BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Monday, February 19, 2018

PAS DAN HALEHWAL KEDAH DARUL AMAN DAN PERLIS (JILID 3)

Bantuan Musim Hujan legakan penoreh getah






http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8603-bantuan-musim-hujan-legakan-penoreh-getah

SIK: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Jeneri telah mengadakan program agihan Bantuan Musim Hujan untuk penoreh getah dalam Dun tersebut pada satu majlis di Kampung Hujung Bandar, di sini kelmarin.
Program itu digerakkan sebagai usaha meringankan beban kira-kira 800 penoreh yang terjejas mata pencarian pendapatan mereka ekoran bermulanya musim hujan sejak beberapa minggu lalu.
Menurut Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor, program ini merupakan hasil sumbangan orang ramai kerana sebagai Adun Pembangkang, tiada sebarang peruntukan dari kerajaan untuk bantuan sebegini.
Tambah beliau, kegagalan Kerajaan Negeri Kedah untuk bertindak pantas menangani isu ini menyebabkan kebanyakan penoreh getah terpaksa mengikat perut disamping keluarga yang perlu disara termasuk anak bersekolah.
"Kita mengambil inisiatif ini bersama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Sik dan PKWR Dun Belantek kerana tidak mahu para penoreh yang terjejas berasa kecewa dan sedih akan nasib menimpa mereka.
"Baru-baru ini Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor hadir memberi sumbangan kepada 100 penoreh disamping beberapa NGO dan korporat serta masjid daripada luar daerah Sik yang prihatin akan nasib yang menimpa para penoreh getah di sini," jelasnya yang juga Ketua Pembangkang Dun Kedah.
Sanusi dalam pada itu menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan sumbangan melalui akaun Public Bank 3984723118 di atas nama PAS MTD Jeneri atau hubungi Pegawai Khas Adun Jeneri, Badrul Hisham Abdul Rahman di talian 019 466 7906 untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan secara 'one off' ini. - HARAKAHDAILY 2/11/2018 





Sumber HD - 2-11-2018

K'jaan Perlis digesa tangani isu pokok balak



KANGAR: Penangguhan tindakan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelia urus puluhan ribu pokok jati di sepanjang jalan utama negeri ini menimbulkan persoalan disebalik kebimbangan tragedi menimpa.
Pokok-pokok yang berpotensi tumbang telah menjadi ancaman menakutkan kepada penduduk terutama pengguna jalan raya, setelah pula kejadian ribut kuat melanda negeri ini Isnin lalu.
Sehubungan itu, Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda PAS Malaysia menggesa penyelesaian segera dilaksanakan demi meredakan trauma pengguna atas kejadian yang direkodkan.
Menurut Pengerusinya, Nazman Che Iberahim, sebanyak 203 pokok tumbang, 139 rumah terjejas dan 6 kematian dicatatkan, selain 39 sekolah turut mengalami kerosakan akibat ribut berkelajuan 68.7km/j itu.
Sedangkan menurutnya, pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan telahpun menebang dan memangkas sekitar 1,100 pokok jati, sentang dan mahogani pada Mac lalu, tetapi lanjutan tindakan tidak berterusan.
Bahkan katanya, pihak kerajaan telah beberapa kali menyatakan kesediaan menebang pokok yang merbahaya, tetapi ia masih tidak dilaksanakan hingga menimbulkan igauan pengguna terutama ketika hujan lebat dan ribut.
Perkara itu diutarakan beliau ketika membuat tinjauan dan melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan terjejas akibat ribut tersebut bersama Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Perlis, semalam.
"Rakyat marah dan keresahan, terutama apabila ia turut melibatkan kematian. Rakyat tidak mahu peduli soal tender penebangan itu murah atau mahal, mahupun melibatkan syarikat mana.
"Yang mereka nantikan ialah penyelesaian terhadap kemungkinan-kemungkinan boleh menimpa. Kami juga setuju langkah terbaik adalah pokok-pokok yang bahaya ditebang atau dipangkas.
"Kerajaan Perlis juga harus membuat kajian rapi sebelum melaksanakan penanaman spesis balak yang mungkin tidak sesuai dengan komposisi tanah serta akarnya hingga menyebabkan ia mudah tumbang.
"Tahniah kepada JAM Perlis yang melaksanakan pelbagai kerja segera membantu masyarakat yang menjadi mangsa dan pengguna jalan raya terkandas akibat kejadian ini," ujarnya.
Difahamkan, anggota JAM tersebut baru pulang bertugas dari Muktamar PAS di Terengganu dan singgah ke Usrah Pemuda PAS Perlis, sebelum terus menyahut panggilan kecemasan ribut tersebut.
Biarpun keletihan dan belum sempat pulang ke rumah, mereka ternyata komited memberikan khidmat bakti demi kemaslahatan penduduk selaras motto "Beramal Kerana Allah". - HARAKAHDAILY 22/9/2018

Sumber HD - 22-9-2018

Ketua Ulamak PAS Kedah dibawa ke hospital






ALOR SETAR: Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Ustaz Mohd Rejab Md Akhir, dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba rebah di di rumah salah seorang ahli usrah di Jerlun, tengah malam tadi.

Beliau disahkan doktor mengalami strok dan ditempatkan di zon merah Hospital Bahiyah, Alor Setar, setelah didapati berlaku pendarahan di kepala.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Jerlun, Ustazah Fatimah Wan Teh.

Ustaz Mohd Rejab difahamkan menghadiri usrah di kawasannya namun rebah sebelum sempat usrah itu bermula. – HARAKAHDAILY 22/9/2018

Sumber HD - 22-9-2018

Falsafah hukuman syariah memutik kegerunan



TINDAKAN Kerajaan Terengganu menjalankan hukuman terhadap pasangan wanita yang melakukan jenayah musahaqah secara tidak langsung telah menarik perhatian rakyat seluruh negara.

Hukuman bersabitkan kesalahan di bawah Seksyen 30, Enakmen Jenayah Syariah Terengganu (Takzir) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59(1) di Mahkamah Tinggi Terengganu itu dijalankan penuh ketelitian tanpa mendatangkan kecederaan parah ke atas pasangan berkenaan.

Walaupun terdapat pihak tertentu yang cuba mempertikaikan cara penguatkuasaan undang-undang takzir itu dilaksanakan, namun ia dilihat hanya bersandarkan alasan peribadi dan kononnya tidak menepati hak asas kemanusiaan.

PAS Kedah mengambil pendirian menyokong tindakan Kerajaan Terengganu melaksanakan undang-undang syariah berkaitan dalam ruang lingkup bidang kuasa perundangan negeri yang termaktub di dalam Senarai 2 Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Tidak dinafikan, undang-undang tersebut berjaya membuka mata semua pihak walaupun mendapat pelbagai reaksi. Namun hakikatnya, falsafah hukuman syariah memutikkan rasa kegerunan terhadap Allah SWT.

Secara tidak langsung ia dapat mendidik masyarakat khususnya yang beragama Islam, melahirkan keinsafan dan juga tidak dinafikan ia juga merupakan senjata yang dapat membendung gejala sosial seperti perlakuan seks luar tabie.

Justeru itu, tindakan yang diambil oleh Kerajaan Terengganu amat tepat memandangkan kes-kes seumpama itu yang hangat diperjuangkan oleh golongan LGBT dilihat semakin menular di Malaysia sekarang ini.

Masyarakat perlu disedarkan, perlakuan menyanggahi fitrah ketentuan Allah itu bukan sahaja mengundang masalah kesihatan serta pelbagai penyakit malah merupakan dosa besar di sisi Allah dan akan menerima azab yang pedih di akhirat kelak.

DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah
5 September 2018 – HARAKAHDAILY 5/9/2018

Sumber HD - 5-9-2018

Konvoi Pemuda Sik hayati erti merdeka



SIK: Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik melalui kelab motor Alternative Riding Club (ARC) telah menganjurkan program Konvoi Kembara Merdeka ARC Sik sempena sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-61 yang diadakan semalam.


Konvoi Kembara Merdeka ini yang bermula di Markas PAS Bendang Tebal, melalui Madrasah Misbah Al-Falah, Pondok Tuan Guru Haji Awang Lanai, singgah menziarahi makam syuhada Memali dan berakhir di PASTI Raudhatul Jannah, FELDA Teloi Timur, di sini.


Di hentian terakhir, konvoi disambut oleh Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Pengarah MTD Jeneri, Zakaria Said serta Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan FELDA Teloi Timur berserta orang ramai yang menunggu sedari petang.


Peserta kemudiannya diberikan taujihat dari Ustaz Tarmizi berkisar mengenai kemerdekaan menurut perspektif Islam dan perlunya penghayatan dalam diri anak muda supaya tidak terpengaruh dengan dakyah Islam jadian.


Ustaz Tarmizi dalam pada itu melahirkan kekaguman kepada ARC kerana telah berjaya menembusi FELDA yang diketahui sebagai kubu kuat Umno hanya dengan menggunakan motor.


Beliau juga menyeru kepada ARC agar melipat gandakan lagi program-program dakwah sebegini dan memperkasakan lagi ARC sehingga berjaya menyentuh hati anak muda untuk turut bersama seterusnya menyokong PAS sehingga diberikan kemenangan. -HARAKAHDAILY 1/9/2018

Sumber HD - 1-9-2018

Masa kempen janji, selepas menang tangguh



PENDANG: Pada kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lepas pemimpin Barisan Nasional (BN) melakukan gimik perasmian pecah tanah kali kedua Hospital Daerah Pendang.

Begitu juga pemimpin Pakatan Harapan (PH) memberi harapan mahu membina hospital terbabit yang tertangguh sejak sekian lama.

Bagaimanapun pada persidangan Dun baru-baru ini anggota Exco Kedah, Dato' Dr Ismail Salleh berkata, pembinaan hospital itu sekali lagi ditangguh.

Adun Tokai, Dato' Dr Mohd Hayati Othman berkata, pemimpin Pakatan Harapan juga tidak berpegang kepada janji.

"Sebelum PRU dulu, bukan main punya janji tapi bila dah menang lain pula. Kemudahan untuk rakyat dilengah-lengahkan," ujar beliau di sini.

Menurutnya keputusan kerajaan PH Kedah itu berbeza dengan apa yang disebut ketika kempen pilihan raya. - HARAKAHDAILY 31/8/2018

Sumber HD - 31-8-2018


Ajaran sesat kurang dipantau kerajaan


\

ALOR SETAR: Penularan ajaran sesat, syiah dan wahabi sekarang dianggap menular tanpa dilakukan pemantauan dengan lebih ketat.

Adun Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, kerajaan diminta lebih bersikap tegas bagi menghalang pengembangan ajaran tersebut bagi mengelak pecah belah dalam masyarakat.

Katanya pemantauan perlu dilakukan secara serius supaya fahaman berkenaan dapat dibendung agar tidak mengugat kestabilan politik tanah air.

Ketika mengambil bahagian pada persidangan Dun semalam kata beliau juga kerajaan Pakatan Harapan diharap tidak melupai jasa bekas anggota keselamatan yang sanggup berkorban demi menjaga keamanan negara.

"Peranan dan jasa anggota keselamatan, bekas-bekas pahlawan sewajarnya diingati kerana mereka mempertaruhkan nyawa untuk mempertahan kemerdekaan negara.

“Pengorbanan mereka juga membolehkan kita menikmati keamanan seperti yang dikecapi sekarang," kata beliau. - HARAKAHDAILY 16/8/2018

Sumber HD - 16-8-2018









Rakyat tunggu janji Tabungan Khas Wanita



ALOR SETAR: Rakyat Kedah masih lagi menunggu janji kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah mahu mewujudkan Tabungan Khas Wanita.

Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali (Merbau Pulas- PAS) berkata, rakyat dijanjikan tabung tersebut ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Jadi rakyat hendak tahu bilakah tabung yang dijanjikan itu akan dilaksanakan kerajaan PH Kedah,” katanya pada persidangan Dun hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Pembasmi Kemiskinan dan Kebajikan, Shaadiah Saad berkata, tabung tersebut masih lagi dalam perbincangan di peringkat akhir.

Menurutnya juga sumbangan dalam bentuk ‘one-off’ sebanyak RM1,000 akan diberi kepada wanita sasaran berusia bawah 40 tahun (B40).

Siti Ashah berkata, skim bantuan itu perlu diberi perhatian serius memandangkan kos sara hidup ekoran peningkatan harga barang keperluan harian sekarang biar pun GST sudah disifarkan. - HARAKAHDAILY 15/8/2018

Sumber HD - 15-8-2018

Kaji sejarah Pulau Pinang dipisah dari Kedah

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7786-kaji-sejarah-pulau-pinang-dipisah-dari-kedah










ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disaran berusaha membuat beberapa pemulihan terhadap fakta sejarah Kedah tua bagi mengelak berlakunya penyelewengan.

Ketua Pembangkang Dun Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, kefahaman kepada fakta sejarah itu bagi mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan.

"Pada tahun 1784 berlaku perjanjian pajakan Pulau Pinang yang berada di bawah naungan Kedah antara Sultan Abdullah Mukarram Shah bersama Francis Light mewakili Syarikat Hindia Timur (British).

“Bermula peristiwa itu mengakibatkan Pulau Pinang terpisah dari Kedah,” katanya ketika membahas ucapan Menjunjung Kasih Titah pada persidangan Dun Kedah hari ini.

Beliau yang juga Adun Jeneri berkata, Dun Kedah diminta mengambil perhatian sejarah di atas sejarah Kedah tua yang disembunyikan penjajah dan pendatang yang mempunyai kepentingan tertentu.

Kata beliau Kedah mempunyai sejarah tersendiri dan merupakan kerajaan yang ujud lebih tua dari kerajaan Melaka. - HARAKAHDAILY 14/8/2018

Sumber HD - 14-8-2018

Sidang Dun tidak selaras Malaysia Baharu


ALOR SETAR: Pembangkang Dun Kedah menyifatkan tempoh persidangan yang agak singkat tidak selaras dengan perubahan di bawah Malaysia Baharu sekarang.


Ketua Pembangkang, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, pindaan perlu dibuat bagi memberi ruang kepada semua anggota dewan mengambil bahagian berbahas dan mengemukakan soalan.

"Saya selaku Ketua Pembangkang hanya mendapat masa 30 minit untuk menyampaikan ucapan perbahasan sedangkan dahulu masa yang diperuntukan antara satu sehingga dua jam," katanya pada sidang media ketika persidangan Dun berhenti rehat hari ini.

Menurutnya Speaker sepatutnya memberi peluang kepada semua Adun sama ada di pihak kerajaan dan pembangkang berbahas dan memberi pandangan.

Beliau yang juga Adun Jeneri berkata, tempoh yang diberikan sangat singkat dan Adun lain juga berhadapan situasi yang sama. – HARAKAHDAILY 14/8/2018

Sumber HD - 14-8-2018

Jaga kewujudan Institusi Diraja – Sultan Kedah













http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7770-jaga-kewujudan-institusi-diraja-sultan-kedah
Tambah kapsyen

ALOR SETAR:
Sultan Kedah mengingatkan rakyat di negeri ini menjaga kewujudan Institusi Diraja, pengiktirafan dan kedudukan orang Melayu di samping menjunjung Islam sebagai agama rasmi.

Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah unsur-unsur tradisi tersebut dinyatakan dalam Perkara 34(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah dan Perlembagaan Persekutuan.

“Jangan pula diumpamakan seperti ‘biar bahu memikul, hati menyokong, jangan berlagak semacam orang yang kenyang, kalau dijamu dengan lauk yang sedap sekali pun dikatakan tawar.

"Beta juga suka untuk menyeru agar semangat juang memelihara jati diri identiti Kekedahan yang boleh dicontohi orang luar seperti kegemilangan Kedah suatu ketika,” titah baginda ketika merasmikan persidangan Dun Kedah hari ini.

Menurut baginda juga beradaban bangsa termaktub dalam undang-undang. – HARAKAHDAILY 13/8/2018

Sumber HD - 13-8-2018

Kerajaan PH banyak cipta dalih

KUALA KEDAH: Kini kerajaan Pakatan Harapan semakin banyak mencipta dalih bagi menunaikan manifestonya seperti dijanjikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas. 
Terbaru Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Mahfuz Omar dilapor memberitahu kenaikan gaji minimum sebanyak RM1,500 bagi sektor swasta akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. 
Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim berkata, kenyataan pemimpin PH sekarang banyak dihiasi retorik untuk meyakinkan rakyat kerana tidak mampu menunaikan janji. 
Katanya, sekarang semakin ramai rakyat meluahkan kurang yakin terhadap kemampuan kerajaan PH dapat melaksanakan janji yang dilafaz. 
"Saya berkeyakinan kerajaan PH tidak mampu melaksanakan janji seperti disebut dalam manifesto mereka. 
"Janji-janji mahu menurunkan harga minyak dan harga barang belum dilaksanakan walau pun hampir tiga bulan mereka mentadbir Malaysia," katanya. - HARAKAHDAILY 26/7/2018
Sumber HD - 26-7-2018 













Semakin terbukti wujud kerjasama PH-Umno

ALOR SETAR: Dakwaan kononnya PAS menjalin kerjasama dengan Umno sebaliknya sekarang terbukti Pakatan Harapan (PH) memerlukan Umno bagi mengukuhkan kedudukannya. 
Semalam muncul lagi jalinan kerjasama itu apabila tiga Adun Barisan Nasional memihak kepada PH ketika pengundian pelantikan Speaker. 
Wakil rakyat terbabit iaitu Adun Guar Chempedak, Dato’ Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, Adun Bandar Baru, Dato’ Norsabrina Mohd Noor dan Adun Sungai Tiang, Dato’ Suraya Yaacob. 
Mereka sebelum ini pernah mengisi barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) ketika diterajui Dato’ Seri Mukhriz Mahathir pada awal penggal ke-13. 
Ketua Pembangkang Dun Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS sejak 2016 kononnya akan berpakat bersama Umno meleset sama sekali. 
"Keputusan hari ini membuktikan siapa sebenarnya yang berpakat dengan BN. Rakyat boleh menilai sendiri terhadap tuduhan yang dilempar kepada PAS selama ini,” katanya selepas majlis pelantikan Speaker Dun dan angkat sumpah Adun Kedah di sini semalam.
Calon daripada Pakatan Harapan, Dato' Ahmad Kassim dilantik sebagai Speaker Dun Kedah selepas memperolehi 21 undi. 
Manakala calon daripada PAS, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi mendapat 15 undi.
Perlantikan berkenaan diumumkan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah, Iqbal Ahmad. 
Malah Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata keputusan Adun BN Kedah menyokong Speaker daripada PH direstui Badan Perhubungan Umno Kedah. - HARAKAHDAILY 5/7/2018
SSumber HD - 5-7-2018 















PAS satukan saf pembangkang di Kedah

ALOR SETAR: PAS yang menerajui barisan pembangkang di Dun Kedah melahirkan komitmen bagi melaksana tanggungjawab secara lebih berkesan bagi membawa isu-isu rakyat. 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, sebagai pembangkang Adun PAS akan memberi pandangan dan solusi bagi mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah dihadapi kerajaan negeri. 
"Ruang demokrasi yang ada sama ada dalam mahu pun di luar dewan akan digunakan sebaiknya untuk kebaikan rakyat," ujarnya di sini. 
Beliau juga yakin dapat memanfaatkan barisan pembangkang seramai 18 orang di mana tiga daripadanya dari BN. 
Menurutnya juga biar pun Adun BN semalam memberi sokongan kepada Dato' Ahmad Kassim dari Pakatan Harapan sebagai Speaker Dun Kedah, namun saf pembangkang dapat disatukan semula. - HARAKAHDAILY 5/7/2018
Sumber HD - 5-7-2018 
















Speaker tidak boleh pecat Menteri Besar

ALOR SETAR: "Speaker tidak boleh memecat Menteri Besar atau mana-mana Exco kerajaan negeri, malah jauh sekali mempunyai kuasa untuk membubar Dun," kata Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat. 
Katanya, Speaker hanya sekadar mempengerusikan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri. 
Baru-baru ini PAS menyerahkan senarai calon Speaker daripada parti itu bukan kalangan Adun sebagai penyelesaikan isu pelantikan Speaker di Kedah yang berlarutan sehingga sekarang. 
Bagaimanapun Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir mempertikaikan calon yang dikemukakan PAS dan dianggap sebagai tidak layak kerana bukan kalangan Adun. 
Azam juga berkata, tidak wujud sama sekali penambahan kerusi pembangkang sekiranya jawatan Speaker dimenangi calon dari PAS. 
Dun Kedah sekarang mempunyai bilangan penyokong kerajaan dan pembangkang sama ramai iaitu 18 Adun. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas PAS menang 15 kerusi Dun. – HARAKAHDAILY 29/6/2018
Sumber HD - 29-6-2018 

















Penolakan calon speaker hanya boleh dalam DUN, kata PAS Kedah

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/penolakan-calon-speaker-hanya-boleh.html


















PETALING JAYA: PAS Kedah hari ini menegaskan penolakan calon speaker daripada parti Islam itu hanya boleh dibuat dalam sidang pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 4 Julai depan melalui proses pemilihan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata pemilihan calon speaker dan timbalan speaker daripada Pakatan Harapan juga perlu dibuat melalui cara yang sama.

“Kerajaan sebesar atau sekecil manapun majoritinya atau tiada majoriti wajib merujuk undang-undang tubuh kerajaan Kedah dalam bab tatacara pelantikan speaker dan timbalan speaker.

“Tiada sebarang pengecualian atas sebab jumlah kerusi adalah sama seperti sekarang,” katanya hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata mustahil kerajaan negeri menerima calon bukan Adun sebagai speaker DUN seperti yang dicadangkan PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, parti Islam itu berhak mengemukakan calon speaker dan timbalan speaker, begitu juga BN berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi mereka pada pilihan raya lalu.

Parti itu dilapor mencalonkan Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi sebagai speaker dan Adun Bukit Pinang Wan Romaini Wan Salim sebagai timbalan speaker Kedah.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN, di mana PH memenangi 18 kerusi, manakala PAS (15 kerusi) dan Barisan Nasional (3 kerusi).

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, calon speaker tidak semestinya merupakan seorang Adun sama ada daripada parti memerintah atau pembangkang.

“Speaker DUN Kedah pada 2008-2013 ialah Datuk Dr Abdul Isa Ismail dan selepasnya ialah Datuk Rozai Sapian. Kedua-duanya bukan Adun. Datuk Ahmad Kasim, calon speaker daripada PH juga bukan seorang Adun.

“Hanya timbalan speaker perlu dicadangkan dari kalangan Adun kerana lazimnya beliau akan mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri,” katanya.


MR : Jalan terbaik PRN, kalau tidak jika isu speaker ini selesai nanti akan timbul pula isu lain. Nak habis 5 tahun rasa rakyat Kedah akan jadi mangsa....

Sumber MR - 28-6-2018


















PAS sedia bekerjasama atas perkara baik




















Tindakan seumpama ini bertepatan sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim agar bertawaaun yakni saling bantu membantu serta tolong menolong dalam perkara baik dan tidak sesekali bekerjasama dengan perkara kemungkaran dan maksiat. 
PAS juga boleh bersetuju dan membuka ruang kerjasama seandainya sesuatu perkara baik terutama mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat namun tegas menentang serta menolak akan perkara yang boleh membawa kesan buruk terhadap rakyat, tanah air dan agama. 
Oleh itu, PAS berpendapat adalah tidak menjadi kesalahan menerima persepakatan baik dari Adun Barisan Nasional (BN) yang mempunyai peranan yang sama sebagai pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri untuk berfungsi selaku 'semak dan imbang' dalam jumlah 18 kerusi agar menjadi lebih efisyen serta berkesan keatas kerajaan negeri pimpinan Blok Pakatan Harapan hari ini. 
Malah budaya seumpama itu telah pun dilakukan pada penggal lalu bersama Adun-adun DAP, PKR, PAN dan Bersatu untuk menjalinkan sepakatan jitu khususnya dari pembangkang untuk menghadapi kerajaan negeri ketika itu dipimpin oleh Barisan Nasional. 
Selain itu, PAS juga bertemu dan berbincang dengan YAB Menteri Besar Kedah yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Kedah bagi mencari ruang kesepakatan untuk menyelesaikan kemelut isu speaker atas jemputan beliau. Malangnya, ada dikalangan pimpinan dari parti blok Pakatan Harapan Kedah yang membantah tanpa alasan munasabah selain melontarkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dengan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang ditawarkan oleh PAS. 
Pemimpin parti-parti politik Blok Pakatan Harapan terutama dari Parti Amanah Negara (PAN) seharusnya memahami akan situasi kedudukan Kedah sekarang iaitu 18-18 yang bukan sahaja menimbulkan masalah berkaitan perlantikan Speaker Dun malah untuk membentuk kerajaan juga menjadi satu kesukaran. 
PAS mengambil pendekatan berbincang dengan bersandarkan konsep taawun bagi mengelak daripada berlakunya pilihan raya negeri (PRN) walau pun ada suara-suara sumbang yang menuduh kononnya PAS tamak dan gila kuasa. Walau bagaimanapun sekiranya Pakatan Harapan merasakan PRN merupakan jalan penyelesaian tuntas, PAS bersedia menghadapinya. 
DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah
25 Jun 2018 – HARAKAHDAILY 25/6/2018
Sumber HD - 25-6-2018 




















Kerajaan Perpaduan di Kedah Jalan Keluar Kepada Kebuntuan

Kerajaan perpaduan yang PAS cadangkan di Kedah adalah sebagai jalan keluar kepada kebuntuan kerajaan 18 kerusi PH yang bakal berdepan pelbagai masalah dan kemungkinan selama 5 tahun, bukan kerana PAS kebuloq mahu menempatkan diri dalam politik kuasa seperti dakwaan Mahfuz Omar.

Pandangan Mahfuz bahawa kerajaan perpaduan hanyalah alat bagi PAS adalah benar, namun alat ini sebetulnya akan membawa faedah untuk kerajaan, rakyat dan negeri. PAS tidak kehilangan apa-apa jika Mahfuz menolak cadangan itu, nothing to lose!

PAS tidak meminta kerajaan perpaduan di Perak, Perlis, Selangor, Johor, Pahang dan Pulau Pinang walaupun PAS ada kerusi di sana kerana di negeri-negeri itu, kerajaan sedia ada tidak menemui jalan buntu untuk memerintah. PAS sedia menjadi pembangkang yang efisyen.

