudud, Kenapa, dia sudah tidak Islam ker?

Kenapalah pula sejak zaman Mahathir jadi presiden Umno sehingga sekarang jadi boss PH,tak lekang lekang penentangan Hudud oleh ultra kaisu dan disokong kuat oleh gabungan orang Islamnya, bezanya dulu Umno yang bersama ultra kaisu MCA menjadi penentang tetapi sekarang yang di depan menentang ialah ultra kaisu DAP dan ahli pakatan Islamnya dalam PH.Husam adalah seorang dari mereka.

Apabila PAS mengeluarkan menifestonya, berulang suara mengejek dan menperlekehkan Hudud, kali ini dari puak gerabak PH berbanding dalam PRU 13 dulu oleh puak gerabak Umno.Semuanya orang Islam yang bersuara mengejek itu,suara yang jelas menunjukkan usaha menggagalkan Hudud, bukan menyokong.Mereka boleh menafikan apa yang saya kata ini tetapi mereka tak ada bukti langsung untuk mendakwa ada pihak atau parti lain selain dari PAS yang berusaha mencari jalan agar Hudud dapat dilaksanakan.Mahathir yang pernah kata Hudud Kelantan itu bukan Hudud Islam tetapi Hudud PAS, tetapi apa yang dia buat untuk memperkenalkan Hudud Islam yang sebenarnya? tak ada, kata katanya cuma mahu melihat Hudud tidak diterima rakyat, itu saja, bukan usaha mencari jalan untuk melaksanakan Hudud.Begitu jugalah dengan laungan dan sorakan yang kita dengar hari ini, bukan untuk mencari jalan tetapi untuk mengagalkan usaha PAS yang merupakan satu  satunya parti yang berusaha mencari jalan sesudah jalan telah dibuka oleh arwah Prof Ahmad Ibrahim.Dari berjuta rakyat Malaysia, arwah lah orang yang paling awal mengenal pasti laluan yang boleh menbawa Hudud ke dalam perundangan negara.Tanya Hanifa Maidin,betul tak apa yang saya kata ini?.

Jalan sudah ada, apa lagi kita orang Islam tunggu? Ingat soalan ustaz Farhan Abdullah, bukan ingat apa yang LKT dan LGE  atau Chua Soi Lek kata.Ingat sebelum mati dan ingat juga kata kata ATGHD bahawa dia akan berpesan kepada anak cucunya untuk meneruskan AGENDA PERJUANGAN iSLAM sehingga Islam diterima sebagai cara hiidup.Begitu juga kata kata Prof Dr.Redzuan Tee Abbulah,kemuncak kepada perjuangan Islam ialah RUU 355.


Usah pandang belakang dan usah jadi manusia yang rugi  dan manusia yang bodoh boleh dicucuk hidung oleh Evangelis sehingga menetang hukum ALLAH.

Sumber TKO 0 21-3-2018


Kenapa Peribahasa Melayu banyak menggunakan binatang?
Posted on Wednesday, March 21 @ 12:42:09 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38727



Pagi tadi ada sahabat hantar tulisan Ahmad Sayuti Bashiron bertajuk "Lembu, Negeri tak beragama, & kemusnahan Ahzab - Serangan fikrah "khawarij moden" dalam berpolitik."
yang banyak menyerang PAS khususnya Presiden PAS Hj ABdul Hadi Awang.


Ahmad Sayuti Bashiron menulis permulaan postingnya dalam facebook.

Tulisan kali ini bertujuan untuk ajak kita semua berfikir sejenak dgn segala apa yg berlaku di hadapan kita mutakhir ini (فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ) khasnya dalam mendepani politik PRU14 kelak.

Allah memberikan satu teguran yg amat serious buat sesetengah ahli agama yg cuba tidak berlaku benar, berbohong, atau bersikap bersekongkol dgn sang penguasa jahat & zalim melalui ayatNya;

وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan kalau Kami (Allah) menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia (memilih) cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya adalah seperti anjing yg jika kamu menghalaunya,  dijelirkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia tetap menjelirkan lidahnya (juga).

Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan tanda-tanda yg Kami berikan. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir".
[ Surat Al-A’raf 176 ]
Pertama saya nak tanya Ahmad Sayuti Bashiron dimana PAS atau Presiden PAS bersetongkol dengan penguasa yang zalim. Bodohkan Ahmad Sayuti Bashiron nak berfikir sudah berpuluhan tahun PAS menentang penguasa yang zalim?
 


 Adakah dengan satu-satu gambar ini maka Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) mengatakan Abdul Hadi, Presiden PAS bersama penguasa yang zalim?

Adakah dengan Presiden PAS hadir perhimpunan yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin PAS di Putrajaya pada 22 Disember lalu maka dengan mudah  Ahmad Sayuti Bashiron dan pengikut parti AMANAH mengatakan PAS telah bersama penguasa yang zalim?

Mana Islam yang telah diajar ole Rasulullah s.a.w. dalam diri Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH)?

Saya ingin membuat peringatan kepada Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) tentang setiap tuduhan mesti dibawa bukti.

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

لو يُعْطَى الناسُ بدعواهُم لادّعَى قومٌ دماءَ قومٍ وأموالهُم ، ولكنّ البيّنَة على المُدّعِي ، واليمينُ على من أنكرَ حديث حسن رواه البيهقي وغيره هكذا وبعضه في الصحيحين

“Jika semua orang diberi hak (hanya) dengan dakwaan (klaim) mereka (semata), niscaya (akan) banyak orang yang mendakwakan (mengklaim) harta orang lain dan darah-darah mereka. Namun, bukti wajib didatangkan oleh pendakwa (pengklaim), dan sumpah harus diucapkan oleh orang yang mengingkari (tidak mengaku)”.
Hadits hasan, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan yang lainnya. Sebagian kandungan teks semisal tercantum dalam kitab Ash-Shahihain.
Apakah dengan membuat persepsi terhadap gambar Najib dan Abdul Hadi maka dengan mudah kamu  Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) menuduh? Kamu juga menyeleweng dengan ajaran Islam dengan menjaja kalau tak benar tuduhan itu PAS kena saman sedangkan islam mengajar yang kena tuduh mesti membawa bukti dan yang menuduh kena bawa bukti dan saksi.

KEDUA

Ahmad Sayuti Bashiron menulis;

1. Tiga malam lepas Presiden Pas Hj Hadi Awang gelarkan LEMBU yg kenyang pada mereka yg bersama dengan DAP. Bererti fitnah & celaan itu ditujukan khas buat Keadilan, Amanah, Bersatu, dan sesiapa pun yg maish terlibat bersama DAP dalam apa jua peringkat.
2. Sebelum itu sejak 2014 berulang kali Hj Hadi gunakan cercaan dan celaan buruk, antaranya: tolol, barua, broker, nyamuk, babi, anjing, serigala, monyet, dan sebagainya pada kumpulan yg berbeza ijtihad politik dgn dia. Itu fakta. Dahulu ia ditujukan pada kepimpinan Pas yg berbeza pandangan dgn dia, tapi sekarang dituju buat mereka yg bersama Amanah pula. Sebebasnya dia berkata.

3. Setiap kali cercaan dan celaan buruk dilakukan Hj Hadi, ahli bawahan gembira takbir, sorak seolah itulah seruan semangat perjuangan dan dipanjangkan ratib itu dlm ucapan dan tulisan. Label dan laqab buruk adalah satu kepuasan buat ahli & kepimpinan Pas, kini..
Pertama saya nak tanya  Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) adakah anda faham serta tahu apa yang diucapkan oleh Presiden PAS, Abdul Awang tiga malam lepas. Atau anda sekadar baca berita dan mengikut persepsi berita sahaja?

Tahukan anda Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) bahawa Allah memperingatkan kepada kita orang Islam kena mendapat maklumat yang benar dan sahih.

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Saya bawa petikan yang Presiden PAS ucap yang kononnya fitnah ditujukan kepada PKR, AMANAH dan BERSATU.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir parti-parti Melayu dalam Pakatan Harapan, yang diibaratkan ‘lembu kenyang’ kerana tidak berani mempertahan Islam apabila berdepan dengan DAP.

Presiden PAS itu berkata, selama ini parti rasis dan cauvinis itu secara terang-terangan menetang Islam dan menolak agenda untuk menegakkan agama di negara ini.

“DAP secara jelas menyatakan penentangan terhadap Islam. Mereka tidak setuju dengan Islam. Tetapi parti lain masih bersama DAP. Mereka jadi lembu kenyang, tidak berani mempertahankan Islam.
Adakah itu fitnah wahai Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH)??

Saya setuju bahawa parti AMANAH terlalu "taat' kepada DAP untuk meraih undi bukan Islam sehingga sanggup menepikan agama dalam kempen politik. Apa bezanya AMANAH dengan UMNO jika memisahkan agama dalam politik?

Saya ada banyak bukti parti AMANAH dibodohkan oleh DAP dalam banyak isu termasuk isu agama. Jadi apa yang disebut oleh Presiden PAS perumpamaan LEMBU KENYANG sangat menepati.

Saya bawa satu bukti apabila pimpinan DAP membuat kenyataan dan disiarkan oleh KiniTV untuk meminta parti dalam HARAPAN untuk tidak meggunakan agama dalam kempen politiknya terutama untuk mendapat undi. Awak Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) faham maksud tidak menggunakan agama yang dikatakan oleh DAP?


Apa sikap parti-parti lain dalam HARAPAN. Yang lain diam sahaja tapi AMANAH nak tunjuk mereka ini "TAAT" kepada DAP mengeluarkan kenyataan. Bukan Mat Sabu, Bukan Khalid Samad tetapi penasihat agama Mereka Ustaz Ahmad Awang. Apa Ustaz Ahmad Awang kata??

AMANAH tak akan perguna agama demi politk. Apa maksud tak guna agama untuk politik. Maknanya politik suku agama suku. Sama dengan UMNO.

INI LAH DIKATAKAN LEMBU KENYANG!! wahai Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH).

Itu baru satu contoh. Oleh kerana artikel si Ahmad Sayuti Bashiron ini panjang saya perlu jawab semuanya saya bagi satu dulu, tunggu respon si Ahmad Sayuti Bashiron.

Kenapa Presiden PAS menggunakan kiasan binatang dalam ucapannya?? Ini Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) kena belajar bagaimana orang Melayu yang kaya dengan peribahasa dengan bahasa bidalannya. Orang tua juga menggunakan perumpaan begitu untuk memberikan nasihat.

Tapi kalau Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) manipulasi dengan membuat persepsi jahat kononnya perumpaan itu kasar itu suatu yang sangat bertentangan dengan adab kita orang Melayu.

Banyak nama-nama binatang dalam peribahasa Melayu termasuk binatang yang hina seperti anjing dan babi dalam peribahasa Melayu.

Tapi malang Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) cuba mengubah persepsi ini dengan menulis artikel kononnya perkara itu salah dengan cuba mengaibkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Kenapa saya kata Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) "bodoh" (maaf guna perkataan kasar) dan jahat dalam membuat tuduhan ini kepada Presiden PAS berkaitan ucapan binatang dlm ceramahnya sedangkan perkara itu biasa. Malah bukan penceramah guna binatang, pelukis juga guna binatang. Contoh Zunar.


Apa kata Zunar mengenai binatang (bahasa lembutnya haiwan). Kartunis kontroversi Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar berkata penggunaan watak haiwan dalam karya kartun adalah perkara biasa untuk memudahkan kartunis menyampaikan mesejnya. “Lebih mudah melukis sesuatu objek sebagai haiwan, malah saya berbuat demikian dalam kerja saya” (Sila rujuk FMT 11 April 2017)

Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) tak tegur pula Zunar dia banyak guna binatang dalam karyanya. Atas itu satu contoh, ada yang teruk lagi tapi saya malas nak cari...

Sebenarnya Presiden PAS tak kata hari-hari unngkapan perumpaaan binatang ni. Setahun adalah satu atau dua. Tapi kerana puak ni jahat dia kumpul nak tunjuk ni HADI AWANG MULUT JAHAT. Kamu semua cuba di bodohkan oleh Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH).

Lagi pun bukan Presiden PAS kata kepada AMANAH & Geng HARAPAN sahaja. Abdul Hadi kata juga kepada BN. Tapi kerana jahat Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) manipulasi dalam artikelnya. Nak bukti??


Pada 12 Sepetember 2015 Presiden PAS menyifatkan tekanan rakyat terhadap pengurusan pentadbiran Barisan Nasional (BN) bukan seperti 'anjing menyalak bukit' atau melakukan perbuatan sia-sia.

Jelas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perjuangan rakyat menerusi pelbagai tindakan adalah isyarat penting bagi memberi teguran kepada kerajaan terutama dalam menguruskan ekonomi negara dengan baik.

"Orang boleh kata kita macam anjing salak bukit sahaja...ya macam anjing salak bukit.

"(Hakikatnya) anjing tak salak bukit, tapi anjing menyalak babi yang ada di bukit itu.

NAK TANYA PUAK AMANAH salah ke apa yang HADI AWANG KATA di atas. Kalau salah makna awaklah yang bergaul dengan PENGUASA YANG ZALIM.. Kan nampak awak bodoh.
 



Minta bukti kenyataan di atas dimana salahnya wahai Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) ??


Ini tahun 2017 Minta juga bukti kenyataan di atas dimana salahnya wahai Ahmad Sayuti Bashiron (dan pengikut parti AMANAH) ??

Setiap kali cercaan dan celaan buruk dilakukan Hj Hadi, ahli bawahan gembira takbir, sorak seolah itulah seruan semangat perjuangan dan dipanjangkan ratib itu dlm ucapan dan tulisan. Label dan laqab buruk adalah satu kepuasan buat ahli & kepimpinan Pas, kini.. 

PETIKAN DI ATAS ADALAH TOHMAHAN JAHAT AHMAD SAYUTI BASHIRON KEPADA PAS DAN AHLI-AHLINYA. Adakah sanggup bertanggungjawab di akhirat nanti?

Saya sambung untuk yang ke 4 hingga 27 nanti.


XOXO - Banyak isu dimanipulasi dengan jahat oleh sesetengah manusia yang gelap hati dengan perjuangan Islam..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 21-3-2018










































































Manifesto GAGASAN komitmen martabat Islam, Pakatan kosong

BERDASAR kandungan Manifesto Gagasan dan Manifesto Pakatan ini maka sudah tentulah umat Islam yang mengundi berdasarkan komitmen pihak yang diundi untuk memartabatkan Islam akan memilih Gagasan berbanding Pakatan. 
Manifesto Gagasan Sejahtera yang diumumkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, selaku Pengerusinya malam kelmarin diyakini akan mampu menggamit sokongan pengundi Islam kepadanya berbanding Manifesto Pakatan Harapan (PH).
Ini kerana Manifesto Gagasan dipenuhi dengan komitmen untuk memartabatkan Islam, di mana:
Salah satu daripada tiga asas utamanya menyebut dengan jelas komitmen Gagasan untuk “memberikan peranan utama kepada Islam dengan tafsirannya yang sebenar dan selari dengan perutukan Perlembagaan bagi membina Malaysia Sejahtera”.
Salah satu daripada sembilan teras pentingnya menyebut dengan jelas komitmen Gagasan dalam aspek “pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah”.
Salah satu daripada 20 tawaran utamanya menyebut dengan jelas komitmen Gagasan untuk “memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai Ad-Deen iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan”.
Ini jauh berbeza daripada Manifesto Pakatan yang langsung tidak menyebut sebarang komitmen untuk memartabatkan Islam di dalam mana-mana satu daripada lima terasnya, di dalam mana-mana satu daripada 60 janjinya mahupun di dalam mana-mana satu daripada lima iltizam khususnya.
Sebaliknya, di dalam Janji 11-nya, Manifesto Pakatan melepaskan diri dari urusan mentadbir agama dengan mengembalikannya ke negeri-negeri dan menghentikan peranan Kerajaan Pusat di dalamnya.
Dua janji spesifik Manifesto Pakatan mengenai perkara ini hanyalah untuk “menggalakkan dan mempermudahkan proses pembinaan rumah mampu milik di atas tanah-tanah waqaf dengan cara memberi insentif kepada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri bekerjasama dengan pemaju swasta” di dalam Janji 4-nya serta untuk “membantu Majlis dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri agar mereka boleh menyalurkan bantuan zakat dan sedekah kepada golongan kurang berkeupayaan dengan lebih efektif dan pantas” di dalam Janji 34-nya. 
Berdasarkan kandungan Manifesto Gagasan dan Manifesto Pakatan ini maka sudah tentulah umat Islam yang mengundi berdasarkan komitmen pihak yang diundi untuk memartabatkan Islam akan memilih Gagasan berbanding Pakatan. - HARAKAHDAILY 20/3/2018




















































































































































Sumber HD - 20-3-2018






















































































































































Isu doa dan pakatan jahat atau golongan zalim

Muqaddimah 
Doa Ustaz Dusuki Abd Rani selari dengan syariat 
Tidak perlu kita bising-bising jika kita bukan pakatan jahat (al-Ahzab). Renungi hukum dan bicara Alim Ulamak tentang isu doa keburukan. 
1.     Hukum doa keburukan kepada golongan zalim 
Imam Nawawi R.A telah meletakkan satu tajuk berkaitan hukum berdoa kepada golongan zalim dalam kitabnya al-Azkar iaitu: 
"Bab: Harus bagi seorang manusia untuk mendoakan keburukan kepada orang yang menzalimi orang-orang Islam atau menzalimi dirinya sendiri." 
Syeikh Muhammad Allan as-Siddiqi as-Syafie menghuraikan dengan berkata di bawah tajuk ini:
"Maksud harus yang disebut al-Imam Nawawi R.A adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat." 
Ini jelas disebut dalam al-Quran: 
لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا.
"(Maksudnya) Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
(an-Nisa': 148) 
Perkara ini disebut dalam hadis Rasulullah S.A.W seperti berikut: 
أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية 
"(Maksudnya) Sesungguhnya Nabi S.A.W mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan*. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, Zakwan dan 'Usayyah (Nama2 kabilah)."
(Hadis Sahih. Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim) 
Contoh doa keburukan di zaman para Sahabat 
Di zaman pemerintahan Saidina Umar R.A, beliau telah melantik Saidina Saad bin Abi Waqqas R.A sebagai Gabenor di Kufah. Terdapat seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Saidina Sa'ad dengan kata-katanya: 
أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية
"(Maksudnya) Sekiranya kamu bertanya kami tentang Sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."
Lalu Saidina Sa'ad berdoa: 
اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن.
"(Maksudnya) Ya Allah sekiranya hamba-Mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."
Kemudian setelah tua, lelaki yang menuduh Saidina Sa'ad R.A berkata: "Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair R.A perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tersebut selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua, dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba mereka." 
(Hadis Sahih: Riwayat: Imam Bukhari & Imam Muslim) 
2.     Siapakah golongan-golongan zalim
Berdasarkan al-Quranul Karim pengertian zalim sendiri terdiri dari beberapa jenis, yaitu di antaranya menurut beberapa surah di bawah ini: 
-     Menurut Surah al-Kahf ayat 35, makna zalim sendiri merupakan sifat keangkuhan mahupun perbuatan dari kekafirannya.
-     Menurut Surah al-Maidah ayat 44 makna dan orang zalim ialah tidak mahu menerima dan melaksanakan hukum Allah.
-     Menurut Surah al-Ankabut ayat 46, orang zalim menurut surah ini yaitu orang yang masih tetap membantah meskipun sudah diberikan penjelasan dan keterangan kepadanya melalui cara paling baik, serta tetap mengutamakan permusuhan.
-     Menurut Surah an-Nisa` ayat 140, orang zalim ialah orang yang masih bersama golongan kafir dan munafik yang mengingkari dan mengejek-ngejek ayat-ayat Allah: 
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا.
"(Maksudnya) Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka."
(an-Nisa': 140) 
3.     Kesimpulan ringkas
-     Harus dan sunat berdoa kepada golongan zalim. 
-     Golongan zalim antaranya ialah golongan yang membantu orang kafir dalam memerangi kaum Muslimin juga ianya adalah salah satu tabiat orang munafik. Ia merupakan bahagian dari cabang kemunafikan yang selalu muncul untuk meyerang Islam. Allah Ta’ala telah menjelaskannya dalam berbagai macam nas al-Quran, di antaranya adalah:
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (138) الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا (139) وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا (140)
"(Maksudnya) Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih (138) (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah (139) Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam al-Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam neraka Jahannam".
(an-Nisa’ 138-140) 
Para ulama pun telah sepakat bahawa barangsiapa yang menjadikan orang kafir sebagai pemimpinnya, penolongnya, atau ikut bergabung dan membantu mereka dalam memerangi ummat Islam maka dia telah murtad, keluar dari agama Islam.
(Tafsir at-Tabari, 3/140) 
Sekadar membicarakan keharusan doa keburukan dan siapa golongan zalim. Selebihnya kita sama-sama berserah kepada Allah. Jangan bimbang sekiranya kita bukan pakatan jahat. Semoga Bermanfaat Dalam Mencari Kebenaran. 
AL-FAQIR NIK BAKRI NIK MAT - HARAKAHDAILY 19/3/2018
Sumber HD -19-3-2018 












































































TG Nik Aziz tak pernah jadi apologis DAP

MELENTING pemimpin PAN bila saya menulis “tahap pemimpin PAN hanyalah tidak lebih daripada menjadi apologis untuk DAP” ekoran tulisan Pengarah Komunikasi PAN Selangor, Jamzuri Ardani, yang mempertahankan penolakan DAP ke atas RUU 355 dengan mendakwa penolakan itu bukan kerana DAP anti-Islam tetapi “kalau dia tidak tolak RUU 355 maka parti itu akan hilang undi dan akan kalah dalam pilihan raya”. 
Seperti selalu, bila terhimpit, pemimpin PAN akan segera menggunakan nama bekas pemimpin PAS seperti Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sebagai pendinding bagi mewajarkan tindakan atau kenyataan mereka. 
Di dalam kes Jamzuri, beliau menggunakan nama Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz dengan menyebut kononnya beliau hanya melakukan perkara yang sama dengan apa yang Almarhum lakukan, iaitu “mempertahankan rakan koalisinya dari serangan musuh politik”. 
Kata Jamzuri bagi mewajarkan tulisan beliau: “PAN dan DAP adalah parti komponen Pakatan Harapan (PH) bersama PKR dan PPBM? Serangan ke atas mana-mana komponen PH adalah serangan ke atas semua parti komponen PH”. 
Sebenarnya, penjelasan Jamzuri ini adalah pengakuan yang membolehkan kita mengetahui punca utama mengapa PAS dilanda masalah berterusan dengan bekas pemimpin PAS yang kini menyertai PAN sewaktu ia berada di dalam Pakatan Rakyat dulu. 
Penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat adalah digantungkan kepada kertas kerja Majlis Syura Ulama’, “Tahaluf Siasi: Garis Panduan Dari Perspektif Islam”, yang menyenaraikan enam perkara yang menjadi syarat kepada penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat. 
Salah satu syarat utama kepada penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat, yang sering dilanggari oleh bekas pemimpin PAS ini, adalah “Intima’, yang merangkumi taat, wala’ dan thiqah, mestilah diberikan kepada kepimpinan parti, bukan kepada pakatan tahaluf”. 
Bagaimanapun, intima’ bekas pemimpin PAS ini diberikan kepada Pakatan Rakyat, bukan kepada PAS, termasuk dengan mengkhianati keputusan Majlis Syura Ulama’ yang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor. 
Syarat lebih penting kepada penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat pula adalah “tahaluf (kerjasama) mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam”. 
Disebutkan juga di dalam kertas kerja ini bahawa tahaluf perlu dikaji semula sekiranya ia boleh menyebabkan berlakunya “halangan kepada penegakan negara Islam”, “kedudukan orang Islam tergugat” dan “disyaratkan untuk tidak melaksanakan syari’at Islam”. 
Tidak berbangkit soal Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz “mempertahankan rakan koalisinya dari serangan musuh politik” kerana pada waktu itu tindakan DAP tidak menunjukkan bahawa ia mensyaratkan PAS supaya tidak melaksanakan syari’at Islam. 
Malah, pada waktu itu, terdapat pemimpin DAP yang memberikan gambaran kepada masyarakat umum bahawa mereka tidak menghalang perlaksanaan syari’at Islam ini hingga ke tahap mereka sanggup membaca petikan ayat al-Qur’an di dalam ucapan mereka. 
Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 September 2011 malah “memperakui dan menghormati perbezaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah”. 
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyokong PAS bila berbangkit isu perlaksanaan syari’at Islam dengan menyebut “DAP dan PKR telah lama mengakui usaha Kelantan dan bersetuju melihat Kelantan sebagai isu berasingan dengan cadangan hudud peringkat kebangsaan”. 
Malangnya, selepas Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz tiada, dan selepas Kerajaan Pusat mula memberikan ruang kepada PAS untuk melaksanakan syari’at Islam di Kelantan, pemimpin DAP, malah Datuk Seri Anwar sendiri, bertukar arah dengan menolaknya. 
Di dalam isu perlaksanaan syari’at Islam, Almarhum tidak pernah menjadi apologis DAP, malah rekod membuktikan bahawa Almarhum dan PAS mempertahankannya sehingga menyebabkan DAP menarik diri dari Barisan Alternatif pada 22 September 2001. 
Begitu juga bila isu hudud muncul di dalam Pakatan Rakyat pada akhir 2011, rekod membuktikan bahawa Almarhum dua kali mengeluarkan kenyataan tegas sanggup melihat DAP keluar dari Pakatan Rakyat dan tetap akan melaksanakan hudud di Kelantan. 
(Kedua-dua kenyataan ini boleh dirujuk di “Terpulang DAP Mahu Keluar Pakatan, Saya Tetap Mahu Laksana Hudud, Kata Nik Aziz”, Bernama, 22 September 2011, dan “Nik Aziz Prepared To See DAP Leave Pakatan Over Hudud”, Malaysiakini, 25 September 2011). 
Adalah satu perkara keji untuk pemimpin PAN menyalahgunakan nama Almarhum untuk mewajarkan tindakan mereka mempertahankan penolakan DAP ke atas RUU 355 bila mereka tahu bahawa Almarhum tidak pernah menjadi apologis DAP dalam isu begini. 
Khalid Samad sendiri sebelum ini pun tidak mempertahankan DAP, tetapi hanya sekadar menyatakan persetujuan pemimpin bukan Islam di dalam DAP “sebelum kita umat Islam bersetuju untuk melaksanakan apa yang telah diwajibkan oleh agama kita” tidak perlu. 
Malah, Dr Dzulkefly Ahmad sendiri sebelum ini pun pernah menyatakan pesanan dan harapan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz bahawa “beliau juga mahu kerjasama Pusat agar undang-undang ini dilaksanakan di Kelantan dan Negeri Kelantan dijadikan model”. 
Dan, jika betul PAN akur kepada Almarhum, kenapa pemimpin PAN tidak pula mahu akur kepada kenyataan Almarhum pada 13 Oktober 2014 yang menyebut bahawa wakil rakyat PAS yang mahu keluar dari PAS adalah “orang yang tidak siuman”? - HARAKAHDAILY 19/3/2018
Sumber HD - 19-3-2018 

Jangan khianat perjuangan Islam














































































(Teks transkrip dan suntingan dari Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Klang-33 di Dewan Pandamaran semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

PERANAN orang muda

Tetapi suatu yang sebagai orang lama, orang tua di dalam perjuangan ini satu perkembangan yang sangat mengembirakan dan memberikan bersangka suka yang begitu tinggi kepada saya ialah kerana saya sempat menyaksikan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh wadah PAS telah mendapat sambutan yang begitu hebat dan sangat luar biasa kepada kumpulan Muslimin yang terdiri daripada kalangan orang-orang muda.

Ini memberikan kepada kita satu harapan yang amat tinggi bagi masa hadapan perjuangan Islam yang kita sama-sama perjuangkan ini. Kerana sepanjang perjalanan perjuangan Islam bermula daripada Rasulullah S.A.W perjuangan Islam akan dilihat perkembangannya di masa hadapan, dari kumpulan umat Islam yang terdiri daripada kalangan yang muda. Sehingga di zaman Rasulullah S.A.W kita lihat peranan orang muda ini yang menjadi simbol yang paling utama kepada kita ialah Saidina Ali K.W.J, orang yang paling muda menyambut dan terus berjuang dalam perkembangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Malah di zaman moderate ini kita pernah baca ketika menyambut kemerdekaan Indonesia. Presiden pertama Indonesia, Pak Sukarno ada menyatakan di dalam ucapan dan di dalam penulisannya, berilah saya 10 pemuda, nescaya akan dapat aku alihkan gunung-ganang.

Jadi di sini melihatkan kepada peranan pemuda-pemuda di dalam perjuangan Islam ini sangat hebat dan sangat berkesan menjadikan kita sangat bersangka suka di masa hadapan perjuangan Islam ini yang dibawa oleh PAS. Kerana kita mendapati di masa-masa mutakhir ini semakin banyak mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh PAS, perjuangan Islam, maka semakin bangkit dan semakin lahir pemuda-pemuda Islam bukan sahaja turut, malah berdepan dengan perjuangan Islam ini.

Sebagai orang tua, orang lama di dalam perjuangan ini anak-anak sekalian, inilah yang menjadi kegembiraan bersangka suka yang amat tinggi pada orang seperti saya yang sudah tua yang sudah tidak beberapa ada keupayaan melihat perkembangan perjuangan Islam akan datang ini adalah memberikan bersangka suka yang begitu indah.

