BLOG MULAI :

BLOG MULAI :10 JULAI 2014 / 12 RAMADHAN 1435H HARI INI : 10 JULAI 2017 / 16 SYAWAL 1438H ULANG TAHUN KE-3.

Tuesday, April 12, 2016

ISLAM Q N A (JILID 2)






Penjelasan solat duduk atas kerusi

http://www.muftiwp.gov.my | .















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/44364-penjelasan-solat-duduk-atas-kerusi

TAHQIQ AL-MASAIL SIRI KE-2: PENJELASAN BERKAITAN SOLAT SECARA DUDUK DI ATAS KERUSI

    Ditulis oleh Muhammad Fahmi Rusli  
    Diterbitkan: 20 Februari 2017

Mukadimah

Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat, sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya kedudukan solat di dalam agama kita.

Kebelakangan ini, kami sering diajukan soalan berkenaan permasalahan solat secara duduk di atas kerusi. Justeru, dalam ruangan Tahqiq al-Masail edisi kali ini kami akan mengupas berkenaan satu isu penting yang sering menjadi pertanyaan di minda masyarakat awam dengan tajuk yang kami namakan: Persoalan Dan Juga Hukum-Hakam Yang Berkaitan Dengan Isu Solat Duduk Di Atas Kerusi.

Kedudukan Solat Di Dalam Kehidupan

Peri pentingnya solat dapat dilihat melalui beberapa nas dari al-Quran mahupun al-Sunnah. Berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

‏ بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Maksudnya: Dibina Islam itu di atas lima iaitu kalimah La Ilaaha IllaLlaah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji di baitullah, serta berpuasa pada bulan Ramadhan.
Riwayat Muslim (16)

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa ibadah solat adalah merupakan salah satu rukun daripada lima rukun Islam yang wajib dilaksanakan bagi setiap muslim yang mukallaf.

Hukum Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi

Di antara dalil yang membolehkan seseorang itu solat dalam keadaan duduk sekiranya dia tidak mampu untuk solat secara berdiri adalah sebuah riwayat daripada ‘Imran bin Husin R.A yang mana beliau mengadu kepada Rasulullah bahawa dirinya mengalami penyakit buasir. Maka Rasulullah S.A.W bersabda:

 صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya: Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya kamu tidak mampu (untuk berdiri) maka solatlah dalam keadaan duduk, dan sekiranya kamu tidak mampu untuk solat secara duduk, maka solatlah di atas lambung.
Riwayat Al-Bukhari (1117)

Kata Imam Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini: Hadis ini menunjukkan bahawa tidak dibolehkan seseorang yang sakit itu berpindah kepada duduk (ketika solat) melainkan setelah dia tidak mampu untuk berdiri.

Telah berkata ‘Iyadh daripada Imam al-Syafie dan daripada Imam Malik, Imam Ahmad serta Ishak bahawa tidak disyaratkan tidak mampu berdiri bahkan cukup jika wujudnya masyaqqah (kesusahan).

Yang makruf di sisi ulama’ al-Syafie’yyah bahawa yang dimaksudkan dengan ternafinya kemampuan dengan wujudnya kesusahan yang berat sekiranya berdiri, atau dikhuatiri sakit itu semakin teruk atau berlaku kerosakan dan tidaklah berpada dengan masyaqqah (kepayahan) yang ringan.

Antara kesusahan yang berat itu adalah seperti pening kepala pada hak orang yang menaiki kapal dan takut akan tenggelam jika dia solat dalam keadaan berdiri di dalam kapal tersebut. Adakah dikira tidak mampu (berdiri) seseorang yang bersembunyi ketika berjihad dan jika dia solat dalam keadaan berdiri maka musuh akan melihatnya. Maka dengan itu, dibolehkan baginya untuk solat dalam keadaan duduk atau tidak pada waktu itu. Terdapat pada masalah ini dua pandangan disisi ulama’ al-Syafie’yyah, yang paling tepat adalah dibolehkan tetapi perlu diqadha’ kerana itu adalah uzur yang jarang berlaku. Lihat: Fath al-Bari, Ibn Hajar (588/2).

Pendapat Para Fuqaha

Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Sekiranya seseorang (yang solat secara berdiri) itu takutkan kesusahan yang kuat atau bertambahnya kesakitan, ataupun seorang yang berada di atas sampan takut tenggelam (jika solat berdiri) ataupun dia berasa pening kepala maka dia boleh untuk solat secara duduk serta tidak perlu untuk mengulanginya. Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/310).

Kata Imam Al-Nawawi dalam Al-Majmu’, Al-Nawawi (4/226) lagi: Umat telah bersepakat bahawa sesiapa yang tidak mampu untuk berdiri di dalam solat fardhu maka dia boleh melakukannya secara duduk dan solat tersebut tidak perlu diulangi. Demikian juga pahalanya (solat secara duduk) tidak berkurang daripada solat secara berdiri kerana dia diberikan keuzuran. Telah sabit di dalam Sahih Al-Bukhari bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Maksudnya: Apabila seseorang hamba itu sakit ataupun dia bermusafir akan dituliskan (ganjaran) untuknya sama seperti mana yang dilakukan oleh seorang yang dalam keadaan bermukim dan juga seorang yang dalam keadaan sihat.
Riwayat al-Bukhari (2774)

Manakala Imam Al-Syaukani Rahimahullah ketika mengulas hadis Imran bin Husein R.A di atas berkata: Hadis Imran menunjukkan kepada keharusan bagi sesiapa yang mempunyai keuzuran yang menyebabkan dirinya tidak mampu berdiri untuk solat dalam keadaan duduk. Manakala sesiapa yang mempunyai keuzuran yang menyebabkan dirinya tidak boleh duduk maka dia boleh untuk solat di atas lambungnya. Rujuk Nail Al-Authar, Al-Syaukani (3/243).

Kata Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi Rahimahullah: Telah ijma’ (sepakat) para ulama bahawasanya sesiapa yang tidak mampu untuk solat secara berdiri maka dia boleh melakukannya secara duduk. Lihat Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/443).

Keadaan Yang Membolehkan Seseorang Solat Secara Duduk

Di dalam kitab-kitab feqh para ulama terdahulu, terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai masyaqqah (kepayahan) yang membolehkan seseorang itu solat secara duduk. Berikut kami nyatakan beberapa contohnya:

    Tidak mampu untuk berdiri.
    Mempunyai penyakit yang akan bertambah teruk sekiranya dia bersolat secara berdiri.
    Seseorang yang berada di atas kapal, sampan, ataupun perahu, yang takut akan tenggelam sekiranya dia melakukan solat secara berdiri di atas kenderaan tersebut.
    Seseorang yang berasa pening kepala.
    Sakit yang boleh mengganggu khusyuk di dalam solat.
    Solat di atas kapal terbang jika dikhuatiri jatuh apabila dilakukan solat secara berdiri.
    Solat di dalam keretapi seperti perkhidmatan ETS (Electric Train Service) dan seumpamanya.
    Seseorang yang mengalami penyakit salis al-baul. Yang mana jika dia berdiri akan menyebabkan air kencingnya mengalir.

Ini semua adalah berdasarkan kata-kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Sekiranya seseorang (yang solat secara berdiri) itu takutkan kesusahan yang kuat atau bertambahnya kesakitan, ataupun seorang yang berada di atas sampan takut tenggelam (jika solat berdiri), ataupun seseorang berasa pening kepala maka dia boleh untuk solat secara duduk serta tidak perlu untuk mengulanginya. Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/310).

Begitu juga berdasarkan pendapat yang disebut oleh Imam Al-Ramli yang menyatakan bahawa dibolehkan untuk seseorang itu solat secara duduk apabila terdapatnya masyaqqah (kepayahan) yang boleh menghilangkan kekhusyukan semasa solat. Lihat Al-Taqrirat Al-Sadidah, Hasan Bin Ahmad Al-Kaf (214).

Kata Imam al-Haramain Abdul Malik al-Juwaini: Aku berpandangan bahawa kriteria tidak mampu berdiri itu adalah sekiranya dia berdiri, akan menyebabkan masyaqqah yang menghilangkan kekhusyukannya. Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi (4/310).

Selain itu, kami juga menyatakan bahawa dibolehkan juga bagi sesiapa yang melakukan solat di atas kapal terbang untuk solat secara duduk demikian juga halnya bagi sesiapa yang menaiki keretapi dan ingin melakukan solat di dalamnya.

Tatacara Solat Duduk Di Atas Kerusi

Bagi sesiapa yang mempunyai kepayahan untuk solat secara berdiri disebabkan oleh penyakit ataupun perkara selainnya, berikut kami nyatakan beberapa tatacara yang boleh dilakukan untuk solat dalam keadaan tersebut:

    Secara asasnya, jika seseorang itu mampu berdiri untuk solat dan tidak mampu untuk rukuk dan sujud, hendaklah dia berdiri terlebih dahulu. Kemudian baru dia duduk dan melakukan rukuk dan sujud.
    Pada asasnya, yang paling utama adalah solat duduk di atas lantai. Sekiranya tidak mampu, maka dibolehkan untuk solat secara duduk di atas kerusi.
    Sekiranya seseorang solat duduk di atas kerusi dan tidak mampu untuk berdiri ketika takbiratul ihram, maka dia boleh untuk melakukannya secara duduk.
    Sesiapa yang tidak mampu untuk berdiri maka dibolehkan untuknya duduk atas kerusi. Manakala rukuk dan sujud dilakukan sebagaimana biasa.
    Sekiranya dia mampu untuk berdiri, namun berasa payah untuk rukuk dan sujud, maka hendaklah dia solat secara berdiri kemudian dia rukuk dan sujud di atas kerusi.
    Dalam kes ini, perbuatan rukuk dan juga sujud dilakukan secara isyarat sahaja. Iaitu seseorang itu mengisyaratkan kepalanya dengan tunduk sedikit semasa rukuk dan juga menundukkan kepalanya lebih sedikit dari kadar tunduknya semasa rukuk apabila beliau bersujud.

Imam Nawawi Rahimahullah menyatakan: “Dan jikalau lemah seseorang itu (yakni musalli) daripada berdiri, maka (bolehlah) dia duduk seperti mana yang dia ingini.” Ertinya, seseorang yang solat duduk dalam apa kaedah duduk pun maka solatnya sah dan tidak batal. Yang berbeza hanyalah dari segi afdaliyyah (kelebihan). Berkata Imam al-Nawawi lagi: “Dan duduk secara iftirasy itu lebih afdal berbanding duduk bersila menurut pendapat yang azhar  dan dimakruhkan duduk al-Iq`a’. Rujuk Minhaj al-Thalibin, Imam al-Nawawi (Hlm. 45).

Berdasarkan kepada kata-kata al-Nawawi di atas, kami berpandangan apabila dikatakan yang kita boleh solat duduk dalam apa keadaan sekalipun maka ia termasuklah solat duduk di atas kerusi bagi yang mempunyai keuzuran. Solatnya dikira sebagai sah dan tidak batal.

Hukum Bersandar Ketika Menunaikan Solat

Di dalam mazhab Imam al-Syafie, seseorang yang bersolat secara berdiri tetapi bersandar atau bergantung pada sesuatu seperti dinding, manusia atau tongkat, maka hukum solatnya adalah sah dengan hukum makruh. Ini jika tiada keuzuran yang membolehkan bersandar. Jika terdapat keuzuran maka tidak ada hukum makruh di situ. Lihat al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie, al-Zuhaili (1/243).

Kata Imam al-Khatib al-Syarbini: Sekiranya seseorang itu bersandar kepada sesuatu seperti dinding solatnya sah berserta karahah (makruh). Beliau berkata lagi: Sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk berdiri disebabkan masyaqqah yang berat maka dia boleh duduk sebagaimana yang dia mahu. Rujuk al-Iqna’, al-Khatib al-Syarbini (Hlm. 184).

Berdasarkan kenyataan ini, kami berpendapat bahawa sekiranya seseorang yang solat bersandar juga dikira sebagai sah solatnya, maka begitulah juga solat seorang yang duduk dalam keadaan bersandar. Lebih-lebih lagi bersandarnya dia itu disebabkan keuzuran yang diambil kira oleh syarak. Ini kerana, duduk apabila tidak mampu mengambil maqam berdiri dalam solat bagi yang mampu. Jika bersandar semasa berdiri tidak membatalkan solat, demikian jugalah bersandar semasa duduk ketika menunaikan solat.

Beberapa Cadangan Atau Dhawabit

Kami sebutkan di sini beberapa dhawabit dan juga cadangan bagi sesiapa yang ingin melaksanakan solat secara duduk di atas kerusi seperti berikut:

    Hendaklah kedudukan kerusi yang digunakan oleh para jemaah yang uzur atau tidak mampu berdiri itu berada di hujung saf.
    Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah.
    Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak melebihi kedudukan imam.
    Kami juga mencadangkan bahawa kerusi yang digunakan hendaklah bersaiz kecil dan tidak terlalu besar, ini supaya keseragaman saf dapat dijaga serta memberikan keselesaan bagi jemaah yang lain.
    Ketika seorang itu solat secara duduk, kedudukan belakang badannya hendaklah selari dengan orang yang solat di sebelahnya.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah kami melihat dan menekuni permasalahan ini, kami yakin dan percaya bahawa Islam merupakan suatu agama yang memberi rahmat kepada sekalian alam. Demikian juga Islam itu bersifat dengan قلة التكاليف (sedikit taklif) serta  عدم الحرج (tidak menyusahkan). Ini berbetulan dengan firman Allah S.W.T:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر
Maksudnya: Allah mahukan kemudahan untuk kamu dan Dia tidak mahukan kepayahan buat kamu.
Surah Al-Baqarah (185)

Begitu juga firman-Nya:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

Maksudnya: Dan tidaklah Allah menjadikan ke atas kalian kepayahan di dalam agama.
Surah Al-Hajj (78)

Imam al-Thabari Rahimahullah ketika menafsirkan ayat di atas ini, beliau menukilkan beberapa pendapat ulama tafsir seperti Ibn Abbas, A’isyah, Abu al-‘Aliyah, serta Al-Hasan bahawa yang dimaksudkan dengannya adalah: Tidak Allah jadikan kesempitan dalam beragama kepada umat Muhammad S.A.W. Rujuk Tafsir al-Thabari, Ibn Jarir (18/690).

Oleh itu, berkenaan isu solat secara duduk di atas kerusi maka kami nyatakan di sini bahawa hukumnya adalah sah sebagaimana yang telah kami bahaskan di atas. Demikian juga solat duduk yang dilakukan secara bersandar, maka hukumnya sah seperti yang kami jelaskan di atas. Akan tetapi ianya perlulah menepati syarat-syarat serta dhawabit yang telah disebutkan.

Yang penting adalah perlaksanaan solat mengikut apa yang telah dinyatakan oleh syarak serta apa yang telah diajarkan oleh para fuqaha dan ulama dalam memberikan solusi yang berkaitan dengan isu ini. Solat yang menjadi tiang agama perlulah dilaksanakan dengan sebaiknya dengan meraikan segala rukun dan juga syarat-syaratnya.

Semoga pencerahan melalui ruangan Tahqiq Al-Masail ini dapat memberikan kefahaman serta merungkaikan kekeliruan kepada kita semua. Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T supaya menerima segala amalan soleh yang kita lakukan serta menggolongkan kita di dalam hamba-hamba-Nya yang beriman. Ameen.

Akhukum Fillah
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
20 Februari 2017 bersamaan 23 Jamadil Awal 1438 H

Sumber HD - 21-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Solat Jumaat dalam musafir

http://www.muftiwp.gov.my/ | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/44341-solat-jumaat-dalam-musafir

AL-KAFI LI AL-FATAWI SIRI KE-531: SOLAT JUMAAT DALAM MUSAFIR
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan: 16 Februari 2017

Soalan: Apakah hukum solat Jumaat ketika bermusafir?

Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW. Kami memulakan perbahasan ini dengan menyatakan hukum solat Jumaat terlebih dahulu:

Solat jumaat diwajibkan ke atas semua orang islam berdasarkan:

Fiman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [al-Jumu’ah:9]                                                                                      

Para ulama’ memperincikan ayat tersebut dengan meletakkan syarat-syarat wajib Jumaat dan syarat-syarat sah Jumaat. Antara syarat wajib Jumaat ialah bermusthauthin atau bermukim, maka tidak diwajibkan ke atas orang yang bermusafir sebagaimana di dalam hadis Nabi SAW:

Daripada Thariq bin Syihab RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَربَعَة : عَبدٌ مَملُوكٌ ، أَو امرَأَةٌ ، أَو صَبِيٌّ ، أَو مَرِيضٌ

Maksudnya: “Jumaat adalah hak wajib bagi setiap muslim secara berjemaah melainkan empat (golongan): Hamba, wanita, bayi atau orang yang sakit”. [Riwayat Abu Daud (1067)][Imam al-Nawawi berkata bahawa hadis ini sanadnya sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim]

Walaupun hadis tersebut tidak menyebut orang musafir tetapi ulama’ menjelaskan bahawa bilangan yang yang disebutkan tidaklah menghadkan kepada empat golongan itu sahaja bahkan perlu dilihat kepada hadis yang lain juga.

Pengecualian kepada orang musafir berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang tidak melakukan solat jumaat ketika Baginda SAW bermusafir sepertimana ketika Nabi SAW dalam perjalanan menunaikan haji yang mana hari Arafah jatuh pada hari Jumaat, maka Nabi SAW telah melakukan solat zohor dan asar secara jamak. Pandangan itu dipegang oleh jumhur ulama’, antaranya:

Kata Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al majmu’: “tidak diwajibkan jumaat ke atas orang musafir dan ini adalah pegangan mazhab kami yang tiada perselisihan dalam kalangan kami”.

Manakala hukum sembahyang Jumaat di atas kapal Flotilla ke Myanmar adalah tidak diwajibkan berdasarkan hujah beberapa hujah:

Bahawa mereka sedang dalam keadaan musafir.

Solat jumaat hendaklah dilakukan di kampong atau di dalam binaan (tempat) yang ditetapkan seperti masjid,surau atau lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun , kami berpendapat bahawa solat Jumaat yang telah dilakukan oleh ahli rombongan yang berada di atas kapal tersebut adalah sah dan tidak perlu diulangi (qadha’) kerana mereka yang dalam musafir tidak diwajibkan untuk mendirikan solat Jumaat tetapi bukanlah solat yang dilakukan itu tidak sah. Bahkan sesetengah ulama’ seperti Imam Ibn hazm dan Imam al-Bukhari mengatakan wajib ditunaikan solat jumaat ke atas orang musafir dengan bersandarkan kepada zahir hadis tersebut.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbezaan pendapat ulama’ dalam masalah ini dan dengan melihat kepada hujahan maka kami ingin menyimpulkan seperti berikut:

Tidak wajib ditunaikan solat Jumaat ke atas orang yang sedang bermusafir.

Sah solat Jumaat yang dilakukan oleh rombongan yang berada di atas kapal Flotilla ke Myanmar.
Sebaiknya ditunaikan solat zohor dan asar secara jamak.

Diadakan slot ceramah atau tazkirah bagi memberi suntikan semangat kepada ahli rombongan.

Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.

Sumber HD - 19-2-2017

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penjelasan tentang Valet Doa

http://www.muftiwp.gov.my | .

BAYAN LINNAS SIRI KE-85: PENJELASAN TENTANG VALET DOA

    Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad  
    Diterbitkan: 15 Februari 2017

Alhamdulillah, kami merafa’kan setinggi kesyukuran kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW begitu juga kepada keluarga, Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami menerima persoalan berhubung Valet Doa yang sedang tular di media sosial beberapa hari ini. Justeru, kami merasakan isu ini perlu dijawab dengan segera agar ia tidak membarah dan menjadi perkara yang boleh mengundang pelbagai persoalan dan kekeliruan kepada masyarakat. Maka, atas dasar inilah kami namakan Bayan Linnas Siri Ke-85 ini dengan tajuk “Valet Doa: Penjelasannya”. Semoga penjelasan ini memberi kefahaman yang baik kepada kita semua, Amin.

Definisi Valet
Parkir valet adalah khidmat untuk meletakkan kenderaan oleh petugas valet. Pemandu tidak mencari tempat parkir yang kerana ia dilakukan oleh petugas valet parkir. Pemandu kendaraan hanya perlu turun dari mobil di depan lobi sesebuah hotel, pusat beli belah atau sebagainya, dan menyerahkan kenderaan kepada petugas valet.

Definisi Doa
Kami tertarik dengan definisi doa yang dikemukakan oleh Imam al-Khattabi. Antara lain beliau mendefinisikan dengan:
“Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Hakikat doa itu adalah menzahirkan kefakiran, kelemahan dan kehinaan diri kepada Allah yang di dalamnya terpateri pengagungan terhadap Allah SWT dan mengiktiraf sifat kemuliaan dan pemurah-Nya.” (Lihay Sya’n al-Dua’, hal. 4)

Beberapa Isu Yang Timbul Dalam Perniagaan Valet Doa

Sebelum menyatakan pandangan kami berhubung isu ini, kami sempat meneliti copywriting yang diletakkan di Facebook Valet_Doa. Kami dapat mengesan beberapa masalah yang timbul pada bentuk perniagaan Valet Doa ini.

Pertama: Etika Pengiklanan Dalam Islam

Kami melihat, individu berkenaan kurang memerhatikan aspek etika pengiklanan dalam Islam. Antaranya:

    Seni pengiklanan yang berlebih-lebihan.
    Terdapat beberapa keraguan di dalam perniagaannya iaitu
        Memberikan jaminan 100% pemakbulan doa, sedangkan ianya tidaklah sesuatu yang pasti dan pemakbulan Allah adalah hak mutlak Allah. Benarlah firman Allah SWT:
        Berhubung ‘servis doa’, barang yang diniagakan dan diupahkan adalah kemakbulan doa sedangkan makbul atau tidaknya doa itu adalah hak Allah secara mutlak serta ianya bersifat tidak jelas kerana kemakbulan adalah mutlak bergantung kepada-Nya. Ia tetap tidak boleh dilakukan sekalipun ada jaminan wang dikembalikan. Ia juga tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah.
        Servis berkaitan dengan ibadah amat perlu kepada nas kerana asal ibadah itu adalah tawaqquf dan ta’abbudi. Kaedah menyebut الأصل في العبادة التوقف (Asal bagi ibadah adalah terhenti kepada al-Qur'an dan al-Sunnah.)
        Mengkomersialkan doa dibimbangi termasuk dalam firman Allah SWT:

وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ
Maksudnya: Jangan kamu menjual ayat-ayat-Ku dengan harga benda yang murah
(Surah al-Baqarah: 41)

Imam Ibn Jarir al-Tabari berkata: “Jangan kamu ambil secara tamak untuk sedikit harta benda sehingga kamu menyembunyikan nama Allah. Maka yang termasuk dalam harga itu adalah ketamakan.” Lihat Tafsir al-Tabari, 1/565.

Al-Alusi berkata: “Jangan kamu tukar iman dengan ayat-ayat-Ku atau ikut untuk mendapatkan habuan dunia yang sedikit lagi binasa dengan ganjaran akhirat.” Lihat Ruh al-Ma’ani, 1/389.

Dr. Wahbah al-Zuhaily: “Jangan kamu jual ayat-ayat Allah yang menunjukkan atas kebenaran Muhammad pada kenabiannya dan dakwahnya dengan sedikit harta benda dunia.” Lihat Tafsir al-Munir 1/150.

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Kedua: Hak Mutlak Allah Sebagai al-Mujib

Kami tidak menafikan, terdapat pelbagai hadis berkenaan tempat-tempat makbul di Tanah Haram seperti doa di Multazam dan Hajar al-Aswad. Antara hadis berkenaan kemustajaban doa di Multazam. Daripada ‘Amru bin Syu’aib daripada bapanya, berkata:

طُفْتُ مَعَ عَبْدِ اللَّهِ فَلَمَّا جِئْنَا دُبُرَ الْكَعْبَةِ قُلْتُ: أَلَا تَتَعَوَّذُ؟ قَالَ: «نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ النَّارِ»، ثُمَّ مَضَى حَتَّى اسْتَلَمَ الْحَجَرَ وَأَقَامَ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْبَابِ، فَوَضَعَ صَدْرَهُ وَوَجْهَهُ وَذِرَاعَيْهِ وَكَفَّيْهِ هَكَذَا وَبَسَطَهُمَا بَسْطًا، ثُمَّ قَالَ: «هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُهُ»
Maksudnya: “Aku sedang bertawaf bersama Abdullah (Abdullah bin Umar). Ketika kami berada dibelakang Baitullah, aku bertanya, “Tidakah kamu memohon perlindungan?”Abdullah pun berkata: ‘Kami berlindung kepada Allah dari panasnya siksaan api neraka.” Setelah selesai, Abdullah menyentuh Hajar al-Aswad dan berdiri antaranya dan pintu Ka’bah, lalu merapatkan dada, muka, kedua siku, dan kedua telapak tangan nya dan berkata: “Seperti inilah aku melihat Rasulullah SAW melakukannya.”
(Riwayat Abu Daud, no. 1899)

Kata Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

مَا بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْبَابِ يُدْعَى الْمُلْتَزَمَ لَا يَلْزَمُ مَا بَيْنَهُمَا أَحَدٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
Maksudnya: “Antara rukun Hajar Aswad dan pintu Ka’bah terdapat Multazam. Tidak seorang pun hamba Allah SWT yang berdoa di tempat ini, kecuali dikabulkan doanya.”
(Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, no. 3769)

Kami tidak nafikan betapa mulianya Mekah terutamanya Masjidil Haram yang terdapat banyak-banyak mulia seperti hadith di atas. Justeru, Rasulullah SAW pernah mengirim doa melalui Saidina Umar ketika beliau mahu menuju ke Mekah. Antaranya sabda Nabi SAW:

أَيْ أُخَيَّ أَشْرِكْنَا فِي دُعَائِكَ وَلَا تَنْسَنَا
Maksudnya: “Hai saudara yang kukasihi, sertakan kami dalam doa kamu dan jangan lupa kami.”
(Riwayat al-Turmuzi, no. 3562) dan beliau berkata, hadis ini hasan sahih.

Untuk mendapat kepastian dan lebih luas lagi pengetahuan berkenaan dengan isu ini, maka sewajarnya kita melihat kitab-kitab berkaitan adab doa dan juga kitab khusus seperti al-Azkar oleh Imam al-Nawawi dan juga al-Idhah fi Manasik al-Hajj wa al-'Umrah oleh Imam al-Nawawi juga yang menyebut tempat-tempat yang mustajab doa. Tetapi, semuanya didoakan dengan penuh keikhlasan daripada seseorang tanpa sebarang bentuk perniagaan doa. Ini kerana, Allah sahaja yang bersifat penerima doa yang yang memakbulkannya.

Benarlah firman Allah SWT:

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ
Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.”
(Surah al-A'raf: 73)

Maka, jelas di sini bahawa hak memakbulkan doa itu hanya milik mutlak Allah SWT. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT dalam keadaan hak tersebut bukan hak dirinya. Apatah lagi jika menetapkan tempoh masa tertentu untuk kemakbulan doa, seolah-olah individu terbabit memaksa Allah SWT untuk mengabulkan doa pada tempoh yang ditetapkan. Sedangkan, tempoh untuk memakbulkan doa terpulang mutlak kepada-Nya tanpa boleh dipaksa mana-mana hamba-Nya.

Perlu kami nyatakan di sini beberapa adab doa untuk panduan bersama. Antaranya:

    Seseorang yang berdoa itu perlu mentauhidkan Allah dan tidak mempersekutukan-Nya.
    Ikhlas kepada-Nya dalam doa.
    Memohon kepada-Nya dengan nama-nama Allah yang mulia.
    Memuji Allah sebelum berdoa
    Berselawat ke atas Nabi SAW.
    Mengadap kiblat.
    Mengangkat kedua tangan.
    Yakin kepada Allah akan kemakbulannya.
    Memperbanyakkan memohon kepada-Nya.
    Khusyuk dalam berdoa.
    Mengulang-ulangi permohonan doa.
    Mengelokkan makanan dan minuman.
    Merendahkan suara ketika berdoa.

Ketiga: Akhlak Dengan Allah SWT

Oleh kerana acara doa merupakan ibadah yang sewajarnya dilakukan dengan syarat yang benar lagi tepat, maka sewajarnya kita mempunyai akhlak kepada Allah. Antara bentuk akhlak yang sesuai adalah, selayak dan seafdhalnya orang yang mempunyai hajat itu sendiri yang berdoa. Ini berdasarkan kepada perintah Allah dan suruhan-Nya kepada kita.  Mohon pertolongan kepada Allah dapat difahami dengan konsep:

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Maksudnya: “Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami minta pertolongan.”
(Surah al-Fatihah: 5)

Ibn Kathir berkata: “Allah memerintahkan kamu supaya mengikhlaskan dalam ibadah dan hanya meminta tolong kepada-Nya dalam urusan kamu.” Lihat Tafsir Ibn Kathir, 1/39.

Dalam kisah Nabi Zakaria yang melihat karamah dan kemuliaan Maryam dengan rezeki yang luarbiasa, maka Allah rakamkan kisah yang menarik ini:

كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ. هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya: “Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
(Surah Ali Imran: 37-38)

Ayat ini menunjukkan adab yang diajar kepada kita iaitu apabila berhajatkan sesuatu, masing-masing bertawajjuh, munajat dan berdoa kepada Allah SWT. Itulah petunjuk Ilahi dan itu lebih menampakkan kesungguhan seseorang yang berhajat.

Keempat: Salahfaham Konsep Doa

Dalam al-Qur’an bagaimana Allah mengajar Rasul-Nya SAW yang beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah SWT.

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: “Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.”
(Surah al-A’raf: 188)

Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dan sangat bertepatan dan kekeliruan yang timbul di sebabkan isu Valet Doa ini. Sekiranya Rasulullah SAW sendiri menafikan dirinya berkuasa untuk mendatangkan mudarat dan manfaat kecuali Allah SWT, bagaimana pula seorang individu lain mampu menjamin kemakbulan doa secara yakin, dengan bersandarkan beberapa buah hadis yang disalahfahami? Justeru, semua doa yang kita pohon kepada-Nya yang memakbulkan hanyalah Dia yakni Allah SWT. Kerana itulah berkali-kali Allah menamakan diri-Nya dengan sami' al-dua' (yang mendengar doa).

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah kami meneliti isu Valet Doa yang disertakan pula dengan pakej-pakej dengan harga yang berbeza seolah-olah mengikut tahap kemustajaban doa, dengan ini kami berpendapat, ia adalah sama sekali tidak menepati Islam yang sebenarnya, dan tidak mengikut syariat. Ini kerana, tiada dalam sejarah dan juga adab di kalangan salafussoleh berbuat demikian. Hatta bila Nabi SAW mahu menyertakan doa Saidina Umar RA dengannya, tiada sebarang syarat kewangan, upah atau bayaran yang dikenakan oleh Saidina Umar RA.

Kami juga melihat, penamaan pakej-pakej  adalah tidak berakhlak dan mengelirukan. Sementelahan lagi, jelas menunjukkan sifat komersialnya.
Berkenaan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Said RA, sabda Rasulullah SAW:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ : إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنْ السُّوءِ مِثْلَهَا ، قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ؟ قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ
Maksudnya: “Tiada seorang Islam berdoa dengan satu doa yang tiada padanya unsur dosa, putus silaturrahim kecuali Allah kurniakan kepadanya salah satu daripada tiga iaitu samada disegerakan doanya, ditangguhnya untuk hari akhirat atau dihilangkan daripadanya kejahatan seumpamanya. Kemudian sahabat berkata: ‘Kalau begitu, kami akan membanyakkannya. Sabda Baginda: ‘Ya, perbanyakkannlah.”

(Riwayat Ahmad, no. 10749)

Hadis ini menunjukkan bahawa doa yang dipohon oleh seseorang akan diterima tetapi bentuk penerimaannya itu pelbagai berdasarkan nas di atas. Inilah yang ditafsirkan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari (11/95).

Justeru, penggunaan kalimah mustajab yang difahami itu akan mengelirukan lebih-lebih lagi jaminan dan had masa tertentu untuk mendapatkannya. Ini menyalahi nas yang sahih lagi sarih.

Kami sarankan anjuran dan perniagaan seperti ini hendaklah dibatalkan dan ditiadakan supaya Islam dilihat sebagai agama yang benar-benar mengikut neraca syariatnya. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menjadikan kita golongan yang benar-benar mengikut syariat-Nya, Amin.
Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
15 Februari bersamaan 18 Jamadil Awal 1438

sumber HD- 15-2-2017

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Ke mana arah tuju Hari Kekasih?

http://www.muftiwp.gov.my | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/44274-ke-mana-arah-tuju-hari-kekasih

BAYAN LINNAS SIRI KE- 84: KE MANA ARAH TUJU HARI KEKASIH?

    Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad  
    Diterbitkan: 13 Februari 2017

Mukadimah

Gejala sosial merupakan satu amalan tidak sihat yang sering dikaitkan dengan anak muda. Antara masalah ketara yang dapat kita lihat dalam masyarakat kita kini adalah gejala sumbang mahram yang membawa kepada kelahiran anak tidak sah taraf. Apa yang merisaukan kami adalah jumlahnya yang sangat meruncing. Statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2015 mendedahkan sebanyak 3,980 atau 28.8 % daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah.

Hubungan Luar Nikah Di Sisi Beberapa Agama-Agama Utama di Malaysia

Kami nukilkan di sini pendirian tiga agama yang mempunyai pengikut tertinggi di Malaysia berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Susunan di bawah ini tidak mengikut urutan ketinggian peratusan pengikut agama.

Kristian

Tidak ada teks dalam Bahasa Ibrani (Hebrew) mahupun Greek yang digunakan dalam Bible yang merujuk kepada hubungan luar nikah, secara khusus. Pun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa Bible mengecam tindakan zina dan pencabulan. Dalam 1 Corinthians 7:2, jelas dinyatakan:

But since sexual immorality is occurring, each man should have sexual relations with his own wife, and each woman with her own husband.

Ayat di atas menyatakan bahawa disebabkan manusia tidak dapat mengawal diri mereka dan menimbulkan banyak hubungan luar nikah, mereka sepatutnya berkahwin. Melalui perkahwinan, nafsu akan dilunaskan mengikut jalan yang bermoral. Hubungan luar nikah juga dinyatakan sebagai satu dosa seperti yang tertulis pada Acts 15:20; 1 Corinthians 5:1; 6:13, 18; 10:8; 2 Corinthians 12:21; Galatians 5:19; Ephesians 5:3; Colossians 3:5; 1 Thessalonians 4:3; Jude 7.

Buddha

Perkara ketiga daripada lima Pancasila dalam asas etika agama Buddha adalah, seseorang itu perlu mengelakkan daripada melakukan kāmesu micchācārā (hubungan seksual yang salah). Pernah ketika sedang menyampaikan syarahan kepada para Brahmin, Buddha telah menyatakan bahawa hubungan seks dengan (i) perempuan yang dibawah penjagaan ibu bapa/bawah umur (ii) wanita yang dilindungi Dhamma, biarawati atau sesiapa yang bersumpah untuk tidak berkahwin (iii) wanita yang berkahwin (iv) mereka yang sedang dihukum (v) mereka yang dihiasi dengan kalungan bunga / bertunang. Rujuk http://www.buddhisma2z.com/content.php?id=370

Islam

Zina adalah perbuatan yang keji dan buruk di dalam Islam. Ia merosakkan kehidupan, keturunan, menjatuhkan maruah seseorang dan membawa kepada pelbagai lagi gejala sosial yang buruk.

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Surah al-Isra’: 32)

Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا (68) يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا (69)
Maksudnya: “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;    Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,”
(Surah al-Furqan: 68-69)

Rasulullah SAW pernah disoal oleh Abdullah RA:

يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ؟ قَالَ: «أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ» قُلْتُ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: «أَنْ تَقْتُلَ وَلَدَكَ مِنْ أَجْلِ أَنْ يَطْعَمَ مَعَكَ» قُلْتُ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: «أَنْ تُزَانِيَ حَلِيلَةَ جَارِكَ»
Maksudnya: “Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: Dosa apakah yang paling besar ? Beliau menjawab : Engkau menjadikan tandingan atau sekutu bagi Allah , padahal Dia telah menciptakanmu. Aku bertanya lagi : “Kemudian apa?” Beliau menjawab: Membunuh anakmu kerana takut dia akan makan bersamamu.” Aku bertanya lagi : Kemudian apa ? Baginda menjawab lagi: Kamu berzina dengan isteri jiranmu.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6811)

Telah nyata di dalam Islam bahawa perbuatan zina atau sumbang mahram merupakan satu dosa yang besar. Maka, tidak hairanlah Islam begitu tegas terhadap pelaku zina kerana ia akan merosakkan nasab keturunan dan mengkucar-kacirkan masyarakat.

Hari Kekasih Dan Hubungan Luar Nikah

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa hubungan luar nikah dan Hari Kekasih seakan menjadi satu hal yang tidak dapat dipisahkan. Di luar negara, Hari Kekasih sinonim dengan hubungan luar nikah. Budaya ini seterusnya terbawa-bawa ke dalam Malaysia. Saban tahun, ada sahaja tangkapan dibuat terhadap pasangan yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan pada malam Hari Kekasih. Lihat sahaja laporan akhbar esok atau lusa.

Apakah masih tidak cukup angka-angka yang menggusarkan yang telah kami nyatakan di awal perbincangan ini? Statistik ini akan terus meningkat sekitar hujung tahun ini jika semua pihak tidak mempunyai kesedaran yang serius. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata data Polis Diraja Malaysia pula menunjukkan bagi tempoh 2000-2015, terdapat 526 kes pembuangan bayi. Beliau juga menambah bahawa menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan kes kehamilan remaja belum berkahwin bagi tahun 2012 hingga 2015 adalah sebanyak 16,270. Maka, secara keseluruhannya sebanyak 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2005 hingga 2015.

Setuju atau tidak, kita tidak dapat menolak bahawa Hari Kekasih pastinya adalah salah satu dorongan bagi anak-anak muda ini melakukan maksiat dan perzinaan.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Sambutan Hari Kekasih ini adalah budaya masyarakat bukan Islam yang buruk dan kita sama sekali dilarang untuk menyambutnya. Sabda Nabi SAW:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk sebahagian daripada mereka.”
(Riwayat Abu Daud, no. 4031)

Dalam masa yang sama, Islam sama sekali tidak melarang untuk menzahirkan kasih sayang namun tidak ada jalan yang terbaik untuk ia dimanifestasikan kecuali melalui perkahwinan. Bagi yang sudah berjumpa pasangan yang sesuai, segeralah dalam urusan pernikahan. Sabda Nabi SAW:

لَمْ  يُرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلُ النِّكَاحِ

Maksudnya: “Tidak pernah dilihat solusi untuk dua orang yang saling mencintai selain berkahwin.”
(Riwayat Ibn Majah, no. 1847)

Kasih sayang dalam Islam tidak mempunyai hari-hari tertentu. Setiap hari adalah hari kasih sayang buat sesama suami isteri, anak kepada ibu bapanya, ibu bapa kepada anaknya, saudara mara, jiran tetangga dan seluruh manusia amnya. Maka, tidak perlu lagi dikhususkan hari-hari tertentu, apatah lagi yang menggalakkan pula ke arah gejala sosial dalam kalangan anak muda.

Kami cenderung untuk menyatakan bahawa sambutan ini adalah diharamkan di dalam Islam berdasarkan data-data yang jelas menunjukkan bahawa ia memang membawa kepada budaya maksiat dan perzinaan disamping menyerupai budaya yang buruk yang luar daripada ajaran Islam. Bahkan, hubungan luar nikah yang menjadi fokus utama bagi anak muda tatkala Hari Kekasih turut ditegah oleh agama-agama lain yang wujud di Malaysia. Ia juga bercanggah dengan norma dan fitrah asal manusia berdasarkan data yang ditunjukkan oleh Pew Research Center . Ia membuktikan penduduk dunia secara umum dan majoritinya masih melihat hubungan luar nikah sebagai satu perkara yang tidak dapat diterima. Klik di sini

Kami nukilkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Semoga kita dapat menginsafi akan falsafah sebenar kasih sayang dan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat. Malaysia memerlukan golongan anak muda yang berkualiti dan berhemah tinggi bagi meneruskan kepemimpinan pada masa akan datang. Usah bazirkan usia muda dengan 1001 gejala sosial yang bakal menggelapkan masa depan anda.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber HD - 14-2-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------









Bolehkah manusia berkahwin dengan jin?

http://www.muftiwp.gov.my/ | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/44239-bolehkah-manusia-berkahwin-dengan-jin

AL-KAFI LI AL-FATAWI KE - 527: BOLEHKAH MANUSIA BERKAHWIN DENGAN JIN?
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 11 Februari 2017

Soalan: Bolehkah manusia berkahwin dengan jin?

Jawapan: Manusia diciptakan Allah daripada tanah sedangkan jin diciptakan Allah daripada api. Hal ini dengan jelas daripada ayat yang banyak dan nas yang banyak. Antara tujuan ciptaan jin dan manusia adalah untuk beribadat kepada Allah. Firman Allah SWT:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Surah al-Zariyat: 56)

Al-Maraghi berkata: “Sebahagian ahli tafsir berpendapat, supaya mereka tunduk dan merendah diri kepada-Ku iaitu golongan jin dan manusia hendaklah patuh kepada perintah Allah dan mengikut apa yang ditakdir kepadanya.”

Berkenaan dengan isu perkahwinan antara jin dan manusia, terdapat 3 pandangan ulama’:

- Hukumnya haram. Inilah pendapat Imam Ahmad, Imam al-Zuhri, al-Hakam, Qatadah, Hasan al-Basri, Hajjaj ibn Artat, Abu Hammad dan Imam al-Ghazali

- Hukumnya makruh. Inilah pendapat Malik, Qatadah, al-Hakam, al-Hasan, Uqbah al-‘Asam, Ishak bin Rahawaih.

- Hukumnya harus. Ini sebahagian pendapat ulama’ Syafie. Ini juga pandangan sebahagian salaf seperti al-Tha'labi, al-A'masy, Uthman ibn Sa’id al-Dari,

Al-Imam al-Munawi dalam Syarh al-Jami’ al-Saghir berkata: “Dalam al-Fatawa al-Sirajiyyah oleh ulama’ Hanafi, tidak harus perkahwinan antara jin dan manusia kerana berlainan jenis. Begitu juga dalam Fatawa al-Barizi di kalangan ulama’ Syafiiyah tidak harus berkahwin antara keduanya. Begitu juga pandangan ulama' Syafie yang mengharamkannya seperti al-Khatib al-Syarbini. Katanya, : “Pengharaman dalam perkahwinan itu ada dua; bersifat selama-lamanya atau selamanya. Antara bentuk perkahwinan yang diharamkan selama-lamanya adalah perkahwinan antara jenis yang berlainan. Contohnya, tidak dibenarnya perkahwinan antara lelaki dari kalangan manusia dan perempuan dari kalangan jin (atau sebaliknya)."  Lihat Mughni al-Muhtaj, 3/232

Kami berpendapat, tidak harus perkahwinan antara jin dan manusia kerana ia berlainan jenis dan juga tabiatnya. Sifat jin adalah tidak berjisim dan sifat manusia adalah berjisim. Ini berasaskan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl, ayat 72:

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا

Maksudnya: “Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan.”

Mafhum daripada kenyataan ini menunjukkan kepada kita bahawa manusia dikurniakan Allah isteri dan suami mereka dari jenis mereka sendiri dan ia terbeza yang amat ketara antara manusia dan jin. Ini dijelaskan lagi dengan firman-Nya

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
(Surah al-Rum: 21)

Al-Syeikh al-Syanqiti menyebut : “Ayat ini juga menunjukkan bahawa Allah tidak menciptakan manusia untuk pasangan-pasangan mereka kecuali untuk jenis dan diri pasangan mereka sendiri.” Lihat Adwa’ al-Bayan, 3/43.

Antara beberapa masalah yang timbul akibat membenarkan pernikahan antara manusia dan jin adalah:

- Boleh terjerumus kepada banyaknya perzinaan dan kemudian dinisbahkan kandungan kepada alam jin.

- Nikah memberi maksud untuk memperoleh zuriat dan kehidupan keluarga serta anak-anak. Kepada siapa untuk dinisbahkan mereka dan bagaimana penciptaan mereka?

- Berinteraksi dengan jin seumpama ini tidak sunyi daripada pelbagai kemudaratan sedangkan Islam menggesa untuk memelihara keselamatan manusia.

- Lebih parah lagi, ia membawa kepada membuka pintu kepada banyak persoalan yang tidak berkesudahan dan sukar diselesaikan.

Semoga dengan penjelasan ini kita memahami agama kita dengan sebaik-baiknya. Amin.

Sumber HD - 11-2-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) Peluk Islam Dalam Ceramah Zakir Naik di Arau
Posted on Friday, February 10 @ 19:18:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33543



ARAU: Penjelasan terperinci mengenai agama Islam oleh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik pada ceramah di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) hari ini membuka hati seorang pelajar warga India untuk memeluk Islam.

Pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti awam di negara ini, melafazkan 2 kalimah syahadah dibimbing Zakir dengan bersaksikan kira-kira 1,000 hadirin.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, R A Shivaleela, 40, berkata sebelum ini beliau membaca dan mencari ilmu tentang Islam melalu buku dan video di YouTube.

“Tapi, kini saya amat tertarik dan berpuas hati dengan penjelasan Zakir tentang kewujudan Allah,” katanya sambil menyatakan tindakan memeluk Islam adalah atas kerelaannya sendiri.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut hadir pada ceramah itu.

Hadir sama Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), Mohamad Nazim Mohamad Nor dan Naib Canselor Unimap, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.

Terdahulu, dalam ceramahnya bertajuk “Quran and Modern Science: Conflict or Conciliation” yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan Unimap, Zakir berkata, umat Islam perlu menghindari perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Islam.

“Saya ingin menegaskan saya hadir bukan untuk menimbulkan fitnah atau menghina mana-mana agama, namun untuk mencari persamaan dan penyatuan,” katanya yang pertama kali berkunjung ke Perlis.

Sumber TKO - 10-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di Mana Laporan Pendapatan Dan Perbelanjaan Wang Masjid?
Posted on Monday, February 06 @ 05:29:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33471


Bagaimanakah ahli qariah masjid dapat tahu sekiranya kewangan masjid disalahgunakan? Jawatankuasa masjid ditentukan oleh orang politik. Maka kebanyakan JK masjid dimonopoli oleh Pengerusi JKKK dan ahli-ahlinya. Tiada mesyuarat agung dibuat. Implikasinya?

Kita tahu sesetengah masjid berjaya mengumpulkan hampir ribuan ringgit derma mingguan  terutama pada hari Jumaat. Ada masjid yang mengisytiharkannya dan ada juga data pungutannya nya hanya berlegar dalam kalangan AJK masjid.

Pendapatan akan berkait dengan perbelanjaan. Dalam sesuatu organisasi, antara isu hangat yang biasa dibangkitkan ialah perbelanjaan. Ahli akan melihat dan menilai bagaimana pendapatan dibelanjakan. Wajarkah perbelanjaan dibuat? Terdapatkah kesilapan, pemborosan, ketirisan dan penyelewengan?

 Ada sesetengah masjid berbangga dengan pendapatan yang lumayan. Berbangga dengan baki ratusan ribu ringgit di bank.  Wang tidak digunakan untuk mengatur program dan aktiviti yang berguna kepada qariah. Kelengkapan masjid terabai. Di sudut lain, ahli qariah tertanya-tanya ke mana dan bagaimana wang itu belanjakan.

Amalan pelantikan JK masjid oleh pihak politik  kerana politik banyak membawa implikasi negatif. Dan sudah semestinya ketiadaan mesyuarat agung menyebabkan  pendapatan dan perbelanjaan wang masjid terdedah kepada  penyalahgunaan. Bagi manusia yang rakus, wang masjid boleh saja diuruskan mengikut selesa dan kepentingan peribadi.

Benar, derma untuk masjid dilakukan secara ikhlas dan tiada paksaan. Tetapi penderma ada hak untuk tahu ke mana dan bagaimana dermanya dibelanjakan. Dalam sesuatu organisasi, ada penyata kewangan dan penyata akaun bank. Didedahkan, dibincangkan dan dibahaskan di dalam mesyuarat agung. Masjid? Semuanya tertutup dan berlegar dalam kalangan AJK sendiri. SPRM sendiri sukar untuk mengesan penyelewengan wang masjid. Persoalannya, sampai bilakah kepincangan ini dapat diperbaiki?


Sumber TKO - 6-2-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 



Ayam Dalam Bekas Babi Di Pasar Halal Singapura!
Posted on Sunday, February 05 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33465



SINGAPURA – Selepas Singapura gempar dengan tindakan biadap seorang lelaki Cina hina seorang wanita Melayu, kali ini umat Islam di republik itu dikejutkan foto tular yang cukup memeranjatkan.

Seorang pengguna Facebook mendedahkan foto eksklusif menunjukkan daging ayam dihantar ke Pasar Geylang Serai, sebuah gedung popular masyarakat Islam, diletakkan dalam bekas yang asalnya untuk simpan daging babi.

Menerusi gambar tersebut, empat bungkusan plastik boleh dilihat diletakkan secara bertingkat dan bekas yang paling atas tertera jelas nama sebuah syarikat pembekal daging babi tempatan terkenal – Tiong Lian Pork Supply.

Firma ditubuhkan sejak 1974 yang berpusat di Jurong itu memproses kira-kira 6,000 ekor babi seminggu atau 111,000 tan haiwan najis mughallazah tersebut setahun diimport dari Indonesia, Brazil, Australia dan sebagainya.


Penyebaran foto itu mencetuskan rasa bimbang kepada masyarakat Muslim tempatan. Pasar basah Geylang Serai sememangnya dikenali sebagai hab ‘halal’, kerana menjadi satu-satunya pasar di Singapura yang tidak jual babi.

Gambar berkenaan tersebar luas menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp. Menerusi catatan pada foto itu, ia dikatakan sempat dirakamkan oleh seorang ‘pegawai polis’ yang secara kebetulan pula berada di situ.
geylang
Pasar Geylang Serai, Singapura

“Sekarang pembekal daging babi sudah mula berani menghantar bekalan ayam mereka dengan menggunakan bekas yang sama ke pasar Geylang Serai. Berhati-hatilah jika membeli ayam di pasar Geylang sepanjang hari ini.

“Gambar ini akan dikirim ke MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) oleh seorang pegawai polis yang mengambil gambar ini pagi tadi,” tulis keterangan pada foto tersebut sambi pengirimnya berharap tindakan susulan diambil.

Salah seorang penerima gambar tersebut, Shasha Alkaff, menyuarakan kebimbangannya ketika dihubungi agensi berita Mediacorp dan berkata pihak berkuasa republik itu perlu segera dimaklumkan tentang perkara tersebut.

“Kita harus memberitahu kepada pihak MUIS jika terjadi begini. Kalau cecair daripada daging khinzir itu terkena pada ayam, tidak tahu macam mana orang Islam yang makan,” luah wanita itu dengan penuh perasaan kesal.

Dalam pada itu, jurucakap MUIS ketika dihubungi Mediacorp menyatakan bahawa Unit Halalnya sudahpun menerima beberapa maklum balas daripada orang ramai dan berjanji sedia mengambil tindakan lanjut.

Buat masa ini juga, pihak majlis tersebut sedang menjalankan siasatan secara terperinci berhubung perkara sensitif berkenaan dan meminta masyarakat Islam tempatan agar bertenang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Sumber TKO - 5-2-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korban Kasih Demi Islam
Posted on Tuesday, January 31 @ 07:11:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33404





Pendakwah bebas  Ustaz Shanmugam memulakan kuliah Maghrib dengan membaca beberapa hadis berkaitan kelebihan menuntut ilmu. Kemudian Ustaz bercerita tentang pengalamannya mencari Islam ketika berumur 19 tahun. Lapan tahun kemudian ketika usianya 27 tahun, barulah beliau mendapat apa yang dicarinya; Islam agama yang benar.

Beliau mendapat hidayah melalui seruan azan. Dia selalu menonton TV ketika waktu Maghrib. Ibu bapanya selalu menyuruh beliau tutup TV ketika azan. Dalam kata lain, ibu bapanya tidak membenarkan dia mendengar seruan azan yang selalu dikumandangkan di TV. Namun suatu hari, seruan azan terasa benar menyentuh hati dan perasaannya. Peristiwa ini menggerakkan beliau untuk keluar mencari Islam.



Bapanya, seorang sami di Pulau Pinang, akhirnya memulaukannya setelah dia Islam. Sebelum Islam, Ustaz Shanmugam pernah menganuti 4 agama iaitu Hindu, Kristian, Buddha dan Bahai.  Dia dapati tiada suatu agama pun yang mengisytiharkan agamanya betul. Tetapi Islam, diisytihar sendiri oleh Allah melalui al-Quranul Karim.



Ustaz Shanmugam berpesan bahawa Allah mengamanahkan Islam kepada setiap muslim. Dan setiap muslim hendaklah hidup dengan celupan Allah. Amat menyedihkan baginya, kini umat Islam hidup dengan cara dan fahaman Barat. Cara mereka berpakaian, cara makan, pergaulan, berekonomi  dan berpolitik jauh dari ajaran Islam. Kata ustaz, bagaimana sanggup muslim menyanggahi aturan Allah sedangkan Bumi yang besar ini akur untuk sentiasa tawaf atau mengelilingi Matahari.



Malu kita kepada Ustaz. Ustaz kata dia berkorban keluarga untuk mencari Islam. Dia kehilangan ibu dan ayah tercinta kerana Islam. Dia kehilangan keluarga kerana Islam. Tetapi kita sebagai muslim sejak lahir dalam keturunan keluarga Islam, apa yang telah kita korbankan demi Islam? 



Kata ustaz, para sahabat Rasulullah s.a.w. meninggalkan harta, kebun, keluarga dan tanah air demi Islam. Itulah harganya kecintaan pada Islam.



Akhirnya, ustaz Shanmugam mengajak semua umat Islam turun untuk menyertai Himpunan RUU355 pada 18 Februari nanti. Inilah sedikit tanda rasa cinta pada Islam. Buktikan bahawa bumi bertuah ini milik Islam. Apakah yang ini pun kita tak mampu untuk tunjuk cinta pada Islam?



Sumber TKO - 31-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zakir Naik akan sampaikan khutbah Jumaat di Perlis
Posted on Monday, January 30 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33396



PETALING JAYA: Pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik akan membuat penampilan di Perlis pada 10 Feb atas arahan mufti negeri, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Zakir akan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri di Arau dan ia akan disiarkan secara langsung di Facebook.

Poster mengenai majlis itu dikongsi di laman Facebook mufti Perlis itu, di mana Zakir digambarkan sebagai “penyelidik dan penyeru kepada Islam”.

Beberapa mufti di Malaysia melahirkan perasaan kagum terhadap Zakir.

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menyifatkan beliau sebagai seorang pendakwah yang dihormati.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mempertahankan Zakir daripada pengkritik.

Saluran TV Islam tempatan Al-Hijrah menyiarkan temu bual harian dengan Zakir berkenaan pelbagai topik dan ceramah beliau.

Tahun lepas, Zakir menjadi tajuk utama selepas Hindustan Times melaporkan beliau memegang 2 kerakyatan India-Malaysia.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Zakir, 51, juga dilaporkan diburu Direktorat Penguatkuasaan India dalam kes pengubahan wang haram.

Agensi Siasatan Kebangsaan republik itu juga sedang menyiasat 78 akaun bank dan pelaburan berjumlah RS100 crore (RM65 juta) yang berkaitan dengan beliau, sebagaimana dilaporkan NDTV.
Kementerian Dalam Negeri India mengisytiharkan Zakir bebas ke luar negara kerana beliau tidak berada di dalam senarai pengganas.

Menteri persekutuan Datuk Seri Nazri Aziz adalah seorang daripada beberapa ahli politik tempatan yang lantang bersuara menentang Zakir.

Nazri berkata Malaysia mempunyai ulama sendiri dan tidak memerlukan ulama dari luar negara untuk menyebarkan permusuhan di negara ini.

Zakir, penerima Tokoh Maal Hijrah 2013, menyebabkan kekecohan tahun lalu selepas didakwa menghina dewa dan amalan Hindu.

April lalu, anaknya, Fariq Naik, 22, menyampaikan ceramah bertajuk “Salah faham tentang Islam” di Pulau Pinang, dengan pihak berkuasa negeri memberitahu beliau agar tidak lari daripada topik.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy lantang menentang Zakir, berkata beliau tidak dialu-alukan di Malaysia.

Zakir juga dilaporkan diharamkan daripada memasuki United Kingdom dan Kanada, berikutan sokongan jelas terhadap kumpulan pengganas al-Qaeda.

Sumber TKO - 30-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



















Kematian suatu keinsafan: Tapi kalau tidak insaf juga?


Kelmarin, satu berita kematian telah muncul di celah ratusan wasap yang masih belum dibaca. Kematian mengejut lelaki yang baru berpindah kira-kira sebulan yang lalu ke Taman yang aku diami. Beliau masih muda lagi, usianya baru 32 tahun. Meninggalkan seorang balu dan dua anak. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosanya dan merahmatinya serta memberikan kesabaran kepada ahli keluarganya.

Bagaimana dengan aku? Syukur kerana Allah masih memanjangkan usiaku, tetapi bagimana pula dengan persiapan ku untuk bertemu denganNya?

Sewaktu menghadiri pengkebumian bapa saudaraku pada bulan Disember di Kg Buaya, Padang Rengas, *tiba-tiba perasaan ku tersentak dengan sebuah ungkapan yang imam sebut ketika membacakan talqin*. "Ingatlah *JANJI antara kita dengan dengan Allah* sebelum kita dilahirkan iaitu janji untuk beriman dengan Allah dan menjadikan keseluruhan hidup kita ikut cara Islam"....  Hmm, Betulkah aku ada janji dengan Allah?

*Allah berfirman "Adakah Aku ni tuhan kamu?". Kita semua menjawab "Ya, benar" (Surah al-A'raf:172).

Ya, ungkapan itu benar-benar merungsingkan fikiran.  Benarkah selama ini aku mengotakan janji ini atau langsung tidak ingat. Sibuk benar aku dengan urusan kehidupan tanpa teringat kepada urusan yang lebih besar iaitu janji dengan tuhan yang telah menciptakan aku. Selama ini, aku solat, puasa, baca quran, buat kerja untuk Islam,....  sebenarnya aku sedang menunaikan JANJI. Namun, adakah cukup dengan semua amalan itu???

*Syaitan pula giat membisikkan ke telinga "Bila pula kamu ada janji dengan tuhan?" Hmmm ya tak ye jugak.• Bila pulak aku berjanji sedangkan seingat aku, tak pernah aku buat janji dengan sapa-sapa pun, apatah lagi dengan tuhan. Yang aku sedar ialah ibu ayah aku lah yang membesarkan aku. Itu pun, saat ketika aku masih bayi, aku tak ingat apa-apa. Ahhhh, itu semua adalah bisikan syaitannnn.

Ya, Sewaktu aku bayi sehinggalah berumur 5 tahun, aku tak ingat apa-apa pun. Ibu ayah aku sahaja yang bercerita tentang gelagatku sewaktu aku kecil, tapi aku tidak sedar, malah aku tidak tahu pun melainkan setelah ibu bapaku bercerita perihal aku. Aku juga terfikir, sewaktu dalam perut ibu, dan sebelum itu lagi, aku kat mana? Di mana aku?? Aku tidak tahuuu. Hmm, adakah ini perkara yang patut aku tahu?

Berbalik semula pada JANJI tadi, eh kenapa aku kena melaksanakan janji yang aku janjikan dalam keadaan aku tidak sedar? Hati kecil bertanya lagi, adakah benar itu janji?

------------ Bah II

Inilah keimanan kepada perkara ghaib yang Allah telah minta untuk kita beriman dengannya. Dari mana aku datang, kemana aku pergi, apa yang perlu aku buat? Tiga persoalan asas yang hanya dapat dijawab dalam ilmu tauhid. Orang yang tidak tahu perkara ini atau tidak sedar mengenainnya, ialah orang yang menzalimi dirinya sendiri. Bagaikan pergi ke tempat kerja, tetapi tidak tahu kerja apa yang dia kena buat. Malah, lawan tokeh pula.

Memang banyak manusia lalai tentang perkara ini. Ini telah ditegaskan di dalam al-Quran. Percaya atau tidak? Yang pergi surau dan masjid, yang suka buat kerja kebajikan memang tidak ramai. Nak ikut kumpulan yang berjaya atau kumpulan yang ramai? Yang ramai tidak semestinya berjaya. Allah menceritakan awal-awal lagi sesalan manusia yang lalai di akhirat nanti *"Kalaulah kami dengar dan kami berfikir, tidaklah kami menjadi penghuni neraka"*

Kalaulah aku datang masjid dan surau, kalaulah aku ikuti pengajian agama, kalaulah aku dengar nasihat, kalaulah aku ...... kalaulah aku .... - "kalau" yang sudah tidak berguna lagi.


Main golf boleh, naik basikal 40km boleh, buka wasap setiap 5 minit, baca Facebook setiap 1/2 jam, pergi training seminggu boleh, lepak sampai larut malam boleh, semuanya boleh. Malangnya, baca Quran tidak boleh, pergi masjid surau tak boleh, baca fatihah pun tah betul atau tidak,... "apa erti beriman kepada Allah?" pun tak boleh jawab, ---> Jawablah dengan Malaikat Izrael dan munkar nakir lah nanti.

Kalaulah kematian tidak menginsafkan, siramilah hati dengan amalan ibadat bagi melembutkannya.

اللهم بلغت فاشهد

Dr. Muhamad Faisal
Jeddah
20 Jan 2017

Sumber HD - 28-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




















Aurat bagi muslimah bersaiz besar

http://muftiwp.gov.my/ | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/44068-aurat-bagi-muslimah-bersaiz-besar

AL-KAFI #515: AURAT BAGI MUSLIMAH BERSAIZ BESAR
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 24 Januari 2017

Soalan: Saya ada saudara perempuan yang berbadan besar. Beliau sudah berusaha menutup auratnya dengan baik cuma tetap nampak sedikit bentuk dadanya. Apakah hukumnya?

Jawapan:

Aurat wanita muslimah disepakati oleh ulama Syafi’iyah adalah seluruh badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan.al[1] Aurat bagi wanita merdeka adalah selain wajah dan dua tapak tangan, zahirnya dan batinnya sehingga dua pergelangan tangannya, berdasarkan firman Allah SWT:

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ منها
Maksudnya: “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak dari padanya.”[2] (Surah al-Nisa’: 31)

Berkenaan dengan wanita berpakaian ketat, para ulama’ menghukumkan pakaian yang menampakkan bentuk tubuh sebagai makruh kepada wanita manakala bagi lelaki adalah khilaf al-aula (menyalahi keutamaan).

Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari menyebutkan:
 “Tidak memadai bagi menutup aurat pakaian dengan menampakkan warna kulit. Iaitu orang dapat melihat warna disebalik pakaian tersebut seperti pakaian koyak yang tidak menghalang daripada dilihat warna kulit. Ini kerana, tujuan sebenar menutup aurat tidak akan berlaku tanpa menutup perkara tersebut. Tidak mengapa setelah pakaian tersebut menutup warna kulit, jika nampak bentuk badan sekalipun tetapi makruh hukumnya bagi wanita dan menyalahi keutamaan bagi lelaki. Perkara ini disebut oleh Imam al-Mawardi dan selainnya”[3]

Perkara ini juga ditegaskan oleh ulama Syafi’iyah lain seperti:

Imam al-Ruyani dalam kitabnya al-Bahr al-Mazhab hlm. 122.
Imam Syamsuddin al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj, 2/6.
Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Minhaj al-Qawim 1/ 186.
Imam al-Dimyathi dalam Hasyiah I’anah al-Thalibin, 1/113.

Islam adalah agama yang penuh dengan kerahmatan dan kemudahan kepada penganutnya. Berhubung masalah perempuan yang berbadan besar seperti soalan di atas, ia dimaafkan kerana fizikalnya sedemikian yang menyebabkan agak sukar baginya untuk menutup bentuk tubuhnya pada bahagian berkenaan. Dalam masa yang sama, beliau sudah sedaya upaya berusaha menutup auratnya. Moga beliau terus istiqamah dengan penampilannya yang menutup aurat.

Adapun perempuan yang sengaja berpakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh, ia tetap membawa kepada fitnah dan dosa sebagaimana hadis riwayat Muslim no. 2128. Sabda Nabi SAW:

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا: قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلَاتٌ مَائِلَاتٌ، رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيْحَهَا، وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا
Maksudnya: "Ada dua golongan penghuni Neraka, yang belum pernah aku lihat, iaitu suatu kaum yang memegang cambuk seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka berjalan lenggang lenggok menggoyangkan (bahu dan punggungnya) dan rambutnya seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bauan syurga. Padahal sesungguhnya bauan syurga itu dapat dicium sejauh perjalanan sekian dan sekian.’”

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

[1] Al Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/122. Minhaj al-Thalibin, 1/188.
[2] Tuhfah al-Muhtaj, 3/ 167.
[3] Asna al-Mathalib, 1/176.

Sumber HD - 28-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terbiasa Yang Salah
Posted on Saturday, January 28 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33363





Ustaz Mad Kemasik menyedarkan kita tentang solat. Katanya, “Ramai orang solat tapi sikit orang yang menjaga waktu solat.” Maksud ustaz kebanyakan orang yang solat sendiri tidak menjaga waktu solatnya. Tidak ramai orang yang solat pada awal waktu, apalagi solat sejurus takbir imam di masjid dan surau. Banyak orang solat  di hujung waktu. Malah ada yang solat selepas waktu luput atas alasan sibuk menguruskan majlis kahwin, sibuk menyiapkan kerja dan sebagainya.

Kedua, ustaz Mad berpesan bahawa sedekah yang  paling Allah sukai  ialah sedekah apa yang disayangi. Itulah sedekah terbaik. Tapi janganlah bersedekah sesuatu yang kita sendiri pun tak akan sudi menerimanya seperti bersedekah pakaian buruk atau peralatan yang telah rosak.



Ketiga, Ustaz mengingatkan bahawa ada orang yang mendapat pahala dengan sebab binatang.dan ada orang yang masuk neraka disebabkan binatang. Ada orang yang berperikemanusiaan akan sentiasa memberi makan kepada haiwan belaan atau haiwan yang kelaparan. Malah ada orang yang sanggup membawa binatang yang sakit ke klinik haiwan. Sebaliknya ada orang yang sanggup mencederakan haiwan dan menyeksanya.



Keempat , ada orang yang mengaku melawati orang mati tetapi sebenarnya dia melawat rumah orang mati. Dia tidak naik ke atas rumah untuk melihat wajah terakhir jenazah sambil mendoakannya. Sebaliknya dia hanya duduk bersembang di halaman rumah.



Kelima, Ustaz berpesan agar apabila berjumpa dengan anak yatim, usaplah kepala mereka kerana Nabi s.a.w. amat suka melakukannya.



Keenam, betapa ramai menziarahi orang sakit,tapi begitu berat mulut untuk mengingatkan pesakit tentang solat. Kononnya takut pesakit berkecil hati.



Akhirnya, Ustaz menyentuh tentang tingkah-laku pengantin perempuan. Banyak pengantin perempuan yang bermake-up tidak melakukan solat semata-mata kerana takut rosak make-up yang menyaluti wajah.



Semoga teguran Ustaz Mad menjadi renungan kita semua.
Sumber TKO - 28-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terlepas Anugerah Allah Kerana Kejar Dunia
Posted on Friday, January 27 @ 00:06:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33340



Kenapa ramai orang megabaikan majlis-majlis ilmu? Manusia lebih  terbuka langkahnya untuk memenuhi lapangan pasar malam, karnival dan ekspo atau bersantai-santai di warung dan restoran hingga larut malam.

Kata Ustaz Rosli Jabar dalam kuliah Maghribnya, ini semua disebabkan oleh manusia tidak tahu nilai ilmu agama walaupun mereka tahu ilmu itu penting dalam kehidupan. Yang manusia tahu hanya ilmu yang boleh mendatangkan gaji yang besar, ilmu yang membolehkan mencapai darjat dan pangkat yang tinggi.

Ustaz memberi contoh bagaimana besarnya nilai ilmu. Kisah Khalifah Umar r.a. dengan budak pengembala kambing. Apabila Umar mahu membeli kambing, budak itu berkata bahawa dia hanya pengembala kambing. Belilah dengan tuanpunya kambing.

Umar menguji lagi,” juallah kambing itu kepadaku. Majikan kamu tak akan tahu jika kau menjual seekor kambing kepadaku. Katakan saja kambingmu itu dimakan serigala.”

Jawab budak itu lagi, “benar tuan kambing tak tahu. Tetapi Allah tahu.”

Umar amat kagum dengan kefahaman agama budak itu. Tanpa kefahaman ilmu, bagaimana bisa budak itu bersikap sejujur demikian. Inilah nilai kefahaman ilmu. Seperti mana hadis  daripada Mu'awiyah (RA): Saya pernah mendengar nabi bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Bukhari dan Muslim].

“Cuba fikir sejenak. Allah itu Maha Kaya,” kata Ustaz Rosli. “Kurniaan yang Dia hendak beri kepada hamba-hamba yang dipilih-Nya sudah pastilah sesuatu yang amat tinggi nilainya. Maka sudah pastilah kefahaman ilmu adalah sesuatu yang tak terhingga tinggi nilainya. “ Hanya manusia yang sibuk pagi, petang dan malam mengejar dunia tak berpeluang untuk menadah anugerah Allah ini.


Sumber TKO - 27-1-2017

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam Mana Pakcik Hashim Boleh Berfikir Begini?
Posted on Friday, January 20 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33243




Seorang kawanku, dikenali sebagai Pak Hashim, berkebun dan berniaga kecil-kecilan. Suatu hari aku tergerak hati untuk pergi ke kebunnya. Biasanya aku bersembang di serambi rumahnya sahaja sambil-sambil minum teh yang dibancuh oleh isterinya.


Di kebunnya banyak pokok pisang dan beberapa batas sayur-sayuran yang menjadi produk jajaanya. Aku teruja dengan suasana kebun yang teduh dan sayur-sayuran yang subur menghijau. Aku juga pernah tanam sendiri di belakang rumah tetapi tidaklah menjadi seperti Pak Hashim ini. Demikianlah Allah mengurniakan ilmu yang berbeza-beza kepada hamba-hamba-Nya.

Aku tertarik dengan dua tandan pisang yang kelihatan sudah masak. Kedua-duanya sudah kedapatan dua tiga biji yang menguning dan digigit binatang. Dalam hatiku kenapa Pak Hashim tunggu kuning di pokok? Biasanya pekebun sedia maklum buah yang sudah boleh dipetik.
Ini tidak; beberapa biji pisang telah dimakan entah oleh kelalawar atau burung. Sekurang-kurangnya sesikat dua sudah membazir dan tak boleh dijual. Aku bertanya dan pura-pura menyedarkan Pak Hashim akan pisang-pisangnya yang sudah masak itu. Manalah tahu Pak Hashim tak masuk ke kebun sudah dua tiga hari dan tak sedar pisangnya telah masak.

Jawapan yang aku dapati daripada Pak Hashim yang berpakaian kusam itu, amat meluluhkan imanku. Apa katanya?

“Biasanya saya memang biarkan sedikit tanaman saya dimakan oleh binatang.”

“Kenapa Shim. Ada apa petua ke?” Tanya saya dengan penuh minat. Manalah tahu kut-kut jadi petua untuk subur tanaman atau pagar tanaman.

Jawab Pak Hashim selamba dan tulus, sungguh meruntun hatiku,”kita nak untung berniaga supaya dapat banyak duit. Kita juga patut fikir nak untung dari Allah. Bukankah tanaman yang dimakan oleh binatang itu juga dikira sebagai sedekah di sisi Allah? Saya orang miskin. Saya tak mampu bersedekah macam orang berada. Moga-moga niat saya bersedekah untuk binatang juga tak ternilai besar pahalanya untuk saya yang miskin ini.”


Aduh, boleh pembaca rasanya panahan iman ini? Ada juga manusia kerdil berfikiran begini. Jiwa besar di badan kecil. Jiwa kaya di badan si miskin.

Sumber TKO - 20-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haram main forex dalam talian, kata mufti Perlis
Posted on Wednesday, January 18 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33217



GEORGE TOWN: Jabatan Mufti Perlis mengeluarkan fatwa melarang perdagangan dalam pertukaran mata wang asing atau forex dalam talian.

“Perdagangan forex dalam talian perlu dihentikan segera.

“Kami mendapati platform forex, sama ada di dalam atau luar negara adalah haram,” kata Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Beliau berkata, secara amnya, pertukaran mata wang asing membabitkan wang tunai dibenarkan kerana ia adalah pertukaran satu-kepada-satu dan serta-merta.

Bagaimanapun, katanya, spekulasi dan perdagangan forex dalam talian adalah haram berdasarkan beberapa sebab.

Beliau berkata, sebab utama ialah kekurangan tunai sebenar melalui “hakiki atau hukmi”, selain wujud unsur riba yang dimanfaatkan melalui kemudahan seperti pinjaman tunai ditawarkan platform forex.

“Terdapat juga unsur maisir (judi) yang mendedahkan pedagang kepada peluang keuntungan atau risiko kerugian kerana bergantung kepada spekulasi pergerakan nilai mata wang di luar kawalan, usaha dan pengaruh pihak yang berurus niaga.

“Unsur gharar (ketidakpastian) juga wujud bagi penyedia platform dan kekurangan undang-undang memantau perdagangan serta kesahihan transaksi,” katanya.

Difahamkan, fatwa itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

Sumber TKO - 18-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



























Hukum menyembunyikan pertunangan

http://muftiwp.gov.my/ | .




http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43934-hukum-menyembunyikan-pertunangan

IRSYAD AL-FATWA KE-163: HUKUM MENYEMBUNYIKAN PERTUNANGAN
Ditulis oleh Syed Husaini Syed Hassan
Diterbitkan: 16 Januari 2017

Soalan:

Apakah hukumnya seseorang itu menyembunyikan pertunangannya dari diketahui oleh masyarakat disekelilingnya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Pertunangan adalah janji bagi kedua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan dan selalunya ia melibatkan waktu-waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Antara persoalan yang selalu timbul di dalam pertunangan ini, adakah dibenarkan syarak untuk mengiklankan atau dihebahkan pertunangan tersebut sepertimana diiklankan majlis perkahwinan atau pun tidak.

Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة

Maksudnya: Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.
Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)

Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:

وَأَمَّا الْخِطْبَةُ بِالْكَسْرِ فَيُنْدَبُ إخْفَاؤُهَا كَالْخِتَانِ وَإِنَّمَا نُدِبَ الْإِخْفَاءُ خَوْفًا مِنْ الْحَسَدَةِ فَيَسْعَوْنَ بِالْإِفْسَادِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَهْلِ الْمَخْطُوبَةِ

Maksudnya: Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.[1]

Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Hadis Ummu Salamah R.Anha yang disebutkan sebelum ini, dinilai dhaif (lemah) oleh sebahagian muhaddis. Ini kerana terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali) di dalam sanad hadis tersebut dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah juga tidak memberikan apa-apa komentar di dalam Mukhtasarnya (ringkasannya) terhadap Musnad al-Firdaus tersebut.

Al-Syeikh ‘Atiyyah al-Saqr Rahimahullah (wafat 1427H), mantan Ketua Lajnah al-Ifta’ al-Azhar di dalam satu soal jawab agama yang dikendalikan oleh beliau juga berpendapat bahawa tidak mengapa untuk menghebahkan pertunangan dan menurut beliau tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Menurut al-Syeikh lagi, jika sahih sekalipun, yang dimaksudkan melaluinya adalah larangan untuk berlebih-lebihan dalam menghebahkan pertunangan.[2]

Kesimpulan

Kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perlunya agar pertunangan itu dihebahkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pinangan atas pinangan yang mana ianya jelas dilarang di dalam Islam. Dengan mengiklankan pertunangan, sedikit sebanyak boleh mengelakkan dari berlakunya perkara tersebut. Dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:

لاَ يَبِعِ الرَّجُلُ عَلَى بَيْعِ أَخِيهِ وَلاَ يَخْطُبْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ إِلاَّ أَنْ يَأْذَنَ لَهُ

Maksudnya: Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.
Riwayat Muslim (1412)

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah (wafat 676H) mengatakan bahawa hadis di atas secara zahirnya menunjukkan haramnya meminang atas pinangan orang lain sekiranya pinangan itu telah diterima dan tidak mendapat keizinan dari orang yang meminang tersebut. Jika berlaku perkahwinan, maka sah perkahwinan tersebut namun perbuatan meminang atas pinangan orang lain itu adalah berdosa.[3]

Tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunangannya. Namun janganlah berlebih-lebihan dalam menghebahkannya serta menyambutnya seolah-olah seperti berlangsungnya majlis perkahwinan kerana pertunangan itu adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan.

Oleh yang demikian itu, bersederhanalah dalam pertunangan itu adalah lebih dituntut dan boleh juga sekiranya seseorang itu untuk merahsiakan pertunangannya untuk aman dari berlakunya hasad dengki dan sebagainya selagi mana tidak timbulnya fitnah. Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

16 Januari 2017 bersamaan 17 Rabi’ al-Akhir 1438 H

[1] Lihat Syarh Mukhtasar al-Khalil. Dar al-Fikr, (3/167)

[2] https://www.youtube.com/watch?v=dzSL5_Bl_ZE

[3] Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, (9/197)

Sumber HD-17-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sebat dalam hukuman syariah tidak kuat
Posted on Tuesday, January 17 @ 09:31:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33205



KUALA LUMPUR - Hukuman sebatan mengikut undang-undang syariah dalam pandangan ulamak tidak sekuat sebatan dalam peraturan konvensional atau undang-undang sivil.
Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, sebatan syariah jauh lebih ringan kesannya yang mana sehingga kini kita boleh lihat prosedur sebatan ini dalam peruntukan undang-undang prosedur jenayah syariah.

“Sebagai contoh, kita lihat peruntukan Seksyen 125 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Peruntukan sama dapat dilihat dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kelantan) 2002.

"Seksyen 125 Akta/Enakmen Prosedur Jenayah Syariah menjelaskan peruntukan seksyen ini dan Seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat," katanya dalam Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355, di Ikim, hari ini.

Katanya,  alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Tambahnya, sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kejarajaan untuk diperakui kesihatannya.

"Jika pesalah itu hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat dua bulan selepas melahirkan anak.

“Seterusnya, hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah. Orang yang dilantik bagi melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang.

“Penggunaan alat sebatan perlulah digunakan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah," katanya.

Selepas itu, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan bukan menariknya.

Sebatan tidak boleh dikenakan di bahagian muka, kepala, perut, dada dan bahagian sulit.
Selain itu, pesalah perlulah memakai pakaian mengikut hukum syarak.

Jelasnya lagi, jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, bagi perempuan pula dalam keadaan duduk.


  “Sebatan itu perlu ditangguhkan jika pegawai perubatan kerajaan mendapati pesalah tidak lagi dapat menerima sebatan sebelum pesalah sihat tubuh badannya untuk menyambung baki hukuman,” katanya.

Sumber TKO - 17-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Raja Segala Amal
Posted on Tuesday, January 17 @ 09:28:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=33204




Ustaz Hanafiah selalu muncul dalam rancangan Tanyalah Ustaz, TV9. Beliau berkunjung ke SKJ bersama dengan mudir Madrasah Raudhatul Jannah , Perak ,Ustaz Azhan Ishak. Beliau menyampaikan suatu pesanan yang sebenarnya menjadi kewajiban setiap muslim. Katanya raja segala amal ialah DAKWAH. Kata ustaz, kadang-kadang orang memandang kecil kerja dakwah ini. Manakala kebanyakannya pula melepaskan tanggung jawab ini ke bahu orang lain atau organisasi tertentu.


Ustaz memberi satu contoh yang mungkin selama ini kita tidak terfikir. Katakanlah ada seorang kawan  tidak pernah solat. Kita mengajar atau mengajak kawan itu mengerjakan solat. Akhirnya dengan berkat kesungguhan dakwah kita, ditakdirkan kawan itu pun tahu solat dan tidak meninggalkan solat lagi.

Masa berlalu, kawan kita tadi mempunyai anak. Diajar dan dipesannya pula anaknya itu agar mengerjakan solat. Lalu anaknya pandai solat dan mengerjakan solat dengan sempurna. Ketika itu kita sendiri pun mungkin tidak  tahu apa yang berlaku dalam kehidupan kawan kita itu. Tetapi apa pula yang berlaku di sisi Allah?

Tentunya Allah mengurniakan kepada kita pahala yang berterusan selagi kawan kita dan anaknya mengerjakan solat. Walaupun kita mati, pahala terus tercatat untuk kita. Kita sendiri pun tak sangka apa yang berlaku itu kerana pahala itu dalam ilmu Allah. Dan sebagai ahli barzakh pastinya pahala yang berterusan begitu merupakan suatu nikmat yang tak ternilai  besarnya kepada kita.

Allah dan Rasulnya Muhammad s.a.w. telah mengkhabarnya melalui al-Quran dan al-Hadis. 

Sayangnya kita selalu alpa, ghaflah dan memandang remeh ajaran agama kita. Kalau kita lakukan pun, kita jarang istiqamah sedangkan istiqamah itulah perkara yang Allah suka walaupun sekecil membaca sekali surah pendek al-Ikhlas setiap kali sebelum melelapkan mata.


Mudah-mudahan setiap orang daripada kita merebut peluang dalam kerja dakwah ini. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini di mana maksiat dan kesesatan berlaku di sekeliling kita. Seruan ke arah program sesat tak henti dari pagi hingga ke malam. Justeru, umat ini ada tanggungjawab di depan Allah untuk menyambung kerja para Rasul. Semoga kita tidak meremehkannya lagi. 

Sumber TKO - 17-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
































Hukum pengawal keselamatan tinggal solat Jumaat

http://muftiwp.gov.my/ | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43900-hukum-pengawal-keselamatan-tinggal-solat-jumaat

AL-KAFI #510: HUKUM PENGAWAL KESELAMATAN MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 13 Januari 2017

SOALAN:

Assalamualaikum wrm wbt,
Bolehkah bagi seorang pengawal keselamatan meninggalkan solat jumaat kerana menjalankan tugas?

