PAS CAWANGAN TAMAN SRI RAYA, CHERAS.
KOLEKSI BERITA DAN VIDEO POLITIK DARIPADA SUMBER BERITA UTAMA : 1. HARAKAHDAILY.NET 2. DETIKDAILY.NET 3. TRANUNGKITE ONLINE 4. BULETIN ON LINE 5. FB / BLOG PIMPINAN 6. DLL
BLOG MULAI :
BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.
Wednesday, February 7, 2018
SUDUT PANDANG TENTANG PARTI-PARTI DAN ISU-ISU SEMASA (JILID 5)
Sejarah apa lagi mahu dicipta Hannah Yeoh?
SUNGGUH saya sangat meluat bila membaca Kenyataan Media Adun N31 Subang Jaya dari DAP, Hannah Yeoh, sekejap tadi bagi menyambut pengumuman pengisytiharan oleh DAP semalam bahawa beliau adalah calon DAP bagi kerusi P117 Segambut dalam PRU 14.
Tulis Hannah Yeoh di dalam Kenyataan Media ini, beliau terhutang budi kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dari tahun 2013 hingga sekarang.
Sungguh saya sangat tidak faham mengapa beliau perlu mengungkapkan rasa terhutang budi beliau kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
Selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, apalagi selaku peguam, adalah sangat tidak logik untuk beliau tidak membaca dan memahami segala peruntukan yang terkandung di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor mengenai kuasa Sultan Selangor.
Perkara LXXI (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor menyebut “Dewan Negeri hendaklah dari semasa ke semasa memilih menjadi Speaker orang yang ditentukan oleh Dewan itu dan tidak boleh menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Speaker kosong selain pemilihan Speaker”.
Jelas berdasarkan kepada peruntukan yang terkandung di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor ini bahawa pemilihan Hannah Yeoh sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor adalah dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.
Mengapa Hannah Yeoh mengungkapkan rasa terhutang budi beliau kepada Sultan Selangor, bukan kepada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, kerana memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menjawat jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor?
Apakah ini adalah cubaan jahat Hannah Yeoh untuk memberikan persepsi kepada rakyat Malaysia kononnya beliau adalah dipercayai oleh Sultan Selangor dan kononnya pemilihan beliau sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor adalah dibuat oleh Sultan Selangor?
Jika benar begitu, apakah ini adalah bukan cubaan jahat Hannah Yeoh untuk mempergunakan nama baik Sultan Selangor demi untuk kepentingan politik kepartian sempit beliau, khususnya di saat pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain bermasalah dengan Raja-raja Melayu?
Tulis Hannah Yeoh di dalam Kenyataan Media ini juga, beliau mencipta sejarah bila menjadi pemimpin DAP pertama memenangi kerusi N31 Subang Jaya dalam PRU 12 dan mencipta sejarah bila menjadi pemimpin wanita pertama menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri.
Dan sungguh saya tertanya-tanya sejarah apa lagi yang mahu dicipta oleh Hannah Yeoh bila beliau berkata perpindahan beliau ke kerusi P117 Segambut dalam PRU 14 dari kerusi N31 Subang Jaya dalam PRU 12 dan PRU 13 diharapkan akan mencipta satu lagi sejarah.
Kalau mahu dikatakan bahawa Hannah Yeoh mahu mencipta sejarah menjadi pemimpin DAP pertama memenangi kerusi P117 Segambut maka ini bukanlah lagi sejarah kerana kerusi P117 Segambut ini memang telah sedia dimenangi oleh pemimpin DAP sejak sekian lama.
Apakah mungkin sejarah yang mahu dicipta oleh Hannah Yeoh ini ialah menjadi pemimpin wanita pertama menjadi Speaker Dewan Rakyat? Kemungkinan ini tinggi kerana beliau sendiri menyebut akan melakukan perkara sama, yang berbeza hanyalah ia kini di Parlimen.
Apakah rakyat Malaysia sudah sedia untuk menerima Evangelis sebagai Speaker Dewan Rakyat? - HARAKAHDAILY 10/4/2018
Sarawak Report (SR), melalui ketua editornya Clare Rewcastle Brown membuat tuduhan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS untuk menjauhi pembangkang adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".
Kenyataan ketua editor SR ini dibuat setelah PAS, melalui Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengancam akan mengambil tindakan saman.
Editor portal berkenaan, Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan itu dibuat berdasarkan “kecurigaan yang meluas” jika dihalusi dan difahami membawa erti kata lain cerita tersebut ditulis berdasarkan khabar angin atau andaian semata-mata tanpa sebarang bukti yang dikemukakan.
Bahasa mudahnya berita itu adalah sembang-sembang di kedai kopi sahaja tetapi dalam hal ini, Sarawak Report (SR) telah menjadikannya bahan artikel untuk tujuan jahat dan terancang menjatuhkan PAS.
Maka ahli PAS 'jadian' pun membuat kenyataan "dakwaan mereka menerima wang RM90 juta daripada Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang sepi."
Katanya lagi “Jika SR boleh dedah nama dan nombor akaun serta aliran kemasukan wang tersebut saya percaya individu pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut.”
Kenyataan kedai kopi pun si 'jadi-jadian' ini anggap serius.
Lagi malang puak-puak PAN/IKRAM. Raya sakan mereka menyerang PAS dengan isu ini. Mereka mengaikan apa yang dinasihatkan oleh Allah taala tentang berita daripada orang fasiq.
Allah berfirman, يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Cikgu Halim kaki fitnah yang selalu menyerang PAS membuat posting dalam facebooknya..
Wan Mohd Aman ini pun kaki fitnah kepada PAS, hari-hari buat posting menyerang PAS tak faham kenyataan "kecurigaan yang meluas" yang membawa maksud syak wasangka.
Asal boleh hentam PAS kira rasa dia bahagia.
Zulkiply Harun atau Greenboc juga hilang pertimbangan agama menyerang PAS dengan berita syak wasangka. Dia ni cakap agama macam ulama tapi pasal fitnah mengalahkan 'syaitan'.
Kalau saya senarai posting cybertropper PAN/IKRAM nescaya berjela-jelalah artikel saya kali ini. Cukuplah.
Dalam membalas posting mereka saya cakap kepada cybertropper PAN/IKRAM saya ada maklumat dimana wang RM90 juta digunakan.
Pertama, Abdul Hadi Awang, Presdien PAS nak guna wang itu untuk membeli rumah besar dan mewah. Dia bekerja sebagai MP dan ADUN 30 tahun tak cukup duit. Walaupun ada elaun MB dan beberapa elaun lain dia masih tak cukup duit kerana suka berjoli.
Kedua, MB Kelantan Ahmad Yaakob nak beli basikal Madone 5,9 SL basikal yang dihiasi 7 berlian supaya mudah untuk dia nak ke Masjid.
Ketiga, Persuruhjaya PAS Terengganu, Saitiful Bahri nak tukar kereta volvo antik dihadapan rumahnya kepada model terkini, Volvo XC90 Excellence.
Puak-puak PAN/IKRAM ni kalau kita kata mereka ini tongkat UMNO mereka marah tapi mereka tak sedar mereka buat kerja UMNO untuk buruk dan fitnah PAS.
Saya cakap kalaulah andaian dan wasangka boleh dijadikan hujah dan bukti penyelewengan maka saya pun boleh buat begitu. Saya boleh katakan bahawa puak PAN/IKRAM dapat duit daripada DAP dan YAHUDI kerana "kecurigaan yang meluas" menunjukkan mereka boleh menjilat DAP!
Banner di atas boleh memberikan maksud mudah apa yang saya ungkapkan.
SAYA baru selesai membaca kandungan penuh Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak, malam tadi, 7 April 2018.
Umumnya ia adalah sebuah manifesto yang sangat bagus berbanding Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 8 Mac 2018.
Berbanding Manifesto PH yang bersifat sangat populis dan dipenuhi oleh segala macam retorik, Manifesto BN ini pula bersifat spesifik dan praktikal.
Manifesto BN ini juga sangat menyeluruh di mana ia merangkumi 14 teras berbanding Manifesto PH yang hanya mengandungi lima teras sahaja.
Berbanding Manifesto PH yang memerlukan kepada banyak pindaan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan bagi merealisasikan janji-janji yang dilafazkan olehnya walaupun ia tidak dinyatakan secara spesifik di dalam manifesto itu, khususnya yang membabitkan penghakisan kuasa Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong di dalam pelantikan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan, Manifesto BN ini tidak memerlukan kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan, melainkan pada janjinya untuk “menjamin sekurang-kurangnya 30 peratus keanggotaan Dewan Negara disandang wanita “.
Lebih penting lagi ialah, berbanding Manifesto PH yang langsung tidak menyebut sebarang komitmen untuk memartabatkan Islam di dalam mana-mana satu daripada lima terasnya, di dalam mana-mana satu daripada 60 janjinya mahupun di dalam mana-mana satu daripada lima iltizam khususnya, selain janji ke-11-nya yang melepaskan diri dari urusan mentadbir agama dengan mengembalikannya ke negeri-negeri dan menghentikan peranan Kerajaan Pusat di dalamnya, Manifesto BN ini meletakkan “Memperkukuh Agenda Bumiputera Dan Mempertahan Kesyumulan Islam” sebagai tajuk kepada teras ke-12-nya di samping mengandungi beberapa janji khusus lain di dalam teras-teras lain yang membabitkan aspek penjagaan kepentingan umat Islam.
Janji-janji khusus lain ini termasuklah janji untuk “menubuhkan Mahkamah Khas Perkahwinan Hadanah dan Nafkah bermula di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mempercepatkan pendengaran dan penyelesaian kes” serta janji untuk “menubuhkan Majlis Kehakiman Syariah Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai satu jawatankuasa induk untuk membincang dan menyelaras isu-isu berkaitan hal ehwal perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia” yang terkandung di dalam teras ke-6 Manifesto BN ini, iaitu “Membahagia Dan Menjayakan Wanita Negara”.
Janji-janji khusus lain ini termasuklah juga janji untuk “memperkasa pelajar-pelajar lepasan Maahad Tahfiz melalui program keperantisan dan pemadanan latihan amali berstruktur di syarikat-syarikat berasaskan industri halal” yang terkandung di dalam teras ke-7 Manifesto BN ini, iaitu “Generasi Muda Pewaris Masa Hadapan”, serta janji untuk “meneruskan pemberian dana kepada semua institusi agama berdaftar bertujuan untuk melaksanakan program-program persefahaman dan keharmonian di kalangan rakyat” yang terkandung di dalam teras ke-9-nya, iaitu “Memperkukuhkan Pembinaan Negara Bangsa”.
Walaupun begitu, bila diteliti kepada kandungan penuh teras ke-12 Manifesto BN ini, iaitu “Memperkukuh Agenda Bumiputera Dan Mempertahan Kesyumulan Islam”, maka akan segera didapati bahawa BN masih teragak-agak untuk memberikan komitmen penuh dalam aspek mendaulatkan Islam sebagai agama negara.
Kita tidak sama sekali menafikan kebaikan janji-janji BN untuk “menubuhkan Universiti al-Quran untuk melahirkan lebih banyak graduan huffaz yang mempunyai kepakaran, bukan setakat menghafal al-Quran tetapi lengkap dengan kepakaran dalam bidang profesional yang lain”, untuk “melahirkan 125,000 huffaz yang mempunyai kelayakan dalam bidang profesional seperti sains, matematik dan kejuruteraan” atau untuk “melengkapkan sekolah-sekolah Tahfiz dengan sistem latihan kemahiran Giat MARA”.
Kita juga tidak sama sekali menafikan kebaikan janji-janji BN untuk “memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah Patuh Syariah dengan meminda Jadual H dan G, Akta 118 Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)”, untuk “meningkatkan kualiti pengurusan ibadah haji dan umrah serta kebajikan jemaah”, untuk “mempertingkatkan peranan masjid sebagai pusat aktiviti komuniti Islam melalui Program Transformasi Masjid” atau untuk “menambah jumlah surau yang dibenarkan untuk mengadakan Solat Jumaat”.
Begitu juga dengan janji-janji untuk “mewujudkan dana khas untuk menaik taraf pendidikan dan peraturan keselamatan sekolah agama agar memenuhi piawaian kebangsaan”, untuk “meningkatkan kualiti dan kepakaran pihak berkepentingan dalam pentadbiran Islam seperti imam, guru KAFA dan takmir, guru agama, pegawai syariah, Hakim Mahkamah Syariah di Akademi Latihan Islamik Malaysia (ALIM) dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia” atau untuk “menyediakan Kursus Latihan Intensif Bahasa Arab untuk membantu pemegang-pemegang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) lulus peperiksaan Imtihan Qabul, yang menjadi syarat utama kelayakan pendidikan tinggi di negara-negara Arab”.
Bagaimanapun, ramai daripada umat Islam di negara ini yang mahukan hak mereka untuk mengamalkan agama Islam secara keseluruhannya seperti yang disebut oleh Prof Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan terlaksana dan perkara ini tidak akan terpenuh melalui hanya pemberian janji-janji kabur seperti “menubuhkan Jawatankuasa Menyelia Keharmonian Mahkamah Syariah dan Sivil” dan “menubuhkan Jawatankuasa untuk memperkasa Mahkamah Syariah” kerana pengukuran kejayaan kedua-dua janji ini teramat mudah sekali, iaitu sekadar penubuhan kedua-dua jawatankuasa tersebut.
Sebab itulah Manifesto Gagasan Sejahtera yang diumumkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 18 Mac 2018 lebih diyakini akan mampu menggamit sokongan pengundi Islam yang mengundi berdasarkan komitmen pihak yang diundi untuk memartabatkan Islam kerana Manifesto Gagasan Sejahtera ini tidak teragak-agak untuk memberikan komitmen penuh dalam aspek mendaulatkan Islam sebagai agama negara.
Ini kerana salah satu daripada tiga asas utama Manifesto Gagasan Sejahtera ini menyebut dengan jelas komitmen Gagasan Sejahtera untuk “memberikan peranan utama kepada Islam dengan tafsirannya yang sebenar dan selari dengan peruntukan perlembagaan bagi membina Malaysia Sejahtera”.
Begitu juga dengan salah satu daripada sembilan teras pentingnya, iaitu teras keenamnya, yang menyebut dengan jelas komitmen Gagasan Sejahtera dalam aspek “pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah”. Ini disusuli oleh kandungan dua daripada janji di dalam teras keenam Manifesto Gagasan Sejahtera ini yang turut menyebut dengan jelas komitmen Gagasan Sejahtera untuk “menjadikan Malaysia sebuah negara yang berkat, aman, makmur dan bebas jenayah menerusi pemerkasaan sistem perundangan dan pentadbiran yang selaras dengan tuntutan syariah yang diredhai Allah S.W.T” serta untuk “meluluskan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (1965) atau lebih dikenali sebagai Akta 355 ke arah memartabatkan syariah dan menaik taraf Mahkamah Syariah yang diyakini dapat mengekang industri maksiat”.
Begitu juga dengan salah satu daripada 20 tawaran utama Manifesto Gagasan Sejahtera ini yang menyebut dengan jelas komitmen Gagasan Sejahtera untuk “memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai ad-Deen iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan”.
Keadaan politik Malaysia sekarang ni boleh dikatakan agak menarik. Pertamanya, Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin dah buka parti baru, Parti Pribumi Bersatu (BERSATU). Kemunculan BERSATU dan AMANAH dilihat sebagai satu perkembangan yang menarik kerana dua-dua parti ni muncul lepas pemimpinnya keluar dari dua parti Melayu terbesar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS.
Nasib kedua-dua parti ni masih lagi kita belum tahu, tapi dalam Malaysia kita sebenarnya dah lahirkan banyak parti yang diasaskan lepas seseorang pemimpin tu dipecat atau keluar parti. Oleh itu, SOSCILI kali ni akan senaraikan ahli-ahli atau tokoh-tokoh politik yang pernah menubuhkan parti sendiri. Apa yang jadi pada parti-parti tu sekarang?
1. Tubuhkan PAS kerana berlainan ideologi
Sejak lepas merdeka, PAS dan UMNO jadi antara parti pilihan utama orang Melayu. Tapi mungkin ramai yang masih tak tahu yang pengasas PAS sebenarnya dulu adalah seorang pemimpin UMNO, iaitu Hj Ahmad Fuad Hassan.
Tak lama lepas tu, Persatuan Ulama Se-Malaya telah ditubuhkan pada 24 November 1951 sewaktu persidangan Muktamar Ulama kali ke-3.
Kongress PAS yang pertama pada 1952. Imej dari Terengganu Today
Akhirnya nama persatuan ni ditukar kepada Persatuan Islam Se- Malaya (PAS). Ahmad
Fuad seterusnya dilantik sebagai Yang Di-Pertua PAS pertama. Bermulalah perjuangan
PAS dalam arena politik tanah air. PAS menunjukkan prestasi hebat bila parti berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu dalam Pilihanraya 1959, dua tahun lepas merdeka!
Sehingga hari ini, PAS masih lagi kekal sebagai sebuah parti yang berpengaruh khususnya kepada orang Melayu dan Islam.
2. Dato’ Onn Tubuhkan parti lain bila cadangannya ditolak
Seperti mana yang kita tahu, ketika pihak British mencadangkan penubuhan Malayan Union, Dato’ Onn Jaafar jadi antara orang terawal yang menentang penubuhan ini. Maka tertubuhlah sebuah parti Melayu yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malays National Organisation (UMNO).
Tapi lepas je MalayanUnion digagalkan, masalah mula timbul dalam UMNO. Cadangan Dato’ Onn yang nak bagi kerakyatan pada orang bukan Melayu dibantah oleh ahli-ahli UMNO. Kecewa dengan bantahan tu, Dato’ Onn bertindak letak jawatan sebagai Yang di-Pertua UMNO.
Tak lama lepas tu, berlaku perarakan ke rumah Dato’ Onn oleh wakil-wakil UMNO, Pemuda UMNO dan Kaum Ibu UMNO untuk memujuk Dato’ Onn kembali menjadi Yang Di-Pertua UMNO. Dato’ Onn terima balik jawatan tu dengan syarat yang dia tak akan dikecam lagi.
Seorang wakil UMNO sedang berucap memujuk Dato Onn. Imej dari .al-azharrisiddiq.com
3. Tubuhkan parti baru lepas disingkirkan dari PAS
Mungkin ramai yang tak kenal nama ni, tapi dia adalah bekas Presiden PAS dan jadi antara orang yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Perikatan (nama lama Barisan Nasional) pada 1973. Dia adalah Dato’ Asri Muda.
Akhirnya, keadaan semakin tak terkawal bila Pemuda PAS bertindak mengadakan Muktamar Tahunan PAS lebih awal dari tarikh yang ditetapkan semata-mata untuk meminggirkan Asri. Dalam ucapan Asri di Muktamar Tahunan PAS Ke-28 pada pagi 23 Oktober 1982, telah berlaku perkara sangat tak disangka.
“Dato’ Mohd Asri Haji Muda telah menyampaikan satu ucapan dasar tanpa tema (kemudian diberikan tema oleh pengikutnya sebagai “Ukhuwah Bukan ‘Adawah”), yang memuji dasar Islamisasi BN dan mengkritikan golongan ulamak dalam PAS.
Ini telah menyebabkan beliau menerima kritikan dan di ‘boo’ oleh sesetengah ahli PAS. Beliau mendakwa ada pihak tertentu yang melaung slogan ‘Marakbar Asri!’ (Pergi Mampus Asri!).” – dipetik dari Harakah Daily.
Imej dari azlantaib.blogspot
Rentetan dari itu, pada petang tu jugak Asri hantar surat peletakkan jawatannya. Jawatankuasa Kerja Agung PAS yang buat mesyuarat hari tu jugak akhirnya terima peletakan jawatan Asri. Maka tamatlah perjuangan Dato’ Asri dalam PAS.
4. Tubuh parti baru lepas UMNO diharamkan
Pada pemilihan parti 1987, Tengku Razaleigh dah mencabar Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO. Disebabkan tu jugak, UMNO dah terbahagi kepada kepada Team A dan Team B.
Team A diketuai oleh Dr Mahathir dan Team B dipimpin oleh Tengku Razaleigh. Tun Musa Hitam yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak meletakkan jawatan pada 1986 untuk bersama Tengku Razaleigh mencabar kepimpinan Dr Mahathir (rujuk fail PDF).
Musa Hitam kata yang dia letak jawatan sebab dituduh cuba gulingkan Dr Mahathir. Imej dari thekl-chronicle.blogspot
Keputusannya, Dr Mahathir menang dalam pertandingan itu mengalahkan Tengku Razaleigh dengan majoriti tipis 43 undi. Musa Hitam pulak kalah dengan Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri) dengan 40 undi.
Perkara ni jadi lebih serius bila tindakan undang-undang diambil terhadap UMNO yang akhirnya membuatkan UMNO diharamkan pada 4 Februari 1988. Setahun lepas tu, Tengku Razaleigh dan penyokongnya mengasaskan satu parti baru yang dikenali sebagai Parti Melayu Semangat 46 (S46).
Tengku Razaleigh & Tuan Guru Nik Aziz. Imej dari ditelanzaman.blogspot
Tapi beberapa tahun kemudian pengaruh parti ni semakin menurun. Malah Ketua Pemudanya sendiri, Ibrahim Ali mula balik pada UMNO. Keadaan bertambah parah bila Rais Yatim (Timbalan Presiden) kalah dalam Pilihanraya 1995.
Akhirnya pada 1996, Semangat 46 dibubarkan. Ketika itu dikatakan S46 masih ada 200,000 ahli. Tengku Razaleigh dan sebahagian besar ahli S46 masuk balik UMNO selepas itu.
Imej dari The Malaysian Times
5. Parti yang lahir dari gerakan reformasi
Mungkin krisis di antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah salah satu peristiwa paling bersejarah dalam arena politik tanah air. Segalanya bermula apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.
Kalau ikut kata mereka di pihak Anwar, pemecatan itu jadi sebab berlakunya krisis di antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim ketika krisis ekonomi 1997. Dikatakan yang Dr Mahathir tak setuju dengan beberapa perubahan dan langkah penjimatan yang dilakukan oleh Anwar ketika krisis tersebut. Oleh itu, Anwar dipecat pada dari semua jawatannya pada 2 September 1998.
Anwar berucap di hadapan penyokongnya selepas dipecat. Imej dari mir.com
Gerakan Reformasi yang dipimpin oleh Dr Wan Azizah ini akhirnya membentuk Pergerakan Keadilan Sosial (Adil). Tapi cubaan untuk mendaftar pertubuhan ni jadi parti politik gagal. Lepas tu, gerakan ni ambil alih pulak satu parti iaitu Ikatan Masyarakat Islam dan tukar namanya jadi Parti Keadilan Nasional.
Habis je Pilihanraya 1999, Parti Keadilan Nasional ni bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM), maka lahirlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 3 Ogos 2003.
Imej dari Economist
Prestasi parti ni mula naik masa PRU 12 bila hasil kerjasama PKR, PAS dan DAP berjaya menggagalkan majoriti 2/3 BN dalam parlimen. PKR jugak diberikan kepercayaan mengetuai pentadbiran negeri Selangor sejak 2008.
Dalam satu kajian dari Institut Darul Ehsan (IDE), mereka mendapati jika berlaku pertandingan tiga penjuru di Selangor, hanya calon dari PKR je yang boleh menang. Ini menunjukkan yang penubuhan PKR nampaknya tak sia-sia.
Tapi tindakan Rafizi Ramli yang meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR baru-baru ni dapat dilihat sebagai satu usaha untuk mengukuhkan parti. Nampaknya PKR satu parti yang unik kerana masih dapat mempertahankan penubuhannya.
Undilah PKR, untuk masa depan anda. Imej dari Free Malaysia Today.
Boleh ke parti-parti baru yang muncul sekarang ni bertahan?
Setelah apa yang jadi pada IMP, Parti Negara, S46 dan HAMIM, mungkin kita akan tertanya-tanya sama ada parti-parti baru sekarang ni boleh bertahan atau tak. Kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam politik Malaysia hari ini mungkin masih tak dapat kita tahu pengakhirannya.
“Kedua-dua pemimpin ini (Dr Mahathir & Muhyiddin) mempunyai pengaruh, berpengalaman dan kita tidak boleh memandang rendah terhadap mereka.” – Tengku Razaleigh, dipetik dari Berita Harian, juga tersiar di Malaysiakini.
AMANAH & BERSATU sekarang dah duduk semeja. Imej dari mysuara.net
Kita boleh ambik contoh PAS yang masih kekal sampai sekarang. PAS sendiri dah buktikan pengaruhnya yang masih kuat dengan pegang Kelantan selama 26 tahun setakat ini.
Walau apapun, nasib AMANAH dan BERSATU hanya akan dapat ditentukan oleh rakyat dalam PRU akan datang. Rakyat akan menggunakan kebijaksanaan mereka dalam memilih parti mana yang dapat menjalankan tugasnya dengan ikhlas dan amanah. Kita tunggu hingga ke saat itu.
Sumber TKO - 7-4-2018
Salah seorang Doktor,Hospital sultanah Zahirah Kuala Terengganu, perempuan berkata, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, nampak uzur.
Pada seorang doktor, seseorang yang uzur lebih lebih lagi terbabit dengan injab jantung tersumbat pasti berat untuk mengalas jawatan menteri Terengganu.
Oleh itu, siapakah yang akan dilantik pas untuk jadi menteri besar apabila Pas menang dan memerintah semula Negeri kaya rakyat miskin selepas PRU 14 ini.
Ada, memang ada tokoh yang boleh dilantik menjadi menteri besar apabila pas menang dan memerintah semula Terenggajnu.
Datuk Seri Idris Jusoh,Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Mereka di lantik jadi menteri besar.Idris Jusoh boleh jadi menteri besar dan dimurkai al Sultan.
Ahmad Said bekas pegawai tadbir dan bekas exco dilantik miksipun bersyarat. Ahmad Razif Abdul Rahman bekas guru dan pensyarah maktab penguruan dilantik menteri besar miskipun akan disingkir selepas PRU 14 ini.
Pada hemat penulis,Datuk Seri haji Abdul Hadi Awang miskin pun nampak uzur dan memang kelihatan uzur dan sukar untuk mengalas jawatan menteri besar masih layak untuk pegang jawatan tersebut.
Walaupun ada orang lain yang boleh ganti beliau, beliau boleh dilantik semula oleh pas untuk menjawat jawatan menteri besar berbanding tokoh lain,walaupun uzur.
Beliau merupakan tokoh yang sudah ada pengalaman mengalas jawatan menteri Terengganu selama satu penggal berbanding wakil rakyat yang sedia ada.
Tengku Hassan Omar ADUN Ladang bekas pegawai Tadbir kerajaan, Doktor Alias Razak, ADUN Bukit Tunggal yang juga bekas pegawai tadbir hospital atau ustaz Saiful Bahari Mamat ADUN Paka bekas pesuruhjaya Pas Terengganu.
Ketiga tiga tokoh ini belum ada pengalaman sebagai exco kerajaan negeri dan belum layak untuk menjadi menteri besar. Lainlah dengan Haji Abdul Wahid Endut yang ada pengalamn jadi EXCO.
Beliau juga uzur dan ada kemungkinan tidak bertanding dan akan diganti dengan calon lain bertanding di DUN Wakaf Mempelam pada PRU 14 ini.
Pada penulis, menteri besar Terengganu selepas PAS menang dan memerintah semula Terengganu pada PRU 14 ini tidak lain dan tidak bukan Datuk seri Haji Abdul Awang jugak yang akan dibantu 10 EXCO yang layak dilantik.
Mereka, Datuk Tengku Hassan Omar Adun Ladang, Parlimen Kuala Terengganu Doktor Alias Razak Adun Bukit Tunggal.Palimen Kuala Nerus , Ustaz Saiful Bahari mamat Adun Paka,Palimen Dungun Ustaz Mohd Noor Hamzah Adun Bukit Payong.parlimen Marang, Muhyiddin Abdul Rashid Adun Kuala Berang,parlimen Hulu Terengganu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad Adun Jertih. parlimen Besut , Dr AZman Ibrahim Adun Jabi, parlimen Setiu, Hanafiah Mat Adun Cukai parlimen Kemaman.Ustaz Ariffin Deraman Adun Alor Limbat, parlimen Marang dan Ustaz Hishamuddin Abdul Karim Adun Tepuh parlimen kuala Nerus.
KUALA LUMPUR - Setelah teka-teki tarikh pembubaran Parlimen terjawab, para penganalisis politik kini meramalkan bahawa pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan diadakan antara 29 April dan 1 Mei.
Pakar Strategis Geopolitik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata purata tempoh yang diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya, berdasarkan PRU yang lepas ialah 25 hari dari tarikh kuatkuasa pembubaran Parlimen.
“Saya jangka tempoh 25 hari itu adalah jangkaan terbaik untuk menjalankan hari pengundian… Ia tidak akan sampai kepada bulan Ramadan. Ini setelah mengambil kira tempoh minimum berkempen selama 11 hari,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Susulan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 7 April maka mengikut tempoh purata 25 hari yang dicadangkan oleh Azmi, tarikh pengundian akan jatuh pada 1 Mei, iaitu Hari Pekerja yang juga merupakan cuti umum.
“Tidak menjadi masalah jika hari pengundian itu dijalankan pada hari cuti umum. Malah lebih baik kerana ia akan memberi lebih peluang kepada pengundi untuk keluar mengundi.
“Keadaan ini juga bersesuaian dengan sentimen masyarakat yang dilihat sedang berkobar-kobar untuk mengundi, terutama dikalangan 1.6 juta pengundi baharu. Saya menjangka peratusan rakyat keluar mengundi pada PRU14 akan melebihi 80 peratus,” jelasnya.
Bagi Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, penamaan calon kebiasaannya akan dijalankan dalam tempoh 10 hingga 14 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan, yang mana akan jatuh pada 20 April.
Katanya tempoh tersebut dirasakan bersesuaian untuk parti-parti politik memuktamadkan pemilihan calon dan memberi peluang kepada calon yang akan bertanding untuk membuat persiapan.
“Selesai penamaan calon, saya menjangka hari mengundi akan diadakan dalam tempoh 10 hingga 11 hari selepas penamaan calon dan tarikh itu akan jatuh pada 29 atau 30 April. Saya yakin SPR dapat selesaikan keseluruhan proses pilihan raya dalam masa sebulan,” katanya.
Prof Dr Sivamurugan Pandian membuat ramalan yang sama sambil berkata beliau menjangka tempoh minimum berkempen ialah selama 11 hari kerana percaya semua parti politik telah berkempen sejak 2013, iaitu tahun PRU Ke-13 diadakan.
“Mereka tidak pernah berhenti berkempen. Semakin lama (hari berkempen), lebih banyak isu akan dibangkitkan. Mengenai hari penamaan calon, ia akan diadakan dengan mengambil masa 10 hingga 14 hari selepas pembubaran Parlimen,” kata Ahli Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).
Ramalan para penganalisis politik tanah air mungkin melegakan banyak pihak apabila masing-masing menjangkakan PRU14 akan dijalankan sebelum Ramadan, yang dijangka bermula pada 17 Mei ini. – BERNAMA
Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tidak akan membuat laporan polis atau bersumpah atas nama Allah untuk mempertahankan dirinya ekoran tersebarnya rakaman audio yang mirip suaranya.
“Saya tak buat laporan polis, saya tak perlu saman, tak perlu sumpah dengan nama Allah kerana saya yakin saya bercakap benar dan terserah kepada rakyat untuk menilai sendiri,” katanya.
Nik Abduh berkata demikian ketika ditanya tindakan sepupunya yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Pasir Puteh, Kelantan, Mohd Sabri Salleh yang membuat laporan polis berhubung penyebaran rakaman audio itu.
Mohd Sabri berkata laporan polis itu dibuat kerana terpanggil dan mengambil tanggungjawab untuk membersihkan nama baik bapa saudaranya allahyarham bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut disebut.
Bercakap kepada pemberita di parlimen hari ini, Nik Abduh berkata bapanya ketika hidup turut difitnah dengan pelbagai perkara namun tidak pernah mengambil tindakan undang-undang.
“Saya baru dua, tiga kali difitnah takkan nak saman.
“Ayah saya beratus kali dia tak saman,” katanya.
Nik Abduh sekali lagi menafikan dakwaan itu dan mendakwa ia sengaja direka untuk menjatuhkan reputasinya menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Apabila kita kata dengan jelas ia adalah palsu, rakyat tidak beri perhatian dan yakin itu adalah permainan politik nak PRU, itu adalah senjata HARAPAN bahawa isu besar yang mereka nak hentam PAS adalah PAS bersama Umno BN.
“Isu yang paling utama mereka nak panjangkan PAS terima duit Umno, mereka cipta rakaman mendakwa saya mengakui dan saya nafikan, rakyat dah muak dengan isu sebegini
“Kita dah buktikan kita gerak sendiri dengan matlamat kita nak bawa islam ke peringkat tertinggi di negara kita,” katanya.
XOXO - Amanah tak ada isu, itulah kononnya UG dengan UMNO. Kesian Amanah parti bangkrap idea dan isu..
ADA pihak tertentu yang meramalkan bahawa mana-mana pakatan politik yang disertai oleh DAP akan sentiasa dipenuhi masalah dan tidak akan dapat bertahan lama, melainkan jika semua ahlinya boleh akur kepada kehendak DAP.
Perpecahan di dalam Barisan Alternatif adalah berpunca daripada tindakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menarik diri darinya pada 22 September 2001 setelah DAP gagal memaksa PAS menggugurkan penegakan negara Islam sebagai prinsip perjuangan PAS.
Terkuburnya Pakatan Rakyat juga adalah berpunca daripada ketegasan DAP menolak perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertera di dalam ucapan Lim Guan Eng di Singapura pada 10 Disember 2014 bahawa DAP sedia melihat Pakatan Rakyat berpecah jika PAS menyerahkan usul untuk melaksanakan Hudud di Parlimen dan di dalam pengakuan Lim Guan Eng pada 26 Disember 2017 bahawa DAP membuat tindakan yang betul bila memutuskan hubungan dengan PAS demi menegakkan prinsip perjuangan DAP.
Kesemua pemutusan hubungan di dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat ini berlaku di dalam keadaan di mana kedua-dua pakatan politik ini membenarkan wujudnya prinsip setuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree).
Sekarang ini, di dalam Pakatan Harapan (PH), prinsip setuju untuk tidak bersetuju ini sudah tiada dan digantikan dengan persetujuan sebulat suara (konsensus) antara semua ahli.
Di dalam keadaan begini pun ternyata DAP masih mahu menunjukkan belangnya di mana walaupun PH telah mencapai konsensus pada 27 Februari 2018 supaya semua ahli menggunakan logo sama dalam PRU 14, DAP masih lagi mahu diberikan keistimewaan untuk menggunakan logo sendiri demi kepentingan DAP sendiri.
Jelas kelihatan bahawa di dalam kepala pemimpin DAP kepentingan DAP sendirilah yang paling utama dan berbohonglah jika sesiapa mahu meyakinkan diri sendiri atau orang lain bahawa usaha pemartabatan Islam akan tetap boleh dilakukan walaupun sesuatu pakatan politik itu turut disertai oleh DAP.
Bagi DAP, sekular dan Malaysian Malaysia adalah yang paling utama, dan apa atau sesiapa sahaja yang boleh menggugat kedua-dua perkara ini sudah tentulah akan ditentang habis-habisan hingga ke peringkat sanggup memecahkan pakatan politik yang disertainya.
Selain terpaksa membuang masa untuk membetulkan antik-antik yang dibuat oleh pemimpin tua pelupa seperti Tun Dr Mahathir, cabaran terbesar PH selepas ini ialah untuk melayani kerenah-kerenah yang ditimbulkan oleh parti berlagak ketua seperti DAP. - HARAKAHDAILY 4/4/2018
MASIHKAH KAU INGAT?... Sewaktu memecat Anwar Ibrahim 30 tahun lalu, Mahathir Mohamad ada segala kuasa, maklumat dan jentera untuk memastikan beliau buat keputusan yang betul tepat.
Ia berlaku pada 2 September 1998, genap dua hari sahaja selepas Pulau Pinang, negeri Anwar sendiri; bergembira jadi tuan rumah acara perarakan Hari Kebangsaan peringkat nasional ketika itu yang digilirkan mengikut negeri.
Malangnya keceriaan itu berakhir tidak sampai 48 jam apabila Mahathir sebagai perdana menteri dan menteri dalam negeri pada waktu tersebut, bertindak secara zalim memecat timbalannya di ibu pejabat UMNO di ibu negara.
Akibat peristiwa tidak diduga itu, Anwar yang cuma selangkah menjadi ketua kerajaan bertindak balas melancarkan gerakan Reformasi dengan laungan Undur Mahathir Negara Okay yang diambil daripada akronim UMNO sendiri
Ironi hari ini Mahathir yang hampir berusia 100 tahun itu tiba-tiba berubah langsung dengan mengaku silap pecat Anwar kira-kira tiga dekad lalu. Kenapa sekarang dan bukan sewaktu masih bersama UMNO mencetuskan misteri!
Dengan segala akses dan kuasa mendapat maklumat pada ketika itu, beliau mendakwa konon boleh membuat satu keputusan politik yang salah sehingga menyebabkan kekecohan seluruh negara dan mengaibkan keluarga Anwar.
Jadi apakah kemungkinan untuk Mahathir yang tidak punya apa-apa akses, dikelilingi mereka yang tiada maklumat dan pasukan perisikan boleh buat keputusan betul mengenai pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini?
Mustahil!
Yang tidak mustahil ialah Mahathir sekali lagi akan mengejutkan negara apabila partinya kalah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Mahathir adalah sesumpah politik yang boleh berubah warna ikut keperluan politiknya.
Hari ini beliau menyalahkan polis konon punca beliau memecat Anwar. Esok siapa lagi orang sekelilingnya akan menjadi mangsa kambing hitam untuk dipersalahkan pula? Pendek kata semua orang salah, beliau sahaja betul.
Ketika itu tidak mustahil beliau berbaik semula dengan Najib dan mendakwa perjuangannya hari ini salah kerana ditipu Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal, Sarawak Report dan usahawan-usahawan Cina yang rapat dengan beliau.
Mahathir sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamat peribadinya. Mengaku silap memecat Anwar lebih 30 tahun lepas bukanlah satu-satu tindakan terakhir beliau dan ini juga bukan yang pertama. Percayalah!!!
Sumber TKO - 3-4-2018
Lemahnya martabat Ulama di dalam PAN
MENARIK memerhatikan perkembangan yang berlaku di dalam PAN sehubungan dengan isu perkataan “kalau saya Tuhan” oleh Pengerusi Kanun PAN merangkap ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
Penasihat Umum PAN, Ustaz Ahmad Awang, telah memberikan nasihat beliau pada 31 Mac lalu yang menyebut melafazkan perkataan itu “boleh menjejaskan akidah tauhid sesiapa yang melakukannya”, di mana penelitian ke atas rakaman video mendapati Hanipa “terlibat melafazkan perkataan mentasybihkan makhluk dengan Tuhan yang boleh menjejaskan akidah tauhid” sekali gus memerlukan Hanipa “bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun”.
Di pihak Hanipa sendiri, beliau, yang sebelumnya menegaskan beliau “tak akan tarik balik kenyataan (beliau) dan "(he is) insyaAllah ready to fight back even alone" dan beliau “tidak teragak-agak untuk saman golongan agama yang jatuhkan hukuman ke atas (beliau) secara tidak adil”, menjadi sedikit kendur pagi semalam ekoran nasihat Ustaz Ahmad ini dengan menyebut “secara umumnya, kenyataan (Ustaz Ahmad) (beliau) lihat lebih fair dan munasabah” dan memberi perakuan bersyarat “tidak ada masalah untuk akur dengan saranan (Ustaz Ahmad) jika itu mampu meredakan keresahan pihak-pihak tertentu”.
Bagaimanapun, masih jelas di dalam kenyataan Hanipa ini unsur-unsur tidak puas hati dengan nasihat Ustaz Ahmad kerana beliau menyebut beliau “ada "some reservations" dengan kenyataan (Ustaz Ahmad)” dan beliau “musykil kerana (Ustaz Ahmad) seakan-akan tidak lihat konteks sebenar ucapan (beliau) itu”.
Lebih lantang ialah Naib Presiden PAN merangkap ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang petang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak wajar pihak yang berstatus agamawan menyifatkan ucapan Hanipa sebagai “melanggar akidah”, “ungkapan kata-kata (Hanipa) itu bagi (beliau) tiada isu akidah”, “(beliau) harap isu ini jangan dijadikan bahan mana-mana pihak mempertikaikan kejelasan akidah (Hanipa)” dan “ahli PAN dinasihatkan jangan terheret dengan asakan ke atas (Hanipa) dengan menggunakan isu akidah pada ungkapannya”.
Sama ada beliau berniat begitu atau tidak, pada hakikatnya kenyataan Dr Mujahid ini adalah tempelakan terbuka ke atas Ustaz Ahmad kerana sangat jelas bahawa Dr Mujahid menyebut ucapan Hanipa itu “tiada isu akidah” dan “tidak melanggar akidah” sedangkan Ustaz Ahmad dua kali menyebut ucapan Hanipa itu “boleh menjejaskan akidah tauhid”.
Malah, sama ada beliau sedari atau tidak, kenyataan Dr Mujahid bahawa “kami (dari PAN) bersumpah untuk tidak menjadikan agama sebagai bahan-bahan politik murahan melalui mudah menghukum dan melabelkan orang” seolah-olah menuduh Ustaz Ahmad telah “menjadikan agama sebagai bahan-bahan politik murahan”.
Tidak mengejutkan sebenarnya sikap Dr Mujahid ini memandangkan beliau di dalam buku-buku “Menuju PAS Baru” dan “Rejuvenasi PAS” dan pada tahun-tahun 2010 dan 2012 lagi telah menggesa PAS supaya menggantikan istilah “Kepimpinan Ulama’” yang kononnya menggambarkan ortodoksi dan eksklusiviti dengan istilah lain yang kononnya bersifat lebih inklusif seperti “Kepimpinan Berkebajikan” atau “Kepimpinan Sejagat” selain supaya menggantikan Majlis Syura Ulamak dengan Majlis Perundingan Parti.
Kasihannya melihat Ustaz Ahmad diperlakukan begini, tetapi begitulah nampaknya nasib Ulama di dalam PAN. - HARAKAHDAILY 3/4/2018
Salah satu penyakit yang merosakkan semangat patriotisme kita adalah Anglofilia. Sebagai contoh Anglofilia, banyak identiti negara kita hendak di-Inggeriskan. Kampung Kerinchi disebut Bangsar South.
Kawasan pembangunan dinamakan South Quay.
Ada juga yang dinamakan Eco Park.
Sudah lupakah perkataan "taman" ?
Adakah dengan dinamakan dengan nama Inggeris, segalanya jadi hebat ?
Sudah tidak adakah nama Melayu yang lebih sesuai ?
Nama membawa kepada pemilikan identiti dan sejarah siapa kita sebenarnya.
Nanti kami kongsikan lagi peristiwa-peristiwa penting ahli-ahli parlimen yang berkiblatkan barat dan inggeris.
Peristiwa ini bukan sekadar nama di-Inggeriskan, bahkan juga banyak budaya barat cuba dinormalisasikan kepada masyarakat kita.
https://t.me/pengundisedar
XOXO - Lagi bahaya daripada Anglofilia ialah gerakan Islam Liberal yang kini menular dalam politik melalui parti yang kononnya Islam Progresif Amanah...
KUALA LUMPUR - Kegagalan Tun Dr. Mahathir Mohamad membezakan antara sunat (sebagai salah satu daripada hukum syarak taklifi yang lima) dengan sunnah yang menjadi sumber syariat paling utama selepas al-Qur'an membuktikan Pengerusi Pakatan Harapan itu telah terlalu tua untuk kembali jadi Perdana Menteri.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau pernah dikritik kerana memberi fakta seperti itu tentang Mahathir sebelum ini, tetapi kenyataan terbaru Mahathir mengenai Islam kelmarin membuktiikan hujahnya dalam wacana anjuran Sinar Harian baru-baru ini adalah benar.
“Kenyataan saya bahawa Mahathir terlalu tua untuk kembali menjadi Perdana Menteri sangat berasas.
“Kalau tidak mana mungkin Datuk Dr Mohd Asri yang diketahui umum mempunyai hubungan yang rapat dengan beliau boleh mendedahkan bagaimana Mahathir sudah lupa penjelasannya di London mengenai perbezaan antara sunat dan sunnah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin semalam menjelaskan bahawa dakwaan Mahathir kononnya tidak berdosa untuk umat Islam tidak mengamalkan sunnah nabi adalah silap.
Mohd. Asri malah berkata, beliau sendiri pernah menjelaskan perkara itu kepada Mahathir di London sebelum ini dan menganggap mungkin Mahathir telah terlupa mengenainya hingga menulis semula pandangannya yang silap tentang sunnah.
“Dulu dia dah tanya saya secara peribadi. Saya telah jelaskan maksud ini kepada dia di London. Tapi saya ingat dia terlupa barangkali, dia tulis balik. Bila dia tulis balik, saya rasa nak kena perbetul,” kata Mohd. Asri.
Kamarul bagaimanapun mempersoalkan mengapa Mohd. Asri kurang berani mengulas semua aspek yang tidak betul dalam penulisan terbaru Mahathir mengenai Islam tersebut dan hanya terhad kepada satu aspek sahaja. – MYNEWSHUB.CC
Tugas dan tanggungjawab memilih dan memberi mandat kepada para pemimpin untuk mewakili rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri akan berulang pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Kuasa sekali lagi dipulangkan kepada rakyat dan rakyatlah nanti yang akan memutuskan siapa bakal menerajui negara untuk tempuh 5 tahun yang akan datang menurut kehendak dan citarasa mereka.
Siapa pun boleh naik memegang tampuk kuasa dengan syarat mereka memiliki suara majoriti melalui jumlah kerusi terbanyak di peringkat Parlimen dan Negeri-negeri nanti berdasarkan pilihan rakyat. Itulah kaedah demokrasi yang kita amalkan di dalam negara sejak bebas dari kuasa penjajah.
Sudah tentulah umat Melayu Islam yang merupakan majoriti penduduk dalam negara bakal memainkan peranan penting dalam menentukan corak pemerintahan negara pasca PRU nanti kerana 60 peratus dari 222 kerusi Parlimen seluruh Malaysia iaitu kira-kira 134 kerusi merupakan majoriti pengundi Melayu dan selebihnya iaitu 88 kerusi merupakan kerusi majoriti bukan Melayu.
Kerana itu mana-mana kelompok dan blok yang mahu menguasai tunggak kuasa khususnya diperingkat Persekutuan perlu memperolehi perwakilan dari kalangan kerusi-kerusi majoriti Melayu bagi memastikan mereka punya peluang membentuk kerajaan. Pergantungan pada kerusi majoriti bukan Melayu semata-mata tidak memungkinkan satu-satu blok itu berupaya membentuk kerajaan Persekutuan melainkan ia turut menang dan menguasai sebilangan kerusi-kerusi Melayu.
Kebelakangan ini salah sebuah parti yang gigih dan ghairah mahu merampas tunggak kuasa diperingkat Persekutuan adalah DAP. Parti yang hampir 50 tahun usianya itu walaupun menggambarkan dirinya sebagai sebuah parti berbilang kaum, tetapi hakikatnya ia sebuah parti majoriti Cina.
Bagi DAP berdasarkan keputusan PRU ke 13 yang lalu ia telah hampir menguasai keseluruhan kerusi majoriti bukan Melayu di Semenanjung. Secara total DAP memasuki PRU ke 14 dengan penguasaan ke atas 37 kerusi Parlimen seluruh negara.
Dengan prestasi ini ia yakin ia boleh melonjak ke tahap maksima mengusai hampir sepenuhnya kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu dan campuran dengan menguasai sekuruang-kurangnya 50 kerusi Parlimen dalam PRU akan datang dan mtidak mustahil lebih dari itu.
Jika ia dapat menguasai 50 kerusi, DAP menjangkakan kerabatnya dalam PH iaitu PKR, Bersatu dan Pan akan memenangi baki sekurang-kurangnya 62 kerusi (PKR kini punya 28 kerusi Pan 6 dan Bersatu 1) menjadikan jumlah 112 kerusi paling kurang bagi mereka merampas kuasa di Putrajaya.
Dalam akhbar The Sunday Star baru-baru ini malah DAP dikatakan sedang menimbang meletakkan pemimpin paling kanannya iaitu Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Johor Baru menentang calon Umno Datuk Shahril Abd Samad walaupun kerusi berkenaan punya majoriti 53% pengundi Melayu.
Di sinilah penting DAP punya "kuda tunggangan" Melayu yang boleh membantunya dengan
menguasai undi Melayu, ditambah dengan penguasaan mutklaknya atas undi bukan Melayu, dalam kes Johor Baru sebagai contoh jika DAP menguasai 47% undi bukan Melayu ditambah dengan sekitar 10% undi Melayu, tidak mustahil Umno pun boleh ditumbangkan DAP!
Jika ini berlaku berubahlah lanskap politik negara apabila DAP muncul sebagai parti paling dominan dan berkuasa dalam kerajaan Persekutuan yang baru. Cita-citanya untuk melahirkan sebuah negara Malaysia yang sekular, iaitu negara yang memisahkan urusan agama dari urusan kerajaan pasti berjaya.
Pentafsiran agama mengguna kaedah liberalisma, dengan kebebasan dan hak untuk semua tanpa mengira adat, budaya dan status quo akan menjadi keutamaan kerajaan baru. Bayangkan keadaan negara dan nasib Islam ketika itu?
DAP pasti mahu lihat meritokrasi menjadi asas utama pengangihan peluang, kekayaan dan kebajikan negara. Tiada lagi hak istimewa buat mana-mana kaum dan kelompok, ketika itu bersainglah semua pihak untuk mendapat perhatian dengan keutamaan diberikan kepada yang paling layak, yang paling tinggi pencapaian tanpa mengira agama, bangsa atau samada sesuatu bangsa itu paling ramai atau tidak.
Kita mungkin bimbang dan gusar dengan hakikat ini tetapi ada sebahagian yang sanggup ditunggangi DAP demi mencapai agenda dan cita-cita peribadi mereka.
Dalam satu ceramah DAP di Alor Setar baru-baru ini, seorang pemimpin DAP menyebut: "Kita akan menunggangi Tun Mah (Tun Dr Mahathir) untuk memusnahkan si ayam (Datuk Seri Najib Tun Razak)."
Kerana itu masyarakat pengundi Melayu Islam yang merupakan kelompok pengundi terbesar dalam negara kena meneliti perkembangan ini dan menimbang semasak mungkin sebelum membuat sesuatu keputusan. Tun Dr Mahathir sangat bersedia membantu DAP asalkan tercapai cita-cita politiknya.
Adakah kita akan membantu Tun Dr Mahahtir yang mahu membantu DAP untuk nanti mencorakkan negara Malaysia yang baru atau macam mana?
Nasib agama, bangsa dan negara kita menjadi pertaruhan. Jika kita lalai apa lagi terpengaruh dengan janji-janji manis dan helah politik mereka yang rakus mabukkan kuasa ini tatakala itu tergadailah apa yang kita pertahankan selama ini dan bersedialah melangkah masuk ke Malaysia baru yang lebih sekular dan liberal dengan DAP parti yang paling dominan dan berkuasa di Putrajaya.
Katakan TIDAK pada DAP dan PH. Selamatkan Malaysia dengan memilih PAS. roslansms@gmail.com
Kalau dahulu, musuh Pas tidak lain tidak bukan, Datuk Seri Dr (Tun) Mahathir Mohammad dan kroni kroninya
Macam macam cara dibuatnya untuk mengharamkan parti Islam se Malaysia itu.
Hari ini beliau walaupun sudah keluar umno masih berdendam dengan Pas kerana Pas tak mahu join dengan pakatan harapan.
Bukan satakat itu sahaja, malah menuduh presiden Pas Datuk Haji Abdul Hadi Awang kafir, kerana bekerjasama dengan parti umno yang dikata kafir sebelum ini.
Sekarang ini pulak, bekas pemimpin Pas jadi musuh parti Islam se Malaysia melakukan serangan bertubi tubi dan tergamak hendak saman ulama.
Kalau dahulu, ketika dalam umno Datuk Zaid Ibrahim saman hudud yang digubar dan dluluskan oleh Dewan undangan negeri Kelantan.
Alhamdulillah, syukur kerana musuh dalam selimut sudah lari dan tubuh parti baru yang dikatakan parti Islam sebenar konon.
Di Kata kan parti Islam se Malaysia (PAS) bukan lagi parti islam sebenar kerana tidak mahu bertahaluf siyasi dengan parti Kafir (DAP)
Dakwaan mereka Pan Parti Islam sebenar kerana bertahaluf siyasi dengan parti DAP yang anti Melayu dan anti Islam.
Macam mana hendak bertahaluf siyasi dengan pakatan harapan yang pengerusinya selama lama telah dan sedang menghina sunnah dan mempersenda sendakan hudud.
Sehubungan dengan itu musuh dalam selimut pas dahulu yang pernah di peringatkan timbalan mursyidul Am,Datuk Dr Harun Din, awas dengan musuh dalam selimut sudah jadi reality.
Apabila kalah dalam muktamar agung tahunan mereka berlumba lumba lari dan keluar tubuh parti lain.
Yang peliknya, ada yang masuk parti BERSATU yang diterajui oleh tokoh yang mengaku islam, menghina sunah dan persenda sendakan hudud.
Pelik kan, dakwa memperjuangkan Islam sebaliknya jadi hamba syaitan anak cucu dajjal
Barangkali ada lagi yang belum keluar kerana mahu jadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam untuk kuburkan parti Islam se Malaysia.
Entah berpandu fatwa mana dan oleh siapa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad merumuskan bahawa ‘PAS bukan sebuah parti Islam’.
Nampaknya, beliau hanya menggunakan logik akal apabila berhujah bahawa PAS tidak layak menjadi parti Islam kerana parti itu dikatakan turut dianggotai ahli bukan Islam.
“PAS kalau dia bercampur dengan bukan Islam, dia jadi kafir. Takkan dia boleh. Dia tidak boleh. Dia orang yang pegang kepada prinsip, dia tahu kalau orang yang campur dengan kafir (maka) dia jadi kafir.
“Jadi la ni pasal dia bercampur dengan DAP dulu, saya anggap parti PAS ini tak Islam,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, baru-baru ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa manifesto partinya adalah naskah yang diteliti dan mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk daripada bukan Islam.
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir cuba ‘mengacah dan mencemar’ imej PAS dengan mengaitkannya isu ‘kafir atau tidak kafir’ membabitkan PAS.
Sebelum ini Pengerusi PPBM itu melabel Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai ‘kafir’ dan ‘pengkhianat’ kerana bekerjasama dengan Umno-Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun Hadi sebaliknya, mengumumkan beliau memaafkan Dr Mahathir atas faktor usianya yang sudah lebih 90 tahun dan menasihati bekas perdana menteri itu bertaubat.
Jika diturut logik Mahathir, satu perkara yang sudah pasti ialah, parti pimpinannya, PPBM, juga bukan sebuah parti Islam kerana bersekongkol dengan parti dominan Cina, DAP.
Ini bermakna walaupun Amanah menegaskan terbabit dalam politik Malaysia kerana mahu menggantikan PAS sebagai sebuah parti Islam juga gagal kerana terkait dengan “ketidakIslaman” DAP.
Logik Mahathir ini membabitkan PKR juga. Ia adalah sebuah parti yang membuka keahlian kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Sudah tentu ini bermakna PKR juga sebuah parti politik yang tidak berpaksikan ajaran Islam.
Jika setiap kerabat PH tidak layak dipanggil parti politik Islam, apa yang Mahathir dapat?
Mahathir mahu PPBM dilabel Melayu-Islam
Yang jelas Mahathir bukan sahaja iri hati jika PAS diterima mutlak memperjuangkan dasar politik Islam. Ini akan dengan sendirinya memberi PAS peluang monopoli aura Islam. Ini secara automatik pula memburukkan lagi natijah persaingan tiga penjuru dalam PRU14.
Sebenarnya Mahathir amat mahu menyelitkan, malah, mengikat jalur politiknya dengan jenama Islam. Ini akan mendekat PPBM dengan hati pengundi Melayu-Islam. Namun PAS sudah mendahuluinya. Lantas, tumpuan beliau ialah menidakkan perjuangan Islam PAS.
Mahathir sedar perjuangan PH cacamarba. Ada yang mahu Islam Liberal (dan ada menamakan diri mereka Muslim Demokrat) dan ada pula yang mahu ‘menumpang kekuatan ekonomi bukan Melayu’.
Ketidakpastian imej rakan-rakan kongsi PH ini bagi Mahathir ini hanya akan menguntungkan Umno-BN dan PAS.
Sebab itu, beliau berusaha mengikis imej dan aura Islam PAS. Namun yang memeningkannya ialah, PAS kini bersedia pula bekerjasama dengan Umno. Malah PAS secara terbuka dan’merestui’ kerja-kerja makruf Umno selama ini.
Dalam mendepani dilema ini timbul cerita kononnya PAS mendapat suntikan dana politik daripada Umno. Mahathir dan PH segera menggunakan rangkaian politiknya serta ‘kuasa asing’ untuk melemah dan memperlekeh kerja ta’awun PAS dengan Umno.
Secara kebetulan atau memang sesuatu yang terancang, ada pihak luar yang ‘membantu’ memburukkan imej PAS dengan mendakwa PAS mendapat bantuan kewangan daripada Umno. Tohmah sebegini mungkin boleh melarutkan lagi imej Islam PAS.
Keadaan politik PAS ini cuba dikalutkan lagi oleh dakwaan kononnya kajian dan penyelidikan saintifik menunjukkan PAS tidak akan menang satu pun kerusi Parlimen dalam PRU14.
Ini adalah usaha meremeh dan menakutkan PAS. Matlamat utama ialah ‘menghasut’ pengundi Melayu-Islam bahawa PAS sudah ‘kelong” perjuangannya kerana bekerjasama dengan pihak kafir.
Yang pasti hujah itu dangkal dan murahan. Namun bagi Mahathir itu hanya helah pilihan raya dan sekaligus menegaskan bahawa beliau dan partinya ‘lebih Islam’ berbanding PAS.
Namun PAS tidak mudah termakan umpan Mahathir. Strategi lapuk Mahathir langsung tidak dilayan. PAS amat istiqamah pada falsafah perjuangannya – matang dan sejahtera.
Mahathir berharap PAS latah dan bersilang ego dengannya di hadapan khalayak umum. Ini tentu menjanjikan publisiti untuknya tidak mati. Malang bagi Mahathir tahap pemikiran ahli dan pemimpin PAS sudah jauh meningkat. Yang kelihatan tidak matang ialah beliau sendiri.
Benar kata presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang konsisten pada Dr Mahathir dan konco-konconya ialah, mereka sebenarnya tidak konsisten. Bersenggama dengan musuh politik hari dan kemudian bermusuhan esoknya adalah corak politik Mahathir.
Sumber TKO - 2-4-2018
Tun sahkan Islam beliau memang tidak betul
KE hadapan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir, membaca tulisan terbaru Tun bertajuk “Islam Saya” yang menjawab tulisan saya bertajuk “Pemikiran Islam Yang Tidak Betul Sebab Terbesar Tun Dr Mahathir Tidak Layak Jadi Perdana Menteri” mengesahkan lagi betapa tidak betulnya pemikiran Islam Tun.
Untuk makluman Tun, soal pemikiran Islam tidak betul Tun yang mengutamakan akal fikiran ini bukan sahaja dinyatakan oleh Almarhum Datuk Dr Harun Din malah oleh ramai lagi agamawan tanah air, termasuk mereka yang sekarang berada di keliling Tun.
Memang betul al-Quran menyebut berkali-kali akan mustahaknya mengguna akal fikiran dan tidak disebut dalam al-Quran larangan berfikir dan terima sahaja semua pendapat dari pakar Islam, tetapi mengguna akal fikiran ini ada kaedahnya di dalam Islam.
Akal sebagai antara sumber ilmu memang diakui tetapi, seperti disebut oleh Imam as-Syafi’ie; “Sesungguhnya akal mempunyai batasan yang menjadi penghujung kemampuannya sebagaimana penglihatan mempunyai batasan yang menjadi penghujung pandangannya”.
Tun sendiri pernah menyebut, di dalam ucapan Tun di The Oxford Centre For Islamic Studies pada 16 April 1996 mengenai “di mana Quran atau Hadis tidak jelas, sarjana boleh memberikan pandangan atau ijtihad, mengguna kemampuan berfikir”.
Di dalam ucapan Tun yang tidak diketahui siapa penulisnya ini Tun mengakui bahawa ilmu yang berteraskan wahyu adalah lebih tinggi dari ilmu yang berteraskan akal, di mana bila ada dalil qat’ie atau jelas di dalam Quran atau Hadis maka akal tidak boleh diguna.
Bukan sebarang orang yang boleh berijtihad kerana ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti menguasai Bahasa Arab, mempunyai pengetahuan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, mempunyai pengetahuan mengenai ilmu Usul al-Fiqh serta ijma’ dan khilaf.
Masalah Tun ialah Tun suka mempertikaikan, dengan mengguna akal fikiran, perkara-perkara yang sudah ada dalil qat’ie atau jelas di dalam Quran atau Hadis seperti pensyariatan Hudud dengan menyebut, pada 26 Februari 2012, “Hudud tidak terdapat dalam al-Quran”.
Bukan setakat Tun sahaja, malah anak Tun sendiri, iaitu Datuk Paduka Marina, juga menyebut perkara sama sebelum ini, termasuk di dalam akhbar The Star pada 18 Julai 2012 bahawa kononnya “None of the so-called Hudud punishments can be found in the Quran”.
Jika Tun dan Datuk Paduka Marina membaca al-Quran dengan betul maka sudah pasti akan didapati bahawa istilah 'Hudud' terdapat dalam al-Quran, antara lainnya di dalam ayat 187 dan 229 Surah al-Baqarah, ayat 13 dan 14 Surah al-Nisa’ serta ayat 1 Surah al-Talaq.
Jika al-Quran dibaca dengan betul maka sudah pasti akan didapati bahawa hukum Hudud terdapat dalam al-Quran, antara lainnya di dalam ayat 38 Surah al-Ma’idah (curi), ayat 33 Surah al-Ma’idah (hirabah), ayat 3 Surah al-Nur (zina) dan ayat 4 Surah al-Nur (qazaf).
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata di dalam portal berita Malaysia Kini pada 23 Ogos 2012 bahawa “orang yang menentang hukum yang ada di dalam al-Quran, dia terkeluar agama” dan “kalau pertikai Hudud itu sendiri, dia telah keluar agama”.
Begitu juga dengan Timbalan Penasihat Umum PAN, Abdul Ghani Samsudin, yang menyebut, pada 3 Januari 2013, bahawa kenyataan Tun bersabit “Hudud tiada dalam al-Quran” adalah “kenyataan salah yang perlu ditarik balik dan menggugat akidah umat Islam”.
Masalah Tun ialah Tun mempunyai kefahaman salah mengenai perkara ini di mana, di dalam ucapan Tun di Al-Azhar University pada 10 Mei 1998, Tun menyebut kononnya “hanya jika ucapan dua kalimah syahadah ditolak barulah seseorang itu terkeluar dari agama Islam”.
Tun juga nyata tidak mampu memahami perkara asas di dalam Islam dengan menyebut “Hadis Nabi termasuk dalam bahagian sunnah dalam Islam. Mengamal sunnah adalah baik dan mendapat pahala untuk akhirat. Tetapi jika tidak mengamalnya tidak berdosa.”
Malah, perkara yang sama turut pernah Tun nyatakan pada 26 Februari 2014 di mana Tun menyebut: “Ada gesaan bahawa yang sunat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan... Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu sama ada Hadis wajib dan mesti diterima.”
Sedih sekali melihat Tun tidak tahu membezakan antara 'Sunat' sebagai salah satu daripada hukum syarak taklifi yang lima dengan 'Sunnah' yang menjadi sumber syariat yang paling utama selepas al-Quran yang jika ditolak boleh menyebabkan seseorang itu murtad.
Masalah Tun juga ialah Tun suka mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum sedangkan aliran pemikiran liberal ini telah diputuskan sebagai sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 25-27 Julai 2006.
Hakikat bahawa Tun tidak memahami Islam jelas terlihat di dalam pengakuan Tun pada 23 Januari 2018 bahawa “sesungguhnya banyaklah perkara yang mengelirukan saya berkenaan agama Islam” dan “banyak lagi dari ajaran Islam dan amalannya yang mengeliru(kan) saya”.
Jika Tun memahami Islam sudah tentu Tun tidak akan mengakui bahawa banyak dari ajaran Islam dan amalannya yang mengeliru(kan) Tun dan sudah tentu Tun tidak akan bertanya “jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?”.
Tun juga mempunyai kefahaman salah terhadap ajaran Islam di mana Tun menyebut, pada 6 Februari lalu, “bukan kita nak ambik semua (ajaran Islam) masuk” yang bercanggah dengan ayat 208 Surah al-Baqarah mengenai kewajiban menerima Islam secara keseluruhan.
Ia juga berbeza dari kehendak majoriti umat Islam, yang tertera di dalam kenyataan Almarhum Tan Sri Prof Dr Ahmad Ibrahim, bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada umat Islam untuk melaksanakan seluruh tuntutan agama mereka.
Perkara ini malah sering ditegaskan kembali oleh pelbagai pemimpin Islam lain seperti oleh Pengerusi Kanun PAN, Mohamed Hanipa Maidin, yang menulis pada 12 Jun 2007 bahawa Perkara 11 ini adalah merangkumi pengamalan agama Islam secara syumul.
Malah Mahkamah Persekutuan dalam kes Sulaiman Takrib [2008], Fathul Bari Mat Jahya dan Anor [2012] dan ZI Publications Sdn Bhd dan Anor [2015] juga telah memutuskan bahawa perintah agama Islam adalah luas, iaitu meliputi 'akidah', 'syariah' dan 'akhlak'.
Disebabkan kefahaman Islam yang tidak betul inilah maka Tun tegar menghalang perlaksanaan syariat Islam sedangkan dapatan kaji selidik Merdeka Center pada 12 hingga 21 April 2014 menunjukkan 71 peratus responden Melayu menyokong hukum Hudud.
Begitu juga dengan dapatan kaji selidik terbaru Wan Saiful Wan Jan, yang kini merupakan Timbalan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar PPBM, yang menunjukkan 90 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat peningkatan keagamaan adalah bagus.
Baik bila Tun mengakui bahawa “kuasa memelihara pada setiap masa agama Islam ada pada Yang di-Pertuan Agong” tetapi penegasan Tun bahawa “Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat” bercanggah dengan kenyataan Tun sebelum ini.
Ini kerana, pada 20 Oktober 2015, Tun sendiri menegaskan: “Ianya benar bahawa Agong dan Raja-raja Melayu adalah Raja Berperlembagaan. Tetapi itu tidak bermakna bahawa mereka adalah pak turut semata-mata untuk mengesahkan semua tindakan Kerajaan.”
Penegasan Tun bahawa “Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat” juga membawa kita kembali kepada poin asal saya iaitu tiadanya kefahaman Islam yang betul pada diri Tun menyebabkan Tun sangat tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.
Ini kerana ia tidak akan membolehkan ikrar untuk “memeliharakan pada setiap masa agama Islam” yang dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong sekali gus bagi membolehkan peruntukan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dapat dilaksanakan dengan baik.
Kenyataan Tun bahawa “dalam al-Quran jika hukum sebat hendak dikenakan tentukan dahulu kesalahan” tidak memberikan apa-apa impak ke atas kenyataan Tun pada 19 Februari 2017 bahawa hukum sebat 100 kali dalam Islam akan menyebabkan kematian.
Kenyataan Tun mengenai hukum sebat ini malah diakui oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menunjukkan Tun mempunyai kefahaman salah terhadap ajaran Islam dengan berkata, pada 23 Februari 2017, bahawa ia “sama sekali salah dan tidak benar”.
Kenyataan Tun bahawa “Perdana Menteri diberi ramai penasihat, diantaranya ialah penasihat agama, bukan seorang tetapi ramai” tidak memberi apa-apa makna kerana selepas 22 tahun Tun menjadi Perdana Menteri pun mereka gagal mengubah pemikiran Islam Tun.
Saya hairan ke mana perginya ulama di dalam Pakatan Harapan (PH), bukan sahaja di dalam PPBM tetapi juga ulama di dalam PAN dan PKR, khususnya Ahmad Awang dan Dr Mohd Nor Monutty, sehingga langsung tidak berani menegur Tun di dalam soal ini.
Jika sewaktu Tun masih belum menjadi Perdana Menteri pun para ulama di sekeliling Tun di dalam PH sekarang sudah tidak berani menegur Tun di dalam soal ini, usah diharaplah mereka akan berani menegur Tun jika Tun menjadi Perdana Menteri nanti.
Kenyataan Tun bahawa bila saya menyoal kebetulan Islam Tun tentulah saya menganggap kebetulan Islam Datuk Seri Najib lebih betul dan beliau lebih layak jadi Perdana Menteri adalah tidak relevan kerana tulisan saya hanya membicarakan kelayakan Tun.
Saya tidak faham mengapa Tun terlalu defensif bila kelayakan Tun untuk menjadi Perdana Menteri dibicarakan dengan membandingkan kelayakan Tun dengan Datuk Seri Najib. Mengapa tidak dibandingkan dengan pemimpin PH lain atau PAS?
Walau apa sekalipun yang diperkatakan mengenai beliau, paling tidak Datuk Seri Najib tidak cuba berlagak pandai dengan membicarakan soal-soal agama di dalam cara yang boleh menyesatkan orang ramai seperti yang Tun didakwa lakukan oleh para agamawan.
Bila Tun tidak mengulas mengenai Manifesto PH langsung tidak menyebut sebarang komitmen untuk memartabatkan Islam sebagai agenda di dalam mana-mana satu daripada lima terasnya, 60 janjinya dan lima iltizam khususnya, ini bermakna ia betul. Semoga kita diberikan hidayah oleh Allah. - HARAKAHDAILY 2/4/2018\
Sumber HD - 2-4-2018
Sheikh Omar calon MB Johor DAP?
DALAM wawancara beliau dengan portal berita Malaysia Kini pada 27 Mac lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak yang juga Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu, merayu kepada DAP supaya tidak meletakkan calon Melayu di mana-mana kerusi Dun Perak.
Kata Ahmad Faizal kepada DAP, kalau mahu menang, kalau mahu undi Melayu, jangan letakkan calon Melayu di mana-mana kerusi Dun kerana jika itu dilakukan ia akan menghantar isyarat kepada pengundi Melayu bahawa DAP mahu ketuai kerajaan negeri.
Masalah yang dibangkitkan oleh Ahmad Faizal ini tidak terhad kepada Perak sahaja malah di negeri-negeri lain seperti Johor juga yang menyaksikan DAP muncul pemenang terbesar antara semua parti pembangkang bagi kerusi Dun Johor di dalam PRU 13, iaitu 13.
Apatah lagi bila Pengerusi DAP Johor merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, telah mengumumkan di dalam Konvensyen DAP Johor pada 11 Oktober 2015 lagi bahawa DAP perlu melengkapkan diri sebagai bakal pewaris Kerajaan Johor.
Jika dilihat kepada senarai nama kesemua 13 calon Dun DAP di Johor yang kesemuanya mencapai kemenangan di dalam PRU 13, maka akan didapati bahawa kesemuanya adalah bukan Melayu bukan Islam, dan tidak ada seorang pun adalah Melayu Islam.