Demikian juga di Kelantan dan Terengganu, tiada kebuntuan politik seperti di Kedah.

Harus Mahfuz sedari, perbincangan tentang pelantikan speaker dibuat atas jemputan YAB MB Kedah yang perlukan sokongan pembangkang, bukan PAS yang terhegeh-hegeh mahu berunding mahukan jawatan speaker. PH turut mengadakan perbincangan dengan Adun-adun BN meminta sokongan. Terpulanglah kepada PAS dan BN mahu memberi atau tidak apa yang mereka minta, seperti mana mereka tidak menerima cadangan PAS.

PAS sejak awal sedia berbincang untuk kerajaan perpaduan dan pelantikan speaker adalah permulaan yang baik.

Sejak awal lagi, PAS telah memutuskan untuk menghantar calon speaker dan timbalan speaker untuk dilantik melalui undian dalam sidang DUN yang pertama bulan Julai nanti. PAS bersiap untuk bertanding dalam Sidang Dewan bagi pelantikan Speaker, dan siap menerima apa sahaja keputusan pengundian nanti.

PAS tidak akan hilang apa-apa jika PH memperolehi undi majoriti dalam pelantikan Speaker. Tapi kekalutan akan melanda kerajaan PH, jika PAS menang.

PH sebetulnya gelabah dengan membuat andaian bahawa PAS akan menggulingkan kerajaan dengan kelebihan undi yang ada pada Speaker Dewan.

PAS juga diandaikan akan menolak belanjawan kerajaan dengan undi speaker dan kerajaan akan rebah apabila bajet ditolak. Dengan andaian itu, PH mengatakan Pilihanraya Negeri tidak dapat dielak.

Jika prinsip asas demokrasi mengizinkan sesuatu tindakan politik diambil oleh parti-parti politik, tidak boleh salahkan PAS kononnya mabuk kuasa kerana bertindak berlandaskan prinsip itu. Seingat saya Mahfuz adalah pendokong setia demokrasi melebihi segalanya. Dia meninggalkan PAS dan melanggar bai’ah sendiri pun berlandaskan prinsip demokrasi. Jangan cuba salahkan PAS dengan berbagai tuduhan jika hasrat PH tidak dicapai. Inikan proses demokrasi.

Saya sudah ingatkan MB Kedah bahawa kebelakangan ini PAS tidak pernah menolak bajet seperti mereka lakukan di Dewan Rakyat beberapa kali. Dalam bajet tahunan, terdapat peruntukan tertentu yang menjadi hak rakyat yang tidak boleh diganggu. Paling kuat PAS pernah lakukan adalah berkecuali dalam pengundian bajet. Mahfuz dan PH patut memeriksa rekod ini.

Jika PRN adalah penyelesaian yang mereka fikir lebih baik daripada kerajaan perpaduan, PAS Kedah bersedia menghadapinya tanpa gentar.

Muhammad Sanusi Md Nor
Sik Kedah.
Respon sepintas lalu kepada Dato’ Mahfuz Omar

Sumber BO - 24-6-2018

PAS bersedia hadapi PRN : Mahfuz masih bermimpi

ANDAINYA PRN menguntungkan PH dan akan mengakibatkan PAS kehilangan kerusi di Kedah, Mahfuz patut meyakinkan PH untuk segerakan pembubaran Dun Kedah untuk beri laluan kpd PRN. 
Usaha YAB MB Kedah mengadakan perbincangan dengan PAS dan BN di Kedah dalam isu pelantikan Speaker adalah bagi menyelamatkan kerajaan 50 peratus kerusi PH yang sangat rapuh. 
Adakah Mahfuz lupa PH hanya memperolehi 38 peratus undi dalam PRU14 di Kedah, dan masih ada 62 peratus pengundi yang tidak mempercayai PH? 
Dengan pencapaian sifar dalam Manifesto PH di peringkat Pusat dan Negeri setakat ini, rakyat sudah mengenali PH tidak mampu melaksanakan janji mereka sendiri, tetapi hebat bermain politik persepsi dan melaungkan slogan-slogan retorik. 
Masalah yang timbul selepas PH membentuk kerajaan nampaknya lebih kronik berbanding rekod buruk BN sebelum ini. 
Rakyat semua tahu PH sedang bercakaran sesama sendiri dalam isu perebutan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan. Rakyat yang muak dengan budaya berebut kedudukan akan menolak PH dalam PRN nanti. 
Dalam konteks Kedah, sehingga kini belum ada apa-apa perubahan, kemajuan dan perkara baru yang dibawa oleh PH, melainkan hanya menyambung kerja Kerajaan BN yang meniru program-program Kerajaan PAS 2008-2013. 
PH dan BN di peringkat Negeri sama sahaja dalam hal bergantung penuh kepada peruntukan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan pembangunan. Berbeza dengan PAS 2008-2013, kita laksanakan sendiri dengan keupayaan kewangan Kerajaan Negeri. 
Kenyataan Mahfuz menzahirkan ketakutan beliau kepada PRN, mendorong beliau melakukan reverse psycology untuk menakutkan PAS. 
PAS sentiasa bersedia menghadapi PRN dengan kekuatan kita sendiri. PH boleh mengadap Tuanku Sultan Kedah pada bila-bila masa memohon perkenan baginda untuk membubarkan Dun Kedah. 
Walau bagaimanapun, PRN masih menjadi pilihan terakhir jika cadangan PAS sebelum ini (Kerajaan Perpaduan) dapat diterima oleh PH. Ia boleh dimulakan dengan menerima Speaker daripada PAS, diikuti rombakan Exco untuk melantik wakil-wakil semua parti menganggotai Kerajaan Negeri. Adun-adun PH dialu-alukan untuk mengundi calon Speaker daripada PAS pada 4 Julai nanti untuk mengelak PRN. 
PAS berkeyakinan akan memenangi lebih 2/3 kerusi Dun jika PRN diadakan. 
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah
Adun Jeneri - HARAKAHDAILY 20/6/2018
Sumber HD - 20-6-2018 

Pakatan Harapan Kedah & UMNO Tak kahwin tapi dah mengandung

LightBlog

Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/pakatan-harapan-kedah-umno-tak-kahwin.html























 ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menafikan mengadakan perjumpaan bersama Adun BN kelmarin bagi membincangkan isu pelantikan Speaker Dun Kedah.

Katanya, hasil perbincangan belum boleh diumumkan dan perlu menunggu masa sesuai.

Mukhriz turut memberi bayangan bahawa perbincangan tidak rasmi itu positif dan kemelut itu akan berakhir sebelum persidangan Dun berlangsung pada 4 Julai depan.

“Saya sentiasa berjumpa dengan semua pihak termasuk Pas. Banyak perkara dibincangkan antaranya isu Speaker namun kena tunggu dan lihat. Jika nampak saya tak cuak, bermakna ada cara untuk selesaikan secara positif,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Menurutnya, kerajaan Pakatan Harapan tetap kukuh dan sehingga kini masih berkhidmat sebagai kerajaan negeri.

Mengulas mengenai surat tular didakwa ditulis oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada pejabat Sultan Kedah bertarikh 11 Mei, yang menamakan Adun Gurun, Datuk Johari Abdul sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz enggan mengulas lanjut.

“Perkara itu perlu rujuk kepada pimpinan PKR, bukan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, mesyuarat Exco bersetuju untuk membekalkan air ke kawasan bermasalah yang dikenal pasti terganggu setiap kali musim perayaan.

“Hasil perbincangan dengan Syarikat Air Darul Aman (Sada), antara 10 inisiatif yang diambil untuk kawasan bermasalah adalah dengan memasang pam penggalak mini. Lima sudah dipasang, manakala empat lagi selepas Hari Raya, termasuk gantikan paip baru,” katanya.

Menurutnya, pemasangan pam penggalak mini akan memastikan tekanan air ke kawasan bermasalah dapat diatasi sepanjang musim perayaan.

“Untuk kawasan yang belum dipasang pam berkenaan, Sada akan sediakan 24 lori tangki air dan tambahan 20 lori swasta untuk bekalkan air ke kawasan kritikal dan bagi menampung keperluan,” katanya.

Mukhriz berkata, audit teknikal dan kewangan akan dilakukan terhadap pembekalan air negeri termasuk Sada selepas hari raya ini.

Sumberr MR - 18-6-2018

Calon Speaker DUN Kedah dikenal pasti kata Mukhriz

LightBlog

Notis : Sebarang cadangan untuk blog ini boleh diajukan kepada kami melalui telegram |Hantar|
http://mindarakyat.blogspot.com/2018/06/calon-speaker-dun-kedah-dikenal-pasti.html
























PUTRAJAYA - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah dikenal pasti.

Beliau berkata, isu pelantikan Speaker DUN sudah selesai dan sidang DUN Kedah akan diadakan pada 4 Julai depan.

“Setakat ini, tiada sebarang masalah dengan pemilihan speaker.

“Calon Speaker adalah daripada PKR manakala Timbalan Speaker pula daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Berhubung situasi politik di Kedah, Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah bekata, ia ‘terkawal, aman damai seperti biasa’. - Bernama 

Sumber MR - 116-6-2018 
























Kerajaan perpaduan elak krisis di Kedah

KOTA  BHARU: PAS menawar pembentukan kerajaan perpaduan melibatkan semua parti politik di Kedah bagi mengelak berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN). 
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan negeri dan pembangkang mempunyai kekuatan yang setara di negeri itu sekarang. 
Katanya, Pakatan Harapan (PH) yang menguasai kerajaan negeri sekarang menang 18 kerusi Dun, begitu juga pembangkang terdiri daripada PAS dan BN juga menang di 18 kerusi. 
"PAS pernah tawarkan kerajaan perpaduan di Kedah sebagai jalan terbaik untuk keluar daripada krisis, di samping mengelakkan berlaku PRN yang tentunya melibatkan kos besar," ujarnya selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan kali ke-45 di Putik semalam. 
Beliau yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, masalah akan berlaku berkaitan pencalonan Speaker Dun Dewan Undangan Negeri. 
“PH boleh cadang nama calon Speaker mereka, begitu juga kita boleh mencadangkan nama calon mewakili pembangkang. 
“Pengundian belah bagi akan berlaku bagi menentukan kerusi tersebut," katanya. 
Baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi memberitahu PAS mempunyai calon Speaker bukan dalam kalangan Adun yang mewakili parti itu. 
Hadir sama pada muktamar tersebut Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof dan saf kepimpinan negeri. - HARAKAHDAILY 10/6/2018
Sumber HD - 19-6-2018 


























PAS Confident Of Winning Possible Kedah Election

PAS is confident of recapturing Kedah if state elections were to take place, said the party’s deputy president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

However, he said PAS hoped that there would be another solution in the pipeline should the Pakatan Harapan-led (PH) state government fail to get the support to appoint the state assembly speaker.

“PAS is offering a solution, namely to create a unity government which is aimed at avoiding the state election.

“This is the best way to deal with such a situation. However, they (PH-led state government) had refused (to accept) that,” he told reporters after officiating the PAS Kelantan 45th Muktamar (Assembly) here today.

The Kedah government has yet to reach an agreement on the appointment of the state speaker due to an even distribution of seats between PH and the opposition in the state.

PH won 18 out of 36 state seats in the recent 14th General Election, while PAS secured 15 seats and Barisan Nasional three. ― Bernama

Sumber BO - 9-6-2018


























Lantikan speaker DUN: PAS tawar kerajaan perpaduan di Kedah




























PAS yakin boleh menawan Kedah jika Pilihan Raya Negeri (PRN) benar-benar diadakan, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata bagaimanapun parti itu berharap agar jalan penyelesaian lain dapat dicapai sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) gagal mendapat sokongan untuk melantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

"PAS menawarkan jalan keluar iaitu mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang bertujuan untuk mengelak PRN daripada berlaku.

“Ini adalah jalan keluar yang terbaik jika menghadapi situasi sebegini. Tapi mereka (Pakatan Harapan) menolak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Kali Ke-45 Tahun 2018 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di Kota Bharu, hari ini.

Kerajaan minoriti

Beliau berkata konsep Kerajaan Perpaduan ini telah banyak diamalkan di negara-negara lain yang turut mengamalkan demokrasi.

Katanya langkah itu boleh diambil bagi mengelakkan pembaziran wang jika PRN diadakan terutama selepas berlakunya pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bulan lepas.

Selepas sebulan PRU14 berlangsung, kerajaan Kedah pimpinan HARAPAN masih belum mengumumkan Speaker DUN kerana hanya berjaya membentuk kerajaan minoriti di negeri tersebut.

Ia selepas HARAPAN mendapat 18 kerusi DUN manakala PAS menguasai 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN), tiga kerusi.

Keadaan itu mewujudkan keadaan yang seimbang antara kerajaan dan pembangkang kerana DUN Kedah mempunyai kerusi yang genap.

-Bernama

Sumber MR - 9-6-2018



























Pembangkang dapat sokongan 60 peratus

ALOR SETAR: Kedudukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah dianggap masih lagi terawang-awang memandangkan pakatan parti itu dan pembangkang masing-masing mempunyai 18 kerusi Dun. 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, konflik lebih ketara bakal timbul pada pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun). 
Katanya, Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan penyelesaian terbaik kemelut tersebut kerana kehangatan Pilihan Raya Umum (PRU) masih lagi terasa. 
“Oleh itu kita menawarkan Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang kepada Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir, namun tidak dipersetujui. 
"Pemimpin PH seharusnya mengambil sikap menghormati keputusan rakyat yang meletakkan kedudukan seimbang 50-50, tetapi apa yang diberi penekanan agar menerima cadangan Speaker Dun dari parti lain," katanya pada Himpunan Kesyukuran Pasca PRU-14 di Dewan Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah, baru-baru ini. 

Hadir sama bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Dato' Ustaz Elias Zakaria, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, jawatankuasa harian, Dewan Ulama, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan wakil-wakil rakyat. 

Ucaptama pada program itu disampaikan Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. 
Dr Ahmad juga berkata, barisan Exco sudah dilantik daripada kalangan blok PH, manakala jawatan Speaker sewajarnya diberi peluang kepada pembangkang pula. 
Menurutnya juga PH Kedah seharusnya menilai sokongan rakyat terhadap pembangkang pada PRU lalu lebih 60 peratus berbanding kira-kira 35 peratus menyokong blok berkenaan. 
"Mereka juga harus akur kepada kekuatan PAS yang mempunyai 15 kerusi di dalam Dun, kekurangan empat kerusi sahaja lagi untuk membolehkan mencapai majoriti mudah menubuh kerajaan. 
"Walaupun kedudukan itu bukan untuk dibanggakan namun sewajarnya pihak PH bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan bukannya mencadang diadakan pilihan raya negeri yang memerlukan kos tinggi," ujar beliau. 
Kata beliau langkah penyelesaian dengan merujuk kepada dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. 
Bagaimanapun katanya PAS Kedah tetap bersedia bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri sekiranya tiada penyelesaian lain. 
Pada program itu turut mengadakan solat tarawih. Program bermula dengan tahlil dan berbuka puasa. - HARAKAHDAILY 6/6/2018
Sumber HD - 6-6-2018 

Calon MB: Tindakan BN Perlis tidak wajar

KANGAR: Tindakan Barisan Nasional (BN) menghantar 11 nama calon Menteri Besar dianggap sesuatu yang tidak wajar kerana Menteri Besar sudah dilantik Raja Perlis. 
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, biar pun Dato’ Seri Azlan Man sudah dilantik sebagai Menteri Besar namun kemelut politik di Perlis tidak menunjukkan petanda kembali damai. 
Malah, katanya keadaan kelihatan semakin meruncing sekarang. 
Oleh itu, kata beliau PAS Perlis mencadangkan supaya diadakan kerajaan perpaduan di Perlis demi masa depan negeri dan rakyat negeri itu. 
“Pilihan Raya Umum (PRU) 14 hampir sebulan berlalu, malangnya Perlis masih gagal membentuk barisan kepimpinan di peringkat kerajaan negeri,” katanya pada satu kenyataan di sini hari ini. 
Baru-baru ini BN Perlis menghantar 11 nama baharu termasuk pengerusinya, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan setiausaha, Dato’ Zahidi Zainul Abidin sebagai calon menteri besar kepada istana. 
Mohd Shukri juga berkata, PAS Perlis tidak menuntut sebarang jawatan dalam kerajaan negeri. 
“Saya juga menasihati rakan PKR tidak menuntut jawatan Menteri Besar yang sudah diperkenan Tuanku Raja Perlis,” katanya. - HARAKAHDAILY 1/6/2018
Sumber HD - 1-6-2018 






























Umat diseru bersatu pertahan institusi Islam

GERAKAN Pembela Ummah negeri Kedah (Ummah Kedah) memandang serius berkaitan isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu dalam negera ini yang membuat tuntutan dan mendesak kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kononnya demi kesejahteraan rakyat, mempertikaikan peruntukkan dana awam bagi membiayai kos penguatkuasaan agama Islam, di samping menuntut supaya operasi yang membendung kegiatan khalwat dalam kalangan umat Islam dihentikan kerana dikatakan bercanggah dengan hak asasi manusia dalam konteks masyarakat Liberal. 
Ummah Kedah berpendirian bahawa desakan serta tuntutan pihak berkenaan adalah suatu tindakan yang melampau dan bersifat "ancaman" serta mempersoalkan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam bagi Persekutuan, dan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama bagi negeri-negeri. Sekali gus menyentuh perkara sensitiviti umat Islam yang merupakan penduduk majoriti di negara ini. 
Ummah Kedah juga berpendapat bahawa pihak berkenaan seolah-olah memperkecilkan peruntukkan yang terkandung di dalam Perlembangan Malaysia, Perkara 3(1) menjelaskan kedudukan Raja-raja sebagai ketua agama di negeri, manakala Perkara 3(2) Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 
Selain itu Perkara 3(5) juga menyatakan bahawa bagi Wilayah Persekutuan, Parlimen boleh membuat undang-undang berhubung hal ehwal Islam dan menubuhkan suatu majlis bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong. 
Ditegaskan juga bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan atau negeri memperuntukkan sebarang perbelanjaan untuk Islam adalah sah berdasarkan Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan. Di mana, peruntukan itu menggariskan bahawa adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan Institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu. 
Bagi Ummah, Jakim merupakan sebuah agensi kerajaan yang sangat penting bagi mengurus hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan serta urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia tanpa sama sekali mencampuri urusan agama-agama lain yang bebas diamalkan di negara ini. 
Ummah juga ingin mengingatkan kepada pihak-pihak tertentu di negara ini supaya tidak mencampuri urusan hal ehwal umat Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan. Tindakan ancaman yang melampau tersebut bakal mengundang rasa gelisah di kalangan umat Islam serta mengganggu keharmonian dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini. 
Justeru, Ummah ingin mengajak seluruh umat Islam merentasi sempadan politik serta status quo dalam masyarakat, agar bersatu mempertahankan institusi agama Islam yang wujud di negara ini dari pihak yang tidak bertanggungjawab. 
Ummah juga turut mengingatkan kerajaan baharu PH supaya lebih peka dan tidak melayan sebarang tuntutan serta desakan dari mana-mana pihak yang bertujuan meruntuhkan institusi agama Islam serta hal ehwal berkaitan agama Islam di negara ini.
Sekian, terima kasih. 
USTAZ NOOR HAKIMI AB HALIM
Pengerusi
UMMAH Kedah - HARAKAHDAILY 28/5/2018
Sumber HD - 28-5-2018 

Isnin, 28 Mei 2018


Shahidan Tidak Hormat Institusi Diraja – PAS Perlis


KANGAR – PAS Perlis membidas keangkuhan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan menyifatkan tindakan beliau sebagai tidak menghormati institusi diraja.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata sikap Shahidan jelas membuktikan bahawa Anggota Parlimen Arau itu membelakangi keputusan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dalam isu lantikan Menteri Besar Perlis.

“Dalam mencari penyelesaian yang tepat dan adil kepada kemelut yang berlaku, PAS Perlis berharap semua pihak supaya tidak melatah atau bersikap terburu-buru dan beri kepercayaan kepada Tuanku Raja Perlis.

“PAS Perlis percaya bahawa kemelut ini boleh diselesaikan dengan baik, namun, jika Shahidan tetap dengan keputusannya, maka PAS Perlis bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya PAS sentiasa menghormati amalan sistem beraja yang diamalkan di negara ini dan berdiri teguh bersama Tuanku Raja Perlis yang sentiasa mengutamakan rakyat dan negeri dalam keputusan baginda.

Semalam, Shahidan mengumumkan cadangan memecat Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man kerana mendakwa beliau tidak mendapat sokongan majoriti setelah sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Perlis menolak pelantikan itu.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar khas di Kuala Lumpur, sejurus selepas majlis pelantikan dan angkat sumpah menteri besar dilakukan di Istana Arau pagi semalam. – BERNAMA

Sumber MR - 28-5-2018
































PAS sedia runding isu Speaker

PAS Kedah komited dengan ketegasannya berhubung isu pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri perlulah mengikuti kaedah-kaedah dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. 
Cadangan Menteri Besar Kedah untuk bertemu dengan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari pihak pembangkang belum memadai kecuali perlu melibatkan semua parti-parti politik yang berkaitan iaitu komponen Pakatan Harapan (PH), PAS dan Barisan Nasional bagi menyelesaikan isu ini. PAS sedia ke arah itu. 
Sikap memberi tekanan dan mendesak pihak pembangkang untuk menerima hanya cadangan daripada Menteri Besar atau sebagai Pengerusi PH Kedah adalah sikap yang tidak profesional, adil dan matang sebagai seorang pemimpin Kerajaan Negeri. 
PAS berpandangan cadangan agar diadakan PRN menampakkan kerapuhan kerajaan pimpinan blok PH serta kegelabahan Menteri Besar berhadapan dengan senario yang ada di Kedah apabila kedudukan kerusi pihak kerajaan pimpinan PH 18 dan kerusi kalangan pembangkang 18. 
DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah
27 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 27/5/2018
Sumber HD - 27-5-2018 

Ahad, 27 Mei 2018

MEMALI dan perjalanan hidup Ayahku



MEMALI dan perjalanan hidup Ayahku yang dijemput ilahi ketika menyampaikan kuliah subuh.

1. 19/11/1985 - 19/11/2017 (32 tahun). Syahidnya Ustaz Ibrahim bersama 13 muridnya di Memali, Pembunuh dan Pemberi arahan sangat zalim lagi durjana!

2. Genap 32 tahun, kezaliman yang tidak pernah mendapat pembelaan. Sedangkan si pelakunya masih hidup menghirup udara dan bermaharajalela. Tanpa rasa bersalah dan tiada langsung permohonan maaf walau sepatah kata.

3. Ya, tarikh tersebut tidak lupa dari ingatan balu dan mangsa, mereka ditembak dan dirobek dengan ganas oleh sang penguasa, menggunakan senjata canggih tanpa belas ihsan sebagai manusia, juga kereta perisai dibawa bersama.

4. Percikan darah merah merata², anak dan isteri  hanya mampu melihat dan meronta², halaman rumah bergelimpangan jasad tidak berdosa, satu jenayah yang tida pernah disangka dan diduka, dilakukan oleh sang penguasa yang gilakan kuasa.

5. Mangsa yang hidup terus ditangkap dan disiksa, tangan di ikat ke belakang ada yang ditutup mata, dilonggok di tepi jalan dipijak² pula, tanpa rasa puas dipukul pula dengan laras senjata.

6. Puan Solehah sempat riba suaminya (Ustaz Ibrahim) yang masih bernyawa, kemudian diacukan senjata disuruh tinggalkan suami tercinta, anak yang berusia 10 bulan (Nurul Syuhada) entah ke mana, beliau berlalu pergi dengan penuh hiba, tangan diangkat dibawa keluar dari rumah mereka, hanya mampu memandang suami dengan linangan airmata.

7. Ayahku ditembak bertubi² sehingga tembus dada, patah tangan dan putus jari, beliau jatuh menyembah bumi, hanya mampu menyebut Allahu Rabbi, beliau tidak pengsan dan belum dijemput Ilahi, beliau dapat melihat dengan jelas sahabatnya yang cedera dan yang mati, dan dapat menyaksikan kejadian dari pagi hingga tengah hari.

8. Ada polis yang datang kepadanya mohon maaf dan menangis, suaranya agak tersekat² dan penuh simpati, polis tersebut menyapu sedikit ubat pada luka ayah, kemudian beliau angkat ayah dan dibawa dan ditinggalkan dibawah cucur atap rumah Ustaz Ibrahim.

9.Tak kurang juga ada yang datang pijaknya tanpa belas kasihan, ada yang kata "janggut ni belum mampus lagi", ayah hanya mampu senyum dan menyebut Allahu Rabbi. Ratapan anak isteri mula kedengaran disegenap inci rumah Ustaz Ibrahim, sepatutnya boleh menginsafkan orang² yang berkuasa meratah mangsa, kerana apa yg mereka lihat tentulah boleh menimbulkan kesedaran, bahawa meraka telah melakukan kezaliman kepada orang² kampung yang tidak berdosa.

10. Tangisan anak dan isteri mangsa yang terbunuh bagaikan pesta nyanyian bagi anggota polis yang tidak insaf, mereka tidak langsung rasa puas terus menyiksa mangsa yang hidup, anak isteri yang mendakap erat ayah mereka dipaksa pisah dengan diajukan senjata. Inilah pertembungan antara hak dan batil di medan syuhada Memali.

11. Ayah tidak lagi mampu bergerak dan hanya mampu melihat apa yang sedang berlaku dengan penuh doa kepada Allah, kekejaman dan kezaliman tiada terhenti dihalaman rumah Ustaz Ibrahim tetapi polis terus menyiksa mangsa sehingga diatas trak untuk dibawa ke balai berdekatan.

12. Para muslimin dan muslimat yang dibawa ke balai dan pusat tahanan, mereka kerap dipanggil untuk disoal siasat, ketika siasatan ramai dikalangan tahanan dipaksa mengucap dengan menyebut "Ibrahim Rasulullah" hanya untuk membuktikan kepada masyarakat seluruh Malaysia bahawa apa yang dibawa dan diajar oleh Ustaz Ibrahim adalah ajaran sesat.