Sumber HD - 19-3-2018


Masa Ada Hudud Engkau Tentang, Bila tak ada, engkau tanya kenapa tak ada. PAN ni Kaki Putar Belit ke?
Posted on Monday, March 19 @ 16:15:59 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38715



Timbul tanda tanya di makan PAS meletakkan agenda hudud mereka dalam manifesto yang diumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya malam tadi.

Pengarah Syariah Parti Amanah Negara (PAN) Zolkharnain Abidin berkata dokumen yang menjadi tawaran Gagasan Sejahtera untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang menunjukkan PAS akur pada realiti walaupun dulu menganggap Perlembagaan Persekutuan sebagai tidak Islamik.

"Tiada kenyataan khusus berkaitan pelaksanaan syariah khususnya hukum hudud dalam tawaran Gagasan Sejahtera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rasa bodoh Pengarah Syariah Parti Amanah Negara (PAN) Zolkharnain Abidin  kerana tak faham maksud no. 11 daripada 20 tawaran PAS.

Tolong baca dan faham sekali lagi jangan buat kenyataan bodoh nanti makin nampak bodoh anda.

11. Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din.


Wartawan Free Malaysia Today walaupun tak belajar agama, tahu bahawa dalam Manifesto PAS ada mengenai RUU355 dan diyat. Kenapa ustaz PAN ni bodoh sangat? Ini mesti terpengaruh dengan sikap anti-islam Malaysiakini.

Kesian, makin bertambah sikap suudzon kepada sesama Islam.



XOXO - Bila dah lari dari perjuangan dan belot kepada perjanjian sumpah setia yang dia sendiri buat akhirnya Zolkharnain Abidin  menunjukkan kebodohan diri sendiri ..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 19-3-2018


Hudud tak perlu ada dalam menifesto PRU PAS!
Posted on Monday, March 19 @ 11:18:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38710



Assalamualaikum,,

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,, Pada PRU 13 yang lalu, ketika PAS mengeluarkan menifesto negara berkebajikan ketika masih bersama PR, yang bertempek terlolong ialah Umno menuduh PAS sudah menggugurkan agenda Hududnya kerana sudah dikuasai oleh DAP dalam PR.Tapi hari ini apabila PAS mengeluarkan menifseto PRU 14nya yang juga tiada agenda Hudud, maka terlolong pulak juak juak tokong PH yang suka piss kononnya kecewa dengan PAS yag tidak memasukkan Hudud dalam menifestonya.Inilah dakwaan kelakar dari orang orang yang menutup terus sejarah yang antara lain membawa PAS keluar dari BN dan membawa PAS berjuang sendirian selepas PR tidak mahu menghormati perjuangan PAS yang tidak selari degan selera mereka.Apakah sebabnya yang boleh dilihat dari faktar sejarah? Tak lain dari Hudud, kerana Hudud jugalah menyebabkan DAP menentang Islam.PAS bersendiri hari ini juga sebab ingin terus mengajak umat Islam bersama sama menegakkan Hudud sebab Hudud adalah bateri yang hilang dari lampu picit Islam yang menyebabkan Islam tidak bersinar kerana lampunya padam dek kerana Hudud ditinggalkan.

Apakah perlu setiap kali PRU PAS perlu memasukkan agenda Hudud dalam menifestonya? Apakah kerana Hudud tidak dijadikan menifesto PRU maka PAS sudah lupa Hudud?Sekali lagi perlu melihat sejarah.Sejak zaman arwah ayah Dr. Mujahid jadi presiden PAS lagi, Hudud dihidupkan sebagai agenda utama perjuangan PAS dan diteruskan lagi oleh AUFN dan ATGNA serta TGHH sehingga sekarang Tiada yang berubah.Sejak zaman arwah ayah Dr, Mujahid sampai sekarang imej PAS sudah terbentuk sebagai pejuang Hudud tanpa terhalang oleh PRU yang berlaku 5 tahun sekali.Sejak zaman Mahathir jadi presiden Umno dan PM yang pernah mempersendakan Hudud pada PRU dengan meletakkan perayu perayu undinya di pusat pemilihan yang beraksi seperti orang potong tangan dan kaki di depan pengundi yang datang terutama pengundi bukan Islam sehingga kini, Hudud tak lekang jadi bahan sendaan, cuma bezanya kalau dulu Umno dibawah pimpinan Mahathir yang mempersenda Hudud, hari ini PH juga dibawah pimpinan Mahathir pula mengambil alih.

Tapi bahan sendaannya tetap sama, kalau dulu yang mengatakan Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana suasana tidak kondusif ialah Yiddin Yasin, TPM dan Timbalan Presiden Umno tapi hari ini yang berkata demikian laiah balaci Yiddin dalam PH.Seorang pemimpin besar PH, yang bernama Husam Musa pernah ketika jadi Naib Presiden PAS ketika berdebat dengan KJ di Kota Baharu bertegas bahawa dia sokong Hudud kerana dia orang Islam bukan kerana dia ahli PAS.Tapi hari Ph menerusi balacinya menyatakan pula cercaannya kepada Hudud seolah olah hudud itu bukan perkara penting dalam kehidupan seorang Islam.Kalau Husam kata dia  sokong Hudud kerana dia orang Islam ketika dia jadi ahli PAS, kenapa pula dia mesti berubah ketika jadi ahli PINK? bukan dia menukar ugama dan sepatutnya lah dia menasihati orang orang bawahannya agar jangan menggunakan Hudud untuk menyerang PAS.

Kembali kepada menifesto PRU, PAS tidak memasukkan Hudud kerana PAS sudah dikenali sebagai satu satunya parti politik yang mahukan Hudud tertegak di Malaysia. Sudah terbentuk imej hudud dalam PAS jadi tak perlu memasukkannya dalam menifesto kerana rakyat sudah tahu,PAS akan berusaha melaksanakan Hudud kalau menang atau kalah PRU.RUU 355 kalau sesiapa yang faham ialah laluan untuk Hudud dilaksanakan yang PAS bentang di Parlimen sebagai pembangkang bukan kerajaan,makna kata kalau sebagai pembangkang yang lemahpun PAS sudah memulakan usaha untuk melaksanakan Hudud, tak usah cerita kalau PAS menang.

RUU 355 adalah laluan yang dibuat oleh Arwah Prof.Ahmad Ibrahim untuk perlaksanakan Hudud dan undang undang jenayah Islam.PAS haya meneruskan usaha murni Arwah yang disifatkan oleh Mahathir sebagai anak melayu paling cerdik pernah dilahrikan dalam negara.Tapi malangnya, disebalik menyokong usaha arwah, ada pula balaci tokong mempersendakankan,Sudah berbuih mulut memberitahu kenapa RUU 355 masih ditangguh, tetapi balaci balaci tokong tetap mempersendakan malah mahu RUU 355 cepat cepat dibahas dan ditolak oleh parlimen.Islam jenis apa manusia macam ni.

Islam tu ugama yang menyeluruh dan perlu diikuti keseluruhan panduannya termasuk berhukum dengan hukum ALLAH dalam semua perkara.Kalau dalam hubungan suami Isteri, kita wajib mandi setiap kali selepas berjimak, maka begitu jugalah kita wajib mengenakan hukuman rejam kepada penzina,Cuma bezanya hukuman kepada penzina yang termaktub dalam Hudud perlu dilakukan oleh kerajaan bukan individu seperti dalam kes mandi wajib.

Oleh itu seseorang Islam yang menolak hukuman Hudud tetapi menerima hukum hukum lain boleh disifatkan sama dengan yahudi dan nasrani yang suka mengambil sebahagian perintah dan kufur engkar dengan perintah yang lain serta suka mengubah hukum, yang  diharamkan oleh ALLAH dihalalkan dan sebaliknya.

Hudud tak perlu jadi menifesto PRU PAS kerana Hudud sudahpun menjadi menifesto PAS sepanjang masa.


Sumber TKO - 19-3-2018


Kenapa Dulu PAS Bertahalluf Dgn DAP?
Posted on Monday, March 19 @ 01:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38706



Antara modal puak PH n BN utk menyerang PAS ialah kenapa dulu PAS bole bersama DAP skrg tidak.. Maka mereka post statement ATGNA n TGHH yg menyokong DAP ketika bersama dlm PR.. Kenapa dulu PAS kempen undi DAP kenapa skrg tidak.. Sebenarnya mereka tahu jawapannya tp sengaja bertanya utk memburukkan PAS.

PAS bukan seperti parti lain yg meletakkan KEMENANGAN diatas mengatasi kepentingan agama.. PAS bertahalluf dgn DAP setelah melalui proses yg ketat melalui Majlis Syura.. Keadaan pada masa itu iaitu pada tahun 1998 memerlukan semua parti pembangkang bersatu melawan BN d Bwh REJIM madey yg begitu kejam terhadap lawan politik.. Kezaliman madey hingga digelar Mahazalim memerlukan semua parti pembangkang bersatu ketika itu.. Jika tidak kerana undi kaum Tiong Hua tentunya BN rebah ketika itu.. Hasilnya PAS dpt menawan Trengganu dan Ust Fadhil menjadi Ketua Pembangkang.. DAP kehilangan byk kerusi dan keluar dr gabungan pembangkang..

Pada pilihanraya 12 DAP kembali kpd pembangkang n tertubuhnya PR.. PAS dpt memerintah Kedah, Perak, Selangor n PP bersama PR.. Hubungan dlm PR begitu kukuh n konsep agree to disagree..Maknanya setiap parti berhak memperjuangkan dasar parti masing2 utk kebaikan rakyat .PAS menerusknegakkan hukum ISLAM d Kelantan..

Tiba2 DAP secara terang menentang dgn keras n mendesak PAS meninggalkan hudud..Walaupun ia dicadangkan d Kelantan n hanya utk org Islam tapi DAP terus menyerang PAS.. Malangnya ada pemimpin PAS sendiri yg menyokong DAP.. Bagi mereka gabungan dgn DAP lebih penting dari hudud.. Hudud bukan penting yg penting PR!!! Mereka melihat hudud hanya menakutkan non Muslim n PAS akan kehilangan undi non Muslim jika mempertahankan hudud..

Serangan terhadap PAS semakin kuat terutamanya TGHH.. DAP secara terang menolak TGHH n memutuskan hubungan dgn President PAS!!! Mereka berusaha menukar TGHH dlm muktamar tp gagal n lahirlah PAN..DAP membubarkan PR dan menubuhkan PH.. Tujuannya utk singkirkan PAS dari kerajaan PR n masukkan PAN sbg ganti.. Hakikatnya DAP yg menolak PAS bukan sebaliknya.. Tapi puak2 PAN n sekutunya menuduh PAS yg menyingkirkan DAP..

PAS bersama DAP kerana kepentingan rakyat n negara utk berhadapan dgn rejim umno.. Tapi DAP telah melanggar persetujuan dgn mencampuri urusan PAS utk menegakkan hukum ISLAM!!! PAS bukan nak laksanakan hudud serta merta d seluruh negara cuma d Kelantan kerana majority umat Islam..Mungkin DAP takut jika ia dilaksanakan d Kelantan rakyat akan melihat kebaikan hukum Islam.. Dan tokey besar d blkg DAP sama sekali tidak menerima hukum Islam.


Bila itu pendirian DAP maka tentulah PAS istiqamah dgn ISLAM walaupun org melihat PAS akan hilang undi non Muslim.. Cthnya Dr Mariah dgn yakin berkata PAS akan hilang undi kerana pengundi undi PAS bukan sebab Islam tp benci kat umno!!! Undi PAS spt sampah.. PAS akan hilang kerusi bla7..Itulah keyakinan PAN menyebabkan mereka meninggalkan PAS.

Nabi Muhammad saw pernah mengadakan tahalluf dgn Yahudi Bani Quraizah demi mempertahankan Madinah. Tetapi bila Bani Quraizah mengKhianati perjanjian tiada maaf Nabi saw memerangi puak yahudi itu.. PAS bole bersama siapa sahaja utk kebaikan n Islam tetapi akan menentang SESIAPA sahaja demi ISLAM.. PAS tidak memaksa Sesiapun menerima ISLAM tetapi akan menentang Sesiapun yg menghalang PAS melaksanakan Islam.. PAS tak takut kalah mcm Dr Mariah kerana YAKIN kemenangan itu milik Allah swt.

Credit Abu Afiq
FASTAQIM
 


Sumber TKO - 19-3-2018


Ini teks penuh doa Ustaz Ahmad Dusuki yang di’spin’ pemberitaan oleh Malaysiakini & Cybertropper HARAPAN
Posted on Sunday, March 18 @ 18:59:25 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38698



Teks Doa Anggota Jawatankuasa PAS Selangor Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani ialah;

"Di malam yang baik ini, Ya Allah, kami berkumpul di padang ini mengharapkan kejayaan kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, khususnya di bumi Selangor ini dalam pilihan raya yang akan kami lalui.

Kami memohon, mengadu kepada-Mu Ya Allah betapa lama bumi Selangor ini dijajah dengan suasana yang tidak (dengan) cara agama.

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah agar diberi peluang kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, untuk memerintah bumi Selangor ini.

Berilah peluang untuk melihat keadilan Islam, berilah peluang untuk melihat betapa indah agama-Mu ini di bumi bertuah ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu betapa ada di kalangan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kami disekat perbelanjaan, peruntukan untuk mereka.

Pada-Mu kami pohon untuk membuka hati-hati mereka itu. Ataupun selayaknya Kamulah yang membalas kepada mereka itu Ya Allah.


Kami pohon untuk mengadu pada kamu Ya Allah, betapa jemaah ini dikhianati oleh mereka-mereka yang melarikan kerusi kami.

Kami pohon Ya Allah betapa mereka ini selayaknya Kamu membalasnya. Kamulah yang sebaik-baiknya yang membalas.

Tidakkah Kamu menyebut doa mereka yang dizalimi itu tidak akan ditolak oleh-Mu. Kami pohon kepada-Mu segala pakatan yang mereka rancang itu dihancurkan (dan) lebur mereka Ya Allah.

Ya Allah jadikanlah pakatan yang jahat itu, pakatan yang tidak mempunyai kekuatan Ya Allah, sebagaimana Kamu telah meleburkan tentera-tentera ahzab itu Ya Allah.

Demikianlah kami akan hadapi nanti Ya Allah. Demikian juga kami akan berhadapan dengan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.

Kami pohon pada-Mu ya agar dibuka hati setiap pengundi-pengundi di kalangan kami ini agar melihat bagaimana kezaliman yang dilakukan BN sebelum ini terhadap rakyat bumi Selangor dan bumi Malaysia ini.

Kami pohon pada-Mu Ya allah agar dibuka hati sesama kami ini agar dirapatkan ikatan ukhuwah kami ini.

Jauhkanlah di kalangan kami berpecah sesama kami (dah) bahkan jadikanlah kami kesatuan di kalangan kami.

Berikanlah kemenangan Islam di bumi Malaysia ini Ya Allah sehingga kami lihat keindahan agama-Mu, sebagaimana kami ingin melihat al-Quran yang indah itu dalam setiap sanubari umat manusia.

Hanya kami membawa ajaran-Mu ini Ya Allah. Jika kamu rebahkan kami, siapa lagi yang mampu untuk membawa agama-Mu ini.


Hanya kami daripada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, membawa ajaran agama-Mu.

Dalam keadaan jerih, ada di kalangan kami telah gugur di jalan-Mu. Ada di kalangan kami yangg sedang menunggu-nunggu untuk gugur. Ada di antara kami mengorbankan harta benda mereka. Ada di kalangan kami yang bangun dan sujud pada-Mu Ya Allah.

Guru-guru kami, mereka yang telah berjuang di jalan-Mu sehingga menghadap-Mu membawa perjuangan ini Ya Allah. Jadikanlah saat kami menadah tangan pada-Mu ini, kuburan mereka di antara taman-taman syurga.

Jangan jadikan kubur mereka antara kawah-kawah neraka. Jadikanlah tangan yang memangkah Parti Islam Se-Malaysia, PAS, kubur mereka menjadi damai dan tenang.

Di atas kesaksian mereka itu, jadikanlah tangan tangan-mereka itu sebagai saksi di hadapan-Mu nanti Ya Allah.

Kami pohon kepada-Mu agar amalan yang baik ini dalam lima tahun sekali, yang mereka pangkah nanti akan bertanggungjawab di hadapan-Mu nanti, hanya melihat Islam sebagai cara hidup di kalangan mereka.

Berilah peluang pada kami (untuk) membuktikan indahnya agama-Mu ini khususnya di bumi Selangor.

Kuatkan barisan kepimpinan kami Ya Allah. Jangan ada di kalangan kami yang cuba menikam belakang kami pula.

Sebagaimana tusukan yang pernah ditusuk oleh sahabat-sahabat kami yang mengkhianati baiah itu.
Kamulah sebaik-baik (yang) membalas ya allah kerana Kamu Maha Mendengar setiap doa-doa.

Ya Allah jadikanlah setiap rezeki yang mereka dapat itu, bahan bakar pula bagi mereka nanti, menjadi keseksaan kepada mereka nanti.


Jadikanlah setiap apa yang kami kerjakan ini amalan soleh untuk kami. Untuk kami tunjuk di hadapan-Mu nanti betapa kami lakukan (dengan) penuh keikhlasan dan penuh ketabahan.

Kami pohon kepada-Mu agar jangan membolak-balikkan hati kami ini, membolak-balikkan hati pengundi-pengundi sehingga mereka nampak hanya bulan untuk mereka sokong.

Jadikanlah setiap di kalangan umat bumi Selangor ini yang beriman kepada-Mu, berikan kelapangan dalam hati mereka untuk bersama Islam.

Berilah peluang Islam bercahaya di bumi ini Ya Allah. Jika tiada lagi pertolongan dari-Mu, siapa lagi yang mampu untuk memberi pertolongan untuk kami.

Jika tiada pertolongan dari-Mu, kepada siapa lagi kami mampu untuk mengadu.

Izinkan bibir kami menyebut Lailahaillallah Muhammadurrasulullah di saat penghujung kehidupan kami. Kamulah yang memberi kekuatan pada kami pada saat itu.

Jadikanlah kelapangan di saat kami menghadap-Mu nanti. Jadikanlah kubur kami bercahaya dengan cahaya yang indah, jauhkan kubur kami (daripada menjadi) kawah-kawah neraka.

Ya Allah ya Tuhan kami, kami pohon untuk bangkit di akhirat bersama panji-panji Islam ini, bersama nabi-nabi-Mu, bersama nabi kami Muhammad SAW.

(Dan) berjalan beriringan ke syurga-Mu nanti. (Kami) mengharapkan syurga Firdaus daripada kerja-kerja kami ini.


Jadikanlah setiap daripada mereka yang bersama Parti Islam Se-Malaysia, PAS, ini semuanya dalam syurga. Jauhkanlah ahli-ahli PAS ini daripada terhumban ke nerakamu pula.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah setiap usaha kami yang datang (dari) jauh (dan) berkumpul di padang yang luas ini, (sebagai) keluasan rahmat-Mu untuk kami.

Hancurkanlah tentera-tentera ahzab itu Ya Allah, hancurkanlah pakatan ahzab itu Ya Allah, hancurkanlah kekuatan mereka Ya Allah.

Jadikanlah perpecahan di kalangan mereka dan jadikanlah kekuatan kami pula dan tegakkan islam di muka bumi ini.

Inilah janji kami, inilah permohonan kami. Berilah pertolongan sebagaimana kamu telah memberi pertolongan kepada nabi kami dalam perang Ahzab Ya Allah."

XOXO - Ada sesiapa terasa ke dengan doa ini??...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Sumber TKO - 18-3-2018


















































































Asal usul Qunut Nazilah

QUNUT Nazilah berasal dari kata Qunut (قنوت) membawa maksud berdoa ketika berdiri dalam solat. Nazilah (نازلة) ertinya: Musibah yang sangat berat.

Peristiwa Bi`rul Ma`unah
Seorang yang bernama Abu Barra` bin Malik yang tidak menerima pelawaan masuk Islam namun tidak menunjukkan pertentangan meminta kepada Nabi S.A.W untuk menghantar wakil ke Najad untuk mengajarkan mereka Islam. Pada awalnya Baginda S.A.W menyatakan kebimbangannya jika para Sahabat yang dihantar akan diapa-apakan oleh mereka namun Abu Barra memberi jaminan akan melindungi mereka. 
Menurut riwayat al-Bukhari, Baginda S.A.W menghantar 70 orang Sahabat untuk mengajar Qabilah Najad al-Quran dan hukum Islam yang diketuai oleh al-Munzir bin Amru. 
Sampai di Bi`r Ma`unah, Hiram bin Mulhan diutuskan untuk membawa surat Rasulullah S.A.W kepada `Amir bin Tufail. Malangnya Amir bin Tufail telah membunuh Hiram bin Mulhan dan mengarahkan pengikutnya membunuh baki para Sahabat R.A. Ajakan tersebut diterima oleh Qabilah Ra`al dan Zakwan lalu mereka menyerang dan membunuh kesemua para Sahabat R.A. 
Kejadian ini hanya disedari apabila dua orang Sahabat iaitu Amru bin Umayyah dan Munzir bin Uqbah yang melalui kawasan tersebut terlihat burung yang banyak berterbangan di kawasan tersebut. Nyata apabila mereka sampai terlihat mayat bergelimpangan dengan kuda-kuda yang berdiri menunggu. Munzir bin Uqbah juga syahid apabila cuba menuntut bela atas kejadian tersebut manakala Amru ditawan dan dibebaskan. 
Amru bin Umayyah pulang untuk memaklumkan kepada Baginda S.A.W akan kejadian ini. Dalam perjalanan terserempak dengan dua penduduk Qabilah Bani Amir yang sedang nyenyak tidur lalu dibunuh kerana menyangka mereka juga terlibat dalam pembunuhan kejam tersebut. Perbuatan Amru ini diselesaikan oleh Baginda S.A.W dengan membayar diat kepada Bani Amir. 
Peristiwa Bi`r Ma`unah ini menimbulkan perasaan kekesalan dan kesedihan yang amat mendalam dalam hati Baginda S.A.W walaupun baru sahaja kehilangan Sahabatnya dalam Perang Uhud. Sempena kejadian ini Baginda S.A.W berdoa (Qunut Nazilah) selama 30 hari berturut-turut mendoakan kebinasaan qabilah yang terlibat membunuh para Sahabat R.A. Antaranya Qabilah Ra`al, Zakwan dan Lihyan. 
Pengajaran
1.     Qunut Nazilah sepertimana maksud dan sirahnya dibaca dalam keadaan ditimpa musibah yang sangat berat dan cemas.
2.     Seharusnya apabila kita membacanya juga dalam keadaan kita benar-benar merasa dihimpit musibah yang amat berat juga (bayangkan suasana selepas kekalahan dalam Perang Uhud sebelum dikepung pula dalam Perang Ahzab).
3.     Kita sedang menghadapi keadaan cemas umpama dalam Perang Ahzab, maka jangan lagak kita leka pula persis ketika Perang Hunain.
4.     Letakkan kebergantungan sepenuhnya pada Allah S.W.T. 
FAIRUZ NIZAM ZAINAL ABIDIN  
18 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 18/3/2018

Doa Qunut Nazilah dan terjemahannya:
اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين، اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين، أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين، فى كل مكان و فى كل زمان.
"Ya Allah! Muliakan Islam dan seluruh Muslimin. Ya Allah! Hinakan Syirik dan Musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami Muslimin dan Mujahidin dan golongan-golongan lemah, di semua tempat dan di setiap masa."

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين، اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين، اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم، اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
"Ya Allah! Binasakan musuh-musuh-Mu, musuh-musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan Kekufuran, Syirik dan Munafik. Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepadaMu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai-beraikan himpunan kumpulan mereka, pisahkan kesatuan pakatan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing-Mu."

يا قهَّار، يا جبَّار، يا مُنْتَقِم، يا الله، يا الله، يا الله، يا رب العالمين
"Wahai Tuhan yang Maha Gagah, Wahai Tuhan yang Maha Keras, Wahai Tuhan yang Maha Membalas, Wahai Allah, Wahai Allah, Wahai Allah Tuhan sekalian alam."

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب،  اِهزِمهُم، وانصُرْنا عليهم
"Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Kitab, Yang menggerakkan awan, Yang mengalahkan tentera Azhab, Kalahkan mereka, dan bantah kami dengan memberi kemenangan untuk kami!"

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء، نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا، اللهم انت ربنا و نحن عبادك
"Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba-Mu."

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك، ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة، وقنا عذاب النار
"Ya Allah! Rezekikan kepada kami syahid di jalan-Mu. Ya Allah! Berikan kepada kami kebahagiaan di dalam kehidupan di dunia ini dan kebahagiaan juga di akhirat, dan selamatkan kami dari azab neraka."

وصلى الله على رسوله الكريم، و على أله و صحبه أجمعين، و الحمد لله رب العالمين
Sumber HD - 18-3-2018 


PAS dan cabaran segenap penjuru
Posted on Sunday, March 18 @ 12:56:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38690



KALANGAN yang sempit pemikiran politik tidak boleh memahami hanya sekadar dua penjuru sahaja, sama ada menyokong kerajaan atau melawan kerajaan dengan apa cara sekalipun, tidak ada lagi pilihan yang lain dalam perjalanan politiknya.


Rasulullah S.A.W yang berpolitik dengan petunjuk Al-Quran melakukan baiah sebelum berhijrah dengan mereka yang sedia bersama Islam, hanya kalangan yang sedia menghadapi tentangan yang datang daripada segenap penjuru.

Baginda S.A.W menolak kalangan Bani Amir yang bertanyakan kabinet bayangan ketika hanya masih bermimpi mendapat kuasa, dan menolak Bani Syaiban yang hanya bersedia menghadapi Kabilah Arab yang sebangsa dengan mereka, namun tidak bersedia menghadapi cabaran daripada segenap penjuru, di antaranya kalangan musyrikin, munafiqin, ahli kitab di Madinah dan dari luar Parsi dan Rom.

Akhirnya Baginda S.A.W menerima baiah ‘Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah, apabila mereka tidak hanya mengucap dua kalimah syahadah, bahkan mereka bersedia dengan baiah berdepan dengan seluruh penjuru dunia yang menentang Islam. Kemudian bertahaluf dengan kaum Yahudi Madinah, menerima Kristian Najran dan Musyrikin yang menerima Piagam Madinah yang mendaulatkan Islam.

Langkah Rasulullah S.A.W bertepatan dengan risalah dakwah berkonsepkan tiada paksaan terhadap penganut berbagai agama dan kalangan berbilang kaum dan bangsa. Adapun politik Baginda S.A.W memerintah masyarakat majmuk yang berkonsepkan rahmat kepada seluruh manusia dan adil terhadap semua, menyebabkan perjuangannya ditentang oleh semua pihak yang datang daripada timur dan barat, utara dan selatan.

Allah membahagikan manusia itu bukan sahaja beriman, munafik dan kafir dari segi sikapnya terhadap Islam. Tetapi dibahagikan pula kalangan yang bersahabat dan bermusuh secara terbuka dan bersembunyi, berilmu dan jahil dari segi akalnya. Dibahagikan juga, sikap mereka yang telah pun Islam terhadap petunjuk Allah dalam kehidupan dunia ini, namun ada yang cuai dan malas, ada sederhana dan ada pula yang sangat taat, di samping tidak sama pengetahuan dan amalannya terhadap Islam. Ini dinyatakan oleh firman Allah:

﴿وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ٣١ ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ٣٢﴾ [فاطر: 31-32]

“Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad S.A.W) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi Maha Melihat dan Memerhatikan. (31) Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih daripada kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata). (32)” (Surah Fatir: 31-32)

PAS terlibat sejak awal menentang penjajah bersama masyarakat beragama Islam yang berbagai tahap kefahaman dan ilmunya, dan juga bersama penganut bukan Islam berbagai agama dan ideologi yang diperjuangkannya dengan sikap yang berbeza terhadap Islam.

PAS boleh bersama puak kanan dan kiri yang menentang penjajah pada dasarnya, namun PAS menolak kumpulan kiri yang bertindak keras dan kumpulan kanan yang hanyut mengikut agenda penjajah. PAS menyertai pilihan raya tiga penjuru dan empat penjuru menentang PERIKATAN (Umno, MCA, MIC), Parti Negara dan Front Sosialis. PAS tidak masuk hutan bersama kumpulan kiri yang keras.

Walaupun PAS bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955 dan satu-satunya parti pembangkang dengan hanya satu kerusi, tetapi berjaya meletakkan titik persamaan dengan UMNO untuk menjadikan Islam adalah Agama Persekutuan dan kuasa raja-raja, walaupun hanya sekadar sedikit kuasa yang diberikan kepada negeri dan raja-raja, serta hak kebebasan kepada berbagai agama yang dianuti oleh masyarakat majmuk, sehingga menjadi konsep diterima oleh MCA dan MIC (Pakatan Harapan belum wujud).

Adapun PAS terus menjadi pembangkang yang menyertai pilihan raya selepas kemerdekaan sehingga kini, kerana menentang kecuaian UMNO dalam pelaksanaan syariat Islam walaupun telah berkuasa lebih daripada setengah abad. Namun tidak menafikan agenda agama Islam seperti mendirikan masjid, membenarkan pengajian Islam, bank Islam dan muamalat ekonomi Islam. PAS tetap menentang kecuaiannya tidak mengharamkan riba, melesenkan arak, judi dan maksiat sehingga tidak ada kuasa kepada Mahkamah Syariah bagi dilaksanakan hukum Islam walaupun terhadap umat Islam sahaja, tanpa menyentuh penganut agama bukan Islam.