JAWAPAN:
Waalaikumussalam wrm wbt,
Tugas pengawal keselamatan ialah menjaga keselamatan kawasan yang dijaga daripada orang yang ingin melakukan kezaliman seperti penceroboh, pencuri dan perompak. Jika mereka tidak menjalankan tugas, maka maslahat-maslahat manusia seperti nyawa dan harta akan terdedah kepada bahaya. Justeru, para ulama meletakkan syarat wajib solat al-jumaat ialah al-khulw `an al-udzr (ketiadaan uzur). Dalilnya ialah hadis Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنَ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ فَلَا صَلَاةَ لَهُ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ، أَوْ مَرَضٌ

Maksunya: Barangsiapa yang mendengar (azan) tukang azan lalu dia tidak memiliki keuzuran yang menghalangnya mengikuti solat (jemaah), maka solatnya tidak diterima. Sahabat bertanya, “Apakah itu keuzuran?” Baginda menjawab: “Perasan takut dan sakit.”

Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyebut, yang bermaksud,“Dan setiap keuzuran yang sama tahap kesusahannya dengan kesusahan akibat sakit, dianggap juga sebagai uzur yang dikiaskan dengan sakit yang dinaskan ke atasnya. Justeru, tidak wajib Jumaat ke atas orang yang berasa takut ke atas dirinya atau hartanya.”
Rujuk Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/497)

Para ulama juga memasukkan dalam pengertian uzur, bagi seorang rakan karib, sihr (menantu atau ipar), atau orang yang dia sayang, jika dia tidak hadir solat Jumaat kerana takut saudaranya itu mati maka dibenarkan dia tidak hadir solat Jumaat. Ini seperti riwayat dalam Sahih al-Bukhari:

أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، ذُكِرَ لَهُ: أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ نُفَيْلٍ، وَكَانَ بَدْرِيًّا، مَرِضَ فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَرَكِبَ إِلَيْهِ بَعْدَ أَنْ تَعَالَى النَّهَارُ، وَاقْتَرَبَتِ الجُمُعَةُ، وَتَرَكَ الجُمُعَةَ
Maksudnya: "Ibn Umar pernah diberitahu bahawa Sa`id bin Zaid bin `Amr bin Nufail, salah seorang daripada pahlawan Badr, telah jatuh sakit pada hari Jumaat. Ibn Umar telah menunggang kenderaan menuju ke tempat Sa`id pada waktu tengahari. Apabila masuk waktu solat Jumaat, beliau meninggalkan solat Jumaat."
Hadis riwayat al-Bukhari (3990)

Ahli Jawatankuasa Lajnah Daimah Li Al-Ifta Arab Saudi juga pernah menjawab soalan berkaitan dengan maksudnya:

“Hukum asal solat Jumaat adalah wajib bagi setiap individu…. akan tetapi jika wujud uzur syarak ke atas orang yang wajib ke atasnya solat Jumaat seperti dia bertugas dengan tanggungjawab secara langsung berkait tugasan menjaga keamanan umat dan menjaga kepentingan mereka, menuntut dia menjalankan tugasnya saat solat Jumaat seperti keadaan petugas keselamatan, penjaga trafik, operator telefon dan seumpamanya… Keadaan mereka tidak kurang uzurnya berbanding mereka yang takut kerosakan menimpa nyawanya dan hartanya, yakni mereka yang disebut oleh ulama sebagai mendapat keuzuran meninggalkan Jumaat dan berjemaah selama mana berterusan uzur terbabit. Tetapi ini tidak menghilangkan kefarduan solat Zuhur, maka wajib atasnya untuk bersolat pada waktunya, dan selagi boleh hendaklah secara berjemaah kerana wajib hal itu seperti mana lima solat fardu yang lain.”

Rujuk Himpunan Fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi (18/188)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah membincangkan isu Sembahyang Jumaat Polis dan Tentera yang Bertugas dan telah memutuskan bahawa adalah harus bagi Polis dan Tentera meninggalkan Sembahyang Jumaat kerana menjalankan tugas-tugas keselamatan yang dikira uzur syarie kerana mereka terpaksa bertugas dengan syarat tidak meninggalkan sembahyang Jumaat 3 kali berturut-turut.
Rujuk Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (ms. 36)

Melihat kepada hujah dan dalil yang dinyatakan di atas, kami cenderung kepada hukum harus bagi pengawal keselamatan untuk meninggalkan solat Jumaat dengan syarat-syarat berikut:

1. Tugasan tersebut tidak boleh diganti dengan orang lain yang tidak diwajibkan solat Jumaat seperti orang perempuan atau orang bukan Islam. Jika boleh digantikan, makan wajib atas pengawal keselamatan berkenaan menunaikan solat Jumaat.
2. Jika tidak boleh digantikan, tetapi boleh dilakukan secara jadual giliran maka hendaklah dilakukan secara bergilir. Contohnya, minggu pertama Pengawal A bersolat Jumaat dan Pengawal B mengawal kawasan. Ini bagi mengelakkan ancaman meninggalkan solat Jumaat 3 kali seperti mana hadis riwayat Abu al-Ja`d bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَرَكَ الجُمُعَةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Maksudnya: "Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali kerana meringan-ringankannya, Allah akan mengunci hatinya."
Hadis riwayat al-Tirmidzi (500). Beliau menyatakan hadis ini hadis hasan.

Berkata Imam al-Munawi: "Allah mengunci hatinya bererti Allah memateri hatinya, menutupnya, dan menghalang hati itu daripada mendapat kelembutan-kelembutan daripada Allah, diwujudkan pada hati itu kejahilan dan kekesatan, atau Dia menukarkan hati orang itu menjadi hati seorang munafik." Rujuk Faidh al-Qadir (6/133)

3. Jika tidak mampu juga, maka hendaklah dia mendirikan solat Zuhur sahaja dan sebaiknya dengan berjemaah.

Wallahua’lam.

Sumber HD - 14-1-2017

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































Hukum bekerja di kedai serbanika yang jual arak

http://muftiwp.gov.my/ | .












http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43899-hukum-bekerja-di-kedai-serbanika-yang-jual-arak

AL-KAFI #509: HUKUM BEKERJA DI KEDAI SERBANEKA YANG MENJUAL ARAK
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 09 Januari 2017

SOALAN:

Assalamualaikum wrm wbt,

Hukum bekerja di Seven Eleven dan Speed Mart yang menjual arak?



JAWAPAN:

Waalaikumussalam wrm wbt,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Surah al-Maidah, 5:20

Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini dengan menyebut satu riwayat daripada Abdurrahim bin Ghanm RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وإن الخمر حرام وَثَمَنُهَا حَرَامٌ، وَإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌ، وَإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌ

Maksudnya: Dan sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram.
 Hadis riwayat Ahmad (17995) dalam Musnad. Syuaib al-Arnaut berkata hadis ini sahih li ghairih.

Justeru bagi seorang mukmin hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dengan menghindari diri daripada terlibat daripada apa-apa pekerjaan yang terlibat dengan arak. Ini dikuatkan dengan hadis Anas bin Malik RA:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ
Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (1295) dalam Sunan.

Namun begitu, jika pendapatan seseorang itu bercampur baur antara haram dan yang halal maka menerima harta yang dia beri adalah tidak haram kerana tidak yakin pemberian itu bersumberkan yang haram. Imam al-Suyuti ketika membincangkan kaedah umum fiqh:

اليَقِيْنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan

Beliau memasukkan sebagai faedah, huraian Syeikh Abu Hamid al-Isfirayni  tentang kategori perkara syak yang tidak diketahui atau ditentukan sumber asalnya, “Seperti melakukan transaksi dengan orang yang majoriti hartanya bersumber perkara yang haram dan tidak dapat dipastikan harta yang diperolehi itu dari harta orang tersebut sumber haram, maka hukum transaksi jual beli itu tidak haram kerana ada kemungkinan halal dan sumber haram itu juga tidak dapat dipastikan, tetapi makruh mengambilnya kerana ditakuti terjatuh dalam perkara yang haram”. Rujuk al-Asybah wa al-Nazair (1/74-75).

Justeru kami berpandangan dalam isu bekerja di kedai 7-Eleven, Speed Mart atau di kedai-kedai lain yang seumpama dengannya dalam penjualan arak:

1. Jika pendapatan yang mereka perolehi ialah daripada hasil jualan barang-barang yang halal dan haram, maka hukumnya adalah tidak haram mengambilnya tetapi makruh.

2. Jika pekerja itu terlibat dengan jual beli arak itu contohnya di kaunter, maka hukum perbuatan itu adalah haram sekalipun dengan martabat yang lebih rendah daripada meminumnya. Syeikh Mulla Ali al-Qari dalam al-Mirqah Sharh al-Misykah dalam menghuraikan hadis riba: “Mereka sama dari sudut mendapat dosa tetapi berbeza daripada segi tingkatannya.”

3. Sebaiknya berusaha dengan sebaik mungkin untuk memisahkan kaunter barangan yang halal dan barangan yang haram, atau mengikut pekerja, dan ini adalah tanggungjawab majikan yang perihatin terhadap kebajikan agama para pekerja Muslim.

Kami juga mencadangkan agar carilah pekerjaan yang tiada sebarang syubhah kerana ia bersifat lebih aman dan tenang jiwa. Benarlah sabda Nabi SAW:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.
Hadis riwayat Bukhari (52) dan Muslim (20)

Justeru, dengan mencari-cari sumber yang halal dan menjarakkan diri daripada sebarang keraguan, maka sudah tentukan ia menatijahkan lagi kebaikan dan keberkatan dalam hidup.

Wallahua’lam.

Sumber HD - 14-1-2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































Iddah bagi wanita menopaus

http://muftiwp.gov.my/ | .












http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43803-iddah-bagi-wanita-menopaus

AL-KAFI #506: IDDAH BAGI WANITA MENOPAUS
Ditulis oleh Muhammad Fahmi Rusli
Diterbitkan: 05 Januari 2017

Soalan:
Apakah tempoh iddah bagi perempuan yang menopaus ?

Jawapan:

Dalam mengulas isu ini, kami perincikan kepada dua keadaan:

Pertama: Iddah Wanita Menopaus Yang Kematian Suami.

Tempoh iddah bagi seorang wanita yang telah kematian suami, dan dirinya sudah terputus kitaran haid (menopaus) adalah selama empat bulan sepuluh hari. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا
Maksudnya: Dan sesiapa yang telah meninggal dunia dari kalangan kamu dan mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka itu (para isteri) beriddah selama empat bulan sepuluh hari.
Surah al-Baqarah (234)

Ayat di atas ini umum meliputi wanita-wanita muda yang kematian suami dalam keadaan mereka masih didatangi haid dan juga bagi wanita-wanita yang telah menopaus. Justeru, iddah wanita menopaus yang kematian suami adalah selama empat bulan sepuluh hari.

Kedua: Iddah Wanita Menopaus Yang Diceraikan Suami

Namun sekiranya seorang wanita yang menopaus itu diceraikan oleh suaminya, dan bukan disebabkan kematian suami, maka iddah baginya adalah selama tiga bulan. Ini berdalilkan firman Allah S.W.T:

وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِن نِّسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang sudah terputus haidnya (menopaus) dari kalangan isteri-isteri kamu sekiranya kamu ragu—ragu (berkenaan iddahnya) maka iddah mereka adalah tiga bulan dan begitu juga perempuan yang tidak ada haidnya (belum sampai tempoh haid).
Surah Al-Thalaq (4)

Kesimpulan

Justeru, iddah bagi seorang wanita yang menopaus terbahagi kepada dua. Iaitu sama ada dia kematian suami atau dia diceraikan oleh suaminya. Sekiranya dia diceraikan oleh suaminya, maka iddahnya adalah selama tiga bulan dan sekiranya dia beriddah disebabkan kematian suaminya, maka iddahnya adalah selama empat bulan sepuluh hari.

Sumber HD - 5-1-2017

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 











































































Sifat solat malam Nabi SAW

http://www.muftiwp.gov.my/ | .











http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43662-sifat-solat-malam-nabi-saw


IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-152: SIFAT SOLAT MALAM NABI SAW
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ Ayub
Diterbitkan: 19 Disember 2016

Soalan: Apakah riwayat ini menunjukkan sifat solat malam Nabi SAW?

Daripada Aisyah RA, beliau berkata:

كَانَ يُصَلِّي إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، كَانَتْ تِلْكَ صَلاَتَهُ يَسْجُدُ السَّجْدَةَ مِنْ ذَلِكَ قَدْرَ مَا يَقْرَأُ أَحَدُكُمْ خَمْسِينَ آيَةً، قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ، وَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الفَجْرِ، ثُمَّ يَضْطَجِعُ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ المُنَادِي لِلصَّلاَةِ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW solat sebanyak sebelas rakaat, kadar satu sujud Nabi SAW adalah selama tempoh seseorang itu membaca 50 ayat sebelum Baginda SAW mengangkat kepalanya. Nabi SAW rukuk (solat) sebanyak dua rakaat sebelum solat Subuh. Kemudian Baginda SAW berbaring pada sebelah kanan sehingga didirikan solat”. [Riwayat al-Bukhari (1123)].

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sebelum kami menjawab persoalan di atas, hukum hadith ini adalah sahih dan ia diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RA di dalam Sahihnya. Selain itu, kami akan cuba menjawab persoalan ini dengan membahagikannya kepada beberapa bahagian. Antaranya:

Bilangan rakaat solat malam Nabi SAW

Hadith ini menunjukkan bahawa Nabi SAW melakukan solat malam sebanyak 11 rakaat sebagaimana yang diceritakan oleh Aisyah RA. Selain daripada hadith ini, terdapat hadith-hadith lain yang menceritakan berkenaan sifat solat malam Nabi SAW, antaranya:

Daripada Abu Salamah RA, beliau bertanya Aisyah RA: Bagaimana Nabi SAW bersolat (malam) pada bulan Ramadhan? Maka Aisyah RA berkata:

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا، فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ، ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا

Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak solat melebihi 11 rakaat samada pada Ramadhan atau selain daripadanya (Ramadhan). Baginda SAW bersolat 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Kemudian, Baginda SAW solat lagi 4 rakaat dan janganlah kamu bertanya akan kesempurnaan dan panjang solat Baginda SAW. Setelah itu, Baginda SAW solat 3 rakaat”. [Riwayat al-Bukhari (1147) (2013) (3569) dan Muslim (738)]

Walaubagaimanapun, terdapat juga hadith lain yang menunjukkan bahawa Nabi SAW solat pada waktu malam melebihi 11 rakaat iaitu sebanyak 13 rakaat. Antara yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW solat pada waktu malam dengan 13 rakaat adalah Ibn Abbas RA dan juga Aisyah RA.

Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW solat pada waktu malam 13 rakaat termasuk witir dan Baginda SAW juga solat sunat 2 rakaat al-Fajar”.  [Riwayat Muslim (764)]

Tempoh sujud Nabi SAW

Di dalam hadith di atas, Aisyah RA menggambarkan bahawa kadar sujud Nabi SAW adalah seperti membaca 50 ayat al-Qur’an sebelum Baginda SAW mengangkat kepalanya. Ini menunjukkan bahawa Nabi SAW memanjangkan sujudnya ketika baginda menunaikan solat malam. Imam al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa Nabi SAW banyak membaca ketika ruku’ dan sujud: [Lihat: Fath al-Bari, 8/3]

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Maksudnya: “Maha suci Engkau, segala puji bagi-Mu, wahai Tuhan, ampunilah aku”.

Baginda SAW juga membaca ketika sujud:

سُبْحَانَكَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Segala puji bagimu, tiada Tuhan melainkan Engkau”.

Kelebihan solat sunat al-Fajar

Solat sunat al-Fajar mempunyai kelebihan yang cukup besar sebagaiman yang terdapat di dalam hadith yang sahih.

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Maksudnya: “(Solat) Dua rakaat (sebelum) al-Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan “وَمَا فِيهَا” adalah kesenangan dunia. Selain itu juga, antara surah atau ayat yang disunatkan untuk kita membaca ketika solat sunat al-Fajar adalah surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan al-Ikhlas pada rakaat kedua. Di dalam riwayat yang lain pula, disunatkan kita membaca ayat “قُولُوا آمَنَّا بِاللَّـهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا” [al-Baqarah:136] pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua “قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ” [ali-Imran:64]. Ini merupakan dalil bagi mazhab kami (al-Syafie) dan juga mazhab jumhur bahawa digalakkan membaca surah pada kedua rakaat selepas daripada surah al-Fatihah. Digalakkan juga untuk menjadikan dua surah atau ayat ini (sebagai bacaan selepas daripada al-Fatihah) kerana ia adalah sunnah. Adapun Imam Malik dan juga ashabnya mengatakan tidak dibaca di dalam solat sunat al-Fajar melainkan al-Fatihah sahaja. Begitu juga sebahagian salaf mengatakan tidak dibacakan sesuatu sebagaimana yang telah lalu. Akan tetapi keduanya adalah khilaf (percanggahan) bagi sunnah sahih yang tidak mempunyai tentangan padanya. [Lihat: al-Minhaj, 6/6]

Berbaring pada sebelah kanan sebelum solat al-Fajar

Di dalam hadith juga dinyatakan bahawa Nabi SAW berbaring pada lambung kanan sebagaimana yang terdapat di dalam hadith Aisyah RA di atas. Perkara ini menjadi khilaf dalam kalangan para ulama’ samada ia adalah sunnah ataupun tidak. Di sini kami datangkan pendapat berkaitan hal ini berdasarkan kitab ulama’ al-Syafieyyah:

“Disunatkan berbaring pada lambung kanan selepas solat sunat al-Fajar dan perlulah menunaikan solat sunat tersebut di awal waktu. Selain itu juga, seboleh-bolehnya tidak ditinggalkan berbaring (selepas daripada solat sunat). Jika tidak, pisahkan (antara solat sunat al-Fajar dan solat al-Fajar) dengan bercakap atau beralih tempat atau seumpama dengannya”. [Lihat: al-Mu’tamad, 377/1]

Akan tetapi, kami menasihatkan agar perbuatan ini dilakukan di rumah agar ia tidak menimbulkan gangguan terhadap jemaah yang datang ke masjid. Caranya adalah dengan melakukan solat sunat yang ringkas lalu berbaring. Selain itu juga, hal ini digalakkan bagi sesiapa yang menunaikan solat malam dan tidak bagi sesiapa yang tidak menunaikan solat malam.

Penutup

Kesimpulannya, hadith tersebut menceritakan cara atau sifat solat malam Nabi SAW. Untuk itu, kita sebagai umat Baginda SAW seharusnya mencontohi setiap yang dilakukan oleh Baginda SAW. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan mengikuti Nabi SAW. Amin.

Wallahua’lam

Sumber HD -25-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 panduan Quran, hadis berdepan fitnah maklumat

DR MUHAMAD FAISAL | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43661-4-panduan-quran-hadis-berdepan-fitnah-maklumat

4 PANDUAN DARI QURAN DAN HADIS DALAM BERHADAPAN DENGAN ERA FITNAH MAKLUMAT

*Maklumat yg betul tak best, maklumat khabar angin sangat best sebab ada rencah dan perisa*

Penyebaran khabar angin terhasil dari sikap gopoh gapah, gelojoh, tanpa usul periksa dan tanpa berfikir secara waras. Jari jemari bergerak lebih pantas dari mindanya. Kadang-kadang, banyak pula maklumat yang disebarkan itu tidak dibaca pun.

Penyebaran khabar angin ini juga lahir dari sikap berasa hebat dan dilihat sebagai orang yang serba tahu dan berlumba menjadi orang paling awal tahu. Dari satu sudut, memang sikap ini baik kerana niatnya ingin menyampaikan maklumat kepada orang lain merupakan sikap yang baik. Akan tetapi, oleh kerana banyak maklumat yang bersifat khabar angin di alam maya, sikap berhati-hati dalam menyebarkan maklumat perlu diamalkan dan dibudayakan.

Adakalanya maklumat tersebut disebar dalam bentuk pertanyaan "betul ke ni?, atau "sapa boleh sahkan?”. Tetapi sebenarnya, dalam sesetengah keadaan ia juga menyumbang kepada penyebaran khabar angin. Dalam ramai yang tidak tahu, telah mula tahu.

Rasulullah SAW bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Maksudnya: Seseorang itu boleh dianggap sebagai berdusta apabila menyebarkan setiap berita yang dia dengari. (Riwayat Muslim)

Dalam menyelesaikan kemelut ini, terdapat 4 panduan yang perlu diamalkan.

1- Dapatkan penjelasan dan maklumat lanjut ketika menerima berita khabar angin

Elakkan dari membuat spekulasi dan sangkaan serta membina persepsi yang buruk ketika menerima sesuatu khabar angin. Pengesahan ini penting terutamanya apabila melibatkan perkara yang besar. Banyak contoh yang kita telah jumpa sebelum ini berita tentang kematian seseorang telah tersebar sedangkan dia masih lagi sihat. Sebaiknya, tunggulah hingga ke petang, atau pun hingga ke malam, atau pun hingga esok atau beberapa hari, sebelum mempercayai sesuatu maklumat apatah lagi menyebarkannya.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya). Akhirnya kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6)

2- Tidak memandai-mandai

Sejak alat media berada di tangan masing-masing, semua orang boleh menulis apa sahaja yang dia mahu, biarpun perkara itu dia tidak tahu, atau mempunyai maklumat yang sedikit mengenainya. Oleh itu, elakkan dari ghairah untuk menunjuk pandai dengan menulis tentang perkara ia jelas mengenainya. Rujuk kepada pihak yang lebih arif untuk kejelasan. Allah berfirman:

وَإِذَا جَآءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ ٱلأَمْنِ أَوِ ٱلْخَوْفِ أَذَاعُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُوْلِي ٱلأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ
Maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka rujuk perkara itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka. (Surah al-Nisa’: 83)

3- Kurangkan pergerakan maklumat bagi mengurangkan polemik

Oleh kerana banyak maklumat yang bercampur baur antara yang betul dan palsu sehingga menimbulkan kekeliruan, kekacauan, perbalahan, pemusuhan malahan peperangan. Rasulullah menyarankan agar mengambil sikap untuk tidak memanaskan lagi keadaan yang sedia ada. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih Riwayat Bukhari dan Muslim:

انها ستكون فتنة القاعد فيها خير من القائم و القائم خير من الماشي و الماشي خير من الساعي
Maksudnya: Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari.

Ketika berlaku fitnah yang besar, elakkan dari memanaskan lagi keadaan. Dalam sesetengah keadaan, diam itu kadangkala lebih baik dari turut memburukkan lagi keadaan. Kalau ingin menyertai perbincangan itu, fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk merumitkan lagi keadaan.

4- Segera buat kerja dan amal soleh. Tinggalkan berpolemik

Rasulullah menyarankan agar segera melakukan ibadat dan tinggalkan berpolemik. Ia bukan masanya untuk bercakap lagi. Banyakkan amalan, tinggalkan banyak cakap.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( بادروا بالأعمال الصالحة فستكون فتنا كقطع الليل المظلم يصبح الرجل مؤمنا ويمسى كافرا ويمسى مؤمنا ويصبح كافرا يبيع دينه بعرض من الدنيا ) رواه مسلم
Maksudnya: Bersegeralah melakukan amal soleh kerana akan terjadi fitnah-fitnah laksana malam yang gelap gelita. Seseorang itu beriman pada pagi hari, namun pada waktu petang ia menjadi kafir pula. Ia rela menjual agamanya dengan sedikit harta dunia”.

Sumber HD - 25-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa Solat Zuhur Dan Asar Tak Dikuatkan Bacaan..
Posted on Saturday, December 24 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32977





Tahukah anda mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara kuat? Pertanyaan ini mungkin mewakili sebahagian besar masyarakat muslim awam yang mungkin hanya sekadar mengikuti apa yang telah dilakukan oleh ayah, ibu dan masyarakat di sekelilingnya. Sesungguhnya, mengetahui selok belok agama menjadi wajib bagi seorang muslim.

Terdapat peribahasa yang menyatakan bahawa satu ibadah dengan ilmu lebih baik daripada seribu ibadah tanpa ilmu. Sehingga dengan demikian kita perlu mengetahui tata cara solat seperti hukum mengeraskan bacaan dalam solat.



Masalah jahar ataupun sirr ketika melafazkan bacaan surah bukanlah persoalan apakah itu wajib ataupun sunat dan menjadikan kesalahan tersebut disempurnakan dengan sujud sahwi seperti lupa bertahyat awal. Akan tetapi bacaan solat zuhur yang dikeraskan atau tidak, lebih bertumpu pada kebolehan untuk melaksanakannya atau tidak.



Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu dalam shahih Muslim telah menyampaikan bagaimana keadaan Rasulullah SAW ketika solat.



“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah solat bersama kami. Pada solat zuhur dan asar, beliau membaca Al Fatihah dan dua surah di rakaat yang pertama. Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang beliau baca. Adalah beliau memanjangkan bacaan pada rakaat pertama dari solat zuhur dan memendekkannya pada rakaat yang kedua. Begitu juga pada saat solat subuh.”



Dari keterangan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu tersebut menjelaskan kepada kita terutama dalam kalimah, “Sesekali beliau memperdengarkan ayat yang beliau baca” bahawa terdapat kebolehan menjaharkan bacaan surah pada solat yang biasanya sirr seperti solat zuhur ataupun asar. Sehingga bacaan yang dilakukan dengan sirr atau jahar bukan menjadi syarat sahnya suatu solat.



Firman Allah berikut ini akan semakin memperjelas alasan mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara.



“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah diantara keduanya itu.” (QS Al Isra 110)



Tafsir ayat tersebut menjelaskan bahawa ketika Rasulullah berada di Mekkah, beliau melaksanakan solat berjamaah bersama para sahabat dengan mengeraskan bacaan surah. Ketika kaum musyrikin Mekkah mendengarnya, mereka pun mencaci maki bacaan tersebut, mencaci maki pula Dzat yang menurunkannya dan mencaci maki orang yang menyampaikannya. Kerana sikap itulah, maka Allah pun berfirman, “Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu” Sehingga jika dipanjangkan maka kalimatnya akan menjadi, “Jangan keraskan bacaanmu sehingga orang-orang musyrik mendengarnya.”



Akan tetapi Allah juga menyampaikan, “Dan janganlah pula merendahkannya.” Sehingga bacaan mesti tetap terdengar oleh para sahabat yang berada di saf pertama. Maka kerana itu Allah memerintahkan Rasul untuk mencari jalan pertengahan diantara keduanya.



Dalam riwayat yang lain terdapat keterangan yang menyatakan, “Maka setelah berhijrah ke Madinah perintah tersebut telah gugur. Beliau boleh melakukan yang beliau kehendaki dari keduanya.”



Dengan melihat berbagai keterangan tersebut, maka menzahirkan bacaan saat solat maghrib, isya dan subuh serta mensirr-kan bacaan solat zuhur dan asar adalah pengamalan yang dilakukan saat solat pertama kali disyariatkan. Allah memerintahkan tidak menzaharkan ketika siang hari supaya tidak menjadi celaan bagi kaum musyrikin.



Adapun mengapa solat jumaat, solat hari raya, solat istisqa beserta solat lainnya yang dilakukan siang hari bersuara nyaring dikeranakan Nabi dan kaum muslim sudah hijrah ke Madinah dimana kekuatan umat Islam sudah terbentuk serta tidak akan ada kaum musyrik yang berani mencela.



Demikian penjelasan mengapa solat zuhur dan asar tidak bersuara. Semoga menambah wawasan bagi kita dalam mengenal aturan yang ada dalam solat dan tidak menyalahkan jika ada yang menzaharkan bacaan pada solat zuhur dan asar.



Wallahu A’lam 



Sumber: KabarMakkah



Sumber TKO - 24-12-2016



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ustaz Kamal Ashaari - Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Posted on Friday, December 16 @ 15:20:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32868

Video - https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Jj_dTCOjo10

Ustaz Kamal Ashaari - Masjid Rusila, Marang, Terengganu 16 Disember bersamaan 16 Rabiul Awal.

Kredit
terengganukini 
Sumber TKO -16-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------











































Hukum menyambut Maulid Al-Rasul

http://www.muftiwp.gov.my/ | .

BAYAN LINNAS SIRI KE-80: HUKUM MENYAMBUT MAULID AL-RASUL
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 11 Disember 2016

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43548-hukum-menyambut-maulid-al-rasul

Mukadimah
Alhamdulillah, dengan kedatangan 12 Rabi’ al-Awwal, ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulid al-Rasul SAW walaupun sesetengahnya berpendapat Rasulullah dilahirkan pada 9 Rabi’ al-Awwal. Mereka semua menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran insan agung yang mulia ini yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat. Bersempena dengan Maulid al-Rasul pada kali ini, kami kemukakan dengan panjang lebar isu berkaitan hukum menyambutnya. Kami harapkan Bayan Linnas pada kali ini memberi satu jawapan yang tuntas kepada semua pihak.

Sejarah Sambutan Maulid al-Rasul
Sebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah 13/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata: “Adalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi’ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran.

Disamping itu, beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, mempunyai semangat keperwiraan, cerdik, alim, adil. Semoga Allah merahmatinya dan memuliakan kuburnya.” Dinukilkan di sini daripada beberapa kitab bagaimana para penyair di kalangan sahabat dan lainnya memuliakan Baginda SAW samada di hadapannya atau melalui syair-syair mereka. Antaranya:

Al-Abbas bersyair: “Di kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin.” Lihat al-Mustadrak ala al-Sahihain.

Hasan bin Thabit banyak menggubah syair di hadapan Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda. Isu ini seringkali menjadi polemik dalam kalangan sarjana Islam.

Hukum Sambutan Maulid al-Rasul
Ada yang mengharuskannya dan ada yang sebaliknya. Saya nukilkan sebahagian pendapat ulama:

Pertama: Hukum sambutan Maulidurrasul adalah bid’ah. Ini dipelopori oleh sebahagian ulama. Antara hujahnya adalah:

Perayaan ini tidak pernah dilaksanakan pada generasi yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi’ tabi’in, dan juga tidak pada generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW,

لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ، وَرَسُولُهُ
Maksudnya: “Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum Nasrani yang memuji anak lelaki Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah (mengenaiku) “ Hamba Allah dan Rasul-Nya “
(Riwayat al-Bukhari, no. 3445)

Sambutan maulid seperti ini pasti disertai dengan berbagai bentuk kemungkaran dan hal-hal yang diharamkan dalam agama

Kedua: Hukumnya adalah dibolehkan. Syeikh Abu Shamah atau nama sebenarnya, Syeikh Abdul Rahman bin Ismail al-Maqdisi (salah seorang Syeikh Dar al-Hadis di Damsyik) berpendapat: Adalah dibolehkan sambutan Maulidurrasul berdasarkan amalan oleh tokoh ulama zaman dahulu antaranya di Irbil (salah satu wilayah di Iraq).

Antara tokoh-tokoh yang berpegang kepada keharusannya dan termasuk dalam bid’ah hasanah ialah:

Imam Jalaluddin al-Suyuti
Imam Ibn Hajar al-Haithami
Syeikh Ibn al-Hajj al-Abdari
Imam Ibn al-Battal
Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Nasiruddin al-Dimashqi
Al-Hafiz Shamsuddin bin al-Jazari
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili
Syeikh Abdul Halim Mahmud
Syeikh Atiyyah Saqr
Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dan lain-lain.
Para ulama yang mengharuskan Maulid al-Rasul menggunakan hadis di bawah:

Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ
Maksudnya: “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.”
(Riwayat Muslim, no. 1162)

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi ummatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda SAW untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda SAW, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ
Maksudnya: “Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”.
(Riwayat Muslim, no. 1017)

Hadis ini memberikan satu kefahaman bahawa dibenarkan untuk melakukan perkara perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, athar mahupun ijmak ulama. Maulid al-Rasul adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. Dengan demikian, bererti hukumnya diharuskan bahkan sebagai salah satu jalan untuk mendapatkan pahala jika bertepatan dengan syarak.

Selain itu, antara hujahnya adalah fatwa ulama seperti berikut:

Ibn Hajar al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulid al-Rasul menjawab: “Asal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid’ah yang tidak diriwayatkan dari ulama Salaf al-Soleh. Akan tetapi Maulid tersebut mengandungi banyak kebaikannya. Maka barangsiapa yang berusaha meraih kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk, maka termasuk bid’ah yang baik (hasanah). Jika tidak, maka tidak disebut bid’ah hasanah.” (Al-Haawi Lil Fataawa oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti)
Imam al-Suyuti juga antara lain menyebut: “Amalan memberi makan adalah perbuatan yang baik. Dengan demikian, amalan Maulid termasuk perkara baru yang dianjurkan sebagaimana yang diungkapkan oleh Sultan al-Ulama Syeikh Izzuddin bin Abd al-Salam.”
Sebenarnya al-Suhaili telah menyebut bahawa al-Abbas berkata: “Tatkala Abu Lahab meninggal dunia, aku bermimpi bertemunya selepas setahun pada seburuk keadaan lantas dia berkata: “Tidak aku dapati selepas kamu sebarang kerehatan kecuali azab diringankan daripadaku setiap hari Isnin. Yang demikian kerana Nabi SAW dilahirkan pada hari Isnin dan Thuwaibah telah memberikan berita gembira kepada Abu Lahab berkenaan dengan kelahiran Nabi SAW lantas dimerdekakannya.” (Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Syarah Sahih Bukhari, 9/43 – 48)
Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muti’i (Mantan Mufti Mesir): “Justeru setiap apa yang dijadikan ketaatan dan untuk mendekatkan diri kepada Allah yang tidak ditentukan syariat(Allah) waktu tertentu dan tidak pula tempat tertentu maka boleh bagi setiap mukallaf untuk melakukannya pada setiap waktu dan tempat, dan begitu juga setiap yang tidak termasuk dalam larangan umum atau khusus daripada syariat maka hukumnya Mubah/Harus, dan apa yang selainnya(yakni ada larangan) adalah bid’ah yang haram atau makruh. Maka wajib untuk menghindarinya dan menghalangnya” (Ahsanul Kalam Fi Ma Yata’allaqu Bi al-Sunnah wa al-Bid’ah Min Ahkam, m. 74).
Syeikh Abdul Halim Mahmud: “Sambutan Maulid Nabi SAW adalah sunnah/jalan yang baik daripada sunnah-sunnah yang diisyaratkan oleh Rasul SAW dalam sabdanya: “Barangsiapa melakukan sunnah yang baik, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal denganya, barangsiapa yang melakukan sunnah yang buruk, maka dia menanggung dosanya dan dosa sesiapa yang beramal dengannya” Dan ianya adalah kerana terdapat usul/asas yang membimbingnya dan dalildalil yang sahih yang berpandukan padanya. “Dan tidaklah bererti peninggalan salafussoleh bagi amalan yang soleh ini merupakan pertentangan kepada syariat, kerana salafussoleh masih mempunyai kebangkitan/keprihatinan agama dan cinta Nabi yang mulia yang mana menyebabkan mereka tidak memerlukan kepada peringatan hari maulid untuk disambut.” (Fatawa Imam Abdul Halim Mahmud, m. 273)
Tarjih

Setelah mengamati pendapat-pendapat ulama, saya berpandangan bahawa sambutan Maulid al-Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
Menutup aurat.
Tiada unsur maksiat.
Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW. Antaranya:
Kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri
Kitab Sirah Nabawiyyah oleh Ibn Hisham
Kitab al-Syamail al-Muhammadiyyah oleh Imam al-Tirmizi
Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya seperti:
Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali
Kitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti
Kitab Al-Sirah al-Nabawiyyah Durus wa ‘Ibar oleh Syeikh Dr. Mustafa al-Siba’ie
Kitab Al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawi oleh Syeikh Dr. Munir al-Ghadban dan lain-lain
Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW. Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)

Berhubung lafaz selawat yang afdhal, maka antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA yang menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau. Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Meraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin. Sebagai mengukuhkan kenyataan ini, suka saya petik pendapat Imam Abu Syamah. Antara lain berkata: “Termasuk perkara baru atau bid’ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah SAW dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutus-Nya Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.”
Penutup

Antara tugasan Rasul adalah untuk menyatukan ummah daripada pelbagai kabilah, kaum, bangsa dan ras agar semuanya kembali mengubudiyyah kepada Yang Maha Esa dengan penuh hikmah dan rahmah, Rasulullah SAW menyampaikan dakwah sehingga akhirnya ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh dan dapat membina perpaduan yang mapan. Natijahnya, ummat yang bijak mencari titik persamaan dan mengurangkan jurang perbezaan menjadi ummat yang terkehadapan sehingga dapat memimpin dunia.

Parsi tumbang, Rom lemah dan Islam menggemakan syiarnya dan syariatnya sehingga melahirkan kerukunan sejagat. Rasulullah SAW telah menjadikan tali persahabatan dan ukhuwwah Islamiyyah sejak mula menegakkan negara Islam Madina dengan sistem mu’akhah (persaudaraan) dan diletakkan dalam Piagam Madinah. Justeru, kami menyeru kepada diri ini dan khalayak masyarakat ummah serta rakyat Malaysia agar kita bina perpaduan dan kita kukuhkannya sehingga perasaan kasih sayang terbina dan saling hormat menghormati sesama kita.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita mentahqiqkan hasrat dan tema Majlis Sambutan Maulid al-Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1438H yang berteraskan Ukhuwwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber HD- 12-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Likulli Ta’khirah Fiha Khirah (Pada Setiap Penangguhan Itu Ada Kebaikan) – Siri 4

Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Sebaik sampai ke rumah Habib Ali Al-Jufri saya terus tidur dengan penuh kepuasan dan gembira. Pagi esoknya selepas solat subuh berjamaah saya dihidangkan sarapan yang sangat lazat.

Sebenarnya turut bersama saya tinggal di rumah Habib Ali Al-Jufri ialah dua orang lelaki daripada Yaman yang memang tinggal di sini sebagai pembantu Habib Ali. Dua orang ini agak lucu orangnya. Pernah sewaktu kami bertiga mendengar kaset ceramah seorang Syeikh Habib, penceramah itu apabila menyebut nama Baginda Nabi SAW terus menangis selama beberapa minit, agak lama juga sebenarnya beliau menangis. Selepas habis menangis sekitar lima minit baru dibacanya hadis Baginda Nabi SAW. Selepas disyarahnya hadis itu, dia menyebut hadis yang lain pula. Bila disebut nama Nabi SAW, dia menangis lagi, sepanjang ceramah hampir satu jam itu banyak dan lama sungguh dia menangis sehingga sahabat Yaman ini berkata kepada saya, “apalah syeikh ini, banyak menangis daripada ceramah,”. Saya hanya ketawa.


Banyak juga kenangan saya bersama Habib Ali-Al Jufri. Selama 14 hari di rumahnya, saya banyak bersembang dengan beliau, kadang kadang ketika bersama beliau, selalu panggilan telefon berbunyi, panggilan itu datang dari seluruh dunia, dari China, Amerika, England dan macam macam lagi. Ada yang menelefon untuk bertanyakan soalan dan ada juga yang hanya sekadar untuk mendengar suara Habib Ali Al-Jufri.

Saya juga keluar bersama beliau mengunjungi sahabat sahabat beliau di serata Arab Saudi. Apa yang menarik ialah sepanjang perjalanan kami dengan kenderaan, kami diminta untuk berzikir kepada Allah, jarang sangat berbual kosong. Apabila tiba di rumah rumah sahabat beliau, kami akan duduk dalam keadaan bulatan, Kemudian salah seorang dari kami akan membacakan zikir, qasidah dan ibtihalat. Saya masih ingat antara ibtihalat yang selalu mereka sebut sehingga melekat dalam kepala saya ialah yang menyebut;

“Qad kafaani ilmu rabbi, min suaali wakhtiyaari…….”

Kemudian kami dijamu makan oleh tuan rumah dan kemudian kami pulang dan pergi ke rumah sahabat yang lain pula dan cara yang sama juga dilakukan oleh kami. Perjalanan kami setiap hari dipenuhi dengan zikir, ibtihalat dan mengagungkan Allah serta kasih dan rindu pada Baginda Nabi SAW. Tiada peluang untuk ‘lagha’. Sejujurnya saya rindu dengan suasana seperti itu.


Selepas beberapa hari di rumah Habib Ali Al-Jufri, saya ke bandar Jeddah dengan kereta yang telah disediakan untuk ‘reconfirm’ tiket pulang saya ke tanahair. Insyaallah saya dijadualkan pulang lusanya.

Tanpa sedar masa berlalu, kerana terlalu seronok tinggal di sana, kini tibalah masanya saya pulang ke tanahair. Selepas mengucap selamat tinggal kepada Habib Ali Al-Jufri atas layanannya kepada saya, juga kepada dua sahabat dari yaman yang bersama saya di rumah itu, Saya pun di hantar ke ‘airport’ Jeddah.

Sampai saja di lapangan terbang, saya terus menuju ke kaunter untuk ‘check-in’. Halangan pertama saya lepas, saya dah boleh terbang, ‘boarding pass’ sudah di tangan. Saya dalam keadaan berdebar terus menuju laju ke balai berlepas, di situ saya perlu melalui satu lagi halangan iaitu pemeriksaan imigresen.

Tiba giliran saya, terus saya hulurkan paspot dan ‘boarding pass’, pegawai imigresen itu memandang saya beberapa kali sambil melihat dan memeriksa ‘paspot’ saya banyak kali, degupan jantung saya begitu deras. Tuhan saja yang tahu betapa bimbangnya saya ketika itu.

Tiba Tiba pegawai imigresen itu berkata,”Enta mamnu’safar!! (kamu tidak dibenarkan meneruskan perjalanan)

Bagai nak luruh jantung saya mendengar kalimah itu…………..!


Saya bertengkar dengan pegawai imigresen itu. Saya tak puas hati mengapa saya di larang untuk pulang. Pegawai imigresen itu menyatakan yang dia tak pernah melihat passport seumpama itu. Saya menerangkan apa yang berlaku dan apa arahan pegawai imigresen sebelum ini untuk saya lakukan bagi membolehkan saya pulang. Semua itu telah saya lakukan.

Dia tetap tegas tak benarkan saya pulang. Akhirnya saya mengalah.

Saya melangkah dengar longlai keluar dari Balai berlepas menuju ke kerusi di luar Airport. Saya tunduk kecewa dengan apa yang berlaku. – bersambung…….

Sumber BO - 3-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------














































Khutbah: Simpati kepada umat Islam Rohingya

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43441-khutbah-simpati-kepada-masyarakat-islam-rohingya

KUALA LUMPUR: Khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengajak sidang Jumaat untuk sama-sama menzahirkan rasa simpati di atas kekejaman yang berlaku kepada masyarakat Islam Rohingya.

"Berikutan siri kekejaman tentera dan segelintir masyarakat Myanmar ke atas umat Islam Rohingya, mimbar ingin mengambil kesempatan ini mengajak sidang Jumaat sekalian untuk sama-sama menzahirkan rasa simpati di atas kekejaman yang berlaku kepada masyarakat Islam Rohingya sehingga ramai yang terkorban dan diseksa.

"Kita memohon dan menuntut agar kekejaman itu harus dihentikan dengan segera kerana ia jelas telah melanggar batas kemanusiaan," kandungan teks khutbah itu dipetik.
  
Menurut khutbah itu lagi, bagi membuktikan penentangan rakyat Malaysia terhadap tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu, maka satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 4 Disember 2016 ini sebagai tanda solidariti umat Islam di negara ini di atas kekejaman tersebut.

"Mudah-mudahan Allah SWT memakbulkan doa umat Islam di seluruh dunia agar etnik Rohingya diselamatkan daripada terus-terusan dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup dan seribu satu macam kekejaman lagi," ujarnya.

Himpunan Solidariti Ummah Bersama Umat Islam Rohingya itu akan diadakan di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Ahad ini bermula jam 8.00 hingga 11.00 pagi. - HARAKAHDAILY 2/12/2016

Sumber HD - 2-12-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Oh, ayah!!
Posted on Thursday, December 01 @ 20:14:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32666



Usia ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu menunggang basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya-bergilir-gilir menjenguknya.

Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur.

"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2 anak saya merayu-rayu, ayah tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long mempelawanya, Kak Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain merayunya. Bagaimanapun sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2 berada di rumah anak-anaknya, dia minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya.

Suatu hari Januari lalu, ayah mengikut saya ke Kuala Lumpur. Kebetulan sekolah masih bercuti, seronoklah anak-anak saya bermain dan bergurau senda dengan atuk mereka. Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung. Seperti biasalah, ada-ada saja alasan tak logik yang diberikannya. "Saya sibuk ayah, tak boleh nak ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung minggu ni saya hantar ayah," balas saya. Anak-anak saya turut memujuk atuk mereka.

"Tak apalah kalau kamu sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar ayah naik bas," katanya membuat saya bertambah kecewa. Memang ayah pernah berkali-kali naik bas pulang ke kampung sendirian.

"Tak usahlah..." kata saya memujuk dan merayu selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk ke bilik bersama cucu-cucunya. Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke pejabat, ayah sekali lagi berpesan minta saya belikan tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak faham ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan enjin kereta.

Saya tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu. Sedih saya tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri saya memujuk. "Buat apa kasar sangat dengan ayah ? Cakaplah elok-elok! Kesian dia...!"
Saya terus membisu.

Sebelum isteri saya turun kereta sebaik tiba di pejabatnya, dia berpesan agar saya penuhi permintaan ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah," katanya ringkas.

Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta cuti kecemasan, terus ke Puduraya membeli tiket Transnasional ke Teluk Intan.

Pukul 11.00 pagi saya sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap. "Bas bergerak pukul 2.00," kata saya ringkas. Saya mengaku bersikap agak kasar ketika itu kerana didorong rasa marah dengan sikap degil ayah. Ayah tanpa banyak kerenah bersiap.

Dia masukkan baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang pukul 12.30 saya bergerak ke Puduraya. Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun saya tidak bersuara. Selalunya saya dan ayah akan bersembang panjang setiap kali naik kereta bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan.

Hari tu ayah tahu saya marahkannya. Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya terus menghantar ayah ke tingkat bawah stesen bas itu. Selalunya saya akan membimbing lengan ayah tapi hari itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya perhatikan agar langkahnya tidak terganggu.

Setelah saya pastikan nombor tempat duduk ayah, saya bersalam dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang saya sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah merenung jauh. Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi dia masih melemparkan pandangan ke luar tingkap mengelak daripada memandang saya. Setelah bas bergerak jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa melalui gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya terpandang susunan kek pisang di atas meja. Langkah saya terhenti.

Berdesup fikiran teringatkan ayah kerana dia cukup suka makan kek itu. Pernah 2-3 kali kalau dia menaiki bas pulang ke kampung, dia akan meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari itu ayah tidak minta apa-apa.

Saya terus memandu pulang. Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu. Ingatkan kerja di pejabat, ayah yang dalam perjalanan dan isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam itu sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila isteri meminta saya menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan setiap kali ayah pulang dengan bas. Malam berikutnya, isteri bertanya lagi sudahkah saya hubungi ayah.
"Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab saya meninggikan suara.

Dinihari itu, saya menerima panggilan telefon dari Hospital Teluk Intan. "Pak Long dah tak ada ..." kata sepupu saya di hujung talian. "Dia meninggal 5 minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib semalam." Terlalu sebak dia hendak meneruskan kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan. Isteri datang menerpa.
"Kenapa bang?"
Saya hanya menggeleng-geleng, agak lama baru mampu memberitahu "Ayah dah tak ada!"

Tiba di kampung sayalah yang paling hiba sekali. Tidak berhenti-henti menangis berbanding kakak dan adik-adik saya. Barulah saya sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup ini. Kek pisang, kata-kata saya pada ayah, sikapnya semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri membeli tiket silih berganti menyerbu fikiran.

Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hati saya apabila teringatkan itu semua. Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi tempat saya meluahkan rasa, seorang rakan yang sering bersimpati dan ayah yang cukup mengerti perasaan seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak rasa seorang tua yang merindui belaian kasih sayang daripada seorang anak yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya.

Kini telah 5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke kampung, hati saya bagi dirobek-robek apabila memandang nisan di atas pusara ayah. Saya tidak dapat menahan air mata apabila terkenangkan semula peristiwa pada hari-hari terakhir saya bersamanya. Saya merasa amat bersalah dan tidak akan memaafkan diri ini. Benarlah kata orang, kalau hendak berbakti biarlah semasa ayah dan ibu masih ada. Apabila sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun tidak bererti lagi. Kepada pembaca yang masih ada ayah, jagalah perasaan seorang tua. Kasihi mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu. RENUNGKANLAH.......

        
Sumber TKO - 1-12-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

Likulli Ta’khirah Fiha Khirah (Pada Setiap Penangguhan Itu Ada Kebaikan) – Siri 3

Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Saya begitu teruja untuk berjumpa dengan dua orang ulama tersohor dunia dan seorang yang namanya belum dikenali pada waktu itu tetapi telah giat berdakwah di seluruh dunia iaitu Habib Ali Zainal Abidin Al Jufri.

Tidak lama, saya sampai di sebuah bangunan rumah tiga tingkat yang merupakan kediaman Habib Ali Zainal Abidin Al Jufri yang telah sudi menerima saya sebagai tetamu beliau selama mana yang saya mahu.


Sayyid Alawi
Saya disambut oleh beliau dan beberapa orang yang bersama beliau. Saya di persilakan masuk. Apabila melihat beg saya hanya kecik saja, beliau bertanya saya adakah ini saja beg saya? Saya menjawab, ada lagi tapi semuanya saya tinggalkan di airport Jeddah. Untuk makluman, beg saya itu saya letak begitu saja di tepi kerusi kerusi airport, bukannya di tempat khas simpanan beg. ” Insyaallah selamat” jawab Habib Hussain

Habib Ali Al Jufri dilahirkan di Jeddah pada tahun 1971, silsilah beliau sampai kepada Rasulullah SAW. Sekarang beliau adalah Pengarah Tabah Foundation, Ahli lembaga Pengarah Madrasah Darul Mustafa di Tarim, Hadroulmout, Yaman. Pada tahun 2009 beliau pernah disenaraikan di kedudukan ke 37 dalam 500 orang Muslim yang paling berpengaruh di Dunia.

Subhanallah, bertuah sungguh rasanya, susuk yang begitu dikenali dunia sekarang ini pernah menerima saya sebagai tetamunya. Beliau telah menyediakan segalanya kepada saya. Setiap hari saya dihidangkan dengan Nasi Mandy Kambing. Pakaian saya semuanya di hantar ke pusat dobi. Saya juga disediakan sebuah kereta bersama driver nya sekali untuk menyelesaikan urusan saya. Bukan itu saja, Saya juga dibekalkan dengan sejumlah Wang saku. Allah….. rahmatnya…..

Selama dua minggu saya tinggal bersama beliau, kami makan, minum, bersembang dan pernah bermusafir beberapa kali hatta ke Mekah bersama sama walaupun saya tidak mempunyai visa lagi untuk masuk ke Mekah. Pernah berlaku ketika saya dan Habib Ali serta lima,enam orang lagi rakan beliau ke Mekah dengan menaiki sebuah MPV, tiba di border pintu masuk Mekah, MPV kami di tahan oleh polis yang menjaga Chek point itu. Seorang pegawai polis telah menyuruh diver untuk memperkenalkan semua penumpang MPV kami. Saya waktu itu berada di baris ke 2, Saya bimbang jika polis melihat saya, mungkin akan berlaku masaalah jika passport saya di periksa memandangkan tidak ada visa umrah di dalamnya. Habib Ali yang berada di belakang saya seperti tahu kebimbangan saya terus bertindak mengeluarkan kepalanya dari tingkap MPV sambil memberi salam kepada polis itu. Melihat wajah Habib Ali, terus pegawai polis berkenaan berkata ” OK, Jalan terus……” lega saya, Habib Ali hanya senyum sambil mengucapkan Alhamdulillah.


Habib Umar
Pada malam pertama saya di rumah beliau, Saya telah diajak untuk ke rumah Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani untuk menghadiri satu majlis yang turut dihadiri oleh Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz.

Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani adalah seorang Ulama tersohor di dunia khususnya di Mekah. Beliau lahir pada 1944 di Kota Mekah. Keluarga beliau adalah qabilah yang paling berpengaruh dan terkenal di Mekah. Pada umur 15 tahun, Sayyid Muhammad Al Alawi telah mengajar di Masjidil Haram. Datuk beliau, Sayyid Al abbas Al Maliki pernah menjadi mufti dan qadhi di Mekah, serta imam dan khatib di Masjidil Haram.

Sayyid Muhammad Al Alawi menerima Phd dari Al-Azhar University ketika berumur 25 tahun. Beliau meninggal pada tahun 2004. Majlis pengkebumiannya di hadiri ratusan ribu orang, dan dikatakan terbesar dalam tempoh 100 tahun.

Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz pula adalah seorang Ulama yang tidak asing lagi. Dilahirkan di Hadroulmout Yaman pada tahun 1963. Silsilahnya juga sampai kepada Rasulullah SAW melalui saidina Hussain Bin Ali Bin Abi Talib. Habib Umar berdakwah di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Beliau pernah menduduki ranking ke 50 dari 500 Muslim berpengaruh di dunia.

Sebaik tiba di rumah beliau saya telah dibawa untuk berjumpa dengan Sayyid Muhammad Al Alawi, Sebaik saja berhadapan dengan beliau saya memberi Salam, Saya diperkenalkan oleh Habib Hussain, beliau terus menjawab Salam saya sambil memeluk saya dengan erat. Saya bukan sahaja di peluk, bahkan syeikh Sayyid Muhammad juga menggangkat saya sehingga kedua kaki saya tergantung. Saya semasa itu tidaklah sebesar sekarang. Heeeeee… Saya merasa begitu dihargai dan mesra apabila di perlakukan begitu oleh syeikh Sayyid Muhammad. Saya juga buat kali pertama dapat bersalam dengan Habib Umar Bin Hafiz.


Habib Ali
Kemudian kami solat maghrib dan isya bersama sama dengan hampir 100 orang tetamu lain. Rasanya hanya saya seorang dari Malaysia, lainnya semua orang arab dan beberapa orang dari Indonesia yang bermastautin di Mekah.

Dalam majlis itu, kelibat saya paling mudah dilihat kerana hanya saya seorang saja yang berpakaian baju kemeja dan berseluar, yang lain semua berjubah putih. Selepas solat isya di adakan majlis zikir dan qasyidah. Majlis itu begitu meriah. Saya melihat Habib Ali turut menari seperti rentak tarian orang yaman. Di akhir majlis kami telah mendengar tazkirah oleh Sayyid Muhammad Al Alawi dan Habib Umar Bin Hafiz, yang lebih istimewanya ialah Para hadirin berteriak meminta agar syeikh Sayyid Muhammad Al Alawi memberikan ijazah semua buku buku karangan beliau yang akhirnya syeikh Sayyid Muhammad bersetuju dan mengijazahkan semua kitab karangan beliau kepada semua tetamunya.

Agenda akhir ialah acara yang saya nantikan, iaitu jamuan makan nasi mandy Kambing. Fuhhhh alhamdulillah……… enak bangat weehhhhh.

Majlis berakhir dan saya pulang ke rumah Habib Ali dengan penuh kesyukuran kerana dapat bersama dengan Para ulama yang tersohor dunia……..Bersambung

Sumber BO - 1-12-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Likulli Ta’khirah Fiha Khirah (Pada Setiap Penangguhan Itu Ada Kebaikan) – Siri 2

Oleh : Wan Sukairi Wan Abdullah

Sebaik saja orang Arab misteri itu berlalu, saya terus buka sampul surat itu. Tergamam saya melihat wang tunai Riyal Saudi yang berjumlah 1000 Riyal. Alhamdulillah, spontan lidah saya menuturnya. Saya tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengannya.

Tanpa buang masa saya terus mencari restoran, lagak saya seperti peserta ‘pemburu harta karun’. Saya membeli makanan dan minuman serta makan semahunya. Seolah olah tak makan sebulan. Malam itu saya tidur puas walau hanya di kerusi lapangan terbang.

Keesokkan pagi saya semak jadual penerbangan ke Malaysia dan saya dapati hanya minggu depan ada. Saya berfikir lagi, apa yang saya mahu buat dalam tempoh itu.

Tiba Tiba saya teringatkan guru saya Habib Hussain, beliau tinggal di Jeddah dan Alhamdulillah, kebetulan saya memang ada menyimpan nombor telefonnya. Saya terus menelefon beliau.

“Assalamu’alaikum, ” kata saya.

” Wa’alaikummussalam, ” jawab Habib Hussain.
“enta min, ” soal beliau.

“ana Syukri ya Habib, ” balas saya, gembira.

“Syukri? Syukri min? , ” soal beliau lagi.

Habib tak cam aku ni, getus hati saya.

“ana Syukri Al-Eidarus, ” jawab saya menyamar.

Saya terpaksa menyamar kerana mungkin beliau tak perasan saya. Saya guna nama Syukri kawan saya itu kerana dia adalah keturunan Syed atau Habib dan Syeikh lebih mengenalinya.

Tekaan saya tepat. Sebaik mendengar nama Syukri Al Eidarus, terus syeikh Habib bertanya saya dan berjanji akan datang jemput saya di lapangan terbang Jeddah. Saya terasa begitu gembira sekali kerana akhirnya saya ada orang yang akan menolong saya. Alhamdulillah, saya syukur kepada Allah.

Sebaik kereta Syeikh Habib sampai, beliau terus mendapatkan saya. Kami berpeluk penuh kasih sayang. Saya bertalaqqi kitab Al-Hikam dengan beliau semasa di Mesir. Beliau terus bertanya saya, “enta Al-Eidarus?”

Saya terus memohon maaf kepada Syeikh Habib “muazziratan ya Habib, ana Syukri Abdullah”

Beliau kata tak apa. Saya dibawa beliau menaiki kereta GMC menuju ke rumahnya.

Di rumahnya saya dijamu dengan makanan yang pelbagai. Sedang saya rancak bercakap dengannya, tiba-tiba ayahnya masuk sambil memberi salam. Syeikh Habib bingkas bangun sambil mencium tangan ayahnya. Ini lah akhlak baik yang ditunjukkan oleh Habib di depan saya.

Selesai makan, Syeikh Habib mengajak saya pergi ke rumah yang saya akan menginap. Di dalam kereta beliau menghulurkan saya duit sebanyak 500 Riyal Saudi. Saya terima dengan penuh syukur dan gembira.

Sedang kami bersembang, saya terlihat gambar dua orang syeikh yang digantung di cermin tengah kereta.

Saya bertanya Syeikh Habib, siapa mereka berdua ini? Syeikh Habib menyatakan yang ini Habib Umar bin Hafiz dan yang ini Syeikh Sayyidi Muhammad Al Alawi Al-Maaliki Al-Hasani sambil menunjukkan jarinya pada gambar itu.

Saya kata alangkah bertuahnya saya jika dapat bertemu dengan kedua syeikh besar ini. Spontan Syeikh Habib mengatakan pada saya “Insya Allah kita akan berjumpa dengan mereka berdua malam ini,”.

Allah Akbar, saya bertakbir gembira kerana dapat peluang keemasan untuk berjumpa sendiri dan menjadi tetamu kepada Syeikh Muhammad Al-Alawi Al-Maaliki di rumahnya.
Saya bertanya lagi kepada Syeikh Habib, di mana saya akan menginap?

Syeikh Habib menyatakan bahawa saya akan menjadi tetamu kepada Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri dan akan tinggal bersama beliau di rumah beliau selama mana saya mahu.
Masyaallah……. Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar……….. RahmatnyaYa Allah
……Bersambung

Sumber BO -  30-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































Bacaan qunut nazilah selain solat Subuh

http://muftiwp.gov.my/ | .















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43377-bacaan-qunut-nazilah-selain-solat-subuh

AL-KAFI LI AL-FATAWI KE-473: BACAAN QUNUT NAZILAH PADA SELAIN SOLAT SUBUH
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 25 November 2016

Bolehkah membaca doa qunut nazilah pada solat-solat fardhu yang lain atau ia khusus pada waktu tertentu sahaja?

Bersempena dengan tragedi Rohingya, boleh dikatakan semua masjid di seluruh Malaysia mengadakan bacaan Qunut Nazilah semasa solat Jumaat sebentar tadi. Timbul persoalan samada bolehkah ia dibaca dalam solat-solat fardhu yang lain?

Hukumnya, sunat di sisi mazhab Syafie membaca doa Qunut Nazilah dalam semua solat fardhu selain dari Subuh jika ada keperluan.

1. (Disyariatkan) iaitu disunatkan (bacaan Qunut) selepas tahmid (dalam) bangun daripada ruku’ yang terakhir (pada seluruh) iaitu selainnya (solat Fardhu ketika keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak) yang mendesak seperti ditekan uamt Islam dengan ketakutan, kemarau, wabak, serangan belalang juta atau selainnya kerana mengikuti Nabi SAW kerana Baginda membaca Qunut sebulan untuk berdoa atas pembunuhan para sahabatnya di Qurra’ dan telaga Ma’unah. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/371)

2. Adapun, selain solat-solat fardhu selain solat Subuh tidak ada Qunut padanya jika tidak ada hajat. Sesungguhnya berlaku kegawatan kepada umat Islam, mereka membaca Qunut pada semua solat-solat fardhu sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW: “Bahawasanya Nabi SAW tidak membaca Qunut melainkan apabila mendoakan (kebaikan) bagi satu kaum atau mendoakan (kebinasaan) bagi satu kaum. Ketika membaca sami’allahu liman hamidah kemudian Baginda membaca rabbana lakal hamd, dan membacakan doa…” Kata Imam Nawawi, “Adapun solat fardhu selain solat fardhu Subuh, adakah dibacakan Qunut padanya, terdapat 3 pandangan.

Dihikayatkan Imam al-Haramain al-Juwaini dan Imam al-Ghazzali serta selainnya. Pandangan yang sahihnya adalah masyhur dan diputuskan oleh majoriti ulama bahawa ketika bencana menimpa umat Islam seperti ketakutan, kemarau, wabak, serangan belalang juta atau selainnya, mereka membaca Qunut pada semua solat fardhu.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3/494)

Wallahua’lam.

Sumber HD - 27-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































Al-Quran dedah kelemahan psikologi orang munafiq

Dr Muhamad Faisal | .











http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43330-al-quran-dedah-kelemahan-psikologi-orang-munafiq

Orang munafiq tidak mampu menahan emosi dan psikologi apabila diasak dengan pendedahan sifat, identiti dan ciri-ciri nifaq. Mereka secara automatik akan melenting dan berang apabila disebut semua sifat-sifat itu biarpun tidak disebut nama mereka. Al-Quran telah mendedahkan kelemahan psikologi orang munafiq ini di dalam Surah al-Munafiqun: 4.

Maksudnya: (Oleh kerana orang Munafiq berasa bersalah), mereka menyangka setiap jeritan ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasakan mereka. (Pelik sungguh!)

Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari menerima kebenaran)? Surah al-Munafiqun: 4

Orang munafiq ialah mereka bersikap mengelak, mengelat, kurang minat dengan Islam, tidak berapa selesa dengan hukum Islam dan lain-lain. Hatinya lega apabila peminta sedekah tidak datang kepadanya. Mereka lebih selesa kehidupan yg tidak diikat dengan hukum Islam. Lebih parah lagi, mereka suka memberi alasan, malahan menentang usaha ke arah pelaksanaan cara hidup Islam.

Manakala Orang Islam yg sejati pula ialah mereka yang sentiasa berusaha untuk memartabatkan hukum Islam dan melaksanakannya. Segala perintah Allah dijunjung dan cuba dilaksanakan semampu mungkin.

Ketika Nabi Ibrahim A.S. diperintahkan supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S., kedua-duanya berusaha patuh dan memudahkan pelaksanaannya. Apabila Bani Israel diperintahkan menyembelih lembu, mereka banyak pertanyaan, beralasan dan mencari jalan agar dilambat-lambatkan perintah Tuhan.

Mudah-mudahan kita terlindung dari memiliki ciri nifaq dan apatah lagi menjadi orang munafiq.

Sumber HD - 24-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 golongan manusia yang didoakan malaikat berserta dalil-dalilnya
Posted on Monday, November 21 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32510



1. Orang berilmu yang mengajarkan kebaikan

Sabda Rasulullah SAW:-
"Sesungguhnya Allah, para malaikat, penghuni langit dan dunia, serta semut yang berada di sarangnya bahkan ikan mendoakan orang yang mengajar manusia lain kebaikan." (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

2. Orang yang suka menderma

Sabda Rasulullah SAW:-
"Tidak ada satu hari pun manusia hidup kecuali dua malaikat yang turun. Salah satu berdoa: 'Ya Allah, kurniakanlah orang yang menderma gantiannya'. Manakala yang satu lagi berdoa: 'Ya Allah, berilah kepada orang kedekut kebinasaan'." (Hadith Riwayat al-Bukhari)

3. Orang yang beribadah selepas solat

Sabda Rasulullah SAW:-
"Para malaikat sentiasa mendoakan sesiapa sahaja antara kamu selama mana dia berada di tempat solatnya dan wuduknya belum batal: 'Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia'." (Hadith al-Bukhari)

4. Orang yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya

Sabda Rasulullah SAW:-
"Sesiapa yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, maka malaikat yang mengikutinya pun berkata: 'Amin, untuk kamu juga begitu'." (Hadith Riwayat Muslim)

5. Orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW


Sabda Rasulullah SAW:-
"Sesiapa yang berselawat kepadaku, maka para malaikat akan sentiasa berselawat kepadanya selama mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah biarpun sedikit." (Hadith Riwayat Ahmad)

6. Makmum yang mengaminkan bacaan al-Fatihah imam

Sabda Rasulullah SAW:-
"Apabila imam selesai membaca ayat terakhir di surah al-Fatihah maka jawablah 'amin'. Sesiapa yang doanya tepat dengan doa malaikat, maka terus terampun dosa-dosanya sebelum ini." (Hadith Riwayat al-Bukhari)

7. Orang yang bersahur

Sabda Rasulullah SAW:-
"Makan sahur itu berkat, maka jangan tinggalkannya sekalipun dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang yang bersahur." (Hadith Riwayat Ahmad)

8. Makmum yang berada di saf hadapan

Sabda Rasulullah SAW:-
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang yang berada di saf paling hadapan." (Hadith Riwayat Ibn Majah)

9. Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk


Sabda Rasulullah SAW:-
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan bersuci, dia tidak akan bangun melainkan malaikat mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini, sesungguhnya dia tidur dalam keadaan bersuci'." (Hadith Riwayat al-Baihaqi dan Ibn Hibban)

10. Orang yang berusaha memperbaiki diri

Firman Allah SWT:-

"Malaikat yang memikul 'Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya sentiasa bertasbih dan memuji Tuhan mereka, mereka beriman kepada-Nya serta meminta ampun buat orang yang beriman: 'Ya Tuhan kami, rahmat-Mu dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu, maka ampunilah orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu dan selamatkan mereka dari azab neraka Jahim'." (surah al-Ghafir 40:7-9)

Wallahu'aklam.


Sumber TKO - 21-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 


























































Pesan buat para penuntut ilmu

Nurul Atiqah Ibrahim | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43272-pesan-buat-para-penuntut-ilmu

Firman Allah yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Al-Mujadalah, ayat 11)

Memetik ayat Al-Quran yang tersebut tadi, cukup menghiburkan hati kita sebagai seorang muslim dan mukmin. Malah Allah menjanjikan darjat yang tinggi bagi mereka yang berilmu.

Justeru, merasai peluang untuk melanjutkan pelajaran merupakan suatu kurniaan Allah yang tidak terhitung nikmatnya.

Menuntut ilmu merupakan suatu tuntutan fardu ain kepada setiap muslim. Ia perlu disertakan dengan niat yang suci untuk mendapatkan keredaan Allah. Segala-galanya perlu dikembalikan kepada Allah, apa yang kita niatkan mestilah semata-mata kerana-Nya.

Biarpun ada kepentingan lain untuk keperluan duniawi, akan tetapi niat utama haruslah kerana Allah. Guru saya pernah berpesan: “Belajarlah, tetapi janganlah kerana semata-mata hendak memuaskan diri sendiri. Ini kerana, kepuasan itu tidak akan pernah hadir, kerana illmu Allah terlalu luas.”

Tidak dinafikan, kepentingan menuntut ilmu itu menjanjikan rezeki kerjaya dan sebagainya. Itu keperluan manusiawi selagi mereka hidup dia atas muka bumi ini. Tidak salah, namun Islam lebih menggalakkan untuk kita bekerja keras dalam melakukan sesuatu perkara, tetapi tidaklah sampai tersasar niat dan tujuan. Contohnya, belajar sesuatu ilmu untuk dipandang mulia pada sisi masyarakat. Bukan begitu, Naudzubillahi min zalik!

Belajarlah kerana Allah, untuk memartabatkan agama Islam, memperjuangkan agama Allah. Biar apa pun ilmu itu jika Allah menjadi tujuan dan sandaran utama, akan ada ketenangan dan perjalanan menujunya juga dipermudahkan, Inshaa Allah!

Menurut hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim.” (HR Ibnu Majah)

Jika kita lihat perjuangan para sarjana Islam pada zaman kegemilangan dahulu, mereka bersungguh-sungguh dalam mendalami sesuatu bidang ilmu. Bahkan mereka mendalami lebih dari satu cabang ilmu. Subhanallah!

Kita terlalu beruntung kerana sehingga kini kita merasai nikmat ilmu dengan mereka sebagai wasilah, ilmu itu sampai kepada kita. Alhamdulillah!

Namun kini, ‘keizzahan’ itu semakin sirna; mungkin disebabkan faktor kelalaian dan kelekaan yang sedang melanda umat akhir zaman ini. Tidak sedarkah kita bahawa jalan menuntut ilmu itu adalah jalan sunnah para nabi, sahabat serta tabi’ tabiin? Tidak takutkah kita bahawa ramai para pengkaji barat atau golongan ‘orientalis’ berlumba-lumba untuk mengkaji pelbagai sudut ilmu yang memang asalnya dibawa oleh Islam ini?

Mereka mengkaji Islam, mengkaji hadis. Oleh itu, kita lihat banyak rujukan yang diperoleh adalah bersumberkan dari pengkaji barat ini. Tidak dinafikan, sumbangan mereka banyak memberi manfaat dalam mengembangkan bidang ilmu, namun adakah itu tidak cukup untuk memberi tamparan buat kita sebagai umat Islam?

Mereka (para orientalis) tertarik dengan ilmu yang diwarisi oleh umat Islam. Hakikatnya, kita sebagai umat Islamlah yang perlu menguasai pelbagai bidang ilmu ini. Bukankah hadis nabi pernah menyebut maksudnya: “Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing.” (HR Muslim)

Rebutlah peluang untuk menjadi ‘orang yang asing’ itu dengan menjadi penuntut ilmu.

Menuntut ilmu tidak menjanjikan kesenangan. Jalannya penuh berliku dan cabaran yang kadang-kala menguji keimanan. Namun, semua itu tidak sia-sia, Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang menuntut ilmu.

Dari Abu Hurairah RA maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh suatu perjalanan dalam rangka untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR Imam Muslim)

Ini rahmat dari Allah, tidak mahukah kita mengejar ganjaran yang dijanjikan Allah ini? Janji Allah itu pasti!

Dalam menuntut ilmu, perlulah ada kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Ini menunjukkan komitmen kita yang sebenar samada kita benar-benar ikhlas atau tidak. Ujian datang silih berganti, cabaran harus ditempuhi. Hal Ini kerana jika kita membantu agama Allah, pasti Allah akan membantu kita. Kita tidak boleh lari dari masalah, malah menghadapi masalah tersebut akan mematangkan kita. Kita dapat berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Itu fitrah dalam kehidupan; hidup adalah untuk diuji oleh Allah SWT.

Belajarlah demi agama, keluarkan diri dari kepompong kejahilan. Sentiasa ada keinginan dan semangat yang tinggi untuk menuntut ilmu. Ilmu boleh didapati di mana-mana. Samada melalui kaedah ‘bertalaqi’ kitab dengan guru, atau menuntut ilmu di universiti, atau ilmu kehidupan yang didapatkan secara tidak langsung.  Semuanya sama walau kaedahnya berbeza.

Yang perlu dijaga adalah adab bersama guru. Itu kunci kejayaan, tiada guna jika kita memiliki sijil yang banyak, akan tetapi tiada keberkatan dari seorang guru.

Apabila bercakap soal perjuangan menuntut ilmu, pasti ramai yang takut untuk menempuh jalan itu. Bimbang bertemu kesusahan di pertengahan jalan. Ingatlah kembali pesanan seorang ulama nusantara iaitu Allahyarham Profesor Hamka, kata beliau, “Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.”

Akhir sekali, sudah sunnatullah, ilmu perlu selari dengan amal. Pepatah arab menyebut: “Ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah”.

Semoga kita menjadi orang yang mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu tersebut. (ulamasedunia.org)

Sumber HD - 20-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




























































Polemik nama Damia, elok atau tidak?

http://www.muftiwp.gov.my/ | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43253-polemik-nama-damia-elok-atau-tidak

Bayan Linnas Siri 78: Polemik Nama Damia, Elok atau Tidak?
Ditulis oleh Razif Fuad
Diterbitkan: 15 November 2016

Mukaddimah

Pada minggu ini isu nama diangkat menjadi perbincangan hangat khususnya nama anak-anak yang terdapat padanya Damia, sama ada ia hanya satu nama sahaja atau murakkab (disusun) dengan beberapa nama yang lain. Ada yang mengatakan elok dan ada yang mengatakan tidak.

Dalam hal ini, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga ditanya persoalan berkenaan dengan Damia elok atau tidak. Pada asalnya kami lebih mengambil sikap untuk berdiam diri kerana sudah ada pihak yang berautoriti mengemukakan jawapan. Justeru memadailah mereka memberi jawapan. Akan tetapi melihat kepada persoalan yang diajukan langsung kepada kami menyebabkan kami terpanggil untuk mengemukakan jawapan dengan seadanya. Jawapan pada kali ini bukanlah untuk bermusabaqah ilmu tetapi semata-mata mencari satu titik penyelesaian yang terbaik dan harmoni. Justeru Bayan Linnas pada kali ini kami namakannya dengan Polemik Nama Damia: Elok atau Tidak?

Menamakan Anak

Istimewanya manusia dari haiwan yang lain adalah ia mempunyai nama. Tetapi haiwan yang lain ia mempunyai nama yang umum, seperti ayam hutan, ayam daging, tanpa nama seperti nama-nama khas. Sebaliknya manusia sejak zaman berzaman bahkan datuk kita yang pertama Nabi Adam AS juga mempunyai nama. Inilah uniknya manusia.

Islam dalam memberi nama menggalakkan kepada ibu bapa supaya memilih nama-nama yang baik. Seperti Abdullah, Abdurrahman, Muhammad, Hammad dan nama-nama yang mempunyai erti serta pengertian yang baik. Walaupun begitu kebebasan memberi nama diraikan selama mana bukan nama-nama yang buruk atau keji. Ini kerana, Rasulullah SAW pernah menukar nama perempuan dengan nama yang elok, begitu juga dengan sahabatnya yang lelaki.

Kami tidaklah ingin membincangkan ini dengan panjang lebar kerana sudah kerap kali kami bincang dalam isu-isu yang lain.

Menamakan Anak Dengan Damia

Dalam hal ini, mungkin terdapat pelbagai bentuk ejaan, Antaranya:

Damia
Damiya
Damea
Dameea
Damiia
Damiaa
Dyamia
Dyamyia
Atau seumpamanya.

Ini kerana, mungkin ia dipindahkan daripada bahasa yang lain, sama ada arab atau lainnya. Justeru melihat kepada bahasa yang lain adalah amat penting untuk menentukan maknanya. Dalam bahasa arab, kami bahagikan kepada dua:

Pertama: Nama

Damia (دامية) adalah nama tempat di Jordan. Ia terletak bersempadan dengan Palestin. Damiya' (دامياء) pula bermaksud kebaikan dan keberkatan. Lihat al-Qamus al-Muhit dan Mu’jam al-Ra’id. Ia perkataan lama yang jarang digunakan kini.

Damiah Pada Istilah Bahasa dan Fiqh

Damiah (دامية) pula berkaitan dengan darah. Iaitu luka yang berdarah yang tidak mengalir. Lihat al-Qamus al-Muhit. Lihat juga al-Mu’jam al-Ma’ani al-Jami’.

Dari segi bahasa bererti: Darah kesan dari luka.

الدَّامِيَةُ فِي اللُّغَةِ: مِنْ دَمِيَ الْجُرْحُ يَدْمَى دَمْيًا وَدَمًى: خَرَجَ مِنْهُ الدَّمُ، وَالشَّجَّةُ الدَّامِيَةُ: هِيَ الَّتِي يَخْرُجُ دَمُهَا وَلا يَسِيلُ

Maksudnya: Keluar daripadanya darah. Al-Syijjah Al-Damiah (Luka yang berdarah): Sesuatu yang keluar darahnya dan tidak mengalir.

Lihat Al-Maghrib, Al-Misbah al-Munir & Lisan Al-Arab

Para fuqaha berbeza pandangan terhadap pengertian Al-Daamiyah. Malikiyyah dan Syafieyyah menggunakan makna dari sudut bahasa. Kata ulama Malikiyyah: Damiah adalah sesuatu yang memberatkan kulit lalu terpercik darah darinya tanpa terkoyaknya kulit. Kata ulama Syafieyyah: Damiah adalah sesuatu yang keluar tanpa mengalirnya darah. (Al-Manhul Jalil 4/364, Hasyiah Dasuqi (4/250-251), Mughni Muhtaj 4/26)

Majoriti Hanafiyyah pula mengatakan: Damiah adalah sesuatu yang mengeluarkan darah dan mengalirkannya tanpa menampakkan tulang. Inilah pendapat yang turut dipegang oleh golongan al Hanabilah yang menamakan Damiah dengan perkataan الْبَازِلَةَ Al-Baazilah dan الدَّامِغَةَ Al-Daamighah. (Hasyiah Ibn Abidin, 5/372-373), Badai' Sonai ' 7/296).

Kedua: Perbuatan

Ia daripada perkataan Damia

وَقَدْ دَمِيَ كَرَضِيَ

Maksudnya: “Dan sesungguhnya dia telah berdarah, sama seperti perkataan radiya (dari segi wazannya).”
Lihat al-Qamus al-Muhit.

Maka tidak perlulah mengubah ejaan DAMIA, malahan menukar nama jika sekadar disangka ia mempunyai makna yang tidak baik. Biasa sahaja nama orang mengikut nama tempat seperti Jordan, Saudi dan Sarawak. Selagi ia tidak mempunyai maksud yang tidak baik, agama tidak melarangnya.

Asal Usul Damia Daripada Perspektif Tamadun Greek Purba

Dalam mitologi Greek, terdapat sekumpulan dewa yang dikatakan tinggal di Gunung Olympus, gunung tertinggi di Greek. Di sana, mereka mentadbir seluruh kehidupan manusia. Dewa-dewa di Gunung Olympus menyerupai lelaki dan wanita (walaupun mereka boleh berubah menjadi haiwan dan benda-benda lain).

12 dewa-dewa utama yang tinggal di Gunung Olympus adalah:

Zeus: Raja bagi semua dewa (juga bapa bagi kebanyakan dewa) dan Dewa Cuaca, Undang-Undang dan Nasib
Hera: Permaisuri bagi Dewa, Dewi dan Perkahwinan
Aphrodite: Dewi Kecantikan dan Cinta
Apollo: Dewa Ramalan, Muzik, Puisi dan Ilmu.
Ares: Dewa Perang
Artemis: Dewi Pemburuan, Haiwan dan Kelahiran
Athena: Dewi Hikmah dan Pertahanan
Demeter: Dewi Pertanian dan Bijirin
Dionysos: Dewa Arak, Kesenangan dan Perayaan
Hephaistos: Dewa Api, Logam dan Arca
Hermes: Dewa Perjalanan, Layanan Baik, Perdagangan dan juga utusan peribadi bagi Zeus
Poseidon: Dewa Laut

Damia Sebagai Dewi

Dikatakan bahawa Damia (Δαμία) adalah personaliti lain daripada Artemis, Dewi Pemburuan, Haiwan dan Kelahiran. Dikatakan juga, Damia kemungkinan adalah gelaran lain bagi Auxesia dan Demeter, Dewi Pertanian dan juga Kesuburan. Dalam mitologi Greek, Damia dikenali sebagai Dewi Kesuburan Bumi.

Damia sebagai Kata Terbitan Damian

Di samping itu, kami juga sempat meneliti A New Greek And English Lexicon: Principally On The Plan Of The Greek And German Lexicon Of Schneider, kami mendapati bahawa perkataan Damia mungkin adalah kata terbitan daripada perkataan ΔαμαΩ yang bermaksud “to tame” yang bererti pandai menjinakkan sesuatu. Ini juga selari dengan perkataan Damian yang merujuk kepada seorang yang menunduk atau menguasai orang lain (to tame). Ia berasal daripada perkataan Greek, Damianos.

Damia Sebagai Nama Tempat

Mengikut carian kami, terdapat beberapa tempat yang dinamakan sebagai Damia. Antaranya ialah, Damia (دامية) yang berada di Jordan. Kawasan ini terletak 40 kilometer daripada daerah Hawali yang berada di bawah perbandaraan Dair Ala dan terletak 60 kilometer daripada bandar ibu negara Jordan, Amman. Tempat kedua juga merujuk kepada Jambatan Damiyah di atas Sungai Jordan yang menjadi sempadan antara Palestin dan Jordan, dan terletak kira-kira 35 kilometer daripada bandar Areha.

Tarjih

Kami cenderung kepada pendapat ianya dibolehkan kerana perkataan asal itu, ada makna keelokkan cumanya adanya hamzah pada hujungnya. Mengikut pakar Qiraat dari segi kaedah bacaan (perkataan damia tidak ada dalam al-Quran) ia boleh dibaca dengan hazaf (buang) hamzah lalu bacaannya menjadi DAMIYA/DAMIA sahaja menurut Qiraat Hamzah (Hamzah al-Zaiyyat, Imam yang ke-6 daripada 7 qiraat yang mutawatirah) ketika waqaf dan riwayat Hisyam (beliau adalah perawi kepada Ibn Amir al-Dimashqi). Walaupun begitu kami cenderung supaya ejaan ditambah dengan hamzah seperti DAMIYA’/DAMIA'.