13. Puan solehah berkali² disuruh dan dipaksa menyebut sedemikian, namun tidak sekali² mereka menyebutnya, kerana itu fitnah buat guru mereka, ada dikalangan anak muda dalam tahanan yang dipaksa dan disuruh menyebut, beliau dicucuk² badannya dengan puntung rokok daripada sang penyiasat, beliau tetap tidak menyebut, kesan cucukan itu kekal hingga kini di badannya.

14. Salah seorang balu, Puan Rokiah ditahan bersama anaknya yang berusia setahun 3 bulan ketika itu, masih lagi menyusu. Semua mereka melalui suasana dan tempuh ujian ngeri ini dengan penuh sabar dan terus sabar.

15. Mereka yang mati dibawa ke rumah mayat dan diletakkan di bilik mayat berlainan agama, Almarhum Ustaz Ismail Mahmud (Adik Ustaz Ibrahim) dibenarkan ziarah abangnya setelah 3 hari kejadian, beliau menyaksikan tempat tersebut. Ketika beliau menarik peti yang menempatkan abangnya, terkejut beliau dengan apa yang dilihatnya, darah masih basah di badan abangnya, bahkan dahi masih berpeluh. Benarlah mereka mati syahid!

16. Ayah dibawa ke Hospital Baling, setelah mendapat sedikit rawatan, dibawa pula ke Hospital Sg Petani, selama 3 hari menerima rawatan akhirnya ayah dipindahkan ke hospital Besar Alor Setar. Ayah terpaksa menjalani beberapa pembedahan kecil bagi membuang peluru yang masih berada di badannya, ayah tidak tahu berapa banyak peluru hinggap di tubuhnya sehinggalah dimaklumkan 14 biji kesan peluru di badannya, Allahhh! Ayah hanya tahu yang badanya dipenuhi dengan saluran getah untuk membekalkan oksigen air dan darah.

17. Ketika ini tiada siapa pun dibenarkan melawat Ayah, dengan kawalan yang ketat diletakan dalam bilik tertutup, separuh kayu dan separuh lagi kaca. Selain ayah, ada beberapa lagi mangsa turut mendapat rawatan disitu, antaranya Almarhum Ustaz Harun, banyak kesan tembakan dan lumpuh tanganya, Almarhum Ahmad Ayub yang ditembak dibahagian perutnya, juga Almarhum Hasan Dollah, lumpuh dan meninggal 2 tahun kemudian).

18. Apa yang menakjubkan Ayah, semasa luka² dicuci, Ayah langsung tidak rasa sakit walaupun tidak dibius, malah rasa gatal² sedap, kadang² rasa asyik sangat, Ayah langsung tidak pernah mengaduh kesakitan atau tak dapat tidur akibat kecederaan yang dialami, keadaan Ayah seperti biasa walaupun luka agak banyak.

19. Hampir sebulan Ayah di Hospital Besar Alor Setar, barulah kami keluarga dibenarkan ziarah. Pun begitu kami hanya boleh mengintai dari luar cermin sahaja, tidak dibenarkan masuk. Ketika Ayah sedang makan tengah hari yang dijamu oleh pihak hospital, Kak Hasnah yang ketika itu berusia 12 tahun cuba masuk merapati ayah, Kak Hasnah belum mengerti peraturan pihak polis dan hospital, ayah cuba pegang Kak Hasnah tetapi dihalang oleh pihak polis yang mengawal.

20. Dalam keadaan tak berapa sihat, Mak dukung dan bawa saya bersama, Ayah hanya mampu senyum dan minta kami semua bersabar, ramai pihak hospital yang melihat keadaan itu mengalirkan airmata, Mak langsung tidak dapat bertemu Ayah, hanya berpandangan dicelah² cermin tingkap dari jauh, Mak yang sekian lama tidak sihat hanya mampu mengeluarkan airmata dari jauh disamping doa untuk suami tersayang.

21. Setelah itu, Ayah dipindah pula ke Hospital Sg Petani, disini keluarga boleh ziarah seperti biasa, namun dalam keadaan kesempitan kewangan, hanya Abang Yusuf sahaja yang datang ziarah bersama seorang abang Ayah. Genap sebulan di Hospital Sg Petani, Ayah dibawa ke balai polis Sg Petani dan dimasukan dalam lock-up. Ayah difahamkan oleh Ketua Polis disitu, bahawa Ayah akan dilanjutkan tempoh tahanan selama 2 tahun di Kem Kemunting, Perak. Berita ini disampaikan kepada Mak dan keluarga dengan linangan airmata, mak sangat terkejut, kami hanya dibenarkan bertemu sebelum Ayah dibawa ke sana.

22. Keesokan harinya, Mak dan abang² datang ziarah Ayah dengan kawalan ketat anggota polis, dapat bertanya khabar antara suami isteri dan anak². Ayah sempat membelai kasih anak²nya yang hampir 3 bulan terpisah, Mak hanya mampu mengalir airmata menangis, kata Ayah, bersabarlah 2 tahun tidak lama.

23. Di Kem Kemunting Ayah dapat bertemu ramai sahabat²nya dari Memali, ramai yang menyangka bahawa Ayah dah meninggal. Mereka bercerita tentang apa yang berlaku antara satu sama lain, dan mereka bertekad meneruskan apa sahaja yang diajar oleh guru kesayangan mereka As Syahid Ustaz Ibrahim.

24. Pelbagai pengalaman dilalui dalam tahanan, pelbagai kisah terpahat sebagai sejarah, pelbagai kenangan suka dan duka  dirasai bersama, Ayah dibebaskan lebih awal dari tempuh yang sepatutnya. Alhamdulillah!

25. Selepas dibebaskan, ramai yang datang ziarah, ramai yang melahirkan simpati  termasuk ziarah dari pimpinan PAS ketika itu Nakhaie Haji Ahmad, dan tak kurang juga yang mencemuh dan mengata dengan pelbagai sangkaan yang sama sekali tidak benar.

26. Ayah menjalani kehidupan seperti biasa, cuma tenaga dan kesihatan agak terbatas, kesan cedera dari peristiwa, Ayah menyambung tugas gurunya, mengajar masyarakat tentang aqidah yang sahih, mengajak masyarakat kembali melaksanakan perintah Allah.

27. Kami hidup dalam serba kedhaifan, Ayah tidak boleh lagi buat kerja berat, Mak hanya mampu membuat kueh pagi dan Ayah hantar ke kedai² berdekatan, dalam masa yang sama Ayah dipantau oleh anggota SB yang ditugaskan. Walau dipantau, Ayah langsung tidak ambil peduli, apatah lagi nak rasa takut atau bimbang, beliau tetap menyampaikan risalah agama dalam masyarakat ketika itu, pernah Ayah diugut nak ditahan semula dalam ISA, namun katanya, beliau tak pernah gentar, peluru dah pernah rasa, hospital dan penjara dah pernah lalui, cuma mati sahaja belum lagi, sememangnya Ayah nak mati ketika peristiwa, tapi belum menjadi rezki syahid bersama guru dan rakan² yang lain.

28. Ayah menceritakan apa yang berlaku kepada anak², Ayah juga merupakan antara saksi utama kejadian, sememangnya peristiwa menyayat hati itu sangat segar di ingatannya, ramai masyarakat Malaysian datang ziarah Ayah, bukan setakat orang sekitar Baling dan dalam negeri Kedah sahaja, bahkan orang² luar daripada Kedah, termasuk juga pelajar² universiti.

29. Kami membesar dalam suasana itu, ayah dipanjangkan umur 16 tahun selepas peristiwa tersebut, kami anak² dihantar belajar di sekolah Memali yang diasaskan oleh As Syahid Ustaz Ibrahim, kemudian saya, Abang Yusdi dan Abang Yusni dihantar belajar di Pakistan.

30. Ayah terus mengajar di sekolah Memali, disamping itu dijemput juga menyampaikan kuliah dan ceramah diluar daripada Baling, malah luar daripada Kedah, Ayah pernah di jemput ke Perlis, Penang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor/KL, Melaka dan juga tempat² lain.

31. Seperti yang diceritakan oleh Abang Hafiz (orang yang selalu bawa dan bantu ayah) dalam tahun 2001 sekitar bulan mei, kami masih lagi di Pakistan, Ayah dijemput berkuliah/ceramah ke Pulau Pinang dan terus ke Perlis, tanggal 5/5/2001 pagi sabtu, Ayah menyampaikan kuliah subuh disalah satu masjid di Perlis, Ayah menggunakan kitab hikam. Kalamnya seperti biasa, tiada tanda apa², cuma jemaah agak pelik dengan telahan ayah yang seolah bertanya, kenapa jemaah ramai sangat pagi ni? Jemaah saling paling antara satu sama lain kerana jemaah tak ramai pun pagi itu, kemudian Ayah bertanya lagi kenapa ramai sangat yang berjubah putih? Sekali lagi jemaah agak pelik, disangkakan mungkin Ayah bergurau, kemudian Ayah meneruskan kuliahnya seperti biasa antara kalamnya yang jelas "kita mestilah mencari keredhan Allah daripada keredhan manusia" lalu Ayah jatuh di meja kuliah, dan disitulah nafas terakhirnya beliau dijemput Allah ketika sedang menyampaikan kuliah subuh. Allahu Rabbi!

32. Kami bertiga di Pakistan tidak sempat melihat Ayah buat kali terakhir, saya ketika itu sedang menghabiskan hafazan Al Quran yang hanya berbaki 7 helai untuk khatam 30 juzuk, berita sedih ini sampai kepada kami, namun hanya mampu menangis, sangat sedih memikirkan keadaan mak dan adik beradik yang lain, namun kami sangat bangga kematian ayah sangat mulia dan tidak putus berdoa untuk Ayah tersayang yang pergi buat selama²nya.

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه.














Mohamad Zuhdi Mat Piah.
(Anak Mangsa Memali 1985)

Sumber MR - 27-5-2018

Ahad, 27 Mei 2018

Di Kampung Memali, dendam 3 dekad terhadap Dr M, polis



BALING: Tiga puluh dua tahun sudah berlalu, tetapi peristiwa hitam yang dilalui penduduk Kampung Memali di Kedah masih menghantui mereka sehingga kini.

Ada yang masih merasai kesakitan ditanggung mereka, tidak kurang pula yang berdendam dan “menyirap darah” setiap kali terserempak dengan anggota polis atau terdengar nama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berpantang maut sebelum ajal. Kehidupan Abdullah Che Soh bermula pada usia 40 tahun selepas beliau terselamat daripada 7 das tembakan, ketika Kampung Memali yang terletak kira-kira 100km dari ibu negeri Alor Setar, dikepung anggota polis yang menyaksikan 18 orang terkorban.

Daerah Baling terkenal dengan pertemuan bersejarah antara kerajaan penjajah British dan pemberontak komunis di Tanah Melayu yang dicatatkan dalam buku teks sejarah, manakala Kampung Memali pula menempa nama dalam politik kontemporari Malaysia.

madrasah
Sekumpulan pelajar bermain di luar Madrasah Islahiah Diniah 
yang ditubuhkan Ibrahim Libya beberapa bulan sebelum peristiwa 
berdarah Memali.
Hujung minggu lalu, Memali mencuri tumpuan negara sekali lagi apabila seorang hadirin mengajukan soalan mengenai tragedi itu kepada Dr Mahathir dalam forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, beberapa minit sebelum kekecohan berlaku dengan kerusi, kasut, suar dan botol air dilontar ke pentas program anjuran Pemuda PPBM itu.

Pengkritik negarawan berusia 92 tahun itu melontarkan soalan yang memberi peluang untuk menghidupkan kembali “dosa lampau” dan mengaitkannya dengan bekas perdana menteri itu, yang kini berkongsi pentas dengan pemimpin pembangkang sama yang pernah menjadi musuhnya.

Dr Mahathir menerajui negara ketika tragedi berdarah itu mengorbankan 14 penduduk kampung dan 4 anggota polis, selain mencederakan ramai orang awam, termasuk Abdullah yang terkena 7 das tembakan.

Kesakitan ditanggung Abdullah cukup untuk beliau membenci Dr Mahathir sehingga hari ini.

abdullah
Abdullah Che Soh.
“Tujuh peluru menembusi badan saya. Macam mana saya hendak maafkan dia? Jika dia datang ke sini, saya akan lastik dia,” katanya.

Tiga daripada tembakan itu terkena dada Abdullah, manakala masing-masing sebutir peluru menembusi pinggulnya, pergelangan tangan, siku dan dekat ibu jari kanannya.

Abdullah hanya akan memaafkan pengerusi Pakatan Harapan itu dengan 1 syarat.
“Saya rasa kami boleh (memaafkannya), dengan syarat dia memohon maaf secara terbuka.”

Ibrahim Libya


Pada 19 November 1985, Kampung Memali bertukar menjadi kawasan keselamatan utama apabila ia dikepung kira-kira 200 anggota polis bersenjata.

Ia bukan julung kali orang penting di Kuala Lumpur menghantar pasukan polis ke kampung sunyi itu, yang akhirnya pulang dengan tangan kosong.

ibrahim-libya
Ibrahim Mahmud ialah guru agama yang lebih dikenali sebagai
Ibrahim Libya.
Bagaimanapun, kali ini mereka diarahkan membawa Ibrahim Mahmud, guru agama yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya, ke Kuala Lumpur dan menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Penduduk kampung sedar senjata buatan sendiri seperti parang dan pisau tidak mampu melawan pasukan keselamatan yang dilengkapi mesingan. Pun begitu, ia tidak menghalang mereka daripada berjuang habis-habisan bagi mempertahankan Ustaz Ibrahim dengan membentuk perisai manusia di rumahnya.

Pertempuran itu berakhir pada senja dengan kemenangan memihak kepada pasukan keselamatan. Seluruh kampung, termasuk wanita dan kanak-kanak diangkut dengan berpuluh-puluh lori.

Abdullah antara mereka yang “istimewa” dalam kalangan ratusan orang yang ditahan. Beliau dan 35 yang lain ditahan di bawah ISA, undang-undang yang kerap digunakan pihak berkuasa pada 1980-an ke atas pembangkang kerajaan.

Pantang larang Kampung Memali


Hari ini, Memali sebuah kampung dengan kira-kira 2,000 penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah.

Tiga dekad selepas peristiwa berdarah itu, Dr Mahathir dan polis kini hampir menjadi pantang larang di kampung berkenaan.

Seperti Abdullah, golongan berusia 30-an yang terlalu muda untuk mengingati peristiwa itu juga yakin Dr Mahathir bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah di kampung mereka.

Bagaimanapun, sesetengah penduduk kampung termasuk mereka yang pernah ditahan sedia memberi peluang kedua, dengan syarat beliau melawat kampung itu untuk memohon maaf secara terbuka.

Beberapa bulan selepas peristiwa itu, Dr Mahathir dalam sidang Dewan Rakyat, mendakwa penduduk kampung itu ialah “fanatik” yang menyerang pasukan keselamatan dengan bom botol dan anak panah beracun.

Abdullah mempertikaikan tuduhan itu dengan menunjukkan beberapa jarinya yang kebas akibat terkena tembakan.

“Saya tidak pegang sebarang senjata. Saya mengangkat penumbuk saya dan mereka tembak saya. Saya hanya mahu melindungi Tok Guru saya,” katanya merujuk Ibrahim.

Isteri Abdullah, Kalsom Salleh masih tidak dapat melupakan keadaan suaminya yang cedera digari di tangan dan kaki.

Dalam keadaan digari itu, Abdullah terpaksa membuang air kecil dan besar dalam sel penjara.

mamali-inside
Kampung Memali hari ini diduduki kira-kira 2,000 orang 
kebanyakannya bekerja sebagai penoreh getah.
“Ia adalah penyeksaan. Saya menangis melihat dia terbaring dalam kencing dan najis sendiri. Saya menjerit anggota polis di lokap Alor Setar untuk mengeluarkannya,” kata wanita berusia 65 tahun itu yang turut ditahan bersama kira-kira 400 penduduk kampung lain.

Kalsom teringat bagaimana polis memaksanya mengaku mereka sebahagian daripada kumpulan ajaran sesat ketika disoal siasat.

Namun, beliau tidak menyesali sokongannya kepada PAS.

“Kami beritahu mereka kami sudah sebati dengan PAS. Kami ialah umat Islam biasa yang bersolat 5 kali sehari.”
Label ‘sesat’

Abdullah menolak label sesat yang diberikan kepada Ibrahim.

Beliau berkata, Umno ketika itu bimbang pengaruh PAS yang semakin berkembang di kalangan orang Melayu lalu mencipta dakwaan untuk menunjukkan Ibrahim ialah ancaman keselamatan negara.

zaman-mahmud
Zaman Mahmud.
Seorang lagi penduduk yang ditahan, Zaman Mahmud masih tidak boleh melupakan “jenayah” ke atas orang kampungnya.

“Tetapi, jika Dr Mahathir minta maaf, kami mungkin memaafkan anda, insya Allah. Jika Allah boleh mengampuni hambaNya, kenapa kami tidak boleh melakukan perkara sama,” kata penoreh getah berusia 65 tahun itu yang pernah mengetuai cawangan PAS di Kampung Charok Puteh dalam Memali.

Baginya, PPBM yang diasaskan Dr Mahathir tidak mungkin menembusi kampung itu disebabkan kenangan pahit 1985.

“Daerah mengundi ini 100% sokong PAS,” katanya walaupun mengakui kerusi Dewan Undangan Negeri Bayu dalam kawasan Parlimen Baling dimenangi Umno.

“Orang di sini penyokong tegar PAS.”

marzuki
Marzuki Ahmad.
Marzuki Ahmad, bekas mudir di Madrasah Islahiah Diniah yang ditubuhkan Ibrahim, mempersoalkan tindakan Dr Mahathir membangkitkan kematian anggota polis di Memali.

Lelaki berusia 68 tahun itu berkata, anggota polis itu mati akibat tembakan, tetapi penduduk kampung tiada senjata api.

“Ibu bapa kanak-kanak yang tidak bersalah dibunuh. Tolong jangan lupa fakta ini.”

marizah
Marizah Mat Arof.
Marizah Mat Arof juga tidak akan memaafkan Dr Mahathir. Pada usia 15 tahun, dia melihat sendiri bapanya, Mat Arof Hashim, 42, rebah dalam pertempuran itu.

“Masih tenangkah jiwanya sedangkan dia tahu dia berhutang darah dan nyawa? Semua 5 beradik saya, termasuk saya hidup tanpa ayah kami.”

Beliau ditahan hampir 40 hari di sebuah pusat tahanan di Tanjung Pari, tidak jauh dari Memali.

siti-aisyah
Siti Aishah Ahmed.
Begitu juga Siti Aishah Ahmed, 65, yang menyaksikan suaminya ditembak mati.

“Mereka tembak dia dan dia rebah berlutut, dalam keadaan sujud sambil memegang dadanya.

“Anggota polis kemudian menyusun mayat suami saya bersama 6 mangsa korban lain di tepi jalan, seperti tiada apa yang berlaku,” katanya.

‘Pembohongan terhadap Ibrahim’

Aishah masih berdendam dengan anggota polis.

“Mereka tidak boleh lalu sini. Kami tidak mahu melihat mereka di sini langsung. Kami didih apabila mereka lalu.”

Seperti penduduk kampung lain, Aishah berkata, beliau turut dipaksa “mengakui” mereka sebahagian daripada sebuah ajaran sesat.

“Mereka asyik memaksa kami mengaku sebahagian daripada kumpulan ajaran sesat dan mendakwa kami menganggap Ibrahim sebagai nabi.

“Kami enggan menurutinya kerana ia adalah satu penipuan. Ibrahim orang yang baik dan alim, beliau juga bekas pemimpin PAS,” katanya.

Kerajaan menerusi penyelesaian di mahkamah membayar RM20,000 kepada balu lelaki yang terbunuh dalam peristiwa Memali.

Video : https://www.youtube.com/watch?time_continue=201&v=Y3NB97KZDaU


Bagaimanapun, ia tidak membawa sebarang makna buat Aishah.

“RM3,000 dibayar untuk kos guaman. Kami terpaksa menyewa sebuah asrama di Alor Setar kerana tidak mahu ulang-alik untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi.


“Bagaimanakah jumlah yang sedikit itu boleh membantu kami membesarkan anak-anak?” soalnya.
Aishah menyimpan hasrat supaya peristiwa sebenar Memali dicatatkan dalam buku sejarah.

Sementara itu, memori Memali yang masih menghantui sesetengah orang mungkin hanya boleh dilupakan dengan permohonan maaf, seperti didambakan Abdullah serta waris mangsa korban.


Sumber MR - 27-5-2018

Ahad, 27 Mei 2018


Kisah Benar Tragedi Memali (Ustaz Ibrahim Libya)


Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim. PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.

Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.

Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.

Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak”.

Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.

Gambar As-Syahid Ust Ibrahim Libya (kiri bawah sekali)

Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.



Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.

Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.


Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Catatan: Sejarah ini saya paparkan semula bukan dengan niat untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengingatkan semula generasi hari ini khasnya anak muda bahawa kebangkitan perjuangan Islam pada hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang sejarahnya penuh dengan darah dan air mata. Semuanya demi melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini menjadi inspirasi untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas landasan ini.

Saya juga memohon maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan ini tidak tepat kerana semua ini hanya maklumat dari ingatan saya sahaja. Anda boleh merujuk semula buku yang ditulis oleh Cikgu Non (CN Al-Afghani) yang menulis buku ‘Suamiku Kekasih Allah atau buku terbitan PAS Pusat hasil temuramah dengan Sdr. Yusuf Husein (sekarang pimpinan PAS Kedah) atau VCD Ops Hapus Komunis. Jika ada kesalahan, tolong maklumkan di ruangan komentar dibawah ini. Jazakallahu khairan kathira.

Sumber asal oleh : arruhuljadid

Sumber MR - 27-5-2018







































PRN atasi isu pembentukan Kerajaan Kedah

GERAKAN Pembela Ummah Negeri Kedah (Ummah) gabungan 100 NGO Islam mengikuti secara dekat berhubung isu pelantikan Menteri Besar dan pembentukkan kerajaan baharu Negeri Kedah Darul Aman selepas PRU14. 
Setelah meneliti dan mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak, Ummah berpendirian bahawa pembentukan kerajaan baharu Negeri Kedah amat meragukan keabsahannya di sudut Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. 
Pendirian ini merujuk kepada kerajaan baharu yang dibentuk tidak mendapat mojoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk sebuah kerajaan, sebaliknya kedudukan antara parti yang pemerintah iaitu Pakatan Harapan (PH) berbanding pembangkang (PAS dan BN) adalah seimbang iaitu 50 : 50 ataupun 18 Kerusi : 18 Kerusi. 
Ummah turut dimaklumkan bahawa pelantikan Menteri Besar Kedah tidak mendapat sokongan dari mana-mana pihak parti pembangkang iaitu PAS mahupun BN sama ada secara individu mahupun “End Block”. 
Sebelum ini, Ummah dan rakyat Kedah berpendapat dan dimaklumkan melalui akhbar dan media bahawa pelantikan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah setelah mendapat sokongan dari mana-mana wakil rakyat Barisan Nasional mahupun PAS. Namun setelah proses pelantikan sebagai Menteri Besar selesai disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Tuanku Al-Sultan Kedah, rakyat dikejutkan dengan berita penafian serta penegasan dari pihak yang kononnya didakwa memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir tersebut adalah suatu pembohongan dan fitnah semata-mata. Sebaliknya, mereka tersebut kekal sebagai Wakil Rakyat pembangkang di Dun Kedah. 
Ummah melihat ada unsur yang meragukan serta memperdayakan rakyat dan Istana Negeri Kedah dalam pelantikan Menteri Besar yang bertentangan dengan mandat rakyat. 
Bagi Ummah, jika difahami secara harfiah bahawa pelantikan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar adalah bias dan tidak menepati kehendak yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Ini dibuktikan dengan permohonan Menteri Besar sendiri kepada blok PAS dan Umno untuk menyokong cadangan pelantikan Speaker Dun Kedah, sedangkan beliau mendakwa mempunyai majoriti di dalam Dun Negeri Kedah. Di mana majoriti tersebut? 
Justeru, Ummah berpendapat, penyelesaian terbaik ialah perlu diadakan suatu Pilihan Raya Negeri dengan segera. Di mana, diserah kembali kepada rakyat Negeri Kedah untuk membuat keputusan memberi mandat kepada mana-mana parti politik bertanding untuk membentuk sebuah Kerajaan Negeri Kedah yang lebih stabil dan absah di sisi undang-undang. 
Bagi Ummah, adalah tidak wajar kemelut ini terus dibiarkan berlarutan kerana ia akan merugikan rakyat dan Negeri Kedah.
Berhubung kebimbangan jika diadakan Pilihan Raya Negeri akan menyusahkan rakyat serta menanggung kos yang tinggi, Ummah berpandangan ia bukan lagi isu yang perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak. Ini kerana, keutamaan sekarang ialah memastikan kerajaan yang memerintah adalah mematuhi peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, di samping ingin mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih stabil dan kukuh.
Hanya kerajaan yang stabil dan kukuh sahaja dapat menguruskan pentadbiran dan memacu pembangunan negeri dengan lebih berkesan, melaksanakan janji-janji dalam manifesto, di samping menjadi faktor utama meningkatkan keyakinan pihak asing untuk melabur di Negeri Kedah. Sebaliknya kerajaan yang lemah serta tidak stabil akan merugikan rakyat dan Negeri Kedah. 
Sesungguhnya, Pilihan Raya Negeri juga merupakan suatu proses demokrasi yang diguna pakai dalam kaedah mendapatkan mandat rakyat bagi sesebuah kerajaan. Lagipun, tidak ada jaminan kepada rakyat Kedah bahawa tidak akan berlaku Pilihan Raya Negeri di masa depan, memandangkan kedudukan parti pemerintah yang tidak stabil dan lemah. 
Oleh itu, Ummah meminta semua parti-parti politik di Negeri Kedah boleh berlapang dada dan mengutamakan kepentingan rakyat dan Negeri Kedah.
USTAZ NOOR HAKIMI ABD HALIM
Pengerusi
Ummah Kedah - HARAKAHDAILY 24/5/2018
Sumber HD - 24-5-2018 







