PAS tetap menentang UMNO secara beradab dan bersopan, walaupun berlakunya ketidakadilan terhadap kerajaan PAS Terengganu sehingga merampas Royalti Petroleum dan menafikan hak Kelantan, namun PAS tidak berjuang mengeluarkan Kelantan dan Terengganu daripada Malaysia. Walaupun hak diberikan kepada Sarawak dan Sabah, tetapi PAS tetap bersama dalam Malaysia, tidak seperti kalangan yang menyebarkan fahaman anti semenanjung di Sabah dan Sarawak dan mengajak negara asing campur tangan urusan tanah air tercinta ini.

PAS bertindak secara sopan dalam isu 1MDB dengan bersemuka secara berdepan dan berhujah tanpa mendesak campur tangan asing, namun Melayu PAS tidak lupa terhadap isu yang berantai sebelumnya seperti BMF, PERWAJA, PETRONAS, Tabung Haji, FOREX, KWSP dan menghapuskan konsep negara kebajikan kepada negara kerajaan berniaga.

Walaupun memakan masa yang panjang, di mana kalangan yang terlibat masih berada dalam kehidupan dunia, maka PAS tidak bersama dengan saki baki yang pernah menjadi punca masalah yang masih menjadi penyakit sehingga kini, di mana PAS tidak bersama tindakannya menjadi pembangkang yang tidak bersopan.

PAS juga menentang GST yang membebankan rakyat, bukannya sekadar memburu pencuri cukai dan SST yang tidak mencukupi, tetapi kerana kesilapan mereka yang pernah memimpin negara beberapa lama dahulu.

PAS bukan hanya menyatakan tidak bersetuju, tetapi mengemukakan cadangannya sendiri dalam konsep percukaian bagi menampung kewangan negara kerana mewarisi kesilapan pemimpin UMNO yang terdahulu. PAS bukannya seperti mereka yang hanya menentang untuk merebut kerusi di Putrajaya, namun mengekalkan mereka yang terlibat dalam kesilapan yang berlalu.

PAS wajib menentang parti yang nyata anti Islamnya, bersama Melayu yang diperkudakan dan pengkhianat yang bersekongkol dengannya yang bakal menjadi laksana ekor cicak yang putus daripada badannya kerana meninggalkan PAS.

Kini mereka berani bersuara tanpa sopan terhadap sensitiviti umat Islam dengan kenyataannya yang terbuka dalam urusan umat Islam. Namun PAS tidak bermusuh dengan mereka yang bersopan terhadap umat Islam. Ini berpandukan firman Allah:

﴿عَسَى اللَّهُ أَنْ يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُمْ مِنْهُمْ مَوَدَّةً وَاللَّهُ قَدِيرٌ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ٧ لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ٩﴾ [الممتحنة: 7-9]

“Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (7) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” (Surah Mumtahanah: 7-9)

Inilah pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang sinonim dengan konsep demokrasi berdepan secara damai, sama ada terhadap umat Islam yang berbeza pendapat dan melakukan kesilapan yang wajib dibetulkan, termasuk juga sikap terhadap bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam bahkan menerima pemerintahan Islam.

PAS tidak boleh membiarkan kalangan yang nyata bermusuh terhadap Islam dengan jelas mahu menggugat kuasa politik umat Islam dan para pengamal politik oportunis yang berkeliaran mencari jalan mudah dan jalan pintas ke Putrajaya walaupun meredah hutan politik untuk berkuasa semata-mata walaupun berwala’ kepada musuh Islam.

PAS memilih konsep demokrasi dalam amalan politiknya dengan beristiqamah bersama Islam sejak ditubuhkan pada tahun 1951 sehingga kini, dan melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sejak kedatangannya di nusantara ini. Sehingga kekuatan Islam tidak boleh dimurtadkan oleh penjajah barat yang membawa agenda mengembangkan agama Kristian yang dibawanya. Pendekatan politik secara damai dilaksanakan sehinggalah penjajah itu terpaksa mengadakan Jabatan Agama Islam bagi mengepung kuasa politik Islam dalam skop yang sempit.

Maka PAS kini menubuhkan Gagasan Sejahtera yang mempertahankan kuasa politik Islam dalam masyarakat majmuk dan pelaksanaan Islam yang sempurna, dengan persediaan menghadapi pilihan raya menentang BN yang telah lama berkuasa yang perlu direhatkan dan pihak parti pembangkang lain yang tidak sama dasar dan pendekatannya dengan PAS, yang mengumpulkan kumpulan anti Islam dan oportunis politik sementara waktu.

PAS juga memperkenalkan politik matang dan sejahtera, tujuannya membersihkan politik temberang, bohong, fitnah dan melampau, serta kalangan yang hanya mencari kesempatan berkuasa tanpa dasar yang betul dan hala tuju yang benar-benar menyelamatkan rakyat dan negara bersama Islam.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Rejab1439 / 18 Mac 2018


Sumber TKO - 18-3-2018





















































































Sudah ada yang 'celupar' mahu tahfiz ditutup
Posted on Sunday, March 18 @ 12:53:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38689



BUKAN sekadar komen melampau, malah mereka menghambur kata-kata kesat seolah-olah ibu dan ayah serta pengurusan pusat tahfiz tidak langsung memikirkan keselamatan kepada pelajar mereka setelah melihat insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Keramat pada 14 September lalu.

Lebih dari itu, komen jahat berbaur hasutan dibuat semata-mata menyemarakkan kemarahan, tatkala umat Islam dan rakyat Malaysia bersedih meratapi kejadian syahidnya anak-anak syurga ini dalam satu kejadian kebakaran.


Mereka gagal membaca keterangan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung punca kejadian yang disahkan bukan kerana litar pintas, sebaliknya berkemungkinan perbuatan khianat pihak tertentu yang mana saksi kejadian menyatakan adanya dua tong gas di luar bangunan yang mencurigakan yang dikatakan menyebabkan kebakaran lebih pantas berlaku.

Kini suara sumbang dikumandangkan lagi mereka yang cukup anti kepada perkembangan sekolah agama, komentar bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin cukup menghiris hati para pencinta agama.

Ingat lagi suatu masa lalu, mereka ini jugalah dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan kempen tutup sekolah agama rakyat dengan menyekat bantuan SAR ini. Kini suara-suara itu bergema kembali, malah tidak segan silu mereka mendesak sedemikian.

Untuk makluman semua berdasarkan kepada rekod, Yayasan Islam Kelantan (YIK) antara pihak yang memiliki banyak Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama di bawah pengurusannya. Ratusan pelajar cemerlang dihasilkan dari YIK. Yang cemerlang akademiknya, yang cemerlang hafazan Al-Qur'annya.

Ramai yang pasti ingat nama Nik Nur Madihah (21A dalam SPM) dan Siti Fatimah (18A SPM) dari Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. mereka ini anak-anak yang menjadikan al-Quran sebagai rutin harian mereka, apatah lagi setiap pagi sekolah mewajibkan mereka membaca paling tidak dua muka surat Quran.

Ketika ini selepas kejadian kebakaran di Tahfiz Ittifaqiah, musuh-musuh Islam mula mengambil peluang untuk tutup semua pusat pengajian Islam ini. Hari itu dikata, pusat pendidikan Islam melahirkan golongan ekstremis atau pengganas IS, selepas itu dituduh pula guru-guru tahfiz atau ustaz-ustaz kita ini sangat ganas sikapnya akibat sikap melampau dalam menghukum.

Sekarang diguna pula alasan premis yang tidak selamat agar cita-cita mereka untuk menghalang dominasi pemimpin yang faham Islam tercapai, inilah kejahatan mereka dalam merancang menghapuskan golongan pencinta agama, dan mereka yang menjadikan al-Quran pelita hidup.

Apapun kelemahan yang wujud sama ada pengurusan bangunan dan sebagainya (aspek keselamatan), ia perlu diperbaiki. Bukan diambil tindakan tutup atau diharamkan.
Kenapa pula di Pulau Pinang tiba-tiba exconya menyatakan akan menutup pusat tahfiz yang tidak patuhi aspek keselamatan?

Kenapa pula mereka tidak tutup kilang kilang haram, pusat urut haram dan pelbagai premis haram lain yang mengancam keselamatan awam malah memberi kesan kepada masalah sosial selamanya?

Apakah ini hasrat besar pemimpin negeri tersebut dalam agenda kemenangan mereka?
Tidak perlulah berbangga kononnya Pulau Pinang memberi peruntukan kepada sekolah agama andai ada hasrat disebaliknya mahu menutup pusat tahfiz yang sukar mendapat bantuan kerajaan mahupun swasta ini.

Mereka membuka pusat tahfiz demi melihat anak anak Malaysia seawal usia mengenal al Quran dan menjadi pencinta agama, dan seterusnya menjadi insan soleh.

Atau Ketua Menteri Pulau Pinang lupa suatu masa lalu beliau pernah memuji pelajar tahfiz sebagai mereka yang baik dan berdisiplin, atau pujian ketika itu tidak lebih hanya mahu mengutip undi tatkala undi Melayu diperlukan mereka?

Seperkara lagi, mereka yang banyak mencadangkan agar pusat tahfiz ditutup seperti Zainuddin Maidin, persoalannya

Apakah kebakaran di pusat pengajian tinggi termasuk di Universiti Malaya (UM) di Dewan Tunku Canselor, di sekolah-sekolah lain, dan kebakaran di bangunan jabatan kerajaan harus dijadikan alasan untuk tutup sahaja semua khidmat ini?

Mereka yang mencadangkan biarlah rasional dan bukan komen ikut nafsu dan agenda kuffar. – HARAKAHDAILY 16/9/2017



.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)
Sumber TKO - 18-3-2018






















































































PRU14: Penegasan Presiden PAS jelas!

JIKA masih ada yang ragu-ragu kononnya PAS akan menjalinkan kerjasama politik dengan BN atau membantu BN mengekalkan kuasanya di dalam PRU 14 ini, maka ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di dalam Ceramah Sempena Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan, malam tadi, 16 Mac 2018, sepatutnya mampu melenyapkan terus perasaan ragu-ragu mereka terhadap PAS ini.
Ini kerana, di dalam ceramah itu, Datuk Seri Abdul Hadi secara jelas, lantang dan terbuka menegaskan komitmen PAS untuk bukan sahaja melawan PH, tetapi juga untuk melawan BN selagi pendekatan “Islam diperintah, bukannya Islam yang memerintah” tidak diubah.
Sama-sama kita hayati petikan ucapan Datuk Seri Abdul Hadi ini sepatah demi sepatah.
“Mereka yang sanggup bersama Islam mesti sanggup menghadapi tentangan dari segenap penjuru. Siapa sahaja menyekat menghalang cita-cita kita, kita lawan.” 
“Pilihan raya ini kita akan lawan Barisan Nasional. Kenapa? Kerana mereka sudah memerintah 60 tahun. Mereka tidak memperkasakan Islam. PAS bersama ketika berjuang untuk kemerdekaan. PAS mendesak bersama meletakkan Islam adalah agama Persekutuan, agama-agama lain diberi hak kebebasan. Bila Islam agama Persekutuan, Islam mesti memerintah. Sekarang Islam tidak memerintah, Islam diperintah. Bukan Islamnya memerintah, Islam diperintah. Ini perbezaan antara PAS dengan Umno dengan Barisan Nasional dengan Perikatan dulu. Selagi pendekatan ni tak diubah, pilihan raya ni kita lawan.”
“Pakatan Harapan, DAP terang-terang menyatakan penentangan terhadap Islam, tak setuju dengan Islam, parti-parti lain yang bersama dengan DAP jadi lembu kenyang, tak berani nak mempertahankan Islam.”
“Maka PAS akan bersendirian dengan rakan-rakan Parti Ikatan, akan bertanding pilihan raya ini secara bersendirian dengan rakan-rakan kita, menentang Barisan Nasional menentang Pakatan Harapan, dengan keyakinan, insya Allah, kalau dapat “simple  majority” boleh memerintah. Ataupun dapat kerusi-kerusi, 40, 50, 60 kerusi, menjadikan kita “king-maker”, semua parti tidak boleh tubuh kerajaan melainkan akan tanya kita, di masa itu kita boleh meletakkan syarat-syarat yang kita mahu, kita ada kekuatan.”
“Untuk mencapai ini, maka Kelantan mesti dipertahankan, Kelantan mesti dimenangkan.” - HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018 

Materialisma masih jadi modal politik Umno-BN

MENJELANG PRU14 yang begitu sangat menghampiri, Umno-BN yang menerajui Kerajaan Persekutuan dan banyak kerajaan negeri seperti rutinnya terus menghamburkan segala umpan material untuk mempengaruhi undi. Umno-BN sejak dahulu telah sedia dikenali akan melaungkan perihal pembangunan, meluluskan segala jenis projek besar dan mega, serta taburan janji yang menggula-gulakan, selain bermacam jenis insentif atau bantuan diberikan. 
Paling melucukan, apabila mengadakan jualan murah dan lelongan ala pasar malam, walhal barangan di pasaran biasa terus mencanak naik tanpa usaha konkrit menanganinya. Malah, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menjadi segala punca tersebut, terus bersungguh dipertahankan pihak Kerajaan BN. 
Mengulas perkara tersebut, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, pendekatan memberikan bantuan di dalam bentuk projek pembangunan dan jualan murah apabila hampirnya tarikh pilihan raya ialah satu pendekatan politik memperhambakan rakyat. 
“Ia hanyalah satu bentuk pemberian umpan untuk terus meletakkan rakyat dalam keadaan menderita untuk tempoh lima tahun berikutnya. Program jualan murah sebagai contoh, dilaksanakan di banyak lokasi di negara ini hanyalah mensasarkan barangan tertentu sahaja dengan kadar perbezaan yang sangat sedikit berbanding dengan harga di pasaran. 
“Isunya, barangan tersebut kekal mahal di pasaran dan terus membebankan rakyat terbanyak. Jika pengunjung jualan murah mendapat kadar penjimatan sehingga RM100 sekalipun, ia tidak membantu untuk mengurangkan kos harga barangan yang semakin meningkat dan barangkali akan terus meningkat untuk tempoh lima tahun berikutnya,” ujar beliau. 
Menurutnya, rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, termasuklah yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, tetapi juga keperluan-keperluan lain untuk keselesaan hidup termasuk kos pendidikan, kos sambungan jalur lebar dan kos kenderaan untuk kegunaan harian.   
Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan itu mengutarakan, perlu untuk disedari bahawa nilai gaji yang diterima di Malaysia juga adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain sebagaimana kenyataan dibuktikan melalui data dikeluarkan oleh International Labour Organisation (ILO) melalui laman BBC. 
“Data tersebut menunjukkan perbandingan nilai gaji antara 72 negara di dunia, di mana kedudukan Malaysia dihimpit antara negara Belarus dan Botswana dan menduduki tangga ke-45. Ia sangat memalukan memandangkan kedua-dua negara ini dikenali sebagai negara-negara pedalaman dan kurang membangun,” bidasnya. 
Fadhli turut membuka isu kelemahan pengangkutan awam di Malaysia yang turut memaksa rakyat negara ini memiliki sekurang-kurangnya satu kenderaan untuk setiap keluarga, namun berbanding gaji diterima, harga kenderaan di Malaysia adalah antara termahal di rantau ini. 
Jelas beliau, harga kenderaan di Malaysia terlalu tinggi berbanding negara luar dan pendapatan purata isi rumah  rakyatnya, di mana terpaksa menanggung dua komponen kos yang perlu dibayar apabila membeli sebuah kereta seperti kos kereta; termasuk keuntungan kepada syarikat automotif dan cukai yang dikenakan kerajaan. 
Bagi kereta diimport pula terangnya, juga mempunyai struktur kos sama, tetapi harganya lebih tinggi kerana terdapat dua komponen kos tambahan kerana dikenakan cukai import 30 peratus dan lesen 'Approved Permit' (AP) yang diperlukan untuk mengimport menyebabkan harganya melonjak. 
“Kita ingin bertanya kepada kerajaan, di manakah janji untuk menurunkan harga kereta yang ditabur sebelum PRU13 yang lalu?” soal Fadhli. 
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid pula menegaskan, pilihan raya sepatutnya mematangkan rakyat mengenai  demokrasi, tetapi amalan BN sejak dari dahulu adalah menurunkan bantuan hanya kerana mahu meraih undi menyebabkan rakyat tidak faham hak mereka sebenar. 
“Bantuan bukan kerana ia hak rakyat tetapi kerana mahu memenangkan pilihanraya. Walaupun ini bukan suatu kesalahan akan tetapi ia mencemarkan demokrasi dan merosakkan minda rakyat. 
“Bantuan dan mengisytihar peruntukan pembangunan dikala pilihanraya adalah amalan rasuah politik yang menjijikkan. Rakyat perlu mendapat haknya bukan sogokkan untuk menghilang sakit sekejap tetapi penyakit sebenar tidak diselesaikan,” tempelaknya.
Terang beliau, minda rakyat akan terus berada dalam sindrom kebergantungan yakni kebergantungan politik yang tidak membina dan jauh dari menyelesaikan masalah.
Katanya, politik BN tidak dilihat murni malah merosakkan menjadikannya politik sogokan dengan meletakkan rakyat di tangan ahli dan parti politik yang sangat manipulatif dan eksploitatif. 
“Kini budaya ini diteruskan kerana BN menggunakan pendekatan "at all cost" dan strategi  Micheavelli iaitu "matlamat menghalalkan cara",” kesali beliau. 
Pertikaian sama turut disuarakan Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Salamiah Mohd Noor yang berkata bahawa pemberian bantuan, projek pembangunan atau jualan murah tidak membantu atau berjaya merubah keadaan rakyat. 
Semua itu ujarnya, adalah umpan atau gula-gula untuk mempengaruhi rakyat agar terus menyokong kerajaan yang korup, namun percaya rakyat kini semakin bijak dalam membuat keputusan disebabkan tekanan dan kesempitan hidup dialami. 
Tegas beliau, masalah harga barang dapat dibendung sekiranya kerajaan menghapuskan GST dan sudah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mempastikan rakyat tidak dibebankan dengan kos hidup yang tinggi. 
“Setahun sekali rakyat dipasang perangkap harga murah, namun hari-hari berikutnya harga barang terus melambung. Rakyat yang tidak terlibat dengan kepentingan politik Umno-BN hampir keseluruhannya tidak sabar lagi mahu memberi mandat pada kerajaan yang baru selepas PRU 14 nanti. 
“Mereka makan sebanyak mana umpan dan tidak sekali-kali menelan mata pancing yang menyebabkan merana 5 tahun lagi,” ujarnya optimis. - HARAKAHDAILY 16/3/2018
Sumber HD - 16-3-2018 

























































































Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) – Hala tuju negara bersama PAS
Posted on Friday, March 16 @ 08:48:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38663



PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menawarkan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) bagi menyelesaikan masalah negara yang membebankan rakyat dan kerajaan, akibat kegagalan melaksanakan konsep warisan penjajah yang dialami oleh semua bekas jajahan takluk, khususnya negara umat Islam.

Islam adalah penyelesaian yang perlu dikemukakan, setelah melihat kegagalan ideologi atau teori ciptaan manusia yang diperjuangkan oleh semua pihak yang hanya mengenali apa yang ditinggalkan oleh penjajah masing-masing.

Islam adalah petunjuk Allah, pencipta alam semesta termasuk makhluk manusia. Petunjuknya adalah sempurna memenuhi naluri atau fitrah manusia yang tidak mampu dipenuhi oleh semua agama dan ideologi lain daripada Islam yang menjadi punca atau sebab kegagalannya.
Firman Allah:


ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١) قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ (٤٢﴾

[الروم: 41-42]



“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (41) Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu 

(yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik". (42)”

(ar-Rum: 41-42)

Al-Quran adalah petunjuk sepanjang zaman. Ini dapat disaksikan kebenarannya terkini apabila seluruh dunia dan manusia menghadapi krisis nilai dan masyarakat, sehingga mencetuskan krisis politik, ekonomi, pentadbiran, moral dan alam sekitar. Puncanya kerana syirik. Bukan sahaja syirik dalam ibadat, namun termasuk juga dalam mencipta penyelesaian sendiri di luar kemampuan sehingga meninggalkan petunjuk Allah yang Maha Rahmat dan Adil terhadap makhluknya.
Firman Allah:


أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٢١

[الشورى: 21]



“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang lain daripada Allah) yang mencipta untuk mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

(as-Syura: 21)


WINS adalah berpandukan acuan Allah daripada petunjuk al-Quran. Firman-Nya:


الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ(٤١﴾

[الحج: 41]



“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat (sembahyang), serta memberi zakat (sumbangan harta atau ekonomi), dan mereka melaksanakan amar maaruf (berkebajikan), serta nahi mungkar (melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar). Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

(al-Hajj: 41)


Ayat ini mengandungi di dalamnya 4 ciri terpenting dalam aspek menegakkan negara sejahtera berkonsepkan ibadah kepada Allah di dalam solat agar manusia memimpin dengan jati dirinya berhubung dengan Allah dan peranan manusia bermasyarakat madani melalui ibadat, khilafah dan amanah untuk melaksanakan syariat:

1.     Mendirikan solat
Mentarbiyah pemimpin supaya sentiasa memohon hidayah Allah setiap waktu yang wajib dan sunat, bagi melaksanakan seluruh kehidupannya bersama hidayah tersebut. Bukan sekadar ilmu dan pengalamannya sahaja dan bukan juga mendirikan masjid tanpa mendirikan solat, tetapi memakmurkan masyarakat yang menghubungkan urusan negara dengan Islam yang sempurna.
Meneguhkan keimanan, bukan sahaja sokongan rakyat melalui pilihan raya yang terdedah kepada kejahilan dan penipuan, tetapi juga beriman kepada kewajipan daripada Allah yang ada perhitungan dosa dan pahala.

Ini sangat berbeza dengan ideologi yang dipisahkan daripada urusan agama yang bukan maksudnya daripada kalimah al-Din dan juga berlainan dengan agama-agama dan ideologi yang tidak sempurna tanpa politik, ekonomi dan urusan kemasyarakatan.

Menafsirkan perkataan Islam sebagai agama persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan perkataan al-Din mengikut istilah yang merdeka daripada penjajah kerana Islam adalah sempurna dan merangkumi urusan agama dan ideologi.

Maka negara sejahtera bercirikan ayat al-Quran yang disebutkan di atas dan menghubungkan politik kepada iman atau aqidah yang diikat dengan sentiasa beribadat kepada Allah melalui ikatan solat yang diucapkan dengan bacaan:

الحمد لله رب العالمين

“Segala pujian itu bagi Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam semesta”
Mewajibkan patuh kepada syariat Allah dengan ikhlas dalam segala urusannya, termasuk juga mentadbir negara selepas bersolat. Dilafazkan di dalam solat itu:


إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين



“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku semata-mata kerana Allah Pencipta dan Mentadbir Alam”


Setiap calon PAS diwajibkan baiah yang menjadi sebahagian daripada rukun politik Islam. Politik yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan perintah Allah daripada Al-Quran. Para ulama’ dan ilmuan Islam yang setia dan beramanah mewarisi cara pelaksanaan Rasulullah S.A.W, menetapkan ketaatan (kepatuhan) dan wala’ (kesetiaan) mutlak kepada Allah dan Rasul yang menjadi aqidah perjuangannya sehingga ketaatan rakyat terhadap pemimpinnya bersyaratkan tidak menderhakai perintah Allah dan Rasul.

Ini berbeza dengan kalangan yang memperkecilkan baiah sehingga boleh melakukan apa sahaja. Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ (١﴾

[المائدة: 1]



“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian (termasuk perjanjian syahadah dan baiah)”.

(al-Maidah: 1)
Firman Allah:


إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا(١٠﴾

[الفتح: 10]



“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan baiah (memberi pengakuan taat dan wala’ (setia) kepadamu (wahai Muhammad S.A.W), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya, maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”

(al-Fath: 10)

Selain itu, dikaitkan baiah dengan iman atau aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat supaya melaksanakan konsep adil terhadap masyakat majmuk yang berbilang bangsa, agama dan sikap terhadap kerajaan. Tegasnya, adil terhadap seluruh rakyat tanpa mengira penyokong kerajaan atau pembangkang, kerana semuanya adalah sebahagian daripada negara.
Firman Allah:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (٨﴾

[المائدة: 8]



“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(al-Maidah: 8)


Rasulullah S.A.W melakukan baiah apabila memerintah negara, dan dikuti oleh pemerintah Islam dan parti Islam yang menyambung perjuangannya.

Setiap calon PAS yang beragama Islam sebelum berbaiah, hendaklah lebih dahulu diluluskan oleh Majlis Syura Ulama secara jamaie selepas diketahui peribadinya secara terperinci daripada semua sumber maklumat sekadar kemampuan.

Kenyataan pihak kerajaan di Parlimen menyebut bahawa kerajaan PAS khususnya di Kelantan yang paling lama memerintah, bersih daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini menunjukkan kejayaan aspek tarbiah dan baiah dalam membina jati diri dan syakhsiah pemimpin kerajaannya.

2.     Konsep ekonomi yang adil (zakat)
Ekonomi menyumbang kepada negara dan masyarakat. Salah satu ciri terpenting yang menjadi rukun negara sejahtera adalah melaksanakan konsep ekonomi yang adil dan mewajibkan zakat kepada penganut Islam sahaja yang merupakan ibadat harta daripada mereka yang berada dan berkemampuan.

Konsep ini menjadi petunjuk dalam aspek percukaian yang diwajibkan ke atas mereka yang mampu sahaja. Tidak menyekat kekayaan seperti teori sosialis dan komunis dan tidak bebas sehingga berlakunya kekayaan yang berpusing di kalangan orang yang tertentu sahaja yang menjadi penyakit teori liberal kapitalis.

3.     Negara Berkebajikan (amar maaruf)
Amar Makruf adalah konsep Negara Berkebajikan yang berbeza dengan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Berkebajikan itu merangkumi seluruh kehidupan manusia yang berhubung dengan Allah, diri, keluarga dan masyarakat sehingga melibatkan kerajaan dan rakyat menunaikan tanggungjawab dalam seluruh kegiatan kerajaan dan masyarakatnya yang melibatkan jasad, roh, ilmu dan akhlak.

Dalam bidang ekonominya berpandukan firman Allah:


 كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (٧﴾

[الحشر: 7]



“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).”

(al-Hasyr: 7)


Contohnya GST adalah cukai darurat ekonomi apabila berada dalam keadaan darurat. Adakah ekonomi kita dalam keadaan darurat?

Sebelum itu, hendaklah mengurus hasil tanpa cukai dengan baik, zakat dan cukai dikenakan kepada yang melibatkan kalangan yang berkemampuan terlebih dahulu, serta tidak berlakunya ketirisan atau salah laku tanpa membebankan rakyat termiskin, kerana kesan GST berlakunya inflasi.

4.     Kehaibatan undang-undang tarbiyah (Nahi Mungkar)

Konsep Nahi Mungkar dengan maksud yang luas, bukan sahaja melaksanakan undang-undang yang punya kehaibatan mendidik masyarakat dan bukan sekadar menghukum sekeras-kerasnya seperti Hudud, Qisas dan Takzir, tetapi dengan syarat-syarat yang sukar bagi menjatuhkan hukuman dengan memilih bertaubat atau hukuman Takzir yang ringan lebih digalakkan. Namun undang-undangnya memberi kesan rohani kepada penjenayah atau bakal penjenayah. Hanya kalangan yang mengambil hasil haram daripada penjenayah juga menentangnya.

Nahi Mungkar juga adalah kebebasan bersuara oleh semua pihak terhadap kerajaan dan jenteranya, bukan sahaja oleh kalangan yang dinamakan pembangkang, tetapi pihak dalam kerajaan sendiri boleh membangkang dan juga rakyat umum.

Ditegaskan dengan penubuhan badan yang dinamakan hisbah di bawah kuasa perundangan untuk melakukan muhasabah terhadap pemimpin kerajaan, jentera kerajaan dan kegiatan rakyat dalam segala lapangan.

5.     Akhirnya Wawasan Sejahtera (ولله عاقبة الأمور)

Berkeyakinan bahawa penyelesaian Islam itu pasti memberi kemenangan dan kejayaan dalam kehidupan dunia sehingga menerima ganjaran di Hari Akhirat yang kekal abadi berpandukan firman Allah:

فَآتَاهُمُ اللَّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الْآخِرَةِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ(١٤٨﴾

[آل عمران: 148]



“Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.