Nama-nama Sahabat Yang Pernah Ditukar Oleh Nabi SAW

Banyak nas daripada hadis yang menunjukkan bahawa Nabi SAW ada menukarkan nama para sahabat disebabkan oleh maslahah. Boleh jadi nama tersebut membawa makna yang tidak elok, disebabkan oleh itu Rasulullah SAW menukarkannya dan ini menjadi dalil bahawa nama seseorang itu boleh ditukarkan sekiranya terdapat maslahah.

Antara nama sahabat yang pernah ditukarkan oleh Nabi SAW ialah:

‘Asiah (عَاصِيَة) yang membawa makna pendosa kepada Jamilah (جَمِيلَة) yang cantik. Ini sepertimana di dalam hadis Nabi SAW daripada Ibn ‘Umar RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ وَقَالَ :أَنْتِ جَمِيلَةُ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama ‘Asiah dan Baginda berkata: “Kamu Jamilah”.
Riwayat Abu Daud (4952). Sahih.

Hazn (حَزْنٌ) yang membawa maksud kesedihan kepada Sahl (سَهْلٌ) yang senang. Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Imam Al-Bukhari di dalam Sahihnya. Namun, di dalam hadis ini, ayah kepada Ibn al-Musayyib tidak menukarkan namanya dan diakhir hadis diceritakan bahawa disebabkan tidak menukar nama tersebut seperti yang disebut oleh Nabi SAW, keluarga mereka dirundum kesedihan dan kesusahan.

Asram (أَصْرَم) yang membawa maksud perbuatan memotong kepada Zur’ah (زُرْعَةُ) iaitu tempat berladang/bercucuk tanam. Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya.

Seterusnya, al-Imam Abu Daud telah menyebutkan: “Nabi SAW telah menukarkan nama al-‘As (العاصِ), ‘Aziz (عزيز), ‘Atalah (عَتَلَة), Syaitan (شَيطانِ), al-Hakam (الحَكَمِ), Ghurab (غُرابٍ), Hubab (حُبابٍ), Syihab (شهابٍ) menamakannya dengan Hisham (هشاما) dan menamakan Harban (حَرْبا) dengan Silman (سِلْماً) begitu juga al-Mudtoji’ (المُضطَجِعَ) kepada al-Munba’ith (المنبَعِثَ)…”

Berdasarkan kenyataan di atas, al-Imam Khattabi di dalam Ma’alim al-Sunan menyebutkan bahawa al-‘As (العاصِ) dtukarkan kerana membawa makna al-‘Isyaan (العصيان) iaitu penderhakaan. Begitu juga ‘Aziz yang mana ianya bermaksud Maha Mulia dan ini hanya layak untuk Allah SWT sahaja. Seterusnya ‘Atalah (عَتَلَة) yang membawa maksud keras dan berat sedangkan sifat mukmin itu mestilah bersifat lemah lembut dan mudah. Syaitan (شَيطان) yang membawa maksud jauh dari kebaikan. Begitu juga al-Hakam (الحَكَمِ) yang mana nama ini hanya layak buat Allah SWT iaitu Maha Meluluskan Hukum. Ghurab (غُرابٍ) yang merujuk kepada seekor binatang (American Crow/ Gagak Amerika) yang jijik perbuatannya begitu juga memakan makanan yang kotor dan Rasulullah SAW membenarkan untuk membunuhnya. Hubab (حُبابٍ) pula adalah sejenis ular dan diriwayatkan juga ianya adalah nama bagi syaitan. Begitu juga dengan Syihab (شهابٍ) yang mana membawa maksud nyalaan api neraka.

Berdasarkan nas-nas hadis di atas kami berpendapat ada bagusnya agar nama yang membawa kepada makna yang tidak elok ditukarkan kepada yang lebih baik. Wallahu a’lam.

Kenyataan Mufti Wilayah

Apa yang berlaku memberi kepada kita betapa Bahasa Arab mempunyai makna yang pelbagai. Justeru melihat kepada makna yang baik sebagai tafa’ul adalah penting. Pada saat yang sama elakkanlah daripada penamaan yang boleh membawa kekeliruan. Isu seperti ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Ini kerana jika dibiarkan keadaan seperti ini ia akan berlaku ke semasa dari semasa. Justeru satu tidankan yang bersepadu utnuk mengemaskinikan isu penamaan ini dengan lebih efisyen dan terkini perlu digerakkan dengan pantas.

Cadangan

Pertama: Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

Kami mencadangkan supaya pihak Jabatan Pendaftaran Negara memberi ruangan khusus dalam nama anak-anak umat Islam untuk ditulis dengan dua nama iaitu dalam tulisan Rumi dan juga tulisan Jawi. Seterusnya tulisan Jawi diambilkira sebagai yang paling muktamad terutamanya dalam kalimah atau nama yang wujud dalam Bahasa Arab. Ini kerana kami dapati banyak juga nama apabila ditulis dalam huruf Latin atau Rumi boleh memberi maksud yang lain. Contohnya perkataan yang mengandungi huruf ‘Ain dan Alif yang biasanya akan ditulis dalam bahasa melayu dengan huruf A sahaja seperti Abdullah. Ini bertujuan agar ketepatan sebutan dan makna sebenar yang dikehendaki sampai kepada maksudnya. Perkara ini telah dilakukan di Singapura untuk umat Islam di sana.

Sudah sampai masanya Jabatan Pendaftaran Negara menempatkan para asatizah atau yang berkelayakan dalam agama seperti kader JAKIM bagi menentukan kesahihan nama sebutan, pensabitan nasab juga menjadi penasihat kepada ibu bapa yang datang untuk penamaan anak.

Kedua: Kepada Ibu Bapa

Kami cadangkan kepada para ibu bapa yang direzekikan dengan cahaya mata dan zuriat solehah agar:

Memberi dan memilih nama yang baik kepada anak-anak sama ada putera atau puteri.

Tanyalah kepada ahli ilmu dan para asatizah ketika mahu menamakan anak.

Janganlah rujuk kepada buku sahaja tatkala ingin menamakan anak.

Elakkanlah daripada menamakan anak dengan nama-nama yang panjang dan tersusun (murakkab) tetapi berpadalah dengan satu atau dua sahaja kerana ghalibnya sebutan akan dipendekkan.

Biasakanlah dengan memanggil anak dengan nama yang penuh supaya menghasilkan maksud dan maknanya.

Semoga dikurniakan pasangan hidup, suami dan isteri yang soleh dan solehah serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata dan saham buat kita di Hari Akhirat. Kami tutup dengan sebuah doa yang sangat baik untuk dibaca selepas solat.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Akhukum fillah,
SS. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,
Mufti Wilayah Persekutuan
15 Nov 2016 bersamaan 15 Safar 1438 H

Sumber HD - 18-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





























































Imam Al-Bukhari dan sahihnya

http://www.muftiwp.gov.my | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43208-imam-al-bukhari-dan-sahihnya

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-128: IMAM AL-BUKHARI DAN SAHIHNYA
Ditulis oleh Super User  
Diterbitkan: 09 November 2016

Soalan: Siapakah imam al-Bukhari serta pengenalan ringkas sahihnya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Irsyad al-Hadith pada kali ini akan membicarakan berkenaan seorang tokoh yang telah banyak berjasa dan mewakafkan dirinya untuk berkhidmat dengan hadith-hadith Nabi SAW. Selain itu juga, beliau telah menghasilkan sebuah karya yang sangat agung dan diterima oleh umat ini sehingga ke saat ini.

Pengenalan Ringkas Imam al-Bukhari RA

Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Ju’fiy al-Bukhari. Al-Bukhari adalah nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu Bukhara yang terletak di Khurasan. Tambahan pula, Bukhara merupakan sebuah bandar lama, luas dan cantik. Kuniyah beliau adalah Abu Abdillah dan beliau terkenal dengan gelaran imam ahli hadith atau amir al-Mu’minin dalam hadith. Beliau lahir pada 194 Hijrah di bandar Bukhara.

Tambahan pula, imam al-Bukhari merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Ismail telah meninggal dunia ketika usia beliau masih kecil. Disebabkan itu, ibunya mengambil peranan dalam mendidik dan membesarkan imam al-Bukhari. Imam al-Bukhari sejak kecil lagi sudah cenderung untuk menghafaz hadith-hadith nabi SAW dan juga mempelajari ilmu-ilmu agama yang lain. Ini kerana, keluarganya merupakan sebuah keluarga yang amat menitikberatkan ilmu pengetahuan sebagaimana ayahnya merupakan seorang yang terkenal dengan keilmuannya.

Imam al-Bukhari merupakan seorang yang rajin menghadiri majlis-majlis atau halaqah-halaqah ilmu. Ketokohan imam al-Bukhari dalam bidang hadith sudah menonjol sejak beliau masih kecil lagi apabila kisah beliau menegur seorang guru yang ahli hadith ketika guru tersebut sedang menyampaikan pengajian. Guru tersebut adalah al-Allamah al-Dakhili, di mana beliau tersalah dalam meriwayatkan sanad hadith. Dikatakan usia imam al-Bukhari pada ketika itu adalah 11 tahun. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, kita ketahui bahawa imam al-Bukhari merupakan seorang yang cerdik dan rajin dalam menuntut ilmu. Ini dapat dilihat ketika usia beliau masih kecil lagi. Tambahan pula, kesungguhan beliau ini diteruskan dengan rehlah-rehlah ilmiah yang telah ditempuhi oleh imam al-Bukhari semata-mata untuk menuntut ilmu dan mencari hadith Nabi SAW.

Guru-Guru Imam al-Bukhari

Antara guru-guru imam al-Bukhari ialah:

• Ali bin al-Madini
• Ahmad bin Hanbal
• Yahya bin Ma'in
• Ishak bin Rahawaih
• Qutaibah bin Sa’id

Murid-Murid Imam al-Bukhari

Antara murid-murid imam al-Bukhari adalah:

• Imam al-Tirmizi
• Imam al-Nasa’ie
• Imam Muslim
• Imam Ibn Khuzaimah
• Abu Zur’ah al-Razi
• Abu Hatim al-Razi

Ujian Kepada Imam al-Bukhari

Kisah ujian yang dilakukan oleh ulama’ hadith di Baghdad kepada imam al-Bukhari ini sangat masyhur dan diceritakan di dalam karya-karya yang menceritakan berkaitan sirah atau sejarah kehidupan beliau, contohnya di dalam kitab Sirah Imam al-Bukhari oleh Syeikh Abdul Salam al-Mubarakfuri atau di dalam kitab Imam al-Bukhari Imam al-Huffaz dan al-Muhaddithin oleh Dr. Taqiyuddin al-Nadwi.

Apabila para ulama’ hadith di Baghdad mendapat berita akan kehadiran imam al-Bukhari di Baghdad, maka mereka telah merancang satu ujian bagi menguji tahap hafazan, keilmuan dan kecerdikan beliau. Para ulama’ ini telah mengumpul seratus buah hadith yang telah ditukar sanad dan matannya antara satu sama lain. Kemudian hadith-hadith tersebut diberikan kepada sepuluh orang bagi membacanya kepada imam al-Bukhari. Setiap orang akan membaca sepuluh buah hadith di hadapan imam al-Bukhari setelah itu akan bertanya imam al-Bukhari berkaitan hadith tersebut. Apabila ditanya, imam al-Bukhari memberi jawapan yang sama bagi sepuluh orang yang bertanya itu dengan mengatakan “aku tidak tahu”. Mendengar jawapan imam al-Bukhari itu membuatkan hadirin tertanya-tanya akan kepandaian dan tahap hafazan imam al-Bukhari. Tambahan pula, majlis itu dihadiri bukan sahaja daripada kalangan penduduk di Baghdad tetapi ia juga dihadiri oleh penduduk dari luar Baghdad juga. Setelah selesai semua pertanyaan, beliau mula membetulkan satu persatu hadith yang diajukan kepada beliau sehingga ke hadith yang seratus dengan matan dan sanadnya yang tepat. Dengan itu, semua hadirin terpegun dan mengakui dengan ketokohan imam al-Bukhari dalam bidang hadith.

Sanjungan Terhadap Imam al-Bukhari

Antara sanjungan terhadap Imam al-Bukhari adalah:

• Telah berkata Ishak bin Rahawaih rahimahullah:
“Wahai sekalian ashab hadith, lihatlah pada pemuda ini dan tulislah (hadith) daripadanya, sesungguhnya jika dia pada zaman Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri sudah tentu manusia berhajat pada ilmu hadith dan fiqhnya”.

• Telah berkata Qutaibah bin Sa’id rahimahullah:
“Aku melazimi ahli fiqh, ahli zuhud dan ahli ibadah tetapi aku tidak pernah melihat orang seperti Muhammad bin Ismail”.

• Telah berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
“Khurasan tidak pernah mengeluarkan atau melahirkan insan sehebat Muhammad bin Ismail”.

• Telah berkata Imam al-Darimi rahimahullah:
“Aku telah melihat ulama’ di Haramain, Hijaz, Syam dan Iraq tetapi aku tidak pernah melihat mereka semua melainkan Muhammad bin Ismail al-Bukhari lebih hebat daripada mereka”.

• Telah berkata Imam Muslim rahimahullah:
“Biarkan aku mencium kedua kakimu wahai guru kepada sekalian guru, ketua kepada sekalian ahli hadith dan pakar dalam ilmu ‘ilal (kecacatan) hadith”.

• Telah berkata Abu Hatim al-Razi rahimahullah:
“Khurasan tidak pernah menghasilkan seseorang yang lebih kuat hafalannya berbanding Muhammad bin Ismail dan tidak ada yang datang dari Khurasan menuju ke Iraq yang lebih alim daripadanya”.

• Telah berkata imam al-Tirmizi rahimahullah berkata:
“Aku tidak melihat di Iraq dan Khurasan orang yang lebih alim tentang ‘illah-‘illah hadith, tarikh (sejarah) dan sanad-sanad daripada Muhammad bin Ismail al-Bukhari”.

Kewafatan Imam al-Bukhari

Telah berkata Abdul Quddus bin Abd al-Jabbar al-Samarqandi:

فَسَمِعْتُهُ لَيْلَةَ مِنَ اللَّيَالِي وَقَدْ فَرَغَ مِنْ صَلَاةِ اللَّيْلِ ، يَدْعُو وَيَقُوْلُ فِيْ دُعَائِهِ : اللهُمَّ إِنَّهُ قَدْ ضَاقَتْ عَلَيَّ الأَرْض بِمَا رَحُبَتْ فَاقْبِضْنِيْ إِلَيْكَ . قَالَ : فَمَا تَمَّ الشَّهْر حَتَّى قَبَضَهُ الله تَعَالَى

Maksudnya: Pada satu malam, aku terdengar beliau (imam al-Bukhari) berdoa setelah selesai solat malam, “Ya Allah dunia telah sempit bagiku, sedangkan ianya luas, maka Kau cabutlah nyawaku wahai Allah”. Tidak sampai sebulan selepas itu, Allah SWT telah memperkenankan doanya.

Beliau meninggal dunia pada malam aidilfiri tahun 256 Hijrah, setelah hidup selama 62 tahun kurang 13 hari. Telah berkata Yahya bin Ja’far selepas kematian imam al-Bukhari:

مَوْتُ محمد بِنْ إِسْمَاعِيْل ذِهَابُ العِلْمِ

Maksudnya: “Kematian Muhammad bin Ismail bererti perginya (hilangnya) ilmu”.

Pengenalan Sahih al-Bukhari Dan Manhaj Imam al-Bukhari

Hadith merupakan sumber kedua dalam syariat Islam yang telah diakui oleh al-Qur’an. Kepentingannya dan keperluannya tidak dapat dinafikan lagi kerana tanpa hadith manusia tidak dapat memahami, mengenali dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-Qur’an. Ini kerana, antara fungsi hadith adalah menafsirkan makna atau ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Qur’an. Selain itu juga, tidak semua hukum-hakum diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an. Disebabkan itu, tidak dapat tidak, umat Islam tidak boleh meninggalkan atau memisahkan hadith Nabi SAW dengan kehidupan mereka. Antara karya hadith yang paling agung adalah sahih imam al-Bukhari:

Nama Sebenar Sahih al-Bukhari

Imam al-Bukhari telah memberi nama yang cukup istimewa bagi karya sahihnya iaitu al-Jami’ al-Sahih al-Musnad al-Mukhtasar min Umur Rasulillah SAW wa Sunanihi wa Ayyamihi (الجامع الصحيح المسند المختصر من أمور رسول الله صلى الله عليه وسلم وسننه وأيامه). Walaubagaimanapun, karya ini terkenal dengan nama Sahih al-Bukhari.

Sebab Penulisan Sahih al-Bukhari

Terdapat dua sebab imam al-Bukhari menulis sahihnya sebagaimana yang dinyatakan:

• Pertama: Guru beliau iaitu Ishak bin Rahawaih telah menyampaikan hasratnya atau mencadangkan kepada muridnya agar menghimpunkan hadith-hadith yang sahih, Maka, kata-kata itu sangat memberi kesan di dalam hatiku.

• Kedua: Beliau (imam al-Bukhari) telah bermimpi bahawa beliau berdiri di sisi rasulullah SAW serta dalam masa yang sama, beliau mengipas rasulullah SAW. Setelah itu, beliau bertanya kepada penafsir mimpi berkaitan mimpi beliau. Penafsir mimpi mengatakan bahawa beliau akan menghalang pendustaan terhadap rasulullah SAW. Disebabkan itulah yang membuatkan aku untuk menghasilkan karya ini.

Manhaj Imam al-Bukhari

Imam al-Bukhari telah memilih hadith-hadith yang sahih untuk dimuatkan di dalam karya beliau ini. Akan tetapi, beliau tidak meletakkan kesemua hadith-hadith yang sahih kerana khuatir ia akan menjadi panjang (terlampau banyak hadith).
Selain itu juga, imam al-Bukhari akan memilih hadith-hadith yang bersesuaian dengan bab-bab yang terdapat di dalam sahihnya. Tambahan pula, imam al-Bukhari terkenal dengan manhaj ikhtisar (memendekkan teks atau matan hadith) iaitu beliau tidak mendatangkan matan hadith dengan penuh.

Jika melihat kepada nama sahih al-Bukhari, itu telah jelas menunjukkan manhaj imam al-Bukhari dalam menghasilkan karya beliau ini. Antaranya, al-Jami’ iaitu menghimpunkan, al-sahih iaitu hadith-hadith yang sahih, al-Musnad iaitu hadith-hadith yang mempunyai sanad yang bersambung kepada rasulullah SAW dan juga al-Mukhtasar iaitu memendekkan atau memotong matan hadith. Di samping itu, imam al-Bukhari telah memilih daripada 100 ribu hadith yang sahih untuk dimuatkan ke dalam karya beliau. Hal ini difahami melalui perkataan imam al-Bukhari sendiri:

أَحْفَظُ مِائَةَ أَلْف حَدِيْث صَحِيْح وَأَعْرِفُ مِائَتَيْ أَلْف حَدِيْث غَيْر صَحِيْح

Maksudnya: “Aku menghafal 100 ribu hadith yang sahih dan aku juga tahu 200 ribu hadith yang tidak sahih”.

Cara-Cara Imam al-Bukhari Menulis Hadith Di Dalam Sahihnya

Imam al-Bukhari sendiri mengatakan bahawa beliau tidak akan menulis hadith di dalam karyanya itu melainkan beliau akan membersihkan diri (mandi atau berwudhuk) terlebih dahulu dan solat dua rakaat. Solatnya ini merupakan solat Istikharah memohon pertolongan kepada Allah SWT agar menerima amalannya ini serta memberkatinya.

Tempat-Tempat Penulisan Kitab Sahih al-Bukhari

Imam al-Bukhari menulis kitab atau karyanya ini di beberapa tempat dan bukan di satu tempat sahaja. Hal ini diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar bahawa beliau (imam al-Bukhari) mula menulis dan menyusun bab-bab di dalam sahihnya di masjid al-Haram. Kemudian, beliau mula mengtakhrij hadith-hadith di dalam sahihnya di negerinya dan negeri-negeri yang lain. Disebabkan itu, sahih al-Bukhari ini dihasilkan dalam tempoh 16 tahun sebagaimana dikhabarkan oleh imam al-Bukhari sendiri.

Penyemakan Sahih al-Bukhari

Setelah imam al-Bukhari selesai menghasilkan karyanya, beliau tidak terhenti di situ. Bahkan beliau meminta ulama’ besar hadith di zamannya untuk menilai dan menyemak karyanya itu. Antara yang terlibat dalam menilai sahih al-Bukhari ini ialah Ali bin al-Madini, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma’in dan ramai lagi. Kesemua mereka bersaksi akan kesahihan hadith-hadith yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari ini melainkan empat buah hadith sahaja. Cara ini digunakan juga oleh imam Malik bin Anas setelah beliau meminta 70 orang ulama’ di zamannya untuk menilai karya Muwattha’nya.

Sebab-Sebab Sahih al-Bukhari Lebih Utama Daripada Sahih Muslim

Terdapat beberapa sebab sahih al-Bukhari lebih utama daripada sahih Muslim, antaranya:

• Syarat Imam al-Bukhari lebih ketat berbanding imam Muslim.

• Imam al-Bukhari mengsyaratkan hadith ‘An’anah mestilah bersambung dan tidak terputus antara perawi.

• Hadith yang dipertikai di dalam sahih al-Bukhari adalah lebih sedikit berbanding di dalam sahih imam Muslim.

• Ketokohan imam al-Bukhari lebih terserlah berbanding imam Muslim dalam bidang hadith. Ini kerana, imam Muslim merupakan murid kepada imam al-Bukhari.

Syarat-Syarat Imam al-Bukhari

Berikut adalah syarat-syarat hadith Sahih yang telah disepakati oleh para ulama’ adalah:

• Sanadnya bersambung.
• Perawinya perlulah seorang yang adil (tidak berdusta).

• Perawinya perlulah seorang yang sempura dhabitnya (ingatannya).

• Tidak syaz (riwayatnya tidak bercanggah dengan riwayat perawi yang thiqah).

• Tidak ada ‘illah (kecacatan).

Imam al-Bukhari telah menambah satu syarat yang ketat iaitu mesti berlaku pertemuan antara perawi (ثبوت اللقاء), manakala imam Muslim hanya mensyaratkan sezaman (المعاصرة) kerana kemungkinan berlaku pertemuan antara perawi-perawi kerana mereka sezaman.

Penyusunan Hadith-Hadith Di Dalam Sahih al-Bukhari

Imam al-Bukhari menyusun hadith-hadith di dalam sahihnya mengikut kitab (tajuk utama) dan setiap kitab itu mempunyai bab-bab tertentu. Di samping itu, kitab yang pertama adalah permulaan wahyu dan diakhiri dengan kitab al-Tauhid. Antara kitab atau tajuk utama lain yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari adalah kitab al-Iman, kitab ilmu, kitab wudhuk, kitab mandi, kitab haidh, kitab tayammum, kitab solat dan beberapa kitab atau tajuk lagi. Pada penyusunan kitab dan bab inilah terserlah akan fiqh imam al-Bukhari, Disebabkan itu, para ulama’ mengatakan fiqh imam al-Bukhari terletak pada terjemah bab-babnya. Ini kerana, daripada situ para ulama’ dapat mengenalpasti akan pendapat-pendapat imam al-Bukhari dalam permasalahan fiqh.

Jumlah Hadith Di Dalam Sahih al-Bukhari

Berikut adalah jumlah hadith di dalam sahih al-Bukhari walaupun bilangannya menjadi perselisihan oleh para ulama’ disebabkan sebahagian mereka menjadikan menghimpunkan atau memisahkan bilangan hadith-hadith samada ia adalah mutaba’at, mu’allaqat dan juga hadith-hadith yang berbeza riwayatnya.

Menurut Imam Ibn Solah [Lihat: al-Hadith fi Ulum al-Qur’an wa al-Hadith, 197]:

• Jumlah hadith keseluruhannya: 7275
• Jumlah hadith yang tidak berulang: 4000

Menurut Imam al-Nawawi [Lihat: Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, 73/1]:

• Jumlah hadith keseluruhannya: 7275
• Jumlah hadith yang tidak berulang: 4000

Menurut Imam al-Hafiz Ibn Hajar [Lihat: al-Hadith fi Ulum al-Qur’an wa al-Hadith, 197]:

• Jumlah hadith keseluruhannya: 9082
• Jumlah hadith yang tidak berulang: 2602

Menurut Dr. Abu Laith [Lihat: Ulum al-Hadith, 65]:

• Jumlah hadith keseluruhannya: 9082
• Jumlah hadith bersambung (Mausul) yang tidak berulang: 2602
• Jumlah mutaba’at: 341

Sanjungan ulama’ terhadap sahih al-Bukhari

Antara sanjungan terhadap sahih al-Bukhari adalah:

• Telah berkata Imam Ibn Kathir rahimahullah:
“Para ulama’ telah bersepakat menerimanya (sahih al-Bukhari) dan keshahihan semua yang ada di dalamnya, begitu juga semua umat Islam”.

• Telah berkata imam Tajuddin al-Subki rahimahullah :
“Adapun kitabnya (al-Bukhari) al-Jami' al-Sahih adalah kitab Islam yang paling mulia selepas Kitabullah (al-Qur’an)”.

• Telah berkata Ibn Salah rahimahullah:
“Sesungguhnya kitab al-Bukhari adalah kitab yang paling sahih di antara keduanya (sahih Muslim) dan yang paling banyak faedahnya”.

• Telah berkata imam al-Nawawi rahimahullah:
“Para ulama’ telah bersepakat bahawa kitab yang paling sahih selepas al-Qur'an adalah sahih al-Bukhari dan sahih Muslim dan umat ini telah menerimanya. Kitab al-Bukhari adalah yang paling sahih daripada keduanya dan yang paling banyak faedah”.

• Telah berkata syeikh al-Islam ibn Taimiyyah rahimahullah:
“Tidak ada di bawah permukaan langit ini kitab yang lebih sahih selepas al-Qur'an daripada sahih al-Bukhari dan Muslim”.

Penutup

Kesimpulannya, tidak disangkal lagi bahawa imam al-Bukhari merupakan seorang tokoh yang telah banyak berjasa dan keilmuan beliau dalam bidang hadith tiada tandingannya. Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah berjaya menghasilkan sebuah karya yang cukup hebat dan agung sehinggakan kedudukannya selepas daripada al-Qur’an. Tambahan pula, ijma’ umat ini menerima bahawa hadith-hadith di dalam sahih al-Bukhari kesemuanya adalah sahih. Ini menunjukkan keberkatan dan keikhlasan beliau dalam menghasilkan karya ini. Akhirnya, semoga Allah SWT merahmati beliau dan semoga Allah SWT mengurniakan kita kesungguhan dan keikhlasan dalam memartabatkan sunnah Nabi SAW. Amin.

Wallahua'lam

Sumber HD - 15-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bulan besar malam ini, pertama kali sejak 1948
Posted on Monday, November 14 @ 20:07:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32378




Fenomena bulan besar atau supermoon akan berlaku mulai malam ini sehingga 21 November.
Ini kali pertama sejak 1948 bulan berada di kedudukan paling dekat dengan bumi, lapor Bernama.

Disebabkan kedudukan itu, tarikan graviti menjadi lebih kuat dan fenomena itu dijangka menyebabkan air pasang besar yang menyebabkan banjir, terutama di kawasan-kawasan rendah.

Beberapa kawasan di Pulau Pinang terdedah kepada bahaya banjir akibat fenomena itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Pengurusan Lalu Lintas Chow Kon Yeow berkata air pasang mungkin setinggi 3.5 meter.


"Kawasan seperti Kampung Manis di Perai adalah satu daripada kawasan yang paling terdedah di negeri ini kepada banjir kerana fenomena tersebut disebabkan lokasinya," beliau dilapor sebagai berkata pada sidang media di George Town hari ini.


Chow berkata, kerajaan negeri telah melakukan segala-gala dalam bidang kuasanya untuk mengurangkan banjir tetapi dalam keadaan tertentu akibat fenomena semula jadi, tiada apa boleh dilakukan.

"Fenomena seperti bulan penuh dan hujan lebat yang luar biasa akan menyebabkan banjir tetapi malangnya ia di luar kawalan kerana kita tidak dapat mengawal sifat alam semula jadi," beliau dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang Pang Ah Leh berkata pihaknya telah bersiap sedia dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi fenomena air pasang besar.

Sumber TKO -14-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


































































Ukhuwah Islamiah, penguat langkah

Syazwani Saibe | .



























http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43185-ukhuwah-islamiah-penguat-langkah
Hijrah merupakan satu permulaan besar dalam sejarah umat Islam. Langit sejarah merakam bagaimana kepayahan dan keperitan yang ditanggung Nabi SAW bersama golongan muhajirin untuk meninggalkan keluarga, harta, dan tanah air demi agama. Namun begitu, semua itu terubat dengan sikap golongan Ansar yang mengalu-alukan kedatangan mereka dengan penuh meriah.

Golongan Muhajirin diberikan layanan sebaiknya sebagai saudara melebihi pertalian darah. Ukhuwah yang dibina kerana agama benar-benar menjadikan mereka saudara. Benarlah ayat Al-Quran yang menjadikan setiap mukmin itu bersaudara sebagaimana firman yang bermaksud: “Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.” (Surah Al-Hujurat, ayat 10)

Sirah inilah sebenarnya yang perlu diteladani dan ditekuni oleh semua ‘abnaul harakah’ yang menyasarkan Islam sebagai prinsip perjuangan. Pertalian yang dibina di antara Muslim merupakan satu anugerah Ilahi yang diberikan kepada mereka-mereka yang ikhlas dan bertakwa di atas jalan Allah. Ia juga merupakan satu ikatan keimanan yang akhirnya melahirkan perasaan kasih sayang, sikap saling menghormati dan melengkapi antara satu sama lain.

Nabi SAW juga telah meletakkan ukhuwah Islamiah sebagai salah satu syarat kepada muslim untuk merasai kemanisan iman yang sebenar dengan mencintai saudaranya melebihi diri mereka sendiri.

Rukun baiah yang telah disusun oleh Imam Hassan Al-Banna turut meletakkan ukhuwah sebagai batu asas yang perlu dipegang kukuh bagi memastikan setiap penggerak dalam medan dakwah terus istiqamah sehingga ke akhirnya. Perlu diakui sebagai manusia biasa, kita kadang kala akan menjadikan sahabat sebagai penguat dalam menghadapi badai juang yang menggila. Melihat ketekunan saudara kita berkorban, kesungguhannya bergerak tanpa lelah sedikit sebanyak akan mengubat hati kita yang hampir putus asa.

Ukhuwah yang dibina kerana cinta kepada agama akan menatijahkan sahabat yang saling mengingati antara satu sama lain, saling menguatkan, sedia berkorban dan menghulurkan apa jua bentuk bantuan dan pertolongan buat temannya. Mereka inilah golongan yang dijanjikan Allah diampunkan dosanya, disebut oleh baginda bercahaya wajahnya dan dianugerahkan buat mereka syurga.

Sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Tuhan adalah satu keperluan yang tidak boleh dinafikan. Tersilap memilih teman juga boleh menyebabkan kita tersasar dari landasan kebenaran. Ukhuwah Islamiah merupakan satu nikmat yang tidak boleh dijual beli dari orang mukmin yang bertakwa. Mereka sentiasa berusaha untuk mencari teman yang baik bagi menjadi aset mereka ke syurga Ilahi.

Mereka yang bergerak di atas jalan dakwah ini akan sentiasa dibantu oleh Allah SWT. Begitu juga mereka yang ikhlas membina tali silaturrahim di atas nama dakwah dan agama. Hati-hati mereka akan disatukan walaupun semasa jahiliah mereka adalah dua golongan yang saling bertelagah sebagaimana Aus dan Khazraj yang disatukan kerana hidayah dan ketakwaan .

Firman Allah SWT, maksudnya: “Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Anfal, ayat 63)

Maka, berbahagialah kalian yang punya teman dan bersahabat kerana Tuhan. (ulamasedunia)

Sumber HD - 12-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




































































Mufti Wilayah ucap tahniah kepada Dr Abdul Basit

HARAKAHDAILY | .


















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43182-mufti-wilayah-ucap-tahniah-kepada-dr-abdul-basit

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan tahniah kepada Musyrif Pondok Sungai Durian, Dr Abdul Basit Abdul Rahman yang dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Maha Mulia (D.K.J.M) yang membawa gelaran Dato'.

Beliau menyatakan demikian menerusi laman facebook, sebagaimana di bawah.

Pada hari ini kami menerima berita sahabat kami, Sahib al-Fadhilah Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Musyrif Pondok Sungai Durian telah dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Maha Mulia (D.K.J.M) oleh KDYMM Sultan Kelantan yg mmbawa gelaran Dato'. Allahu akbar wa lillahil hamd.

Semoga pengurniaan gelaran dan darjah ini menambahkan motivasi dan semangat untuk menyampaikan dakwah dan risalah Islam kepada masyarakat dengan bersungguh-sungguh. Sekalung tahniah kami ucapkan. Barakallahufikum.

Kami berdoa semoga Dato' Dr. Abdul Basit terus diberi kekuatan, kesihatan dan afiat dalam meneruskan lagi bahtera kehidupan dengan jayanya.

Sumber HD- 12-11-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






































































Iktibar daripada kemenangan Trump

http://www.muftiwp.gov.my/ | .















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43179-iktibar-daripada-kemenangan-trump


BAYAN LINNAS SIRI 76: IKTIBAR DAN PENGAJARAN DARI FENOMENA KEMENANGAN DONALD TRUMP SEBAGAI PRESIDEN AS
Ditulis oleh Razif Fuad
Diterbitkan: 11 November 2016

Pertamanya, kami telah menerima banyak persoalan dan pertanyaan berkaitan isu ini selepas kemenangan Donald Trump daripada Parti Republikan dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 yang baru berlangsung. Masing-masing memberi pandangan dan akhbar utama dunia, antarabangsa dan tempatan banyak mengulas isu ini. Kebanyakannya berbelah bahagi. Ada yang menyokong dan ada yang menentang dengan pelbagai nada samada suka ataupun sebaliknya Lambakan berita dari Facebook, Twitter, juga media sosial yang lain menunjukkan dua pendapat seperti dua kem samada menyokong atau tidak.

Pada saat yang sama, saya dapati ramai pemimpin dari pelbagai negara memberi ucapan tahniah sekalipun daripada blok negara Islam seperti Turki, Indonesia, Arab Saudi termasuk Malaysia. Kami teringatkan satu hadith Nabi SAW:

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، قَالَ: لَقَدْ نَفَعَنِي اللَّهُ بِكَلِمَةٍ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَّامَ الجَمَلِ، بَعْدَ مَا كِدْتُ أَنْ أَلْحَقَ بِأَصْحَابِ الجَمَلِ فَأُقَاتِلَ مَعَهُمْ، قَالَ: لَمَّا بَلَغَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ أَهْلَ فَارِسَ، قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ بِنْتَ كِسْرَى، قَالَ: «لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً»
Daripada Abi Bakrah, beliau berkata: “Sesungguhnya Allah SWT memberi manfaat kepadaku dengan kata-kata yang aku dengar daripada Rasulullah SAW ketika Perang Jamal, selepas aku hampir membenarkan mereka [ashab al-Jamal] dan berperang bersama mereka. Ketika sampai khabar kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi mengangkat puteri Kisra sebagai pemimpin. Baginda bersabda: ‘Tidak akan beruntung satu kaum yang menyerahkan urusan [pemerintahan] mereka kepada seorang wanita.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 4425)

Kami tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan kepemimpinan wanita kerana ia merupakan perbahasan yang sangat luas dalam perbendaharaan politik Islam. Apa yang ingin dibawakan adalah beberapa sisi lain hadis ini yang wajar dititikberatkan.

1. Hadis ini jelas membuktikan bahawa Rasulullah SAW sentiasa cakna dan prihatin akan perkembangan negara jiran kerana empayar Parsi adalah salah satu empayar yang terkuat di dunia pada ketika itu. Inilah bukti satu sisi universalime Islam.

2. Rasulullah SAW sendiri memberikan pandangan Baginda terhadap pelantikan puteri Raja Parsi tersebut.

Maka, kita tidak hairan apabila pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat mendapat begitu banyak ulasan daripada pelbagai pihak. Ini adalah satu tanda kecaknaan terhadap apa yang berlaku di dunia. Mungkin terlalu awal untuk menetapkan apa-apa jawapan tuntas.

Namun, kita masih menantikan dasar-dasar luar Amerika akan datang di bawah beliau dengan Israel, Blok European Union (EU), Rusia, China, Blok Negara Arab, Blok Negara Islam, serta blok ASEAN.

Merenung Sejarah Kita

Tunjukkanlah akhlak dan Syakhsiyyah Islamiyyah yang tinggi serta jadikan ia sebagai perhiasan bagi diri. Bacalah sejarah kerana ia membuktikan kepada kita bahawa akhlak adalah senjata yang boleh mengubah persepsi dan peribadi seseorang sekalipun dia adalah seorang yang amat zalim.

Kita pasti masih ingat bagaimana Baghdad jatuh ke tangan kaum Tartar yang terkenal dengan ganas, dipimpin oleh Genghis Khan dan diteruskan oleh Hulagu Khan yang telah menakluk China dan India. Kerajaan Mamalik di Mesir yang pada ketika itu dipimpin oleh Sultan Zahir Baibars berketurunan Turki memimpin bala tentera Islam yang setia. Sultan Zahir dengan penasihat seperti Imam al-Nawawi dan Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abdus Salam menanamkan semangat Islam dan mengislahkan kerajaan yang korup serta suka bermewah-mewahan menjadi sebuah kerajaan itu diubah untuk berhadapan dengan Tentera Tartar.

Dalam peristiwa Ain Jalut pada 25 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 3 September 1260, tentera Sultan Zahir dan Qutuz di Mesir telah berjaya mengalahkan Tentera Tartar. Secara kebiasaannya menurut Ibn Khaldun, bangsa yang dijajah akan terpengaruh dengan penjajah yang berkuasa dan kuat. Tetapi, ketika bangsa Tartar memerintah dengan undang-undang yang mencampuradukkan Islam, Yahudi, Kristian dan logik akal, para ulama’ dan rakyat bangkit menentang undang-undang sebegini. Selepas bangsa Tartar dikalahkan, akhirnya mereka pula yang memeluk Islam. Inilah satu keajaiban yang disebutkan oleh Maulana Abu al-Hasan Ali al-Hasani al-Nadwi; hanya dalam sejarah Islam berlakunya keadaan penjajah memeluk agama rakyat yang dijajah. Kerajaan inilah juga yang kemudiannya berjaya membina tamadun tersendiri ketika menjadi Kerajaan Mogul di India.

Menjadi satu keutamaan bagi umat Islam untuk meninggikakan keluhuran akhlak dan budi sehingga ia mampu menawan segenap jiwa yang menyaksikannya. Ahmad Shauqi, seorang penyair terkenal pernah berkata

إنمـا الأمـم الأخلاق مـا بقيـت، فإن هم ذهبت أخلاقـهم ذهبــواً
Maksudnya: “Sebuah peradaban itu akan tetap terjaga kewujudannya selama akhlaknya masih ada. Apabila akhlaknya telah lenyap maka lenyaplah peradaban itu.”

Sesebuah negara dan bangsa tatkala akhlak anak bangsanya punah dan hancur, sudah pasti membawa kemunduran sesebuah negara.

Marilah kita mentadabbur ayat yang sering kita baca, dengan mata hati yang dimakrifatkan dengan ilmu. Firman Allah SWT:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
(Surah al-Anfal: 60)

Ayat di atas adalah satu bentuk iktibar kepada kita untuk memahami bahawa:

1. Persediaan untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan ujian. Bukannya hanya sebagai pemerhati atau penonton, lalu membuat rumusan yang tidak menjejak dalam realiti sebenar.

2. Persediaan dengan “segala jenis kekuatan” (مَا اسْتَطَعْتُمْ) adalah puncak tertinggi bagi satu-satu persiapan dengan sepenuh kemampuan, bukannya ala kadar. Antara yang terpenting, sudah tentu ilmu, akhlak, ibadah, kerukunan rumahtangga, pegangan hidup.

Syeikh Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India yang pada ketika itu dijajah oleh Inggeris: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Tetapi malangnya, umat Islam kini umpama buih-buih (ghuthā’) yang lemah, tiada kudrat dan prinsip, bahkan goyah serta hanya mengikut arus angin sahaja. Tinggal menjadi buih-buih kecil yang tidak mampu memberi kesan apa-apa. Pun begitu, usah dilupakan buih-buih juga mampu menyatu membentuk gelombang ombak yang menghempas kuat pantai. Molekul-molekul air yang kecil, memejal menjadi bongkah ais yang besar (iceberg) jugalah yang menenggelamkan sebuah kapal Titanic yang gah dan hebat pada 1912.

Nasihatku

Wahai saudaraku!
Sudah sampai masanya umat Islam bersedia dengan ‘road map’ yang jelas, bukan hanya untuk 20-50 tahun ke hadapan tetapi dengan visi yang lebih luas, ufuk yang jauh mencapah hingga ke destinasi kita ke alam akhirat sana.

Sebelum terjadi peperangan Qadisiyah antara tentera Muslim pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqas RA dengan tentera Parsi pimpinan Rustam, Sa’ad terlebih dulu mengirim utusan kepada Rustam beberapa kali. Di antara utusan tersebut adalah Rib’i bin ‘Amir. Rib’i segera masuk menemui Rustam dalam keadaan mereka menghiasi tempat pertemuan itu dengan bantal-bantal yang dijahit dengan benang emas, serta permadani yang disulam daripada sutera.

Mereka mempertontonkan kepada Rib’i bin Amir berbagai macam perhiasan berupa permata-permata yang mahal, dan perhiasan lain sementara Rustam memakai mahkota dan sedang duduk di atas singgahsana yang dibuat dari emas. Rib’i bin Amir pula masuk dengan hanya mengenakan baju yang sangat sederhana, tersisip pada pinggang beliau sebilah pidang, perisai, dan bersamanya seekor kuda yang pendek. Rib’i bin Amir masih tetap di atas kudanya hingga mencecah hujung permadani. Kemudian beliau turun dan menambat kudanya di sebahagian bantal-bantal yang terhampar. Beliau kemudiannya masuk dengan senjata, baju besi, dan topi besi.

Pengawal Rustam berkata, “Letakkan senjatamu!” Beliau menjawab, “Aku tidak pernah berniat untuk bertemu kalian tetapi kalianlah yang mengundangku datang ke sini. Jika kalian memerlukanku maka biarkan aku masuk dalam keadaan seperti ini. Jika tidak kalian izinkan, maka aku akan segera pulang.”

Rustam berkata, “Biarkan dia masuk.” Maka Rib’i bin Amir datang sambil bertongkat dengan lembingnya dalam keadaan posisi ujung tombak ke bawah sehingga bantal-bantal yang dilewatinya penuh dengan lubang-lubang bekas lembingnya. Mereka bertanya,”Apa yang membuat kalian datang ke sini?”

Rib’i bin Amir menjawab,

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الاديان إلى عدل الاسلام، فأرسلنا بدينه إلى خلقه لندعوهم إليه، فمن قبل ذلك قبلنا منه ورجعنا عنه، ومن أبى قاتلناه أبدا حتى نفضي إلى موعود الله.
“Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa saja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Al-Islam. Maka Dia mengutus kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Allah”

Mereka bertanya,”Apa yang dijanjikan Allah (kepada kalian)?” Beliau menjawab, “Syurga bagi sesiapa sahaja yang mati dalam memerangi orang-orang yang enggan dan kemenangan bagi yang hidup.”

Rustam pun berkata, “Sungguh, aku telah mendengar perkataan-perkataan kalian. Tetapi mahukah kalian memberikan penangguhan perkara ini sehingga kami mempertimbangkannya dan kalian pun mempertimbangkannya?” Beliau menjawab, “Ya, berapa lama waktu yang kalian sukai? 1 hari atau 2 hari?” Rustam menjawab,”Tidak, tetapi hingga kami menulis surat kepada para pembesar kami dan para pemimpin kaum kami.”

Maka beliau pun menjawab,”Rasul kami tidak pernah mengajarkan kepada kami untuk menangguhkan peperangan apabila bertemu musuh lebih dari 3 hari. Maka pertimbangkanlah perkaramu dan mereka, dan pilihlah 1 dari 3 pilihan apabila masa penangguhan telah berakhir.”

Rustam bertanya,”Adakah kamu pemimpin mereka?” Beliau menjawab,”Tidak, tetapi kaum Muslimin ibarat jasad yang satu. Yang paling rendah daripada mereka, dapat memberikan jaminan keamanan terhadap yang paling tinggi.”

Maka akhirnya Rustam mengumpulkan para pembesar kaumnya dan berkata, “Pernahkah kalian melihat sesuatu yang lebih mulia dan lebih benar dari perkataan lelaki ini?” Mereka menjawab, “Kami minta perlindungan Allah daripada terpengaruh kepada sesuatu daripada ajakan ini dan dari menyeru agamamu kepada (agama) anjing ini. Tidakkah engkau melihat kepada pakaiannya?”

Rustam menjawab, “Celakalah kalian! Janganlah kalian melihat kepada pakaian. Akan tetapi lihatlah kepada pendapat, ucapan, dan jalan hidupnya! Sesungguhnya orang Arab menganggap ringan masalah pakaian dan makanan. Tetapi mereka menjaga harga diri mereka.”

اللهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Ya Allah berilah kami petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk, berilah aku perlindungan (dari penyakit dan apa yang tidak disukai) sebagaimana orang yang pernah Engkau lindungi, sayangilah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sayangi. Berikanlah keberkatan terhadap apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku, jauhkanlah aku dari keburukan apa yang Engkau telah takdirkan, sesungguhnya Engkau yang menjatuhkan hukum, dan tidak ada orang yang memberikan hukuman kepada-Mu. Sesungguhnya orang yang Engkau bela tidak akan terhina, dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Mahasuci Engkau, wahai Rabb kami Yang Maha Tinggi.

Semoga penulisan yang ringkas ini dapat membuka mata kita dan memberikan semangat baru untuk kita terus memandang ke hadapan bagi meneruskan misi dakwah dan akhlak Nabi SAW dalam membina satu ummah yang gemilang. Jika Donald Trump membawakan slogan “Make America Great Again”, apa salahnya jika kami menyeru kepada slogan #MakeMuslimGreatAgain.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 November 2016 bersamaan 11 Safar 1438H

Sumber HD- 12-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah
Posted on Wednesday, November 09 @ 22:43:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32307



Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita.

Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.

Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. 

Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah,Rugi Kalau Tak Baca

Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain. Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram.

Selain dapat membantu sesama manusia, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang ikhlas melakukannya.

Berikut adalah janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah.

1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.

Rasulullah SAW, beliau bersabda :
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)
2. Dapat berteduh di hari kiamat
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar. Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah. Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”(HR. Bukhari )
3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak
Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya”(HR. Muslim)
4. Dapat Membebaskannya dari Siksa Kubur
Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]
Inilah Enam Janji Allah Kepada Orang yang Rajin Bersedekah,Rugi Kalau Tak Baca

5. Terdapat Pintu Surga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah
Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” [HR. Bukhari dan Muslim]
6. Menjauhkan Diri dari Api Neraka
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka. Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. Rasulullah SAW bersabda:
"Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah" [HR. Bukhari dan Muslim]
Demikianlah ulasan mengenai enam janji Allah SWT kepada mukmin yang rajin bersedekah. Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini. Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut. 

SumberTKO - 9-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Muhasabah Iman kita
Posted on Tuesday, November 08 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32286

"السلام عليكم ورحمةالله 

Saudaraku Yang mulia,
Setelah mendengar beberapa ucapan & tulisan ahli politik melayu bahkan ada doctrate agama saya merumuskan satu kesimpulan untuk dikongsi agar kita lebih berhati-hati seterusnya dapat mendakhwahkan kpd saudara kita yang lain.والله اعلم..


Isu iman umat ini amat runcing !!!
Seingat saya semasa saya kanak2 sehingga remaja Tuan2 guru di Kedah terutama Baba Salleh & Tok teh Tajuddin bila diminta menasihat mereka menekankan Awalludin Ma'rifatullah.

Mengapa ? Kerana ia merupakan persoalan pokok.Hari ini kita gemar berbicara soal besar mencakupi muamalat & Mua'syarat namun pekara basic iman & solat tempang... Indicatornya setiap pagi subuh masjidnya kurang dari 3 sof .Ramai yg berborak politik hingga iman rosak.Apabila situasi begini berterusan terbinalah generasi yang cinta dunia takut mati.Ia tidak terhad pada orang awam namun membusuk hingga kalangan ahli agama.
Saudaraku yang mulia ,Persoalan iman (ma'rifatullah ) umpama akar agama. Bila akar mereput pohon yg segar bugar berbuah lebat sekelip mata akan layu mati seperti pokok yang diserang anai-anai. 
Mengapa Para sahabat rhum bila bertemu bertanya Apa kabar Iman Kamu? Bila dikeutarakan soalan ini bila kita bertamu pada hari ini ia diangap soalan pelik.Namun hakikatnya inilah soalan terpenting kerana iman ada pasang surut .Bahkan sekiranya kita tidak berada dlm jemaah yg mengingatkan tentang iman dikhuatiri iman kita terus surut tanpa pasang.
Samada sedar @ tidak kini anai-anai berupa "ghazwah fikri " sekular membiak Begitu pantas.Pengaruh kebendaan seolah bertaut dihati termasuk yg menulis..bersamalah kita berpesan tentang iman.

Saudaraku yang mulia,
Pada kesempatan ini Mari kita bermuhasabah adakah pada detik ini kita berada dlm kondisi ma'rifatullah ???

Saidina Utsman bin ‘Affan r.a. berkata:

عَلَامَةُ الْعَارِفِيْنَ ثَمَانِيَةُ أَشْيَاءَ قَلْبُهُ مَعَ الْخَوْفِ وَالرَّجَاءِ وَلِسَانُهُ مَعَ الْحَمْدِ وَالثَّنَاءِ وَعَيْنَاهُ مَعَ الْحَيَاءِ وَالْبُكَاءِ وَإِرَادَتُهُ مَعَ التَّرْكِ وَالرِّضَا يَعْنِى تَرْكُ الدُّنْيَا وَطَلَبُ رِضَا مَوْلَاهُ
“Tanda orang yang arifin (berma’rifat kepada Allah) itu ada 8 iaitu:

1) Hatinya senantiasa takut kepada Allah
2) Dan berharap kepada rahmat-Nya
3) Dan lisannya senantiasa memuji Allah .
4) Dan Selalu menyanjung-Nya;
5) Dan Kedua matanya diliputi rasa malu 
6) Dan Tangisan karena Allah;
7) Kehendaknya diliputi khuatir pada keduniaan
8) Dan menuntut ridha Allah.”

Rasulullah saw. bersabda:

مَا اجْتَمَعَ الرَّجَاءُ وَالْخَوْفُ فِى قَلْبِ مُؤْمِنٍ إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ الرَّجَاءَ وَأَمَّنَهُ مِنَ الْخَوْفِ

“Tidaklah roja’ ( Penuh harap akan rahmat Allah) dan khauf (rasa takut hanya kepada Allah) berkumpul di hati seorang mukmin, melainkan Allah SWT. akan memberikan kepadanya semua apa yang diharapkannya dan memberikan rasa aman kepadanya dari segala ketakutan.” (HR. Thabarani)

Sumber TKO -8-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wartawan AUSTRALIA Ini Menceritakan Bagaimana Beliau Memeluk ISLAM Setelah Datang Ke MALAYSIA!
Posted on Sunday, November 06 @ 22:41:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32270


SUBHANALLAH….Wartawan AUSTRALIA Ini Menceritakan Bagaimana Beliau Memeluk ISLAM Setelah Datang Ke MALAYSIA!!!Sebelum ini wartawan Australia, Sarah Price sering kali beranggapan masyarakat Asia Tenggara sama seperti Arab di Timur Tengah mengenakan pakaian hitam kerana ditindas.


Namun, selepas kedatangannya ke Malaysia untuk sesi pertukaran pelajar membuatnya membuka mata tentang cara hidup dan persekitaran masyarakat Islam di sini.

Bagaimanapun, Sarah tidak langsung memeluk Islam ketika berada di Malaysia sebaliknya hanya melafazkan syahadah sebaik berada di negara kelahirannya.

Menurut Sarah, selepas pulang ke negara asalnya beliau terus mendalami agama Islam melalui beberapa rakannya.

"Perjalanan ke Malaysia pastinya menjadi asas bagi penukaran saya kepada Islam. Saya pergi ke sana selepas memutuskan untuk sesi pertukaran pelajar dan tidak sama sekali membayangkan pengembaraan gila saya ini mendedahkan diri saya kepada perkara yang tidak pernah saya dilihat sebagai seorang gadis Australia dari bandar kecil di Gippsland," kata Sarah.

Kisah beliau itu dikongsi melalui tulisannya di portal berita Yahoo! News Singapura hari.
"Saya tidak memeluk agama Islam di Malaysia - saya memeluk agama Islam selepas setahun setelah diperkenalkan dengan keindahan Islam dan cara mengesakan Allah," tegasnya.

Malah, menurut Sarah beliau tidak didedahkan tentang pengetahuan agama Islam sebelum ini.

"Sebelum ke Malaysia, saya tak tahu apa-apa tentang Islam. Saya tidak pernah bertemu dengan seorang Muslim dan saya selalu berfikir umat Islam memakai pakaian hitam seperti yang berlaku negara Timur Tengah," katanya.

Hak wanita dalam al-Quran
Sarah juga pada mulanya menyangka kaum wanita Islam di negara ini ditindas dan amat jauh ketinggalan daripada ‘tamadun' manusia.

"Saya fikir wanita Islam ditindas. Mereka tidak boleh pergi ke mana sahaja tanpa suami mereka, malah mereka juga tidak boleh mempunyai kerjaya, dan terpaksa memakai hitam sepanjang masa.

"Pandangan saya meleset sama sekali apabila saya tiba di Malaysia. Sebaliknya saya mendapati gadis Islam di Asia Tenggara Islam sangat cantik dengan hijab berwarna-warni pada pakaian mereka. Malah, ramai daripada mereka pergi ke universiti dan mempunyai pekerjaan," ujar Sarah.

Kata Sarah, ekoran daripada itu beliau jatuh hati pada agama Islam lebih-lebih lagi selepas beliau ditugaskan membuat satu artikel mengenai hak-hak wanita Islam.

"Saya mahu belajar lebih lanjut mengenai agama Islam, mata dan minda saya telah terbuka apabila sebagai pelajar kewartawanan saya ditugaskan membuat satu artikel mengenai hak-hak wanita Islam. Itu adalah permulaan segala-galanya.

"Fikiran saya tiba-tiba penuh dengan pengetahuan tentang Islam dan hakikat bahawa wanita mempunyai banyak hak dalam Islam! Wanita Islam secara undang-undang telah diberikan hak-hak (termasuk perceraian, hak tanah, hak-hak kewangan, hak untuk memilih siapa yang berkahwin, dan lain-lain) dalam al-Quran dan Hadis beratus-ratus tahun sebelum wanita Barat memenangi hak yang sama," jelas Sarah.

Jelas Sarah lagi, keinginan memeluk agama Islam bertambah kuat apabila beliau melangkahkan kaki ke masjid dan mendengar seruan azan.

"Kali pertama saya melangkah masuk ke dalam sebuah masjid di Malaysia, saya rasa sangat tenang dan damai.

Tunduk ke arah kaabah
Seruan azan juga sangat menyentuh hati saya dan perasaan yang mana apa yang saya rasakan ini begitu berbeza dari sebelum ini.

"Apabila saya mula-mula menundukkan kepala saya ke arah Kaabah, saya merasakan ia begitu dekat dalam hati saya," kata Sarah.

Bagaimanapun ujar Sarah, mendekati dan menganuti agama Islam ini bukan sesuatu yang mudah.

Apatah lagi bagi seorang pengikut setia agama Kristian ini.

"Memeluk Islam bukan sesuatu yang mudah. Saya telah menerima pelbagai ujian di mana saya hilang kawan dan pekerjaan serta berdepan dengan situasi yang sukar bila berdepan dengan keluarga.

"Kristian sebenarnya adalah agama yang paling dekat dengan Islam, bukan sahaja dari segi teologi tetapi juga sejarah. Terdapat banyak salah faham tentang apa yang Islam ajar tentang agama Kristian.

"Satu-satunya perbezaan antara Kristian dan Muslim adalah bahawa kita mengambil Isa sebagai nabi dan menyembah Allah. Islam mengajar mengesakan Allah, dan menyembah Allah semata-mata dan kami percaya bahawa Isa mengajar sendiri perkara ini.

Sumber  TKO - 6-11-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ustaz Kazim dimasukkan ke hospital
Posted on Saturday, November 05 @ 21:13:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32250



IPOH - Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias dimasukkan di sebuah hospital swasta selepas mengadu penat dan tidak sihat di rumahnya, di sini, hari ini.

Rakan baiknya, Lim Yean Meng, 55, berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya pada jam 7.30 pagi sebelum Mohd Kazim dibawa ke wad kecemasan hospital berkenaan pada jam 8 pagi untuk mendapatkan rawatan.


Menurutnya, Mohd Kazim dijadualkan untuk merasmikan majlis graduasi Tadika Nurul Barakah serta menyampaikan ceramah agama di Pusat Pendidikan Al Barakah pagi ini.

"Bagaimanapun, kesihatan beliau (Mohd Kazim) tidak mengizinkannya untuk menghadiri majlis tersebut dan perlu dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kelmarin Mohd Kazim telah mengadakan ceramah perdana bertajuk ‘Dosa Yang Diviralkan' di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan Khamis lalu di Mini Stadium Pendang, Kedah.

Sementara itu, menerusi Facebook rasmi beliau Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias yang dimuat naik tiga jam lalu berkata, Mohd Kazim telah dikejarkan ke hospital pagi tadi.

"Pemeriksaan sedang dijalankan. Mari kita sama-sama berdoa mohon Allah melindungi beliau dan memberi kesembuhan.

"Buat masa sekarang pelawat tidak dibenarkan melawat," katanya.


Sumber TKO - 5-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































Mengejar populariti penyakit ahli ilmu

DR MUHAMAD FAISAL | .




















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/kesatuan-fikrah/43095-mengejar-populariti-penyakit-ahli-ilmu

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Sesiapa yang menuntut ilmu untuk berlawan dengan ulama, atau berdebat orang kurang cerdik atau untuk mengalihkan perhatian orang kepadanya, Allah akan masukkannya ke dalam neraka. Riwayat Termizi.

عن كعب بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من طلب العلم ليجاري به العلماء أو ليماري به السفهاء أو يصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله النار "[] رواه الترمذي
Keihlasan ialah perkara yang sukar kerana ia merupakan perkara yang tersembunyi. Ia merupakan suatu ujian kepada semua orang yang beramal termasuklah orang yang menuntut ilmu. Rasulullah mengingatkan tujuan menuntut ilmu ialah untuk mencari keredhaan Allah, bukan untuk bermegah-megah dengan ilmu atau pun sijil yang diperolehi.

Dalam hadis di atas, Rasulullah صلى الله عليه وسلم sendiri menjelaskan 3 golongan صلى الله عليه وسلم  tidak ikhlas dalam menuntut ilmu iaitu untuk orang صلى الله عليه وسلم  merasakan dirinya hebat, mendapatkan populariti, memperoleh kedudukan dan semata-mata untuk mendapat habuan dunia. Mereka ni masuk neraka.

Antara tanda yang boleh kita perhatikan ialah suka membicarakan isu khilafiyyah, membincangkan perkara yang konflik dan kontroversi, mencari perbalahan dengan tujuan untuk jadi hero dan nampak dia tahu belaka. Biarpun di mulutnya mereka mendakwa "mereka pun inginkan kebaikan" seperti yang diungkapkan oleh orang munafiq (انما نحن مصلحون).

Betapa Allah banyak menjelaskan sifat buruk ahli kitab dalam banyak ayat al-Quran sebagai pengajaran kepada kita. Marilah sama-sama kita menginsafkan diri sendiri dan berjaga-jaga dengan matlamat menjadi ahli ilmu yang membawa padah yang buruk di akhirat.

Sumber HD-4-11-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kenapa Rasulullah s.a.w. Tidak Kencing Berdiri?
Posted on Friday, November 04 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32229



Kencing atau bahasa halusnya buang air seni ini sudah bukan suatu hal yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktivitas ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktivitas inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.

  • Hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah radhiyallahu ”anha, di mana beliau berkata,“Siapa yang bilang bahwa Rasulullah SAW kencing sambil berdiri, jangan dibenarkan. Beliau tidak pernah kencing sambil berdiri.”
  • Dari Aisyah ra. berkata bahwa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.
Secara medis kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit kencing batu pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian pria.
Secara agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan shalat, ketika akan ruku’ atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis terpencar ketika kencing sambil berdiri, apabila hal ini terjadi maka shalat yang dikerjakannya tidak sah karena air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya shalat adalah suci dari hadats kecil maupun hadats besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin karena pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunnah dan kesehatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, karena memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah bathin, karena sisa-sisa air dalam pundit-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembek dan kendur. Berbeda dengan buang air jongkok, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar. Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, karena masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan kencing batu. Kenyataan membuktikan bahwa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong seni dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tak habis terpencar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda biasa meneliti sisa air kencing yang tak dibersihkan dalam kamar mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? Hal ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada pria selain dari penyebab kencing batu.
  • Sesungguhnya banyak siksa kubur dikarenakan kencing maka bersihkanlah dirimu dari (percikan dan bekas) kencing. (HR. Al Bazzaar dan Ath-Thahawi)
  • Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayit ini sedang disiksa, namun bukan karena dosa besar. Yang satu disiksa karena ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa karena tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)
Demikian hikmahnya Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Salam melarang kencing berdiri. Dan bagi muslim yang shalat, kadang setelah keluar dari WC dan mau shalat, ketika ruku’ dalam shalat kita merasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluan, itu adalah sisa air kencing yang tidak habis terpencar akibat dari kencing berdiri yang tidak tuntas keluar, hal ini menyebabkan shalat tidak sah karena salah satu sarat sahnya shalat adalah bersih dan suci dari najis baik hadats kecil maupun hadats besar, dan air kencing merupakan najis.

Sehingga Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wasalam sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing karena kebanyakan siksa kubur dikarenakan tidak berhati-hati dalam kencing”.

Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di kamar mandi (WC) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesehatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasalam.
  1. Buang air jongkok (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat). Agar kotoran bisa keluar tuntas sehingga tidak menjadi penyebab kencing batu maupun lemah syahwat.
  2. Menggunakan alas kaki. Menurut penelitian di Amerika di dalam kamar mandi/WC ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk lewat telapak kaki orang yang ada di WC tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merusak jaringan otak yang menyebabkna otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak sehingga pikun. Sandal hendaknya diletakkan di luar WC, jangan di dalam WC, karena semakin kotor, lembab dan tak mengenai sasaran kebesihan.
  3. Masuk kamar mandi/WC dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan. Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar kamar mandi) dan setelah keluar dari kamar mandi. Berbeda jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
  4. Beristinja’ dengan air dan dengan tangan kiri.
  5. Beristinja’ (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinja’ juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembagian tugas dari tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.
  6. Jangan merancang/merencanakan sesuatu di WC. Nabi sangat melarang merencanakan atau membuat suatu rencana/ide/inspirasi di dalam WC, karena WC adalah markaznya syetan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk WC: “Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syetan laki-laki maupun perempuan”. Karena dikhawatirkan rencana/ide/inspirasi yang didapat berasal dari bisikan syetan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak  mudharat/keburukannya. 
  7. Begitu juga setelah keluar WC, baca istighfar dan doa keluar WC. Secara adab dan budaya pun sangat tidak baik, masa sambil buang kotoran mencari ide/inspirasi atau merencanakan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang banyak. Disunnahkan juga untuk menyegerakan keluar WC apabila hajat sudah selesai, bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau Koran.
  8. Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi qiblat, apabila lubang WC menghadap qiblat hendaknnya ketika buang air badan agak diserongkan sedikit
Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam kamar mandi maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke kamar mandi beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.

 SUMBER : KHALIDAABDULLAH

Sumber TKO - 4-11-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9 Amalan Untuk Terhindar Daripada Gangguan Sihir Dan Syaitan!
Posted on Friday, November 04 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32226

















1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.

Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:


"Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Hadis Riwayat Al Bukhari)
2. Berwuduk Sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: 
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya" Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: "Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci" (Hadis Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)
3. Mengambil berat tentang solat berjemaah.
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda maksudnya: 
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan" Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Hadis Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)
4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan" (Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: 
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya: (Hadis Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)
7. Amalakan membaca ayat Kursi selepas solat, setiap pagi dan petang dan sebelum tidur. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari 2311)

8. Amalkan membaca zikir waktu pagi dan petang. Dari Uthman bin Affan r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda ; "Tidaklah seorang hamba setiap pagi dan petang membaca; ' Bismillahillazi layadurrumaasmihi saiun filardi wallafis samai wahuwas samiul alim' (maksudnya : Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit, dan Ia Maha Melihat dan Maha Mengetahui.) kecuali bahawa tidak ada sesuatu yang membahayakannya."

(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

{Zikir ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}

Di dalam hadis yang lain, dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menjelang petang membaca , 'A'uzubikalimatilla hittaamaati min syarrimaahalaq' (maksudnya : Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya) 3 kali maka tidak akan membahayakan baginya racun yang ada pada malam itu." (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)

{Zikir ini di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang}

9. Amalkan zikir-zikir di dalam kitab zikir al-Matsurat di dalamnya mengandungi doa-doa untuk di jauhi daripada sihir dan gangguan jin kafir dan syaitan.

Sumber: Abu Basyer

Sumber TKO - 4-11-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































Penghakiman Paling 'Aneh' Di Dunia Pernah Terjadi Dalam Sejarah
Posted on Monday, October 31 @ 06:57:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32173

"PENGHAKIMAN PALING 'ANEH' DIDUNIA PERNAH TERJADI DLM SEJARAH
........KEHEBATAN KEADILAN ISLAM......



Selepas Samarkand jatuh ke tangan Tentera Islam, paderi besar negeri itu mengutus surat kepada Khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz. Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima Tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.

Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.

Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa [paderi besar Samarkand] dan yang didakwa [Qutaibah, panglima angkatan Tentera Islam]. Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran. Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.

Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand;
Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?

Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!

Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya; Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?

Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.

Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka [penduduk Samarkand] kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?

Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.

Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan [berpegang kepada] agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya: Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand! Paderi besar terpinga-pinga, tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja.

Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasa, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi? Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan. Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka. Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi.

Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH. # Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung. Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya? Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!


........ Dipetik dari buku ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi.

Sumber TKO - 31-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

















































































Anak yatim: Ihsanilah dan bertaqwalah

http://www.muftiwp.gov.my/ | .
















http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43027-anak-yatim-ihsanilah-dan-bertaqwalah

BAYAN  LINNAS SIRI 72: ANAK YATIM: IHSANILAH DAN BERTAQWALAH
Written by Admin PMWP.

Mukadimah

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan isu pengurusan harta anak yatim yang menjadi viral dalam kalangan masyarakat. Ramai yang menyatakan rasa simpati dan solidariti terhadap nasib anak-anak yatim piatu yang didakwa dinafikan hak mereka daripada sumbangan orang ramai. Sehubungan dengan itu, tanpa menumpukan pada satu kes semata-mata, kami berasa terpanggil untuk memberikan penjelasan umum berkenaan kedudukan anak yatim dan tanggungjawab sebenarnya mutawalli, kafil, atau penjaga anak yatim berdasarkan Syariah Islam.

Kami memohon maaf kepada keluarga jika kenyataan kami telah disalaherti, diputarbelit dan digunakan oleh pihak yang berkepentingan. Juga kami memohon maaf kepada keluarga jika bahasa yang kami gunakan dalam penulisan ini mengguris perasaan. Sesungguhnya niat kami semata-mata ialah demi kebenaran untuk ditegakkan, dan keharmonian dalam hubungan kekeluargaan kembali erat. Hakikatnya, kami akan menghuraikan isu ini untuk membawa masyarakat mengenalpasti akar umbi permasalahan yang sudah membarah dalam masyarakat. Kami juga berdoa kepada Allah Taala agar dengan penjelasan ini kebenaran akan terserlah dan diikuti, dan yang lebih penting hubungan kekeluargaan dan silaturrahim kembali bertaut demi kebajikan anak-anak yatim, berdasarkan Hukum Syarak.

Secara umumnya, kami merujukkan Bayan Linnas ini kepada penjaga, NGO dan badan-badan yang terlibat secara khusus dalam pemeliharaan anak-anak yatim. Itulah yang kami maksudkannya.

Justeru Bayan Linnas kali ini kami tajukkan dengan “Bayan Linnas Ke-71 : Anak Yatim : Ihsanilah dan Bertaqwalah”.

Definisi Yatim

Di dalam Bahasa Arab, terdapat istilah yang khusus untuk menamakan anak yatim. Al-Yatim (الْيَتِيمُ) dari sudut bahasa membawa maksud tunggal, bersendiri. Telah berkata Ibn al-Sikkit: “Al-Yatim pada manusia adalah mereka yang kehilangan bapa manakala pada binatang pula adalah kehilangan ibu. Tidak dipanggil seseorang yang kehilangan ibu dengan al-Yatim”.[1]

Berkata Ibn Barriy pula: “Al-Yatim (الْيَتِيمُ) adalah bagi yang kematian ayah. Al-‘Ajiy (العَجِيُّ)  bagi kematian ibu manakala al-Latim (اللَّطيم) pula adalah bagi yang kematian keduanya”.[2]

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, yatim membawa maksud anak yang kematian ibu atau bapanya. Sekiranya seorang anak itu kematian ibu dan ayahnya, ia dinamakan sebagai yatim piatu.[3]

Siapakah Sebenarnya Anak Yatim?

Islam melihat bahawa anak yatim itu adalah mereka yang kematian bapa dan belum mencapai umur baligh. Ini dijelaskan sendiri oleh Nabi SAW yang mana telah bersabda:

لاَ يُتْمَ بَعْدَ احْتِلاَمٍ

Maksudnya: Tidak ada keyatiman setelah baligh

Riwayat Abu Daud (2873). Dinilai Sahih oleh Al-Albaani

Hadith di atas  jelas menunjukkan kepada kita bahawa yang dinamakan anak yatim itu adalah mereka yang kehilangan bapa dan belum mencapai umur baligh. Sekiranya telah mencapai umur baligh, maka penggunaan  istilah yatim tidak digunakan kepada mereka[4].

Oleh itu, seseorang yang umurnya 20-an meskipun telah kematian kedua ibu-bapanya tidak dinamakan dengan anak yatim kerana telah sampai umur baligh.

Ujian Terhadap Anak Yatim

Antara faktor-faktor asas yang boleh menyelewengkan kanak-kanak adalah ujian kepada anak yatim pada awal umurnya yang telah kematian bapanya yang menyebabkan tiada

Tangan yang lembut yang mengasuhnya
Hati yang pengasih yang memeliharanya
Penjaga yang diwasiatkan (wasi) yang berhubungan baik dengannya yang berlemah lembut dengannya.
Kepimpinan yang sempurna yang mengangkatnya dari kedudukannya
Pertolongan yang penuh yang mampu menyekat kelaparannya.[5]
Sekiranya hal-hal ini tidak diberikan perhatian yang serius, ia akan membawa kepada masalah gejala sosial dalam kalangan anak yatim dan secara sedikit demi sedikit akan menuju kepada gejala jenayah. Sebenarnya, Islam dengan syariatnya kekal dengan ajaran yang mulia telah memerintahkan kepada penjaga yang mempunyai hubungan kerabat untuk melakukan ihsan dalam bermuamalah dan bertanggungjawab dalam mendidik serta mengasuhnya.

Anak-Anak Yatim Yang Mencorak Sejarah Dunia

Di sini kami lampirkan beberapa tokoh Muslim yang dikenali dunia yang mana mereka merupakan anak yatim semasa kecil. Hakikatnya, terlalu ramai sebenarnya anak-anak yatim yang membesar menjadi tokoh yang disegani dan dipandang mulia oleh masyarakat. Menjadi anak yatim tidak menghalang mereka untuk berjaya dan menjadi ilmuan yang dikenali seluruh dunia. Kami hanya menukilkan beberapa orang sahaja dek kekangan

Sayyidah Zainab binti Ali al-Kubra (m. 62H)
Beliau adalah cucu kepada Rasulullah SAW melalui perkahwinan anak perempuan Baginda SAW, Fatimah dan suaminya ‘Ali ibn Abi Talib. Ibunya Fatimah meninggal dunia sewaktu beliau berumur 7 tahun. Suaminya Abdullah bin Ja’far, sepupu kepada Saidina Ali. Mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Ali, Muhammad, ‘Aun, ‘Abbas dan Ummu Kulthum. Beliau berada bersama-sama dengan adiknya, Husain ketika Husain dibunuh. Zainab pergi ke Damsyik dan berpidato di mahkamah milik Yazid bin Mu’awiyah bagi menuntut bela atas kematian adiknya, Saidina Husain. Kisah keberanian beliau ini dirakamkan di dalam pelbagai kitab, antaranya Usdu al-Ghabah fi Ma’rifat al-Sahabah oleh Ibn Asakir.

Imam al-Syafie (m. 204H)
Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Idris al-Syafie. Beliau adalah pengasas kepada Mazhab Syafie; salah satu daripada empat mazhab utama dalam Islam. Beliau dilahirkan pada 150 Hijrah di Gaza. Pada usia 2 tahun, beliau dibawa ibunya berhijrah ke Mekah. Beliau tamat menghafaz al-Qur’an pada umur 7 tahun. Selain itu, beliau juga menghafal pelbagai matan daripada pelbagai bidang ilmu termasuk Muwatta’ Imam Malik sebelum berusia 20 tahun. Imam al-Syafie telah berhijrah ke Madinah, Yaman, Baghdad dan kemudiannya Mesir. Beliau meninggal di sana pada usia sekitar 54 tahun.

Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H)
Beliau adalah seorang faqih, muhaddith, antara pengasas kepada mazhab Hanbali. Dilahirkan di Baghdad dan dibesarkan sebagai anak yatim. Beliau sangat meminati pengajian Hadith. Pengajiannya dimulakan di Baghdad sebelum berhijrah ke Hijaz dan Yaman. Imam Ahmad dikenali dengan kisah kesabarannya menempuhi dugaan ketika mempertahankan al-Qur’an sebagai kalam Allah dalam peristiwa Khalq al-Qur’an yang berlaku pada zaman Khalifah al-Ma’mun. Beliau dipenjara dan diseksa atas prinsipnya yang berbeza dengan pandangan Khalifah.

Imam al-Bukhari (m. 252H)
Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Beliau adalah antara ahli hadith terulung dan dikenali ramai menerusi kitabnya, Sahih al-Bukhari. Beliau dilahirkan di Bukhara, Uzbekistan dan dibesarkan oleh ibunya. Beliau telah berguru dengan Imam Muslim bin al-Hajjaj dan dikenali sebagai pelajar yang pintar semasa zaman pembelajarannya. Dikatakan ketika beliau tidur, beliau akan terus bangun dan menyalakan pelita serta mencatatkan buah fikiran yang diperolehnya semasa tidur. Kejadian itu akan berlaku berulang kali setiap kali beliau memperoleh buah fikiran yang baru semasa tidur.

Hujjatul Islam Imam al-Ghazali (m. 505H)
Namanya adalah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Tusi al-Ghazali. Bapanya meninggal ketika beliau masih kecil dan beliau dipelihara oleh teman bapanya. Imam Al Ghazali mula belajar ketika masih kecil di bawah didikan Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Razakani di Tus. Selepas itu, beliau berhijrah ke Jurjan dan kemudiannya kembali ke Tus. Imam al-Ghazali berguru dengan Imam al-Juwaini di Naisabur. Di sana, beliau menguasai pelbagai bidang ilmu seperti fiqh, usul fiqh, mantiq, falsafah dan aqidah. Setelah al-Juwaini meninggal dunia, beliau berhijrah ke Baghdad dan menetap di sana sebagai tenaga pengajar di Madrasah al-Nizamiyyah. Pada tahun 488H, Imam al-Ghazali telah mengerjakan haji di Mekah. Setelah itu, beliau ke Palestin dan mengunjungi Baitul Maqdis. Beliau menetap di Masjid Umawi di Kota Damsyik dan menyusun kitab Ihya’ Ulumuddin di salah satu sudut di masjid tersebut.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (m. 852H)
Nama beliau adalah Ahmad bin Ali bin Muhammad al-Kannani al-Asqalani. Ibnu Hajar membesar sebagai seorang anak yatim. Ayah beliau meninggal ketika beliau berumur 4 tahun dan ibunya meninggal ketika beliau kurang daripada 5 tahun. Beliau mula menghafaz al-Qur’an pada usia 5 tahun dan mengkhatamkannya pada usia 9 tahun. Ibnu Hajar benAr-benar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, hingga ia hafal beberapa kitab-kitab induk seperti Al-‘Umdah Al-Ahkaam karya Abdulghani Al-Maqdisi, Al-Alfiyah fi Ulum Al-Hadits karya guru beliau Al-Haafizh Al-Iraqi, Al-Haawi Ash-Shaghi karya Al-Qazwinir, Mukhtashar ibnu Al-Haajib fi Al-Ushul dan Mulhatu Al-I’rob serta yang lainnya.

Jelas kepada kita betapa ramai tokoh dan cendekiawan Islam berasal daripada anak yatim termasuklah Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Maulana Abu al-Hasan Ali al-Nadwi.

Siapakah Yang Bertanggungjawab Menguruskan Harta Anak Yatim?

Secara asalnya, individu yang berhak untuk mengambil alih pengurusan harta anak-anak yatim adalah individu yang telah diwasiatkan oleh bapa kepada anak tersebut untuk menjaga harta mereka. Sama ada orang yang diwasiatkan tersebut tergolong dari kalangan kaum kerabatnya seperti si ibu, bapa saudara, datuk, atau selain mereka.

Sekiranya si ayah tidak membuat sebarang wasiat berkenaan hal tersebut, maka tanggungjawab menguruskannya adalah terletak pada datuk bagi anak tersebut iaitu ayah kepada si mati. Manakala jika datuknya tiada, hak pengurusan anak tersebut adalah pada ibunya, ataupun dari kaum kerabatnya seperti saudara lelaki, bapa saudara, dan seumpamanya.

Menurut Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah beliau berkata: “Wilayah (penguasaan) ke atas anak-anak kecil, orang gila, golongan safih (bodoh dan lemah akalnya), terletak pada keseluruhan kaum kerabat”. Lihat Al-Fatawa Al-Kubra, Ibn Taimiyyah (5/397).

Bahkan kata beliau lagi: “Tidak dibolehkan untuk diberikan kuasa menguruskan harta anak-anak yatim melainkan kepada seseorang yang kuat, mempunyai kepakaran terhadap apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya, amanah dalam menguruskannya, dan menjadi suatu kewajipan sekiranya wali (pengurus harta) tersebut tidak bersifat dengan ciri-ciri yang disebutkan ini untuk ditukar kepada wali yang lebih layak daripadanya”. Rujuk Majmu’ Al-Fatawa, Ibn Taimiyyah (30/44).

Tanggungjawab Mutawalli/Wali Kepada Anak Yatim

Setiap individu yang bertanggungjawab menjadi wali iaitu mereka yang bertanggungjawab menguruskan anak-anak yatim hendaklah sentiasa beramal dengan dua ayat berikut. Firman Allah S.W.T:

 وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْيَتَامَى قُلْ إِصْلاَحٌ لَّهُمْ خَيْرٌ

Maksudnya: Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.
Surah Al-Baqarah (220)

Daripada ayat ini, dapat difahami bahawa berbuat kebaikan dengan anak-anak yatim seperti menguruskan harta mereka dengan sebaik mungkin itu adalah satu cabang dari cabang-cabang kebaikan.

Firman Allah SWT,

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْيَتَامَى قُلْ إِصْلَاحٌ لَهُمْ خَيْرٌ وَإِنْ تُخَالِطُوهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ

Maksudnya: “Mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya", dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seugama);
     (Surah al-Baqarah: 220)

Firman Allah SWT,

فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,”
            (Surah al-Dhuha: 9)

Firman Allah SWT,

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.”
            (Surah al-Nisa’: 10)

Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَبَضَ يَتِيمًا مِنْ بَيْنِ الْمُسْلِمِينَ إِلَى طَعَامِهِ وَشَرَابِهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الجَنَّةَ الْبَتَّةَ إِلاَّ أَنْ يَعْمَلَ ذَنْبًا لاَ يُغْفَرُ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.”
       (Riwayat al-Tirmizi, no. 1917)

Demikian juga Allah S.W.T berfirman:

 وَلاَ تَقْرَبُواْ مَالَ الْيَتِيمِ إِلاَّ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّى يَبْلُغَ أَشُدَّهُ

Maksudnya: Dan janganlah kalian mendekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik sehinggalah anak tersebut sampai kepada tempoh balighnya.
(Surah Al-An’aam: 152)

Kata Imam al-Baghawi Rahimahullah ketika mengulas berkenaan ayat ini: Yang dimaksudkan dengan cara yang terbaik itu adalah perbuatan yang memberikan maslahah kepada anak yatim serta mengembangkan harta tersebut. Rujuk Ma’alim Al-Tanzil, Al-Baghawi.

Berdasarkan ayat di atas juga dapat kita fahami bahawa menjadi suatu kewajipan kepada pengurus harta anak-anak yatim untuk menjaga harta mereka dan juga mengembangkannya serta berusaha untuk menggunakan harta tersebut pada tempat-tempat yang boleh memberikan maslahah kepada anak-anak yatim.

Perintah kewajipan ini merujuk kepada ayat tersebut adalah berdasarkan sebuah kaedah yang disebutkan oleh Imam al-Haramain Abdul Malik Al-Juwaini Rahimahullah yang berbunyi:

اَلأَمْرُ بِالشَّيءِ نَهْيٌ عَنْ ضِدِّهِ وَالنَّهْي عَنِ الشَّيءِ أَمْرٌ بِضِدِّهِ

Maksudnya: Perintah melakukan sesuatu adalah larangan kepada lawannya. Larangan kepada sesuatu adalah perintah atau arahan kepada lawannya. Rujuk Al-Waraqat, Abdul Malik Al-Juwaini.

Justeru, menjadi kewajipan buat penjaga harta anak-anak yatim untuk menjaga dan menguruskan harta tersebut dengan sebaik mungkin bagi kemaslahatan anak yatim serta tidak boleh diuruskan harta tersebut dengan cara yang salah lagi cuai.

