BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Sunday, September 27, 2015

HIMPUNAN AMAN RAKYAT ATAS PELBAGAI ISU : BERSIH 4 / PRB / AL AQSA (JILID 2)

Selepas PAS dan Umno, kini giliran PH protes di kedutaan AS
Posted on Friday, December 15 @ 21:31:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37310



KUALA LUMPUR: Seminggu selepas PAS dan Umno mengadakan bantahan, kini giliran Pakatan Harapan (PH) memprotes di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak bagi mengecam kebiadaban Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Lebih 500 penyokong PH dan beberapa NGO mula berarak dari depan Bangunan Tabung Haji ke kedutaan AS, selepas selesai menunaikan solat Jumaat hari ini.

Mereka berarak sambil melaungkan “Allahuakbar” bersama slogan “Hidup Palestin” dan “Merdeka Palestin”. Ada pula yang membawa sepanduk “Selamatkan Palestin” serta “Hancur Zionis”.

Bantahan itu turut disertai beberapa pemimpin PH termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyidin Yassin, Mohamad Sabu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Nik Nazmi Nik Ahmad, Tian Chua dan Liew Chin Tong.
palestine-pr
Hampir 200 anggota polis, termasuk Pasukan Tindakan Ringan (LSF) menutup kawasan di depan kedutaan AS, tetapi berlaku insiden tolak-menolak antara polis dan peserta bantahan itu.

Kumpulan itu kemudiannya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan AS di Malaysia.
Selasa lalu, Dr Mahathir menyarankan Datuk Seri Najib Razak yang pernah mengaku rapat dengan Trump, mengetuai pemimpin negara Islam lain menemui presiden AS itu bagi memujuknya menarik balik keputusan mengiktiraf Baitulmaqdis milik Israel.

Beliau “yakin” perdana menteri dapat memujuk Trump untuk menarik balik keputusannya.
Rabu lalu, Najib dilaporkan berkata, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bersatu dalam usaha menolak sebarang langkah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sebaliknya Baitulmaqdis hendaklah menjadi ibu negara Palestin.

Katanya, Malaysia mengutuk dan menolak sama sekali keputusan sebelah pihak oleh AS untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pada 5 Disember lalu, Trump menyampaikan hasratnya kepada pemimpin Arab untuk memindahkan kedutaan AS di Israel ke Baitulmaqdis, keputusan itu mengundur semula dasar berdekad lama Washington dan berisiko mencetuskan keganasan di Timur Tengah.
WhatsApp Image 2017-12-15 at 15.19.18

Sumber TKO - 15-12-2017



Apa yang pelik tentang gambar ni..?
Posted on Saturday, December 09 @ 00:57:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37222



Klunya, bentuk macam kuali.

Kredit
Zaide Yusuf

Sumber TKO - 9-12-2017


Sepanjang Demo Palestine, Ini Gambar Paling Menarik
Posted on Friday, December 08 @ 22:11:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37221



Jamal dengan baju HIJAU. Syed Saddiq di belakang Jamal memberikan banyak tafsir... benci tapi rindu. Bayangkan kalau Nik Abdul atau Tantawi di belakang Jamal?? Apa yang dipertahankan oleh Jamal?

Kalau lah dibelakang jamal ialah ABDUL HADI AWANG maka gambar di bawah ini tidak laku lagi



Sumber TKO - 8-12-201



Bantahan Terhadap AS Tidak Akan Berhenti

KUALA TERENGGANU – Dewan Ulama PAS menegaskan, bantahan tehadap Amerika Syarikat dan Zionis Israel tidak terhenti setelah berakhir demonstrasi aman semalam.

Sebaliknya Ketua Dewan itu Dato’ Ustaz Mahfodz bin Mohamed menyeru seluruh umat Islam meneruskan perhimpunan di masjid dan surau serta markas-markas PAS, dan berdoa sehingga Palestin di bebaskan.

“maka tugas kita nanti selepas berhimpun di sini, (hendaklah) ramai-ramai (kita) di rumah-rumah…….berkumpul di masjid, surau dan markas-markas PAS,

“berdoa mudah-mudahan supaya Allah menyelamatkan Palestin dan amsjid al-Aqsa di selamatkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan umat Islam yang berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur pada Jumaat 8 Disember.

Menurutnya, demonstrasi itu adalah untuk menunjukkan solidarity bersama-sama umat Islam seluruh dunia menyokong saudara-saudara SeIslam di bumi Palestin.

Katanya, hasrat Amerika Syarikat dan Israel untuk merampas Batitulmaqdis dari orang Islam tidak akan berjaya.

“kita berhimpun berama-ramai dan memohon (munajat) kepada Allah agar hasrat mereka yang jahat, yang mahu menjadikan Baitul Maqdis ibu negara Israel tidak akan diterima oleh Allah,

“bagi pihak Dewan Ulama (PAS Pusat) menyeru semua pihak supaya bersatu padu meneruskan perjuangan sehingga masjid al-Aqsa dan Palestin di bebaskan,” tegasnya.

Lebih 10,000 umat Islam negara ini turun berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, selepas tindakan biadap Presiden Amerika Syarikat Donal Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia yang turun ke jalan-jalan raya dari London hinggalah ke Jakarta.

Sumber BO - 9-12-2017

10,000 berhimpun di kedutaan bantah Trump

LEBIH 10,000 umat Islam negara ini turun berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika Syarikat pada hari ini selepas tindakan biadap Presiden Amerika Syarikat mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. 
Kehadiran yang dikuasai 70 peratus daripada anak muda bangkit menyatakan kebersamaan mereka terhadap sokongan membantah kebiadapan Amerika Syarikat dan Israel yang telah menceroboh tempat ketiga paling suci untuk umat Islam. 
Bertalu-talu ucapan kecaman terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Israel menggegarkan Jalan Tun Razak malah pelbagai sepanduk dan bendera Palestin berkibaran di tengah-tengah himpunan menandakan amarah umat Islam terhadap tindakan sekutu Israel itu. 
Himpunan bermula selepas umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak dan berakhir sejam kemudian turut dihadiri oleh pelbagai latar belakang badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam yang dikepalai oleh PAS. 
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia, ustazah Wan Hasrina Hassan dalam ucapannya mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar bertegas dengan Amerika Syarikat dengan tidak secara bersembunyi tetapi memboikot semua produk daripada negara tersebut. 
Ujarnya, malangnya Barisan Nasional sendiri tidak menunjukkan ketegasannya dalam mempertahankan umat Islam di al-Aqsa dan keganasan yang dilakukan oleh rejim zionis itu. 
Wakil MAPIM dalam ucapannya di perhimpunan solidariti bantahan sikap Amerika Syarikat 'menceroboh' Baitulmaqdis berkata, memorandum telah diserahkan dan diterima oleh Ketua Keselamatan kedutaan Amerika Syarikat. 
Tegasnya, penyampaian memorandum tersebut tidak datang daripada individu daripada negara ini sebaliknya ia adalah bantahan solidariti daripada seluruh umat Islam di negara ini yang menolak sekeras-kerasnya tindakan Presiden Amerika Syarikat itu. 
"Di sini saya nak sampaikan amanat daripada Pengerusi MAPIM (Mohd Azmi Abdul Hamid) yang kini berada di Jakarta menyatakan bahawa bantahan ini bukan sahaja berlaku di negara ini malah di Indonesia seramai 1.8 juta umat Islam di sana telah berhimpun mengadakan bantahan. 
Bantahan juga dilakukan di Thailand, Brunei dan beberapa lagi negara Asean yang turut menyatakan suara kebersamaan ini," katanya. 
Ujarnya, umat Islam negara ini tidak harus membiarkan tempat suci ketiga umat Islam itu dijajah sekali lagi selepas umat Islam pernah kehilangannya sejak tahun 1948 dan hari ini telah 69 tahun perkara itu berlalu. 
Namun peristiwa tersebut berulang kembali apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tanpa segan silu dan tidak bertanggungjawab bertindak mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 7 Disember lalu waktu Malaysia. 
Himpunan solidariti berakhir tepat jam 3 petang dengan diakhiri ucapan dan doa daripada Naib Presiden PAS, ustaz Idris Ahmad. 
Dalam ucapannya, ustaz Idris menegaskan isu al-Aqsa bukan isu agama semata-mata sebaliknya ia merupakan isu sejagat, isu kemanusiaan, isu kedaulatan dan demokrasi malah tambah beliau, Palestin telah diiktiraf kerakyatan mereka. 
Beliau yang berucap mengakhiri himpunan dengan ucapan doa selamatkan Palestin dan Baitulmaqdis diiringi air mata yang meruntun jiwa hampir seluruh hadirin yang hadir pada petang tersebut. – HARAKAHDAILY 8/12/2017












Sumber HD - 8-12-2017


Yang betul-betul hadir untuk menyatakan bantahan kepada amerika dan sekutunya israel.. (32 Gambar)
Posted on Friday, December 08 @ 17:26:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=37217



Yang betul-betul hadir untuk menyatakan bantahan kepada amerika dan sekutunya israel hanyalah #PAS manakala pemimpin dan penyokong #pakatanharPAN hanya mampu meroyan di dalam facebook dan twiteer manakala #UMENO hanya lantang di hadapan penyokong sendiri.






































































Kredit
Abdul Rahman YusofMohd Zubit LebaiHawari YahyaZubir AbdullahSh Zain

Sumber TKO - 8-12-2017

PAS anjur Solidariti Ummah hari ini







HIMPUNAN aman menentang pengiktirafan Amerika Syarikat, Baitul Maqdis adalah ibu negara Israel yang akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada hari ini Jumaat, 8 Disember 2017 sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Bangunan Tabung Haji akan diketuai oleh PAS. 
Semua parti politik, NGO-NGO, tokoh-tokoh, selebriti-selebriti dijemput untuk hadir bagi menunjukkan kebersamaan kita dalam isu pembebasan Baitulmaqdis dari cengkaman Zionis-Israel. 
Sejahtera Bersama Islam
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 8/12/2017

















Sumber HD - 8-12-2017
















Himpunan bebaskan Baitul Maqdis

SEMUA anggota dan pegawai Jabatan Amal Malaysia diwajibkan untuk turut bersama dan bertugas dalam himpunan ini esok, Jumaat, 8 Disember 2017, hadapan Kedutaan Amerika Syarikat. 
Himpunan akan diketuai oleh Jabatan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor. 
Semua anggota dan pegawai sila hadir dengan memakai uniform no. 3A atau 3B. No. 4 tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang provokasi oleh anasir luar. 
Lapor diri di Masjid Tabung Haji jam 12.00 tengh hari. 
BERAMAL KERANA ALLAH
Mohd Nazree Mohd Aris
Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia
7 Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017

















Sumber HD - 7-12-2017 

Himpunan Solidariti Baitulmaqdis Milik Umat Islam


KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Malaysia mengajak seluruh umat Islam untuk turun menyatakan solidariti ummah di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

Ketuanya Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia adalah bagi membantah Presiden Amerika Syarikat yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim zionis.