(ali-Imran: 148)
Firman Allah:


يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١٢) وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ (١٣﴾



[الصف: 12-13]

\

“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (12) Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya di alam dunia). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (13)” 

(as-Saff: 12-13)


Mewajibkan keyakinan kepada Wawasan Sejahtera bersama Islam yang jauh dan luas kerana lapangannya daripada dunia sehingga akhirat, menggantikan Wawasan 2020 di Malaysia atau Wawasan 2030 di negara arab yang diperkenalkan kini, yang pasti gagal di dunia sebelum akhirat kerana salah kiblat politik walaupun betul kiblat solatnya, yang diakibatkan daripada ideologi kanan dan kiri walaupun diubah kepada pragmatik.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Jamadil Akhir 1439 / 15 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 15/3/2018
Sumber TKO - 15-3-2018

Ajaran Islam perihal diam

ORANG Mukmin diperintahkan agar memelihara lisan:
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam."
(HR Al-Bukhari)
Termasuk perkataan yang baik adalah berkata benar, mencegah kemungkaran dan tidak menjadi saksi palsu.
Sabda Nabi S.A.W lagi:
إِنَّ أَفَرَى الفِرَى أَنْ يُرِي عَيْنَيْهِ مَا لَمْ تَرَيَا
“Sesungguhnya kedustaan yang paling berat ialah apabila seseorang mengemukakan kesaksian terhadap hal yang tidak di­saksikannya.”
(HR Al-Bukhari)
Begitu aneh manusia. Kita mengambil masa sekitar dua tahun untuk belajar bertutur. Tetapi, kemungkinan kita memerlukan seumur hidup untuk belajar menahan diri daripada berbicara perkara yang tidak perlu.
Kata Ibnu Rajab:
“Tidak ada perkataan yang bersifat pertengahan antara bicara dan diam. Kemungkinan yang ada ialah, suatu ucapan merupakan kebaikan sehingga kita diperintahkan untuk mengatakannya. Kemungkinan yang lain pula, suatu ucapan mengandungi keburukan sehingga kita diperintahkan untuk diam.”
(Jami'ul Ulum wal Hikam)
Kita perlu menyedari kekurangan kita selaku manusia biasa. Tidak semua perkara berada di dalam pengetahuan kita. Maklumat kita terbatas. Oleh kerana itu, Islam memberi panduan khusus berkenaan pendirian seorang Mukmin terhadap perkara yang tidak diketahuinya.
Diam. Orang yang suka menunjuk-nunjuk pengetahuannya seringkali terbabas hingga mempamerkan pula kejahilan dirinya. Adakah seorang Muslim diwajibkan untuk mengulas setiap isu yang berlaku? Tidak. Akan tetapi, kita pasti akan disoal atas setiap kata-kata dan perbuatan kita.
Allah S.W.T berfirman:
وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempu­nyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung­jawabannya.”
(Al-Isra': 36)
Empat pendapat berkenaan ayat:
1.     Ibnu Abbas mengata­kan bahawa makna 'la taqfu' ialah 'la taqul'. Janganlah kamu mengatakan.
2.     Al-Aufi
Janganlah kamu menuduh seseorang dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuan berkenaannya.
3.     Muhammad bin al-Hanafiyah
Makna yang dimaksudkan ialah kesaksian palsu.
4.     Qatadah
Janganlah kamu mengatakan bahwa kamu melihatnya, padahal kamu tidak melihatnya. Atau kamu katakan bahawa kamu mendengarnya, padahal kamu tidak mendengarnya. Atau kamu katakan bahawa kamu mengetahuinya, padahal kamu tidak mengetahui. Kelak Allah S.W.T akan meminta kamu bertanggungjawab berkenaan hal tersebut secara keseluruhan.
Kesimpulan pendapat mereka, Allah S.W.T melarang hamba-Nya mengatakan sesuatu tanpa pengetahuan, bahkan melarang pula mengatakan sesuatu berdasarkan sangkaan semata-mata. Berbeza pula bagi mereka yang mempunyai ilmu, mereka diperintahkan untuk menyampaikan kebenaran.
Pesan Imam Ahmad bin Hanbal:
إذا سكت العالم تقية، والجاهل يجهل، فمتى يظهر الحق؟
“Apabila orang yang alim berdiam diri kerana taqiyah (play safe), dan orang jahil terus jahil, bilakah lagi kebenaran itu akan tertegak?”
Maha benar Kalamullah:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُواْ الألْبَابِ
“Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”
(az-Zumar: 9)
SOFIA ALWANI ALI
14 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 14/3/2018
Sumber HD - 14-3-2018 

Zahir PAS dekati kerajaan, tapi perasaan PH bersekedudukan BN

SAYA tidak akan sekali-kali menafikan dakwaan PAS kini lebih lunak dengan kerajaan. Pimpinan PAS memang kerap menyertai program anjuran kerajaan berbanding dahulu. PAS juga mengambil sikap tidak menyerang kerajaan semberono tanpa fakta dan bukti. Selain itu PAS banyak berbincang dengan kerajaan serta mencadangkan beberapa perkara untuk penambahbaikan pentadbiran negara, dan sebahagiannya telah pun diimplementasikan oleh kerajaan. 
Hal ini kerana PAS memperkenalkan atau dalam bahasa lebih tepatnya mendokumentasi dan menguatkuasakan konsep politik baharu yang dikenali sebagai Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS). Politik ini bercanggah dengan budaya politik konvensional yang menganggap kerajaan sebagai musuh pembangkang. BPMS juga menolak budaya politik untuk tujuan berebut kuasa semata-mata. 
Presiden PAS pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersedia menjadi penasihat yang bebas kepada kerajaan. PAS sedia untuk dijemput ke mana-mana agensi mahupun jabatan yang kebuntuan dalam mencari solusi merawati penyakit negara. Ini kerana PAS memiliki anggota dari berbagai profesion dan kepakaran. Tetapi tidaklah bermaksud PAS mendamba posisi khusus dalam kerajaan. PAS lebih selesa sebagai badan pengimbang kepada kerajaan. 
Walau bagaimanapun, PAS sehingga kini masih belum memiliki apa-apa hubungan rasmi dengan mana-mana parti pemerintah. PAS membentuk tahaluf bersama parti dan NGO dalam pakatan Gagasan Sejahtera (GAGASAN). Dengan erti kata lain, PAS menolak untuk bergabung sama ada dengan BN mahupun PH kerana kedua-duanya pada masa ini tidak menepati syarat yang diharuskan untuk bertahaluf menurut ijtihad Majlis Syura Ulamak PAS. 
Apa yang pelik, puak-puak PH daripada pemimpin tertinggi hinggalah yang bertaraf macai semuanya memutar belitkan pendirian PAS ini sebagai helah untuk bergabung dengan Umno. Dimainkan siang dan malam dengan harapan berjaya memperbodohkan rakyat dengan persepsi jahat. Setiap kali berucap sama ada di Parlimen, pentas ceramah, wacana, mahupun dalam tulisan, pasti elemen UG diselitkan. 
Hakikatnya, hati dan jiwa PH lebih dekat dengan BN. Walaupun mereka tampak bermusuh, tapi dari segi perangai dan perilaku, mereka ibarat adik beradik kembar. Berikut antara sikap mereka yang boleh dijadikan contoh: 
i)     BN dan PH kedua-duanya tidak bersih dari siasatan SPRM. Mengikut dakwaan agensi pencegahan rasuah itu, 71 orang pemimpin BN dan 21 dari PH dalam siasatan mereka antara 2013 hingga 2017. PAS pula 0. 
ii)     BN dan PH kedua-duanya menukar Dewan Rakyat menjadi medan maki hamun, mencarut dan haru-biru. Bodoh, bangang, bacul, apa sahaja ayat yang tidak melambangkan moral dan nilai Timur boleh didengari di Parlimen. Macam reban ayam pun ada dibuatnya. Tetapi PAS boleh menukar Dewan Rakyat menjadi bilik kuliah dan wacana ilmiah. 
iii)     BN dan PH kedua-duanya berkongsi matlamat menjatuhkan PAS di Kelantan. Isu Pasar Pasir Puteh digunakan kedua-dua mereka untuk memburukkan kerajaan negeri. Mengikut kenyataan Timbalan Menteri Besar, kebanyakan peniaga yang berdegil adalah penyokong Umno. Tetapi PAN turut menumpang mereka atas tujuan yang sama. 
iv)     BN dan PH kedua-duanya tidak serius dalam isu perundangan Islam. RUU355, RUU164, isu murtad, kita boleh lihat ketidak konsisten kedua pihak ini walaupun majoriti pemimpin mereka dari kalangan orang Islam. Begitu takut dengan ugutan sebahagian bukan Islam yang tidak mahu Islam dimartabat. 
v)     BN dan PH kedua-duanya suka guna pendekatan lompat parti dan curi kerusi. 
Masa pilihan raya bertanding atas tiket parti A, tetapi lepas pilihan raya suka-suka hati tukar parti pula. Tetapi PAS sangat tidak bersetuju dengan sikap tak bermoral dan tidak menghormati pengundi ini. PAS mendesak supaya akta anti lompat parti diperkenalkan. 
vi)     BN dan PH kedua-duanya mengakui GST cukai paling efisyen. Keduanya tidak mahu memansuhkan akta GST. Cadangan PH hanya mahu mengenakan kutipan pada kadar 0 peratus, dan berkemungkinan akan dinaikkan dari semasa ke semasa. Cadangan terbaharu PH, mengembalikan cukai SST yang sudah dimansuhkan kerajaan, tetai masih tidak jelas apakah akta GST akan dimansuh. 
vii)     BN dan PH kedua-duanya memiliki pemimpin yang berperanan seperti badut. Menghiburkan pemerhati politik. Kalau BN ada Ahmad Maslan, PH ada Hanipa Maidin. 
viii)     BN dan PH kedua-duanya menuduh PAS mempergunakan agama. Tetapi hakikatnya mereka sendiri mempergunakannya. BN sudah pandai bercakap bab taat, wala, yahanana, dan berhasrat tubuh Dewan Ulama. PH pula befatwa berdosa undi PAS. DAP yang sekular itu pun lantik agamawan untuk urus isu agama. 
Banyak lagi contoh yang boleh menunjukkan perkongsian hati dan jiwa kedua gabungan parti politik ini. Walaupun mereka tampak bergaduh, tetapi dari dimensi lain mereka sebenarnya begitu dekat. Benci tapi rindu. 
Kata orang, biasanya yang selalu bergaduh akhirnya akan berkahwin. Maka tak mustahil kalau keadaan mendesak, kedua anjing dan kucing ini boleh berkahwin selepas PRU14 nanti. Politik itu seni seribu kemungkinan. 
27 Jumadal Ukhra 1439
14 Mac 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 14/3/2018
Sumber HD -14-3-2018 



Ler! Roboh pasar jer, ingat kan roboh masjid dan bunuh rakyat!
Posted on Wednesday, March 14 @ 07:14:16 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38626



Assalamualaikum,,

Melompat lompat macai piss liberal dengan berita sensasi yang dimuat naik oleh FB  dan youtube  Pan kuali Pink tentang rakyat Kelantan mengamuk kerana Masjils Daerah Pasir Puteh roboh pasar besarnya.PAS dikatakan lebih jahat dari zionis yang mengganas di Gaza.Cuma yang tak disiarkan  oleh FB PAn kuali pink dan youtube ialah berapa ramai rakyat Kelantan terkorban dalam keganasan yang lebih jahat dari zionis tu.Saya cuba menelitinya tetapi yang saya jumpa ialah taklah seburuk yang dikatakan oleh Pan kuali Pink dan macai pissnya.

Pasar yang dirobohkan itu rupanya pasar lama Pasir Putih yang sudah diganti dengan pasar baru Siti Khatijah dan membuat kecoh itu pula hanya beberapa peniaga yang konservertif yang enggan menerima perubahan dan enggan berpindah.Urusan perobohan itu pula hanya satu dari keputusan pengurusan bandar yang sudah ada susun aturnya, bukan bertujuan untuk menzalimi mana mana pihak.

Kalau ada pihak yang enggan menerima perubahan, itu lumrah di mana mana pun dan kekecohan kecil itu tidak dapat dielakkan dalam mana mana urusan pengurusan  berkaitan perubahan, tak perlu dikecohkan.Tapi kalau ada yang cuba menayangkan wayang seolah olah itu satu kezaliman,secara mudahnya dapat difahami dilakukan oleh pihak pihak berkepentingan.Kepentingan dalam kes ini mungkin boleh dimenafaatkan sebagai bahan kempen PRU yang makin hampir.Tapi isu tidak akan jadi besar kalau sekadar kekecohan kecil itu tidak diperbesarkan.Diperbesarkan dengan menyamakan tindakan ganas zionis dengan tindakan Kerajaan PAS ini.Cuma Pan kuali Pink dan macai pissnya lupa nak senaraikan senarai rakyat yang terkorban seperti mana senarai korban Memali.

Yang saya nampak lagi, yang dikatakan mengamuk itu bukanlah rakyat Kelantan tapi segelintir sama ada rakyat yang konservertif yang diambil peluang oleh Pan kuali Pink, atau penyokong Pan Kuali Pink sendiri. Kekecohan yang dibuat oleh penyokong parti perkara biasa terutama menjelang PRU ni.


BPMS pula  menyebut untuk kepentingan ramai dan bersama, seharusnya ada tolak ansur.Kerajaan Kelantan sudah pun menyediakan Pasar ganti yang baru dan Majlis Daerah pula sudah mengeluarkan noits untuk mengosongkan Pasar lama yang sudahpun termasuk dalam perancangan bandar, maka sepatutnya kekecohan tersebut diselesaikan secara baik dan itulah yang dilakukan oleh pihak kerajaan PAS dan seterusnya BPMS mengajar agar parti parti politik baik dari kerajaan atau pembangkang tidak seharusnya mengambil peluang untuk menjadikan bahan kempen mereka.Itu sebenarnya BPMS, bukannya alat untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada mereka yang berfikiran liberal dan tidak mahu mendengar peringatan ugama.

Sumber TKO - 14-3-2018


Setiausaha agung Pas yang sokong GST
Posted on Wednesday, March 14 @ 07:12:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38625




Hari ini tiada sesiapa yang menuduh Pas sokong GST. Ia tidak lain dan tidak bukan suatu unggapan dan pengakuan  setiausaha agung sendiri.

Unggapan itu keluar dari mulut  Datuk Takiruddin Hassan sendiri bahawa GST baik bagi kerajaan satu Malaysia yang di terajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Oleh itu, bukan perkara pelik dengan mereka yang menuduh pas menyokong GST cukai yang diharamkan Pas.


Memang betul pas parti yang awal mengisytiharkan GST haram dan bercanggah dengan Islam. GST bukan haram dan bercanggah dengan islam,  

cukai itu adalah cukai yang melampau, kerana zakar hanya 2.5 peratus sahaja. Ia untuk mereka yang mampu dan layak.

Cukai GST tiada sesiapa yang dikecualikan . semua rakyat jelata kena bayar 6 sen apabila berbelanja.
Yang peliknya orang mati pun kena cukai juga apabila membeli peralatan peralatan untuk menkapankan sia mati.

Jadi tidak menjadi perkara pelik apabila ada orang kata pas sokong GST yangharam dan bercanggah dengan Islam.

Lebih lebih lagi presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pernah menyokong GST dan berkata baik untuk tambah hasil pendapatan negara.

Apakah sokong an Datuk Seri Haji Abdul Awang , tiada kena mengena dengan parti Pas atau kenyataan beliau hanya kenyataan peribadi tiada kaitan langsung dengan parti yang diterajuinya.

Apakah sokongan setiausaha agung Pas juga merupakan kenyataan peribadi yang memang tidak ada kena mengena dengan parti pas.

Atau cakap cakap presiden dan setiausaha agung itu hanya helah dalam arena politik pas kini yang mengambil pendekatan tidak kasar dan keras dengan parti lawan.

Helah dalam politik diharuskan islam untuk mengelirukan pihak lawan. Tapi helah yang dibuat itu tidak mengeliru ahli akar umbi.

Apakah kata kata GST baik untuk kerajaan dan GST baik untuk tambah hasil pendapatan negara itu sebagai helah untuk mengelirukan lawan?

Macam mana boleh berkata GST baik, sedangkan ia haram dan bercanggah dengan islam dan telah diputusakan oleh Dewan Ulamak pas pusat pada  tahun 2013.

Barangkali Dewan ulamak pas pusat bukan badan yang berautoriti berbanding syura ulamak, maka bolehlah setiausaha agung bercakap menyokong GST yang haram itu sebagai helah dalam politik.

Yang peliknya mengapa ahli parlimen Pas Kuala Nerus Datuk Khairuddin Aman razali  buat kenyataan. Saya sangat pelik dengan mereka yang menduduh pas menyokong GST.

Mereka bukan menuduh, mereka berkata berdasarkan kata kata  yang keluar dari mulut Datuk Takiruddin Hassan,setiausaha agung Pas Pusat baru baru ini.

Mereka berkata berdasarkan kata kata yang ucapkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang tidak lama dahulu.

Ingat, IQ ahli akar umbi macam langit dengan bumi berbanding dengan IQ pucuk kepimpinan parti.
Kalau IQ ali akar umbi macam IQ Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sudah lama pas memang dan memerintah Malaysia ini.

Oleh itu awas dengan cakap cakap helah politik para pemimpin yang sering disalah ertikan ahli akar umbi agar mereka tahu dan tidak keliru lagi.


Sumber TKO - 14-3-2018 



SPRM tidak siasat sebarang pemimpin PAS
Posted on Tuesday, March 13 @ 17:13:25 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38622



Di sebalik pelbagai dakwaan kononnya pemimpin PAS “makan dedak”, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata SPRM tidak menyiasat seorang pun pemimpin parti itu sepanjang tempoh 2013 hingga tahun lalu.

Merujuk jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, sebaliknya beliau berkata daripada 92 pemimpin politik yang disiasat itu, 71 terdiri daripada pemimpin BN manakala baki 21 adalah pemimpin Pakatan Harapan.

“Menariknya dalam tempoh 2013 - 2017 tak ada seorang pun pemimpin PAS yang disiasat SPRM.
“Ringkasnya BN - 71, HARAPAN - 21 dan PAS - 0. Kenyataan rasmi dari menteri bertanggungjawab ini membuktikan nilai integriti dan kejujuran tinggi yang dimiliki pimpinan PAS,” mkatanya dalam satu kenyatan yang disiarkan dalam Harakahdaily.

Menurut Azman, Low juga menafikan dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bahawa SPRM bertindak secara terpilih dan berat sebelah dalam mengambil tindakan.
Buktinya, kata beliau ramai pemimpin BN juga disiasat.

Tidak jalankan tugas

Menurut pemimpin PAS itu, parti itu telah mentadbir Kelantan hampir 28 tahun, jauh lebih lama daripada PKR dan DAP mentadbir Selangor dan Pulau Pinang.

“Di sebalik pelbagai dakwaan kononnya pemimpin PAS makan dedak itu dan ini, penyelewengan di sana dan di sini tapi faktanya bukan setakat tak ada pemimpin PAS yang disabitkan bersalah dengan tuduhan rasuah, malah yang disiasat pun tak ada.

“Dalam tempoh 28 tahun (PAS mentadbir Kelatan) masakan tak ada walau seorang pun anggota pentadbiran negeri sama ada MB, exco, wakil rakyat atau pegawai kanan kerajaan yang disiasat oleh SPRM,” katanya.

Azman berkata adalah tidak logik bagi mengatakan SPRM di Kelantan tidak menjalankan tugas mereka sedangkan pejabat SPRM Kelantan tersergam dengan dua blok bangunan tinggi di Jalan Sultan Yahya Petra Kubang Kerian.

“Adalah tak logik kompleks sebesar itu tak ada kakitangan SPRM bertugas. Kalau ada kakitangan, maka lagi tak munasabah mereka hanya datang punch card dan kemudian tidur tanpa buat kerja.
“Bila SPRM buat kerja tapi tak ada tangkapan, ia bermakna tak ada kes! Ini sifir kira-kira yang sangat mudah.

“Di antara parti-parti politik yang ada di Malaysia, parti manakah yang paling layak untuk bercakap soal integriti dan ketelusan? Khalayak mampu menghakimi dengan mudah,” katanya.

Sumber TKO - 13-3-2018

































































































Kenapa Saya Bersama Parti PAS?
Posted on Tuesday, March 13 @ 00:01:23 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38602



Kalau kalian melihat kelemahan PAS
percayalh saya juga melihatnya...
Kalau saya melihat kelebihan PAS
Saya percaya kalian juga melihatnya..

Jd knpa sy memilih Bulan purnama ini?
kalian tidak atau masih ragu2?

Ketahuilh Parti @ jemaah hanyalh bagai sebuah masjid
Samada kalian mahu memilih masjid lain
tidak mahu sembahyang brjemaah
Mngimarahkn masjid2 ini..

atau dlm kata lain Parti & Jemaah hanyalh sbg ‘wasilah’(cara)
yg akan menghidupkan Islam didalamnya mahupun dikelilingnya (matlamat)

Didlm setiap masjid pasti ad berbagai2
ad yg warak, alim. mentah, bru blajar, anak kecil yg nakal tidak matang mmbuat bising. ada yg kaya, ad yg susah. malah didlmnya ad celupar, perompak yg mencuri selipar, mencuri tabung,

Tidak bermakna kita setuju dlm setiap prkara..menghadapinnya brgantung pd kbijaksanaan kepimpinan pengurusan masjid.
Tetapi sekali lg tidak brmakna kita setuju wlaupun dgn cara pengurusan...

bagitu juga org kecil menghadapinya menggunakan kebijaksanaan org kecil

Penting bila kita smbhyg ialah KIBLAT, ap kiblat jemaah kita?
atau hala tuju atau matlamat atau ap yg kita sembah? apakah kiblat parti @ jemaah?

itulah ‘Dasar’ parti @ jemaah itu utk kita brsama

Umpama mahu kenal Islam jgn dilihat pd orgnya. org Islam pasti buat silap,pengganas dll. adakah itu Islam?

Jika nk kenal Islam lihat pd dasar Islam iaitu 'AL-Quran & As-Sunnah'
belajar: ‘melihat dengan pandangan yang betul’

Pastinya jika org Islam buat slh kita tunjuk semula Quran & As-Sunnah
mrk akan salah krn brtentangan dgn dasarnya sndri.

Tetapi kalau dasarnya sendiri sudah salah, kiblatnya dah kearah lain, jika kita cuba ubah kiblatnya akhirnya mrk kembali kepada kiblat mereka.

jika kiblatnya krn bangsa sudah tentu kroni mrk bukanlh satu kesalahan. Jika kiblatnya libralisma lgbt bukan satu kesalahan.

tanya jemaah atau parti kemana kita berkiblatkan?

Ketahuilah negara kita trletak ditengah2 laluan prdagangan dunia malah begitu kaya dgn sumber minyak ladang dll.

adlah X mnghairankn utk mmbawa kemajuan jika bandingkn Singapore.
Hnya mmerlukn sedikit Keazaman, pngurusan yg amanah bijaksana, srta Dasar Kiblat/matlamat dibawa

Saya bersama PAS kerana ‘dasar’nya semata Islam bukan kerana orangnya.
sama2 membantu kelemahannya dan menyerlahkan matlamat kekuatannya
detik PRU14 semakin hampir


XOXO - Yang bersama PAS masih bersama Jamaah Islam demi menegakkan Islam, yang dah keluar mencari kemenangan yang mudah dan cepat terpengaruh dengan janji duniawi akhir Islam anutannya dipinggirkan..

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 13-3-2018

Jangan Layah Fitnah HARAPAN & PAN yang Penting PAS Kena Bersiap Untuk Jatuhkan BN
Posted on Monday, March 12 @ 21:59:11 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38601



Semangat pemuda Pas Kg Tok Dir pada petang jumaat mengisi masa yang terluang untuk menyiapkan Markaz dan membuat persediaan untuk PRU1. Mereka tidak menghiraukan fitnah BODOH puak HARAPAN dan PAN kononnya PAS nak UG dengan UMNO.











Sumber TKO - 12-3-2018

Praktis hisbah: Adil vs Asabiyah

ADIL
Sistem kasta bercanggah dengan ajaran Islam. Budaya melindungi golongan pembesar dan aristokrat merupakan budaya puak jahiliah yang mesti ditolak. Saidatina Aisyah R.A meriwayatkan sebuah hadis:
أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ المَرْأَةِ المَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ ، فَقَالُوا : وَمَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ فَقَالُوا : وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ ، حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ؟! ) ، ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ ، ثُمَّ قَالَ : ( إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ ، أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ ، وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا.
”Suatu hari, kaum Quraisy merasa khuatir apabila berlaku kes kecurian yang dilakukan oleh bangsawan Bani Makhzum. Setelah berbincang, mereka bersetuju mengutus Usamah bin Zaid untuk merayu kepada Rasulullah S.A.W agar meringankan hukuman. Usamah dipilih sebagai wakil kerana beliau merupakan ahli keluarga angkat, kesayangan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau cuba berunding agar diringankan hukuman si pencuri tersebut, wanita dari Bani Makhzum.
“Tetapi Baginda membantah dengan tegas, sabda Nabi SAW, "Adakah engkau mahu meminta bantuanku dalam urusan hudud Allah?"
“Baginda bangun lalu menyampaikan ucapan Baginda, "Sesungguhnya faktor kehancuran kaum sebelum kalian adalah kerana sikap selektif mereka. Apabila seorang yang berkedudukan dalam kalangan mereka mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila yang mencuri merupakan orang biasa daripada kelas bawahan, tiba-tiba mereka menegakkan hudud Allah. Demi Allah! Sekiranya benar Fatimah binti Muhammad mencuri, tetap akan kupotong tangannya."”
(HR Bukhari dan Muslim)
Membeza-bezakan hukuman terhadap pesalah bukan daripada ajaran Nabi Muhammad S.A.W. Orang biasa ditangkap dan dibelasah, manakala "VIP" disorok dan diberi keistimewaan. Jika benar kita mengikuti ajaran Islam, pesalah tetap kita adili tanpa menghiraukan pengaruh kedudukan dan pangkatnya. 
Asabiyah
Selain kasta, asabiyah juga merupakan salah satu bentuk selektif dalam menegakkan keadilan. Bertentangan dengan kebenaran Islam. Mempertahankan seseorang atas dasar fanatik kepuakan semata-mata. Asal satu parti, yang salah pun dipejam sebelah mata.
Betapa banyak hadis menceritakan tentang asabiyah, menunjukkan amaran Nabi S.A.W dan keprihatinan generasi Sahabat R.A yang bertanya. Kerana takwa, tidak mahu terjerumus ke dalam kancah jahiliah. 
Hadis pertama: Sayang semata-mata bukan bererti asabiyah, asabiyah itu apabila seseorang mempertahankan kejahatan kumpulannya:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ؟ قَالَ : لَا، وَلَكِنْ مِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ.
“Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah apabila seseorang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda S.A.W: 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam perkara kezaliman."
(Sunan Ibn Majah)
Hadis kedua: Mati ketika mempertahankan kebatilan termasuk dalam mati jahiliah:
مَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو عَصَبِيَّةً أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ
"Barangsiapa terbunuh kerana membela bendera kefanatikan yang menyeru kepada asabiyah atau mendukung asabiyah, maka matinya seperti mati jahiliah.”(HR Muslim)
Hadis ketiga: Nabi tidak mengaku umat, mereka yang bersikap asabiyah:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
"Bukan termasuk golongan kami orang yang mengajak kepada asabiyah, bukan termasuk golongan kami orang yang berperang kerana asabiyah, dan bukan termasuk golongan kami orang yang mati kerana asabiyah.”(HR Abu Dawud)
Ringkasnya, amalan membela kesalahan puak sendiri merupakan ajaran jahiliah yang ditegah Nabi S.A.W. Sekiranya kita berdegil untuk tetap mempertahankan kesalahan atas nama "setia kawan atau satu parti", bersiap sedialah dengan ancaman yang disebutkan tadi. Sudahlah mati di dalam jahiliah, Nabi pula tidak mengaku umat. 
Hisbah
Sistem hisbah merupakan ciri istimewa yang ada pada sistem pentadbiran Islam. KhilafahDaulahJamaah atau sekecil apa pun organisasi Islam tersebut, mesti diwujudkan sistem hisbah. Ianya merupakan kewajipan pentadbiran Islam. Keunikan ini yang membezakan sesebuah organisasi Islam dengan organisasi yang lain. Tidak seperti sistem teokrasiautokrasi mahupun aristokrasi yang bersifat kuasa mutlak, kuku besi dan veto.
Nabi S.A.W menegaskan bahawa, kewajipan amar makruf dan nahi mungkar ini perlu dipikul semua lapisan masyarakat. Pemerintah dan rakyat, pemimpin dan pengikut, guru dan anak murid. Hisbah dilaksanakan pada zaman Nabi S.A.W, diteruskan Khalifah Abu Bakar R.A dan ditingkatkan pelaksanaannya oleh Amirul Mukminin Umar al-Khattab. Berikut merupakan contoh yang menjadi praktis ketika era keemasan Saidina Umar R.A.
Hisbah dan pantauan pemerintah terhadap wakil Khalifah/Sultan/Presiden
Saidina Umar bukan sahaja melantik wakil terbaik dan berkelayakan, beliau malah melaksanakan hisbah terhadap para Gabenor beliau. Kata Saidina Umar, "Lebih baik aku memecat setiap hari daripada aku membiarkan seorang yang zalim satu masa yang singkat." 
Hisbah terhadap khalifah sendiri
Seorang pengadu melaporkan kesilapan Saidina Ali bin Abi Talib terhadapnya, lalu Saidina Umar bertindak menjadi hakim. Umar berkata kepada Ali, "Wahai Abu al-Hasan, samakan kedudukan dengan lawanmu!" Tiba-tiba Ali menunjukkan wajah marah terhadap Umar. 
Setelah selesai memberi keputusan dan sama-sama berada di majlis yang lain, Umar bertanya kepada Ali, "Kenapa tadi nampak marah? Adakah kerana aku menyamakan kedudukanmu dengannya?" 
Ali menjawab, "Tidak! Tetapi aku marah kerana engkau memanggilku dengan Abu al-Hasan (panggilan sanjungan), sedangkan engkau tidak memanggil namanya seperti memanggilku." 
Khalifah Umar terus mencium kepala Ali dan berkata, "Allah tidak menyelamatkan aku di dunia ini kalau tidak ada Abu al-Hasan." 
Amru bin al-Aas dimarahi
Suatu ketika, Abdul Rahman bin Umar al-Khattab dan rakannya tersilap meminum arak. Tidak diketahui minuman itu merupakan arak. Walaupun demikian Abdul Rahman meminta supaya Amru al-Aas menjatuhkan hudud terhadap dirinya dengan sebatan dan dicukur kepala kerana merasa bersalah. Amru melaksanakan hukuman itu di rumah, bukan di khalayak ramai. 
Apabila berita ini sampai kepada Khalifah, Umar menjadi marah kepada Amru kerana cara hukuman disembunyikan daripada khalayak. Tidak sepatutnya hukuman dilakukan secara tersembunyi semata-mata disebabkan Abdul Rahman itu anak Khalifah. 
Pegawai Ansar dipecat
Seorang Sahabat dalam kalangan Ansar ditugaskan ke Hirah bagi membantu Amar bin Hayyan. Apabila beliau tiba, Amar menjemput beliau makan. Tiba-tiba beliau mempersendakan Amar dan menyapu janggut Amar secara bergurau. 
Amar bin Hayyan mengadap Khalifah Umar dan mengadu telatah pegawainya. "Wahai Amirul Mukminin, saya pernah bertugas di bawah Raja Parsi dan Rom, tetapi saya tidak pernah dilayan seperti yang berlaku di masa pemerintahan tuan." 
Setelah Umar menyelidik apa yang berlaku, beliau memanggil Sahabat Ansar tersebut dan berkata, "Hei, engkau diajak makan dan minum bersama, engkau tidak layan jemputannya. Kemudian kau persendakan dia. Kau sapu janggutnya. Kalau bukan kerana menyimpan janggut ini sunnah, nescaya aku cabut janggutmu! Berambus pergi, aku tidak lagi melantik engkau bertugas." 
Pesanan kepada mereka yang meninggalkan hisbah
Abu Sa'id menceritakan suatu hari Nabi S.A.W bersabda: 
لَا يَحْقِر أَحَدُكُمْ نَفْسَهُ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ يَحْقِرُ أَحَدُنَا نَفْسَهُ؟. قَالَ: "يَرَى أَمْرًا لِلَّهِ فِيهِ مَقَال، ثُمَّ لَا يَقُولُ فِيهِ. فَيَقُولُ اللَّهُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: مَا مَنَعَكَ أَنْ تَقُولَ فِيَّ كَذَا وَكَذَا وَكَذَا؟ فَيَقُولُ: خَشْيَةَ النَّاسِ، فَيَقُولُ: فَإِيَّايَ كُنْتُ أَحَقَّ أَنْ 
تَخْشَى".
"Janganlah seseorang di antara kalian menghina dirinya sendiri.” Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang di antara kami menghina dirinya sendiri?” Rasulullah S.A.W menjawab, "Apabila dia melihat suatu urusan menyangkut Allah yang harus diluruskannya, kemudian dia tidak mahu mengatakannya. Maka kelak di hari kiamat Allah akan berfirman kepadanya, 'Apakah yang menghalang-halangi kamu untuk mengatakan hal yang benar mengenai Aku dalam masalah sekian, sekian, dan sekian?' Maka dia menjawab, 'Takut kepada manusia (orang lain).' Maka Allah berfirman, 'Sebenarnya Akulah yang harus engkau takuti."
(Sunan Ibn Majah) 
Asabiyah mengakibatkan kehinaan kepada pelakunya. Perjuangannya adalah perjuangan jahiliah. Jika ditakdirkan mati ketika mempertahankan kesalahan kaum sendiri seolah-olah mati jahiliah. Nabi S.A.W tidak mengakui sebagai umat. 
Di hari akhirat, Allah akan bertanya mengapa kalian berani menyembunyikan kebenaran dan membelakangi Allah. Jawablah kalian kepada Allah. Sesungguhnya tanggungjawab kami hanyalah menyampaikan. Kami berlepas diri daripada kalian. - HARAKAHDAILY 9/3/2018
Sumber HD - 9-3-2018 


































































