Demi rakyat, PAS cadang k'jaan perpaduan di Kedah

RAKYAT telah pun menjalankan tanggungjawab mereka dalam PRU14 lepas dengan memilih pemimpin mereka. Sekarang tiba tanggungjawab pemimpin untuk menjalankan amanah mereka untuk berbakti kepada rakyat. 
Demi memastikan amanah rakyat dapat disempurnakan dan kebajikan mereka dijaga, PAS memohon kepada semua parti-parti di Kedah supaya menerima cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan (Unity Government). 
PAS berpandangan ini bukanlah masa untuk terus mempertahankan kepentingan parti tertentu semata-mata kerana kuasa. Rakyat telah memilih dan mereka berharap pilihan mereka dapat mendahulukan mereka sebelum kepentingan politik. 
Konsep UG akan memungkin semua pihak berperanan dalam mentadbir negeri Kedah tanpa ada pembangkang, terutamanya dalam situasi Dun tergantung sekarang.
PAS sedia untuk duduk semeja berbincang dengan PH dan BN demi rakyat. 
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
24 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 24/5/2018
Sumber HD - 24-5-2018 
















































































Rujuk Undang-undang Tubuh

PAS Kedah berpandangan masih terlalu awal bagi mana-mana pihak menjangkakan ketidaktentuan situasi politik hingga mengheret berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti yang diutarakan oleh Menteri Besar Kedah. 
Berikutan hal pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, ia bukanlah sesuatu yang kritikal tetapi memerlukan kebijaksanaan untuk menanganinya. 
Bagi PAS siapa pun yang dipilih oleh Dewan sebagai Speaker, beliau tertakluk kepada Undang-undang dan Peraturan-peraturan sebagai Speaker dan perlulah bersikap berkecuali. 
Pemegang jawatan Speaker juga perlu mengendalikan mesyuarat dengan baik, mewujudkan suasana harmoni, mengurus soalan-soalan Dewan serta membantu kedua-dua belah pihak menyampaikan hujah dengan bernas dan rasional. Hanya kerajaan yang lemah akan membuat kenyataan terpaksa bergantung kepada kuasa Speaker yang tentunya akan dipastikan hanya memihak kepada kerajaan. Ini adalah amalan kerajaan lama yang rakyat tolak. 
Dalam perkara ini, PAS Kedah berpendirian semua pihak mestilah menjadikan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah sebagai panduan untuk merungkai permasalahan berkenaan dan mencari jawapan tanpa menunding jari kepada pihak lawan kononnya tidak berusaha menyelesaikan masalah. 
Pakatan Harapan (PH) sewajarnya menyedari bahawa masalah ini sebenarnya ada di pihak mereka yang mendakwa mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Isu pelantikan Speaker dan perjalanan Dewan adalah medan untuk buktikan bahawa mereka benar-benar memiliki sokongan majoriti ahli Dewan untuk menubuhkan kerajaan. 
PAS sebelum ini telah menawarkan penyelesaian melalui "Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang" untuk mengatasi kebuntuan, namun dipandang sepi malah ditolak oleh pihak Menteri Besar. 
Sikap sedemikian jelas menunjukkan pihak PH tidak bersedia meraikan pilihan rakyat yang memberikan kerusi 50-50 antara kerajaan dan pembangkang. Rundingan patutnya berlaku pada masa itu, bukan sudah terhantuk baru terngadah. 
Oleh itu, dengan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang diamalkan, maka PAS bersedia untuk menerima keputusan dalam hal pelantikan jawatan Speaker di Dewan Undangan Negeri melalui sidang belah bagi jika hal ini menjadi satu kenyataan. 
DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah
23 Mei 2018 - HARAKAHDAILY 23/5/2018
















































































Sumber HD - 23-5-2018









































Elakkan krisis pelantikan Menteri Besar berpanjangan

MENTERI Besar merupakan jawatan tertinggi dalam pentadbiran sesebuah kerajaan negeri. Sekiranya krisis pelantikan Menteri Besar dan barisan kepimpinan kerajaan negeri ini berlanjutan, dibimbangi akan menimbulkan implikasi yang buruk di samping menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis.
Meskipun hampir dua minggu selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-14, Perlis menjadi satu-satunya negeri yang masih belum memiliki seorang Menteri Besar serta gagal membentuk kerajaan negeri. Situasi ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di samping keresahan dalam kalangan rakyat negeri ini. 
Justeru, PAS berharap agar Barisan Nasional yang telah diberi mandat untuk mentadbir negeri ini, dapat segera mencari penyelesaian agar kemelut ini tidak berlarutan, demi kebaikan semua pihak, khususnya rakyat Negeri Perlis. Ketepikan segala bentuk kepentingan peribadi yang akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
PAS juga ingin mengingatkan Barisan Nasional agar menghormati DYMM Tuanku Raja Perlis dalam membuat sebarang keputusan berhubung isu ini. PAS meletakkan sepenuh keyakinan kepada kebijaksanaan DYMM Tuanku Raja Perlis dalam membuat keputusan yang terbaik demi rakyat dan Negeri Perlis.
Yang Bertanggungjawab, 
YB MOHD SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
Adun Sanglang
22 Mei 2018M / 6 Ramadan 1439H - HARAKAHDAILY 22/5/2018


















































































Sumber HD - 22-5-2018

PH masih gagal tubuh Exco Kerajaan Negeri 

TIDAK dinafikan bahawa kedudukan 18 kerusi kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Mahathir dari blok Pakatan Harapan (PH) berhadapan dengan situasi getir memandangkan sehingga kini beliau masih gagal mengemukakan senarai barisan Exco Kerajaan Negeri. 
Situasi tersebut bukan sahaja menimbulkan persoalan apakah beliau menghadapi masalah pemilihan nama-nama pemegang jawatan portfolio berkenaan malah ia juga merupakan cabaran yang menuntut kebijaksanaannya membuat keputusan. 
Dato' Seri Mukhriz perlu akur bahawa blok PH hanya berjaya memperolehi 35.8 peratus undi daripada seluruh rakyat Kedah. Manakala pihak pembangkang pula mencapai 62.7 peratus. Sementara itu PAS berjaya mendapat 33.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi seramai 951,000 orang. 
Umum mengetahui bahawa PAS berjaya memenangi 15 kerusi dan 3 kerusi dimiliki oleh BN. Namun, disebabkan amalan sistem pilihan raya "first past the post" yang diamalkan di Malaysia, maka PAS akur dengan kedudukan hari ini. Dengan kata lain, kedudukan kerajaan negeri tidak seimbang di antara sokongan rakyat dengan jumlah kerusi yang diperolehi. 
Walau bagaimanapun, menerusi amalan demokrasi, PAS akan sentiasa meneliti perjalanan kerajaan dan terus komited mendekati serta mengangkat suara rakyat secara berterusan. 
DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah - HARAKAHDAILY 18/5/2018
Sumber HD - 18-5-2018 























































































PAS Perlis miliki 2 kerusi Dun

ARAU: Gelombang anak muda menjadi antara faktor PAS mampu menawan semula Dun Guar Sanji dengan majoriti 328 undi semalam. 
Ustaz Mohd Ridzuan Hashim mendapat sebanyak 3,199 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) yang memperolehi 2,871 undi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1,512. 
Antara faktor kemenangannya memandangkan beliau merupakan anak jati Dun tersebut dan dihormati masyarakat. 
Beliau seorang mudah melemparkan senyuman tidak kira siapa sahaja yang ditemui.
PAS Perlis juga berjaya mengekalkan Dun Sanglang apabila dipertahankan Mohd Shukri Ramli dengan majoriti 42. 
Bagaimanapun PAS gagal merampas kembali parlimen Arau yang ditandingi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin. - HARAKAHDAILY 10/5/2018






















































































Sumber HD - 10-5-2018












































Aura Radhi Mat Din tarik pengundi muda

ALOR SETAR: Calon 'favourate' anak muda, Radhi Mat Din berkata, sokongan dari para pengundi parlimen berkenaan amat memberangsangkan dan lebih dari 50 peratus telah keluar mengundi setakat jam 2.00 petang. 
Beliau yang bertanding di Parlimen Pokok Sena, membantu para petugas berkempen ketika kunjungan Harakah di pusat mengundi, Sekolah Menengah Syed Omar, Alor Setar. 
Selain itu, difahamkan peratus pengundi muda keluar mengundi meningkat di parlimen terbabit berbanding PRU lalu. 
Aura sebagai bekas pemain, ketua pasukan dan jurulatih bola sepak Kedah membuatkan beliau menjadi perhatian para pengundi. – HARAKAHDAILY 9/5/2018
























































































Sumber HD - 9-5-2018

Suasana pengundian di Perlis tenang

ARAU: Suasana pengundian di Perlis berlangsung dengan tenang dan sejahtera tanpa sebarang kontroversi. 
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin telah membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Arau awal pagi tadi. 
Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli pula bersama isteri membuang undi di Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Musa, Kampung Sungai Padang, Simpang Empat tengah hari tadi. 
Setelah selesai menunaikan tanggungjawab, Tuan Guru menyantuni para pengundi di sekitar kawasan Arau. 
Calon PAS N15, yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Shukri pula menyantuni para pengundi di sekitar Dun berkenaan. 
Di kawasan Parlimen Kangar pula, Ustaz Zahid Ibrahim selesai menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Dato' Musa iaitu sekolah yang sama dengan calon bagi N.15. – HARAKAHDAILY 9/5/2018


























































































Sumber HD - 9-5-2018














































Pesuruhjaya PAS Kedah awal keluar mengundi

MERBOK: Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, antara yang terawal keluar membuang undi, pagi ini.
Beliau yang tiba tepat jam 8.00 pagi di Pusat Mengundi Sekolah Rendah Kebangsaan Semeling, selesai membuang undi kira-kira jam 8.15 pagi.
Beliau yang mesra dengan panggilan 'Abang Din' dalam kalangan penduduk tempatan, kelihatan mudah didekati sama ada dari pihak kawan mahupun lawan. 
Sementara itu, Dr Ahmad Fakhruddin yang merupakan calon PAS bagi Dun Pengkalan Kundur akan menemui para pengundi di sana sebaik sahaja selesai menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih di Dun Tanjung Dawai. 
Ustaz Hanif Ghazali bertanding di Dun Tanjung Dawai sementara Parlimen Merbok pula ditandingi Ustaz Ahmad Fauzi.
N.26 Tanjung Dawai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan PKR. – HARAKAHDAILY 9/5/2018
Sumber HD - 9-55-2018 















































Penduduk berang ahli politik lawat waris mangsa Memali
Posted on Sunday, May 06 @ 23:59:43 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39587



Sekumpulan petugas media dikejar penduduk kampung ketika datang membuat liputan tentang seorang pemimpin parti politik yang berkunjung ke kampung Memali di Baling, Kedah.

Pemimpin yang memegang jawatan dalam syarikat GLC itu dikatakan hadir di sana bagi menziarahi waris mangsa tragedi Memali.

Mengulas perkara itu, PAS kawasan Baling tampil menjelaskan pihaknya tidak mempunyai kaitan dengan tindakan penduduk kampung berkenaan.

Sebaliknya, kata sumber dalaman PAS yang dipetik Sinar Harian, tindakan berkenaan adalah spontan tanpa arahan daripada mana-mana pihak.

Kata sumber itu lagi, kemarahan penduduk kampung adalah kerana tragedi itu sehingga kini belum diberikan keadilan meski pihak yang diwakili pemimpin itu mempunyai kuasa menyiasat tragedi berkenaan.

"Semua itu tindakan spontan penduduk, mereka pastinya kecewa terhadap pihak yang sengaja mencari kesempatan untuk meraih untung politik.

"Sedangkan kuasa untuk menyiasat tragedi Memali di tangan mereka," katanya.

Tragedi yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat pegawai polis pada November 1985 itu kembali disebutkan di tengah keriuhan kempen pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Sumber TKO - 7-5-2018

Tragedi Memali: Mahathir penipu sebenar

TIBA-tiba Pengerusi PH, Tun Mahathir Mohammad menggelar Presiden PAS sebagai penipu dalam kes Memali dan kafir-mengkafir Umno. 
Telahan itu dibuat ketika dia dicemuh pelbagai pihak angkara keceluparan mulutnya mendakwa syuhada Memali sebagai "mati katak". Walaupun telah memohon maaf kerana isu mati katak, dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula telah memaafkan Mahathir, namun kebiadaban Mahathir tidak terhenti dengan permohonan maaf itu.
Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu ego membelasah Tuan Guru Abdul Hadi dengan menuduh Presiden PAS itu menipu. 
Laporan Sinar Harian 5 Mei bertajuk Tragedi Memali: Tun Mahathir dakwa Hadi menipu. 
Laporan itu menyebut "calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana terpaksa mengeluarkan kenyataan mati katak terhadap mangsa tragedi Memali."
Mahathir mendakwa, Presiden PAS itu banyak kali menipu orang ramai sehingga menjadi punca beliau terpaksa mempertahankan diri. 
“Saya tidak mahu kata-kata apa mengenai Memali tetapi Hadi suka menipu seperti dia kata saya terlibat (dalam tragedi Memali), (kemudian) dia kata Lim Kit Siang (Penasihat DAP) mempergunakan saya dan selepas itu dia sebut PAS tidak pernah menyebut Umno sebagai kafir.\ 
“Sedangkan seluruh dunia tahu tetapi dia kata tidak, jadi saya kena tegaskan dia menipu,” kata Mahathir.
Kenyataan Mahathir ini memberi gambaran sebenar bahawa diktator tua ini tidak pernah insaf dan sesal dengan segala tindakan yang telah dibuat selama ini. 
Malah semakin hari makin menjadi-jadi keceluparannya. Umum mengetahui bahawa bekas orang kanan Mahathir, Tun Musa Hitam ada mendedahkan bahawa Mahathir tidak berada di luar negara, sebaliknya berada di Malaysia ketika peristiwa Memali berlaku. 
Jika Tun Musa Hitam menipu, mengapa Mahathir tidak menyaman Musa dan apakah yang mahu dirahsiakan oleh Mahathir? 
Dalam isu Memali, PAS pernah menegaskan agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat secara bebas punca tragedi ini. 
Jika PAS menipu, masakan usul siasatan bebas ini dikemukakan untuk mencari kebenaran? Ini sudah cukup membuktikan bahawa Mahathir banyak bermain wayang sejak memerintah hingga kini.
Sebagai contoh,suatu masa lalu semasa Pak Lah masih menerajui negara, Mahathir bertindak keluar Umno dan selepas berjaya menjatuhkan Pak Lah, beliau kembali ke pangkuan Umno semula. 
Di zaman Najib selepas anaknya tidak mendapat tempat dalam kabinet dan terlepas kerusi Menteri Besar Kedah, maka Mahathir mula menyusun strategi duduk bersama Pakatan Harapan untuk memastikan cita-cita menaikkan anaknya tercapai dan memastikan rahsia 22 tahun pemerintahan kuku besinya tidak terburai. 
Mahathir hanya mahu selamatkan kedudukannya, kedudukan anaknya, bukannya kepentingan rakyat, ini jelas dan nampaknya pemimpin PH seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mohammad Sabu yang pernah menggelar Mahathir dengan pelbagai gelaran buruk tertipu sekali lagi dengan permainan politik bekas Presiden Umno itu.
Berapa banyak skandal berlaku di zaman Mahathir dihentam Kit Siang, Guan Eng dan Mat Sabu, namun semuanya digelapkan kerana inilah sikap dan tabiat Umno BN yang kini mula meresap ke dalam Pakatan Harapan yang dikepalai Mahathir. Inilah sindrom penafian yang tetap wujud dan kini meresap ke dalam PH, malangnya rakyat sekali lagi sedang cuba ditipu. 
Ingat sahaja peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim dengan segala pembongkaran skandal seks luar tabie, dan dibalas pula Anwar dengan pembongkaran skandal kewangan yang dilakukan Mahathir bersama pemimpin Umno ketika itu?
Apakah segala pembongkaran ini hanya satu sandiwara atau penipuan sahaja apabila kini kamu semua duduk sepentas untuk bersatu mengejar kuasa? 
Apakah rakyat selepas ini bisa sahaja melihat penipuan Mahathir andai BN menang dan Najib tidak lagi jadi Perdana Menteri dan Mahathir kembali semula ke pangkuan Umno? 
Atau jika PH menang, segala skandal silam Mahathir dan kroni akan digelapkan begitu sahaja? 
Jangan lupa Mahathir juga pandai memainkan watak propagandis berwajah nasionalis kononnya sedangkan seluruh hidupnya selama 22 tahun menerajui negara, beliau juga memulakan kronisme, nepotisme, akta menjerat rakyat, pembinaan projek mega berbilion Ringgit, menghina Islam, menghalang Hudud dan menghina Rasulullah SAW.
Rakyat khasnya mangsa Memali tidak akan lupa dan tertipu dengan kleptokrat tua itu yang tidak pernah walau sekali menyatakan permohonan maaf kepada balu-balu dan anak-anak syuhada Memali. 
Seperti kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, benar bahawa Tun Mahathir tidak pernah anti Umno-BN sebaliknya sekadar mendendami Datuk Seri Najib Razak. Justeru itu, serangan beliau lebih terarah kepada PAS, dan PAS kekal menjadi musuh utama bekas Presiden Umno itu. 
Ingat, Mahathir menggelar para syuhada’ Memali yang telah gugur sebagai 'mati katak' sedangkan tragedi hitam itu adalah angkara kezaliman rejim pemerintah beliau 32 tahun yang lampau. 
Kalau isu Memali ini Mahathir boleh bermain sandiwara, maka apalah sangat andai dia berkuasa semula nanti, maka pemimpin PH dan rakyat bisa aja ditipunya untuk kesekian kali. 
Ubalah negara, bukan bersama PH bukan bersama Umno-BN, tetapi perubahan harus digerak bersama politik Matang dan Sejahtera, politik fakta bukan auta. 
Ayuh rakyat, usah tertipu dengan Umno-BN dan PH, ubahlah masa depan negara bersama PAS demi kesejahteraan dan keharmonian bersama. Jangan nanti, keluar mulut buaya, masuk pula ke mulut harimau. – HARAKAHDAILY 5/5/2018


































































































Sumber HD - 5-5-2018

Kalau DUN Kedah tergantung, ini syarat PAS
Posted on Thursday, May 03 @ 14:34:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39524&mode=thread&order=0&thold=0



PAS Kedah sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima prinsip-prinsip Islamnya jika berlaku situasi Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung di Kedah.

Calon PAS di Sungai Limau Mohd Azam Abd Samat berkata mereka sentiasa jelas dan konsisten dengan prasyarat untuk sebarang kerjasama itu.


“Kalau nak bersama dengan PAS, (terima) prinsip Islam PAS. Kalau tak mahu, Pakatan Harapan, BN, boleh bersatu dua-dua tubuh kerajaan. Itu prinsip dan dasar yang kita ada.

“Kalau semua setuju terima Islam, alhamdulilah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kota Sarang Semut di Alor Setar hari ini.

PAS dililhat sering memposisikan dirinya sebagai “kingmaker” (penentu) jika BN dan Pakatan Harapan gagal mendapat penguasaan cukup untuk membentuk kerajaan.

Seorang penganalis politik meramalkan DUN Kedah akan tergantung selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) minggu depan.

Penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani, menjangkakan BN menangi 16 daripada 36 kerusi, diikuti HARAPAN (12) dan PAS (8).

Untuk membentuk kerajaan, parti atau sesebuah gabungan memerlukan 19 kerusi di DUN Kedah.

Sumber TKO - 3-5-2018



Jika sayang Dr M, jangan undi dia
Posted on Wednesday, May 02 @ 10:03:16 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39507



PAS menunjukkan komitmennya untuk menang kerusi Parlimen Langkawi apabila pulau itu menjadi destinasi awal presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak kempen bermula.

Di hadapan 1,000 hadirin, beliau menggesa pengundi di situ agar memberi ruang untuk Tun Dr Mahathir Mohamad berehat dengan tidak mengundinya.

"Jika sayangkan Dr Mahathir jangan undi dia, biarlah dia berehat dan habiskan masa tuanya.
"Bukan masanya (untuk) dia jadi perdana menteri (sekali) lagi," katanya dalam program ceramah di markas PAS di Kuah, Langkawi.

Calon PAS DUN Kuah - satu daripada dua DUN dalam parlimen itu - Mazlan Ahmad turut menyuarakan perkara sama, dengan menyifatkan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sudah 'tidak larat' untuk menjadi anggota parlimen.

"Jangan bagi dia jadi anggota parlimen Langkawi sebab dia sudah tidak larat. Dia sudah 22 tahun memerintah. Jika anda kasihan pada dia, pangkahlah PAS," katanya lagi.

Mahathir memang mempunyai sokongan kuat dan malah boleh dikatakan sinonim dengan pulau pelancongan itu kerana membangunkannya ketika menjadi perdana menteri.

Pada 16 April lalu, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membiarkan Mahathir menang begitu saja di kerusi itu dan akan meletakkan calon 'bertenaga' bagi melawannya dan juga BN.

Pada dua pilihan raya sebelum ini, kerusi itu biasanya diperuntukkan kepada PKR untuk mewakili Pakatan Rakyat.

Pada PRU ini, Mahathir akan berdepan calon PAS Zubir Ahmad dan penyandang daripada BN Datuk Nawawi Ahmad.

....

BACA JUGA

Sumber TKO - 2-5-2018


Hashim lawan 'hartawan' di Arau dengan air liur
Posted on Monday, April 30 @ 14:59:58 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39471



Dianggap jarang-jarang membuat kemunculan berprofil tinggi, Hashim Jasin bukan sembarangan orang.


Veteran PAS itu memang kaya pengalaman kerana sudah menganggotai parti berkenaan sejak puluhan tahun silam.

Beliau pernah diberi tanggungjawab yang pelbagai, dan pernah juga menjadi wakil rakyat, termasuk membuat kejutan menggembirakan penyokong PAS apabila memenangi pilihan raya kecil Arau pada 1998.

Ketika itu Hashim menewaskan calon BN, Datuk Ismail Kassim dengan majoriti seba­nyak 1,323 undi.

Kali ini - selepas 20 tahun - Hashim bakal mencuba nasib sekali lagi di kerusi sama. Lawannya pula ialah abang Ismail itu sendiri dan cukup terkenal di negara ini, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Merendah diri Hashim yang kini menjadi mursyidul am PAS menganggap pertembungan beliau dengan Shahidan ibarat jutawan dicabar individu yang tidak mempunyai apa-apa harta.

“Kali ini saya sedar, saya berlawan dengan orang kaya. Biarlah dia buat cara dia, saya akan buat cara saya.

"Harta saya air liur saja. Itu yang boleh diberi pada rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

Hulur, hulur, hulur
Selain Hashim dan Shahidan, turut bertanding di Arau ialah bekas profesor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Rahman Daud mewakili Pakatan Harapan (HARAPAN).

Selain pilihan raya kecil, Hashim sudah enam kali bertanding dalam PRU.

Menganggap penyertaan dalam pilihan raya sebagai menyahut seruan jihad memperjuangkan Islam beliau berkata semua orang kenal kemampuan Shahidan.

Pada masa sama, katanya, walaupun berbeza fahaman politik mereka tetap mesra dan berkawan baik.'

"Dari sudut kewangan, maka saya surrender (mengalah). Saya tak mampu buat macam dia buat. Dia, ke mana dia pergi dia hulur, hulur, hulur. Saya tak boleh buat begitu,” katanya.

Mengenai peluang mengetepikan bekas menteri besar Perlis itu, Hashim berkata ia adalah isu lain dan rekodnya menyertai persaingan pilihan raya adalah penjelasan untuk pertanyaan berkenaan.

“Soal kalah menang itu bukan ukuran, sebab kita berpegang kepada keyakinan bahawa penyertaan kita dalam jihad politik ni adalah kejayaan (di sisi Tuhan).

"Walaupun hasilnya kita kalah (dalam pilihan raya), kita tetap berjaya,” katanya.

Tiga tokoh beri inspirasi
Kali terakhir Hashim bertanding dalam pilihan raya adalah pada 2008 iaitu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang dan berjaya menewaskan calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.

Parlimen Arau merupakan kawasan tradisi di Perlis yang sentiasa menjadi tumpuan. Sebelum ini ia ditandingi Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang bertanding di kerusi tersebut pada 2004, 2008 dan PRU ke-13 lalu.

Hashim ditemui Malaysiakini selepas memberi kuliah Maghrib di surau asy-Syakur di Permatang Pauh Bongor. Program keilmuan itu turut dihadiri kira-kira 50 orang penduduk kampung.

Dalam kuliahnya Hashim, 78, mengakui sudah berusia namun tetap menggunakan tenaga yang ada untuk PAS. Hal itu, katanya, turut disumbangkan oleh faktor pembabitan Tun Dr Mahathir dalam PRU ke-14 ini.

“Saya berumur 78, ada kata dah tua, tak payah bertanding.

"Apa yang menyebabkan saya terima tawaran untuk bertanding lagi ialah sebab ada orang lebih tua daripada saya juga bertanding.

"Kalau dia tua takkan saya yang ada sikit tenaga nak berhenti begitu saja,” katanya merujuk kepada pengerusi HARAPAN yang bertanding di Langkawi.

Bekas pensyarah itu turut berkongsi pengakuannya kepada jemaah mengenai tiga pemimpin PAS yang menjadi umber inspirasi beliau dalam politik.

Mereka ialah Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Haron dan Burhanuddin al-Helmy.

“Allahyarham Nik Aziz dia sakit prostat, dia kilik (bawa) beg air kencing termasuk ketika mempengerusikan mesyuarat terakhir dia di Putik (Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan) di Kota Bharu.

"Sebulan selepas tu dia meninggal. Maknanya, selagi dia boleh bergerak, berdiri, dia akan teruskan perjuangan," kata Hashim.

Sama juga halnya dengan Allahyarham Haron. Kata Hashim bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu mempengerusikan mesyuarat ketika kesihatannya sangat terganggu.

“Dia sertai mesyuarat di Jalan Raja Laut (ibu pejabat PAS) dalam keadaan wayar dah masuk hidung, ada tong oksigen dan dia mempengerusikan mesyuarat.

"Selepas sebulan dia meninggal," katanya.

Mengenai Burhanuddin, Hashim berkata beliau menemui Yang Dipertua PAS itu seminggu sebelum tokoh terbabit menghembus nafas terakhir.

"Saya pergi ziarah dia di Taiping. Dia dah terbaring atas katil, suara dia tak kuat (tapi) masih nak dengar berita 13 Mei di radio.

"Dia pesan pada saya - teruskan perjuangan Islam, kalau dah terlentang (uzur) tak boleh buat apa.