“Seluruh dunia menyaksikan Donald Trump telah mengumumkan Baitul Maqdis adalah ibu negara kepada Israel.
“Bagi umat Islam ianya adalah satu pengisytiharan paling biadap yang bakal mengundang kebangkitan ummah untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Zionis Yahudi,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru itu, beliau berkata bantahan tersebut akan diadakan sejurus selepas solat Jumaat, esok 8h Disember, 2017.
“Himpunan ini akan diketuai oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS,” tambah beliau

Sumber BO - 7-12-2017


Bersih mahu kerajaan dedahkan kos delegasi bertemu Trump
Posted on Tuesday, October 24 @ 12:14:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

http://www.tranungkite.net/x3/modules.php?name=News&file=article&sid=36127



PETALING JAYA: Gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 mahu kerajaan mendedahkan perbelanjaan delegasi Malaysia diketuai Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata segala kos melibatkan lawatan berprofil tinggi seperti itu tidak seharusnya disorok.

“Kerajaan perlu melaporkan kepada rakyat secara telus terutama mengenai lawatan ke Amerika Syarikat yang dilihat sebagai berprofil tinggi,” katanya kepada FMT.

Najib dan delegasi dari Malaysia berkunjung ke AS pada 11 hingga 13 September, di mana beliau turut mengadakan perjumpaan dengan Presiden Donald Trump.

Delegasi Najib itu dilaporkan menginap di sebuah hotel milik Trump di Washington berdekatan dengan White House, menimbulkan kritikan beberapa media AS.

Semalam, Speaker Dewan Rakyat menolak permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk mendapatkan kos penginapan delegasi Malaysia di Hotel Trump International.

Rombongan Najib itu bagi mempromosi hubungan perdagangan dua hala serta memperkukuhkan kepentingan ekonomi bersama antara AS dan Malaysia, dan menyaksikan Malaysia bersedia membeli pesawat di samping pelaburan infrastuktur berbilion dolar.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan tiada perjanjian dimeterai daripada kunjungan itu.

Sebaliknya, ia dilakukan untuk meningkatkan profil dan persepsi positif terhadap Malaysia sebagai rakan dagang dan pelaburan AS, katanya.

Maria meminta Mustapa menjelaskan imej yang ingin diperbaiki dan ditonjolkan kepada AS.
“Adakah ia mewajarkan delegasi dari Kerajaan Persekutuan bersama Najib ke AS demi mengangkat martabat kita. Imej apa pula yang kita sedang cuba perbaiki?” soalnya.

Sumber TKO - 24-10-2017

Tiada arahan ahli PAS sertai himpunan #TangkapMO1
Posted on Friday, August 26 @ 18:08:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31469



Tiada sebarang arahan daripada kepimpinan PAS supaya anggotanya menyertai perhimpunan #TangkapMO1 yang akan diadakan esok.

Bagaimanapun, Penolong Setiausaha Agung 1 PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut sekiranya parti Islam itu membenarkan anggotanya menyertai perhimpunan berkenaan.

"Setakat ini tak ada arahan. Saya tak boleh respon untuk soalan itu.

"Kita akan tunggu arahan setiausaha agung," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara.

Sumber TKO - 26-8-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

‘Masa tepat untuk BERSIH 5.0'
Posted on Friday, July 22 @ 14:39:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31101



Pengerusi, badan reformasi pilihan raya, BERSIH, Maria Chin Abdullah mengesahkan bahawa sebuah perhimpunan sedang dirancang berikutan perkembangan terbaru dengan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat.

Maria hari ini disoal sama ada satu lagi perhimpunan akan diadakan berikutan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang mahu merampas aset yang dibeli dengan dana yang didakwa dipesongkan daripada 1MDB.
Beliau bersetuju bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk satu lagi perhimpunan tetapi berkata kumpulan reformasi pilihan raya itu sedang dalam proses perbincangan.
"Proses BERSIH adalah kita perlu berbincang dengan NGO sebelum membuat sebarang keputusan.
"Jadi pasti agenda itu di atas meja kami," kata Maria.
Disoal sama ada BERSIH akan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan nanti, beliau berkata terpulang kepada bekas perdana menteri itu untuk menyertai bersama.
"Beliau bebas menyertai perhimpunan kami jika bersetuju dengan pembaharuan kami.
"Itu pendirian konsisten BERSIH," kata Maria.
Semalam, Mahathir mencadangkan supaya rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan aman untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.                                                                                                                                                                                                               Sumber TKO - 22-7-2016                                                                                 ------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Demo anti-Israel di KL, PAS tidak hadir
Posted on Friday, July 01 @ 18:23:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30850

Perarakan sempena Hari Al-Quds yang disambut pada Jumaat terakhir setiap Ramadan merupakan idea pemimpin revolusi Iran pada tahun 1980-an.

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan Islam hari ini berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang hari ini sempena Hari Antarabangsa Al-Quds, yang diadakan bagi menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin setiap Jumaat terakhir Ramadan.

Turut hadir ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Tian Chua dan aktivis Hishamuddin Rais.

Namun tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kelibat penyokong dan pemimpin PAS, yang sering mengadakan demonstrasi anti-Zionis, tidak kelihatan pada acara hari ini.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang merupakan salah satu badan penganjur, pihaknya memberikan hebahan dan jemputan terbuka berhubung perarakan hari ini.

“Kami buat hebahan dan menganggap semua sudah dijemput. Kami tidak boleh menghantar jemputan khusus kepada setiap badan. Lagipun memang umum mengetahui hari ini adalah sambutan Al-Quds,” kata Pengerusi Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.
palastinprotes1

Ditanya mengapa PAS tidak menyahut jemputan itu, Azmi sekadar berkata: “Itu kena tanya mereka sendiri.”

Perarakan disertai lebih 200 hadirin dan bermula dari Masjid Tabung Haji, sebaik sahaja selesai solat Jumaat kira-kira jam 2.30 petang.

Sebuah memorandum diserahkan oleh Azmi dan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Asia Tenggara, Abdul Ghani Samsudin, kepada kedutaan AS.

‘Semua mazhab perlu bersatu’

Hari Al-Quds, merujuk Masjid Quds di Baitul Maqdis, Palestin, diadakan pada Jumaat terakhir setiap Ramadan dan diasaskan pemimpin revolusi Islam Iran, Ayatullah Khomeini.

Bagi Abdul Ghani, hakikat ia diasaskan pemimpin Islam beraliran Shiah tidak sepatutnya menghalang rakyat Malaysia bermazhab Sunnah untuk sama-sama menyertai perayaan itu.

Beliau berkata, isu pembebasan Palestin daripada penjajahan Israel bukan sahaja perlu merentasi mazhab, tetapi juga warna kulit.

“Tanpa mengira mazhab apa, saya harap isu pembebasan Masjid Al-Aqsa ini dilihat sebagai isu teras,” katanya lagi.

Sementara itu, Azmi menyatakan komitmen melakukan apa sahaja yang termampu bagi memastikan memorandum itu sampai ke tangan Presiden AS, Barack Obama.

“Kalau boleh telefon, saya akan telefon dia. Masanya sebagai presiden semakin sampai ke penghujung, inilah masanya untuk dia berbuat sesuatu untuk Palestin,” katanya lagi.

Negara Arab membisu

Turut menarik perhatian adalah dua peserta wanita – Sharifah Hauta dan Sharifah Umara – yang menutup mulut mereka dengan kertas yang tertera ungkapan “silent”.

Sharifah Umara berkata, ia adalah kritikan khusus mereka buat negara Arab terutama Arab Saudi yang berdiam diri dalam membela nasib Palestin, wilayah yang tidak jauh dari mereka.

“Ini untuk Arab Saudi dan juga negara Arab lain. Mereka bukan sahaja tidak bela Palestin, tapi beri sokongan kepada Amerika Syarikat yang menyokong Israel,” katanya lagi. - FMT

Sumber TKO - 1-7-2016


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















Panas terik tak halang peserta hadir himpunan anti-GST

Posted on Saturday, April 02 @ 16:40:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Keadaan cuaca yang panas terik tidak menghalang lebih daripada 1,000 peserta daripada membanjiri jalan-jalan dari kompleks beli-belah Sogo menuju ke Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan membantah Cukai dan Perkhidmatan (GST).

Peserta juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Suasana yang seolah-olah suatu karnival itu menyaksikan peserta datang dalam baju -T hitam sambil membawa plakad yang mempamerkan bantahan mereka terhadap GST dan Najib.

Gerai jualan barangan anti-GST dan 'Undur Najib' berderetan sepanjang jalan dengan tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk menjual air botol dan makanan ringan.

Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini yang bergema dengan slogan 'Bebas Anwar' dan 'Reformasi, kali ini peserta melaungkan 'Mansuh GST' dan juga 'Najib pui!'.

Ketika ini, peserta perhimpunan sedang berlegar-legar di hadapan Dataran Merdeka kerana akses dan
laluan mereka telah disekat oleh polis.

Sumber TKO - 2-4-2016

Ali Tinju akan dipecat dari Persatuan Veteran

BERNAMA | .

IPOH: Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju akan dipecat keanggotaannya daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) ekoran tindakannya yang sering menimbulkan kontroversi.

Naib Presiden PVATM, Leftenan Komander (B) Jayah Said berkata keputusan itu akan dibuat kerana tindakan atau kenyataan Ali Tinju sejak kebelakangan ini dilihat menjatuhkan imej persatuan.

"Kami telah mengumpul bukti kukuh untuk mengambil tindakan terhadap Ali Tinju dalam masa terdekat. Ini kerana kami tidak mahu nama baik persatuan ini tercemar akibat daripada tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh Ali Tinju selain ia melanggar perlembagaan dan peraturan pentadbiran persatuan," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Beliau yang juga Yang Dipertua PVATM Perak berkata Ali Tinju melakukan perkara yang bercanggah dengan budaya, etika dan nilai murni yang wujud dalam PVATM.

Mohd Ali turut direman dua hari mulai semalam kerana dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui aplikasi WhatApps susulan kekecohan yang berlaku di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. - Bernama

Sumber HD - 23-12-2015



Mangsa Penipuan Tampil Tuntut Hak Di Kompleks Kota Raya
Posted on Tuesday, December 22 @ 22:36:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Susulan insiden kekecohan di Kompleks Kota Raya di ibu negara pada Ahad, kini lebih ramai mangsa penipuan tampil untuk menuntut hak mereka.

Mereka dibantu kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mula bertugas di kaunter khas kompleks itu.



Tinjauan kami juga mendapati sebanyak tujuh premis penjualan telefon bimbit di tingkat bawah kompleks ini telah ditutup.



Manakala, jumlah pengunjung juga semakin berkurangan.



Beberapa mangsa penipuan yang ditemui mengadu modus operandi jurujual terbabit ialah menawarkan telefon bimbit bernilai RM300 kepada mereka.



Menurut mangsa penipuan yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, 53, beliau membayar RM300 bagi telefon bimbit namun harga itu terus meningkat.



"Lepas daftar nama saya, jurujual itu memberi saya satu resit dengan harga RM899 jenis Android tambah lagi dengan pelbagai alasan dengan jumlah RM1999 dan jumlah penuh perlu saya bayar ialah RM2,738.



"Saya memang terkejut daripada RM300 menjadi RM2,000. Jurujual itu menerangkan harga itu hanya bagi housing (sarung) telefon dan harga lain ialah bagi telefon itu. Saya terus jelaskan tidak ada wang namun RM300 tidak dikembalikan," katanya ketika ditemui di sini.