Strategi melunturkan prinsip melalui pangkat dan harta

KEKUASAAN dan harta adalah alat yang ampuh untuk mempengaruhi manusia. Sama ada ianya digunakan ke jalan kebaikan dengan berusaha menegakkan Islam atau digunakan untuk mempengaruh manusia ke arah kebatilan dan menghalang manusia dari jalan Allah. 
Al-Mudahanah : Usaha musuh menggadaikan prinsip
Dalam sirah memperlihatkan kaedah tekanan tidak berjaya mempengaruhi umat Islam. Akan tetapi kaedah tawaran kadangkala berjaya mempengaruhi golongan yang lemah imannya. 
Pendedahan al-Quran terhadap strategi musuh
Al-Quran mengingatkan Nabi S.A.W agar tidak terpengaruh dengan projek kebajikan yang ditawarkan pihak musuh: 
فَلَا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ (٨) وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُون (٩)
“Maka janganlah engkau patuhi orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah) (8). Mereka menginginkan agar engkau bersikap lunak maka mereka bersikap lunak (pula) (9).”
[al-Qalam: 8-9] 
Berlepas diri terhadap tawaran musuh
Rasulullah S.A.W tidak tunduk pada rundingan pihak musuh yang cuba menawarkan dana terhadap Baginda:
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن قريشا دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى أن يعطوه مالا فيكون أغنى رجل بمكة، و يزوجوه ما أراد من النساء، و قالوا : هذا لك يا محمد، و كف عن شتم آلهتنا، و لا تذكرها بسوء.
فإن لم تفعل فإن نعرض عليك خصلة واحدة، و لك فيها صلاح. قال: و ما هي؟ قالوا : تعبد آلهتنا سنة، و نعبد إلهك سنة! فأنزل الله سورة الكافرون
“Daripada Ibnu Abbas R.A bahawasanya kaum Quraisy memanggil Rasulullah S.A.W untuk menawarkan harta kepada baginda lalu menjadi baginda sebagai orang yang paling kaya di Makkah, dan mengahwinkan baginda dengan sesiapa yang dikehendaki di kalangan perempuan-perempuan.
“Lalu mereka berkata : Ini untukmu wahai Muhammad, berhentilah mencela tuhan-tuhan kami dan jangan menyebut-nyebut mereka dengan keburukan.
“Sekiranya engkau tidak lakukan kami akan berikan kepadamu satu tawaran khusus, dan baginya ada manfaatnya terhadapmu.
“Sabda Nabi S.A.W : Apakah ia?
“Mereka menjawab : Engkau sembah tuhan-tuhan kami setahun, dan kami sembah tuhan engkau setahun (pula)
“Lalu Allah menurunkan surah al-Kafirun!:
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (١) لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ (٢) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٣) وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ (٤) وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ (٥) لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (٦)
[al-Kafirun: 1-6] 
Bahaya bantuan musuh ke atas negara Islam
Pergantungan dengan pihak yang memusuhi Islam menghakis jati diri dan menyebabkan umat Islam mudah dipergunakan:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُون
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menginfaqkan harta mereka untuk menghalang-halangi orang dari jalan Allah. Mereka akan terus menginfaqkan harta itu, kemudian mereka akan menyesal sendiri, dan akhirnya mereka akan dikalahkan. Ke dalam neraka jahannamlah orang-orang kafir itu akan dikumpulkan.”
[al-Anfal: 36] 
Kita menyaksikan hari ini pemimpin-pemimpin negara-negara Islam dipergunakan dengan biaya yang diperolehi dari musuh. Musuh juga dengan mudahnya menggerakkan jentera-jentera mereka ke dalam negara Islam dengan dana yang diberi. Contohnya:
National Endowment For Democracy (NED) badan pelaksana perancangan Amerika yang banyak membiayai NGO-NGO yang menyebarkan propaganda di negara-negara Islam. 
Projek Pengkhianatan "Deal Of The Century" menyaksikan pemimpin-pemimpin Arab yang menerima persepakatan musuh menyerahkan tanah Palestin kepada Zionis. 
Tawaran Allah paling berharga
Dalam menghadapi situasi ini kita hendaklah mengingati jual-beli yang Allah tawarkan buat orang beriman:
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janji-Nya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
[at-Taubah: 111] 
Ujian kemewahan yang membimbangkan
Nabi S.A.W turut mengingatkan para Sahabat perkara yang menyebabkan kebinasaan umat terdahulu adalah berpunca dari kemewahan dan berlumba-lumba mendapatkan dunia:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أبشروا وأملوا ما يسركم، فوالله ما الفقر أخشى عليكم، ولكني أخشى أن تبسط الدنيا عليكم كما بسطت على من كان قبلكم، فتنافسوها كما تنافسوها، وتهلككم كما أهلكتهم" .
“(Rasulullah S.A.W bersabda) Bergembiralah dan mengharaplah dengan apa yang menyenangkan kalian, demi Allah bukanlah kemiskinan yang paling aku takutkan menimpa kalian, akan tetapi apa yang aku takutkan adalah dihamparkan kepada kalian kekayaan dunia, sebagaimana telah dihamparkan kepada umat sebelum kalian, lalu kalian berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka berlumba-lumba mendapatkannya hingga kalian binasa sebagaimana mereka binasa.”
(HR Bukhari dan Muslim) 
Jangan terpengaruh kesenangan duniawi
Kesimpulannya, walau berbagai tawaran keduniaan datang kepada kita, Allah mengingatkan agar tidak terpengaruh sepertimana orang-orang yang kufur terpengaruh dengan kesenangan dunia:
بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا (١٦) وَالآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى (١٧)
“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi (16). Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal (17).”
(al-A'la: 16-17)
Semoga Allah pelihara jati diri umat Islam. 
Rujukan:
1.Thawabit al-Muslim al-Mu'asir, Syeikh Solah Abdul Fatah al-Kholidi
2. Al-Mustakhlas Fi Tazkiyatil Anfus, Said Hawa
3. Artikel "Racun 3 Serangkai Amerika Sejak 1983", Abdul Mu'izz Muhammad
4. Artikel "Awasi Projek Deal Of The Century Israel", Abdul Mu'izz Muhammad
JIHAD JUNDI
9 MAC 2018 - HARAKAHDAILY 9/3/2018




































































































































































































Sumber HD - 9-3-2018



































































































Manifesto PH perjuang agenda liberal?

SEJAK mula ucapan alu-aluan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah, di majlis Pelancaran Manifesto PRU 14 PH di IDCC Shah Alam malam tadi lagi telah timbul satu keraguan besar di dalam fikiran saya mengenai kandungan Manifesto PRU 14 PH ini yang berhubung dengan agenda Islam dek kerana kenyataan Datuk Saifuddin bahawa G25 adalah salah satu daripada lima badan luar yang dirujuk oleh PH di dalam penyediaan Manifesto PRU 14 PH ini. 
Seperti yang kita semua ketahui, G25 adalah satu badan yang dianggotai oleh beberapa bekas penjawat awam kerajaan yang cukup bermasalah dengan idea utama di dalam “Surat terbuka kepada rakyat Malaysia” yang ditulis olehnya pada 7 Disember 2014 adalah menilai kembali Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia yang mengkanunkan pelbagai “dosa peribadi” sebagai jenayah kerana ia didakwa bercanggah dengan prinsip perundangan Islam dan melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi rakyat. 
Pelbagai kenyataan kontroversi lain G25 mendapat kritikan hebat tokoh-tokoh agama seperti Mufti-mufti, termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, dan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad, yang telah dilaporkan pada 8 dan 9 Disember 2015 sebagai mendesak G25 segera bertaubat dan G25 dimansuhkan. Begitu juga dengan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Mat Zin, yang telah dilaporkan pada 11 Disember 2015 sebagai berkata G25 boleh difatwakan sebagai kumpulan ajaran sesat. 
Buku terbitan G25, bertajuk “Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy”, yang di antara lainnya mengandungi saranan-saranan supaya kewujudan sistem politik sekular diperjuangkan, supaya peranan Islam di dalam pentadbiran kerajaan dikurangkan, dan supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam (murtad), malah telah diwartakan pengharamannya melalui “Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 12) 2017” pada 27 Julai 2017. 
Termasuk di dalam agenda G25, yang juga menjadi agenda DAP, ini ialah penghapusan institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang tertera di dalam kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, iaitu Zairil Khir Johari, pada 27 Jun 2015 dan kenyataan ahli G25, Tawfik Tun Dr Ismail, pada 9 November 2015 yang dikongsi oleh Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, di dalam facebook dan blog beliau serta turut didukung oleh Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin. 
Pada 6 Februari lalu, saya sendiri telah mempersoalkan komitmen PH untuk mendaulatkan Islam di Malaysia kerana kegagalan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempertahankan JAKIM di dalam Sidang Media Majlis Presiden PH hari itu kerana, bila ditanya oleh wartawan mengenai pendirian PH terhadap JAKIM, beliau hanya menyebut: “Itu (sama ada JAKIM itu diperlukan lagi) terpulang kepada kita kalau kita jadi kerajaanlah, nothing is permanent (tiada yang kekal)”. 
Kini, setelah meneliti kandungan Manifesto PRU 14 PH ini, maka terbuktilah keraguan saya mengenai komitmen PH untuk mendaulatkan Islam di Malaysia sangat berasas kerana, tidak seperti Manifesto PRU 13 Pakatan Rakyat yang umpamanya mengandungi jaminan bahawa “pengurusan institusi Islam dikuatkan dengan peruntukan yang lebih tinggi”, Manifesto PRU 14 PH ini tidak mengandungi sebarang jaminan begini, malah memperlihatkan bahawa PH mendukung agenda G25. 
Disebutkan secara spesifik di dalam Manifesto PRU 14 PH ini bahawa “Kuasa Raja-raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan ke negeri-negeri dan campur tangan Kerajaan Pusat akan dihentikan”, iaitu satu naratif G25, dan DAP, untuk mewajarkan penghapusan institusi Islam di peringkat Pusat di atas alasan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan sedangkan pelbagai ilmuwan, baik di bidang politik, undang-undang atau agama, telah menghujahkan di sebaliknya. 
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdullah Mat Zin, melalui tulisan beliau bertajuk “Pluralisme, liberal ancam institusi Islam” di dalam akhbar Berita Harian hari ini umpamanya telah menyebut betapa idea penghapusan institusi Islam seperti JAKIM ini adalah antara idea kontroversi golongan liberal menyerang agensi agama Islam sekali gus menolak apa sahaja usaha untuk mendaulatkan Islam sedangkan “JAKIM “ditubuhkan secara berperlembagaan, menepati Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan”. 
Turut disebutkan secara spesifik di dalam Manifesto PRU 14 PH ini adalah janjinya dalam isu hak asasi, iaitu bahawa PH “akan memperbaiki dan melaksanakan sepenuhnya Pelan Hak Asasi Manusia Kebangsaan”, “matlamat kita ialah agar kedudukan Malaysia dalam Universal Periodic Review menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi kita selaras dengan perkembangan dunia” dan “konvensyen-konvensyen antarabangsa yang sesuai tetapi belum diratifikasi akan diratifikasikan seberapa segera, termasuklah the International Covenant on Civil and Political Rights 1966 (ICCPR)”. 
Perjuangan hak asasi ini juga adalah agenda utama G25, dan DAP, dan boleh dibayangkan jika janji PH untuk meratifikasikan seberapa segera konvensyen-konvensyen antarabangsa yang belum diratifikasi ini dilaksanakan apa yang akan berlaku kepada Malaysia, sudah tentulah pelbagai Undang-undang Jenayah Syariah tidak lagi boleh dikuatkuasakan, sudah tentulah insiden umat Islam keluar dari Islam (murtad) akan berleluasa, begitu juga dengan golongan seperti ateis dan LGBT yang akan turut berleluasa. Semoga Allah selamatkan umat Islam di Malaysia dari ancaman golongan liberal. - HARAKAHDAILY 9/3/2018
Sumber HD - 9-3-2018 


RUU 355 : Muka sebenar Islam bakal diketahui
Posted on Friday, March 09 @ 10:30:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat




Assalamaualaikum,,

Selawat dan Salam ke Atas Junjungan....

Pasal apa RUU 355 masih terperap di Parlimen, pasal apa RUU 355 tak dibahaskan lagi?

Apakah kerana PAS sudah dikencing Umno?
atau PAS sudah jadi macam Umno seperti sering dilaungkan oleh pemuka PH? Biar apa pun laungan PH tapi yang pasti RUU 355 masih lagi hidup untuk dibahaskan di Parlimen, ianya tidak terkubur seperti agaknya yang dimahukan oleh PH.PRU 14 pun tak akan mematikan RUU 355, sebaliknya RUU 355 masih boleh dibahaskan selepas PRU 14, sesudah MP baru Parlimen angkat sumpah.Tiada halangan untuk itu.Peliknya seperti PH tidak sedar akan perkara ini dan terus terusan melaungkan kencaman kepada PAS seolah olah RUU 355 itu sudah mati dan PAS hanya mahu berkuasa bersama Umno.Bodahnya laungan ini, sama bodoh dengan PH dan macai macainya.


Perkara yang hampir pasti ialah RUU 355 tidak akan dibahas sebelum PRU 14.Dan hampir pasti juga kalau dibahaskan sekarang belum PRU 14, ianya akan tertolak kerana gagal mendapat undi majoriti.Sebabnya mudah, MP yang ada sekarang baik yang Islam atau bukan masih ramai tidak menyokong RUU 355.

Dari itu lebih baik RUU 355 tidak dibahaskan sebelum PRU 14.Sebaliknya peluang PRU 14 digunakan sepenuhnya oleh umat Islam  untuk memilih MP penggal baru yang bakal menyokong pengundian nanti.Kita semua tahu hari ini MP Islam masih majoriti di Parlimen tetapi yang menyokong RUU 355 jadi minoriti.Maka MP yang ada sekarang tidak harus dikekalkan, wajar  bagi umat Islam memilih MP baru yang menyokong RUU 355.

Apa pula jaminan MP baru nanti akan menyokong RUU 355?Untuk mendapat majoriti MP Islam di parlimen mesti sekurang kurangnya berjumlah 111.Maka jaminan diberi oleh PAS/GS dengan meletakkan sekurang kurangnya 130 orang calon  pada PRU 14 nanti.Umat Islam tiada pilihan kalau mahu bersama menegakkan perundangan Islam dalam negara selain memberi undi kepada calon PAS/GS kerana sudah terang dan jelas, PAS/GS satu satunya entiti politik negara yang memperjuangankan agar perundangan Islam dimartabatkan dalam negara.

Sementara parti parti politik umat Islam yang lain tidak memberikan komitment untuk menegakkan perundangan Islam waima parti yang mendakwa sebagai rahmatanlilalamin.

Jadi usah malangkan nasib umat Islam dengan menyokong parti parti ini.Menangkan PAS di PRU 14 untuk menangkan Islam, itu satu hakikat yang tak boleh dinafikan lagi. Serlahkan muka muka Islam yang sebenarnya selepas RPU 14.


Sumber TKO- 9-3-2018






































































































Haram undi PAS: Akhirnya agama digunakan

SAYA melihat kenyataan Husam haram undi PAS dari sisi yang positif. Mustahil beliau tak fikir dulu apa yang keluar dari bibirnya. Kecuali kesan penyakit beliau belum benar-benar sembuh sepenuhnya. 
Beliau mungkin faham realiti masyarakat Malaysia hari ini. Pengaruh agama sudah semakin kuat dalam pertimbangan kehidupan rakyat Malaysia. Satu perkembangan yang baik jika dibanding dengan puluhan tahun lepas, ketika negara diserang pemikiran sekularisme yang dibawa penjajah Barat. 
Menghukum haram undi PAS bukan perkara baru dalam politik tanah air. Umno sudah biasa dengan fatwa seperti ini. Kalau masih ingat, Ulama mereka Abdullah Saamah pernah keluarkan kenyataan serupa. Malah Umno Terengganu di bawah kepimpinan Mat Said pernah menganjurkan wacana PAS parti ajaran sesat.
Dahulu, Umno terkenal sebagai parti yang pekat dengan sekularisme dan agenda sekularisasi. Pemimpin PAN pula dikenali sebagai golongan yang dipengaruhi dengan pemikiran liberalisme dan rapat dengan golongan beragenda liberalisasi. Kedua kutub ini berkongsi pandangan dari sudut hubungan agama dan politik, iaitu perlu dipisahkan dan dibezakan. 
Tetapi akhir-akhir ini, kedua pihak ini terpaksa menggunakan agama untuk matlamat politik mereka. Umno mula bercakap isu wala', bara, bertakbir, yahanana dan sebagainya. PAN pula hari ini secara jelas mengeluarkan hukum haram undi PAS, walaupun sebelum ini mereka mengkritik PAS akan kerana kononnya PAS suka menghukum. 
Apa yang dapat dilihat, walau apa pun pandangan mereka dari sudut agama dan politik, akhirnya parti-parti politik tidak dapat mengelak dari mengambil kira unsur agama dalam kelangsungan politik. Walaupun prinsip mereka berbeza, namun politik yang bertunjangkan pragmatisme tidak mempedulikan unsur prinsip. Yang penting dapat undi dan sokongan. 
Masyarakat Malaysia sekarang semakin beragama. Ini adalah kejayaan yang PAS cita-cita dan perjuangkan sejak sekian lama sepanjang keberadaan di arena politik dan medan dakwah. Walaupun berhadapan dengan berbagai ranjau, dan akhirnya ramai mendabik dada mendakwa merekalah penyebab Islamisasi Malaysia, tetapi tiada siapa boleh menafikan kaitan orientasi perjuangan PAS dengan kesedaran Islam di Malaysia sekarang.
Parti-parti lain yang bimbang tenggelam dek arus pemikiran rakyat yang dipengaruhi pertimbangan agama ini lantas mengambil jalan mempergunakan agama. Kalau tak guna agama, mereka bakal ketinggalan. Itulah juga yang berlaku dalam peradaban Barat. Daripada teokrasi muncul protestan, daripada protestan muncul counter-reformation dan akhirnya, gereja kini sedang dilanda pemikiran evangelicalisme yang mahu balik kepada pegangan Bible. Hatta gereja orthodox turut terkesan. 
Secara tidak langsung, akhirnya parti-parti lain menuruti pandangan PAS sejak sekian lama bahawa agama tidak boleh dipisahkan dari politik. Tok Guru Nik Aziz dahulu dikecam hebat gara-gara mengeluarkan kenyataan undi PAS dapat pahala atas alasan memperdagang agama. Tapi hari ini, terbukti mereka terdesak untuk lakukan perkara serupa. Undi PH dapat pahala. 
Tinggal sekarang, pertimbangan pengundi untuk memilih mana satu parti politik yang boleh diberi amanah memimpin negara. Mana satu yang benar-benar memperjuangkan agama, dan mana satu yang hanya mempergunakan agama. Jangan menilai kenyataan seminggu dua yang dekat dengan pilihan raya ini, tetapi nilailah secara keseluruhan sikap-sikap sebenar mereka terhadap isu agama. Isu RUU355, isu Sekolah Agama Rakyat, isu Pesta Arak, LGBT, kalimah Allah, murtad, hak penjagaan anak dan sebagainya. 
Gunakan kebijaksanaan sebaiknya untuk menilai. Jangan mudah diperbodohkan politikus jahat. Sesungguhnya akhir zaman ini penuh dengan syaitan berupa manusia, dan manusia berlidah dajjal. 
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 8/3/2018












































































































































































































Sumber HD - 8-3-2018





































































































Dah macam macam keluar!
Posted on Friday, March 09 @ 15:46:53 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38553




Assalamualaikum,,

Selawat dan Salam ke atas junjungan, Ekoran tulisan saya mengenai RUU 355 yang bakal menjadi bahan kempen untuk memilih MP Islam yang menyokongnya di Parlimen, timbul pula penceritaan baru hasil rekaan macai PH mungkin.Mulanya ada kata saya bengap kerana bercakap pasal RUU 355 sebab kalau dah tahu tak ada majoriti buat apa bentang,tunggulah ada kerajaan dulu, takyah komen point lain nampak bodoh sangat.Itu respon awal yang saya dapat dari tulisan saya dan saya tersenyum sendiri membaca respon tersebut sebab jelas sekali datang dari seornag yang tidak berfikir untuk Islam sebaliknya berfikir untuk memperlekehkan PAS sahaja.Pada orang macam ni, tugas memartabat Islam hanyanya tugas PAS, bukan tugasnya yang mahu merefomasikan negara dan tugas PAS ini perlu ditentang dengan apa cara sekali pun.

Mesti perlu menunjukkan kelemahan PAS dalam usaha memartabatkan Islam.Kalau point jadi kerajaan dulu baru bentang apa yang nak dibentang rasanya sudah tahu datang dari mana.Sebab point sebegini adalah pelepasan tanggungjawab terhadap Islam dari pihak tertentu dan hari ini kita semua tahu siapa yang tidak mahu bertanggungjawab terhadap usaha memartabtkan Islam di Malaysia.Betullah kata seorang kawan, puak puak ni boleh mengalahkan lembu kalau bercakap.Apa tidaknya respon mahu melarikan diri dari tanggungjawab kepada Islam hanya menguntungkan sekular dan liberal yang sama sekali tidak mahu melihat Islam memerintah.Jadi puak puak ini sebenarnya membodohkan diri mereka untuk memenangkan sekular dan liberal, tidakkah itu bodoh? kalau lembu itu bodoh sebab dia tak berakal, bagaimana  pula puak yang ada akal yang dikurniakan ALLAH ini boleh buat kerja bodoh?

Dan tak mahu faham situsi semasa yang membuka peluang kepada Islam dimartabatkan menerusi PRU 14 di mana jaminan Islam sudahpun diberikan oleh PAS dengan 130 calonnya nanti.Apa, ada parti lain yang memberi jaminan yang serupa? Kalau tak ada, sepatutnya setiap orang  Islam tahu jawabannya siapa yang patut dipilih nanti bagi meluluskan RUU 355! Tak perlu dipersoalkan lagi kenapa dan mengapa RUU 355 ditangguhkan  sampai 2 sessi sebab sudah terang dan jelas, seperti saya tulis di tulisan yang lalu, RUU 355 hanya akan ditolak kalau dibahaskan di sessi tersebut.Jadi sejarah penangguhan tak perlu diungkitkan lagi, yang penting sekarang di sessi selepas PRU 14, pastikan dulu MP Islam itu majoriti dan menyokong RUU 355.Mesej yang mudah beginipun nak dibelit belit!

Tambah dasyat bilama mana komen menentang tulisan saya jadi berjela jela sehingga menyentuh soal menkafirkan orang dan siap dengan hukum ALLAH tak Redha dan sampai mendakwa kalau kita bercakap pasal ugama tak semestinya kita betul.Semua komen ini hanya untuk menafikan tulisan saya yang mengajak semua orang Islam memberi komitment untuk memilih MP Islam yang menyokong RUU 355.Turkey dituntut supaya PAS contohi.Sebenarnya banyak yang boleh saya tulis di sini untuk menjawab semua komen lalat ini, tetapi cukup sekadar saya kata komen komen ini tidak langsung menjejaskan mesej tulisan awal saya mengajak orang Islam memilih MP Islam yang menyokong RUUU 355, tak  kira dari mana parti sekalipun.Saya bercakap pasal Islam bukan pasal poilitk kepartian tetapi bagi puak puak yang tidak mahu berfikir cara Islam tetap menjadikannya sebagai politik kepartian.Jadi siapa yang bengap sebenarnya?

Begitu juga dengan satu komen bengap yang lain yang mendakwa presideng PAS sudah tahu RUU 355 tak akan jadi sebab tak dapat restu dari Majlis Raja Raja, sebab  hanya dengan restu majlis Raja Raja barulah mendapat sokongan MP ,ini cara kebiasaan dakwa pengomen gila tersebut.Sebenarnya secara sedar dia sudah mendedahkan satu rahsia kenapa MP PH yang Islam tidak menyokong RUU 355 dengan menggunakan nama Majlis Raja Raja tapi tak apa, selepas PRU 14 nanti kalau mendapat keizinan ALLAH, 130 calon Islam PAS menang, kebiasaan ini akan diubah, tak perlu lagi restu Majlis Raja Raja.Pengomen gila babi ini hanya melondehkan dirinya yang semakin bodoh dan mesej asal saya tetap tidak berubah, pilihlah MP Islam yang menyokong RUU 355 pada PRU 14.


Sumber TKO - 9-3-2018


RUU 355 : Muka sebenar Islam bakal diketahui
Posted on Friday, March 09 @ 10:30:51 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38548
Murtad: Jenayah terlarang tetapi sah?
Posted on Thursday, March 08 @ 06:32:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38539



Di dalam perundangan Islam ada banyak perkara yang dilarang (haram dan makruh) tetapi hukumnya sah. Maksud sah adalah hukum syarak mengiktiraf statusnya walaupun ia dilarang oleh agama.

Contoh mudah adalah talak / cerai. Agama melarang seseorang suami daripada menceraikan isterinya dalam beberapa keadaan, antaranya ialah sewaktu isterinya haid, nifas atau suci tetapi telah disetubuhi.

Talak yang dilafazkan oleh suami ketika isterinya dalam keadaan sedemikian diiktiraf sebagai sah di sisi majoriti ulama termasuk mazhab Syafie walaupun perbuatan itu diharamkan.

Amalan di mahkamah syariah sekarang, status mereka sebagai suami isteri akan ditentukan melalui kes mal (bidangkuasa mal) sama ada cerai tersebut sah atau tidak.

Apabila mahkamah memutuskan bahawa ia sah, suami tersebut kemudiannya akan dibicarakan dan jika bersalah boleh dikenakan denda dan / atau penjara atas kesalahan cerai luar mahkamah atau tanpa kebenaran mahkamah.

Pulau Pinang sebagai contoh mengenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara.