12 daripada 13 Adun DAP Johor ini adalah berbangsa Cina, iaitu Adun N2 Jementah, Tan Chen Choon; Adun N6 Bekok, Lim Eng Guan; Adun N10 Tangkak, Ee Chin Li; Adun N12 Bentayan, Chua Wee Beng; Adun N19 Yong Peng, Chew Peck Choo; Adun N23 Penggaram, Gan Peck Cheng; Adun N28 Mengkibol, Tan Hong Pin; Adun N42 Johor Jaya, Liow Cai Tung; Adun N45 Stulang, Chen Kah Eng; Adun N46 Pengkalan Rinting, Cheo Yee How; Adun N48 Skudai, Boo Cheng Hau; Adun N52 Senai, Wong Shu Qi; dan Adun N55 Pekan Nenas, Yeo Tung Siong.
Satu daripada 13 Adun DAP Johor ini pula adalah berbangsa India, iaitu Adun N30 Paloh, Shanker A/L Rengganathan. Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mengumumkan seorang Melayu Islam, bekas ahli PAS yang menyertai DAP pada 20 Jun 2015 dengan diberikan jawatan Pegawai Khas Kepada Pengerusi DAP Johor, iaitu Sheikh Omar Ali, sebagai calon Dun N30 Paloh dari DAP.
Sekali gus isyarat yang dihantar kepada pengundi Melayu Johor, seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi PH Perak, ialah bahawa DAP mahu ketuai kerajaan negeri di Johor, dengan persepsi bahawa Sheikh Omar Ali adalah calon Menteri Besar Johor dari DAP.
Sheikh Omar Ali inilah yang dalam wawancara dengan lidah rasmi DAP, Roket Kini, pada 8 September 2015 membataskan urusan beragama kepada soal peribadi individu dengan menyebut, “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan tuhannya”.
Kita lihat sahaja sejauh manakah benarnya telahan Pengerusi PH Perak bahawa tindakan DAP meletakkan calon Melayu di mana-mana kerusi Dun di Perak, yang terpakai juga di negeri lain, akan menyebabkan pengundi Melayu tidak mengundi PH. Awal-awal lagi DAP dah tak hormat pandangan PPBM nampaknya. - HARAKAHDAILY 31/3/2018
Sumber HD - 31-3-2018
Ahmad dan Ghani tunduk mengalah kepada Tun M
PEMIMPIN PAN, termasuk Presidennya Mohamad Sabu dan Pengarah Hal Ehwal Syariahnya Zolkharnain Abidin al-Abyadhi, sering mencemuh PAS kerana kononnya mengamalkan politik takfiri dan suka melabelkan pihak yang tidak bersetuju dengannya.
Tidak mereka ketahui atau mungkin mereka lupa bahawa Penasihat Umum PAN Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Penasihat Umum PAN Ustaz Abdul Ghani Samsudin sendiri biasa memberikan atau mengongsi label buruk kepada pihak yang mereka tidak setujui.
Berdasarkan rekod, kedua-dua Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani yang merupakan mantan Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia diketahui amat kuat mengata Tun Dr Mahathir dengan beberapa kali menegur Tun Dr Mahathir dalam isu-isu membabitkan akidah atau syariah.
Antara lainnya, Ustaz Ahmad Awang menulis, pada 10 Mei 2008, mengenai “tindakan gila kuasa yang melampau Tun Dr Mahathir (yang meminda perlembagaan mengurangkan imuniti kuasa Raja-raja) seharusnya boleh dihukum pancung oleh Raja-raja Melayu”.
Ustaz Abdul Ghani pula antara lainnya mengongsi, pada 24 September 2012, kenyataan media Teras yang menyebut kekesalan Teras dengan kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan mengikuti Sunnah dan Hadis tidak wajib untuk menentu hukum Islam sekali gus menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai tersasar dalam pegangan akidahnya.
Ustaz Abdul Ghani juga menulis, sambil mengongsi video Tun Dr Mahathir menyebut “Hudud tiada dalam al-Quran”, pada 3 Januari 2013, mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa “Hudud tiada dalam al-Quran” ini dengan menyifatkannya sebagai “kenyataan salah yang perlu ditarik balik dan menggugat akidah umat Islam”.
Ustaz Abdul Ghani juga mengongsi, pada 19 Februari 2014, kenyataan media Mapim yang menyebut Tun Dr Mahathir dan Dr Kassim Ahmad sebagai mempunyai pemikiran sesat, sudah lanjut usia serta mungkin tidak mahu bertaubat dari pegangan yang sesat.
Ustaz Ahmad Awang juga menyebut, dan Ustaz Abdul Ghani mengongsinya, pada 19 Februari 2014, bahawa Tun Dr Mahathir berbohong apabila berkata para ulama di negara ini gagal melawan Dr Kassim Ahmad dengan hujah lalu melabelkannya ‘anti-hadis’.
“Boleh dihukum pancung”, “Tersasar dalam pegangan akidah”, “Penggugat akidah umat Islam”, “Mempunyai pemikiran atau pegangan sesat” dan “Pembohong” adalah label-label amat keras yang pernah diberi atau dikongsi oleh Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani.
Tun Dr Mahathir pula tidak diketahui pernah meminta maaf mahupun menarik balik pelbagai kenyataan yang menyebabkan beliau dilabel sebagai “Tersasar dalam pegangan akidah”, “Penggugat akidah umat Islam” dan “Mempunyai pemikiran atau pegangan sesat” ini.
29 Mac lalu, Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani merendahkan diri 'mengadap' Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana sehingga, menurut catatan Ustaz Abdul Ghani, mereka sanggup menunggu giliran untuk berbuat demikian.
Berdasarkan gambar ditunjukkan dan catatan Ustaz Abdul Ghani mengenai “mengukuhkan hubungan silaturahim”, tidak logik pertemuan itu bertujuan mendesak Tun Dr Mahathir meminta maaf mahupun menarik balik pelbagai kenyataan kontroversi beliau.
Tidak diketahui Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani pernah menegur Tun Dr Mahathir, mahupun pemimpin DAP, sejak mereka dan parti mereka, PAN, bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir dan parti beliau, PPBM, mahupun DAP.
Bila Penasihat Umum dan Timbalan Penasihat Umum PAN sendiri sudah tunduk mengalah kepada Tun Dr Mahathir dalam isu-isu membabitkan akidah atau syariah maka tidak hairanlah pemimpin PAN lain seperti Hanipa Maidin boleh lepas bebas. - HARAKAHDAILY 31/3/2018
Sumber HD - 31-3-2018
Hanipa: Akui silap, jangan asyik gembira
“DON'T worry be happy” (“Usah risau mari gembira”) umumnya adalah prinsip yang baik kerana kajian dalam bidang psikologi membuktikan bahawa kebimbangan berlebihan boleh membawa pelbagai masalah kepada diri seseorang individu, termasuk tekanan jiwa.
Bagaimanapun, mengguna pakai prinsip ini sebagai dalih untuk melarikan diri dari isu-isu penting yang dihadapi oleh individu tersebut sebenarnya adalah sikap yang tidak baik kerana apa yang diperlukan adalah untuk menanganinya secara terus supaya boleh “move on”.
Saya perhatikan inilah yang kerap dilakukan oleh Pengerusi Kanun PAN merangkap ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, bila beliau berada dalam keadaan tertekan ekoran kritikan masyarakat terhadap beliau, khususnya dalam isu-isu membabitkan agama.
Bila beliau berhadapan dengan kritikan masyarakat, termasuk saya, kerana kesilapan beliau mempertahankan ateisme akhir tahun lalu, itulah kaedah yang beliau guna untuk melarikan diri darinya, iaitu menulis “Don’t worry be happy” pada 29 dan 30 November 2017.
Hari ini beliau sekali lagi berhadapan dengan kritikan masyarakat kerana kesilapan beliau menyebut di Parlimen ungkapan kalau beliau tuhan beliau tidak akan jadikan atau akan hapuskan ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim, yang “menyusahkan orang saja”.
Jawapan mudah beliau di laman Facebook beliau hari ini adalah sekali lagi menggunakan “Don’t worry be happy” ini untuk menepisnya, ditambah dengan tuduhan kononnya pengkritik beliau “spin” ungkapan beliau itu untuk mengalihkan perhatian dari isu lain.
Kepada Hanipa, eloklah jangan kerap sangat bergantung dengan “Don’t worry be happy” ini untuk melarikan diri dari isu-isu penting yang dihadapi oleh beliau, khususnya isu-isu membabitkan agama, sebaliknya tanganilah ia dengan lebih serius seperti sepatutnya.
Sahabat beliau Mufti Perlis sendiri sudah menulis ungkapan beliau itu “secara langsung dan tidak langsung merendah penciptaan tuhan dan menafikan hikmah ciptaan-Nya” dan “sangat bahaya kepada akidah yang mengungkapnya jika dia sedar apa yang diucapkan”.
Saya tidaklah sekeras Mufti Perlis yang secara terus-terang meminta beliau “bertaubat dari ucapan itu”, cuma jika banyak pihak yang berwibawa menyebutkan beliau memang melakukan kesilapan maka buanglah ego dan akui sahajalah kesilapan itu dan “move on”. - HARAKAHDAILY 30/3/2018
Sumber HD - 30-3-2018
Apa fungsi Penasihat Umum PAN dan Timbalannya?
SEPANJANG bulan Mac ini terdapat tiga isu besar membabitkan kenyataan kontroversi dua pemimpin tinggi PAN, iaitu Naib Presiden PAN, Husam Musa, dan Pengerusi Kanun PAN, Hanipa Maidin.
Isu pertama adalah membabitkan kenyataan Husam Musa di Kuala Krai pada 3 Mac bahawa “haram undi PAS”. Isu kedua adalah membabitkan kenyataan Hanipa Maidin di Dewan Rakyat pada 7 Mac beliau “puas hati mati lawan BN”.
Isu ketiga adalah membabitkan kenyataan Hanipa Maidin di Dewan Rakyat pada 29 Mac kalau beliau tuhan beliau tidak akan jadikan atau akan hapuskan Datuk Seri Azeez Rahim.
Sepanjang wujudnya ketiga-tiga isu ini, Penasihat Umum dan Timbalan Penasihat Umum PAN, Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin, tidak diketahui mengeluarkan kenyataan bagi menyokong atau menegur pembuat kenyataan kontroversi tersebut.
Kedua-dua pembuat kenyataan kontroversi tersebut juga tidak diketahui mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan hasrat mereka untuk merujuk dan membincangkan kenyataan kontroversi tersebut dengan Penasihat Umum dan Timbalan Penasihat Umum PAN, khususnya selepas dikritik.
Di dalam isu kenyataan Hanipa Maidin kalau beliau tuhan beliau tidak akan jadikan atau akan hapuskan Datuk Seri Azeez Rahim, Hanipa Maidin, selepas dikritik, sekadar menyatakan bahawa sokongan melalui telefon ibu beliau adalah “lebih dari mencukupi”.
Tidak dibangkit langsung oleh beliau atau mana-mana pihak lain mengenai Penasihat Umum dan Timbalan Penasihat Umum PAN seolah-olah Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Samsudin ini tidak wujud atau mereka wujud tetapi tidak berfungsi. Wujud lagikah Penasihat Umum dan Timbalan Penasihat Umum PAN? - HARAKAHDAILY 30/3/2018
Hampir 90% ceramah Mat Sabu pada ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Guar Chempedak yang terletak di dalam negeri Jelapan Padi malam tadi adalah menyerang PAS. Itu tanda mudah bahawa di Kedah HARAPAN lebih takut PAS daripada UMNO.
Jika ada yang menyaksikan ceramah semalam, boleh lihat Mat Sabu berceramah seolah-olah kepada ahli PAS yang hadir kerana bahasa yang digunakan ditujukan kepada ahli PAS dan dia (Mat Sabu) merasai kehadiran ahli PAS pada ceramah itu.
Mat Sabu seolah-olah takut kepada bayang-bayang. Kenapa menyeru ahli PAS perlu undi HARAPAN kalau dah rasa Mahathir yang ada pada ceramah itu ada aura boleh tarik pengundi Melayu?? Serulah kepada ahli UMNO mungkin mereka yang hadi pada ceramah berkenaan??
Orang bodoh sahaja tak boleh berfikir mengenai situasi malam tadi.
Kedua.
Mat Sabu kononnya dedah ada rakaman audio mengenai Nik Abdul yang mengaku menerima wang UMNO. Dia sangat seronok macam Husam Musa nak bawa rakaman itu dianalisis di luar negara.
Kata Mat Sabu audio ini telah dihantar ke makmal City Universty di London, dikaji oleh seorang profesor di sana. Seorang pensyarah bahagian fonetik, bernama Allen Hirson. Husam juga mendedahkan kononnya si Allen Hirson telah mengendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan dengan mengecam suara orang.
Itu tak menarik. Yang menariknya Mat Sabu kata rakaman ini akan digunakan oleh Sarawak Report dalam kes pembelaan.
Sebelum ini Sarawak Report membuat pembelaan 50 muka surat tak ada pun berkenaan audio ini. Seakarang Mat Sabu dan Husam Musa akan bantu Sarawak Report.
Kalau orang ada akal akan berkata Sarawak Report sebelum ini tak ada hujahlah?
Patutlah Sarwak Report dalam pembelaannya 10 muka berkenaan pimpinan PAS kononnya kaya termasuk anak Abdul Hadi Awang, Ustaz Khalil ada motor besar.
Ini gambarnya
Rupanya Sarawak Report dengan penyokong HARAPAN sama bodoh sahaja. (baca di sini)
XOXO - Puak-puak kaki fitnah lebih takut akta Najib daripada ALlah taala walaupun Allah beri amaran. Pelik juga solat lebam dahi tapi fitnah mainan mulut...
Untuk tegak hujah Tuhan jadi sandaran itulah sikap jika agama sudah jadi mainan politik demi untuk mencapai cita-cita nafsu.
Tun Mahathir dalam ceramah pada himpunan Bersih di hadapan Parlimen menuduh DS Najib tidak lagi menyembah Tuhan. Najib sembah duit.
Apa yang Mahathir sebut ini adalah satu tuduhan yang amat berat sekali. Menyatakan Dato Seri Najib tidak sembah Tuhan dan menyembah duit adalah satu hujah yang keterlaluan dan melampau sama sekali.
Saya tak hairan dengan Mahathir ni, dia boleh kata apa sahaja pasal dia ni "bodoh' mengenai agamanya sendiri dan malangnya cerdik pandai agama yang bersamanya sudah jadi "ALIM BISU" kerana janji bantuan wang untuk PRU-14. Jadi saya pun tak hairan kalau ada pimpinan IKRAM yang bersama dengan PAN lebam dahi kerana sujud boleh jadi "bisu" dan bodoh.
Yang saya pelik ni si Hanipa Maidin.
"Kalau saya tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja. Sudah lama saya hapuskan kamu (Abdul Azeez). Sebab saya tak tuhan, tuhan jadikan juga orang macam kamu," kata Ahli Parlimen PAN Sepang, Hanipa Maidin di parlimen semalam.
Dia ingat Tuhan ni boleh buat kalau-kalau ke??
Mufti Perlis kata Muslim perlu berhati-hati dalam ungkapannya yang berkaitan dengan ketuhanan.
“Itu secara langsung dan tidak langsung merendah penciptaan Tuhan dan menafikan hikmah ciptaannya.
“Seakan apa yang Tuhan lakukan tidak tepat ataupun salah atau pun di sana ada cara yang lebih baik. “Ini sangat bahaya kepada akidah yang mengungkapnya jika dia sedar apa yang diucapkan. Hendaklah dia bertaubat,” katanyalagi.
Tapi tahu si Hanipa ni jenis keras kepala. Dia lawan orang tegur dia sebab dia rasa dia betul Tuhan pun silap buat Abdul Azeez.
"Tapi saya mohon maaf kerana saya tidak akan tarik balik kenyataan saya tersebut. My concscience is very clear (niat saya jelas).
"Ada juga minta saya bertaubat dan istighfar. Terima kasih kerana ingatkan saya. Taubat, is after all, an ongoing process anyway (taubat adalah proses yang bereterusan). katanya.
TAK TAHU HANIPA DARIPADA MAHATHIR atau Mahathir kena belajar dengan Hanipa pasal lawan Tuhan!!
XOXO - Parti yang bertuankan DAP menolak Islam cara penyelesaian masalah. Dulu bersama Islam sekarang bersama MALAYSIAN-Malaysian... sudah pasti syaitan suka dekati...
Persempadanan semula kawasan pilihan raya di Johor mungkin menyaksikan kedudukan BN menjadi lebih baik daripada pilihan raya umum yang lalu, dengan mengambil kira trend pengundian tidak berubah dan tiada tsunami Melayu anti-establishment.
Menurut analisis Malaysiakini, sempadan baru mungkin akan membantu kemenangan BN dengan majoriti besar di kerusi parlimen Muar dan Pulai serta kerusi DUN Mahkota dan Paloh.
Muar, Pulai dan Mahkota adalah kerusi di mana penyandangnya adalah dari Umno manakala penyandang DUN Paloh adalah dari MCA. Keempat-empatnya merupakan kerusi marginal bagi BN.
Sementara itu, sempadan baru mungkin menjejaskan kedudukan dua kerusi DAP - Pengkalan Rinting dan Pekan Nenas.
Secara keseluruhan, terdapat 19 daripada 26 kawasan Parlimen di Johor yang telah berubah sempadan - Pagoh, Ledang, Bakri, Muar, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sri Gading, Simpang Renggam, Kluang, Sembrong, Mersing, Tenggara, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pulai, Gelang Patah, Kulai, Pontian dan Tanjung Piai.
Sementara itu, 34 dari 56 kerusi DUN mempunyai sempadan baru - Bukit Serampang, Jorak, Gambir, Serom, Bentayan, Sungai Abong, Maharani, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Parit Yaani, Parit Raja, Semarang, Machap, Layang- Layang, Mengkibol, Mahkota, Paloh, Kahang, Endau, Tenggaroh, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Tanjong Puteri, Pengkalan Rinting, Skudai, Nusa Jaya, Bukit Batu, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nenas dan Kukup.
Di Muar, ekoran persempadanan semula itu, daerah pengundian Bandar Barat - kawasan majoriti Cina yang menjadi kubu pembangkang - berpindah ke kawasan Parlimen Bakri.
Ini mungkin akan memberi manfaat kepada penyandang MP Muar, Timbalan Menteri, Datuk Razali Ibrahim, yang mengekalkan kerusi beliau pada 2013 dengan majoriti tipis empat peratus.
Dengan mengandaikan semuanya kekal sama, Muar, tanpa Bandar Barat, boleh menggandakan undi majoriti Razali dan menyukarkan bagi lawannya - termasuk Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Di Pulai, lima daerah pengundian dipindahkan ke dua kawasan parlimen yang lain. Daripada lima, empat mempunyai majoriti pengundi Cina manakala daerah pengundian Ulu Ayer Molek adalah kawasan majoriti Melayu yang menyokong calon PAS pada tahun 2013.
Dengan mengandaikan semuanya kekal sama, MP Pulai dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed majoriti boleh naik sebanyak 57 peratus.
Dijangkakan persempadanan semula itu akan meningkatkan majoriti anggota exco negeri Datuk Md Jais Sarday untuk kerusi DUN Mahkota, di mana beliau mengetepikan calon PAS dengan hanya 1,108 undi pada tahun 2013.
Ini kerana daerah pengundian Padang Tembak, yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di mana BN menang dengan hanya 135 undi majoriti, telah dipindahkan dari kawasan pilihan raya Mengkibol.
Pada masa yang sama, tiga daerah pengundian dengan majoriti pengundi Cina - Kampong Paya Timor, Kampong Paya Barat dan Kampong Melayu Timor - yang berpihak kepada pembangkang pada tahun 2013, akan berpindah dari Mahkota ke Mengkibol.
Bagi Paloh, yang mana MCA menang dengan majoriti 103 undi pada 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memasukkan daerah pengundian Felda Kahang Barat ke kawasan pilihan raya itu, yang mana BN menang sebelum ini dengan majoriti besar.
Dengan mengandaikan semuanya kekal sama, MCA boleh memenangi Paloh sekurang-kurangnya dengan undi majoriti empat angka.
DAP mungkin hilang dua kerusi
Dalam pilihan raya lepas, Cheo Yee How dan Yeo Tung Seong dari DAP mengalahkan calon MCA masing-masing dengan 1,970 undi majoriti dan 2,669 undi majoriti di Pengkalan Rinting dan Pekan Nenas.
Selepas persempadanan semula, Pengkalan Rinting akan kehilangan lima daerah pengundian, iaitu Ulu Ayer Molek, Kebun Teh, Jaya Mas, Selesa Jaya dan Sri Sinding - dengan semua bahagian daerah pengundian bagi kerusi Parlimen Pulai dirombak.
DAP memperoleh 2,341 undi majoriti di lima daerah pengundian itu. Sekiranya majoriti dikecualikan, DAP mungkin kalah kepada MCA dengan majoriti 371 undi.
Mengenai kerusi DUN Pekan Nenas, SPR menambah daerah pengundian Parit Kudus dan Tanjong Ayer Hitam, dari kerusi DUN Pulai Sebatang. Kedua-dua daerah mengundi dengan majoriti pengundi Melayu berpihak kepada BN dengan memberi 1,065 undi majoriti pada pilihan raya umum lepas.
Sementara itu, EC memindahkan daerah pengundian Parit Mesjid dan Parit Mesjid Darat ke kerusi DUN Pulai Sebatang, di samping memindahkan dua lagi kawasan pengundian iaitu Jalan Rimba Terjun dan Kampong Duku ke kerusi DUN Kukup.
Kecuali daerah pengundian Parit Mesjid Darat dengan majoriti pengundi Melayu, tiga yang lain adalah kawasan majoriti kaum Cina. dengan DAP memperolehi majoriti 2,861 undi di situ.
Persempadanan semula itu mungkin menyaksikan DAP kehilangan Pekan Nenas dengan 1,257 undi majoriti.
Kerusi tunggal Amanah dalam bahaya
Sebaliknya, Parit Yaani, satu-satunya kerusi yang akan ditandingi AMANAH Johor, mungkin dalam bahaya yang lebih besar selepas persempadanan semula itu.
Mula-mula, Parit Yaani akan kehilangan daerah pengundian Taman Sri Saga yang bermajoriti pengundi Cina, kepada kerusi DUN Parit Raja sebagai pertukaran bagi daerah pengundian Parit Jambi yang bermajoriti pengundi Melayu dari kerusi DUN Semarang.
Pembangkang memenangi kawasan pengundian Taman Sri Saga dengan 571 undi majoriti manakala BN memperoleh Parit Jambi dengan 175 undi majoriti.
Dalam pilihan raya lepas, ketua AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan (gambar), yang ketika itu bersama PAS, hanya menawan Parit Yaani dengan 1,188 undi majoriti. Dengan persempadanan semula, undi majoritinya mungkin berkurangan kepada 445 undi majoriti, sekaligus meletakkan Aminolhuda dalam kedudukan bahaya kerana PAS boleh menyertai pertarungan tiga penjuru.
Sumber TKO - 30-3-2018
HAM: Tun M terkucil depan pemimpin PH
JANJI 26 Manifesto Pakatan Harapan (PH) menyebut komitmen PH untuk “menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia”. (Hak Asasi Manusia - HAM)
Janji 27 Manifesto PH pula menyebut komitmen PH untuk “menghapuskan undang-undang yang zalim” dan “memastikan media mempunyai kebebasan untuk menjalankan proses semak imbang terhadap pentadbiran(nya)”.
Termasuk di dalam komitmen PH pada Janji 27 ini ialah janji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Janji 56 Manifesto PH pula menyebut komitmen PH untuk “memimpin usaha menggubal Akta Keharmonian Nasional untuk menjamin kesaksamaan, menghapuskan diskriminasi dalam semua aspek, dan menjadikan penyebaran kebencian antara kaum dan agama sebagai satu jenayah, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan”.
Saya tertanya-tanya bagaimana mungkin seorang bekas Perdana Menteri yang seluruh rakyat, malah seluruh dunia, tahu mempunyai pandangan yang sangat negatif mengenai hak asasi boleh membiarkan PH yang beliau pengerusikan menjanjikan semua ini.
Begitu juga dengan keterlibatan Tun Dr Mahathir bersama-sama pemimpin PH yang lain untuk menentang Akta Berita Palsu yang sangat membingungkan kerana ramai yang tahu bahawa pengenalan Akta Berita Palsu ini adalah selari dengan pemikiran beliau.
Selewat 10 Januari 2015, Tun Dr Mahathir masih menulis mengenai betapa “Liberalisme Barat yang menghalal segala-galanya tidak akan menjadikan orang Melayu lebih mulia dan lebih berjaya” dan “umumnya budaya Barat yang mengutamakan hak individu lebih daripada hak orang ramai perlu ditolak”.
Begitu juga pada 29 April 2014 di mana Tun Dr Mahathir masih menulis mengenai betapa jika demokrasi mahu hidup maka mestilah ada batasan kepada kebebasan yang dianggap sebagai demokratik di mana “kebebasan bersuara, kebebasan media, demonstrasi dan mogok mesti dibataskan”.
Malah, pada 1 Ogos 2014, Tun Dr Mahathir dengan tegas menyebut masanya sudah tiba kita berhenti bercakap mengenai kebebasan media dan akui bahawa media, termasuk internet, perlu ditapis kerana apa saja kebebasan akan sentiasa terbuka kepada penyalahgunaan.
Begitu juga pada 17 Februari 2013 di mana Tun Dr Mahathir dengan tegas menyebut beliau tidak kisah jika kerajaan menapis media alternatif kerana kebebasan yang ditawarkan oleh media alternatif menyebabkan pembohongan boleh dibuat untuk kelihatan seperti kebenaran manakala kebenaran pula boleh dibuat untuk kelihatan seperti pembohongan.
Mengenai Akta Hasutan 1948, Tun Dr Mahathir menentang sebarang cubaan untuk memansuhkannya di mana di dalam tulisan beliau pada 30 Jun 2014 beliau menyebut “apabila Akta Hasutan digugur maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut”, “rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia”, dan “kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara”.
Mengenai Akta Keharmonian Nasional, Tun Dr Mahathir menentang sebarang cubaan untuk memperkenalkannya di mana di dalam tulisan beliau pada 12 Jun 2014 beliau menyebut “apabila National Harmony Bill dilulus maka DEB tidak boleh dilaksanakan lagi”, “ini bermakna negara akan amal meritokrasi”, “ia akan mengekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang terdapat sekarang”, dan “(ia) akan hapuskan saki-baki dari usaha mengimbangkan ekonomi antara kaum”.
Adalah satu perkara yang sangat memalukan bila seorang pemimpin besar seperti Tun Dr Mahathir boleh terkucil di depan pemimpin PH lain sekali gus membiarkan maruah beliau dirobek-robek oleh mereka yang terus sahaja membakulsampahkan segala pandangan beliau mengenai semua perkara yang begitu dekat di hati beliau ini. Masih ada maruahkah Tun Dr Mahathir ini? - HARAKAHDAILY 29/3/2018
Laporan akhir persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk semenanjung dan Wilayah Persekutuan dibentangkan di parlimen hari ini. Tetapi apa maksud sebenarnya buat pengundi biasa?
Selain pengundi terpaksa menyemak semula lokasi mengundi untuk pilihan raya umum akan datang, persempadanan semula juga telah mengubah nilai undi masing-masing.
Tidak jumlah pengundi satu kawasan itu, sama ada 10,000 atau 100,000 orang, tiap kawasan akan tetap memilih seorang wakil rakyat sahaja.
Amalam itu dilakukan setiap 10 tahun dengan alasan supaya jumlah pengundi setiap kawasan mempunyai jumlah pengundi yang lebih seimbang.
Bagaimanapun, kadang kala proses ini disalah guna untuk kepentingan sebelah pihak.
Malaysiakini akan membawa anda menyorot perubahan sempadan yang dicadangkan SPR dalam laporan ini.
Kami juga akan menunjukkan bagaimana ia boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) serta bagaimana pengundi boleh menyemak sama ada amalan itu menjejaskan mereka.
Bagaimana bentuk kawasan pilihan raya di Malaysia?
Terdapat keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dalamnya terdapat dua hingga enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam setiap DUN ada beberapa daerah mengundi yang antara empat tempat bagi kawasan kecil sehingga 20 tempat bagi kawasan besar.
SPR boleh mengubahnya di setiap peringkat.
Apa SPR boleh buat?
Di peringkat pusat, SPR boleh memindahkan atau menukar kerusi DUN dari satu parlimen ke parlimen lain, mengubah komposisi sesebuah kerusi, populasi pengundi dan malah kecenderungan politik.
Perkara sama boleh dibuat di peringkat DUN dengan memindahkan pusat mengundi dari satu kerusi ke kerusi lain. Bentuk perubahan ini lebih sukar untuk dikesan semata-mata berdasarkan bilangan pusat pengundian.
Sebagai contoh, di Selangor sahaja ada 946 pusat mengundi.
Satu lagi perubahan, yang jarang berlaku, dengan memecahkan satu pusat mengundi kepada dua dan meletakkannya dalam kawasan berbeza.
Selain itu, SPR juga boleh menggabungkan pusat mengundi dari kawasan berbeza dan meletakkan di satu kawasan.
SPR juga boleh mengubah nama kawasan atau pusat mengundi.
Apa yang SPR buat?
Persempadanan semula kami ini agak unik kerana tidak melibatkan penambahan jumlah kerusi parlimen, yang memerlukan pindaan perlembagaan dan sokongan dua pertiga anggota Dewan Rakyat.
Seperti yang kita tahu, BN tidak lagi mempunyai suara sebanyak itu di parlimen.
Bagaimanapun, SPR telah menggariskan semula sempadan pilihan raya di 222 kerusi parlimen, yang hanya memerlukan sokongan majoriti mudah dalam parlimen.
BN dengan mudah dapat mengalahkan pembangkang apabila pengundian dibuat.
Perkara itu telah berlaku di Sabah dan Sarawak tetapi tidak semenanjung kerana BN tidak menguasai tiga negeri dan majoriti dua pertiga anggota Dewan Rakyat.
Perubahan di peringkat persekutuan
Semakan terhadap laporan persempadanan semula menunjukkan sekurang-kurangnya 14 kerusi parlimen diubah dengan memindahkan DUN antara kawasan parlimen.
Di Perak misalnya, kerusi Sitiawan (dinamakan semula sebagai Astaka) bawah parlimen Lumut dipindahkan ke kawasan parlimen Beruas.
Dalam pilihan raya umum lalu, Lumut mempunyai tiga DUN – Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. PKR menang di parlimen Lumut dengan 8,168 undi.
Bagaimanapun, kebanyakan undi PKR datang dari Sitiawan, yang DAP menang dengan jumlah besar 11,820 undi. Pembangkang kalah di Pasir Panjang dan Pangkor.
Justeru, tanpa Sitiawan, pembangkang kemungkinan besar akan kecundang di Lumut.
Di Kelantan, kerusi DUN Chetok di Pasir Mas ditukar dengan Meranti di Rantau Panjang
PAS menang di Pasir Mas dengan 8,047 undi manakala di Rantau Panjang pula dengan majoriti 6,276 undi.
Dengan memindahkan Meranti (PAS menang 3,933 undi) dengan menggantikannya dengan Chetok (PAS menang 1,985 undi), Rantau Panjang akan menjadi kerusi lebih marginal. Sementara Pasir Mas yang sudah sedia selamat akan lebih menjanjikan kemenangan pada parti itu.
Di Selangor terdapat perubahan di l0 kawasan parlimen.
Kawasan-kawasan itu adalah Hulu Langat, Serdang (dinamakan semula sebagai Bangi), Puchong, Kelana Jaya (Subang), Petaling Jaya Selatan (Petaling Jaya), Petaling Jaya Utara (Damansara), Subang (Sungai Buloh), Kapar, Klang dan Kota Raja.
Berikut ringkasan perubahan itu:
Beberapa DUN terlibat diberi nama baru, iaitu Bangi (ditukar kepada Sungai Ramal, Damansara Utama (Bandar Utama), Sungai Pinang (Bandar Baru Klang), Kota Alam Shah (Sentosa) dan Sri Andalas (Sungai Kandis).
Pulau Pinang hanya satu-satunya negeri yang tidak mempunyai perubahan sama ada di peringkat DUN atau parlimen.
Perubahan DUN
Kerusi DUN boleh diubah dengan memindahkan kawasan mengundi.
Terdapat 6,125 pusat mengundi di semenanjung dan Wilayah Persekutuan. Ratusan perubahan telah dibuat, menjadikan mustahil disenaraikan semula dalam laporan ini.
Bagi menggambarkan perubahan itu, contohnya dalam dilihat di DUN Bukit Selambau di Kedah, yang dimenangi PKR dengan hanya 530 undi.
SPR memutuskan memindahkan pusat mengundi Taman Ria Jaya (dimenangi PKR dengan 905 undi) ke DUN bersebelahan, Sidam.
Ia bukan sahaja menghapuskan majoriti PKR tetapi memberi kelebihan 375 undi kepada BN.
Di Johor, DAP kalah tipis 103 undi di Paloh.
SPR memindahkan Felda Kahang Barat ke Paloh. Felda itu menyaksikan BN menang dengan 1,279 undi.
Pusat mengundi itu pada asalnya dari kawasan bersebelahan Kahang, yang BN menang selesa 7,801 undi.
Perubahan pusat mengundi
Penggabungan dan pemecahan pusat mengundi jarang dibuat tetapi semakan laporan persempadanan semula yang dilihat Malaysiakini menyaksikan ia berlaku di sesetengah tempat.
Di pusat mengundi Pak Sabah, Terengganu, dalam DUN Rantau Abang (PAS menang 141 undi), mempunyai 1,887 pengundi.
Berdasarkan Google Maps, pusat mengundi melibatkan dua kampung, iaitu Kampung Che Lijah dan Kampung Pak Sabah.
SPR memindahkan 1,163 daripada 1,887 pengundi di Pak Sabah ke Sura Gate, pusat mengundi di DUN Sura.
Susulan Pak Sabah hanya melibatkan pengundi dari Kampugn Che Lijah, ia diberi nama baru pusat mengundi Che Lijah.
Perubahan di peringkat ini sukar dianalisis kerana pengundi Che Lijah dan Pak Sabah membuang undi di peti yang sama dalam pilihan raya umum lalu.
Mustahil untuk diketahui tentang kecenderungan pengundian di kawasan itu.
Bagaimanapun, secara keseluruhan, 59.87 pengundi di kawasan itu cenderung kepada PAS. Mengandaikan 1,163 pengundi dipindah keluar dan akan mengundi dengan dengan cara yang sama, PAS akan hilang 700 undi.
Memang di Rantau Abang dengan majoriti tipis 141 undi, pemindahan itu boleh membuatkan PAS kalah kali ini.
Bagaimana perubahan ini pengaruhi keputusan PRU14?
Kesemua kiraan di atas berdasarkan keputusan pilihan raya umum lima tahun lalu dan sempadan pilihan raya baru.
Bagaimanapun, dengan faktor-faktor baru menjelang PRU14, sempadan baru pilihan raya akan mengukuhkan lagi kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak, BN dan pembangkang.
Sebagai contoh, jika sokongan tidak berubah, pertembungan tiga penjuru dengan sempadan baru pilihan raya akan menyebabkan Pakatan Harapan dan PAS kalah teruk.
Sebaliknya, jika “tsunami Melayu” menyebelahi HARAPAN, seperti dijanjikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), akan memakan diri BN.
Kamu terjejas atau tidak? Malaysiakini menyediakan sistem untuk pengundi menyemak sama ada kawasan anda dipindahkan atau tidak. Ia dijana dengan data-data dari laporan persempadanan semula yang dibentangkan di parlimen hari ini.
SUNGGUH melucukan sekali mendengar hujahan Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, yang menentang kuat persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Asas yang beliau gunakan untuk berbuat demikian, dan untuk mencabar Ahli-ahli Parlimen dari MCA, MIC dan Gerakan supaya turut menentang persempadanan semula kawasan pilihan raya ini, adalah kerana ia akan mengubah beberapa kerusi Parlimen yang sebelumnya adalah kawasan campuran menjadi kawasan majoriti Melayu.
Empat contoh yang beliau berikan ialah kerusi P74 Lumut yang kini memiliki 71 peratus pengundi Melayu berbanding 51 peratus sebelumnya, kerusi P107 Sungai Buloh (sebelumnya P107 Subang) yang kini memiliki 64 peratus pengundi Melayu berbanding 47 peratus sebelumnya, kerusi P109 Kapar yang kini memiliki 69 peratus pengundi Melayu berbanding 51 peratus sebelumnya, dan kerusi P124 Bandar Tun Razak yang kini memiliki 58 peratus pengundi Melayu berbanding 53 peratus sebelumnya.
Bukankah sebelum ini para pemimpin PH, termasuklah Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, Presiden PAN, Mohamad Sabu, dan Ketua Setiausaha PH dari PKR, Datuk Saifuddin Abdullah, sendiri yang giat mewarwarkan kononnya Tsunami Melayu yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir akan memenangkan PH dalam PRU 14?
Kalau sudah pasti yang Tsunami Melayu yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir akan memenangkan PH dalam PRU 14 kenapa pula perlu takut dengan pertambahan kerusi majoriti Melayu dan kenapa pula perlu diheret Tun Dr Mahathir turun berdemo bagi menentang persempadanan semula kawasan pilihan raya pagi semalam?
Atau apakah para pemimpin PH ini sekadar sembang saja lebat untuk menipu rakyat kononnya PH boleh menang dalam PRU 14 sedangkan mereka sendiri sebenarnya tahu Tsunami Melayu ini tidak wujud?
Lebih melucukan ialah bila Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, bangun menegur Dr Ong Kian Ming kerana sekadar membaca teks ucapan yang disediakan lebih awal sahaja dengan berkata “Baca macam budak sekolah saja". - HARAKAHDAILY 29/3/2018
PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR Tian Chua hari ini memberi amaran cadangan persempadanan semula yang dibentangkan di Dewan Rakyat akan mewujudkan kerusi “super Cina” dan “super Melayu” di Kuala Lumpur jika ia diluluskan, manakala pengundi India akan dipinggirkan.
Beliau berkata secara tradisinya, pengundi India berada di hampir 11 kawasan di ibu negara.
“Tetapi sekarang, contohnya, pengundi India akan ditempatkan di Segambut di mana kebanyakan pengundi Cina berada di sana, dan kerusi itu akan dimenangi DAP.
“Pengundi India yang mengundi Barisan Nasional (BN) tidak mampu memberi impak. Suara mereka akan disenyapkan,” katanya.
Naib presiden PKR berkata dengan persempadanan semula pilihan raya di Kuala Lumpur, orang Cina akan dipindahkan ke kubu kuat DAP sementara orang Melayu akan dikumpulkan dalam kawasan pilihan raya yang dipegang PKR.
“Sempadan dibahagikan berdasarkan bangsa. Ia tidak betul,” katanya.
Kerusi PKR terletak di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Batu. BN memegang 2 kerusi Parlimen di Setiawangsa dan Titiwangsa. Yang lain pula dipegang DAP.
“Ia sangat tidak adil dan memberikan kelebihan kepada BN,” kata Tian Chua merujuk kepada pengundi Melayu yang akan dikumpulkan di kawasan pilihan raya yang dipegang PKR.
Sebagai contoh, beliau berkata pengundi Bukit Aman berpindah ke Lembah Pantai dan ini mengakibatkan kemasukan undi pos ke kawasan itu.
Pengundi Cina di kubu kuat DAP
Tian Chua berkata pengundi Cina di kawasannya, Batu juga akan dipindahkan ke Kepong.
“Pengundi Cina Lembah Pantai akan dipindahkan ke Seputeh manakala pengundi Cina dari Bandar Tun Razak dipindahkan ke Cheras,” katanya.
Sementara itu, pengundi Cina dari Titiwangsa akan dipindahkan ke Segambut.
Secara tradisinya, Kepong, Cheras, Seputeh dan Segambut merupakan kubu kuat DAP.
“Dengan pengaturan ini, suara kaum India akan menjadi tidak relevan, terutama yang diletakkan di kawasan DAP,” kata Tian Chua.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan usul mengenai kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Dewan Rakyat, walaupun ahli Parlimen pembangkang menyertai ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar untuk membantah usul itu dibentangkan.
Penunjuk perasaan berkata ada satu tindakan undang-undang yang belum selesai serta kesilapan prosedur di pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.
Sumber TKO - 28-3-2018
DAP kuasai M'sia: Ramalan Tun M jadi kenyataan?
TUN Dr Mahathir dan ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain sering menyebut bahawa DAP tidak akan mampu untuk menguasai kerajaan jika PH menang di dalam PRU 14.
Inilah yang Tun Dr Mahathir nyatakan sewaktu diasak oleh saya di dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 khamis lalu dan inilah juga yang dinyatakan oleh pengkagum beliau dalam Facebook saya.
Alasan mereka adalah kerana jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP di dalam PRU 14 tidak akan lebih banyak daripada gabungan kerusi PKR, PPBM dan PAN.
Satu lagi alasan mereka adalah kerana pemimpin PH telah bersetuju sejak 8 Januari lalu bahawa calon Perdana Menterinya adalah Tun Dr Mahathir, bukan pemimpin DAP.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir dan para penyokong beliau mungkin sudah lupa bahawa soal ini sebenarnya sudah dijawab oleh beliau sendiri di dalam satu tulisan beliau pada 13 Mac 2014.
Di dalam tulisan ini, Tun Dr Mahathir menepis pandangan yang menyatakan bahawa Cina yang menjadi minoriti tidak akan mampu untuk menguasai Malaysia sebagaimana Cina menguasai Singapura.
Kata Tun Dr Mahathir: “Menjadi Perdana Menteri secara fizikal adalah tidak perlu. Jika Perdana Menteri berada di bawah kawalan DAP maka ia akan menjadi sebuah kerajaan yang didominasi oleh Cina.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Physically holding office is not necessary. If the Prime Minister is totally under the control of the DAP then it would become a Chinese dominated Government.”)
Kata Tun Dr Mahathir lagi: “Hari ini Melayu terbahagi kepada tiga buah parti. Untuk mana-mana parti menang, sokongan Cina adalah penting. Parti-parti Melayu bergantung kepada undi Cina untuk menang. DAP melihat ini sebagai satu peluang untuk memilih parti Melayu mana akan menang.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Today the Malays are divided into three parties. For any party to win, Chinese support is essential. The Malay parties have become dependent on Chinese votes to win. The DAP sees this as an opportunity to choose which Malay party should win.”)
Tambah Tun Dr Mahathir: “Mereka (pemimpin DAP) percaya bahawa Pakatan mereka akan menang cukup kerusi (di dalam PRU 13) untuk membentuk Kerajaan. Ia akan menjadi Kerajaan yang tunduk kepada DAP kerana jika DAP keluar maka Pakatan akan tumbang.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “They (DAP leaders) believed that their Pakatan would win enough seats (in the 13 GE) to form the Government. It would be a DAP subservient Government because if it (DAP) leaves the Pakatan it will fall.”)
Bagaimanapun, kata Tun Dr Mahathir lagi, walaupun kalah di dalam PRU 13, DAP tetap tidak berputus asa (the DAP is not about to give up): “Akan ada peluang lain di dalam PRU 14. Jika kecenderungan ke arah kemerosotan sokongan terhadap BN berterusan, ia mungkin menyebabkan visi DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi akan terlaksana. Malaysia akan menjadi seperti Singapura.”
(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “There will be another opportunity in the 14th General Election. If the trend toward declining support for BN continues, it may result in the DAP vision of Chinese dominance in politics as well as the economy being realised. Malaysia will be like Singapore.”)
Sama-samalah kita nantikan apakah ramalan Tun Dr Mahathir bahawa visi DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi, dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura, selepas PRU 14 akan terlaksana atau tidak.
Paling sadis dan ironis sekali adalah hakikat bahawa, jika ramalan Tun Dr Mahathir ini menjadi kenyataan, ia sebahagian besarnya adalah berpunca daripada saham yang disumbangkan oleh beliau sendiri. Semoga Tun Dr Mahathir tidak lupa ramalan beliau ini. - HARAKAHDAILY 28/3/2018
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,, Malam Semalam TV 3 suku memaparkan berita Najib melawat sebuah sekolah pondok tahfiz di Jitra Kedah sambil menyampaikan bantuan kepada sekolah tersebut,Najib juga mengumumkan bantuna kepada sekolah sekolah pondoh/Tahfiz serta mengumumkan peruntukan untuk membaikpulih masjid masjid di Kedah.Dalam ucapannya Najib mengajak rakyat mengamalkan wasatiah dalam kehidupan seharian.Yang saya tak dengar ialah ucapan untuk mengajak rakyat kembali kepada kehidupan yang dikawal sepenuhnya oleh Islam, atau bercarahidup dengan carahidup Islam.Tidak kedengaran Najib bercakap pasal mematuhi hukum ALLAH, tidak ada langsung pengakuan Najib untuk menyokong RUU 355.
Lantaran itu , saya berpendapat ajakan Najib kepada Wasatiyah hanyalah cubaan Najib memancing rakyat sambil menabur umpan kebendaan yang selama ini digunakan setiap kali PRU oleh Umno sejak zaman Mahathir lagi.Tiada keikhlasan dari tindakan Najib tersebut.
Untuk itu, sebagai peringatan marilah kita mengambil peringatan akan apa yang pernah disebut oleh Prof Dr.Redzuan Tee Abbullah yang mengatakan kemuncak perjuangan Islam ialah menyokong RUU 355.Jadi selagi Najib atau sesiapa jua pun tidak mahu menyatakan pendiriannya pasal RUU 355, tak usah peduli apa saja yang mereka kata dan janji.
\
Wasatiah yang Najiib anjurkan tidak meletakkan dia kepada perjuangan Islam lagi dan perkara ini amat mudah difahami.Najib mahu kekalkan kuasanya pada ketika umat Islam semakin sedar kekurangan Islam dalam negara dan terdapat sekelompok kecil umat Islam yang mahukan liberal sejagat menolak sekular yang diamalkan Najib,maka Najib perlu mencari sokongan di kalangan umat Islam yang semakin sedar ini, lantaran wasatiah digunakan untuk tujuan mengkaburi mata umat Islam.
Jangan tertipu dengan wasatiah sama jangan tertipu dengan dakyah tokong yang sama sama didengari sekarang.
Sumber TKO - 28-3-2018
PAN parti yang gagal: Malaysia Date Line
SAYA sebenarnya merasa sangat kasihan dengan PAN yang tidak habis-habis dikritik dan diperlekehkan oleh bukan sahaja lawan tetapi juga rakannya.
Terbaharu adalah rencana yang termuat di dalam portal berita Malaysia Date Line yang selama ini diketahui sering menyiarkan laporan yang menyokong parti politik itu.
Rencana bertajuk “PAN perlu ‘move on’” yang mengulas
buku Ahmad Lutfi Othman, “PAN: Cabaran, halangan dan potensi sebagai parti Islam berpengaruh, berintegriti”, ini menulis mengenai kegagalan PAN dengan di antara lainnya menyebut:
● PAN tidak mampu menjelaskan dan menghidupkan ciri-ciri 'generasi politikal Islam kedua’ yang dilaung-laungkan.
● PAN gagal menunjukkan keutamaan yang lebih utama ketika ini berbanding hudud yang dikatakan bukan satu keutamaan.
● PAN yang ada pada hari ini masih gagal membentuk ideolog tersendiri, dan terikat dengan peribadi tokoh pemimpin PAS.
Malah, turut disebutkan juga hujah berulang kali Ahmad Lutfi, sama seperti hujah saya sebelum ini, mengenai kedemokratikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Apakah munasabah PAN selaku sebuah parti yang gagal ini boleh mencatatkan kejayaan di dalam pilihan raya seperti yang dilaungkan oleh pemimpinnya? - HARAKAHDAILY 27/3/2018
TV3 suku sudah masuk gear 5, Hampir setiap malam menunjukkan gambar Najib berbakti kepada rakyat.Dalam masa berbakti tiu, Najib juga mula secara perlahan lahan serang PH.Tapi peliknya PH macam biasa juga sibuk meyerang PAS.Sibuk dengan rakaman audia Nik Abduh dan anak derhaka yang bertujuan melemahkan PAS tetapi membiarkan Najib berleluassa di TV 3 suku menyerang mereka dan menampilkan imej cakna rakyat.
Imej cakna rakyat dan menyerang musuh sudah dilakukan Mahathir sepanjang menguasai Malaysia. Di zaman Mahathir TV3 suku digunakan untuk menyebarkan imej cakna rakyat dan menyerang PAS tapi kali ini TV3 digunakan Najib untuk menyerang PH.Menariknya tak ada mana mana pihak dari PH tampil melawan sehingga menjadikan Najib macam bebas pula setiap malam menyerang PH.
Najib tak perlu bersusah payah membuat video dan mereka cerita seperti semasa PRU 13 dulu sebab tugas membuat video ini sudah diambil alih oleh PH dan ianya memudahkannya serangan bertubi tubi Najib kepada PH.
PH dakwa Najib songlap duit rakyat sehingga negara hampir bangkrap tapi Najib pula berjalan berjumpa rakyat dengan berbagai bagai bantuan dan peruntukan pembangunan menjelang PRU.PH kata kerajaan sudah ketiadaan wang tapi Najib baru saja merasmikan penempatan semula nelayan di Tangjung Dawai dengan rumah baru yang berharga lebih 50 ribu sementara nelayan hanya perlu membayar RM150.00 sebulan selama 30 tahun dan dicampur dengan elauan bulanan yang kerajaan beri RM200.00 sebulan maka sebenarnya rumah tiu diperolehi percuma sahaja oleh nelayan.Mana mungkin kerjaan tak ada duit kalau boleh buat macam ni? Malah Najib dengan bangganya bertanya mana ada kerajaan dalam dunia buat macam ni?
Najib nak tipu rakyat tetapi PH pula sibuk nak tipu rakyat mengenai rakaman audio Nik Abduh terima wang umno dan anak derhaka.Beria ia macai tokongnya bercakap pasal rakaman itu tetapi buat selambanya jer bila Najib datang kepada rakyat mendakwa benda benda karut macam tu.Kata nak lawan Umno tapi yang jadi mangsa PAS. Sehingga tak senang duduk diam dibuatnya.Ada berita diputar belitkan dan dengan pantas pemimpin pemudanya bingkas mengutuk PAS sedangkan dalam hal Najib yang nak ditangkap PH, boleh mereka buat selamba jer!
Najib dah mula galak menyerang PH tetapi PH masih terpinga pinga cari salah PAS.Macam ni ker nak tawan Putra Jaya.Apakah dengan mendakwa prof kangkung terkuncil depan Mahathir boleh bawa PH ke Purta Jaya?
Sedangkan BN dan Najib sedang bebas mempermainkan PH di TV 3 suku!
Sumber TKO - 27-3-2018
Tun M akui jadi patung kepada DAP
SETELAH Tun Dr Mahathir menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53 khamis lalu, saya menggunakan ruang itu untuk menanyakan beliau mengenai persepsi bahawa, dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan (PH) serta hanya akan menjadi patung (puppet) kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP di dalam PH. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir, di dalam jawapan beliau, menafikan perkara ini.
Di dalam tulisan saya pada 21 Februari lalu, saya telah menulis mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir sehari sebelumnya bahawa, di dalam menyiapkan Manifestonya, “Kita (PH) tidak terikat dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya itu tidak dapat dilaksanakan oleh kita apabila kita menerajui kerajaan” kerana, kata beliau, “Dana kerajaan mungkin tidak boleh menampung janji-janji yang keterlaluan”.
Saya menulis bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir ini adalah indikasi kepada perbalahan lebih besar dalam PH dengan menunjukkan contoh perbalahan antara beliau, yang mempertahankan pengenaan tol di Lebuhraya Utara-Selatan dan di Jambatan Pertama Pulau Pinang di dalam satu sesi bual bicara mengenai dasar PH pada 10 Januari 2018, dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang disokong oleh pemimpin DAP lain seperti Dr Ong Kian Ming dan V Sivakumar, yang berjanji untuk menghapuskan tol ini.
Bila Manifesto PH dilancarkan pada 8 Mac lalu, saya sendiri merasa sangat terkejut kerana mendapati bahawa, di sebalik penentangan keras Tun Dr Mahathir ke atasnya, janji untuk menghapuskan tol ini turut terkandung di dalam Janji 6-nya, “Menghapuskan kutipan tol”. Saya bagaimanapun tidak mahu mengulasnya ketika itu kerana mahu menunggu ulasan Tun Dr Mahathir ke atasnya terlebih dahulu dan hari ini ulasan Tun Dr Mahathir ini telah ada di dalam laporan akhbar Straits Times Singapura pada 25 Mac.
Di dalam laporan ini, Tun Dr Mahathir menyebut mengenai betapa beliau kadang-kadang merasakan PH tidak akan mampu untuk memenuhi janji-janji yang terkandung di dalam manifestonya dengan menyebut mengenai kewujudan parti di dalam PH yang bersifat “very socialistic” yang suka memberi benda kepada rakyat. Kata Tun Dr Mahathir, walaupun beliau sendiri memaklumkan kepada pemimpin ini bahawa perkara seperti penghapusan semua tol ini tidak boleh dilakukan, tetapi kerana mereka mahu populariti maka janji ini tetap dimasukkan juga di dalam Manifesto PH.
Sungguh saya tergelak besar membaca pengakuan Tun Dr Mahathir ini kerana, antara keempat-empat parti di dalam PH, hanya DAP sahaja-lah yang mengisytiharkan di dalam laman rasminya bahawa ia adalah sebuah parti “Sosialis demokratik atau demokrat sosial”, yang menjadi ahli kepada Sosialis Antarabangsa (SI) dan yang memperjuangkan “kesamarataan” yang, mengikutnya, membawa erti “Tentangan terhadap eksploitasi dan hak dan keistimewaan mereka yang mengawal kuasa ekonomi dan politik”.
Tidakkah pengakuan Tun Dr Mahathir di dalam akhbar Straits Times Singapura ini adalah satu indikasi kepada kenyataan saya di depan beliau sendiri di dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu, malah di dalam kenyataan lain juga, bahawa beliau tidak akan mampu menguasai PH serta hanya akan menjadi patung (puppet) kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP di dalam PH? Ini baru isu tol, belum lagi dibangkitkan dominasi DAP di dalam pelbagai isu lain Manifesto PH.
Bandingkan sahaja ketundukan Tun Dr Mahathir kepada DAP ini dengan ketegasan beliau kepada MCA bila Adun MCA mengugut untuk meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan tindakan Kerajaan Selangor meluluskan pindaan ke atas salah satu enakmen Islam Kerajaan Selangor pada tahun 1989 di mana jawapan tegas beliau adalah: Kalau Adun MCA nak letak jawatan silalah letak jawatan, tetapi kalau MCA nak bertanding balik di kerusi itu Umno tak akan sokong calon MCA dan MCA juga tak boleh guna lambang BN. Akuilah sahaja bahawa Tun Dr Mahathir sudah terlalu lemah untuk jadi Perdana Menteri. - HARAKAHDAILY 27/3/2018
Kemesraan jelas terbayang di dalam senda gurau aras tinggi antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong.
Semua “perkelahian” antara DAP dan MCA hanyalah satu “drama bersiri” politik yang beragenda. Satu parti mengasak dari dalam manakala parti yang lain menekan dari luar.
Tujuan dan objektif tetap sama - menjaga kepentingan/maslahat bangsa dan etnik sendiri.
Umum hampir tidak penah mendengar kedua-dua parti ini bertengkar sesama sendiri dalam perkara-perkara melibatkan kepentingan pendidikan, bahasa, budaya, ekonomi, politik dan survival bangsa Cina di Malaysia.
Semuanya hanyalah lakonan dan retorika politik yang memperdayakan. Kaedah, teknik dan metodologi mengekalkan pengaruh masing-masing mungkin berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama.
Sama ada DAP atau MCA menjadi dominan dalam medan politik, tidak ada kepentingan atau prinsip yang terjejas atau tergadai. masing-masing mempunyai peranan tersendiri tanpa perlu dimeteraikan melalui apa-apa Tahaluf Siyasi.
Mereka mengintai peluang dan merebut manfaat di saat bangsa Melayu saling “menghunus pedang” dalam satu episod pertempuran dan “perang saudara” yang tiada titik pertemuan atau kesudahannya.
Maslahat jangka panjang perlu direbut sekarang sebelum pintu-pintu ke arah mendapatkan habuan dan manfaat tertutup rapat sekiranya bangsa Melayu kembali bersaudara, bersepakat dan bernafas dalam satu degupan yang sama.
Betapa ironis - di satu pihak politik menyatupadukan kepentingan bangsa Cina manakala politik yang sama memecahbelahkan bangsa Melayu. Di satu pihak, pelbagai ideologi dan unsur kemusyrikan boleh bergandingan untuk mencapai kata sepakat manakala persamaan akidah tidak diangkat menjadi sumber penyatuan dan kekuatan bangsa.
Kita tidak faham dan masih cuba untuk faham kenapa segelintir umat masih bersangka baik malah sanggup memberi Wala, taat setia, harapan dan keyakinan bahawa masa depan umat dan kedaulatan ugama Islam akan terjamin di tangan mereka yang telah terbukti bukanlah Wira Pembela umat!
Apakah terdapat selain dari Al Quran sebagai panduan dan selain dari Al Islam sebagai sumber kemuliaan?
XOXO - Politik Melayu sahaja bodoh, demi untuk dapatkan sokongan DAP sanggup jual Islam agama sendiri walaupun solat sampai hitam dahi...
Jong pecah yu yang kenyang. UMNO dan PAS berlawan sengit di kawasan majoriti Melayu. PH yang gatal bertanding menunggu peluang. Modal fitnahnya umpama menahan lukah di pergentingan. Ini menyebabkan undi Melayu berpecah. Natijahnya nanti, kemenangan akan diraih PH yang dianggap gatal tadi, kerana undi sokongan non-muslim.
Situasi ini membuka jalan kepada PH mendominasi kerusi dalam PRU14 nanti. Akhirnya, PAS hanya berputih tulang, UMNO berputih mata. PH merayakan kejayaan. Dek perpecahan, ummah merana.
Ketika UMNO kukuh di teraju kuasa, PAS dijadikan seteru. Apabila lemas di badai lautan, bertalu-talu PAS diajak bersatu. Namun kini dalam berhadapan dengan cabaran sengit dari PH yang dikuasai DAP, ummah ini mesti berpadu. Lupakan segala sentimen kebencian dan permusuhan.
Kinilah masanya semua ummah bersatu memberi undi kepada PAS. Tak perlu keluar UMNO dan bubar cawangan. Memadai memilih calon-calon PAS dalam PRU14 nanti. Biarlah majoriti kerusi Melayu dimenangi oleh PAS.
Apabila PAS mengatasi UMNO dari segi bilangan kerusi Parlimen, maka sikap UMNO akan lebih lunak. Kerajaan PAS/GS/UMNO dengan simple majority akan terbentuk. Ketika itu nanti, akan ada parti-parti lain yang bersedia bersama kerajaan ini. Najib dengan 1MDB-nya bukan lagi Perdana Menteri. Yang pasti, perpaduan Islam sebenar lebih tepat di bawah pimpinan ulama haraki.
The “political baggage” which Tun Dr Mahathir Mohamad carries after serving 22 years as prime minister renders him unsuitable to hold the post again, says PAS vice-president Datuk Mohd Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
He claimed most of the current problems in the government were inherited from the previous administration under Dr Mahathir.
“A major issue for us, the Opposition, is Dr Mahathir’s political baggage.
This political baggage is the main factor Dr Mahathir is not suitable to be prime minister (again),” he said.
Mohd Amar, who is also Kelantan Deputy Menteri Besar, was speaking to reporters outside the Kelantan State Assembly sitting in Kompleks Kota Darul Naim today.
He was commenting on Pakatan Harapan’s decision to stand by their nomination of Dr Mahathir as prime minister, despite his age at 93.
Mohd Amar said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had to bear the mistakes made by Dr Mahathir after he took over the post. — Bernama
Assalamualaikum
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,, Baru lepas baca komen tokong mengenai Mahathir tak buat GST kerana gaji kaki tangan kerajaan rendah timbul pula cerita gajiciput ini berlaku di zaman PURBA yang tambang bas mininya hanya sekupang.Kalau dalam komen pertama saya mengesan pengakuan tokong bahawa Mahathir sengaja membayar gaji murah kepada kaki tangan kerajaan kerana mahu bermewah dengan duit kerajaan yang melimpah ruah di zaman PURBA itu, komen kedua pula
melondehkan betapa tokong mahu mengangkat seorang pemimpin PURBA untuk mengetuai negara di zaman ini, zaman yang menjadi lawan kepada PURBA ia itu MODEN.Seolah tak ada pemimpin lain yang boleh membaiki negara selain pemimpin PURBA yang sudah mempunyai rekod merosakkan negara.Ker mereka pilih tikus
membaiki labu?
Zaman PURBA ini diperintah oleh Mahathir dan di zaman inilah bermacam kerosakan bermula.Dasar pensyarikatan dan penswastaan Malaysia dan dasar pandang ke timur bermula di zaman ini, di mana tambang bas mini hanya sekupang.Penswastaan menimbulkan banyak kekalutan yang semuanya ditanggung rakyat.
Monopoli muncul macam cendawan lepas hujan.Bukan saja Astro yang disebut khusus dalam menifesto PH, tetapi juga yang lebih banyak membebankan rakyat sampai hari ini ialah TNB.Kemudian muncul puspakom, institut memandu Malaysia di JPJ, Redicare di Hospital dan berbagai bagi lagi monopoli mudah buat duit dari penderitaan rakyat yang sebenarnya jauh lebih membebankan dari GST yang Mahathir dikatakan takut menguat kuasakannya.
Tol juga bermula di zaman PURBA ini menerusi besan Mahathir, Samy Velly, Tol mula dilihat di mana manna dan perjanjian konsesi TOL dimenterai dalam jangka panjang menyebabkan rakyat terpaksa membayar walaupun tambang bas mini hanya sekupang malah bas mini juga menjadi mangsa penswastaan Mahathir di mana bas mini ditamatkan perkhidmatannya di akhir zaman PURBA Mahathir untuk digantikan dengan perkhiidmatan rapid yang juga monopoli.Untuk rekod kalau tak silap zaman moden ni pun tambang bas rapid pun sekupang.
Inilah zaman yang dikatakan PURBA oleh tokong PH yang juga menyebabkan rakyat terseksa lagi kerana PTPN sebab kerajaan PURBA Mahathir tidak lagi mahu memberi biasiswa kepada pelajar jadi pelajar ditawarkan PTPN dan seterusnya terpaksa menanggung hutang sebaik saja menamatkan perlajaran.
Pendek kata kalau Mahathir tidak boros, tidak menjadikan harta negara yang
melimpah ruah di zaman PURBA ini seperti harta pusaka mak bapak dia, banyak keperitahan yang ditanggung rakyat tidak akan berlaku.Hari ini kerajaan zaman moden yang diketui oleh Pok Jib sebenarnya mewarisi kerajaan yang ditinggalkan oleh Mahathir, kerajaan yang rosak dan sudah tentu akan bertambah rosak kerana Pok Jib sendiri sebagai akan murid Mahathir terus melakukan penyamunan kepada duit
negara.
Tetapi peliknya hari ini yang melawan PokJib ialah Mahathir dan disokong kuat oleh tokong yang satu ketika melawan Mahathir bagai tak rak! Jahat PokJib saja yang nampak, Mahathir dah disucikan dan segala kesalahan merosakan negara diletak kepada PokJib semata mata macamlah PokJib memegang kuasa sejak 50 tahun dulu.
Bukan itu saja, PAS turut cuba dipalitkan dengan PokJib dengan segala kesempatan yang ada digunakan untuk mengaitkan PAS dengan PokJib.
Hari ini Skandal 1MDB diceritakan sebagai skandal yang besar semuanya salah PokJib, skandal skandal zaman PURBA sudah tertutup. Zaman PURBA semuanya disucikan dan tiada kebocoran duit negara berlaku. Untuk meyakinkan lagi PH menerusi Mahathir sebagai ketuanya berjanji dalam menifestonya yang didakwa terbaik oleh tokong, berjanji untuk menghapuskan tol , menghapuskan tol dan menangguhkan bayaran balik PTPN.Tanpa sedar yang terbaik menjadi lawak king, sebab semua benda yang dijanjikan PH itu sebenarnya tahi Mahathir bukan taik PokJib.Dan nampak sangat mahu mengkaburi mata pengundi dengan janji menangguh bayaran balik PTPN, mengapa tak menghapuskan terus?
Satu satunya janji yang tidak dibuat Mahathir ialah janji menghapuskan GST tetapi masih lagi ada kaitan dnegan Mahathir.PokJib dapat idea buat GST nipun dari
Mahathir.
Dalam masa yang sama saya juga baru mendengar berita dari Selangor yang
mengatakan masjid masjidnya mula penuh dengan jemaah subuh seperti hampir sama dengan solat jumaat.Saya ingin bertanya semua termasuk tokong tokong yang ada, agak agak jemaah yang memenuhi masjid ini akan pangkah siapa pada PRU nanti?
Jemaah jemaah ini insyaallah bukan jenis Islam separuh masak seperti tokong,apakah mereka akan pangkah PH?.Tokong yang kuat mendakwa rakyat tak akan pangkah PAS sudah buat kajian ker di masjid masjid hari ini dan lihat bagaimana sambutan umat Islam kepada masjid.
Umumnya yang pergi masjid tu orang Islam yang tak akan pilih selain Islam,
insyaaalah, cuma sebagai umat Islam marilah sama sama kita berdoa agar ALLAH memenangkan ugamanya.Ingatlah kita manusia lemah bukan kuat sangat seperti didakwa tokong, cukuplah ALLAH sebagai penolong dan pelindung.
Orang yang menganggap mereka kuat, cerdik dan advance akhirnya memilih PM PURBA untuk menjadi pemimpin mereka melawan kerajaan yang ditinggalkannya dan membaiki kerosakan yang dimulakannya..Macam tak ada orang lain dah! yang terkuncil juga dipilih.
Sumber TKO - 26-3-2018
Dr Maszlee ahli akademik yang tidak jujur?
DALAM wawancara dengan akhbar Sinar Harian semalam, Dr Maszlee Malik, selaku pensyarah di Jabatan Sains Politik Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menyebut betapa kemasukan beliau ke dalam PPBM adalah bertujuan untuk membolehkan beliau “menterjemahkan idealisme ke alam realiti”, “mengisi ruang intelektualisme di dalam parti” dan “menjadi elemen intelektualisme di dalam PPBM untuk memastikan parti tersebut terus lestari di masa hadapan” dan “menyumbang kepada parti dalam kapasiti (beliau) sebagai seorang pengkaji yang berada dalam dunia ilmiah”.
Bagus matlamat Dr Maszlee ini, cuma sayangnya seorang intelektual mestilah bercakap beralaskan fakta. Menyalahkan PAS sebagai punca kekalahan itu kerana kononnya “tidak dilihat dan tidak diyakini oleh majoriti kaum Melayu berupaya menjamin survival Melayu Islam jika PR menjadi kerajaan baru”, sekali gus menyatakan bahawa majoriti kaum Melayu tidak menyertai gelombang Tsunami perubahan dalam PRU 13 kerana termakan momokan BN bahawa jika PR menang DAP akan berkuasa, tanpa memberi data adalah tidak patut.
Begitu juga dengan kenyataan beliau bahawa PRU 14 kali ini agak berbeza dengan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga kemunculan PPBM yang kononnya menyebabkan “momokan bahawa DAP akan berkuasa jika Pakatan Harapan (PH) menang PRU tidak lagi menjadi mantra keramat” yang beliau buat tanpa menyandarkan kepada sebarang fakta.
Macam mana Dr Maszlee boleh menyatakan “momokan bahawa DAP akan berkuasa jika PH menang PRU tidak lagi menjadi mantra keramat” bila hasil kajian setebal 49 muka oleh seorang lagi intelektual muda PPBM, Wan Saiful Wan Jan, yang baru diterbitkan awal tahun ini menunjukkan bahawa kebimbangan ini menjadi semakin kuat.
Mengikut hasil kajian Wan Saiful ini:
- 85 peratus daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi DAP.
- 71 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.
- 62 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat PH adalah dikuasai oleh DAP.
Nampaknya Dr Maszlee tidak mendengar nasihat rakan beliau, Dr MAZA, supaya ahli akademik hendaklah “jujur, berakhlak dan berdisiplin”.
Atau apakah Dr Maszlee mahu memperlekehkan tahap keintelektuan dan hasil kajian berbulan-bulan rakan beliau di dalam PPBM, Wan Saiful? - HARAKAHDAILY 26/3/2018
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob MENTERI Besar Negeri Sembilan boleh dinobatkan sebagai manusia yang juga mempunyai keberanian.
Datuk Seri Mohammad Hassan, menongkah arus, apabila dalam perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian Kota Tinggi secara lantang menyebut bahawa Umno bukan lagi satu-satunya parti politik Orang Melayu.
Sebaliknya PAS dan beberapa parti lain katanya boleh menjadi alternatif dan wadah kepada orang Melayu. Kenyataan berbaur peringatan kepada Umno khasnya kepimpinan Datuk Seri Najib Razak itu dilihat sebagai satu lagi percubaan menentang arus, walaupun dalam nada yang sedikit berhemah.
Mohammad Hassan seperti diketahui umum antara mereka yang disenaraikan sebelum ini antara empat MB yang kononnya bakal digugurkan oleh Najib, cuma pelan itu tidak menjadi akibat 'pecah awal' dan menyebabkan Najib terpaksa kona baring menyelamatkan bahteranya yang hampir karam.
Demi takut kehilangan kuasa dan tindakan undang-undang mungkin bakal menantinya jika tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Najib Razak adalah pemimpin paling kerap memainkan sentimen seolah-olah Umno satu-satunya parti pembela kepada orang Melayu.
Antara kata-katanya ialah orang Melayu akan jadi bangsat jika Umno kehilangan kuasa, di samping mereka juga didakwanya tidak lagi menjadi kaum yang akan diberi keutamaan di negara ini.
Seiring itu, ramuan menakut-nakutkan orang Melayu itu direncahkan lagi dengan gambaran kononnya selepas Umno hilang kuasa, namun Najib lupa bahawa jika Umno kalah, maka PAS lah yang akan menjadi parti Melayu yang menang.
Beberapa pemimpin Umno juga kerapkali mendendangkan lagu yang sama seolah-olah parti itu mesti dikekalkan berkuasa sehingga kiamat.
Barangkali apa yang diingatkan Mohammad Hassan itu sebagai satu petanda baharu bahawa MB Negeri Sembilan ini bakal mengakhiri hayat politiknya yang dijangka hingga PRU14 apabila Najib sebenarnya sudahpun mula mengintai calon lain untuk menerajui Negeri Sembilan selepas ini andai BN terus berkuasa di negeri ini.
Seperkara lagi, ada telahan teman-teman di negeri ini menyebut, Mohammad Hassan mungkin sekali akan ditolak bertanding ke Parlimen sekiranya dia kekal bersama BN untuk penggal akan datang sementara mahu dikerat terus Najib tanpa sebarang posisi dalam pentadbiran negeri mahupun negara.