Seorang lagi mangsa warga Indonesia yang dikenali sebagai Vivienne, 43, berkata dirinya seringkali ditipu apabila menghantar telefon bimbitnya untuk menuntut sijil jaminannya.



"Saya kena tipu kerana jurujual itu cakap telefon saya tidak dapat diperbaiki lagi padahal ia masih mempunyai warantinya selama dua tahun.

"Jurujual itu berkata sekiranya saya perlu memperbaiki telefon bimbit itu perlu membayar semula RM300 namun saya tak mampu dan saya hanya perlu bayar RM100. Telefon bimbit itu masih tidak dapat dipakai dan saya ditipu lagi sampai saya menangis," katanya.

Manakala seorang lagi mangsa, Redowan, 22 tahun warga Bangladesh yang telah berkerja di sini dua bulan berkata beliau membayar RM600 dan diberi resit namun telefon bimbitnya hanya boleh diambil tiga bulan kemudian.

"Kerana masalah bahasa saya ditipu dan hari ini saya datang semula menuntut telefon bimbit saya namun kedai itu sudah ditutup. Saya terus membuat aduan di kaunter khas KPDNKK dan memohon agar tindakan diambil kepada mereka," katanya di sini.

Kaunter khas KPDNKK telah dibuka di kompleks ini yang beroperasi sehingga jam 11 malam setiap hari bagi membantu mangsa terbabit membuat aduan mereka.
--Astro Awani

Sumber TKO - 22-12-2015



Demo di Kota Raya, Ali Tinju ditahan polis

Posted on Tuesday, December 22 @ 06:47:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Polis menahan Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju ekoran demontrasi yang diadakan untuk memboikot peniaga di Kompleks Kota Raya Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superitendan Habibi Manjiji, Ali ditahan di IPD berkenaan kira-kira jam 7 malam, lapor New Straits Times.

Habibi berkata satu laporan polis dibuat terhadap Ali yang mengetuai demonstrasi di pusat membeli-belah itu Jumaat lepas.

Pergaduhan kecil berlaku antara sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengan peniaga berkenaan hingga menimbulkan kebimbangan berulangnya kejadian seperti berlaku di Plaza Low Yat Plaza Julai lalu.

Ali bagaimanapun menafikan penglibatan dalam pergaduhan itu.

Ali mengetuai tunjuk perasaan selepas ada pembeli mendakwa dikurung oleh seorang peniaga selama empat jam kerana enggan membeli beberapa telefon bimbit.

Pembeli itu mendakwa peniaga di kompleks itu meminta bayaran RM10,000 bagi empat telefon bimbit walaupun harga asalnya hanya RM800. Individu tersebut hanya dibebaskan selepas membayar RM5,000.


Tribunal pengguna berpihak kepada pembeli berkenaan dan mengarahkan peniaga terbabit memulangkan wang kepadanya. - MK

Sumber TKO - 21-12-2015



















Seorang ditahan, 14 diburu bergaduh di Kota Raya

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Seorang suspek kes pergaduhan di kompleks beli-belah Kota Raya ditahan polis semalam manakala 14 lagi suspek yang terbabit dalam kes itu masih diburu.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji berkata suspek yang diburu itu melibatkan sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan dan jurujual telefon bimbit di kompleks berkenaan.
  
"Suspek yang ditahan 5 petang selepas kejadian semalam ialah seorang lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penjaga parkir di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
  
Beliau berkata pergaduhan itu berlaku selepas sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan, tidak berpuas hati dan mendakwa mereka ditipu oleh jurujual telefon bimbit terbabit.
  
"Polis akan mengeluarkan imej beberapa suspek yang terbabit dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata polis akan memohon reman terhadap suspek lelaki yang ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan.
  
Semalam, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah Kota Raya di sini.
  
Klip video pergaduhan itu, yang berdurasi dua minit dan 30 saat, telah dimuat naik dalam YouTube.
  
Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit, dan ada yang membaling kerusi ke dalam kedai berkenaan. - Bernama

Sumber HD - 21-12-2015


Dua cedera bergaduh di Kompleks Kota Raya

Posted on Sunday, December 20 @ 23:14:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dua individu dilaporkan cedera dalam pergaduhan yang berlaku di sebuah kedai telefon, Kompleks Kota raya, Kuala Lumpur hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu berlaku apabila sekumpulan pelanggan dengan sebahagiannya bersenjatakan parang kembali ke kompleks itu untuk menuntut bayaran balik atas pembelian telefon, lapor Mstar Online.

Portal itu difahamkan, pihak pengurusan kompleks mengambil keputusan menutup bangunan itu bagi mengelakkan insiden berlanjutan sebelum pihak polis dilihat mengawal dan membuat pemantauan di kawasan sekitar.

Terdahulu, seorang pelanggan didakwa dikurung pekedai di kompleks beli-belah tersebut dengan tujuan memaksa mangsa membeli telefon bimbit.

Mangsa didakwa dikurung selama empat jam selepas dia mengubah fikiran daripada membeli empat telefon bimbit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, polis masih menyiasat insiden tersebut.

Kejadian itu mendapat perhatian Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom yang menganjurkan satu bantahan sebagai tindak balas kejadian penahanan pelanggan tersebut.

Bagaimanapun perhimpunan itu tidak menjadi seperti dirancang apabila hanya kira-kira 20 orang sahaja daripada Gerakan Merah yang hadir dan ia bertukar menjadi satu sidang media.

Sumber TKO - 20-12-2015
























Dua Pemilik Kedai Telefon Bimbit Di Plaza Kota Raya Bertukar Pemilik

Posted on Saturday, December 19 @ 18:10:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Sehari selepas serbuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), pemilik dua kedai telefon bimbit nampaknya bertukar tangan pada Khamis.

Tinjauan di kompleks beli-belah pada Khamis malam mendapati dua premis di tingkat bawah itu menampak notis mengatakan kedua-dua kedai itu dimiliki pemilik baharu bermula 17 Disember.



Notis itu seterusnya menyatakan pembeli yang mempunyai pertikaian berhubung pembelian telefon bimbit supaya menghubungi pengurusan lama. Bagaimanapun, butiran untuk menghubungi pemilik lama tidak disertakan.



Kakitangan di salah satu kedai itu mengesahkan notis itu ditampal pada Sabtu, dan dia tidak mengenali siapa pemilik lama dan baharu serta tidak berhubungan dengan mereka.



Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki ‘dikurung’ dalam sebuah bilik kerana enggan membeli empat telefon bimbit, selepas diminta membayar RM10,000 dan bukan RM800 seperti yang dipersetujui sebelum ini.



Mangsa, Dipres Nasution Mohd Arifin yang berumur 28 tahun, dibebaskan selepas menyerahkan RM5,000 dan kemudian membuat laporan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum membuat laporan ke PPIM, tetapi mendakwa tiada tindakan diambil.



Beliau kemudiannya menemui PPIM, yang kemudiannya menyerbu kompleks itu dan mengambil semula wang tunai berjumlah RM11,900 dari beberapa kedai, yang didakwa telah menipu tujuh lagi pelanggan.



KPDNKK sebelum ini berkata badan bukan kerajaan supaya jangan bertindak secara bersendirian, dan bekerjasama dengan pihak kementerian untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang disyaki menipu pelanggan.



Ketua Setiausaha KPDNKK Alias Ahmad berkata beliau tidak faham mengapa Dipres mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.



Alias menjelaskan Dipres telah membuat laporan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di ibu negara pada 24 November.



“Pada 15 Disember, Tribunal Tuntutan Pengguna mengarahkan kedai telefon bimbit itu memulangkan RM5,000 kepada Dipres. Keesokan harinya, dia memberitahu media bahawa pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan,” katanya.



Ketua Setiausaha itu menjelaskan bahawa pada 2015, KPDNKK menjalankan lapan serbuan di Kompleks Kota Raya keatas kedai-kedai telefon bimbit yang menjual barangan tiruan, dan merampas barangan bernilai RM9,037.

Sumber TKO - 19-12-2015

Ali Tinju rosak imej PVATM, mungkin kena tindakan

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.

Menurut Majlis Eksekutif PVATM, ini memandangkan Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom sering membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.
  
Tindak tanduk Ali Tinju itu juga disifatkan telah memberi imej yang tidak baik terhadap Veteran ATM secara menyeluruh selain bercanggah dengan prinsip dan amalan Veteran ATM di negara ini.
  
"Sentimen perkauman yang dilaung-laungkan Ali Tinju boleh menjejaskan usaha pucuk pimpinan negara dan kerajaan untuk terus menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negara ini.
  
"Tindakan tidak bertanggungjawab Ali Tinju perlu dibendung dan dihentikan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," menurut PVATM dalam kenyataan di sini, hari ini.
      
Mohd Ali sebelum ini pernah mencetus kontrovesi melalui beberapa tindakannya termasuk insiden 'senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S.Ambiga dan demonstrasi jalanan sewaktu insiden Low Yatt.
  
Menurut PVATM, Mohd Ali pernah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) selama lapan tahun dan merupakan anggota persatuan itu yang berdaftar di cawangan Petaling, Selangor, namun tidak aktif.
  
Persatuan itu turut menegaskan Persatuan Veteran Tentera Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor (PVTM) yang ditubuhkan Mohd Ali tidak lagi wujud.
  
"PVTM telah dibubarkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 April 2014 kerana gagal mematuhi beberapa syarat dan peraturan yang dikenakan ke atas setiap persatuan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
  
"Oleh itu kami berharap pihak media tidak lagi menyebut dan mengaitkan Ali Tinju sebagai Presiden PVTM kerana persatuan itu tidak lagi wujud," kata kenyataan itu.
  
PVATM merupakan persatuan terbesar veteran ATM dengan 160,000 anggota dan kini diterajui Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia selaku presiden. - Bernama

Sumber HD - 19-12-2015




Protes ‘panas’ Ali Tinju - hanya 20 peserta hadir

Posted on Saturday, December 19 @ 07:16:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Berita

Demonstrasi 'Gerakan Merah' yang didakwa "panas" seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Julai lalu 
akan berulang di Kompleks Kota Raya pada petang ini tidak menjadi kenyataan seperti yang dirancang.

Sebaliknya, hanya kira-kira 20 orang daripada gerakan tersebut yang hadir.

Pihak penganjur kemudiannya mengantikan protes itu dengan sesi sidang media dengan puluhan
anggota polis serta media yang berada di kawasan berkenaan.

Pemimpin gerakan itu yang juga adalah Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom
menyalahkan pihak media kerana didakwa memperbesarkan isu pihaknya ingin mengadakan "lawatan"
ke kompleks membeli-belah tersebut.


"Bukan nak buat rusuhan. Itu salah. Saya sangkal sekerasnya. Kami tak pernah buat rusuhan dan
nyalakan api perkauman dan kami perjuang nasib rakyat yang kecewa yang kena tipu," katanya.

Selain itu, ditanya mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengatakan kemungkinan perhimpunan
petang ini "panas" seperti di Low Yat, Ali atau dikenali sebagai Ali Tinju berkata:

"Panas? Mana ada panas? Yang panas bila media keliling sekarang ini. Itu yang panas," katanya.

Bela rakyat, bukan gaduh

Ali berkata, kehadirannya pada petang ini hanyalah untuk menegakkan keadilan kepada pengguna
yang tertindas oleh peniaga.

Katanya, gerakannya itu akan membela semua pengguna yang tertindas tanpa mengira kaum.