Pengurusan Harta Anak Yatim

Islam memandang serius berlawanan dengan penjagaan harta anak yatim. Antaranya;

Jaminan

Hendaklah harta anak yatim itu terjamin dan tidak dibiarkan tidak terurus, supaya kebajikan anak itu dijamin sama ada semasa sekarang ataupun apabila boleh mengambil alih harta itu apabila besar nanti. Islam membenarkan agar dilantik mutawalli  untuk menjaga kebajikan anak tersebut. Mutawalli itu tidak semestinya seorang sahaja, boleh jadi dua atau tiga orang untuk menjamin kebajikan dan integriti harta tersebut. Boleh juga agar harta itu diuruskan oleh organisasi, perbadanan atau institusi, yang akaunnya diaudit setiap tahun.

Amanah

Hendaklah mutawalli yang menjaga harta anak yatim itu ialah orang yang amanah dan dipercayai, bukanlah daripada kalangan orang fasiq, memiliki masalah moral dan diketahui pecah amanah.

Menyuburkan harta anak yatim.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَلَا مَنْ وَلِيَ يَتِيمًا لَهُ مَالٌ فَلْيَتَّجِرْ فِيهِ، وَلَا يَتْرُكْهُ حَتَّى تَأْكُلَهُ الصَّدَقَةُ

Maksudnya: Hendaklah bagi sesiapa yang menjadi penjaga harta anak yatim memperniagakan harta tersebut, supaya ia tidak ditinggal dimakan zakat.
Hadis riwayat al-Tirmidzi (641)

Bukan seorang daripada para sahabat Nabi yang berpendapat bahawa harta anak yatim dikenakan zakat antaranya Umar, Ali, Aisyah, Ibn Umar. Ini juga ialah pendapat Malik, Syafie, Ahmad dan Ishak. Manakala yang tidak bersetuju ialah Sufyan bin al-Thauri dan Abdullah bin al-Mubarak. Kami mencadangkan cara yang terbaik untuk menyuburkan harta anak yatim ialah dengan memasukkannya sebagai akaun simpanan tetap (fix deposit) atau Tabung Haji. Ingatlah jangan sewenang-wenangnya melabur harta anak yatim yang berakhir dengan lebur dan lesap begitu sahaja.

Hukum Mengambil Harta Anak Yatim

Islam secara konsisten melalui nas al-Quran dan hadith al-Nabawi mewasiatkan agar berbuat kebaikan kepada anak yatim. Ini tidak dapat dinafikan dan jika kita meneliti al-Quran, perkataan al-Yatim disebut sebanyak 23 kali di dalam al-Quran di samping hadith-hadith lain yang menceritakan tentang kelebihan berbuat baik kepada anak yatim.

Meskipun di sana terdapat anjuran berbuat baik kepada anak yatim, di sana juga terdapat ancaman yang berat bagi mereka yang menganiayai anak yatim. Antara yang perlu dititikberatkan adalah hukum mengambil harta anak yatim secara batil.

Allah SWT berfirman:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ أَمۡوَٰلَ ٱلۡيَتَٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ نَارٗاۖ وَسَيَصۡلَوۡنَ سَعِيرٗا

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).
(Al-Nisaa’: 10)

Syeikh al-Tantawi Rahimahullah menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa memakan harta anak yatim secara zalim itu sama ada melalui pewarisan ataupun orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya lalu memakannya dengan cara yang batil.  Allah SWT menggunakan kalimah zalim untuk menggambarkan kejelekan yang teramat kepada si pemakan harta anak yatim kerana anak yatim itu dizalimi dan mereka itu golongan yang lemah yang mana tidak ada kudrat dan upaya untuk membela diri mereka.[6] Ayat di atas juga secara tidak langsung menunjukkan kepada kita bahawa harta anak yatim itu boleh diambil namun bukanlah dengan cara yang batil lagi zalim yang mana akan dibincangkan selepas ini.

Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah juga turut menukilkan perkataan al-Suddi mengenai azab yang diterima oleh pemakan harta anak yatim secara batil yang mana di hari kebangkitan kelak, mereka yang memakan harta anak yatim secara batil ini akan dibangkitkan dan dibakar sehingga api keluar dari dirinya, dari kedua telinganya, dari hidung dan kedua matanya. Apabila dilihat akan keadaan mereka seperti itu, maka diketahuilah bahawasanya mereka itu adalah golongan yang memakan harta anak yatim secara batil.[7]

Dalam sebuah hadith, disebutkan bahawa memakan harta anak yatim termasuklah dalam salah satu dosa besar yang menghancurkan. Sabda Nabi SAW:

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ‏‏.‏ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ ‏"‏ الشِّرْكُ بِاللَّهِ، وَالسِّحْرُ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ، وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلاَتِ

Maksudnya: Jauhilah tujuh dosa besar. Bertanya para sahabat: Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu?. Jawab Baginda: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh manusia yang mana diharamkan oleh Allah kecuali mereka yang dibenarkan oleh syarak, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari dari medan perang dan melemparkan tuduhan qazaf terhadap wanita mukmin.
Riwayat Al-Bukhari (6897) & Muslim (89)

Meskipun nas Ilahi dan Nabawi melarang memakan harta anak yatim secara batil, di sana terdapat juga petunjuk agar harta anak yatim ini diuruskan dengan baik oleh orang yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskannya dan dibolehkan untuk mengambil sedikit dari harta tersebut untuk kegunaan yang makruf. Sebagai contoh, sekiranya orang yang menguruskan harta anak yatim itu dari kalangan fakir, maka boleh diambil upah dari harta tersebut. Ini dibenarkan di dalam Islam sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT:

وَلَا تَأۡكُلُوهَآ إِسۡرَافٗا وَبِدَارًا أَن يَكۡبَرُواْۚ وَمَن كَانَ غَنِيّٗا فَلۡيَسۡتَعۡفِفۡۖ وَمَن كَانَ فَقِيرٗا فَلۡيَأۡكُلۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barang siapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa yang miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut.
(Al-Nisaa’: 6)

Allah SWT menerangkan kepada kita akan dibolehkan untuk menggunakan harta anak yatim. Maka diarahkan buat mereka yang kaya agar menahan dari menggunakan harta tersebut adapun mereka yang fakir, maka dibolehkan untuk mereka untuk mengambil sedikit dari harta anak yatim sekadar yang makruf.

Para ulama’ berbeza pendapat pada apa yang dimaksudkan dengan al-Ma’ruf itu. Sebahagian mengatakan dengan meminjam dari harta tersebut dan kemudian memulangkannya sehingga Allah SWT memudahkan urusannya. Ini adalah pendapat Umar bin al-Khattab, Ibn ‘Abbas, ‘Abidah al-Salmani, Ibn Jubair, al-Sya’bi, Mujahid, Abu al-‘Aliyah  dan al-Auza’ie. Manakala telah berkata al-Nakha’ie, ‘Ato’, al-Hasan dan Qatadah bahawa bagi mereka yang miskin tidak perlu untuk memulangkan harta tersebut setelah meminjamnya selagi mana ianya diambil untuk perkara makruf dan ini juga adalah pendapat jumhur para fuqaha’.[8]

Seterusnya yang dimaksudkan dengan al-Ma’ruf itu juga adalah perkara biasa yang dikenali oleh manusia. Janganlah bermewah-mewahan dengan harta anak yatim dan berlebihan dalam menikmati harta mereka dalam bentuk makanan, minuman, pakaian dan tidaklah ditinggalkan untuk dirinya itu dari sekadar mencukupkan keperluan dan juga menutup aurat.[9]

Inilah yang dimaksudkan dengan mengambil harta anak yatim dengan kadar yang makruf dan ayat ini ditujukan kepada mereka yang menjadi mutawalli untuk menguruskan harta anak yatim tersebut. Sewajibnya bagi mutawalli itu untuk meneliti ayat ini sedalam-dalamnya agar tidak terjerumus ke dalam lembah neraka kerana memakan harta anak yatim itu termasuk di dalam dosa besar.

Cadangan

Kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat, ahli keluarga, dan para pegawai kerajaan agar memerhatikan dengan serius cadangan-cadangan berikut:

Hendaklah sebarang sumbangan orang ramai yang ditujukan khas kepada anak-anak yatim itu diserahkan kepada mereka.

Janganlah mutawalli itu mengambil harta mereka walau pun sedikit, melainkan untuk jika mutawalli itu miskin dan memerlukan dana bagi kos pengurusan harta anak yatim.

Hendaklah diwujudkan akaun khas untuk anak yatim, agar tidak bercampur dengan harta mutawalli. Juga untuk mengelakkan harta yang bercampur itu dituntut oleh waris mutawalli jika dia meninggal.

Hendaklah dilantik beberapa individu untuk menjaga amanah harta tersebut bagi mengelakkan manipulasi.

Hendaklah para mutawalli itu terdiri daripada mereka yang amanah dan dipercayai, cerdik dan mampu mengurus harta dengan baik.

Jika harta itu diuruskan oleh perbadanan dan organisasi, hendaklah akaun rasmi dan peribadi mereka diaudit oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan pecah amanah dan ketirisan wang harta anak yatim.

Kami juga mengambil perhatian dengan isu memanipulasikan anak yatim untuk tujuan mengutip derma di stesen bas, stesen minyak, pasar raya dan pusat membeli belah. Sepatutnya mereka sibuk dengan ilmu di sekolah atau gembira bersama keluarga di rumah namun, realiti adalah sebaliknya. Di mana ihsan pihak yang menguruskan anak yatim ini?

Kami amat menekankan pentadbiran yang berintegriti, jujur dan telus dalam pengurusan harta anak yatim. Kami juga tidak menujukan sarana ini kepada mutawalli yang bersifat individu sahaja tetapi kami meminta agar penguatkuasaan juga dibuat kepada badan-badan bukan kerajaan yang menguruskan harta anak yatim. Kita tidak mahu mereka yang berselindung di bawah slogan taqwa dan sedekah ini sebenarnya yang mengambil harta anak yatim secara haram dan zalim.

Ingatlah pesanan Pak Hamka, “Hidup hanya sekali justeru biarlah bererti.’ Semoga rasa kebertanggungjawaban terwujud dalam lubuk hati pemegang amanah harta dan pengurusan anak yatim. Diharapkan juga usaha memelihara anak yatim dijalankan sebaik mungkin dengan penuh keihsanan dan kasih sayang yang pastinya akan melahirkan banyak kebaikan dan ganjaran syurga oleh Allah SWT. Amin.

Akhukum fillah,
S.S. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,
24 Oktober 2016 bersamaan 23 Muharram 1438 H

[1] Lihat Lisan al-‘Arab. Dar Sadir (12/645)
[2] Ibid.
[3] Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat, hlm. 1812
[4] Lihat ‘Aun al-Ma’bud. Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah (8/54).
[5] Abdullah Nasih ‘Ulwan. Tarbiyyat al-Aulad fi al-Islam (Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir, 1996), jil. 1, m. 107-108.
[6] Lihat Tafsir al-Waseet. Dar Nahdhah Misr, (3/58)
[7] Lihat Tafsir Al-Quran Al-‘Azim. Dar Al-Taybah, (2/223)
[8] Lihat Fath al-Qadir. Dar Ibn Kathir, (1/491)
[9] Ibid.

Sumber HD - 29-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah foto ultrasound rahim itu aurat?

http://www.muftiwp.gov.my/ | .














http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/43018-adakah-foto-ultrasound-rahim-itu-aurat

AL-KAFI #417: ADAKAH FOTO ULTRASOUND RAHIM ITU AURAT?
Written by Umar Mukhtar bin Mohd Noor.
AL-KAFI LI AL-FATAWI: SOALAN 417 (27 OKTOBER 2016M / 26 MUHARRAM 1438H)

SOALAN:

Salam. Selalunya wanita yang mengandung akan scan perut mereka untuk tengok keadaan bayi dikandung. Apakah hukum share gambar scan perut tersebut di media sosial? Jika Allah menyuruh kita menutup aurat hatta bahagian kulit, inikan pula bila kita menyebarkan apa yang berada di sebalik kulit kita terutamanya bahagian yang menjadi aurat.

Jazakumullah Dr.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri. Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi’. Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran. Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia. Walau bagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syahwat dan fitnah. Begitu juga organ dalaman manusia seperti hati, jantung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat.

Wallahua’lam.

Sumberr HD - 28-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















































































Allahyarham Fadhilatus Syeikh Syuaib Al Arna'outh

HARAKAHDAILY | .



http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita-utama/43017-allahyarham-fadhilatus-syeikh-syuaib-al-arna-outh
Pada pagi yang hening ini, kami menerima berita pemergian seorang alim besar al-'Allamah al-Muhaddis Fadhilat al-Syeikh Syu'aib al-Arna'outh, seorang ulama' hadis yang terkenal di Syria yang berasal daripada Albania. Sumbangan beliau yang amat besar dalam dunia ilmu telah memanfaatkan seluruh umat Islam khususnya dalam bidang pentahqiqan manuskrip dan hadis.

Beliau dikenali sebagai seorang ulama' yang begitu komited dengan ilmu serta mempunyai manaqib dan mauqif yang baik berhubung isu-isu semasa umat Islam. Pandangan beliau sentiasa menjadi rujukan dan panduan dalam mendepani permasalahan yang timbul sama ada dalam bidang keilmuan, mahupun isu semasa.

Antara karya besar yang disunting oleh beliau adalah Siyar A'lam al-Nubala' oleh Imam al-Zahabi (lebih kurang 30 jilid), Musnad Ahmad (50 jilid), Sahih Ibn Hibban (14 jilid). Dalam satu wawancara yang dimuatnaik di Youtube, beliau menceritakan bahawa beliau telah menghabiskan 40 tahun bagi mengkaji, menyunting dan menghasilkan buku-buku yang sentiasa menjadi rujukan dalam dunia Islam.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbiya', syuhada' dan orang-orang yang soleh.

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه ، وعافه ، واعف عنه ، وأكرم نُزُله ، ووسع مُدخلهُ ، واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه ، وأدخله الجنة ، وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
(Dipetik daripada facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad)

Sumber HD - 28-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































Hukum hakam solat di atas kerusi

http://www.muftiwp.gov.my | .













http://www.harakahdaily.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/42970-hukum-hakam-solat-di-atas-kerusi

BAYAN LINNAS SIRI 71: HUKUM-HAKAM SOLAT DI ATAS KERUSI

Written by Muhammad Fahmi Rusli.

Mukadimah

Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat, sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya kedudukan solat di dalam agama kita. Justeru, Bayan Linnas edisi kali ini akan mengupas berkenaan satu isu penting yang sering menjadi pertanyaan di minda masyarakat awam iaitu persoalan dan juga hukum-hakam yang berkaitan dengan isu solat secara duduk di atas kerusi.

Kedudukan Solat Di Dalam Kehidupan

Peri pentingnya solat dapat dilihat melalui beberapa nas dari al-Quran mahupun al-Sunnah. Berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

‏ بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
Maksudnya: Dibina Islam itu di atas lima iaitu kalimah La Ilaaha IllaLlaah dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji di baitullah, serta berpuasa pada bulan Ramadhan.
Riwayat Muslim (16)

Hukum Solat Secara Duduk Di Atas Kerusi

Di antara dalil yang membolehkan seseorang itu solat dalam keadaan duduk sekiranya dia tidak mampu untuk solat secara berdiri adalah sebuah riwayat daripada ‘Imran bin Husin R.A yang mana beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

 صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: Solatlah kamu dalam keadaan berdiri, sekiranya kamu tidak mampu (untuk berdiri) maka solatlah dalam keadaan duduk, dan sekiranya kamu tidak mampu untuk solat secara duduk, maka solatlah di atas lambung.
Riwayat Al-Bukhari (1117)

Pendapat Para Fuqaha

Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Sekiranya seseorang (yang solat secara berdiri) itu takutkan kesusahan yang kuat atau bertambahnya kesakitan, ataupun seorang yang berada di atas sampan takut tenggelam (jika solat berdiri) ataupun dia berasa pening kepala maka dia boleh untuk solat secara duduk serta tidak perlu untuk mengulanginya. Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/310).

Kata Imam Al-Nawawi lagi: Umat telah bersepakat bahawa sesiapa yang tidak mampu untuk berdiri di dalam solat fardhu maka dia boleh melakukannya secara duduk dan solat tersebut tidak perlu diulangi. Demikian juga pahalanya (solat secara duduk) tidak berkurang daripada solat secara berdiri kerana dia diberikan keuzuran. Telah sabit di dalam Sahih Al-Bukhari bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا

Maksudnya: Apabila seseorang hamba itu sakit ataupun dia bermusafir akan dituliskan (ganjaran) untuknya sama seperti mana yang dilakukan oleh seorang yang dalam keadaan bermukim dan juga seorang yang dalam keadaan sihat. Lihat Al-Majmu’, Al-Nawawi (4/226).

Manakala Imam Al-Syaukani Rahimahullah ketika mengulas hadis Imran bin Husein R.A di atas berkata: Hadis Imran menunjukkan kepada keharusan bagi sesiapa yang mempunyai keuzuran yang menyebabkan dirinya tidak mampu berdiri untuk solat dalam keadaan duduk. Manakala sesiapa yang mempunyai keuzuran yang menyebabkan dirinya tidak boleh duduk maka dia boleh untuk solat di atas lambungnya. Rujuk Nail Al-Authar, Al-Syaukani (3/243).

Kata Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi Rahimahullah: Telah ijma’ (sepakat) para ulama bahawasanya sesiapa yang tidak mampu untuk solat secara berdiri maka dia boleh melakukannya secara duduk. Lihat Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/443).

Keadaan Yang Membolehkan Seseorang Solat Secara Duduk

Di dalam kitab-kitab feqh para ulama terdahulu, terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai masyaqqah (kepayahan) yang membolehkan seseorang itu solat secara duduk. Berikut kami nyatakan beberapa contohnya:

    Tidak mampu untuk berdiri.
    Mempunyai penyakit yang akan bertambah teruk sekiranya dia bersolat secara berdiri.
    Seseorang yang berada di atas kapal, sampan, ataupun perahu, yang takut akan tenggelam sekiranya dia melakukan solat secara berdiri di atas kenderaan tersebut.
    Seseorang yang berasa pening kepala.
    Sakit yang boleh mengganggu khusyuk di dalam solat.

Ini semua adalah berdasarkan kata-kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah: Sekiranya seseorang (yang solat secara berdiri) itu takutkan kesusahan yang kuat atau bertambahnya kesakitan, ataupun seorang yang berada di atas sampan takut tenggelam (jika solat berdiri), ataupun seseorang berasa pening kepala maka dia boleh untuk solat secara duduk serta tidak perlu untuk mengulanginya. Lihat Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/310).

Begitu juga berdasarkan pendapat yang disebut oleh Imam Al-Ramli yang menyatakan bahawa dibolehkan untuk seseorang itu solat secara duduk apabila terdapatnya masyaqqah (kepayahan) yang boleh menghilangkan kekhusyukan semasa solat. Lihat Al-Taqrirat Al-Sadidah, Hasan Bin Ahmad Al-Kaf (214).

Selain itu, kami juga menyatakan bahawa dibolehkan juga bagi sesiapa yang melakukan solat di atas kapal terbang untuk solat secara duduk demikian juga halnya bagi sesiapa yang menaiki keretapi dan ingin melakukan solat di dalamnya.

Tatacara Solat Duduk Di Atas Kerusi

Bagi sesiapa yang mempunyai kepayahan untuk solat secara berdiri disebabkan oleh penyakit ataupun perkara selainnya, berikut kami nyatakan beberapa tatacara yang boleh dilakukan untuk solat dalam keadaan tersebut:

    Secara asasnya, jika seseorang itu mampu berdiri untuk solat dan tidak mampu untuk rukuk dan sujud, hendaklah dia berdiri terlebih dahulu. Kemudian baru dirinya duduk dan melakukan rukuk dan sujud.

    Pada asasnya, yang paling utama adalah solat duduk di atas lantai. Sekiranya tidak mampu, maka dibolehkan untuk solat secara duduk di atas kerusi.

    Sekiranya seseorang solat duduk di atas kerusi dan tidak mampu untuk berdiri ketika takbiratul ihram, maka dia boleh untuk melakukannya secara duduk.

    Dalam kes ini, perbuatan rukuk dan juga sujud dilakukan secara isyarat sahaja. Iaitu beliau mengisyaratkan kepalanya dengan tunduk sedikit semasa rukuk dan juga menundukkan kepalanya lebih sedikit dari kadar tunduknya semasa rukuk apabila beliau bersujud.

Beberapa Cadangan Atau Dhawabit

Kami sebutkan di sini beberapa dhawabit dan juga cadangan bagi sesiapa yang ingin melaksanakan solat secara duduk seperti berikut:

    Hendaklah kedudukan kerusi yang digunakan oleh para jemaah yang uzur atau tidak mampu berdiri itu berada di hujung saf.

    Bahagian belakang kaki kerusi perlulah selari dengan kedudukan kaki jemaah yang berada di sebelah.

    Kedudukan kaki mereka yang solat duduk di atas kerusi hendaklah tidak melebihi kedudukan imam.

    Kami juga mencadangkan bahawa kerusi yang digunakan hendaklah bersaiz kecil dan tidak terlalu besar, ini supaya keseragaman saf dapat dijaga serta memberikan keselesaan bagi jemaah yang lain.

Berikut adalah contoh lakaran kerusi mesra solat yang kami cadangkan.


Akhukum Fillah

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
24 Oktober 2016 bersamaan 23 Muharram 1437H.

Sumber HD - 25-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Zakir Naik Kembali Ke Malaysia
Posted on Monday, October 24 @ 21:59:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32116



PETALING JAYA: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik kembali ke Malaysia untuk menghadiri persidangan tahunan Al-Khadeem di ibu negara pada Ahad.

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediamannya.

Pada Isnin, Ahmad Zahid menerusi akaun Instagram beliau memuatnaik gambar bersama Zakir.

Beliau meletakkan kapsyen gambar itu, "penceramah terkenal" telah melawatnya.


Kedatangan Zakir ke negara ini adalah yang kedua tahun ini.

Beliau berada di Malaysia pada April lalu ketika menyampaikan ceramah berkaitan Islam.

Dr Zakir turut menyampaikan syarahan di Terengganu pada April, manakala program di Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang dibatalkan kemudiannya telah mendapat kebenaran polis dengan syarat temanya diubah.

Sumber TKO - 24-10-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adab Bergaul SUami Isteri
Posted on Saturday, October 22 @ 19:05:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32092


JIKA ada yang berpesan kepada anda supaya jangan melihat kemaluan isteri ketika sedang melakukan hubungan kelamin kerana boleh mengakibatkan buta. Bahkan petua tersebut dikatakan Rasulullah SAW sendiri yang melarangnya. Maka, apa pendapat anda? Apa yang akan anda lakukan?

Bertenang. Usah gusar. Jangan panik. Sebenarnya apa sahaja petua, galakan atau larangan yang disandarkan kepada agama, maka langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah memastikan kesahihan sumbernya. Jadi, disiplinkan diri untuk mengenal pasti terlebih dahulu apakah dalil yang menjadi sandaran kepada sesuatu suruhan atau larangan berkaitan agama. Walaupun orang yang menyebutnya bergelar ustaz, tuan guru, habib, mufti atau sesiapa sahaja. Ini kerana agama ini adalah milik ALLAH SWT yang mempunyai disiplin dan metode tersendiri. Tidak boleh mengaitkan sesuatu dengan agama melainkan ia bersandarkan kepada ALLAH dan juga Rasulullah SAW.


Jadi, berbalik kepada larangan melihat kemaluan isteri ketika bersetubuh kerana ia boleh mengakibatkan buta. Dari mana larangan sebegini boleh muncul? Sebenarnya ia diambil daripada hadis palsu:

"Apabila salah seorang antara kamu semua sedang berjimak (bersetubuh), maka janganlah dia melihat kepada faraj (kemaluan isteri) kerana perbuatan itu akan mengakibatkan buta, dan janganlah memperbanyakkan bercakap, kerana hal itu akan mengakibatkan bisu."

Ibn Al-Jauzi memasukkan hadis ini dalam senarai hadis palsu dalam bukunya Al-Maudhuat. (Rujuk: Ibn Al-Jauzi, Al-Maughu'at (Madinah: Maktabah Al-Salafiyah, 1966) 2/272)

Hadis ini dihukum sebagai palsu kerana dalam sanadnya terdapat penyampai hadis bernama Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi. Menurut Imam Al-Zahabi, Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi ini adalah seorang yang tidak dipercayai. Imam Al-Azdi dan Al-Daruqutni pula mengatakan beliau adalah seorang pendusta yang perlu ditinggalkan hadis yang disampaikan olehnya.

Melihat kepada maksud hadis ini sendiri kita sudah boleh mengagak ia adalah palsu dan tidak mungkin Rasulullah SAW mengucapkannya. Mustahil syariat Islam yang telah menghalalkan hubungan kelamin di antara suami dan isteri, dalam masa yang sama melarang si suami melihat faraj isterinya.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya, daripada Sulaiman Al-Taimi bahawa dia pernah ditanya mengenai apakah hukumnya seseorang itu melihat faraj isterinya? Maka dia pun menjawab: "Aku pernah bertanya soalan ini kepada 'Atha', lalu dia menjawab: "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah, dan 'Aisyah menjawab: "Aku pernah mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu bekas, hingga aku mengatakan: Biarkan air itu untukku, biarkan untukku." (Hadis Hasan, no 5577)
Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani dalam Fath Al-Bari mengatakan: "Hadis ini adalah hujah perihal bolehnya seseorang untuk melihat aurat isterinya, demikian juga sebaliknya". Maka, tidak ada bezanya melihat ketika mandi dan ketika berjimak.

Kalaulah perkara ini dilarang, kemungkinan ia akan menjejaskan kenikmatan ketika hubungan suami dan isteri. Sedangkan syariat mengizinkan pasangan suami isteri untuk masing-masing merasai nikmat tersebut. ALLAH menggambarkan dalam al-Quran bahawa si isteri itu umpama ladang bagi si suami. Jadi, si suami boleh mendatangi isterinya menurut cara yang disukai pada tempat menanam benih. Firman-Nya: "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..." (Surah Al-Baqarah: 223)

Kenapa syariat membolehkan perkara ini? Sudah tentu salah satu sebabnya ialah untuk memberikan peluang kepada pasangan suami isteri saling merasai kenikmatan tersebut dengan cara yang halal lagi diredai.

Cumanya, syariat juga menetapkan garis panduan yang memang tidak boleh dilakukan semasa hubungan suami isteri. Antaranya ialah, syariat mengharamkan si suami mendatangi isterinya dari bahagian belakang (dubur) isterinya berdasarkan beberapa hadis yang diterima.

Antaranya ialah hadis berikut: "Apabila golongan Muhajirin datang ke perkampungan kaum Ansar, mereka pun menikahi wanita Ansar. Golongan muhajirin biasa menelungkupkan isterinya ketika bersetubuh, sedangkan kaum Ansar tidak biasa melakukannya. Suatu ketika ada seorang lelaki Muhajirin hendak menyetubuhi isterinya daripada kaum Ansar dengan cara seperti itu (melalui dubur), tetapi si isteri menolak sebelum ada kejelasan hukumnya daripada Rasulullah SAW. Lalu dia pun berjumpa Rasulullah SAW. Tetapi dia berasa malu untuk bertanya terus kepada Rasulullah SAW. Maka dia bertanya kepada Ummu Salamah (isteri Nabi SAW) supaya ditanya kepada Baginda SAW. Lalu, turunlah ayat 223 daripada Surah Al-Baqarah.

Rasulullah SAW lalu menjawab: "Tidak boleh (melalui dubur) melainkan pada satu jalan sahaja (faraj)." (Riwayat Ahmad, Al-Tirmizi dan beliau menyatakan ia sahih)

Berkenaan larangan memperbanyakkan bercakap ketika bersetubuh suami isteri seperti yang disebutkan dalam hadis palsu ini, memang ia suatu tindakan yang tidak sesuai. Banyak bercakap dan berbincang perkara-perkara lain ketika melakukan hubungan intim memang tidak munasabah, sedangkan perkara tersebut boleh dibualkan pada masa lain. Tetapi, jika si suami atau isteri mengungkapkan sesuatu yang manis dan indah yang boleh meningkatkan perasaan kasih sayang ketika itu, maka ia tidak menjadi kesalahan.

Justeru, kepada pasangan suami isteri, syariat telah mengikat hubungan anda dengan cara yang halal dan sah. Isteri adalah hadiah buat suami. Suami adalah anugerah buat isteri. Raikannya dengan kegembiraan dan kesyukuran. Nikmati ia dengan cara yang halal. Pelihara, pagari, sirami dan bajai ladang masing-masing agar ia terus subur dan mekar. Percayalah, kenikmatan dan keseronokan yang dirasai oleh suami isteri sedikit pun tidak akan disia-siakan di sisi Tuhan kerana pada hubungan intim juga adalah ladang menuai pahala.

ABD RAZAK MUTHALIB

Penulis ialah Jurulatih Kanan & Motivator di Akademi magnet Sukses. Graduan
Ijazah Sarjana Kuliyah Ilmu Wahyu, UIAM
-Sinar Harian

Sumber TKO - 22-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kempen Tukar Solat Jumaat Ke Hari Sabtu Mula di Jalankan di Malaysia?
Posted on Saturday, October 15 @ 20:54:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32046

Kumpulan Liberal di UK sedang cuba mengubah Solat Jumaat ke hari Sabtu.

*Alasan*Untuk mudahkan mereka bersolat krn Jumaat hari bekerja.

*Siapa Dijemput Solat Jumaat pd hr Sabtu?*Semua orang tidak kira agama atau pun orientasi seksual termasuk gay dan lesbian muslim.

*Apa nama kumpulan mrk?*Saturday Reformist Jumaah.

*Apakah kita hendak berdiam diri kalau Liberal-Liberal ini berbuat sesuka hati berkenaan Islam di Malaysia?*

*Sebelum semua ini bertapak di Malaysia, ayuh bangkit mengambil tahu dan melawan gerakan Pelampau Liberal di Malaysia*

Farouk A Peru yg turut menggerakkan kempen ini aktif menulis di Malaymail Online.
Dia juga terlibat menulis di dalam Buku kumpulan G25 Malaysia.





*Kempen Tukar Solat Jumaat Ke Hari Sabtu*











Sumber TKO - 15-10-2016



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Masuklah Islam sepenuhnya..........
Posted on Friday, October 14 @ 06:57:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32014

"

Asslamualaikum,
Ada orang kata Islam bukan milik PAS sahaja, benar Islam bukan milik PAS tetapi milik semua penganutnya. PAS hanyalah sebuah jemaah yang cuba mengikuti semua perintah dan meninggalkan 

segala larangan ALLAH.

Itu aje, tak lebih dan tak kurang, jadi kepada sesiapa yang mengaku Islam mestilah juga perintah
ALLAH dan meninggalkan seluruh larangannya, bukan ambil peraturan Islam separuh separuh.
Islam bukan sahaja diikuti untuk mengadakan solat hajat dan bacaan yassin untuk bantuan ALLAH
 terhadap musibah yang menimpa dan Islam bukan hanya qazaf yan ditekankan kerana kezaliman
yang menimpa diri tetapi Islam mesti mencakupi hukum hukum yang lain seperti Hudud, Qisas dan
Taazir, kesemuamya dan kepada sesiapa yang menentang hukum hukum ini adalah menentang
ALLAH bukan PAS.Ingat tu........

PAS sebagai jemaah Islamiah bukan memiliki Islam secara ekslusif, kerana wasih ramai yang tak
mahu joint PAS, masih ramai yang percaya PAS bukan jemaah Islam, sebaliknya menyertai banyak menyertai pertubuhan pertubuhan lain yang langsung tidak meletakkan Islam sebagai panduannya
tetapi akan kembali kepada Islam untuk solat hajat, bacaan yassin serta memilih hukum hukum
Islam  yang tertentu sebagai jaan untuk membela diri.

Inikah dikatakan Islam yang bukan milik PAS sahaja?  Begitu jugalah sejak dijajah dan
dimerdekakan oleh penjajah, Islam sudah dikerat kerat pengamalannya dalam negara, mujur ada
PAS yang sejak awal penubuhannya telah berkembang memperbaiki kelemahan kelemahan yang
ada untuk menuju jalan ALLAH sepehunya, bukan ambil separuh dan tolak separuh yang lain.Hari
ini sama ada nak mengaku atau tidak, PASlah satu satu jemaah Islam yang memenuhi kesemua ciri
ciri jemaah Islam dan tidak ada satupun jemaah Islam yang ada termasuk Tabligh dan lain lain
jemaah yang tidak lengkap pergerakan Islamnya.

begitu juga Umno, PKR dan lain lain parti politik milik orang Islam juga tidak mempunyai ciri ciri
jemaah Islam seperti PAS.Malah dalam kesemua parti politik orang Islam, mereka lebih memberi
laluan kepada pergerakan liberal dalam organisasinya di mana tak wajar dan tak salah kalau kata
muka mereka menunjukkan muka tak malu kalau mendakwa Islam bukan milik PAS sahaja.

Berfaktalah dalam berhujah!

Sumber TKO - 14-10-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengusaha restoran tak tahu ais kiub perlu sijil halal
Posted on Wednesday, October 12 @ 19:32:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=32000



KEBANYAKAN pengusaha restoran tidak maklum akan status halal ais kiub yang dibeli daripada 
pengedar.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengusaha restoran mengakui tidak tahu bahawa ais kiub yang 

dijadikan bahan penyejuk dalam air minuman sebenarnya memerlukan sijil pengiktirafan halal 
daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana selama ini menganggap ia sekadar air 
dibekukan.

Pengusaha restoran dan kafetaria MMY Yankeez, Jamaliah Baharudin berkata, dia tidak maklum 

bahawa ais kiub memerlukan sijil pengiktirafan halal.

"Jenama ais kiub dibekalkan juga tak pasti, apa yang saya tahu ada pembekal Melayu dari Klang 

hantar ais kiub ke premis saya setiap hari. Saya yakin ais kiub ni datangnya dari syarikat Muslim.

"Nanti dia datang esok, saya tanya halal ke tak. Tapi setakat ni, saya tengok ais kiub yang dihantar 

bersih dan pelanggan pun tak pernah merungut," katanya.

Sementara itu, Faizal Abdullah yang mengusahakan Restoran Abra Maju juga memberikan reaksi 

sama.


"Saya tak pasti ais kiub yang dihantar halal ke tak. Harga sebungkus RM 3.50.

"Tapi setahu saya, pengusaha ais kiub ni Melayu Mamak, mungkin halal," katanya.

Manakala pengusaha Restoran Mekong yang menyediakan makanan Vietnam, Roziah Zakaria 

berkata, bekalan ais kiub di restorannya dihantar pembekal dari Indonesia.

"Orang Indonesia hari-hari bagi kita ais, tak sangka ais kiub pun ada halal dan tak halal. Saya fi kir 

ia hanya air yang dibekukan, mesti semua halal," katanya.

Sumber TKO - 12-10-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ketika Membaca Al Quran Di Rumah, Adakah Wajib
Perempuan Memakai Tudung Atau Telekung

Posted on Friday, October 07 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31932



Soalan; ustaz, ketika membaca al-Quran di rumah, adakah wajib kami orang perempuan menutup 

kepala. Adakah berdosa jika baca al-Quran dengan nampak rambut?
Jawapan;

Ketika membaca al-Quran dituntut memakai pakaian yang bersopan, berada di tempat yang elok dan 
dalam kedudukan yang elok, sesuai dengan ketinggian al-Quran. Namun tidaklah wajib menutup 
aurat dengan penuh sebagaimana ketika berada di luar rumah(1). Wanita yang membaca al-Quran 
dalam rumah tidak wajib menutup kepalanya (yakni memakai tudung). Syeikh 'Atiyah Saqar dalam 
fatwanya menyebutkan; "Diharuskan/dibolehkan seorang wanita membaca al-Quran dengan kepala 
terdedah atau dengan berpakaian yang biasa di pakai dalam rumah, asalkan tidak ada lelaki ajnabi 
yang melihatnya. Namun yang terbaik ialah dia memakai pakaian yang menutup aurat dengan 
sempurna, berwudhuk dan mengadap ke arah kiblat, supaya bertambah pahalanya".

Wallahu a'lam.

Rujukan; Fatawa Dar al-Iftak, Mesir; 8/419 (Syeikh 'Atiyah as-Saqar, Mei 1997).

Nota;



(1) Aurat wanita ketika bersendirian ialah; antara pusat dan lutut, yakni ketika bersendirian 
dibolehkan dia mendedahkan tubuhnya kecuali kawasan antara pusat dan lutut; wajib ditutup, tidak 
boleh didedahkan sekalipun bersendirian (Hasyiyah al-Bujairmi, 1/449).

Sumber TKO - 7-10-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bukti Ilmiah Bahwa Nabi Muhammad Pernah Membelah
Bulan Jadi Dua

Posted on Sunday, October 02 @ 16:09:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31875



Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir dan silap mata. Malah ini adalah
kisah yang benar-benar berlaku.

Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa suatu ketika dulu bulan pernah terbelah 
dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakam oleh satelit dan teleskop 
menunjukkan terdapat garis rekahan pada bulan.


NASA telah menghantar 3 angkasawannya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan. Setelah
mereka membuat kajian, kesimpulannya, bulan pernah terbelah dua!

Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu
bahawa kisah bulan terbelah dua telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1434 tahun yang lalu.
Saksikan video ini sebentar..

Video: https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=SZbSotJbfUg



Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah S.A.W adalah kisah benar yang dirakam dalam Quranul
Karim didalam surah yang Allah namakan sendiri Suratul Qamar (Surah Bulan).

Allah berfirman: “Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar:
1)”

Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi S.A.W. Perkara
ini terjadi ketika kaum musyrikin ‘mencabar’ Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan
meminta Rasulullah membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:

Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa
Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW bersabda: Saksikanlah oleh kalian.(Shahih Muslim No.
5010)

Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta Rasulullah SAW untuk diperlihatkan
kepada mereka salah satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah SAW memperlihatkan kepada
mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah SAW.
(Shahih Muslim No.5015)

Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang
musyrik berkata, “Wahai Muhammad, kalau benar engkau Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada
kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?

Rasulullah bertanya, “Apa yang kamu inginkan?” Mereka menjawab, “Cuba belah bulan…”
Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah
memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun
mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendiri. Serta-merta
orang-orang musyrik pun berkata, “Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!”

Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh “menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka
pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan untuk berdagang.

Orang-orang Quraisy pun bergegas keluar keperbatasan kota Mekah menanti orang yang baru pulang
dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekah,
orang-orang musyrik pun bertanya, “Adakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?”
 Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi
dua dan saling menjauh kemudian bersatu kembali…“

Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagiannya tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu,
Allah menurunkan ayat-Nya: “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika
melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling seraya berkata, ”Ini adalah
sihir yang terus-menerus“, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan
setiap urusan benar-benar telah tetap… (sampai akhir surah Al-Qamar).

Peristiwa bulan terbelah memang benar-benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan ilmu sains namun mukjizat Rasulullah tidak dapat
dibuktikan dengan kaedah saintifik. Seperti juga mukjizat Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang
mati juga bertentangan dengan ilmu pengetahuan manusia.

Peristiwa bulan terbelah bukan saja disaksikan oleh penduduk Mekah tetapi juga dilihat oleh
penduduk di seluruh semenanjung Tanah Arab. Apabila mereka datang ke Mekah menceritakan
pernah melihat bulan terbelah kemudian bercantum semula.

Sekiranya ada yang mempertikaikannya, tidaklah menghairankan kerana Abu Jahal dan Abu Lahab
juga mempertikaikannya walaupun mereka melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.

Pengunjung-pengunjung bulan yang terdiri daripada angkasawan Amerika Syarikat dan Rusia,
pernah merakamkan gambar di atas bulan yang menunjukkan kesan rekahan besar di atas bulan,
mengelilingi bulatan sebesar bulan itu. Gambar yang diambil telah tersiar pada beberapa akhbar
utama dunia di bawah tajuk ‘Splitting of the Moon’ yang bermaksud bulan terbelah.







Oleh kerana telah disedari bahawa jika dibesar-besarkan cerita tersebut dan diketahui umum bulan
terbelah dua, dengan kesan yang nyata, maka akan terbuktilah satu lagi bukti yang paling nyata dan
kuat.

What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over 200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear all over the Moon. Three types of rilles are now
recognized: sinuous rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form sweeping
arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above. Long rilles such as Ariadaeus Rille
extend for hundreds of kilometers. Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava
flows, but the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research. The above linear rille
was photographed by the Apollo 10 crew in 1969 during their historic approach to only 14-
kilometers above the lunar surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge
gained from Apollo 10, landed on the Moon.

Dongeng-dongeng tentang bulan terbelah juga boleh kita dapati didalam haiku (kisah dongeng
Jepun).

Cerita bulan terbelah dua ada dalam manuskrip hindu di India yang menceritakan bahawa terdapat
bulan terbelah dua.

Sumber: jubahsemalam.blogspot.co.id

Sumber TKO - 2-10-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Anak Luar Nikah Tidak Masuk Syurga
Posted on Monday, September 19 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31720



Saya pernah mendengar sebuah hadis yang mafhumnya: “Anak zina tidak masuk syurga.” Adakah 

hadis ini sahih? Andai kata ia sahih, bagaimana hendak memahaminya dengan betul?Penilaian dari 
segi sanad
Hadis yang mengandungi lafaz seperti ini diriwayatkan menerusi beberapa sanad. Sanad yang paling
kuat ialah riwayat Abdullah bin ‘Amr bin al-As, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk
syurga anak yang derhaka kepada ibu bapanya, penagih arak, orang yang suka mengungkit kebaikan
dan anak zina.” Hadis ini dikeluarkan oleh Imam al-Nasa’i dalam al-Sunan al-Kubra. Ibn Hibban
 mensahihkan hadis ini meskipun terdapat percanggahan riwayat antara Sufyan al-Thawri dan
Syu‘bah.

Sanad daripada al-Thawri ialah seperti berikut, “Daripada Salim bin Abi al-Ja‘ad, daripada Jaban,
daripada Abdullah bin ‘Amr.” Manakala sanad daripada Syu’bah; “..daripada Salim, daripada Nabit,
daripada Abdullah.” Bagaimanapun Imam al- Bukhari melemahkan hadis ini. Setelah menjelaskan percanggahan di atas, beliau berkata: “Tidak diketahui Jaban ada mendengar daripada Abdullah. Dan
tidak pula Salim daripada Jaban ataupun daripada Nabit.” Komentar ini dimuatkan dalam kitab
beliau yang bertajuk al-Tarikh al-Kabir. Umumnya, ahli hadis sepakat bahawa al-Bukhari lebih
menguasai kritikan hadis berbanding Ibn Hibban.
Sanad Lain
Selain riwayat daripada Abdullah bin ‘Amr, hadis ini juga diriwayatkan menerusi Mujahid, daripada
Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga anak zina,
juga anak keturunannya hingga tujuh keturunan.” Hadis ini dikeluarkan oleh ‘Abd bin Humaid dan
al-Nasa’I dalam al-Sunan al-Kubra. Terdapat percanggahan (idtirab) yang sangat parah dalam sanad
hadis ini. Menurut al-Daraqutni, percanggahan riwayat dalam hadis ini mencapai hingga 10 versi.

Sebahagian riwayat mengatakan: “Daripada Mujahid, daripada Muhammad bin Abdurahman,
daripada Abu Hurairah.” Sebahagian yang lain: “…daripada Mujahid, daripada Ibn Umar, daripada
Abu Hurairah.” Riwayat lain: “…daripada Mujahid: mauquf.” Selain aspek percanggahan riwayat,
setiap sanad daripada hadis ini terdapat perawi-perawi yang dipertikaikan oleh ahli hadis tentang
kelemahan hafalan mereka. Kesimpulannya, boleh dirumuskan bahawa hadis dengan lafaz seperti ini
kesemuanya lemah. Bahkan terlalu lemah sehingga beberapa orang pakar hadis menilainya sebagai
hadis bati dan palsu. Salah seorangnya ialah al-Hafiz Ibn al-Jauzi dalam kitab al-Mawdu‘at.
anak-luar-nikah-tidak-masuk-syurga1
Takwil Hadis
Bagi para ulama yang menilai hadis ini lemah, apalagi batil dan palsu, maka kandungan hadis ini
tidak dapat diterima. Apalagi, jika dirujuk kepada al-Quran, kita mendapati bahawa Allah tidak akan menghukum seseorang kerana dosa orang lain. Maka, tidak masuk akal jika anak zina  terhalang
daripada masuk syurga kerana dosa yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapanya. Berkata Ibn
al-Jawzi: “Apa dosa anak zina sehingga ia terhalang daripada masuk syurga? Hadis-hadis ini
menyalahi usul (prinsip-prinsip asas agama Islam) antaranya firman Allah yang bermaksud: ‘
Seseorang tidak akan menanggung dosa orang lain.” (Surah al-Zumar 39: 7) Prinsip ini disetujui oleh
semua ulama, termasuk mereka yang mensahihkan hadis ini.

Oleh sebab itu, mereka yang tidak memahami kandungan hadis ini secara zahirnya, malah mereka
berusaha mentakwilkannya agar selari dengan prinsip Islam yang telah disebutkan. Imam Ibn Hibban misalnya, setelah menetapkan kesahihan riwayat Abdullah bin ‘Amr di atas, beliau menjelaskan
bahawa “anak zina” yang dimaksudkan dalam hadis ini bukannya merujuk kepada semua anak yang
lahir hasil perzinaan, tetapi lebih khusus iaitu anak zina yang berani pula melakukan
larangan-larangan Allah s.w.t. Justeru beliau berkata: “Makna penafian Nabi s.a.w. tentang anak zina
daripada memasuki syurga, padahal anak zina tidak menanggung dosa orang tuanya bermaksud,
anak zina yang biasanya lebih berani melakukan perkara-perkara yang dilarang.” Seperti Ibn Hibban,
Imam al-Baihaqi juga tidak memahami hadis ini secara zahirnya.

Beliau berpendapat bahawa anak zina memang tidak masuk syurga jika dia melakukan perbuatan
zina seperti yang dilakukan ibu bapanya. Menurut beliau dalam Shu‘ab al-Iman: “Jika sahih hadis ini,
maka maknanya ditujukan kepada anak zina yang meniru perbuatan orang tuanya.

Nasihat Bagi saya, hadis ini tidak perlu disebarluaskan dalam masyarakat. Hujahnya, selain daripada
faktor sanadnya yang lemah dan matannya yang perlu ditakwilkan, hadis ini akan memberi kesan
melemahkan hati anak-anak zina yang tidak berdosa. Apa pun, mereka ialah sebahagian daripada
umat kita. Seperti anak-anak yang lain, mereka berpeluang menjadi anak-anak yang soleh dan
berguna untuk agama dan umat. Kewajiban kita adalah untuk mendidik dan membimbing mereka
ke arah kebaikan, bukannya merendahkan maruah mereka, apalagi mendakwa pintu syurga sudah
tertutup buat mereka. Wallahu a’lam.

Sumber :  Majalah Al-Ustaz Isu 3

Sumber TKO - 19-9-2016

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tujuh fakta penting mengenai RUU 355
Posted on Tuesday, September 13 @ 17:56:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31650



BERIKUT merupakan tujuh fakta penting mengenai Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
1) Terhad kepada Umat Islam

Bidang kuasa Mahkamah Syariah Terhad hanya kepada orang yang menganut agama Islam. Oleh itu orang Bukan Islam tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

2) Terhad kepada perkara-perkara dalam Butiran 1; Tidak termasuk perkara-perkara dalam senarai Persekutuan dan perkara-perkara lain dalam Senarai Negeri.

Butiran 1 juga menetapkan bidang kuasa mahkamah syariah hanya kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Butiran 1 sahaja yang meliputi perkara-perkara ber‎kaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya.

3) Tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan Akta Persekutuan- Akta 355.

Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah keperluan Undang-Undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan iaitu; bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah hendaklah ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan.

Justeru pindaan Akta 355 tidak boleh disifatkan sebagai 'unconstitutional' kerana ia adalah keperluan Perlembagaan.

4) Ada had hukuman

Akta 355 ini hanya menetapkan had hukuman maksima yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah sama seperti dalam isu kesalahan berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau.
5) Autonomi lebih luas kepada Negeri untuk mencegah maksiat dan salah laku syariah.

Jika Pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen, ia tidak akan meningkatkan kadar hukuman secara automatik sebaliknya Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam Enakmen syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri tersebut terlebih dahulu.

Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat Dun.

6) Tidak memperuntukkan undang-undang hudud.

Akta ini tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud.

Pilihan untuk menaikkan kadar hukuman kepada kadar yang lebih tinggi adalah terpulang kepada negeri-negeri untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang. Akta 355 tidak menyentuh bidang kuasa mahkamah sivil untuk membicarakan kes-kes jenayah di bawah kanun keseksaan.

7) Untuk perkasakan mahkamah syariah

Pindaan Akta 355 adalah bertujuan meningkatkan hukuman bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dalam pengawalan moral sekarang ini yang berhadapan dengan gejala sosial yang amat serius.

Sumber: Institusi Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM).

Sumber TKO - 13-9-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Replika helang haram: Mufti Kedah akan bincang dengan jawatankuasa fatwa
Posted on Sunday, September 04 @ 15:25:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31548



PETALING JAYA: Mufti Kedah akan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam, jika ada gesaan untuk merobohkan replika burung helang yang 

terkenal di Dataran Lang, Langkawi.
Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin yang dipetik Malaysiakini berkata, hasil
perbincangan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan untuk tindakan
lanjut.

“Kami belum melihat perkara ini, tetapi jika ada (gesaan dikemukakan), kami akan bincang secara
rasmi. Buat masa ini, mufti tak kata apa lagi dan isu ini sudah lama.

“Pihak kami akan buat perbincangan dengan majlis jawatankuasa fatwa, di situlah kita lihat apa yang
sesuai dan patut untuk dikemukakan pada PBT,” katanya kepada portal berita itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim dalam
Berita Harian yang berkata, pembinaan replika sedemikian adalah haram dan patut dirobohkan
kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.

Zamri membangkitkan perkara itu ekoran surat rasmi daripada sebuah PBT yang ingin tahu hukum
membina replika burung helang.

Marwazi berkata, ketika membina mercu tanda itu, pihak berkaitan tidak merujuk Jabatan Agama
Negeri Kedah dan sekarang jika mahu ia dirobohkan, rundingan perlu diadakan terlebih dahulu.

Patung helang setinggi 12 meter yang dinamakan Tugu Lang di Dataran Lang adalah mercu tanda
Langkawi.


Nama Langkawi ialah kombinasi “Lang” dan “Kawi”, di mana “Lang” diambil daripada perkataan
bahasa Melayu, iaitu helang yang boleh didapati di pulau bebas cukai itu.

Sumber TKO - 4-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ahli Parlimen Islam wajib sokong pindaan Akta 355: Mufti
Wilayah

Posted on Thursday, September 01 @ 19:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31521



BANGI, Khamis –  Semua Ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira parti wajib menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang  diusulkan Presiden PAS dalam perbahasan Parlimen sesi akan datang.

Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, tindakan memberi sokongan kepada pindaan akta Mahkamah Syariah berkenaan adalah salah satu cara yang unggul demi memartabatkan keadilan Islam.

Ini kerana katanya, seseorang yang beriman wajib baginya memartabatkan perundangan Islam seupaya mungkin termasuk melalui pemerkasaan Mahkmah Syariah dan taqnin (kodifikasi/penggubalan undang-undang) yang diperlukan.

"Dengan RUU pindaan Akta 355, maslahat umat Islam akan terjamin dan dihormati. Ingatlah bahawa sebarang tindakan kita ini adalah sejarah yang pasti dibaca dan diteliti oleh generasi kita akan datang.

"Dengan kedudukan Islam yang begitu tinggi dan terserlah ini, sudah tentu tiada sebab untuk Syariah Islam tidak dapat dilaksanakan atau sekurang-kurangnya diperkasakan dalam konteks perundangan yang sedia ada," katanya menerusi kenyataan Bayan Linnas Siri 67 : Isu Cadangan Pindaan Akta 355 : Satu Pandangan.
Selain itu, Dr Zulkifli juga menggesa Ahli Parlimen bukan Islam untuk menyokong dengan harapan bahawa pindaan akta ini membawa aspirasi para pengundi Islam yang mahukan pemerkasaan Mahkamah Syariah di Malaysia.

Beliau berkata, hakikat yang sentiasa diulang, RUU ini sama sekali tidak terpakai kepada golongan bukan Islam kerana akta itu sendiri menjelaskan bahawa ia hanya melibatkan orang Islam sahaja.

"Akta itu sudah sedia ada wujud dan hanya akan dipinda dan diberi penambahbaikan.

"Justeru, ia bukan satu usaha ‘jalan belakang' ke arah pelaksanaan hudud kerana pemerkasaan sistem kehakiman Islam secara menyeluruh yang sangat diperlukan oleh umat Islam dan Malaysia.

"Usaha itu juga menggunakan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi tonggak utama negara ini, prinsip itulah yang akan dipegang secara bersama," katanya lagi.

Sumber TKO - 1-9-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sifat pemaaf Nabi dorong Ikramah terima Islam
Posted on Wednesday, August 31 @ 19:40:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31512



NABI Muhammad adalah seorang insan pemaaf walaupun pernah diperlakukan buruk oleh orang 

lain. Sifat mulia Baginda menyebabkan orang kafir terpikat untuk memeluk Islam.

Inilah yang berlaku kepada Ikramah bin Abu Jahal, seorang Quraisy yang paling keras hendak 

menggempur Muhammad dalam peperangan Khandama.

Diriwayatkan, Rasulullah bersama angkatan perangnya yang besar berada di depan pintu gerbang 

kota Makkah, hanya menunggu perintah untuk bergerak, selanjutnya. Sementara itu, kaum Quraisy 
 dalam kota cemas menanti kembalinya utusan mereka Abu Sufyan yang dikirim untuk berunding 
dengan Nabi Muhammad. Tidak lama kemudian Abu Sufyan kembali dan berteriak dengan suara 
lantang:

"Saudara-saudara kaum Quraisy, ini Muhammad telah datang bersama dengan tenteranya yang maha 

 kuat. Kerana itu siapa yang masuk rumah Abu Sufyan dia akan selamat, siapa yang tinggal dalam 
rumahnya dengan pintu terkunci dia akan selamat, dan siapa yang memasuki Masjidil Haram dia juga 
akan selamat."

Alangkah gementarnya kaum Quraisy mendengar teriakan Abu Sufyan itu. Kebanyakan mereka 

cepat-cepat lari masuk ke dalam rumah masing-masing.

Bagaimanapun, Ikramah, putera Abu Jahal yang bernazar akan memerangi Muhammad, bahkan 

banyak bertempur dengan kaum Muslimin di segala medan perang itu tidak mahu meletakkan 
senjata. Bahkan, dia berusaha mengumpulkan sahabat-sahabatnya yang sefahaman untuk memerangi Rasulullah.

Seorang sahabat, Hammas bin Khalid berkata kepada isterinya: "Akan ku bawa pulang kepada mu, 

seorang pengikut Muhammad untuk jadi pelayan mu."

Pada waktu itu bergeraklah tentera Islam yang besar jumlahnya dan Khalid al-Walid menyerang 

Ikramah dan sahabat-sahabatnya, hingga keadaannya menjadi terdesak. Dalam keadaan hidup dan 
mati itu, larilah Ikramah dan kawan-kawannya yang masih tinggal.

Sementara Hammas bin Khalid pulang kepada isterinya yang disambut dengan ejekan. Dengan 

menyindir isterinya bertanya: "Mana pelayan yang abang janjikan?" Kerana malu kepada isterinya 
dia menjawab dengan membaca beberapa sajak:

Andai kata engkau, sayang
Ikut berperang di Khandamah
Dan lari Ikramah
Sedangkan Abu Yazid
Seperti wanita yang lemah
Tentu engkau sayang
Tidak akan menikam aku
dengan lembing sendirian...
Di waktu itu, sayang
Pedang-pedang sakti
Memukul kami
Dan pekik tangis
Memilukan hati....

Kemudian dengan mengucapkan syukur kepada Allah, masuklah tentera Islam ke kota Makkah dan pengampunan umum diberikan kepada penduduknya, kecuali segolongan kecil yang berada di bawah pimpinan Ikramah bin Abu Jahal.

Sewaktu tentera Islam memasuki Makkah, Ikramah bin Abu Jahal bersama pengikutnya melarikan 

diri dari kota Makkah menuju tanah Yaman sebagai seorang buruan. Dengan menempuh Padang 
Sahara yang luas, Ikramah terus berjalan, sedangkan di kepalanya selalu berfikir apa yang harus 
dilakukannya pada tahun yang akan datang untuk memerangi Muhammad.

Kekhuatiran kehilangan kemegahan jahiliah dan kekayaannya itulah yang mendorong Ikramah terus 

memusuhi Rasulullah dan agamanya.

Apa yang dikhuatirkan Ikramah akhirnya sampai juga, segala kemegahan jahiliahnya hancur lebur 

dan sahabat Nabi mencapai kemenangan, sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah.

Sementara Ikramah sendiri akhirnya terpaksa meninggalkan tanah airnya sebagai orang buruan, 

 kerana takut kematiannya di tangan kaum Muslimin.

Selepas perjalanan meletihkan, akhirnya sampai juga dia ke Yaman.

Beberapa hari di Yaman, dengan menumpang kapal dia belayar ke tanah Babasyah. Belum begitu 

 lama mereka belayar, kapal yang mereka tumpangi diserang angin taufan yang sangat hebat hingga 
mereka hampir karam. Waktu itu pengemudi kapal berkata kepada penumpangnya:

"Berlaku jujurlah kamu, kerana tuhanmu atau berhalamu tidak akan ada gunanya di sini untuk 

menyelamatkan kamu....

"Kalau di laut hanya kejujuran yang dapat menyelamatkan kami," jawab Ikramah. Maka, di darat pun 

hanya kejujuran yang dapat menyelamatkan kami. Tuhanku, aku berjanji dengan Engkau. Kalau kami 
Engkau selamatkan daripada bahaya ini, nanti aku akan datang kepada Muhammad dan meletakkan 
tanganku dalam tangannya, dan semoga dia akan kutemui sebagai seorang yang pemaaf..."

Doa Ikramah dikabulkan Allah, kapal yang di tumpanginya selamat berlabuh di pantai. Hanya yang 

jadi persoalan, bagaimana Ikramah akan kembali kepada Rasulullah.

Fikiran Ikramah berubah kembali, dia hendak belayar kali kedua. Namun, tidak jadi, kerana pada saat 

penting itu isterinya datang dari Makkah untuk menemuinya.

Isteri Ikramah memeluk Islam pada hari penaklukan Makkah dan selepas beriman, dimintanya 

jaminan keamanan bagi suaminya kepada Rasulullah, permintaannya itu dikabulkan oleh Nabi 
 Muhammad.

Selepas itu, barulah dia berangkat mencari suaminya, dengan ditemani seorang hambanya. Ketika 

berjumpa Ikramah, suaminya itu bertanya: "Bagaimana keadaan kaum Quraisy?" "Saya datang 
daripada manusia yang paling baik dan mulia, dan dia telah menjamin keamanan untuk mu," jawab 
isterinya.

Selepas mendengar cerita isterinya, Ikramah bersetuju kembali bersama-sama ke Makkah.

Pertemuaan Ikramah dengan Rasulullah adalah satu peristiwa yang penuh kenangan. Lihatlah, 

bagaimana Nabi Muhammad bangun berdiri untuk menyambut musuhnya itu. Sambil memeluk 
 badan Ikramah, Baginda mengucapkan:

"Selamat datang wahai peggembara utama...!” Pada ketika itu padamlah seketika itu api permusuhan 

 yang sekian lama menyala dalam dada Ikramah, apabila dilihatnya Nabi yang sudah berkuasa itu 
mengampuni dan memaafkannya.

Dengan itu, berakhir pula lembaran hitam dalam sejarah hidup Ikramah bin Abu Jahal dan terbukalah 

baginya lembaran baru yang masih putih untuk diisinya.

Dalam hati Ikramah timbul pertanyaan, mengenai budi pekerti sebahagian kaumnya iaitu kaum 

Quraisy. Bagaimana mereka sampai berpindah daripada medan kekafiran ke gelanggang 
kemunafikan. Nampaknya mereka bersekutu batin dengan orang yang memusuhi Muhammad dan 
selalu mengadakan perbincangan rahsia dalam soal ini.

Mengapa mereka sampai hati merendahkan Islam pada waktu kekuasaan sudah berada di tangan 

 Nabi Muhammad. Jika hendak, Baginda boleh menghancurkan mereka sebagai balasan atas 
kejahatan yang mereka lakukan. Tetapi Nabi Muhammad memaafkannya. “Adakah orang yang lebih 
alim daripada Nabi Muhammad lagi?” Tanya hati Ikramah.

Sebagaimana Suhail bin Amru, demikian pula Ikramah bin Abu Jahal. Dia menjauhkan sebahagian 

kaumnya yang sudah munaifk, serta segala kaum Arab yang munafik. Kemudian Ikramah datang 
 kepada Rasulullah dan berkata: "Segala harta ku sisa perbelanjaan pada waktu memerangi engkau, 
akan ku korbankan seluruhnya di jalan Allah..."

Sumber TKO - 31-8-2016

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------         




Mudahnya Pencuri Mencuri Tabung Surau/Masjid (bersama
video)

Posted on Saturday, August 27 @ 14:52:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Editor

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31472



Baru ini solat mahgrib di Surau Kubur Tanah Lot. Terlihat tabung surau telah dipecahkan oleh pencuri dan kunci berserta gelang bulat didalamnya ditinggalkan.

Bila saya seacrh internet rupanya keni jenis tapak bulat boleh dibuka dengan skru drive tak sampai 10 saat. Jadi mana-mana yang ada kunci tapak bulat harap tolong tukar dengan yang lain.

Video :  https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=FMCs6ls7Zc8

by OrangMuda


Sumber TKO - 27-8-2016

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hijab A Form Of Independence For Women


The hijab is a form of independence for women as it promotes modesty and prevents sexual abuse, the Federal Territories Islamic Religious Department (Jawi) said today.

In its Friday sermon ahead of the National Day celebrations, Jawi said that the hijab protects a woman’s “sacred dignity” from abuse and harassment.

“The requirement of Hijab is also a form of independence for women, as protection from any form of harassment,” the sermon said.

“The Quran mentions that hijab is recommended for women so that they are recognized as modest women and prevents them from becoming victims of sexual abuse.

“However, some people with cynical views consider hijab as confining women in their garments whereas, as a fact, that is true freedom and true independence, when a woman’s sacred dignity is saved from being the target of abuse and harassment,” it added.

The sermon was themed “True Independence” and was prepared in conjunction with the upcoming National Day and yesterday’s National Women’s Day.

The sermon also stressed that Islam recognises independence and freedom with being free to submit to Allah and being free from the shackles of tyranny as forms of independence.

It added that for Islam, freedom is not specifically for Muslims alone and that it is a right that should be enjoyed by people of all races and religion.

In September last year, a Friday sermon by Jawi had blamed women who do not cover their “aurat,” or intimate body parts, for causing social ills that would affect even those who do.

The sermon last year had also compared uncovered women to uncovered dishes, which it said are bound to frequented by flies, making them unappetising. themalaymailonline

Sumber BO - 27-8-2016

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Benarkah Khalifah Umar ‘Tangguhkan’ Hudud?
Posted on Saturday, August 20 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31416


Kali ini saya ingin menjelaskan keraguan dan penyelewengan hujah yang paling banyak dilaungkan di sana sini. Mereka menjadikan hujah yang sepatutnya dipakai pada masa-masa tertentu, digunakan secara umum, meluas dan pada setiap masa dan keadaan.

Dalam keghairahan menolak pelaksanaan hukuman jinayah syar`iyah, golongan yang mengambil ‘maqasid’ secara separuh masak selalunya kagum dengan hujah ini; bahawa Khalifah Umar bin al-Khattab r.a sendiri pernah ‘menangguhkan’ pelaksanaan hukuman hudud! Siapakah kita hendak menentang ijtihad Khalifah Islam yang kedua itu?
Bukan ‘ditangguhkan’, sebaliknya ‘digugurkan’
Saya lebih suka menggunakan perkataan “digugurkan” kerana itulah yang disebutkan oleh kebanyakan para ulama dan fuqaha apabila syarat-syarat untuk menjatuhkan hukuman hudud tidak mencukupi. Ini tanpa mengira keadaan darurat, kemarau atau peperangan, bahkan dalam keadaan biasa pun hukuman hudud digugurkan apabila terdapat keraguan dan kesamaran pada setiap kes yang diadili (bukan di zaman Khalifah Umar r.a sahaja).
Apabila kita menyebut ‘digugurkan’, bukan bermaksud hukuman itu tidak berjalan atau dihapuskan, cuma tidak dijatuhkan hudud dalam kes-kes tertentu yang tidak memenuhi syarat-syarat (lalu dihukum takzir), namun hukuman hudud itu tetap dikenakan kepada pesalah yang memenuhi syarat-syaratnya.
Saya bimbang perkataan “ditangguhkan” itu sangat mudah untuk dimanipulasi. Kadang kala istilah ‘ditangguhkan’ itu boleh sampai kepada makna ‘dihapuskan’ dari segi praktik oleh golongan yang melaungkannya. Apatah lagi atas nama ‘maqasid’ yang disalah guna.
Hukuman hudud digugurkan dengan sebab keraguan
Tindakan Khalifah Umar r.a ketika tahun berlakunya kemarau, beliau menggugurkan hudud pada tahun itu hanyalah kerana keraguan yang menolak pelaksanaannya iaitu keperluan (orang-orang yang lapar).
Bukanlah sebagaimana yang disangkakan oleh sebahagian orang bahawa beliau telah membatalkan hukum hudud demi maslahah atau pendapat peribadi yang difikirkannya.
[Al-Syeikh Ahmad al-Gharib, Falsafah al-Hudud baina Jamal al-Tasyri’ wa `Adalah al-Tathbiq, 1433H/2012M, hal.69]
Menurut Al-Imam Ibnu Qudamah (620H): “Tiada hukuman potong tangan semasa berlaku tahun kebuluran. Yakni, sekiranya orang yang memerlukan mencuri apa yang dimakannya, maka tidak boleh dipotong tangan.” [Al-Mughni, 12/462]
Menurut al-Syeikh Manna’ al-Qatthan (1420H): “Khalifah Umar r.a berpendapat bahawa sekiranya seseorang individu itu mencuri ketika berlakunya kebuluran yang menyeluruh, itu adalah satu keraguan pada barang yang dicurinya. Ini kerana seseorang yang terdesak harus mengambil harta yang bukan miliknya tanpa izin bagi memenuhi keperluan daruratnya. Dalam hal ini, Khalifah Umar r.a tidak berijtihad dengan menyanggahi nas syarak.”
[Mu`awwiqat Tathbiq al-Syari`ah, hal.99]
Maka tujuan dalam perkara ini ialah sesungguhnya Khalifah Umar r.a menggugurkan hudud kerana keraguan, bukan menghapuskannya seperti sangkaan sebahagian mereka. Jauh sekali Khalifah Umar r.a hendak melakukan demikian.
[Falsafah al-Hudud baina Jamal al-Tasyri’ wa `Adalah al-Tathbiq, hal.70]

Salah guna dalil dan hukum
Selalunya sesiapa yang menyebut hujah ini (bahawa hudud boleh ditangguhkan), mereka berdalilkan tindakan Khalifah Umar r.a pada tahun kemarau dan mereka menyangka bahawa beliau telah menggugurkan hukuman hudud secara keseluruhan, kita telah pun menolak dakwaan ini. Ini kerana suasana itu adalah satu jenis keraguan yang boleh menggugurkan hukuman hudud.
Akan tetapi, apa yang zahir ditunjukkan ialah sekiranya boleh kita sampaikan kepada mereka cara berdalil yang betul; sesungguhnya dalil mereka (tentang musim kemarau) itu hanya khusus dalam kes kecurian dan hukuman mencuri tanpa melibatkan kesalahan hudud yang lain.
Bagaimana mereka boleh menggunakan dalil yang bersifat terhad (juz’i) kepada isu yang bersifat menyeluruh (kulli)? Dengan makna lain, jika betul pun cara mereka menggunakan dalil untuk menggugurkan hukuman hudud dalam kes mencuri, bagaimana itu menjadi dalil untuk menggugurkan keseluruhan hukuman hudud yang lain?
Contoh-contoh berikut adalah lebih jelas: “Jika kita gugurkan hukuman hudud bagi kesalahan mencuri, bagaimana kita hendak menggugurkan hukuman hudud bagi kesalahan qazaf (menuduh zina) sebagai contoh? Jika kita gugurkan pula hukuman qazaf, maka kita juga telah mencuaikan hak dan maruah orang yang dituduh berzina? (Adilkah begitu?)”
[Ibid: hal.113]

Kesahihan riwayat dan memahami konteksnya
Kata al-Marhum al-Syeikh Muhammad bin Utsaimin (1421H): “Apa yang diriwayatkan tentang Khalifah Umar r.a, bahawa beliau telah menggugurkan hukuman hudud pada tahun berlakunya kebuluran (`Am al-Maja`ah) perlu dilihat dari dua sudut:
1. Kesahihan riwayat. Kita menuntut sesiapa yang mendakwa demikian agar membawa riwayat yang sahih sampai kepada Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a.
2. Sesungguhnya Khalifah Umar r.a tidak menghukum hudud kerana keraguan yang berlaku. Kerana orang ramai sedang dalam kelaparan. Kemungkinan ada orang yang mengambil sesuatu kerana darurat bukan kerana hendak memuaskan dirinya. Sudah maklum, bahawa orang yang terdesak kepada makanan, maka wajib kaum Muslimin memberinya makan. Khalifah Umar r.a bimbang si pencuri itu dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan makanan sedangkan dia terhalang. Lantas terbuka peluang, lalu dia mencuri.
Inilah alasan yang munasabah berlaku kepada Khalifah Umar r.a sekiranya benar kisah yang disandarkan kepadanya dalam kes beliau menggugurkan hukuman hudud atau tidak menjatuhkannya: iaitu hukuman ke atas pencuri pada tahun kemarau.
Para pemimpin kita pada hari ini, tidak terikat dengan agama mereka, yakni kebanyakan mereka tidak meyakini agama mereka, tidak terikat dengan nasihat (agama) untuk kepentingan umat.
Jika dibuka ruang, kebanyakan mereka itu; yakni sebahagiannya akan berkata: Pelaksanaan hudud pada zaman ini tidak sesuai; ini kerana musuh-musuh kita dari kalangan orang-orang kafir akan memberi tohmahan bahawa kita ini tidak bertamadun (barbaric) dan kejam lagi buas.
Kononnya kita menyanggahi hak-hak asasi manusia yang sepatutnya kita pelihara. Kemudian dengan dukacitanya, hudud tidak dilaksanakan secara keseluruhan (bukan hanya hukuman mencuri) sebagaimana realiti di majoriti negara-negara orang Islam pada masa kini. Di mana hukuman hudud telah dihapuskan demi menjaga perasaan musuh-musuh Allah.
Oleh sebab ini, tatkala dihapuskan hukuman hudud, lalu berlakulah banyak jenayah. Sehingga orang ramai termasuklah para pemimpin yang mengikut kehendak orang-orang kafir itu berada dalam kehairanan, apa yang mereka nak buat (untuk menangani) jenayah-jenayah ini?”

[Fatawa Ulama’ Balad al-Haram, hal.483-484]
Ironinya, mereka yang berhujah dengan tindakan Khalifah Umar r.a, tidak hanya menggugurkan hukuman potong tangan bagi pencuri, bahkan mereka menafikan keseluruhan hukuman hudud tanpa berkecuali?

Tempoh Berlakunya ‘Tahun Kebuluran dan Kemarau’
Menurut ahli sejarah, terdapat dua pendapat berkenaan tempoh berlakunya tahun kebuluran (Al-Maja`ah) dan kemarau (Al-Ramadah) tersebut pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.
Pertama:
Pada tahun ke-18 Hijrah setelah orang ramai pulang daripada mengerjakan haji. Tempoh kemarau yang memusnahkan hidupan, ternakan dan tanaman ini berlarutan selama 9 bulan.
[Rujuk: Ibn Sa`ad (230H), Al-Tabaqat al-Kabir, 3/288, Ibn Khayyath (240H), Al-Tarikh, hal.76, Ibn Jarir al-Thabari (310H), Tarikh al-Rusul wal-Muluk, 4/99, Ibn Hibban (354H), Kitab al-Tsiqat, 1/192, Ibn al-Atsir (630H), Al-Tarikh, 2/555, Al-Zahabi (748H), Tarikh al-Islam, 2/65, Ibn Katsir (774H), Al-Bidayah wal-Nihayah, 7/82]

Kedua:
Peristiwa itu berlaku pada tahun ke-17H (sehingga awal tahun ke-18H)
[Rujuk: Jalaluddin Al-Suyuthi (911H), Tarikh al-Khulafa’, Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buthi (1434H), Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah wal-Khilafah al-Rasyidah, hal.358]
Menurut Dr. Abdullah Taha Abdullah Nasir al-Salmani, pendapat yang paling kuat ialah musim kebuluran dan kemarau itu berlaku pada tahun ke-18H dan hanya berlalu selama 9 bulan sahaja.
Ini yang disepakati oleh para ahli sejarah dan ahli hadith yang lebih awal berbanding pendapat yang terkemudian.
[Lihat: Azmah `Aam al-Ramadah al-Iqtisadiyyah 18H/639M min Khilafah Umar ibn al-Khattab, Universiti al-Mosul, Iraq, hal.6]
Dalam tempoh 9 bulan itulah, jika dikatakan Khalifah Umar r.a tidak menjalankan hukuman hudud ke atas pencuri dan bukan pula digugurkan keseluruhan hukuman hudud!

Adakah semua wilayah Islam terjejas?
Dalam tempoh itu juga, Khalifah Umar r.a menulis surat kepada `Amru bin al-`Ash r.a di Mesir, Sa`ad bin Abi Waqqas di Kufah, Abu Musa al-Asy`ari di Basrah dan Mu`awiyyah bin Abi Sufyan di Syam agar menghantarkan bantuan makanan dan pakaian ke Madinah.

[Lihat: Abdul Salam Ali `Isa; Al-Nawahi al-Maliyyah fi Khilafah `Umar, hal.349-354]
Khalifah Umar r.a juga menulis kepada pegawai-pegawainya di wilayah-wilayah yang kaya, iaitu yang memiliki hasil tanaman, industri pembuatan dan perdagangan. Beliau memohon bantuan dan pertolongan mereka. Beliau telah menulis kepada setiap orang yang dilantik bertugas di wilayah Syam, Iraq dan Parsi.
[Lihat: Al-Shalabi, Sirah Amir al-Mu’minin `Umar ibn al-Khattab, hal.213]
Al-Imam Ibnu Jarir al-Thabari (310H) menyatakan bahawa bantuan yang paling awal tiba di Madinah telah dihantar oleh Abu Ubaidah al-Jarrah r.a dari Damsyik. Iaitu bantuan yang dipikul oleh 8000 haiwan tunggangan.

[Lihat: Tarikh al-Rusul wal-Muluk, 4/100]
Ini menunjukkan bencana kemarau bukan berlaku menyeluruh di wilayah-wilayah Islam. Jika wilayah-wilayah lain turut terkesan dengan kemarau buruk yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kekurangan makanan serta hasil tanaman, tidak mungkin Khalifah Umar r.a sanggup meminta gabenor-gabenor tersebut menghulurkan bantuan.
Secara nyata, jika kebuluran dan kemarau dijadikan alasan untuk menggugurkan hukuman hudud, maka adakah wilayah-wilayah lain yang tidak berkenaan juga dibenarkan ‘menangguhkan’ hudud?
Dari satu sudut pula, adakah mereka yang telah memperolehi bantuan makanan masih terlepas daripada hukuman mencuri?

Hukuman potong tangan (mencuri) digugurkan dan hukuman sebat (minum arak) diteruskan
Khalifah Umar bin al-Khattab r.a telah menghentikan hukuman (potong tangan) ke atas pencuri pada tahun kemarau. Ini bukanlah bermakna menghapuskan hukuman hudud itu sebagaimana yang ditulis oleh sebahagian orang, ini kerana syarat-syarat pelaksanaannya tidak dapat dipenuhi.
Seseorang yang memakan makanan milik orang lain dengan sebab terlalu lapar dan sukar untuk mendapatkan makanan, dia tiada pilihan lain malah dia tidak bermaksud untuk mencuri.
[Lihat: Dr.Abdullah al-Salmani, Azmah `Aam al-Ramadah al-Iqtisadiyyah 18H/639M, hal.17]
Khalifah Umar r,a berpendapat, Allah berkehendak menahan hujan dan berlakunya kemarau yang kering kontang menimpa bumi dan manusia adalah berpunca kerana mereka meninggalkan perintah Allah.
Abu Ubaidah bin al-Jarrah r.a (Gabenor di Damsyik) telah menulis surat kepada Khalifah Umar r.a untuk mengadu tentang orang-orang Islam yang meminum arak.
Lalu Khalifah Umar r.a membalas suratnya mengarahkan agar mereka itu ditanya tentang hukum arak. Jika mereka menjawab halal, maka hendaklah dibunuh mereka itu. Jika mereka menjawab haram, maka hendaklah mereka itu disebat dengan 80 kali sebatan.
Kemudian Abu Ubaidah r.a melaksanakan arahan Khalifah Umar r.a, lalu mereka ditanya di hadapan khalayak ramai tentang arak, mereka menjawab hukumnya haram. Maka mereka disebat sebanyak 80 kali sebatan.
Orang ramai telah melaksanakan hukuman ini, mereka menyesal kerana menganggap meminum (arak) dibolehkan kerana memenuhi keperluan.
Sejak itu peristiwa itu disebut-sebut oleh penduduk Syam. Peristiwa yang berlaku pada tahun kemarau.

[Lihat: Al-Thabari, Tarikh al-Rusul wal-Muluk, 4/96]
Ini menunjukkan bencana kemarau yang berlaku menguatkan lagi pendirian Khalifah Umar r.a supaya berpegang teguh dengan syariah selagi mampu dan bukan menjadi alasan untuk melucutkan hukum-hukum Allah!
Sepatutnya antara keraguan yang boleh menggugurkan hukuman hudud pada waktu kemarau itu ialah kesalahan meminum arak.
Kemungkinan Khalifah Umar r.a mengarahkan hukuman hudud tetap dilaksanakan kerana wilayah lain-lain tidak terlibat dengan kedahsyatan kemarau sebagaimana di Hijjaz (sekitar Mekah dan Madinah).

Hukuman Sebatan dalam Pindaan RUU 355
Sekiranya ini dijadikan hujah, bermakna sekiranya kita terhalang daripada melaksanakan hukuman potong tangan (dengan alasan menyanggahi Perlembagaan Persekutuan), sepatutnya mereka perlu juga mengambil hujah bahawa Khalifah Umar r.a tetap komited dengan hukuman hudud lain yang mampu dilaksanakan seperti hukuman sebat terhadap peminum arak, penzina dan penuduh zina.

Ini tiada kena mengena dengan kebuluran dan kemarau.
Jika demikian, ini adalah menepati keperluan pindaan Akta 355 yang sedang heboh dibicarakan oleh warga Malaysia; sama ada yang berilmu atau yang jahil.

Hanya ambil riwayat yang dhaif dan mendiamkan yang sahih
Walaupun para fuqaha menyebut tentang pengguguran hukum hudud pada zaman kemarau itu (18H), sebenarnya riwayat-riwayat tentangnya tidak sahih dan kuat.
Ianya bersumberkan beberapa riwayat Ibn Abi Syaibah yang dinukilkan oleh Abdul Razaq dalam kitabnya al-Musannaf dengan banyak kecacatan pada sanad dan perawinya.
Selain itu, kisah ini hanya disebut dalam buku-buku sejarah yang tidak mempunyai kekuatan sebagaimana sumber-sumber syarak seperti Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.
Bahkan semasa hayat Rasulullah S.A.W di Madinah pernah juga ditimpa dengan suasana kekurangan makanan dan kelaparan.

Namun tiada satu pun riwayat bahawa hukuman Allah telah digugurkan kerana sebab itu.
Jika mereka itu jujur untuk mencontohi zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a sebagai pedoman, kenapa hanya sebut riwayat ketika zaman kemarau (yang diperselisihkan oleh para ulama)?
Mengapa tidak disebarkan riwayat-riwayat yang sahih bahawa Khalifah Umar r.a menghukum dengan Hudud dan Qisas?

Riwayat-riwayat yang sahih tentang Khalifah Umar r.a melaksanakan hukum Syariah
Imam Muslim meriwayatkan hadith dari Ali bin Abi Talib r.a ketika beliau mengarahkan Abdullah bin Ja’far menghukum sebat orang yang meminum arak:

فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ جَعْفَرٍ قُمْ فَاجْلِدْهُ. فَجَلَدَهُ وَعَلِيٌّ يَعُدُّ حَتَّى بَلَغَ أَرْبَعِينَ فَقَالَ أَمْسِكْ. ثُمَّ قَالَ جَلَدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ وَجَلَدَ أَبُو بَكْرٍ أَرْبَعِينَ وَعُمَرُ ثَمَانِينَ وَكُلٌّ سُنَّةٌ وَهَذَا أَحَبُّ إِلَي. رواه مسلم في كاتب الحدود، باب حد الخمر.
Maka berkata Ali bin Abi Talib r.a: “Wahai Abdullah bin Ja’far, bangunlah dan sebat dia!” Lalu dia menyebat (orang yang minum arak itu) sedangkan Ali bin Abi Talib mengira bilangannnya hingga cukup 40 kali lalu dia berkata: “Cukup”. Kemudian dia berkata lagi, “Nabi S.A.W telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebatan, Khalifah Abu Bakar r.a telah menyebat 40 kali sebatan juga dan Khalifah Umar r.a telah menyebat 80 kali sebatan, semuanya itu adalah sunnah (Rasulullah S.A.W) dan ini yang lebih aku sukai (iaitu hanya 40 sebatan).”[Sahih Muslim, Kitab al-Hudud, Bab Had al-Khamr, no.4554]
Mengapa Khalifah Umar r.a menghukum sebatan sehingga 80 kali? Para ulama menyebutkan ijtihad Khalifah Umar r.a itu kerana Rasulullah S.A.W menghukum sebatan bagi peminum arak sebagai 40 kali dengan menggunakan 2 batang pelepah tamar.
Pada zaman beliau, apabila orang semakin lalai tentang pengharaman arak, maka Khalifah Umar r.a telah menggunakan hanya sebatang kayu namun digandakan pukulan dua kali ganda menjadi 80 kali sebatan. Maka itu menyamai 40 sebatan dengan dua batang kayu.