Sama-sama kita saksikan keberanian Mohammad Hassan menongkah arus memukul badai, atau sebaliknya beliau akan menutup terus mulut agar dapat kekal menerajui negeri Adat Perpatih sementelahan BN ketandusan calon MB berkaliber. – HARAKAHDAILY 3/9/2017 Sumber TKO - 25-3-2018 Mahathir bayar gaji seciput kepada kaitangan kerajaan Posted on Sunday, March 25 @ 06:00:00 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38783
Assalamualaikum,,
Selawat dan Salam keatas Junjungan,,, Tergelak apabila terbaca satu komen yang memuji Mahathatir yang kononya Mahathir perihatin dengan kakitangan kerajaan yang bergaji rendah dan menjalankan dasar menjaga kebajikan kakitangan tersebut, sebab itu dia tak buat GST semasa dia memegang kuasa mutlak sebagai PM.Sebab tanpa sedar komen ini melondehkan keburukan Mahathir yang ketika itu memegang negara yang melimpah ruah hasilnya.Bagaimana Mahathir membayar kakitangan dengan kadar yang ciput ketika hasil negara yang begitu banyak?
Saya masih ingat ketika saya berhenti kerja, gaji saya sekali ganda dari gaji isteri saya seorang guru siswazah pada tahun 1994, empat tahun sebelum negara berdepan krisis ekonomi yang teruk .Makna kata, ketika itu negara masih kaya raya tetapi malangnya kakitangan kerajaan menerima imbuhan yang saya kira separuh dari imbuhan yang diterima oleh kakitangan swasta.
Benarlah gaji kakitangan awan ketika itu rendah tetapi rasanya bukan ini sebab kenapa Mahathir takut melaksanakan GST.Pada saya, ketakutan Mahathir untuk melaksanakan GST ialah kepada soalan yang mungkin timbul dari massa, kenapa GST dilaksana sedangkan gaji kakitangan awam rendah?
Kenapa pula Mahathir berfikir begitu? Sebab dia sendiri yang bayar gaji rendah kepada kakitangan awam dan dia tidak bersedia menaikkan gaji tersebut sebab mungkin wang negara akan berkuragan untuk ditiriskan.Ketika itu sebahagian besar wang negara dilaburkan dalam Perwaja dan sebahagian lagi dilaburkan oleh Bank Negara dalam pasaran pertukaran asing dan banyak lagi projek mega dibangunkan.Kesemuanya ini adalah cara Mahathir mentiriskan wang negara sehingga pada peringkat susutnya simpanan negara yang pula menjadi penyebabkan gagalnya negara berdepan dengan krisis ekonomi tahun 1997/98 yang akhirnya menyebabkan Perwaja runtuh, keruguian besar dalam pelaburan bertukaran asing dan banyak lagi yang yang dilaburkan serta ditirikan oleh pemuja pemuja Mahathir hilang tanpa dapat diganti.
Hari ini kita mendengar suara yang tidak percaya kepada PokJib kerana takut wang KWSP, Tabung Haji dan lainya akan hilang tetapi mereka buat buat lupa siapakah yang sudah menghilangkan wang KWSP dan Tabung Haji?
Siapa penyebab dividen KSWP yang sebelumnya 8 % setahun turun kepada 6% sampai hari ini? PokJib ker Mahathir? Sedangkan sampai hari ini KWSP tidak pernah gagal membayar wang simpanan yang sudah matang kepada penyumbangnya dan Tabung haji tidak pernah gagal membayar diveden tahunan kepada penyimpannya serta tidak pernah dengar Tabung Haji gagal memenuhi pengeluaran pendepositnya.
Tetapi tak seorangpun dari yang mengeluh ini tampil untuk bertanya Petronas ke mana hasil pelaburannya yang berjumlah berbilion ringgit pergi?Apakah benar Petronas melabur atau hanya satu cara mentiriskan wang rakyat?
Ingatlah pelaburan petronas ini berlaku dengan aktifnya di zaman Mahathir bukan PokJib. jadi kenapa kalau PokJib mahu disalahkan,Mahathir pula mahu dilepaskan malah disokong sebagai tokoh yang hebat, negarawan yang ulung sehingga prof Dr. Kamarul yang sungguh sungguh menjaga ugama dari dicerobohi oleh evangelis dikatakan terkuncil di depan Mahathir?
Tak tahu nak kata apa, Mahathir disanjung Pok Jib dilawan, pada saya sepatutnya lawan Pok Jib juga bermakna lawan Mahathir sebab Mahathir tu guru PokJib dan PokJib juga mewarisi kerajaan Mahathir.Kerajaan yang rosak sudahpun dirosakkan oleh Mahathir jadi dimana rasionalnya meletakkan Mahathir di depan untuk melawan dan membaiki kerajaan yang dirosakkan oleh dia sendiri? menifesto PH mahu menghapuskan tol, yang dimulakan oleh Mahathir, mahu menghapuskan monopoli yang juga diwujudkan oleh Mahathir.
Semuga rakyat tidak tertipu dengan laungan kosong macai tokong, Dr. kamarul terkuncil di depan Mahathir sebab seorang yang boleh berfikir dengan waras, Mahathir bukan sahaja perosak negara malah perosak ugama juga yang hanya disokong oeh kumpulan Islam separuh masak dalam PH dan hanya bakal menyebabkan ugama akan makin rosak kalau dibiarkan Mahahthir perosak mengambil alih kuasa.
Lagi satu , kesian DSAI, sia sia saja pengorbanannya pada tahun 1998 kerana terpaksa setuju untuk bersama Mahathir selepas dengan garang menentangnya.Kerana Pok Jib, DSAI sanggup terima Mahathir yang sampai hari ini masih tak mengaku dakwaan liwatnya terhadap DSAI adalah satu pembohongan yang kemudiannya ditiru pula oleh Pok Jib untuk memulakan drama liwat 2.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan.. Adam Rosly, curi Pasir dan skandal jual tanah di Ijok, 3 kes di Selangor, Beli bunglow di bawah harga pasaran, satu kes di Penang, Kes curi balak dan rosakkan perkampungan orang asli, cerita dongeng di Kelantan, 0 kes di Kelantan.
PKR yang baru masuk 2 penggal tadbir Selangor dan cuba pula jadi Umno dengan membekukan peruntukan ADUN PAS serta meluluskan baget kerjaaan untuk program parti tanpa exco PAS, rasuah direkodkan dengan 3 kes rasuah selepas dokumen 90 muka surat dikeluarkan untuk menfitnah bekas MB TSKI.
Kini PKR dituntut memberi penjelasan kepada isu skandal penjualan tanah Ijok.Banyak penjelasan diminta dari PKR bukan setakat kenyataan kerajaan negeri tak pernah jual tanah di Ijok.wang pampasan yang diterima peneroka sebanyka RM 300 juta tu datang dari mana, nilai yang didedahkan sebanyak 1.8 billion itu apa pula kalau tidak hasil jualan tanah dan jumah komisyen yang diterima oleh syarikat perunding tu kenapa pula.
Begitu juga kes kecurian pasir yang dikatakan melibatkan anak saudara MB dan kes bunglow Adam Rosly kesemuanya perlukan penjelasan dari PKR yang mendakwa bersih dari rasuah, sebabnya kesemua kes ini tak sama dengan kes di Kelantan.Di Kelantan semuanya dakwaan tanpa ada apa apa barang kes yang boleh dijadikan bukti tetapi di Selangor semuanya ada barang kes dan kes pula dalam siasatan SPRM.
Di Penang pula, kerajaan DAP yang nak contohi Umar Abdul Aziz juga ada barang kes yang menuntut penjelasan dari DAP yang selama ini dikatakan hebat dalam mentabdir.
Selangor 3, Penang 1, Kelantan 0
Sumber TKO - 25-3-2018
Tidak layak, pemikiran Islam Tun M tak betul
SEBENARNYA soal usia bukanlah penentu terbesar kemampuan untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kerana Wacana Sinar Harian Ke-53, "Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?", yang saya menjadi panelisnya Khamis lalu hanya menghadkan perbincangan kepada usia Tun Dr Mahathir sahaja, maka perkara lain yang lebih penting tidak dapat dibincangkan.
Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menyebut “kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong...” manakala Perkara 43 (1) pula menyebut “Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri (yang dipengerusikan oleh seorang Perdana Menteri) untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya”.
Di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong, Baginda melafazkan “Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” manakala Perkara 3 (1) pula menyebut “Islam ialah agama bagi Persekutuan”.
Bagi membolehkan ikrar untuk “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” sekali gus bagi membolehkan peruntukan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” ini dapat dilaksanakan, maka adalah wajib seorang Perdana Menteri mempunyai kefahaman Islam yang betul.
Berdasarkan rekod-rekod, ternyata Tun Dr Mahathir tidak mempunyai kefahaman Islam yang betul kerana, seperti disebut oleh Almarhum Datuk Dr Haron Din, pemikiran Islam beliau adalah pemikiran golongan 'muktazilah' yang “mengutamakan akal dalam tindakan mereka dan sanggup membelakangi ayat al-Qur'an, al-Hadith dan apatah lagi pandangan ulama”.
Turut disebutkan oleh Almarhum betapa Tun Dr Mahathir, waktu masih menjadi Perdana Menteri, telah mempertikaikan hadith yang sahih bahawa Nabi Muhammad menyimpan janggut di mana perkara ini, mengikut Almarhum, “boleh menjejaskan aqidah”, di samping boleh menyebabkan “ramai orang lain yang akan turut sesat sama” bila dikeluarkan.
Sikap Tun Dr Mahathir mempertikaikan hadith terpancar di dalam banyak ucapan dan kenyataan beliau, malah telah diakui sendiri oleh Dr Kassim Ahmad di dalam buku “Mencari Jalan Pulang” yang menulis betapa buku anti-hadith, “Hadis – Satu Penilaian Semula”, yang telah diharamkan telah diberikan sokongan peribadi dan disemak oleh Tun Dr Mahathir.
Persamaan antara Tun Dr Mahathir dan Dr Kassim dalam mempertikaikan hadith ini turut didedahkan oleh Datuk Mohd Nakhaei Ahmad di dalam buku “Meniti Hari Menuju Senja” yang menyebut betapa, berdasarkan satu perbincangan mereka, Datuk Mohd Nakhaei mendapati “kemusykilannya menyamai apa yang difahami oleh (Dr) Kasim Ahmad”.
Penolakan Tun Dr Mahathir terhadap undang-undang Islam, khususnya hudud, telah menjadi satu rekod umum, malah selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri pun penentangan beliau ini berterusan dengan menyebut di UNIMAS, Sarawak, pada 26 Februari 2012 bahawa “hukum hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli feqah” dan “tidak terdapat dalam al-Qur’an”.
Lebih baru ialah kenyataan Tun Dr Mahathir yang disiarkan dengan agak meluas oleh portal-portal berita tempatan pada 19 Februari 2017 yang menolak hukuman sebat 100 kali dalam Islam dengan berkata “ini nak sebat orang sampai 100 kali, mati, kalau sebat 100 kali” di mana ini “ini bukan cara Islam, cara Islam ialah cara yang adil dan bertimbang-rasa”.
Disebabkan tiadanya kefahaman Islam yang betul inilah maka Tun Dr Mahathir, melebihi faktor usia beliau, sangat tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kerana ia tidak akan membolehkan ikrar untuk “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” sekali gus bagi membolehkan peruntukan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dapat dilaksanakan.
Gambaran terhadap apa yang boleh berlaku malah telah jelas kelihatan di dalam Manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 yang langsung tidak menyebut sebarang komitmen untuk memartabatkan Islam sebagai agenda di dalam mana-mana satu daripada lima terasnya, mana-mana satu daripada 60 janjinya mahupun mana-mana satu daripada lima iltizam khususnya.
Dan ini jauh berbeza daripada Firman Allah di dalam Ayat 41 Surat Al-Hajj yang bermaksud: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” - HARAKAHDAILY 25/3/2018
Sumber HD - 25-3-2018
DAP akui Dr Mahathir kuda tunggangannya
DAP sedang menyusun bala tenteranya untuk merampas Putrajaya mempertaruhkan segala yang ada pada tangannya dalam pertempuran "do or die".
Ahli dan pimpinannya seakan terasuk untuk mempercayai bahawa kali inilah DAP akan mencapai cita-cita perjuangannya iatu dalam PRU ke-14 ini menawan dan menguasai Malaysia.
Tetapi parti perkauman ini tahu ia tidak mungkin mencapai cita-citanya membentuk Malaysia yang sekular yang bertunjangkan meritokrasi tanpa mendapat sokongan orang Melayu Islam.
Kerana itu setelah putus hubungan dengan PAS, memperolehi bantuan bekas PM Tun Dr Mahathir ia yakini sebagai satu peluang buat ia naik memegang kuasa.
Tun sebagai pemimpin Pakatan Harapan diyakininya dapat membawa kerusi-kerusi Melayu bagi menggenapkan bilangan sekurang-kurangnya 112 kerusi Dewan Rakyat bagi memungkinkan DAP menjadi parti tunggak dalam Kerajaan Persekutuan yang baharu.
Tun-lah sebagaimana diakuinya sendiri adalah kuda tunggangan DAP bagi memungkinkan DAP berkuasa.
"Tunggang Tun Mah untuk korbankan si ayam (Najib)" kata "Superman" DAP dalam satu ceramah DAP di Alor Setar Jumaat lepas.
Janganlah izinkan dibuka pintu pagar bagi menaikkan mereka yang mahu merobah status quo agama, bangsa dan negara yang ada.
Islam tidak tahu apa masa depannya jika terkabul cita-cita DAP itu. Demi nasib dan masa depan ummah bukan hanya BN malah DAP, Tun dan PH bersekali perlu dikuburkan. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. - HARAKAHDAILY 25/3/2018
Baru berkesempatan membaca komentar rakan-rakan sehubungan dengan isu yang dimainkan oleh para pentaksub Tun Dr Mahathir mengenai "keterkucilan" saya bila Tun Dr Mahathir datang menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM.
Saya tidak faham mengapa video troll ke atas diri saya yang kononnya berubah muka jadi "macam kena telan ubat gegat" ekoran kedatangan Tun Dr Mahathir yang disebarkan oleh Kelab Che Det ini begitu mendapat sambutan sehingga telah mencapai 2.3 juta tontonan dan 61 ribu perkongsian sedangkan hakikatnya di dalam video itu sendiri pun masih kelihatan yang saya terus konsisten berhujah selepas Tun Dr Mahathir datang.
Walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan mahupun pandangan dan teguran yang diberikan oleh semua pihak kepada saya yang, insya Allah, akan saya gunakan untuk memperbaiki diri saya di masa hadapan.
Saya sebenarnya sangat terbuka dengan sebarang pandangan dan teguran, khususnya ke atas aspek penyampaian lisan saya, malah bila dijemput berucap, saya sendiri selalunya akan memaklumkan terlebih dahulu mengenai kekurangpetahan saya dalam berpidato bagi mengelakkan kehampaan pihak penganjur dan penonton, dan hanya bila saya tetap dijemput juga barulah saya akan hadir.
Saya bukanlah lahir dari kalangan keluarga yang mempunyai kebolehan berpidato yang baik dan saya sendiri sebelum ini tidak berusaha untuk mengasah dan memperbaiki kemampuan berpidato saya kerana saya memang tiada sebarang impian untuk mengubah kerjaya ke kerjaya seperti ahli politik atau pakar motivasi yang memerlukan kemampuan berpidato yang baik.
Terima kasih khususnya kepada sokongan dari dunia akademik, termasuk:
1. Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, yang menulis mengenai "hujahan (saya) yang baik dan well-researched" dan "next time stay cool, composed".
2. Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Mohamad Mustafa Ishak, yang menulis mengenai saya "presenting (my) argument based on facts", "Tun M should not make a come back" dan "the moderator was quite biased".
3. Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang menulis mengenai "(saya) orang yang hebat dalam bidang (saya)", "analisis (saya) padat" dan "analisis (saya) jelas dengan fakta yang ramai orang tidak mengerti".
4. Dr Muhaimin Sulam yang menulis mengenai "(saya) semacam dijadikan ahli gusti WWF yang dijadikan badut untuk dimalukan" dan "ternyata politik media yang dimainkan oleh Sinar Harian adalah sesuatu yang mengejutkan tetapi ia suatu yang tidak wajar".
5. Ahmad Farami Abdul Karim yang menulis mengenai "moderator tidak menunjukkan sikap tidak memihak", "dalam banyak situasi, beliau bersikap ofensif terhadap (saya) dan berhujah seperti panelis" dan "ada masanya (moderator) defensif seakan mewakili parti politik".
Terima kasih juga di atas sokongan dari dunia politik, termasuk:
1. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, yang menulis mengenai "seorang ahli akademik lazimnya bebas bercakap walau jarang menarik perhatian sesiapa tapi kali ini (saya) sangat berjaya mencuri perhatian", "ia satu kejayaan" dan "ternyata mesej (saya) sampai".
2. Ketua Penerangan PAS Malaysia, Nasruddin Hassan, yang menulis mengenai betapa, "walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan kiri dan kanan, namun (saya) masih berupaya menyampaikan pandangan dan hujah disokong dengan fakta yang kuat" dan "penghujahan yang diutarakan (saya) sahaja sudah cukup komprehensif dari segala segi dan selayaknya itulah laras yang perlu dibahaskan secara teliti".
3. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menulis mengenai "kepetahan saya berbicara tidaklah sehebat sebahagian penceramah yang hebat tetapi idea dan pandangan (saya) sangat bernas", "hujahan yang (saya) tampilkan dalam forum di Sinar Harian semalam sangat bernas dan akademik" dan "ia perlu dinilai menerusi neraca akademik bukannya neraca emosi".
4. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Datuk Nik Abdul Aziz, yang menulis mengenai betapa "(beliau) berbangga dengan (saya) kerana pandangan-pandangan intelektual (saya) terhadap politik tanah air", "'ada ubi ada batas' adalah doa (saya) sebagai seorang yang rasa dipermainkan atau diperangkap oleh 'tuan rumah'" dan "(beliau) amin-kan 10 kali".
5. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menulis mengenai betapa "Tun patut mari awal lagi waktu (saya) sebut fakta-fakta bagaimana Tok Guru sebagai orang tua yang patut tak jadi Menteri Besar, nyanyuk dan lain-lain" dan "insya Allah kebenaran akhirnya akan tertegak walaupun ramai yang masih dalam lamunan mimpi".
Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepada semua di atas sokongan, pandangan dan teguran dari semua pihak kepada saya, baik yang berbuat demikian atas nama pertubuhan, termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan, mahupun atas nama individu.
1. Selepas wacana semalam ramai penyokong PH bersorak kegembiraan kononya Dr Kamarul Yusoff terdiam, terkucil,terkedu dan ketakutan dalam wacana semalam. Ramai juga yang komen fizikal dan serangan peribadi terhadap Dr Kamarul.
2. Sebaliknya pandangan saya, Dr Kamarul berjaya dengan tenang meneruskan wacana yang sememangnya dibarisi panel dan moderator Pro-Tun. Lihat sahajalah cara wacana itu dijalankan. Very much choreographed untuk menaikkan imej Tun M.
3. Kalau kita tonton rakaman wacana tersebut, Dr Kamarul mengemukakan 10 kayu ukur dalam wacana tersebut. Antaranya Aspek Legal,fizikal, genetikal, mental, psikologikal, moral, philosophical dan demographical. Fakta bukan?
Sememangnya kita mengetahui Dr Kamarul seorang yang kurang petah bercakap, namun dari sudut hujah beliau yang penuh dengan fakta, merupakan sesuatu yang gagal disanggah.
4. Tun M dalam majlis tersebut,turut diberikan peluang untuk menjawab hujah Dr Kamarul, namunTun M hanya bercakap sekitar bagaimana beliau sihat (walaupun dah 2 kali bypass), aktif membaca,memikir dan menyelesaikan masalah, tidak over eat, bagaimana dia boleh pakai seluar lama dia dan sebagainya. Pada saya ini hujah tidak berkait dan tiada fakta. Malah segala hujah Dr Kamarul tidak dijawab.
5. Malah penyokong Tun M juga memuji kononnya beliau tenang menghadapi pengkritiknya. Pada hakikatnya, Tun M tidaklah setenang yang digembar gemburkan. Dalam Program Dialog Anak Muda : Deklarasi Rakyat, Realiti atau fantas? pada 2 April 2016, Tun M melarikan diri dari menjawab soalan CheguBard mengenai skandal Bank negara 1992 ketika TS Jaafar menjadi Gabenor sebanyak RM30billion, Skandal MAS RM580 juta, Skandal Perwaja RM10b, Skandal Bank Bumi RM10b, Skandal Maminco RM1.6b dan juga laporan Far Eastern Eeconomic Review yang menyebut jumlah RM1.6juta digunakan Mahathir untuk balilout syarikat kapal anaknya Konsoritum Perkapalan Berhad. Sila lihat link dibawah :
https://chegubard.blogspot.my/2016/04/drm-balik-awal-elak-menjawab.html?m=1
\
6. Oleh yang demikian, pada saya Tun M berani hadir oleh kerana panel dan moderator yang Pro-Tun. Malah Tun-M juga tidak berani menyatakan kehadirannya lebih awal. Apatah lagi ruang bertanya dari hadirin hanya dibuka kepada 2 orang. Apakah Tun M berani berhadapan dengan anak muda di forum yang bebas dan terbuka? Ada jaminan Tun akan menjawab semua persoalan hadirin? Maka pada saya Dr Kamarul Yusoff lebih cool, Tun Mahathir not cool dan Sinar Harian super not cool.
KUALA LUMPUR - Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai, badan akademik, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi politik keatasnya.
Beliau bagaimanapun memohon maaf kerana tidak petah berkata-kata dan tidak mahir berpidato seperti seorang ahli politik dan pakar motivasi seperti yang dilihat pada program wacana anjuran Sinar Harian tentang Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan mahupun pandangan dan teguran yang diberikan oleh semua pihak kepada saya.
Saya sebenarnya sangat terbuka dengan sebarang pandangan dan teguran khususnya ke atas aspek penyampaian lisan saya.
“Malah bila dijemput berucap, saya sendiri selalunya memaklumkan terlebih dahulu mengenai kekurangpetahan saya dalam berpidato bagi mengelakkan kehampaan pihak penganjur dan penonton, dan hanya bila saya tetap dijemput juga barulah saya akan hadir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul dipersenda dan dijadikan bahan jenaka oleh penyokong Pakatan Harapan selepas termasuk perangkap yang dipercayai diatur oleh Sinar Harian dan Mahathir bagi membunuh personalitinya di mata masyarakat.
Sebilangan anggota masyarakat berpandangan Sinar Harian merancang membunuh karakter penganalisis politik itu menerusi wacana “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM” memandangkan Kamarul dilihat sebagai satu ancaman kerana banyak menulis kajian tentang kelemahan Mahathir dan Pakatan Harapan.
Kamarul dalam permohonan maaf mengenai kekurangan pengucapan awamnya itu seterusnya menjelaskan, beliau bukan lahir daripada kalangan keluarga yang mempunyai kebolehan berpidato yang baik.
Malah, katanya, beliau sendiri tidak berusaha mengasah dan memperbaiki kemampuan berpidato kerana tidak pernah memasang impian mengubah kerjaya kepada ahli politik atau pakar motivasi yang memerlukan kemampuan berpidato yang baik.
Justeru, beliau melahirkan rasa kesal kerana wujud video troll ke atas dirinya yang kurang petah berkata-kata kononnya beliau terkucil depan Mahathir sedangkan beliau konsisten berhujah selepas Mahathir datang.
Mynewshub semalam melaporkan ramai Netizen mengecam Sinar Harian dan Mahathir kerana dilihat seolah-olah merancang pembunuhan karakter seorang ahli akademik secara halus yang dilihat sebagai ancaman kepada Mahathir dan Pakatan Harapan.
Netizen terbabit turut mendakwa program anjuran Sinar Harian itu bertujuan mempromosikan Mahathir apabila membenarkan Mahathir yang merupakan individu yang dibahaskan dalam wacana tersebut dan isterinya menjadi sebahagian daripada panelis walaupun selepas hampir satu jam wacana itu berlangsung.
Sinar Harian juga didakwa sengaja mencaturkan strategi tiga lawan satu dalam program itu kerana menggunakan moderator dan dua panelis pro-Mahathir untuk memperlekehkan hujah Kamarul yang berseorangan memberi pandangan tentang ketidakmampuan Mahathir untuk kembali menjadi Perdana Menteri.
Moderator wacana “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM” itu juga didakwa kerap mencelah hujah Kamarul supaya tidak dapat menghabiskan dapatan akademiknya tentang Mahathir.
Moderator berkenaan kemudian akan mengeluarkan soalan-soalan berbaur pujian keatas Mahathir untuk dihujahkan oleh dua panelis lain pro-Mahathir terbabit. – Mynewshub.cc
Sumber TKO - 24-3-2018
Kenapa Tun M terpaksa hadir berdepan Dr Kamarul?
SIK: Terdapat begitu ramai, lama dan lantang para pengkritik serta musuh kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi mereka kini mensucikan, melutut dan membuntut kepadanya.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sejak puluhan tahun, Tun M menerima kritikan bergunung-ganang dan melaut banyaknya di mana jika dibukukan boleh menjadi perpustakaan.
"Paling kuat, paling banyak, dan paling kerap adalah sejak tahun 1998, selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan Umno berpecah dua melahirkan Parti Keadilan Negara.
"DAP juga tidak pernah berhenti bercakap tentang Tun M. Semuanya buruk dan salah pada pandangan mereka. Paling kuat adalah tentang Melayu dan kemelayuan dalam penswastaan, DEB.
"(Juga) Wawasan 2020, selain ultra Melayu, rasisme, Umnoputra dan deretan skandal kewangan. Mereka juga menjadikan semua majlis mereka medan mengkritik Tun M yang mengetuai BN, Umno dan Kerajaan.
"(Kini) Belum sampai setahun pun Tun M disucikan (para pengkritiknya itu)," ujar mengulas mengenai Wacana Sinar Harian Ke-53 "Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?" ketika ditemui di kediamannya di sini semalam.
Beliau juga menambah, sebelum itu Tun M dikritik dalam Umno sendiri sehingga melahirkan Team B, kemudiannya menjadi Parti Semangat 46.
PAS juga menurutnya, tidak terkecuali mengkritik dan membantah dasar-dasar dan tindakan Tun M yang tidak selari dengan Islam, salahguna ISA dan menyekat kebebasan media.
Malah PAS tegasnya, konsisten mengkritik salahguna harta dan premis awam, salahguna polis, pembaziran, salahguna dana awam untuk _bailout' syarikat kroni dan mengamalkan nepotisme dan lain-lain.
Namun jelas Sanusi, perkara itu berbeza dari dilalui Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Terangnya, pandangan dan analisa Dr Kamarul menerusi penulisannya memberi bekas mendalam kepada Tun M dan gerombolannya dalam PH hingga beliau terpaksa hadir berdepan sendiri.
"Malah tiada satupun kritikan-kritikan puluhan tahun dari pelbagai penjuru itu dihadapi oleh Tun M dengan cara hadir berdepan dengan pengkritiknya, seperti dibuat kepada Dr Kamarul.
"Mahfuz, Mohd Sabu, Kit Siang, Lim Guan Eng dan Khalid Samad menghentam Tun M lebih 30 tahun, sekali berdepan dengannya, terus melutut, membuntut. Semua ludah dan kahak dijilat kembali," sindirnya.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah menambah, ketika menjadi Menteri Pelajaran pada 1970-an, Tun M pernah hadir berdepan dengan gerakan mahasiswa.
Ketika itu ceritanya, mahasiswa berdemontrasi membantah dasar-dasar kerajaan, terutama isu kemiskinan di mana gerakan mahasiswa tahun 70-an, dipengaruhi pelbagai aliran melahirkan ramai tokoh pemimpin dalam pelbagai sektor.
Terutama menurutnya, pemimpin gerakan politik hingga turut mencetuskan perubahan lanskap politik negara beberapa tahun kemudiannya.
"Sehinggalah ke zaman Tun M menjadi PM, dia mengurung pimpinan mahasiswa tahun 70-an di celah kangkangnya dalam Umno dan kerajaan, dan kini diulangi lagi.
"Sebesar mana kesan tulisan Dr Kamarul kepada Tun M, PH dan 'banduan' politik Tun M? Hanya mereka yang 'merasainya'," ulas beliau. - HARAKAHDAILY 24/3/2018
Assalamualaikum,,, Selawat dan Salam ke atas Junjungan... Apa kena dengan manusia jeins ni? Orang berdoa pun dia sibuk macam macam.apa ingat doa tu kena ikut selera mereka juga? Yang tak kena dengan selera mereka, mereka akan bantah.Pirah,,,Doa tu senjata mukmin dan doa tu mengadu dengan ALLAH, kalau doa itu salah Allah maha mengetahui dan hanya ALLAH yang memakburkan atau menolak doa.Apa hak mereka nak kritik doa orang lain? Hampeh...
Apabila puak mereka berdoa kerana dizalimi, bukan main lagi, hebatnya mereka kerana ingin mengadu dengan ALLAH kerana dizalimi, tetapi apabila orang lain yang mengadu kepada ALLAH kerana dizalimi oleh mereka, terkinja kiinja pulak mereka merendahkan usaha orang lain.
Apa mereka ingat ALLAH boleh dipermainkan seperti mereka mempermainkan doa? Ingat mereka kuat sangat boleh menipu ALLAH?
jangan haraplah mereka kuat, ALLAH yang maha berkuasa atas segala galanya maha, mengetahui segala galanya dan ALLAH telah berfirman kepada orang orang beriman agar berdoa kepadanya dan nescaya akan dimakbulnya.Siapa orang orang beriman? Apakah seorang yang kluk klik dengan doa dikatakan orang beriman? Orang yang mempersoalkan doa orang lain dan mendakwa seseorang yang berdoa tak patut berdoa sedemikian rupa itu orang beriman?
Orang yang berdoa kerana dizalimi ada berbagai bentuk. Kalau seseorang itu dizalimi dan dia mahu berdoa maka itu hak dia.kalau dia tidak dizalimi tetapi tetap berdoa sebagai orang yang dizalimi, ALLAH akan tahu, tak perlu diberitahu dia salah berdoa.
Sepatutnya doa tidak boleh dipermain dan diperlekehkan.Itu pasti samaada doa itu betul atau sengaja nak mengundang musibah, itu semua dalam ilmu ALLAH, tak perlu melompat terkinja kinja seperti macai tokong yang terkinja kinja kerana doa ustaz Dasuki apabila peruntukan kepada ADUN PAS
dibekukan oleh Azmin PKR.Samada pembekuan ini zalim atau tidak, ALAH maha mengetahui, jadi apa perlu macai tokong terkinja kinja memperlekehkan doa Ustaz Dasuki ini?
Begitu juga ketika Ustaz Dasuki mengadu kepada ALLAH bahawa PAS satu satunya parti yang memperjuangkan Islam, kenapa macai tokong terlompat lompat mahu menafikannya? Apakah mereka ingat ALLAH tidak tahu parti mana yang berjuang untuk Islam dan parti mana tidak? Siapa mereka yang nak merumuskan demikain,apa mereka ingat ALLAH tidak mengetahui dan Ustaz Dasuki mahu menipu ALLAH.Bodohnya mereka kerana Ustaz Dasuki lebih tahu dan lebih faham akibat seseorang yang sengaja mahu menipu ALLAH dan ustaz Dasuki bukan jenis manusia yang sebegitu.
Doa itu percakapan antara hamba dan ALLAH, yang tidak harus dipersoalkan oleh manusia lain yang tongong tetapi perasan pandai dan kuat.Kalau doa it tak betul, ALLAH maha mengetahui, dan kalau benar ALLAH juga maha mengetahui serta Ustaz Dasuki juga tahu bahawa dia seharusnya mendoakan sesuatu yang benar sahaja.
Sumber TKO - 23-3-2018
Tolak budaya samseng dalam berpolitik
KUALA LUMPUR: Umno Negeri Sembilan dilihat berada dalam keadaan terdesak hingga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Seri Mohamad Hassan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Dalam satu video tular, Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan mengarah Briged Gerak Gempur Pemuda Umno menggunakan tindakan keras di kedai kopi tempat memfitnah kerajaan.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru pihak polis supaya tidak berdiam diri dan mesti bertindak terhadap kenyataan menghasut itu kerana ia boleh mencetuskan pelbagai kejadian ganas.
"PAS menolak budaya politik samseng, bahkan dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera diamalkan PAS, jelas kita berpolitik secara berakhlak, berfakta. Bukan politik persepsi dan tidak bertamadun.
"PAS berharap pengundi akan tolak parti yang ego, sombong dan terdesak ini. Sudah sampai masanya rakyat bangkit memilih PAS bagi membawa perubahan harmoni dan aman damai untuk negara," ulas beliau.
Berikutan rakaman tular itu, Mohamad bagaimanapun dilaporkan telah tampil memohon maaf dengan menyatakan ucapan beliau satu gurauan yang telah disalahtafsirkan. -HARAKAHDAILY 23/3/2018
Sumber HD - 23-3-2018
Saya terkucil di depan Tun Dr Mahathir?
SEJAK awal lagi saya sudah sedar bahawa Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM, adalah bertujuan untuk mempromosikan Tun Dr Mahathir.
Ini kelihatan di dalam jemputan awal pihak penganjur kepada saya yang menyebut bahawa kupasan topik berkenaan adalah bertujuan supaya "kita nampak jelas kekuatan Tun M".
Saya mengandaikan bahawa kedua-dua rakan panelis saya, iaitu pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Baki, dan pakar fitness, Kevin Zahari, akan ditugaskan untuk memberikan testimoni mereka mengenai kemampuan mental dan fizikal Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.
Saya juga sangat tahu bahawa moderator, Nazri Kahar, adalah seorang penyanjung Tun Dr Mahathir dan pengkritik Datuk Seri Najib, dan ini terbukti dari soalan yang diberikan sejam sebelum wacana bermula yang meminta dibandingkan tokoh muda yang penuh korupsi dengan tokoh tua yang penuh inovasi.
Malah, beberapa rakan rapat saya yang menyebut mengenai betapa Sinar Harian semakin lama kelihatan semakin kuat menyokong Pakatan Harapan (PH) meminta saya tidak menyertai wacana ini kerana bimbang ia merupakan satu perangkap untuk mengenakan diri saya.
Pada peringkat awalnya, saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa mereka turut menjemput Tun Dr Mahathir untuk turut hadir bagi bercakap mengenai isu yang melibatkan diri beliau ini tetapi beliau dikatakan tidak menjawab jemputan menyebabkan saya mengandaikan beliau tidak akan hadir.
Walaupun menyedari kemungkinan wacana ini akan menjadi berat sebelah, saya bagaimanapun memilih untuk hadir bagi membolehkan saya mengemukakan beberapa fakta alternatif mengenai kemampuan Tun Dr Mahathir ini.
Untuk tujuan itu, saya telah menyenaraikan 10 kayu ukur bagi menilai kemampuan Tun Dr Mahathir ini, iaitu membabitkan aspek legal, physical, genetical, mental, psychological, moral, demographical, intellectual, philosophical dan spiritual.
Bila saya diberi ruang bercakap, saya pun terus mengemukakan penilaian saya ke atas kayu ukur tersebut, di mana pada kali pertama saya sempat mengemukakan enam kayu ukur sebelum dihentikan oleh moderator (yang menyebut mengenai kelebihan tokoh tua berbanding tokoh muda yang korupsi).
Dari sudut legal, saya menyebut Tun Dr Mahathir mampu kerana, berbanding di Iran yang menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen, Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan usia maksimum tetapi hanya menetapkan usia minimum, iaitu 21 tahun.
Dari sudut physical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai beliau telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung pada 24 Januari 1989 dan 4 September 2007; beliau telah tiga kali gagal hadir berceramah dalam tempoh empat bulan terakhir, iaitu di Ipoh pada 3 Disember 2017, di Bentong pada 10 Februari 2018 dan di Pulau Pinang pada 11 Mac 2018; dan beliau telah mengalami batuk teruk ketika berceramah di Tanjung Malim pada 16 Mac 2018.
Dari sudut genetical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai jangkaan hayat lelaki Malaysia ialah 72.7 tahun; dan mengenai purata tempoh hayat adik-beradik beliau yang tidak lebih tinggi berbanding beliau, iaitu Mashahor yang meninggal dunia sewaktu berusia 79 tahun pada 30 September 2002, Mahadi yang meninggal dunia sewaktu berusia 86 tahun pada 12 Disember 2000, Habshah yang meninggal dunia sewaktu berusia 89 tahun pada 6 Disember 2006 dan Rafeah yang meninggal dunia sewaktu berusia 94 tahun pada 1 September 2009.
Dari sudut mental, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penurunan kemampuan kognitif beliau yang kelihatan jelas di dalam dialog bersama cendekiawan Melayu pada 25 Julai 2017 dan sidang media Majlis Presiden PH pada 20 Disember 2017.
Dari sudut pyschological, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai ketidaksediaan awal beliau untuk menjadi Perdana Menteri membabitkan kenyataan beliau di University of London pada 21 September 2016 bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau, kenyataan beliau di Tasek Gelugor pada 23 April 2017 bahawa beliau terlalu tua dan pendedahan Wan Saiful dalam Channel News Asia pada 6 Disember 2017 bahawa Tun Dr Mahathir menyebut tidak mahu bertanding.
Dari sudut moral, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana beliau sebelum ini sering mencemuh tokoh politik yang lebih muda dari beliau sebagai terlalu tua untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan melalui kritikan beliau terhadap Datuk Nik Abdul Aziz pada 30 Oktober 2009 dan 27 April 2013 serta kritikan beliau terhadap Datuk Seri Anwar dalam The Australian pada 11 April 2016 (yang menyebut betapa beliau sendiri sedar beliau tidak mampu terus menjadi Perdana Menteri pada usia 80 tahun).
Selepas dipotong oleh moderator, saya menggunakan kesempatan lain untuk menghujahkan Tun Dr Mahathir tidak mampu dari sudut philosophical dan demographical.
Dari sudut philosophical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana Manifesto PH menjanjikan mengenai pelbagai bentuk perubahan sedangkan perubahan adalah sesuatu yang stressful dan yang diasosiasikan dengan orang muda berbanding orang tua yang diasosiasikan dengan kestabilan.\
Dari sudut demographical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penduduk Malaysia berusia 65 tahun ke atas yang hanya berjumlah 6.2 peratus berbanding penduduk Malaysia berusia 15-64 tahun yang berjumlah 69.7 peratus selain mengenai trend dunia yang menyaksikan kemunculan semakin ramai pemimpin muda seperti Justin Trudeau yang berusia 44 tahun sewaktu menjadi Perdana Menteri Kanada pada 4 November 2015, Emmanuel Macron yang berusia 40 tahun sewaktu menjadi Presiden Perancis pada 14 Mei 2017 dan Sebastian Kurz yang berusia 31 tahun sewaktu menjadi Canselor Austria pada 13 Disember 2017.
Bila panelis lain menyebut mengenai keterpaksaan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kembali kerana ketiadaan pemimpin muda berwibawa di Malaysia, saya menyatakan bahawa pindaan ke atas Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan bagi menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah ini.
Saya memang tidak menyangka mengenai kehadiran secara tiba-tiba Tun Dr Mahathir ke wacana ini, apatah lagi bila moderator terus memberikan ruang kepada beliau dan isteri beliau untuk bercakap selain meminta kami sebagai panelis untuk bertanya soalan kepada beliau sebagai jemputan pula.
Bagaimanapun, saya menggunakan ruang yang ada untuk mengingatkan Tun Dr Mahathir mengenai ketidakmampuan beliau dari sudut spiritual dengan merujukkan kepada peringatan Allah mengenai kelemahan manusia pada usia tua seperti yang terkandung di dalam ayat 68 Surah Yasin, ayat 5 Surah al-Hajj, ayat 54 Surah al-Rum dan ayat 70 Surah al-Nahl.
Saya juga menggunakan ruang yang ada untuk menanyakan beliau mengenai persepsi bahawa, dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai PH serta hanya akan menjadi puppet kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP dan disebabkan Perjanjian PH yang mensyaratkan supaya setiap pembuatan keputusan mestilah dibuat secara konsensus, termasuk dengan membangitkan beberapa kandungan utama di dalam Manifesto PH sebagai contoh.
Saya juga turut menanyakan beliau satu soalan yang memang sudah lama saya mahu tanyakan sendiri kepada beliau, iaitu apa yang menyebabkan beliau sendiri kini bersedia untuk menjadi Perdana Menteri kembali tatkala beliau sendiri menyebut, pada 21 September 2016, bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau dan tatkala kaji selidik PPBM yang diumumkan oleh Datuk Dr Rais pada 10 Mei 2017 sendiri menyebut bahawa calon paling popular untuk menjadi Perdana Menteri bukanlah beliau, tetapi Tan Sri Muhyiddin.
Saya berpuas hati dapat menanyakan kedua-dua soalan tersebut secara terus kepada Tun Dr Mahathir, malah jawapan Tun Dr Mahathir kepada kedua-dua soalan saya ini telah diberikan liputan oleh media massa.
Adalah tidak benar dakwaan yang disebarkan secara meluas dalam media sosial, yang turut disertakan dengan foto yang menunjukkan seolah-olah saya terkedu di sisi beliau, bahawa saya kononnya terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Tun Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.
Saya sebaliknya merasa teruja dengan kehadiran Tun Dr Mahathir yang, berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq, kepada saya selepas majlis itu tamat, memutuskan untuk hadir sendiri ke majlis itu selepas melihat perjalanan wacana itu sejak ia bermula secara live, termasuk tindakan saya yang lantang mengkritik beliau.
Pada hemat saya, cubaan Tun Dr Mahathir untuk menunjukkan keberanian beliau dengan mencabar saya di laman Facebook beliau untuk mengkritik beliau secara berdepan adalah sesuatu yang melucukan kerana jika beliau betul-betul berani beliau sepatutnya menyahut undangan Sinar Harian untuk ikut sama di dalam wacana itu sejak awal lagi sebagai pembicara bukan hadir tiba-tiba di tengah majlis sebagai penonton (yang diberi peluang untuk berbicara).
Saya mengharapkan akan ada soalan dari penonton yang akan membolehkan saya mengkritik Tun Dr Mahathir secara berdepan, malangnya peluang untuk penonton berbicara juga ditutup secara yang, saya dimaklumkan, tidak adil.
Saya juga merasa terkejut dengan sikap hipokrit Tun Dr Mahathir yang memberikan gambaran positif mengenai tahap kesihatan beliau kepada khalayak, tetapi sewaktu jamuan selepas majlis itu tamat saya mendengar sendiri beliau komplen mengenai jadual ceramah beliau yang ketat, mengenai betapa beliau terpaksa menunggu sehingga lewat malam di dalam sesuatu majlis ceramah kerana sering diletakkan sebagai penceramah terakhir dan sebagainya.
Saya dimaklumkan mengenai pelbagai troll memanjang yang dikenakan terhadap saya oleh para pengikut setia Tun Dr Mahathir, termasuk oleh para pemimpin PAN. Paling menarik ialah tindakan dua Evangelis Kristian utama DAP, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin, menggelakkan saya di laman Facebook mereka. Tidak mengapa, ada ubi ada batas. - HARAKAHDAILY 23/3/2018
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,, Saya baru tulis pasal macam macam ada, baru habis tulis tiba tiba timbul kembali yang dah tenggelam, menambah koleksi macam macam ada.Mungkin lepas ni banyak lagi yang keluar dari perut bumi.Segala perkara yang pernah dilagukan oleh macai Umno dalam 2/3 PRU yang lepas, kini dialunkan semula oleh macai tokong yang kata nak lawan Umno tapi guna balik peluru kapor Umno untuk tembak PAS, seperti PAS masih lagi berdepan degan Umno yang sudah banyak berdiam diri.Tapi mungkin betul PAS masih lagi berdepan dengan Umno yang kerjanya dibuat oleh PH.
Terkejut juga bila macai tokong mengungkit kembali kisah kegagalan PAS memerintah Terengganu semata mata nak menunjukkan PAS tidak boleh memerintah Malaysia.Rasanya orang gila jer percaya hujah kelaut hujah macai tokong ini.Dia ambil kegagalan PAS di Terenganu tapi lupa pulak kejayaan PAS di Kelantan.DIa kutuk TGHH kerana gagal di Terengganu tapi dia lupa jasa TGHH yang masih kekal sampai hari ini kepada rakyat Terenggganu ia itu penghapusan tol di Jambatan Sultan Mahmud.Tol yang nak dihapuskan oleh PH dah lama dihapuskan oleh PAS yang gagal itu.Itu tak cerita lagi pasal enakmnet Hudud, Qisas dan Takzil yang sudahpun diwartakan di Terangganu.Tapi dia ungkit cerita kelamahan PAS dalam mentadbir tanpa menyentuh bagaimana lawan dia Umno yang menyekat dan memberi tekanan atas bawah, kiri kanan kepada kerajaan PAS Terengganu.Dia lupa taktik kotor lawannya Umno yang disaksikan oleh rakyat Terengganu dalam 2 PRU yang lepas.Semua perkara kotor yang lawannya buat dia lupa, sebaliknya kelemahan PAS dan TGHH sahaja yang ditonjolkan.Kerja orang gila yang membuka semula loray buruk yang dah kantoi.
Lebih lawak, dia lupa tentang Mahathir yang 22 tahun membajai kerosakan negara tapi dia dengan bangganya memuji Mahathir sebagai penyelamat Malaysia, Mahathir yang hampir menjatuhkan Malaysia diangkat untuk menjadi penyelamat.Penyelamat dari tol dan monopoli yang Mahathir sendiri mulakan, penyelamat GST yang idea asalnya datang dari Mahathir walaupun yang buatnya Najib.
Siapa yang percaya loyar buruk macai tokong sebegini mungkin kumpulan orang gila sahaja.Saya yakin walaupun sudah jelas macai tokong menghidupkan loyar buruk yang ditinggalkan oleh macai Umno bahawa macai tokong akan terus menggali loyar buruk macai Umno untuk dijadikan modal kempen PRU mereka tetapi mereka dikesan tidak mempunyai skuad ghostbuster seperti dimliki oleh PAS.Lalu bagaimana mereka mahu menang kerusi PRU terutamanya di Terengganu.Apakah dengan mengharap pengundi percaya loyar buruk mereka yang pernah dibuat oleh macai Umno dulu, mereka boleh menang, kalau boleh menang PRU dengan begitu mudah, dah lama PAS dan pembangkang lain menang dan mungkin sekarang sudahpun jadi kerajaan.PH macam tak kisah pasal hantu yang dulu banyak membantu kerja macai Umno sebab macai tokong hari ini hanya meniru cara macai Umno tapi mereka tak ada backup hantu.Senang senang jer mereka ditipu oleh macai Umno.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan. Entah apa geranan terasa semacam kehangatan PRU serupa macam PRU yang lepas lepas terutama apabila munculnya cybertrooper upahan Umno yang pula mengalun dan mengulangi cerita bohong dan dongeng Puteri Gunung Ledang.Ketika itu macam macam cerita ada tapi satupun tak betul semuanya sekadar lawak king untuk diketawakan oleh yang mendengar, hari ini terasa suasana serupa walaupun cybertrooper Umno dah lama kojol.Ada sekumpulan hantu cybertrooper Umno muncul tetapi sudah dikenal pasti milik PH, sebuah gabungan yang nak lawan Umno tapi ikut cara Umno, macam macam ada,,,,
Satu demi satu modal lama cybertrooper Umno dijenamakan semula oleh hantunya yang dimiliki oleh parti yang nak lawan Umno tetapi menyerang PAS bagai tak rak seperti Umno menyerang PAS satu ketika dulu.Wajah mirip cybertroper Umno terserlah setelah PAS mengeluarkan menifesto PRUnya.Melompat lompat hantu cybertroper Umno apabila dengan gelojohnya melihat Hudud tidak ada dalam menifesto sama seperti melompat lompatnya cybertroper Umno pada PRU 13 dulu apabila menifesto Nagara berkebajikan PAS tidak memasukan Hudud didalamnya.
Persamaan wajah mula timbul, nak lawan Umno tapi tiru Umno serang PAS.Lawak king dari PH, kahkahkah!.Itu satu, satu hal lagi yang muncul setelah menifesto PAS dikeluarkan ialah pengolahan semula cerita oleh seorang macai tokong yang masih berhingus menyebut PAS bercakap pasal Hudud di depan orang melayu tetapi di belakang bersekedudukan dengan MCA, menggugurkan Hudud.Dari mana datangnya idea mereka cerita ini tak tahu! Tapi yang pasti ianya satu modification dari apa yang pernah didakwa Umno dulu, PAS gugurkan Hudud kerana tidur sebantal dengan DAP.Kelakar gila, macam macam ada.....
Begitu juga dengan dakwaan sebab nak jadi king maker , PAS gugurkan Hudud kerana bimbang dengan MCA yang jadi rakan Umno, apa ke benda dakwaan ikut kepala leper PH ni!Apa tidak terfikir kah mereka kalau jadi king maker bermakna cakap PAS yang akan didengar bukan PAS takut kepada sesiapa apatah lagi MCA yang sudah membuktikan dirinya sebagai parti ultra kaisu semasa DAP berpur pura terima Hudud dulu!
Pokoknya, kalau PAS sudi menjarakkan dirinya dengan DAP apabila mula menunjukkan kaler sebenarnya, kenapa PAS nak pula bersekedudukan dnegan MCA yang menang sudahpun menunjukkan belangnya? Prof Dr.Redzuan Tee Abdullah pernah jadi ahli MCA dan pernah tidak percaya kepada PAS kerana bersama DAP tahu benar bahawa DAP dan MCA sama sama parti ultra kaisu yang nampak bermusuhan dalam politik tetapi akan bersatu dalam agenda menentang Hudud dan Islam mereka.Yang tak tahu atau buat buat tak tahu ialah parti dan orang Islam yang masih bersama mereka, baik dalam BN atau dalam PH, orang islam yang tak mahu masuk Islam kesemuanya!
Dari mana puak macai tokong dapat maklumat salah mengenai kedudukan PAS dan MCA? atau hanya dengan tanggapan PAS dah dikuasai Umno PAS juga sudah dikuasai MCA? atau kerana PAS sudah tidak menjadikan Hudud sebagai dasar perjuangannya? Sudah menggugurkan Hudud dari menifestonya? Sehingga hujah saya bahawa PAS tak perlu meletakkan Hudud dalam menifestonya kerana Hudud sudah menjadi trade mark PAS, tak masuk dalam menifestopun PAS tetap menjadikan Hudud sebagai fokus utama perjuangannya.Dalam PRU 13, tidak ada Hudud dalam menifesto negara berkebajikan, tetapi PAS tetap membawa enakment Hudud dalam DUN Kelantan dan berjaya membawa RUU 355 ke PArlimen sebagai pembangkang.Bukankah ini sudah menjadi bukti yang jelas kepada usaha PAS? Nak kletong apa lagi?
Lagi pun seperti dinyatakan PAS juga tidak memasukan Solat lima waktu dalam menifestonya secara khusus, sedangkan seperti Hudud solat juga penting malah lebih penting dari Hudud.Islam adalah ugama untuk semua dan ugama yang mesti dimasuki kesemuanya sekali bukan ugama yang boleh ambil sekerat dan tinggalkan sekerat yang lain.Untuk itu perkara 11 dalam menifesto sudah merangkumi kesemua sekali.Dalamnya sudah ada solat dan sudah ada Hudud, apa yang macai tokong nak lagi? Di mana play safenya perkara 11 ini?
Apabila Gagasan Sejahtera (GAGASAN) melancarkan Manifesto Malaysia Sejahtera-nya (Peringkat Pertama), kamu (baca PAN) segera melancang, mana hudud? PAS bohong, penunggang ugama!
Komentar saya:
Bukan setakat hudud, solat pun PAS tak sebut dalam manifestonya. Patutnya kamu bertanya, mana solat? Mana zakat dan haji? Bukankah itu lebih besar dalam pemerintahan Islam daripada hudud? Mengapa PAS tak sebut?
Bacalah Manifesto Malaysia Sejahtera yang mengandungi 9 Teras dan 20 Tawaran Utama dan Tawaran Khas itu dengan teliti. Kamu akan temui semua sekali daripada ajaran Islam. Islam yang sempurna, menyeluruh dan bersifat sejahtera dan sederhana.
Semuanya ada. Akidah yang benar, ibadah yang sohih, akhlak yang luhur, undang-undang Islam yang adil, pemerintahan yang bersih berintegriti dan kehidupan rakyat yang makmur sejahtera. Manifesto Malaysia Sejahtera adalah manifestasi sebahagian gagasan Islam sempurna yang ditawarkan oleh PAS demi Malaysia yang lebih baik selepas PRU-14 nanti.
Malang, akal kamu sempit sesempit tempurung otak. Tempurung untuk otak, bukan untuk akal. Akal biarlah luas seluas Islam.
Berpuluh tahun PAS berjuang menerang dan menerangi, anda masih di kelas peralihan, tak naik naik. Lebih tak 'menahan', PAN, terus jatuh kelas. Daripada faham bertahun-tahun, tetiba jadi tak faham. Gejala DAP apakah ini? Kan haru guru menggaru?..
#Istiqamah #ManifestoMalaysiaSejahtera
XOXO - Tak nak komen dan berasap Asraz Asraz buat komentar ...
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Tanjong, Ng Wei Aik dibidas kerana telah menyentuh hal umat Islam berkaitan doa Qunut Nazilah secara biadap, kurang ajar, campur tangan dan tunjuk pandai.\
Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir berkata, Wei Aik tiada sebarang hak untuk campur tangan, apatah lagi partinya DAP selama ini bekerja menentang dan menolak Islam.
"Kebiadaban Ng melabel PAS sebagai "Parti Ajaran Sesat" sewajarnya membuka mata para pengundi Islam betapa kurang ajarnya DAP dan pemimpin mereka. Demi politik mereka sanggup bersuara dalam isu agama yang tiada bersangkutan dengan mereka.
"Qunut Nazilah yang dimaksudkan adalah urusan orang Islam. Kalau ada kurang atau cacat ia, biar ia dibincang dan dibahas sesama Muslim, kamu jangan campur dan tunjuk pandai.
"Bagi saya 'Tsunami Melayu' yang bakal bergelora dalam PRU14 nanti jangan hanya dicetuskan untuk menghanyutkan yang tempang dan pincang sahaja.
"Ia wajar dibangkitkan untuk turut menenggelam dan melemaskan sekali DAP yang terlalu bongkak dan tegar menentang dan menghina Islam kebelakangan ini," tempelaknya. - HARAKAHDAILY 20/3/2018
Walaupun ramai yang menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung sekitar pertengahan April dan pertengahan Mei, bekas setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai pandangan berbeza.
Dalam satu kolum di The Edge Financial Daily hujung minggu lalu, Oh Ei Sun meramalkan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan sekitar bulan Julai dan Ogos atas alasan teknikal dan beberapa sambutan perayaan yang berlangsung pada pertengahan tahun.
Oh berkata, sebaik sahaja kerajaan meluluskan proses persempadanan semula pilihan raya baru di Dewan Rakyat yang sedang bersidang dan berakhir pada 5 April depan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat kerja-kerja susulan.
"Ramai yang menganggap bahawa Najib akan membubarkan parlimen tidak lama selepas itu, membuka jalan untuk pilihan raya diadakan sebelum pertengahan bulan Mei, menjelang ketibaan Ramadan, dan menggunakan momentum itu untuk meraih kemenangan.
"Ini sudah tentu jadual yang munasabah, tetapi saya berpendapat bahawa, sama dengan pilihan raya lalu, pilihan raya kali ini akan dibawa sehingga penghujung tarikh yang dibenarkan," katanya.
"Terdapat asas untuk pandangan ini.
"Antaranya, sekalipun parlimen meluluskan cadangan persempadanan semula kawasan seperti yang dijangkakan, SPR, yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaannya, masih memerlukan tempoh masa tertentu untuk melakukannya," katanya.
Senarai pilihan raya perlu diperbaharui untuk menggambarkan kawasan yang dipinda itu,” katanya.
"Pelarasan perlu dibuat berhubung penggunaan sumber manusia dan sumber lain mengikut sempadan pilihan raya baru," katanya.
Oh juga menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada bulan Jun apabila masyarakat Kadazan akan meraikan pesta Kaamatan di Sabah dan perayaan Gawai pula dirayakan di Sarawak.
"Ramadan bermula pada pertengahan bulan Mei, dan diikuti sambutan Aidilfitri selama sebulan sehingga Julai, yang mana tempoh parlimen sekarang akan tamat sekalipun jika ia tidak dibubarkan ketika itu.
"Akhir bulan Ogos juga akan menyaksikan permulaan musim haji. Ramai penyokong Umno dan dan PAS tentu tidak akan gembira jika pilihan raya umum diadakan pada masa itu.
Faizal Ghazali menulis dalam Mkini; walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan belum mengetengahkan siapa bakal calon menteri besar mereka sekiranya berjaya memerintah selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti, cakap-cakap mengenainya tetap dapat didengari di sana sini.
Faizal menulis; Ketika tarikh PRU ke-14 semakin hampir Malaysiakini cuba meninjau beberapa nama yang disebut-sebut kemungkinan diangkat untuk menjadi ketua kerajaan di Kelantan nanti.
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengetuai HARAPAN Kelantan dan parti itu juga mendapat paling banyak kerusi dewan undangan negeri (DUN) sesuai dengan keadaan semasa di negeri berkenaan.
Dengan faktor itu mengikut amalan lazim tokoh AMANAH adalah calon paling berpotensi untuk dikedepankan mengisi jawatan menteri besar.
Jika sebelum ini Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Husam Musa dilihat sebagai tokoh paling sesuai menduduki kerusi itu, namun kebarangkalian itu mengendur susulan penarikan pingat oleh Istana Kelantan baru-baru ini.
Selain itu, AMANAH Kelantan juga dikatakan mahu mengangkat anak kedua Nik Abdul Aziz, iaitu Nik Omar sebagai penerus legasi ayahnya.Bagaimanapun, hasrat itu dilihat sukar menjadi kenyataan susulan Nik Omar tidak mberminat untuk menyertai AMANAH dan tidak mendapat restu daripada bondanya yang khuatir berlaku perpecahan dalam keluarga.
Menurut satu puak lagi dalam AMANAH, bagi AMANAH Kelantan tokoh yang mungkin menjadi pertimbangan mereka Prof Datuk Dr Abdul Halim Yusof dan Hisham Fauzi.
Dr Abdul Halim ialah naib pengerusi AMANAH Kelantan merangkap pengerusi HARAPAN Kubang Kerian. Walaupun namanya tidak sebesar Husam, dia tetap mempunyai pengaruh tersendiri.
Namun, ada puak lain di kalangan AMANAH sendiri kurang senang dengan pertimbangan itu susulan Dr Abdul Halim sebelum ini aktif dengan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).
Ada satu lagi puak mahu pengerusi Jawatankuasa Undang-undang HARAPAN Kelantan disebut susulan pengalaman beliau dalam politik. Bekas penasihat undang-undang PAS Kelantan itu kini menjadi penyelaras HARAPAN DUN Bukit Panau. Dia dilihat seorang aktivis undang-undang berwibawa dan berpengalaman luas dalam politik Kelantan.
Sementara itu, bagi PKR Kelantan pula mereka memberi gambaran bahawa pengerusinya, Ab Kadir Ab Aziz sebagai calon berwibawa untuk menerajui kerajaan di bawah kerajaan baru negeri Cik Siti Wan kembang itu.
Parti Primbumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan pula, dua tokoh tempatan mereka dilihat mempunyai potensi untuk jawatan menteri besar.
Kedua-kedua mereka ialah Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd Nor dan timbalannya, Datuk Sazmi Miah.
LETIH DENGAN PUAK-PUAK NI, BELUM APA-APA LAGI DAH BEREBUT NAK JADI MB KELANTAN. MANA MENEFESTO MEMBELA RAKYAT??
RASA BAIK LETAK DAP MENJADI MB KELANTAN, DAP PUN ISLAM JUGA
XOXO - Belum bertanding dah berebut siapa nak jadi MB, selepas menang nanti ada yang kena kapak siam!...
Ada cerita kononnya Tan Sri Rais Yatim akan meyertai parti bersatu. Sebaran ini kuat dikalangan pimpinan Bersatu. Tak tahu sama ada ini psywar untuk menarik sokongan kepada Bersatu atau tidak. Dr Kamarul Yusoff ada membuat komen perkara ini.
Melihat kepada beberapa kenyataan yang pernah dibuat oleh Tan Sri Rais Yatim dua tahun kebelakangan ini yang agak kritikal terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM, adalah agak tidak mungkin untuk beliau menyertai PPBM yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir selaku Pengerusinya. Pada 5 Mac 2016 umpamanya, Tan Sri Rais direkodkan sebagai berkata tindakan Tun Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri adalah lebih teruk daripada tindakan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, cuma beliau “tak nak buka rekod itu kerana tak nak aibkan (Tun Dr Mahathir)”. Pada 28 Mac 2016 pula, Tan Sri Rais direkodkan sebagai berkata perjuangan Tun Dr Mahathir kini bukan lagi perjuangan untuk orang Melayu, sebaliknya perjuangan peribadi yang “ada kaitan dengan rentetan peristiwa yang membawa kepada (pemecatan) Datuk Seri Mukhriz di Kedah”. Pada 27 Februari 2017, Tan Sri Rais direkodkan sebagai membidas Tun Dr Mahathir kerana kini bersekongkol dengan DAP sedangkan waktu S46 dan DAP berpakat dahulu Tun Dr Mahathir yang meminta beliau “jangan bersekongkol dengan DAP kerana (Lim) Kit Siang anti-Melayu dan Islam”. Pada 6 Februari 2018, Tan Sri Rais direkodkan sebagai berkata beliau “tak fikir DAP kuat tapi kalau ditolong oleh orang Melayu, berkemungkinan besar politik Melayu akan hancur” dan “kalau Dr Mahathir di pihak sana (Pakatan Harapan) bawa fikiran DAP, Melayu akan jahanam”. Tambah Tan Sri Rais, PPBM “tidak ada peta Melayu”, “peta PPBM adalah sosialis, tidak nampak menjuarakan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, hanya diutamakan perjuangan nak jatuhkan Datuk Seri Najib” dan “PPBM ini tak pernah jawab pun soalan ke mana Melayu nak dibawa mereka”. Apa pun, politik adalah seni yang memungkinkan segala-galanya. Kita telah saksikan sendiri berapa ramai tokoh politik Malaysia yang telah menjilat balik kata-kata sendiri sebelum ini untuk mencapai matlamat dan kepentingan mereka. Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya.
XOXO - Jilat banyak mana pun puak otai Reformasi percaya anda. Mereka pun jual perjuangan kerana terbayang Putra jaya...
Malaysiakini adalah sebuah portal berita yang sentiasa mengutamakan laporan berbentuk antiislam dan membuat berita fitnah kepada usaha peningkatan Islam.
Malaysiakini juga mengamalkan corak pemberitaan "jahat" serta cenderung kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dan menepikan fakta yang benar terhadap PAS.
Sebagai contoh doa kononnya pemberitaan "PAS Selangor hancurkan PAKATAN JAHAT" yang di'spin" seolah-olah doa kepada HARAPAN. Ungkapan "pakatan" memang wujud sebagai sebahagian daripada teks qunut nazilah.
“Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, pecahkan pakatan mereka - ini sebahagian daripada teks doa qunut nazilah.
"Pakatan bukan semestinya merujuk Pakatan Harapan!" tapi Malaysiakini sengaja membuat berita itu seolah-olah PAS selangor mendoakan kepada HARAPAN dan mahu rakyat marah kepada PAS.
Pelanggar baiah turut didoakan
PAS sudah memutuskan kerjasama politik mereka dengan semua parti terbabit namun berada dalam kerajaan dan mengekalkan anggota mereka sebagai exco negeri.
Program munajat dan solat hajat itu menjadi perhatian ramai apabila salah seorang anggota Jawatankuasa PAS Selangor Ahmad Dusuki Abd Rani membacakan doa supaya Allah "menghancurkan pakatan jahat" yang secara biasa memang ada dalam doa qunut nazilah melainkan orang itu bodoh dengan agamanya sendiri.
Ahmad Dusuki yang terkenal sebagai penceramah termasuk di radio kerajaan juga mendoakan balasan kepada pemungkir baiah - merujuk kepada beberapa wakil rakyat PAS yang meninggalkan parti itu.
Malaysiakini sepatutnya faham isi teks doa qunut nazilah berkenaan. teks doa qunut terjemahannya, iaitu:
Ya Allah! Muliakan Islam dan seluruh Muslimin. Ya Allah! Hinakan syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami Muslimin dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di semua tempat dan di setiap masa. Ya Allah! Binasakan musuh-musuh-Mu, musuh-musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, syirik dan munafik. Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada-Mu) dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai-beraikan himpunan kumpulan mereka, pisahkan kesatuan pakatan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing-Mu.
Wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Keras, Wahai Tuhan yang Maha Membalas, Wahai Allah, Wahai Allah, Wahai Allah Tuhan sekalian alam. Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Kitab, yang menggerakkan awan, yang mengalahkan tentera Azhab, kalahkan mereka dan bantulah kami dengan memberi kemenangan untuk kami! Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah. Kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba-Mu. Ya Allah! Rezekikan kepada kami syahid di jalan-Mu. Ya Allah! Berikan kepada kami kebahagiaan di dalam kehidupan di dunia ini dan kebahagiaan juga di akhirat dan selamatkan kami daripada azab neraka.
XOXO - Malang bila Malaysiakini buat fitnah terhadap Islam dan bersifat anti Islam ada ramai pendokong HARAPAN menjadi pembela musuh Islam. Dimana sensitiviti Islam mereka sekarang?...
Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam untuk berdepan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Sambil menjulang tangan Liew, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu di pusat pilihan raya Pakatan Harapan Ayer Hitam sempena sambutan ulang tahun ke-52 DAP.
Ayer Hitam merupakan kubu kuat MCA di Johor dan DAP dilaporkan menganggapnya sebagai kunci kemaraan HARAPAN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pada PRU 2013, Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menewaskan calon PAS Hu Pang Chaw dengan majoriti 7,310 undi.
DAP mengambil jalan yang cerdik mengistiharkan awal siapa calon Ayer Hitam bagi menyekat desakan Timblan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bagi kerusi berkenaan.
15 Januari 2018 lalu, Pihak Amanah berkata, parti Amanah akan bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam dan menjadikan parti berkenaan bakal mewakili tiga kerusi Parlimen di negeri Johor.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, persefahaman telah dicapai sejak dari peringkat awal lagi dan penjelasan yang telah dibuat oleh Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong sebelum ini telah merungkai kekeliruan atau salah faham berkenaan.
“Tidak timbul sebarang masalah, penjelasan telah dibuat oleh Pengerusi DAP (Liew Chin Tong) yang dia tak ada masalah sekiranya di akhir nanti, calon yang bertanding di Parlimen Ayer Hitam calon Amanah dan menggunakan lambang Amanah.
“Itu persefahaman yang sejak awal lagi dah dicapai...dan penerangan itu sudah memberikan gambaran yang jelas kekeliruan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian sempena Majlis Minum Petang bersamanya, di Restoren Dapur Anjung Moncheh, di sini, petang tadi.
Yang jelas AMANAH sekadar'balaci' atau tukang pasang bendera bagi DAP di Ayer Hitam.
XOXO - Parti AMANAH sebenarnya parti yang tak ada maruah selalu ditindas dalam setiap kali mesyuarat PH, itu nasib apabila menjual agama kononnya nak keuntungan dalam menerajui Putra Jaya.... Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 18-3-2018
Kenapa Ayer Hitam begitu penting bagi DAP?
DI dalam sidang media beliau bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-52 DAP di Ayer Hitam, Johor, hari ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan: “Kita telah isytihar calon kita yang pertama dalam pilihan raya yang ke-14 ini, iaitu Saudara Liew Chin Tong daripada Parti DAP, yang akan mewakili PH (di kerusi P148 Ayer Hitam)”. Bila ditanya oleh wartawan, Tun Dr Mahathir seterusnya menyatakan: “Kamu tahu apa yang berlaku di Gelang Patah, ia akan berlaku di Ayer Hitam” (“You know what happened to Gelang Patah, it will happen in Ayer Hitam”).
Beberapa persoalan terus sahaja menerjah ke dalam fikiran saya mengenai perkara ini.
Pertama, P148 Ayer Hitam adalah kerusi majoriti Melayu (56 peratus) yang ditandingi oleh calon PAS, Hu Pang Chaw, di dalam PRU 13 lalu, jadi secara logiknya kerusi ini sepatutnya ditandingi oleh calon PAN, tetapi kenapa DAP berkeras mahukan kerusi ini?
Kedua, kenapa pengumuman calon pertama PH adalah membabitkan pengumuman calon DAP, Liew Chin Tong, di kerusi P148 Ayer Hitam, bukan membabitkan pengumuman calon PPBM, PKR atau PAN di kerusi lain?
Ketiga, kenapa Tun Dr Mahathir turut dilibatkan di dalam pengumuman calon DAP di kerusi P148 Ayer Hitam ini malah ke tahap didorong menyebutkan kemenangan Lim Kit Siang di kerusi P162 Gelang Patah akan berulang di kerusi P148 Ayer Hitam?
Pada hemat saya, jawapan kepada ketiga-tiga persoalan ini berkisar di sebalik symbolism. DAP mahu menonjolkan dirinya sebagai hero dan ketua di dalam PH.
Penyandang kerusi P148 Ayer Hitam adalah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, yang menang agak selesa dengan majoriti 7,310 undi di dalam PRU 13 lalu, berbanding majoriti hanya 379 undi Datuk Seri Liow Tiong Lai di P189 Bentong.
Hanya seorang hero yang boleh mengalahkan seorang Menteri Kabinet yang menang dengan majoriti 7,310 undi di dalam PRU 13 lalu, dan jika calon PAN yang berbuat demikian maka PAN-lah, dan bukan DAP, yang akan kelihatan sebagai hero.
P148 Ayer Hitam juga sangat penting kepada DAP kerana Liew Chin Tong sendiri menyebut bahawa jika PH boleh menang di kerusi ini maka ini akan membawa makna PH boleh menang di 10 kerusi Parlimen lain di Johor.
Johor sebelum ini adalah kubu kuat Umno dan tempat kelahiran Umno, sudah tentu tiada yang lebih menggembirakan bagi para pemimpin DAP untuk melihat seorang bekas Presiden Umno menjilat balik ludah beliau sendiri di depan mereka di negeri itu.
Di dalam PRU 13 lalu Tun Dr Mahathir-lah yang bermati-matian berusaha untuk memastikan Lim Kit Siang kalah di kerusi P162 Gelang Patah sehingga menghamburkan pelbagai kecaman terhadap Lim Kit Siang seperti bahawa Lim Kit Siang adalah rasis.
Menyaksikan Tun Dr Mahathir menyebutkan di depan mereka kemenangan Lim Kit Siang di kerusi P162 Gelang Patah akan berulang di kerusi P148 Ayer Hitam sudah tentulah merupakan satu kemenangan moral yang amat bermakna kepada para pemimpin DAP.
Selari dengan mentaliti DAP mahu menonjolkan dirinya sebagai hero dan ketua di dalam PH inilah maka pengumuman calon pertama PH adalah membabitkan pengumuman calon DAP, bukan membabitkan pengumuman calon parti lain.
Begitu pun, berdasarkan dapatan kaji selidik Wan Saiful Wan Jan dari PPBM sendiri bahawa 85 peratus daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi DAP, adalah diragui pengundi Melayu di kerusi P148 Ayer Hitam akan memberikan undi mereka kepada calon DAP. Apa pun, di mata para pemimpin DAP, symbolism sudah tentulah jauh lebih penting. - HARAKAHDAILY 18/3/2018
PETALING JAYA: Invoke Malaysia sepatutnya melakukan inisiatif pengisytiharaan harta melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya semua kumpulan ahli politik dalam gabungan itu menyertai inisiatif itu, kata seorang penganalisis.
Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata inisiatif oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kelihatan tidak teratur dan tidak tersusun kerana Invoke tidak mendapat restu PH.