"Saya sebenarnya datang nak berjalan-jalan. Tak terfikir pun nak ke kedai tersebut sebab saya tahu
tribunal pengguna dah ambil tindakan.

"Tak ada perkauman. Tak ada pergaduhan. Saya datang nak bela nasib rakyat bukan untuk pergaduhan,"
katanya lagi.


Sementara itu, Ali juga meminta supaya orang ramai memboikot Kompleks Kota Raya berikutan

kejadian melibatkan pelanggan yang dikurung kerana enggan membeli telefon bimbit.

Kursus hormati pengguna

Malah, beliau juga mencadangkan supaya semua peniaga dihantar kursus oleh pihak kerajaan supaya
lebih menghormati pengguna.

"Saya minta kerajaan panggil semua peniaga untuk pergi kursus. Supaya mereka tahu bagaimana nak
hormat pengguna. Jangan fikir orang hang meniaga ini sudah kaya.

"Saya beri amaran, jika berulang lagi, kami orang Melayu akan bangun dan tentang sekerasnya
peniaga Cina dalam Malaysia. Tetapi bukan semua (peniaga Cina), segelintir sahaja yang suka tipu dan belit fakta. Ini salah disisi undang-undang negara," katanya.

Sebelum sidang media itu, tinjauan Malaysiakini mendapati rata-rata kedai di dalam kompleks
membeli-belah itu tutup.



Ketika ditanya mengapa kedai di kawasan itu tutup, salah seorang peniaga yang enggan namanya
disiar berkata, ia dilakukan kerana mereka "takut".

"Kita tutup sebab baju merah sudah datang," kata lelaki itu ringkas.

Dua hari lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki 'dikurung' di sebuah bilik kecil selama
empat jam oleh beberapa lelaki tidak dikenali akibat tidak mahu meneruskan pembelian telefon bimbit.

Lelaki tersebut dilaporkan tertarik dengan tawaran membeli sebanyak empat telefon bimbit pada harga
RM200 setiap satu tetapi kemudiannya diminta membayar RM10,000.

Tribunal Pengguna

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Datuk Alias Ahmad dalam satu kenyataan berkata kes itu dibawa ke Tribunal Pengguna Kuala Lumpur
pada 24 November lalu.


Pada keputusannya Selasa lalu, tribunal itu mengarahkan seorang peniaga telefon bimbit untuk
memulangkan kembali RM5,000 kepada pengadu.

Katanya, selepas keputusan itu, pengadu bersama wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
pergi ke kedai berkenaan untuk membuat tuntutan.

"Peniaga mengembalikan RM5,000 manakala pengadu memulangkan semula empat telefon bimbit,”
kata Alias.

Sumber TKO - 19-12-2015



Gerakan Merah rancang berhimpun di Kompleks Kota Raya petang ini

Posted on Friday, December 18 @ 15:06:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Susulan kejadian seorang pelanggan dikurung selama 4 jam kerana enggan meneruskan pembelian 

telefon bimbit yang harganya secara tiba-tiba mencecah RM10,000, Presiden Persatuan Veteran 
Tentera Malaysia (PVTM) Mohd Ali Baharom mengisytiharkan akan mengadakan satu perhimpunan 
bagi menuntut penjelasan berhubung isu itu.

Perhimpunan yang digelar "Gerakan Merah" itu dirancang diadakan pada jam 4 petang ini di hadapan 

Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur.

Ali yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, perhimpunan itu sebagai tanda mempertahankan hak 
pengguna terbabit sebagai pengguna yang teraniaya.

Memandangkan peniaga tersebut daripada kaum Cina dan pengguna itu seorang Melayu, Ali berusaha 

menjelaskan dan menegaskan perhimpunan itu tidak berunsur perkauman.

"Bukan isu perkauman. Tidak. Gerakan Merah tidak ada buat isu perkauman. Apa yang perkauman? 

Saya mempertahankan hak pengguna.

"Jika hak pengguna itu dicemari peniaga-peniaga tidak berdisiplin yang membelakangi undang-undang 

negara, kita mahukan kepastian dan keadilan kepada hak pengguna," katanya ketika dihubungi T
he Malaysian Insider.

"Sama ada kaya, miskin, peniaga, pembeli, kamu sebagai peniaga tidak boleh kunci seorang 

perempuan 4-5 jam dalam bilik.

"Saya nak bantu bela nasib pembeli wanita tersebut, bukan nak keruhkan keadaan. Di mana-mana saya 

bergerak, prinsip saya bukan perkauman," kata Ali.

Beliau menganggarkan perhimpunan itu akan dihadiri kira-kira 50 hingga 100 orang peserta.



Sumber TKO - 18-12-2015

Pendekatan Sejahtera ‘Jalan’ PAS

Seingat saya malah ketika siri BERSIH (kecuali BERSIH 4.0), PAS lah yg berperanan penting memastikan perhimpunan tidak menjadi ganas. Unit AMAL PAS yang menyekat tindakan kumpulan yang mahu bawa aliran merusuh.

Ketika ahli ahli Parlimen pembangkang berkumpul duduk bersila di parking Parlimen berbincang nak turunkan Najib dengan disertai aktivis NGO, Hishamudin Rais dikatakan mencadangkan buat perhimpunan untuk kepung parlimen.

Semua kenal Hishamuddin bawa aliran radikal. Kita tahu dia kawan baik Mat Sabu.

Tak semena mena satu ketika kita terlibat dengan sikap berlembut dengan tokoh komunis Chin Peng yang ada pihak desak dibenarkan kembali ke Malaysia, tambah lagi bila Mat Sabu pula mulakan kontroversi Mat Indera.

Untuk seorang yang diketahui kagum dengan revolusi ala Iran, malah sampai kini ada saja lawatannya ke sana berbanding mengunjungi tokoh tokoh ulama sunni, Mat Sabu sendiri kaki membakar perasaan rakyat ke jalanraya.

Tiba tiba Mat Sabu mahu menuduh PAS bawa aliran ganas?

Bukan kah baru sahaja lagi PAS memilih pendekatan matang, cermat dan bertanggungjawab dalam membawa isu isu rakyat dengan gabungan lebih 200 NGO melalui penganjuran Kongres Rakyat yang begitu besar sambutannya dan ertinya?

Bukan PAS yang pusing satu negara ajak rakyat ke jalanraya BERSIH 4.0 yang gagal bila hanya lebarkan jurang antara kaum bila ia bertukar menjadi himpunan 93% kaum Cina semata mata. Yang menaikkan suhu antara kaum bila ada yg begitu terpengaruh dengan propaganda tertentu hingga membuat acara memijak gambar pemimpin2 utama dari umat Islam iaitu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan DS Najib , Presiden UMNO yang perlu diakui PAS dan UMNO masing2 adalah parti yang paling besar pengaruh dikalangan orang melayu. PAS beratus kali menegaskan tiada kerjasama politik dengan UMNO. PAS yang menentang UMNO di dalam pilihanraya.

Apa reaksi DS TGHH orang pijak gambarnya? Beliau tenangkan ahli PAS. Jangan jadi ganas. “Biarlah, mereka tak tahu..”

Hari ini pun, jika berlaku sebarang kezaliman hatta kepada kaum lain, Cina atau India, saya sangat pasti, PAS lah antara yang akan mula mula tampil menjadi benteng melindungi.

Keganasan di Paris, Perancis yg dilakukan oleh ISIS, PAS lah yang mula mula mengecam. DS TGHH yang lebih dahulu menziarahi Kedutaan Perancis menyatakan dukacita dan Takziah.
Parti Mat Sabu hanya tiba selepas itu..

Betullah pendirian DS TGHH. PAS mahu bina negara yang sejahtera untuk rakyat. Jangan ambil pendekatan yang susahkan rakyat.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
2hb November 2015

Sumber BO - 2-12-2015


























GLC: Jangan salah guna aset kerajaan untuk parti politik

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melahirkan rasa bimbang dengan kenyataan terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan pendanaan politik oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Najib dalam jawapan bertulis di Parlimen dilaporkan berkata bahawa "syarikat milik kerajaan melalui MKD dan GLC tidak memperuntukkan dana tahunan khusus bagi sumbangan kepada ahli politik atau parti politik”.

"Sebaliknya jika terdapat permohonan sumbangan daripada pihak berkenaan, ia dikendalikan seperti mana permohonan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan lain iaitu berdasarkan keperluan organisasi berkenaan dan ketersediaan baki peruntukan belanjawan CSR syarikat semasa permohonan diterima."

Bersih 2.0 berpendirian GLC seharusnya berperanan sebagai aset kerajaan dan mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.

"Tanggungjawab sosial itulah yang dimaksudkan sebagai corporate social responsibility," ujar Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.

Tambahnya, GLC tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk menyediakan dana bagi parti-parti politik, terutamanya bagi menjayakan kempen-kempen politik demi kepentingan individu atau kumpulan tertentu.

Malah, katanya tindakan memberi dana kepada parti-parti politik dilihat boleh menjejaskan keyakinan pelabur terhadap GLC; dan mungkin menyebabkan mereka menjual pegangan dalam GLC tersebut, justeru menyebabkan nilai pasaran GLC tersebut merosot.

"Adakah jawapan Perdana Menteri bertujuan menghalalkan (antara lain) ‘derma’ terkait syarikat bermasalah 1MDB berjumlah RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya, sepertimana yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?" tanya Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

Jika demikian, ujarnya adakah Perdana Menteri telah membuat permohonan kepada GLC terbabit untuk mendapatkan sumbangan dana tunai untuk disalurkan terus ke akaun peribadi beliau.

"Adakah permohonan tersebut kemudiannya dibawa ke mesyuarat lembaga penasihat 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri untuk diluluskan?" soalnya lagi.

Sehubungan itu, Bersih 2.0 menyelar sebarang tindakan untuk menyalahgunakan aset dan kekayaan kerajaan demi kepentingan parti dan pemimpin politik.

Menurutnya, bukan sahaja suatu salahguna kuasa secara terang-terangan, bahkan ia membuka laluan kepada korupsi dan rasuah yang tidak terkawal.

Bagi Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, sekiranya GLC ingin menjalankan program CSR, dana tersebut boleh dibelanjakan terus kepada masyarakat yang memerlukannya, tanpa perlu melalui kantung tiris parti-parti politik, apatah lagi pemimpin-pemimpin politik tertentu. - HARAKAHDAILY 18/11/2015

Sumber HD - 18-11-2015



Hentikan pendakwaan dan siasatan bermotif politik

Posted on Thursday, November 12 @ 13:03:45 MYT by paktam

Oleh Bersih 2.0

Human Rights Watch (HRW) dalam laporan khasnya berkenaan penafian hak asasi di Malaysia menggariskan siri pendakwaan dan siasatan terhadap kumpulan pengkritik kerajaan, termasuk daripada kalangan masyarakat sivil dan parti politik.

Disifatkan HRW sebagai siri tindakan balas dendam sebuah pentadbiran yang rapuh, dalam rangka untuk membungkam bantahan dan kritikan yang disuarakan ramai pihak.

Selain siri siasatan dan pendakwaan terpilih yang semakin rancak dilakukan pihak berkuasa kebelakangan ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melihat satu trend tindakan mensasarkan pemimpin politik tertentu terus dijalankan.