Ini berdasarkan riwayat Anas bin Malik r.a, katanya:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِرَجُلٍ قَدْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَجَلَدَهُ بِجَرِيدَتَيْنِ نَحْوَ أَرْبَعِينَ. قَالَ وَفَعَلَهُ أَبُو بَكْرٍ فَلَمَّا كَانَ عُمَرُ اسْتَشَارَ النَّاسَ فَقَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ أَخَفَّ الْحُدُودِ ثَمَانِينَ فَأَمَرَ بِهِ عُمَرُ. رواه مسلم في كاتب الحدود، باب حد الخمر.
“Sesungguhnya Nabi S.A.W telah didatangi seorang lelaki yang meminum arak, lalu baginda menghukum sebat dengan dua batang pelepah tamar sebanyak 40 kali.” Katanya lagi, “Begitu juga dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar r.a. Ketika zaman Khalifah Umar r.a, beliau telah meminta pandangan orang ramai. Lalu berkata Abdul Rahman r.a; bilangan paling minimum adalah 80 sebatan (dengan sebatang kayu). Lalu Khalifah Umar r.a melaksanakannya.”[Sahih Muslim, Kitab al-Hudud, Bab Had al-Khamr, no.4549]
Khalifah Umar r.a pernah menegaskan pelaksanaan hukuman rejam bagi penzina yang sudah berkahwin dan beliau bimbang akan ada orang yang mendustakannya di kemudian hari.

Khalifah Umar r.a telah berkata dalam khutbahnya:

إنَّ اللَّهَ بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ وَأَنْزَلَ عَلَيْهِ الْكِتَابَ فَكَانَ مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ آيَةُ الرَّجْمِ، فَقَرَأْنَاهَا وَعَقَلْنَاهَا وَوَعَيْنَاهَا، رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ، فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ وَاللَّهِ مَا نَجِدُ آيَةَ الرَّجْمِ فِي كِتَابِ اللَّهِ، فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ، وَالرَّجْمُ فِي كِتَابِ اللَّهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أُحْصِنَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ، إِذَا قَامَتِ الْبَيِّنَةُ أَوْ كَانَ الْحَبَلُ أَوْ الاِعْتِرَاف.
Sesungguhnya Allah Taala telah membangkitkan (mengutus) Nabi Muhammad S.A.W dengan sebenarnya dan menurunkan kepadanya Kitab (Al-Quran). Maka adalah di antara ayat-ayat yang diturunkan itu ialah ayat rejam. Kami telah membacanya, memahaminya dan menghafalnya.
Rasulullah S.A.W telah merejam orang yang berzina dan kami juga telah menjalankan hukuman rejam selepas kewafatannya. Sesungguhnya aku sangat takut setelah berlalunya zaman, nanti andainya ada orang berkata; hukuman rejam itu tidak ada di dalam Kitab Allah (Al-Quran), maka dengan itu mereka menjadi sesat kerana meninggalkan kefarduan yang telah diturunkan Allah.
Hukuman rejam adalah benar terhadap sesiapa yang berzina, lelaki dan perempuan apabila dia telah berkahwin (muhsan), Iaitu dilaksanakan apabila ada penyaksian (4 orang lelaki) atau perempuan yang mengandung (tanpa suami) atau ada pengakuan (daripada penzina).”
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Muharibin, Bab Rajm al-Hubla min al-Zina, no.6830, Sahih Muslim, Kitab al-Hudud, Bab Rajm al-Tsaib fi al-Zina, no.4513]
Bukan hanya ditegaskan oleh Khalifah Umar r.a, bahkan hukuman rejam ini telah diriwayatkan dalam hadith-hadith secara mutawatir dalam kitab-kitab sahih dan sunan. Bahkan telah menjadi ijmak di kalangan para ulama.
[Lihat: Al-Mabsuth ( 9/37 ) , Mughni al-Muhtaj (4 / 146), Fath al-Qadir (4 / 121) , Al-Muntaqa ‘ala al-Muwattha’ (7 / 132) , Nail al-Authar ( 7 / 86 ), Al-Qawanin al-Fiqhiyyah, hal.354]
Banyak lagi riwayat-riwayat lain yang sahih bahawa Khalifah Umar r.a melaksanakan hudud berbanding riwayat yang menyebutkan beliau menggugurkannya. Memadailah sekadar yang telah disebutkan di atas.

Persoalan-persoalan bagi penangguhan hudud
Kepada sesiapa yang masih tegar dengan hujah bahawa boleh menangguhkan hukuman hudud kerana Khalifah Umar r.a juga tidak melaksanakan hudud ketika kemarau, wabak penyakit, peperangan dan hujah-hujah yang semisal itu, di sini saya tinggalkan 10 persoalan:

1. Adakah tempoh ‘penangguhan’ itu berpanjangan selama puluhan tahun?
2. Adakah sebelum dan selepas tahun kemarau itu Khalifah Umar r.a langsung tidak pernah melaksanakan hudud?
3. Adakah kemarau di Madinah dan wabak taun di wilayah Syam dan Iraq pada tahun yang sama (18H) menyebabkan hukum hudud dihentikan serta merta di seluruh wilayah pemerintahan Islam yang lain?
4. Adakah suasana kebuluran seperti itu berlaku secara menyeluruh di negara kita sekarang sehingga semua orang terpaksa mencuri untuk hidup?
5. Adakah ketika ‘ditangguhkan’ hudud itu, turut digugurkan hukuman berzina, qazaf (menuduh zina), murtad, mencederakan orang dan membunuh?
6. Adakah pada zaman Khalifah Umar r.a sudah tiada lagi kemiskinan?
7. Adakah tiada orang-orang kafir (ahli zimmah) di dalam negara Islam ketika itu dan Khalifah Umar r.a perlu minta izin untuk menegakkan hukum Islam?

8. Adakah Khalifah Umar r.a menyanggahi hak-hak asasi manusia?
9. Adakah ketika berlaku ‘penangguhan’ itu, para penjenayah bebas tanpa sebarang hukuman dan undang-undang?
10. Ketika ‘ditangguhkan’ hudud itu, adakah Khalifah Umar r.a melaksanakan undang-undang British sebagai hukuman ‘takzir’?

Penutup
Sebagai penutup, saya titipkan ayat-ayat al-Quran ini hanya pedoman untuk orang-orang yang beriman:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ مَنْ يَضِلُّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-An’am: 116-117)
وَإِنَّ كَثِيرًا لَيُضِلُّونَ بِأَهْوَائِهِمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِالْمُعْتَدِينَ
“..dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas.” (Al-An’am: 119)


Imran al-MaliziJumaat, 16 Zulkaedah 1437H,
Yarmouk University | جامعة اليرموك| جامعة اليرموك, Irbid – Jordan.

Sumber TKO - 20-8-2016
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                                                                                                                                                
Hukum Menyimpan Daging Korban Lebih Daripada 3 Hari
Posted on Friday, August 19 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu                                                                                                                                                           

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31396



Soalan:
Terdapat hadith daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW melarang untuk menyimpan daging                        korban lebih dari 3 hari. Bagaimana untuk memahami hadith tersebut?


Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi                               Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang                        mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa para ulama telah berbeza pendapat                                 terhadap hukum menyimpan daging korban melebihi 3 hari 3 malam kepada dua pendapat yang                         masyhur iaitu:


  • Pertama: Haram menyimpan daging korban melebihi 3 hari. Ini adalah pendapat Ali RA                  dan juga pendapat Ibn Umar R.Anhuma. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Muslim iaitu                 daripada Abu Ubaid bahawa beliau berkata:

شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَبَدَأَ بِالصَّلاَةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَانَا أَنْ نَأْكُلَ مِنْ لُحُومِ نُسُكِنَا بَعْدَ ثَلاَثٍ

Maksudnya: Aku telah bersama’Ali bin Abi Talib ketika hari raya (korban) maka beliau                         memulakannya dengan solat sebelum berkhutbah dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW                 telah menegah kita daripada memakan daging korban melebihi 3 hari”.
 Riwayat Muslim (1969)


Seterusnya, Ibn Umar R.Anhuma juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

لاَ يَأْكُلْ أَحَدٌ مِنْ لَحْمِ أُضْحِيَّتِهِ فَوْقَ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ

Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu memakan daripada daging korban melebihi 3                                   hari.

Riwayat Muslim (1970)


Di dalam sebuah athar juga ada menyebutkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma tidak memakan                               daging korban melebihi 3 hari dan ini diriwayatkan sendiri oleh anaknya Salim.


  • Kedua: Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadith                       mengenai larangannya itu telah dimansukhkan. Ini adalah pendapat jumhur para ulama’.
Terdapat banyak hadith yang menunjukkan kepada keharusan menyimpan daging korban melebihi 3                  hari, antaranya riwayat daripada Abdul Rahman bin ‘Abis daripada bapanya telah bertanyakan                      kepada ‘Aisyah R.Anha adakah Rasulullah SAW telah melarang dari memakan daging korban melebihi 3 hari dan jawab ‘Aisyah R.Anha:

مَا فَعَلَهُ إِلاَّ فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya: Tidaklah Rasulullah SAW melakukannya (iaitu melarangnya) pada tahun di mana                  manusia berasa lapar dan demikian itu Rasulullah SAW mahukan akan yang kaya dapat memberi           makan kepada yang miskin. Namun kemudiannya kami juga menyimpan bahagian kaki kambing                       dan memakannya 15 hari kemudiannya.

Riwayat Al-Bukhari (5423)

Begitu juga dengan beberapa hadith yang menunjukkan bahawa larangan tersebut telah dimansukhkan, antaranya:
i- Daripada Salamah bin al-Akwa’, telah berkata Rasulullah SAW:

‏ مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلاَ يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَفِي بَيْتِهِ مِنْهُ شَىْءٌ‏‏.‏ فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَفْعَلُ كَمَا فَعَلْنَا عَامَ الْمَاضِي قَالَ :‏‏ كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا فَإِنَّ ذَلِكَ الْعَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ فَأَرَدْتُ أَنْ تُعِينُوا فِيهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan korban janganlah kamu menyimpan sesuatu pun daripada                     daging tersebut di rumah. Ketika mana tibanya tahun hadapan, para sahabat bertanyakan kepada          Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, adakah perlu kami melakukan sepertimana tahun lepas. Jawab Baginda SAW: “Makanlah kalian, berikanlah makan kepada orang lain dan simpanlah kerana pada             waktu itu (tahun yang lepas) manusia berada di dalam kesusahan (iaitu kelaparan) dan aku menginginkan agar kamu membantu yang lain”.

Riwayat Al-Bukhari (5569) & Muslim (1974)


ii- Daripada Abu Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ لاَ تَأْكُلُوا لُحُومَ الأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلاَثٍ‏.‏ وَقَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ‏.‏ فَشَكَوْا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّ لَهُمْ عِيَالاً وَحَشَمًا وَخَدَمًا فَقَالَ ‏كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَاحْبِسُوا أَوِ ادَّخِرُوا ‏‏.‏

Maksudnya: Wahai ahli Madinah. Janganlah kalian makan daging korban melebihi tiga (hari).                         Maka para sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW sesungguhnya mereka mempunyai anak-anak              dan juga hamba yang perlu diberi makan maka Rasulullah SAW berkata: “Makanlah, dan                                      berikan makan kepada orang lain dan simpanlah (daging tersebut)”.

                                                                                                                                                                            Riwayat Muslim (1973)


Kesimpulan

Melihat kepada perbahasan ini, kami katakan bahawa pendapat kedua lebih tepat dan ianya telah memansukhkan pendapat yang pertama sepertimana yang telah dinukilkan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya sebelum ini.
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dibolehkan untuk menyimpan sebahagian daripada daging korban. Adapun larangan menyimpan daging korban melebihi tiga hari dilarang oleh Nabi SAW kemudian Baginda SAW telah mengizinkannya dan ianya thabit di dalam hadith yang sahih lahi masyhur.” [Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, 8/418]
Ianya juga melihat kepada ‘illah (sebab) mengapa Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Sekiranya daging korban di simpan melebihi tiga hari, maka tujuan memberi makan mereka yang memerlukan tidak tercapai. Ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’.

Semoga dengan pencerahan ini, maka kita dapat memahami akan illah dan juga sebab dalam sesuatu                bentuk arahan serta larangan yang berkaitan dengannya daripada Rasulullah SAW. Wallahu a'lam.

AKhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
18 Ogos 2016 bersamaan 15 Zulkaedah 1437 H.

Sumber TKO - 19-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                
Beginilah Cara Islam Atasi Susah Tidur
Posted on Friday, August 12 @ 08:10:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                      

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31342



Tidur merupakan suatu keperluan yang penting bagi tubuh, sebab organ-organ dalam tubuh kita perlu direhatkan agar kembali fit untuk menjalani rutin harian keesokan harinya. Mengikut kajian, tempoh tidur yang ideal adalah di antara 5 hingga ke 8 jam sehari bergantung kepada aktiviti dan kesihatan seseorang itu.

Kami percaya, ramai orang yang mengalami masalah susah untuk tidur. Bahkan kurang lelap tidurnya. Hal tersebut disebabkan oleh banyak faktor, salah satunya insomnia (susah tidur malam) dan terlampau banyak memikirkan perkara atau masalah yang sedang dihadapinya.
Jadi ada baiknya sekiranya kita mengambil air wudhu dan berdoa kepada Allah SWT agar dimudahkan tidurnya sebelum masuk ke kamar.


Ada salah satu doa yang diamalkan oleh sahabat Nabi yakni Zaid bin Tsabit ketika mengalami susah tidur (insomnia). Berkatakan Zaid ini ditulis dalam kitab Ibnu Sunni yang dikutip oleh Imam Nawawi:
“Lalu saya membacanya, kemudian Allah menghilangkan apa yang saya alami.” Berikut ini adalah lafadz bacaan doa ketika sulit tidur.
اَللهُمَّ غَارَتِ النُّجُوْمُ وَهَدَاتِ الْعُيُوْنُ وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّوْمُ لاَتَأْخُذُكَ سِنَةٌ وَلاَنُوْمٌ، يَاحَيُّ يَاقَيُّوْمُ أَهْدِىءْ لَيْلِى وَأَنِمْ عَيْنِيْ
“Allahumma Gharatin Nujum Wa Hadaatil ‘Uyun, Wa Anta Hayyun Qayyum, La Takkhuzuka Sinatun Wala Naumun. Ya Hayyu Ya Qayyum, Ahdi’ Laili Wa Anim ‘Aini”
Ertinya: “Ya Allah, bintang-bintang telah redup, mata-mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup lagi Maha Terus-menerus mengurus makhluk. Tidak menimpa-Mu rasa kantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha mengurusi makhluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.”
Sebagaimana Hadits Riwayat Ibnu Sunni. Adapun untuk hadits selengkapnya adalah sebagai berikut.
روينا فى كتاب ابن السني عن زيد بن ثابت رضي الله عنه قال: شكوت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم أرقا أصانبي، فقال: قل: اَللهُمَّ غَارَتِ النُّجُوْمُ وَهَدَاتِ الْعُيُوْنُ وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّوْمُ لاَتَأْخُذُكَ سِنَةٌ وَلاَنُوْمٌ، يَاحَيُّ يَاقَيُّوْمُ أَهْدِىءْ لَيْلِى وَأَنِمْ عَيْنِيْ، فقلتها، فأذهب الله عزّوجلّ عني ماكنت أجد
Sahabat Nabi lainnya yang mengalami insomnia atau susah tidur yaitu Khalid bin Walid. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya bin Haban, Khalid yang mengadukan keadaan yang dialaminya, Rasulullah menganjurkan membacakan :
اعوذ بكلماتالله التامات من غضبه ومن شرعباده ومن همزات الشياطين وان يحضرون
“A’uudzu Bikalimaatillahit Taammaati Min Ghodlobihi Wa Min Syarri ‘Ibaadihi Wa Min Hamazaat’isy Syayaatiina Wa Ayyahdluruun.”
Ertinya : “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan-Nya, dan dari keburukan hamba-hamba-Nya, serta dari berbagai godaan syetan dan kehadirannya.”
Hendaknya kita membaca doa-doa di atas ketika mengalami susah  tidur. Semoga dengan mengamalkannya, tidur kita dimudahkan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Sumber TKO  - 12-8-2016                                                                                                                                        --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
Mufti kata ROKOK HARAM tak ada pun yang “MAKI”
Posted on Wednesday, August 10 @ 15:59:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31320



Karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas                    faktor 'maslahah' dan kemudaratan, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad                     al-Bakri.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat                                 Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.

"Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Fatwa menegah atau menjauhi bermain Pokemon ini telah membuatkan ada orang ramai yang tak                   minat cuba download game Pokemon Go untuk dicuba atas niat semata-mata membantah larangan                     ini. Ada yang sindir dan tidak ramai juga yang memaki hamun mufti.

Ramai juga serang peribadi mufti atas isu ini. Geng parti PAN/IKRAM memang tak lepas peluang,                 dan posting mereka tersebar dalam whatsapp dan facebook.

Kenapa perlu maki??

Kenapa fatwa Mufti tentang haram rokok, tak ada pun yang maki hamun mufti walaupun mereka                      releks aje membeli rokok malah menghisap rokok walaupun rokok tiap-tiap kali belanjawan naik                      harga.

Bila kita dah rasa lebih hebat daripada para agamawan dan ulamak kita mula besar kepala. Malah ada               puak-puak yang cuba memburuk-burukkan ulama dan agamawan atas pemikiran politik yang mereka                 anuti.

Bermain pokemon secara extream boleh membawa kepada keburukan dan nasihat mutfi ada                               kebenarannya dan saya tidak berhasrat untuk berhujah.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com                                                                                                                                                                                                                                                                                                             Sumber    TKO - 10-8-2016                                                                                                                                       ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                
Soladiriti Saya Bersama Dr Zulkifli Al-Bakri
Posted on Wednesday, August 10 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                                 

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31307

"Saya sempat 2 kali ceramah bersama SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan. Kali pertama di Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak dan kedua di Auditorium Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya. Kedua-duanya isu perubatan vaksin dan hukum berkaitan dengannya. Pandangan beliau cukup jelas beserta hujah yang digali dari Al Quran, hadis dan para ulamak yang muktabar.

Beliau adalah seorang yang sarat dengan ilmu, penuh tawadduk dan tidak menyombong diri. Saya mula mengenali beliau dengan hasil tulisan samada dalam bentuk kitab, tulisan makalah, akhbar mahupun tulisan maya. Cukup memberangsangkan dan kagum dengan ulasan yang terkedepan. Beliau memahami konsep setiap isu dan memberi pandangan cukup berhemah.

Beliau pernah menceritakan dalam ceramah, satu peristiwa sekitar enam bulan lepas semasa isu vape menjadi viral.
"Ada seorang lelaki teringin sangat bertemu dengan saya. Penting sangat katanya. Saya syorkan melalui PA saya agar lelaki tersebut datanglah ke pejabat." Ceritanya dalam nada tenang.
"Tetapi lelaki tersebut tidak mahu bertemu di pejabat. Justeru saya kata boleh lah berjumpa sebaik sahaja lepas Isyak di salah satu masjid yang secara bulanan saya berkuliah maghrib di sana." Terusnya lagi.
"Seusai solat isyak lelaki berkenaan terus jumpa saya sambil membawa sebotol air mineral."
"Yang berbahagia Datuk, terlebih dulu saya nak minta maaf banyak pada Datuk." Lelaki itu mulakan bicara.
"Saya dengar dengan penuh minat".
"Saya nak minta maaf banyak-banyak kerana sebelum ini Datuk lah orang yang paling saya benci. Apa sahaja kenyataan Datuk berkenaan isu Vape, saya lah yang paling lantang menentang dan mencaci Datuk dalam facebook". Sesal lelaki berkenaan.
"Saya tiada reaksi apa-apa pun. Sebab biasanya saya, setelah buat kenyataan sesuatu fatwa, pihak media akan siarkan. Admin facebook saya akan upload. Saya seperti biasa. Sebab saya tak baca pun komen-komen dalam facebook. Rugi masa. Jadi saya tak terasa sedih dan terhina. Yang utama adalah, ilmu telah saya sampaikan kepada masyarakat" ulas panjang beliau semasa ceramah.
"Sebab saya nak jumpa secara personal dengan Datuk ni kerana sudah lebih sebulan saya dihinggapi penyakit pelik. Mulut saya penuh ulcer. Sudah macam-macam ubat dan doktor pakar dah saya jumpa, masih belum baik. Kawan-kawan tegur saya- mu ada kata huduh ke orang dok? Kalu kata huduh (caci maki), elok pergi minta maaf. Jadi, kawan-kawan saya syor supaya jumpa Datuk untuk mintak maaf atas keterlanjuran cacian dan makian saya selama ni". Lelaki tersebut mengaku insaf sambil hulurkan air mineral utk SS Datuk Mufti rukyahkan.
Cerita ini digantungkan sebegitu ketika ceramah Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri. Konklusi dibiarkan para pendengar membuat telahan sendiri. Tanpa membanggakan diri dapat saya simpulkan beliau memaafi sesiapa sahaja yang memaki mencaci peribadi beliau.
Apabila isu Pokemon viral sekarang, hal yang sama akan timbul. Saya yakin Datuk Dr Zulkifli tenang dan tidak melatah reaksi negatif. Sesungguhnya beliau sedar bahawa ulasan beliau berkait isu Pokemon ini berdasarkan ilmu bukan nafsu. Sebaliknya para pencaci bertindak atas dasar benci dan nafsu. Bukan juga hujah ilmu.
Saya menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh SS Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri bagi mendidik dan mentarbiah masyarakat. Usaha Datuk akan dinilai sebagai permata yang bersinar dimalam yang kelam. Tahniah Datuk, saya akan bangkit bersama!                                                                                                            
Dr Suhazeli Abdullah
_Insan Faqir_
Fb.com/drsuhazeli

 9 Ogos 2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Sumber TKO - 10-8-2016                                                                                                                       ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                
Umat Islam dilarang bermain Pokemon Go
Posted on Friday, August 05 @ 20:28:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                            

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31263

SHAH ALAM - Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan, permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah dilarang kepada umat Islam selepas beberapa penelitian dibuat terhadap permainan itu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata larangan itu diputuskan Isnin lalu, selepas bermuafakat hasil daripada perbincangan yang menyeluruh yang dilakukan bersama ahli jawatankuasa berkenaan.
Zulkifli Mohamad berkata, ketetapan larangan itu dibuat selepas mengambil kira faktor             maslahah serta kemudaratan yang berlaku.
"Justeru, masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diharap tidak terbabit dalam aplikasi permainan berkenaan.
"Selepas meneliti pendapat ulama dan fatwa dikeluarkan (di luar negara), kami berpendapat           fatwa dikemukakan ada asas dan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri perlu                 dijauhkan jika ia membawa mudarat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman web rasminya, http://muftiwp.gov.my, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa permainan itu turut mempunyai unsur mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada                   perjudian
"Kami berpendapat hujah yang dikemukakan mengenai hukum bermain Pokemon sebagai                haram, mempunyai asas yang kuat manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes lalu,              membawa bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, kemalangan serta kelalaian,ketagihan melampau terhadap gajet,kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling       dan lain-lain mudarat," katanya.
Oleh itu, ujarnya pihak Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar umat Islam memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga         tiada unsur khurafat yang mengarut.
"Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman yang baik dan jelas berkenaan dengan kehidupan ini agar selari dengan neraca Syarak.
"Ingatlah kita diciptakan bukan sia-sia tetapi ada asas tujuan dan  matlamatnya iaitu hamba                ALLAH  dan pemegang amanah-NYA di bumi ini sebagai khalifah ALLAH," katanya. -                 Sinar Harian                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Sumber TKO - 5-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                   ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Qurban Aqiqah & Sumbangan September 2016 -ramlisdar
Posted on Friday, August 05 @ 20:13:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                                              

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31259

"Untok Raya Haji tahon ini September 2016

Saya dan rakan2 plan untok buat Qurban di dua negara
1. Cambodia
2. Sempadan Bangladesh dan Myanmar

Yang berminat nak buat Qurban boleh lah mula simpan duit

Saperti biasa anda boleh buat Qurban dan Aqiqah di Malaysia, di kampong anda

Kami hanya memberi alternative pada yang berminat nak buat Qurban dan Aqiqah di Cambodia atau sempadan Bangladesh/Myanmar

1 bahagian Lembu = RM350.00
1 ekor Kambeng    = RM500.00

Beras ( 1kg = RM2.50) -Di terima duit aje. Beras akan di beli di Cambodia

anda boleh masokkan duit ke akaun Ustaz Razak dan maklomkan akan tujuan nya . Contoh RM350 untok Qurban dan beri penama untok Qurban atau Aqiqah. Kerana setiap ekor Lembu         dan kambeng akan ada nama mereka  dalam list untok lembu yang berkenaan.

Juga sebot contoh RM20 adalah untok Beli beras, Quran, ketayap kain pelikat etc. Mohon call          atau SMS atau whatapps Ustaz Razak akan tujuan nya.

Bank akaun:  Maybank Kembara Qurban

Nombor Maybank Akaun : 5620 8552 5170

HP Ustaz Abd Razak : 0174960269 (sila gunakan nombor ini untok whatsapp SMS atau call)"
                                                                                                                                                              Sumber TKO - 5-8-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                      --------------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
Segera Berubah Ke KWSP Simpanan Patuh Shariah Bermula 8/8/2016
Posted on Wednesday, August 03 @ 06:24:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah                                                                                                                    

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31224


 Alhamdulillah, hasil desakan & kesedaran orang ramai sehingga membawa kepada survey rasmi oleh KWSP, keputusannya lebih 71 % inginkan simpanan KWSP Patuh Shariah, hasilnya, BERMULA 8 Ogos 2016, semua pencarum KWSP boleh mula beralih ke KWSP Simpanan Shariah.

Saya sendiri akan berada di KWSP Ibu Pejabat di jalan Raja Laut pada awal pagi tarikh 8 Ogos nanti. Insha Allah
Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan ShariahSimpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah. Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Untuk tujuan tersebut, kalian perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli.
Dari sudut hukum Syariah, adalah WAJIB bagi pencarum beragama Islam untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah. Had awal yang ditawarkan kepada pencarum adalah RM 100 bilion sahaja, justeru SEGERA bertindak sebelum kehabisan tempat dan terpaksa menunggu lebih lama.

Untuk malumat lanjut sila buka link http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/index.html                                                                                                                                                                     Sumber TKO - 3-8-2016                                                                                                               ---------------------------------------------------------------------------------------------------------                                                                                                                                                                                                                                              
Hukum Besar Alat Sulit
Posted on Thursday, July 28 @ 07:30:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah                                                                                                

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=31162



Beberapa hari lalu, saya keluar minum dengan kawan karib saya. Dalam perbualan kami, saya tertarik dengan persoalan yang dilontarkan. Dia bertanya tentang hokum membesarkan alat sulit dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu urut dan minyak.                                                                       Katanya, beliau ada menggunakan satu produk yang dikeluarkan oleh usahawan muslim.                                                                                                                                         

Dari segi kesucian, katanya, tidak timbul masalah  kerana produk itu menggunakan bahan herba semulajadi dan minyak tumbuhan malahan  dari segi keberkesanan, ternyata  produk itu amat berkesan. Lebih menarik, isterinya pun turut menggunakan produk itu.

Namun, timbul persoalan, apakah boleh dia menggunakan produk itu atau produk seumpamanya. Apakah itu dikatakan mengubah ciptaan Allah. Dalam masalah ini, saya tidak berani memberi hukum. Hanya saya lontarkan pandangan saya. Bagi saya, Jika beliau menggunakan produk tersebut untuk kebahagiaan rumah tangga beliau, maka ianya tidak menjadi masalah dengan syarat produk atau kaedah yang digunakan itu tidak mendatangkan mudarat kepada diri beliau serta pasangannya. Sebaliknya jika beliau menggunakan produk itu untuk tujuan maksiat atau sesuatu yang dilarang tuhan atau menggunakan produk kaedah yang boleh memudaratkan maka hukumnya tidak boleh.                                                                                
Pada mulanya saya agak hairan bila didapati bahawa sejak akhir-akhir ini produk untuk menguatkan tenaga lelaki begitu banyak dipasaran. Seolah-olah orang kita memang menghadapi masalah kelelakian. Namun begitu, bila saya membuat sedikit kajian, ternyata, masalah berkait dengan kelelakian ini sememangnya dihadapi oleh hampir dua juta penduduk dinegara kita. Sehubungan itu, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ianya berhubung kait dengan amanah yang mesti kita tunaikan untuk diri kita dan juga pasangan kita. Namun begitu isu berkaitan dengan saiz alat sulit tidak menjadi keresahan bagi kaum Muslim. Saya nasihatkan agar kita berjumpalah dengan doktor yang pakar jika ada masalah. ALLAH memerintahkan kita menjaga ‘amanah’ kemaluan yang diberi dengan sebaik-baiknya. Banyakkan pergantungan, ibadah dan doa kepada ALLAH demi menjaga keharmonian rumah tangga.
                                                                                                                                                      Sumber TKO - 28-7-2016                                                                                                              -----------------------------------------------------------------------------------------------------------



































































































































Membenarkan Risalah Ar-Rasul

Ahmad Hakimi Othman | .


                                                                                                                                                         http://www.m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/41785-membenarkan-risalah-ar-rasul                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Kita kata kita pewaris perjuangan Ar-Rasul, namun benarkah kita betul-betul menjunjung Risalah Ar-Rasul?

Teguran Al-Quran, peringatan Quran disebut? Atau tidak berani dinyatakan kerana takut persepsi makhluk?

Tatkala Nabi ditegur menerusi ayat Allah dalam Al-Quran dengan merujuk Surah Abasa, golongan munafik suka mengulang-ulang ayat tersebut untuk mengejek Nabi.

Namun, tatkala Nabi dihina puak Quraisy, turun pula bahagian dua Al-Alaq, Al-Masad, Al-Qalam sebagai pembongkaran sikap mereka yang benci kepada ajaran Islam.

Tatkala orang Mukmin terlalu memberi tsiqah dan keyakinan kepada yang tidak sepatutnya, lantas turun ayat Al-Quran memberi peringatan. Peringatan kepada Nabi dan mukmin serta pembongkaran niat-niat yang tidak baik.

Apa apa pun, balik kepada persoalan asal yang lebih utama.

Benarkah kita ini benar-benar membenarkan Risalah Ar-Rasul dalam perjuangan ini?

Beranikah kita menyebut Risalah Nubuwwah tatkala alasan dakwah dijadikan perisai sedangkan dakwah adalah mengembangkan risalah?

Ya Allah, semoga Al-Quran tetap menjadi petunjuk hambaMu ini walau menempuh benci Sang Makhluk.                                                                                                                                                                                                                                                                                     Sumber HD - 11-7-2016                                                                                                                                                      
 ----------------------------------------------------------------------                                                                                                    Di Akhir Zaman, Hukum Allah Ditinggalkan
Posted on Sunday, July 10 @ 21:31:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30969



Menjelang akhir zaman, hukum Allah SWT akan ditinggalkan. Kebanyakan manusia tidak lagi mengindahkan aturan-Nya. HIDUP ini penuh dengan permasalahan. Tetapi, kita tidak merasa ianya cara terbaik mengatasinya. Sebab, Allah SWT dan Rasul-Nya telah memberikan kita pedoman, yakni kitab suci Al-Quran dan sunnah Rasul. Kedua-duanya merupakan sumber undang-undang utama bagi setiap muslim. Permasalahan apapun dapat diatasi dengan baik, jika mengikuti aturan-Nya.

Meski begitu, ternyata kebanyakan orang tak mengindahkan aturan Allah SWT tersebut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman kelak. Di mana kebanyakan manusia tidak lagi mempergunakan hukum Allah SWT.

Kita tahu bahawa mengambil keputusan hukum berdasarkan peraturan yang ditetapkan Allah SWT turunkan adalah salah satu kewajiban utama. Allah SWT berfirman, "Barang siapa tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir," (QS. Al-Maidah: 44).
Di akhir zaman, tali-tali pengikat Islam akan terlepas satu per satu. Tali yang pertama kali akan terlepas itu adalah hukum Allah.
Umamah al-Bahli RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Tali-tali pengikat Islam ini akan terleas satu per satu. Setiap kali satu tali terlepas, manusia akan berpegang pada tali berikutnya. Yang pertama akan terlepas adalah hukum Allah dan terakhir adalah solat, "(HR. Ahmad dan At-Thabrani. Perawi hadis ini adalah perawi as-sahih).
 Tanda ini sudah kelihatan di sebahagian besar negeri Islam. Mereka sudah tidak lagi berpegang pada hukum Islam kecuali dalam persoalan-persoalan yang berkaitan dengan pernikahan, talak, waris dan seumpamanya. Dalam persoalan-persoalan jual-beli, undang-undang jenayah dan undang-undang sivil, mereka berpedoman pada undang-undang Perancis, Inggeris dan hukum-hukum positif lainnya. Inilah maksud tidak berhukum dengan hukum Allah. "Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (QS. Al-Maidah: 50). []
http://silverheritage.blogspot.my
Lain2 Artikel menarik
1.  wartawan Australia memeluk Islam setelah melawat Malaysia
2. -Senarai lengkap para pejuang-perang-badar.
3.  Kebangkitan-dari-timur.                  Sumber TKO - 10-7-2016                                                                  ------------------------------------------------------------------------                                                                                                       Zakir Naik: Saya tidak galakkan keganasan
Posted on Friday, July 08 @ 07:18:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30936


Pendakwah Islam yang diaggap kontroversi Dr Zakir Naik menafikan bahawa ucapannya menggalakkan keganasan dan mengalu-alukan siasatan terhadapnya.
Ini susulan laporan bahawa dua daripada pengganas yang terbabit dalam pembunuhan 20 tebusan di Dhaka, Bangladesh, adalah pengikut media sosial Zakir, yang berpangkalan di Mumbai, India.

"Ini sama sekali tidak logik untuk mengatakan bahawa saya menggalakkan keganasan," katanya, seperti yang dilaporkan oleh CNN-News18 semalam.

"Tidak satu pun agensi penyiasatan mendakwa bahawa Dr Zakir Naik menggalakkan keganasan. Kementerian Dalam Negara amat dialu-alukan untuk meneliti semua ucapan saya.

"Saya mempunyai pengikut yang ramai. Saya mungkin menjadi inspirasi kepada mereka tetapi saya tidak mengenali mereka secara peribadi.

"Saya bimbang media dan ahli politik kerana mereka mungkin memburukkan imej saya. Ada orang yang menggunakan gambar saya dan salah memetik kata-kata untuk memfitnah saya. Saya mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap saya," katanya.

Zakir juga menafikan bahawa beliau pernah menggesa semua umat Islam supaya menjadi pengganas, sambil menambah bahawa video di mana beliau didakwa berbuat demikian sebenarnya telah dipalsukan.

Begitu juga, beliau berkata video yang disebarkan di media sosial berhubung ucapan kontroversinya mengenai Osama bin Laden, juga telah dipalsukan.

Katanya, beliau tidak pernah mengenali Osama dan beliau tidak pernah melabelkan bekas pemimpin al-Qaeda itu sebagai seorang wali mahupun seorang pengganas.

"Saya sentiasa berdakwah bahawa umat Islam tidak seharusnya mengancam sesiapa sahaja ... Sesiapa yang membunuh orang, sama ada dia Islam atau bukan Islam, akan masuk neraka.

"Saya kata setiap Muslim perlu menjadi pengganas kepada semua unsur anti-sosial. Adalah malang bahawa ada orang mendakwa bahawa saya menggalakkan keganasan," katanya.

Walau bagaimanapun, Menteri Penerangan Bangladesh Hasanul Haq Inu berkata terdapat laporan bahawa dua daripada penyerang mendapat inspirasi daripada Zakir.

"Kami sedang berhubungan dengan ulama untuk meneliti ucapan Naik ini. Terdapat aduan terhadapnya di negara ini kerana ucapan kontroversi.

"Agensi-agensi menyiasat kami sedang mengkaji semua sudut tetapi saya tidak berada dalam kedudukan untuk mendedahkan segala-galanya pada masa ini," kata menteri itu.

Sebelum ini, Menteri Negara (MOS) untuk hal ehwal Dalam Negeri India, Kiren Rijiju berkata agensi penyiasatan negara itu sedang juga meneliti ucapan Zakir.

Sabtu lalu, sekumpulan lelaki bersenjata sambil melaungkan "Allahu Akbar" menyerang kafe mewah Holey Artisan Bakery di ibu negara Bangladesh dan menetak 20 orang hingga mati.

Polis kemudiannya menyerbu bangunan itu dan menyelamatkan 13 tebusan. Dilaporkan bahawa enam lelaki bersenjata terbunuh dalam operasi itu manakala seorang daripada mereka ditawan oleh polis.

Dua daripada pengganas itu, Rohan Imtiaz dan Nibras Islam dilaporkan mendapat ilham daripada Zakir.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan dua daripada penyerang itu pernah belajar di Universiti Monash di Sunway, tetapi tidak dapat mengesahkan jika mereka adalah penyerang ataupun mangsa.


Universiti Monash juga memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang pengesahan jika bekas pelajarnya adalah mangsa atau pengganas.

Sumber TKO - 8-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelebihan Puasa Enam Di Bulan Syawal

Posted on Thursday, July 07 @ 15:51:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah




http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30931



UMAT Islam digalakkan untuk berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal bagi memperolehi keistimewaan ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun jika ianya dipraktiskan.
Berlalu Ramadan tidak bermakna kita tidak dituntut melakukan ibadan lain kerana kehidupan manusia itu keseluruhannya adalah ibadah kepada Allah SWT.

Begitu jugalah halnya dengan puasa. Walaupun puasa selama sebulan Ramadan sudah tamat tempoh, namun kita boleh melipat gandakan pahala dengan melakukan puasa sunat enam Syawal.

Antara keistimewaan dan ganjaran yang boleh diperolehi sekiranya anda berpuasa adalah dijanjikan pengampunan dari Allah Yang Maha Esa.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun.

Dalam hadis riwayat daripada Abu Ayyub Al-Ansari itu juga menyebut, puasa enam pahalanya sama seperti puasa penuh setahun, namun dengan syarat kita telah melengkapkan puasa sebulan Ramadan terlebih dahulu.

Antara kelebihan lain buat kita yang mengamalkan puasa sunat enam ini ialah ia melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa wajib bulan Ramadan.

Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardhu yang menampung kekurangan terdapat padanya.

Selain itu, puasa enam juga melatih manusia supaya tidak melupakan puasa-puasa sunat yang lain.

Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain.

Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.

Antara kelebihan lain ialah ia dapat menyediakan sistem pencernaan yang lebih sempurna buat diri kita.

Setelah satu bulan sistem pencernaan kita berehat pada siang hari, kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan pula apabila disajikan dengan pelbagai juadah yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti lemang, ketupat dan rendang.

Maka puasa enam ini memberi peluang kepada sistem pencernaan yang telah direhatikan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

Bukankah setiap amalan yang disunatkan itu mempunyai kemanisannya tersendiri, jadi apa tunggu lagi raihlah ganjarannya dengan melakukan puasa enam pada tahun ini.

Masih belum terlambat untuk melakukan. Ayuh! 

Sumber TKO - 7-7-2016 

-----------------------------------------------------------------------------


Jangan biarkan anak-anak anda menjadi pengemis di Hari Raya

Posted on Wednesday, July 06 @ 11:30:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30917


Bila tiba waktu Hari Raya, ramai dikalangan kita menukar wang semata-mata untuk diberikan kepada kanak-kanak. Ada yang telah menjadi satu amalan tetap berdiri dihadapan pintu masjid untuk menghulur wang raya kepada kanak-kanak yang bersolat di pagi raya.

Walau bagaimanapun ada yang merungut, kerana rumahnya dikunjungi oleh kanak-kanak untuk beraya dalam ertika sebenarnya ialah untuk mendapatkan duit raya walaupun mungkin kanak-kanak itu bukan jiran tertangga kerana mereka datang sekumpulan entah daripada mana.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

Ibubapa harus sedar dan memerhati pergerakan anak-anaknya di waktu suasana raya agar anak-anak tidak menjadi pengemis yang akan mengemis di setiap rumah demi untuk mengumpul duit raya. Amalan dan sikap ini jika dibiar akan menjadi satu tabiat buruk bila dewasa nanti.

Sepatutnya ibubapa lebih mengajar anak-anak untuk memberi terutama bila ada yang meminta. Ibubapa boleh ajar anak-anak mengisi tabung masjid pada hari Jumaat atau hari-hari lain bila singgah untuk bersolat di masjid atau surau.

Anak-anak juga diajar untuk menghulur kepada peminta sedekah dan biasakan diri anak-anak dengan sifat penyanyang dan kesihan belas kepada golongan yang miskin.

Jangan ajar anak mempertikaikan orang yang meminta mungkin ada juga peminta sedekah yang sebenar berpura-pura membuat demikian. Ajar mereka dengan sifat ikhlas.

Sedekah jika sebati pada diri anak-anak kita, sudah pasti akan menjadi suatu yang baik dihari dewasa nanti.

Sedekah mempunyai maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbalan sebagaimana dalam Firman ALlah s.w.t.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)

Pemberian sedekah, setidak-tidaknya dengan pemberian itu diharapkan dapat menebus dosa dan memberikan ketenangan, malah yang lebih utama mendapat ganjaran berkali ganda di sisi Allah, seperti dijelaskan Allah pada ayat 261, surah al-Baqarah, bermaksud:


“ Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan har tanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula me ngandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan me lipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(al-Baqarah:261)

Amalan bersedekah daripada satu sudut menggambarkan sifat insani, kemurahan hati dan keluhuran budi seorang manusia. Inilah sifat seharusnya diterap kepada anak-anak kita bukan meminta-minta dengan harapan untuk mendapat dengan lebih cepat dan mudah.

Ajarlah anak-anak kita “Jika memberi, anggaplah suatu pemberian yang kecil dan jika menerima daripada seseoarng, anggaplah suatu besar dan berharga”.

Sumber : http://laptoplama.blogspot.my/

Sumber TKO - 6-7-2016



Makna Di Sebalik Sambutan Aidilfitri

Posted on Wednesday, July 06 @ 07:27:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30914


Bersempena dengan kedatangan Aidilfitri yang mulia yang bakal menjelma, umat Islam hendaklah memohon kepada Allah supaya bulan Syawal ini dimulai dengan keamanan, keimanan serta apa jua yang disukai dan diredhaiNya.
Selain itu, umat Islam seharusnya memohon supaya Allah menjadikan Hari Raya ini sebagai pembawa berita gembira, iaitu kebaikan dan keberkatan kepada mereka, serta menjadikan Hari Raya juga sebagai peringatan kepada musuh umat Islam.

Hari Raya seumpama tempat perhentian untuk berehat dalam perjalanan atau kawasan rehat yang mempunyai air dan pokok di tengah padang pasir.

Sejak zaman dahulu lagi, masyarakat telah mengadakan suatu sambutan untuk menyambut perayaan dengan bergembira dan berseronok.

Islam juga mengiktiraf hari perayaan, bahkan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha merupakan hari raya dalam agama Islam.

Allah telah menghubungkan hari raya dengan kewajipan dan ibadat sebagaimana sambutan Aidilfitri mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang mana Hari Raya ini merupakan hari pelepasan daripada puasa.

Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda:

“Bagi seorang muslim dua kegembiraan baginya, ketika dia berbuka puasa, dia bergembira dengan berbuka itu. Dan ketika bertemu dengan Tuhannya, dia bergembira dengan puasa yang ditunaikannya.”

Terdapat dua maksud bergembira dengan berbuka puasa, yang pertama seseorang muslim itu bergembira dengan berbuka puasa pada waktu terbenamnya matahari setiap hari ketika berkumandang azan maghrib, ini ialah kegembiraan fitrah semulajadi.

Kegembiraan fitrah ini justeru selepas masuk waktu berbuka, umat Islam dibenarkan melakukan apa yang dilarang pada siang hari seperti makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa.

Nabi SAW bersabda lagi:

“Hilang sudah dahaga, kerongkong telah basah, moga-moga pahala menjadi suatu kepastian dengan izin Allah.”

Sementara kegembiraan beragama pula ialah kejayaan melakukan ketaatan.

Kegembiraan ini dirasai pada akhir Ramadhan dan ia merupakan kegembiraan yang total kerana telah diberi petunjuk melakukan ketaatan kepada Allah dan menunaikan kewajipan di bulan Ramadhan.

“Katakanlah (wahai Muhammad): kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itu hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)”.

Oleh itu, umat Islam dapat melihat dalam kalangan mereka wajah-wajah orang yang berpuasa berseri-seri pada Hari Raya, tertawa dan bersuka ria.

Sambutan Hari Raya umat Islam berlegar antara dua tujuan, iaitu tujuan rabbani dan tujuan insani.
Tujuan rabbani bermaksud seseorang muslim tidak melupakan Tuhannya walaupun pada Hari Raya.
Hari Raya tidak wajar disambut semata-mata dengan nafsu sahaja, bahkan Hari Raya dimulai dengan bertakbir, solat sunat Hari Raya dan mendekatkan diri kepada Allah.

Lantaran itu, Hari Raya bukanlah bermakna bebas daripada perkara ibadat dan ketaatan hingga boleh melakukan apa sahaja, walaupun dari sudut tujuan insani, kebiasaannya Hari Raya disambut dengan kegembiraan, keseronokan, bersuka-ria, menyanyi, memakai baju baru dan bersilaturrahim.

Di samping itu, Islam juga mensyariatkan zakat fitrah pada Hari Raya Aidilfitri.

Nabi SAW mewajibkan kepada orang dewasa dan kanak-kanak, orang merdeka dan hamba serta lelaki dan perempuan untuk mengeluarkan zakat fitrah.

Zakat fitrah yang ditunaikan merupakan penyucian bagi orang yang berpuasa daripada perkara sia-sia dan merupakan rezeki kepada orang miskin.
Nabi SAW bersabda:

“Berilah mereka kecukupan agar mereka terhindar daripada berkeliling ke sana ke mari (meminta-minta) pada hari ini”.

Justeru, penuhilah keperluan mereka supaya mereka tidak perlu meminta-minta.
Santunilah mereka dan bertanyalah akan khabar mereka.

Keluarkanlah zakat agar mereka turut merasa gembira pada Hari Raya dan tidak merasakan Hari Raya hanya untuk orang yang berkemampuan sahaja.

Hari raya sepatutnya tidak menjadi suatu bencana untuk golongan fakir miskin.

Apatah lagi, apabila mereka melihat kanak-kanak lain memakai baju baru, tetapi anak mereka hanya memakai baju lama yang lusuh, mereka melihat orang lain memakan makanan yang lazat dan enak, namun mereka terpaksa berlapar, yang menyebabkan Hari Raya menjadi suram dan penuh kesedihan.

Oleh yang demikian, terserlah hikmah dan keindahan Islam yang mensyariatkan zakat fitrah bagi memenuhi hajat golongan miskin dan yang memerlukan pada Hari Raya.

(Petikan Tazkirah Sheikh Doktor Yusuf Al-Qaradhawi pada 7 Ogos 2013)



Sumber TKO - 6-7-2016



Memburu Lailatul Qadar

Posted on Sunday, July 03 @ 06:16:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30861

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=xL6E4ZBW3jo

Kredit
tokpepijatKU"


Sumber TKO - 3-7-2016

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perkara pelik yangg disebut oleh khatib di atas mimbar

Posted on Friday, July 01 @ 05:07:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30831


Oh My Jawi

Berikut ialah beberapa perkara pelik yangg disebut oleh khatib di atas mimbar:

1. Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan,
"Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu 'mutafancirin' ". Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa-rupanya 'mata pencarian.' "متڤنچرين"

2. Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah,
"...dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi...". Dekat nak pengsan makmum sebab ada yang baru lepas makan sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa-rupanya 'keldai'. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak makan keladi sebab difatwakan haram. "كلدي"

3. Di sebuah mesjid di Perak,
"...maka 'birobbikum' itu adalah sunnah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun 'birobbikum'...". Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila disemak teks khutbah rupa-rupanya 'berbekam'. "بربكم"

4. Di sebuah mesjid di Kelantan,
"...sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam 'katikuri' orang-orang yang tidak bersyukur...". Para jemaah tak faham tapi tetap tunduk mengangguk-angguk macam faham. Bila disemak teks khutbah rupa-rupanya 'kategori'."كاتيكوري"

5. Di sebuah mesjid di Terengganu,
"... maka berlakulah peperangan yang hebat di antara pejuang-pejuang Muslimin dgn musyrikin Makkah di tempat berdekatan bukit Uhud. Masing-masing bersenjatakan pedang, lembing, dan 'fainnahu'." Makmum terkedu sebab tak faham apa bentuk senjata fainnahu. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa-rupanya 'panah'. "فانه"

6. Di sebuah mesjid di Perlis,
"...dalam usaha kita untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah 'kemetod'...". Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh jadi bagus tetapi kenapa hari tu khatib suruh jadi kemetod. Setelah disemak teks khutbah rupa-rupanya 'komited'. "كميتد"

Itulah antara perkara pelik yang disebut khatib sewaktu khutbah. Teks ditulis oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi sesetengah istilah moden dieja jawi. Kesian tok khatib...

7.Di sebuah mesjid di Pahang,
"...maka hendaklah kita berada di atas 'bom' ini saling hormat menghormati antara satu sama lain. Makmun terkejut dan lihat dibawah tempat mereka bersila kerana mencari "bom". Setelah disemak-semak teks khutbah rupa-rupanya'bumi'."بوم"

8.Di sebuah mesjid di Perak,
"...terdapat banyak 'paku lantai' yang telah diwujudkan oleh kerajaan di sesebuah pusat pengajian. Makmum lain terkedu sambil menggaru kepala. Setelah disemak-semak teks khutbah rupa-rupanya 'fakulti' "فاكولتي"

Facebook Hanya Di Kelate

Sumber TKO - 1-7-2016



PhD in Islamic Study Bina istidraj@ketaqwaan ?

Posted on Thursday, June 30 @ 17:18:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30820



Ketika tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab berucap "Ya Allah! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" .Sambil bercuran air mata beliau  membaca ayat 182 dari surah Al A'raf Maksudnya "Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu"
Nabi SAW Bersabda "Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurrga pada hari kiamat".( HR: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah)

 Saudaraku Yang mulia,

Isu ini agak kurang dibincangkan namun demikian dari pengalaman sebagai student & justifikasi terhadap  adab melontar pendapat dikalangan selebriti Agama di Malaysia khususnya.Saya merasakan ia perlu dimuzakarahkan kerana kita semua inginkan islam subur dan suasana Agama hidup di negara kita atau sekurangnya kita menginginkan anak-anak kita tergolong kalangan insan yang alim lagi soleh.

Sebagai perkongsian ,ketika saya menyambung Master dalam Pengajian Islam amat mengejutkan melainkan 2 orang rakan sekelas lain menyatakan mereka menyambung belajar untuk naik pangkat,membolehkan layak menyambung phd dan dapat title Drs. Fenomena ini seolah sama ketika saya menghabiskan degree engineering.Mungkin itulah hakikat sistem Universiti.Belajar untuk lulus exam & bila grad cari habuan dunia.Dipendekkan cerita saya tidak menghabiskan master saya sebaliknya menukar haluan beri masa dengan jemaah tabligh disamping terus  belajar Quran &kitab thuras secara talaqi.

Saudaraku yang mulia,
Apa yang saya alami mungkin berbeza bagi rakan di universiti lain terutama di timur tengah.Oleh itu satu muzakarah ilmiah adalah penting kerana kita tidak ingin melihat bumi malaysia ini dilambakkan ahli agama istidraj.Berbeza dari ilmu sains & sebagainya, penuntut ilmu Agama Apabila Nawaitu belajar kita bukan kerana Allah Para ulamak terdahulu telah menulis kesannya sangat buruk bukan untuk individu itu sahaja tapi umat seluruhnya. Ilmuwan spt inilah akan menjadi generator fitnah dan fitnah kembali kepada mereka.

Saudaraku yang mulia,
Seseorang berusaha agar boleh memiliki kemampuan, sehingga boleh mengajar di tempat lain. Agar boleh berceramah, maka dia pun berusaha untuk mempersiapkan itu. Dikhuatiri results tidak begitu, maka akan berlaku dilema sejurus tamat belajar. Mereka akan berfikir: “Ini saya belum buat persiapan apa-apa, bagaimana ilmu saya mampu menjadi pekerjaan?”
Bukan begitu seharusnya. Ilmu bukanlah maksab, tetapi ilmu adalah maktab. Ilmu bukan alat mencari fulus sebaliknya untuk tulus karas ketaatan. Bila ilmu bukan untuk ketaatan maka ia akan menjadi perdagangan&. Menjadi kekaryaan. Menjadi apa? Setelah lulus belajar segera mencari pekerjaan.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjadikan setiap sahabat sebagai pengajar. Maka dalam belajar, penekaan utama adalah kita meluruskan niat kita bahwa kita belajar adalah untuk mendapatkan ketaatan kepada Allah Subhanahu wata’ala seterusnya  menyampaikannya kepada ummat adalah amanat ummat. Dan menyampaikan amanat ini tidak ada upahnya. Jangan jadikan ilmu sebagai maksab, jangan jadikan alat mencari pendapatan.

Saidina  Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Orang yang menjadikan pengajaran Al Quran dan ilmu sebagai untuk mencari pendapatan, maka dia adalah (dalam satu riwayat) زُنَاد, sedangkan dalam riwayat lainزَنَا د.Yaqni orang-orang rendahan akan lebih dulu masuk surga daripada orang alim yang menjadikan pengajaran ilmu agama sebagai sarana mencari penghasilan.Para pezina akan lebih dulu masuk surga daripada orang alim yang mengajar Al Quran atau ilmu agama untuk mengambil upah.
Yaqni, orang yang mengajar Al Quran atau ilmu agama lalu mengambil upah, maka زُناد atau زَنَاد, kelompok masyarakat rendahan ini akan mendahuluinya dimasukkan syurga.
Maulana Muhammad Yusuf rahmatullah ‘alaih dalam Hayatus Sahabah menulis bahwa, janganlah mengambil upah dari ummat atas pengajaran dan penyampaian ilmu pada mereka. Bila kalian lakukan, niscaya para pendosa dan orang-orang rendahan akan masuk surga lebih dulu daripada kalian. Kerana itu, belajar adalah untuk menumbuhkan ketaatan dalam diri. Untuk mendatangkan ketaatan dalam diri, kita harus mencari tahu apa yang Allah Subhanahu wata’ala inginkan dari dirinya. Itulah orang alim atau ahli ilmu..

 Ada yang mahir di bidang Nahwu, di bidang Saraf, lalu beranggapan bahwa dirinya sudah medapatkan ilmu. Padahal yang ia dapatkan adalah alat untuk memahami nas-nas yang dengannya akan diketahui apa yang diinginkan oleh Rabb pada dirinya. Karena itu, ilmu akan menumbuhkan ketaqwaan yang dengannya Allah Subhanahu wata’ala akan berikan padanya ilmu yang tidak ia miliki.

Dan Allah Subhanahu wata’ala juga akan memberikan padanya taufiq untuk mengamalkan ilmu yang sudah ia miliki. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada seorang sahabat yang mengatakan bahwa ia ingin menjadi orang alim besar: “Bertaqwalah kepada Allah subhanahu wata’ala, niscaya engkau akan menjadi orang paling alim.”

Taufiq untuk mengamalkan ilmu yang ada akan diberikan, dan ilmu yang sebelumnya belum ia miliki akan diberikan. Kerana itu bukanlah maksud ilmu itu agar dapat mengajarkannya pada yang lain. Ketika Nabi Musa ‘alaihis salam akan berpisah dengan Nabi Khidhir ‘alaihis salam, beliau minta nasehat. Nabi Khidhir ‘alaihis salam berkata:
“Jangan belajar untuk mengajar, tetapi belajarlah untuk beramal..”

Inilah pesan Nabi Khidir ‘alaihiss salam kepada Nabi Musa‘alaihiss salam. Maksud ilmu adalah ketaatan. Bukan supaya boleh mengajar orang lain, lalu mengatakan bahwa saya tahu apa yang kamu tidak tahu. Kalau begini bererti ilmu menimbulkan kesombongan dalam hati.
Ilmu bukannya untuk berdebat atau menonjol diri ! Kita belajar ilmu. Perhatikanlah, kitab yang.kita hafalkan semuanya adalah baru tulisan. Sedangkan dalam Al Quran, siapakah yang oleh Allah subhanahu wata’ala disebut ahli ilmu?
وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً
Orang-orang yang berkata kepada mereka yang menginginkan harta seperti Qarun
يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِي
Apakah ilmu itu sudah menumbuhkan rasa kehinaan dunia dalam hati kita? Sedangkan yang disebut alim dalam Al Quran adalah mereka yang menganggap bahwa pahala amal yang Allah subhanahu wata’ala berikan lebih baik daripada harta Qarun.
Al Quran berkata:
وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً
Celakalah kalian, apa yang kalian katakan,
يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ
Wahai, andaikan kita memiliki seperti yang diberikan kepada Qarun.

Pahala Allah subhanahu wa ta’ala atas amal-amal lebih baik daripada kekayaan dan kerajaan Qarun. Yang disebut alim oleh Al Quran adalah mereka yang memiliki sifat ihtisab (harapan pahala) atas amal. Karena itulah, kitab dan tulisan-tulisannya adalah bentuk lahir saja.

Permasaalahan umat hari ini berlaku akibat ramainya kalangan berilmu yang tidak menepati maksud.Maksud ilmu adaah beramal & mendakhwahkan.Semakin banyak ilmu kita semakin membesar rasa rendah diri dan ketaqwaan pada Allah disamping meningkatnya semangat untuk  berjuang di jalan Allah.


Mudahan kita & zuriat kita mendapat ilmu yang bermanfaat & terselamat dari fitnah orang berilmu yang cinta pada dunia. Allahu a’lam

Sumber TKO - 30-6-2016





RAHSIA MAKRIFAT NABI KHAIDIR A.S BUAT NABI MUSA A.S

Posted on Tuesday, June 28 @ 16:44:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



 http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30783
Kisah Musa dan Khaiḍir dituturkan oleh Al-Qur’an dalam Surah Al-Kahf ayat 65-82. Menurut Ibnu Abbas, Ubay bin Ka’ab menceritakan bahwa beliau mendengar nabi Muhammad bersabda: “Sesungguhnya pada suatu hari, Musa berdiri di khalayak Bani Israil lalu beliau ditanya, “Siapakah orang yang paling berilmu?” Jawab Nabi Musa, “Aku” Lalu Allah menegur Nabi Musa dengan firman-Nya, “Sesungguhnya di sisi-Ku ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.”

Tuhanku, dimanakah aku dapat menemuinya?” Allah pun berfirman, “Bawalah bersama-sama kamu seekor ikan di dalam sangkar dan sekiranya ikan tersebut hilang, di situlah kamu akan bertemu dengan hamba-Ku itu.” Sesungguhnya teguran Allah itu mencetuskan keinginan yang kuat dalam diri Nabi Musa untuk menemui hamba yang sholeh itu. Di samping itu, Nabi Musa juga ingin sekali mempelajari ilmu dari Hamba Allah tersebut. Musa kemudiannya menunaikan perintah Allah itu dengan membawa ikan di dalam wadah dan berangkat bersama-sama pembantunya yang juga merupakan murid dan pembantunya, Yusya bin Nun.
Mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu dan memutuskan untuk beristirahat sejenak karena telah menempuh perjalanan cukup jauh. Ikan yang mereka bawa di dalam wadah itu tiba-tiba meronta-ronta dan selanjutnya terjatuh ke dalam air. Allah SWT membuatkan aliran air untuk memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya` tertegun memperhatikan kebesaran Allah menghidupkan semula ikan yang telah mati itu. Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan dan luar biasa itu, Yusya’ tertidur dan ketika terjaga, beliau lupa untuk menceritakannya kepada Musa Mereka kemudiannya meneruskan lagi perjalanan siang dan malamnya dan pada keesokan paginya, “     Nabi Musa berkata kepada Yusya` “Bawalah ke mari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini.” (Surah Al-Kahfi : 62)     ”
 Ibn `Abbas berkata, “Nabi Musa sebenarnya tidak merasa letih sehingga baginda melewati tempat yang diperintahkan oleh Allah supaya menemui hamba-Nya yang lebih berilmu itu.” Yusya’ berkata kepada Nabi Musa, “     “Tahukah guru bahwa ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak lain yang membuat aku lupa untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu kembali masuk kedalam laut itu dengan cara yang amat aneh.” (Surah Al-Kahfi : 63)     ” Musa segera teringat sesuatu, bahwa mereka sebenarnya sudah menemukan tempat pertemuan dengan hamba Allah yang sedang dicarinya tersebut. Kini, kedua-dua mereka berbalik arah untuk kembali ke tempat tersebut yaitu di batu yang menjadi tempat persinggahan mereka sebelumnya, tempat bertemunya dua buah lautan. “     Musa berkata, “Itulah tempat yang kita cari.” Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. (Surah Al-Kahfi : 64)     ”
Terdapat banyak pendapat tentang tempat pertemuan Musa dengan Nabi Khaidir as. Ada yang mengatakan bahwa tempat tersebut adalah pertemuan Laut Romawi dengan Parsia yaitu tempat bertemunya Laut Merah dengan Samudra Hindia. Pendapat yang lain mengatakan bahwa lautan tersebut terletak di tempat pertemuan antara Laut Roma dengan Lautan Atlantik. Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahwa lautan tersebut terletak di sebuah tempat yang bernama Ras Muhammad yaitu antara Teluk Suez dengan Teluk Aqabah di Laut Merah. Setibanya mereka di tempat yang dituju, mereka melihat seorang hamba Allah yang berjubah putih bersih. Nabi Musa as pun mengucapkan salam kepadanya. Nabi Khaidir menjawab salamnya dan bertanya, “Dari mana datangnya kesejahteraan di bumi yang tidak mempunyai kesejahteraan? Siapakah kamu?” Jawab Musa, “Aku adalah Musa.” nabi Khaidir as bertanya lagi, “Musa dari Bani Isra’il?” Nabi Musa as menjawab, “Ya. Aku datang menemui tuan supaya tuan dapat mengajarkan sebagian ilmu dan kebijaksanaan yang telah diajarkan kepada tuan.”

Nabi Khaidir as menegaskan, “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-samaku.” (Surah Al-Kahfi : 67) “Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah sebahagian daripada ilmu karunia dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak kuketahuinya.” “     Nabi Musa as berkata, “Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun.” (Surah Al-Kahfi : 69)     ” “     Dia (Khaidir) selanjutnya mengingatkan, “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.” (Surah Al-Kahfi : 70)     ”

Perjalanan Nabi Khaidir as dan Nabi Musa as
Demikianlah seterusnya Nabi Musa as mengikuti Nabi Khaidir as dan terjadilah beberapa peristiwa yang menguji diri Nabi Musa as yang telah berjanji bahwa dia tidak akan bertanya sebab sesuatu tindakan diambil oleh Nabi Khaidir as. Setiap tindakan Nabi Khaidir a.s. itu dianggap aneh dan membuat Nabi Musa as terperanjat. Kejadian yang pertama adalah saat Nabi Khaidir menghancurkan perahu yang ditumpangi mereka bersama. Nabi Musa as tidak kuasa untuk menahan hatinya untuk bertanya kepada Nabi Khaidir as. Nabi Khaidir as memperingatkan janji Nabi Musa as, dan akhirnya Nabi Musa as meminta maaf karena kalancangannya mengingkari janjinya untuk tidak bertanya terhadap setiap tindakan Nabi Khaidir as.

Khidir membunuh seorang anak yang sedang bermain dengan kawan-kawannnya. Peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh Nabi Khidir tersebut membuat Nabi Musa tak kuasa untuk menanyakan hal tersebut kepada Nabi Khidir. Nabi Khidir kembali mengingatkan janji Nabi Musa, dan beliau diberi kesempatan terakhir untuk tidak bertanya-tanya terhadap segala sesuatu yang dilakukan oleh Nabi Khidir, jika masih bertanya lagi maka Nabi Musa harus rela untuk tidak mengikuti perjalanan bersama Nabi Khidir. Selanjutnya mereka melanjutkan perjalanan hingga sampai disuatu wilayah perumahan. Mereka kelelahan dan hendak meminta bantuan kepada penduduk sekitar. Namun sikap penduduk sekitar tidak bersahabat dan tidak mau menerima kehadiran mereka, hal ini membuat Nabi Musa as merasa kesal terhadap penduduk itu. Setelah dikecewakan oleh penduduk, Nabi Khaidir as malah menyuruh Nabi Musa as untuk bersama-samanya memperbaiki tembok suatu rumah yang rusak di daerah tersebut. Nabi Musa as tidak kuasa kembali untuk bertanya terhadap sikap Nabi Khaidir as ini yang membantu memperbaiki tembok rumah setelah penduduk menzalimi mereka. Akhirnya Nabi Khaidir as menegaskan pada Nabi Musa as bahwa beliau tidak dapat menerima Nabi Musa as untuk menjadi muridnya dan Nabi Musa as tidak diperkenankan untuk terus melanjutkan perjalannya bersama dengan Nabi Khaidir as.

 Selanjutnya Nabi Khaidir as menjelaskan mengapa beliau melakukan hal-hal yang membuat Nabi Musa as bertanya. Kejadian pertama adalah Nabi Khaidir as menghancurkan perahu yang mereka tumpangi karena perahu itu dimiliki oleh seorang yang miskin dan di daerah itu tinggallah seorang raja yang suka merampas perahu miliki rakyatnya. Kejadian yang kedua, Nabi Khaidir as menjelaskan bahwa beliau membunuh seorang anak karena kedua orang tuanya adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi dewasa dapat mendorong bapak dan ibunya menjadi orang yang sesat dan kufur. Kematian anak ini digantikan dengan anak yang sholeh dan lebih mengasihi kedua bapak-ibunya hingga ke anak cucunya. Kejadian yang ketiga (terakhir), Nabi Khaidir as menjelaskan bahwa rumah yang dinding diperbaiki itu adalah milik dua orang kakak beradik yatim yang tinggal di kota tersebut. Didalam rumah tersebut tersimpan harta benda yang ditujukan untuk mereka berdua. Ayah kedua kakak beradik ini telah meninggal dunia dan merupakan seorang yang sholeh. Jika tembok rumah tersebut runtuh, maka bisa dipastikan bahwa harta yang tersimpan tersebut akan ditemukan oleh orang-orang di kota itu yang sebagian besar masih menyembah berhala, sedangkan kedua kakak beradik tersebut masih cukup kecil untuk dapat mengelola peninggalan harta ayahnya. Dipercaya tempat tersebut berada di negeri Antakya, Turki.

perbuatan yang telah dikerjakan Nabi Khaidir as. Akhirya mengerti pula Nabi Musa as dan merasa amat bersyukur karena telah dipertemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang sholeh yang dapat mengajarkan kepadanya ilmu yang tidak dapat dituntut atau dipelajari yaitu ilmu ladunni. Ilmu ini diberikan oleh Allah SWT kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Nabi Khaidir as yang bertindak sebagai seorang guru banyak memberikan nasehat dan menyampaikan ilmu seperti yang diminta oleh Nabi Musa as, dan Nabi Musa as menerima nasehat tersebut dengan penuh rasa gembira. Saat mereka didalam perahu yang ditumpangi, datanglah seekor burung lalu hinggap di ujung perahu itu. Burung itu meneguk air dengan paruhnya, lalu Nabi Khaidir as berkata, “Ilmuku dan ilmumu tidak berbanding dengan ilmu Allah, Ilmu Allah tidak akan pernah berkurang seperti air laut ini karena diteguk sedikit airnya oleh burung ini.” Sebelum berpisah, Nabi Khaidir as berpesan kepada Musa: “Jadilah kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa tujuan. Janganlah pula apabila kamu melakukan kekhilafan, berputus asa dengan kekhilafan yang telah dilakukan itu. Menangislah disebabkan kekhilafan yang kamu lakukan, wahai Ibnu `Imran.”

Hikmah kisah Nabi Khaidir as

Dari kisah Nabi Khaidir as ini kita dapat mengambil pelajaran penting. Diantaranya adalah Ilmu merupakan karunia Allah SWT, tidak ada seorang manusia pun yang boleh mengklaim bahwa dirinya lebih berilmu dibanding yang lainnya. Hal ini dikarenakan ada ilmu yang merupakan anugerah dari Allah SWT yang diberikan kepada seseorang tanpa harus mempelajarinya (Ilmu Ladunni, yaitu ilmu yang dikhususkan bagi hamba-hamba Allah yang sholeh dan terpilih) Hikmah yang kedua adalah kita perlu bersabar dan tidak terburu-buru untuk mendapatkan kebijaksanaan dari setiap peristiwa yang dialami.

Hikmah ketiga adalah setiap murid harus memelihara adab dengan gurunya. Setiap murid harus bersedia mendengar penjelasan seorang guru dari awal hingga akhir sebelum nantinya dapat bertindak diluar perintah dari guru. Kisah Nabi Khaidir as ini juga menunjukan bahwa Islam memberikan kedudukan yang sangat istimewa kepada guru.
http://silverheritage.blogspot.my

Lain2 Artikel menarik
1. .Sejarah pemimpin Islam di Asia Timur
2.  Kebangkitan-dari-timur
3.  ada-hikmah-di-sebalik-sesuatu-taqdir Allah swt

Sumber TKO - 28-6-2016



Patutkah Disandingkan Ikhlas Dengan Bakhil?

Posted on Saturday, June 25 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30708

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan 
kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau berderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengatahuanNya.”  al-Baqarah: 268


“Naungan bagi seseorang mukmin pada Hari Kiamat ialah sedekahnya.”
                                                                                Hadis Nabi s.a.w.

Amalan sedekah merupakan tuntutan yang sangat dititikberatkan dalam Islam selain daripada sistem zakat. Umat dituntut malah disuruh berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Lalu kita keluarkanlah sebahagian daripada harta benda dan wang kita untuk diisi ke dalam saku orang yang memerlukan, tabung-tabung masjid, peti-peti derma dan  dana-dana fi sabilillah.

Kita sedar dan sentiasa menyedari tentang pentingnya keikhlasan dalam amalan derma. Tidak dinafikan bahawa insan yang memahami agama selalu mengutamakan keikhlasan dalam beramal. Atas kesedaran itu,  ada di kalangan kita yang menghulurkan kepingan syiling. Ada yang menyumbangkan RM 1  dan  RM2 dan ada pula yang sanggup menyumbangkan sehingga beribu-ribu ringgit dalam dana-dana tertentu.

Persoalannya ialah siapakah kita, berapakah  pendapatan kita dan banyak manakah harta kita? Persoalannya ialah wajarkah kita mendermakan sekadar  seringgit dua asalkan ikhlas sedangkan wang dalam dompet kita terselit beratus-ratus ringgit. Masihkah umat ini mengamalkan  falsafah ‘biarlah 10 sen asalkan ikhlas’? Wajarkah kita sumbangkan RM1 sedangkan kita mempunyai wang dalam bank puluhan ribu ringgit? Inilah persoalan dalam anjakan pemikiran ini.

Semasa kita memasukkan syiling-syiling lebihan belanja untuk tabung  masjid, apakah yang tersembunyi di hati kita? Semasa kita mengambil RM1 daripada ratusan ringgit di dalam dompet kita untuk didermakan kepada jihad, apakah yang bermain di dalam kepala  kita? Apakah yang menggoda  ketika kita telah berasa banyak dengan RM10  daripada puluhan ribu ringgit di dalam bank untuk dimasukkan ke dalam tabung fakir miskin? 

Apabila kita sudah menderma RM100 untuk perjuangan mendaulatkan hukum Allah sedangkan kita adalah seorang hartawan, maka adakah kita sudah berasa lebih daripada orang lain?

 Wahai umat yang mulia dengan Islam, sebenarnya apakah yang tersembunyi di hati kita selain keikhlasan? Jawapannya ialah tak  lain tak bukan; itulah sifat yang dinamakan bakhil. Tilik pandanglah sifat kedekut yang terselit kejap di lipatan amal kita.

Wajarkah kita sandingkan sifat ikhlas bersama sifat bakhil di persada iman kita? Bukankah satu itu sifat mahmudah  dan satu lagi sifat mazmumah ? Sedarlah bahawa perjuangan menegakkan hukum Tuhan dan usaha meninggikan syiar Islam memerlukan umat yang mempunyai hati seperti Saidina Abu Bakar dan Abdul Rahman bin Auf. Hati insan seperti mereka boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja sama ada  nelayan atau  petani, apatah lagi seorang hartawan. Persoalannya ialah berapakah kadar yang kita   dapat hulurkan untuk fisabilillah nisbah dengan harta yang kita miliki. Ingatlah, apakah yang masih tersembunyi di lipatan hati ketika di lipatan yang satu lagi kita telah mengatakan ‘saya ikhlas’. Mudah-mudahan ia bukanlah sifat kedekut yang Allah benci. Renung-renungkanlah dan tilikpandanglah.



Sumber TKO - 25-6-2016



Salute! Reaksi Pemain Bola Muslim Dilontar Roti ‘Babi’ (bersama video)
Posted on Friday, June 17 @ 15:10:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=30552

Berpuasa mengajar kita sabar, tapi sejauh mana kita boleh menunjukkan sikap sabar sehingga sekelian manusia boleh melihat kebaikan Islam?

BAGI pemain bola sepak, bulan Ramadan antara tempoh paling mencabar buat mereka kerana terpaksa menggunakan tenaga fizikal.

Bagaimanapun bagi pemain bola sepak beragama Islam, itu bukan cabaran terbesar melebihi kerenah sesetengah penyokong pihak lawan yang kadangkala bersifat rasis terhadap orang muslim.

Antara yang pernah ditimpa dugaan terbesar adalah pemain Kelab Bayern Leverkusen yang berasal dari Turki, Hakan Calhanoglu.

Mungkin ada yang sudah pernah melihat klip video di bawah namun bagi yang belum menontonnya, insiden yang berlaku penghujung November tahun lalu telah mengubah persepsi pihak tertentu terhadap agama Islam yang disangkakan punyai kaitan dengan keganasan.

Rakaman memaparkan Calhanoglu sedang bersedia hendak lakukan tendangan percuma apabila ada penonton Kelab Schalke yang menjadi lawan bertindak membaling roti berinti babi ke arahnya.

Ramai menjangkakan sesiapa pun yang berada di tempat Calhanoglu akan naik angin sebaliknya beliau sedikit pun tidak marah sebaliknya memungut roti berkenaan, menciumnya tanda menghargai makanan sebelum diletakkan di tepi padang.

Perbuatan Calhanoglu mendapat pujian ramai apabila rakamannya dimuat naik di YouTube dan perbuatan individu Islamophobia terhadap pemain bola itu dikecam hebat daripada masyarakat umum tanpa mengira agama.

Moralnya.. sentiasalah bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Xob_FkEQ000
Sumber TKO - 17-6-2016

Sumber TKO - 17-6-2016


Bagaimana Hukum Membuang Makanan di Sampah?

Posted on Tuesday, June 14 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
مٍ



Salah satu pemandangan yang menyedihkan adalah sikap sebagian orang yang suka membuang-buang makanan. Bahkan kadang membuang makanan yang masih sangat layak untuk dikonsumsi.

Salah satu perbuatan yang dibenci Allah adalah membuang-buang harta. Termasuk diantaranya, membuang-buang makanan.

Dari Mughirah bin Syu’bah  radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ كَرِهَ لَكُمْ ثَلاَثًا قِيلَ وَقَالَ ، وَإِضَاعَةَ الْمَالِ ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ
Sesungguhnya Allah membeci kalian karena 3 hal: “katanya-katanya” (berita dusta), menyia-nyiakan harta, dan banyak meminta. (HR. Bukhari 1477 & Muslim 4578).

Dalil lain yang menunjukkan wajibnya memuliakan makanan adalah hadis tentang larangan menjadikan tulang untuk istinjak. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ وَلاَ بِالْعِظَامِ فَإِنَّهُ زَادُ إِخْوَانِكُمْ مِنَ الْجِنِّ
Janganlah kalian beristinjak dengan kotoran atau dengan tulang, karena tulang adalah bahan makanan saudara kalian dari golongan jin. (HR. Turmudzi 18 dan dishahihkan al-Albani).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kita untuk menghormati makanan jin muslim. Dengan cara, tidak menggunakan tulang untuk istinjak. Karena tulang akan terkena najis. Sehingga, makanan manusia, harus lebih dimuliakan. Ulama menyebutnya denganqiyas aula (analogi superlatif).

Di samping itu, diantara bukti rasa syukur seseorang adalah dia hormati nikmat itu, dan bukan dihinakan.

Atas pertimbangan ini, para ulama melarang keras menghina makanan atau memposisikannya di tempat yang tidak terhormat.

Kita akan lihat beberapa keterangan ulama dalam masalah ini,

Pertama, keterangan dari Sufyan at-Tsauri – ulama tabi’ tabi’in –

Yahya bin Said menceritakan,

كَانَ سُفْيَانُ الثَّوْرِىُّ يَكْرَهُ أَنْ يُوضَعَ الرَّغِيفُ تَحْتَ الْقَصْعَةِ
Sufyan at-Tsauri membenci orang meletakkan roti di bawah piring. (HR. Turmudzi – keterangan hadis no. 1965).

Kedua, keterangan Hasan al-Bashri

Beliau menceritakan hukuman yang pernah Allah berikan kepada masyarakat yang tidak memuliakan makanan,

كَانَ أَهْلُ قَرْيَةٍ أَوْسَعَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ حَتَّى إِنَّهُمْ كَانُوا يَسْتَنْجُونَ بِالْخُبْزِ ، فَبَعَثَ اللَّهُ


عَلَيْهِمَ الْجُوعَ حَتَّى أَنَّهُمْ كَانُوا يَأْكُلُونَ مَا يَقْعُدُونَ بِهِ
Ada sebuah penduduk desa yang Allah beri kelapangan dalam masalah rizki. Sampai mereka melakukan istinjak dengan roti. Akhirnya Allah kirimkan penyakit lapar, hingga mereka makan makanan yang mereka duduki.  (Ibnu Abi Syaibah no. 36788)

Ketiga, keterangan Muhammad al-Baqir

Ibnu Abid Dunya dalam kitabnya Islahul Mal, menyebutkan riwayat dari Ja’far bin Muhammad, dari ayahnya, Muhammad al-Baqir (Abu Ja’far), beliau mengatakan,

كَانَ بَنُو إِسْرَائِيلَ يَسْتَنْجُونَ بِالْخُبْزِ , فَسَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمُ الْجُوعَ , فَجَعَلُوا يَتْبَعُونَ حُشُوشَهُمْ فَيَأْكُلُونَهَا
Dulu, Bani Israil pernah beristinjak dengan roti. Hingga Allah kirimkan rasa lapar kepada mereka, hingga mereka mencari-cari di toilet mereka untuk dimakan. (Ibnu Abid Dunya – Islah Mal – no. 344)

Keempat, keterangan al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani,

Dikutib dalam risalah Masail Ajaba ‘anha al-Hafidz (permasalahan yang dijawab al-Hafidz Ibnu Hajar)

Beliau pernah ditanya tentang hukum menghinakan roti? Apakah boleh membuangnya di tanah? dan apakah kita harus mengagungkannya?

Jawaban al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani,

لا أعلم أحدًا من العلماء قال بجواز إهانة الخبز، كإلقائه تحت الأرجل، وطرح ما تناثر منه في المزبلة مثلاً أو نحو ذلك، ولا نصّ أحد من العلماء على المبالغة في إكرامه، كتقبيله مثلاً، بل نصّ أحمد رضي الله عنه على كراهة تقبيله ،
Saya tidak mengetahui ada seorangpun ulama yang mengatakan, “Boleh menghinakan roti.” Seperti diinjak, atau membuang roti sisa di tempat sampah atau semacamnya. Dan tidak ada satupun ulama yang menyarankan untuk berlebihan dalam memuliakan roti, seperti mencium roti. Bahkan Imam Ahmad radhiyallahu ‘anhu menegaskan dibencinnya mencium roti (dalam rangka memuliakan).

ومع عدم القائل بجواز الإهانة فيضاف إلى من أهانه استلزام ارتكاب عموم النهي عن إضاعة المال، فيمنع من طرحه تحت الأرجل، لأنّ الغير قد يتقذّر بعد ذلك، فيمتنع من أكله، مع الاحتياج إليه
Disamping tidak ada ulama yang membolehkan menghinakan roti, perbuatan semacam ini berarti melanggar larangan tentang menyia-nyiakan harta. Sehingga terlarang menginjaknya di kaki. Karena orang lain bisa merasa jijik setelah itu. Sehingga tidak mau memakannya, padahal dia sangat membutuhkannya.

Selanjutnya al-Hafidz menyebutkan bahwa hadis yang memerintahkan memuliakan roti adalah hadis  yang dhaif dan maudhu’. Sehingga tidak bisa jadi dalil. Seperti hadis yang diriwayatkan Thabrani,

“Muliakanlah roti, karena Allah memuliakannya. Siapa yang memuliakan roti maka Allah akan memuliakannya.” Hadis ini sanadnya dhaif.

(Masail Ajaba ‘anha al-Hafidz, hlm. 20).

Sekalipun keterangan di atas berbicara tentang roti, namun ini berlaku untuk semua makanan. Karena roti adalah bahan makanan pokok bagi mereka. Dan tentu saja ini berlaku untuk semua makanan.

 Allahu a’lam.

Sumber: konsultasisyariah.com



Sumber TKO - 14-6-2016



Gambar viral di surau, Acappan nafi peluk Islam


Posted on Monday, June 13 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SELEPAS dikatakan sudah memeluk Islam, pelawak Acappan tampil menafikan perkara tersebut dan meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tersebut.

Menurut Acappan, foto-foto yang viral di laman sosial sejak semalam itu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi, Petaling Jaya.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu," katanya dipetik Mstar Online.