“Sepatutnya Invoke perlu buat melalui Majlis Presiden, baru nampak selaras dan lebih baik dalam konteks persaingan dalam pimpinan PH. Dalam PKR misalnya, kumpulan yang menyokong timbalan presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tak berminat sangat,” katanya.
Mohamad Sabu satu-satunya presiden dalam kalangan 4 parti PH yang mengisytiharkan harta di bawah badan itu. Pemimpin Amanah itu antara 40 bakal calon dan wakil rakyat Amanah dan PKR yang hadir di sesi pengisytharan harta tersebut.
Ketua Publisiti DAP Tony Pua berkata wakil rakyat DAP akan mengisytiharkan harta hanya selepas mereka dilantik sebagai menteri atau exco kerajaan negeri.
Kamarul berkata rasa ragu-ragu rakyat masih tebal terhadap kejujuran pemimpin PH kerana tidak semua pimpinan utama gabungan itu berbuat demikian.
“Ia boleh menimbulkan kesangsian rakyat terhadap mereka yang tidak terlibat membuat pengisytiharan. Rakyat akan tanya kenapa pemimpin PPBM dan DAP tidak buat sama. Apakah yang disembunyikan? Jadi ia tidak seragam,” katanya.
Rafizi dilaporkan berkata terdapat sesetengah bakal calon tidak mahu mengisytiharkan harta sama ada kerana malu kerana kemiskinan atau bimbang orang akan meminta.
Kamarul berkata sekiranya semua pimpinan PH turut mengisytiharkan harta masing-masing, ia akan memberi kesan sangat besar dan positif kepada rakyat.
Penganalisis itu percaya kelebihan akan memihak kepada pemimpin yang membuat pengisytiharaan harta, khasnya yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14. Sumber TKO - 18-3-2018 Patutlah PKR boleh berbaik semula dengan Mahathir, Perangai PKR sebiji Macam UMNO dan Mahathir Posted on Sunday, March 18 @ 11:20:18 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38688
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mempertahankan tindakannya menghantar surat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pada 12 Mac lalu, Sallehen menghantar surat kepada Sultan Selangor berhubung isu ADUN PAS didakwa dinafikan peruntukan kawasan mereka selama dua bulan.
Menurut Sallehen, tindakannya itu bukan untuk menghina sebaliknya hanya mengadu dan memaklumkan perkara yang sebenar kepada baginda berhubung kejadian yang menimpa tiga ADUN daripada parti Islam berkenaan.
"Kita hantar surat sekadar untuk memaklumkan pada tuanku apa yang berlaku kerana tuanku ialah payung keadilan kepada rakyat.
"Pada siapa lagi kita nak mengadu dan cerita yang betul apa yang berlaku, kerana sebelum ini apa yang dikatakan sangat tak tepat," katanya ketika berucap pada majlis sambutan 10 tahun PAS dalam pemerintahan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, malam tadi.
Semalam, Malaysiakini melaporkan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali membidas tindakan Sallehen itu dengan mendakwa tindakan mengheret istana Selangor dalam isu peruntukan dengan kerajaan negeri merupakan penghinaan kepada institusi diraja itu.
Sehubungan itu, Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata pihaknya tidak akan merayu kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan peruntukan itu kembali.
"Sebenarnya niat dia memang tak nak beri peruntukan pada kita dan PAS juga tidak akan merayu. Nak beri, beri. Duit bukan boleh jinak hati manusia. Kita bergantung pada Allah," katanya lagi.
Selain itu, beliau mengulas mengenai penganjuran Karnival Himpunan Rakyat di Stadium Melawati semalam dan berkata tindakan kerajaan negeri mengadakan program tersebut dengan tidak menjemput exco daripada PAS dianggap sebagai menghina. Soal program parti guna duit kerajaan
Malah, beliau juga mempersoalkan program karnival itu yang menggunakan duit kerajaan negeri sedangkan ia merupakan sebuah program parti.
"Program ini memerlukan kelulusan bajet dari kerajaan negeri. Program pendek, tapi mohon peruntukan besar termasuk minta semua exco luluskan bajet ini tapi tak libatkan exco kita (PAS).
"Diangkutnya orang lain untuk berucap mengenai kejayaan Selangor. Dengan dinafikan exco kita untuk berucap, kita katakan ini penghinaan pada exco kita begitu juga membeku peruntukan pada ADUN PAS, ini juga penghinaan," katanya lagi.
Semalam, kerajaan negeri menganjurkan Karnival Himpunan Rakyat sempena sambutan 10 tahun pentadbiran Pakatan Rakyat yang bertukar menjadi Pakatan Harapan di Selangor. Karnival itu difahamkan tidak mendapat sambutan tak pernuh stadium pun.
XOXO - PKR dan BERSATU sama-sama datang daripada usus UMNO, akhirnya kepada UMNO jua kembali...
Analisis Dian TV hijrah Khamis 9.00 malam 15 Mach 2018 membicarakan pengaruh liberalisme dan LGBT dimaklumkan penal Tuan Haji Hushim Haji Salleh bahawa ada guy yang warak.
Mereka walaupun guy, tetapi mereka tidak tinggal solat lima waktu sehari semalam dan sudah tiga kali menunaikan umrah di Mekah.
Atas sebab itulah mereka mengisytihar mereka sebagai guy yang warak, melaksanakan perintah Allah disamping melanggar perintah.
Tanpa disedari mereka lah hamba syaitan dan tergamak menukar istilah fasik kepada warak.
Tindakan mereka dikatakan serasi dengan apa yang dikatakan oleh ulamak, kita hendaklah seimbangkan antara dunia dan akhirat iaitu boleh buat dosa dan buat pahala.
Tapi kena seimbangkan antara kedua itu.Ya ke?
Dalam masa yang sama mereka mengerjakan kemungkaran (melakukan liwat) dan mereka juga mengerjakan kebaikan.(solat lima waktu sehari semalam dan berpuasa di bulan ramadhan)
Itulah istilah yang mereka pakai bahawa mereka juga warak (guy yang warak) sepertimana dinyatakan oleh Haji Hushim Haji Salleh dalam analisis Dian TV Hijrah yang dihot Finah Yunus.
Mari kita lihat Siapa kah orang yang warak?
Orang yang warak yang selamat dan mampu menegakkan persoalan halal dan menghindari yang haram.Bermakna barangsiapa yang masih melakukan yang haram mereka bukan seorang yang warak.mereka orang fasik.
Sebaliknya mereka pada malam hari mengerjakan solat dan malam hari juga mengerjakan maksiat (liwat) mereka merupakan orang yang fasik.
Orang fasik kalau tidak sempat bertaubat tempatnya dihumbangkan dalam neraka yang terbawah sekali bersama orang munafik.
Malang sekali , istilah warak telah tersasar kefahamannya oleh masyarakat.Dalam masyarakat seorang yang warak digambarkan sebagai seorang yang merendah diri, berjalan tunduk atau sedikit kelihatan naif.
Adakah pengertian ini menepati maksud warak menurut istilah agama?
Kalau begitu apa kah erti warak?
Warak ialah sikap berhati hati terhadap sesuatu perkara syubhah kerana takut terjerumus kepada perkara haram.Apakah guy yang melakukan liwat dan solat itu warak.
Menurut pesepktif Islam sifat warak yang mereka dakwa itu akan hilang dan diganti dengan sifat fasik yang seiring dengan sifat munafik .
Kerana Orang warak sangat mengambil berat soal haram.Seluruh perhatiannya diperuntukkan untuk menghidari daripda melakukan perkara haram.
Orang warak juga akan menjaga segenap jalan yang memungkinkan baginya terbuat maksiat.
Warak adalah sikap berhati hati yang melahirkan manusia berusaha menghindari segala hal yang tidak bersih, noda dan dosa.
Ia melindungi daripada semua yang meragukan dan mencurigakan.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: “ Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang menyakinkan”. (Riwayat Muslim).
Baginda berbicara tentang wajibnya meninggalkan segala sesuatu yang mendatangkan kesangsian dan keraguan,
perkara yang mendatangkan kebimbangan, kecemasan dan ketakutan dalam hati.Sebaliknya berpegang kepada sesuatu yang mendatangkan rasa aman dan damai.
Orang warak akan berhati hati terhadap apa yang dilakukanya agar tidak membuat perkara haram.mereka tahu memerlihara farajnya.
Mereka yang warak tidak akan berkahwin dengankaum sejenisnya dan tidak meliwat antara satu sama lain. Mereka berkahwin dengan perempuan, kerana perempuan pakaian lelaki.
Mereka akan berhati hati meneliti tanda yang terdapat pada kandungan makanan.Kakinya akan berhati hati daripada memasuki premis yang meragukan kehalalan nya.
Itulah benteng bagi keselamatan manusia yang paling menyeluruh.
Menurut Imam al Ghazali di dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin pada bab Ilmu Pengetahuan, warak terbahagi kepada 4 peringkat:-
Tidak melakukan perkara yang jelas haramnya.Ini tingkat biasa bagi kebanyakkan orang awam.
Tidak juga melakukan perkara yang meragukan (syubhah).Ini tingkat orang orang soleh.
Tidak juga melakukan perkara yang halal tetapi dikuatiri terbawa kepada haram.ini tingkat orang orang muttaqin.
Berpaling (meninggalkan) selain kepada Allah Taala kerana takut terpakai meskipun sesaat umur kepada yang tidak mendatangkan faedah, sekalipun perkara itu tidak akan membawa kepada yang haram.
Ini tingkat orang orang siddiqin.
Tingkat biasa bagi orang awam ialah tidak melakukan perkara yang haram, termasuk liwat sama sendiri miskipun redha.Liwat itu dosa besar dalam Islam.
Sumber TKO - 18-3-2018
Lim Kit Siang yang samseng
KETUA Parlimen DAP, Lim Kit Siang, pasti tahu betapa bermasalahnya Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dengan “Malaysian Malaysia” yang menjadi teras perjuangan DAP. Di dalam tulisan di blog beliau pada 14 September 2010 umpamanya, Tun Dr Mahathir pernah menulis:
1. “Slogan (yang digunakan oleh PAP) adalah “Malaysian Malaysia” yang membawa makna bahawa orang-orang Cina tidak mempunyai hak-hak yang sama dengan orang-orang Melayu.” (“The slogan (used by the PAP) was “Malaysian Malaysia” which implied that the Chinese were not having equal rights with the Malays.”)
2. “Jika rayuan kepada sentimen orang-orang Cina terhadap orang-orang Melayu adalah bukan perkauman, saya tidak tahu apa itu perkauman.” (“If this appeal to Chinese sentiments against the Malays was not racial, I do not know what is racial.”)
3. “Walau setelah DAP pergi, slogan perang “Malaysian Malaysia” dikutip oleh DAP, anak butir PAP.” (“Even after the PAP left, the “Malaysian Malaysia” war-cry was picked up by the DAP, an offspring of the PAP.”)
4. “Hingga hari ini slogan perkauman “Malaysian Malaysia” adalah slogan perang DAP.” (“Till today the racist slogan “Malaysian Malaysia” is the war-cry of the DAP.”)
Tiba-tiba sahaja, tatkala Tun Dr Mahathir kini telah menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan sedang berusaha keras untuk cuba melenyapkan persepsi umum bahawa DAP adalah sebuah parti perkauman, Lim Kit Siang, sewaktu berucap membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Keenam, Parlimen Yang Ketiga Belas, pada 15 Mac lalu, terus sahaja sekali lagi menegaskan pegangan teguh DAP kepada “Malaysian Malaysia”.
Ucap Lim Kit Siang: “Akhirnya, mustahak untuk saya kemukakan tiga ciri perjuangan politik saya dalam 52 tahun ini. Pertama, bahawa ini kerana impian Malaysia untuk mewujudkan satu negara untuk semua rakyat Malaysia. Kedua, bahawa DAP berjuang untuk semua rakyat, tidak mengira kaum. Ketiga, mereka yang sokong DAP bukan sokong Chinese Malaysia atau Indian Malaysia, tapi mahu menyokong satu “Malaysian Malaysia”. Itu ketiga-tiga ciri.”
Kepada generasi baru Malaysia, perlu difahami bahawa “Malaysian Malaysia” seperti yang tercatat kemas di dalam Deklarasi yang dikemukakan di dalam the Malaysian Solidarity Convention (MSC) di Singapura pada 9 Mei 1965 adalah membawa makna “negara dan negeri tidak diidentifikasikan dengan ketuanan, kesejahteraan dan kepentingan mana-mana masyarakat atau kaum tertentu.” (“the nation and the state is not identified with the supremacy, well-being and the interests of any one particular community or race.”)
Di dalam bentuk mutakhirnya, “Malaysian Malaysia” boleh dilihat melalui kenyataan terbuka Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang bercakap mengenai Perlembagaan Persekutuan “mendiskriminasi rakyat Malaysia kepada golongan Bumiputera dan golongan bukan Bumiputera, yang secara efektifnya membahagikan rakyat Malaysia kepada warganegara kelas pertama dan warganegara kelas kedua” (“discriminat(ing) Malaysians into bumis and non-bumis, which effectively divided Malaysians into first and second-class citizens”.)
Di dalam bentuk mutakhirnya, “Malaysian Malaysia” ini juga boleh dilihat melalui kenyataan terbuka Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, yang bercakap mengenai keperluan untuk “mengkaji semula dasar “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera” serta menghapuskan perbezaan di antara kaum-kaum di Malaysia (“review the “Bumiputra” and “non-Bumiputra” policy and abolish the distinction between races in Malaysia”).
Bila Lim Kit Siang tahu betapa bermasalahnya Tun Dr Mahathir sebelum ini dengan “Malaysian Malaysia”, dan bila Lim Kit Siang tahu betapa bersungguhnya Tun Dr Mahathir sekarang untuk cuba melenyapkan persepsi umum bahawa DAP adalah sebuah parti perkauman, tetapi Lim Kit Siang tetap juga menegaskan pegangan teguh DAP kepada “Malaysian Malaysia” yang pernah Tun Dr Mahathir sifatkan sebagai slogan perkauman, maka nyatalah Lim Kit Siang adalah seorang samseng yang tidak menghiraukan orang lain.
Begitu juga, Lim Kit Siang pasti tahu betapa, mengikut Perlembagaan Persekutuan, perlantikan Peguam Negara dan kebanyakan ketua institusi negara adalah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, sama ada atas nasihat Perdana Menteri ataupun tidak.
Bagaimanapun, di dalam kenyataan di blog beliau semalam, 17 Mac, Lim Kit Siang tetap juga menegaskan bahawa “kita (PH) akan melantik seorang Peguam Negara dan ketua-ketua institusi-institusi negara...” (“we will appoint an Attorney-General and heads of national institutions...”), tanpa sebarang rujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, maka nyatalah Lim Kit Siang adalah seorang samseng yang tidak menghiraukan orang lain.
Begitulah juga dengan kenyataan di blog beliau semalam yang menyatakan “marilah semua parti di dalam Pakatan Harapan – DAP, PKR, PAN dan Bersatu – bekerja kuat dan berganding bahu untuk mencipta sejarah di Johor dan Malaysia” (“let all parties in Pakatan Harapan – DAP, PKR, PAN and Bersatu – work hard and in unison to create history in Johor and Malaysia”) yang meletakkan DAP sebagai ketua tidak rasmi PH. Inilah dia Lim Kit Siang, tokoh di belakang tabir PH. - HARAKAHDAILY 18/3/2018
Sumber HD - 18-3-20118
Apa perlunya PAN menjadi apologis untuk DAP?
MEMBACA tulisan Pengarah Komunikasi PAN Selangor, Jamzuri Ardani, di dalam akhbar Amanah keluaran terbaru, Edisi 93, 11-17 Mac 2018, terbukti jelas bahawa tahap pemimpin PAN hanyalah tidak lebih daripada menjadi apologis untuk DAP.
Tulis Jamzuri Ardani: “Ada kawan bertanya, kalau betul DAP bukan anti-Islam kenapa DAP menentang RUU 355 yang bertujuan untuk memperkasa Mahkamah Syariah dan hanya melibatkan rakyat beragama Islam? Jawapan saya mudah. DAP menolak RUU 355 yang diusulkan oleh PAS di Parlimen bukan kerana parti itu anti-Islam, tetapi kerana kalau dia tidak tolak RUU 355 maka parti itu akan hilang undi dan akan kalah dalam pilihan raya. Tidak ada parti politik yang sengaja mahu menempah maut dalam politik demokrasi, maka begitulah juga DAP.”
Lihatlah sahaja betapa bersungguhnya Pengarah Komunikasi PAN Selangor ini mempertahankan DAP sehingga sampai ke tahap terlalu kreatif dengan memberikan alasan penolakan RUU 355 oleh DAP dengan alasan yang seingat saya para pemimpin DAP sendiri pun tidak pernah berikan.
Alasan penolakan RUU 355 oleh DAP yang diberikan Pengarah Komunikasi PAN Selangor ini sangat tidak boleh diterima oleh akal yang waras kerana:
(1) Ia mengandaikan bahawa pengundi bukan Islam menolak RUU 355 atau bersikap anti-Islam dan para pemimpin DAP terpaksa mengikut sahaja kehendak pengundi bukan Islam ini supaya mereka tidak akan hilang undi dan akan kalah dalam pilihan raya sedangkan tiada sebarang dapatan kajiselidik yang menunjukkan begitu.
(2) Ia bertentangan dengan dapatan kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang diketuai oleh Datuk Prof Dr Mohammad Redzuan Othman pada 1 hingga 16 September 2012 yang menunjukkan 24 peratus masyarakat Cina menyokong hukuman hudud.
(3) Ia bertentangan dengan dapatan kajiselidik yang dijalankan oleh Merdeka Center yang diketuai oleh Ibrahim Suffian pada 12 hingga 21 April 2014 yang menunjukkan 26 peratus responden Cina dan 26 peratus responden India menyokong hukuman hudud.
(4) Ia bertentangan dengan dapatan kajiselidik yang dijalankan oleh UCSI Poll Research Centre yang diketuai oleh Prof Dr Ngerng Miang Hon yang menunjukkan hudud tidak memberi sebarang kesan ke atas pengundi bukan Melayu di dalam PRK Teluk Intan pada 31 Mei 2014 dengan hanya 12 peratus mengambil berat mengenainya.
(5) Ia bertentangan dengan dapatan kajiselidik yang dijalankan oleh Wan Saiful Wan Jan yang baru sahaja diterbitkan oleh ISEAS – Yusof Ishak Institute bertajuk “Trends in Southeast Asia (2018: No. 2)” yang menunjukkan 71 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.
Saya tertanya-tanya apa perlunya para pemimpin PAN menjadi apologis untuk DAP, kenapa tidak dibiarkan sahaja para pemimpin DAP mempertahankan parti mereka, tambah-tambah lagi di dalam isu yang amat sensitif seperti isu Islam ini.
Apatah lagi bila dapatan kajiselidik Ibrahim Suffian itu menunjukkan 71 peratus responden Melayu menyokong hukuman hudud manakala dapatan kajiselidik Wan Saiful Wan Jan pula menunjukkan 90 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat peningkatan keagamaan adalah bagus. - HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018
RM1,670.65 kutipan derma ceramah Tun M
KUALA LUMPUR: Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan situasi dan gerakan politik Pakatan Harapan (PH) penuh dengan ironik.
Mengulas ringkas perkembangan sedang dilalui koalisi itu, beliau sinis mengemukakan jumlah kutipan derma RM1,670.65 yang dikutip oleh pimpinan utama PH semasa ceramah di FELDA Besout, Tanjung Malim, semalam.
"Kesian kat orang FELDA Besout, Tanjung Malim, Perak. Yang datang berceramah kepada mereka malam tadi bukan sebarang orang tetapi adalah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Isteri bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan bekas Ahli Parlimen Malaysia, Mohamad Sabu. Yang datang itu, khususnya Tun Dr Mahathir, bercakap berdegar-degar.
"Mahu memperjuangkan nasib mereka selaku orang FELDA. Datang pula dengan penuh kemewahan, tiba-tiba meminta derma dari mereka yang susah yang dijanjikan untuk dibantu itu.
"Dan akhirnya diumumkanlah bahawa jumlah kutipan derma malam tadi adalah sebanyak RM1,670.65. Itulah ironiknya politik PH," ujarnya membidas dan menyindir. -HARAKAHDAILY 17/3/2018
Sumber HD - 17-3-2018
Mendalamnya benci Evangelis DAP terhadap PAS
TERKEJUT saya bila membaca kenyataan tokoh evangelis DAP, Hannah Yeoh, di laman Facebook beliau yang berbunyi: “Ahli-ahli politik sekalian - jangan sesekali jadi sampai macam ni, dah tak masuk akal” kepada laporan portal berita The Malaysian Insight hari ini bertajuk “Masalah ekonomi Malaysia berpunca daripada pemimpin Pakatan, kata Hadi”.
Kenyataan Hannah Yeoh ini adalah bukti betapa bencinya tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS sebagai seorang pemimpin, kepada PAS sebagai sebuah parti politik dan kepada Islam sebagai dasar perjuangan PAS sehingga beliau boleh menyebut “dah tak masuk akal” kepada kenyataan Presiden PAS itu hanya berpandukan tajuknya sahaja.
Memang saya sendiri mulanya merasa hairan dengan tajuk laporan portal berita The Malaysian Insight ini kerana ia menggambarkan seolah-olah Presiden PAS meletakkan punca masalah ekonomi Malaysia kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) secara keseluruhannya, termasuk Presiden PKR, Setiausaha Agung DAP, Presiden PAN dan Presiden PPBM.
Bagaimanapun, bila dibaca laporan asal kenyataan Presiden PAS di dalam laman web HarakahDaily hari ini, bertajuk “Presiden PAS jawab fitnah Muhyiddin”, maka nyatalah portal berita The Malaysian Insight tidak beretika kerana menaikkan bahagian kecil kenyataan Presiden PAS sebagai berita dan meletakkan tajuk mengelirukan kepada berita itu.
Sangat jelas kenyataan Presiden PAS yang diguna, iaitu “Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam PH hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an, merekalah yang mewujudkan masalah”, adalah merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada yang “tak masuk akal” pun pada kenyataan Presiden PAS ini kerana penegasan bahawa Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara telah berulangkali dibuat oleh beliau sebelum ini, malah bukan sahaja Presiden PAS tetapi ramai lagi tokoh negara yang menyebutkan perkara yang sama, termasuk Sultan Johor dan pemimpin DAP sendiri.
Bila Hannah Yeoh menyifatkan Presiden PAS “tak masuk akal” kerana menyatakan Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara, maka ini bermakna beliau juga menyifatkan Sultan Johor “tak masuk akal” kerana Baginda juga menyebut “Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini pada ketika ini” pada 25 Ogos 2016.
Bila Hannah Yeoh menyifatkan Presiden PAS “tak masuk akal” kerana menyatakan Tun Dr Mahathir adalah punca masalah yang dihadapi oleh negara, maka ini bermakna beliau juga menyifatkan Charles Santiago “tak masuk akal” kerana beliau juga menyebut “Dr Mahathir adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari ini” pada 6 Mac 2016.
Semua ini menunjukkan betapa mendalamnya kebencian tokoh evangelis DAP dan DAP sendiri kepada Presiden PAS, kepada PAS dan kepada Islam sehingga sanggup melakukan kerja yang sangat tidak beretika dengan menggunakan berita yang di'spin' sebegitu rupa hanya untuk mempengaruhi masyarakat supaya membenci Presiden PAS, PAS dan Islam.
Lebih menyenakkan bila bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang kini menyokong PAN dan baru menerbitkan buku “Parti Amanah Negara: Cabaran, Halangan dan Potensi Sebagai Parti Islam Berpengaruh, Berintegriti”, turut menyindir tindakan 'spin' oleh portal berita The Malaysian Insight, dan akhbar Sinar Harian, ini. - HARAKAHDAILY 16/3/2018
Kuantan: Tidak berpuas hati kerana kononnya ulama mengharamkan golongan wanita daripada memakai wangian, Asiah Abd Jalil menuduh kebanyakan hukum hakam yang melibatkan kaum wanita adalah berpandukan kepada zakar lelaki.
Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian di laman media sosial Facebook beliau baru-baru ini lantaran terpesona dengan wangian seorang wanita yang berada di sebelahnya ketika membeli nasi lemak.
Asiah Abd Jalil berkata, “Pagi tadi masa nak beli nasi lemak, kat sebelah saya ada seorang ibu yang nak beli nasi juga. Bau dia sangat wangi, saya terpesona, tertanya-tanya apa brand perfume yang dia pakai.”
“Dua minit duduk sebelah dia, bau wangi dia buatkan mood saya jadi segar, fikiran jadi lapang dan terus rasa nak jadikan hari ini produktif. Aura positif dari bau dia berjangkit kat saya.”
“Kemudian saya terfikir, kenapa ulama’ haramkan wanita memakai bau-bauan dan berwangi-wangian? Sedangkan bukankah fitrah manusia sukakan pada haruman?”
“Lalu saya sedar, kebanyakan hukum hakam berkaitan wanita sebenarnya berpandukan zakar lelaki. Kalau sesuatu perbuatan itu mencetus ghairah lelaki, maka haram haram haram. Sudahnya hampir semua perkara yang disukai wanita secara fitrah, telah dihukumkan haram.”
Individu wanita yang pernah diiktiraf oleh Siti Kasim sebagai aset masa depan negara ini kemudian mempersoalkan keperluan untuk mengambil berat tentang zakar lelaki, sehingga mengorbankan kehendak wanita itu sendiri.
Bentak beliau, “Adakah tugas wanita yang lemah ini sememangnya untuk melindungi lelaki dari api neraka? Seolah-olah zakar lelaki begitu sukar untuk dijaga dan ditertibkan oleh otak lelaki sendiri.”
“Maka kalau boleh wanita perlu jadi halimunan, atau perlu jadi seburuk dan sebusuk mungkin, agar zakar lelaki terpelihara.”
Menggunakan logik yang sama, beliau juga mendesak golongan agamawan untuk mengeluarkan fatwa agar lelaki yang kacak seperti Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar wajib memakai purdah bagi memelihara iman beliau dan wanita-wanita lain kerana mereka tidak mampu untuk menundukkan pandangan.
Beliau berkata, “Kami bersetuju bahawa KJ sangat hot dan seksi, selain tall, dark and handsome.”
“KJ menggegarkan hati ramai wanita. Pak lebai patut keluarkan fatwa agar lelaki seperti KJ wajib pakai purdah.”
“Demi untuk memelihara iman kami para wanita, sebab kami tak mampu nak menundukkan pandangan. Barulah adil kan?”
Assalamualaikum,,,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,, Suadara Lim Jooi Soon, pendakwah berbangsa cina pernah menjawab soalan kenapa orang Islam tak makan babi,Katanya sebab Allah larang, maknanya ALLAH larang orang Islam makan babi tak kira mereka berada di mana, di Maalysia ker, di HongKong ker, atau dilangit sekalipun, Babi haram dimakan.Itu final walapun peruntukan darurat membenarkan orang Islam makan babi, tetapi tinggal di negara bukan islam bukan darurat.
Inilah hakikatnya yang perlu difahami oleh semua orang Islam berkaitan video yang tular mengenai seorang wanita muslim di Hong Kong sedang makan babi dan mempromosikan kebaikan babi kepada semua.Berita dan ulasan berita yang dibuat hanyalah satu peringatan umum kepada semua orang Islam agar tidak perpengaruh dengan promosi yang dibuat sekaligus memberi peringatan tentang bahaya liberal yang sedang berada di negara kita.Itu bukan BPMS dan bukan boleh dijadikan peluru kapor untuk menyalahkan PAS kerana tidak menjadikan BPMS untuk menangani isu wanita muslim makan babi.BPMS ialah pendekatan politik untuk bekerjasama dengan parti politik berlainan fikrah demi kepentingan rakyat seluruhnya tetapi peringatan mengenai orang Islam makan babi, peluk anjing, minum arak dan lain lain perlakuan liberal tidak tertakluk kepada BPMS sebaliknya tertakluk kepada Ilmu yang pula menjadi kewajiban setiap orang Islam yang berlimu untuk tampil memberi peringatan mengatasi batas kepartian.
Sekaligus orang Islam juga perlu mengambil peringatan agar nanti keluruh masyarakat Islam terpelihara dari melakukan apa apa yang diharamkan ALLAH atau membenarkan perlakuan yang diharam ALLAH dilakukan tanpa batas dan halangan atas alasan hak asasi manusia atau liberal.
Mengambil peringatan tak kira parti apa yang disertai atau sokong, larangan ALLAH tetap larangan tiada kompromi tentang itu serta suruhan ALLAH tetap suruhan sambil menginsafi usaha untuk mematuhi setiap syariah ALLAH itu mesti disokong seperti mana Prof Dr. Redzuan Tee menyebut RUU 355 adalah kemuncak bagi kita di Malaysia.Kita tahu dan sedar RUU 355 bukan menyeluruh tetapi kita juga perlu faham panduan Feqah yang menyebut kalau tak dapat laksanakan sepenuhnya satu satu perintah itu, jangan kita tinggal semua.Kita perlu meletakkan fahaman sungguh sungguh bahawa Ruu 355 adalah permulaan bagi masa depan yang lebih gemilang kepada Islam bukan saja di Malaysia,malah di dunia.
Hari ini ramai melihat Turki sebagai model Islam dunia, tetapi hakikatnya, Turki dengan Erdogan memerintah masih lagi dibelenggu dengan amalam liberal disekelilingnya yang sudah bertapak kukuh di sana sehinggakan kalau Erdogan menghidupkan syiar Islam yang mudah pun boleh menyebabkan sokongannya hilang, contohnya kalau Erdogan mahu menghidupkan semula sunnah memakai jubah dan serban maka kemungkinan besar sokongan kepadanya akan berkurangan, tetapi sekarang Erdogan terus dengan sunnah Mustafa Kamal Artartuk sambil menghidupkan semual cerita Mustafa Kamal yang sebenarnya, Islam sudah mula diterima dengan lebih baik dan meluas.
Itu masalah Erdogan dia Turki yang juga masih berdepan dengan kaum Kurdis yang juga Islam tetapi kita d iMalaysia tidak ada masalah begitu maka apa perlunya kita menangguhkan lagi perlaksanaan Hukum ALLAH? Kita tiada masalah besar seperti Tukri tetapi ada pula suara menyuruh kita mencontohi Turki padalah sepatutnya kita memulakan sesuatu yang boleh dicontohi Turki satu hari nanti.
Lantaran itu peringatan dari video yang tular tentang wanita Islam makan babi harus kita semua ambil demi untuk Islam kembali dimartabatkan.Ingatlah juga satu perkhabaran yang pernah baginda Nabi sabdakan bahawa akan datang satu kaum dari timur menegur umat Islam yang sedang berkelahi sesama sendiri.Timur menurut ulamak hadis yang dimaksudkan oleh Baginda Nabi itu ialah orang melayu dari Nusantara ia itu kita semua.Satu perkhabaran yang sudah menampakkan bakal terhasil, cuba tanya diri kita tak mahukah kita termasuk dalam kaum dari Timur yang dimaksudkan Bagunda Nabi itu?
Sumber TKO - 16-3-2018
Sedia jadi Mamak Roti: Mahfuz temberang?
SEWAKTU mengumumkan kemasukan beliau ke dalam PAN semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, menyebut bahawa kemasukan beliau ke dalam PAN itu adalah kerana ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai PAN sebagai parti yang banyak berkorban bagi menjayakan pembahagian kerusi di peringkat Semenanjung Malaysia menyebabkan “adalah wajar (beliau) bersama dengan parti yang telah banyak berkorban bagi menjayakan perjuangan untuk rakyat demi masa depan Malaysia”.
Kata Datuk Mahfuz lagi, kemasukan beliau ke dalam PAN itu bukanlah bertujuan untuk membolehkan beliau jadi calon PAN di Pokok Sena di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana beliau kononnya “sekadar nak jadi petugas bagi menangkan calon dari mana-mana parti untuk menang”, malah beliau juga mendakwa kononnya beliau “sedia jadi mamak roti yang nak balik India yang akan akan bawa pengganti dia pusing satu kampung dan lorong untuk pastikan pelanggan sedia ada datang membeli roti yang dijual”.
Begitulah mudahnya Datuk Mahfuz cuba jual temberang seolah-olah rakyat Malaysia ini naif dan boleh diperbodohkan belaka, sedangkan ramai daripada kita yang tahu bahawa sejak 19 November 2017 lagi beliau telah menandatangani Perjanjian Akujanji Khidmat Rakyat antara beliau dengan INVOKE di mana pada bahagian pendahuluan perjanjian ini jelas dinyatakan bahawa beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang bukan sahaja 'layak' tetapi juga 'berhasrat' untuk menyertai pertandingan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Pada bahagian pengakhiran perjanjian ini pula jelas dinyatakan bahawa Datuk Mahfuz, sewaktu memeterai dan menandatangani perjanjian ini di hadapan saksi beliau, Che Zam Hamzah, mengakui “telah faham sepenuhnya” kandungan perjanjian ini dan “dengan ini menyatakan persetujuan untuk 'patuh' kepada akujanji”.
Soalnya sekarang ialah apakah Datuk Mahfuz benar-benar “telah faham sepenuhnya” kandungan perjanjian ini kerana jika beliau benar-benar “telah faham sepenuhnya” sudah tentulah beliau tahu bahawa perjanjian ini dibuat kerana beliau 'berhasrat' untuk menyertai pertandingan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Disebabkan tidak logik seorang Ahli Parlimen boleh memeterai dan menandatangani satu perjanjian yang beliau 'tidak faham', maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah Datuk Mahfuz cuba jual temberang bila menyebut kononnya beliau 'tidak berhasrat' untuk menyertai pertandingan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Walau macam mana sekalipun Datuk Mahfuz memusingnya, hakikat yang tidak boleh beliau nafikan adalah beliau memang temberang, cuma soalnya sekarang ialah mana satukah yang betul dan mana satukah yang temberang antara kenyataan beliau di dalam perjanjian yang dimeterai dan ditandatangani dengan kenyataan lisan beliau tadi.
Dan soalnya sekarang ialah apakah jual temberang ini adalah daripada ajaran Islam? Dan soalnya sekarang juga ialah sesuaikah kaki temberang dijulang sebagai hero?
-HARAKAHDAILY 16/3/2018DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Sumber HD - 16-3-2018
Manifesto PH bolehkan DAP ambil alih KL?
HANYA di dalam Perlembagaan DAP, tetapi tidak di dalam Perlembagaan PKR, Perlembagaan PAN dan Perlembagaan PPBM, termaktubnya kewujudan matlamat untuk “memulihkan pilihan raya tempatan” sebagai agenda perjuangan sesebuah parti politik.
Selaras dengan agenda perjuangan DAP ini maka DAP, melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah meluluskan Enakmen Pilihan Raya Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) pada 9 Mei 2012 bagi membolehkan pilihan raya diadakan untuk memilih Ahli-Ahli MPPP dan MPSP.
Bila Suruhanjaya Pilihan Raya gagal membantunya untuk melaksanakan pilihan raya tempatan di Pulau Pinang maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang (dan P Ramakrishnan) telah mempetisyen Mahkamah Persekutuan supaya memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya berbuat demikian.
Turut diminta oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ialah satu perisytiharan bahawa Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menghalang pilihan raya tempatan dari diadakan sebagai tidak sah kerana ia kononnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, malang bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara memutuskan pada 14 Ogos 2014 bahawa Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ini adalah selaras dengan Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan.
Malang juga bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara turut memutuskan bahawa Enakmen Pilihan Raya Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) adalah bercanggah dengan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.
Begitupun, di sebalik keputusan terang-benderang oleh Mahkamah Persekutuan ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, telah mengisytiharkan kepada ahli-ahli DAP pada 2 November 2014 bahawa jika ia berkuasa, pilihan raya tempatan di Wilayah Persekutuan akan diadakan.
Kata Lim Guan Eng: “We promise that there will be a state government for Wilayah Persekutuan, especially Kuala Lumpur...Kita akan balik kepada demokrasi, kita akan benarkan satu kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat memerintah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”.
Disebabkan pilihan raya tempatan telah diisytiharkan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka kewujudan janji mengenai perkara ini (Janji 25) di dalam Manifesto PRU 14 PH adalah agak mengejutkan.
Tidakkah ia bukti bahawa DAP memang mendominasi PH bila janji mengenai perkara ini wujud di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan walaupun perkara ini bukan merupakan agenda perjuangan PKR, PAN dan PPBM tetapi merupakan agenda perjuangan DAP?
Jika Kuala Lumpur dijadikan sebuah negeri seperti yang dimahukan oleh Lim Guan Eng, maka sudah tentulah, berdasarkan komposisi penduduk di situ, individu yang akan menjadi Ketua Menterinya adalah pemimpin DAP atau mana-mana pemimpin rakan yang boleh diperkudakan olehnya.
Begitu jugalah dengan pihak berkuasa tempatan di kebanyakan bandar besar lain di seluruh Malaysia yang, berdasarkan komposisi penduduk di bandar-bandar besar, sudah tentu akan dikuasai oleh DAP jika pilihan raya tempatan diadakan semula mengikut kehendak DAP.
Soalnya sekarang ialah apakah anda semua mahu serahkan Kuala Lumpur, dan pihak berkuasa tempatan di kebanyakan bandar besar lain di seluruh Malaysia, kepada DAP? - HARAKAHDAILY 16/3/2018
Sebelum ini Dr MAZA minta Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, presiden Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketua umum PKR letak jawatan.
Mengapa? Hujahnya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tua.
Orang tua memang wajar berundur dan beri peluang kepada mereka yang masih muda untuk menerajui parti yang dianggotainya.
Yang peliknya Tun Dr Mahathir Mohammad yang berusia 93 tahun itu dikata baik dan layak dilantik semula sebagai perdana menteri.
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusia 70 dianggap tua dan wajar berundur.
Tun Dr Mahahthir Mohammad yang berusia 93 baik dan masih layak jadi perdana menteri, sedang sudah tua berbanding Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesimpulannya, sah DR Maza ini tidak tahu yang mana satu permata dan dan yang mana satu kaca.
Tidak munasabah mereka yang ada PHD tidak tahu yang mana satu permata dan yang satu kaca.
Musthail mereka tidak boleh menilai antara Tun Dr Mahathir, Datuk Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Anwar Ibrahim.
Tengok kes Dr Mazlee Malik memilih untuk menyeratai BERSATU, semacam betul mereka tidak tahu yang mana satu permata dan yang mana satu kaca.
Tidak masuk akal Mazlee Malik memilih untuk menyertai BERSATU, kerana parti bersatu yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan parti yang tiada masa depan.
Bukti, ROS mohon Bersatu di bubarkan. Macam mana DR Mazlee Malik mahu menyerati parti yang akan dibubar.
Dr. Mazlee Malik bukan mmacam Datuk Mahfuz yang dikatakan senyap senyap menyertai BERSATU dan ketepikan parti Amanah yang diterajui Mat Sabu Bosnya yang dihormati.
Macam mana boleh jadi begitu, sedangkan beliau orang bijak pandai. Ada PHD. Ke yang ada PHD ini sepisis DR MAZA dan DR ROZA juga.
Ke dia dah makan dedak DAP.Dapat habuan jadi think thank DAP, Pinang institut sepertimana yang dilaporkan portal Malaysiakini.
Patut dia masuk DAP. mungkin tak boleh. Kerana hukumnya haram masuk parti Kafir. Lebih lebih lagi DAP itu parti Kafir harbi anti kerajaan Melayu dan anti Islam.
Tidak salah DR Mazlee Malik tak pilih DAP, kerana Mat Sabu lagi banyak makan dedak DAP, tubuh PAN dan bertahaluf siyasi dengan DAP untuk bersih parti anti Melayu dan anti Islam itu sehingga lupa nak bersih diri sendirinya yang kotor itu.
Demikian mereka yang tidak tahu nak urus emosi, sehingga yang ada PHD pun tak tahu yang mana satu permata dan yang mana satu kaca.Kaca di kata permata dan permata di kata kaca.Masya Allah
Sumber TKO - 15-3-2018
Evangelis DAP bakal menyerang Johor
MALAM tadi, di Starling Mall, Damansara Uptown, telah berlangsung satu majlis pelancaran buku Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, bertajuk “Reimagining Malaysia”. Majlis pelancaran buku ini telah dihadiri oleh begitu ramai sekali pembesar DAP, termasuk Lim Kit Siang, Tony Pua, Zairil Khir Johari, Hannah Yeoh dan Steven Sim.
Turut hadir ialah paderi beliau, Pastor Timothy Loh dari Gereja Eaglepoint, yang beliau pernah dedahkan memainkan peranan penting di dalam kemasukan beliau ke dalam DAP. Malah turut hadir memberikan sokongan padu mereka kepada Yeo Bee Yin di dalam majlis pelancaran buku ini ialah pemimpin PAN, Saari Sungib, dan pemimpin PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Walaupun tajuk buku ini, “Reimagining Malaysia”, sama dengan tajuk khutbah Yeo Bee Yin di Every Nation Church Malaysia pada 10 September 2017, tetapi saya belum tahu kandungan sebenarnya. Saya berminat untuk membaca buku ini kerana, mengikut ucapan Yeo Bee Yin malam tadi, penulisannya adalah berinspirasikan pembacaan beliau ke atas buku Hannah Yeoh.
Lebih menarik daripada pelancaran buku ini adalah pengumuman beserta tangisan Yeo Bee Yin beliau akan bertanding di negeri kelahiran beliau, Johor, dalam PRU 14. Kata Yeo Bee Yin, perpindahan kerusi beliau akan bertanding dari Selangor ke Johor ini adalah penting untuk membolehkan perubahan berlaku di dalam politik Malaysia.
Yeo Bee Yin ini adalah Evangelis yang namanya pernah saya timbulkan bila secara tiba-tiba sahaja, walaupun sangat baru menyertai DAP, dilantik ke CEC pada 12 November 2017. Susulan tulisan saya yang mendedahkan sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan CEC DAP adalah penganut Kristian tegar, Hannah Yeoh pun menarik diri.
Bagaimanapun, jika diteliti kembali tulisan dan ucapan Yeo Bee Yin maka akan didapati bahawa tahap keKristianan beliau adalah lebih tinggi berbanding dengan Hannah Yeoh. Dalam khutbah beliau di Damansara Utama Full Gospel Businessmen (FGB) Fellowship pada 13 Jun 2013, Yeo Bee Yin mendedahkan Tuhan bercakap terus dengan beliau.
Dedah Yeo Bee Yin di dalam gereja itu: “I told God that I am not going far. But He told me, ‘isn’t it the same for you if you go to Singapore? Why don’t you just stay overseas?’”. Yeo Bee Yin juga berkata: “Everything would fall into place in the right timing. We just need to pray, work hard and wait patiently for his Sovereign Will to be done in this nation”.
Saya tertanya-tanya apakah yang Yeo Bee Yin maksudkan dengan “everything would fall into place in the right timing” dan “for his Sovereign Will to be done in this nation”. Saya juga tertanya-tanya apakah yang Yeo Bee Yin maksudkan dengan “It took 52 days to rebuild the walls of Jerusalem instead of 100. All it takes is one person to answer the call”. Rakyat Johor, sila beringat-ingat dengan Yeo Bee Yin dan DAP.
KUALA LUMPUR: Satu forum anjuran Hindraf bersama Tun Dr Mahathir Mohamad terhenti selepas keadaan bertukar tegang di sesi soal jawab.
Penganjur sebelum itu menetapkan semua soalan harus diserahkan sebelum acara bermula.
Keadaan bagaimanapun jadi tidak keruan selepas seorang peserta bangun bertanyakan kepada bekas perdana menteri itu mengapa dia tidak campurtangan dalam skandal Maika Holdings.
Soalan itu tidak diserahkan semasa diminta, menyebabkan seorang ahli Hindraf menegur peserta itu dan berkata forum malam ini bukan “forum peribadi”.
Teguran itu menyebabkan suara-suara ditinggikan dan gangguan lisan daripada hadirin. Penganjur terpaksa campurtangan dan berkata sesi soal jawab perlu ditamatkan.
Keputusan itu menyebabkan seorang lagi peserta membantah mengatakan tindakan itu tidak adil.
Dr Mahathir, yang memimpin negara selama 22 tahun, bagaimanapun mencelah dan berkata dia akan menjawab beberapa lagi soalan dan mengambil 3 lagi soalan tambahan sebelum penganjur menggulung acara.
Bekas perdana menteri itu, yang tampak tenang sepanjang kekecohan itu berkata: “Tidak apa. Saya sudah biasa.”
Bekas menteri dan presiden MIC Tun Samy Vellu menubuhkan Maika pada 1982 bagi membolehkan masyarakat India menyertai pertumbuhan ekonomi negara. Inisiatif itu bagaimanapun gagal memberi pulangan yang baik.
Pada 2000, syarikat gagal itu diambil alih oleh syarikat G Team Resources milik hartawan G Gnanalingam pada harga RM106 juta untuk membantu menyelesaikan isu-isu berbangkit dan membayar pemegang saham.
Terdahulu, Dr Mahathir mengambil soalan daripada hadirin termasuk tentang rancangan Pakatan Harapan untuk masyarakat India.
Turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran dan Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.
PAS dah isthiar akan bertanding paling kurang 130 kerusi parlimen,apa lagi puak puak PH menyalak? Tak boleh terima ker? Sampai begitu sibuk dengan gendang PAS, itu dan ini.Lagipun sama ada PAS akan bergabung dengan Umno atau tidak kenapa PH sibuk? kita dalam demokrasi, Mahathir sendiri pernah kata, tak ada kawan atau lawan yang kekal dalam politik.Kalau Mahathir dulu lawan PH tetapi sekarang dah jadi kawan PH ,kenapa PAS tak boleh jadi kawan UMNO walaupun dulu lawan?
Pendek kata sepatutnya tak perlu bising dengan apa saja keputusan politik mana mana pihak dan kalaupun nak lawan propaganda tak perlulah dilaung laung secara melampau mengenai ug PAS UMNO.PH kan sudah kukuh dengan adanya Mahathir sebagai ketua, lawan ajerlah secara gentleman, bukan nak buruk burukkan apa yang PAS buat.
Tapi tak apa, PAS cool jer, katalah apa yang nak PH dan macai waluan tokongnya nak kata, yang benar tetap benar dan yang tak benar sampai bila bila tak akan jadi benar.Kalau ada macai tokong kata ada penulis ditko ni suka meroyan, tetapi hakikat sebenarnya tulisan mereka hanyalah menyatakan pendapat atau menganalisa fakta fakta yang ada dan secara langsung melondehkan bahawa macai tokong itu sendiri yang suka mengacau rumah orang dengan komen komen menipu dan memutar belit mereka.Rakyat dan pengundi negara bukan lah bodoh dan bukanlah tidak boleh menilai mana betul atau mana salah.Macai tokong cuma mahu melemahkan semangat penulis penulis yang diberi sedikit kekuatan oleh ALLAH untuk menyumbang kepada amal maaruf nahi mungkar.
Dunia akan binasa, macai tokong seperti semua manusia akan mati.Macai tokong mungkin boleh memenangkan Ph dengan kerja kerja mereka tetapi mereka juga akan mati. Jadi apa perlu takut dengan muka muka manusia macam ni? Yang tak akan reti bahasa sampai bila bila dan tak akan faham suasana apabila PAS menegaskan akan bertanding sekurang kurangnya 130 kerusi tanpa terikat dengan mana mana parti politik selain yang ada dalam GS,Macai tokong akan buat tak faham bahawa 130 kerusi itu tidak dicapai menerusi perundingan dengan UMNO yang sekaligus menjadi bukti yag paling nyata tak ada kerjasama antara PAS dan UMNO.
PAS tak akan takut dan gentar dengan peluru kapor yang PH hantar, malah sudah bersedia untuk menghadapi PRU 14.Kalah menang itu hak ALLAH tentukan tetapi kita semua penyokong PAS akan terus berdoa memohon ALLAH memberikan kemenangan kepada ISLAM sekalipun ada suara negatif menyebut Islam tak akan menang, itu bukan hak mereka untuk tentukan menang atau kalah, ALLAH jua yang berkuasa ke atas segala gala.
Barangkali tulisn sebeginilah dkatakan meroyan oleh macai tokong bukan komen meraban dari mereka.Kalau tulisan yang mengajak semua pembaca supaya kembali kepada pertolongan ALLAH itu meroyan, tulisan apa yang tidak meroyan? Saya serahkan kepada pembaca semua untuk menilai dan menjawbnya.Saya tak kisah dengan apa yang macai tokong nak kata, sebab bukan mereka yang boleh menentukan siapa akan menang dan siapa akan kalah.
Menilai secara adil dan waras adalah perlu.130 kerusi yang akan dipertandingan PAS sudahpun menjadi bukti tertulis bahawa PAS dan UMNO tak akan bersama sebaliknya BPMS yang diamalkan PAS membuka ruang untuk menghormati mana mana pihak yang nak hormatkan kita.Kalau PH nak hormat dengan kelutusan PASpun kita masih boleh terima, tetapi kalau mereka tak mahu hormat malah terus menggunakan bahasa bahasa serti bangang, bebal, bongok dan serumpun maka kita juga boleh gunakan bahasa yang sama.Ini bukan bahasa budak budak tetapi bahasa respon kepada perangai mereka!
Satu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berbangga dengan mendakwa, dia amat jarang melakukan kesilapan sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun. Dia seringkali mendakwa, apa yang dia lakukan hanyalah untuk negara dan dia tidak akan sesekali melakukan sesuatu perkDarara yang boleh merugikan negara dan rakyat.
Malah, dia dengan bangganya mendakwa, dia mungkin ada melakukan kesilapan namun memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1998, bukanlah satu kesilapan. Dia kekal dengan pendirian bahawa Anwar memang seorang pesalah seksual dan wajar digugurkan dari kepimpinan tertinggi negara.
Dia juga pernah mendakwa bahawa tandbir urus negara seperti kewangan, sentiasa dia titik beratkan. Dia enggan melihat negara berada dalam kedudukan yang cukup goyah dari sudut ekonomi dan tidak akan sesekalipun melakukan kesilapan perhintungan yang boleh merugikan negara.
Hakikatnya, setelah menyertai Pakatan Harapan menerusi partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), segala-galanya berubah. Bukan sekali, tetapi tiga kali Mahathir mendakwa, dia melakukan kesilapan apabila memecat Anwar pada 1998. Menariknya, dia menyalahkan pihak lain punca Anwar dipecat seperti laporan yang diterima dari pihak polis dan sebagainya yang mendorongnya memecat Anwar.
Malah, dia yang dahulu mendakwa tidak akan sesekali melakukan kesilapan perhitungan dalam urus tadbir wang negara juga sekali lagi didapati sering melakukan kesalahan dalam setiap keputusan. Jika mahu disenaraikan segala kesilapannya seperti skandal Perwaja Steel, Proton, MAS, Forex dan BBMB, rasanya angka yang telah hilang begitu sahaja mencecah angka berbilion Ringgit.
Apa yang menariknya, Mahathir akan sentiasa menyalahkan orang lain seolah-olah dia langsung tidak bersalah. Lihat sahaja skandal Forex yang mana dia menjadikan Tan Sri Nor Mohd Yaacob sebagai “kambing hitam” bagi melepaskan dirinya. Jika ditanya kepadanya, dia hanya menjawab tidak ingat dan tidak tahu walhal segala keputusan melibatkan wang negara, harus melalui dirinya terlebih dahulu.
Melihat akan pengakuan kesilapan yang dilakukan oleh Mahathir ini, mudah untuk kita rangkumkan bahawa, Mahathir sebenarnya seorang yang gagal sepenuhnya. Manakan tidak, jika dahulu dia menjulang ego kononnya tidak melakukan sebarang kesilapan, hari ini dia mula mengakui kesilapan demi kesilapan yang dia lakukan sepanjang 22 tahun menerajui negara.
Bukankah lebih mudah untuk Mahathir memperakui bahawa dia sememangnya seorang yang gagal jika bersandarkan kepada semua kesilapan yang dia sendiri akui? Adakah kita mahu berketuakan seorang yang gagal sepenuhnya seperti Mahathir ini?
Saya ingin merujuk kepada kenyataan peguam Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Mohd Fitri Asmuni, mengenai keputusan mediasi saman RM5 juta Datuk Dr Mujahid terhadap saya serta saman balas RM5 juta saya terhadap beliau yang berlangsung di antara beliau dan saya di hadapan seorang hakim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Posting saya selepas proses mediasi itu berlangsung adalah ringkas sahaja sebagai menghormati permintaan hakim yang mahukan saya dan Datuk Dr Mujahid merahsiakan butiran terperinci apa yang berlaku di dalam proses itu, sebab itulah hanya intipati utamanya sahaja, iaitu kesediaan beliau untuk menarik balik saman beliau, yang saya maklumkan.
Bila saya menulis bahawa saya berjanji akan mempertimbangkan tawaran beliau itu maka, walau tidak disebutkan pun, sudah tentulah boleh difahami bahawa ada perkara-perkara spesifik tertentu yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak jika tawaran beliau itu saya terima, cuma saya tidaklah menyebutkannya kerana menghormati prinsip kerahsiaan.
Bagaimanapun, disebabkan peguam Datuk Dr Mujahid dan Datuk Dr Mujahid sendiri telah membocorkan apa yang berlaku di dalam perbincangan yang sebenarnya hanya melibatkan saya dan beliau sahaja, tanpa ditemani oleh peguam masing-masing, secara yang tidak tepat dan tidak lengkap pula, maka terpaksalah saya menceritakan perincian apa yang berlaku.
Bila ditanya, saya menjelaskan kepada hakim bahawa tulisan saya pada 25 Mei 2017, yang menjadi punca saya disaman, hanyalah reaksi balas saya kepada komentar Datuk Dr Mujahid di dalam portal berita Malaysia Kini sehari sebelumnya, bertajuk “Iman Tak Goyah Pun Baca Buku Yeoh”, yang menyindir saya kerana mengkritik buku Hannah Yeoh dari DAP.
Saya juga menjelaskan bahawa, sebagai seorang pemimpin Islam, Datuk Dr Mujahid tidak sepatutnya menjadi alat untuk mempertahankan Hannah Yeoh kerana walaupun beliau sendiri, yang berpendidikan agama tinggi, tidak terpengaruh dengan kandungan buku itu, beliau perlu memikirkan sama sesetengah umat Islam yang kurang pendidikan agama.
Kebetulan pula, kata saya, pada 24 Mei 2017 itu juga, portal berita The Malaysian Insight turut melaporkan kenyataan Datuk Dr Mujahid, di bawah tajuk “Hapuskan Parti Politik Berasaskan Kaum Dan Agama”, bahawa jika Pakatan Harapan menang dalam PRU 14 maka ia hendaklah mengharamkan semua parti politik yang berasaskan kaum dan agama.
Disebabkan cadangan untuk mengharamkan semua parti politik yang berasaskan kaum dan agama yang dibuat oleh Datuk Dr Mujahid ini asalnya dibuat oleh Karpal Singh dari DAP pada 5 November 2013, maka saya hujahkannya, selain tindakan beliau mempertahankan Hannah Yeoh, sebagai bukti bahawa beliau adalah antara kuda tunggangan DAP.
Benar bahawa saya awalnya menolak terma persetujuan yang diminta oleh Datuk Dr Mujahid supaya saya meminta maaf secara tertutup di hadapan hakim sebagai syarat untuk beliau menarik balik saman beliau, dan sebagai imbalannya beliau juga meminta maaf secara tertutup di hadapan hakim sebagai syarat untuk saya menarik balik saman balas saya.
Ini kerana, kata saya kepada hakim dan Datuk Dr Mujahid, adalah tidak wajar saya meminta maaf bila saya tidak membuat apa-apa kesalahan dari segi fakta, namun mereka menekankan bahawa permintaan maaf itu bukanlah atas apa-apa kesalahan dari segi fakta tetapi adalah kerana penggunaan istilah “kuda tunggangan” yang melukakan hati beliau sahaja.
Bagi saya juga, saman balas saya terhadap Datuk Dr Mujahid lebih kuat berbanding saman beliau terhadap saya, antara lainnya kerana saya hanya menggelarkan beliau sebagai “kuda tunggangan” sahaja, tetapi beliau menggelarkan saya dengan cukup banyak gelaran, seperti “ahli akademik murahan”, “jumud”, “jahil”, “bodoh”, “gila” dan “penulis upahan”.
Pada akhirnya saya dinasihatkan oleh hakim untuk berfikir lebih panjang kemungkinan untuk menerima cadangan penyelesaian yang dikemukakan itu dan diberikan tempoh kira-kira dua minggu untuk memberikan keputusan sama ada saya bersetuju dengannya ataupun tidak, maka sebab itulah saya menulis posting mengenai “jiwa besar” Datuk Dr Mujahid itu.
Kenyataan Datuk Dr Mujahid bahawa “Mohon maaf dibuat dlm FB sebagaimana dia telah memfitnah saya dlm FB” adalah tidak bertepatan dengan kandungan terma persetujuan yang dicadangkan pada hari ini, malah kedua-dua kes tadi sebenarnya mahu dikirakan sebagai selesai “then and there” jika saya membuat permohonan maaf lisan “then and there”.
Kenyataan Datuk Dr Mujahid ini, dan tuduhan beliau bahawa posting saya “jelas telah 'memutar' hakikat sebenarnya”, bahawa saya adalah “manusia yang suka memutar belitkan fakta” dan bahawa tulisan saya “sangat tidak bermoral dan tidak bernilai” menunjukkan terma persetujuan telah tidak dihormati sekali gus menutup ruang untuk perdamaian.
Facebook Dr. Kamarul Yusoff
Sumber TKO - 14-3-2018
Kefasadan melalui eksploitasi wanita
MENGGODA pemuda
Mereka meletakkan wanita-wanita sebagai alat untuk menggoda para pemuda untuk menguasai mereka dengan cara العاهرات المتصنعات (seolah pelacur yang dibuat/ciri-ciri macam pelacur dalam tak sedar).
Walaupun pada zahirnya nampak biasa kononnya, tapi hakikatnya ya. Lihat saja di kaca televisyen kita, hampir ke semua iklan yang ada, diiklankan oleh wanita. Kenapa? Sebab wanita ada daya tarikan di mata lelaki, simple.
Meruntuhkan kesopanan
1. Fesyen yang melampau.
Membunuh kesopanan yang sepatutnya menjadi akhlak kepada wanita dengan diumpankan dengan pelbagai fesyen-fesyen yang melampau yang dibawa dengan dakyah-dakyah yang batil. Hujahnya, Islam sukakan kecantikan, kemajuan dan kemodenan.
2. Alat solek yang berlebihan.
Mereka juga meruntuhkan kesopanan wanita dengan jalan, mempelbagaikan alat solek yang akhirnya wang tersebut pulang ke poket Yahudi.
Pendidikan yang merosakkan
Musuh Islam mendedahkan kepada para wanita ini dengan pendidikan yang merosakkan. Diperkenalkan pengajian yang menuju ke arah keduniaan yang akhirnya menuntut untuk melawan semula perintah agama.
Mempengaruhi wanita dengan seni
Mereka sangat berusaha mempengaruhi wanita Islam agar terlibat dengan dunia seni. Sebagai alat untuk menjayakan misi mereka, iaitu agar hilangnya jati diri dan kesopanan yang seharusnya menghiasi diri seorang muslimah.
Buka mata, lihat realiti hari ini. Dalam filem, pementasan, majalah, radio, televisyen, iklan-iklan dan banyak lagi. Sedih melihat saudara seagama kita menggadaikan maruah diri demi kemasyhuran dunia yang tiada nilai ini.
Percampuran gender
Akhirnya menatijahkan ikhtilat berlainan jantina. Hilangnya adab dan akhlak Islam dalam diri. Malah, menyebarkan dakyah untuk bermaksiat, dan mereka bermaksiat. Dan runtuhlah jati diri pemuda yang sepatutnya menjadi pemimpin generasi akan datang.
Dunia hari ini
Inilah agenda musuh-musuh Islam. Mereka tidak serang kita dengan senjata api, kereta kebal dan sebagainya. Tetapi jarum yang masuk begitu halus, begitu mudah tercucuk. Malah, golongan yang sepatutnya menjadi pembela agama Allah pun, ada yang tertipu dengan pemikiran sebegini. Moga kita dijauhkan daripada fitnah-fitnah ini. Benarlah, memang kita hidup di zaman Dajjal.
AINNUR UKHTA UWAIS
14 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 14/3/2018
AIDCNews -13/03/18 –“Saya tak nampak orang Jepun mabuk dan memberi masalah kepada masyarakat, sebaliknya merekalah bangsa yang paling produktif di dunia,” kata Siti Kasim.
Kenyataannya itu telah menimbulkan kecaman daripada kalangan netizen. Sumber TKO - 14-3-2018 Sarawak Maju Setapak Dari Negeri-negeri Pengeluar Minyak Yang Lain Posted on Wednesday, March 14 @ 14:14:49 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38629
DETIK ini seharusnya menjadi kebanggaan rakyat Sarawak kerana setelah berhempas pulas dari Sarawak dibawah kepimpinan mantan Allahyarham Pehin Sri Toknan dan bertukar pucuk pimpinan kepada Datuk Patinggi (Dr) Haji Abang Abdul Rahman Zohari akhirnya ianya berjaya direalisasikan. Di sepanjang ranjau nan berduri ini juga isu minyak dan gas sentiasa menjadi duri di dalam daging bagi kita semua kerana ianya adalah hasil bumi kita yang digodek tanpa segan silu selama lebih kurang 50 tahun lamanya.
Seperti yang kita ketahui, pada 6hb Mac 2018 lepas sejarah tercipta apabila buat julung-julung kalinya Syarikat Petroleum Sarawak Sendirian Berhad (PETROS) iaitu sebuah organisasi minyak milik Kerajaan Negeri Sarawak telah dirasmikan dengan penuh kemegahan di ibukota Sarawak,
Bandaraya Kuching. Dan perkhabaran gembira ini diwar-warkan kepada seluruh rakyat jelata Sarawak oleh Ketua Menteri Sarawak bahawasanya pihak Persekutuan telah bersetuju untuk memulangkan segala hak dan kuasa eksplorasi minyak dan gas kepada Sarawak yang selama ini telah terhakis sekian lama.
Menurut apa yang difahamkan di dalam mukadimah bicara Datuk Patinggi menyatakan bahawa Sarawak melalui PETROS akan meneroka sumber penghasilan semulajadi minyak dan gas mengikut apa yang termaktub dibawah Senarai Negeri seperti mana dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan penubuhan PETROS serta pelaksanaan hak perlembagaan adalah jatuh di bawah Perkara 2 (c) Senarai Negeri dan Senarai 8 (j) Perlembagaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan iaitu perbincangan mengenai Penurunan Kuasa antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Untuk lebih memahaminya adalah diharap kesemua follower Borneo Oracle untuk bersama-sama menghayati video ini langsung dari majlis perasmian PETROS malam tadi yang mana turut menyelitkan kronologi eksplorasi minyak dan gas Sarawak serta segala undang-undang yang termaktub di dalamnya.
Tahniah Kerajaan Negeri Sarawak dan sudah tentu Selamat Datang kita ucapkan kepada PETROS yang diterajui oleh anak-anak Sarawak yang bukan calang-calang individu di dalam industri minyak dan gas dunia.
Semoga perjalanan untuk memacu Sarawak menjadi lebih unggul dapat direalisasikan. Dari anak Sarawak untuk Sarawak, tanahair yang tercinta.
(Satu perkongsian pengalaman pahit pemimpin UMNO yang tertipu oleh seorang 'Negarawan Besar' dan akhirnya kecewa)Ketika saya memulakan perjuangan bersama Tun M pada 2015, Saya berpegang kepada keyakinan bahawa DS Najib Razak perlu dijatuhkan untuk MENYELAMATKAN UMNO. Tetapi, hari ini Tun M berada dalam Pakatan Harapan dan beliau laungkan DS Najib perlu dijatuhkan untuk MENYELAMATKAN MALAYSIA.
Dari menyelamatkan UMNO kepada menyelamatkan MALAYSIA, saya anggap yang bermasalah itu bukan UMNO atau MALAYSIA tetapi TUN M sendiri. Persoalannya, jika Tun bukannya nak selamatkan UMNO atau MALAYSIA, sebaliknya hanya mahu menjatuhkan DS NAJIB RAZAK, apa sebenarnya yang mahu Tun M selamatkan?
Saya tidak suka DAP kerana dulu Tun cakap Lim Kit Siang adalah Cina rasis dan musuh Melayu dan Islam. Tun ceritakan bahawa LKS pimpin orang Cina dalam peristiwa 13 Mei 1969 dan dialah orangnya yang kencing di tiang bendera UMNO. Tapi ternyata selama ini Tun M tipu orang Melayu kerana hari ini Tun M telah duduk bersama DAP untuk menjatuhkan UMNO!
Saya bermusuh dengan PAS kerana Tun cakap mereka jumud dan tidak membantu kemajuan umat Islam. Tun sindir Tuan Guru Nik Aziz kerana masih mahu bertanding pilihanraya walaupun berusia 83 tahun. Tun juga cakap Haji Hadi Awang berniat jahat kerana keluarkan fatwa untuk menghalalkan permusuhan sesama bangsa Melayu.
Rupanya Tun tipu Melayu lagi sekali kerana hari ini Tun M menjadi calon PM ke-7 diusia 93 tahun. Tun juga mengeluarkan “fatwa dedak" supaya ahli PPBM memusuhi ahli UMNO atau sesiapa sahaja yang kritik PPBM.
Saya juga tidak menyenangi DS Anwar Ibrahim kerana Tun cakap DSAI tidak layak menjadi pemimpin dan memalukan negara. Tun telah mengarahkan PDRM menyiasat DSAI dan menggunakan UTK untuk menangkap DSAI seperti seorang penjenayah (sedangkan Tun cakap DSAI gay).Tun penjarakan penyokong Reformasi di bawah ISA. Tun turut penjarakan DS Zahid Hamidi kerana begitu marah Ketua Pemuda UMNO mengkritik kepimpinannya.
Tilam diangkat ke mahkamah untuk mengaibkan DSAI. Tun lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan DSAI. Tapi ternyata Tun M tipu lagi kerana tiba-tiba sahaja Tun M mahu DSAI menjadi Perdana Menteri Malayisia ke-8. Sia-sia sahaja persengketaan orang Melayu, terutamanya ratusan ribu rakyat yang sertai Reformasi 1999.
Begitu juga ketika Tun mahu jatuhkan Pak Lah. Tun labelkan beliau "kuat tidur”. Tun juga cakap Pak Lah merosakkan Melayu kerana mementingkan keluarganya sahaja!
Tun juga cakap KJ pemimpin korup. Siang malam Tun bercakap tentang kejahatan dan kesilapan Pak Lah. Tapi ternyata Tun M tipu lagi kerana sehingga kini Pak Lah tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan di Mahkamah.
Saya pernah membenci DS NAJIB RAZAK kerana Tun beritahu, beliau curi RM2.6 billion dan simpan di dalam akaun peribadinya. Tun juga beritahu DS Najib curi RM50 billion melalui 1MDB. Kata Tun, DS Najib Razak akan memusnahkan UMNO.
Tapi ternyata Tun M tipu orang Melayu kerana rupa-rupanya Tun M sendiri serta rakannya juga telah menggunakan nama sendiri dalam pemilikan saham “Realmild” pada tahun 2000 yang bernilai berbillion Ringgit (seperti diberitahu oleh Dato A Kadir Jasin, Realmild adalah harta UMNO).
Tun tidak menjawab soalan saya hingga kini. Selain itu wakil dari DAP dalam PAC juga mengesahkan bahawa DS Najib Razak tidak bersalah dalam isu 1MDB dan Tun tidak pernah mencabar kenyataan YB. Tan Seng Giaw dari DAP tersebut!
Kini saya percaya DS Najib Razak hanyalah salah seorang “mangsa sasaran” Tun M, PEMBUNUH POLITIK BERSIRI
Setelah tumbang, kini saya BANGKIT MELAWAN.
Saya tidak akan tumbang kerana ditipu oleh Tun M lagi. Saya menyeru semua orang Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak, Cina, India dan semua rakyat Malaysia supaya bangun dan SELAMATKAN DIRI SENDIRI dari terus menjadi mangsa penipuan Tun M.
SAYA bersyukur kerana meninggalkan parti ultra kiasu yang anti Islam, tidak malu, berpura-pura menyokong kerajaan bagi mendapatkan projek, tetapi bila tiba musim pilihan raya, mereka sokong DAP menentang agenda Islam.
Dua puluh tahun lalu, saya mohon menjadi ahli MCA yang hanya diluluskan 5 tahun kemudian pada tahun 2000. Setelah sekian lama menunggu, saya dicampakkan ke Rawang, sedangkan saya tinggal di Ampang.
Presidennya berkata, MCA mempunyai keahlian 1.07 juta. Betul ke? Jika betul, kenapa tidak pernah menang di kawasan majoriti Cina menentang DAP? Kenapa mengemis kerusi di kawasan majoriti Melayu untuk menang?
Melayu yang memenangkan MCA. MCA pula menjaga kebajikan dan perut bangsa sendiri. Masih tidak rasis? Adilkah? Berita akhbar bahasa Inggeris dan Cina mereka sudah menjadi suara DAP saban hari. Sama juga seperti parti Gerakan dan MIC.
Pemimpin MCA pula tidak tahu saya ahli seumur hidup. Kononnya tidak nampak muka saya dalam acara mereka. Perlukah kesemua 1.07 juta ahli menghadiri acara MCA? Dewan mana yang boleh memuatkan? Layakkah mereka memimpin negara?
Hampir 20 tahun saya berada dalam MCA, tidak pernah mereka menggunakan khidmat saya sebagai jambatan untuk memahami Islam. Pemimpinnya jahil tentang ahli mereka sedangkan saban kali saya menerima emel berita buletin MCA. Bagaimanakah saya rasis sehingga 20 tahun di MCA? Isteri saya Melayu lah. Siapa rasis?
Pemimpin MCA menghina saya kerana bersyukur bila saya keluar parti atas alasan saya rasis dan ekstrem. Saya keluar atas dasar prinsip. Sesiapa menentang Quran adalah musuh Islam. Akta 355 ini adalah kemuncaknya. Sebelum ini, apa juga perkara berkaitan dengan Islam, MCA tidak pernah bersetuju. Contohnya perihal mahkamah syariah, undang-undang pergaulan bebas lelaki perempuan dan lain-lain.
Selepas saya dan rakan lain menubuhkan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) 1994, antara strategi dakwah saya adalah menjadi ahli parti Cina seperti MCA. Pertama, untuk membuktikan bahawa saya masih Cina meskipun memeluk Islam, supaya tidak dikonotasikan masuk Melayu. Kedua, ingin menyampaikan Islam dan menjadi jambatan sekiranya ada kekeliruan mengenai Islam.
Saya masih ingat pesanan Subky Latif, wartawan veteran Pas, supaya jangan menyertai MCA yang menjunjung perlembagaan kafir. Hari ini terbukti kenyataan Subky.
Ironinya, DAP lebih berterus terang daripada MCA, yang menjadi musuh dalam selimut. Tipulah, jika Umno tidak sedar.
MCA sedang mengintai dan melobi kerusi kawasan majoriti Melayu untuk bertanding seperti Dun di Gua Musang. Sekiranya Umno melayan permintaan MCA, Umno akan kehilangan lebih banyak kerusi malah mengkhianati amanah Melayu Islam.
Adakah kebajikan Melayu terpelihara dengan memberi kemenangan kepada MCA? Mengapa tidak hanya melantik mereka menjadi senator untuk memenuhi kuota kaum? Jangan paksa orang Melayu terutama ahli Umno mengundi parti rasis ini!