Tindakan sedemikian secara efektif bertujuan membunuh lawan politik dan juga bakal calon pilihan raya akan datang, selain merupakan sebuah upaya penindasan politik bagi menafikan hak membantah sepertimana yang dituntut dalam perhimpunan Bersih 4.

Senarai panjang ahli Parlimen dan ADUN yang disiasat malah yang didakwa di bawah pelbagai akta termasuklah: Dr Ko Chung Sen (Kampar), Nga Kor Ming (Taiping), Rafizi Ramli (Pandan), Dr Afif Bahardin (Adun Sebarang Jaya), Ng Wei Aik (Tanjung), Nurul Izzah (Lembah Pantai), Tony Pua (PJ Utara), Lim Kit Siang (Gelang Patah), R Sivarasa (Subang), Teresa Kok (Seputeh), N. Surendran (Padang Serai), Khalid Samad (Shah Alam), RSN Rayer (Adun Seri Delima), Dr P. Ramasamy (Timb. Ketua Menteri Pulau Pinang), Phee Boon Poh (Adun Sungai Puyu), Tian Chua (Batu), Azmin Ali (Gombak), Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia) dan juga mendiang Karpal Singh.

Mereka ini sama ada disiasat atau didakwa di bawah Akta Hasutan atau Akta Perhimpunan Aman, dan sekiranya didapati bersalah akan menyebabkan mereka hilang kelayakan bertanding dalam pilihanraya akan datang serta menafikan hak para pengundi untuk memilih wakil rakyat yang mereka suka.

Ironinya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak banyak kali berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, namun ia terus digunakan terhadap lawan politiknya.

Bersih 2.0 dan Suaram melihat ini sebagai satu taktik keji untuk mencantas lawan politik parti pemerintah, sekaligus membelakangkan proses demokrasi yang melantik mereka sebagai wakil rakyat di dewan legislatif. Daripada menewaskan mereka di lapangan pilihanraya, proses undang-undang nampaknya disalahgunakan bagi memastikan mereka tewas sebelum sempat bertanding dalam pilihanraya.

Bersih 2.0 dan Suaram justeru menyatakan kebimbangan langkah licik yang diambil pihak kerajaan akan mengakibatkan negara mempunyai barisan pembangkang yang lemah, setelah tokoh utama disumbat ke penjara atau hilang kelayakan bertanding.

Menjelang sidang kemuncak rantau Asean dan kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di tanah air, kami menggesa kerajaan untuk segera menggugurkan siasatan dan pertuduhan bermotifkan politik terhadap aktivis masyarakat dan juga ahli politik pembangkang, sebagai bukti negara mengamalkan demokrasi yang sebenar.

Kerajaan tidak wajar berlakon seolah negara mengamalkan demokrasi di depan tetamu antarabangsa, namun sebaliknya dalam diam menanam ranjau dalam amalan demokrasi sihat di tanah air.

Kerajaan justeru didesak supaya menghentikan langkah menindas menggunakan undang-undang ini, dan menumpukan secara ikhlas kepada penambahbaikan institusi demi kebaikan rakyat terbanyak.

Sumber DD - 12-11-2015        


Anak Lelaki Azmin Dibenar Duduki Peperiksaan Sebelum Beri Keterangan
Posted on Monday, November 09 @ 15:54:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Anak lelaki kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hanya akan hadir ke balai polis untuk memberi keterangan selepas selesai menduduki semua kertas peperiksaannya, kata peguam Latheefa Koya pada Isnin.

"Saya bercakap dengan pegawai penyiasat, ASP Ananthan pada petang Ahad dan akan menghantar surat kepadanya kira-kira pukul 10 pagi ini mengesahkan bahawa siasatan hanya akan diteruskan selepas dia selesai menduduki peperiksaannya. Kami akan memaklumkan kepada polis sebaik sahaja peperiksaannya selesai," kata Latheefa yang mewakili remaja berusia 15 tahun itu.

Menurut laporan, Azmin menyerahkan kepada peguamnya untuk memutuskan sama ada anak lelakinya perlu pergi ke balai polis untuk diambil keterangan pada Isnin berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih berikutan notis yang diserahkan oleh polis.

Notis tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah bertujuan memohon kehadiran anak lelaki Azmin ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira pukul 10 pagi Isnin bagi bagi direkodkan keterangannya berhubung perhimpunan tersebut.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji berkata notis itu dikeluarkan selepas anak lelaki Azmin gagal hadir ke balai polis tersebut selama beberapa bulan.
"Kami dimaklumkan bahawa dia sibuk dengan peperiksaannya. Kami cuba untuk bertolak-ansur dan memahami, oleh itu kami terus menangguhkannya.

"Namun selepas lama menunggu, DPP memutuskan untuk mengeluarkan notis tersebut. Kami hanya menjalankan tugas," katanya.


Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, mereka yang berumur 15 tahun ke bawah tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana perhimpunan awam. - Mstar

Sumber TKO - 9-11-2015


































Acah ‘peperangan’ ancam demokrasi

Posted on Monday, October 26 @ 15:01:52 MYT by paktam

Oleh Bersih 2.0

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Ali Rustam telah dilaporkan berkata bahawa pertubuhannya sedia ‘berperang’ sekiranya dicabar. Kenyataan beliau nampaknya telah mendapat restu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah Perdana Menteri sendiri turut mengisytiharkan silat sebagai benteng pertahanan negara ketiga selepas polis dan angkatan tentera. Deklarasi yang sama turut pernah dinyatakan olehnya sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.


Setiap kali berlangsungnya perhimpunan aman yang dilihat sebagai menggugat kedudukan parti pemerintah, kita akan turut melihat bunga-bunga ancaman dan ugutan daripada proksi-proksi ultra Melayu untuk cuba mempertahankan kedudukan kuasa parti pemerintah.


Pendekatan sebegini sewajarnya dikecam dan dihentikan, terutamanya apabila ia menggugat amalan demokrasi yang menjamin hak membantah, serta mengganggu keamanan sejagat dan hubungan antara kaum tanpa sebarang tindak balas undang-undang.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menilai kenyataan Ali Rustam sebagai suatu ancaman serius terhadap keamanan dan demokrasi yang diamalkan dalam negara.

Tidak mungkin sebuah sistem pilihanraya yang adil dan bebas dapat dilaksanakan sekiranya wujud kelompok-kelompok yang bebas mengacah dan mengugut menggunakan kekerasan serta perkelahian secara sesuka hati.

Ugutan sedemikian adalah ancaman kepada demokrasi dan sistem pilihanraya yang bersih serta hak membantah, yang menjadi tuntutan perhimpunan Bersih pada 4 hujung Ogos lalu.

Bersih 2.0 justeru menggesa pihak polis untuk menyiasat kenyataan Ali Rustam yang berbaur perkauman tersebut supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Bersih 2.0 menegaskan bahawa kami bersama rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan demokrasi akan terus komited terhadap nilai-nilai tersebut. Manakala mereka yang cuba menjejaskan demokrasi dengan ancaman dan ugutan keganasan pastinya akan terhantar ke bakul sampah sejarah.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, yang terdiri daripada: Pengerusi: Maria Chin Abdullah;

Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).

Sumber DD - 26-10-2015


Demo 'sambut' kenaikan tol esok

Posted on Thursday, October 15 @ 05:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Menjelang kadar baru esok, bantahan kenaikan kadar tol hari ini berlangsung di beberapa tempat di Lembah Klang.

Di lebuh raya Guthrie, dekat Stadium Shah Alam, sekumpulan anggota PAS berkumpul bagi menyatakan bantahan mereka terhadap kenaikan tol di 18 lebuh raya sehingga 200 peratus.

Walaupun jumlah kehadiran tidak besar, kelihatan pengguna jalan raya membunyikan hon tanda sokongan mereka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam Mohd Huzaifah Mokhtar berkata walaupun mungkin bantahan itu tidak mengubah keputusan kerajaan, mereka berharap dapat memberi kesedaran kepada rakyat berhubung isu itu.

"Mungkin apa yang kami lakukan hari ini tidak cukup namun kami akan adakan pertemuan bagi tindakan lanjut agar kita dapat mengubah keadaan ini.

"Kita sudah pun menghadapi isu-isu yang memeritkan rakyat seperti GST (cukai barangan dan perkhidmatan), 1MDB, TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) yang masih berteka-teki.

“Jadi, hari ini kita menyatakan bantahan terbaru terhadap kenaikan tol," katanya kepada pemberita.
PAS Selangor turut merancang beberapa siri bantahan di tempat lain seperti DUKE, lebuh raya Kajang Silk.

DAP juga menganjurkan bantahan mereka di lebuh raya Damansara-Puchong di tol ke arah Sunway yang turut dihadiri oleh anggota parlimen kawasan itu Gobind Singh Deo. - MK

Sumber TKO - 15-10-2015


Demokrasi jenis apa jika tiada hak membantah

Posted on Wednesday, October 07 @ 16:38:02 MYT by paktam

Oleh Bersih 2.0

Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam dalam kes Akta Hasutan 1948 melibatkan Profesor Madya Dr Azmi Sharom membangkitkan banyak kebimbangan.Azmi didakwa di bawah akta tersebut tahun lalu ekoran komentar akademiknya dalam sebuah tulisan terhadap kes krisis perlembagaan negeri Perak pada 2009.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) melihat keputusan mahkamah dalam mempertahankan keperlembagaan Akta Hasutan 1948 sebagai satu lagi batu tanda dalam jalan panjang menafikan hak membantah di negara ini.

Keputusan kes Azmi pastinya meresahkan puluhan lagi yang turut terperangkap dalam pukat tunda Akta Hasutan tahun lalu, termasuklah demikian ramai ahli-ahli Parlimen dan aktivis sosial.

Adakah ini modus operandi pihak kerajaan dalam memastikan pentadbirannya tidak dicabar dan diganggu-gugat, dengan memangsakan para pemimpin masyarakat menggunakan undang-undang zalim dan seterusnya memenjarakan mereka yang mengakibatkan mereka hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya?

Negara yang tidak membenarkan warganya mempersoal dan mengkritik, apatah lagi kritikan akademik ternyata hidup dalam sistem demokrasi yang cacat dan tidak sihat. Adakah ini aspirasi parti pemerintah, untuk menguruskan pentadbiran negara secara sendirian, tanpa semak imbang daripada parti-parti pembangkang dan juga aktivis masyarakat?

Kerajaan harus mengambil iktibar daripada pesan bekas presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy; yang berkata, ‘mereka yang memustahilkan perubahan secara aman, tidak akan dapat mengelak perubahan melalui keganasan’.

Justeru, BERSIH 2.0 menasihatkan kerajaan untuk tidak mengambil garis keras dalam membungkam hak membantah rakyat Malaysia.

Sumber DD - 7-10-2015

Akaun Bersih 4 RM2.6 juta, kini giliran Najib pula

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Seperti yang dijanjikan, Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini membentangkan akaun dan perbelanjaan perhimpunan aman Bersih 4.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 memaklumkan mereka berbesar hati untuk mengumumkan bahawa daripada penyata bank setebal 2,126 muka surat yang telah diterima sekitar 27,000 penderma telah menyumbang secara purata RM76 seorang.

"Majoritinya telah menderma antara RM10 ke RM50. Jumlah derma yang kami terima adalah sebanyak RM2,064,652.74," ujar jawatankuasa itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily, petang ini.