"Dalam tak sedar air mata saya menitis,” katanya.

Sumber TKO - 30-4-2018





















































PAS utama pendidikan, hapus hutang PTPTN

KUALA LUMPUR: Calon PAS bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu, Norhafiza Fadzil berkata kerajaan tidak mahu melupuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun hutang syarikat korporat diberikan. 
Beliau membawakan contoh kolam udang di Jerlun dan Syarikat Perwaja yang dilupuskan hutang mereka oleh kerajaan sehingga mencapai RM100 juta. 
“Tapi bila mai tang hutang PTPTN, tak boleh pulak depa nak menghapuskan hutang tersebut. 
“Jadi kita tawarkan kepada rakyat, kepada anak muda, hapuskan hutang PTPTN yang sedia ada,” katanya dalam program ceramah di Kedai Makan Bang Din, Simpang Empat Malau, Kedah, malam tadi yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook. (Foto atas: Norhafiza (kiri)  bersama petugas muslimat PAS.) 
Beliau kemudiannya menerangkan isu Mara yang kini tidak lagi memberikan biasiswa namun hanya memberikan pinjaman.
“Jadi hutang jugalah pada anak-anak kita,” katanya lagi. 
GST bebankan rakyat
Norhafiza menjelaskan kepada hadirin bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah membebankan rakyat. 
“Sangat tidak adil kepada rakyat, semua orang kena bayar GST, tak kira susah ka, tak kira orang kaya ka padahal cukai ini sepatutnya dikenakan pada orang kaya saja,” kata beliau. 
Justeru, katanya PAS menawarkan untuk menghapuskan cukai GST dan menggantikannya dengan cukai simpanan korporat dan cukai pegangan saham. 
Tambahnya, jumlah hasil yang mampu diperoleh daripada kedua-dua cukai tersebut mencecah RM60 bilion dan ianya lebih banyak daripada jumlah hasil cukai GST iaitu RM44 bilion. 
“Negara dapat income ataupun pendapatan yang lebih lagi daripada dua cukai yang kita tawarkan tadi,” kata beliau membandingkan antara cukai tawaran PAS dengan GST. 
Tawaran kepada anak muda
“Kita tengok lani dengan kerja yang payah nak dapat jadi kita bantu dengan kerajaan negeri untuk buka tanah rancangan kepada anak muda untuk menceburi sector pertanian,” ujar beliau. 
Katanya, hanya terdapat 14 peratus sahaja anak muda yang terlibat dalam bidang pertanian. 
Terang beliau, mengikut Jabatan Pertanian, terdapat 120,000 hektar tanah yang terbiar dan tidak diusahakan. 
"Ini antara yang kita nak majukan agar anak muda kita ini dapat membangunkan tanah-tanah ini seterusnya memberi peluang pekerjaan dan juga menambah pendapatan kepada anak muda,” kata beliau menerangkan manifesto PAS. 
Beliau juga menjelaskan berkenaan tawaran pengecualian cukai eksais dan pinjaman tanpa faedah kepada anak muda yang ingin membeli kereta pertama di bawah 1300 cc. 
“Contoh harga kereta RM30,000, cukai eksais dia lebih kurang RM10,000. Jadi harga kereta hanya RM20,000 dan kita bayar tambah lagi pulak tak dak faedah, lebih murah dan mampu milik,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/4/2018












































































































Sumber HD - 29-4-2018






















































Radhi dapat perhatian sepanjang perarakan

POKOK SENA: Kira-kira 5,000 ahli dan penyokong PAS Pokok Sena menyertai perarakan calon Parlimen Pokok Sena ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah, Pokok Sena. 
Perarakan seawal jam 7.30 pagi bermula dari Markas PAS Dun Bukit Lada, tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 8.30 pagi. 
Calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena, Radhi Mat Din, antara calon ‘favourite’ Ikon Anak Muda mendapat perhatian dan sorakan sokongan sepanjang perarakan malah turut mendapat perhatian dari kakitangan yang bertugas di pusat terbabit. 
Parlimen Pokok Sena menyaksikan berlaku pertandingan empat penjuru di Dun Bukit Lada, di mana calon Bebas diwakili oleh Dato' Mohd Ismail Othman. 
Semua calon PAS dalam kawasan Parlimen Pokok Sena termasuk Dun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim, Dun Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood dan Dun Derga Yahya Saad@Janai antara rombongan terawal memasuki dewan penamaan calon iaitu kira-kira jam 9.00 pagi, seterusnya diikuti calon BN, Bebas dan PKR. 
Suasana di luar pusat penamaan calon tenang dan terkawal serta tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku. – HARAKAHDAILY 28/4/2018
Sumber HD - 28-4-2018 























































Calon PAS nampak ada sinar cerah di Langkawi
Posted on Thursday, April 26 @ 14:40:13 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=39392



Calon PAS bagi kawasan parlimen Langkawi, Zubir Ahmad, melihat ada potensi cerah untuk parti itu melakar kemenangan di pulau Mahsuri berkenaan.

Menurut Zubir, di sebalik nama-nama besar yang bertanding di Langkawi, ada kelebihan yang memihak kepada PAS.

Katanya ahli perniagaan itu, kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Langkawi adalah sebagai ahli politik veteran yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Dr Mahathir akan menarik lebih daripada 25 peratus sokongan pengundi Umno," katanya yang turut berdepan penyandang kerusi Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.

Dalam keadaan sokongan pengundi Umno berpecah antara Dr Mahathir dan Nawawi, di situlah Zubir melihat PAS mempunyai peluang.

“Kalau 25 peratus dia (Dr Mahathir) tarik, dia (jadi) macam papan jungkit.

"Dia akan terompong (turun atau berkurangan) di sana, dia akan naik (meningkat) di sini.
"Jadi PAS mengambil peluang ini dan melihat kepada suasana pada hari ini dan situasi politik semasa, bermakna PAS mempunyai harapan ataupun peluang yang cerah," katanya.

Calon yang bertenaga
Zubir dinamakan sebagai calon PAS mewakili Gagasan Sejahtera untuk menghadapi pertarungan Dr Mahathir dan Nawawi pada PRU ke-14 yang diadakan pada 9 Mei ini.

Ia diumumkan sendiri Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurrazi (gambar) di Kota Sarang Semut.

Dr Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) jika gabungan empat parti pembangkang utama itu berjaya mengetepikan BN buat kali pertama dalam sejarah.

Pada 16 April lalu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjanjikan Gagasan Sejahtera akan menurunkan calon yang "bertenaga" bagi menghalang kemenangan mudah Dr Mahathir atau Nawawi.

Tanggapan awal daripada kenyataanitu ialah Gagasan Sejahtera akan diwakili tokoh dari Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN) yang dipimpin bekas menteri kanan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Beberapa hari kemudian Abdul Kadir memberitahu Malaysiakini, IKATAN tidak bercadang mahu meletakkan calon di Langkawi dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada pimpinan PAS lebih awal.

Zubir pernah bertanding di kawasan parlimen Langkawi pada PRU ke-11 (2004) dan berdepan dengan Datuk Abu Bakar Taib. Ketika itu Zubir - seorang ahli perniagaan makanan laut - mendapat 5,738 undi manakala Abu Bakar 16,510 undi.

Majoriti yang memisahkan mereka ialah 10,772 undi.

Pada PRU ke-12 Abu Bakar dicabar calon PKR, Wan Salleh Wan Isa, namun BN kekal di Langkawi walaupun jumlah majoriti yang dimenangi menurun kepada 4,970 undi.

Pada PRU ke-13 Nawawi (gambar) mengalahkan Ahmad Abdullah (PKR) dan calon bebas Marina Hussein dengan majoriti 11,861 undi.

Data terkini menunjukkan Langkawi mempunyai 37,536 pengundi berdaftar dengan 91 peratus adalah Melayu berbanding Cina 6 peratus, India 2 peratus dan lain-lain 1 peratus.

Sumber TKO - 26-4-2018
























































Bukan Islam sokong PAS

POKOK SENA: “Sehingga hari ini terdapat kalangan orang bukan Islam yang menyokong kita,” ujar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
Beliau berkata demikian pada program Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Pokok Sena dan Jamuan Rakyat di Pokok Sena, semalam. 
“Kaum Cina, kaum India menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), dia bersama dengan kita,” kata beliau merujuk kepada dewan yang menghimpunkan golongan bukan Islam yang menyokong PAS. 
Beliau menjelaskan Al-Mawardi yang merupakan pengarang kepada kitab Al-Ahkam As-Sultaniyah menulis kitab berdasarkan kepada masyarakat. 
“Kita menunjukkan Islam yang adil kepada semua kerana kita nak memperkenalkan Islam. Bila kita memperkenalkan Islam, orang bukan Islam sama ada dia terima agama Islam atau pun dia tunduk di bawah Kerajaan Islam,” ujar beliau. (Foto di atas daripada Facebook Tuan Guru.) 
Katanya, Islam pernah memerintah Nusantara termasuk Indonesia namun Islam tidak memusnahkan rumah ibadat agama lain.
“Di Indonesia masih ada biara Borobudur, rumah ibadat agama Buddha bukan saja rumah ibadat agama Hindu di Indonesia, Kerajaan Demak, Kerajaan Wali Songo tidak memusnahkan rumah ibadat orang bukan Islam, tak dipaksa
“Dia masih ada gereja-gereja Koptik Kristian. Penganut-penganut dia masih ada lagi sehingga hari ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 15/4/2018
Sumber HD - 15-4-2018 

Radhi Mat Din calon PAS Parlimen Pokok Sena

KUALA KEDAH: PAS mengumumkan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Pokok Sena. 
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat pengumuman itu pada majlis ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus, malam tadi. (Foto di atas daripada Facebook Tuan Guru.) 
Beliau juga mengumumkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhrudin Sheikh Fakhrurrazi sebagai calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kundur dan Muhamad Riduan Mohd Othman sebagai calon Parlimen Kuala Kedah. – HARAKAHDAILY 15/4/2018


















































































































Sumber HD - 15-4-2018


























































Bekas Naib Presiden Kelab Umno sertai PAS

BALING: Misi PAS untuk kembali menerajui Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini tambah bersemangat dengan penyertaan bekas Naib Presiden Kelab Umno di Kaherah. 
Sollehuddin Lebai Yaacob bersama Umno selama 38 tahun mengambil keputusan meninggalkan parti itu sempena program ceramah di tapak Pondok Ittifaqiah Kampung Charuk Puteh. 
Beliau bersama 30 ahli Umno menyerah borang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad. 
Turut hadir pada program bersejarah itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Najmi Ahmad dan ahli jawatankuasa PAS Baling. 
Sollehuddin berkata, beliau menyertai PAS setelah melihat Umno tidak mampu lagi untuk menjaga hak Islam dan orang Melayu. – HARAKAHDAILY 11/4/2018
Sumber HD - 11-4-2018 




























































In Kedah, PAS ‘Wants To Win It All’




























































KOTA SARAG SEMUT 04/02/18: PAS Kedah Commisioner Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi said that are concentrating on winning the 14th General Election during an interview at PAS Kedah Complex. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN
PAS is eyeing a return to power in Kedah and the Islamist party is planning to rule alone this time, instead of being part of any coalition involving either Barisan Nasional (BN) or Pakatan Harapan (PH).

Kedah PAS commissioner Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi rejected rumours that his party was toying with a partnership with rival Umno.

“Our fight has always been with Umno, but we will never want a coalition government because PAS wants to win it all,” he told Malay Mail in an interview at the Kompleks PAS here.

“It is unlikely that we will form a coalition government with them as we plan to win the state alone.”

To this end, he said PAS was working to regain the trust of voters, claiming that this was beginning to manifest during outreach efforts.

In 2008, PAS won Kedah as part of the now-defunct Pakatan Rakyat pact.

The late Tan Sri Azizan Abdul Razak was made mentri besar, but issues with his administration allowed BN to regain the state in 2013.

From 2008 to 2013, the state chapter of PAS was plagued by infighting while residents also complained about Kedah’s apparent lack of development.

Ahmad Fakhruddin claimed that the factionalism was now a thing of the past and put it down to minor conflicts among some members.

“There were some who had differing opinions from PAS and they are no longer around, there’s nothing stopping us now,” he said.

Responding to reports of discontentment among the party grassroots stemming from rumours of a possibly collaboration with BN, he said there was no evidence of this.

Ahmad Fakhruddin also insisted the party’s support would not be cannibalised by PAS offshoot Amanah or leached away by Tun Dr Mahathir Mohamad’s Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Former prime minister Dr Mahathir is a Kedah native and reportedly still enjoys a significant degree of goodwill in the state.

“Grassroot support in PAS is not dwindling; the number of those leaving PAS to join parties like Amanah (Parti Amanah Negara) is as little as two per cent,” he said.

“Those numbers are least significant when we consider the strong support we have from those in Kedah who believed in our cause since the beginning.”

Ahmad Fakhruddin said that with an effective election machinery and campaigning, his party was assured of victory.
Among others, he said his party planned to tout its five years’ governing the state to show voters that PAS could govern effectively.
PAS also governs Kelantan alone and has done so since 1990, but the east coast state is among the least economically developed in the peninsula and Malaysia.

Despite severing ties with the PH pact, Ahmad Fakhruddin also believed his party could secure multi-racial backing.
“Fence-sitters from the Chinese, Indian and Siamese community will play a pivotal role in ensuring PAS’ success in Kedah,” he said.

“This is because they have seen how we function as the ruling party in the past, and many undecided voters are sick of BN’s play on politics and they want change.”

BN currently holds Kedah with just one seat more than the 19 needed for smallest possible majority to form the state government.

PAS is the second-best represented party, with seven seats. The remaining are held by the PH components. – MMail

Sumber BO - 11-4-2018




























































Umno-BN Kedah yang banyak tiru PAS

SIK: Kerajaan Negeri Kedah yang ditadbir Umno-BN pada hari ini hanya meniru perkara yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan PAS dahulu, demikian tegas Ketua Muslimat PAS Kedah, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali.
Menurut beliau, urus tadbir kerajaan pimpinan PAS dahulu jauh lebih baik dari yang ada hari ini dan ianya diakui sendiri oleh pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat semasa era tersebut.
Beliau berkata demikian dalam siri Ceramah Manifesto Gagasan Sejahtera Negeri Kedah di Kampung Teloi Tua, di sini kelmarin.
Lanjut beliau, antaranya ialah Skim Kafalah yang diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak turut dijanjikan oleh Kerajaan Umno-BN, tetapi mereka gagal untuk meneruskan skim tersebut.
Beliau yang juga Adun Merbau Pulas menambah, Skim Bantuan Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dilaksanakan semasa pemerintahan PAS diteruskan oleh Umno-BN tetapi mereka gagal untuk melaksanakannya.
Hujah beliau, semua ini berlaku kerana Kerajaan Negeri Kedah pada hari ini hanya meniru perkara yang telah dicetuskan oleh Kerajaan PAS dahulu.
"Ini membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti yang lebih layak dan lebih baik untuk menjadi pemerintah di bumi Darul Aman ini.
"Maka di kesempatan PRU 14 yang akan datang ini marilah kita sama-sama berjuang memenangkan semula PAS di negeri kita ini," ujarnya.
Turut hadir berceramah pada program tersebut ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Mudir Pondok Bandar Hilir, Ustaz Ismail Mahmud. -HARAKAHDAILY 3/4/2018
























































































































\Sumber HD - 3-4-2018





























































PAS siap tempur kembali menangi Belantik

SIK: Kemeriahan majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS UPU Bendang Man menjadi isyarat jelas kesungguhan PAS Kawasan Sik untuk kembali memenangi Dun Belantik. 
Pelbagai acara bersama masyarakat diadakan sempena pelancaran tersebut yang disempurnakan Pengarah Pilihan Raya PAS Sik, Yahya Wahab di Kampung Jering, Chepir, di sini semalam. 
Antara diadakan adalah Konvoi Motor ARC, bacaan ikrar kesetiaan dan ketaatan kepada PAS, serta sukan rakyat melibatkan petugas parti bersama masyarakat setempat. 
Pelancaran penuh semangat itu juga menjadi mesej kesediaan PAS MTD Belantik untuk memasuki medan tempur PRU14 yang dijangka paling mencabar serta pertembungan sekurangnya tiga penjuru. 
Hadir sama memeriahkan program tersebut adalah Setiausaha Pilihan Raya PAS Sik, Wahab Yusoff, para pimpinan PAS Kawasan, MTD Belantik, Ketua-ketua UPU dan jawatankuasa UPU seluruh Dun Belantik. - HARAKAHDAILY 2/4/2018
Sumber HD - 2-4-2018 




























































































































Mangsa ribut BBBJ dibantu PAS Sik

SIK: Pengerusi Lajnah Bencana Alam PAS Kawasan Sik, Sarina Shaari telah mengetuai lawatan menemui mangsa ribut di Bandar Baru Beris Jaya, di sini kelmarin. 
Kunjungan dan tinjauan tersebut bertujuan menyampaikan sumbangan khas kepada penduduk yang kediaman mereka mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut. 
Komanden Jabatan Amal Malaysia Sik, Asyraff Hakimi Said juga telah mengerah kekuatan para anggotanya untuk segera memberi bantuan awal baik pulih kerosakan sekadar kemampuan. 
Hujan yang turun selepas Zohor itu bertukar menjadi lebat disertai angin kencang yang menyebabkan sekitar 60 rumah kediaman penduduk mengalami kerosakan terutama struktur bumbung
Orang ramai yang bersimpati diseru turut sama membantu dengan sumbangan melalui akaun BIMB 02084010029865 atas nama PAS Kawasan Sik atau hubungi Sarina di talian 013-450 1449. - HARAKAHDAILY 2/4/2018




























































































































Sumber HD - 2-4-2018































































Allah beri menang kepada golongan 'faizun'

KANGAR: Janji Allah memberikan kemenangan Islam kepada golongan 'faizun' apabila para pejuang mengikuti panduan dan landasan ketetapan-Nya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Ustaz Yussaine Yahya berkata, gerak kerja dilaksanakan ahli PAS wajib mengikuti acuan Allah yakni al-Quran dan as-Sunnah. 
Pun begitu peringatnya, mereka yang mampu memikul dan mengangkat kerja sedemikian dengan bersungguh-sungguh hanyalah kalangan memiliki kekuatan iman. 
Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan Kuliah Subuh sempena Munajat Perdana 6.0 PAS Perlis di Kompleks PAS Perlis, di sini hari ini.\ 
Jelasnya, hanya mereka yang sedemikian dapat memenuhi tuntutan iman dengan melaksanakan Islam hingga layak Allah menganugerahkan kemenangan. 
Terangnya, golongan ini juga tidak beralasan dalam perjuangan dan sentiasa bangkit penuh itqan dalam menyempurnakan tugas perjuangan. 
Majlis anjuran Dewan Ulamak PAS Perlis itu turut dihadiri Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Ahmad Ali dan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli. - HARAKAHDAILY 31/3/2018
Sumber HD - 31-3-2018 

Projek hutang berkepentingan jadi modal kempen BN

SIK: Umno-BN Negeri Kedah disifatkan ketandusan idea apabila menjadikan projek kemudahan asas untuk rakyat yang dilaksanakan secara pinjaman hutang sebagai modal kempen PRU14. 
Lebih malang apabila projek untuk perkhidmatan bekalan air itu sebenarnya berada dalam senarai peruntukan Persekutuan yang diberikan geran untuk dilaksanakan pembangunannya. 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan, projek-projek tersebut telahpun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), namun diambil oleh Kerajaan BN Kedah secara pinjaman. 
"Mengapa ia menjadi (bahan) kempen untuk gambarkan kebaikan kerajaan kepada rakyat? Walhal ia hutang yang perlu dibayar balik? Bukan pemberian atau hadiah atau melaksana peruntukan. 
"Bayaran balik pinjaman ini dan pinjaman lain untuk projek infrastruktur air dalam RMK11 keseluruhannya berjumlah RM1.082 bilion. 
"Kerajaan Kedah kena bayar balik pinjaman bermula tahun 2023 pada kadar RM32.481 juta setahun," bidas merujuk pengumuman terbaharu berkaitan 'peruntukan politik' yang dibanggakan BN itu. 
Perinci beliau, antara projek tersebut adalah Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau melibatkan hutang RM147.785 juta dengan faedah 3 peratus, manakala LRA Pokok Sena dan Kulim Hi-Tech perlu bayaran balik pinjaman bermula 2019 sebanyak RM4.5 juta setahun. 
Dedah Sanusi juga, keseluruhan hutang berkaitan bekalan air negeri Kedah sahaja kini dianggarkan sebanyak RM2.7 bilion dengan kadar bayaran balik pinjaman itu sekitar RM83 juta setahun. 
Sedangkan menurutnya, keputusan Mesyuarat Jamaah Menteri Tahun 1993 memutuskan peruntukan membina kemudahan asas bagi faedah rakyat kawasan luar bandar adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. 
Jelas beliau, peruntukan tersebut dibekalkan sebagai geran dan bukannya hutang, tetapi Kerajaan BN Kedah sejak beberapa kepimpinan sengaja mengambilnya secara pinjaman untuk kepentingan mereka, sedangkan menanggungnya rakyat. 
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menerangkan, di Kedah hanya tiga kawasan dikategorikan sebagai bandar iaitu Sungai Petani, Alor Setar dan Kulim, sedangkan kawasan lain adalah luar bandar yang layak menerima geran pembangunan.
Tetapi tempelaknya, BN Kedah sedang menggambarkan kononnya kebaikan kerajaan melaksanakan projek kepada rakyat dan janji manis PRU, walhal ianya bukan pemberian atau hadiah apatah lagi pelaksanaan tanggungjawab. 
Sebaliknya, projek tersebut dilaksanakan secara pinjaman yang hutangnya ditanggung rakyat dari generasi ke generasi atas sikap pengurusan pimpinan BN dan kroni yang mengaut kepentingan dari pelaksanaan projek-projek tersebut dahulu dan akan datang. 
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pelbagai peruntukan oleh kerajaan untuk dilaksanakan ketika lawatannya ke Kedah semalam dan hari ini. -HARAKAHDAILY 27/3/2018
Sumber HD - 27-3-2018 

































































PAS tegas menegak nilai dan syariat Islam

DASAR PAS adalah Islam dan tujuan PAS ada dua. Pertama, memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hakamnya menuju keredhaan Allah S.W.T.  
Kedua, mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara
Jelas di sini bahawa setiap tindak tanduk PAS di dalam politik adalah mengikut lunas-lunas Islam. Islam agama yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah sistem pentadbiran, ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. 
PAS adalah parti yang tidak pernah was-was perjuangannya. PAS tetap dengan tujuannya untuk menegakkan syariat Islam. Buktinya, parti mana yang betul-betul bersungguh dalam isu RUU355 dan isu RUU164 yang melibatkan jenayah dan sistem kekeluargaan Islam. 
Dari sudut ekonomi, PAS antara parti yang menyatakan bahawa GST cukai yang haram dilaksanakan. PAS juga mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu 1MDB dan isu Memali. Ini adalah kaedah PAS berpolitik iaitu secara Matang dan Sejahtera 
Dalam isu fitnah RM 90 juta, PAS telah mengambil tindakan mahkamah terhadap akhbar Sarawak Report. Jelas kelihatan bahawa semua tindak-tanduk PAS dalam politik selari dengan tujuan PAS yang ada di dalam perlembagaan PAS. 
Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS selama 28 tahun mendapat pengiktirafan berhubung dengan Prestasi Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan dengan memperoleh markah sebanyak 99.0 peratus. 
Semoga rakyat Malaysia terutama Perlis dapat menilai pihak manakah yang mampu memimpin negara dengan telus dan penuh berintegriti sekali gus menjadikan Malaysia negara yang makmur dan sejahtera. 
Yang Bertanggungjawab, 
HAZIQ ASYRAF DUN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
26 Mac 2018 M / 8 Rejab 1439 H - HARAKAHDAILY 26/3/2018


































































































































Sumber HD - 26-3-2018




































































































































Ambil semangat Khadijah R.A hadapi PRU14

SIK: Kegigihan, peranan dan pengorbanan Saiyidatina Khadijah R.A membantu perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W menyebar risalah Islam perlu diteladani Muslimat PAS.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, harus dijadikan ikon ikutan dalam mengharungi usaha menegakkan agama Allah dan bukannya mengidolakan artis-artis yanh menongkah fitrah kewanitaan.
Beliau berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik Kali Ke-34 di Kompleks PAS Sik, Sungai Pau, di sini semalam.
Jelasnya, Ummul Mukminin itu terbukti tahan diuji dan dikeji yang langsung tidak melunturkan imannya, bahkan bertambah yakin dengan janji Allah terhadap perjuangan Islam.
Katanya, Khadijah antara tokoh penting memastikan Islam tersebar dan sampai hingga hari ini di mana Muslimat PAS juga perlu berperanan sedemikian memenangkan PAS PRU ini.
"Perlu bersedia berkorban harta, masa, tenaga, fikiran untuk disumbang kepada perjuangan ini sepertimana Khadijah dan wanita-wanita hebat lain dalam sejarah Islam.
"Jangan ada sedikit pun rasa takut dan gentar akan tohmahan dan fitnah kerana sudah jadi sunnatullah perjuangan ini ada liku beronak duri.
"Yakinlah bahawasanya setiap apa yang dikorban akan mendapat ganjaran dan balasan dari Allah seperti dijanji dalam al-Quran sama ada dunia ataupun akhirat," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.
Beliau memuji kesiapsiagaan jentera Muslimat PAS Sik yang semakin ketara dalam kesungguhan berpencak di medan siyasah menuju PRU14. - HARAKAHDAILY 25/3/2018
Sumber HD - 25-3-2018 



































































Muslimat berkonvoi motor santuni penduduk

KANGAR: Kunjungan ziarah mahabbah Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah menyantuni penduduk di beberapa perkampungan dalam Parlimen Kangar dan Padang Besar.
Program Konvoi Motosikal ini dianjurkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar dipimpin Ketuanya, Norhasmayati Che Me dengan iringan dari anggota Alternative Riding Club (ARC) Negeri Perlis, semalam.
Pada lawatan tersebut Ustazah Nuridah meluangkan masa berbual mesra dan mendengar keluhan hidup penduduk diziarahi beliau, disamping menitipkan nasihat semangat serta doa.
Pihak rombongan Muslimat PAS Kangar turut menghulurkan sumbangan kepada setiap penduduk yang diziarahi berupa barangan keperluan harian sebagai meringan beban kehidupan mereka.
Turut serta pada lawatan kebajikan tersebut adalah Pemangku Ketua Urusan Ulamak PAS Kangar, Ustaz Mohd Zahid Ibrahim. - HARAKAHDAILY 25/3/2018
Sumber HD - 25-3-2018 