Kenapa MCA sentiasa mahu bertanding di Dun dan Parlimen majoriti Melayu, meskipun kerusi senator adalah juga laluan mendapatkan kerusi menteri? Sebenarnya kuasa Senator terhad berbanding dengan ahli Dun atau wakil Parlimen yang seterusnya mudah membuncitkan perut.
MCA dan parti ultra kiasu lain, termasuk Sabah Sarawak, jangan ingat berjaya sekiranya Akta 355 gagal di Parlimen. Melayu dengan Islam sudah sebati, ibarat darah dan daging. Jika dicabar, pasti ada akibatnya. Inilah jiwa dan hati budi Melayu.
Sudah hampir 60 tahun merdeka, sensitiviti ini langsung tidak diendahkan. Kita terlalu memberi muka sehingga kaduk naik junjung. Seandainya saya seorang PM, agenda Islam sudah lama saya ketengahkan untuk dihayati oleh semua rakyat jelata tanpa mengira agama, kerana Islam adalah agama persekutuan dan agenda negara.
Ini tidak, sudahlah Islam masih tidak difahami, bahasa Melayu bahasa negara pun tidak dikuasai. Cakap tunggang-langgang.
Apa lagi MCA (bukan Islam) mahu? Apa yang mereka tidak dapat? Hak?
Harta? Kekayaan? Hatta, di Kelantan, yang mahu melaksanakan hudud, terdapat patung Buddha, sebesar-besar patung berdiri di sana sini walaupun penyembah amat sedikit. Mana nak jumpa toleransi sebegini.
Tulisan saya selama ini menjelaskan, atas nama Cina, dan bukan Islam, ultra kiasu sentiasa bersatu menentang Islam. Wahai umatku, bersatulah mempertahankan Islam. Musuh wajib dikeluarkan daripada kerajaan. Musuh ini akan menjadi Umno lebih buruk dan hilang sokongan.
Bertindak tegas seperti bakal presiden Amerika, Donald Trump. Saya harap Trump menang. Trump lebih baik daripada parti demokrat dan ultra kiasu lain. Ya, walaupun ramai yang tidak suka Trump tetapi beliau bercakap benar dan berterus terang. Beliau tidak menentang Islam, tetapi menentang ISIS.
Kepada Presiden Pas, janganlah gentar di hati. Hadapi musuh ini dengan semangat jihad yang tinggi. Jangan undur walau seinci, kerana ia perjuangan sejati.
Berbanding Pilihan Raya Umum 2013, pengaruh BN kini bertambah baik dalam media sosial namun pembangkang gagal menaikkan tahap sokongan dalam talian seperti sebelum ini, kata seorang penyelidik hari ini.
Pengarah Institut Malaysia Universiti Kebangsaan Australia, Dr. Ross Tapsell berkata BN sedang melakukan tugas lebih "komprehensif" untuk menyampaikan mesejnya di kalangan pengguna dalam talian.
"BN, saya fikir mereka melakukan kerja yang jauh lebih profesional, komprehensif dalam kerja-kerja berkaitan di media baru daripada yang mereka lakukan pada tahun 2013," kata Tapsell semasa bercakap dalam forum "Media dan politik baru di Asia Tenggara" di Universiti Sunway di Petaling Jaya hari ini.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengakui BN tewas dalam "perang siber" terhadap pembangkang dalam pilihan raya sebelum ini termasuk pada tahun 2008 yang digelar sebagai "pilihan raya media sosial pertama" negara.
Ini berikutan media baru terbukti menjadi faktor penting dalam keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013.
PRU13 menyaksikan BN membentuk kerajaan tetapi tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen buat pertama kalinya pada tahun 2008 sejak kemerdekaan Malaysia.
Tapsell, yang bidang penyelidikannya tertumpu kepada penggunaan media digital di Asia Tenggara berkata BN telah belajar daripada kesilapannya dan kini mengiktiraf kepentingan media sosial untuk kempen politik mereka.
"Pada tahun 2013 mereka masih tidak yakin apa yang mereka lakukan dalam kempen media baru, (tetapi) sekarang mereka tahu apa yang mereka lakukan, dan saya fikir mereka melakukannya dengan baik.
"Anda melihat bagaimana beberapa pemimpin BN, seperti Tun Faisal Ismail Aziz dan (Datuk Seri) Annuar Musa, semuanya sangat vokal (dalam talian).
"Saya rasa mereka sedar pentingnya media sosial," katanya.
XOXO - Kalau ada yang memberikan pendapat menyebelahi kerajaan maka cara berfikir pengikut HARAPAN makan dedak atau UG. Mentaliti ini akan menjadikan HARAPAN mundur kolot dan bodoh dalam politik Malaysia...Yang betul hanya kajian INVOKE Rafizi sahaja..
Selawat dan Salam ke Atas Junjungan,,Bila Rapiji Invoke buat kajian atas meja kata PAS tak akan menang, mereka melompat.Bila dapat video Nik Abduh terima wang Umno, mereka bersorak gembira.Tipikal spesis yang gemar mendengar dan menyebarkan cerita sensasi yang oleh menguntungkan puak yang mereka turuti sebagai pak turut.Tetapi kalau diberi ayat ayat Quran sebagai peringatan, sabda sabda Junjungan sebagai panduan, haram mereka tak dengar malah memekakkan telinga dan mengalihkan tumpuan orang kepada isu lain.Apa jenis manusia macam ni?
Bagi mereka peringatan Quran dan Sabda Junjungan itu hanya dibuat oleh pak turut lebai.Mana boleh pakai, ukuran menerima sesuatu perkara itu bukan benar atau bathil, tetapi ukurannya menepati selesa puak yang mereka ikuti atau tidak.Kalau tidak, tak kiralah berapa benarnya perkara itu, mesti ditolak, cuma perkara yang ikut selera dan menguntungkan puak yang jadi pemimpin mereka sahaja yang boleh diterima.
Kerja mereka putar alam apa juga perkara yang diingatkan kepada mereka.kalau diingatkan tentang golongan yang dimusnahan ALLAH kerana kekufuran mereka, maka mereka akan tampil menyoal kembali kenapa BPMS tidak digunakan untuk menyedarkan golongan yang jauh dari Islam?Itulah contoh mereka memutar belit kenyataan, BPMS ialah satu dasar politik yang menegaskan kita akan menghormati pihak pihak yang mahu menghormati kita, akan bekerjasama dengan kerajaan atau mana mana pihak demi kepentingan rakyat bukannya dasar untuk mentarbiah golongan yang salah terima didikan dari pengajar orentalis yang membentuk minda liberal di kalangan mereka.
Minda liberal ialah minda licik, menggunakan apa saja untuk membenarkan mereka saja tanpa mengira betul atau salah sesuatu perbuatan itu.Tiada peringatan baik dari Quran atau Hadis yang boleh melembutkan hati mereka, sebaliknya kata kata pujanggga liberal mereka juga yang jadi ikutan.
Akhirnya, tanpa mereka sedar mereka sudah membentuk satu kelompok pak turut liberal pada ketika mereka mendakwa orang yang memberi peringatan kepada mereka sebagai pak turut lebai!
Apa jenis manusia macam ni? Sumber TKO - 12-3-2018 Apa bezanya pak turut lebai dengan pak turut liberal? Posted on Monday, March 12 @ 10:56:38 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38587
Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke Atas Junjungan,, Ada orang kata golongan yang menjadi hamba yang mendengar dan mentaati perintah ALLAH sebagai pak turut lebai sedangkan yang berkata itu pula adalah golongan yang mendengar dan mentaati ajaran dajal yang dijenamakan semula sebagai liberal. Memamg benarlah golonngan pertama itu pak turut lebai dan tidak ada salahnya menjadi pak turut lebai, sebabnya...
Lebai adalah cara melayu mengenali ulamak, ulamak itu yang dikatakan lebai dan ulamak pula adalah personaliti contoh dan ikutan umat.Ulama hanya memberitahu dan mengajak umat untuk melakukan segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH.Jadi sesiapa yang nak tergolong dalam golongan mentaati perintah ALLAH mesti terlebih dulu mendengar apa jua pengajaran yang disampaikan ulamak atau lebai.Atau dengan kata lain, mesti menjadi pak turut lebai.
Malangnya satu satu lagi golongan umat yang salah didikan, mendengar dari pengajar orentelis bukan ulamak mula jadi besar kepala, mula lupa siapa mereka, menukarkan diri dari sebaik baik kejadian kepada kedudukan yang lebih hina dari haiwan.Lantas mereka dalam keadaan lupa diri mereka yang lemah dan tidak berdaya dan upaya mentertawakan golongan pak turut lebai seolah olah mereka saja yang pandai dan betul.Tanpa sedar sebenarnya mereka adalah pak turut liberal yang menolak semua jaran Islam dan membaw ajaran yang bertentengan dengan Islam.
Inikah golongan yang cerdik dan betul? Sehingga mendakwa pak turut lebai itu jumud, apakah mereka ingat hinaan mereka kepada pak turut lebai itu tidak dipengaruhi oleh ularmak liberal mereka?Jadi kalau mereka hina pak turut lebai, apakah jaminan yang membuktikan mereka dipihak yang benar?
Umat Islam dikurniakan akal yang sepatutnya digunakan untuk berfikir sebagaimana panduan yang ditunjukkan oleh Quran bukan berfikir ikut akal dan panduan ularmak liberal sebab berfikir ikut panduan ularmak liberal boleh menghalalkan semua perkara yang diharamkan ALLAH dan boleh memanupulasi semua keadaan yang ada untuk memutarbelit fakta untuk membenarkan semua pandangan dan perbuatan mereka.
Umat Islam wajar menjauhi golongan ini dan wajar melawan secara istiqamah kerana kalau dibiarkan, bala mungkin menimpa umat Islam.
Pukul 11.30 pagi . Pagi Ahad 11 Mac 2018 telinga ini yang mendengar bahawa Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Al Takiri kalah pada PRU 14 ini.
Memang adat orang bertanding. Ada kalah dan menang. Menang pada PRU 13 menang dengan majority 610 undi ( 33,861 Pas -33,251 umno/BN) dan mungkin kalah pulak pada PRU 14 ini.
Munasabah ahli parlimen Kuala Nerus Kalah pada PRU nanti, kerana menurut kajian invoke yang di nyatakan oleh Rafizi Ramli, bahawa pas satu kerusi pun tak menang pada PRU 14 nanti.
Usah ahli parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Al Takiri, malah ahli parlimen Marang, presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang turut kalah.
Menurut kajian invoke bahawa Pas tiada satu kerusi pun menang pada PRU 14 ini.
Kajian sebelum ini Pas hanya boleh menang dua kerusi DUN sahaja di Kelantan dan semua parlimen turut kalah.
Presiden telah menyatakan yang Pas ada kajian ukar umbi sendiri dan akan memerintah lima buah negeri di Malaysia ini.
Negeri Perlis antara yang disebut akan diperintah oleh Pas selepas PRU 14 ini.
Masing masing ada kajian yang dibuat untuk menyatakan parti mereka berada ditahap begini dan begitu.
Persoalan yang timbul sekarang, boleh pakaikah kajian kajian yang dbuat itu dan ia menjadi reality atau tidak.
Kebanyakan kajian yang dibuat oleh mana pihak hatta pihak universsiti sekali pun jarang menjadi reality.
Oleh itu, Pas tak menang satu kerusi pun pada PRU 14 ini belum tentu benar, kerana ia akan berubah semasa hari mengundi miskipun beli undi akan berlaku dengan bermaharajalela pada PRU 14 ini.
Pada PRU 11(2004) satu kajian yang dibuat oleh beberapa orang pensyarah university tempatan bahawa Terengganu masih kekal di tangan Pas.
Apabila berlaku PRU 11 (2004) Pas kalah teruk. Hanya boleh menang empat kerusi sahaja daripada 28 kerusi yang dimenangi pada PRU 10 (1999).
Kajian yang dibuat salah seorang penganalisis politik bahawa Kelantan kekal ditangan Pas.
Kajian ini bercanggah dengan kajian invoke Rafizi Ramli yang menyatakan bahawa Pas tak menang satu kerusi pun pada PRU 14 ini.
Namun selepas PRU 14 ini tiada satu negeri pun yang di akan diperintah oleh Pas hatta Kelantan yang diperintah selama 28 tahun itu.
Sebaliknya pakatan harapan yang dapat menang dan memerintah lima negeri, termasuk negeri Johor.
Terengganu negeri yang disebut sebut akan diperintah semula oleh Pas selepas PRU 14 ini juga hanya mimpi disiang sahaja. Tidak lebih daripada.
Bahkan ia dikatakan lebih buruk dan teruk berbanding sebelum ini kerana akar umbi Pas jadi binggung dan keliru dengan isu pas bekerjasama dengan umno/BN.
Jika masih diingat, pada 22 September 2017, Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Christina Liew, telah mengumumkan bahawa Pakatan Harapan akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas untuk Sabah dan Sarawak jika ia menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Pengumuman ini dibuat oleh Christina Liew di hadapan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan di hadapan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, di dalam majlis soft launch manifesto Pakatan Harapan Sabah di Kota Kinabalu.
Kata Christina Liew, janji bahawa Pakatan Harapan akan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas untuk Sabah dan Sarawak jika ia menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini akan menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan untuk seluruh Malaysia.
Malangnya, bila diteliti kandungan Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan, tidak didapati walau di mana sekalipun di dalam senarai 60 janjinya itu, termasuk di dalam janji-janji khas untuk Sabah dan Sarawak (Janji 40-Janji 48), janji untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas ini.'
Saya tertanya-tanya ke mana menghilangnya janji manis Pakatan Harapan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas untuk Sabah dan Sarawak jika ia menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini. Takkanlah belum apa-apa lagi pun rakyat Sabah dan Sarawak sudah tertipu ?
Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sumber TKO- 11-3-2018
Manifesto PH akan lonjak DAP ke puncak kuasa
DI dalam satu dialog tertutup di Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah berkata bahawa, jika Perlembagaan Persekutuan kekal seperti sekarang maka “kita” (orang-orang bukan Melayu bukan Islam) berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ini kerana Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan hanyalah mensyaratkan bahawa seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dari kalangan “ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu” dan tidak semestinya dari orang-orang Melayu Islam.
Cara untuk seseorang ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu adalah dengan memastikan bahawa parti politik yang beliau wakili, sama ada secara bersendirian atau secara berkumpulan bersama-sama parti-parti politik lain yang ia berpakat, mendapat majoriti kerusi di dalam Dewan Rakyat.
Di dalam PRU 14, walaupun persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibuat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003 merugikan orang-orang Melayu Islam, mereka masih lagi menjadi penentu utama keputusannya kerana kerusi luar bandar jauh lebih banyak berbanding kerusi bandar dan separa bandar.
Perkara ini boleh berlaku kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan ukuran pewajaran (weightage) diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya di atas asas “kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar”.
Parti politik yang paling lantang sejak zaman berzaman menentang perkara ini adalah DAP, yang berulang kali menyebut betapa persempadanan semula kawasan pilihan raya wajib dilakukan berdasarkan kepada prinsip satu orang satu undi (one man one vote) di mana ia di antara lainnya telah disuarakan oleh pemimpin DAP berikut:
(1) Lim Guan Eng pada 18 Mac 2013.
(2) Lim Kit Siang pada 6 Oktober 2014, 3 Januari 2016, 18 September 2016 dan 26 Disember 2016.
(3) Dr Ong Kian Ming pada 20 Disember 2017.
Selepas PRU 13, DAP telah mengemukakan satu draf persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibuat berdasarkan prinsip satu orang satu undi yang, selain menambahkan bilangan kerusi Dewan Rakyat menjadi 262, melipatgandakan kerusi bandar menjadi 143 berbanding 80 kerusi luar bandar dan 39 kerusi separa bandar.
Mengikut Perkara 113(2)(i) Perlembagaan Persekutuan, badan yang diberi kuasa untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya ini adalah Suruhanjaya Pilihan Raya yang, mengikut Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, “hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja”.
Di dalam majlis Pelancaran Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan (PH) pada 8 Mac lalu, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, mendedahkan bahawa salah seorang penulis utama manifesto itu ialah Dr Ong Kian Ming dari DAP, antara pemimpin yang paling lantang bersuara mutakhir ini supaya kerusi bandar dipecahkan.
Janji 17 Manifesto PRU 14 PH, “menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya”, menyebut “pelantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya mestilah melalui proses perakuan oleh Parlimen” dan “Kerajaan PH akan memastikan nisbah yang adil dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya”.
Jika PH memerintah, bila kuasa melantik Suruhanjaya Pilihan Raya tidak lagi dimiliki sepenuhnya oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja, dan bila persempadanan semula kawasan pilihan raya dibuat berdasarkan prinsip satu orang satu undi, maka sudah tentulah jumlah kerusi bandar akan berlipat ganda. Bila jumlah kerusi bandar berlipat ganda maka sudah tentulah DAP yang akan berkuasa. Mudah sahaja sifirnya.\
YANG capik datang bertongkat. Yang buta teraba-raba. Yang tuli leka bertanya. Yang kecil terambin lintang. Yang jarak tolak-tolakan. Yang pendek bertinjau-tinjau. Yang kurap mengekor angin. Yang pekak pembakar meriam. Yang buta penghembus lesung.
Demikianlah peribahasa Melayu bagi menggambarkan kehadiran orang ramai yang berduyun-duyun datang apabila mendengar suatu perkhabaran tidak kiralah tentang acara keramaian, kenduri mahupun ketika berlaku kemalangan atau kematian pada waktu dahulu.
Ironinya pemandangan itu dapat kita lihat akhir-akhir ini. Dalam tahun 2018, hanya dua tahun sahaja lagi menjelang tahun 2020, tahun yang Malaysia disasarkan menjadi negara maju.
Kali ini dapat disaksikan pemandangan hampir sama namun dalam situasi berbeza. Orang ramai tetap datang berduyun-duyun namun jelas dapat disaksikan, yang capik datang berjingkit, yang muda mengelek anak, yang bujang menjinjing baldi, yang tua, muda, kurus, gemuk, kecil, besar, semuanya berkumpul tanpa mengira Melayu, Cina, India. Berbilang bangsa dan agama, juga parti politik di beberapa tempat di Selangor sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan bekalan air yang diagihkan oleh lori Syabas.
Pemandangan yang tidak dapat didustakan ini kini berlaku di negeri termaju di Malaysia - Selangor.
Tidak payahlah hendak mendakwa dakwi bahawa ini sembang politik kerana yang pasti masalah yang menyusahkan penduduk ini benar-benar berlaku gara-gara kelemahan pengurusan air di negeri ini.
Tidak ada spin atau manipulasi dalam cerita ini kerana rakyat negeri ini dapat merasainya sendiri, masalah yang tidak lagi dapat disorok di dalam empangan nan jauh dari penempatan mereka.
Di Selangor kini, mungkin ada yang mandi hanya sekali sehari atau tidak mandi langsung di rumah sebaliknya membawa tuala dan sabun ke pejabat.
Di kedai-kedai makan, sudah ada yang tidak lagi menghidangkan makanan dalam pinggan biasa sebaliknya menggunakan pelapik kertas dan plastik pakai buang bagi mengelakkan kerja-kerja membasuh yang sudah tentu memerlukan air.
Sudu garfu besi sudah ditukar kepada plastik pakai buang juga untuk menjimatkan air.
Saya belum sempat menjenguk kedai-kedai dobi termasuk yang menawarkan khidmat layan diri, mampukah masih beroperasi dalam keadaan air yang menjadi sumber utama bisnes mereka terjejas bekalannya?
Yang pasti, masalah air di Selangor menjejaskan kehidupan penduduk dan operasi perniagaan di negeri ini.
Golongan marhaen terutamanya paling teruk terjejas kerana mereka tidak ada alternatif atau tempat ‘persinggahan ‘ lain seperti orang ada-ada yang sudah tentunya sudah ‘berpindah’ ke hotel, rumah tumpangan malah rumah kedua sementara krisis air melanda.
Saya tidak bercadang mengungkit isu projek Air Langat 2. Cuma saya membayangkan, kalaulah perjanjian diteruskan dan projek berjalan mengikut jadual, tentu sahaja masalah gangguan bekalan air yang dihadapi sekarang tidak berlaku.
Sekali lagi, saya tegaskan ini bukan coretan politik. Tetapi ini hanya kisah masyarakat marhaen yang teraniaya kerana kelemahan kerajaan negeri menguruskan kebajikan dan keperluan mereka dengan baik dan berwawasan.
Air bukan api letrik yang boleh dicarikan lampu suluh atau lilin mahupun bateri dan generator sebagai ganti.
Jika pun ada alternatif lain untuk minum, bagaimana pula untuk mandi, membasuh dan menyucikan diri termasuk mengambil wuduk?
Tidak mahu tidak, kerajaan negeri perlu menyelesaikan masalah air ini dengan segera.
Jika perlu ‘menyembah’ negeri lain agar membantu menyalurkan bekalan air ke negeri ini, lakukanlah.
Kerajaan negeri terpaksa mengetepikan ego demi kebajikan penduduk Selangor.
Itu pun jika kerajaan negeri betul-betul mahu menjaga kebajikan penduduk merah kuning ini.
Walaupun tidak mungkinlah sampai mereka terpaksa ‘beristinjak’ dan ‘bertayamum’ kerana ketiadaan air, penyelesaian kepada masalah ini perlu difikirkan segera sebelum ada yang hilang ‘cool’ dan mengamuk di peti-peti undi.
Selawat dan Salam ke Atas Junjungan, Ada bebelan dari macai suka piss tokong yang sebut orang cina sokong PIS(maksudnya untuk menganjing kepada PAS) sebab mereka tak faham Islam.Pelik dan kelakar bunyinya tapi itulah kerja macai suka piss tokong sampai bila bila.Ada ker orang cina tak faham Islam sokong PAS, bunyi macam berbeza dari era lalu terutama era Mahathir jadi presiden Umno di mana ketika itu orang cina tak sokong dan takut pada PAS sebab tak faham Islam tapi hari ini kaki piss gila babi sebut orang cina sokong PAS kerana tak faham Islam.Ngok bin bebal.
Satu lagi ngoknya, dia sendiri simacai yang berugama Islam tak sokong PAS tapi sokong parti liberal, apa ke jadahnya? Dia faham Islam ker? apa hal orang yang faham Islam sokong parti liberal, sokong LGBT, sokong pondan dan sokong athies?
Entahlah tak tahu nak cakap, alih alih nanti dia piss lagi kat sini.Tapi tak apalah, itu kerja dia piss merata rata, lagipun dia menang suka piss pada artikal artikal macam ni, artikal yang menolak liberal! Kita tolak liberal sebab kita ada Tuhan, Tuhan kita Tuhan sekelian alam dan maha berkuasa atas segala galanya.Tangan yang digunakan untuk mengetuk keyboard ni pun dapat digunakan dengan izin Tuhan juga bukan sendiri sendiri kuat.
Tuhan kita yang beri peringatan supaya menolak liberal menerusi banyak ayat ayat quran dan dari sabda sabda baginda Nabi.Maknanya kita bukan suka suka tolak liberal tapi sebab perintah Tuhan.Begitu jugalah kita berjuang untuk menegakkan hukum Tuhan juga sebab Tuhan yang perintah kita.
Tapi macai piss liberal senang senang jer melawan.Macamlah dia tu kuat sangat, nak cabut bukit sebiji pun tak mamapu.Macai piss mewakili seluruh warga liberal dalam parti politik yang lawan hukum Tuhan.Dengan menggunakan nama Tuhan mereka melawan hukum Tuhan, dengan menggunakan Rahmatanlilalamin yang sebenarnya ditujukan kepada Nabi mereka melawan hukum Tuhan dan kerana liberal mereka gunakan apa saja asal menguntungkan mereka.
Kalau nak ajak mereka merenung sejenak hujah mereka yang kata cina sokong PAS kerana tak faham islam, haram jadah mereka tak akan punya.Jadi apa kata kita yang Islam dan faham betapa perlunya berusaha kembali kepada carahidup Islam merenung untuk mereka.Satu renungan yang baik dan berfaedah untuk kita semua iaitu bukan kerana tak faham Islam tetapi kerana tak mahu lagi hidup dalam suasana liberal lah sebenarnya membawa orang cina sokong PAS sebab PAS lah satu satunya parti politik yang tidak liberal.
Kalau dulu masa Mahathir jadi presiden Umno, orang cina sering ditakutkan dengan PAS, PAS dipromosi sebagai pengganas, PAS disebar luaskan sebagai parti yang suka potong tangan orang dan bermacam macam lagi ketakutan kepada PAS direka oleh Mahathir.Tapi sekarang semakin ramai orang cina yang nampak PAS adalah satu satunya alternatif bagi mereka keluar dari pengaruh liberal, itu sebab mereka sokong PAS bukan PIS yang gemar disebut oleh kaki PISS!
Sesiapa yang membaca sepintas lalu Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan mungkin akan terpesona dengan apa yang kelihatan seperti “keikhlasan” dan “kesungguhan” Pakatan Harapan mengiktiraf dan memartabatkan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Disebutkan di dalam Janji 11 manifesto ini betapa “Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita”.
Ini diikuti dengan ikrar betapa “Kerajaan Pakatan Harapan akan memberi galakan kepada universiti-universiti awam untuk memperbanyak kajian dan perkongsian nasional dan antarabangsa mengenai kesultanan Melayu agar sejarah ketamadunan Melayu dapat dikongsi di persada dunia”.
Tidak cukup dengan itu, disebutkan lagi betapa “Muzium di-Raja di Istana Negara lama akan dinaik taraf menjadi Muzium Pendidikan Kebangsaan, dan kerjasama akan dijalin dengan universiti awam untuk mengaktifkan kegiatan kajian, penerbitan dan pendidikan, melalui seminar dan persidangan secara berkala, tentang institusi Raja-Raja Melayu”.
Ini ditambah pula dengan kenyataan bahawa “kerjasama juga akan dijalin dengan muzium di-raja negara-negara lain agar berlaku percambahan fikiran dan perkongsian ilmu tentang peranan penting institusi beraja dalam semak imbang negara demokrasi”.
Malangnya, jika kita meneliti dengan mendalam janji-janji lain yang terkandung di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan ini, khususnya di dalam Janji 11-Janji 29 manifesto ini yang membentuk Teras 2, iaitu “mereformasi institusi pentadbiran dan politik”, maka akan nampaklah bagi sesiapa yang berfikir betapa “keikhlasan” dan “kesungguhan” ini sebenarnya hanyalah satu alat kosmetik yang bertujuan melindungi maksud sebenar Pakatan Harapan.
Kita lihat Janji 14 manifesto ini dahulu yang berbunyi: “Untuk memastikan semak imbang yang efektif, bilangan Pesuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil menjadi ahli SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempunyai jaminan pelantikan tetap. Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.”
Bandingkan pula Janji 14 manifesto ini dengan Seksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang berbunyi: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang Ketua Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, untuk selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.”
Kita lihat pula Janji 15 manifesto ini yang berbunyi: “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan. Jabatan Pendakwa Raya pula akan dipegang oleh individu lain yang bebas dan bertindak tanpa mengira kepentingan politik kepartian.”
Bandingkan pula Janji 15 manifesto ini dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”.
Kita pergi pula kepada Janji 17 manifesto ini yang berbunyi: “Satu kuota akan diwujudkan untuk memastikan masyarakat sivil mempunyai wakil sebagai Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Pelantikan Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mestilah melalui proses perakuan oleh Parlimen.”
Bandingkan pula Janji 17 manifesto ini dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi: “Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.”
Seterusnya kita lihat pula Janji 19 manifesto ini yang berbunyi: “Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan hakim-hakim dilakukan dengan berpaksikan kelayakan dan pengalamannya, tanpa dipengaruhi kepentingan politik. Keanggotaan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan diputuskan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Keputusan pelantikan yang dibuat oleh suruhanjaya ini akan dilaksanakan setelah merujuk kepada kebijaksanaan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.”
Bandingkan juga Janji 19 manifesto ini dengan Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi: “Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.”
Kita berpindah pula kepada Janji 26 manifesto ini yang berbunyi: “Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SUHAKAM akan dilantik melalui proses jawatankuasa di Parlimen”.
Bandingkan juga Janji 26 manifesto ini dengan Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang berbunyi: “Anggota-anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Perdana Menteri”, dan “Yang di-Pertuan Agong hendaklah menetapkan salah seorang daripada anggota yang dilantik di bawah seksyen 5 menjadi Pengerusi Suruhanjaya”.
Akhirnya, lihat pula kepada Janji 16 manifesto ini yang berbunyi: “Jawatan-jawatan penting dalam negara seperti pelantikan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Malaysia, mestilah disahkan oleh jawatankuasa yang bersesuaian di peringkat Parlimen”.
Bandingkan juga Janji 16 manifesto ini dengan Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, dan Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan seperti yang disebutkan di atas.
Maka selepas melihat kepada semua janji yang terkandung di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan dan membandingkannya dengan semua peruntukan undang-undang seperti yang disebutkan di atas, akan dapatlah kita buat kesimpulan mengenai tahap “keikhlasan” dan “kesungguhan” Pakatan Harapan di dalam mengiktiraf dan memartabatkan kedudukan Raja-Raja Melayu ini.
Tidakkah mengikut undang-undang negara yang ada sekarang kesemua pelantikan ini, iaitu Ketua Pesuruhjaya (Pakatan Harapan merujukkannya sebagai Pengerusi) bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di dalam Janji 14, Peguam Negara (Pakatan Harapan memecahkannya kepada Peguam Negara dan Pendakwa Raya) di dalam Janji 15, Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya di dalam Janji 17, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di dalam Janji 19, dan Anggota-Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia di dalam Janji 26, hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong?
Di dalam kes-kes Ketua Pesuruhjaya bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara, dan Anggota-Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, pelantikan ini hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat atau syor Perdana Menteri. Di dalam kes Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, pelantikan ini hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Di dalam kes Ahli-Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, pelantikan ini hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri, tanpa nasihat atau syor Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Tanpa mengira sama ada pelantikan ini hendaklah dibuat atas nasihat atau syor Perdana Menteri, atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, atau tanpa nasihat atau syor Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, hakikatnya adalah kesemuanya hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bila Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan langsung tidak memperkatakan peranan Yang di-Pertuan Agong (dan Majlis Raja-Raja di dalam kes yang berkaitan) di dalam kesemua pelantikan ini, melainkan di dalam pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, atau menjadikan pelantikan ini tertakluk kepada “pengesahan secara demokratik oleh Parlimen” atau kepada “perakuan oleh Parlimen”, tidakkah ini boleh membawa makna bahawa manifesto ini telah cuba menghakis kuasa atau membakulsampahkan terus Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu?
Di dalam pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang dikehendaki dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, ayat yang digunakan oleh manifesto ini, iaitu bahawa “keputusan pelantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini akan dilaksanakan setelah merujuk kepada kebijaksanaan dan budi bicara Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja”, adalah bercanggah dengan Seksyen 21(1)(a) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 yang berbunyi: “Fungsi Suruhanjaya adalah “untuk memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri”.
Mengiktiraf dan memartabatkan kedudukan Raja-Raja Melayu-kah semua janji yang terkandung di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan ini?
Selawat dan Salam ke atas Junjungan... Ada pemuka PH kata, rakyat Malaysia yang undi PH untuk ke Putra Jaya boleh beraya sakan dan lepas tu boleh beraya sakan lagi kerana boleh menyambut raya dengan sejahtera yang belum pernah disambut sebelum ini.Katanya lagi rakyat Terengganu juga mesti berani buat perubahan dengan mengundi PH sebab haya PH yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat.Itu kata pemuka bermuka itik tapi apakah benar semuanya itu? Persoalannya tetap sama, perubahan yang nak dibuat itu apakah perubahan kepad pemerentah Islam atau tidak? Rasanya semua rakyat yang ada boleh melihat pilihan yang ada dan apa yang patut dipilih.
Siapa atau apa parti yang akan menawarkan perubahan kepada Islam juga sudahpun jelas.Apa perjuangan PH dan apa yang nak dicapai oleh mereka juga jelas.Kempanlah berjela jelapun, ianya tetap jelas kepada semua pengundi berdaftar terutamanya pengundi Islam.
Ada unsur April fool dalam cara PH berkempen terutamanya dari pemuka dan macai macainya.Ada harapan palsu yang jelas seperti dicatatkan oleh mukadimah artikal ini, Beraya sakan untuk sambut hari raya bukan dari ajaran Islam, itupun sudahpun menjelaskan bagaimana PH akan memberi kejutan April fool kepada umat Islam kalau mereka menang.
Hari raya bukan hari untuk bersuka ria dan beraya sakan, hari raya juga bukan untuk menyatakan kegirangan kerana menang PRU, itupun juga sudah jelas tentang PH yang mahu meliberalkan ugama menurut kemahuan liberal yang standard.
Tak perlu bercerita panjang, kembail kepada basic, apa yang rakyat nak? diperintah secara Islam dengan dipayungi oleh undang undang Islam, dipimpin oleh pemimpin yang bertaqwa, memiliki seorang PM yang boleh berkhutbat pada hari jumaat atau mahu terus berada dibawah undang undang toghut, dipimpin oleh pemimpin yang mukanya serupa dengan Najib,cuma bezanya, hanya menghapuskan monopoli dan tol yang dizahirkan oleh pemimpin ulung mereka dan menghapuskan gst serta membawa Najib ke muka pengadilan kerana penyelewengannya tetapi melepaskan pemimpin agung mereka yang memilik lebih dari 62 kesalahan sepanjang 22 tahun menjadi PM.
Bodoh atau cerdik rakyat bergantung dengan cara berfikir.Kalau berfikir cara Islam, insyaalah selamat dan kalau berfikir cara liberal, ada kemungkinan satu lagi peristiwa april fool akan terjadi kepada umat Islam.
Demikianlah adanya, coretan yang ditujukan kepada orang Islam yang sayangkan ugama, bukan untuk kaki piss yang mungkin akan piss juga di kaki artikal ini.
"Ya ALLAH ya Tuhan ku, tunjukkan yang benar itu benar untuk kami ikuti, dan tunjukkkan yang bathil itu bathil untuk kami jauhi"
Sumber TKO - 11-3-2018
Pendidikan: Janji PH undur ke belakang
SEMAKAN ke atas janji-janji yang terkandung di dalam Manifesto PRU 13 Pakatan Rakyat dalam bidang pendidikan menunjukkan ia dengan tegasnya mengisytiharkan, di bawah tajuk “Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN”, bahawa:
(1) Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.
(2) Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.
(3) Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.
(4) Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan pengangkutan kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya.
(5) Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian.
(6) PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.
(7) PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.
(8) Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar dijaga.
Berbanding dengan Manifesto PRU 13 Pakatan Rakyat ini, Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan (PH), melalui Janji 49, menjadikan sekolah-sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat, dan melalui Janji 50, mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi, sekadar dengan lembik, dan kaburnya menyebut bahawa:
(1) PH berkeyakinan bahawa sistem persekolahan yang baik adalah tanggungjawab penting kerajaan untuk rakyat.
(2) Kerajaan PH akan memastikan bantuan kerajaan lebih difokuskan kepada golongan yang memerlukan, terutama golongan B40 dan M40.
(3) Kerajaan PH akan memastikan syarikat-syarikat milik kerajaan mempertingkat jumlah biasiswa pendidikan yang diberikan kepada golongan B40 dan M40.
(4) PH berpegang dengan prinsip bahawa universiti dan Institusi Pengajian TinggiAawam mestilah percuma untuk semua.
(5) Pengalaman UNISEL di bawah pentadbiran kami di Selangor yang telah memulakan pendidikan percuma berperingkat-peringkat akan dijadikan landasan ke arah mencapai matlamat ini.
(6) Kami akan menyusun semula struktur pembayaran pinjaman PTPTN supaya jumlah pembayaran bergantung kepada jumlah gaji peminjam
(7) Kami akan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
(8) Peluang biasiswa dan pinjaman pelajaran akan ditambah, terutama untuk membantu anak-anak muda dari keluarga B40 dan M40 menampung kos sara hidup semasa belajar.
Tegasnya, beza antara Manifesto PRU 13 Pakatan Rakyat dan Manifesto PRU 14 PH dalam bidang pendidikan ini adalah umpama langit dengan bumi:
(1) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat di dalam Manifesto PRU 14 PH.
(2) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk kerajaan menanggung yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam di dalam Manifesto PRU 14 PH.
(3) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk kerajaan memberikan subsidi yuran setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam kepada pelajar di institusi swasta di dalam Manifesto PRU 14 PH.
(4) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk kerajaan memberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan pengangkutan kepada semua pelajar di institusi milik awam, kecuali bagi mereka yang benar-benar kaya di dalam Manifesto PRU 14 PH.
(5) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk kerajaan membolehkan pelajar di institusi swasta meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian di dalam Manifesto PRU 14 PH.
(6) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam di dalam Manifesto PRU 14 PH.
(7) Tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat bahawa PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat di dalam Manifesto PRU 14 PH.
(8) Dan tiada lagi komitmen tegas Pakatan Rakyat untuk kerajaan memperkenalkan mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN agar kebajikan setiap pelajar dijaga di dalam Manifesto PRU 14 PH.
Saya dan rakan-rakan tertanya-tanya: Ke mana menghilangnya keberanian dan kebijaksanaan para pemimpin PH, khususnya mereka yang turut terlibat di dalam merangka Manifesto PRU 13 Pakatan Rakyat dahulu? - HARAKAHDAILY 10/3/2018
Ya Allah, kurniakan kami negeri, negara kami yang sentiasa Engkau limpah keamanan, keselamatan dan kesejahteraan.
Ya Allah, kurniakan kami petunjuk hidayah MU agar seluruh rakyat kami kuat dan kukuh bersatu padu dalam perpaduan menegakkan kebenaran, bersatu padu dalam memelihara perpaduan rakyat pelbagai suku kaum dan bangsa serta saling faham memahami antara satu kaum dengan yang lain.
Ya Allah, kurniakan kami, negeri dan negara kami pemimpin-pemimpin yang beriman, berilmu, bertaqwa dan berakhlak mulia untuk memimpin kami ke jalan MU yang benar, lurus dan selamat di dunia dan akhirat.
Ya Allah, kurniakanlah kami, negeri dan negara kami pemimpin-pemimpin yang baik, amanah, adil dan terbaik.
Ya Allah, kurniakan kami kesihatan dan keafiatan mental dan fizikal untuk mendokong dan menyokong perjuangan menegakkan keadilan dalam negara kami yang tercinta yang masyarakatnya berbagai suku, kaum dan bangsa serta berbagai pegangan agama.
Ya Allah, kurniakan kami sifat-sifat mahmudah dan terpuji dan jauhi kami daripada sifat-sifat mazmumah dan keji agar kehidupan kami bertambah ramah, mesra dan rahmat sesama rakyat.
Ya Allah, kurniakan kami kesatuan dan Istiqamah dalam memperjuangkan kedaulatan agama kami, maruah bangsa dan rakyat pelbagai kaum dan bangsa dalam negara kami yang tercinta.
Ya Allah, jauhilah kami dan negara kami dari bala bencana yang tidak mampu kami menghadapinya.
Ya Allah, jauhilah kami, negeri dan negara kami daripada pemimpin yang tidak amanah, yang melakukan rasuah, yang pecah amanah dan mereka yang khianat.
Ya Allah, bukakanlah hati-hati kami, jiwa raga dan akal kami untuk memilih pemimpin yang terbaik, benar-benar ikhlas, benar-benar amanah, benar-benar bersifat adil dalam kepimpinan mereka dalam pilihanraya umum ke 14 kelak.
Aamiin ya Rabbal'alamiin...
Suatu pagi yang suram dan seram, 2 sahabat yang bernama Lee Meh dan Za Moh yang berasal dari sebuah negeri dalam Planet Mars berceritera perihal keawang awangan...
Lee Meh: Salam Square
Za Moh: Ya salam Tong, what the hell my lady… how are you
Lee Meh: Yess, baik2 aje square… Puas giler aku rasa… x pernah sepuas ni seumur hidup aku
Za Moh: Wow patut ler dari jauh muka ada pinkish walaupun x bercahaya, x macam lagu Bro Sudir. Exactly menyongsang arus… hahahaha
Lee Meh: Ko jangan melalut la square, ko ajar orang berfikir “out of the box” tapi hotak kau tu kat luar tempurung ko x sedar. Macam mana ko dpt title ceugu ni bro?
Za Moh: Sonang je tong, aku kan coaching kat alam fantasia. Aku ajar je tapi aku x buat pommm. So..Tong ko tak perlulah nak korek bulan dan bintang aku kay. Kalau x… kita bukan lagi shahabat seantero donia… Tadi ko macam beria2 sangat nak story kat aku, cer citer… cer citer.
Lee Meh: Yapp… sebenarnya aku dapat shoot bapak burung hijau, sebelum ni x dapat pasal ada ranting2 dan terselindung di balik dedaunan yang ala-ala ijau…. Aku dah lama duk perati family burung hijau tu tapi x dapat nak detect kedudukannya dengan tepat… so susahlah aku nak shoot. Suatu hari tu budak2 cepet area pondok ushang aku ni main merecun roket, diorang aim real moon tapi sebelum roket tu meluncur kotak King Solomon yang dijadikan sandaran tu terbalik… maka tebabommm…
BERGONCANGLAH dahan tempat berlindung family green bird tu dan dedaunan yang melindunginya seakan2 dimakan ulat. Dari sehari ke sehari berubahlah dedaunan yang hijau tadi menjadi kekuningan… keorenan dan seterusnya berguguran lah dia. Apa lg makin jelas la sasaran aku. Yahoo da beda budus
Za Moh: Berapa panjang dah ko merepek ni Tong? Pendekkan
Lee Meh: Bodo la kau ni… tu la kau square, kalau baca tu… muqadimah je yang ko hapal. Isinya ko merapu2 duk canang sana… canang sini… jahanamlah follower alam pantasia ko… bolo punya olang
Za Moh: Aku kan trainer so aku xnak lah dpt cerita full… sekurang2nya dari tajuk tu aku dah boleh temberang buat satu novel… kan… baru la npk IQ dan EQ aku ni level mana. Bukan macam kau harap kepala je besau tp IQ zero. Hahahaha…. Shhhhh… jangan pocah lobang rrr
Lee Meh: Sial ko square, habis mood aku. Aku majukkk la camni.
Za Moh: Pigi la lu Tong… ni dah kali yang ke 10 ratus ko merajuk… klu lawa mcm awek acimak tu okey la jugak… puiiii.. cepat setelkan cerita kau.
Lee Meh: Masalahnya aku dapat shoot je bro… tapi x pernah kena. Semakin hari bapak burung hijau tu semakin handal. Aku terpaksa perabis masa dari sejam sampai berejam2 aim and shot… dari sejam jadi 2 jam seterusnya 3 jam dan lagi dan lagi spi siangku x bermakna lagi selagi kepala burung tu x dapat aku tumpaskan. Pernah aku jumpa tok sami untuk musnahkah family burung tu. Cilaka punya sami dia anjurkan aku bakar gadang punya colok kat pangkal pokok tu. Tp sia2 shj, family burung tu macam lagi suka pulak pasal nyamuk2 pun dah makin kurang dan dia jadi makin glemer pasal ramai apek2 tertarik dengan colok yang sebesar rambut kak rosie jiran sebelah aku disamping pokoknya yang spesel… almaklumlah pokoknyapun besau dan teguh… lagi bertambah masalah aku bila satu pondok akupun dah bau colok… Sialnya pya sami tu.
Za Moh: Akupun menyirap jugak dengar kau asyik tertewas je ni. Apa ko ni lembik sangat ke sampai x pernah kena burungnya? Fening… bertambah-tambah balanya tu
Lee Meh: Yang aku bengangnya ada sorang benggali penjual eskrim yang datang masa aku tengah aim bapak burung tu sound aku “Apa ko punya banyak bodo la Tong, apa pasal ko nak menaya burung tu… dia kan ikut fitrah kejadian dia bukan dia anti kau pun… dia hya cari makan untuk dia dan family sambil mengantar mesej dari pencipta dia”. Aku halaukan benggali tu dengan parang… mencirit dia lari. Kelakau dol… time kepala aku tgh hangin boleh pulak dia tunjuk2 baik… pigi la… semua orang x betul… melainkan aku sorang je… hahahaha.
Za Moh: Betul la jugak la si benggali tu cakap, ko sakit hati sangat pasal apa? Bukan dia berak atas kepala ko pun?
Lee Meh: Pernah la square, masa aku lalu bawah pokok tu dia berak setepek kat idung aku… berkudis dibuatnya. Tu permulaan confrontasi aku, dia open fire bukan aku… x salah kan aku beli?
Za Moh: Patut ler marah nau2… itu adalah sebab kobodohan ko sendiri. Allah dah htr burung Hijau tu nak tarbiahkan kau mengenai qada’ dan qadar, keselamatan, erti kesabaran, macamana nak handle ujian… malas la aku nak bersekongkol dengan manusia yang x paham bahasa . Buang Karen.
Lee Meh: Mmmm… ko dengan burung hijau tu 2x5 je… x habis2 menyakitkan hati aku. Tp xpe aku adalah aku dan akan tetap dengan misi dan visi King Solomon tu. G"
Penulis fikir seribu kali fikir, malah sudah pergi kepada angka jutaan kali fikir. Fikir mengenai Pas dan pucuk kepimpinannya.
Pucuk memang lembik dan lembut berbanding dahannya. Demikian juga akarnya. Akar memang kuat dan kukuh.
Maka, Akar umbilah membuat pas masih boleh bertahan miskipun sudah banyak kali ditimpa musibah.
Musibah yang paling buruk dan teruk, selepas ditendang BN pada 1978 sehingga hampir hampir kehilangan nyawa.
Pada tahun 1982 dapat disambung semula nyawa yang hampir hampir putus itu.
Kemudian pada tahun 1990 Pas bekerjasama dengan Parti Semangat 46 yang di terajui Tengku Razaliegh Hamzah yang dijenamakan sebagai Angkatan. Angkatan perpaduan ummah.
Pas Kalah selama 12 tahun di Kelantan dan dapat menang dan memerintah semula selama 28 tahun sampai hari ini dan dikatakan akan kekal selepas PRU 14 nanti.
Mohamad Sabu yang dikatakan sangat gemar memandu laju lebih had itu juga turut menang jadi MP parlimen Kubang Kerian Kota Bahru Kelantan selama dua penggal.
Menteri Besar waktu itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga gemar memandu laju, tetapi tak sampai lebih had laju menang bergaya dalam siri siri PRU,
kecuali pada PRU 12 hampir hampir nak putus nyawa dan Pas kalah teruk di Terengganu yang bermenteri besar Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang juga di katakan gemar memandu laju, tapi tak lebih had berbanding Mat Sabu yang sering terlebih had yang dihadkan.
Pas menang di Kelantan dikatakan atas sebab bekerjasama dengan parti serpihan umno iaitu semangat 46.Kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar kemenangan Pas mendapat pertolongan dari langit.
Pas menang di Terengganu pada PRU 11 atas sebab bekerjasama dengan parti keadilan rakyat parti serpihan umno yang diketumi Datuk seri Anwar Ibrahim reformasi.
Kata kebanyakan pemimpin Pas Terengganu kemenangan itu adalah pertolongan dari umno. Pas menang kerana umno bukan kerana Allah
Dan Kalah teruk di Terengganu pada PRU 12 kerana masih tidak mahu ambik pengajaran, lantas pada tahun 2008 bekerjasama pulak dengan DAP anak PAP Singapura parti anti Melayu dan anti Islam.
Ketika bekerjasama dengan DAP Pas menang parlimen 26 kerusi. DAP menang 39 kerusi dan PKR menang 30 kerusi.Dapat menafikan dua pertiga Umno/BN
Tak disangka sangka pas menang dan memerintah Kedah bermenteri besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga dikatakan gemar memandu laju.
Ketika bekerjasama dengan DAP presiden pas kelihatan masih gemar memandu laju lebih laju daripada biasa. Luar biasa sekali.
Sebelum ini beliau memandu dengan had kelajuan yang belum lebih had kelajuan.
Tak disangka sangka presiden semakin ghairah dengan kegemaran memandu laju.Kadang kadang terlebih had yang telah dihadkan
Dinyatakan oleh sesetengah pucuk kepimpinan bahawa kristian hari ini tidak lagi memusuhi Islam. Boleh kawan dengan Yahudi.Orang orang DAP kafir zimmi.
Presiden masih berminat untuk memandu laju ketika bekerjasama dengan umno atas nama amar maaruf nahi mungkar,walaupun tidak bergabung.
Dahulu bukan main marah dengan Yahudi, sekarang ini sudah tak marah lagi dengan yahudi yang hari hari bunuh umat Islam Palestin.
Hari ini kerajaan umno/BN dah bawa masuk Yahudi, iaitu bawa masuk musuh dalam rumah sendiri, kerana Pas dah tak marah lagi.
Cuba anda bayangkan apabila yahudi dan sudah boleh masuk dalam Negara Malaysia. Apakah yang akan berlaku suatu masa nanti.
Dahulu Yahudi tidak boleh masuk Negara kita kerana Pas sangat murka . Hari ini apabila sudah bekerjasama dengan umno/BN pas dah tak marah lagi.Baguslah tu.
Oleh itu, sewenang wenangnya yahudi musuh Allah dan musuh Rasulullah SAW yang telah membunuh 2.5 juta umat Islam di Palestin diberi tempat istimewa dalam Negara ini.
Dikatakan,sudah ada gereja kecil dibina di Bukit Jalil?
Pada hal Rasulullah SAW melarang kafir zimmi membaiki gereja yang rosak dan larang memberi tempat istimewa kepada kafir zimmi yang miskipun dinyatakan, barang siapa memusuhi kafir zimmi maka mereka itu memusuhiku.
Hari ini pas sudah buat keputusan bahawa 9 calon orang bukan Islam akan bertanding atas tiket pas di negeri Sembilan atas sebab china Aceh menerima undang undang Islam.
Memang china dan India Kafir yang jadi penyokong Pas tak sama dengan china India yang duduk dalam DAP.
Mereka orang orang kafir. Tapi mereka dalam DAP itu adalah kaum kafir yang dinyatakan Allah “Dan (ingat) Allah tidak beri petunjuk kepada kaum kafir.
Hakikatnya China Aceh memang tak sama dengan china Malaysia. China Aceh tidak boleh berpolitik manakala china Malaysia bebas berpolitik dan boleh ambil kuasa bila bila masa.
China Malaysia ada persamaan dengan China Negara China yang tidak membenarkan umat Islam Negaranya berpuasa. Jika berpuasa mereka dipaksa berbuka.Umat Islam dihalang belajar agama di masjid masjid.
Cuba anda bayangkan betapa hadis sahih lagi hasan diatas.Bagaimana pula dengan perkara ini.
Inilah yang penulis duk fikir dan fikir berkali kali mengapa presiden pas masih minat dan gemar memandu laju lebih had yang telah dihadkan.
Masih tidak serik serik dengan kemalangan yang berlaku keatas bahtera pas yang sedang berlayar dilautan bergelora.
Termasuk berani membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW yang membuat ahli akar umbi benggung seketika dibuatnya.
Apakah ianya feqah politik yang dibenarkan oleh Islam?
Sumber TKO - 10-3-2018
DAP nak buang penjawat awam andai berkuasa?
TERKEJUT juga bila membaca artikel yang diterbitkan MalaysiaKini semalam bahawa DAP mahu melindungi hak demokrasi di kalangan 1.6 juta penjawat awam yang dilaporkan sedang diberi tekanan politik menjelang PRU ini.
Walaupun sikap mahu melindungi hak demokrasi ke atas seluruh Rakyat Malaysia khususnya penjawat awam sudah lama diangkat PAS dan Gagasan Sejahtera. Saya ingin mempertikaikan keikhlasan DAP khususnya dalam soal ini selepas Ketua Publisiti DAP pada forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” yang dianjurkan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2016 yang lalu sanggup menggelarkan penjawat awam sebagai ‘berat mati’ yang perlu ditanggung kerajaan.
Malah kenyataan Tony Pua yang dipetik TheEdgeMarket pada tahun yang sama ("Pua: Budget 2017 shows government running out of money") dengan jelas menzahirkan sikap pemimpin DAP itu terhadap penjawat awam apabila mempertikaikan kenaikan bayaran emolumen dan bayaran pencen terhadap kumpulan pekerja itu.
Malah sikap dan pendirian Ketua Publisiti DAP itu juga pernah dikongsi Setiausaha Agong DAP pada Mei 2007 ketika berucap di forum “Civil Service Excellence: Quality Vs Quantity" (Kecemerlangan Perkhidmatan Awam: Kualiti atau Kuantiti) di dewan perhimpunan yang sama apabila mempertikaikan kenaikan jumlah kakitangan penjawat awam, kenaikan bayaran gaji dan kenaikan bayaran pencen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010).
Apakah nasib 80 peratus penjawat awam dari Komuniti Melayu Islam, 10 peratus Bumiputera Sabah dan Sarawak dan 10 peratus Komuniti Cina dan India agaknya jika DAP dan Pakatan Harapan mengambil alih kuasa selepas PRU Ke-14 nanti? Belum mengambil kira jumlah penganggur yang dianggarkan mencecah 520 ribu orang (3.4 peratus) dari jumlah 14.83 juta tenaga kerja yang sedang berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi untuk diri mereka dan keluarga. Jika langkah pengurangan penjawat awam ini terus dilakukan, sudah tentu semakin sempitlah peluang buat golongan ini untuk berkhidmat di sektor awam.
Bukankah DAP adalah parti paling berpengaruh dalam gabungan Pakatan Harapan memandangkan jumlah majoriti kerusi Parlimen yang mereka kuasai? Jika keadaan ini terus kekal selepas PRU Ke-14 nanti, saya yakin DAP sangat upaya untuk mempengaruhi dasar dan hala tuju kerajaan baru itu khususnya terhadap penjawat awam jika mereka berjaya menguasai Putrajaya selepas ini. Sama-sama kita fikirkan.
HUZIR SULAIMAN
Penganalisis Politik
21 Jamadil Akhir 1439 / 9 Mac 2018 - HARAKAHDAILY 9/3/2018
Hari ni pergi farmasi nak beli ubat. Tak ramai pelanggan. Cuma ada seorang lelaki berbangsa Cina sedang duduk. Aku menyapa, 'beli ubat uncle'? Periksa tekanan darah jawabnya.
Sebelum keluar aku ambil sisipan akhbar Harakah yg diberi percuma kepada pelanggan. Wa, minat politik?
Tiba tiba uncle tu menyapa. Suka suka je kataku. Sekarang politik manyak pening. Orang Melayu sekalang sudah pecah lima. Ini macam kita orang Cina pun susah hati. Aku tersenyum mendengar kata kata uncle tu yang masih tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan betul.
Dah 60 tahun merdeka, masih ada rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan dengan betul. Aku menepuk lengan uncle tu dan bertanya, 'uncle sokong siapa?'
PAS katanya. Aku malas nak tanya apa sebabnya dan berlalu keluar. Di dalam kereta, terdetik di dalam hati, kalau orang Cina boleh sokong PAS, tak kan orang Melayu tak boleh.
Kalau orang Cina boleh nampak kebaikan dalam PAS tak kan orang Melayu tak nampak. Kepada pemimpin pemimpin orang Melayu, hendak dibawa kemana bangsa ini? Mengapa dicarik carik bangsa ini?
Bangsa lain tahu mereka tidak akan dapat menerajui negara ini tanpa menggunakan parpet parpet yang terdapat di dalam kalangan orang Melayu. Orang Melayu perlu keluar dari agenda perut untuk tidak menjadi abu jika Menang, menjadi asap bila kalah.
Jangan sampai satu hari nanti ada ilmuan Melayu yang menulis buku tentang Melayu dan Islam berjodol 'PERMATA YANG HILANG'. " Sumber TKO - 9-3-2018 Manifesto Pakatan Terap Agenda Liberal Agama Posted on Friday, March 09 @ 17:11:32 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38554
KUALA LUMPUR - Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jelas berunsur liberal kerana menyebut kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan kepada negeri-negeri dan campur tangan Kerajaan Pusat akan dihentikan.
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, manifesto itu merupakan satu naratif bagi mewajarkan penghapusan institusi Islam di peringkat Pusat dengan dakwaan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tambah beliau, Manifesto PRU14 Pakatan Harapan turut berjanji memastikan kedudukan hak asasi Malaysia dalam ‘Universal Periodic Review’ menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi Malaysia selaras dengan perkembangan dunia.
“Ini boleh dibayangkan sudah tentulah pelbagai undang-undang jenayah syariah tidak lagi boleh dikuatkuasakan di Malaysia. Sudah tentu insiden murtad akan berleluasa, begitu juga golongan ateis dan Lesbian, Gay, Biseksual & Transeksual ( LGBT) akan turut berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kamarul turut mempersoalkan mengapa Pakatan Harapan menjadikan kumpulan bekas penjawat awam G25 berfikiran liberal sebagai badan luar yang dirujuk dalam penyediaan Manifesto PRU14.
Kata beliau, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri mendedahkan perkara tersebut pada majlis Pelancaran Manifesto PRU14 Pakatan Harapan di Selangor malam tadi.
Menurut beliau, umum mengetahui G25 adalah satu badan yang dianggotai oleh beberapa bekas penjawat awam kerajaan yang cukup bermasalah dengan idea liberal agama mereka.
Sebagai contoh, katanya, kumpulan G25 pernah meminta menilai kembali Undang-Undang Jenayah Syariah di Malaysia yang didakwa melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi.
Ujarnya, buku terbitan G25 antara lain mengandungi saranan memperjuangkan sistem politik sekular, peranan Islam di dalam pentadbiran kerajaan dikurangkan dan umat Islam diberikan kebebasan untuk murtad.
“Termasuk dalam agenda G25 yang juga menjadi agenda DAP ialah penghapusan institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang tertera dalam kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, iaitu Zairil Khir Johari,” katanya.
Justeru, Kamarul berkata, komitmen Pakatan Harapan untuk mendaulatkan Islam di Malaysia jelas meragukan berdasarkan kandungan Manifesto PRU14 Pakatan Harapan.
“Pada 6 Februari lalu, saya sendiri mempersoalkan komitmen Pakatan Harapan mendaulatkan Islam di Malaysia kerana kegagalan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan JAKIM dalam Sidang Media Majlis Presiden Pakatan Harapan.
“Bila ditanya wartawan mengenai pendirian Pakatan Harapan terhadap JAKIM, beliau hanya menyebut: “Itu (sama ada JAKIM itu diperlukan lagi) terpulang kepada kita kalau kita jadi kerajaanlah, nothing is permanent (tiada yang kekal)
“Semoga Allah selamatkan umat Islam di Malaysia dari ancaman golongan liberal,” katanya. – Mynewshub.cc Sumber TKO - 9-3-2018 Bila Lim Guan Eng Akan Masuk Islam? Posted on Friday, March 09 @ 08:10:40 UTC Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38544
Dulu Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng mengemparkan hadirin dengan ucapan beliau ketika turun berceramah dan bertemu rakyat bahawa beliau ingin mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz. Ramai yang tertanya, adakah Guan Eng kenal siapa dia Umar sebernarnya? Adakah dia main sebut sahaja?
Ini satu petikan yang diwarwarkan kepada ahli PAS yang rasanya anda boleh ingat semula
Apabila ditanya Mat Sabu, mengapa Guan Eng tidak menerima kediaman rasmi Ketua Menteri tersebut, Guan Eng berkata, untuk tinggal di rumah tersebut, ia perlu di ubahsuai, dan kos pengubahsuaian itu menelan belanja RM 300,000.00. Guan Eng berkata beliau tidak sanggup membazirkan duit rakyat untuk mengubahsuai kediaman Ketuan Menteri tersebut.
Mat Sabu turut memesan kepada Guan Eng, bahawa Guan Eng boleh menjadi seperti Umar Abdul Aziz, tetapi Guan Eng bukan beragama Islam seperti Umar Abdul Aziz dan “bagaimana awak (Guan Eng) mahu mengatasi kekurangan ini”?
Jawapan yang di beri Guan Eng, “ Tunggu ayah saya meninggal dulu”..
Baru-baru ini, LKS masuk hospital, saya dah senyum.. Tapi tak jadi... Kemudian dengar pula LKS jatuh dalam bilik air.. Saya senyum pula. Tapi belum lagi. Bukan apa nak pastikan kata-kata Mat Sabu disebar itu nak disahkan.
Ramai ahli PAS dulu kena "kencing" dengan pimpinannya. Tapi pimpinan suka kencing tu dah semuanya meninggalkan PAS menubuh PAN.
Ahli-ahli PAS yang bodoh dan dibodohkan dengan cerita rekaan kini sudah tidak lagi menjadi ahli PAS tapi telah menjadi AHLI PAN. Jangan kamu berhujah dengan mereka sebab mereka semua mempunyai fakta yang bohong dan fitnah sahaja. Fakta bohong dan fitnah dah tertanam dalam benak kepala mereka begitu lama.
XOXO - Kalau bomoh dengan air jampinya rupanya ada kaki ceramah dengan cerita jampinya...
BELUM pun reda kemelut yang timbul ekoran kenyataan Naib Presiden PAN, Husam Musa, di dalam ceramah beliau di Kuala Krai pada 3 Mac lalu bahawa “Haram undi PAS”, semalam, 7 Mac, Pengerusi KANUN PAN merangkap Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, dilapor mengeluarkan kenyataan “Lega mati lawan BN” pula di dalam sesi perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat.
Mengikut laporan SinarHarian Online, kata-kata Hanipa adalah berbunyi: “Sakit ke hatta saya mati sekali pun saya puas hati sebab saya cakap lawan BN. Kalau malaikat tanya kenapa mati? (saya jawab) ‘mati lawan BN’, saya rasa lega betullah.”
Tidakkah kenyataan Hanipa ini seolah-olah menggalakkan para penyokong PAN supaya tidak takut mati di dalam berjuang melawan BN, di mana gambaran yang diberikan adalah bahawa ‘mati lawan BN’ adalah sesuatu yang berpahala?
Tidakkah kenyataan Hanipa ini bercanggah dengan kenyataan Penasihat Umum PAN, Ahmad Awang, pada 28 Februari lalu bahawa “kita di dalam PAN ini tidak akan menggunakan hukum-hukum agama semata-mata untuk kepentingan politik”? Tidakkah kenyataan Hanipa ini boleh menggalakkan ekstremisme dalam PAN? Apa lagi agaknya hukum politik yang akan dikeluarkan oleh PAN selepas ini? - HARAKAHDAILY 8/3/2018
Selawat dan Salam ke atas Junjungan, Kita semua Islam kan? Jadi kenapa tak berfikir secara Islam? Tak bercara hidup seperti orang Islam? Tak menyokong perjuangan memartabatkan Islam sebagai cara hidup? Bukankah itu semua yang termaktub dalam ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda Nabi yang mana menuntut setiap seorang dari kita untuk mendengar dan mentaati, bukan untuk tidak mendengar dan tidak mentaati atau mendengar tapi buat buat pekak badak serta menunjuk nunjuk pandai dengan pengaruh dari ajaran yahudi dan nasrani yang hanya mahu setiap orang Islam berfikir ikut logik akal semata dan meninggalkan cara berfikir sebagai orang Islam.
Kerana tidak berfikir secara Islamlah setiap patah lontaran idea yang menjurus kepada ketaatan yang dituntut Islam dianggap mengarut, setiap hujah dan dalil yang diberi dianggap melalut dan tidak berfakta, sehingga hanya apa yang mereka kata saja yang betul, yang lain terutama patah patah perkataan yang ada unsur ketaatan kepada ALLAH, Tuhan sekelian alam dianggap tidak betul, yang betul mereka saja sebab ikut logik akal.
Inilah kebathilan yang sedang dibawa oleh setengah orang Islam dewasa ini terutama yang jadi macai PH dan sebahagiannya ada dalam TKO ini.Fakta yang orang bagi, bagi mereka bukan fakta sebab tidak mengikut selera rakus
mereka.Yang mereka sokong sahaja yang perlu disokong walaupun yang disokong itu bukan Islam dan bukan mersa Islam, yang mereka sokong itu sudah ada rekod sebagai pemusnah negara, semuanya betul bagi mereka.
Ingatkah lagi peristiwa yang menimpa umat Islam Andalusia dalam kisah April fool? Kalau ingat, baguslah, berhentilah sokong PH sebab PH boleh membawa kisah April fool berulang di negara kita, berhentilah menyokong kebathilan sebab kebathilan itu hanya akan membawa kita semua rebah tersungkur, kalau tak dunia, di akhirat.
Berhentilah menentangan kebenaran kalau kalian masih fikir kalian orang Islam!
Sumber TKO - 8-3-2018
PKR akhirnya tunduk mengalah kepada
DAP
SEPERTI sedia dimaklumi, PKR Pulau Pinang, melalui Ketua Penerangannya, Dr Afif Bahardin, telah secara terbuka mengumumkan bahawa ia tidak akan melepaskan mana-mana satu daripada 16 kerusi DUN-nya kepada PPBM atau kepada PAN jika DAP juga berkeras untuk tidak melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusinya kepada PKR.
PPBM Pulau Pinang pula, melalui Pengerusinya, Marzuki Yahya, telah secara terbuka mengumumkan bahawa ia mahu meletakkan calon di 10 kerusi DUN yang kini diwakili oleh Umno, iaitu N1 Penaga, N2 Bertam, N3 Pinang Tunggal, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua, N6 Telok Ayer Tawar, N40 Telok Bahang, N21 Sungai Acheh, N38 Bayan Lepas dan N39 Pulau Betong.
Sementara itu, PAN Pulau Pinang, melalui Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, telah secara terbuka mengumumkan bahawa ia mahu meletakkan calon di 5 kerusi DUN yang ditandingi oleh PAS di dalam PRU 13, iaitu N1 Penaga, N4 Permatang Berangan, N5 Sungai Dua, N11 Permatang Pasir dan N38 Bayan Lepas.
Pada akhirnya, keputusan akhir agihan kerusi DUN Pulau Pinang yang akan diumumkan nanti menyaksikan ugutan PKR Pulau Pinang ini tidak ke mana kerana ia dengan berat hati terpaksa juga melepaskan dua DUN-nya, iaitu N2 Bertam dan N40 Telok Bahang, kepada PPBM walaupun DAP tidak melepaskan mana-mana satu daripada 19 kerusinya kepada PKR sebagai ganti kepada kerusi PKR yang dilepaskan kepada PPBM.
Ini sekali gus menyebabkan PKR terpaksa berpuas hati dengan 14 kerusi sahaja, iaitu N3 Pinang Tunggal, N6 Telok Ayer Tawar, N10 Seberang Jaya, N12 Penanti, N14 Machang Bubuk, N17 Bukit Tengah, N18 Bukit Tambun, N20 Sungai Bakap, N21 Sungai Acheh, N24 Kebun Bunga, N35 Batu Uban, N36 Pantai Jerejak, N37 Batu Maung dan N39 Pulau Betong.
Begitu juga dengan PPBM Pulau Pinang yang terpaksa berpuas hati dengan empat kerusi sahaja, iaitu N1 Penaga, N2 Bertam, N4 Permatang Berangan dan N40 Telok Bahang.
Akhir sekali adalah PAN yang sekali lagi terpaksa berpuas hati di kedudukan tercorot dengan tiga kerusi sahaja, iaitu N5 Sungai Dua, N11 Permatang Pasir dan N38 Bayan Lepas.
Sudah tiada langsungkah pemimpin yang benar-benar jantan di dalam PKR, PPBM dan PAN yang betul-betul berani untuk berhadapan dengan pemimpin DAP ini? - HARAKAHDAILY 7/3/2018
Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,
Baru sekarang saya terdengar dakwaan lawak yang berbunyi PAS menysahkan rakyat Kelantan seperti Umno menyusahkan rakyat Malaysia.Cuma yang tak diterangkan dengan jelas tentang bagaimana PAS dan Umno menyusahkan rakyat dan sejak bila?Kalau PAS dan Umno itu menyusahkan rakyat sejak mereka perintah Kelantan dan Malaysia maka sudah tentu akan melibatkan dua personaliti yang semakin nampak macam gila yang berada dalam PH sekarang ini dan menyanggah sama sekali pujian yang melampau lampau PAN kerpada ATGNA kerana kalau ATGNA dipuji sebagai idola PAN maka tidakkah ATGNA juga menjadi ketua kerajaan PAS di Kelantan?
Apa yang saya nampak dakwaan ini hanya ditujukan kepada pimpinan baru PAS dan Umno.PAS didakwa menyusahkan rakyat di Kelantan sejak MB baru mengambil alih dari ATGNA dan Umno pula didakwa menyusahkan rakyat Malaysia sejak Najib jadi ketuanya.Masa ATGNA dan Mahathir jadi boss, rakyat hidup dengan aman, cuma selepas pemimpin baru megambil alih, barulah rakyat disusahkan.Itu dakwaannya yang kalau diamati jelas merupakan dakwaan lawak king sekaligus mahu menunjukkan PAS sama seperti Umno.
Seterusnya datang lagi dakwaan lawak king yang mendakwa tiada lagi kebebasan bersuara dalam PAS yang sudah jadi macam Umno dan tidak macam PH yang meraikan kebebasan bersuara.Untuk menyedapkan resepinya, didakwa lagi kenapa RUU 355 diperap di Parlimen.Kesemuanya dakwaan lawak king dari manusia berakal pendek dan menyangka mereka sajalah yang pandai dan tak perlu menyandarkan hujah mereka kepada petunjuk ugama.
Tapi sebenarnya mereka ini semuanya bodoh yang tak boleh diajar serta cerdik tak boleh ditumpang kerana hanya menyebabkan siapa yang tumpang mereka akan terhumbang ke dalam jamban taik.
Tiada pertimbangan yang waras dan berwawasan dari semua dakwaan yang mereka buat.Ianya cuma sekadar mahu mengalihkan sokongan rakyat yang waras dan sihat kepada mereka sahaja.Tidak ada tanda sokongan yang diberikan kepada mereka boleh mengubah kesengsaraan rakyat malah lebih teruk, yang berjanji untuk mengubat kesengsaraan rakyat terdiri dari mereka yang menyebabkan kesengsaraan itu.
Kalau betul PAS menyussahkan rakyat Kelantan, apakah PH boleh memberikan jaminan kesusahan rakyat ini akan diubati? jaminan yang merupakan sembng lawak adalah!
Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas junjungan,,,
Menarik dan tertarik dengan kenyataan terbaru Husam pasal hukum mengundi PAS haram dan undi PAN pula dapat pahala.Menurut Husam ini hukum feqah yang berubah kerana PAN dan PH dalam fasal membersihkan negara dengan melakukan refomasi besar besaran.Husam juga mendakwa Nik Abduh yang tidak faham hukum feqah dengan merujuk kepada ATGNA yang pernah berkata hukum feqah itu berubah mengikut keadaan.
Kalau ketika PAS menyertai BN hukumnya harus dan ketika keluar dari BN hukumnya boleh berubah kepada haram maka hari ini kerana PAN dan PH mahu membersihkan negara maka hukum mengundi PAN dan PH itu mendapat pahala dan kerana PAS tidak mahu menyertai PAN dan PH untuk mebersihkan negara maka hukum mengundi PAS pula Haram.Agak pelik memikirkan apa yang Husam sebut ini kerana logiknya dan selari dengan apa yang pernah dilalui oleh PAS semasa bersama BN dulu, maka hukum feqah semasa sepatutnya berbunyi begini, ketika PAS menyertai PR hukumnya harus dan apabila PAS keluar PR maka hukumnya jadi haram untuk mnyokong PH kerana PAS sudah keluar,bukanya apa yang dikatakan oleh Husam itu.Apakah PR dulu ditubuhkan bukan untuk membersihkan negara? Apakah hanya apabila PH diujudkan sahaja negara mahu dibersihkan dengan meletakkan Mahathir yang pernah merosakkan negara sebagai ketuanya? Bukankah ini pelik?