Menurutnya lagi, hasil derma melalui jualan kemeja-t Bersih 4 adalah sebanyak RM553,914 manakala hasil jualan mafla pula adalah sebanyak RM28,795 yang membawa kepada jumlah besar RM2,647,361.74.

Tambah kenyataan itu yang disertai lampiran, jumlah perbelanjaan Bersih 4 termasuk praperhimpunan dan perbelanjaan ketika perhimpunan adalah sebanyak RM 664,052.52

Jumlah lebihan sebanyak RM1,983,309.22 akan digunakan untuk dana program Bersih 2.0 untuk jangka masa dua tahun akan datang termasuklah program pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dan sebagainya.

"Dengan ini lunaslah sudah janji Bersih 2.0 untuk membentangkan perbelanjaan kami sepanjang penganjuran perhimpunan aman Bersih 4," ujarnya.

Kini, kata kenyataan itu tiba giliran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendedahkan akaun RM2.6 bilionnya pula.

"Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, maka jelaslah kredibiliti beliau telah hilang sama sekali," tambahnya. - HARAKAHDAILY 6/10/2015

Sumber HD - 6-10-2015


Mahasiswa cakna Palestin, lancar perang terhadap kezaliman

Posted on Sunday, October 04 @ 14:45:59 MYT by paktam

Oleh Ahmad Farhan Rosli 

Himpunan Hari Kemarahan menyaksikan lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik daripada pelbagai fahaman politik, agama dan bangsa menyatakan sokongan kepada perjuangan membebaskan Palestin.

Demonstrasi aman yang diadakan di Kedutaan Amerika Syarikat itu menyaksikan para peserta hadir atas nama kemanusiaan serta cintakan keamanan serta mengutuk tindakan zalim Israel terhadap Masjid Aqsa dan rakyat Palestin.


Turut berpartisipasi adalah golongan mahasiswa daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikram Siswa, Haluan Siswa, Pembina dan wakil Gamis.


Mahasiswa menyatakan kemarahan dan mengutuk sekerasnya kebiadaban pihak Zionis yang berterusan melakukan pencabulan ke atas Masjid Aqsa dan pembantaian terhadap penduduk Palestin. Sikap bongkak dan angkuh pihak Zionis Israel jelas melanggar batasan hak asasi kemanusiaan umat Islam Palestin.

Cubaan Zionis untuk melakukan proses "penyahudiaan" ke atas Masjid Aqsa dengan membahagikan kawasan masjid kepada bahagian Yahudi dan Islam. Ini  jelas mencetuskan kemarahan umat Islam kerana Masjidil Aqsa adalah hak umat Islam dan merupakan masjid ke-3 utama dalam Islam.

Sikap biadab yang dilakukan oleh pihak Zionis Yahudi bukanlah baru. Pada 21 Ogos 1969, pihak rejim membakar Masjidil Aqsa dan menyebabkan kerosakan besar pada struktur masjid. Mimbar Salahuddin Al-Ayubi turut menjadi mangsa dalam tragedi malang itu.

Kezaliman Zionis bukan setakat melakukan  pembantaian terhadap Masjid Aqsa semata-mata. Mereka turut membunuh remaja Palestin, menghalang warga Palestin beribadah serta meneruskan pembinaan penempatan haram di sekitar Baitul Maqdis.

Pihak Zionis umpama memekakkan telinga dalam meneruskan agenda "yahudisasi" di Masjdil Aqsa dan Palestin. Desakan dan kecaman seluruh dunia dipandang sebelah mata dan sedikit pun tidak diendahkan mereka dek kerana bantuan daripada pihak Amerika Syarikat.

Amerika & Mesir: liabiliti Israel

Amerika berterusan mendanai bantuan persenjataan terhadap Israel dengan menggunakan duit cukai yang dikutip daripada rakyat mereka. Tindakan kerajaan Amerika Syarikat  di bawah pimpinan Presiden Barrack Obama yang terus membantu Isreal jelas membelakangkan sokongan masyarakat global termasuklah rakyat mereka sendiri yang secara terus-menerus menyatakan sokongan dan simpati kepada penduduk Palestin.

Selain itu, pihak rejim Mesir di bawah pimpinan Jeneral As-Sisi turut sama dalam misi menekan rakyat Palestin. Pihak Mesir mengepam air laut ke dalam terowong di bawah Palestin sekali gus membanjirkan terowong yang merupakan laluan penyaluran bantuan ke Gaza.

Langkah terdesak Mesir itu juga menyebabkan kandungan garam dalam air bawah tanah meningkat seterusnya menyebabkan bekalan air bersih semakin berkurangan.

Bendera Palestin berkibar di PBB

Pada 30 September yang lalu, buat sekian kalinya, bendera Palestin selamat dikibarkan di pejabat PBB, di New York. Ia sekali gus menunjukkan masyarakat antarabangsa terus bersama dengan perjuangan rakyat Palestin. Pun begitu, terdapat 8 negara yang terus membantah dan tidak menyokong perkara berkenaan termasuklah Israel, Amerika Syarikat dan Australia.

Teruskan sokongan untuk Palestin

Masyarakat dunia haruslah terus bersatu mendukung perjuangan rakyat Palestin. Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas keberanian mengecam kezaliman Isreal ketika berucap di Majlis Umum PBB serta menyatakan Malaysia akan terus komited  menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Mahasiswa sebagai jurubicara umat

Seluruh Mahasiswa diseru untuk bersama-sama cakna dalam isu ini. Tindakan seperti mempergiat kempen kesedaran,memboikot barangan buatan Amerika Syarikat dan Israel, memperbanyakkan program penerangan dan advokasi isu Palestin serta menyatakan kecaman melalui bentuk tulisan harus diperhebat sebagai tanda solidariti kita.

Sebuah koalisasi haruslah dibentuk bagi memastikan perjuangan ini digerakkan secara berterusan bagi memastikan isu ini tidak sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Lakukan pelbagai perkara mengikut kemampuan masing-masing bagi memastikan nasib saudara kita di Palestin terus terbela.
Saya juga menyeru seluruh negara Islam melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyatakan sikap dan mengambil tindakan sepatutnya bagi memastikan nasib Masjid Aqsa terbela. – 3 Oktober, 2015.

* Ahmad Farhan Rosli ialah aktivis PKPIM.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/mahasiswa-cakna-palestin-lancar-perang-terhadap-kezaliman-ahmad-farhan#sthash.FCGA8gh6.dpuf


Sumber DD - 4-10-2015        


Koleksi Gambar Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa Anjuran PAS

Posted on Saturday, October 03 @ 18:45:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kira kira 2000 peserta berhimpun di hadapan Masjid Jamek dekat sini sejak jam 2 petang tadi usai solat jumaat dalam satu Himpunan Membantah Pencerobohan Masjid Am Aqsa anjuran PAS.

Bermula dengan laungan takbir, himpunan yang dipengerusikan oleh Pengarah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Kamaruzzaman Mohamad menjemput Naib Presiden PAS Dato Ir Iskandar Samad berucap.

Dalam ucapannya, Naib Presiden PAS itu mengecam tindakan jahat Israel laknatullah berterusan menceroboh Masjid Al Aqsa

Turut senada mengecam tindakan itu President Muslim Care Zulkifli Wahijan yang mahu negara antarabangsa dan pertubuhan dunia segera mengambil tindakan ke atas Israel.

Lebih menambah seri himpunan, Pengarah Filem dan perlakon terkenal Adam Hamid diberi kesempatan berucap.

Dalam ucapannya beliau mahu seluruh umat Islam bersatu menyelamatkan kiblat pertama umat Islam itu.

Sambil menitiskan airmata, beliau mengecam sikap membisu negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang masih berdiam diri terhadap kebiadaban Israel itu.

Himpunan masih berlangsung dengan ucapan Presiden Geng Ustaz Ustaz Norazli Musa dan disambung oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat Wan Hasrina Wan Hassan.




































Sumber Link

Sumber TKO - 3-10-2015


Kelakar betul bila Umno menjarakkan diri dari perarakan jalanan!

Posted on Saturday, October 03 @ 09:53:36 MYT by paktam

oleh V Shuman


Melalui hari yang tenang walaupun hari berjerebu? Ada sesuatu di sini yang menggelikan hati anda, dan membuatkan anda ketawa kuat. Umno menentang perarakan jalanan- begitulah kata setiausaha agung parti Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurutnya, Umno “tidak akan menyokong dan tidak pernah menyokong mana-mana perarakan jalanan”.

Kerana itu, parti itu tidak akan menyokong perarakan “baju merah” Kajang yang dirancang oleh ketua bahagian Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos, tambahnya.
“Kita tidak menyokong mana-mana perarakan. Termasuklah perarakan baju merah,” Tengku Adnan dipetik berkata oleh satu laporan berita.

Menurutnya, muka-muka Umno yang kita nampak sewaktu perarakan 16 Sept “mewakili NGO (badan buka kerajaan).
Mohd Ali Rustam
“Beberapa pemimpin Umno juga adalah ahli-ahli NGO, termasuk saya sendiri, saya pengerusi banyak NGO. Presiden Pesaka Mohd Ali Rustam salah satu contohnya.

Wow. Adakah dia bergurau?

Samada dia merasakan rakyat Malaysia baru lahir semalam, atau kita hanya sekumpulan anak-anak yang tak mampu mengesat hingusnya sendiri, yang akan mempercayai apa sahaja yang diberikan kepada mereka.
Nampaknya sikap memperlekehkan kebijakan rakyat Malaysia menjadi norma untuk Putrajaya. Mereka mungkin merasakan yang tahap IQ rakyat Malaysia setaraf dengan mereka yang sedang menduduki kabinet.

Perarakan Hari Malaysia mempunyai nama Umno tertulis di semua tempat- daripada penganjur sehinggalah kepada VVIP yang datang.

Menteri Umno seperti Sabri Yaakob dan Ahmad Maslan kelihatan bergaul dan beramah mesra dengan peserta perarakan yang memakai baju merah.

Apakah NGO yang disertai mereka- “Persatuan pertahankan PM Najib Razak tak kira apa?”
Masalah Putrajaya dan politikus BN di sini- merasakan yang dengan dalam penafian mereka akan membuatkan masalah berlalu pergi.

Kegagalan kerajaan menjelaskan dana RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib telah menjadi sebab utama pertikaian bukan sahaja antara ramai rakyat Malaysia, tetapi juga akar umbi Umno.

Kita menyaksikan ketua dan pemimpin tertinggi (yang bermaruah) menyuarakan kebimbangan, meminta masalah ini diselesaikan segera, tetapi yang mereka dapati hanyalah pengantungan, pemecatan dan penahanan.

Isu ini memecahbelahkan Umno daripada dalam, sesuatu yang tidak pernah disaksikan sebelum ini berdekad lamanya- sesuatu yang Najib dan konco-konconya memilih untuk tidak peduli.
Apabila semuanya sudah terlambat, Najib akan dikenali sebagai presiden pertama Umno yang menyebabkan parti hancur tanpa dapat dibaiki lagi.

Membayar sekumpulan penyangak untuk menganjurkan perarakan pro kerajaan untuk memaparkan sokongan palsu kepada rejim yang sedang bermasalah mungkin boleh menipu beberapa orang dan menjadikan pentadbiran nampak disokong tetapi hanya untuk seketika, tetapi kebenaran akan muncul akhirnya, dan bagi Putrajaya, ianya bukan sesuatu yang manis.-theantdaily.com

Sumber DD - 3-10-2015

Selamatkan Aqsa !