Begitulah juga murtad atau keluar dari Islam. Ia suatu jenayah terlarang tetapi sah apabila cukup segala syarat yang telah ditetapkan. Ia bermaksud, seseorang Muslim diharamkan keluar Islam atau diharamkan daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan syahadahnya tetapi jika mereka melakukannya juga maka Islamnya terbatal.

Tidak seragam
Malangnya, enakmen / ordinan antara negeri-negeri di Malaysia tidak seragam dalam hal ini. Ada negeri yang memberikan kuasa kepada mahkamah syariah untuk membicarakan kes murtad / pengisytiharan bukan lagi orang Islam dalam bidangkuasa mal, pada waktu yang sama, menyediakan segala tatacara berkaitan termasuk istitabah (anjuran / perintah supaya bertaubat) dan juga hukuman.
Ada negeri tertentu, yang hanya memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk membicarakan kes ini tetapi tidak menjadikan murtad atau keluar Islam sebagai suatu jenayah / tiada hukuman disediakan.

Malah lebih teruk dari itu, ada negeri yang langsung tidak memberikan apa-apa kuasa kepada mahkamah syariah secara jelas sama ada untuk membicarakan kes bagi menentukan status agama seseorang atau menghukum mereka yang murtad.

Kuasa mahkamah syariah
Sepatutnya semua negeri di Malaysia memberi kuasa kepada mahkamah syariah untuk menentukan status agama seseorang dan pada waktu yang sama menghukum orang bersalah lantaran jenayah murtad.

Penentuan status agama seseorang adalah penting. Boleh rujuk penjelasan saya berkenaan kes Fatimah Tan. Ringkasnya ia berkaitan kewajipan mengkafirkan orang kafir. Terdapat banyak implikasi perundangan yang terlibat.

Kes Fatimah Tan ada sudut yang sama dan juga berbeza dengan kes 4 orang di Sarawak.
Persamaannya ialah mahkamah syariah perlu ada kuasa untuk membicarakan semua kes murtad, status keislaman, pengisytiharan keluar Islam atau yang seumpamanya.

Mahkamah Syariah, jabatan agama atau mana-mana institusi terlibat tidak sepatutnya menolak permohonan dengan cara menyapunya ke bawah permaidani dengan alasan tidak boleh murtad tetapi tiada sebarang tindakan yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan akidah pihak yang memohon.

Selamatkan akidah
Apabila ada permohonan yang difailkan di mahkamah syariah untuk keluar Islam atau menentukan status keislamannya, maka ini adalah peluang keemasan yang sepatutnya digunakan oleh pihak terlibat untuk mengumpul maklumat seterusnya mengambil tindakan yang perlu termasuk mengenal pasti kaedah terbaik untuk menyelamatkan akidah pihak terlibat dan juga mengenalpasti kelemahan jentera pihak berkuasa.

Jikalau akidah mereka dapat dipulihkan, maka ini adalah suatu kejayaan besar. Tetapi jika tidak dapat diselamatkan, maka pihak berkuasa mempunyai beberapa pilihan, termasuk, mengisytiharkan bahawa mereka bukan lagi orang Islam tanpa dikenakan sebarang tindakan atau ada hukuman yang disediakan untuk mereka.

Para fuqaha berbeza pendapat tentang status hukuman ke atas orang yang murtad. Ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa ia adalah hudud manakala sebahagian yang lain menghukumnya sebagai taazir.

Malangnya ada pihak tertentu apabila mereka berbicara tentang murtad, seolah-olah ia adalah hak asasi / kebebasan beragama. Sedangkan di dalam Islam ia adalah suatu jenayah. Malah ada yang kelihatan teragak-agak untuk mengatakan bahawa dalam Islam ada hukuman terhadap orang yang murtad sama ada ia taazir atau hudud.

Hukuman mati
Sebahagian orang Islam hari ini tidak berani untuk menyebut tentang hukuman mati terhadap orang yang murtad. Mungkin kerana ini jugalah menyebabkan pihak berkuasa sebilangan negeri tidak memperuntukkan sebarang hukuman terhadap orang yang murtad.

Bagi sebilangan orang, hukuman mati terhadap orang murtad adalah keterlaluan. Tetapi mereka mungkin lupa di Malaysia, kesalahan yang melibatkan dadah, culik, senjata api, memerangi YDPA, adalah antara kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati.

Jikalau kesalahan sesama manusia pun boleh dikenakan hukuman mati, maka sudah tentu kesalahan mempermainkan agama atau Allah dan Rasul lebih layak dan lebih utama untuk dikenakan hukuman seperti itu.

Uniknya ramai orang tidak menyedari bahawa kes-kes di mahkamah boleh berbeza di antara satu sama lain. Sekadar membaca tajuk akhbar tidak boleh menjadikan kita faham sesuatu yang kompleks dan komplikated. Sebagaimana kita tidak boleh memahami sesuatu penyakit dan rawatannya yang kompleks hanya sekadar melalui tajuk akhbar.
Kes Fatimah Tan adalah kes yang melibatkan syahadah yang tidak sah. Ini telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Manakala kes Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen adalah seorang asal Muslim yang kemudiannya memeluk Kristian.

Sudah tentu berbeza antara keduanya. Namun begitu saya tetap berpendapat bahawa walaupun Syarifah Nooraffyzza dilarang keluar Islam tetapi dia tetap terkeluar daripada Islam jika cukup segala syaratnya.

Kerana itu, mahkamah syariah perlu ada kuasa untuk membicarakannya. Tujuannya agar akidahnya dapat diselamatkan dan dihukum jika perlu. Manakala tiga orang Sarawak yang lain, mereka adalah golongan muallaf yang telah kematian pasangan mereka atau telah berlaku perceraian.

Zalim jika dihukum
Perbicaraan di mahkamah syariah nanti dapat menentukan punca kenapa mereka bertindak sedemikian. Di sinilah pihak berkuasa boleh menentukan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Adakah sama seperti Fatimah Tan, iaitu syahadah yang sia-sia, atau mereka telah sah sebagai Muslim tetapi mereka diabaikan oleh saudara Muslim yang lain atau mereka sengaja mempermainkan agama.

Jika sekiranya seorang muallaf yang ingin keluar Islam disebabkan mereka diabaikan oleh pihak berkuasa atau saudara seIslam yang lain, adalah suatu kezaliman jika mereka dihukum.

Sepatutnya orang Islam atau pihak berkuasa terlibatlah yang dihukum kerana mengabaikan golongan muallaf ini. Manakala, jika terbukti mereka sengaja mempermainkan agama Islam, maka mereka perlu dihukum sebagaimana beberapa individu yang pernah ditangkap dan dihukum kerana mempermainkan YDPA, PM dan isteri PM.

Jika mempersendakan pemimpin dan isteri pemimpin boleh dikenakan tindakan, apatah lagi mempersendakan agama, Allah dan rasul.

Dilema mahkamah syariah
Cuma dilema yang ada di mahkamah syariah sekarang ialah jika mereka mengisytiharkan seseorang itu telah murtad maka dengan sendirinya mahkamah tiada lagi bidangkuasa untuk membicarakannya sebab individu terlibat bukan lagi orang Islam.

Maka saya mencadangkan agar bidang kuasa mahkamah syariah diperkukuhkan untuk bukan sahaja merangkumi orang Islam, malah termasuk juga orang murtad atau bukan lagi orang Islam. Tujuannya agar syariat Islam dapat ditegakkan.

Ringkas dan mudahnya, saya ingin menekankan perlunya kita berbicara kes murtad dengan nada ia adalah jenayah yang bukan sekadar perlu dihukum malah perlu dirawati termasuk dengan menggunakan kasih sayang dan menjaga kebajikan pihak terlibat. Fakta setiap kes sudah tentu ada yang berbeza, maka ia perlu dibicarakan dan diputuskan mengikut fakta kes.

Akhir sekali berkenaan dengan tuduhan bahawa saya membela orang yang murtad. Saya maafkan mereka. Mereka tidak tahu perkara sebenar. Begitulah nasib sebahagian peguam.

Ketika mengendalikan kes perceraian, kami dituduh “peruntuh rumah tangga orang”. Ketika mewakili tertuduh dalam kes rogol, kami dituduh “menolong membebaskan perogol” dan begitulah seterusnya.

Mereka tidak faham tugas peguam sebagai "officer of the court". Antara lain, bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan hak setiap pihak terlibat terpelihara dalam perbicaraan. Manusia ini berbeza tahap keilmuan dan kepakaran masing-masing. Hikmahnya adalah untuk saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Saya percaya bahawa pihak yang membuat tuduhan ini tidak pernah berada di dalam fakulti undang-undang apatah lagi mempunyai dua ijazah dalam undang-undang sivil dan undang-undang Syariah. Mereka perlukan masa untuk memahami dengan baik isu ini.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ali-Imran: ayat 8.


Ahmad Jailani Abdul Ghani Seorang peguam dan penceramah popular dari utara. Beliau merupakan panel penggubal/pengkaji RUU355.

Sumber TKO - 8-3-2018









































































































Pahala undi PH: Husam tidak layak 'berfatwa'

SAYA tidak menjangkakan sama sekali, begitu terdesak sekali Haji Husam Musa selaku Naib Presiden PAN memperdagangkan agama Islam dengan memberi perspektif buruk berkenaan hukum halal dan haram apatah lagi apabila beliau secara semberono mengaitkan PAS dalam tuduhan pramatang beliau. 
Mengikut kenyataan yang dipetik daripada Malaysiakini beliau menyatakan, "Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan. Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Jadi PRU14 nanti, kita tak boleh pangkah dah BN dan PAS. PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Jadi nak undi apa? Undi Harapan, dapat pahala undi Harapan. Ambo nak duduk situ. Kalau tak ada hukum payahlah, semua benda dalam amalan kita ini ada hukum." 
Polemik berkenaan undi PAS dapat pahala bukan satu perkara yang baru. Bahkan isu ini sudah digunakan oleh kelompok dalam Umno untuk mengalih tumpuan masyarakat daripada terus mempersoalkan kebobrokan pemerintahan di bawah rejim ini. Sudah pasti, mangsa kepada serangan serakah Umno ini ialah PAS kerana dasar pengenalan pemerintahan Islam yang dibawa PAS kekal konsisten daripada fasa awal penubuhan parti ini sehinggalah ke hari ini. Perkara ini jelas, tiada sesiapa pun yang berani menafikannya. Malahan atas dasar ini juga, al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan pandangan tepat, mengundi PAS, Insya Allah akan mendapat pahala. 
Marilah sama-sama kita selami pendirian bahawa Undi PAS dapat pahala mengikut sudut pandang al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat dilihat melalui kenyataan yang dibuat pada 24 Januari 2002 tertulis: 
“Oleh kerana benda yang kita buat di Kelantan ini setelah kita dapat undi banyak, maka sudah tentu orang yang mengundi itu akan dapat pahala, kerana kita telah (membantu) tonjolkan kepada masyarakat dunia seluruhnya bahawa Kelantan itu duduk atas Islam, sebagaimana tuhan hendak. Jadi mana-mana orang yang mengundi kami di Kelantan tahun 1990 dulu hingga kami boleh membentuk kerajaan begini iaitu kami tonjolkan yang halal kita kata halal dan yang haram kita kata haram, sudah tentulah ada balasannya; balasan baik di akhirat dalam bentuk pahala. Oleh yang demikian, bila saya kata benda ini boleh pahala, bukan pandai-pandai tuhan nak beri sesuka hati, tidak, ada kaedah dia.” 
Penegasan kedua al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Undi parti lain tiada pahala. 
Penegasan yang dibuat al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini dibuat melalui sudut pandang keutamaan mengundi parti Islam sahajalah yang boleh menjaminkan ganjaran kerana memang sudah jelas pahala itu hanya diberikan apabila menyokong Islam, bukannya menyokong parti kebangsaan. Kenyataan yang dibuat pada 18 Jun 2012 di bawah ini menyatakan dengan jelas bahawa: 
“Hendak undi parti mana lagi untuk mendapat ganjaran pahala? Hanya parti yang memperjuangkan Islam sahaja di negara ini yang boleh menjanjikan seseorang Islam itu dengan ganjaran pahala. Saya ulangi lagi, sesiapa yang inginkan mendapat pahala di akhirat nanti, undi (parti) Islam, ia sudah tentu menjamin untuk mendapat pahala, bukannya undi parti kebangsaan.” 
Sokongan oleh al-Marhum Ustaz Fadzil Noor terhadap penegasan yang dibuat oleh al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz dalam isu undi PAS dapat pahala. Sokongan ini tercatat:
“Saya telah menyatakan saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyid Am bahawa mereka yang menyokong, mengundi PAS insya alllah akan mendapat pahala. Sebab menolong, membantu menegakkan yang ma'ruf: 
مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ
“Barangsiapa yang menunjukan kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.
[HR. Muslim no. 1893] 
“Ini hadis Nabi. Mahathir bukan tahu semua ini. Nabi kata orang yang menunjukkan satu kebaikan, pahalanya macam orang yang membuat kebaikan itu. Kalau kerajaan kita telah dapat melepaskan rakyat Kelantan daripada amalan riba dan terjebak dengan cengkaman riba, kerana rakyat Kelantan mengundi PAS, menolong PAS, PAS membuat kebaikan, pimpinan PAS membuat kebaikan, pimpinan kerajaan membuat kebaikan. 
Orang yang membantu atas kebaikan juga dikira sama seperti orang yang membuat kebaikan. Ini hadis Nabi, hadis Mahathir memang tak ada. Dia bukan tahu dosa dan pahala. Bagi dia, dosa dan pahala ini tidak ada. Lepas itu dia kata, kenyataan saya tengok dia jawab. Dia kata, mana kita tahu lepas mati kita ke syurga ke neraka. Memanglah kita tidak tahu tetapi tuhan telah memberi petunjuk. Jalan ke syurga begini, jalan ke neraka macam ini. Ini sebab tak tahu ke jalan mana hang nak pi, ikut pi mana.
Nabi kita bersabda: 
كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى، قيل ومن يأبى يا رسول الله؟! قال: من أطاعني دخل الجنة، ومن عصاني فقد أبى
“Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan untuk memasukinya. Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai Rasulullah ? Beliau bersabda, “Barang siapa mentaatiku akan masuk syurga, barang siapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga“
[HR. Bukhari] 
“Nabi dah tunjuk, bila kita terang apa yang Nabi cakap, apa yang Allah sebut dalam al-Quran. Dia kata pula Tok Guru Nik Abdul Aziz nak berlagak macam tuhan pula dah. Inilah susah, bercakap dengan orang tak mengaji ini susah. Sebab itulah orang Arab berkata, musuh yang alim lebih baik daripada sahabat yang jahil. Tetapi dia bukanlah, nak kata sahabat pun tak berapa boleh juga. Maknanya dia tak tahu, tetapi apabila orang cakap benda yang orang tahu, dia tak tahu, dia hentam lagi teruk. Tetapi rakyat boleh ukurlah. Kita pun tak kata orang ni masuk syurga, orang ini masuk neraka. 
“Tetapi ada petunjuk daripada Allah. Lalu saya kata, saya sokong. Sebab kita berjuang dalam PAS, kalau kita tak dapat pahala, kalau kita berjuang dalam PAS, buat apa kita nak berjuang. Membuang masa kita, umur kita, tenaga kita, fikiran kita, kadang-kadang wang ringgit. Kerana kita mengharapkan pahala, selain mengharapkan kemenangan, sama ada kita mendapat Husnayaian, dua kebaikan di dunia kita menang di akhirat kita dapat pahala ataupun kita mendapat "Ihdal Husnayain" satu daripada dua kebaikan. Kalau kita tidak menang di dunia, kita dapat pahala di akhirat dengan syarat berdasarkan "Imanan Wahtisaban". 
“Perjuangan kita, pergerakan kita, penyertaan kita, penglibatan kita didasarkan kepada keimanan kita, dan keredhaan kita dan keikhlasan kita. Insya allah kita akan dapat sama ada Ihdal Husnayain atau kita bernasib baik mendapat Husnayain dua kebaikan, di dunia kita menang, di akhirat kita mendapat pahala. Kalau tak dapat kemenangan di dunia, Insya Allah kita dapat pahala di akhirat. Tetapi ini, kita kena yakin. Ini setiap pejuang Islam, dia yakin dengan ini. Kalau tidak buat apa kita nak menghabis masa berpuluh-puluh tahun tuan-tuan dan puan-puan. Berpuluh-puluh tahun dalam PAS." 
Jadi di sini sudah dilihat kewajaran Haji Husam Musa dalam mengeluarkan fatwa syok sendiri adalah satu tindakan yang jelas mempergunakan agama untuk kepentingan sendiri. Bahkan tindakan melulu beliau ini jelas bertentangan dengan kenyataan yang di buat oleh penasihat PAN, Ustaz Ahmad Awang pada 28 Februari 2018 yang menyatakan: 
“Kita di dalam PAN ini tidak akan menggunakan hukum-hukum agama semata-mata untuk kepentingan politik.” 
Bahkan jika Haji Husam Musa berpandangan secara peribadi sekalipun dalam memberikan justifikasi mengundi Pakatan Harapan dapat pahala dan mengundi PAS dapat dosa, tidak selari dengan pendirian parti komponen lain dalam Pakatan Harapan. Lebih-lebih lagi daripada parti PAN sendiri. Sebagai contoh: 
1) Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN secara terbuka menyokong penyertaan COMANGO yang jelas mempunyai agenda terselindung dalam demontrasi Wanita Tolak Politik Toksik pada 10 September 2017. 
2) Minum Arak dalam Pesta Better Beer seperti minum air teh sahaja: Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad: Hansard Parlimen 26 Oktober 2017: 
“Orang bukan Islam hendak buat. Kita kata, “Oh, ini menghina Islam. Ini mencabar Islam”. Sedangkan, dia hendak buat, dia minum, bagi dia macam minum teh sahaja. Bagi dia. So, kenapa kita tidak boleh tangani masalah ini dengan satu pendekatan yang mengiktiraf hak umat Islam dan mengiktiraf juga hak yang bukan Islam?" 
3) Gesaan supaya golongan atheis diiktiraf oleh MP Sepang, Hanipa Maidin: November 2017 Sidang Parlimen: 
“Saya ialah seorang Muslim, dan saya tiada masalah untuk mempertahankan hak mana-mana atheist untuk menganuti atau untuk mengamalkan atheisme,". 
Saya mengajak rakyat Malaysia yang mempunyai akal yang sihat supaya merenung kembali apakah kewajaran Naib Presiden PAN, Haji Husam Musa mengeluarkan fatwa kononnya boleh dapat pahala apabila mengundi Pakatan Harapan, sedangkan mudarat yang di bawa pimpinan PAN sendiri jauh lebih membahayakan. 
Akal sihat saya lebih memilih pandangan yang dikeluarkan al-Marhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat dan al-Marhum Ustaz Fadzil Noor bukan kerana saya ini ahli PAS. Ini kerana pandangan kedua-dua Murabbi Ummah ini selari dengan apa yang PAS perjuangkan. Belum pernah ada seorang pimpinan PAS pun yang menyokong Pesta Arak, dan menyebelahi golongan atheis. Dan yang lagi penting belum ada seorang pun pimpinan PAS mengaku mendapat maklumat sulit dengan bantuan jin. 
IMAN ASYRAFF
16 Jamadil Akhir 1439H - HARAKAHDAILY 7/3/2018
















































































































































































































Sumber HD - 7-3-2018

Husam perlu direhatkan dari politik





































































































HUSAM kata undi PAS adalah haram kerana PAS dikira tongkat Umno. Sedangkan Umno itu zalim ke atas rakyat. 
Katakanlah betul PAS tongkat Umno (sedangkan sama sekali tidak betul, dan itu hanya tuduhan PAN dan PH), maka menongkat Umno adalah lebih baik daripada berhempas pulas menongkat DAP. 
Kerana antara Umno dan DAP, Umno lebih dekat kepada ruh Islam. Fiqh Aulawiyyat apa yang Husam mengaji ni? 
Saya sebut itu jika benar PAS tongkat Umno. Tiba-tiba ternyata itu hanya fitnah dan bacaan politik manusia kecewa sahaja. Maka mengundi PAS adalah wajib dan wajib pula mengalahkan BN dan PH. 
PAS boleh buktikan bahawa parti itu tidak menongkat Umno, kerana tiada sebarang gabungan antara PAS dan Umno. 
Tapi bolehkah PAN menafikan bahawa mereka tidak menongkat DAP? kerana mereka sememangnya sudah berada dalam PH yang bersekongkol dengan DAP. 
Saya kira statement Husam itu tidak lebih daripada rengekan anak manja yang mahu menarik perhatian Ayahanda dan Abang Long sahaja. 
Mudahan Dewan Undangan Negeri Kelantan akan lebih tenang selepas anak manja ini tidak lagi menjadi ahli dewan selepas PRU 14 nanti. 
Sebenarnya Husam perlu berehat untuk memulihkan kembali stamina politiknya yang sudah hampir lumpuh. Rakyat Kelantan perlu merehatkan Husam. 
USTAZ MOKHTAR SENIK
Kuantan, Pahang

HARAKAHDAILY 7/3/2018
Sumber HD - 7-3-2018 










































































































Peguam PAN tersasar dalam isu murtad di S'wak

BERSUNGGUH-sungguh benar nampaknya pemimpin PAN menjulang tulisan peguam mereka, Dr Zulqarnain Lukman, bertajuk “Isu SOP Keluar Islam Di Sarawak”, yang membela tindakan Pengerusi PAN Sarawak, Fidzuan Zaidi, menjadi juru cakap kepada Pakatan Harapan (PH) Sarawak di dalam isu penukaran agama dari Islam ke Kristian sehingga tulisan ini dimuatkan di laman Facebook rasmi dan laman Website rasmi PAN.
Paling ditonjolkan oleh para pemimpin PAN adalah perenggan tulisan Dr Zulqarnain berikut: “Sewaktu membuat kajian NHRAP, ada aduan diterima daripada masyarakat di sana mengenai isu ini yang mana mereka mengadu kepayahan untuk mendapatkan status agama mereka. Ini kerana mereka menyatakan bahawa hanya nama dalam kad pengenalan mereka yang mirip nama orang Islam tetapi mereka tidak pernah beramal dalam agama Islam.”
Malah, Dr Zulqarnain sendiri, sewaktu menjawab pertanyaan seorang pengomen bernama Jamal Ibrahim, mengenai “patutkah digubal suatu prosedur bagi membolehkan umat Islam keluar dari Islam apabila riddah itu dilarang keras dan hukumannya yang sebenar dalam syariat Islam adalah dibunuh”, menjawab begini: “SOP ini bukan SOP untuk riddah. SOP ini untuk tentukan status seseorang itu sama ada dia masih Islam atau sudah bukan Islam”.
Hakikatnya, kenyataan Dr Zulqarnain bahawa “SOP ini bukan SOP untuk riddah. SOP ini untuk tentukan status seseorang itu sama ada dia masih Islam atau sudah bukan Islam” ini jauh berbeza dari kandungan penuh kenyataan media PH Sarawak semalam yang mendesak Jabatan Agama Islam Sarawak supaya “membuat garis panduan dan kehendak yang sangat jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela”.
Disebutkan dengan jelas dan terang di dalam kenyataan media PH Sarawak semalam bahawa “Prosedur mestilah dinyatakan dengan jelas untuk kategori (1) Mereka yang mempunyai dokumen bukti untuk membuktikan mereka tidak lagi mengamalkan agama Islam; dan (2) Mereka yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam”.
Oleh itu terbuktilah Dr Zulqarnain dan pemimpin PAN tersasar atau sengaja cuba mengelabui mata umat Islam dengan menyebut “SOP ini bukan SOP untuk riddah” sedangkan “SOP ini memang SOP untuk riddah” kerana jelas disebutkan di dalam kenyataan media PH Sarawak itu bahawa selain SOP itu diperlukan untuk “mereka yang mempunyai dokumen bukti untuk membuktikan mereka tidak lagi mengamalkan agama Islam”, ia juga diperlukan untuk “mereka yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam”.
Nak cover  line dan buat damage  control pun telitilah betul-betul dulu, wahai Dr Zulqarnain dan pemimpin PAN.
Sumber HD - 4-3-2018 












































































































The Young Turks, gelojoh anak muda runtuhkan Islam

HARI ini tanggal 3 Mac 2018. Pada tarikh yang sama 94 tahun dahulu iaitu 3 Mac 1924, jatuhnya sebuah kerajaan Islam yang menaungi seluruh umat Islam dunia. Satu kerajaan sejagat yang dipimpin oleh Bangsa Turki ratusan tahun lamanya akhirnya berkubur jua. Benarlah firman Allah, tiada kerajaan yang akan kekal selama-lamanya baik Islam mahupun kuffar, selain dari kerajaan Allah. FirmanNya: 
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ 
تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan raja bagi segala kerajaan! Engkaulah yang memberi kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
[ali-‘Imran: 26] 
Banyak faktor yang menyebabkan jatuhnya dinasti yang paling lama berkuasa di dunia itu. Ratusan sejarawan baik muslim mahupun non-muslim menulis berbagai versi buku dan mengkaji semua aspek asbab musabbabnya kerana ia adalah satu detik hitam yang sangat bersejarah dalam peradaban manusia. Ia bukan sahaja mengejutkan orang Islam, malah memeranjatkan seluruh dunia. 
Namun faktor paling utama adalah kejayaan rancangan gerakan Zionis pimpinan si Yahudi Theodor Hertzel sejak abad ke-19 dahulu. Dalang gerakan tersebut terdiri dari beberapa orang penganut Yahudi dan Nasrani lain yang sangat hasad dan cemburu terhadap Islam. Mereka berhimpun atas matlamat politik, tetapi menggunakan kepercayaan agama masing-masing untuk membentuk gerakan tersebut. Allah telah menyatakan amaan dari awal:  
وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ 
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut ajaran mereka.”
[al-Baqarah: 120] 
Zionis menggunakan berbagai cara untuk melemahkan Islam. Mereka menggerakkan dan menyokong misi penjajahan Barat, dan dalam waktu yang sama menyuntik propaganda dalam saf umat Islam sendiri. Dari awal lagi mereka merekrut seorang muslim bernama Mustafa Kamal Atartuk dengan berbagai doktrin dan fahaman songsang. Mereka kemudian menaikkan nama beliau sebagai tokoh pembaharuan Turki.
Oleh kerana pemerintah akhir Uthmaniyyah tidak lagi mewarisi ciri-ciri pemerintahan Nubuwwah sebagaimana yang dimiliki oleh pengasas Uthmaniyyah, Uthman Ortoghol dan tidak juga seperti Sultan Murad, Sultan al-Fateh dan pemerintah-pemerintah awal dinasti tersebut, maka timbullah berbagai penyakit urus tadbir khilafah. Penyelewengan, kezaliman, kemewahan, kemungkaran dan berbagai masalah integriti. Ini semua menyebabkan rakyat marah terhadap pemerintah. 
Perkara ini memudahkan Zionis meruntuhkan khilafah dari dalam. Dengan watak Kamal Atartuk yang sengaja dicipta, beliau diposisikan mewakili suara rakyat menentang kebobrokan pemerintah. Dengan itu Atartuk mudah menerima sokongan terutama dari kalangan golongan muda yang terkenal dengan semangat tinggi. Mereka dikenali sejarawan sebagai The Young Turks. 
Namun kelemahan golongan muda adalah kebanyakan mereka hanya berjuang atas dasar semangat semata-mata tapi cetek ilmu dan kurang cermat dalam menghadapi tipu daya musuh yang selama ini mengintai-intai ruang untuk menjatuhkan Islam. Kerana terlalu ikutkan amarah terhadap kerajaan, gerakan tersebut menjadi agresif menyebabkan kerajaan Islam bertambah lemah dan lumpuh. Lemah di luar kerana satu persatu taklukannya dikuasai penjajah, dan lemah di dalam dengan gangguan The Young Turks. 
Walaupun sedar khilafah Islam sedang diancam kuasa Barat, Young Turks tidak peduli kerana menganggap masalah dalaman itu lebih patut diuruskan. Mereka tidak kisah kerajaan Islam dijajah asalkan hasrat mereka menukar kerajaan terlaksana. Mereka membantu musuh menyebar kebencian di kalangan rakyat Turki terhadap khilafah, bercampur baur antara cerita benar dan rekaan. Mereka dengan bongkaknya menyatakan: 
"Usah bimbang dengan Yahudi. Sekali kita ludah, mereka akan hanyut dengan air liur kita!" 
Akhirnya dengan kegelojohan golongan muda ini, khilafah tidak dapat bertahan. Khalifah terakhir, Sultan Abdul Hamed II digulingkan oleh tentera dalam peristiwa yang sangat tidak bermaruah. Kemudiannya naiklah Mustafa Kamal Atartuk. The Young Turks bersorak kegembiraan kononnya masalah mereka telah selesai dengan bertukar pemerintah. 
Tanpa menunggu lama, Atartuk terus mengumumkan tiada lagi sistem monarki dan mengubah kepada sistem republik. Kemudiannya beliau merubah hampir kesemua nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Turki seperti menegakkan ideologi sekular, mengubah azan kepada Bahasa Turki, mengehadkan aktiviti orang Islam, menukar Masjid Aya Sofya kepada muzium dan memburu setiap ulama yang mengajar Islam sebenar. Malah kekejaman dan kejahatan Atartuk lebih dahsyat dari apa yang pernah dilakukan sekalian pemimpin Uthmaniah. 
The Young Turks akhirnya tersedar, langkah mereka menyokong Atartuk adalah silap. Sikap mengikut nafsu amarah sehingga tidak berfikir panjang menyebabkan mereka sendiri beroleh padah. Kegemilangan Islam akhirnya lenyap dengan kegelojohan mereka sendiri. Sanggup mengikut kata-kata musuh Islam dalam menyelesaikan masalah orang Islam. 
Namun semuanya sudah terlambat. Kini, tiada guna lagi segala penyesalan. Selama ini mereka tidak mempedulikan firman Allah S.W.T: 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ 
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu berpaling dari jalan asalmu, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi."[ali ‘Imran: 149] 
Peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran buat Islam seluruh belahan dunia hari ini. Sikap gelojoh, mengikut hawa nafsu serta mendengar nasihat orang-orang kafir dalam menyelesaikan masalah dalaman umat Islam amat perlu dijauhi. Semua itu adalah punca terpenting hilangnya payung khilafah yang didambakan umat Islam sejagat. 
Masalah yang timbul di kebanyakan dunia Islam hari ini pula, adalah berpunca dari ulangan perangai The Young Turks. Yang paling ketara adalah mengikut telunjuk Barat. Ini termasuk pihak yang berani mendakwa diri sebagai The New Ottoman, sedangkan dasar luar mereka sangat patuh kepada perancangan Amerika Zionis. Malah sudah mula membina hubungan dengan kerajaan haram Israel. 
Sebenarnya sebelum tanah-tanah air umat Islam menerima kemerdekaan dahulu, penjajah telah siap melantik pengganti mereka dari bangsa tempatan tetapi jahat dan zalim. Tujuannya supaya pemerintahan mereka lambat laun dibenci oleh rakyat, lalu rakyat bangkit menentang kerajaan mereka sendiri. 
Kita boleh saksikan hakikat ini telah berlaku di Tunisia, Libya, Mesir, Iraq, Yaman, Syria dan berbagai lagi. Matlamat dari rancangan ini adalah supaya Barat sekali lagi boleh muncul sebagai hero membantu rakyat tertindas, dan kemudian rakyat memberi kepercayaan pada mereka dan memberikan mereka kuasa untuk masuk campur hal ehwal negara. Modus operandi yang sama sewaktu menjatuhkan khilafah dahulu. 
Sebagai negara majoriti muslim, Malaysia juga turut tersenarai. Sekiranya langkah bijak tidak diambil, tidak mustahil Arab Spring yang membuktikan kerugian terhadap umat lebih besar keuntungan yang diperoleh akan menerpa ke tempat kita pula. Anak muda Islam hari ini perlu lebih bijak menangani semangat juang yang mereka miliki. 
Sementelah hari ini, anasir sosialisme dan marxisme yang radikal kembali menular dalam saf gerakan Islam di banyak tempat. Gerakan ini giat beroperasi di kampus-kampus pengajian dengan menyasarkan golongan Mahasiswa. Anak muda ditipu bahawa ajaran marxisme adalah anti kapitalisme Barat dan Yahudi sedangkan mereka tidak tahu, Karl Marx itu adalah seorang Yahudi dan Soviet Union sendiri termasuk dalam grand design Zionis. Kini, Soviet telah dikuburkan di tanah lahir mereka sendiri. Tetapi dikembangkan semula di tanah air umat Islam. 
Inilah hakikat yang telah disuarakan tokoh murabbi Haraki, Dr Fathi Yakan: 
"Pemuda ialah sebuah tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangun dan memakmurkan alam. Sayangnya mereka telah dipergunakan orang lain untuk meruntuhkan Islam." 
Sekiranya misi Zionis berjalan lancar, lambat laun akan terbinalah kerajaan sejagat di bawah tamadun Amerika Zionis, yang cuba dicanangkan melalui agenda globalisasi. Tiadalah lagi segala tamadun lain termasuk Islam dan akan lahirlah kerajaan sebuah Yahudi sebagai pemerintah baru dunia, menunggu ketibaan Dajjal yang mereka percaya, itulah al-Masih yang akan memimpin mereka merajai dunia. Percayalah globalisasi Barat bukan sekadar teori konspirasi. 
Semoga tarikh bersejarah hari ini mampu menyedarkan kita akan bahaya yang sedang dihadapi. Binalah kekuatan sesama Islam, atas dasar 1 akidah dan 1 kiblat. Bebaskan diri dari sengketa sesama kita, dan bersatulah demi masa depan manusia seluruh dunia. Sebesar manapun masalah umat Islam, selesaikanlah secara sebuah keluarga. Jangan libatkan pihak luar yang sangat oportunis terhadap nasib umat Islam.
Firman Allah SWT: 
اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ ۗ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ 
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut selainnya (dari kalangan penguasa dan tokoh) sebagai tempat wala'; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".
[Al-Aaraf:3] 
3 Mac 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 3/3/2018
























































































































































































