Acappan bagaimanapun mengakui dia sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam.
Sebelum ini, Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan dikatakan telah memeluk Islam dan menggunakan nama Shahrin Abdullah selepas beberapa foto dia berbuka puasa bersama rakannya di surau tersebar.

Rakan artis lain yang turut berada dalam gambar-gambar yang disebarkan itu adalah pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.

Tambah Acappan, dia dijemput oleh seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama.

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).

"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya. - SH

Sumber TKO - 13-6-2016


Ajaib, 5 Penyakit Ini Boleh Sembuh Dengan Berpuasa

Posted on Monday, June 13 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Puasa merupakan salah satu beribadah yang menahan hawa nafsu. Selain menjalankan perintah Allah, puasa juga berguna untuk kesihatan baik fizikal dan juga mental. Hal itu disebabkan karana puasa dihubungkan dengan sistem detoksifikasi atau pengeluaran toksin dari dalam badan.

Bahkan juga, dengan berpuasa seorang boleh terlepas dari pelbagai penyakit. Diambil dari buku Therapy Puasa: Faedah Puasa Dilihat Dari Prespektif sains moden, karangan Dr Abdul Jawwad ash-Shawi, puasa boleh menyembuhkan beberapa penyakit berisiko, sebagai berikut.

  1. Penyakit-penyakit akibat obesiti, seperti, arterisklerosis (penebalan pembuluh nadi), hipertensi (desakan darah) serta sebahagian penyakit jantung.
  2. Sebahagian penyakit aliran darah periferal, umpamanya penyakit raynaud serta penyakit Buerger.
  3. Penyaki-penyakit yang disebabkan oleh pengumpulan toksin serta sisa-sisa yang berisiko didalam badan.
  4. Penyakit radang sendi (gout) akut (rematoid). Ini cuma boleh dirawat dengan therapy puasa yang berkaitan.
  5. Puasa dapat mengimbangi penambahan keasidan perut, yang nanti menolong menghindar serta menyembuhkan menyingkirkan luka lambung dengan ubat yang sesuai sama.

Terkecuali menyembuhkan penyakit, puasa juga mempunyai banyak faedah dari sisi kesihatan yang lain yakni, dengan berpuasa memberi peluang pada mesin-mesin pencernaan serta penyerapan dalam system pencernaan. System itu untuk menggerakkan manfaatnya dengan cara maksimum serta prima. Puasa juga memberi masa rehat fisiologi untuk system pencernaan.



Diluar itu, rasa haus yang disebabkan puasa boleh menolong penyediaan kuasa ke dalam badan serta tingkatkan kekuatan belajar dan menguatkan ingatan. Serta sedikit yang tahu bila dengan berpuasa boleh tingkatkan kesuburan lelaki



Sumber TKO - 13-6-2016


Halau Anak-Anak Ke Belakang...

Posted on Wednesday, June 08 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



Abdullah bin Syaddad meriwayatkan bahawa ayahnya berkata: "Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam menemui kami saat hendak mengerjakan salah satu solat malam (iaitu Maghrib atau Isyak) sambil membawa Hasan atau Husain. Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam maju dan meletakkan cucunya tersebut lalu mengucapkan takbiratul-ihram dan memulai solat. Di tengah solat, beliau sujud cukup lama".

Ayahku berkata: "Maka aku mengangkat kepala, lalu tampaklah cucu beliau yang masih kecil itu sedang bermain di atas belakang beliau, sedangkan beliau tetap sujud. Maka aku pun sujud kembali.



Setelah selesai solat, para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, engkau sujud terlalu lama di tengah-tengah solat tadi, sehingga kami mengira telah terjadi sesuatu, atau engkau sedang menerima wahyu".



Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda: "Semua dugaan kalian tidaklah terjadi. Akan tetapi cucuku ini sedang naik ke belakangku seperti sedang menunggang kendaraan. Aku tidak ingin menyudahinya sampai dia benar-benar berhenti sendiri" [HR. Nasa’i no. 1141].



Pengajaran yang patut "Ultra Konservatif Melayu Nusantara" ambil dari hadis di atas:



1- Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.



2- Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.



3- Nabi tidak menghalau anak kecil ke balakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.



4- Tiada istilah "putus saf" jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.



5- Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?



6- Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.



7- Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti meraka.



8- Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam yang termasuk juga anak-anak kecil. 



Surau dan Masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.



9- Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatunya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah. Ibu bapa pula, tertanggungjawalah terhadap anak masing-masing.



10- Meletakkan anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain ianya juga merbahaya kerana memudahkan penculikan berlaku. 



Perkara ini pernah terjadi beberapa kali di dalam Malaysia. Yang terbaru terjadi penculikan 3 hari lepas sewaktu si ayah sedang bersolat di hadapan dan anak-anaknya solat di saf belakang.



Sumber TKO - 8-6-2016


Apa hukum berus gigi pada bulan puasa?

Posted on Tuesday, June 07 @ 20:23:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan bahawa amalan bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak.

Menurut Asri, walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa ubat gigi pada masa kini tidak boleh digunakan kerana mempunyai rasa tertentu, ia merupakan kenyataan yang tidak kukuh kerana kayu sugi pada zaman dahulu juga turut mempunyai rasa yang tersendiri.

“Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.
“Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang,” katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook nya hari ini.

Dalam pada itu, Asri memaklumkan bahawa walaupun terdapat sabda Rasullullah yang mengatakan bau mulu orang berpuasa lebih harum di sisi ALLAH, namun ia tidak bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan individu lain menghidu bau busuk dari mulutnya.
Ujar beliau, perkara ini akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada masyarakat bukan Islam terhadap Muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan serta boleh menghilang gambaran keindahan agama ini.

“Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semula jadi ataupun naturality agama ini.

“Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut,” katanya.

Oleh sebab demikian, Asri berharap agar masyarakat Muslim tidak menjadikan faktor bau mulut sebagai penyebab kepada keresahan orang lain terhadap individu yang berpuasa.
“Berpuasa dan bersugilah,” katanya.

Sumber TKO - 7-6-2016


Kahwin campur Chindian Muslim

Posted on Tuesday, June 07 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah



AMPANG  -  Lazimnya kita biasa melihat perkahwinan campur antara kaum Cina dan India melahirkan anak ‘Chindian’ (gabungan singkatan Cina dan India).

Manakala agama dianuti golongan ini kebiasaannya Kristian, Hindu atau Buddha. Namun, berbeza dengan agama dianuti pasangan ini, Jasmeen Tay Abdullah dan suaminya, Omar
Nathan Abdullah, yang merupakan pasangan Chindian Muslim.

Keunikan ini mendorong penulis bertemu dengan pasangan ini yang mengusahakan gerai makanan berkonsepkan Chindian Muslim di Taman Ampang Jaya.

Bagi segelintir pihak, perkahwinan campur dianggap  unik kerana mempraktikkan dua budaya yang berbeza.

Kata Omar, 48, dia dan isterinya adalah mualaf yang memeluk Islam sebelum masing-masing mendirikan rumah tangga.

Omar berasal dari Muar, Johor, manakala Jasmeen dari Kuala Lumpur, dipertemukan oleh sahabat sebelum  berkahwin selepas enam bulan berkenalan.

Mahligai yang dibina sejak 1999 atas restu kedua-dua keluarga itu, dikurniakan dua cahaya mata, Mohd Aiman, 14, dan Ameera Hidayah, 9.

Cabaran sebagai mualaf

Berkongsi kisah sebelum memeluk agama Islam, Jasmeen berkata, keinginan datang secara perlahan-lahan mengenali Islam sejak berada di tingkatan enam.

“Sewaktu itu, saya belajar subjek Sejarah Islam. Cikgu Naimah yang mengajar ketika itu membuatkan saya tertarik hati. Caranya mengajar memudahkan pemahaman saya mengenai Islam di zaman itu.

“Saya mengetahui lebih banyak mengenai Islam. Tetapi ketika itu tidak terfikir memeluk Islam. Sewaktu bekerja, pergaulan dengan rakan-rakan Islam mendorong lebih mengenali Islam dan akhirnya saya memeluk Islam secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga pada 1994,” katanya.

Menurut Jasmeen, selama dua tahun dia merahsiakan identitinya sebagai mualaf daripada pengetahuan keluarganya, sehinggalah ibunya mula mengesyaki sesuatu.

“Saya terpaksa solat secara sembunyi di rumah atau melakukannya di luar,” katanya.

Kata anak kedua daripada enam beradik itu, setelah rahsianya terbongkar, sudah pasti penerimaan keluarga agak kurang senang.

“Mulanya mereka agak terkejut dan sedih tetapi lama kelamaan mereka terima keputusan saya untuk berhijrah  ke agama Islam,” katanya.

Begitu juga dengan  Omar, yang menempuhi pelbagai rintangan dan halangan sebelum
memeluk Islam pada usia 21 tahun.

“Penerimaan keluarga pada awalnya agak kurang senang, tetapi lama kelamaan mereka menerimanya dengan hati terbuka,” katanya.

Malah setelah mengetahui dirinya seorang Muslim, ibu Omar yang sangat berpegang teguh kepada agama Hindu, turut mengejutkan dan memasak hidangan ketika sahur.

“Mereka menghormati keputusan saya itu. Begitu juga dengan keputusan saya untuk mengahwini Jasmeen, gadis Cina mualaf,” katanya.

Menurut Omar, keputusannya memeluk agama Islam bukanlah disebabkan ingin berkahwin semata-mata.

Memandangkan masih lagi mengamalkan dua budaya meskipun beragama Islam, perkahwinan Omar dan Jasmeen turut diraikan ahli keluarga mengikut amalan agama masing-masing.

“Di sebelah keluarga isteri, kami diraikan dengan ‘upacara teh’ untuk menghormati ahli
keluarga yang lebih tua.

“Manakala di sebelah pihak saya, kami suami isteri diraikan memakai pakaian tradisional India dan bertemu sanak saudara,” katanya.

Teruja sambut tiga perayaan

Menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan Deepavali, Omar bersama isteri dan anak-anaknya tidak melepaskan peluang mengunjungi kaum keluarga.

“Anak-anak yang lebih teruja, kerana kami menyambut tiga jenis perayaan iaitu Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Aidilfitri.

“Mereka yang lebih seronok, dapat angpau ketika berkunjung ke rumah saudara mara mereka
di sebelah pihak saya dan isteri. Ketika perayaan Aidilfitri pula, kaum keluarga saya dan isteri pula datang ke rumah kami,” katanya.

Omar berkata, anak-anaknya diajar memahami budaya dua kaum ini meskipun beragama Islam.

“Meskipun anak- anak tidak boleh berbahasa Kantonis mahupun Tamil, tapi mereka boleh memahami bahasa tersebut,” katanya yang berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu di rumah.

Pelajari budaya berbeza

Bagi Jasmeen, meskipun berbangsa Cina, dia tidak kekok  belajar memahami budaya dan cara hidup masyarakat India.

“Walaupun ibu mertua tidak boleh berbahasa Melayu, sedikit demi sedikit saya belajar bahasa Tamil untuk memudahkan komunikasi. Setiap kali pulang, dia ajar saya memasak hidangan kesukaan suami,” katanya.

Malah katanya, keluarga besar kedua belah pihak amat menghormati mereka sebagai sebuah keluarga Islam.

“Mereka akan pastikan makanan dimasak daripada sumber halal dan guna peralatan
berasingan,” katanya.

Berkongsi keakrabannya dengan mertua berlainan bangsa, Jasmeen berkata, mereka sekeluarga akan pulang awal untuk sama-sama membuat persiapan perayaan, mengemas rumah dan membuat kuih.

Popularkan makanan Chindian Muslim

Tidak mempunyai pengalaman  dalam bidang masakan bukan halangan sama sekali untuk Jasmeen membuka gerai makanan.

Atas sokongan Omar, Jasmeen menjual makanan Cina halal seperti Dim Sum, Loh Mai Kai
(nasi pulut), Chee Cheong Fan, Yong Tau Fu  dan pelbagai menu lagi.

Katanya, pengalaman kerja sebagai freelance breastfeeding consultant yang tidak menentu menyebabkan dia beralih ke perniagaan makanan.

Kata Jasmeen, pengalaman berniaga di bazar Ramadan empat tahun lalu, memberi hasil sekali gus  mereka berjaya membuka gerai sendiri.


  “Bubur ayam ‘Po Po’ antara  kegemaran pelanggan. Ini  resipi keluarga saya,” katanya. - SH

Sumber TKO - 7-6-2016



Bohong Yang Dibenarkan Dalam Islam

Posted on Thursday, May 26 @ 19:20:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Soalan : Saya ingin bertanya adakah ada dalam Islam bohong yang di benarkan? Minta pencerahan ustaz.

Jawapan :
Dari Ummu Kultsum binti Uqbah radhiallahu anha bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيْرًا أَوْ يَقُولُ خَيْرًا
“Bukanlah disebut pembohong orang yang menyelesaikan perselisihan di antara manusia dengan cara dia menyampaikan hal-hal yang baik atau dia berkata hal-hal yang baik”. (HR. Al-Bukhari no. 2692 dan Muslim no. 2605)

Maksudnya: Walaupun apa yang dia sampaikan atau katakan itu tidak benar, akan tetapi dia mengucapkannya agar terwujud perdamaian di antara kedua belah pihak.
Dalam riwayat Muslim ada tambahan:
وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ الْحَرْبُ وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا
“Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya bohong yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Bohong dalam peperangan, bohong untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan bohong suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.”

Nota Editor:
Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.

Sumber TKO - 26-5-2016



7 Doa Yang Patut Setiap Ibu Amalkan Demi Anak-Anak

Posted on Sunday, May 22 @ 07:20:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kami ingin kongsikan kepada anda senjata yang paling utama dan berkuasa bagi umat islam
lebih-lebih lagi untuk seorang insan yang dianugerahkan gelaran ibu. Tahukah anda, doa
seorang ibu itu mampu menembusi langit? Doa yang sangat mudah untuk Allah makbulkan.

Kami tahu, perihal doa ini tidak ada syarat yang utama. Maksudnya, untuk doa anda
dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa, tidak ada syarat-syarat yang ditetapkan Allah, cukup
sekadar ikhlas dan penuh berharap. Tetapi alangkah cantiknya, jika kita memperkemas dan mengamalkan doa-doa yang diambil daripada kalam Allah. Kan? Kalau sukar menghafal dalam bahasa arab, cukup menghafal terjemahan doa tersebut dalam bahasa melayu pun tidak mengapa.

Yang penting apa?

Ikhlas.
Berharap.

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19

“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.  Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.  Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal

Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud

 “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, 
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” 

4. Doa supaya anak rajin  kerjakan solat

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap 
mendirikan solat.  Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku.  Ya Tuhan kami beri ampunlah aku 
dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari 
kiamat).

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.  Amalkan membaca
doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya. 

5. Doa anak taat perintah Allah

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau 
dan (jadikanlah)  di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini.  Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

6. Doa agar anak dengar kata

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.

“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim. 
Atau Al-Hasyar ayat 22-24

“ Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, 
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Dialah  Allah yang tiada Tuhan selain 
Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.  Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. 

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik.  Bolehlah amalkan
surah di bawah ini.

Surah Al-Imran ayat 8-9

“ Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada 
kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.  Ya Tuhan 
kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya.  Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

Sumber TKO - 22 - 5-2016



Viral 'telur halal' keterlaluan, kata Jakim

Posted on Saturday, May 21 @ 21:02:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan tindakan pengeluar mengedarkan telur ayam dicop logo halal seperti yang tersebar di media sosial sebagai keterlaluan.


Jakim melalui Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya berkata, tindakan syarikat pengeluar yang meletakkan logo halal pada setiap telur adalah bercanggah dengan peraturan berkaitan label logo halal.

"Sebagai makluman pengguna, Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan terhadap produk telur ayam adalah bagi memastikan proses pembersihan dan pembungkusan tidak melibatkan proses yang meragukan.

"Pengguna adalah dinasihatkan agar berhati-hati di dalam memilih dan mempercayai viral yang disebarkan khususnya sebelum menyebarkannya semula," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, gambar telur ayam yang dicop 'halal' dengan dakwat warna hijau tersebar di media sosial.

Sehubungan itu, Jakim meminta orang ramai merujuk laman webnya atau direktori Halal Malaysia mengenai sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan.

Sumber TKO - 21-5-2016


'Stress' asyik disuruh jadi lelaki sejati


Posted on Friday, May 20 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SHAH ALAM – Jutawan kosmetik yang mencuri tumpuan baru-baru ini dengan berita penghijrahannya, Saifuddin Illias, 22 atau lebih dikenali dengan nama Safiey Illias akui tertekan dengan ‘cadangan’ yang dibuat orang ramai melalui media sosial dalam usaha untuk beliau 

menjadi lelaki sejati.

Ada yang meminta Safiey menyimpan janggut dan misai, pergi ke gimnasium untuk menjadi
kekar, bermain bola dan macam-macam lagi.

“Kadang-kadang saya ‘stress’ sendiri baca komen-komen anda . Suruh ‘sado’, suruh bela janggut, suruh pergi gimnasium, suruh ‘tough’ (tegap), suruh simpan misai, suruh main bola, suruh lepak mamak tengok bola.

“Saya pun tak faham kenapa anda suka sangat ‘highlight’ (beri penekanan) tentang dunia.
Mungkin niat baik anda nak saya jadi lelaki sejati macam suami dan diri anda tapi terus terang
saya kata saya tak boleh,” tulisnya dalam kemas kini status di laman sosial Facebook.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa golongan transgender atau mak nyah perlu mengikuti jejak langkah Safiey yang kembali ke
pangkal jalan untuk menjadi lelaki semula.

Beliau berkata, tindakan Safiey itu merupakan usaha yang baik dan perlu dicontohi golongan transgender yang jauh tersimpang daripada ajaran Islam.

Menurutnya, masa yang ada sekarang ini beliau perlu gunakan untuk memikirkan Akhirat dan belajar.

“Sekarang dah tak ada masa saya nak fikir hal-hal dunia. Banyak lagi amalan dan ilmu agama
yang saya perlu tebus, qada’ dan belajar.

“Hal dunia ini sumpah saya tak sempat nak buat. Saya pun dilahirkan memang tak berbulu
sangat dan saya bersyukur atas apa yang ALLAH bagi.

“Jangan kata saya tak berdoa pula, dah hari-hari menangis teriak minta ALLAH tumbuhkan
janggut supaya tak ‘stress’ dengan komen anda semua tapi ALLAH tak makbul lagi,” katanya.


  Sebelum mengakhiri tulisannya, beliau sempat bertanya apa konsep lelaki sebenar di mata
orang ramai.

Sumber TKO - 20-5-2016



Lelaki ini meneruskan solat walaupun tubuhnya sedang terbakar


Posted on Friday, May 20 @ 19:09:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pihak kami tidak dapat mengesahkan dimana kejadian ini berlaku. Begitu tinggi iman beliau . Beliau sedang bersolat tapi dibakar namun beliau tetap meneruskan solat hingga selesai walaupun dalam keadaan terbakar



Sumber TKO - 20-5-2016



BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .

Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;

"Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur "
...
Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;
"Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya.."

Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.

Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;
-
Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.
Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .
12 bulan X 60 = RM720

Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160
-
Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.
Lalu terkenangkan zaman kecilnya.

Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.
Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia.

Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.
"Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi.."

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: "Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do'akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu".

Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

"Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo'a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian.."
Semoga Bermanfaat.
---
Jangan biarkan bacaan bermakna ini tenggelam di newsfeed anda, jadikan ladang pahala dgn berkongsi ke orang lain.

Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukan lah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.

PARA SUAMI pula , ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.
BERTOLAK ANSUR DAN BERTIMBANG RASA.


Orang Orang Ini Rajin Solat Tapi Mendapat Murka Allah..?? Mengapa??

Posted on Wednesday, May 18 @ 16:21:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Rasulullah saw bersabda: Islam dibangun di atas lima hal; bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan shalat. (HR Bukhri dan Muslim).


Seorang Muslim tentu sudah paham betul bahwa sholat merupakan tiang dari dien ini.


Oleh karena itu, ketika muadzin mengumandangkan adzan, kaum muslimin berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah Allah Taala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris rapi di belakang imam shalat mereka. Mulailah kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allah Taala dan begitu khusyu menikmati shalat sampai imam mengucapkan salam. Dan setelah usai, masing-masing kembali pada aktifitasnya.

Imam Hasan al-Bashri rahimahullh pernah mengatakan: Wahai, anak manusia. Shalat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika shalat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum shalat.

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: Barang siapa yang memelihara sholat, maka sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara sholat, maka sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. (Tabyinul Mahaarim).

Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahwa: 10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya:

1. Lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Lelaki yang mengerjakan sholat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya
4. Lelaki yang melarikan diri.
5. Lelaki yang minum arak tanpa mau meninggalkannya (taubat).
6. Perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Perempuan yang mengerjakan sholat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba.
10. Orang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar.

Sabda Rasulullah SAW, Barang siapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah.

Imam Hassan r. a berkata : Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.


Subhanallah.. Semoga kita semua terhindar dari segala amal ibadah dan perbuatan yang tidak diridhai oleh Allah SWT.. Amiin Amiin Ya Rabbal alamiin.

Sumber TKO - 18-5-2016



Dua Gambar Sadiq Khan Dato Bandar London Untuk Anda Berfikir

Posted on Friday, May 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



New London mayor Sadiq Khan takes the bus to work on first day of office. A fine example for a leader to set.



Kita tak perlu susun susun fakta dan argumen. Hujah sudah ada dalam warna warni gambar. Berhadapan dengan medan elit yang rumit dan masyarakat yang kurang membaca (terutamanya sejarah), item seperti ini lebih hampir dan lebih menggerakkan massa.

- untuk siapa yang tak kenal orang dalam gambar, Sadiq Khan, baru menang jadi yb london. Not so muslim London mayor.

You call this a Muslim?

Sumber TKO - 13-5-2016



Tahu, tetapi keliru

Posted on Friday, May 13 @ 06:22:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Oleh kerana masih ada cendekiawan Islam percaya dan mengatakan Yahudi dan Nasrani  ahli kitab dan agamanya, agama samawi juga,maka penulis cuba buat analisis dengan membaca beberapa buah buku perbandingan agama agar biar tahu jangan keliru.

Yang peliknya, kebanyakan yang tahu itu,tetapi keliru dan mengelirukan, terutama sekali orang awam yang ada telinga, tapi tidak mendengar. Yang ada mata tidak melihat dan yang ada mulut bercakap ikut sedap. Yang ada otak tetapi tidak berfikir panjang.

Sesungguhnya keterangan kitab kitab perjanjian lama dan perjanjian baru yang menyatakan Tuhan adalah Esa, sedang menurut Bable ajaran kristian Tuhan adalah Esa juga, tetapi dengan tiga Oknum, iaitu Allah bapa,anak Allah dan Roh kudus. (Dr D. Bakker)



Menurut Talmud ajaran yahudi  Uzair sebgai anak Allah. Orang orang Yahudi mengatakan Uzair itu putera Allah dan orang Nasrani berkata, Al Masih (Isa as) itu anak Allah. Bermakna sah antara agama Yahudi dan Nasrani punya persamaan mengenai Tuhan sekalian alam.

Sesungguhnya kitab  perjanjian lama mengatakan bahawa Tuhan dari dahulu kala adalah Esa  dan tidak ada Tuhan yang lain daripadanya. Dalam kitab Yesaya tersebut seperti berikut;

“Ingatlah segala perkara yang dahulu daripada awal zaman, bahawa aku ini Allah, tiada lagi Allah yang lain atau sesuatu yang setara dengan aku” (Yesaya 46: 9)

Demikian, inilah firman Tuhan orang Israil dan penebusannya, iaitu Tuhan satu sekalian alam. Aku ini yang pertama dan aku ini yang terkemudian, kecuali aku tiadalah yang ilah adanya (yesaya 44:6)

Disini dapat difahamkan bahawa Orang Israil (Bani) bukan Yahudi. Bermakna Yahudi adalah suatu gelaran baru (macam munafik dalam Islam ) pada orang Bani Israil yang dianugerahkan oleh Allah kerana paling degil (tidak berperikemanusiaan) apabila diberi kitab taurat dan Injil ditakwil dan diselewengakan. diutus nabi di bunuh.

“Supaya dari pada msyrik sampai kepada magrib diketahui orang, bahawa kecuali aku tiada ilah lagi: akulah Tuhan dan tiadalah lain” (Yesaya 5: 6)

Seterusnya Nabi Musa AS  telah mengajarkan dengan tegas bahawa Tuhn adalah Esa dan selain Tuhan yang Esa itu tidak ada Tuhan lagi. Dalam kitab Taurat tersebut seperti berikut;
“Dengarlah olehmu hai Israil  sesungguhnya Hua, Allah kita, Hua itu esa adanya” (ulangan 6: 4).

“Maka sekarang ketahuilah olehmu dan perhatikanlah ini baik baik bahawa Tuhan itu adalah, baik di langit yang diatas, baik dibumi yang dibawah, dan kecauli ia tiadalah lain lagi” (ulangan 4: 39)

“Maka kepadamulah ia itu ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahawa Tuhan itulah Allah dan kecuali Tuhan yang Esa tiadalah yang lain lagi” (ulangan4:36)

Ini menunjukkan agama Yahudi bukan berasal dari agama samawi dan berdustalah sesiapa yang mengatakan yahudi agama samawi. Yahudi juga bukan ahli kitab. Ahli kitab sebenarnya ialah Bani Israil yang percaya Allah itu Esa.Mereka tidak takwil isu kandungan Taurat, Zabur dan Injil.

Seterusnya Nabi Isa atau Yesus mengajarkan juga dengan tegas bahawa Tuhan itu adalah esa. Dalam kitab perjanjian baru tersebut seperti berikut;

“Maka jawap Yesus kepadanya : Hukum yang terutama ialah, dengarlah olehmu, Hai Israil, adapun Allah Tuhan kita, ialah Tuhan yang esa” (Markus 12: 29).

Inilah hidup yang kekal,iaitu supaya mereka itu mengenal Engku, Allah yang Esa dam benar, Dan Yesus kristus yang telah engkau suruhkan” (Yahya 17: 3).

Ayat ayat injil yang tersebut diatas menyatakan dengan tegas bahawa Yesus mengajarkan Tuhan adalah Esa. Oleh sebab itu semua pengaikutnya yang benar benar setia mempercayai bahawa Tuhan itu adalah esa.

Maka jelaslah agama Kristian bukan berasal dari agama samawi  dan berdustalah mereka yang mengatakan Kristin juga agama samawi dan orang orang krsitian yang dikatakan ahli kitab itu sebenarnya mereka bukan ahli kitab,kerana ahli kitab semuanya mempercayai bahawa Allah itu Esa tidak sepertimana kristian yang mengatakan Tritunggal, iaitu  tiga dalam satu.


Demikianlah keterangan kitab kitab perjanjian lama dan perjanjian baru yang menyatakan Tuhan adalah Esa, sedangkan menurut ajaran kristian,sepertimana yang kita ketahui Tuhan adalah Esa dengan tiga oknum iaitu  Allah bapa, anak Allah dan Roh kudus yang sama sekali kontradik  satu sama lain.

Sumber TKO - 13-5-2016



Mengkritik kritikan Xifu Naser

Posted on Wednesday, May 11 @ 07:03:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



PEMIKIR kritis mampu menganalisis pelbagai isu dari sudut yang berbeza, tidak hanya tertumpu kepada sama ada air di dalam gelas itu separuh penuh atau separuh kosong. Bagaimanapun, dalam proses tersebut, seorang pemikir kritis mungkin akan berlebihan menganalisis sesuatu perkara; seolah-olah membesar-besarkan perkara yang kecil. Otak mereka memproses sesuatu pada tingkat yang tinggi, mencari penyelesaian yang kompleks sedangkan masalah mungkin sederhana sahaja.


Minggu lepas, sahabat saya, Xifu Naser, mengkritik masyarakat kita yang terlalu mengagungkan pendakwah selebriti dan meminggirkan pendakwah tanpa nama dan gambar. Maka bertalu-talu komen yang kasar serta kesat dihamburkan dalam laman Facebook Sinar Harian. Ramai yang marah.

Apa yang saya lihat, Xifu Naser banyak mengkritik manhaj dan ideologi, bukannya mengkritik individu secara personal. Namun, masyarakat Malaysia agak sensitif bila dikritik. Mereka akan terus melenting tanpa memikirkan dan mencerna apa yang dibaca terlebih dahulu. Hati jadi panas, meronta-ronta. Masing-masing menjadi gopoh untuk memberikan tindak balas.

Saya baca tulisan Xifu Naser beberapa kali. Beliau memuji dan mengetengahkan pendakwah yang senyap. Menurut beliau, pendakwah senyap inilah yang sebenarnya memperkenalkan Islam kepada Nina Grace dan pendakwah ini lebih hebat daripada Dr Zakir Naik (DZN). Di penghujung artikel tersebut kita faham bahawa beliau merujuk kepada yang memberi hidayah; tak lain tak bukan, ALLAH SWT. Tiada yang salah mengenai kenyataan itu.

Bagaimanapun, di bahagian lain artikel tersebut, saya akui cara penyampaiannya mungkin menampakkan seolah-olah Xifu mengkritik DZN dan anak-anak didiknya.

Menerima kritikan bukanlah mudah. Kata pepatah Cina, orang yang memuji itu adalah musuh kamu dan orang yang mengkritik itu adalah teman sebenar. Ini selaras dengan syiar Islam. Bersyukurlah apabila dikritik kerana mungkin itu adalah cara ALLAH mendidik hati kita. Sekurang-kurangnya didikan untuk bersabar sekiranya kritikan itu tidak betul.

Sebagai seorang Muslim, apa yang penting adalah apa-apa yang mendekatkan kita dengan ALLAH SWT. Maka, jika dibandingkan di antara pujian dan kritikan atau tohmahan, maka kritikan dan tohmahanlah yang lebih berpotensi mendekatkan kita dengan ALLAH.
Walau bagaimanapun, kritikan juga perlulah dilakukan dengan cara berhikmah demi menjaga hubungan sesama insan. Dengan cara itu juga, ia akan diterima baik dan membuahkan hasil yang lebih baik bagi semua, insya-ALLAH.

Siapa pun kita, sama ada yang mengkritik atau dikritik, niat perlu dibersihkan agar tidak berasa diri lebih baik. Kritikan sebahagiannya berasal daripada prasangka sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berhati-hatilah kamu dari berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maka Rasulullah SAW memberi peringatan, “Sebaik-baik manusia adalah yang menahan lidah dan tangannya dari menyakiti orang lain”. Sabda Nabi SAW lagi, “Berbicaralah dengan mereka sesuai dengan kemampuan akal mereka”.

Dunia dakwah ini boleh diibaratkan sebagai permainan bola. Setiap orang ada peranan masing-masing. Penjaga gol akan memastikan gawang tidak ditembusi, manakala pemain pertahanan membantu penjaga gol dengan menjaga benteng pertahanan. Pemain tengah pula mengawal corak serangan dengan bantuan pemain sayap yang akan mengumpan bola kepada penyerang untuk menjaringkan gol.

DZN boleh diibaratkan penyerang yang menjaringkan gol kemenangan apabila berjaya memimpin Nina Grace untuk mengucap dua kalimah syahadah. Kita tidak menafikan sumbangan pengurus pasukan bola, jurulatih, serta pemain simpanan yang turut menyumbang kepada kehebatan pasukan. Tetapi kita juga tidak boleh menyalahkan penyerang apabila disanjung oleh masyarakat umum kerana menjaringkan gol kemenangan.

Oleh itu, saya melihat DZN tidak wajar disalahkan jika beliau mendapat sorakan serta liputan media. Beliau juga tidak minta untuk disanjung. Beliau hanya menjalankan tugas dakwah sebagaimana rakan-rakan lain menjalankan dakwah masing-masing dengan cara dan melalui media yang pelbagai.

Sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam, adalah lebih afdal bagi kita memberi sokongan dalam perkara makruf, memfokuskan pada persamaan dan kebaikan, mengutamakan budaya hormat-menghormati serta adab komunikasi, daripada membesar-besarkan perbezaan dan kesilapan kecil. Apatah lagi apabila tindakan-tindakan kita menjadi ikutan anak-anak muda dan generasi baharu yang mungkin juga berminat untuk berdakwah.

* Penulis Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan

Sumber TKO - 11-5-2016




Haram dan Berdosa Besar Membeli Secara Ansuran di Courts Mammoth

Posted on Friday, May 06 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Riba adalah ziyadah atau increment atau excess pada  perkara tertentu lebih menjurus kepada terlebih pada sesuatu iaitu
1)      Di dalam hutang
Cth: Beri RM1000, minta bayar balik dalam RM1100, maka RM100 adalah riba samada rasa tertindas atau tidak rasa tertindas

2)      Bayaran secara bertangguh
Cth: Perlu bayar RM2000 dalam masa 5 bulan, si penghutang tidak membayar dalam  jangkamasa tersebut,  lalu si penghutang beri tangguh dengan dikenakan syarat dari  RM2000 menjadi RM2050 kerana kelewatan membayar. RM50 itu adalah riba

3)      Riba dalam pertukaran barang dengan barang, terdapat 6 jenis barang
Cth: Tukar emas lama iaitu 2g dengan emas baru 3g. Jika ada pertambahan/pengurangan maka ia adalah riba

4)      Bayar emas dalam waktu yang bertangguh

Ulama iaitu Umar Al-Khatab menyarankan untuk kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami riba.

Umar Al-Khatab: “Aku berharap Nabi Muhammad s.a.w tidak meninggalkan kita dalam keadaan kita tidak didedahkan secara terperinci berkenaan dengan 3 perkara iaitu perwarisan harta cucu oleh datuknya, kalalah (harta si mati yang tidak meninggalkan waris atau mempunyai waris) dan jenis-jenis riba. (Riwayat Al-Bukhari)

Imam Ibn Kathir (ulama yang sohor): “ Bab riba adalah bab yang susah untuk difahami”

Imam Abu Hamid Al-Ghazali: “Bab riba adalah bab yang sukar untuk diajari”

Pengajian bab riba adalah tanda keimanan dan ketakwaan yang tinggi kerana kesukarannya untuk memahami, untuk pelajari dan untuk menjauhinya  (ada disebut dalam Surah Al-Baqarah)

Di dalam pengajaran riba ada pandangan ekstrem, tasahul (ringan/mudah) dan wasati (seimbang dan equilibirilium). Namun pandangan wasati yang dilebihkan kerana lebih tepat dan mantap pada sesuatu zaman untuk mengelak kesukaran kepada masyarakat.

Cth pandangan wasati: Tidak riba jika penjual menaikkan harga sesuatu barang


Riba dalam bentuk pinjaman
Dalam bahasa arab 2 jenis pinjaman iaitu
Qar, pinjaman dengan bayaran dalam bentuk yang sama. Cth:  Duit seringit dengan duit seringit, beras (long grain) dengan beras (long grain yang sama)
I’arah, pinjaman dengan bayaran dalam bentuk yang berbeza, Cth: iPad2 (umur 2 tahun) dengan iPad2 (1 tahun)

Persepakatan ulama silam, pinjaman dalam bentuk Qar atau I’arah jika disyaratkan pembayarannya samada di dalam bentuk berlainan seperti hadiah, melebihi daripada pinjaman permulaannya adalah haram dan RIBA.

Cth dalam konteks semasa,

Pinjaman wang dengan bank konvensional untuk membeli kereta iaitu RM100K, 10 % bayar deposit dan 90% lagi dari ‘loan’ bank konvensional. Bank kovensional beri pinjam RM100k yang perlu dibayar dalam jangkamasa 5 tahun dengan pertambahan interest iaitu 4%. Maka 4% itu adalah RIBA. Ada yang menggunakan hujah inflasi bagi menerima interest 4% dengan mengatakan harga RM1 pada tahun 2000 adalah berlainan dengan harga RM1 dalam tahun 2012. HUJAH INFLASI TIDAK DITERIMA DI DALAM ISLAM

PEMBELIAN KERETA DENGAN PINJAMAN DARIPADA BANK KOVENSIONAL ADALAH RIBA.

Sesiapa yang mengambil atau memberi RIBA adalah mengisytiharkan perang dengan ALLAH S.A.W dan RASULLAH S.W.T

Rasullah bersabda, dosa sesiapa yang terlibat dengan RIBA, walaupun sebanyak 1 dirham  (RM20) bersamaan dengan berzina sebanyak 36 kali. Akibat dosa begini iaitu riba yang tidak disedari antara punca penyebab solat kurang khusyuk, doa tidak diterima, tidak mahu nasihat dsb.

Rasullah juga bersabda, riba boleh datang dalam 72 pintu, yang paling ringan dosanya umpama seorang lelaki berzina dengan ibunya dan untuk perempuan, umpama berzina dengan bapanya.
 
Pinjaman untuk rumah yang dibuat dengan bank konvensional  selain riba terdapat juga GHARAR (penambahan yang tidak tahu berapa nilainya)
Cth: pinjaman RM200k dengan interest 4% dan pertambahan BLR-2.0%. BLR itu adalah gharar dimana nilainya mengikut  ekonomi Malaysia yang tidak diketahui dinilainya.

Maka, dosa meminjam duit dengan bank konvensional untuk membeli rumah adalah LEBIH BERDOSA berbanding dengan beli kereta kerana adanya GHARAR.
 
  Kad kredit dengan bank kovensional. Pembelian barang dengan kad kredit konvensional  ada tempoh untuk membayarnya (Cth:20 hari). Jika tidak membayarnya akan dikenakan RIBA. Jika membayarnya dalam tempoh tersebut juga adalah RIBA kerana kita menyokong urusniaga dengan bank konvensional iaitu si penjual (merchant) akan memberi sebanyak 2-3% kepada pengeluar kad konvensional.


SOALAN 1: Pinjaman dengan kad kredit konvensional iaitu sebanyak RM3000 dengan 0% interest selama 3 bulan. Selepas 3 bulan, interest akan dikenakan adalah 6.5%. Adakah 6.5% adalah riba?

SOALAN 2: Pembiayaian dengan Bank Islam ada dinamakan keuntungan dengan akad adakah bersamaan dengan pinjaman dengan bank konvensional yang ada perjanjian?

SOALAN 3: Dalam perjanjian pinjaman konvensional jika kita menanda tangani adalah mengiyakan pinjaman tersebut adakah riba?

JAWAPAN: Kad kredit konvensional yang menawarkan pinjaman yang dikenakan 6.5% selepas 3 bulan adalah RIBA. Maka perlulah selesaikan secepat mungkin jika sudah melakukannya samada masih dalam tempoh atau melebihi tempoh pembayaran kerana kita sudah menyokong urusniaga bank konvensional  tersebut.

Rasullah bersabda, akan dilaknati orang yang MEMBERI, MENERIMA, menjadi SAKSI dan PENULIS perjanjian urusniaga RIBA

Pembiayaian dengan bank Islam yang mempunyai akad yang ada kontrak dan rukun dan juga apa yang dijualnya adalah berbeza dengan bank konvensional . Si penerima akad tersebut perlu melihat dengan teliti dokumen tersebut sebelum mengiyakan dan menandatangani perjanjian.

Di dalam Fiqh Islam keredhaan dengan sesuatu pada permulaan adalah juga redha pada pengakhirannya. Maka menandatangi perjanjian pinjaman konvensional yang dimana akan dikenakan riba pada masa akan datang, maka pada ketika itu kita terlibat dengan riba.


SOALAN 4: Apa beza BFR (Islamic housing loan) dengan BLR (Conventional housing loan)?

SOALAN 5: Status Amanah Saham Bank Rakyat?

SOALAN 6:  Bagaimana kita hendak menghapuskan dosa lepas kerana melakukan riba?

 SOALAN 7: Status pinjaman perumahan dengan menggunakan ‘goverment loan’ ada kaitan dengan riba atau tidak?

SOALAN 8: Pembelian kereta dengan CIMB Islamik dengan akad adakah terlibat dengan riba?

SOALAN 9: Pembelian rumah dengan pinjaman daripada bank konvensional, hendak membeli dengan cash tidak mampu, maka bagaimana dengan pinjaman tersebut dan alternative untuk mengelaknya?

JAWAPAN: Beza antara BFR (Base Financing Rate) dengan BLR (Base Lending Rate). BLR adalah kadar benchmark untuk kadar pinjaman bank konvensional atau kos pinjaman duit. Bank –bank islam tiada pinjaman, hanya ada pembiayaan. Bank-bank islam menggunakan duit yang didapatkan daripada orang ramai untuk membeli asset dan menjual asset kepada pelanggan mereka. Kebanyakkan orang tidak mengetahui mengenai asset yang dibeli kerana tidak membaca kontrak.  Walaubagaimanapun kadar BFR dan BLR adalah sama tetapi BFR adalah halal

Perumpamaan BFR  adalah: Membuka kedai daging halal lembu Australia di tempat yang tiada kedai daging halal, si penjual daging halal akan meninjau harga daging semasa dan menjual daging dengan harga yang sama dengan daging di kedai daging tidak halal.

Dividen saham Bank Rakyat adalah patuh syariah dan halal

Maksud dalam surah Al-Baqarah ayat 277-278:
Maka apabila datang peringatan tentang dosa-dosa riba, yang terlibat dengan riba hendaklah dengan SEGERA BERHENTI.

Ada 4 perkara hendak hapuskan dosa jahil tentang riba.
Berhenti dengan segera melakukan perkara RIBA
Minta taubat
Banyakkan sedekah
Perbanyakkan bercerita dan ajari tentang riba dan dosa riba kepada orang lain bagi menunjukkan kita bersungguh-sungguh memerangi riba dan menutup kesalahan kita ketika melakukan riba

Pinjaman perumahan bagi kakitangan kerajaan telah ada 2 bentuk iaitu konvensional dan islamik. Orang Islam MESTI mengambil yang islamik. Status pinjaman yang telah dibuat boleh dirujuk pada kontrak pinjaman perumahan. Kontrak islamik dinyatakan tentang BBA (al-Bai' Bithaman Ajil), jika tiada minta untuk ditukar

Status pembelian kereta dengan CIMB Islamik adalah halal

Perumahan tidak perlu beli dengan cash. Islam membenarkan pembelian secara bertangguh tetapi hendaklah dituliskan hutang tersebut bagi mengelakkan kelupaan. Maka pembelian rumah boleh dibeli dengan bayaran bertangguh dimana rumah tersebut dibeli melalui bank, bank akan melakukan transaksi pembelian dengan pemaju dan menjual semula kepada kita dan kita membayar secara bertangguh. Hanya bank-bank islamik sahaja melakukan transaksi begini. Dengan itu cara selamat mengelak riba adalah melakukan pembiayaan rumah atau refinancing dengan bank-bank islamik.


SOALAN 10: Mengadai emas di kedai pajak yang mengenakan bayaran pajakan 1-2%. Jika tidak membayar dalam tempoh tertentu maka emas itu akan diambil oleh kedai pajak. Adakah perkara itu terlibat dengan riba?

JAWAPAN: Gadai emas perlu dipastikan samada Ar-Rahnu atau kedai pajak biasa. Jika kedai pajak biasa, ada RIBA. Jika Ar-Rahnu maka ia adalah patuh syariah.


SOALAN 11: 2 tahun selepas penyerahan rumah dikenakan bayaran lewat. Bolehkah pemaju kenakan denda tersebut dan adakah ianya riba? Bolehkah ditukar term kerpada denda lewat bayar?

JAWAPAN: Term tidak boleh diubah sendiri kerana berkaitan dengan kontrak dengan penjual.  DI dalam akta pembangunan perumahan mungkin terdapat klosa-klosa yang mengenakan denda apabila lewat bayar. Maka orang yang membuat akta tersebut dipertanggungjawabkan. Orang ramai yang dikenakan rukhsah atas pembayaran tersbut, namun haruslah berusaha sedaya-upaya untuk membayar sebelum tempoh itu tamat untuk mengelak riba


SOALAN 12: Kenapa bayaran pembiayaian bank –bank Islam lebih mahal berbanding dengan bank-bank konvensional

JAWAPAN: Sebenarnya pembayaran pembiayaian bank-bank islamik adalah murah. Anggapan mahal itu adalah kerana orang ramai tidak mengetahui cara mengiranya. Boleh rujuk di zaharudin.net.


SOALAN 13: Bolehkan duit dividen KWSP digunakan untuk membayar income tax?

JAWAPAN: Perjelasan dari sudut akademik, wang perlaburan KWSP adalah bercampur iaitu halal dan haram. KWSP mengatakan tidak banyak perlaburan halal dapat dilakukan sedangkan duit di dalam simpanan KWSP orang ramai adalah banyak. Maka duit KWSP dilaburkan di tempat patuh syariah dan yang haram. Jika tidak duit itu akan dorman atau beku jika tidak dilaburkan. Maka dividen yang didapati daripada KWSP adalah bercampur iaitu 30% dari sumber halal dan 70% adalah dari sumber haram. Maka 30% dividen bolehlah diambil dan 70% bolehlah didermakan untuk kegunaan umum. Oleh sebab bayaran income tax adalah berbentuk personal maka dividen KWSP tidak boleh digunakan kerana sebahagian besarnya adalah dari sumber yang meragukan. Apa sahaja duit yang HARAM tidak boleh digunakan untuk peribadi tetapi hendaklah disalurkan kepada kegunaan awam dan fakir miskin.


SOALAN 14: Adakah pertandingan memancing yang menawarkan hadiah yang lumayan tetapi dikenakan yuran penyertaan adalah riba?

JAWAPAN: Jika pertandingan memancing mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM50 bagi satu peserta. Pemenang hadiah adalah datang dari duit hasil kutipan yuran penyertaan sahaja maka ianya adalah JUDI. Jika hadiah datang dari penajaan sahaja tanpa melibatkan wang penyertaan maka ianya HARUS kerana wang penyertaan digunakan untuk pendaftaran dan hadiah yang diberikan adalah datang dari sponsor, dan pertandingan itu tidak melibatkan zero sum game and game of luck.

SOALAN 15: Pinjaman dengan bank islamik tetapi yang menguruskan pinjaman tersebut adalah orang bukan Islam dan tidak berlaku akad tetapi semua perjanjian telah ditandatangani. Bagaimana dengan status perjanjian tersebut?

SOALAN 16: Membeli rumah tetapi rumah atas nama isteri. Siapakah perlu membayar rumah tersebut samada suami atau isteri?

SOALAN 17: Bagaimana denifinisi keberkatan dalam hasil pendapatan. Adakah berkat itu diukur dengan banyaknya rezeki yang didapati?

JAWAPAN: Tiada pinjaman dalam bank-bank Islam tetapi hanya terdapat PEMBIAYAAN. Pembiayaan islamik tersebut diuruskan oleh orang bukan Islam adalah SAH. TIADA syarat sah jual beli yang mensyaratkan hanya beli dengan orang Islam.

Cth: Pengurusan masjid boleh meminta orang bukan Islam menjual kuih kepada orang Islam asalkan kuih dan cara penjualan adalah halal.

Rasullah s.a.w bersabda “ Tidak boleh kamu bersyarikat atau menjadikan partner kamu adalah orang bukan Islam kecuali urusan jual-beli adalah mengikut cara Islam, bermakna orang Islam boleh mengambil pekerja bukan Islam dan pakaiannya adalah seksi. Pihak pengurusan boleh secara beransur-ansur menyuruh orang bukan Islam berpakaian lebih sopan.

Jika rumah atas nama isteri itu dibeli oleh isteri maka si pembayar adalah antara si suami dan si isteri tetapi tanggungjawab menyediakan penginapan  adalah di atas bahu si suami maka suami lebih layak membayar kecuali jika si isteri secara ihsan bersetuju membayar dan rumah itu atas nama si isteri. Maka rumah itu adalah hak si isteri, jika si isteri meninggal, si suami tidak mempunyai hak harta pusaka atas rumah tersebut.

Defini keberkatan dalam rezeki tidak semestinya banyak. Berkat itu tidak terletak pada numbers tetapi ianya terletak pada hati seseorang dimana berkat itu apabila merasakan kecukupannya walaupun sedikit dan apabila banyak rezekinya, orang tersebut lebih suka memberinya. Jika orang yang berharta tetapi bakhil dan tidak mengeluarkan zakat maka rezeki itu adalah tidak berkat.

Rasullah s.a.w bersabda, harta yang baik adalah berada pada tangan orang yang baik dimana orang tersebut suka bersedekah dan membayar zakat.

 Contoh terbaik untuk melihat keberkatan adalah daripada Rasullah s.a.w, ketika baginda mendapat apa sahaja barang akan bersedekah barang tersebut. Ada hadis mengatakan, ketika rasullah s.a.w wafat, baginda tidak meninggalkan wang dan harta tetapi meninggalkan ilmu.

Keberkatan dalam perniagaan boleh dilihat semakin banyak keuntungan yang didapati semakin taat dan amanah orang tersebut/ pekerja di dalam syarikat tersebut seperti yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w  dimana baginda sangat amanah dalam urusniaga dan semakin ramai pelanggan  kerana akhlak baginda. Jika perniaagaan untung tetapi pekerja semakin banyak menipu, pecah amanah maka ianya tidak berkat.

KESIMPULAN: Tiada alasan untuk tidak tinggalkan riba. Rasullah s.a.w bersabda, “ sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah maka dia sudah berjaya menjaga maruah dan menegakkan agamanya dan sesiapa yang terlibat dengan syubhah maka dia akan jatuh dalam perkara haram.

Oleh Zaharuddin Abdul Rahman


Sumber TKO - 6-5-2016



Adapun orang orang yang kafir

Posted on Friday, May 06 @ 07:19:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Sebut sahaja pasal orang orang kafir semua sedia maklum dan faktanya mereka amat benci dengan orang baik terutama sekali nabi nabi. Allah subhanahu wataala beritahu menerusi Al Quran bahawa orang kafir amat benci dengan Nabi Muhammad SAW.Bukan nabi Muhammad SAW sahaja yang mereka benci, malah semua nabi nabi dan para rasul mereka amat benci dan membunuhnya.

Pendek kata semua nabi nabi yang diutuskan tidak diterima oleh penduduk setempat. Dengan itu  mereka berhijrah. Hinggakan Nabi Ibrahim as bapa para nabi dan khalilullah dan nabi Isa as  yang merupakan kalimullah dan rohnya serta para nabi yang lain yang semuanya mempunyai darjat yang tinggi dan kedudukan yang mulia telah dipandang hina oleh kaum keluargnya sendiri.Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as di bunuh hidup hidup. Nabi Musa as dikejar untuk dibunuh dan Nabi Isa as dibunuh dan disalib atas alasan tebus dosa.

Nabi Muhammad SAW hendak dibunuh oleh bapa saudaranya  sendiri Abu Jahal dan Abu Lahad, akan tetapi digagalkan Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika orang orang kafir (Quraisy) memikirkan sedaya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu dan membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipudaya dan Allah mengagalkan tipudaya (mereka),kerana Allah sebaik baik pembalas tipudaya” (surah al-Anfal ayat 30).



Acapkali percubaan dilakukan oleh orang orang kafir untuk membunuh Nabi Muhammad SAW akan tetapi Allah menyelamatkannya hingga berjaya berhijrah ke Madinah.Fakta sejarah, demikian betapa bencinya orang orang kafir terhadap manusia yang mulia. Apa pun orang baik kalangan mukmin juga ramai yang jadi mangsa, termasuk ribuan ulama dibunuh hidup hidup.



Peliknya, orang Islam telah diperintah oleh Allah supaya berkeras dengan kafir dan berlembut sesama muslim. Akan tetapi, ini sudah terbalik.Mereka berlembut dengan orang kafir dan berkeras  sesama muslim, malah sudah ada yang marah apabila kita kata kafir jahat, zalim dan kejam. Allah larang kita jadi macam kafir dan jangan ikut kafir, akan tetapi hari ini kebanyakan orang islam sudah jadi macam kafir dan ikut apa yang kafir kehendaki.Seronok pula dengan orang kafir.



Paling sedih sekali, Mustafa Kamal Ataturk (1881-1938) walaupun ada yang kata dia masih muslim, tetapi munafik. Tapi bagi penulis dia adalah seorang Yahudi (kafir) kerana telah mengubah sejarah umat Islam dengan sejarah Islam modern,(konon), iaitu menukar undang undang Islam kepada undang undang kafir. (Eropah).



Mustafa Kamal (1924-1938) meruntuhkan perpadun orang muslim dan misahkan kalimatnya serta menceraiberaikan penyatuan ummah, memutarbelit Islam dan menjatuhkan khalifah Islamiah yang merupakan tanda hakiki bagi perpaduan umat Islam.



Peliknya, semua lidah rakyat jelata Negara tersebut dan orang Islam memujinya dan manyamakan dirinya sama dengan pahlawan muslim sebelum ini walaupun jelas apa yang dilakukan itu suatu yang amat buruk implikasinya kepada imej Islam.



Paling aneh lagi dia memegang kuasa dalam segala perkara hingga menjadi seorang pemimpin yang tidak dapat dicabar, memecat para pemimpin yang tidak sebulu dengannya seperti memecat Muhammad VI dan memilih Abdul Majid bin Abdul Aziz menggantikannya.termasuk membunuh sesiapa yang menentangnya.



Paling malang sekali dia telah menghapuskan pemerintahan Khalifah dan mengumumkan pemerintahan sekular, Menghapus kementerian syariat , menghapuskan kementerian  wakaf dan menutup mahkamah syariat dan menggantikannya dengan mahkamah sivil (kafir)

Dia menghapuskan syariat Islam dan menggantikanya dengan peraturan dan undang undang Eropah (kafir).Menutup seluruh sekolah dan institusi Islam termasuk mengubah undang undang individu dan hukum harta pusaka dengan undang undang system keluarga Eropak (kafir).Menutup sebahagian besar masjid yang terdapat di Turki dan mengubahnya menjadi berbapa muzium dan gudang seperti masjid Aya Sufia masjid paling terkenal didunia islam.

Sehingga saat ini masjid bersejarah itu masih berupa muzium, miskipun banyak pihak mendesak dan menuntut supaya dibuka semula. Setakat hari ini masjid al Fatih yang dijadikan Farmasi dan masjid Aya Sofia belum ada tanda tanda akan dibukan semula.

Yang paling menyayat hati sekali , memansuhkan rukun Islam iaitu tidak membenarkan rakyatnya berpuasa, kerana puasa yang diwajib pada bulan Ramadan itu dikatakan boleh menjejaskan ekonomi Negara.



Dia melarang para penasihat untuk melaksanakan tugas menyebarkan kebenaran (dakwah) kalimat yang baik seperti melarang tutup aurat yang telah diwajibkan Islam. Wanita muslimat diwajibkan berpakaian Eropah  yang mempamerkan aurat dan melucutkan kerakyatan kepadan mereka yang berhijab.



Dia melarang lelaki memakai jubah dan serban dan mewajibkan berpakaian Eropah dan topi.Menghentikan pembelajaran disemua tempat dan halaqah.Menutup tempat tempat menghafal Al-Quran. Menghapuskan huruf Arab dan menggantikan dengan huruf Latin.

Mengharamkan khutbah dan azan dalam bahasa Arab serta menghapuskan segala system yang dinisbahkan baik dekat mahupun jauh kepada agama, kerana bencinya dengan Al Quran.termasuk menutup beberapa percetakan Arab yang terdapat di Turki khususnya di Istanbul.Ia sangat memusuhi pemikiran islam yang muncul untuk memajukan islam dan orang muslim, Juga melakukan serangan terhadap segala perkara yang berunsur islam yang berkaitan dengan orang Islam.



Tidak dinafikan ada orang islam yang bangun menentang, tetapi 90 peratus menyokong dan memuji tindakan jahat dan kejam itu,sehingga  Mustafa Kamal  berjaya bertindak membunuh hidup hidup dan memenjarakan rakyatnya yang menentang kerajaan sekular itu menerusi mahkamah kemerdekaan.



Yang menghairankan kita mengapa orang Islam tidak pernah percaya dengan penegasan Allah terhadap orang kafir sepertimana FirmanNya yang bermaksud: “Bagaimana boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu dan tidak akan menghormati perjanjian setianya. Mereka menjadikan kamu hati hanya dengan mulut mereka. Sedang hati mereka menolaknya: dan kebanyakan mereka adalah orang orang yang fasik” (surah At- Taubah ayat 8)



Kita enggan menerima bahawa kafir itu musuh Allah, musuh Nabi SAW dan musuh Islam sepertimana  firkmannya yang bermaksud: “Jika mereka dapat menguasa kamu, nescaya mereka menjadikan musuh yang merbahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan serta mereka suka kalaulah juga kamu menjadi kafir seperti mereka”( surah Al-Mumtahanah ayat 2).



Yang peliknya ada pula yang marah marah dengan penulis apabila menulis rencana mengenai Yahudi dan kristian. Bukan setakat itu sahaja malah ada yang mengatakan pendapat  itu adalah pendapat rasisme yang menjejas dan memburukkn imej Islam dengan alasan ia boleh menghalang kemajuan Islam dan sampai bila bila tidak boleh maju.



Mereka tidak sedar yang mereka telah menjadi lidah lidah kafir mengatakan kristian tidak bahaya,tak apa. boleh. Yahudi tidak salah dan tak apalah dan boleh, sedangkan tindakan itu menjurus untuk menghancurkan Islam sepertimana pernah berlaku dan di lakukan oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki (1924-1938)  dahulu dan kini (1924-2016)masih belum ada tanda tanda untuk kembali  mendaulatkan Islam.Tidak dinafikan sudah ada tanda tanda tapi hanya tanda tanda kecil sahaja.



Oleh kerana ada yang mengatakan Mustafa Kamal itu seorang munafik macam juga Abdullah bin Ubay maka sebagai kesimpulannya mari kita lihat firman Allah yang bermaksud: “Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) dua golongan terhadap kaum munafik itu,Pada hal Allah telah menjerumuskan mereka (kedalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan. Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang orang yang telah disesatkan oleh Allah.Pada hal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya. 



Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu, janganlah kamu mengambil (seorangpun) diantara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah kepada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka dimana sahaja kamu menemuinya dan jangan sekali sekali kamu mengambil (seorangpun) diantara mereka menjadi teman rapat atau penolong” (surah An Nisa ayat 88-89).



Kini orang Islam lebih seronok dengan kafir,malah gemar dan cenderung menolong orang orang kafir dan mengambil menjadi teman rapat dan wali (sebagai calon) dalam pilihanraya yang akhirnya mereka tawan dan membunuh orang orang Islam dimana mana sahaja mereka berada dan menemuinya sepertimana yang berlaku di Palestin,Bosnia, Kemboja, Thailand, Filifina,Myammar dan sebagainya.



Sumber TKO - 6-5-2016


Mulianya Si Tukang Sikat

Posted on Wednesday, May 04 @ 19:08:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sebenarnya wanita situkang sikat rambut puteri Firaun yang memerintah Mesir, tidak diketahui oleh sejarah nama sebenarnya. Dia hanya digelar Masyitah kerana tugasnya menyisir atau menyikat rambut puteri Firaun. Masyitah (ماشطة) bermakna tukang sikat, dari kata kerja ‘masyata’, ‘yamshitu’ ( مَشَطَ، يَمْشِطُ)yang bererti menyikat.

Suatu hari ketika beliau menyisir rambut puteri Firaun tersebut, sikatnya terjatuh. Ketika dia menunduk untuk mencapai sikat tersebut tersasul dari mulutnya , “Bismillah” (Dengan nama Allah) Puteri Firaun bertanya “Ayahku ke?” Tukang sikat itu menjawab, “Bukan, tetapi tuhan aku, dan ia adalah tuhanmu dan tuhan ayahmu juga.”

Puteri Firaun lantas mengadu kepada bapanya. Lalu Firaun memanggil tukang sikat tersebut dan menyoal , “Wahai perempuan! Kamu ada tuhan lain selainku? Siapa tuhanmu? “Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah” jawabnya. Firaun murka lalu menyuruh orangnya memanaskan minyak dalam kuali tembaga besar dan memerintah supaya dibawa ketiga-tiga anak tukang sikat tersebut.

Firaun kemudian memerintahkan orangnya menjulang anak sulungnya untuk dilempar ke dalam kuali tersebut.  “Amaran terakhir siapa tuhanmu?” bentak Firaun “Tuhan ku dan tuhanmu adalah Allah” Lalu dicampakkan anak tersebut ke dalam kuali, digoreng sehingga timbul tulang temulangnya. Perempuan tersebut melihat anaknya dengan linangan air mata.  Kemudian dibawa anak kedua. “Siapa tuhanmu?”  “Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah”

Anak keduanya juga dihumban ke dalam kuali, digoreng sehingga timbul tulang temulangnya.  Kemudian diambil pula anak bongsunya yang masih menyusu. Kali ini wanita itu, tergamam dan timbul perasaan kasih dan sayang pada anaknya itu. Perasaan kasihan kepada anaknya itu hampir membuatkannya mengalah.

Tetapi Allah maha kuasa, anak kecil itu tiba-tiba berkata, “Jangan takut ibuku, azab dunia lebih ringan dari azab akhirat. Katakanlah tuhanku dan tuhanmu adalah Allah” kata-kata yang hanya didengari oleh ibunya sahaja. Kali ini wanita itu bertempik “Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah” Lalu Firaun memerintahkan anak tersebut dicampak dengan ibunya sekali. Firaun kemudian memerintahkan agar tulang temulang mereka dikeluarkan dan dibuang di sebuah kawasan lembah
. ------------------
Ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW dibawa oleh Jibril AS melalui kawasan lembah tersebut. Di situ Rasulullah tercium bau yang sangat wangi seperti bau kasturi dan ‘Ambar’. “Alangkah wanginya. Bau apakah ini wahai Jibril?” Rasulullah bertanya “Itulah bau situkang sikat (ماشطة) dan anak-anaknya.” (Mafhum hadis riwayat Ad-Darimi, Imam Ahmad dan ibnu Hibban dengan sanad dari Ibnu Abbas) * Ujian yang Allah beri kepada kita sangat kecil. Ujian yang kecil, markahnya kecil juga. Ujian yang besar sudah tentulah syurga imbalannya. Ya Allah ya tuhanku janganlah Kau uji aku kecuali dengan ujian yang aku mampu hadapinya. Amin.

http://silverheritage.blogspot.my.

Lain2 artikel menarik
1.  syria-berdarah-ratusan-terkorban
2.  kisah-ashabul-kahfi-berapakah-bilangan
3. terungkap-misteri-koin majapahit yg tertera syahadah


Sumber TKO - 4-5-2016



Terkejut gambar Jesus pada kain

Posted on Sunday, May 01 @ 22:57:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Aizawati (kiri) menunjukkan kain dibelinya terdapat cetakan Jesus. Gambar kecil: cetakan yang dimaksud.


KUALA LUMPUR - Hasrat menjahit jubah untuk dipakai ketika Syawal ini terbantut selepas kain ela yang dibelinya di sebuah gedung pakaian di Jalan Tunku Abdul Rahman terdapat gambar Jesus.


Mangsa, Aizawati Che Salleh, 40-an, berkata, dia membeli kain sepanjang tiga meter itu di gedung berkenaan yang mengadakan promosi potongan diskaun, kelmarin.

Menurutnya, dia langsung tidak menyedari gambar Jesus berkenaan.

“Biasa sebelum beli memang tengok dulu kualiti dan coraknya tetapi semuanya nampak baik saja. Tetapi bila pulang pejabat, kawan perasan ada corak tersembunyi itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang bertugas sebagai Eksekutif Perhubungan Media sebuah syarikat swasta berkata, terkilan kerana perkara itu berlaku dan tidak tahu motif ia masuk dalam pasaran.

“Saya tanya kawan bukan Islam pun mereka pelik kerana mereka tak pakai kain ada gambar Jesus kerana melibatkan agama dan sensitif.

“Harap perkara ini dapat disiasat dan pengguna lebih berhati-hati kerana gudang tersebut agak popular dan kebanyakan pelanggannya Islam yang mahu membeli kain untuk persediaan Aidilfitri,” katanya.

Katanya, dia tidak bercadang mahu memulangkannya kepada gudang pakaian tersebut.
“Selalu juga ke sana dan ini kali pertama saya terbeli kain bercorak macam itu.

“Mungkin saya akan rujuk perkara ni dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sumber TKO - 1-5-2016


Hikmah Solat Dhuha, Tukang Kasut Mampu Miliki Kereta Mewah

Posted on Saturday, April 30 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



SEORANG lelaki mampu memiliki kereta mewah Toyota Camry 2.0 dan menunaikan umrah bersama isteri, hanya dengan mengumpul pendapatannya hasil membaiki kasut.

Jamaluddin Hamdan, 49, dari Kuching, Sarawak bekerja sebagai tukang kasut di RH Plaza yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Kuching.

Bermula sekadar hobi, namun lama-kelamaan ia menjadi minat dan mendatangkan hasil lumayan bagi dirinya dan keluarga.

Menurut Jamaluddin kepada sebuah portal, niatnya hanya mahu membantu orang lain di samping mencari pendapatan untuk diri sendiri.

“Saya kerja sebagai tukang kasut ni sebab nak tolong orang selepas tolong diri sendiri (cari duit) sebab ia merupakan hobi yang mendatangkan pendapatan.

“Kerja macam ini ada ‘income’ dan (paling penting) boleh tolong orang sebab kalau kasut terutama jenama mahal rosak sikit takkanlah nak buang,” katanya.

Tambahnya, sesetengah hobi tidak mendatangkan pendapatan namun sebaliknya pula dengan membaiki kasut.

Walaupun sudah lapan tahun menjadi tukang kasut, satu amalan yang tidak pernah ditinggalkan olehnya ialah solat Dhuha selain lima solat yang wajib.

“Rezeki Allah yang bagi jadi jangan tinggal solat, terutama solat sunat Dhuha antara Subuh dan Zohor, mohon agar rezeki dimurahkan.

“Kerja macam mana pun kalau tak solat rezeki yang diperoleh tidak akan rasa nikmat sebab kalau kita tinggal satu waktu (solat) akan rugi seribu waktu. Yang penting mohon pada yang Esa dan jangan sombong serta bongkak,” katanya lagi.

Jamaluddin tidak menafikan bahawa ramai beranggapan pekerjaan sebagai tukang kasut selalu dipandang remeh tetapi baginya sumber yang halal itu lebih penting.


“Tukang kasut ni kadang-kadang orang tak pandang sangat, ada yang pandang semacam (sebab itu) budak-budak sekarang lebih suka lepak dekat kafe, rata-rata tak nak kerja kotor macam ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 30-4-2016



Seorang Suami Mengadu Rezekinya Selalu Sempit, Terdiam Dengar Jawapan Ustaz Ini

Posted on Saturday, April 30 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Setiap hubungan yang dibina sudah pasti perlu diwangikan dengan kejujuran, keikhlasan dan iman untuk mendapat sebuah hubungan yang bahagia dan dirahmatiNya.

Selalu kita terdengar cerita ikatan perkahwinan merupakan satu asbab tuhan limpahkan rezeki kepada kita dan pasangan, tapi ada segelintir mendakwa apabila berkahwin kehidupannya makin sempit.

Kenapa ianya terjadi? sudah pasti ada salah dan silap yang kita lakukan atau tidak sedar.

Menulis di laman Facebook oleh Ustaz Ebit Lew dalm satu posting terbarunya membuatkan ramai suami bahkan isteri terkesan dengan penulisan beliau mengenai rezeki.

Beliau menulis kisah seorang lelaki yang mengadu rezekinya sempit, semuanya rasa tidak cukup, namun jawapan yang diberikan oleh Ustaz Ebit Lew ternyata membuatkan sang suami terdiam dan insaf.

Jom kita baca, apa yang ditulis oleh beliau.

Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz?
Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak...

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri. Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..

Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena...

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki...inikan bersama isteri kita yang tercinta.

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar

- Siakapkeli.my

Sumber TKO - 30--4-2016



Terengganu tunggu kertas cadangan Islamic School Zakir

Posted on Saturday, April 30 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


KUALA NERUS - Kerajaan negeri Terengganu masih menunggu kertas cadangan pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik berhubung hasrat awal untuk membangunkan sekolah berkonsepkan Islam atau 'Islamic School' di negeri ini.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, buat masa ini, belum ada keputusan berhubung cadangan itu kerana kerajaan negeri mahu meneliti cadangan itu secara keseluruhannya.

"Beliau perlu mengikut prosedur permohonan tanah seperti biasa di Tasik Kenyir (dan) perlu memohon dari Pejabat Tanah Hulu Terengganu, seterusnya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk aspek teknikal dan kemudian dibawa ke mesyuarat Exco.

"Jadi, permohonan ini akan diluluskan dalam mesyuarat Exco, bukan Menteri Besar. Saya tidak ada kuasa eksklusif untuk meluluskan permohonan tanah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Terengganu Halal Business Center dan Karnival Usahawan Anak Terengganu 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Roslee Daud dan Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri melihat cadangan itu akan memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan di Terengganu memandangkan pendakwah itu mempunyai ramai pengikut selain projek itu selaras hasrat kerajaan negeri menyuburkan dakwah dan syiar Islam di Terengganu.

"Ketika ini, beliau telah pun mempunyai Islamic School di Mumbai, India untuk melatih lebih ramai pendakwah sepertinya. Saya difahamkan, enam rakyat Terengganu turut menerima latihan di sekolah itu," katanya.

Dr Zakir Naik mengadakan syarahan umum di lima lokasi di Terengganu baru-baru ini. - Bernama

Sumber TKO - 30-4-2016



Sebarkan Ini: Kesilapan Mengira Umur Dalam Ibadah

Posted on Saturday, April 30 @ 06:35:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Tadi seorang ustaz mengajak ahli jamaah mengira bilangan waktu solat mengikut umur masing-masing. Tujuannya agar setiap orang bermuhasabah sebanyak mana solat yang ditunaikan dan sebanyak mana pula solat yang ditinggalkan sejak akil baligh. Sayangnya ada satu kesilapan ustaz.

Ustaz itu mengambil contoh seorang pemuda yang berumur 40 tahun. Katakan umurnya ditolak 15 tahun kerana  diandaikan umur balighnya 15 tahun. Maka 25 tahun adalah umur amalnya tercatat. Solat setiap muslim ialah 5 kali sehari X 365 hari ( 1 tahun) = 1 825 solat. 



Maka pemuda yang berumur 40 tahun sepatutnya telah mengerjakan solat sebanyak 25 tahun X 1 825 solat = 45 625 solat. Soalnya berapakah agak-agaknya jumlah solat yang telah ditunaikan oleh pemuda itu. Begitulah bagi semua orang. Ustaz mengajak kita bermuhasabah agar kita menyemak pelaksanaan solat kita. Cukupkah? Kemudian berjamaahkah? Sahkah ? Khusyukkah? Amat berharga sekali tazkirah yang disampaikan oleh ustaz.



Namun aku yang jadi makmum ini ingin berkongsi sedikit dengan tuan-puan sekalian. Sebenarnya ramai umat Islam salah dalam mengira bilangan ibadat masing-masing. Kita selalu bertolak dari umur 15 tahun. Nak bayar fidyah puasa, kira dari umur 15 tahun. Nak kira solat yang ditinggalkan kira dari umur 15 tahun. Di mana silapnya? Silapnya ialah ramai orang mengambilnya ikut Tahun Masehi. Sedangkan yang dikatakan paling lewat sampai umur ialah 15 tahun ialah mengikut Tahun Hijrah. Apa beza?



Bezanya ialah Tahun Hijrah awal 10 hari setahun berbanding Tahun Masehi. Maka 40 tahun, 40 X 10 hari = 400 hari, iaitu bersamaan 1 tahun 45 hari.  Jadi kalau umur seseorang itu 40 tahun ikut Tahun Masehi bermakna umur sebenarnya 41 tahun 45 hari ikut Tahun Hijrah . 41 tahun 45 hari – 15 tahun ( umur baligh ) = 26 tahun 45 hari. Setahun Kalendar Hijrah ialah 355 hari. Maka 26 tahun 45 hari = 26 X 355 + 45 hari = 9275 hari. Maka solat jumlah solat yang patut dilaksanakannya ialah  9 275 X 5 kali sehari = 46 375. Justeru beza bilangan solat yang dikira oleh ustaz tadi ialah 46 375  - 45 625 = 750 solat. Ini bermakna orang itu sepatutnya mengerjakan tambahan 750 solat daripada jumlah yang sepatut dikerjakannya.



Maka semaklah anak-anak kita. Jangan ada yang nak solat menunggu umur 15 tahun Masehi. Ada yang baligh seawal Tahun 5 di sekolah rendah. Kita pula jangan tersilap kira amal ibadat kita kerana tertipu oleh Tahun Masehi.



Motif tulisanku kali ini ialah berkongsi ilmu kalaulah ilmu aku itu betul. Kalau silap, ruangan komen ada agar Tuan-puan dapat membetulkanku.



Sumber TKO - 30-4-2016



Serangan orientalis terhadap akidah orang islam


Posted on Friday, April 29 @ 06:46:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Orientalis ialah merujuk keapada satu gerakan yang dipelopori oleh golongan sarjana dan intelektual kristian Barat yang secara khusus membuat kajian mengenai dunia Timur.

Mengenai konsep, perkataan ‘orient’ adalah daripada perkataan Inggeris  yang bermaksud ‘timur’.  Dengan itu perkataan orientalis bermakna seseorang yang mengkaji tentang hal ehwal ketimuran. Perkataan orientalisme pula bermakna suatu fahaman atau aliran yang berkeinginan untuk menyelidik hal ehwal ketimuran, termasuk keislaman dan penganutnya serta kesemua adat budaya dan cara hidup orang orang timur.

Pada umumnya semua orang orang Barat yang membuat kajian, pengajaran dan penulisan mengenai dunia timur dipanggil orientalis.

Dari segai sejarah, kemunculan orientalisme adalah bersamaan dengan sejarah pembentukan  antara dunia Barat (kristian) dan dunia timur (Islam) sebagai agama dan idealogi pada zaman pertengahan. Sejarah kewujudannya dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat, bermula sejak berlakunya pembentukan antara Islam dan kristian di Sepanyol dan sicily iaitu ketika orang orang Arab – Islam memerintah dikawasan yang asalnya kepunyaan orang orang kristian. Orang orang kristian kagum dengan tamadun dan kemajuan intelektual orang orang Islam dan mendorong mereka datang ke Sepanyol dan Sicily untuk mempelajari ilmu pengetahuan daripada orang orang Islam.



Antara orang kristian pertama yang datang ke Sepanyol ialah Jerbert De Oralil (938-1003), seorang pendita dari Perancis yang kemudiannya terpilih sebagai Pope di Rome memakai nama Sylrester II (999-1003). Peringkat seterusnya sejarah orientalisme ialah sejak berlakunya perang salib (1097-1292) diantara orang orang Islam dan kristian. Dengan berlakunya perang salib ini keinginan golongan orientalis semakin meluap luap untuk mempelajari agama Islam dan adat istiadatnya.

Perkembangan orientalis sudah sampai kekemuncaknya pada abad ke 20 yang dikatakan abad keemasan bagi orientalis.

2.0. Empat pendekatan orieantalis dalam usaha menghalang perkembangan Islam

2.1. Serangan keatas pemikiran

Usaha jahat ini dilakukan dengan menimbulkan keraguan tentang sesuatu perkara terutama yang berhubungkait dan menyentuh agama Islam keseluruhanya. Percubaan mereka untuk mencemarkan al-Quran, al- Sunnah, peribadi Rasulullah SAW, sejarah serta warisan Islam. Kita dapati usaha usaha mereka untuk melakukan dusta terhadap Islam dan memburuk burukan Islam di kalangan penganut Islam sendiri dan dikalangan penganut agama lain.

Harapan mereka, sekiranya mereka Berjaya mencemarkan islam dikalangan umat Islam sendiri, maka ini berarti orang orang islam telah kehilangan pertunjuk dan bimbingan. Sekiranya mereka (orientalis) Berjaya mencemarkan gambaran Islam dikalangan penganut agama lain maka berarti mereka tidak akan menganut agama Islam atau bernaung dibawahnya.

Dengan ini puak puak orientalis yang melancarkan serangan pemikiran itu yakin telah Berjaya memutuskan hubungan diantara orang orang Islam dengan agama mereka (Islam) dan dapat menghindari serta menjauhi penganut penganut agama lain daripada Islam. Pada anggapan mereka bahawa mereka telah berjaya mewujudkan tembak pemisah dengan agama Islam. Pada pemikiran dan tujuan orientalis, dalam serangan pemikiran ini ialah supaya orang orang Islam kekal dengan nama nama Islam dan menunaikan ibadat sepenuhnya atau tidak sepenuhnya. Tapi dalam soal kirabicara, sistem hidup dan pentadbiran umat Islam mestilah berpaling kepada sistem Barat serta mendokong falsafahnya. Inilah percubaan golongan orientalis yang paling popular dan telah berjaya memesongkan pemikiran umat Islam dengan sistem sekularisme sebagai satu cara hidup.

2.2. Serangan keatas sistem pendidikan
Serangan orientalis melalui sistem pendidikan Barat yang sekular digunakan sebagai jalan pendek kepada perubahan sosial dan menjadi alat yang utama abagi melemahkan semangat pendidikan keagamaan. Strategi orientalis ini Berjaya meresepi sebahagian besar institusi pendidikan Negara ini. Dalam itu mereka  Berjaya menimbulkan perasaan was was akan realiti kerohanian, ketuhanan, hari akhirat dan kekeliruan nilai serta pertumbuhan syasiah manusia yang tidak bersepadu dalam pendidikan umat Islam.

Hasil dari serangan ini, banyak telah mempengaruhi ibubapa dimana mereka telah meletakkan harapan yang tinggi kepada pencapaian akedemik kanak kanak sehingga pendidikan agama diabaikan. Dengan penonjolan teknologi Barat, puak orientalis dengan mudahnya telah mempercepatkan proses penaklukan pemikiran umat Islam melalui penyebaran sesuatu idea – miskipun palsu – bahawa kemajuan kebendaan boleh dicapai hanya dengan membebaskan pemikiran manusia dari sikap beragama (khususnya agama Islam) untuk kemajuan pendidikan.
Pendidikan secular yang bersifat liberal tajaan orientalis ini tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada aspek pembentukan akhlak dan rohani yang sihat. Natijahnya maka lahirlah genarasi yang mempunyai keahlian dan kepakaran dalam bidang bidang ilmu keduniaan, tapi kurang menghargai akhlak dan agama dalam profesion dan kehidupan mereka akibat dari pendidikan yang menyimpang dari ketakwaan kedapa Allah ini, maka berlaku kes kes penipuan, pecah amanah, rasuah dan sebagainya.

2.3. Serangan keatas ekonomi
Dalam konteks ekonomi golongan orientalis telah berjaya mewujudkan satu sistem yang dipanggil kapitalis. Sistem ini adalah satu sistem menghalalkan penindasan dalam ekonomi. Dalam sistem ini, peluang terbuka seluas luanya untuk berlumba lumba mengambil kesempatan mengaut keuntungan, biarpun dengan cara yang tak bertamadun. Bagi kapitalisma, soal kemiskinan adalah tanggungjawab diri sendiri untuk menyelesaikanya.Negara dan masyarakat tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah indvidu. Orang orang miskin dalam masyarakat dibiarkan tanpa pembelaan dan pertolongan. Masing masing mengutamakan kepentingan diri, tidak ada belas kasihan terhadap orang orang miskin dan menderita. Hasil dari sistem kapitalis inilah maka lahirnya amalan riba,satu amalan yang mendedahkan sebahagian daripada manusia kepada penderitaan dan kesengsaraan terutama golongan miskin yang terlibat dalam pinjaman dengan institusi kewangan konvensional. Golongan feudel dan orang kaya mengambil kesempatan membolot kekayaan menyebabkan golongan kaya bertambah kekayaannya dan golongan miskipun terus merana dengan kemiskinan. Kaum  pemodal yang memiliki ladang dan kilang mengaut keuntungan berganda dengan menggunakan orang orang miskin sebagai tenaga boroh dengan upah yang rendah. Dalam sistem kapitalis ini, agama tidak diberi peranan yang berkesan untuk mengendalikan harta seperti zakat,wakaf, Baitulmal dan lain lain secara bertanggungjawab. Golongan orientalis telah membawa implikasi ekonomi yang merosakkan iaitu apabila mereka melaksanakan program atau dasar dasar ekonomi yang bertujuan membawa keuntungan yang besar kepada mereka tetapi membawa kerosakan kepada umat Islam.

2.4. Serangan keatas undang undang
Kesan dari serangan golongan orientalis ini telah membawa berbagai akibat dan malapetaka keatas perundangan umat Islam. Orang orang Islam telah kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada perundangan Islam kepada perundangan barat yang kufur. Jarum yang ditinggalkan oleh golongan orientalis telah berjaya meletakkan asas yang kukuh dalam diri umat Islam supaya mengkagumi, mengamalkan dan mempromosi nilai dan peraturan Barat dalam kehidupan seharian. Faham sekularisme dalam erti pemisahan antara agama dan Negara telah berjaya dipraktikkan. Dalam konteks Malaysia, urusan agama menjadi kuasa mutlak Raja Raja Melayu semantara urusan pentadbiran, politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain lain menjadi kuasa pemerintah. Negara Negara umat Islam telah kehilangan semangat syarak dalam pentadbiran dan telah diganti dengan perundangan Barat, hasilnya Islam hanya tinggal pada nama saja.

Penguasaan undang undang penjajah ini ada kalanya berlaku secara langsung (direct rule) dan ada kala secara tidak langsung (indirect rule) Apabila mereka memerintah melalui penguasa penguasa (pemimpin) tradisi yang hanya sebagai boneka sahaja, akibat kuasa politik yang diperkasakan itu maka corak pentadbiran dan undang undang tradisi yang berpolisikan Islam itu telah diganti atau dicabar dengan corak pentadbiran dan undang undang sekular Barat. Kalau dulunya agama Islam masih mendapat tempat dalam pentadbiran dan pemerintahan (miskipun kadangkala masih bercampur dengan adat tradisi) kini dengan memaksakan sistem perundangan sekularisme, maka terpisahlah urusan agama Islam daripada urusan kenegaraan dan pemerintahan. Orientalis telah berjaya meninggalkan barah yang amat parah dan sukar untuk diubati, mereka telah berjaya menanam fahaman pemisahan antara ilmu agama dengan pemerintahan.