Harakah dan HD sumber utama maklumat PAS

KANGAR: Ahli PAS hendaklah menjadikan Harakah dan Harakahdaily (HD) sebagai rujukan dalam mendapat berita sahih, juga menjadi sikap tabayyun dalam menyemak maklumat diterima. 
Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, hal tersebut penting untuk mengelak prasangka dalam realiti kepesatan teknologi di mana maklumat pantas tersebar. 
Beliau menyatakan perkara tersebut ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kangar di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS), di sini semalam. 
Sedangkan menurutnya, sumber maklumat berkenaan sukar dikenalpasti dan terdapat yang mengundang mudarat di mana berkemungkinan dicipta oleh pihak musuh bertujuan mencetus porak peranda.
Justeru, ahli PAS perlu bersabar dan tidak terpengaruh dengan isu-isu yang tular untuk menyebabkan perpecahan tanpa merujuk kepada sumber rasmi parti. 
Nuridah turut menyeru jentera penerangan membanyakkan aktiviti menerang dan bukan menyerang secara lebih proaktif bagi memberi kefahaman jelas agenda PAS kepada pengundi. 
"Laksanakan pendekatan dengan hikmah untuk menarik pengundi dan mereka yang fobia atau kecewa dengan kacau bilau politik negara supaya (mereka) bersama dan mengundi PAS. 
"Kita mestilah menguasai media massa dengan memperbanyakkan menerang bukan menyerang, banyakkan cerita kejayaan serta sumbangan PAS kepada masyarakat, serta menjelaskan prinsip dan halatuju perjuangan," serunya. 
Menyentuh isu golongan muda kurang meminati politik, beliau menyifatkan perkara itu sebagai protes terhadap kecamuk politik hingga rasa tidak penting mengundi. 
Hal itu ujarnya, perlu ditangani petugas PAS dengan kesantunan pujukan melalui ziarah kebajikan dan memberi sentuhan atau bantuan terhadap permasalahan diutarakan golongan tersebut. - HARAKAHDAILY 25/3/2018
Sumber HD - 25-3-2018 

Tangani isu Zon Aliran Bebas Wang Kelian

WANG Kelian merupakan salah satu daya tarikan yang terkenal di Negeri Perlis. Ianya menjadi mercu tanda pelancongan Negeri Perlis suatu ketika dahulu 
Tetapi, hari ini Wang Kelian menjadi sunyi kerana polisi yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bahawa tiada lagi Zon Aliran Bebas di antara sempadan Malaysia dan Thailand. Ini menjadikan Pasar Wang Kelian sudah hilang daya tarikan. 
PAS Perlis menjunjung titah DYMM Tuanku Raja Perlis supaya Zon Aliran Bebas di Wang Kelian dibuka semula sekali gus akan membantu menjana ekonomi rakyat sekitar Wang Kelian. 
PAS Perlis berharap agar Kerajaan Persekutuan mengambil serius isu ini kerana ia soal kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. 
Merujuk kepada titah DYMM baginda tuanku yang telah menyampaikan hasrat baginda kepada YAB Perdana Menteri semasa beliau mengadakan lawatan kerja ke Negeri Perlis, baru-baru ini. DYMM Tuanku Syed Sirajuddin bertitah ketika merasmikan majlis perasmian pecah tanah jeti bersepadu Sanglang di Bekas Pos AKSEM, Jalan Pantai, Sanglang, Perlis baru-baru ini. 
Yang bertanggungjawab, 
YB MOHD SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
23 Mac 2018 M / 5 Rejab 1439 H - HARAKAHDAILY 23/3/2018
Sumber HD- 24-3-2018 



Pertahan Islam Punca Tuan Guru Presiden Dikecam
Posted on Friday, March 23 @ 03:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38753




KANGAR : Pelbagai kecaman dan kebencian yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu kepada Tuan Guru Presiden PAS sebenarnya berpunca daripada pendirian tegas beliau dalam mempertahankan Islam.

Demikian didedahkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hj. Razman Zakaria, ketika berucap di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) pada 20 Mac yang lalu.

Katanya, ketika PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat lagi, sikap tegas Tuan Guru Presiden terhadap isu-isu berkaitan Islam menyebabkan beliau tidak disenangi oleh sebilangan pimpinan dalam pakatan tersebut.

Tambah beliau, kesan daripada perkara tersebut, pelbagai kecaman dilemparkan kepada Presiden PAS, termasuklah tohmahan kononnya perjuangan beliau telah tersasar di samping cuba membawa PAS untuk bersama-sama (bergabung) dengan Umno.

Tidak kurang juga katanya yang membandingkan sikap tegas beliau (Presiden PAS) dengan ‘kelembutan’ yang ditunjukkan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menurut mereka menjadi punca kepada kehancuran pakatan tersebut.

Walhal ujarnya, ketegasan Tuan Guru Presiden PAS adalah disebabkan beliau menyedari wujudnya usaha terancang untuk melemahkan Islam di negara ini yang didokongi pihak-pihak tertentu yang berselindung di sebalik parti-parti politik.

“Sebab itu Tuan Guru (Presiden PAS) kata (PAS) nak kena jaga Islam di negara ini.

“Cuba bayangkan, kalaulah puak ini (golongan penentang Islam) berkuasa, apa akan jadi kepada agama Islam?

“Tuan Guru nampak bahawa kepentingan politik kali ini, kita (PAS) kena berkuasa, orang melayu kena berkuasa, paling tidak kita kena menyekat supaya golongan yang menentang Islam ini tidak berjaya menguasai DUN atau Parlimen,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak turut menjelaskan beberapa isu yang berlaku mutakhir ini seperti isu permohonan murtad di Sarawak dan penentangan terhadap RUU 355 menjadi bukti jelas bahawa golongan terbabit semakin berani mencabar kesucian Islam.

Namun ujarnya, meskipun sedar akan perkara tersebut, tidak ada pihak dalam negara ini termasuk parti-parti politik, yang berani tampil mempertahankan Islam melainkan PAS.

Justeru katanya, umat Islam tiada pilihan lain selain memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya umum nanti bagi memastikan kedaulatan serta kesucian Islam terus terpelihara.

Sumber TKO - 23-3-2018







































































PAS akan terus suarakan isu penoreh getah di Parlimen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS akan usaha membangkitkan isu kesengsaraan penoreh getah yang terpaksa menanggung bebanan harga semakin meruncing pada pembentangan bajet tambahan nanti.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad berkata, desakan terhadap kerajaan harus dibuat untuk membantu warga penoreh yang juga penyumbang kepada penggerak ekonomi negara.
Ujarnya, PAS pernah beberapa kali mendesak kerajaan menetapkan harga lantai bagi komoditi getah sebanyak RM3.50 hingga RM4 sekilogram untuk memastikan penoreh tidak terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Beliau mewakili Ahli Parlimen PAS menerima memorandum daripada penoreh getah Padang Terap di Parlimen, hari ini.
Katanya, nasib penduduk Padang Terap yang majoritinya adalah pekebun kecil harus diperjuangkan terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk membina Bandaraya Getah sebagaimana dijanjikan dalam PRU13 lalu.
Dalam pada itu, ketua rombongan tersebut, Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz berkata, mereka terbeban dengan kos sara hidup yang semakin menekan tambahan pula harga getah tidak menentu di mana terkini sekitar RM2.20 sehingga RM2.30.
"Berkali-kali kami desak supaya diberi harga lantai RM4 tapi kerajaan buat bodoh sahaja. Hari ini kami datang ke sini (parlimen) keluar duit poket sendiri walaupun susah, untuk nak sampaikan memorandum kepada pihak kerajaan.
"Kami juga desak kerajaan menyatakan status terkini Bandaraya Getah di Padang Terap yang dimaklumkan terbaru sejumlah RM300 juta diperuntukan untuk projek tersebut, tiada apa-apa pembangunan pun yang sedang dilakukan di sana," katanya.
Ketua Dewan Pemuda PAS Padang Terap, Ustaz Nurul Amin Hamid percaya Umno-BN akan mengulangi lagi janji manifesto PRU13 seperti projek Bandaraya Getah yang dijanjikan lima tahun lalu.
Penoreh getah Othman Wahab, 71 pula berkata, pada hari ini beliau hanya mampu meraih pendapatan RM30 seminggu dengan harga getah serendah RM2.20 sekilogram menambah bebanan kos hidupnya lebih-lebih lagi ditambah bebanan GST.
Seramai 43 warga penoreh getah mewakili penduduk Padang Terap menyerahkan memorandum di hadapan Parlimen yang diterima oleh Ustaz Idris. 
Hadir sama pada pagi ini adalah Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat. -HARAKAHDAILY 20/3/2018
Sumber HD - 20-3-2018 








































































Agenda pendidikan diberi perhatian serius PAS

SIK: PAS sangat mementingkan bidang pendidikan untuk dipastikan diterima setiap rakyat agar dapat menjayakan setiap bidang, kerana itu ia diperjuang sebagai agenda negara. 
Lebih utama, PAS memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan lantaran ilmu pengetahuan itu sendiri adalah tuntutan Islam dalam membangunkan insan. 
Demikian intipati utama ucapan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman ketika merasmikaj Hari Sukan SRITI Sik di Padang Awam Batu 5, di sini kelmarin. 
Pendidikan jelasnya, bukan sahaja diusahakan PAS untuk semua rakyat, tetapi perhatian utama diberikan juga agar dengan ilmu mereka tidak terpengaruh dengan perkara tidak benar. 
Antaranya terang beliau, adalah 'Islam jadian' dalam pelbagai rupa yang sebenarnya mengikut pemikiran Barat cuba ditanam kepada umat Islam dalam cabaran hari ini. 
Beliau juga menegur sikap masyarakat hari ini yang terlalu mengejar pencapaian akademik, tetapi mengabaikan ilmu agama, sedangkan institusi pendidikan agama kian banyak. 
"Institut pengajian pondok, pusat tahfiz, berkembang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan dalam negara untuk jadi alternatif kepada mereka yang mahu dapatkan pendidikan agama sempurna. 
"Situasi ini PAS tidak ketinggalan tampilkan SRITI sebagai pendidikan rendah terbaik untuk rakyat, bukan hanya supaya mencapai akhirat, tetapi juga kemampuan sistem akademiknya," ujarnya. 
SRITI Sik telah ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda PAS Sik yang walaupun baru setahun jagung telah mempunyai 48 murid dan semakin mendapat sambutan. - HARAKAHDAILY 20/3/2018
Sumber HD - 20-3-2018 










































































Guna masa muda cari kekuatan di sisi Allah

SIK: Para Pemuda PAS diseru menggiatkan amal ibadah dengan memanfaatkan tenaga mudanya, kerana sebagai amilin yang berjuang perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah sebagai sumber kekuatan.
Antaranya bangun tahajjud dan mengadu kepada Allah terhadap segala penat lelah dan cabaran dihadapi dalam jamaah, saat ketika musuh pula enak tidur di perbaringan.
Motivasi itu disuntik Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Sik, Ahmad Sulaiman ketika menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-34 Pemuda PAS Sik di Dewan SRITI Sik, Pondok Begia, di sini kelmarin.
Mesyuarat bertemakan "Jihad Menuju Kemenangan" dan dihadiri ramai itu telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Kedah, Abdul Hadi Omar.
Peringatnya, Pemuda PAS juga perlu sentiasa berdisiplin dan mengembleng usaha semaksimum mampu untuk menarik lebih ramai anak muda yang pertama kali mengundi atau atas pagar untuk memilih PAS.
Tegasnya, tidak ada pilihan lain yang memperjuangkan Islam sebenar dan berusaha memandu umat kepada keselamatan hidup di dunia dan akhirat dengan bimbingan para ulama melainkan PAS.
Jelasnya, contoh itu telah ada dalam sejarah Islam sebagaimana kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh yang di usia mudanya telah berjaya membuka Kota Konstatinople di bawah kekuasaan Rom hasil kerja dan munajat kuat.
Beliau yang juga Pengarah MTD Jeneri menyingkap sejarah betapa PAS Sik pernah memenangi semua kerusi Parlimen dan Dun dengan harapan ianya dapat diulangi oleh generasi hari ini.
"Pemuda harus mengidolakan pemuda sehebat Sultan al-Fateh dalam melaksanakan kerja-kerja parti tanpa mengenal rasa penat dan meyakini bahawa pertolongan Allah sangat dekat.
"Kekuatan kita datang dari Allah, maka mengapa perlu sombong dengan-Nya untuk merintih merayu pertolongan dari-Nya, sedangkan Dia-lah pemberi," serunya. -HARAKAHDAILY 18/3/2018


















































































































































Sumber HD- 18-3-2018










































































Bendera PAS dipacak berkibar di Sri Dacing

SIK: PAS Kawasan Sik telah menggerakkan pelancaran pemasangan bendera yang dilaksanakan Jentera PAS Cawangannya di Kampung Sri Dacing, Batu Besar, di sini kelmarin.
Usaha yang dibantu serta oleh anak muda dari sekitar UPU Tupai itu turut mendapat suntikan semangat daripada Yang DiPertua PAS Sik, Muhammad Sanusi Md Nor.
Dalam taujihatnya beliau berkata, bendera adalah lambang dan identiti PAS yang masyhur lagi terkenal di mana usaha menaikkannya dan berkibar dirasa penuh semangat oleh ahli PAS.
"Ada sesetengah ahli PAS, sehingga menitiskan air mata bila melihat bendera berkibar, kesan tarbiyah kecintaan kepada jamaah ini.
"Walaupun ianya hanya sekadar bendera bagi kebanyakan orang, tetapi kepada ahli PAS ia merupakan panji Islam yang patut dibangga dan dijulang," ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah menyeru kepada semua Kawasan untuk memacakkan bendera bagi menzahirkan izzah perjuangan Islam memandangkan PRU hampir tiba. -HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018 






















































































































































Muslimat diseru teguhkan amal perjuangan

SIK: Muslimat PAS tidak harus merasakan status sebagai wanita untuk berasa lemah dan berada di belakang dalam saf perjuangan menegakkan agama Allah S.W.T, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik, Nor Hashimah Ahmad. 
Sebaliknya ujar beliau, Muslimat mesti bersama memegang erat tangan-tangan yang mahu melihat Islam tertegak di bumi ini serta berpautlah kepada alim ulama dengan berpegang teguh akan ayat-ayat Allah seterusnya membimbing ke jalan keredhaan. 
"Peluklah perjuangan ini sekuatnya, nescaya kita akan merasa kehangatan kemenangan yang dijanjikan Allah sama ada kemenangan di dunia atau kemenangan di akhirat sana," lontarnya penuh semangat dalam taujihat sempena Majlis Munajat Khas Kemenangan Islam Muslimat Sik di Markas MTD Belantik, di sini kelmarin. 
Tambahnya, perjuangan ini menuntut pengorbanan dan mampu dilaksana oleh mereka yang menggenggam kemas janji Allah, bahawa Islam pasti tertegak, sama ada sempat dilihat atau pada zaman generasi lain. 
Beliau juga berkata, setiap saat keberadaan dalam jamaah ini akan dikira sebagai amal jariah dan bekalan menuju alam abadi nanti, maka perlulah berperanan mendukung kebenaran melalui perjuangan PAS. 
Seru beliau, Muslimat tidak perlu takut provokasi lawan sebelum, semasa atau selepas melakukan program parti kerana sudah menjadi asam garam perjuangan Islam sejak dahulu. 
Hashimah juga dalam pada itu turut mengingatkan Muslimat untuk banyak membaca kerana menurutnya, dalam dunia yang langit terbuka ini pelbagai fitnah dilemparkan kepada PAS. 
"Maka kita perlu menjadi benteng untuk menjawab fitnah tersebut dengan pengetahuan yang kita miliki agar terpelihara parti kita ini dari anasir yang merosakkan," terangnya. - HARAKAHDAILY 
Sumber HD - 15-3-2018












































































Tawaran gula-gula PRU 14 BN kepada rakyat Perlis

SELURUH rakyat Perlis mengetahui wajah sebenar BN yang suka menabur janji. Pengalaman yang lepas menunjukkan janji yang disebut sebelum ini masih di awang-awangan. 
Isu Hospital Padang Besar menjadi saksi “gula-gula” pilihan raya yang ditaburkan kepada rakyat Perlis. Bermula tahun 2009 sehingga kini Hospital Padang Besar tidak kelihatan tanda-tanda pembinaan. 
Isu Sekolah Sukan Bukit Chabang juga menjadi tanda tanya, projek sekolah sukan yang bernilai RM140 juta sudah sekian lama terbengkalai dan baru-baru ini dijangka akan siap pada tahun 2020 pula. Jangan dibiarkan projek ini tergantung lagi sehingga PRU 15.
Kini, sempena lawatan Presiden BN, Dato Seri Najib Tun Razak ke Perlis. Janji 
baru ditaburkan menjelang PRU 14. Dewan Pemuda PAS Perlis menggesa BN supaya hentikan janji-janji seperti ini dan selesaikan isu Hospital Padang Besar dan Sekolah Sukan Bukit Chabang. Dewan Pemuda PAS Perlis yakin bahawa rakyat Perlis bijak dan mengetahui di antara janji manis Pilihanraya dan keikhlasan BN membantu rakyat.
Sejahtera Bersama Islam
Mara Menuju Cita
 
USTAZ MUHAMMAD AZMIR AZIZAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
26 Jamadil Akhir 1439H / 14 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 15/3/
Sumber HD - 15-3-2018 

PAS sedang dipimpin menuju hakikat kemenangan sebenar

SIK: Ahli PAS diseru supaya pasakkan kefahaman bahawa penyertaan dalam pilihan raya adalah untuk menang, tetapi PAS juga kuat walau tanpa satu kerusi pun kerana kekuatan adalah apabila melaksanakan syariat Allah. 
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin malah menegaskan, maksud 'jamaah' itu adalah bertepatan dengan kebenaran yakni mengikuti syariat walau seorang diri, maka seorang itulah dikatakan jamaah.\ 
"Sinar cahaya kemenangan dan pertolongan Allah untuk PAS itu makin hampir. Kemenangan bukan dari banyak kerusi, tetapi melakukan perkara yang benar, pertimbangan haq dan batil, syurga dan neraka, itulah kemenangan sebenar," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taujihat pada Munajat Perdana PAS Kawasan Sik di Madrasah Ar-Rahmaniah, di sini kelmarin. 
Tuan Guru mengingatkan betapa pemikiran sekular yang bercambah dalam masyarakat selama ini sama sekali tidak meletakkan pergantungan kepada Allah. 
Bahkan katanya, menggunakan logik akal semata termasuk memisah urusan agama dari pemerintahan, selain mengambil Islam pada juzuk tertentu sahaja dengan mengikut kefahaman Barat yang pastinya menjauhkan umat dari Allah. 
"Maka, keterlibatan kita dengan politik, kemasyarakatan, sosial, pertanian, ekonomi dan sebagainya, jangam ditinggalkan perkiraan dosa dan pahala, benar dan salah, syurga dan neraka. 
"Kerana kita akan dipersoal di akhirat kelak akan perbuatan kita dan perlunya pertimbangan sebelum melakukan sesuatu perkara," ujarnya
Kerana itu menurutnya, PAS hadir meneruskan perjuangan para Nabi dan Rasul serta menyambung legasi ditinggalkan pimpinan dahulu membawa agenda Islam. 
Tegas beliau, PAS mahu melaksanakan perintah Allah kerana punya keyakinan hanya Islam sahaja mampu menyelamatkan umat yang saban hari rosak akibat perbuatan sendiri. 
Untuk itu, ahli PAS serunya, perlu melakukan munajat yang menjadi petunjuk cetusan hati hamba yang meletakkan harapan dan pergantungan kepada Allah termasuk dalam soal rezeki. 
Namun nasihat beliau, jangan disalahertikan makna zuhud sebagai miskin dan susah atau berpakaian lusuh hinga meninggalkan urusan dunia sedangkan hadis diriwayat Imam Ahmad menyata sebaliknya. 
"Pertama, seorang yang tidak lupa kubur dan bala dari Allah. Kedua lebih mengutamakan yang kekal berbanding fana, yakni melebihkan akhirat berbanding dunia. 
"Kerana saban waktu dunia semakin meninggalkan kita, tetapi akhirat semakin dekat menemui kita. Jadi mengapa dunia yang dikejar?" soalnya mengajak renungan. 
Ketiga terang Tuan Guru, seorang yang menolak segala perhiasan berlebihan di dunia di mana boleh mengakibatkan timbulnya riak dan sombong serta memungkinkan amalan tidak diterima Allah. 
Juga zuhud itu nyatanya, menjalani hidup seolah-olah akan mati esok, yakni sentiasa berusaha memperbanyakkan amal soleh, serta seseorang yang menganggap dirinya seperti mati yakni hanya memikirkan persediaan akan ditempuhi di alam barzakh menuju alam akhirat.
Kerana jelas beliau, semua ciri itu adalah untuk mengajak manusia kepada kebaikan sebagaimana juga teladan oleh Almarhum Tuan Guru Salleh Musa yang mendekatkan ramai kepada hakikat tersebut. 
"Sebab itu bila Allah mencabut ilmu dengan mematikan para alim ulama, lahirlah ulama su' yakni ulama jahat yang mengeluarkan fatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan. 
"Seorang bekas pimpinan PAS sebelum ini mengeluarkan kenyataan undi PAS haram, undi PH boleh pahala, padahal di belakang PH kita kenal siapa mereka. 
"Melalui parti PAS inilah mengajar kita akan perit gerih perjuangan para Nabi dan Rasul. Jadi mari kita ikhlaskan diri dan perbetul niat kerja buat kita kerana Allah semata. 
"Ingin saya tegaskan di sini bahawa kepimpinan ke arah mendekatkan diri kita kepada Allah melalui kerja politik yang merupakan sebahagian manhaj hidup kita menuju reda Allah, tiada parti lain kecuali PAS," ujarnya. 
Hadir sama pada munajat itu adalah Sheikh Yazid Salleh dan majlis diimamkan oleh Sheikh Muslim Salleh. HARAKAHDAILY 12/3/2018
Sumber HD - 12-3-2018 














































































Radhi meriahkan semangat perasmian Markas Selengkoh

JERAI: PAS MTD Sungai Limau telah mengadakan perasmian Markas UPU Selengkoh yang turut dimeriahkan oleh kehadiran lagenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din pada majlis di Kampung Kabu 10, di sini kelmarin.
Bekas pemain dan jurulatih pasukan Hijau Kuning itu terdahulu disambut dan diiringi anak muda dengan konvoi motosikal diketuai Alternative Riding Club (ARC) dari Kampung Tualang, Bukit Besar.
Radhi dalam sesi perkongsian pengalamannya menyentuh mengenai peranan sukan dalam membawa mesej dakwah menerusi penjagaan syariat dan akhlak ahli sukan yang terpandang sebagai ikon masyarakat.
Beliau yang 25 tahun berkecimpung langsung sebagai pemain dan jurulatih bola sepak terkenang Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang sangat menjaga perihal solat, termasuk kalangan penyokong.
Perkara itu ujarnya, dilaksana menerusi peraturan memasuki stadium selepas waktu Maghrib selain menyediakan kemudahan tempat solat yang banyak di sekitar stadium.
Jelas Radhi lagi, tingkah laku pemain juga penting sebagaimana dizahirkan antaranya oleh pemain bola sepak Liverpool, Mohd Salah yang mengangkat tangan berdoa serta bersujud setiap kali menjaringkan gol hingga meletuskan fenomena.
Beliau juga menyeru agar petugas PAS memiliki sikap optimis dan positif dalam melaksana gerak kerja parti di bawah arahan pimpinan, selain mendapatkan maklum balas daripada masyarakat.
Namun nasihat Radhi, petugas juga diingat tidak mempunyai sikap terlalu yakin yang lalai hingga tidak memenuhi strategi digariskan parti untuk mencapai kemenangan disasarkan.
Pembinaan markas tersebut menjadi kebanggaan dan simbol kekuatan yang disiapkan hasil sumbangan wang serta gotong-royong ahli PAS dalam hanya 20 hari, sekali gus sebagai pusat operasi UPU tersebut.
Perasmiannya telah disempurnakan Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat dan turut dihadiri Yang DiPertua PAS Kawasan Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad. -HARAKAHDAILY 11/3/2018
Sumber HD - 11-3-2018 
















































































Dalang di belakang politik gugat Islam mesti dikekang

JERAI: PRU14 sangat genting kepada umat Islam dalam mengekang dalang di belakang entiti politik tertentu yang berkembang giat dengan menggugat cara hidup, umat dan agama Islam itu sendiri ketika ini.
Peringatan itu disuarakan penegasannya oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad ketika berucap pada perasmian Markas PAS UPU Selengkoh di Kampung Kabu 10, di sini semalam.
"PRU14 merupakan satu medan kepada kita sebagai umat Islam untuk menentukan hala tuju Islam di Malaysia. Jika dulu, jarang sekali orang ramai memperkatakan isu-isu seperti pesta arak, LGBT, Liberal dan seumpama itu.
"Namun sekarang, isu-isu tersebut menjadi ancaman kepada 'the way of life' kita sebagai orang Islam. Adalah satu perkara membimbangkan kita, isu-isu ini akan memberi kesan.
"Terutama kepada anak cucu kita di masa depan, jika ia tidak diuruskan dengan baik," ujarnya yang juga Setiausaha PAS Negeri Kedah mengingatkan perihal ancaman tersebut.
Sehubungan itu nasihat beliau, pendukung PAS tidak seharusnya tertumpu kepada isu-isu ekonomi seperti masalah kos sara hidup sahaja, tetapi lebih penting adalah isu agama.
Beliau juga memberikan peringatan agar para amilin mempunyai persiapan diri untuk menghadapi Umno-BN yang akan menggunakan segalanya termasuk jentera kerajaan.
Manakala Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat yang merasmikan markas tersebut menyeru para amilin menggunakan semua tawaran PAS untuk mendekati dan menerangkan kepada masyarakat.
Jelasnya, semua itu, yakni Dokumen Hijau, Wawasan Induk Negara Sejahtera dan manifesto Gagasan Sejahtera Kedah merupakan dasar perjuangan, usaha perubahan dan penyelesaian serta rangka kerja yang berteraskan Islam.
Hadir sama pada majlis itu adalah Setiausaha PAS Jerai, Ustaz Muaaz Othman dan Timbalan Pengarah MTD Gurun, Muzaini Azizan serta para pimpinan PAS Kawasan dan Cawangan. -HARAKAHDAILY 11/3/2018
Sumber HD - 11-3-2018 
















































