Sumber HD - 3-3-2018


























































































































































































































Yakin Tsunami pengundi Melayu kepada PAS














































































































(Teks transkrip dan suntingan dari jawapan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor di Program Anda Tanya Roslan Shahir (Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor) Jawab di Facebook Live Sinar Harian pada 28 Februari yang lepas disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

Bersendirian
Kita PAS asalnya pun kita bersendirian daripada sebelum daripada kita menerajui Negeri Selangor bersama dengan rakan-rakan lain, kita pun asalnya bersendirian. Cuma bezanya kita dengan kawan-kawan lain dalam kerajaan hari ini, parti-parti lain dalam kerajaan hari ini, kita telah bertapak di Negeri Selangor seawal tahun 50-an.

Kita, saya rasa PAS ini mula-mula ditubuhkan di Negeri Selangor belum lagi ada cawangan di Kelantan dan Terengganu. Asalnya base dia di Selangor, di Kuala Lumpur bawah Selangor ketika itu. Tahun 1955, al-Marhum Prof. Zulkifli Muhammad Timbalan Yang Di-Pertua Agung PAS bertanding dalam Pilihan Raya Persekutuan yang pertama sebelum merdeka di Negeri Selangor. Hilang wang pertaruhan ketika itu.
Maknanya kita telah bertapak seawal tahun 50-an, dan antara kawasan yang base kita kuat di Sabak Bernam, Tanjung Karang, sehingga ke hari ini. Jadi sekarang ini keseluruhan 22 kawasan Parlimen di Negeri Selangor kita punya kawasan dan kita punya cawangan dan kekuatan. Dan bermakna walaupun kita bersendirian dalam politik dari sudut jentera pilihan rayanya keahliannya memang kita sentiasa bersedialah.

Sumber HD- 3-3-2018














































































































Yakin Tsunami pengundi Melayu kepada PAS

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata:
Satu perkara yang kita perlu akui bahawa padang permainan ataupun playing field untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-14 ini sama sekali berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13. Ia bukan hanya berbeza buat PAS, tetapi juga buat kawan-kawan bekas kawan-kawan kita dalam PKR, DAP hatta Umno Barisan Nasional sekalipun. 
”Nombor satu untuk kawan-kawan daripada PKR, daripada Pakatan Rakyat, dulunya kita bersama-sama dalam satu pakatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13. So, kemenangan calon-calon kita itu sebenarnya tak boleh kita longgokkan atas pengaruh DAP semata-mata, atas pengaruh PKR semata-mata. Sana sudah pasti sumbangan dan sokongan terhadap PAS tidak boleh dinafikan. Dari sudut jentera pilihan raya sendiri, saya pasti rakan-rakan daripada PKR dan DAP merindui kekuatan jentera PAS yang banyak menyokong dan membantu kemenangan parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya yang ke-12 dan ke-13. 
“Dan yang keduanya kita melihat pengundi-pengundi Melayu khususnya, hari ini orang berkata tentang Tsunami Melayu, bukan sahaja pemimpin-pemimpin politik Melayu, hatta Yang Berhormat saudara Lim Kit Siang pun di dalam blognya menulis berkenaan dengan kemungkinan berlaku Tsunami Melayu. 
“Jadi kalau bila berlaku Tsunami Melayu ini, sudah pasti kita kena lihat kepada parti Melayu. Dan selepas daripada Umno, parti Melayu yang kedua terbesar dalam negara adalah PAS. So, kita merasakan dengan gerak kerja yang tersusun, kita akan mampu menguasai Tsunami ini untuk berpihak kepada PAS kerana playing fieldnya ataupun padang permainannya berbeza sekarang ini. Maknanya sentimen pengundi Melayu kalau kita nisbahkan dengan Tsunami Melayu tadi, kebanyakan pengundi Melayu dijangka akan bangkit protes dan mereka tidak akan beri undi kepada Umno Barisan Nasionl menjadi punca protes mereka itu. Dan kita yakin dia akan datang kepada PAS.
“Di situlah keyakinan kita dan kita yakin keputusan Pilihan Raya Umum kali ini akan banyak berpihak kepada PAS, bermakna berubah lain daripada sebagaimana disasarkan oleh pihak-pihak yang lainlah. 
Ikuti teks transkrip dan suntingan dari jawapan beliau di Program Anda Tanya Roslan Shahir (Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor) Jawab di Live Facebook Sinar Harian pada 28 Februari yang lepas  disiarkan di ruangan E-Harakahdengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah). - HARAKAHDAILY 3/3/2018
Sumber HD -3-3-2018 

Dr MAZA ada penyakit hati?

SEHINGGA ke hari ini Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) masih gagal mengulas hentaman keras bekas Mursyidul Am PAS, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di dalam kuliah Jumaat pada 9 Mei 2014 kepada beliau bahawa beliau adalah “pensyarah yang orang panggil nak perhidup Islam dok, nak ‘mapuh Islam” dan “pensyarah yang bodoh”.
Tulisan terbaru Dr MAZA di dalam Facebook beliau yang cuba menimbulkan keraguan ke atas “sebahagian orang politik” yang menyatakan mereka “berjuang dan berpolitik untuk menegakkan hukum Allah” tetapi kononnya “bukan ingin menegakkan hukum Allah” tetapi “sekadar untuk mendapatkan undi pilihan raya”, “memperdagangkan agama untuk undi pilihan raya” malah “telah melanggar banyak hukum Allah”, termasuk kononnya “maki hamun, menggelar orang lain dengan gelaran buruk, mengkafir sesama muslim, berbohong apatah lagi atas nama politik agama, memfitnah orang lain, memutarbelit nas-nas agama untuk kepentingan politik kepartian, rasuah, menentukan sah batal amalan agama berdasarkan sokongan kepada parti dan pelbagai lagi” serta “menentukan syurga neraka dengan lambang parti politik”, membuktikan kebenaran dakwaan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz itu.
Dr MAZA sekarang adalah Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang diberi tanggungjawab untuk “membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah (Negeri Perlis) berkenaan dengan semua perkara Hukum Syarak...” di mana di bawah Seksyen 51 (1) dan 51 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2006 jelas disebut bahawa kuasa Mufti Kerajaan Negeri Perlis hanyalah terhadap kepada ruang lingkup Perlis sahaja. Beliau juga adalah pemegang ijazah PhD dari Universiti Islam Antarabangsa dengan tesis bertajuk “Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir”.
Sangat pelik sekali apabila seorang Mufti dan seorang pemegang ijazah PhD boleh menimbulkan keributan malah mencetuskan fitnah di dalam masyarakat dengan mengeluarkan pelbagai tuduhan umum ke atas pihak tertentu tanpa menamakan secara spesifik pihak yang dituduh itu dan tanpa memberikan bukti secara spesifik ke atas tuduhan itu. Jika beliau benar-benar ikhlas, berani dan berilmu, beliau seharusnya menamakan secara spesifik pihak yang dituduh itu dan memberikan bukti secara spesifik ke atas tuduhan itu. Jika “perlanggaran hukum Allah” itu berlaku di Negeri Perlis yang berada di bawah bidang kuasa beliau sebagai seorang Mufti, maka adalah menjadi kewajipan beliau untuk “membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah (Negeri Perlis)” supaya bertindak ke atasnya, bukannya dengan mengeluarkan pelbagai tuduhan umum secara terbuka begini.
Bila ini tidak berlaku, maka tidak salahlah jika ada yang menyelar beliau sebagai mempunyai penyakit hati, bacul dan tidak menepati ciri-ciri seorang ilmuan seperti yang sepatutnya.
Apa yang jelas kepada banyak pihak ialah, berdasarkan banyak bukti, Dr MAZA-lah yang sebenarnya memperdagangkan jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis untuk tujuan tersendiri, termasuk dengan mencampuri urusan politik kepartian, bukan sahaja dengan menyerang Presiden PAS, malah juga menyerang Presiden Umno yang merupakan Perdana Menteri.
Apa tujuan berulang-ulang kali dibangkitkan kembali isu kafir-mengkafir yang sudah pupus ditelan zaman ini, apatah lagi bila Dr MAZA sendiri sebelum ini pernah direkodkan menggesa semua pihak supaya “berhenti memainkan isu kafir-mengkafir” dan “kembali kepada politik yang dapat membina negara”, jika pembangkitnya tidak ada penyakit hati?
Begitu juga apa tujuan berulang-ulang kali diserang pihak yang “berjuang dan berpolitik untuk menegakkan hukum Allah” sedangkan pada masa yang sama pihak yang berjuang dan berpolitik untuk tidak melaksanakan, malah mempertikaikan dan memperlekehkan, hukum Allah tidak pernah pula diserang sebegitu rupa, jika penyerangnya tidak ada penyakit hati? 
Mengenai isu kafir-mengkafir ini, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan telah mengeluarkan satu risalah pada 29 September 1983 yang di antara lainnya adalah berbunyi: “Sebenarnya tidak ada siapa yang mahu jadi kafir dan tidak ada siapa yang gatal mulut mengeluarkan fatwa kafir-mengkafir, tapi siapa sahaja yang melibatkan diri dengan sebab-musabab yang menjadikan dia kafir, maka kafirlah dia, walaupun tidak ada siapa yang mengeluarkan fatwa ke atasnya. Sepertimana penyakit, memang tidak ada siapa yang mahu sakit dan tidak ada doktor yang gatal mulut menuduh pesakit-pesakitnya terkena sakit itu, tapi siapa sahaja yang dihinggapi kuman-kuman tertentu, maka berpenyakitlah ia walaupun tidak ada doktor yang mengiktiraf dia sakit.”
Samalah juga dengan tulisan Dr MAZA sendiri sebelum ini bahawa “sesiapa yang dengan jelas tanpa sebarang andaian lagi menghina Allah dan Rasul-Nya, maka dia terkeluar dari Islam” dan bahawa “demikian juga jika dia menentang secara jelas tanpa sebarang andaian lagi apa yang ditetapkan oleh Allah dengan jelasnya seperti pengharaman arak, judi, zina dan seumpamanya”, maka apakah Dr MAZA tidak boleh dikatakan mengkafirkan? - HARAKAHDAILY 3/3/2018






























































































































































































































Sumber HD- 3-3-2018
















































































































Guan Eng dera PKR dan PAN di P. Pinang?

SEPERTI ditulis saya pada 5 Februari 2018 dan yang disahkan oleh Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, Pengerusi PAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, dan Pengerusi PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya, kepada portal berita Malaysia Kini pada 23 Februari 2018, rundingan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang antara parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang telah gagal.
Punca kegagalan rundingan ini adalah kerana:
(1)     PKR Pulau Pinang tidak mahu melepaskan mana-mana satu daripada 16 kerusi yang ditandingi olehnya di dalam PRU 13 kepada PPBM atau kepada PAN jika DAP juga berkeras untuk tidak melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusinya kepada PKR.
(2)     DAP Pulau Pinang tidak mahu melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusi yang ditandingi olehnya di dalam PRU 13 kepada PKR.
(3)     PPBM Pulau Pinang mahu meletakkan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang kini diwakili oleh Umno, iaitu N1 Penaga, N2 Bertam, N3 Pinang Tunggal, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua, N6 Telok Ayer Tawar, N40 Telok Bahang, N21 Sungai Acheh, N38 Bayan Lepas dan N39 Pulau Betong.
(4)     PAN Pulau Pinang mahu meletakkan calon di 5 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ditandingi oleh PAS di dalam PRU 13, iaitu N1 Penaga, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua, N11 Permatang Pasir dan N38 Bayan Lepas.  
Ekoran kegagalan PKR Pulau Pinang, PPBM Pulau Pinang dan PAN Pulau Pinang menyelesaikan perebutan kerusi sesama mereka di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri yang kini diwakili oleh Umno maka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dilaporkan oleh sumber-sumber berwibawa sebagai telah mengambil langkah drastik membekukan perlantikan Penyelaras Dewan Undangan Negeri dari PKR dan PAN di 10 kerusi terbabit, iaitu N1 Penaga, N2 Bertam, N3 Pinang Tunggal, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua, N6 Telok Ayer Tawar, N40 Telok Bahang, N21 Sungai Acheh, N38 Bayan Lepas dan N39 Pulau Betong, sekali gus menyekat peruntukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat di 10 kerusi terbabit, mulai awal tahun ini.
Persoalannya ialah: Wajarkah Lim Guan Eng mendera 10 Penyelaras Dewan Undangan Negeri dari PKR dan PAN ini, sekali gus mendera rakyat di 10 Dewan Undangan Negeri ini, semata-mata kerana 10 kerusi terbabit belum dimuktamadkan pemiliknya?
Dan tidakkah kegagalan menyelesaikan agihan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang antara parti-parti komponen PH Pulau Pinang ini sepatutnya turut menjadi mercu tanda kegagalan DAP selaku peneraju Pakatan Harapan Pulau Pinang?
Dan kenapakah para pemimpin PKR Pulau Pinang dan PAN Pulau Pinang langsung tidak berani bersuara bagi membongkar dan melawan tindakan yang tidak demokratik dan yang menzalimi 10 Penyelaras Dewan Undangan Negeri mereka dan rakyat di situ? - HARAKAHDAILY 2/3/2018
Sumber HD - 2-3-2018 

















































































































Benarkah Thariq bin Ziyad Membakar kapal Saat Menyerang Sepanyol?
Posted on Friday, March 02 @ 10:01:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38464




Salah satu kisah yang paling terkenal tentang perjuangan Thariq bin Ziyad menuju Andalusia adalah sebuah peristiwa heroik yang dilakukan Thariq, membakar kapal-kapal yang ia dan pasukannya gunakan untuk menyeberangi Selat Gibraltar. Setelah itu Thariq mengatakan, “Lautan terbentang di belakang kalian, musuh-musuh berada di hadapan kalian, dan tidak ada jalan selamat bagi kalian kecuali dengan pedang!!”


Kisah ini sangat popular di masyarakat, namun ternyata –mungkin kita tidak pernah mendengarnya- peristiwa ini dilemahkan oleh para ulama sejarah. Di antara yang melemahkan kisah tersebut adalah Dr. Raghib as-Sirjani. Berikut ini kami kutipkan pendapat beliau mengenai keabsahan kisah tersebut.
Menurut Raghib as-Sirjani, kisah ini masih diperdebatkan (debatable) di kalangan sejarawan. Ada yang mengatakannya shahih benar-benar terjadi dan tidak sedikit pula yang mengatakan kisah ini palsu. Alasannya adalah:

Pertama, tidak ada riwayat yang shahih mengenai peristiwa ini. Umat Islam yang memiliki keistimewaan dengan ilmu jarh wa ta’dil (ilmu yang meneliti tentag periwayatan) menimbang bahwa seorang periwayat haruslah orang-orang yang terpercaya. Dan tidak ada seorang pun yang terpercaya dari kalangan umat Islam yang meriwayatkan kisah ini. Kisah ini diriwayatkan dari riwayat orang-orang Eropa yang menulis tentang peristiwa Perang Sidonia atau Perang Lembah Barbath.

Kedua, kebijakan pembakaran kapal ini harus dengan izin atau koordinasi dengan para pembesar Kerajaan Umawiyah, seperti amir Afrika Utara, Musa bin Nushair atau Khalifah al-Walid bin Abdul Malik karena merekalah yang mengizinkan Thariq berangkat ke Andalusia. Atau pasti ada kabar bahwa Musa bin Nushair dan khalifah meminta penjelasan mengapa Thariq melakukan hal yang dapat membahayakan belasan ribu nyawa kaum muslimin. Atau juga ada koordinasi dengan para ulama untuk menimbang mafsadat dan madaratnya. Semua catatan sejarah yang mengatakan Thariq bin Ziyad membakar kapal-kapalnya tidak menyebutkan semua pertimbangan di atas. Tentu saja hal in mendatangkan keraguan.

Sebagaimana kita ketahui di kisah sebelumnya bahwa Thariq bin Ziyad selalu berkoordinasi dengan Musa bin Nushair dalam kebijakan yang dia lakukan.

Ketiga, sumber-sumber Eropa berperan besar dalam tersebarnya kisah ini. Mengapa demikian? Karena logika mereka tidak mampu memahami, bagaimana bisa 100.000 pasukan Visigoth Nasrani, di negeri dan tanah mereka sendiri, mereka benar-benar mengenal medan pertempuran, dikalahkan oleh sekelompok kecil pasukan asing yang hanya terdiri dari belasan ribu pasukan saja?! Kisah ini berkembang lantaran sebuah asumsi pasukan Islam tidak ada lagi pilihan lagi kecuali tenggelam di laut atau mati di medan perang.

Demikianlah penafsiran orang-orang Nasrani Eropa, dan pemahaman mereka ini bisa dimaklumi karena mereka tidak mengetahui janji Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya.

كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar”. (QS. Al-Baqarah: 249)

Keempat, tidak pernah tercatat dalam sejarah peperangan umat Islam, umat Islam merasa kecut berhadapan dengan musuh-musuhnya sehingga mereka butuh motivasi tambahan dengan membakar kapal-kapal mereka. Kaum muslimin berangkat berperang dengan tujuan utama kemenagan atau syahid di jalan Allah.

Kelima, kekalahan dalam peperangan adalah sebuah kemungkinan yang bisa saja terjadi. Oleh karena itu Allah Subhanahu wa Ta’ala membolehkan pasukan yang berjihad untuk mundur dengan alas an agar bisa bergabung dengan pasukan yang lain.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا زَحْفًا فَلَا تُوَلُّوهُمُ الْأَدْبَارَوَمَنْ يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلَّا مُتَحَرِّفًا لِقِتَالٍ أَوْ مُتَحَيِّزًا إِلَىٰ فِئَةٍ فَقَدْ بَاءَ بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (sisat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.” (QS. Al-Anfal: 15-16)

Jadi Allah Ta’ala memberi peluang pasukan Islam untuk mundur apabila mereka sudah pasti melihat kekalahan dan merugikan umat Islam lainnya, dengan syarat hal itu sebagai strategi perang atau bergabung untuk menambah jumlah pasukan lainnya. Kebijakan membakar kapal adalah keputusan yang membahayakan pasukan, merugikan kaum muslimin, dan bertentangan dengan syariat. Fiqih seperti ini sangat diragukan terjadi pada seseorang yang diangkat menjadi panglima perang semisal Thariq bin Ziyad.

Keenam, sebagaimana disebutkan Ibnu Adzari dalam al-Bayan al-Maghrib 2:6, dan al-Himyari dalam al-Raudh al-Mu’thar Hal. 35, tidak semua kapal yang membawa pasukan Islam menyeberang ke Andalusia milik Thariq bin Ziyad, ada beberapa di antaranya milik dari Raja Julian. Julian adalah salah seorang yang tidak senang dengan kekuasaan Roderick yang zalim. Dengan demikian, Thariq harus mengembalikan kapal-kapal yang ia pinjam bukan malah membakarnya.

Dari poin-poin di atas, Raghib as-Sirjani menyimpulkan bahwa peristiwa pembakaran kapal ini adalah kisah fiktif yang sengaja dibuat untuk menafikan kekuatan keimanan pasukan Islam dan pertolongan yang Allah berikan dengan kesabaran mereka.

Sumber: Qishshatu al-Andalus min al-Fathi ila as-Suquth


Disusun oleh Nurfitri Hadi
Artikel www.KisahMuslim.com


Read more http://kisahmuslim.com/4219-benarkah-thariq-bin-ziyad-membakar-kapalnya-saat-menyerang-spanyol.html"

Sumber TKO - 2-3-2018


















































































































M'sia tak ke mana kalau BN berganti PH

Nafsu PH
Ikutkan nafsu, semua pemimpin PH mahu ganti BN sebagai pemerintah hari ini juga. Tak mahu tunggu PRU dulu. Apa saja peluang boleh berkuasa, pasti dirembat.
Dulu lepas PRU12, Anwar rancang peristiwa 16 September untuk ajak kebanyakan MP bukan Muslim BN lompat parti. Lepas PRU13, rancang Blackout pula untuk batalkan keputusan PRU. Masa Mat Said keluar parti, didesak PAS Terengganu segera ajak Mat Said bergabung untuk bentuk kerajaan baru. Siri-siri Bersih terakhir dirancang persis Arab-Spring, kononnya revolusi rakyat.
Mujurlah PAS tidak mahu bersama. Oleh kerana PAS cukup berpengaruh, oleh kerana hanya PAS mampu mencetus gerakan massa, segala rancangan itu gagal. Kalau berjaya, tak boleh bayangkan bagaimana huru-hara negara sekarang.
Apa gagasannya?
Itu nafsu PH. Bila ditanya kalau berjaya ganti BN, apa mereka nak buat? Macam-macamlah janji ditabur. Sampai siaran EPL percuma pun jadi manifesto. Tapi kalau tanya macamana cara nak laksanakan, terkial-kial mahu menjawab. Perancangan strategik tak ada. Kajian menyeluruh tak ada. Cuma manis di bibir sahaja.
Apa yang nampak melalui zahir, tidak ada makna menukar BN kepada PH. Mereka sama sahaja. Bahkan mungkin lebih teruk. Budaya mereka sama, minda mereka juga sama. Tidak progresif dan produktif. Hanya mengitar isu-isu lama dengan bahasa-bahasa baru sahaja. Mengitar maskot-maskot lama dengan uniform baru sahaja.
Warga emas dikitar sebagai PM 
Tambah bila Mahathir jadi Pengerusi PH. Lagilah kelam masa depan Malaysia. Seolah-olah bawa balik ke zaman 90-an dahulu. Orang-orang muda dalam PH tak berguna sangat ke sampai warga emas juga terpaksa dipilih?
Mahathir kata nak gantikan GST dengan SST semula. Macam zaman dia dulu. Padahal sebelum ni pemimpin PH dah akui GST adalah sistem percukaian paling efektif zaman moden ini. Sedarkah kita SST lebih tinggi kadarnya daripada GST? Kenapa tak boleh fikir cara untuk keluar daripada cukai tersembunyi begini? Kenapa perlu kitar balik benda lapuk yang orang sudah tinggalkan?
Mahathir kata kembalikan Pengajian Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Padahal sudah terbukti PPSMI tidak membantu tahap pendidikan rakyat. Para intelek dan ahli akademik majoriti membantah program ini. Kenapa perlu agungkan bahasa asing sedangkan bahasa sendiri lebih sesuai untuk ilmukan bangsa? Tidakkah mereka tengok di Jepun, Jerman dan Perancis? Mahathir sudah agak ketinggalan dari maklumat-maklumat ini.
Mahathir pertahankan bahawa tol di Malaysia masih di tahap yang rendah. Seolah beri bayangan bahawa jangan harap tol akan terhapus kalau PH berkuasa. Tidak menghairankan. Sebahagian besar tol di Malaysia wujud pada zaman beliau. Sebahagian besar pemilik konsesi tol adalah kroni beliau.
PH 'copy paste' BN
Perangai BN dan PH pun sama sahaja. Dulu BN yang kuat main sebar video audio gambar untuk mengaibkan pemimpin parti politik. Hari ini taktik serupa dimainkan oleh PH pula. Husam Musa siap mengaku ada rakaman ucapan pemimpin PAS mengaku ambil duit Umno. Tak tahulah lepas ini apa lagi yang akan tersebar menjelang pilihan raya.
Zaman serba moden, macam-macam boleh direka. Kalau hidup di zaman 80-an, zaman Utusan dan TV3 satu-satunya sumber rakyat, mungkin orang boleh percaya. Ini zaman orang celik maklumat. Kalau setakat rakaman itu untuk modal politik, boleh balik awal. Rakyat Malaysia tak ada masa untuk layan politik seperti ini. Mungkin mereka tak pernah baca, di Hollywood siap ada studio khas untuk staging rakaman propaganda Asia Barat. 
Yang menjelikkan, dari pimpinan atas sampai bawah parti PAN jaja audio itu. Besar sangatkah isu itu kepada masalah negara? Sudah tidak ada agenda lain lagikah dalam kepala PAN untuk bantu rakyat dan negara? Beginikah modal politik PAN yang akan digunakan sampai habis PRU? Cara inikah yang mereka fikir dapat tambah undi?
Benar atau salah bukan isu utamanya. Kalau benar sekalipun ramai mana sangat yang akan berjaya dipengaruhi. Tetapi apakah wajar membawa budaya politik tidak sihat begini kepada masyarakat sebuah negara yang sedang menuju status maju? 
Tidak ada guna berjuang menjatuhkan BN, tapi copy paste sebiji perangai mereka. Rakyat sebenarnya tak kisah siapa yang memerintah, tetapi rakyat mahu anjakan paradigma dalam pemerintahan.
PAS berlepas diri
Alhamdulillah, PAS keluar dari kepompong politik purba ini. Bermula dengan memperkenalkan BPMS sebagai model politik yang profesional dan maju, diperkenalkan pula Dokumen Hijau sebagai tawaran solusi masalah rakyat. Kemudian WINS2051 pula dilancarkan, sebagai model rancangan pentadbiran negara jangkamasa panjang. Mutakhir, Kerajaan Teknokrat pula digagaskan. Selepas ini akan disambut dengan manifesto pula.
PAS tidak perlu melayan politik murahan pihak lain. Mereka hanya sekerat. Lebih baik tumpukan kepada rakyat teramai yang tidak terlibat dengan politik di luar sana. Ajar mereka politik cara Islam. Ajak mereka kepada anjakan paradigma negara. Beri peluang untuk sama-sama berpasitipasi membangunkan Malaysia.
Jom..
13 Jumadal Ukhra 1439
28 Februari 2018
ALANG IBN SHUKRIMUN - HARAKAHDAILY 28/2/2018




































































































































































































