3.0. Empat kaedah untuk mengatasi serangan orentalis

3.1. Mengatasi serangan pemikiran
Bagaimana pun adalah mustahil bagi sesebuah Negara umat Islam menentang arus pemikiran orientalis ini secara bersendirian. Penyelarasan perlu diwujudkan diantara negara negara Islam supaya usaha dapat disatukan. Dalam jentera penentangan ini, perlu diwujudkan sepasukan pakar pakar dalam cabang cabang syariah, sejarah, sosialogi/psikologi,pendidikan dan lain lain bidang lagi. Usaha tidak  terbatas setakat memberi nasihat dan ingatan, tanggungjawab tidak hanya tidak terbatas dalam memberi kuliah dan pengajaran. Malah memerlukan langkah susulan yang bijak, aktif, mendalam dan penuh kesedaran tentang tipu helah dan taktik yang ditujukan kepada umat Islam supaya kita dapat mendedahkan tipu daya keatas orang orang Islam. Dan yang penting, dapat membekalkan mereka dengan tenaga dan maklumat yang membolehkan mereka menolak segala keraguan dan membolehkan mereka menentang segala asas asas pemikiran orientalis dalam Negara. Pakar pakar yang terlibat mestilah memenuhi sifat sifat peribadi muslim, kelayakan ilmu, teknikal/latihan yang menjadikan mereka ditahap kemampuan yang tinggi dari aspek aspek tersebut menjadikan mereka ditahap tanggungjawab sama ada disudut tahap, kandungan, persediaan, kualiti, pembaharuan dan kecekapan yang maksima. Dengan itu mereka tidak kurang dari segi kedudukan kepakaran berbanding dengan orientalis orientalis yang menyerang.

Dan yang pentingnya, semua Negara Negara umat Islam perlulah menutup segala perselisihan dan membuka pintu persefahaman serta menumpukan segala kemudahan yang ada bagi menghadapi musuh musuh tulen yang lebih merbahaya dan mengancam kerangka akidah dan syariah umat Islam. Dengan ini akan mewujudkan perlindungan yang sebenar dan hadangan yang kukuh bagi menentang penyerapan dan penembusan sebagaimana maksud firman Allah SWT dalam surah al Maidah 5: 2, “Hendaklah kamu bertolong tolongan untuk membuat kabaikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan”.

3.2. Mengatasi serangan pendidikan
Dalam menangani kesan pendidikan sekular tajaan orientalis ini, penekanan akhlak Islam hendaklah diutamakan keatas pendidik dan pelajar, untuk para guru, pensyarah dan para pendidik yang berugama Islam harus terus mencari jalan untuk memperbaiki cara pengajaran sedia ada, bahan bahan pengajaran dan penilaian tentang penghayatan akhlak dikalangan murid dan pelajar Islam.Contoh tauladan para pendidik inilah yang akan banyak membantu secara asas pembentukan akhlak Islam pelajar. Para pendidik hendaklah terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri ciri akhlak yang mulia walaupun masyarakat kini kurang menghargai watak watak yang berbudi luhur. Ini cuma sebahagian ujian yang terpaksa dihadapi oleh para pendidik yang ingin mencari keredhaan Allah SWT mengikut jejak ulamak ulamak terdahulu sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “ Setiap manusia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapanyalah yang kemudian menjadikanya Yahudi dan Nasrani, kalau kedua duanya muslim maka ia menjadi muslim” HR Abu Hurairah.

Satu diantara cara yang patut dilakukan oleh para pendidik dalam bidang bidang akedemik dan professional ialah dengan menggunakan pendekatan sepadu dalam pengajaran mereka. Ini bermakna dalam setiap disiplin seperti sains sosial kemanusiaan, teknologi dan agama. Para pendidik Islam mestilah menunjukkan dimanakah dan bagaimanakah wujudnya kaitan langsung atau tidak langsung antara perkara perkara yang diajar dengan akidah,syariah atau akhlak Islam. Mereka juga mesti menunjukkan dimanakah, bagaimanakah dan kenapakah sesuatu perkara yang diajar itu bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam. Usaha ini mungkin dapat kita anggap sebagai suatu proses awal penyucian ilmu pengetahuan ciptaan manusia atau tazkiyah al- nafs para ilmuan yang beragama Islam itu sendiri supaya tidak dihinggapi oleh penyakit hub al-dunya dan karahiyyah al maut. Insya Allah selepas ini kita akan dapat merombak sistem pendidikan yang ada sekarang kepada sistem yang mendapat keridhaan Allah SWT.

3.3. Mengatasi serangan ekonomi
Bagi mengatasi gejala sistem ekonomi kapitalis yang ditaja oleh golongan orientalis ini, maka kita perlu kepada satu sistem ekonomi yang adil bagi mengatasi kebobrokan sistem ekonomi kapitalis ini. Walaupun kapitalisme memberi kebebasan multak kepada seseorang dalam aktiviti ekonomi, maka Islam memberi kebebasan dalam batas-batas tertentu dan dalam lingkungan nilai-nilai akhlak. Allah SWT menjadikan manusia dengan berbagai kemampuan dan oleh itu Allah SWT menggalakkan manusia bekerja dan memiliki hasil titik peluhnya sebagaimana firmannya yang bermaksud: “ Dan tidaklah untuk manusia itu melainkan hasil dari apa yang diusahakan” surah Najm 39:

Dalam mengembalikan sistem ekonomi Islam, pihak pemerintah hendaklah mengambil tanggungjawab memainkan peranan. Pihak pemerintah harus memastikan bahawa sistem ekonomi adalah menurut lunas-lunas yang termaktub dalam Al-Quran dan hadis. Kegiatan ekonomi bernegara tidak boleh diserahkan kepada kepada pengaruh dan manipulasi orang-orang perseorangan atau institusi-institusi, atau dibiar ditentukan oleh apa yang dipanggil sebagai tangan yang tersembunyi kuasa pasaran. Kerajaan mestilah mengambil alih kegiatan yang berbentuk kepentingan awam untuk memastikan bahawa rakyat tidak dengan mudahnya terpaksa tunduk kepada orang atau syarikat swasta untuk mengendalikannya. Kerajaan perlulah memastikan yang kesejahteraan sosial rakyat tidak dikurangi oleh kegiatan negatif orang- orang tengah (pihak swasta dan sebagianya). Dalam itu kerajaan juga mesti memastikan bahawa setiap yang memerlukan bantuan menerima bantuan dan pastikan tidak wujud diskriminasi, rasuah, penyelewengan atau penyalahguanaan kuasa oleh mana-mana pihak yang mewakili kerajaan.

Langkah melaksanakan sistem ekonomi Islam ini mestilah juga dibezakan daripada langkah memajukan ekonomi orang Islam. Kedua- dua perkara ini tidak sama dan perbezaan pendapat dengan mudah boleh timbul sekiranya fahaman yang benar tentang apa yang hendak dilakukan tidak jelas.

3.4 Mengatasi Serangan Undang-Undang
Kita mesti yakin bersungguh-sungguh, bahawa undang-undang, perlembagaan Negara dan politik mesti tidak boleh dipisahkan dari sesebuah negara Islam. Keyakinan kita itu adalah bersandarkan sejarah dimana Rasulullah dan para Khalifah al-Rasyidin telah melaksanakan perundangan dan pemerintahan Islam sepenuhnya di Negara Madinah.  Jesteru itu kita amat perlu untuk menghidupkan undang-undang dan syariat Islam dalam kehidupan untuk membimbing pihak kehakiman, perlembagaan, pentadbiran dan semua yang terlibat . dengan penglibatan semua yang kehidupanya bercirikan Islam, baik dari segi akidah, syariat, akhlak dan pemikiran, maka dengan mudah kita dapat mengembalikan Islam sebagai undang-undang dan pemerintahan Negara, khasnya di Negara ini. Perlembagaan Negara sekarang menurut Mohd Salleh Abas, ialah undang-undang tertinggi bagi persekutuan, dan mana-mana undang-undang yang dibuat selepas merdeka yang bertentangan dengan perlembagaan ini, maka dikira terbatal undang-undang tersebut biarpun ia dari syariat Islam. Oleh kerana perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Negara, maka pengislaman perlembangaan adalah perlu bagi mewujudkan sebuah Negara berundang-undang Islam. Perlembagaan Madinah (Sahifah al-Madinah) ialah sebaik- baik contoh perlembagaan, iaitu perlembagaan bertulis pertama di dunia dan insya Allah boleh diamalkan di negara ini. Perlembagaan Madinah yang mengandungi 47 fasal telah menggariskan prinsip-prinsip dan hukum-hukum pentadbiran Negara serta undang-undang antarabangsa. Kita yakin undang-undang Islam dapat ditegakkan di negara ini biarpun mungkin diperingkat awalnya akan ada pertentangan dari golongan elit-bangsawan yang masih tegar menyokong sistem sekular warisan orientasi ini. Bersesuaian dengan firman Allah didalam al-Quran yang bermaksud; “kemudian kami jadikan kamu berada diatas sesuatu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutlah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui” Al-Jaatsiah, 18.

4.0. Huaraian dalil dalil naqli keimanan terhadap akhirat

4.1. Dalil tentang adanya akhirat
Keyakinan kepada hri akhirat merupakan rukun iman yang kelima. Ianya adalah asas ajaran Islam melalui al-Quran dan al-sunnah, keyakinan kepada Allah dan hari akhirat adalah satu komponen dari rukun iman. Kita wajib mempercayai bahawa kehidupan didunia ini aka nada lanjutannya dan dibangkitkan semula dengan kehidupan akhirat. Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam al-Quran bahawa kematian bukanlah penghunjung kepada kehidupan manusia dan aka nada lagi kehidupan lain yang lebih tinggi.

Hakikat kehidupan semula selepas kematian, tidak ada sesiapa pun manusia yang dapat menjelaskan atau memberi gambaran tentang kehidupan semula selepas mati sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran dan al-Hadis.

Dalam proses kejadian manusia, ianya bermula dengan setitik mani dan membentuk janin (embro) dan seterusnya melalui proses kelahiran berbentuk bayi yang kemudiannya menjalani beberapa perubahan fizikal hingga keproses penuaaan dan seterusnya sehingga kematian. Allah berfirman dalam surah 56 ayat 58-61 yang bermaksud: “Tiakah kami perhatikan (air mani) yang kami tumpahkan? Kamulah yang menciptanya atau kami? Kami telah menentukan kematian bagi kamu dan kami tidak dapat dikalahkan untuk mencegah kami mengubahny sifat sifat kamu dan mengubahkan kamu kepada bentuk yang kamu ketahui”. Begitulah hebatnya kekuasaan Allah. Dia berkuasa merubah manusia yang sudah mati menjadi bentuk dan sifat sifat ukhrawi dan tidak duniawi lagi.

4.2. Hakikat roh dalam al-Quran.
Masalah roh tidak dapat memberi penjelasan disebabkan keterbatasan akkkal manusia, wal hal ianya adalah perkara metafik. Dengan terbatasan hidup yang terhad, maka akal manusia juga jadi terbatas. Friman Allah didalam surah Al Isra: 58 yang bermaksud: “ Dan mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang roh. Katakanlah: roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”. Hakikat ini diakui sendiri oleh Cerles Rieshee seorang sarjana Perancis dalam mengakhir hujahnya tentang hakikat roh dengan mengatakan “ orang orang yang benar pandai hendaklah ia merendahkan dirinya dan berani, merendahkan diri kerana ilmu kita sedikit dan berani sebab bidang dunia memang sentiasa terbuka untuk dibuat kajian.

Didalam al-Quran ada menyataka bahawa rohlah yang membawa kehdupan kepada manusia dan firman-Nya dalam surah al-Hajr : 29 yang bermaksud “  Kemudian apabla Aku sempurnakan kejadianya, serta aku tiupkan paanya Roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya”. Tentang kehidupan didalam kubur sebelum kebangkitan semula, al-Quran dan al-Hadis menyebut bahawa roh itu kekal. Adar oh yang mendapat nikmat dan ada roh yang mendapat seksa.  Firman Allah dalam surah al-Wakiyah 83-84 yang bermaksud “ Maka alangkah eluknya kalau semasa (roh salah seorang kamu yang hamper mati) sampai kepada kerongkongnya, sedang kamu pada masa itu (berada disekelilingnya) menyaksikan keadaannya”

4.3.  Manusia dibangkitkan semula.
Selepas alam dunia ini akan muncul pula alam akhirat, maka disitu manusia akan dapat melihat balasan amalnya. Penekanan dan tumpuan kepada aqidah Islam yang mempercayai hari kiamat atau hari kebangkitan semula. Sekiranya manusia benar-benar beramal dengan mempercayainya, maka dunia akan sentiasa aman damai dan mendapat keberkatan dari Allah. Tapi disebabkan budaya kebendaan melampau yang palsu dan sementara, ramai diantaranya yang ragu dengan hari kebangkitan dan hisab dipadang mahsyar nanti. Maka Allah berfirman dalam surah al-Nisa: 143 yang bermaksud: “ Mereka dalam keadaan ragu ragu (antara iman dan kufur), tidak masuk kepada golongan ini (beriman) dan tidak pula kepada golongan itu (kafir)”. Firman Alllah lagi yang bermaksud: “ untuk memblas orang orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang orang yang membuat baik dengan balasan yang sebaik baiknya’ surah Al-Najm- 31.

Dalam surah Al-Mukminum – 115 maksud: Firman Allah “ maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu(dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami.”. Seterusnya lagi yang bermaksud: “ Dan dialah yang memulakan kejadian sekelian makluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mati)  sedang perlaksaan yang demikian amatlah mudah baginya” –surah Al-Rum 27. Dengan nas nas al-Quran diatas, maka adalah jelas terbukti bahawa kehidupan hari akhirat adalah pasti dan adalah satu kepercayaan yang benar benar diyakini didalam agama Islam.

 4.4. Nikmat dan azab akhirat
Kepada hamba hamba Allah yang taat, maka mereka dapat mengecapi kenikmatan disyurga semantara azab neraka sedia menunggu hamba hamba yang derhaka. Kenikmatan dan keazaban tidak dapat disamakan dengan keadaan yang berlaku diatas dunia, ianya amat berlainan sekali. Diantara ayat ayat al-Quran yang menggambarkan akan kenikmatan kehidupan disyurga ialah dari surah Al Raad-35 yang bermaksud: “ sifat sifat syurga yang dijanjikan kepada orang orang yang bertakwa itu ialah air sungai sungainya sentiasa mengalir disekitar temannya, makanannya kekal tidak putus putus.”.

Dan diantara ayat ayat al-Quran yang menerangkan akan keazaban dan seksaan neraka ialah dalam surah Al- Wakiyah 42-44 yang bermaksud: “ Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak, serta naungan dari asap hitam yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan”. Dan dalam surah Al- Hamzah 4-7 yang bermaksud: “Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan kedalam “al hutamah” Dan apa jalannya engkau dapat tahu apa dia al-hutamah itu? Ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya) yang naik menjulang kehati” Dan banyak lagi dalil dalil dari al-Quran yang menggambarkan akan nikmat dan azab diakhirat nanti.

Inilah antara empat hujah hujah dalil nqli yang dapat dihuraikan bagaimana keimanan terhadap hari akihrat dapat mengatasi segala sosialisme dan orientalisme.

5.0. Kesimpulan
Dalam membicarakan secara perbandingan diantara fahaman otientalis dan Islam, kita dapati hasil daripada  pakar pakar yang mengikuti perkembangan semasa bahawa idealogi atau fahaman sekularisme yang selama ini diketengah dan diperjuangkan telah mengalami kegagalan. Ketidakupayaan sekularisme terutama sekali untuk menyelesaikan masalah hidup mereka telah membuatkan segolongan pemimpin pemimpin mereka sendiri mempertikai kemampuan sistem sistem itu dan akhirnya mereka merujuk kepada Islam sebagai formula hidup.
Beberapa penilaian umum telah dibuat terhadap fenomena pengembalian kepada Islam dan serentak dengan itu penolakkan terhadap idealogi idealogi sekular. Kalau dahulunya pemimpin  dan pemikir Islam begitu ghairah untuk mengimport falsafah dan sistem hidup Barat dan mengenepikan Islam, maka dewasa ini perhubungan itu telah menandakan tanda tanya. Perhubungan itu seterusnya bertukar menjadi konflik dan dalam konteks inilah idealogi dan nilai sosialbudaya luar dipertikaikan. Akibatnya terdapat anggota anggota masyarakat yang menolak idealogi idealogi Barat dan menggantinya dengan Islam. Di Malaysia sebagai contoh, pengaruh sekularisme adalah lebih hebat pada tahun tahun enam puluhan, tetapi perkembangan Islam pada masa itu tidaklah menonjol seperti hari ini. Kegagalan idealogi idealogi sekular seperti nasionalisme dan sosialisme benar sekali telah membuatkan umat Islam Malaysia telah menukar haluan kepada Islam hari ini.


Sumber TKO - 29-4-2016

Diboikot Kerana Lafaz Syahadah Ketika Ceramah Dr Zakir Naik
Posted on Thursday, April 28 @ 22:28:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



MASIH ingat kepada Harinder Pal Singh, lelaki yang melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu?

Syukur, Harinder yang berketurunan Sikh kelahiran India, kini sudah menemukan hidayah menuju jalan Allah.

Cuma harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai dugaan.
Diboikot Kerana Lafaz Syahadah Ketika Ceramah Dr Zakir
Kini Harinder kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak lagi diperbaharui. Lebih tragik, Harinder dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa #PenghijrahanFenomena.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Pelukan dan tepukan yang diterima sebaik sahaja melafazkan syahadah secara langsung tidak cukup, inilah waktunya pertolongan saudara-saudara baharu cukup bermakna buat Harinder.

Janganlah pulang sahaja Dr Zakir Naik dari Malaysia maka perasaan meraikan saudara-saudara baru kita turut pergi bersamanya!

Kisah Harinder yang memerlukan bantuan kita semua ini, akan disiarkan dalam program yang bakal bersiaran di saluran Al-Hijrah tak lama lagi.. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 28-4-2016


Musuh Sentiasa Cuba Menghina Islam Secara Halus

Posted on Thursday, April 28 @ 20:22:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Sebelum beli apa-apa cuba lihat apa yang tersembunyi. Agar kita tak lakukan perkara yang mengaibkan tanpa kita sedari. Awas musuh Islam.



Sumber TKO - 28-4-2016


Penting! Anda, isteri anda, anak remaja anda sudah qadha puasa?

Posted on Thursday, April 28 @ 13:14:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




Ramadhan tidak lama lagi. Macam mana dengan puasa tahun lepas? puasa penuh sebulan? Jika adik-adik menghadapi keuzuran untuk berpuasa pada Ramadhan lalu, maka diwajipkan untuk adik-adik untuk menqadha (ganti) puasa. Sekiranya adik-adik gagal mengqada puasa tersebut sehingga tiba Ramadhan kali ini maka adik-adik dikenakan 'denda' disebabkan kegagalan menqada puasa tersebut.

Jadi dalam kesempatan ruang Syaaban yang masih tinggal beberapa hari lagi ini, eloklah disegerakan ganti puasa tersebut. Jadi, dikesempatan ini ustaz ingin berkongsi kepada adik-adik semua berkaitan dengan 'denda' puasa yang ustaz sebutkan tadi.

Orang yang meninggalkan puasa dengan sebab apa pun, dia diberi kelapangan masa untuk mengqada' puasanya itu, asalkan tidak lewat sehingga masuk bulan Ramadan yang berikutnya.Seandainya masih belum mengqada puasanya lagi dan masuk bulan Ramadan yang berikutnya, maka dia dikenakan fidyah sebanyak satu cupak bagi setiap hari yang ditinggalkannya serta qada'nya sekali.
 Allah berfirman yang bermaksud:
" Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin".
 HUKUM-HUKUM KERANA MENINGGALKAN PUASA

Hukum-hukum kerana meninggalkan puasa terbahagi empat( 4 ) :

1. Wajib Qadak .
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah .
3. Tidak Wajib Qadak.
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah.

1. Wajib Qadak dikenakan ke atas orang yang meninggalkan puasa kerana


  • Kedatangan haid dan nifas .
  • Sakit yang membahayakan .
  • Tersangat lapar dan dahaga .
  • Dalam perjalanan .
  • Pitam.
  • Mabuk.
  • Mengandung .
  • Menyusukan anak -- dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-
    masing.
2. Wajib Qadak dan Membayar Fidyah dikenakan khusus kepada:
  • Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak
    masing-masing.
  • Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan
    anak masing-masing .
3. Tidak Wajib Qadak khusus kepada orang yang meninggalkan puasa kerana:
  • Kafir (tidak beragama Islam) .
  • Kanak-kanak .
  • Gila .
4. Tidak Wajib Qadak tetapi Wajib Membayar Fidyah khusus dikenakan ke atas orang
yang meninggalkan puasa kerana:
  • Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya .
  • Tua yang tiada kuasa (daya) berpuasa.
TEMPOH QADAK PUASA
Tempoh Qada' puasa bermula pada 2 Syawal hingga 29 Syaaban iaitu tidak termasuk 'hari Syak' iaitu hari yang diharamkan berpuasa dan juga hari-hari lain yang diharamkan berpuasa.
“Jangan kamu semua mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, melainkan bagi seorang lelaki yang ia sentiasa dengan berpuasa, maka bolehlah dia berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


*Hari syak ialah hari yang ke 30 dalam bulan Syaban. Bulan di dalam Islam samaada 29 atau 30 hari. Telah sahih hadith dari Nabi saw yang melarang kita berpuasa pada hari syak dan sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadhan.

Sumber TKO - 28-4-2016



Yahudi dan kristian agama samawi?

Posted on Thursday, April 28 @ 13:11:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Mengapa kita boleh terima dan berkata, Yahudi dan kristian itu berasal dari agama samawi,sedangkan  isi kandungan dalam  Talmud dan Bable tidak serasi dengan sifat Allah subhanahu wataala yang maha pengasih dan maha penyayang.

Fakta, semua kaum yahdui secara hakiki baik dan semua kaum goyyim secara hakiki jahat. Kaum goyyim boleh dibunuh dan tidak salah, kerana mereka binatang.



Mungkin atas sebab itulah Prof Dr Mohd Ridhuan Tee melalui tulisannya mengatakan yahudi tidak salah, miskipun telah membunuh dua juta umat Islam di Palestin.


Manakala Datuk Dr. Daniel Zainal Abidin melalui lisannya mengatakan yahudi boleh buat kawan yang tak boleh zionis.sedangkan ia bercanggah dengan firman Allah yang bermaksud:  “Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang orang kafir  (berhubungan rapat dengan orang orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar benarnya) iaitu perihal isteri Nabi Noh dan isteri nabi Lut;….(surah At tahriim ayat 10)
Terbaru, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee melalui tulisanya mengatakan saya tak memusuhi kristian. Kristian tak bahaya.



Memang tidak  bahaya? tetapi setakat hari ini sudah 200,000 orang melayu masuk kristian.Separuh rakyat Lebanon jadi kristian. ... dan seramai empat orang satu bulan orang melayu masuk Kristian di Sibu Sarawak.(Paderi Martin)



Kajian yang paling terbaru  yang dijalankan oleh Statistik Lebanon, sebuah firma penyelidikan berpangkalan di Beirut, mendapati penduduk Lebanon dianggarkan kira kira 54% Muslim (27% Syiah; 27% Sunni), 5.6% Druze, yang tidak menganggap diri mereka sebagai Islam , 40.4% Kristian (21% Maronite, 8% Ortodoks Greek, 5% Melkite, 1% Protestan.



 Sama ada kita sedar dan tidak, tulisan (Prof Dr Ridhuan Tee) dan lisan (Datuk Dr Daiel Zainal Abidin) itu tidak lain dan tidak bukan, ia sebagai penyambung lidah lidah yahudi dan Nasrani di Malaysia kini yang kena beri perhatian yang serius.



Hari ini nampak dengan jelas  Datuk Seri Abdul Hadi Awang presiden Pas dan juga timbalan ketua ulama sedunia semacam bersetuju dengan tulisan Prof Dr Mohd Ridhuan Tee dan mengatakan yahudi dan kristian berasal dari agama samawi. Ia semacam memberi saham kepada cakap cakap Yahudi tidak salah dan kristian tak berbahaya kerana ia agama Allah juga.



Berkata, sama ada yang berasal daripada agama samawi (Yahudi dan Kristian) atau tidak samawi iaitu agama-agama lain seperti Hindu, Buddha, Majusi dan lain-lain atau perbandingan di antara Islam dan ideologi ciptaan manusia dalam urusan cara hidup.(akhbar harakah) seolah mengiktiraf  agama yahudi dan kristian adalah agama samawi,(agama Allah)  sedangkan kedua dua agama itu sama sahaja dengan agama Budha dan Hindu ciptaan manusia.



Lihat Fakta bandingan, riwayat Budha 1. Budha diperanakkan dari anak dara maya, iaitu yang mengandung tiidak dengan suami. Ia ada persamaan dengan Kristian.



Riwayat  Yesus 1. Yesus di peranakkan dari anak dara Maryam, iaitu yang mengandung tidak dengan bersuami.



Fakta bandingan seterusnya, 2.Budha itu menjelma kepada anak dara maya, katanya sebab turun kekuasaan Tuhan yang disebut roh suci.



2. Yesus itu menjelma kepada anak dara Maryam, katanya sebab turun kekuasaan Tuhan yang disebut Rohd suci.



Fakta bandingan, 3. Apabila Budha turun dari  tempat segala nyawa, menjelma dalam tubuh anak dara maya, maka perut anak dara maya itu kelihatan terang berwarna seperti kaca yang jernih. Dalamnya menampakkan Budha dengan sebab keelokan sebagai bunga.



3. Apabila Yesus turun dari takta kerajaan langit, menjelma dalam tubuh anak dara maryam. Maka perut anak dara itu, kelihatan terang berwarna seperti kaca yang pernih, dalamnya nampaklah Yesus dengan serba keelokan sebaga bunga.



Riwayat Budha 46, Budha dapat mengetahui fikiran orang lain, Oleh sebab ia mengetahui fikiran orang lain itu, maka ia adalah mengetahui fikiran segala sesuatu. Riwayat Yesus 46, Yesus dapat mengetahui fikiran orang lain. Oleh sebab itu ia mengetahui fikiran orang lain itu, maka ia adalah mengetahui fikiran segala sesuatu.



47, Dalam kitab somadewa tersebut suatu hikayat yang diterangkan pada seseorang beragama Budha bertapa. Orang itu dikoreknyalah mata dan dibuatkan daripadanya. 47 Maka adalah tersebut dalam kitab perjanjian baru bahawa Yesus pernah berkata demikian: jikalau mata kananmu mendatangkan salah kepadamu, korekkanlah dia, buangkan daripadamu.



Agama samawi adalah agama yang meng esa kan Allah. Agama Tauhid sepertimana wahyu yang diturunkan kepada para para nabi dan empat buah kitab, Zabur yang diwahyukan kepada Nabi Daud AS. Taurat  yang diwahyukan kepada Nabi Musa AS, Injil yang di wahyukan kepada Nabi Isa AS dan Al Quran yang di wahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.



Talmud buku suci yahudi dikatakan himpunan wahyu Allah yang di kumpulkan oleh Uzair adalah seorang pendeta (kahin) yang hidup sekitar 457 SM.Manakala Bable pula ditulis oleh Paulus seorang Yahudi asli yang mengaku sebagai rasul Allah.



Bagi orang orang Yahudi Uzair itu putera Allah dan orang orang Nasrani berkata, Al Masih itu putera Allah. Ini jelas dan nyata bercanggah dengan kitab Al Quran (agama samawi) yang di turunkan Allah kepada nabi Muhammad SAW



Ini jelas dan nyata bercanggah dengan apa yang Allah beritahu kepada kita sepertimana firmannya yang bermaksud:  Katakanlah (wahai Muhammad) (Tuhanku) ialah Allah yang maha Esa: Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk yang memohon sebarang hajat. ia tiada beranak, dan ia pula tidak di peranakkan dan tidak sesiapa pun yang setara denganNya. (Surah Al Ikhlaas)



Mari kita lihat apa kata Paulus (pengarang Bable, Yahudi) yang dikatakan beliau salah seorang antara Rasul rasul Allah.



Yesus datang tidak hendak merombak torat (taurat) tetapi akan menyempurnakannya. Dalam Injil matius 5: 17-18-19.(17) Jangan kamu sangkakan aku datang hendak merombak hukum Torat atau kitab nabi nabi; bukan aku datang hendak merombak, melainkan hendak mengenapkan.



(18) Kerana sesungguhnya aku berkata kepada, sehingga langit dan bumi lenyap, satu naktah atau satu titik pun sekali sekali tiada akan lenyap daripada hukum Torat itu sampai semuanya telah jadi.



(19) sebab barang siapa yang merombak satu hukum yang terkecil diantara segala hukum ini, dan mengajar demikian kepada orang, ialah yang akan disebut terkecil didalam kerajaan syurga, tetapi barangsiapa yang menurut hukum dan mengajarkan dia ialah akan disebut besar didalam kerajaan syurga.



Seterusnya dalam ayat ayat berikutnya Yesus menerangkan bagaimana caranya menyempurnakan hukum Torat tersebut.



Akan tetapi Paulus kemudian menganggap bahawa hukum Torat itu telah dibatalkan. Dalam surat kiriman Paulus kepada orang Ibrani 7: 18 – 19.



(18) dengan yang demikian hukum yang dahulu itu dibatalkan dari sebab lemah dan tiada berguna.



(19) (kerana hukum torat itu sudah membawa  satu pun tiada kepada kesempurnaan) Tetapi hal itu mendatangkan suatu perhargaaan yang lebih baik , yang oleh itu kita menghampiri Allah.

Dari keterangan diatas ternyata Paulus telah membatalkan hukum yang terdahulu itu iaitu hukum yang tersebut dalam Taurat Musa.



Bermakna buku Talmud kitab suci orang Yahudi dan Bable kitab suci orang Nasrani (kristian) tiada kaitan atau kena mengenai dengan Kitab Taurat yang di wahyukan Allah kepada Nabi Musa AS dan kitab Injil yang diwahyukan kepada Nabi Isa AS.



Jika kedua dua kita itu ada persamaan dengan kitab Taurat dan Injil,bermakna kitab orang orang Budha riwayat Budha  yang ada persamaan dengan  riwayat Yesus juga berasal dari agama samawi.sedangkan Budha dan Hindu telah disahkan sebagai agama ciptaan manusia.



Macam mana boleh berkata dan percaya bahawa Yahudi dan kristian berasal dari agama samawi, sedangkan Paulus sendiri telah menyatakan hukum torat dibatalkan dan segala sesuatu halal bagiku.



Golongan yahudi. Menurut mereka itu baik orang Kristen berasal yahudi, mahupun  Yahudi berasal kristian tetap benci dengan Islam. Malah bagi mereka, tiada sebarang  kesalahan membunuh orang non yahudi, kerana anak keturunan non Yahudi (kafir) tergolong sama dengan binatang boleh diperlakukan apa sahaja.



Pelik sungguh, mengapa Prof Dr Ridhuan Tee  boleh berkata Yahudi tidak salah, sedangkan mereka telah melakukn kezaliman dan kekejaman terhadap  umat islam di Palestin dan membunuh  2 juta rakyat termasuk kanak kanak yang tidak berdosa .



Mengapa beliau boleh berkata dan ada yang bersetuju kristian tidak bahaya, sedangkan sehingga hari ini di Malaysia sudah lebih setengah juta orang Melayu jadi kristian (murtad).



Pada 25 April 2016 (Isnin) Jam 6.20 petang, Isu terbaru, dalam cinta Ilmu TV hijrah yang membicarakan mengenai  wanita ahli kitab, ustazah Ispadiah Ahmad Dasuki berkata agama yahudi dan agama kristian adalah agama samawi.



Jika yahudi agama samawi kitabnya pasti kitab Taurat yang diwahyukan kepada Nabi Musa AS, akan tetapi mengapa kitab sucinya Talmud  yang di kumpulkan oleh Uzair  seorang pendeta (kahin) yang hidup sekitar 457 SM.



Jika Kristian agama samawi, kitab sucinya pasti kitab Injil yang dikarang oleh Paulus yang mengaku Rasul kepada orang orang kafir. Jika benar demikian maka Yahudi dan kristian bukan kafir. Kafir adalah non yahudi dan non kristian.(dakwa orang orang yahudi)



Soalnya, jika benar agama yahudi dan agama kristian agama samawi, bermakna Nabi Musa AS beragama Yahudilah dan Nabi Isa AS beragama Kristianlah.sedangkan agama para nabi adalah agama islam.bukan yahudi dan bukan kristian. Para nabi adalah muslim yang mukmin.



Mengapa boleh iktiraf agama yahudi dan kristian agama samawi, sedangkan Allah menyatakan agama orang orang yahudi dan Nasrani adalah agama yang telah terpesong itu sepertimana firmanNya yang bermaksud: Orang orang yahudi dan Nasrani tidak sekali sekali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu) katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya pertunjuk Allah (agama Islam) itulah pertunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi)  pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran) maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan member pertolongan kepadamu” (surah Al Baqarah ayat 120).



Sehingga kesaat ini penulis masih belum boleh menerima bahawa agama yahudi dan Kristian berasal daripada agama samawi, apatah lagi  dengan mereka  yang mengatakan agama yahudi dan kristian adalah agama samawi.



Lihat, “Saul” yang bergelar “Paul” atau “Paulus” adalah seorang yang amat memusuhi agama yang diajarkan Yesus dan pengikut pengikutnya. Ia tidak pernah belajar dengan Yesus. 



Kemudian  tiba tiba ia mengaku bertaubat. Seterusnya mengaku pula menjadi rasul Yesus. Dan akhirnya oleh kaum kristian mengakuinya juga sebagai seorang rasul Yesus yang dipenuhi Roh Kudus.



Fakta bahawa empat surat keterangannya dimasukkan dalam golongan kitab kitab perjanjian baru dan dianggap sebagai kanon dan kitab suci.



Disamping itu tidak sedikit pula orang yang ahli menganggap  bahawa Paulus adalah seorang yang telah menyeludup kedalam agama kristian dan mengaku menjadi pengikut Yesus untuk menyelewengkan ajaran agama itu dari dalam.



Dan seterusnya untuk dapat dengan mudah mengubah ajaran tersebut dari isi dan bentuknya yang asli. Bahkan banyak mereka yang menganggap bahawa dasar dasar agama kristian yang sekarang adalah bikinan Paulus, bukan ajaran Yesus.



Barnaba, murid Yesus seorang diantara orang orang yang turut  mengatakan yang demikian didalam Injilnya.Dalam kata pendahuluan Injil Barnaba  yang telah tersebar luas seluruh dunia dan telah diterjemahkan kedalam  pelbagai bahasa. Injil ini  yang tidak termasuk dalam golongan kitab kitab yang dianggap orang kristian sebagai kanon.



(1)    Barnaba, rasul Yesus, seorang Nazaret yang bernama Al Masih, mengharapkan keselamatan dan penghiburan bagi sekalian penduduk bumi.



(2)    Wahai orang orang yang mulia, sesungguhnya Allah yang maha besar dan ajaib telah menilik kita pada hari hari yang akhir ini dengan mengutus nabinya Yesus Al Masih dengan rahmat yang besar untuk mengajar dan (membawa) tanda tanda yang dijadikan oleh setan untuk menyesatkan manusia dengan mengaku takut kepada Tuhan.



(3)    Iaitu orang orang yang menyampaikan kabar kesukaan dengan mengajar yang amat mengafirkan.



(4)    Mereka mengatakan Al Masih anak Allah



(5)    Dan mereka menghapuskan sunat yang telah diperintahkan Allah untuk selama lamanya



(6)    Mereka menghalalkan semua daging yang najis



(7)    Paulus juga telah sesat masuk dalam golongan mereka, aku tidak mengatakan tentang halnya melainkan dengan hati yang sedih



(8)    Dialah yang menjadi sebab aku memuliakan kebenaran itu yang telah ku lihat dan kudengar sewaktu aku sedang bergaul dengan Yesus supaya kamu mendapat keselamatan dan setan tidak dapat menyesatkan kamu sehingga kamu binasa kelak pada waktu penghukuman Allah



(9)    Sebab itu hendaklah kamu berhati hati terhadap tiap tiap orang yang mengajarkan ajaran yang baru yang berlawanan dengan yang ku tuliskan supaya kamu mendapat keselamatan, selamat yang kekal.



Seterusnya pada pasal 222 ayat 1-6 Barnaba menerangkan lagi  sebagai berikut:

(1)    Setelah Yesus pergi, bercerai cerailah murid murid itu ke tempat tempat Israil dan keseluruh pelusuk dunia



(2)    Ada pun kebenaran yang dibenci oleh setan, maka ia telah dimusuhi kesesatan seperti halnya selamanya



(3)    Kerana segolongan dari orang orang jahat yang menagku murid muridnya telah menyampaikan kabar kesukaan bahawa Yesus sudah mati dan belum bangkit. Dan yang lain menyampaikan kabar kesukaan bahawa ia telah mati sungguh sungguh kemudian bangkit lagi. Dan yang lain menyampaikan  kabar kesukaan dan tidak berhenti henti menyampaikannya bahawa Yesus adalah anak Allah dan tertipu masuk golongan Paulus.



(4)    Ada pun kami, maka kami menyampaikan kabar kesukaan yang ditulis oleh orang orang yang takut kepada Allah supaya mendapat keselamatan pada hari kemudian kerana penghukuman Allah. Amin.



Daripada keterangan Injil Barnaba yang tersebut diatas ini diketehaui bahawa Barnaba, rasul Yesus menyatakan ada orang orang yang menyampaikan pengajaran yang amat mengafirkan, mengatakan Al masih anak Allah, menghapuskan sunat yang diperintah Allah untuk selama lamanya dan menghalalkan semua daging yang najis, Barnaba mengatakan bahawa Paulus telah menyelewengkan ajaran Yesus, sah agama yahudi dan kristian bukan berasal dari agama samawi dan sangat tidak masuk akal mengatakkan  agama itu agama samawi.Bukan setakat itu sahaja malah itu adalah dusta yang sangat nyata.



Sumber TKO - 28-4-2016



Professor Yahudi: Hanya Ada Satu Agama iaitu ISLAM (bersama video)

Posted on Tuesday, April 26 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Profesor Sejarah Universitas Hebrew, Yerusalem, Moshe Sharon, menegaskan pada dasarnya, agama di alam semesta ini hanyalah satu. Agama tersebut mengokohkan keesaan Allah dan menegaskan nabi Muhammad sebagai utusan Allah.

“Dari mulai diciptakannya semesta ini, hanya ada satu agama, yaitu Islam,” ujarnya, sebagaimana ditayangkan kantor berita Israel, Arutzsheva, yang dikutip pengguna youtube, Bahrain Tahir.

Dalam video berdurasi hampir tiga menit ini, Moshe menjelaskan lebih lanjut, jika ada siapapun menyatakan tempat ini adalah kuil Sulaiman, maka muslim akan menyatakan itu

benar. “Solomon (sulaiman, - red) adalah muslim. David (Daud, - red), Abraham (Ibrahim, - red), Moses (Musa, - red), Yesus (Isa, - red), adalah muslim.

“Inilah yang saya maksudkan dengan islamisasi sejarah. Di seluruh islamisasi sejarah akan ada islamisasi geografi, semua wilayah yang berhubungan dengan tokoh-tokoh tadi adalah wilayah muslim,” tegas Sharon, yang ketika tampil mengenakan tutup kepala ala Yahudi atau yarmuk.

Wilayah-wilayah tersebut, jelasnya, terlepas apakah sesudah Nabi Muhammad datang atau belum, harus dibebaskan. “Bukan untuk ditaklukkan. Yang ada adalah untuk dibebaskan,” imbuhnya. Islam muncul di sejarah, pada saat Muhammad, adalah sebagai pembebas. Tidak ada penjajahan dalam Islam. Yang ada adalah pembebasan dalam Islam.

Lihat videonya:

https://www.youtube.com/watch?v=Q8tBol4PqBY&feature=player_embedded
Mari sebarkan berita ini, terimakasih


Sumber TKO - 27-4-2016
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































































Cadangan Dr Zakir: Syarat terima al-Quran,     as-Sunnah

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .


Tuan Guru Abdul Hadi menyampaikan plak penghargaan kepada wakil Pasak 4x4 Adventure Marang.
MARANG: Pendirian PAS jelas boleh menerima sesiapa sahaja yang mahu bersama Islam dengan syarat mengikut ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Adul Hadi Awang turut menjelaskan bukan sahaja Umno bahkan orang DAP sekalipun dengan syarat terima Islam.

Ini kerana, katanya pandangan Nabi Muhammad SAW sendiri boleh menerima sesiapa sahaja yang terima Islam.

“Itu bukan pandangan Tok Guru Nik Aziz, pandangan Nabi (Muhammad SAW) pun, orang terima Islam kita terima. Tapi kena terima Islam sungguhlah, jangan buat main-main, tak kira siapa pun kena terima Islam sungguhlah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wakil media adakah PAS boleh menerima Umno jika parti itu mahu bersama dengan PAS yang dasarnya memperjuangkan Islam.

Kata Ustaz Abdul Hadi, PAS tidak ada halangan untuk bersama dengan mana-mana parti termasuk Umno dan DAP dengan syarat boleh menerima Islam, al-Quran dan as-Sunnah.

“Siapa pun tak kisah, Umno ke, walau DAP pun jika terima Islam. Siapa dia yang masuk Islam kita terima,” jelasnya selepas merasmikan Himpunan NGO’s Parlimen Marang 2016, di perkarangan Masjid Kampung Pasir Puteh, Merchang, dekat sini kelmarin.

Mengulas pandangan pendakwah tersohor, Dr Zakir Naik yang mencadangkan agar PAS dengan Umno bergabung, beliau mengulangi syaratnya mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

“Dr Zakir sebut kena ikut al-Quran dan as-Sunnah. Tapi orang lupa syarat itu,” ujar Ahli Parlimen Marang itu.

Tambahnya, jika Umno bersedia untuk bersama dengan PAS, muzakarah perlu diadakan bagi mencari titik persamaan itu.

Sebelum itu, beliau merasmikan gabungan 10 badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif di kawasan Marang di bawah satu nama Gabungan NGO Marang Terengganu (Gamit). - HARAKAHDAILY 24/4/2016

Sumber HD - 24-4-2016



Ketika Allah Melaknat Iblis, Malaikat Jibril Dan Mikail Menangis

Posted on Saturday, April 23 @ 20:09:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Ketika Allah Melaknat Iblis merupakan musuh bagi umat manusia, sepanjang hidupnya Iblis sudah bersumpah kepada Allah bahwa ia akan berusaha untuk menyesatkan anak cucu Adam yang jauh dari jalan Allah agar mereka mau menjadi pengikutnya dan menjadi orang-orang yang tersesat. Untuk itu, marilah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT agar kita tidak terhasut oleh tipu daya Iblis.

Tapi, tahukah Anda bahwa jauh sebelum nabi Adam diciptakan, Iblis adalah merupakan makhluk yang mulia disisi Allah dan merupakan salah satu makhluk yang paling di hormati oleh Malaikat. Kasih sayang Allah terbesar kepada Iblis adalah bahwa yang pertama dia telah mendapatkan taufik untuk menyembah Allah SWT. Yang kedua karena ibadahnya yang banyak, dia dimasukkan ke dalam kumpulan para malaikat. Dan sebaik-baik pertolongan Allah kepadanya adalah ia menjadi teman pendamping para malaikat sehingga dapat memahami keindahan, kesucian dan kebersihan mereka.

Saking mulianya Iblis pada masa itu, dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa Iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, lalu langit yang kedua disebut az-Zahid, kemudian langit ketiga namanya disebut al-Arif, pada langit keempat namanya adalah al-Wali, pada langit kelima namanya disebut at-Taqi, pada langit keenam namanya disebut al-Kazin, dan pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz (Lauhul Mahfudz) namanya ialah Iblis.

Dikisahkan Iblis dulunya adalah ahli ibadah yang tidak pernah membangkang dan mengeluh terhadap perintah-perintah Allah. Ia pernah bersujud kepada Allah selama 1000 tahun lamanya dan ia sangat giat dalam beribadah.

Bahkan Iblis pernah menjadi Sayyidul Malaikat (Penghulu atau Pemimpin Malaikat), dan Khozinul Jannah (Bendahara Surga). Namun, lama-kelamaan Iblis menjadi sombong dan angkuh. Ia menganggap bahwa dirinya adalah makhluk yang paling tinggi derajatnya di antara makhluk-makhluk Allah yang lain.

Hingga pada suatu saat ketika Allah baru saja menciptakan Adam sebagai manusia, maka Allah memerintahkan Iblis untuk bersujud kepada Adam, lalu Iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam dari pada tanah.". Kemudian Allah berfirman kepada Iblis, "Aku membuat apa yang Aku kehendaki.".

Oleh karena iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam karena ia merasa bangga dan sombong. Dia berdiri tegak hingga malaikat selesai bersujud. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati Iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud.

Maka para malaikat bersujud kembali untuk kali kedua kerana bersyukur, tetapi Iblis telah dirasuki oleh sifat angkuh dan sombong tetap enggan sujud. Dia berdiri tegak dan berpaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikuti mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas pembangkangannya terhadap Allah.

Kemudian Allah merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan ke bentuk hina yang menyerupai babi hutan. Allah membentuk kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya.

Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari surga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi, Allah melaknatnya hingga hari kiamat kerana dia menjadi kafir.

Meski Iblis pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama at Iblis, Malaikat Jibril Dan Mikail Menangis

Sumber TKO - 23-4-2016 



SAFIEY ILIAS yang saya kenali. 20 minit yang berharga

Posted on Saturday, April 23 @ 07:09:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Saya cuba mencari kunci kepada sebuah penghijrahan, seorang Mak Nyah yang lebih dikenali sebagai Safiey Ilias. Seorang jutawan kosmetik muda yang sudah memperoleh segalanya - harta, kerjaya, kecantikan, dan status yang tingggi dalam dunia keusahawanan.

Namun satu saat dia terfikir - di mana Tuhan?

Beliau seorang yang berjiwa besar. Jika tidak, mana mungkin beliau mampu menjana 1 juta pertamanya pada umurnya 19 tahun. Beliau seorang yang bersungguh. Jika tidak, mana mungkin beliau mampu membina sebuah empayar perniagaan dalam usia yang muda. Beliau seorang yang bijak. Jika tidak, mana mungkin beliau ketemu hidayah dalam dunia gelap seorang Mak Nyah.
Berbual dengan beliau, saya jumpa dua rahsia.

Penghijrahan beliau berkait rapat dengan pengorbanan seorang bapa. Unik kerana beliau lebih rapat dengan bapa. Apa sahaja yang beliau lakukan, bapa sentiasa ada. Tidak pernah mengangkat tangan atau bertingkah kata. Pada si bapa, sejahat mana pun anaknya, beliau sebagai bapa mesti sentiasa ada.

Bayangkan hati seorang bapa. Seorang anak lelakinya perlahan-lahan berubah menjadi seorang perempuan. Bapa mana yang tidak luluh hatinya bila si anak perlahan-lahan menukar gaya hidup dan pakaian. Adakah bapa ini menghalaunya?

Tidak. Si bapa tetap ada. Sentiasa ada. Sentiasa dan terus memberi nasihat agar jadi manusia. Kalau mahu pakai baju, pakailah... tapi jangan pakai yang seksi-seksi.

Saya sejujurnya mengangkat tinggi angkat topi dengan bapa beliau. Semangat dan ketabahannya berada di tahap tertinggi. Doa adalah azimatnya. Satu masa nanti, anakku ini akan ketemu Tuhannya.

Syukur... dalam linangan air mata Safiey menyatakan - selepas penghijrahan ini, bapa beliau adalah insan paling gembira di dunia. "Saya mahu mengangkat sendiri keranda bapa sebagai seorang lelaki!"

Safiey Ilias, anda mempunyai seorang bapa yang hebat!

Kedua, saya jumpa rahsia kekuatan solat. Menurut Safiey, dia telah mencuba pelbagai cara untuk "mendekati tuhan". Dia berdoa, dia berubah, tetapi ia tetap tidak sempurna.

Beliau mula solat. Sekadar buat. Perlahan lahan. Suatu Subuh di hujung 2015, terdengarlah beliau satu azan yang mengusik. Pada subuh itulah beliau menikmati sebuah solat dengan air mata. Teresak-esak. Beliau jumpa nikmat solat. Sehingga hari ini, linangan air mata mengalir saban masa dalam solatnya. Dosa terasa berat di bahu.

Satu cerita yang buat saya tersentuh ialah setiap kali selepas sembahyang, beliau sering teresak-esak menangis. Merayu pada tuhan agar ringankan beban dosanya. "tapi bang... setakat ini, tidak pernah ada seseorang pun yang memegang bahu untuk menguatkan saya!".

Saya tersentuh. kita sering biarkan "si pendosa" itu bersendiri. Kitalah hakim dunia yang paling sombong.

Menurut Safiey, selepas beliau ketemu nikmat solat, dapatkan beliau melengkapkan hidupnya. Kembali pada sunnah bagi menampung dosa lama. Kini beliau gusar dengan hartanya dan mahu gunakan semua hartanya untuk kebaikan. Beliau mahu berdakwah. Ini tanggungjawap utamanya. Semua ini beliau ketemu dalam solat. Ini kunci utamanya.

Beliau mahu kembali dalam masyarakat. Beliau mahu membetulkan segala kesilapan. Beliau mahu membuktikan gaya hidup Islam ini adalah gaya yang terbaik.

Beliau dan semua "pendosa pada mata kita" mahu berubah. Berilah ruang.
Perbualan kami berakhir dengan satu persetujuaan - Tuhan Itu Maha Kuasa.



Sumber TKO - 23-4-2016
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------























































































































Mengenali Dr Zakir Abdul Karim Naik

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | .




Lawatan tokoh dakwah daripada India, Dr Zakir Abdul Karim Naik yang termasyhur namanya kerana kepakarannya dalam bidang perbandingan agama menjadi polemik di antara kawan dan lawan. Walaupun asal pengajiannya bidang perubatan, inilah anugerah Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan kelebihan menolong agamaNya (Islam) yang berbeza dengan agama-agama dan ideologi lain, sama ada yang berasal daripada agama samawi (Yahudi dan Kristian) atau tidak samawi iaitu agama-agama lain seperti Hindu, Buddha, Majusi dan lain-lain atau perbandingan di antara Islam dan ideologi ciptaan manusia dalam urusan cara hidup.

Ada kalangan yang mempertikaikan kedatangannya semata-mata, sebelum mendengar dan membaca hujahnya. Ada pula yang memprotes secara keras, ancaman dan menggunakan bahasa yang kesat. Sepatutnya menggunakan kaedah ilmu dan fikiran yang waras dan adil. Sepatutnya juga seseorang itu jangan dilihat nama dan rupa bangsa dan agamanya sahaja, bahkan hendaklah dilihat buah fikirannya melalui lisan, tulisan dan akhlaknya. Orang yang beriman pula diminta supaya menerima setiap kebijaksanaan laksana barang tercicir yang wajib dipungut walau daripada mana datangnya.

Paling menghairankan beliau bergerak bebas di negara barat yang paling kuat Kristiannya dan dibenarkan berceramah dan berdialog di India, tanah tumpah darah agama Hindu dan paling kuat Hindunya serta paling ramai penganutnya. Adakah boleh dikatakan Kristian dan Hindu di Malaysia ini paling kuat di dunia ini lebih daripada negara barat dan India?

Jawapannya tidak sekali-kali, kerana agama Islam telah berjaya mengislamkan orang-orang Melayu, raja dan rakyat, yang sebelumnya beragama Hindu. Kaum beragama lain yang ada di sini pada hari ini, adalah pendatang yang dibawa oleh penjajah Inggeris, namun mereka tetap diterima oleh masyarakat Islam menjadi warganegara dalam masyarakat majmuk.

Pendakyah Kristian yang datang daripada barat dan mereka yang dilatih oleh pihak gereja juga gagal memurtadkan orang Melayu yang telah Islam, hanya segelintir yang tidak cukup untuk dimasukkan dalam nisbah perkiraan penduduk mengikut pecahan agama, itupun yang terpencil dengan buta huruf, kemiskinan dan lain-lain.

Kaum Melayu yang beragama Islam tetap berpegang dengan ajaran Islamnya, walaupun secara semangatnya sahaja tanpa ilmu. Namun semangat Islam juga menerima kewujudan masyarakat majmuk, yang tetap hidup dalam masyarakat Melayu Islam di atas konsep masyarakat Madani dan seluruh manusia laksana satu keluarga. Inilah yang ditunjukkan oleh Al-Quran, sehingga seorang atau satu keluarga penganut agama lain termasuk  kaum India beragama Hindu atau China beragama Buddha boleh hidup tanpa gangguan di kampung Melayu daripada semua Melayu penganut Islam di sekelilingnya, hanya pergeseran yang sangat  terpencil. Keadaannya tidak seperti kumpulan minoriti Muslim di kebanyakan negara bukan Islam, yang terdekat dan paling malang ialah kaum Muslimin Rohingya di Myanmar, sebelumnya di Bosnia dan negara-negara lain.

Sesiapa yang mengikuti ceramah Dr Zakir Naik dan dialognya secara jujur dan berfikir secara waras dan ilmu tanpa fanatik dan emosi akan mendapati beliau menyampaikan maklumatnya berkenaan berbagai-bagai agama secara perbandingan dengan hujah daripada kitab berbagai-bagai agama dengan menyebut nombor ayat dan bilangannya. Menyebut titik persamaan dari segi percaya kepada Allah atau Tuhan, yang pada hakikatnya Maha Esa dengan bahasa masing-masing. Dalam masa yang sama mendedahkan perkara yang salah dari segi ketuhanan sehingga berlakunya syirik dalam agama lain. Begitu juga dalam perkara baik dan buruk mengikut fitrah yang bersih sebelum diganggu oleh sebab-sebab sampingan yang mendatang dan merosakkan.

Sebenarnya pendekatan berhujah adalah cara yang dilaksanakan oleh semua para Rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad SAW yang disebut secara dasar dalam semua kitab agama yang asal sebelum dipinda dan dicipta kitab-kitab yang lain oleh kalangan agamawan berbagai-bagai agama. Inilah mesej yang didedahkan dan ditegaskan oleh Al-Quran.

قلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ (آل عمران  :64)
“Katakanlah (wahai Muhammad SAW), wahai ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimah yang sama di antara kami dan kamu. Bahawa kita tidak boleh beribadat melainkan kepada Allah sahaja dan tidak boleh menyekutukanNya (Allah dari segi ketuhanan) dengan sesuatu yang lain, dan tidak boleh mengambil sesama kita dilantik menjadi tuhan-tuhan selain Allah. Jika sekiranya mereka berpaling, maka katakanlah: “Sebenarnya kami adalah orang-orang Islam”.

Firman Allah:

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ إِلَّا مِنْ بَعْدِهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ (65) هَا أَنْتُمْ هَؤُلَاءِ حَاجَجْتُمْ فِيمَا لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ فَلِمَ تُحَاجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ (66) مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (67) .آل عمران.
“Wahai ahli Kitab! Mengapa kamu berhujah berkenaan Ibrahim? Padahal tidaklah diturunkan kitab Taurat dan Injil melainkan selepasnya. Adakah kamu tidak berakal? Adakah kamu berhujah dalam perkara yang kamu tidak ada ilmu pengetahuan berkenaannya? Padahal Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak ada ilmu berkenaannya. Ibrahim bukannya seorang Yahudi dan bukan juga seorang Nasrani (Kristian). Sebenarnya dia (Ibrahim) adalah penganut agama asal iaitu Islam (Muslim). Dan dia (Ibrahim) juga bukannya daripada kalangan Musyrikin.”

Ayat-ayat ini menjelaskan kepada semua penganut agama-agama yang memuliakan Nabi Ibrahim a.s. mengikut kepercayaan mereka, menunjukkan adanya asas persamaan. Ada yang percaya adalah Rasul Allah dan bapa kepada para rasul dan ada pula yang melantik Ibrahim menjadi tuhan yang dipuja.

Maka apa salahnya Dr Zakir Naik mengemukakan hujah perbandingan daripada kitab berbagai-bagai agama yang boleh dirujuk pada naskhah asalnya serta menegaskan apa yang disebut di dalam Al-Quran supaya semua pihak berfikir secara waras dan jujur, jangan fanatik tanpa perhitungan akal.

Saya ucapkan syabas kepada Dr Zakir Naik kerana inilah pendekatan semua para Rasul A.S. yang menghadapi kelahiran agama yang dicipta oleh manusia sejak Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa sehingga berakhirnya dengan Nabi Muhammad SAW tanpa paksaan terhadap penganut agama lain berkonsepkan firman Allah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (256)   البقرة.
“Tidak ada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah nyatalah petunjuk yang sebenar yang berbeza dengan kesesatan. Maka sesiapa yang beriman kepada Allah dan kufur (menolak) sesiapa yang melampaui batas kebenaran, sesungguhnya dia telah berpegang teguh dengan (kebenaran) laksana simpulan tali yang teguh yang tidak dapat dirungkai lagi dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Firman Allah:
وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ  الآية (29)الكهف.
“Katalah yang benar daripada Tuhan kamu. Sesiapa yang mahu dia beriman dan sesiapa yang mahu (sebaliknya) dia bebas menjadi kafir.”

Al-Quran juga menegaskan pendekatan dialog:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (125) النحل.
“Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui terhadap sesiapa yang sesat daripada jalannya dan lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

Allah membuka peluang berfikir menentukan kepercayaan dan amalannya dan bertaubat hanya di alam dunia, pintunya ditutup apabila memasuki alam kematian dan akhirat.

Kesempatan pertemuan saya bersama Dr Zakir Naik dengan perbincangan ilmu yang bermanfaat. Saya menyaksikan kebenaran firman Allah:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ (69)العنكبوت.
“Bahawa sesiapa yang bersungguh-sungguh di jalan Kami, nescaya kami tunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami dan Allah sentiasa bersama-sama orang-orang yang melakukan kebaikan."

Allah mengurniakan kepadanya ingatan luar biasa menghadapi pihak yang lain daripada Islam mengajak kepada yang baik dan terbaik, bukannya seperti syaitan yang mengajak kepada kemungkaran dan maksiat dan mencegah segala kebaikan. Begitu juga sesiapa yang beramal dan berjuang dengan ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, nescaya Allah menambahkan ilmunya dengan cara yang tidak terkira dan luar biasa.

Sejarah para Rasul di sepanjang zaman menunjukkan orang yang terbaik yang disaksikan oleh kaumnya sendiri akan sifat kebenarannya, apabila tidak ada hujah terhadapnya dituduh syaitan, penjahat, ahli sihir dan lain-lain. Maka pengikut para rasul disepanjang zaman pasti menerima iktibar daripadanya.

Doakan Dr Zakir Naik meneruskan mesej dakwah ini, bersama kurniaan Allah, kesihatan bersama taqwa dan dipanjangkan usia dengan amal yang soleh. Amin.

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
14 Rejab 1437 / 22 April 2016 - HARAKAHDAILY 22/4/2016

Sumber HD - 121-4-2016                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
Saya Bazir Banyak Masa Di Jalan Maksiat – Safiey Ilias


Posted on Thursday, April 21 @ 16:22:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah




SELEPAS bertahun-tahun hidup sebagai mak nyah, akhirnya Safiey Ilias atau nama sebenarnya, Safiuddin Ilias mengambil jalan lurus kembali bertaubat menjadi lelaki mengikut fitrah asalnya.

Dalam satu temuramah dengan sebuah program televisyen tempatan, Safiey memberitahu dia tidak kisah jika caranya dianggap riak oleh sesetengah pihak kerana niatnya hanya ingin berdakwah.
Menurut Safiey lagi dia ingin menebus kembali masa lalunya yang penuh dengan kegelapan dan bercadang mahu menceburkan diri dalam kumpulan tabligh satu hari nanti.

“Saya dah bazirkan banyak masa di jalan maksiat, sekarang saya nak tebus semua itu,” katanya.
Safiey yang menggunakan nama Sofia Ilias ketika melalui zaman ‘kegemilangannya’ sebagai mak nyah mengakui mempunyai niat untuk membantu golongan mak nyah kembali ke pangkal jalan.

Namun, dia mahu terlebih dahulu memastikan dirinya dilengkapi ilmu agama yang mencukupi, selain mahu mendalami teknik dakwah yang betul, seperti mana yang dilakukan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Mengimbau kembali zaman mak nyahnya, Safiey berkata dia cenderung bersifat lembut sejak berusia lima tahun lagi.

Kemuncaknya, adalah sewaktu dia belajar di universiti, apabila dia sering disindir dan diejek oleh rakan-rakan sebagai mak nyah.

“Situasi itu membuatkan saya jadi ego. Alang-alang orang dah panggil saya mak nyah, baik saya jadi mak nyah dalam erti kata yang sebenarnya.

“Saya nak buktikan saya boleh jadi lebih cantik dari mereka (golongan perempuan),” ujarnya lagi.
Disebabkan itu, Safiey menghuraikan bahawa sesetengah pihak yang gemar memberikan label mak nyah kepada golongan lelaki lembut, ianya langsung tidak membantu untuk individu sebegitu untuk berubah.


Dalam usahanya untuk berubah, Safiey telah selamat menjalani pembedahan membuang payudara yang dilakukan baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 21-4-2016
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































Doa Perlindungan Dari Haiwan Berbisa

Posted on Thursday, April 21 @ 15:57:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah


"Dengan ALLAH lah kita berlindung dari segala keburukan dan bahaya.  Kerana hanya DIA sahaja yang dapat menjaga dan melindungi kita secara hakiki.  Antara bahaya yang ditakuti oleh manusia ialah haiwan berbisa.

Walaupun kita bebas menuturkan permintaan kita kepada ALLAH dalam bahasa dan gaya kita sendiri, namun ada eloknya kita memerhati lafaz doa yang pernah diucapkan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam khusus dalam hal memohon perlindungan ALLAH dari haiwan berbisa.

Pertama:
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
“Barangsiapa pada waktu petang mengucapkan tiga kali:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
a`uudzu bi kalimaati llaahi ttaammaati min syarri ma khalaq
aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna dari kejahatan apa yang diciptakanNYA
لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ
Nescaya dia tidak akan dimudharati oleh sengatan berbisa pada malam itu.”

Hadith ini telah direkodkan di dalam kitab Jami` at-Tirmidzi.  Suhail bin Ab Solih (سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ) iaitu salah seorang perawi hadith ini telah menyebut:  “Keluarga kami mempelajarinya dan mengucapkannya setiap malam.  Salah seorang perempuan telah disengat haiwan berbisa, lalu dia tidak berasa sakit.”
Kedua:
Dari Abil Yasar (أَبِي الْيَسَرِ) radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari tertimpa benda keras,
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ التَّرَدِّي
aku berlindung denganMU dari mati terjatuh,
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْغَرَقِ وَالْحَرَقِ وَالْهَرَمِ
aku berlindung denganMU dari tenggelam, kebakaran dan nyanyuk,
وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ
aku berlindung denganMU dari gangguan Syaitan ketika kematianku,
وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا
aku berlindung denganMU dari mati mengalah pada jalanMU,
وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا
dan aku berlindung denganMU dari mati disengat haiwan berbisa.”

Hadith ini direkodkan di dalam Sunan Abu Daud.  Al-Albani mensahihkannya.
Ketiga:

`Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ
“Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap hari pada waktu pagi dan petang:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Bismillahi lladzi la yadhurru ma`asmihi syai’un fil ardh wa la fis sama’i wa HUA sSami`u l`Alim
Dengan nama ALLAH yang dengan NAMANYA, tiada yang dapat memberikan mudharat samada di bumi dan di langit.  Dan DIA lah Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَيَضُرُّهُ شَيْءٌ
sebanyak tiga kali, lalu dia dimudharatkan oleh sesuatu.”

Hadith ini direkodkan di dalam Jami` at-Tirmidzi.  Maksudnya ialah sesiapa yang membaca lafaz ucapan di atas, maka tiada apa pun yang dapat membahayakannya, termasuklah haiwan berbisa.  Dengan syarat mesti dibaca setiap hari:  tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang.

Allahu a`lam.  Semoga bermanfaat dan dapat kita sama-sama amal.  In shaa’ ALLAH.
– muzir.wordpress.com


*SUMBER:  https://muzir.wordpress.com/2016/04/21/doa-perlindungan-dari-haiwan-berbisa/
Sumber TKO - 21-4-2016

Dr Zakir Naik cadang, kenapa PAS pula dituduh?

HARAKAHDAILY | .


Dr Zakir Naik punya kenyataan, tiba-tiba PAS pula dituduh oleh musuh PAS kononya hendak bersatu dengan Umno. Nampak sangat sudah tidak ada idea untuk memburukkan PAS.

Beberapa percubaan untuk melemahkan PAS tidak menjadi. Rakyat semakin yakin dengan PAS. Setiap bulan tidak kurang 2,000 orang ahli baru menyertai PAS.

Terbaru PAS menubuhkan Jabatan Kesihatan PAS yang terdiri daripada 800 orang doktor, 200 daripadanya doktor pakar dalam berbagai bidang.

Akhirnya senjata yang paling mudah, PAS dikaitkan dengan Umno. Supaya orang menjauhkan diri dengan PAS, terutama orang bukan Islam. Tersebar cerita dalam masyarakat Cina terutamanya, PAS dapat wang RM2.6 bilion, PAS tidak menentang isu 1MDB, PAS sokong GST. Pada hal PAS lantang menentang GST, TPPA, RM2.6 bilion, DLP sehingga mengadakan demontrasi.

Isu TPPA, Lim Guan Eng memuji Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana menguasai isu TPPA. Cuba kalau pemimpin PAS yang memuji begitu, gegak gempita dunia ini dengan tuduhan UG dan Umno sebagainya. Hendak buat macam mana, kalau dah benci, semua yang PAS buat tidak kena belaka. Sehingga pakai baju sedondon dituduh konon bersama Umno. Tuan Guru Abdul Hadi Awang dituduh penasihat bertaraf menteri. Kesian, sudah hilang nilai intelektual dan maruah diri.

Apa cerita dengan  program Selamatkan Malaysia. Bukankah  untuk memberi nafas pada Umno? Tidak ada lagi pemimpin PAS naik sepentas dengan pemimpin Umno untuk agenda peribadi dan masalah peribadi.

Matlamat PAS jelas, ialah PAS ganti Umno. Ahli Umno mesti keluar Umno bersama PAS. Cukuplah selama ini Umno gagal menjaga maruah agama dan bangsa. Siapa pun memimpin Umno, itulah hasilnya. Acuan bahulu tak akan keluar kuih semperit.

Perjuangan PAS, bukan Zahid ganti Najib. Program Selamatkan Malaysia, matlamatnya apa pula? Yang hendak buat reform pula sejarah buruknya terpahat di dalam sejarah tanah air. Apa terjadi pada sistem kehakiman, ekonomi, dasar bumiputera, dasar pertanian. Semuanya rakyat tidak boleh lupa.

Terpulanglah kepada mereka hendak beri nafas pada Umno. Kami tetap dengan pendirian kami. Jangan hendak tutup kelemahan kamu hendak tuduh PAS pula hendak sertai Umno.

Sudah 8 tahun, UG menjadi ratib golongan ini. Namun PAS tetap melangkah gagah. PAS belum naik pentas politik bersama pemimpin Umno untuk beri nafas kepada Umno.

Hujah yang  lucu pula supaya  menghalalkan mereka naik pentas bersama pemimpin Umno sama seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Ini satu analogi yang silap.

Almarhum bersama Anwar apabila beliau dipecat dan dibuang daripada Umno. Bukan hendak bagi nafas kepada Umno. Kemudian tertubuhnya PKR. Sedangkan Gerakan Selamatkan Malaysia untuk hidupkan Umno. Apa pun mereka hendak beri alasan, itu hanya sendiwara sahaja. PAS tetap PAS.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Bukit Gantang
13 Rejab 1437/21 April 2016 - HARAKAHDAILY 21/4/2016

Sumber HD - 21-4-2026



Yang Memalukan Ialah Zakir Lebih Faham Hindu Pada Orang Hindu

Posted on Wednesday, April 20 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Petikan: FB Yuktes Vijay

JUMLAH orang Hindu yang keluar daripada agama Hindu dan masuk agama Islam adalah rendah berbanding dengan orang Hindu yang masuk Kristian..


Tapi, tiada laporan polis atau bantahan daripada Malaysian Indian Congress, Hindraf dan Malaysia Hindu Sangam sepertimana mereka lawan Dr Zakir Naik berceramah di Malaysia..

yuktes-vijay
YUKTES VIJAY
Dr Zakir is a preacher..Kerja preacher adalah untuk sebarkan agama Islam dan bawa orang masuk Islam…Macam evangelist lah!

Dr Zakir tahu Vedas, kitab suci orang India tetapi tanya orang India jika mereka sekadar pernah lihat cover buku Vedas sebelum ini tak? Tak boleh mereka nak jawab…

How can you say Zakir Naik is insulting Indians when Indians themselves don’t bother to read, learn or understand the Vedas?

Sebelum nak lapor dan bangkang pasal Zakir Naik, tolong baca kitab orang India dulu..

You can bark all you want but Zakir Naik ada ilmu pasal Hinduism yang lebih dalam daripada kita semua..

Now, that is more insulting to me than what Zakir has to say about Hindus..

Diri sendiri tak perfect tapi sibuk komen pasal Zakir..

Presiden MIC seorang doktor..Begitu juga Zakir Naik..

Kenapa tak nak debat atau buat diskusi berilmiah?

How can you say someone is wrong when you pun tak tahu mana satu betul?

Sumber TKO - 20-4-2016




Zakir Naik: Umno-PAS boleh jadi gabungan untuk orang Islam

Posted on Wednesday, April 20 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Kerajaan campuran UMNO dan PAS akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara ke hadapan serta mengukuhkan Islam, kata pendakwah Islam antarabangsa Dr Zakir Naik.

Katanya beliau bukannya mencadangkan dua parti politik Islam utama negara itu bergabung, tetapi adalah lebih baik jika kedua-dua parti politik berkenaan membentuk kerajaan campuran.

"Saya bukan hendak memberitahu kedua-dua parti (UMNO dan PAS) perlu menjadi sebuah parti, tetapi jika mereka boleh berbuat demikian, Alhamdulillah...(jika tidak), mereka boleh mengekalkan parti dan identiti masing-masing.

"Namun, jika mempunyai kerajaan campuran, ia akan menjadi gabungan untuk orang Islam," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam rakaman program bual bicara TV Al Hijrah, 'Persepsi', di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Zakir Naik, yang kini menjelajah Malaysia bagi menyampai syarahan agama, dituduh oleh pihak tertentu kononnya ceramah beliau boleh menjejaskan ketenteraman awam dan menyentuh sensitiviti agama lain.

Sejak beberapa hari lepas, beliau telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dr Zakir Naik, dari India, berkata beliau percaya kedua-dua pemimpin parti itu bersedia bekerjasama membentuk kerajaan campuran, dan jika perkara itu menjadi kenyataan ia adalah sesuatu yang terbaik untuk Islam.

Bagaimanapun, katanya mungkin ada beberapa pihak di negara ini yang tidak bersetuju dengan pendapatnya dan tidak mahu melihat UMNO dan PAS membentuk kerajaan campuran.

Dr Zakir Naik juga mencadangkan supaya lebih banyak program diadakan di negara ini bagi menjelaskan mengenai Islam kepada orang bukan Islam serta menghapuskan sebarang salah faham mereka tentang Islam.

Menurutnya pada pertemuan dengan Najib, beliau telah memaklumkan mengenai Persidangan Dunia Islam Dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di Mumbai, India, baru-baru ini, dan perdana menteri bertanya sama ada persidangan itu boleh diadakan di Malaysia.

- Bernama

Sumber TKO - 20-4-2016



Siapa yang membanjiri ceramah DZN?

Posted on Monday, April 18 @ 18:31:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"

Assalamualaikum,,,  Astro awani melapurkan orang ramai sudah mula membanjuari stadium Bukit Jalil sejak pukul 4 petang lagi untuk mendengar ceramah DZN, saya tersentak dan berkata wow macam perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia.Sesungguhnya sejarah sudah tercipta, mana ada insan yang sebegitu dimulia ALLAH pernah hadir di Negara kita? Kehadiran yang sebegitu adalah fenomena dan tertanya tanya pula siapakah agaknya yang ghairah begitu? Kalaulah ceramah isu semasa anjuran PAN mendapat sambutan sebegitu alangkah bagusnya!

Seorang kawan juga bercerita bagaimana sukarnya dia cari parking ketika ceramah DZN di Padang Astaka Kemaman dan betapa sukarnya dia mencari ruang untuk duduk mendengar ceramah dicelah celah lautan manusia yang dia anggarkan seramai 40k.begitulah suasana kemeriahan ceramah seorang insan yang diberi kemuliaan oleh ALLAH, yang boleh mengingati setiap ayat quran dari 30 juzuk itu.

Tiada batasan politik dalam ceramahnya yang semata mata mencari mardhatillah dan sejarah sekali lagi tercatat apabila beberapa saudara baru terhasil di malam ceramahnya.Namun fakta tidak boleh diabaikan, yang membawa masuk DZN ke Malaysia ialah Umno, sebuah parti yang didakwa PAN tidak akan mahu melaksanakan hudud tetapi setidak tidaknya usaha membawa DZN itu membantu kepada peningkatan kesedaran Islam di kalangan rakyat.Rata rata yang datang ke ceramah DZN itu adalah Umat Islam yang mahu kembali kepada Islam sepenuhnya d samping mereka yang bukan Islam tetapi menyimpan keinginan mengetahui Islam dengan lebih mendalam.

Ketika memerhatikan kehadiran di Kemaman, apa yang saya boleh simpulkan bahawa majoriti yang hadir pada malam itu adalah penyokong PAS walaupun yang anjur ceramahnya ialah Umno.Saya tidak tahu di Bukit Jalil siapakah yang menguasai kalangan pendengar pada malam itu tetapi saya tetap percaya mereka terdiri dari mereka yang menyokong hudud tanpa persoalan.
Yang pasti kehadiran DZN tidak memberi apa apa kelebihan kepada mana mana parti politik tetapi memberi kelebihan kepada Islam dan sekaigus menampakkan harapan Islam masih lagi boleh bergerak di bawah pemerintahan Umno tidak seperti didakwa PAN dan dengan itu juga menjadi hujah yang kuat bahawa kita dalam PAS tidak boleh mengabaikan dakwah kita kepada Umno sebab masih ada unsur yang boleh dimenafaatkan melalui Umno dan masih ada unsur yang boleh dipersoalkan dengan DAP!

Atau apakah ada ahli DAP yang hadir ke ceramah DZN dan bertanya soalan kenapa DZN menjadi pencetus perbalahan ugama?

Sumber TKO - 18-4-2016



Bukan Islam mahu dalami Islam di ceramah Zakir

Posted on Monday, April 18 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Rata-rata pengunjung bukan Islam yang hadir dalam majlis syarahan penceramah kontroversi Dr Zakir Naik adalah kerana mahu mendalami Islam sebelum memeluk agama itu.

Menurut seorang pelajar beragama Buddha yang mahu dikenali sebagai 'Qalesya' berkata, beliau mula mendalami Islam sejak berusia 16 tahun.

Tamat sahaja SPM, beliau masuk kesebuah pusat pengajian di Nilai dan dalam masa yang sama turut mengikut kelas mingguan bagi mendalami Islam di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

"Rakan-rakan Islam saya yang mengajak saya ke majlis ini bersama mereka.

"Saya berminat dengan Islam, saya percaya hanya ada satu Tuhan dan yang saya tahu agama lain ada banyak Tuhan," katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, beliau berharap agar Zakir dapat memberikan lebih pendedahan kepadanya mengenai Islam.
Sementara itu seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Vivian berkata, beliau hadir ke syarahan Zakir bagi mendengar sendiri dan menambah ilmu mengenai Islam.

"Saya hadir untuk tambah ilmu saya mengenai Islam.

"Saya sudah lama berminat dengan Islam. Rakan-rakan Islam saya sering menerangkan salah anggap saya mengenai Islam," kata wanita berusia 26 tahun itu.

Bagi wanita warga Vietnam, An En beliau mula mendapat pendedahan tentang Islam sejak bekerja di Malaysia lima bulan lalu.
"Saya dari Vietnam di mana komuniti di kampung saya tidak begitu terdedah dengan Islam.
"Saya sangat beruntung dapat dua rakan serumah beragama Islam," katanya.

Jelas wanita berusia 30 tahun itu lagi beliau turut mengikuti kelas Agama di Masjid Jamek.

"Saya hadir ke syarahan ini bersama-sama rakan sukarelawan dari tempat saya belajar Islam di Masjid Jamek.
"Saya nak dengar sendiri dari Dr Zakir apa itu Islam berbanding hanya baca melalui buku," katanya yang bekerja di pusat agensi pelancongan.
Dalam ceramah Zakir yang berlangsung selama lima jam di Stadium Hoki Bukit Jalil malam tadi, empat individu mengiytiharkan pengislaman mereka.
Keempat-empat saudara baru itu mengucapkan dua kalimah syahadah ketika sesi soal jawab.

Lebih 35,000 hadir bagi mendengar ceramah Dr Zakir yang juga Tokoh Maal Hijrah pada 2013 meskipun hujan turun lebat pada awalnya.
Bagaimanapun kemunculan Dr Zakir pada jam 8.45 malam disambut dengan tepukan gemuruh pengunjung yang hadir.
Sejak tiba di negara ini pada 9 April lepas, ini merupakan ceramah pertama tokoh pendakwah terkenal itu di Kuala Lumpur selepas mengadakan ceramah di Terengganu.

Beliau dijangka berada di Melaka esok bagi meneruskan jelajah ceramahnya di Malaysia.

Sumber TKO - 18-4-2016




Pemuda Hindu tunggu 24 tahun untuk lafaz syahadah
Posted on Monday, April 18 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



ALOR GAJAH : Seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan penceramah ulung antarabangsa, Dr Zakir Naik serta lebih 20,000 orang, sebentar tadi.

Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah suci itu selepas menerima penerangan jelas mengenai persoalannya mengenai Islam daripada Zakir. Beliau yang sebelum ini menganut agama Hindu berkata, tindakannya itu dilakukan secara rela hati tanpa paksaan mana-mana pihak.

"Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu, namun selepas menunggu selama 24 tahun, saya akhirnya menerima hidayah untuk memeluk Islam," katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Sejurus mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir. Turut menyaksikan 'kejutan' itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Sementara itu, Zakir dalam syarahan bertajuk Islam - Penyelesaian Masalah Untuk Manusia sebelum itu berkata Islam sering disalah erti oleh masyarakat dunia berikutan penyampaian berita daripada media antarabangsa yang boleh mengelirukan.

"Masyarakat tidak seharusnya mempercayai dan menuding jari tanpa mengetahui kesahihan sesuatu berita terbabit terutama media antarabangsa yang sering menyalah erti konsep islam yang sebenar seperti perkataan 'jihad'.

"Pada masa ini, maksud jihad yang sebenar bukan sahaja disalah anggap oleh masyarakat bukan Islam malah umat Islam itu sendiri," katanya.


Sumber TKO - 18-4-2016




Empat Peluk Islam Di Ceramah Dr Zakir Semalam

Posted on Sunday, April 17 @ 16:08:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: Selepas seorang gadis bukan Islam memeluk Islam pada ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Kemaman Khamis lepas, empat lagi mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah ilmuan Islam itu di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini malam Sabtu.

Seorang daripada mereka ialah Hurender Bal Singh, 23, dari India yang membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung bukan Islam memeluk agama Islam untuk berkahwin.

Sebelum membimbing lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadah, Dr Zakir berulang kali bertanyakan kepadanya jika ada sesiapa yang memaksanya memeluk agama Islam.

"Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada Allah dan Nabi  Muhammad ialah pesuruh Allah dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim," kata lelaki Punjabi itu dalam sesi soal-jawab pada ceramah yang dihadiri lebih 30,000 orang.

Sejurus selepas Hurender Bal Singh mengucapkan dua kalimah syahadah, seorang wanita yang memakai jubah dan skaf hitam, tanpa menyatakan nama dan dari mana, telah menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam.



Dr Zakir kemudian bertanya kepada wanita itu sekiranya beliau percayakan Allah dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah, dan dijawab wanita itu 'ya' dan terus membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah dengan disusuli sorakan pengunjung sebagai memberi semangat dan ada antara mereka dilihat menitiskan air mata.

Selepas bertanyakan beberapa soalan, seorang lagi wanita yang mahu dikenali sebagai Muchelle mengumumkan ingin mengucapkan dua kalimah syahadah dan dibimbing oleh pendakwah itu untuk berbuat demikian.

Seorang lelaki dari Sarawak, Joel anak Along, 26, berasal dari Miri yang menyatakan telah mempelajari tentang agama Islam sejak beberapa tahun lepas turut memutuskan untuk memeluk Islam selepas bertanyakan kepada Dr Zakir tentang hikmah syahadah.

Khamis lepas, Wu Nina Grace, 19, memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah Dr Zakir dengan disaksikan hampir 40,000 orang di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.

Dr Zakir sedang dalam rangka mengadakan syarahan di seluruh negara yang telah menarik kedatangan ribuan orang untuk mendengar ceramahnya.

Beliau dijadual mengadakan syarahan di Melaka esok.

Sumber TKO - 17-4-2016


Seorang Lelaki Dan Dua Wanita Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Di Bukit Jalil

Posted on Sunday, April 17 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang lelaki dan dua wanita tempatan turut mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Dr Zakir Naik dan 35,000 pengunjung ceramah beliau di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Penjawat swasta dan warga India, Harinder Pal Singh, ketika tampil mengajukan soalan kepada Zakir, tersentuh dengan penjelasan pendakwa ulung antarabangsa itu.

Harinder, 23, kemudian dengan rela hati memeluk Islam selepas Zakir membuktikan wujud persamaan antara al-Quran dan kitab Singh, bahawa Allah hanya satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruhnya.

Ketiga-tiga mereka yang memeluk Islam malam ini bukan atas paksaan, sebaliknya dilakukan atas penuh kerelaan diri kerana tertarik dengan keindahan dan kesempurnaan agama Islam.

Sumber TKO - 17-4-2016


Lelaki Sikh Pula Peluk Islam Ketika Ceramah Dr Zakir Naik
Posted on Sunday, April 17 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik mencipta satu lagi sejarah selepas seorang lelaki Sikh pula terbuka hatinya untuk mengucapkan syahadah, sekali gus memeluk Islam selepas menghadiri ceramah Dr Zakir Naik, malam tadi.