Selamatkan Aqsa !
Dato Dr Mahfodz : Selamatkan Aqsa !

Oleh wartawan ulamabot@news

Kuala Lumpur, 2hb Oktober 2015. Umat Islam diseru secara berterusan melaksanakan solat hajat di mana-mana sahaja mereka berada. Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato Dr Mahfodz Mohamed sebentar tadi.

Beliau menegaskan demikian dalam pidato beliau dihadapan lebih seribu umat Islam yang menyertai Himpunan Bantah Kezaliman Zionis di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Menurut beliau lagi umat Islam wajib mempertahankan Masjidul Aqsa daripada dicemari Zionis memandangkan ianya merupakan kiblat pertama umat Islam.

Penetapan sebagai kiblat pertama umat Islam meletakkan masjid Aqsa sebagai suatu tempat yang mulia yang sama sekali haram membiarkannya dicerobohi secara zalim oleh Zionis.

Setiap ruang diperkarangan Masjid Jamek dibanjiri oleh Umat Islam yang sama turut serta dalam himpunan tersebut dengan diakhiri laungan takbir oleh para peserta.

Sumber PP - 3-10-2015

Tatkala Rakyat Membantah Pencerobohan Al-Aqsa, Najib Tayang Hubungan Akrab Dengan Amerika

Hari ini dipelbagai lokasi rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam bersolidariti menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang berdepan ancaman ke tahap yang baru, percubaan merampas sepenuhnya Masjid Al Aqsa di Tebing Barat oleh regim Zionist Israel.

Perhimpunan terbesar anjuran PAS berlangsung sebaik selesai solat jumaat berhampiran Masjid Jamek Kuala Lumpur.



Di Kuala Terengganu juga berlangsung termasuk di Masjid Jamek Pengadang Baru.

Rakyat diminta berwaspada dengan agenda zionis dan proksi mereka seperti Amerika Syarikat yang mendatangkan musibah ke seluruh dunia.

Kekacauan, perang dan keganasan berlarutan di negara negara Islam di Asia Barat didalangi Amerika.

Kejatuhan harga minyak dunia yang merudum sehingga menekan negara negara pengeluar minyak yang banyak terdiri dari negara Islam bertujuan menyerang ekonomi negara Islam.

Kejatuhan matawang ringgit diambil kesempatan penjajahan sedikit demi sedikit dengan kemasukan warga asing membeli hartanah hartanah dalam negara yang kini lebih murah harganya ekoran nilai tukaran wang ringgit yang sangat rendah.



Penyelewengan, salahlaku oleh pemimpin pemimpin tertinggi negara termasuk kegiatan bermewah berbelanja besar membeli hartanah luar negara menggunakan wang yang begitu banyak menjadi umpan pengumpulan bukti oleh agensi risikan Amerika seperti FBI yg sudah beberapa kali dilaporkan di media arus perdana mereka menyiasat salah laku perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini belum lagi urusan derma akaun peribadi sebanyak RM2.6billion, isu pembelian hartanah oleh MARA di Melbourne, Australia, 1MDB, Tabung Haji dan lain lain lagi.

Pemimpin negara dikhuatiri ditekan, diugut dan dirasuah dengan manfaat manfaat tertentu bagi tujuan memaksa Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan bebas TPPA yang bakal membahayakan kemerdekaan negara Malaysia.

Semua ini ada permainannya oleh Amerika Syarikat, proksi zionist Israel yang utama di dunia.



Sedang umat Islam mengecam Israel dan proksinya, kita dikejutkan dengan gambar lama Datin Seri Rosmah Mansor, dicium ala barat oleh Barack Obama Presiden Amerika Syarikat dengan diperhatikan oleh suaminya Datuk Seri Najib di East Asia Summit 2014 di Myanmar.

Walau jarak masa yang jauh ia membayangkan hubungan intim DS Najib dengan Amerika yang member isyarat jelas kenapa Menteri Kabinet Malaysia begitu bersungguh cuba meyakinkan rakyat agar tidak bimbang dengan Amerika Syarikat.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
2hb. Oktober 2015

Sumber BO - 2-10-2015






























































































Boikot Produk Yahudi, Jangan Benar Mereka Padamkan Bumi Al-Aqsa

Oleh : KAM

KUALA TERENGGANU – 1000 orang hadir bersolidariti bersama Dewan Pemuda PAS Terengganu yang menganjurkan himpunan secara aman membantah pencerobohan pelampau Yahudi keatas masjid al-Aqsa dan kezaliman Israel terhadap umat Islam di Palestin.



Mereka berhimpun di hadapan masjid Pengadang Baru, sebaik usai solat Jumaat hari ini dengan semangat berkorban berikrar mempertahankan ‘kiblat pertama’ umat Islam itu.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah menegaskan, dengan asakan dan ancaman ke atas umat Islam Palestin menandakan kemenangan Islam semakin hampir.

“Orang yang benci kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi. Kini, puncak keimanan kepada rakyat Palestin. Sekarang ini, orang Yahudi bakar sebahagian dari Masjid Al-Aqsa di Palestin.

“Mereka (Yahudi) mahu jadikan Masjid Aqsa itu milik Yahudi dan cuba dibakar sedikit demi sedikit untuk digantikan dengan bangunan lain.

“Ada orang Palestin yang sedang solat di masjid itu dibakar hidup-hidup. Ini bumi yang subur dengan darah syuhada, bukan subur kerana air hujan tetapi subur dengan darah para syuhada yang gugur syahid.



“Sebenarnya, kemenangan Islam semakin hampir di bumi Palestin dan yakinlah dengan kekuatan iman,” tegasnya ketika berucap pada himpunan tersebut.

Justeru, kata beliau, umat Islam tidak boleh alpa dan terus berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan serta kemenangan tersebut.

“Tugas kita sekarang ini pertama usah alpa dengan berdoa kepada Allah SWT. Kedua, kena jaga ahli keluarga kita supaya tidak makan produk keluaran Yahudi yang memberi saham bagi membunuh umat Islam Palestin.

“Kita berikrar tidak akan benarkan Yahudi memadamkan bumi Aqsa daripada umat Islam untuk beribadat, Insya’Allah,” ujarnya.

Dalam himpunan itu juga, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman mengingatkan umat Islam tentang bahaya Yahudi yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran.

Bahkan, katanya sekutu Yahudi kini berada semakin dekat dengan Malaysia yang menjadikan Singapura sebagai pengkalan.



“Sekutu Yahudi bukan sahaja berada di Israel atau di Amerika tetapi sekutu Yahudi itu berada di seluruh dunia.

“Sekarang ini sekutu Yahudi telah berada dekat dengan kita (Malaysia). Jika dahulunya, Amerika berada di negara Filipina tetapi sekarang mereka telah berada di Singapura.

“Partai Aksi Rakyat (PAP) Singapura membenarkan tentera Amerika berpengkalan di Singapura,” jelasnya di hadapan peserta demontrasi tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim mengingatkan umat Islam tentang peranan Apco yang berada dalam negara ini.

“Kita kena berhati-hati dengan agenda Yahudi. Di seluruh dunia hari ini Yahudi memainkan agendanya dalam permusuhannya dengan Islam. Kelam-kabut di seluruh dunia sekarang ini khususnya dunia Islam adalah angkara Yahudi dibelakangnya.

“Apa yang berlaku di Asia Barat seperti Syria, Yaman dan sebagainya ada ‘tangan’ Yahudi dibelakangnya. Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku di negara kita, Malaysia.



“Parti yang menang dan memerintah Israel itu penasihatnya Apco yang menggunakan slogan 1Israel ketika berkempen pilihan raya. Dan, penasihat yang sama diambil oleh pemimpin Umno untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia,” tegasnya.

Katanya, di mana sahaja kewujudan peranan Yahudi akan membawa kemusnahan serta ancaman kepada negara tersebut.

Pelbagai kata-kata solidariti dipamerkan oleh peserta himpunan aman tersebut antaranya “Terus Istiqomah Bersama Aqsa”, “Tegakkan Jihad Runtuhkan Kebatilan”, “Kami Bersamamu Aqsa”, “Penjenayah No.1 Israel, Boikot Sekutu” dan banyak lagi.

Turut hadir dan berucap pada perhimpunan solidariti itu wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Cawangan Terengganu.

Sumber BO - 2-10-2015

Bersatu bebaskan Masjid Al-Aqsa - Nik Abduh

WAN NORDIN WAN YAACOB | .




KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Nabi Muhammad SAW untuk bersatu membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Kata beliau, Israel menceroboh Palestin sejak puluhan tahun lamanya dengan membunuh umat Islam di sana dan merampas tanah selain Masjid Al-Aqsa dirampas sedikit demi sedikit.

Beliau menyatakan demikian pada Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa anjuran PAS yang disertai kira kira 1,000 di hadapan Masjid Jamek dekat sini  usai solat Jumaat tadi.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyeru rakan-rakan di seluruh Malaysia mengadakan bantahan ke atas pencerobohan Al-Aqsa.

Beliau juga menyentuh tentang sirah kewujudan Bani Israel.

Sebelum himpunan ditutup, Pengarah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad menjemput Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad membacakan doa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan pihak keselamatan yang mengawal lalu lintas. - HARAKAHDAILY 2/10/2015

Sumber HD - 2-10-2015


































































































Masjid Al-Aqsa: PAS bersama rakyat Malaysia bersolidariti

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata Masjid Al-Aqsa disebut Allah kerana kemuliaan Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam.
 Di sini, kata beliau PAS bersama dengan rakyat Malaysia bersolidariti dengan umat Islam di Palestin.

Beliau menyatakan demikian pada Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa anjuran PAS yang disertai kira kira 1,000 di hadapan Masjid Jamek dekat sini  usai solat Jumaat tadi.

Katanya, Masjidil Aqsa diceroboh Israel laknatullah dan beliau meminta semua peserta himpunan bersolat hajat memohon pertolongan Allah dalam menyelamatkan Aqsa.

Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh pula memulakan ucapan dengan menyebut sejarah Islam membuktikan Islam memberi keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.

Namun, katanya pemerintah bukan Islam tidak pernah adil kepada Islam malah isu di Palestin membuktikan bahawa umat Islam ditindas.

Kata beliau, kesengsaraan umat Islam Palestin adalah luka umat Islam di negara ini juga.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyampaikan amanat.

"Hari ini Masjidil Aqsa dalam bahaya, apa yang berlaku di serata dunia Islam tetapi isu atau ibu kepada dunia Islam adalah isu Palestin.

"Himpunan pada hari ini saksi kepada Allah bahawa kita bersama dengan saudara di Palestin," sambil menyifatkan kebersamaan membebaskan Palestin. - HARAKAHDAILY 2/10/2015

Sumber HD - 2-10-2015

1,000 berhimpun kutuk kebiadapan Israel

WAN NORDIN WAN YAACOB | .


KUALA LUMPUR: Kira kira 1,000 peserta berhimpun di hadapan Masjid Jamek dekat sini sejak jam 2 petang tadi usai solat Jumaat dalam satu Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa anjuran PAS.