Sumber HD - 28-2-2018

Usaha terdesak untuk palitkan PAS dengan Umno

BARU sahaja terbaca satu laporan portal berita Malaysia Date Line pada 27 Februari 2018 bertajuk “Musuh PAS Bukan Umno, Kata Mahfodz” yang dikongsi oleh Pengerusi PAN Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, di laman Facebook beliau dengan catatan “Sudah terang lagi bersuluh..”
Laporan portal berita Malaysia Date Line ini merupakan ulasan penulisnya, “Amni Jagat”, ke atas ucapan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, dalam Ceramah Fastaqim 2.5 H10K JDT di Dataran Istiqamah, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Johor, pada 24 Februari 2018.
Transkrip ucapan Datuk Dr Mahfodz dalam Ceramah Fastaqim 2.5 H10K JDT, yang disediakan oleh oleh Pelatih Harakah, Zaid Md Adhar, ini pula telah disiarkan oleh lidah rasmi PAS, Harakah Daily, pada 25 Februari 2018, di bawah tajuk “Calon PAS Lebih Hebat Dari Bekas PJ”.
Membandingkan laporan portal berita Malaysia Date Line dengan transkrip ucapan Datuk Dr Mahfodz, saya agak terperanjat bila seorang pemimpin yang mempunyai tahap pendidikan dan kerjaya yang baik seperti Datuk Dr Ismail boleh terpengaruh dengan propaganda murahan begini. 
Ini kerana mereka yang membaca transkrip ucapan Datuk Dr Mahfodz akan menyimpulkan bahawa laporan portal berita Malaysia Date Line ini mengandungi niat jahat untuk memburukkan imej PAS dengan menimbulkan persepsi PAS bersekongkol dengan Umno dalam PRU 14.
Laporan portal berita Malaysia Date Line ini memang boleh disifatkan sebagai mengandungi niat jahat kerana, berdasarkan transkrip, Datuk Dr Mahfodz langsung tidak menyebut di dalam ucapan beliau perkataan “Musuh PAS Bukan Umno” yang dijadikan sebagai tajuk kepada laporan ini.
Benar disebutkan oleh Datuk Dr Mahfodz bahawa PAS Johor wajib mempertahankan empat kerusi DUN yang ia menangi di dalam PRU 13 dahulu, “termasuklah DUN Parit Yaani yang ada di Kawasan Sri Gading ini, yang itu nombor satu wajib tuan-tuan, pasal kita nak jatuhkan Parti AMANAH yang tak amanah”. 
Walaupun begitu, bila kita membaca transkrip ucapan Datuk Dr Mahfodz, dapat difahami dengan mudah bahawa PAS Johor tidak pernah menganggap Umno Johor sebagai bukan musuhnya, malah tanpa disebutkan namanya pun pembaca boleh menyimpulkan Umno Johor adalah musuh PAS Johor.    
Disebutkan dengan terang dan nyata oleh Datuk Dr Mahfodz: “Lepas itu kita juga daripada dulu nak membuktikan bahawa PAS Johor lebih kuat, lebih subur, maka kita berusaha sungguh-sungguh untuk menang tiga kali ganda daripada yang kita menang pada PRU 13 dulu, iaitulah 12 DUN di Johor ini”. 
Ditambah pula dengan penegasan sama mengenai 18 kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi di Johor: “Kita mesti bantu PAS Pusat untuk menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen. Tak akan Johor tak boleh sumbangkan satu, dua, tiga, empat, lima ke tak boleh? Boleh tak tuan-tuan?”
Untuk menang 12 kerusi DUN di Johor selain untuk menang kerusi Parlimen di Johor ini maka sudah tentulah calon PAS terpaksa mengalahkan calon Umno kerana calon PAS akan berhadapan dengan calon Umno di kerusi-kerusi tersebut, sekali gus menjadikan Umno sebagai musuh PAS.
Takkanlah perkara yang sesenang ini, yang boleh ditanggapi dengan mudahnya oleh pembaca biasa, tidak boleh difahami oleh seseorang yang berjawatan sebagai Pengerusi PAN Negeri seperti Datuk Dr Ismail? Inilah yang terjadi bila sudah terlalu benci sehingga emosi lebih menguasai hati.
Turut diperlekehkan di dalam laporan portal berita Malaysia Date Line ini adalah bahawa PAS Johor tidak berminat untuk memerintah negeri Johor dengan menyebut “PAS Johor hanya menyasarkan kemenangan bagi 12 kerusi DUN Johor sahaja dan tidak berminat untuk memerintah negeri Johor”.
Masalahnya, bila PAS meletakkan sasaran tinggi di peringkat Pusat dan di sesetengah negeri maka PAS dikritik hebat dengan dakwaan kononnya bermimpi terlalu tinggi, tetapi bila PAS meletakkan sasaran yang realistik di negeri lain seperti Johor maka PAS dikritik pula sebagai tidak bercita-cita tinggi.
Susah juga untuk menjadi sebuah parti politik seperti PAS ini rupanya, buatlah apa sekalipun ia tetap akan sentiasa dikritik oleh rakan-rakan pembangkangnya. Namun, kepada rakan-rakan saya di dalam PAS, teruslah maju ke hadapan, usahlah ditakutkan kepada celaan orang-orang yang suka mencela. - HARAKAHDAILY 28/2/2018






































































































































































































































Sumber HD- 28-2-2018



Pas hanya kekalkan prinsip sedia ada kata Prof Nik Ahmad Kamal
Posted on Tuesday, February 27 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38418



SHAH ALAM - Tindakan Majlis Syura Ulamak Pas mengekalkan baiah dan sumpah setia di kalangan calon parti yang bertanding pada PRU14 adalah bertujuan untuk mengekalkan prinsip sedia ada.

Ketua Kluster Governance, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, walaupun amalan tersebut mengundang kontroversi, namun ia diteruskan demi kelangsungan kepada integriti dan keyakinan terhadap parti itu.


"Pas menganggap isu keluar parti adalah satu perkara yang mengganggu gugat kesetiaan kepada parti.

"Saya rasa Pas mahu memastikan bahawa calon-calon yang bertanding pada PRU14 benar-benar taat dan setia kepada perjuangan mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Majlis Syura Ulamak Pas menetapkan baiah dan sumpah setia akan dilafazkan calon parti yang bertanding di atas tiket Pas dan Gagasan Sejahtera pada PRU14 ini.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, calon yang bertanding menggunakan lambang Pas mesti melafazkan baiah sebagai janji mereka mentaati segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh parti.

Pada masa sama, Nik Ahmad Kamal berkata, sama ada tindakan tersebut ini wajar atau sebaliknya, ia adalah perkara subjektif.

Sumber TKO - 27-2-2018
























































































































Itulah PAS
Posted on Tuesday, February 27 @ 00:14:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38409




Ibu bapa adalah payung dan permata bagi anak-anak. Setiap tutur kata dan tunjuk ajarnya adalah demi kebaikan anak-anak. Nasihatnya walaupun tidak disukai adalah lontaran kasihnya. Marahnya adalah lantunan dari darah cinta yang mengalir di dalam daging zuriatnya. Mereka mahu lihat anak-anak selamat di dunia dan di akhirat.


Dalam begitu mulia dan suci kasih sayangnya, berapa ramai anak-anak yang menyanggah nasihatnya. Berapa ramai anak-anak yang berkonflik dengan kehadirannya. Ada anak-anak yang sanggup lari dari rumah kerana berkontradik dengan hukum dan aturannya.

Hanya anak-anak yang taat dan soleh sahaja menghargainya. Merekalah yang selalunya selamat. Semasa kecil hidup berlandaskan nasihat dan peraturan yang diajarkan. Ibu bapa kadang-kadang dirasakan keras dan tegas dalam didikan. Tetapi apabila sudah matang dan dewasa,semuanya dapat lihat kejayaan berkat asuhan dan peraturannya.

Secara analoginya, itulah PAS. Gerakan Islam ini bergerak dalam tiga jalur utama kehidupan ummah  -  politik, dakwah dan tarbiyah. Tiga jalur yang cukup jelas mengangkat Islam dan ummah. Tetapi berapa ramai yang memusuhi dari kalangan ummah sendiri? Macam anak-anak tadi; hanya ummah yang soleh dan beriman memahami dan bersama gerakan ini.

Anak yang derhaka menyanggah segala. Hukum-hakam dikata ketinggalan zaman. Peraturan yang murni dikata kongkongan.  Siang dan malam hidup berpetualang. Ibu bapa dibuat bagai sampah di perlimbahan.

Ummah yang toleh apa tidak kata pada PAS. PAS dikata pemecah-belah masyarakat. PAS dituduh membawa ajaran sesat. PAS difitnah menggunakan agama untuk kepentingan diri. PAS didakwa  tak pandai urus negeri.

Itulah PAS. Anak-anak boleh anggap apa saja kepada ibu ayah. Yang pastinya, hanya anak-anak yang taat akan selamat dunia akhirat. Ummah yang derhaka kepada ajaran al-Quran dan as-sunnah dalam berpolitik dan memilih pemimpin, boleh melebarkan apa saja fitnah dan tohmahan kepada PAS. Yang pastinya, PAS tak akan hancur dan berkubur. Teras Islam lebih kukuh dari cengal atau jati. Panji perjuangan terus digalas dari generasi ke generasi.

Kalian hayatilah dua rangkap terakhir lagu tema PAS ini. Semoga roh perjuangan Islam dapat menyantuni naluri. Dan biarlah akhirnya bersemi di hati.

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah....
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah...

BDA

26/2/2018

Sumber TKO - 27-2-2018























































































































Politik PAS : Sebuah penilaian



























































































































KAMI tertarik dengan keanjalan dan pendekatan kerjasama politik yang dimainkan oleh PAS dalam arena politik negara. 


























































































































Jika kita susuri pendekatan kerjasama politik PAS ianya sudah melangkah ke depan berbanding dengan parti politik yang lain dengan pelbagai pengalaman politiknya. Antaranya: 


























































































































PAS bertahaluf siyasi dengan kerajaan atau pemerintah.
- Kerajaan Perpaduan (1973)
- Barisan Nasional (1974-1978) 


























































































































PAS bertahaluf siyasi pembangkang
- Angkatan Perpaduan Ummah (1989-1995)
- Barisan Alternatif (1999-2001)
- Pakatan Rakyat (2008-2015) 


























































































































Jika dibandingkan dengan arti utama yang lain, seperti Umno mereka tidak pernah merasa sebagai parti pembangkang, begitu juga PKR dan DAP tidak pernah merasai pengalaman sebagai kerajaan pusat.  


























































































































Pendekatan PAS sebelum ini telah meletakkan PAS pada 'class'nya yang tersendiri. Class inilah yang menyebabkan anak muda tertarik dengan pendekatan politik PAS.  


























































































































Apatah lagi setiap pendekatan yang dilakukan PAS itu tidak pernah menggadaikan prinsipnya, bahkan prinsip PAS-lah yang menjadi penyebab sesuatu kerjasama itu terbentuk ataupun tidak. 
Menariknya kini, PAS melangkah selangkah lagi meninggalkan parti politik yang lainnya apabila mengambil pendekatan yang baru dalam politiknya iaitu dengan memperkenalkan konsep Taawun Siyasi.  


























































































































Iaitu pendekatan yang lebih terbuka dengan dasar pendekatan kerjasama atas perkara kebajikan dan tidak bekerjasama dalam perkara kemungkaran. Dan, menariknya kerjasama ini tidak menghadkan kepada mana-mana pihak sama ada pemerintah mahupun pembangkang. Asalkan perkara yang dibawa itu memberikan kelebihan kepada Islam dan juga rakyat, maka, PAS akan turut bekerjasama.  


























































































































Ini suatu eksperimen politik yang sangat 'wow' bagi anak muda. PAS telah mempersembahkan satu pendekatan yang akan membawa anak muda dan rakyat mendiskusikan pendekatan terbarunya ini.  


























































































































Sekali gus mengeluarkan faham politik rakyat yang hanya dipersembahkan dengan politik pertembungan dua pihak kerajaan dan pembangkang kepada suatu makna politik yang lebih luas iaitu politik suatu solusi mencari kebajikan buat rakyat.  


























































































































Kami dari PAMI mengucapkan tahniah kepada PAS atas eksperimen baru dalam politik tanah air ini. Anda membentuk cara fikir politik kami kini.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Founder
Projek Anak Muda Islam - PAMI - HARAKAHDAILY 24/2/2018
Sumber HD - 24-2-2018 






















































































































































































































































Kebendaan yang meranapkan iman

MEMBACA dan menatap sirah Baginda S.A.W selayaknya menatijahkan dua perkara. Iaitu semakin bertambah minat untuk mentadabbur al-Quran dan kedua semakin meyakini tiada jalan yang lebih selamat selain Islam. Antara kisah yang wajar diambil pengajaran sebanyaknya ialah kisah surat Baginda S.A.W kepada Raja Rom Heraclius. 
Meninggikan Islam dalam apa jua keadaan
Surat Baginda S.A.W dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim kemudian Nabi menyebutkan “dari Muhammad Hamba Allah dan Pesuruh-Nya kepada Heraclius Pembesar (Raja) Rom, sejahteralah sesiapa yang mengikut petunjuk. Islamlah, nescaya kamu akan selamat”.  
Memulakan surat dengan 'intonasi' sebegini, menunjukkan suatu akhlak terpuji Nabi yang sentiasa meletakkan Islam dengan kedudukan yang tinggi. Sekalipun dari aspek kekuasaan, Rom boleh dikatakan sebagai Kuasa Besar dan Madinah hanyalah kerajaan kecil yang baru muncul. 
Jiwa Besar Nabi S.A.W
Kesungguhan Nabi menyampaikan Islam kepada pemimpin tertinggi sebuah kerajaan kafir dengan mengajaknya masuk Islam bukti ketinggian politik Nabi. Membawa mesej Islam tanpa selindung dan menerangkan tujuannya dengan jelas. "Selamatlah sesiapa yang mengikut petunjuk, Islamlah, nescaya kamu akan selamat”. 
Bermegah dengan kuasa dan merasa tinggi dengan Islam adalah dua perkara yang berbeza. Orang yang menunjukan kuasa biasanya mengugut dengan kekuasaan dan tentera, ia nyata berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Baginda S.A.W yang tidak memiliki bala tentera yang ramai sebagaimana Rom. 
Pemimpin yang baik meletakkan nilai negaranya di atas ‘tangannya’ sendiri, bukan bergantung pada sesiapa apatah lagi kuasa besar. Sentiasa merasa mulia dengan ajaran Islam, akan membangkitkan perasaan kebolehupayaan Islam memimpin, kecuali jarum Islamophobia menghantui jiwa dan sanubari. 
Acah-acah merindui Nabi
Dalam dialog yang panjang antara Heraclius dan Abi Sufian (ketika itu masih belum Islam), sekalipun Abu Sufian cuba untuk menipu dan menyeleweng, tetapi setiap kali itulah beliau memberi jawapan yang menambah keyakinan Heraclius bahawa Muhammad adalah Nabi yang dinanti-nanti! 
Dalam dialognya, direkodkan dalam Sahih Bukhari secara kesimpulannya bahawa Raja Heraclius meyakini perkara berikut: 
- Kenabian Muhammad S.A.W sebagai Nabi yang terakhir
- Ajaran Muhammad sebagai kesinambungan daripada ajaran Taurat dan Injil
- Mengakui Kebenaran ajaran Islam
- Sentiasa berharap dapat bertemu dengan Nabi 
Heraclius mengatakan "kalaulah beliau (Muhammad) ada di depanku, nescaya aku akan kucup kakinya". Ucapan ini memberi pengajaran kepada kita bahawa, semata-mata mencintai atau merindui batang tubuh baginda S.A.W, bukan jaminan untuk kita selamat. Sebaliknya yang menyelamatkan kita adalah beriman dengan ajarannya. Nyata Heraclius amat berharap dapat melihat baginda S.A.W namun tidak mahu beriman. 
Pada hari ini, selayaknya kita sentiasa mengajak masyarakat cinta dan rindu kepada baginda S.A.W, seterusnya menekankan aspek mengikut ajarannya. Selayaknya kita mencontohi para Sahabat R.A yang menjadi bukti kehebatan cinta dan kerinduan yang sebenar terhadap baginda S.A.W. 
Najasyi & Hiraklius: Dua darjat Raja yang berbeza
Raja Najasyi merupakan pemimpin kerajaan Habsyah (Eutophia) yang memberikan suaka politik kepada umat Islam pada tahun kelima Kenabian. Dialog yang berlaku antara umat Islam yang diwakili Jaafar bin Abi Talib dengan Raja Najasyi, gara-gara salah faham yang ditimbulkan oleh Amru bin Al 'Asr mewakili pihak Musyrikin Makkah akhirnya memihak kepada umat Islam dan berakhir dengan keIslaman Najasyi! 
Bahkan diriwayatkan, Najasyi menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan beriman sekalipun tidak pernah bersua muka dengan Nabi! Allah taala memuji Najasyi: 
وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَىٰ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
[Surat Al-Ma'idah 83] 
Berbeza dengan Raja Heraclius. Dalam dialognya bersama Abu Sufyan jelas menyatakan kenabian Muhammad, namun di hujungnya beliau memilih untuk tidak beriman khuatir kehilangan kedudukan dan kestabilan kerajaan Rom tergugat. 
Kisah Raja Daghathir yang syahid
Hiraclius bimbang penghujungnya umpama Raja Rom sebelumnya iaitu Daghathir, yang dikatakan beriman dengan ajaran Taurat dan Injil lalu dia dipukul dan dibunuh. Mulialah pengakhiran Daghathir yang syahid kerana memilih iman berbanding kedudukan! 
Pengajaran
Kebendaan, samada berbentuk harta, mahupun kedudukan nyata perangkap yang ampuh untuk membolosi iman. 'Masuk Islam, selamat semuanya' - mesej yang mengatasi semua ideologi politik dan anutan yang ada di dunia. Tawaran yang tidak disukai oleh golongan yang berkuasa, termasuk golongan yang berkepentingan kerana akan mengenepikan semua nafsu serakah yang ingin kekal di atas takhta. 
Semoga kita semua diselamatkan Allah dengan godaan ini yang kesannya bukan sahaja meranapkan iman, bahkan mampu meruntuhkan sebuah kerajaan Islam. 
Rujukan
- Islamstory - surat Rasul kepada Raja Heraclius
- Kitab Permulaan Wahyu Sahih Bukhari
- Fathul Bari syarah Sahih Bukhari
- Biodata Abu Sufyan bin Harb
- Wikipedia: Raja Heraclius
 
MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
23 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 23/2/2018






















































































































































































































































Sumber HD - 23-2-2018




























































































































Menjawab komentar Wan Ji 'Si Biawak Hidup'

SAYA membaca komentar Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin dalam Malaysiakini bertajuk "Idris Ahmad tak perlu 'berlidah biawak". 
Sehingga habis saya membacanya, saya tidak melihat komentarnya yang membantah keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan pengIslaman anak-anak Mohd Ridhuan Abdullah terbatal kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, Indira Gandhi yang masih bukan Islam. 
Nampaknya beliau lebih suka membazirkan hujahnya untuk menghentam Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Ustaz Idris Ahmad yang juga Naib Presiden PAS mengenai Enakmen 2 tahun 2001, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal agama Islam (Terengganu) yang tiada kena mengena dengan kes Ridhuan vs Indira. 
Dalam kesibukan beliau menghentam Idris, beliau menyembunyikan fakta bahawa kes pengIslaman anak-anak Ridhuan ini dibuat berdasarkan Seksyen 106 (b) Enakmen 4 Tahun 2004, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) Bahagian IX - Memeluk Agama Islam. Ini klausa yang beliau sembunyikan. 
"Seksyen 106. Keupayaan untuk memeluk agama Islam.
Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam jika dia sempurna akal dan-- 
(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan secara bertulis pemelukan agama Islam olehnya." 
Jelas di situ, jika kes penjagaan dan isu kedudukkan agama anak-anak Ridhuan-Indira ini hanya dibicara di Mahkamah Syariah Perak, maka anak-anak Indira masih Islam kerana hanya memerlukan kebenaran seorang antara ibu atau bapa. 
Suka atau tidak, kita perlu akui bahawa masih terdapat kelemahan dalam undang-undang syariah di negara ini kerana peraturan Enakmen yang sedikit berbeza seperti di Perak dan Terengganu. Dan sepatutnya Wan Ji memberikan idea untuk mengukuhkan sistem perundangan Islam di negara ini, bukannya mengambil kesempatan menyerang pemimpin PAS yang cuba menyelamatkan akidah anak-anak Ridhuan. 
PAS tidak bersetuju dengan pindaan Akta 164 kerana Pindaan Seksyen 3 dalam akta itu, merampas bidang kuasa Mahkamah Syariah dan pihak-pihak berkuasa agama negeri terhadap mualaf dan anak-anaknya yang beragama Islam. 
Seksyen tersebut memberikan hak dan bidangkuasa 'eksklusif' kepada Mahkamah sivil untuk mendengar dan memutuskan pertikaian berhubung perkahwinan, perceraian, pembahagian harta, hak jagaan anak, dan lain-lain yang melibatkan seseorang mualaf dalam perkahwinan sivilnya. 
Ia memberi ruang terlalu luas untuk Mahkamah Sivil membuat satu keputusan yang berkemungkinan bertentangan dengan Undang-undang Substantif Hukum Syarak dan Fiqh Islam ke atas kepentingan seorang muallaf dari segi dirinya, tanggung jawabnya, hartanya dan anak-anaknya yang mungkin telah menjadi Muslim. 
Kes Ridhuan dan anak-anaknya menjadi bahan ujikaji pertama yang mana akhirnya tidak menyelesaikan apa-apa. Malah merugikan umat Islam yang mualaf seperti Ridhuan. 
Nampaknya Wan Ji membutakan mata hatinya dan lebih suka membuat serangan politik dari menyelamatkan akidah anak-anak Ridhuan. Beliau sewajarnya bertaubat kerana sikapnya membiarkan tiga orang mualaf muda menjadi Murtad demi mencari populariti politik sangat memalukan. 
Jika tidak mampu mempertahankan akidah Islam baik diam sahaja dari cakap merapu. Beliau tidak lebih dari sekadar biawak hidup yang dibayar oleh Lim Guan Eng untuk menyerang PAS dan Islam. Beliau membawa pemikiran Islam yang salah dan mengelirukan dalam masyarakat. 
Semoga Allah membalas kezaliman beliau kepada Ridhuan dan anak-anaknya dengan balasan yang sewajarnya. Kita hidup kat dunia ini tak lama, jangan jadi biawak, jangan jadi budak suruhan, jangan khianat pada Islam. 
HERMAN SAMSUDEEN
Eden City, Segambut
22 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 23/2/2018
Sumber HD - 23-2-2018 

Mengapa berselindung disebalik nama?

SUNGGUH geli hati apabila membaca berita terbitan portal pro PH, The Malaysian Insight (TMI). Saban hari, ada sahaja berita yang diterbitkan khusus berkenaan PAS. 
Modus operandi TMI 2.0 ini sama sahaja dengan portal dahulu, The Malaysian Insider yang sudah pun tutup dan kini hanya berubah nama sahaja. TMI ini seangkatan sahaja agenda dan strategi medianya seperti portal MalaysiakiniFree Malaysia Today dan The Malaymail. PAS adalah sasaran menu utama serangan mereka dengan penerbitan berita yang berunsur manipulasi, fitnah, persepsi, spin yang memburukkan imej PAS. 
Agenda media ini ditentukan oleh mereka yang di sebalik tabir iaitu editor dan pemilik empunya portal berita. Cuba kita selidik dan siasat siapakah pemilik portal TMI, MalaysiakiniFree Malaysia Today dan The Malaymail? Mengapa portal ini sering menyiarkan berita yang menyentuh sensitiviti umat Islam dan memperlekehkan institusi yang berjenama Islam seperti Mahkamah Syariah, Jakim, Mufti? Mengapa portal ini sering mengangkat berita daripada kelompok minoriti yang berfahaman Muslim Liberal seolah mereka mewakili suara majoriti umat Islam? Suara individu seperti Siti Kasim, Zaid Ibrahim, Kumpulan G 25, SIS, IRF sering menjadi liputan utama berita portal ini. 
Portal sebegini juga sering menyiarkan pandangan individu yang merupakan penyokong dan pendukung PH tetapi menggunakan gelaran penganalisis politik, pakar perlembagaan, pengkaji bebas, badan penyelidik dan ahli akademik. Adakah mereka benar-benar penganalisis politik yang bebas dan adil? 
Contoh mudah, portal TMI hari ini menerbitkan berita yang bertajuk "Tanpa imej sederhana, PAS hanya satu lagi Umno, kata penganalisis". Pandangan penganalisis yang dimuatkan ialah Dr Mazlan Ali, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Apabila kita selidiki, Dr Mazlan Ali antara penggiat yang terlibat dengan PAN. Beliau antara yang memberi pengisian kepada ahli PAN di Kuala Lumpur. 
Mana mungkin orang PAN mahu menyokong pendekatan dan pendirian PAS. Jadi, adakah adil TMI memetik pandangan Dr Mazlan Ali ini dengan menggunakan gelaran 'Penganalisis Politik' sedangkan hakikatnya dia ialah penyokong PAN? 
Sebelum ini, portal TMI juga menyiarkan pandangan Dr Mazlan Pro PAN ini dalam berita yang bertajuk; 
"Hadi bakal hilang kerusi sendiri akibat salah perancangan" 
"Pakatan akan gagalkan rancangan PAS tawan Terengganu"  
"Pengundi senyap tidak akan undi PAS dalam PRU14" 
"Kenapa Hadi Awang yakin PAS jadi penentu kuasa" 
"Apa taktik PAS kekang ahlinya sertai Amanah?" 
Kepada Wartawan TMI, Melati A. Jalil yang menulis berita bertajuk "Tanpa imej sederhana, PAS hanya satu lagi Umno, kata penganalisis", saya ingin perbetulkan penyelewengan dan penipuan yang saudari tulis dalam berita tersebut; 
TMI bohong: 
"Nik Aziz sering mengkritik isu rasuah dalam kerajaan dan sangat lantang bercakap tentang skandal 1MDB." 
Fakta benar: Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz meninggal pada Februari 2015 sedangkan hal 1MDB ini mula menjadi fokus utama awam selepas pada itu. 
Sila buktikan di mana kenyataan Almarhum Tok Guru Nik Aziz berkenaan 1MDB? 
PAS sejak dahulu sehingga sekarang masih tegas dan konsisten melawan dan mengkritik isu rasuah. Pemimpin PAS masih memegang rekod bersih daripada sebarang salah laku rasuah. Sebaliknya, pemimpin tertinggi PH si Lim Guan Eng antara yang sudah diheret ke mahkamah kerana kes rasuah. 
TMI bohong: 
"Kenaikan pangkat Abdul Hadi Awang ke jawatan tertinggi susulan kematian Nik Aziz, juga tidak membantu parti Islam itu. Hadi menjadi lebih mesra dengan Presiden Umno dan Perdana Menteri Najib Razak dan kelihatan seirama dengan kebanyakan dasar yang dibawa Umno." 
Fakta benar:
Sejak bila pula Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang naik pangkat selepas kematian Almarhum Tok Guru Nik Aziz? Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjadi Presiden PAS pada tahun 2002 sehingga sekarang. Ketika Almarhum Tok Guru Nik Aziz menjadi Mursyidul Am PAS, teman gandingan yang menjadi Presiden PAS ialah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Selepas Almarhum Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am PAS disandang oleh Almarhum Dato' Dr Haron Din. 
Sejak bila pula PAS kelihatan seirama dengan kebanyakan dasar yang dibawa Umno? Dasar PAS tidak pernah berubah iaitu Islam semenjak penubuhannya tahun 1951 sehinggalah sekarang tahun 2018. PAS tegas menentang ideologi nasionalismesekularisme dan juga liberalisme yang begitu diperjuangkan oleh PH. 
Persoalan Presiden PAS yang dituduh mesra PM Najib, adakah menjadi kesalahan dan dosa untuk beliau duduk sepentas berkenaan perjuangan umat Islam yang dizalimi iaitu Rohingya dan Gaza? Bagaimana pula dengan pemimpin ulung DAP, Lim Guan Eng yang begitu mesra memegang erat tangan PM Najib dan memeluk TPM ketika banjir melanda Pulau Pinang hujung 2017 lalu? Oh, oleh kerana ia dibuat oleh pemimpih PH, ianya tidak pula menjadi isu besar bahkan dipuji kerana berjiwa besar merentas sempadan politik. Apabila pemimpin PAS, ianya adalah salah, haram dan bukti UG. 
Kepada warga TMI, berlaku jujur dan teluslah dalam pemberitaan. Usahlah berselindung di sebalik nama. Gelaran penganalisis politik, pakar perlembagaan, pengkaji bebas, badan penyelidik dan ahli akademik sepatutnya digunakan dengan betul. Jikalau mereka penyokong PH, nyatakan sahajalah. Mengapa mahu berselindung di sebalik nama? 
Catatan oleh 
SYED AHMAD FADHLI
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
22 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 22/2/2018




























































































































































































































































Sumber HD - 22-2-2018