Penjawat swasta dan warganegara India, Harinder Pal Singh, ketika tampil mengajukan soalan kepada Zakir, tersentuh dengan penjelasan pendakwa ulung antarabangsa itu.

Harinder, 23, kemudian dengan rela hati memeluk Islam selepas Zakir membuktikan wujud persamaan antara al-Quran dan kitab Singh, bahawa Allah hanya satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruhnya.

“Sekarang saya jelas bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,” katanya sambil dipeluk hadirin yang membanjiri ceramah Zakir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Zakir turut berkesempatan mendoakan supaya perjalanan Harvinder mendalami ajaran Islam dipermudahkan, selain meminta pelbagai pihak untuk membantunya.

“Apa saja yang anda lakukan sebelum ini akan diampunkan, insya-Allah dan semoga Allah kurniakan anda Jannah,” katanya disahut laungan takbir 35,000 orang di stadium berkenaan.
Harinder mengakui dirinya sudah mendalami ajaran Islam daripada rakan dan tokoh agama sejak setahun lalu, namun masih menunggu penjelasan yang akhirnya diutarakan secara jelas oleh Tokoh Maal Hijrah 2013 itu.

“Saya akan terus ikut ceramah Dr Zakir selepas ini dan memasuki kelas agama untuk memahami syariat Islam, selain menguatkan kepercayaan diri terhadap Allah dan rasulnya.

“Kehendak saya untuk memeluk Islam bukan atas paksaan, sebaliknya dilakukan atas penuh kerelaan diri kerana tertarik dengan keindahan dan kesempurnaan agama ini,” katanya.

Sumber TKO - 17-4-2016


Pembesar suara rosak, ceramah dihenti seketika
Posted on Sunday, April 17 @ 06:54:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KUALA LUMPUR - Program ceramah pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini ditangguh selama 15 minit gara-gara dua pembesar suara mengalami kerosakan teknikal.

Menurut pengacara program, tempoh masa terse‎but diperuntukkan bagi memberi masa kepada jurutera membaiki kerosakan tersebut.

Difahamkan lagi, pembesar suara itu mengalami kerosakan susulan hujan lebat yang melanda sejak jam 5.45 petang tadi.

"Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada saudara dan saudari yang hadir pada hari ini.

"Kami akan hentikan program selama 10 minit hingga 15 minit ‎kerana dua pembesar suara utama telah mengalami kegagalan untuk berfungsi. Kita akan bersambung sebentar lagi," katanya.

Program ceramah bertajuk  'Is the Qur'an God's word?'‎ dibawakan oleh Dr Zakir bermula jam 5 petang dan dijangka berakhir pada 9 malam ini. 


Sumber HD - 17-4-2016



Hampir 4,000 dengar ceramah Fariq Naik di P Pinang


Posted on Saturday, April 16 @ 20:11:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Hampir 4,000 orang tidak melepaskan peluang untuk mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Fariq Naik, anak kepada pendakwah terkenal Dr Zakir Naik yang diadakan di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) di George Town malam tadi.

Fariq, 22, yang merupakan lulusan A level (CIE, UK), di Islamic International School and Junior College, Mumbai, India itu menyampaikan ceramah bertajuk 'Misconceptions about Islam' (salah tanggapan mengenai Islam).

Dalam ceramah selama 1 jam 15 minit anjuran Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) itu, Fariq turut berkongsikan berkenaan isu serta soalan yang seringkali menjadi pertanyaan dan persoalan oleh orang bukan Islam antaranya isu poligami, jihad dan pemakaian hijab oleh wanita Islam.

Rata-rata penonton yang hadir menyaksikan ceramah Fariq melahirkan rasa teruja dan berpuas hati dengan cara penyampaian Fariq yang mudah difahami pendengar.

Bagi suri rumah Safiah Abdul Satar, 56, ceramah yang disampaikan oleh anak muda itu sangat bagus untuk difahami dan baginya ia tidak cukup puas untuk didengar kerana masih banyak perkara yang ingin diketahui mengenai salah faham terhadap Islam.

"Cara penyampaian Fariq sangat ringkas dan mudah faham, namun waktu yang singkat malam ini membantutkan Fariq untuk menjawab kesemua 20 persoalan apabila mampu menjawab separuh daripadanya," katanya ketika ditemui selepas ceramah itu.

Bagi penuntut USM, Baharuddin Abu Bakar, 25, pula berkata ceramah itu sangat berguna kepada orang Islam untuk berhadapan dengan rakan-rakan yang beragama lain bagi membetulkan salah faham mereka dan gambaran sebenar Islam itu.

"Kadangkala kita yang beragama Islam ini kata sahaja belajar pendidikan agama tetapi ilmu pengetahuan untuk menjawab persoalan orang bukan beragama Islam masih terlalu cetek dan perlu banyak dipelajari," katanya.

Beliau yang pada mulanya kecewa dengan pembatalan ceramah oleh Dr Zakir Naik sedikit terubat apabila Fariq berjaya menyampaikan ceramah yang setanding bapanya malah penggunaan bahasa Inggeris dalam ceramahnya cukup lancar dan difahami.

Seorang lagi hadirin yang juga penuntut USM, Zulfar Marwah, 26, berkata program yang mendapat sambutan ramai itu adalah sangat bagus kerana ia bukan sahaja bercerita mengenai hiburan tetapi dari segi intelektual.

Sementara itu, Fariq ketika ditemui Bernama seusai majlis itu turut melahirkan kesyukuran di atas sambutan yang diberikan orang ramai yang hadir mendengar ceramahnya.

"Alhamdulilah... program ini sangat bagus. Mengenai salah tanggapan terhadap Islam, ini sangat penting. Kita perlu menyampaikan penyelidikan daripada al-Quran dan Hadis, jadi salah faham ini saya cuba untuk jelaskan kepada bukan muslim," katanya.

Pelbagai lapisan umur dilihat memenuhi ruang dewan, tidak cukup dengan itu, masyarakat berbilang bangsa dan agama turut hadir mengikuti ceramah tersebut menerusi skrin yang dipaparkan di luar dewan berkenaan.

Penglibatan Fariq dalam bidang syarahan agama ini adalah seawal usia lapan tahun kerana sering mengikuti program dakwah bapanya. Selain itu, sedari kecillagi Fariq juga pernah memberikan dakwah singkat dalam bahasa Inggeris dan Arab di hadapan kira-kira 100 penonton di kota-kota di dunia seperti Chennai, Pune, Dubai, Itali dan Trinidad.

Turut hadir mendengar syarahan anak muda itu ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor.

Terdahulu, majlis itu dimulakan dengan ceramah oleh Pengasas Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) Kamarudin Abdullah bertajuk 'Kenali Islam'.
- Bernama

Sumber TKO - 17-4-2016



Pertemuan antara pendakwah Dr. Zakir Naik dengan Presiden PAS

Posted on Saturday, April 16 @ 17:12:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Pertemuan bersama pendakwah Dr. Zakir Naik di Seri Pasific Hotel, Kuala Lumpur, pagi tadi.



 


Sumber TKO - 16-4-2016
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------












































































































Dr Zakir Naik: Islam sejelas mentari

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ | .


Dr Zakir Naik, seorang pendakwah Islam prolifik yang setiap masa berpusing ke seluruh dunia menyebarkan Islam nampaknya berjaya mencetus suasana bising di Malaysia pada tahun ini.

Kehadirannya beberapa hari lepas telah disedari oleh semua hatta oleh orang-orang kampung yang langsung tidak memahami Bahasa Inggeris. Ia gara-gara tembakan liar yang dilepaskan oleh beberapa individu dalam negara yang melihat Dr Zakir Naik sebagai satu ancaman kepada keharmonian dan kestabilan negara.

Terakhir yang saya baca ialah kenyataan oleh seorang menteri senior BN berugama Islam yang menyokong larangan terhadap ceramah Dr Zakir Naik dalam negara. Katanya, selepas dia ceramah, dia akan tinggalkan Malaysia. Akhirnya kitalah yang terpaksa sapu segala kerosakan yang dilakunya, bukan dia. Nampaknya Prof Ramasamy ada juga penyokong daripada kalangan menteri Umno.

Begitulah kehendak Allah. Islam ini menakjubkan sekali cara ia berkembang. Ia bisa berkembang dalam senang dan susah, suka dan benci, malah dalam aman dan perang. Ia bukan satu paksaan, tetapi manusia terpaksa melutut kalah kepada kebenarannya, lalu mereka memaksa diri mereka sendiri untuk menerima Islam. Mana mungkin manusia dapat melakukannya jika tidak kerana ugama ini benar-benar dijaga oleh Allah untuk manfaat, maslahat dan kebaikan untuk seluruh manusia.

Tulisan ini bukan untuk menghujah melawan orang-orang yang mahu menyekat Dr Zakir Naik daripada berdakwah, tetapi untuk melihat bagaimana Islam yang dijaja rata riti di segenap rantau oleh beliau.

Jika kita perhatikan ceramah dan soal jawab beliau bersama audiennya, kita akan dapati ucapan beliau mengandungi tiga nilai dan inti utama:

Pertama, meyakinkan umat Islam bahawa Islam yang mereka anuti adalah satu ugama yang benar dan unggul ke atas seluruh ugama lain.

Kedua, meyakinkan non muslim bahawa ugama-ugama lain telah tamat dan berakhir peranannya dengan kehadiran ugama terakhir daripada Allah iaitu Islam.

Ketiga, meyakinkan golongan ateis moden bahawa menolak kewujudan Allah adalah logika paling mustahil.

Nilai yang berjaya dibangkitkan oleh Dr Zakir Naik inilah yang menyebabkan kehadiran 'full house' para pendengar dalam ceramahnya di mana-mana pun. Ia seperti kedahagaan yang melampau yang memerlukan curahan air yang mencurah-curah buat membasahkan kering tekak.

Isi ceramah beliau penuh dengan bukti-bukti (al bayyinah) kebenaran Islam sebagai ugama yang benar dan satu-satunya. Ceramah beliau sebenarnya sangat sesuai untuk non muslim mengenali Islam. Tetapi yang peliknya, lebih 90 peratus kehadiran adalah umat Islam sendiri.

Ya, Isu Islam hari ini adalah umatnya sendiri, bukan umat lain yang memeranginya. Umat Islam hari ini menjahili ugama sendiri sehingga mungkin sejahil non muslim terhadap ugama Islam. Mereka tidak memiliki ilmu dan keyakinan bahawa Islam yang mereka anuti adalah satu ugama yang begitu unggul dan cemerlang.

Justeru apabila mereka mendengar kupasan demi kupasan yang begitu berkaliber daripada Dr Zakir Naik, ramai yang begitu girang dan menitiskan air mata gembira dengan kekuatan Islam dan kebenarannya. Baru mereka terasa betapa mereka sedang mendakap satu nikmat yang tiada perinya dalam diri mereka.

Sekarang jelas sekali bahawa isi dan inti ceramah Dr Zakir Naik adalah untuk orang Islam sendiri agar mereka kembali kepada ugama mereka sendiri, mengatasi keperluan ceramahnya untuk rakan-rakan non muslim.

Jikapun ceramah beliau tidak dihadiri non muslim, tetapi apabila ia berjaya mengubah diri umat Islam sendiri untuk hidup dengan pengajaran ugama mereka, ia pastinya sudah cukup menjadi satu kejayaan yang besar buat Dr Zakir Naik.

Dakwah Islam sebenarnya bukan hanya dengan pergantungan kepada individu-individu hebat seperti Dr Zakir Naik, tetapi dengan ilmu dan akhlak umat Islam sendiri. Rakan non muslim akan tertarik dengan Islam dan menerimanya dengan baik melalui kejiranan hidup bersama umat Islam yang mengamalkan Islam yang sempurna.

Isu dakwah adalah kegagalan umat Islam untuk memperkenalkan ugama mereka sendiri. Mereka jahil. Kejahilan melahirkan kekeliruan dan was-was terhadap ugama. Akhirnya, untuk sebahagian mereka, keperluan untuk diubati adalah sama seperti non muslim yang sememangnya memerlukan ubat ilmu dan maklumat.

Islam sarangnya di hati. Ia membina istana ketenangan di dalam diri sebelum ia membina pemerintahan keadilan di muka bumi. Siapa pun tidak mampu memberi apa yang dia tidak miliki. Jika dia memiliki kegagalan, maka dia hanya mampu memberi kegagalan juga nanti.

Hari ini umat Islam berpolitik ingin memerintah di negara masing-masing. Malangnya, tatkala mereka diberi nikmat memerintah, mereka gagal menghasilkan buah-buah keadilan dan keharmonian untuk negara mereka, malah negara dipenuhi buah-buah yang buruk dan busuk. Benarkah, jika istana Islam terbina di dalam hati, maka yang lahir dalam negara ialah gejala rasuah, salah guna kuasa, jenayah kolar putih, penindasan dan penipuan terhadap rakyat? Tidak bukan?

Dr Zakir Naik secara jelas berjaya membuktikan Islam sebagai ugama tunggal pada akhir zaman. Ugama-ugama besar dunia pada hakikatnya telah membenarkan kehadiran Islam melalui kitab-kitab mereka sendiri. Tinggal lagi, non muslim sendiri tidak mengetahuinya. Ia penyakit yang sama. Manusia hari ini terlalu jahil dengan ugama masing-masing. Mereka disibukkan dengan dunia kebendaan sehingga memalingkan mereka daripada melihat kepada hakikat yang lebih utama iaitu menikmati kehidupan beribadah kepada tuhan yang mencipta kehidupan ini.

Dunia manusia hari ini begitu jauh terpesong daripada jalan yang lurus. Dunia seperti sedang berlayar laju ke neraka. Nakhodanya adalah syaitan yang direjam. Lahir manusia atheis, hidup tanpa tuhan selain nafsu serakah yang mengabdikan jasad dan akal. Siapakah yang mampu menghalang kehancuran yang menanti ini?

Islamlah keajaiban. Ia adalah cahaya dan bahtera yang sejahtera. Islam dijaga Allah sehingga hari kiamat. Allah adalah tuhan yang maha pengasih dan penyayang terhadap hamba-Nya.

Sebagaimana Allah menyelamatkan kehancuran dunia 1400 tahun lepas dengan perutusan al Rasul yang agung akibat malapnya cahaya ugama-ugama terdahulu dengan kezaliman penganutnya, begitulah rahmat Allah berterusan untuk hamba-Nya hari ini yang dinoda kejahilan dan kajahatan manusia.

Dimunculkan para ulama dan pejuang Islam yang bertali arus mengekang kelajuan jahiliyah. Akan terus ada bahtera penyelamat yang datang memberi harapan dan cahaya buat seluruh manusia.

Hujungnya adalah hidayah daripada Allah. Ia milik-Nya 100 peratus. Dia memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya dengan ilmu-Nya yang maha luas. Begitulah, Dia menyesatkan orang yang dikehendaki-Nya dengan ilmu-Nya yang luas.

Ramai manusia dilahirkan cemerlang dan terbilang. Kelahirannya mengubah kehidupan manusia dengan genius otak yang dimiliki mereka. Para genius merangsang sains dan teknologi. Hidup kita hari ini adalah hasil otak-otak genius yang berjaya menghasilkan teknologi tanpa wayar, komputer, internet, media baru dan pelbagai lagi.

Tetapi umat manusia perlukan genius yang lebih hebat buat membelah tabir alam ghaib yang memunculkan pahala dan dosa, malaikat dan syaitan, malah syurga dan neraka di hadapan mata. Agar mereka melihat alam yang begitu luas dari dunia yang sempit ini.

Kita perlukan gabungan genius akal dan kesucian ilmu wahyu. Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam adalah penghulu kegeniusan dan kebijaksanaan. Selepas baginda lahir para ulamak Islam yang membelah tirai ghaib dengan akal dan hidayah.

Dr Zakir Naik bukan berseorangan. Allah melahirkan para bijaksana akal dan hidayah sepanjang masa. Kita sayugia mensyukurinya dan bergembira dengannya. Musuh kesyukuran ialah keegoan yang tinggi. Jauhi bersifat seperti menteri senior BN itu. Ia adalah keangkuhan yang nyata.

"Maka bersujudlah semua kepada Allah dan sembahi-Nya." - HARAKAHDAILY 16/4/2016
* Artikel di atas adalah untuk siri kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.

Sumber HD - 16-4-2016



Bagaimana Hukum HUDUD Nak Dilaksanakan Di Malaysia - Dr Zakir Naik

Posted on Saturday, April 16 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Bagaimana Hukum HUDUD Nak Dilaksanakan Di Malaysia. Soalan ini ditenya oleh seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina.

https://www.youtube.com/watch?v=DjZGGBs-8h0&feature=player_embedded

Kredit:
Askar Semut Retro


Sumber TKO - 16-4-2016




Video Pemuda Hindu Mohon Masa Untuk Peluk Islam
Posted on Saturday, April 16 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Selain daripada Nina Grace seorang lagi pemuda beragama Hindu yang di kenali sebagai Navil hampir-hampir di islamkan oleh Dr Zakir di Padang Astaka Kemaman semalam apabila beliau mengajukan beberapa soalan yang telah lama beliau pendamkan.

Menurut Navil semasa sesi soal jawab bersama Dr Zakir beliau telah mengikuti banyak siri-siri ceramah Dr Zakir di Youtube, CD dan pelbagai medium lain dan masih mencari jawapan sehingga beliau dapat bersemuka sendiri dengan Dr Zakir secara ‘Live’.

Dalam sesi soal jawab tersebut Dr zakir telah menerangkan isi kandungan Kitab Vida (rujuk pada video di atas) bagi penganut agama Hindu di mana wujudnya ayat-ayat yang menyatakan kewujudan Nabi Muhammad S.A.W dan Allah S.W.T yang membuat pemuda Hindu tersebut terpegun.

Walaubagaimanapun pemuda tersebut memohon masa untuk beliau memahami lebih mendalam berkaitan islam dan membuat kajian lebih lanjut, di harap Pemuda Hindu tersebut juga akan mendapat hidayah dan di bukakan hati untuk memeluk islam pada masa akan datang.

Program Dr Zakir Naik Terengganu Tour yang berakhir dengan rahmat apabila seorang remaja kristian telah melafazkan dua kalimah syahadah dan menjadi viral di media sosial, ramai netizen memuji sikap remaja tersebut yang berani ke hadapan mengisytiharkan diri menjadi saudara baru islam.






Sumber TKO - 16-4-2016


Ramasamy (DAP) harus dikeluarkan dari negara ini – Mufti Perak

Posted on Friday, April 15 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



PETALING JAYA: Kebiadapan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof P Ramasamy menghina penceramah Dr Zakir Naik dengan gelaran ‘syaitan’ seharusnya dihukum dikeluarkan dari negara ini.

Demikian kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan kenyataan pemimpin DAP itu tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.


"Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.

"Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini," katanya lapor Sinar Harian.

Malah, Harussani juga menyatakan permohonan maaf daripada Ramasamy sebelum ini tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkatan ‘syaitan' sahaja.

"Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.

"Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu melarang kedatangan Zakir ke sini?," soalnya.

Pada 12 April lalu, Ramasamy memohon maaf kerana menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan'.

Ramasamy mengakui telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan' dalam menerusi catatan di Facebooknya, pada 10 April lalu, kerana penceramah itu didakwa memberi ceramah menghina agama lain.

Sumber TKO - 15-4-2016



Video Imam Besar Khatolik Ini mengakui "Islam Agama yang Benar"

Posted on Friday, April 15 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



Dmitri Smirnov yang merupakan seorang Imam Besar Katolik Ortodoks menyampaikan satu khutbah gereja yang begitu menggemparkan di depan beberapa ratus jemaatnya. Dalam khutbahnya itu, dia menyampaikan hari esok Rusia bakal jadi punya pemeluk Islam. Tersebut khutbah yang di sampaikan oleh Dmitri Smirnov :

Kalian saksikan, saat umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tak satu juga orang yang berani melalui mereka, lantaran di semua dunia di masjid-masjid serta berjalan-jalan kota di padati jutaan ribu umat Islam yang tengah bersujud pada Tuhannya.

Saksikanlah, barisan jutaan umat manusia yang melaksanakan ibadah dengan begitu teratur serta ikuti shaf mereka semasing, serta hal semacam itu tak perlu di ajarkan. Mereka berbaris dengan teratur tanpa ada mesti di perintah. Lantas di mana kalian dapat lihat pemeluk Kristen semua dunia, dapat melaksanakan ibadah berbarengan?

Serta hal semacam itu tak ada dalam Kristen, kalian akan tidak pernah memandangnya. Lihatlah mereka, orang Muslim sering menolong dengan suka-rela tanpa ada mengharapkan imbalan, namun pemeluk Kristen jadi demikian sebaliknya. Kalian tanyakan pada wanita tua itu (sembari menunjuk wanita yang lumpuh yang ada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seseorang pengemudi Muslim kerap sediakan layanan transportasinya untuk mengantarnya ke gereja di Moskow.

Serta tiap-tiap wanita tua itu menginginkan memberikannya gaji, namun pengemudi Muslim senantiasa menampiknya dengan argumen kalau Islam melarang mengambil gaji pada wanita lanjut usia, jompo, dhuafa serta anak-anak yatim di beberapa panti serta yayasan. Dengarkanlah persaksiannya, walau sebenarnya wanita tua itu bukanlah ibu atau kerabatnya, namun pengemudi Muslim menyampaikan dalam Islam harus menghormati orang yang lebih tua, terlebih orangtua yang lemah serta tidak berdaya itu.

Keikhlasan pribadi pengemudi Muslim itu tak ada diketemukan dalam pemeluk Kristen yang mengajarkan kasih, namun pengemudi Kristen dapat tanpa ada belas kasih memohon gaji atas layanan transportasinya pada wanita tua itu.

Dia menyampaikan layak memperoleh gaji karena

itu yaitu profesinya sebagai layanan transportasinya. Seseorang Muslim malah lebih dekat dengan Sang Mesiah, namun orang Kristen cuma menginginkan duit. Apakah kalian tak rasakan?

Bagaimana dalam prosesi penebusan dosa, siapapun mesti membayar pada pendetamu, tak tahu itu miskin atau manula, harus memaharkannya sebagai ritual pengampunan dosa. Saksikan juga, seseorang Muslim tak tertarik untuk mngambil gaji pada beberapa orang lanjut usia.

Mereka demikian ikhlas dengan suka-rela membawakan beberapa barang dan belanjaan wanita tua itu. Hingga sang wanita tua itu akan berdoa ke gereja, sang pengemudi Muslim setia antar jemput wanita tua itu. Berikut

mengapa saya menyampaikan hari esok Rusia bakal jadi punya sebagian besar pemeluk Islam serta negeri ini bakal mnjadi punya Islam.

Kalian saksikan pribadi yang berbudi mulia serta santun, dapat bikin dunia tercengang, nyatanya akhlak Muslim lebih mulia dari pada jemaat Kristen. Kalian mendengar kalau Islam dituduhkan sebagai agama teroris, namun itu cuma gosip belaka yang sebenarnya umat Islam lebih memprioritaskan tata krama dan kesopanan.

Walaupun mereka di fitnah sebagai teroris, namun populasi jumlah mualaf di Eropa serta Rusia semakin ramai berdatangan ke tempat beribadah orang Muslim untuk memeluk Islam, lantaran beberapa mualaf tahu benar kalau Islam tak sekejam yang dunia tuduhkan. Saat ini serta selama-lamanya, hari esok Rusia bakal jadi punya umat Islam.

Di hari esok yaitu kembalinya kejayaan Islam. Saksikan populasi Muslim di Rusia, sudah sejumlah 23 juta serta pemeluk Kristen mngalami penurunan jadi 18 juta, lantas bekas yang lain tetap masih komunis. Ini satu kenyataan kalau Islam saat ini jadi agama paling besar di Rusia. Di utara sisa pecahan negara Uni Soviet sebagian besar Muslim yakni Republik Chechnya, Tarjikistan, Kajakhstan, Uzbeckistan serta Dagestan.

Lantas umat Islam sudah menjamah di kota-kota besar Rusia termasuk juga Moskow. Imam Besar mengakhiri khutbahnya serta turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, dimana beberapa jemaatnya masihlah trpaku serta haru, tak menganggap seseorang Imam Besar Katolik dapat mengagungkan orang Muslim. Beberapa jemaat juga ada yang menangis lihat bagaimana caranya ajaran Islam yang nyatanya mengajarkan norma berbudi mulia serta tak layak sekalipun di cap sebagai "teroris". Subhanallah...

Walau hal semacam itu di sampaikan oleh seorang yang bukanlah muslim, tetapi hal semacam ini menunjukkan kalau didalam Islam di ajarkan mengenai akhlak mulia, sama-sama mengasihi, serta toleransi. Hal ini dapat menunjukkan kalau yang disebutkan beberapa orang yang berasumsi muslim yaitu "teroris" itu sekalipun tak benar. Mudah-mudahan umat Islam semakin lebih berkembang di semua Negara di belahan dunia ini. - ifablogaddres

Tersebut pernyataan Dimitriv dalam video Youtube-nya yang menyebar dengan cara viral.

Dimitriv Smirnov yang bicara dihadapan beberapa ratus jemaatnya, seperti diambil The World Buletin News-Rusia, menyampaikan kalau hari esok Rusia bakal jadi punya umat Islam.

"Kalian lihat...ketika Umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tak satu juga orang yang berani melalui mereka lantaran di semua dunia di masjid-masjid serta berjalan-jalan kota dipadati jutaan umat Islam yang tengah bersujud pada Tuhannya.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=7oO0NXk8s9A

https://www.youtube.com/watch?v=TKRKE9Z6Ulw&feature=player_embedded



Sumber TKO - 15-4-2016


Zakir Naik Vs Sri Ravi Shankar (video)

Posted on Friday, April 15 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



























































































































Dr Zakir Naik berdialog dalam forum dengan Ravi Shankar, yang lebih dikenal dengan Sri Sri Ravi Shankar, adalah seorang pembimbing spiritual serta pendiri dari the Art of Living Foundation yang berasal dari India. Nama “Sri Sri” adalah sebuah gelar kehormatan yang berarti sama dengan Guruji atau Gurudev (Guru Besar). Sejak kecil Shankar dikenal sebagai seorang anak yang berbakat. Pada usia empat tahun, ia mampu menghapalkan Bhagavad Gita, sebuah catatan kuno dalam bahasa sansekerta.

PART 1

https://www.youtube.com/watch?v=LCyNGVzy8Fk&feature=player_embedded

Sumber TKO - 15-4-2016


Jangan jadikan Dr Zakir Naik 'mesin basuh'

HARAKAHDAILY | .


Saya pada mulanya ketika kehadiran Dr Zakir Naik (DZN) ke Terengganu, telah menetapkan saya perlu membuang sikap syak kepada program ini atas semangat dakwah Islam.

Saya antara orang yang menyampaikan ucapan alu-aluan kedatangan DZN ke Terengganu secara rasmi dalam FB saya.

Saya juga menolak pemikiran sempit sesetengah bukan Islam yang membantah dan menyerang DZN bagi menyampaikan syarahan beliau. Saya konsisten dalam hal ini insyaAllah.

Apabila MB Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menyatakan beliau ada menawarkan sebuah pulau bagi DZN membina Yayasan Penyelidikan Islam di Kenyir, saya tumpang gembira.

Begitulah jika kita mempunyai kuasa, kita boleh menggerakkan kuasa itu bagi memartabatkan Islam sebagaimana PAS lakukan dahulu, sehingga sekarang, alhamdulillah tiada kedai judi di Terengganu dan Kelantan. Dan pengalu-aluan saya terhadap rancangan itu saya sertakan bersama sedikit cadangan supaya penganugerahan pulau itu akan menjadi lebih indah, lebih bermakna dan lebih afdhal lagi insyaAllah.

Suka saya mencadangkan agar YAB MB menoleh sedikit ke belakang iaitu kepada rakyat-rakyat yang masih ternganga-nganga menunggu tanah-tanah mahupun rumah-rumah bagi mereka yang miskin itu untuk mempunyai harta sendiri. Lebih-lebih lagi bagi golongan miskin yang dinafikan hak mereka kerana politik.

Juga kepada kes-kes penarikan balik tanah-tanah TOL satu ketika dahulu yang sebahagiannya diambil semula dengan perdaya yang licik dari kerajaan negeri yang baru mengambil alih pemerintahan daripada PAS ketika itu. Termasuk tanah di Darul Bayan yang jelas dibuat untuk pendidikan agama anak bangsa tetapi diganggu oleh JKKK kelolaan Umno. Tidak lupa juga penyelesaian segera yang ditunggu-tunggu oleh rakyat di Kampung Pasir Putih, Merchang berkenaan pengambilan tanah-tanah mereka bagi tujuan pembesaran jalan.

Itu belum lagi dikira Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dinafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang sah. Juga bantuan sewajarnya wajib diberikan kepada pelajar-pelajar anak Terengganu di luar negara yang terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit.

Sepatutnya MB juga menganugerahkan sebahagian tanah di Pulau Redang bagi mengimbangi penjualan tanah yang sangat murah satu ketika dahulu oleh kerajaan negeri Terengganu Darul Iman kepada tauke judi Vincent Tan atas nama Berjaya Group.

Sehingga kini Pulau Redang tidak pernah sunyi dari maksiat. Mungkin DZN boleh melakukan sesuatu bagi menghapuskan segala maksiat di situ.

Itulah yang sepatutnya dahulu dilakukan sebelum penganugerahan pulau itu dilakukan. Barulah ia mengikut kehendak Quran dan sunnah sebagaimana yang diidamkan oleh MB. Dan penolakan pelaksanaan hudud juga boleh dibatalkan dan diusulkan semula di dalam sidang Dun agar lebih menepati kehendak Quran dan sunnah.

Besar kemungkinan DZN tidak mengetahui apa yang berlaku di belakang tabir Terengganu, maka dia secara berbesar hati menerima tawaran itu. DZN juga tidak tahu yang mungkin dia digunakan sebagai "mesin basuh" bagi menyucikan seseorang yang sedang comot kerana bergomol dengan 'abangnya' sendiri.

Sekali lagi penegasan saya, saya amat bersetuju dengan cadangan penubuhan yayasan yang dikatakan itu di pulau di Kenyir, tiada yang salahnya. Hanya penambahbaikan yang saya cadangkan itu dikira sebagai perkara utama yang wajib diselesaikan dahulu sebelum anugerah itu diberikan.

Mungkin dengan membantu pelajar-pelajar atau rakyat yang miskin itu tidaklah mempopularkan nama MB sebagaimana beliau menganugerahkan pulau itu kepada DZN. Namun mereka tetap rakyat Terengganu yang miskin dan layak.

Saya sangat yakin dan percaya, sekiranya DZN dimaklumkan tentang ini, beliau pastinya bersetuju dengan saya. Wallahua'lam.

USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan PAS Terengganu
7 Rejab 1437 bersamaan 15 April 2016 - HARAKAHDAILY 15/4/2016

Sumber HD - 15-4-2016



Remaja Kristian di Islamkan Dr Zakir Naik di Padang Astaka Kemaman Malam Tadi (bersamaa video)

Posted on Friday, April 15 @ 01:07:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace berbangsa Philippines telah memeluk islam di Program Grand Finale  Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman.

Beliau merupakan pelajar daripada Kolej Ranaco, offshore engineering Ranaco. Sebelum ini beliau telah menghafal Al-Fatihah,3 kul dan Qursi sejak berumur 13 tahun.






Dr Zakir Naik berjaya mengislamkan seorang gadis Kristian berusia 19 tahun, Nina Grace dari Filipina yang mengikuti syarahannya di Padang Astaka, Kemaman, Terengganu.  di sini, sebentar tadi.
Nina dengan rela hati bersetuju mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuashati mendengar penjelasan Dr Zakir mengenai konsep ketuhanan dan kenabian Muhammad.

Gadis itu mengucap syahadah di hadapan lebih 30,000 hadirin dan kelihatan sedikit sebak.


Video pengislaman Nina

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Vxlg20HbD6Q


https://www.youtube.com/watch?v=hhHivS8jaP4&feature=player_embedded


Sumber TKO - 14-4-2016
























































































































Kedatangan Zakir Naik ke Malaysia telah banyak membongkar Pemikiran Kumpulan Dakwah dan Kumpulan Bukan Islam

Posted on Thursday, April 14 @ 16:46:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




KEDATANGAN Zakir Naik ke Malaysia telah banyak membongkar beberapa pendirian dan pemikiran kumpulan-kumpulan dakwah dan bukan dakwah di Malaysia. Bahkan mendedahkan status orang kafir di Malaysia.

Secara umumnya, kita cuba lihat pendirian orang kafir terlebih dahulu. Kelantangan mereka jelas menentang kehadiran Zakir Naik. Mereka bukan menentang peribadi Zakir Naik tetapi lebih kepada agenda besar mereka tidak suka kepada umat dan agama Islam.



Mereka berada dalam millah wahidah iaitu satu kelompok atau satu ikatan agama yang sememangnya dari dulu hingga qiyamah tetap akan memusuhi Islam.



Mereka berada dalam satu ikatan walaupun secara zahir kita nampak mereka berada dalam parti politik yang berlainan dan berlawanan di medan politik. Mereka memusuhi Islam hanya kerana kita beriman kepada Allah dan Rasulnya.



Permusuhan ini telah menghilangkan dan melenyapkan semua faktor persamaan yang lain. Hanya kerana dua perkataan Amantu billah maka dititik ini kita dimusuhi. Permusuhan ini mengatasi semua slogan yang mereka dombakan selama ni.



Slogan kebebasan dan keadilan. Mereka juga sengaja melupakan bahawa negara ini adalah negara Islam. Negara Islam yang dimiliki oleh orang Islam. Mereka juga menolak kontrak sosial yang secara jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan walaupun mendakwa menghormati dan menerima perlembagaan Persekutuan.



Nilai nilai akademik pun hilang walaupun berada ditangga kegemilangan akademik di menara gading. Biasanya golongan akademik akan berhujah dengan hujah untuk mencari kebenaran dan keesahan. Tetapi permusuhan kerana Amantu Billah mengatasi segala galanya.



Umat Islam di Malaysia perlu sedar dan insaf siapa musuh dan siapa lawan di bumi bertuah ini. Bumi yang kita warisi dari datuk nenek moyang tanah watan dan Islam.



Kadang kadang terasa hairan juga ada kelompok dari kalangan orang Islam yang memuji orang kafir hanya satu perkataan Satan ditarik balik dalam kenyataan mereka terhadap saudara se agama dengan kita sedangkan tuduhan mereka terhadap saudara seagama dengan kita amat menyimpang dari fakta yang sebenar.



Jangan menyanggahi kerana mereka tidak memahami Islam.



Adakah syariat membenarkan saudara se agama dengan kita dicaci dan dicela begitu saja tanpa pembelaan dari kita. Alasan utama kita ialah Dakwah bilhikmah. Adakah ini yang dikatakan hikmah dalam berdakwah.


Oleh Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir 
Sumber TKO - 14-4-2016



Ceramah Dr Zakir Naik : Seorang Penganut Hindu Pernah Peluk Islam Di Malaysia (bersama video)
Posted on Thursday, April 14 @ 16:03:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



Pengembaraan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik di seluruh dunia sudah terbukti berjaya kerana sudah ramai yang memeluk agama Islam selepas mendengar ceramah dan penjelasannya berkaitan Islam kebaikannya.

Ketika ini, beliau berada di Malaysia untuk menyampaikan beberapa siri ceramah di beberapa negeri antaranya Terengganu, Melaka dan di Kuala Lumpur dan kehadirannya kali ini ada mencetuskan sedikit kontroversi. Sebenarnya ini bukan kali pertama beliau datang ke negara ini dan berceramah.

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=JBlqtNz2pfo

Pada 2012, ketika berceramah di Malaysia, ada seorang India beragama Hindu yang videonya dirakamkan ketika bertanyakan soalan kepada Dr Zakir ketika di Malaysia telah memeluk Islam sebaik selesai dia bertanyakan soalan dan menerima jawapannya.

Lelaki itu yang memberitahu namanya sebagai Ragu berkata beliau sudah lama mengenali pendakwah itu melalui siri videonya di laman YouTube dan mendalami penerangan berkaitan Islam yang disampaikan beliau.

Dia juga bercerita berkenaan betapa bertuahnya berada di Malaysia kerana berpeluang belajar mengenai Islam dan juga para nabi serta Rasul kerana Islam merupakan agama yang dianuti majoriti penduduk di negara ini.

Ragu bertanyakan soalan “Menurut agama Buddha, ada seorang nabi akan datang tidak lama lagi… mengapa sebelum ini, nabi dan rasul lain tidak diberi peluang untuk menjadi yang terakhir sehinggalah Allah memilih Nabi Muhammad SAW untuk menjadi rasul dan nabi yang terakhir,” kepada Dr Zakir.

Dalam jawapannya, Dr Zakir Naik berkata “Mengapa Allah memilih Muhammad SAW untuk menjadi rasul terakhir dan mengapa Baginda hadir pada 1,400 tahun dahulu, tidak sebelumnya dan tidak sekarang, atau anda boleh ibaratkan mengapa Allah tidak melantik hanya Muhammad SAW dan kemudiannya tiada lagi sesiapa selepasnya.. ia adalah satu soalan yang bagus.

“Ia sebenarnya seperti anak saya beritahu pada saya.. Ayah, saya mahu menjadi doktor, mengapa saya perlu diletakkan di sekolah rendah, sekolah menengah, kenapa tidak terus hantar saya ke kolej perubatan sahaja.

“Jadi, Allah Subhanahu Wata’ala adalah Pencipta, Dia Maha Mengetahui bagaimana manusia ciptaanNya… Itulah sebabnya Allah menurunkan ramai nabi dan rasul bermula dari Nabi Adam AS hinggalah Nabi Muhammad SAW. Dia tahu bagaimana minda manusia berkembang.

“Jadi, ketika ini Allah Maha Mengetahui bahawa manusia sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima sepenuhnya Al-Quran,” katanya dalam jawapan berkenaan.

Selesai Dr Zakir menjawab soalan Ragu, lelaki itu kemudian dibimbing oleh pendakwah itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan ribuan penonton ceramah beliau sekaligus menjadi seorang Muslim pada malam itu.

Oleh itu, soal beliau akan menyentuh sensitiviti agama lain sepatutnya dilihat dengan lebih mendalam kerana kedatangan Dr Zakir ke Malaysia membawa banyak kebaikan kepada umat Islam serta agama lain di negara ini. Tindakan mengadakan provokasi pihak tertentu hanya mahu menghalang beliau dari terus berceramah untuk menyebarkan kebaikan Islam di negara ini. - PRU14.tv

Sumber TKO - 14-4-2016




Mengapa Malaysia Perlukan Islam3: Yang perlu bersabar ialah kita, bukan mereka
Posted on Thursday, April 14 @ 06:17:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"

Saudara Pengarang,Kehadiran Dr. Zakir Naik mencetuskan kontroversi apabila mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Maka tercetuslah kemarahan dari berbagai pihak di bahagian Muslim. Ada sehingga menggunakan perkataan-perkataan dan perbuatan yang tidak mengikut apa yang diajarkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Maka di sini saya mengajak umat Islam di Malaysia untuk mengingat kembali sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam berhadapan dengan orang-orang yang memerangi umat Islam. Kita lihat penentangan penduduk Thaif terhadap Rasulullah s.a.w. serta para sahabat, apabila beliau datang untuk mengajak mereka kepada Islam.

Rasulullah s.a.w. di sambut dengan cacian dan makian, kanak-kanak disuruh untuk membaling batu kepada Nabi s.a.w dan pengikutnya. Nabi s.a.w. serta para sahabat kemudiannya berundur dari Thaif untuk menyelamatkan diri.

Bukhari meriwayatkan dari Urwah , bahawa Aisyah r.a. , bertanya kepada Nabi s.a.w katanya “Adakah hari lain yang engkau rasakan lebih berat dari perang Uhud ?” Nabi s.a.w. menjawab “Ya , memang banyak perkara berat yang aku tanggung dari kaummu itu, dan yang paling berat ialah apa yang ditemui di hari Aqabah dahulu.”

“ Aku meminta perlindungan diriku kepada putera Abdi Yalel bin Abdi Kilai , tetapi malangnya dia tidak merestui permohonanku. Aku pun pergi dari situ , sedang hatiku tersangat sedih, dan mukaku muram sekali, aku terus berjalan dan berjalan dan aku tidak sedar melainkan sudah sampai di Qarnis-Tsalib (suatu tempat)”.

“Aku pun mengangkat kepalaku , tiba-tiba aku terlihat sekumpulan awan yang telah meneduhkanku , aku lihat lagi , maka aku lihat Jibrail a.s. berada di situ , dia menyeruku : “Hai Muhammad ! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi , dan apa yang dijawabnya pula. Sekarang Allah telah mengutuskan kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qais dan Ahmar ini ke atas mereka , nescaya malaikat ini akan melakukannya !”

Dan bersamaan itu pula Malaikat penjaga bukit itu menyeru namaku , lalu memberi salam kepadaku  , katanya “Hai Muhammad !,” “Berilah aku perintahmu, jika engkau hendak aku menghimpitkan kedua bukit ini niscaya aku akan lakukannya !”

Nabi s.a.w. menjawab “Jangan .... jangan ! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang menyembah Allah semata, tidak disekutuNya dengan apa pun...”
   
Saudara kaum Muslimin dan Muslimat,

Dari kisah ini, maka dapat kita simpulkan bahawa perkara yang paling wajar bagi kita lakukan dalam situasi ini ialah dengan mengangkat doa dan memohon kepada Allah untuk memberikan hidayah kepada semua pihak yang menentang penyebaran agama Islam. Kepada P.Ramsamy, ahli-ahli DAP , MCA dan HINDRAF, kita umat Islam perlu mendoakan supaya mereka dan anak-anak mereka serta cucu-cicit mereka akan memeluk agama Islam dan meninggalkan segala jenis kekufuran dan penyelewengan.  Ini sesuai dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak perlulah kita melemparkan kata-kata kesat. Tidak perlulah kita membuang masa dan tenaga dengan melayan kata-kata nista mereka. Sebaliknya, tumpukanlah masa dan tenaga kita kepada keesaan Allah s.w.t. Dan ingatlah bahawa Allah di waktu Nabi s.a.w. meminta-minta ketika di Thaif adalah Allah yang sama di waktu ini. Dialah yang Maha Berkekalan dan Maha Mengetahui.

Maka menangislah kita di hadapan Allah s.a.w. di waktu malam, meminta agar semua ahli-ahli DAP, HINDRAF dan MCA serta anak-anak dan cucu-cicit mereka  mendapat hidayah dan memeluk agama Islam. Inilah dia tugas umat Islam.

Dalam sejarah Islam , sehingga ke hari ini, ramai di kalangan manusia yang pernah menentang Islam akhirnya memeluk Islam. Dari kisah Umar Al-Khattab yang dalam perjalanan ingin membunuh Nabi s.a.w. , Allah berikan hidayah kepadanya apabila mendengar sepupunya memeluk Islam. Juga kisah Hindun dan Wahshi yang telah membunuh Hamzah r.a. , seorang yang sangat disayangi Nabi s.a.w. , telah memeluk Islam hasil daripada kesan dakwah Nabi s.a.w.

Dalam sejarah dunia sendiri , dalam kurun ke 12 , telah terpalit kisah bala-tentera Mongol yang amat ditakuti dan digeruni oleh penduduk dunia. Tentera Mongol membunuh dan memusnahkan segala apa yang dilalui mereka  menjadikan empayar mereka tersebar luas di benua Asia dan Eropah. Akan tetapi , apabila mereka mengetahui tentang kemuliaan Islam, orang-orang Mongol kemudiannya memeluk Islam dan kerajaan Islam Moghul terbina kerananya.

Pada hari ini kita kenal ramai orang-orang Islam yang ternama yang dahulunya memerangi Islam, kini sudah menjadi mujahid dakwah, seperti Yusof Estes, seorang paderi Evangelist yang giat menyebarkan Kristian Evangelist , kini menjadi pendakwah Islam di Amerika.

Seruan Islam terus berkembang . Abdul Raheem Green, seorang bangsa Yahudi dari golongan yang kaya kini bergiat dalam usaha dakwah Islam di Britain. Abdul Rahman Wharnsby , seorang poet yang terkenal memeluk Islam menghasilkan puisi-puisi yang amat sinis dan menusuk kalbu. Dan siapa tidak kenal Yusof Islam yang dahulunya Cat Stevens. Ramai lagi.

Ketahuilah saudaraku,

Bahawa sinar hidayah terus berkembang walaupun Nabi s.a.w. sudah tiada bersama kita. Kerana hidayah berada di tangan Allah, dan bukannya di tangan Nabi. Maka itu sebablah kita umat Islam perlu menjalinkan hubungan rapat dengan tali Allah , sebagaimana yang ditunjukkan oleh para nabi dan juga para sahabat radiallhuajmain.

Maka teruskanlah usaha wahai saudaraku. Bersabarlah. Kerana Allah s.a.w. amat dekat dengan mereka yang bersabar.

Wassalamualaikum.
 
Mr. Kama.

Athleague, Ireland.

(Petikan Kisah Thaif diambil dari kitab Tanbighul Ghafilin)



Sumber TKO - 14-4-2016

Kelantan turut undang Dr Zakir Naik

SALMAH MAT HUSAIN | .


KOTA BHARU: Ketika ada pihak tidak senang kehadiran pendakwah terkenal dari India, sebaliknya Kelantan sedia memberi tempat untuk Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah di negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata mesyuarat exco yang diadakan hari ini bersetuju menjemput Dr Zakir.

“Kelantan menawarkan diri untuk menjemput penceramah kontroversi itu memandangkan Dr. Zakir diiktiraf umat Islam di seluruh dunia.

“Lagi pun beliau pernah mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah Kerajaan Malaysia pada 2013. Kalau diteliti video ceramahnya beliau seorang tokoh perbandingan agama,” katanya di Kota Darulnaim.

Kelmarin Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem) menarik diri daripada menjadi tuan rumah syarahan umum persamaan agama Islam dan Hindu oleh Dr. Zakir pada 17 April ini.

Sebelum itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak membenarkan program berkenaan diadakan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama.

Dr Fadzli juga berkata sepanjang ceramah agama Dr. Zakir tidak merendahkan mana-mana agama lain.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri akan menghubungi penganjurnya di Malaysia untuk berbincang tarikh yang sesuai.

“Sekiranya program itu berjaya, kita juga akan menjemput NGO bukan Islam hadir dan berdialog dengan Dr. Zakir,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/4/2016

Sumber HD - 14-4-2016























































































































Lepas DAP MCA pula masuk campur minta polis terus sekat ceramah Zakir Naik

Posted on Wednesday, April 13 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




BANGI, Selasa – Tidak cukup dengan bantahan biadab oleh Hindraf, MIC dan DAP, kini pemimpin parti Cina MCA pula campur tangan dalam isu Dr Zakir Naik.

Dalam satu kenyataan hari ini, Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun meminta pihak polis mengekalkan larangan terhadap ceramah Dr Zakir Naik dan juga mengkritik PAS kerana memperjuangkan hudud di Kelantan.

“MCA sentiasa berusaha menguatkan keharmonian kaum dan keamanan selari dengan konsep 1 Malaysia.

“Sebab itu kami menentang ideologi PAS dan hudud Kelantan kerana kami percaya ia menggugat keharmonian dan toleransi.

“Atas alasan sama, kami juga menentang Dr Zakir dan meminta pihak polis kekal dengan keputusan menghalang ceramahnya dan jangan tunduk dengan tekanan politik oleh PAS,” katanya.

Mei Fun juga mendakwa sesetengah orang Islam berpendapat bahawa Dr Zakir adalah seorang yang kufur berikutan beberapa kenyataan beliau sebelum ini yang memuji Osama Bin Laden dan berkata bahawa al-Quran membolehkan kumpulan militan Daesh untuk melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan.

Katanya, malah negara seperti United Kingdom dan Kanada telah mengharamkan Dr Zakir dari berdakwah di sana.

“Kata-kata dan ideologi yang merendahkan martabat adalah bukan apa yang rakyat Malaysia mahu. Kami tidak menyokong keganasan, dan kami juga tidak menidakkan hak-hak wanita, ” kata Chew.

Terbaharu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membenarkan pendakwah Dr Zakir  mengadakan syarahan umum di Melaka namun perlu menukar tajuk syarahannya
Sumber TKO - 13-4-2016




Kenyataan Maulana Muhammad ‘Asri Bin Yusoff Berkenaan Isu Dr Zakir Naik
Posted on Wednesday, April 13 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



- sangat bernas pendapat dia dan perlu di baca oleh bapak Ketua Polis Negara Malaysia. Cuba fikir, Dr Zakir Naik(DZN) ini tinggal di India yang kerajaannya Hindu dengan jutaan penduduk Hindu. Bagaimana kerajaan Hindu di sana boleh membenarkan DZN membuka stesen TV sendiri, buat pelbagai kerja dakwah di sana, berbincang secara terbuka dengan orang yang beragama Hindu? Tidak pula kerajaannya berasa terancam atau berasa ianya menyentuh sensitiviti masyarakat kaum Hindu.


Masyarakat Hindu atau mereka yang beragama lain juga tidak pula berasa takut pun! Kalau orang masuk Islam pun, mereka pun tak kisah pun. DZN sudah pergi ke merata dunia dan disambut dengan begitu baik sekali termasuk di negara-negara bukan Islam sekalipun. Kenapa kita sendiri di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi pula tidak berani untuk mengadakan program ini kerana hanya tekanan segelintir ahli daripada kumpulan Hindraf. Setakat itu sahajakah kekuatan orang Islam di Negara Islam ini?

Sebenarnya kita tidak perlu takut dengan tekanan sebegini. Jika ianya benar-benar berlaku, mereka akan terus memberi tekanan pula di kemudian hari. Sampai bila akan dapat berdakwah? Melalui program sebegini, kita bukan nak mengata, nak menghina, sumpah seranah kepada orang Hindu!

Kita orang Islam bebas nak berdakwah sementelah pula kita berada di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi. Berbeza sekali keadaannya dengan Negara India. Kita bukan nak adakan program sebegini selalu, hanya sekali sekala sahaja, itu pun kita berasa takut! Ingat tak kita, setiap kali hari raya kita selalu baca “walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun” (walaupun orang kafir dan orang musyrik tidak menyukai). Kita nak buang ke lafaz arab tersebut? Sebab kalau nak kira, itu pun boleh menyentuh sensitiviti agama juga.

Sepatutnya dibiarkan program baik ini berjalan dengan lancer dan ianya akan menjadi peluang kepada masyarakat kita untuk menyertainya. Kenapa kita nak memenangkan segelintir orang Hindu itu yang akan menyebabkan mereka semakin berani di masa depan

Berkenaan dengan dakwaan bahawa ada fatwa daripada ulama Deobandi tentang kedudukan DZN, saya ingin bertanya kepada mereka yang timbulkan perkara ini; kenapa tidak mahu menggunakan fatwa ulama Deobandi tentang majlis Maulud Nabi SAW, kenduri arwah malam ke 1,3, dan 7, aktiviti seperti zikir menari dan qasidah di kuburan?? Soal ulama itu tak setuju dengan seseorang ini adalah suatu perkara yang biasalah. Kita pun tidak mengatakan yang DZN ini lebih alim daripada Maulana Zakaria Kandhlawi rhm (merujuk kepada ulama Deobandi), cuma mereka berada dalam bidang masing-masing. Kalau betul-betul nak guna fatwa ulama Deobandi, contohnya dalam soal cukur janggut boleh menyebabkan seseorang menjadi fasiq. Betapa ramai orang kita yang cukur janggut termasuk para mufti di sini pun.

Perlu diingat, DZN seorang yang baik dan sangat cemerlang di bidangnya. Inilah masanya untuk kita sambut baik kedatangannya. Sepatutnya pihak PDRM memberi kerjasama yang baik dengan menjaga keselamatan dan keamanan sepanjang program berlangsung.

Saya berharap segala halangan kepada program DZN ditarik balik dengan segera.

Akhukum fil Islam,
Muhammad ‘Asri Bin Yusoff
Kubang Kerian
11 April 2016
(Disalin berdasarkan rakaman perbualan telefon)

Sumber TKO - 13-4-2016



DZN Tour: Berani bertanya walaupun dikecam. Hanya yang susah sahaja faham
Posted on Wednesday, April 13 @ 14:09:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Baharuddin Mohamed

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Adik ini ialah classmate anak perempuan sahabat saya Dr Shaiful Zaman. Dia pelajar perubatan tahun 1 UIA, Indera Mahkota Kuantan.

Adik ini cemerlang semasa di Sekolah Menengah dan Foundation. Cuma adik ini berasa keciwa kerana setelah bertungkus lumus berusaha dan berjaya memasuki Fakulti Perubatan UIA iaitu sebuah IPTA yang sangat berprestiji, tetiba tiada biasiswa yang disediakan oleh JPA untuknya tidak seperti para2 senior dan juga para pelajar U lain.

Kita jangan terus melatah sebaliknya perlu menyelami perasaan mereka yang bukan dari keluarga senang. Yuran RM3600 itu banyak bagi orang kampung dan ia tidak termasuk kos sara hidup. Semoga kita semua bisa mengerti.

Jangan aibkan orang, tak baik. Adik ...nanti jumpa abang ekk. Tak pa dik, esok adik dah lulus jadi doktor adik tolong ramai orang ekk. Adik jadi doktor pakar. Adik tolong selamatkan nyawa ramai orang yang kata kat adik hari ni ekk. Biarkan dik..deorang tak faham..

Facebook

Dikecam hebat




Sumber TKO - 13-4-2016



Penganjur Sedia Taja Ramasamy Hadir Ceramah Zakir Naik

Posted on Wednesday, April 13 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SUSULAN ‘serangan' kontroversi Prof. Dr. P. Ramasamy, penganjur forum penceramah antarabangsa Dr. Zakir Naik menjemput Timbalan Menteri Pulau Pinang itu dan isterinya bagi menghadiri ceramah yang akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pihak jurucakap penganjur, Firdaus Wong Wai Hung memberitahu bahawa mereka sendiri sedia menaja tiket penerbangan untuk Timbalan Setiausaha Agung DAP itu, sekiranya beliau sudi menerima pelawaan mereka.

“Kami ingin jemput beliau untuk hadir ke ceramah Dr. Zakir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebagai tetamu VIP kami, malahan tidak keberatan menaja tiket penerbangan pergi balik untuk Prof. Dr. Ramasamy dan isterinya,” katanya seperti yang dilaporkan portal Free Malaysian Today.

Sementara itu, mengulas permohonan maaf Ramasamy yang menggelar pendakwah dari India itu sebagai ‘syaitan’, Firdaus memberitahu pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima permohonan maaf tersebut.

“Kami sebagai Muslim tiada masalah langsung pun untuk menerima permohonan maaf daripada Prof. Dr. Ramasamy, kerana menggelarkan Dr. Zakir sebagai ‘syaitan’.

“Cuma apa yang ingin kami cadangkan adalah agar setiap wakil rakyat, tidak kira daripada mana-mana parti, seharusnya lebih bijak dalam memilih perkataan untuk disebut mahupun ditulis,” katanya.

Terdahulu, Ramasamy yang juga wakil rakyat Perai menjelaskan bahawa beliau telah memadam coretan Facebook pada Ahad lepas selepas menyedari perkataan ‘syaitan’ ditulisnya itu sebagai tidak sesuai dan dikutuk netizen.

Namun, dalam pada itu juga Ramasamy memberitahu perkataan (syaitan) itu hanya ditujukan kepada Dr. Zakir sahaja, yang mana seolah-olah membawa maksud permohonan maafnya itu seakan tidak telus. – MYNEWSHUB.CC

Sumber TKO - 13-4-2016

Sekadar respon sahaja
Posted on Wednesday, April 13 @ 13:55:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


imej-khairulryezal.blogspot

Dr Zakir Abdul Karim Naik ketika berceramah di Stadium tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus, Kuala Terengganu minta media islam tangkis propaganda barat.

Soalnya,macam mana hendak tangkis propaganda kafir itu, sedangkan para pengamal media islam kebanyakannya berfahaman Islam sekularisme, berfahaman islam Liberalisme dan berfahaman islam sosialisme.

Bukan setakat itu sahaja, malah ilmuan ilmuan Islam kini kebanyakan ilmuan Islam sekularisme, ilmuan islam libralisme dan ilmuan Islam sosialisme.

Mereka mengaku Islam tetapi masih tidak beriman dengan Allah dan Rasul sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Orang orang Arab berkata, kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) Kamu belum beriman,(janganlah berkata demikian) semantara iman belum lagi meresap masuk kedalam hati kamu berkatalah sahaja: kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan Rasulnya (zahir dan Batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal amal kamu, kerana sesungguhnya Allah maha pengampun, lagi maha mengasihani. Sesungguhnya orang orang yang sebenar benarnya beriman hanyalah orang orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang orang yang benar (pengakuan imannya) katakanlah (kepada orang orang Arab itu, wahai Muhammad) Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu(dengan berkata,kami telah beriman) Pada hal Allah mengetahui segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi dan Allah maha mengetahui akan tiap tiap sesuatu. Mereka mengira dirinya berbudi kepada kamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah islam (tidak melawan dan tidak menentang) katakanlah (kepada mereka) janganlah kamu mengira keisalaman kamu sebagai budi kepadaku.bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak menbangkit bangkitkan budinya kepada kamu, kerana dialah yang memimpin kkamu kepada iman. (yang kamu dakwakan itu) kalau betul kamu orng orang yang benar (pengakuan imannya). Sesungguhnya Allah mengetahui segal rahsia langit dan bumi dan Allah maha melihat akan segala yang kamu kerjakan” (Surah Al Hujurat: 14 18)

Macam mana mereka boleh bertindak untuk mengangkis propaganda kafir,sedangkan keislaman mereka adalah Islam sekularisme islam libraslisme dan islam sosialisme.

Sebaliknya kebanyakan mereka ini masih gemar dan cenderung menolong kafir untuk menghancurkan Islam syumul yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Kebanyakan mereka,ragu ragu dengan apa apa pemberitahuan Allah. Allah berkata orang orang Yahudi sejahat jahat manusia, tapi mereka Yahudi tak salah. Yang salah sikapnya.Yahudi boleh buat kawan.Yang tak boleh zionis.

Allah nyatakan Yahudi Kejam dan zalim, tapi mereka berkata, Yahudi tak bahaya. yang bahaya zionis.Kristian yang pesungkan Kitab Injil dan musuh Allah, mereka berkata kristian bukan musuh kita, Yang amat bahaya ialah kristian Evangelis. Begitu juga Yahudi, Yahudi yang Zionis itu yang berbahaya.

Padahal zionis ke. apa ke. Kafir tetap kafir. Yahudi tetap Yahudi yang disebut oleh Allah kejam dan zalim itu musuhNya.Alah yang nyatakan.Tapi mereka tak akur dan ragu ragu dengan kenyataan Allah dan Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW sudah beri pelbagai,peringatan dan pelbagai amaran, termasuk membawa berita gembira dan seksa. Tapi mereka tetap dengan prinisp dan pendirian inilah yang betul dan itu salah.

Walhal yang betul itu salah dan yang salah itu betul.Macam juga Dajjal yang membawa syurga dan neraka ditawarkan kepada manusia nanti.Katanya, ini syurga. pada hal itulah neraka.Ini neraka, pada hal itulah syurga.

Mereka (ilmuan Islam, termasuk yang ada gelarang PHD hari ini) rasa mereka lebih bijaksana lagi berbanding dengan Allah yang maha bijaksana itu dan tergamak memberi pandangan yang salah

Bukan setakat itu sahaja malah mereka mencipta istilah demi Istilah atas dasar boleh menolong kafir menghancurkan islam.Apatah lagi kumpulan media Islam kini yang seolah olah bersetuju dengan pemikiran kafir yang dicanang oleh puak orieantalis.

Jika sebahagian pemikir Islam seperti Muhamamd Abdul,Muhammad Farid Wajdi dan Husein Haikal menerima teori pemikiran kafir dan menyebarkannya, apatah lagi dengan beberapa orang ilmuan Islam dan beberapa orang mualaf yang ada PHD turut sama memberi saham kepada kafir, terutama sekali kepada Yahudi yang telah membunuh dua juta umat islam Palestin itu dikatakan tidak salah dan tidak berbahaya serta boleh buat kawan."

Sumber TKO - 13-4-2016



Konsert Selena Gomez mudah saja dapat kebenaran, program Dr Zakir macam2 alasan
Posted on Wednesday, April 13 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



BANGI, Selasa – Tanggal 25 Julai ini, seorang artis antarabangsa, Selena Gomez dijadualkan bakal mengunjungi Malaysia bersempena dengan konsert solo keduanya iaitu Revival Tour.

Melihat kepada betapa mudahnya program berunsur kelalaian ini diberi kebenaran untuk diadakan di negara ini, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Eqwan Roslan mempersoalkan situasi itu sambil menegaskan program berikut langsung tidak membantu pembangunan masyarakat.

“Sepatutnya program seperti ceramah Dr. Zakir Naik harus dipermudahkan urusan dan program tidak bermanfaat seperti konsert ini dan program-program yang merosakkan harus disekat.

“Program seperti ini langsung tidak membantu pembangunan belia dah mahasiswa bahkan membuka ruang-ruang kerosakan yg lebih luas.

“Adakah kita lupa tragedi belia muda yang mati akibat dadah di sebuah pesta muzik beberapa tahun lalu?,” soalnya dengan penuh kecewa.

Katanya, sesuai peruntukan perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam sebagai agama persekutuan, sewajarnya pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap program yang membawa kepada kelalaian seperti konsert berkenaan.

“Apabila isu-isu seperti ini timbul, garis jelas Islam sebagai Agama Persekutuan harus dilakar dan diletakkan pada kedudukan yang sepatutnya.

“Pihak yang diberikan kuasa perlu menjalankan tugas menyekat unsur-unsur negatif yang merosakkan akhlak dan memudahcara serta mempromosi usaha memarbatkan Islam,” tegasnya.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk bekerjasama dalam membangunkan peribadi Islam di kalangan belia dan mahasiswa secara bersesuaian dengan kapasiti masing-masing.

“Rakyat secara umumnya, belia dan mahasiswa harus menjalankan dakwah dalam ruang lingkup dan kapasiti masing-masing,” katanya.
Sumber TKO - 123-4-2016

Dr Zakir Naik: Apa pandangan TG Abdul Hadi?

ALANG IBN SHUKRIMUN | .


MUNGKIN ramai yang ternanti komentar TG Abdul Hadi dalam isu Dr Zakir Naik. Saya juga antaranya. Tetapi oleh sebab sudah ramai yang bersuara, saya kira memadai walaupun biasanya pandangan beliau memiliki keistimewaan tersendiri.

Sebagai orang yang menuntut ilmu dari beliau, kita sepatutnya sudah mengetahui bagaimana pandangan beliau dalam hal ini. Tidak perlu beliau respon setiap isu yang berlaku, tetapi cukup dengan ilmu yang telah beliau curahkan terutama dalam kuliah dhuha setiap jumaat di Rusila, kita mendapat jawapan mengenai pendiriannya.

Kebetulan pada minggu lepas, pengajian tafsir olehnya sampai kepada huraian surah al-Kafiron. Surah ini secara langsung menunjukkan bagaimana sikap Islam terhadap agama lain. Kita boleh amati melalui nas dan terjemahan dari tafsir ar-Rahman seperti berikut:

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ

"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ

"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Ayat di atas menurut sebahagian Ulama adalah Makki, iaitu turun di Mekah. Sebab turunnya adalah kerana terdapat kalangan musuh Islam yang mengajak kepada rundingan antara Islam dan ajaran penyembah berhala.

Mereka tawarkan supaya diadakan giliran ibadat. Hari tertentu semua beribadat kepada Allah mengikut ajaran Islam, dan hari yang lain pula untuk semua beribadat kepada berhala.

Sebab golongan musyrikin menawarkan cadangan ini pula adalah kerana mereka tidak senang dengan sikap Islam yang mengajak kepada tuhan yang satu, dan membebaskan manusia dari perhambaan kepada makhluk.

Mereka tidak mampu mematahkan hujah kebenaran agama Islam, dan tidak mampu membuktikan kebenaran agama mereka. Lalu mereka cuba membuatkan baginda untuk tidak membicarakan soal Islam dan agama mereka melalui solusi tersebut.

Tetapi Allah mengajarkan Nabi supaya bertegas dalam bab akidah. Tiada kompromi sekali-kali dengan agama lain. Walaupun Islam tidak memaksa manusia untuk menganutinya, tetapi manusia juga tidak boleh dihalang dari mengetahui kebenaran.

Dalam ayat yang lain, Allah turut membuka peluang kepada agama lain untuk mengemukakan hujah agama mereka. Contohnya cabaran tuhan melalui ayat:

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (Surah al-Baqarah:23)

Ini menunjukkan perbincangan rentas agama atau interfaith adalah method pembawaan Islam sejak awal dakwahnya lagi. Ia tidak boleh dihentikan atas dasar menjaga sensitiviti atau perasaan agama lain semata-mata. Apatah lagi sekiranya ia berlaku dalam negara majoriti umat Islam.

Kalaulah perbincangan sebegini adalah salah, dari awal lagi tuhan tidak membenarkannya di Mekah kerana pada waktu itu majoriti adalah agama syirik, lebih teruk dari keadaan negara kita.

Ayah Chik turut menyatakan, bahawa pegangan sebegini adalah pegangan selamanya umat Islam, tidak kira ketika tidak berkuasa seperti era Makki mahupun ketika telah berkuasa seperti era Madani. Sewaktu menegakkan Negara Madinah, Nabi mengajak semua wakil agama yang ada untuk menyetujui piagam berikut:

وإذا حدث أهل هذه الصحيفة من اشتجار يخشى فساده فمردّه إلى الله و إلى محمد
"Apabila berlaku apa-apa perselisihan dari kalangan pihak yang memeterai piagam ini, yang ditakuti akan berlaku kerosakan maka hendaklah dirujuk kepada hukum Allah dan keputusan Muhammad SAW".

Tambah Ayah Chik lagi, selepas kewafatan Nabi, para sahabat meneruskan perjuangan menegakkan akidah Islam di muka bumi ini. Ketika mana Saad bin Abi Waqas diutus untuk membuka kota Parsi, beliau telah menghantar Rub'iy bin Amir berunding dengan Rustum, pemimpin Parsi.

Rustum turut menawarkan perdamaian dengan syarat Islam tidak disebarkan ke dalam negaranya. Jawab Rub'iy secara tegas:

: الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضِيق الدنيا إلى سعَتَها، ومن جَوْر الأديان إلى عدل الإِسلام
Allah yang mengutuskan kami, untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dari menyembah sesama hamba kepada menyembah Allah, dari kezaliman ajaran-ajaran lain kepada keadilan Islam, dan kepada kesempitan hidup dunia kepada hidup dunia yang luas sehingga ke hari akhirat.

Maka inilah ketegasan Islam yang perlu dipertahankan sehingga hari kiamat. Memperkatakan kebenaran terutama dalam bab akidah tidak boleh dihalang walau atas apa jua alasan.

Ketahuilah bahawa perkara paling suci bagi seorang manusia adalah akidah dan kepercayaan, mengatasi segala perkara lain termasuk perpaduan dan sensitiviti. Ia tidak boleh disekat walau apa jua alasan.

Mengikut pandangan Syed Qutb, sebab Islam membenarkan peperangan adalah kerana mempertahankan kebebasan untuk semua manusia memilih apa-apa akidah. Walaupun terpaksa bergadai nyawa, Islam meyakini kepercayaan seseorang adalah lebih mulia dari nyawa.

Apabila Islam dihalang untuk memperkatakan pandangannya terhadap isu ketuhanan dan sebagainya, maka itu telah mengancam hak asasi manusia dan perlu diperbetulkan dengan apa jua wasilah.

Sepanjang saya berguru dengan Ayah Chik, selagi tiada pandangan lain yang berbeza, saya yakin inilah juga pendapatnya. Tiada kompromi dalam isu batas-batas iman dan kufur. – HARAKAHDAILY 13/4/2016

Sumber HD - 13-4-2016























































































































HINDRAF, MIC dijemput ke ceramah Dr Zakir

Posted on Wednesday, April 13 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



KUALA LUMPUR: Semua pihak yang membantah kehadiran pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dijemput hadir ke program ceramahnya.

Penganjur program Dr Zakir di Malaysia, Abu Shariz Sarajun Hoda, berkata pihak yang membantah itu perlu hadir dan menilai sendiri ceramah yang disampaikan Dr Zakir.

Katanya, selaku penganjur pihaknya sanggup menyediakan tempat kepada pembantah Dr Zakir termasuk menaja tiket penerbangan dan tempat tinggal.

"Kita menjemput pihak yang membantah Dr Zakir untuk hadir dan mendengar sendiri ceramahnya.

HINDRAF, Hindu Sangam, MIC dan lain-lain dijemput. Kita sanggup sediakan tempat walaupun tempat ceramah itu mungkin penuh.

"Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy pun kita jemput untuk hadir dan dengar ceramah Dr Zakir. Kita boleh taja tiket penerbangan beliau dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Menara UMNO di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengenai kehadiran Dr Zakir ke Malaysia.

Abu Shariz berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung program Dr Zakir.

Katanya, penganjur bersetuju untuk menukar tajuk ceramah yang akan disampaikan dan program Dr Zakir di Malaysia diteruskan seperti yang dirancang.

Sementara itu, Shahidan berkata, beliau sangat mengalu-alukan kehadiran Dr Zakir ke Perlis untuk memberi ceramah.

Katanya, Dr Zakir adalah tokoh Islam istimewa selepas Ahmad Deedat yang mampu memberi penerangan berhubung isu berbangkit mengenai Islam masa kini.

"Saya anggap Dr Zakir ini manusia istimewa dan sudah tentu saya alu-alukan kedatangan beliau ke Perlis.

Kehadiran Dr Zakir ke Malaysia baru-baru ini mendapat reaksi daripada badan bukan kerajaan (NGO) Hindu dan MIC.

Sehubungan itu, semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan majlis ceramah Dr Zakir di Melaka pada 17 April ini dibatal selepas polis menerima aduan daripada pelbagai pihak.

Namun, arahan pembatalan majlis berkenaan ditarik semula, selepas perbincangan antara Ahmad Zahid dengan penganjur, yang mana penganjur bersetuju untuk menukar tajuk ceramah.

Sumber TKO - 13-4-2016



Para pengkritik harus teliti forum Dr Zakir
Posted on Wednesday, April 13 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM - Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR berpandangan bahawa pihak yang menolak lawatan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke Malaysia sewajarnya meniliti dengan cermat ceramah-ceramah dan pendirian peribadi beliau sebelum membuat kritikan yang melulu sehingga boleh menjejaskan keharmonian agama di Malaysia.


Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, undangan terhadap Dr Zakir Naik tidak sewajarnya disensasikan oleh pihak-pihak tertentu seperti Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu(Hindraf), MIC dan lain-lain.

"Dr Zakir Naik telah melawat Malaysia berkali-kali dan telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia dengan penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Malaysia pada tahun 2014.

"Kami merasa kesal dengan pembatalan program Dr Zakir Naik oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) pada 17 April ini secara tergesa - tergesa tanpa memberi justifikasi yang munasabah,"katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memutuskan untuk tidak membebarkan forum Dr Zakir selepas tajuk forumnya "Persamaan Antara Hinduisme dan Islam" mencetuskan kontroversi.

Forum tersebut dijadualkan berlansung di UTeM Ahad ini.

Menurut Muhammad Nur,program tersebut adalah dengan status UTeM sebagai sebuah menara gading  ilmu yang menekankan iltizam terhadap pengembangan intelektualisme dan sekaligus bertujuan untuk mempertingkatkan program dialog antara agama.

Beliau berkata, seandainya ucapan Dr Zakir Naik telah menimbulkan perkara-perkara sensitif dan negatif di kaca mata masyarakat bukan Islam, maka sudah pasti kegiatannya telahpun dilarang oleh kerajaan India yang mempunyai majoriti penganut agama Hindu.

"Ketokohan beliau sebagai seorang ilmuan perbandingan agama seharusnya dimanfaatkan semaksimum mungkin.

"Ia adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila pihak-pihak tertentu di Malaysia tidak menunjukkan kematangan dan lebih bersifat emosi,"katanya.

Dalam menghadapi isu-isu yang sensatif seumapama ini, Muhammad Nur berkata pihaknya ingin menganjurkan supaya proses mendidik rakyat Malaysia dalam memahami tradisi semua agama yang wujud di dalam negara ini wajar dipertingkatkan dengan lebih serius.

Katanya, kelainan antara agama-agama tidak wajar dijadikan sebagai punca perpecahan, sebaliknya ianya dapat dijadikan faktur pemersatu antara rakyat negara ini.

"Sewajarnya selepas 60 tahun kemerdekaan negara, keunikan tiga tamadun besar iaitu Islam, Cina dan India yang wujud di Malaysia telah dapat mengelakkan berlakunya konflik pemikiran yang berkaitan dengan kemajmukan agama,"katanya.
Sumber TKO - 13-4-2016



Kenapa takut dengan Dr Zakir Naik?
Posted on Wednesday, April 13 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah



SHAH ALAM – "Kenapa perlu takut dengan Dr Zakir Naik?," demikian persoalan dibangkitkan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.


Menurutnya, tubuh Zakir Naik kecil sahaja malah wataknya lembut.

“Tiba-tiba kedatangan beliau ke Malaysia telah menjadi isu yang kontroversi. Sehingga sanggup menggelar beliau syaitan.

“Islam tegak dengan hujah. Bawalah hujah, jangan terlalu emosi sehingga hilang rasional dan nilai intelektual,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr P.Ramasamy dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook menggelar Zakir sebagai 'syaitan dan penipu'.

Tindakan Ramasamy mengundang kritikan keras Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang.

Pengerusi Biro Agama GPMS Pulau Pinang, Azdy Mohd Arshad berkata, sebagai seorang timbalan ketua menteri dan ahli akademik, Ramasamy sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih berhemah dan bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan serta pandangan dalam laman sosial Facebook. 

"GPMS Pulau Pinang sangat kecewa dengan tindakan Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian
dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam," katanya.

Sebelum itu, Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) mendesak kerajaan segera membatalkan program yang melibatkan Zakir termasuk melarangnya memasuki negara ini.
Semalam, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak membenarkan forum Zakir di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) demi ketenteraman awam dan sensitiviti beragama di negara ini.

Zakir dijadualkan akan berada di UTeM bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam', Ahad  ini.

Sementara, Mufti Perlis yang mengulas mengenai larangan itu menawarkan Zakir ke Perlis bagi menyampaikan ceramahnya sekiranya ceramah asalnya di Melaka itu dibatalkan.

Sumber TKO - 13-4-2016




8 fakta anda perlu tahu tentang Dr Zakir Naik
Posted on Tuesday, April 12 @ 15:48:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu



KUALA LUMPUR: BERITA kunjungan penceramah agama tersohor dari India, Dr Zakir Abdul Karim Naik, telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam negara, dan lebih hangat dalam masa beberapa hari ini.

Sebahagian daripada masyarakat Malaysia amat ternanti-nanti akan kedatangannya malah ingin mengikuti majlis ceramah yang mengasah ketajaman pemikiran, khususnya tentang pemahaman dan penilaian berlandaskan perspektif agama Islam.

Namun, dalam masa yang sama, sebahagian lagi masyarakat menganggapnya sebagai 'ancaman', kerana kepetahannya berdebat dilihat 'boleh mencetuskan perbalahan dan ketegangan agama'.

Selepas berjaya menarik perhatian dengan kemunculan di Terengganu pada Ahad, Dr Zakir menjadi topik hangat apabila Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat keputusan agar ceramahnya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak diteruskan atas sebab ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia.

Penceramah yang melepasi usia setengah abad itu dijadual menyampaikan ceramah berjudul ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam).

Isu Dr Zakir kini menjadi perbualan hangat di Malaysia, tetapi sejauh manakah kita  mengenali beliau?


Dr Zakir bukan saja mampu memetik ayat dan penjelasan dari al-Quran dan hadis, malah mengetahui intipati kitab-kitab agama lain. - Gambar fail


Berikut adalah senarai 8 fakta ringkas tentang penceramah tersebut:

1. Dr Zakir Adbul Karim merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampai ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober, 1965 di Mumbai.

2. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja dalam bidang dakwah, dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF) .

3. Dr Zakir merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan memberi jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan oleh penonton selepas ceramahnya.

4. Menerusi ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam, dengan menggunakan al-Quran, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.

5. Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr Zakir telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia.

Antaranya ialah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives. 6. Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah.

7. Pada tahun 2012, Dr Zakir pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau berlangsung di Johor Bahru, Universiti Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

8. Dr Zakir pernah menerima pelbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya. 



Sumber TKO - 112-4-2016  

Dr Zakir Naik: Tahniah kepada Mufti Perlis

HARAKAHDAILY | .


PAS mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Mufti Perlis yang sudi membuka gelanggang di Perlis kepada Dr Zakir Naik.

Kerajaan Kelantan juga sudi memberikan ruang kepada Dr Zakir untuk datang berkongsi dan berdebat hujahnya dengan rakyat di Kelantan sekiranya masa beliau mengizinkan.

Tahniah juga kepada Mufti Pulau Pinang dalam memberi pandangan bernas dalam menangani isu ini.

Tindakan dan cubaan menyekat ceramah Dr Zakir Naik sebenarnya memalukan negara. Negara sepatutnya membudayakan dialog dan wacana ilmiah selaras dengan ciri masyarakat makmur dan sejahtera.

Forum beliau di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan semua tempat lain sepatutnya dilihat dalam pendekatan ilmiah.

Dr Zakir yang terkenal dengan pendekatan ilmiah dalam mengemukakan hujah di forum terbuka untuk dijawab semua yang sudi hadir sepatutnya diterima baik oleh semua pihak.

Dr Zakir tidak pernah memperlekeh mana-mana agama, sebaliknya meminta masyarakat memikirkan sesuatu perkara secara ilmiah dalam bentuk perbandingan agama.

Bagi Hindraf, MIC dan DAP, datanglah berdepan dengan Dr Zakir di forum terbuka. Jika beliau ada memperlekehkan agama lain ketika forumnya, maka tindakan boleh diambil selepas itu.

Tidak perlu mana-mana pihak menjatuhkan hukuman atau menggelar nama jijik pada beliau sebelum apa-apa berlaku.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
12 April 2016 / 4 Rejab 1437 - HARAKAHDAILY 12/4/2016

Sumber HD - 12-4-2016












































































































Orang kampung hendak tahu siapa Dr Zakir             Naik

HARAKAHDAILY | .


Setiap perkara ada hikmahnya. Halangan Dr Zakir Naik untuk berceramah di sekitar Kuala Lumpur
dan Melaka mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat.

Jika di zaman Nabi SAW yang tidak ada media sosial dan langit terbuka pun Islam berkembang
dengan pesat. Inikan pula di zaman canggih, maklumat di hujung jari sahaja.

Mereka boleh halang untuk beliau menyampaikan ceramah dan dialog, tetapi mereka tidak boleh
menghalang kebenaran sampai ke lubuk hati manusia. Islam tegak dengan kekuatan hujah.

Sebelum ini, Dr Zakir hanya terkenal dalam kalangan golongan intelektual dan pengamal media sosial.

Sekarang sudah menjadi bualan dalam kalangan orang-orang kampung. Mula bertanya siapa Dr Zakir
Naik. Kenapa beliau dihalang untuk berceramah?

Merekapun hendak tahu apa kandungan ceramah beliau. Adakah beliau membawa ajaran sesat?

Begitu juga bagi mereka yang tidak berapa kisah selama ini mengenai ceramah Dr Zakir telah mula
mendengar melalui youtube. Alhamdulillah iklan percuma untuk Dr Zakir.

Saya yakin ramai dalam kalangan orang bukan Islam yang bijak pandai pun akan mencari dan hendak mendengar ucapan Dr Zakir. Benda yang baik, walaupun orang cuba sembunyi ia tetap akan dicari.

Isu Dr Zakir juga terserlah citra warna manusia sebenarnya sehingga sanggup melabelkan beliau
sebagai syaitan.

Sepatutnya hujah melawan hujah, bukan sebaliknya. Beliau minta supaya Malaysia meniru Kanada
dan United Kingdom kerana tidak membenarkan beliau berceramah. Mungkin beliau lupa di mana
bumi dipijak dan lupa asas kenegaraan Malaysia.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
4 Rejab 1437 / 12 April 2016 - HARAKAHDAILY 12/4/2016

Sumber HD - 12-4-2106

Pendakwah doa bisnes bankrap, Fareeda minta faham situasi


Posted on Tuesday, April 12 @ 02:00:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Fizo Omar, berkata pihak Fareeda bukan tidak boleh menerima sebarang teguran namun meminta orang ramai lebih memahami keadaan sebenar dan tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan mengeluarkan kenyataan secara melulu di akaun media sosial.

Seorang pendakwah, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengkritik pemilik perniagaan tudung Fareeda melalui akaun media sosialnya kerana bersifat menimbulkan fitnah terhadap agama sekaligus mendoakan agar perniagaan tersebut bankrap.

Bagaimanapun Fizo tidak mengetahui bahawa Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegur agar Fareeda memahami konsep berhijab atau menutup aurat mengikut syariat Islam.-kiniTV


https://www.youtube.com/watch?v=fzsxoTvU4HM&feature=player_embedded

Sumber TKO - 12-4-2016












































































































Kenapa perlu takut dengan Dr Zakir Naik?

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Kenapa perlu takut dengan Dr Zakir Naik, tanya Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Tubuhnya kerdil sahaja, wataknya lembut.

"Tiba-tiba kedatangan beliau ke Malaysia telah menjadi isu yang kontroversi sehingga sanggup menggelarkan beliau syaitan," ujarnya menerusi laman facebook.

Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menegaskan bahawa Islam tegak dengan hujah.

"Bawalah hujah, jangan terlalu emosi sehingga hilang rasional dan nilai intelektual," katanya lagi.

Syarahan Dr Zakir Naik yang akan diadakan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, dibatalkan.

Ceramah beliau yang dijadualkan di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka pada 17 April ini diarah dibatalkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid menerusi laman twitternya menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan forum tersebut diteruskan demi ketenteraman awam dan sensiviti agama di Malaysia. - HARAKAHDAILY 12/4/2016

Sumber HD - 12-4-2016