Tambah pelik dengan dakwaan Husam bahawa Nik Abduh tidak tahu hukum feqah, Nik Abduh yang dari zaman remajanya dihantar oleh ayahnya ATGNA untuk belajar ilmu ugama yang termasuk juga ilmu feqah dan pulang ke tanah air dengan gelaran ustaz tidak tahu hukum feqah? Apa pula kelulusan dan kepakaran Husam dalam ilmu ilmu ugama? Husam kalau tak silap memegang ijazah dalam ilmu sain politik di mana dalam setiap silibus pengajiannya tidak sedikitpun ada silibus feqah atau lain lain ilmu ugama.
Seorang pemilik ilmu sekular mendakwa seorang yang ada ilmu ugama tidak faham hukum feqah? Apakah selama ini Husam sudah mahir dengan feqah hanya dengan merujuk dengan apa yang dikatakan sebagai fatwa yang dikeluarkan oleh ATGNA sahaja? di mana qatienya dan dimana khilafnya? Apakah membersih negara dengan refomasi itu termasuk dalam aliran dan laluan yang ditunjukkan oleh ugama atau laluan taqwa? Apakah PAN dan PH juga komited untuk melaksanakan hukum ALLAH sekiranya berjaya membersihkan negara nanti?
sehingga Husam boleh mendakwa mengundi PAN dan PH mendapat pahala?
Begitu juga dengan PAS, apakah selama ini dan sehingga kini PAS tetap istiqamah untuk memartabatkan ugama dalam erti mahu merealisasikan carahidup Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk mahu melihat hukum ALLAH ditegakkan di atas bumu ALLAH ini? Kalau jawabannya masih istiqamah maka di mana dosanya mengundi PAS?
Di mana PAS tidak istiqamah? sehingga kini Husam dan lain lain pemuka PAN dan PH tidak pernah membawa bukti yang nyata tentang penyelewengan PAS dalam petunjuk ugama, yang ada hanyalah dakwaan dakwaan akal semta mata yang kononya PAS sudah lari dari petunjuk ugama yang sebenarnya.Konsep rahmatanlilialamin yang kononya diikuti oleh PAN hanya retorik yang sebenarnya tidak wujud sama sekali sebab kalau benar konsep yang dilaungkan oleh PAN ini, sudah tentu ada ilmu atau pengajaran mengenainya, tetapi di mana kitab kitab ulamak yang ada menghuraikan konsep ini di mana mana? Tidak ada, yang ada cuma kenyataan umum mengenainya oleh pemuka PAN yang sering kita dengar, tidak lebih dari itu.
Pendek kata Husam hanya melondehkan kepincangannya sendiri dalam usaha untuk meraih undi untuk partinya. Dan semakin nyata dan jelas, sehingga PRU 14, PAN dan pemukanya akan terus mengunakan kaedah memutar belitkan kenyataan dan fakta tanpa sebarang dalil sohih dari mana mana.Apakah hujah PAN yang sebegini nak kita ikut?
Isu ini timbul selepas soalan popular kolumnis Utusan Malaysia “Apa lagi Cina mahu?” sejurus selepas masyarakat Cina secara besar-besaran mengundi menolak BN dalam pilihan raya umum ke-13. Rencana rasis ini mempersoalkan hak orang Cina memilih menentang BN seperti mereka tidak dibenarkan berbuat demikian dan seolah-olah mereka tidak bersyukur dengan berbuat demikian. Kedua-dua retorik di atas menunjukkan perbincangan berkaitan apa yang Melayu mahu dan perlu daripada kerajaan dan ahli politik yang mengetengahkan hak-hak Melayu untuk kelangsungan mereka, nampaknya hanya retorik yang direka untuk membangkitkan kemarahan dan membuatkan mereka menyokong pemerintah, dengan mengaburkan isu sebenar. Jadi apa sebenarnya yang Melayu mahu? Biar kita buat tekaan ilmiah? Tetapi biar kita mulakan dengan menolak lima senarai Ibrahim itu. Tidak ramai mempersoalkan hak Melayu tetapi bantuan itu patut dipanjangkan juga kepada mereka yang miskin. Bantu si miskin, bukan si kaya daripada semua masyarakat, dan orang Melayu akan terbela sekali. Dan tiada sesiapa yang mahu secara terbuka mempersoalkan kemuliaan Islam tetapi mereka tidak mahu agama dan adat dihina oleh pelampau Islam. Sama seperti isu kaum Melayu dan raja-raja Melayu. Ia digunakan sebagai pengalih perhatian daripada isu seperti dihadapi orang-orang Melayu dan aspirasi kaum itu. Senarai kelima Ibrahim, bagaimanapun, ada benarnya. Yang masih kabur – apakah maksud perkongsian adil dan bagaimana menjayakannya? Dengan mengemukakan soalan ini, lebih mudah untuk mengenal pasti apa yang Melayu mahu dan bagaimana BN memberikannya kepada mereka. Kita tahu rakyat mahu duit, semua orang, termasuk orang Melayu. Melayu mahu lebih pendapatan Untuk melihat bagaimanakah ia dicapai, atau sebaliknya, antaranya melalui agihan pendapatan. Menurut Laporan Kedudukan Isi Rumah, Institut Kajian Khazanah (KRI), yang termasuk gaji, bayaran kerja lebih mas dan bonus pada 2013: • 96 peratus ahli aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapat gaji kurang RM6,000 sebulan. • 85 peratusmendapat kurang dari RM4,000 • 62 peratus mendapat kurang daripada RM2,000. Bagaimana golongan 62 peratus ini dapat hidup selesa apabila mereka ada anak-anak untuk ditanggung? Sementara itu, pendapatan dan gaji purata individu pada 2013 hanya RM1,700. Ini bermakna separuh pekerja mendapat sebanyak itu sahaja, atau lebih kurang, menurut KRI. Pembahagian berdasarkan etnik dan strata pula seperti berikut:
Nota: Angka bagi Melayu lebih tinggi berbanding bumiputera kerana turut merangkumi Orang Asli dan kumpulan-kumpulan Sabah/Sarawak yang lebih miskin berbanding orang Melayu.
Sejak 1970, terdapat pengurangan ketara jurang pendapatan isi surah antara Melayu dan Cina lebih dua kali ganda (dalam pendapatan purata isi rumah) kepada 6.3 peratus berdasarkan angka-angka di atas. Menggunakan ukuran ini, kesetaraan pendapatan bukan lagi masalah sebaliknya kurangnya pendapatan. Bukan saja Melayu mahu lebih pendapatan, tetapi semua orang. Dan bagaimana mempertingkatkan pendapatan? Salah satu cara utama melalui pendidikan. Melayu mahu pendidikan bermutu Mutu pengajaran di sekolah merudum selepas langkah tergesa-gesa menambah bilangan guru Melayu dan memperkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Banyak lagi anekdot dan bukti lain berkaitan perkara ini. Di samping itu, penurunan standard pendidikan menghasilkan terlalu banyak graduan, tetapi banyak juga yang kemudian menganggur. Bahasa Inggeris adalah bahasa perdagangan di negara ini dan penurunan ketara standard bahasa itu membuatkan banyak graduan Melayu menganggur. Tinjauan menunjukkan ibu bapa Melayu juga mahukan subjek seperti Matematik, Sains dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diajar dalam bahasa Inggeris tetapi ahli politik Umno terus menentangnya. Ini berlaku walaupun mereka menghantar anak masing-masing ke sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar untuk kesemua mata pelajaran. Bahasa Inggeris anak-anak mereka bagus tetapi tidak anak-anak pengundi mereka. Macam mana sebenarnya ahli politik yang orang Melayu mahu? Jujur ya. Cekap. Memikirkan perkara itu sudah tentu mereka yang memainkan isu kaum dan agama sebenarnya menyembunyikan kekurangan sendiri. Kenapa ramai ahli politik yang mewakili rakyat hidup mewah ketika lebih separuh pengundi mendapat gaji tidak sampai RM1,700 sebulan. Melayu mahu pemimpin jujur dan cekap Ini komoditi mahal. Tanpa nilai ini, akan berlaku kebocoran serius dalam ekonomi, kesukaran merapatkan jurang ekonomi dan kekayaan. Ini kerana rasuah akan memberi pendapatan kepada golongan berada dan orang awam akan terus membayar lebih untuk perkhidmatan yang menebalkan poket ahli perniagaan. Pernahkan penswastaan menghasilkan kos perkhidmatan yang rendah? Tidak. Adakah projek bangunan mahal dan kemudahan prasarana meragukan memberi manfaat kepada orang Melayu? Ya, melalui kegiatan rent-seeking (manipulasi dasar awam dan ekonomi untuk mengaut keuntungan), tetapi bagi kebanyakan orang Melayu, jawapannya tidak. Ini tiga senarai yang lebih terarah dan perlu disentuh untuk membicarakan aspirasi masyarakat Melayu, bukannya lima senarai 'membara' Ibrahim. Di akhirnya, seluruh rakyat Malaysia mahukan kerajaan yang baik dan dengan sumber-sumber sedia ada sudah lebih daripada cukup untuk menyelesaikan masalah kita semua. Kenapa tidak. P.GUNASEGARAM
Sumber TKO - 6-3-2018
Tolak Pakatan Harapan, selamatkan negara
'MURKA' benar Tun Mahathir kepada PAS hingga Tun lupa beliau sendiri pernah benci dan marah pada DAP. 'Murka' benar Tun Mahathir kepada PAS hingga Tun lupa beliau sendiri pernah menghalang pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan yang dibentang al-Marhum Dato Bentara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
'Murka' benar Tun Mahathir kepada PAS hingga beliau sendiri lupa bahawa Kelantan dinafikan hak dan royalti petroleum oleh Kerajaan Persekutuan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Pelupa benar kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan yang memuja Tun Mahathir bahawa beliau pernah menzalimi Kelantan serta menafikan hak pembangunan Kelantan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Pelupa benar pemimpin Pakatan Harapan bahawa al-Marhum Tuan Guru Nik Aziz yang dipuja mereka diserang segenap penjuru oleh Tun Mahathir tanpa ada belas kasihan dan perikemanusiaan.
Pelupa benar pemimpin Pakatan Harapan bahawa dahulu mereka berseteru hingga bersengkang gigi dengan Tun Mahathir, menuduh Tun Mahathir dengan pelbagai korupsi, diktator, kronisme, nepotisme dan kleptokrasi hingga terbit ungkapan "Maha Firaun".
Pelupa benar pemimpin Pakatan Harapan akan skandal Perwaja, skandal BMF 1983, skandal Forex, pemecatan dan insiden mata lebam Anwar Ibrahim serta pelbagai lagi salah laku yang mereka jerit, tentang dan ungkap kepada rakyat jelata dahulu.
Pelupa benar pemimpin Pakatan Harapan akan kisah Memali dan Operasi Lalang yang mereka perjuang dahulu. Terlupa mereka sehingga orang yang mereka tuduh menjadi dalang di sebalik peristiwa tersebut dipeluk, dijunjung dan diagungkan sekarang hingga diangkat sebagai pemimpin besar mereka.
Pelupa benar pemimpin Pakatan Rakyat yang mereka pernah berjanji jika menang pilihan raya mereka akan heret dan bicarakan Tun Mahathir di atas semua salah laku yang pernah beliau lakukan dahulu. Pelupa benar pemimpin Pakatan Harapan bahawa Tun Mahathir pernah mengungkap DAP ialah parti rasis dan Lim Kit Siang ialah ibu segala rasis.
Pelupa benar pemimpin Pakatan Harapan bahawa Tun Mahathir pernah mengungkap bahawa Anwar Ibrahim adalah perosak perpaduan Melayu dan menjadi pelindung kepada DAP.
Pelupa benar pemimpin Pakatan Harapan bahawa Tun Mahathir pernah melabel Anwar Ibrahim sebagai penipu paling besar di dunia dan mempunyai sejumlah wang yang banyak disorokkan di luar negara. Pelupa benar pemimpin Pakatan Harapan bahawa siapakah yang menyumbat Anwar Ibrahim di dalam penjara dengan tuduhan yang terlalu jijik dan mengaibkan.
Sekarang demi kuasa dan penuh ketamakkan, sekelip mata mereka boleh melupakan segalanya dan bersekongkol demi mencapai cita—cita mereka. Mereka lupa segala tuduhan, lupa segala janji dan lupa segala pembongkaran skandal.
Jika itulah yang mereka mampu lakukan sesama mereka, adakah kita sebagai rakyat biasa mampu membendung mereka jika mereka berkuasa kelak? Mampukah kita percaya mereka boleh berlaku jujur sesama mereka dan menjaga kepentingan kita sebagai rakyat jelata?
Tidak mustahil jika mereka menang pilihan raya, demi mencapai maksud peribadi masing-masing mereka sanggup bergasak, bergomol dan bercekak seperti dahulu. Sekelip mata sahaja mereka secara tiba-tiba boleh berbaik, sekelip mata juga mereka boleh berperang demi cita-cita, kuasa dan agenda peribadi masing-masing.
Baik PPBM, DAP, PKR mahupun PAN sebenarnya saling tidak percaya di antara satu sama lain. Hakikatnya di dalam mereka sedang bergolak, menunggu masa untuk meletus. Biar ditolak mereka sekarang, bukan sesudah PRU. Kita sebagai rakyat jangan silap pilih ketika PRU nanti kelak merana diri.
SYAIFUL HIZAM
Pemerhati Politik - HARAKAHDAILY 6/3/2018
PEMIMPIN ultra kiasu menafikan sekeras-kerasnya menerima derma atau sumbangan daripada taikun ultra kiasu seperti dilaporkan beberapa media arus perdana. Saya tidak fikir ultra kiasu akan mengaku, kerana sudah tentu berita ini makan tuan. Siapa nak mengaku berak tengah jalan.
Saya tidak fikir taikun ultra kiasu tersebut akan berterus terang atau secara terang memasukkan sejumlah wang langsung kepada akaun ultra kiasu. Sudah tentu dalam soal ini mereka akan bertindak licik. Derma atau sumbangan ini akan diberikan melalui cara lain, mungkin ada pengantaranya.
Sama seperti berlaku kepada laman web ultra kiasu apabila mahkamah memerintahkan supaya membayar kos lebih kurang RM300,000. Maka segera ultra kiasu ini melancarkan kutipan derma. Dalam masa tidak sampai seminggu sudah mencapai sasarannya. Sekarang ini, mereka membuka akaun lain pula, jika ditakdirkan terpaksa membayar kos guaman yang lain.
Saya fikir ultra kiasu tidak sebodoh yang difikirkan untuk memberikan derma atau sumbangan secara langsung. Mereka mesti secara berstrategi dan taktikal. Saya amat yakin, selepas ini akan ramai ultra kiasu akan memberi sumbangan kepada parti ultra kiasu ini.
PRU14 adalah kemuncak dan penentu kepada hidup mati dan masa depan ultra kiasu. Mereka mahu memastikan kejayaan dapat diraih dalam PRU14, dalam pada UMNO dilihat berada dalam keadaan ‘lemah' dengan isu-isu kontroversi yang melanda. Jika tidak peluang ini mungkin tidak muncul pada masa akan datang. Lima tahun lagi adalah suatu keadaan yang sukar untuk diramalkan.
Pada awalnya mereka sangat yakin ketika PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat (PR). Tetapi apabila PAS keluar daripada PR, mereka seolah-olah kehilangan ibu.
Mahu tidak mahu mereka terpaksa mencari rakan baharu. Mereka hasut pemimpin atau ahli PAS yang liberal agar keluar daripada PAS dan menubuh parti baharu.
Strategi ini ternyata berjaya. Akhirnya, membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara (PAN). Orang Melayu berpecah lagi.
Pucuk dicita ulam mendatang, perpecahan dalam UMNO yang membawa kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dimanipulasi sepenuhnya bagi memastikan orang Melayu terus berpecah.
Kini, semua strategi dan harapan mereka telah tercapai dengan tertubuhnya Pakatan Harapan (PH). Saat yang dinanti telah tiba. Ultra kiasu sedang mengumpul segala tenaga dan kekuatan sehingga menuju puncak untuk menawan Putrajaya.
Saya amat yakin taikun-taikun ultra kiasu sedang berbondong di belakang untuk memastikan ultra kiasu ini berjaya sepenuhnya pada PRU14. Mereka menjelma dalam bentuk lain, bukan nama sebenar. Tetapi mereka tetap taikun ultra kiasu memberi bantuan kepada parti ultra kiasu.
Mereka takut, jika mereka menyerlah nama sebenar, ditakdirkan PH gagal dalam PRU14, sudah tentu nasib mereka ibarat berada di hujung tanduk.
Ultra kiasu tetap ultra kiasu. Mereka bukan bodoh politik. Kita yang perbodohkan.
Saya sangat pelik kenapa kita masih buta dan tidak nampak kebobrokan mereka itu.
Malah, terus bersengketa sesama sendiri dengan memberikan kelebihan kepada ultra kiasu. Mereka terus bersandiwara kononnya mahu memberikan kerusi Parlimen Alor Gajah yang selama ini ditandingi kepada PPBM. Wal hal, ultra kiasu memang tidak boleh menang di kawasan majoriti Melayu.
Ultra kiasu mungkin boleh berlagak kerana menang di kawasan majoriti Cina iaitu kawasan bandar. Tetapi masih lagi tidak boleh menipu Melayu di kawasan majoriti Melayu.
Jika mereka begitu berani dan yakin Melayu menyokong, letakkan sahaja calon Melayu ultra kiasu di Alor Gajah, tidak perlulah bersandiwara. Bukankah bilangan orang Melayu menyertai parti ultra kiasu tersebut sudah bertambah?
Lagi satu, jika ultra kiasu benar-benar baik dan bersopan santun, korbankan kerusi kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi selama ini kepada PPBM. Kenapa mahu bersedih memberikannya kepada PPBM. Ini menunjukkan bahawa ultra kiasu tidak boleh ke mana-mana di kawasan majoriti Melayu. Jika ada undi, hanya daripada PAN sahaja.
Justeru, saya amat mengharapkan supaya pihak berkuasa benar-benar dapat mengenal pasti taikun ultra kiasu yang memberikan sumbangan kepada ultra kiasu. Saya amat yakin ramai. Mereka telah berjaya dikayakan dengan sistem yang sedia ada. Apabila berjaya, wang dicurah kepada ultra kiasu.
Janjilah sebanyak manapun bantuan diberikan kepada sekolah Cina termasuk penambahan pembinaannya. Saya tidak nampak ultra kiasu akan mengundi UMNO. Percayalah! Di mata ultra kiasu hari ini, imej UMNO amat buruk. Kalau boleh mereka mahu membenamkan UMNO agar tidak boleh timbul lagi jika ditakdirkan tewas dalam PRU14.
Sebab itulah, saya menyeru kepada UMNO, sekarang ini bukan masa untuk memenangi hati ultra kiasu. Masa yang terdekat ini mesti digunakan untuk memenangi hati orang Melayu, mereka yang sebangsa dan seagama. Pastikan tidak ada undi diberikan kepada ultra kiasu. Kerana di kawasan bandar, ultra kiasu tidak memberikan undi kepada UMNO (BN).
Ini bukan bermakna mengabaikan bukan Islam, ramai lagi Cina dan bukan Islam yang baik-baik. Teruskan menjaga kebajikan mereka yang tidak menentang Islam dengan baik.
Tetapi jangan menjanjikan bulan dan bintang. Memberikan bantuan dan menambah sekolah Cina akan menyakiti hati orang Melayu kerana mereka melihat sendiri beza antara aekolah Cina dengan sekolah agama. Seolah-olah sekolah agama diabaikan.
Pergilah buat perbandingan, sekolah Cina ini hari ini begitu mewah. Prasana dan kemudahan mereka hebat. Berbondong-berbondong taikun ultra kiasu membantu dan menderma. Hatta SJKC kurang murid seperti SJKC Choon Hwa, Batu 18, Hulu Langat. Hanya mempunyai 23 murid dengan 22 murid terdiri daripada murid Melayu dan hanya ada satu (1) orang murid Cina. SJKC ini terus beroperasi dengan gah walaupun sepatutnya sudah ditutup.
Banding dengan sekolah agama, apakah kita turut memberikan fokus membantunya? Insiden kebakaran di Maahad Tahfiz Keramat yang mengorbankan 23 murid cukup menyayatkan hati. Selepas terbakar, baharu kita bergegas membantu sekolah agama yang dijamin haknya dalam Perlembagaan.
Hari ini, kita sudah tidak lagi memahami apa itu equality dan equity. Equality bermaksud persamaan atau memberikan hak yang sama kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Manakala, equity bermaksud memberikan hak kepada yang berhak yang juga terangkum dalam definisi keadilan. Apakah kita sudah memenuhi tanggungjawab kita memberikan hak kepada yang berhak?
Dalam maksud, persamaan hak misalnya, hak mendapatkan pendidikan bahasa ibunda dengan kewujudan sekolah vernakular. Pada hemat saya, kerajaan sudah menunaikan tanggungjawabnya pada tahap terbaik. Bantuan demi bantuan dan pembinaan demi pembinaan telah diberikan.
Malangnya, mereka beroperasi terlampau kecinaan sehingga sukar untuk dikawal. Malah, PRU14 yang bakal menjelang dijadikan medan untuk mendesak dan mengugut kerajaan sedia ada agar segera menambah lagi pembinaan sekolah Cina. Mereka tidak mengambil serius pun tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak Cina yang sangat rendah.
Kita terus tertipu, undi tidak juga berpihak kepada BN. Begitulah liciknya taikun dan ultra kiasu berpolitik dan berstrategi.
Pendek kata, kita terlalu memberikan perhatian kepada persamaan hak atau equality, sehingga mengabaikan equity, iaitu memberikan hak kepada yang berhak.
Bergenang air mata kadangkala melihat kedudukan sekolah agama. Jauh sekali bezanya dengan sekolah Cina, kerana kita tidak banyak taikun. Sedangkan dari segi hak, bukan sahaja ia berhak, tetapi mendapatkan satu lagi jaminan, mendapatkan hak yang menjadi hak. Semuanya ini sudah termaktub dalam Perlembagaan.
Cukuplah...cukuplah berpolitik. Saya fikir sempena PRU 14 yang bakal menjelang tiba dalam saat terdekat ini, fokuskanlah untuk memenangi hati orang Melayu yang sudah lama terluka, bukannya ultra kiasu yang sememang mempunyai kemampuan dan taikun-taikun untuk membantu. Sebanyak mana pun yang diberikan, bantuan dan undi tetap terfokus kepada ultra kiasu.
Kita melopong dan berputih mata hanya kerana percaya kepada strategi licik mereka.
Percayalah, semakin banyak sekolah vernakular dibuka, semakin gah sekolah ini. Malang pembinaan negara bangsa tidak banyak berubah. Penguasaan bahasa Melayu mereka masih berada di peringkat yang sangat rendah. Kita mahu membina apa sebenarnya? Membina negara atau mahu mendapatkan kuasa untuk tempoh lima tahun. Selepas itu apa?
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Sumber TKO - 5-3-2018
SHAH ALAM: DAP akan berdepan dengan banyak lagi siri ahli akar umbinya keluar parti berikutan masih ramai yang tidak puas hati parti itu menjalinkan hubungan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata DAP perlu akur percaturannya berganding erat dengan Dr Mahathir mencetuskan kemarahan ramai ahli akar umbinya.
"DAP paling tak puas hati bila (Pakatan Harapan) lantik Tun Mahathir sebagai ketua, sebab kita tahu DAP antara parti yang paling sakit dibawah pemerintahan Tun Mahathir dulu.
"Jadi kenapa perlu kita mengangkat orang yang pernah mengkhianati kita?," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan 38 ahli DAP Kampar dan Tapah keluar parti semalam selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan tidak setuju dengan kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri itu.
Ini bukan kali pertama ahli akar umbi DAP keluar parti disebabkan Dr Mahathir.
Pada Februari 2017, seramai empat wakil rakyat DAP keluar parti - juga atas alasan yang sama.
Mereka ialah, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).
Terdahulu pada Disember 2016, Perwakilan DAP, Shamseer Singh Thind mengisytiharkan beliau keluar parti berkuat kuasa serta-merta selepas berang DAP menerima Dr Mahathir sebagai sebahagian daripada pembangkang.
Mengulas lanjut Salawati berkata DAP mahupun Pakatan Harapan (PH) sedar masih ramai yang hingga kini tidak sepenuh hati menerima Dr Mahathir.
"Memang ada suara tersembunyi menganggap Tun sebagai liabiliti, cuma macam mana Pakatan Harapan memainkan isu itu, sembunyikan dan tutup (Dr Mahathir sebagai liabiliti).
"Dia cuba potretkan benda tu (sebagai) ok, tapi sebenarnya kalau kita cari suara-suara di bawah ini memang mereka tak suka (akan Dr Mahathir).
"Saya dapat lihat waktu AGM DAP memang ramai ahli yang marah dan kecewa dengan keputusan itu", ujarnya.
Salawati juga tidak menolak siri ahli akar umbi keluar parti tidak kira mana-mana parti akan lebih banyak dilaporkan selepas ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.
Sumber TKO - 5-3-2018
Bodohnya orang Sarawak di mata pemimpin PAN
DI DALAM tulisan bertajuk "Isu "Murtad" Di Sarawak dimainkan oleh pentaksub PAS untuk raih laba politik", Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, menulis begini:
"1. Di Sarawak, ada orang Kristian yg namanya macam nama orang Islam. Ada yg namanya ada kalimah bin atau binti.
2. Ada yg masuk Islam secara pukal. Maksudnya, ada NGO tertentu yg bawa mereka ke agensi agama, Islamkan mereka secara pukal dan tukar nama kpd nama Islam.
3. Ada yg masuk Islam semata-mata nak kahwin. Sepanjang kahwin tak pernah amalkan Islam. Apabila pasangan mati atau bercerai, balik semula kpd agama asal.
4. Ada yg Islam semenjak kecil, tetapi dipelihara oleh keluarga bukan Islam dan tak pernah kenal Islam. Tapi dalam kad pengenalan ada perkataan Islam.
5. Ada juga yg masuk Islam kerana pelbagai tujuan, seperti bantuan kewangan segera, terdesak, ikut ketua, ikut kawan, suka-suka, dan sebagainya.
6. Mereka yg masuk Islam dalam pelbagai versi itu direkodkan sebagai orang Islam secara pentadbiran oleh agensi agama di sana. Ada yg tukar nama kpd nama Islam dan direkod sebagai orang Islam dlm kad pengenalan.
7. Ada berpuluh-puluh versi masuk Islam di sana, dgn pelbagai kaedah dan bentuk. Ada pihak yg mengislamkan mereka kerana tujuan politik dan ingin mendapat nama mengislamkan ramai orang.
8. Orang Islam dalam versi tadilah yg memohon utk "keluar Islam". Hakikatnya, mereka hanya masuk Islam tanpa kesedaran, tanpa kerelaan, tanpa persetujuan atau tanpa pengetahuan.
9. Jangankan mereka belajar tentang Islam, bahkan ada yg tak tahu pun bahawa Islam adalah agama dan masuk Islam bermaksud menukar agama."
Berdasarkan kepada tulisan ini, maka tiga persoalan berikut boleh ditanya kepada pemimpin PAN:
(1) Benarkah masalah penukaran agama dari Islam ke Kristian ini bukan hanya membabitkan empat pemohon tetapi begitu ramai sekali individu lain "yang masuk Islam secara pukal", "yang masuk Islam semata-mata nak kahwin", "yang Islam semenjak kecil, tetapi dipelihara oleh keluarga bukan Islam dan tak pernah kenal Islam" serta "yang masuk Islam kerana pelbagai tujuan, seperti bantuan segera, terdesak, ikut ketua, ikut kawan, suka-suka, dan sebagainya"?
(2) Bolehkah pemimpin PAN memberikan bukti mengenai kewujudan begitu ramai sekali individu "yang masuk Islam secara pukal", "yang masuk Islam semata-mata nak kahwin", "yang Islam semenjak kecil, tetapi dipelihara oleh keluarga bukan Islam dan tak pernah kenal Islam" serta "yang masuk Islam kerana pelbagai tujuan, seperti bantuan segera, terdesak, ikut ketua, ikut kawan, suka-suka, dan sebagainya" yang menghadapi masalah untuk keluar dari Islam?
(3) Apakah pemimpin PAN menganggap di Sarawak ini rakyatnya bodoh-bodoh belaka sehingga menyebabkan ramai daripada mereka boleh "masuk Islam tanpa kesedaran, tanpa kerelaan, tanpa persetujuan atau tanpa pengetahuan", malah "ada yang tak tahu pun bahawa Islam adalah agama dan masuk Islam bermaksud menukar agama"? - HARAKAHDAILY 5/3/2018
Di sini aku nak kongsi kan kejayaan TGHH memerintah Terengganu walaupun sepenggal berbanding Umno yang memerintah berpenggal - penggal. Antara kejayaan yang paling bermakna bila TGHH dan Exconya berjaya menggubal enakmen Hudud Qisas dan Takzir...
KERAJAAN PAS DI TERENGGANU PAS berjaya memerintah Terengganu pada 1999-2004 hasil kemenangan pada PRU ke-10. Menteri Besar yang dilantik ialah Presiden PAS sendiri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Kejayaan Kerajaan PAS di Terengganu Kerajaan PAS di Terengganu telah berusaha merealisasikan matlamat perjuangan Islam yang dicitrakan PAS. Tuan Guru Haji Abdul Hadi sendiri yang ketika itu menjawat jawatan Presiden PAS, telah ditaklifkan memegang jawatan Menteri Besar. Kerajaan negeri telah berjaya meletakkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’, dan Qias menjadi sumber hukum yang tertinggi begi negeriTerengganu Darul Iman.
Agenda pendidikan menjadi fokus utama beliau. Pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan antaranya :
1.Reformasi tanah 2.Pengharaman premis judi(makin berkembang di PP) 3.Pewartaan Enakmen Undang-undang Islam Terengganu(Yg paling ditentang DAP) 4.Penyuburan budaya ilmu 5.Memasukkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, dan pelbagai lagi(yg paling dibenci DAP) 6.Penghapusan TOL(prkara yg DAP gagal tunaikan janjinya di PP)
Dalam aspek pendidikan, kerajaan negeri Terengganu ketika itu telah menubuhkan banyak institusi pendidikan, antaranya:
1.Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) 2.Kolej Sains dan Teknologi Al-Quran (KOSTAQ) 3.Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).
Kolej ini melunaskan keperluan umat Islam ketika itu yang dahagakan institusi pendidikan yang menggabungkan mata pelajaran akademik dan agama, dan bukannya berkonsepkan sekular semata-mata. KIST dan KOSTAQ diletakkan di bawah pengurusan Yayasan
Terengganu (YT), sebuah yayasan yang diwujudkan untuk memperkasa pendidikan di negeri itu. Selain itu, KUSZA telah berjaya diperkasakan sehingga setanding dengan kolej universiti lain di negara ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terenganu pada 24 April 2003 telah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (Pindaan) 2003 yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, al Marhum TG Dato’ Harun Taib.
Kerajaan PAS Terengganu juga melakukan ‘Reformasi Pentadbiran Tanah’ seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya 1999 dengan menyusun semula sistem pentadbiran tanah. Kerajaan PAS berjaya membuka semula permohonan tanah rakyat yang ditutup secara rasmi oleh kerajaan BN terdahulu sejak tahun 1975. PAS juga berjaya menurunkan kadar premium tanah dari 20 peratus kepada 10 peratus harga pasaran tanah. Bahkan, kelonggaran
cara bayaran juga diperkenalkan bagi yang benar-benar tidak mampu. PAS berjaya menyelesaikan pemberian geran dan hak milik tanah kepada peserta-peserta rancangan tanah Felda dan Felcra. Kerajaan PAS Terengganu berjaya melepasi sasaran 50,000 permohonan tanah rakyat setahun. Contohnya, bagi tempoh April 2002 hingga April 2003 sebanyak 50,731 permohonan tanah rakyat diselesaikan oleh kerajaan negeri.
PAS juga berjaya menambahkan hasil pendapatan negeri melalui peningkatan hasil tanah. Pada tahun 2001, kerajaan memungut RM51,831,000 (RM51.8 juta) dan meningkat kepada RM78,733,000 (RM78.7 juta) pada tahun 2002.
Selain itu, pengurusan kewangan negeri lebih cekap di bawah kepimpinan ulama’ yang selama ini dicanang oleh UMNO-BN kononnya ulama’ tidak pandai memerintah negeri. Hakikatnya, ‘Akaun Bebas Riba’ berjaya direalisasikan apabila kerajaan pimpinan PAS segera memindahkan simpanan aset tetap (fixed deposit) dari bank-bank konvensional kepada bank yang mengamalkan sistem perbankan Islam. Pihak Jabatan Audit Negara telah memperakui ketelusan kerajaan PAS Terengganu terhadap setiap sen yang dibelanjakan. Audit menyifatkan sebagai pengurusan yang kemas dan tidak wujud sebarang penyelewengan kewangan. Kerajaan PAS ketika itu berjaya mengurangkan perbelanjaan mengurus kira-kira RM82,939.00 sebulan tanpa menjejaskan produktiviti perkhidmatan di pejabat-pejabat kerajaan seluruh negeri.
Rakyat perlu diingatkan, kerajaan BN Terengganu telah menerima bayaran hasil royalti petroleum daripada Petronas sebanyak lima peratus sejak tahun 1978. Bayangkan, sehingga Ogos 1999 jumlah hasil terimaan royalti tersebut sebanyak RM6,694,584,608.00. Malangnya, BN mewariskan hutang pula kepada kerajaan PAS Terengganu berjumlah RM731,334,342.85.
Jumlah kutipan zakat selama tiga tahun di bawah kerajaan PAS hampir menyamai jumlah pungutan zakat selama 10 tahun di bawah kerajaan BN terdahulu. Bagi tahun 1990 hingga 1999, pungutan kerajaan BN ialah sebanyak RM85 juta sahaja.
Manakala, dalam tempoh tiga tahun pertama pemerintahan PAS Terengganu jumlah pungutan zakat adalah sebanyak RM82.4 juta dan jumlah pungutan tahunan bermula tahun 2000 ialah seperti berikut:
2000-RM 20.8 juta 2001-RM 28.7 juta 2002-RM 32.9 juta 2003-RM 40.05 juta
Di antara peningkatan ketara kepada hasil negeri ialah melalui cukai hasil hutannya mengikut tahun adalah seperti berikut:
Malah, pemerintahan kerajaan PAS Terengganu juga berjaya meningkatkan jumlah kutipan premium pembalakan berbanding di zaman kerajaan BN sebelumnya. Zaman kerajaan BN juga terkenal dengan kewujudan terlalu banyak anak-anak syarikat milik kerajaan negeri tetapi malangnya terpaksa menanggung kerugian setiap tahun. Tetapi, kerajaan PAS Terengganu telah menyusun semula pengurusan anak-anak syarikat serta mengkaji semula pelaburannya.
Antara kejayaan lain, Terengganu menjadi satu-satunya negeri yang berupaya menyediakan kemudahan penginapan hotel di Makkah al-Mukarramah untuk rakyat Terengganu dan Malaysia amnya.
Bahkan, Tuanku al-Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sendiri berkenan merasmikan hotel Darul Iman Palace milik TDM Berhad, sebuah anak syarikat kerajaan Terengganu di Makkah pada November 2003. Hotel berkenaan dipajakkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada TDM selama lima tahun dengan perjanjian bayaran RM5 juta. Pada tahun 1999, negeri Terengganu ketika itu menduduki tempat kedua tertinggi kadar kemiskinan rakyatnya di bawah kerajaan BN. Sejumlah 17.3 peratus atau 173 bagi setiap 1000 orang rakyat Terengganu adalah miskin.
Maknanya, pendapatan royalti petroleum yang hampir RM7 bilion yang pernah diterima oleh kerajaan BN Terengganu telah gagal diurus untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat.
Namun begitu, selepas dua tahun PAS memerintah Terengganu iaitu pada tahun 2001 kerajaan negeri PAS telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan rakyatnya kepada 14 peratus dan berubah dari tempat kedua negeri termiskin menjadi tempat ketiga dan keempat seterusnya.
Keharmonian hidup di kalangan orang bukan Islam terjamin di bawah pemerintahan PAS Terengganu. Ini kerana, janji manifesto pilihan raya PAS 1999 menggariskan tiga perkara utama bagi masyarakat bukan Islam:
-Pertama, jaminan kebebasan mereka mengamalkan agama dan budaya masing-masing. -Kedua, menggalakkan interaksi, persefahaman dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam. -Ketiga, menjamin bukan Islam menikmati hak dan keadilan yang saksama.
Bukti komitmen kerajaan PAS tidak boleh disangkal lagi. Apabila, Sidang DUN Terengganu pada 24 April 2003 telah meluluskan Enakmen Bagi Meminda Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) 2003.
Enakmen tersebut membolehkan DUN Terengganu melantik Adun dari kalangan wanita dan bukan Islam, apabila tiada antara mereka yang terpilih melalui pilihan raya. Syarat lantikan tersebut dengan mendapat sokongan sekurang-kurangnya tujuh ahli dewan (DUN) Terengganu.
Langkah itu membuktikan kerajaan negeri pimpinan PAS sentiasa prihatin mengenai perjuangan nasib kedua-dua sektor masyarakat tersebut (wanita dan bukan Islam) dan mahu suara mereka diwakili sebaik-baiknya di peringkat tertinggi dalam negeri.
Selama ini, pihak lawan PAS sering kali mewar-warkan kononnya PAS sebuah parti ‘Taliban’ yang selalu mendiskriminasikan kaum hawa. Sedangkan, UMNO-BN mengeksploitasikan kaum wanita tidak pula menjadi kesalahan. Kaum wanita di negara ini dijadikan ‘objek’ untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu melalui hiburan, modeling, pengiklanan dan lain-lain. PAS berjaya merubah ini melalui pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.
Kerajaan PAS Terengganu ditolak oleh rakyat? Timbul persoalan, selepas kejayaan kerajaan PAS mentadbir Terengganu dengan baik, mengapakah PAS kalah dalam PRU Ke-11 pada tahun 2004? Jawapannya ialah seperti yang diutarakan oleh TG Hadi Awang sendiri iaitu ia melibatkan penipuan terancang yang dilakukan oleh UMNO-BN.
1-Pengundi Hantu Dianggarkan pertambahan pengundi di Kemaman adalah 17000 pengundi baru berbanding PRU 1999. Kawasan lain ada fenomena yang sama berlaku. Apa yang peliknya ialah post-mortem PAS mendapati bilangan undi menyokong PAS meningkat, tetapi peningkatan ini tidak dapat mengatasi penipuan yang dijalankan oleh UMNO-BN.
2-Tumpuan Jentera Kerajaan Pusat di Terengganu Menyedari betapa bahayanya Terengganu terus kekal di bawah PAS, kerajaan pusat UMNO-BN telah menumpukan dan menggandakan usaha mereka untuk menawan semula Terengganu. Jentera kerajaan disalahgunakan oleh BN untuk kepentingan politik mereka.
3-Akses Media Tidak Adil PAS tidak pernah mendapat akses media secara adil. Dalam keadaan di mana semua jentera kerajaan dan media digunakan untuk memburukkan PAS, ia dianggap sebagai satu pertarungan “uphill”.
Kesimpulan PAS menghadapi pihak lawan UMNO-BN dalam satu pertarungan “uphill” danpadang yang tidak rata. Pun begitu, PAS telah berjaya menawan negeri Terengganu pada 1999. Rentetan itu, UMNO-BN menggunakan segala sumber dan taktik kotor untuk menawan kembali kerajaan PAS di Terengganu.
Hari ini kita bertutur Terengganu molek dah. Betul ke Terengganu molek Dah. Bagaimana pula kalau Terengganu belum molek lagi atau masih tak molek?
Penulis ingat dengan firman Allah ayat 61 surah ali Imran yang mekasudnya; ”Dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang orang yang dusta”
Dusta dan bohong adalah dosa besar yang harus dijadikan perhatian bagi kita yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW.
Kenapa? Kerana dosa besar yang dijanjikan Allah bahawa mereka yang dusta dan bohong akan ditempatkan di dalam neraka.
Firman Allah ayat 10 surah ad Dzariyat yang maksudnaya: “Terkutuklah orang orang yang banyak berdusta”.
Berkata berulang kali Terengganu molek dah (kempen pilihanraya) sedangkan ia belum molek dinyatakan Allah bahawa mereka itu adalah manusia yang terkutuk
.
Allah menyatakan dengan jelas sepertimana Firmannya pada ayat 28 surah al mukmin yang maksudnyaL: “ sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang orang yang melampaui batas dan pendusta.”
Oleh itu, berkata molek kepada perkara yang tdaik molek sah mereka melampaui batas dan dusta
Didalam shahih Bukhari dan shahih Muslim sebuah riwayat dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya kejujuran menuntun kepada kebajikan dan kebajikan menuntun kepada syurga. Seseorang sentiasa bersikap jujur selalu berwaspada hingga tercatatlah ia disisi Allah sebagai siddiq (orang yang banyak kejujurannya) Dan sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kederhakaan dan kederhakaan itu menuntun kepada neraka. Seseorang sentiada berdusta dam berupaya untuk berdusta hingga tercatatlah ia disisi Allah sebagai keazaban (orang orang yang banyak berbohong.”
Rasulullah menjelaskan bahawa tanda orang munafik itu ada tiga sepertimana sabda yang maksudnya: “ Tanda orang munafik itu tiga, walaupun ia solat, puasa dan walaupun ia seorang muslim, jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar dan jika diberi amanat dia berkhianat” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Suka saya ingatkan pemimpin-pemimpin dan tokoh Pakatan Harapan seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman, A. Samad Said agar tidak menjadi pengkhianat rakyat dengan cuba membiarkan Mahathir mengembalikan idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Kenyataan Mahathir yang juga Pengerusi PH dalam sidang media di Kuantan hari ini yang masih berhasrat mengembalikan dasar yang dibantah rakyat itu adalah satu penghinaan kepada rakyat yang sebelum ini berjaya mendesak kerajaan memansuhkan dasar itu.
Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) diwujudkan dan berjaya mengadakan Himpunan 100K Bantah PPSMI pada 7 Mac 2009 di Kuala Lumpur. Ianya turut disertai pemimpin-pemimpin NGO dan juga politik termasuk Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang yang mendesak dasar itu dimansuhkan.
Lebih 100 ribu rakyat turun membantah. Walaupun dihalang oleh pihak Polis dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata, rakyat berusaha menghampiri Istana Negara untuk bertemu YD Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika itu. Pemimpin GMP akhirnya berjaya tiba di Istana Negara dan menyerahkan Memorandum Bantahan Rakyat.
Idea PPSMI dilahirkan oleh Mahathir pada 2002, dan dimansuhkan pada 2012 atas sebab:
1. Kajian terhadap 10,000 sekolah di seluruh negara terutama di luar bandar di mana bahasa Inggeris pada mereka sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa asing.
2. Tahap pendidikan Malaysia menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains.
3. Kerajaan mengambil kira kepentingan majoriti dan ini tidak bermakna kepentingan minoriti ketepikan.
4. Hanya 8 % guru yakin untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sekolah berhadapan masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu.
5. Hanya 58 % masa yang diperuntukkan untuk PPSMI telah digunakan oleh guru dalam mata pelajaran sains dan matematik. Selebihnya guru tetap / terpaksa menggunakan bahasa Melayu. Guru masih berbahasa Melayu kerana murid sukar memahami dan tidak lagi berminat. Guru sendiri tidak fasih memberi penerangan dalam bahasa Inggeris. Komputer dan LCD hanya menyusahkan dan sebenarnya tidak memudahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P).Guru sains dan matematik cukup bimbang prestasi pelajar akan lebih merudum kerana gagal memahami apa yang diajarkan dalam bahasa Inggeris.
6. Sejarah menunjukkan ,dengan menggunakan bahasa Malaysia, mereka mampu menjadi doktor dan ahli profesional yang lain. Banyak doktor mendapat pendidikan dalam bahasa Malaysia sehingga ke peringkat universiti terutama bagi pelajar UKM.
7. Kajian UNESCO (1958) jelas menunjukkan bahawa pendidikan dalam bahasa ibunda adalah lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraan pengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek dipelajari.
Adakah pemimpin PH dalam PAN, PKR dan DAP mahu berpatah balik melaksanakan dasar-dasar Mahathir yang ternyata bertentangan dengan perjuangan mereka selama ini.
Nampaknya Mahathir semakin berjaya menjadikan PH sebagai kuda tunggangnya. Beliau hanya mempergunakan PH untuk mengembalikan kezaliman dan pengkhianatan beliau pada rakyat.
Perjuangan PH sudah jauh tersasar dari kehendak rakyat. Nampaknya mereka akan membawa rakyat lari dari Najib yang didakwa zalim kepada Mahathir yang sebelumnya mereka dakwa sebagai Mahafiraun.
Undilah PAS, pertahankan bahasa ibunda, pertahankan suara rakyat.
#up
Herman Samsudeen Kuala Lumpur
Sumber TKO - 3-3-2018
PM kitar semula, idea pun kitar semula
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tarikh pilihan raya umum terus menjadi teka teki.
Mungkin Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak masih belum menemui tarikh yang sesuai untuk membubarkan parlimen. Tak apalah, lambat mana pun akan terbubar juga Parlimen. Dalam penantian menunggu tarikh bubar parlimen, kita telah dikejutkan dengan kenyataan daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memetik kenyataan yang dilaporkan dalam akhbar katanya; "Jika majoriti rakyat mahukan PPSMI dikembalikan semula, kita akan laksanakan. Terpulang kepada rakyat dan kita akan pertimbangkan jika itu yang mereka mahu," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Tertutup dengan Pemimpin PH Pahang.
Inilah padahnya, jika Perdana Menteri kitar semula tidak mustahil gagasan untuk membangunkan negara hasil daripada idea kitar semula. Idea lapuk. Sudah tahu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) gagal untuk dilaksanakan, kenapa perlu dicadangkan semula?
Apakah Pakatan Harapan (PH) tidak ada idea lain yang lebih bernas untuk membangunkan negara dan rakyat? Kenapa perlu mengembalikan semula pelaksanaan yang ternyata gagal.
Semua pihak membantah pelaksanaan PPSMI kerana ia mendatangkan kesan negatif terhadap pelajar khususnya golongan Melayu. Jadi, apa rasionalnya cadangan untuk PPSMI dikembalikan jika PH menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 nanti?
Kenapa makanan lama yang sudah basi dan boleh mendatangkan penyakit akan dihidangkan juga? Cukuplah percubaan PPSMI dijalankan terhadap pelajar-pelajar khususnya Melayu dalam tempoh enam tahun iaitu bermula 2003 hingga 2009.
Masihkah kita ingat lagi, tarikh keramat 7 Mac 2009 sebilangan besar rakyat yang membantah PPSMI turun ke jalan rakyat dengan seragam merah. Kita sanggup berhimpun menghadapi semburan air kimia (FRU), tembakan gas, dikejar, ditendang semua itu kerana membantah PPSMI. Sekarang PH jika berjaya menjadi kerajaan hendak kembalikan PPSMI.
Apakah pimpinan yang dahulu bersama-sama dengan rakyat membantah PPSMI tidak terkenang semua itu? Mana suara Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said; Presiden PAN, Mohamad Sabu; Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub yang membantah pelaksanaan PPSMI suatu ketika dahulu?
Apakah mereka semua ini sudah terlupa sejarah untuk membantah PPSMI? Begitu juga mana suara Mahfuz Omar... apakah mereka ini semua sudah takut untuk menyatakan kebenaran hanya semata-mata mahu menjaga kepentingan masing-masing dalam PH. Rakyat penat bermandi semburan air gas mempertahankan bahasa Melayu.
Dr Mahathir dengan mudah membuat kenyataan ada cadangan untuk kembalikan PPSMI. Sepatutnya PH jika menjadi kerajaan perlu memikirkan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kebaikan rakyat. Bukan mencedok idea lama.
Jika PPSMI tetap dilaksanakan ia bermakna, rakyat bukan jatuhkan Umno tetapi rakyat bangkitkan pimpinan lama dalam Umno. Realitinya, Umno juga yang berkuasa. Itu pun pimpinan PAN tidak boleh fikir. Kegagalan PPSMI telah kerugian sebanyak RM6 bilion.
Jika cadangan melaksanakan PPSMI diterima berapa bilion lagi kerugian yang terpaksa ditanggung. PPSMI telah dimansuhkan pada tahun 2012. Ia dimansuhkan berdasarkan kajian terperinci yang membuktikan PPSMI gagal mencapai matlamatnya. Dasar yang sudah ternyata gagal sehingga mengorbankan ramai pelajar-pelajar Melayu kini mahu dilaksanakan semula. Inilah yang rakyat perlu faham.
Kita tidak mahu fikiran rakyat dijajah sekali lagi. Kita juga tidak mahu hidup di tanah air sendiri tetapi setiap saat dalam ketakutan. Takut untuk bercakap perkara yang benar kerana silap cakap, pasti tindakan akan dikenakan. Kita juga tidak mahu anak cucu cicit kita ketinggalan dalam bidang pelajaran. Kita mahu anak cucu cicit kita berilmu dan menjadi manusia yang mahir dalam semua bidang.
Mahir dalam pelajaran Sains dan Matematik tidak semestinya dalam bahasa Inggeris. Kita akan lebih berjaya jika dapat menyampaikan ilmu dalam bahasa ibunda tanpa meminggirkan bahasa asing.
Justeru, amat bahaya jika memilik Perdana Menteri kitar semula. Dibimbangi semua rancangan yang dibatalkan dahulu akan dikitar semula. - HARAKAHDAILY 3/3/2018
Sumber HD- 3-3-2018
PAN boleh mula 'tutup kedai'
MEMBACA teks ucapan kemasukan rasmi bekas Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan, ke dalam PPBM kelmarin, 1 Mac 2018, yang melambung tinggi PPBM dengan mengisytiharkan bahawa “hanya PPBM yang boleh menjangkau, membentuk dan memimpin pemikiran orang Melayu ke arah perubahan dengan meluas di seluruh negara” maka PAN, rakan PPBM di dalam Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini sering melaungkan bahawa parti itulah yang akan memainkan peranan penting di dalam usaha mendapatkan sokongan pengundi Melayu Islam kepada PH, sudah boleh mula menimbangkan dengan seriusnya untuk tutup kedai, bubar parti dan menyertai PPBM.
Malah, bukan setakat PAN, tetapi PKR, satu lagi rakan PPBM di dalam PH, juga seharusnya merasa tertampar dengan pengisytiharan Wan Saiful bahawa “hanya PPBM yang boleh menawarkan barisan kepimpinan yang boleh diterima oleh semua untuk menjalankan tanggungjawab besar untuk memimpin fasa transisi negara” dan bahawa “PPBM ini lah satu-satunya parti yang boleh mendabik dada mengatakan bahawa kami adalah parti anak muda negara, dan dengan itu, parti inilah yang paling berpotensi mencorak masa depan negara”. Takkanlah PKR “tidak boleh menawarkan barisan kepimpinan yang boleh diterima oleh semua” dan takkanlah PKR "bukanlah parti anak muda negara"? - HARAKAHDAILY 3/3/2018
Lanjutan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas permohonan Salina Jau Abdullah, Nur Mudzdhalifah Abdullah, Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen dan Mohd Syafiq Abdullah menukar agama dari Islam ke Kristian, semalam, 2 Mac 2018, Pakatan Harapan Sarawak telah mengeluarkan satu kenyataan media yang ditandatangani oleh Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak merangkap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, dan Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi.
Kenyataan media bertajuk “Undang-Undang Dan Garis Panduan Yang Jelas Diperlukan Untuk Menukar Agama” ini mendesak Jabatan Agama Islam Sarawak supaya “membuat garis panduan dan kehendak yang sangat jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela untuk mengikuti supaya surat pembebasan dapat dikeluarkan” selain mendesak kerajaan negeri Sarawak supaya “mempertimbangkan dengan serius meminda undang-undang negeri yang berkaitan untuk menyediakan keperluan untuk surat pelepasan”.
Disebutkan di dalam kenyataan media ini bahawa: “Prosedur mestilah dinyatakan dengan jelas untuk kategori berikut: 1. Mereka yang mempunyai dokumen bukti untuk membuktikan mereka tidak lagi mengamalkan agama Islam; 2. Mereka yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam.”
Mereka yang paling aktif memperjuangkan kebebasan untuk umat Islam murtad ini adalah pemimpin parti politik seperti DAP dan PKR selain pertubuhan sivil seperti SIS, G25 dan IRF di mana di dalam buku G25 bertajuk “Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy” yang diharamkan oleh kerajaan pada 27 Julai 2017 umpamanya, peguam Aston Paiva menggesa supaya diwujudkan prosedur pentadbiran mengenai kemurtadan. Begitu juga di dalam satu kertas kerja beliau dengan Penang Institute di mana Aston Paiva menggesa supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang memansuhkan dengan segera undang-undang anti-murtad dan menyediakan prosedur mengenai kemurtadan.
Bila individu seperti Aston Paiva yang menggesa supaya prosedur mengenai kemurtadan disediakan atau dijadikan lebih jelas bagi memudahkan proses pemurtadan, ia tidaklah terlalu pelik kerana Aston Paiva adalah seorang bukan Islam, tetapi apabila yang menyuarakan gesaan begini adalah seorang Islam seperti Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi, sedangkan kenyataan media Pakatan Harapan Sarawak ini sepatutnya dibaca oleh Pengerusi atau Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sarawak, maka persepsi yang timbul adalah Pengerusi AMANAH Sarawak dipergunakan oleh bukan Islam untuk kepentingan mereka.
Apatah lagi bila gesaan ini sendiri bercanggah dengan kenyataan Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang, sehari sebelumnya di dalam portal berita Malaysia Date Line, malah di dalam lidah rasmi AMANAH, iaitu AMANAH Daily, juga, ketika mengulas isu permohonan Salina Jau Abdullah, Nur Mudzdhalifah Abdullah, Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen dan Mohd Syafiq Abdullah untuk menukar agama dari Islam ke Kristian ini, bahawa “semua NGO Islam, badan dakwah dan Jabatan Agama serta Pusat Zakat haruslah bersatu dalam memastikan umat Islam yang mahu murtad tidak meneruskan niat mereka”.
Itu belum lagi diambil kira kenyataan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 13 November 1996 serta kenyataan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Mac 2009 mengenai masalah murtad ini.
Disebabkan percanggahan antara kenyataan Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi, dengan kenyataan Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang, di dalam masalah murtad ini maka sangatlah penting untuk AMANAH mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenainya.
Malah Pakatan Harapan Malaysia juga sepatutnya segera mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menjelaskan sama ada pendirian Pakatan Harapan Sarawak di dalam masalah murtad ini adalah menyamai dengan pendirian dan dasar bersama Pakatan Harapan Malaysia.
Kepada yg nak keluar n dah keluar PAS tu tak payah la claim hang hebat la, byk berkorban la, byk jasa la, org lama la dlm PAS bla7 lebih2 lagi yg ada jawatan MP, ADUN, bekas MB, exco dll jawatan yg berduit.. Malu la kat pejuang2 yg kat bwh ne yg tak makan satu sen pun duit parti n ghanimah..
Mereka korbankan tenaga, masa, duit hatta ada yg hilang nyawa hingga hampa menang.. Tya la Dinayub mcm mana org Kg berkorban toreh getah sebahagian diberi pd perjuangan. Depa berkorban bukan sebab hang tapi nak lihat ISLAM tertegak..Kita berjuang dlm PAS ini bukan mcm org politik sekular bole tukar2 parti bila kita suka.. Hampa yg claim lama dlm PAS takkan tak faham lagi.. Dulu hampa yg kata jgn khianat PAS la.. Jgn tubuh parti lain la.. Berjuang kena ikhlas la.. Skrg hampa yg dok pedajal PAS siang mlm.. Hampa telan kahak hampa.. Hampa langgar baiah yg hampa ikrarkan lepas tu hampa marah kat PAS.. Hampa dok peruntuh jamaah yg konon hampa tegakkan dulu.. Hampa malu la kat AMAL yg bekerja siang mlm bukan untuk diri sendiri tapi utk ISLAM.. Org tak kenal sapa mereka tapi kenal kerja AMAL depa.. Aku jumpa anggota AMAL umur 67 tahun masih cekal berAMAL semata 2 ingin melihat ISLAM tertegak..
Jangan la hampa bg hujah konon keluar PAS bukan keluar ISLAM.. Budak PASTI pun tahu.. Takda sapa kata hang jd kafir.. Duduk dlm PAS pun klu tolak hukum Islam bole jatuh kafir.. Bukan tugas PAS nak hukum org kafir ke tidak tapi tok2 guru PAS bgtau batas2 iman n kufur..Hampa keluar PAS mahu bersama puak2 sekular pasaipa.. Jgn dok gebang nak dakwah depa tapi hampa yg ikut depa.. Dlm PAS ada DHPP yg sokong ISLAM kerana yakin dgn keadilan Islam bukan bersama mereka yg jelas menentang ISLAM.. President hampa yg dok kata dulu jgn sekali2 tubuh parti Islam baru walaupun kalah jawatan termasuk penasihat agama hampa tu.. Cakap sendiri pun tak ikut tak payah suruh org ikut hampa.
Tak payah la buat fitnah Konon PAS nak join umno.. Tambah cerita lg konon TGHH terima dedak umno.. Rumah hampa pun jauh lebih mewah dari rumah TGHH.. tergamak hampa fitnah TGHH makan dedak.. TGHH seumur hidup berjuang utk ISLAM dalam n luar negeri.. TGHH tak sibuk cerita sumbangan dia pada perjuangan PAS yg jauh lebih byk dari hampa..Hampa pusing satu negara jaja fitnah sedangkan hampa yg mkn dedak n makan gaji dgn DAP..
Tak payah la hampa kata org PAS taksub, tertutup, jumud anbil hujah umno yg kata kat hampa dulu.. Yg taksub tu yg ikut individu bukan ikut jamaah.. Yg buang kamu dari jawatan bukan TGHH tapi ahli PAS dlm muktamar.. TGHH sedikit pun tak buang kamu dari jawatan walaupun dia tahu hampa dok serang dia siang mlm.. Puak hampa yg jd SU, ketua pengarah pilihanraya, SU politik, Pengarah Strategik dll jwt masa TGHH jd President walaupun dia tahu hampa dok nak pejatuh beliau.. Org PAS istiqamah kerana dasar perjuangan PAS bukan kerana TGHH.. Yg taksub Putrajaya yg keluar PAS kerana rasa hanya dgn DAP PKR PPBM bole dpt Putrajaya..
Hampa tak payah claim konon hampa lah BUDIMAN n Profesional tak mcm org PAS.. Puak hampa yg dok maki fitnah PAS siang mlm.. Hampa maki TGHH n PAS siang mlm pastu hampa claim hampa budiman.. Tgk la posting puak2 hampa yg maki TGHH dgn bermcm gelaran yg hodoh.. Belum lagi RBA DAP dgn ISLAM pun depa maki.. Hampa claim dulu zaman ATGNA org tak maki PAS padahal hampa la yg dok maki tu.. Dulu puak umno jer maki skrg hampa pun join umno...
Org PAS berjuang bukan nak dunia tapi redho Allah swt pun hampa dok perlekehkan.. Kepada yg TERTIPU dgn fitnah n ckp2 Konon org lama dlm PAS tu hampa fikirlah. Klu hampa rasa ISLAM dpt ditegakkan bersama DAP PKR MADEY itu hak hampa.. Tak payah la hampa nak claim hampa org lama PAS.. Dulu hampa dok lawan sekular skrg hampa dok lawan PAS.. Hampa cuba peruntuh apa yg hampa bina.. Ini lagi jahat dari yg sblh sana.. Hampa dah tahu tapi hampa buat sebab ego n telan fitnah Agen perosak..
Org PAS tahu sebab apa depa berada dlm PAS.. PAS hanya alat bukan matlamat.. PAS bukan sempurna tapi dasar ISLAM yg sempurna.. PAS dipimpin oleh MSU yg menjaga dasar PAS bukan Politikus kemaruk nak Putrajaya.. Semua ahli PAS yg istiqamah tahu mereka akan tetap bersama PAS selagi ISLAM sebagai dasarnya. Kami akan terus berjuang hingga kemenangan ISLAM walaupun dibenci puak2 ahzab ..Samada kami menikmati kemenangan di dunia atau tidak kami serahkan pada Yang Maha Esa. Dan kami takkan claim kerja buat kami cuma berharap diterima sbg AMAL soleh oleh Allah swt.
FASTAQIM Indah berjuang kerana Allah...
Sumber TKO - 3-3-2018
Wan Saiful Wan Jan terjun masuk lubuk?
SAYA sebenarnya agak terkedu dengan penyertaan bekas Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan, ke dalam PPBM semalam, 1 Mac 2018, kerana, seperti yang beliau sendiri sebutkan di dalam teks ucapan beliau, “memang, jika difikirkan kesan terhadap saya secara peribadi, sukar untuk saya ceritakan betapa besar risiko ini”.
Memperjuangkan idealisme adalah sesuatu yang baik, apatah lagi bila beliau sendiri mendedahkan, di dalam wawancara dengan portal berita The Malaysian Insight semalam, ketertarikan beliau untuk menyertai PPBM adalah kerana tawaran PPBM untuk meletakkan beliau sebagai calon pilihan raya di kawasan tertentu.
Begitupun, melihat kembali segala tulisan Wan Saiful yang memaparkan dapatan negatif mengenai kemampuan PPBM memenangi PRU14 sebelum ini, gambaran yang kelihatan pada mata kasar kita adalah bahawa beliau seolah-olah sudah bersedia untuk terjun masuk lubuk bersama-sama para pemimpin PPBM yang lain.
Selewat 1 Februari 2018 sekalipun, Wan Saiful masih menulis di dalam akhbar The Straits Times bahawa, tiada mana-mana satu kaji selidik (polls) pun yang menyebelahi Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PPBM, pada waktu ini, di mana PPBM dinyatakan sebagai bermasalah untuk menarik undi golongan Melayu.
Tulis Wan Saiful, “adalah sukar untuk PPBM memenangi pengundi Melayu bila mereka bertanding di dalam satu pakatan yang turut disertai oleh DAP” kerana kaji selidik beliau bertajuk “PPBM In Johor: New Party, Big Responsibility” menunjukkan bahawa:
(1) 85 peratus daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi DAP.
(2) 71 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.
(3) 62 peratus daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat Pakatan Harapan adalah dikuasai oleh DAP.
Begitu juga tulisan Wan Saiful di dalam akhbar The Star pada 3 Januari 2018 yang mempersoalkan kemampuan Tun Dr Mahathir untuk meyakinkan negara dengan dakwaan bahawa PPBM adalah mewakili golongan Melayu sebelum sempat berlangsungnya PRU14 selain meramalkan kesukaran PPBM untuk mendapatkan sokongan “golongan Melayu bandar, kelas pertengahan dan atasan” sebelum sempat berlangsungnya PRU14.
Turut disebutkan oleh Wan Saiful di dalam tulisan beliau adalah masalah besar yang dihadapi oleh PPBM di dalam mendapatkan sokongan golongan wanita, yang membentuk kira-kira 50 peratus daripada pengundi berdaftar di negara ini, di mana kaji selidik beliau mendapati bahawa hanya 17 peratus daripada golongan wanita Johor menyenangi PPBM.
Jika dilihat lebih jauh lagi kepada tulisan Wan Saiful di dalam akhbar Sin Chew pada 18 Disember 2016, beliau malah meramalkan bahawa Umno akan memenangi PRU14 dengan menyebut bahawa sebaik berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2016, beliau keluar dengan rasa keyakinan mengenai kemenangan Umno dalam PRU14 jika keadaan dalam negara kekal seperti waktu itu kerana strategi Umno didakwa sangat bagus untuk parti itu.
Berdasarkan kepada komen-komen beliau yang masih memandang agak positif terhadap Kerajaan Barisan Nasional, termasuk di dalam kolum akhbar The Star beliau pada 11 April 2017, banyak pihak menjangkakan bahawa jika Wan Saiful kembali aktif di dalam dunia politik beliau akan lebih cenderung untuk menyertai Umno, bukannya PPBM.
Bila beliau menyertai PPBM, maka sudah tentulah kita boleh menjangkakan nada sangat keras daripada Wan Saiful, dan ini boleh kita lihat di dalam teks ucapan beliau semalam yang menyifatkan kerajaan sebagai “sebuah kerajaan yang korup, yang tidak ada political will dan tidak mampu untuk berubah”, “pemerintah yang zalim” atau “rejim pemerintah”.
Sama-sama kita tunggu dan lihat sama ada Wan Saiful dapat membantu PPBM mengatasi masalah-masalah besar yang dihadapi olehnya, khususnya masalah “untuk PPBM memenangi pengundi Melayu bila mereka bertanding di dalam satu pakatan yang turut disertai oleh DAP”, kerana setakat ini perkara ini masih belum dijelaskan langsung oleh beliau. - HARAKAHDAILY 2/3/2018
Sumber HD- 2-3-2018
Benarkah Baru Bian tidak punyai agenda Kristian?
SUNGGUH melucukan sekali bila membaca kenyataan media Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, mengenai isu kes pemurtadan empat penganut Islam Sarawak yang disiarkan di dalam blog beliau, Suara Sarawak, bertajuk “Apostasy Cases: Setting The Record Straight”.
Kata Baru Bian, mereka yang menuduh beliau mempunyai agenda Kristian dengan mewakili empat individu ini secara percuma adalah pembohong kerana beliau berbuat demikian atas kapasiti profesional beliau sebagai seorang peguam dan menerima bayaran profesional.
Kata Baru Bian lagi, beliau akan terus mempertahankan kebebasan beragama di Sarawak selagi mampu selaras dengan tanggungjawab beliau untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.
Turut ditunjukkan adalah Sijil Sumpah/Ikrar sebagai ADUN yang beliau lafazkan di hadapan Speaker DUN pada 7 Jun 2016 yang menyebut beliau “akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan”.
Sebenarnya, persoalan sama ada Baru Bian mempunyai agenda Kristian atau tidak tiada kaitan dengan persoalan beliau menerima bayaran profesional di atas khidmat guaman yang beliau berikan kepada empat individu yang mahu menukar agama ke Kristian ini.
Sijil Sumpah/Ikrar sebagai ADUN yang menyebut Baru Bian “akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan” juga tidak boleh digunakan sebagai bukti bahawa beliau tidak mempunyai agenda Kristian.
Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu” dan Perkara 5(6) Perlembagaan PKR menyatakan tujuan dan matlamat perjuangan PKR ialah “mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi”.
Memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, malah Perlembagaan PKR, kah bila menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi rasmi seperti di dalam kenyataan media rasmi Baru Bian selaku Pengerusi PKR Sarawak ini?
Begitu juga dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan Perkara 5(5) Perlembagaan PKR yang menyatakan tujuan dan matlamat perjuangan PKR ialah “menghayati Islam sebagai agama Persekutuan”.
Memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, malah Perlembagaan PKR, kah bila mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan yang bercanggah dengan penghayatan ke atas Islam sebagai agama bagi Persekutuan?
Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila mengedarkan secara percuma hampir 50,000 Kitab Injil Kanak-Kanak kepada anak-anak di semua kerusi keutamaan di mana PKR bertanding di Sarawak seperti yang dibuat oleh Baru Bian di dalam PRU 2013?
Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila mengakui dilatih dan dilengkap untuk berkhidmat memperjuangkan ajaran Kristian di Malaysia, selain menyeru bekas ahli Felo Kristian Seberang Laut lain supaya pulang ke Malaysia seperti yang dibuat oleh Baru Bian?
Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila menyebut bumi Sarawak akan diberikan kepada orang-orang Kristian sedikit demi sedikit, secubit demi secubit, selaras jaminan Tuhan kepada orang-orang Israel di dalam Kitab Injil seperti yang didakwa oleh Baru Bian?
Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila sering disebut mengenai kewujudan “suara ghaib” yang meramalkan bahawa “Baru Bian akan mengetuai rakyat (Sarawak) seperti Jepthath yang mengetuai rakyat Israel” seperti yang didedahkan sendiri oleh Baru Bian?
Amat pelik bila Baru Bian mahupun mana-mana pemimpin PKR lain langsung tidak berani untuk mengulas semua pendedahan yang pernah beliau sendiri buat di dalam buku “Long Awakening”, sebuah buku yang hanya boleh diperolehi di kedai-kedai buku Kristian ini. - HARAKAHDAILY 2/3/2018
Antara ramai-ramai Ahli Parlimen Melayu Islam, Hanipa Maidin adalah antara seorang yang paling lantang bersuara dan antara yang banyak bersuara semasa Sidang Dewan Rakyat. Bunyi seakan bagus, tetapi hakikatnya sangat merugikan umat kerana banyak isu-isu yang telah diperjuangkan adalah isu-isu yang pelik.
Berikut merupakan beberapa isu 'pelik' yang menjadi perjuangan beliau yang menjadi tanda tanya:
1. MEMPERTAHANKAN NAMEWEE DALAM ISU VIDEO TAHUN BARU CINA (Februari 2018)
Bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, penyanyi rap kontroversi Namewee telah memuatnaik video lagu 'Like a Dog' yang berlatarkan suasana Putrajaya, iaitu di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya. Isunya ialah 'aksi-aksi lucah' yang ditonjolkan dalam video tersebut. Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya tindakan diambil ke atas Namewee atas perbuatannya yang menghina kesucian masjid dan agama Islam.
Tiba-tiba, YB Hanipa menjadi hero mempertahankan perbuatan Namewee itu di dalam penulisannya di laman Facebook beliau. Tidak tahu apakah hijab apa yang menutup sensitiviti beliau sebagai seorang Muslim terhadap isu ini.
Beliau berkata bahawa beliau tidak lihat apa-apa penghinaan terhadap Islam yang berlaku. Malah, beliau membuat perbandingan dengan berkata "lebih hina guna wang dari badan yang terbabit dengan skandal lepas tu taja orang pergi haji" yang jelas lebih berbaur politik dan ingin mengalihkan isu. Perkara ini biasa jika kita ikuti penyertaan beliau dalam perbahasan parlimen, apa-apa isu pun boleh dikaitkan dengan 1MDB atau salahguna kuasa.
2. MENGGESA AGAR HAK GOLONGAN ATHEIS DILINDUNGI (November 2017)
Timbulnya perbincangan berkenaan atheism ini bermula apabila YB Kota Raja, Dr Mariah Mahmud meminta supaya dinyatakan sejauh manakah gejala atheis ini berkembang dalam negara ini dan dijawab oleh YB Dr Asyraf Wajdi selaku Menteri yang hadir pada sidang parlimen pada hari tersebut. YB Dr Asyraf Wajdi telah menyebut bahawa atheism ialah 'unconsitutional' (tidak berlepembagaan) seperti apa yang termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Malaysia dan ia juga bertentangan dengan prinsip rukun negara yang pertama.
Namun, ketika sidang parlimen yang mana ahli lain sedang sibuk membahaskan isu berkaitan dengan FINAS, YB Sepang bangun mencelah. Dan menyentuh semula perbahasan isu atheism ini. Sangatlah hebat kerana beliau bijak mencari peluang untuk menojolkan diri dan otaknya sangat bergeliga dalam mencipta isu.
Beliau bersuara dengan mengatakan bahawa hak untuk menganut atheism ini terjamin oleh perlembagaan atas prinsip 'freedom of religion' dan menyambung untuk membuktikan kenyataan Dr Asyraf Wajdi tempoh hari adalah salah, sehinggalah beliau menegaskan, "saya rasa ateisme ini is duly protected by Article 11 of Federal Constitution" dan akhirnya sidang berhenti untuk berehat. Sekali lagi, perbahasan isu asal terencat dan tidak menyelesaikan apa-apa permasalahan. Kemudian, isu ini berlarutan di media sosial dan portal-portal berita yang tidak berkesudahan serta mengelirukan.