Lawatan kerja Nuridah bersama amilin dan rakyat Kedah

JERLUN: Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan Gelombang AKIFI yang dilangsungkan di Markas PAS Kawasan Jerlun, Ayer Hitam, di sini semalam.
Majlis munajat dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Jerlun itu telah disertai lebih 100 anggota Muslimat kawasan itu dipimpin sendiri Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Ustazah Nuridah dalam ucapannya terus menyuntik motivasi agar meletakkan keyakinan kepada Allah agar dianugerahkan kemenangan kepada Islam dengan meningkatkan munajat kepada-Nya.
Dalam lawatannya ke Kedah itu, beliau turut berziarah ke rumah mangsa ribut dan menghulurkan sumbangan di beberapa perkampungan di Jerai.
Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah, Ustazah Fatimah Wan Teh dan Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat serta Setiausaha Muslimat PAS Kedah, Zulinda Khamis.
Orang ramai yang prihatin diseru untuk turut sama membantu menerusi sumbangan ke aka un Maybank 5640 2540 0711 atas nama Dewan Muslimat PAS Pusat dengan rujukan 'Ribut Kedah' dan sebarang pertanyaan hubungi 019-590 2381 (Oyeen). - HARAKAHDAILY 10/3/2018
Sumber HD - 10-3-2018 


































































































































































Jabatan Amal gerak tenaga bantu mangsa ribut di Jerai

JERAI: Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah telah mengerah penglibatan anggotanya membantu penduduk yang menjadi mangsa ribut di Bukit Besar dan Gelam, di sini sejak kelmarin. 
Diketuai Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal Kedah, Sfparin Mohd Khalid dengan kekuatan 20 anggota, mereka telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan. 
Selain itu, anggota Jabatan Amal turut mengadakan kawalan keselamatan berikutan terdapat mangsa yang terpaksa berpindah sementara kerana kerosakan teruk kediaman mereka hadapi. 
Usaha mereka turut disertai Adun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat serta para pimpinan PAS Kawasan Jerai yang menumpu kerja pembersihan kawasan dan kediaman yang teruk dilanda ribut. 
Dalam kejadian tersebut, dilaporkan 52 rumah mengalami kerosakan struktur di mana terdapat banyak kediaman mengalami kerosakan melebihi skala 50 peratus ketika ribut berlaku lewat petang kelmarin itu.-HARAKAHDAILY 9/3/2018


































































































































































Sumber HD - 9-3-2018





































































































































































PAS K. Kedah bantu Jerai hadapi kejadian ribut

JERAI: PAS Kawasan Kuala Kedah menunaikan tanggungjawab 'kejiranan' apabila segera menghulur bantuan kepada PAS Kawasan Jerai yang berhadapan penduduknya diuji kejadian ribut petang semalam. 
Sehubungan itu, bantuan awal berupa beras dan ikan segar telah diberikan dalam memenuhi keperluan Dapur Rakyat yang diwujudkan bagi membantu mangsa di mana 52 rumah direkodkan mengalami kerosakan teruk terutama di Bukit Besar dan Gelam dalam Dun Sungai Limau.
Sumbangan awal itu disampaikan Setiausaha PAS Kuala Kedah, Rashidi Abd Razak; Ahli Jawatankuasa PAS Kuala Kedah, Mohd Jamil Baharom dan Setiusaha Dun Pengkalan Kundur, Fazil Ramli, serta Ahli Jawatankuasa Dun Pengkalan Kundur, Mohd Fisol Harun.
Menurut Rashidi, dari maklumat terkini difahamkannya, ribut tersebut telah menyebabkan kerosakan besar struktur rumah penduduk pada skala lebih 50 peratus dan penyediaan makanan tersebut dalam usaha meringankan beban mangsa. 
Katanya, pelancaran tabung khas untuk membantu mangsa juga digerakkan PAS Kuala Kedah bagi membantu PAS Jerai menangani situasi kecemasan tersebut dan akan menghulurkan sumbangan susulan selepas ini. 
 
Sementara itu, PAS Jerai membuka sumbangan orang awam ke akaun Bank Islam 02084010001166 atas nama PAS Kawasan Jerai dan sebarang pertanyaan hubungi 019-310 4609 (Aziz) atau 019-571 1920 (Ustaz Muaz).-HARAKAHDAILY 8/3/2018




































































































































































Sumber HD - 8-3-2018



















































































JAM Kedah bantu operasi pembersihan puting beliung

BALING: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Baling telah melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan dalam usaha membantu penduduk yang ditimpa puting beliung di daerah itu dalam operasi pagi tadi.
Usaha dipimpin Timbalan Pengarah II Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah, Mohd Aziz Kassim itu bersama kekuatan 15 anggota Kawasan Baling menyertai penduduk kampung dan agensi kerajaan lain.
Dalam operasi tersebut, Jabatan Amal menumpu tugasan menebang pokok dan membersihkan kawasan serta membantu rumah penduduk yang terjejas.
Turut serta semasa kerja-kerja tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Salim Mahmood yang rumah mertuanya turut dihempap pokok dan difahamkan kejadian kedua dalam dua tahun ini.
Dalam musibah tersebut kira-kira 80 rumah dilaporkan terjejas oleh kejadian yang berlaku lewat petang semalam. -HARAKAHDAILY 6/3/2018
Sumber HD - 6-3-2018 

Bashah dituntut senarai Manifesto BN ditiru PAS

PAS Kedah bersama Gagasan Sejahtera (GAGASAN) telah melancarkan Manifesto PRU14 bersama dengan Pelancaran penubuhan GAGASAN peringkat Negeri Kedah.
Manifesto ini mempunyai 15 agenda teras dan dirangka berdasarkan kemampuan yang dibuktikan sewaktu memerintah Kedah 2008 hingga 2013.
PAS Kedah kehairanan dengan dakwaan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menuduh GAGASAN telah meniru BN dalam mengemukan tawaran-tawaran dalam manifesto tersebut.
Persoalan pertama adalah adakah Bashah berkesempatan membaca dan meneliti kandungannya? Kalau belum, kami cadangkan ia diteliti terlebih dahulu.
Yang kedua, asas kepada tawaran-tawaran dalam manifesto GAGASAN ialah pencapaian 2008-2013 yang akan diteruskan meliputi banyak bidang dan kumpulan sasar. Jika beliau mengatakan ia meniru BN, bermaksud BN terlebih dahulu meniru Kerajaan PAS 2008-2013.
PAS Kedah mencabar BN Kedah mengemukakan satu senarai lengkap tawaran-tawaran dalam Manifesto GAGASAN yang dituduh meniru BN supaya rakyat menelitinya. 
PAS Kedah pada bila-bila masa sahaja boleh menyenaraikan langkah-langkah BN Kedah meniru rancangan yang dilaksanakan sewaktu menjadi kerajaan pada 2008-2013. Kami juga boleh mengemukakan senarai rancangan-rancangan yang sangat baik untuk rakyat dan negeri Kedah tetapi dibatalkan tanpa alasan yang munasabah oleh kerajaan pimpinan BN.
Kami yakin bahawa rakyat Kedah sedia maklum bahawa kebanyakan idea kerajaan negeri pada waktu ini adalah lanjutan daripada rancangan yang telah dilaksanakan oleh PAS satu masa dulu, seperti memberikan insentif khas kepada guru Al-Quran, bidan dan sebagainya telah dimulakan oleh PAS.
Demikian juga pembinaan struktur-struktur ikonik yang ada di Kedah seperti Kampus Induk KUIN, Aman Central, Aman Suri, Menara SADA dan Maahad Tahfiz Sains adalah hasil tangan kerajaan pimpinan PAS 2008-2013.
Seperkara lagi, BN Kedah belum lagi mengemukakan manisfesto mereka untuk PRU14, bagaimana BN boleh menuduh GAGASAN mencedok daripada yang belum ada?
Persoalan besar buat BN Kedah sebenarnya ialah mengemukakan pencapaian Akujanji BN Kedah PRU13 yang belum menampakkan sebarang tanda sehingga kini. Di mana Kedah Rubber City? Di mana Taman Sains? Di mana universiti baru bertaraf dunia berasaskan teknologi? Siapa 500 usahawan baru yang dilahirkan? Apa jadi dengan Lapangan Terbang Kulim?
Kami yakin rakyat Kedah sedang menanti Akujanji itu ditunaikan sebelum PRU14 menjelma.
Sekian.
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Timbalan Pesuruhjaya
PAS Negeri Kedah
HARAKAHDAILY 5/3/2018
Sumber HD - 5-3-2018

Mufti Perlis Dikecam Kutuk Politik Guna Nama Islam
Posted on Sunday, March 04 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38497



PANAS… Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dikecam netizen gara-gara penulisannya di Facebook mengutuk parti politik yang didakwa memperdagangkan agama untuk undi pilihan raya.

Mohd. Asri mendakwa parti politik itu mahu menegakkan ‘hukum Allah’, tetapi memaki hamun, menggelar orang lain dengan gelaran buruk, mengkafir sesama muslim, berbohong, memfitnah dan memutarbelit nas-nas agama.

“Kita sering dengar sebahagian mereka melaungkan ALLAH AKBAR dalam majlis kepartian mereka. Soalan kita, apakah sebenarnya mereka membesarkan Allah ataupun melaungkan kebesaran parti politik mereka tapi atas nama Allah?

“Kemudian jika mereka kehairanan ada artis yang menggunakan nama agama di kelab malam, apakah bezanya antara hal itu dengan apa yang orang politik lakukan selama ini,” katanya di Facebook semalam.

Mohd. Asri dipercayai cuba menyamakan kontroversi membabitkan Neelofa kerana melancarkan koleksi hijabnya di sebuah kelab ternama di ibu kota dengan parti politik yang menggunakan nama Islam yang dimaksudkan.

Berikut sebahagian komen netizen mengecam kenyataan Mufti Perlis tersebut:

“Asyik nak sindir orang dengan persepsi yang diwujudkan sendiri.. tidak dinafikan ada salah silap kurang sana sini dan sebahagiannya telah berubah.. bukan ke menambah baik dan memperkukuhkan itu lebih baik? Sebenarnya apa orientasi Tuan Mufti, cuba nyatakan dengan jelas.. teori ilmu memang mantap tidak dinafikan.. menyindir mengomen ke sana sini.. nah realiti terbuka sekarang.. nyatakan prinsip ilmu tu ke alam realiti.. apa orientasi nya? Yang mana perlu disokong?” Shahril Azri

“Aku diajar supaya setiap perkara di dunia ini perlu ikut cara agama…Kalau tak guna agama untuk kehidupan nak guna apa… Bahkan nak makan pun kita guna agama… Nak mandi pun kita guna agama… Nak bersama isteri pun kita diajar guna agama…nak tidur pun perguna agama…. Tak kan lah nak politik tak boleh guna agama… Seolah2 agama ini tidak lengkap… Ke saya salah…”  Mohd. Rohaizol Ismail

“Dr maza membisu bila Tun Mahathir hina Islam. Bila PH sokong LGBT..sedih dengan mufti macam ni..baik mufti WP..orangnya alim, tawadduk dan bermasyarakat” 

Mohd. Nafi Abdulah
“Dr pikul amanah sebagai mufti. Mereka pikul amanah sebagai ahli politik. Tegurlah mereka andai mereka silap. Andai dirasakan mereka tidak layak, maka majukanlah diri ke hadapan untuk menggantikan mereka. Berkata-kata itu lebih mudah dari melaksanakan. Untuk laksana hukum Islam dalam sistem Barat yang telah berkurun diamalkan bukanlah satu perkara mudah. Moga Allah memudahkan jalan untuk kita”  Mohd. Hazrain

“Menjadi seorang mufti… bila salah orang politik pembangkang dikatakan menjual agama dan guna agama untuk tujuan politik. Tapi tuan mufti yang sama bila Tun Mahathir berkata sesuatu yang jelas menghina Islam. Maka dia diam seribu bahasa. Matanya jadi buta. Telinganya jadi pekak bila melibatkan Tun Mahathir”
–  Jasni Saman

“Adakah tulisan dr ini dpt membantu hukum Allah tertegak di bumi Msia..? Asyik kondem kerja orang lain je, lepas tu tuduh orang kafirkan orang..”  Mohamad Wahid

– Saya tak brapa stuju dlm penulisan mcm ni. Nmpk terlalu ekstrim menilai pergerakan politik lawan dalam masa yg sama ada satu pergerakan politik yg tidak dinilai dan dikrituk walhal iannya lebih memberi impak negatif terhadap imej Islam. Penulisan sembrono mcm ni dilihat sbgai kelemahan manusia dalam menilai ssuatu isu”  Awang Ikhwan

“Alah, Dr Maza pun pengguna agama jugak kalo konsep tersebut dipukul sama rata.. jangan la duk canang camtu, niat isi hati manusia sapa yang tau, hanya Allah saja, kena jadi maksum ka kalau nak perjuang agama? maksumkah Dr Maza yang selama ini menggunakan agama?” Mohd. Faz Li

“Fuhh.. bab fitnah??? parti mana juara fitnah?? bab kafir?? Madey terus terang mengkafirkan orang!! ehh..malas la saya nak menulis nihh..dek kerana hasad dengki dan tidak puas hati anda tidak berlaku adil, wahai tuan mufti.. Allah swt sebut” Abdul Rahim

Sumber TKO - 4-3-2018

Rakyat semakin terima politik berasas Islam

PADANG BESAR: Anggapan bahawa PAS akan berkubur selepas PRU14 nanti kerana enggan bersama Pakatan Harapan ternyata menunjukkan sebaliknya berdasarkan reaksi masyarakat kepada PAS.
Demikian ditegaskan Naib Presiden PAS, Dato' Ir Iskandar Samad ketika merasmikan Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Padang Besar di Kompleks Tarbiyah PAS Padang Besar, di sini semalam.
"Sejak PAS melaksanakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, rakyat mula melihat PAS sebagai parti masa hadapan.
"Jadi kita kena ceritakan kepada rakyat, apa yang PAS boleh buat untuk rakyat, kita berikan solusi, bukan sekadar membangkitkan kelemahan-kelemahan kerajaan," tegasnya.
Malah katanya, rakyat kini termasuk masyarakat bukan Islam sudah mula menerima pembawaan PAS iaitu agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
Ini kerana menurutnya, rakyat mulai sedar dan mengakui bahawa perkara itu telah terbukti melahirkan ahli politik yang lebih bertanggungjawab dalam memimpin rakyat.
Sebaliknya kata beliau, ia berbeza dengan sistem politik sekular yang menyebabkan pelbagai masalah berlaku dalam negara kerana korupsi pemimpin hingga memberi kesan kepada rakyat.
"Berbeza dengan sekarang, orang politik boleh buat apa saja, nak makan rasuah boleh, nak salah guna kuasa pun boleh, nak buat apa pun boleh.
"Tapi bila politik itu tidak terpisah dengan agama, orang politik akan berjaga-jaga, akan lebih bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan.
"Jadi rakyat sudah nampak, konsep ini bukan hanya memberi manfaat kepada Islam sahaja, tetapi memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan negara," katanya.
Demikian itu juga tegasnya, PAS akan tetap dan yakin bertanding dalam PRU akan datang walaupun bersendirian kerana sudah cukup berpengalaman menghadapi situasi seperti itu. - HARAKAHDAILY 3/3/2018
Sumber HD - 3-3-2018 















































































































































































Saya tak terasa pun nak jadi VIP

SAYA tak pernah terasapun nak jadi VIP. Saya hanya bercita cita menjadi al-Murabithuun. Dipanggil saya datang disuruh saya pergi. Disuruh ke depan saya di depan, diarah ke belakang ke belakanglah saya. Diarah ke tepi saya ke tepi, disuruh ke atas ke bawah, di situlah saya. 
Tika diarah saya menurut, tika diam saya memerhati, tika kelam saya mencari, tika dilambung hoyong hayang saya berpaut di tali nakhoda. Disuruh perang saya perang, diminta aman saya amankan, jika peluru datang kepada pimpinan, saya meluru menjadi benteng. Tika bertelagah nakhoda dengan yang lain, saya hanya ada satu nakhoda untuk dipertahankan.
Saya diasuh dengan fikrah harakah islamiyyah oleh para murabbi jemaah, saya ada pemimpin yang mengawal fikrah dan jalan bekerja bagi jemaah ini. Mereka mewarisi ke'khalifahah'an para nabi dan Rasul yang merintis dan menunjuk jalan perjuangan. Yang bercanggah dengan mereka saya simpangi, yang menongkah mereka saya betuli. Yang mencalarkan mereka saya perangi. Mereka rais saya mar'us, mereka imam saya makmum. Saya sanggup apa saja untuk memenuhi syarat saya sebagai mar'us, dicaci dimaki, dihina, disaman, ditangkap atau dipenjarakan. Mati belum masuk ke senarai kesanggupan kerana saya masih lemah. Tapi Allah akan tentukan bila masa itu sampai.
Mereka didulukan dalam apa jua situasi hatta yang bertembung dengan perasaan dan fikrah saya sendiri. Mereka tentu ada sebab musabab yang lebih baik dari saya. Di sana pasti ada barakah daripada Allah. Saya tidak akan bercakap lebih kuat daripada mereka, tidak mendahului perasaan saya di depan daripada arahan mereka. Saya dengar dan saya taat. Di akhirat saya mahu ditempatkan bersama himpunan para pimpinan yang adil dan bertaqwa. Saya mengharapkan jalan yang saya turuti di belakang mereka ini memberikan saya pahala dan beroleh rahmat syurga. 'Mereka' itu ialah Presiden dan para pembantunya. Yang menentang presiden, bukanlah dari kalangan 'mereka'.
Sungguh jalan masih panjang. Sungguh manusia tidak maksum, sungguh mereka mungkin ada kesilapan. Jika belum bertemu syarat untuk hilang ketaatan, saya akan tetap di jalan kepatuhan. Saya hanya ada satu nakhoda, tidak dua tidak tiga. Lain daripada nakhoda adalah sahabat, pimpinan dan al-murabithun seperti saya juga. 
Jika masuk PAS dengan hasrat mengawal dan menentukan jalan sendiri. Sila ambil sedikit ruang untuk mengenali jantung hati jemaah ini. - HARAKAHDAILY 2/3/2018














































































































































































Sumber HD - 2-3-2018
























































































Alami pemerintahan baharu akan dibawa Gagasan Sejahtera

ALOR SETAR: Gagasan Sejahtera akan menunaikan amanah pemerintahan dengan betul dan mahu rakyat membuat pilihan yang benar pada PRU14 nanti, demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 
"Beri peluang pada Gagasan Sejahtera satu penggal, tengok apa kita buat. Kalau tak percaya, boleh tolak kita pada pilihan raya yang berikutnya. Kita bukan nak memerintah duduk atas kerusi dengan tidak menunaikan amanah secara betul. 
"Kita mahu rakyat menyertai pilihan raya menunaikan amanah memilih pemimpin yang benar-benar amanah, bukan namanya sahaja amanah," ujarnya. 
Beliau berpidato demikian pada Pelancaran Gagasan Sejahtera Peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini sebentar tadi. 
Menurutnya, PAS bersama Gagasan Sejahtera akan bertanding sekurang-kurangnya 130 kerusi pada PRU14 nanti bertujuan untuk memerintah negara atau setidaknya menjadi'King Maker'
Jelasnya,'King Maker' bermakna akan menjadikan mana-mana parti politik yang tidak boleh menubuhkan kerajaan dengan jumlah kerusi dimiliki melainkan bergantung dengan PAS dan Gagasan Sejahtera. 
Menerusi kedudukan itu terang beliau, PAS selaku peneraju Gagasan Sejahtera akan meletakkan syarat-syarat pemerintahan yang mesti diikuti untuk bersama dalam sebuah kerajaan. 
Beliau menerangkan, pada persefahaman lalu rakan-rakan yang tidak setia telah melanggar dasar dan matlamat PAS iaitu Islam, maka PAS mesti bersendiri dan membuat gagasan baharu itu. 
Tuan Guru terlebih dahulu menceritakan pengalaman lampau PAS di atas pendekatan Muwajahah Silmiyah di mana walaupun bertembung dahsyat dengan Umno, tetapi menerima menyertai kerajaan campuran selepas 1969. 
Seterusnya kata beliau, menyertai BN 1974 setelah syarat-syarat berkaitan ketinggian kedudukan Islam diterima hingga dapat menimbulkan kesedaran Islam di banyak peringkat negara. 
"Di atas Islam inilah PAS boleh hidup dan makin berkembang. Walaupun kalah pilihan raya, PAS tidak mati. PAS bukan macam parti lain, kalah pilihan raya, akhirnya mati. 
"Kita tidak, kerana akar umbi kita ialah Islam dan terus mengamalkan sikap terbuka. PAS menjadi mangsa, ditenyeh, ditekan dan ditindas sehingga kita menghadapi cabaran luar dan cabaran dalaman," ungkapnya yakin. 
Lanjutnya, Tuan Guru menerangkan PAS dipecat dari BN tahun 1979 hingga tertubuhnya Berjasa kerana krisis di Kelantan, namun usaha PAS dalam politik terhadap penyelesaian masalah-masalah negara diteruskan dengan gabungan lain. 
Jelasnya, PAS setelah ituTahaluf Siyasi dengan Semangat 46, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, namun tidak berjaya meningkatkan perjuangan Islam dibawanya.\ 
"Apa yang menggembirakan saya, gagasan baharu disertai oleh rakan-rakan Berjasa yang dulunya kita. Tokoh-tokoh PAS yang dahulunya meninggalkan kita, kembali bersama kita.
"Ustaz Nakhaie (Ahmad) ada sama malam ini dan banyak lagi bersama-sama kita. Kita membawa pendekatan baharu, bukan sahaja pemerintahan berkonsep pemimpin politik, kita perkenalkan (juga) konsep Kerajaan Teknokrat. 
"Yang tidak melibatkan orang politik yang bertanding pilihan raya sahaja. Pemerintahan teknokrat boleh melibatkan orang-orang yang tidak bertanding pilihan raya," perincinya kepada kalangan ilmuwan atau pakar. 
Akui beliau, PAS mempunyai ramai individu dan tokoh yang berada di hadapan dan belakang untuk menunjuk cara memerintah negara dengan sebenar-benarnya. 
Beliau mengemukakan renungan betapa Allah S.W.T melahirkan Nabi Muhammad S.A.W di negeri Makkah yang kontang tanpa hasil, namun Islam boleh memerintah dan menguasai dunia. 
"(Tetapi) Bagaimana orang Islam duduk dalam negeri (Malaysia) yang subur, yang ada hasil, tak boleh memerintah negara dengan betul? Di mana kesilapannya, (ini) mesti dibetulkan," ujar beliau penuh semangat. 
Tuan Guru turut menegaskan, pemerintahan digagaskan itu juga tidak terikat dengan politik wang dan tidak terikat dengan pilihan raya. - HARAKAHDAILY 26/2/2018
Sumber HD - 26-2-2018 

MKK bertemu, sedia gerak peranan al-Malak

GURUN: Majlis Tindakan Dun (MTD) Gurun telah menganjurkan majlis pertemuan semula (reunion) khas bekas Pengerusi dan Setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) yang diadakan di MTD Gurun, Batu 3 Jening, di sini kelmarin.
Inisiatif majlis tersebut diadakan sebagai mengenang jasa-jasa mereka yang pernah berkhidmat dengan cemerlang semasa PAS  memerintah Kedah dahulu. 
Pengarah Pilihan Raya Dun Gurun, Muzaini Azizan dalam ucapan mengakui pengorbanan MKK selama sepenggal bersama Kerajaan PAS, malah kewujudan organisasi itu pernah mendapat pujian dari Pejabat-pajabat Daerah.
Menurut bekas Pegawai Khas Menteri Besar Kedah itu, pengiktirafan tersebut kerana MKK begitu istiqamah dengan tugas dan tidak mengambil peluang untuk kepentingan peribadi dari jawatan dijawat. 
Majlis turut diserikan lagi dengan taujihat yang diberikan oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat yang juga Adun Sungai Limau.
Beliau menyifatkan MKK sebagai al-Malak yang menjadi pemudah cara dan penyambung lidah masyarakat di mana mengharapkan peranan sebagai daie diteruskan.
Antaranya ujar beliau adalah dengan menerangkan kepada masyarakat peranan PAS yang telah melangkah terkehadapan berbanding parti-parti lain seperti mengemukakan Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera. 
"Dalam Dokumen Hijau PAS mempunyai jalan keluar untuk mengatasi masalah GST yang membebankan rakyat. Mengatasi masalah kos harga rumah yang meningkat. Masalah pengangguran, pendidikan dan sosial.
"Ini perlu diterangkan kepada masyarakat. 
Dalam memartabatkan Mahkamah Syariah, PAS berharap semua orang Islam sepatutnya sekata agar Mahkamah Syariah seiring dengan mahkamah-mahkamah lain di Malaysia," jelasnya.
Peringatnya juga, sebagai individu yang pernah menjadi wakil parti, MKK tidak perlu melayan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada PAS
Sumber HD - 25-2-2018 


























































































PAS tunjukkan kesediaan menangi Guar Chempedak

JERAI: Majlis Tindakan Dun (MTD) Guar Chempedak telah mengadakan Himpunan Jentera Pilihan Raya yang dilangsungkan di Dataran MDY, Guar Chempedak, di sini semalam.
Himpunan itu sekali gus merasmikan Markas Operasi MTD Guar Chempedak yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.
Kesediaan PAS untuk memenangi Dun tersebut dizahirkan dengan kemeriahan penyertaan ramai pada himpunan itu terutama melibatkan kalangan anak muda yang bersemangat.
Mereka telah mengadakan konvoi motosikal dengan seliaan ARC Jerai dari Simpang 3 Singkir melalui 'checkpoint' Kampung Ruat, Pekan Yan Besar, Pekan Yan Kechil, Kampung Titi Serong dan Teroi sebelum berakhir di tapak program.
Dr Fakhruddin dalam taujihatnya meniupkan semangat jentera supaya beriltizam untuk bekerja dengan semangat jamaah dan melipatgandakan gerak kerja untuk memenangi undi setiap UPU.
Kesiapsiagaan para anggota jentera berikrar menyahut seruan Dr Fakhruddin pula bagaikan diikat kemas dengan penerimaan bendera PAS pada simbolik penyerahan tugas kepada semua wakil UPU.
Hadir sama dan turut memberi ucapan rangsangan adalah Yang DiPertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad dan Timbalannya, Ustaz Mohd Azam Abd Samat serta para pimpinan PAS Jerai. -HARAKAHDAILY 24/2/2018




















































































































































