Bermula dengan laungan takbir, himpunan yang dipengerusikan oleh Pengarah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Kamaruzzaman Mohamad menjemput Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad berucap.

Dalam ucapannya, Naib Presiden PAS itu mengecam tindakan jahat Israel laknatullah berterusan menceroboh Masjid Al-Aqsa.

Turut senada mengecam tindakan itu President Muslim Care, Zulkifli Wahijan yang mahu negara antarabangsa dan pertubuhan dunia segera mengambil tindakan ke atas Israel.

Lebih menambah seri himpunan, pengarah filem dan perlakon terkenal Adam Hamid diberi kesempatan berucap.

Dalam ucapannya beliau mahu seluruh umat Islam bersatu menyelamatkan kiblat pertama umat Islam itu.

Sambil menitiskan airmata, beliau mengecam sikap membisu negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang masih berdiam diri terhadap kebiadaban Israel itu.

Himpunan masih berlangsung dengan ucapan Presiden Geng Ustaz, Ustaz Norazli Musa dan disambung oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Wan Hasrina Wan Hassan. - HARAKAHDAILY 2/10/2015

Sumber HD - 2-10-2015

Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa

Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa

TARIKH: 2 Oktober 2015
HARI: ESOK, Jumaat
MASA: Selepas Solat Jumaat.

TEMPAT: Perkarangan MASJID JAMEK  Jalan Tun Perak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Sebelah Stesen LRT Masjid Jamek).

ANJURAN: Parti Islam Se Malaysia (PAS) Pusat.

Semua NGO dan orang ramai dijemput hadhir.

Sumber PP - 1-10-2015

Himpunan Selamatkan Masjid Al-Aqsa di Masjid Jamek esok

KUALA LUMPUR: PAS menganjurkan Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa di pekarangan Masjid Jamek, Jalan Tun Perak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, esok (2 Okt).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata himpunan bersebelahan stesen LRT Masjid Jamek itu bermula selepas solat Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menjemput semua NGO dan orang ramai hadir pada himpunan itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut memaklumkan tentang perubahan tempat himpunan itu.

Sebelum ini, himpunan Membantah Pencerobohan Masjid Al-Aqsa anjuran Pemuda PAS dijadual diadakan di hadapan Kedutaan Amerika.

Sumber PP - 1-10-2015


Khairuddin Abu Hassan - pengkhianat negara atau pembela demokrasi?

Posted on Sunday, September 27 @ 13:26:38 MYT by paktam

Oleh Wong Chin Huat 

Kalau untuk menjatuhkan seseorang perdana menteri perlukan tindakan daripada sistem pengadilan negara asing, kerana sistem pengadilan negara sendiri tidak boleh dipercayai, apakah itu pengkhianatan kepada negara?

Soalan inilah yang kita harus tanya bila ingin memutuskan sama ada penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan) oleh polis itu munasabah.

Beliau pada mulanya ditahan pada 18 September mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan (cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen).


Sebaik saja beliau melangkah keluar Mahkamah Majistret yang membebaskannya, beliau ditahan semula oleh polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana kesalahan Seksyen 124K (sabotaj) dan 124L Kanun Keseksaan (cubaan melakukan sabotaj). Sosma membenarkan penahanan tanpa bicara selama 28 hari.

Apakah Khairuddin lakukan yang "memudaratkan demokrasi berparlimen" dan boleh diklasifikasikan sebagai "sabotaj" dan "cubaan untuk melakukan sabotaj"?

Jawapan diberi Ketua Polis Negara Tan Sri Tan Sri Khalid Abu Bakar:”Khairuddin seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).”

"Namun, beliau tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia."

Sememangnya Khairuddin ditahan sebelum berlepas ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Tiada undang-undang di Malaysia yang mengharamkan atau menghukum rakyat Malaysia menggunakan sistem penguatkuasaan negara asing, sama ada untuk kes sivil atau kes jenayah.

Kalau kita dirompak di New York, takkan kita nak lapor kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan bukan New York Police Department (NYPD)?

Tak kan PDRM nak rasa cemburu pada NYPD kerana rakyat Malaysia itu seolah-olah tidak percayakan PDRM. Sebaliknya, kalau seorang pelancong dari New York dirompak di Bukit Bintang, sudah tentu beliau membuat laporan kepada PDRM dan bukan NYPD.

NYPD juga tidak akan cemburu pada PDRM kerana pelancong New York itu membuat laporan di Kuala Lumpur.

Ini cara dunia moden beroperasi. Badan-badan penguatkuasa tidak berlagak macam kekasih yang suka-suka naik cemburu.

Bagaimana penyalahgunaan praktis ini dapat dielakkan?

Jawapannya mudah sekali: kerelevanan, atau, dalam cakap orang biasa "kena ada kes".

Kalau dirompak di New York, buat laporan di Los Angeles Police Department (LAPD) pun tidak akan terima kerana jenayah itu tidak jatuh dalam lingkungan kuasa LAPD.

Sebaliknya, jika sesuatu kes itu melibatkan 2 sistem pengadilan, maka kedua-duanya mempunyai kuasa untuk mengadili kes itu. Satu contoh yang lazim ialah kes perebutan hak penjagaan anak apabila suami isteri yang berlainan kewarganegaraannya berpisah.

Maka, Khairuddin tidak dapat "menyalahgunakan" - jika ada pihak yang ingin membuat tuduhan sebegitu - sistem penguatkuasaan negara asing jika "tiada kes".

Maka, jika Khairuddin memang ada kes yang boleh menarik kepedulian sistem penguatkuasaan negara asing, apakah salahnya?

Daripada kenyataan ketua polis negara, nampaknya kesalahan pertama Khariuddin adalah kerana ia tidak mempercayakan agensi penguatkuasa tempatan.

Kalau begitu, agaknya berapa orang Malaysia yang turut bersalah kerana tidak percayakan Jabatan Peguam Negara yang ketuanya boleh dipecat tiba-tiba, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pegawai kanannya boleh dipindah tiba-tiba ke agensi di bawah orang disiasat yakni Jabatan Perdana Menteri, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen yang boleh dilumpuhkan dengan pelantikan ahlinya sebagai menteri dan timbalan menteri, dan polis yang tidak seganbsilu menunjukkan dwi-piawaian dalam penguatkuasaan?

Apa sudah terjadi kepada negara kita kalau rakyat terpaksa dihukum untuk mengelakkan ketidakpercayaannya terhadap badan penguatkuasa kita ditunjukkan?

Kepercayaan adalah kata kekunci di sini.

Demokrasi berparlimen yang pihak pemerintah sentiasa sebutkan berdasarkan kepercayaan.

Di bawah demokrasi berparlimen, ketua pemerintah iaitu perdana menteri tidak mempunyai jaminan kerja dan boleh "dipecat" oleh Parlimen pada bila-bila masa jika kepercayaan Parlimen terhadap perdana menteri berjaya digoncangkan.

Kerana itu, demokrasi berparlimen tidak dapat berfungsi jika rakyat tidak bebas mempersoalkan kebolehpercayaan perdana menteri dan Parlimen tidak bebas menentukan sama ada kepercayaan kepada perdana menteri harus ditarik balik.

Malangnya, itu yang berlaku di Malaysia sejak 27 dan 28 Julai, bermula dengan pemecatan tergempar peguam negara dan rombakan Kabinet.

Najib yang tidak segan silu gelar dirinya "wira Bugis" takut sekali untuk menyahut cabaran yang dibuat Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah pada 19 Ogos iaitu mengemukakan usul undi percaya di Parlimen.

Jika Najib berjaya memenangi undi percaya di Parlimen, maka beliau berhak terus berkuasa.

Najib bukan saja larikan diri daripada cabaran Maria, malah beliau sekarang gunakan Sosma - yang dijanjkan hanya untuk pengganas - untuk menahan Khairuddin tanpa bicara.
Apakah Khairuddin ini pengganas? Adakah beliau pengkhianat negara?

Tidak, beliau cuba sedaya upaya mempersoalkan kebolehpercayaan Najib sebagai perdana menteri. Kerana beliau tidak percaya badan penguatkuasaan kita, maka beliau ingin membawa bukti kepada badan penguatkuasaan negara asing.

Sesiapapun boleh tidak setuju dengan dakwaan Khairuddin, Najib melakukan jenayah dalam skandal 1MDB. Muktamadnya, selagi Najib tidak diheret ke penjara negara asing, Parlimen boleh menyatakan kepercayaan kepada Najib.

Sama ada ingin percaya pada Najib adalah hak Parlimen. Sama ada ingin buktikan kesalahan Najib adalah hak Khairuddin.

Sesiapa yang cuba menyekat hak Parlimen untuk mengambil ketetapan untuk sama ada percaya atau tidak percaya kepada perdana menteri, merekalah yang melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen dan melakukan sabotaj kepada negara.

Bukan Khairuddin.

Sesiapa yang cuba menyekat hak Khairuddin atau mana-mana warga negara untuk membuktikan atau menidakkan kebolehpercayaan perdana menteri, merekalah yang melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen dan melakukan sabotaj kepada negara.
Bukan Khairuddin.

Khairuddin membantu demokrasi berparlimen di Malaysia berfungsi dengan mengemukakan soalan terpenting kepada mana-mana pemerintah di bawah demokrasi berparlimen: Bolehkah Parlimen percaya kepada perdana menteri?

Tak kira apa niatnya dan agendanya, Khairuddin pembela demokrasi.

Bebas! Bebas! Bebas Khairuddin!

Sumber DD - 27-9-2015


Kedutaan China pertahan 'lawatan muhibbah' duta ke Jln Petaling
Posted on Sunday, September 27 @ 13:30:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar



Kedutaan China di Malaysia mempertahankan lawatan dutanya Dr Huang Hui Kang ke Jalan Petaling, menyatakan bahawa ia semata-mata "lawatan muhibbah" sempena perayaan pertengahan musim luruh.

Lawatan pada Jumaat itu mengejutkan kerana ia dilakukan diambang perhimpunan baju merah yang dianggap berbaur perkauman.



Dalam satu kenyataan Kedutaan China semalam bahawa Dr Huang meraikan perayaan yang penting bagi tradisional orang Cina dengan masyarakat tempatan, lapor Sin Chew Daily.

Huang telah mengadakan lawatan sama semasa Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali, kata kedutaan lagi.

Tambahan pula, kedutaan itu berkata, ramai pelancong dari China merancang untuk melancong ke luar negara semasa cuti panjang tetapi berita tentang Jalan Petaling mengundang kebimbangan mengenai keselamatan di Malaysia.

"Duta itu berharap untuk menunjukkan Jalan Petaling masih selamat dan tempat yang menarik di Malaysia," kata kedutaan itu.

Pada Jumaat lalu, Huang mengedarkan kuih bulan kepada peniaga di kawasan itu sempena perayaan pertengahan musim luruh yang jatuh pada hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan beliau bahawa kerajaan China menentang diskriminasi kaum dan ekstremisme, yang merujuk secara halus kepada protes berbaur perkauman di Jalan Petaling yang diketuai tokoh yang dikaitkan dengan kerajaan, telah mengejutkan Putrajaya.

Wisma Putra dilaporkan memanggil Dr Huang atas kenyataan beliau dan beliau dijangka memberi penerangan kepada pegawai-pegawai Malaysia esok. - MK

Sumber TKO - 27-9-2015