Timbul pula persoalan yang sangat penting, apakah kepentingan beliau terhadap golongan atheis ini sehingga sanggup mengganggu perbahasan lain yang jauh lebih penting?
Manakah prinsip beliau sebagai seorang pemimpin beragama Islam, yang mendakwa dirinya sebagai pejuang Islam?
3. MEMPERTAHANKAN PEMFITNAHAN TERHADAP KHUTBAH JUMAAT (Januari 2015)
Pada tarikh 9 Januari 2015, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia iaitu Eric Paulsen telah menerbitkan kenyataan fitnah terhadap khutbah jumaat dan JAKIM di laman Twitter peribadi beliau yang berakhir dengan penahanan Eric Paulsen atas Akta Hasutan. Beliau menulis, "Jakim is promoting extremism every Friday. Govt needs to address that if serious about extremism in Msia".
Tidak lama selepas itu, Hanipa Maidin menggunakan peluangnya di Parlimen untuk mempertikaikan dan membantah penahanan Eric Paulsen. Beliau mempersoalkan, kenapa tidak diadakan dialog dan perjumpaan untuk penjelasan dari pihak Eric Paulsen seolah-olah tidak ada langsung ruang untuk beliau mempertahankan diri di mahkamah.
Beliau menggambarkan bahawa undang-undang yang sedia ada sebagai zalim untuk mendakwa seorang non-muslim yang kononnya jahil akan Islam itu sendiri. Twit melulu Eric Paulsen tersebut bersifat kenyataan yang jelas, bukan sekadar persoalan retorik. Mustahil seorang peguam terkemuka jahil tentang situasi umat Islam dan tidak sensitif langsung, selaras dengan kenyataan YB Hanipa yang mengatakan bahawa "Eric Paulsen ni orang pandai, orang yang ada brain".
Beliau juga telah bersungguh-sungguh mempertahankan Eric Paulsen dengan mencadangkan supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang keras dan melulu supaya dapat "win the hearts and minds of the non-Muslims" katanya. Sebaliknya beliau menuduh bahawa JAKIM telah membesarkan isu ini dan mengapi-apikan keadaan.
Amboi, bersungguh-sungguh YB Hanipa mempertahankan seorang pemfitnah dan memburukkan pihak berkuasa yang telah menjalankan tugas mereka dalam menjaga agama seperti yang selalu dicanangkan dan perjuangkan, iaitu maqasid syariah. Prinsip keadilan dan menentang kezaliman yang sering dilaungkan beliau secara tidak langsung terkubur selepas tindakan beliau mempertahankan seorang pemfitnah ini. Layakkah beliau dipanggil sebagai pejuang keadilan?
PENUTUP
Ini baru sahaja tiga contoh 'kepelikan' yang diperjuangkan YB Hanipa Maidin. Banyak lagi isu, tindak-tanduk dan pemikiran beliau yang mengelirukan dan merugikan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia ini. Ini belum lagi jika hendak didedahkan berapa kali beliau menjerit-jerit dan bergaduh di parlimen seperti kanak-kanak kecil.
Ketahuilah, seorang yang bercelaru cara pemikirannya tidak layak diangkat sebagai pemimpin, lebih-lebih lagi sebagai seorang yang sepatutnya memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat dan masyarakat yang diwakilinya.
Adakah rakyat Sepang akan terus memilihnya sebagai ahli parlimen pada PRU akan datang? Fikir-fikirkan.
AIDCNews -27/02/18 –Jika ada yang mempercayai rakaman ‘Nik Abduh terima duit UMNO’ maka dalam masa sama perlu juga mempercayai rakaman ‘Mat Sabu dengan Rosmah’ dan “Anwar dengan China Doll’ kata Fais Al-Hajari.
“Jangan sekerat-sekerat, jangan separuh-separuh, jangan memilih-milih…perlu diingat rakaman audio “Mat Sabu dan Normah” itu dilegarkan pada ketika teknologi editing audio video sangat-sangat terhad masa tu.
“Bukan macam sekarang yang memang senang-senang je nak edit itu ini,”katanya dalam Facebook.
Dalam rakaman yang sedang giat disebar oleh aktivis-aktivis PAN itu mendakwa satu pertemuan tertutup diadakan di antara Ustaz Zaharuddin Mohamad dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkenaan dengan isu terima duit daripada UMNO.
“Cuba dengar nada suara Nik Abduh. Itu suara bercakap dengan ‘beberapa orang’kah atau bercakap depan ramai orang. Gema yang ada seolah dalam dewan yang besar.
“Suara yang kononnya Nik Abduh tu dengan nada kuat dan keras. Sedangkan Nik Abduh jika bercakap dalam kelompok kecil sangat terkenal nada lembut dan perlahan suara. Kecuali jika dalam perhimpunan besar,” kata Ahmad Amzad Hashim dalam Facebook.
Menurutnya, keshahihan suara dalam rakaman itu adalah suara Nik Abduh juga dipertikaikan orang ramai.
“Jadi jika pertemuan ‘beberapa orang’ mereka duduk jarak 50 kaki kah sehingga kena menjerit begitu?
“Content, Isi kandungan ucapan Nik Abduh yang berterusan dalam tempoh yang singkat itu pula, dikumpulkan segala benda kontroversi yang jadi bahan fitnah. Sangat tak munasabah.
“Biasanya kita kesan kandungan itu, satu satu dalam rangkap yang berbeza. Orang bodo saja yang cerita sekali gus macam guni beras pecah. Ini pula dalam durasi 2.3 minit. Bukan dua puluh tiga minit!,”katanya lagi Sumber TKO - 28-2-2018 Kesian Datuk Mahfuz Omar Posted on Wednesday, February 28 @ 14:04:40 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38435
Masih ramai orang pas yang kesian dengan Datuk Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena yang lari keluar Pas baru baru ini.
Setakat hari ini ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti politik setelah mengumumkan keluar daripada Pas sejak 31 Disember lalu.
Baru baru ini beliau berkata 45 hari lagi yang dia akan umum menyertai mana mana parti politik disamping telah menyatakan yang dia akan bertanding atas tiket bebas.
Kenyataan media beliau tempoh hari, sah yang beliau tidak akan menyertai mana mana parti hatta parti Amanah sekali pun.
Atas sebab apa beliau tidak berkenang dengan mana mana parti politik, sedangkan dia selama ini duduk kacau pentadbiran pas.
Dan berkata itu dan ini kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sangat dihormati sebelum ini.
Boleh dikatakan hampir semua kenyataan media yang beliau buat semata mata untuk mengambarkan yang pas huduh dan buruk serta busuk berpresidenkan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Pada hemat penulis, tindakan keluar pas atau tidak atau masuk mana parti politik, sah, terhenti di ini sahajalah tali hayat politiknya.
Bayangkan jika dia memilih bertanding tiket bebas pada PRU 14 nanti. Namanya akan lebih buruk jika kalah berbanding berada dalam Pas.
Mungkin atas sebab itulah beliau tak akan menyertai mana mana parti politik. Apatah lagi untuk memilih BERSATU YANG buat pakatan harapan kucar kacir dengan krisis demi krisis.
Oleh kerana itu, hari ini ramai orang Pas kesian dengannya, kerana tali hayat politik yang dirasa panjng itu sudah putus ditengah jalan.
Kata yang dia akan membantu dalam apa pun keadaan untuk Pakatan Harapan, Parlimen Pokok Sena dan juga di mana-mana hanya omong kosong sahaja. Tidak lebih daripada itu. Percayalah
Penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, yang baru-baru ini melepaskan jawatan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), menyertai PPBM.
Berdasarkan jemputan sidang media parti itu, ahli PAS seumur hidup mengikut berita psywar HARAPAN itu akan dialu-alukan secara rasmi sebagai ahli PPBM Khamis ini.
Wan Saiful, yang mengasaskan Ideas, sebelum ini enggan mengesahkan spekulasi mengenai langkah menceburi politik kepartian.
“Tetapi saya melihat langkah seterusnya sebagai langkah yang perlu saya ambil sekarang atau saya akan menyesal selama-lamanya,” katanya.
“Sekarang masa untuk mengambil risiko yang sama sekali lagi, untuk membawa keghairahan yang sama kepada penonton yang lebih luas.”
Ideas dirasmikan pada 2010 dan merupakan idea asal Wan Saiful bersama dengan putera Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz dan Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad.
Orang mungkin tak kenal siapa Wan Saiful.
Wan Saiful dalah pembela Sister in islam walaupun dia tahu kumpulan ini merosakkan pemikiran rakyat dengan menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah swt dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah swt serta mereka menyebarkan dakyah-dakyah songsang dalam fitrah kehidupan manusia. Oleh itu menjadi tanggungjawab kepada umat Islam memberi peringatan kepada seluruh manusia tentang bahaya sister in islam ini.
Dia terlibat dengan PAS pada tahun 1992 dan menyertai (PAS) sebagai "ahli seumur hidup" (sekarang ahli sepanjang hayat) pada 1997.
Wan Saiful menjadi ahli PAS di UK. Semasa di UK dia terpecat dari PAS secara sendirinya kerana menyertai Parti Konservatif UK. Dia juga bertanding dalam pilihan raya tempatan Inggeris pada tahun 2007.
Takkan orang cerdik dan hebat macam Wan Saiful "BODOH" dengan perlembagaan PAS?? Perlembanggan Malaysia pun Wan Saiful bahas dan tentang. Misalnya dia antara yang lantang menyerang Perkara 153 dalam perlembangaan. Dia nak mansuh perkara 153 ini yang memberikan keistimewaan kedudukan orang Melayu.
Sepatutnya Wan Saiful masuk DAP bukan Bersatu.
XOXO - Nampak sangat pemberitaan di akhbar pro pembangkang cuba merosakkan Imej PAS dengan mengaitkan Wan Saiful yang dah lebih 20 tahun meninggalkan PAS.
BANDA ACEH: Dua penganut Kristian di Aceh memilih menjalani hukuman sebat di khalayak ramai mengikut undang-undang syariah wilayah itu bagi mengelak dibicarakan di mahkamah dan berkemungkinan dihukum penjara.
Dahlan Silitonga, 61, dan seorang wanita, Tjia Nyuk Hwa, 45, yang didapati bersalah bermain permainan video berunsur judi di kafe siber, masing-masing menjalani hukuman sebat enam dan tujuh kali, semalam.
Penduduk bukan Islam di Aceh yang melakukan kesalahan mengikut undang-undang kerajaan dan syariah boleh memilih dihukum mengikut satu daripada sistem terbabit.
Dahlan dan Tjia antara lima pesalah, termasuk satu pasangan yang berkhalwat menjalani hukuman sebat, semalam.
“Hukuman di khalayak ramai ini bagi mengelak orang ramai mengulangi kesalahan,” kata Datuk Bandar Banda Aceh, Aminullah Usman.
Hukuman sebat itu dilakukan di atas pentas luar sebuah masjid dan disaksikan kira-kira 300 orang.
Namun, ia turut mengundang ejekan penonton sementara Tjia Nyuk Hwa cuba menyembunyikan wajahnya dengan kain.
Januari lalu, seorang penganut Kristian disebat kerana menjual arak di wilayah dihuni lima juta orang dengan 98 peratus beragama Islam.
XOXO - Orang bukan Islam di Aceh mahami hukuman rota dikhalayak ramai adalah hukum mendidik dimana bukan untuk sakit seperti undang2 barat. Malah jika dipenjara siapa nak urus keluarga. Sebenarnya banyak kelebihan undang2 Islam. masalahnya di Malaysia bukan Islam tak faham kerana ada orang Islam bodoh mengelirukan mereka, kononnya kita belum bersedia.... Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/
Sumber TKO - 28-2-2018
Baru Bian juara Kristianisasi Sarawak
TIDAK menghairankan bila media massa melaporkan bahawa peguam bela yang mewakili empat pemohon yang mahu menukar agama dari Islam ke Kristian, iaitu Salina Jau Abdullah, Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah dan Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen, adalah Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, kerana sejak dahulu lagi Baru Bian sudah diketahui membela individu-individu yang mahu menukar agama dari Islam ke Kristian.
Sama seperti Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP, Hannah Yeoh, Baru Bian juga adalah seorang EvangelisKristian yang merupakan bekas ahli Felo Kristian Seberang Laut (Overseas Christian Fellowship) dengan “misi dilatih dan dilengkap (di dalam kes Baru Bian dan Hannah Yeoh, di Australia) dan pulang untuk berkhidmat (di Malaysia)” yang sentiasa menyeru bekas ahli Felo lain supaya pulang ke Malaysia.
Selain melaksanakan tugas profesional beliau, tindakan Baru Bian membela individu-individu yang mahu menukar agama dari Islam ke Kristian ini tentulah didorong oleh kepentingan lain, apatah lagi bila beliau pernah mendedahkan di dalam buku “Long Awakening” bahawa cita-cita sebenar beliau ialah untuk menjadi seorang guru seminari Injil dan hanya terlibat di dalam politik bagi menampung kekurangan ahli politik Kristian.
Ramai yang tidak faham mengenai perjuangan keagamaan Baru Bian melalui politik ini kerana mereka tidak membaca pendedahan beliau di dalam buku “Long Awakening” mengenai kewujudan “suara ghaib” yang meramalkan bahawa “Baru Bian akan mengetuai rakyat (Sarawak) seperti Jepthath yang mengetuai rakyat Israel” dan bahawa Baru Bian adalah orang yang akan memimpin mereka “untuk meninggalkan Egypt ke Canaan”.
Dan Baru Bian inilah individu yang dinobatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kampung Lunbawang pada 5 April 2011 sebagai calon Ketua Menteri yang baru di Sarawak jika PKR mendapat majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April 2011, dan ini diikuti oleh pengumuman rasmi pemimpin tertinggi lain ketika pelancaran manifesto di Kuching pada 8 April 2011.
Bagi Baru Bian, kekalahan parti beliau di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 dan Pilihan Raya Umum 2013 adalah diibaratkan seperti jaminan Tuhan kepada orang-orang Israel, di dalam Kitab Injil (Exodus 23:14), bahawa bumi yang dijanjikan akan diberikan kepada mereka sedikit demi sedikit, secubit demi secubit, di mana begitulah juga dengan Sarawak yang akan diberikan kepada mereka sedikit demi sedikit, secubit demi secubit.
Tidak bijak untuk sesiapa sahaja meremehkan kekalahan 5-0, termasuk seorang hakim bukan Islam, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, Baru Bian di dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan semalam kerana beliau tentu sahaja menanggapnya di dalam konteks jaminan tuhan untuk memberikan kepada mereka sedikit demi sedikit, secubit demi secubit, bumi Sarawak sehingga beliau akhirnya akan benar-benar memenuhi ramalan suara ghaib itu.
Apatah lagi bila Baru Bian sendiri pernah mendedahkan di dalam buku “Long Awakening” mengenai kesan usaha penyebaran Kitab Injil oleh PKR Sarawak di dalam kempen Pilihan Raya Umum 2013 dengan menyebut “hadiah (hampir 50,000) Al-Kitab Kanak-Kanak (yang telah diedarkan jauh dan dekat di pedalaman Sarawak) sudah tentu menyentuh jiwa anak-anak ini dan jiwa ramai lagi di semua kerusi keutamaan di mana PKR bertanding!” - HARAKAHDAILY 28/2/2018
Serangan politik yang diterima PAS umumnya lebih banyak datang daripada penyokong Amanah berbanding pihak lain. Begitu juga serangan dilakukan PAS adalah lebih banyak ditujukan kepada Amanah berbanding kepada parti lain.
PAS adalah sebuah parti pembangkang yang musuh tradisinya adalah Umno. Dari awal penubuhannya pada 1951, pesaingnya adalah Umno walaupun ia lahir sebagai pecahan parti itu.
Pertembungan PAS-Umno berlaku dari tahun 1951 hingga 1973 apabila parti itu menubuhkan kerajaan campuran dengan Perikatan yang diketuai Umno diikuti dengan penyertaannya ke dalam Barisan Nasional (BN). Serangan di antara PAS dan Umno tercetus semula apabila parti itu keluar daripada BN.
Ia berterusan sehinggalah apabila PAS menghentikan kerjasama dengan DAP diikuti dengan pembubaran Pakatan Rakyat pada 2015. Hubungan PAS dengan Umno menjadi mesra dan akhirnya disifatkan oleh pemimpinnya sebagai berbentuk kerjasama.
Sejak itu, serangan PAS terhadap Umno berkurangan, sebaliknya ia beralih arah kepada parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan (PH) khususnya Amanah. Parti pecahan ini menjadi sasaran utamanya walaupun anggotanya itu dahulu adalah rakan seperjuangan mereka.
Amanah disifatkan oleh sebahagian daripada penyokong PAS sebagai pengkhianat kerana keluar parti dan menentang mereka. Mereka yang kekal dalam PAS dianggap sebagai beristiqamah. Terdapat program yang dilancarkan oleh PAS selepas penubuhan Amanah yang dinamakan Fastaqim, bermakna beristiqamah sehingga mencapai kemenangan.
Sejak perpecahan itu, ada kalangan PAS menegaskan diri mereka sebagai parti Islam dan kerajaan negeri Kelantan sebagai kerajaan Islam. Penegasan ini juga memberi implikasi bahawa PAS adalah parti Islam dan siapa yang menentangnya adalah menentang parti Islam dan gerakan Islam. Begitu juga, sesiapa yang menentang kerajaan Kelantan, maka mereka adalah penentang kerajaan Islam.
Besar implikasi apabila seseorang atau sesuatu kumpulan dikatakan sebagai penentang parti Islam, gerakan Islam dan kerajaan Islam. Ia bermakna menentang Islam.
Keadaan ini berasaskan kepada fahaman politik bahawa hanya PAS adalah parti Islam, yang lain bukan parti Islam. Kerajaan yang dipimpin oleh parti Islam adalah kerajaan Islam, sementara kerajaan yang ditadbir oleh parti lain adalah bukan kerajaan Islam. Perkara ini tidak disebut secara nyata, tetapi itulah pemahamannya.
Penyokong Amanah membantah pemahaman begini. Mereka berkata Amanah juga adalah parti Islam. Lebih-lebih lagi para ahlinya adalah bekas ahli PAS. Mereka keluar PAS kerana tidak setuju tindakan parti itu yang meruntuhkan kerjasama dengan parti pembangkang lain.
Perbezaan pendirian ini bukan dari segi menentang fahaman politik Islam tetapi perbezaan kaedah perjuangan. Walaupun hakikatnya perbezaan kaedah politik berpunca dari perbezaan fahaman politik, walaupun pada peringkat cabang dan bukannya teras.
Bagi penyokong Amanah, mereka tidak mengkhianati perjuangan PAS, sebaliknya merekalah yang istiqamah. Ini kerana PAS yang dipimpin presiden sebelumnya, Datuk Fadzil Nor, dan juga dipandu oleh Mursyidul Am sebelumnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menetapkan kerjasama dengan parti pembangkang lain bagi menentang BN. Maka fahaman bekerjasama inilah yang disifatkan sebagai dikhianati oleh PAS sekarang ini.
Bagi pendokong Amanah, parti mereka adalah penerus perjuangan yang dilakarkan pemimpin PAS terdahulu khususnya Fadzil dan Nik Aziz. Amanah terus menentang Umno dan BN sementara PAS kini sudah bekerjasama dengan mereka.
Ketika mana ada penyokong PAS yang beranggapan bahawa terdapat hanya satu parti Islam yang patut disokong oleh umat Islam, bagi penyokong Amanah pula, parti Islam tidak semestinya ada satu.
'
Dengan tidak menafikan PAS adalah sebuah parti Islam, mereka juga menganggap diri mereka sebuah parti Islam. Maka menentang kerajaan pimpinan PAS tidak bererti menentang kerajaan Islam.
Amanah juga memperjuangkan penubuhan kerajaan Islam, walaupun pendekatan pentadbirannya adalah berbeza. Jika Amanah menubuhkan kerajaan, maka ia juga adalah kerajaan Islam.
Parti Islam, parti Muslim
Walaupun tidak disebut, pemahaman mengenai parti Islam oleh PAS dan Amanah adalah berbeza daripada apa yang dipegang oleh parti orang Islam atau parti Muslim semata-mata.
Parti Islam ditakrifkan sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam. Sementara parti Muslim adalah parti politik yang dipimpin oleh orang Islam dan kebanyakan ahlinya adalah orang Islam.
Maka PAS, Amanah, PKR, Umno dan PPBM adalah parti Muslim. Tetapi bagi sebahagian orang, PAS dan Amanah boleh disebut sebagai parti Islam. Seperti juga Berjasa dan Hamim.
Tetapi PKR, PPBM dan Umno tidak boleh disebut sebagai parti Islam. Mereka adalah parti Muslim sahaja. Ini kerana PPBM dan Umno meletakkan landasan nasionalisme Melayu sebagai asas perjuangannya. Sementara PKR mempunyai landasan demokrasi dan liberalisme. Malah ada pemimpinnya yang menyifatkan diri mereka sebagai “Muslim democrat”. Sementara ada orang Amanah menyebut diri mereka sebagai “Islamic democrat” untuk membezakan diri mereka dengan PKR dan PAS.
Namun bagi PKR, PPBM dan Umno, mereka turut memperjuangkan Islam walaupun mereka berbeza fahaman politik keagamaan dengan PAS dan Amanah.
Bagi mereka fahaman nasionalisme Melayu dan demokrasi tidak bercanggah dengan Islam. Maka kesemua parti Muslim adalah memperjuangkan Islam walaupun dengan kaedah dan personaliti pemimpin yang berbeza.
Gerakan Islam dan parti Islam
Di sini perlu dilihat juga konsep gerakan Islam yang mana parti-parti Islam dianggap sebagai wadah politik untuknya.
Konsep gerakan Islam yang diberikan tafsiran khusus menjadi popular pada lewat 1970-an dengan suasana global yang dipanggil kebangkitan Islam pada tahun 1979.
Bukan bermakna sebelum itu tidak ada gerakan Islam. Konsep gerakan Islam dilihat sebagai usaha kumpulan Islam untuk memulihkan pemerintahan Islam selepas kejatuhan khilafah Uthmaniah. Maka ia dikira bermula dengan gerakan pan-Islamisme yang dipelopori Jamaluddin Al-Afghani.
Kemudian ia ditandai dengan penubuhan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di India dan Masyumi di Indonesia.
Di Malaya pula ialah Hizbul Muslimin yang turut bergabung dalam Pusat Tenaga Rakyat (Putera) pimpinan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Tetapi konsep gerakan Islam yang diulas secara tersusun hanya dilakukan oleh Dr Kalim Siddiqui dari Muslim Institute, London, selepas Revolusi Iran.
Gerakan Islam di Iran dipimpin Ayatullah Khomeini yang menghasilkan Revolusi Islam dan menubuhkan Negara Islam dan Kerajaan Islam. Gerakan Islam boleh muncul dalam pelbagai bentuk sama ada parti politik atau pertubuhan rakyat dan orang ramai.
Bentuk perjuangan juga boleh pelbagai dan negara serta kerajaan Islam yang hendak ditubuhkan juga beragam. Tetapi ciri keislaman itu adalah nyata, paling ketara ialah keadilan dan kebajikan rakyat.
Pada awal 1980-an di Malaysia, pertubuhan-pertubuhan Islam seperti PAS, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Arqam, Islamic Representative Council (IRC) dan Suara Islam dilihat sebagai sebahagian daripada gerakan Islam ini. Pada masa itu suasana masih bebas kerana belum ada lagi ancaman keganasan.
Setelah 30 tahun berlalu tentu pemahaman terhadap gerakan Islam sudah berubah. Iran juga tidak seindah dahulu. Ancaman keganasan Al-Qaeda dan Daesh menimbulkan persoalan terhadap gerakan Islam.
Perkembangan di Turki dan kegagalan Arab Spring dan Ikhwanul Muslimin juga memerlukan pemahaman semula terhadap gerakan Islam.
Di Malaysia, pentadbiran PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah bukan suatu yang boleh dijadikan contoh. Kehadiran Abim dan pertubuhan Islam baharu seperti Pertubuhan Ikram Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Islamic Renaissance Front (IRF) mewarnai pemikiran dan kegiatan aktivisme Islam kini.
Kesemua mereka termasuk PAS dan Amanah adalah sebahagian daripada gerakan Islam. Daripada pengalaman dan perubahan generasi tentunya keadaannya sudah berbeza. Malah pemahaman apakah itu gerakan Islam, parti Islam, Negara Islam dan kerajaan Islam juga sudah berubah.
Mungkin konsep-konsep itu sudah tidak relevan. Apa yang relevan adalah sama ada perjuangan mereka menghasilkan keadilan dan kebajikan rakyat serta perikemanusiaan sejagat.
Arghhhhh lawak jenis apa pulak yang Najib buat sehari dua ni. Punya la nak bagitau semua orang bahawa kononnya dia baik, prihatin dan faham masalah yang dihadapi rakyat Malaysia, dia sanggup buat lawak bodoh tahap tertinggi sehingga gila jadinya kita dok pikiaq.
Najib semalam katanya mengatakan bahawa tol tidak baik untuk rakyat Malaysia.
Kata Najib "Wherever I can I will abolish tolls, it causes heartache and traffic jams... I will have to unravel some legacy problems, I will unravel whatever I think is not of the interest of the people of Malaysia, This is why the Pan-Borneo highway does not have any tolls and we have abolished toll collection at the Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam and Eastern Dispersal Link routes."
Haaaaa dengaq memang sedap tapi sebenarnya Najib ni pembohong dan dia ni jenis yang suka bohong berdepan. Tak rasa malu untuk berbohong depan-depan kita. Sumber TKO - 27-2-2018 Gaji SL1M: Kerajaan pancing pemuda raih sokongan PRU14 Posted on Tuesday, February 27 @ 08:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38414
BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Kerajaan sepatutnya memikirkan jalan penyelesaian menyeluruh meliputi kebolehpasaran pekerja untuk golongan muda, bukan semata-mata menaikkan gaji menerusi Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).
Sebaliknya, Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menyifatkan langkah menaikkan gaji SL1M daripada RM1,500 ke RM2,000, hanya gula-gula untuk meraih sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Ketua Biro Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata, kerajaan tidak patut menjadikan keterdesakan golongan muda sebagai umpan untuk memancing undi, sebaliknya mesti ikhlas membuktikan peranan mereka sebagai sebuah kerajaan.
“Kami anak muda mahu penyelesaian berterusan, bukan sahaja meliputi kebolehpasaran anak muda dalam pekerjaan bahkan berterusan ke arah pengupayaan pemilikan hartanah.
“Isu pemilikan rumah di Malaysia yang didedahkan Bank Negara baru-baru ini, menunjukkan harga rumah di Malaysia berada pada tahap tidak mampu milik. Laporan yang dikeluarkan BNM mengetengahkan beberapa faktor utama rumah tidak terjual.
“Pemaju membina banyak kediaman yang tidak padan dengan kadar permintaan, bahkan bukan pada harga mampu milik dan kadar peningkatan pendapatan rakyat Malaysia lebih perlahan, berbanding peningkatan harga rumah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa elaun pelatih dinaikkan sebanyak RM500 sebagai motivasi kepada mereka.
Muslim berkata, golongan muda kini hidup dalam rencah survival yang dahsyat sehinggakan mengurangkan tumpuan mereka dalam membabitkan diri dengan pembinaan negara secara strategik.
Lebih malang katanya, mereka hanya terbabit sebagai pekerja yang melalui putaran yang tidak produktif dan senang ditelan golongan kapitalis.
“Tidakkah ini memberi isyarat kepada kerajaan bahawa kadar ekonomi negara yang dicapai sekarang tidak membantu kadar beli rakyat Malaysia? Hasilnya kadar pendaftaran pengundi muda turun, wujudnya kempen #undirosak, dan lesu dalam menyampaikan idea serta kritikan,” katanya.
Sumber : ISMAWeb
Sumber TKO - 27-2-2018
Terbukti laungan kosong, PH tiada sokongan rakyat
TERKEJUT seketika saya bila mendengar pengakuan agak menggemparkan yang dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya PAN Selangor, Jaafar Samsudin, di dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Angkatan Wanita PAN (AWAN) Negeri Selangor hari ini. Bahawa Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Malaysia tidak dapat menunjukkan kedudukan sokongan rakyat di tiap-tiap negeri di seluruh negara kepada PH. Ia apabila diminta oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya PH Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam Mesyuarat Jentera Pilihan Raya PH Malaysia baru-baru ini. Di mana kegagalan Jentera Pilihan Raya PH Malaysia ini menyebabkan “Tan Sri Muhyiddin berasa kecewa dan amat terperanjat”.
Nampaknya betullah pandangan banyak pihak, termasuk saya sendiri, bahawa laungan berdegar-degar para pemimpin PH selama ini bahawa PH mendapat sokongan padu rakyat sebenarnya hanyalah sekadar laungan kosong tanpa bukti.
Berikut adalah transkrip ucapan Pengarah Pilihan Raya PAN Selangor, Jaafar Samsudin dalam majlis tersebut:
“Pada saya, kalau saya turun ke mana-mana, khususnya ke bahagian-bahagian pilihan raya yang bakal kita bertanding, saya mewajibkan untuk jentera kita menunjukkan kedudukan sokongan pengundi dan rakyat kepada PAN khasnya dan amnya kepada PH. Tanpa bukti, dan kerja ini kita buat, kita bergerak, kita menjalankan kerja pilihan raya dalam keadaan tanpa haluan tuju dan bukti yang mengatakan kita mendapat sokongan. Baru-baru ini dalam Mesyuarat Jentera Pilihan Raya PH Malaysia yang dipengarahkan oleh Tan Sri Muhyiddin, memohon pihak PH menunjukkan kedudukan cula di tiap-tiap negeri di seluruh negara, sama ada SFERA-nya atau report-report yang lain, Jentera Pilihan Raya PH Malaysia tidak dapat menunjukkan kedudukan sokongan kita di seluruh Parlimen, 222, yang menyebabkan Tan Sri Muhyiddin berasa kecewa dan amat terperanjat. Sebab itulah saya berharap ikut, patuhi SOP yang telah BPR (PAN) Nasional putuskan. Ya, ikut, laksanakan.”
Anak saudara hartawan Tan Sri Robert Kuok, James Kuok menafikan dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau menjadi perantara kepada bapa saudaranya untuk memberi dana kepada DAP.
"Saya tidak digunakan oleh Robert Kuok untuk menyalurkan wang kepada DAP. Saya juga tidak secara peribadi memberi wang kepada DAP.
"Saya akan lebih gembira jika Malaysiakini tidak menghubungi saya hari ini. Polis yang sepatutnya datang kepada saya dahulu, bukan?
"Apakah kesalahan saya? Apa yang dia (Raja Petra) katakan langsung tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di restoran miliknya di Petaling Jaya, Selangor.
"Apa yang orang mahu percaya, apa yang Raja Petra mahu kata, dia boleh reka cerita jika mahu," katanya yang berusia 84 tahun.
Menerusi artikel di blognya Malaysia Today semalam, Raja Petra mendakwa James sebagai "orang tengah" antara Kuok (gambar) yang berpangkalan di Hong Kong dengan ramai pemimpin DAP bagi mendanai rancangan parti itu untuk menjatuhkan BN.
Mengulas dakwaan itu, James berkata semua orang tahu tentang kekayaan bapa saudaranya, bagaimanapun beliau secara peribadi tidak berminat dan tidak tahu tentang bagaimana individu terkaya di Malaysia itu menggunakan wangnya.
"Bapa saya pernah berkata jika anda ada wang, buatlah kebajikan. Saya tidak tahu apa yang dia (Robert) buat dengan wangnya," kata James yang ditemani anak perempuannya Carol dan menantu Ng Teik Piew.
'Tiada hubungan kewangan dengan DAP'
Raja Petra juga mendakwa Robert telah meyakinkan hartawan Cina yang lain utnuk menyumbang kepada dana pilihan raya DAP dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Beliau yang kini tinggal di London turut menyertakan gambar James bersama-sama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan sebuah gambar lagi bersam Datuk Zaid Ibrahim di restorannya.
James bagaimanapun bertegas beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan mendakwa Raja Petra mencuri gambar yang dimuatnaik di laman Facebook peribadinya.
Beliau juga menegaskan tiada sebarang hubungan kewangan dengan DAP.
"Benar, banyak kali saya duduk dan makan bersama pemimpin DAP. Mereka yang makan bersama saya juga tidak semestinya kroni DAP dan saya tidak peduli," katanya.
Sepanjang 31 operasinya, beliau berkata restorannya dikunjung ramai orang kenamaan termasuk bekas perdana menteri Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.
"Saya sudah jumpa ramai VIP," katanya yang menjawab dalam bahasa Inggeris tetapi sesekali menggunakan bahasa Melayu.
"Bukan cakap lawa (berlagak) tetapi saya juga pernah berjumpa presiden MCA, Gerakan...individu penting di Malaysia.
"Malah ketika pertama kali bertemu Lim Kit Siang, saya memarahinya. Kami bertengkar di sebuah kedai kopi," katanya sambil menambah ia berlaku pada lewat 1970-an, ketika "kawan baiknya" Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.
'Dua kali saya tolong Raja Petra'
James mendakwa Raja Petra sebagai "tidak mengenang budi" kerana tidak menghargai bantuan yang dihulurkannya sebanyak dua kali - dana ketika tahun-tahun pertama beliau melarikan diri ke England dan ketika anak lelakinya memasuki pusat pemulihan.
"Saya tidak meminta anda (Raja Petra) untuk cium kaki saya. Tapi jika anda tidak rasa terhutang budi, sekurang-kurangnya jangan berkata yang bukan-bukan terhadap saya," katanya.
Menurut James, beliau mula tahu tentang Raja Petra (gambar) melalui dua kawannya yang memberitahunya tentang penahanan penulis blog itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2008.
"Saya beritahu kawan saya itu, saya tak kenal dia (Raja Petra) tapi tolong sampaikan rasa simpati saya kepadanya.
"Apabila dia keluar ISA, saya anjurkan makan malam untuknya...Dan saya mula mengenalinya."
Majlis itu diadakan tidak lama selepas pembebasan Raja Petra tetapi James berkata penulis itu yang mula-mula menelefonnya.
"Saya tanya 'siapa anda?' Dia jawab, 'RPK." Saya kata 'Saya tak tahu suara kamu, jangan temberang'," katanya yang berkata majlis makan malam itu berlangsung dengan suasana yang ceria.
Beliau kemudian menyifatkan Raja Petra sebagai "tidak bertanggungjawab" kerana meninggalkan negara.
Raja Petra dilaporkan lari ke luar negara selepas dua waran tangkap dikeluarkan ke atasnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2010 bagi dakwaan di bawah Akta Hasutan selepas menerbitkan artikel berkaitan Datin Seri Rosmah Mansor di Malaysia Today.
James berkata keluarganya sepakat untuk mengelak daripada tumpuan media namun beliau marah dengan dakwaan Raja Petra dan terpanggil untuk memberi penjelasan.
"Kita percaya Hari Kiamat akan tiba. Lelaki ini (Raja Petra) perlu berdepan dengan Tuhan dan akan menerima balasan daripada Tuhannya," katanya lagi.
KUALA TERENGGANU – Walaupun Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato’ Seri Ahmad
Razif Ab Rahman mendakwa parti itu kuat di negeri ini, tetapi mereka tidak mempunyai
banyak premis sendiri bagi menjalankan aktiviti sebagaimana PAS.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, BN terus mempolitikkan
institusi kerjaan terutama sekolah-sekolah.
“sekuat-kuat BN…….himpunan Jentera BN DUN (Dewan Undangan Negeri) kena buat
dalam kawasan sekolah. Nampak meriah hari ni Sekoloh Tok Dor Jabi dengan bendera dacing.
“Persidangan cawangan Umno buat di balairaya, itu dah zaman berzaman. Dewan sivik dan
dewan orang ramai dah jadi harta tok nenek mereka,” tegasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi berkata demikian ketika mengulas
laporan orang ramai yang memaklumkan, satu himpunan Umno tempatan telah diadakan
di dalam Kawasan Sekolah Kebangsaan Tok Dor, pada Sabtu 24 Februari.
“di mana kuatnya parti Umno dan BN? Tempat nak buat program parti pun tak ada. Sebab itu
mereka sangat takut kalah. Kalah maknanya……..(mereka taka da apa-apa),” tambah beliau.
Sehubungan itu, Bekas pemimpin belia Jabi, Ahmad Sori Zakaria berkata, tidak sayugia Umno mengadakan program parti dalam premis kerajaan terutamanya sekolah.
“rasa dok elok buat program parti dlm perkarangan sekolah,” katanya ketika dihubungi.
Pada perkembangan lain, Ketua Pemuda PAS Setiu, Zaidan Abdullah mendakwa, kakitangan
awam Terengganu sudah ‘naik menyampah’ dengan tindak tanduk Umno-BN.
“Sudah terdengar suara protes, kurang puas hati dan kecewa dari kakitangan awam
Terengganu termasuk GLC apabila bendera BN dinaikkan di sekitar tapak program Karnival
Terengganu 2018,
“Apa tidaknya, program Kerajaan Negeri dengan pelbagai GLC negeri telah dijadikan
program BN Terengganu!,” tulis beliau dalam laman sosialnya.
Menurutnya, penjawat awam bersedia, ikhlas dan bersemangat pada awalnya, sudah mula
geli, meluat serta rimas sejak bendera BN dinaikkan semalam.
“Rasa diperbodohkan, terhina dan dipergunakan oleh BN Terengganu sudah tidak dapat
dielak lagi.
“mereka sudah seminggu lebih di tapak program bersiap siang dan malam mewakili GLC
masing-masing, tiba-tiba BN yang akan dapat nama,” tambah beliau.
Para ‘netizen’ turut mengukut tindakan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang tidak
bertindak segera keatas ratusan bendera ‘dacing’ yang dipasang di atas jambatan Sultan
Mahmud Kuala Terengganu.
Ada diantaranya, yang mencabar peihak berkuasa tempatan itu, yang dianggap tidak
‘profesional’ dan berat sebelah dalam menangani isu tersebut.
Aktivis Ibrahim Harun memberi amaran, beliau sendiri akan mencabut bendera itu sekiranya MBKT tidak bertindak.
“sekiranya MBKT tidak membuang buang bendera BN atas jambatan dalam masa 12 jam, macam buang bendera PAS waktu prgram PAS Fastaqim (2.0) hari tu,
“ambe sendiri akan cabut buang bendera nih………faham ke (tak) faham?,” soal beliau.
Namun begitu, kesemua bendera BN yang terdapat di sepanjag jambatan, dilaporkan ‘telah lenyap dari pandangan’ pada pagi ini.
"TOK akan tetap bertanding selagi hayat masih lagi ada," kata bekas calon bebas ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013 lepas, Maimun Yusof atau Tok Mun yang kini sudah injak usia 99 tahun.
Bagaimanapun, beliau hanya akan bertanding sekiranya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkannya bagi menggunakan simbol istana serta jika ada pihak yang bersedia untuk menyediakan dana kewangan.
“Masa tok pernah bertanding dua kali pilihan raya dulu, tok cuma guna duit simpanan tok sendiri untuk tujuan kempen termasuk deposit sebanyak RM10,000. Tapi sekarang ni tok tak ada duit sendiri.
“Dan kalau ada pihak yang sudi bayar (biaya deposit sebagai calon), tok memang sedia sahaja akan bertanding dengan syarat SPR juga kena luluskan permohonan tok untuk hendak guna simbol istana.
“Kalau guna simbol lain tak ada guna tok bertanding kerana simbol istana itu adalah amanah orang dulu-dulu yang meminta tok menggunakan simbol itu bagi memperjuangkan nasib orang Melayu Islam,” kata Maimun.
Beliau ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Tok Mun mendakwa, beliau mampu menang PRU sekiranya menggunakan simbol istana.
“Pemerintahan sekarang sudah jauh lari daripada landasan kerana orang Melayu sekarang hanya berada di hadapan sahaja sedangkan belakang mereka adalah bangsa lain dan bukan Islam.
“Tok hanya akan menang kalau guna simbol tu (istana). Dua kali tok bertanding terpaksa guna simbol lain, tok kalah, buat rugi aje,” kata Maimun dengan nada agak kesal.
Tok Mun yang masih ada kekuatan deria pendengaran dan penglihatan baik berkata, biarpun simpanannya sudah banyak habis, beliau tidak serik selagi perjuangannya mahu bentuk pemimpin Melayu Islam tidak tercapai.
“Kalau tok menang, sama ada orang nak ikut atau tak mboh (tidak mahu) ikut itu terpulang kepada mereka, janji tok dah sampaikan amanah tu,” tegas beliau dengan penuh yakin.
Ketika ditanya berkenaan sebuah kereta Perodua Kancil di halaman rumahnya, Tok Mun berkata, kenderaan kecil itu memang adalah miliknya yang dibeli bagi memudahkan bergerak.
“Tok tak reti nak bawa (memandu), kalau tok nak ke mana-mana tempat pun, tok akan minta tolong kawan bawa (memandu), tok bagilah sikit pitih (duit) sebagai upah kat dia,” jelas Maimun.
Calon bebas kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU-12, 2008 itu dianggap berjaya “mengalih undi” tokoh PAS ketika itu, Mohamad Sabu yang kini merupakan Presiden Parti Amanah Negara (PAN).
Pada PRU-12, Tok Mun menentang Mohamad Sabu dan calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail dan wanita ini hilang wang pertaruhan selepas memperoleh undi hanya sebanyak 685 undi.
Razali memenangi PRU-12 pada 2008 apabila memperoleh sebanyak 32,562 undi, manakala Mohamad pula meraih 31,934 undi. Tok Mun ketika itu turut diitohmah konon ditaja UMNO untuk memecah undi PAS.
Pada PRU-13, Tok Mun yang hanya berkempen dengan menaiki basikal tanpa bantuan jentera kempen untuk meraih undi sekali lagi hilang wang pertaruhan apabila hanya sekadar meraih sebanyak 182 undi.
Ketika itu, kerusi parlimen Kuala Terengganu dimenangi calon PAS, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang kini memimpin PAN Terengganu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber TKO - 24-2-2018
DAP sokong homoseksualiti?
AHLI Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago, diketahui merupakan salah seorang penyokong kuat kepada golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender).
Pada 21 November 2017, Charles memuatkan satu kenyataan bertajuk “Hari Peringatan Transgender: Hapuskan Undang-Undang Mendiskriminasi Terhadap Masyarakat Transgender” (“Transgender Day Of Remembrance: End Discriminatory Laws Against the Transgender Community”) di laman Facebook beliau.
Di dalam kenyataan ini, Charles menulis: “Saya menggesa anda menyertai saya di dalam mendesak Kerajaan Malaysia supaya menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan transgender. Dan saya juga menyeru semua jabatan agama negeri, termasuk JAKIM dan JAIS, supaya menghentikan penahanan arbitrari ke atas perempuan transgender (mak nyah).” (“I ask that you join me in requesting the Malaysian government to repeal all laws and regulations that discriminate against transgender people. And I also call on all state religious departments, including JAKIM and JAIS, to end arbitrary arrests of transgender women.”)
Saya bagaimanapun tidak memandang terlalu serius kenyataan Charles pada 21 November 2017 ini kerana ia mungkin hanyalah merupakan kenyataan peribadi Charles yang tidak mencerminkan pendirian rasmi DAP, apatah lagi bila kenyataan ini tidak dimuatkan di dalam laman rasmi DAP sendiri.
Bagaimanapun, pada 21 Februari 2018, Charles sekali lagi memuatkan satu kenyataan bertajuk “Hentikan Bigotri & Kebencian Terhadap Golongan LGBT” (“Stop Bigotry & Hatred Against the LGBT People”) di laman Facebook beliau.
Pada hemat saya, kenyataan Charles pada 21 Februari 2018 ini perlu dipandang berat kerana ia mengandungi seruan yang lebih meluas daripada kenyataan beliau pada 21 November 2017 kerana kenyataan beliau pada 21 November 2017 sekadar mendesak Kerajaan Malaysia supaya menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan transgender.
Manakala kenyataan beliau pada 21 Februari 2018 ini menyebut bahawa “Kerajaan Malaysia mesti menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan LGBT dengan segera” (“the Malaysian government must repeal all laws and regulations that discriminate against the LGBT people without further delay”) kerana “undang-undang yang menjadikan homoseksualiti sebagai satu jenayah, seperti di Malaysia, mendatangkan satu ancaman serius kepada hak-hak asasi individu-individu lesbian, gay, biseksual dan transgender” (“laws criminalizing homosexuality, as in Malaysia, pose a serious threat to the fundamental rights of lesbian, gay, bisexual and transgender individuals”).
Lebih serius lagi, selain disiarkan di dalam portal berita Malaysia Kini di bawah tajuk “Bigotri Terhadap Masyarakat LGBT Mesti Dihentikan” (“The Bigotry Against The LGBT Community Must Stop”) pada 21 Februari 2018, kenyataan Charles ini turut dimuatkan di dalam laman rasmi DAP sendiri di bawah tajuk “Hentikan Bigotri & Kebencian Terhadap Golongan LGBT” (“Stop Bigotry & Hatred Against the LGBT People”) pada 21 Februari 2018 yang memberikan gambaran bahawa kenyataan Charles ini mencerminkan pendirian rasmi DAP sendiri.
Seperti kita ketahui, di peringkat Pusat, di bawah Seksyen 377B dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan untuk melakukan liwat sama ada secara sukarela (Seksyen 377B) atau secara paksa (Seksyen 377C).
Begitu juga di peringkat Negeri di mana adalah menjadi satu kesalahan untuk melakukan liwat, musahaqah (lesbian) dan lelaki berlagak seperti perempuan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri.
Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 contohnya memperuntukkan bahawa “Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu”.
Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 pula memperuntukkan bahawa “Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu”.
Begitu juga dengan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 yang memperuntukkan bahawa “Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.
Sepatutnya, jika Charles dan DAP benar-benar serius mahu menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan LGBT dengan segera, maka Charles dan DAP wajib terlebih dahulu mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghapuskan Seksyen 25, Seksyen 26 dan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah diketuai oleh DAP sendiri, dan bukannya mendesak Kerajaan Malaysia yang tidak diketuai oleh DAP.
Sehubungan dengan itu, sangat menarik untuk dilihat pendirian rakan kongsi DAP di dalam Pakatan Harapan, khususnya PAN yang meletakkan di dalam Fasal 3(1) dan Fasal 3(2) Perlembagaannya bahawa “dasar dan tujuan PAN” adalah untuk “memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan” dan “mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Lil Al-‘Aalameen)”, mengenai sokongan Charles dan DAP terhadap homoseksualiti ini. - HARAKAHDAILY 24/2/2018
A FEW days ago, an amphibious bus (amphicoach) made its first public appearance on the Terengganu River, passing by many attractions including the iconic Masjid Kristal (Crystal Mosque).
The amphicoach is meant to boost tourism and also to be deployed during floods. But how well it serves its dual purpose remains to be seen.
In 2014, the Terengganu state government signed a contract for the purchase of two units of amphicoaches worth about RM3mil for delivery by May 2015.
The plan was to use these vehicles to ferry victims during the monsoon floods and also to promote tourism along Sungai Terengganu and Tasik Kenyir.
The amphicoaches, which are produced in Malta, became a subject of controversy when they could not be delivered on the scheduled date. But patience has paid off in the end.
However, the delay could have been a blessing in disguise as there must have been something wrong, such as technical issues, to have caused the repeated delays.
Toying with the idea of having coaches that could be driven into the Terengganu River or Kenyir Lake is like playing with water, which is as dangerous as playing with fire.
If a busload of tourists were to sink in the waters, it would be a great setback for the state government which is trying hard to promote tourism.
And during floods, victims marooned by the floodwater might not be able to jump into the amphicoach because water would rush in once the door is opened.
It would be far safer and cheaper to operate passenger ferries for tourism and rescue boats during floods. The amphicoach may be a novelty but many riverine cites around the world tend to place safety first.
About 700 people drown annually in Malaysia. Steps should be taken to reduce this, including avoiding unnecessary risks. Floating vessels can sometimes sink, what more a heavy road-going vehicle.
Moreover, the Land Public Transport Commission is unlikely to issue a special permit for such an odd vehicle, and it cannot be sent for initial inspection at Puspakom if not approved by the technical department of the Road Transport Department.
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia yang begitu ramai orang berada dalam ketakutan. Di zaman Jepun pun kita tidak berasa begitu takut.
Tetapi sekarang perasaan takut ini dirasai oleh ramai pegawai dan kakitangan kerajaan, peniaga kecil dan besar dan orang biasa.
Apakah yang ditakuti oleh mereka. Mereka takut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pegawai dan kakitangan kerajaan takut mengatakan yang benar kerana takut jika tidak disukai oleh Najib.
Mereka takut mereka didera oleh Najib. Mereka takut dibuang kerja. Mereka takut diturun pangkat atau ditukar ke jawatan lain. Mereka takut apabila bersara tidak ada peluang jadi pengarah dalam syarikat kerajaan.
Peniaga kecil dan besar takut sesuatu dilakukan kepada mereka jika mereka dilihat terlalu dekat dengan parti lawan atau pemimpin parti lawan. Ada yang diberi amaran supaya menjauhkan diri dari orang tertentu yang dianggap musuh kerajaan.
Apakah yang boleh dilakukan terhadap yang ingkar. Bank tidak akan beri pinjaman. Jika diberi pun bermacam soalan dikenakan. Kontrak kerajaan tidak mungkin diluluskan. Yang sudah dapat akan ditamatkan.
Tuntutan tambahan
Bagi peniaga besar LHDN, kastam atau SPRM akan lawat. Mereka menyerbu dengan ramai pegawai untuk menggeledah pejabat. Walaupun sudah bayar semua cukai pendapatan atau cukai kastam, tambahan dituntut oleh pegawai.
Tuntutan tambahan ini tidak berasas tetapi dituntut juga.
Jika tidak bayar buku-buku akaun mungkin dirampas, kononnya untuk diperiksa. Ini mengganggu perniagaan.
Tuntutan tambahan ini kadang-kadang meningkat hingga berjuta ringgit. Peniaga tidak dapat bayar. Maka syarikat mungkin disenarai hitam dan pasport pengurus ditahan. Buku akaun akan dirampas dan perniagaan tergendala.
Bagi yang mendapat PTPTN, bayaran bulanan dinaikkan. Bagi yang tidak ada punca pendapatan, bayaran bulanan tidak dapat dibuat. Maka mereka tidak dibenar keluar negeri. Mereka akan ditahan apabila menunjuk pasport mereka semasa pemeriksaan oleh pegawai imigresen.
Ahli dan pemimpin kecil Umno tidak berani berjumpa dengan ahli parti lawan. Umumnya ramai orang biasa yang tidak berani dilihat menyertai parti lawan, jauh sekali dari memegang jawatan dalam parti lawan.
Walaupun undi dirahsiakan tetapi masih ada usaha untuk kelirukan rakyat bahawa kerajaan tahu siapa mengundi siapa. Dengan itu mereka takut mengundi lain dari BN.
Mereka yang menerima elaun yang tidak ada dalam jadual (nelayan umpamanya) atau BR1M takut mereka dikeluarkan dari senarai kelayakan.
Ramai berbisik
Terdapat ramai orang yang membisik apabila bercakap berkenaan perasan tidak puas hati dengan kerajaan. Mereka takut Najib akan dengar dan tindakan diambil ke atas mereka.
Akhbar dan majalah, cetak dan elektronik juga takut lesen mereka ditarik balik jika membuat laporan berkenaan perkara tertentu. Seperti ahli dan pemimpin Umno, mereka elak dari menyebut berkenaan 1MDB dan wang sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.
Mesyuarat agung Umno membisu berkenaan perkara-perkara yang menyentuh kenyataan oleh Jabatan Keadilan Amerika terhadap Najib. Mereka takut Najib marah.
Sesungguhnya rakyat Malaysia takut Najib. Ada mereka yang tahu akan salahlaku Najib kerana mereka berperanan menyediakan dokumen-dokumen bersangkutan dengan perlakuan salah oleh Najib, tetapi tidak berani menyatakan apa-apa.
Dilihat jelas bahawa hampir semua rakyat Malaysia berada dalam ketakutan kerana Najib dapat mengguna pegawai dan jabatan-jabatan dalam kerajaan untuk menyeksa mereka. Yang amat menyedihkan ialah kakitangan kerajaan di semua peringkat takut jika mereka tidak lakukan arahan Najib, walaupun arahan ini bertentangan dengan undang-undang negara, mereka dikenakan tindakan oleh Najib. Ya. Sekarang ini rakyat Malaysia berada dalam ketakutan. Mereka takut Najib. Jika kerana takut Najib mereka pangkah BN, maka BN terus akan menang, maka akan berterusanlah iklim takut di Malaysia. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Sumber TKO - 24-2-2018
Masa nak rebut kerusi, mereka yg paling lantang. Pandangan orang tua tidak diendahkan. Bila diperlukan untuk berhadapan dgn lawan sonyap jo. Yang tuo bertungkus lumus memberi penerangan. Klu ado pun sebagai pencelah.
Kemudian sonyap balik. Pilihan rayo dah dokat benar. Tak kan cumo berangan angan jo. Atau pru kali ni memang utk orang tuo berontap. Dari gang BN, Harapan dan Gagasan semuonyo gang tuo yg berkobar kobar. " Sumber TKO - 23-2-2018
Di dalam Sidang Media Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam, 20 Februari 2018, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyebut bahawa “sebelum kita menyiapkan manifesto ramai jugak daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang telah buat kenyataan tertentu”, bahawa “kita tidak terikat dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya itu tidak dapat dilaksanakan oleh kita apabila kita menerajui kerajaan”, bahawa “kita harap kita akan dapat melaksanakan (60 janji-janji yang sudah dibuat) walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat” dan bahawa “kita berpendapat bahawa dana kerajaan mungkin tidak boleh menampung janji-janji yang keterlaluan sebab itu kita akan membuat janji cuma setakat yang kita mampu sahaja”.
Bagi mereka yang sentiasa mengamati dari dekat perkembangan politik semasa tanah air seperti saya, tidak sukar untuk menelah siapakah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang telah membuat janji-janji yang keterlaluan ini dan apakah janji-janji keterlaluan yang telah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan ini buat yang tidak dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir.
Salah satu nama pemimpin tertinggi Pakatan Harapan yang biasa membuat janji-janji yang keterlaluan ini adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, khususnya yang membabitkan janji untuk menghapuskan tol di Lebuhraya Utara-Selatan dan di Jambatan Pertama Pulau Pinang jika Pakatan Harapan berkuasa. Nampaknya janji untuk menghapuskan tol ini sangat penting kepada Lim Guan Eng kerana ia telah berulangkali diumumkan oleh beliau kepada rakyat seperti yang di antara lainnya pernah dilaporkan oleh portal berita Malay Mail Online pada 20 Oktober 2015 dan oleh akhbar rasmi DAP, Roket Kini, pada 16 Januari 2017. Janji untuk menghapuskan tol yang dibuat oleh Lim Guan Eng ini juga dilihat didokong penuh oleh pemimpin DAP yang lain seperti yang terbukti melalui kenyataan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, di dalam akhbar rasmi AMANAH, AMANAH Daily, pada 25 Januari 2017, dan kenyataan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, di dalam akhbar rasmi DAP, Roket Kini, pada 28 November 2017.
Malangnya, Tun Dr Mahathir, selaku Bapa Tol Malaysia, di dalam dalam satu sesi bual bicara mengenai dasar Pakatan Harapan pada 10 Januari 2018 telah mempertahankan pengenaan tol di Lebuhraya Utara-Selatan dan di Jambatan Pertama Pulau Pinang ini dengan berkata: “Masih ramai orang yang tidak puas hati dengan tol yang dikenakan tetapi kalau tol tak dikenakan langsung sukar bagi kita untuk menyelenggara Lebuhraya Utara Selatan ini dan tol sebenarnya di Malaysia kalau dibanding dengan negara lain memang pun lebih jauh lebih murah. Di negara Jepun saya dapati bahawa satu jambatan yang dibina, untuk menggunakan jambatan itu satu hala bayarannya adalah sebanyak RM270, sehala, pergi balik lebih daripada RM500. Tetapi kita tahu bahawa Jambatan Pulau Pinang toll rate-nya ialah RM7 sejak ia dibina pada tahun 80-an, tak naik sekali pun, dan yang baru ini pun jugak RM7. Jadi saya berpendapat bahawa walaupun ada yang mengeluh kerana agak terlalu tinggi toll rate ini tapi sebenarnya ini two way, pergi balik, kita bayar cuma RM7, sedangkan jambatan yang lebih kurang sama di negara Jepun toll rate-nya ialah lebih daripada RM500. Fikir-fikirlah sama ada kita terlalu tamak mengenakan toll rate yang terlalu tinggi.”
Bagi saya, kenyataan Tun Dr Mahathir di dalam Sidang Media Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam, selain merupakan satu tamparan terbuka kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang telah membuat janji-janji yang keterlaluan ini, khususnya kepada Lim Guan Eng dan pemimpin DAP, sebenarnya mencerminkan satu masalah besar yang dijangka akan berlaku jika Pakatan Harapan berkuasa, iaitu pertembungan di antara Mahathirisme dan aspirasi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain. Tun Dr Mahathir mungkin sahaja boleh berpura-pura untuk merombak kembali segala legasi beliau dengan kononnya berjanji untuk “melakukan reformasi institusi serta mewujudkan sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang baik” seperti yang diumumkan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, pada 18 Februari 2018, tetapi yakinkah kita bahawa, seperti yang ditanyakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 27 Januari 2018, “do you think leopard will change its spots?”
Pengenaan tol adalah salah satu legasi Tun Dr Mahathir dan salah satu komponen Mahathirisme, dan jika di dalam isu seperti pengenaan tol ini pun Tun Dr Mahathir masih bertegas mempertahankan legasi beliau, apa jaminan beliau tidak akan mempertahankan komponen-komponen lebih penting Mahathirisme jika Pakatan Harapan berkuasa?
Seronok juga untuk dilihat reaksi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang kononnya berjiwa populis yang telah membuat janji-janji yang keterlaluan ini ke atas pengakuan terbuka Tun Dr Mahathir bahawa Manifesto Pakatan Harapan “mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat”.
Kita sama-sama tunggu dan lihat sama ada Lim Guan Eng dan pemimpin DAP mempunyai maruah untuk mempertahankan cadangan janji untuk menghapuskan tol di Lebuhraya Utara-Selatan dan di Jambatan Pertama Pulau Pinang yang dibuat oleh Lim Guan Eng ini.
Perebutan undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 dijangka sengit dan akan dimenangi oleh parti yang mempunyai gerak kerja terkuat di akar umbi, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Beliau berkata berdasarkan landskap politik semasa, ada empat parti yang akan bertarung untuk undi Melayu iaitu Umno, PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Namun, kata Shamsul Amri, hanya Umno dan PAS mempunyai akar umbi yang kukuh.
"...sehebat mana pun seseorang pemimpin itu tetapi tanpa akar umbi yang boleh bergerak, sukar untuk mereka mendapatkan sokongan.
"Ini kerana mereka di peringkat akar umbilah yang akan menjalankan kerja-kerja berkempen dan berada dekat dengan pengundi dan ini memainkan peranan penting dalam menentukan undi yang akan diperoleh," katanya pada sesi perbincangan Meja Bulat Pra-PRU14: BN Kekal Atau...?? di Kuala Lumpur hari ini.
Sesi yang bertajuk 'BN vs PH vs PAS: Siapa Untung, Siapa Penentu' dikendalikan oleh Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan, turut menampilkan
Ketua Penerangan BERSATU Datuk Kamarudin Md Nor dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki selaku ahli panel.
Mengulas isu itu, Kamarudin berkata kepesatan teknologi maklumat dan media baru menjadikan persaingan merebut undi Melayu agak rumit memandangkan rakyat - baik di kawasan bandar mahu pun luar bandar - berpeluang menerima maklumat yang sama dalam tempoh singkat.
Ini katanya membantu pengundi bandar dan luar bandar membentuk pemikiran yang mungkin serupa.
"Cuma isunya sekarang ialah sama ada Melayu bersedia untuk berubah kerana kebanyakan kajian penganalisis mendakwa masyarakat Melayu terutama luar bandar tidak bersedia mengambil risiko itu," katanya.
Sementara itu Mohd Zuhdi pula berpandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah undi Melayu pada PRU14, sekali gus membentuk 'tsunami Melayu'.
Katanya pandangan itu bersandarkan senario pada 2013 apabila NGO Cina menjadi penentu undi kaum tersebut.
Perbincangan meja bulat itu yang dianjurkan MPN bertujuan mengupas isu-isu nasional dan tempatan menjelang PRU14 serta melihat pola pengundian dan menilai peluang BN, Pakatan Harapan dan PAS pada pilihan raya tersebut.
- Bernama
Legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din, 53 tidak menolak kemungkinan menerima tawaran untuk bertanding pilihan raya umum akan datang.
Bekas pemain bahagian tengah pasukan Kedah itu bagaimanapun berkata beliau akan mendapatkan restu daripada keluarga terlebih dahulu sekiranya dicalonkan PAS Pokok Sena.
"Walaupun sudah jadi ahli PAS sekian lama tetapi tidak terdetik di hati saya untuk menjadi calon pada pilihan raya.
“Bagaimanapun jika dicalonkan, saya akan berbincang dengan keluarga terlebih dahulu bagi mendapat restu ibu bapa supaya tidak menyentuh perasaan kepada mereka yang lain," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yakin Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menang di kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 walaupun menerima tentangan sengit terutama daripada PAS.
Ia termasuk kemungkinan legenda bola sepak Kedah, Muhamad Radhi Md Din (gambar) sebagai calon PAS di situ.
"Latar belakang masyarakat di situ adalah mereka mahukan peralihan kuasa politik di peringkat pusat dan juga negeri.
"Jadi sudah tentu apabil bercakap tentang peralihan kuasa mereka nampak HARAPAN sebagai pihak yang boleh diberi kepercayaan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau mengulas laporan Sinar Harian semalam berkenaan kemungkinan Radhi ditawarkan menjadi calon PAS di Parlimen Pokok Sena.
Paling akhir dalam kenyataannya dengan nada sayu,"Saya sendiri tidak tahu akan bertanding atau tidak, tetapi akan sokong calon daripada HARAPAN," katanya lagi yang akhirnya keluar PAS Januari lalu.
XOXO - Kesian “berekor” ikut punggung Tun Mahathir dengan harapan jadi calon PPBM Pokok Sena tiba-tiba Pokok Sena dapat kepada Amanah (pan). PAN di anak tiri dapat 3 aje parlimen dikedah, takkan nak bagi kepada mahfuz... sama sendiri pun berebut tak cukup..Kalau Mahfuz merenggek masuk PAN puak PAN akan cantasnya.
Datuk Kadir Jasin ucap terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan setakat ucap terimakasih sahaja, malah diucapnya syabas orang langkawi.
Mengapa? Kerana tidak sangka sangka Najib janji RM1.3 bilion kepada Langkawi semata-mata kerana ura-ura Dr Mahathir akan bertanding di Langkawi.
Pada hal sudah lama Tun Dr Mahathir buat kenyataan yang dia akan bertanding di Langkawi pada PRU 14 nanti.
Tidak lama kemudian Tun Dr Mahathir buat kenyataan lagi dan ubah tidak akan bertanding di parlimen Langkawi.
Atas sebab itulah datuk Seri Mohamed Azmin Ali menteri besar Selangor buat tawaran untuk bertanding di parlimen Gombak.
Awal awal lagi Tun Dr Mahathir menolak tawaran tersebut tanpa sebarang alasan dan she nigga hari ini belum menentukan pendiriannya sama ada bertanding di langkawi atau sebeliknya.
peruntukan RM1,300,000,000 (RM1.3 bilion) kepada langkawi bukan atas sebab Tun Mahathir nak bertanding di Langkawi.
Dan juga bukan kerana Begitu “power”nya Dr Mahathir dalam politik kini. Bukan kerana cakap saja nak tanding di Langkawi, terus peruntukan berbilion dijanjikan.
Datuk Seri Mohd Najib Razak tak takut dengan Dr Mahathir sebaliknya sangat berterimakasih dengan orang tua yang banyak tolong umno/BN.
Tun Dr Mahathir tunduk kepada DAP, sebalinya telah melakukan perkara perkara yang boleh melemahkan parti ainti Melayu dan anti islam itu.
Lebih lebih lagi Tun Dr Mahathir berjaya memecahbelah pakatan harapan dengan krisi demi krisis yang mungkin tidak mudah untuk menyelesaikannya.
RM 1.3 bilion yang di peruntukkan kepada langkawi semata mata untuk mengucapkan terimakasih kepada Tun Dr Mahathir yang disebut sebagai janji palsu itu.
Sebutan janji palsu ada makna bagi Tun Dr Mahathir agar orang orang pakatan harapan tidak Nampak dengan lakonan tersebut.
Bukan kerana cakap saja yang Tun Dr Mahathir nak bertanding di Langkawi, Najib pun melawat tak berhenti-henti dan buat macam-macam janji.
Melawat itu kerja perdana menteri dapat elaun 24 jam.boleh tambah pendapatan yang masih tidak cukup cukup miskipun segala perbelanjaan semuanya ditanggung kerajaan.
lebih lebih lagi dah dekat nak pilihanraya umum. Melawat agar kemenangan akan berpihak kepada Umno/BN pada PRU 14 nanti.
undirosakKUALA LUMPUR: Bekas aktivis pelajar Adam Adli berkata kempen seperti #UndiRosak perkara biasa apabila masyarakat berada di persimpangan politik seperti pilihan raya umum ke-14.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kempen #UndiRosak menyebabkan golongan muda berpecah terutama siswa.
“Saya tak akan cakap golongan muda terpecah dua atau terpecah tiga. Kita sedang dalam keadaan persimpangan yang mana dalam nak mencapai suatu yang besar halangan pun akan besar.
“Bergaduh sebelum nak capai kemenangan saya dah tengok banyak kali,” katanya ketika ditemui FMT di satu acara di Bangsar malam tadi.
Adam mengingatkan perbezaan pendapat seperti #UndiRosak adalah eskpresi penggerak dan penyokong kempen itu yang juga sebahagian politik negara.
Namun begitu pengaruh kempen #UndiRosak ke atas golongan muda masih belum dapat dipastikan, katanya.
“Kita pun tak mampu ukur sejauh mana keterlibatan golongan muda ini dengan politik arus perdana seperti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) atau politik alternatif seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau pun politik yang bakul sampahkan semua seperti #UndiRosak,” katanya.
Penganalisis dilaporkan berkata 42% daripada 14,622,640 pengundi berdaftar untuk PRU14 berusia antara 21 hingga 39 tahun, termasuk 20% yang bakal mengundi kali pertama.
Kempen #UndiRosak timbul pada 7 Januari lalu selepas PH menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri untuk PRU14.
Fokus kempen ialah mengajak golongan muda merosakkan undi sebagai tanda protes kepada PH dan BN kerana gagal membuat tawaran yang lebih baik kepada para pengundi.
Walaupun individu berhak membuat pilihan masing-masing, Adam berpandangan golongan muda terutama siswa harus ambil tahu arah tujuan parti dan gerakan politik yang disertai mereka.
“Kalau yang membawa politik ‘establishment’ ke mana kamu nak bawa penyokong kamu? Yang bawa politik ‘anti-establishment’, bawa politik undi rosak atau bawa politik undi alternatif ke mana kamu nak bawa orang yang menyokong kamu? Itu lebih penting, bukan hanya melihat kepada blok semata-mata,” katanya.
Dalam pada itu, Adam berpandangan #UndiRosak dari sudut pandang strategi politik tidak akan memberi apa-apa kebaikan.
“Tapi dari segi lapangan politik yang lebih luas, #UndiRosak satu yang unik kalau sebagai tanda protes. Untuk sekian lama dalam sejarah pilihan raya moden jarang-jarang kita dapat dengar kempen digerakkan,” katanya.
Pakatan Harapan (PH) kini berbalah sesama sendiri tentang berapa jumlah kerusi DUN dan Parlimen yang bakal setiap parti akan tandingi. Pelbagai hujah dan tuntutan dibuat untuk membolot lebih banyak kerusi untuk parti masing-masing.
Ada yang menggunakan hujah ia parti senior di sesebuah negeri maka ia layak mendapat lebih kerusi. Ada yang mendakwa walaupun baru tetapi ia mempunyai pengaruh besar di sesuatu negeri dan malah boleh menggerhanakan pengaruh parti PH lain.
Namun yang pasti tidak semua di kalangan empat anggota PH yang bijak dan berhasil mengawal emosi apabila bercakap mengenai berapa kerusi DUN mahupun Parlimen yang patut diagihkan kepada mereka.
Lantas kedengaran pelbagai sindiran, perli dan cemuhan sesama sendiri. Ada yang menggelarkan rakan sendiri sebagai badut politik, tidak amanah dan juga jahil berhubung selok belok politik.
Keadaan berkecamuk ini berlaku di Selangor, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan dan pada beberapa ketika di negeri-negeri lain juga.
Perbalahan ini bukan rahsia lagi. Perangai tamak haloba keempat-empat parti – DAP, PKR, PPBM dan Amanah – sudah terserlah jelas dan ia amat bertentangan dengan pengakuan masing-masing untuk bersatu demi menyelamatkan Malaysia.
Tidak cukup perbalahan di antara parti-parti berkenaan, ia juga mencetuskan debat dan tunjuk perasaan di kalangan ahli dan pemimpin setiap parti.
Campur tangan rundingan kerusi
Keadaan ini mendorong Majlis Presiden PH mengorak langkah 'campur tangan' dan memberikan ‘bantuan’ kepada mana-mana negeri yang masih gagal memuktamadkan rundingan kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bagi mengelakkan permasalahan berkenaan terus membelenggu gabungan itu sehingga memberikan kesan kepada persediaan untuk PRU nanti.
"Ada negeri yang dapat selesaikan sebahagian. Bagus, tetapi kalau mereka kata mereka tidak dapat selesaikan dan memerlukan penglibatan 'team' rundingan nasional untuk membantu menyelesaikan masalah, itu juga tidak jadi masalah,” katanya.
Lazimnya apabila pergerakan atau pertubuhan politik memerlukan ‘bantuan’ pihak Pusat menyelesaikan masalah mereka itu petanda tidak ada perpaduan dan keselarasan fikiran di kalangan pimpinan negeri.
Ini menggusarkan. Di ambang PRU 14, baru parti-parti PH sedar mereka berhadapan dengan penyakit sama – hasad dengki dan tamak haloba. Retorik tentang bersatu menundukkan Umno-BN hanyalah hampas – cakap tidak serupa bikin.
Jika menang sekalipun sudah tentu bibit cemburu, dengki dan memandang rendah terhadap parti komponen lain akan menjerumuskan rakyat ke dalam jurang kucar-kacir.
Kerusi Kelantan, Selangor belum muktamad
PH Kelantan sebelum ini dilaporkan gagal menyelesaikan masalah pertindihan bagi 14 kerusi DUN walaupun sudah enam kali mengadakan pertemuan, sehingga melepasi tempoh asal yang ditetapkan.
Antaranya sembilan kerusi melibatkan pertindihan di antara Amanah dan PPBM, tiga kerusi menjadi rebutan di antara Amanah dan PKR dan dua kerusi di antara PPBM dan PKR.
Selain Kelantan, Selangor juga masih gagal memuktamadkan soal rundingan kerusi. Minggu lalu Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehuddin Amiruddin berkata, PPBM memohon 12 kerusi milik BN untuk diletakkan calon mereka.