Sumber HD - 24-2-2018






















































































































































































Hikmah jentera PAS kekuatan tidak dimiliki pihak lain

JERAI: Ahli yang menjadi jentera kepada parti merupakan kekuatan PAS yang berperanan menerang dan memahamkan masyarakat terhadap perjuangan parti Islam dengan penuh hikmah.
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, hikmah sangat berkait dengan ilmu pengetahuan di mana tuntutannya dinyatakan Allah di dalam ayat 125 surah an-Nahl.
Perkara itu diutarakannya ketika merasmikan Himpunan Jentera Pilihan Raya dan Markas Operasi MTD Guar Chempedak di Dataran MDY Guar Chempedak, di sini semalam.
Semua itu katanya, bertujuan menarik orang ramai kepada PAS di mana dengan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dipraktik membolehkan penjelasan dilakukan dengan lebih baik dan berkesan.
Kerana menurutnya, BPMS juga adalah pendekatan siyasah dakwah yang mementingkan ukhuwah dan silaturahim hingga sasaran menjadi terbuka dan rasional.
Beliau mengemukakan contoh isu-isu yang dikemukakan PAS seperti kenaikan kos sara hidup, bukanlah mengenai hanya kalangan pendukung pembangkang, tapi juga ahli Umno.
Demikian itu, seruan yang baik, konsisten serta ke arah menjulang syiar dan syariat Islam sebagaimana ayat 208 surah al-Baqarah mestilah diterjemahkan dalam pendekatan mengajak orang ramai kepada PAS.
Oleh itu ujarnya, kekuatan jentera yang sedemikian menjadi kecemburuan musuh hingga berusaha melemahkan dengan tohmahan dan fitnah serta putar belit media, namun gagal dengan istiqamah para ahli. -HARAKAHDAILY 24/2/2018
Sumber HD - 24-2-2018 




























































































Jentera PAS penuhi tanggungjawab seluruh urusan manusia

JERAI: Agenda dan pergerakan PAS meluas meliputi semua aspek kehidupan manusia dan tidak terhad kepada politik dengan dukungan ahli daripada pelbagai latarbelakang dan kepakaran.
Sehubungan itu, PAS mengendalikan setiap urusan kehidupan dan tidak bermusim semasa pilihan raya di mana semua itu ditunaikan kerana tanggungjawab khalifah tuntutan Allah S.W.T.
Demikian dinyatakan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad pada Himpunan Jentera Pilihan Raya dan perasmian Markas Operasi MTD Guar Chempedak di Dataran MDY Guar Chempedak, di sini semalam.
Katanya, hanya PAS satu-satunya parti yang menggerakkan kebajikan, pendidikan, ekonomi dan pelbagai bidang lain menggunakan instrumen siyasah dan dakwah disamping kesepaduan ahlinya.
Bermakna jelasnya, PAS juga mempunyai kerja yang banyak di mana semua itu mengarah kepada tekad meletakkan Islam di kedudukan tertinggi iaitu memerintah dan menegakkan kalimah Allah S.W.T.
Oleh itu terangnya, peranan dan kesungguhan setiap ahli menyumbang di posisi masing-masing adalah kebaikan dan kebajikan untuk manusia yang pasti mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.
Ustaz Musoddak juga menyentuh usaha setiap ahli PAS untuk memperbetulkan kefahaman dan kecelaruan masyarakat yang dilanda cabaran oleh tafsiran salah bukan sahaja terhadap politik, tetapi juga agama Islam itu sendiri.
Kerana itulah ujarnya, antara tentangan mesti dihadapi dalam menyampaikan mesej Islam itu adalah pihak yang mempengaruhi umat dengan agenda songsang seperti Islam Liberal dan seumpamanya.
Tegasnya juga, PAS adalah parti yang menerima semua tanpa mengesampingkan atau bias kepada mana-mana perbezaan agama, budaya atau kaum sebagaimana turut meraikan kaum Tionghua menyambut Tahun Baharu Cina.
Menyentuh mengenai PRU14, PAS katanya, akan menghadapi BN dan PH kerana tegas mempertahankan dasar Islam di mana kesungguhan itu bukan kerana duniawi, tetapi atas tuntutan ditaklifkan Allah.
Beliau juga berpesan kepada jentera agar berakhlak dan menjaga batas ditetapkan agama dalam gerak kerja, sebagai contoh tidak membalas fitnah dibuat musuh dengan mengadakan fitnah juga. -HARAKAHDAILY 24/2/2018
Sumber HD - 24-2-2018 

Angkat rangka jelas PAS, runtuhkan sekular kapitalis

JERAI: Rangka pemerintahan PAS berlandaskan Islam yang telah dipersembahkan dalam dokumen-dokumen rasmi digagaskan mestilah dikemuka oleh ahli PAS supaya menjadi pilihan masyarakat.
Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, ia penting dibawa kepada rakyat Malaysia yang masih berada dalam pentadbiran sekular kapitalis hingga membawa banyak masalah kepada sosial dan ekonomi.
Perkara itu dinyatakannya pada Himpunan Jentera Pilihan Raya dan perasmian Markas Operasi MTD Guar Chempedak di Dataran MDY Guar Chempedak, di sini semalam.
Serunya, segala beban disebabkan pemerintahan Umno-BN mesti dihapuskan termasuk segala karut marut hanya parti itu boleh memerintah sedangkan PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan sejak tahun 1990.
Dalam perkembangan terkini dilaporkan, Kerajaan PAS Kelantan mencapai lebihan (surplus) sebanyak RM38.76 juta berbanding defisit RM33.47 juta tahun sebelumnya.
Ia petunjuk kepada pengurusan kewangan terbaik yang diakui pihak audit ketika belanjawan negara terus menunjukkan defisit hampir 20 tahun, selain agensi Kerajaan Negeri Kelantan turut mencapai banyak pengiktirafan dan penarafan.
Ustaz Azam berkata, selain Kelantan, PAS juga menuju untuk mengambil alih pemerintahan negara dari Umno-BN dengan perancangan jelas menerusi Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
Juga tambahnya, Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 dan Kerajaan Teknokrat sebagai penyelesaian bersepadu terhadap segala masalah sedia ada.
Disebalik semua itu menurutnya, musuh politik PAS pula sedang berpolemik dan bersengketa dengan perbalahan dalaman dan perebutan kerusi sesama mereka. HARAKAHDAILY 24/2/2018


























































































































































































Sumber HD - 24-2-2018


Radhi Mat Din calon PAS Pokok Sena?
Posted on Wednesday, February 21 @ 20:36:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38349


Legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din, 53 tidak menolak kemungkinan menerima tawaran untuk bertanding pilihan raya umum akan datang.


Bekas pemain bahagian tengah pasukan Kedah itu bagaimanapun berkata beliau akan mendapatkan restu daripada keluarga terlebih dahulu sekiranya dicalonkan PAS Pokok Sena.

"Walaupun sudah jadi ahli PAS sekian lama tetapi tidak terdetik di hati saya untuk menjadi calon pada pilihan raya.

“Bagaimanapun jika dicalonkan, saya akan berbincang dengan keluarga terlebih dahulu bagi mendapat restu ibu bapa supaya tidak menyentuh perasaan kepada mereka yang lain," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Radhi adalah watak penting ketika era kegemilangan Kedah apabila membawa pasukan itu ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak tujuh kali.

Sebelum ini bekas pemain bola sepak kebangsaan itu kerap menjadi perhatian apabila menghadiri pelbagai program anjuran PAS Pokok Sena.

Kebolehannya menyebabkan beliau dilantik sebagai Ikon Bola Sepak PAS di kawasan itu bagi menarik lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam sukan berkenaan.

“Saya lebih suka menarik golongan muda mendekati PAS dengan mengadakan latihan bola sepak kerana mahu menanam semangat bahawa sukan itu digalakkan dalam Islam.

"Melalui bola sepak juga dapat mendidik mereka mengenai sukan yang dikehendaki oleh Islam seperti menjaga solat dan aurat,” katanya yang mengakui sering mengikuti perkembangan politik tanah air.

Menurut Radhi, setiap ahli PAS adalah pejuang dan tidak semestinya berkorban untuk parti itu hanya semasa dicalonkan dalam pilihan raya.

"Bagaimanapun hari ini saya bersedia dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan PAS, serta sentiasa wala jika diberi arahan untuk dicalonkan,” katanya.

Meskipun demikian Radhi berkata beliau yakin ramai ahli PAS lebih layak mengisi pencalonan berkenaan.

“Bagi saya, ramai lagi ahli PAS yang lebih berwibawa untuk dicalonkan pada pilihan raya nanti dalam memperjuangkan Islam, apatah lagi mereka terdiri golongan yang berpendidikan agama.
"Mereka lebih layak jika dibandingkan dengan saya yang hanya lebih dikenali dalam dunia bola sepak sahaja," katanya.

Sumber TKO - 21-2-2018































































































PAS mesti dimenangkan demi masa depan umat Islam

KANGAR: Masa depan umat Islam akan semakin terancam sekiranya PAS gagal dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, demikian ditegaskan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor. 
Menurut beliau, usaha-usaha bagi melemahkan kuasa politik bangsa Melayu dan umat Islam sedang rancak berjalan, bertujuan memastikan kelompok Melayu-Islam hilang kekuasaan politik selepas PRU14 nanti. 
Jelasnya, gerakan ini sebenarnya dibiayai oleh kuasa-kuasa asing yang sememangnya berhasrat menyekat kebangkitan Islam di mana boleh menjejaskan usaha mereka untuk menguasai politik negara. 
"Gerakan anti Islam dan liberal sebagai contoh, sedang rancak berkembang dan ini merupakan ancaman terbesar buat umat Islam," ujarnya ketika berucap di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) malam tadi. 
Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Sik turut mendedahkan, antara strategi kumpulan-kumpulan ini termasuklah 'membeli' para pemimpin parti politik di negara ini.
Hal bagi terang beliau yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, adalah untuk memastikan parti-parti politik tersebut bergerak mengikut telunjuk serta agenda mereka.  
Tambahnya lagi, kumpulan ini turut cuba menggunakan strategi yang sama bagi menguasai PAS, namun gagal, tetapi menyaksikan segelintir pimpinan dan ahli PAS telah menuruti mereka. 
Justeru beliau mengingatkan, umat Islam di negara ini tiada pilihan lagi, selain memastikan kemenangan berpihak kepada PAS pada PRU14 seterusnya membentengi rakyat dan negara khususnya umat dan agama Islam. 
Kerana akui beliau, hanya PAS sahajalah mampu menyelamatkan politik negara dan umat Islam daripada kerakusan semua pihak yang mahu menguasai negara demi menegakkan cita-cita mereka. 
"Mahu tak mahu, PAS mesti ambil kekuasaan politik umat Islam, menang pilihan raya umum menjadi prasyarat untuk kita kuasai politik umat Islam," katanya. -HARAKAHDAILY 21/2/2018
Sumber HD - 21-2-2018 
































































































Fastaqim Sik dilanda angin perubahan

SIK: PAS Kawasan Sik dengan kerjasama UPU Gulau telah mengadakan Himpunan Fastaqim Peringkat Kawasan Sik yang dilangsungkan di Tapak Pasar Malam Gulau, di sini kelmarin. 
Himpunan ini mendapat kehadiran memberangsangkan dari masyarakat seluruh pelusuk Sik termasuk kalangan ahli Umno yang dilihat terbuka mengikuti perkembangan politik semasa. 
Program tersebut sebenarnya bertujuan menghimpunkan amilin PAS Sik dan memberikan maklumat sahih dari pimpinan PAS sendiri, namun dimeriahkan dengan kehadiran awam yang memberi mesej sokongan. 
Terdahulu, acara dimulai dengan konvoi motosikal ARC bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid beserta ziarah mahabah dan sumbangan kebajikan di sekitar Gulau dan Belantik, diikuti kuliah Maghrib beliau di Surau Imam, Kampung Landai. 
Majlis majlis kemuncak adalah pidato daripada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad; Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Timbalan Yang DiPertua PAS Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman. 
Himpunan yang dihadiri oleh semua saf kepimpinan PAS Sik, Pemuda dan Muslimat Kawasan serta Ketua Urusan MTD Jeneri dan Belantik, juga seluruh UPU itu juga menyaksikan penyerahan borang keahlian baru dari wakil Halwa UPU Gulau. -HARAKAHDAILY 20/2/2018

































































































































































































Sumber HD - 20-2-2018

































































































Pengabaian dan dasar BN buatkan penoreh tersepit

SIK: Kejatuhan harga getah di pasaran ketika ini menyebabkan para penoreh mengalami waktu sukar yang menjadi situasi bencana kepada mereka, demikian menurut, Pengerusi Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor. 
Katanya, dengan ikan termenung yang sinonim sebagai 'ikan rakyat' mencecah harga RM18 sekilogram, menambahkan lagi kesusahan penoreh yang harga getah cuma RM2.10 sekilogram. 
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Himpunan Fastaqim Peringkat PAS Kawasan Sik di Tapak Pasar Malam Gulau, di sini kelmarin. 
Beliau juga membidas, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada rakyat oleh kerajaan membebankan lagi keadaan penoreh. 
Jelasnya, golongan penoreh semakin tersepit dan tidak mustahil GST akan dinaikkan oleh kerajaan sekiranya Umno-BN kekal memerintah selepas PRU14 nanti. 
Tegas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Kedah, PAS membantah GST dengan memberikan penyelesaian alternatif kepada kerajaan melalui cukai yang dikenakan kepada pemain saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan cukai koporat, bukannya cukai kepada rakyat. 
Terang Sanusi, simpanan modal di BSKL berjumlah RM1.6 trilion dan kerajaan akan mendapat RM55 bilion setahun jika dikenakan cukai ke atasnya pada kadar 2.5 peratus seperti kadar zakat. 
"Dengan kadar 6 peratus, GST merupakan satu malapetaka besar buat rakyat walaupun kerajaan mengatakan GST penyelamat ekonomi negara. Hakikatnya ekonomi negara tidak stabil kerana berlaku ketirisan di sana sini akibat salah urus kerajaan dalam perbelanjaan. 
"Malangnya kerajaan pada hari ini terlalu sibuk menjaga kroni dan kuasa dari menyelesaikan permasalahan ekonomi rakyat sehingga cadangan penyelesaian dari PAS ditolak walaupun ramai pakar ekonomi bersetuju dengan cadangan PAS. 
"Kita mohon kerajaan bantu penoreh dengan menaikkan harga getah sehingga RM4 dan RM5 sekilo dan menetapkannya menjadi harga lantai dan bukannya memberi bantuan sehala (one  off) secara bermusim kepada penoreh," ajunya. 
Tambah beliau, Sik khususnya di Gulau hampir kebanyakan penduduknya bekerja sebagai penoreh dan dengan harga komoditi itu yang murah telah membantutkan ekonomi Sik kerana kuasa membeli penduduk yang lemah. 
Beliau dalam nada kesal turut berkata, PAS tidak dibenarkan untuk menggunakan stadium, padang-padang awam di negeri Kedah untuk diadakan program kerana disekat.
Walhal katanya, semasa PAS memerintah dahulu, Umno bebas menggunakan mana-mana padang awam sekiranya membayar sewa. 
Oleh itu beliau mengajak seluruh rakyat Kedah dari mana-mana parti untuk memberi undi kepada PAS pada PRU 14 ini dan memenangkan semula PAS sepertimana PRU12 lalu seterusnya membina semula negeri Kedah dan negara dengan acuan Islam. -HARAKAHDAILY 20/2/2018
Sumber HD - 20-2-2018 


































































































PAS tempuhi arah jelas politik biarpun dihalang

SIK: PAS bukan parti bermusim yang masuk pilihan raya untuk kuasa atau jawatan, tetapi juga adalah gerakan Islam di mana mempunyai tanggungjawab berat mahu menyelamatkan akidah umat dan mensejahterakan sejagat melalui pemerintahan Islam.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid menegaskan perkara demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Himpunan Fastaqim PAS Kawasan Sik di Tapak Pasar Malam Gulau, di sini kelmarin.
Sehubungan itu katanya, PAS berdakwah kepada rakyat Malaysia melalui saluran politik agar mendapat mandat kuasa kerajaan supaya Islam dapat dilaksanakan di bumi Malaysia sesuai dengan perintah Allah.
Membangunkan motivasi para pendukung PAS, beliau menegaskan, sikit atau banyak ahli bukan menjadi ukuran, kerana sirah perjuangan Nabi S.A.W dan para Sahabat R.A yang kecil bilangan mampu menewaskan bala tentera besar dengan izin Allah.
PAS katanya, sudah melalui pengalaman panjang jatuh bangun naik turun dalam arena politik negara sejak sekian lama menang dan kalah serta memerintah, termasuk dijatuhkan.
Malah PAS akuinya, sangat faham akan sepak terajang dunia politik berbanding parti lain yang mendabik dada kononnya merekalah terhebat, walhal usia mereka baru setahun jagung.
"Sudah menjadi sunah perjuangan, gerakan Islam ini akan sentiasa difitnah, dicerca, dimaki dan dimusuhi oleh golongan munafik dan kuffar yang tidak senang dengan kedudukan Islam," peringatnya.
Namun begitu ujarnya, PAS kini sudah kehadapan dan meninggalkan parti-parti lain jauh ke belakang menerusi pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang digagas dan diamalkan.
Menurut beliau, ramai pengundi-pengundi Umno berjaya didekati bersama pengundi atas pagar untuk hadir ke program-program PAS seperti disaksikan pada himpunan tersebut dan berharap diterjemah ke kertas undi.
PAS tambahnya, akan terus memainkan peranan dalam politik tanahair selagi Islam masih tidak ditegakkan dan akan mengambil kuasa pemerintahan jika kerajaan yang ada gagal meninggikan agama Allah. - HARAKAHDAILY 20/2/2018




































































































































































































Sumber HD - 20-2-2018







































































































































































































Agenda kebajikan rakyat dicuaikan BN Kedah

SIK: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman menyifatkan Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin Umno-BN kini terlalu cuai menjaga kebajikan rakyat dan berbeza langsung dari semasa pemerintahan PAS dahulu di bawah Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak.
Beliau mengutarakan beberapa usaha diperkenal ke atas rakyat semasa ditadbir PAS antaranya Skim Kafalah yang membantu meringankan beban waris keluarga si mati, selain sejumlah peruntukan kepada guru-guru mengajar al-Quran dan bidan kampung kerana merai sumbangan golongan itu.
Paling besar katanya, kejayaan almarhum membina Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil yang menjadi kebanggaan rakyat Kedah, di mana usaha itu menunjukkan PAS sentiasa dan akan terus menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat mengikut tuntutan digariskan syarak.
"PAS tidak memilih siapa yang akan diberikan bantuan, asalkan dia layak menerima bantuan maka kita PAS akan bantu walaupun berlainan ideologi politik," jelasnya semasa berucap pada Himpunan Fastaqim PAS Peringkat Kawasan Sik di Tapak Pasar Malam Gulau, di sini kelmarin.
Beliau dalam pada itu berharap angin perubahan politik yang bertiup kencang di Kedah ini akan menumbangkan Umno dan digantikan dengan PAS hingga segala usaha ke atas rakyat dapat dikembalikan semula. - HARAKAHDAILY 20/2/2018
Sumber HD - 20-2-2018 




































































































Isyarat sokongan kepada PAS semakin ketara

SIK: Penyertaan ramai anak muda pada konvoi motosikal sempena Himpunan Fastaqim PAS Peringkat Kawasan Sik memberi isyarat sokongan dan bukti jelas bahawa PAS tidak kehilangan sokongan anak muda.
Yang DiPertua PAS Sik, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, malah petunjuk itu sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah musuh PAS bahawa semakin ramai lari meninggalkan parti ini terutama menyeberang ke PH.
Himpunan julung kali dianjurkan itu telah menarik penyertaan ramai anak muda dengan konvoi motosikal diketuai oleh ARC Sik pimpinan Ustaz Subhi Tauher, selain kehadiran penduduk awam termasuk ahli-ahli Umno.
Perkara itu terang Sanusi, menjadi hakikat sebenar di seluruh negara yang dapat diukur dengan pertambahan keahlian PAS setiap bulan, sedangkan parti politik lain tidak berupaya menzahirkan hitungan angka jelas pada program mereka.
Lebih lagi menurutnya, apabila kekuatan sama turut berlaku di Sik yakni Parlimen luar bandar dan kekurangan dari banyak kemudahan, menjadi petanda betapa mesej perjuangan PAS sampai dan diterima di seluruh pelusuk negara.
Maklum beliau, anak muda yang terlibat pada program tersebut juga bukan semata-mata memeriahkan aturcara dan majlis, tetapi adalah tenaga penggerak konvoi serta himpunan.
Paling utama ujarnya, mereka adalah dalam kalangan bakal pengundi pada PRU14 nanti di mana telah tersenarai sebagai pemilih dan sangat bertekad untuk mendukung perubahan kepada pemerintahan Islam. -HARAKAHDAILY 20/2/2018








































































































































































































Sumber HD - 20-2-2018





































































































Guru PASTI ikuti Kem Sahsiah Guru

KUBANG  PASU: Institut Perguruan PASTI Malaysia telah menganjurkan Kem Sahsiah Guru PASTI yang dilangsungkan dengan jayanya di Kem Paya Pahlawan, Jitra, di sini sejak 15 Februari lalu dan berakhir semalam.
Kem tersebut merupakan antara program jatidiri wajib bagi para pelatih yang merupakan penuntut Diploma Pendidikan Kanak-kanak Semester 7 sebelum tamat kursus sebagai kelayakan asas berkhidmat di PASTI.
Selain pembentangan kertas kerja dan pengisian rohani, antara menarik adalah peserta dilibatkan dalam modul dan latihan bersama Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah.
Mereka telah didedahkan oleh Jurulatih Jabatan Amal dengan rutin asas kawad kaki dalam usaha mengatur disiplin, selain kemahiran ikatan dan simpulan serta masakan 'survivor'.
Kemuncak perasmian kem 4 hari 3 malam itu telah disempurnakan oleh Adun Bukit Pinang, Romani Wan Salim yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Pokok Sena. - HARAKAHDAILY 19/2/2018














































































































































































































Sumber HD - 19-2-2018

Barisan Nasional terancam di Langkawi

KEHADIRAN Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, ke Pulau Langkawi baru-baru ini dengan menjanjikan pelbagai bentuk tawaran kepada rakyat pulau tersebut menunjukkan kedudukan politik Barisan Nasional begitu terancam dan terdesak menjelang Pilihan Raya Umum akan datang. 
Rakyat begitu faham, antara tanda besar hampirnya pilihan raya adalah janji-janji pemimpin kerajaan yang manis dan indah-indah, walhal realitinya janji-janji lama masih belum tertunai. Apabila dengan bangganya Perdana Menteri Malaysia mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.315 billion untuk lima projek baharu kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Langkawi, rakyat Kedah tentu masih tertanya-tanya bilakah janji Barisan Nasional untuk melaksanakan projek-projek Ikonik seperti dijanjikan pada PRU lalu akan terlaksana. 
Di antara janji yang dinantikan oleh rakyat Kedah adalah maklum balas tawaran peluang pekerjaan oleh Barisan Nasional dalam manifesto mereka apabila terlaksananya projek Bandaraya Getah, perlaksanaan agihan bantuan skim khairat kepada waris si mati serta pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan lain-lain lagi. 
Adakah relevan dalam keadaan janji PRU lalu belum tertunai, tiba-tiba timbul janji baru iaitu pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi bernilai RM500 juta, sedangkan rakyat Kedah terutama masyarakat Pendang akur bahawa Hospital Daerah Pendang yang pernah dijanji serta diluluskan pembinaannya pada tahun 2006, sehingga kini masih gagal dilaksanakan walaupun telah mencecah hampir 12 tahun. 
Apakah Langkawi bakal menerima nasib seperti Pendang yang diibaratkan seperti menunggu buah yang tidak gugur berikutan janji Dato' Seri Najib dengan jumlah peruntukan yang besar tidak mustahil akan berlakunya janji tinggal janji. 
Seperkara lagi, PAS Kedah juga tertarik dan menyambut baik akan pengumuman menaik taraf infrastruktur bekalan air dan perumahan rakyat di Langkawi namun pihak Kerajaan Persekutuan hendaklah mengambil tanggungjawab menyelesaikan pengstrukturan infrastruktur kemudahan air bagi rakyat seluruh Negeri Kedah dan tidak tertumpu hanya di Langkawi atas semangat federalisma; di samping mencari jalan penyelesaian masalah perumahan rakyat tempatan. 
Perkara yang amat dibimbangi oleh PAS Kedah adalah keluasan tanah bagi perumahan rakyat tempatan yang kian menyusut di Langkawi, kos sara hidup yang meningkat tanpa kawalan serta peningkatan gejala sosial yang berleluasa. 
Justeru itu, PAS Kedah mendesak pihak kerajaan supaya meneliti cadangan struktur pembangunan material di Pulau Langkawi yang melibatkan syarikat gergasi antarabangsa, isu bekalan air, perumahan rakyat, agar ianya tidak berakhir dengan ungkapan janji 'cakap tak serupa bikin'. 
Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional juga diingatkan agar jangan memasang umpan memujuk hati rakyat untuk mengaburi tindakan dan polisi yang telah membawa kesan buruk terhadap rakyat demi menyambung survival politik mereka. 
Sementara itu, rakyat juga diingatkan, jangan leka menangguk untung sehari sehingga melupakan kerugian yang terpaksa ditanggung untuk lima tahun lagi akan datang. 
DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
19 Februari 2018 - HARAKAHDAILY 19/2/2018










































































































































































































Sumber HD - 19-2-2018

No comments:

Post a Comment