Bagaimanapun, katanya, pada masa sama, PKR juga turut berhasrat meletakkan calon mereka di semua kerusi terbabit.
Menurut Sallehuddin, PPBM tidak akan bertolak ansur malah mempertahankan permohonan berkenaan. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jeyakumar memaklumkan PH Selangor akan menyelesaikan isu berkenaan akhir bulan ini.
Katanya, perkara itu masih dalam perbincangan di antara semua parti komponen PH namun beliau percaya, ia mampu dimuktamadkan sebelum Mac ini.
"Kita akan selesaikan dalam akhir bulan ini sebab Pengerusi PH Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) kata kita kena selesaikan juga di dalam Selangor," katanya.
Xavier memberitahu, baki kerusi yang menjadi pertindihan itu akan dibincangkan selepas perayaan Tahun Baru Cina. Namun, beliau tidak memperincikannya.
"Kira-kira 15 kerusi lagi, mungkin.. Mungkin 15 ke 20 kerusi" katanya selepas mesyuarat Isnin lalu.
Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Kerusi Selangor minggu lalu menyelesaikan pertindihan empat kerusi DUN, tetapi ada 21 daripada 56 kerusi belum diselesaikan. Empat kerusi itu ialah kawasan yang kini diwakili PAS.
Mesyuarat berkenaan turut menyelesaikan isu status quo pada kawasan yang memang dimiliki DAP (15 kerusi), PKR (15 kerusi) dan Amanah (2 kerusi).
Selangor mempunyai 56 kerusi DUN, di mana PKR mempunyai 13 kerusi, DAP 14 kerusi dan Amanah 2 kerusi. PAS mempunyai 13 kerusi dan Umno 12 kerusi.
Dua kerusi diwakil ADUN Bebas, iaitu Pelabuhan Klang dan dan Teluk Datok dahulunya kerusi PKR dan DAP.
PH mempunyai struktur organisasi yang besar dan dipimpin oleh nama besar seperti Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin. Namun apabila menggerakkan gabungan ini sebagai sebuah entiti politik, ia masih agak ‘hingusan’.
PPBM yang baru menyertai PH nampaknya tidak membantu memperkukuhkan PH. Sebaliknya ia menjadi “beban” kini menghadapi cabaran daripada ahli dan bekas ahli yang melihat parti itu tidak menghormati (atau tidak faham) Perlembagaan parti.
Malah menjelang 22 Februari ini Parti Bunga itu akan menghadapi tunjuk perasaan terhadap ‘ketempangan’ ini sambil mungkin dipantau oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan sendiri bagi menyemak rekod demokrasi PPBM dan sekaligus PH.
Selain BN, PH dan Gagasan Sejahtera, ada petanda akan berlaku pertandingan 4 penjuru di kawasan tertentu daripada PSM dan PRM, walaupun tidak banyak tetapi boleh menjejaskan undi PH.
Dapat dijangkakan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini akan berlaku pertandingan lebih daripada satu lawan satu bukan saja kerana ada parti yang menolak kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), tetapi juga penyertaan calon bebas di kawasan tertentu seperti kebiasaan dahulu.
Cumanya di Semenanjung Malaysia, tanpa diambil kira calon bebas, hampir pasti akan berlaku pertandingan 3 penjuru melibatkan BN, PH dan Gagasan Sejahtera (GS) di banyak tempat.
PH sudah menghantar permohonan untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM), tetapi mereka masih menanti kelulusannya. Melihat gayanya, ia tidak sempat didaftarkan bagi PRU14.
Maka, terpaksalah mereka bertanding menggunakan lambang parti calon bertanding, iaitu PPBM, PKR, Amanah dan DAP, walaupun PH sudah memiliki satu logo.
PH memutuskan pembahagian kerusi Parlimen yang dipertandingkan bagi seluruh Semenanjung Malaysia dengan PPBM dan PKR memperoleh kawasan paling banyak, kemudian DAP dan paling kurang adalah Amanah. Ini berlaku walaupun PPBM adalah parti paling baharu.
Kalau hendak dikirakan, DAP paling tua. Tetapi, pemimpin PPBM dan Amanah adalah ahli politik berpengalaman, dan sudah tentu Pengerusi PPBM dan PH, Tun Dr Mahathir Mohamad paling senior.
DAP tentunya parti yang bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu, sementara PPBM dan PKR adalah parti pecahan Umno, serta Amanah daripada PAS. Maka, pembahagian kerusi turut mengikut realiti itu.
Untuk GS, tidak ada laporan menyatakan mereka memohon pendaftaran dengan JPPM. Kalau parti dalam PH lebih kurang sama besar, GS pula didominasi sepenuhnya oleh PAS, dan tentu mereka mahu menggunakan lambang sendiri.
Tidak diketahui sama ada parti yang menyertai GS, iaitu Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) akan bertanding pada PRU14.
Namun, 2 minggu lalu, ada petanda akan berlaku pertandingan 4 penjuru di kawasan tertentu, tidak banyak tetapi ia boleh menjejaskan undi PH.
Cabaran itu datang daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Kedua-duanya parti kecil, tetapi kalau di peringkat kawasan pilihan raya, ia boleh mengurangkan undi PH, walaupun ia mungkin tidak sampai mencapai kemenangan.
Tidak seperti Ikatan, PCM dan Berjasa, PSM mempunyai kegiatan tersendiri di kawasan mereka dan PRM pula parti bersejarah panjang yang sedang diusahakan untuk disegarkan semula.
Oleh kerana kedua-duanya mempunyai ideologi serupa, maka timbul cadangan ditubuhkan pakatan PSM dan PRM dengan nama Gabungan Kiri.
Jika ia ditubuhkan, maka dalam pentas politik Semenanjung Malaysia, terdapat 4 gabungan parti. Tetapi, Gabungan Kiri jauh lebih kecil daripada GS kerana PRM dan PSM amat kecil berbanding PAS.
Tetapi, ternyata parti yang menjadi pembangkang berpecah kepada 3 dengan GS pula bersikap mesra BN. Kedua-dua GS dan Gabungan Kiri hanya memecahkan undi pembangkang.
PSM sedar perkara ini dan menganggap Gabungan Kiri terlalu kecil untuk menjadi blok politik. Mereka mengharapkan rundingan dengan PH.
Namun, Gabungan Kiri diisytiharkan bukan blok politik, tetapi 13 kumpulan masyarakat yang mendokong Manifesto untuk 99%. Dalam 13 kumpulan itu, hanya PSM ialah parti politik. PRM tidak kelihatan dalam senarai itu.
PSM dan PRM mempunyai asal-usul sama. Ketuanya, Dr Nasir Hashim yang mengasaskan PSM adalah bekas aktivis Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM).
Apabila PSRM menggugurkan perkataan sosialis pada namanya untuk menjadi PRM, Nasir membantah dan keluar parti untuk menubuhkan PSM pada April 1998 bersama kumpulan aktivis pembela pekerja ladang.
Bagaimanapun, JPPM menolak penubuhannya. Ada laporan menyatakan pengasas PSM ini berusaha mengambil alih sebuah parti kiri, Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM), tetapi tidak berjaya. PPM akhirnya digunakan bagi penubuhan Amanah.
Usaha PSM didaftarkan turut disokong Presiden PRM ketika itu, Dr Syed Husin Ali. Ia hanya dapat didaftarkan selepas PRU 2008.
Ketika itu, 2 pemimpinnya, Nasir dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj memenangi PRU di bawah tiket PKR di Kota Damansara dan Sungai Siput.
Namun, apabila Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan, PSM tidak menjadi anggota. Kedua-dua pemimpin PSM itu bagaimanapun mewakili PR di Dewan Undangan Negeri Selangor dan Dewan Rakyat.
Nasir kalah pada PRU 2013, apabila PAS turut bertanding di kawasannya yang memberikan kemenangan kepada BN.
Minggu lalu, Jeyakumar yang merupakan ahli Jawatankuasa Pusat parti itu berkata, kemungkinan mereka terpaksa bertanding menentang PH kerana tidak diberikan kawasan dalam pembahagian kerusi gabungan pembangkang.
Beliau yang merupakan pemimpin utama aliran sosialis di negara ini mendakwa PKR dan DAP tidak menunaikan janji untuk memperuntukkan kawasan bagi PSM.
Ternyata, berlaku perbalahan terbuka antara DAP apabila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengeluarkan kenyataan balas terhadap Jeyakumar dengan berkata PSM tidak berunding dengan PH Perak.
Kawasan Sungai Siput berada dalam Perak. Walaupun, DAP mahu bertanding di kawasan itu, tetapi pembahagian kerusi menyaksikan ia diberikan kepada PKR.
Jeyakumar menang di kawasan itu pada PRU 2013 dan 2008 menggunakan lambang PKR. Tetapi, kali ini PSM membuat keputusan bertanding menggunakan lambang sendiri berbentuk genggaman tangan.
Seminggu sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvam berkata partinya akan bertanding di 5 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN. Ia mengumumkan kawasan yang hendak ditandingi itu tanpa perbincangan dengan PH untuk mengelak pertandingan banyak penjuru.
Tetapi, PSM sememangnya bukan anggota PH. Sejak PH ditubuhkan pada 2015, ia tidak diajak menyertai gabungan itu.
Perkara ini pernah ditimbulkan beberapa penyokong pembangkang, tetapi PSM juga tidak berusaha mendekati PKR, DAP dan Amanah. Sedangkan PSM kelihatan mempunyai hubungan baik dengan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang pernah menghadiri perasmian mesyuarat agung tahunannya.
Walaupun Amanah sebuah parti baharu, ia berunding dengan PKR dan DAP untuk menubuhkan PH bagi menggantikan PR, selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
Malah, PPBM yang lebih baharu dapat menyertai PH, tetapi kedudukan Dr Mahathir membolehkan bukan saja PPBM diterima dalam PH, beliau sendiri turut menjadi pengerusi.
Sememangnya, walaupun PPBM parti baharu, tetapi ternyata ia mempunyai pengaruh lebih besar berbanding parti lama yang kecil. Amanah dan PPBM adalah parti Melayu juga satu faktor, PSM pula dilihat sebagai parti India.
PRM pada asas dan asalnya ialah parti Melayu, walaupun ia mempunyai ahli Cina dan India. Tetapi penyegaran semula PRM tahun ini berbentuk penyertaan bekas ahli DAP dan PKR yang kebanyakannya Cina dan India dalam PRM.
Paling utama ialah bekas adun DAP, Jenice Lee dan Philip Tan yang menyertai PRM di Selangor. Terdapat juga 70 bekas ahli PKR yang antaranya daripada kaum India menyertai PRM kerana membantah kepimpinan Dr Mahathir dalam PH.
Di Pulau Pinang, PRM lantang menentang kerajaan PH. Penentangan terhadap DAP dan PKR menyebabkan PRM sukar bekerjasama dengan PH.
Namun seperti PSM, PRM sukar memperoleh kemenangan dalam fokus sebahagian rakyat hendak menumbangkan BN. Maka, sama ada PAS, mahupun PSM dan PRM, seperti juga kumpulan penyokong kempen undi rosak akan dianggap pengacau PH.
Walaupun asas perjuangan mereka berniat baik, tetapi tindakan mereka hanya menguntungkan BN.
Hasrat memberi tawaran lebih baik kepada rakyat berbanding PH berakhir dengan pemberian sumbangan kepada penerusan pemerintahan BN. * Zin Mahmud Sumber TKO = 20-2-2018 Mengenali Wajah Sebenar Lim Kit Siang Posted on Tuesday, February 20 @ 14:00:00 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38327
Di dalam kenyataan media beliau hari ini, 19 Februari 2018, Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, sekali lagi mengulangi kenyataan-kenyataan media yang telah beliau buat sebelum ini dengan menyatakan bahawa beliau dan DAP bukanlah seorang pemimpin dan sebuah parti politik yang bersifat anti-Melayu dan anti-Islam.
Kata Lim Kit Siang, kempen DAP bersifat anti-Melayu dan anti-Islam ini kononnya adalah maklumat palsu dan berita palsu paling memalukan pernah dicipta di dalam sejarah politik Malaysia, sambil menambah bahawa DAP memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966.
Sebenarnya sudah terlalu banyak ucapan dan tulisan yang dibuat bagi menjelaskan sikap anti-Melayu dan anti-Islam Lim Kit Siang dan DAP ini, termasuklah ucapan dan tulisan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi parti-parti politik negara seperti Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Malah, bukan setakat Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Abdul Hadi sahaja, tetapi Pengerusi PPBM merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini merupakan ketua Lim Kit Siang sendiri, telah menyebut perkara yang sama di dalam tulisan pada blog beliau waktu kempen PRU 13 sedang hangat dahulu.
Di dalam tulisan beliau pada 11 April 2013 itu, Tun Dr Mahathir telah menyebut betapa DAP adalah Trojan Horse PAP untuk me-Malaysian-kan Malaysia, betapa Lim Kit Siang akan memainkan sentimen ke-Cina-an dan betapa Lim Kit Siang akan membakar orang-orang Cina untuk membenci orang-orang Melayu.
Lanjutan itu, Lim Kit Siang, yang kepanasan kerananya, telah mengarahkan, pada 13 April 2013, supaya Tun Dr Mahathir menarik balik tulisan beliau ini dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas serangan beliau tersebut, yang disertai ugutan bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika ini tidak dibuat oleh beliau.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir telah menyiarkan di dalam akhbar the New Straits Times pada 28 April 2013 di samping di dalam blog beliau pada 30 April 2013 satu tulisan yang menyebut bahawa beliau tidak takut dengan ugutan Lim Kit Siang, malah menyebut dengan lebih tegas lagi bahawa Lim Kit Siang memang rasis.
Hari ini, sesudah hampir lima tahun ia berlalu, Lim Kit Siang tidak pernah menunaikan janji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir, begitulah juga dengan ugutan beliau pada 28 Januari 2017 untuk mengambil tindakan sama ke atas Datuk Seri Abdul Hadi kerana menyebut bahawa DAP anti Islam.
Turut pernah diugut untuk diambil tindakan undang-undang kerana menyebut bahawa DAP anti-Melayu dan anti-Islam ini ialah Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, iaitu pada 21 Februari 2017, tetapi sehingga ke hari ini ugutan ini tidak pernah dikotakan oleh Lim Kit Siang, malah Tan Sri Annuar sejak itu lebih lantang bersuara pula.
Sebenarnya bukanlah susah untuk menafikan kenyataan Lim Kit Siang bahawa beliau dan DAP bukanlah bersifat anti-Melayu dan anti-Islam serta bahawa DAP memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966 kerana dakwaan begini sudah tercatat secara rasmi dalam rekod kerajaan.
Pada 11 Julai 1969, Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai enam asas penahanan di bawah Seksyen 11(2)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Lim Kit Siang, yang pada waktu itu adalah Setiausaha Organisasi DAP merangkap Ahli Parlimen Bandar Melaka.
Di dalam kenyataan ini disebut dengan secara spesifik ucapan-ucapan Lim Kit Siang yang membakar perasaan perkauman serta mewujudkan ketegangan, kebencian, permusuhan, ketidakpercayaan dan ketidakharmonian antara kaum serta yang mencetuskan perasaan anti-Melayu dan anti-Islam di kalangan rakyat Malaysia.
Asas pertama penahanan Lim Kit Siang adalah kerana, pada 27 Julai 1968, di satu ceramah umum DAP di Tanjong Malim, Perak, beliau telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “dasar pelajaran kerajaan adalah dirangka untuk mencapai penghapusan akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolah Cina dan bahasa-bahasa Cina”.
Asas keduanya pula adalah kerana, pada 24 Ogos 1968, di satu ceramah umum DAP di Slim River, Perak, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “satu poster pelancongan dengan kata-kata Melayu “cakaplah bahasa kebangsaan sahaja” jelas menggambarkan dasar satu bahasa kerajaan dan bahawa pengalihbahasaan filem-filem televisyen Inggeris, Cina dan Tamil dengan Melayu adalah tidak adil kepada kaum-kaum lain kerana bahasa-bahasa mereka tidak diberikan status sama”.
Asas ketiganya pula adalah kerana, pada 7 September 1968, di satu ceramah umum DAP di Batu 24, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, dan pada 21 September 1968, di Kampung Baru Sungei Way, Selangor, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “MCA membantu kerajaan menindas bahasa Cina seperti terbukti oleh ketidakpengiktirafan terhadap projek Universiti Nanyang”.
Begitu juga dengan asas keempatnya, iaitu kerana, pada 29 September 1968, di satu ceramah umum DAP di Batu Pahat, Johor, pada 2 November 1968, di Lawan Kuda Bahru, Gopeng, Perak, dan pada 26 Januari 1969, di Jalan Yow, Pudu, Kuala Lumpur, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “dasar Perikatan adalah “dasar perkauman” kerana Perikatan telah memberikan lebih banyak keistimewaan kepada golongan Bumiputera dalam pelajaran universiti dan bahawa terdapat warganegara kelas pertama dan warganegara kelas kedua – golongan Bumiputera merupakan warganegara kelas pertama, dan bahawa kurniaan-kurniaan pingat seperti P.P.M. tidak membawa apa-apa nilai kerana ia diberikan kepada orang-orang di jalanan dan bahawa P.P.M. membawa makna “Pelan Pelan Mati””.
Demikian juga dengan asas kelimanya, iaitu kerana, pada 12 Februari 1969, di satu ceramah umum DAP di Jalan Lengkongan Brunei, Kuala Lumpur, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan melakukan diskriminasi antara pelbagai kaum dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Malaya, dalam pekerjaan dan dalam pengagihan tanah dan bahawa kedudukan istimewa diberikan kepada orang-orang Melayu”.
Asas keenamnya pula adalah kerana, pada 13 Mei 1969, di satu ceramah umum DAP di Kampong Ayer, Kota Kinabalu, Sabah, Lim Kit Siang telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan sedang cuba mewujudkan satu Malaysia Melayu dengan membahagikan rakyat kepada golongan Bumiputera dan golongan bukan Bumiputera, bahawa “orang-orang Melayu adalah golongan Bumiputera kelas pertama” dan bahawa kerajaan sedang melaksanakan satu dasar “Me-Malaysia-kan” Sabah di mana semua jawatan tertinggi dipegang oleh orang-orang Melayu”. Lim Kit Siang juga telah memberitahu kepada hadirin beliau bahawa “kerajaan sedang melaksanakan dasar pengeksploitasian oleh orang-orang Melayu ke atas kaum-kaum lain dan bahawa kerajaan dengan melangsungkan Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur bercadang untuk menghantar warganegara-warganegara Malaysia untuk mati di Timur Tengah bagi menawan Jerusalem untuk Dunia Islam”.
Bila Lim Kit Siang sendiri pernah ditahan di bawah ISA kerana sifat anti-Melayu dan anti-Islam beliau, maka tidak betullah dakwaan beliau bahawa beliau dan DAP bukanlah bersifat anti-Melayu dan anti-Islam serta bahawa DAP memperjuangkan hak dan kepentingan semua kaum dan agama sejak ia ditubuhkan pada tahun 1966.
Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM). Sumber TKO - 20-2-2018 Isu tanah Ijok ini boleh membuat azmin tersungkur Posted on Monday, February 19 @ 14:41:52 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38314
Untuk mereka yang belum baca mengenai isu ini, saya terangkan dengan ringkas.
1. 981 peneroka di Ijok telah memberikan tanah mereka kepada 2 syarikat swasta, tetapi mereka tidak mendapat pampasan yang dijanjikan.
2. TSKI merampas tanah tersebut selepas PRU12 kerana 2 syarikat terbabit gagal menunaikan pampasan dan juga tidak membayar cukai premium tanah. Beliau kemudian menyatakan akan memberikan pampasan yang lebih tinggi kepada peneroka kerana nilai tanah semakin meningkat.
3. Syarikat swasta tersebut kemudian talah mengheret kerajaan negeri Selangor ke mahkamah untuk mendapatkan kembali tanah tetapi keputusan memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
4. TSKI digulingkan melalui Kajang Move Rafizi. Azmin Ali menjadi Menteri Besar.
5. Syarikat membuat rayuan terakhir kepada Mahkamah Persekutuan.
6. Sebelum perbicaraan bermula, Azmin bersetuju membuat penyelesaian luar mahkamah dan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada 2 syarikat swasta terbabit.
7. Syarikat swasta terbabit telah menjual tanah yang mereka dapat kembali itu kepada syarikat awam pada harga pasaran RM1.18 billion! RM421 juta mereka bayar pampasan kepada peneroka.
8. Yang menjadi isu adalah untung atas angin yang diperoleh oleh syarikat terbabit iaitu RM757 juta. Kenapa mereka menjual tanah pada harga pasaran kepada syarikat awam terbabit, tetapi peneroka diberi pampasan pada harga 18 tahun dulu?
9. Inilah yang dipersoalkan oleh TSKI, adakah terdapat penyelesaian tepi? Di mana wang RM757 juta itu pergi?
10. Azmin dan kuncu2nya sekarang gusar dengan serangan bertalu-talu mengenai isu ini. Malah setiausaha Politik Azmin, Suhaimi menjawab dengan tidak profesional, beliau menuduh "adakah TSKI mahu memenuhi KPI UMNO dengan menyerang Azmin untuk menyertai BN?" (https://www.malaysiakini.com/news/412676)
11. Ketika kajang move dulu, PKR telah mengeluarkan laporan setebal 91 ms di mana diantaranya mereka menuduh TSKI bersekongkol dengan UMNO. TSKI telah mengheret mereka ke mahkamah yang berakhir dengan permohonan maaf oleh setiausaha agung PKR ketika itu, Saifudin Nasution. Nampaknya fitnah memang menjadi darah daging mereka dengan menuduh sekali lagi TSKI bekerjasama dengan BN dalam menyerang Azmin dalam isu tanah Ijok ini.
Isu ini sepatutnya dijawab terus oleh Azmin Ali . Kenapa beliau hanya menyuruh macainya yang jawab? Sudah goyangkah? :P
SEMPENA Tahun Baharu Cina tahun ini, yang jatuh pada tahun anjing, saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada yang menyambutnya. Kepada yang tidak menyambutnya, maka contohilah sifat anjing sebagaimana yang disarankan oleh Hasan al-Basri r.a., bukannya menjadi anjing suruhan ultra kiasu. Terdapat perbezaan di situ, antara anjing dan anjing suruhan.
Seluruh alam dan seisinya adalah ciptaan Allah Subhanahu Wa Taala. Kita tidak boleh memandang hina kepada segala ciptaanNya, termasuk anjing. Anjing adalah sejenis haiwan yang mempunyai banyak kelebihan berbanding haiwan lain. Anjing mempunyai deria bau yang sangat hebat. Tanpa anjing, haru-biru negara, sukar bagi pasukan penyelamat untuk membanteras jenayah.
Justeru, janganlah kita memandang jijik kepada makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Taala, meskipun kita diharamkan untuk memakan dan menternaknya kerana setiap ciptaan itu ada tujuannya. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia, hatta babi sekalipun. Amat hinalah seseorang manusia itu apabila menyamakan manusia dengan anjing atau babi seperti yang dilakukan oleh segelintir pemimpin yang tidak sedar diri.
Hanya kerana PAS tidak menggunakan akronim Amanah merujuk kepada Parti Amanah Negara, tetapi dengan singkatan PAN, maka PAS dibabikan oleh segelintir pemimpin PAN. Hina sungguh mereka ini, sanggup membabikan saudara seagama semata-mata kerana perbezaan fahaman politik.
Lebih malang lagi, PAN sebelum ini adalah kumpulan serpihan PAS. Setidak-tidaknya hormati sesama saudara seIslam, tetapi keadaan ini tidak berlaku. Adanya pemimpin PAN hari ini yang bergelar wakil rakyat, bermula dengan PAS. Jika tidak ada PAS, mana mungkin ada PAN.
Sempena Tahun Baharu Cina ini, tahun anjing, marilah kita bersama bermuhasabah dengan mengambil iktibar daripada sifat makhluk ini sebagaimana yang disaran oleh Hasan al-Basri r.a. Bukan menjadi anjing suruhan.
Sejak daripada kecil sebelum memeluk Islam, saya sentiasa bersama anjing kerana dipelihara oleh bapa bagi tujuan keselamatan. Justeru, apabila Hasan al-Basri meminta kita semua mencontohi 10 sifat anjing, menjadikan saya terfikir, kenapa sifat ini tidak dicontohi, tetapi yang wujud adalah anjing suruhan ultra kiasu.
Pertama, anjing sentiasa lapar, dan jarang makan sampai kenyang. Ini menyamai sifat orang soleh, jarang sekali memenuhkan perutnya sehingga kenyang. Lapar sentiasa akan mengingatkan kita kepada mereka yang tidak pernah cukup makanan. Pengajaran puasa begitu banyak hikmah terselindung.
Kedua, anjing tidak mempunyai tempat tinggal tetap, tetapi sentiasa berpindah daripada satu tempat ke satu tempat mengikut keperluannya. Sifat ini menyamai orang yang bertawakal kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Mereka yang bertawakal akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyampaikan risalah Islam dan sentiasa bertawakal
Ketiga, anjing tidak tidur pada waktu malam, melainkan sedikit sahaja. Sebab itu sentiasa kedengaran salakan anjing pada waktu malam kerana sentiasa berjaga. Hasan al-Basri mengkiaskan, sifat ini menyamai orang yang sangat cinta kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Merenggangkan punggungnya daripada tempat tidur, berjaga, bermunajat kepada Allah melalui amalan tahajud.
Keempat, jika mati, anjing tidak meninggalkan apa-apa yang perlu diwarisi dan tidak pula mewariskan. Sifat ini menyamai sifat manusia yang zuhud. Dalam maksud, manusia tidak sepatutnya mengaut segala kekayaan sehingga alpa kepada orang lain. Sifat zuhud amat penting supaya kita beringat bahawa harta ini milik Allah bukan milik kita.
Kelima, anjing sangat setia kepada tuannya. Ia tidak akan merajuk atau melarikan diri sekalipun dipukul atau dimarahi. Sifat ini menyamai murid atau pengikut yang siddiqin yang sentiasa mahu menuntut ilmu. Dia tidak akan berasa marah atau merajuk sekalipun dimarahi gurunya. Malangnya hari ini, ramai yang tidak setia, apabila dimarah, mereka merajuk dan menyimpan dendam kesumat.
Keenam, anjing suka tidur di atas tanah atau tidur tempat yang lebih rendah daripada tuannya. Sifat ini menyamai orang yang tawaduk dan merendah diri, tidak sombong. Sebagai pemimpin kita hendaklah sentiasa tawaduk dan merendah diri. Sifat ini akan menjadikan kita sentiasa dekat dengan Allah.
Ketujuh, jika tempat anjing diambil alih atau diletakkan sesuatu ditempatnya, anjing akan berpindah ke tempat lain dan tidak berasa marah atau berdendam. Sifat ini menyamai sifat hamba yang sentiasa reda dengan bahagiannya yang telah ditakdirkan. Malangnya, manusia hari ini penuh dengan dendam kesumat apabila tidak lagi bersama. Bila bercerai, semua buruk, tidak ada yang indah lagi.
Kelapan, jika anjing dipukul atau dihalau tuannya dengan benda yang menyakitkan, anjing akan menerimanya. Anjing tidak ada menggigit tuannya, seperti melepas anjing tersepit. Sifat ini menyamai sifat hamba yang kusyuk.
Kesembilan, jika melihat orang makan, anjing hanya melihat daripada jauh. Tidak meminta-minta atau mengganggu. Jika diberi, akan diambil, jika tidak, hanya melihat atau diam sahaja. Sifat ini menyamai manusia yang reda dengan pemberian Allah dan sentiasa bersyukur. Amat malang hari ini, kita bukan sahaja tidak diam, malah menyebarkan aib dan keburukan sesama saudara sendiri.
Kesepuluh, jika anjing berjalan atau berlari ke hadapan, ia tidak akan menoleh lagi ke belakang. Sifat ini menyamai sifat hamba yang tetap pendirian. Berani mendepani masa hadapan. Malangnya hari ini, kita tidak yakin dengan kekuatan sendiri, malah mencari musuh untuk membenamkan sesama saudara sendiri.
Setelah meneliti kesemua sifat anjing ini yang diceritakan oleh Hasan al-Basri r.a. saya amat yakin semua ini adalah untuk kita sebagai manusia mengambil iktibar. Saya dapat simpulkan bahawa kadang kala makhluk yang bergelar anjing lebih mulia daripada makhluk bergelar manusia.
Sudahlah hari ini, kita jauh daripada sifat anjing, lebih hina lagi kita menjadi anjing suruhan ultra kiasu. Kita menjadi manusia pengecut dalam berhadapa
n dengan musuh, terutama musuh-musuh Islam, malah menjadi anjing suruhannya.
Lebih hina lagi kita sanggup membabikan saudara seagama hanya kerana perkara yang remeh temeh seperti tidak memanggil Parti Amanah Negara sebagai Amanah, tetapi PAN.
Apakah wajar kita menggunakan kalimah Amanah, sedang di dalamnya penuh dengan manusia yang tidak ada amanah. Sama-sama kita fikirkan.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Ramai yang tertanya-tanya seolah-olah saya tidak berminat untuk membuat perubahan kerana 1MDB. Apabila banyak pihak menjadikan isu ini senjata besar untuk melakukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara.
Saya tidak termasuk dalam kalangan Melayu yang mudah lupa terhadap isu yang wajib berlaku di setiap zaman Perdana Menteri bermula sejak tahun 80-an. Semuanya ditinggalkan tanpa penyelesaian, bahkan dilupakan khususnya kepada Melayu yang mudah lupa.
Sekiranya kita kembali kepada Al-Quran dengan kajian politik (kecuali mereka yang menolak adanya politik di dalam Al-Quran), Al-Quran mengulang beberapa kali ayat yang menyebut perubahan tehadap sesuatu kaum dalam negaranya. Di antaranya, firman Allah:
“(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah An-Anfal: 53)
Firman Allah: “Bagi setiap orang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawasi dan menjaganya (dalam segala tindakannya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (Surah Ar-Ra’d: 11)
Al-Quran menegaskan kepada perubahan sikap, perangai atau akhlak, bukannya mengubah tokoh atau orang-orangnya sahaja. Islam mengekalkan sesiapa yang bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Kalau hanya sekadar mengubah orangnya sahaja sedangkan perangainya sama, maka perubahannya juga membawa rebah yang sama.
Al-Quran juga melaporkan, dakwah semua para Rasul A.S. adalah seruan kepada perubahan aqidah yang benar, hukum syariat yang adil dan akhlak yang mulia tanpa meminta-minta jawatan. Akhirnya menerima perubahan, sama ada bertaubat kembali kepada kebenaran atau dijatuhkan jahiliyah di dalam dirinya dan ditegakkan Islam, bukannya sekadar mengubah pemimpin yang sama juga sifatnya atau lebih buruk keadaannya.
1MDB adalah mata rantai masalah yang belum diselesaikan secara adil dan menjadi salah satu daripada mata-mata rantai isu yang tiada penyelesaian. Dahulunya BMF, PERWAJA, KWSP, PETRONAS, Tabung Haji, pertukaran wang asing, Skyhawk, Maika Holdings dan PKFZ. Kini muncul 1MDB dan rumah banglo di Pulau Pinang dan mungkin lain-lain lagi. Semuanya dalam tuduhan tanpa tindakan yang seadil-adilnya.
Puncanya adalah ideologi bertuhankan kebendaan dalam segala urusan hidup yang mencipta banyak lagi penyakit yang wajib dihapuskan seperti salah laku, salah urus dan rasuah yang menjadi wabak di seluruh dunia sehingga mencetuskan peperangan sesama keluarga, bukan sahaja dalam satu bangsa, bahkan satu kemanusiaan dalam satu negara. Kebendaan menjadi matlamat kehidupan di dunia tanpa wawasan akhirat. Hidupnya untuk makan, bukan makan untuk hidup dan menunaikan amanah Allah.
Saya tetap tidak bersetuju dijemput campur tangan asing terhadap penyelesaian dalaman kita kerana mengundang akibat yang lebih buruk dan tiada keikhlasan kuasa asing dalam dunia hari ini. Langkahnya laksana menebuk kapal untuk mendapatkan air secara mudah.
Saya tertarik dengan sekawan anjing dalam satu kampung yang berkelahi berebut tulang, mereka tidak menjemput anjing luar datang bersama, sebaliknya bersatu mengejar anjing luar yang datang menyertainya.
Kita juga tidak boleh menunggu apa yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran tentang bagaimana semua penyangak di dunia ini akan mengutuk sesama sendiri di Hari Akhirat.
Firman Allah: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. (38) Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir: (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan (39) (Surah Al-A’araf: 38-39)
Ayat-ayat ini menyatakan tentang peristiwa di Hari Akhirat sekiranya tidak diselesaikan atau tidak bertaubat di alam dunia ini. Akhirat adalah kehakiman Allah, tidak ada lagi kehakiman dalam negara atau luar negara atau mahkamah antarabangsa seperti di alam dunia ini. Namun, Allah membuka pintu taubat seluas-luasnya, sehingga nyawa sampai ke kerongkong dan matahari naik dari arah barat. Seterusnya menggalakkan taubat dan melakukan islah lebih baik daripada dibawa ke mahkamah.
PAS tidak boleh menjadi gerabak kereta api yang disangkut kepada kepala yang menuju ke arah yang salah, sekadar membawa perubahan pemimpin yang berkonsep ‘2 x 2’ atau ‘2 + 2’, di mana jawapannya sama.
PAS tidak boleh mengikut sunnah mereka yang melahirkan saudara-saudara 1MDB dan saudara maranya yang akan lahir selepas ini kerana sunnah yang sama acuannya.
PAS tetap tegas dan teguh beristiqamah mengikut penyelesaian Islam daripada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. walaupun banyak liku dan jauh perjalanannya. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang baik nescaya dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengikut contuh baiknya tanpa dikurangkan pahalanya sedikit pun dan sesiapa yang menunjukkan bersama Islam ajaran yang jahat nescaya dia memikul dosanya dan dosa orang mengambil teladannya selepasnya tanpa dikurangkan dosanya sedikit pun” (Hadis riwayat Muslim)
1MDB adalah ciptaan tema “Kepimpinan Melalui Teladan”. Apakah teladannya? Lakukan muhasabah politik dan ekonomi sebelum ini dan kembali ke pangkal jalan. Saya tidak menafikan adanya perkembangan positif dalam negara di sepanjang perjalanannya sehingga diberi gelaran Harimau Asia, tetapi tiba-tiba bertukar menjadi kucing kurap yang dibejati penyakit-penyakit.
Khalifah Umar R.A. menegaskan:
“Sesungguhya kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan”
Ahli-ahli dan pemimpin PAS, jangan ikut menari bersama mereka yang memalu gendang dan meniup serunai lagu lama, yang hanya mengubah senikata dan rentaknya sahaja, sehingga lalai dalam khayalan atau menerkam secara leka tanpa hidayah yang betul. Tidakkah kita berpandukan Al-Quran yang benar daripada Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya?
Ingatlah firman Allah SWT yang menceritakan tentang ucapan Nabi Syuib A.S. yang menghadapi kaumnya yang rosak aqidah dan secara khusus melaksanakan sistem ekonomi yang diharamkan oleh Allah:
“Aku hanya bertujuan hendak melakukan islah (memperbaiki) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali” (Surah Hud: 88)
SHAH ALAM: ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi sudah terlalu jauh menyimpang dari perjuangan PAS dan sukar untuk beliau diterima kembali dalam parti berkenaan.
Bagaimanapun menurut Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa Ahmad Fathan Mahmod, masih ada masa untuk Syed Azman kembali kepada landasan perjuangan PAS.
Syed Azman kini bersendirian selepas Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar keluar PAS. Syed Azman sebelum ini sering dilihat bersama Mahfuz yang cenderung ke arah Pakatan Harapan (PH).
"Gerakan beliau (Syed Azman) sudah bersama mereka (PH) dah cuma belum isytihar lagi.
"Bagi kita kalau mereka boleh istiqamah, konsisten dengan perjuangan PAS maka itu lebih baik," katanya kepada Antarapos.
Bagaimanapun beliau menegaskan Syed Azman bakal berdepan laluan getir untuk mendapatkan kembali kepercayaan serta keyakinan pimpinan PAS pelbagai peringkat.
"Tapi kena buktikanlah kerana orang melihat daripada awal apa yang berlaku, kecenderungan beliau dan kenyataan yang dikeluarkan.
"Maknanya sedikit sebanyak menghiris perasaan pimpinan PAS terutama pengundi di Terengganu itu sendiri," katanya.
Ahmad Fathan yang juga ADUN Chempaka menambah kecenderungan Syed Azman menyokong PH yang diketuai DAP, namun tidak keluar PAS telah menghiris kepercayaan rakyat dan juga jentera parti yang membantu memenangkan beliau dalam pilihan raya umum lalu.
"Jadi dalam keadaan sekarang kita tak tahu sejauh mana rakyat dan penyokong PAS boleh percaya kepada beliau tapi beliau kena tunjuk satu bukti.
"Pada saya masa untuk patah balik kepada PAS tiada masalah cuma masalahnya apakah pimpinan akan yakin kepada beliau sebab semua pimpinan PAS yang jadi wakil rakyat angkat sumpah baiah tapi itu pun mereka boleh langgar," katanya.
Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bercadang untuk memfailkan saman terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang didakwa memfitnahnya dalam pertikaian tanah di Ijok.
"Saya akan segera berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang saman malu di atas fitnah yang tidak berasas oleh Abdul Rahman," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau juga berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin yang menurutnya orang pertama yang memfitnahnya dalam isu itu.
Semalam, Abdul Rahman menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menjelaskan soal tanah bernilai RM1.18 bilion di Ijok kepada dua syarikat sebelum kes didengar di Mahkamah Persekutuan.
Dua syarikat itu ialah Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCDN Develoment Sdn Bhd yang mana Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Khairuddin Abu Hassan mempunyai jawatan tinggi dalam syarikat itu.
Rahman mempersoalkan keputusan Azmin mengembalikan tanah itu kepada syarikat tersebut memandangkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, masing-masing pada 2013 dan 2014, memutuskan ia milik kerajaan Selangor.
Khairuddin yang merupakan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan berkata isu tersebut tiada kena-mengena dengan Azmin, sebaliknya dengan pemimpin Umno negeri terdahulu.
"Kes tanah peneroka Ijok dibeli oleh Mujur Zaman Sdn Bhd pada tahun 1990-an, ketika Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi menteri besar," dakwanya.
Beliau berkata tidak mempunyai kaitan dengan Mujur Zaman pada masa itu dan hanya menyertainya pada tahun 2009 atas kapasitinya sebagai pengerusi Prime Utilities Bhd dan Fountain View Bhd, di mana Mujur Zaman merupakan anak syarikat.
Katanya, tanah itu bukan milik kerajaan negeri tetapi tanah persendirian yang dibeli Mujur Zaman daripada peneroka.
Katanya lagi, beliau ditugaskan untuk menyelesaikan masalah projek perumahan yang terbengkalai dan isu cukai tanah.
"Apabila masalah diselesaikan, saya letak jawatan sebagai pengerusi Prime Utilities dan Fontain View pada tahun 2003. Saya tidak memegang sebarang saham syarikat , tetapi hanya pengerusi yang dilantik," katanya lagi.
Beliau berkata akan memberikan lebih penjelasan apabila kes ini dibawa ke mahkamah.
Pada Mei 2016, Azmin memfailkan perjanjian penyelesaian di Mahkamah Persekutuan dan berkata kerajaan negeri dan dua syarikat itu setuju untuk membatalkan kes tersebut. Selangorkini melaporkan Azmin telahpun membayar pampasan kepada kesemua 980 peneroka berbentuk pampasan tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000 seorang.
XOXO - Kes ini telah dimenangi oleh Kerajaan Selangor semasa Tan Sri Khalid Ibrahim tapi kenapa jadi macam ini bila Azmin ambil alih MB? Itu rakyat perlu penjelasan.
Bukan main sedap dengar cakap Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berceramah di Puchung Selangor.
Beliau menegaskan tidak akan kembali kepada Umno walau dalam apa jua keadaan kerana parti tersebut telah rosak.
Dahulu, ketika umno diterajui Tun Abdullah Ahmad Badawi,Tun Dr Mahathir Mohammad sanggup keluar parti dan cakap sedap bahawa umno busuk.
Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan dan diserahkan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak umno jadi wangi dan masuk semula ke dalam umno.
Bercakap pasal tak akan kembali kepada umno, teringat penulis akan perihal Tengku Razaliegh Hamzah.
Beliau ketika itu adalah presiden parti Semangat 46 pernah berkata yang dia tidak akan kembali kepada umno biar pun hanya tinggal dia seorang sahaja dalam parti 46.
Itulah ketegasan Tengku Razaliegh Hamzah ketika marah dengan Tun Dr Mahathir Mohammad.
Demikian juga dengan Tan Sri Muhiyiddin Yasin Presiden Bersatu dalam ceramahnya di punchung baru baru ini.
Demikianlah berkata ketika marah. Beliau tergamak mengatakan Umno ibarat besi buruk yang tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu.
Tengku Razaliegh Hamzah ketika marah pernah berkata umno adalah pengkhianat bangsa ,negara dan agama.
Bukan setakat itu sahaja, malah beliau tergamak berkata unmo pengkhianat bangsa melayu dan akhir masuk semula umno.
Dan masih bersama Umno yang dilabelkan sebagai pengkhianat bangsa ,agama dan negara itu kekal hingga kini.
Oleh itu, cakap Tan Sri Muhyiddin Yassin itu memang tidak boleh pakai, kerana tindakan tersebut hanya lahir dari rasa marah terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak sahaja.Tidak lebih daripada itu.
Oleh kerana kecewa dengan Najib, umno dikatakan buruk. Pada hal umno tidak buruk yang buruk ialah kepimpinan Najib.
Beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) masih tidak sedar yang dia pernah melakukan keburukan ketikka menjadi menteri besar Johor dahulu.
Bahkan Tun Dr Mahthir juga terlalu lama melakukan keburukan, terhadap bangsa agama dan negera sepanjang menjadi perdana mmenteri selama 22 tahun .
Hari ini dahlah tidak layak jadi ketua negara, masih mahu dan dikatakan masih layak jadi perdana menteri untuk selamatkan malaysia.
Demikianlah tindakan manusia ketika marah. Ketika marah boleh berlaku apa sahaja.Apabila tidak marah lagi yang busuk jadi wangi dan buruk jadi cantik.
Namun, cakap cakap orang politik sememangnya tidak boleh percaya, hatta dikatakan sudah bertaubat, insaf dan berubah sekalipun. Taubat orang politik adalah taubat politik. Taubat lada. Memang tak boleh pakai. Percayalah.
Terkejut juga saya mendengar ucapan Pengerusi AMANAH Kelantan, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan Pasir Mas malam tadi, 10 Februari 2018, yang memanggil PAS dengan gelaran PIGS (PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA).
Kata Cikgu Wan Abdul Rahim: “Kita akan mengalahkan PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA, PIGS. Ha, PIGS. Ambo tak sebut, ambo eja jah. Sebut bahaya, eja tak apa. PIGS.”
Panggilan PAS dengan gelaran PIGS ini turut dibuat oleh penceramah yang berceramah selepas Cikgu Wan Abdul Rahim, iaitu Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan, Datuk Sazmi Miah.
Pada hemat saya, memanggil PAS dengan gelaran PIGS ini bukanlah satu tindakan yang baik kerana ia boleh meningkatkan lagi suhu politik malah boleh mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat.
Jika gelaran sebegini digunakan oleh ahli bawahan maka ini mungkin boleh diterima sesuai dengan taraf mereka sebagai ahli bawahan, tetapi tidak patut jika mereka yang bergelar Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Negeri turut berbuat demikian.
Apatah lagi kerana penggunaan gelaran PIGS ini adalah sesuatu yang tidak tepat kerana GAGASAN SEJAHTERA sebenarnya bukan sahaja dianggotai oleh PAS dan IKATAN tetapi oleh parti lain seperti BERJASA.
BELUM sampai sebulan lalu, DAP, melalui kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, di Pontian pada 12 Januari 2018, dilapor mengesahkan bahawa DAP akan meletakkan calon dari PAN di kerusi P148 Ayer Hitam yang asalnya diperuntukkan untuk DAP.
Semalam, 10 Februari 2018, DAP, melalui kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, di Ayer Hitam pula, dilapor mengesahkan bahawa DAP membatalkan keputusan untuk meletakkan calon dari PAN, dan sebaliknya meletakkan calon DAP sendiri, di kerusi ini.
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh DAP bagi menjustikasikan keputusannya untuk membuat U-turn ini, ia tetap tidak boleh menafikan hakikat bahawa gambaran yang terlihat ialah DAP sangat sukar untuk melepaskan kerusinya kepada pihak lain dan tidak boleh dipegang janjinya.
Kasihan kepada PAN, seolah-olah dipermainkan lagi nampaknya. - HARAKAHDAILY 11/2/2018
KUANTAN: Antara kelebihan PAS ialah para pejuangnya dirarbiah dan diajar agar tidak mengharapkan habuan dunia bahkan menjadikan akhirat sebagai sebaik-baik balasan dalam memperjuangkan Islam.
Demikian tegas AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din dalam pembentangan Ijtimak Tarbawi PAS kawasan Kuantan yang berlansung semalam di Dewan Pusat Tarbiah Peramu (PUTIP)
Menurut beliau lagi, keikhlasan petugas-petugas PAS yang datang daripada pelbagai latar belakang telah menambahkan lagi keberkatan perjuangan ini.
Turut hadir dalam himpunan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, YB Ustaz Rosli Abdul Jabbar dan Naib YDP PAS kawasan Kuantan Ustaz Fadhli dan ketua urusan ulama kawasan
” Hasil sumbangan ikhlas ahli-ahli PAS, perjuangan Islam terus bangkit dan berkembang maju pada hari ini dalam menunaikan bakti terhadap masyarakat” ujar beliau yang juga merupakan ADUN PAS Tanjung Lumpur.
Menurut beliau lagi bahawa PAS Pahang akan mengemukakan calon-calon yang berwibawa untuk mewakili suara rakyat Pahang dalam pilihanraya yang akan datang.
Dengan perkembangan yang semakin positif beliau yakin inshaAllah rakyat cerdik dalam membuat keputusan dan penilaian. Sumber TKO - 10-2-2018 Tun Dr Mahathir tolong Najib? Posted on Saturday, February 10 @ 12:12:30 MYT Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat http://tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=38172
Rasa tak munasabah yang Tun Dr Mahathir keluar umno tubuh parti BERSATU dikatakan tolong Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Apabila penulis fikir dan fikir dalam politik yang tak munasabah kadang kadang jadi munasabah.sangat munasabah asbabnya.
Bayangkan Lim Kit Siang musuh politik Tun Dr Mahahtir kini sudah jadi rakan kongsi dalam pakatan harapan untuk rampas putrajaya pada PRU 14 yang bakal diadakan Mei ini (2018).
Datuk Seri Anwar Ibrahim ayam sabungnya yang dipecat berkerat rotan itu sudah jadi rakan akrab untuk jatuhkan Najib pada PRU 14 nanti.Mereka puji memuji satu sama lain.
Itulah apa yang dikatakan tidak munasabah akan jadi munasabah dalam arena politik.Mat Sabu yang kata Tun Mahathir Firaun kini sudah boleh duduk sebelah menyebelah
Jadi yang dikatakan Tun Dr Mahathir tolong Najib semacam ada lojiknya tengok apa yang berlaku pada Pakatan harapan yang sedang berkrisis sesama sendiri.
PKR masih tidak senang hati dengan kerenah Bersatu dan masih memusuhi Amanah yang diterajui Mohammad Sabu yang sememangnya banyak mendapat dedak daripada DAP.
Kemelut dalam pakatan harapan dan karenah Tun Dr Mahathir dan ia bukan mudah untuk menyelesaikan. Apatah lagi PRU 14 sudah terlalu hampir.krisis semakin berlarutan.
Jika kemelut ini tidak dapat diselesaikan sudah barang tentu kemenangan mudah dan besar akan berpihak kepada UMNO /BN.
Seperkara lagi, Tun Dr Mahathir tolak bulat bulat bertanding di Parlimen Gombak yang ditawarkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali .
Pada hal parlimen Gombak merupakan suatu potensi boleh menang sangat cerah berbanding dengan parlimen Langkawi, putrajaya dan Kubang Pasu Kedah.
Penolakan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir dapat dibaca oleh mereka yang IQnya tinggi bahawa rancangan untuk menjatuh perdana menteri Najib pada PRU 14 hanya lakonan berlaka.
Macam mana nak menang pada PRU 14 ini jika pakatan harapan asyik menghadapi krisis yang berlarutan.
Pembahagian kerusi yang di agihan pakatan harapan masih ada yang tidak berpuashati satu sama lain.
Tuduh menuduh masih berlaku. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menduduh Amanah tidak amanah dan berbohong dan sebagainya lagi.
Oleh itu, amat munasabah Tun Dr Mahathir Mohammad telah, sedang dan akan menolong Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan apa cara sekalipun untuk umno/BN menang besar pada PRU 14 yang bakal diadakan pada Mei 2018 ini.
" Tindakan Mohd. Rafizi Ramli melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) tidak sepatutnya dibela sama sekali walaupun atas alasan mendedahkan kesalahan orang lain kerana perbuatan Naib Presiden PKR itu merupakan suatu jenayah yang serius.
MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH
Menjelaskan perkara itu, peguam kanan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, dalam hal membabitkan kerahsiaan maklumat perbankan, semua pihak termasuk pemimpin pembangkang yang sengaja cuba memainkan sentimen Mohd. Rafizi menjadi mangsa perlu sedar bahawa tiada istilah ‘matlamat menghalalkan cara’ buat mereka.
Katanya, ini kerana BAFIA bukan sahaja tidak membela mana-mana pihak atau individu yang mendedahkan maklumat terkawal untuk apa tujuan sekali pun, bahkan kerahsiaan segala maklumat perbankan adalah bersifat mutlak yang perlu disanjungi dan dihormati.
“Dalam BAFIA, tiada pengecualian diberikan kepada mana-mana pihak sama ada individu, bank mahu pun Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia merupakan prinsip mewujudkan konsep perbankan yang dipercayai.
“Kalau tidak dilindungi di bawah BAFIA, sesiapa pun tidak akan mempercayai sistem perbankan negara ini sekali gus menjejaskan ekonomi Malaysia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Mohd. Rafizi selepas mendapati beliau bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah BAFIA, enam tahun lalu.
Dalam masa sama, Muhammad Shafee berpandangan, Mohd. Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu sengaja ingin memperdayakan orang ramai bagi meraih populariti demi kelangsungan karier politiknya.
Kata beliau, sebagai pemimpin yang mempunyai latar belakang seorang akauntan, sepatutnya Mohd. Rafizi lebih arif dan menyedari perbuatannya mendedahkan maklumat perbankan itu adalah jenayah yang serius.
Di samping itu, Muhammad Shafee menegaskan, semua pihak harus menerima keputusan Mahkamah Sesyen melalui Hakim Zamri Bakar semalam tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi atau arahan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan.
Jelasnya, mana-mana pihak juga tidak sepatutnya mempertikaikan kenapa baharu sekarang Mahkamah Sesyen membuat keputusan itu kerana ia adalah angkara Mohd. Rafizi sendiri yang sering menangguhkan proses perbicaraan kes sehingga bertahun-tahun.
“Kalau orang lain yang berlengah-lengah seperti Mohd. Rafizi ini, sudah tentu kena marah dengan mahkamah sebab buang masa banyak pihak. Tapi, akhirnya perbuatan beliau itu memakan diri sendiri kerana beliau tidak layak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Peguam-peguam Muda Kebangsaan, Majlis Peguam, Syed Muhammad Adeeb Barakbah Syed Muhammad Azman Barakbah berkata, keputusan terhadap Mohd. Rafizi dibuat mengikut peruntukan undang-undang serta bukti yang dikemukakan.
Kata beliau, mana-mana pihak tidak seharusnya membuat spekulasi terhadap keputusan terbabit kerana ia boleh dikira memfitnah institusi yang membicarakan segala kes jenayah dan sivil.
“Pertikaian hanya boleh dilakukan menerusi Mahkamah Rayuan sekiranya bukti itu menunjukkan keraguan, tetapi bukan menguar-uarkan kepada masyarakat umum seperti yang dilakukan beberapa pihak hari ini,” katanya.
Setelah sekian lama kita tidak mendengar cerita idea Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini page rasmi DAP menyiarkan berita tentang Mahathir yang menyatakan bahawa "HARAPAN akan libatkan pembangkang pilih pegawai tinggi kerajaan".
Dahulu TGHA telah mengemukakan idea ini dimana kerajaan dan pembangkang perlu bekerjasama dalam mentadbir negara dan mengenepikan perbezaan pendapat untuk kepentingan rakyat.
Namun tanpa berfikir panjang DAP terus menolak idea ini dan menuduh PAS sebagai pengkhianat. PAS dituduh cuba wujudkan Kerajaan Perpaduan dengan Umno sedangkan dengan jelas Presiden PAS telah nyatakan tidak akan buat kerajaan perpaduan dengan UMNO tanpa persetujuan DAP dan PKR. Walaupun UMNO terkinja-kinja memujuk PAS namun, Presiden tegas. Tiada Kerajaan Perpaduan tanpa DAP dan PKR. Idea ini terpaksa disimpan bagi menghormati pandangan rakan Pakatan ketika itu.
Namun kumpul pengkhianat dalam PAS yang di ketuai Khalid Samad terus menerus memfitnah PAS dan menyebarkan cerita bahawa pimpinan PAS mahu bergabung dengan Umno. Sedangkan pemimpin PAS hanya berbincang untuk memaklumkan pada UMNO yang PAS tidak akan tinggalkan PR. Akibat fitnah ini, DAP dan PKR serang PAS hingga menyebabkan Pakatan Rakyat dibubarkan.
Hari ini, bila Mahathir menyuarakan hasrat ingin membuka ruang kepada pembangkang untuk terlibat dalam melantik pegawai tinggi kerajaan, mereka terus bersetuju pula. Siap tolong promote lagi.
Bukankah ini sebahagian dari idea Kerajaan Perpaduan yang memberikan ruang pada pembangkang menyertai kerajaan dalam mentadbir negara. Mahathir sendiri sebut;
"" jika kita menjadi kerajaan, kita akan alu-alukan pembangkang untuk bersama dalam urusan kerajaan. Kita berharap (anggota parlimen) dapat mengesahkan kelayakan (calon) untuk jawatan tinggi ini,"
Beliau turut berkata, antara pelantikan yang akan melalui proses itu adalah ketua polis negara dan peguam negara. Malah beliau turut tawarkan jawatan Ketua Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) untuk disandang oleh Pembangkang.
Nampaknya Mahathir sudah pandai meniru idea TGHA untuk menarik sokongan, walaupun kita tahu yang apa dicakapkan itu adalah janji-janji palsu.
Kita lihat sahaja cara beliau uruskan PPBM, siapa yang dia suka akan Naik dan yang dibenci akan dipecat.
Selain itu, bila berlaku pergeseran kerana perebutan kerusi di Selangor, beliau dengan selamba minta ahli PAN, PKR dan DAP jangan beri kesetiaan pada parti masing-masing tapi fokus beri setia pada PH yang beliau Pengerusikan. Maknanya setia pada dia seorang sahaja
Memang bagus kalau benar beliau cuba meniru idea Kerajaan Perpaduan tu kerana idea itu bakal beri manfaat kepada semua. Namun, sejauh mana rakyat mahu percaya janji politik ini kerana DAP lah antara pihak yang paling kuat menentangnya kerana mereka lebih suka mengunakan pendekatan agreasif "Malaysia Malaysian".
Nampaknya, mereka sebenarnya terdesak untuk mencipta idea ini kerana mereka sebenarnya tidak yakin dapat membentuk Kerajaan dengan majoriti 2/3. Mereka mulai sedar bahawa prospek Kerajaan campuran sama ada bersama PAS atau BN akan berlaku dan mereka perlu mengunakan idea Kerajaan Perpaduan ini untuk berkuasa.
Saya tidak terkejut jika selepas ini keluar pula Idea untuk melantik ahli parlimen parti pembangkang memegang potfolio sebagai Menteri atau Timbalan dalam pentadbiran negara sebagai langkah mendapatkan kuasa.
Kita tahu Mahathir hanya benci Najib. Tetapi tidak kepada pemimpin dan ahli umno yang lain.
Malah tidak mustahil beliau akan Cuba gabungkan PH dan BN tanpa Najib jika PAS menolak kerajaan
campuran. DAP, PAN atau PKR pasti tidak akan menolak peluang itu kerana mereka akan berpeluang
menjadi Menteri Kabinet juga.
Apa pun jua, satu persatu idea TGHA mulai diterima pakai oleh orang-orang yang dahulunya begitu
keras menolaknya. Beginilah hebat dan tajamnya pemikiran TGHA yang berfikir jauh kehadapan.
Malah beliau juga mempromosikan idea wawasan akhirat dan mahu melihat semua parti politik
mengamalkan politik matang dan Sejahtera.
Kita doakan PAS menang banyak kerusi dalam PRU-14 dan PAS boleh memimpin untuk membentuk
Kerajaan yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat bersama parti-parti lain yang bersetuju dalam
Gagasan perjuangan ini
KUALA KETIL - Ulama Madrasah Tahzib An Nufus di sini, Abdul Wahab Hassan mendakwa pernah menegur Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar supaya tidak lari daripada perjuangan Islam bersama Pas pada musim haji tahun lalu.
Abdul Wahab berkata, teguran itu dibuat agar Mahfuz tidak mengambil mudah tugas sebagai pemimpin yang telah diamanahkan.
"Antara yang saya kata ialah duduk bersama perjuangan Islam tidak boleh lari. Waktu tu kami terserempak di Makkah ketika musim haji tahun lepas.
"Mahfuz nampak tak banyak cakap dan terus berlalu. Waktu dia datang pondok tahun lepas pun saya pernah nasihat perkara sama," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Endoi, semalam.
Beliau yang juga mantan Yang Dipertua Pas Kawasan Baling berkata, keputusan Mahfuz termasuk Adun Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah meninggalkan Pas tidak mengejutkannya kerana pemimpin berkenaan disifatkan tidak boleh diharap.
"Depa tak pandai politik sebenarnya. Politik sebenar bagi depa pun tak tahu macam mana.
"Politik dalam Islam ada empat, pertama politik para Nabi, kedua politik para ulama, ketiga politik para
menteri dan keempat politik para sultan. Semua tu ada dalam Kitab Ahkamul Sultaniah," katanya.
Sumber TKO - 8-2-2018
Datuk Mahfuz Omar ahli parlimen Pokok Sena Kedah yang lari dari Pas pernah berkata, pas lambat
buat keputusan.
Penulis boleh setuju dengan pendapatnya itu. Memang pas agak lambat buat apa apa keputusan.Kena
fikir habisan.
Itulah kaedah yang diamalkan oleh pas sejak dahulu hingga kini. Kenapa? Kita sedia maklum bahawa lambat itu selamat.
Demikian juga ketika memandu. Kita tidak boleh bawah kereta laju. Laju itu berbahaya.silap hari bulan malam tak berbau.
Lambat boleh selamatkan diri kita dan keluarga. Demikian juga Pas. Jika cepat maka gopoh gapah jadinya.
Macam Datuk Mahfuz Omar yang sering bercakap laju sehingga tak fikir panjang apakah yang akan berlaku apabila keluar daripada PAS.
Sekarang ini Nampak dengan jelas tiada jalan mudah untuk meletakkan dirinya.
Bukan itu sahaja. Nampak gaya agar susah hendak menyertai mana mana parti hatta Pas kea tau Bersatu ke.
Atau masuk masuk umno supaya senang cari makan, macam Mat Sabu. Tak bertanding pun tak apa kerana habuanya sudah ada.Wang yang diberi DAP pun tak habis makan dah.
Datuk Mahfuz Omar setakat hari ini apa yang ada. Harapkan pencen MP tak seberapa. Pasti akan berada dalam rintitan susah dan sukar selepas kalah teruk dalam PRU 14 nanti.
Itulah akibat bertindak cepat dan gopoh gapah selepas kalah merebut jawatan naib presiden tempoh hari.
Hari ini Mahfuz kelihatan nak tiru pas pula.Biar lambat asal selamat. Lambat buat keputusan untuk menyerati mana mana parti.
Masuk BERSATU pun sah tak dapat jadi calon. Masuk Pan, lagi tiada harapan dapat calon.Kenapa? kerana calon sudah diagih dan penuh. Tiada lagi tempat yang kosong.
Sebab itu dia buat keputusan untuk bertanding juga pada PRU 14 ini di parlimen Pokok Sena sebagai calon bebas.
Ooo, Kelantan masih banyak kerusi yang kosong. Boleh cuba jumpa Datuk Husam Musa untuk minta bertanding di parlimen Pengkalan Chepa cuba nasib.
mana tahu nasib baik kali ini menyebalahi tokoh yang banyak jasa pada Pan yang dikatakan akan memerintah negeri miskin rakyat kaya itu.
Sumber TKO - 8-2-2018
NGO berfahaman sesat bebas tanpa sekatan?
BAGAIMANA pertubuhan satu NGO
diluluskan sedangkan ianya berlawan arus
dengan Islam?Bagaimana kerajaan tidak
menyedari bahawa kewujudan Sister in Islam
(SIS) adalah satu pertubuhan yang telah
menjadi satu tempat tersasarnya akidah Islam?
Atau memang dalam kerajaan terdapat sokongan kepada NGO ini berdasarkan kununnya
mempertahankan hak wanita atau wanita Islam teraniaya?
Ramai yang tidak tahu SIS sudah lama wujud dalam negara kita di mana ditubuhkan
pada tahun 1990, apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita sealiran dengannya
merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam. Mereka
bersepakat untuk menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka.
SIS berfahaman dengan fahaman Sekular dan Liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan 'Enlightment' di Eropah
beberapa kurun yang lalu.
Di tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka
bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi Islam.
SIS membawa fahaman Liberalisme di mana Sekularisme menyokong kewujudannya
dengan berjayanya ajaran Sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu
amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari
cengkaman agama (Kristian).
Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan mengenai
ketidakadilan di dalam menghadapi hukuman di Mahkamah Syariah, hak lelaki berkahwin
lebih dari satu (poligami), lelaki boleh memukul isteri yang durhaka.
Lebih dari itu tidak mempercayai Islam sebagai ideologi politik yang boleh
memerintah Negara, mempercayai agama hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik,
tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari Islam.
Menentang hudud, menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya, menentang Negara Islam, menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas masyarakat.
Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai seksualiti yang
mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan beragama.
Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam.
Di sinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam, sebagai
entiti peranan berwibawa, walaupun pihak tersebut adalah pihak PAS dan Jabatan Agama.
SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam
menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitrian menganggap bahawa
keseronokan maksima 'maximum pleasure' adalah pengukur moraliti.
Selagi ia menghasilkan keseronokan maksimum, maka seseorang bebas untuk melakukan
apa sahaja yang dikehendaki. Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana
pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya
ia adalah hak individu.
Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem
kekeluargaan. Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan
berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar. Kerana mengelak dari\
keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka mereka\
memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak luar
nikah hasil dari penzinaan.
Sudah jelas mereka-mereka ada dalam kalangan PH dan Umno-BN. Jika dilihat isu-isu yang
bertentangan dengan mereka, akan dilawan dan berusaha untuk menjadikan satu kemenangan
bagi mereka.
Jika hal ini dibiarkan maka keparahan Islam dalam masyarakat kita akan menjadi satu bala benci
lihat dalam DAP.
Jadi dalam hal ini juga kerajaan harus mengambil serius dalam melibatkan akidah umat
Islam. Bukan dengan mendiamkan diri Islam dipijak oleh bangsa lain. Tetapi jika dilihat dalam
masyarakat Umno-BN mereka juga hidup bebas tanpa paksaan.
Moga Allah memberi petunjuk serta keampunan kepada mereka yang telah sesat agar dapat
kembali ke jalan kebenaran. Neraka tu amat panas, tak terdaya kita untuk menahan kepanasannya,
sekiranya sebesar titik jarum terbuka, apinya mampu membakar seluruh alam ini. Hukum
al-Quran tidak boleh dipertikaikan oleh manusia.
Allah berikan kita akal jadi berakal untuk memilih pemimpin kita yang ada dasar al-Quran
dan Sunnah. Bukan hanya memilih pemimpin yang bijak dari segi kemajuan tetapi memilih
pemimpin boleh membawa rakyatnya ke jalan Allah.-HARAKAHDAILY 7/2/2018
Malam tadi, bertempat di SP Arena, Seberang Jaya, telah berlangsung Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang 2018 yang dihadiri oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah.
Banyak pihak, termasuk ahli-ahli PPBM, PKR, AMANAH dan DAP sendiri, apatah lagi penganalisis politik seperti saya, yang menjangkakan bahawa agihan 40 kerusi DUN Pulau Pinang antara parti-parti komponen Pakatan Harapan Pulau Pinang akan diumumkan malam tadi selaras dengan amalan di negeri lain bahawa Konvensyen Pakatan Harapan Negeri akan mengumumkan agihan kerusi DUN.
Malangnya semua yang menunggu hampa belaka bila Pengerusi DAP Pulau Pinang selaku Pengerusi Jawatankuasa Rundingan Kerusi DUN Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mengakhiri ucapan beliau malam tadi dengan menyebut “saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Rundingan Kerusi (DUN Pulau Pinang), ini bukan senarai dia, akan mengumumkan (agihan 40 kerusi DUN Pulau Pinang) apabila siap”.
Ucapan Chow Kon Yeow yang memberikan gambaran bahawa agihan kerusi DUN Pulau Pinang ini n diliputi masalah diikuti pula oleh ucapan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyebut bahawa agihan kerusi DUN Pulau Pinang ini terpaksa dirujukkan ke peringkat nasional untuk diselesaikan oleh pemimpin tertinggi keempat-empat parti-parti komponen.
Kata Lim Guan Eng: “Itulah sebabnya kita nak bincangkan pengagihan kerusi ini secara teliti, kerana sungguhpun di peringkat Parlimen sudah ditentukan, di peringkat Negeri pun sama-sama penting untuk menyokong usaha untuk menang kerusi Parlimen. Dan untuk membolehkan kerja ini berjalan dengan lancar, maka perbincangan kerusi akan dibawa ke peringkat nasional ke paling tinggi diusahakan oleh pemimpin tertinggi parti masing-masing, iaitu daripada DAP saya atau Saudara Chow, daripada Parti Bersatu Tan Sri Muhyiddin ataupun Datuk Seri Mukhriz, daripada Parti AMANAH Tuan Haji Mat Sabu sendiri dan daripada PKR Datuk Seri Kak Wan sendiri. Barulah dengan menggemblengkan tenaga yang sedia ada, bukan sahaja kita boleh menang dalam kerusi DUN Barisan Nasional UMNO, kita pun boleh menang dekat kawasan Parlimen Balik Pulau, Tasik Gelugor dan yang paling susah sekali Kepala Batas. Ingat, ingat, sekiranya kita menang Kepala Batas pasti Tun Dr M akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ketujuh Malaysia.”
Alasan Lim Guan Eng kononnya agihan kerusi DUN Pulau Pinang ini terpaksa dirujukkan ke peringkat nasional bagi membolehkan tiga kerusi kerusi Parlimen yang dimiliki oleh UMNO di Pulau Pinang, iaitu kerusi-kerusi P41 Kepala Batas, P42 Tasek Gelugor dan P53 Balik Pulau, dirampas sebenarnya hanyalah alasan untuk mengelabui mata rakyat dari mengetahui mengenai krisis serius dalam Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Maklumat berwibawa yang saya perolehi dari sahabat-sahabat saya menunjukkan bahawa rundingan terakhir Pakatan Harapan Pulau Pinang berdepan dengan masalah kerana PKR berkeras mahukan DAP melepaskan beberapa kerusi miliknya kepada PKR sebelum PKR melepaskan kerusi-kerusi tertentu miliknya kepada PPBM dan AMANAH manakala DAP pula berkeras untuk tidak melepaskan walau satu pun kerusi miliknya kepada PKR.
Seperti yang ramai sedia ketahui, hubungan antara Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor adalah agak tegang dengan Azmin contohnya pernah mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng menggugurkan dua wakil PKR Pulau Pinang daripada menganggotai Lembaga Pengarah GLC Pulau Pinang.
Seperti yang ramai sedia ketahui juga, Pengerusi PKR
Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, adalah kroni rapat Azmin yang, selain pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah tersohor satu waktu dahulu kerana kelantangan beliau mengkritik Lim Guan Eng dengan menggelarkan Lim Guan Eng, di dalam satu rakaman ucapan pada majlis tertutup yang dibocorkan kepada masyarakat awam, sebagai “tokong”.
Walaupun banyak pihak yang sudah meramalkan bahawa DAP tetap tidak akan berganjak dari mempertahankan semua kerusi miliknya dan tidak akan sesekali bertolak-ansur untuk memberikan mana-mana kerusi miliknya kepada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan Pulau Pinang, walaupun kepada AMANAH selaku anak emasnya, kita lihat sahaja apakah kesudahan pertikaian antara PKR dan DAP di Pulau Pinang ini.
Tidak lupa juga tahniah kepada AMANAH kerana sekali lagi kekal tercorot.
AGIHAN KERUSI DUN PULAU PINANG YANG DIPERSETUJUI DAP SETAKAT INI
DAP 19 (19 DALAM PRU 13):
N7 SUNGAI PUYU DAP PRU 13
N8 BAGAN JERMAL DAP PRU 13
N9 BAGAN DALAM DAP PRU 13
N13 BERAPIT DAP PRU 13
N15 PADANG LALANG DAP PRU 13
N16 PERAI DAP PRU 13
N19 JAWI DAP PRU 13
N22 TANJONG BUNGA DAP PRU 13
N23 AIR PUTEH DAP PRU 13
N25 PULAU TIKUS DAP PRU 13
N26 PADANG KOTA DAP PRU 13
N27 PENGKALAN KOTA DAP PRU 13
N28 KOMTAR DAP PRU 13
N29 DATOK KERAMAT DAP PRU 13
N30 SUNGAI PINANG DAP PRU 13
N31 BATU LANCANG DAP PRU 13
N32 SERI DELIMA DAP PRU 13
N33 AIR ITAM DAP PRU 13
N34 PAYA TERUBONG DAP PRU 13
PKR 13 (16 DALAM PRU 13):
N3 PINANG TUNGGAL PKR PRU 13
N4 PERMATANG BERANGAN PAS PRU 13
N10 SEBERANG JAYA PKR PRU 13
N12 PENANTI PKR PRU 13
N14 MACHANG BUBUK PKR PRU 13
N17 BUKIT TENGAH PKR PRU 13
N18 BUKIT TAMBUN PKR PRU 13
N20 SUNGAI BAKAP PKR PRU 13
N24 KEBUN BUNGA PKR PRU 13
N35 BATU UBAN PKR PRU 13
N36 PANTAI JEREJAK PKR PRU 13
N37 BATU MAUNG PKR PRU 13
N39 PULAU BETONG PKR PRU 13
PPBM 4:
N1 PENAGA PAS PRU 13
N2 BERTAM PKR PRU 13
N6 TELOK AYER TAWAR PKR PRU 13
N40 TELOK BAHANG PKR PRU 13
AMANAH 3 (5 PAS DALAM PRU 13):
N5 SUNGAI DUA PAS
N11 PERMATANG PASIR PAS PRU 13
N38 BAYAN LEPAS PAS PRU 13
JADI REBUTAN ANTARA PKR, PPBM DAN AMANAH:
N21 SUNGAI ACHEH PKR PRU 13
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM). Sumber TKO - 7-2-2018
No comments:
Post a Comment